Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan persediaan menghadapi status negara tua menjelang 2030 terutamanya dari keperluan tenaga kerja, isu kekurangan wang tabungan, infrastruktur dan pusat penjagaan untuk warga tua.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Jasin pada hari ini bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Sabak Bernam pada 24 Mac 2016 kerana pertanyaan-pertanyaan saling berkaitan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, warga emas di Malaysia merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun ke atas seperti yang diterima pakai oleh United Nations World Assembly on Ageing di Vienna Austria yang diadakan pada tahun 1982. Dengan definisi berkenaan, bilangan golongan warga emas pada tahun 2015 adalah seramai 2.8 juta orang atau 9 peratus daripada 31 juta orang penduduk Malaysia.
Berasaskan unjuran yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2035 apabila 15 peratus daripada jumlah penduduk merupakan warga emas. Berasaskan unjuran tersebut, warga emas di Malaysia pada tahun 2035 adalah seramai 5.6 juta orang. Bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan warga emas serta meningkatkan kualiti hidup golongan tersebut ke arah penuaan yang sihat, produktif dan aktif, kerajaan telah mengambil langkah menyediakan penyediaan awal dengan menggubal Dasar Warga Tua Negara pada tahun 1995.
Selaras dengan perubahan demografi keperluan semasa dan cabaran masa hadapan, kementerian telah mengambil inisiatif untuk kita mengkaji semula Dasar Warga Tua Negara dan pelan tindakannya. Jadi oleh yang demikian kita telah mengadakan, telah diluluskan oleh kerajaan, Dasar Warga Emas Negara dan pelan tindakannya pada 5 Januari 2011. Saya ingin memaklumkan bahawa untuk memantau pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara dan pelan tindakannya, kita juga ada menubuhkan Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara yang kita tubuhkan pada 22 Mei 1996.
Tuan Yang di-Pertua, isu dan cabaran yang menjadi keutamaan dalam kita menghadapi negara tua ialah isu kesihatan, persediaan kewangan dan kemudahan infrastruktur yang mesra warga emas. Oleh yang demikian, satu daripada untuk dari segi persediaan kewangan yang mencukupi kerajaan telah meningkatkan umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun. Pertambahan lima tahun ini, insya-Allah akan membantu menjamin kestabilan ekonomi golongan warga emas apabila mencapai usia persaraan kelak melalui simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang lebih besar.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Pada masa yang sama, kementerian saya bersama dengan Kementerian Sumber Manusia dan beberapa kementerian lain sering mencari peluang pekerjaan terutama kepada warga emas yang berada dalam kategori miskin dan ini adalah sesuatu untuk kita memberi peluang pekerjaan kepada warga emas untuk mereka bekerja secara lebih fleksibel.
Kementerian juga Tuan Yang di-Pertua, turut menawarkan perkhidmatan sosial berbentuk bantuan kebajikan dan kewangan seperti bantuan orang tua, kita menubuhkan banyak pusat aktiviti warga emas, penjagaan warga emas di institusi seperti Rumah Seri Kenangan dan juga Rumah Ihsan serta Program Pemerkasaan Ekonomi Warga Emas.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jasin, sudah masuk warga emas Yang Berhormat? Yang pasti saya lagi lima tahun akan jadi warga emas Yang Berhormat.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berita baik kepada rakyat Malaysia. Ringgit kita semakin mengukuh dan telah mencatatkan angka RM3.90 kepada USD1.
Tuan Yang di-Pertua, menurut laporan The Report on Global Ageing tahun 2012, sebanyak 2 bilion penduduk dunia akan melebihi umur 65 tahun iaitu seorang setiap lima orang penduduk. Pada ketika ini seorang setiap 10 orang penduduk, di Malaysia pula kita akan mengalami age quake pada tahun 2021 apabila penduduk kita yang berusia 65 tahun mencecah 7.1 peratus antara tahun 2010 hingga tahun 2040. Kohort ini sebenarnya tiga kali ganda.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Apa yang terjadi pada ketika ini jangka hayat manusia kalau sekarang lelaki 72 tahun, wanita 77 tahun. Tahun 2040 pula akan meningkat lelaki 78 tahun, wanita 83 tahun.
Sementara angka kesuburan kita semakin menurun kerana tahap pendidikan kita yang semakin meningkat. Jadi anak-anak kita berkahwin lambat selepas itu tidak berminat untuk beranak ramai. Jadi dengan sendirinya penduduk kita akan mengurang. Jadi apa yang kita hadapi fenomena ini sebenarnya dihadapi oleh banyak negara terutamanya Sweden, Finland dan juga di Jepun.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, soalan saya apakah sebenarnya pendekatan ataupun model yang akan diambil oleh kerajaan kita berdasarkan kepada negara-negara yang saya sebut tadi? Apakah dasar dan program yang akan diterima pakai oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan, NGO dan juga komuniti untuk melihat warga emas ini agar mereka dan kita nanti masih lagi boleh menjadi social capital yang boleh kita banggakan dan berfaedah kepada negara? Serta dapat pula melalui kehidupan hari-hari tua yang lebih berkualiti dan juga bahagia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih. Ini memang tipikal soalan daripada Yang Berhormat Jasin. Ya very intellectual, terima kasih. Yang Berhormat, apa Yang Berhormat katakan tadi Tuan Yang di-Pertua adalah dengan izin the blatant truth. Satu daripada cerita penuaan ini kita tidak boleh reverse, memang dia akan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak boleh elakkan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Berjalan, berlalu sebab itu seperti saya katakan tadi, kita dari semasa ke semasa kita review balik daripada segi akta dan juga dasar warga emas. Oleh sebab kita kena mengikut dengan izin, the changing times. Pada masa yang sama, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jasin itu memang sesuatu yang begitu ketara sangat sebab senario-senario yang dia sebut tadi memang betul dan pernah di dalam Dewan yang mulia ini saya pernah menjawab daripada segi population.
Macam-macamlah saya kenakan apabila saya kata ideally, ideal, saya kata secara ideal. Kalau dapat couple ini ada empat orang anak tetapi selepas itu memanglah macam- macam yang mengecam saya. Akan tetapi saya bercakap daripada segi unjuran, daripada segi populasi. Jadi oleh yang demikian, memang Yang Berhormat banyak yang kita telah susun aturkan dan seperti saya katakan tadi, kita dari tahun 1995 ada Dasar Warga Tua Negara, kita nama pada masa itu. Akan tetapi kita telah gubalkan menjadi Dasar Warga Emas Negara dan pelan tindakan pada tahun 2011 tetapi itu pun tidak mencukupi.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Baru-baru ini Yang Berhormat, segala-gala Yang Berhormat telah katakan tadi, kita masukkan di dalam Kuala Lumpur Declaration on Ageing: Empowering Older Persons in ASEAN. Kita buat ASEAN level di mana di sini kita ada 10 komitmen Yang Berhormat ya, 10 komitmen. Di mana kita pastikan bahawa 10 komitmen ini adalah untuk kita memastikan bahawa sihat, aktif, produktif ageing untuk kita membantu keluarga. Selepas itu kita fokus juga pada intergenerational. You know sebab ageing ini kita mesti ada persiapan, kita mesti ada juga macam pelapis sebab apabila ageing ada yang baru dan sebagainya.
Kita juga menggunakan Life Cycle Approach dan eliminate segala bentuk apa-apa kekurangan yang dihadapi oleh orang-orang tua. Akan tetapi sesuatu yang saya nampak daripada satu ciri-ciri warga emas yang ada di Malaysia, specifically pada Malaysia adalah wellness. Ramai yang memberitahu kepada saya kenapa 60 tahun? Muda lagi sebab rasa 60 tahun ini kalau tengok rata-rata kitalah rasa beria lagi kita ini kan. Lagi muda kan? Akan tetapi ini kita menggunakan Vienna Convention.
Sebenarnya pernah juga dibawa ke Kabinet tetapi kita merasakan bahawa kalau kita meningkatkan umur ageing itu kepada another level, ia akan banyak akan menyentuh daripada segi administrative. You know EPF dan sebagainya. Jadi oleh yang demikian kita tahankan dulu. Jadi di sini Yang Berhormat memang di bawah ini bukan sahaja kita bawakan ini di peringkat negara kita bahkan di peringkat ASEAN dan insya-Allah Yang Berhormat, saya sentiasa akan mencari jalan untuk kita membukakan ruang kepada researchers dan sebagainya untuk mengadakan kajian-kajian yang tertentu untuk kita menambahkan baik lagi dari segi dasar-dasar atau termasuk akta kita untuk kita memastikan bahawa kita juga bersama dengan negara-negara lain untuk memastikan bahawa warga emas kita sentiasa di dalam kita pastikan bahawa mereka mendapat pembelaan apa-apa yang diperlukan.
Satu Yang Berhormat sebab Yang Berhormat sudah sebutkan tadi, saya ada beberapa – kongsi ya Yang Berhormat, kongsi. Tahun 2030 kalau kita mengikut world atau negara, Japan adalah 30.7 peratus by 2030 ageing dia. Kita 15 peratus, Germany 28.2 peratus, Italy 26.8 peratus. Di peringkat ASEAN, Singapura by tahun 2030 ia 20.5 peratus, Thailand 19.5 peratus dan Vietnam 12.9 peratus. Jadi segala-gala yang disebutkan tadi dan kita Yang Berhormat bukan sahaja penuaan ini hanya kementerian saya, tidak. Ia apa-apa penemuan-penemuan ia cut across. Kepada kementerian-kementerian yang lain untuk juga menyediakan persiapan-persiapan untuk kita menjelang tahun 2030 atau 2035 di mana kita akan dinamakan negara tua. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya kena pilih yang segenerasi. Yang Berhormat Batu Pahat.
[Ketawa]
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya hendak memberikan respons kepada permintaan meningkat had umur warga emas. Ada satu laporan di sini Tuan Yang di-Pertua. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) yang berpusat di Geneva telah menetapkan, membahagikan kehidupan manusia ke dalam lima kelompok usia:
| Umur (Tahun) | Kategori | |||
|---|---|---|---|---|
| 0 hingga 17 | Anak-anak di bawah umur | |||
| 18 hingga 65 | Pemuda | |||
| 66 hingga 79 | Setengah baya | |||
| 80 hingga 99 | Orang tua | 100 dan ke atas | Orang tua berusia panjang |
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Jadi saya dalam kelompok orang setengah baya. Poin saya Tuan Yang di-Pertua, kajian penetapan di peringkat badan-badan dan organisasi antarabangsa sentiasa melihat tentang tahap umur muda dan tua ini berdasarkan kepada jangka umur dan jangka hayat seseorang dan kesihatan yang dicapai. Saya harap Malaysia dapat melihat hal ini sama, that is number one. Itu nombor satu.
Kedua, saya fikir dengan melanjutkan umur bersara bagi orang-orang tua ini, kalau di sini ikut nombor tua ia sampai umur 90, itu tidak menyelesaikan masalah kita. Saya fikir yang kita kena fikirkan ialah – yang saya cadangkan ialah kita memikirkan orang muda yang banyak menganggur, graduan menganggur, 600,000 orang menganggur. Jadi orang- orang tua yang sudah habis tempoh, barangkali umur 55 tahun dulu pencen tetapi let them participate, biar mereka turut serta dalam hal-hal yang lain. Berkongsi pengalaman mereka dalam NGO dan segala macam supaya mereka terus participate, turut serta. Dengan penyertaan mereka menyegarkan pemikiran, menyegarkan emosi dan juga pengalaman mereka dikongsi dengan orang-orang muda.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Itu sebenarnya akan dapat melanjutkan dan menetapkan kesihatan bukan sahaja kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan emosional. Saya ambil pengalaman saya dengan kawan-kawan yang bersara. Apabila bersara umur 60...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, soalan. Sebut soalan Yang Berhormat.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Saya hendak masuk soalanlah ini dan anjuran saya. Jadi kalau umur 60 apabila bersara tidak ada kerja, mereka jadi cepat mati.
Jadi anjuran saya dan persoalan saya ialah bagaimana barangkali kementerian ini melihat, bukan kerja dengan kerajaan tetapi kerja dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan supaya mereka lebih berguna dan tidak menganiayai yang muda-muda. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Memang satu daripada yang saya katakan tadi, apabila mesra OKU mereka juga dapat peluang daripada segi tahap kesihatan, persediaan kewangan, kemudahan infrastruktur dan sebagainya. Accesibility itu memang insya-Allah, kerajaan melihatkan kepada ciri-ciri tersebut. Akan tetapi tadi saya menyebut peluang pekerjaan. Kita ambil contoh Singapura, seperti yang selalu saya sebutkan, bukanlah saya mengagung- agungkan Singapura, ada perkara yang elok kita contohi, kita boleh pakai. For example, di Changi Airport, boleh dikatakan, di Changi Airport itu dikendalikan keseluruhannya oleh warga emas. Dia diberi pekerjaan dan warga emas ini, pernah saya ke Singapura, warga emas memberitahu kepada saya, dahulunya mereka pernah berkata, mereka kerja sampai tua. Akan tetapi sekarang mereka kata, mereka kena kerja sampai mati.
So, meaning to say, kerajaan- sebab saya pergi ke Singapura berjumpa dengan counterpart saya, dia kata, sesiapa yang masih dapat contribute daripada segi tenaga kerja dan sebagainya, Kerajaan Singapura mengambil mereka untuk memberikan peluang untuk bekerja. Akan tetapi Yang Berhormat Batu Pahat, very interesting ya, sebab tadi itu kategori baru. Akan tetapi Yang Berhormat, kita kena menggunakan konvensyen. Saya tadi telah mengatakan bahawa kita sekarang ini menggunakan United Nations World Assembly on Aging, Vienna yang kita gunakan tahun 1982.
Jadi setakat ini kerajaan merasakan belum lagi kita menetapkan takrif...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, kenapa Malaysia kurang percentage tua berbanding dengan beberapa negara termasuk Singapore? Bukankah itu menunjukkan bahawa kita tidak sempat tua, Yang Berhormat?
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
[Ketawa] . Sebab kita ada the young generation. Sebab apa, Tuan Yang di-Pertua, kita dahulu daripada segi population, daripada segi planning kita untuk family itu, kita ada pelapis-pelapis, tahu? Kita ada the various range daripada segi population. Daripada segi kesuburan, mortaliti kita pula kurang.
So we have that. Kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
We should have more percentage, higher percentage than Singapore...
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Kita dapat melambatkan penuaan.
That’s what I meant to say. Kita telah dapat melambatkan penuaan. Seperti statistik yang saya katakan tadi, sekarang Singapura is going towards 20 percent, tetapi kita ranges baru about 9 percent, you know, 15 percent. Bermakna, kita telah, bukan saya yang melambatkan ini, sebab because of the population yang kita ada daripada segi faktor fertility. Fertility kita pada masa itu, I think satu couple, is about two to three anak tetapi sekarang ini yang turun yang kita risau.
So, apabila saya jawab hari itu soalan ini, saya kena inilah. Akan tetapi ini Yang Berhormat, satu lagi yang saya hendak kongsi di sini, yang umur-umur itu tadi, satu ya Yang Berhormat. Sebab jangka hayat dan sebagainya. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat memang itu yang kita hendak supaya warga-warga emas di negara kita, Malaysia, dia sentiasa aktif. Dia okey, kalau tidak bekerja seperti Yang Berhormat katakan bagi kepada muda-muda yang menganggur, sekurang-kurangnya dia aktif dalam NGO, surau, masjid, church dan sebagainya.
Sebab Yang Berhormat, satu penemuan yang kami dapat, penuaan ini, masalahnya ialah loneliness. Ini adalah kita lah sebab kita akan melalui. Jadi kita kena prepare awal. Loneliness, kesunyian, Tuan Yang di-Pertua. Kesunyian. Jadi kawan-kawan itu jangan lupa sebab apabila semakin tua, kita kena mencari kawan-kawan kita ini sebab sunyi. Apabila sunyi ini, dia boleh deteriorate, kita boleh hilang macam itu sahaja sebab kesunyian. Jadi kami ada program-program untuk membantu kesunyian dan salah satu daripadanya, kita menyediakan pusat aktiviti warga emas. Dia berkumpul-kumpul, ada yang berjumpa. Kadang-kadang ada yang berjumpa jodoh pula di situ. Berjumpa jodoh, ya. Yes, yes tetapi tak apa, memberikan kegembiraan kepada mereka.
Jadi ini satu daripada masalah juga yang mesti kita tangani. Besides economically speaking, tetapi sebenarnya kesunyian yang dihadapi sebab mereka kawan sudah kurang, keluarga pun tidak ada dan sebagainya. Terima kasih.
2. Puan Teo Nie Ching [Kulai] minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada pihak sekolah atau PIBG berhak untuk memasukkan kelas komputer dalam silibus dan mewajibkan ibu bapa untuk membayar fi tuisyen kelas komputer tersebut.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Chong Sin Woon
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas soalan pertanyaan dari Yang Berhormat Kulai. Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan kurikulum teknologi maklumat dan komunikasi TMK untuk pembelajaran murid bagi mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi (DST) di tahap satu dan mata pelajaran TMK di tahap dua dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) serta program ICT literacy (ICTL) peringkat menengah rendah dan mata pelajaran TMK di peringkat menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang sedang dilaksanakan di sekolah.
Sekolah diberikan peruntukan geran per kapita (PCG) bagi tujuan pembelian barang habis guna untuk melaksanakan kurikulum berkenaan. Kementerian juga tidak mewajibkan pembayaran yuran untuk pelaksanaan kurikulum yang saya maksudkan tadi.
Pembayaran yuran hanya dibenarkan melalui penubuhan kelab komputer atau pun teknologi maklumat sekolah di bawah aktiviti kokurikulum berdasarkan surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/2007, pemansuhan yuran khas dan garis panduan sistem pakej bayaran tambahan kepada perkhidmatan dan kemudahan di sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/ 2000, panduan penubuhan dan pengurusan kelab komputer atau pun teknologi maklumat sekolah.
Untuk menjawab soalan spesifik kepada pertanyaan Yang Berhormat Kulai, kelas komputer boleh dimasukkan dalam jadual waktu sekolah dengan syarat, ia mendapat kelulusan PIBG dan waktu pembelajaran kelas komputer tersebut tidak menjejaskan waktu PDP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Mana-mana sekolah yang ingin memasukkan pembelajaran kelas komputer itu perlulah memanjangkan waktu pembelajaran mereka. Sebarang yuran yang dikutip juga perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan PIBG sekolah tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa kebelakangan ini, tahun ini, saya rasa ini bukan isu yang baru tetapi sentiasa dibangkitkan bahawa ramai ibu bapa sebenarnya tidak berminat untuk mendaftarkan anak- anak mereka untuk menduduki kelab ini, kelas komputer ini. Akan tetapi, oleh sebab kelas itu telah dipersetujui oleh PIBG, jadi anak mereka terpaksa menduduki kelas tersebut dan dipaksa untuk membuat bayaran juga.
Jadi saya hendak tanya di sini, walaupun PIBG telah setuju untuk masukkan kelas itu dalam jadual waktu sekolah, tetapi sama ada ibu bapa masih berhak untuk membuat satu pilihan sama ada anak mereka hendak hadir ke kelas itu atau tidak. Kalau mereka tidak berminat untuk menghadiri kelas itu sama ada mereka boleh untuk enggan membayar yuran tersebut. Saya hendak tanya lagi. Yuran tersebut adalah subjek kepada GST atau tidak kerana ini adalah satu isu yang besar juga. Ramai yang kata ini adalah kelas untuk pendidikan, jadi tidak sepatutnya dikutip GST tetapi banyak kelas komputer sekarang masih dikutip dengan yuran GST. Ini soalan tambahan saya. Terima kasih.
Tuan Chong Sin Woon
Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat Kulai. Ya, saya sedar bahawa ada isu yang dibangkitkan oleh ibu bapa bahawa ada sekolah yang memasukkan kelas komputer itu dalam jadual waktu dan ada yang enggan untuk menyertai program tersebut.
Tuan Chong Sin Woon
Saya ingin memberitahu bahawa PIBG adalah badan yang diberikan kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu sekolah itu ingin melaksanakan apa-apa program di luar daripada kurikulum yang diberikan Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun kita tahu walaupun telah diluluskan oleh PIBG bukanlah semua yang setuju, tetapi kita kenalah menghormati kepada persetujuan majoriti.
Di bawah dasar Kementerian Pendidikan Malaysia, kalau ada mana-mana ibu bapa yang masih enggan menghantar anak-anak mereka memasuki kelas tersebut, maka sekolah boleh mengatur dengan cara pertamanya sekiranya mereka tidak menyertai kerana kemiskinan, biasanya lembaga pengurus sekolah ada menyediakan tabung untuk membantu mereka yang miskin ataupun mereka masih tidak mahu menyertainya bukan kerana masalah kewangan, maka bolehlah mengaturkan kepada kelas-kelas pembelajaran kendiri di pusat-pusat sumber. Ada pengurusan-pengurusan yang boleh dilakukan oleh sekolah untuk menyelesaikan complaint daripada ibu bapa yang tidak ingin anak-anak mereka menyertai program tersebut.
Namun begitu kementerian masih mempunyai saluran untuk membantu membincangkan isu-isu ini. Kita berharap bahawa mana-mana sekolah yang melaksanakan program tersebut, carilah jalan yang paling baik untuk berbincang dengan ibu bapa yang mempunyai masalah complaint anak mereka tidak mahu menyertai kelas- kelas tersebut. Sekian terima kasih.
Sorry, satu lagi yang belum jawab lagi tentang GST. GST yang dikenakan ke atas fi ataupun yuran-yuran yang dibayar itu masih dilaksanakan. Kita akan berbincang dengan Kementerian Kewangan Malaysia, sekiranya itu boleh dilakukan untuk pendidikan, patut kita boleh berbincang supaya dikecualikan GST untuk pendidikan. Sekian terima kasih.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana ekonomi kita semakin baik.
Soalan tambahan saya ialah sekolah-sekolah telah disediakan dengan makmal komputer tetapi sehingga hari ini terutama sekali saya melihat di kawasan luar bandar pembekalan komputer yang ada ini sudah melepasi zaman dan ia akan menjejaskan pembelajaran untuk generasi anak-anak kita di sekolah rendah mengenali komputer secara lebih dekat.
Saya percaya, kalau ini berterusan, anak-anak kita cuma berjaya belajar komputer menggunakan hand phone yang terpaksa diminta daripada ibu bapa.
Soalan saya, apakah rancangan Kementerian Pendidikan untuk memperkasakan balik makmal komputer di seluruh negara di sekolah-sekolah rendah untuk memastikan bekalan komputer yang baru, terkini sesuai dengan zaman Yang Berhormat yang ada.
Minta penjelasan daripada pihak kerajaan.
Tuan Chong Sin Woon
Terima kasih di atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Gerik. Saya setuju bahawa komputer-komputer atau peralatan ICT yang
Tuan Chong Sin Woon
dibekalkan ke semua sekolah adanya sudah luput ataupun lupus kegunaannya ataupun tidak update kepada aplikasi yang kita gunakan sekarang. Akan tetapi kementerian masih lagi melaksanakan program untuk kita memberikan pembekalan peralatan ICT ke makmal komputer sekolah di seluruh Malaysia.
Memandangkan kepada kesuntukan peruntukan yang diberikan, tetapi kita tidak mengabaikan kepada pembaharuan ICT termasuk komputer-komputer itu dilakukan secara berfasa. Mana-mana sekolah yang telah menghadapi kekurangan ataupun komputer yang dibekalkan sebelum ini tidak boleh digunakan lagi, maka kita akan memberikan keutamaan untuk pembaharuan komputer yang baru. Terima kasih.
3. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [Sipitang] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan sejauh mana keberhasilan kajian yang dijalankan mengenai skim insurans yang hendak diperkenalkan untuk membantu pesawah yang mengalami kerugian akibat bencana alam.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam sehati sejiwa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sipitang. Kita amat prihatin terhadap mangsa- mangsa bencana alam sama ada ribut ataupun banjir, kepanasan dan sebagainya di kalangan petani-petani, penternak dan nelayan. Jadi sebab itu sebelum ini sebelum skim insurans yang dibincangkan atau yang ingin dicadangkan untuk membantu petani-petani, kita pihak kerajaan pihak kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menggunakan tabung bantuan kepada petani-petani semasa bencana pada tahun 2014 yang lalu.
Umpamanya kita telah membelanjakan sebanyak RM42,753,000 meliputi semua negeri. Mengikut rekod, negeri yang paling banyak mendapat bantuan ini ialah Kelantan RM10 juta lebih dan juga Pahang RM10,800,000, Sarawak pun banyak juga RM8,100,000.
Panjang pecahannya tetapi totalnya RM42,753,000 dan meliputi kategori tanaman, penternakan dan juga nelayan.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan Skim Pelindungan dalam bentuk insurans ini satu idea yang telah kita cuba kaji tentang sama ada ianya boleh dilaksanakan ataupun tidak. Namun masalahnya tidak ada syarikat insurans yang sanggup mengadakan skim insurans untuk petani-petani yang menjadi mangsa kepada bencana alam ini.
Kalau sekiranya bayaran premiumnya begitu rendah sekali. Jadi ini menjadi satu kesulitan dan pihak kementerian sedang membuat kajian lebih mendalam, pihak Agrobank telah diamanahkan untuk membuat kajian. Tidak ada kata putus buat masa ini. Walau bagaimanapun, Skim Perlindungan Agromakanan dalam bentuk bantuan-bantuan diteruskan sebagaimana biasa mengikut kemampuan kerajaan, kedudukan kewangan kerajaan. Sekian terima kasih.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Nampaknya skim insurans ini belum dilaksanakan. Tetapi yang paling jelas kepada kita ialah bencana walaupun ia air, jadi banjir, angin boleh jadi ribut, kemarau boleh jadi api yang datang pada bila-bila waktunya. Sudah semestinya barangkali adakah insurans berkelompok ini akan terus dijalankan berdasarkan kawasan- kawasan yang strategik, yang sudah dikaji, yang sentiasa berlaku dan kawasan yang sangat memerlukan daripada bantuan secara insurans berkelompok yang memang biasa juga kita lihat mungkin dalam suasana bayaran yang kecil, tetapi memberi manfaat kepada mereka yang terlibat.
Berapakah jumlah tabung bencana yang disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini untuk menjamin kelangsungan kepada mereka yang terjejas dan jumlah mereka yang terjejas akibat kemarau El Lino setakat ini yang perlu diberikan bantuan daripada tabung ini selain daripada insurans yang dicadangkan.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Terima kasih, Yang Berhormat Sipitang. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana yang saya katakan tadi
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
insurance companies dia payah, susah dan tidak begitu berminat kalau premiumnya rendah dan mereka terpaksa membayar pampasan dengan jumlah yang besar. Inilah masalah.
Dalam kajian kita sebelum ini umpamanya mereka hendak mengenakan premium sebanyak RM150 satu hektar, satu hektar, satu musim. Ada juga kalau sekiranya perlu hendak dinaikkan lagi kepada RM300 – satu hektar, satu musim. Saya ingat ini jumlah bayaran premium yang tidak mampu untuk petani-petani membayarnya. It is very high. Saya tidak bersetujulah kalau ada cadangan kita suruh petani-petani bayar RM150 – satu hektar dan kalau dia ada dua hektar sudah RM300 – satu musim, dua musim RM600. That is minimum but insurance companies is also talking a premium of about RM350 satu hektar jadi dua hektar, RM700 satu musim.
Jadi ini yang menyebabkan dia tidak begitu feasible skim ini. Dahulu kita bincang dengan Takaful pun begitu juga. Jadi dengan sebab itu ada cadangan. Saya sudah bincang dengan pegawai tadi umpamanya, this is just an idea, satu idea. Dia kata kita tubuhkan satu tabung minta petani sumbang kepada tabung ini dan tabung ini jadi macam satu rolling fund. Satu tabung rolling di mana kalau berlaku bencana duit daripada tabung ini akan kita guna pakai untuk bayar pampasan kepada petani.
Tabung ini pula setelah dapat duit sumbangan, contribution daripada petani, duit itu boleh dilaburkan dan mendapat dividen kah, interest kah whatever you want to call that dan boleh diguna duit ini untuk bayar pampasan. Saya personally tidak begitu setuju. Saya beritahu pegawai, ini pertama sekali kalau duit petani masuk kita pulangkan balik apa makna. Ini bukan pampasan daripada pihak kita ataupun pihak insurance companies.
Dari segi kalau kita hendak tolong duit dia kita ambil, kemudian bagi balik kepada dia bila berlaku, ini saya tidak setuju. Bincanglah nanti dekat kementerian. Masa mesyuarat nanti saya akan beritahu saya tidak setujulah. Tidak setuju dengan saya, saya pun tidak setuju jadi Yang Berhormat Menteri lah yang akan buat keputusan. Saya timbalan sahaja, bagi pandangan boleh.
*I am a straight talker, I talk straight. You know I speak my mind, you know.
[Ketawa]* Kita hendak satu skim satu model yang di mana ianya tidak membebankan petani.
Ia tidak membebankan petani. Apabila petani menghadapi masalah bencana ini dia dapat bantuan. Bantuan sama ada daripada kerajaan ataupun through the insurance scheme where the insurance companies will pay. That is the concept. Jangan underestimate Timbalan Menteri pun*.
[Ketawa] So, that is the concept. So, for the time being* buat masa ini kita sedang bincang- bincang sahajalah. Namun bantuan dari segi wang ihsan, bantuan bencana ini diteruskan.
Last year ada RM42 juta kita beri kepada petani-petani, penternak dan sebagainya, ada dia punya skim itu dan tahun ini kalau berlaku lagi kita tentunya kerajaan tidak akan membiarkan. Kita akan adalah tabung bantuan sebagaimana biasa mengikut kemampuan kewangan kerajaan. Sekian, terima kasih.
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik tadi dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya setuju dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang kita patut bersimpati dengan petani dan pesawah kita terutama sekali apabila kita dilanda bencana alam ini.
Saya hendak sambut cadangan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi kita bagi juga bantuan kepada mereka secara insurans itu tetapi apa kata kalau kerajaan bayar secara ansuran ataupun minta petani bayar secara ansuran ataupun kerajaan bagi subsidi insurans. Daripada kita habis duit tiris di tempat-tempat lain yang banyak itu, jadi kita tolong petani kita dalam itu. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Terima kasih, Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Itu satu kemungkinan kalau sekiranya kedudukan kewangan kerajaan baik, ekonomi baik, kerajaan baik mungkin kerajaan boleh contribute ataupun menyumbang kepada premium yang perlu dibayar kepada insurance companies tetapi mengikut kemampuan kewanganlah. Saya rasa pihak kerajaan kalau ada duit memang kita hendak tolong rakyat. There is no problem. Doakan supaya ekonomi kita bertambah baik, jangan gaduh-gaduh sangat.
[Ketawa] Because the precondition of the economic development is stability. Jangan buat kacau bila negara tidak stabil, ekonomi susah hendak naik.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
[Disampuk] Ini rasuah, rasuah ini Pulau Pinang itu pergi tengok dahulu. Macam mana boleh Ketua Menteri Pulau Pinang sedikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua, bila sentuh itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Sedikit sahaja, sedikit. No, no you listen how can- must speak English kalau Malay dia orang tidak faham.
[Ketawa] How can a Chief Minister kata, I don’t know market value.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawablah soalan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Chief Minister tidak tahu market value.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Timbalan Menteri, jangan lari tajuk.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ini lari tajuk, ini lari tajuk.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab soalan bukan bagi lecture di dalam Dewan yang mulia ini. Sila jawab soalan.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ini lari tajuk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat. Duduklah, duduklah.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Lari tajuk sudah.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
I cuma respond kepada one of you from that side yang kata rasuah.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
You don’t need to respond.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ini tidak ada kena mengena dengan soalan.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Siapa yang kata rasuah tadi. You dengar tadi dekat belakang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, duduklah Yang Berhormat.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab soalan sahaja. Ini tidak ada kena mengena dengan soalan.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Ya, saya mahu jawab soalan tetapi yang di belakang sana sebut rasuah itu fasal apa?
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Selain dari stability, rasuah yang paling mustahak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Apa dia?
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Rasuah ini salah satu yang paling penting untuk kita menstabilkan kita punya ekonomi.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Ya, betullah tengok lah Pulau Pinang dahulu.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Tengoklah KBS dahulu, KBS RM100 juta.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudahlah, cukuplah Yang Berhormat.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Tuan Yang di-Pertua, yang bercakap dua lagi suruh duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, yang rasuah itu tidak payahlah Yang Berhormat ya. Pertanian, pertanian.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Pertanian lah ini. Di Pulau Pinang itu banyak tanah pertanian yang diambil fasal apa, buat pembangunan. Petani-petani dan nelayan, you know nelayan. Rumah nelayan kita bina dahulu masa Kerajaan Barisan Nasional dekat Balik Pulau...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah lari tajuk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Duduklah, cukuplah.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
[Ketawa] Rumah, saya pergi ke Balik Pulau, saya tengok tidak boleh masuk. Rumah sudah siap buat. Fasal apa, Lim Guan Eng kata tidak boleh masuk entah apa fasal pun kita tidak tahu. Kita sudah buat di Pulau Pinang.
Seorang Ahli
Buat swimming pool.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Oh dia sudah buat swimming pool.
[Ketawa] Tidak tahu market value, last word Tuan Yang di-Pertua, you listenlah, dengar.
You can fool some people sometimes but you cannot fool people all the time, Lim Guan Eng.
[Tepuk]
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Dia lari tajuk sudah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih, Yang Berhormat.
4. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) berapakah jumlah pelaburan yg telah berjaya ditarik oleh Taman Industri Kuantan Malaysia - China (MCKIP) setakat ini; dan
(b) adakah tanah bagi pembangunan itu milik Kerajaan Persekutuan, negeri atau tanah persendirian.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Taman Industri Kuantan Malaysia - China (MCKIP) merupakan taman perindustrian pertama di Malaysia yang dibangunkan bersama oleh Malaysia dan China dan telah diberikan anugerah status sebagai Taman Industri Negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim
Taman Industri Kuantan Malaysia China mempunyai taman kembarnya iaitu Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) di mana kedua-dua taman ini adalah projek ikonik kerjasama pelaburan dua hala bagi memacu pembangunan sektor perindustrian di kedua-dua buah negara. Setakat ini pelaksanaan MCKIP telah melalui dua fasa iaitu fasa pertama, kawasan seluas 710 ekar dan kesemuanya telah dijual kepada pelabur.
Fasa kedua adalah kawasan seluas 550 ekar yang mana sebahagian besar telah ditawar kepada pelabur yang berminat dan ianya tidak terhenti di situ sahaja di mana MCKIP sedang merancang untuk menambah lagi keluasan taman industri negara ini bagi fasa seterusnya dengan keluasan yang dianggarkan 1 ribu ekar lagi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Januari 2016, MCKIP telah berjaya menarik pelaburan keseluruhan berjumlah RM13.5 bilion seperti berikut:
(i) menaik taraf Pelabuhan Kuantan sebanyak RM3 bilion;
(ii) infrastruktur oleh pemaju MCKIP Sdn Bhd. sebanyak RM2.5 bilion; dan
(iii) pelaburan dalam sektor pembuatan sebanyak RM8 bilion.
Mengenai status pemilikan tanah pula, tanah bagi pembangunan MCKIP adalah dimiliki oleh Syarikat Malaysia-China Kuantan Industrial Park Sdn. Bhd. dan syarikat MCKIPSB merupakan syarikat usaha sama di mana konsortium Malaysia memiliki 51
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim
peratus ekuiti manakala baki 49 peratus dimiliki oleh konsortium negara China. Ekuiti konsortium Malaysia dimiliki oleh Kuantan Pahang Holding Sdn. Bhd di mana pemegang sahamnya adalah terdiri daripada IJM Land Berhad sebanyak 40 peratus, Sime Darby Property sebanyak 30 peratus dan Kerajaan Negeri Pahang sebanyak 30 peratus. Lot-lot perindustrian ini dijual kepada para pelabur yang berminat dan status tanah adalah pajakan selama 99 tahun. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya mengucapkan tahniahlah kepada kementerian. Ini di antara success story lah yang mana kita boleh bawa pelabur-pelabur ke Malaysia dalam keadaan yang dikatakan ekonomi lembap di seluruh dunia. Cuma ada beberapa soalan Yang Berhormat Menteri yang saya hendak tanya. Pertama sekali, seperti yang kita selalu sebut, apakah pelaburan ataupun pelabur-pelabur yang masuk ke taman ini khususnya daripada China akan meletakkan setidak-tidaknya syarat-syarat. Antara syarat-syarat yang saya kira banyak kita bincang di sini ialah pekerja-pekerja. Ada tidak mereka ini diletakkan syarat supaya berapa peratus daripada pekerja itu mesti datang daripada rakyat tempatan khususnya di Kuantan.
Kedua, ada tidak rail transfer technology sekurang-kurangnya ada sedikit.
Percentage itu saya tidak tahu tetapi mesti ada, harus ada rail transfer technology. Ketiganya Yang Berhormat Menteri, saya rasa ini penting bawa down stream activities. Tidak guna kita bawa Giant ke Malaysia tetapi akhirnya down stream activities itu tidak dinikmati oleh rakyat tempatan.
Sebab saya tengok Tuan Yang di-Pertua di negeri-negeri lain, apabila China masuk, China investor masuk ke negeri mereka, saya pernah berbincang dengan beberapa pegawai-pegawai tempatan di negeri tersebut, China bawa lock, stock and barrel, maknanya dia bawa bukan saja finance, kekuatan kewangan dia, teknologi dia tetapi juga manpower segalanya. Jadi akhirnya negara host country itu tidak mendapat apa-apa.
Jadi apakah ada perjanjian-perjanjian yang telah dimateraikan dengan pelabur- pelabur ini agar akhirnya kita mendapat keuntungan daripada pelaburan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Razali bin Ibrahim
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya rasa bangga dan saya sangat sayang dengan Yang Berhormat Sungai Petani kerana berkongsi kejayaan kita ini. Ikhlas saya cakap, yang lain tidak ada, yang ini saja.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato' Razali bin Ibrahim
Hai! Saya ikhlas hendak suka dan bangga pun...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, antara Yang Berhormat Menteri dengan Yang Berhormat Sungai Petani saja Yang Berhormat.
Dato' Razali bin Ibrahim
Tiga perkara yang disebut itu sentiasa menjadi pertimbangan. Cuma saya hendak memberi penekanan. Bila kita sebut ikonik, this is a twinning dengan izin, dua kawasan perindustrian berkembar. Satu, di negara kita di mana syarikat kita memiliki majoriti dan ada satu lagi di negara dia yang kita juga ada bahagiannya. Pembangunan dua ini menunjukkan bahawa kita ada hubungan yang sangat baik dengan negara China. Kalau ada kawasan perindustrian ini dibina di tempat lain, dia tidak dibina di kedua-dua buah negara.
Seperti mana kita rasa risau tentang perkara yang disebut, mereka juga ada pertimbangan itu. Jadi saya harap perkara ini adalah satu perkara yang sangat genuine dibangunkan oleh kedua-dua buah kerajaan dan kita perlu kembangkan lagi hubungan Perdana Menteri dan kerajaan daripada negara China bagi kedua-dua buah negara Malaysia dan China ini mendapat faedah daripada pembangunan yang dinyatakan.
Sebagai menambah, undang-undang yang ada dalam negara kita, dasar-dasar yang ada dalam negara kita masih terus terpakai bagi memastikan pandangan Yang Berhormat yang saya bangga dan sayangi pagi ini akan dapat kita jaga. Terima kasih. Yang lain ada hendak cakap.
Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kebetulan Tuan Yang di-Pertua kawasan ini adalah di dalam kawasan Parlimen saya. Saya hendak mengambil kesempatan ini juga hendak mengucapkan tahniahlah kepada kementerian kerana di dalam beberapa tahun ini banyak kilang-kilang daripada kawasan Gebeng telah semua tutup dan ada sebahagiannya telah kembali kepada negara masing-masing. Akan tetapi kalau adalah kejayaan ini untuk membawa RM13 bilion ke kawasan perindustrian Gebeng, saya rasa banggalah.
Hanya saya hendak tanya sama ada yang disebut tadi, angka-angka seperti untuk pembinaan industri sampai RM8 bilion, adakah ini in theory ataupun kesanggupan ataupun sudah menjadi pelaksanaan. Oleh sebab saya melihat naik taraf pelabuhan saya nampak ada kenyataan, infrastruktur pun saya nampak ada perubahan tetapi industrinya belum lagi nampak secara nyata. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Razali bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota yang saya juga sayang pagi ini. Pertama, perlu saya nyatakan bahawa insya-Allah, perkara yang saya sebut tentang pelaburan RM13 bilion itu, jumlah pekerjaan yang akan dicipta adalah sebanyak 16,015, jumlah pekerjaan bagi kawasan sekitar. Berkenaan tentang pelaburan, pembangunan Pelabuhan Kuantan, insya-Allah dalam proses dan akan siap menjelang tahun 2018. Mengenai aktiviti-aktiviti berkaitan sektor pelaburan yang RM8 bilion, sebahagian telah pun siap, saya tidak ada detail jumlah tapi ini semua adalah komitmen.
Sebahagian sudah siap dan sebahagian itu dalam proses-proses pembinaan.
Manakala dari segi infrastruktur yang akan dibangunkan oleh pihak pemaju, ianya sedang menanti proses menandatangani perjanjian jual beli mengenai tanah yang insya- Allah kita jadualkan untuk dimuktamadkan pada bulan hadapan. Kalau tidak ada aral dan ini juga akan terus merancakkan komitmen-komitmen yang sedang menanti signing SPA tersebut.
Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
5. Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan setakat ini berapakah yang sudah menyertai Program Transformasi PLKN 2.0 dan apakah keistimewaan program ini berbanding program-program PLKN sebelum ini.
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Tanah Merah ini secara bersekali dengan pertanyaan-pertanyaan daripada tiga Ahli Yang Berhormat yang lain. Pertama, Yang Berhormat Libaran pada 4 April 2016, Yang Berhormat Sipitang pada 5 April 2016 dan Yang Berhormat Kuala Selangor pada 6 April 2016 kerana melibatkan isu yang sama berkenaan dengan Program Latihan Khidmat Negara, (PLKN).
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat.
Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Program Latihan Khidmat Negara 2.0 belum lagi dilaksanakan. PLKN 2.0 ini akan dilaksanakan mulai 26 Mac ini sehingga 24 Mei 2016 di seluruh negara dan dijangka seramai 20 ribu pelatih akan menyertai secara sukarela melalui pencalonan daripada sekolah dan permohonan secara melalui atas talian.
Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum
Dari segi keistimewaan Program Transformasi PLKN 2.0 berbanding dengan program sebelum ini, ianya akan dilaksanakan melalui dua fasa. Fasa yang pertama, setiap pelatih PLKN 2.0 akan menjalani latihan selama lapan minggu di dalam kem dengan menggunakan modul Program Pembelajaran Bersepadu yang mengandungi lapan modul pembelajaran yang baru. Pelatih akan menamatkan latihan pada fasa yang pertama ini dan akan meneruskan di fasa yang kedua di mana mereka akan menjalani latihan dalam bidang kemahiran teknikal di institut-institut kemahiran teknikal untuk tempoh antara tiga bulan hingga 36 bulan bergantung kepada kursus yang dipilih.
Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum
Tuan Yang di-Pertua, dari segi tahap keselamatan dan kesihatan yang melibatkan prasarana dan kem-kem PLKN pula, sukacita dijelaskan di dalam Dewan yang mulia ini, pihak Kementerian Pertahanan akan menitikberatkan aspek keselamatan dan kesihatan para pelatihnya.
Justeru itu, dari aspek keselamatan yang melibatkan elemen latihan, pengesahan keselamatan akan dibuat oleh pakar-pakar perunding kem-kem sendiri. Manakala daripada aspek keselamatan yang melibatkan prasarana kem pula, pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara mempunyai kontrak perjanjian bersama NIOSH bagi membantu penilaian dan pengesahan tahap keselamatan kem selain daripada setiap kem melalui sijil selamat digunakan. Manakala dari segi aspek kesihatan pula, pihak Kementerian Kesihatan turut membuat pemeriksaan keselamatan kesihatan sebelum ianya dapat digunakan.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat sekalian, kita telah menawarkan 81 kem untuk menjalankan Program PLKN 2.0 ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ada tiga kem yang sekarang ini kita letakkan dalam keadaan yang belum menentu kerana mereka tidak memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Sekiranya daripada tempoh yang kita tetapkan mereka tidak dapat menjelaskan atau menunaikan segala peraturan yang telah ditetapkan, maka mereka tidak akan dapat menerima pelatih- pelatih ini.
Segala usaha dan inisiatif yang dijalankan diharap mampu memberi keselesaan kepada pelatih serta dapat mengelak sebarang perkara-perkara yang pernah berlaku di kem-kem latihan sebelum ini. Sekian, terima kasih.
Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada membaca Mingguan Malaysia di bawah tajuk “PLKN 2.0 ada kelainan” pada hari Ahad lepas. Dalam Mingguan Malaysia ini, saya difahamkan pemilihan peserta kali ini dilakukan tidak lagi secara rawak atau dengan izin, secara random. Jadi, cara pemilihan baru oleh PLKN 2.0 ini iaitu difahamkan perbincangan dengan pihak sekolah daripada 64,000 yang layak dan hanya 20,000 yang akan dipilih. Apakah jaminan langkah itu tidak akan meminggirkan mana-mana individu yang benar-benar layak atau yang berminat? Kita tidak mahu mungkin ada yang berminat hendak join tetapi malangnya tidak terpilih kerana hanya 20,000 sahaja tempat. Terima kasih.
Dato' Wira Mohd Johari bin Baharum
Terima kasih Yang Berhormat.
Sebenarnya, memang kita kalau boleh kita hendak supaya peserta-peserta yang datang ke pusat atau terlibat dengan program ini datang secara sukarela kerana yang lepas-lepas, kita pilih secara random dan kita menghadapi banyak masalah kerana ada mereka yang dipilih terlibat dengan jenayah dan sebagainya.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita telah melaksanakan program perintis pada bulan Mac tahun lalu di mana 70 peratus peserta daripada 416 orang itu adalah terdiri daripada mereka yang diterima secara sukarela dan 30 peratus dipilih oleh pihak sekolah.
Akan tetapi, oleh kerana sekarang ini kita mempunyai kegawatan dari segi peruntukan kita, maka kita hanya dapat menerima 20,000 sahaja. Insya-Allah, apabila keadaan ekonomi pulih, maka kita akan terima balik lebih kurang - program kita ialah sebanyak 80,000 sebenarnya tetapi pada kali ini kita hanya dapat menerima 20,000. Jadi dengan itu, saya rasa mereka yang berminat ingin mengikuti latihan ini tidak akan ketinggalan.
Yang menariknya ialah kerana mereka telah ditetapkan mengikuti kursus fasa kedua iaitu kebanyakannya di institut-institut latihan yang ada lebih kurang 400 semua yang ada di seluruh negara. Untuk pengetahuan, 416 orang yang baru-baru ini, semuanya telah mengikuti kursus kebanyakannya di IKBN dan sebagainya. Sudah pasti mereka ini akan akhirnya mempunyai sijil dan juga diploma dan kita galakkan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sekadar ingin bertanya kepada kementerian, setujukah ataupun bolehkah kementerian pertimbangkan supaya semua graduan PLKN ini selepas mereka graduate atau pun tamat latihan, diwartakan? Kemudian, dibenarkan selepas nama mereka diletakkan perkataan PLKN supaya mereka ini menjadi spesies yang lebih istimewa dan mungkin mereka akan lebih laku di pasaran pekerjaan apabila mereka memohon pekerjaan oleh kerana kita tahu mereka telah berdisiplin dan dilatih, mungkin ala tentera juga. Maka sebab itu, saya berpendapat mereka tidak akan melakukan perkara- perkara yang sia-sia selepas graduate daripada PLKN. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri, setuju tidak spesies Yang Berhormat?
Dato' Wira Mohd Johari bin Baharum
Sebenarnya Yang Berhormat, tak payah perlu kita adakan sampai kita hendak–– apa dia panggil tadi?
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Wira Mohd Johari bin Baharum
Kerana, sebenarnya seperti yang saya katakan tadi, 416 orang itu semua diterima untuk latihan itu. Maknanya endorsement–– maknanya mereka telah mengiktiraf bahawa mereka yang telah menjalani latihan di PLKN ini adalah mereka yang telah terlatih dan mempunyai peribadi yang baik dari segi latar belakang dan sebagainya. Kebanyakan mereka ini saya pasti selepas ini diterima untuk memegang jawatan-jawatan yang tertentu dalam kerajaan dan juga swasta. Terima kasih.
6. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan masalah sebenar mengapa kementerian tidak meluluskan permohonan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) untuk menjadikan KIAS berstatus Kolej Universiti.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa atas soalan berkaitan status KIAS.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, beberapa kriteria perlu dipenuhi untuk menaiktarafkan status kolej ke kolej universiti iaitu kedudukan kewangan, tadbir urus atau governance dengan izin, sistem pengurusan akademik, kursus yang ditawarkan, sistem jaminan kualiti, premis atau venue, pengurusan hal ehwal dan kebajikan pelajar serta kualiti tenaga pengajar.
Berdasarkan semakan, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra atau KIAS belum memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi atau KPT untuk dinaiktarafkan ke kolej universiti. Kementerian Pendidikan Tinggi telah pun memaklumkan kepada KIAS pada 28 November 2016 berkaitan syarat-syarat naik taraf yang perlu dipatuhi sebelum kelulusan dapat dipertimbangkan.
Namun begitu, Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa membantu dan memberi kerjasama kepada KIAS berhubung perkara ini. Sekian, terima kasih.
Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri. Saya difahamkan bahawa syarat-syarat yang dikemukakan kepada KIAS ini sering berubah-ubah dan sering juga ada tambahan syarat apabila memenuhi satu syarat seolah-olah kalau main oleh alih tiang gol orang panggil. Saya difahamkan juga ada kolej di Negeri Sembilan, Kolej Yayasan Sofa yang pada masa itu sama-sama datang temu duga di kementerian tetapi kolej itu yang juga tidak memenuhi syarat tetapi diluluskan. Saya minta kementerian untuk menyemak balik status Yayasan Sofa ini.
Jadi soalan saya Tuan Yang di-Pertua, juga bersama dengan harapan saya iaitu apakah kementerian ataupun kerajaan tidak dapat bertolak ansur ataupun mempermudah ataupun fasilitet penaiktarafan KIAS ini kepada kolej universiti kerana pada pandangan saya, saya dimaklumkan bahawa sebahagian besar syaratnya telah pun dipenuhi. Menteri sebentar tadi tidak menjawab syarat mana yang masih belum dipenuhi.
Seperkara lagi KIAS telah beroperasi selama lebih kurang 10 tahun dan telah ada pelajar seramai 2,000 orang dengan tempat belajar yang begitu baik dan juga sekarang kita baru meluluskan ataupun untuk membina sebuah asrama yang menelan kos lebih kurang RM16 juta. Saya rasa dengan perkara-perkara sedemikian saya berharap kementerian menggunakan kuasanya untuk fasilitet tetapi bukan untuk menghalang ataupun memayahkan. Terima kasih.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa atas soalan tambahan. Di sini saya hendak sampaikan kepada Yang Berhormat bahawa kualiti pendidikan tinggi tidak akan dikompromikan. Berdasarkan etika, saya rasa tidak elok untuk saya kemukakan kelemahan-kelemahan yang sudah dikesan apabila KIAS memohon untuk kenaikan taraf dari sebuah kolej untuk menjadi kolej universiti.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Walau bagaimanapun, saya menjemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa selepas sesi ini untuk duduk bersama dengan saya supaya saya boleh menunjukkan result analysis IPTS yang berkaitan dengan permohonan naik taraf KIAS supaya Yang Berhormat memahami dengan harapan bahawa KIAS akan berusaha untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPT. Sekian terima kasih.
7. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan berapakah pusat pembiakan baka hidupan liar yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan kebajikan hidupan liar tersebut.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat terima kasih atas soalan. Malaysia amat komited dalam memelihara dan memulihara hidupan liar yang merupakan pelengkap kepada kelestarian biodiversiti demi kepentingan fungsi kestabilan ekologi. Sejak tahun 1975 Malaysia telah aktif dalam mengadakan perhubungan antarabangsa dengan negara luar dalam konservasi dan pembiakan hidupan liar. Antara negara antarabangsa yang bekerjasama dengan ialah pertukaran dan pinjaman hidupan liar tersebut seperti Melbourne Zoo, Australia London Zoo dan termasuk juga di Jerman dan beberapa lagi.
Tanggungjawab kerajaan dalam konservasi hidupan liar dizahirkan melalui dasar kepelbagaian biodiversiti negara selaras dengan komitmen negara di peringkat antarabangsa iaitu Convention on Biological Diversity (CBD), Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) dan juga International Union for Conservation of Nature (IUCN). Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat sebanyak 11 buah Pusat Pembiakan Hidupan Liar Ex-situ yang diuruskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara selain daripada beberapa lagi di Sabah dan Sarawak.
Bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan kebajikan hidupan liar di semua pusat ini terjaga langkah-langkah yang diambil adalah banyak. Saya sebut sebahagian sahaja pertamanya memastikan bilangan hidupan liar ditempatkan dalam kurungan memenuhi kapasiti kurungan yang optimum. Terdapat doktor veterinar yang menjalankan rawatan dan pemeriksaan penyakit secara berkala walaupun bilangan sedikit cuma lapan orang di seluruh Malaysia yang terlibat dan berada di bawah kementerian. Pemberian vitamin, ubat cacing dan garam galian yang diperlukan oleh spesies hidupan liar secara berkala. Bekalan makanan yang berkualiti dengan jumlah yang mencukupi dan banyak lagi yang saya tidak sebutkan satu persatu. Mungkin saya jawab sendiri direct, saya terus dengan Yang Berhormat.
Bagi pusat in-situ, kita ada empat, iaitu Taman Negara di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Di Endau Rompin, juga di Belum, Temenggor, selain daripada Sabah dan Sarawak. Pendekatan kita adalah dengan penguatkuasaan serta memelihara dan memulihara ekologi di situ. Jadi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan PERHILITAN sentiasa mengkaji langkah-langkah yang telah diambil dari semasa ke semasa untuk membuat penambahbaikan bagi memastikan aspek kesihatan, keselamatan dan kebajikan hidupan liar yang terdapat di setiap pusat konservasi hidupan liar sentiasa terjamin. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Umumnya mengetahui bahawa kehadiran hidupan liar ini turut menggamit kehadiran pelancong sama ada pelancong dalam negara mahupun luar negara ke pusat- pusat peranginan terutama yang melibatkan hutan lipur. Soalan saya adalah apakah kepentingan secara jelas pusat konservasi hidupan liar daripada segi ekonomi serta konservasinya.
Adakah kerajaan berhasrat untuk memperluaskan aktiviti pembiakan ini kepada individu dan juga pihak swasta khususnya kepada haiwan-haiwan yang dikategorikan tidak ganas yang sekarang ini menuju ke arah kepupusan misalnya seperti tapir, kancil, kijang, tenggiling dan lain-lain. Terima kasih.
Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Ada dua perkara yang ditekankan. Pertama kepentingan konservasi dan keduanya kepentingan ekonomi. Daripada segi konservasi seperti yang saya sebutkan
Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri
tadi yang penting ialah kita hendak memastikan bahawa fungsi kestabilan ekologi itu terjamin. Dalam erti kata lain memastikan bahawa setiap hidupan liar yang ada di dalam negara kita setakat ini tidak pupus supaya dapat kita berterusan, maintain dengan izin, hidupan liar tersebut.
Dari segi ekonomi mungkin pada peringkat awal ini selain daripada aktiviti kepentingan dari sudut pelancongan, kalau kita mempunyai jumlah yang banyak, jumlah hidupan yang banyak seperti rusa, seladang, pelanduk dan juga yang seangkatan dengannya, kesemuanya boleh menyumbang kepada protein alternatif. Saya bercakap ini di depan Ahli Parlimen Mambong yang pakar. Kalau saya silap kadang-kadang dia tegur saya di depan ini. Sumber protein kalau kita mempunyai bilangan yang banyak. Maka tidak mustahil satu masa nanti hidupan liar yang saya sebutkan tadi boleh dijadikan sebagai sumber protein.
Selain daripada yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi memang benar kebanyakan ataupun boleh dikatakan hampir semua hidupan liar yang ada dalam negara kita menarik minat pelancong-pelancong bukan sahaja dari segi mereka datang untuk melihat, untuk mereka mendapatkan pengalaman sendiri dari segi hidupan binatang- binatang liar tetapi juga boleh menjadikan sebagai sebahagian daripada penyelidikan dan pendidikan masyarakat antarabangsa di seluruh dunia. Ia salah satu daripada faedah pelancongan yang kita perolehi selain daripada hidupan liar ini juga menjadi pelengkap kepada daya tarik ataupun produk pelancongan yang pelbagai dalam negara kita.
Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri
Saya mengalu-alukan cadangan daripada Yang Berhormat Jerantut. Sebenarnya, kementerian atau kerajaan mengalu-alukan mana-mana pihak untuk melakukan, membuat sendiri pembiakan dengan permit yang kita boleh keluarkan ke atas beberapa jenis spesies yang disebut tadi, tidak berbahaya, umpamanya setakat ini landak. Sumber protein juga boleh. Kita telah keluarkan 42 permit rusa, dua permit– ini satu lagi mungkin Yang Berhormat Jerantut suka, buaya tembaga, tiga permit burung murai batu, 16 permit kura- kura, sembilan permit dan lain-lain. Ini antaranya yang saya boleh sebutkan di sini, maknanya kita mengalu-alukan cadangan tersebut. Sekian, terima kasih.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata ada 11 buah pusat pemulihan tetapi tidak sebut tentang hidupan liar yang kian pupus, Harimau Malaya, Tiger Malaya. So, bolehkah saya tahu apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh kementerian supaya meningkatkan bilangan jumlah Harimau Malaya ini yang sekarang sudah semakin pupus disebabkan keluasan hutan yang semakin kurang dan juga pemburu haram yang berleluasa. So, setakat ini ada tinggal berapa ekor lagi Harimau Malaya di Malaysia, di Semenanjung dan juga kawasan-kawasan yang masih ada harimau?
Terima kasih,
Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri
Terima kasih Ahli Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mungkin ada dua kumpulan Harimau Malaya. Pertama, pasukan bola sepak yang boleh tahan bergurau. Sebenarnya, di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan telah pun meluluskan untuk menubuhkan pusat pembiakan harimau, Harimau Malaya ini di Kuala Gandah dan status sekarang masih di peringkat bukan kajian lagi tetapi di peringkat reka bentuk oleh JPS untuk membangunkan beberapa bangunan di Kuala Gandah.
Maknanya, ini antara usaha oleh pihak kerajaan untuk memulihara spesies Harimau Malaya. Setakat ini, bilangan yang masih ada ialah antara 250 hingga 350 ekor, lebih kurang begitu. Ini cerapan yang kita dapat daripada pemasangan kamera tersembunyi, khususnya di Semenanjung Malaysia. Jadi, saya fikir itulah jawapan yang khusus. Jadi, saya mengalu-alukan keprihatinan Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, kalau boleh jangan datang ke Ledang (bergurau). Sekian, terima kasih.
8. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [Telok Kemang] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) usaha kerajaan dalam membantu meningkatkan infrastruktur institusi-institusi pembangunan insan khususnya pondok-pondok pengajian tahfiz bagi menjadikan institusi tersebut sebagai pondok moden; dan
(b) jumlah peruntukan serta kemudahan ruang tanah yang diberikan oleh kerajaan bagi melaksanakan agenda ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua institusi pendidikan agama, termasuk institusi pondok yang ditubuhkan oleh pelbagai pihak adalah perlu berdaftar dan tertakluk kepada enakmen kawalan sekolah-sekolah agama negeri berkenaan. Ini adalah selaras dengan ketetapan Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, bahawa hal ehwal Islam adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri. Oleh itu, usaha untuk meningkatkan infrastruktur institusi berkenaan adalah berada di bawah kawalan pihak negeri berkenaan dan pengurusan institusi tersebut.
Walau bagaimanapun, kerajaan sangat memberikan perhatian mengenai pembangunan modal insan, terutamanya yang melibatkan pendidikan Islam, termasuk pondok-pondok pengajian tahfiz. Selain bantuan kewangan daripada pihak berkuasa negeri, pada tahun 2015 sendiri sebagai contoh, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memperuntukkan sebanyak RM25 juta secara one- off untuk 119 buah pondok yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri ataupun Majlis Agama Islam Negeri bagi tujuan penyelenggaraan facility pendidikan.
Pada tahun yang sama, kerajaan juga melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM13,621,180 juta secara one-off kepada 356 buah ma’ahad tahfiz. Berkaitan dengan kemudahan ruang tanah pula, ia adalah tertakluk kepada pihak berkuasa negeri dan pihak pengurusan institusi masing-masing, terima kasih.
Dato' Kamarul Baharin bin Abbas - Telok Kemang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pengajian tahfiz sangat perlu mewujudkan bukan sahaja penghafaz Al-Quran tetapi yang mempunyai kemahiran yang memenuhi keperluan semasa, mempunyai kecemerlangan pemikiran yang mencerminkan khazanah keilmuan Al-Quran. Kelebihan graduan tahfiz adalah lebih kepada memahami keperluan isi Al-Quran serta pendidikan yang menghasilkan insan-insan yang setanding dengan mereka yang mendapat pendidikan moden dan juga profesional. Ini harus menjadi matlamat kita.
Bukan hanya kita dapat menghasilkan pemahaman Al-Quran ataupun penghafazan Al- Quran tetapi juga membentuk insan yang mampu bertanding dalam keadaan moden dan juga profesional.
Kelebihan mereka ialah pendidikan awal mereka ialah isi Al-Quran. Maka, apabila kita menjadi dewasa, mempunyai pekerjaan dan juga profesion yang memberikan sumbangan kepada pembangunan negara, maka perlu ada struktur dan juga prasarana, modul yang merangkumi semua lapisan bermula daripada mungkin tadika dan seterusnya kepada sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya kepada peringkat IPT. Jadi, soalan saya Tuan Yang di-Pertua ialah setakat manakah perancangan kerajaan, apakah ia tersusun untuk mencapai matlamat ini? Terima kasih.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Telok Kemang. Sebenarnya, sebagaimana saranan dan juga cadangan yang telah disebutkan, kesedaran atas pendidikan tahfiz ini telah bermula awal. Bahkan, di peringkat kerajaan amat menyedari betapa pendidikan tahfiz kalau kita bincangkan secara khusus, kalau tadi ia termasuk merangkumi pondok dan sebagainya tetapi juga pondok yang mengambil kira soal tahfiz dan juga pendidikan menghafal Al-Quran ini, kita menyedari bahawa ada di sana ruang-ruang yang perlu kita perkemaskan.
Maka sebab yang sedemikian, sebenarnya di peringkat kerajaan bermula dari tahun 1966 telah mewujudkan ma’ahad tahfiz ataupun pada waktu itu dipanggil bahagian tahfiz yang diwujudkan di Masjid Negara dan berkembang. Akhirnya, sehingga sampai
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
kepada apa yang kita miliki sekarang di Kuala Kubu di peringkat negara iaitu Darul Quran yang mengaturseliakan untuk anak-anak kita yang menghafal Al-Quran.
Cadangan untuk mensekalikan supaya mereka ini bukan hanya sekadar digelar sebagai penghafal Al-Quran ataupun bergelar hafiz pada hujung nama mereka masing- masing tetapi kita menyedari hakikat ini, gelombang gerakan ini telah pun berjalan. Oleh sebab itu kita melihat di peringkat nasional, kita melihat ada di sana pertandingan hafazan Al-Quran. Itu sebagai garapan galakan tetapi secara sistematiknya hari ini sudah wujud apa yang dinamakan dengan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA). Ini juga ke arah untuk melahirkan insan yang dilengkapi dengan dia menghafal Al-Quran, dalam masa yang sama juga, dia merupakan profesional-profesional dalam bidang masing-masing.
Melonjak daripada itu, kita lihat di peringkat universiti sudah tumbuh pada hari ini, terutamanya kalau UIA dan siber universiti di USIM dan beberapa buah universiti-universiti yang lain, termasuk di universiti-universiti yang mempunyai bidang ataupun Jabatan Pendidikan Islam.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Mereka telah memperkenalkan dengan contoh di UIA ada anak-anak pelajar yang lulus SPM mereka dengan cemerlang 9A, 8A, mereka terpilih untuk masuk ke UIA dalam bidang perundangan dalam bidang kedoktoran, seni bina dan sebagainya, jurutera tetapi mereka telah ditetapkan oleh pihak UIA berada dalam 18 bulan dekat dengan Darul Quran, 18 bulan ini bertujuan untuk menghafal Al-Quran dan setelah 18 bulan selesai menghafal 30 Juzuk Al-Quran mereka balik kembali ke UIA untuk meneruskan bidang masing-masing kalau bidang kedoktoran mereka berada dekat dengan Kuantan dan begitu juga dengan bidang-bidang yang lain.
Bayangkan kita sedang melihat pada hari ini sudah tumbuh anak-anak pelajar kita yang hari itu 18 bulan menghafal Al-Quran kemudian sambung kepada bidang profesional masing-masing iaitu kepakaran masing-masing ada yang menjadi doktor dan doktor di hospital dia adalah sekali gus sebagai Al-Hafiz, penghafal Al-Quran. Jadi bayangkan pada waktu siang dia bertugas di hospital, kemudian malam hari dia mengimamkan sembahyang dengan bacaan-bacaan yang menggarap seluruh daripada 30 Juzuk Al-Quran dan kalau dia jadi lawyer, dia jadi pengamal undang-undang begitu juga dia adalah merupakan penghafal Al-Quran. Dia daripada jurutera tetapi dalam masa yang sama juga dia penghafal Al-Quran.
Jadi tentunya kita melihat pandangan Yang Berhormat Telok Kemang tadi adalah merupakan perkara yang sedang kita usahakan, kita mempergiatkan namun kita menyedari di sana ada lagi banyak lagi sekolah-sekolah tahfiz yang masih lagi pada satu sistem iaitu sistem hafalan dengan akademik yang dikesampingkan sebab yang demikianlah dua hari yang lalu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam perhimpunan Huffaz seramai lebih kurang hampir 20,000 orang di Masjid Wilayah telah pun mengumumkan kerajaan sedang menyusun satu dasar untuk supaya kelengkapan untuk anak yang menghafal Al-Quran dalam masa yang sama juga mereka ini adalah merupakan mempunyai kedudukan akademik yang terbaik.
Dalam masa yang sama sebab kita faham anak-anak penghafal Al-Quran ini mudah sahaja kalau kita dedahkan untuk dia ambil SPM. Pernah dibuat, ada beberapa buah sekolah terpilih ditumpukan yang empat bulan, lima bulan terakhirnya tetapi pecutan akhirnya ini kerana kemampuan mereka menghafal Al-Quran mungkin jiwa bersih, tumpuannya begitu tajam dan daya penghafalannya begitu tinggi dia mampu untuk mencapai pencapaian yang cemerlang di peringkat SPM walaupun hanya ditumpukan pada saat-saat yang terakhir dan sebagainya.
Jadi Yang Berhormat sebab itu dasar yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada dua hari lalu malam telah menyatakan kita harus ada satu dasar tahfiz di peringkat negara di mana dasar ini nanti akan disampaikan secara kerja sama dengan kerajaan negeri kerana bidang keagamaan termasuk sekolah-sekolah tahfiz Al- Quran adalah di bidang bawah kekuasaan kerajaan negeri masing-masing.
