Mar212016

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Raime bin Unggi [Tenom] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan pasaran minyak sawit di luar negara mengikut negara-negara yang dieksport sejak 2010 dan setakat mana peranan Palm Oil Research and Technical Institute of MPOB yang diwujudkan di Shanghai, China.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Dato’ Noriah binti Kasnon

Waalaikumussalam Tuan Yang di-Pertua, Bismillahir Rahmanir Rahim, Isnin yang barokah.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tenom. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia telah mengeksport sejumlah 105.14 juta tan minyak sawit dengan nilai RM289.36 bilion bagi tempoh 2010 hingga 2015. Pasaran eksport utama bagi minyak sawit Malaysia adalah negara China, India, Kesatuan Eropah, Pakistan dan Amerika Syarikat. Jumlah eksport minyak sawit ke negara-negara tersebut bagi tempoh dinyatakan adalah sebanyak 62.03 juta tan bernilai RM165.4 bilion.

Daripada jumlah tersebut pecahannya Tuan Yang di-Pertua, lima negara utama berkenaan adalah eksport ke negara China, 19.89 juta tan dengan nilai RM53.67 bilion, ke negara India 14.74 juta tan bernilai RM37.60 bilion, Kesatuan Eropah sebanyak 13.49 juta tan dengan nilai RM35.64 bilion, Pakistan 8.28 juta tan dengan nilai RM23.17 bilion dan Amerika Syarikat 5.63 juta tan bernilai RM15.32 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, untuk bahagian kedua untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Palm Oil Research and Technical Service Institute ataupun dengan izin PORTSIM, Lembaga Minyak Sawit Malaysia di Shanghai China berperanan menyediakan khidmat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi kegunaan minyak sawit di China.

Penyelidikan di PORTSIM Shanghai, China bertumpu kepada formulasi minyak sawit bagi kegunaan produk-produk makanan dan bukan makanan di China. Selain daripada itu, PORTSIM telah memperkukuhkan peranannya melalui kerjasama dengan pelbagai badan di China antaranya dengan institut penyelidikan di China termasuk Xiamen University of Technology, China Agricultural University dan Asean University of China. Langkah ini telah membolehkan pengkomersialan sebanyak 19 jenis produk seperti makanan haiwan ternakan dan akuakultur berasaskan sawit, minyak sayuran gentian dan untuk produk- produk roti dan kek serta trans fat margarine, dengan izin.

Ini juga dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi keselamatan makanan.

Ini termasuk China Food and Drug Administration dan National Health and Family Planning Commission of People's Republic of China dan melalui kerjasama ini isu-isu berkaitan dengan larangan penggunaan minyak sawit dalam formula susu bayi dan tahap lemak tepu telah pun ditangani dan juga dengan General Administration of Quality Supervision, Inspection and Quarantine of People's Republic of China. Ini meliputi menyelesaikan isu-isu

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Dato’ Noriah binti Kasnon

berkaitan kualiti dan keselamatan makanan, Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah susulan menandatangani memorandum persefahaman di antara Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dengan pihak berkenaan pada 23 November 2015.

Memorandum persefahaman ini membentuk rangka kerja bagi kedua-dua negara untuk bertukar maklumat serta mekanisme yang membolehkan kedua-dua negara menyelesaikan secara bersama isu-isu berkaitan kualiti dan keselamatan yang berkesan ke atas eksport minyak sawit Malaysia ke negara China. Ini pastinya akan memberi keyakinan pengimport China terhadap minyak sawit Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana sentiasa melihat produk-produk daripada negara kita adalah menjadi produk yang penting untuk memastikan pasarannya sentiasa dapat diterima oleh mana-mana negara.

Tuan Yang di-Pertua, kita melihat daripada jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri negara Eropah adalah merupakan salah satu negara yang membeli minyak sawit kita dan saya ingin membawa perhatian kepada pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada eksport yang telah diterima daripada negara- negara Eropah yang berjumlah 13.94 juta yang mempunyai lebih RM30 bilion. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Baru-baru ini sebuah negara di negara Eropah telah meletakkan satu cukai yang tinggi dan saya ingin bertanya kepada pihak kementerian apakah pendekatan yang diambil oleh pihak kementerian Tuan Yang di-Pertua dalam mengekang tindakan negara Perancis yang mana baru-baru ini telah menaikkan cukai progresif bagi semua produk-produk yang berasaskan kepada kelapa sawit yang diimport daripada negara-negara pengeluar minyak sawit sehingga saya mendapati mereka telah menaikkan sebanyak sehingga 900 Euro setan, Tuan Yang di-Pertua? Jadi saya mohon jawapan.

final • 10:00 AM

Dato’ Noriah binti Kasnon

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tenom, yang prihatin dengan perkembangan semasa. Walaupun memang negara-negara di bawah Kesatuan Eropah menjadi negara pengeksport kita yang ketiga utama, yang saya nyatakan tadi perkembangan terkini juga menggusarkan kita kerana pastinya akan menjejaskan eksport pada masa akan datang. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita maklum apa yang berlaku di Dewan National Assembly Perancis, di Dewan Senate Perancis semasa membentang Rang Undang-undang Biodiversiti pada bulan Mac 2015 yang lalu telah membuat telah membuat persetujuan untuk meminda jumlah ataupun menaikkan secara progresif kadar duti ke atas minyak sawit yang diimport daripada negara kita.

Ini sebenarnya belum lagi termuktamad Yang Berhormat Tenom, kerana ia masih lagi ada ruang untuk kita membuat perbincangan ataupun buat lobbying, dengan izin untuk kita membantah ataupun menyuarakan pandangan kita mengapa tindakan ini tidak patut diteruskan. Walaupun ianya secara tahun demi tahun tetapi pastinya dikesan. Antara yang telah kita ambil tindakan di peringkat kementerian kita Tuan Yang di-Pertua, adalah kita bersama-sama dengan negara Indonesia yang juga menjadi negara pengimport ataupun pengeksport terbesar sawit kepada negara berkenaan telah membuat statement ataupun kenyataan bersama pada 4 Februari 2015. Kita menyatakan bahawa tindakan Perancis tersebut adalah satu bentuk diskriminasi terhadap minyak sawit kita dan pastinya akan memberikan implikasi negatif kepada pekebun-pekebun kecil kita yang seramai 40 peratus keseluruhannya daripada jumlah peladang kita.

Kita juga, pihak Yang Berhormat Menteri juga telah menemui sendiri Duta Besar Perancis ke Malaysia dan mengemukakan juga surat bantahan kepada kedutaan Perancis tentang isu ini. Selain daripada itu, kita juga bekerjasama dengan French Alliance for Sustainable Palm Oil dan French Food Industry Association, dengan izin, untuk mendapatkan sokongan daripada Ahli Senate dan Ahli-ahli National Assembly seperti yang saya nyatakan tadi dan terbentuk lobbying yang kita laksanakan sebelum Senate Perancis bersidang untuk memutuskan cadangan untuk menaikkan duti import ke atas peneroka ini, Tuan Yang di-Pertua. Semoga kita berjaya, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya pada Menteri ialah tentang apakah status terkini Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)?

final • 10:10 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Berapakah yang telah implementasi, berapa yang akan diimplementasi? Apakah status terkini? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Noriah binti Kasnon

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tak sempat tengok tadi. Yang Berhormat Kelana Jaya, terima kasih atas soalan tambahan. Walaupun ianya agak terkeluar daripada isu induk, tentang negara eksport minyak sawit kita, namun saya ada sedikit angka untuk makluman Ahli Berhormat dan Dewan yang mulia ini. MSPO ini ataupun Malaysian Sustainable Palm Oil adalah satu pensijilan tempatan kita yang akan kita angkat ke peringkat antarabangsa. Akan tetapi sekarang pelaksanaannya masih dalam bentuk voluntary, sukarela, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Buat masa ini, yang telah memilih untuk membuat pensijilan di bawah MSPO ini adalah kawasan seluas 135,265 hektar sahaja yang disijilkan di bawah MSPO, berbanding dengan kebiasaannya mereka memilih pensijilan RHPO yang kini lebih daripada 1.5 juta hektar. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam jawapan tambahan tadi saya dapat mendengar bahawa pihak kementerian menyatakan kita masih ada masa untuk kita melobi. Jadi, apakah tindakan ataupun perancangan terdekat untuk kita melobi dalam masa yang dijangkakan kita masih ada masa ini, untuk benar-benar kita memastikan supaya tax itu kita dapat dirunding dan tidak dikenakan sebegitu tinggi yang menjejaskan industri kita. Terima kasih

final • 10:10 AM

Dato’ Noriah binti Kasnon

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan yang boleh saya kongsi, maksudnya boleh saya bincanglah sebenarnya jawapan dengan Yang Berhormat Pengerusi MPOB, yang mungkin ada salah satu misi mungkin yang akan diketuai juga oleh Yang Berhormat Kuala Kangsar. Tuan Yang di-Pertua, apa pun terima kasih atas keprihatinan, macam nilah pengerusi. Insya-Allah pihak kementerian, MPIC selain daripada MPOC, MPOB sendiri, pihak kementerian akan menganjurkan satu misi khas ke Perancis sebelum Senate Perancis bersidang sebelum Mei ataupun Jun, untuk kita buat tindakan susulan, melobi, berbincang, memberi kesedaran, kefahaman dan menuntut keprihatinan Ahli Senate tentang kedudukan pekebun-pekebun kecil kita yang pastinya akan terjejas sekiranya duti ini dinaikkan kelak. Saya pasti pengerusi bersedia untuk membantu bersama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Oleh sebab itu sengaja saya bagi soalan tambahan kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar.

final • 10:10 AM

2. Tuan Loke Siew Foo [Seremban] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimanakah peruntukan RM1,332,000,000 di bawah Butiran 93600 Projek Mesra Rakyat dibelanjakan dan apakah projek-projek spesifik yang akan dilaksanakan.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim

Auzubillahiminalsyaitonirojim, Bismillahir Rahmanir Rahim, Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa susulan daripada pembentangan Pengubahsuaian Bajet 2016 oleh kerajaan pada 28 Januari 2016, peruntukan Projek Mesra Rakyat yang pada asalnya berjumlah RM1.33 bilion, telah diselaraskan kepada RM804 juta. Peruntukan ini disediakan bagi pelaksanaan pelbagai program atau projek dan pembekalan di kawasan Parlimen di seluruh negara. Pengurusan peruntukan dan pelaksanaan program atau projek dan pembekalan ini akan diselaraskan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri berdasarkan kepada keperluan dan keutamaan. Antara program atau projek dan pembekalan yang disediakan termasuklah:

(i) Penyediaan kemudahan dan infrastruktur asas mengikut keperluan setempat;

(ii) Pelengkap kepada rancangan pembangunan semasa; dan

(iii) Bagi meningkat dan memantapkan pembangunan sosioekonomi di kawasan Parlimen berkenaan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, program atau projek dan pembekalan ini hendaklah memenuhi kriteria seperti berikut:

(i) Ianya hendaklah berinput tinggi dan memberi manfaat segera kepada rakyat setempat; dan

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim

(ii) Memberi keutamaan kepada projek kecil yang dijanjikan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima Kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Seperti yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri tadi, kalau lebih kurang RM800 juta, maksudnya setiap kawasan Parlimen kira-kiranya hampir RM4 juta secara puratanya untuk setiap kawasan Parlimen. Soalan saya ialah adakah peruntukan ini diberikan diberi sama rata ataupun saksama kepada setiap kawasan Parlimen di kalangan 222 kawasan Parlimen? Apakah perbezaan di antara kawasan Parlimen yang diwakili oleh wakil daripada Barisan Nasional dan dengan wakil daripada pembangkang?

Di 87 kawasan Parlimen pembangkang, bagaimanakah peruntukan ini disalurkan?

Siapakah yang menentukan bagaimana peruntukan ini digunakan? Itu persoalan yang pertama. Kedua, selain daripada peruntukan ini, persoalan saya ialah Ahli-ahli Parlimen daripada pihak kerajaan sekarang ini, berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan kepada mereka untuk digunakan di kawasan Parlimen masing-masing, selain daripada peruntukan di bawah program mesra rakyat ini, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya sebelum ini peruntukan ini diagihkan di bawah projek khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Semenjak pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, diwujudkan satu program yang dipanggil PMR ini bagi memastikan pengagihan itu dapat kita agihkan secara adil dan juga dapat diukur prestasinya. Ini satu bentuk pentadbiran yang lebih telus, yang dapat memastikan semua kawasan Parlimen menerima pembangunan dan limpahan nikmat kejayaan negara.

Oleh sebab itu, apa yang ditanya oleh Yang Berhormat, permohonan ini datang daripada pimpinan-pimpinan Ahli Parlimen. Ada juga datang daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri yang terus kepada Perdana Menteri. Malahan ada juga rakan-rakan Yang Berhormat turut senyap-senyap memohon kepada Perdana Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Cumanya, kalau kita hendak bagi kepada semuanya secara spesifik, pertama, ini bukan satu hak keistimewaan kita sebagai Ahli Parlimen. Semua hak kita, elaun dan sebagainya, tidak sentuh. Ini adalah satu projek supaya pengagihan itu lebih sekata dan lebih tepat dan cepat. Tepat maksudnya kita lebih tahu di peringkat bawah. Cepat maksudnya kadang-kadang ada bencana, kadang-kadang ada kebakaran. Ataupun projek- projek yang dijanjikan semasa pilihan raya yang masih perlu diteruskan, dapat digunakan jumlah yang ada.

Untuk kita bagi kepada Yang Berhormat–– pernah ditanya sebelum ini, Yang Berhormat pihak pembangkang pun bertanya kenapa di kawasan kami tidak diberi kepada Ahli Parlimen? Hendak bagi macam mana? Waktu kita luluskan atau kita bentangkan bajet ini, Yang Berhormat tak sokong. Jadi kita tidak boleh bagi.

final • 10:20 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Jangan bagi jawapan macam inilah Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Yang Berhormat sokong tidak bajet hari itu?

final • 10:20 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Itu persoalan lain.

final • 10:20 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Tetapi...

final • 10:20 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Ini peruntukan untuk rakyat. Ini program bukan untuk penyokong Barisan Nasional.

final • 10:20 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Kalau tak sokong cakap tidak sokonglah. Pandai pula minta.

final • 10:20 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Kalau macam ini, peruntukan ini tukar namalah–– Program Mesra Penyokong Barisan Nasional, bukannya Program Mesra Rakyat.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Yang Berhormat. Tak ikut peraturan, Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Janganlah bagi jawapan yang tidak ada standard macam ini.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Seremban.

final • 10:20 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Baru cakap sikit dah marah. Yang Berhormat, kawasan Yang Berhormat pun dapat. Cuma, bukan Yang Berhormat tentukan sebab Yang Berhormat sendiri tidak percaya bajet ini. Kita bagi orang lain yang percayalah untuk agihkan.

final • 10:20 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Rakyat memberikan mandat kepada kita untuk mewakili suara mereka. Sepatutnya kita yang menentukan. Mengapa Ketua Bahagian UMNO yang tentukan?

final • 10:20 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Wakil suara–– saya tidak sebut Ketua Bahagian UMNO. Yang Berhormat yang sebut.

final • 10:20 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Ini kita tahu. Pengaruh dari Ketua Bahagian UMNO

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat

final • 10:20 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Yang Berhormat sebut. Yang Berhormat memang suka untuk cerita-cerita. Saya beritahu tadi peruntukan ini datang dari banyak pihak. Ada juga kawan Yang Berhormat yang jumpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri minta dan dapat. Cuma tak ada lah dia bagi spesifik pada Yang Berhormat sebab Yang Berhormat pada peringkat awal pun tak percaya dengan bajet ini. Itu sahaja yang saya cakap.

Janganlah marah. Sewaktu undi hari itu, memang Yang Berhormat tak sokong. Yang Berhormat tolak bajet ini. Jadi kita bagi kepada siapa yang kita rasa sesuai untuk menentukan. Yang Berhormat mewakili suara rakyat, bukannya mewakili peruntukan rakyat.

Jadi sebab itu, saya ingin beri jaminan, peruntukan ini diagih secara adil dan semua kawasan Parlimen dapat. Ada peruntukan selain daripada PMR dibuat di bawah Kementerian Luar Bandar yang juga diberi terus kepada kawasan Yang Berhormat. Tidak ada kawasan-kawasan bandar yang kita tengok dalam negara ini tidak dibangunkan.

Cumanya, bukan Yang Berhormat bagi. Itu sahaja.

Namun begitu, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu bahawa projek ini diwujudkan khusus supaya lebih telus kerana sebelum ini tidak dinyatakan untuk boleh kita ukur. Hari ini kita dapat pastikan bahawa ia diagih di setiap kawasan Parlimen dan supaya wakil rakyat bertanggungjawab terhadap apa yang dicadangkan kepada ICU. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Parit Sulong sebab pagi-pagi Yang Berhormat Parit Sulong sudah buka pintu Dewan. Sila.

final • 10:20 AM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih banyak Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana dalam jawapannya tadi...

[Disampuk] Tahniahlah. Kena dengar soalan sampai habis. Kita kena tahniahlah sebabnya kerajaan dengan telus membantu rakyat, terus kepada rakyat. Itu saya hendak ucapkan tahniah.

Cuma, saya hendak tanya, soalan tambahan saya adalah bagaimana pihak kerajaan ini, mungkin boleh kongsikan pada kita melalui jawapan Yang Berhormat tadi, mengenai cara mengukur prestasi kejayaan-kejayaan projek-projek mesra rakyat ini di bawah projek khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini, dalam klasifikasi–– sebagai contohnya, mungkin Yang Berhormat boleh kongsikan bersama kita, mengenai yang berkaitan dengan ekonomi rakyat yang kita lihat dapat membantu meningkatkan prestasi dan juga ekonomi rakyat. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Di bawah projek ini, seperti yang saya nyatakan tadi, kita sudah boleh mengukur sebab prestasi perbelanjaan itu diagihkan mengikut Parlimen.

Keduanya, kita mendapat maklum balas yang sangat positif daripada kepimpinan di seluruh peringkat bukan sahaja Ahli Parlimen tetapi di peringkat JKKK dan sebagainya.

final • 10:20 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Ini kerana mereka sebelum ini juga terpaksa mengutus surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi hari ini, mesyuarat dijalankan di peringkat Parlimen sebelum mereka mencadangkan sesuatu perkara. Malahan, ada juga permohonan yang terpaksa ditolak sebab tidak memenuhi kriteria. Ini lebih menjadikan sesuatu permohonan itu lebih tepat.

Dan yang paling mustahak kepada saya adalah projek-projek yang sebelum ini, bukan terbengkalai tetapi tidak dapat digunakan dengan secara maksimum dan optimum, dapat menggunakan projek peruntukan kecil ini bagi memastikan–– sebagai contoh, pembinaan sebuah gelanggang sukan yang patut digunakan oleh rakyat tetapi tidak cukup perbelanjaan sebab tidak ada lampu, ia hanya boleh buat untuk siang. Dengan projek kecil ini, maka Yang Berhormat boleh mencadangkan untuk ditambah pembinaan atau bekalan elektrik lampu. Termasuk juga di Sabah dan Sarawak, ada banyak kawasan yang memohon untuk meluluskan paip-paip air, tangki-tangki septik air dan sebagainya yang telah dapat memberikan manfaat kepada rakyat setempat dalam jumlah yang lebih besar.

Sebab itu, kalau dulu hanya dijaga di peringkat atas, kali ini penglibatan daripada bawah telah dapat kita susun dengan lebih sistematik dan akhirnya dapat memberikan khidmat pada masyarakat secara keseluruhan. Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 10:20 AM

3. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [Lipis] minta Menteri Pendidikan menyatakan usaha dan perancangan holistik bagi mengurangkan bebanan tugas guru dan membolehkan guru memfokuskan kepada tugas hakiki dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Chong Sin Woon

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kelapan memberikan fokus untuk menangani isu beban tugas guru, teachers administrative workload, dengan izin, melalui inisiatif repositioning of teachers core duties, dengan izin, yang dirintis di Melaka dan Kedah akan diperluaskan.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan rintis ini telah berjaya mengurangkan beban tugas guru dalam skop kerja perkeranian dan teknikal ICT daripada purata tiga jam hingga 7.4 jam seminggu bergantung kepada jenis tugas khas yang dipegang oleh guru.

Pengurangan beban tugas yang tiada kaitan dengan tugas hakiki guru ini telah dapat mengembalikan kefungsian dan profesionalisme guru.

Pada tahun 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju untuk mengekalkan kesinambungan pelaksanaan NBOS-PPG di tiga daerah di Melaka dan lapan daerah di Kedah dengan melantik pembantu guru dan juruteknik komputer secara pekerja sambilan harian di negeri Melaka dan Kedah bagi tahun 2016.

Di samping itu, antara langkah yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh kementerian bagi menangani beban tugas guru adalah:

(i) Memastikan pengurusan di peringkat kementerian, negeri, daerah dan khususnya sekolah memahami dan mematuhi semua pekeliling serta surat siaran berkaitan yang sedang berkuat kuasa;

(ii) mengurangkan amalan penyediaan sambutan yang berlebih- lebihan khususnya di peringkat sekolah sehingga menjejaskan masa pengajaran dan pembelajaran murid;

(iii) kepimpinan sekolah yang berkesan diperkasakan melalui program National Profesional Qualification for Educational Leaders (NPQEL);

(iv) memastikan pemantauan amalan Melindungi Masa Instruksional

(MMI) dilaksanakan sewajarnya; dan

(v) pemerkasaan pengintegrasian data melalui inisiatif Single sign-on

(SSO) di mana langkah ini akan memastikan guru-guru tidak perlu menggunakan pelbagai sistem untuk merekod data.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga terima kasih kepada jawapan Menteri yang agak padat dari segi jawapannya.

final • 10:20 AM

Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad - Lipis

Akan tetapi, kita mempunyai lebih kurang hampir 500,000 guru di Malaysia dan ini masih lagi mereka bangkitkan dalam hal bebanan tugas ini. Daripada jawapan Menteri tadi, kita telah menyelesaikan di tiga buah negeri, tak silap saya. Dari segi jawapannya, bilakah akan dilaksanakan keseluruhannya? Memandangkan beban guru ini termasuklah mereka telah disenaraikan sebanyak 100 senarai tugas seperti mengendalikan aplikasi VLE Frog, pembelajaran menggunakan internet (APD), aplikasi pangkalan data murid dan sebagainya.

Ini yang menyebabkan mereka kekurangan masa.

Jadi kalau kita melihat dari segi tadika sendiri umpamanya, ada seorang pembantu kepada guru di tadika sedangkan guru ini kebiasaannya mempunyai gred 41 dan ke atas.

Adakah perancangan pihak kementerian supaya menambah seberapa segera untuk membantu tugas ini dan bilakah jangkaan kalau diberikan penambahan pegawai pembantu kepada guru-guru ini? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Chong Sin Woon

Terima kasih Yang Berhormat Lipis atas soalan tambahan. Memang betul mengikut kajian rintis yang dilakukan di Melaka dan Kedah bahawa pengupahan kepada guru bantuan itu memang berjaya dan berkesan untuk mengurangkan tugas kepada guru-guru yang ada. Akan tetapi memandangkan kepada kekangan peruntukan yang ada pada hari ini, kementerian cuma boleh menyambung program ini di dua buah negeri iaitu di Melaka dan Kedah tahun ini.

Pada masa yang sama pelbagai inisiatif untuk mengurangkan tugas-tugas guru khususnya yang berkaitan dengan pengisian data dalam komputer iaitu SSO seperti mana yang saya katakan tadi, kita pada sehingga hari ini seramai 398,862 orang guru telah mendaftarkan diri kepada SSO. Single Sign-On (SSO) adalah satu sistem aplikasi yang membolehkan seorang guru hanya key in sekali untuk mereka merekodkan semua data berkenaan dengan guru tersebut. Maka pada masa depan bila pengisian data dilakukan pada kali kedua dan selebihnya mereka tidak perlu lagi mengisi perkara-perkara, data-data yang sama.

Satu kajian impak telah dilakukan oleh Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan (BPPDP) dilakukan ke atas pelaksanaan pengintegrasian data SSO di enam buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak bermula pada 15 Februari tahun ini hingga 26 Februari mendapati bahawa, satu, secara keseluruhannya pelaksanaan integrasi data dan SSO telah berjaya mengurangkan masa yang diambil oleh guru untuk proses kunci masuk data bagi enam aplikasi yang digunakan secara kerap oleh guru di sekolah.

Kedua, secara umumnya lebih separuh daripada responden pengetua, guru besar, PPK pentadbiran, JPKHEM, JPK Kokurikulum, kaunselor, ketua guru disiplin, guru data, SU PIBG dan penyelaras SPBT bersetuju bahawa pelaksanaan integrasi data dan SSO dalam mengurangkan beban tugas guru berkaitan dengan pengurusan data.

Ketiga, secara keseluruhannya dapat dikatakan majoriti responden bersetuju bahawa inisiatif ini telah menyebabkan pengurusan data sekolah menjadi lebih sistematik.

Keempat, menunjukkan bahawa impak pengurusan masa yang diperlukan untuk proses kunci masuk dan kemas kini data masih berlaku pada tahap sederhana. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

[Bangun]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 10:30 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya difahamkan pada tahun 2010 sudah ada satu kajian berkenaan dengan beban guru-guru yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran. Akan tetapi persoalannya sehingga tahun 2016 ini rungutan yang diberikan oleh guru-guru amat ketara kalau kita pergi ke sana dan sebahagian besar di kalangan kita ada yang mereka terlibat dengan guru, dan isteri mereka terlibat dengan guru.

Kenapa tidak buat satu perancangan jelas terutamanya kita mengambil N17 daripada kalangan penolong pembantu guru ini untuk membantu guru-guru. Misalnya kita katakan sebuah sekolah itu 20 orang, maka kita tempatkan seorang N17 sama ada kontrak

final • 10:30 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

basis ataupun sebagainya perlu dipercepatkan. Ini kerana kita harapkan guru ini memberikan tumpuan kepada P&P dan juga pembinaan sahsiah pelajar dan juga daripada segi akademiknya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Tuan Chong Sin Woon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang, satu cadangan yang baik. Seperti mana yang saya telah jawab, memang daripada pelaksanaan Rintis N17 itu memberikan impak yang positif kepada pengurangan tugas guru. Akan tetapi melihat kepada kesuntukan peruntukan kerajaan kepada kementerian pada tahun ini kita tidak mampu untuk memperluaskan projek ini ke seluruh negara pada tahun ini.

Kalau kita mendapatkan peruntukan secukupnya kita akan memperluaskan kepada setiap sekolah. Seperti mana yang kita ketahui bahawa kita mempunyai hampir 500,000 orang guru, kalau kita hendak tambah setiap 20 orang guru seorang pembantu pun satu peruntukan bajet yang sungguh besar. Walau bagaimanapun kementerian sedar bahawa pelbagai inisiatif perlu dilakukan untuk mengurangkan tugas-tugas bukan hakiki guru.

Akan tetapi saya ingin bagi contoh walaupun tanpa kepada pelbagai sistem online dan pengisian data yang diperlukan, tugas hakiki guru itu iaitu pengajaran dan pembelajaran termasuk persediaan, penyampaian dan penilaian murid. Hakikinya termasuk bimbingan akademik itu di luar waktu mengajar, hal ehwal murid, kokurikulum, peningkatan profesionalisme guru, melibatkan diri dalam panitia mata pelajaran itu sahaja merupakan hakiki, itu pun sudah memakan beberapa masa di dalam sekolah tidak termasuk kepada tugas pentadbiran dan operasinya.

Contohnya pengurusan data secara online dan offline, pengurusan peperiksaan, pengurusan PIBG, pengurusan stok dan inventori, pengurusan kebersihan, keceriaan dan keselamatan (3K), pengurusan SPBT, pengurusan program sekolah, pengurusan kebajikan murid. Walau bagaimanapun bukan semua guru terlibat. Cuma guru-guru yang diberikan tugas-tugas khas perlu menjaga kepada aspek-aspek tersebut. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat sedar dan para guru berasa sebagai terpijak batu hangat...

[Disampuk] bukan sahaja kehangatan cuaca. Dengan pelbagai kajian dan garis panduan, bolehkah Yang Berhormat membantu para guru supaya mereka dapat berfungsi dengan baik dan dapat mengurangkan pusat-pusat tuisyen di seluruh negara?

final • 10:30 AM

Tuan Chong Sin Woon

Ya, pusat-pusat tuisyen itu kita berikan kebebasan kepada mereka yang ingin menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen tetapi itu tidak ada kaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Cuma kita memberikan tugas hakiki guru itu sebagai keutamaan di sekolah dan untuk ibu bapa hendak hantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen itu tidaklah di bawah jagaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Terima kasih.

final • 10:30 AM

4. Dato' Mansor bin Othman [Nibong Tebal] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan jumlah penyelidikan-penyelidikan sosioekonomi yang telah dijalankan oleh IPTA di sepanjang lima tahun kebelakangan ini (2010-2015). Nyatakan dapatan-dapatan kajian utama yang telah menjadi input penting kepada pembentukan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Ji

Terima kasih Yang Berhormat Nibong Tebal atas soalan berkaitan penyelidikan sosioekonomi yang dijalankan oleh IPTA.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui program dana penyelidikan fundamental sentiasa komited untuk melonjakkan inovasi melalui penyelidikan dalam pelbagai bidang yang bertepatan dengan keperluan dan kehendak nasional termasuklah industri dan masyarakat. Sehingga tahun 2015, sejumlah RM1.2 juta diperuntukkan untuk membiayai kajian yang mempunyai kaitan secara langsung dengan penyelidikan sosioekonomi telah diluluskan di bawah pelbagai skim pelan penyelidikan KPT. Projek-projek yang telah diluluskan ini secara am tertumpu terhadap penyelidikan yang bertujuan menilai dan mengenal pasti kaedah memperkukuh sosioekonomi negara.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Ji

Selain itu, penyelidik di universiti awam juga sering dijemput oleh pelbagai agensi kerajaan untuk menjalankan kajian berkaitan perancangan dan pelaksanaan dasar.

