Mar292016

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Menteri Kewangan menyatakan, mengapakah proses penebusan wang hasil dari kutipan GST didapati mengambil masa selama tiga bulan dan apakah langkah proaktif yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Chua Tee Yong

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat terdapat dua tempoh yang ditetapkan bagi pembayaran tuntutan kredit cukai ke atas input seperti berikut:

(i) selama 14 hari bekerja bagi tuntutan secara online yang dibuat melalui aplikasi sistem myGST; dan

(ii) selama 28 hari bekerja bagi tuntutan yang dibuat secara manual atau serahan tangan.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, proses pembayaran balik yang mengambil masa lebih daripada 14 hari bekerja untuk penyerahan secara elektronik adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang termasuk:

(i) tuntutan dibuat dalam tempoh bercukai yang berlainan di mana tempoh bercukai adalah secara suku tahunan tetapi mengemukakan tuntutan secara bulanan;

(ii) entri ke dalam GST 03 yang tidak betul, tidak lengkap, menyatakan butiran bekalan dan ruangan yang salah menyebabkan maklumat yang tidak benar dan tidak dapat diteruskan untuk pemprosesan;

(iii) syarikat tidak dapat dihubungi selepas tujuh hari dari tarikh pengeluaran notis bagi membuat pengesahan dan maklumat lanjut. Ini menyebabkan permohonan hanya dapat diproses sekiranya pemohon berjaya dihubungi; dan

(iv) tiada maklum balas yang diterima daripada pemohon kepada query atau pertanyaan oleh pihak kastam, tuntutan palsu yang diragui yang memerlukan semakan lanjut. Syarikat di bawah pendaftaran kumpulan mengemukakan penyata GST 03 secara individu dan akhirnya maklumat perbankan yang tidak tepat atau tidak lengkap oleh syarikat.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Chua Tee Yong

Di pihak JKDM juga, prosedur yang terlibat telah ditambah baik untuk memastikan pembayaran tuntutan kredit cukai input dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. Antara langkah proaktif JKDM bagi menangani isu ini adalah seperti berikut:

(i) mempercepatkan proses pulang balik bagi kes yang mana maklumat permohonan adalah lengkap dan selaras dengan matlamat untuk meningkatkan pematuhan;

(ii) meningkatkan bilangan pegawai yang diperlukan untuk mengesahkan sesuatu tuntutan dan juga membuat semakan berdasarkan profil risiko ke atas syarikat berkenaan bagi mengelakkan tuntutan palsu.

Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, tolong elakkanlah jawapan yang retorik itu sebab kerajaan kita sering kali katakan bahawa kutipan hasil GST ini membantu kerajaan kerana pendapatan negara kita sudah kurang dan akibat penurunan harga minyak, dengan kata lain pembayar-pembayar cukai ini yang membantu negara. Jadi, masalah sebenarnya kastam tidak dapat mengikut janji mereka mahu memulangkan refund ini dalam tempoh 14 hari. Saya menerima banyak aduan sebenarnya ada yang lebih daripada dua bulan sampai tiga bulan baru dapat refund. Kalau mereka lambat satu hari dikenakan pula kompaun 5 peratus. Saya lihat ini amat tidak adil. Jadi alasan seperti mana yang diberikan oleh jawapan Menteri, kakitangan tak cukup dan dokumen tidak lengkap. Akan tetapi apabila dilengkapkan dengan dokumen tidak nampak juga refund dilakukan dalam tempoh 14 hari. Jadi, tolonglah jangan bagi jawapan retorik sebab syarikat-syarikat ini tidak berani membuat aduan kerana takut dia cari fasal kononnya. Jadi kalau betul-betul kita mahu bantu rakyat, bantulah mereka dengan meningkatkan kecekapan kastam ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Chua Tee Yong

Terima kasih atas soalan tambahan. Secara umumnya menurut kajian KPMG purata dari segi pulangan cukai atau refund untuk kebanyakan negara adalah sebanyak 50 hari. Ini merupakan satu cabaran kepada pihak kastam untuk memenuhi 14 hari bekerja. Akan tetapi mengikut maklumat yang saya terima dari bulan April 2015 memang dari segi jumlah permohonan yang telah berjaya diproses dalam tempoh masa 14 hari adalah hanya sebanyak sekadar 7.8 peratus. Ini telah meningkat sehingga bulan Disember di mana peratus ini adalah sehingga mencecah 66.6 peratus.

Memang dari segi untuk pelaksanaan terutamanya untuk memproses bayaran balik GST terdapat banyak cabaran.

Nombor satu, salah satu adalah maklumat yang tidak lengkap. Kedua, terdapat yang diragui di mana sehingga sekarang menurut data yang saya terima, 800 juta daripada tuntutan cukai telah reject atau tidak dibayar kerana diragui dan disyaki mempunyai unsur- unsur yang mungkin tidak memenuhi kriteria untuk mendapatkan tuntutan cukai. Selain daripada itu, kalau kita lihat dari segi struktur pendapatan negara walaupun GST merupakan salah satu daripada cukai yang penting, secara keseluruhan dia memberi kadar komposisi sebanyak 12 hingga 18 peratus.

final • 10:00 AM

Datuk Chua Tee Yong

Maka setiap cukai memainkan peranan yang penting untuk menyumbang kepada sumber pendapatan negara. Untuk kes-kes tertentu yang mungkin menghadapi isu-isu di mana tuntutan cukainya terlalu lama, saya harap Yang Berhormat boleh tujukan kepada pihak kementerian dan pihak kastam supaya mereka sentiasa menambah baik daripada segi sistem mereka untuk memenuhi dan mencapai matlamat 14 hari bekerja ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanyakan collection yang total bagi tahun 2015 adalah disasarkan sebanyak RM27 bilion. Akan tetapi telah terlebih duit itu sebanyak RM39 bilion telah dicollect melalui GST. Ini diberitahu Yang Berhormat Datuk Subramaniam Tholasy iaitu Deputy Director of Customs.

final • 10:10 AM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Maka dengan perkara yang sedemikian dan untuk menyenangkan pembayar cukai di negara ini yang sangat menghadapi masalah dengan GST, adakah kerajaan bercadang supaya mengurangkan GST kepada satu angka yang boleh diterima pakai oleh semua atau menghapuskan GST? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Chua Tee Yong

Terima kasih atas soalan tambahan. Nombor satu saya ingat dari segi fakta yang mungkin Yang Berhormat telah mengatakan adalah sedikit salah dari segi saya telah hubungi Datuk Subra mungkin dari segi pihak media telah mengambil fakta yang salah.

Nombor satu, dari segi 2015 ia tetap RM27 billion ia tidak meningkat RM39 billion- RM39 billion adalah untuk tahun ini- 2016. Jumlah RM27 billion adalah tahun 2015.

Maknanya ada dua figure yang berlainan kerana adalah tahun yang berlainan. Itu nombor satu.

Nombor dua, mungkin Yang Berhormat telah kumpulkan jumlah refund kerana pada tahun 2015, refund yang telah diberi balik atau tuntutan cukai yang telah diberi balik kepada peniaga-peniaga adalah sebanyak RM12.8 bilion.

Maka, kalau you tambah RM27 billion dengan RM12 bilion yang direfund mungkin pungutan pada masa tersebut adalah RM39 billion tetapi telah dipulang balik RM12 billion.

Maka, nett adalah RM27 bilion. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Tuan V. Sivakumar [Batu Gajah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk membanteras isu ah long yang semakin berleluasa di negara kita. Nyatakan jumlah penangkapan dan tuduhan yang telah dibuat terhadap kegiatan ah long di mahkamah dari tahun 2011 hingga 2015 setiap tahun.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Statistik tangkapan dan pendakwaan yang diambil di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 bagi tahun 2011 hingga 2015 adalah seperti berikut; Pada tahun 2011 seramai 51 orang ah long telah ditangkap dan daripada jumlah tersebut seramai 25 orang telah dituduh di mahkamah. Bagi tahun 2012, sejumlah 206 orang telah ditangkap dan seramai 95 orang telah dituduh di mahkamah. Diikuti pada tahun 2013, jumlah 199 orang telah ditangkap dan seramai 54 orang telah dituduh di mahkamah.

Seterusnya pada 2014, sejumlah 98 orang telah ditangkap dan seramai 90 orang telah dituduh di mahkamah. Pada tahun 2015, sejumlah 351 orang telah ditangkap dan 44 orang telah dituduh di mahkamah.

Langkah-langkah yang telah diambil untuk membendung kegiatan ah long adalah seperti berikut; mengambil pendekatan “hit their pockets”, dengan izin melalui tindakan di bawah seksyen 5(2), Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, dan 29(A)(a) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Kedua, memberikan bantuan keselamatan kepada pihak berkuasa tempatan dalam operasi menurunkan poster dan iklan ah long. Ketiga, menghadiri wawancara dengan media masa untuk menerangkan dan memberikan kesedaran pada orang ramai yang berkaitan dengan ancaman dan bahaya ah long .

Keempat, menyebarkan brochure dan poster-poster kepada orang ramai bagi memberi maklumat cara-cara hendak mengenali antara pemberi pinjam wang berlesen dengan pemberi pinjam wang secara haram iaitu ah long serta senarai agensi yang menawarkan perkhidmatan pinjaman secara mikro antaranya Amanah Ikhtiar Malaysia, Tekun dan sebagainya. Kelima, PDRM juga bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain dan juga NGO untuk mengadakan ceramah dan seminar bagi mendidik orang ramai tentang bahaya ah long dan untuk mereka memahami dan membuat keputusan bijak dengan tidak meminjam daripada pihak ah long.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya hendak maklumkan di sini, bahawa PDRM hanya terlibat dalam penguatkuasaan akta pinjam wang dan akta ini terletak di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jadi, PDRM sentiasa bekerjasama dengan KPKT untuk memastikan bahawa kegiatan ah long ini diperangi.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan V. Sivakumar - Batu Gajah

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberikan jawapan. Yang Berhormat Menteri, perkara ini harus dipandang serius. Gejala ini bukan gejala baru. Gejala ini sudah lama berleluasa di negara kita, ramai yang terjerat dalam aktiviti ah long ini. Mereka yang pinjam 2,000 boleh sampai 20,000 ke 30,000. Mereka yang pinjam 10,000 sampai 100,000 tidak tahu macam mana keluar daripada masalah ini. Ramai yang- kerana mereka meminjam daripada ah long, mereka sendiri menjadi penjenayah. Mereka melibatkan diri dalam aktiviti rompakan, kecurian, pecah rumah dan sebagainya kerana mereka tidak tahu macam mana hendak selesaikan masalah ini. Ramai juga yang telah membunuh diri ataupun menjadi kurang waras dan sebagainya. Banyak masalah timbul akibat daripada ini.

Saya rasa kerajaan perlu ada political will. Betul-betul mempunyai political will untuk membanteras masalah ini. Hari ini kita lihat di mana-mana sahaja kita pergi, kita masih melihat banner yang digantung, tidak diturunkan. Kita juga nampak poster dilekat, hand bill diedarkan, ada name card dengan nombor telefon yang sama-sama diedar di merata tempat. Akan tetapi, masalah ini masih belum diselesaikan. Saya tidak tahu kenapa sama ada kerajaan tutup sebelah mata membiarkan perkara ini berleluasa sebab kalau ada political will Yang Berhormat Menteri, saya rasa perkara ini boleh diselesaikan. Akan tetapi, kalau tidak ada political will memang perkara ini tidak boleh diselesaikan.

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, ada tidak Yang Berhormat Menteri mempunyai apa-apa cadangan untuk mengadakan satu operasi secara besar- besaran untuk menghabiskan ataupun menghapuskan membendung masalah ah long ini?

Saya juga ingin tahu sama ada pihak KDN dan juga pihak Kementerian Kewangan mempunyai cadangan untuk mengkaji semula sistem pemberian pinjaman oleh institusi- institusi kewangan yang lain. Sebab mungkin disebabkan kita sangat sukar sekali untuk mendapat pinjaman daripada bank-bank. Maka, orang ramai terpaksa mencari jalan lain untuk melalui ah long dan sebagainya. Minta pandangan, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Terima kasih. Sebenarnya dalam hal ini siapa yang meminjam daripada ah long dia tahu mana peminjam yang berlesen mana yang tidak.

Ya. Perkara ini seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat tadi telah berleluasa begitu lama ya. Soalnya sekarang ini adalah untuk kita educate, dengan izin, rakyat untuk tidak terjebak dalam aktiviti ah long. When there is no demand, then the activity will stop.

Jadi, daripada siasatan PDRM punca orang ramai meminjam daripada ah long adalah satu, mudah dan cepat untuk mendapatkan pinjaman. Kalau dia pergi kepada peminjam berlesen banyak syarat dan sebagainya dan tidak mudah untuk dia mendapatkan pinjaman. Kedua, tiada had yang ditetapkan asalkan mereka sanggup membayar jumlah yang dipinjam. Ini satu lagi masalah kerajaan telah menetapkan had minimum berdasarkan kepada gaji yang ada pada peminjam supaya mereka dapat meminjam di peminjam wang yang berlesen tetapi dia tidak mahu. Pasal dia tahu dia tak boleh pinjam banyak, jadi dia pergi pada ah long.

Ketiga, tidak perlukan dokumen sokongan dan cukup sekadar kad ATM, alamat premis perniagaan dan alamat rumah. Ini satu lagi masalah. Kalau hendak melalui peminjam wang berlesen yang berlesen kena syarat ini merupakan syarat yang akan ditolak. Kalau orang hendak pinjam duit daripada peminjam yang berlesen.

Jadi pendek kata, satu lagi kebanyakan mereka yang membuat pinjaman adalah di kalangan mereka yang memang suka berjudi dan suka bersosial. Kalau orang dia betul- betul perlukan pinjaman dia tidak pergi pada ah long. Akan tetapi, kadang-kadang dia ada tabiat yang perlu dibiayai dengan pinjaman jadi dia sanggup pergi dekat ah long. Lepas itu masalah itu diserah kepada orang lain seperti keluarga dan sebagainya. Saya faham apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi ya.

final • 10:10 AM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Akan tetapi kerajaan memang telah mengadakan banyak aktiviti membanteras kegiatan ah long ini tetapi akhirnya it is up to the education of the people. Bagaimana mereka boleh mengelakkan daripada meminjam daripada ah long. Itulah merupakan teras utama kita sekarang daripada pihak kerajaan.

final • 10:10 AM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Penguatkuasaan selalunya, saya hendak maklumkan di sini bahawa apabila kita tangkap ah long ini pun, dia banyak caranya. Satu daripada segi tampal bil, poster dan sebagainya. Dia pakai runner dan sebagainya, bukan orang yang buat perniagaan lesen itu, dia cuma menggajikan orang-orang untuk pasang poster dan sebagainya. Kalau kita tangkap orang itu pun, kita tidak tangkap orang yang buat pinjaman wang ini.

Telco pun sama. Banyak sebaran daripada segi nombor telefon dan sebagainya, yang memasarkan aktiviti ah long, sama juga. Dia menggunakan kad pengenalan orang, kadang-kadang penagih dadah, pekerja asing dan sebagainya. Kalau polis tangkap pekerja asing dan penagih dadah ini pun, kita tidak dapat pengusaha pinjaman wang tanpa lesen ini. Jadi pelbagai masalah yang berlaku di peringkat penguatkuasaan. Paling baik kita cuma kekang di peringkat sumbernya iaitu orang yang suka buat pinjaman dengan ah long ini.

Pinjaman wang tidak berlesen ini. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan Yang Berhormat Batu Gajah. Pertama kali saya melihat Yang Berhormat Batu Gajah sama perjuangan dengan saya.

Dalam konteks isu ah long Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya sendiri telah mengendalikan lebih 30 kes sejak saya jadi Pengerusi Biro Kebajikan dan Pengaduan Awam sebelum itu. Apa yang dinyatakan Yang Berhormat Batu Gajah benar, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pun benar. Saya tahu sebab saya mengendalikannya sendiri. Kebanyakan kes adalah sebab hendak berniaga, tambah duit hendak berniaga. Pinjam duit dan hendak pergi bank, syarat dia payah macam-macam soalan, pelbagai surat sokongan diperlukan sehingga PTPTN pun anak-anak pelajar, pinjam duit tidak cukup, minta dengan ah long yang pernah saya selesaikan.

Persoalan saya di sini, pada hari ini, apabila Yang Berhormat Menteri sebut tadi, dalam konteks KDN hanya melaksanakan tugas penguatkuasaan. Kementerian yang sebenarnya adalah KPKT di bawah Kementerian Perumahan dan juga dibantu oleh pihak Kementerian Kewangan. Saya harap perkara ini dapat difikirkan macam yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi, political will oleh kerajaan kita. Bagaimana kita hendak menangani masalah ini?

Kadang-kadang saya Tuan Yang di-Pertua, saya pernah berjumpa dengan lebih 100 ah long untuk negotiate how to pay them back. Betul, pinjam RM2,000, kena bayar RM36,000. Just RM2,000 and you have to pay back RM36,000. Masa hendak bagi pinjaman tersebut Tuan Yang di-Pertua, they are buddies, abang adik. Panggil kakak.

Kebanyakannya perempuan. Tuan Yang di-Pertua, yang pinjam ah long ini yang saya ada pengalaman, semuanya perempuan yang pinjam duit dengan ah long Cina. “Kakak, bila mahu, kakak? Tak apa kakak, tidak payah susah kakak, ini hari kita kasi kakak. Esok, bila hari?” Apabila dah tak bayar, ah long jadi marah, spray cat merah dekat kereta, depan rumah, simbah cat dan sebagainya.

Saya tak salahkan ah long, saya juga tidak salahkan peminjam. Akan tetapi kaedah yang sekarang, kerajaan kena bantu. How that we can help them? Jadi pendekatan ini, saya percaya, I think bukanlah saya hendak memperkecil-kecilkan KPKT, tidak. Saya rasa you have to give to some, very strong authority yang ada locus standi. Contohnya, PDRM, di bawah commission crime kah, atau pun di bawah Bank Negara...

[Disampuk]

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Come on lah Yang Berhormat Batu. This is a serious matter, Yang Berhormat Batu. Okay? Orang kampung, orang Batu minta tolong you, you pergi gigit polis, kita tolong orang untuk bantu rakyat, okey. Don’t get involved in my work, okay? Jadi saya hendak beritahu di sini, saya hendak beritahu- Tuan Yang di-Pertua baru cakap, jangan ganggu orang bercakap. Saya tidak ada ganggu lagi dah.

Janganlah Yang Berhormat Batu ganggu orang yang hendak bercakap benda betul. Ini hendak tolong rakyat. Yang bawa ini, kawan, Yang Berhormat Batu Gajah, your own friend. Jadi kita hendak beritahu di sini, kalau bolehlah, kementerian, ketiga-tiga buah kementerian fikirkan kementerian mana yang take the lead. Saya faham KDN banyak kerja tetapi saya rasa kalau KDN take the lead di bawah satu commission crime kah atau apa sahaja yang bawah polis, orang sudah mula takut.

Saya hendak kongsi satu sahaja. Jumlah kerugian yang diakibatkan ceti telah meningkat secara mendadak dari tahun 2015 iaitu RM31.3 juta berbanding dengan RM4.3 juta pada tahun 2014. Can you see the graph yang naik? Lebih ramai lagi yang sedang hadapi masalah di sana. Saya harap, saya berdoa agar KDN, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh bincanglah, how you can do the NBOS- National-Blue Ocean Strategy ini, kemungkinan KDN mengetuai, mengepalai dalam konteks membanteras ah long ini. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Saya tidak tahu apa soalan Yang Berhormat Baling tadi [Ketawa]

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Timbalan Menteri, dia sendiri sudah jawab. Sudah jawab.

final • 10:20 AM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Akan tetapi itu merupakan satu cadangan untuk mencadangkan bahawa KDN take the lead dalam isu ini. Saya amat bersetuju kerana akhirnya KDN...

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Sorry, sorry. Persoalan saya apabila Yang Berhormat Batu kacau, dia telah ganggu saya dah. Saya hendak tanya, apakah langkah jangka masa panjang kerajaan khususnya KDN dapat memberi kesedaran kepada orang ramai supaya tidak terjebak dengan pinjaman wang tanpa lesen ini tadi.

final • 10:20 AM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Oh, saya dah sebut dalam jawapan saya tadi iaitu mengambil tindakan hit the pockets, iaitu mengesan aliran wang peminjam tanpa lesen ini. selepas itu Yang Berhormat, peneranganlah kepada rakyat. Soalnya sekarang ini adalah tabiat rakyat itu, macam mana kita hendak ubah. Saya maklum di sinilah, bahawa hukuman di bawah seksyen 52 APPW ini pun, denda minima dia RM250,000 sehingga RM1 juta. Penjara tidak lebih lima tahun dan boleh dikenakan sebatan. Ini hukumannya amat berat. Sepatutnya peminjam wang tanpa lesen ini tidak menjalankan aktiviti seperti ini.

Akan tetapi soalnya sekarang ini, selagi ada demand, orang yang hendak pinjam ini. Masalah ini akan berterusan dan kita perlu mencari pendekatan jangka panjang, saya rasa paling elok sekali melalui education sahaja. Pendidikan supaya peminjam mengubah lifestyle mereka. Kadang-kadang saya fahamlah, ada di kalangan orang-orang yang kesusahan dan sebagainya yang perlukan pinjaman dari ah long tetapi kita kena terangkan kepada mereka, ada cara-cara lain seperti Yang Berhormat katakan tadi, pergi kepada pinjaman mikro, daripada TEKUN dan sebagainya. Ini satu lagi cara. Mungkin kita boleh tambah lagi peruntukan kepada agensi-agensi yang boleh membantu peminjam yang hendakkan duit ini sangat tetapi dia tak payah pinjam daripada ah long.

Jadi pelbagai cara boleh dibuat dan saya mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat supaya KDN take the lead dalam hal ini dan kita akan bincang dengan tuan punya undang-undang ini iaitu KPKT dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Sebab sekarang ini, cara hendak tampal poster ini pun dah lapuk dah. Sekarang ini pakai WhatsApp dan sebagainya. Jadi lebih susah untuk kita hendak menjalankan aktiviti untuk mendidik rakyat akan bahaya dan ancaman daripada ah long ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Datuk Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, pelaksanaan Sistem Prasarana Komuniti Pintar (iComm) yang berfungsi meningkatkan aspek keselamatan secara menyeluruh kepada penduduk luar bandar bagi menjamin keselamatan mereka termasuk untuk menghadapi bencana luar jangka.

final • 10:20 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Panglima Madius Tangau

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Tuan Yang di-Pertua, Sistem Prasarana Komuniti Pintar atau pun Intelligent Community (iComm) adalah satu inisiatif yang dilaksanakan di bawah program MOSTI Social Innovation atau MSI. Projek ini menggunakan teknologi hasil daripada R&D oleh MIMOS Berhad, sebuah agensi di bawah MOSTI dan telah dilaksanakan sebagai projek perintis di Kampung Padang Rumbia, Pekan, Pahang pada tahun 2015.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, iComm menggunakan teknologi Internet tanpa wayar yang dilengkapi dengan kamera pemantau. Ciri-ciri keistimewaan iComm adalah seperti berikut:

(i) membolehkan setiap anggota komuniti membuat pengawasan serta pemantauan awam atau pun community policing secara berterusan.

Sistem ini dilengkapi dengan kamera pemantau, CCTV yang beresolusi tinggi yang boleh dilihat di telefon pintar pengguna.

Pemantauan oleh komuniti secara sendiri akan membantu menjamin keselamatan mereka sekiranya berlakunya pencerobohan.

(ii) memberi amaran awal kepada pihak berkuasa dan komuniti jika berlaku banjir selain membolehkan komuniti memantau kenaikan paras sungai melalui telefon pintar mereka. Amaran awal ini amat berguna kepada komuniti yang menghadapi risiko banjir.

final • 10:20 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Panglima Madius Tangau

(iii) membolehkan ketua masyarakat berinteraksi dan menyampaikan maklumat secara terus kepada ahli komuniti melalui rangkaian liputan dan aplikasi yang disediakan oleh iComm;

(iv) membolehkan komuniti membuat panggilan kecemasan kepada pihak yang berkuasa seperti polis, bomba, klinik desa apabila terdapat gangguan sistem telekomunikasi akibat banjir; dan

(v) menggunakan tenaga solar sepenuhnya dan boleh digunakan apabila kuasa elektrik terputus serta sesuai digunakan di kawasan terpencil.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan iComm adalah usaha kerajaan untuk merakyatkan sains, teknologi dan inovasi agar komuniti terutamanya di luar bandar dapat menikmati kemajuan teknologi yang dibangunkan oleh syarikat tempatan. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan tadi.

Saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan terutama kepada pihak MOSTI yang telah berjaya untuk membangunkan iComm ini untuk diaplikasikan terutama kepada penduduk-penduduk luar bandar. Sebentar tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan ada beberapa aplikasi yang berguna, saya lihat, yang perlu diteruskan dan perlu diberikan kepada masyarakat luar bandar terutamanya apabila soal-soal, macam contoh tadi Tuan Yang di-Pertua, soal banjir, soal kamera tadi yang mana pihak berkuasa mendapat terus daripada komuniti kampung itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan soalan tambahan saya. Apakah inisiatif pihak kementerian untuk memastikan kesinambungan program ini? Ini kerana program ini seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi ialah sebagai program perintis. Kita tidak mahu nanti program ini sebagai program perintis tapi tidak dapat diteruskan, tidak dapat digunakan pada masa akan datang.

final • 10:30 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Kita harap pihak kementerian juga membolehkan aplikasi ini juga boleh dikolaborasikan dengan kementerian-kementerian lain supaya, seperti apa yang dinyatakan tadi, apabila maklumat diberikan kepada pihak-pihak tertentu, tindakan segera akan dapat dilaksanakan. Jadi saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Madius Tangau

Terima kasih Yang Berhormat Tenom atas soalan tambahan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian saya sedang berNBOS dengan pihak Kementerian Dalam Negeri untuk memperluaskan kepenggunaan iComm ini khususnya untuk mempertingkatkan lagi community policing di beberapa tempat bermulanya di negeri Sabah khususnya di kawasan ESSCOM. Kita telah mengenal pasti 15 buah kampung di sepanjang kawasan ESSCOM untuk dilaksanakan dengan iComm ini.

Selain daripada itu, apps yang ada dalam iComm ini juga sedang dipertingkatkan supaya masyarakat, komuniti yang terlibat itu boleh juga menggunakan iComm ini sebagai salah satu platform untuk berniaga, mempertingkatkan ekonomi mereka khususnya untuk membolehkan mereka menjual produk-produk hasil-hasil pertanian di kawasan tersebut.

Pihak MOSTI sentiasa mempertingkatkan apps-apps yang ada mengikut kesesuaian komuniti yang berkenaan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberi jawapan mengenai isu yang saya rasa cukup penting untuk kepentingan rakyat terutamanya aspek keselamatan. Saya juga mengucap tahniah kepada MOSTI yang telah memperkenalkan produk baru ini iaitu iComm ini terutamanya untuk mempertingkatkan aspek keselamatan terutama di kawasan luar bandar.

Saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah perancangan daripada MOSTI untuk mempertingkatkan lagi aspek-aspek yang berkaitan dengan ESSCOM ini yang dikatakan menggunakan rangkaian litar tertutup, CCTV ini di kawasan yang sebenarnya bukan sepatutnya berisiko tinggi tetapi kawasan yang- saya bagi contohlah, di Putrajaya.

Di Putrajaya, apakah perancangan MOSTI untuk mempertingkatkan keselamatan di kawasan yang memang canggih segala-galanya ini daripada berlakunya insiden seumpama yang berlaku pada 26 April 2013 di mana seorang Timbalan Ketua Pengarah Kastam, nombor ketiga yang tertinggi dalam ranking kastam, telah ditembak di satu persimpangan traffic light di Lebuh Wawasan di Putrajaya yang pihak polis walaupun ada CCTV dan sebagainya di kawasan itu, tidak dapat mengesan penjenayah ini dan saya tidak pasti sama ada ianya telah ditangkap.

Cuma mengikut laporannya, sehingga pada bulan September, kejadian berlaku bulan April, bulan September 2013 baru pihak polis dapat satu gambaran penjenayah ini yang mana bagi saya tidak sepatutnyalah kawasan Putrajaya yang begitu canggih, begitu advanced dan sebagainya, jenayah boleh dilakukan di kawasan Putrajaya tanpa dapat dikesan. Walaupun saya difahamkan CCTV yang terdekat adalah berdekatan dengan IPD Putrajaya itu sendiri tetapi tidak dapat dikesan jenayah ini. Ini adalah satu perkara ancaman keselamatan yang begitu serius.

Jadi saya hendak tanyalah, oleh sebab MOSTI satu Kementerian Sains dan Inovasi, mungkin boleh mencipta suatu peralatan yang lebih canggih untuk menjamin keselamatan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Madius Tangau

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu atas soalan tambahan itu.

Memang benar MOSTI melalui MIMOS Berhad, kita sentiasa memikirkan inovasi- inovasi yang baru dan di antara- pelbagai sebenarnya apps yang kita telah buat dan kita telah bekerjasama dengan pihak Keselamatan Dalam Negeri. Pihak MOSTI sentiasa berbincang, berNBOS dengan pihak KDN dan juga pihak Kementerian Komunikasi bagaimana kita dapat mempertingkatkan keselamatan di tempat-tempat yang sedemikian rupa.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Madius Tangau

Khusus untuk yang Putrajaya ini, kita pun sedar tentang apa yang telah berlaku dan keadaan yang sehingga pada hari ini belum lagi kita ketahui. Saya rasa ini satu cadangan yang baik daripada Yang Berhormat Kota Bharu dan kita akan ambil perhatian bagaimana kita dapat berbincang dengan pihak KDN dan MCMC dalam hal ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua, boleh minta soalan tambahan fasal ini penting, fasal keselamatan negara di East Coast.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua, kalau kita nampak, memang canggih. Dalam paper, canggih iComm ini, memang kita nampak. Tapi banyak masalah yang kita dihadapi. Kalau di Putrajaya seperti dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Bharu tadi bermasalah, tidak boleh kesan siapa yang menembak pegawai, di Pantai Timur lagi teruk. Tidak ada sama sekali pengesanan apa juga. Jadi kalau kita dengar daripada kementerian dari dulu...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kalabakan, Pantai Timur ini ada dua. Di Semenanjung Malaysia pun ada Pantai Timur.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Di Pantai Timur Sabah di ESSCOM area. Dari dulu sudah dengar tetapi banyak masalah penculikan, banyak masalah pencerobohan.

Jadi bolehkah satu cadangan yang konkrit untuk orang Sabah? Kalau tidak, sekarang orang Sabah memang sudah takut. Di seluruh Sabah ada 60 Panglima Sulu. Jadi, apa macam? Rakyat takut. Betulkah tidak betul? Akan tetapi Timbalan Perdana Menteri kata, jangan anggap enteng. Jadi kalau tidak hendak anggap enteng, tolonglah sistem kita daripada kementerian MOSTI, dan juga kita mahu internet yang boleh dapat faedah kepada rakyat. Cuba minta penjelasan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Madius Tangau

Yang Berhormat Kalabakan, sebab itulah kementerian saya telah mencadangkan dan akan melaksanakan sistem ini di 15 buah kampung di sepanjang pantai ESSCOM sebab kita telah melaksanakan ini di sebuah kampung di Padang Rumbia, Pekan, Pahang dan kita nampak keberkesanannya.

Sistem ini sebenarnya masih lagi boleh dipertingkatkan. Sebagai contoh, dari segi CCTV, video yang kita terima, kita boleh tingkatkan dari segi analytic intelligence. Jadi Yang Berhormat, kita bersama-sama seperti mana yang saya katakan tadi, kementerian saya, MOSTI akan sentiasa berN-BOS. Kita berN-BOS, bekerjasama dengan pihak KDN dan juga pihak Kementerian Pertahanan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Boleh minta Yang Berhormat Menteri, yang 15 buah kampung di ESSCOM sana, kita mahu detail mana- mana kampung.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Madius Tangau

Okey, saya akan beri dengan jawapan bertulis, Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:30 AM

4. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) apakah objektif dan kandungan serta perkara yang telah dibincangkan dalam persidangan Pengerusi Mahkamah Perusahaan atau Industrial Court Chairmen's Conference yang telah diadakan di Port Dickson pada bulan November 2015; dan

(b) berapakah jumlah kos yang telah ditanggung oleh kerajaan dan bagaimana persidangan ini dapat memberikan manfaat kepada Pengerusi Mahkamah Perusahaan.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam sehati sejiwa. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Temin, Jerantut dan kepimpinan Puteri dan kepimpinan masyarakat daripada Parlimen Maran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

[Tepuk] Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Untuk makluman sidang Dewan yang mulia ini, satu persidangan Pengerusi Mahkamah Perusahaan atau Industrial Court Chairmen’s Conference telah diadakan di Port Dickson pada 25 hingga 27 November 2015.

Persidangan ini merupakan satu platform di mana Pengerusi-pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia dapat bertukar pendapat dan berkongsi pandangan dalam mengendalikan kes-kes berkaitan perusahaan. Terdiri daripada enam Mahkamah Perusahaan yang terlibat melibatkan 24 peserta iaitu 18 kerusi dan enam pegawai daripada Mahkamah Perusahaan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua, antara objektif persidangan ini adalah seperti berikut

(i) memupuk, mengukur dan memantapkan kredibiliti dan profesionalisme dalam mengendalikan kes-kes perhubungan perusahaan;

(ii) memantapkan kemuafakatan yang sedia terjalin dan semangat kerja berpasukan bagi menghasilkan suasana kerja yang positif; dan

(iii) memantapkan suasana kerja yang sihat dalam penghasilan kerja yang efisien, efektif dan mesra pelanggan.

Antara program utama semasa persidangan diadakan Tuan Yang di-Pertua, ialah ceramah bertajuk, ‘The Arts of Writing and Award’ yang telah disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ceramah bertajuk ‘Healthy Heart, Happy Life’, dengan izin, yang telah disampaikan oleh Pakar Kardiologi, Institut Jantung Negara (IJN), pembentangan laporan hasil persidangan 9th LAWASIA Employment Law Conference yang telah berlangsung di Hanoi, Vietnam pada 15 hingga 16 Mei 2015, perbincangan berkaitan pencapaian prestasi dan hala tuju mahkamah perusahaan serta isu-isu pentadbiran, sesi dialog bersama Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.