Jadi harapan kita nanti bila mana dilengkapkan kedua-dua sistem pendidikan anak-anak kalau dia bersaing untuk mendapatkan pekerjaan bila dia pergi temu duga dengan membawa sijil tahfiz sekali gus dalam masa yang sama sebagai contoh minimumnya dia ada SPM dan bersaing dengan orang yang ada SPM lain plus dia ada
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
hafalan Al-Quran tentunya ruang bidang pendidikan dan ruang bidang untuk mendapatkan pekerjaan itu akan lebih baik. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah merasmikan iaitu Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan ataupun (PINTA) bagi menyatukan madrasah dan maahad tahfiz di seluruh negara dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah memberi jaminan iaitu kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam ataupun JAKIM sedang merangka dasar pendidikan tahfiz negara bagi memastikan institusi pendidikan tahfiz yang makin mendapat tempat dalam masyarakat terus subur dan diperkasakan.
Soalan tambahan saya, adakah terdapat perbincangan di antara persatuan- persatuan ini menjadikan gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan atau PINTA sebagai mungkin persatuan di antara sekolah tahfiz di seluruh negara. Ini sebab selama ini ia diselia oleh NGO sahaja. Jadi mungkin sudah sampai masanya kerajaan melalui JAKIM dan persatuan PINTA ini mengurus sekolah-sekolah pondok secara saksama sebab mereka ini adalah harapan masa depan kita untuk membawa anjakan baru kepada remaja-remaja kita kepada belia-belia kita agar tidak terjerumus kepada gejala- gejala negatif. Terima kasih.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan, Dewan merindui suara Yang Berhormat Kinabatangan hari ini kembali. Moga-moga dengan kesihatan baru ini dan buah pinggang baru mudah-mudahan menyejahterakan Dewan dan juga rumah tangga Insya- Allah. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan – tidak saya kena tahniah sebab Dewan sayang Yang Berhormat Kinabatangan lama tidak mendengar suara. Untuk makluman juga sebenarnya memang persatuan PINTA ini hanya sebagai penganjur kepada perhimpunan malam tersebut tetapi insya-Allah kerajaan melalui JAKIM sebenarnya dijadikan sebagai KPI Menteri untuk mewujudkan dasar tahfiz negara ini. Jadi saya kena pastikan dan JAKIM juga kena pastikan untuk keluar satu dasar sebab itulah di KPI kan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kita melihat satu dasar dan melalui dasar ini dia bukan hanya sekadar mencantumkan pandangan-pandangan dan mengambil kira maahad- maahad tahfiz di peringkat negeri termasuk juga maahad-maahad yang sebagaimana Yang Berhormat Kinabatangan sebutkan.
Namun ada perkara-perkara yang perlu diambil perhatian. Hari ini secara berdaftar kita ada 400 lebih maahad tahfiz secara berdaftar. Akan tetapi kita sedar di sana ada ribuan maahad-maahad tahfiz yang tumbuh secara yang diorganizekan oleh pihak NGO dan ada setengah-setengah itu adalah terlalu simple bangunan itu diwujudkan, ada rumah kosong, dua orang tenaga pengajar, satu tenaga pengajar, tiga orang, empat orang, lima orang pelajar. Jadi setelah diletakkan papan tanda di situ sebagai maahad tahfiz.
Jadi hal-hal yang seperti inilah perlu kita mengambil kira nanti sebab pada kita, kita melihat bukan hanya sekadar syllabus tetapi prasarana pendidikan dan suasana pendidikan itu amat penting supaya melahirkan anak-anak cemerlang dan sebagai mana disebutkan.
Insya-Allah perhatian diberikan oleh pihak kerajaan terhadap saranan dan juga pandangan Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih, Yang Berhormat setakat itulah sesi pertanyaan jawab lisan untuk pagi ini.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih, Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Usaha menangguhkan Mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dengan segala hormatnya saya merujuk kepada peraturan-peraturan majlis mesyuarat 18(1) dan (2) saya mengusulkan supaya ditangguhkan ini untuk merundingkan perkara yang tertentu di bawah yang berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.
Saya Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Kuantan di sini mencadangkan bahawa mesyuarat ditangguhkan untuk membincangkan isu 162 kanak-kanak yang didakwa terabai dan kebajikan mereka tidak terjaga di satu rumah perlindungan kanak-kanak di Kuantan.
Tuan Yang di-Pertua, saya membentang usul ini di atas suatu perkara yang tertentu iaitu berkenaan satu berita yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian pada 18 Mac 2016 di mana telah dilaporkan bahawa kanak-kanak di satu pusat perlindungan di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuantan yang tidak mendapat penjagaan dan perlindungan sewajarnya. Malah, ada juga dalam laporan tersebut terdapat aduan yang menjurus bahawa telah berlaku tindakan kurang berperikemanusiaan terhadap kanak- kanak di pusat tersebut. Laporan akhbar berkenaan juga mendedahkan bahawa pusat perlindungan tersebut kurang kakitangan untuk menjaga bayi di bawah umur satu tahun serta juga kurang peralatan.
Antara yang dilaporkan juga terdapat aduan berkenaan kanak-kanak hyperactive yang dikurung di bawah katil yang ditelangkupkan. Terdapat laporan berkenaan bayi yang dibiarkan tidur sendiri sewaktu menghisap susu dengan botol susu masih di mulutnya.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Tuan Yang di-Pertua, usul ini merupakan kepentingan awam kerana ianya melibatkan perihal kebajikan kanak-kanak yang menerima perlindungan di bawah satu institusi milik kerajaan di mana seharusnya mereka mendapat belaian kasih sayang dan penjagaan rapi. Orang awam berhak mengambil tahu berkenaan isu ini dengan telus. Tuan Yang di-Pertua, usul ini perlu disegerakan kerana setiap detik dilalui akan menambah kepada pengabaian kanak-kanak yang seramai 162 orang tersebut.
Menambah kepada kebimbangan saya ialah apabila saya tidak dibenarkan masuk sewaktu saya membuat satu lawatan mengejut ke pusat perlindungan tersebut pada hari Ahad 20 Mac 2016. Alasan yang diberikan ialah itu merupakan arahan Ketua Pengarah JKM, dan saya perlu kebenaran bertulis daripada pihak beliau. Saya ralat kerana tidak dapat melihat dengan sendiri keadaan anak-anak tersebut. Saya juga khuatir sekiranya ada perkara-perkara yang cuba diselindungi oleh pihak yang bertanggungjawab. Dengan itu, saya sekali lagi pohon pertimbangan Tuan Yang di-Pertua supaya meluluskan usul ini untuk dibahaskan di dalam Dewan rakyat . Sekian usul daripada saya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah peraturan mesyuarat 18(1) daripada ahli Yang Berhormat kawasan Kuantan pada hari Isnin 21 Mac 2016. Teks usul itu,adalah seperti yang dibacakan oleh Yang Berhormat itu sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbang oleh majlis mesyuarat hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat iaitu pertama perkara itu tertentu; kedua, adalah kepentingan orang ramai; ketiga, ia berkehendak disegerakan.
Oleh yang demikian saya membenarkan usul ini dibahaskan mengikut peraturan mesyuarat 18(3). Usul ini hendaklah ditempohkan hingga jam 4.30 petang ini dan hendaklah ditangguhkan pada pukul 5.30 petang. Saya akan membenarkan pihak pencadang untuk membahaskan selama 30 minit dan selepas itu pihak kerajaan akan menjawab selama 30 minit.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Ketiga belas”.
[22 Mac 2016]
Timbalan Yang di-Pertua Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat menteri menyambung penggulungan. Menteri MOSTI ya.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera salam satu Malaysia,salam sehati sejiwa. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua ingin saya menyambung penggulungan bagi pihak Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. Yang pertama mengenai dakwaan Yang Berhormat Kuantan bahawa terdapat illegal dumping site daripada sisa buangan daripada Asian Rare Earth di mana terdapat uranium dan torium yang melebihi kadar selamat serta kajian oleh penyelidik Jepun berkaitan isu berkenaan. Perkara ini perlu dikaji dengan lebih mendalam bagi mengenal pasti lokasi pensampelan bagi kajian tersebut dan tahun sebenarnya pensampelan dibuat yang tidak dinyatakan, metodologi kajian dan peralatan makmal yang digunakan.
Ini adalah asas-asas saintifik yang perlu diketahui sebelum data itu boleh dibuat validation. Ini kerana jurnal yang berkenaan yang diterbitkan pada tahun 2015 dan tidak semestinya pensampelan dilakukan pada tahun berkenaan, ianya boleh dijadikan sampel beberapa tahun terdahulu kerana untuk menerbitkan satu artikel dalam jurnal ia perlu melalui proses suntingan, giliran dan sebagainya. Jadi kita hendak tahu lebih data, jadi saya harap bolehlah hantar kepada kita kalau perlu.
MOSTI mengambil maklum berkenaan dengan kajian tersebut,namun begitu suka saya memaklumkan kepada dewan yang mulia ini selain daripada itu kawasan di seluruh negeri Perak merupakan tapak perlombongan timah yang terdapat peninggalan dari tahi bijih ataupun amang hampir di seluruh negeri. Sehubungan dengan itu adalah tidak dapat disahkan bahawa sampel yang diambil oleh penyelidik yang dimaksudkan itu adalah benar- benar sampel daripada buangan ARE, ada kemungkinan sampel ini telah bercampur dengan amang dan pelbagai yang telah pun sebati dengan persekitaran dan back to the nature dengan izin.
Namun begitu, kajian pemetaan isodos terkini tahun 2013 oleh AELB dengan kerjasama UTM tiada bacaan dos dedahan luaran di bandar-bandar di negeri Perak yang melebihi bacaan latar belakang semula jadi,ini menunjukkan tiada kawasan yang mengalami pencemaran radio aktif. Ini kerana relatifnya jika sesuatu kawasan dicemari dengan bahan radio aktif, bacaan dedahan luaran di lokasi berkenaan juga akan meningkat.
Selain daripada itu, kajian oleh penyelidik tempatan seperti UKM dan UTM juga dilakukan berkenaan risiko radiologi di negeri Perak dan tiada laporan yang diterima menunjukkan bacaan adalah melebihi had kawalan mahupun berlakunya pencemaran radio aktif. Silakan, Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, laporan yang saya katakan yang ditulis di dalam Journal of Enviromental Information Science, yang ditulis oleh Prof. Yoshihiko Wada, Centre for Environmental Information Science, Tokyo di mana beliau datang sendiri ke tapak kilang Bukit Merah dan beliau mendapat maklumat daripada mereka yang terlibat di dalam pembuangan sisa pada ketika itu dan menunjukkan kepada beberapa site di mana sisa-sisa itu dibuang.
Semalam, malam semalam saya sempat lagi berhubung melalui messenger dengan pembantu beliau dan saya diberitahu bahawa pada ketika beliau datang pada bulan Disember 2015 yang pada ketika saya jumpa itu, didapati geiger counter punya bacaan di dalam salah satu daripada site itu agak tinggi dan mereka gali baru jumpa sisa-sisa radio aktif tersebut. Jadi saya bersedia untuk mengaturkan pertemuan dengan pihak Yang Berhormat Menteri dan untuk berbincang lebih lanjut kerana apabila semua sisa-sisa ini masih lagi bertaburan dia meninggalkan risiko jangka masa panjang. Terima kasih.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Terima kasih Yang Berhormat, tetapi saya hairan juga dia datang Disember 2015 tetapi jurnal ini diterbitkan pada tahun 2015.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat menteri laporan ini ialah pada November 2013, lawatan yang kedua,sebab ini berkaitan dengan Lynas, beliau datang sekali lagi pada 2015, pada ketika itu yang beliau menunjukkan yang kajian dalam laporan ini ialah yang bacaan pada November 2013.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Terima kasih, kerana saya pun selalu terbit jurnal tetapi tiadalah sepantas itu, tetapi tidak mengapa kita hendak data tersebut.
MOSTI melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) telah pun melakukan kawalan dan kawal seliaan secara berterusan bagi isu ARE ini sejak tahun 1987 sehingga kini.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Walaupun ARE telah pun memberhentikan operasi nya pada tahun 1994, dia sudah tutup 1994 tetapi kita meneruskan. Pemonitoran ini berterusan ke atas radionuklid di bawah lokasi ARE dan juga kemudahan penstrukturan jangka panjang dan kawasan sekitarnya untuk mengesan pencemaran-pencemaran yang mungkin berlaku di bawah kawalan LPTA semua sisa dilupuskan telah pun diluluskan dan tidak berlaku kejadian illegal dumping sebagai mana yang didakwa.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Sumber-sumber alam sekitar seperti air, tanah, udara, sedimen dan tumbuhan telah pun dianalisis dan mendapati kandungan tahap kereaktifan adalah di bawah had kawalan. Di bawah peruntukan Akta Lembaga Pelesenan Tenaga Atom 1984 ataupun Akta 304, ini menunjukkan bahawa tiada sebarang pencemaran radioaktif daripada kilang ARE tersebut sebagaimana yang didakwa. Silakan Yang Berhormat.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin berkongsi pengalaman. Apabila isu radiasi ini timbul, maka kami dahulu daripada UKM dan juga PUSPATI ketika itu, diminta untuk membuat kajian di sekitar Papan, Ipoh dan kita dapati memang betul banyak sisa buangan dalam bentuk pasir dibuang di pokok-pokok sepanjang perjalanan jalan masuk ke kampung mereka. Jadi kita mengambil sampel ketika itu, memang mengandungi bahan radioaktif. Akan tetapi apa yang saya faham yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan, mungkin lebih kepada concentration umpamanya uranium, concentration apa lagi, torium dan sebagainya dalam sampel itu. Saya memang terlibat dalam kajian itu dulu, saya ingat masa itu tahun 1985/1986. Jadi saya tak tahulah keadaan sekarang dan mungkin daripada segi radioactivity, mungkin saya yakin dah selesai masalah. Terima kasih.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Itu memang ada kebenarannya kerana satu ketika dulu sebelum ada Akta 304 itu, masa mula-mula dibuka di sekitar tahun 1979, bahan buangan itu memang diedarkan di kampung kerana masa itu fosfat itu digunakan sebagai baja ketika itu, memang betul. Apabila Akta 304, bila kita ambil alih pada tahun 1984, kita mengiklankan dalam surat khabar dan kita beritahu melalui penerangan, kita hendak kutip balik yang mana ianya berlaku. Ini memang betul berlaku sebelum Akta 304 itu berlaku tapi selepas itu semuanya dapat dikawal dan saya tahu Yang Berhormat sendiri yang terlibat dalam proses itu.
Semua analisis sampel-sampel oleh LPTA adalah dijalankan di makmal yang diiktiraf dan diluluskan oleh LPTA dan mempunyai akreditasi ISO. Sehubungan dengan itu, dakwaan yang dikemukakan tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana tidak disertakan dengan bukti-bukti lokasi, pensampelan metrologi, pensampelan data analisis dan peralatan yang digunakan dalam satu makmal. Itu pasal Yang Berhormat hendak bagi itu, kita alu- alukan Yang Berhormat.
LPTA juga telah melaksanakan kajian isodose mapping pada tahun 2012 sampai 2013 bagi seluruh negeri Perak dan Semenanjung Malaysia dan mendapati tiada lokasi yang menunjukkan tahap kereaktifan melebihi bacaan latar belakang. Peta isodose mapping ini juga dipaparkan dalam laman web LPTA.
Tuan Yang di-Pertua, MOSTI melalui Lembaga Pelesenan Tenaga Atom telah mengawal dan mengawal selia aktiviti kilang kimia Lynas Sdn. Bhd. ataupun Lynas di mana lesen yang dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah Akta 304. Yang ini kita dah faham lama. Sehingga kini, Lynas mematuhi syarat-syarat yang dikenakan. Berdasarkan pemantauan LPTA secara berkala, didapati tiada sebarang peningkatan tahap kereaktifan melebihi had yang dibenarkan. Sehingga kini, aktiviti kilang Lynas adalah selamat dan terkawal.
Tuan Yang di-Pertua, LPTA juga telah melakukan pemutihan alam sekitar melibatkan sampel-sampel air di sungai dan laut, tanah, sedimen udara dan juga efluen, berdasarkan analisis didapati tiada peningkatan tahap kereaktifan yang melebihi daripada had kawalan. Hasil analisis efluen mendapati aras kereaktifan dalam sampel efluen sebelum dilepaskan ke sungai adalah di bawah had kawalan. Sehubungan dengan itu, tiada kemungkinan peningkatan kandungan uranium dan torium dalam air sungai akibat operasi kilang Lynas seperti didakwa oleh Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan dakwaan tidak ada lead agency yang hendak derive dan bertanggungjawab terhadap semua isu alam sekitar ini, semua aktiviti pelaburan di Malaysia adalah dikoordinasi secara berpusat oleh kementerian MITI.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
[Bangun]
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Silakan Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang saya ketengahkan di dalam laporan ini ialah berkenaan dengan concentration of thorium and uranium before and one year after Lynas operation started. Sampel yang diambil ialah sampel tanah di muara Sungai Balok, di kuala Sungai Balok - mungkin ini saya bukan pakar, saya minta nanti Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Hulu Langat bercakap juga berkenaan dengan perkara ini. Saya cuma hendak kongsi laporan ini yang mengatakan bahawa satu tahun selepas operasi LYNAS, didapati bahawa concentration of thorium and uranium, ini perkara yang sama macam tadi ya, concentration of thorium and uranium dan juga dalam laporan ini ada plumbum juga. Diambil baseline punya analisis atau sampling sebelum operasi dan satu tahun selepas operasi dan kita tahu satu tahun itu dalam tahun yang pertama baru half dia punya daripada segi dia punya kapasiti, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, dalam laporan ini dikatakan torium pada mula, baseline punya report, baseline punya reading ialah 4 part per million dan selepas satu tahun ialah 27 part per million. Uranium pada sebelum baseline reading, 0.6 part per million dan selepas satu tahun 4 part per million. Plumbum pula pada mulanya 0 part per million dan selepas satu tahun 106 part per million.
Sungai Balok ini sensitif sangat Tuan Yang di-Pertua, kerana Sungai Balok ini Lynas pun Sungai Balok jadi mangsa, bauksit pun Sungai Balok jadi merah. Hari semalam saya dapat laporan, Sungai Balok jadi hitam. Jadi, mungkin dalam air yang didischarge, NUF yang didischarge daripada Lynas itu mungkin menepati dia punya standard. Akan tetapi adakah kemungkinan ada sedimentation of the heavy metal dekat riverbed itu. Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Menteri, sedikit tambahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak tanya, slogan Kerajaan Barisan Nasional adalah ‘Janji Ditepati’. Kerajaan Barisan Nasional pernah janji di mana selepas permit dikeluarkan kepada kilang Lynas, aflame ataupun saki baki, sisa-sisa pengeluaran tidak akan dibenarkan ditinggalkan di bumi kita dan akan diangkut balik ke Australia. Akan tetapi nampaknya janji tidak ditepati, telah dimungkiri. Sebab itu apa yang dibangkitkan oleh rakan saya di Kuantan ini memang merupakan satu persoalan pokok yang cukup penting.
Saya di sini ingin bertanya kepada Menteri, adakah kementerian kini meletakkan syarat supaya saki-baki atau sisa-sisa pengeluaran Lynas tidak akan dibenarkan tinggal di bumi kita dan akan diangkat balik ke Australia. Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Saya ingat Yang Berhormat tak berapa fahamlah tentang apa Yang Berhormat Kuantan cakap itu. Saya ingat lain itu, tak ada kena mengena dengan barang yang tak bawa keluar dengan yang dibuang itu, tak ada kena mengena sebenarnya. Sebenarnya tak ada kena mengena, Yang Berhormat tak berapa faham. Tak apalah, kemudian nanti mungkin Yang Berhormat faham atau minta Yang Berhormat Kuantan terangkan. Memang kita masih lagi meneruskan apa Yang Berhormat cakap itu, seperti yang kita kata kita tidak akan benarkan of course, ini adalah satu benda yang kita kena lakukan. Tak ada kena mengena dengan perkara itu ya.
Berkaitan dengan tiada lead agency yang hendak derive, bertanggungjawab terhadap isu alam sekitar, semua aktiviti pelaburan di Malaysia dikoordinasi secara berpusat oleh kementerian MITI. Sehubungan itu, MITI akan mengkoordinasi syarat-syarat yang melibatkan isu alam sekitar dengan merujuk kepada jabatan berkaitan seperti Lembaga Atom, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Tempatan. Jadi, penguatkuasaan akta ini adalah bergantung pada bidang masing-masing yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknikal berkenaan. Jadi saya ingat itu sahaja Yang Berhormat sekalian.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, cuma persoalan yang ingin saya minta Menteri beri penjelasan sedikit daripada segi residue yang dihasilkan oleh Lynas itu di mana dilupuskan. Itu maksudnya, mungkin berkaitan walaupun daripada segi sisa air tadi atau sisa buangan itu okey mengikut standard tetapi kenapa berlaku mendapan bahan-bahan heavy metal di dalam sungai itu.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Mungkin perkara itu tidak diambil kira oleh Lynas yang menyebabkan yang dilepaskan ke Sungai Balok itu ada heavy metal menyebabkan ia mendap di dalam Sungai Balok. Terima kasih.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Terima kasih. Saya ingin merujuk kepada apa yang Yang Berhormat cakap berkenaan dengan sekiranya sisa dari LP tidak dipulangkan ke sumber asal. Sebenarnya syarat-syarat lesen yang dikeluarkan, lembaga menetapkan pengurusan residue adalah seperti berikut:
(i) Lynas hendaklah menjalankan R&D bagi penukaran residue kepada produk komersial. Jika gagal, Lynas perlu mengenal pasti lokasi bagi pembinaan PDF dan mematuhi semua peraturan yang dikuatkuasakan. Jika gagal, residue hendaklah akan dibawa keluar daripada Malaysia. Itu syarat yang kita tetapkan. Kalau begitu, ia akan dikeluarkan daripada Malaysia.
Terima kasih.
Yang Berhormat, yang itu saya tak ada data hendak jawab soalan itu. saya mengucapkan terima kasih...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat, terima kasih. Saya dapati bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak jawab isu yang saya ketengahkan berkenaan dengan kemungkinan ada mendapan logam-logam berat daripada sisa buangan daripada Lynas dan kenapa fenomena ini terjadi. Siapa yang bertanggungjawab? Kalau bab thorium, uranium, semua akan beri kepada MOSTI. MOSTI pula tak nak jawab. Jadi kita hendak jawapan daripada siapa?
Tuan Yang di-Pertua, sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri kata lead agency tetapi setiap kali saya hendak dapatkan jawapan saya, terpaksa tanya sana, tanya sini dan semuanya tak ada yang hendak bertanggungjawab. Jadi perlu penjelasan.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Yang Berhormat, berkenaan dengan logam berat ini adalah di bawah Jabatan Alam Sekitar. Ya, yang ini...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Alam Sekitar sudah lepas, Alam Sekitar tak jawab pun.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Itu jawapannya...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Pihak Alam Sekitar kata bawah MOSTI – kalau saya tanya Alam Sekitar pun pun bawah MOSTI. Lynas bawah MOSTI.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Tak, tak, tidak. Saya ada masa ini ditanya. Ini di bawah Jabatan Alam Sekitar.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Ya, tetapi Lynas di bawah MOSTI.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Ya, Lynas di bawah MOSTI tetapi...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Ya Lynas di bawah MOSTI dan saya bahaskan berkenaan dengan Lynas.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Yang Berhormat, walaupun dia bawah MOSTI tetapi ada bidang-bidang kuasa kerana ujian itu di bawah MOSTI. Ada bidang Alam Sekitar yang kena mengena dengan alam sekitar. Yang Berhormat kena faham. Ini adalah di bawah combination of, dia di bawah penilaian...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Ini taici Tuan Yang di-Pertua, the bulk stops at the rakyat. The bulk stops at the rakyat. Rakyat yang suffer. Saya perlu penjelasan.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Penjelasan saya adalah logam berat adalah di bawah penyeliaan Jabatan Alam Sekitar. Sekian Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat yang telah membahaskan isu di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Sekian, Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan riuh]
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Minta Tuan Yang di-Pertua tentang satu peraturan dan satu ruling yang Tuan Yang di-Pertua pernah buat di Dewan yang mulia ini tentang sidang akhbar di Bangunan Parlimen. Pernah satu ruling dibuat Tuan Yang di- Pertua iaitu hanya Ahli Parlimen dibenarkan mengadakan sidang akhbar di dalam Parlimen.
Oleh sebab itu saya dapati pada hari Khamis petang, seorang peguam iaitu Dato’ Shafee Abdullah telah mengadakan sidang akhbar di depan pintu, bukan, dalam bangunan Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, minta adakah ruling itu masih kekal atau telah diubah?
Oleh sebab itu saya minta Tuan Yang di-Pertua dapat menjelaskan kepada Dewan ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua*.
[Disampuk]*
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Siapa yang cakap tadi itu?
Seorang Ahli
Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Yang di-Pertua
Mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat tidak serius tetapi saya serius. Apabila saya membuat ruling bahawa ruang untuk buat sidang akhbar itu adalah khusus untuk Ahli-ahli Parlimen sahaja, ruling itu masih dan sepatutnya setiap facility di Parlimen ini selain daripada yang kita benarkan untuk public masuk, semua hak ahli-ahli.
Saya dapat tahu perkara ini ekoran daripada bantahan, kalau boleh saya gunakan perkataan itu daripada Yang Berhormat Kota Melaka. Jadi saya arah kepada pegawai- pegawai Parlimen untuk buat penyelidikan.
Jadi apa yang saya dapat tahu ialah peguam yang berkenaan ada memasuki Parlimen. Apabila beliau memasuki Parlimen, segala gambar daripada CCTV telah dibekalkan kepada saya. Dia masuk di security, dia terserempak dengan Tuan Yang di- Pertua Dewan Negara dan sedemikiannya. Akan tetapi, yang saya kesal kadang-kadang menjadi budaya pemberita-pemberita di Parlimen ini sama ada news portal kah ataupun pemberita worker daripada akhbar-akhbar konvensional ialah apabila orang-orang ternama masuk, selepas itu ada perkara yang mereka tanya, mereka akan kalau boleh saya gunakan juga istilah ‘hendak’.
Saya sendiri pun berapa terkena begitu. Dia kejar kita dengan mikrofon, selepas itu dia tanya dengan soalan, apa pendapat atau reaksi kita kepada satu kenyataan yang dibuat oleh si anu dan si anu. Malangnya bagi kita, ada yang tidak dapat control diri terpaksa buat, to respond. Apa yang saya dapat tahu ialah peguam yang berkenaan telah buat response kepada pertanyaan yang biasa oleh pemberita-pemberita. Jadi ada perbezaan di sini. Saya tidak berkompromi dengan sesiapa.
Kalau sesiapa yang tidak berhak untuk menggunakan ruang untuk buat kenyataan akhbar selain daripada Ahli, sengaja diatur untuk buat kenyataan akhbar di situ, itu ruling masih ada. Yang orang-orang masuk di sini pula selepas itu ditanya dan diasak oleh pemberita, bukan sengaja untuk buat sidang akhbar, yang itu saya minta kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri dan kepada press wakil di sini tolong jangan buat seperti begitu kerana ruling itu masih ada dan saya serius dengan hal ini.
Lain kali kalau saya dapati bahawa ada perkara begini berlaku lagi, maka saya tidak teragak-agak panggil editor-editor segala news portal kah atau konvensional surat khabar yang ada wakil di sini. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian menyentuh kementerian saya dan insya-Allah segala pandangan, saranan, cadangan, dan teguran untuk kementerian akan kita ambil segala tindakan sewajarnya dan terima kasih atas segala input yang diberikan.
Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Ampang yang telah mengambil bahagian.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi penjelasan mengikut isu yang dibahaskan. Pertamanya mengenai wanita. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Parit Sulong, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu tahun 2011–2015, kerajaan telah menetapkan sasaran 55 peratus penyertaan wanita dalam tenaga kerja. Berdasarkan penyiasatan tenaga buruh yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan telah menunjukkan peningkatan daripada 45.9 peratus pada tahun 2005 kepada 53.9 peratus pada suku keempat tahun 2015.
Bagi Rancangan Malaysia Kesebelas, sasaran kerajaan adalah meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan kepada 59 peratus pada tahun 2020.
Beberapa inisiatif penting dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ke arah mencapai sasaran penglibatan wanita dalam pasaran pekerjaan adalah seperti berikut:
(i) meningkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak dengan menggalakkan penambahan pusat jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti di komuniti, tempat kerja awam dan juga swasta;
(ii) menambah baik persekitaran kerja melalui sistem sokongan terhadap wanita yang memberi keseimbangan antara keperluan kerja dan kehidupan keluarga atau dengan izin, work life balance. Persekitaran kerja kondusif adalah seperti amalan kerja anjal atau dengan izin, flexible working arrangement dan pilihan untuk bekerja dari rumah.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
(iii) peningkatan bilangan usahawan wanita dengan menambah peluang bagi wanita untuk menimba pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan dalam bidang keusahawanan selain menggalakkan golongan wanita menjadi usahanita menerusi Program AZAM Niaga dan Women Entrepreneurs Incubator.
(iv) meluaskan akses kepada pekerjaan melalui Program 1Malaysia Support for Housewife. Sebenarnya ini adalah program di bawah Kementerian Sumber Manusia.
(v) memperluas program kembali bekerja seperti yang dilaksanakan oleh TalentCorp. untuk menggalakkan wanita berkelayakan yang telah berhenti bekerja disebabkan komitmen keluarga untuk kembali semula bekerja melalui kerjasama dengan pihak swasta. Kerajaan sentiasa memantau kemajuan dan penglibatan wanita.
Secara amnya program yang dilaksanakan oleh kementerian perlu menepati KPI atau Key Performance Indicator, sasaran kerja dari segi output dan kualiti serta penilaian outcome.
Laporan penyiasatan tenaga buruh yang dikeluarkan secara berkala oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, melaporkan statistik penglibatan wanita dalam pasaran pekerjaan sekali gus memberi gambaran kepada keberkesanan polisi dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan. Di samping itu, kementerian juga mengambil langkah proaktif untuk mewujudkan pangkalan data untuk mengumpul maklumat berkaitan lapan kumpulan sasar di bawah kementerian yang terdiri daripada kanak-kanak, OKU, warga emas, wanita, keluarga, mangsa bencana, orang papa, serta NGO-NGO secara berpusat.
Pengurusan informasi yang komprehensif ini akan diperkukuhkan melalui tadbir urus pangkalan data dan maklumat yang dikenali sebagai maklumat nasional isu-isu sosial atau ringkasannya dinamakan MANIS. MANIS merupakan platform pengumpulan data sosial berpusat bagi membantu penggubalan dasar serta pembangunan program sosial yang berkualiti untuk dilaksanakan oleh kementerian. Selain daripada itu, kerajaan juga telah mewujudkan Majlis Penasihat dan Perundingan Wanita secara khususnya bertindak sebagai pemantau dan penilai kepada kecekapan dan keberkesanan dasar dan program kerajaan mengenai wanita.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Panjang ada bertanya tentang sistem sokongan khususnya tempat asuhan kanak-kanak. Kementerian berpandangan bahawa kadar penglibatan wanita dalam pasaran pekerjaan yang semakin meningkat iaitu 53.9 peratus untuk suku tahun keempat tahun 2015. Ada kaitan positif yang dipengaruhi oleh wujudnya sistem sokongan untuk wanita di tempat kerja. Tuan Yang di-Pertua, sehingga Februari tahun ini sebanyak 4,151 buah taska di seluruh negara didaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Taska ini Tuan Yang di-Pertua, bagi anak-anak empat tahun ke bawah adalah di bawah kementerian. Pada masa ini Kementerian melalui Jabatan Kebajikan masyarakat sedang melaksanakan kajian tahap kualiti perkhidmatan taska di Malaysia. Akta Taman Asuhan Kanak-kanak tahun 1984 yang kita pinda dalam tahun 2008 serta Peraturan- peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak tahun 2012 mewajibkan setiap penubuhan taska berdaftar dengan JKM dan mematuhi standard minimum.
Setiap pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh yang bekerja di dalam industri taska wajib menghadiri dan juga lulus kursus asuhan PERMATA yang memastikan taska mencapai tahap kualiti yang tinggi. Kawalan kualiti turut dititikberatkan di sesebuah taska demi menjamin keselesaan dan keselamatan kanak-kanak. Setiap taska mematuhi aspek nisbah pengasuh mengikut kategori umur kanak-kanak yang dijaga oleh taska tersebut.
Pada masa ini Jabatan Kebajikan Masyarakat ada satu bahawa penguatkuasaan dan perundangan yang kita wujudkan pada Januari 2014, yang mana kita mengadakan pemeriksaan berkala setiap tiga bulan sekali atas taska-taska berdaftar di seluruh negara.
JKM turut memberi khidmat bimbingan dan nasihat untuk membantu pihak pengurusan taska supaya pengoperasian taska dapat dilaksanakan dengan mematuhi akta dan peraturan taska yang disebutkan tadi.
Melalui program ini Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 1,176 buah taska tidak berdaftar yang telah berjaya dikenal pasti di seluruh Malaysia. Susulannya, 700 pada tahun 2015, 707 buah taska telah berjaya kita daftarkan. Sebanyak 70 buah didapati tidak lagi beroperasi dan 23 buah mengambil keputusan untuk membatalkan permohonan. Jadi mereka tidak jadi untuk mendaftarkan taska tersebut sebab banyak tidak mematuhi SOP.
Ini adalah perkembangan yang saya ingin maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa insya-Allah kita sentiasa mencari jalan untuk menambah baik sebab kami juga begitu concern dengan izin dengan ataupun yang berlaku dan insya-Allah sebab itu hari ini kata biar bahas sebab ini adalah sesuatu yang baik untuk kita sama-sama melihat yang terbaik untuk kita memberi kepada taska terima kasih.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya di sini hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana mengizinkan usul Yang Berhormat Kuantan dibahas pada petang ini. Saya rasa memang boleh dari statistik yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri tadi, kita boleh nampak bahawa taska yang berdaftar sekarang semakin meningkat. Saya rasa itu adalah satu tanda yang bagus. Akan tetapi saya ada dua soalan di sini. Pertama, untuk taska yang tidak daftar, mereka tidak daftar kerana mereka tidak ikut SOP seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi.
Jadi saya hendak tanya di sini, apakah tindakan yang akan diambil terhadap taska yang tidak berdaftar ini kerana saya rasa kementerian mengujudkan SOP ini dengan mempunyai tujuan, untuk keselamatan baby, anak-anak. Kalau taska yang tidak berdaftar ini mereka tidak berdaftar kerana tidak mengikut SOP, saya rasa tidak mematuhi SOP ini adalah satu tanda yang tidak sihat kepada anak-anak yang mereka jaga. Jadi kita mesti mengambil tindakan yang proaktif untuk memastikan bawah taska yang tidak berdaftar ini supaya mereka mematuhi SOP ini secepat mungkin.
Kedua, saya rasa selain daripada taska, saya rasa sebenarnya ramai lagi ibu bapa yang pakai pengasuh baby di rumah. Sampai sekarang saya rasa kementerian dan kita pun tidak ada apa-apa undang-undang lagi yang boleh regulate ataupun kita boleh memastikan bahawa pengasuh baby di rumah ini juga mengikuti satu SOP ke ataupun piawaian yang ditetapkan oleh kementerian. Kebelakangan ini di negeri Johor kita ada satu kes bahawa baby yang baru berumur tiga bulan meninggal dunia di rumah pengasuh. Saya rasa memang ibu bapa tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pengasuh di rumah ini.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Jadi bagi saya adalah penting untuk kita memastikan bahawa pengasuh di rumah ini mereka juga harus menerima latihan, mereka ada pengetahuan yang tepat dan betul untuk menjaga anak-anak ini. Saya rasa pengasuh di rumah ini adalah satu keperluan dan permintaan ini juga ada. Jadi bagaimana kita hendak regulate mereka supaya kita boleh memastikan bahawa baby yang dihantar ke sana, anak-anak yang dihantar ke sana juga boleh mendapat penjagaan yang betul dan sebaik mungkin. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat Kulai.
Sebenarnya Yang Berhormat terima kasih, ini yang saya katakan tadi bahawa kita cuba juga buat pemutihan sebab kadang-kadang kita dapati dengan izin, demand more than supply sebenarnya.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Banyak daripada taska-taska ini oleh sebab SOP kami Yang Berhormat, memang tinggi standardnya – berapa orang pengasuh, kalau baby, below tiga bulan, seorang baby pengasuh–– macam itu. Memang sangat ini, sebab bagi kami, keselamatan, kualiti perkhidmatan yang diberikan sangat penting.
Jadi Yang Berhormat, Yang Berhormat tadi banyak bertanyakan mengenai yang tidak berdaftar. Saya telah sebutkan tadi, 1,176 buah taska yang tidak berdaftar itu telah kami ambil tindakan. Kita telah memberi tempoh masa pemutihan tetapi setelah tempoh masa pemutihan, tidak juga tampil ke hadapan. Kadang-kadang Yang Berhormat, kami pergi dan panggil pengusaha dan bertanya apa sebenarnya masalah. Sebab mereka staffing lah, pergi kursus, bermacam-macam.
Dan termasuk taska di rumah Yang Berhormat, memang ada SOP untuk taska di rumah. Sebenarnya taska di rumah pun hanya dihadkan berapa ramai anak-anak ikut square foot measurement dalam rumah. Ia tidak boleh lebih daripada itu tetapi ini yang dia tidak mahu mematuhi ini sebab kalau dia ikut kita punya SOP, dia sebenarnya kata dia hanya boleh menjaga lima orang anak tetapi sekarang ini ada 20 orang baby, macam itu, so finally dia kata tidak payah daftarlah.
Jadi, saya masih menyarankan sebenarnya kepada mak bapa, apabila hendak menghantar ke mana-mana taska, ambil satu lagi inisiatif untuk check, untuk pergi, untuk lihat dengan sendiri supaya puas hati sebab ini nyawa anak kita ini yang dijaga ini. Kita nak anak kita dijaga dengan terbaik sebab kita bukan bagi free, kita membayar. Jadi saya beritahu juga kepada parents, ibu bapa, sama-samalah membantu. Jangan kami sahaja tetapi sama-sama membantu.
Tadi saya kata saya ada membuat operasi berkala, kita pun melihat kepada complaint, kita pergi, tetapi ibu bapa itu sebagai tuan empunya anak, silalah juga buat spot check sendiri. Tetapi ada kesnya, dia kata dia tidak ada tempat, jadi dia kata kalau dia complaint, dia kata anak dia lagi siapa yang jaga. Jadi, kita dah defeat the purpose.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Menteri, Sibu sini.
Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Sekejap, Yang Berhormat Rantau Panjang dulu.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah di atas usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan keselamatan di pusat-pusat asuhan.
Cuma, saya ingin tahu sejauh mana kurikulum kesihatan terutama berkaitan dengan pertolongan cemas di saat kecemasan dan sebagainya? Sebab, isu-isu yang melibatkan nyawa baby yang semua kita maklum, di antaranya adalah kecuaian ataupun mungkin kecetekan ilmu di kalangan pengasuh bab-bab berkaitan dengan teknik kesihatan ataupun pertolongan di saat kecemasan. Jadi, sejauh mana dalam kurikulum kursus yang diberi kepada semua pengasuh, bukan sahaja pihak pengendali tetapi juga pekerja-pekerja, mestilah mempunyai kelulusan terutama melalui Kementerian Kesihatan berkaitan dengan asas-asas teknik penjagaan kesihatan bayi dan juga pertolongan cemas? Minta penjelasan.
Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat.
Sebenarnya Yang Berhormat, pertolongan cemas ini ada di dalam kurikulum asuhan PERMATA. Itu memang satu daripadanya. Memang kita mendapat kerjasama daripada
Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
hospital untuk kita memberi emergency, macam mana untuk kita memberi bantuan cemas.
Itu memang di dalam kurikulum tersebut.
Oleh sebab itu, semua pengasuh mesti melalui kurikulum asuhan ini sebab segala keperluan sebagai seorang pengasuh terbaik semua ada di dalam itu. Memang kami memastikan bahawa setiap taska mesti bergilir-gilir menghantar pengasuhnya untuk berkursus. Kalau dapat yang terbaik lagi untuk mengadakan refresher sebab kadang- kadang masa, dia perlu juga untuk update skill masing-masing – untuk baby lain dan sebagainya.
Jadi sebenarnya Yang Berhormat, semua ini ada tetapi saya masih membuka ruang untuk kita menambah baik lagi sebab bagi saya ini adalah sesuatu yang, satu, saya mendapat wanita lebih ramai masuk dalam pasaran pekerjaan, kedua, memastikan bahawa anak-anak mereka dijaga dengan sebaik yang mungkin sambil mereka pergi bekerja dan sebagainya. Jadi, terima kasih.
Hari ini juga nanti kalau ada usul ini, dipersilakan sebab saya memang mengalu- alukan. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Yang Berhormat Sibu dulu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu sentuh tentang taska OKU autisme di Sibu yang merupakan first of its kind in Malaysia. Akan tetapi, adakah Menteri sedar bahawa taska ini sekarang menghadapi masalah kewangan? Sekarang saya diberitahu mereka memikir nak menutup taska itu kerana mereka menghadapi masalah kewangan. Jadi saya mahu tahu apakah bantuan yang akan diberikan oleh kementerian supaya mereka boleh diteruskan kerana taska ini merupakan satu taska yang penting untuk budak-budak autistik ini.
Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat dari Sibu. Tak apa Yang Berhormat, pegawai saya ada, kita akan ini. Sepatutnya mereka bawa kepada kami sebab saya tahu memang taska ini dikendalikan oleh NGO. Kita telah memberi RM500,000 untuk dia menubuhkan taska ini dan special ini kita pilih dan ditempatkan di Sibu. Akan tetapi, terima kasih Yang Berhormat, saya akan pastikan bahawa bagi saya sebab ini adalah first of its kind dengan izin, Yang Berhormat katakan tadi, saya pastikan bahawa saya nak ia menjadi satu model yang terbaik supaya ia boleh dicontohi.
Sebab, sebenarnya banyak lagi request, Yang Berhormat, tetapi tak apa, kita lihat dari segi itu dan pasti kami akan sama-sama membantu untuk memastikan kejayaan taska ini sebab special taska ini.
Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga nak bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain mengucapkan tahniah di atas kesungguhan Yang Berhormat dan juga kementerian dalam usaha untuk meningkatkan servis di taska ini. Ini mungkin disebabkan oleh peningkatan lebih ramai lagi wanita ke alam pekerjaan. Walau bagaimanapun, masih ada lagi yang berada di rumah yang mengambil opsyen tidak mahu kembali ke tempat kerja.
Dulu pernah kementerian Yang Berhormat dan juga KSM ada membuat satu perbincangan untuk membuat satu modul di mana pengasuh-pengasuh daripada kalangan orang Melayu ini diberi training dan kemudian mendapat certificate, dengan izin. Jadinya, saya cuma nak tahu mengenai proses ataupun status mengenai perkara ini, sebabnya kalau sekiranya mereka ini dapat diasuh, mungkin mereka ini boleh menggantikan pembantu-pembantu rumah dan ada di rumah dan mungkin ia akan lebih secure dari segi securitynya. Saya minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat.
Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Terima kasih. Sebenarnya nanti saya ada sentuh sedikit di situ. Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita cuba memikir segala-galalah dan sebab itu feedback itu penting. Akan tetapi, ada masanya juga Yang Berhormat, ia tidak begitu berjaya sebab sambutan kurang memuaskan khususnya program ini tadi. Jadi mungkin kita kena melihat sekali lagi apa yang membuatkan tidak ada berapa sangat sambutan agaknya bagi suri rumah tangga ini.
Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Jadi kita akan teliti sekali lagi supaya kita akan memastikan bahawa apa-apa program, ia akan disambut baik. Kalau tidak disambut baik, mungkin approach atau pendekatan yang digunakan itu tidak berapa ini. Akan tetapi, saya rasa nanti Kementerian Sumber Manusia akan tambah-tambah juga dalam masa penggulungannya. Terima kasih.
Jadi, itu mengenai taska. Saya ingin memaklumkan bahawa, insya-Allah, kita nak memastikan segala-galanya berjalan mengikut apa yang dikehendaki oleh keperluan- keperluan rakyat kita.
Yang Berhormat Parit Sulong, ini mengenai ruang laktasi di bangunan kerajaan. Ini untuk penyusuan bayi, breastfeeding area. Kerajaan sememangnya menggalakkan diwujudkan kemudahan sebegini, ruang penyusuan bayi, dalam mana-mana premis mengikut keperluan demi perkembangan kesihatan kanak-kanak yang optimum serta pembentukan suatu persekitaran kekeluargaan yang mesra kanak-kanak di tempat kerja yang boleh membantu memperkasakan golongan wanita.
Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Ini kita boleh sekalikan dengan sebab wujudnya taska di tempat kerja dan selalu di situlah tempat ibu-ibu membuat penyusuan bayi dan sebagainya. Ini memang kita minta semua majikan yang prihatin kepada kehendak pekerja atau pegawai-pegawai yang ada di tempat kerja untuk menyediakan segala kemudahan sedemikian.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan usaha sama UNICEF telah mengeluarkan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik 2/2011 iaitu mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi wanita iaitu Program Penyusuan Susu Ibu di Tempat Kerja. Sebenarnya ini juga kita bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan sebab mereka ada program untuk penyusuan bayi dan sebagainya jadi ini digalakkan sekali. Insya-Allah Yang Berhormat kami memang sentiasa memastikan bahawa segala-gala ini memang disediakan untuk kemudahan pegawai-pegawai wanita kita di tempat kerja.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Sulong juga menyentuh mengenai Program Pengarah Wanita. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dasar sekurang- kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan menjelang tahun 2016 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 27 Jun 2011. Merupakan satu langkah affirmative kerajaan yang diyakini dapat meningkatkan bilangan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat. Seterusnya membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Bagi tujuan ini kementerian melalui ada agensi kami yang dinamakan NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW). Telah pun melaksanakan Program Pengarah Wanita bagi melatih kumpulan wanita yang competent untuk diketengahkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat awam tersenarai, public listed companies di Bursa Malaysia.
Jadi untuk tempoh tahun 2012 hingga tahun 2015, 1,051 orang calon pengarah wanita telah pun mengikuti program tersebut. Jadi placement dengan izin, wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia sebagai salah satu indicator penglibatan wanita pembuat keputusan. Sukacita saya maklumkan sehingga 31 Disember 2015, 702 orang wanita atau 10.7 peratus daripada keseluruhan 6,543 orang Ahli Lembaga Pengarah syarikat di Bursa Malaysia telah ditempatkan, 10 peratus, 702 orang mereka.
Berdasarkan data daripada Suruhanjaya Syarikat pula sehingga 31 Disember terdapat 3,730 orang wanita atau 15.6 peratus daripada keseluruhan 23,920 orang Ahli Lembaga Pengarah syarikat awam. Bagi tempoh yang sama bagi syarikat swasta terdapat 29.7 peratus atau 420,087 orang placement wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat. Ini termasuk owners.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Minta maaf saya mencelah lagi. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa 10.7 peratus pada peserta mendapat placement. Angka ini ataupun peratusan ini sangat rendah kalau dibandingkan dengan berapa ramai yang telah dipilih untuk masuk dalam kursus ini. Jadinya boleh tidak Yang Berhormat kongsikan dengan kita apa sebenarnya masalah yang ada.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Adakah masalahnya pemilihan itu silapkah ataupun orang tidak hendakkah ataupun telah diserahkan nama-nama mereka tetapi tidak dipilih oleh syarikat tersebut ataupun modul itu yang silap yang perlu ditambah baik. Ini sebab kalau 10.7 peratus itu, macam tidak relevan langsung, maksudnya macam seolah-olah Program Pengarah Wanita ini dibuat sekadar hendak kursus, okey beramai-ramai kursus tetapi tidak sampai KPI dia.
Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat.
Macam mana dia dimulakan dahulu, sejarah sedikitlah. Ia dimulakan di mana bila dicadangkan supaya menambah Ahli Lembaga Pengarah dalam Lembaga Pengarah jawapan yang diberikan selalunyalah oleh pengerusi-pengerusi dia kata tidak ada wanita yang berkelayakan. Itu dia bermula macam itu Yang Berhormat.
Jadi oleh yang demikian kita mengadakan Women Director’s Program, dengan izin dan kita telah dapat melatih sebegitu ramai sampai 900 lebih yang kami rasa sangat competent dan ada kursus simulasi dengan bagaimana mereka boleh membaca segala dokumen sebagai seorang Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab. Jadi setelah kita mengadakan kursus-kursus tersebut tetapi memang masalah yang kami hadapi kita melatih, kita memberi kursus, itu insya-Allah kita boleh buat. Kita boleh tambah pun sebenarnya apa lagi yang dirasakan ada vacuum area dan tugas.
Sebenarnya Yang Berhormat kita mewujudkan directory juga setelah kita melatih kita mewujudkan directory di mana kita kategorikan mengikut bidang pengkhususan finance, legal, management dan sebagainya memang ada bidang pengkhususan. Akan tetapi Yang Berhormat the final lack itu dengan izin adalah placement. Ini sebab kami tidak boleh kata, “Nah ambillah ini.” Tidak boleh Yang Berhormat sebab dia mesti terpulang kepada lembaga masing-masing sebab dia ada ciri-ciri dia.
Jadi kadang-kadang dia minta daripada directory kami, dia minta nama tetapi sama ada dia betul-betul lantik selepas itu atau tidak, itu memang terpulang kepada lembaga dan juga kepada – sebab dia ada ciri-ciri yang dikehendaki. Jadi ini yang kami mewujudkan 30 Percent Club .
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
[Bangun]
Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Yang Berhormat jadi kita one step lagi sekejap Yang Berhormat kita pergi one step lagi mewujudkan 30 Percent Club di mana 30 Percent Club ini adalah untuk meyakinkan pengerusi-pengerusi Lembaga supaya kita katakan sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah wanita. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah mengarah pun dia kata, mana, tetapi GLC dan PLClah.
Mana-mana Lembaga Pengarah yang belum ada wanita wujudkan khusus untuk wanita.
Jadi ini pun kita buat jadi kita cuba sedaya upaya. Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Saya cuma hendak tanya tetapi Menteri sudah jawab sedikit tadi. Sama ada diberikan ketetapan kepada syarikat-syarikat ini untuk memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita dalam peringkat pengarah. Akan tetapi saya juga hendak tanya adakah pihak kementerian ataupun siapa pegawai yang turut terlibat dalam proses pemilihan Lembaga Pengarah Wanita dengan jabatan-jabatan atau syarikat-syarikat tertentu. Jadi mungkin dengan penglibatan itu akan memberikan sedikit ruang untuk memberi sedikit advantage kepada seorang calon wanita untuk menduduki kerusi Lembaga Pengarah ini. Terima kasih.
Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat daripada Ampang. Cadangan baik sekali tetapi tidak Yang Berhormat. Dia selalu yang ini memang Lembaga Pengarah sahaja tetapi kita kalau dia kata minta senarai nama kita berikan senarai nama. Kita memang insya-Allah kita monitor tetapi itu yang kami katakan sebab mereka ini sudah melalui segala latihan dan sebagainya jadi mereka sebenarnya competent untuk ini.
Akan tetapi berbalik kepada Lembaga Pengarah dia kata dia ada pula ciri-ciri yang dia kehendaki yang berkemungkinan tidak ada di dalam senarai yang kami berikan. Jadi insya-Allah Yang Berhormat kita berusaha juga masih berusaha. Seperti saya katakan tadi dengan yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini untuk GLC dan PLC, dia kata bila tidak ada itu just create satu untuk wanita. So, saya monitor sebab ini KPI saya juga Yang Berhormat.
Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kota Raja, dia ada. Ini memang ini sedikit, ada mencadangkan supaya kuota 30 peratus untuk wanita bagi kerusi Parlimen. Dia ada sebutkan ini. Dalam hal ini, perwujudan kuota saya tidak tahulah, mungkin ini bersesuaian ataupun tidak sebab kita sekarang ini dalam negara demokrasi.
Namun begitu, selagi golongan wanita berkaliber dan dapat memenangi pilihan raya, maka mereka tidak dihadkan. Bagi saya, kenapa hadkan kepada 30 peratus, kalau ada lebih itu dia boleh pergi lebih daripada 30 peratus pun boleh. Ini adalah winnable candidates. Yang Berhormat Ampang...
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Raja tidak ada di sini. Jadi, saya tidak ada peluang untuk berbahas mengenai isu ini. Cuma 30 peratus kuota untuk Kerusi Parlimen adalah untuk memberikan seperti saya katakan tadi, memberikan advantage. Oleh kerana kalau laluan itu diisi oleh calon-calon lelaki, maka wanita itu tidak mendapat tempat. Kita faham parti politik bila tentang bertanding untuk kerusi sebagai wakil rakyat dan sebagainya, orang lelaki tidak akan mudah memberi laluan kepada orang perempuan, kita faham. Jadi, di pihak saya pun begitu juga, namun demikian kami di sini, wakil rakyat parti kita di sini, they are more gender sensitive dari sebelah sana. Saya amat yakin tentang itu.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
[Menyampuk] Tidak betul itu Yang Berhormat Ampang. Sebab kita dalam Wanita UMNO pun kita baik.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Alhamdulillah, alhamdulillah.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Jadinya, tidak kira mana-mana parti pun. So, it is unfair for you to say that, dengan izin.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Saya setuju. I think you direct that to the Menteri later. Okey, terima kasih. No, we are saying that kalau saya hendak sebut apa yang saya maksudkan di sini ya, Yang Berhormat Parit Sulong, through Yang Berhormat Menteri, kalau dibandingkan kami menang pada 2008, kami mampu menghantar 10 Ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia ini. Kalau dibandingkan dengan Barisan Nasional, bertahun-tahun 50 tahun, sampai sekarang hanya 13 sahaja, 10 dengan 13 bezanya sedikit sahaja bandingkan dengan kami yang baru ini. Jadi, bersampingan dengan soalan yang tadi dibangkitkan, saya juga hendak bertanya kemampuan kementerian sendiri untuk mendesak untuk meletakkan Menteri juga amat mengecewakan.
Oleh kerana saya lihat kedudukan wanita sebagai Menteri sekejap dua, sekejap satu, sekejap satu, sekejap dua. Tidak ada satu carta progresif yang lebih positif.
Maknanya, makin tahun makin meningkat tetapi ini turun naik, turun naik. Jadi, saya harap ini akan dapat diberikan ketetapan. Kalau tahun ini dua, tahun hadapan tidak boleh kurang daripada dua tetapi kalau tambah boleh. Itu saya harapkan daripada Menteri dan kawan-kawan kita di sebelah sana. Terima kasih.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Menteri, di atas isu yang sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan suara wanita di peringkat membuat keputusan paling tinggi, saya yakin Yang Berhormat Menteri juga sama bersetuju dengan saya bahawa wanita membawa perspektif yang berbeza di dalam proses membuat keputusan. Penglibatan wanita untuk membawa- to make that difference, kita perlukan sekurang-kurangnya minimum 30 peratus. To make that difference Tuan Yang di- Pertua, sebab kalau kita tidak cukup sebagai wanita, maka keputusan yang dibuat di dalam peringkat yang paling tinggi seperti di Parlimen ini mungkin tidak sensitif, gender sensitif dan tidak balance, tidak peka gender nanti dan tidak ada keseimbangan.
Maka, sistem pilihan raya kita first-past-the post agak sukar bagi kita hendak mengisi suara tersebut. Kita tidak ada proportionate representation seperti sistem-sistem pilihan raya di negara lain. Sistem-sistem Parlimen macam mana mereka boleh masuk dengan cara representation ataupun proportionate representation mengikut undi yang mereka peroleh. Jadi, apabila kita lihat kepada sistem-sistem yang sama seperti di UK contohnya. Mereka melihat bagaimana hendak promote more woman dan juga ada cadangan-cadangan, saya tahu Yang Berhormat Menteri bahawa ada cadangan on woman constituency satu ketika dahulu oleh UN punya consultant.
Ya, sebagai Menteri yang bertanggungjawab kita hendak tahu apakah peranan yang dimainkan oleh Yang Berhormat Menteri untuk lobi, untuk pressure, untuk membawa
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
kepada satu dasar yang boleh membawa kepada lebih suara wanita. Because, the system is not with us. The election system does not promote that. So, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak kementerian dan pihak yang berkuasa membuat dasar ini supaya we can have more women? Terima kasih.
Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Yang Berhormat, paling mudahlah Yang Berhormat ya, kita beritahu kepada ketua-ketua parti kita masing-masing untuk mengadakan lebih ramai calon wanita. So, kita ramaikan calon wanita, di mana saya rasa daripada PRU ke-13, dari 81 Kerusi, 58 Kerusi Dewan Undangan Negeri, 23 Kerusi Parlimen dimenangi oleh wanita. Kadang-kadang calon wanita memang ramai tetapi dimenangi, that is the final figure dan 63 Kerusi, 40 Kerusi DUN, 23 Kerusi Parlimen dimenangi di dalam Pilihanraya Umum Ke-12. Bagi PRU ke-13 pula, ia meningkat kepada 168 orang, berbanding the last Parlimen, 168 orang berbanding 120 orang, di mana ada peningkatan. So, sensitivity ini oleh ketua-ketua parti juga sangat-sangat penting, di mana kita dapati daripada PRU yang lepas sehingga PRU ini ada peningkatan wanita 40 peratus dari segi pencalonannya, candidates. Jadi, kita teruskan. Macam sekarang ini, apa-apa sahaja pilihan raya, kita sama- sama watch, kita jadi watch group, kita lihat dan kita boleh uar-uarkan bersama.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Menteri, boleh tidak kita buat undang-undang? Boleh tidak kita buat undang-undang yang mewajibkan parti politik meletakkan sekian-sekian calon ataupun kita buat undang-undang di mana constituency itu wanita sahaja yang boleh bertanding. All woman constituency. Jadi, kalau menang wanita, kalau 30 peratus daripada kerusi kita, 222 itu all woman constituencies, dengan secara automatik dalam sistem kita ini ia boleh memastikan 30 peratus women, suara wanita.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Saya sedikit sekali, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang ada polisi yang seperti apa Yang Berhormat Kuantan sebut di beberapa negara di sana, di luar, foreign countries. Jadi, saya cuma hendak juga mengatakan di sini bahawa untuk pencalonan memang ada peningkatan, alhamdulillah, both sides alhamdulillah. Because, once we come in, dengan izin, the other side pun rasa terdesak untuk melakukan perkara yang sama.
Jadi, alhamdulillah. Jadi, saya cuma dari segi kemenangan itu memang bukan kita yang control, we cannot control, because pengundi yang akan membuat keputusan dan sebagainya. Akan tetapi apa juga yang mengecewakan saya, di sana peringkat Menteri, ramai wakil rakyat wanita yang telah menang Barisan Nasional tetapi tidak diangkat menjadi Menteri. Tidak juga 10 peratus, saya sebut tadi satu, dua turun balik, satu dua, tidak meningkat untuk ada kegigihan untuk memastikan mencapai 30 peratus itu sekurang- kurangnya.
Apatah lagi tadi hendak sebut, kita tidak hendak ada bendung 30 peratus, lebih 30 peratus, fine, saya setuju. Akan tetapi untuk meletakkan 30 peratus itu gagal. Jadi, ini saya minta agar Kementerian Wanita- saya faham kesusahannya, it is not easy. It is not easy, saya faham. Akan tetapi saya harap di sana dengan apa yang saya luahkan di sini dapat memberi sedikit consideration, pertimbangan untuk meletakkan lagi ramai wakil rakyat wanita untuk menjadi Menteri. Terima kasih.
Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Yang Berhormat, untuk pilih jadi Menteri ke apa itu, Yang Berhormat itu sudah topik yang jauh sedikit, Yang Berhormat.
Yang Berhormat, kalau kita dapat mengikut percentage, jadi sebenarnya kita ini macam minority group jugalah wanita ini dan saya belum apa-apa, Yang Berhormat sudah ada sudah orang kata diskriminasi. Sudah disebut diskriminasi, Tuan Yang di-Pertua. Adakah ini diskriminasi, ya.
Jadi, macam inilah Yang Berhormat, kita work at it togetherlah. Bermakna, memang ini adalah sesuatu yang menjadi ramai yang bertanya, dia kata dalam banyak- banyak ini pencapaian tetapi yang politik ini tidak berapa banyak bergerak. Jadi, ini bukan hanya dapat kita jawab macam ini ya, Yang Berhormat tetapi affirmative. Kita mesti ada affirmative. Namun, saya ingin memaklumkan di Dewan Negara, peratusan wanita dalam Dewan Negara menunjukkan satu peratusan yang amat baik sebab ia berdasarkan pelantikan iaitu 23.1 peratus. Jadi, we work through that way, kita melihat apa lagi yang ada ruang.
Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Seterusnya kita sama-sama memastikan lah seperti saya katakan tadi daripada ketua-ketua parti semuanya dapat memberi kelebihan juga kepada calon-calon wanita.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Menteri tadi saya tertarik apa steps yang Yang Berhormat Menteri tadi nyatakan mengenai Dewan Negara.
Saya hendak minta penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri sebab ada setengah ini yang dipilih di bawah bila kerajaan Barisan Nasional memerintah negeri tersebut, dia telah mencalonkan wanita untuk menjadi Senate, Senator. Tetapi selepas dia bertukar kerajaan, kita dapati bahawa dia ini tidak lagi memilih wanita. Jadinya dia telah memilih lelaki pula.
Itu yang menyebabkan peratusan itu berkurang kalau bandingkan dengan sebelum ini 30 peratus wanita. Sekarang ini sudah 20 peratus lebih peratus. Jadi minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri mengenai perkara ini.
Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Sebab itu Yang Berhormat saya kata sama-sama walk the talk, jadi kalau sebelum itu Ahli Senator jadi dia maintain juga Ahli Senator. Memang dahulu memang lebih 30 peratus. Itu Yang Berhormat Rantau Panjang tahu kan lebih 30 peratus memang betul hakikat, itu hakikat lah juga. Tapi selepas itu pelantikan itu berubah. Jadi bagi saya kita maintain lah sebab ini kita tidak inilah Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Ini macam ini sampai bila tidak habis argument ini tetapi saya tahu ini adalah sesuatu yang sama-sama kita merasa sangat penting. Jadi sama-samalah kita berusaha melalui parti kita, melalui kita membuat sensitization untuk kita memastikan bahawa calon-calon ini dapat kita pertingkatkan khususnya wanita.
Yang Berhormat daripada Ampang ada menyebut tentang perlindungan hak wanita. Jadi saya ingin memaklumkan bahawa Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan jelas bahawa hak kesamarataan individu terjamin dan itu bermaksud semua orang termasuk wanita adalah sama, sama rata di sisi undang-undang. Saya rasa ini kes Puan Fadilah itu.
Jadi sebenarnya Yang Berhormat bagi saya, bagi kita wanita sebenarnya itu adalah satu pencapaian sebenarnya. Memang dia dibela di bawah kes kesamarataan namun mungkin amaun itu ya Yang Berhormat yang dirasakan tidak begitu, tetapi boleh direview, boleh kita appeal. Tetapi dari segi hak kesamarataan itu, memang kami pun watch juga Yang Berhormat sebab kita pun follow juga sebab ini di adalah di bawah CEDAW.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Sikit ya Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberikan penjelasan mengenai isu Fadilah ini. Cuma saya hendak minta sama ada kementerian ada sedikit political will tidak.
Memang itu di bawah Akta Kesamarataan tetapi bila tentang mengandung, orang perempuan mengandung, orang lelaki tidak mengandung. Jadi kesamarataan itu memang tidak ada. Jadi makanya mesti ada satu polisi yang tidak mendiskriminasikan wanita mengandung. Ini harus kita ada satu political will untuk pastikan ianya boleh dilaksanakan sebagai satu dasar daripada kerajaan yang memerintah sekarang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya hendak tambah sikit Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa, memang kita rasa gembira untuk Puan Fadilah ini tetapi saya rasa sebagai hakikatnya walaupun Yang Berhormat Menteri pun rasa ambil berat tentang kes beliau, tetapi hakikatnya adalah kerajaan kita, Kementerian Pendidikan kita tidak rasa bahawa mereka telah buat satu keputusan yang salah. Sebab itu mereka bawa rayuan kepada mahkamah lagi dan mereka pun, saya rasa dalam rayuan mereka, mereka masih merasa bahawa mereka tidak melanggar Artikel 8 Constitution. Jadi saya rasa di sini kerajaan kita perlu ada satu pendirian. Adakah kita akan melindungi hak wanita yang mengandung ini kerana kita tidak boleh ada seorang menteri dari Kementerian Wanita yang rasa simpati, rasa ambil berat tentang wanita ini tetapi sebenarnya Menteri di Kementerian Pendidikan ada satu pendirian yang berbeza. Jadi saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh bawa isu dalam Mesyuarat Kabinet untuk mendesak kerajaan untuk come up with satu pendirian supaya kita sama-sama boleh mengakui bahawa pada awal-awalnya Kementerian Pendidikan tidak sepatutnya memecat ataupun hentikan kontrak Puan Fadilah ini. Terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Menteri, seorang lelaki hendak bercakap. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Berhormat Menteri. Saya setuju apa yang dikatakan oleh kedua-dua wakil rakyat daripada, Ahli Parlimen Ampang dan juga Ahli Parlimen Kulai. Saya ingin membuat satu saranan di sini kepada Yang Berhormat Menteri, sebelum kes Fadilah ada juga kes yang melibatkan kakitangan ataupun pramugari MAS yang dibuang kerja kerana isu mengandung juga. Kita tahu dalam Perlembagaan, Artikel 8 pernah dipinda oleh Parlimen ini untuk memasukkan jantina. Maknanya tidak boleh ada diskriminasi daripada segi jantina.
So, kita telah membuat satu breakthrough dengan izin ke atas Perlembagaan tapi malangnya apabila ada wanita mengandung ini dibuang kerja ini kita nampaknya ke belakang dengan alasan dalam kes MAS sebab dia bukan kakitangan kerajaan. Jadi saya rasa ini satu perkara yang sepatutnya, saya harap Yang Berhormat Menteri dengan kementerian beliau dapat memainkan peranan yang proaktif, memastikan wanita walau dalam apa kategori sekalipun sama ada pekerja swasta kah, pekerja kerajaan kah, pekerja kontrak kah, tidak boleh didiskriminasi, dibuang kerja kerana isu mengandung. Ini satu yang di luar, ini satu benda yang tabii mereka.
Jadi tidak adillah kalau kerana mereka mengandung diambil tindakan. Jadi saya berharap, Yang Berhormat Menteri saya menyokonglah apa saja hasrat daripada Ahli Parlimen wanita dan juga Yang Berhormat Menteri sendirilah supaya ambil tindakan segera dalam isu ini. Terima kasih.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Menteri bersekali. Boleh Tuan Yang di-Pertua, sikit saja Tuan Yang di-Pertua. Ini fasal mengandung untuk wanita ini Yang Berhormat Menteri. Sekarang ini kita amalkan dalam dasar untuk penjawat awam 300 hari seumur hidup dia diberikan elaun penuh atau pengajian penuh. Apakah Yang Berhormat Menteri dalam swasta Seksyen 34 dia kata 5 orang anak dibagikan elaun penuh di bawah Akta Pekerja 1955 Yang Berhormat Menteri.
Apakah Yang Berhormat Menteri bersetuju ini perlu dikaji semula untuk memberikan keselesaan, kesempurnaan kepada kaum-kaum ibu yang mengandung ini, hendak bersalin ini diberikan mereka sedikit, bukan banyak, sedikit keselesaan penambahan cuti berbayar yang perlu dijaga ataupun melebihi 300 hari dalam seumur hidup dia dalam bertugas dalam masa dia mengandung.