Laporan kajian tersebut kebiasaannya akan dijalankan sebagai rujukan dan input kepada agensi berkaitan untuk membuat keputusan dan perancangan dasar. Bagi tahun 2015, hampir 50 buah laporan kajian dasar yang telah dihasilkan oleh universiti awam untuk pelbagai agensi.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Ji

Antara bidang kajian adalah dalam bidang alam sekitar, komuniti ASEAN, kesejahteraan masyarakat, tenaga hijau, gender dan pelancongan Contoh terbaik kajian yang telah menjadi input penting kepada pembentukan dasar pembangunan negara adalah kajian semakan semual secara menyeluruh terhadap prestasi dan kemajuan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara atau PSPTN mulai Februari 2013 hingga Februari 2014.

Ia telah dijadikan sebagai asas kepada pembentukan pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2015 hingga 2025 pendidikan tinggi atau PPPMPT.

Kini bagi merealisasikan hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju dan inclusive menjelang tahun 2020, PPPMPT telah digariskan di dalam RMKe-11 untuk menghasilkan anjakan penting dalam pengoperasian sistem sedia ada iaitu modal insan bagi melahirkan bakat bertaraf dunia yang mampu bersaing dalam ekonomi global. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Nibong Tebal.

final • 10:40 AM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua, kita tahu kerajaan menghabiskan banyak sekali wang untuk pembangunan negara untuk pelbagai program. Akan tetapi hari ini kita dapati dan saya ingin menyambung apa yang disebut oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi. Kita dapati tidak banyak sangat malah kurang sekali kajian-kajian impak yang dilakukan ke atas keberkesanan program-program pembangunan.

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab ada 80 kajian tetapi contoh yang diberikan hanya satu, mungkin ada yang lain lagi yang ingin saya ketahui, yang boleh diberikan jawapan bertulis tetapi yang lain-lain kajian keberkesanan seperti umpamanya agenda pembangunan bumiputera. Banyak duit sekali dihabiskan oleh negara tetapi hari ini kajian-kajian impak tentang keberkesanan program-program tersebut tidak dapat kita lihat langsung. Begitu juga dengan contoh yang lain, umpamanya. Penglibatan belia dalam permohonan pertanian. Banyak wang kita habiskan tetapi kajian impak tidak dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanyakan, apa peranan, fungsi Majlis Profesor Negara yang diwujudkan? Tidak ada lagi pun kita lihat cetusan idea atau pun pandangan-pandangan yang diberikan kepada institusi-institusi pengajian tinggi untuk menghasilkan kajian-kajian sosioekonomi yang kita maksudkan di dalam ini. terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Terima kasih Yang Berhormat Nibong Tebal atas soalan tentang beberapa perkara dan di sini, dalam tangan saya Yang Berhormat, adalah banyak contoh daripada apa yang saya sudah beritahu yang berkaitan dengan kajian sosial ekonomi dan nanti saya akan berkongsi senarai ini dengan Yang Berhormat Nibong Tebal.

Berkaitan dengan impak, kementerian pendidikan tinggi sedang menjalankan satu program jelajah atau roadshow untuk memberi maklumat yang berkaitan dengan impak- impak atau kejayaan-kejayaan yang sudah diperolehi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.

Memang Kementerian Pendidikan Tinggi ada juga menyediakan satu booklet dengan battle cry kami iaitu ‘Soaring Upwards Malaysian Higher Education’ dan saya akan serahkan satu naskhah ini kepada Yang Berhormat Nibong Tebal supaya Yang Berhormat dapat mengetahui impak-impak yang sudah diperolehi dalam penyelidikan yang telah dijalankan.

Barangkali Yang Berhormat tidak membaca atau masih belum dapat naskhah ‘Soaring Upwards Malaysian Higher Education’ ini. I will give it to you afterwards, so you can see all the impact daripada segi kejayaan-kejayaan yang diperoleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, apakah kerjasama yang dijalankan oleh IPTA dengan

final • 10:40 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Institut Pengajian Tinggi negara ASEAN dan dalam bidang sosioekonomi, dan apakah langkah proaktif yang diambil bagi meningkatkan pengkomersialan hasil penyelidikan demi meningkatkan kedudukan IPTA dalam indeks keupayaan inovasi? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Terima kasih, Yang Berhormat.

Berkaitan dengan indeks commercialization Kementerian Pendidikan Tinggi sudah mencapai satu research commercialization rate, dengan izin yang membanggakan. Jadi universiti-universiti di Malaysia telah merekodkan 4.2 peratus. Kalau kita membuat perbandingan dengan American universities, American university merekodkan 4.7 peratus.

Jadi ini sudah menunjukkan bahawa the rate of internationally accepted use of, dengan izin, kajian Malaysia adalah tinggi dan membanggakan.

Berkaitan dengan isu commercialization, saya juga nak berkongsi bahawa memang ada memperolehi banyak kejayaan dan saya akan memberi beberapa contoh iaitu penghasilan TYPHIDOT iaitu kit diagnostik segera bagi demam kepialu oleh Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail dari Universiti Sains Malaysia dan kit ini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan pengkomersialannya bernilai RM19 juta. Selain daripada itu, kita juga ada penghasilan produk The Bionic Prosthetic atau anggota palsu bionik oleh Prof Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman serta penyelidik pusat Biomekanik Gunaan atau Applied Biomechanics (CAB) dan kumpulan penyelidik Photonics Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya.

Paten yang telah difailkan di Amerika Syarikat dan ini sudah antarabangsa, telah menarik perhatian pelabur dari Jerman, Iceland dan Taiwan dan melalui Ekspedisi Kasih Bionik yang telah tersenarai dalam Malaysia Book of Records, produk ini mencipta sejarah apabila Azman Yeop Akil, atlet kurang upaya telah berjaya menyertai jelajah berbasikal lebih 1000 kilometer menggunakan kaki bionik yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidik dan saya juga akan berkongsi serah contoh-contoh lain kepada Yang Berhormat Bagan Serai. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

5. Datuk Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Perdana Menteri menyatakan langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi kemasukan pelarian

(refugees and asylum seekers) serta langkah susulan agensi kerajaan dalam mengurangkan peranan pertubuhan antarabangsa (influences on local administration).

Adakah kementerian bercadang untuk menubuhkan pusat daftar pelarian tanpa bergantung kepada agensi antarabangsa.

final • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat terima kasih tanya soalan yang agak panas di pasaran. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia dan agensi penguat kuasa yang lain sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan dan tindakan pencegahan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di kawasan sempadan dan pintu masuk negara yang berpotensi untuk PATI mendapatkan status pelarian di pejabat UNHCR, Kuala Lumpur.

Malaysia tidak lagi mampu menerima kehadiran pelarian dan pemohon suaka gara-gara ini banyak memberikan implikasi ke arah masalah sosial, ekonomi, ketenteraman awam dan keselamatan negara. Pengurangan jumlah kemasukan pelarian dan pemohon suaka melalui tindakan operasi yang berterusan dan ketat di kawasan sempadan negara sama ada laut atau pun darat telah dapat mengurangkan kemasukan PATI dan seterusnya mengurangkan peranan UNHCR di negara ini.

Pada masa ini, kerajaan sentiasa menggesa UNHCR untuk mempercepatkan proses penghantaran pelarian ke negara asal atau negara ketiga dan dalam masa yang sama menggesa negara-negara ahli kepada konvensyen mengenai status pelarian 1951 dan protokol mengenai pelarian 1967 untuk menerima pelarian ini selaras dengan tanggungjawab sebagai ahli konvensyen dan juga protokol tersebut.

final • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Pihak kerajaan juga tidak bercadang untuk menubuhkan pusat berdaftar pelarian atas sebab akan membangkitkan faktor-faktor kecenderungan untuk kemasukan baru pelarian dan pemohon suaka ke dalam negara ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin merujuk kepada satu artikel yang diterbitkan oleh NST pada minggu lepas 17 hari bulan yang bertajuk dengan izin, “NST undercover: Two days, RM120 and I’m a UNHCR refugee”. Bermakna wartawan ini cuma hanya bayar RM120 dan bagi dengan sekeping gambar pasport dalam dua hari terus boleh dapatkan diri sendiri punya sekeping kad UNHCR yang didaftarkan adalah Rabiah binti Zabul Karim tetapi gambar wartawan.

Jadi Menteri, kerisauan saya adalah sebab semalam bila saya balik ke kawasan melalui Airport Antarabangsa Senai. Saya nampak begitu mudah sekali bagi orang-orang asing ini terutamanya Indonesia mereka terus boleh bypass imigresen dan terus boleh keluar dari airport. Apakah kalau orang-orang asing ini adalah ahli pengganas IS dan terus boleh menggugat keselamatan negara? Jadi saya ingin tanya pada Menteri adakah kementerian sedar ada loophole begini yang begitu bahaya sekali. Apakah langkah- langkah diambil bagi mengatasi masalah ini? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua terima kasih ke atas soalan ini. Saya terima kasih Yang Berhormat laporan akhbar yang menunjukkan bahawa pemberita telah mendapat kad UNHCR melalui agen sindiket yang mungkin banyak di pasaran di sana, pasaran gelap. Bukan sahaja pemberita sebenarnya pegawai-pegawai pejabat saya yang dihantar untuk mengintip, tidak ramai pegawai di pejabat UNHCR sudah ada agen yang berkeliaran di sana dan pegawai ini pun dapat kad. Cuma yang mereka tersilap ini sindiket ini mereka tidak tahu bahawa di Malaysia ini kalau orang Islam ini ada bin. Jadi dia pun bagi UNHCR kad yang ada perkataan bin tetapi nama lainlah, nama yang berbentuk mungkin Bangladesh sedikit, bin. Jadi kita pun dapat kad sebenarnya. Kita telah membuat laporan daripada polis dan maklum kepada UNHCR.

Sebenarnya kad dalam pasaran gelap ini kita tidak tahu berapa tetapi memang ia telah ada dan berlaku. Saya ingat kot kad ini dijual dengan harga mahal rupanya murah.

Dalam RM120 mereka boleh dapat kad dalam pasaran gelap. Semua sekali kad ini kalau sekiranya mereka buat, kita dapat buat laporan polis, polis akan merujuk kepada UNHCR dan kita akan pastikan sama ada kad itu tulen ataupun tidak. Kad itu akan ditentukan melalui online ataupun melalui faks. UNHCR boleh verify bahawa kad ini tulen ataupun tidak. Jadi tindakan akan diambil serta-merta kalau sekiranya kita dapat maklumat. Jadi oleh kerana benda ini telah berlaku, kita pun telah membuat laporan polis berhubung dengan sindiket yang berleluasa. Kita juga membuat laporan polis kepada pejabat itu sendiri untuk melihat sama ada, ada hubung kait ataupun tidak dengan apa yang berlaku dalam pasaran gelap.

Berhubung dengan imigresen. Imigresen membenarkan orang yang ada kad UNHCR itu berlalu begitu sahaja. Mereka ini tidak layak, mereka ini mesti mengikuti undang-undang Kerajaan Malaysia yang mengiktiraf pasport. Saya sendiri pernah semasa saya sedang berjalan kaki di petang hari di panas yang terik di Perlis. Oleh kerana jalannya sempit hanya boleh laluan motosikal sahaja, jadi bila saya berjalan, motosikal kena berhenti ataupun saya kena berhenti. Akan tetapi bila saya tengok ramai mereka muka yang agak berlainan, saya berhenti dan saya tengok ramai motosikal yang berhenti. Bila saya minta tengok pasport, tidak ada pasport. Yang ada kad UNHCR yang saya rasa boleh menunjukkan dia bukan kad yang sebenarnya.

Keduanya tidak ada lesen memandu. Jadi mereka ini telah melakukan kesalahan tidak ada lesen memandu dan memegang kad UNHCR tetapi bekerja. Kad UNHCR bukan kad untuk bekerja, bukan pasport untuk mereka pergi ke luar negara. Mereka mesti mematuhi undang-undang negara ini, tidak boleh bekerja, tidak boleh membuat apa-apa aktiviti lain. Mereka hanya boleh berada di sini di bawah perlindungan UNHCR.

Sepatutnya UNHCR kena bagilah tempat tinggal dan makan tetapi nampaknya di Malaysia ini mereka pula bebas bergerak pergi ke sana sini termasuklah meneroka hutan, mencuri kayu dan sebagainya. Jadi tindakan akan diambil.

Akhir sekali soalan Yang Berhormat sama ada mereka ini IS ataupun tidak.

Jawapannya ialah kita serah kepada pihak polis. Mungkin ya, mungkin tiada. Boleh jadi ya boleh jadi tiada. Jadi hal ini kita serah kepada polis untuk menentukannya sebab polis

final • 10:50 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

mempunyai sekurang-kurangnya rekod berhubung dengan mereka yang menganggotai IS.

Kalau sekiranya mereka ini telah pun didapati membeli kad UNHCR, kita akan siasat.

Sekarang ini kita membuat pelbagai police report untuk menyiasat pemegang kad UNHCR dan juga kita membuat laporan polis berhubung dengan tempat-tempat yang kita jangka penjualan kad ini meluas. Ini sebab penjualan kad ini sekarang ini nampaknya bukan sahaja berada di sekitar di Lembah Klang tetapi di luar Lembah Klang pun ada. Ini sebab kad itu kualitinya agak rendah dan saya telah menelefon Tuan Yang di-Pertua Pejabat UNHCR pagi ini. Saya bagi tahu bahawa perkara ini tidak wajar berlaku dan bermacam-macam perkara yang kita cakapkan.

Dia bagi tahu minggu hadapan dia akan memperkenalkan mesin baru dan sudi untuk datang ke pejabat saya. Saya kata urusan saya dengan dia tidaklah sampai ke tahap itu. Itu dia dengan Wisma Putra. Akan tetapi saya hendak beritahu supaya Arahan MKN 2003 itu diikuti. Arahan MKN 2003 dengan terang menyebut bahawa PATI yang memegang kad UNHCR palsu akan ditahan dan akan didakwa, akan diambil tindakan. Jadi sebenarnya dari segi peraturan kerajaan sudah lengkap terutamanya Arahan MKN 2003 berhubung dengan UNHCR. Thank you Yang Berhormat. Soalan pendek jawab panjang.

final • 10:50 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa ada wujudkan aktiviti memeras ugut pelarian-pelarian yang dilakukan oleh anggota-anggota? Walaupun aduan polis ada dibuat tetapi tidak ada tindakan. Soalan saya adakah kementerian menyedari kes-kes ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan polis saya serah kepada KDN. KDN akan jawab dan kalau sekiranya Yang Berhormat telah pun berucap ataupun belum berucap Yang Berhormat patut berucap dan jawapan – oh, sudah habis, maaf. Jawapan daripada pihak kementerian nanti hari ini bermula Yang Berhormat boleh tanya kepada pihak polis. Akan tetapi saya hendak bagi tahu di pihak MKN kita pastikan supaya agensi penguat kuasa mengambil tindakan yang tegas.

Semua rakyat Malaysia termasuk pembangkang dan pihak kita rasa rimas dengan kehadiran begitu ramai orang yang kita tidak tahu apa yang mereka bawa. Mereka bekerja di mana-mana, di Parlimen ini pun kita tengok bukan orang tempatan yang bekerja. Sudah pasti kalau kita – kita pun hendak kena tengok sama ada mereka ini sah ataupun tidak.

Berhubung dengan peras ugut. Ini merupakan kesalahan. Sebenarnya polis ambil tindakan Yang Berhormat. Polis mengambil tindakan apa sahaja laporan yang dibuat kepada mereka. Sama ada cepat atau lambat itu ialah polis yang akan menentukannya.

Tidak tepat kalau Yang Berhormat kata peras ugut ini berlaku, laporan polis telah dibuat dan tindakan tidak diambil. Yang Berhormat sedia maklum bahawa laporan yang banyak dibuat oleh pelbagai pihak sudah pasti tindakannya juga berbagai-bagai. Akan tetapi Yang Berhormat sebagai Ahli Yang Berhormat saya ingat tidak boleh melaporkan terus. Malah Yang Berhormat akan melihat bahawa tindakan itu diambil serta-merta.

final • 10:50 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Jadi mungkin Yang Berhormat timbulkan apa yang Yang Berhormat dengar tetapi kalau sebenarnya perkara ini berlaku, Yang Berhormat boleh maklumkan dan saya percaya polis boleh ambil tindakan serta-merta. Bagilah kepercayaan yang sewajarnya kepada polis kita dan sudah pasti mereka akan bertindakan sewajarnya ya, Yang Berhormat Pulau Pinang.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Ini soalan isu nasional, amat penting.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Semua isu penting.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Boleh satu lagi?

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila, sila. Lama Yang Berhormat Putatan tak berkumandang di udara.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengikuti jawapan Yang Berhormat Menteri tadi tetapi ada satu perkara yang

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri belum sebut, soal penarikan ataupun menyiasat kesahihan atau kesangsian pemegang-pemegang kad UNHCR ini.

Adakah kementerian di bawah kuasa Yang Berhormat Menteri menarik balik, cadangan untuk menarik balik kad-kad ini supaya kesahihan daripada kad ini dapat diperbaharui dengan mesin yang baru yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi. Dan Yang Berhormat Menteri, ini soal usaha kementerian ini saya mengucapkan terima kasihlah kerana berulang-alik operasi-operasi untuk menghantar balik pelarian-pelarian ini. Itu saya ucapkan tahniah, syabas kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi satu lagi yang isu RCI di Sabah ini belum putus sampai sekarang. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa laporan RCI ini boleh diputuskan dengan segera?

final • 11:00 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama, saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, pihak polis merujuk kepada UNHCR ini tiap- tiap hari untuk mendapat pengesahan sama ada kad ini benar ataupun tidak, Yang Berhormat.

Saya beri contoh Yang Berhormat walaupun Yang Berhormat tidak bertanya, tetapi saya hendak bagi contoh kepada Yang Berhormat bahawa kita ada rekod yang jumlah yang UNHCR telah sahkan bahawa kad ini palsu. Saya akan jawab soalan nombor lapan sekejap lagi yang ada hubung-kait dengan perkara tersebut. Jadi tindakan untuk memansuhkan kad tersebut diambil serta-merta. Malah, kalau kad itu didapati kad palsu, polis akan mengambil tindakan sebab orang ini berada dalam tahanan polis, yang ada kad UNHCR, polis check. Kalau sekiranya didapati bahawa kad itu palsu, sudah pasti tindakan seterusnya akan diambil.

Kemudian, yang keduanya tentang penghantaran balik itu akan berterusan Yang Berhormat. Yang ketiganya berhubung RCI, soalan ini sudah pasti secara bertulis. Terima kasih.

final • 11:00 AM

6. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [Bachok] minta Menteri Kesihatan menyatakan status projek pembinaan Hospital Bachok yang belum menampakkan tanda-tanda kemajuan pembinaan di tapak, apakah pembinaannya sempat siap sebelum tarikh akhir Penggal Parlimen Ke-13 ini.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bachok dan soalan ini adalah berkenaan dengan Hospital Bachok, soalan yang spesifik untuk hospital itu.

Tuan Yang di-Pertua, projek pembinaan Hospital Bachok berjalan mengikut perancangan seperti yang dijadualkan oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya sebagai agensi pelaksana. Proses pelawaan tender telah ditutup pada 21 Januari 2016 dan pada masa ini proses penilaian tender sedang dilaksanakan dan surat setuju terima dijangka pada bulan April 2016.

Pelaksanaan projek Hospital Bachok akan mengambil masa selama 36 bulan dan projek ini dijangka siap pada bulan Mei 2019. Hospital ini mengandungi 76 katil, hospital daerah tanpa pakar tetapi akan ada pakar yang akan melawat dan semua perkhidmatan memang disediakan dan saya jangka projek ini akan berjalan lancar Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan dan jaminan dan hari ini saya rasa legalah kerana apa yang saya perjuangkan di sini bermula hari pertama berucap di Dewan ini, saya ada sebut pasal pembiayaan hospital. Ini perlu disegerakan sehingga ada orang kata, tak ada kerja lain nak sebut di Parlimen ini, asyik dok sebut pasal Hospital Bachok ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita kalau bersabit dengan kepentingan rakyat ini, seribu kali pun kita sanggup sebut.

Soalan tambahan saya ialah di antara keperluan di hospital ini, saya perhatikan ialah tentang bimbingan keagamaan kerana dalam Al-Quran Allah SWT berfirman [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Apabila aku sakit, maka Allahlah yang menyembuhkan sakitku”. Saya perhatikan berdasarkan juga kepada pengalaman, orang sakit dekat hospital ini yang beragama Islam, mereka agak tidak ramai mendirikan solat sehingga ada kajian menyebut bahawa 80 peratus di kalangan mereka tak mengerjakan solat sedangkan bila

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

sakit, kita sangat berharap kepada penyembuhan daripada Allah yang sebenarnya menyembuh.

Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah hospital ini juga akan menyediakan servis bimbingan keagamaan sebagaimana yang ada di Hospital USM kubang Kerian, ia ada satu unit hal ehwal agama Islam yang diletakkan di bawah hospital itu sendiri, bukannya dipinjam daripada JAKIM pegawai tersebut. Kalau ada, saya mencadangkan supaya KKM sudah boleh mulakan untuk pengambilan staf di bawah KKM sendiri yang ada kemahiran dan kepakaran di dalam bidang keagamaan ini. Ini lebih penting untuk menjamin kualiti servis keagamaan dan bimbingan kaunseling keagamaan di hospital dan juga untuk kemajuan kerjaya staf itu. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bachok lain pakaian hari ini. Macam hendak pergi majlis perkahwinan sahaja.

[Ketawa] Saya ingat Yang Berhormat Bukit Gantang pun boleh berpakaian begini juga.

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Belum sampai masanya untuk ikut Tuan Yang di-Pertua, belum sampai masanya.

[Ketawa]

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Ketawa] Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, memang perkara ini memang kita beri perhatian yang serius dan saya sendiri telah pun melancarkan program tentang bimbingan solat untuk orang sakit ini di hospital. Saya sendiri sudah melancarkan di Hospital Sungai Buloh, saya ingat lagi dua tahun yang lepas. Program ini berterusan dan banyak sudah hospital yang telahpun meletakkan pegawai JAKIM.

Akan tetapi untuk kita sendiri sebagai KKM untuk meletakkan pegawai, buat masa ini kita tak boleh pertimbangkan lagi oleh sebab kekangan perjawatan, kekangan kewangan dan sebagainya. Jadi walau bagaimanapun, kita akan teruskan penempatan pegawai- pegawai JAKIM di hospital-hospital kita, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, yang bangun dulu tadi Yang Berhormat Kota Bharu. Sila Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bachok ini sebelah sahaja dengan Kota Bharu. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, ini pun soalan yang saya telah sebut sejak daripada mula-mula saya masuk ke dalam Dewan ini iaitu adakah kerajaan bercadang untuk melakukan pemindahan bangunan Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu yang mana sebagaimana yang kita maklum hospital ini terletak di tengah- tengah bandar yang sibuk dengan lalu lintas dan sebagainya dan yang keduanya, ia terletak di kawasan di bawah paras banjir. Pada tahun 2014, Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan sehingga ke paras pinggang di dalam hospital itu sendiri.

Selain daripada itu, Hospital Kota Bharu ini terletak di sebelah Stadium Sultan Muhammad ke IV, yang mana Yang Berhormat Ketereh boleh sahkan, sekarang ini ramai benar orang keluar tengok bola ini. Peminat Red Warrior ada, peminat Qu Puteh pun ada.

Jadi ramainya orang keluar dan menyebabkan lagi tidak sesuai hospital itu terletak kawasan seumpama itu, adakah kerajaan bercadang untuk memindahkan hospital ini ke satu tempat yang lebih sesuai, yang lebih selamat daripada banjir dan juga daripada masalah-masalah lain? Terima kasih banyak.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Menteri, kalau ada maklumat di situ.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, soalan ini terkeluar daripada soalan asal. Akan tetapi saya boleh jawab sedikitlah.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, boleh jawapan bertulis, boleh jawab sikitlah.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Bahawa sekarang ini belum ada perancangan, belum ada perancangan untuk hendak pindah Hospital Zainab II ini ke tempat yang lain Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

7. Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah kementerian bercadang untuk menggunakan getah sebagai salah satu bahan utama pembinaan jalan raya di negara ini dan apakah masalah dan halangan kepada penggunaan teknologi ini.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jelebu di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersama-sama dengan satu lagi soalan yang lain yang juga daripada Ahli Yang Berhormat Jelebu yang dijadualkan pada 29 Mac 2016 ini kerana ia menyentuh isu yang sama iaitu berkaitan isu teknologi pembinaan jalan getah di negara ini.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 11:10 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada masa kini Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melaksanakan kajian penggunaan getah beku sebagai bahan campuran asphalt untuk turapan jalan. Kajian tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Getah Malaysia (LGM) melalui pemeteraian memorandum perjanjian (MOA) yang ditandatangani pada 24 Jun 2015.

Memorandum of understanding atau memorandum perjanjian tersebut antara lain telah mencadangkan lima buah lokasi bagi melaksanakan Projek Perintis Pembinaan Jalan Getah. Salah satu dari lokasi kajian tersebut ialah Jalan Gemas ke Rompin iaitu FT10 Negeri Sembilan di mana projek ini telah disiapkan pada bulan Disember 2015 yang lalu.

Manakala empat lagi projek perintis iaitu masing-masing di Kedah, Pahang, Kelantan dan Selangor, lokasi laluan masih belum ditentukan telah dirancang akan dilaksanakan pada tahun ini. Pada masa ini JKR dan LGM sedang menganalisis data prestasi turapan jalan di lokasi yang telah disiapkan itu iaitu Jalan Gemas ke Rompin.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, beberapa faktor perlu dipertimbangkan kerajaan sebelum memutuskan penggunaan getah sebagai bahan campuran asphalt untuk pembinaan jalan di negara ini. Faktor-faktor tersebut ialah seperti berikut; pertama ialah kuantiti bahan mentah yang mencukupi bagi penghasilan campuran bitumen getah. Kedua, kesesuaian peralatan untuk bancuhan bitumen getah. Ketiga, kualiti bahan bitumen getah yang dihasilkan di mana ia perlu mematuhi tahap piawaian tertentu dan keempat kos pembinaan jalan turap getah berbanding kaedah turapan konvensional.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan penggunaan getah beku sebagai bahan campuran asphalt dalam turapan jalan akan diperluaskan ke lokasi-lokasi lain di seluruh negara tertakluk kepada hasil keputusan pelaksanaan projek-projek perintis yang sedang dijalankan seperti yang disebutkan di atas. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satu jawapan yang meyakinkan dan memberi harapan kepada pekebun-pekebun kecil. Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan isu ini kerana ini merupakan perjuangan pekebun kecil yang lebih daripada 300,000 orang. Negara kita mengeluarkan lebih kurang 700,000 ke 722,000 metrik tan setahun getah di mana 95 peratus adalah daripada pekebun kecil.

Jadi dengan angka pengeluaran tersebut kalau berdasarkan kajian bahawa setiap kilometer akan menggunakan 4 metrik tan getah beku untuk membina satu kilometer jalan.

Ini bermakna bekalan getah kita mengikut pengeluaran pada tahun 2015 membolehkan kita membina 166,000 kilometer ke 170,000 kilometer setahun. Maknanya bekalan bahan ini adalah mencukupi dan kalau lebih kita boleh eksport dan concern saya dengan izin Tuan Yang di-Pertua ialah dengan penyertaan dan dokongan daripada KKR dan JKR bagi menggalakkan dan memastikan jalan getah ini dilaksanakan, maka kita boleh menjamin permintaan getah daripada pekebun kecil pada harga yang kita sendiri boleh tetapkan sekarang dan tidak bergantung kepada harga pasaran dunia.

Ini satu jaminan dan masa depan yang baik kepada penoreh-penoreh getah, pekebun kecil. Inilah sebabnya saya bangkitkan dan terima kasih kepada KKR kerana menyegerakan penyediaan data empirical bagi kajian-kajian bitumen-rubberized bitumen

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

ini. Jadi saya harap kita berjaya dan kejayaan ini merupakan satu jaminan kepada pekebun kecil bahawa getah saudara-saudara boleh dibeli dengan harga yang boleh ditetapkan sekarang kerana permintaan dalam negeri dan tidak bergantung kepada harga pasaran negara luar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Baling sokong penuh Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya cadangan setuju kah Yang Berhormat Menteri?

final • 11:10 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Sebenarnya kementerian sangat bersetuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Jelebu. Oleh daripada itulah kementerian telah mengambil tindakan-tindakan proaktif termasuklah menandatangani memorandum of understanding atau pun memorandum perjanjian bagi tujuan untuk mengkaji dan seterusnya menjadikan win-win situation di antara industri getah dan juga pembinaan jalan raya di negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebagai kawasan yang menjadi pengeluar getah utama di Malaysia ini, Kuala Krai merasakan kalau kajian yang dibuat oleh Kementerian Kerja Raya ini berjaya, ia merupakan suatu dengan izin game changer kepada industri getah. Ini kerana sebelum ini kita dimaklumkan bahawa getah digunakan sebagai komponen yang penting dalam pembinaan penampan pada Jambatan Pulau Pinang 2 dan juga bangunan-bangunan untuk menghadapi gempa bumi.