Tuan Yang di-Pertua, manfaat-manfaat yang diperoleh daripada persidangan adalah seperti berikut:

(i) sesi khas bersama Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi yang juga mantan Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Yang Arif Datuk Yeoh Wee Siam. Beliau merupakan mantan Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia yang telah membincangkan cara-cara penulisan award yang berkualiti, cepat, tepat dan efektif mengikut peruntukan undang-undang dan telah dapat memberi panduan dalam usaha untuk memberi keadilan yang telus dan cepat kepada rakyat;

(ii) memupuk semangat kerjasama di samping dapat bertukar pandangan dan idea serta percambahan fikiran di kalangan semua pengerusi yang tidak dapat dilaksanakan dalam waktu bekerja berikutan kekangan masa dan jadual kerja yang padat;

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua, antara objektif persidangan ini adalah seperti berikut

(iii) sesi dialog bersama Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia telah diadakan bagi memberi peluang dan ruang kepada Pengerusi-pengerusi Mahkamah Perusahaan untuk mengadakan perbincangan dua hala bagi meningkatkan produktiviti, kualiti kerja dan budaya kerja cemerlang di Mahkamah Perusahaan Malaysia bagi membawa Mahkamah Perusahaan Malaysia ke arah yang lebih berdaya saing dan kekal relevan; dan

(iv) perbincangan dua hala dengan Yang Arif Yang di-Pertua yang baru dilantik pada ketika itu bagi meneliti dan melihat semua hala tuju Mahkamah Perusahaan Malaysia terutama dari segi pengendalian, penyelesaian kes pertikaian perusahaan dalam masa yang cepat dan efektif bagi mencapai objektif Mahkamah Perusahaan Malaysia dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, persidangan selama tiga hari, dua malam ini melibatkan kos yang saya kira agak kecil iaitu sejumlah RM23,580 sahaja. Tidak tahu Yang Berhormat Ipoh Barat hendak tahu kenapa. Persidangan ini tidak semahal yang lain-lain. Persidangan ini adalah satu persidangan yang kos efektif, lebih manfaat jika dibandingkan dengan kos yang dibelanjakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan persidangan yang diadakan di Port Dickson bukan satu, untuk tukar pendapat tetapi sebenarnya picnic. Picnic di antara Industrial Court Chairman dengan keluarga mereka dengan keluarga pasangan mereka. There’s no real discussion in this matter.

Itu sebab bila saya dapat perkara ini, saya rasa satu pendekatan yang baru perlu diambil kerana selepas itu, pada bulan Januari, ada lagi satu persidangan di Kuching di mana Yang Berhormat Menteri telah memanggil semua Pengerusi Mahkamah Perusahaan untuk berjumpa beliau dan itu hanya untuk menyerahkan surat pelantikan satu lagi presiden yang baru untuk Mahkamah Perusahaan.

Selepas itu, hari ini ada lagi satu tukar pendapat, satu inisiatif yang baru yang sedang berlaku dari hari ini di Bangi. Ini menunjukkan within four months, fantastic number of meetings being held. Apa sudah jadi? Bukankah asas utama untuk mengadakan Mahkamah Perusahaan adalah untuk menyegerakan dan menyelesaikan masalah pekerja di negara ini tetapi tumpuan diberi lebih kepada mesyuarat-mesyuarat ini.

Saya hendak tanya adakah Yang Berhormat sedar bahawa dengan mengadakan persidangan-persidangan macam ini dari bulan November, Januari dan hari ini, bila Mahkamah Perusahaan berfungsi menunjukkan banyak kes telah ditunda dan di saat-saat akhir diberi notis bahawa kes ini ditunda sangat menyusahkan kepada pekerja-pekerja dan juga kepada business kami dalam negara ini.

Saya harap Yang Berhormat dan kementerian akan mengambil tahu. You must be Minister of Labor, not Minister of “anti-labor”.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Inilah masalah kita, Tuan Yang di-Pertua. Ini masalah kita bila persepsi dilakukan dan dibuat. Apabila seorang lain buat kerja tetapi kita tidak pernah respect apa yang orang lain buat kerja dan mengatakan semua yang orang buat tidak betul. Sebab itu saya tanya kenapa RM23,000 yang kita belanjakan begitu kecil, Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak baca sedikit. Berbanding dengan pulangan yang kita berikan kepada pekerja yang buat rayuan dengan Mahkamah Perusahaan, pada tahun lepas, kita selesaikan 639 perayu dalam Mahkamah Perusahaan dan kita telah bayar RM27 juta. Apa besarnya antara RM27 juta dengan RM20,000 ini, Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Sebab itulah saya mohon sebenarnya kerjasama daripada pihak sana. Saya mudah sahaja. Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan sebenarnya semua tidak baik.

Persepsi ini harus dipinda tetapi apabila faedah dapat ke kita, kita terima.

Saya tidak dapat buktikan Tuan Yang di-Pertua, sebab saya tidak terima ini semua. Kalau betul-betul berlaku, kita boleh mengambil tindakan tetapi saya minta Yang Berhormat kena tarik balik. Saya sebutkan bahawa di Sarawak, kita adakan satu. Kita adakan satu persidangan di Kuching pada Januari yang lepas. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Seminar Perhubungan Perusahaan dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Yang di-Pertua dan Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia telah berlangsung pada 20 dan 22 Hari bulan.

Tuan Yang di-Pertua, tahukah seramai 400 orang peserta terlibat termasuk masyarakat di Kuching yang kita berikan pendedahan kepada mereka, apa peranan Mahkamah Perusahaan, supaya kalau ada kes-kes yang melibatkan pemberhentian pekerja, tuntutan pekerjaan, mereka boleh bawa ke mahkamah. Akan tetapi bagi sebelah sana mengatakan semua untuk hiburan dan berseronok. Saya tidak bersetuju, Tuan Yang di-Pertua. Ini satu penghinaan yang cukup jahat. Cukup jahat, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta Yang Berhormat tarik balik kerana tidak hormati kerja yang orang lain lakukan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya tekankan apa yang saya kata dulu.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberikan penerangan yang panjang lebar mengenai isu ini. Soalnya, bagi saya, seminar yang seperti ini boleh memberikan impak yang lebih besar kepada kefahaman keseluruhan masyarakat khususnya di kalangan masyarakat pekerja dan termasuk juga kita, Ahli Dewan ini.

Persoalannya, apakah kementerian berhasrat untuk memperbanyakkan lagi seminar-seminar dan latihan-latihan seperti ini bagi meningkatkan kefahaman semua pihak agar memahami tugas dan fungsi mahkamah ini termasuk kita di kalangan Ahli Dewan ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Tuan Yang di-Pertua, ini soalan ada kualiti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Namun, menjadi hasrat dan juga tanggungjawab sesebuah kementerian atau pun jabatan termasuk kementerian kita dan Mahkamah Perusahaan. Sebab itulah kita hendak sepanjang masa meningkatkan kualiti dan keberkesanan kerja yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kita.

Dalam konteks ini Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerantut.

Dalam usaha meningkatkan kualiti penyampaian sistem perkhidmatan awam, public delivery system, dengan izin, pihak kementerian sentiasa menumpukan perhatian untuk pembangunan sumber manusia di Mahkamah Perusahaan Malaysia melalui latihan-latihan yang diberikan. Latihan-latihan ini Tuan Yang di-Pertua, termasuk latihan dalaman dan juga latihan luaran. Umpamanya pada tahun 2014 dan 2015, saya hendak sebutkan senarai kursus, bengkel dan seminar dalaman dilaksanakan pada 2014 ialah sebanyak 13 bengkel dan seminar termasuklah bengkel outcome-based budgeting, kursus keterangan, elektronik, seminar khas pengerusi, kursus senyum selalu, stress management, team building dan berbagai-bagai.

Begitu juga pada tahun 2015 Tuan Yang di-Pertua kita mengadakan bengkel, seminar bagi penilaian pencapaian prestasi dan hala tuju Mahkamah Perusahaan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan ini, kalaulah hakim-hakim atau pun pengerusi- pengerusi mahkamah ini pergi kursus, pergi bengkel hanya berseronok. Kenapa kita boleh mencapai tahap KPI Menteri kita? Kita letakkan 55 peratus tetapi kita mencapai tahap KPI Menteri pada tahun 2015 iaitu 59.7 peratus iaitu 107.2 peratus. Ini dengan sendiri saya menolak. Bukti ini menolak apa kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ipoh Barat.

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut atas keprihatinan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:50 AM

5. Datuk Aaron Ago anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, program-program yang telah dirangka serta telah dijalankan oleh pihak kementerian yang dapat menarik minat golongan belia di samping dapat menghindarkan mereka daripada terus terlibat dan terjerumus dengan masalah sosial.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk Saravanan A/L Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan telah merangka dan melaksanakan program-program yang sesuai dalam usaha menarik minat golongan belia di samping menghindarkan mereka daripada terus terlibat dan terjerumus dengan masalah sosial melalui pelaksanaan Program Pembangunan Komuniti dan Projek Angkat dan Upaya.

Pada masa yang sama, program-program yang mengasingkan impak positif kepada pembangunan belia seperti Program Kepimpinan, Program Keusahawanan, Program Pembangunan Sosial Hubungan Belia Antarabangsa dan Program Pembangunan Sahsiah terus dilaksanakan dengan lebih meluas dan melibatkan penyertaan pelbagai kaum dan peringkat.

Tuan Yang di-Pertua, KBS juga telah merangka pelbagai aktiviti sukan melalui penglibatan pihak NGO setempat bagi melibatkan lebih ramai belia mengikuti aktiviti sukan untuk semua. Sebagai contoh aktiviti Fit Malaysia dan juga liga sukan untuk semua (LiSUS) yang dilaksanakan di peringkat daerah, negeri, anjuran KBS turut melibatkan penyertaan sehingga ke peringkat akar umbi. Secara umumnya program yang dilaksanakan ini berupaya mencegah dan menangani masalah jenayah serta memenuhi keperluan jati diri dan rohani di kalangan belia. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kawasan Parlimen Kanowit adalah kawasan di luar bandar Sarawak yang sekarang ini dengan sedikit sebanyaknya pembangunan dan juga dihubungi oleh jalan raya kepada bandar-bandar besar seperti Sibu dan Sarikei. Jadi, golongan remaja juga sekarang ini pun dari rumah- rumah panjang yang tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka juga terdedah kepada gejala sosial yang didapati di bandar dan di bawah balik ke rumah panjang dan kampung- kampung.

Yang Berhormat Menteri, saya amat berterima kasihlah ke atas pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh kementerian seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri saya pun tidak merasa program-program ini telah disampaikan kepada kawasan-kawasan luar bandar seperti di Kanowit dan sebagainya. Jadi, saya menyeru kepada kerajaan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mereka di sini juga dapat menikmati program-program atau aktiviti-aktiviti yang dapat membanteras masalah remaja ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Saravanan A/L Murugan

Tuan Yang di-Pertua, kita lihat golongan belia merupakan sebahagian yang besar. Hampir separuh daripada penduduk Malaysia merupakan golongan belia di antara umur 15 hingga 40 tahun. Ini menunjukkan golongan belia akan menentukan masa depan negara kita satu ketika nanti. Maka, program-program yang dianjurkan khususnya kawasan-kawasan luar bandar Kementerian Belia dan Sukan harap persatuan-persatuan belia dan badan-badan bukan kerajaan setempat untuk memainkan peranan yang penting.

Walau bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan melalui agensi-agensi di bawah Jabatan Belia dan Sukan sedar dan telah mengambil pelbagai langkah-langkah positif untuk memastikan kita reach out golongan belia-belia ini khususnya di kawasan- kawasan luar bandar. Kebanyakan program-program kementerian berasaskan untuk memastikan golongan belia di peringkat akar umbi dapat menyertai. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Berkait dengan isu ini saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian bagaimana tentang kemudahan pusat-pusat sukan di kawasan-kawasan Parlimen atau pun di luar-luar bandar sebab setakat ini aktivitinya bergantung kepada penganjurannya yang dianjurkan semasa. Apabila selesai penganjuran semasa, kemudian ditinggalkan program itu, belia-belia akan terus hilang tempat mereka hendak berekreasi atau pun untuk mengadakan aktiviti sukan mereka.

Kemudian, yang kedua untuk memastikan supaya aktiviti-aktiviti ini tidak mendedahkan mereka kepada perkara-perkara gejala sosial dan seumpamanya perlu dilihat dan juga dikaji kepada program pengisian aktiviti pembangunan belia itu sendiri termasuk sukan dan juga hiburan. Sebab saya tengok anjuran sukan untuk belia supaya belia tidak terjebak dalam aktiviti sosial tetapi program pengisian dalam aktiviti sukan itu sendiri mendorong mereka terlibat dalam gejala sosial seperti pergaulan bebas lelaki perempuan dan seumpamanya. Jadi, mohon penjelasan.

final • 10:50 AM

Datuk Saravanan A/L Murugan

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, dari segi kemudahan kita lihat negara kita merupakan salah satu negara yang cukup lengkap dengan kemudahan-kemudahan sukan. Walau bagaimanapun, hari ini kita lihat pembangunan sektor-sektor sukan atau pun kemudahan-kemudahan asas seperti sukan mengikut daerah. Walaupun penyertaan daripada Parlimen-parlimen tetapi dari segi kemudahan asas ini kebanyakan adalah mengikut daerah dan negeri dengan peruntukan yang sedia ada.

Walau bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan sedang dan telah pun membina kemudahan-kemudahan ini dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kewangan. Saya rasa dia ada. Seterusnya, mengenai program-program pembangunan belia. Kita telah mengagihkan program ini mengikut beberapa kategori. Yang pertama program-program kepimpinan untuk memastikan, melahirkan modal insan yang berkualiti daripada golongan belia. Kita adakan program-program kepimpinan seperti Program Felo Perdana, Majlis Perundingan Belia Negara di mana suara atau pun hasrat belia harus disampaikan di peringkat atasan. Kita menggunakan program seperti Malis Perundingan Belia Negara di mana program ini diaturkan di peringkat Kebangsaan, negeri dan juga daerah supaya mereka pastikan hasrat mereka disampaikan.

Seterusnya Program Belia Negara di peringkat pusat, Anugerah Perdana Belia, Kursus Kepimpinan Organisasi. Ini adalah program-program di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Dia untuk melahirkan modal insan dari segi kepimpinan.

Seterusnya, program-program keusahawanan. Kita lihat hari ini dalam masa beberapa tahun negara akan menjadi negara berpendapatan tinggi. Maka, kedudukan ekonomi belia adalah cukup penting. Dengan ini, Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan pelbagai program keusahawanan seperti berikut:

(i) Kursus Asas Keusahawanan;

(ii) Kursus Teknikal Belia Tani;

(iii) Promosi dan Pameran Keusahawanan;

(iv) Program Outreach Usahawan Belia;

(v) Program Reka Bentuk Pembungkusan dan Pelabelan;

(vi) Kursus Perniagaan Intensif; dan

(vii) Program Pembangunan Sosial yang diadakan tiga kali setahun melalui KLD Tunas Samudera di mana kita bekerjasama dengan navy.

final • 10:50 AM

Datuk Saravanan A/L Murugan

Ini adalah program di peringkat kebangsaan dan negeri. Seterusnya, kita juga ada program di peringkat antarabangsa seperti Ship for Southeast Asian and Japanese Youth Program, dengan izin, ASEAN Youth Volunteer, Pertubuhan Belia Malaysia di ASEAN, Malaysia Fukuoka-Japan, Malaysia-Korea, Malaysia-China, Malaysia-Jepun, Malaysia- Indonesia, Malaysia-Brunei, dan Malaysia-Singapura. Ini adalah program-program di peringkat antarabangsa di mana kita adakan new exchange program itu supaya belia kita dapat belajar daripada negara-negara yang lebih maju daripada kita.

final • 11:00 AM

Datuk Saravanan A/L Murugan

Seterusnya, program pembangunan sahsiah adalah seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat, walaupun kita daripada segi aktiviti sukan dan pelbagai aktiviti belia wanita dan belia campur tetapi untuk memastikan mereka melakukan secara betul dan sah, program-program pembangunan sahsiah seperti Program Kepimpinan Belia Muda Islam, Kem Anak Muda Unggul dan sebagainya.

Walaupun Kementerian Belia dan Sukan adakan pelbagai program yang pentingnya adalah penyertaan golongan belia. Saya harap dan mohon di Dewan yang mulia ini kita sebagai pemimpin masyarakat jangan serahkan semua kepada Kementerian Belia dan Sukan sahaja. Harus menjadi tanggungjawab setiap pemimpin untuk memastikan kita membantu dan mendorong anak-anak muda kita supaya menyertai program-program seperti ini. Sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, boleh satu lagi Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Rambut sudah putih mahu tanya pasal soal belia lagi.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Ketawa] Ya saya pernah muda, saya pernah belia. Saya pernah jadi belia...

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua sebab ini satu kementerian yang sangat famous yang dikenali sebagai ‘kebas’, kementerian ‘kebas’, Kementerian Belia dan Sukan...

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Cuma saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sebab saya lihat bahawa program- program yang dimasukkan tadi itu tidak menjurus mencapai kepada satu matlamat.

Yang Berhormat hanya menyebut bahawa program dibuat seperti soalan dikemukakan tetapi keberkesanan tidak kelihatan sebab saya lihat bahawa kementerian ini lebih tertumpu kepada program yang bersifat grand, besar, gah, kehadiran yang begitu ramai secara ‘kepestaan’ dan sebagainya. Jadi, itu menyebabkan saya hendak dapatkan penjelasan kenapa peruntukan-peruntukan dalam bajet untuk tahun 2015 kepada pembangunan belia, penyelarasan Rakan Muda, kemudian kepada Program Pembangunan Rakan Muda ditarik untuk menjayakan- ditarik peruntukan-peruntukan tersebut itu bagi menjayakan Program Festival Hari Belia Negara.

Jadi, ini yang menyebabkan program-program itu tidak dapat dilaksanakan secara yang lebih baik. Oleh sebab festival belia asalnya RM10 juta tetapi perbelanjaan jadi RM30 juta kerana ditarik daripada peruntukan-peruntukan Rakan Muda, pembangunan belia, pembangunan sukan. Ini yang berlaku. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Datuk Saravanan A/L Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat walaupun bukan lagi belia tetapi masih berjiwa belia, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua seperti mana saya sebut...

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ia macam Tuan Yang di-Pertua juga, walaupun bukan belia tetapi masih nampak ceria.

final • 11:00 AM

Datuk Saravanan A/L Murugan

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana saya sebut sebelum ini Kementerian Belia dan Sukan bukan sahaja hanya mengadakan program- program besar di peringkat pusat tetapi kita juga adakan program-program di peringkat daerah, negeri dan cawangan supaya kita memastikan program-program Kementerian Belia dan Sukan sampai ke peringkat di akar umbi.

Kedua mengenai program-program yang diadakan di peringkat pusat seperti Hari Belia dan sebagainya, ini adalah mengikut aspirasi belia. Mungkin Yang Berhormat sudah lama tinggalkan golongan belia mungkin tidak faham aspirasi belia. Segala program ini dirancang dan direka mengikut aspirasi belia. Kalau kita buat mengikut konsep Yang Berhormat mungkin golongan belia tidak akan menyertai program-program ini.

final • 11:00 AM

Datuk Saravanan A/L Murugan

Jika kita lihat kejayaan Hari Belia Negara hampir satu juta orang belia telah menyertainya. Ini menunjukkan program yang direka oleh Kementerian Belia dan Sukan mengikut aspirasi belia, itu yang penting. Itu yang membuktikan sambutan luar biasa daripada golongan belia telah membuktikan program itu berjaya daripada segi menarik daya minat golongan belia.

Kedua, apa Yang Berhormat sebut tadi mengenai peruntukan-peruntukan ditarik daripada aktiviti lain untuk menjayakan Program Hari Belia Negara sama sekali tidak benar.

Kita tidak pernah kompromi dengan apa-apa program ditarik daripada program asal. Itu sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

6. Tuan Ng Wei Aik [Tanjong] minta Menteri Kesihatan menyatakan, rasionalnya graduan-graduan perubatan kini terpaksa menunggu lebih setahun untuk mendapatkan tempat sebagai doktor pelatih di mana-mana hospital kerajaan di Malaysia melalui sistem houseman. Apakah usaha yang akan diambil bagi memastikan pengetahuan dan kepakaran seseorang graduan perubatan tidak terjejas dengan begitu lama waktu untuk dijadikan sebagai doktor pelatih.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tuan Ng Wei Aik Tanjong. Soalan ini adalah berkenaan dengan latihan houseman Tuan Yang di-Pertua. Tempoh masa menunggu mendapatkan tempat untuk menjalani latihan siswazah bergantung pilihan tempat oleh graduan itu sendiri dan kekosongan jawatan.

Ini adalah kerana pilihan penempatan untuk latihan siswazah dibuat sendiri oleh para graduan atas talian atau online eHousemen. Jika graduan memilih untuk ditempatkan ke hospital di luar Lembah Klang atau di pedalaman yang mempunyai banyak kekosongan maka graduan tidak perlu menunggu lama untuk menjalani latihan siswazah. Sebaliknya jika graduan tersebut berhasrat untuk bertugas di bandar-bandar yang tiada kekosongan maka graduan tersebut perlulah menunggu lebih lama lagi.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan pengetahuan dan kepakaran seseorang graduan perubatan tidak terjejas dengan begitu lama untuk dijadikan sebagai doktor pelatih maka kerajaan telah pun mengambil langkah untuk mengadakan pengambilan pegawai perubatan siswazah secara lebih kerap iaitu setiap dua bulan sekali. Selain itu, pengetahuan dan kepakaran mereka dipertingkatkan melalui latihan di mana tempoh masa latihan siswazah telah ditambah daripada setahun kepada dua tahun mulai tahun 2008 dan dari tiga disiplin ataupun bidang kepada enam disiplin ataupun bidang, Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya adakah kerana masalah ini adalah berkenaan dengan sistem tersebut yang terlalu bebas untuk siswazah itu membuat pilihan atau kerana bekalan yang ada sekarang lebih daripada permintaan di pasaran? Sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, memang graduan perubatan dari luar negara dan dalam negara memang bertambah. Bertambah tiga kali ganda daripada dahulu. Sekarang dalam lingkungan graduan dalam lingkungan 4,000 orang ke hampir 5,000 orang setahun. Jadi apabila pelatih houseman dua tahun maknanya at any one time, dengan izin, terdapat 10,000 orang lebih graduan ataupun houseman yang berlatih.

Jadi setakat ini Tuan Yang di-Pertua, jawatan masih mencukupi dan sebenarnya ada kekosongan lagi dan akan diisi segera. Sebenarnya sistemnya ialah apabila dia graduate, apabila graduation sama ada dalam negeri atau luar negara dia balik dia akan berdaftar dengan MMC. Selepas itu, dia akan dipanggil oleh SPA untuk buat temu duga.

Dalam temu duga ini pun ada yang gagal Tuan Yang di-Pertua kerana apabila kita tanya tentang denggi, graduan dari luar negara tidak tahu tentang denggi, ada yang tidak tahu tentang tuberculosis.

Bila jadi begini, maka ditangguhkan sekejap supaya dia diberi peluang lagi sekali datang interview. Itu yang melambatkan. Apabila sudah masuk houseman ia makan masa.

Seperti yang saya sebutkan tadi masanya ialah kena menunggu, menunggu kekosongan kerana dalam kawasan Lembah Klang memang popular. Ramai yang pohon untuk bekerja ataupun berlatih di Lembah Klang. Oleh sebab itu waiting time adalah lama.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Akan tetapi kalau dia pergi ke luar bandar, ke Sabah Sarawak memang ada kekosongan dan dia boleh pergi berlatih segera, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya ringkas sahaja kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat menyatakan bahawa ada waiting time dan segala-galanya. Jadi, saya hendak bertanya mengenai apakah tindakan proaktif kementerian bagi mengisi masa menunggu graduan perubatan sementara mereka mendapat tempat doktor pelatih? Apakah kementerian ada membuat apa-apa program yang boleh dijalankan sementara mereka tidak mempunyai apa-apa yang dibuat waktu menunggu itu? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini latihan sementara menunggu itu kita tidak buat, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi saya pun mengalami perkara ini, latihan begini lama enam tahun berlatih. Saya kira mereka juga perlu ada masa untuk rehatlah. Kalau kita lihat doktor kita ini yang dilatih bertubi-tubi dengan berbagai-bagai intensif. Mereka sudah acquire satu habit untuk membaca. Dalam masa enam bulan itu mereka boleh membaca. Saya pun sendiri sekarang ini membaca juga. Maknanya habit untuk membaca itu diteruskan. Ini satu cara untuk mereka keep up dengan pengetahuan semasa. Memang dia berubah tiap-tiap- perubatan sentiasa berubah.

Saya sendiri pun yang ubat-ubat yang lama saya ingat, yang baru saya kena baca, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

7. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan] minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) adakah pihak kerajaan akan mengiktiraf ujian Unified Examination Certificate iaitu UEC, sebagaimana yang dibuat oleh Kerajaan negeri Sarawak; dan

(b) berapa ramaikah murid yang terlibat, akibat daripada keengganan pihak kerajaan untuk mengiktiraf kertas ujian UEC ini serta kesannya kepada sistem pendidikan.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalananthan A/L P. Panchanatha

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Putatan yang mengemukakan soalan.

Tuan Yang di-Pertua, pendirian Kementerian Pendidikan Malaysia adalah kekal untuk tidak mengiktiraf peperiksaan Unified Examination Certificate atau UEC. Pendirian ini adalah selaras dengan pendirian pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 November 2015 yang berbunyi begini, “Pada masa ini kerajaan tidak dapat mengiktiraf UEC kerana ia tidak berasaskan kurikulum kebangsaan dan tidak menepati Falsafah Pendidikan Negara. Ini adalah realiti yang perlu diterima kerana ia mempunyai kaitan dengan kepentingan dan kedaulatan negara.” Itu petikan daripada minit mesyuarat Jemaah Menteri.

Berdasarkan data enrolment Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) mengikut cohort seperti pada 31 Januari 2016, secara puratanya seramai 12,000 murid akan menduduki peperiksaan UEC setiap tahun di peringkat Junior 3 dan Senior Modul 3.

UEC merupakan peperiksaan yang dilaksanakan oleh Sekolah Menengah Persendirian Cina yang juga merupakan institusi pendidikan yang tidak dikawal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum bahawa UEC merupakan peperiksaan yang dikelolakan oleh *Malaysian Independent Chinese Secondary School

(MICSS)* yang tidak akur kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan yang begitu singkat.

Our country is a beautiful country, dengan izin, our government is a beautiful government, dengan izin, our country is perpaduan begitu harmoni, our government begitu harmoni dengan penyertaan semua bangsa, beautiful. Adakah negara-negara jiran kita seperti di Filipina, di Indonesia, di Thailand ada sekolah jenis kebangsaan Cina, ada sekolah jenis kebangsaan Tamil? Tidak ada. Jadi kekalkan kebahagiaan kita dengan beautiful country dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi soal yang saya hendak hantarkan, jangan kita langsung menolak idea ini yang mana Yang Berhormat Ayer Hitam pernah tonjolkan satu ketika beberapa tahun yang lalu.

Jadi soal yang ditanya oleh masyarakat-masyarakat yang tertentu untuk soal ini adakah pihak kementerian berdialog dengan dia, mengerti fahaman dengan nasionalisme negara kita? Jadi kalau kita, kalau kehendak kerajaan atau kementerian itu memerlukan dasar education polisi kita dalam negara kita ini, adakah yang pemohon ini bersetuju terutama sekali UEC ini memerlukan kredit dalam bahasa Melayu? Kalau itu sebagai negara yang nasionalistik, nasionalisme, maka kenapa kita tidak dapat berdialog dengan dia orang selain daripada menolak, tolak begitu sahaja? Saya minta penjelasan daripada Menteri kalau ada ini dalam fikiran kementerian untuk berdialog dengan the stakeholders.

final • 11:10 AM

Datuk P. Kamalananthan A/L P. Panchanathan

Terima kasih Yang Berhormat Putatan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perbincangan kita sentiasa adakan. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia walau apa pun tajuk-tajuk ataupun topik-topik baru yang diperbincangkan sebelum pelaksanaannya, kita akan adakan perbincangan dengan stakeholders. Kita tidak pernah menutup pintu perbincangan dengan mana-mana organisasi kerana harapan kita dan juga harapan semua organisasi ialah untuk melihat mutu pendidikan negara bertambah baik dan kita terima. Seperti mana Yang Berhormat Putatan katakan sebentar tadi kita sedia menerima dialog dan juga cadangan-cadangan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Putatan, sekolah-sekolah menengah persendirian Cina ini dia ada mula daripada peralihan, Junior 1, Junior 2, Junior 3, Senior 1, Senior 2, Senior 3, dengan izin. Tingkatan 5 pelajar-pelajar Tingkatan 5 di sekolah kerajaan dia sama dengan Senior 2 Tingkatan 5 di sekolah-sekolah UEC ini. Daripada 11,332 orang pelajar yang menduduki peperiksaan Senior 2 UEC, hampir 3,000 orang pelajar yang menduduki peperiksaan UEC ini juga menduduki peperiksaan SPM. Sekiranya mereka berjaya, mereka boleh meneruskan pendidikan mereka dalam mana-mana institusi pendidikan awam IPG, IPTA, dibenarkan.

Maka ruangnya ada 3,000 orang pelajar daripada 11,000 orang pelajar yang menduduki sistem UEC yang menduduki peperiksaan SPM sekiranya mereka berjaya mereka boleh meneruskan perjalanan mereka. Itu hala tuju. Kita masih bersedia berbincang bagaimana kita dapat bekerjasama itu kerana matlamat kita ialah memastikan dasar dan juga masa depan pendidikan negara ini diterima baik oleh semua rakyat Malaysia itu yang penting. Terima kasih Yang Berhormat Putatan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Menteri, saya minta penjelasan sedikit sebab saya rasa khuatir terhadap pendirian kerajaan kerana kalau kerajaan menolak pelajar-pelajar UEC ini yang benefit daripada itu adalah negara-negara lain seperti Singapura, seperti Amerika Syarikat, seperti di UK dan juga di Hong Kong dan sebagainya. Ini sebab saya pernah bekerja di US dan kawan-kawan saya di US ramai antara mereka adalah top engineers yang begitu berjaya dan mereka adalah graduan-graduan UEC. Apabila tanya mereka hendak balik ke Malaysia kah atau tidak? Mereka kata tidak ada peluang kerana tidak direcognize. Jadi ini adalah masalah brain drain. Mereka adalah pelajar-pelajar yang pintar, pelajar-pelajar yang qualified tetapi tidak ada peluang-peluang di Malaysia. Jadi maka mereka settlelah jadi citizen atau jadi PR di negara-negara lain. I mean ini adalah satu kerugian kepada negara. Apabila Menteri kata UEC ini tidak patuh kepada dasar-dasar kerajaan. Akan tetapi saya pun hendak tanya juga A Level atau O Level pun tidak mematuhi dasar-dasar kerajaan I mean Dasar Pendidikan Negara. Akan tetapi local university pun ambil orang-orang dari Arab, dari Indonesia, dari China, dari luar negara. Mereka pun boleh masuk universiti tempatan. Jadi ini adalah satu ketidakadilan di mana rakyat tempatan tidak mempunyai peluang masuk universiti tempatan tetapi rakyat luar negara boleh masuk.

Jadi saya minta penjelasan daripada Menteri how do you reconcile this? Perlu ada satu road map untuk supaya UEC ini direcognize.

final • 11:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kalau tidak, rugilah adalah negara. *What is the road map from the government?

What is the concession* yang kerajaan boleh terima UEC ini? Sedikitlah what is the road map, what is the plan, what is the concession yang kerajaan sanggup untuk terima UEC.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan

Terima kasih, Yang Berhormat Bayan Baru, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bayan Baru tidak harus khuatir kerana Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa akan beri keutamaan kepada pelajar-pelajar negara kita. Seperti mana yang saya kata tadi kepada Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat kita tidak pernah mengatakan pelajar-pelajar UEC ini tidak diberi peluang langsung untuk memasuki sistem pendidikan negara. Tidak pernah, malah ada ruang seperti mana yang saya kata tadi 11,332 pelajar Senior 2 ataupun tingkatan bersamaan SPM, 3,000 pelajar menduduki peperiksaan SPM, 11,000 pun boleh menduduki peperiksaan SPM tetapi itu pilihan mereka. Kita mengalu-alukan mereka menduduki peperiksaan SPM.

Benar, ada pelajar-pelajar antarabangsa belajar di universiti-universiti negara kita.

Kita harus ambil maklum, MQA akan buat penyetaraan keperluan kelayakan mereka untuk memasuki kursus-kursus yang tertentu dalam IPTA-IPTA berkenaan dan mereka akan membuat keputusan yang mana mereka boleh ambil kira, tidak boleh ambil kira, sama.

Akan tetapi, sebagai pentingnya, sebagai rakyat Malaysia, kita ada syarat-syaratnya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, daripada 2.2 juta pelajar yang belajar aliran perdana sekolah menengah, 2,220,679 pelajar-pelajar yang belajar di arus perdana sehingga 31 Januari 2016, 82,000 pelajar sahaja, pelajar di UEC, 3.7 peratus.

Maka aliran perdana memberi ruang yang besar kepada semua rakyat Malaysia.

Itu harapan kita dan kita sedia berunding dan perundingan ini pernah diadakan akan terus diadakan bagaimana kita dapat bekerjasama kerana sudah ada laluan-laluan kita untuk bekerjasama. Tidak pernah kita tutup pintu bekerjasama, mendengar pandangan. Itu cara kita dan kita terus membuka pintu untuk tengok bagaimana kita dapat menyelaraskan perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ustaz Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali, Kuala Nerus.

final • 11:20 AM

8. Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, cabaran-cabaran dan langkah- langkah yang diambil dalam usaha memperkasa pertumbuhan sektor komoditi di negara ini.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Dato’ Noriah binti Kasnon

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Pantun dijawab dengan jawapan, bukan pantun.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sektor komoditi merupakan salah satu penyumbang utama kepada pendapatan eksport negara. Pada tahun 2015 eksport sektor komoditi merupakan penyumbang kedua terbesar kepada pendapatan eksport negara dengan nilai sebanyak RM117.1 bilion. Cabaran utama sektor komoditi adalah memastikan pembangunannya ialah mengikut prinsip-prinsip kemapanan dan memandangkan pembangunan sektor komoditi sering kali dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar. Ini termasuklah keperluan persijilan kemapanan dan sumber yang sah bagi produk-produk seperti sawit dan kayu-kayan.

Tuan Yang di-Pertua, cabaran-cabaran lain yang turut dihadapi oleh sektor komoditi ini termasuklah juga satu meningkatkan produktiviti jangka panjang terutamanya bagi tanaman sawit, getah, koko dan lada. Ini adalah memandangkan kepada kekangan tanah yang sesuai untuk memperluaskan tanaman-tanaman tersebut di samping komitmen negara untuk mengekalkan kawasan liputan hutan melebihi 50 peratus.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Dato’ Noriah binti Kasnon

Kedua, meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi memperkukuhkan sektor hiliran. Ini termasuk penghasilan produk-produk baru dan nilai tambah kepada produk yang inovatif dan memenuhi cita rasa pasaran. Langkah ini akan membolehkan industri komoditi berdaya saing dengan pasaran global dan menangani cabaran daripada pengeluar-pengeluar baru dengan kos yang lebih munasabah.