Apakah Yang Berhormat Menteri setuju dengan pandangan saya untuk ditambahkan lagi keselesaan itu kepada mereka. Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Hebat, memang hebat.
Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Adanya perkara-perkara baru, dimasuk balik dan sebagainya tetapi seperti yang saya katakan namun apa-apa saja pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, yang baik itu kami akan kaji dengan teliti sebab dia bukan saja kementerian saya Yang Berhormat, memang wanita itu purview saya tapi they cut across Yang Berhormat lebih tahu kan. Ini nanti union pula kan dan sebagainya. Saya tidak mahu pula kalau kita mendesak macam ini dikatakan itulah sebab tidak mahu ambil wanita bekerja, itu. Ini Yang Berhormat saya kena timbangkan sebegitu rupa tetapi insya-Allah apa-apa yang kita buat adalah untuk demi kebaikan. Jadi terima kasih tadi daripada semua. Saya mendengar dengan jelas daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat tentang apa yang kita katakan untuk kita menambah baik dari segi apa lagi yang kita hendak memberi hak kesamarataan kepada wanita supaya diskriminasi ini tidak berlaku.
Sebab itu Yang Berhormat memang saya ikut dengan teliti sebab kita pun bersama juga di bawah CEDAW Kita pun kena melaporkan juga perkara ini, apa-apa diskriminasi, apa yang untuk kita dapat atasi, untuk kita laporkan supaya negara pun selari juga dengan negara-negara yang lain untuk memastikan bahawa wanita kita diberi pembelaan yang terbaik. Yang Berhormat...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Menteri, last one.
Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Ya.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri sebelum ini saya juga telah menyarankan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Klang melakukan tugas dengan sempurna dan saya bagi kredit kepada kementerian tapi kebelakangan ini saya juga ingin tarik balik apa yang saya bagi. Nampak gaya kes-kes 2013, 2014 pun belum diselesaikan. Bila saya minta rekod, rekod pun tidak sampai. Saya amat kecewa. Saya minta pihak kementerian cuba memantau JKM daerah Klang dan cuba dapatkan feedback apa yang sedang berlaku dengan jabatan di sana. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat, itu sudah melangkau lain. Sebenarnya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ada daripada Yang Berhormat Rantau Panjang, eksploitasi terhadap wanita dalam pengiklanan. Saya ingin maklumkan bahawa syarikat telah mohon maaf sebab kita menegur kenapa menggunakan wanita untuk negative portrayal. Jadi syarikat telah mohon maaf. Jadi ini adalah baiknya kita sentiasa menyuarakan supaya syarikat ini jangan gelojoh sangat menggunakan wanita ini sebagai bahan untuk promosi dan tidak eloklah macam lucah sikit.
Jadi kita telah tegur dan dia mohon maaf.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas tindakan yang cepat yang telah diambil oleh pihak syarikat dan juga atas sokongan dari pihak-pihak kementerian. Cuma saya ingin minta kementerian memastikan bukan sahaja setakat bahan iklan, pemakaian pramugari yang menjolok mata dengan pemakaian sama ada AirAsia ataupun Firefly dan banyak lagi penerbangan lain. Memang tidak menepati terutama bagi orang Islam memang sangat tidak menepati. Jadi saya minta perkara ini juga diambil perhatian supaya setiap dasar yang dibuat pihak kementerian, dasar ini memenuhi terutama dari segi syariat kepada orang Islam dan sopan bagi orang yang bukan Islam.
Saya sangat mengharapkan supaya pihak kementerian memanjangkan perkara ini kepada kementerian yang lain, kepada Yang Berhormat Menteri-menteri lain supaya bekerjasama. Sudah berkali-kali kami rayu supaya perkara ini menjadi amalan dalam sistem kita.
Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Yang Berhormat itu satu tapi sebenarnya suara-suara ini daripada masyarakat-masyarakat yang prihatin ini. Jadi bermakna Yang Berhormat, selain apa yang kita cuba buat, selain daripada Yang Berhormat yang menyuarakan, civil society juga memainkan peranan. Jadi kita menjadi pressure group dan macam-macam lagi Yang Berhormat yang kita boleh, sebab pakaian, iklan dan sebagainya, boleh juga kita gunakan cara yang sama. Yang Berhormat Batu Kawan pula dia kata hendak menubuhkan Suruhanjaya Keganasan Rumah Tangga. Tapi buat setakat ini saya rasa kita tidak perlu dengan suruhanjaya ini sebab memandangkan bahawa banyak yang kita telah buat yang kita boleh terus dapat melakukan tanpa tidak perlu suruhanjaya kerana suruhanjaya ini lagi lambat Yang Berhormat.
Tapi kita sudah ada, kita engage WAO untuk bersama dengan kami, untuk membantu di dalam hal-hal urusan keganasan rumah tangga di mana membangunkan garis panduan pengendalian kes keganasan rumah tangga. Kita buat bersama dengan WAO.
Jadi bagi kami ianya mencukupi buat masa ini. Jadi kita tidak perlu sebab banyak betul kami membawa jabatan-jabatan yang berkaitan untuk bersama. Macam sudah ala-ala suruhanjaya. Jadi ini lagi working group ini lagi dapat menjalankan kerja dengan lebih ada fleksibiliti Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Terima kasih Yang Berhormat di atas jawapan yang diberikan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, sudah habis ataupun perlu sambung lagi, panjang lagi? Panjang lagi, kalau panjang lagi bermakna sebelah petang.
Tapi sebelum saya tangguhkan persidangan sehingga jam 2.30 petang nanti, saya ada makluman sedikit di sini iaitu penyertaan wanita dalam Dewan Senate Amerika dan di Dewan House of Representatives. Di Dewan Senate penyertaan wanita cuma 20 peratus dan sementara di Dewan House of Representative 19.3 peratus. Jadi mereka terpaksa cari 10 peratus lagi untuk mereka capai 30 peratus penyertaan. Itu informasi tambahan. Jadi ahli-ahli Yang Berhormat, kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, saya jemput Yang Berhormat Menteri. Saya difahamkan Yang Berhormat Batu Kawan membuat pencelahan. Sila.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Menteri, berdasarkan apa yang saya bangkitkan dalam ucapan membahas Titah Diraja berhubung dengan penubuhan satu suruhanjaya menangani keganasan terhadap wanita. Dalam soalan lisan saya berhubung soalan yang sama juga dan juga satu suruhanjaya menangani penderaan kanak-kanak.
Yang Berhormat Menteri, tahun lepas saya telah membawa isu yang sama tetapi jawapan yang saya terima dari kementerian adalah ini adalah satu cadangan yang baik dan kementerian akan meneliti, mengkaji keperluan satu suruhanjaya seperti ini. Akan tetapi, saya kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri yang menyatakan bahawa dengan semua seperti dalam jawapan ini sembilan stakeholders telah membangunkan garis panduan pengendalian kes keganasan rumah tangga.
Akan tetapi mungkin Menteri tidak mendapat statistik yang terbaru bahawa dari tahun 2010 sampai 2015 ada peningkatan 58 peratus bagi kes-kes keganasan terhadap wanita. Jadi, dalam lima tahun ini hampir 60 peratus meningkat kes keganasan rumah tangga tetapi pendakwaan terhadap pesalah-pesalah ini sangat-sangat rendah. Boleh dikira satu jari tangan. Jadi, saya minta sekali lagi kementerian untuk mengkaji keperluan.
Dalam isu GST, Menteri kata 126 negara implement GST. Jadi, Malaysia pun tidak salah untuk follow tetapi Amerika Syarikat juga ada suruhanjaya, Commission on Sexual Violence and Domestic Violence. Jadi, kalau sebuah negara yang maju seperti Amerika menubuhkan satu suruhanjaya memandangkan ada peningkatan dalam kes-kes keganasan rumah tangga dan kesalahan seksual terhadap wanita terutama sekali, apa salahnya Malaysia menubuhkan.
Memandangkan my only trump card here, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri adalah pendakwaan terhadap pesalah-pesalah kes-kes keganasan rumah tangga, kesalahan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak amat rendah. So, the public has no confidence in the system whether you have a nine men panel, 10 men panel, 100 men panel, all kinds of agencies, alphabet soup of different departments and agencies, dengan izin, has not shown that there is a high rate of conviction. You have many cases, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Hari-hari kita baca dalam surat khabar...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, pencelahan jangan panjang-panjang.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Akan tetapi ini dua tiga kali saya sudah bawa dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua tetapi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya saya fikir Yang Berhormat Menteri sudah faham.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
So, Yang Berhormat Menteri I hope you will give due consideration again, the necessity, the need of having a commission on domestic violence and sexual violence in this country for women. Thank you.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih. So, kepada Yang Berhormat Batu Kawan, jadi pagi tadi saya telah menerangkan bahawa pada masa ini kita tidak memerlukan untuk menubuhkan suruhanjaya keganasan rumah tangga. Untuk makluman, statistik sebab kami menggunakan statistik daripada Polis Diraja Malaysia.
Tahun 2014 - 4,807 kes manakala tahun 2015 bilangan kesnya adalah 5,014. Memang ada peningkatan 4.13 peratus tetapi bagi kami penambahan ini adalah penambahan dari segi awareness, dengan izin.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Bermakna sekarang ini wanita sudah ramai come forward untuk melaporkan kes- kes yang berlaku dan kita asyik uar-uarkan kita ada program. Program untuk kita menangani keganasan terhadap wanita, keganasan rumah tangga seperti saya katakan dahulukala satu hari punya program. Sekarang ini kita panjangkan program sehingga tiga bulan supaya kita menguar-uarkan bahawa mangsa-mangsa ini mereka tidak keseorangan.
Jadi, oleh yang demikian Yang Berhormat, selain daripada cara itu sebab cara pendekatan ini lebih baik sebab they go along way. Jadi, oleh yang demikian sebab bila nanti ada commission dan sebagainya pun susah juga Yang Berhormat. So, seperti pagi tadi saya sebutkan bahawa kami bekerjasama dengan WAO, because WAO ini satu pertubuhan yang very focus mengenai menangani keganasan rumah tangga. Very focus. Boleh katakan kami sudah elevate mereka menjadi expert. Jadi, kami gunakan mereka sebagai expert dan kita telah membangunkan garis panduan dan piawaian. Bukan sahaja garis panduan untuk kes-kes keganasan rumah tangga tetapi piawaian tempat perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga.
So, we won’t have minimum standard dengan izin, di mana kita minta WAO menyediakan SOP bagi mana-mana NGO lain yang hendak mendirikan atau menyediakan shelter bagi kes-kes keganasan rumah tangga. Di dalam shelter ini Yang Berhormat, bukan kita biarkan macam itu. Di dalam shelter, di situlah kita memberi segala perkhidmatan yang diperlukan terutama sekali meningkatkan semula semangat sebab mereka sudah down, dengan izin Yang Berhormat.
Jadi, di sini kami boleh mendapati bahawa wanita-wanita yang melalui proses keganasan sehingga menunggu mungkin dia minta perbicaraan dan sebagainya kami dapat bentuk wanita-wanita ini menjadi lebih berani, lebih bersemangat dan mereka dapat menentukan hala tuju masa depan untuk dia dan anak-anak. Sebab itu saya katakan buat masa ini kita belum lagi perlukan sebab nampaknya ianya masih berkesan dalam cara kita membuat sekarang ini sebab ini ada personal touch, dijalankan oleh NGO. Memang saya menggalakkan NGO Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, boleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan tadi. Saya tidak nafikan bahawa wujudnya sekarang satu platform untuk wanita muncul dengan izin, to come forward untuk membuat laporan terhadap keganasan atau apa-apa pencabulan hak mereka sebagai wanita.
Akan tetapi dengan izin Tuan Yang di-Pertua the elephant in the room is kadar pendakwaan yang rendah. That is the elephant in the room Yang Berhormat Menteri. We know that, tadi Yang Berhormat Menteri kata dari 2014 ke 2015 peningkatan 4 peratus.
Akan tetapi dari 2010 sampai 2015 peningkatan hampir 60 peratus.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Akan tetapi kadar pendakwaan yang rendah. Jadi saya mohon pertimbangan semula sekiranya ada suruhanjaya menangani keganasan terhadap wanita ini. Saya faham portfolio Menteri wanita ini sangat besar. Bukan sahaja wanita kena jaga kanak-kanak, kena jaga OKU, kena jaga masyarakat juga. Jadi saya faham dengan izin, you are understaffed. Jadi kalau ada suruhanjaya ini, then we can allow the suruhanjaya to stand alone to assist the kementerian daripada staf kementerian dengan beban kerja yang begitu tinggi sekali. So we have a suruhanjaya to do that. Saya harap Menteri mempertimbangkan semula. This is going positive, a big step in the right direction. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Selepas ini Yang Berhormat Menteri boleh beralih kepada isu lain.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sekejap.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Saya ambil maklum sebab ini pun ada jabatan yang lain sebenarnya suruhanjaya ini. Yang Berhormat Rantau Panjang ini isu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Hulu Langat tadi bangun.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya peranan one stop centre yang diwujudkan oleh kementerian di banyak hospital.
Adakah ia tidak memainkan peranan dalam membantu keganasan wanita ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang kita ada dalam 44 one stop centre di seluruh negara di hospital-hospital. Memang memainkan peranan Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, kadang-kadang ada kes ini terlepas pandang tetapi apabila kes ini dibawa ke hospital untuk rawatan agaknya jadi di situlah doktor-doktor memang dilatih khusus satu pasukan itu. Mereka boleh membezakan kes keganasan dengan kes jatuh, jatuh longkang sebab ada dia bawa konon- konon jatuh longkang tetapi trained eyes, dengan izin doktor ini dia tahu.
Jadi mereka ini yang membawa kes ini untuk didakwa seterusnya. Jadi memang banyak kes Yang Berhormat. Jadi memang ini beroperasi dan kami tidak memaklumkan di mana tempat one stop centre ini sebab itulah tujuannya untuk melindungi. Akan tetapi memang banyak sebenarnya kes dikenal pasti daripada one stop centre.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih sebenarnya kepada semua pasukan yang memberi kerjasama yang sangat baik. Oleh sebab apabila kes ini sudah ditentukan dengan medical checkup dan sebagainya, pegawai saya akan dipanggil selaku pelindung dan kita satu team akan turun ke one stop centre untuk menilaikan kes tersebut. Jadi ada Yang Berhormat, memang sedang berlaku, terima kasih.
Ini kes perceraian Yang Berhormat Rantau Panjang. Memang ada keluar dalam surat khabar dan sebagainya dan kajian penduduk keluarga Malaysia yang kelima yang kita buat bancian tahun 2014 mendapati bahawa lebih satu pertiga perkahwinan pertama di Malaysia berlakunya perceraian dalam masa lima tahun. Memang ini adalah sesuatu yang menjadi kebimbangan kita tetapi untuk makluman juga bahawa kita menggunakan kadar perceraian kasar atau crude divorce rate di mana sebenarnya di Malaysia pada tahun 2012 hanya berlaku 1.3 perceraian bagi setiap 1,000 penduduk. Itu crude divorce rate yang berlaku.
Apabila kami tanya pula punca perceraian, jadi bagi wanita mengatakan punca utama bercerai atau berpisah adalah tiada persefahaman dan diikuti dengan suami yang curang dan suami tidak bertanggungjawab. Ini jawapan daripada pihak isteri. Jawapan daripada pihak lelaki pula dia kata separuh lelaki mengatakan punca utama mereka bercerai, berpisah kerana tiada persefahaman, diikuti dengan yang kedua campur tangan mentua, ipar-duai dan juga isteri curang. Jadi ini telah disebutkan kenapa ia berlaku.
Namun Yang Berhormat, kita sentiasa mengadakan intervensi, kita mengadakan kursus-kursus, kita cuba kita kata kalau dapat itu jangan diteruskan tetapi kita cuba hendak menyelamatkan. Jadi pelbagai program seperti perkahwinan smart start, kita mengadakan juga financial literacy sebab satu daripada perceraian ini kewangan. Cerita kewangan sebab tidak bersefahaman cerita kewangan jadi kita buatkan.
Another one yang banyak masuk sekarang ini Yang Berhormat adalah kita memberi kursus kepada ibu bapa, parenting at work sebab sekarang ini ibu bapa bekerja. So, agaknya dengan kerja, dengan stress kita galakkan supaya juga diadakan kursus-kursus bagi ibu bapa bekerja.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya sila.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Daripada jawapan Menteri tadi kita memang terasa satu angka yang cukup menggerunkan apabila satu pertiga daripada jumlah perkahwinan yang dalam tempoh lima tahun bercerai dalam negara kita adalah satu fenomena yang menggerunkan untuk jangka panjang. Kesannya cukup besar kepada generasi terutama anak-anak.
Saya ingin tahu sejauh manakah kajian terhadap modul kursus perkahwinan sebab dalam tempoh lima tahun maknanya dalam tempoh awal. Apakah mungkin kena diubahsuai supaya lebih berkesan terutama kepada pasangan yang akan berkahwin dan apakah modul ini bukan semata-mata hendak kahwin, hendak sijil kursus tetapi dimestikan setiap tahun ada makna lima tahun pertama setiap pasangan kena menghadiri kursus-kursus yang
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
berterusan supaya kita boleh menjaga lebih lama masa perkahwinan. Adakah perkara ini dibuat ataupun cadangan di masa akan datang?
Seterusnya saya ingin tahu ialah dari sudut bilangan perceraian mengikut kaum.
Sejauh mana kalau disebutkan tadi satu pertiga daripada keseluruhan, macam mana mengikut kaum Melayu, Cina dan India dalam negara kita. Apakah faktor-faktor juga dari sudut budaya dan sebagainya? Minta penjelasan.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Yang Berhormat, saya mohon maaf yang bilangan saya mohon notis dan memberi kepada Yang Berhormat secara bertulis. Ada Yang Berhormat ada, sebab kami dapat daripada JAKIM, daripada yang Islam dan yang bukan Islam ada, kami ada.
Yang Berhormat modul itu insya-Allah kita boleh perelokkan lagi tetapi ini banyak daripada tekanan-tekanan semasa kerja dan sebagainya. Namun kita ada juga satu di LPPKN Yang Berhormat kita namakan Terapi Marah. Oleh sebab kadang-kadang marah- marah ini di situlah membuat keputusan yang tidak berapa rasional ini.
So kita kata daripada membuat keputusan marah-marah ini, datanglah untuk terapi.
Jangan malu, terapi-terapi ini pun jangan malu, langkah ini sebab budaya kita berlainan dengan Barat. Di Barat mereka suka pergi untuk mendapat terapi. Dia berjumpa dengan kaunselor dan sebagainya. Akan tetapi kita ini ada kurang sedikit walaupun kita ada kaunselor perkahwinan dan sebagainya. Jadi kami galakkan kalau marah-marah ini pun kalau dapat kita buatlah, kita adakan terapi dan sebagainya.
Oleh yang demikian Yang Berhormat, kita kadang-kadang bukanlah hendak kata pelik juga, kita kadang-kadang buat program dengan basic-basic pula sudah jadi. Kadang- kadang saya mengadakan program untuk menggalakkan suami isteri pergi dating, dia dating berdua-duaan. Ini untuk semualah, saya serukan semua di sini suami isteri sebab dia sudah lupa pergi dating. Ya pergi dating. Dia dating dengan orang lain. Dating suami dan isteri. Apabila pergi dating jangan bawa anak. Ini dating bawa anak pula.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Refresh your relationship.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Yes. Dia sudah lupa pergi dating. Saya kata pergi dating, honeymoon. Benda macam itu. Dia basic sebenarnya untuk masa berdua sebab kadang-kadang kena balik macam itu. Kadang-kadang...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ada GST susahlah hendak pergi honeymoon.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
[Ketawa] Tidak apalah Yang Berhormat, kita tolak itu. Jadi kadang-kadang kami sehingga semudah itu kami galakkan.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor bangun. Yang Berhormat Kuala Selangor selalu pergi dating dengan isteri dia.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik tentang perkataan dating sebentar tadi kerana ia menggambarkan saya dengan isteri saya lima tahun yang lepas sehingga hari ini. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri dari segi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri apa puncanya dari segi kajian, ada tak kajian di peringkat kementerian mengapakah certain umur tersebut hilang perasaan dating itu?
Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh kongsikan kepada kami sebagai kajian ataupun perkara yang boleh kita refresh balik sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Itu kena tanya Tuan Yang di- Pertua sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Ia macam ini Yang Berhormat.
Semasa kita membuat program ini, pergi dating ini. Dating saya kah? Saya kena ada. So,
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
saya buat kuiz, ini yang menunjukkan hendak kata renggangkan, betapa suami dan isteri sudah tidak kenal dengan suami dan isteri. So, ditanya kuiz. Dia tanya apakah warna kegemaran isteri? So, suami tengok lama. By the way semasa saya buat dating ini, meja tidak boleh besar. Ia kalau dapat lutut jumpa lutut. Ini bermakna ada satu ini, janganlah meja yang besar-besar itu, tidak. So, candle light dinner kan.
Jadi bila ditanya, suami tidak boleh jawab. Dia kata, suami saya macam-macam colour sudah dia pakai, so dia tidak tahu. That is another quiz. Saya tanya lagi kepada isteri, ‘Apakah makanan kegemaran suami?’ Isteri tengok lama suami dia, dia kata ‘Lah, jarang makan dekat rumah’. So, bermakna daripada kuiz-kuiz ini ada signal-signal tertentu dan sebenarnya bersama saya di situ ada marriage counselors. So, kita ambil daripada situ memang banyak yang kita boleh kongsi Yang Berhormat sebab saya memang ini adalah sesuatu yang seperti real, yang sebenar-sebenarnya apa yang berlaku sebab dah lupa.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kota Tinggi pun berminat hendak dating.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Hendak dating. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Bagi Speaker yang paling kerap sekali, Yang Berhormat Sekijang lah dating.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Menteri, saya tertarik pasal dating-dating ini, memang aktiflah. Cuma saya ada terbaca satu pakar motivasi mengatakan kalau kita umur sudah 45 kepada 50 tahun terutamanya kepada yang berumur 50 tahun, pasangan-pasangan, antara 10 perkara yang digalakkan, pertama ialah pergilah melancong, berdating. Dating dan melanconglah tidak kira sama ada di dalam atau di luar negeri. Jadi mungkin kementerian hendak mencadangkan supaya ada insentif sama ada tax deductable atau macam mana untuk menggalakkan supaya pasangan-pasangan ini kita rejuvenasi balik supaya keterujaan itu memuncak. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Insya-Allah kita bawa tetapi tunggu masa-masa elok-elok sedikit. Ekonomi kita elok bolehlah kita mencadangkan. Buat masa ini macam itulah Yang Berhormat, kita buat ala-ala kitalah. Kalau tidak pergi dating jauh-jauh pun, piknik berdua kah apa sebenarnya untuk kita mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang sebab kadang-kadang sudah terlupa atau kadang- kadang segan, malu. Kadang-kadang especially budaya kita ini dikatakan buang tabiat dan macam-macam tetapi tidak. Sebenarnya tidak. Ini adalah satu pengukuhan kasih sayang.
Yang Berhormat Rantau Panjang juga ada menyebut satu lagi berkenaan anak luar nikah. Untuk makluman, kami memang memandang serius Yang Berhormat masalah kanak-kanak yang mengandung luar nikah dan kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat memang menyediakan rumah perlindungan remaja di mana kita memberikan perlindungan, penjagaan kepada remaja yang hamil. Daripada dia terbuang macam itu sahaja, kami memang ada menyediakan tempat sehingga mereka selamat bersalin. Kita juga ada Taman Seri Puteri, Jagaan Sinar Kasih.
Kita memberikan nama yang cantik-cantik Yang Berhormat supaya dia tidak perlu buang anak dan sebagainya dan ini adalah sesuatu yang sambil itu Yang Berhormat, kita memberikan mereka kursus-kursus keagamaan, kursus-kursus daripada segi meningkatkan lagi tanggungjawab. Kita mengadakan program yang kita namakan PEKERTI. PEKERTI, di mana kita memastikan bahawa bukan sahaja kepada kanak-kanak ini tetapi di sekolah. Kita juga memaklumkan kepada guru-guru bagaimana hendak handle kes-kes seperti ini. Di PLKN pun kita ada kes yang sama. Institut perguruan pun kita maklumkan kepada guru- guru supaya dia alert kepada hal ini serta kepada komuniti yang high risk di mana perkara ini mudah berlaku supaya semua pihak memainkan peranan.
Kita cuba memaklumkan kehamilan kalau dapat, janganlah berlaku dan sebagainya. Akan tetapi kalau sudah berlaku, adalah juga kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka. Jangan mereka mengambil keputusan melulu dengan macam- macam dibuatnya hingga mengorbankan nyawa. Itu kami sangat concerned.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu kelahiran anak luar nikah sudah memang satu isu yang kita lihat dalam negara kita semakin meningkat setiap tahun.
Jadi kita melihat di sini apa yang dibuat oleh pihak kementerian, kami mengucapkan terima kasih. Cuma untuk mengatasi sebab kita bukan sahaja tidak mahu mereka hamil tetapi punca kerana kehamilan ini berpunca daripada zina, rogol, sumbang mahram dan daripada perkara-perkara yang dilarang dalam agama. Paling menyedihkan kita apabila melibatkan remaja perempuan Islam. Bukankah itu adalah dosa yang sangat besar.
Apa yang saya ingin penjelasan ialah sejauh manakah usaha yang dibuat oleh pihak kementerian untuk mengatasi punca. Bukan semata-mata kita tidak hendak mereka hamil tetapi pergaulan bebas, suasana kehidupan ataupun pergaulan atau kebebasan yang mungkin masalah rumah tangga berpunca daripada penceraian, ada kaitan juga. Jadi ini di antara mungkin menjadi punca anak-anak ini mudah terjebak dengan perkara begitu termasuk juga viral-viral melalui media massa yang terdedah dengan begitu meluas serta mudah diakses oleh anak-anak hari ini.
Jadi sejauh mana perkara ini dilihat oleh kementerian termasuk undang-undang yang menggerunkan supaya pesalah-pesalah bagi perkara yang melibatkan maruah ini tidak mengulanginya kesalahannya dan saya ingin tahu hasil daripada contoh kalau tahun lepas 18,000 orang anak luar nikah yang dilahirkan. Setakat ini adakah anak-anak mereka ini dipelihara oleh mereka ataupun dihantar ke pusat-pusat kebajikan? Berdasarkan statistik yang ada, berapa ramai kah anak-anak angkat yang telah diambil oleh pihak-pihak tertentu untuk menyelamatkan anak-anak ini supaya masa depan mereka lebih terjamin? Minta penjelasan.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat. Satu Yang Berhormat, ia bukan hanya ditangani oleh kementerian ini sebab kes ini memang menjadi satu kebimbangan sehingga ia diangkat di bawah Dasar Sosial Negara di mana ia dipertimbangkan, dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Jadi pada masa itu, kami ada satu kertas kerja dinamakan ‘Kehamilan Remaja’. Di mana dari situ banyak kementerian, bukan kementerian saya sahaja tetapi banyak kementerian yang lain memang telah diarahkan untuk menjalani bidang kuasa masing-masing untuk mencari jalan yang terbaik bagi membendung masalah-masalah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat.
Yang Berhormat, kebanyakan yang hamil dalam institusi kami memang kita tanya kepada ibunya, sebab tanpa consent, tanpa kebenaran kami tidak boleh mengambil bayi tersebut. Jadi ada yang memilih untuk diberikan kepada saudara mara. Ada yang hendak menjaganya sendiri dan seterusnya kalau dia tidak jaga, dia serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Akan tetapi Yang Berhormat ini dalam institusi, yang bersalin dalam institusi sebenarnya tidak ramai. Yang ramai sebenarnya berada di mana-mana. Itu yang kadang-kadang di tepi longkang dan sebagainya tetapi kami selalu menyeru, janganlah diabaikan. Kalau dapat, hantar elok-elok, itulah juga kami ada masa itu, kita ada baby hatch tetapi dia tidak suka masukkan di baby hatch sebab baby hatch itu perasaan mereka, kalau dihantar ke baby hatch macam ada kamera litar yang mengambil gambar dan sebagainya jadi sebab itu tidak berapa ramai sangat baby yang masuk baby hatch. Jadi tidak apa, mungkin kita mencari pendekatan yang lagi. Akan tetapi dihantar ke surau, masjid memang selalu. Jadi tidak apa jugalah, kami rela menerima sebab ini adalah anak yang tidak berdosa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Menteri panjang lagi?
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Sikit. Yang Berhormat Sibuti, isu gelandangan. Ini masuk gelandangan, isu lain sikit. Jadi kementerian mengalu-alukan, menyambut baik usaha Kementerian Wilayah Persekutuan sebab telah menubuhkan pusat transit gelandangan di Kuala Lumpur di Jalan Pahang dengan kapasiti 250 orang.
Penubuhan pusat transit gelandangan ini, kita memberikan kerjasama strategik di antara Kementerian Wilayah, kementerian saya, Dewan Bandaraya, Malaysia Resources Corporation Berhad, pertubuhan-pertubuhan atau NGO-NGO yang ada dan ia telah mula beroperasi 10 Februari 2016. Ini adalah satu langkah untuk kita memastikan bahawa
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
masalah ketiadaan tempat tinggal, mencari pekerjaan dan perkhidmatan kaunseling dapat kita teruskan di pusat-pusat tersebut.
Bagi kementerian, khususnya melalui Yayasan Kebajikan Negara, kita ada empat buah Anjung Singgah di persekitaran Kuala Lumpur satu, di Kuching satu, di Johor Bahru satu dan di Pulau Pinang satu. Jumlah mereka yang telah mendapat perkhidmatan di dalam Anjung Singgah kita setakat dari tahun 2011 hingga sekarang adalah 3,097 orang dan mereka kita beri sesi kaunseling. Mana yang memohon pekerjaan, kita tolong mencari pekerjaan tetapi yang sangat pentingnya kita mendapat kerjasama yang begitu baik daripada semua pihak. Mana gelandangan yang usia emas, kita selamatkan dan kalau tidak ada keluarga kita letakkan dalam Rumah Seri Kenangan atau institusi kami tetapi kami lebih suka kalau dapat kami pulangkan mereka kepada keluarga masing-masing sebab di situlah sebenarnya tempat yang seharusnya mereka berada.
Yang Berhormat Sibuti juga mengenai golongan OKU yang menerima bantuan kewangan dan sebenarnya segala proses pembayaran bantuan kebajikan untuk makluman Yang Berhormat, kita membuat melalui bank. Bermakna kalaulah ada kelewatan dan sebagainya, sila maklum kepada kami sebab kita masuk melalui bank dan kita pastikan bahawa ia dimasukkan awal bulan supaya mereka setiap kali cukup bulan, duit itu ada tetapi kalau tidak ada juga sebab saya tidak boleh mengatakan kadang-kadang 100 peratus tetapi beritahu kepada kami supaya kita trace di mana agaknya duit itu tetapi saya yakin di sini bahawa duit itu memang ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ada dua orang yang bangun, yang mana satu Yang Berhormat, Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Klang? Ya, sila Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pada pagi ini lebih kurang 50 wakil OKU datang ke Parlimen untuk serahkan satu memorandum kepada pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang khususnya untuk menyatakan bahawa GST terlalu membebankan mereka dan mereka juga mengatakan bahawa mereka sekarang terpaksa membiayai lebih kurang 30 peratus hingga 40 peratus lebih dengan implementasi GST untuk kegunaan mereka khususnya untuk crutches, kasut mereka, untuk pampers dan sebagainya.
So, sebenarnya mereka mengatakan bahawa ada daripada warga OKU yang tidak ke hospital kerana kosnya itu tinggi dan mereka juga terpaksa tanggung GST. Soalan kepada Yang Berhormat Menteri ialah adakah kerajaan boleh mempertimbangkan supaya GST itu dimansuhkan atau dikecualikan untuk warga OKU ini khususnya barang-barang yang diguna pakai seperti kasut, crutches, pampers dan sebagainya. Minta pandangan, penjelasan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Sebenarnya Yang Berhormat banyak daripada keperluan-keperluan kumpulan sasaran kami telah mendapat pengecualian namun tidak apa Yang Berhormat, saya hendak dapatkan detail sebab kita di dalam ini tadi kan. Mereka di luar, jadi elok dapat detail sebab kita memberikan keutamaan Yang Berhormat, kita memberikan keutamaan yang terbaik dan walhal, dia punya allowance untuk OKU kita telah tingkatkan sebab kita pun faham keperluan mereka supaya elaun ini ditingkatkan. Akan tetapi kebanyakan keperluan-keperluan OKU ini memang tidak ada GST tapi biarlah kita tengok apa lagi yang mereka perlukan supaya kita perinci sebab ini bukan kementerian saya sahaja Yang Berhormat, ini saya kena bawa ke kementerian lain untuk diperincikan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, kalau saya boleh susulkan dengan beberapa isu, saya telah berjumpa dengan mereka dekat luar dan tiga, empat orang daripada mereka mengatakan bahawa kalau mereka hendak pergi repair dia punya kaki palsu dan sebagainya ada GST, kalau dia hendak repair dia punya kasut pun ada GST. So, mereka katakan bahawa mereka tidak dapat tangani beban ini. Saya ingat mungkin ada communication problem dengan pihak kementerian dan kalau saya boleh cadang mungkin kementerian boleh panggil mereka, berbincang dengan mereka untuk memahami masalah mereka sebab ketua Independent Living and Training Centre
(ILTC) menyatakan bahawa *that they have come to a point of suicide.
This is very serious* Yang Berhormat. Bila warga OKU yang boleh dikatakan sebagai warga yang begitu tertindas di Malaysia mengatakan bahawa they have come to a point suicide in Malaysia oleh sebab GST dan juga kenaikan harga, maka ini menunjukkan
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
bahawa kementerian mesti respond kepada isu mereka ataupun tidak. We have flood of 40,000 OKU yang ada masalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Yang Berhormat, yang saya hairan kita memang sentiasa ada, Majlis OKU saya pun ada bermesyuarat kerap Yang Berhormat.
Kenapa segala ini tidak dibawa? Jadi Yang Berhormat, tidak apa, saya katakan tadi, I give you my assurance, dengan izin. Serahkan kepada saya, then we are going to go through sebab as I said, let us go through benda itu baru datang hari ini tadi. Let me go through and then kita akan proses sebab kalau tidak kementerian ini, siapa lagi yang membela mereka?
Kamilah yang membela mereka.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Betullah, Yang Berhormat, can I arrange a meeting with you, with them? Okay, thanks.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Definitely, in fact they should do that in the first place. Dia berjumpa sebab saya ada pegawai yang in charge for OKU. Saya pun tidak tahu, saya pun ada 15999 Talian Kasih, kalau dia kata susah hendak cakap dengan pegawai. So, these are all the facilities yang mereka tahu dan saya harap gunakan then you get kepada kami supaya insya-Allah kita akan melihat sebab saya Yang Berhormat when it comes to kumpulan sasar, itulah tugas saya sebenarnya. Tugas hakiki untuk menjaga kumpulan sasar ini.
So, rest assured Yang Berhormat. Terima kasih, Yang Berhormat pun ada sebut tetapi saya berharap selepas ini sebab tadi saya pun terkejut saya kata, “Apa ada di luar itu?” Oleh sebab ada orang yang beritahu saya sebab saya pun tidak tahu, saya di dalam ini menjawab, menggulung dan sebagainya. Akan tetapi terima kasih, biarlah saya go through memorandum apa yang mereka mahu itu dan kita tengoklah terbaik, kita hendak bantu mereka Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Saya akan arrange a meeting with you and them.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat sekejap, Yang Berhormat kena juga ikut peraturan Yang Berhormat. Perkara baru ini kita boleh jangan disebut dan Yang Berhormat Menteri pun sudah sebut tadi dan bersedia berjumpa dengan Yang Berhormat Klang. Saya kira beralih kepada tajuk yang lain. Kita banyak lagi kementerian yang belum selesai Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, saya ada bangkit isu OKU dalam perbahasan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Isu lain.
Bagi Yang Berhormat Seputeh dulu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Isu OKU tidak habis lagi.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya ingat Yang Berhormat Menteri sebut saya kan kerana Sibuti, Seputeh, saya ingat saya. Tuan Yang di-Pertua, saya pernah membangkitkan tentang gelandangan dan juga saya ada sebut tentang sekarang ramai orang yang tidak cukup makan tapi kita lihat juga pembaziran makanan yang oleh pihak restoran dan juga hotel. Saya pernah ada pengalaman yang mana saya pergi hotel hendak makan, saya tidak makan pun saya minta hendak tapau, hendak bungkus balik tetapi tidak dibenarkan oleh pihak hotel.
Saya juga difahamkan di hotel, tiap-tiap malam mereka bukan hendak bawa makanan yang masih boleh makan itu dihantar kepada shelter home dan sebagainya tapi mereka buangkan, make sure all these are thrown away kerana mengikut Akta Makanan, sesiapa yang menjual atau memberikan makanan yang mengakibatkan pihak yang memakan itu sakit, mereka boleh didenda. Akan tetapi kita lihat di Itali dan juga di Perancis, tahun ini mereka baru meluluskan satu undang-undang di Parlimen mereka yang mana
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
mengehendaki pasar raya, supermarket yang menghantar makanan yang masih boleh dimakan untuk kebajikan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi dalam ucapan saya, saya hendak cadangkan kerajaan, bolehkah kita meneliti dari sudut undang-undang macam mana kita hendak menggalakkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ini pun satu perkara Yang Berhormat Seputeh. Sudah Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya sudah ucap. Yang Berhormat Menteri tidak jawab ma. Saya ingatkan kepada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, kalau sudah ucap, sebut sahaja isu yang hendak minta Yang Berhormat Menteri menjawab.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya minta Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tak payah diulang ucapan Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Setujukah pandangan ini yang mana Parlimen kita ikut Parlimen di Itali dan Perancis yang menghendaki pasar raya syarikat pengeluaran makanan ini derma makanan yang mereka tidak consume, yang tidak dimakan itu kepada kebajikan dan gelandangan.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Sebenarnya Yang Berhormat Seputeh, sebenarnya sudah berlaku. Sekarang ini ada NGO-NGO yang collect semua ini daripada supermarket-supermarket yang katalah hendak expired dalam masa tiga minggu atau sebulan. Sudah ada. Good Living dia punya nama NGO ini. Untuk makluman sekarang ini tiada masalah makanan Yang Berhormat. In fact, sekarang ini makanan memang banyak sangat tetapi dengan ada pusat transit itu tadi, kita telah dapat organize dengan izin, NGO- NGO yang memberi makan sebegitu rupa. Mereka sudah tahu hari Isnin siapa, hari Selasa siapa and then saya kata, kalau ada lagi lebih, saya boleh rujuk kepada mereka mana rumah-rumah kebajikan yang memerlukan makanan. Namun, terima kasih Yang Berhormat, bermakna kita sama-samalah, macam Parlimen Itali dan Perancis sudah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada bangkitkan isu OKU berkaitan dengan tambang ERL. Walaupun ini ada melibatkan dua-dua kementerian termasuk Kementerian Pengangkutan juga tetapi saya bertanyakan boleh tidak kementerian ini mengambil satu inisiatif mungkin berbincang dengan Kementerian Pengangkutan supaya tambang ERL yang dinaikkan sekarang ini bermula pada Januari hari itu, walaupun ada 30 peratus potongan ke atas pemegang kad OKU tetapi bila tambang naik, hakikatnya mereka terpaksa bayar lebih juga daripada harga yang lepas. Jadi kalau boleh saya harapkan kementerian boleh berbincang dengan Kementerian Pengangkutan supaya apabila berlaku kenaikan ini janganlah dikenakan kepada OKU. Sebab kita kesian kepada mereka dan ini antaranya mereka mengadu kepada sayalah di Sepang ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat, kita Yang Berhormat, macam mana pun sikap prihatin memang itu memang ada. Jadi terima kasih sebab saya pun di bawah Majlis. Memang ada jawatankuasa pengangkutan. Saya akan sampaikan kepada mereka Yang Berhormat. Terima kasih.
Jadi kepada yang lainnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala perkara yang menyentuh kementerian saya dan insya-Allah sambil kita tadi banyak mengadakan perbincangan bersama macam ini tetapi sebenarnya ini adalah isu serius.
Kebajikan adalah tanggungjawab kita bersama. Jadi terima kasih kepada semua Yang Berhormat, yang mana merasakan saya tidak memberi secara terperinci, maklum sahaja supaya kami akan membantu untuk macam statistik kah apa yang diperlukan. Jadi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Kerja Raya.
Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang turut menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Segala cadangan, pandangan dan teguran mengenai isu-isu yang dibangkitkan itu amatlah dihargai dan akan diberikan perhatian oleh kementerian ini.
Isu yang pertama Tuan Yang di-Pertua, isu jalan-jalan persekutuan. Ahli Yang Berhormat dari Kangar telah memohon kerajaan menimbangkan permohonan supaya di jalan Changlun ke Kuala Perlis ditambah baik khususnya melibatkan aspek reka bentuk dan struktur jalan. Permukaan yang tidak rata, ketiadaan lampu jalan dan kelemahan aspek penyelenggaraan jalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan Changlun ke Kuala Perlis ialah jalan persekutuan FT194 yang diselenggarakan oleh kementerian ini menerusi kontrak konsesi penyelenggaraan di bawah syarikat konsesi Belati Wangsa (M) Sendirian Berhad. Jalan tersebut masih berada dalam keadaan yang baik dan dilengkapi dengan pemasangan lampu jalan di lokasi tertentu. Berdasarkan semakan kementerian dengan pihak polis, kes-kes kemalangan berlaku di laluan tersebut bukan disebabkan oleh faktor jalan tetapi disebabkan oleh manusia iaitu pemanduan melebihi had laju yang dibenarkan.
Ahli Yang Berhormat dari Tanjong Piai pula memohon supaya dipercepatkan pelaksanaan projek membina jalan baru menghubungkan Johor Bahru ke Pontian melalui Pekan Nanas. Beliau juga memohon supaya dipercepatkan kelulusan pelaksanaan fasa dua projek membina jalan Tanjong Piai ke Pekan Nanas sepanjang lapan kilometer. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya telah menjalankan kajian awal mengenai cadangan projek pembinaan jalan akses terus Johor Bahru–Pontian pada tahun 2005. Kajian itu mendapati projek tersebut berdaya maju untuk dilaksanakan dan selari dengan laporan pelan induk rangkaian jalan di Semenanjung Malaysia ataupun singkatannya dengan izin, HNDP yang diterbitkan kemudian pada tahun 2006.
Kajian tersebut mencadangkan pembinaan jalan baru sepanjang 26 kilometer dari Johor Bahru ke Pekan Nanas dan berakhir di Bandar Pontian. Projek dengan anggaran kos RM520 juta itu telah dipohon untuk kelulusan agensi pusat dalam Rolling Pelan Pertama iaitu 2016/2017 Rancangan Malaysia Kesebelas tetapi tidak mendapat kelulusan.
Sehubungan itu, kementerian ini akan memohon semula projek ini dengan agensi pusat.
Manakala untuk membina jalan Tanjong Piai ke Pekan Nanas fasa kedua, berdasarkan semakan kementerian ini, projek tersebut terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Hulu Langat pula memohon kerajaan menimbangkan segera cadangan pelaksanaan projek menaik taraf jalan Hulu Langat iaitu jalan FT3210 kepada laluan empat lorong dua hala dengan izin dual carriage way iaitu bermula dari Pekan Batu 9 sehingga Pekan Batu 18 Hulu Langat. Begitu juga Ahli Yang Berhormat dari Kota Tinggi yang menggesa kerajaan menimbangkan projek menaik taraf jalan persekutuan dari Kota Tinggi ke Sungai Rengit FT92 dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini.
Untuk makluman kedua-dua Ahli Yang Berhormat Hulu Langat dan Kota Tinggi, projek-projek tersebut tidak termasuk dalam senarai kelulusan agensi pusat untuk dilaksanakan dalam rolling pertama 2016/2017 dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.
Walaupun begitu, kementerian ini akan berbincang dengan Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri supaya projek-projek tersebut dapat dipertimbangkan pada masa yang akan datang.
Isu yang kedua, Tuan Yang di-Pertua iaitu jalan getah. Isu cadangan pembinaan jalan getah ataupun rubberized asphalt concrete sentiasa mendapat perhatian Ahli Yang Berhormat Sekijang dalam ucapan perbahasan beliau di Dewan ini. Tahniah saya ucapkan kepada Ahli Yang Berhormat yang sentiasa memperjuangkan isu ini demi membantu nasib pekebun-pekebun kecil getah di negara kita.
Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu cadangan jalan getah ini juga telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Jelebu dan telah pun dijawab pada hari Isnin 21 Mac 2016 lalu oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri semasa sesi soal jawab. Namun begitu, saya tidak keberatan untuk mengulangi semula jawapan tersebut pada hari ini memandangkan isu ini telah menarik minat dan perhatian banyak pihak.
Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, pada masa kini Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya sedang melaksanakan kajian penggunaan getah beku sebagai bahan campuran asphalt untuk turapan jalan. Kajian tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Getah Malaysia melalui pemeteraian memorandum perjanjian ataupun MOA yang ditandatangani pada 24 Jun 2015. MOA tersebut antara lain mencadangkan lima lokasi bagi melaksanakan kajian perintis pembinaan jalan getah. Salah satu dari lokasi kajian tersebut ialah di jalan Gemas-Rompin iaitu jalan FT10 Negeri Sembilan di mana projek ini telah disiapkan pada bulan Disember 2015 yang lalu.
Manakala empat lagi kajian perintis iaitu masing-masing satu di Kedah, Pahang, Kelantan dan Selangor di mana lokasi masih belum ditentukan, dirancang akan dilaksanakan pada tahun ini. Pada masa ini JKR dan LGM sedang menganalisis data prestasi turapan jalan di lokasi yang telah disiapkan itu iaitu jalan Gemas ke Rompin.
Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, beberapa faktor perlu dipertimbangkan kerajaan sebelum memutuskan penggunaan getah sebagai bahan campuran asfalt untuk pembinaan jalan di negara ini. Faktor-faktor tersebut ialah seperti berikut:
(i) kuantiti bahan mentah yang mencukupi bagi penghasilan campuran bitumen getah;
(ii) kesesuaian peralatan untuk bancuhan bitumen getah;
(iii) kualiti bahan bitumen getah yang dihasilkan di mana ia perlu mematuhi tahap piawaian tertentu; dan
(iv) kos pembinaan jalan turapan getah berbanding kaedah turapan konvensional.
Cadangan penggunaan getah beku sebagai bahan campuran asfalt dalam turapan jalan akan diperluaskan ke lokasi-lokasi lain di seluruh negara tertakluk kepada hasil keputusan pelaksanaan kajian-kajian perintis berkenaan. Ini termasuklah cadangan projek jalan getah di Rubber City, Kedah sebagaimana cadangan oleh Ahli Yang Berhormat dari Sekijang.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang seterusnya ialah berhubung kait dengan Lebuhraya Pan Borneo. Isu berkaitan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, Sarawak...
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sekijang bangun.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, adakah bila jalan yang berkaitan dengan getah ini telah mendapat kelulusan untuk dilaksanakan, taklimat ataupun memanggil mereka-mereka yang terlibat terutamanya kontraktor dan sebagainya ini untuk memastikan teknologi yang akan digunakan nanti dapat memastikan kualiti dan juga ketahanan jalan yang diminta yang akan dilaksanakan nanti dapat memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan terutamanya hasil daripada perbincangan dengan pihak LGM akan diadakan?
Terima kasih.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Sila Yang Berhormat Jelebu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebutkan soal kecukupan bahan mentah khususnya getah beku ini untuk menampung keperluan pembinaan jalan sekiranya bersesuaian. Statistik menunjukkan pada tahun lepas lebih kurang 700,000 tan ke 722,000 tan getah beku dihasilkan di dalam negara kita. Lebih kurang 95 peratus daripadanya ialah hasil daripada pekebun kecil getah. Dengan 722,000 tan itu, bererti kita boleh menggunakan bahan mentah ini untuk membina atau menyediakan asphalt rubberized bitumen ini untuk 175,000 kilometer jalan, cukup.
Jadi concernnya di sini ialah Yang Berhormat Menteri, saya mohon supaya kementerian dapat menyegerakan penyediaan kajian empirikal ini supaya ia boleh diperakukan sebagai satu bentuk penggunaan yang standard, yang berkualiti, yang mempunyai banyak kebaikan daripada penggunaan AC14 yang kita gunakan sekarang ini.
Ya, harganya tinggi sedikit. Mengikut kajian yang dikatakan tinggi sedikit itu ialah kerana kos getah yang diambil kira ketika penyediaan kos itu ialah berdasarkan SMR20 iaitu pekebun kecil akan dapat harga RM5.65 satu kilo. Itu asas perkiraan yang menyebabkan harga itu tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jadi kalau sekiranya ini dapat diperakukan dan dilaksanakan, kita sudah boleh menjamin pembelian getah-getah pekebun kecil dan harga getah pekebun kecil kita boleh jamin pada satu harga yang memuaskan dan tidak bergantung lagi kepada harga pasaran getah antarabangsa. Itu saya merayu kepada Menteri agar kita dapat menyegerakan bersama LGM kajian empirikal berkaitan rubberized road ini supaya kita dapat menyediakan satu spesifikasi dan juga technical analysisnya dengan seberapa segera yang boleh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Jelebu.
Pertama sekali berhubung kait dengan–– memang benar kuantiti adalah salah satu ciri yang kita lihat, bukanlah satu-satunya yang mutlak tetapi saya katakan tadi ada empat keseluruhannya faktor yang kita lihat sebelum kita mempertimbangkan sesuatu itu boleh digunakan termasuklah bukan sahaja daripada segi sudut teknikal tetapi juga sudut kewangannya.
Kalau berasaskan daripada projek rintis yang kita laksanakan, perbandingan kos menggunakan getah dengan konvensional, sebabkan projek rintis, maka kosnya pada masa ini memang agaknya agak tinggi kalau dibandingkan dengan konvensional disebabkan panjang jalannya tidak begitu panjang dan mungkin disebabkan economic factorlah. Dia tidak ada volume, mungkin sebab itu harganya agak tinggi. Akan tetapi, sebab itu kita kena melihat pertama sekali, pada asasnya nampak kalau kita menggunakan getah, kos membuat jalan akan lebih tinggi sedikit tetapi kita kena melihat keseluruhan kos value chainnya nanti dibandingkan dengan juga kos penyelenggaraan dan sebagainya.
Kalau mengikut kaedah biasa research and development, ianya memerlukan penghasilan selama dua tahun untuk kita dapatkan data yang penuh ataupun yang lebih lengkap dan sempurna. Memandangkan jalan ini baru kita buat dalam tempoh tahun lepas– tapi kita cuba melihat dan bandingkan apa yang the lab finding dengan the physical finding ini, apa yang kita boleh capai dan kita memang mencari kaedah untuk mempercepatkan.
Sebab itu kita kena membuat pelbagai lagi projek tambahan sebagai projek rintis yang menggunakan kaedah getah untuk dibandingkan dengan keadaan muka bumi dan jenis tanah yang kita bina.
Begitu juga dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekijang tadi.
Pertama sekali, kita melihat kepada material. Material baru sudah mesti ada technical requirement. Kalau kita hendak proseskan material itu supaya ianya dapat digabungkan sebagai bitumen yang dapat tahan lasak dan memenuhi standard teknikal yang ditetapkan, sudah tentu ada prosesnya. Sebab itu kita kena latih kontraktor. Di sini nanti kita kena hubung jalinkan dengan CIDB supaya ada program tertentu untuk melatih kontraktor bukan sahaja untuk menggunakan proses baru, menggunakan mekanisme baru, mesin-mesin
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
yang baru untuk memproseskan supaya kualiti dan standard yang ditetapkan itu akan dapat dipatuhi.
Disebabkan menggunakan getah ini, ia memerlukan satu standard yang baru, satu kaedah yang baru. Sebab itu kontraktor-kontraktor perlu dilatih untuk kita pastikan bila dilaksanakan kaedah yang baru ini nanti, kerja-kerja ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu, jalan itu nanti mutu dan kualitinya akan terjamin daripada segi comfortability kepada pengguna jalan raya dan juga dari sudut keselamatannya.
Jadi, diizinkan Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Sedikit sahaja. Saya hendak cadangkanlah kepada pihak kementerian, kalau dapat jika teknologi ini benar-benar boleh membantu kepada pekebun-pekebun kecil getah, kita minta supaya 10 atau 20 peratus ataupun 30 peratus jalan-jalan yang ada di dalam negara kita ini apabila pihak kementerian hendak laksanakan, mestilah menggunakan teknologi ini. Itu cadangan saya.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Kita ambil baik cadangan daripada Yang Berhormat Sekijang. Insya-Allah, kita akan laksanakan tetapi peratusannya setakat ini, kita tetapkan secara dalaman sebanyak lima peratus sebagaimana juga jalan menggunakan kaedah simen.
Isu Lebuhraya Pan Borneo. Isu berkaitan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak telah disentuh oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat seperti Ahli Yang Berhormat dari Labuan yang mencadangkan laluan dari Menumbok ke Beaufort dimasukkan dalam skop jajaran Pan Borneo Sabah. Ahli Yang Berhormat Sepitang memohon kerajaan mendahulukan pembinaan laluan Lebuhraya Pan Borneo Sabah untuk sektor laluan dari Sindumin-Sipitang-Beaufort sepanjang 60 kilometer. Ahli Yang Berhormat dari Lawas mohon dipercepatkan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di bahagian Lawas. Beliau juga memohon penambahbaikan jalan di Lawas termasuk membina kawasan rehat dan rawat ataupun R&R.
Ahli Yang Berhormat dari Bintulu memohon supaya spesifikasi pembetung ataupun culvert, dengan izin, yang bersesuaian digunakan bagi mengelakkan kesan limpahan air kepada pengguna dan penduduk berhampiran. Manakala Ahli Yang Berhormat dari Kota Samarahan mencadangkan supaya jalan pesisir pantai Sarawak dan jalan-jalan hubungan lain yang bersambung dengan Lebuhraya Pan Borneo dinaiktarafkan untuk keselesaan orang ramai.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian ini mengambil maklum mengenai cadangan, pandangan dan juga saranan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat itu. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, penjelasan mengenai status semasa dan kemajuan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak ialah sebagaimana jawapan saya di Dewan yang mulia ini semasa menjawab soalan Ahli Yang Berhormat dari Kudat pada 9 Mac 2016 yang lalu.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Walaupun begitu, di kesempatan ini saya ingin menjelaskan bahawa sebenarnya beberapa jawatankuasa telah diwujudkan bagi mentadbir pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak. Antaranya, Jawatankuasa Induk Peringkat Tertinggi yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara, manakala Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, masing-masing akan mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Tender.
Sehubungan itu, perkara-perkara teknikal berhubung pelaksanaan projek ini seperti cadangan, pandangan dan juga saranan Ahli-ahli Yang Berhormat itu akan dibawa dan dibincangkan secara lebih spesifik di peringkat Jawatankuasa Eksekutif. Sekiranya terdapat yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif ini, maka perkara tersebut akan dibawa kepada Jawatankuasa Induk Peringkat Tertinggi untuk diputuskan.
Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan projek EKVE. Yang Berhormat dari Hulu Langat ingin tahu apakah status dan kemajuan semasa projek tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perjanjian Konsesi EKVE telah ditandatangani pada 13 Februari 2013. Perjanjian konsesi ini telah berkuat kuasa pada 12 Februari 2015 iaitu
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
setelah syarikat konsesi berjaya memenuhi syarat-syarat duluan ataupun, dengan izin, condition precedent yang ditetapkan kerajaan.
Jajaran lebuh raya sepanjang 24.2 kilometer ini bermula dari persimpangan Sungai Long berhampiran Plaza Tol Sg. Long Lebuhraya SILK menghala ke timur melalui pinggir kawasan Bandar Mahkota Cheras dan merentasi jalan Hulu Langat B.52 dan seterusnya merentasi hutan simpan Ampang dan berakhir di MRR2 melalui Jalan Ukay Perdana. Sehingga 1 Mac 2016, status kemajuan fizikal Projek EKVE ini masih di peringkat awal iaitu 1.1 peratus sahaja. Antara aktiviti fizikal yang sedang dijalankan di tapak ialah melibatkan kerja-kerja site clearing di pakej 1 dan 2 iaitu kawasan Hulu Langat dan Ampang.
Manakala pakej 3 iaitu kawasan Jalan Ukay Perdana, kerja-kerja fizikal yang sedang dilaksanakan ialah melibatkan skop menaik taraf persimpangan Ukay Perdana ke Kampung Pasir dan juga penjajaran semula Sungai Sering di Ukay Perdana. Keseluruhan Projek EKVE ini dirancang siap pada tahun 2019. Tuan Yang di-Pertua, isu cadangan persimpangan Jalan Kuchai Lama-BESRAYA.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, boleh tanya sikit?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila, sila.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas usaha yang sedang dijalankan sekarang.
Moga-moga dapat membantu meringankan masalah kesesakan di Jalan Dusun Tua. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kerana di atas kerjasama kementerian, maka satu jalan daripada Sungai Long kita dapat rasmikan hari Jumaat lepas, susur keluar ke SILK. Terima kasih banyak.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Oleh sebab itu KKR, kita dan JKR, namanya khidmat kepada rakyat dan jasa kepada rakyat.
Terima kasih sebab mengenangkan jasa peringkat JKR ini. Ahli Yang Berhormat dari Seputeh, Yang Berhormat Seputeh masih sibuk bercakap dengan boss dia*.
[Disampuk]* Ahli Yang Berhormat dari Seputeh pula inginkan penjelasan mengenai status cadangan persimpangan baru dan terowong yang menghubungkan Jalan Kuchai Lama ke Lebuhraya Sungai Besi atau BESRAYA. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan projek tersebut tidak termasuk dalam perjanjian konsesi asal Lebuhraya BESRAYA.
Kementerian ini difahamkan pihak konsesi BESRAYA sedang dalam proses untuk mengemukakan pelan cadangan projek tersebut kepada kerajaan. Kementerian ini bersedia untuk berbincang dengan agensi-agensi Pusat, termasuk pihak DBKL untuk meneliti keperluan pelaksanaan projek tersebut jika terdapat permohonan daripada pihak konsesi.
Nanti kita jumpa pihak konsesilah, tak payah bangkit-bangkit lagi di sini, nanti kita bincang sama.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Rasanya Yang Berhormat Menteri akan tolonglah ya?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Ya, ya, ya.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Okey.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Isu had laju lebuh raya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Boleh sambung bincang dengan boss.
[Ketawa]
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Ahli Yang Berhormat dari Hulu Langat telah membangkitkan mengenai cadangan semakan semula kadar had laju di lebuh raya. Beliau mencadangkan had laju dinaikkan kepada 130 kilometer sejam untuk lorong ketiga ataupun fast lane, dengan izin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kriteria penetapan had kelajuan kenderaan di jalan raya dan juga lebuh raya di negara ini ditentukan oleh faktor- faktor seperti reka bentuk geometri jalan, kepadatan aliran trafik dan tahap risiko kemalangan.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Faktor-faktor ini diambil kira bagi memastikan reka bentuk sesuatu jalan raya atau lebuh raya itu memenuhi piawaian. Di samping itu, aspek keselamatan juga merupakan antara faktor utama dan menentukan had kelajuan di sesuatu lokasi seperti di kawasan berkepadatan tinggi, kawasan menghampiri plaza tol, susur keluar masuk, laluan mendaki, kawasan angin lintang dan sebagainya.
Oleh itu untuk mengurangkan risiko berlaku kemalangan, had laju di kawasan- kawasan itu perlu dikurangkan berbanding had laju kebangsaan yang diwartakan iaitu 110 kilometer sejam untuk lebuh raya antara bandar, 90 kilometer sejam untuk lebuh raya dan bandar dan 90 kilometer sejam untuk Jalan Persekutuan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lebuh raya-lebuh raya di negara ini telah direka bentuk berdasarkan standard dan piawaian antarabangsa.
Antara kriteria utama reka bentuk lebuh raya ialah had laju reka bentuk. Sebagai contoh, had laju reka bentuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) ialah 120 kilometer sejam sahaja. Justeru itu, parameter-parameter geometri lebuh raya seperti selekoh atau pun curves, dengan izin, super elevation, transition curves dan gradient adalah berasaskan kepada 120 kilometer sejam. Sekiranya had laju lebuh raya dinaikkan ke 130 kilometer sejam, parameter-parameter geometri lebuh raya tersebut tidak lagi sesuai dan ini berbahaya kepada pengguna.
Namun begitu, jika kadar had laju lebuh raya itu ingin dinaikkan, ia melibatkan kos yang sangat tinggi kerana reka bentuk had laju yang baru itu perlu disesuaikan dengan fizikal jalan iaitu melibatkan pengambilan tanah, pemanjangan selekoh, pelebaran lorong dan juga pelebaran jambatan.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya beralih kepada isu kadar tol lebuh raya pula.
Ahli Yang Berhormat dari Simpang Renggam telah mencadangkan supaya kerajaan mencari dan mengenal pasti mekanisme yang terbaik menyelesaikan isu-isu yang berkaitan kadar tol lebuh raya di negara ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sejak dari tahun 2008 telah berunding dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya bagi mencari jalan untuk mengurangkan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna berikutan kenaikan kadar tol.
Rundingan tersebut berasaskan kepada pendekatan menang–menang kepada semua pihak terlibat iaitu kerajaan, syarikat konsesi, pelabur dan juga pengguna. Sehingga kini, antara pencapaian daripada hasil rundingan tersebut ialah seperti berikut:
(i) Penstrukturan semula kadar tol untuk lebuh raya-lebuh raya di bawah konsesi PLUS Malaysia Berhad pada tahun 2011 dan kumpulan ANIH Berhad 2010;
(ii) Menangguhkan kenaikan kadar tol di lebuh raya negara ini sejak lapan tahun yang lalu iaitu dari tahun 2008 hingga 14 Oktober 2015;
(iii) Memansuhkan kutipan tol dan menutup lebih awal lapan plaza tol di enam lebuh raya;
(iv) Mengurangkan kadar tol melibatkan tiga konsesi lebuh raya;
(v) Menambah baik klausa-klausa dan perjanjian konsesi, termasuk memperuntukkan klausa mekanisme semakan semula tol iaitu kenaikan kadar tol tidak lagi dibenarkan secara automatik; dan
(vi) Melancarkan program rebat dan diskaun tol.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan ini...
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Yang Berhormat Menteri, boleh tanya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat PJ Selatan.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya ada tanya satu soalan lisan yang tanya kerajaan untuk mengurangkan bilangan plaza tol, terutama di kawasan Lembah Kelang. Seperti mana yang dijanjikan oleh manifesto Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Jawapan itu
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
mengatakan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 selalunya ialah membabitkan aku janji untuk tidak menaikkan kadar tol lebuh raya antara bandar untuk tempoh lima tahun iaitu tahun 2013 hingga tahun 2018. Ia merujuk kepada Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur sahaja. Sebelum itu, cadangan mengurangkan bilangan plaza tol di Lembah Klang, bukan termasuk dalam manifesto Barisan Nasional.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
So, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri menaikkan atau tidak menaikkan kadar tol antara bandar? Petaling Jaya Selatan, Petaling Jaya ke Kuala Lumpur juga antara bandar. So, di Petaling Jaya ke Kuala Lumpur di bandar raya Lembah Klang ini banyak tol.
Ada tujuh tol mengelilingi kawasan saya. So, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah usaha Kerajaan Pusat untuk membantu mereka yang memandu kenderaan. Ini sebab mereka tidak ada jalan pilihan terpaksa bayar tol, tidak ada jalan alternatif. So, saya hendak tanya Menteri bagaimana hendak bantu golongan susah supaya kita mengurangkan tol seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional. Terima kasih.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Menteri, Menteri Yang Berhormat Bukit Gantang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri. Saya hendak tanya berkenaan dengan penggunaan Touch ‘n Go ataupun SmartTAG yang kebanyakan digunakan oleh pengguna pada hari ini. Tidak adakah usaha daripada pihak kementerian supaya setiap yang kita beli Touch ‘n Go itu kurang-kurangnya diberikan 5 peratus untuk setiap kita beli kerana kita beli itu kita advance.
Walaupun di sana ada yang diletakkan RM100 apabila kita gunakan dapat rebat sebanyak 5 peratus. Akan tetapi apa salahnya daripada pihak kementerian untuk memberikan daripada awal lagi ini satu kelebihan untuk pengguna-pengguna SmartTAG kerana salah satunya dia telah pun berjaya mengurangkan penggunaan manpower, dengan izin untuk penjaga-penjaga tol sana. Jadi cadangan saya supaya pihak kementerian memberikan diskaun kepada pemegang-pemegang kad SmartTAG tadi. Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching - Kulai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Puchong dan juga Yang Berhormat Kulai.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri isu yang sama. Yang Berhormat Menteri akan tahu bahawa satu masalah yang cukup penting di jalan-jalan bertol adalah traffic jam. Kebanyakannya perkara ini menjadi lebih teruk oleh kerana kita ada toll booth, dengan izin jadi kita ada three lane di mana kita sampai kadang-kadang toll booth sampai ada 10 booth. Puchong misalnya bandar di entry Sunway Point dan itu menjadi satu perkara yang sangat menyebabkan traffic jam yang lebih.
Jadi, persoalan yang saya bangkitkan bukankah kita boleh cari satu jalan bagaimana selain daripada mengurangkan tol, isu trafik juga cukup penting. Bukankah kita boleh cari satu jalan seperti di Singapura saya lihat Yang Berhormat Menteri. Di mana tidak ada toll booth, di mana mereka boleh pandu lalu dan kita lihat bagaimana tol itu dikutip. Itu saya rasa boleh menjadi satu cara yang mana kita boleh kurangkan masalah trafik. Jadi, apakah pendapat Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan isu itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pendek sahaja.
Saya hanya hendak tanya pengesahan daripada Menteri sama ada Lebuhraya Utara- Selatan akan naik kadar tol mereka pada bulan Jun yang akan datang ini. Ini kerana sudah ada akhbar yang menyatakan bahawa mereka akan mengkaji kadar tol mereka kebelakangan ini. Itu sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Menteri.
Datuk Haji Fadillah bn Yusof
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Untuk Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan dalam bandar seperti mana yang dikatakan dalam jawapan itu memang bukan manifesto Kerajaan Barisan Nasional. Ini sebab traffic fund antara bandar ialah antara bandar-bandar utama maknanya Kuala Lumpur ke Kuantan, Kuantan ke Terengganu, Terengganu ke – itulah yang dijanjikan manifesto. Oleh sebab itu yang ada hanyalah Lebuh Raya Utara Selatan yang menghubungkan antara bandar- bandar, negeri-negeri antara negeri kita ini dan juga Lebuh Raya Pantai Timur.
Ada dua sahaja yang termaktub dalam manifesto Barisan Nasional. Apa yang dikatakan dalam bandar sekarang dalam Bandar raya Kuala Lumpur di Klang Valley ini tidak termaktub. Akan tetapi apa pun langkah yang saya katakan tadi sebahagiannya telah kita ambil tindakan iaitu dengan menamatkan sebahagian daripada tol yang dikenakan.
Contohnya yang saya sudah sebutkan di awal tadi dalam bandar raya.
Untuk Yang Berhormat Bukit Gantang terima kasih atas cadangan. Ini salah satu perundingan yang kita laksanakan ataupun yang sedang kita buat dengan pihak konsesi, untuk menggalakkan konsesi. Ianya tidak termaktub dalam perjanjian konsesi tetapi memang kita galakkan syarikat-syarikat konsesi untuk mengadakan program sama ada memberi rebat ataupun diskaun. Misal kata PLUS Highway memang sudah pun menjalankan program ini. Kita hendak galakkan syarikat konsesi yang lain pun akan menggalakkan program memberi rebat dan diskaun kepada pengguna termasuklah melibatkan Touch ‘n Go itu sendiri untuk membuat program ini.