Akan tetapi tentulah kegunaan tersebut terhad kerana jambatan kita tidak banyak.

Namun kalau ianya berjaya digunakan dalam campuran bitumen untuk membina jalan raya saya rasa ini akan membuka ruang penggunaan getah yang lebih luas. Pekebun kecil kita boleh merasa yakin dengan industri getah ini dan tidak perlu bertukar kepada industri yang lain.

Cumanya saya ingin bertanya kepada Menteri, ujian penggunaan ini tidak seperti kita menguji ubat-ubatan ada animal research, ada clinical research tetapi sepatutnya dengan jalan raya ini ianya boleh terus ataupun apabila ianya didapati berguna, saya yakin ianya sudah melalui satu proses kajian dan ujian. Jadi berapa lama agaknya kita boleh melihat hasil ini dapat diumumkan dan penggunaan getah ini secara luas dapat dimulakan?

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai atas soalan yang dikemukakan. Seperti yang dinyatakan Yang Berhormat terdapat lima buah lokasi jalan yang digunakan sebagai projek perintis di mana salah satu jalan iaitu Jalan Gemas ke Rompin telah siap pembinaannya pada bulan Disember lepas.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kajian perlu dilaksanakan bukan sahaja dalam satu fasa Yang Berhormat tetapi kajian tersebut akan diadakan sebelum, semasa, selepas dan semasa tempoh penyelenggaraan.

Oleh daripada itulah kita memerlukan masa Yang Berhormat untuk melihat keberkesanan apa sahaja kajian yang dilakukan, kita memerlukan masa Yang Berhormat.

Kajian awal menunjukkan ada beberapa faktor mungkin perlu diteliti terutama sekali dalam penggunaan teknologi getah itu sendiri di mana apabila dilihat kepada kos, kita mungkin boleh melihat kepada faktor kos di mana kos konvensional dibandingkan dengan penggunaan teknologi getah ini dilihat bahawa kos yang melibatkan kaedah konvensional jauh lebih rendah.

Akan tetapi mungkin ini boleh kita atasi dengan penggunaan komponen getah itu secara meluas Yang Berhormat. Kita hanya menyatakan di sini penggunaannya hanya kepada jarak yang agak rendah.

Kedua, Yang Berhormat adalah yang melibatkan teknologi itu sendiri. It is a new developed technology yang melibatkan komponen ini walaupun kita ketahui bahawa teknologi ini evolved, cuma pada ketika ini komponen yang khusus sedang dibina, sedang dikaji oleh Lembaga Industri Getah kita sendiri.

Tidak ramai yang terlibat dalam industri ini dan sudah tentu pertukaran kaedah konvensional kepada kaedah yang baru ini memerlukan masa yang melibatkan machinery dan sudah tentu seperti yang saya jawab lebih awal tadi Yang Berhormat kualiti bahan

final • 11:10 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

bitumen getah yang dihasilkan juga perlu mematuhi tahap piawaian tertentu dan perkara- perkara ini perlu kita lihat Yang Berhormat sebagai satu, untuk memastikan bahawa kita moving towards penggunaan getah itu sebagai satu teknologi yang kita gunakan secara menyeluruh.

final • 11:10 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Jadi, empat perkara yang saya sebutkan lebih awal, kita perlu lihat kepada konteks bahan mentah yang mencukupi, kesesuaian peralatan untuk bancuhan bitumen getah, kualiti bahan bitumen getah dan juga kos pembinaan jalan turapan getah berbanding dengan konvensional seperti yang saya sebutkan tadi. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini satu soalan yang amat bertepatan dengan hati dan sanubari saya sebab Baling di antara kawasan pekebun kecil getah yang terbesar. Pertama sekali, saya hendak ucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya, di mana hari ini kementerian telah pemikiran di luar kotak, yang mana ingin membantu penoreh-penoreh dan pekebun kecil getah. Saya teliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi dan saya juga nak nyatakan di sini bahawa kualiti getah dalam negara kita adalah yang terbaik dalam dunia.

Jadi, saya harap, saya dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa hendak buat kajian yang mendalam dan sebagainya. Saya berharap kementerian tidak banyak sangat kajian, kalau boleh endorse kan dengan kementerian-kementerian yang berkaitan, dengan National Blue Ocean Strategy tadi, panggil pakar-pakar untuk kita memulakan. Kita dah ada satu jalan di kawasan Rompin Yang Berhormat sebutkan tadi dan kita dah boleh mulakan di tempat lain. Ini sekali gus akan memberangsangkan nilai harga- harga getah tersebut.

Hari ini kalau kita tengok di kawasan saya di Baling, hampir 22,000 buah keluarga penoreh getah yang masih lagi dalam tahap amat susah. Jadi, saya harap kalau ini dapat diumumkan oleh kerajaan, saya amat yakin dan percaya akan sedikit memberi perangsang kepada mereka, ada harapan baru untuk mereka melaksanakan tanggungjawab kita dalam pekebun kecil getah ini. Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada kementerian Yang Berhormat, cuma saya minta percepatkan kalau boleh, secepat yang boleh hari ini untuk rakyat merasa manfaat tersebut. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Cadangan Yang Berhormat Baling merupakan cadangan yang terbaik. Insya-Allah kita akan pastikan bahawa apa yang kita laksanakan ini akan memenuhi tuntutan masa dan juga apa yang telah diaspirasikan oleh semua, termasuklah pengguna jalan raya di Malaysia ini dan juga sudah tentu penggiat industri getah di tanah air kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

8. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Perdana Menteri menyatakan bilangan pelarian dari setiap negara asal yang telah atau masih dalam perancangan Malaysia untuk menyediakan tempat tinggal buat mereka. Apakah keadaan semasa mereka yang sudah berada di Malaysia.

final • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, saya nak bagi peluang sahabat saya dapat soalan nombor 9 sebab soalan itu telah dijawab nombor 5 tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 29 Februari 2016, terdapat seramai 158,516 orang pelarian dan pemohon suaka yang telah berdaftar dengan pejabat UNHCR di Kuala Lumpur. Pecahannya adalah seperti berikut; Myanmar 144,388 orang. Jumlahnya adalah 158,516 yang melibatkan negara Afghanistan, Iran, Iraq, Pakistan, Palestin, Somalia, Sri Lanka, Syria, Yaman dan juga lain-lain lagi.

Malaysia sebagai negara bukan ahli kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Status Pelarian 1967, tidak mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal untuk pendatang tanpa izin (PATI) di negara ini. Tugas dan tanggungjawab ini sepatutnya dilaksanakan oleh pihak UNHCR yang memberikan status pelarian kepada mereka. Selain itu, mereka juga perlu memberikan bantuan sara hidup kepada pelarian dan pemohon suaka yang dibenarkan tinggal sementara sehingga mereka pulang ke negara asal atau ditempatkan di negara ketiga.

final • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Kerajaan sentiasa menggesa pihak UNHCR untuk mempercepatkan penghantaran pulang pelarian ke negara asal atau ke negara ketiga, khususnya pelarian dari Myanmar.

Oleh kerana mereka sering menimbulkan pelbagai masalah dari segi ekonomi, sosial, ketenteraman awam dan keselamatan negara. Kerajaan juga menggesa UNHCR untuk meneliti semula status kad UNHCR pelarian sedia ada. Memandangkan terdapat individu yang tidak lagi diklasifikasikan sebagai pelarian, di mana mereka lebih merupakan golongan migran ekonomi. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, berapakah pelarian yang telah pun kembali ke negara mereka masing-masing dan apakah sebab-sebab mereka meninggalkan Malaysia? Apakah kerajaan telah pun menawarkan kewarganegaraan dan pemastautin tetap kepada mana- mana pelarian? Jika ya, saya mohon angka, termasuk bilangan pelarian setiap negara asal yang telah menjadi warganegara dan penduduk tetap di negara kita. Saya juga memohon maklumat, apakah dasar kerajaan terhadap cadangan UNHCR pada beberapa ketika dahulu, yang mencadangkan agar Malaysia membenarkan pelarian bekerja di negara kita bagi menggantikan pekerja asing. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, semua soalan ini bagus tetapi akan dijawab oleh Kementerian Dalam Negeri. Oleh sebab tugas MKN ini ialah meletakkan dari segi polisinya, agensi pelaksana ialah Kementerian Dalam Negeri iaitu berapakah kembali ke negara asal. Ini saya boleh jawab secara bertulis. Warganegara, mereka dapat ataupun tidak, ini saya kena serah kepada Kementerian Dalam Negeri.

Kemudian, jumlah mereka dan daripada negara asal mana, juga Kementerian Dalam Negeri. Kemudian, cadangan UNHCR dan juga pelbagai pihak supaya mereka ini diberi permit kerja. Perkara ini sedang dipertimbangkan dengan wajar oleh pihak kerajaan.

Cadangan ini sudah pun dibincangkan dan tindakan seterusnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Terima kasih.

final • 11:20 AM

9. Datuk Koh Nai Kwong [Alor Gajah] minta Perdana Menteri menyatakan cara pelaksanaan Indeks Syariah dan senarai indikator yang menjadi ukuran penemuan dalam indeks ini dan hasil kajian tentang impak Indeks Jenayah Syariah kepada golongan bukan Islam.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ucap terima kasih kepada Dato’ Seri Shahidan daripada Arau kerana memberi ruang untuk saya, masa.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun melancarkan Indeks Syariah Malaysia

(ISM) pada 10 Februari 2015. Ia merupakan satu instrumen untuk mengukur dan menilai secara saintifik usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan dalam dasar dan program negara yang menepati lima maqasid syariah atau objektif syarak iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kajian ISM dilaksanakan dengan menjadikan lima prinsip maqasid syariah ini sebagai asas pengukuran. Manakala, sektor yang diukur pula membabitkan lapan bidang utama dalam pentadbiran negara iaitu perundangan Islam, ekonomi, kesihatan, prasarana dan persekitaran, politik, pendidikan, budaya dan sosial.

Responden yang terlibat pula ialah pemerintah selaku pembuat dasar, agensi kerajaan selaku pelaksana dasar dan masyarakat selaku penerima manfaat dasar. Soalan- soalan dikemukakan kepada ketiga-tiga kategori koresponden sama ada melalui perbincangan berfokus, temu bual atau melalui borang soal selidik. Analisis dan pengiraan indeks setiap bidang akan dibuat oleh universiti yang melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan yang telah dijawab oleh panel pakar indeks yang dilantik, akan menilai dan menyelaraskan kesemua dapatan tersebut untuk mendapatkan skor keseluruhan Indeks Syariah Malaysia.

Berhubung dengan hasil kajian tentang impak Indeks Jenayah Syariah kepada golongan bukan Islam, dijelaskan ISM bukanlah bertujuan membuat kajian Indeks Jenayah Syariah kepada golongan bukan Islam seperti yang dimaksudkan dalam pertanyaan ini.

Sesungguhnya, maqasid syariah yang menjadi dasar dalam ISM merupakan matlamat umum yang bersifat universal dan boleh diterima oleh semua manusia. Ia melibatkan kepentingan semua pihak tanpa mengira agama iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki

Hasil daripada pelaksanaan ISM ini akan dapat mengenal pasti ruang-ruang pembaikan yang perlu diberi fokus oleh kerajaan supaya rakyat dapat menerima lebih banyak manfaat daripada penerapan nilai-nilai sejagat yang terkandung di dalam ajaran Islam. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu jelas sekali.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah sama ada pelaksanaan Indeks Syariah berkesan di kalangan generasi muda khususnya di golongan pemuda dan belia?

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Seperti mana yang saya sebutkan, Indeks Syariah Malaysia ini adalah satu bentuk kajian ataupun pengukuran yang bermatlamatkan untuk menilai sejauh manakah dari segi pelaksanaan prinsip ataupun objektif maqasid syariah ini dalam dasar-dasar kerajaan sedia ada. Ia tidaklah merupakan satu bentuk pelaksanaan dalam konteks memastikan segala tindak-tanduk ataupun dasar-dasar yang sedia ada ini dijalankan dengan cara yang tuntas.

Sebab itulah saya sebutkan tadi, ia adalah satu metodologi ataupun pendekatan, kaedah untuk mengukur dan menilai sahaja yang akhirnya dapat digunakan sebagai tanda aras kepada kementerian-kementerian, agensi-agensi kerajaan dalam lapan bidang yang saya sebutkan tadi untuk mengaplikasikannya dan menambah baik yang mana sepatutnya memenuhi prinsip dan pendekatan syariah. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

10. Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memberikan persediaan kepada syarikat kecil dan sederhana Malaysia supaya dapat bermanfaat dari Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik.

final • 11:30 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak kerana memberi peluang kepada saya untuk menjawab soalan mengenai TPP oleh Yang Berhormat dari Klang.

Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan memberi perhatian yang serius kepada hal-hal berkaitan dengan syarikat kecil dan sederhana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang. Seperti yang telah saya umumkan, kerajaan sudah bersetuju untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Kebangsaan untuk memastikan bahawa TPP dilaksanakan dengan sempurna. Jawatankuasa ini sudah pun diumumkan tetapi terma rujukannya sedang kita muktamadkan dan ahli-ahlinya juga sedang dimuktamadkan.

Di bawah Jawatankuasa Nasional ini, kita ada tiga perkara penting ataupun tiga bidang yang kita akan beri tumpuan. Pertama, kita sedang mencari kaedah bagaimana kerajaan boleh terus mengadakan engagement, dengan izin, dengan Ahli-ahli Parlimen, kokus. Saya telah berbincang dengan Yang Berhormat Jasin tentang perkara ini.

Maknanya apa yang kita lakukan sebelum ini dalam memaklumkan Ahli Yang Berhormat tentang perkembangan terkini akan diteruskan khususnya berkaitan dengan proses ratifikasi.

Kedua ialah jawatankuasa berkaitan hal-hal bumiputera. Ada kebimbangan di kalangan kumpulan-kumpulan tertentu, masyarakat bumiputera tentang kesan TPP kepada mereka. Oleh itu, satu jawatankuasa kecil juga di bawah National Committee akan ditubuhkan.

Ketiga, jawatankuasa mengenai PKS yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Maka saya hendak tekankan sekali lagi bahawa ini adalah salah satu perkara yang diberi tumpuan oleh kerajaan. Dalam hal ini, seperti yang telah saya maklumkan kepada ahli-ahli kokus, pertama kali dalam mana-mana perjanjian perdagangan, kita ada satu bab khusus berkaitan PKS iaitu Bab 24 yang mengandungi hal-hal berkaitan dengan perkongsian maklumat, yang mengandungi satu perkara berkaitan dengan perlunya negara-negara TPP menubuhkan jawatankuasa bagi PKS yang diwakili oleh setiap negara TPP di mana kita boleh pastikan bahawa PKS mendapat manfaat daripada TPP. Jadi, ini adalah satu

final • 11:30 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed

manifestasi yang jelas bahawa PKS mendapat perhatian yang serius di kalangan negara- negara TPP.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, satu kaedah untuk kita melihat kepada kesan TPP kepada PKS ialah untuk melihat kepada portal PKS di Malaysia. Kita ada enam 645,136 PKS dalam negara kita dan sebahagian besarnya adalah sektor perkhidmatan iaitu 90 peratus. Perkhidmatan ini adalah edaran, membaiki kereta, motor dan motosikal, restoran, perkhidmatan persendirian, tukang gunting rambut dan lain-lain. Ini adalah 90 peratus iaitu 580,985. Pada pandangan kerajaan, sektor perkhidmatan ini sebahagian besarnya, bukan semua tetapi sebahagian besarnya, tidak akan terkesan dengan TPP.

Kedua, sektor kedua terbesar ialah pembuatan. Pembuatan merupakan 5.9 peratus daripada jumlah PKS. Jumlahnya ialah 37,896. Pembuatan ini termasuklah tekstil, pembuatan pakaian, produk makanan dan minuman. Mungkin sektor ini iaitu 5.9 peratus PKS mungkin ada kesan. Itu sebabnya kita hendaklah melaksanakan program-program bina upaya untuk memastikan PKS mampu bersaing dengan PKS daripada negara-negara lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baiklah Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim

Saya mohon menyokong.

final • 11:41 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:41 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Ketiga belas”.

[17 Mac 2016]

final • 11:41 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Point of order.

final • 11:41 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bagan.

final • 11:41 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin dulu daripada Tuan Yang di-Pertua, sekejap sahaja.

final • 11:41 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

Point of order yang mana?

final • 11:41 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(4).

Peraturan mesyuarat ini mengatakan, “Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadab)”.

Saya merujuk kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Kota Belud, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 16 Mac iaitu pada hari Rabu di mana beliau semasa menjawab tentang harga maksimum rumah mampu milik, menyatakan bahawa harga maksimum rumah mampu milik sebanyak RM400,000 ditetapkan oleh bukan Kerajaan Persekutuan tetapi oleh kerajaan negeri. So, bila saya menyebut bahawa ia adalah ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2012 dan juga bajet berikutnya pada tahun 2013 dan 2014, dalam jawapan yang diberikan semasa sesi soal jawab, dia menyatakan bahawa yang berbohong ialah Yang Berhormat Bagan.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita semua maklum, ada beberapa perkataan yang dianggap sebagai unparliamentary dan ia pun telah diputuskan oleh Speaker.

Perkataan ‘berbohong’ tidak dibenarkan kecuali Tuan Yang di-Pertua telah membuat satu arahan baru atau satu ruling baru bahawa sekarang ahli-ahli dalam Dewan yang mulia ini boleh gunakan perkataan ‘berbohong’. Saya ada bukti yang kukuh yang menyatakan bahawa inilah ucapan Bajet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dan kita tidak pertikai.

final • 11:41 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 11:41 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kita hanya ikut sahaja. Kalau sebelum ini kita selalu dipersalahkan, tidak ikut, sekarang kita ikut. Nampaknya tidak ikut pun salah, ikut arahan ataupun peraturan Kerajaan Persekutuan pun salah.

So, di sini saya harap bahawa arahan boleh dikeluarkan kepada beliau kerana telah menggunakan perkataan biadab, menarik balik ‘berbohong’ yang dilemparkan ke atas saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:41 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bagan, kita faham Peraturan Mesyuarat 36(4) yang telah dikatakan telah

final • 11:41 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

dikeluarkan sepatutnya ketika Yang Berhormat Menteri berkenaan menimbulkan perkataan- perkataan tersebut. Ada bantahan yang terus dikemukakan oleh Yang Berhormat Bagan...

[Disampuk] Saya sedang memberikan ruling. Yang Berhormat sabarlah. Itu yang pertama.

Keduanya, Yang Berhormat yang berkenaan tidak ada di dalam Dewan. Saya mohon perkara ini dirujuk kepada Yang Berhormat Tan Sri dan juga ketika Yang Berhormat Menteri berkenaan hadir di dalam Dewan.

final • 11:41 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

[Bangun]

final • 11:41 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat. Saya faham Yang Berhormat Bagan minta ditarik balik perkataan tersebut. Yang Berhormat Menteri berkenaan tiada dalam Dewan. Macam mana Yang Berhormat berkenaan hendak tarik balik dalam Dewan? Harap bersabar, Yang Berhormat.

Sila.

final • 11:41 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Peraturan, peraturan.

final • 11:41 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukuplah, Yang Berhormat.

final • 11:41 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang lain, yang lain. Bukan tentang ini.

final • 11:41 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bagan pun sudah faham, mengangguk bersetuju. Cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:41 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, bukan perkara ini.

Peraturan yang lain. Peraturan Mesyuarat 93 tentang orang-orang luar.

final • 11:41 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, pada petang Khamis yang dulu, yang lepas ini, saya dapati seorang peguam mengadakan sidang akhbar di dalam bangunan Parlimen. Saya dipercayai satu ruling oleh Speaker Tan Sri sudah katakan, hanya Ahli Parlimen dibenarkan mengadakan sidang akhbar di dalam bangunan Parlimen. Mengapa dia dibenarkan?

Adakah ruling itu telah diubah atau masih kekal? Mengapa seorang peguam yang namanya Dato’ Sri Shafee Abdullah dibenarkan mengadakan sidang akhbar. Minta satu ruling.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Saya minta ruling dari Speaker. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya hendak refer kepada peraturan mesyuarat. Saya hendak tanya Yang Berhormat, bolehkah Tuan Speaker…

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat…

final • 11:40 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Saya tanya Speaker ruling, ruling yang telah dibuat dahulu.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tidak, sebelum ruling…

final • 11:40 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ruling yang telah dibuat dahulu dan akan tidak dibenarkan. Mengapa dibenarkan sekarang.

final • 11:40 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Apa salah itu? Saya minta ruling daripada Speaker.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya hendak tanya…

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjong Karang, sila duduk Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya hendak tanya, apakah yang dimaksudkan dengan sidang akhbar? Tafsiran sidang akhbar kena jelas. Kalau dia datang orang ambush dia adakah itu merupakan sidang akhbar? Sidang akhbar kena jelas, maksud sidang akhbar.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Melaka, saya juga tiada fakta tersebut dan kita akan – Urus setia… Ya, Yang Berhormat?

final • 11:40 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Saya ada gambar cuba tunjukkan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak apa Yang Berhormat, saya buat ini, dan pihak Setiausaha Dewan akan merujuk perkara ini kepada Yang Berhormat Tan Sri. Harap Datuk juga bersabar.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tuan Yang di-Pertua penjelasan tadi tidak adillah. Tengok Yang Amat Berhormat Pekan, beliau selalu tidak ada di Dewan jadi saya boleh kata dia pembohong dia tidak ada di sini, boleh tidak?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat tidak bolehlah macam itu Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak boleh macam itu Yang Berhormat, tarik balik Yang Berhormat. Itu…

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat Segambut.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat tarik balik Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Yang Amat Berhormat Pekan tidak ada di sini, Yang Amat Berhormat Pekan tidak di sini, Yang Amat Berhormat Pekan ....

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tarik balik!

final • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ini mengikut ruling…

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat!

final • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ini mengikut ruling Datuk lari.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Itu andaian sahaja.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat, Yang Berhormat Baling sila duduk.

final • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Itu andaian sahaja.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, sila.

Saya sebut bukannya saya tidak bersetuju atau menolak usul yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Bagan. Dengar ya. Saya kata Yang Amat Berhormat Bagan minta Yang Berhormat Menteri berkenaan untuk menarik balik perkataan berbohong. Saya sebut Yang Berhormat Menteri berkenaan tiada dalam Dewan ketika ini, bukannya saya buat ruling saya menolak. Sekarang ini Yang Berhormat Segambut telah menuduh dan mengeluarkan perkataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berbohong. Berbohong terhadap apa?

final • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Itu sebagai contoh.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Nanti Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat!

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tarik balik!

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Pakai sebagai contoh, bukan saya kata dia berbohong.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat saya belum habis lagi. Yang Berhormat saya belum habis lagi.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ini sebagai contoh, ini salah tahu tidak.

final • 11:40 AM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Segambut hanya minta penjelasan dia bukan kata Yang Amat Berhormat Pekan bohong, dia kata, bolehkah tidak…

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat…

final • 11:40 AM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Tidak sama…

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya dengar Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat sila duduk Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 11:40 AM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Itu pun tidak sama.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat! Saya dengar Yang Berhormat kata kalau mengikut ruling Speaker, maka saya boleh mengeluarkan perkataan bohong kepada Yang Amat Berhormat Pekan.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Itu sebagai contoh.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat! Yang Berhormat Ipoh Timur sila duduk Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Amat Berhormat Pekan selalu tidak datang, saya minta- jadi Yang Amat Berhormat Pekan boleh bohong, dia boleh cakap.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya minta Yang Berhormat tarik balik, tarik baliklah Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Suruh dia tarik balik.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Segambut tarik balik Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini tidak ada kena mengena dengan Yang Amat Berhormat Pekan, okey.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat!

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

This is between Yang Amat Berhormat Bagan and Yang Berhormat Kota Belud, nothing to do with Yang Amat Berhormat Pekan. You tarik balik sekarang.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, tarik balik Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

There is nothing to do with Yang Berhormat Baling also lah. Duduklah Yang Berhormat Baling.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Siapa Speaker ini?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Segambut ketika mengeluarkan perkataan Yang Berhormat ketika ini ada di dalam Dewan dan saya minta Yang Berhormat tarik balik Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Saya tegaskan sekali lagi itu sebagai contoh tetapi saya tarik balik, okey.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey, terima kasih.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

final • 11:40 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab…

final • 11:44 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat yang lain diam.

final • 11:44 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua sebelum saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan secara spesifik izinkan saya untuk turut sama menjunjung kasih ke atas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas titah ucapan Baginda Tuanku yang telah menyentuh secara langsung berkenaan dengan Kementerian Dalam Negeri. Saya mengucapkan terima kasih kepada seramai 34 orang Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas usul menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Petuan Agong di Dewan yang mulia ini dari 8 hari bulan hingga 17 Mac 2016 yang menyentuh berkenaan dengan KDN.

Saya akan menggulung perbahasan berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan yang melibatkan beberapa kategori seperti berikut:

(i) keselamatan dan ketenteraman awam;

(ii) polis dan kawalan sempadan;

(iii) penjara;

(iv) pendaftaran;

(v) imigresen dan pekerja asing;

(vi) pemerdagangan orang dan penyeludupan migran;

(vii) pembangunan dan infrastruktur;

(viii) antidadah; dan

(ix) hal-hal lain.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Limbang bertanya sejauh manakah penularan kumpulan-kumpulan ekstrem seperti Daish di Sarawak dan Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat tidak ada negara boleh mendabik dada mendakwa bahawa mereka bebas daripada pengaruh kumpulan pengganas ataupun Daish. Sehingga 25 Februari yang lalu seramai enam orang yang disyaki atau didapati terlibat dengan elemen kumpulan militan Daish telah ditahan di Sabah manakala tiada sebarang penahanan direkodkan di Sarawak.

Oleh yang demikian kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia serta agensi-agensi penguatkuasaan yang lain bersama-sama dengan badan bukan kerajaan atau NGO secara berterusan akan meningkatkan lagi usaha-usaha mengekang pengaruh ideologi keganasan ini di seluruh negara. Yang Berhormat Kuala Selangor bertanya adakah kerajaan menjalankan program kesedaran terhadap ancaman Daish di peringkat sekolah? Dalam masa yang sama Yang Berhormat Tanah Merah juga memohon supaya kementerian mempergiatkan penerangan kepada rakyat berhubung bahayanya Daish dan fahamannya.

Sejak tahun 2014 sejumlah 255 program berbentuk taklimat dan ceramah telah dianjurkan oleh PDRM di seluruh negara bagi memberikan pendedahan mengenai bahaya ancaman Daish terhadap keselamatan negara dengan memfokuskan kepada beberapa kumpulan sasaran. Program seumpama ini bukan sahaja melibatkan jabatan atau agensi kerajaan, malah turut membabitkan syarikat swasta, pusat pengajian tinggi awam dan swasta serta masyarakat umum.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini sejak tahun 2014 hingga Februari tahun ini sebanyak 649 program bersepadu antara PDRM dengan pelbagai jabatan, agensi kerajaan, badan berkanun, pihak swasta, parti politik dan NGO telah dianjurkan. Setakat ini program

final • 11:44 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

berbentuk ceramah, taklimat keselamatan, seminar, pameran dan community policing dengan izin, telah menerima respons yang cukup menggalakkan. PDRM turut menerima permintaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menganjurkan program kesedaran kepada pengetua dan guru besar sekolah seluruh Malaysia dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki. Melihat kepada trend semasa ancaman Daish yang semakin membimbangkan program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan memperluaskan lagi kumpulan-kumpulan sasaran termasuk jika ada permintaan daripada pihak pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Parit bertanyakan mengenai langkah-langkah keselamatan khas yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mengekang isu-isu yang berkaitan dengan keganasan yang dilakukan oleh Daish. Melihat kepada perkembangan ancaman kumpulan pengganas Daish ini, satu tindakan bersepadu yang bersifat holistik perlu dilaksanakan bagi menangani ancaman ini dan sehubungan itu kerajaan melalui KDN dan PDRM telah melaksanakan beberapa tindakan antaranya secara berterusan telah mengadakan kerjasama dari perkongsian maklumat dengan agensi-agensi perisikan luar negara khususnya di kalangan negara-negara ASEAN.

final • 11:44 AM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 11:44 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Hasil perkongsian maklumat ini pihak polis telah membuat pemantauan rapi dan menjejaki mereka yang disyaki atau didapati terlibat dengan kumpulan-kumpulan pengganas tersebut.

final • 11:44 AM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Yang Amat Berhormat…

final • 11:44 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Indera Mahkota bangun Yang Amat Berhormat. Ya, sila.

final • 11:50 AM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Saya hendak ucap tahniahlah di atas usaha kerajaan untuk menghapuskan bahaya dan bencana Daish dan IS ini. Saya hendak mencadangkan kalau boleh sebab saya tak ada peluang hendak bercakap dahulu.