Ketiga, mengurangkan kebergantungan industri komoditi kepada tenaga buruh terutamanya buruh asing. Di sektor perladangan sawit umpamanya hampir 73.5 peratus adalah daripada tenaga buruh asing. Keempat, ketidakstabilan harga komoditi khususnya getah dan sawit yang mana seperti komoditi lain bergantung kepada faktor-faktor seperti penawaran dan permintaan, pertumbuhan ekonomi global, pergolakan politik antarabangsa dan juga pergerakan mata wang asing.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian akan meneruskan usaha-usaha untuk memperkukuhkan pertumbuhan industri komoditi dengan mengambil kira bahawa hampir 40 peratus daripada tanaman sawit adalah diusahakan oleh pekebun kecil manakala lebih 95 peratus bagi komoditi-komoditi lain juga oleh pekebun kecil. Oleh yang demikian, sebarang perubahan dari segi permintaan dan harga mempunyai implikasi kepada pendapatan pekebun kecil di luar bandar. Langkah-langkah untuk memperkukuhkan pertumbuhan industri komoditi termasuk juga:

(i) meningkatkan produktiviti dengan mengukuh aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam penghasilan bahan tanaman yang berkualiti;

(ii) meningkatkan aktiviti mekanisasi bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh yang saya sebutkan tadi;

(iii) meningkatkan penggunaan produk-produk komoditi dalam negara ke arah menghasilkan produk-produk nilai tambah dan mengurangkan stok dalam negara;

(iv) merundingkan akses pasaran yang lebih baik di bawah perjanjian kawasan perdagangan bebas ataupun FTA, dengan izin;

(v) menganjurkan misi-misi teknikal dan promosi ke pasaran- pasaran sedia ada dan juga pasaran-pasaran baru termasuklah juga kerjasama penyelidikan seperti yang telah saya sebutkan terlebih dahulu di China dan insya-Allah di India; dan

(vi) memperluas dan memperkukuhkan aktiviti pensijilan kemapanan terutama bagi minyak sawit dan kayu-kayan dan dalam kes minyak sawit pensijilan di bawah Malaysian Sustainable Palm Oil, dengan izin, MSPO Tuan Yang di-Pertua, akan diperluaskan termasuk tanaman pekebun kecil dan sijil kemapanan kayu- kayan di bawah Malaysian Timber Certification Scheme atau MTCS, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia juga bekerjasama dengan lain-lain pengeluar komoditi dan badan-badan antarabangsa dan serantau bagi menangani isu-isu ke arah memperkukuhkan pembangunannya termasuklah, dengan izin, kerangka Council of Palm Oil Producing Countries (COPC), International Tripartite Rubber Council (ITRC), Association of Natural Rubber Producing Countries (ANRPC), International Tropical Timber Organization (ITTO), International Cocoa Organization (ICCO), dan juga International Pepper Community (IPC).

Akhir sekali, pihak kementerian Tuan Yang di-Pertua akan terus melaksanakan langkah-langkah untuk memperkasakan pertumbuhan sektor komoditi ini bagi memastikan industri komoditi akan terus berdaya saing dan terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Sektor komoditi ini melibatkan ramai rakyat marhaen terutama sawit dan juga getah.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Mereka yang terlibat saya tengok data 200,000 lebih di kalangan rakyat miskin terlibat dengan sektor ini dan getah pula 450,000 keluarga. Mana kalau satu keluarga kita ambil ada lima orang hampir 700 keluarga terlibat. Kalau kali lima 3.5 juta rakyat kita yang terlibat dalam sektor ini.

Ertinya penurunan harga memberi kesan besar dan saya ucap tahniah kepada kerajaan yang memberikan jawapan perancangan jangka masa panjang kerajaan tetapi bagaimanakah kerajaan hendak bertindak supaya rakyat marhaen ini tidak terjejas pendapatan mereka kerana kita pernah mencadangkan supaya harga getah sebagai contoh distabilkan dengan harga RM4 dan kerajaan top up membeli dengan harga RM4 seperti dibuat oleh Kerajaan Thailand. Nampaknya pandangan itu tidak mendapat perhatian daripada kerajaan. Saya hendak minta pandangan balas Menteri pada hari ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Noriah binti Kasnon

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya kira sebagaimana prihatin Yang Berhormat prihatin juga lebih-lebih lagi pihak kerajaan. Yang Berhormat ringkasnya seperti yang saya katakan tadi memang sektor komoditi ini khasnya sawit dan getah daripada kalangan pekebun kecil untuk rakyat kebanyakan rakyat marhaen 40 peratus pekebun kecil untuk sawit dan 95 peratus pekebun kecil untuk getah dan pihak kerajaan memandangkan prihatin kepada trend penurunan harga getah asli sekarang. Sebagai mana kata Yang Berhormat tadi bukan kerajaan tidak mahu memenuhi tuntutan ataupun keperluan sebagai mana yang disebutkan.

final • 11:20 AM

Dato’ Noriah binti Kasnon

Sebagaimana Yang Berhormat maklum, di sebalik permintaan untuk harga lantai, pihak kerajaan mengubahsuai sedikit kaedahnya, kita memberikan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) di mana apabila harga getah turun pada paras sekarang SMR 20 pada RM5.50 ataupun cup lumps pada harga RM2.20, pihak kerajaan memberikan insentif pada harga purata bulanan dan boleh dituntut. Mungkin yang menjadi sedikit masalah kepada pekebun kecil sekarang adalah kaedah pelaksanaan dan itu pun sedang kita perhalusi dan insya- Allah, akan kita tambah baik untuk lebih memudahkan rakyat mendapat bayaran insentif tersebut, Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman, pihak kerajaan setakat ini menyediakan RM200 juta untuk tujuan IPG ini dari tahun 2015. Tuan Yang di-Pertua, jadi tidak ada kalau kata kita tidak prihatin dan sebagainya. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim

Saya mohon menyokong.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:32 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2015) 2016 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN TAMBAHAN (BIL.1) 2016 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2015) 2016 dan Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2016 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 11:32 AM

Tuan Pengerusi

Sila Timbalan Menteri.

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM3,313,620,794 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2015 bagi maksud-maksud Bekalan B.1, B.6, B.12, B.13, B.28, B.43 dan B.63 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan Jadual dan wang sejumlah tidak lebih daripada RM391,000,460 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2015 bagi maksud-maksud Pembangunan P.6, P.7, P.10, P.13, P.21, P.22, P.23, P.24, P.25, P.27, P.28, P.29, P.31, P.32, P.45, P.46, P.47, P.48, P.60, P.62, P.63 dan P.64 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2, Tahun 2016, dan Kertas Perintah 3, Tahun 2016 masing-masing dijadikan anggaran perbelanjaan.

Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan-peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2015 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2015 telah pun dibentangkan terdahulu.

Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran peruntukan tambahan ini adalah juga diberi dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2A, Tahun 2016 bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2015, dan Kertas Perintah 3A, Tahun 2016 bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2015. Oleh itu, saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi.

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

final • 11:34 AM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan iaitu setiap Ahli Yang Berhormat diberikan tempoh masa selama 10 minit untuk perbahasan di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan

(2015) 2016.

final • 11:34 AM
Maksud B.1 dan B.6 [Jadual] - Maksud P.6 dan P.7 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2015] -

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.1 dan B.6 dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas. Tiada yang mahu bahas?

[Tiada perbahasan]

final • 11:34 AM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM41,000,000 untuk Maksud B.1 dan RM50,353,699 untuk Maksud B.6 di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM41,000,000 untuk Maksud B.1 dan RM50,353,699 untuk Maksud B.6 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 11:34 AM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM70 untuk Maksud P.6 dan RM15,000,000 untuk Maksud P.7 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM70 untuk Maksud P.6 dan RM15,000,000 untuk Maksud P.7 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 11:34 AM
Maksud B.12 [Jadual] - Maksud P.10 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2015] -

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas. Perkara ini cuma perkara token dan saya rasa tidak perlu dibahas.

final • 11:34 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:34 AM

Tuan Pengerusi

B.12? Sila. P.10 tidak perlu dibahas kerana token, B.12 perlu.

Sila.

final • 11:34 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. B.12 ini saya lihat maksudnya ialah peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun dan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, pemberian kepada rizab negeri. Kalau kita lihat asal anggarannya ialah RM480 juta, dan sekarang ditambah RM240 juta. Nampaknya ia adalah 50 peratus tambahan. Ini adalah satu tambahan yang cukup mendadak.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi bagi saya, kementerian kenalah memberikan alasan yang betul ataupun munasabah kenapa tiba-tiba naik anggaran 50 peratus dan yang lebih penting ialah negeri mana yang mendapat peruntukan ini? Apakah breakdown atau butiran setiap negeri dapat berapa? Kelantan dapat berapa? Saya dari Kelantan, saya hendak tahulah Kelantan dapat berapa, Selangor dapat berapa, Perak berapa. Jadi kalau boleh, diberikan penjelasan penuh daripada Menteri mengapa meningkat 50 peratus dan juga diberikan kepada siapa.

Itu sahaja, terima kasih.

final • 11:36 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

final • 11:36 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sekejap, Tuan Pengerusi.

final • 11:36 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ingatkan tidak ada yang hendak bangun, Yang Berhormat. Saya sudah pusing kiri dan kanan, tidak ada yang bangun. Ya, Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 11:36 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan perkara yang sama, saya juga ingin tahu mengenai adakah Kumpulan Wang Rizab Negeri ini tujuan perbelanjaannya bukan sahaja- kerana kita tahu bahawa tahun lepas ada musibah banjir dan ada banyak insiden-insiden yang tertentu berlaku dan kita ingin tahu bagaimana wang-wang tersebut telah dibelanjakan. Adakah kita mempunyai satu perancangan? Adakah ini adalah satu polisi, penambahan tersebut, atau ia hanya one-off untuk tahun lepas?

Juga, bagaimana pula untuk negeri-negeri seperti Pulau Pinang yang juga ada banyak masalah seperti banjir dan sebagainya, adakah wang ini boleh diberikan kepada negeri-negeri seperti Pulau Pinang? Kita pun hendak tahu tentang Sarawak dan Sabah tentang ini sebab Sabah pun ada gempa bumi serta pelbagai insiden yang berlaku.

final • 11:38 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tahun lepas adalah tahun yang sangat mencabar, dan kita mahu kerajaan kalau boleh meningkatkan perancangan kerajaan untuk meningkatkan rizab negeri- kerana kita tahu bahawa Kerajaan Pusat telah dapat banyak duit daripada GST.

final • 11:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akan tetapi, wang GST ini tidak dikongsi kepada negeri. Padahal duit-duit ini datang daripada negeri-negeri, daripada rakyat yang membayar wang GST dan kita tahu bahawa di negara-negara maju wang GST ditentukan oleh local government, dikutip oleh local government untuk pembangunan setempat. Kalau boleh duit ini diperbanyakkan, kumpulan wang rizab negeri diperbanyakkan kepada negeri. Minta penjelasan daripada Menteri. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 11:40 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi,kepada menteri mengenai peruntukan kepada wang yang terkandung yang RM240 juta ini, untuk belanja mengurus kumpulan wang pendahuluan negeri. Kalau kita tengok keseluruhan peruntukan tambahan pertama 2015 ini, ada dua kementerian yang menerima peruntukan tambahan untuk masalah yang berkaitan dengan banjir. Satu kementerian Pembangunan Luar Bandar dan satu lagi Kementerian Pendidikan.

Kementerian bencana belum ada nampak lagi. Jadi adakah wang tambahan RM240 juta untuk pendahuluan negeri ini sebahagiannya digunakan untuk membayar balik perbelanjaan-perbelanjaan yang berkaitan dengan banjir terutamanya negeri-negeri yang dilanda banjir. Seperti juga yang ditanyakan oleh Kelana Jaya dan juga Bayan Baru tadi, negeri-negeri manakah yang dibantu dan untuk tujuan apakah bantuan ini,kalau ada yang berkaitan dengan banjir. Adakah juga peruntukan ini termasuk peruntukan-peruntukan untuk membina rumah-rumah seperti yang dibuat oleh bahagian bencana yang selepas.

Jadi saya mohon penjelasan kerana hanya dua kementerian sahaja yang memohon untuk perbelanjaan tambahan dan tidak termasuk- saya rasa ini hanya untuk membaik pulih facilities yang berkaitan dengan MARA dan juga Kementerian Pendidikan.

Jadi, adakah yang ini juga untuk termasuk pembinaan rumah-rumah yang telah dibuat di sana. Terima kasih.

final • 11:41 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:41 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya dan Kuala Krai. RM240 juta ini adalah peruntukan yang diberikan di bawah kumpulan wang rizab negeri selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara tahun 2015 yg diadakan pada 29 Jun 2015 yg telah meluluskan caruman tambahan untuk pemberian kekurangan akaun mengurus dan juga kumpulan wang pendahuluan negeri. Pemberian ini bertujuan untuk membantu negeri-negeri yang mengalami defisit dalam akaun mengurus dan mengatasi masalah aliran wang tunai akaun mengurus dalam tahun semasa. Baki semasa di bawah kumpulan wang rizab negeri tidak mencukupi untuk menampung keperluan bagi pemberian kekurangan akaun mengurus dan kumpulan wang pendahuluan negeri.

Oleh sebab itu, peruntukan sebanyak RM240 juta disalurkan kepada kumpulan wang rizab negeri menggunakan peruntukan daripada kumpulan wang jangka. Negeri- negeri yang terbabit ialah, kalau saya boleh bacakan di sini ialah Kedah RM3.7 juta, Kelantan RM67.1 juta, Melaka RM635,000, Pahang RM15.7 juta, Perlis RM8.5 juta dan di samping itu ada bagi wang pendahuluan kepada tiga negeri iaitu, Melaka RM80 juta, Perlis RM45 juta dan Kelantan RM125 juta. Ini untuk belanja mengurus.

final • 11:43 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Penjelasan boleh tidak?

final • 11:43 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:43 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Boleh bagi tahu penjelasan, wang pendahuluan itu berlainan dengan wang pengurusan, wang pengurusan itu RM67 juta untuk Kelantan dan wang pendahuluan RM125 juta itu untuk apa. Apakah kegunaan RM67 juta ini dan juga RM125 juta ini?

final • 11:43 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kesemua wang yang kita advance ini adalah untuk pengurusan. Apa yang kita buat adalah kita anticipate bahawa mereka akan ada shortfall. Jadi kita bagi mereka advance supaya dia cover the deficit.

final • 11:43 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Kalau dibenarkan, saya tanya sedikit lagi. Jadi maknanya, RM67 juta ini shortfall untuk tahun 2015 dan RM125 juta untuk 2016. Adakah itu accurate?

final • 11:43 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

RM125 juta itu termasuk RM67 juta, untuk diadvance kepada Kelantan.

final • 11:43 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Bayan Baru.

final • 11:43 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, adakah RM125 juta itu kegunaan spesifik. Adakah kerajaan telah memberi spesifik instruction bagaimana dibelanjakan. Saya hendak tanya juga, kalau di katakan shortfall in advance negeri-negeri, banyak negeri lagi yang memerlukan ada shortfall dan perlu diadvancekan, kenapa bagi kepada Kelantan, tidak bagi kepada negeri-negeri seperti Pulau Pinang kah, Selangor kah atau negeri Sabah dan Sarawak.

final • 11:43 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, belanja mengurus ini kita mesti fulfill. Kalau negeri-negeri yang tidak cukup duit untuk bayar gaji, untuk bayar wang pentadbiran kerajaan, maka the only source yang dia ada adalah datang kepada Federal Government. So it’s a mandatory for the government, must support that, kalau dia in deficit untuk membayar belanja mengurus. Itu memang tanggungjawab Federal Government to make sure that everyone of the kakitangan dapat gaji, contoh dan juga perbelanjaan-perbelanjaan untuk mengurus perjalanan kerajaan negeri. If you are in the deficit.

final • 11:43 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga hendak tanya Menteri, adakah satu perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu ini. Adakah itu berbentuk pinjaman atau terpaksa Kerajaan Negeri Kelantan membayar balik, adakah perjanjian antara dua kerajaan.

final • 11:43 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ini termaktub dalam- apabila tiap kali ada mesyuarat Majlis Kewangan Negara, maka setiap negeri itu akan present apa dia punya requirement. So that requirement akan difulfill oleh Kerajaan Pusat dan ia termasuk sebagai sebahagian daripada pinjaman. Agreement, I have to give you the detail.

final • 11:43 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Meaning G-to-G agreement.

final • 11:43 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

State dengan federal

final • 11:43 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ada G-to-G agreement lah, maksudnya ada.

final • 11:43 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat

final • 11:43 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Pengerusi, last question. Adakah ini kali pertama wang begini diberikan, adakah negeri lain pernah dapat? Terima kasih.

final • 11:43 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ini biasa tiap-tiap tahun ada, kita bagi kepada state. Tadi yang saya baca tadi, state-state yang terlibat ini ialah saya bacakan balik semula, Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang dan Perlis.

These are states for 400040.

final • 11:43 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM2,331,232,220 untuk Maksud B.12 di bawah Kementerian Kewangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

final • 11:43 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

[Wang sebanyak RM2,331,232,220 untuk Maksud B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 11:43 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.10 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.10 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 11:43 AM
Maksud B.63 [Jadual] - Maksud P.63 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil1) 2015] -

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kepala Bekalan B.63 dan Kepala Pembangunan P.63 di bawah Kementerian Pelajaran terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kulai.

final • 11:43 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya hendak tanya sedikit tentang B.63 - Pelajaran di mana RM125,000,000 adalah diperuntukkan untuk menampung kekurangan peruntukan penyelenggaraan sekolah-sekolah bantuan kerajaan.

Saya hendak tanya di sini kerana sekarang kita ada satu perbezaan di antara sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Salah satu perbezaan yang paling besar adalah sekolah-sekolah bantuan kerajaan, mereka tak dapat bayaran untuk bil elektrik yang sepenuhnya.

Jadi, saya hendak tanya di sini sama ada kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula perbezaan di antara sekolah-sekolah bantuan kerajaan dan sekolah kerajaan ini supaya kita terus mansuhkan perbezaan ini supaya untuk memastikan bahawa semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan ini boleh dapat layanan yang sama dan adil.

Saya juga hendak tanya kebanyakan RM125,000,000 adalah dibagi kepada berapa banyak sekolah dan tujuannya adalah apa? Selain daripada itu, saya juga hendak sentuh satu isu yang sering dihadapi oleh sekolah-sekolah bantuan kerajaan adalah tentang kelas tambahan. Kebelakangan ini saya dapat satu jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menyatakan bahawa kelas tambahan ini boleh diaturkan di dalam jadual sekolah dan bukan di luar jadual sekolah dan mereka juga boleh mengutip yuran untuk kelas-kelas tambahan ini. Akan tetapi di sini saya ada surat yang dikeluarkan oleh JPS, Jabatan Pendidikan Selangor di mana JPS ini menyatakan bahawa mana-mana kelas anjuran PIBG hanya boleh dilaksanakan di luar waktu rasmi pelajaran dan pelajar.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat jangan lari daripada butiran, Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Tanya sikitlah, okey [Ketawa] Jadi bukan itu sahaja, ia juga menyatakan bahawa yuran-yuran ini tak bolehlah dipaksa. Sumbangan ini adalah secara sukarela, tak boleh dipaksa. Jadi di sini saya juga hendak minta sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana nampaknya jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Chong Sin Woon, kepada saya berbeza dengan jawapan daripada JPS. Itu sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat PJ Selatan.

final • 11:50 AM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin merujuk kepada Maksud B.63 – Pelajaran. Tambahan sebanyak RM125,000,000 peruntukan. Saya hendak tahu tentang agihan kepada sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil dan lain- lain, berapakah agihan kepada jenis sekolah ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:53 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ampang.

final • 11:53 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya menyentuh Butiran 03504, ubahsuai naik taraf sokongan pendidikan. Saya ingin tahu butiran-butiran yang digunakan untuk naik taraf sokongan pendidikan kerana kita lihat banyak persatuan ibu bapa dan guru selalu meminta sumbangan daripada ibu bapa untuk keperluan kelas, papan putih dan sebagainya. Jadi saya hendak tahu, apakah butiran- butiran yang dibelanjakan. Terima kasih.

final • 11:53 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Raja.

final • 11:53 AM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Maksud B.63 – Pelajaran. Penambahan RM125,000,000. Saya melihat di dalam anggaran asalnya tidak ada untuk penyelenggaraan. Jadi, saya tertanya juga, adakah kementerian tidak sedar atau tidak tahu atau tidak mendapat laporan bahawa sekolah-sekolah ini kalau hendak selenggaranya, masalahnya bukanlah baru dua, tiga bulan ini. Tentulah dalam jangka masa panjang.

Jadi sepatutnya, penyelenggaraan ini anggaran kosnya sudah dimasukkan di dalam pembentangan bajet kita pada Bajet 2015 dahulu. Jadi, kenapa dibawa masuk sekarang iaitu sebagai tambahan? Kemudian, saya hendak tahu, kalau boleh, bolehkah kita mendapat senarai, RM125,000,000 ini diberi kepada sekolah mana? Semalam kita mendengar banyak rungutan daripada kawan-kawan kita dari Sarawak, Sabah dan juga daripada Semenanjung di mana sekolah luar bandar berada dalam keadaan yang teruk dan memerlukan penambahbaikan. Jadi, apakah sekolah-sekolah, nama-nama sekolah yang telah mendapat RM125,000,000 ini. Terima kasih.

final • 11:54 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jelebu.

final • 11:54 AM

Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin membangkitkan perkara berkenaan P.63 – Pelajaran, pembangunan. Apa yang hendak saya bangkitkan iaitu berjumlah RM80,000,000 lebih ialah beberapa sekolah yang saya lawati sempena Mesyuarat Agung PIBG di kawasan saya iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Putera, sekolah rendah ya. Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Putera di mana pagar sekolah tidak dibaiki sejak sekian lama walaupun telah dimaklumkan kepada pejabat pendidikan daerah begitu lama. Ini penting untuk keselamatan pelajar-pelajar sekolah rendah. Ini sekolah Orang Asli sebenarnya, Sekolah Kebangsaan Kampung Putera.

Satu lagi Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh yang juga bilik airnya tidak dibaiki.

Ini sesuatu yang asas kepada keperluan pelajar dan ia sudah dibangkitkan banyak kali juga. Tidak juga dibaiki dan saya mohon kementerian dapatlah apa kiranya melihat keperluan asas sekolah kedua-dua sekolah berkenaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 11:55 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kepong.

final • 11:55 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Daripada sekolah- sekolah bantuan kerajaan ini, saya berharap pihak kementerian dapat menerangkan jenis sama ada ini termasuk sekolah agama dan sekolah Tamil, sekolah Cina dan sebagainya dan bolehkah Yang Berhormat menerangkan kriteria yang digunakan untuk memberi bantuan ini kerana ada sekolah-sekolah bantuan kerajaan itu ada sumbangan dari masyarakat dan apakah kriteria kita gunakan untuk memberi bantuan ini? Sekian, terima kasih.

final • 11:57 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 11:57 AM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Apabila kita kata sekolah bantuan kerajaan, maksudnya sekolah-sekolah tersebut harus mendapat bantuan sepenuhnya daripada kerajaan. Akan tetapi sering kali kita lihat, sering kali kita dengar bahawa sekolah-sekolah bantuan kerajaan ini melaksanakan program- program mengutip dana untuk membeli barangan keperluan sekolah, untuk membaiki bangunan dan sebagainya.

Saya rasa, saya tidak tahu sama ada pihak kementerian membenarkan sekolah- sekolah bantuan kerajaan, bantuan penuh ini untuk membuat program-program sedemikian sebab saya risau bila sekolah-sekolah ini membuat program-program mengutip dana, ini akan menghalang ataupun menjadi satu halangan kepada sekolah-sekolah bantuan modal untuk mereka membuat program sebab terlalu banyak program mengutip dana yang dibuat oleh pihak sekolah ini. Jadi, penderma pun merasakan susah untuk menderma untuk banyak sekolah. Jadi saya hendak minta Yang Berhormat Menteri, sama ada program- program mengutip dana seperti ini dibenarkan ataupun tidak oleh pihak kementerian.

Terima kasih.

final • 11:58 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:58 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja tentang SABK ini berkaitan dengan bantuan daripada pihak kerajaan ini, bantuan penyelenggaraan.

Cuma yang saya hendak dapatkan penjelasan ialah tentang bantuan untuk utiliti yang saya difahamkan satu taklimat telah diberikan oleh Bahagian SABK ini kepada semua sekolah SABK bahawa untuk tahun 2016 ini, bantuan peruntukan untuk utiliti itu sudah tidak diberikan lagi. Jadi saya hendak dapatkan penjelasan kenapa ia tidak diberikan, tidak dilanjutkan seperti mana sebelum itu.

final • 11:59 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sudah tentulah SABK ini ialah sekolah-sekolah yang dulunya adalah sekolah agama rakyat yang mereka menyertai SABK ini kerana antaranya ialah untuk mengharapkan bantuan dan dukungan daripada kerajaan dari segi kewangan. Jadi kalau soal bil elektrik, bil air dan sebagainya, utiliti ini ditarik maka sudah tentu ini akan terbeban kepada sekolah-sekolah. Jadi, saya mohon penjelasan dan saya mengharapkan bahawa kalau benar ia ditarik balik, saya harap peruntukan itu harus diberikan semula. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanyakan kepada Menteri Pendidikan, daripada jumlah tersebut berapa peruntukan tambahan diberikan kepada Jabatan Pendidikan Sabah untuk mengatasi perbelanjaan sekolah-sekolah daif. Di dalam kawasan saya di Sepanggar, saya memeriksa beberapa buah sekolah dan saya dapati sekolah SK Likas, SK Tombongon, SK Rampayan, SK Gudon, SK Siti Hafsah dan SK Kebagu berada dalam keadaan daif.

Seperti mana yang saya sebut dalam ucapan saya baru-baru ini, kita bimbang sekiranya berlaku masalah yang tidak diingini seperti sekolah roboh, yang di Tombongonini semua kolam dia sudah pun pecah. Jadi kalau berlaku bencana macam itu saya rasa Menteri Pendidikan pun susah hendak jawab. Perkara kedua ialah tentang bantuan kepada sekolah agama rakyat di kawasan saya. Adakah kementerian mempunyai skim bantuan ataupun adakah kementerian mempunyai perancangan untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat di kawasan Parlimen Sepanggar? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bagi Butiran P.63 iaitu RM80 juta di mana mengikut Auditor General Report Tahun 2014 di mana katanya 124 buah sekolah di Sarawak adalah dalam keadaan teruk dan perlu dinaiktarafkan immediately dengan izin. Jadi saya minta izin daripada Yang Berhormat Menteri, daripada RM80 juta itu berapa diperuntukkan kepada sekolah-sekolah di Sarawak? Terima kasih.

final • 12:02 PM

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Pengerusi. Satu sahaja soalan ialah berkaitan dengan penyelenggaraan sekolah-sekolah bantuan kerajaan ini adakah termasuk sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan dan juga pondok? Terima kasih.

final • 12:03 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh jawab.

final • 12:03 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada 11 orang Ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam membahaskan isu pendidikan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2015, B.63 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2015, P.63 peringkat Jawatankuasa.

Saya menghargai dan mengambil perhatian terhadap semua pandangan, teguran dan juga cadangan yang telah dikemukakan demi untuk memastikan sistem pendidikan negara terus relevan.

Bagi menjawab perbahasan kali ini, saya hanya akan menjawab isu menyentuh perbekalan tambahan yang berkaitan B.63 dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM125 juta bagi tujuan penyelenggaraan sekolah, bantuan kerajaan yang merangkumi SJK(C), SJK(T), sekolah mubaligh, SABK dan sekolah conforming. P.63 dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM80,000,050 bagi tujuan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan pembinaan infrastruktur institusi pendidikan yang rosak akibat banjir di negeri-negeri terlibat di seluruh Malaysia.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebanyak 1,379 buah sekolah telah menerima bantuan-bantuan sebanyak RM125 juta ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara terperinci kalau hendak nama 1,379 buah sekolah itu agak akan mengambil masa yang lama, saya boleh memberi maklumat ini kepada Yang Berhormat.

Untuk secara terperinci, sebanyak RM507 SJK(C), RM50 SMJK, 256 sekolah mubaligh, 350 SJK(T) dan 216 SABK telah menerima jumlah sebanyak RM125 juta untuk kerja-kerja pendawaian, kerja-kerja penyelenggaraan dan juga kerja-kerja membaiki bangunan sekiranya ada ancaman anai-anai dan sebagainya.

final • 12:03 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan

Satu isu dibangkitkan untuk bantuan utiliti untuk sekolah agama yang dibangkitkan sebentar tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah menyalurkan peruntukan untuk membiayai bil utiliti elektrik dan air kepada sekolah bantuan kerajaan (SBK) berdasarkan kepada bil sebenar dan tidak melebihi RM2,000 sebulan setiap SBK mulai tahun 2012. Walau bagaimanapun, atas keprihatinan kerajaan, mulai tahun 2015 nilai pembiayaan telah dinaikkan berdasarkan bil sebenar dan tidak melebihi RM5,000 sebulan.

Bagi tahun 2016, peruntukan bagi tujuan tersebut telah disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Jjabatan-jabatan Pendidikan Negeri pada 5 Januari 2016.

final • 12:03 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit boleh?

final • 12:03 PM

Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan

Boleh saya selesaikan dulu? Sila duduk dulu, sebentar. Untuk satu lagi, Yang Berhormat tadi tidak terlibat dalam perbahasan ya?

final • 12:03 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Akan tetapi boleh mencelah Yang Berhormat.

final • 12:03 PM

Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan

Boleh ya, sebentar. Let me finish jawapan-jawapan, lepas itu I balik kepada Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Jelebu, nama SK Kampung Putera, daripada RM60 peruntukan OS2800 penyelenggaraan diterima Kementerian Pendidikan Malaysia sebanyak RM39 ribu lebih juta telah diagihkan kepada JPN untuk pembaikan kecil. Menjadi keutamaan KPM untuk menyelesaikan isu-isu keselamatan dan keselesaan sekolah, SK Kampung Putera akan diberi perhatian.

final • 12:03 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkenaan dengan pembayaran utiliti di sekolah bantuan modal di mana saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri, mengapakan sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah jenis kebangsaan Cina tidak boleh dimasukkan ke dalam sistem pembayaran pusat seperti yang dilakukan untuk sekolah rendah kebangsaan. Saya bagi contoh di negeri Perak, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina terpaksa memohon bantuan daripada kerajaan negeri dan juga mengutip derma demi membayar bil- bil elektrik dan air.

Saya rasa ini tidak patut kerana ini adalah pendidikan asas dan merupakan kemudahan asas. Maka bolehkah dengan belanjawan tambahan ini, kementerian mempertimbangkan supaya sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah jenis kebangsaan Cina ini, sistem pembayaran utiliti air dan elektrik masukkan ke dalam sistem pembayaran pusat sama layanan yang adil, sama seperti sekolah kebangsaan. Sekian, terima kasih.

final • 12:03 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 12:03 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kota Raja bangun, hendak bagi?

final • 12:03 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cuma hendak cuba faham bagaimana peruntukan ini diberi. Timbalan Menteri menyebut bahawa 1,379 buah sekolah yang memerlukan mungkin pendawaian dan mungkin ada bahagian sekolah yang perlu diperbaiki kerana makanan dan sebagainya. Apa yang saya tidak faham ialah bukankah setiap tahun pihak sekolah perlu membuat anggaran penyelenggaraan yang dikira sangat perlu dan kemudian ia dibawa masuk di dalam bajet yang besar dan kemudian kita masukkan ia dalam bajet setiap tahun.

Akan tetapi dalam kes ini adalah tambahan. Adakah anggaran membuat bajet itu tidak tepat ataupun bagaimana kerana tabiat tambah ini macam kita tidak buat kerja, we are not finished with our anggaran setiap tahun. Saya hendak faham, minta penjelasan. Terima kasih.

final • 12:03 PM

Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan

Terima kasih Yang Berhormat.

Atas bayaran utiliti, saya ambil pandangan Yang Berhormat dan tengok bagaimana kita dapat tetapi seperti mana yang saya maklum tadi, ini di atas keprihatinan kerajaan kita mula memberi bantuan utiliti ini sebanyak RM5,000. Kita akan tengok cara-cara bagaimana untuk memudahkan proses pembayaran ini. Kita akan sentiasa melihat kaedah-kaedah memudahkan proses pembayaran ini dan yang akan dapat membantu sekolah-sekolah.

Akhirnya sekolah-sekolah akan menerima bantuan.

Untuk Yang Berhormat Kota Raja, memang benar setiap tahun sekolah-sekolah ini akan meminta tetapi sekolah-sekolah bantuan modal ini jarang mendapat bantuan. So apabila kita dapat memberi saluran ini melalui Kementerian Kewangan, apabila peruntukan diturunkan di atas keperluan masing-masing sekolah-sekolah ini memerlukan bantuan, maka kita akan salurkan bantuan ini atas keperluan dasar, kepentingan dan juga priority based kepada keperluan-keperluan sekolah ini.

final • 12:03 PM

Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan

Kadang-kadang keperluan ini diminta atas apa-apa kerja yang hendak mereka laksanakan serta-merta, maka kita akan turunkan bantuan ini kepada mereka supaya dapat dilakukan kerja-kerja penyelenggaraan. Yang Berhormat Batu Gajah tadi tentang isu program mengutip dana. Yang Berhormat, memang tidak dapat dinafikan sekolah kerajaan ini mendapat bantuan, tetapi ada masa-masa peranan PIBG, mereka menganjurkan aktiviti- aktiviti tertentu, lembaga pengelola sekolah, Program Sekolah Amanah dan program di bawah sarana ibu bapa dan sekolah dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ini memang berperanan untuk membantu sekolah termasuk dalam aspek kewangan dan melaksanakan program yang telah dirancang oleh pihak sekolah.

Kita membantu, tetapi kadang-kadang pihak PIBG juga akan menganjurkan aktiviti-aktiviti mereka. Walau apapun bantuan-bantuan ataupun kutipan, mereka harus mendapat kelulusan daripada PPD ataupun JPM sebelum kutipan dana ini dapat dilakukan.

Itu untuk makluman Ahli Yang Berhormat.

Untuk Yang Berhormat Stampin, peruntukan kepada sekolah-sekolah di Sarawak daripada RM80 juta tersebut, berapakah peruntukan banjir kepada negeri Sarawak?

Peruntukan daripada RM80 juta bagi banjir tahunan 2014 RM20 juta diagih untuk penyelenggaraan dan RM60 juta untuk gantian harta modal. Bagi banjir terkini di Sarawak, baru-baru ini peruntukan akan disalurkan bagi skop pemulihan prasarana mengikut permintaan.

Untuk makluman Yang Berhormat Sepanggar, di Sabah sebanyak 79 buah sekolah telah menerima bantuan ini daripada mana 35 SJK(C), 4 SMJK, 37 sekolah mubaligh, 3 sekolah agama bantuan kerajaan. Sebanyak 79 buah sekolah telah mendapat bantuan-bantuan ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Saya ada soalan.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulai bangun, nak bagi Yang Berhormat?

final • 12:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya sedikit, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut tentang kutipan dana. Saya hendak tanya sedikit lagi. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa sebelum mengutip apa-apa dana perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran.

Saya hendak tanya sedikit lagi, selepas dapat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran, adakah kutipan dana ini boleh dijalankan secara paksa? Maksudnya kesemua ibu bapa perlu bayar ataupun ibu bapa masih ada satu budi bicara untuk buat keputusan sama ada mereka hendak sumbang kepada dana tersebut atau tidak kerana saya rasa sekarang, kutipan PIBG ini sudah menjadi satu isu. Tadi Yang Berhormat Taiping menyatakan tentang bilangan elektrik. Memang ada sekolah-sekolah yang mengutip dana untuk membayar bilangan elektrik sekarang dari ibu bapa. Saya pun kesian pihak PIBG.