Untuk Yang Berhormat Puchong memang dalam piagam kita dan salah satu KPI yang kita tetapkan. Oleh sebab itu sekarang ini kebanyakan syarikat-syarikat konsesi sudah memulakan electronic tolling maknanya electronic tolling sekurang-kurangnya tidak ada lagi cash payment. Dahulu ada cash payment sekarang ini sedikit demi sedikit kita hendak menghapuskan cash payment menggunakan electronic tolling.
Maknanya dia mempercepatkan sedikit walaupun bukan belum multi-lane free flow yang kita laksanakan. Multi-lane free flow akan kita laksanakan target kita the pilot will be in 2018 dan keseluruhannya by 2020 hopefully it will be seamless. Maknanya tidak ada lagi perlu sentuhan kad itu akan mempercepatkan lagi. Akan tetapi migration ini akan mengambil masa untuk kita integrate keseluruhan sistem ini dan juga mengadakan back- end engine. Juga pada masa yang sama kita kena perkukuhkan daripada segi perundangan disebabkan antara banyak agensi termasuklah JPJ, polis dan sebagainya. Kalau siapa yang tidak membayar pass through tidak membayar what will be the action and so on, yang ini sedang diperhalusi. Jawatankuasa sudah pun kita wujudkan untuk memperhalusi antara agensi bagaimana kita hendak memperkemaskan supaya bila dilaksanakan multi-lane free flow ini nanti ianya akan tidak menimbulkan masalah kepada orang ramai dari segi legal dan juga teknikal. Itu sedang kita laksanakan.
Untuk Yang Berhormat Kulai dari segi perjanjian kelayakan naik sebenarnya Januari tahun ini, kalau ikut perjanjian. Akan tetapi kita masih di tahap perundingan dan belum ada keputusan sama ada akan dinaikkan atau pun tidak. Kita ingat bahawa memang ada manifesto Kerajaan Barisan Nasional tol antara bandar ini tidak akan dinaikkan. Kita sedar perkara ini dan kita sedang melakukan perundingan dengan syarikat konsesi.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri sedikit.
Datuk Haji Fadillah bn Yusof
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya sebab saya pun tanya tentang fasal sama ada kerajaan akan naikkan lapan tol lebuh raya selepas pindaan bajet, I mean tahun 2016. Menteri kata telah memperuntukkan pampasan tol sebanyak RM593 juta jika kerajaan memutuskan tidak membenarkan sebarang kenaikan tol pada tahun ini. Saya hendak minta Menteri jelaskan, apakah deadline kena buat keputusan sebab patutnya Januari tahun 2016. Saya rasa industri mereka perlu adakan masa untuk mereka planning kerana lapan tol ini lapan tol yang utama terutamanya melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan. Ini adalah very, sangat- sangat pentinglah untuk kita repercussion among the industry.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Second thing is saya hendak Menteri, saya cadangkan macam ini. Ini kerana tiap- tiap tahun kita kena sediakan pampasan lebih kurang RM593 juta. Duit ini cukup besar.
Sebenarnya dalam konsep transportation, we have to think of moving people, not moving cars. Kalau kita bina lebih banyak lebuh raya, dia hanya *moving cars is not moving people.
So,* itu sebab kita setiap kali lepas bina lebuh raya dia masih jammed lagi. Jadi isunya adalah kalau kita boleh gunakan duit ini untuk beli lebih banyak bas, feeder bus terutamanya MRT akan siap tidak lama lagi dalam tahun depan. Kalau kita turn duit ini RM593 juta kita boleh beli lebih kurang 500 biji bas yang baru. Jadi we are moving people around. Jadi saya rasa polisi kita kena kurangkan lebuh raya bertol dan fokus in public transportation. Terima kasih.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat Menteri, isu yang lebih kurang sedikit saja. Terima kasih. Saya ingin tahu apakah terma perjanjian yang telah dipersetujui antara kerajaan dengan syarikat-syarikat konsesi yang ada lebuh raya dalam negara kita. Terutama berkaitan dengan tempoh kadar kenaikan tol beberapa tahun dan begitu juga berkaitan dengan kadar pampasan sebab menimbulkan beban yang cukup besar kepada kerajaan dan rakyat. Minta penjelasan.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Untuk makluman Yang Berhormat Bayan Baru, kalau kita tambahkan bas pun, bas akan memerlukan jalan. Melainkan kalau kita hendak membuat MRT dan going away from jalan, kita hendak buat rail. So if you want to migrate from jalan pergi ke rail, then jalan tidak perlu diperbesarkan. Jadi whatever it is, sebenarnya kalau kita melihat kepada perancangan kerajaan, kerajaan melihat kepada keseluruhan.
Satu pada jalan, kedua juga on the public transportation sama ada rail ataupun the public transportation yang dijalankan di bawah Urban Transformation Program and the Transportation Program yang dilaksanakan. Jadi sebab itu kita ada LRT, ada MRT yang sedang giat dilaksanakan termasuklah the speed rail and so on.
Memang kita sedar bahawa perjanjian ini satu yang kita dah komited dari dulu lagi.
Perancangan ini kita kena melihat bagaimana kita hendak tangani. Jadi sebab itu kita melihat bahawa kita kena imbangi antara keseluruhan, kepentingan kerajaan, pengguna dan juga the private sector supaya the win-win situation yang saya katakan tadi akan dapat tercapai. Pendekatan kita setakat ini ialah untuk kita melihat bagaimana kita dapat imbangi dengan kemampuan kewangan kerajaan dan juga tidak akan memberi bebanan yang begitu teruk kepada pengguna.
Apa pun saya setuju kalau kita dapat jimatkan perbelanjaan, tiada pampasan, duit itu sebenarnya boleh kita gunakan untuk tujuan-tujuan lain. Misal kata Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan juga ada cakap dengan saya di luar, sekarang ini di sebelah utara dari Kuala Lumpur hendak ke utara pun, kalau festival, highway pun dah jam, jalan federal pun dah jam. Kalau kita dapat gunakan, besarkan dan buat lagi banyak jalan, insya-Allah akan lebih banyak pilihan kepada rakyat untuk guna dan meleraikan trafik daripada menumpu pada satu-satu jalan. Itu juga salah satu pendekatan tetapi sudah pasti bergantung pada kemampuan kewangan dan dana kerajaan.
Berkaitan dengan perjanjian, sebenarnya banyak kali dah dijawab. Saya dah jawab dalam Parlimen ini, kalau saya hendak ulang lagi pelbagai jenis perjanjian daripada generasi satu, generasi kedua, generasi ketiga dan generasi keempat. Kalau kita ikut generasi ini yang pertama dulu sudah pasti peringkat kerajaan masih belajar.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Ya, sebab itu kadar kenaikan itu yang saya katakan generasi yang pertama dulu automatik, sekarang ini tidak lagi automatik. Kita dah perkenalkan yang baru di mana kalau hendak kenaikan kita akan kaji dulu. Adakah sebab tol ini, kadar tol adalah berdasarkan kepada trafik. Kalau trafik itu dicapai, maka kita tidak akan benarkan kenaikan tetapi kalau mereka belum capai pada estimation traffic yang dimaktubkan dalam perjanjian, maka barulah kebenaran untuk kenaikan tol dilihat sebab syarikat konsesi ada tanggungan kepada pemberi pinjaman sebab mereka mengambil pinjaman untuk membuat highway.
Itu yang kena diimbangi keseluruhannya. Jadi sebab itu ia tidak ada lagi automatic increment tetapi kita akan perhalusi apa saja kenaikan dengan kita melihat kepada akaun mereka, kutipan tol mereka, kadar trafik, actual traffic yang lalu dan baru kita izinkan kenaikan kalau dibenarkan di bawah perjanjian tersebut. Boleh saya beralih?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Satu soalan.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Soal tol ini dah banyak kali saya jawab dan terangkan.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Satu soalan saja.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat Menteri, saya tidak berapa jelas tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, isu lain Yang Berhormat.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Boleh tanya satu soalan?
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Sekejap. Okey Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Adakah mungkin berlaku penipuan dalam laporan dan sebagainya sebab kita lihat semakin hari semakin banyak kenderaan yang menggunakan lebuh raya. Jadi macam mana setiap kali kenaikan berkenaan atas alasan tidak cukup jumlah kenderaan. Perkara itu mungkin pemantauan yang jelas perlu dibuat.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Oleh sebab itu ada audit dan syarikat-syarikat konsesi pun ada auditnya sendiri. Kalau di sini Audit Kewangan, kita melakukan audit dari segi the traffic dan so on. Ada detail study yang kita buat sebab itu kita berkeyakinan bahawa apa yang kita lakukan adalah berasaskan apa yang telah dilaksanakan dulu. Jadi sebab itu memang benar kalau kita melihat ada yang highway, kalau kita melihat keseluruhan highway yang hanya untung ada lima saja. Kalau melihat pada dalam negara kita, yang lain itu boleh katakan cukup makan. Yang ini yang kita kena perincikan dan kita kena lihat peringkat mana yang kita dapat selesaikan khususnya mereka yang telah mencapai keuntungan itu. Bagaimana kita nak pastikan mereka dapat memberi balik dengan memberi rebat dan diskaun kepada pengguna.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
[Bangun]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Tuan Yang di-Pertua, saya nak beralih ke tajuk lain.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Yang Berhormat Menteri, boleh tanya soalan?
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan untuk menyentuh isu berkaitan Pelan Transformasi Industri Pembinaan ataupun CITP dengan kata lain Construction Industry Transformation Program. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pelan Transformasi Industri Pembinaan atau lebih dikenali sebagai CITP merupakan perancangan ataupun blueprint kerajaan bagi mentransformasikan industri pembinaan untuk tempoh dari tahun 2016 hingga 2020 sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
CITP ini merupakan salah satu inisiatif penting di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas untuk memastikan pencapaian status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Ia telah dibangunkan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan ataupun NGO yang mewakili industri pembinaan.
Untuk tujuan mentransformasikan sektor pembinaan negara, CITP telah menggariskan empat teras strategi utama iaitu seperti berikut:
(i) productivity dengan izin, meningkatkan nilai tambah setiap pekerja melalui penggunaan kaedah pembinaan moden, berteknologi tinggi dan menggunakan tenaga kerja yang mahir secara berkesan dan meningkatkan perusahaan kecil dan sederhana ataupun PKS;
(ii) environmental sustainability iaitu mengurangkan pembaziran dan kesan kepada alam sekitar melalui penggunaan bahan dan
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
tenaga yang lebih cekap serta menggabungkan elemen reka bentuk yang meningkatkan jangka hayat bangunan, infrastruktur dan juga persekitaran semula jadi;
(iii) internationalization iaitu meningkatkan kapasiti dan daya saing pemain industri di dalam negara dan di peringkat antarabangsa melalui peningkatan pembiayaan, pembentukan konsortium dan peningkatan keupayaan dalam pasaran eksport yang berpotensi tinggi; dan
(iv) quality, safety dan professionalism iaitu meningkatkan tahap kualiti keselamatan dan profesionalisme dengan memperkenalkan piawaian minimum bagi kualiti bahan binaan dan juga piawaian minimum bagi keselamatan dan kemudahan pekerja serta mengurangkan birokrasi perniagaan dalam industri.
Berikut ini pula ialah sasaran digariskan kerajaan dalam CITP untuk merangsang sektor pembinaan negara:
(i) kadar pertumbuhan sebanyak 10 peratus untuk industri pembinaan;
(ii) meningkatkan produktiviti sebanyak 2.5 kali iaitu daripada USD7,000 bagi setiap pekerja pada tahun 2011 kepada USD16,500 bagi setiap pekerja menjelang tahun 2020;
(iii) mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40 peratus pada tahun 2020;
(iv) meningkatkan sebanyak 10 peratus kontraktor yang diiktiraf badan bebas standard kesihatan dan keselamatan antarabangsa;
(v) mewujudkan konsortium besar pelbagai disiplin untuk pasaran antarabangsa mulai bulan Disember 2018; dan
(vi) meningkatkan keperluan kemapanan untuk kedua-dua projek awam dan swasta bagi memastikan pembinaan lebih berdaya tahan terhadap bencana alam.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekali, dasar pelaksanaan CITP ini dijangka akan mengubah landskap industri pembinaan di negara ini iaitu industri pembinaan akan menjadi lebih produktif, mampan, selamat, berkualiti, profesional dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Aspirasi yang diharapkan termasuk peningkatan tenaga kerja yang mahir, peningkatan penggunaan kaedah pembinaan yang berteknologi tinggi, penerapan agenda kemapanan dalam semua aspek pembangunan, penerapan budaya keselamatan yang tinggi dan menjadi lebih kompetitif dalam menghadapi cabaran globalisasi.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahajalah penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu yang telah dibangkitkan sepanjang perbahasan. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan,pertanyaan serta juga saranan. Semoga dengan semua saranan tersebut, kita akan sama-sama dapat meningkatkan sektor pembinaan untuk kesejahteraan dan juga sumber kekayaan kepada negara kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih. Saya jemput Kementerian Sumber Manusia.
Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada 35 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh 16 isu yang berkaitan Kementerian Sumber Manusia.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Lanang dan Yang Berhormat Kuala Krai
Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem
telah membangkitkan isu pemberhentian pekerja. Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan setiap pekerja yang diberhentikan kerja mendapat pampasan atau bayaran mengikut peruntukan undang-undang, peraturan dan perjanjian sedia ada antara pekerja dan juga majikan.
Pihak majikan dikehendaki melaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang terdekat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum mana-mana tindakan pemberhentian pekerja tempatan atau pekerja asing dilaksanakan dengan menggunakan borang pemberhentian PK.
Bagi makluman Dewan yang mulia ini, terdapat dua jenis tindakan pemberhentian pekerja seperti berikut:
(i) Pemberhentian Kerja Biasa - Pemberhentian kerja biasa adalah tindakan penamatan kontrak oleh majikan kerana syarikat mengalami masalah kewangan ataupun perubahan struktur perniagaan yang disusun semula mengakibatkan berlaku lebihan tenaga kerja. Pekerja yang dihentikan akan dibayar faedah penamatan sebagai yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955 atau perjanjian bersama atau collective agreement.
(ii) Pemberhentian Secara Sukarela atau VSS - Pemberhentian secara sukarela atau VSS adalah tindakan alternatif kepada pemberhentian biasa di mana pekerja sendiri menawarkan diri dan bersetuju untuk ditamatkan pekerjaan oleh majikan dengan syarat majikan membayar faedah penamatan atau pampasan yang lebih baik daripada peruntukan undang-undang.
Bagi makluman Yang Berhormat Lanang, tempoh 1 Februari 2016 hingga 29 Februari 2016, seramai 693 pekerja dilaporkan terlibat dalam tindakan pemberhentian.
Bilangan ini telah menurun berbanding dengan bilangan pekerja yang diberhentikan pada bulan Januari 2016 iaitu seramai 5,123 pekerja dan pada bulan Disember seramai 5,758 pekerja. Penurunan jumlah pemberhentian ini memberi petunjuk bahawa keadaan ekonomi semakin kukuh berbanding tahun sebelumnya walaupun ia masih di peringkat awal, kesan dari kegawatan ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua, di samping itu berdasarkan Jabatan Statistik Jabatan Tenaga Kerja Sarawak bagi tahun 2015, seramai 455 pekerja telah diberhentikan kerja oleh 53 majikan dalam segenap sektor Sarawak yang dilaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja. Bagi tahun 2016 pula, setakat Februari seramai 29 pekerja telah diberhentikan oleh tiga majikan.
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak akan memutuskan bahawa semua pembayaran yang layak diterima pekerja yang diberhentikan ini dilakukan oleh majikan seperti diperuntukkan dalam perundangan perburuhan Sarawak Labour Ordinance serta membantu pekerja yang diberhentikan mendapatkan pekerjaan alternatif.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rekod yang diterima, implementasi GST tidak dilaporkan sebagai punca pekerja dibuang kerja oleh majikan. Berikut adalah di antara alasan-alasan tindakan pemberhentian kerja yang dilaporkan oleh pihak majikan kepada Jabatan Tenaga Kerja:
(i) ketidakstabilan pasaran ekonomi nasional dan global;
(ii) tiada permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan;
(iii) pemaksimuman teknologi maklumat dan komunikasi;
(iv) penutupan perniagaan sepenuhnya atau sebahagiannya;
(v) pengecilan tenaga kerja;
(vi) pengambilalihan syarikat;
(vii) penstrukturan semula organisasi; dan
(viii) penggabungan syarikat.
Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jasin telah membangkitkan isu pemberhentian pekerja oleh MAS. Pada 31 Ogos 2015, secara rasminya Malaysia Airlines System Berhad (MAS) telah menamatkan operasinya dan memberhentikan seramai 18,574 orang pekerja. Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang memulakan operasinya yang berkuat kuasa pada 1 September 2015 telah menawarkan pekerjaan kepada 12,973 orang bekas pekerja MAS dan seramai 12,730 orang telah menerima tawaran tersebut. Manakala 243 orang pekerja lagi menolak tawaran bekerja.
Khazanah Nasional Berhad telah menubuhkan *Corporate Development Centre
(CDC)* pada 1 Jun 2015 sebagai salah satu dari 12 langkah di bawah Pelan Pemulihan MAS. Pada asalnya tujuan penubuhan CDC adalah untuk membantu kakitangan MAS yang tidak ditawarkan pekerjaan dengan MAB, mendapat latihan semula untuk memudahkan mereka mendapat pekerjaan baru. Langkah ini diambil bagi mengurangkan kesan-kesan negatif yang terpaksa dihadapi oleh pekerja MAS yang dihentikan. Kemudian fungsi dan tanggungjawab CDC ini telah diperluaskan untuk:
(i) membantu pekerja MAS yang telah ditawarkan ke MAB mendapat pekerjaan yang baru;
(ii) membantu melatih semula atau reskilling dan upskilling dalam pelbagai bidang bagi memudahkan mereka mencari pekerjaan baru;
(iii) menyediakan latihan dan platform kepada bekas pekerja yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan; dan
(iv) menyediakan latihan pengurusan kewangan sebagai penyediaan untuk persaraan.
Tuan Yang di-Pertua, seramai 3,022 orang bekas pekerja MAS telah mendaftar dengan CDC. Daripada jumlah ini seramai 1,145 orang pekerja telah mengikut program- program yang telah dijalankan di bawah CDC seperti upskilling, reskilling dan program- program keusahawanan. Daripada 1,145 orang yang mengikuti program ini, 459 orang telah mendapat pekerjaan di tempat baru. 637 orang telah menjalankan perniagaan sendiri dan 49 orang lagi telah memilih untuk bersara.
Tuan Yang di-Pertua, di pihak Kementerian Sumber Manusia pula telah menubuhkan satu jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Isu Perburuhan MAS yang memfokuskan kepada tiga bidang utama iaitu membantu mereka mendapat pekerjaan baru, latihan semula atau retraining termasuk meningkatkan kemahiran up skilling dan membantu untuk mereka menceburi bidang keusahawanan.
Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem
Jawatankuasa ini terdiri daripada pelbagai agensi, antaranya JobsMalaysia, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Perbadanan Nasional Berhad, Khazanah Nasional Berhad dan lain-lain agensi di bawah kementerian. Usaha-usaha yang dirancang ini adalah khusus untuk membantu pekerja- pekerja MAS yang diberhentikan supaya mereka diberi peluang sewajarnya.
Tuan Yang di-Pertua, di samping itu Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama pihak pengurusan Petronas. Didapati Petronas sedang melakukan penstrukturan semula organisasi bagi mendepani cabaran akibat situasi kemelesetan harga minyak dan juga gas.
Harga minyak mentah mula menunjukkan kejatuhan pada pertengahan bulan Jun 2014.
Daripada USD 115 satu tong dan sekarang diniagakan pada kadar sekitar USD 35 satu tong.
Syarikat ini telah mengenal pasti lebihan pekerja yang melibatkan seramai 797 orang pekerja iaitu merupakan 2.3 peratus daripada 34,192 pekerja yang melibatkan pelbagai jawatan dalam syarikat. Lebihan pekerja seramai 797 melibatkan 467 pekerja berstatus tetap dan 330 pekerja berstatus kontrak. Pekerja berstatus kontrak melibatkan pekerja yang digaji terus atau contract direct hire. Pihak ketiga iaitu Agensi Pekerja Swasta
(APS) dan outsourcing company. Seramai lebih 200 pekerja yang berstatus kontrak diagihkan secara terus dengan Petronas akan ditamatkan kontrak perkhidmatan berdasarkan tempoh kontrak yang akan tamat pada bulan Jun tahun ini dan Disember tahun ini juga. Manakala baki pekerja yang digaji oleh pihak ketiga iaitu syarikat
Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem
outsourcing dan APS akan ditamatkan apabila tempoh kontrak perjanjian antara Petronas dengan pihak ketiga ini tamat.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum tindakan pemberhentian diambil, Petronas telah mengambil inisiatif untuk menawarkan semula jawatan di dalam anak syarikat dan syarikat kumpulan untuk diisi oleh pekerja lebihan yang berstatus tetap. Seramai lebih 100 orang pekerja dalam kalangan 467 lebihan pekerja telah pun ditawarkan bekerja di anak syarikat dan syarikat kumpulan Petronas termasuk di Sabah dan di Sarawak.
Petronas telah menawarkan voluntary severance package secara dua peringkat kepada 463 orang pekerja. VSP peringkat pertama akan melibatkan kategori pengurusan atasan. Bagi tindakan permulaan pemberhentian seramai lapan orang pekerja peringkat pengurusan atasan telah ditawarkan VSP pada 2 Mac 2016. Pekerja diberi peluang selama 2 minggu untuk membuat keputusan sehingga Mac 16 yang lalu. Tarikh pemberhentian ini adalah pada 1 Mei 2016 bagi pekerja yang bersetuju menerima tawaran tersebut manakala pekerja yang tidak bersetuju akan ditawarkan untuk mobility opportunity seperti dipindahkan ke anak syarikat yang lain atau di syarikat lain di luar Petronas.
Hasil perbincangan bersama Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia, Petronas telah bersetuju untuk bekerjasama bagi menangani isu pemberhentian pekerja dengan menawarkan perkhidmatan dan khidmat nasihat kepada JTK serta agensi-agensi dan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Petronas juga dalam melantik syarikat perunding Kelly Services Sdn. Bhd. untuk membantu menempatkan semula pekerja ke syarikat-syarikat yang lain yang menawarkan kekosongan jawatan, kaunseling dan latihan semula bagi pekerja yang memerlukan kemahiran baru.
Bagi pemberhentian pekerja yang melibatkan CIMB Group Holdings Berhad, pihak syarikat telah menawarkan pemberhentian secara VSS atas alasan syarikat telah mengubah sistem perkhidmatan secara manual kepada automatik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Jasin bangun.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Kalau satu ketika dahulu negara kita boleh berbangga dengan angka kemiskinan yang paling terbaik di dunia 0.6 peratus. Dengan angka defisit yang cukup meyakinkan dan yang ketiga sekali dengan angka pengangguran yang di bawah 4 peratus iaitu dengan tidak ada pengangguran.
Akan tetapi dengan banyak pemberhentian pekerja sekarang pada ketika ini terutamanya yang melibatkan banyak GLC, pertamanya Petronas. Keduanya, MAS dan selepas itu CIMB. Jadi saya hendak tanya pada pihak Yang Berhormat Menteri, adakah semua majikan ini mengambil maklum dan mendapatkan nasihat daripada pihak kementerian tentang cadangan pemberhentian ini kerana kita tidak mahu tindakan mereka adalah semata-mata berorientasikan kepada keuntungan. Mungkin ianya akan menyebabkan syarikat-syarikat lain akan mengambil tindakan yang sama dan alasan yang sama. Keduanya, adakah mereka ini diberikan pampasan yang setara dengan tempoh perkhidmatan yang telah mereka berikan pada setiap majikan itu? Terima kasih.
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Terima kasih, Yang Berhormat Jasin. Soalan itu sebenarnya saya telah jawab tadi. Saya dari awal-awal telah menyatakan bahawa pihak kementerian telah berunding, telah mula berunding dan sedang berunding tentang masalah yang bakal ditimpa oleh mereka yang akan diberhentikan dari pekerjaan ini. Jadi tindakan itu Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya telah menjawab secara tidak langsung sebentar tadi.
Mengenai peratusan pekerjaan yang disebut 4 peratus itu adalah angka yang mengikut OECD. Mana-mana negara yang mempunyai peratusan pekerjaannya yang kurang, yang penganggur kurang daripada 4 peratus adalah dianggap sebagai full employment. Itu yang saya ingin terangkan. Terima kasih, Yang Berhormat Jasin.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya tekun mendengar penjelasan Yang Berhormat Menteri dan syabas diucapkan kerana ada perundingan antara pihak Petronas dengan pihak
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
kementerian dalam mengatur langkah untuk memberikan hak kepada pekerja. Dari peringkat awal tadi Yang Berhormat Menteri ada mengatakan bahawa ini untuk memastikan bahawa semua mereka ini yang terlibat tidak tercicir daripada mendapat faedah daripada pemberhentian ini.
Dalam masa yang sama Yang Berhormat Menteri juga ada mengatakan bahawa sekarang ini dalam keadaan pendapatan Petronas yang tidak mengizinkan, pekerja ini dilanjutkan perkhidmatan mereka, dikhususkan kepada pekerja kontrak kemudian pekerja tetap.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Persoalan saya ialah adakah boleh dalam keadaan sebelum ini, Petronas telah menyumbangkan beratus bilion kepada negara tapi dalam keadaan minyak turun, kita bolehkah bersabar sedikit untuk minyak itu dinaikkan dan kita boleh selamatkan pekerja dalam krisis ini supaya mereka itu tidak dibuang kerja? Ini kerana bagi saya, fenomena dalam market petroleum ini dia tidak konsisten, dan dalam keadaan tenat, kita menjatuh hukum. Dalam keadaan selesa, kita mengaut untung.
Jadi saya hendak cadangkan, saya hendak merayu kepada kementerian, bolehkah kementerian kembali balik kepada pengurusan Petronas untuk memberikan sedikit waktu untuk memastikan Petronas ini dapat dikukuhkan dan diselamatkan daripada pembuangan kerja ini. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, sambung sedikit Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya juga ada membangkitkan persoalan ini dalam perbahasan dan saya juga mengatakan bahawa penurunan harga minyak ini adalah satu fenomena sementara dan harga mungkin akan naik malah lebih tinggi daripada paras tinggi terdahulu dan Petronas melaporkan, bukan kerugian tetapi kekurangan pendapatan. Berbezalah dengan Malaysian Airlines ataupun MAS yang melaporkan kerugian. Jadi, tentulah saya mengandaikan Petronas tidak mahu menghantarkan satu isyarat bahawa syarikat besar, Fortune 500 ini berada dalam satu keadaan ekonomi ataupun perniagaan yang meruncing sampai terpaksa berpisah dengan kakitangannya.
Seperti Yang Berhormat Kuala Langat, saya mencadangkan supaya bertahanlah sebentar. Harga pun semakin naik. Apakah kalau harga kembali tinggi, Petronas akan mengambil balik mereka setelah membayar VSS dan sebagainya? Jadi, saya rasa wajar kalau Petronas khususnya tidak memberikan suatu isyarat yang seolah-olah kalau sesuatu GLC itu tidak mencapai prestasi sebelumnya, pembuangan kerja merupakan opsyen bagi mereka. Terima kasih.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sikit lagi boleh, Yang Berhormat Menteri?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Saya ingin penjelasan sedikit.
Bolehkah kerajaan membantu mereka yang telah diberhentikan kerja ini untuk dapat pekerjaan? Ini kerana mereka yang telah diberhentikan kerja ini, disebabkan oleh bermacam-macam masalah company, mereka adalah yang senior, yang telah bekerja beberapa tahun dan mereka yang telah berhenti ini mempunyai keluarga dan mungkin anak yang ramai dan juga hutang yang banyak.
Saya ada satu kes di mana dia seorang daripada human resource, dia pergi interview kerja hampir hari-hari dan hari-hari tidak dapat kerja dan ini mendatangkan tekanan, stress dalam kehidupannya. Stress dengan keluarga, anak-anaknya dan sebagainya.
Jadi boleh tidak kerajaan membantu dan melihat kepada mereka yang senior ini, yang punya banyak komitmen ini untuk membantu mereka mencari kerja secepat mungkin?
Terima kasih.
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Dua soalan sebenarnya. Pertama, mengapa tidak kita mencari jalan dalam mana mengekalkan mereka yang bakal dibuang kerja ini, kerana dengan harga minyak yang tidak ketentuan, ia mungkin balik naik dan sebagainya.
Jadi jawapan untuk kedua-dua Yang Berhormat yang telah menyentuh isu ini, pihak kita, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja akan cuba berunding dengan pihak Petronas tapi kita tidak boleh berjanji.
Soalan yang kedua iaitu yang memohon agar kerajaan membantu mereka ini dengan memberi pelbagai allowance dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini saya fikir kerajaan tidak dapat berbuat demikian.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya pergi perkara atau isu-isu CIMB. Bagi pemberhentian pekerja yang melibatkan CIMB Group Holdings Berhad pula, pihak syarikat telah menawarkan seperti mana yang saya sebut sebentar tadi, pemberhentian kerja secara VSS. Dalam perkara ini, jumlah pekerja yang terlibat dalam pemberhentian adalah seramai 1,577 orang melibatkan enam peringkat pemberhentian iaitu pada bulan Jun 2015 yang melibatkan 112 orang, pada bulan Julai, peringkat kedua, seramai 660 orang, bulan Ogos 2015 seramai 400 orang, bulan September 2015 seramai 200 orang, bulan Oktober 2015 juga seramai 200 orang dan bulan Disember 2015 seramai 15 orang.
Pihak Kementerian Sumber Manusia sentiasa memastikan pekerja yang diberhentikan mendapat hak sewajarnya mengikut Akta Kerja 1955 atau perjanjian bersama antara majikan dan pekerja atau collective bargaining. Pekerja yang diberhentikan akan dipastikan menerima bayaran faedah yang mereka berhak terima seperti baki gaji, baki cuti tahunan, notis dan faedah-faedah penamatan pekerja.
Bagi tujuan ini Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia telah menubuhkan Pusat Operasi Pemantauan Pemberhentian Pekerja Peringkat Nasional atau POPPK bertempat di ibu pejabat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Fungsi POPPK ini adalah untuk memantau setiap cadangan tindakan pemberhentian yang dilaporkan oleh majikan supaya nasihat yang bersesuaian dapat diberi kepada majikan.
Selain itu, pemantauan ke atas isu bayaran pampasan juga akan dibuat di samping membantu pekerja yang diberhentikan mendapat pekerjaan semula atau membantu pekerja-pekerja yang ingin mendapatkan kemudahan latihan-latihan kemahiran baru yang diperlukan agar bersesuaian dengan kekosongan pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ada dua yang bangun Yang Berhormat, Yang Berhormat Sibu dan juga Yang Berhormat Kuala Langat. Yang mana satu Yang Berhormat? Ya, Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Yang Berhormat Menteri, boleh jelaskan sikit tentang SALCRA Sarawak di Miri sana sudah memecat 39 orang pekerja tanpa alasan yang kukuh. Kes ini saya sudah serahkan kepada Yang Berhormat Menteri. Boleh Yang Berhormat Menteri beri sedikit penjelasan apa yang sedang berlaku dan bagaimana bantuan akan dihulurkan oleh kementerian untuk membantu 39 orang pekerja ini?
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Menteri, bersekali Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila, sila.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Tuan Yang di-Pertua, saya tekun mendengar penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan langkah-langkah yang akan diambil dan bakal diambil oleh kementerian. Akan tetapi dalam masa yang sama, apakah Yang Berhormat Menteri boleh memberi jaminan bahawa pekerja yang dibuang, sebagai contoh 1,577 CIMB ini, tidak digantikan dengan pekerja asing di masa hadapan? Saya takut majikan ini dia buang pekerja tempatan untuk membolehkan dia mengambil pekerja asing. Sebab, saya diberitahu oleh NUBE sebelum ini, memaklumkan bahawa ada perkhabaran kemungkinan iaitu majikan ini akan mengambil pekerja asing untuk mengambil tempat pekerja tempatan.
Saya hendak mohon kementerian dan Yang Berhormat Menteri selaku CEO dalam Sumber Manusia ini memastikan dan memberi jaminan bahawa tidak berlaku begitu dan jaminan ini memberi keyakinan kepada rakyat, pekerja negara ini bahawa mereka tidak
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
diperdagangkan untuk ditukar ganti kepada pekerja asing. Mohon Yang Berhormat Menteri memberi jaminan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya ada berjumpa dengan beberapa anggota CIMB baru- baru ini, tiga hari dulu. Saya difahamkan lebih kurang tujuh orang baru diemployed oleh CIMB, headhunting dari luar negara.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya difahamkan lebih kurang tujuh orang baru diemploy oleh CIMB headhunting dari luar negara. Saya difahamkan semua ini ada orang-orang yang sama kelayakan yang ada di negara kita tetapi preference diberi kepada orang-orang asing. Ini satu di antara punca di mana rakyat kita dianaktirikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Boleh ambil tindakan sedemikian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Menteri, kita tangguhkan perbahasan kita kerana ada usul. Tuan Yang di- Pertua telah bersetuju usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Jadi, kita akan memulakan usul tersebut. Sila Setiausaha.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sebelum saya jemput Yang Berhormat Kuantan, 30 minit diberikan kepada pembahas-pembahas dan 30 minit bagi pihak kerajaan untuk menjawab. Saya mencadangkan 10 minit untuk pembentang dan 20 minit untuk pembahas. Cuma saya ingin dapatkan kepastian, berapa orang yang berminat?
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, saya telah juga diberikan senarai oleh Ketua Whip Pembangkang iaitu Yang Berhormat Kuantan akan bentangkan 10 minit, Yang Berhormat Kulai 5 minit, Yang Berhormat Sepang 5 minit, Yang Berhormat Rantau Panjang 5 minit. Kalau begini tidak ada peluang untuk Barisan Nasional dan saya minta supaya Yang Berhormat Kuantan 10 minit, Yang Berhormat Kulai 5 minit, Yang Berhormat Rantau Panjang 5 minit dan Yang Berhormat Kuala Selangor 5 minit.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sepang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang akan datang lah. Ya, sila Yang Berhormat Kuantan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas usul di bawah 18(1) berkenaan dengan isu 162 kanak-kanak yang didakwa terabai yang dikeluarkan oleh akhbar. Pada mula ini, saya ingin mengatakan kepada semua bahawa usul ini adalah untuk mencari jalan penyelesaian Tuan Yang di-Pertua dan bukan untuk mencari kesalahan sesiapa. Saya ingin merakamkan di sini bahawa saya iktiraf bahawa pihak-pihak yang bertanggungjawab, bekerja keras dan amat ikhlas di dalam melaksanakan tugas mereka.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Malah, saya tahu bahawa ramai di antara petugas-petugas di pusat perlindungan kanak- kanak ini overworked dan overstretched, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, saya cuma ada interest kanak-kanak tersebut, the best interest of the children dan itulah sebabnya usul ini dibangkitkan dan dibahaskan. Saya juga berharap bahawa para petugas di pusat tidak rasa stress sebab sekarang ini mereka under pressure dan mereka disalahkan. Ada yang mencari siapa pengadunya dan sebagainya.
Seharusnya perkara ini tidak berlaku kerana kita ingin mencari kebaikan, penambahbaikan dalam isu ini.
Saya ingin merujuk kepada Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara, di mana kanak-kanak ini dikatakan dalam Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara ini, kanak- kanak merupakan modal insan yang penting kepada negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting hendaklah diberikan keutamaan. Dasar ini selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak.
Ia juga selaras dengan Akta Kanak-kanak 2001.
Tuan Yang di-Pertua, definisi perlindungan seperti dalam Dasar Perlindungan Kanak-kanak ialah strategi dan aktiviti untuk mencegah dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Dalam aduan ini ialah berkenaan dengan pengabaian, di mana pengabaian merujuk kepada kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas, fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak.
Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjurus kepada aduan- aduan yang disampaikan di dalam berita ini dan kemudian sudah pun saya buat penyelidikan lanjut. Tuan Yang di-Pertua, antara aduan yang diberikan bahawa tidak cukup kakitangan. Aduan yang diberikan ialah bahawa ratio ataupun nisbah satu orang penjaga kepada 10 orang kanak-kanak. Ada 30 orang kanak-kanak di bawah empat tahun dan ada tiga syif yang bekerja dan setiap syif ada dalam dua hingga tiga orang petugas. Jadi, apabila tidak cukup petugas, berlaku perkara macam ini Tuan Yang di-Pertua.
Gambar ini yang saya tunjukkan ini menunjukkan kanak-kanak ini tidur dengan botol susunya di mulut dan botol susu itu disendal dengan bantal. Jadi, kalau dalam definisi pengabaian, ini boleh menyebabkan kanak-kanak itu tercekik dan boleh menyebabkan maut. Jadi, dalam definisi ini dikira sebagai pengabaian Tuan Yang di-Pertua. Jadi, sepatutnya kalau mengikut best practice, anak-anak di bawah enam bulan perlukan nisbah 1 hingga 4.
Kalau satu orang yang menjaga empat orang bayi dan harus diasingkan daripada kanak-kanak enam bulan ke kanak-kanak yang setahun kerana mereka memerlukan penjagaan yang berbeza, memerlukan rangsangan yang berbeza. Apabila kanak-kanak itu mula aktif berjalan satu tahun hingga dua tahun, perlu lagi aktiviti-aktiviti yang berbeza.
Tidak boleh dimasukkan dalam satu bilik dan semua kanak-kanak diletakkan di situ. Itu aduan yang pertama. Aduan yang kedua berkenaan dengan kanak-kanak makan di tepi longkang. Kanak-kanak ini makan di tepi longkang kerana katanya dewan makan itu ditutup kerana renovation. Ini jawapan yang saya dapat daripada exco kerajaan negeri.
Akan tetapi siasatan yang saya buat mendapati bahawa dewan makan itu dan dapur ditutup kerana disita. Disita kerana air kumbahan tidak mengalir keluar dengan baik dan masalah ini tidak diselesaikan daripada Julai 2015 sehinggalah menimbulkan keadaan di mana kanak-kanak ini terpaksa makan di tepi longkang.
Ini gambar-gambar yang begitu sebak untuk kita tengok. Tuan Yang di-Pertua, aduan yang seterusnya berkenaan kanak-kanak yang dikurung di katil yang terlungkup.
Tuan Yang di-Pertua, ini gambar kanak-kanak yang dikurung di bawah katil yang ditelungkupkan, baby cot ditelungkupkan. Kanak-kanak yang hyper active ini dikurung di situ. Mungkin oleh kerana tidak cukup kakitangan. Saya tidak menyalahkan siapa-siapa dan mungkin tidak boleh hendak manage the situation. Jadi, wujud keadaan macam ini.
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah gambar-gambar yang amat menyentuh hati dan menimbulkan perasaan sebak dan sedih kepada saya dan haruslah kita beri satu pertumpuan dan satu perhatian kepada mereka. Saya juga dapat aduan bahawa ada
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
seorang kanak-kanak cerebral palsy yang memerlukan perhatian khas di kalangan kanak- kanak tersebut. Seharusnya dia tidak dijaga di situ kerana kanak-kanak yang perlukan perhatian khas seperti cerebral palsy ini perlu diletakkan di tempat lain.
Ini antara-antara aduan dan juga aduan yang mengatakan bahawa kanak-kanak ini diberikan baju hanya sepasang baju sekolah yang memaksa mereka membasuh baju hari-hari. Jawapan exco mengatakan bahawa ini hendak latih mereka berdikari. Tuan Yang di-Pertua, dalam suasana anak-anak kita ini lasak dan baju kotor hari-hari, kalau hari hujan baju tidak kering dan bagaimana keadaan mereka. Ini antara aduan-aduan yang saya terima dan juga saya sediakan dengan gambar-gambar Tuan Yang di-Pertua.
Apa yang berlaku sekarang Tuan Yang di-Pertua, seharusnya kita manage this crisis. Perlu wujud satu monitoring mechanism. Bukan menafikan, bukan buat PR exercise, bukan exco pergi ke pusat dan buat satu gimik mengatakan segala-galanya selamat. Everybody’s happy, everybody’s safe, sedangkan kalau gambar-gambar ini ada dikeluarkan, seharusnya tugas kita yang bertanggungjawab terhadap rakyat ini ialah untuk membuktikan bahawa gambar-gambar ini tidak benar. Sepatutnya kita tanya ini, kalau ini tidak betul, mana datangnya gambar ini?
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Kalau exco hendak nafikan atau mereka yang bertanggungjawab hendak nafikan, mana datang gambar ini? How did it come about? Buktikan bahawa ia bukan dari pusat tersebut dan itulah cara kita hendak manage crisis. Bukan cara dengan adakan PR exercise, kata Fauziah cari salah, pressure orang yang mengadu, whistleblower kena question, reporter kena question, SB telefon reporter. Itu cara manage crisis. Itu salah.
Saya kesal kerana seharusnya kita lebih sensitif kepada interest of the child is first and foremost, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk] Perlu wujud monitoring mechanism di mana NGO-NGO perlu dilibatkan sama, perlu wujud monitoring mechanism dari luar yang seharusnya juga melibatkan beberapa stakeholders seperti wakil rakyat. Saya kesal apabila saya pergi hari Ahad saya tidak dibenarkan masuk. Saya tidak salahkan pengetua tempat petugas-petugas, gate terkunci rapi. Saya minta izin untuk masuk, saya tidak dibenarkan masuk. Alasannya tempat itu tempat selamat. Betul tempat itu tempat selamat, saya pun tak nak sesiapa masuk tetapi Ahli Parlimen wakil kepada rakyat yang membawa kepentingan rakyat adakah kita menggugat keselamatan awam? Inilah persoalan-persoalan yang harus kita lihat di dalam monitoring. Perlu ada monitoring.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah? Boleh bertanya?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuantan, masa Yang Berhormat sebetulnya sudah berlalu cuma saya bagi seminit dua. Itu sebab kalau pencelahan lagi jadi masa tidak ada.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Boleh saya habiskan sedikit Yang Berhormat Indera Mahkota? Nanti celah yang lain. Monitoring mechanism ini perlu buat laporan awam, perlu telus, perlu kita buka kepada public apabila kita dapat monitoring begini. Saya juga ingin menyoal berkenaan dengan peranan Majlis Perlindungan Kanak- kanak. Di manakah peranan mereka dan apa yang mereka buat untuk membantu di dalam menyelesaikan masalah?
Saya mencadangkan bajet tambahan sebagai jalan penyelesaian Tuan Yang di- Pertua perlu diberi tambahan petugas-petugas, pekerja-pekerja untuk meringankan tugas pekerja-pekerja di situ dan di banyak lagi pusat-pusat perlindungan yang lain. We have to prioritize dalam bajet kita. Jangan kita tarik bajet daripada mereka dan lebih baik lagi kalau kita wujudkan satu jabatan kanak-kanak. Satu jabatan kanak-kanak yang fokus di mana boleh diberikan tumpuan kepada kebajikan kanak-kanak dari semua aspek kanak-kanak yang kita panggil tadi perlindungan kanak-kanak negara tadi.
Tuan Yang di-Pertua, itu cadangan saya dan saya ingin menyarankan bahawa kita uruskan perkara ini dengan baik, in a positive manner. Bukan dengan cara untuk mencari salah tetapi untuk penambahbaikan dan demi negara kita dan demi anak-anak kita. Sekian perbahasan saya, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas tentang usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Kuantan. Seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan, isu institusi perlindungan kanak-kanak perlu dipandang serius. Jika benar seperti yang didakwa, maka siasatan total harus segera dijalankan. Jika laporan yang seperti terdakwa, wajarlah tindakan oleh pihak kementerian diambil untuk menangani isu yang dibangkitkan.
Saya amat percaya bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mempunyai langkah proaktif dalam menangani dakwaan tersebut.
Tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara mantap dan tidak seperti, “melepaskan batok di tangga”. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dilaporkan dalam media Rumah Perlindungan Kanak-kanak Hajah Kalsom mempunyai 54 orang kakitangan pentadbiran, 29 orang kakitangan tetap dan 16 orang kakitangan sambilan. Saya difahamkan kakitangan ini bertugas pada waktu pejabat dan syif 24 jam secara tiga syif dan petugas bertanggungjawab mengendalikan kanak-kanak mengikut umur pada setiap syif yang ditetapkan. Jumlah kakitangan tersebut adalah tidak sesuai untuk mengendalikan 164 orang kanak-kanak yang menghuni rumah perlindungan tersebut.
Di sini saya ingin menyarankan sebagai langkah penambahbaikan agar bilangan kakitangan yang tetap wajarlah ditambah supaya nisbah petugas yang menjaga kanak- kanak adalah munasabah atau mampu diberi perhatian yang secukupnya.
Tuan Yang di-Pertua, soal seterusnya adalah soal keselamatan kanak-kanak. Ia tidak boleh dipandang remeh. Sebagaimana yang kita sedia maklum, penghuni kanak- kanak ini mempunyai pelbagai kerenah dan ada yang kurang sihat. Keselamatan rumah kebajikan atau perlindungan kanak-kanak perlu berada pada tahap yang maksimum.
Kanak-kanak seharusnya tidak dapat mengenal ancaman terutamanya yang berumur di bawah satu tahun dan pada pandangan saya sudah tentunya perlu ada kaedah pengawasan sama ada meletakkan CCTV ataupun perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menjadi badan pengawasan pada kanak-kanak tersebut.
Di samping itu juga perkara yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyarankan kepada pihak kementerian untuk menjalankan tapisan menyeluruh ke atas pekerja kontrak atau sampingan yang dilantik sebagai penjaga kanak-kanak ini. Penekanan harus diberikan agar mereka yang dilantik atau dipertanggungjawabkan sebagai petugas perlu menjalani latihan khusus terutamanya dalam mengendalikan kanak-kanak di bawah umur satu tahun.
Hal ini bagi hemat saya kanak-kanak di bawah umur satu tahun memerlukan pengawasan yang penuh dan sudah tentunya petugas-petugas yang bertanggungjawab perlu memiliki sijil khas sebagai jaminan dan pengesahan bahawa petugas-petugas ini layak mengendalikan kanak-kanak tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan tahniah kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang turut sentiasa membekalkan...
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Indera Mahkota berdiri. Kasi laluan?
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Sedikit.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, saya bukan hendak cakap banyak sangat.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Saya rasa Tuan Yang di-Pertua tentu rasa banggalah kalau Yang Berhormat Kuantan membawa satu usul disambut baik oleh sahabat saya I think, we have been very positive kalau inilah cara Parlimen berjalan, saya hormatlah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Indera Mahkota, jangan lupa Tuan Yang di- Pertua yang meluluskan usul.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, saya puji dia kerana sesungguhnya di atas segala pujian itu adalah kerana Tuan Yang di-Pertua yang mengizinkan. Terima kasih banyak.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
[Ketawa]
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota tetapi yang paling penting Tuan Yang di-Pertua yang luluskan usul kerana pada hemat saya ia ini untuk kebaikan kedua pihak terutama sekali masyarakat. Kita sebagaimana saya sudah sebutkan tadi kita bukan hendak menuding jari tetapi kita hendak mencari titik penyelesaian. Sebagaimana Tuan Yang di-Pertua tengok saya memberikan isyarat untuk saya berhenti tetapi sedikit sahaja lagi Tuan Yang di-Pertua saya juga hendak memuji tindakan yang dilakukan oleh pihak JKM yang turut membekalkan keperluan harian lain seperti pakaian sekolah Tuan Yang di-Pertua, t-shirt, seluar, sabun, ubat gigi dan sebagainya kepada kanak-kanak di pusat tersebut.
Ini menunjukkan keprihatinan yang ditunjukkan oleh pihak kementerian, oleh JKM kepada kanak-kanak tersebut. Di samping itu juga Tuan Yang di-Pertua perkhidmatan dobi juga turut disediakan bagi mencuci pakaian bayi dan kanak-kanak. Manakala bagi kanak- kanak yang berumur 13 tahun ke atas mereka adalah digalakkan untuk membasuh pakaian mereka sendiri sebagai latihan berdikari.
Jadi saya rasa dalam konteks ini yang paling penting ialah langkah-langkah penambahbaikan kerana saya lihat gaya kanak-kanak ini tidur, permainan mengikut perkembangan kanak-kanak ini juga mungkin memberikan satu fokus bagaimana para petugas juga harus diberikan latihan dan komitmen 100 peratus untuk menjaga kanak- kanak.
Sebagai akhirnya, sesungguhnya saya amat yakin pihak kementerian akan sentiasa memberikan komitmen yang terbaik dalam menjaga dan melindungi kebajikan penghuni rumah perlindungan bukan hanya di Kuantan tetapi di seluruh Malaysia ini. Tindakan drastik pihak kementerian menjalankan siasatan sejurus laporan diterima amat saya hargai.
Semoga cadangan yang diusulkan dapat membantu pihak kementerian meningkatkan lagi mutu perkhidmatan serta mengekalkan kecemerlangan. Kanak-kanak adalah permata negara. Dunia kanak-kanak harus dipenuhi warna-warna keceriaan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang mengizinkan usul ini untuk dibahaskan. Saya hanya hendak tambah sedikit. Pagi ini sebenarnya kita telah bincang tentang isu pengasuhan dengan panjang lebar dan semasa perbahasan kita Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa sebenarnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini telah mempunyai satu SOP piawaian yang cukup lengkap.
Saya pun ada sedikit research dan kalau ikut piawaian ataupun nisbah yang telah ditetapkan oleh JKM sendiri untuk kanak-kanak yang di bawah setahun, satu orang pengasuh hanya boleh jaga tiga orang kanak-kanak, untuk kanak-kanak yang normal, yang biasa. Akan tetapi kalau untuk kanak-kanak yang OKU, jadi maksudnya perlu ada dua orang pengasuh yang menjaga tiga orang anak-anak OKU yang di bawah umur satu tahun.
Untuk kanak-kanak yang di antara satu tahun ke tiga tahun untuk seorang pengasuh hanya boleh jaga lima orang kanak-kanak yang biasa dan perlu dua orang pengasuh untuk menjaga lima orang kanak-kanak OKU.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Untuk kanak-kanak antara umur satu tahun ke tiga tahun, untuk seorang pengasuh hanya boleh menjaga lima orang kanak-kanak yang biasa dan memerlukan dua orang pengasuh untuk menjaga lima orang kanak-kanak OKU dan untuk kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke atas sehingga empat tahun, seorang pengasuh boleh menjaga maksimum 10 orang kanak-kanak normal dan tiga orang pengasuh untuk menjaga 10 orang kanak-kanak OKU.
Akan tetapi saya rasa begitu hairan apabila Yang Berhormat Kuantan menyatakan tadi kalau tidak silap, di pusat perlindungan kanak-kanak tersebut di Kuantan itu ada tiga syif, dua tiga orang pengasuh perlu menjaga 30 orang anak. Jadi saya hendak tanya di sini, ini nisbah yang telah ditetapkan oleh JKM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sendiri tetapi di pusat yang didirikan dan diuruskan oleh kementerian sendiri mereka tidak boleh mengikut nisbah yang mereka tetapkan sendiri.
Kalau ini memang apa yang berlaku di pusat perlindungan kanak-kanak di Kuantan tersebut, saya hendak tanya apabila pegawai-pegawai dari JKM hendak pergi ke taska, di luar taska, apa itu moral high ground yang kita ada apabila kita hendak melaksanakan nisbah yang JKM sendiri tetapkan kerana apabila Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sendiri pun tidak boleh ikut, Selain daripada itu, saya hendak menyatakan di sini sudah banyak Yang Berhormat Kuantan dalam ucapan beliau menyatakan ini adalah satu pengabaian. Betul, kalau apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kuantan memang berlaku di sana, ini adalah satu pengabaian. Akan tetapi sedarkah kita pengabaian kanak-kanak ini sebenarnya adalah satu kesalahan jenayah?
Kita sudah ada Akta Kanak-kanak 2001 dan di bawah seksyen 31, ia cukup jelas menyatakan bahawa mana-mana orang yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak itu mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkan penganiayaan diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian, ini adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan dan jika didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 dan dipenjarakan selanjutnya.
Bukan itu sahaja, seksyen 33, Akta Kanak-kanak juga menyatakan mana-mana orang yang merupakan ibu atau bapa atau penjaga atau orang yang pada masa itu mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak meninggalkan kanak-kanak itu, membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang sepatutnya, juga merupakan satu kesalahan jenayah yang kalau disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Saya di sini berkongsi pandangan Yang Berhormat Kuantan. Kami datang ke sini bukan untuk menuding jari, cakaplah ini pegawai salah, itu pegawai salah kerana seperti yang rakan saya sudah sebut, mereka juga adalah mangsa. Mereka adalah mangsa kerana mereka tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk menjaga bilangan kanak-kanak yang begitu ramai, 162 orang.
Saya di sini hendak mengucapkan penghargaan saya kepada kementerian kerana mengambil tanggungjawab untuk menjaga 162 orang kanak-kanak ini tetapi apabila kita memikul tanggungjawab ini, kita perlu memikul tanggungjawab ini dengan cara yang betul untuk memastikan bahawa kanak-kanak di bawah jagaan ini mendapat penjagaan yang sepatutnya dan sebaik mungkin.
Kita sendiri tidak boleh walaupun sudah ada piawaian di sini, sudah ada undang- undang tetapi pada akhirnya, kerajaan kita tidak boleh menjadi satu contoh teladan yang baik untuk mengikuti apa-apa SOP yang telah kita tetapkan sendiri. Jadi, saya di sini menyokong usul Yang Berhormat Kuantan dan saya bersetuju agar sebuah jabatan kanak- kanak perlu didirikan dan diwujudkan kerana saya rasa kita wakil rakyat di sini, kita perlu berucap untuk kanak-kanak yang masih tidak boleh defend ataupun berucap untuk mereka sendiri. Jadi sampai sini sahajalah ucapan saya supaya rakan saya yang mempunyai masa yang mencukupi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan laluan kepada saya untuk sama-sama membahaskan usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Kuantan. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih atas usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Kuantan dan diluluskan untuk dibahaskan di dalam Dewan ini oleh Tuan Yang di-Pertua kita, alhamdulillah. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, menjadi tanggungjawab kita terutama ibu bapa, kerajaan, bertanggungjawab untuk memastikan setiap anak yang dilahirkan ini selamat, apa lagi dalam sebuah negara yang merdeka. Jadi persoalan saya di sini ialah apabila kita melihat isu 162 orang kanak-kanak yang dalam keadaan terabai di pusat asuhan yang dikendalikan oleh JKM di bawah kendalian kerajaan, maknanya di sini kita menampakkan bagaimana keabaian berlaku. Apa lagi apabila kita mendapati pekerja- pekerja yang ditetapkan, yang diletakkan untuk menjaga kanak-kanak tidak mengikut nisbah yang telah ditetapkan sebagaimana yang telah disebut oleh sahabat saya tadi.
Jadi saya ingin tahu daripada pihak kementerian sebab jawapan Yang Berhormat Menteri tadi menyebutkan pemantauan kepada pusat asuhan setiap tiga bulan sekali. Baru sahaja Yang Berhormat Menteri menjawab. Jadi sejauh mana perkara ini diteliti, kalau tiga bulan sekali saya kira apa tindakan hasil susulan, kalau tiga bulan maknanya perkara ini tidak sampai ke tahap ini.
Sepatutnya mana-mana pusat asuhan yang tidak mengikut SOP ataupun nisbah yang ditetapkan supaya perlu diambil tindakan dan nasihat segera oleh pihak kementerian.
Begitu juga saya ingin tahu daripada jumlah pekerja yang bekerja di pusat asuhan ini, berapa orang yang mendapat tauliah? Berapa orang yang betul-betul mendapat kursus dan mendapat tauliah? Sama ada pekerja tetap ataupun pekerja sambilan.
Jadi sekiranya ada pekerja ini pekerja yang tidak mendapat tauliah amat malang, bagaimana mereka hendak melaksanakan tugas mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan? Apabila kita mendengar ada kanak-kanak yang makan di tepi longkang, di sini menimbulkan persoalan kita aspek kebersihan dan saya melihat sendiri daripada gambar yang dibawa oleh Yang Berhormat Kuantan, ada kanak-kanak yang badannya berkudis, kepalanya berkudis, amat malang Tuan Yang di-Pertua. Mereka anak-anak yang perlu diberikan belaian dan kasih sayang.
Jadi bagaimana pengabaian berlaku sampai ke tahap ini? Ini membahayakan bukan sahaja kanak-kanak yang terlibat tetapi kesannya jangkitan yang mungkin merebak kepada kanak-kanak yang lain. Jadi amat malang perkara ini berlaku. Kita selalu mendengar dalam negara kita isu-isu yang menyebabkan kematian di pusat jagaan kanak- kanak yang tidak ada seorang ibu pun yang tidak merasa pilu dalam keadaan tekanan ekonomi yang ada pada hari ini memaksa ibu terpaksa keluar bekerja untuk membantu kewangan keluarga. Akan tetapi pada masa yang sama menghadapi tekanan apabila di pusat-pusat asuhan tidak dapat mampu memberikan keselamatan yang terbaik untuk anak- anak hingga menyebabkan ada anak-anak yang mati di tempat asuhan.
Saya ingin tahu daripada pemantauan pihak kementerian, berapa buah kah pusat asuhan yang ada di seluruh negara hasil daripada tinjauan yang dibuat yang tidak menepati SOP dan berapa buah kah yang pekerjanya tidak mengikuti ratio nisbah pekerja yang sepatutnya ada antara bilangan pengasuh dengan kanak-kanak yang dijaga? Saya juga ingin tahu berapa buah syarikat yang mengendalikan pusat asuhan ini yang telah diambil tindakan oleh pihak kerajaan kerana tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan? Jadi saya berharap perkara ini tidak berulang dalam negara kita dan harapan kita supaya anak-anak ini perlu dibela oleh kerajaan dan orang yang menjaga dan membuka pusat asuhan ini sepatutnya bertanggungjawab.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Menyampuk]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Jadi saya...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sedikit Bagan Serai, 30 saat sahaja.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Okey.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Saya mendengar dengan teliti tadi apa yang diperkatakan itu kalau benda itu berlaku memanglah benda itu tidak bagus.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Akan tetapi saya hendak bertanya, sejauh mana daripada gambar-gambar yang kita lihat tadi dan adakah– apa, saya tanya– biarlah, saya tanya sejauh mana kebenaran adakah siasatan dilakukan? Kalau siasatan dilakukan, kalau betul apakah tindakan- tindakan yang seterusnya akan dilakukan oleh kerajaan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Ya, saya pulangkan soalan ini juga, saya hendak tanya kepada Menteri sebab kita dapat maklumat ini daripada pihak tempat asuhan bukan ambil gambar di tempat lain.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ya lah gambar. Takkan boleh percaya dengan gambar terus macam itu.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Jadi saya harap supaya siasatan dibuat tindakan dibuat macam mana kanak-kanak dikurung di bawah meja.
Macam mana kanak-kanak dibiarkan di bawah katil. Macam mana kanak-kanak dibiarkan dalam keadaan susu, tidur dengan susu. Macam mana kanak-kanak boleh makan di tepi longkang dan semua ini gambar-gambar ini diambil daripada pusat berkenaan.
Jadi ingat perkara ini diberi penjelasan sebaiknya oleh pihak kerajaan dan tindakan setimpal diambil oleh pihak kerajaan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kerana membenarkan saya untuk turut berbahas dan menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Kuantan. Kita tahu bahawa usul ini dibenarkan kerana mematuhi kriteria dalam aturan 18 yang mana antara kriteria itu ialah ini ialah isu kepentingan awam sebab itulah isu ini dibawa oleh dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua untuk kita bahas pada hari ini.
Saya hanya ingin memfokuskan tentang apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Kuantan tadi bahawa beliau sebagai Ahli Parlimen dinafikan hak untuk dapat pergi ke tempat itu sebagai seorang Ahli Parlimen menjalankan peranan untuk mendapat info yang lebih jelas dan untuk dapat membantu dari segi mencari penyelesaian kepada isu ini.
Saya ingin nyatakan di sini bahawa sudah sampai masanya saya harap Parlimen ini kita sama-sama, makna di pihak pembangkang ataupun pihak kerajaan untuk kita dapatkan balik privilege, hak istimewa Ahli Parlimen yang sebelum ini diberikan kepada kita.
Antaranya dalam Akta Prison, Akta Penjara pernah ada satu ketika dahulu hak itu diberikan kepada Ahli Parlimen untuk kita boleh menziarahi mana-mana penjara unannounced tanpa kita membuat pengumuman. Kita boleh buat macam spot check atas Ahli Parlimen sebab kita adalah mewakili rakyat.
Jadi kita mungkin kalau saya rasa apabila undang-undang sebegitu diadakan, dia ada dia punya falsafah dia sebab sebagai orang yang mewakili rakyat dalam negara ini dari pelbagai kawasan sudah tentu perlu memainkan peranan kita dengan efektif. Untuk memainkan peranan kita dengan lebih berkesan, kita perlu mendapatkan maklumat dari banyak sumber. Jadi kalau kita diberikan hak untuk contoh menziarahi penjara unannounced, dia lebih maklumat itu mungkin lebih genuine berbanding kalau kita buat permohonan untuk membuat ketika itu mungkin telah ada satu persediaan untuk hendak pastikan gambaran-gambaran yang diberikan lebih baik.
Akan tetapi, kalau kita ada hak sebagai Ahli Parlimen, boleh pergi ke pusat penjagaan tanpa diberitahu dulu hanya kita ada Ahli Parlimen, kita boleh pergi. Sudah tentulah saya percaya kita akan mendapat satu gambaran yang lebih jelas yang lebih transparent berbandingkan kalau kita membuat appointment dulu untuk berjumpa. Mungkin untuk mendapatkan, untuk memastikan tidak ada benda-benda yang kotor keluar daripada pusat itu, mungkin mereka akan cuba memberi gambaran yang baik terhadap pusat jagaan itu.
Jadi sebab itulah bagi saya usul ini merangkumi dua isu. Satu isu pengabaian kanak-kanak itu yang sudah tentu sebagai Ahli Parlimen, kita semua bertanggungjawab untuk bawa isu ini ke Parlimen dan juga di luar Parlimen. Akan tetapi yang lebih besar lagi
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
isu transparency ketelusan dan isu hak kita sebagai Ahli Parlimen yang sebelum ini dinafikan dan saya harap dengan melalui isu ini kita boleh kembalikan hak-hak Ahli Parlimen untuk kita dapat pergi ke mana-mana pusat yang kita rasa kita bertanggungjawab untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sekejap ya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Sepang ini merupakan principle check and balance yang mana di tempat seperti itu penjara, pusat penjagaan kanak-kanak, anak yatim, pusat pemulihan dadah dan sebagainya.
Dia ada satu suasana pihak pengurusan itu dia berkuasa sepenuhnya maka dengan adanya hak bagi Ahli Parlimen untuk melawat ia akan menentukan bahawa ada check and balance, begitu juga dengan NGO-NGO, begitu juga dengan wartawan dan saya merasakan ini sepatutnya satu amalan yang digalakkan di mana perlu ada check and balance supaya kita boleh elak kes seperti mana yang diceritakan Yang Berhormat Kuantan dan juga kisah kematian dalam lokap sebagai contoh.
Ini semua oleh sebab ada kuasa yang mutlak atas orang yang dijaga, maka prinsip check and balance itu amat penting untuk kita pertahan. Apa pandangan Yang Berhormat Sepang.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Saya ada pengalaman sendiri Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak masuk Majlis Perbandaran Kuantan tidak boleh, Ahli Parlimen Indera Mahkota hendak masuk Majlis Perbandaran Kuantan tidak beri tapi nasib baik saya orang Kuantan, Yang Berhormat Kuantan dia orang bolehlah halang. Saya kata hendak masuk hendak jumpa pegawai dia kata tidak bagi. Saya kata kalau tidak bagi ini bukan pejabat bapa awak, bila kata begitu dia terpaksa bagilah. Ini dia mengajar saya menjadi bersikap “conggeh” jadi inilah satu benda...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada dua-dua pencelah tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit lagi Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Cuma kepala bapa itu tidak payahlah cakap, kalau saya pun saya marah, bapak awak.
[Ketawa] Bagi saya isu ialah sama ada kita Ahli Parlimen pembangkang atau kerajaan, isunya di sini ialah hak istimewa Ahli Parlimen. Kita bukan semata-mata masuk Parlimen sahaja tapi kita juga perlu masuk ke tempat-tempat tertentu untuk mendapat, katakan tadi maklumat-maklumat yang perlu untuk kita gunakan dalam Parlimen ini yang kita boleh dapat sama-sama mencari part of the solution kepada– kita faham ini bukan tanggungjawab kerajaan sahaja.
Saya rasa sudah sampai masanya seperti mana sekarang ini Tuan Yang di-Pertua juga dan juga anggotanya untuk bercadang untuk membuat satu reformasi ke atas Parlimen ini maka saya mengharapkan antara reformasi Parlimen yang patut kita juga tidak lepas pandang ialah memastikan hak istimewa Ahli Parlimen seperti yang saya kata tadi boleh melawat ke tempat itu dikembalikan dan dipertingkatkan lagi sebab saya percaya kalau ada hak ini, sudah tentulah kita dapat menjalankan peranan kita dengan lebih berkesan, dengan lebih baik dan seterusnya kita juga dapat menjadi satu pihak yang boleh mencari penyelesaian dan membantu kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, sila.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Bismillahir Rahmanir Rahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuantan dan semua Yang Berhormat yang membahaskan usul ini. Saya bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuantan yang telah membawa usul ini ke Parlimen dan boleh saya katakan mungkin ada hikmahnya dengan Yang Berhormat Kuantan membawa usul ini ke Parlimen dan perkara ini dibawa di dalam akhbar kerana dengan ini, Yang Berhormat sebagai Ahli Yang Berhormat di Kuantan itu dapat pula untuk menggunakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat melawat rumah kanak-kanak yang ada di dalam kawasan Yang Berhormat dan sama-sama
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
bertanggungjawab dengan kita di kementerian dengan kerajaan dan mereka yang bertugas di sana melihat kebajikan kanak-kanak kita yang ada di rumah kanak-kanak ini, Alhamdulilah.
Saya juga mengalu-alukan Yang Berhormat, jika ingin mengadakan lawatan ke sana membuat permohonan kepada kita dan kita sedia untuk menerima kehadiran Yang Berhormat di sana. Datuk Ketua Pengarah kita akan hadir bersama-sama dengan Yang Berhormat, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat prihatin dan memandang serius akan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Kanak-kanak yang diberikan jagaan dan perlindungan di institusi kanak-kanak di Jabatan Kebajikan Masyarakat ini tidak terkecuali.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, institusi kanak-kanak adalah institusi yang diwartakan sebagai tempat selamat bagi pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang ditubuhkan ataupun ditetapkan di bawah seksyen 54 Akta Kanak-kanak 2001. Ingin saya berkongsi di sini bahawa kanak-kanak yang ada di rumah kanak-kanak ini adalah merupakan kanak-kanak yang dihantar di situ atas perintah mahkamah atas perkara- perkara tertentu seperti kanak-kanak yang abandoned, dengan izin kanak-kanak yang didera sama ada secara fizikal ataupun seksual,
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Kanak-kanak yang tiada mereka yang memelihara, maka mereka ini telah diperintahkan oleh mahkamah untuk dihantar dan dilindungi di bawah institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu rumah kanak-kanak. Dengan kehadiran mereka ini dan mereka dihantar oleh mahkamah ke situ tentulah kita, kementerian khususnya institusi kita memandang serius tugas dan tanggungjawab kita untuk menjaga kebajikan kanak-kanak yang terabai ini. Rumah kanak-kanak panel ataupun Sultanah Hajjah Kalsom di Kuantan mempunyai 97 orang kaki tangan. RKK berfungsi 24 jam dan petugas mengendalikan kanak-kanak mengikut kategori umur mengikut syif.