Boleh tak kementerian ini mengaturkan pada hemat sayalah organisasi yang paling rapat dengan masyarakat adalah ketua kampung dan JKK. Saya rasa seluruh ketua kampung dan JKK dalam negara Malaysia ini harus diberikan taklimat dan ditingkatkan kesedaran.

Apabila nampak sahaja orang lain macam mestilah cepat-cepat melaporkan kepada pihak- pihak yang berwajib, itu pandangan saya. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih, Yang Berhormat Indera Mahkota. Mungkin beliau belum berkesempatan untuk bercakap mengenai hal ini pada kali ini dalam penggal Parlimen yang akan datang. Keduanya, nama-nama individu yang disyaki sebagai pengganas yang diperoleh insya-Allah kita akan berkongsi dengan JKKK dan juga ketua-ketua kampung di negeri-negeri yang tidak di bawah BN insya-Allah soal ini tidak ada perbezaan pendapat. Soal keganasan kita mesti bekerjasama mengadakan ‘tahalusiasi’ yang sebenarnya dalam soal menangani permasalahan-permasalahan ini.

Oleh yang demikian, cadangan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota amat-amat dialu-alukan. Pandangan seperti beliau itulah yang harus dihargai oleh rakan-rakan yang lain di depan saya ini insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, individu yang disyaki juga yang diperoleh hasil daripada perkongsian maklumat ini akan dipanjangkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk disenaraihitamkan dan dimasukkan ke dalam senarai syak atau suspek list bagi menyekat pergerakan mereka di semua pintu masuk atau keluar, pemeriksaan imigresen seluruh negara.

Begitu juga kerajaan sedang dalam usaha untuk melaksanakan apa yang dikenali sebagai Advanced Passengers Screening System (APSS) yang merupakan saringan awal ke atas pelancong untuk memasuki ke negara ini sebelum berlepas dari negara asal. Ini adalah bagi memastikan bahawa setiap warganegara asing dapat ditapis dengan lebih awal dan terperinci. Begitu juga kerajaan dengan kerjasama NGO dan sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Temerloh telah menyarankan agar kita bekerjasama dengan semua pihak termasuk daripada PAS sendiri dan juga perlu AMANAH jika mereka masih bertahaluh dengan PAS.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Untuk mengadakan perjumpaan-perjumpaan dan majlis penerangan sebab sebagaimana yang saya katakan kita tidak harus dengan izin, we should not entertain our disputes over terrorisms. Dalam hal ini kita akan meneruskan usaha-usaha yang telah dijalankan dengan baik oleh semua pihak. Begitu juga program penerangan kepada golongan belia seperti Program Belia Benci Keganasan telah diadakan dengan kerjasama NGO-NGO berkenaan bersama-sama dengan PDRM kepada para pelajar sekolah dan universiti. Sebelum itu, kerjasama dengan SKMM atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama dengan PDRM telah dipertingkatkan bagi memantau media- media sosial yang menjadi medium komunikasi golongan belia agar perkembangan pengaruh Daish dapat dikekang.

Terdapat beberapa permasalahan lain yang telah ditangani dengan mengadakan majlis-majlis penerangan sebagaimana yang telah saya sebutkan. Yang Berhormat Parit Buntar bertanyakan mengapakah undang-undang yang digubal bagi menangani keganasan disalah gunakan untuk tujuan politik? Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kenyataan Yang Berhormat Parit Buntar adalah tidak tepat kerana undang-undang berkaitan keganasan telah digubal bagi menangani ancaman keganasan oleh mana-mana pihak ke atas negara ini. Sehubungan itu, mana-mana orang yang ditahan di bawah undang-undang yang berkaitan dengan keganasan adalah disebabkan oleh penglibatannya di dalam kegiatan keganasan semata-mata dan tidak bermotifkan politik.

Biarpun begitu mereka yang taat ini akan melalui proses penyiasatan oleh pihak polis dan sekiranya terdapat bukti penglibatan mereka dengan aktiviti keganasan maka tindakan pendakwaan akan dilakukan. Pada masa yang sama kerajaan juga tidak menafikan hak-hak asasi manusia ke atas mereka yang ditahan ini seperti mana yang termaktub di dalam undang-undang keganasan yang berkaitan. Yang Berhormat Sandakan bertanyakan, adakah keselamatan di Sabah semakin serius akibat kononnya kegagalan kerajaan menjalankan usaha-usaha membendung ancaman-ancaman contohnya daripada pengganas Sulu?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa ancaman keselamatan yang sedang dihadapi negara adalah benar dan nyata. Walaupun negara kita telah menerima ancaman daripada kumpulan pengganas secara berterusan namun atas kecekapan pasukan keselamatan kita tahap ancaman adalah terkawal daripada anasir pengganas tidak kira sama ada dari dalam mahupun dari luar negara termasuk di negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini daripada tangkapan yang telah dibuat kepada tali barut-tali barut seramai 6 orang di Sabah. Daripada siasatan yang dilakukan didapati bahawa apa yang dipanggil sebagai Kesultanan Sulu telah melantik Panglima-panglima bagi tiap-tiap Dewan Undangan Negeri di Sabah dan mereka berhasrat untuk membentuk semula Kesultanan Sulu bagi memerintah Sabah.

Dalam keadaan itu, kita dapati bahawa semua maklumat itu adalah maklumat bukan hanya daripada interrogation yang kita lakukan dengan izin tetapi juga daripada thumb drive dan dokumen-dokumen yang kita peroleh dan jangan pernah pandang enteng dan pandang ringan terhadap apa yang dilakukan oleh pihak pengganas Sulu ini. Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengalih pandangan kepada persoalan kedua iaitu mengenai PDRM. Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Kota Kinabalu meminta supaya kementerian mempertingkatkan usaha-usaha membanteras perjudian secara online.

Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, PDRM sentiasa memberikan perhatian yang khusus berkaitan dengan aktiviti perjudian haram terutama yang melibatkan penggunaan Internet dengan membuat pemantauan dan menjalankan operasi secara terancang dan berterusan di seluruh negara.

Walaupun operasi membanteras aktiviti perjudian haram ini dijalankan secara besar-besaran dan berterusan namun aktiviti penjualan ini masih aktif kerana pengusaha pusat perjudian haram telah menukar modus operandi mereka dengan izin dengan beroperasi di sebalik perniagaan yang sah atas nama pusat hiburan keluarga melalui lesen mesin simulator yang dikeluarkan sedangkan mesin-mesin tersebut telah diubahsuai untuk tujuan perjudian dan juga mengubah lokasi dari premis perniagaan ke kondominium serta rumah kediaman bagi mengaburi mata pihak penguat kuasa.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih serta syabas kepada kerajaan Johor yang tidak lagi mengeluarkan lesen PHK Pusat Hiburan Keluarga malah tidak akan

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

menyambung lesen-lesen berkenaan. Johor merupakan negeri pertama yang telah melakukan tindakan yang berkenaan ini merupakan tindakan yang berani. Saya harap ia akan diikuti oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua, sebagai langkah tambahan bagi mengekang kegiatan perjudian ini sehingga ke akar umbi kementerian dan PDRM juga telah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut, sila.

final • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Amat Berhormat, terima Tuan Yang di-Pertua. Saya bangkitkan isu tentang SMS yang dihantar kepada pengguna- pengguna. Ia sangat terang dia kata Malaysia Top 1 Casino, every deposit free, 10 percent bonus, live game, slot jack pot, sport highest for the payout pocket dan dia terus bagi telefon number 010-3069517 terang-terang okey dan selalu dapat dan yang paling latest yang saya dapat 4.08 am pagi ini live games try today, play at hand phone atau pc, 24 customer service, free register then contact 011-28880348 very clear, clear cut. Saya pasti telco semua ada information tersebut.

Jadi PDRM janganlah gunakan cara yang konvensional hendak pergi cek lesen kah ini semua online, ini semua melalui hand phone, dan ini sangat berbahaya kepada anak-anak muda yang mempunyai hand phone. Kita dapat kita boleh tahan, tak main-tak mainlah, tak judi-tak judi. Tapi anak-anak muda dia akan try. Jadi isunya adalah PDRM kena tingkatkan cara mereka membanteras judi haram ini melalui hand phone dan sebagainya. Saya hendak minta kalau boleh bagi statistik berapa yang betul-betul pernah kah PDRM check betul-betul ini? Atau mereka masih tidak tahu atau tidak tahu bagaimana membanteras melalui hand phone? Minta penjelasan.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, sindiket itu mungkin mengetahui bahawa Yang Berhormat berpotensi untuk dijadikan sebagai pelanggan.

final • 12:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

On the record, I tidak pernah judi.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya kata mungkin berpotensi.

final • 12:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

On the record. Okey. I am not the person who wants to berjudi, gambling.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Itu sebabnya SMS itu dihantar. Walau bagaimanapun, jangan letakkan kesalahan hanya kepada PDRM kerana soal online ini adalah soal SKMM dan kami bekerjasama dengan SKMM untuk membanteras. Saya harap Yang Berhormat yang amat prihatin dalam soal-soal yang begini, mari kita bersama-sama bekerjasama. Jangan ada perbezaan pendapat di dalam menangani permasalahan ini dan bagi melakukan pembanterasan terhadap masalah judi. Ini masalah kami dan masalah Ahli- ahli Yang Berhormat yang belah sana juga. Jadi, jangan pertikai usaha murni yang dilakukan oleh pihak PDRM. Sepatutnya berterima kasih kepada pihak PDRM, berterima kasih kepada pihak agensi penguat kuasa yang melakukan perkara ini.

Itulah sebabnya saya minta juga kerajaan-kerajaan negeri melakukan tindakan yang sama kerana ada didapati bahawa pihak PBT juga bertanggungjawab mengeluarkan lesen PHK ini. Ada pihak PBT juga yang tidak mengambil tindakan walaupun kaedah perjudian telah bertukar daripada pendekatan konvensional kepada pendekatan- pendekatan atas talian yang begini. Jadi dalam perkara ini, mari kita bersama-sama untuk melakukan pembanterasan. Bagi saya secara peribadi, tiada judi halal, tiada judi haram.

Semua judi adalah haram. Ini pegangan saya. Dalam perkara ini, kita harus mengambil keprihatinan dan kepedulian terhadap perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah yang telah dilakukan antaranya KDN telah membentangkan nota maklumat berhubung isu aktiviti perjudian haram kepada mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri dengan menggariskan beberapa cadangan penyelesaian dan kaedah pelaksanaan penguatkuasaan dan juga melatih lebih ramai pakar-pakar judi untuk memudahkan mereka mengenal pasti dan mengkategorikan sesuatu aktiviti itu mempunyai elemen perjudian. Sila Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Bagan Datok. Yang Amat Berhormat Bagan Datok, saya ingat bahawa Yang Amat Berhormat pernah mengatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa

final • 12:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Bukit Aman telah menubuhkan satu pasukan khas untuk membanteras gejala ataupun aktiviti perjudian haram ini. Akan tetapi aktiviti perjudian haram ini walaupun pada ketika itu enam bulan hingga 12 bulan memang tidak ada masalah ini, kebanyakan pusat-pusat perjudian haram ini telah pun dihapuskan atau ditutup.

Akan tetapi beberapa bulan kebelakangan ini, ia macam cendawan tumbuh selepas hujan pula. Di Seremban sahaja lebih seratus lebih pusat perjudian haram ini.

Begitu berleluasa. Mereka buat business cafe. Dia buka sebagai kedai kopi, kedai kafe tetapi di dalam, semuanya aktiviti-aktiviti perjudian ini.

Saya hendak tanya, apakah tindakan daripada pihak Bukit Aman untuk melakukan operasi besar-besaran terhadap pusat-pusat perjudian haram ini yang saya yakin semua OCPD tahu bahawa berlakunya perkara ini. Menteri Besar semua tahu adanya pusat-pusat perjudian ini dan seolah-olah mereka dibenarkan meneruskan aktiviti mereka tanpa apa- apa operasi. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Boleh?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kulai.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya jawab Yang Berhormat Seremban dahulu.

final • 12:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Sama.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sama tidak apalah, tidak payah tanyalah. Sama. Duduk.

final • 12:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Tidak, tidak. Tambahan sedikit.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin response dengan izin, kepada apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seremban. Langkah yang telah dilakukan ialah PDRM telah menubuhkan Unit Pemantau yang diletakkan di bawah Jabatan Integriti dan Pemantauan Standard (JIPS) PDRM bagi memastikan premis-premis yang pernah diserbu tidak kembali menjalankan semula aktiviti lesen perjudian haram itu. Akan tetapi permasalahan yang timbul ialah permasalahan judi atas talian.

Ini termasuk PDRM telah bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara untuk membuat beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Rumah Judi Terbuka yang pada hemat saya tidak lagi relevan. Akta 289 ini tidak lagi relevan. Yang Berhormat Ipoh Barat mungkin boleh membantu saya kerana akta ini dibuat pada tahun 1953 dan ketika itu tidak ada komputer, tidak ada hubungan atau komunikasi atas talian. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Seremban kerana mencadangkan perkara-perkara yang proaktif ini dan saya fikir perkara ini harus mendapat kerjasama semua pihak. Sila.

final • 12:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

[Bangun]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Kulai.

final • 12:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Menteri. Saya hendak tambah sedikit, saya kongsi pandangan Yang Berhormat Seremban kerana di kawasan Kulai juga menghadapi masalah yang sama. Saya pada 21 Januari, menulis sepucuk surat kepada OCPD dan juga kepada CPO Negeri Johor. Dalam surat saya menyatakan lebih kurang 12 alamat yang dipercayai telah dijadikan sebagai pusat judi haram. Saya amat berterima kasih kepada PDRM kerana dalam tempoh masa satu minggu mereka buat serbuan.

Pada masa itu saya secara terbuka, saya merakamkan penghargaan saya kepada PDRM. Akan tetapi masalahnya adalah kurang dari tempoh masa satu bulan sahaja, ada pusat perjudian haram ini buka semula. Saya boleh nyatakan di sini bahawa salah satu pusat perjudian ini adalah di dekat pejabat saya di Kulai. Ia bukan sebagai satu pusat karaoke, tetapi di tingkat atas adalah pusat perjudian haram.

Kebelakangan ini di negeri Johor di Skudai, kita ada seorang pemuda yang kerja di pusat perjudian haram itu. Dia kerja di sana, saya rasa ini adalah satu pekerjaan yang tidak digalakkan. Akan tetapi oleh sebab dia bukan sahaja kerja di sana, tetapi dia juga main judi di sana dan ada satu hutang yang setinggi RM16,000. Dia dipukul sampai mati. Dia dari kawasan saya, dari Kulai.

final • 12:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Jadi saya rasa, kita tidak boleh menafikan bahawa pusat perjudian haram ini adalah satu isu yang cukup serius. Ya, saya setuju bahawa perjudian haram di online itu cukup serius, tetapi pusat-pusat yang begitu ramai di kawasan Johor memang saya harap boleh dapat bantuan daripada Yang Berhormat Menteri, supaya kita boleh mengurangkan sampailah kita boleh menghapuskan pusat-pusat perjudian ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ramai yang bangun Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 12:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Bagan Datok. Saya cukup gembiralah apabila Yang Amat Berhormat tadi sebut bahawa pada beliau judi ini tidak ada yang halal, semuanya haram. Jadi selaras dengan sebagai seorang Islam, memang itulah pendirian kita. Namun begitu Yang Amat Berhormat, dalam negara kita ini ada banyak undang-undang yang govern ataupun berkaitan dengan judi ini. Ada Common Gaming Houses (Akta Rumah Judi), ada Lotteries Act yang mana seolah-olah timbul dalam persepsi rakyat bahawa di negara kita ini ada judi haram, ada judi halal ataupun sesetengah orang kata antara halal dengan haram itu ‘halam’ dia kata.

Jadi saya hendak minta pandangan Yang Amat Berhormatlah, supaya adakah kerajaan bercadanglah sebagaimana sesetengah negara melaksanakan, judi ini diharamkan kerana tidak ada apa-apa untungnya judi ini kepada mana-mana rakyat jelata.

Sebagai contohnya, saya beri contohlah dengan penuh hormatnya, Kerajaan Negeri Kelantan sejak daripada tahun 1990 mengarahkan semua PBT di Kelantan, sebanyak 12 PBT ini, jangan keluarkan lesen premis untuk sebarang jenis judi ataupun loteri. Ini menyebabkan sekarang ini alhamdulillah, yang haram itu saya tidak tahu, yang halal itu memang tidak adalah dari sudut undang-undang. Mohon penjelasan. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Temerloh.

final • 12:00 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Selain daripada saya turut sama menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Bharu, saya hendak menarik sedikit perhatian daripada Yang Berhormat Menteri, berkait dengan soal penegasan dan juga penguatkuasaan. Ini berlaku di Temerloh. Saya sendiri telah bertemu dengan pihak berkuasa tempatan, bincang perkara ini sebab Temerloh antara lokasi yang agak aktif perjudian ini. Isunya yang kita lihat ialah mereka seperti takut dan bimbang untuk benar-benar serius mengambil tindakan seolah-olah macam pusat itu dilindungi oleh mafia ataupun gengster. Akan tetapi pihak polis pula tidak bertindak dengan berkesan, dia saling berlepas tangan. Pihak berkuasa tempatan kata ini PDRM tidak serius.

final • 12:00 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Kita tanya pihak polis, dia kata ini pihak berkuasa tempatan yang luluskan premis.

Jadi pergi kanan, pergi kiri akhirnya judi itu terus berkembang begitu sahaja. Jadi saya berharap perhatian soal penguatkuasaan itu mesti benar-benar serius untuk menangani apa yang disebut sebagai judi ini.

final • 12:10 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat.

Juga mengenai usaha-usaha penguatkuasaan terhadap pusat judi. Saya cuma ingin memaklumkan kepada Yang Amat Berhormat bahawa sebenarnya satu usaha penguatkuasaan telah dijalankan di daerah Seremban pada 7 Januari 2016. Sebenarnya sepatutnya sebanyak 59 pusat perjudian ini diambil tindakan.

Akan tetapi ketika operasi tersebut dijalankan cuma sembilan pusat perjudian ini buka. Yang 50 lagi semua tutup kedai. Jadi maksudnya sesuatu yang tidak berkenaan sedang berlaku dan saya berharap Yang Amat Berhormat boleh memandang serius terhadap perkara ini dan kami memang bersedia untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada Yang Amat Berhormat untuk membanteras judi haram, terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Terima kasih. Saya menyokong penuh tindakan yang akan diambil oleh pihak kerajaan untuk meminda akta yang sudah lapuk ini. Hanya saya hendak tanya adakah kerajaan bercadang untuk mengenakan hukuman yang lebih berat seperti sebat, bukan setakat denda. Tauke judi ini kalau denda dia boleh bayar. Kalau diwajibkan penjara dan sebat, mungkin mereka takut.

Itu yang pertama.

Yang kedua penguatkuasaan. Kita tahu hari ini ada dua kuasa PBT ada kuasa, polis pun ada kuasa. Hanya hari ini, polis tidak ada kuasa untuk menutup premis-premis ini. Adakah kerajaan bercadang dengan undang-undang baru ini berikan kuasa kepada polis, apabila dia serbu dia ada kuasa tutup dan tutup premis ini sehingga kes mahkamah selesai dan memberikan kuasa kepada polis mendakwa tuan punya premis itu. Kalau tuan punya premis, dia kena bertanggungjawab, dia kena tahu apa urusan-urusan yang dibuat di premis masing-masing. Jadi kalau ini boleh dibuat, sekurang-kurangnya kita dapat mengatasi masalah judi yang berleluasa sekarang ini. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, cadangan Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Rasah dan juga Yang Berhormat Temerloh merupakan pandangan-pandangan yang baik pada hemat saya kita harus bersama-sama untuk melakukan kolaborasi. Saya ingin mencadangkan di Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua supaya pihak kerajaan dan pihak pembangkang kita duduk bersama-sama. Kita lihat semua akta yang berkaitan dengan judi ini dan kita cari jalan supaya kita pinda akta itu kita tambah baik, kita wujudkan akta-akta baru juga perlu supaya permasalahan ini boleh kita selesaikan. Sebab apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang hukuman yang lebih berat dan juga mandatori hukuman yang berbentuk preventif dan punitif mesti dilakukan.

Apatah lagi saya amat tertarik dengan Yang Berhormat Kota Bharu kerana memang benar bahawa Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan PAS sejak tahun 1990 telah mengharamkan semua bentuk perjudian, ini adalah merupakan satu contoh yang terbaik yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri berkenaan. Walau bagaimanapun, kita ingin lihat bahawa kadar perjudian ini sama ada secara konvensional ataupun secara atas talian adalah merupakan masalah kita bersama.

Saya menyeru bahawa dalam tempoh yang terdekat ini saya ingin menyarankan jika ada persetujuan daripada rakan-rakan di sebelah sana supaya saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat bersama ini supaya akta-akta yang sedia ada ataupun undang-undang yang disebutkan agak ada kelemahan harus diperbaiki dan jika ini dipersetujui saya akan melakukan mesyuarat ini dalam waktu yang terdekat.

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sila Yang Berhormat Puchong.

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh semua Ahli Parlimen yang membangkitkan isu berkenaan dengan rumah judi ini. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, tidakkah Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan saya bahawa satu daripada masalah yang telah pun menyebabkan perkara ini tidak dapat diselesaikan adalah bahawa wujudnya pihak-pihak di dalam PDRM sendiri yang bekerjasama dengan mereka yang mendirikan tempat-tempat sedemikian. Ini satu perkara yang cukup penting di mana ada aduan dibuat tetapi kita lihat bagaimana pihak polis involve dan ada aduan dibuat terhadap mereka, tetapi tidak ada tindakan yang diambil.

Jadi kalau kita di sini hendak bagi pengesyoran kepada rakyat bahawa mereka ini boleh membuat aduan dan tindakan akan diambil, saya rasa satu perkara yang cukup penting Yang Berhormat Menteri untuk kami juga meyakinkan mereka bahawa apabila ada aduan dibuat kepada pihak polis, tindakan akan diambil dan bukan keadaan sebaliknya. Di mana ada pihak di dalam pihak polis anggota-anggota yang terlibat di dalam rumah-rumah judi itu ataupun gejala yang lain dan perkara ini menjadi perkara yang lebih rumit kepada yang buat aduan. Itu nombor satu.

Nombor dua Yang Berhormat Menteri, kita perlu faham, dalam negara kita, kita ada Suruhanjaya Integriti untuk agensi penguatkuasaan. Saya hendak tanya kenapa tidak sehingga sekarang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan diberi tanggungjawab

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

supaya memutuskan perkara ini. Kenapa walaupun kita ada undang-undang, tetapi masih tidak boleh dikuatkuasakan. Apakah masalah dengan polis, kenapa ianya tidak boleh ditegakkan undang-undang yang seharusnya ditegakkan supaya perkara ini dapat diatasi.

Saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kulai sebentar tadi juga ada kaitan dengan persoalan yang dibangkitkan. Saya fikir elok kita tidak menyalahkan hanya PDRM seolah- olah PDRM yang salah. Saya ingin menyebutkan di Dewan yang mulia ini di negeri Selangor antara tempat perjudian yang paling banyak lebih daripada 200 tempat judi ialah di kawasan Parlimen Puchong. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Puchong supaya kita bekerjasama untuk membanteras perkara ini. Saya yakin Yang Berhormat Puchong juga tidak setuju tempat judi ini banyak.

Dalam hal ini saya fikir ada terdapat kelemahan perundangan dari segi kuasa yang ada pada pihak PDRM dan juga kuasa PBT dan juga SKMM. Oleh sebab itu saya menyarankan tadi supaya kita duduk sama-sama. Kita tepikan perbezaan supaya soal penguatkuasaan ini dapat kita lakukan dengan sesegera mungkin yang boleh dan apa yang dilakukan oleh Yang Berhormat Kulai umpamanya tadi dengan melaporkan kepada pihak polis, pihak polis telah melakukan tindakan dengan segera. Namun ia tumbuh semula bukan kerana salah polis, tetapi apabila ada permintaan pasti ada penawaran. So, dalam perkara ini, jangan salahkan mana-mana pihak.

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Selepas Yang Berhormat Puchong saya...

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Hanya untuk saya menambah, saya cukup berterima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perkara itu. Saya setuju. Memang satu perkara yang berleluasa di kawasan Parlimen Puchong. Jadi saya minta supaya sekiranya ada cadangan yang dibuat supaya semua pihak duduk bersama.

Saya minta supaya juga Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan juga dimasukkan sekali dan kita beri ruang kepada mereka, supaya mereka boleh menjelaskan kepada kami berapa tindakan dan aduan-aduan dan kenapa kalau ada laporan yang dibuat ataupun pengesyoran dari suruhanjaya tersebut, kenapa tidak ada tindakan sehingga hari ini dan bagaimana kita akan mengatasi masalah tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Beberapa ahli

[Bangun]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ramai yang bangun. Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya hendak mendapatkan penjelasan, Unit Taktikal Khas 3 perjudian, maksiat dan kongsi gelap yang diwujudkan oleh PDRM ini, adakah ini ia wujud di setiap polis daerah? Itu sahaja.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ok, sebelum saya melayani persoalan- persoalan yang lain. Saya pasti perkara ini menarik di sebelah sini dan sebelah sana. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Puchong, kita lakukan sesuatu tindakan yang terbaik. Bukan sahaja penglibatan Suruhanjaya Integriti, tetapi juga semua NGO yang lain.

Untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena, apa yang disebut pasukan tadi, pasukan elit yang dikenali sebagai STAGG.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

STAGG ini tidak ada di peringkat negeri, tidak ada di peringkat daerah kerana ada permasalahan. Saya sendiri yang mewujudkan pasukan STAGG ini kerana kononnya apabila sesuatu operasi hendak dilakukan maklumat yang datang daripada Bukit Aman kononnya terbocor di peringkat IPK (kontinjen), terbocor di peringkat IPD Daerah, terbocor di peringkat balai.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Oleh sebab itu apa yang telah dilakukan oleh PDRM ialah mewujudkan kumpulan pasukan elit ini 200 orang yang telah terlatih sebenar-benarnya dan dipilih daripada yang terbaik daripada pelbagai pasukan untuk terus ke kumpulan sasaran tidak melalui IPK, tidak melalui IPD. Itu sebab kejayaannya berbeza. Ini adalah merupakan komitmen oleh pihak Bukit Aman bagi mengatasi permasalahan ini.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang mengambil serius terhadap ini menubuhkan satu pasukan elit khas ini. Akan tetapi isunya ialah yang berbangkit tadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong tadi ialah kerana bahawa polis sendiri yang terlibat.

Jadi jawapan Yang Amat Berhormat tadi itu menunjukkan bahawa kebocoran di peringkat IPK, Ibu Pejabat Polis Daerah dan sebagainya menunjukkan bahawa ada kerjasama antara pihak polis dengan pihak pengendali judi yang tidak berlesen ini. Itu jawapan daripada Yang Amat Berhormat. Jadi apakah rancangan Yang Amat Berhormat khususnya untuk mewujudkan satu pasukan khas ini bukan sekadar untuk operasi serbu pusat-pusat judi yang tidak berlesen ini tetapi hendak membanteraskan dalaman polis ini.

Maknanya Yang Amat Berhormat mengatakan tadi yang bocornya di peringkat IPK, bocornya di peringkat IPD, bocornya di peringkat balai. Maknanya ini serius ini, maknanya polis sudah tidak dapat hendak menunaikan satu tanggungjawab dalam memastikan hasrat kita semua khususnya hasrat Yang Amat Berhormat untuk melihat judi yang khususnya yang tidak berlesen ini mesti dibanteraskan dan saya fikir 200 orang Yang Amat Berhormat, kecil kena perbesarkan lagi.

200 orang ini sebab hendak tunggu giliran hendak buat serbuan ini sedangkan kalau kita dengar tadi ini daripada BN daripada sebelah pembangkang banyak isu-isu perjudian ini. Hendak kena ada operasi yang lebih kerap. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, memang diakui bahawa ada satu, dua individu dalam PDRM yang bersekongkol melakukan pembocoran begitu juga dalam parti politik. Walaupun parti berkenaan tidak bersetuju dengan apa yang dipanggil sebagai Deklarasi Rakyat, parti berkenaan tetapi ada Ahli Parlimen daripada parti berkenaan juga hadir dalam majlis Deklarasi Rakyat itu. Ertinya jenis macam ini juga yang merosakkan dalam mana-mana pasukan.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya tidak merujuk kepada sesiapa tetapi dalam perkara ini kita harus perlihatkan, kita harus perlihatkan integriti kita. Hendak masuk kekal parti sedia ada ataupun hendak bersama dengan parti yang baru.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Ketawa] Yang Amat Berhormat, isu, isu tadi Yang Amat Berhormat kata...

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jadi kalau kita tidak ada integriti dalam hal politik maka jangan persoalkanlah orang lain pun tidak ada integriti dalam perkara itu.

Tunjuklah pendirian kalau hitam, hitamlah. Kalau merah, merahlah. Kalau hijau, hijaulah.