Kalau mereka tidak mengutip dana daripada ibu bapa, bagaimana mereka hendak tanggung kos yang begitu tinggi. Akan tetapi ada ibu bapa yang rasa tidak gembira kerana mereka nampaknya dipaksa untuk membuat sumbangan tersebut.

final • 12:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Bukan itu sahaja, sekarang ada sekolah di Johor untuk mendaftarkan anak mereka untuk masuk ke sekolah, perlu membuat bayaran sumbangan sebanyak RM200. Hari pertama pergi ke sekolah, perlu buat lagi sumbangan sebanyak RM200. Kalau ibu bapa bagi secara sukarela, saya rasa itu bukan masalah.

Akan tetapi bagi sebahagian ibu bapa, mereka rasa sumbangan secara paksaan ini adalah terlampau. Jadi saya ingin mendapat sedikit makluman daripada Timbalan Menteri apabila PIBG selepas mereka mendapat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri, sama dana kutipan dana ini adalah dijalankan secara paksaan, maksudnya semua ibu bapa perlu ikut ataupun ibu bapa masih boleh ada sedikit budi bicara untuk membuat keputusan? Itu sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

[Bangun]

final • 12:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

[Bangun]

final • 12:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tiga orang Ahli Yang Berhormat bangun, hendak bagi Yang Berhormat?

final • 12:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih Tuan Pengerusi terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Soalan saya ialah berkenaan dengan utiliti untuk sekolah SABK. Saya dimaklumkan oleh seorang guru besar mungkin dalam sebulan yang lalu yang dimaklumkan bahawasanya masih lagi mereka kononnya tidak dapat tahun ini untuk utiliti. Tahun lepas mereka dapat sebulan RM2,000, tetapi tahun ini tidak dapat. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Saya hendak dapat penjelasan. Sebenarnya dasar kerajaan berhubung dengan sekolah-sekolah ini, adakah kerajaan membina bangunan selepas itu yang lain semua kena dibiayai oleh rakyat yang hendak bayar api, hendak bayar air dan sebagainya? Saya rasa agak pelik bagi saya untuk sekolah hendak kena PIBG kutip duit hendak bayar bil elektrik.

Kalau PIBG ini buat kutipan untuk hendak adakan pembangunan ataupun projek pengindahan taman dan sebagainya itu satu hal. Akan tetapi saya rasa utilities ini sepatutnya merupakan keperluan asas dan tidak wajar kerajaan menganggap bahawa kita bagi sahaja satu bajet RM2,000 ke ataupun RM5,000 sebab benda itu bukan satu perkara yang keperluan tambahan ataupun lebihan. It’s a basic requirement, kecualilah kalau kita rasa bahawa sekolah-sekolah kita tidak payah api, tidak payah air dan dianggap ianya merupakan satu luxury ataupun kelebihan yang perlu dibiayai oleh pihak sekolah sendiri.

Saya hendak tahu adakah ini merupakan satu perkara yang daripada dahulu inilah amalan Kerajaan Barisan Nasional ataupun ini merupakan hasil daripada kekangan kewangan hasil daripada ketidakcekapan Kerajaan Barisan Nasional itu sendiri? Dengan izin, Tuan Pengerusi, I insist that this is a basic requirement for every school that is under government, thank you.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Stampin selepas itu Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya hanya ada satu permintaan sahaja iaitu jawapan bertulis sebelum tamatnya sesi Parlimen ini, secara terperinci jumlah peruntukan daripada 125 serta 80 juta berapakah diagihkan kepada sekolah-sekolah di Sarawak, minta disenaraikan sekolah-sekolah tersebut serta tujuan ianya diperuntukkan. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Seperti yang saya maklum tadi Tuan Pengerusi saya akan balik kepada B.63 P.63. Yang Berhormat Stampin, saya akan berikan maklumat terperinci kepada Yang Berhormat Stampin untuk sekolah-sekolah di negeri Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat Stampin 134 SJKC, 4 SMJK, 75 sekolah mubaligh dan 10 SABK telah menerima bantuan.

Maklumat terperinci akan saya berikan kepada Yang Berhormat Stampin.

Yang Berhormat Bukit Gantang, seperti mana Yang Berhormat Bukit Gantang maklum sebentar tadi bagi tahun 2016 peruntukan bagi tujuan-tujuan bayaran utiliti telah pun disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri pada 5 Januari 2016. Ini maklumat terkini yang ada di tangan saya.

Untuk kebenaran mengutip dana, untuk makluman Yang Berhormat Kulai kutipan dana pertama harus diputuskan oleh Mesyuarat Agung PIBG. PIBG harus meluluskan keputusan itu, yang kedua dan mereka juga harus memutuskan jumlah bayaran yang harus dibuat dan ketiga tidak boleh dibuat secara paksaan. Saya ulang ya, tidak boleh dibuat secara paksaan. Kalau ada mana-mana PIBG yang memaksa ibu bapa membayar duit ini, tolong maklum kepada kita di Kementerian Pendidikan. Biar kita membuat siasatan. Terima kasih, untuk maklumat. Saya juga hendak tahu sekolah mana yang charge RM200 untuk sekolah. Beritahu kepada saya.

Yang Berhormat, dasar Kerajaan Barisan Nasional adalah untuk memastikan semua sekolah dibangunkan tanpa melihat latar belakang sekolah siapa di sekolah itu dan kita akan kekalkan. Saya harap jangan berfikiran sempit atas pembangunan. Jangan politikkan urusan pembangunan dan pendidikan sekolah. Kita akan memastikan pembangunan sekolah akan dilaksanakan dengan cara yang terbaik. Apabila kita membantu sekolah, kita membantu semua sekolah.

Bayaran utiliti atas keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional daripada RM2,000 kita tingkatkan RM5,000 untuk membantu semua sekolah. Ada sekolah ada air-cond di semua bilik darjah, ada sekolah satu kipas angin pun tidak ada. So, kita akan terus membantu secara yang terbaik supaya semua sekolah mahupun di bandar dan luar bandar, kawasan- kawasan pedalaman yang cukup uzur, kita akan cukup membantu Yang Berhormat.

Jangan kita mempolitikkan isu-isu pendidikan ini, Yang Berhormat. Itu harapan saya.

Terima kasih, Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM125,000,000 untuk Maksud B.63 di bawah Kementerian Pelajaran jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM125,000,000 untuk Maksud B.63 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM80,000,050 untuk Maksud P.63 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM80,000,050 untuk Maksud P.63 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 12:20 PM

Maksud P.64 - Anggaran Pembangunan (Tamb) (Bil1) 2015] - Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.64 di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20,000,010 untuk Maksud P.64 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM20,000,010 untuk Maksud P.64 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 12:20 PM

Maksud P.21 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2015] - Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

[Tiada perbahasan]

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM60 untuk Maksud P.21 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM60 untuk Maksud P.21 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 12:20 PM

Maksud P.22 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2015] - Tuan Pengerus

Kepala permohonan P.22 Kementerian Luar Bandar dan Wilayah terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Tenom.

final • 12:20 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh dalam bajet perbekalan tambahan ini bagi Maksud P.22 berkenaan dengan Butiran 02300 dan juga 02401. Tuan Pengerusi, saya melihat bahawa bajet perbekalan tambahan ini adalah semuanya adalah untuk dibelanjakan menangani masalah-masalah banjir.

Kawasan saya kawasan Parlimen Tenom juga tidak lepas daripada ancaman ataupun masalah-masalah banjir pada masa-masa yang lepas yang mana saya lihat dalam kawasan saya Tuan Pengerusi, seperti jalan-jalan luar bandar, jalan-jalan di Zon Inubai dan juga ameniti sosial seperti kerosakan ke atas paut graviti, kerosakan ke atas jambatan gantung dan juga jalan-jalan kecil yang menghubungkan kampung dengan kampung.

Jadi dalam perbelanjaan ini Tuan Pengerusi, saya melihat sebagai contoh jalan- jalan luar bandar RM37 juta lebih, ameniti sosial RM7 juta lebih saya ingin bertanya kepada pihak kementerian bagi negeri Sabah khususnya bagi kawasan saya, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Menteri, berapakah peruntukan yang lepas ini yang telah dibelanjakan untuk menangani masalah-masalah yang saya sebutkan tadi. Masalah jalan raya yang rosak, masalah jambatan gantung, masalah jambatan. Macam-macam masalah di kampung Tuan Pengerusi, bila banjir ini.

Saya lihat keseluruhan bajet yang telah diperuntukkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini adalah untuk menangani masalah-masalah banjir.

Jadi saya minta penjelasan daripada pihak kementerian, adakah peruntukan ini disalurkan dan adakah peruntukan ini masih lagi dalam perhatian pihak kementerian. Sebab kawasan Tenom ini memang kalau cakap banjir, memang kawasan saya Tuan Pengerusi tidak lepas daripada masalah-masalah ini. Jadi Tuan Pengerusi, saya mohon penjelasan daripada pihak Menteri. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 12:22 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kanowit.

final • 12:22 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat.

final • 12:22 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ha, ya.

final • 12:22 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Soalan saya mengapa kita bahas tidak mengikut ringkasan Jadual dalam kertas Jadual ini.

Oleh kerana melompat-lompat daripada satu kementerian ke kementerian yang lain. Jadi kami hendak rujuk pun susah. Selepas Kementerian Kewangan, pergi ke Kementerian Pendidikan sedangkan di dalam ini Kementerian Luar Negeri ada, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ada. Boleh...

final • 12:22 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, jangan terasa bila saya jelaskan bahawa sebenarnya semalam telah dimaklumkan oleh Speaker yang bertugas cuma ada satu pertukaran yang berlaku. Kalau kata berlompat-lompat bererti banyak tetapi sebenarnya ada satu sahaja kementerian yang bertukar giliran iaitu Kementerian Pendidikan bertukar giliran dengan Kementerian Luar Negeri.

Yang lain mengikut urutan yang sedia ada, Yang Berhormat. Jadi minta maaf jika Yang Berhormat tidak termaklum dengan makluman, Yang Berhormat.

final • 12:22 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 12:22 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih, Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Kanowit.

final • 12:22 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Terima kasih. Saya ingin merujuk kepada peruntukan P.22 tadi dan Butiran 02300 - Jalan-jalan Luar Bandar. Saya amat bersetuju dengan peruntukan tambahan yang telah diperuntukkan kepada bajet ini tetapi Tuan Pengerusi, apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kementerian dan juga Perdana Menteri yang baru sahaja sampai ke kawasan saya di Kanowit pada hari Ahad yang lalu dan telah meluluskan bajet untuk pembinaan satu atau sebuah jalan sepanjang 22 kilometer yang telah diperuntukkan dengan RM50 juta.

Walaupun angkanya sedikit kalau dibandingkan dengan jalan-jalan di bandar ini tetapi kita di kawasan luar bandar amat berterima kasih dan saya di sini ingin merakamkan ribuan terima kasih sebagai mewakili rakyat kita di kawasan Parlimen Kanowit. Terima kasih.

final • 12:25 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak ucap terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat Ampang.

final • 12:25 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hendak membangkitkan Butiran 01000 – Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Dalam bajet tambahan ini ditambah sebanyak RM97 juta walaupun pada asalnya adalah RM305 juta iaitu untuk membiayai projek Pasca Banjir 2015 di perkampungan Orang Asli yang terjejas.

Walaupun ada bajet atau allocation tambahan untuk kerja-kerja projek Pasca Banjir ini dan telah menjumlahkan sebanyak RM315 juta kita lihat ada beberapa aduan yang dibuat oleh Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia iaitu Tijah Yok Chopil yang mendakwa bahawa golongan Orang Asli masih minum air yang tercemar setiap hari walaupun berjuta-juta ringgit diperuntukkan oleh kerajaan untuk membantu komuniti Orang Asli. Beliau juga mendakwa bahawa sebagai seorang ibu pernah didapati anaknya kena dihantar ke hospital akibat minum air yang beracun.

So, yang keduanya juga Ketua Pemuda Jaringan dari Laporan Audit Negara pada 2014 mendedahkan beberapa masalah dalam pengurusan JAKOA dari segi pembangunan ekonomi Orang Asli.

final • 12:27 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Jadi antaranya ada tujuh kawasan yang melibatkan 800 buah rumah didapati masalah air meter projek bekalan air terawat dan ini telah dibelanjakan dalam peruntukan RM315 juta tetapi malangnya tangki-tangki ini dipasang tetapi tidak berfungsi kerana rumah-rumah individu belum lagi dipasang meter ataupun belum lagi dikenakan caj.

Jadi ini adalah satu pembaziran, jadi kalau kita tambah pun tetapi yang asal itu kita tidak buat mengikut apa yang diperlukan ini menjadi satu pembaziran dan inilah tabiatnya, tambah, tambah, tambah tetapi kerja tidak jadi. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 12:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 12:27 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hendak terus kepada Maksud P.22 iaitu yang pertamanya Pendidikan Prasekolah – 00400.

Semalam saya ada juga tanyakan dalam peringkat dasar tetapi diminta supaya saya menanya dalam peringkat jawatankuasa. Saya hendak cuma tanya kepada pihak kementerian, bagaimanakah ataupun apakah cara-cara dan juga tindakan yang dibuat oleh pihak kementerian ini.

final • 12:29 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Kalau kita merujuk kepada prasekolah ini dia lebih daripada fasiliti dekat KEMAS terutamanya yang berada di luar bandar. Jadinya saya hendak tahu, apakah usaha peringkat kementerian dalam meningkatkan fasiliti terutamanya di KEMAS ini? Untuk kawasan Parlimen saya, saya cuma hendak tahu memandangkan banyak permintaan supaya diadakan juga kelas-kelas KEMAS ini. Adakah ada cadangan yang telah dirancangkan, ada terdapat untuk di kawasan Parlimen saya dan berapakah jumlah yang telah diperuntukkan? Adakah pihak kementerian ada hendak buat modul-modul KEMAS ini supaya diupdate kan, dengan izin, supaya standardnya sama dengan private, dengan prasekolah swasta? Seterusnya kepada satu lagi Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar.

Saya tengok kualitinya masih belum lagi memuaskan dan saya hendak tanya pihak kementerian, bagaimanakah kementerian boleh menangani masalah ini?

Macam sekarang ini orang dia ada dua, satu hendak membina jalan-jalan luar bandar, yang keduanya adalah pelebaran ataupun menaik taraf yang sedia ada. Saya tengok kalau terutamanya di luar bandar Yang Berhormat Timbalan Menteri, jalannya tinggi bila diturap semula, tetapi dia tinggi, dia tidak ada side table. Jadinya apakah pihak kementerian bila hendak menangani masalah seperti ini dari segi kualiti itu dari segi macam mana itu Yang Berhormat di pihak kementerian ini dapat tengok dan memastikan bahawa kualiti itu dapat untuk jangka masa yang lama, bukannya dalam seminggu bila hujan turun dia hancur balik. Jadinya saya hendak minta penjelasan daripada pihak kementerian mengenai perkara ini. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 12:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada dua perkara di bawah P.22 iaitu Butiran 00100 – Pendidikan Masyarakat. Dalam konteks ini ianya dikaitkan dengan Program Pasca Banjir. Apa yang dimaksudkan dengan Pendidikan Masyarakat dalam hal ini? Untuk makluman kita, banjir 2014 dan 2015 merupakan banjir yang besar dalam tempoh 40 tahun sebelum ini. Kesannya terhadap masyarakat adalah sungguh mendalam apabila bencana ataupun kerosakan yang berlaku adalah cukup besar, kehilangan rumah, kerosakan rumah dan facilities yang lain dan terpaksa tinggal setengahnya di dalam khemah untuk tempoh yang agak panjang.

final • 12:32 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Semuanya Tuan Pengerusi menimbulkan kesan psikologi yang cukup berat kepada mereka yang terlibat. Kadang-kadang kita terlepas pandang, menganggap ini hanya satu proses bencana biasa yang kita akan lalui setiap tahun sedangkan untuk banjir yang lalu, merupakan satu bencana yang luar biasa. Kita mungkin tidak nampak kesan psikologinya secara terbuka, misalnya ada yang kemurungan, ada yang membunuh diri misalnya, kita tidak lihat sedemikian. Akan tetapi masalahnya adalah saya tahu ada sebuah universiti, Universiti Putra Malaysia kalau tidak silap saya telah mengadakan satu kajian mengenai impak psikologi terhadap mangsa-mangsa banjir ini.

Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian adakah wang sejumlah RM1.2 juta yang diperuntukkan di bawah Pendidikan Masyarakat ini digunakan untuk tujuan sedemikian dan kalau ya, saya cukup berpuas hati ianya telah diambil kira. Akan tetapi kalau belum saya rasa masih perlu dibuat kajian untuk membina semula semangat kepada mangsa-mangsa yang telah terlibat dengan banjir ini melalui peruntukan-peruntukan pada masa akan datang.

Kedua, Tuan Pengerusi ialah Butiran 03900 yang diperuntukkan sebanyak RM11 juta kepada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang juga kawasan yang amat teruk dilanda banjir. Saya membangkitkan dalam perbahasan belanjawan tahun lepas mengenai pembinaan jambatan yang baru di Kampung Pemberian dan Yang Berhormat Menteri telah menyatakan projek itu telah diluluskan dengan peruntukan RM18 juta kalau tidak silap saya.

Tahun ini, pada awal tahun ini, Januari yang lalu banjir semula di tempat sedemikian. Walaupun Kuala Krai tidak dilanda banjir besar tetapi untuk Kampung Pemberian itu air naik lagi dan jambatan itu rosak lagi dan terpaksa pihak tentera buat pertama kalinya dalam pandangan saya di Kuala Krai membina pontoon bridge untuk membolehkan kenderaan ringan iaitu motosikal dan pejalan kaki menyeberang pada ketika itu. Kemudian air surut, air naik lagi sekali dengan kuat, pontoon bridge ditarik balik kemudian dipasang balik. Jadi sudah tentu ini tidak berapa selesa.

Jadi saya ingin bertanya kementerian adakah untuk khusus jambatan di Kampung Pemberian ini ianya diberikan perhatian yang lebih awal dan didahulukan daripada projek- projek yang lain? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:32 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Penampang.

final • 12:32 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh dua butiran. Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Saya ingin membuat perhatian kepada kementerian bahawa kawasan saya di Penampang selalu dilanda banjir dan banyak jalan raya di pendalaman ataupun rural area di Penampang yang tidak dibaiki semula. Saya juga ingin membuat perhatian kepada satu kawasan Kampung Kondohon & Kampung Ramayah di Penampang di mana jalan raya agak teruk dan jalan raya ini adalah satu link kepada sekolah dikenali sebagai SMK Limbanak. Saya harap kerajaan boleh mengambil perhatian dan menaik taraf jalan raya tersebut.

Kedua, Butiran 02401. Saya ingin bertanya kepada kementerian apakah ini Ameniti sosial dan jika Ameniti sosial ini telah di laksanakan di kawasan saya di Penampang dan boleh mendapat butiran terperinci bertulis? Terima kasih.

final • 12:35 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 12:35 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud B.22 – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada peringkat jawatankuasa ini iaitu Butiran 00100 yang berkaitan dengan Pendidikan Masyarakat. Jadi saya ingin penjelasan sejauh mana usaha pihak kementerian untuk menaik taraf dewan orang ramai sebab kita tahu di antara perkara yang penting dalam menangani isu banjir juga ialah keperluan dewan untuk orang ramai. Bukan sahaja untuk perhimpunan tetapi juga tempat perpindahan mangsa banjir.

final • 12:37 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Rata-rata kita dapati dewan orang ramai ini dibina di atas tanah tidak bertiang sedangkan di kawasan-kawasan banjir sepatutnya perkara ini boleh dimanfaatkan untuk tempat perhimpunan masyarakat di kala banjir terutama banjir besar. Jadi macam mana mereka hendak menggunakan dewan ini sebab dewan ini juga tenggelam banjir. Jadi saya ingin minta penjelasan apakah ada perancangan untuk masa akan datang untuk semua dewan orang ramai dalam sekitar yang berisiko banjir dibina dengan keadaan yang terselamat daripada banjir? Maksudnya ada tiang untuk jangka panjang dan sebanyak manakah projek pembaikan dewan orang ramai telah dilaksanakan dalam Parlimen saya di Rantau Panjang yang banyak rosak akibat daripada banjir?

Kedua ialah saya ingin penjelasan berkaitan dengan Butiran 02300 - Jalan-jalan Luar Bandar. Didapati di antara kerosakan yang timbul akibat daripada banjir ini berpunca daripada material jalan itu sendiri dan pengalaman kita apabila jalan di kawasan yang sentiasa setiap tahun dilanda banjir ini sekiranya dibina daripada simen, dia lebih kukuh dan tahan lama. Jadi saya ingin minta penjelasan daripada pihak kementerian adakah perancangan pihak kementerian untuk memastikan semua jalan-jalan yang rosak akibat daripada banjir di kawasan yang berisiko banjir terutama dalam kawasan Parlimen saya di Rantau Panjang akan dibina pada masa akan datang pembahagiannya menggunakan simen sebab ini lebih tahan lama dan kukuh terutama apabila berdepan dengan air deras banjir.

Seterusnya berkaitan dengan jalan yang sempit. Di antara masalah utama ialah jalan-jalan luar bandar yang sempit ini juga membawa masalah. Jadi sejauh mana perkara ini dibuat perhatian oleh pihak kerajaan untuk memastikan jalan-jalan luar bandar ini jalannya yang lebih luas, sesuai untuk dengan keadaan kereta yang semakin bertambah.

final • 12:37 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Begitu juga tentang lampu jalan yang kita lihat banyak berlaku kemalangan akibat dari simpang-simpang yang utama, lampunya tidak beroperasi ataupun tidak ada lampu langsung. Jadi sejauh mana usaha pihak kementerian untuk memastikan semua jalan yang penting yang berisiko terhadap berlaku kemalangan ini dipastikan disediakan kelengkapan lampu jalan yang mencukupi. Terima kasih Tuan Pengerusi

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 12:40 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 00100 dan juga 02300. Kita tahu bahawa duit telah dibelanjakan dan persoalan saya adakah semua projek yang berkaitan dengan pasca banjir ini telah selesai dan apakah KPI ataupun projek-projek ini telah dilaksanakan dengan sempurna dan adakah ada lagi selepas pada ini mengadakan bajet tambahan untuk menyelesaikan perkara-perkara berkaitan dengan pasca banjir.

Kedua, kalau kita tengok dalam maksud P.22 kesemuanya berkaitan dengan banjir dan kita tahu banjir boleh jadi akan berulang. Ia berkait rapat dengan jumlah taburan hujan dan juga saliran. Oleh yang demikian, supaya benda ini tidak berulang, saya rasa kerajaan perlu memikirkan untuk menyelesaikan dari sudut saliran. Antara benda yang agak besar ialah mendalamkan muara sungai di Kuala Besar yang sungainya agak cetek dan sekiranya saliran-saliran ini diperbaiki, insya-Allah kalau ada hujan sekalipun, dia akan terus.

Kerajaan baru-baru ini menjawab kepada saya dalam persoalan tebatan laut- kesan daripada ombak besar akan dilaksanakan pada RMKe-11 yang bermula pada 2016.

Saya ingin bertanyakan kepada kementerian bila, exact date yang akan dilaksanakan kerana ombak besar ini dia berlaku setiap tahun dan yang saya rasa kita boleh mempercepatkan kerana benteng laut daripada Pantai Cahaya Bulan ke Kuala Besar hanya 3.5 kilometer dan saya berharap bahawa kerajaan mempercepatkan pembinaan benteng tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Limbang.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin menyentuh perkara Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Pada banjir pada tahun lepas iaitu Januari hingga Februari bahawa di sepanjang Sungai Limbang seperti kawasan Rumah Kelati, Rumah John juga terputus disebabkan oleh banjir. Untuk pengetahuan Dewan ini, sebenarnya jalan raya sudah dibina di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) iaitu Jalan Bawang Ubur Fasa 1.

Jalan itu separuh daripadanya adalah- satu per tiga daripadanya adalah kawasan berbukit.

Jadi apabila musim hujan lebat dan jalan ini sekarang boleh dikatakan tidak boleh dilalui.

Bukit-bukit ini runtuh. Saya tahu ada usaha untuk dibuat untuk merepair tetapi ia amatlah besar.

Saya meminta kepada kerajaan supaya kawasan bukit ini dibuat bypass. Kalau tidak, ditakdirkanlah banjir lagi akan melanda Limbang, maka kawasan ini yang sebelum ini boleh dilalui dengan jalan raya akan terputus sekali lagi kalau ada banjir. Pada masa banjir lepas, Dato’ Seri Dr. Shahidan ada melawat dan dia sendiri terpaksa menggunakan bot untuk pergi ke rumah tersebut sebab hendak guna jalan raya pun tidak boleh disebabkan oleh keruntuhan kawasan Bukit Jalan Bawang Obor.

Jadi saya minta kepada kerajaan khususnya kementerian untuk melihat semula Jalan Bawang Ubur, Limbang, fasa pertama ini untuk dibuat penambahbaikan, bypass bukit yang ada dan seterusnya memohon untuk fasa kedua seterusnya untuk ke Gunung Buddha di mana Gua Buddha ialah gua yang sebenarnya rangkaian daripada Gua Mulu di mana insya-Allah satu hari ia akan menjadi satu warisan dunia, UNESCO World Heritage. Tempat pelancongan. Itu permohonan kita. Jadi saya mintalah kementerian untuk melihat perkara ini supaya menambah baik jalan yang ada sekarang ini dengan segeranya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:42 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Putatan.

final • 12:42 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya terpanggil apabila sahabat-sahabat saya menyentuh soal banjir, kerosakan pantai.

Saya lebih kepada P.22 dan Butiran 02404 – Program Lonjakan Mega Luar Bandar. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, isu-isu perubahan iklim ini memang wujud dan baru-baru ini tempat saya pun ada kebakaran kerana El-Nino. Ketidaktentuan iklim dunia akibat daripada fenomena climate change. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapa jumlah isi keluarga di luar bandar yang belum mendapat kemudahan seperti electricity atau jana kuasa elektrik dan air. Kami mahu tahu statistik luar bandar mengikut negeri masing-masing.

Ini kerana masyarakat-masyarakat yang menjadi mangsa kepada perubahan cuaca. Di luar bandar, tempat Beluran, kawasan Beluran, kawasan luar bandar di negeri Sabah dan Sarawak misalnya, penduduk-penduduk...

final • 12:45 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Beluran memang panas, Yang Berhormat. Ya, memang panas. Tadi saya minta DOE aktifkan sudah Jawatankuasa Bencana Alam ya.

final • 12:45 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Parit Sulong pun kepanasan, Tuan Pengerusi. Jadi ini panas, sekarang.

final • 12:45 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

El-Nino pun panas, Al-UMNO pun panas.

final • 12:45 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

“El-Nina” pun panas juga.

final • 12:45 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Pokok Sena pun panas, Yang Berhormat.

final • 12:45 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Jadi Yang Berhormat Menteri, saya tanya berapa jumlah masyarakat kita, isi keluarga di luar bandar yang belum mendapat kemudahan daripada kerajaan terutama sekali di negeri Sabah dan mengikut negeri masing-masing.

Di Sabah, saya sentuh tadi penduduk di luar bandar masih lagi menggunakan kayu api untuk masak di rumah. Jadi anak-anak yang kecil, bayi-bayi terhidu dengan asap dari dapur. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mungkin dia ada gas. Kalau di Sabah kita masih pakai kayu api.

Jadi...

final • 12:45 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Putatan sudah kurang itu, Yang Berhormat.

final • 12:45 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Putatan pun kurang sikit. Sama juga dengan Tenggara. Tenggara tidak ada masalah macam ini. Okey. Jadi saya mohon sebab ini amat diperlukan. Apakah jenis-jenis program yang tertentu untuk mengatasi atau mengurangkan bebanan penduduk-penduduk luar bandar ini, Yang Berhormat Menteri terutama sekali kawasan Kapit.

final • 12:45 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah? Yang Berhormat Dungun. Selepas- ramai lagi. Okey, Yang Berhormat Dungun dulu.

final • 12:45 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk menyentuh butiran di bawah P.22 ini iaitu Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. 26 Mac 2016, hari Sabtu baru-baru ini saya telah melihat kawasan yang telah dibangkitkan perkara yang berkait dengan pemendapan dan keruntuhan jalan-jalan dalam kawasan Parlimen Dungun di Hulu Dungun. Sebahagian pembaikpulihan itu telah dibuat.

Terima kasih kepada usaha yang telah diambil dan mungkin termasuk dari perbelanjaan yang telah dipohon peruntukan tambahan ini. Cuma yang juga mesti diberikan perhatian ialah masih ada jalan-jalan yang belum diberikan penyelenggaraan untuk pembaikpulihan kerana jika berlaku, ia mungkin akan mengakibatkan pemendapan dan juga keruntuhan seperti mana yang berlaku kepada apa yang telah saya bangkitkan dari jalan yang telah diambil, perjalanan untuk pembaikpulihan.

Kedua, Butiran 03800 – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan peruntukan tambahan sebanyak RM11 juta dipohon. Kalau boleh diceraikan sedikit perbelanjaan kerana KETENGAH ini meliputi tiga daerah kawasan pembangunan yang diurus tadbir oleh KETENGAH dalam wilayahnya ialah Daerah Kemaman, Dungun dan juga Hulu Terengganu. Jadi kalau boleh diberikan pecahan untuk kita mendapat makluman khusus bagi Daerah Dungun dalam Parlimen Dungun ini. Apakah projek-projek pelaksanaan pembangunan bagi pembaikpulihan pasca banjir yang berlaku dalam tahun 2015 dalam kawasan KETENGAH khususnya di Daerah Dungun. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:48 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, kita bagi Yang Berhormat Sungai Petani dahulu Yang Berhormat ya.

final • 12:50 PM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Cuma, saya satu sahaja Yang Berhormat Menteri iaitu 00602 – Maktab Rendah dan Kolej Sains MARA.

final • 12:50 PM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

Kita banyak bincangkan tentang isu pendidikan dan juga masa depan anak-anak di dalam Dewan ini. Yang saya hendak tahu ialah adakah kerajaan mempunyai program untuk menukar minda pelajar-pelajar kita daripada menjadi employee kepada employer. Sudah tiba masanya anak-anak kita di bangku sekolah dan juga di kolej-kolej mempunyai jiwa besar. Maknanya bila dia graduate, dia bukan jadi employee lagi. Dia graduate dia sepatutnya menjadi job creator, dia create kan job kerana kalau mindanya dia masih terperangkap untuk menjadi employee walaupun kita buang atau pun kita belanjakan banyak wang tetapi akhirnya mereka akan menunggu-menunggu menteri. Sebab itu bila dia graduate dia tunggu kerja walaupun dia engineer, dia ada kepakaran. Sesetengah itu ada master, Ph.D tetapi masih menunggu kerja.

Dia tidak berani keluar daripada minda dia kerana jiwanya tertanam dia employee.

So, saya hendak tanya menteri adakah kerajaan mempunyai program untuk ubahkan, harus ada paradigma, shift kepada jiwa kecil ke jiwa besar dan akhirnya menjadi job creator atau pun menjadi employer. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Temerloh, selepas itu Yang Berhormat Gerik. Yang Berhormat Temerloh, Gerik, kemudian Yang Berhormat Menteri menjawab ya.

final • 12:50 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Rujukan saya terus kepada 00602. Saya ingin mendapatkan penjelasan berkait dengan institusi pengajian ini kerana ia telah menjadi sebahagian daripada bahan kempen pihak kerajaan dalam pilihan raya yang lalu di Parlimen Temerloh untuk membina pusat-pusat pengajian, antaranya seperti MRSM ini.

Saya hendak tahu bagaimana statusnya, apakah ada usaha ke arah itu untuk dilaksanakannya kerana Temerloh sehingga kini memang tidak ada satu pun institusi pengajian yang bertaraf seperti MRSM, kolej, apatah lagi IPTS di satu kawasan yang saya kira titik tengah Semenanjung bahkan dia sangat strategik di negeri Pahang. Akan tetapi sehingga kini Temerloh tidak ada sebarang pembangunan pusat pengajian yang bertaraf seperti ini. Jadi, saya mohon dengan bajet yang ada ini apakah perancangan daripada pihak kementerian.

Kemudian yang kedua ialah 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Ramai menimbulkan berkait dengan kerosakan jalan ini ekoran daripada banjir yang besar berlaku. Itu adalah satu yang disebut sebagai bencana alam. Termasuk juga sekarang ini panas saya keterlaluan sehingga ada jalan-jalan yang retak. Akan tetapi persoalan yang saya hendak bangkitkan di sini ialah satu lagi bencana buatan manusia.

Kalau saya rujuk di jalan-jalan luar bandar di kawasan Temerloh yang melibatkan pesisir Sungai Pahang. Ekoran daripada perlombongan pasir yang dilakukan di Sungai Pahang menyebabkan lori-lori yang membawa pasir dengan muatan yang begitu banyak, kemudian lebih daripada kapasiti yang dibenarkan telah akhirnya merosakkan jalan-jalan kampung ini. Antaranya di Kampung Lebak, di Kampung Pangsenam dan juga Kampung Bangau Tanjung yang saya kira mengalami kerosakan teruk. Apabila kita adukan kepada pihak berkuasa tempatan seperti biasa dia akan tolak ke kementerian ini, kementerian ini.

Saya tahu ini dia akan saling berkait di antara Kementerian Luar Bandar, barangkali Kementerian Pengangkutan dan lain-lain termasuk pihak polis yang mengawal trafik dan seumpamanya.

Jadi, saya harap kerajaan dapat berikan perhatian tentang perkara ini ekoran daripada jalan rosak kerana bencana buatan manusia itu sendiri yang saya kira pengawasan dan juga kawalan perlu dilakukan oleh pihak kerajaan. Kalau tidak, buat jalan rosak, buat jalan rosak. Duit habis dengan begitu sahaja. Selain daripada kualiti jalan itu sendiri yang sememangnya sering dipertikaikan kerana banjir dan juga kerana panas ini pun banyak rekahan kepada jalan-jalan tersebut.

Satu lagi ialah berkait dengan jalan luar bandar ini saya ingin timbulkan laluan sempit jalan antara Temerloh-Jengka yang dianggap sebagai jalan maut. Mutakhir ini terlalu banyak kemalangan-kemalangan yang berlaku yang melibatkan kemalangan jiwa yang perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan kerana ini juga disebut berulang kali.

final • 12:52 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Setiap kali masuk pilihan raya mereka akan sebut bahawa jalan ini akan dibesarkan, jalan ini akan dibesarkan tetapi suda dua, tiga empat edisi pilihan raya jalan itu masih kekal seperti itu yang sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya antara Temerloh ke Jengka.