Bagi membolehkan kanak-kanak dalam RKK mendapat perlindungan dan menikmati suasana dan persekitaran hidup serta pembelajaran yang sama seperti kanak- kanak dalam keluarga biasa, pihak RKK mendapatkan kerjasama dan penglibatan daripada pihak luar, sama ada daripada kalangan agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan. Seperti Jabatan Kesihatan dan ingin saya maklumkan di sini bahawa menu makanan kanak-kanak yang ada di institusi kita ini dihantar kepada Jabatan Kesihatan setiap enam bulan untuk mereka luluskan.
Untuk memastikan makanan yang kita berikan kepada mereka, sebanyak enam hingga tujuh kali sehari itu adalah memenuhi kehendak kesihatan dan baik untuk kanak- kanak kita yang ada di situ. Kita juga bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Daerah, KEMAS dan tadika swasta dalam memberikan penjagaan kesihatan, pendidikan dan mengadakan aktiviti yang bermanfaat kepada kanak-kanak.
Ingin saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, bahawa kanak-kanak yang ada di Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajjah Kalsom ini, ramai mereka ini adalah bersekolah di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Ingin saya nyatakan di sini juga, bahawa mereka ini ada pencapaian-pencapaian yang membanggakan kita. Mereka mencapai pencapaian 2A, 3A di dalam peperiksaan mereka dan ada juga di kalangan mereka ini sudah sampai ke IPT, ke universiti dan juga ke kolej-kolej yang lain.
Alhamdulillah, dengan erti katanya penjagaan yang diberikan oleh petugas-petugas kita di sana adalah baik dan sama seperti anak-anak mereka sendiri.
Saya ingin sebut sedikit perkataan daripada seorang bekas pelajar yang menyatakan bahawa,“Sebagai bekas pelajar dan pelatih tidak rasa diri diabaikan, malah saya seronok dan saya juga dapat peluang melanjutkan pelajaran di UKM”. Ini daripada kanak-kanak bekas kanak-kanak yang dijaga di institusi itu.
Ada lagi seorang yang ingin saya juga sebut di sini perkataannya, *“Saya merupakan bekas penghuni institusi ini dan adik saya juga masih berada di institusi ini lagi.
Sepanjang tempoh ini, tiada masalah dan pengabaian seperti dilaporkan. Selama saya dan adik saya tinggal di sana, kemudahan dan keperluan sentiasa mencukupi. Kami diasuh berdikari dan menghargai setiap apa yang diberi. Di sana bagi saya sangat selesa berbanding kehidupan di luar. Makanan disediakan”.* Jadi Tuan Yang di-Pertua, walaupun terdapat mungkin ada masalah-masalah yang kecil dan kita tidak seratus peratus menidakkan, kita sentiasa mencari jalan untuk menambah baik lagi.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Akan tetapi secara keseluruhannya, kanak-kanak yang dihantar oleh mahkamah kepada kita di institusi ini, dijaga dengan baik dengan kasih sayang oleh petugas di sana, seperti mereka menjaga anak-anak mereka. Ini akan diteruskan insya-Allah…
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Boleh Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Disebut oleh Yang Berhormat tadi, bahawa ada 97 kakitangan keseluruhan yang menjaga 162 kanak-kanak. Akan tetapi di dalam satu pusat perlindungan yang begitu besar, tentu sekali ada driver, ada tukang masak, ada warden, ada tukang kebun dan sebagainya.
Aduan menjurus kepada nisbah kanak-kanak di bawah empat tahun kepada pengasuh ataupun penjaga, Yang Berhormat Menteri tidak menjawab isu itu malah saya rasakan Yang Berhormat Menteri membuat PR exercise, ini yang saya cakap tadi Tuan Yang di-Pertua. Tanggungjawabnya ialah untuk membuktikan bahawa ini tidak benar.
Supaya kita rasa senang hati bahawa ianya tidak berlaku. Saya tidak nafikan segala kebaikan sebelum ini, saya tidak nafikan pekerja-pekerja yang ikhlas, saya tidak nafikan ada anak-anak yang belajar tinggi daripada institusi ini. Akan tetapi apabila anak-anak ini, aset kita dan ada sedikit pun aduan seharusnya kita sensitif, bukan kita tutup atau kita nafi atau kita tidak mahu jawab. Yang Berhormat sudah bercakap 15 minit, saya tidak dengar pun Yang Berhormat Menteri address the issue. Jadi, saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Yang Berhormat, sedikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya satu sahaja, ada standard SOP kah yang Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada Ahli Parlimen, ADUN daripada parti pembangkang tidak boleh masuk dalam kawasan-kawasan ini? Is there any standard SOP ataupun dibuat-buat oleh pihak pengurusan tertentu?
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Yang Berhormat, tidak ada standard SOP yang menghalang Ahli-ahli Yang Berhormat, sama ada daripada sebelah sini ataupun daripada pembangkang untuk datang ke institusi kita, yang pentingnya macam mana kita hendak ke tempat orang, kita memberi salam dan kita beritahu maksud kita untuk datang ke sana. Yang Berhormat Kuantan datang pada hari Ahad, tengah-tengah institusi sedang mengatur untuk memberi makan kepada anak-anak.
Tentulah, mungkin masa tidak sesuai dan mereka mempunyai peraturan bahawa baik siapa hendak datang melawat ke sana, kena membuat permohonan dahulu untuk diluluskan. Sesiapa sahaja.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Itu ada peraturan, maknanya kalau hendak melawat kena ada kelulusan dahulu?
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Ya, itu memang peraturan mereka sebab ini adalah tempat selamat, Yang Berhormat.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Bila kami datang, boleh cuci- cuci semua dahulu ya.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Bukan cuci-cuci.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Menteri…
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Saya hendak maklumkan Yang Berhormat. Untuk makluman semua, sebelumnya dalam bulan Januari ataupun Februari, dalam bulan Januari sebelum itu, timbalan setiausaha tetap kementerian sendiri telah datang ke situ dan tidur dua malam di institusi itu, melihat keadaan di sana dan mengikut laporan beliau, bahawa keadaan adalah baik di institusi itu semasa lawatan beliau. Saya tidak mahu menidakkan apa Yang Berhormat cakap dan bawa dalam usul ini tetapi saya kena bagi tahu juga apa yang berlaku dan apa yang ada di sana Tuan Yang di- Pertua.
Saya ingin nyatakan di sini bahawa seperti saya kata tadi, ada hikmahnya dalam apa yang berlaku ini, Yang Berhormat boleh datang ke sana sebagai Ahli Yang Berhormat Kuantan dan kita terbuka untuk menerima Yang Berhormat dan Yang Berhormat boleh datang membawa bantuan. Kalau dirasakan ada bantuan yang ingin disampaikan seperti juga orang yang lain yang hendak datang di situ. Tiada masalah. Saya belum sampai lagi pada yang lain yang saya ingin sampaikan di sini. Ingin saya nyatakan di sini bahawa kita
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
ada tiga syif, 6 pagi hingga 2 petang, 2 petang hingga 10 malam dan 10 malam hingga 6 pagi. Kita ada pembantu kebajikan masyarakat enam orang, pembantu perawatan kesihatan 6 orang, pembantu penyediaan makanan dua orang dan ada juga pengawal keselamatan, memang betullah.
Walaupun mungkin dikatakan bahawa bilangan ini tidak mencukupi tetapi kita tetap berusaha bersungguh-sungguh memberikan perkhidmatan yang terbaik, Tuan Yang di- Pertua. Kita mendengar teguran ini dan kita sedang dalam proses mengadakan juga pemantauan ke institusi ini yang telah dilakukan dan selepas ini laporan akan diberikan dan kita berusaha pula bagaimana kita dapat menambah baik lagi sekiranya terdapat kekurangan-kekurangan ini, insya-Allah. Bagi membolehkan kalau-kalau dalam RKK mendapat perlindungan dan menikmati...
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Bagi memastikan pengurusan ini lebih telus, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melantik seramai 13 orang ahli lembaga pelawat bagi memastikan pengurusan sentiasa berjalan dengan baik melalui kaedah check and balance. Antara tugas dan tanggungjawab ahli lembaga pelawat adalah anggota jawatankuasa yang dilantik melawat kanak-kanak, sekurang-kurangnya dua kali sebulan atau lebih jika perlu. Lembaga pelawat hendaklah memastikan persekitaran tempat selamat itu mesra kanak-kanak dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak dan lembaga pelawat juga mengadakan aktiviti atau program yang sesuai bagi kanak-kanak tersebut. Jadi, dua institusi ini di rumah kanak-kanak ini ada lembaga pelawat yang menjadi check and balance.
Ahli lembaga pelawat yang dilantik mempunyai latar belakang yang pelbagai.
Antaranya kaunselor, guru kanan, ketua masyarakat, ahli korporat, pengusaha-pengusaha pusat jagaan kanak-kanak dan juga tuisyen, guru agama, wakil-wakil agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan atau NGO. Mereka ini adalah merupakan ahli lembaga pelawat yang merupakan check and balance kepada pihak JKM dan akan melaporkan perkara- perkara yang memerlukan tindakan sekiranya ada setiap kali selepas lawatan mereka.
Jadi, memang sudah adapun mekanisme check and balance dengan adanya lembaga pelawat ini, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Dan saya difahamkan kali terakhir lembaga pelawat ini melawat ialah pada 18 Mac 2016.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertama, lembaga pelawat bila melakukan lawatan, adakah ianya unannounced visit, dengan izin? Dia tulis dulu, dia beritahu kita akan datang melawat sekian-sekian tarikh, sekian-sekian waktu. Ataupun adakah ianya merupakan lawatan secara mengejut di mana dia datang unannounced dan dia boleh melakukan satu pemeriksaan ataupun siasatan, spot check untuk menentukan bahawa masalah-masalah seperti mana yang dilaporkan di dalam akhbar adalah tidak benar ataupun tidak berlaku? Itu yang pertama.
Kedua, persoalan lawatan oleh Ahli Parlimen. Saya hendak mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Menteri berhubung dengan cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Sepang supaya Ahli Parlimen ini dibenarkan melawat tempat-tempat seperti pusat penjagaan kanak-kanak yang seperti mana yang adanya di Kuantan itu dan juga tempat-tempat yang lain di mana kita juga boleh memainkan peranan kita. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri iaitu kita pergi buat spot check juga, tak payah hendak tulis surat minta anu, buat janji dan sebagainya? Ini kerana kalau kita buat begitu, sekali lagi ianya mungkin tidak mencapai matlamat yang sebenar.
Ketiga, saya agak hairan kerana jawapan Menteri seolah-olah memberikan gambaran bahawa semuanya baik walaupun disebut tidak menafikan apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Kuantan, tetapi seolah-olah begitulah bahawa sebenarnya semuanya tidak ada masalah–– ya lah, kita tengah buat siasatan dan sebagainya. Akan tetapi apa yang telah dilaporkan dalam akhbar dan sebagainya, saya rasa tidak ada sebab pihak akhbar mahu mensensasikan keadaan yang seperti itu. Lalu, saya cukup khuatir kiranya siasatan itu pun dilakukan dengan cara yang terlalu terkawal sehingga keadaan
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
yang sebenarnya tak dapat dibongkar dan terdedah apa yang sebenarnya yang telah berlaku.
Saya harap bahawa siasatan itu dilakukan dengan cara yang profesional, yang menuntut supaya pihak pusat penjagaan kanak-kanak itu memberikan penjelasan terhadap gambar-gambar yang tersiar di dalam akhbar dan laporan yang disiarkan dalam akhbar dan mengambil satu posisi menyebelahi pihak yang membuat aduan dan bukan mengambil satu posisi mempertahankan pusat penjagaan kanak-kanak itu kerana kalau kita melakukan begitu, maka akhirnya segala kelemahan pengurusan dan pentadbiran itu akan tertutup sedangkan kita hendak ianya terbuka, terdedah dan tindakan pembetulan dilakukan dengan cara yang berkesan.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Menteri, sedikit boleh? Saya hendak tanya Menteri sekali lagi, apakah hasil siasatan daripada cerita ini? Sejauh mana cerita-cerita daripada gambar itu ada kebenaran? Kalau benar berlaku, dera memang salahlah. Apa tindakan kita? Kalau tak benar, apakah ini sekali lagi permainan surat khabar? Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saman. Samanlah surat khabar.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Saya nak jawab dulu berkenaan dengan lawatan Lembaga Pelawat. Lawatan Lembaga Pelawat, untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, adalah secara mengejut dan berkala. Mereka boleh datang secara mengejut pun, tak perlu bagi tahu sebab. Mereka adalah Lembaga Pelawat dan mereka boleh datang bila-bila masa sahaja.
Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat pula, tak bolehlah datang buat secara mengejut setakat ini oleh kerana ini adalah institusi yang diwartakan sebagai tempat selamat. Jadi, tak boleh buat begitu, kena buat permohonan dahulu untuk melawat. Ini untuk semua ya, untuk semua.
Untuk menjawab tadi Yang Berhormat itu, tentang kekurangan peralatan, ada yang disebutkan juga. Apa-apa keperluan, jika wujud, akan dibeli daripada semasa ke semasa mengikut tatacara perolehan dan kawalan yang berkuat kuasa. Belian peralatan tambahan untuk kegunaan kanak-kanak khususnya telah dilakukan pada 3 Disember 2015 meliputi sebuah mesin basuh, cadar, bantal dan bagi tahun 2016, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1.763 juta untuk RKK ini, untuk Rumah Kanak-kanak Penor ini.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Menteri, penjelasan boleh tak?
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Nanti dulu ya, saya hendak habiskan. Kalau tak nanti tak habis, terganggu saya.
Bagi kanak-kanak hiperaktif yang dikatakan dikurung di bawah katil yang ditelangkupkan, seorang pembantu peralatan kesihatan dalam usaha untuk memastikan seorang kanak-kanak hiperaktif dalam keadaan yang teramat aktif daripada kemungkinan tercedera akibat pergerakannya sendiri telah cuba mengawal dan meredakan keadaan kanak-kanak hiperaktif tersebut seketika dengan menggunakan katil bayi.
Walau bagaimanapun, siasatan awal mendapati katil tidak ditelangkupkan tetapi dialihkan ataupun dirapatkan ke dinding. Tindakan ini bukanlah satu tindakan yang akan terjerumus sebagai suatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Bagi bayi yang dibiarkan...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Penjelasan. Gambar ini... [Sambil menunjukkan sekeping gambar] Katil ini ditelungkupkan. Tidak ditolak ke tepi tetapi ditelungkupkan, di dalam gambar ini. Saya ada bukti. Yang Berhormat Menteri perlu siasat sebabnya saya dengar daripada tadi memang tak ada lagi jawapan terhadap aduan-aduan ini. Bagaimana bila makan dekat tepi longkang, jawapan exco kata sebab renovation sedangkan dapur disita. Saya tak dengar lagi Yang Berhormat Menteri menjawab. Yang Berhormat Menteri kata katil tidak ditelungkupkan tapi ini ada gambar, ada gambar. Saya pohon penjelasan.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Insya-Allah, Tuan Yang di-Pertua, tadi saya memberitahu bahawa kita masih lagi menyiasat perkara ini tetapi setakat penyiasatan kita, inilah yang kita dapati iaitu bahawa ini adalah untuk meredakan keadaan kanak-kanak hiperaktif tersebut untuk seketika kerana kanak-kanak ini adalah amat-amat hiperaktif dan dia perlu dijaga sedemikian supaya dia tidak mencederakan dirinya.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
For whatever reason Yang Berhormat Menteri, perkara itu tidak boleh dilakukan. For whatever reason.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Adakah itu SOP? Adakah itu standard operating procedure? Nampak anak yang hiperaktif, maka diikat kaki, ikat kepada tiang kah, letak sungkup di bawah kah. Mestilah ada satu SOP. Tak bolehlah buat macam itu.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Tak ada lah diikat, Yang Berhormat. Tak ada lah sampai diikat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri, tak bolehlah beri jawapan macam itu.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Tak ada lah kena ikat, Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Nanti esok semua ibu bapa buat macam itu, tak apa, sebabnya Yang Berhormat Menteri kata boleh buat.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Saya tidak kata dia boleh buat macam itu, tetapi inilah yang kita dapat dan insya-Allah, kita masih lagi menyiasat perkara ini dan sekiranya kita dapati pegawai kita melakukan kesalahan, maka tindakan akan diambil.
Bayi yang dibiarkan tidur sendiri sewaktu menghisap susu dengan botol yang masih di mulutnya, kementerian sentiasa mengendalikan bayi yang masih menyusu dengan prihatin dan mengambil kira peringkat umur bayi tersebut. Sekiranya perbuatan ini dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada bila-bila masa, tindakan yang tegas akan diambil terhadap kakitangan tersebut.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Tuan Yang di-Pertua, sepanjang RKK ini beroperasi pada tahun 2010, kita telah mencapai beberapa kejayaan yang saya ingin juga kongsi di sini dengan Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Seramai dua orang kanak-kanak telah mendapat 4A, 1B dan seorang mendapat 2A,1B,2C dalam peperiksaan UPSR daripada tahun 2013. Ada yang mendapat 2A, 1B, 2C dan seorang mendapat 2A, 3C dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2014, seorang kanak-kanak telah mendapat 2A, 3B, 1C dan seorang mendapat 1A, 2B, 2C dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2015. Seorang kanak-kanak mendapat 4A, 3B, 3D dalam peperiksaan PT3 pada tahun 2015 dan mereka juga terlibat dalam pertandingan pendidikan dan menjadi johan. Antaranya johan nasyid kategori institusi JKM pada tahun 2014. Ini adalah antara kejayaan-kejayaan daripada institusi ini. Berertinya, mereka ini sebenarnya tidaklah dikatakan secara apa yang disebutkan tadi, terabai, tidak terabai dan kita mempunyai program-program yang teratur dengan begitu rapi sekali.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri, kanak- kanak Gaza, ada yang lulus ‘O’ level dengan keputusan yang cemerlang. Tidak bererti bahawa apa yang berlaku di Gaza itu dan dilakukan oleh Israel itu sesuatu perkara yang boleh diterima.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Jauh sangatlah Yang Berhormat cakap...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Itu point dia, point dia, yang bawa jauh ialah Yang Berhormat Menteri. Kita tak tanya tentang soal keputusan UPSR dan sebagainya.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Kita kena bagi tahu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kita tanya tentang aduan dan laporan yang keluar dalam surat khabar tentang kes yang telah dilaporkan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat..
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kita tak tanya yang lain.
Tuan Yang di-Pertua
Shah Alam, duduk sekejap.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, baik. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk Yang Berhormat Menteri. Saya benarkan usul ini untuk dirunding, dibahas. Usul 18(1) pun tidak kita mengambil ketetapan. Apabila saya dapat memberitahu usul daripada Kuantan dan nampak gambar-gambar, yang terlintas di fikiran saya ialah sama ada yang tertulis di akhbar itu betul atau tidak. Maka, terpaksa dibahas di sini. Jadi, jangan ada pula Ahli-ahli Yang Berhormat yang emosi sehingga terbawa-bawa bahawa seolah-olah kerajaan menyembunyikan sesuatu dan jangan pula sebelah kerajaan, seolah-olah dakwaan ini adalah permainan politik dan sedemikiannya.
Jangan. Berlapang dada dan Yang Berhormat Shah Alam sebelum mencelah, tengok dulu kepada Speaker sama ada membenarkan atau tidak. Bukan berdiri terus berhujah.
[Ketawa] Ingatkanlah itu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Pasal jauh sangat tadi...
Tuan Yang di-Pertua
Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Sepang.
Yang Berhormat Sepang mengatakan bahawa usul ini bertepatan dengan 18(1), itu diterima. Itu sebab usul lain yang saya tolak tidak bertepatan. Ini sebagai contoh. Jadi, saya Yang Berhormat Menteri, kalau ada lagi hujah teruskan. Oleh sebab masa sudah berlalu satu jam dan saya benarkan lagi untuk seminit dua. Ekoran daripada gangguan itu.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan aduan dapur rosak ini, dewan makan yang tidak boleh digunakan, keadaan dewan makan institusi ditutup buat sementara sebenarnya bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di dapur kerana ada masalah-masalah yang tertentu dan ini telah disiapkan pada 17 Mac 2016. Permohonan untuk menggunakan semula dewan tersebut akan dibuat dengan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan.
Sementara itu, aktiviti penyediaan dan penyajian makanan untuk penghuni kita dibuat di bengkel masakan, di tempat yang sesuai Tuan Yang di-Pertua. Bukan yang biasa-biasa sahaja tetapi sesuai dan amat baik untuk anak-anak kita menggunakan tempat itu...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Penjelasan, penjelasan.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Adapun, ada mejanya, ada semuanya ada, gambar-gambar pun ada pada saya di sini Tuan Yang di- Pertua.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Tadi Tuan Yang di- Pertua kata supaya saya jangan diganggu lagi supaya saya boleh...
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan, teruskan, teruskan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Bukan bengkel masakan, bengkel jahitan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila teruskan.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Saya akan check lagi Tuan Yang di-Pertua tetapi saya punya maklumat ini daripada mereka yang bekerja di situ. Bengkel yang digunakan adalah bengkel masakan, di mana anak-anak kita juga diberikan kursus-kursus masakan sebagai kokurikulum aktiviti mereka pada masa-masa yang tertentu. Tempat ini adalah sesuai dan baik untuk mereka. Bukannya bengkel jahitan ya. Berkaitan dengan pakaian sekolah pula, pihak pengurusan institusi membekalkan dua pasang pakaian sekolah yang baru untuk setiap kanak-kanak bagi setiap sesi persekolahan.
Selain itu, kanak-kanak juga mempunyai dua pasang pakaian persekolahan bagi sesi sebelum ini. Ertinya, mereka ada pakaian yang baru dan ada juga yang lama daripada tahun lalu, cuma masih boleh dipakai lagi Tuan Yang di-Pertua. Tambahan juga kanak-
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
kanak menerima pakaian persekolahan dari sumbangan daripada sektor korporat dan orang-orang perseorangan yang sentiasa datang membantu kita di institusi ini.
Oleh sebab itulah saya kata, ada hikmahnya usul ini dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kerana dengan ini Yang Berhormat Kuantan kerana itu di kawasan beliau, bolehlah datang juga membantu dan dialu-alukan dan kami sedia untuk menerima kerana tugas dan tanggungjawab Yang Berhormat juga menengok keadaan setempatnya supaya boleh membantu kita melaksanakan yang terbaik, khususnya untuk kanak-kanak ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
Usul saya benarkan apabila dapat notis, selepas itu pihak Yang Berhormat Menteri pula terpaksa mencari maklumat-maklumat untuk dalam perbahasan ini. Jadi, apa yang disebut itu adalah perkara, apa yang Yang Berhormat tahu itu daripada laporan. Daripada pegawai- pegawai yang berkenaan. Jadi saya harap, perkara ini tidak akan berakhir di situ. Saya berharap pihak-pihak yang berwajib, termasuk Ahli Yang Berhormat Kuantan yang menimbulkan hal ini, kerjasama buat penyiasatan yang rapi demi untuk kebaikan anak-anak yang dijaga di situ. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Masa sudah cukup dalam perbahasan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) ini. Dengan yang sedemikian, saya menutup perbahasan ini. Sila Yang Berhormat Menteri, sambung penggulungan perbahasan.
Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem
Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Ipoh Barat telah menyentuh tentang pekerja-pekerja yang dibuang kerja. Yang Berhormat-Yang Berhormat kedua-dua ini ingin kepastian bahawa yang dibuang kerja ini tidak digantikan dengan pekerja baru. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam perkara ini, kalaupun perkara ini berlaku di bawah seksyen 20, Akta Perburuhan Perusahaan atau Industrial Relations Scope 1967, pekerja-pekerja yang terlibat boleh membuat rayuan terus ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Awam. Itu jawapannya.
Mengenai pekerja-pekerja bank tempatan yang dihentikan, supaya ia tidak digantikan oleh pekerja-pekerja asing, jawapannya begini. Sememangnya Kementerian Sumber Manusia memandang serius akan perkara ini dan akan membawa perkara-perkara ini kepada agensi-agensi pelulus. Oleh kerana kalau yang bekerja di bank-bank, bukanlah semata-mata di bawah Kementerian Sumber Manusia tetapi di bawah jabatan dan agensi yang lain seperti Bank Negara. Itu jawapan saya.
Berbalik kepada soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat Sibu iaitu mengenai 39 orang pekerja yang telah diberhentikan, pekerja SALCRA yang telah dihentikan pekerjaan. Jadi, untuk makluman Dewan yang mulia ini, SALCRA adalah sebuah agensi kerajaan negeri di bawah badan-badan berkanun. Dalam perkara ini kalau mereka tidak berpuas hati, mereka haruslah membuat kompelin kepada Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem
Berdasarkan maklumat yang diperoleh seramai 37 orang pekerja telah ditamatkan perkhidmatan. Daripada jumlah tersebut 23 orang pekerja membuat aduan untuk dipulihkan semula. Di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan juga mereka boleh mengadu dan dalam perkara ini terpulanglah kepada Mahkamah Perusahaan sama ada membawa ianya ke Industrial Court atau tidak.
Tuan Yang di-Pertua seterusnya saya pergi ke isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lanang yang telah mencadangkan agar kerajaan mengadakan suatu dana khas untuk melatih semua pekerja yang diberhentikan kerja. Dalam usaha untuk membantu mendapatkan pekerjaan baru bagi pekerja yang diliputi di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 iaitu pekerja daripada sektor perkilangan, pembuatan, perkhidmatan, sektor minyak dan gas yang diberhentikan kerja.
Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem
Kementerian Sumber Manusia menerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad
(PSMB) atau (HRDF) telah menubuhkan 1MALAYSIA Outplacement Centre yang akan bertindak sebagai pusat sehenti bagi membantu pekerja yang diberhentikan kerja.
Penubuhan persatuan ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2016 dan akan menggunakan peruntukan 30 peratus daripada levi Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia selain daripada sumbangan dana kerajaan.
1MALAYSIA Outplacement Centre merupakan inisiatif strategik yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan pekerja warganegara Malaysia yang diberhentikan kerja dengan menawarkan perkhidmatan maklumat portal dan aplikasi suai padan pekerjaan, kaunseling, latihan dan penempatan pekerjaan. Inisiatif ini juga akan memberi peluang kepada pekerja yang terlibat mengikuti latihan semula yang akan merapatkan jurang kompetensi mereka dengan keperluan pasaran pekerjaan semasa.
Ini juga membolehkan mereka diserap semula dalam pasaran pekerjaan atau menceburi aktiviti sendiri. Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) kini sedang dalam proses melaksana projek perintis dengan beberapa syarikat yang terlibat dari seluruh negara bagi memastikan pekerja yang diberhentikan kerja dilatih dan ditempatkan dalam pekerjaan baru dengan kadar segera.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai pengangguran. Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Kuala Nerus membangkitkan isu pengangguran. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pengangguran timbul apabila penawaran pekerjaan melebihi permintaan. Permintaan adalah berdasarkan banyak faktor, antaranya kedudukan ekonomi dan perkembangan industri. Dalam hal ini Malaysia sentiasa mencatatkan kadar pengangguran yang stabil dan rendah iaitu 3.2 peratus pada suku keempat tahun 2015. Sebagai perbandingan, kadar pengangguran di Malaysia adalah lebih rendah daripada negara maju lain seperti Amerika Syarikat - 6.2 peratus, United Kingdom – 6.1 peratus, Jepun – 3.6 peratus, Korea Selatan – 3.5 peratus dan Australia – 6.1 peratus. Ini menunjukkan Tuan Yang di-Pertua bahawa dalam pasaran buruh yang dinamik kewujudan pengangguran adalah normal.
Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mentakrifkan guna tenaga penuh sebagai kadar pengangguran kurang daripada 4 peratus. Dalam hal ini kemampuan negara mencapai guna tenaga penuh menggambarkan keupayaan ekonomi negara dalam menjana peluang pekerjaan yang mencukupi kepada rakyat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada laporan penyiasatan tenaga buruh Jabatan Perangkaan Malaysia jumlah penganggur siswazah bagi suku keempat tahun 2015 adalah seramai 120,800 orang iaitu sebanyak 3.7 peratus daripada keseluruhan tenaga buruh siswazah.
Daripada jumlah ini seramai 46,400 orang adalah penganggur siswazah lelaki dan 74,400 orang adalah penganggur siswazah perempuan. Dalam hubungan ini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menerusi kerjasama pelbagai kementerian dan agensi telah merangka dan melaksana pelbagai program bagi melahirkan siswazah yang mampu berdikari dan berdaya saing.
Antara program-program yang dirangka adalah seperti berikut:
(i) program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) oleh Unit Perancang Ekonomi dengan kerjasama Jobs Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja;
(ii) program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran siswazah melalui latihan soft skill dan on the job training di syarikat-syarikat swasta dan government linked company (GLC). Jumlah siswazah yang telah berjaya dilatih di bawah program ini mulai tahun 2011 hingga kini adalah seramai 71,089 orang;
(iii) program Latihan Keusahawanan di bawah Majlis Amanah Rakyat. Program Latihan Keusahawanan memberi peluang kepada siswazah yang berminat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran keusahawanan;
Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem
(iv) Graduate Employability Management Scheme oleh Talent Co.
Program ini bertujuan untuk memperkasakan kebolehpasaran siswazah dengan latihan kemahiran dan pengalaman menerusi latihan dan pendedahan industri.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memudahkan golongan siswazah yang masih menganggur untuk mencari pekerjaan kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia turut melaksanakan beberapa inisiatif iaitu:
(i) Portal Perkhidmatan Pekerjaan dalam mana JobsMalaysia merupakan portal yang memberi kemudahan kepada pencari kerja termasuklah graduan untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian melalui pendekatan pemadanan kerja;
(ii) Program Penempatan Pekerjaan. Ia merupakan satu program yang menemukan pencari kerja termasuk para graduan dengan majikan secara langsung;
(iii) Karnival Kerjaya atau JobStreet. Penganjuran Karnival Pekerjaan dari semasa ke semasa bagi menemukan pencari kerja dan majikan yang sepadan melalui temu duga terbuka;
(iv) Penubuhan Pusat Maklumat Kerjaya. Ia berfungsi sebagai one stop centre bagi pencari kerja. Pusat ini berfungsi untuk memberi bimbingan kerjaya dan menyampaikan maklumat kepada semua pencari kerja; dan
(v) Pusat Maklumat Kerjaya (CIC). Maklumat pekerjaan disebarkan dalam web kementerian dan juga Jobs Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja sentiasa berusaha untuk membantu mencari kerja terutamanya golongan siswazah untuk mendapat pekerjaan apabila mereka menamatkan pengajian. Tempoh untuk mereka mendapatkan pekerjaan bergantung kepada kekosongan jawatan yang wujud dalam ekonomi negara. Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja akan terus membantu pencari kerja dengan menggalakkan mereka mendaftarkan dengan portal JobsMalaysia bagi mencari peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan di dalam portal tersebut.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Mohon pencelahan Yang Berhormat Menteri, kalau boleh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat di atas jawapan yang saya tanyakan berkait dengan isu pengangguran. Saya ambil maklum yang disebut oleh Yang Berhormat bahawa kita mempunyai lebih kurang 3.7 peratus dikira sebagai full employment kalau dibandingkan dengan negara-negara lain.
Hanya di sini yang penting, yang harus kita lihat dengan lebih mendalam adalah youth ataupun mereka yang tidak bekerja daripada kalangan golongan muda yang merangkumi 10.4 peratus.
Jadi walaupun dari segi figure menganggur ini memang agak rendah tetapi figure bagi di kalangan orang muda lebih tinggi daripada Singapura, Thailand dan 21 peratus daripada pemegang ijazah di Malaysia ini adalah underemployed dengan izin iaitu mereka bekerja dalam sektor yang tidak memerlukan ijazah sarjana sekalipun di sektor yang begitu rendah. Jadi persoalan saya daripada apa yang disenaraikan oleh Yang Berhormat daripada skim latihan untuk kebolehpasaran siswazah, apakah program yang lebih fundamental yang memang dasar supaya memastikan bila masa siswazah kita keluar daripada universiti, mereka terus dapat disasarkan kepada bidang pekerjaan yang menepati keperluan?
Sekarang ini saya fikir kebanyakan daripada program kita penyelesaian itu adalah lebih piecemeal dengan izin. Saya mohon apakah yang dilakukan oleh kementerian untuk bekerjasama dengan kementerian lain, agensi lain supaya khususnya pemegang ijazah seramai 21 peratus ini yang dimuatkan atau disasarkan kepada bidang yang sejajar dengan kelayakan mereka, satu. Keduanya di kalangan orang muda di mana ada pengurangan yang lebih memenuhi keperluan mereka kerana kita tidak mahu melihat dari segi keseluruhan.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Saya akui we are doing better than many other countries, Alhamdulillah tetapi saya mahu dengan lebih terperinci melihat kepada alasan kegagalan kebolehpasaran dan alasan kenapa siswazah kita bukan sahaja masih lagi menunggu ruang pekerjaan tetapi bekerja dalam sektor di mana tidak diperlukan ijazah sekalipun. Mohon penjelasan.
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Terima kasih di atas statistik atau angka yang telah diberikan. Kita tidak nafikan bahawa kebanyakan yang menganggur ini adalah graduate atau youth. Jadi oleh yang demikian, itulah kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kesebelas menekankan agar para graduate selain daripada memperoleh ijazah dan sebagainya, mereka juga sepatutnya memberi perhatian atau *apart from taking the traditional academic qualification they should also divert to get qualification in TVET
(Tactical Vocational Educational Training)* sebab kita percaya dengan mempunyai ijazah akademik, dengan tambahan mempunyai kelayakan yang ada sangkut paut dengan kemahiran, kebolehpasaran individu itu akan lebih luas lagi. Sekian, Yang Berhormat Lembah Pantai.
Selepas itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi ke sektor pekerjaan 3D. Saya selalu senyum kalau waktu sebut perkataan 3D ini iaitu dirty, difficult and dangerous. Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Lembah Pantai membangkitkan isu pekerjaan sektor 3D. Dimaklumkan negara mempunyai hasrat dan harapan yang tinggi iaitu untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Akan tetapi isu rakyat tempatan yang kurang berminat untuk bekerja di dalam sektor 3D hendaklah diteliti dengan sebaik mungkin dan tidak menjadikan dasar gaji minimum sebagai pendekatan tunggal dalam menyelesaikan perkara ini. Sudah sampai masanya dasar-dasar lain perlu dilihat dan dikaji agar ia dapat disokong, ia dapat menyokong perubahan struktur ekonomi negara selaras dengan transformasi yang dihasratkan oleh negara menjelang tahun 2020.
Sehubungan dengan ini Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah lain seperti berikut perlu diambil kira sebagai langkah serampang dua mata menyelesaikan isu penyertaan tenaga kerja tempatan dalam sektor 3D dan mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi;
(i) menambah nilai kerja melalui inovasi dan kreativiti dengan memperbanyakkan elemen automasi yang berteknologi tinggi bagi meningkatkan produktiviti pekerja di negara ini dan meningkatkan rantaian pengeluaran agar dapat berdaya saing di peringkat antarabangsa;
(ii) kerajaan perlu menarik lebih banyak Foreign Direct Investment (FDI) atau Domestic Direct Investment (DDI) yang menyumbangkan terhadap penghasilan high daily jobs dan knowledge worker ,care worker. Oleh yang demikian negara perlu bersifat selektif dalam menarik pelaburan dengan tidak lagi menarik pelaburan yang berintensifkan buruh atau labor intensive dan bergaji rendah, low pay work.
Penghasilan pekerjaan yang bersifat high value adapt job dan care worker adalah amat wajar kerana kadar upah yang tinggi dinikmati oleh golongan ini; dan
(iii) kerajaan juga perlu mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing yang berkemahiran rendah, low skill worker. Langkah ini perlu diambil kerana pekerja asing yang berkemahiran rendah dan bergaji rendah mengakibatkan penekanan kepada gaji di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya melalui penyelarasan dan sokongan dasar- dasar lain secara langsung akan membantu ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih sihat dan berdaya saing di peringkat global dan sekali gus memastikan status negara berpendapatan tinggi dapat dicapai serta mengurangkan kebergantungan terhadap sektor 3D.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
[Bangun]
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
[Bangun]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Berkenaan dengan cadangan supaya gaji sektor 3D di Malaysia dinaikkan seperti pelaksanaan gaji pekerja sektor 3D di Singapura...
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Boleh Menteri?
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dari jawapan yang diberi, nampaknya ini adalah satu yang bukan praktikal, satu yang teori yang mengatakan bahawa labor intensive, all that their verbs lah nothing very new. I know Yang Berhormat Menteri sedang mencari, berusaha untuk mengatasi masalah ini tetapi yang lebih mustahak adalah sektor 3D yang bukan baru, yang sudah lama tetapi yang menjadi kurang sefahaman dalam perkara itu adalah di mana kementerian nampaknya tidak ada polisi untuk, to inject multitasking capability kepada pekerja-pekerja kita di negara Malaysia kerana dengan ada kepintaran sedemikian, ia akan membolehkan mereka mengambil kerja-kerja sambil mendapat gaji yang lebih.
Seperti Yang Berhormat sendiri kata sebelum ini beberapa cara yang dibuat. Saya hendak tahu khususnya dalam hal ini kerana ketidakseriusan telah ditunjukkan oleh kementerian khususnya kerajaan bila Yang Berhormat pergi menandatangani MoU di Dhaka dan balik keesokan hari Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengatakan all that is over, all that is cancelled tetapi rakyat Malaysia tidak percaya kedua-duanya Yang Berhormat, minta maaf.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Yang tidak percaya kepada Menteri yang pergi sana, menandatangani lepas itu Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana kalau kita pergi ke airport hari-hari, ratusan orang yang datang menunjukkan bahawa berasas khususnya 3D *is not cleverly been handled.
There must be a mechanism to find out* kenapa di negara ini sahaja masalah sedemikian, kalau di Australia di New Zealand yang lebih makmur it’s not very serious this issue.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Sekali Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Pertama sekali saya mengucapkan tahniah di atas langkah yang diambil oleh kementerian dalam menyinggung isu yang dihadapi oleh rakyat khususnya mereka yang dikatakan kumpulan 3D yang dimonopoli oleh pekerja asing. Saya ingin merujuk kepada kes yang hari ini berlaku puluhan ribu rakyat Malaysia duduk di Johor pergi ke Singapura bekerja dalam kumpulan 3D iaitu dirty dan salah satu daripadanya, Tuan Yang di-Pertua. Persoalannya ialah kumpulan yang pergi kerja di Singapura ini apa matlamatnya? Satu Tuan Yang di-Pertua you cannot deny this because of the salary.
Jadi saya membuat pendekatan iaitu gaji itu perlu diberi perhatian kerana dalam negara yang dikatakan monopoli 3D ialah pekerja asing tetapi dalam masa yang sama pekerja kita pergi hijrah di Singapura bekerja dalam kategori Dewan, dirty. Jadi saya berpandangan adakah Yang Berhormat Menteri juga bersetuju bahawa gaji ini memainkan peranan yang cukup mutlak tanpa berkompromi bahawa penyelesaian daripada part of the reason why pekerja kita tidak berminat dalam 3D ini. Jadi kementerian-kementerian ataupun Menteri, bersetujukah dengan saya bahawa pokok yang utama ialah fokus kepada penggajian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dahulu saya sebagai pelajar pergi ke UK, hari pertama sampai turun kapal terbang naik bas, kita tengok eh! Mat Salleh sapu sampahlah. Tengok Mat Salleh duk repair jalan. Saya rasa seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Langat tadi masalahnya bukan sangat orang kita ini tidak sanggup hendak buat kerja-kerja itu. Tetapi soal penggajiannya, soal suasana pekerjaannya. Kena ada aspek-aspek hendak jaga dia punya keselamatan, hendak jaga dia punya kesihatan.
Kalau kita letak orang asing, dia kerja memang dia tidak jaga, dari segi keselamatan, dari segi kerja kebersihan diri dan sebagainya. Kalau kita hendak upgrade kita punya status negara kita, kita hendak supaya orang yang tukang angkut sampah ini pun datang dengan baju yang overall, uniform, macam dahulu apabila ianya dibuat oleh pihak PBT. Sekarang ini datang angkat sampah pun pakai selipar, pakai tshirt.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini bukan semakin naik, makin turun. Jadi saya rasa kita kena ada satu pendekatan yang lebih holistik tentang persoalan ini dan jangan kita hendak cari penyelesaian yang murah. Penyelesaian yang mudah itu memanglah, yang paling rendah, yang paling murah, yang paling lekeh, memanglah semua akhirnya yang hendak buat kerja itu adalah orang-orang yang pekerja asing. So, kita kena jaga kualiti pekerja dan pekerjaan yang dilakukan, ini yang pertama.
Yang kedua saya hendak sebut apa Yang Berhormat cerita tentang soal hendak high income economy. Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, benda ini kita ada dengar banyak kali. Akan tetapi apabila kita lihat semakin ramai datang, semakin ramai datang pekerja asing yang unskilled yang tidak ada kemahiran, bermakna kita kena akui bahawa kita telah gagal.
Perkataan gagal ini beratlah untuk mana-mana pihak yang hendak disebut. But we have to admit, we have failed. So have to restudy kenapa benda ini kita telah gagal.
Kenapa kita tidak boleh high income economy yang mana kita sudah cuba dengan heavy industry, kita sudah cuba dengan automotive industry, kita sudah cuba dengan soal teknologi tinggi, tetapi we have failed. Why? Ini masalahnya.
Masalah kita, kita taknak kaji kenapa PERWAJA failed? Kenapa Proton failed?
Minta maaflah, mungkin ada orang kata tidak fail. Semua yang kita cuba buat, kita sudah fail dan jangan kita keep on repeating the same mistake, amalan krononisme. GLC ini semua. Kita kena terbuka, kita kena sanggup terbuka. Ada amalan rasuah, ada amalan krononisme, ada amalan ketirisan dan sebagainya. We have to admit, barulah kita perbetulkan. Then only we can make a move forward. Kalau tidak semua ini, macam- macam istilah hanya jadi retorik dan propaganda. There is no serious concerted effort untuk hendak betul-betul mewujudkan satu high income economy.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
[Bangun]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Point yang ketiga Tuan Yang di- Pertua, minta maaf. Yang Berhormat Lembah Pantai duduk dahulu. Masalah kita ini dengan pekerja asing ini, let saylah people are making money, that’s it. People are making money. Ejen yang bawa pekerja asing ini kita difahamkan kroni-kroni, setiap seorang dia dapat RM300, ada yang kata RM400. 1.5 million is 600 million. Kalau pekerja tempatan dia tidak dapat satu sen. Ini masalahnya. Selepas itu levy. Kerajaan charge levy RM2,500 seorang pekerja asing. Kalau bagi 1.5 juta pekerja asing, kerajaan dapat hampir RM4 bilion. Tetapi ini semua merupakan penyelesaian jangka masa pendek yang merosakkan ekonomi kita. So, let’s be frank. Biar kita cakap terus terang. Kita hendak negara ini maju ke hadapan ataupun kita hendak isi poket orang-orang tertentu dan kerajaan dalam keadaan tidak ada pendapatan. Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai, terima kasih. Dia hendak mencelahkan, Yang Berhormat Lembah Pantai?
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Boleh Yang Berhormat Menteri? Saya kena tanya Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam ini silap prosedur, dengan Tuan Yang di-Pertua. Pendek sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum saya membenarkan Yang Berhormat Lembah Pantai berhujah, saya tidak lupa juga selitkan kepada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Shah Alam iaitu amalan-amalan yang melanggar peraturan mesyuarat. Oleh kerana saya dapati bahawa apabila Yang Berhormat Menteri macam Yang Berhormat Menteri yang baik begini bagi laluan, maka Ahli-ahli Yang Berhormat yang mencelah itu lupa pada peraturan mesyuarat. Dalam berbahas untuk mencelah ini cuma minta penjelasan yang mahu diperjelaskan atas perkara-perkara yang samar.
Yang ini kebanyakan saya perhatikan informasi-informasi baru yang dicadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, kalau boleh tolong elakkan. Yang itu terlampau sangat memerlukan masa yang panjang. Sila Yang Berhormat Lembah Pantai. Mulai dengan pertanyaan-pertanyaan sahaja.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mulakan dengan pertanyaan sahaja Yang Berhormat Menteri. Pertama adakah bolehkah Yang Berhormat Menteri mengesahkan ada 600 ribu orang warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura dalam sektor 3D kerana ini digembar-gemburkan oleh media dan saya juga ingin menanyakan antara faktor utama kalau boleh Yang Berhormat Menteri sahkan, mereka yang bekerja di Singapura adalah gaji SD1,000 yang dibayar kepada setiap pekerja. Mohon penjelasan dan kerana itulah saya anjurkan dalam ucapan
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
pun bahawa gaji minimum, faktor gaji merupakan faktor yang utama dalam kita bukan sahaja mendapatkan kerelaan pekerja dalam sektor 3D. Terima kasih.
Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem
Cukuplah. Tuan Yang di-Pertua, empat orang telah mencelah dan mengikut apa yang saya dengar, kebanyakan yang telah disebutkan itu adalah cadangan atau informasi dan oleh itu kita di kementerian akan mengambil apa jua cadangan yang telah diajukan tadi dan kita will take note seriously on what happened. Tetapi tentang figure yang 600 ribu pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura iaitu berulang-alik pergi pagi balik malam, tidur di Johor dan sebagainya. Angka itu saya pun tengok dalam surat khabar, belum ada kepastian sebab itu bukan statistik rasmi.
Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebutkan di sini tentang gaji ini.
Memang gaji menjadi faktor. Semua orang yang bekerja inginkan gaji mereka naik. Dalam perkara ini seperti mana yang diluahkan oleh rakan saya dari Kuala Langat iaitu gaji sepatutnya dinaikkan tetapi harus diingatkan di sini bahawa dalam kita menaikkan gaji we call the system as tripartite system. Pertama, kerajaan adalah menjadi the referee. Sudah tentu pihak pekerja akan meminta agar gaji mereka dinaikkan tetapi sebaliknya ia perlu mendapat persetujuan daripada pihak majikan. So, majikan-pekerja, pekerja-majikan dan dengan cadangan daripada pekerja yang diterima oleh majikan. Itulah menjadi gaji minimum negara di bawah apa yang kita panggil tripartite system. Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam sebab telah membangkitkan kalau tidak silap saya tiga isu tadi. Yang Berhormat Ipoh Barat juga telah membangkitkan tentang perkataan retorik teori dan sebagainya. Saya ingin menegaskan di sini Tuan Yang di-Pertua bahawa kerajaan benar-benar inginkan majikan lebih menitikberatkan akan kegunaan automatik. So, kerana kita tahu kita tidak boleh untuk selama-lamanya bergantung kepada tenaga pekerja asing. So, Kementerian Sumber Manusia sebenarnya sejak hampir dua tahun yang lepas telah mula dengan mengadakan study secara holistik bagaimana menarik para majikan untuk memastikan bahawa mereka kurang bergantung kepada tenaga pekerja. Akan tetapi lebih bergantung kepada tenaga automatik.
So, dengan itu Tuan Yang di-Pertua saya pergi ke satu lagi bab iaitu tentang pekerjaan untuk orang kurang upaya.
Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menambah satu lagi aspek yang saya rasa selalu diabaikan kerana sebenarnya bukan gaji sahaja menjadi satu insentif kepada pekerja untuk berpindah bekerja di Singapura tetapi satu faktor yang amat penting adalah keselamatan dan kebajikan pekerja. Saya rasa ini adalah satu aspek yang diabaikan di Malaysia di mana contohnya amat ketara dan saya rasa family merasa walaupun gaji tinggi di Singapura tetapi safety standardnya juga adalah jauh lebih baik.
Saya mahu beri satu contoh sahaja. Contohnya sebagai satu renungan adalah keruntuhan bumbung stadium beberapa tahun lepas. Bukan sekali tetapi dua kali runtuh dan kali kedua adalah lebih teruk daripada kali pertama, lagi ramai yang tercedera. Akan tetapi sehingga hari ini tidak ada apa-apa laporan yang lengkap, forensik dan sebagainya telah dikeluarkan. Ini merupakan satu faktor yang mungkin memikir tentang risiko-risiko yang tinggi, orang-orang kita yang berkebolehan lebih tinggi dan berupaya memilih untuk tidak bekerja di sini dan di luar negara bukan hanya atas faktor kewangan tetapi work ethic dan juga accountability dari segi cara-cara pekerjaan. Saya rasa ini perlu diambil perhatian oleh kementerian untuk memberi lagi insentif untuk rakyat kita sendiri kekal di dalam negara kita. Terima kasih.
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Ramai yang tidak tahu bahawa kita mempunyai satu jabatan iaitu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan sebuah jabatan di bawah Kementerian
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Sumber Manusia sebenarnya telah ketat dengan syarikat-syarikat atau syarikat-syarikat pembinaan bila mana mereka membuat kerja-kerja pembinaan.
Saya mengambil contoh lebih kurang enam bulan yang lepas satu kejadian bangunan runtuh, bangunan yang masih dibina runtuh di Melaka. Kurang daripada 24 jam selepas kejadian itu berlaku pegawai-pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja telah pun berada di bangunan tersebut. Pada keesokannya saya sendiri telah pergi ke situ dan dengan serta-merta kita telah mengeluarkan notis tidak boleh bekerja lagi di tempat itu. Saya difahamkan sehingga kini kerja itu no work order belum lagi ditarik balik.
Dengan itu Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Kuala Terengganu, ini tentang keselamatan di tempat pekerjaan. Kita tidak mengabaikannya, kita tahu ia amat penting.
Oleh yang demikian ramai tidak tahu bahawa kejadian bangunan runtuh especially yang dalam pembinaan memang berlaku. Akan tetapi harus diingat di sini bahawa pegawai- pegawai kita di bawah Kementerian Sumber Manusia di bawah jabatannya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memang sentiasa mengawasi kerja-kerja di tempat- tempat pembinaan.
Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Yang Berhormat Menteri, saya akui DOSH memang wujud dan ada tetapi penguatkuasaan, peranan DOSH (Department of Safety and Health) adalah dipersoalkan kerana ramai juga pekerja-pekerja yang menjadi safety officer mengatakan bahawa mereka diberi tugas mengawasi tiga, empat site construction. Ini tidak patut berlaku kerana syarikat-syarikat besar ingin mengaut keuntungan yang begitu besar dengan mengambil risiko safety, cutting corners. Saya rasa enforcement perlulah diperhatikan. Saya akui memang DOSH wujud tetapi penguatkuasaan, kita minta kerajaan perketatkan supaya tidak ada syarikat yang boleh lepas daripada enforcement sebaik mungkin. Terima kasih.
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu di atas cadangan itu. Will take note on it. Tuan Yang di-Pertua, pekerjaan untuk orang kurang upaya. Yang Berhormat Bukit Gantang meminta kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan untuk OKU. Bagi makluman Dewan yang mulia ini, pengambilan dan penempatan pekerja-pekerja termasuk orang kurang upaya ke dalam sektor pekerjaan swasta adalah tertakluk kepada budi bicara pihak majikan.
Dalam hal penggajian OKU, majikan-majikan swasta adalah digalakkan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan OKU di premis pekerjaan bagi memudahkan pengurusan OKU semasa mereka bekerja. Selain itu, Kementerian Sumber Manusia juga menggalakkan majikan swasta untuk melaksanakan dasar 1 peratus pengambilan pekerja OKU seperti mana yang telah diperkenalkan bagi pengambilan OKU ke dalam sektor perkhidmatan awam, tertakluk kepada permohonan oleh OKU dan kesesuaian bidang tugas serta kemudahan.
Kementerian Sumber Manusia juga menyediakan program bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada golongan OKU termasuklah mewujudkan sistem penempatan orang kurang upaya yang dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bagi membolehkan padanan pekerjaan dibuat antara calon OKU dengan jawatan yang sesuai di sektor swasta.
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Selain itu, melalui agensi-agensi dan jabatan-jabatan di bawahnya, Kementerian Sumber Manusia turut melaksanakan program-program khusus kepada OKU seperti Skim Bantuan Galakan Perniagaan bagi Orang Kurang Upaya bagi membantu majikan OKU menggajikan OKU dalam perniagaan, program latihan kemahiran dan keusahawanan, Program Return to Work, Karnival Pekerjaan OKU dan Program Job Coach. Kesemua program yang dilaksanakan ini adalah bertujuan memberikan peluang kepada OKU untuk turut serta di dalam sektor pekerjaan dan keusahawanan.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Menteri, sekejap pencelahan. Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih. Umumnya saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian kerana membantu OKU ini untuk meneruskan penghidupan mereka.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Adakah kementerian bersetuju dengan pandangan saya, setelah saya melihat beberapa rintihan dan tangisan orang-orang OKU ini bila menghadapi dilema penghidupan sekeliling, bolehkah mereka ini diberikan subsidi pekerjaan untuk mereka dielakkan dikenakan GST yang memberi kesan beban tambahan kepada OKU ini untuk diringankan beban mereka? Adakah kementerian bersetuju atau membolehkan mereka ini dikecualikan dikenakan GST dengan bertukar ganti kepada subsidi? Minta Yang Berhormat Menteri beri pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh menjawab soalan itu di Dewan yang mulia ini. Walau bagaimanapun, kita akan ambil maklum, we will take note. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut tentang banyak galakan diberikan kepada pihak swasta untuk mengambil OKU untuk bekerja. Akan tetapi saya hendak tahu, apakah strategi yang diguna pakai oleh kerajaan? Sama ada sebarang keistimewaan diberi kepada pihak swasta ataupun sebarang pelepasan dari segi cukai dan sebagainya diberikan kepada pihak swasta supaya ini boleh mendorong pihak swasta mengambil atau memberi peluang kepada OKU untuk bekerja. Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.
Saya, kalau soalan itu saya tidak boleh jawab, saya tidak akan menjawab. Saya tidak mahu mengelirukan Dewan yang mulia ini. Walau bagaimanapun, my officers are all at the back, kita akan mengambil maklum, we will take note dan kita akan memberitahu Yang Berhormat tentang perkara ini.
Seterusnya mengenai pekerjaan untuk pelarian. Yang Berhormat Ipoh Barat, fighter of workers, mencadangkan 500,000 orang pelarian dari luar negara diserap dalam sistem pekerjaan untuk memberi peluang kepada mereka untuk mencari pekerjaan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Dalam Negeri sedang mengkaji cadangan projek perintis kebenaran bekerja untuk pemegang kad United Nation High Commissioner for Refugees (UNHCR) etnik Rohingya. Cadangan ini masih di peringkat perbincangan di antara agensi-agensi yang lain.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Sedikit saja.
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Okey.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, saya terima baik jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri mengenai pelarian, refugees di negara ini. Khususnya saya ingin bangkitkan satu hal di mana mereka menderita, refugees di negara kita, kerana walaupun ada kad UNHCR tetapi bila pergi ke mana-mana tempat bekerja, mereka sebenarnya tidak dibenarkan bekerja.
They don’t have access to money, education, such other things. Dalam asas human rights, saya harap Yang Berhormat Menteri akan berusaha dengan kementerian yang lain cari satu jalan untuk menyelesaikan perkara ini seberapa segera yang boleh, memberi at least some ad hoc decision on this issue supaya jangan kita berlarutan hingga satu keputusan akan mengambil masa yang sangat lama.
If can Tuan Yang di-Pertua, saya harap dalam 60 hari ke 30 hari satu keputusan dibuat kerana this is not new, banyak negara di seluruh dunia membenarkan mereka bekerja and kita memerlukan orang seperti ini bekerja. Maka, satu peluang telah wujud.
Win-win situation. Saya harap diambil kira.
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Cadangan-cadangan baik kita akan, we will look into it seriously. Seterusnya mengenai bayaran COLA. Yang Berhormat Sekijang mencadangkan supaya memperkenalkan Skim COLA kepada pekerja-pekerja swasta. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, cadangan memperkenalkan Sistem Kos Sara Hidup atau COLA
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
kepada pekerja sektor swasta adalah suatu alternatif yang baik bagi membantu meringankan beban pekerja susulan peningkatan kos sara hidup kebelakangan ini.
Namun begitu, kerajaan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk mewajibkan majikan membayar COLA atau elaun-elaun seumpamanya kepada pekerja mereka kerana ianya di bawah budi bicara majikan masing-masing.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, mengenai retrenchment fund...
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya mencadangkan pemberian COLA ini kepada syarikat-syarikat swasta dengan kerajaan memberikan insentif cukai. Maksudnya, jumlah pemberian COLA itu yang telah diberikan kepada pekerja mungkin boleh diberikan potongan cukai contohnya, daripada syarikat-syarikat swasta terbabit kepada kerajaan. Itu cadangan daripada saya sebenarnya. Terima kasih.
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
We will take note of that. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, mengenai retrenchment fund. Sekali lagi Yang Berhormat Ipoh Barat, terima kasih, mencadangkan kerajaan mengadakan retrenchment fund untuk membantu pekerja yang hilang pekerjaan.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia hampir memuktamadkan cadangan pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang merupakan suatu jaringan keselamatan sosial bagi membantu mengurangkan beban tekanan para pekerja yang kehilangan pekerjaan. SIP juga akan dapat memelihara kebajikan dan menjamin kesejahteraan para pekerja ini serta membantu mereka kembali ke alam pekerjaan dengan segera melalui latihan semula.
Cadangan model SIP ini masih lagi dibincangkan dengan pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja. Sehingga kini, kementerian masih menunggu pendirian rasmi daripada MTUC sama ada mereka masih ingin kerajaan melaksanakan SIP atau sebaliknya.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Menteri, minta pencerahan. Tuan Yang di-Pertua, boleh Tuan Yang di-Pertua? Sikit saja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang sedang murung melihat penghujahan kita tapi ianya lebih bersikap ingin tahu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ini sebabnya, Yang Berhormat. Daripada tadi Yang Berhormat, saya menghitung ada lagi sembilan kementerian. Jadi dalam sembilan ini, Jabatan Perdana Menteri ada lima Menteri nanti akan menjawab. Bermakna, ada lagi 15 orang Menteri yang akan menjawab dan kita cuma ada masa sehingga hari ini dan esok.
Jadi kalau ini dipanjangkan, bermakna kementerian-kementerian yang lain yang tidak kurang pentingnya itu tidak dapat dijawab.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Ya, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab itu saya ada murung sikit, sikit saja murung.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Sikit saja Tuan Yang di- Pertua, sikit saja.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Untuk menyerikan Tuan Yang di-Pertua, soalan pencerahan saya berbunyinya begini. Yang Berhormat Menteri, saya ucapkan syabas, terima kasih di atas cadangan yang saya anggap menjadi satu sejarah yang baru dalam era untuk kita ke depan dalam memastikan pekerja yang telah dibuang kerja dalam keadaan sekarang sebagai contoh, sepanjang yang saya diberitahu, lebih 200,000 dalam 10 tahun ini pekerja telah dibuang tapi tidak ada langkah untuk membantu dan memberikan mereka keselesaan.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya juga mengambil peluang ini pada 10 April akan membuat usul di Mesyuarat Majlis Am. Saya insya-Allah akan memberikan penekanan bahawa cadangan untuk skim retrenchment fund ini dimanfaatkan kerana pertolongan bantu-membantu prinsip yang
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
dibuat dalam Dasar PERKESO itu menjadi satu prioriti. Maka, saya mengambil peluang ini mengucapkan tahniah kepada kru yang bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, cukup dahsyat, cukup dahsyat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Tahniah dahulu, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, cukuplah dahsyat itu sudah Yang Berhormat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Sedikit, selepas itu...
Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Selamat datang untuk tugas selanjutnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sudah dua kali sudah.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Jadi, saya mengambil peluang ini juga untuk menyatakan bahawa terutama sekali kepada Dato Sahar yang bertungkus-lumus. Saya percaya bahawa skim ini insya-Allah akan dapat memberikan nafas baru kepada gelombang ekonomi yang tidak menentu dan peluang ini kita akan ambil untuk memastikan bahawa sedekah itu manfaat kepada yang lain. Untuk itu Yang Berhormat Menteri, kita akan pastikan kerjasama yang lebih akrab untuk memastikan retrenchment fund ini akan menjadi realiti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, ya, ya terima kasih. Yang Berhormat Menteri. Panjang lagi Yang Berhormat?
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Cuma saya boleh senyumlah. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Langat. Saya terus pergi ke diskriminasi wanita hamil. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ampang membangkitkan isu diskriminasi wanita hamil dalam pengambilan kerja bagi sesuatu jawatan mengikut kriteria tertentu adalah mengikut budi bicara majikan. Bagi makluman Dewan yang mulia ini, pihak majikan bebas untuk mengambil pekerja mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan seperti latar belakang pendidikan, pengalaman kerja, kesesuaian pekerja dengan pekerjaan yang ditawarkan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, diskriminasi yang sengaja diwujudkan umpamanya, mengikut jantina, agama, bangsa serta keadaan seseorang seperti yang hamil, Orang Kurang Upaya dan sebagainya tidak wajar dipraktikkan oleh majikan yang ingin mengambil seseorang bekerja. Tiada peruntukan undang-undang tentang perkara ini. Justeru, tindakan perundangan tidak dapat diambil ke atas majikan yang mempraktikkannya. Namun begitu, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dari semasa ke semasa memberi khidmat nasihat supaya amalan yang mempunyai unsur diskriminasi dihindarkan oleh majikan.
Seterusnya, satu isu lagi, wanita bekerja jauh dari suami. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Panjang mendapati 6.9 peratus pekerja-pekerja wanita dalam negara ini bekerja berjauhan daripada suami. Bagi makluman, pemilihan tempat pekerjaan atau pekerjaan bagi pencari kerja adalah berdasarkan kepada pilihan individu atau pasangan itu sendiri dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti gaji yang ditawarkan, jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan serta pengalaman yang dimiliki oleh dan sebagainya.
Namun begitu, penempatan tempat bekerja seseorang itu adalah merupakan budi bicara majikannya mengikut keperluan syarikat berdasarkan fungsi tugas dan pengalaman yang dimiliki bagi mengisi sesuatu jawatan tersebut. Kerajaan tidak mempunyai dasar yang khusus untuk mengawal selia hak majikan dalam menempatkan tempat pekerjaan seseorang pekerja swasta. Terpulang kepada budi bicara pekerja yang berkenaan untuk bekerja dengan mana-mana majikan tanpa mengira sektor atau lokasi. Berhubung isu pekerja wanita yang berjauhan dari suami, jika mereka ini bekerja di dalam satu organisasi yang sama, maka adalah terpulang kepada budi bicara pihak sumber manusia di organisasi tersebut untuk mempertimbangkan penempatan berdasarkan tempat tinggal pasangan dan keluarga. Tuan Yang di-Pertua dan seterusnya saya pergi ke mungkin yang terakhir, kesukaran berjumpa dengan pegawai...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang terakhir Yang Berhormat, jangan mungkin lagi.
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Sebab ada tiga lagi tetapi mungkin saya singkatkan satu. Yang Berhormat Padang Besar membangkitkan isu...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rantau Panjang bangun, Yang Berhormat.
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Saya ingat oleh kerana terlalu banyak kementerian, jadi saya telah memberi banyak peluang untuk mencelah, Tuan Yang di- Pertua.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Satu minit sahaja, saya bagi cadangan.
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
Okey.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tekun mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri terhadap polisi. Ia tidak ada polisi yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan suami dan isteri supaya bekerja tidak berjauhan. Jadi, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya Dasar Polisi Mesra Keluarga diwujudkan dalam sistem pekerjaan kita sama ada di sektor awam atau sektor swasta, itu sahaja.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Boleh saya minta sedikit penjelasan?
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem
I think it’s okay. Saya menjawab. Jadi, terima kasih atas cadangan itu. Cadangan itu sebenarnya baik tetapi di dalam sektor perkhidmatan awam, public service pun suami isteri juga kadang-kadang terpaksa berjauhan. Itu jawapan saya. Jadi, soal kesukaran berjumpa dengan pegawai saya di Kementerian Sumber Manusia. Yang Berhormat Padang Besar membangkitkan isu kesukaran untuk berjumpa pegawai Kementerian Sumber Manusia untuk menyelesai masalah pekerja. Kementerian mengambil maklum mengenai perkara ini dan semua jawatan telah diarahkan untuk meningkatkan sistem penyampaian bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang baik kepada rakyat, terutamanya dalam permasalahan yang melibatkan isu pekerjaan dan pekerja.
Jabatan Tenaga Kerja telah menyediakan khidmat nasihat dan menerima aduan sama ada melalui panggilan telefon atau hadir ke pejabat yang akan dikendalikan oleh pegawai bertugas pada setiap hari, kecuali pada hari tidak bekerja. Tuan Yang di-Pertua, itulah saya sebut ada dua, tiga perkara lagi. Beberapa orang telah menyentuh tentang isu pekerja asing. Oleh kerana isu pekerja asing telah pun dijawab dengan panjang lebar oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri pada hari Isnin yang lepas, maka saya tidak berhajat untuk mengulanginya.
Jadi dengan ini Tuan Yang di-Pertua, akhir kata kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu berkenaan Kementerian Sumber Manusia semasa perbahasan Titah Diraja yang belum sempat saya jawab, kementerian ini amat menghargai segala cadangan, teguran dan komen yang telah dikemukakan dan kementerian akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, giliran Kementerian Pertahanan. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucap terima kasih. Saya mengambil kesempatan ini bagi pihak Kementerian Pertahanan ingin menyatakan penghargaan kepada 9 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Diraja yang telah menyentuh perkara-perkara melibatkan tanggungjawab di bawah Kementerian Pertahanan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu yang di bawah tanggungjawab kementerian ini ialah pertama daripada Yang Berhormat Silam, Yang
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum
Berhormat Semporna, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Lawas dan Yang Berhormat Seputeh.
Pertama, saya ingin menyentuh mengenai perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Semporna, berkenaan dengan usaha untuk memperkukuhkan keselamatan Pantai Timur Barat, Timur Sabah. Sebagaimana kedua-dua Yang Berhormat sedia maklum, sememangnya pihak kementerian amat prihatin dan mengambil berat serta komited untuk menentukan keselamatan kawasan berkenaan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum
Yang Berhormat Silam telah membangkitkan empat perkara berkaitan dengan perancangan kerajaan dalam memperkukuhkan keselamatan Pantai Timur Sabah. Perkara yang pertama yang dibangkitkan ialah berkenaan dengan status perkembangan pembinaan Kem Briged ESSCOM di FELDA Sahabat Lahad Datu. Rancangan Malaysia Ke-11, pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM523 juta untuk membangunkan kem ini.
Pada masa ini pihak kementerian dalam peringkat akhir memuktamadkan kontrak berkenaan dan ia dijangka akan mula dilaksanakan pada Jun 2016 dan akan dijangka siap pada Jun 2019.
Perkara yang kedua yang dibangkitkan ialah berkenaan dengan status projek naik taraf Lapangan Terbang Lahad Datu. Untuk makluman Yang Berhormat, projek yang melibatkan Kementerian Pertahanan di Lapangan Terbang Lahad Datu hanyalah melibatkan pembinaan shelter dan apron untuk menempatkan helikopter bagi operasi di kawasan Pantai Timur Sabah dengan kos sebanyak RM9 juta sahaja. Projek ini dijangka akan bermula pada bulan Mei 2016 dan dijangka siap pada hujung tahun depan.