Jangan hijau pun tidak, kelabu pun tidak, merah pun tidak. Jadi dalam perkara ini kita harus pada diri kita.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sila Yang Berhormat Seremban.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Orang serius bab judi dia bawa pergi soal politik. Inilah saya kira, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun berat sudah ini. Nampak gayanya berat sudah ini.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila ini yang saya sebut harum manis ini. Hijau di luar dalamnya warna lain.

final • 12:20 PM

Tuan Lok Siew Fook - Seremban

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri saya rasa masalahnya bukan satu dua orang sahaja satu masalah yang serius. Akan tetapi kita menerima baik kesediaan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk duduk bersama, bersama-sama dengan

final • 12:20 PM

Tuan Lok Siew Fook - Seremban

pembangkang melihat bagaimana kita banteras jenayah ini dan masalah sosial ini once and for all. Jadi saya rasa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mencadangkan satu mesyuarat bersama, saya rasa mesyuarat itu tidak mencukupi. Saya mencadangkan kita kalau boleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mencadangkan kepada Kabinet untuk menubuhkan satu Parliamentary Select Committee untuk melihat isu ini secara menyeluruh bukan sahaja dari segi perundangan tetapi dari segi koordinasi dengan pihak berkuasa tempatan dari segi penguatkuasaan dan segala macam undang-undang yang perlu dipinda itu kita bersedia memberikan sokongan yang penuh untuk meminda undang-undang itu untuk membanteras masalah sosial ini.

[Tepuk] Di Singapura, sudah ada pindaan undang-undang terhadap online gambling ini tetapi Malaysia ketinggalan. Kita belum lagi ada pindaan dan belum ada undang-undang baru untuk membanteras cyber gambling ini. Jadi saya harap pihak Yang Amat Berhormat dapat mengambil inisiatif ini dan kita tunjuk bahawa keseriusan bersama untuk kita membanteras masalah ini. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Pasir Putih sudah lama.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sila.

final • 12:20 PM

Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya tertarik dengan statement yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bahawa semua judi adalah haram. Itu hukum Islam. Hukum negara undang-undang negara ada undang-undang negara pula ada yang halal atau yang dibenarkan ada yang diharamkan dan tidak dibenarkan.

Kalau kita lihat kepada keperluan manusia ini, manusia hendak kaya cepat, hendak untung cepat. Maka di antara jalan yang paling cepat untuk untung dan kekayaan ini ialah dengan berjudi. Jadi naluri manusia ini ramai yang suka berjudi. Jadi kalaulah kita hendak sekat naluri manusia itu untuk berjudi memang tidak upaya kita hendak menyekatnya kecuali jika manusia itu beriman kepada Allah dan yakin kepada undang- undang Allah. Undang-undang Islam mengharamkan judi.

Saya tidak tahulah agama lain ada tidak undang-undang yang begitu tegas tentang perjudian ini, tidak setuju semua kerana banyak bala banyak masalah tetapi tidak ada undang-undang yang tegas dalam mana-mana agama kecuali Islam sahaja yang mana orang yang berjudi ini boleh dirotan sampai 40 hingga 80 kali. Jadi bila saya hendak tanya bilalah kita boleh tubuhkan satu jawatankuasa untuk melihat keseluruhan ini dan mula memikirkan bagaimana untuk kita melaksanakan hukum Islam itu kepada semua jenis judi.

Bermula dengan pendidikan daripada sekolah dan daripada media dan sebagainya supaya semua benci judi dan semua pandang jijik kepada orang yang berjudi ini. Kalau kita tidak mula di situ saya rasa cukup susah bagi kita untuk menyekat judi-judi yang halal atau yang haram dan kita pun ada tempat judi yang paling besar di Genting yang terkenal dengan kasino dan sebagainya.

Jadi kita menggalakkan anak-anak kita naik ke kasino sana dia tanya tempat apa ini, ini tempat judi. Benar kah judi, boleh kah judi? Allah melarangkan judi, kita tidak dibenarkan judi, emak kata tidak benar judi, ayah kata haram judi tetapi kerajaan membenarkan judi. Jadi macam mana? Ini konflik yang akan dihadapi oleh anak-anak kita halal atau tidak halal. Jadi apabila mereka melihat kepada mesej dalam teks-teks yang sampai kepada mereka dalam phone mereka, menjemput mereka untuk dapat untung cepat.

Maka mereka sudah tentu tertarik untuk involve dalam perjudian ini dan ini tidak boleh dikawal. Tidak boleh dikawal oleh PBT, ini hanya boleh dikawalkan oleh kerajaan.

Jadi apakah tindakan kerajaan selepas ini untuk mengawal ini, wallahualam. Terima kasih, Yang Amat Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Terima kasih, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri...

final • 12:20 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Simpang Renggam..

final • 12:20 PM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Saya sokong cadangan Yang Berhormat Seremban bahawa satu Jawatankuasa Pemilih harus ditubuhkan dan saya harap kerajaan boleh terima. Saya minta Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri berikan penjelasan ataupun tunjukkan apa yang telah dicapai oleh kumpulan elit ini dalam setahun lebih sejak ditubuhkan?

Saya harap Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri boleh terimalah ada masalah memang bukan satu sahaja orang tetapi systemic dalam PDRM tindakan perlu di ambil tanpa politik. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 12:20 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya mengikuti hujah Yang Berhormat Pasir Puteh saya setuju tetapi saya rasa hujah Yang Berhormat Pokok Sena agak tidak adil kepada pihak polis. Saya ambil kesempatan ini merakamkan penghargaan kepada OCPD Kluang sebab setiap kali bila saya laporkan kepada beliau, beliau ambil tindakan yang tegas terhadap kegiatan judi ini.

Akan tetapi walau bagaimanapun, saya lihat pendidikan amat penting. Kalau letakkan semua tanggungjawab kepada pihak polis tidak adil sebab bila dia macam lalang.

Kita potong sahaja dia cepat tumbuh balik. Jadi pendidikan dan pemantauan daripada ibu bapa amat penting dan saya lihat logiknya kalau tidak ada demand memang tidak ada supply. Kalau kita pentingkan sisi pendidikan itu maka kegiatan itu saya rasa dapat dikawal. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Kluang dan saya tidak boleh tidak bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Puteh kerana ini adalah permasalahan yang harus kita sama-sama hadapi.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Pada hemat kerajaan, apa yang menjadi keprihatinan kepada kita semua adalah soal pendidikan. Pendidikan awal membenci perjudian mesti diterapkan di kalangan anak- anak kita sama ada di alam persekolahan atau di luar alam persekolahan. Oleh kerana permasalahan ini contohnya Yang Berhormat Pasir Puteh, pengguna pil kuda yang paling banyak ialah di Kelantan. Jadi, ini pun permasalahan kepada kita semua. Jadi, Yang Berhormat sebagai Ahli Parlimen di Pasir Puteh, bantu pihak polis.

Sebagaimana permasalahan yang kita hadapi dalam soal perjudian. Kita lihat apa yang dilakukan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam, dilakukan oleh Yang Berhormat Kulai tadi adalah merupakan contoh-contoh yang terbaik, yang Ahli-ahli Parlimen memberikan kerjasama dengan pihak polis, melaporkan dan polis mengambil tindakan.

Jika ada di kalangan pegawai-pegawai dan anggota polis berkenaan yang ada menerima sogokan atau menerima upahan atau mendapat imbuhan secara rahsia, beritahu saya dan saya akan mengambil tindakan. Tidak ada kompromi jika ada yang menjadi “kacang- kacang hantu” di dalam perkhidmatan. Ini.

final • 12:30 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ dan terima kasih tentang maklumat yang diberi tadi bahawa Kelantan adalah pengguna pil kuda yang tertinggi di Malaysia. Saya setuju. Tiap-tiap kampung boleh katakan ramai anak-anak muda, orang Melayu yang mengambil pil kuda. Akan tetapi tidak boleh hendak kawal. Tidak boleh hendak buat apa-apa.

Apakah tindakan pihak berkuasa, polisnya, bagaimana untuk mengawal ini? Kita berdakwah, kita berkempen siang malam menentang dadah ini tetapi tidak ada kesan. Oleh kerana pihak berkuasa di mana, pihak polis di mana, untuk kawalan di sempadan macam mana? Jadi, apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa kepada isu ini yang cukup membunuh orang Melayu di Kelantan sekarang ini, anak-anak muda kita. Terima kasih Yang Berhormat Dato’.

final • 12:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih, itu kesedaran timbul kerana permasalahan ini bukan saja di Pasir Puteh tetapi di Kelantan. Ini menular sebenarnya ke bahagian utara negeri Terengganu dan jangan salahkan polis saja. AADK juga telah bekerjasama untuk melakukan ini. Pihak kastam juga bekerjasama. Jangan salahkan mana-mana. Kita sama-sama dalam satu pasukan untuk sama-sama mengatasi

final • 12:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

masalah itu, saya fikir Yang Berhormat Kota Bharu tentu bersetuju untuk melakukan penyelarasan kepada mana-mana Ahli-ahli Parlimen yang prihatin terhadap masalah itu.

Saya ingin menyebutkan bahawa permasalahan perjudian atas talian ini dihadapi oleh pihak SKMM dan juga PDRM. Oleh kerana untuk maklumat Dewan yang mulia ini, servernya berada di luar negara. Keduanya, kebanyakan pusat perjudian...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada Yang Berhormat bangun ya.

final • 12:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan beri peluang.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Duduk dulu.

final • 12:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan beri peluang. Kebanyakan pusat perjudian ini dilengkapi dengan CCTV dan juga mereka memasang tonto. Tonto ini, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang akan mengganti kerusi adalah informer yang sentiasa mengawasi tindakan dan pergerakan pihak berkuasa. Saya sendiri bila bersama- sama dengan beberapa pihak penguat kuasa, telah turun sendiri sewaktu sebahagian besar daripada kita sedang lena tidur, pukul 3.00 pagi.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya turun ke bawah dan yang tinggal hanya puntung-puntung rokok yang masih berasap tetapi tidak ada orang di situ. Ertinya, tonto telah menjual maklumat atau dibayar gaji untuk memberikan maklumat ini dan tindakan penguatkuasaan tidak dapat dilakukan dengan efektif. Oleh sebab itu, saya harap kita bekerjasama. Permasalahan yang ketiga adalah kerana keuntungan aktiviti perjudian tidak berlesen ini begitu tinggi dan penganjur tidak keberatan untuk membuka semula pusat perjudian selepas diserbu oleh pihak penguat kuasa.

Dari segi perundangan, Yang Berhormat Puchong mungkin bersetuju bahawa beban pembuktian untuk membuktikan premis perjudian tersebut adalah sukar. Oleh kerana komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian ini akan ditukar kepada laman biasa semasa serbuan dibuat. Suis papan judi juga dipadamkan. Ini amat menyukarkan pakar forensik untuk menjalankan analisis. Apabila dibawa ke mahkamah, perkara itu dari segi teknikal, biasanya pendakwaannya tidak begitu kuat.

Dalam hal ini, itu sebabnya saya menyarankan, daripada tadi saya menyarankan, supaya kerjasama semua pihak untuk mengatasi kelemahan masalah-masalah teknikal perundangan ini bagi kita melakukan penguatkuasaan. Sila.

final • 12:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju dengan cadangan Yang Amat Berhormat dan kalau Yang Amat Berhormat boleh menyokong saranan daripada Yang Berhormat Seremban, tubuhkan Jawatankuasa Select Committee. We are ready to help dari segi pembangkang ini, kita semua bersetuju bahawa kita kena banteras jenayah judi haram ini. Terutamanya Yang Amat Berhormat, kita tahu bahawa cyber crime ini, online game ini ia adalah satu fenomena yang sangat baru, di mana penguatkuasaan itu mungkin ia susah.

Akan tetapi salah satu, saya bukan hendak cadangkan, saya bukan hendak pandai-pandai, saya rasa PDRM lebih tahu, kerajaan atau Bank Negara lebih tahu, kita kena follow the money, follow where the money goes. Baru itulah yang saya rasa perundangan ini perlu dikuatkuasakan, dipertingkatkan supaya kita boleh follow the money dan get the culprit. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Datok. Soal perjudian yang kita bangkit hari ini adalah bukan soal picisan, ia merupakan dasar negara sebenarnya. Apabila kerajaan memberi lesen kepada pusat-pusat perjudian yang besar, maka perbezaannya hanya dari segi lesen.

Sama ada perjudian secara yang tidak di lesen dan sebagainya. Itu ada persoalan dari segi lesen. Kalau boleh memberi had ini, kenapa kata dia tidak boleh, cuma setakat lesen dan kalau ada orang buat kuat kuasa, dia bayar saja lesen. Jadi, sebenarnya untuk pencegahan ini kerajaan perlu memikirkan dari sudut polisi dan dasar negara itu sendiri bagaimana kita hendak selesaikan masalah judi.

final • 12:30 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Begitu juga soal pil kuda kerana di tempat-tempat maksiat inilah keluarnya tempat transaksi pil kuda dan pelbagai lagi. Jadi, bagi saya Yang Berhormat Dato’ Seri, dari sudut undang-undang negara, saya rasa kalaupun tidak begitu tetapi saya rasa sudah memadai sekiranya penguatkuasaan ataupun integriti dalam unit-unit penguatkuasaan kita itu dapat diperteguhkan. Insya-Allah kita dapat atasi itu. Sekian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju sangat dengan Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Memang soal polisi harus juga kita lihat. Soal pelaksanaan, insya-Allah selagi saya berada di dalam kementerian ini saya akan lakukan yang terbaik. Tentunya saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Bayan Baru yang telah mencadangkan supaya sebuah Jawatankuasa. Saya telah nyatakan dari awal tadi, biar saya sendiri yang pengerusikan Jawatankuasa ini supaya kita dapat sama-sama melihat penelitian secara terperinci bagi melakukan jalan penyelesaian.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Puchong bangun, Yang Berhormat. Hendak bagi?

final • 12:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sila.

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengalu-alukan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahawa sekiranya ada ataupun wujud mereka dalam PDRM, kita memberi maklumat kepada Yang Berhormat Menteri dan tindakan boleh diambil. Yang Amat Berhormat Menteri, di sini saya harap Yang Berhormat Menteri juga faham bahawa ada banyak keadaan di mana maklumat itu kita beri tapi tindakan tidak diambil. Saya bagi contoh Yang Berhormat Menteri, di mana dalam kes Sungai Rengit yang saya ada bangkitkan tiga kali dalam Dewan ini. Seorang mati dalam tahanan.

Yang Berhormat Menteri, saya ada bagi nama pihak polis yang terlibat, juga Suruhanjaya Integriti telah pun membuat siasatan, laporan telah pun dikemukakan, cadangan telah pun dibuat berkenaan dengan apa yang seharusnya dilakukan, siapa yang melakukan kesalahan, kesalahan jenayah yang telah pun dilakukan, kami telah bangkitkan, telah serahkan kepada pihak polis. Tidak ada tindakan langsung sehingga ke hari ini. Kes ini berlaku dalam bulan 11, tahun 2014.

Jadi saya di sini, saya berdiri sebagai Ahli Parlimen, saya mintak kepada Yang Berhormat Menteri supaya tunjuk. Bila kita menunjukkan, bawa maklumat, walaupun secara rahsia ataupun tidak, secara terbuka, at least, action taken, rakyat boleh lihat. Yang Berhormat Menteri, sekarang kita ada masalah, di mana kalaupun kita bawa surat kepada Ketua Polis Negara, Yang Berhormat Menteri, we don’t even get a reply. Kalau kita tulis surat kepada Tan Sri KPN, kita minta untuk tindakan itu, at least give an answer, tulis surat kata okey, surat telah pun diterima dalam perhatian polis, tetapi tidak ada.

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Recently there was a case involving another person disappear in Kelantan, the family Sivaguru. Kita pergi ke Bukit Aman, di situ isteri dia pergi merayu kepada pihak polis, please give us an answer. Itu pun sehingga sekarang tidak ada tindakan, no reply also here. Saya faham, saya terima apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri but Yang Berhormat Menteri also understanding the frustration on part of the people di mana kita lakukan peranan kita, kita melaksanakan tugas kita, tetapi di situ apabila kita sampai di pihak polis, tidak ada tindakan. Saya setuju juga ada pihak polis memang kerja kuat–– I know, I am a lawyer, I see them in court, they do their work and it is good and I respect them for that. Akan tetapi, the impression that come from the man on the top adalah bahawa tidak ada tindakan yang akan diambil. Itu nombor satu.

Nombor dua, dan tidak cukup di sini, bila ada maklumat yang diberikan berkenaan dengan kes-kes yang cukup serius–– Yang Berhormat Menteri, I think Yang Berhormat masih ingat saya bangkitkan twice kes Najadi. Yang Berhormat Menteri, dalam kes Najadi, ada pengumuman dibuat oleh pihak polis, Ketua Polis Melaka, beliau kata mastermind has been arrested tapi mastermind dibebaskan. Dan bilamana kita tanya soal berkenaan perkara ini, as usual, silent, tidak ada sebarang kenyataan dikeluarkan.

That is the reason why I’m happy, saya seronok dengar apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat di sini, dalam Dewan bahawa akan diambil tindakan. But I want Yang

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Amat Berhormat explain kenapa tindakan, apabila kita bagi maklumat, slow, tidak ada tindakan seolah-olah tidak dipedulikan langsung. That is the first frustration. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 12:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri–– eh, silap, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Saya hendak tanya tadi soal Menteri menyatakan mengenai server itu di luar negara–– ini tentang online gambling, dengan izin. Saya ingin tanya apakah kementerian mempunyai suatu suruhanjaya bersama ataupun satu kerjasama dengan negara-negara luar dalam usaha kita untuk membanteras online gambling ini yang saya fikir ini dalam kategori illegal kerana ia tentu berkaitan dengan undang-undang atau jurisdiction, dengan izin, di luar negara?

Ada beberapa research paper yang telah kita teliti antara yang dicadangkan untuk memastikan agar online gambling dapat kita atasi. Pertamanya ialah kita banned website ataupun domain DNS itu kita filter supaya perkara ini boleh dihalang, ataupun kita guna pendekatan IP blocking. Jadi saya percaya Menteri mempunyai strategi dengan memastikan agensi-agensi berkaitan itu bekerjasama. Jadi saya percaya kalau tumpuan diberikan untuk banned, dengan izin, website ini, saya fikir itu lebih baik daripada kita mengharamkan website Malaysia Insider dan sebagainya. Lebih baik fokus pada isu ini.

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Isu yang sama. Boleh saya sambung?

final • 12:40 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Isu yang sama.

final • 12:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri. Dua poin yang ringkas sahaja.

Satu, berkaitan dengan perjudian siber yang dibangkit tadi oleh Yang Berhormat Bukit Katil. Setiap hari saya dapat SMS dan saya rasa ramai daripada sini pun dapat. Saya baca sikit. SMS itu datang daripada 016-2384785, tajuk 3028, the website nombor ada nama kasino dan semua cadangan untuk macam mana mengambil bahagian. Saya dapat ini sekurang-kurang dua tiga kali sehari dan saya rasa ramai pun akan dapat. Kita cuba block, ada ramai yang block, selepas itu dia akan muncul balik dalam nombor yang lain...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, isu ini telah dibahas oleh salah seorang daripada ahli hari itu.

[Disampuk] Ya, Yang Berhormat Bayan Baru dah bahas, Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya minta maaf. Saya minta ini boleh ditangani.

Saya sambung daripada Yang Berhormat Puchong tadi. Saya pun ada beberapa kes yang kita hendak dapat jawapan, kes-kes jenayah yang serius. Satu kes pembunuhan Murugan pada masa PRU-13. Saya minta kalau Menteri Dalam Negeri boleh cadangkan satu mekanisme, kita tidak mahu bangkit semua dibincangkan di sini tapi satu mekanisme yang lebih berkesan di mana kita boleh bentangkan kes itu dan dapat maklumat yang jelas tentang perkembangan dan status kes itu. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya selalu dengar sebelum ini, dalam sepuluh tahun yang lalu, ada hujah-hujah yang diberikan oleh pimpinan kerajaan pada ketika itu dia kata judi ini macam buang air besar. Kalau tidak sediakan toilet, dia akan buang air besar merata. Jadi, kena sediakan toilet. Kalau pemikiran itu masih lagi wujud sekarang, maka tidak pelik boleh berkembang lagi judi.

Jadi saya hendak dengar satu komitmen kerajaan, adakah idea seperti itu masih wujud dan adakah kerajaan memang bersedia untuk secara berperingkat mengurangkan judi-judi yang dikatakan halal tadi itu, umpamanya kalau kita ambil yang paling besar di Genting Highland? Ini kerana kalau kita cakap tentang menghapuskan judi yang tidak ada lesen tetapi yang berlesen makin berkembang, saya rasa tidak akan ke mana. Itu satu.

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Kedua, saya mengalu-alukan apa yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri tadi tentang jawatankuasa. Cuma, saya hendak tarik perhatian ialah berkenaan isu holistik melibatkan pendidikan dan penguatkuasaan. Mungkin kita kena review balik sistem pendidikan kita pada hari ini yang lebih menjurus kepada akademik semata-mata, kurang kepada pembentukan sahsiah. Jadi saya harap kita dapat imbang perkara ini dan kebetulan kita sedang menuju kepada konsep maqasid syariah, Indeks Syariah. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ada dua lagi yang bangun, Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin berlaku adil kepada Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri. Kita beri banyak pandangan tadi dan kesediaan di pihak pembangkang untuk bersama dengan kerajaan dalam menangani isu judi ini dalam jangka pendek, jangka sedang, jangka panjang.

Jadi, bolehkah dalam persidangan Dewan pada hari ini Yang Amat Berhormat memberi jaminan bahawa satu kokus Parlimen boleh ditubuhkan? Mungkin Yang Amat Berhormat sendiri menjadi pengerusi sebagaimana TPPA yang dianggotai oleh semua kami ini yang telah bersedia memberi kesanggupan untuk bersama Yang Amat Berhormat menangani masalah utama negara pada masa ini. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Saya nak tanya beberapa soalan lanjutan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Puchong tadi berkenan, dengan izin, police inaction dalam siasatan. Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Puchong tadi, ini adalah satu masalah di mana kami banyak membuat aduan, dengan izin, a lot of complaints are made, unfortunately, with no response.

Satu contoh di Balai Polis Bukit Mertajam baru-baru ini, Yang Amat Berhormat, di mana mengikut laporan polis Bukit Mertajam 000922/1616, didapati di sana terdapat ahli- ahli kongsi gelap telah pergi ke balai dan membuat ugutan di dalam balai. Bayangkan, Yang Amat Berhormat, gangster masuk ke dalam balai dan mengugut pengadu di dalam balai.

Sampai sekarang tidak ada sebarang tindakan diambil walaupun kami telah pun meminta apakah status terhadap pelaporan dan sebagainya, membuat press conference dan sebagainya. Sampai sekarang atau baru-baru ini, pengadu itu menerima a bullet in his post.

So, bilakah kami akan dapat maklum balas? Adakah kita perlu tunggu sampai pengadu ditembak mati baru kita dapat maklum balas? Ini adalah perkara-perkara serius, Yang Amat Berhormat, dan kami berharap perkara-perkara ini dapat ditangani dan dijawab dengan secepat mungkin. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Setiu, Yang Berhormat Menteri.

final • 12:40 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Perkara yang sama, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya cuma ingatkan, isu baru tidak boleh dibawa ketika ini, Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Kawasan kami di Penampang pun dikenali sebagai gambling center di Sabah. Saya ingin tanya Yang Amat Berhormat, kenapakah selama setahun cyber gaming ini telah berhenti di seluruh Malaysia lebih-lebih lagi di Sabah dan dimulakan baru-baru ini?

Kedua Yang Berhormat Menteri, apakah keputusan ataupun outcome pengumuman bekas Menteri Dalam Negeri pada tahun 2012 bahawa ada collaboration antara foreign agencies di UK dan beberapa negara termasuk Australia dan China untuk menghentikan online gaming activity ini? Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri, persoalan yang di kemukakan pada hari ini kebanyakannya daripada segi penguatkuasaan iaitu kalau boleh hendak ada tangkapan sebanyak yang mungkin, itu daripada pihak polislah. Tetapi mungkin kita tidak nampak dari sudut lain, maksud saya sudut yang kalau tangkapan dibuat sekalipun kesan selepas itu

final • 12:50 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

daripada segi sabitannya dengan perundangan yang ada daripada akta-akta yang ada maknanya dia orang ni kadang-kadang ada link dia ada satu kalau berlakunya tangkapan terus akan sampai ke satu panel peguam ini biasa sahaja.

Bagaimana keadaan ini kita hendak balance kan maknanya boleh tak kita buat satu syor kepada badan peguam yang mana kita hendak membanteras judi ini haram, judi haram kah judi apa, tangkapan supaya sabitan itu dapat diteruskan, maknanya tangkap lepas, tangkap lepas bermakna dia orang rasa kita ada duit banyak, baik kita bayar lawyer daripada bayar di mahkamah, itu yang saya nampak dari sudut lain. Apakah ini yang juga minta pandangan daripada Yang Amat Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 12:50 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Yang Amat Berhormat Menteri saya mengalu-alukan cadangan daripada Ahli Parlimen yang lain supaya satu jawatankuasa ditubuhkan untuk meneliti dan menangani isu premis judi haram di kawasan-kawasan kami semua dan juga perjudian online.

Tetapi saya ingin membawa satu isu specific di sini pada 11 Disember, pejabat saya telah mendapat tahu bahawa ada sebuah premis judi dibuka di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah jadi pejabat saya telah menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai dan juga kepada IPD Bukit Tengah, tetapi sampai sekarang Yang Amat menteri kami menelefon bahagian pentadbiran, bahagian jenayah, D7, hantar e- mel, telefon dan follow up banyak kali sampai sekarang tiada apa-apa maklum balas mengenai tindakan pihak polis bagi menangani masalah premis judi ini.

So, kalau tiada apa-apa perhubungan di antara pejabat Ahli Parlimen sendiri dengan IPD tempatan, bagaimana kami mendapat feedback atau bekerjasama hari ini, Yang Berhormat menteri kata kita perlu, dengan izin, put aside our political differences.

Akan tetapi it doesn’t translate down to the ground. Some of us have very difficult times trying to engage with the local IPDs. Jadi saya minta Menteri memberi komen mengenai isu ini. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, saya hairan dengan pandangan Yang Berhormat Setiu. Saya cakap tak siuman pun I don’t know what to say, kalau- this is man-made law. Kalau kita ada satu investigasi yang cekap yang bagus, pihak yang kena tuduh pun perlu ada kalau ada boleh dapat peguam yang baik ini dia pandangan dia dapat peguam yang cacat, peguam yang tidak berfikiran, what kind of thinking? How do you become Sessions Court Judge ini?

Standard Barisan Nasional...

final • 12:50 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Minta tarik balik, minta tarik balik Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini menunjukkan Yang Berhormat mengambil kira because tak masuk akal sudut yang lain, this is- you must be progressive.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bincang dengan baik Yang Berhormat

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kita hendak kata kita mahu investigation yang first class. Bila kita bawa ke mahkamah it will stand waterproof, it can go through. Itu yang kita mahu, kalau dia dapat peguam yang baik atau tidak itu tidak menjadi masalah. He is suggesting that get third class peguam, ini adalah standard.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Ipoh Barat, saya bertanya kepada Menteri, apakah cadangan saya tadi. Saya bukan kata semestinya, saya kata cadangannya boleh ke tidak. Apakah pendapat daripada pihak Yang Amat Berhormat itu sahaja saya hendak, kalau saya low class, you lagi low class…

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cukup-cukup Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

You high class, you high class. Super class, super class.

final • 12:50 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Cakap tak ada otak ini jadinya.

Saya ada pandangan saya, kesan daripadanya, apakah menggalakkan lagi perjudian.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ask him to go to law school la, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak payah, tak payah la begitu.

final • 12:50 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Apakah masalah dengan Yang Berhormat Ipoh barat ini, saya tak timbul masalah...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya cukuplah, duduk Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

You nak defence kah, tak defence kah tak ada masalah. Saya kata adakah ini juga sebahagian, saya kata sebahagian daripada sebab-sebab yang menggalakkan daripada perjudian diteruskan, pembukaan rumah perjudian, itu yang saya maksudkan. Sumbangan sebahagian, apakah salahnya, saya tak suruh, kalau you hendak bela, you bela la, masalah tak ada masalah apa. Pasal apakah diam.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelebu bangun Yang Berhormat, hendak bagi?

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Don’t defend…

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah-sudah cukuplah Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Setiu duduk Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Jangan hendak jatuh-jatuhkan orang lain hendak rendah-rendahkan orang lain, fikir diri kita sendiri dahulu.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas ni makan nasi sama-sama ya.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya kepada menteri pendek sahaja tahniah dan syabas memang kementerian, pihak polis, pihak KPKT, majlis perbandaran apa semua berusaha tetapi saya ingin mencadangkan kepada Menteri kalau boleh timbang, saya faham isunya di sini ialah soal pembuktian kepada premis-premis judi apabila dibuat tangkapan itu sangat sukar, jadi apakah menteri bercadang untuk melihat balik undang-undang yang ada agar beban pembuktian kes-kes perjudian yang sedemikian rupa tidak diletakkan seberat apa yang ada sekarang ini sehinggakan menyukarkan begitu banyak tindakan diambil oleh pihak polis, tetapi tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana soal pembuktian yang begitu tinggi yang begitu sukar.