Baru-baru ini pun dalam tidak sampai sebulan ada dua, tiga kes kemalangan jiwa yang berlaku di kawasan itu. Saya mohon pihak kementerian dapat memberikan penjelasan apakah tindakan yang telah diambil setelah beberapa kali janji diberikan kepada rakyat dan bagaimana perkembangan sehingga waktu ini. Jadi, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:52 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Gerik.

final • 12:52 PM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya juga mengambil kesempatan untuk membahaskan Kepala 04000 – RISDA dan saya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah menyediakan belanja kerana kita tahu banjir berlaku pada bulan 3 tahun sudah. Kemudian, pihak kerajaan yang bertanggungjawab telah membaiki kawasan-kawasan kerosakan. Akan tetapi dalam RISDA ini saya hendak tanya kepada pihak kerajaan pokok getah yang tenggelam ini adalah tidak bayaran ex gratia nya? Itu yang pertama.

Kedua di kawasan Orang Asli. Saya terlibat di RPS Kemar dan RPS Banun di mana RPS Kemar sebenarnya kampung tidak tenggelam tetapi kerana kampungnya keliling dengan tasik tetapi saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi peruntukan untuk membaiki titi dan beberapa jalan yang runtuh walaupun sebenarnya air itu dia tidak tenggelamkan kampung tetapi kepekaan kerajaan untuk membaiki kawasan jalan kampung saya ucapkan terima kasih.

Manakala dalam RPS Banun, jalan yang tenggelam dan juga kampung yang tenggelam Yang Berhormat Menteri sendiri pun pernah pergi melihat Kampung Aman Damai tetapi saya rasakan di Kampung Aman Damai tidak ada diberi bantuan sebab itu sahaja-sahaja mereka dirikan rumah. Walau bagaimanapun, saya berharap kalau bolehlah di bantu-bantu dan saya bersetuju kawasan sini bantuan untuk air bersih itu masih lagi perlu dipertingkatkan lagi.

Begitu juga saya hendak melihat bila banjir berlaku iaitu jalan raya yang tenggelam atau pun jalan pertanian, kita hendak lihat 1km berapakah kos yang diberi oleh pihak kementerian untuk memastikan dua jalan, satu jalan yang berturap semula, satu kos jalan pertanian supaya tidak berlaku penyalahgunaan wang tersebut yang kadang-kadang selalu kontraktor menyatakan kalau buat jalan ini sama ada jalan pertanian atau turap semula boleh untung banyak. Bagi saya, untuk luar bandar ini yang penting ialah kerajaan menyediakan perkhidmatan dan kita boleh buat sepanjang boleh jalan untuk dinikmati oleh orang luar bandar. Saya pun tidak berhajat hendak bercakap panjang. Terima kasih, saya menyokong dalam Jawatankuasa. Terima kasih.

final • 12:56 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri. Satu minit sebelum rehat Yang Berhormat ya.

final • 12:56 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya bagi pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada 15 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan berminat juga dalam perbahasan Maksud P.22 berkenaan dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam Rang Undang-undang Bajet Tambahan ini.

final • 12:58 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

Dalam bajet ini, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah diperuntukkan RM130 juta seperti mana yang semua sedia maklum. Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:58 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sambung petang Yang Berhormat.

final • 12:58 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Terima kasih lah Tuan Yang di-Pertua.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:58 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditempohkan sehingga jam 2.30 petang ini.

final • 12:58 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said] mempengerusikan Mesyuarat] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]

final • 2:30 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 2:30 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

Ya terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin menyambung untuk jawapan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui perutusan khas tentang pembangunan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara pada 20 Januari 2015 telah mengumumkan bahawa kerajaan menyediakan RM800 juta untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda khususnya di negeri-negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perak.

Susulan pengumuman tersebut, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri pada 23 Februari 2015 telah meluluskan ceiling peruntukan tambahan kepada kementerian yang terlibat dengan projek pasca banjir. KKLW telah menerima ceiling peruntukan tambahan sebanyak RM130 juta bagi melaksanakan projek-projek pasca banjir melibatkan kerja pembaikan dan pembinaan semula infrastruktur dan kemudahan sosial luar bandar yang terjejas teruk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Johor.

Selaras dengan kelulusan dengan ceiling tersebut KKLW memohon peruntukan tambahan sebanyak RM130 juta daripada Kementerian Kewangan bagi memastikan projek pasca banjir yang telah dikenal pasti oleh KKLW dan UPE JPM dapat dilaksanakan dengan segera bagi memastikan kesejahteraan masyarakat khususnya di kawasan luar bandar yang terjejas akibat bencana tersebut dapat dipulihkan.

Jadi KKLW telah diluluskan tambahan peruntukan sebanyak seperti mana yang telah saya sebutkan tadi RM130 juta bagi projek pasca banjir 2015 melalui waran pendahuluan simpanan luar jangka- 14, tahun 2015. Senarai projek yang terlibat adalah banyak dan panjang. Jadi Tuan Pengerusi, itu secara ringkasnya dan latar belakang mengapa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini diperuntukkan dan juga melaksanakan sebanyak RM130 juta seperti mana yang dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan yang kita pohon diluluskan dalam Dewan pada hari ini.

final • 2:32 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

Untuk memberi jawapan ataupun respons kepada apa yang telah dibangkitkan oleh seramai 15 orang Ahli Parlimen yang sempat juga mengambil bahagian dalam perbahasan ini saya ingin menjawab kesemuanya yang sudah ada jawapan pada saya sekarang. Tuan Pengerusi, saya memulakan dengan Yang Berhormat Tenom telah membangkitkan isu tiada peruntukan dikhaskan kepada Tenom di bawah pasca banjir ini.

Memang seperti mana telah saya sebut pada awal tadi belanjawan ini adalah hanya untuk beberapa buah negeri di Pantai Timur Semenanjung sahaja dan tidak termasuk di negeri Sabah juga tidak termasuk di Tenom.

Walau bagaimanapun, jika ada keperluan untuk projek-projek yang diperlukan oleh masyarakat di Tenom ataupun kerja-kerja pembaikan dan sebagainya memang Yang Berhormat Tenom boleh menghantarkan permohonan di bawah peruntukan jalan pembangunan desa atau jalan luar bandar dan sebagainya yang bukan dalam yang pasca banjir ini dan ia peruntukan biasa.

Yang Berhormat Kanowit tiada soalan. Hanya Yang Berhormat Kanowit mengambil kesempatan untuk merakamkan dalam Dewan yang mulia ini penghargaan ataupun menghargai sangat kelulusan RM50 juta yang telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hanya dua hari lalu di kawasan Yang Berhormat Kanowit. Jadi terima kasih Yang Berhormat Kanowit kerana pandai menghargai jasa baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

[Disampuk] Tidak ada banjir berlaku di Kanowit.

Yang Berhormat Ampang tidak ada dalam Dewan. Yang Berhormat Ampang, saya teruskan kepada jawapannyalah. Projek pembangunan JAKOA pada tahun 2015 adalah sebanyak RM315 juta termasuk peruntukan banjir sebanyak RM9.74 juta. Peruntukan banjir sebanyak RM9.74 juta ini telah siap dilaksanakan manakala baki peruntukan tersebut sebanyak yang RM305 juta telah dibelanjakan bagi pelaksanaan projek infrastruktur, projek ekonomi dan program modal insan. Jadi ini tidak termasuk dalam bajet tambahan 2015 ini.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan membuat siasatan lanjut mengenai isu-isu yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Ampang semasa perbahasan tadi.

Yang Berhormat Parit Sulong. Yang Berhormat Parit Sulong ada dalam Dewan telah membangkitkan beberapa perkara. Jadi, negeri Johor tidak terlibat dalam peruntukan pasca banjir ini akan tetapi saya respons juga kepada perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong. KEMAS menyedari akan pentingnya kemudahan dan infrastruktur di semua pusat pendidikan awal KEMAS.

final • 2:32 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

Oleh itu bagi memastikan semua kanak-kanak dapat mengikuti pembelajaran dengan selesa, KEMAS telah melaksanakan projek-projek baik pulih bagi Tabika dan Tadika PERMATA KEMAS yang sedia ada. Pada tahun 2015, KEMAS telah terima sebanyak RM3.4 juta untuk penyelenggaraan dan RM8.7 juta di bawah peruntukan mengurus. RM3.4 juta adalah di bawah untuk pasca banjirlah di kawasan yang terlibat.

Jadi Yang Berhormat Parit Sulong juga saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Parit Sulong pada tahun ini tiada perluasan pra sekolah di Parit Sulong. Walau bagaimanapun, sehingga kini terdapat 49 buah Tabika KEMAS di kawasan Parit Sulong dengan seramai 766 orang kanak-kanak di KEMAS...

final • 2:40 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Pencelahan Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Sila sila.

final • 2:40 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey, boleh ya?

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila sila.

final • 2:40 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Cuma saya hendak tanya okey terima kasihlah atas jawapan tadi 49 part yang sedia ada. Cuma saya hendak tahu kriteria kalau sekiranya ada keperluan untuk tambahan sebab kawasan saya untuk makluman Yang Berhormat Menteri kawasan banjir juga.

final • 2:40 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Lepas itu kalau banjir dia banjir termenung, dia lama, sampai tiga bulan Yang Berhormat. Jadinya saya cuma hendak bertanya kalau sekiranya perlu ada penambahan itu bagaimana cara mereka itu? Adakah diperuntukkan setiap tahun itu ada penambahan dua kah, adakah. Kalau boleh dimaklumkan dalam Dewan ini. Terima kasih banyak-banyak, juga walaupun tadi itu kata tidak ada untuk Johor tahun ini saya harap ada juga allocation untuk yang Johor. Kasihan kami negeri Johor ini.

final • 2:40 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Baiklah Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat itu boleh diambil sebagai permohonan juga sebab bunyi dia sama. Kalau ada keperluannya kalau ada banjir ataupun tiada banjir kalau betul-betul ada keperluannya sila hantar permohonan kepada kementerian supaya dipertimbangkan. Yang Berhormat Parit Sulong yang sentiasa prihatin kepada kanak-kanak di kawasan beliau.

Yang Berhormat Parit Sulong. Kementerian Kemajuan Luar Bandar telah melancarkan Program Transformasi KKLW. Salah satu daripada transformasi yang akan dilaksanakan ialah Program Transformasi Tabika KEMAS sedia ada. Dalam Program Transformasi Tabika KEMAS yang melibatkan nilai tambah ke atas modul prapembelajaran sedia ada.

KEMAS mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun, KEMAS sedang membuat nilai tambah ke atas kurikulum berkenaan melalui Program Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) dan Program Pemupukan Semangat Patriotik.

Untuk Yang Berhormat Parit Sulong juga pembaikan dan naik taraf bagi jalan-jalan luar bandar yang dipohon mengikut spesifikasi dan piawaian yang telah disemak oleh Jabatan Kerja Raya. Okey, selesai Yang Berhormat Parit Sulong.

Yang Berhormat Penampang. Yang Berhormat Penampang ada dalam Dewan?

Tidak ada. Bertanya tentang Program Ameniti Sosial (PAMS). Jadi Program Ameniti Sosial...

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri boleh memilih untuk jawapan bertulis Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Baik baik. PAMS satu program peruntukan untuk membina, menaik taraf dan membaik pulih kemudahan seperti pendidikan, pusat guna sama sumber atau kemudahan rekreasi riadah, padang permainan dan gelanggang permainan dan juga kemudahan prasarana, tempat letak kereta, tandas awam dan sebagainya. Jadi kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Yang Berhormat Rantau Panjang tidak ada dalam Dewan. Kita bagi secara bertulislah. Yang Berhormat Pengkalan Chepa, ada?

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tiada.

final • 2:40 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Tidak ada. Saya buat secara...

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bertulis.

final • 2:40 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Janganlah semua barisan kita jawab sebelah sana kita tidak jawab. Izinkan saya jawab di Yang Berhormat Pengkalan Chepa lah Tuan Pengerusi. Jadi untuk menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Kerja-kerja pembesaran sungai dan pertambatan laut adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli ya bukan dalam bidang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Yang Berhormat telah bertanya juga tentang projek pasca banjir telah siap atau masih ada yang belum selesai.

Terdapat tiga buah agensi yang masih belum selesai pelaksanaan program ini iaitu bahagian infrastruktur di kementerian- Projek Jalan Luar Bandar. Di peringkat agensi kita MARA, MRSM di Kuala Krai, Institut GIATMARA, Kolej Poly-Tech MARA, bangunan perniagaan MARA di Kota Bharu. Di KETENGAH, membaik pulih cerun dan hakisan hentian Tasik Kenyir. Jadi kemudahan asas perniagaan di apa- Ini untuk menjawab Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

Yang Berhormat Limbang tiada dalam Dewan, secara bertulis juga. Yang Berhormat Dungun ada? Ada ya. Yang Berhormat Dungun bertanya bolehkah pihak KKLW maklumkan bilangan projek-projek pasca banjir yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu (KETENGAH) di Daerah Dungun.

final • 2:40 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 18 projek pasca banjir telah dilaksanakan dalam Parlimen Dungun melibatkan peruntukan sebanyak RM2,396,831. Projek-projek yang dilaksanakan terdiri daripada pembaikan cerun runtuh, pembaikan jalan dan longkang serta pembaikan kemudahan awam yang mengalami kerosakan akibat banjir.

Ya, Yang Berhormat Kuala Krai tunggu dahulu. Yang Berhormat Temerloh, ada ya.

Yang Berhormat Temerloh, kerosakan jalan-jalan kampung seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa seperti Pejabat Daerah Temerloh dan Majlis Daerah Temerloh membuat pengawasan kegunaan jalan kampung oleh lori-lori tersebut Di mana sepatutnya lori-lori tidak boleh melalui jalan-jalan kampung kerana melebihi berat muatan.

Itu enforcementlah yang sebenarnya. Jadi, ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak bukan hanya diletak kepada sebuah agensi ataupun sebuah jabatan sahaja.

Walaupun saranan kepada kementerian telah di pass ke dalam Dewan ini yang sebenarnya Yang Berhormat pun sedia maklum akan tanggungjawab semua agensi di peringkat daerah terutamanya.

Yang Berhormat Temerloh juga membangkitkan perkara tiada jalan Temerloh ke Jengka. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sentiasa memohon untuk membantu dan menyediakan kemudahan asas infrastruktur kepada masyarakat di luar bandar. Bagi pembinaan dan menaik taraf jalan Temerloh ke Jengka ini pihak kementerian akan bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya Malaysia dan kerajaan negeri juga untuk menjalankan siasatan keperluan sebelum diangkat untuk kelulusan di peringkat Jabatan Perancang Ekonomi atau Unit Perancang Ekonomi (EPU) ataupun kerajaan. Walau bagaimanapun kelulusan adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan kerajaan.

final • 2:40 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

[Bangun]

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Temerloh bangun.

final • 2:40 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Boleh.

final • 2:40 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Kalau boleh kerajaan dapat memberi time frame untuk tindakan tersebut.

final • 2:40 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Ini sebab kawasan yang kritikal. Jalan itu kalau ikut statistik, 150 kemalangan setahun berlaku di jalan yang sama, terlalu sempit, kemudian di persekitaran itu penduduknya terlalu padat lebih daripada 300,000 orang penduduk. Jadi saya kira perlu dimasukkan dalam perancangan segeralah. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat dan kita ambil maklum apa yang telah diminta dan dipohon oleh Yang Berhormat Temerloh. Jadi saya teruskan. Yang Berhormat Temerloh juga bertanya apakah kerajaan mempunyai cadangan untuk membina institusi pengajian tinggi seperti MRSM dan sebagainya di Temerloh. Buat setakat ini MARA tidak ada perancangan untuk membina MRSM di Temerloh dalam masa terdekat Yang Berhormat. Sekiranya diperlukan, permohonan boleh dihantarkan kepada MARA dan KKLW.

Yang Berhormat Kuala Krai telah bertanya tentang Jambatan Pemberian. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Krai pembaikan Jambatan Pemberian ini sememangnya telah menjadi keutamaan. Projek ini telah diluluskan bagi pelaksanaan dengan kos sebanyak RM30 juta. Tadi Yang Berhormat kata RM18 juta, jadi sebenarnya RM30 juta Yang Berhormat. Untuk jambatan konkrit sepanjang 350 meter dua hala. Jadi tahniahlah Yang Berhormat dapat lebih daripada Yang Berhormat katakan tadi. Jadi status terkini adalah di peringkat reka bentuk, harap Yang Berhormat sedia maklum...

[Disampuk] Okey, Yang Berhormat Sungai Petani...

final • 2:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Menteri, jambatan itu selesailah.

Ada lagi satu lagi soalan mengenai pendidikan masyarakat. Ini penting sebab tekanan psikologi, yang ini kalau negara-negara maju, diambil berat tentang masalah ini.

final • 2:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Nanti saya akan respons secara bertulislah boleh Yang Berhormat. Boleh, terima kasih. Yang Berhormat Sungai Petani?...

[Disampuk] Yang Berhormat Sungai Petani tidak ada. Yang Berhormat Putatan, walaupun banyak soalan tetapi soalan bukan...

final • 2:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Soalan tidak ada substances, tidak ada isi.

final • 2:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

...Berkaitan dengan bajet ini. Ini sebab soalan kepada mangsa banjir.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Tuan Pengerusi, soalan saya kepada Butiran 02404 iaitu Program Lonjakan Mega Luar Bandar. Ini soal masalah penduduk di luar bandar. Ini ada berkaitan, Butiran 02404 yang mana...

final • 2:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Menteri, sudah jawapanlah tidak relevanlah, duduk.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Bilakah kau jadi Speaker ini?

Tuan Pengerusi, statistik bilangan penduduk luar bandar menjadi vulnerable apabila fenomena banjir, El Nino yang mana kesihatan juga yang mana penduduk luar bandar masih lagi masak dengan kayu api, yang anak-anak yang bayi-bayi terhidu dengan asap itu.

Yang Berhormat Tenggara sudah goyang kepala setuju dengan saya. Mana boleh tidak ada dalam butiran.

final • 2:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Yang Berhormat, oleh sebab itu memerlukan jawapan yang teliti sangat saya akan ataupun kementerian akan panjangkan jawapan kepada Yang Berhormat Putatan mengenai data-data itu secara bertulis.

Akhir sekali, Yang Berhormat Gerik ada dalam Dewan. Yang Berhormat Gerik, terima kasihlah kepada Yang Berhormat Gerik kerana Yang Berhormat Gerik juga merakamkan penghargaan kepada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah kerana telah banyak melaksanakan projek-projek ataupun kerja-kerja pembaikan dan sebagainya pada mangsa-mangsa banjir di kawasan Perak di Gerik. Saya sendiri pun telah bersama Yang Berhormat Gerik semasa itu pergi melawat ke beberapa buah tempat di kawasan itu.

Bagi projek jalan pertanian, pelaksanaannya membina baru menaiktarafkan dan penyelenggaraan dengan mengadakan jalan jenis gravel, jalan batu. Anggaran bagi satu kilometer sebab Yang Berhormat bertanya tadi anggarannya satu kilometer jalan pertanian adalah sekitar RM300,000 satu kilometer. Jadi ia meliputi jalan ke kebun ataupun ladang pertanian milik persendirian dan pekebun kecil di kawasan-kawasan luar bandar.

Kampung Aman Damai RPS Banun dan peruntukannya. Kampung Aman Damai di Gerik Perak berada di dalam kawasan Taman Negeri Royal Belum merupakan kampung serpihan dari Kampung Sungai Tiang. Bagi projek pembangunan infrastruktur JAKOA dan KKLW akan mohon kelulusan pembangunan kawasan tersebut kepada pihak berkuasa negeri tertakluk kepada kelulusan peruntukan oleh Unit Perancang Ekonomi bagi tahun 2017 ini, ya. Yang Berhormat, sila ambil maklum.

Berkenaan dengan ganti rugi untuk pokok getah yang mati. Adakah tidak bayaran.

Bagi program pasca banjir, pokok getah yang mati diberi bantuan di bawah program pemulihan kawasan tanaman semula getah untuk 240 batang pokok di kawasan Hulu Perak bernilai RM1,440. Jadi setakat itu sahaja Tuan Pengerusi jawapan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM130,000,000 untuk Maksud P.22 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM130,000,000 untuk Maksud P.22 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015].

final • 2:50 PM

Maksud P.23 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil1) 2015] - Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

[Tiada perbahasan]

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.23 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 2:50 PM

Maksud P.24 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2015] - Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terbuka untuk dibahas. Tiada? Ya Yang Berhormat Kuala Krai, sila.

final • 2:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin memohon penjelasan sedikit sahaja daripada kementerian. Kalau di Kementerian Luar Negeri kesan daripada penurunan nilai ringgit kita berbanding mata wang asing menyebabkan Kementerian Luar memerlukan wang tambahan RM100 juta lebih bagi menampung perbezaan nilai wang kita.

Seperti yang kita sedia maklum Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga mempunyai misi-misi perdagangan mereka di luar negara. Mungkin tidak sebesar foreign nation tetapi mereka ada pejabat-pejabat MATRADE ada di seluruh dunia.

Saya ingin mohon penjelasan apakah tidak ada kesan penurunan ringgit ini terhadap perbelanjaan kakitangan kita dan pejabat kita di luar negara. Itu sahaja Tuan Pengerusi.

final • 2:58 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 2:58 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sebenarnya apa yang dibutirkan Tuan Pengerusi, ialah tentang RM25 juta Tabung Promosi Eksport Perkhidmatan dan ia bukanlah apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Saya mengambil kesempatan ini bercerita sedikit tentang tabung ini sebelum saya pergi menjawab apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krai itu.

Daripada sejumlah RM25 juta diberi, RM17 juta adalah dalam bentuk soft loan melalui MIDF, satu lagi agensi di bawah MITI dan RM8 juta diberikan kepada MATRADE dalam bentuk geran. Kita ingin menambahkan eksport dalam bidang perkhidmatan. Itu sebabnya mengapa kita mengadakan RM25 juta peruntukan tambahan dana eksport perkhidmatan ini.

final • 3:00 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Apakah maksud perkhidmatan yang kita eksport? Contohnya professional services seperti akauntan dan juga legal. Kedua, bidang pembinaan. Ketiga, bidang pendidikan.

Keempat, bidang kesihatan. Kelima, IT. Keenam, pelancongan. Ketujuh, sektor perbankan.

Kalau kita ingin mengeksport segala perkara yang saya sebut itu, kita mempunyai dana-dana yang tertentu. Seperti jika satu-satu syarikat kita itu ingin kita bantu daripada segi performance bond misalnya ataupun dokumen tender misalnya, kita boleh memberikan sehingga RM5 juta peruntukan soft loans dengan dua peratus kadar faedah.

Begitu juga kalau ada syarikat professional service yang mengadakan promosi di luar negara yang ingin membuka pejabat baru, yang ingin melakukan kajian feasibility, sebagai contoh ingin membuka perbankan Islam di negara-negara yang tertentu, bererti kita ingin mengeksport servis perbankan Islam di negara-negara itu, kajian feasibility ini pun kita boleh bantu daripada segi matching grant misalnya. Ini maksud Tabung Promosi Eksport Perkhidmatan dengan dana RM25 juta yang diberikan ini.

Kita ada Malaysia Service Development Council (MSDC), Majlis Pembangunan Perkhidmatan Negara di bawah Menteri MITI untuk melaksanakan dan menambah lagi export services ke luar negara.

Di sini saya ingin kongsi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat data-data daripada segi eksport perkhidmatan. Pada tahun 2015, eksport perkhidmatan kita ke luar negara berjumlah RM135.6 bilion, import berjumlah RM156.4 bilion, total trade daripada segi eksport perkhidmatan pada tahun 2015 sebanyak RM291.8 bilion atau kenaikan 2.1 peratus dibandingkan tahun 2014.

Kita ada 46 misi perdagangan MATRADE di luar negara, memang ada kesan 10 hingga 15 peratus kenaikan. Namun, kita tidak ada memohon apa-apa peruntukan tambahan. Kita menggunakan dalaman daripada segi kaedah kewangan. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM25,000,010 untuk Maksud P.24 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM25,000,010 untuk Maksud P.24 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 3:00 PM

Maksud P.25 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2015] - Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,000,010 untuk Maksud P.25 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,000,010 untuk Maksud P.25 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 3:00 PM

Maksud P.27 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2015] - Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya. Oleh sebab P.27 hanya token sahaja, P.27 tidak perlu dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM40 untuk Maksud P.27 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM40 untuk Maksud P.27 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 3:00 PM
Maksud B.28 [Jadual] - Maksud P.28 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2015] -

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kepala Bekalan B.28 di bawah Kementerian Pengangkutan. Oleh sebab P.28 hanya token sahaja, P.28 tidak perlu dibahas.

final • 3:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tuan Pengerusi, yang kata token tu P.28. Maksud B.28 ini RM58 juta, bukan token itu.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ada yang berminat B.28 di bawah Kementerian Pengangkutan? Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Sungai Petani dahulu, sila.

final • 3:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Cuma saya ingin bertanya satu soalan sahaja iaitu saya telah membangkitkan dua, tiga kali dalam isu- apakah kesannya kita mengadakan atau meneruskan tindakan untuk memastikan semua pelatih-pelatih yang bakal ditest untuk lesen melalui satu kaedah belajar berkomputer? Ini kerana saya perhatikan bahawa yang pertamanya, saya dimaklumkan bahawa JPJ tidak mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas semua soalan yang ditanya dalam sistem berkomputer tersebut. Kedua, apabila mereka gagal, mereka juga kena membayar satu jumlah yang besar untuk resit.

Isu yang saya hendak bangkitkan Tuan Pengerusi, ialah apakah ada kajian yang menunjukkan mereka lulus ujian berkomputer ini boleh memandu serta berakhlak baik secara penuh tertib di jalan raya? Saya tidak jangka mereka yang lulus dalam peperiksaan ini juga dapat berhemah di jalan raya. Oleh sebab itu, saya hendak tanya, adakah kerajaan bercadang untuk melihat kembali bahawa sistem ujian berkomputer ini dikaji balik kerana saya rasa tidak ada kesan apa-apa pun. Malah, ia memberikan kesan tambahan kos kepada mereka yang bakal-bakal memiliki lesen. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 3:06 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 3:06 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin memohon penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan bagi Maksud B.28 mengenai perbelanjaan tambahan yang telah digunakan sebanyak RM58.38 juta untuk menampung keperluan operasi pencarian MH370. Ini tahun lepaslah ya.

Saya tidak pasti sama ada dalam Bajet 2016 yang lalu suatu peruntukan khusus untuk pencarian MH370 ini telah dimasukkan atau tidak. Saya minta maaf kerana tidak ingat, mohon Menteri memberikan penjelasan.

final • 3:08 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Pertanyaan seterusnya ialah agak-agaknya sampai bila agaknya kita akan meneruskan usaha pencarian ini? Ini kerana nampaknya penemuan-penemuan yang berlaku sebelum ini sama ada di Mozambique atau di pulau- apa namanya, saya tidak ingat- tidak berapa konklusif mengatakan ia daripada MH370. Kalaupun yang terbaru ini dikatakan oleh pihak penyelidik di Australia sebagai kemungkinan besarnya adalah sebahagian daripada MH370, kita akan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mencari lokasi sebenar di mana pesawat tersebut kini berada.

final • 3:08 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Apakah andaian yang dibuat oleh kementerian, tempoh masa yang diperlukan bagi mengesan dan agak-agaknya, berapakah implikasi kos yang akan terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk kita mencari pesawat yang hilang ini. Ini belum lagi kita mengambil kira berbagai-bagai-bagai tuntutan-tuntutan yang telah dikemukakan oleh keluarga mangsa- mangsa terhadap penerbangan Malaysia atas malapetaka yang menimpa kaum keluarga mereka. Jadi saya mohon penjelasan daripada kementerian. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat PJ Selatan.

final • 3:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran maksud B.28 Kementerian Pengangkutan, tambahan sebanyak RM58 juta untuk misi pencarian MH370. Saya hendak tahu jumlah ini, adakah kos ini ditanggung oleh Malaysia ataupun share, dibahagikan termasuk negara Australia dan juga negara China juga terlibat untuk share kos ini. Saya hendak tanya bilakah misi ini akan selesai dan kalau misi ini dilanjutkan, anggaran tambahan kos agaknya berapa yang akan diperuntukkan lagi.

Saya nampak misi pencarian ini lebih negara Australia yang lead untuk mengetuai pencarian ini, tetapi tidak Malaysia. Walaupun kapal terbang itu dimiliki oleh Malaysia, MAS tetapi saya nampak bangkai-bangkai atau bahan-bahan yang di dapat dicari ditemui di lautan sebelah Afrika dihantar ke Australia untuk siasat, tetapi bukannya dihantar ke Malaysia. Saya pun agak pelik, mengapa begitu, mengapa Australia mengetuai misi pencarian ini, tetapi bukan Malaysia. Akan tetapi kos dibayar oleh negara Malaysia. Sekian.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Lumut.

final • 3:10 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid, - Lumut

Terima kasih Tuan Pengerusi. Berhubung dengan peruntukan tambahan RM58,236,700 ini, kalau dilihat pada muka surat 14 dan 15 ia merupakan pentadbiran dan kewangan dan pemberian dan kenaan bayaran tetap yang dipohon dalam Bajet 2015, sebanyak RM6,100 sahaja tetapi pemohon tambahan diperlukan sebanyak RM58 juta. Saya melihat ini merupakan kegagalan perancangan oleh kementerian.

Dalam hal ini saya perlukan penjelasan siapa yang bertanggungjawab membuat kesilapan tersebut. Ia diambil daripada pendahuluan kumpulan wang luar jangka, ia tidak juga disebut untuk perbelanjaan mencari pesawat MH370. Untuk itu saya cadangkan sekiranya ada kecuaian di pihak kementerian, pegawai yang bertanggung jawab harus dikenakan surcaj. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 3:12 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Raja, selepas itu Yang Berhormat Sepang.

final • 3:12 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya maksud B.28 ini mengenai sistem pengesanan pesawat.

Kalau kita ingat balik semasa MH370 hilang di udara, authority kita ataupun agensi kita dikatakan tidak dapat mengesan dan tidak tahu di mana perginya MH370.

final • 3:13 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Namun ada laporan mengatakan bahawa,ia terkesan atau ada terkesan di radar pihak tentera. Jadi,saya ingin bertanya, adakah kos ini walaupun bukan untuk mencari tetapi untuk mencegah ke hadapan. Adakah usaha kerajaan untuk meningkatkan keupayaan sistem pengesanan pesawat kita supaya pada masa depan tidak berulang lagi peristiwa macam ini.

Kedua,saya juga ingin tahu segala tuntutan yang bakal dibuat oleh keluarga mangsa, adakah ia akan ditanggung oleh kerajaan atau ditanggung oleh pihak insurans.

Terima kasih.

final • 3:13 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sepang.

final • 3:13 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin bertanyakan soalan mengenai bajet ini berkaitan dengan butiran. Berapa banyakkan kes-kes saman yang telah difailkan oleh mangsa ataupun bagi pihak keluarga mereka di Malaysia ini. Ada tidak saman-saman yang dikemukakan ini juga difailkan di mahkamah di luar negara selain dari Malaysia, itu yang pertama.

Keduanya, saya juga ingin bertanyakan, dalam saman-saman dikemukakan, apakah basically dia punya dalam law dipanggil cause of actionnya adakah atas kecuaian, negligence ataupun cause of action yang lain. Apakah pula defend ataupun pendirian kerajaan terhadap saman-saman yang dikemukakan ini. Adakah kita memilih untuk consignee liability dan menyelesaikan kes ini di luar mahkamah, ataupun kita akan terus lawan untuk kes yang dibicarakan untuk kita menyatakan tiada kesalahan di pihak Malaysia ataupun pihak MAS.

Adakah juga kita sendiri, pihak kerajaan ataupun pihak MAS ada mengambil tindakan ke atas pihak Boeing sendiri untuk kita mungkin meminta ganti rugi dan sebagainya. Saya harap kerajaan atau kementerian dapat memberikan memberikan butiran-butiran itu. Jadi, setakat ini adakah kes-kes yang dibawa ke mahkamah ini telah ada penyelesaiannya. Kalau ada penyelesaiannya. berapakah jumlah pampasan yang telah dibayar bagi pihak MAS ataupun pihak kerajaan. Terima kasih.

final • 3:14 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:14 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, mengenai perkara yang dibangkitkan mengenai kos pencarian. Kos pencarian MH370 melibatkan tiga buah negara iaitu Australia, Malaysia dan China. Keseluruhan kos adalah AUD180 juta dan telah dibahagikan kepada tiga negara mengikut, yang pertama Malaysia sebanyak AUD100 juta, kemudian AUD60 juta daripada Australia dan AUD20 juta daripada negara China.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, mengenai tuntutan keluarga mangsa memang sekarang dalam proses, sama ada ia telah ada persetujuan dan yang tiada persetujuan. Ada juga yang sedang menuntut tambahan tetapi ini semua akan dibuat satu analisa oleh pihak insurans dan MAS untuk meneliti kebenaran tuntutan. Di samping itu juga, memang ada saman daripada keluarga mangsa.

final • 3:16 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:16 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya bangun. Sila.

final • 3:16 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Daripada 180 juta yang diperuntukkan itu, untuk mencari MH370 ini setakat sampai bila, tahun ini atau tahun selepas. Ataupun anggaran berapa lagi hendak perlu kita bayar.

final • 3:16 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Tuan Pengerusi, ini merupakan kos keseluruhan pencarian, seluas 120,000 km². Setakat ini yang kita telah keluarkan hampir 80 peratus dan bakinya sehingga perkara ini diselesaikan pencarian. Untuk makluman, setakat ini pencarian baru meliputi lebih kurang 75 peratus ada baki lagi 25 peratus dijangkakan pencarian akan dapat diselesaikan pada bulan Jun ini.

Seterusnya untuk makluman Yang Berhormat, pasukan pakar satelit yang dianggotai oleh pakar-pakar United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, termasuk juga dengan Boeing dan juga Inmarsat, satelit Inmarsat dan juga Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah menjalankan analisis berhubung penentuan kawasan seluas 120,000 km².

final • 3:16 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Setelah tamat operasi pencarian di kawasan 120,000 kilometer square ini, bermakna, keseluruhan kawasan yang mempunyai kebarangkalian berhubung kedudukan pesawat tersebut selesai disempurnakan dan selepas itu akan diputuskan oleh tiga buah kerajaan ini iaitu Malaysia, Australia dan China dalam mesyuarat tripartite peringkat menteri yang kita jangkakan pada hujung bulan Jun. Ini juga akan kita ambil kira nasihat-nasihat teknikal dan juga daripada pasukan pakar satelit.

Seterusnya, mengenai kenapa misi ini diketuai oleh Australia. Dalam perundangan antarabangsa (ICAO), di mana tempat kejadian terakhir nahas ini berlaku, ia mesti membabitkan negara yang paling dekat. Oleh sebab negara Australia yang paling hampir dengan kedudukan terakhir nahas ini, maka Australialah yang mengetuai misi pencarian ini.

Kemudian, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, mengapa pemeriksaan selepas serpihan dijumpai, kenapa perlu dibawa ke Australia. Ini kerana lab yang ada di Australia yang telah diauthorised oleh pihak ICAO ataupun International Civil Aviation Organization yang sebuah badan dunia. Jadi, Malaysia, kita tidak mempunyai lab yang telah ataupun yang diiktiraf oleh badan dunia ini. Oleh sebab itu, pemeriksaan kita buat di Australia dengan disaksikan oleh pakar-pakar yang saya sebutkan tadi.