Perkara ketiga yang dibangkitkan ialah berkenaan dengan status naik taraf radar yang ditempatkan di kawasan persempadanan antara Malaysia dengan Filipina.
Sebagaimana maklumat Yang Berhormat, status kesemua stesen radar pengawasan pantai yang masa ini beroperasi 100 peratus dalam keadaan baik dan sentiasa diselenggarakan dan menjalankan operasi dengan baik. Pihak kementerian juga dalam proses menaikkan kamera radar, pengawasan jarak jauh untuk meningkatkan keupayaan radar tersebut.
Perkara yang keempat yang dibangkitkan ialah berkenaan dengan projek sea basing dalam menjaga perairan di kawasan Pantai Timur Sabah. Sehingga kini sebanyak dua buah platform sea basing telah dianugerahkan dan kini beroperasi sepenuhnya yang melibatkan platform seperti berikut, kapal yang pertama ialah kapal Tun Azizan yang mula beroperasi pada 15 Mei 2015 di perairan Sandakan. Kedua ialah pangkalan laut Tun Sharifah Rodziah yang mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Ogos 2015 di perairan Lahad Datu.
Yang Berhormat Semporna pula telah membangkitkan tiga perkara yang bertujuan untuk memperkukuhkan keselamatan Pantai Timur Sabah khususnya di kawasan-kawasan yang sama yang telah disebutkan iaitu dalam kawasan ESSCOM. Perkara yang pertama dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah mencadangkan usaha risikan khususnya oleh pihak ATM ditingkatkan bagi memastikan keselamatan Sabah sentiasa terpelihara.
Bagi menjawab kenyataan Yang Berhormat ini, pihak kementerian sentiasa menitikberatkan segala isu berhubung kait aspek keselamatan Pantai Timur dan tidak sekali-kali memandang ringan terhadap ancaman terutama sekali daripada kumpulan militan. Cabaran yang dihadapi daripada persekitaran yang tidak menentu dan tidak mudah diramalkan memerlukan pihak ATM sentiasa bersedia dalam menghadapinya.
Dalam aspek perisikan, pihak ATM sentiasa mengambil langkah pro aktif dalam usaha merancang, memperoleh, menganalisis dan menyalurkan maklumat risikan kepada pihak-pihak yang berkaitan. Dalam konteks ini ialah antara langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak ATM ialah yang pertama mengambil inisiatif dalam usaha meningkatkan perolehan maklumat perisikan dengan menjalin kerjasama dengan pihak Filipina.
Kerjasama ini bertujuan melakukan pertukaran maklumat teknikal bersabit dengan aktiviti militan di selatan di Filipina dan Pantai Timur Sabah.
Kedua meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi lain seperti PDRM, pihak MKN, ESSCOM, Imigresen dan lain-lain agensi yang ada di daerah-daerah yang telah kita tetapkan. Ketiga ialah penggunaan peralatan UAB.
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum
Perkara yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah berkenaan aset ATM dipertingkatkan termasuk aset strategik di kawasan Pantai Timur Sabah. Sebagai mana Yang Berhormat maklum, maklumat Yang Berhormat ATM telah meningkatkan penempatan dan kehadiran troop serta aset tambahan di Pantai Timur Sabah sejak 26 Disember 2014 yang melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut dan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Setakat ini ATM telah menambah aset-asetnya di Sabah dengan perincian seperti berikut;
(a) Tentera darat -
(i) Satu penempatan sementara satu batalion infantri di Kukusan Tawau Sabah;
(ii) Batalion infantri ditempatkan di Lokawi Kota Kinabalu dan satu batalion infantri yang telah ditempatkan di Kem Fairyland Labuan sejak awal tahun 2015;
(iii) Atur gerak kenderaan perisai 8X8 Gempita di Sandakan Sabah;
(iv) Atur gerak kenderaan perisai FIFV di Kota Belud;
(v) Penempatan A109 Agusta di Sandakan. Pesawat ini dipasang dengan senjata gatling gun bagi tujuan memperkuatkan lagi keupayaan kuasa tembakan pesawat tersebut.
(b) Tentera Laut Diraja Malaysia -
(i) Menambahkan kapal-kapal TLDM untuk rondaan dan pengawasan di samping penempatan bot jenis CB90 di Sandakan bagi tujuan pemantauan dan rondaan,
(ii) Penempatan team PASKAL berserta dengan sebuah helikopter di Semporna.
(c) Tentera Udara Diraja Malaysia -
(i) Menempatkan satu squadron pesawat peninjau Hawk, pesawat C13 dan helikopter EC725 di Pangkalan Udara Labuan dan helikopter Nuri ditempatkan di Tawau dan di Sandakan,
(ii) Menaik taraf Lapangan terbang di Pangkalan Udara Labuan dan Lapangan Terbang Lahad Datu sebagai forward operational based pesawat yang beroperasi di kawasan yang dipertanggungjawabkan iaitu di Pantai Timur Sabah.
Perkara yang ketiga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah berkenaan dengan berkaitan anggota ATM yang bertugas di kawasan operasi yang kurang kemahiran dalam pengetahuan peperangan gerila. Tuan Yang di-Pertua, anggota-anggota ATM yang ditugaskan di Pantai Timur Sabah adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman yang luas dalam aspek peperangan gerila. ATM sentiasa mengekalkan kompetensi anggota-anggotanya dalam peperangan melawan gerila kerana ia merupakan kepakaran yang sememangnya dimiliki oleh ATM selama ini.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, kepakaran yang dimiliki oleh anggota ATM ini telah menjadikan Malaysia di antara negara yang awal di dunia yang dapat mematahkan ancaman intervensi sehingga membawa kepada peletakan senjata oleh Parti Komunis Malaysia pada 22 Disember tahun 1989 dan diikuti oleh Pasukan Komunis Kalimantan Utara pada 17 Oktober 1999.
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum
Seterusnya Yang Berhormat Semporna telah membangkitkan berkenaan dengan benarkah pihak kerajaan akan membenarkan sebuah penempatan tentera Amerika Syarikat didirikan di pantai timur Sabah. Bagi isu yang dibangkitkan ini, ingin saya tegaskan
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum
kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali. Yang Berbahagia Tan Sri Panglima angkatan tentera juga telah mengeluarkan kenyataan menafikan khabar angin kononnya tentera Amerika Syarikat akan membina sebuah pangkalan di Sabah. Apa yang sebenarnya yang berlaku ialah ATM yang melaksanakan latihan exercise di Sabah yang melibatkan tentera Amerika Syarikat baru-baru ini.
Seterusnya perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Tumpat tidak ada dalam Dewan, saya akan bagi secara bertulis. Begitu juga Yang Berhormat Batu, saya akan bagi secara bertulis. Seterusnya oleh Yang Berhormat Labuan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Labuan pun tidak ada dalam Dewan.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum
Tidak ada. Tidak ada Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak ada.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum
Tidak ada, saya beri secara bertulislah sebab ramai lagi hendak menjawab. Seterusnya ialah Yang Berhormat Limbang. Yang Berhormat Limbang ada? Yang Berhormat Limbang ada. Yang Berhormat Limbang adalah berkenaan dengan Kem Limbang dinaiktarafkan bagi memberi lebih keselesaan kepada anggota keselamatan yang bertugas. Kem Limbang ialah sebuah pos operasi yang dikenali sebagai Pos Limbang yang menempatkan platun di bawah Operasi Jaga Kawan. Pihak kementerian akan terus berusaha untuk memberikan keselesaan kepada anggota yang bertugas agar mereka dapat beroperasi di kawasan berkenaan dan menumpukan kepada tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
Yang Berhormat Limbang juga membangkitkan berkenaan dengan projek Jiwa Murni. Yang Berhormat Limbang dan Yang Berhormat Lawas, bagi isu yang dibangkitkan ini oleh kedua-dua Ahli Yang Berhormat, saya ingin menjelaskan di bawah projek Jiwa Murni, pihak ATM hanya menyediakan tenaga kerja dan aset untuk melaksanakan projek, manakala daripada segi peruntukan ia diperoleh daripada agensi Pusat. Justeru itu pihak kementerian melalui ATM sentiasa membantu melaksanakan projek ini tertakluk kepada permohonan dan kelulusan yang diterima melalui agensi pusat.
Yang Berhormat Ipoh Barat telah membangkitkan berkenaan dengan perkembangan terkini mengenai Biological Weapons Convention (BWC) yang telah ditandatangani oleh Malaysia. Sebagai ahli kepada BWC ini, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti berikut:-
(i) melantik Kementerian Pertahanan sebagai agensi pelaksana BWC di dalam negara;
(ii) menggubal rang undang-undang BWC nasional yang kini di peringkat akhir penelitian oleh Jabatan Peguam Negara;
(iii) mewujudkan Jawatankuasa Teknikal BWC nasional yang dipengerusikan oleh Kementerian Pertahanan dan dianggotai oleh pakar-pakar di pelbagai kementerian dan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Kesihatan dan PDRM; dan
(iv) melaksanakan program pendekatan dan kesedaran kepada komuniti sains biologi terhadap BWC dan melaksanakan kawalan biosecurity untuk mencegah salah guna pendidikan dan teknologi yang berkaitan.
Yang Berhormat Sibuti....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ipoh Barat bangun.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan, Yang di-Pertua. Pada 19 Julai 2011 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengatakan bahawa proses membawa rang undang-undang berkaitan yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat sudah lebih lima tahun, apakah yang terjadi kepada perkara tersebut? Nampaknya janjinya tidak ditepati, nombor satu.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kedua, mengenai biological weapons ini, saya hendak tahu apakah kawal selia yang sedia ada supaya ia tidak terjatuh kepada tangan-tangan yang ekstremis di negara ini?
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum
Terima kasih, Yang Berhormat. Tadi saya telah menyatakan di sini bahawa rang undang-undang itu di peringkat akhir.
Maknanya setelah siap, kita akan membentangkannya di Parlimen ini dalam masa yang terdekat, insya-Allah. Jadi apa-apa maklumat berkenaan dengan perkara ini, saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat.
Kedua ialah berkenaan dengan kawalan kepada senjata ini. Seperti mana yang saya beritahu tadi kita telah menubuhkan jawatankuasa yang melibatkan agensi-agensi lain dan kita sentiasa memantau berkenaan perkara-perkara seperti penggunaan senjata dan juga perkara-perkara yang melibatkan BWC ini. Selain daripada itu juga kita sentiasa komited dan boleh dikatakan setiap tahun, kita menghadiri konvensyen ini yang diadakan pada setiap tahun. Jadi apa-apa perkembangan berkenaan dengan BWC ini kita memang pantau daripada semasa ke semasa dan kita amat prihatin tentang perkara ini.
Yang Berhormat Sibuti tidak ada dalam Dewan ini, jadi saya sekali hendak mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah memberikan dan menegur dan terlibat dalam...
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
[Bangun]
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum
...Perbahasan.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan saya peluang. Saya ingin membangkitkan satu perkara yang mungkin tidak ada dalam pertanyaan tetapi bagi menjaga kepentingan Kementerian Pertahanan yang berhubung kait dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Baru-baru ini ada orang yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan fitnah yang boleh memburukkan nama angkakan tentera dan juga Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Sebagai sebuah badan berkanun di bawah Akta Parlimen, Lembaga Tabung Angkatan Tentera sebenarnya telah menjalankan tugas dan fungsi dengan begitu berkesan sekali bagi menyampaikan faedah-faedah persaraan dan faedah-faedah yang lain kepada semua lain-lain pangkat dan juga kepada pegawai.
Apa yang saya dapati fitnah tersebut begitu buruk sekali seolah-olah Lembaga Tabung Angkatan Tentera tidak mempunyai kemampuan untuk membayar semula apa juga caruman dan simpanan dan lambat membayar serta telah membabitkan dan melibatkan sebuah badan lain kononnya 1MDB tidak berkemampuan untuk membayar kontraktor kepunyaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Saya pun seorang ahli veteran, Tuan Yang di-Pertua. Saya cukup terpanggil untuk membangkitkan perkara ini kerana setahu saya Lembaga Tabung Angkatan Tentera telah mencatat keuntungan sebanyak RM1 bilion pada tahun 2014. Pada tahun 2015 dalam keadaan ekonomi yang suram, ia telah mencatat keuntungan sebanyak RM766.8 juta dan telah berjaya membayar dividen kepada pencarum-pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera tahun 2014 sahaja sebanyak RM835 juta, sementara pada tahun 2015 sebanyak RM693 juta.
Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, keresahan yang timbul daripada ahli-ahli veteran dan juga anggota-anggota tentera yang sedang berkhidmat, seolah-olah Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang mempunyai kemampuan pada ketika ini aset sahaja tahun 2015 telah mencatat sebanyak RM9.4 bilion. Sementara
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
caruman ahli hanya sebanyak RM9.1 bilion. Ini bermakna bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera mempunyai kekuatan dan kemampuan bukan sahaja untuk menjaga kepentingan wang serta caruman anggota-anggota yang berkhidmat dan berpencen tetapi janganlah hendaknya mereka yang tidak bertanggungjawab ini menyampaikan fitnah yang sebenarnya telah mendatangkan keresahan kepada semua ahli veteran.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Jadi saya hendak tahu Yang Berhormat Menteri setakat manakah tindakan yang dijalankan oleh pihak kementerian yang pertamanya untuk memastikan pencemaran ini memberikan penerangan dan apakah bentuk tindakan-tindakan lain kerana sedikit sebanyak fitnah ini bukan sahaja telah memburukkan nama kerajaan nama angkatan tentera bahkan seluruh ahli-ahli veteran begitu takut sekali pada ketika ini begitu resah sekali, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Boleh tambah sedikit Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum
Tambah lagi, sila.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong meminta kerajaan menghargai pengorbanan warga angkatan tentera Malaysia. Jadi dalam perkara ini saya ingin mengajak Yang Berhormat Menteri merujuk kepada Akta Tabung Angkatan Tentera nombor 144 berhubung caruman warga tentera semasa di dalam angkatan tentera.
Sebagaimana yang kita faham 10 peratus dibayar oleh anggota dan 15 peratus dicarum oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Akan tetapi, malangnya apabila yang berpencen bersara mereka tidak dibayar penuh 25 peratus yang dicarumkan tetapi setakat 10 peratus manakala 15 peratus caruman dipulangkan kepada kumpulan wang disatukan.
Dalam hal ini warga veteran yang berpencen merayu khususnya lain-lain pangkat supaya 15 peratus yang dicarum oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera dibayar kepada kumpulan wang yang disatukan supaya dibayar balik kepada warga veteran yang tidak berpencen sebelum mereka meninggal dunia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum
Terima kasih, kedua-dua Yang Berhormat, kedua-dua ini tidak berkaitan dengan apa yang kita yang dibahaskan sekarang- sekarang. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Lumut saya ambil perhatian yang apa telah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Jadi saya tengok tunggu arahan bagaimana kita hendak buat penambahbaikan kerana dari semasa ke semasa pihak MINDEF sentiasa mengambil berat tentang kebajikan anggotanya bukan sahaja anggota dan juga veteran.
Jadi kita akan ambil perhatian kepada apa yang telah dibangkitkan tadi.
Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin LTAT ini ialah sebuah badan berkanun di bawah MINDEF. Jadi saya sudah berhubung dengan Presiden LTAT jadi saya minta mereka buat kajian dan mereka lihat supaya perkara ini mesti adalah satu tuduhan yang serius dan kita harap supaya pihak LTAT mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pihak yang terlibat yang telah memfitnah LTAT. Jadi ini terpulanglah kepada LTAT sama ada akan mengambil tindakan undang-undang dan sebagainya. Jadi kita di kementerian kita telah menasihat sebagai kementerian kita telah di antara agensi satu badan di bawah kementerian dan kita sentiasa pantau dan kita tahu track record LTAT adalah baik dan seperti mana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Jasin tadi. Jadi terpulanglah kepada LTAT untuk mengambil tindakan selanjutnya. Jadi kepada Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan ini saya ucapkan banyak terima kasih dan apa-apa yang telah dibangkitkan Insya-Allah saya akan ambil perhatian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih, Yang Berhormat, seterusnya giliran Kementerian Pendidikan Tinggi. Sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia merakamkan penghargaan kepada 14 orang Yang
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Berhormat yang telah mengambil bahagian perbahasan Titah Diraja dan menyentuh isu-isu berkaitan Kementerian Pendidikan Tinggi. Terima kasih saya ucapkan kepada yang memberi pandangan, saranan, teguran yang membina demi penambahbaikan berterusan pendidikan tinggi negara.
Isu-isu yang telah dibangkitkan akan saya ulas sebaik mungkin untuk memberi penjelasan dan pencerahan kepada Ahli Berhormat sekalian. Saya akan menjawab mengikut tajuk-tajuk perbahasan. Pertama tentang TVET merupakan aspek penting dalam melahirkan insan kemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan negara. Berkaitan tentang pengiktirafan Diploma Vokasional Malaysia ataupun DVM yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekijang.
Untuk makluman ketika ini DVM adalah dalam proses pertimbangan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk memenuhi syarat-syarat di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia ataupun MQF. Buat masa ini kelulusan DVM masih mempunyai peluang meneruskan pengajian lebih tinggi dengan menggunakan peluang pengalaman bekerja ataupun yang dikatakan APEL, Accreditation of Prior Experiential Learning tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan dan pengalaman kerja yang berkaitan.
Untuk mendapat kelayakan APEL atau pengalaman bekerja ini mereka perlu bekerja dengan umur untuk Diploma umur perlu lebih daripada 20 tahun, untuk Ijazah lebih daripada 21 tahun, untuk Sarjana pun boleh untuk mereka yang lebih umurnya daripada 30 tahun tapi perlu mempunyai STPM ataupun Diploma. Seterusnya perlu lulus ujian atittude test ataupun penilaian portfolio APEL.
Selain itu, tadbir urus TVET juga akan diperkukuhkan dengan lebih baik melalui penubuhan Jawatankuasa Sistem Tadbir Urus Tunggal ataupun gabungan antara akademik dan TVET yang melibatkan MQA dan juga Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi tujuan penyelarasan dan pemantauan TVET. MQA dan JPK sedang dalam proses mengharmonisasikan kelayakan akademik dan juga TVET. Proses ini perlu melibatkan semakan semula Kerangka Kelayakan Malaysia ataupun MQF bagi mewujudkan satu sistem jaminan kualiti tunggal. Tindakan ini dijangka selesai pada Disember akhir tahun ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Sabak Bernam bagi membentuk graduan Politeknik TVET yang mahir berciri insan secara holistik. Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 telah menumpukan usaha ke arah ini melalui langka-langkah strategik yang digariskan dalam lonjakan yang pertama graduan holistik berciri keusahawanan dan seimbang dan lonjakan keempat graduan TVET berkualiti. Kurikulum yang dibentuk menyasarkan agar pelajar menguasai pengetahuan dan juga kemahiran dalam bidang yang diceburi. Membentuk kemahiran diri interpersonal dan sosial dan juga menghayati amalan-amalan adat dan nilai murni bagi cara berfikir dan juga tingkah laku agar menjadi warganegara yang berguna.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Labuan, Sipitang, Sabak Bernam penubuhan sesebuah IPTA mengambil kira pelbagai aspek seperti kemampuan pembiayaan kerajaan, kepentingan bidang tujahan ataupun niche area tertentu terhadap pembangunan sosioekonomi negara. Sumber manusia yang mencukupi serta keperluan sumber tenaga yang diperlukan di pasaran kerja. Pada ketika ini Kementerian Pendidikan Tinggi tidak mempunyai perancangan untuk menubuhkan universiti awam di Sabah yang baru kerana negeri Sabah telah mempunyai beberapa IPTA seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), kampus cawangan UITM di Kota Kinabalu, dua buah Politeknik dan sembilan buah kolej komuniti. Manakala bagi IPTS terdapat dua buah IPTS bertaraf kolej universiti dan 25 buah IPTS bertaraf kolej di negeri Sabah. Fokus Kementerian Pendidikan Tinggi sekarang ialah untuk memperkasakan, meningkatkan kualiti universiti-universiti yang sedia ada.
Untuk makluman Yang Berhormat Sipitang kerajaan juga telah melanjutkan tempoh moratorium supaya penubuhan IPTS untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Februari 2015 sehingga 31 Januari 2017. Untuk makluman Sabak Bernam pada dasarnya penyediaan asrama atau kolej kediaman oleh Kementerian Pendidikan Tinggi ialah antara 30 peratus hingga 70 peratus daripada bilangan pelajar sesebuah IPT. Manakala selebihnya perlu ditampung melalui inisiatif swasta ataupun kegiatan ekonomi penduduk setempat. Ini akan membantu meningkatkan pembangunan ekonomi sesebuah kawasan.
Politeknik Sultan Idris Sabak Bernam telah mempunyai asrama bagi menampung 2400 orang pelajar.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Jumlah pelajar yang sedang mengikuti pengajian ialah 4,546 orang. Politeknik ini juga mempunyai rumah kediaman bagi menempatkan 104 orang pegawai dan juga kakitangannya. Kementerian Pendidikan Tinggi telah memohon untuk mendapatkan peruntukan bagi pembinaan asrama pelajar tambahan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dan perkara ini sedang dalam penelitian agensi pusat untuk kelulusan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gombak dan juga Yang Berhormat Pasir Mas telah menyuarakan kebimbangan ekoran peruntukan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi yang berkurangan pada tahun 2016 berbanding dengan 2015. Perlu diketahui bahawa kadar pergantungan universiti awam kepada kerajaan masa kini ialah 70 peratus hingga 90 peratus. Ini adalah tinggi dan model pergantungan yang terlalu tertinggi ini adalah tidak mapan ataupun tidak sustainable.Ini kerana kalau kita lihat di universiti- universiti lain seperti Thammasat hanya 30 peratus bergantung kepada kerajaan dan kebanyakan universiti lain antara 40 hingga 50 peratus pergantungan kepada kerajaan.
Jadi, jangka masa panjang kita hendak pastikan ianya diturunkan kepada 40 peratus hingga 50 peratus dan ini jelas di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia yang telah kita lancarkan pada tahun lalu, tahun 2015 dalam lonjakan lima yang bercakap tentang kemapanan kewangan yang menyatakan bahawa pergantungan kepada kerajaan itu perlu dikurangkan. Untuk makluman, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM476 juta pada tahun 2015 untuk tujuan penyelidikan di universiti awam.
Manakala pada tahun 2016 sebanyak RM470 juta telah diperuntukkan bagi tujuan yang sama. Kurangnya hanya RM6 juta dan saya telah berjanji beberapa kali dalam Dewan ini bahawa kita akan pastikan yang kekurangan sebanyak RM6 juta itu akan di tingkatkan agar tidak ada pengurangan sedikit pun untuk penyelidikan UA pada tahun ini.
Selain dari itu, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk Program Public Private Research Network ataupun PPRN pada tahun ini dan tambahan sebanyak RM300 juta untuk program MyBrain15 iaitu biasiswa untuk 20 ribu pelajar sarjana dan PhD yang lebih tinggi daripada peruntukan pada tahun yang lalu. Sudah pun dikeluarkan di mana 9,010 biasiswa pada tahun ini telah dikeluarkan pada bulan lalu kepada 7,410 orang pemegang master dan degree dan juga 1,600 untuk mereka melaksanakan PhD.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Pencelahan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sebentar.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Ini telah memberi ruang kepada anak miskin daripada Sik untuk belajar bioteknologi di UTM. Memberi peluang kepada pelajar Iban dari Kota Samarahan untuk belajar kejuruteraan elektrik di UTM.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya sila Lembah Pantai.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua,terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Berbalik kepada isu perbelanjaan yang diperlukan oleh universiti. Yang Berhormat umumkan tadi,bab berkait RM476 juta. Saya hanya ingin tanyakan,saya bagi contoh universiti seperti USM,memang ada program soaring upwards, Yang Berhormat telah umumkan terlebih dahulu,di mana ada workshop bersama-bersama CEO yang terpilih.
Akan tetapi malangnya, USM tidak diberikan perbelanjaan tambahan maka bila ada perancangan untuk melantik profesor madya contohnya. Mereka terpaksa menurunkan kelayakan kerana kata pensyarah di sana tidak ada peruntukan tambahan bagi maksud ini.
Kebanyakannya dipindahkan menerusi program yang dipilih oleh kementerian. Adakah Yang Berhormat bersedia sekurang-kurangnya dapat maklum balas daripada universiti.
Contohnya dana yang dirancang untuk program soaring upwards ini dipindahkan kepada isu-isu mengambil tenaga-tenaga pengajar termasuklah profesor madya yang sangat diperlukan bagi meningkatkan kualiti universiti. Mohon penjelasan,terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. RonaldKiandee
Yang Berhormat Sepang pun bangun Yang Berhormat
Dato’ Seri Haji IdrisJusoh
One by one. Senang jawab. Saya sudah katakan tadi bahawa pergantungan di universiti awam terhadap kerajaan terlalu tinggi. Oleh sebab itu dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) yang telah
Dato’ Seri Haji IdrisJusoh
dilancarkan pada April tahun lalu jelas menyatakan perlu kita pastikan pergantungan itu perlu dikurangkan dan ini sebabnya kita lihat pada tahun ini ada pengurangan yang diberi kepada universiti-universiti. Kalau bercakap pasal USM dan universiti-universiti penyelidikan yang lain,kita lihat Universiti Malaya juga dan UKM,UMT. Universiti-universiti penyelidik ini mampu untuk menjana pendapatan sendiri melalui syarikat-syarikat holding mereka,melalui program-program penyelidikan mereka,penerbitan mereka dan latihan mereka.
Sebab itulah,peruntukan yang diberi oleh mereka ialah peruntukan one line budgeting, maknanya berapa juga yang diberikan kepada mereka itu boleh mereka agihkan di universiti yang mengikut kebijaksanaan mereka. Jadi,memang ada pengurangan dan kita jangka ini adalah satu perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan agar universiti- universiti ini mampu untuk lebih berdikari. Dikatakan tadi daripada 70 peratus hingga 90 peratus turun kepada 40 peratus dan 50 peratus.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Saya tahu Yang Berhormat sudah ambil keputusan Tuan Yang di-Pertua tetapi saya hanya ingin tekankan bahawa keluhan ini bukan lahir daripada pembangkang atau parti politik. Keluhan yang saya bawa adalah daripada pihak universiti sendiri dan saya juga ingin ingatkan yang kami sebenarnya – saya memandang tinggi dasar kerajaan yang terdahulu yang memastikan ada mobiliti sosial menerusi bidang pengajian tinggi. Makanya, yang kita mahukan ialah penerusan di mana kalau kita mahu anak-anak daripada golongan berpendapat rendah punyai peluang untuk ke depan dan mendapat masa depan yang lebih terjamin. Maka inilah dasar yang harus dikekalkan oleh kerajaan. Saya tahu dengan perancangan pembangunan sudah mahu berpindah kepada isu mengurangkan perbelanjaan daripada kerajaan kepada universiti tetapi saya pohon atas dasar polisi dan dasar yang di mana in the1980s, 1990s we did a lot to ensure social mobility, dengan izin. Maka saya pohon agar Yang Berhormat dapat mengambil kira bagaimana kita boleh meneruskan dasar-dasar yang membantu dalam bidang ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Haji IdrisJusoh
Untuk dasar-dasar membantu saya sudah beritahu tadi. Tidak pernah sebelum ini kerajaan memperuntukkan RM300 juta ringgit untuk mereka melaksanakan program MyBrain15. Saya katakan tadi tahun ini 20,000 akan mendapat pembiayaan untuk melaksanakan program master dan juga PhD, tidak pernah kita laksanakan sebelum daripada ini.
Kita kena lihat keseluruhannya Yang Berhormat kerana kita kena pastikan universiti kita ini mampu, financial sustainability nya mampu untuk menjana pendapatan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan. Mungkin ini nampak tidak popular,kita tidak perlu mengambil langkah yang cuba menunjukkan kita popular dan tidak melihat sustainability universiti kita di jangka masa panjang. Seperti saya bagi tahu tadi Thammasat 30 peratus sahaja bergantung kepada kerajaan dan kita 80 peratus bergantung kepada kerajaan Bukan hendak menyatakan kita tidak mahu memberi biasiswa,kita tambah duit biasiswa,kita tambah duit-duit yang lain dan saya katakan tadi untuk penyelidikan saya pastikan RM476 juta ini akan terus kita laksanakan. Kita tambah lagi tahun ini untuk PPRNRM50 juta, untuk penyelidikan dan ini menunjukkan bahawa kerajaan peka dan kita akan memastikan bahawa yang social mobility mereka – saya katakan tadi mereka yang daripada Sik tadi,di kota Samarahan anak Iban dapat biasiswa kerana adanya peruntukan tambahan MyBrain15 untuk mereka melaksanakan pendidikan mereka.
Secara keseluruhannya kerajaan tidak mengurangkan peruntukan bagi penyelidikan. Sebaliknya memperhebatkan lagi program ini bagi memastikan universiti kekal sebagai centre of excellence dalam memacu pembangunan negara.
Malah hasil tumpuan kementerian terhadap kajian akademik,seramai tiga orang penyelidik daripada universiti awam telah berjaya disenaraikan sebagai minda saintifik paling berpengaruh di dunia pada tahun 2015 Thomson Reuters. Pengiktirafan ini diberikan kepada penyelidik di kalangan 1 peratus teratas ataupun top one percent daripada sembilan juta penyelidik di seluruh dunia yang menghasilkan lebih dua juta penulisan hasil kajian setiap tahun. Penarafan ini berjaya memposisikan Malaysia sebagai salah satu negara yang mempunyai sarjana bertaraf global yang memberi sumbangan ilmiah berimpak tinggi.
Dato’ Seri Haji IdrisJusoh
Saya hendak mengatakan juga, sebelum saya beri laluan ini, ialah baru-baru ini kita lihat, ini baru lagi, kalau boleh saya kata panas lagi daripada press, daripada akhbar, di
Dato’ Seri Haji IdrisJusoh
mana mengikut QS World Ranking by Subject, UM baru-baru ini telah mula bertambah baik di mana dalam subjek developmental studies, ia meningkat daripada tangga 32 ke tangga 30, dan dalam electrical and electronic engineering, dahulunya di tangga 51 hingga 100 ke tangga 37, peningkatan. USM, peningkatan dalam chemical engineering, dulunya tangga 51 hingga 100 ke tangga 46. Ini peningkatan-peningkatan yang sedang berlaku.
Ada satu lagi saya nak tunjuk di sini. Di sini terlalu banyak. Top 100 in the world subjects ranking. Ini dua hari yang lalu, Tuan Yang di-Pertua. Di mana kalau kita lihat banyak senarai di sini, tidak perlu saya baca, banyak sangat ini–– UM, USM, UKM, UTM, UPM–– mengatakan bahawa inilah pengiktirafan yang diberi oleh dunia kepada pensyarah- pensyarah kita.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pendek sahaja. Tahniah, alhamdulillah, saya fikir semua pencapaian ini pencapaian yang diraikan oleh semua.
Hanya saya nak sebut tentang bab Mobiliti Sosial. Jawapan daripada Jabatan Perdana Menteri sendiri menunjukkan bahawa dalam tahun-tahun kebelakangan ini, graduan daripada keluarga bottom 40 dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, adalah sekadar kurang daripada dua peratus. Maksudnya, ada satu erosion lebih teruk kalau dibandingkan dengan lima atau 10 tahun yang lalu, ada keperluan untuk benar-benar mendapatkan lebih ramai lagi graduan daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Itu saya hanya tujukan kepada isu mobiliti sosial yang tidak memberi impak terkini. Terima kasih.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Sebenarnya ada polisi Yang Berhormat, di mana 10 peratus daripada pengambilan ke universiti ini adalah untuk mereka yang daripada golongan B40 yang hanya dilaksanakan bermula tahun lalu. Mungkinlah kita tidak dapat melihat keputusan serta-merta.
Akan tetapi percayalah Yang Berhormat, seperti yang saya tunjuk tadi, peningkatan-peningkatan yang sedang berlaku, kebaikan yang sedang berlaku, saya akan pergi lagi selepas berbicara di mana kita akan melihat kalau hendak bercakap tentang graduate employability, saya akan beritahu lepas pada ini bagaimana peningkatan demi peningkatan yang sedang berlaku di dalam universiti kita.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Mana satu?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, nak bagi Yang Berhormat Sepang atau Yang Berhormat Kulai?
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Yang Berhormat Sepang dulu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Menteri. Menteri, berkaitan dengan PhD juga.
Saya menerima laporan daripada pelajar yang belajar di luar negara sedang mengambil PhD yang menyatakan bahawa apabila mereka ingin memohon extension untuk menamatkan PhD, bantuan daripada kementerian ini dihentikan. Sedangkan, praktis yang berlaku sebelum ini, paling kurang mereka bagi dua kali extension. Ada surat yang mereka kemukakan.
Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah ini polisi baru pihak kerajaan yang menghentikan bantuan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang buat PhD ini, untuk extension? Sebab ini dah viral juga di beberapa buah Facebook termasuk Facebook daripada Wardina pun dia ada share benda itu. Jadi saya harap Menteri boleh memberikan jawapan terhadap soalan itu. Terima kasih.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Terima kasih Yang Berhormat Sepang kerana peka.
Sebenarnya semasa saya berjumpa dengan mereka pun ada ditimbulkan isu-isu tersebut.
Kita perlu melihat bahawa keadaan sekarang ini tidaklah sebaik dahulu. Keadaan pendapatan negara telah berkurangan sedikit dan ini memerlukan kepada kita melaksanakan perkara–– kalau mengikut perjanjian, biasanya sambungan-sambungan ini jika tidak dikawal yang dikatakan graduate on time ini, ia berlarutan, banyak sangat tambahan. Tambah satu semester, kadang tambah satu semester lagi. Kita membuat keputusan bahawa semua sambungan itu perlu dilaksanakan oleh universiti itu sendiri.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Kebanyakan mereka merupakan pensyarah-pensyarah universiti yang ke luar negara. Katalah perjanjian mereka tiga tahun, mereka tidak tamat dalam masa tiga tahun.
Jadi, perjanjian mereka tiga tahun, kalau mereka tidak tamat tiga tahun, mereka minta tambahan. Ini kena lihat. Perjanjian tiga tahun tetapi tidak tamat tiga tahun, minta tambahan. Tambahan itu boleh diminta melalui universiti masing-masing kerana yang diberi oleh kementerian, katalah untuk jangka masa tiga tahun, kita akan pastikan ia tiga tahun dan tambahan yang diperlukan oleh mereka, kita pohon agar mereka memohon daripada universiti di mana mereka berada.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya hendak tanya Menteri, polisi ini bermula bila? Sebab, according to them dengan izin, mereka mengatakan ia terpakai retrospectively. Manakala mungkin tahun lepas bermula, patut pelajar-pelajar sebelum itu janganlah dikenakan. Jadi saya harap jelaskan sebab saya perlu menjawab kepada mereka. Mungkin dengan jawapan Menteri ini saya boleh sahkan apa yang Menteri kata. So my question is when the policy begin? Last year ataupun bila?
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Saya dah kata polisi itu apa yang dalam perjanjian.
Itu polisi. Pelaksanaannya berbeza, Yang Berhormat. Pelaksanaannya mengikut keadaan semasa. Kita janji dengan anak kita – janji tidak lari. Kalau janjinya ialah tiga tahun, tiga tahunlah, tidak lari. Polisinya tiga tahun.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Last time...
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Nanti sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sepang, jangan berdialog.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Polisinya tiga tahun, polisi tidak lari. Kalau tiga tahun, tiga tahunlah polisinya. Yang berlaku ialah pelaksanaan di mana kadangkala diberi tambahan satu semester atau dua semester tambahan. Jadi kalau tanya fasal polisi, polisi tidak berubah. Yang berubahnya ialah pelaksanaan. Jika tambah satu penggal atau dua penggal, itu mengikut kebijaksanaan ataupun budi bicara setiap universiti.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya rasa Menteri, yang mereka katakan itu agreement tidak berubah. Policy is different. Because, sometimes you have agreement but you vary the agreement by introducing policy. Contoh tadi within three years itu yang kena complete tetapi despite tidak tiga tahun pun you masih benarkan bagi biasiswa lepas tiga tahun. Bermakna, itulah polisinya.
Saya rasa government has to differentiate between policy and the agreement. I know about the agreement but the policy is even sebelum ini berdasarkan convention, kalau tidak cukup tiga tahun, you benarkan, standard dan bagi biasiswa, normally dua kali, according to them. Akan tetapi sekarang ini tidak terpakai begitu dah. Despite ada agreement itu, despite policy sebelum ini, sekarang dah berubah. My question is, you have a new policy sebab dulu you boleh benarkan, sekarang tidak benarkan. That’s policy is all about, not about agreement. Agreement is still maintain, I know. Thank you.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Okey Yang Berhormat, apabila kita tandatangani satu agreement, itulah akad kita dengan kementerian. Akad kita katalah tiga tahun, kalau kementerian nak tambah satu penggal lagi, itulah budi bicara mengikut keadaan semasa.
Saya dah katakan tadi bahawa kebijaksanaan itu, budi bicara itu diberikan kepada universiti. Itu yang saya katakan tadi. Jika universiti mendapati bahawa ia perlu diberi tambah masa, universiti boleh beri tambah masa. Itulah keadaan saya katakan tadi bahawa akadnya, kita sebagai seorang Islam, akadnya tiga tahun. Jangan marah pula kata akad tiga tahun, mengapa tidak boleh tiga tahun setengah, tidak kena cara itu. Jadi, cara itu hendak kena betul. Saya katakan tadi kalau lebih daripada itu, itu adalah budi bicara yang boleh diberi oleh universiti. Sila.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya hendak tanya sedikit tentang pemotongan peruntukan kepada pihak universiti ini. Kebelakangan ini, 156 orang profesor di antara 507 orang profesor kontrak telah ditamatkan kontrak mereka. Saya faham bahawa ini bukan keputusan daripada kementerian, ini adalah keputusan pihak universiti, tetapi kita perlu faham kalau bukan kerana kesuntukan peruntukan, pihak universiti mungkin tidak akan mengambil satu
Puan Teo Nie Ching - Kulai
keputusan yang begitu drastik sampai mereka menamatkan kontrak sebanyak 30 peratus daripada profesor mereka.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tadi Yang Berhormat Menteri memaklumkan kita bahawa memang QS ranking, UM dan juga saya rasa USM, ranking mereka telah naik. Ini adalah satu tanda yang baik.
Akan tetapi saya risau, saya khuatir pada tahun yang akan datang ini sama ada ranking mereka akan terus naik lagi. Oleh kerana kita tahu QS ranking ini salah satu faktor yang mereka ambil kira adalah citation per faculty, dengan izin. Maksudnya, artikel ataupun kertas yang diterbitkan dalam fakulti ini, berapa kali telah dirujuk. Itu akan diambil kira dalam ranking tersebut. Jadi, apabila kita menamatkan kontrak profesor-profesor ini, saya rasa artikel itu berapa kali dirujuk, sebenarnya siapa itu profesor adalah sangat penting.
Kalau profesor itu sangat terkenal, jadi chances for the article to be referred to adalah sangat tinggi. Akan tetapi kalau profesor itu kurang terkenal, jadi publish mereka ataupun kertas mereka dirujuk, chancesnya adalah kurang sikit. Kita tahu di Malaysia bahawa apabila seorang pensyarah mencapai status profesor, umur mereka lebih kurang sudah sampai umur 55 tahun. Mereka hanya ada 5 tahun sebelum mereka bersara.
Selepas itu, kalau mereka tidak diberi kontrak untuk terus perkhidmatan mereka, mereka perlu pergi ke pihak swasta ataupun henti kerja.
Jadi, saya memang risau. Ya, betul kita hendak beri autonomi kepada pihak universiti. Keputusan untuk menamatkan kontrak ini memang bukan dari kementerian tetapi kita perlu realise bahawa kalau bukan kerana kesuntukan peruntukan, adakah universiti ini akan menamatkan kontrak-kontrak profesor-profesor tersebut? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Saya sebenarnya dan saya sudah kata beberapa kali bahawa penamatan ataupun bukan penamatan sebenarnya, sudah berpuluh tahun, itu adalah hak universiti. Oleh kerana kita juga dalam Dewan ini, setiap kali kita bincang tentang universiti ini, ramai yang memberi cadangan agar mereka diberi autonomi. Itulah autonomi yang telah diberi kepada universiti.
Akan tetapi jikalah Yang Berhormat- ini tahun lalu pun saya dengar juga benda yang sama bahawa apa yang buat sekarang ini, apa yang kementerian buat sekarang ini, kita akan jatuh penurunan ranking kita akan jatuh.
Akan tetapi dua hari yang lalu naik pula. Naik pula, saya beritahu tadi, bertambah lagi ini, takut tak nampak, naik pula. Yang top fifty naik pula, yang top hundred, okey, naik juga, okeylah. Akan tetapi saya percaya, you mesti tahu mereka pun the father of the professors, other university, they know. Akan tetapi jikalah Yang Berhormat, saya pun simpati dengan Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat mengatakan ada yang memang layak, memang hebat, telah ditamatkan ataupun tidak disambung, Yang Berhormat boleh beritahu nama kepada saya. Saya pun minta juga dengan mereka, nama siapa yang 157 ini? Saya tak dapat nama pun. Saya hendak nilai satu-satu memang ada.
Kalau betul-betul Yang Berhormat ada nama, Yang Berhormat beritahu saya. Saya mungkin boleh beritahu universitilah tanya mengapa ditamatkan. Oleh kerana tidak ada, saya ingat universiti pun tahu kalaulah hebat profesor itu, takkan dia tak sambung. Rugilah dia. Sebab saya- setiap kali mengatakan kita hendak kita bertambah baik, ranking bertambah baik, saya tak rasa universiti akan menamatkan mereka, tidak akan menyambung mereka yang dirasakan hebat.
Okey, untuk makluman Yang Berhormat Pasir Mas pula, KPT sedia penajaan biasiswa, bantuan kewangan peringkat sijil hingga ke pasca kedoktoran ataupun post doc. Pemberian biasiswa dan bantuan kewangan ini mengambil kira faktor kelayakan yang mana kerajaan sentiasa memastikan pemberian biasiswa di peringkat pendidikan tinggi ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang benar-benar berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti merit, akademik, kokurikulum dan juga latar belakang, sosioekonomi keluarga pemohon dari seluruh Malaysia. Ini merupakan usaha berterusan pihak kerajaan sentiasa meluaskan peluang dan akses pengajian tinggi melalui penyediaan pembiayaan kepada semua peringkat pelajar dan yang berkelayakan.
Selain itu juga, semua warganegara Malaysia layak memohon pembiayaan PTPTN, tertakluk kepada syarat-syarat khas, syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
mengikuti pengajian sama ada di IPT ataupun di IPTS. Di samping itu juga, PTPTN menyediakan pelbagai saluran untuk kutipan bayaran balik agar tidak membebankan pelajar. Untuk makluman Yang Berhormat Lembah Pantai, yang masih ada sehingga kini, di antara strategi yang dilaksanakan adalah membenarkan penstrukturan semula hutang hingga maksimum umur tidak melebihi 60 tahun serta pemberian diskaun 20 peratus bagi penyelesaian hutang secara sekali gus dan diskaun 10 peratus bagi pembayaran berjadual sebelum ini dilaksanakan. PTPTN juga menjalin kerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit AKPK dalam melaksanakan siri taklimat kepada pelajar tahun akhir IPTA dan agihan buku pengurusan kewangan peribadi secara percuma. PTPTN telah juga mewujudkan 74 cawangan seluruh negara untuk memudah cara proses pembayaran balik pinjaman peminjam-peminjam. Harap Yang Berhormat–Yang Berhormat bantu PTPTN minta tolong peminjam-peminjam bayar pinjaman mereka. Lebih banyak yang dapat dikutip, lebih ramai peminjam yang dapat faedah, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sabak Bernam telah membangkitkan isu mengenai Program 2u2i di universiti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program 2u2i merupakan program work based learning ataupun belajar sambil kerja, di mana pelajar akan belajar selama dua tahun di universiti dan juga dua tahun lagi untuk menimba pengalaman di industri. Objektif program bentuk 2u2i ialah untuk meningkatkan kebolehpasaran, ketersediaan dan juga kemahiran pelajar IPT untuk alam pekerjaan dan juga pengalaman industri. Pada bulan September ini, program 2u2i dimulakan oleh dua buah UA iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan juga Universiti Putera Malaysia
(UPM). UMK menawarkan program 2u2i melalui Sarjana Keusahawanan, manakala UPM menawarkan program 2u2i melalui Bachelor Sains Pengurusan Perladangan. Bagi Bachelor Sains Pengurusan Perladangan di UPM, pihak Sime Darby dan juga FELDA telah bersetuju untuk menyediakan elaun untuk pelajar yang mengikuti dua tahun pengajian di industri. Pihak UMK juga masih dalam peringkat perbincangan bagi tujuan pemberian elaun kepada pelajar dalam tempoh berada dalam industri.
Di samping itu juga, pembiayaan pinjaman PTPTN akan juga merangkumi tempoh pengajian iaitu 2i ataupun dua tahun di industri. Dalam tempoh berkenaan, pelajar juga akan dikecualikan beberapa yuran universiti seperti yuran asrama dan pengangkutan. Ini dapat membantu pelajar menanggung sebahagian daripada kos sara hidup dalam tempoh 2i ataupun dua tahun di industri berkenaan.
Untuk makluman Yang Berhormat Parit, untuk membendung penularan ideologi ekstremis dan ajaran sesat di kalangan umat Islam khasnya di kalangan pelajar, penerapan penghayatan nilai-nilai murni dan moral kepada pelajar universiti dilaksanakan melalui kursus-kursus yang ditawarkan di bawah mata pelajaran umum ataupun MPU. Pelajar diwajibkan lulus dan melengkapkan semua kelompok di dalam struktur MPU sebagai syarat untuk menamatkan pengajian. Pembelajaran modul berkenaan berkaitan bidang agama Islam dan juga pendidikan moral adalah sebahagian daripada mata pelajaran MPU yang ditawarkan oleh universiti dalam kelompok U3. Di mana objektif pembelajaran dalam kelompok ini ialah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai peluasan ilmu yang beracuankan Malaysia. Yang Berhormat Kepong, tak ada tak apa, sikitlah. Juga membangkitkan tentang kajian tentang bidang kecerdasan...
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sik bangun di belakang Yang Berhormat.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Saya habiskan ayat-ayat ini. Nanti sekejap, saya habiskan ayat ini. Okey, tentang artificial intelligence. Untuk makluman, bagi tempoh 2013- 2015, kementerian telah menyalurkan peruntukan berjumlah hampir RM5 juta untuk projek- projek penyelidikan berkaitan dengan artificial intelligence. Okey, sila.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, selepas pindaan AUKU 2012, kerajaan membolehkan pelajar berpolitik di luar kampus, betulkan?
Akan tetapi kita nampak pelajar-pelajar yang dalam berpolitik, pelajar-pelajar dalam berpolitik ini, saya nampak pelajar-pelajar yang pro pembangkang sahaja yang kena tindakan. Jadi, macam mana cara maksud berpolitik itu yang dibenarkan di dalam akta ini?
Terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Eh! Soalan macam pembangkang sahaja. Harum manis.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Saya rasa tidak ada perkara itu berlaku kerana tidak ada perbezaan sebenarnya yang bangkang tidak bangkang ini. Perkara ini ialah perkara universiti sebenarnya sebab itu saya katakan dia banyak perkara, banyak soalan yang timbul soalan-soalan yang tentang autonomi universiti itu sendiri. Banyak perkara kelakuan yang berlaku ialah tindakan-tindakan yang diambil oleh universiti ialah keputusan daripada Lembaga Universiti dan Senat Universiti.
Kita teruskan iaitu berikutan dengan siswazah STEM. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat sehingga tahun 2015 sebilangan enrolmen siswazah STEM ialah 47 peratus berbanding 50 peratus pelajar bukan STEM. Trend ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan tahun 2014. Sebenarnya sejak tahun 2013 lagi kita lihat...
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Sedikit Yang Berhormat.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Sekejap. Siswazah dalam STEM telah meningkat daripada kalau tahun 2013 - 43 peratus, tahun 2014 meningkat kepada 45 peratus dan tahun lalu meningkat kepada 47 peratus. Kementerian Pendidikan Tinggi akan terus menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memupuk minat pelajar untuk menceburi bidang STEM di peringkat pendidikan tinggi. Kementerian Pendidikan Tinggi berkeyakinan sasaran 60 peratus siswazah STEM dan 40 peratus sastera akan dapat dicapai menjelang tahun 2020 nanti.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak juga mengingatkan Yang Berhormat Menteri supaya kalau tidak begitu tahu secara terperinci tindakan-tindakan yang diambil terhadap pelajar-pelajar siswa siswi termasuklah siswa dan siswi Universiti Malaya yang baru sahaja diambil tindakan kerana membantah akses internet yang kurang baru- baru ini. Maka saya bersedia menyerahkan senarai nama-nama mereka yang diambil tindakan kerana mengkritik dasar universiti. Harap Yang Berhormat Menteri dapat meneliti dan mungkin dapat memberi makluman kepada semua universiti-universiti tersebut agar kalau hendak kritik tentang akses internet itu, baguslah bagi pelajar untuk menyuarakan kebimbangan mereka, janganlah diambil tindakan. Mohon kerjasama, terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Boleh Yang Berhormat hantar senarai kepada saya, saya lihat apa yang boleh kita laksanakan.
Seterusnya ialah berhubung Tuan Yang di-Pertua dengan Yang Berhormat Kuala Nerus. Kementerian telah memperkukuhkan Dasar Pembangunan dan Penyelidikan Keusahawanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan memperkenalkan Rangka Kerja Penjana Pekerjaan ataupun Job Creator Framework untuk menganjakkan minda pelajar daripada job seeker kepada bertindak sebagai job creator bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan.
Inisiatif ini dilaksanakan secara holistik dan berstruktur melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum dengan berfokuskan kepada pembudayaan keusahawanan ataupun enculture, Program Pengukuhan Keusahawanan ataupun empower dan Program Sokongan Keusahawanan ataupun equip. Dalam memastikan memperkasakan keusahawanan beberapa program juga telah dilaksanakan di kementerian. Di antaranya ialah Program Integrated CGPA di mana pelajar-pelajar bukan hanya ditaksir pencapaian mereka dalam bidang akademik tetapi juga ditaksir pencapaian mereka, keperluan mereka, kemampuan mereka dalam bidang keusahawanan dan juga pengurusan. Program-program CEO Fakulti yang mana kita dapat menampilkan CEO-CEO Fakulti yang hebat-hebat untuk turun ke universiti dan juga berdamping dengan pelajar-pelajar juga dengan ahli-ahli fakulti untuk memperbaiki kurikulum dan juga syarahan-syarahan universiti. Seperti saya katakan tadi Program 2u2i, dua tahun universiti dua tahun industri yang mana universiti menjadikan satu teaching factory untuk memastikan pelajar-pelajar terdedah dengan ciri-ciri keusahawanan dan juga peluang-peluang keusahawanan.
Berkaitan isu kemasukan pelajar asing yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Padang Besar. Kementerian sentiasa berusaha memastikan kemasukan pelajar asing memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh IPT dan juga agensi
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
penguatkuasaan yang berkaitan kemasukan pelajar asing iaitu Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Imigresen Malaysia. Melalui Education Malaysia Global Services (EMGS) tapisan dibuat bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai kelayakan akademik yang bersesuaian sahaja dibenarkan masuk. Setiap permohonan pas pelajar antarabangsa secara keseluruhannya akan melalui dua saringan iaitu satunya surat kelulusan visa ataupun visa approval letter (VAL) sebelum memasuki negara dan kelulusan pengeluaran sticker pass selepas memasuki negara. Pelaksanaan permohonan visa secara atas talian telah bermula pada 15 Mac yang lalu dan diharap ini akan memudahkan mereka untuk memohon tempat-tempat memohon visa untuk belajar di negara kita.
Untuk makluman Yang Berhormat Lembah Pantai lagi IPT tempatan telah dibangunkan untuk dimanfaatkan oleh warga tempatan. Dalam masa yang sama juga kepentingan aspek pengantarabangsaan telah mendorong dasar dan inisiatif membangunkan untuk mengukuhkan kedudukan jenama dan keunggulan Malaysia di persada dunia. Sejak dua dekad lalu Malaysia telah berjaya menjadi hab pendidikan berkualiti yang menawarkan yuran berpatutan dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Sehubungan dengan itu dalam pelan pembangunan Kementerian Pendidikan Tinggi berhasrat membangunkan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi antarabangsa, berdaya saing dan juga menyediakan pendidikan berkualiti.
Kemasukan pelajar antarabangsa akan memberi pulangan setimpal dan nilai tambah pengalaman pelbagai budaya. Dalam aspek ini KPT adalah untuk menyediakan 250,000 tempat pendidikan kepada pelajar antarabangsa menjelang tahun 2025 nanti.
Sekarang kita sudah mempunyai 122,061 orang pelajar di mana 30,457 adalah sedang melaksanakan Program Pasca Siswazah (Postgraduate) bermakna mereka melihat kualiti pendidikan dalam negara kita.
Untuk pengiktirafan UEC. Kerap kali dibahaskan oleh Ahli Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat Taiping dan juga Yang Berhormat Sibu Kementerian Pendidikan Tinggi tidak mengiktiraf UEC untuk tujuan kemasukan ke UA di atas sebab- sebab yang berikut:
(i) UEC tidak selari dengan kurikulum kebangsaan seperti yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996;
(ii) sistem penilaian UEC dibuat oleh badan penilaian sendiri dan bukannya oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan sekali gus tidak mempunyai Dasar Pendidikan kebangsaan;
(iii) Bahasa Melayu dalam universiti tidak setara dengan SPM;
(iv) Liputan sejarah negara dalam kurikulum universiti adalah tidak mencukupi; dan
(v) Syarat am kelayakan masuk UA hendaklah lulus SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu.
Sekali lagi terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam ...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, sedikit, sedikit sahaja. Saya hendak tanya sedikit tentang fasal UEC ini. Saya difahamkan bahawa Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan bahawa negeri Sarawak akan recognize UEC termasuk UNIMAS. UNIMAS akan take in student dengan UEC qualification. Kalau katakan Yang Berhormat Menteri kata tadi semua yang kurikulum tidak sama, yang ini standard bahasa Malaysia tidak sama tetapi Sarawak boleh, kenapa sini tidak boleh?
Sarawak Ketua Menteri telah umumkan. Satu lagi adalah kita pun ada banyak take in pelajar-pelajar daripada luar negara. Mereka datang daripada mungkin Iran, daripada Indiakah, daripada Chinakah, daripada USkah. Mereka pun tidak faham bahasa Malaysia, mereka pun ada qualification yang berbeza, tidak faham, tidak ada SPM, STPM. Jadi kita pun ada terima mereka jadi ini adalah confusion sedikitlah.
Saya rasa untuk pelajar-pelajar kita kena look at the talent bukan qualification sahaja tetapi potensi masa depan mereka. Jangan kita putuskan sahaja opportunity mereka masuk ke universiti. Dia ambil UECkah, dia ambil STPM, dia ambil A Level, O Level itu adalah keputusan ibu bapa sometimes. Jadi ini jangan kita penalize their hope.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi saya minta Menteri kalau boleh respons tentang apakah keputusan Ketua Menteri Sarawak tentang UEC di UNIMAS dan juga respons tentang UEClah. Minta Yang Berhormat Menteri terima kasih.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Saya telah jelaskan tadi bahawa institusi awam tidak mengiktiraf UEC, jelas. Tidak ada, there is no two ways about it.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Why?
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Saya dah katakan tadi dan Sarawak pun samalah sebab dia UA.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi dia bohonglah?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Dia sudah umum, dia sudah umum. Jadi there is confusion, Ketua Menteri Sarawak kata boleh.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Tak ada confused, dah jelas sebab dia tidak mengikut kurikulum kebangsaan saya katakan tadi dan Bahasa Melayunya tidak selaras.
Kita sedang bincang dengan beberapa kumpulan mereka tetapi jelas ia tidak ada langsung kekeliruan dan kita sebagai sebuah negara, kalau mereka belum lagi memasuki universiti swasta, mereka boleh masuk bukan tak boleh masuk. Saya tak mengatakan UEC tak boleh masuk universiti swasta tetapi untuk memasuki universiti awam yang mana mereka perlu kerana universiti awam ini ada Dasar Pendidikan Kebangsaan, Yang Berhormat. Ada kurikulum kebangsaan yang perlu dipatuhi, jika universiti awam tidak mengikuti dasar kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan, tak adalah guna kita mengadakan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi Yang Berhormat Menteri sudah overrule apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri Sarawak?
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Bukan overrule, itu dasar daripada awal, tak overrule.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Dasar. Jadi apa yang dia umumkan itu tidak betul?
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Saya dah katakan memang begitu, itu dasar kementerian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudahlah, Yang Berhormat Menteri dah jawab dah itu.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Okey? Saya dah jawab.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Okey. Terima kasih.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Yang Berhormat tak faham ke? Okey. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya giliran Kementerian Belia dan Sukan, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Belia dan Sukan - Tuan Khairy Jamaluddin
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan juga cadangan mengenai Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat kali ini. Saya minta izin memberikan ulasan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan.
Pertamanya menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Hulu Langat berkenaan dengan pencapaian Institut Kemahiran Belia Negara ataupun IKBN daripada segi pengambilan pelajar dan pengiktirafan serta peluang pekerjaan yang disediakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, suka saya nyatakan di sini bahawa pengambilan pelajar
Menteri Belia dan Sukan - Tuan Khairy Jamaluddin
IKBN dan IKTBN amatlah memberangsangkan di mana ia meningkat daripada 7168 pelajar pada tahun 2012 kepada 8738 pelajar pada tahun 2015. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kelayakan dan kompetensi kursus yang terdapat di IKTBN dan IKBN telah mendapat pengiktirafan ikhtisas dan akademik daripada beberapa badan persijilan seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia telah mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia, Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia.
Suruhanjaya Tenaga telah mengiktiraf perakuan kekompeten penjaga jentera dan perakuan kekompeten pendawaian elektrik. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah mengiktiraf Sijil Kecekapan Latihan, Universiti Teknologi Malaysia telah mengiktiraf Diploma Teknologi bagi bidang Elektronik dan Mekanikal. MQA telah mengiktiraf Diploma dan Sijil Teknologi Kejuruteraan, American Welding Society telah mengiktiraf Kursus Kimpalan bagi bidang oil and gas serta City and Guilds London telah mengiktiraf bidang hospitaliti. Melalui Program Transformasi IKBN, KBS telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai industri untuk menyediakan lebih 2000 peluang pekerjaan di mana sebanyak 23 MoU peringkat nasional telah ditandatangani dalam tempoh April 2014 sehingga Februari 2016.
Tuan Yang di-Pertua, menjawab isu Yang Berhormat Jerlun berkenaan prestasi pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di Kejohanan Terbuka All England dan Pelan Pembangunan Sukan Jangka Panjang 2015-2023. Pada tahun sukan Olimpik seperti tahun ini, pemain-pemain elit biasanya merancang pelbagai strategi periodisasi untuk memastikan mereka berada di tahap prestasi puncak apabila bertanding di sukan Olimpik.
Justeru, tumpuan Datuk Lee Chong Wei tahun ini adalah kejayaan di temasya Olimpik.
Seterusnya berkaitan Pelan Pembangunan Sukan Jangka Panjang 2015-2023, bagi 19 jenis sukan teras yang telah dilancarkan pada 8 September 2015 semasa berlangsungnya Simposium Pembangunan Sukan Negara 2015 yang lepas. Sukan bola sepak telah memulakan program pelan pembangunan ini melalui Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara di mana sehingga kini 19,250 pelatih berumur antara 7 hingga 17 tahun di 123 pusat latihan seluruh negara. Sepanjang tahun 2015, skuad bawah 13 tahun negara telah bersaing dengan akademi utama Eropah di mana mereka menang 33 daripada 35 perlawanan dan menjaringkan 107 gol untuk memenangi kejuaraan berprestij di Eropah iaitu IberCup.
Ini merupakan usaha-usaha pemulihan ataupun penambahbaikan perancangan pelaksanaan dan pemantauan program persediaan atlet sukan prestasi tinggi yang menjadi perkara asas untuk mencipta kejayaan yang lebih besar di masa akan datang. Beberapa pendekatan awal akan diambil seperti hanya sukan-sukan yang mempunyai daya saing yang tinggi dan berpeluang memenangi pingat dicadangkan untuk menyertai temasya- temasya sukan antarabangsa, penstrukturan semula program penyediaan atlet jangka panjang 8 hingga 10 tahun yang bersepadu dan seragam di peringkat negeri, pelapis dan juga senior.
Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Jerlun juga telah membangkitkan isu berkaitan Program Fit Malaysia dan Hari Sukan Negara yang dapat memupuk semangat setia kawan antara berbilang kaum dan melahirkan masyarakat mengamalkan gaya hidup yang sihat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KBS amat bersetuju bahawa sukan berperanan sebagai alat perpaduan merentasi kaum dan agama. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan ke atas pelaksanaan Hari Sukan Negara pada tahun 2015, setinggi 97.9 peratus memberi respons positif agar Hari Sukan Negara diteruskan. Justeru itu KBS akan meneruskan gerakan Fit Malaysia dan pelaksanaan hari sukan ini bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan.
Mengulas mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibuti berkenaan dengan mewujudkan sekolah sukan di Sabah dan Sarawak serta meletakkan jurulatih bertauliah bagi melatih bakat-bakat baru. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan sekolah sukan Malaysia adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri juga terlibat bersama dalam perbincangan awal penubuhan sekolah sukan bagi mendapatkan maklum balas pemilihan sukan dan jurulatih. Sehingga kini terdapat lima buah sekolah sukan Malaysia iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil, Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail di Johor, Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Sekolah Sukan Malaysia Terengganu dan Sekolah Sukan Malaysia Sabah. Sekolah Sukan Malaysia Sabah telah berfungsi sejak tahun 2013 dengan berfokuskan kepada lima jenis sukan pilihan yakni
Menteri Belia dan Sukan - Tuan Khairy Jamaluddin
olahraga, hoki, bola sepak wanita, terjun dan renang yang dikendalikan oleh 10 orang jurulatih tempatan.
Institut Sukan Negara melalui Pusat Satelit Negeri Sabah dan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan membantu jurulatih-jurulatih yang terlibat di Sekolah Sukan Sabah daripada aspek sains sukan dan kejurulatihan bagi meningkatkan lagi tahap kompetensi jurulatih-jurulatih seperti Program Kursus Kejurulatihan Kebangsaan. Oleh kerana ketiadaan sekolah sukan Malaysia di Sarawak buat masa ini, maka fokus perkhidmatan sains sukan dan kejurulatihan akan diberikan kepada Sekolah Sukan Negeri Sarawak iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tabuan Jaya melalui Pusat Satelit ISN Kuching.
Menjawab usul daripada Yang Berhormat Limbang yang mencadangkan supaya kementerian berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan untuk mewujudkan satu acara sukan yang dipanggil Sukan Malaysia- Teluk Brunei untuk menarik pelancong dan menjana ekonomi di kawasan Limbang. Terima kasih di atas usul yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. KBS memandang positif cadangan Sukan Malaysia-Teluk Brunei yang dikemukakan dan akan meneliti serta mempertimbangkan cadangan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, mengulas mengenai harapan Yang Berhormat Kangar berkenaan prasarana sukan yang terdapat di negeri Perlis adalah sedikit dan agak usang serta memohon supaya kemudahan asas sukan dapat disediakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun kementerian buat masa ini tiada perancangan untuk menambah, membina prasarana dan kemudahan sukan yang baru mengikut Parlimen di negeri Perlis disebabkan pengubahsuaian dan penstrukturan bajet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, kementerian telah membina 40 buah gelanggang futsal, enam buah gelanggang futsal mukim di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, Ke-10 di ketiga-tiga Parlimen di negeri Perlis. Selain itu pada SUKMA Negeri Perlis yang terdahulu, kementerian juga telah menaiktarafkan kemudahan sukan antaranya Stadium Utama Kangar, padang hoki, gelanggang tenis, kolam renang di samping membina dewan badminton, gelanggang skuasy dan bangunan lapang sasar menembak.
Menteri Belia dan Sukan - Tuan Khairy Jamaluddin
Menjawab usul daripada Yang Berhormat Sibuti yang membangkitkan supaya kementerian mengkaji semula program yang diadakan bagi golongan belia luar bandar kerana masih belum nampak lagi elemen memperkasakan belia luar bandar dan merasakan program dan aktiviti sekarang lebih bertumpu pada belia urban dengan program-program bercorak hiburan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KBS sememangnya melaksanakan program-program di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah secara menyeluruh dan juga melibatkan belia di luar bandar. Program-program ini juga tidak hanya menyentuh kepada unsur hiburan semata-mata seperti mana yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat.
Program yang dilaksanakan KBS merangkumi program kepimpinan, sahsiah, sosial, keusahawanan, kemahiran dan kesukarelaan. Sebagai contoh program yang melibatkan golongan belia di luar bandar adalah melalui program kepimpinan organisasi di mana peserta-peserta ini terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelapis belia akar umbi berumur di antara 18 hingga 30 tahun diberi latihan kepimpinan.
Seterusnya adalah kursus asas keusahawanan yang mendedahkan belia luar bandar untuk mengenali dan membudayakan dunia keusahawanan melalui kursus aplikasi dan simulasi perniagaan. Peserta harus menyediakan rancangan perniagaan, percambahan minda, tugasan, pelaksanaan, perancangan, pelan pemasaran dan kewangan dan penambahbaikan perniagaan.
Tuan Yang di-Pertua, setakat itu maklum balas...
Dato' Othman bin Aziz - Jerlun
Yang Berhormat Menteri…
Tuan Khairy Jamaluddin
Just...
Dato' Othman bin Aziz - Jerlun
Okey, thank you. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya menarik perhatian Yang Berhormat berkaitan dengan kemudahan sukan facilities yang kita ada selalunyalah melalui host atau pun tuan rumah SUKMA ini yang kita adakan setiap dua tahun sekali. Negeri-negeri diberi mandat
Dato' Othman bin Aziz - Jerlun
untuk menjadi host. Maka kementerian pula sudah tentu memberikan peruntukan untuk membina prasarana dan kemudahan sukan yang saya kira agak ada standard yang tinggi.
Akan tetapi sering kali kita lihat boleh kata kebanyakan negeri, kita menghadapi masalah maintenance atau pun penggunaan selepas kejohanan tersebut.
Jadi, apakah tindakan kementerian melalui ISN dan juga mungkin bersama dengan persatuan-persatuan sukan negeri untuk hendak activate atau pun hendak supaya semua pusat-pusat kemudahan yang dibina ini dapat digunakan sepenuhnya dalam hasrat kerajaan daripada matlamat asal SUKMA itu untuk melahirkan lebih ramai atlet-atlet yang berjaya dalam pelbagai bidang. Contohnya macam di Kedah ini kita ada kolam renang di Gunung Keriang semasa Kedah menjadi tuan rumah SUKMA 2006 tetapi nampak masalah dari segi maintenance dan sebagainya. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Seorang, seorang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, seorang, seorang boleh.
Tuan Khairy Jamaluddin
Tidak apa Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya kumpul habis semua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Okey, kumpul sekali. Hendak bagi yang mana Yang Berhormat? Ramai bangun.
Tuan Khairy Jamaluddin
Sudah sampai dah okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya Yang Berhormat Tenom.