Jadi apakah kementerian boleh melihat semula undang-undang yang sedia ada berkaitan dengan perjudian bentuk baru ini supaya bahan ataupun pembuktian tanggungjawab, pembuktian itu tidak seberat dan seketat ini yang membolehkan kita kalau tidak apa yang berlaku sekarang ialah tindakan harassment, dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Harassment, harassment, harassment yang dilakukan oleh pihak polis yang tidak putus-putus, tetapi tidak boleh didakwa kerana hendak membuktikan itu bukan mudah. Jadi sebab itu saya cadangkan dan syorkan kalau boleh pihak kementerian melihat semula undang-undang berkaitan dengan kes yang sedemikian supaya beban pembuktian itu tidak menjadi terlalu ketat seperti mana yang ada sekarang ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Jelebu.

Memang sengaja saya biarkan dalam tempoh dua minit ini, saya ingin menarik perhatian kepada cadangan daripada Yang Berhormat Kota Bharu bahawa saya bersetuju dan insya-Allah saya akan pengerusi kokus bagi menangani permasalahan perjudian ini dan kita sama-sama lakukan dengan segera untuk melihat akta atau undang-undang yang ada dan beberapa procedure yang ada supaya kita dapat perkemaskan untuk kita sama- sama menangani masalah perjudian ini dan tentunya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil antaranya tentang IP blocking, dengan izin.

Kita telah lakukan sama-sama dengan SKMM dan begitu juga dengan cadangan oleh Yang Berhormat Jelebu tadi memang ini juga telah saya bangkitkan ketika menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Puchong. Kita amat prihatin terhadap

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

beberapa cadangan antaranya oleh Yang Berhormat Setiu mengenai cadangan-cadangan bagi memperkemaskan beberapa tindakan yang dilakukan termasuklah Yang Berhormat Penampang juga mahu supaya cyber gaming ini akan dilakukan sebagaimana komitmen yang pernah dibuat Mantan Menteri Dalam Negeri dan tentunya dari respons yang diberikan oleh Ahli-ahli Parlimen yang ada memperlihatkan komitmen semua pihak bahawa masalah perjudian ini adalah permasalahan negara.

Tentunya kita ingin melihat beberapa usul-usul yang dilaporkan melibatkan bukan sahaja pihak PDRM dan juga pihak kerajaan negeri melalui PBT pihak berkuasa tempatan, tetapi masyarakat keseluruhannya melalui sistem pendidikan dan juga melalui pendidikan tidak formal agar, saya yakin semua agama menolak perjudian, semua fahaman politik menolak perjudian semua budaya dan masa menolak perjudian. Dalam perkara ini eloklah saya tangguhkan perbahasan ini hingga Tuan Yang di-Pertua mengisytiharkan kita bertemu lagi selepas waktu...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas 2.30 Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 2:30 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyambung jawapan-jawapan dari KDN dengan bertukar ke tajuk yang lain iaitu isu Jabatan Penjara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Wangsa Maju dan Yang Berhormat Setiu yang bertanyakan mengenai isu kesihatan yang berkaitan dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini bahawa kesihatan seseorang banduan aspek yang diberikan keutamaan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Setiap banduan yang memerlukan rawatan tidak akan dihalang malah tindakan segera akan diambil sama ada rawatan tersebut dilaksanakan di klinik penjara ataupun di hospital luar penjara. Seterusnya, pemantauan berterusan terhadapan kesihatan banduan termasuk beliau sendiri akan dilaksanakan.

Berhubung dengan kesihatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim memadai dijelaskan atas syor oleh panel pakar perubatan pemeriksaan. Rawatan dan pemantauan terhadap kesihatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih diteruskan. Ini termasuklah rawatan fisioterapi yang dilaksanakan di Penjara Sungai Buloh dengan pemantauan oleh panel berkenaan.

Langkah dan tindakan yang diambil tersebut masih lagi berpandukan ketetapan dan peraturan penjara. Begitu juga akta serta peraturan turut meletakkan bahawa rawatan untuk seseorang banduan adalah di hospital kerajaan.

Hospital kerajaan yang tertentu di negara ini mempunyai kemudahan serta kepakaran yang setanding dengan kepakaran hospital-hospital di antarabangsa dan- sila.

final • 2:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih. Saya ingin mendapat pendirian daripada apakah pendirian kerajaan dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Telah berkali-kali kita ada adu bahawa fasiliti dalam penjara ini tidak mencukupi untuk rawatan fisio dan juga pembedahan yang akan dilakukan. Kita telah memohon kepada pihak kerajaan untuk membenarkan pakar-pakar luar dan juga membenarkan rawatan di luar negeri kalau diperlukan. Saya ingin dapat tahu apa pendirian kerajaan dan apa prosedur yang patut dibuat supaya hak banduan ini terbela. Terima kasih.

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua saya ingin jelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menerima sepucuk surat yang ditulis oleh John Kerry Setiausaha Negara Amerika, dan Susan Rice yang menjadi penasihat keselamatan presiden ketika itu serta Presiden George Washington University yang meminta agar Kerajaan Malaysia membenarkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendapat rawatan di fakulti perubatan George Washington University.

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kerajaan telah memutuskan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim boleh dirawat oleh pasukan perubatan dari fakulti perubatan George Washington University dan beliau boleh memilih mana-mana hospital kerajaan di Malaysia dengan membawa seluruh tenaga kepakaran dan juga perubatan daripada fakulti perubatan universiti berkenaan ke mana- mana hospital kerajaan yang dipilih dan boleh membawa alatan ataupun peralatan yang diperlukan sama ada sebagai rawatan ataupun pembedahan dan juga boleh membawa semua ubat-ubatan yang sesuai untuk rawatan berkenaan.

Saya telah menyampaikan keputusan pihak kerajaan ini, sewaktu saya mengadakan pertemuan dengan John Kerry sendiri dan juga dengan Samantha Power iaitu wakil tetap atau Permanent Representatives of US Government ke United Nations atau Bangsa-Bangsa Bersatu. Sewaktu saya dengan Home Secretary of United Kingdom, ataupun Menteri yang bertanggungjawab dengan soal dalam negeri iaitu Theresa May dari United Kingdom yang bertanyakan soal yang sama dan saya telah memberikan jawapan dan keputusan pihak kerajaan berkenaan. Malah ketika saya bertemu John Kerry di pejabat Setiausaha Negara Amerika Syarikat, keputusan ini telah saya juga nyatakan kepada beliau.

final • 2:30 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

[Bangun]

final • 2:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya memang menghargai usaha Yang Amat Berhormat Menteri yang telah melakukan perkara-perkara ini dan menyampaikan keputusan kerajaan dalam Dewan ini.

Cuma saya ingin mendapatkan beberapa penjelasan satu, ialah pertama sekali saya juga ingin menyatakan saya tidak boleh mewakili keluarga atau Dato’ Seri Anwar Ibrahim sama ada tawaran ini boleh diterima atau tidak. Cuma saya hendak ulang satu insiden sebelum ini semasa pembedahan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Munich waktu itu, pakar dia datang dari Munich dan memang ada sedikit kesulitan bila equipment tertentu itu harus dipindah dari luar negara ke hospital tempatan dan ia juga memerlukan banyak koordinasi di antara fasiliti di hospital tempatan dan di luar negeri.

Saya cuma hendak dapat kalau kerajaan telah membuat keputusan bahawa ini hak seseorang banduan boleh mendapatkan rawatan yang dipilih what it is called the doctors of his own choice, dengan izin. Apakah halangannya? Kalau kerajaan membenarkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk buat rawatan ke luar negeri untuk medical treatment ini?

final • 2:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Adakah ini tidak boleh dipertimbangkan langsung atau tidak? Satu perkara lain ialah saya– kita juga ada contoh yang lain di Malta. Pihak Kerajaan Malta telah membenarkan bekas presidennya yang dipenjarakan untuk keluar negeri untuk mendapatkan rawatan. Ini juga sama seperti Commonwealth countries, saya bayangkan undang-undang dalam Commonwealth ini adalah mirip satu sama lain dan saya ingin dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Tuan Yang di-Pertua, Sekijang? Terima kasih Yang Berhormat Bagan Datok. Saya cuma hendak tanya dengan Yang Berhormat, adakah kes-kes tertentu sahaja yang diambil kira secara spesial seperti ini? Bagaimana dengan nasib kepada banduan-banduan yang lain, kesamarataan dan sebagainya? Adakah hanya kes-kes tertentu sahaja yang kerajaan melihat perlu diambil secara mendalam, secara serius? Bagaimana pula dengan banduan-banduan yang lain yang saya kira ada juga sesetengah banduan ini yang mempunyai kes kesihatan yang lebih kurang sama, adakah perlu melalui proses seperti ini, perlu dibawa di Parlimen juga atau perlu dipertahankan Parlimen seperti ini juga. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, langkah dan tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Penjara 100 peratus bergantung dan berpandukan kepada ketetapan akta dan peraturan penjara. Setakat ini walaupun Malta dan saya dapat tahu bahawa Maldives juga mempunyai kes yang sama tetapi akta dan peraturan penjara kita masih belum mengizinkan mana-mana banduan untuk mendapat rawatan di luar negara.

Pertanyaan daripada Yang Berhormat Sekijang saya ingin menyebutkan bahawa semua banduan diberikan layanan yang sama dan tidak ada keistimewaan diberikan kepada mana-mana banduan tetapi kita harus tahu bahawa berdasarkan kepada asas keperimanusiaan maka beberapa kelonggaran telah diberikan untuk rawatan. Saya ingin

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

menyebutkan juga bahawa sewaktu lawatan Presiden Barrack Obama yang datang ke negara kita sewaktu sidang kemuncak negara-negara ASEAN, Presiden Obama juga telah membangkitkan soal rawatan Dato’ Seri Anwar. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberikan penjelasan terhadap pendirian dan tawaran oleh pihak kerajaan dan Presiden Barrack Obama telah mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia itu.

Walau bagaimanapun, saya ingin menyebutkan di Dewan yang mulia ini bahawa Dato’ Seri Anwar telah diberikan layanan sebagaimana banduan-banduan yang lain.

Namun saya ingin menyebutkan bahawa beliau telah diberikan keizinan untuk dilawati serta mendapatkan rawatan oleh doktor-doktor terutama doktor pakar. Saya ingin menyebutkan di Dewan yang mulia ini bahawa setakat 13 Mac tahun ini, Dato’ Seri Anwar telah dibenarkan untuk mengadakan 360 kali perjumpaan. Di mana 152 kali pemeriksaan kesihatan dan rawatan di penjara Sungai Buloh, sembilan kali rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Di samping itu perjumpaan dengan keluarga di Penjara Sungai Buloh sebanyak 19 kali dan 13 kali perjumpaan telah diatur di hospital. Ertinya terdapat 32 kali perjumpaan dengan ahli keluarga. Perjumpaan dengan peguam 18 kali, perjumpaan dengan pakar psikologi 33 kali, perjumpaan dengan peguam di luar mahkamah 85 kali dan hadir perbicaraan 24 kali.

Di samping itu juga, beliau dibenarkan untuk bersama-sama dengan mana-mana banduan bagi menghubungi ahli keluarga melalui telefon sebanyak 38 kali, menggunakan perpustakaan sebanyak 52 kali. Di samping itu, beliau juga telah diberikan peluang sebanyak lima kali untuk menggunakan seksyen 31 Akta Penjara termasuk menghadiri pengebumian bapa pada 5 April 2015 dan juga menemui Jawatankuasa Disiplin Peguam Bela dan Peguam Cara pada 18 Jun 2015 di tingkat 8 Wisma Maran dan beberapa maklumat lain.

Ertinya harus diketahui bahawa beliau tidak diberikan keistimewaan tetapi langkah-langkah yang dilakukan oleh Jabatan Penjara merupakan langkah-langkah yang terdapat dalam akta dan peraturan penjara dan saya harap perkara ini dimaklumi oleh Dewan yang mulia ini.

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, cuma Yang Berhormat Menteri belum jawab tentang kalau opsyen keluar negeri ini. Apakah prosedur dan pendirian kerajaan? Kedua ialah saya rasa dalam perbahasan isu rawatan itu juga berkaitan dengan masa yang sangat sekat dengan perjumpaan dengan lawyer. Bukan sahaja satu jam sahaja dan seminggu sekali kerana kes banyak dan peguam-peguam itu tidak dapat berjumpa lebih daripada seminggu sekali dan tidak boleh berjumpa lebih daripada satu jam. Itu saya agak tidak ada dalam peraturan. Ini adalah, dengan izin, discretion pegawai penjara.

Sehubungan dengan ini juga, sungguhpun rawatan dengan family dibenarkan tetapi rawatan itu tidak dibenarkan sedikit pun ada sentuhan, tidak ada physical contact. Ini merupakan satu halangan baru. Semasa saya di dalam penjara pun tidak sehinggalah kawan-kawan atau pelawat ini tidak boleh ada physical contact hanya melalui interkom dan kaca sahaja. Itu saya ingin dapat penjelasan, adakah keadaan ini dapat ditingkatkan atau diperbaiki. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya telah mengemukakan jawapan tentang rawatan di luar negara tadi sebagaimana yang tercatat di dalam Akta Penjara. Walau bagaimanapun kita harus mengetahui bahawa beliau telah dibekalkan dengan beberapa kemudahan atas syor panel pakar perubatan termasuklah katil hospital dalam spesifikasi hard, and hospital bed, kerusi dan meja, facility air mandi sejuk dan panas, kipas di dinding, tandas duduk dan dibekalkan makanan-makanan mengikut syor oleh panel pakar perubatan seperti cereal, susu low fat milk, raisin, kurma, madu dan minuman high protein. Pada hemat Jabatan Penjara, rawatan ini adalah berdasarkan kepada syor dan dibuat oleh panel perubatan dan ini harus dilihat sebagai mematuhi peraturan pada waktu yang sama adalah bagi menterjemahkan rasa perikemanusiaan yang tinggi oleh Ketua Pengarah Penjara dan pegawai-pegawai penjara yang telah memberikan rawatan-rawatan berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertukar kepada satu tajuk yang lain selain daripada soal penjara itu iaitu mengenai Jabatan Pendaftaran. Di mana Yang Berhormat Sandakan bertanyakan soal yang berkaitan dengan isu Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah atau RCI. Beberapa tindakan susulan kerajaan terhadap RCI

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

yang telah dibentangkan kepada umum telah memperlihatkan beberapa langkah iaitu termasuk membentuk Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing Negeri Sabah (JKPWAS) yang ditubuhkan pada 3 Disember 2014.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Malah terdapat juga dua buah Jawatankuasa iaitu jawatankuasa induk yang dipengerusikan bersama Yang Berhormat Ketua Menteri Sabah dan saya sendiri dan Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Panglima Joseph Pairin Kitingan.

Saya ingin menyebutkan bahawa jawatankuasa yang telah ditubuhkan ini telah memperlihatkan kesungguhan bagi mengatasi isu PATI ini, di mana kita dapati bahawa pada tahun 2015 sahaja sebanyak 27,769 orang telah diusul, maafkan saya, sejak tahun 1990 hingga tahun lalu, sebanyak 27,765 orang telah diusir dari Sabah. Pengusiran ini- saya minta maaf. Sekali lagi saya sebutkan di Dewan yang mulia ini. Pada tahun lepas sahaja 27,769 tetapi dari tahun 1990 hingga tahun lalu, sebanyak 529,940 orang telah diusir. Itu dengan izin, accumulated figures. Ini memperlihatkan bahawa tindakan yang dilakukan oleh jawatankuasa- jawatankuasa ini merupakan hasil daripada komitmen pihak kerajaan sendiri untuk melakukan pengusiran dan pusat tahanan sementara atau PTS terlalu sesak dengan pendatang-pendatang tanpa izin ini. Walau bagaimanapun, kita berjaya melakukan beberapa tindakan antaranya kerjasama dengan Kedutaan Filipina bagi memastikan pihak Filipina mempercepatkan pengeluaran dokumen perjalanan atau travel documents kepada tahanan yang hendak diusir ke negara asal. Tindakan ini telah menghasilkan impak yang sangat positif di mana dokumen tersebut telah dapat dikeluarkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu berbanding dengan dua hingga tiga bulan sebelum pelaksanaan pada recommendation atau syor yang dibuat oleh RCI ini.

Selain daripada itu, jawatankuasa ini melalui Kementerian Luar Negeri telah mengemukakan satu nota diplomatik bertarikh 19 Februari tahun ini kepada Kedutaan Besar Republik Filipina berhubung cadangan untuk mengadakan sesi engagement dengan Kerajaan Filipina bagi membincangkan isu mengenai keberadaan pendatang asing di Sabah yang majoritinya berasal dari Filipina dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Di samping itu, kerajaan juga telah menambah baik pengeluaran dokumen pengenalan diri untuk membezakan sama ada seorang individu itu dilahirkan di negeri Sabah merupakan warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia.

Dalam hal ini, kerajaan telah memperkenalkan penggunaan terma atau terminology dengan izin, rekod kelahiran bagi dokumen pendaftaran kelahiran bukan warganegara yang telah mula dikuatkuasakan pada 15 September tahun lalu bagi menggantikan terma sijil kelahiran pada dokumen pendaftaran negeri Sabah hanya yang akan dikhususkan pada warganegara Malaysia keturunan Sabah.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Menteri soal keprihatinan kerajaan terhadap masalah PATI di negeri Sabah. Saya ucapkan syabas dan tahniah kerana kerap kali operasi untuk menangani masalah pendatang tanpa izin Sabah selalu diadakan dan rakyat negeri Sabah berterima kasih dengan wujudnya jawatankuasa-jawatankuasa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi.

Saya hanya minta sedikit penjelasan soal kedudukan, status pendatang- pendatang ini yang masih dalam tahanan yang kerajaan hendak hantar tetapi kerajaan negara Filipina tidak sanggup menerima kerana mungkin tidak mempunyai dokumen tertentu yang menunjukkan mereka ini warga Filipina atau pun warga Indonesia. Jadi ini satu masalah yang besar bagi kerajaan dan saya minta penjelasan. Adakah usaha daripada kementerian sendiri dan Kementerian Luar Negeri kita untuk mewujudkan satu embassy, wakil Embassy Filipina di negeri Sabah atau pun letaknya di negeri Sabah atau Sarawak atau pun di Labuan untuk menyenangkan pembuatan surat-surat perjalanan mereka ini yang disyaki sebagai warga Filipina sendiri.

Last sekali, soalan saya, soal tentang perkara yang menentukan bahawa kerajaan kita boleh melatih warga-warga yang dianggap sebagai PTI ini yang ada surat-surat kebenaran untuk tinggal di negeri kita, untuk dilatih untuk membuat seorang pekerja yang mahir, yang kita perlukan di perladangan misalnya, di pembinaan, di kilang-kilang misalnya,

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

yang boleh kita bahagi-bahagikan kepada tempat-tempat yang memerlukan perkhidmatan orang-orang yang mahir. Minta jawab Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, harus diketahui bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai akta imigresennya yang tersendiri. Ini harus dihormati dan itu hak kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan hanya membantu dengan izin, to facilitate semua keperluan yang disebutkan. Oleh yang demikian, status yang ditanya tadi mengenai bagi mereka yang tidak boleh dikeluarkan dokumen oleh Kerajaan Negeri Sabah dan dalam perkara ini, setakat ini, walaupun Filipina tidak melantik seorang counsel general, di Kota Kinabalu tetapi Kedutaan Republik Filipina di Kuala Lumpur telah memberikan kerjasama yang terbaik untuk membantu bagi menyediakan dokumen untuk rakyat Filipina atau pun yang dari segi latar belakang diketahui memang berasal dari Filipina.

Tentang latihan dan juga pelantikan untuk mereka diberikan latihan berketerampilan atau berkemahiran, setakat ini belum lagi kerana undang-undang tidak mengizinkan untuk mereka diberikan latihan supaya diserapkan sebagai pekerja mahir atau separa mahir. Walau bagaimanapun, ini merupakan satu cadangan yang baik jika ia tidak melanggar akta imigresen Sabah atau akta imigresen di peringkat nasional maka perkara itu boleh diteliti untuk dikaji.

final • 2:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Menteri ada memberikan banyak penjelasan bagaimana RCI itu telah dilancarkan. Akan tetapi kita tahu ada dua orang Ahli Jawatankuasa khasnya dihead by kita punya Yang Berhormat Keningau. Ahli jawatankuasa ini sepatutnya diberikan satu recommendation tentang bagaimana RCI Report itu bersama- sama boleh menyelesaikan masalah PTI tetapi sampai sekarang sudah satu tahun lebih ahli jawatankuasa ini belum ada apa-apa recommendation. Walaupun dia sudah janji akan diberikan recommendation pada hujung Disember 2015 namun sampai sekarang belum ada lagi pertamanya. Bilakah recommendation ini boleh ditetapkan? Keduanya ini saya pun harap juga, rakyat Sabah pun menanti-nantikan

final • 2:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Adakah apa-apa resolusi daripada kementerian ini, bagaimanakah boleh membersihkan IC-IC palsu? Ini satu permasalahan yang kita hadapi sebab sekarang banyak peniaga menghadapi masalah sebab ramai pekerja yang di employ tetapi tiada ada IC. Peniaga itu tidak tahu ini IC atau tidak tetapi dalam operasi banyak yang ditangkap and then pemilik itu atau tauke itu semua kena masalah hubungan sebab yang employ ini PTI yang IC itu palsu dan sebagainya.

Jadi ini satu masalah, saya harap kementerian menangani masalah yang paling serius dihadapi di Sabah. Bolehkah dipercepatkan prosedur untuk membersihkan satu masalah yang kita bising. That is very serious.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa penangkapan dan penapisan kepada mereka yang mempunyai dokumen palsu atau dokumen yang sebenar ini telah dilakukan sejak tahun 1990 dan sejumlah 529,000 tapisan telah dilakukan.

Mana-mana yang mempunyai dokumen ataupun kad pengenalan palsu kita telah tangkap dan kita telah serahkan kepada Kerajaan Filipina untuk dihantar balik.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Keningau telah memberikan beberapa cadangan kepada Jawatankuasa Induk dan cadangan-cadangan itu sebahagian besarnya telah dilaksanakan dan diteliti. Jangan khuatir daripada segi pembersihan yang dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Ia telah berjalan sekian lama, di mana ingin disebutkan juga bahawa mereka yang telah terbabit dengan langkah-langkah yang dibuat sebelum RCI itu telah dikenakan tindakan dan semua kakitangan JPN yang terbabit telah diambil tindakan termasuk tindakan membuang kerja.

JPN juga telah membuat semakan semula termasuk pemanggil pemegang kad pengenalan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, yang kita syak ada yang tidak teratur dan dikhuatiri tidak teratur. Sebanyak 75,677 rekod telah diperoleh di mana kita dapati bahawa jumlah berkenaan tidak dikeluarkan sebarang gantian kad pengenalan baru kerana rekod tersebut telah dibatalkan. Saya ingin sebutkan telah dibatalkan atas beberapa sebab dan kita merasakan tindakan dan cadangan yang dilakukan oleh pihak Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dengan recommendation yang dibuat oleh Jawatankuasa

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Keningau ini telah melaksanakan tugasnya dengan sebaik-baiknya.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Menteri, saya fikir ini bukan sahaja kita yang sebelah sini. Sebelah Barisan Nasional pun, wakil rakyat pun ada cadangkan kita harap kementerian boleh bersetuju menarik balik semua IC dan ganti IC yang baru untuk rakyat Sabah tulen. Ini saya mahu tanya adakah Menteri ada berniat mahu buat sebegitu atau tidak? Saya harap kita boleh membersihkan semua IC yang palsu dan sekarang ada di Sabah.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Boleh? Ada hubungan ringkas.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bagi saya daripada 70,000 IC yang palsu itu ada tak pihak kementerian buat perbandingan dengan senarai pengundi dalam SPR? Ada tak terdapat mana-mana daripada IC-IC palsu itu telah pun didaftarkan sebagai pengundi?

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kita bekerjasama dengan pihak SPRM Tuan Yang di-Pertua dan hanya mereka yang mempunyai kad pengenalan yang mempunyai rekod di Jabatan Pendaftaran Negara sahaja yang diizinkan untuk menjadi pengundi. Kita melakukan matching dokumen ini dengan izin, supaya tidak berlaku penipuan daripada segi pengundian. Tidak sebagaimana yang dituduh oleh pihak pembangkang dahulu bahawa ada 40,000 orang Bangladesh yang kononnya dibawa masuk untuk mengundi dan tidak munasabah kalau 40,000 orang berdasarkan kepada 400 orang, Boeing 747 pun ertinya perlu ada 1000 buah kapal terbang yang mendarat di negara kita. Tidak munasabah tetapi ketika itu antara yang bercakap tentang hal itu ialah Yang Berhormat Shah Alam. Inilah yang jadi masalah melakukan...

final • 3:00 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Menteri tidak jawab saya. Soalan saya very direct daripada 70,000 orang itu ada atau pun tidak?

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Tuduhan tanpa ada...

[Disampuk] Tidak ada. Saya sudah jawab tidak ada.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Berterus terang. Menteri tidak jawab direct. Menteri jawab kata kita check yang mana palsu, tidak ada cakap yang 70,000 itu sudah check ataupun tidak?

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tidak ada. Kalau Yang Berhormat Shah Alam faham jawapan saya maka jawapannya ialah tidak ada. Akan tetapi Yang Berhormat Shah Alam antara orang yang menuduh Kerajaan Barisan Nasional bawa 40,000 orang Bangladesh itu yang tidak ada. Itu benda yang salah.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Pasal sudah kenal sangat kerajaan, kenal sangat.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jadi dalam hal ini termasuklah juga Yang Berhormat Kuala Langat yang menjadi pemangku NTUC yang menuduh pelbagai.

Tidak apa, sekejap lagi saya jawab. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada tajuk lain iaitu mengenai...

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Panjang lagi Yang Berhormat? Panjang lagi?

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan berhenti apabila habis.

Insya-Allah akan habis dengan segera.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Menteri, saya punya soalan belum lagi dijawab. Menteri ada berniat untuk menarik balik semua IC Sabahan yang sekarang sedia ada dan mengeluarkan satu IC yang baru untuk semua Sabahan yang tulen. Ini saya fikir satu cadangan yang baik dan semua pun setuju di Sabah sana. Jadi saya harap kementerian ini berfikir ini satu cadangan yang positif.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, kita telah melakukan kajian terhadap cadangan itu dan kita menerima pandangan rakan-rakan Ahli- ahli Parlimen Barisan Nasional juga dari Sabah dan kita dapati bahawa tidak munasabah untuk mendaftarkan semula semua warganegara Malaysia keturunan Sabah dengan kad pengenalan baru. Kita berpuas hati bahawa semua kad pengenalan yang dikeluarkan semakan telah dilakukan terdiri daripada mereka yang benar-benar layak diberikan kad pengenalan di Sabah dan tidak timbul soal untuk mengeluarkan kad pengenalan baru.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dalam hal ini Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara umpamanya telah mengeluarkan kenyataan bahawa tuduhan mengatakan bahawa rakyat Sabah lebih daripada rakyat Sarawak tidak benar. Daripada rekod-rekod yang diperoleh dan rekod yang telah dikeluarkan bahawa di Sarawak lebih daripada di Sabah tetapi pihak pembangkang masih turut menuduh kerajaan dan ini tidak sepatutnya timbul sebab apa yang dilakukan oleh RCI dan dua buah Jawatankuasa yang telah saya sebutkan tadi telah melakukan kerja yang cukup baik. Kita juga telah melakukan engagement dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dengan NGO yang ada di Sabah dan penjelasan telah diberikan.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Saya hanya mahu beritahu Menteri yang betul-betul banyak ambil tindakan untuk tangkap, ada berapa ribu yang kena tangkap? Akan tetapi saya hendak beritahu Menteri apa yang berlaku. Tangkapan ini langsung tidak tentu Menteri kerana banyak aduan tangkapan ini macam wayang kulit. Tangkap bukan untuk betul-betul, tangkap untuk apa tidak tahulah Menteri. Untuk minta duit sahaja. Ada seorang tauke kena minta RM50,000 lagi. Sama tangkap bebas. Jadi apa guna tangkapan ini, Menteri? Macam tidak betul-betul ambil tindakan terhadap pendatang tanpa izin. Betul!

final • 3:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ini dalam saya punya hatilah, saya tidak ada cakap bohong Yang Berhormat Menteri. Kalau Yang Berhormat Menteri datang, saya bagi tahu itu tauke-tauke. Ini tauke- tauke sama dia bilang datang, bila itu ambil tindakan, sama kena tangkap. Walaupun ada IC pun kena tangkap, ada pasport pun kena tangkap, runding duit, minta runding sahaja.

Sama pun lepas, tidak ada diambil tindakan. Sama pun lepas, ambil siapa sudah bayar, boleh lepas.

Ini saya bagi tahu Yang Berhormat Menteri, ini betul-betul punya hal, saya harap Menterilah betul-betul ambil tindakan. Ini ambil tindakannya yang betul. Kasi selesai kita pendatang. Tidak, selama-lama saya kasi bagi satu jaminan, tidak dapat selesai ini pendatang tanpa izin kerana kita punya yang ambil kuasa punya orang sama pun tangkap duit, bukan tangkap orang. Ini sahaja saya mahu kasi sampaikan Yang Berhormat Menteri...

final • 3:10 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Wah, betul kena balun. You banyak butut-butut, dengan izin...