Seterusnya, mengenai usaha-usaha mencegah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja. Pihak kerajaan hari ini sedang dalam proses meningkatkan kemampuan radar di seluruh negara. Dalam konteks ini juga, apa yang dibangkitkan sama ada kos ditanggung oleh pihak insurans dan kerajaan mengenai tuntutan mangsa, memang pada dasarnya, tuntutan daripada keluarga mangsa ditanggung oleh insurans dan pihak kerajaan juga ada memberi bantuan tambahan kepada kos tersebut khususnya kepada mangsa-mangsa yang memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sepang bangun. Sila.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, tadi soalan saya lebih spesifik. Pertamanya saya tanya, berapa saman. Saya hendak jumlah itu penumpang sudah failkan. Berapa di Malaysia, berapa di luar negara. Kemudiannya saya juga bertanya tentang, adakah Malaysia sendiri ataupun MAS sendiri ada mengambil tindakan ke atas Boeing. Itu yang kedua.

Ketiganya, ada berapa penyelesaian. Berapakah dibayar untuk penyelesaian, dalam mahkamah. Kes yang bawa ke mahkamah ini, yang sudah selesai. Tentang insurans tadi, saya hendak tanya, adakah insurans memang sudah muktamad bersetuju untuk bayar dalam keadaan tidak dikenal pasti lagi apa punca sebenar flight ini hilang? Kalau ditakdirkan- kita minta ia dijauhkanlah. Kalau ditakdirkan memang ada berkaitan dengan terrorist, jadi, adakah itu termasuk dalam coverage insurans itu? Jadi saya hendak tanya daripada segi insurans ini, adakah kita sudah memang pasti insurans sudah kata, “Okay, this is hundred percent memang kami akan bayar”? Jadi, saya hendak tanya, macam mana pendirian insurans setakat ini? Terima kasih.

final • 3:20 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Tuan Pengerusi, mengenai insurans ini, apabila kerajaan telah membuat pengesahan bahawa pesawat ini hilang, dengan pengesahan pesawat ini telah hilang, maka pihak insurans bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada keluarga mangsa. Jadi, ini kita telah membuat satu ketetapan bahawa pesawat ini telah hilang.

Seterusnya, mengenai apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sepang sama ada kita saman Boeing kah atau tidak. Ini belum dapat kita putuskan kerana pencarian ini belum selesai. Maka kita tidak dapat putuskan sama ada kita boleh untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Boeing selagi perkara ini belum kita selesaikan pencarian.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Satu lagi Yang Berhormat Menteri, minta maaf. Saya ada masalah sikit Yang Berhormat. Tuan pengerusi boleh? Saya ada masalah hendak memahami jawapan Yang Berhormat Menteri. Ini disebabkan tadi kata untuk yang pihak saman ini, insurans pasti bayar sebab kerajaan telah buat satu finding, hilang. Tiba-tiba bila kita hendak saman Boeing pula, Oh! Kita tidak tahu lagi apa puncanya.

Eh! Nampak ada dua contradiction ini. Untuk menyaman orang, kita kena tahu dulu apa finding. Untuk minta orang bayar, sudah cukup sudah dengan kerajaan kata hilang. Eh!

Apakah ini? Adakah ini jawapan kita boleh terima? Terima kasih...

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Tuan Pengerusi, ia ada dua tuntutan ini. Satu ialah keluarga mangsa, satu mengenai pesawat. Mangsa, jelas. Dia naik pesawat, pesawat sudah hilang. Yang satu lagi mengenai pesawat. Pesawat ini kategori lain. Jadi sekarang ini, kita tengah dalam proses pencarian pesawat dan kita tidak dapat menentukan apakah terlibat seperti mana terroristkah, terlibat terrorist, kita tidak dapat menentukan lagi selagi bangkai pesawat belum dijumpai.

Jadi sebab itu, mengenai untuk tindakan terhadap Boeing ini, selagi operasi ini tidak selesai, selagi itu kita tidak dapat mengambil tindakan kepada syarikat Boeing, selaku pembuat pesawat ini.

Jadi yang seterusnya, mengenai apa yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat Lumut.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri tidak jawab lagi berapa yang kena saman, berapa yang disaman oleh luar negara. Minta maaf.

Saya minta kalau tidak ada butiran itu, cakaplah tidak ada. Boleh bagi kemudian.

final • 3:20 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Yang butiran saman itu saya akan jawab secara bertulis.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Hah! Cakap begitu kan senang.

final • 3:20 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Tidak. Yang Berhormat tanya pasal Boeing.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tadi saya tanya pasal berapa jumlah itu, saya tanya.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sudah habis Yang Berhormat?

final • 3:20 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lumut, kenapa ia tidak dibajetkan. Untuk maklumat, apabila Bajet 2015 dibentangkan, MoT masih dalam perbincangan dengan ketiga-tiga negara bagi menentukan anggaran perbelanjaan bagi pencarian. Maka, ia hanya diputuskan melalui mesyuarat tripartite antara Malaysia, Australia dan China pada pertengahan tahun 2015. Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM58,238,700 untuk Maksud B.28 di bawah Kementerian Pengangkutan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM58,238,700 untuk Maksud B.28 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM40 untuk Maksud P.28 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM40 untuk Maksud P.28 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 3:20 PM

Maksud P.29 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2015] - Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.29 di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Oleh sebab P.29 hanya token sahaja, P.29 tidak perlu dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.29 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.] [Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.29 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 3:20 PM

Maksud P.31 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil1) 2015] - Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.31 di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Oleh sebab P.31 hanya token sahaja, P.31 tidak perlu dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.31 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.31 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 3:30 PM

Maksud P.32 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil1) 2015] - Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM120,000,000 untuk Maksud P.32 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak 120,000,000 untuk Maksud P.32 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 3:30 PM

Maksud B.43 - Jadual] - Tuan Pengerus

Kepala Bekalan B.43 di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:30 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Merujuk kepada Butiran 100100 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara berjumlah RM575.5 juta untuk pengurusan sisa pepejal tujuh buah negeri. Saya ingin mendapat penjelasan terperinci tentang pembahagian peruntukan ini sama ada untuk pengurusan sisa negeri-negeri berkenaan ataupun kepada konsesi ataupun insentif kepada masyarakat yang telah pun membuat pengasingan dipunca. Berapakah peratus sisa yang dilupuskan di pusat pelupusan ini? Oleh kerana mungkin percent nya agak kecil, adakah kementerian masih lagi berhasrat untuk membangunkan waste-to-energy ataupun incinerator sebagaimana yang dirancang sebelum ini? Terima kasih.

final • 3:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ramai yang minat ni. Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 3:31 PM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ada satu soalan sahaja iaitu kita akan membelanjakan satu jumlah yang besar untuk tahun ini, untuk supplementary ini dan saya jangka juga begitulah apa yang akan berlaku pada tahun-tahun akan datang. Soalan saya ialah adakah kementerian mempunyai perancangan bahawa harus ada satu sistem yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah sisa pepejal dengan memperkenalkan contohnya insinerator dan ada juga argument yang mengatakan bahawa insinerator ini mahal tetapi kita juga tahu bahawa banyak negara telah memperkenalkan satu sistem di mana private investors come in untuk mengadakan ataupun bantu sistem ini.

Contohnya baru ini di Phuket, kalau kita tengok di Siam, Tuan Pengerusi. Kita tengok insinerator di Siam, di Siam ini banyak kita nak tengok tetapi saya bawa kepada insinerator dahulu bahawa private sector telah pun masuk dan mereka membantu kerajaan khususnya kerajaan tempatan. Insinerator ini telah pun berjaya bukan sahaja penduduk tempatan dapat selesaikan masalah sisa pepejal mereka tetapi juga elemen-elemen lain boleh membantu. Contohnya energy yang dikeluarkan oleh insinerator dan ini telah pun membantu penduduk tempatan mendapat electricity yang murah dan sebagainya. Kerajaan tempatan tidak perlu mengeluarkan jumlah yang besar malah memberikan peluang-peluang kepada pihak yang melabur.

Saya rasa kementerian harus ataupun kerajaan harus pergi jauh daripada sekarang ini memberikan bantuan demi bantuan kepada negeri-negeri yang saya kira untuk jangka panjang tidak pun memberikan manfaat yang kita harapkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:33 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya kepada menteri, peningkatan daripada peningkatan tambahan ini hampir lebih daripada separuh daripada anggaran yang mula RM936 juta, sekarang RM575 juta lebih lagi telah dibelanjakan untuk top up daripada perbelanjaan sisa pembersihan ini.

Projek kerja-kerja penswastaan ini bermula pada tahun 2011.

final • 3:35 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Jadi bolehkah saya tahu apakah sebenarnya perbelanjaan pada tahun-tahun yang sebelum 2015? Kalau kita mula 2011, 2012, 2013 dan 2014, kerajaan telah membelanjakan untuk pembayaran pengurusan sisa pepejal ini.

Kedua, saya ingin tahu adakah pengurusan sisa pepejal ini hanya untuk sisa pepejal domestik? Adakah ia termasuk sisa pepejal industri dan juga lagi satu ialah sisa pukal, maknanya ia hasil daripada selain daripada domestik dan industri ini? Saya sebenarnya nak faham juga kerana setahu saya dalam sistem bila kita telah swastakan, PBT-PBT yang berkenaan, majlis daerah yang berkenaan akan membayar kepada pihak yang telah diberi konsesi. Maka top upnya ini, maknanya perbelanjaan lebih yang tidak, adakah ini disebabkan kerana ketidakcukupan bajet daripada majlis daerah dan PBT ini?

Berapa banyak kalau boleh kita tahu, berapa peratus daripada pendapatan PBT ini yang telah dibelanjakan untuk pengurusan sampah ini? Terima kasih.

final • 3:35 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tentang Butiran 43 ini saya hanya nak tanya, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mulakan kempen untuk pengasingan sisa pepejal dan saya rasa di negeri Johor, pengasingan sisa pepejal telah pun diwajibkan. Saya tidak tahu bagaimana untuk negeri-negeri yang lain. Akan tetapi saya hendak tanya di sini, apa itu keberkesanan kempen ataupun undang-undang untuk mewajibkan pengasingan sisa pepejal ini kerana saya sendiri duduk di Johor dan saya rasa apabila saya nak cari maklumat untuk tahu pada hari apa kontraktor itu akan datang untuk kutip sampah, apa jenis, saya pun susah hendak dapat maklumat ini. Jadi bolehkah saya cadangkan kepada Timbalan Menteri bahawa kita wujudkan satu website.

Sesiapa boleh pergi ke laman web itu untuk key in alamat mereka ataupun taman mereka dan mereka boleh terus dapat jadual masa yang sepenuhnya kerana saya rasa sekarang di Johor walaupun ada orang yang memang sokong undang-undang ini tetapi pelaksanaannya adalah begitu susah, amat menyusahkan penduduk-penduduk. Jadi di sini saya hanya nak minta penjelasan daripada Timbalan Menteri, apakah itu keberkesanan untuk kempen ataupun undang-undang untuk mewajibkan pengasingan sisa pepejal ini?

Selain dari Johor, apakah status terkini negeri-negeri lain? Bolehkah kita buat ini satu kempen untuk seluruh negara dan kita wujudkan satu laman web supaya informasi tentang pengasingan sisa pepejal ini adalah lebih jelas kerana di shopping centre di Johor, saya pergi ke Jusco. Saya tengok bahawa di sana ada sebuah iklan yang menyatakan bahawa untuk sampah yang berlainan, untuk kertas perlulah pakai plastik yang berwarna hijau, ambil contoh.

final • 3:37 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Kalau untuk benda plastik perlulah pakai beg plastik yang berwarna biru, contohlah. Akan tetapi sebenarnya apabila saya pergi semak dengan kontraktor itu mereka cakap tidak perlu. Beg plastik itu sama sahaja, mana-mana boleh pakai. Jadi saya rasa banyak kekeliruan di luar, saya mintalah sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 3:40 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Soalan sama dengan Yang Berhormat Kulai. Tentang pelaksanaan pengasingan sampah ini. Setakat ini, berapa peratusan yang telah dicapai selepas laksanakan pengasingan sampah ini dan berapakah peratusan sampah yang telah berjaya kitar semula?

Apa masalah utama yang menghalang rakyat Malaysia ini untuk melaksanakan pengasingan sampah ini dan saya difahamkan hanya tujuh buah negeri terlibat. Tidak termasuk negeri Selangor. So, apa masalah yang utama, adakah kerana Selangor tidak mengambil perkhidmatan dari Alam Flora dan Selangor tidak dikategorikan sebagai pelaksanaan untuk mengasingkan sampah itu? So, apa masalah utama, mengapakah tidak dilakukan di negeri Selangor? Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Lumut, lepas itu saya deal sebelah Barisan Nasional. Yang Berhormat Rasah dahulu sebab awal tadi tidak ramai yang bangun ya. Ya, sila.

final • 3:40 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya cuma ada satu soalan mengenai pengurusan sisa pepejal iaitu Syarikat Cypark yang baru-baru ini mendapat konsesi selama 25 tahun di Negeri Sembilan. Cuma masalahnya yang timbul banyak kontraktor yang menguruskan sisa-sisa bagi pihak kilang telah mengadu bahawa bayaran yang dikenakan oleh Syarikat Cypark itu terlalu tinggi iaitu 200 peratus lebih tinggi daripada harga asal.

Sebelum ini mereka cuma dikenakan RM10 untuk setiap tan tetapi harga yang terkini ialah RM34 untuk satu tan. Jadi dalam perkara ini kebanyakan daripada kontraktor- kontraktor ini telah pun mengadu bahawa oleh sebab sebelum ini mereka menandatangani perjanjian pengurusan sisa pepejal ini dengan kilang-kilang dengan harga RM10 jadi ini telah pun menyebabkan mereka mengalami kerugian yang teruk.

Jadi, dalam perkara ini saya ingin mohon pihak kementerian jika boleh mengambil kira pandangan daripada kontraktor dan pada masa yang sama juga saya ingin mengetahui bahawa adakah bayaran untuk mengurus setiap tan sisa pepejal ini harga dia sama dengan kontraktor ataupun harga PBT lebih murah ataupun harga kontraktor lebih murah? Terima kasih.

final • 3:41 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Lumut.

final • 3:41 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 3:43 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Selepas Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:43 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Saya menganggap permohonan kelulusan peruntukan tambahan ini merupakan satu pelanggaran peraturan kewangan yang serius, Tuan Pengerusi. Ia berlaku bukan sahaja satu kementerian tetapi banyak kementerian.

Oleh sebab kalau kita lihat pada muka surat 16, dan 17, kepada Kertas Perintah 2, Tahun 2016 ini kementerian telah memohon untuk tahun 2015 sebanyak RM930 juta tetapi dalam tahun yang sama juga telah berbelanja lebih RM575 juta. Ini kita lihat sebagai kegagalan akauntan-akauntan dalam kementerian untuk membuat bajet dengan sempurna supaya tidak berlaku perbelanjaan melebihi peruntukan. Oleh sebab itu, kita harap kementerian mengambil serius dalam hal ini supaya tahun hadapan tidak berlaku lagi tahun ini atau 2016 tidak akan berlaku lagi tambahan peruntukan.

Yang Berhormat Menteri saya tidak mahu sokong tambahan ini tetapi kalau peruntukan tambahan ini termasuk meluluskan kajian dan peruntukan perbelanjaan kawasan hapus pepejal ini di Manjung, saya sokong untuk diluluskan...

final • 3:43 PM

[Dewan riuh]

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:43 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:43 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ini kongkalikung ini.

final • 3:43 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Pengerusi, untuk pengurusan sisa pepejal negara. Saya ingin tanya kementerian, selepas Akta Sisa Pepejal Negara ini dilaksanakan, apakah keberkesanannya? Adakah ia menyeluruh di setiap negeri sebab kita tahu bahawa setiap PBT ataupun negeri-negeri dia ada peraturan yang tersendiri. Jadi apakah peraturan ini diselaraskan di seluruh negeri?

Oleh sebab Malaysia ini Tuan Pengerusi, terkenal dengan pembuangan sisa pepejal yang terbanyak dalam dunia mungkin Malaysia lah. Walaupun populasi kita kurang, sampah kita macam-macam jenis. Kalau kita pergi negara-negara Eropah dia punya buangan sisa pepejal itu berbeza-beza. Tidak seperti di Malaysia. Makanan kita buang bertan-tan tetapi orang kata kita negara susah. Kalau susah tidak buang makanan, Tuan Pengerusi.

Akan tetapi Malaysia ini memang lebih makan. Banyak mati makan daripada tidak makan. Itu masalah yang kita hadapi. Jadi ini merupakan satu perkara yang perlu dilihat oleh kementerian sebab di Kuala Lumpur ini kalau kita pergi belakang street, kita punya sampah sisa pepejal, kalau kita lalu boleh mati di situ sebab bertimbun-timbun. Jadi saya tidak tahu siapa punya kerja ini sama ada kementerian kah atau Kementerian Wilayah Persekutuan tetapi seharusnya benda ini tidak seharusnya ada di situ.

Saya merantau lebih kurang empat, lima bulan ke negara orang, susah saya mahu tengok ada sampah di kaki lima dia, terlalu bersih. Saya tanya kenapa Malaysia tidak belajar di negara seperti ini? Apakah masalah kita? Kalau dia boleh urus di negara dia kenapa kita tidak boleh urus di negara kita? Jadi, kita buang duit berbilion-bilion tetapi pengurusan kita masih di tahap yang tidak memuaskan tetapi cukai pungutan dipungut tiap- tiap tahun. Itu kadang-kadang… [Disampuk] [Ketawa] Yang Berhormat Tenggara ini sahabat saya tetapi kita kena lontarkan idea-idea yang kita peroleh supaya negara kita juga boleh mengamalkan hidup yang sihat sebab kalau hidup sihat ini walaupun orang bilang tidak berharta-benda tetapi kalau kita sihat kita boleh melakukan apa juga yang kita inginkan. Jadi itulah antara lain kalau boleh apa jaminan yang negara kita, bandar-bandar utama kita tidak lagi dilimpah dengan sisa pepejal yang baunya busuk, mata pun memandang tidak seronok. Apakah langkah-langkah yang telah diambil dengan adanya peraturan Akta Sisa Pepejal Negara ini? Adakah ia menyeluruh atau masih juga negeri-negeri itu menentukan akta mereka masing-masing?

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tenggara tenung Yang Berhormat Kinabatangan itu yang jadi Yang Berhormat Kinabatangan tidak berapa menjadi umph perbahasannya. Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:44 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Saya juga ingin merujuk Maksud B.43 Butiran 100100 – Pengurusan Sisa Pepejal. Memang banyaklah peruntukan tambahan yang diminta hampir setengah untuk pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, tujuh buah negeri yang terlibat dalam penswastaan.

Soalan saya ialah negeri mana yang terlibat dan kenapa negeri-negeri lain tidak terlibat?

Contohnya saya rasa di negeri Perak terutama di Daerah Kerian di Parlimen Bagan Serai ini saya dapati ada sebuah tapak pelupusan di Lembah Beriah dan itu pun tidak besar, tidak luas cuma enam ekar. Dijangkakan tapak ini tidak akan cukup tempatnya apabila menjelang 2020, nanti. Jadi difahamkan bajet tambahan tidak ada dan tidak ada bajet untuk upgrade untuk meningkatkan lagi prestasi tempat ataupun untuk beli tanah untuk tapak pelupusan yang baru.

Jadi, untuk pembangunan mampan ini banyak lagi banyak kena buat umpamanya.

Recycle programme pun tidak menyeluruh dan saya percayalah kesedaran masyarakat ialah perkara yang penting. Kalau tidak orang taruh sampah merata, makan pisang letak kulit pisang, hisap rokok baling putung rokok ikut suka. Jadi kita akan nampak sampah itu merata-rata.

final • 3:48 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Bila kita pergi luar negeri kita tengok tempat lain, saya pun baru balik dari London tengok tidak pernah nampak sampah...

[Disampuk] Saya pergi conference, merata-rata saya nampak ada recycle punya bins dan orang tidak buang sampah. Jadi itu kalau kita hendak pergi negara maju, pemikiran kita pun hendak kena maju kalau tidak mimpi kita untuk pembangunan yang mampan tidak akan jadi kenyataan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 3:48 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Kangsar. Selepas Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 3:48 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Berkaitan B.43 ini saya ingin menyentuh tentang masalah ataupun kelewatan ataupun juga feasibility kepada masalah pelupusan sampah, pengurusan sisa pepejal di pulau-pulau kerana kita lihat di pulau-pulau ini bukan sahaja menjadi pulau-pulau pelancongan tetapi kalau kita lihat bahawa pelancong lebih ramai daripada penduduk di pulau itu. Jadi saya mohon pihak kerajaan melihat kepada pengurusan sisa pepejal di pulau-pulau, baik besar dan kecil yang mempunyai potensi pelancongan.

final • 3:49 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Yang keduanya adalah tentang terlampau banyak sistem pelupusan di negara kita ini sehinggakan tidak ada garis panduan penentuan sistem manakah yang terbaik mengikut kategori masing-masing daripada sistem pelupusan yang terlampau banyak yang ada di negara kita ini. Sekian, terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada rakan-rakan.

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, welcome home. All of us miss you man, especially me when it comes to local government. Tuan Pengerusi, saya menjawab bukan ikut urutan, tetapi akan insya-Allah akan menyentuh kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh kawan-kawan tadi sama ada dari belah sana yang bercolour-colour itu atau dari sini yang berwarna biru.

Tuan Pengerusi, bagi persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, kenapa tidak dilaksanakan di negeri Selangor, apakah masalahnya? Saya hendak menyebut kepada Yang Berhormat Program Pengasingan Sisa Di Punca ini tidak dapat dilaksanakan di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak kerana Tuan Pengerusi negeri-negeri ini belum lagi menerima pakai Akta 672 yang memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan program- program ataupun apa-apa aktiviti urusan yang berkaitan dengan pengasingan sisa di punca secara wajib. Jadi maknanya pemakaian Akta 672 itu tidak terpakai kepada negeri-negeri yang saya sebutkan tadi.

Akta 672 Tuan Pengerusi, dia hanya terpakai di tujuh buah negeri sahaja. Antara negeri yang menerima pakai Akta 672 ialah negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Pahang, Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain daripada itu Tuan Pengerusi, menjawab kepada persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kulai.

final • 3:50 PM

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Kalau Yang Berhormat tidak ada kat dalam ini saya tidak akan jawab, kalau ada saya jawab. Yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kulai tadi, adakah sisa pepejal ini hanya untuk domestik industri atau selainnya dan berapakah peratusan pencapaian kempen yang dijalankan iaitu pengasingan di punca yang dilaksanakan oleh pihak kementerian.

Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat tadi Yang Berhormat membangkitkan di kawasan taman tidak ada papan tanda yang memaklumkan tentang jadual kutipan sisa pepejal yang ada termasuklah jadual kutipan sisa pepejal yang diasingkan melalui pengasingan di punca.

Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa setiap taman telah pun diarahkan melalui syarikat konsesi dan sebagainya untuk setiap syarikat konsesi menyediakan papan-papan maklumat di setiap taman yang ada tentang jadual kutipan mengikut kepada jenis-jenis sisa yang ada dan setiap tong yang diletakkan dilabelkan di setiap rumah yang ada dalam kawasan taman. Mungkin agaknya Yang Berhormat pergi banyak sangat tempat yang lain agaknya bukan tempat Yang Berhormat sahaja, jadi saya minta Yang Berhormat semak sama ada taman yang Yang Berhormat duduk itu, ada tidak papan-papan, semak betul-betul Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

[Bangun]

final • 3:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Timbalan Menteri..

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Dua Ahli Yang Berhormat bangun, yang manakah Yang Berhormat?

final • 3:50 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Yang Berhormat Kulai.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kulai, sila.

final • 3:50 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Yang Berhormat PJ Selatan sudah selesai, duduk.

final • 3:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Belum, belum, hendak tanya sedikit.

final • 3:50 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Yang Berhormat Kulai. Semak, kalau tidak ada maklumkan dan kita akan ambil tindakan. Akan tetapi arahan kita kepada syarikat konsesi untuk meletakkan papan maklumat itu di semua taman tentang jadual kutipan sisa pepejal yang ada dan jadual kutipan sisa yang perlu diasingkan melalui program pengasingan di punca. Yang Berhormat, ya. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:50 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Hendak tanya kah apa ni?

final • 3:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Hendak tanya sedikit. Hendak mengesahkan informasi.

final • 3:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Bukit Katil pun hendak tanya, tidak berani.

final • 3:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Taman saya memang sudah ada. Saya merujuk kepada taman yang saya sendiri duduk. Taman saya memang tidak ada papan tanda ini.

Saya pernah nampak papan tanda ini di taman lain, tetapi saya tidak pasti di sini bawah ke semua taman perumahan ini sudah ada papan tanda ini atau tidak. Akan tetapi taman yang saya duduki ini Taman Tropika, memang tidak ada papan tanda ini.

Bukan ini satu sahaja masalah dengan kontraktor, iaitu SWM bukan sahaja ada taman yang tidak ada papan tanda, tetapi sekarang kerana taman perumahan saya sebuah taman perumahan yang baru, fasa yang baru, jadi sekarang apabila saya hendak pergi kepada kontraktor SWM ini untuk beli tong sampah itu, mereka kata tidak ada stok. Saya sudah tunggu dua tiga bulan, sekarang SWM berkata bahawa ke semua rumah perlulah gunakan tong sampah yang mereka sediakan. Akan tetapi mereka tidak menyediakan tong sampah yang mencukupi untuk kita, orang yang hendak beli pun tidak ada.

final • 3:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Jadi di sini saya hendak mengambil peluang ini untuk menyampaikan mesej ini kepada Timbalan Menteri supaya bolehlah tegur kontraktor ini sedikit. Saya rasa ini tidak- sedikit.

final • 3:50 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Okey okey, Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 3:50 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Nanti, nanti dahulu. Taman baru- pegawai saya di belakang, SWCorp tolong ambil perhatian untuk kita selesaikan masalah penyediaan papan tanda bagi taman baru yang diduduki oleh Ahli Parlimen kawasan Kulai, okey terima kasih Yang Berhormat. Okey, Yang Berhormat PJ Selatan.

final • 3:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata hanya ada tujuh buah negeri menerima pakai Akta 672 dan negeri lain tidak ada. Apakah halangan, dan mengapakah kita ada dua standard?

final • 3:50 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Bukan dua standard, ya, saya faham Yang Berhormat. Duduk. Bukan dua standard Yang Berhormat, pemakaian Akta 672 pada negeri-negeri Yang Berhormat...

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ingat guru besar kah?

final • 3:50 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Kalau awak pun sama, jangan campur. Hoi, hoi, hoi tidak habis-habis. Saya menjawab benda yang betul. Saya sudah tahu apa dia hendak tanya. Sebab itu saya hendak jawab. Yang Berhormat PJ Selatan, pemakaian Akta 672 ini Yang Berhormat dia bergantung kepada kesediaan kerajaan negeri yang berkenaan.

Dia bukan boleh kita di peringkat Kerajaan Pusat Kementerian contohnya kita mengendorsekan supaya diguna pakai secara wajib. Dia bergantung kepada kesediaan kerajaan negeri yang berkenaan.

Jadi mungkin agaknya kalau Yang Berhormat fikir sudah sampai masanya Selangor sudah tidak boleh menguruskan sampah, pengurusan sisa pepejal di negeri berkenaan sudah sampai masanya perlu kepada bantuan daripada Kerajaan Persekutuan maka boleh diadakan perbincangan dan sudah tentulah bajet anggaran tambahan perbelanjaan mengurus yang kita hendak luluskan pada hari ini, ia melibatkan kepada sebahagian daripadanya pertambahan-pertambahan kawasan-kawasan yang perlu diselesaikan.

Maka dengan itu pembayaran ke atas servis itu perlu dilakukan. Kita memerlukan lebih kurang RM2 bilion untuk menguruskan pengurusan sisa pepejal di negara kita ini. Itu baru sahaja melibatkan pengurusan yang melibatkan tujuh buah negeri. Jadi kalau negeri- negeri yang lain maka sudah tentulah peruntukan penambahan itu akan berlaku dengan lebih banyak lagi. Jadi dia bergantung kepada kesediaan kerajaan negeri. Kita di peringkat Kerajaan Pusat ini tidak main memilih-milih. Yang ini pembangkang kita tidak boleh masukkan, kita tidak hendak dan sebagainya, tidak ada kerana rakyat agenda pengurusan kepada kerajaan terutamanya kerajaan kita di peringkat Persekutuan.

final • 3:50 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kulai, selesai Yang Berhormat Kulai. Saya ingin menjawab kepada persoalan yang telah pun dibangkitkan tentang berapa banyak jumlah bahan kitar semula.

Untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri melalui kementerian telah pun membuat keputusan bahawa pengasingan di punca dilakukan secara mandatori bermula pada 1 September tahun lepas.

final • 3:50 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Akan tetapi walaupun dia telah pun diletakkan secara mandatori pelaksanaannya, terutama daripada segi sepatutnya dikenakan tindakan penguatkuasaan ke atas mana- mana salah laku tidak mengasingkan sisa pepejal mereka yang boleh dikitar semula dan sebagainya iaitu bahan-bahan seperti kaca, tin, kertas dan sebagainya tetapi tidak bermaksud bahawa bila dimandatorikan pada 1 September 2015 Tuan Pengerusi, maka tindakan undang-undang itu akan diambil ke atas mereka yang melakukan kesalahan.

Jadi Yang Berhormat Menteri berpendapat bahawa kita bagi lagi ruang masa supaya kita dapat createkan awareness kita dapat mendidik masyarakat, meningkatkan lagi tahap kesedaran tentang betapa pentingnya rakyat Malaysia yang ada ini bersama-sama bertanggungjawab menguruskan sampah ataupun sisa pepejal yang dihasilkan oleh mereka dari rumah mereka supaya sisa pepejal ini dapat diuruskan dengan baik.

final • 3:50 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Maka kerana itu Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri telah pun bersetuju supaya walaupun telah dimandatorikan pada 1 September yang lalu, tetapi diberikan ruangan untuk terus mendidik masyarakat supaya mereka biasa untuk mengasingkan sampah-sampah ataupun sisa pepejal yang boleh dikitar semula untuk menerapkan kebiasaan pada masyarakat. Maka kerana itu mandatori mengenakan tindakan penguatkuasaan daripada segi peruntukan undang-undang akan dilakukan bermula pada 1 Jun 2016 ini.

Maknanya saya hendak beritahu dengan semua, sementara ini apa yang kita lakukan sekiranya mereka melakukan kesalahan tidak mengasingkan sampah ataupun sisa pepejal yang boleh dikitar semula, kita akan mengeluarkan surat-surat amaran. Jadi surat amaran, surat ingatan itu samalah lebih kurang. Maknanya tindakan penguatkuasaan itu sepatutnya telah dikenakan tapi kita akan kuatkuasakan pada 1 Jun. Jadi…

final • 4:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan.

final • 4:00 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Ya, Yang Berhormat Kota Raja.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Raja.

final • 4:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tahu surat amaran akan dikeluarkan oleh siapa? Syarikat konsesi atau PBT?

final • 4:00 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Surat amaran dikeluarkan oleh pihak SWCorp. Ya, oleh pihak SWCorp. Saya hendak memaklumkan setakat ini Tuan Pengerusi, jumlah kutipan bahan kitar semula yang telah pun kita mulakan seperti yang saya nyatakan pada mandatori pada 1 September 2015 ini sehingga 23 Mac 2016 adalah berjumlah 851,489.18 kg. Jadual kutipan bagi kawasan perumahan, kawasan perumahan yang atas tanah, landed property yang telah pun diletakkan di atas tong bagi tong-tong sampah berwarna hijau, bukan hijau yang sana. Hijau tong sampah yang kita sediakan yang berkapasiti 120 liter.

Jadi yang itu telah pun dimaklumkan dan sebahagian besar daripada masyarakat tempatan sudah maklum, cuma mungkin kepada taman-taman perumahan baru seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari kawasan Kulai tadi.

final • 4:00 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Sedikit penjelasan.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Hulu Langat bangun.

final • 4:00 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Ya, Hulu Langat belum lagi, saya belum masuk lagi.

final • 4:00 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Yang 851,400 kg ini siapa yang kumpul? Konsesi ataupun masing-masing yang mengasing tadi kerana lain berkaitan saya hendak tanya siapa yang jual balik yang recycle ini? Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sambung sedikit. Tentang surat amaran ini, penguatkuasaan ini, apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang enggan untuk mengasingkan sampah ini. Kalau selepas surat amaran sudah dikeluarkan, apakah tindakan selanjutnya?

final • 4:00 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Saya sudah sebut tadi Tuan Pengerusi, sehingga ini walaupun telah dimandatorikan pada 1 September 2015, Yang Berhormat Menteri berpendapat bahawa kita masih lagi perlu berikan sedikit masa dalam usaha untuk mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya mereka menguruskan sampah ataupun sisa pepejal mereka dari rumah, daripada punca untuk diasingkan.

Untuk sampai ke peringkat itu dan kemudian saya sudah jelaskan tadi, pada 1 Jun 2016 ini Yang Berhormat kita sudah mulakan tindakan penguatkuasaan untuk keluarkan kompaun, kompaun-kompaun kepada mereka yang tidak mematuhi kepada urusan untuk mengasingkan sisa pepejal mereka. Untuk peringkat awal ini kita keluarkan surat amaran, ingatan, surat ingatan (amaran) supaya mereka tidak melakukan kesalahan yang sama dari semasa ke semasa.

Akan tetapi bermula pada 1 Jun sudah tidak ada lagi surat amaran yang dikeluarkan tetapi kompaun-kompaun dari segi tindakan penguatkuasaan akan dikenakan kepada mana-mana di antara mereka yang tidak mematuhi dari segi urusan untuk menguruskan pengurusan pengasingan sisa pepejal di punca iaitu mengasingkan sisa-sisa yang boleh di kitar semula. Okey Yang Berhormat?

final • 4:00 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Kompaun itu berapa, RM500 atau RM1,000?

final • 4:00 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

No, no, no. Alah menyindir pula dia ini.

[Ketawa] We are at the final stage untuk kita tentukan berapa kadar kompaun yang akan dikenakan. Ini kerana kita sedang dalam urusan yang peringkat terakhir tentang kadar- kadar bagi kesalahan pertama, kesalahan kedua dan bagi kesalahan ketiga. Pada peringkat terakhir dan cadangan yang kita kemukakan bagi mana-mana kesalahan bagi mana-mana landed property (perumahan atas tanah) kesalahan pertama – RM50; kesalahan kedua – RM100; kesalahan ketiga – RM500. Bagi mana-mana non landed (bukan perumahan atas tanah) kesalahan pertama – RM100; kedua – RM200; dan ketiga ialah RM500.

Sekiranya mereka terus melakukan kesalahan-kesalahan atas kompaun yang kita keluarkan ini Yang Berhormat, maka kesalahan keempat dan seterusnya kita akan bawa mereka ke mahkamah dan denda maksimum will be RM1,000. Okey Yang Berhormat?