Tuan Khairy Jamaluddin
Saya tunggu dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tenom.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyanjung tinggi hasrat Kementerian Belia dan Sukan dalam usaha untuk memperkasakan belia-belia di luar bandar. Yang Berhormat Menteri tadi ada menyebut soal keusahawanan. Dalam Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengetahui pada satu ketika dahulu pihak kementerian telah memperuntukkan sejumlah wang untuk memberi modal sebagai permulaan dalam bentuk modal kepada para belia pada satu ketika dahulu.
Bagaimanakah – saya melihat program ini pada kali ini perkara seperti untuk pemberian bantuan modal itu tidak ada lagi. Adakah pihak kementerian ingin mewujudkan semula bantuan modal terutama kepada belia-belia yang ingin berjaya dalam usahawan terutama di luar bandar? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan kehilangan lebih daripada RM100 juta wang daripada kementerian beliau. Saya hendak tanya kenapa difahamkan kehilangan ini melalui satu siri transaksi selama lima tahun.
Kenapakah kehilangan ini tidak dapat why was it not detected kerana kalau biasanya kita curi satu kali pun masuk penjara. Akan tetapi mungkin berpuluh-puluh ratusan kali.
Kenapa ia tidak dapat dikesan?
Kedua, memandangkan jumlah yang begitu besar, apakah kesannya ke atas aktiviti-aktiviti kementerian beberapa tahun ini kerana dengan tiadanya RM100 juta ini mesti banyak aktiviti-aktiviti yang patut dijalankan sudah pun tidak dijalankan. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, jangan bawa isu baru Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tidak bawa isu baru. Saya ingin dapatkan penjelasan supaya prestasi kesukanan dan juga kewibawaan kementerian ini dapat
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
dihormati terutamanya kepada anak-anak muda kita, kita menjadi teladan. Jadi, daripada laporan yang saya baca Yang Berhormat Menteri telah mengatakan beliau take responsibility, mengambil tanggungjawab atas apa yang telah berlaku.
Dari segi kita kata amalan sistem demokrasi, mengambil tanggungjawab ini bermaksud Menteri itu sudah sudi kita kata resign atau submit resignation letter dan adakah resignation letter itu diterima oleh Perdana Menteri atau tidak. Kalau tidak atau ya, apakah penjelasan yang diberikan oleh Perdana Menteri? Pada hemat saya take responsibility ini bermaksud kita sudah tender resignation. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, saya tegur tadi pasal peraturan mesyuarat kata pada peringkat ini perkara baru tidak boleh dibawa.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Bayan Baru ya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kerana isu ini ia dibangkitkan selepas...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tahu, saya tahu sebab itu saya cuma ingatkan peraturan mesyuarat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi, saya rasa Yang Berhormat Menteri dia seorang yang sporting, dia seorang yang transparent. In the spirit of transparency, saya minta Yang Berhormat Menteri maklumkan kepada Dewan ini tentang apakah program- program yang affected disebabkan oleh ini. Adakah Rakan Muda kah, FitMalaysia kah dan sebagainya? Sebab ini isu yang besar sebab kalau kita bahagikan antara enam tahun, RM100 juta itu, setiap hari RM45,000 yang telah hilang daripada kementerian ini. Such a big issue. Saya rasa Yang Berhormat Menteri dia bersedia untuk ambil *full responsibility.
That’s why I want to – what is the full responsibility?* Apa yang akan Yang Berhormat Menteri buat, itulah yang rakyat di luar hendak tahu. So, kita bersedia mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tanggungjawab saya untuk mengingatkan Yang Berhormat terhadap peraturan mesyuarat.
Ya, sudah habis dah.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Sekijang, Sekijang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sekijang.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya tidak pastilah kalau Yang Berhormat Menteri hendak jawab juga isu-isu baru ini. Saya ada bawa dua, tiga perkara ini tetapi saya tidak tahu pihak kementerian dapat ambil kah tidak kenyataan ini. Pertama, Tuan Yang di-Pertua saya ada bertanyakan tentang status Festival Belia. Adakah tahun ini Festival Belia akan mengguna pakai konsep yang sama atau pun ada perubahan supaya program yang dikatakan Festival Belia ini dapat dilaksanakan di Putrajaya sekali lagi dan mungkin Festival Belia ini dapat kita panjangkan.
Kalau tadi sahabat saya daripada Tenom mengatakan program-program belia di kawasan luar bandar. Mungkin, program tersebut kita dapat masukkan Festival Belia di kawasan- kawasan luar bandar atau pun di kawasan daerah atau pun di kawasan negeri masing- masing.
Kemudian yang kedua saya ada sebut tentang peruntukan untuk NGO-NGO atau pun badan-badan belia ini. Adakah selepas berlakunya pelarasan semula bajet ini, peruntukan untuk persatuan-persatuan belia ini adakah ia memberikan kesan?
Ketiga, sejauh mana pihak kementerian mengambil inisiatif daripada ucapan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu untuk menambah baik dan memperbanyakkan lagi program berkaitan dengan belia kerana kita tahu program-program belia ini memang mendapat sambutan dan dapat berjalan dengan baik. Di bawah Kementerian Belia sendiri pun telah banyak program-program yang telah dapat dilaksanakan.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Cuma saya harap pihak kementerian dapat memastikan aktiviti dan juga program berkaitan dengan belia ini tidak tertinggal. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khairy Jamaluddin
Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah minta penjelasan yang lebih lanjut. Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Jerlun. Venue sukan selepas SUKMA sentiasa digunakan dalam program-program pelapis negeri yang dijalankan oleh Majlis Sukan Negara dan juga kerjasama Majlis Sukan Negeri-negeri. Sebagai contoh, kolam renang di Kedah sendiri yang telah pun saya naik taraf baru-baru ini digunakan untuk program bersama kelab-kelab renang di sekolah-sekolah berdekatan.
Akan tetapi saranan saya adalah bukan hanya bergantung sepenuhnya kepada Majlis Sukan Negara atau Majlis Sukan Negeri tetapi untuk kelab-kelab ini dibantu oleh pemimpin-pemimpin setempat agar mereka dapat menjalankan program. Kadang-kadang program ini tidak melibatkan peruntukan yang besar. Program ini adalah contoh pertandingan di peringkat age group, usia dan juga program-program latihan sebab bagi saya sangat penting untuk kita tekankan kepada programing ataupun program-program yang dijalankan yang bukan hanya kita bangga dengan infrastruktur yang telah dibangunkan.
Ahli Yang Berhormat daripada Tenom telah bangkitkan berkenaan dengan satu skim pinjaman yang suatu ketika dahulu telah dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk usahawan muda yang dikenali sebagai Skim Tabung Ekonomi Belia ataupun STEB. Memang di bawah Tabung Ekonomi Belia ini peruntukan diberikan kepada belia untuk menjalankan perniagaan. Ini telah dilihat suatu ketika dahulu apabila kita tidak ada banyak option pinjaman untuk belia dan untuk usahawan-usahawan muda.
Akan tetapi Kementerian Belia dan Sukan melihat bahawa sekarang ini banyak agensi yang menawarkan pinjaman untuk golongan belia daripada TEKUN, MARA dan PUNB dan sebagainya dan tidaklah menjadi satu core business ataupun tidak menjadi aktiviti teras bagi kementerian untuk menjadi bank. Tambah pula kita diberikan tugas tambahan iaitu untuk kutipan hutang dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita telah cuba membantu bank-bank dan institusi kewangan ini melalui program-program keusahawanan di mana kita bekerjasama dengan bank-bank dan institut kewangan ini bagi mendedahkan mereka kepada skim-skim pinjaman yang sedia ada.
Yang Berhormat Sekijang telah membangkitkan isu berkenaan dengan sambutan Hari Belia. Saya hendak maklumkan bahawa kita mencadangkan agar tahun ini kita mungkin tidak buat sambutan di peringkat Putrajaya memandangkan penyelarasan belanjawan, kita akan cuba cari kaedah untuk melaksanakan di peringkat negeri-negeri dengan lebih besar daripada tahun lepas supaya kita dapat decentralized sambutan Hari Belia pada tahun ini. Namun ia masih lagi dalam peringkat perancangan yang akhir memandangkan kita ada sebulan lagi ataupun dua bulan lagi dan kita pastikan bahawa cadangan Yang Berhormat diambil kira.
Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekijang tadi iaitu soal bantuan pentadbiran dan juga bantuan bagi persatuan belia, saya hendak maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa bagi bantuan pentadbiran persatuan belia sama dengan tahun 2015. Jadi kita tidak potong apa-apa pada tahun ini yang mana kita beri untuk pentadbiran dan untuk program-program insya-Allah kita akan tambah dalam masa yang akan datang untuk program-program khusus.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Beruas dan Yang Berhormat Bayan Baru memandangkan seperti mana yang disebutkan tadi isu ini melibatkan kepentingan umum dan tidak sempat dibahaskan pada waktu perbahasan. Lantaran saya ada di sini dan mereka tanya soalan, saya minta izin kalau boleh walaupun terkeluar sedikit daripada dibahaskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya boleh.
Tuan Khairy Jamaluddin
Dalam hal ini saya ingin memaklumkan pertamanya bahawa mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau SPRM tentang kes
Tuan Khairy Jamaluddin
penyelewengan dana awam oleh salah seorang pegawai kerajaan di KBS telah bermula lebih awal lagi daripada pengumuman yang telah pun dibuat.
Berikutan pengumuman SPRM pada hari Sabtu, 19 Mac saya selaku Menteri telah mengesahkan bahawa pegawai berkenaan adalah pegawai kementerian saya. Saya juga telah menyatakan tiga perkara penting iaitu pertamanya siasatan jenayah ada di bawah SPRM. Maka siasatan ini, walaupun saya telah menjawab beberapa soalan berkenaan dengan spesifik siasatan itu saya tidak dapat hendak jawab sebab masih lagi berada di bawah siasatan SPRM. Saya boleh jawab secara umum benda-benda yang lain berkaitan dengan kes ini.
Kedua, KBS dan agensi di bawahnya hanya akan memberikan kerjasama penuh kepada badan siasatan yakni dalam kes ini SPRM dan yang ketiga dalam melihat ke hadapan saya telah memohon agar badan siasatan bebas di bawah Ketua Setiausaha Negara untuk melihat kelemahan proses yang sedia ada. Perkara ini saya sendiri telah cadangkan sebab ia ada dua perkara di sini, Tuan Yang di-Pertua. Satu adalah investigation, dengan izin into criminal wrong doing yang melibatkan jenayah. Itu adalah bidang tugas SPRM sebagai badan siasatan.
Satu lagi adalah internal oversight dan juga mekanisme dalaman yang perlu diperketatkan. Dalam kita melihat kepada mekanisme dalaman, saya buat keputusan bahawa lebih baik kita minta Ketua Setiausaha Negara menubuhkan satu pasukan petugas bebas. Tidak ada pegawai KBS yang boleh terlibat dalam pasukan tersebut, mesti datang daripada luar, dilantik oleh KSN dan melakukan pengauditan terhadap prosedur kewangan terutamanya prosedur kewangan yang berkenaan dalam kes yang disiasat ini.
Apabila cadangan saya dibuat dan saya telah memaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara maka KSN telah mengumumkan proses pengauditan ke atas kementerian saya dan agensi-agensi di bawah KBS yang akan dijalankan oleh satu pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara atau Auditor General.
Mengikut kenyataan KSN proses ini antara lain akan meneliti peraturan kewangan yang berkuat kuasa daripada segi sejauh mana peraturan kewangan tersebut telah dipatuhi sepenuhnya oleh kementerian serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan prosedur kewangan.
Saya bersedia menjawab dan menerangkan persoalan-persoalan yang berada di bawah lingkup kerja saya, melalui perkara itu siasatan jenayah seperti mana yang saya sebutkan tadi di bawah SPRM dan badan siasatan pasukan petugas bebas pula di bawah bidang kuasa KSN melalui Ketua Audit Negara. Segala program-program KBS akan berjalan seperti biasa tetapi dengan lebih berhati-hati sementara kita menunggu hasil siasatan SPRM.
Saya juga ingin menyatakan bahawa soal kebertanggungjawaban dalam kes ini adalah dalam usaha kita memperbetulkan apa yang telah berlaku dan ini mestilah menjadi tugas dan tanggungjawab utama saya. Saya telah menghadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan memaklumkan kes ini dan beliau telah mengarahkan saya memastikan bahawa segala kerjasama diberikan kepada SPRM, segala kerjasama diberikan kepada pasukan petugas bebas dan untuk saya memastikan bahawa segala kelemahan dari segi prosedur, dari segi kelulusan dan sebagainya dapat diperbetulkan.
Selebih daripada itu saya serahkan kepada beliau untuk menentukan apakah yang akan berlaku.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya agak kagumlah dengan jawapan daripada Menteri sebab saya expect a different definition terhadap responsibility kerana kita semua ini sebagai ahli politik yang generasi muda, we have higher wawasan dan generasi baru politician has to have a different standard.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya nampak kalau take full responsibility, saya expect is that Yang Berhormat Menteri akan resign seperti di negara-negara maju demokrasi di mana...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Seperti di Pulau Pinang beli rumah, resign dululah.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
This is my floor. Sila duduk.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Apa cerita mahu resign?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya nampak bahawa...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
People answer you properly, this is what you want, you want to provoke. You want us to provoke Yang Berhormat Bagan, after this Yang Berhormat Bagan’s turn will come. Okay, you want to provoke or what?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yes, duduk.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri sudah jawab elok-elok, apa lagi hendak provoke suruh letak jawatan? Yang Berhormat Bagan di luar itu suruh letak jawatan dululah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, teruskan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya minta Yang Berhormat Menteri....
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Everything about letak jawatan. Come on lah, don’t be so childish lah, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, teruskan Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi Yang Berhormat Menteri, kalau katakan di negara-negara maju seperti Japan, kalau dia punya officer done something wrong, the Minister has to resign. Jadi apakah pendapat Yang Berhormat tentang isu ini? I mean, they expect higher. Because, you are the younger generation politician yang ramai look up to you, I think you have to set a higher standard to take full responsibility sebab full responsibility itu.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Hendak bagi lagi Yang Berhormat Menteri?
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
Nak dapatkan penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Beruas.
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada pengetahuan saya, perbelanjaan kerajaan sekarang ini pun sudah ada prosedur yang tertentu yang agak ketat. Isunya ialah kenapakah, seperti yang diberitahu oleh Yang Berhormat Menteri sendiri, bahawa kehilangan wang ini adalah melalui, dengan izin, dengan kuantum yang not very big over a period of five or six years? Jadi isunya, ini bermaksud sudah ada kehilangan atau kecurian wang yang kita kata mungkin sudah berpuluh-puluh kali atau ratusan kali. Ini mesti ada kelalaian dari pihak atasan pegawai ini.
Di negeri Perak pun baru-baru ini apabila satu enakmen yang dibawa ke Dewan Undangan Negeri tidak diluluskan atau ditarik balik, Exco itu sudah menawarkan untuk meletak jawatan. Kita Parlimen, jadi patutlah standard kita lagi tinggi, menjadi teladan kepada negeri-negeri dan anak muda.
Jadi di sini saya nak tanya, mesti ada kelalaian ataupun pihak-pihak tertentu yang berpakat dalam isu ini. Kalau tidak, tidak mungkinlah ada kecurian berpuluh-puluh kalau tidak ratusan kali dalam kementerian. Kalau itu tidak dapat ditangani, kita tidak ada harapanlah kalau kita hendak telus atau menjaga wang rakyat dengan baik. Saya hendak dapat penjelasan, kenapa berpuluh-puluh kali berlakunya kecurian ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri, rakan saya.
Saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat ya, kalau diikutkan Laporan Ketua Audit Negara ini, ada banyak kali juga menyentuh soal kementerian yang agak kontroversi dari segi perbelanjaan, perolehan yang diperolehi oleh pihak kementerian dengan perbelanjaan melebihi daripada harga yang sebenarnya, yang actual yang telah pun dilihat sendiri oleh Jabatan Audit negara. Jadi saya hendak dapatkan penjelasan, sejauh mana pengajaran yang diambil daripada laporan-laporan audit itu untuk memastikan supaya perkara ini tidak berulang?
Sebab, saya difahamkan, saya tidak mahu sebut nama pegawai itu, saya difahamkan pegawai yang dimaksudkan, yang terlibat itu, pernah dikeluarkan daripada kementerian Yang Berhormat satu ketika dahulu tetapi akhirnya masuk balik. Dikeluarkan itu kerana ada masalah tetapi berjaya masuk balik. Itu satu.
Yang keduanya ialah sekarang ini Ketua Setiausaha baru, kalau tidak silap saya, Yang Berhormat Menteri ya. Ketua Setiausaha lama sudah dipindahkan kepada kementerian lain. Saya hendak menganggapkan bahawa dia sebagai ketua pengawal gagallah, yang lama itu gagal. Tapi macam mana bila dia gagal, dia dipindahkan, dia dikeluarkan, dia pergi jadi Ketua Setiausaha lain, dinaikkan pangkat daripada JUSA kepada Turus 3. Saya tidak tahu hendak fikir macam mana seorang yang dilihat gagal sebagai ketua pengawal dalam hendak mengurus, memastikan pengurusan kewangan ini untuk keselamatan kewangan negara kita ini tiba-tiba hilang RM100 juta di waktu dia ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ringkaskan Yang Berhormat.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...Tiba-tiba dia dikeluarkan kemudian dinaikkan daripada JUSA kepada Turus 3. Jadi, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Sebab, pegawai-pegawai tersebut yang saya maksudkan tadi itu, dia juga...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kejap-kejap, ini isunya. Saya ada dokumen ini. Sebab, pegawai ini juga dia terlibat dalam Jawatankuasa Penilaian Tender untuk Festival Belia. Dia terlibat. Maknanya bagi saya, saya berasa cukup bimbang ini. Yang ini yang membabitkan Tabung Amanah Sukan yang RM100 juta itu. Saya takut nanti yang dalam Festival Belia itu juga, oleh kerana dia juga terlibat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...Memang dia akan berlaku satu jumlah yang lebih besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Puchong, ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada dua perkara yang saya ingin bangkitkan, Yang Berhormat Menteri. First, berkenaan dengan masa. Sama ada ataupun tidak satu jangka masa telah pun ditetapkan untuk siasatan ini berlaku. So the question of whether the time frame fixed by the MACC. That is the first. Yang kedua, I think ini penting, berkaitan dengan jumlah sebenar wang yang telah pun diambil. The question is this. Adakah tindakan akan diambil oleh kementerian untuk memperoleh semula? I think this is important. Some of the fund are there and they have been preserved. Tapi yang ada balance yang telah pun dilenyapkan ataupun dibelanjakan, inilah wang kerajaan. Jadi adakah apa-apa cadangan daripada pihak kementerian untuk menjamin pemulangan wang tersebut? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khairy Jamaluddin
Dah? Ada lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dah tak ada lagi, Yang Berhormat.
Tuan Khairy Jamaluddin
Pertamanya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab. Saya hendak jelaskan sikit berkenaan dengan pembahagian tugas di kementerian supaya semua memahami.
Berkenaan dengan prosedur kewangan, prosedur kewangan itu terletak, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi, pegawai pengawal kewangan kementerian utama, chief financial controller adalah Ketua Setiausaha dan segala proses dan prosedur kelulusan dibuat di peringkat pegawai. Ini penting sebab ini adalah pembahagian kuasa. Kalau dalam istilah investment banking, kita panggil ‘Chinese walls’ yang wujud antara perbankan dan juga bahagian-bahagian yang lain supaya tidak ada penindihan kuasa ataupun pengaruh.
So, dalam kementerian, orang politik, Menteri dan Timbalan Menteri dalam kementerian tidak ada kuasa dalam Jawatankuasa Tender, tidak ada kuasa dalam Jawatankuasa Kewangan dan segala kelulusan itu dibuat di peringkat jawatankuasa. The system is designed in this particular way on purpose, dengan izin, sebab kalau tidak, Menteri sebagai orang politik mempunyai kuasa kelulusan kepada perolehan dan juga kelulusan kewangan. Sebab itu kita memisahkan kuasa itu. Kalau tidak, memang saya secara langsung liable kepada apa yang telah berlaku.
Jadi dalam hal ini, when I take full responsibility, dengan izin, adalah maksudnya saya mesti perbetulkan keadaan itu dulu. Itulah yang saya maksudkan bahawa full responsibility. Pada masa yang sama, saya tidak lari, kalau sekiranya betul saya terlibat ataupun saya liable, maka ia akan didapati dalam hasil siasatan daripada SPRM ataupun daripada pasukan petugas bebas. Sebab itu saya tekankan bahawa it has to be an independent investigating taskforce, dengan izin, dan pada waktu itu barulah menentukan kedudukan saya. Tetapi dalam hal ini, oleh kerana pembahagian kuasa dan tanggungjawab itu, saya ambil keputusan bahawa tanggungjawab saya adalah untuk memastikan bahawa prosedur itu diperbetulkan lebih dahulu.
Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas, I am being very professional about this, I am not taking potshot with anyone on the other side. Saya just jawab bagi pihak saya. Terima kasih kepada rakan-rakan yang lain.
Berkenaan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Beruas tadi bahawa kononnya saya kata duit ini diselewengkan not very big amount, dengan izin.
Tuan Khairy Jamaluddin
Saya hendak perbetulkan, apa yang saya tulis dalam laman sosial Twitter saya bukan not a very big amount, that is to make the issue trivial, dengan izin, it’s not a trivial issue. It’s a big amount. Cuma apa yang saya kata adalah benda ini telah berlaku over a long period of time. We are yet to ascertain what that period of time is in smaller amounts, dengan izin. Maksudnya, in smaller amounts than the RM100 million, even that we are trying to ascertain. Akan tetapi itu di bawah bidang tugas SPRM. But, it was definitely what I was trying to convey, dengan izin, bukan sekali harung ambil RM1 juta tetapi ambil in smaller amounts. But, smaller amounts doesn’t mean it’s small, it could be a RM100,000, it could be whatever. Akan tetapi itu adalah siasatan SPRM. Saya tidak hendak comment berkenaan dengan isu tersebut. Sebab itu apa yang ditanya oleh sahabat saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Puchong.
Tuan Khairy Jamaluddin
...Yang Berhormat Puchong tadi berkenaan dengan the time frame dan juga jumlah sebenar. Saya ingin nyatakan bahawa saya tidak boleh hendak komen sebab ini masih lagi dalam siasatan. Apa yang saya difahamkan adalah SPRM memaklumkan kepada saya, as far as the investigation into abuse of power and corruption is concerned, dengan izin, mereka cuba untuk menamatkan dengan secepat mungkin kerana ini adalah isu of public interest. Berkenaan dengan pasukan petugas bebas, Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara memaklumkan kepada saya bahawa dalam masa terdekat, within the second quarter. Dalam masa dua tiga bulan ini mereka akan masuk dan buat segala pengauditan kepada kementerian. Jumlah yang sebenar, kita dalaman, kita ada sudah mula buat siasatan tetapi lebih baik kita serahkan kepada badan yang bebas untuk mengesahkan apakah jumlah yang sebenar daripada saya menyatakan apa yang kita telah kaji selama ini. Cuma saya hendak tambah kepada apa yang dikatakan oleh Beruas dan juga apa yang dibangkitkan oleh...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khairy Jamaluddin
Sorry?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Maksud saya tadi, ratusan kali penyelewengan, how can it happened? Ratusan kali.
Tuan Khairy Jamaluddin
That’s right, yea, yea, yes. Saya tidak pasti ratusan kali ke, puluhan kali itu...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tadi kata RM100 lebih juta. RM1 juta pun satu ratus kali.
Tuan Khairy Jamaluddin
Itu akan dikemukakan oleh hasil siasatan sebab kita pun tidak pasti jumlah sebenar RM100 juta itu apabila saya tanya itu adalah working assumption currently. Cuma bagaimana ia dapat dilaksanakan, saya pun tidak mahu komen panjang lebar, cuma saya ingin menyatakan kepada Dewan ini apa yang kita syak.
Andaian kita adalah bahawa satu proses yang tidak melibatkan dan tidak memerlukan kelulusan atasan telah dimanipulasikan. Essentially Tuan Yang di-Pertua adalah satu loop hole yang sekian lama wujud dan yang telah dimanipulasikan. Sebab itulah pegawai pengawal kewangan pun tidak tahu. Saya tidak absolve tetapi saya mengatakan bahawa ia tidak melibatkan kelulusan atasan dan satu budaya telah pun diamalkan untuk membolehkan perkara tersebut.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri, just on the question of effort to recover kalau ada.
Tuan Khairy Jamaluddin
I will answer.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ya, sila.
Tuan Khairy Jamaluddin
Sorry, Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, saya mengucapkan tahniah juga kerana berani ke hadapan dengan isu ini dalam Parlimen. Keduanya, saya agak concerned juga apabila Yang Berhormat Menteri mengatakan sekarang ini ada satu siasatan dibuat oleh SPRM bersama juga satu siasatan dalaman sedang dibuat. Bagi saya Yang Berhormat Menteri dengan penuh hormat, bagi saya apabila ada siasatan dalaman yang dilakukan secara serentak dengan siasatan SPRM ini mungkin boleh menimbulkan satu konflik. Sebab bagi saya biarlah siasatan SPRM itu berjalan dahulu. Oleh sebab kalau kita risau apabila berlaku siasatan SPRM dalam masa yang sama siasatan badan lain juga, ia mungkin kat situ ada penyimpanan-penyimpanan bahan-bahan bukti daripada dua entiti yang berbeza. Ini mungkin akan menyukarkan pihak SPRM untuk menyiasat dengan lebih telus dan dengan lebih efektif. Saya ingin minta pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri, boleh tidak kalau Yang Berhormat Menteri sendiri membuat satu rekomendasi supaya siasatan dalaman itu dihentikan dahulu. Biar SPRM siasat betul-betul. Jadi, saya minta penjelasan.
Tuan Khairy Jamaluddin
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Sepang. Untuk makluman supaya jelas, siasatan dalaman ini bukan dalaman KBS, siasatan dalaman ini pasukan petugas yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara yang datang untuk membuat siasatan yang tidak ada kaitan dengan criminal proceeding tetapi yang ada kaitan dengan internal controls and mechanism. Namun demikian, saya take note pandangan daripada Ahli Yang Berhormat, Ketua Audit Negara masih lagi belum mulakan siasatan dan saya akan maklumkan kepada beliau bahawa ada concern bahawa mungkin tunggu dahulu sehingga ada dakwaan, kalau ada dakwaan. Kita serahkan kepada Ketua Audit Negara, tengok macam mana.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
My concern is kalau apabila Audit buat siasatan, definitely they will have access to some documents.
Tuan Khairy Jamaluddin
Ya, I understand.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Mungkin dia akan ambil dokumen-dokumen tertentu, itu maksud saya.
Tuan Khairy Jamaluddin
Saya faham. Yang Berhormat Puchong, tadi berkenaan dengan recovery of assets, dengan izin. Seperti biasa, saya rasa Yang Berhormat Puchong pun pengamal undang-undang. Sekiranya benda ini pergi ke court dan didakwa dan kes ini dapati bersalah, maka pada waktu itulah baru kita mulakan recovery.
Kalau tidak silap sayalah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta maaf Yang Berhormat Menteri, saya rasa itu tidak betul kerana ianya akan mengambil proses. Apa yang penting Yang Berhormat Menteri, apabila kes-kes seperti ini berlaku dan kita expose aktiviti ini. Maka, tindakan segera perlu diambil supaya kita dapat tahu sebenarnya mana wang-wang ini dan tindakan perlu dibawa untuk kita bekukan supaya ianya tidak terlambat. Kalau tidak, if you go through the whole process, by that time I don’t think there will be anything left. Jadi, that’s the reason why I raised concerns Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khairy Jamaluddin
Pembekuan aset akan dibuat apabila dakwaan dibuat.
Cuma recovery later apabila didapati bersalah. That I think is a given. Akhir sekali, Yang Berhormat Pokok Sena ada beberapa perkara yang dibangkitkan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri, penjelasan tadi. Yang Berhormat Menteri sebut... Tuan Yang di-Pertua ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila- sila.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kalau Tuan Yang di-Pertua dia sudah tegur, kena sebut Speaker dahulu. Saya hendak penjelasan, tadi Yang Berhormat Menteri sebut pembekuan akan dilakukan apabila pendakwaan dilakukan ataupun akan dilakukan sekarang. Kalau hendak tunggu sampai pendakwaan memang- dan saya pun hendak ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri sebab menjawab dengan tenang, tidak menjerit-jerit macam Yang Berhormat Baling*.
[Tepuk]* Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Shah Alam, apa kacau Baling pula. Yang Berhormat Shah Alamlah yang mengajar bising dalam Dewan ini. Bodoh punya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, tolong Tuan Yang di-Pertua. Minta dia ditarik baliklah perkataan itu. Apa pula dia kata ‘bodoh’.
Tuan Khairy Jamaluddin
Tidak apa Tuan Yang di-Pertua, tidak apa.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang menjerit-jerit itulah ‘bodoh’.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Siapa yang mengajar menjerit dalam Dewan ini? Yang Berhormat Shah Alam yang ajar.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Itu dia, itu dia.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Shah Alam yang ajar orang belah sini menjerit-jerit macam orang gila setiap hari.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
‘Gila’ pula Tuan Yang di-Pertua.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khairy Jamaluddin
Saya minta jangan kita salahkan Yang Berhormat Balinglah, sebab Yang Berhormat Baling dia jaga adik dia, tok nenek kita satu kapal dahulu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri, no excuses.
Tuan Khairy Jamaluddin
No excuses.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
No excuses for bad behavior. Tuan Yang di-Pertua, minta ditarik balik Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Banding Yang Berhormat Johor Baharu dan Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Johor Baru lebih baik, siapa baik, siapa tidak baik. Hendak ajar orang pula.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Baling. Saya dengar dua-dua pun menggunakan perkataan yang sama. Tidak payah saya ulang. Sila.
Tuan Khairy Jamaluddin
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu yang dibangkitkan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bila pula saya start dahulu, yang menjeritnya dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Selepas itu dia jawab. Sila Yang Berhormat.
Tuan Khairy Jamaluddin
...oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Pertamanya, berkenaan dengan pemindahan Ketua Setiausaha. Perkara itu di bawah JPA dan saya rasa biarlah pasukan petugas selesaikan siasatan mereka dan melihat di manakah kelemahan yang berlaku dan sebagainya. Oleh sebab kalau tidak silap saya, pemindahan KSU itu dibuat sebelum kes ini diketahui. Akan tetapi kita jangan buat apa-apa andaian dahulu.
Kita serahkan kepada JPA untuk membuat kepastian selepas hasil siasatan. Sudah pasti kita sentiasa menambah baik daripada setiap teguran daripada Laporan Ketua Audit. Saya rasa salah kalau saya kata kita tidak ambil langkah-langkah untuk menambah baik proses dan prosedur kewangan dalam kementerian. Namun demikian, saya juga ingin maklumkan bahawa dalam kes ini mekanisme yang kita syak diguna tidak pernah secara spesifik dibangkitkan dalam Laporan Audit selama ini.
Tuan Khairy Jamaluddin
Mungkin saya silap tetapi ini adalah satu perkara yang tidak dikesan dan tidak diketahui sama ada oleh pegawai tertinggi kementerian hatta Audit selama ini. So itulah yang ...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana menjelaskan daripada segi procedure, daripada segi Chinese wall, separate youth, I’m a politician from administrative dan juga finance responsibility.
Saya rasa ini adalah satu penjelasan yang bagus. Saya pun rasa Yang Berhormat Menteri jawab acted in a very good faith datang ke sini jawab secara berterus terang. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih. Walau bagaimanapun, saya pun rasa we have to have political leadership daripada segi skandal yang begitu besar ini dan saya rasa ini adalah satu yang harus kita set a good example daripada segi penyiasatan dan juga take responsibility. Itu yang saya maksudkan sebagai full responsibility.
Anyway, I leave it to you because you are the leader and you adalah menteri yang bertanggungjawab. Terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin
Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Bayan Baru. Itulah sahaja Tuan Yang di-Pertua daripada Kementerian Belia dan Sukan saya ucapkan terima kasih kepada semua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Tidak tunggu Yang Amat Berhormat Bagan kah? Ya saya jemput Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abdul Rahman Dahlan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abdul Rahman Dahlan
perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja terutama sekali kepada 20 Ahli Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Menteri ada Peraturan Mesyuarat. Ya Peraturan Mesyuarat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Yang di-Pertua, hari itu saya ada bangkitkan satu point of order. Memandangkan pada masa itu Yang Berhormat Menteri tidak ada dalam Dewan di mana Yang Berhormat Menteri telah melemparkan satu perkataan tidak parliamentary terhadap saya. Saya harap bahawa 36(4) Yang Berhormat Menteri boleh mematuhi Peraturan Mesyuarat dengan menarik balik perkataan tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Menteri ada usul di bawah Peraturan 36(4) dan saya difahamkan Yang Berhormat Menteri telah menghantar surat kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya belum lagi mendapat apa-apa arahan selanjutnya. Saya minta Setiausaha sila. Ya terima kasih.
Yang Berhormat Bagan telah menimbulkan Peraturan Mesyuarat 36(4) yang mengatakan bahawa Yang Berhormat Menteri KPKT telah mengeluarkan perkataan yang disebut sebagai unparliamentary iaitu ‘bohong’. Cuma perkataan yang disebut ‘bohong’ dan apabila saya melihat dan meneliti Hansard yang telah dicatatkan di dalam perbahasan dan juga jawapan Yang Berhormat Menteri pada 16 Mac 2016 muka surat 23. Izinkan saya baca sedikit, “Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya ingin membetulkan dakwaan Yang Berhormat Bagan dan kenyataan Yang Berhormat Batu Kawan semalam yang menegaskan takrifan harga rumah mampu milik di Pulau Pinang sebanyak RM400,000 ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini adalah satu pembohongan Tuan Yang di-Pertua.” Bukan bohong tetapi satu pembohongan yang mengatakan bahawa kenyataan tersebut adakah tidak betul. Sebelum itu saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan apakah maksud yang disebut oleh Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Pencelahan ini kemudian. Yang Berhormat Menteri ada cakap Yang Berhormat Bagan berbohong, bukan sahaja pembohongan.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua, siapa yang cakap? Menteri atau Yang Berhormat Bagan?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Beliau sebut Yang Berhormat Bagan berbohong. Itu secara personal ada dalam Hansard.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini adalah Hansard rasmi yang telah dikemukakan dan disediakan oleh Setiausaha Dewan. Setelah saya meneliti dan saya baca perkataan yang disebut ini adalah “satu pembohongan Tuan Yang di-Pertua”. Fakta tersebut satu pembohongan.
Okey, ada lagi muka surat 23 selepas itu muka surat 27 paragraph yang atas sekali.
Beliau telah menyatakan bahawa RM400,000 ini ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan.
“That is a lie, that is a lie, bohong.” Saya minta Yang Berhormat ...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Satu lagi ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat saya minta Yang Berhormat Menteri berkenaan, ya saya faham.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Muka surat 26 di mana dia sebut Yang Berhormat Bagan bohong, itu muka surat 26. Saya boleh ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
20?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Paragraph berapa?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya di sini saya nampak yang berbohong ialah Yang Berhormat Bagan. Saya lihat daripada website.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya saya minta Yang Amat Berhormat Bagan rujuk kepada paragraph berapa. Ya saya faham ...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tanjong Karang ...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Selepas...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tanjong Karang benarkan saya berurusan dengan Yang Berhormat Bagan dan juga menteri dahulu. Nanti saya jemput. Ya satu persatu. Muka surat berapa Yang Amat Berhormat? Paragraph berapa?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Selepas kasturi. Ini muka surat 25 ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tak apa Yang Amat Berhormat ...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Muka surat 25... “yang berbohong ialah Yang Berhormat Bagan”. Selepas itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Paragraph berapa Yang Berhormat?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...mengeluarkan perkataan tidak elok dan tidak gentleman.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Paragraph berapa?
Seorang Ahli
Paragraph berapa?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli Yang Berhormat yang lain, be professional. Saya hendak ...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Muka surat 25.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya saya hendak uruskan Dewan ini dengan cara yang terbaik, aman dan kita saling hormat- menghormati di antara satu sama lain. Terima kasih.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Penghujung muka surat 25 iaitu di mana ada pencelahan dengan Yang Berhormat Batu Kawan dengan Yang Berhormat Menteri. “Tarik balik Yang Berhormat Menteri” daripada Yang Berhormat Batu Kawan. Selepas itu Yang Berhormat Menteri cakap, “berbohong ialah Yang Berhormat Bagan”. Selepas itu Yang Berhormat Batu Kawan cakap tidak eloklah, tidak gentleman.
Then selepas itu Yang Berhormat Menteri cakap macam mana kita sebut, sebab dia yang bohong. So di sini kalau kita lihat akhir muka surat 25. Penghujung muka surat 25.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Bukan salah saya Tuan Yang di-Pertua kalau Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Berdirilah, berdirilah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, sekali lagi Yang Berhormat ganggu saya minta Yang Berhormat rehat ya. Esok datang balik. Saya tidak bertolak ansur. Minta maaf, baik sebelah kanan saya, baik sebelah kiri saya bertegas ini saya hendak jalankan persidangan kita dengan baik, aman dan kita menjadi seorang Ahli Yang Berhormat yang profesional. Okey?
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua, bukan salah saya kalau Yang Berhormat Bagan tidak faham bahasa Melayu tetapi perkataan ‘bohong’ itu timbul atas sebab fakta yang betul bahawa beliau telah menuduh kementerian saya - memandangkan saya adalah Menteri Perumahan maka beliau mengatakan bahawa kami yang menentukan harga RM400,000 rumah mampu milik di negeri Pulau Pinang. Sebenarnya Yang Berhormat Bagan tidak faham bahawa apabila beliau meletakkan harga itu rakyat Pulau Pinang marah akhirnya menuding jari kepada saya, kementerian saya kerana kononnya – saya ada bukti Tuan Yang di-Pertua. Saya ada bukti yang menunjukkan bahawa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak pernah meletakkan RM400,000. Itu sebab saya kata bohong, kang saya kata tipu, susah pula.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Saya katakan lidah bercabang lagi dia marah. Jadi saya menggunakan perkataan yang paling baik iaitu berbohong dan itu bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang mungkin tidak difahami dalam konteks ini saya mempunyai fakta yang telah saya maklumkan kepada Dewan pada hari itu dan juga telah menulis kepada Tuan Yang di-Pertua semua butir berkenaan dengan fakta yang saya sebut.
Apabila saya mengatakan bahawa Mesyuarat Majlis Perumahan Negara belum lagi menentukan harga dan masih lagi diharmonikan, wakil daripada Kerajaan Pulau Pinang, Exco Perumahan hadir dalam mesyuarat tersebut dan telah pun faham bahawa kita tidak menentukan lagi harga yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bagan. Jadi apabila saya mengatakan itu tidak betul, bohong, itu dalam konteks apa yang disebut dalam video yang dimuat naikkan dalam Facebook Buletin Mutiara. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Itu saya nafikan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri. Ini semua tidak betul. Exco saya pun tidak bersetuju tentang apa yang disebut.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak apa, Yang Berhormat duduk. Satu persatu.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya ingat gentleman sikitlah. Kita berbahas dengan baik-baik, berbahas dengan baik-baik. Sekarang apa yang saya bangkitkan point of order. Tuan Yang di-Pertua, saya belum masuk tajuk perbahasan lagi. So yang saya sebut ialah secara spesifik, secara teknikal ialah ‘bohong’ tidak boleh dilemparkan ke atas seorang Ahli Yang Berhormat. Di sini adalah jelas disebut ‘yang pembohong ialah Yang Berhormat Bagan’. Saya hanya meminta ditarik balik, itu sahaja. Apa yang lepas itu kita boleh bahas lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Maaf Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya bangun atas peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat yang sama, 36(4). Hendak meminta keputusan daripada
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua mengenai 36(4) ini. Apabila seseorang Ahli Parlimen memulakan perkataan yang kurang sopan, bilakah masa bantahan itu sepatutnya dibuat? Saya masih ingat, peristiwa ini pernah berlaku di antara saya dengan late Karpal Singh pada masa itu tahun 1996 atas isu Rahim Thamby Chik pada ketika itu. Apabila saya bangun sudah satu hari terlewat, pada masa itu persidangan Dewan Rakyat pada waktu petang. Saya ingat lagi. Pada waktu petang, esoknya hendak bersidang saya tengok Hansard di mana late Karpal Singh mengatakan Rahim celaka.
Apabila saya bangun pada masa itu, maka late Tan Sri Zahir mengatakan bahawa kalau hendak membantah, bantah pada masa itu juga, semalam, sudah terlewat. Jadi sekarang saya hendak bertanya, kalau hendak membantah, bantah pada 16 hari bulan bukannya boleh membantah sampai hari ini.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Itu ada bohong juga. Tuan Yang di-Pertua, ini bohong juga. Saya kata pada masa itu saya minta Yang Berhormat Menteri tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
...Tetapi Tuan Yang di-Pertua kata akan ditentukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat....
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
...Apabila Yang Berhormat Bagan berada di sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Tidak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya sudah sebut satu persatu, seorang demi seorang. Peraturan Mesyuarat 37 jelas, apabila dijemput oleh Speaker untuk berucap, baru bangun berucap. Siapa yang berdegil-degil selepas ini saya minta bentara rehatkan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Sebab saya hendak mendapatkan penjelasan daripada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baik, baik yang bercakap di atas kerusi tanpa mic atau berdiri dengan menggunakan mic.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya bercakap atas peraturan mesyuarat. Saya hendak tanya presiden di dalam Dewan ini..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, bolehkah bantahan-bantahan di bawah 36(4) ini dibuat sampai dua, tiga hari selepas itu? Saya hendak beritahu, ini pengalaman saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Semasa itu pada 16 Mac, pada masa itu mesti dibuat bantahan. Mesti dibantah di bawah peraturan mesyuarat. Mesti suruh tarik pada masa itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Itu yang saya hendak jelaskan. Adakah boleh hendak diungkit-ungkit perkara ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey, saya faham Yang Berhormat. Okey Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Tanjong Karang, betul saya juga menerima pandangan daripada Yang Berhormat Tanjong Karang, namun begitu apabila saya sendiri telah mempengerusikan persidangan semasa Yang Berhormat Bagan mohon diberikan ketetapan dan ingin memberikan peluang, saya juga ingin memberikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri untuk hadir sendiri memberikan penjelasan.
Setelah saya menerima kedua-dua penjelasan daripada Yang Berhormat Bagan dan juga Yang Berhormat Menteri, saya menganggap bahawa perkataan ‘pembohongan’ adalah terhadap fakta dan bukan sifat. Yang Berhormat Bagan duduk ya – terhadap fakta yang dikemukakan, yang ditonton oleh Yang Berhormat Menteri bukan menuduh atas sifat Ahli Yang Berhormat berkenaan dan bolehlah Yang Berhormat Bagan kita tumpukan kepada perbahasan kita ya Yang Berhormat. Banyak isu lagi yang hendak kita timbulkan.
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Peraturan berapakah Yang Berhormat?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Point of order yang sama kerana di sini ialah bukan ke atas fakta. Kalau pembohongan saya bersetuju.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya sudah buat ruling tadi, Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...Tetapi yang disebut ialah ‘yang berbohong ialah Yang Berhormat Bagan’.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...Sebab itu...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Memang betul.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...Kalaupun boleh cakap...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Memang betul.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...Pembohong.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Memang betul.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kita pun boleh cakap menteri membohong. We don’t want to insult anyone here.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
No, no, I’m not insulting you. You are insulting me.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...Like us argue...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Duduk Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
...You started this.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Bolehkah saya sebut di sini ialah saya hendak mendapatkan ruling, kalau dilemparkan ke atas seorang Ahli Parlimen secara peribadinya, ini secara peribadi ‘yang pembohong ialah Yang Berhormat Bagan’.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Dia tujukan secara spesifik.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Memang.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...Dan Tuan Yang di-Pertua telah membuat ruling.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...Bahawa tidak boleh menggunakan perkataan pembohong. Adakah ini bermakna...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya, saya dengar, saya dengar.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya sudah faham Yang Berhormat...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Pasal pembohongan saya tidak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya saya faham.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Akan tetapi yang saya hendak sebut di sini ialah ‘yang pembohong ialah Yang Berhormat Bagan’.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ya lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tanjong Karang, saya sedang buat ruling, Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tidak, saya hendak dengar...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Duduk Yang Berhormat Tanjong Karang, duduk.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tidak, yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya faham Yang Berhormat. Ya Yang Berhormat Bagan, saya sudah jelaskan bahawa niat Yang Berhormat Menteri berkenaan bukan atas sifat sebagai Ahli Parlimen yang lain. Akan tetapi atas fakta yang dikemukakan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Point of order...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tidak payah layanlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tidak puas...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Dia masih dia tidak menggunakan fakta.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Pembohongan saya terima...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Fakta.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Menyampuk]
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Saya berhujah dengan fakta.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Akan tetapi di sini...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Fakta mesti ada.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kita lihat bahasa Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
“Yang pembohong ialah Yang Berhormat Bagan”, ini ditujukan kepada saya.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Bangun]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Yang pembohong ialah...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Kita ikut fakta, kalau ...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Bagan...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Bukan fakta pembohongan takkan kita tak faham bahasa Malaysia?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Sebab ini secara spesifik.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sekiranya Tuan Yang di-Pertua menyebut bahawa ini dibenarkan, maka sekarang semua boleh menggunakan dalam...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Dalam kontekslah, dalam konteks Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kita mahu ikut budi pekerti yang ditetapkan oleh Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
...Saya yang cakap pembohong.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Yang Berhormat sendiri yang cakap pembohong.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua, saya telah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya faham.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Menteri duduk dahulu.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Sampai sekarang Yang Berhormat Bagan tidak mengeluarkan hujah mengatakan apa yang saya salah yang saya katakan fakta itu salah.
Yang mengeluarkan ini Tuan Yang di-Pertua, yang memulakan ini bukan saya. Yang memulakan ialah Yang Berhormat Bagan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Yang mengeluarkan video
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya tak ucap dalam Dewan.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Mengatakan bahawa harga rumah mampu milik...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...Apa saya ucapkan dalam Dewan.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
...Outside and inside di Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey Yang Berhormat.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, kita ada peraturan Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tanjong Karang duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Pastikan ruling yang betul Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak nanti...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, saya minta duduk Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat sekalian...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Masa itu patut bangunlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat sekalian. Saya telah mendengar – sekali lagi saya ulang saya telah mendengar kedua-dua penjelasan Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa tiada niat untuk menujukan ke batang tubuh ahli yang lain tetapi hanya kepada fakta. Jadi Yang Berhormat, kalau tidak bersetuju dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
...Boleh buat usul secara bersendirian.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri ...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri tidak menyebutkan sedemikian.
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Boleh saya teruskan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila, sila, teruskan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri...
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
...Bagaimana boleh..
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Rahman Dahlan
...kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian kepada perbahasan usul...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Cannot be like this. Tidak boleh macam ini.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
...Menjunjung kasih...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, janganlah Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, ada peluang lagi Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
No, ini bukan peluang
Datuk Abdul Rahman Dahlan
...Terutama sekali...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini adalah peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
I give you...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya minta point of order.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Menyampuk]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya menghormati Tuan Yang di-Pertua tetapi kita kena menegakkan peraturan mesyuarat ini yang ditetapkan. Kalau tadi sebut bahawa pembohongan menerusi ucapan yang saya buat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sebab itu Yang Berhormat...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...Itu bukan ucapan dalam Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sebab itu Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Menyampuk]
Datuk Abdul Rahman Dahlan
...With you.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
...Cukup marah kepada Yang Amat Berhormat, you throw it at me.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya tidak buat ucapan dalam Dewan.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Jangan pusing-pusinglah Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini ialah ucapan bajet daripada Perdana Menteri.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Faktanya ialah you make a statement saying that the rumah mampu milik adalah yang kita bincang dengan Kerajaan Persekutuan dan itu tidak betullah.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya mahu guna buku peraturan mesyuarat lagi.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Bila you bawa - marah kepada Yang Berhormat, Yang Berhormat menggunakan ucapan untuk menuduh saya meletakkan harga rumah mampu milik. Itu yang tidak betul Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini kerana saya tidak guna menggunakan perkataan bohong. Menteri, bolehkah kita mencatatkan standing order yang sedia ada?
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Be gentlemanlah. Kalau the people of Penang tidak panggil you, why are you agree, why are you – other people...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Yang di-Pertua, tidak adil macam ini kerana kita ikut mesyuarat, kita yang ikut mesyuarat, kita sekarang yang dipersalahkan. Yang dia ini boleh cakap bohong...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
No, no, no.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...Minta dia tarik balik sahaja.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
No, no, no. Memang bohong, kaki belit betul.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di- Pertua, it’s wasting our time. Kita buang masa. Tidak boleh macam ini. Tuan Yang di-Pertua sebut, siapa tidak boleh halau keluar bagi rehat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bagan. Ya, Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri untuk meneruskan penggulungan. Saya sudah buat ruling Yang Berhormat. Yang Berhormat ada hak Yang Berhormat untuk membuat usul secara bersendirian...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
...Yang telah membangkitkan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Bagan, come on lah.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tidak payah divert lah isu pasal yang lain.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Bagan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, saya sudah buat ruling Yang Berhormat. Saya sudah buat ruling Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Dia yang berbohong, saya yang kena.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Salah atau tidak salah Yang Berhormat, saya sudah buat ruling. Kalau anggap keputusan saya tidak tepat, boleh buat usul bersendirian ya. Terima kasih Yang Berhormat. Okey.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua kalau kita panggil Yang Berhormat Menteri pembohong boleh atau tidak?
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Saya amat menghargai pandangan dan saranan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat. Cukup Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya hendak rujuk kepada ruling yang Yang di- Pertua buat semasa saya membangkitkan peraturan mesyuarat ini. Yang Berhormat Menteri sendiri menyatakan kerana Yang Berhormat Menteri tidak ada maka tidak boleh minta dia tarik balik. Itu Tuan Yang di-Pertua sebut sendiri...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan. Ini bantahan yang bukan Yang Berhormat Menteri kena buat, anak buah kena buatlah. Bukan Yang Berhormat Menteri buat bantahan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...Dan kena tunggu sehingga Yang Berhormat Menteri masuk supaya boleh tarik balik perkataan membohong.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
You tidak tengok kepada konteks, sebab itu problem itu. Bila rakyat kata - benda lain, tentu tidak boleh.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Don’t make it personal. Tuan Yang di-Pertua sendiri yang sebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat. Okey Yang Berhormat. Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Saya hendak betulkan sedikit fakta.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Memang saya sebut berikan peluang Yang Berhormat Menteri berkenaan untuk menjelaskan kalau sekiranya saya berpendapat bahawa penjelasan itu memadai cukup dan saya akan buat ruling. Terima kasih Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua itu bukan benda yang...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Bolehkah saya cakap sekarang?
[Dewan riuh]
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, kalau panggil Yang Berhormat Kota Belud pembohong bolehkah?
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Yang Berhormat Menteri yang berbohong, Yang Berhormat Menteri pembohong. Bolehkah saya cakap begitu? Saya hendak tanya.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
In context, in context.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Can I say that?
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tidak kan itu Yang Berhormat tidak tahu. Sudah berapa lama dalam Dewan ini.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Can I say that or not? “Yang membohong ialah Yang Berhormat Bagan”
Datuk Abdul Rahman Dahlan
In context, in context.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Bolehkah saya cakap Yang Berhormat berbohong, bolehkah?
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Dalam kontekslah Yang Berhormat. Tidak akan you tidak faham.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya hendak tanya konteks itu sama, bolehkah saya minta Tuan Yang di-Pertua buat ruling – apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri iaitu yang membohong. Pembohong terbesar ialah Yang Berhormat Menteri sebab putar belit. Bolehkah?
Datuk Abdul Rahman Dahlan
It’s up to you. Up to you.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sudah- sudah. Yang Berhormat Menteri sila.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, pembohong yang paling besar ialah Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila, sila.
Cukuplah Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Yes****.** Tuan Yang di-Pertua, bolehkah kita panggil Yang Berhormat Kota Belud pembohong?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
This is not about fool lah Tuan Yang di- Pertua, tidak boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
You know what he had said, absolutely - standard.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya hendak mempertahankan kredibiliti...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, jangan desak saya untuk menggunakan peraturan seterusnya. Yang Berhormat, sekarang ini...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bagan, saya sudah minta Yang Berhormat Bagan kalau tidak berpuas hati, sila buat usul bersendirian. Kalau Yang Berhormat Bagan berdegil lagi saya minta Yang Berhormat Bagan lihat peraturan selanjutnya Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Yang di-Pertua ini satu ketidakadilan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat. Cukup Yang Berhormat
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua yang buat ruling.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat lain duduk Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Duduk Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang berhormat. Duduk-duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan duduk. Duduk-duduk.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, ya. Cukuplah Yang Berhormat Bagan. Cukuplah.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Penakut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini tidak boleh kerana saya hendak tegakkan kewibawaan...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Yang di-Pertua sendiri cakap...
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya selalu mengikut arahan. Sebagai ahli politik saya rasa ini sudah tidak betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Yang Berhormat Menteri tarik balik.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Dalam konteks – no way!
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Bagaimana Tuan Yang di-Pertua bagi penjelasan untuk pihak...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Mana boleh macam itu. Tengok. Dia cakap saya yang buat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
He is justifying it sir.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tidak boleh macam inilah. Ini bukan tingkah laku seorang Menteri.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
No, no, no.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Justice is...
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya minta tarik balik itu sahaja. Lepas ini kita boleh teruskan perbahasan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kita kena ambil explanation dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, betul saya faham. Saya faham. Yang Berhormat, okey Yang Berhormat. Yang Berhormat Baling cukup Yang Berhormat. Okey sekali lagi saya sebut saya sudah berpuas hati dan kalau tidak...
[Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Akan tetapi macam mana berpuas hati kalau itu bukan penjelasannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kalau tidak bersetuju dengan keputusan saya, buat usul bersendirian. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh .. itu bukan penjelasan...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Bagi saya explain semasa membahas...
[Disampuk]
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Satu, dua, tiga, empat, lima.
[Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri cakap bohong.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Yes, Menteri cakap bohong.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ketua Menteri lagi besar pembohong.
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua, soalan berkenaan...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Peraturan, peraturan.
Seorang Ahli
Tuan Yang di-Pertua, kita dua-dua belah kita settle malam ini juga tempat yang sama.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Jangan eject dia, saya hendak dia duduk dalam Dewan ini.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Menteri Yang Berhormat pembohong.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Peraturan, peraturan.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Menteri pembohong. Boleh kita katakan Yang Berhormat Kota Belud pembohong?
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Don’t eject Yang Berhormat Bagan. I want him to be here.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Can we say the Yang Berhormat Kota Belud is lying. Minister of Kota Belud is a liar.
[Dewan riuh]
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Batu Kawan tarik balik. Yang Berhormat Batu Kawan tarik balik.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Kalau tidak mahu ikut peraturan...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Mengaku pembohong.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
You tarik balik.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
No way. You yang cakap.
[Dewan riuh]
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Menteri berani cakap tetapi tidak berani mengaku. Be a gentlemanlah.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tunggulah Menteri bagi jawapan. Apa mahu takut.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Standard apa ini.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kita tidak boleh double standard di sini Tuan Yang di-Pertua. Dia tidak bagi penjelasan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Menteri, Menteri...
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tidak dapat penjelasan...
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Jangan eject Bagan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
...Itu persoalan yang kita mahu. [Dewan riuh] Number one liar there.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Dia itu membohong.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, make a ruling, what is your ruling put it the usul.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Bagan penakut.
[Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
That is not the explanation.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
This is unparliamentary, tidak boleh diterima. Minta Menteri tarik balik.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Don’t dejected.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
You are the liar.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
You are the liar.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
I heard. That explanation.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tidak bolehlah, be gentleman.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
You want say anything you say but not unparliamentary like this. You can say anything you want but not unparliamentary like this. Itu yang saya minta Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Bagan...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
You tidak fahamkah? The content says...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Dalam peraturan mesyuarat...
[Dewan riuh]
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tidak ada. Ini konteks. You said that I said the price of rumah mampu milik. Do you understand? You faham tidak Yang Berhormat?
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Kota Belud, penjelasan.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
In context. Ah, shut up you. How can I told you that? You accuse me. You faham tidak?
[Dewan riuh]
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Kota Belud, penjelasan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kita tidak pernah tapis.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Tuan Yang di-Pertua, peraturan.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Bila saya kata dia berbohong dalam konteks, saya minta dia jangan dibuang daripada Dewan sebab saya mahu dia di dalam Dewan.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Kota Belud is a liar.
[Dewan riuh]
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
You are liar! Shame on you. Shame on you Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Jangan provoke Speaker untuk buang sebab saya mahu Yang Berhormat Bagan ada di dalam Dewan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ini semua tidak ikut peraturan.
Peraturan Dewan saya minta tolong rujuk. Peraturan Dewan!
[Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kita minta tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat. cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Mohon penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat, tak ada penjelasan Yang Berhormat.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ini peraturan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tunggulah. Ini banglo lebih besarlah...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Itu bukan penjelasannya. Yang Berhormat Speaker boleh buat satu keputusan adalah itu, bukan satu penjelasan dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Puchong, bila Speaker sedang berucap, sila duduk. Ya. Ya, sila duduk Yang Berhormat. Ya, sila duduk. Duduk. Cukuplah Yang Berhormat Setiu. Cukup, cukup.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Okey kalau tak ada lagi, tak apa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya dah sebut, takkan saya nak sebut kali yang ketiga. Dua kali saya dah buat ruling, saya kata setelah saya mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat, saya berpendapat pembohongan terhadap fakta.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan, tak perlulah saya mengambil tindakan Yang Berhormat. Saya pun tak mahu Yang Berhormat. Saya pun tak mahu Yang Berhormat. Saya hormat Yang Berhormat Bagan. Sila Yang Berhormat Menteri. Kita banyak lagi isu lain. Kita urusan kerajaan banyak lagi Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Dia memang hendak minta kena halau Tuan Yang di-Pertua, sebab dia tak boleh tahan...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bagan, duduk Yang Berhormat.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Yang Berhormat Tanjong Karang ada membahaskan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Itu bukan penjelasannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Puchong. Ya, ya. Ya, duduklah Yang Berhormat.
Cukuplah.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Insya-Allah kementerian akan memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan-cadangan bernas demi kepentingan rakyat dan keharmonian negara.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tidak boleh, tidak boleh terima. Tuan Yang di- Pertua, Point of Order 36(4). Tuan Yang di-Pertua, tak boleh terima. Ini ialah satu ketidakadilan kerana dia seorang Menteri, dia boleh buat apa yang dia suka. Tarik baik.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Secara keseluruhannya, Ahli Yang Berhormat Tanjong Karang semasa membahas ialah membangkitkan isu mengenai...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, can you ask Yang Berhormat Kota Belud to show respect to the House and keep quiet and sit down.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Beliau tarik balik perkataan membohong, yang membohong ialah- bukanlah pembohongan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Bangun] Yang bohong, yang membohong itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, janganlah Yang Berhormat. Cukuplah. Saya minta Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Tak perlu saya ambil tindakan Yang Berhormat. Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya merayu kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana ini...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, halau dia. Dia tak boleh dengar. Dia tak boleh tahan kes rumah banglo.
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya peluang terangkan kes ini.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Yang Berhormat Menteri salah kerana telah keluarkan- Parliamentary. Minta tarik balik, itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat. Yang Berhormat. Saya dah sebut Yang Berhormat Menteri tidak tujukan kepada atas sifat ahli yang lain. Atas fakta Yang Berhormat. Atas fakta.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, atas fakta Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
“Yang membohong itu ialah Yang Berhormat Bagan”, tidak boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan tak boleh terima keputusan saya?
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Bukan saya tidak boleh terima, tetapi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kalau Yang Berhormat Bagan...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Minta untuk tarik balik. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, please ask him to regret pembohong.
[Dewan riuh]
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, macam mana...
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya hormati peraturan mesyuarat. Tuan Yang di- Pertua pun tahu.
[Dewan riuh]
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Kulai terpaksa menarik balik perkataan pembohong tetapi Yang Berhormat Kota Belud tak payah. It’s double standard!
[Dewan riuh]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Point of order! Point of order!
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini bukan kepada fakta. Ayat ini jelas. Kalau pembohongan, saya boleh terima. Akan tetapi disebut ini yang bohong, “yang berbohong ialah Yang Berhormat Bagan”, macam mana saya boleh terima?
[Dewan riuh]
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat Kulai terpaksa tarik balik apabila menggunakan perkataan bohong.
Kenapa Yang Berhormat kota Belud tak perlu? Yang Berhormat Kulai tarik balik, you tak perlu. Shame on you Yang Berhormat Kota Belud! Shame on you!
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kalau macam ini saya boleh sebut Yang Berhormat Menteri berbohong. Saya tak mahu jatuhkan standard macam itu. Saya minta Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, tolong tegaskan peraturan mesyuarat ini.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Tuan Yang di-Pertua, point of order. Peraturan berapa.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Janganlah bersikap angkuh. Tak boleh macam ini.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di- Pertua, cukuplah. Jangan melayan orang ini.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
You know yourself…
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di- Pertua, kalau dia faham undang-undang, suruh dia keluar. Suruh dia keluar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Cukuplah, cukup. Cukuplah Yang Berhormat, cukup.
Cukup, cukuplah Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat. [Dewan riuh] Ya, ya. Ya, ya. Duduklah Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Cukup itu Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat, ya. Yang Berhormat Setiawangsa duduk. Yang Berhormat Setiu duduk.
Yang Berhormat Baling pun duduk Yang Berhormat. Saya memang taknaklah mengenakan Peraturan Mesyuarat 44.
Seorang Ahli
Jangan guna. Dia memang nak keluar.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Jadi Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan sedikit boleh tak?
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat. Ya, ya.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Tuan Yang di-Pertua, minta...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
*We can answer you. We can answer you.
You are the one who...*
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Tuan Yang di-Pertua, bagi point of order.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Jangan sekali-kali Speaker diprovoke.
[Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Standing order. Ask him to regret.
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Rahman Dahlan
I want him to stay in the Dewan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
We’re fighting here fair and square. No need to throw us out. Ask him to retract...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey, duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Duduk, duduk Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat duduk Yang Berhormat, Yang Berhormat. Cukuplah. Cukuplah Yang Berhormat. Ya Yang Berhormat, ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tarik balik.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara.]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Bodohlah semua ini buang masa. Tak payah provoke, tak payah. Buang masa.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan standing order boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini masa 19 hari bulan, 16 hari bulan, ini semua tidur kah ini. Tak semestinya orang yang dituduh itu mesti membela diri. Ini dalam peraturan mesyuarat.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, boleh beri penjelasan? Penjelasanlah boleh? Tak jelas tadi.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tanjong Karang duduk, Yang Berhormat Setiu duduk. Duduk, duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya tahu Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Pengalaman saya bukan mesti tuan punya badan mesti bantah, Tuan Yang di-Pertua. Saya bagi tahu. Ini pengalaman saya. Pengalaman saya, bukan tuan punya badan mesti bantah. Semua ini tidur, penakut, yang bantai, bukan sekarang hendak bantai. Yang Berhormat Puchong, bos ada baru berani.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
16 hari bulan, masa perbahasan semua tidur.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ada, ada. Tarik balik. Ada, ada.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Masa itu mesti lawan. Masa itu mesti lawan. DAP semua tidur, bos tidak ada. Patut masa itu bangun lawan, bukan sekarang.
[Dewan riuh]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Tuan Yang di-Pertua, lagi sekali saya minta point of order, please.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah, Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara.]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Baling. Ya.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukup. Cukuplah Yang Berhormat Baling, cukup. Yang Berhormat Setiu, duduk Yang Berhormat.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya hendak terangkan masalah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tak apalah, cukuplah. Saya dah faham Yang Berhormat, saya dah faham. Yang Berhormat, saya dah faham Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, takkan tak boleh minta penjelasan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukup- cukuplah Yang Berhormat. Cukuplah, Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat, saya faham dah Yang Berhormat. Semua pun hujah yang sama.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tadi Yang Berhormat Tanjong Karang boleh.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Sepang duduklah!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang, sila duduk. Semua pun hujah adalah hujah yang sama, maksud yang sama.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tak, lain-lain. Saya hendak minta penjelasan sedikit...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang, sila duduk.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya hendak tunjukkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Sepang, sila duduk.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, apabila seorang Ahli Dewan mengangkat peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua kena bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, ada tak peraturan lain yang boleh memberi kuasa kepada Speaker tidak membenarkan Yang Berhormat lain untuk berucap?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tapi kalau peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua kena dengar, you have to listen.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, sila duduk atas fakta yang sama, isu yang sama.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
No, I invoke peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua kena dengar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang! Yang Berhormat Sepang, sila duduk.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, kenapa tak boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang, sila duduk.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
I need explanation.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang, sila duduk. Cukuplah Yang Berhormat Bagan. Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kalau Tuan Yang di-Pertua tidak akan benarkan, macam mana macam ini?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tak boleh macam ini. Sekarang Speaker...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey, okey. Okey, Yang Berhormat. Okey, Yang Berhormat Bagan tidak boleh menerima keputusan saya dan beberapa ulang kali saya dah sebut, berapa masa yang telah kita habiskan isu ini. Saya dah sebut kalau tak bersetuju dengan keputusan Speaker, boleh bawa usul bersendirian. Sekali lagi saya minta Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Batu Kawan, sila duduk.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Itu bukan penjelasan dia.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Oleh kerana Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Puchong, sila duduk.
[Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Sebelum ini dia kata...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini bila Yang Berhormat Kulai gunakan perkataan berbohong, dia terpaksa tarik balik.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Rubbish, you know?
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Kenapa Yang Berhormat Kota Belud tak perlu? Double standard, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya telah mematuhi apa-apa arahan. Tuan Yang di-Pertua pun tahu.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Rubbish Minister.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Puchong, bos Yang Berhormat Puchong sedang berucap ini.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ya lah, tetapi dia...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila- sila Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya, bila Yang Berhormat Segambut sebut sebagai misalan Yang Amat Berhormat Pekan berbohong, Tuan Yang di-Pertua masa itu minta dia tarik balik. Dia tarik balik dan Tuan Yang di-Pertua pun cakap bahawa kalau sebut pembohong, berbohong...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tak, tak. No, no.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Dia tak tarik on the spot lah, Yang Berhormat Bagan.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat yang lain, Yang Berhormat yang lain duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tanjong Karang, sila duduk, Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Dia pun degil ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tanjong Karang, ini permohonan terakhir daripada Yang Berhormat Bagan. Dia sebut permohonan terakhir, saya hendak dengar.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Patutnya Yang Berhormat Menteri.
Permohonan terakhir tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dah Yang Berhormat Bagan jangan sebut sebelum saya menjatuhkan apa-apa keputusan saya.
Yang Berhormat Sepang jangan campur.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tak, saya hendak tanya penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Peraturan mesyuarat, itu pun tak boleh kah?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya pun hendak ikut peraturan mesyuarat juga ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Setiu, duduk.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kenapa kali kedua pula ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Setiu, duduk.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Tuan Yang di-Pertua dah buat keputusan tadi.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Yang di-Pertua, saya datang sini bukan untuk bergaduh. Saya datang sini untuk berbahas. Berbahas mengikuti peraturan mesyuarat yang ditetapkan oleh Tuan Yang di-Pertua sendiri. Bila peraturan ditetapkan, saya akur. Saya tak pernah sebut Yang Berhormat Menteri membohong seperti yang dia sebut sama saya dan saya tak mahu turun kepada tahap rendah dia macam ini.