[Ketawa] Bagi maklumat ya, saya juga ingin berkongsi bahawa tidak benar tuduhan itu. Walaupun ada terdapat seorang, dua. Itu sebab saya telah bagi tahu tadi bahawa seramai 23 orang telah ditangkap dan telah dibuang kerja. Ertinya, kita telah betut-betut buat kerja dalam perkara ini.

[Ketawa] Dan saya tidak khuatir, bukan saya mahu berkompromi.

Saya dengan pegawai-pegawai saya akan menerima itu sebagai satu kenyataan dan satu hari nanti kalau sesuai kita ‘sama-sama turun’, dengan izin, untuk buat penguatkuasaan supaya tindakan-tindakan boleh dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertukar kepada tajuk lain iaitu Yang Berhormat Lanang bertanyakan tentang perkara-perkara mengenai special task force, dengan izin, yang diwujudkan untuk menyelesaikan masalah ketiadaan kad pengenalan, terutamanya di kalangan rakyat Malaysia di kawasan pedalaman Sarawak.

Beberapa langkah telah dibuat dan ini telah kita lakukan bahawa kerajaan telah memutuskan agar Jabatan Pendaftaran Negara dengan diketuai oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri II untuk turun ke bawah. Perkara ini telah dilakukan bukan kerana untuk menambahkan sebarang daftar bagi menghadapi apa yang sedang hangat sekarang ini. Akan tetapi sebenarnya kita telah mengambil tindakan, di mana jawatankuasa di peringkat induk, saya sendiri pengerusikan. Kita telah mengadakan beberapa mesyuarat yang telah mengambil keputusan bahawa task force ini turun ke bawah, dengan izin, dengan mobile unit, kita telah pergi ke kawasan-kawasan pedalaman, bekerjasama dengan pejabat daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, jabatan pendidikan dan kita telah berjaya mendokumenkan kira-kira 11,630 orang individu yang layak untuk memiliki dokumen pengenalan diri.

Di samping itu, kita lihat bahawa langkah-langkah proaktif ini telah kita lakukan dengan terbaik, termasuklah apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Sungai Petani yang bertanya adakah SOP yang dilakukan ini mengikut SOP yang sebenarnya?

Termasuklah terdapat kehadiran puluhan ribu orang anak-anak hasil pasangan warga negara dengan gadis-gadis dari negara China dan berapakah jumlah anak-anak yang

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

dilahirkan ini. Walaupun ini tidak kena-mengena dengan Sarawak tetapi ini ada kena- mengena dengan soalan mengenai Jabatan Pendaftaran Negara.

Saya ingin menyebutkan bahawa bagi menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Petani, berdasarkan rekod JPN dari tahun 2011 hingga akhir tahun lalu, didapati seramai 11,623 orang wanita yang berasal dari negara China telah berkahwin dengan lelaki warga negara Malaysia. Daripada pasangan tersebut, seramai 9,167 orang kanak-kanak telah dilahirkan dalam tempoh yang sama. Daripada maklumat yang telah diperolehi, perkahwinan yang tidak didaftarkan adalah kira-kira satu setengah kali ganda daripada jumlah perkahwinan yang didaftarkan.

JPN menjangkakan kira-kira 29,000 pasangan-pasangan yang berkahwin yang saya telah nyatakan tadi 11,623 telah didaftarkan, sebaliknya ada lebih daripada 17,000 yang tidak didaftarkan. Ini telah menimbulkan permasalahan sebenarnya pada Jabatan Pendaftaran Negara kerana anak-anak ini apabila dilahirkan, ibunya telah meninggalkan negara ini, balik ke negara asal dan bapanya atau saudara maranya telah memohon supaya ada sijil kelahiran kerana mereka mahu memasuki persekolahan. Akibat daripada itu, maka kita dapati bahawa anak-anak berkenaan tidak dapat bersekolah.

Oleh yang demikian, beberapa langkah telah diambil, termasuk daripada rakan- rakan kita yang bersimpati dengan anak-anak itu kerana anak-anak itu tidak bersalah, yang salah ialah ibu bapanya. Jadi, dalam hal inilah, maka kita telah mengambil tindakan mengikut kes, dengan izin, case-to-case basis untuk memberikan sijil kelahiran kepada anak-anak berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin...

final • 3:10 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri, sebelum itu Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri tentu sedar bahawa ada undang-undang dalam negara kita, lelaki bukan Islam yang mengambil isteri kedua tidak boleh mendaftarkan perkahwinan tersebut. Sekiranya dia mendaftarkan, ia menjadi satu kesalahan dan punishable according to the law, imprisonment saya ingat empat tahun.

Jadi, sebab itu banyak laki-laki bukan Islam yang ‘berkahwin’ dengan wanita- wanita dari China ini, akhirnya berkahwin tak tahu caranya tetapi mereka berkahwin dan mendapat anak. Akibat dari tidak mendaftar itulah, maka kita ada satu situasi di mana yang pertama, rekod kita mungkin Yang Berhormat Menteri sebut tadi 9,000. Saya jangka mungkin lebih dari itu, mungkin. Jadi, apakah tindakan selanjutnya? Mereka jadi stateless, at the same time emak dia sudah balik, bapa dia kata saya tak boleh daftar. Kalau saya daftar, saya masuk jail. Jadi, kita ada situasi yang agak-agak kelam-kabutlah di sini mungkin. Apakah cadangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya telah nyatakan Tuan Yang di- Pertua, case to case basis. Ertinya, jika ada permohonan untuk mengeluarkan sijil kelahiran, maka atas dasar budi bicara dan perikemanusiaan, kita keluarkan sijil kelahiran untuk mereka mendapat tempat di alam persekolahan. Kita tahu bahawa ada rakan-rakan Ahli Parlimen yang bertemu dengan saya sendiri, maka atas dasar itulah saya menyatakan bahawa yang salah bukan anak-anak berkenaan. Yang salah ialah ibu bapa dan saya sedar bahawa orang bukan Islam tidak boleh membuka cawangan lebih daripada satu. Maka, dalam keadaan itu saya ingin menyatakan, kali ketiga saya ulangi, atas budi bicara dan rasa keperimanusiaan, kita telah lakukan untuk mengeluarkan sijil kelahiran berkenaan.

final • 3:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya pernah terima beberapa kes di pejabat saya, di mana yang pasangan itu, yang lelaki warga Malaysia kahwin dengan warga China, mereka beranak sebelum perkahwinan mereka didaftarkan. Selepas itu yang anak pertama tidak ada Surat Beranak tetapi anak kedua, ketiga, keempat ada surat beranak.

Jadi, anak pertama itu tidak dapat masuk sekolah. So, takkan kes macam ini- sebenarnya sangat senang. Kalau ada satu SOP bagi ke KDN, biar mereka buat DNAlah.

Kalau itu yang anak pertama itu memang dilahirkan oleh kedua-dua pasangan itu, biar mereka dapat surat beranak segera. Takkan yang anak itu tidak dibenarkan masuk sekolah, tak boleh menjadi warga Malaysia. Saya rasa yang bila Yang Berhormat Menteri kata case- to-case, ialah kalau 9,000 kes itu, macam mana case-to-case? Mesti ada satu SOP supaya menyenangkan, memudahkan segala permohonan dan kes macam ini.

final • 3:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya pun bersetuju dengan Yang Berhormat Seputeh sebab masalahnya case-to-case basis ini ia banyak bureaucratic. Rakyat di luar sana tak tahu siapa nak pergi. Selalunya datang ke pejabat Ahli Parlimen sahaja.

final • 3:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

We cannot take so many cases sebab ini beribu-ribu kes. Jadi, baik kalau boleh test DNAkah, buktikan bahawa ini bapa. Let’s have an amnesty supaya dia boleh dapat dan jadikan sebagai SOP supaya future cases pun boleh systematically accepted as citizen.

Minta tolonglah, I think this is very humanitarian case. Minta Menteri.

final • 3:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh. Yang Berhormat Menteri, saya dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tetapi masalahnya kalau kita ada case-to-case basis Yang Berhormat, apakah berlaku dengan kes-kes di mana tidak ada diluluskan atau dikeluarkan sijil tersebut? Apa tindakan yang akan diambil kerana whether we like it or not, this children are here and I think we have to go with it, Yang Berhormat Menteri. Saya minta penjelasan. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Menteri, ada sedikit lagi. Saya menerima aduan bahawa ada juga anak-anak yang tidak ada warganegara itu sudah besar, ada yang sudah besar pun buang. Sudah besar mereka hendak kahwin dengan lelaki tempatan tetapi tidak dapat mendaftarkan sijil perkahwinan mereka. Jadi anak yang mereka lahir itu juga tidak ada kewarganegaraan. Jadi, ini pun satu masalah.

Saya menerima aduan di kawasan pedalaman, orang di pedalaman ramai tidak ada IC, ramai juga di kalangan perempuan. Kalau perempuan itu berkahwin dengan lelaki yang ada IC, ada kewarganegaraan Malaysia, anak mereka, mereka tidak dapat mendaftarkan sijil perkahwinan, jadi anak mereka pun tidak ada IC juga. Itu satu masalah juga. Saya minta penjelasan Menteri bagaimana menyelesaikan masalah macam ini.

final • 3:20 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Terima kasih Menteri. Ya, saya setuju apa yang Menteri kata, itu salah bukan kerana itu budak, itu salah kerana papa mama, itu betul. Akan tetapi, macam rasanya realiti yang salah itu anak, kerana itu dia masih bujang.

Saya banyak ini cases di Sabah. Stateless kid yang paling serius di Kota Kinabalu, beribu-ribu. Ini yang banyak Menteri, saya setuju sama Yang Berhormat Seputeh juga, kerana banyak yang belum daftar dia punya perkahwinan, banyak yang sebelum dia kahwin anak sudah keluar. Jadi sudah daftar belakang sama dapat IC tetapi didaftar satu dua tidak dapat, jadi saya harap banyak itu bapak mamaknya hari-hari sakit kepala. Jadi, apa macam cari makan kerana ini semua pun orang miskin. Orang miskin yang banyak ini masalah.

Jadi saya harap– kerana ini banyak di Sabah stateless kid, banyak, beberapa ribu. Paling banyak di Semporna. Kalau kita pergi laut- ini sea Bajau- sama, anak-anak dia tiada sijil lahir.

Jadi, saya haraplah kementerian ambil dasar yang serius supaya siapa yang anak- anak yang kerana belum daftar kahwin- yang di depan itu banyak tidak dapat, kasi bagilah, teruskan. Ini kerana banyak saya dapat aduan, dia sudah mohon tapi kena reject. Diminta lagi mohon satu kali lagi, mohon lagi, reject. Minta lagi, mohon lagi, reject lagi. Ini saya tanya kepada Menteri, kenapakah begitu pula? Ini banyak kes ini macam.

Jadi saya harap kalau kita ini macam, put the problem under the carpet, ini semakin lama kita ini stateless kid jadi lebih serius kerana budak-budak ini semua pun tiada hope, tiada dignity. Saya rasa akan datang dia orang akan jadi radikal. Jadi radikal, saya fikir ISIS lagi. Bukan lagi tenaga, apa-apa akan lanun naik. Saya harap Menteri ambil satu langkah yang serius siapa bapak, mamak sebelum kahwin ada anak...

final • 3:20 PM

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Hei, mamak tarik balik. Banyak kali cakap mamak, mamak, mamak tahu [Ketawa]

final • 3:20 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Mamak, mamak.

final • 3:20 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Bukan itu mamaklah. Ini bahasa Sabahlah. Mahu faham bahasa Sabah yang senang sedikit.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya faham ini.

final • 3:20 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Saya harap Menteri ambil ini tindakan yang serius...

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ini sebab saya ada kira-kira 26 minit sahaja lagi.

final • 3:20 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ya. Okey, terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ucap terima kasih sekali lagi.

Saya amat bersimpati dengan Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu kerana beliau berdua tidak terlibat dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu sebenarnya [Ketawa] Biarpun itu bahasa Sabah tetapi saya harap mereka yang terlibat janganlah sensitif dengan salah sebutan itu.

Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Puchong telah bertanyakan mengenai SOP. Kita ada SOP termasuk DNA. Saya fikir mereka yang tidak dapat didaftarkan ini masalah sosial yang berlaku disebabkan suatu ketika dahulu, Tuan Yang di-Pertua, kerana ada dasar untuk memberikan visa on arrival (VOA) kepada pelancong asing, maka inilah yang telah berlaku di mana mereka yang telah jatuh cinta pandang pertama ini telah melakukan sesuatu di mana bapak dan ‘mamak’...

[Ketawa] Telah melakukan sesuatu yang hanya diketahui oleh mereka nikmatnya tetapi akhirnya negara terpaksa menanggung apa yang berlaku.

Dalam keadaan itulah saya amat bersetuju, dalam jangka panjangnya, jika ada SOP dapat disediakan termasuklah penyelidikan terhadap DNA. Saya harap dalam perkara ini, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Kota Kinabalu dapat kita terima sebagai satu cadangan yang baik kerana sesungguhnya anak-anak ini tidak harus dizalimi. Kita harap apabila pindaan-pindaan terhadap Akta Pendaftaran ini, ia akan dapat sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini.

Saya ingin...

final • 3:20 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Menteri, masalah sekarang ialah sudah berlaku mereka hendak kahwin tetapi tidak dapat berkahwin. Jadi bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini?

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih. Saya fikir itulah sebabnya kita perlu bawa ke sini. Pegawai-pegawai JPN akan melakukan penelitian terhadap undang-undang yang ada supaya kita dapat melakukan, dengan izin, improvement to improvise perkara ini.

final • 3:20 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Silakan Yang Berhormat Kuala Kangsar.

final • 3:20 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Terima kasih. Saya sebenarnya bersimpati dengan KDN kerana walaupun kita memerlukan SOP tetapi kalau ikutkan cases, tidak adapun yang standard. Makna, sudah tentu setiap kes ada mempunyai nilai ataupun masalah tersendiri. Jadi bagaimana kita hendak mengadakan pelbagai SOP sedangkan casesnya tidak ada satu standardization, semuanya berlainan?

Jadi saya ingat saya mohon Yang Berhormat Bagan Datok teruskan kerana ini sudah menjadi pusat khidmat Bagan Datok pula tentang semua kes yang kita Ahli Parlimen pun ada kes-kes tertentu. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya ada sedikit tidak bersetujulah berkenaan dengan kewarganegaraan ini. Sebab apa? Sebab kita lihat di sini bahawa kalaulah- makna, kita ragu-ragu tetapi untuk menyelesaikan masalah ramai yang bukan sahaja daripada negara China tetapi daripada negara lain juga, kalau boleh kita utamakanlah bagi penduduk tetap dahulu daripada kita terus bagi luar negara. Ini sebab kadang-kadang itu kita lihat mereka ini bahasa Malaysia pun tidak tahu sebut.

Jadi maknanya hendak bagi terus warganegara ini, dia tidak faham. Nanti kita announce cakap bahasa Malaysia pun mereka tidak faham. Jadi kalau boleh, kita bagi penduduk tetap. Akan tetapi, urusan untuk memberi penduduk tetap lebih mudah. Apa yang

final • 3:20 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

pentingnya ialah kalau boleh mereka dapat peluang pekerjaan, mereka dapat bekerja daripada tidak ada IC langsung. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Kulai.

final • 3:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kita kata fasal surat beranaklah.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar dan Yang Berhormat Padang Besar.

Saya rasa apa yang jadi pendirian pihak kerajaan ialah terhadap nasib yang dihadapi oleh anak-anak berkenaan walaupun kita tahu bahawa akta dan peraturan yang sedia ada tidak mengizinkan. Tentunya kita tidak mahulah masalah ini juga dialami oleh Yang Berhormat Seputeh kerana beliau belum pernah mengalami keadaan yang sama.

Saya fikir apa yang harus kita lakukan ialah rasa perikemanusiaan itu harus diberikan keutamaan.

Yang Berhormat Kulai duduk dahululah, tadi sudah banyak saya bagi peluang sebelum kita berehat tadi. Ini satu perkara yang mustahak yang ingin saya pindah, Tuan Yang di-Pertua, iaitu mengenai pertanyaan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Wangsa Maju, dan juga Yang Berhormat Kuala Langat yang bercakap tentang adakah benar kerajaan akan membawa masuk sejumlah 1.5 juta orang pekerja asing dari Bangladesh.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ingin saya umum dan maklumkan bahawa pihak kerajaan telah memutuskan sebagaimana yang telah saya keluarkan kenyataan pada 13 Januari bahawa pelaksanaan program penggajian dan penempatan semula pendatang tanpa izin telah pun dilaksanakan.

Program rehiring ini adalah bagi menyahut seruan oleh pemangku Presiden MTUC yang amat prihatin untuk mengambil pekerja-pekerja tempatan dan pekerja-pekerja asing yang tidak ada dokumen supaya dijadikan tenaga kerja mahir dan separa mahir dan menggalakkan rakyat tempatan untuk bekerja.

Atas sebab itulah maka kita berasakan bahawa apa yang dinyatakan sebagai 1.5 juta itu tidak benar kerana 1.5 juta itu, Menteri Sumber Manusia ada di sini, bukan hanya ditujukan untuk dihantar ke negara kita tetapi jumlah tenaga kerja yang didaftarkan di Bangladesh untuk dihantar kepada seluruh negara yang memerlukan tenaga mereka, bukan hanya untuk Malaysia sahaja.

Oleh sebab itu beberapa pengumuman yang telah dinyatakan terutamanya dalam kenyataan-kenyataan yang telah saya keluarkan bagi pihak kerajaan yang mutakhir adalah pada 14 Mac di mana kita minta supaya pekerja-pekerja asing yang baru ini tidak dibawa masuk ke dalam negara kita. Harap ini akan memuaskan hati pemangku Presiden MTUC, mudah-mudahan jika ada pemilihan semula, beliau akan jadi presiden penuh.

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama-tamanya sekalung tahniah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa 1.5 juta itu sebenarnya bukan rujukan awal yang dibuat daripada statement-statement yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat sendiri berkenaan dengan isu pendatang asing ataupun pekerja asing. Di sini kita ingin mengatakan dengan jelas bahawa dalam keadaan sekarang ini, ekonomi yang sebegitu tenat, dalam pekerja- pekerja yang telah dibuang puluhan ribu ini memerlukan pembelaan dan diberikan keutamaan.

Kita tidak menafikan keperluan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kena akui bahawa kita tidak menghalang kemasukan sekiranya keperluan itu “diamatsangatkan”. Ini kita tidak nafikan tetapi yang kita hendak jaga ini Tuan Yang di-Pertua, pekerja tempatan. Kita akui bahawa pekerja asing yang tidak berdokumen ini sebenarnya tidak tahu berapa jumlahnya.

Dahulu sebelum 6P diperkenalkan, saya ingat Menteri Sumber Manusia pun akui tidak ada data yang begitu tepat yang boleh mengatakan berapa dan ini yang disarankan oleh MTUC untuk mengadakan suruhanjaya siasatan diraja itu untuk mengenal pasti dan mengawal selia. Saya kira permohonan MTUC ini tidak keterlaluan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri malah ia membantu daripada segi masa depan.

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya akui apa yang dilakukan oleh, dihebohkan baru dua tiga hari yang lalu agak sedikit menjadi kecelaruan bagi kami kerana kalau hendak pekerja, refer dekat MEF refer dekat MTUC. Itu agak menyentuh saya Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Yang Amat Berhormat Bagan Datok masa itu mungkin tidak lunch lagi agaknya tetapi walau bagaimana sekalipun terima kasihlah kalau refer dekat MTUC dan MEF dan sebagainya yang memberikan rujukan kepada pekerja asing. Namun kita tegaskan bahawa kita tidak boleh ‘menyusukan kera di hutan, anak mati kelaparan di rumah’. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat.

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya amat-amat bersetuju dengan pemangku Presiden MTUC yang menjadi Ahli Parlimen Kuala Langat yang mengutamakan pekerja tempatan. Itulah sebabnya saya minta mana-mana majikan yang mahu pekerja berjumpa dengan Yang Berhormat Kuala Langat sebab beliau mengutamakan pekerja tempatan. Masalah yang timbul ialah majikan-majikan tidak mendapat pekerja tempatan.

Mereka tidak dapat Yang Berhormat. Kalau adapun, mungkin mereka hanya berdaya tahan selama tiga hari atau tiga minggu atau tiga bulan.

Yang bawa masuk pekerja asing ini bukan kerajaan, yang meminta ialah majikan.

Kerajaan terpaksa facilitate, dengan izin, Menteri Sumber Manusia pun, rambut pun baru belajar hendak tumbuh sebab masalah inilah, menanggung permasalahan kerana presiden yang macam inilah tetapi saya yakin beliau akan menang semulalah atas perjuangan yang dibuat. Kejap mahu sekat jangan masuk, lepas itu hendak bagi masuk pula. Biarlah betul- betul sikit, pakat elok-eloklah, kita kawan lama, biar pun parti lain-lain tetapi insya-Allah lepas ini kita ambil alihlah tempat itu.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Siapakah dia?

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Nak bagi siapa Yang Amat Berhormat?

final • 3:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat ‘Perdana Menteri’. Oh! Sorry Timbalan Perdana Menteri. Sorry, sorry, minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya tersasul, itu doa.

Manis mulut moga-moga kawan baik saya, kawan baik juga Yang Berhormat semua.

Baik, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, itu betul ya, tadi tersilap.

Tadi Yang Amat Berhormat mengatakan bahawa kalau adapun pekerja tempatan, dia hanya boleh ada daya tahan tiga, empat hari. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat, kenapakah mereka hanya ada daya tahan tiga hari itu? Apakah punca masalahnya?

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Punca masalahnya kerana sikap macam Yang Berhormat Pokok Sena lah [Ketawa] . Secara seriusnya, saya jawab secara serius, tadi bergurau. Secara seriusnya Tuan Yang di-Pertua, kerana mereka tidak ada daya tahan untuk bekerja dalam sektor 3D terutamanya dengan izin, dirty, difficult and dangerous. Mereka tidak tahan dan ini kajian yang dilakukan sendiri oleh beberapa NGO yang mendapati bahawa mereka mahu kerja yang lebih selesa.

Walaupun ada di kalangan NGO yang merasakan bahawa minimum wage dengan izin, gaji minimum itu harus dinaikkan, ini telah dinyatakan oleh MEF- Malaysian Employers Federation mengatakan ini membebankan majikan pula. FMM juga dengan izin Federal Malaysian Manufacturers merasakan bahawa ini juga membebankan kilang-kilang.

Jadi sekali lagi kita harap, kita bersetuju untuk syarikat-syarikat yang demikian melakukan tindakan automasi dalam pengeluaran. Begitu juga dalam jangka panjangnya kita harap institut latihan perindustrian memberikan latihan jangka panjang kepada lepasan sekolah supaya memasuki bidang separa mahir atau mahir supaya dapat memberikan tawaran dalam bidang pekerjaan. Saya fikir ini semua dipersetujui dan tentunya langkah- langkah yang dilakukan secara jangka sederhana dan panjang ini akan dipersetujui oleh semua. Saya silakan Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Saya ingin menyinggung satu

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

contoh yang saya nampak seolah-olah macam dinafikan apa yang berlaku pada hari ini.

Pekerja perkhidmatan Yang Amat Berhormat, itu menjadi satu pekerjaan yang tidak dianggap dalam 3D itu tetapi mengapa ia berleluasa, diambil sebagai pengambilan tepat pekerja tempatan kepada pekerja asing.

Kedua, kalau kita melihat perbuatan pula di kilang-kilang. Dia iklan di situ pekerja- pekerja diperlukan tetapi apabila pekerja tempatan pergi for interview, dia kata pekerjaan sudah dipenuhi sedangkan dalam masa yang sama diminta kepada kementerian untuk mendapatkan pekerja-pekerja asing. Ini yang menokok tambahkan lagi kesaratan dan permasalahan pekerja asing ini. Apakah Yang Amat Berhormat bersetuju dengan saya bahawa kawal selia dalam segi daftar itu penting dan mengehadkan sektor tertentu yang tidak melibatkan pekerja yang 3D Yang Amat Berhormat sebutkan tadi itu, itu memberi satu pra syarat yang membolehkan kawal selia dilakukan. Apakah Yang Amat Berhormat bersetuju dengan keadaan sedemikian untuk dikawal selia? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sambung, sambung.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya- nanti sekejap, Yang Berhormat Pokok Sena. Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan keprihatinan oleh Pemangku Presiden MTUC ini. Memang itulah sepatutnya langkah. Kita bekerjasama, saya akan hantar pegawai-pegawai penguat kuasa bersama dengan MTUC pergi ke kilang- kilang berkenaan, jumpa dengan para majikan berkenaan. Berikan keutamaan kepada tenaga kerja tempatan. Itu syaratnya. Tidak ada kompromi dalam hal itu. Itulah sebabnya pembekuan, kemasukan pekerja asing telah dilakukan. Noktah. Jadi ini dalam keadaan itu bukannya soal dahsyat tetapi ini satu perkara yang telah dilakukan dan keputusan telah dibuat oleh Jemaah Menteri.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Pertama, tadi disebut noktah sudah. Bermakna kemasukan pekerja asing itu dibatalkan. Cuma saya hendak minta penjelasan. Ini bermakna bahawa dokumen MoU Malaysia dengan Kerajaan Bangladesh ini juga terbatallah? Bermakna terbatal?

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

Noktah, noktah.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, noktahlah. Terbatallah.

Maknanya dimansuhkan yang ditandatangani oleh rakan saya dari Serian, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia.

Kedua, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, tadi Yang Amat Berhormat menyebut bahawa pekerja tempatan kita ini tidak punya daya tahan kerana tidak mahu kerja-kerja tempat-tempat yang 3D. Tempat kerja ‘berlemoih’ ini. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Gudang hari itu. Disebut. Dia kata tidak akanlah kerja di hotel ini ‘berlemoih’? Kerja di hotel ‘berlemoih’. Hotel bukan tempat kerja ‘berlemoih’. Kerja kotor. Saya sebut, saya kata sehingga puak hotel ini goreng telur mata kerbau pun Nepal. Goreng telur mata kerbau. Telur mata kerbau ini takkanlah orang Kota Belud tidak tahu goreng sehingga kena ambil orang dari Nepal? Betul atau tidak, Tuan Yang di-Pertua?

Jadi sebab itu saya harap bahawa kerajaan, adakah kerajaan boleh menentukan kadar peratus, macam pekerja-pekerja di hotel ini? Bermakna syarat mereka mesti kata untuk pekerja asing hanya 30 peratus atau 40 peratus - 60 peratus mesti ambil pekerja tempatan. Ini kerana kerja itu kalau kita hendak kata kotor, tidak. Semua pakai smart.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih, terima kasih. Faham, faham. Untuk goreng telur, Yang Berhormat Pokok Sena...

final • 3:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Menteri, sikit.

final • 3:40 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Batu Pahat.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Untuk goreng telur, Yang Berhormat Pokok Sena- minta maaf. Untuk menggoreng telur, memang syarat...

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

Tarik balik, tarik balik.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak apa, dia bagi goreng telur pun tidak apa. Nanti kita goreng telur dia.

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Memang syarat pekerja dalam sektor perkhidmatan tidak boleh mengambil pekerja asing. Hanya mereka yang di dalam bidang cookery ataupun dalam chef umpamanya diizinkan. Perkhidmatan tidak boleh. Akan tetapi pihak hotel menghadapi permasalahan untuk memperoleh pekerja tempatan. Ini bukan salah kami. Bukan kami memberi izin. Tidak. Jabatan Tenaga Kerja juga tidak mengizinkan dalam situasi yang begitu. Akan tetapi saya kata daya tahan. Mereka bekerja tidak lama.

Jadi jangan salahkan kerajaan sebab yang bawa masuk itu majikan berkenaan dan tindakan-tindakan penguatkuasaan dilakukan oleh Jabatan Imigresen dan pihak-pihak Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja juga untuk melakukan, dengan izin, enforcement. Jadi dalam keadaan yang demikian, harus difahami, Yang Berhormat Pokok Sena bahawa jika kita menguatkuasakan dengan sepenuhnya sebagaimana apa yang berlaku kepada sektor kilang perabot dan saya memperoleh memorandum daripada 80 orang ahli Persatuan Kilang Perabot dan lain-lain perkhidmatan ini, yang meminta pekerja asing dan kita telah ajukan kepada Kementerian Sumber Manusia dan mereka mengambil keputusan ambil pekerja tempatan, ambil pekerja-pekerja yang tidak ada dokumen ini terlebih dahulu.

Jadi akhirnya kerajaan mengambil sikap yang positif, Tuan Yang di-Pertua dan saya harap- walaupun kita berbeza pendapat tetapi fahami keadaan yang sedang berlaku dan kerajaan sedaya mungkin yang boleh cuba memenuhi kehendak daripada industri dan pada waktu yang sama mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditentukan...

final • 3:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bangun]

final • 3:40 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya tinggal kira-kira minit sahaja lagi, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Amat Berhormat Menteri, isu pekerja asing.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya berikan peluang kepada Ketua Pembangkang dahulu.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Tentang pekerja asing ini, saya hendak tanya, adakah kerajaan bertindak mengklasifikasikan kontrak antara Sinar Flug Sdn. Bhd. itu sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972? Terima kasih. Ada soalan dalam ucapan saya. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dalam perkara ini oleh sebab syarikat berkenaan telah memohon pekerja asing untuk sektor yang diizinkan, maka sebenarnya isu itu telah dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Saya akan berikan jawapan bertulis kerana perinciannya terlalu panjang.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada kira-kira 24 minit dari sekarang. Bukan 24 minit tetapi 14 minit dari sekarang kerana ada kementerian lain punya giliran untuk menjawab dan saya harap beberapa isu yang lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus umpamanya dan juga Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Taiping dan Yang Berhormat Seremban yang bertanyakan mengenai pengurusan visa untuk pelancong-pelancong China.