Terima kasih.

Seterusnya saya beralih kepada Yang Berhormat dari kawasan Kota Raja. Yang Berhormat bertanyakan adakah sisa sampah ini terhad kepada domestik, pepejal industri dan sebagainya. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa sisa pepejal yang diberikan perkhidmatan oleh syarikat konsesi melalui Akta 672 ini dia melibatkan sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal institusi awam, sisa pepejal awam dan juga sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah iaitu sisa pepejal daripada rumah-rumah kedai di kawasan penempatan perumahan. Ya, Yang Berhormat ya. Ini bagi jenis-jenis sisa.

Seterusnya soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari kawasan Kota Raja. Adakah perbelanjaan yang dibayar menggunakan peruntukan melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ini dan berapakah jumlah yang dibayar bagi tahun antara 2011 hingga 2015.

Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan Tuan Pengerusi, digunakan secara sepenuhnya untuk pembayaran perkhidmatan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ataupun selepas ini saya panggil SWCorp, SWCorp.

final • 4:00 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Pihak berkuasa tempatan Tuan Pengerusi juga membuat sumbangan bagi membolehkan pembayaran kepada SWCorp ini dibuat kepada tiga buah syarikat konsesi.

Yang Berhormat pun maklum akan tiga buah syarikat konsesi ini dan jumlah bayaran mengikut tahun untuk tahun 2011 ialah sebanyak RM126.06 juta; tahun 2012 – RM584.36 juta; tahun 2013 – RM1,071.27 juta; tahun 2014 – RM1,408.85 juta; dan seterusnya 2015 ialah RM2,001.3514 juta. Jadi ini perbelanjaan-perbelanjaan yang digunakan sepenuhnya untuk pengurusan pengendalian kepada perkhidmatan yang perlu diberikan oleh syarikat- syarikat konsesi ini yang diuruskan oleh pihak SWCorp.

final • 4:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih, terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Maknanya kerajaan sekarang ini memperuntukkan untuk pengurusan sisa pepejal datang untuk negeri-negeri yang telah bersetuju dengan Akta 672 ini, kerajaan memperuntukkan sejumlah wang untuk pengurusan sisa pepejal. Makna semuanya datang daripada Federal ya? Baik. Sekarang ini negeri-negeri yang tidak menandatangani ataupun tidak bersetuju dengan Akta 672 ini apa yang berlaku hasil kutipan daripada penduduk dalam kawasan PBT dan sebagainya dan hasil inilah yang dibayar untuk pembersihan dan pengurusan sisa pepejal. Adakah ini bermakna di negeri-negeri yang menandatangani ataupun bersetuju dengan Akta 672 ini, pihak-pihak berkuasa tempatan, majlis daerah dan negeri langsung tidak mengeluarkan belanja untuk pengurusan sisa pepejal ini. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Saya sudah sebut tadi Yang Berhormat bahawa pihak berkuasa tempatan juga turut sama memberikan sumbangan. Selain daripada itu untuk makluman Yang Berhormat daripada kos yang saya sebutkan, pengurusan dari tahun 2011 hingga 2015 tadi, cara kita mengaturkan urusan perbelanjaan

final • 4:00 PM

itu Yang Berhormat, kos pembersihan awam dibuat dengan kadar nisbah 40

60, kadar nisbah 40 bersamaan 60. Maknanya 40 peratus itu kos yang perlu dibayar untuk kutipan sisa pepejal alone dan 60 peratus itu pula adalah kos yang perlu dibayar bagi bayaran pembersihan awam.

final • 4:00 PM

itu Yang Berhormat, kos pembersihan awam dibuat dengan kadar nisbah 40

Jadi, dia terbahagi kepada dua Yang Berhormat, kerana kita menguruskan sisa pepejal dan kita juga menguruskan pembersihan awam bagi satu-satu kawasan yang telah pun dipersetujui antara syarikat konsesi dengan pihak kementerian ya, Yang Berhormat. Ini termaktub dalam perjanjian-perjanjian yang telah pun kita letakkan antara pihak kita dengan pihak syarikat konsesi tentang mana-mana kawasan yang perlu dikawal selia untuk diberikan perkhidmatan, Yang Berhormat ya.

final • 4:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Sedikit sahaja lagi. Maaf Timbalan Menteri. Saya hendak tahu, tujuh buah negeri ini, tentulah kemampuan negeri-negeri ini untuk membayar kepada SWCorp. atau PBT, maksud saya melalui PBT ini adalah berlainan. Adakah satu cut-off point di mana Federal, Kerajaan Persekutuan, berapa percent yang ditanggung oleh negeri, dan beberapa peratus yang ditanggung oleh Kerajaan Pusat, misalnya? Itu adalah untuk makluman. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Dia selepas perjanjian penswastaan di bawah Akta 672 ini Yang Berhormat, yang melibatkan tiga buah syarikat konsesi kepada tujuh buah negeri ini, maka tanggungan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam itu diletakkan ke atas Kerajaan Persekutuan. Kalau dahulu, ia di bawah urusan kerajaan negeri bersama-sama dengan pihak berkuasa tempatan. Akan tetapi apabila diambil alih tanggungjawab pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ini, maka ia menjadi tanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan.

Maka kerana itu, tanggungan kos yang diperlukan untuk menguruskan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ini, Yang Berhormat- ini baru kepada tujuh buah negeri. Ia bukanlah satu jumlah yang sedikit tetapi satu jumlah yang amat besar. Kita perlukan lebih kurang RM2 bilion untuk menguruskan pengurusan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang perlu diberikan kepada rakyat ini.

Seterusnya, Yang Berhormat Kulai dan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tadi juga telah bangkitkan pencapaian penglibatan masyarakat berapa banyak. Saya ingin memaklumkan Tuan Pengerusi, setakat- tadi saya sudah terangkan- berapa jumlah.

final • 4:10 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Kita mendapati bahawa 49,049 orang iaitu 18 peratus daripada jumlah premis- premis iaitu sebanyak 278,592 buah premis kediaman bertanah, means landed, dan 229,543 daripada jumlah premis yang ada iaitu 82 peratus telah pun menunjukkan bahawa mereka faham dengan usaha yang sedang dijalankan oleh pihak kementerian. Maknanya, 18 peratus masih lagi gagal untuk membuat pengasingan apabila kita membuat pungutan sisa-sisa pepejal yang boleh dikitar semula. Akan tetapi, dia mencerminkan bahawa 82 peratus daripada jumlah besar yang saya sebutkan tadi faham dan juga memberikan sokongan penuh dan turut terlibat dalam usaha untuk menjayakan program pengasingan di puncanya.

Tuan Pengerusi, seterusnya kepada persoalan yang dibangkitkan oleh...

[Disampuk] Yang Berhormat Kulai sudah. Yang Berhormat Sungai Petani. Bagus ini, tengok Yang Berhormat Sungai Petani, bagus nampak, tidak menyakitkan hati bila bertanya. Bila saya jawab pun dengan penuh kasih sayang...

final • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Kalau menyakitkan hati ini, tanya sahaja hendak buat persepsi negatif, jadi cara saya jawab akan jadi macam guru besarlah. Apakah hendak buat?

final • 4:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Sensitiflah.

final • 4:10 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Kalau ditanya lain macam, macam Yang Berhormat Bukit Katil, cara saya jawab akan jadi macam seorang guru besar menjawab kepada soalan yang ditanya oleh seorang anak murid. Ha, dia begitu.

final • 4:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Bukit Katil cemburu itu.

final • 4:10 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Ini saya jawab dengan penuh kasih sayang.

Okey. Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Jadi Yang Berhormat Bukit Katil ini kurang kasih sayang dah?

final • 4:10 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Yang manakah?

final • 4:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 4:10 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Itu lebih kuranglah. Kalau tidak, takkan saya sebut dia.

Yang Berhormat Sungai Petani tadi menyatakan tentang perancangan, adakah kita akan mengguna pakai sistem pengurusan sisa pepejal yang lebih efisien lagi untuk menguruskan sisa pepejal kita di Malaysia ini dengan kaedah incinerator dan sebagainya.

Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat dari Sungai Petani, tapak pelupusan ini ia adalah merupakan satu fasiliti yang kita gunakan untuk pengurusan sisa pepejal yang wajib kita bina sama ada kita pakai incinerator ataupun tidak, Yang Berhormat.

Sekarang ini kita pakai sanitary landfill. Jadi sisa pepejal kita, kita hantar ke tapak pelupusan kita. Jadi kalau kita pakai incinerator, Yang Berhormat Hulu Langat lebih maklum, kita masih lagi perlukan tapak pelupusan sisa pepejal ini untuk menguruskan, contohnya hasilan daripada pembakaran oleh incinerator. So that, you can still put it into the cell dalam kawasan tapak pelupusan. WTE atau waste-to-energy, ia adalah merupakan satu lagi fasiliti sokongan yang perlu bagi mencapai target kerajaan untuk kita kurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan. Ini kerana akhirnya kalau kita tidak berjaya menguruskan sisa pepejal kita ini, sesuai dengan cadangan daripada Yang Berhormat Sungai Petani, Tuan Pengerusi, jadi akhirnya landfill kita akan penuh. We don’t have enough land untuk uruskan tapak pelupusan sisa pepejal kita. Akhirnya kita perlukan kepada pengurusan yang lebih baik teknologinya, dalam pada ia akan mengehadkan penggunaan tanah.

final • 4:10 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Jadi maka kerana itu, incinerator Taman Beringin, insya-Allah. Akan tetapi dalam bila kita utarakan cadangan itu pada suatu waktu dahulu, kita dapat bantahan daripada orang ramai. Bantahan takut ada dioksin, takut kanser dan sebagainya. Kita perlu terbuka pemikiran kita dan memikirkan bahawa kalau kerajaan bersetuju untuk mengadakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal melalui incinerator ini Yang Berhormat, maka sudah tentulah kerajaan akan memikirkan yang terbaik sama ada daripada segi teknologinya, daripada segi pengurusannya terutama daripada segi memberikan perkhidmatan tanpa mempertaruhkan kualiti kesihatan kepada rakyat tempatan. Jadi, cadangan Yang Berhormat itu bagus.

final • 4:10 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

[Bangun]

final • 4:10 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Jemput. Ini dengan kasih sayang, silalah.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 4:10 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Tuan Pengerusi, saya pun hendak tanya dengan penuh kasih sayang juga ya [Ketawa] Bila dengar kita belanja RM2 bilion setahun, sedangkan kita melihat bahawa sisa pepejal itu kalau dilihat oleh seorang ahli perniagaan, ia boleh mendatangkan hasil yang agak lumayan. Saya bangkitkan tadi- terima kasih terlebih dahulu kepada Menteri kerana ada perancangan-perancangan untuk mengadakan incinerator.

Isu yang saya hendak bangkitkan sekarang ini ialah kalau rakyat dimaklumkan secara jelas bahawa kebaikan incinerator yang akan mereka dapat, dan yang kedua bagaimana dengan wujudnya incinerator ini rakyat akan dapat save wang dan akan mendapat manfaat, jadi saya kira seperti yang Menteri katakan tadi, akan ada private investor, PFI contohnya, di banyak negeri yang come in dan invest dan sekali gus kita dapat beberapa manfaat dari situ. Pertama sekali, energy yang kita keluarkan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat tempatan. Keduanya, kita kawal alam sekitar, tanah-tanah kita boleh diselamatkan. Lebih penting sekali, dia tidak akan jadi waste.

Jadi, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk pastikan paling tidak negeri-negeri yang padat penduduknya seperti Pulau Pinang, Selangor dan juga negeri- negeri yang lain, cepat memikirkan tentang bagaimanakah penglibatan pihak swasta untuk mewujudkan incinerators ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:10 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Terima kasih kepada Yang Berhormat.

Yang Berhormat, usaha kerajaan ini usaha untuk memberikan kebaikan kepada rakyat ya, Yang Berhormat. Rakyat faham tetapi kadang-kadang rakyat dikelirukan. Rakyat dikelirukan oleh maklumat-maklumat mungkin yang disampaikan yang- saya tak nak cakap putar belitlah, nanti berdiri pula semua. Jadi, maklumat-maklumat yang mungkin disampaikan ke atas usaha yang hendak dijalankan oleh kerajaan, hendak mengadakan incinerator, diapi- apikan rakyat bahawa incinerator ini tidak baik, tidak sesuai, ia mendatangkan banyak ketidakbaikan daripada segi kesihatan dan sebagainya.

Jadi kalau semua memberikan sokongan, maka sudah tentulah usaha kerajaan ini akan dapat dilaksanakan dengan baik. Kerana apa, Yang Berhormat? Kadang-kadang ada benda yang kita mungkin boleh berbeza pendapat tetapi apabila perkara itu melibatkan kesejahteraan rakyat, kita sepatutnya bersama memberikan sokongan.

Jadi maka kerana itu, kementerian tidak ada apa-apa halangan kepada mana- mana pihak yang hendak masuk bawa teknologi, kepada mana-mana pihak yang hendak masuk mencadangkan pendekatan baru bagi menguruskan sisa yang ada, tetapi perlulah supaya teknologi yang hendak dicadangkan itu terbukti mesra alam, value for money and the best for the people. Itu yang paling penting.

final • 4:10 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Seterusnya Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Rasah membangkitkan persoalan yang berkaitan– maaf, saya Tuan Pengerusi.

final • 4:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

[Bangun]

final • 4:20 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Ya, Yang Berhormat Rasah?

final • 4:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Mengenai...

final • 4:20 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Ya, ya I know. I am going to answer your question, also with love and care. Love and care. Okey, Yang Berhormat Rasah juga tadi telah bangkitkan perkara yang berkaitan dengan Skypark dan sebagainya. Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi Negeri Sembilan diuruskan oleh pihak SWM. Ini mungkin ada urusan yang berkaitan dengan pihak kerajaan negeri.

Jadi saya minta Yang Berhormat semaklah dengan pihak kerajaan negeri yang berkaitan dengan Skypark atau tipping fees and whatnot. Ini kerana syarikat konsesi yang menguruskan sampah di Negeri Sembilan ialah SWM. Syarikat konsesi SWM ini dia menguruskan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi negeri Johor, Melaka dan juga Negeri Sembilan, ya Yang Berhormat ya, okey.

Kadar tipping fees di tapak pelupusan Tanah Merah, Port Dickson. Tadi Yang Berhormat Rasah pun bangkitkan tentang kadar tapak pelupusan, kadar tipping fees yang lebih tinggi di tapak pelupusan Tanah Merah, Port Dickson. You raised that issue just now. Jadi saya hendak memaklumkan Tuan Pengerusi, kadar yang lebih tinggi ini berbanding daripada kadar yang asal iaitu sebanyak RM10. Ini kerana tapak pelupusan yang diuruskan- you are talking about Cypark...

[Mengeja perkataan] Okey, okey.

Ia sebanyak RM10 kerana tapak pelupusan yang diuruskan oleh pihak Cypark bukan Skypark, Cypark adalah sebuah tapak pelupusan sanitari Tuan Pengerusi yang mempunyai ciri-ciri untuk mengawal pencemaran terhadap alam sekitar, pengurusan dan juga untuk menjaga pencemaran alam sekitar. Maka kerana itu tapak pelupusan di Bukit Palong dan di Pajam adalah merupakan tapak pelupusan terbuka dan tidak diuruskan untuk mengawal pencemaran. So, this one is more kepada urusan untuk mengawal pencemaran dan sebagainya. That’s why kadar tipping fees yang diletakkan tinggi sebanyak RM10 yang dikenakan oleh pihak Cypark.

Tuan Pengerusi, selain daripada itu isu yang dibangkitkan oleh- saya sudah sebut Yang Berhormat Kota Raja tadi ya, yang bertanya tentang adakah PBT kerajaan bayaran untuk top up dan sebagainya, saya sudah jawab tadi Yang Berhormat. Iaitu PBT dia tidak bayar kepada syarikat konsesi tetapi dia memberikan sumbangan kepada Kerajaan Persekutuan melalui pihak SWCorp, ya Yang Berhormat ya?

final • 4:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri tanya sikit lagi boleh? Oleh sebab saya masih kurang jelas. Hanya tujuh buah negeri yang bersetuju dengan Akta 672 ini. Bolehkah Yang Berhormat Menteri dengan secara be frank, apakah sebabnya negeri-negeri lain termasuk bukan sahaja negeri Selangor yang dikatakan negeri pembangkang ini tetapi juga negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional juga tidak...

[Disampuk] Ya Perak juga tidak bersetuju dengan- ataupun tidak mengambil Akta 672 ini.

Jadi, bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu, apakah sebabnya sebenarnya dan apakah rasional tindakan-tindakan ini. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Dia tidak ada apa-apa agenda yang tersurat tersirat, tidak ada. Tidak ada apa-apa yang mengatakan kita pilih yang ini sahaja, yang lain pedulikanlah dia. Dia uruskan sendiri, urusannya tidak ada. Tidak ada pemilihan yang begitu rupa ya Yang Berhormat. Jadi saya sudah sebutkan tadi Yang Berhormat, dia atas kesediaan kerajaan negerilah dan juga atas kesediaan kita untuk menguruskan bajet yang lebih besar untuk menguruskan urusan yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Contoh yang baru ini, Kerajaan Negeri Kelantan sudah pun buat permohonan kepada kementerian untuk mereka mengguna pakai Akta 672. Jadi maknanya Yang Berhormat, dia tidak ada pengasingan dan sebagainya. Atas kesediaan kerajaan negeri dan juga atas kekuatan bajet yang akan diberikan untuk kita uruskan perkara yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan juga...

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh sambung sikit?

final • 4:20 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

...Pembersihan awam ini. Ya, silakan Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau kita- nama dia pun Akta Pepejal Negara, bermakna sebuah negara. Akan tetapi ini dilihat kita tidak konsisten. Kita cuma bergantung negeri itu memohon atau berkehendak. Seharusnya diimpose. Ini mandatori, negeri-negeri kena ikut untuk kepentingan rakyat dan negara. Kalau tidak negeri ini kita tengok bersih, negeri sebelah tidak bersih, kotor. Ini bukan sebut negeri ia sebut negara Malaysia juga. Jadi apabila ia akta negara, jadikan ia sebagai satu yang serius.

Jangan kita macam tidak apalah reluctant, dia tidak ikut, tidak ikutlah. Bagi saya itu bukan satu akta yang menyeluruh. Jadi kalau mahu menyeluruh mana-mana negeri tidak kira di Sabah atau Sarawak kah kena impose benda ini. Oleh sebab benda ini penting untuk rakyat pun mahu hidup sihat.

final • 4:20 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Saya nampak Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kinabatangan ini makin muda nampak dan keupayaannya tinggi. You are just like a young man Sir, only the grey hair, that’s it. Tuan Pengerusi, Akta 672 ini kita kerajaan di peringkat Persekutuan. Walaupun nama Akta 672, ia terletak pada kuasa Kerajaan Persekutuan di bawah kementerian. Akan tetapi kita kerajaan di peringkat Persekutuan Tuan Pengerusi, apa pun tindakan ataupun keputusan yang hendak dilakukan kita mengadakan konsultasi dengan pihak kerajaan negeri.

Kita tak nak paksa, kita mengadakan konsultasi kerana kita mahu supaya pihak kerajaan negeri bersiap sedia. Kalau sanggup menerima akta ini maknanya bersiap sedia dan akan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan Pusat iaitu melalui kementerian saya, melalui Akta 672 ini. So, kita masih lagi mahu mengamalkan satu cara kerja. We respect the state government definitely. Apa juga still consultation, bersedia atau tidakkah.

Ini kerana apa Yang Berhormat Kinabatangan, ada di antara negeri-negeri mereka berpendapat bahawa pihak berkuasa tempatan mereka cukup mampu untuk menguruskan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Ini kerana kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ini Tuan Pengerusi, sebelum diserahkan kepada syarikat konsesi melalui perjanjian penswastaan, ia sebenarnya diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan.

Pihak berkuasa tempatan yang menguruskan. Jadi maka, mungkin ada negeri- negeri yang berpendapat lebih baik pihak berkuasa tempatan mereka yang menguruskan urusan yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Jadi belum bersiap sedia untuk mengguna pakai, menerima Akta 672 ini.

Jadi, saya hendak memaklumkan kepada Yang Berhormat daripada Kinabatangan, tidak apa jangan bimbang Yang Berhormat kerana konsultasi itu berjalan dari semasa ke semasa. Seperti juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Kota Raja dan Petaling Jaya Selatan tadi. Kenapa bukan– adakah ada apa-apa masalah?

Tidak ada masalah. Ia bergantung kepada kesediaan kerajaan negeri dan juga kepada persediaan yang perlu dibuat oleh pihak kementerian melalui SWCorp terhadap pengurusan perbelanjaannya. Saya sudah sebut tadi Kelantan sudah minta supaya kita terima, supaya mereka boleh adopt Akta 672 ini ya Yang Berhormat. Jadi tidak ada agenda yang tersurat dan tersirat tetapi untuk memberikan perkhidmatan yang baik.

Seterusnya Yang Berhormat Hulu Langat. Siapa yang kumpul barangan kitar semula yang diletakkan oleh kita apabila jadual pengasingan? Apabila sampai kepada jadual, mungkin hari Rabu lah kata dia pungut, kita letak dekat luar dan syarikat konsesi yang akan pungut Tuan Pengerusi. Syarikat konsesi yang akan uruskan jualan barang- barang kitar semula ini dan bukan syarikat konsesi yang ambil imbuhan hasil daripada barang jualan kitar semula ini, Tuan Pengerusi.

Akan tetapi kita akan serahkan kepada badan-badan tertentu seperti MAKNA dan sebagainya untuk membantu sebagai salah satu daripada tanggungjawab CSR. CSR bukan sahaja kepada syarikat konsesi tetapi CSR kementerian melalui syarikat konsesi. Makna, hasil bahan-bahan kitar semula itu akan diberikan kepada NGO-NGO yang bersifat rakyat seperti MAKNA dan sebagainya. Jadi bukan diambil oleh syarikat konsesi untuk disimpan, tidak ada.

final • 4:20 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Akhir sekali Tuan Pengerusi, persoalan yang dibangkitkan, tambahan peruntukan ini bagi Maksud Pengurusan Sisa Pepejal bagi tahun 2015 untuk apa. Jadi, akhir sekali saya hendak menerangkan bahawa pada tahun 2015, tahun lepas, KPKT telah pun menerima peruntukan tambahan bagi pihak SWCorp sebanyak RM575.47 juta dan jumlah yang diterimanya Tuan Pengerusi, untuk kita buat bayaran kepada tiga buah syarikat konsesi yang dilantik oleh kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan SWCorp di tujuh buah negeri yang telah pun saya sebutkan tadi.

Kita sedia maklum tiga buah syarikat konsesi yang berkenaan ialah Alam Flora Sdn. Bhd., SWM Environment Sdn. Bhd (SWM) dan pihak Environment Idaman Sdn. Bhd.

Pecahan bagi bayaran tersebut Tuan Pengerusi daripada peruntukan tambahan yang diterima sebanyak RM234.87 juta dibayar kepada Alam Flora Sdn. Bhd, RM229.20 juta dibayar kepada SWM dan sebanyak RM111.40 juta kepada Idaman Sdn. Bhd.

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sikit Yang Berhormat Menteri.

Boleh sikit?

final • 4:30 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Nanti, belum habis lagi, tanpa kasih sayang itu. Bagi pihak Alam Flora Sdn. Bhd, sebanyak RM234.87 juta bagi bayaran untuk bulan Julai sehingga bulan November 2015 dan SWM akan menerima bayaran RM229.20 juta bagi bayaran bulan Ogos hingga bulan Oktober 2015 dan syarikat- kacau betullah Yang Berhormat Sepang ini. Environment Idaman Sdn. Bhd. pula akan menerima bagi bayaran sebanyak RM111.40 juta bagi bulan Ogos hingga sebahagian dari bulan November 2015 dan termasuk jugalah kepada tuntutan GST. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, perkhidmatan melalui SWCorp. ini, melalui syarikat konsesi tidak dikecualikan daripada GST. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sepang.

final • 4:30 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Belakanglah cerita. Sudah panjang sangat ini. Saya sudah ada sudah, saya sudah jawab ini.

final • 4:30 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kuala Kangsar tidak ada?

final • 4:30 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Tidak ada, habis sudah. Saya ucapkan terima kasih banyak. Belakang, di kafe kita boleh runding. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 4:30 PM

Jawatankuasa] Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Takkan takut ‘kot’.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sudah habis Yang Berhormat bukan?

final • 4:30 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Sudah habis.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM575,473,050 untuk Maksud B.43 di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM575,473,050 untuk Maksud B.43 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 4:30 PM

Maksud P.45 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil1) 2015] - Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Oleh sebab P.45 hanya token, P.45 tidak perlu dibahas.

[Tiada Perbahasan]

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.45 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.45 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 4:30 PM

Maksud P.46 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil1) 2015] - Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia. Oleh sebab P.46 hanya token, P.46 tidak perlu dibahas.

[Tiada Perbahasan]

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM30 untuk Maksud P.46 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM30 untuk Maksud P.46 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 4:30 PM

Maksud P.47 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil1) 2015] - Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.47 di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Oleh sebab P.47 hanya token, P.47 tidak perlu dibahas.

[Tiada Perbahasan]

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.47 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.47 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 4:30 PM

Maksud P.48 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil1) 2015] - Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Oleh sebab P.48 hanya token, P.48 tidak perlu dibahas.

[Tiada Perbahasan]

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.48 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.48 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 4:30 PM

Maksud P.60 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil1) 2015] - Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.60 di bawah Kementerian Pertahanan. Oleh sebab P.60 hanya token, P.60 tidak perlu dibahas.

[Tiada Perbahasan]

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.60 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.60 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 4:30 PM

Maksud P.62 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil1) 2015] - Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri. Oleh sebab P.62 hanya token, P.62 tidak perlu dibahas.

[Tiada Perbahasan]

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM40 untuk Maksud P.62 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM40 untuk Maksud P.62 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015]

final • 4:30 PM
Maksud B.13 [Jadual] - Maksud P.13 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil1) 2015] -

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kepala Bekalan 13 dan Kepala Pembangunan P.13 di bawah Kementerian Luar Negeri terbuka untuk dibahas. Oleh sebab P.13 hanya token, P.13 tidak perlu dibahas. Hanya B.13 boleh dibahas. Jadi Kepala B.13 terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 4:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan tiga perkara dalam sesi ini. Pertamanya ialah soal tambahan perbelanjaan sebanyak RM132, 325,125 juta yang mengikut Maksud B.13 di dalam Kertas Perintah ini menyatakan bahawa jumlah ini diperlukan untuk menampung peningkatan kos operasi pejabat perwakilan Malaysia di luar negara akibat ataupun susulan daripada penglibatan aktif Malaysia di arena antarabangsa sebagai Pengerusi ASEAN dan juga Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu.

Saya ingin tanya kementerian kerana kalau mengikut anggaran asal ialah RM761 juta dan sekarang ini dengan jumlah peruntukan selepas tambahan ini ia mencecah RM894, 158,125. Ini satu jumlah yang begitu besar, mencecah RM1bilion.

final • 4:37 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Saya ingin tanya, apakah boleh diberikan perincian tentang perbelanjaan ini dan apakah ada post mortem ataupun pencapaian yang positif yang telah dicapai akibat daripada perbelanjaan yang begitu besar ini? Apakah ada muafakat-muafakat yang baik, yang bermanfaat untuk negara kita?

Dalam isu ini, tentulah saya ingin menarik perhatian kementerian tentang muafakat dalam isu yang sedang hangat diperkatakan ini iaitu isu Laut China Selatan. Kita dimaklumkan oleh Menteri Luar dalam Dewan ini bahawa telah ada satu code of conduct ataupun tata kelola yang akan mengawal ataupun memandu hubungan kita dengan China.

Saya ingin tanya, apakah ada satu positif feedback, dengan izin, daripada code of conduct ini yang saya percaya telah pun dirundingkan dalam pertemuan demi pertemuan yang dilakukan di peringkat ASEAN, juga peranan kita sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Negara?

Kita dimaklumkan juga oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan baru-baru ini bahawa respons beliau mengenai bot China tidak mencerobohi perairan kita. Walaupun Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini telah pun menyatakan bahawa - memaklumkan bahawa ada sekumpulan bot nelayan China yang telah memasuki perairan kita tetapi dinafikan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan.

final • 4:37 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Jadi, kita hendak tanya pendirian Kementerian Luar Negeri, which is which?

Sebab, kalau ikut laporan daripada Berita Harian di Singapura yang saya percaya laporan ini agak damage ataupun agak merosakkan, di mana tajuk berita itu ialah “KL buat pusingan U: Bot China tidak menceroboh perairan”. Jadi saya percaya, hasil daripada kita memimpin ASEAN pada tahun lalu dengan belanja yang cukup besar, sudah pastilah ada muafakat-muafakat tertentu yang boleh dikongsi di Dewan Rakyat ini kerana ini tentunya kita bercakap tentang soal kedaulatan negara. Isu yang menjadi masalah ini ialah isu yang berkaitan terus dengan kedaulatan yang telah saya sebutkan tadi. Jadi saya mohon satu penjelasan yang agak terperinci berkaitan dengan perkara ini.

Saya juga bertanyakan soalan ini kerana saya ingin menarik perhatian Dewan kepada Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri Ketiga yang mendedahkan bahawa Kementerian Luar Negeri telah membelanjakan sebanyak RM14.17 juta untuk mengubahsuai, dari tahun 2010 sehingga 2012, dua buah bangunan kosong di Washington DC di mana kedua-dua bangunan ini sebenarnya adalah untuk perwakilan Malaysia di sana. Kedua-dua bangunan ini, Annex 1 dan Annex 2 dengan izin, masing-masing dibeli pada tahun 1979 dan 1984 dengan harga RM1.45 juta dan RM1.05 juta dan dibiarkan kosong sejak tahun 2002 selepas Kedutaan Malaysia dipindahkan ke Bangunan Canseri.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, adakah itu berkaitan, Yang Berhormat?

final • 4:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Jadi, saya ingin tanya perkara ini kerana sudah sampai masanya pihak kementerian mengamalkan satu pengurusan wang kerajaan yang telus agar ia tidak dibazirkan. Ini sebagai salah satu contoh yang ingin saya bawa perhatian Dewan ini.

Perkara ketiga tentunya ialah saya hendak bangkitkan kerana terdapat juga maklumat yang saya terima iaitu berkaitan dengan Institute Diplomacy and Foreign Relation atau IDFR yang saya dimaklumkan sekarang ini keadaan tempat itu agak uzur dan tidak ada lif, tidak ada air-conditioner. Apakah ini benar? Kalau perkara ini benar, saya hendak minta perhatian kementerian agar mengambil satu sikap yang proaktif, memastikan perkara ini dapat dibantu, diuruskan dengan baik kerana ini satu tempat latihan untuk melatih pegawai-pegawai kita dan tentunya perlukan satu tempat yang baik.

Jadi sementara kita belanja yang cukup besar di luar negara, jangan juga kita lupa beberapa isu penting di bawah kementerian di dalam negara. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, saya ingin ingatkan agar membahas isu-isu yang berkaitan dengan B.13 sahaja Yang Berhormat ya, kerana Yang Berhormat Menteri boleh tidak menjawab perkara-perkara yang tidak berkaitan.

Yang Berhormat Lumut.

final • 4:40 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya masuk ke butiran Kementerian Luar Negeri, saya ingin bacakan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya quote...

[Membaca petikan] “Beta mengucapkan tahniah kepada Mamanda Perdana Menteri di atas pencapaian-pencapaian negara sepanjang tahun lalu. Kejayaan mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN yang telah merealisasikan pembentukan Komuniti ASEAN 2015 adalah amat membanggakan.” Untuk itu, kita ucap tahniah kepada Kementerian Luar Negeri tetapi Tuanku tidak tahu bahawa Kementerian Luar Negeri telah melakukan pelanggaran perbelanjaan sebanyak lebih kurang RM132 juta. Saya tetap akan bersuara dari segi lebihan perbelanjaan oleh kementerian-kementerian oleh kerana kami telah didenda dulu, apabila melakukan lebihan perbelanjaan, dikenakan surcaj.

Oleh yang demikian, kalau kita tengok butiran perbelanjaan oleh Kementerian Luar Negeri ini, Tuan Pengerusi, banyak program telah dirancang, telah dibuat bajet untuk sepanjang tahun 2015 tetapi hampir kesemuanya memerlukan perbelanjaan berlebihan. Ini memberi erti kelemahan kementerian untuk membuat perancangan dalam tahun 2015 dari segi peruntukan yang diperlukan bagi membelanjakan program-program yang telah dirancang termasuklah pelaksanaan Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia. Telah diperuntukkan sebanyak RM2.4 juta, memohon tambahan RM2.5 juta lagi. Lebih daripada 100 peratus. Ini menunjukkan kegagalan dalam perancangan, Tuan Pengerusi.

Oleh yang demikian, kita minta Kementerian Luar Negeri untuk memberi penjelasan mengapa ini berlaku dan kita minta supaya sepatutnya Kementerian Kewangan memberi amaran kepada Kementerian Luar Negeri ini supaya tidak berlaku perbelanjaan berlebihan. Ini merupakan amalan kementerian-kementerian. Kalau kita lihat Kementerian Kerja Raya, tak adapun, tak ada lebihan belanja. Begitu juga dengan kementerian yang lain yang menjadi token sebagaimana Tuan Pengerusi sebutkan. Kita soalkan, mengapa Kementerian Luar Negeri berlaku lebihan perbelanjaan sebanyak RM132 juta ini? Kita minta penjelasan.

Ya, Yang Berhormat Kapar.

final • 4:43 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Boleh, Tuan Pengerusi?

final • 4:43 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 4:43 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Lumut.

Berkaitan dengan Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia ini, Butiran 10000 – Emolumen. Ada penambahan sebanyak RM2.5 juta. Sepatutnya isu-isu yang berkaitan dengan emolumen tidak perlu penambahan 100 peratus. Ini RM2.4 juta jadi RM2.5 juta.

Sepatutnya benda ini boleh dirancang lebih awal. Ini apa? Kesilapan rancangan atau tersasar keluarkah? Saya betul-betul meminta penjelasan. Mana boleh keadaan ini berlaku.

Kalau butiran lain, kita boleh terima juga. Ini emolumen. Sepatutnya benda ini sudah boleh dirancang lebih awal. Adakah ini menunjukkan perancangan yang kurang bijak, kurang cerdik daripada Kementerian Luar Negeri? Penjelasan, Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:43 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sebab itu saya bangkitkan isu ini. Bukan sahaja Sekretariat tetapi kalau kita buka muka surat 14 dan 15, begitu juga dengan Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Tidak tahulah kalau ada pejabat baru yang dibuka dan melibatkan keanggotaan, maka tambahan emolumen berlaku sebanyak RM19.9 juta.

Oleh yang demikian, kita mohonlah kepada Kementerian Luar Negeri untuk memberi penjelasan dan seharusnya Yang Berhormat Menteri Kewangan memberi amaran supaya ia tidak berlaku pada tahun-tahun hadapan.

final • 4:43 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan semalam, berlaku lebihan kewangan oleh JPA, beberapa pegawai telah disurcaj. Dalam hal ini, kalau kita lihat butiran ini, memang ramai pegawai yang hendak kena surcaj ini.