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua, no, no. This is not the right way. You bagi explanation you…
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
So, itulah sebabnya saya minta Tuan Yang di- Pertua tegakkan standing order ini, tegakkan standing order ini. Ini saya minta. Ini telah diputuskan sejak saya masuk Parlimen tahun 1986. Tahun 1986 sudah diputuskan unparliamentary. Takkan sekarang membohong ialah parliamentary?
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat, Yang Berhormat nama sahaja lama dalam Parlimen. You hendak bantah, bantah on the spotlah, Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ia adalah pembohongan bukan fakta. Dia sebut, “Yang membohong, Yang Berhormat Bagan”.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat dah lama jadi Ahli Parlimen, Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Yang di-Pertua, saya harap Tuan Yang di- Pertua berani. Berani dengan katakan standing order.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Duduklah, Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang lain duduk, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Puchong...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kalau tidak, macam mana? Yang Berhormat Segambut diminta tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang lain duduk. Ya, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Menteri apa kerja dia?
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua telah bagi peluang kepada Yang Berhormat Bagan, elok saya juga diberi peluang untuk menerangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Okey. Duduk dulu. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang saya telah serahkan surat kepada Tan Sri Yang di-Pertua berkenaan dengan ucapan saya, pada hari yang berkenaan, apa Yang Berhormat Bagan kata hari ini hanya menyebut sedikit sahaja tetapi ada sebab kenapa perkataan itu keluar daripada saya.
Saya hendak maklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua, bila satu video bertajuk “Housing cost determined by Federal Housing Ministry” oleh Encik Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang dimuat naik ke laman Facebook Buletin Mutiara bertarikh 13
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Mac 2016, saya telah dihujani oleh berbagai-bagai tohmahan yang mengatakan kononnya saya yang meletakkan harga mampu milik di Pulau Pinang. Ini premis kepada perkataan bohong yang saya sebut tadi.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kementerian. Mana ada sebut bohong?
Kementerian.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Itu sebab saya kata in context. Selepas itu bila saya katakan bahawa...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Menyampuk]
Datuk Abdul Rahman Dahlan
See. Dalam Mesyuarat Majlis Perumahan Negara, wakil kerajaan negeri, exco–– saya ada minit, Tuan Yang di-Pertua. Saya ada minit di sini. Saya tandakan lagi, bahawa Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, Yang Berhormat Pekan, meminta agar kementerian saya mengadakan perbincangan dengan semua exco perumahan negeri mengenai isu paras harga rumah rendah. Maknanya belum lagi, belum lagi...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Mana ada sebut bahawa Yang Berhormat...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Duduklah dulu.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Exco Pulau Pinang mana ada setuju. Beliau telah laporkan kepada saya, dia tak setuju.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tak, tak. Yang Berhormat duduklah dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Duduk, Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Yang di-Pertua, saya kena betulkan. Saya tak sebut dia berbohong...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Yang Berhormat, duduk dulu. Yang Berhormat duduk dulu. Relax, steady.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya hendak betulkan sahaja. Exco telah memberitahu saya dia tak setuju.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Kenapa hendak halang saya bercakap?
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, duduk. Ya, Yang Berhormat, ya.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Bila dibuat keputusan, dia bersalah ini. Bila dibuat keputusan–– pada waktu itu kita hendak harmonikan harga, kita belum dapat keputusan.
Maka, Yang Amat Berhormat Pekan mengatakan go back to your own state and let discuss this with the ministry. Wakil daripada kementerian ada di situ, kemudian ada satu lagi jawatankuasa which you may not agree, satu lagi jawatankuasa yang telah dipengerusikan oleh Timbalan saya iaitu pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pemantauan Pelaksanaan Keputusan Majlis Perumahan Negara, of which your exco, exco you hadir. You hendak tengok? Dia ada tandatangan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Dia hadir tetapi dia tak setuju. Janganlah putar belitkan fakta.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tak, saya tak kata dia setuju. Yang Berhormat, dengar dulu.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Puchong. Saya tak dengar pun perkataan Yang Berhormat Menteri kata exco bersetuju, saya tak dengar.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Dia ada cakap, dia ada cakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya dengar Yang Berhormat kata balik kepada kerajaan negeri masing-masing, rujuk kepada kerajaan negeri masing-masing.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan isu. Isu dia penggunaan perkataan yang tidak parliamentary. Itu isu dia.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kita cuma minta Yang Berhormat Menteri tarik balik perkataan membohong.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Mesti tarik balik membohong, tarik balik.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
You kena tahu apa penjelasan dia. Macam mana...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, saya ada kuasa Yang Berhormat. Saya ada kuasa.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya tahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya dah sebut Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini memang salah. Sekiranya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, saya menghormati Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya hormati Tuan Yang di-Pertua juga.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini peraturan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
...Kita kena hormatilah, peraturan The House. How to explain, Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Puchong, sila duduk.
[Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Apa beza dia Menteri ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, saya tengah deal dengan Yang Berhormat Bagan ini, Yang Berhormat. Duduk, duduk.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Setiu, cukup. Saya tahu. Okey.
Yang Berhormat Bagan, saya harap kalau tidak bersetuju dengan keputusan saya, buat usullah. Cukuplah Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya belum habis lagi, duduk Yang Berhormat.
Ya, ya, tunggu, tunggu, tunggu dulu Yang Berhormat. Ya Yang Berhormat, jangan memaksa saya Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Bukan, saya tak memaksa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Jangan memaksa saya Yang Berhormat. Saya sebut- Yang Berhormat, sekali lagi kalau Yang Berhormat bangun atas isu yang sama, saya tidak ada sebab dan tidak ada alasan yang lain Yang Berhormat. Ya...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Yang di-Pertua, saya tak mahu Yang Berhormat buat keputusan yang tidak betul.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Saya nak buat Tuan Yang di-Pertua, keputusan itu keputusan yang tidak betul. I don’t want you to be ejected, sebentar. Steady ya, stay, stay...
Seorang Ahli
Ada kah betul tak betul. Peraturan Dewan jelas.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Saya punya peraturan, you kena tarik balik.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Jangan minta dikeluarkan.
[Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan
You accused me first, you accused me first.
[Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Yes, you apologise, I apologise, you accused me.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
You minta tarik balik perkataan.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Yes, not in the House.. Minta order ialah berkaitan ucapan di dalam Dewan yang mulia ini.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Menteri tak faham. Menteri mana boleh sebut tentang...
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini bukan standard seorang ketua macam saya, bukan standard macam ini.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Kalau macam itu saya akan panggil Pekan pembohong.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya ingin meneruskan penggulungan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta dia tarik balik dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Mana boleh cakap boleh, tak boleh ini Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat Puchong. Cukuplah Yang Berhormat Bagan, cukuplah, cukuplah.
[Dewan riuh]
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Dia berbohong Tuan Yang di- Pertua di Dewan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Adakah ini Parliamentary sekarang?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat, sila duduk. Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Dia datang ke Dewan ini dengan niat untuk dihalau keluar.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Puchong diamlah. Ini bukan pasal Puchong. Halau dia keluar.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Halau dia keluar!
[Dewan riuh]
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Dia pembohong, not Parliamentary.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Pergi balik. Tuan Yang di-Pertua, don’t waste my time. Halau dia keluar. Memang itu yang dia hendak.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Buat press conference di luar. Halau dia keluar. Ini bukan pasal Puchong, ini Dewan yang mulia. Halau dia keluar.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukup Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ya, ya, ya, cukup, cukup Yang Berhormat. Cukup Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Duduk Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Ya Yang Berhormat Lipis, semua duduk Yang Berhormat. Saya bukan mahu membenarkan ungkapan perkataan ‘bohong’ itu dibenarkan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Habis?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang, saya sebut, saya dengar penjelasan Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa pembohongan terhadap fakta.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang itu penjelasan dia. Penjelasan dia lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Pembohongan terhadap fakta Yang Berhormat, bukan ditujukan atas sifat Yang Berhormat Bagan sebagai seorang pembohong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Mana ada dia sebut macam itu? Yang mana satu?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Pembohongan fakta Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, saya sudah minta- Yang Berhormat Puchong, saya sudah minta penjelasan daripada Yang Berhormat...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Dia tak sebut tadi.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, I was there...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Dia tak sebut sebegitu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya boleh mengarahkan supaya- Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya boleh mengarahkan supaya Penyata Rasmi ini- Yang Berhormat, saya boleh mengarahkan dia. Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Itu ialah yang dikeluarkan sendiri oleh mulut Yang Berhormat Menteri. “Cakap tak serupa bikin”, tak boleh macam ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Saya dah sebut, saya dah faham.
Ingat Yang Berhormat Menteri, bukan saya hendak membela Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang...
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini bahasa kita tahu tetapi yang dia sebut ialah pembohong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Pembohongan Yang Berhormat, pembohongan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Yang dia sebut ‘yang membohong’.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Penyata Rasmi saya, yang dibekalkan ‘pembohongan’!
Seorang Ahli
Muka surat 25 Tuan Yang di-Pertua, point of order, point of order...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Okay Yang Berhormat, okay Yang Berhormat, Yang Berhormat Bagan. Oleh kerana Yang Berhormat Bagan berdegil-degil, saya menggunakan kuasa saya di bawah Peraturan 44. Sila bentara minta Yang Berhormat Bagan berehat dan
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
datang semula pagi esok Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila Yang Berhormat, sila bentara.
[Dewan sangat riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tak boleh macam ini. Please, please, ini tak boleh buat macam ini.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tak boleh macam ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Jangan merakam, Yang Berhormat Rasah, jangan merakam Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Rasah melanggari peraturan mesyuarat, boleh keluar. Yang Berhormat Rasah telah merakamkan menggunakan rakaman, sila keluar daripada Dewan, datang esok. Sila Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Rasah telah merakamkan.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila bentara, sila bentara. Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Rasah kenapa? Janji Tuan Yang di-Pertua.
Mana boleh macam ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Rasah telah merakamkan. Ya, tolong, terima kasih, terima kasih, terima kasih. Keluar, sila. [Dewan riuh] Sila bentara, sila bentara, sila bentara. Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Rasah.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang lain duduk, yang lain duduk. Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Seremban, sila duduk.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Kalau macam itu kita semua gunakan perkataan pembohong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya sila, sila Yang Berhormat Menteri.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
[Yang Berhormat Bagan dan beberapa Ahli Pembangkang meninggalkan Dewan]
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Drama minggu ini semua, drama minggu ini.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Jangan temberang Yang Berhormat Batu Kawan.
Dato' Abd. Rahman Dahlan
Alhamdulillah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila, sila.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat sekalian. Saya telah memberikan peluang banyak kali kepada Yang Berhormat yang berkenaan dan memang saya tidak suka untuk menggunakan Peraturan 44. Akan tetapi inilah Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini, baik di kanan, di kiri saya, sila patuh kepada peraturan mesyuarat dan berhati-hati untuk mengeluarkan perkataan selepas ini. Ya Yang Berhormat, sila.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas ingatan Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi seperti mana yang saya katakan tadi, ini adalah strategi daripada Yang Berhormat Bagan. Strategi untuk dikeluarkan daripada Dewan dan memaksa Tuan Yang di-Pertua untuk membuat satu keputusan supaya beliau berada di luar sana dan meminta simpati terhadap apa yang berlaku terhadap beliau sekarang ini.
Betul atau tidak?
Beberapa Ahli
Ya, betul!
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Ini, strategi ini kita tahu dari dulu sampai sekarang.
Dia tunjuk muka menangis, dia muka sedih. Oleh sebab itu saya katakan tadi, saya minta jangan. Saya merayu kepada Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh jangan keluarkan Yang Berhormat Bagan. Oleh sebab apa yang hendak saya sebutkan malam ini, saya hendak minta dia tanya saya. Membuka ruang yang cukup besar kepada beberapa isu tentang Taman Manggis yang ingin saya bawa hari ini dan saya minta penerangan. Akan tetapi hari ini beliau menggunakan taktik lama iaitu selepas ini buat PC di luar sana, menangis menunjukkan muka monyok, muka sedih, minta kononnya saya yang telah di - saya sudah kata, saya sudah kata....
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Peraturan 36(4).
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Saya belum bagi ruang lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Ada menyebut tentang sangkaan jahat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Apa perkataan Yang Berhormat? Duduk Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Peraturan 36(4).
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yalah perkataan apa Yang Berhormat? Yang Berhormat kena sebut 36(4) apa perkataan dia.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Tidak boleh berkata sangkaan jahat kepada Ahli.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Peraturan 36(4) bukan.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Peraturan 36(5).
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Bukan.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Peraturan 36(6).
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila, sila Yang Berhormat, ya sila, sila.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah cukup Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya rasa dia sudah habis tengok. Habis isu dia terus masuklah kepada tajuk ini sebab takut.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Sebab saya katakan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila teruskan Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Terus-terus memburukkan Yang Berhomat Bagan kalaupun Yang Berhormat Bagan sudah keluar habis, sudah cukup.
You start with your topic, we want to hear what do you want to say.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Never mind, never mind.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya pun hendak dengar, saya tunggu sampai habis.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua, saya beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua topik ini...
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Jadi saya minta Tuan Yang di-Pertua, tolong berhentikan dia daripada terus bersangka buruk pada yang ahli yang....
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Topik ini adalah topik yang sudah lapuk sebab itu saya katakan saya minta kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua tadi supaya jangan mengeluarkan beliau. Kami di sini pun minta jangan keluarkan supaya beliau boleh berada di dalam Dewan ini kerana saya menunggu kehadiran beliau pukul 10.00 malam ini, pukul 9.00 malam ini supaya kita dapat berdebat dengan baik.
Akan tetapi saya nampak satu isu yang mungkin kenapa saya minta Yang Berhormat Sepang tadi duduk supaya dia dengar ini. Ini adalah yang dibawa oleh Yang Berhormat Tanjong Karang. Semasa membahas telah membangkitkan isu mengenai pemindahan penduduk Taman Permata Dengkil. Ini isu yang pertama dahulu.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan secara dasarnya bersetuju dan komited untuk menangani isu penempatan semula penduduk flat Taman Permata Dengkil. Ini yang patutnya Yang Berhormat Sepang duduk diam-diam dengar sebab Tuan Yang di-Pertua, isu ini adalah di mana Kerajaan Negeri Selangor telah mengenakan bayaran premium kepada kementerian saya sebanyak RM12,164,191 jumlah premium yang terpaksa kami bayar untuk membina rumah PPR di kawasan tanah pengambilan tanah Sime Darby oleh kerajaan negeri. Oleh sebab itu saya katakan...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli yang lain diam Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Dalam persetujuan awal di antara kementerian saya dengan Kerajaan Negeri Selangor iaitu kita akan mengeluarkan bajet untuk membina rumah kepada mereka yang telah terpaksa dipindahkan kerana rumah mereka itu hendak roboh. Akan tetapi kerajaan negeri memberi komitmen bahawa mereka akan menyediakan tanah. Lalu mereka telah membeli tanah daripada Sime Darby dengan harga lebih kurang sama.
Akan tetapi selepas itu mengeluarkan duit hendak membeli tanah selepas itu pula mengenakan premium kepada Kerajaan Persekutuan dengan jumlah yang hampir sama.
Di mana keikhlasan negeri Selangor? Itu sebabnya saya hendak minta Yang Berhormat Sepang sebab kawasan ini perumahan ini di dalam kawasan Parlimen Sepang tetapi dia sanggup untuk bersama dengan Yang Berhormat Bagan keluar.
Jadi hari ini saya hendak menunjukkan rasa kekesalan saya. Saya bersimpati dengan Yang Berhormat Tanjong Karang.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Pasir Puteh bangun.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Sekejap sekejap.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Isu tanah ini.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Sekejaplah, tidak apalah sekejap duduk. Nanti I bagi, saya bagi. Oleh sebab itu bagaimanapun kerajaan telah mengenakan sebanyak RM12,164,191 dengan jumlah yang sama banyak dengan nilai harga pampasan bagi kos pengambilan balik tanah. Berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 31 Mei 2006 yang jelas menyebut supaya Kerajaan Persekutuan membuat bayaran secara nominal ataupun premium dengan kadar yang berpatutan kepada Kerajaan negeri. Pihak kementerian telah mengemukakan memorandum rayuan premium tanah tersebut melalui JKPTG kepada kerajaan negeri pada 10 Mac 2016. Ini untuk menjawab Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Yang Berhormat. Saya dalam Dewan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, saya belum jemput lagi Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini sebab dia sudah bagi saya jalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak, Peraturan 37 Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Okey. Apa pun saya ucap tahniah kepada ketegasan Tuan Yang di-Pertua pada hari ini. Saya hendak merakamkan dalam Dewan ini terima kasih banyak kepada pegawai-pegawai KPKT. Pagi tadi saya sendiri turun dengan tujuh orang pegawai daripada KPKT melihat sendiri tapak tanah yang hendak dibuat.
Saya pergi melihat dengan sendiri kawasan perumahan memang cukup menyedihkan. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat andai katalah kerajaan negeri masih bertegas tetap tidak mahu mengurangkan premium, tetap hendak minta juga
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Kerajaan Federal bayar premium RM12 juta. Adakah Kerajaan Persekutuan akan tunduk dengan kehendak kerajaan negeri?
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Ini bukan soal kita tunduk ataupun tidak tunduk tetapi ini adalah persetujuan yang telah dicapai di antara kementerian saya dengan Kerajaan Negeri Selangor. Pada waktu itu Yang Berhormat Sepang berkali-kali berdiri, saya masih ingat lagi menuntut supaya rumah ini diganti dengan yang baru. Kita telah berbincang berbulan-bulan malah hampir setahun lebih dalam isu ini. Kita telah sampai kepada satu kedudukan di mana kita akan menyediakan peruntukan untuk membina rumah tersebut dan Kerajaan Negeri Selangor menyediakan tanah. Itu perjanjian kita dan saya masih berpegang kepada itu.
Kalau kita tidak mampu, kalau tidak dapat membuat rumah ini jangan salahkan Kerajaan Persekutuan. Saya minta supaya rakyat negeri Selangor supaya memberi bertanyakan isu ini kepada Kerajaan Negeri Selangor. Itu tidak timbul soal kita hendak tunduk kepada mereka tetapi ini adalah satu perjanjian yang gentleman.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Pasir Puteh bangun. Sila.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua yang sabar saya nampak mempengerusikan Majlis kita pada malam ini. Saya ada soalan tambahan kepada Yang Berhormat Menteri, pengalaman kita di Kelantan selalunya pihak Kerajaan Pusat yang akan membayar premium kepada tanah-tanah yang akan dibangunkan oleh Kerajaan Pusat memandangkan kepada kewangan kerajaan negeri adalah terhad.
Jadi selalunya apabila satu projek yang ingin dibina oleh Kerajaan Pusat, selalunya premium itu akan dibayar oleh pihak Kerajaan Pusat. Jadi saya nampak pelik sedikitlah di Selangor ini bagaimana Kerajaan Pusat tidak mahu membayar premium itu.
Walaupun kita setujukan saya percaya itu kerana duit yang ada pada Kerajaan Pusat ini berbilion-bilion. Jika dibandingkan dengan kerajaan negeri mungkin di Kelantan kita hanya bajet kita dalam RM400 juta, RM500 juta sahaja.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Terima kasih Yang Berhormat. Sekali lagi ini soal tadi macam Yang Berhormat Baganlah. Dia kena tengok dalam in context, dalam konteks.
Perjanjian awal ialah perumahan ini bukan milik kita ia milik Kerajaan negeri Selangor.
Akan tetapi bila mereka tidak mampu untuk menyelesaikan masalah ini rakyat mengadu kepada Kerajaan Persekutuan. Betul ya Yang Berhormat Tanjong Karang? Bila kerajaan negeri tidak mampu untuk menyelesaikan maka kita mengambil langkah yang kompromi iaitu kita sediakan peruntukan untuk membina rumah PPR tersebut tetapi tanah biarlah kerajaan negeri yang buat. Oleh sebab itu pada waktu itu perjanjian sudah ada bahawa konteksnya ialah premium itu dibayar oleh mereka maka permohonan kos projek dibayar oleh kementerian.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih Menteri. Saya ada satu cadangan lagi. Saya rasa kita sebagai ayah selalunya kita ini lebih kaya dan lebih berlapang dada dan lebih memandang kepada kebaikan rakyat lebih daripada adik atau anak kita. Saya menganggap bahawa Kerajaan Pusat adalah ayah kepada kerajaan negeri yang sebagai anak.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Yang Berhormat patutnya...
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Patutnya pihak Kerajaan Pusat patut lebih pemurah dan lebih prihatin kepada rakyat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Ini bererti Yang Berhormat tidak mengetahui latar belakang kes ini. Tidak apalah terima kasih atas pandangan.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Akan tetapi saya rasa projek ini mesti dijalankan juga demi rakyat. Jangan berbalah dengan kerajaan negeri menyebabkan rakyat menjadi mangsa. Jadi saya rasa itu tidak patut. Kerajaan Pusat mesti melaksanakan projek ini demi untuk rakyat. Itulah...
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Tanyalah kepada PKR. Kenapa Yang Berhormat tanya...
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Kelebihan yang ada pada Kerajaan Pusat sepatutnya demikian.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Baguslah, sekejap ya. Baguslah Yang Berhormat Pasir Puteh begitu tetapi patutnya ucapan itu juga ditujukan kepada Yang Berhormat Gombak jangan tujukan kepada saya sahaja ya. Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya hendak rakamkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan. Okey Yang Berhormat Pasir Puteh dia tidak tahu fakta. Saya pun tadi apabila saya diberikan taklimat saya pun terkejut punya baik Kerajaan Persekutuan. Sudahlah rumah kita belanja RM48 juta dia bagi percuma kepada rakyat yang hendak dipindahkan ini, tidak ada bayar satu sen. Kalau dia ada hutang dia dapat rumah free, kalau dia masih hutang dengan kerajaan negeri dia kena sambung sahaja ertinya rumah free. Dia bagi free sahaja Yang Berhormat.
Kemudian tapak yang hendak dipindah ini walaupun ada bantahan lebih kurang 12 orang kerana katanya kerana pedalaman sedikit tapak estet Sime Darby. Saya lagi sekali saya cukup hairan Kerajaan Persekutuan punya baik hati tapak yang sekarang ada ini yang sedang diduduki yang ada lima flat ini nilai tanah ini cukup tinggi. Ini tanah bagi kerajaan negeri jadi kerajaan negeri untung, tapak dia dapat balik, rakyat dia dapat rumah percuma.
Mana hendak cari kerajaan yang baik seperti Kerajaan Barisan Nasional ini Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Itu sebabnya saya amat kecewa sebab Yang Berhormat Sepang sanggup untuk keluar bersama Yang Berhormat Bagan. Sepatutnya beliau berdiri di sini mengatakan kepada Yang Berhormat Gombak tentang isu ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang Taman Manggis atau PPR Lorong Selamat, kita panggil Lorong Selamat tetapi yang diuar-uarkan dalam berita ialah PPR Taman Manggis fasa kedua di mana Yang Berhormat Bagan nampak macam terlibat dalam isu untuk menjual tapak rumah PPR ini kepada pihak swasta.
Tuan Yang di-Pertua, saya nak nyatakan di sini bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya telah menyediakan tanah seluas 4.937 ekar bagi tujuan pembangunan rumah kos rendah. Daripada jumlah tanah di Taman Manggis ini, sebanyak 2.872 ekar telah digunakan untuk membina 316 unit rumah pangsa, 18 tingkat PPR ataupun PPR Lorong Selamat ataupun PPR Taman Manggis ini. Projek ini siap dibina dan diserahkan kepada kerajaan negeri pada 19 Oktober 2006.
Pada masa yang sama, mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pada waktu itu, Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid Abdullah pada 23 Mac 2005 telah menyatakan hasrat untuk memajukan baki tanah tersebut untuk tujuan pembangunan PPR fasa kedua kepada Jabatan Perumahan Negara. Tapak yang dicadangkan adalah plot kosong bersebelahan PPR yang dibangunkan seluas 1.25 ekar. Tanah berkenaan juga adalah dimiliki oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Untuk memenuhi hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pada 28 April 2005 telah memaklumkan kepada kerajaan negeri mengenai kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan tapak berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang menjadi kekesalan kita ialah begini, tanah ini adalah sudah tentu dengan jelas diperuntukkan untuk taman, untuk projek perumahan rakyat termiskin. Bila Yang Berhormat Bagan membuat kenyataan bahawa beliau tidak mengetahui bahawa tanah itu memang digunakan untuk PPR, itu pun kalau saya hendak kata bohong dia marah saya lagi. Akan tetapi macam mana kita nak mengklasifikasikan statement itu sedangkan dalam ucapan beliau sendiri dalam Dewan Undangan Negeri mengatakan bahawa tanah itu memang pada awalnya digazetkan atau dikhaskan untuk pembangunan rumah PPR?
Nak kata bohong susah, dia marah, nak kata dia tipu, dia marah, nak kata dia lidah bercabang, dia marah tetapi akhirnya kita tahu bahawa rakyat Pulau Pinang terutamanya di pulau yang miskin telah kecewa dan terpinggir kerana Kerajaan Pulau Pinang telah menjual tanah ini kepada sebuah syarikat yang bernama Kuala Lumpur International Dental Centre
(KLIDC).
Ada banyak isu dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, pertamanya ia diberikan kepada sebuah syarikat yang ingin membina hospital. Maka kononnya tender dibuat. Bila
Datuk Abdul Rahman Dahlan
tender ini dibuat, kononnya Yang Berhormat Bagan kata saya pilih yang tertinggi tetapi bila KLIDC memenangi bidaan ini, kerajaan negeri telah menukar syarat nyata tanah tersebut daripada hanya pembinaan hospital swasta kepada hospital swasta plus commercial element. 30 peratus untuk pusat rawatan, 70 peratus lagi untuk komersial.
Bila syarat nyata tanah ini berubah, ini juga adalah satu kesalahan besar dari segi tender prosedur. KLIDC pada pandangan saya faham sebab itu dia tawarkan harga lebih mahal daripada yang lain kerana mereka mungkin tahu bahawa akhirnya nanti mereka akan mendapat kelulusan untuk membina bangunan-bangunan komersial dalam tapak yang menyebabkan mereka boleh mendapatkan keuntungan yang lebih besar. Penender yang lain tidak tahu bahawa tanah itu akan dibangunkan pusat rawatan campur komersial.
Akan tetapi hari ini saya hendak dedahkan satu lagi masalah berkenaan dengan tanah ini, Tuan Yang di-Pertua. Bila isu ini telah begitu panas dibicarakan, saya telah mendapat maklumat dokumen yang menunjukkan percubaan oleh Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. untuk menjual tanah ini kepada pihak ketiga. Menjual tanah ini kepada pihak yang ketiga bersama dengan special purpose vehicle yang hendak dibuat iaitu Victoria International Medical Center ini. Kedua-dua SMP ini ada dalam tangan saya yang telah diberikan oleh orang-orang tertentu. Dalam penjualan ini, percubaan untuk menjual ini, dua S&P agreement ini begitu detailed sekali.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh mencelah?
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Sekejap. Siap segala-galanya ada di sini yang telah meminta supaya penjualan itu, harga yang diminta ialah sebanyak RM20 juta.
Maknanya dia beli RM11 juta, dia nak jual pada harga RM20 juta. Ini dokumen baru dan saya tidak teragak-agak untuk memberikan ini kepada SPRM bagi memudahkan mereka membuat penyiasatan. Nyata daripada dokumen ini, KLIDC memang tidak berminat untuk membangunkan tanah tersebut.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh dapat penjelasan?
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Mereka ingin membeli tanah tersebut, kemudian flip ...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Bagan tidak ada.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Is it my fault that he is not here?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
No, no, can I ask a question?
Datuk Abdul Rahman Dahlan
No, you sit down dulu.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Satu penjelasan, UMNO sudah beli, pemimpin UMNO sudah beli.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
You sit down dulu, I will give it to you. Tuan Yang di-Pertua, tolong sikit, saya nak selesaikan masalah ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya nak minta penjelasan.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Nantilah dulu, biar saya selesaikan dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
One sided takut.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Takut lagi dia kata. So, kedua-dua dokumen ini Tuan Yang di-Pertua menunjukkan ada percubaan daripada Kuala Lumpur International Dental Centre dan yang membuat dokumen ini pun ada tertulis di sini, saya serahkan kepada SPRM dan juga mereka yang telah memberikan ini juga kalau perlu ditemu ramah oleh SPRM, sudah tentu mereka juga perlu dipanggil untuk memberi penerangan.
Jadi maknanya tadi, tanah yang sepatutnya dibina PPR ini, ribuan, puluhan ribu rakyat Pulau Pinang yang ingin mendapatkan PPR tidak dapat peluang untuk duduk dalam PPR kerana tanah ini dijual kepada satu syarikat yang tidak pun berminat untuk membina pusat rawatan itu. Jadi sebab itu ada percubaan untuk menjual ini dan satu lagi hendak saya katakan, dalam SMP ini ada satu pembayaran itu dibuat. Pembayaran itu dibuat saya hendak baca sedikit Tuan Yang di-Pertua, ‘yang melibatkan sebuah syarikat di luar negara’.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Yang melibatkan the sale of KLIDC dengan izin. ‘The sale of KLIDC also states that RM70 million needs to be repaid to four companies including the company called...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, saya cabar.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Sekejap. Including a company called Goldstone Kuala Lumpur Sdn. Bhd. where the largest shareholder is an offshore company...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tak berkaitan dengan kementerian.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Yang Berhormat, duduk dulu sekejap.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ini tuduhan.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Yang Berhormat, duduk dulu.
[Dewan riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jawapan mestilah yang berkaitan dengan kementerian, ini tuduhan kepada Kerajaan Pulau Pinang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, sekejap. Yang Berhormat Beruas, sekejap duduk. Saya ingin dapat kepastian Yang Berhormat Menteri, boleh benarkan pencelahan daripada Yang Berhormat Beruas selepas ini?
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Ya, selepas ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, akan dibenarkan, sabar Yang Berhormat.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Don’t worry, steady.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dengar dulu Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat. Sila.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Kerana kerajaan negeri, buat di luar.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua, dia tidak faham bahawa yang saya katakan ini ialah tapak-tapak PPR. PPR ini ialah bidang kuasa kementerian saya so diam. Jadi saya hendak katakan bahawa the sale of KLIDC, dengan izin also states that RM70 million needs to be repaid to four companies including a company called Goldstone Kuala Lumpur Sdn. Bhd. where the largest shareholder is an offshore company called Best Business Group Limited in Samoa. Ini dia punya perjalanan duit, perjalanan keuntungan ini berbelit-belit. Jadi saya beranggapan bahawa pertamanya KLIDC ini yang telah diberikan peluang untuk membeli tanah tersebut tidak berminat untuk membina pusat rawatan. Kemudian kerajaan negeri pula tambahkan, sweeten the deal dengan membenarkan KLIDC untuk mendapatkan kebenaran membina pusat rawatan campur komersial plus swimming pool, ada swimming pool dalam komersial itu. Ya, rumah tidak ada swimming pool tetapi di situ ada swimming pool. Kemudian dengan kelulusan daripada kerajaan negeri, better plot ratio dan sebagainya dan kemudian juga kelulusan daripada Kementerian Kesihatan, maka dijual pakej itu dengan satu percubaan untuk membuatnya dengan satu agreement S&P ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, semua tuduhan ini saya cabar Menteri buat di luar Parlimen, nombor satu.
[Dewan riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Dengar, dengar. Tadi saya dengar.
Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang
Duduklah, ini Parlimenlah wei!
Bodoh!
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Takut kah? Saya mencabar Yang Berhormat Menteri membuat semua tuduhan ini di luar Parlimen kalau berani. Nombor dua, kerana Ketua Menteri Pulau Pinang tidak ada, semua tuduhan ini terhadap Pulau Pinang.
Kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kalau orang berjaya, UMNO tidak tahu...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu dengar yang lain-lain. Saya akan menjawab apa yang dikatakan...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...UMNO...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
No retorik, no retorik.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Saya hendak jawab dahulu...
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Isu ini, isu....
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Ini telah dijual kepada UMNO dengar dengan RM22 juta. Kenapa tidak dibeli? Tawaran asal telah diberikan dan dibeli oleh pemimpin UMNO dengan bayaran 1MDB peratus kemudian tidak beli. Kenapa?
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Okey, saya jawab. Dahulu...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya tidak mahu. Yang penting ini satu tuduhan Yang Berhormat terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Saya hendak jawab, saya hendak jawab. Yang Berhormat duduk.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Buatlah di forum yang betul.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Hendak minta penjelasan sedikit.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jawablah Rumah Mampu Milik. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah membina dua kali ganda untuk lima tahun baru-baru ini kalau dibandingkan dengan Barisan Nasional semasa memimpin Pulau Pinang.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Saya jawab dahulu.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ini semua satu sejarah. Semua tuduhan ini biarlah dibuat di luar Dewan, jawablah isu-isu perumahan kementerian.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Saya jawab dahulu sebelum saya pergi ke Yang Berhormat Simpang Renggam. Yang Berhormat tidak tahu fakta, jangan cerita banyak.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya tahu.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Saya hendak bagi tahu ceritanya. Apabila Barisan Nasional Pulau Pinang mencabar Yang Berhormat Bagan untuk menjualnya kepada orang, katanya ada lebih lagi. Yang Berhormat kata siapa beli? Barisan Nasional Pulau Pinang beli RM22 juta. Offer is firm, letak 1 peratus tetapi ia diberikan hanya 30 hari, bukan untuk membayar 9 peratus lagi iaitu untuk 10 peratus down payment, tetapi kerajaan negeri kata kena bayar in full. 30 hari, itu pun Barisan Nasional kata tidak apa. Tetapi, dia minta supaya kerajaan negeri memberikan syarat-syarat yang bakal dikenakan ke atas tanah tersebut. Kita kata okey, no problem. We give you the RM22 million tetapi kita hendak minta apa syarat-syarat yang dikenakan. Nanti kita beli tanah itu, kemudian kerajaan negeri kata hanya boleh buat parking lot sahaja, we don’t know.
Jadi berapa kali kita minta kerajaan negeri nyatakan apa dia terma-terma yang diletakkan, syarat diletakkan, kerajaan negeri tidak berminat untuk melayan permintaan kami. Apabila hendak sampai 30 hari Yang Berhormat, dia kata “you don’t come up with the money, I will cancel this offer to you”. Kita pun cepat-cepat buat bank draft RM22 million. Kita tunjuk kepada kerajaan negeri, we will give it to you but provide us with syarat.
Jangan kita kena nanti. Takkan Ahli-ahli Yang Berhormat tidak tahu. Okey, saya bagi pada Yang Berhormat Simpang Renggam.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Hanya Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang berjanji keuntungan kepada syarikat.
[Dewan riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bukan .... give to Penang State Government.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
No, no. No. Duduk, duduk, duduk.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tidak ada klaslah, saya pun tidak mahu dengar.
Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang
Yang Berhormat Beruas...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ini one sided, kita lawyer mesti two sided. Hear two sides of the coin, see the two sides of the coin.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Berjalan keluar meninggalkan Dewan]
Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang
Tunggu Yang Berhormat Beruas.
Tunggu. Penakut, penakut. Pergilah penakut.
[Dewan riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat Menteri, saya amat terkejut apabila mendengar kenyataan Yang Berhormat Menteri bahawa tapak yang mula-mula digazetkan untuk pembinaan PPR dijual kepada satu syarikat dan syarikat tersebut pula hendak jual untuk keuntungan diri sendiri. Tetapi saya cuma ingin tambah sedikit. Sebenarnya ikut apa yang saya dimaklumkan bahawa pada 4 September 2012, Pejabat Ketua Menteri sebenarnya telah menyatakan kesediaan untuk menerima tawaran Barisan Nasional negeri Pulau Pinang untuk membeli empat lot di atas dan 3 Oktober 2012, kita telah membayar 1 peratus seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, RM224,073 dengan resit bernombor R0000094. Semua ada dan apabila tapak tersebut telah pun dijual kepada syarikat tersebut KKIDC, sampai hari ini earnest money sebanyak 1 peratus belum dipulangkan balik kepada Barisan Nasional. Itu yang saya ingin merekodkan dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Parit Buntar.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Same thing.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak tahu saya seorang masih ada lagi di sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang lain diam ya.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Kita berbicara tentang masalah PPR ini cukup penting Yang Berhormat Menteri ya. Ini bukan soal sekadar politik, tetapi dia adalah untuk kepentingan rakyat. saya rasa Yang Berhormat Menteri juga perlu atau saya mungkin saya perlu menambah di sini bahawa penjualan tanah itu dalam konteks PPR Tuan Yang di-Pertua, kerajaan negeri telah menggantikan sebidang tanah yang berkeluasan 2.8 hektar jauh lebih besar daripada yang asal iaitu di Jalan SP Ceria untuk dua projek perumahan mampu milik. Jadi saya rasa itu perlu dirakamkan supaya tidak dipisahkan seolah-olah kerajaan negeri...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya sedia mendengar, saya harap Menteri juga tolong bagi keadilan. Saya tidak mahu cakap politik. PPR yang telah dijual itu diganti. Saya sedang...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat yang lain diam.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
...diganti dengan tanah yang lebih besar 2.8 hektar di Jalan SP Ceria. Itu satu point saya rasa kena dirakamkan di sini.
Yang kedua, adapun kaitan tentang sama ada syarikat KLID ini akan menjual kepada syarikat lain. Bagi saya itu perlu didatangkan dengan bukti dan saya menganggap itu sebagai satu saya punya pandangan, satu sangkaan yang saya rasa tidak berpijak kepada persoalan asas yang kita sedang bincangkan. Jadi ada dua isu, jadi saya harap Yang Berhormat Menteri bagi keadilan kepada isu ini.
Saya tidak ada kepentingan politik di sini walaupun saya asal orang Pulau Pinang, tetapi saya perlu memberikan keadilan kerana mereka tidak ada di sini supaya kita dapat, isu ini jangan dipolitikkan sampai tahap begitu rupa. Perlu diberi bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga menggantikan tanah itu dengan lebih luas dengan dua perumahan.
Saya rasa itu satu keadilan kepada rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Saya menyangka bahawa Parti AMANAH sepatutnya memperjuangkan...
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
[Bangun]
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Duduk dahulu. Saya hendak cakap...
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Ini tidak ada kaitan dengan parti. Saya tunggu sebab saya hendak dengar masalah rakyat. Please don’t politicize my point of view.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Ya betul, saya setuju. I will not.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Again, don’t relate it with AMANAH or anything, dengan izin. Ini adalah isu rakyat so, beri keadilan kepada tajuk. Itu sahaja, that’s what I’m asking.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Apa yang saya hendak sebut di sini Tuan Yang di-Pertua ialah kalaupun ditukar, kalaupun ada program PPR yang lain, PPR yang ada di situ yang PPR Taman Manggis itu sepatutnya tidak boleh ditukar ganti. Saya masih lagi teringat satu gambar Yang Berhormat seorang terpaksa melutut kepada kerajaan negeri untuk meminta diberikan rumah mampu milik. Bermakna demand ataupun permintaan untuk PPR di Pulau Pinang ini begitu tinggi sekali dengan hanya mengatakan ditukar di tempat lain, ini saya tidak tahu sama ada ini pertukaran atau tidak.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya ingin jawab, tanah lain...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Ya, maksud saya tadi apa juga dibuat dan kemudian kita telah membuktikan bahawa transaksi tanah ini amat-amat mengelirukan, amat-amat pelik dan ganjil. Seperti mana yang saya katakan tadi saya ada dua dokumen.
Kalau Yang Berhormat kata tadi jangan bermain politik, saya ada dua dokumen dan saya sudah katakan bahawa ada percubaan untuk menjualnya dan saya akan serahkan ini kepada SPRM untuk memberikan...
Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Kota Belud...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
...justice to this dokumen yang saya katakan tadi adalah... sekejap, sekejap...
Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Oh, okey.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya yang merujuk untuk penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, yang saya tahu apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar tadi adalah satu benda yang tidak benar sebab tanah S.P. Chelliah itu adalah tanah yang telah pun dirancang untuk rumah PPR sejak dari Kerajaan Barisan Nasional.
[Tepuk]
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Jadi, ia bukan merupakan satu tapak yang diganti bagi tanah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi. Dia memang sudah ready. Jadi maknanya kalau tidak ada isu di Jalan Zainal Abidin di Taman Manggis itu, tanah yang S.P. Chelliah itu tetap kena dibina rumah PPR. Jadi dia bukan ganti, itu penjelasan. Kerajaan BN sudah membuat semua plot tersebut. Terima kasih.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat Menteri, saya juga tidak mahu mempolitikkan isu ini tetapi Barisan Nasional ingin menawarkan dengan nilai sebanyak RM22 juta, tetapi telah dijual dengan nilai RM11 juta sahaja. Jadi dengan itu, Negeri Pulau Pinang sudah mengalami kerugian RM11 juta. Itu satu. Kedua, siapa hendak membela nasib orang rakyat-rakyat miskin yang tidak memiliki rumah di Pulau Pinang?
Terima kasih.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Oleh sebab itu saya katakan Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor yang telah memberikan penerangan sebab S.P. Chelliah, tanah itu dibuat sebelum saya menjadi Menteri. Jadi, dokumen itu tidak ada dengan saya.
Jadi yang menjadi permasalahannya di sini ialah cara Yang Amat Berhormat Bagan ini cuba untuk mempertahankan dirinya itu amat pelik sekali. Kita tahu bahawa setiap kali dia membuka mulut dia, dia hanya memerangkap dirinya sendiri. Banyak fakta yang telah dikatakan tidak berpaksi kepada fakta dan kenyataan. Contohnya dia tidak tahu bahawa tanah itu telah digazetkan untuk rumah PPR, sedangkan dia sendiri yang mengatakan rumah itu dalam ucapan beliau dalam Dewan Undangan Negeri yang mengatakan kerajaan negeri memang meletakkan itu sebagai tujuannya ialah untuk pembinaan PPR tetapi digunakan untuk benda yang lain.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya lihat ini adalah satu, itu sebabnya saya kata, bila saya kata bohong, saya dimarah tetapi in context. Samalah juga dengan yang saya katakan, biar saya ambil sedikit masa untuk saya menerangkan kenapa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya nasihatkan fakta yang tidak betul, bukan bohong.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Betul. Fakta yang tidak betul itu Tuan Yang di- Pertua, kalau boleh waktu saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Itu adalah bahasa halusnya.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Ya bahasa halusnya, tetapi dengan Yang Berhormat Bagan ini tidak boleh halus.
[Ketawa] Dia tidak faham.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat.
Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya rasa fakta bohong dengan yang tidak berfakta itu makes a lot of different.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tidak apalah.
Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
So saya rasa, kemudian tadi dia sebut boleh saya...
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tidak apa, saya selesaikan dahulu yang saya...
Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Tidak, yang dua dokumen tadi. Dua dokumen, saya berminat tadi.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tidak apa. I am waiting, you can come back to that one.
Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya berminat kepada dua dokumen itu tadi sebenarnya.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Selepas ini saya akan bagi peluang. Jadi bila dia mengatakan dalam satu Facebooknya mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan meletakkan harga mampu milik pada tahap RM400,000, rakyat Pulau Pinang marah. Bila rakyat Pulau Pinang marah, dia pun tidak mungkin pada waktu itu tidak merasakan ini satu isu yang besar. Bila rakyat Pulau Pinang marah, maka dia terpaksa mencari orang yang
Datuk Abdul Rahman Dahlan
boleh dituduh, dituding jari, scapegoat. Apa yang paling senang ialah ini adalah arahan daripada Kerajaan Persekutuan. Saya hendak tanya tadi Yang Berhormat Bagan, ada tidak satu surat yang mengatakan, satu surat yang meminta supaya Kerajaan Pulau Pinang harga mampu milik di Pulau Pinang RM400,000 daripada kementerian saya? Sudah tentu kalau ada arahan begitu, mesti black and white. Saya cabar dia untuk keluarkan surat itu.
Satu.
Kedua, bila masa Yang Berhormat Bagan ini boleh dengar cerita kerajaan ataupun keputusan Kerajaan Persekutuan? Tidak pernah. Jarang sekali. Kalaulah beliau mahu mengatakan bahawa RM400,000 itu adalah arahan saya sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kalau begitu saya boleh arahkan dia turunkan harga itu kepada RM200,000. Boleh? Itu sebab saya hendak tanya dia tadi.
Dia dengan jelas telah mengaburi mata rakyat Pulau Pinang. Bila harga rumah itu ramai orang marah di Pulau Pinang, dia tuduh kita. Jadi itulah sebabnya saya kata Yang Berhormat Bagan ini, dia kata dia one of the most senior MP dalam Dewan yang mulia ini, tetapi perangai kadang-kadang tidak melambangkan kenyataan itu. Itu yang menyebabkan saya begitu marah kadang-kadang dengan cara beliau bercakap dalam Dewan yang mulia ini, provokasi.
Ini tadi saya tahu dia hendak provoke Speaker untuk keluarkan dia. Bila dia keluar, dia akan mendapat simpati kerana isu yang ditangani berdepan dengan beliau ini tidak dapat ditangani dengan baik. Itu masalahnya Yang Berhormat.
Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya amat berminat dengan dua dokumen itu kerana seolah-olah bila ada dua dokumen itu, saya mintalah kepada pihak Yang Berhormat Menteri supaya diajukan kepada pihak yang berwajib. Kalau betul dilihat itu sebagai satu niat untuk membeli dan kemudian mengkomersialkan atau menjualkannya kepada lain, saya rasa itu berat.
Jadi kalau betullah itu satu yang substantive dengan bukti yang jelas itu, jangan sahaja wake the people to wave the paper in the Parliament sahaja tetapi tujukan kepada pihak dan kita akan tengok siasatan itu. Kita akan terima selagi mana siasatan itu telus sebagaimana kita harap RM2.6 bilion pula dibuat dengan siasatan yang telus.
[Dewan riuh]
Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya tidak kata apa, semua kena telus.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Saya terima cadangan Yang Berhormat Parit Buntar untuk membawa dokumen ini kepada SPRM. Dalam tadi pun dari awal-awal lagi saya mengatakan saya akan bawa ini kepada SPRM, saya akan serahkan kepada SPRM.
Oleh sebab itu saya hendak dia ada di sini supaya beliau boleh menyoal saya tentang dokumen ini, tetapi beliau tahu bahawa saya akan membawa dokumen ini mungkin, maka itu dia mahu dikeluarkan dari Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan ucapan saya. Yang Berhormat Kangar semasa berbahas telah bertanya mengenai status terkini pelaksanaan Program Bandar Selamat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, program ini merupakan satu inisiatif di bawah NKRA Mengurangkan Jenayah. Empat inisiatif utama Program Bandar Selamat yang kini dalam pelaksanaan iaitu:
(i) inisiatif pemutihan kawasan black spot;
(ii) sistem pemantauan Bandar Selamat;
(iii) peluasan web aplikasi iSelamat.my kepada 18 kawasan perbandaran baru; dan
(iv) pemakaian Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED). Bagi inisiatif pertama, inisiatif pemutihan kawasan black spot. Sehingga kini, sebanyak 44 kawasan black spot telah berjaya diputihkan sepanjang tahun 2013 sehingga tahun 2015 dalam kawasan 24 kawasan PBT. Kawasan black spot merujuk kepada kawasan yang menimbulkan rasa takut terhadap jenayah ataupun fear of crime dan mempunyai indeks jenayah. Hasil daripada inisiatif ini, indeks jenayah keseluruhan di kawasan black spot telah mencatatkan penurunan sebanyak 23 peratus, manakala persepsi rasa selamat di kalangan penduduk terlibat telah meningkat kepada 61 peratus.
Inisiatif ini dilaksanakan dengan pendekatan holistik oleh pihak berkuasa tempatan, PDRM, agensi-agensi kerajaan bersama-sama dengan penduduk. Tiga aspek
Datuk Abdul Rahman Dahlan
permasalahan utama yang ditangani dalam inisiatif ini adalah dari aspek fizikal dan persekitaran, aspek sosial dan aspek keselamatan. Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, Program Bandar Selamat menyasarkan 130 kawasan black spot dimasukkan dalam Teras II: Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, bidang fokus C: Mewujudkan persekitaran hidup lebih selamat untuk masyarakat yang berdaya maju dan sejahtera.
Inisiatif kedua iaitu Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) dijangka akan diperluaskan di seluruh Malaysia dengan liputan maklumat jenayah di 151 PBT menjelang akhir tahun 2016, berbanding daripada dengan 121 PBT pada akhir tahun 2015. Dengan peluasan ini, pihak PDRM dan pihak berkuasa tempatan boleh memantau jenayah melalui pemetaan Geographic Information System dengan izin, ataupun GIS secara online. Untuk makluman, Majlis Perbandaran Kangar dan Kontinjen PDRM Negeri Perlis telah menggunakan sistem ini sejak tahun 2013.
Inisiatif ketiga, web aplikasi iSelamat.my yang telah dilancarkan pada 25 Ogos 2015 dan akan diperluaskan secara berperingkat kepada 18 kawasan PBT baru pada tahun 2016, berbanding dengan 14 kawasan PBT tahun 2015. Ini membolehkan orang awam mendapatkan maklumat jenayah yang tepat dan sahih. Laman iSelamat.my ini memaparkan data jenayah dalam bentuk pemetaan secara online bagi memudahkan pemahaman dan kesedaran orang awam mengenai status sebenar kejadian jenayah di kawasan masing-masing. Bagi kawasan Kangar, dijangka warga Kangar akan dapat mengakses web ini pada awal tahun 2017.
Akhir sekali, inisiatif keempat iaitu pemakaian Crime Prevention Through Environmental Design akan terus dipertingkatkan dengan publisiti bagi menggalakkan pihak-pihak pemaju, badan profesional orang awam menerapkan konsep CPTED dalam pembangunan fizikal. Ini adalah satu self-proactive dalam mengurangkan risiko kejadian jenayah melalui reka bentuk persekitaran yang lebih selamat.
Ahli Yang Berhormat daripada Sekijang semasa perbahasan, beliau telah membangkitkan mengenai projek perumahan Taman Tunku Abdul Rahman yang terbengkalai.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Perumahan Tunku Abdul Rahman, Segamat, Johor yang dimajukan oleh Syarikat Vital Landskap Sdn Bhd adalah projek perumahan yang telah diisytiharkan terbengkalai berdasarkan peruntukan seksyen 119(ca) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 ataupun Akta 118 pada 16 Mac 2012. Peratus kemajuan semasa diisytiharkan adalah sebanyak 50 peratus. Mesyuarat Penyelarasan Pemulihan projek ini telah diadakan pada 9 Mac 2016 yang lalu oleh Jabatan Perumahan Negara bersama dengan pihak berkuasa dan agensi teknikal yang terlibat.
Projek ini kini di peringkat awal pemulihan dan dijangka dapat disiapkan pada penghujung tahun 2017.
Ahli Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Tanjong semasa perbahasan telah membangkitkan isu harga rumah. Ingin saya perjelaskan di sini, pasaran perumahan secara asasnya adalah pasaran ekonomi yang tertakluk kepada kerangka sahsiah di sesebuah negara atau negeri. Oleh itu, pasaran perumahan boleh didefinisikan sebagai satu set institusi dan prosedur-prosedur dalam memperuntukkan sumber yang terhad iaitu perkhidmatan perumahan bagi memenuhi permintaan dan penawaran perumahan.
Sebenarnya kerajaan mengawal selia dengan lebih ketat aktiviti spekulasi harga rumah ini. Pada hari ini, di antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam membendung aktiviti spekulasi dan kenaikan harga rumah yang tinggi adalah seperti berikut:
(i) Menaikkan kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah;
(ii) menaikkan harga jualan minimum rumah yang boleh dibeli oleh warga asing kepada RM1 juta seunit;
(iii) mensyaratkan pemaju untuk mempamerkan ketelusan harga jualan hartanah secara terperinci termasuk semua manfaat dan insentif yang bakal diberikan kepada pembeli;
Datuk Abdul Rahman Dahlan
(iv) melarang pemaju melaksanakan kaedah pemasaran berasaskan Developer Interest Bearing Scheme yang dikhuatiri boleh mengelirukan dan seterusnya memanipulasikan pembeli rumah;
(v) mewajibkan semua pemaju untuk melaporkan pembelian pukal yang melebihi empat unit hartanah dalam satu pemajuan oleh mana-mana individu mahupun syarikat;
(vi) mengeluarkan panduan mengenai loan to value (LTV) bagi pembelian rumah ketiga dan seterusnya di mana pembeli hanya akan memperoleh pinjaman maksima 70 peratus sahaja dan selebihnya perlu ditanggung sendiri; dan
(vii) langkah-langkah meningkatkan penawaran rumah mampu milik oleh pelbagai agensi kerajaan seperti PR1MA, SPNB, PPA1M dan juga kementerian saya di mana perumahan yang disediakan ini mensasarkan kepada pelbagai peringkat pendapatan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak maklumkan di sini satu faktor iaitu mengikut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, indeks harga rumah di Malaysia menunjukkan aliran menurun di mana pada suku ketiga tahun 2014, indeks harga rumah berada pada 7.9 peratus berbanding suku ketiga tahun 2015 iaitu pada 5.4 peratus yang menunjukkan penurunan sebanyak 2.5 peratus.
Seorang Ahli
[Bangun]
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Saya nak jawab bertulis Yang Berhormat, kerana saya telah makan banyak masa, kalau tidak ada halangan daripada rakan-rakan yang lain sebab tidak banyak pun lagi. Hanya dua isu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Boleh habiskan sehingga jam 10.30 malam.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Sehingga jam 10.30 malam. Okey, saya ikut arahan daripada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan ada? Ya, terpulang kepada Yang Berhormat kerana Yang Berhormat Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan pun ada dalam Dewan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Ya, saya tidak ada halangan. Isu yang lain itu hanya isu-isu yang tidak begitu penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Boleh secara bertulis.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat Menteri, sikit. Saya ada bangkitkan isu tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ada bangkitkan isu tentang masalah rumah retak di kawasan Taman Saujana. Saya ada tiga perkara yang saya ingin minta perhatian Yang Berhormat Menteri. Satu, kalau boleh kita minta peranan kementerian untuk membantu menjadi mediator dengan izin. Kedua, soal defect liability period ini. Sekarang ini 24 bulan. Jadi adakah kerajaan bercadang untuk panjangkan lagi supaya berikan manfaat kepada pembeli? Yang ketiganya soal CF, certificate of fitness kerana rumah ini telah diberi CF tapi didapati kemudahannya tidak fit lah untuk diduduki. Adakah kementerian boleh berperanan ke arah memperbetulkan keadaan ini agar CF itu diteliti sebelum diberikan?
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya jawab secara bertulis kerana itu adalah spesifik kepada satu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Perkara baru boleh bertulis, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Tidak juga. Ini yang telah dimasukkan dalam ucapan tapi kalau boleh saya bercakap di sini sekejap saja.
Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Katil, terdapat beberapa projek perumahan yang dikenali sebagai Taman Saujana Indah di kawasan Bukit Katil yang dibangunkan oleh pemaju berlainan. Oleh yang demikian, mohon maklumat terperinci berkenaan projek yang dimaksudkan untuk siasatan lanjut. Maknanya Taman Saujana Indah itu ada dua tiga dalam kawasan Yang Berhormat.
Kualiti rumah yang baik bergantung kepada perancangan yang teliti, bahan yang berkualiti, pengurusan dan kaedah pembinaan yang betul serta mengikut spesifikasi dan reka bentuk yang ditetapkan. Jadi kalau boleh Yang Berhormat, oleh kerana projek ada dua tiga yang bernama Saujana Indah di Bukit Katil itu, saya minta Yang Berhormat bagi saya mana satu, nanti saya akan minta supaya pegawai saya boleh menjawab secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Kalau tidak ada apa-apa, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas kesabaran menangani masalah pada awal penggulungan saya tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Berapa minit Yang Berhormat? Kalau 20 minit, saya boleh benarkan sehingga pukul 10.45 malam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Hamzah bin Zainudin
Lebih kurang 10 atau 15 minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila habiskan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan mengutarakan isu-isu berkaitan dengan kementerian ini semasa Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 2016 yang lalu.
Pertama, isu berkaitan dengan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Bukit Gantang dan Yang Berhormat Kuala Selangor. Kementerian menyambut baik cadangan Yang Berhormat Langkawi agar memberi peluang kepada operator lain selain MRT Retail Sdn Bhd untuk menguruskan operasi KR1M.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini, terdapat tujuh buah KR1M di seluruh Malaysia yang diuruskan oleh pihak koperasi atau syarikat persendirian. Dalam hal ini, pihak MRT Retail Sdn Bhd hanya terlibat dalam urusan pembekalan produk 1Malaysia Kedai Rakyat ke kedai-kedai KR1M tersebut. Manakala pengoperasian dilaksanakan oleh pihak koperasi atau syarikat persendirian yang berkenaan. Pihak kementerian juga mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang berminat untuk mengendalikan operasi KR1M dan boleh menghubungi pihak kementerian bagi tujuan berkenaan.
Yang Berhormat Bukit Gantang mencadangkan supaya dihadkan pembelian di KR1M untuk pengguna dalam kategori miskin saja supaya subsidi dari pelaksanaan KR1M tidak tersasar kepada orang lain yang berkemampuan.
Untuk makluman Yang Berhormat, tiada sebarang elemen pemberian subsidi dalam pelaksanaan KR1M. Sebaliknya, kerajaan hanya memberi bantuan kos pembangunan KR1M manakala semua kos operasi termasuk stok barangan dan pengurusan ditanggung oleh pihak operator sendiri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Hamzah bin Zainudin
Program KR1M ini dilaksanakan bertujuan memberi pilihan kepada rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang kompetitif khususnya barangan 1Malaysia Kedai Rakyat dan dijual pada harga lebih rendah berbanding barangan yang sama tetapi berjenama lain di pasaran.
Isu mengenai usaha-usaha kerajaan bagi membangunkan 200 koperasi...
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Yang Berhormat Menteri, minta sikit mencelah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Ya.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bersetuju bahawasanya apa yang dijual daripada Kedai KR1M itu merupakan tidak mendapat apa-apa subsidi. Akan tetapi persoalannya, oleh kerana harga yang dijual di situ agak harga murah, maka pada saya ialah supaya barang yang dijual di situ hanyalah dibeli oleh orang-orang yang sepatutnya dapat saja di kalangan orang-orang miskin kerana kita hendak supaya bahawa orang miskin saja dapat, biarlah orang kaya dia dapat daripada kedai yang lain, kerana harganya agak kompetitif dan agak murah berbanding dengan harga pasaran luar. Itu maksud saya.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat. Ini yang saya jelaskan tadi bahawa sebenarnya Kedai KR1M ini untuk rakyat seluruh Malaysia. Kalau mereka mahu mendapatkan barang-barang yang murah, mereka boleh pergi ke KR1M. Kita tidak mengasingkan hanya untuk sesiapa yang mahu ataupun untuk mereka yang miskin saja. Kita hendak supaya semuanya digunakan oleh rakyat seluruh negara.
Isu kedua ialah mengenai usaha-usaha kerajaan bagi membangunkan 200 koperasi di kampung yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat menerusi transformasi luar bandar, kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan membangunkan sebanyak 200 koperasi di kampung melalui Cooperative Satellite Center
(CSC) dan Cooperative Societies Linkages (CSL).
Program ini disokong dan dilaksana melalui pendekatan National Blue Ocean Strategy atau NBOS dengan penglibatan kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Kerajaan juga telah melaksanakan Program Koperasi Desa Lestari yang bertujuan untuk memperkasakan aktiviti ekonomi dan keusahawanan penduduk kampung melalui koperasi dengan membuka peluang pekerjaan baru serta peluang peningkatan pendapatan kepada penduduk kampung sehingga tahun 2015. Setakat ini, sebanyak 52 kampung telah menubuhkan koperasi yang telah melaksanakan pelbagai aktiviti ekonomi seperti homestay, penternakan madu kelulut, penanaman cendawan, penyewaan jentera dan lain- lain aktiviti ekonomi.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Tanah Merah mengenai ketirisan gas LPG dan diesel bersubsidi. KPDNKK sedang melihat untuk memperketat syarat-syarat lesen bagi memastikan tiada berlaku ketirisan barang-barang bersubsidi. Akta Kawalan Bekalan juga telah menjelaskan bahawa sebarang perlanggaran syarat di bawah akta ini oleh mana-mana pemegang lesen dan disabitkan kegiatan penyelewengan dan penyeludupan subsidi diesel dan LPG boleh menyebabkan lesen mereka digantung dan dibatalkan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerlun yang juga membangkitkan tentang isu kedai patuh. Baru-baru ini kita telah mengumumkan bahawa kita telah mencapai 1,238 buah dan ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sendiri.
Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Limbang dan Yang Berhormat Kanowit.
Ingin saya jelaskan bahawa kerajaan telah melaksanakan Program Penyeragaman Harga sejak tahun 2009. Di bawah program ini kerajaan telah menanggung kos pengangkutan dan melantik transporter untuk memastikan harga barang keperluan yang dihantar ke kawasan pedalaman itu dapat dibeli pada harga seragam yang ditetapkan kerajaan.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Walau bagaimanapun terdapat juga kadang-kadang tempat-tempat tertentu di mana harganya telah termasuk kos penghantaran dari kedai ke rumah. Menyentuh cadangan Yang Berhormat Kanowit, saya mengambil maklum cadangan tersebut dan kementerian sedang mengkaji semula untuk membuat penambahbaikan kepada program penyeragaman ini. Isu keenam ialah mengenai Jawatankuasa Khas Mengenai Kos Sara Hidup Rakyat...
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Yang Berhormat Menteri, Kanowit.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
Ya.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila, sila.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Isu subsidi pengangkutan ini sudah lama saya sebutkan di Dewan. Memang jelas ia tidak dapat kepada mereka yang disasarkan. Jadi, saya pun telah beberapa kali menyuarakan di Dewan ini untuk subsidi ini dihapuskan. Terima kasih.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Kanowit. Saya hendak jelaskan bahawa kita bukan hanya buat di Kanowit. Kita buat di Sabah dan Sarawak. Oleh sebab itu kita sedang melihat untuk membuat sesuatu ada penambahbaikan supaya seluruh rakyat yang ada, bukan hanya di satu tempat tetapi seluruh Sabah dan Sarawak menerima manfaat yang lebih baik. Insya-Allah kita akan kemukakan program ini kepada Yang Berhormat Kanowit nanti, insya-Allah.
Isu keenam ialah mengenai Jawatankuasa Khas Mengenai Kos Sara Hidup Rakyat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Lawas, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Padang Besar dan Yang Berhormat Tanjong dan Yang Berhormat Kota Samarahan.
Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat telah ditubuhkan pada 15 Januari 2014 bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan harga barang secara holistik dan bersepadu. Peranan jawatankuasa ini diperluaskan sebagai Jawatankuasa Pusat bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup dan harga barang secara bersepadu dan mengkaji serta merancang strategi-strategi bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan dianggotai secara tetap oleh seramai 13 orang Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Gabenor Bank Negara, Peguam Negara dan wakil Majlis Profesor Negara.
Selain daripada itu, high level committee menangani kenaikan kos sara hidup yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah ditubuhkan bagi meneliti, membincang dan membuat keputusan terhadap isu-isu yang lebih spesifik serta tindakan susulan yang akan dilaksanakan dalam tempoh yang tertentu. Seterusnya, memberi impak positif kepada rakyat. HLC ini dianggotai oleh kementerian-kementerian yang berkaitan serta juga melibatkan NGO-NGO, persatuan-persatuan pengguna dan dewan-dewan perniagaan.
Kementerian selaku urus setia jawatankuasa tersebut sememangnya peka terhadap kehidupan rakyat yang terjejas akibat daripada kenaikan kos sara hidup. Bagi mengurangkan kesan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat, kementerian melaksanakan strategi serampang dua mata iaitu program menggalakkan keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan melalui galakan peluang perniagaan serta program kawalan harga barang.
Di bawah Program Keusahawanan, kementerian telah melaksanakan antara lain Projek TUKAR atau Transformasi Kedai Runcit, Skim Pembiayaan Francais, dan Program Business in Transformation melalui Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Program Corporative Strategic Linkages yang saya sebutkan tadi, Program 1 Hour Registration of Business yang dijalankan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memudahkan urusan pendaftaran perniagaan baru.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
Berkenaan isu kenaikan harga barang juga dan perkhidmatan, kementerian ini telah mengambil pelbagai langkah. Antaranya seperti Kempen Penurunan Harga, Program Skim Kawalan Harga Musim Perayaan, Inisiatif Penyeragaman Harga Runcit Barangan di Negeri Sabah dan Sarawak, Program Kedai Harga Patut yang disertai oleh 1,238 premis perniagaan yang saya umumkan tadi, juga pembangunan aplikasi Ez ADU bertujuan untuk memudahkan rakyat mengemukakan aduan berkaitan isu pencatutan. Seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, sistem ekonomi Malaysia adalah sistem ekonomi yang berteraskan pasaran bebas. Di mana kuasa pasaran atau market force memainkan peranan penting dalam penentuan harga. Selain itu, harga barangan di pasaran juga ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran, demand and supply atau faktor cuaca, ekonomi global, persaingan, kadar tukaran wang asing, kadar upah dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga melaksanakan kawalan harga barang tertentu untuk memastikan bekalan mencukupi pada harga yang berpatutan, terutamanya dalam musim-musim perayaan. Dalam aspek penguatkuasaan, pada ketika ini kementerian mempunyai seramai 2,230 orang pegawai penguat kuasa dan 1,099 pegawai pemantau harga di seluruh negara. Di samping itu, kita galakkan rakyat menjadi mata dan telinga kerajaan melalui Friends of KPDNKK dalam penyebaran maklumat kepenggunaan terutamanya mengenai isu harga barang.
Hasil daripada pelaksanaan Ops Catut yang dijalankan oleh penguatkuasaan sejak 15 Januari 2015 hingga 22 Mac 2016, sebanyak 2,940 notis di bawah seksyen 21 telah dikeluarkan terhadap peniaga yang disyaki mencatut. Hasil tindakan ini, sebanyak 212 kertas siasatan telah dibuka, 149 kertas siasatan di bawah seksyen 14(1) kerana mencatut, 55 kertas siasatan di bawah seksyen 21(5) kerana enggan atau gagal memberi maklum balas kepada notis yang dikeluarkan dalam lapan kertas siasatan di bawah seksyen 53(a) kerana tidak menyimpan rekod perniagaan. Dari jumlah ini, sebanyak 31 kertas siasatan telah diambil tindakan mahkamah dengan nilai denda keseluruhan berjumlah RM495,500 dan kompaun RM178,000.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mewujudkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia untuk mengatasi masalah perlakuan cartel atau sebarang pakatan dalam kalangan peniaga yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Limbang dan Yang Berhormat Langkawi. Bagi mengekang perkara ini, kementerian melalui MyCC sentiasa memantau akan perkara ini bagi melindungi kepentingan pengguna dan tindakan akan diambil di bawah peruntukan seksyen 40(4), Akta Persaingan 2010 atau AP2010. Tuan Yang di- Pertua, berhubung isu pemansuhan subsidi tepung gandum kegunaan am pek 25kg yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang dan Yang Berhormat Sibu. Kerajaan memikirkan adalah lebih baik pemberian subsidi dikhususkan kepada kumpulan sasar, terutamanya isi rumah yang menggunakan pek 1kg sahaja berbanding pek 25kg yang digunakan oleh pihak industri.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang telah pun mengambil bahagian pada tempoh hari. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 24 Mac 2016.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 10.38 malam]