Untuk itu, saya memohon untuk tahun hadapan, Kementerian Kewangan supaya lebih tegas dan memberi amaran kepada Kementerian ini supaya tidak menjadi amalan melakukan lebihan perbelanjaan sebelum diluluskan. Ini semua kita tidak ada pilihan, Tuan Pengerusi. Kita kena luluskan juga pada hari ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:43 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih. Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 4:43 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya ingin membangkitkan Kepala B.13 – Kementerian Luar Negeri, Butiran 030000 tentang isu Millennium Development Goals (MDG). Kita Malaysia telah menandatangani Millennium Development Goals dan kita tahu bahawa ada lapan tuntutan sektor yang perlu diratify untuk mencapai Millennium Development Goals. Itu di tahun 2000 sampai 2015. Selepas MDG, ada Sustainable Development Goals (SDG) pula dan saya difahamkan daripada rakan-rakan, NGO dan juga pelbagai pihak bahawa Kerajaan Malaysia masih belum submit periodic report kepada United Nations. Ini kita bagi duit banyak kepada Kementerian Luar Negeri. Kita harapkan Kementerian Luar Negeri boleh follow the Development Goals punya laporan supaya kita boleh menaikkan taraf imej negara kita di persada dunia.

Jadi saya hendak tanya kepada kementerian, bilakah kerajaan boleh submit Millennium Development Goals punya periodic report kepada PBB? Juga, apakah cara-cara kita untuk ratify Millennium Development Goals? Adakah ia telah mencapai sasaran dan juga apakah rancangan kita untuk Sustainable Development Goals yang merupakan lebih komprehensif lagi usaha daripada Kementerian Luar Negeri?

Kedua ialah isu tentang Early Day Motion yang difailkan oleh Ahli-ahli Parlimen daripada British tentang pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

final • 4:47 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, B.13, Yang Berhormat. B.13 cuma merangkumi isu...

final • 4:47 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Pelbagai hala. Ekonomi pelbagai hala dan kerjasama serantau. Kita ada relationship dengan British dan kita minta supaya...

[Disampuk] Commonwealth. Jadi kita minta supaya kerajaan memberi jawapan.

final • 4:47 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Bekalan B.13 tidak masuk itu, Yang Berhormat. B.13, tambahan bagi menampung peningkatan kos operasi bagi program Malaysia akibat penurunan nilai Ringgit. Kemudian sebagai Pengerusi ASEAN. Yang itu.

final • 4:47 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya, ada 030300.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang ‘P’ itu tidak dibahas Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

B.13 iaitu 030300.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Okey.

final • 4:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, itu sahaja daripada saya Tuan Pengerusi.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Sepang.

final • 4:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana membenarkan saya untuk turut berbahas mengenai B.13 ini. Saya lebih merujuk kepada Butiran 030000 – Hal Ehwal Pelbagai Hala iaitu spesifik kepada Butiran 030200 – Hak Asasi Manusia, Sosial, Kebudayaan, Jenayah Rentas Sempadan.

Kita tahu bahawa Kementerian Luar Negeri ini adalah satu kementerian yang menjadi duta Malaysia untuk membawa nama Malaysia ini untuk memastikan nama kita di luar negara ini baik. Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian ini, oleh kerana sekarang ini ada serangan-serangan daripada negara luar yang cuba menunjukkan seolah- olah rekod hak asasi manusia dalam negara kita ini mungkin agak tidak baik.

Terbaru adalah apabila laporan daripada ABC Australia yang memang kita tahu bahawa satu laporan yang amat negatif mengenai Malaysia dan juga khususnya kepada Perdana Menteri kita. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri, adakah kerajaan akan membuat satu bantahan terhadap laporan ABC ini yang telah menyiarkan satu berita yang amat damaging kepada negara kita dan khususnya kepada Perdana Menteri.

Saya lihat apabila dilaporkan itu mereka, kata orang, “whose know about” maknanya mereka memang- in fact perkataan, kalau dipanggil corruption itu tidak lagi perkataan alleged. Maknanya mereka terus pergi kepada satu tuduhan. Jadi, saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kementerian Luar Negeri ini berkaitan dengan serangan-serangan daripada luar ini? Adakah kita akan membuat satu Diplomatic Note atau apa-apa sahajalah dari segi hendak memastikan bahawa kalau betul benda itu tidak betul apa yang kita telah buat atau apa yang kita akan buat untuk memastikan serangan-serangan itu tidak akan terus dilakukan? Kalau dia betul, apa yang kita patut buat? Jadi, saya harap ini semua dapat diberi jawapan.

Begitu juga, apabila kita memperkatakan hak asasi manusia. Mungkin kita juga berperanan untuk memastikan mana-mana rakyat Malaysia yang ada di luar ini. Kalau mereka ada masalah-masalah di luar ini, saya ingin tanya sebab baru-baru ini saya mendapat satu laporan, saya mendapat satu mesej daripada pelajar-pelajar di Mesir tentang ada dua orang pelajar di Mesir ini yang saya bagi nama di sini iaitu Encik Zulhazam bin Osman dan juga Encik Wan Hasimuddin bin Wan Muhammad Rosli 14 tahun. Mereka ini adalah pelajar Malaysia yang telah ditahan di lokap Balai Polis Qism Awwal Kaherah.

Kedua-duanya adalah pelajar Maahad Buuth Al-Azhar dan mengikut kelas tambahan bahasa Arab di markas bahasa Arab Syajaratun Toyibah. Pagi tadi saya dapat maklumat beliau telah dibebaskan tetapi apa yang mereka tidak puas hati ialah apabila mereka ini membuat aduan di kedutaan Malaysia di Mesir. Ini saya dapat maklumat. Saya minta kesahihan.

Dikatakan bahawa seolah-olah tidak ada tindakan diambil. Mereka ini macam bola mereka kata. Ditendang sana, tendang sini. Jadi, sehingga mereka ditahan dalam tempoh masa yang agak panjang dan nampak tidak ada langsung berita di dalam negara kita juga.

Jadi, saya ingin bertanya sebab ini berkaitan dengan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, peringkat Jawatankuasa Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya tahu, saya tahu. Ini berkaitan hak asasi manusia ini. Jadi, saya ingin tahu bagaimanakah kita telah berusaha untuk memastikan hak asasi manusia, rakyat Malaysia di luar negara ini dapat dijamin.

Seterusnya, saya juga ingin bertanya...

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, pencelahan.

final • 4:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ya, silakan.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya ingin ingatkan lagi Yang Berhormat. Peringkat Jawatankuasa ini kita kena spesifik. Kes begitu boleh tulis surat kepada kementerian.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tuan Pengerusi, saya belum tanya soalan saya lagi Tuan Pengerusi.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak apalah Yang Berhormat, tidak payah ambil hati. Ini untuk makluman...

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tuan Pengerusi, saya punya soalan relevan.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya menyentuh tentang Yang Berhormat Sepang tadi Yang Berhormat pasal saya sudah tegur, sudah melencong sedikit. Perbahasan itu melencong kerana dalam butiran ini ia khusus tentang pejabat luar negara akibat penurunan mata wang. Kemudian, yang satu perkara itu, program khusus itu termasuk dalam penganjuran ASEAN.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tuan Pengerusi...

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri Luar, adakah betul Yang Berhormat?

final • 4:50 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Reezal Merican

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh tentang...

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, it is confirmed by the Menteri Luar Negeri.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tuan Pengerusi, kosong...

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak, I am not talking about you, I am talking about Yang Berhormat Sepang. So, saya minta agar dia balik kepada itu.

Jadi, biar perbahasan peringkat Jawatankuasa ini memenuhi kehendak peringkat Jawatankuasa. Ya, Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

May I? Tuan Pengerusi, boleh?

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya beranggapan bahawa Yang Berhormat Sepang sedang berbincang tentang 030200.

Betul kan Tuan Pengerusi? Tentang hak asasi manusia.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Mana itu?

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Butiran 030200. Betul Tuan Pengerusi?

final • 4:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Under butiran.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Butiran 030200 – Hak Asasi Manusia, Sosial, Kebudayaan dan Jenayah Rentas Sempadan. Saya ingin membawa perhatian Dewan ini bahawa ada peningkatan hampir 300 peratus Tuan Pengerusi. This is a world record. Tidak pernah kita buat satu anggaran RM500,000, lepas itu peningkatan hampir 300 kali ganda. Saya menuntut kerajaan, Kementerian Luar Negeri menerangkan mengapa boleh tersasar jauh 300 peratus macam ini? This is so ridiculous. Sorry to say. Mana boleh macam ini? So, saya menuntut kementerian dengan penuh budi bicara, tolong beri penjelasan mengapa boleh terjadi sebegini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar. Saya minta ucapan beliau dijadikan sebahagian daripada ucapan saya.

Tuan Pengerusi, saya rasa Butiran 030000 ini termasuk Hal Ehwal Pelbagai Hala yang mana dalam 030200 itu sebagai hak asasi manusia. Ini dinyatakan dalam kertas perintah.

Jadi, saya rasa apa yang saya bincangkan itu relevan.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sebab itu saya katakan Menteri boleh tidak menjawab juga kerana pada butiran ini yang lebih arif, mengetahui tentang apa kehendak butiran adalah kementerian. Oleh sebab itu saya katakan tadi jika tidak berkenaan Menteri boleh tidak menjawab.

final • 4:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak, saya hendak tanya...

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebab itu saya cuma menegur agar perbahasan itu tidak lari daripada...

final • 4:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengingatkan saya. Cuma, saya hanya ingin bertanya, dapatkan satu panduan apabila dikatakan hak asasi manusia, sudah tentu ia merangkumi topik-topik yang saya nyatakan tadi. Adakah kita dihalang daripada bercakap perkara itu?

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Maksud saya, sudah tentulah dalam peranan kementerian ini antaranya ialah memastikan kepentingan hak asasi manusia, rakyat Malaysia khususnya pelajar di luar negara ini dijaga. Jadi, saya amat concerned apabila dengar berita ini ditahan berapa lama.

Apabila mereka dikeluarkan, sehelai sepinggang dan mereka sekarang diarahkan untuk balik ke Malaysia. Jadi, saya hendak dapatkan satu laporanlah kalau boleh apakah sebenarnya yang berlaku ini? Apakah sebab mereka ditangkap? Jadi, kita tidak tahu.

Saya difahamkan mereka tengah belajar, polis datang, ambil mereka dan masukkan dalam ini. Jadi, kita harap dalam kes-kes seperti ini bagi memastikan ibu bapa di dalam negara ini mereka tidak resah, tidak bimbang dengan apa yang berlaku. Jadi, sudah tentulah, saya harap dalam kes seperti ini mesti ada satu tindakan yang segera dan saya harap saya dapat penjelasan.

Tentang hak asasi manusia juga saya ingin bertanya juga bagaimanakah dan apakah tindakan-tindakan yang berlaku dalam negara ini akan boleh menjejaskan tentang hubungan antara luar negara ini. Sebagai contoh kita dengar hari ini KPN atau pun IGP mengatakan kalau sekiranya wartawan Australia yang baru-baru ini mereka ditahan kerana bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri, kalau datang lagi Malaysia mereka akan ditangkap. Jadi, ini satu kenyataan yang sudah tentulah saya pasti akan menyusahkan sama ada para diplomat yang ada di Australia atau pun mungkin juga ini akan menyebabkan persepsi negara luar terhadap hak asasi manusia dalam negara kita. Apatah lagi...

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu bangun, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ya silakan.

final • 5:00 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya ingin menyambung sedikit dan bertanya kepada Yang Berhormat Sepang tentang hak asasi manusia dan keadaan penuntut kita di Kaherah kerana baru-baru ini laporan New York Times telah melaporkan satu berita bahawasanya Middle East expert telah meragui kedudukan situasi keselamatan di Mesir dan sehinggakan Kerajaan Amerika Syarikat menimbangkan untuk holding back, dengan izin, military aid kerana hak asasi manusia dan repression telah begitu ketara di sana. Dengan itulah apa Yang Berhormat Sepang katakan tadi tentang hak asasi manusia dan kebajikan penuntut-penuntut kita patut diberi penekanan.

final • 5:00 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Adakah masalah ini disebabkan oleh kita tidak ingin mengambil bahagian yang prihatin atau adakah masalah sekarang ini banyak diplomat yang ditempatkan di diplomatic mission di seberang laut adalah bukan career diplomat iaitu tidak menghayati masalah penuntut dan juga rakyat Malaysia sepenuhnya? Banyak political appointment. Terima kasih Yang Berhormat Sepang.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Sepang boleh gulung selepas ini.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ya terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kuala Terengganu. Itu tadi yang saya cuba tekankan iaitu oleh kerana Malaysia masih lagi ada pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Mesir dengan keadaan suasana di Mesir itu yang kita tahu memang agak tidak stabil. Kadang-kadang boleh menjejaskan keselamatan dan dengan penangkapan terbaru ini sudah tentulah ia akan merisaukan ibu bapa ataupun pelajar-pelajar yang ada di sana. Melihat kawan mereka sendiri ditangkap yang dalam keadaan mereka tidak tahu, tidak didakwa di mahkamah, ditangkap beberapa hari. Saya pun tidak pasti.

Sepatutnya adakah keadaan sebegini sudah tentulah saya rasa adalah menjadi tanggungjawab Duta Malaysia di Mesir itu pun untuk menawarkan atau mendapatkan khidmat peguam untuk pelajar-pelajar ini demi memastikan...

final • 5:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yes, ada sedikit, sedikit.

final • 5:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya just hendak tanya dengan Yang Berhormat Sepang berkenaan dengan apa yang dibangkitkan tadi iaitu berkenaan dengan journalist atau wartawan-wartawan Australia yang telah pun dihantar balik dan baru kita dapat tahu atau ada satu statement daripada Timbalan Menteri menyatakan mereka mungkin akan dituduh sekiranya kembali ke Malaysia.

Apakah pandangan Yang Berhormat Sepang? Adakah statement itu adalah design, dengan izin, untuk intimidate, dengan izin, fair reporting dan adalah mempunyai niat ataupun intention untuk diguna pakai terhadap kesemua ataupun it’s a blanket statement to cover journalism in general? Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Sepang habiskan Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Bagi saya kalau sekiranya pun it’s not, never designed to intimidate tetapi persepsinya begitu. Persepsinya apabila wartawan di luar negara dan ini bukan berlaku sekali. Sebelum ini kita tahu apa jadi kepada wartawan Al-Jazeera apabila mereka melaporkan tentang apa yang berlaku dalam negara kita. Mereka juga diambil tindakan dan banyak rentetan cerita menunjukkan orang-orang di luar, peguam yang datang ke Malaysia dihalau balik hanya hendak memberi penerangan.

Jadi ini semua bagi saya sudah tentulah akan menyebabkan Kementerian Luar Negara akan menghadapi satu bebanan juga kerana mereka terpaksa menjawab kepada rakan-rakan diplomatik mereka ataupun untuk hendak menerangkan. Kita sendiri sebagai rakyat Malaysia apabila kita pergi ke luar negara. Kadang-kadang mereka menjadikan satu bahan joke saya masih ingat baru-baru ketika berada di Korea. Apabila kita pergi ke Korea dia buat joke dia kata *your Prime Minister is very rude. When people give money, he returned back.

So* mereka buat joke. Dia kata bagi RM2.6 bilion return balik. Your Prime Minister is very rude dia kata. So mereka buat joke. Bagi saya ini bukan kesalahan kami. Kami dengar joke pun salah kah?

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Habiskan.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Jadi saya minta supaya kerajaan janganlah supaya kita tidak bebankan tanggungjawab Kementerian Luar Negeri ini. Kita kena jaga track record hak asasi manusia ini. Hari ini apabila peguam buat usul untuk supaya ambil tindakan kepada AG kena dipanggil untuk disiasat di bawah Akta Hasutan. Ini apa?

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini menyebabkan orang mengesahkan bahawa track record hak asasi manusia Malaysia adalah buruk dan ini sebenarnya tidak memberikan satu nama baik kepada Malaysia.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukup, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kenapa Barisan Nasional?Sudah mansuh, pindahlah, tidak payahlah terus sokong BN. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, saya minta panduan Yang Berhormat Menteri adakah ini termasuk perbahasan yang ini termasuk dalam ruang lingkup Jawatankuasa Yang Berhormat di bawah butiran-butiran yang ada?

final • 5:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Tuan Pengerusi...

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebentar. Saya minta guide daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Reezal Merican

Tersasar tapi tak mengapa.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kelana Jaya.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya akan menimbulkan satu isu iaitu butiran 130300 lebih kurang sama dengan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Lumut dan Yang Berhormat Kapar iaitu kenapakah lari sangat daripada asal kepada yang tambahan? Dalam kes ini kita lihat ialah isu tentang pembaikan bangunan. Anggaran asal RM10 juta, tambahannya lebih daripada anggaran asal iaitu RM12 juta pula.

Jadi saya hendak tahu menteri kena beritahu secara terperinci siapakah kontraktor? Bangunan mana yang kena baiki sebab nampak jelas dari sini variation order RM10 juta punya kontrak. Variation order melebihi kontrak asal iaitu 120 peratus. Jadi saya minta, ini bukan isu tentang emolumen atau kerja ASEAN kita kena tambah kakitangan tidak cukup. Ini is a very simple case, kontrak yang asal RM10 juta jadi RM22 juta pula. Jadi minta Menteri jawab dengan terperinci sekali. Terima kasih.

final • 5:06 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya hendak sambung.

final • 5:06 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Hendak celah pula.

final • 5:06 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Boleh Tuan Pengerusi? Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya hendak tanya kementerian apakah punca pertambahan 120 peratus ini? Apa yang telah dikaitkan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya tadi ada peningkatan RM10 juta kepada RM12 juta. RM12 juta ini mesti ada sebab yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Oleh sebab itulah ada peningkatan daripada RM10 juta asal kepada RM12 juta. So, saya menuntut jawapan dan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengapa berlakunya keadaan sebegini? Terima kasih.

final • 5:07 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya sila, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:07 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Reezal Merican

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyatakan pandangan, saranan dan nasihat. Saya sebagai timbalan menteri menerima dengan pandangan yang terbuka. Saya usahakan untuk jawab sedaya yang mungkin persoalan-persoalan yang dibangkitkan.

Yang Berhormat Bukit Katil membangkitkan berkaitan dengan peningkatan demikian juga dengan dua tiga orang Yang Berhormat yang lain secara spesifik berkaitan dengan peningkatan kos ataupun belanjawan tambahan ini. Suka saya maklumkan bahawa sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan ketika penggulungan peringkat dasar hampir lebih kurang 70 peratus daripada peningkatan ini boleh dianggap disebabkan oleh the appreciation of dollar. Oleh sebab kebanyakan daripada urusan-urusan Kementerian Luar Negara berada di luar dan has been transacted dengan izin didominated either in dollar ataupun in euro.

Ketika belanjawan ini dibuat ia diguna pakai pada paras ringgit equivalent to USD3.19.

Namun begitu setelah berlakunya peningkatan yang mendadak sehingga menjangkau 4.4, 4.5 tetapi saya rangkumkan keseluruhannya secara pukul rata 4.1 dan 4.2. Bererti peningkatan hampir RM1 atau 31 peratus atau 32 peratus. Bererti lebih kurang 1/3.

So itu antara yang menjadi utama dan apatah lagi bahawa kementerian mempunyai 700 orang kakitangan di luar yang dipanggil home based dan 1,400 orang yang terdiri daripada local staff yang juga dibayar nominated in dollar. Ditambah pula dengan kepengerusian ASEAN dan juga peranan kita di Security Council yang menyebabkan bebanan-bebanan yang menjadi tambahan kepada tugasan-tugasan pada peringkat kebiasaan.

final • 5:07 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Reezal Merican

Ada mesyuarat-mesyuarat yang berada di luar jadual, unscheduled meeting yang menyebabkan penyertaan Malaysia menjadi very imminent. So, ini juga bila bayangkanlah kalau travel dengan tempat tinggalnya bertambah, dengan elaun yang lain, dengan kenderaannya. Tentulah kalau dirangkumkan semua ia merupakan satu peningkatan yang tidak dapat dielakkan. Selain daripada itu apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil berkaitan dengan Laut China Selatan.

Saya hendak maklumkan bahawa kita tidak tandatangani lagi COC, yang kita ada, adalah Declaration of Conduct atau DOC. Itu adalah satu political instrument sebagai satu kesungguhan untuk kita hendak capai COC. Cuma ia adalah satu perkembangan yang baik kerana ia mendapat persetujuan semua dengan negara yang terlibat ataupun the claimant states including China. Ini adalah antara pegangan yang kita buat berdasarkan kepada UNCLOS 1982, United Nations Convention on the Law of the Sea. Bukan itu sahaja malahan setakat yang saya cakap ini ada perkara-perkara yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Luar baru-baru ini. Bahawa tuntutan yang dibuat oleh China di Laut China Selatan berdasarkan nine batch line adalah tuntutan yang tidak diberi pengiktirafan oleh mana-mana negara ASEAN. Maka sebab itu kita hanya guna UNCLOS. Dalam UNCLOS dia ada maritime features. Tiga maritime features yang utama.

Satu dipanggil Low-Tide Elevations atau LTE.

Low-Tide Elevations dia tidak ada maritime boundary. Bererti dia tidak ada EEZ dan dia tidak ada continental shelf ataupun pelantar benua. Keduanya adalah rock. Rock dia ada territorial sea iaitu 12 batu nautika tetapi dia tidak ada EEZ dan dia tidak ada juga pelantar benua. So, yang terakhirnya adalah pulau ataupun pesisiran yang seperti biasa yang mempunyai that reserve to have the boundary of territorial sea, EEZ dan juga continental shelf. Dalam kes yang ditanya tadi berkaitan sama ada berlaku atau tidak pencerobohan.

Kalau dirujuk beting Patinggi Ali, Beting Patinggi Ali adalah LTE. LTE bererti dia tidak ada territorial sea. Dia berada di dalam 80 meter daripada EEZ daripada persiaran Miri. So, seandainya kalau dia masuk di dalam 12 batu nautika atau territorial sea itu dianggap sebagai pencerobohan. Jadi tafsiran pencerobohan ini pun mempunyai tafsiran yang agak pelbagai. Ini just penjelasan tentang keadaan-keadaan yang telah dimaklumkan. Soalan Yang Berhormat Lumut pun sama. Berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang tadi.

final • 5:10 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Reezal Merican

Saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat Sepang, cuma saya harap perkara yang spesifik begitu mungkin boleh serah kepada saya dan saya akan attend personally.

Ini sebab dalam soal peranan yang dimainkan oleh perwakilan kita di luar, saya hendak maklumkan bahawa, they have been giving a good counselor services to all the Malaysian yang duduk di luar. Mungkin tidak dilaporkan, ada kalanya mereka ini adalah hero-hero yang tidak didendangkan tetapi mereka bekerja siang dan malam untuk membantu rakyat Malaysia yang berada di luar...

[Tepuk] Sewaktu perhimpunan Bersih...

final • 5:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Minta celahan.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebentar, sebentar Yang Berhormat. Ya, hendak bagi jalan Yang Berhormat Menteri?

final • 5:10 PM

Datuk Seri Reezal Merican

Biar saya jawab dahululah tadi tidak ada pertanyaan.

Saya jawab dekat Yang Berhormat Sepang.

final • 5:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Ini soal pencerobohan di negara China itu.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Nantilah Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Ini simple sahaja. Adakah benar pencerobohan itu berlaku ataupun tidak- yes or no?

final • 5:10 PM

Datuk Seri Reezal Merican

Tidak sebab saya sudah bagi tafsiran tadi.

final • 5:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Yalah tafsiran mengikut tafsiran Malaysia.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jangan mencelah Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Adakah yes or no?

final • 5:10 PM

Datuk Seri Reezal Merican

Mengikut tafsiran UNCLOS dia tidak ada territorial sea maka dia tidak dianggap. Akan tetapi ada juga tafsiran-tafsiran yang boleh digunakan oleh negara-negara yang lain. Akan tetapi saya hendak maklumkan itulah kedudukan supaya fakta itu kita faham secara menyeluruh dan detail. Let us not politicize, let us have the facts, the real facts on our...

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi minta penjelasan daripada Menteri mengenai ....

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi Yang Berhormat?

final • 5:10 PM

Datuk Seri Reezal Merican

Saya jawab ini dahululah Yang Berhormat Sepang.

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

South China Sea, South China Sea.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Reezal Merican

Ya.

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya saya telah baca beberapa artikel dalam surat khabar Malaysia dan juga di luar negara mengatakan Chinese encroachment into Malaysian water khususnya di Sarawak. Ini yang telah mengakibatkan nelayan-nelayan Malaysia tidak dapat pergi untuk tangkap ikan. So, ini merupakan satu ancaman kepada warga nelayan kehilangan livelihood tetapi yang lebih penting ialah kita takut kepada China. And there is no respond to Chinese encroachment into Malaysian water. Itu satu Yang Berhormat.

Kedua adalah berkait dengan fighting capabilities of the Chinese. Saya nampak Tuan Pengerusi yang telah dikemukakan dalam beberapa...

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kita sekarang dalam peringkat Jawatankuasa saya ingatkan balik. Perkara-perkara mengenai dasar...

final • 5:10 PM

Datuk Seri Reezal Merican

Terima kasih kepada ...

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Ini bukan dasar ini, isu penting Tuan Pengerusi sebab ini ada fighting capabilities for the foreign government that Filipina telah raised the concern, Vietnam pun raised the the concern, so Malaysia we are still waiting what’s the Malaysian position.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Reezal Merican

Malaysia sudah buat panggilan kepada calling in summon we have done four times in fact. Two of which kita- we have done secara *orally.

The other one we have sent Note Diplomatic*. Cuma saya hendak perjelaskan...

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:10 PM

Datuk Seri Reezal Merican

Diplomatik no nanti dahulu. Bila mana ada claim- claim tertentu then boarder will do. Pertamanya saya hendak cerita dalam UNCLOS di bawah UNCLOS dia ada freedom of navigation and overflight. So freedom of navigation overflight has been well protected under UNCLOS di mana negara-negara pesisir tidak ada hak untuk membantah melainkan kalau mereka memasuki persisiran yang di bawah sea territorial 12 batu nautika atau mereka mengadakan aktiviti-aktiviti yang mengancam seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu nelayan dan sebagainya.

In the case of nelayan ini kita panggil dan untuk makluman, kita panggil nelayan tersebut dan kita buat siasatan terdapat satu nelayan, seorang nelayan di Sarawak.

Nelayan tersebut menyatakan bahawa beliau lihat lambaian daripada jauh dan beliau rasa terrified and then beliau lari. Itu pun kita panggil kedutaan untuk kita maklumkan perkara ini.

Saya hendak maklumkan bahawa tidak ada perkara yang tidak diambil tindakan untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Baik, yang Yang Berhormat Sepang tadi. Soal spesifik saya terima dengan terbuka cuma saya hendak maklumkan tadilah bahawa we have always been helping. Ada juga tangkapan-tangkapan tertentu Yang Berhormat bahawa yang tidak dilaporkan. Ada dua rakyat Malaysia yang ditangkap di Saudi yang dituduh kerana terlibat dengan Daish sedangkan mereka terlibat dengan saya suka untuk maklum dalam Dewan yang mulia ini ialah mereka terlibat dengan prasarana. Mereka ini dibantu sehabis baik sehinggakan sampai ke mendapatkan perkhidmatan lawyer yang hanya diterima daripada Saudi pun dibekalkan dan dibantu oleh kita, yang akhirnya membawa pembebasan mereka. Ini pun tidak pernah dilaporkan.

Demikian juga ketika perhimpunan BERSIH. Ada tangkapan-tangkapan yang dibuat di Brunei, di Abu Dhabi semuanya juga akhirnya has been attended by our perwakilan ataupun our mission. Jadi maknanya, soal tanggungjawab mission untuk membantu rakyat Malaysia itu adalah satu benda yang sememangnya menjadi tanggungjawab. Akan tetapi seandainya kalau ada isu-isu yang sebegitu boleh diserahkan kepada saya dan insya-Allah, I will attend to that.

final • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sedikit sahaja sedikit sahaja Menteri tentang soal yang tangkapan itu. Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi boleh? Terima kasih Timbalan Menteri. Saya tadi bukan hendak tuduh tadi sebab saya kata saya terima maklumat yang maklumat diberikan begitulah keadaannya.

Mereka kata mereka pergi ke kedutaan nampaknya tidak diberi perhatian. Kalaupun tidak berlaku begitu, alhamdulillah tetapi kalau ada berlaku begitu saya harap ada satu siasatan dibuatlah. Supaya kita tidak menggelakkan perkara-perkara begini nanti menjadi satu yang mencemarkan nama Malaysia sendiri. Itu pertama.

Keduanya saya akan jumpa dengan Timbalan Menteri selepas ini untuk dapatkan bagi detail itu. Sebenarnya memang saya hendak try hubungi daripada semalam tetapi tidak dapat untuk hendak beritahu benda ini. Akan tetapi bagaimanapun untuk makluman, mereka telah dibebaskan tadi. Jadi yang lain itu saya minta Menteri jawablah yang saya bangkitkan. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Tinggi bangun di belakang Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Sedikit sahaja Menteri. Saya terpanggil, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terpanggil sebab terdengar tentang kebertanggungjawaban pegawai-pegawai kita di luar negara ini. Sedikit sahaja.

final • 5:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya teringat di Mesir bila kita hantar kapal terbang bawa balik berbelas ribu sementara dalam keadaan kegawatan, kita berjaya bawa balik dalam keadaan selamat.

Apa yang saya hendak sebut di sini bahawa dalam kebimbangan itu, kita yakinlah kepada Kementerian Luar Negeri, bagi motivasi cukup, kerana mereka berdepan dengan suasana yang tidak menentu ini. Jadi saya hendak bagi komen yang baik kepada kementerian supaya kita semua Ahli Parlimen kena bagi sokonganlah. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Reezal Merican

Terima kasih. Pada soalan Yang Berhormat Bayan Baru, izinkan saya jelaskan bahawa Millennium Development Goals bukannya berbentuk triti yang perlu diratifikasikan. Ia adalah komitmen untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh MDG. Agensi yang khusus bertanggungjawab dalam memantau pelaksanaan negara mencapai sasaran MDG adalah EPU. Setakat ini Malaysia telah menghantar dua laporan MDG iaitu pada tahun 2005 dan juga 2010.

Kepada Yang Berhormat Kelana Jaya tadi, saya ambil pandangan Yang Berhormat, saya terima dan saya hendak maklumkan bahawa peruntukan bagi penyelenggaraan bagi membiayai di kementerian, IDFR SEARCCT dan 110 perwakilan di luar negara untuk RM10 juta itu adalah tidak mencukupi. Bagi maksud tersebut untuk tahun 2015, sebanyak RM6 juta digunakan untuk penyelenggaraan dalam negara dan selebihnya RM16 juta adalah bagi penyelenggaraan di perwakilan di luar negara. So, well, salah satu daripada yang saya terima ialah there is some quite high off sheet but the reality salah satu penyelenggaraan bila membabitkan luar negara, 110, the reason that I have already said earlier. Kepada Yang Berhormat Sepang, lagi satu soalan yang disebut tentang pandangan apa yang dibuat, sama ada ia adalah masalah kepada kita ataupun tidak, saya sebut bahawa sememangnya Kementerian Luar, we will always stand to reply apa jua pandangan and to correct the distorted picture of what have been painted kepada negara kita. Akan tetapi, kita berdasarkan kepada fakta-fakta yang ada. Dalam kes tentang yang berlaku yang dilaporkan ABC, ia adalah laporan yang dibuat di bawah KDN. Akan tetapi, sebagaimana yang sedia maklum, di mana Consulate General kita ataupun kedutaan kita di Canberra dipanggil dan kita akan beri penjelasan secara lebih jelas.

Namun, saya tidak boleh beri gambaran bahawa ia dapat memuaskan hati ABC ataupun mana-mana organisasi penyiaran kerana sememangnya kadang-kadang laporan- laporan penyiaran adalah laporan-laporan yang bersifat berat sebelah tetapi kadang- kadang laporan-laporan penyiaran adalah laporan-laporan yang tidak akan ada, there will be endless. ABC sudah laporkan tentang negara Jepun ketika berdepan dengan hutang luar negara mereka dan that was detrimental at one time to their economy tetapi pada waktu yang sama Jepun pun tidak ada ambil tindakan apa-apa. Demikian juga dengan soal ini, ada kalanya kalau ia membabitkan kedaulatan negara, ia tentunya akan menjadi keutamaan kita dan seandainya ada fakta-fakta sebagaimana yang kita pernah lakukan yang pernah dikeluarkan kenyataan Yang Berhormat Menteri, we will always do that.

final • 5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sedikit Menteri, boleh? Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Menteri, saya hendak tanya kepada Menteri, adakah termasuk dalam bidang kuasa kementerian ini jika dalam keadaan serangan- serangan yang diberikan ini lebih kepada peribadi? Pada pandangan Menteri sendiri, adakah kementerian ini akan menasihati Perdana Menteri untuk mengambil tindakan saman ke atas ABC atau apa saja ini untuk memulihkan nama beliau?...

[Disampuk] Saya tanya adakah termasuk dalam hendak menasihati Perdana Menteri?

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Reezal Merican

Saya rasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan dinasihati oleh pihak AG dan pihak-pihak yang ada di dalam his own outfit.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Reezal Merican

So, saya rasa itulah sahaja soalan-soalan...

final • 5:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri, tentang Early Day Motion of the government kerana ia telah ditable kan dalam British Parliament.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Reezal Merican

Can I give you in writing?

final • 5:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tidak apalah, bacalah Menteri. Boleh?

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Reezal Merican

I don’t have it at the moment, Yang Berhormat. Saya akan jawab secara bertulis.

final • 5:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Reezal Merican

Jadi, itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM132,325,125 untuk Maksud B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM132,325,125 untuk Maksud B.13 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.13 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.13 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2015] [****Fasal 1 hingga 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang Undang-undang Perbekalan (2015) 2016 dan Usul Anggaran Pembangunan 2016 dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 5:20 PM

Bacaan Kali Yang Ketiga Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Johari bin Abdul Ghani

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan

(2015) 2016 telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah disetujukan tanpa pindaan.

Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

final • 5:20 PM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

final • 5:20 PM
USUL

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Johari bin Abdul Ghani

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Seterusnya saya mencadangkan supaya Usul yang berbunyi:

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak tiga ratus sembilan puluh satu juta empat ratus enam puluh ringgit (RM391,000,460) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2015 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 2016 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”

final • 5:20 PM

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Usul seperti mana yang dibacakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan hendaklah disetujukan.

final • 5:20 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

[Diputuskan, “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak tiga ratus sembilan puluh satu juta empat ratus enam puluh ringgit (RM391,000,460) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2015 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 2016 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”]

final • 5:20 PM
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan usul yang terdahulu, Majlis Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 30 Mac 2016.”

final • 5:30 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 5:30 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 30 Mac 2016.

final • 5:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026