Saya ingin menyebut bahawa kemasukan pelancong-pelancong China ke Malaysia telah diberikan pengecualian visa dan walaupun dibangkitkan tentang soal pembayaran pengurusan e-Visa, saya ingin menyebutkan tadi, Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan hari Jumaat yang sudah, dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa permohonan e-Visa telah diturunkan bayarannya daripada 400 Renminbi kepada 200 Renminbi iaitu lebih rendah daripada bayaran paling rendah yang dikenakan oleh Thailand sebanyak 220 Renminbi. Visa tidak perlu dibayar lagi kerana ia telah diberikan pengecualian. Dalam hal ini, kerana kita mahu bersaing di peringkat antarabangsa untuk menggamit kehadiran pelancong-pelancong supaya datang ke Malaysia bagi memberikan economic stimulus kepada negara kita.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Begitu juga beberapa langkah yang lain yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan termasuk apa yang saya nyatakan di awal penggulungan ini bahawa beberapa tindakan oleh pihak kerajaan adalah untuk memenuhi industri dan permintaan pasaran dan diharap ia akan dapat memuaskan hati walaupun tidak 100 peratus tetapi sebahagiannya akan dapat kita atasi. Saya perlukan Yang Berhormat Seputeh.

final • 3:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih, Yang Amat Berhormat Menteri. Saya ingin tahu siapa di belakang Syarikat Ultra Kirana ini kerana sejak tahun lepas kami sudah dengar banyak kali kerajaan kata hendak bagi visa free kepada pelancong dari negara China tetapi setiap kali syarikat ini, agensi ini yang merupakan halangan terhadap dasar kerajaan ini dan pengumuman ini telah pun ditunda, tunda, tunda dan selepas dilaksanakan, syarikat ini tukar lagi. Jadi soalan saya ialah kenapakah pengeluaran visa ini sepatutnya kerja imigresen. Kenapa kerajaan menswastakan perkhidmatan ini kepada syarikat swasta ini sehingga ia jadi satu halangan kepada kerajaan untuk melaksanakan kesemua dasar berkenaan dengan visa kepada pelancong dari negara China?

final • 3:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 3:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Sambungan kepada apa yang dikatakan sebentar tadi. Saya juga hendak tahu, yang pertama sekali kenapakah processing ini di out source kan kepada syarikat ini? Kedua, kalau ada perjanjian di antara syarikat ini dengan kerajaan, adakah ia satu perjanjian yang short term ataupun sampai bila? Saya hendak tahu, Yang Amat Berhormat Menteri. Soalan saya juga dalam ucapan saya, saya dimaklumkan bahawa tindakan kerajaan menempatkan pegawai imigresen kita ke syarikat ini. Adakah benar atau tidak? Kalau benar, kenapakah ia berlaku? Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua saya ingin menjelaskan salah tafsiran, persepsi yang negatif dan kekeliruan yang dibangkitkan bahawa syarikat Ultra Kirana ini telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Imigresen pada tahun 2011 bagi membantu Jabatan Imigresen untuk memproses visa kemasukan pelancong-pelancong dari China ke Malaysia. Kenapakah kerajaan tidak dapat melantik pegawai-pegawai imigresen? Ini kerana terdapat bandar-bandar raya yang terbesar di negeri China dan kemampuan oleh pihak imigresen untuk meletakkan atase imigresen di tiap-tiap bandar itu merupakan suatu kemustahilan.

Maka dengan izin, outsource ini telah dilakukan oleh Jabatan Imigresen pada syarikat berkenaan. Dalam keadaan itu apa yang telah berlaku sebanyak 1.7 juta orang pelancong yang ketika itu di proses permohonan visanya telah dilakukan melalui one stop centre yang dikendalikan oleh syarikat berkenaan. Dengan cara yang demikian, kos pihak kerajaan ditiadakan dan pada waktu yang sama kita dapat menarik pelancong-pelancong daripada China.

Tuan Yang di-Pertua apabila pihak Jemaah Menteri dan Majlis Ekonomi membuat keputusan supaya visa waver, ini dengan izin telah dilaksanakan, saya sendiri pergi ke negara China dan menyatakan ini keputusan kerajaan dan memohon supaya mereka bersetuju dengan dasar itu. Akan tetapi pihak China telah memberitahu pihak Kerajaan Malaysia dan menyatakan bahawa mereka tidak boleh membenarkan 100 peratus orang pelancong China datang ke Malaysia atau negara-negara lain tanpa dokumen.

Ertinya mesti ada, dengan izin, some form of documentation termasuk eVisa untuk mencatatkan, dengan izin, the travelling process kepada tiap-tiap warganegara China kerana ada masalah keselamatan. Di mana terdapat rakyat China daripada keturunan Uighur telah pergi ke negara-negara berkenaan dan negara berkenaan dijadikan sebagai hab untuk pergi ke negara ketiga iaitu Syria ataupun Iraq bagi menjadi pengganas. Apa yang berlaku di Jakarta baru-baru ini dan apa yang berlaku di sesetengah negara yang lain, ketika tiada dokumentasi dilakukan maka permasalahan keselamatan ini telah berlaku. Oleh sebab itu pihak China, saya ingin sebut lagi sekali, pihak China meminta Kerajaan Malaysia supaya melakukan pendokumentasian kepada keberadaan rakyat mereka di negara kita.

Itulah sebabnya proses ini bukan hanya berlaku pada negara Malaysia tetapi juga dilaksanakan untuk negara-negara destinasi pelancongan lain oleh rakyat China. Ini kerana

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

walaupun negara mempunyai 1.3 juta orang rakyat tetapi terdapat kira-kira 260 juta orang rakyat China yang berpotensi untuk menjadi pelancong. Inilah yang kita cuba tag, dengan izin, di mana kita dapati bahawa pihak Thailand telah memperoleh kira-kira 7.9 juta orang pelancong China tahun lalu sahaja. Maka tindakan yang dilakukan oleh pihak Malaysia ialah dengan menggalakkan mereka untuk masuk dengan promosi tertentu tetapi pada waktu yang sama memenuhi kehendak Kerajaan China agar pendokumentasian ini dilakukan.

final • 3:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Tadi Yang Amat Berhormat Bagan Datok ada menegaskan bahawa syarikat Ultra Kirana ini dilantik oleh kerajaan pada tahun 2011. Kita tahu mesej itu. Maksudnya syarikat tersebut dilantik bukan semasa Yang Amat Berhormat Menteri menjadi Menteri Dalam Negeri iaitu semasa Yang Berhormat Sembrong menjadi Menteri Dalam Negeri. Maksudnya yang melantik syarikat itu ialah Yang Berhormat Sembrong sebagai Menteri Dalam Negeri.

Cuma saya hendak tanya Yang Amat Berhormat, adakah- sebab saya ada terima maklumat ada beberapa penemuan Audit Dalaman KDN terhadap Syarikat Ultra Kirana ini dan mendapati pada tahun 2012 mendapati bahawa ada beberapa kelemahan daripada syarikat ini, sistem yang dipakai oleh syarikat ini.

Pertama, pengeluaran pelekat visa dicetak menggunakan sistem SPPV iaitu Syarikat Ultra Kirana namun data-data atau maklumat pemegang visa tidak disimpan dalam pangkalan data MyIMMs. Ini menyebabkan semakan pemegang visa di pintu masuk tidak dapat dijalankan. Itu yang pertama.

Kedua, belum ada konsolidasi dan integrasi antara sistem MyIMMs dan SPPV supaya laporan statistik pengeluaran visa digabungkan dan tepat.

Ketiga, keraguan terhadap semakan senarai sharp oleh sistem SPPV kerana dimaklumkan server dan pangkalan data sistem ini disimpan di syarikat HeiTech Padu Berhad dan tidak ditempatkan di pusat data Jabatan Imigresen Malaysia.

Maksudnya ada beberapa penemuan audit dalaman daripada KDN yang mendapati bahawa sistem yang digunakan oleh Syarikat Ultra Kirana ini ada banyak kelemahan dan adakah keselamatan negara telah dikompromi seolah-olah, semata-mata untuk memberikan kepentingan kepada syarikat ini meneruskan kerja dan projek ini. Soalan saya mengapakah…

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya faham, saya faham soalan itu.

final • 3:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

…Kerajaan masih menggunakan syarikat ini.

Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya faham soalan itu Yang Berhormat Seremban. Tuan Yang di-Pertua, masalah ini bukan hanya diperoleh oleh juruaudit dalam KDN ketika itu, malah Pengerusi PAC ketika itu pun yang kini menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri yang telah menyelidiki perkara itu telah mendapati bahawa apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Seremban itu betul. Ketiga-tiga perkara ini sekarang ini telah diperbaiki dan ya, data ini berada dengan Imigresen sekarang ini.

Begitu juga integrasi antara data dan sistem Imigresen telah dijalankan, begitu juga, dengan izin, suspect list telah juga dikemaskinikan. Ini termasuk langkah-langkah jangka panjang yang diambil oleh KDN melalui Jabatan Imigresen untuk mewujudkan Advance Passengers Screening System (APSS). Oleh sebab itu berikanlah keyakinan pada kami bertiga, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Sri Aman dan saya sendiri untuk melakukan. Saya fikir Yang Berhormat ini bukan tempat untuk kita…

final • 3:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Sekali, satu sahaja.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

…Bertelingkah tetapi sesuatu yang baik telah dilakukan oleh pihak KDN, oleh KSU, Ketua Pengarah Imigresen dan PAC sendiri telah memperoleh maklumat itu. Itu sebabnya kami bertiga telah melakukan sesuatu bagi memperbaiki keadaan ini. Tuan Yang di-Pertua ada beberapa perkara lagi yang saya fikir…

final • 3:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Yang Amat Berhormat satu lagi caj…

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

…Ingin saya masukkan iaitu…

final • 3:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Yang Amat Berhormat satu lagi caj USD20 caj.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

…Isu mengenai pemerdagangan orang.

final • 3:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Yang Amat Berhormat, ada satu lagi berkenaan dengan caj.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin bagi tahu Yang Berhormat, saya bagi tahu tadi…

final • 3:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Berkenaan dengan caj.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Caj tadi saya telah jelaskan. Yang Berhormat mungkin tidur.

final • 3:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Walaupun visa tetapi masih ada...

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat tidur sebab…

final • 3:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Ini jawapan daripada KDN sendiri.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Perkara itu telah dibatalkan. Tadi Mesyuarat Economic Council, hari Jumaat sudah Mesyuarat Jemaah Menteri.

final • 3:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Tadi kata hanya menurunkan harga.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dengarlah elok-elok dalam perkara ini.

final • 3:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Yang Amat Berhormat tadi hanya berkata menurunkan kadar caj.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya menurunkan.

final • 3:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Akan tetapi ini jawapan daripada- hari ini saya terima, hari ini saya terima.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Itu telah lama.

final • 3:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Itu baru pagi tadi…

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Baru terima, baru terima maklumat itu.

final • 3:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

…Pagi tadi kementerian bagi kepada saya jawapan ini.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Seremban lepas pukul 4 kita jumpa di luar saya akan jelaskan. Okey? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebutkan tentang perkara-perkara lain pemerdagangan orang dan juga seludupan migran dan juga beberapa tindakan yang telah kita lakukan termasuk langkah-langkah ATIPSOM. Begitu juga pembangunan infrastruktur dan juga perkara-perkara mengenai dadah dan hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan dan sebagainya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak dapat kesempatan untuk jawapan daripada saya, saya ingin memberikan jaminan bahawa saya akan berikan jawapan ini secara bertulis kepada tiap-tiap individu yang bertanya soalan-soalan itu dan saya ucapkan terima kasih banyak terutama kepada Yang Berhormat Pokok Sena walaupun bertanya soalan tidak relevan dan menabur baja di pokok yang berlebihan…

final • 3:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Yang Amat Berhormat…

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

…Dan pokok itu, tapi…

final • 3:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Mana soalan tidak relevan, memang relevan. Yang Berhormat jawab itu tidak relevan.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Akan tetapi kita harap Yang Berhormat Pokok Sena akan ada dalam perbincangan…

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Tuan Yang di- Pertua…

final • 3:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya tanya soalan bila hendak jawab?

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

…Dengan kita di luar Dewan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Yang Berhormat- Allah.

final • 3:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Haiya, tolaklah ini.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kementerian Kewangan.

final • 4:00 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini. Semua pandangan, teguran dan cadangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung perkara yang telah dibangkitkan berkaitan Kementerian Kewangan amat dihargai.

Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut ialah Yang Berhormat Sibuti; Yang Berhormat Bandar Kuching; Yang Berhormat Kelana Jaya; Yang Berhormat Pasir Gudang; Yang Berhormat Ranau; Yang Berhormat Kuala Krai; Yang Berhormat Sandakan; Yang Berhormat Klang; Yang Berhormat Lawas; Yang Berhormat Sibu; Yang Berhormat Tenom; Yang Berhormat Kuala Nerus; Yang Berhormat Rantau Panjang; Yang Berhormat Gombak; Yang Berhormat Kapar; Yang Berhormat Seremban; dan Yang Berhormat Taiping.

Saya mulakan jawapan ini pertama daripada Yang Berhormat Sibuti menanyakan kepada Kementerian Kewangan minta ditambah senarai barang sifar GST. Pada masa ini tiada perancangan untuk menambah senarai barang yang tertakluk kepada GST pada kadar sifar, liputan barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST adalah meluas melalui tambahan yang telah diumumkan dalam Bajet 2016 yang lalu pada 23 Oktober 2016 iaitu termasuk barang-barang seperti ubat-ubatan yang telah mencecah hampir 8,630, susu bagi bayi kanak-kanak berasaskan kacang soya dan organik, perkhidmatan pengangkutan penumpang dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, jika ada barang-barang Yang Berhormat rasa perlu dipertimbangkan semula, pihak Kementerian Kewangan akan dapat, akan boleh melihat semula bergantung pada dua kriteria iaitu sama ada barang-barang ini diguna pakai oleh industri ataupun barang pengguna secara direct ataupun barang-barang pengguna ini mestilah barang-barang keperluan untuk golongan yang berpendapatan rendah B40.

Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Bandar Kuching meminta Menteri Kewangan berikan jawapan. Adakah kerajaan mempunyai hasrat untuk meningkatkan kadar GST pada tahun 2017 atau selepas pilihan raya Sarawak. Jawapannya tidak. Setakat hari ini kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula kadar standard GST yang pada masa ini ditetapkan pada 6 peratus.

Kemudian, soalan daripada Yang Berhormat Kelana Jaya. Pandangan agar kadar GST dikurangkan kepada kadar tax neutrality iaitu pada kadar 3 peratus. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kelana Jaya, kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula kadar standard GST ini pada masa ini memandangkan kita telah memberi banyak barang-barang yang berbentuk GST sifar dan juga exempt GST.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 4:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Menteri boleh? Tuan Yang di- Pertua boleh?

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila- sila.

final • 4:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, isu tentang tax neutrality itu, kita tahu GST tahun lalu daripada April sampai Disember RM28 bilion betul dan sebelum itu SST adalah RM15 bilion ke RM16 bilion lebih kurang. Jadi cadangan saya itu ialah untuk memastikan dan untuk memesatkan lagi ekonomi, kita bagi balik RM15 bilion kepada market untuk buat consumer spending meningkat. Setuju atau tidak ini ada lebih baik sebagai satu strategi kerajaan? Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Saya faham Yang Berhormat tapi malangnya dalam keadaan sekarang ini apabila kerajaan kehilangan pendapatan hampir RM30 bilion dalam masa satu setengah tahun iaitu bila kejatuhan kita punya income daripada oil indusrty daripada RM65 bilion kepada RM30 bilion jadi dia ada gap di situ. Jadi kalau kita pulang balik RM15 bilion ini, maka defisit kita bertambah besar daripada targeted deficit 3.1 peratus kemungkinan ia akan melebar kepada 5peratus. Ini menyebabkan kita punya taraf rating kita terjejas dan juga menyebabkan interest cost naik. Bila interest naik, kita punya household debt is very high 89.9 percent. I think this is not the time ataupun opsyen yang diberi. Saya ambil maklum penerangan Yang Berhormat.

Seterusnya Yang Berhormat Pasir Gudang, apakah strategi kerajaan dalam memastikan peniaga yang mengambil kesempatan terhadap pasaran GST ini dijawab oleh KPDNKK. Kemudian Yang Berhormat Lanang memohon supaya kerajaan menyalurkan sebahagian daripada kutipan GST dan cukai pendapatan yang diperoleh dari Sarawak kepada negeri Sarawak. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sistem kutipan GST di peringkat persekutuan ialah kita masukkan semua kutipan ini ke dalam satu tabung yang dipanggil consolidated fund.

Kemudian daripada tabung ini kita agih kepada semua perbelanjaan kerajaan termasuk juga khusus kepada negeri Sarawak contohnya apabila kita buat hospital, universiti, sekolah dan kita mewujudkan security personnel seperti polis dan askar, jalan luar bandar, bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, SCORE, ESSCOM. Juga apabila kita membina Sarawak Hydro for example juga diberi oleh Kerajaan Persekutuan yang membiayai Sarawak Hydro contohnya dan kemudian untuk projek prasarana yang terbesar Pan Borneo juga akan datang daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi pengagihan ini saya rasa kalau hendak to be specific kepada satu negeri dalam kutipan GST ini agak sukar kerana kadang-kadang ada kilang yang dibuat di Selangor contohnya tetapi kutipan GST itu berlaku di wilayah dan di tempat lain. Jadi agak sukar untuk dibuat.

Saya juga ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Krai. Memohon supaya kerajaan mengkaji semula pelaksanaan GST. Setakat hari ini kerajaan tidak berhasrat untuk mengkaji semula sistem GST ini kerana kita merasakan bahawa sistem ini adalah sistem yang efisien buat rantau ini dan juga dia telah diguna pakai oleh 170 negara.

Jadi kerajaan tidak berhasrat untuk mengubah sistem ini.

Kemudian soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Klang menanyakan berapakah jumlah cukai korporat dan GST yang dibayar oleh syarikat yang dimiliki oleh lima orang rakyat Malaysia yang tersenarai sebagai antara 50 individu yang terkaya dalam Fox Magazine edisi bulan Februari 2016. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Akta Cukai Pendapatan dan juga Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan tidak membenarkan kita mengumumkan ini secara spesifik sesuatu individu ataupun syarikat yang membayar cukai.

Itu memang tidak boleh termaktub dalam akta.

Kemudian Yang Berhormat Lawas, Yang Berhormat Lawas memohon penerangan mengapakah GST dijadikan alasan kenaikan harga barang, KPDNKK jawab. Akan tetapi pada dasarnya sepatutnya tidak tetapi oleh sebab kesempatan yang diambil oleh peniaga- peniaga ini, maka dia memerlukan penguatkuasaan terhadap mereka yang telah mengambil keuntungan daripada sistem ini.

Kemudian Yang Berhormat Sibu memohon pertimbangan kerajaan sekiranya kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar GST, saya sudah bagi tahu tadi tidak ada sebarang rancangan kerajaan buat masa ini. Kemudian...

final • 4:00 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Yang Berhormat Menteri, cadangan saya ialah kalau kerajaan hendak naikkan kadar GST, harus mendapat kelulusan tutup majoriti daripada wakil dalam Dewan ini.

final • 4:00 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Okey, untuk pengetahuan Yang Berhormat untuk menaikkan kadar GST ini sebenarnya dia tidak memerlukan tutup. Dia memerlukan kuasa Menteri tetapi dia datang, sebab...

final • 4:00 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Itu sebab saya mencadangkan.

final • 4:00 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Oh mencadang. Bolehlah kita pertimbangkan.

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 4:00 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Yang Berhormat Kuala Nerus memohon pertimbangan kerajaan supaya menghapuskan GST kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan perlu diganti dengan cukai-cukai lain seperti cukai atas simpanan 2.5 peratus dan sebagainya.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-106 yang bersidang pada 21-22 Oktober 2014 merumuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau ulil amri untuk mengutip cukai seperti cukai barang dan perkhidmatan jika terdapat keperluan.

Dalam this kes memang terdapat keperluan.

Sistem percukaian, Yang Berhormat Kelana Jaya. Yang Berhormat Kelana Jaya berpandangan bahawa negara perlu mempunyai dasar fiskal yang baik iaitu perlu menyimpan pada waktu negara mempunyai lebihan dan menggunakan simpanan tersebut pada masa sukar. Yang Berhormat juga telah mencadangkan bahawa menyarankan pentadbiran yang berakhlak, mengurangkan kos protokol, kemudian meluaskan asas cukai, mengurangkan ketirisan perbelanjaan, mengurangkan belanjawan negara. Untuk pengetahuan Yang Berhormat saya bersetuju totally in your suggestion.

final • 4:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih. Saya nampak Tuan Yang di- Pertua, lebih baik dia jadi Yang Berhormat Menterilah. Jangan jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, jadi Menteri Kewangan terus. Ini mungkin menyebabkan ekonomi kita bertambah sebab tidak masuk akal Perdana Menteri juga boleh menjadi seorang Menteri Kewangan. Tidak boleh CEO jadi CFO juga Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Soalan seterusnya ialah Yang Berhormat Klang.

Yang Berhormat Klang memohon Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan pelaksanaan carbon tax untuk mengatasi ketidaksamaan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum berkenaan cadangan pelaksanaan carbon tax dan kajian yang terperinci serta mendalam perlu dilakukan bagi melihat keberkesanan cadangan tersebut ke arah antara lain untuk memantapkan keselamatan sosial dan pemeliharaan alam sekitar.

Daripada segi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang iaitu daripada segi capital gains tax, pada masa ini cukai tersebut telah pun dikenakan ke atas keuntungan yang diperoleh daripada pelupusan harta tanah dan juga saham-saham dalam syarikat harta tanah yang dikenali sebagai Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). Ini telah kita laksanakan.

Kemudian, saya masuk seterusnya...

final • 4:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, boleh celah sedikit tidak?

final • 4:10 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Ya.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, sila.

final • 4:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi untuk saham biasa tidak ada apa-apa CGT lagi maknanya?

final • 4:10 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Kalau kita jual beli saham, dia tidak ada capital gains tax. Akan tetapi kalau kita membeli syarikat yang tidak disenaraikan, tetapi syarikat itu

final • 4:10 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

adalah property dia punya base, dia punya core is property, walaupun kita tidak jual property itu tetapi kita jual saham dia, yang itu is subjected to capital gains tax.

Yang Berhormat Pasir Gudang. Yang Berhormat Pasir Gudang ada bertanyakan saya, juga memohon kepada kerajaan supaya mengetatkan kelayakan pemilikan kad kredit supaya hanya yang berkelayakan sahaja yang boleh memohon. Ini ekoran ramai golongan muda yang muflis disebabkan oleh hutang kad kredit. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bilangan individu yang diisytiharkan muflis disebabkan oleh hutang kad kredit adalah kecil iaitu hanya merangkumi 0.06 peratus daripada jumlah pemegang kad kredit utama bagi tempoh Januari hingga Disember 2015.

Sebanyak 97.8 peratus daripada individu yang muflis akibat hutang kad kredit individu yang berumur lebih daripada 30 tahun. Saya akan beri statistik kepada Yang Berhormat, ini panjang cerita. Walau bagaimanapun, bagi mengawal tahap keterhutangan pemegang kad kredit, Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan beberapa syarat pengeluaran kad kredit untuk memastikan hanya mereka yang layak dan berkemampuan diberi kemudahan kad kredit iaitu:

(i) kelayakan pendapatan minimum untuk pemegang kad kredit dinaikkan daripada RM18,000 setahun kepada RM24,000; dan

(ii) pemegang kad kredit yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar sahaja dan ia tidak mempunyai had maksimum kredit tidak melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan.

Maknanya Bank Negara sudah start control, sudah mula control. Dahulu kalau kita ingat kad kredit ini, kita lalu di shopping mall, mereka sudah beri offer kad kredit. Sekarang tidak boleh. No more preapproval.

Kemudian Yang Berhormat Pasir Gudang juga memohon supaya kerajaan menimbangkan supaya tempoh bayaran tunggakan terhadap hutang rumah dilanjutkan pada tempoh yang lebih sesuai khusus kepada ibu tunggal yang baru bercerai dan hilang punca pendapatan. Saya Yang Berhormat Pasir Gudang, saya bersetuju. Ada banyak kes yang mana apabila isteri ditinggalkan suami dan rumah tidak bayar, akhirnya anak-anak semua merana.

Jadi dalam kes-kes yang begini kalau si isteri itu mempunyai pendapatan, maka saya cadangkan pergilah datang ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara boleh structure balik bayaran itu bersesuaian dengan pendapatan ibu tunggal tersebut. Sekiranya mereka mempunyai harta, rumah dan mempunyai ada bayaran pinjaman bank yang hendak dibayar tetapi tidak ada mempunyai pendapatan, jadi ada opsyen di situ. Kalau rumah itu mempunyai value yang begitu tinggi, jadi kita jangan biarkan interest ini meningkat sehingga harga value rumah itu sudah tidak wujud.

Maka apa yang perlu kita buat pada ketika itu ialah kita melihat bagaimana kita boleh menjual rumah tersebut dan membeli lebih kepada kemampuan kita. Kadang-kadang rumah itu value mungkin RM400 atau RM500, balance hutang tinggal RM100, tetapi kalau kita diamkan sahaja RM100 itu, akhirnya dia akan mencecah hampir RM500 oleh sebab the overriding interest, default interest yang akan dicaj oleh Bank Negara. Oleh itu, selalunya benda-benda macam ini perlu jumpa AKPK dan perkhidmatannya adalah secara percuma.

Kemudian Yang Berhormat Tanjong, Bank Negara mengkaji semula syarat-syarat pinjaman bagi membolehkan lebih ramai pemohon untuk membeli rumah mampu milik dan mendapat pinjaman. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Bank Negara telah mengeluarkan garis panduan kepada semua bank. Mereka tidak boleh dengan sewenang- wenangnya tidak memberi pinjaman. Akan tetapi isunya sekarang ini ialah apabila pemohon untuk membuat pinjaman kepada bank, dia selalunya membawa nilai pinjaman itu melebihi daripada income mereka.

Contohnya, kemungkinan besar mereka cuma layak untuk beli rumah RM200,000, tetapi bila dia pergi ke bank untuk pinjam rumah RM300,000. Jadi apabila bank tidak beri pinjam kerana tidak mencukupi tahap dia punya threshold, maka rumah itu tidak dapat dibeli, maka orang semua banyak complaint. Isu dia sebenarnya bukan pinjaman, tetapi isunya adalah supply rumah yang mempunyai harga RM200,000 ke bawah.

Kemudian...

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Ya, Yang Berhormat Kapar.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Kapar.

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, saya telah menanyakan soalan spesifik tentang muflis tadi untuk tahun 2013, tahun 2014 dan tahun 2015 untuk dua pecahan umur iaitu satu, 18 tahun hingga 30 tahun dan lagi satu 31 tahun hingga 50 tahun. Kalau boleh dalam bentuk...

[Disampuk] Oh, baru sampai. Okey, terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Yang Berhormat Kapar, sekejapnya. Saya ingat ada you punya itu tadi. Nanti I check. Yang Berhormat Lanang. Yang Berhormat Lanang memohon supaya maklumat daripada e-Kasih dan Jabatan Pendaftaran Negara dapat diguna pakai...

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Lanang tidak ada.

final • 4:10 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Tidak, tidak. Ada sebahagian daripada Yang Berhormat juga tanya, some of these BR1M ya. Memohon supaya maklumat daripada eKasih dan Jabatan Pendaftaran Negara dapat diguna pakai bagi tujuan pengesahan penceraian atau status ibu tunggal dalam proses permohonan BR1M. Memang sebenarnya sekarang ini kita guna pakai Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesahkan bahawa mereka ini adalah telah bercerai dan kita akan beri BR1M untuk ibu...

final • 4:10 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Yang Berhormat Menteri, tetapi masih memerlukan pemohon itu untuk menyerahkan surat penceraian kepada pihak berkenaan.

final • 4:10 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Kalau boleh elok dia dapatkan surat itu sendiri Yang Berhormat. Ini adalah kerana...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat. Yang Berhormat, macam dialog berdua dan tiada Speaker Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Okey. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

Bukan, saya tegur Yang Berhormat Sibu. Saya tengok dua tiga kali ya. Sila, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Saya ambil maklum, nanti kita bincang dengan...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sebab kalau saya tidak dipanggil Speaker, nanti saya takut terlelap di atas ini.

[Ketawa]

final • 4:10 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Datuk Seri Speaker.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. ‘Seri’ belum lagi, tunggu Yang Berhormat Baling, tolong cadangkan.

final • 4:10 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Saya juga ingin menjawab soalan fasal BR1M ini ialah Yang Berhormat Padang Besar. Yang Berhormat Padang Besar mencadangkan pemberian BR1M disemak semula dengan diberikan kepada setiap orang yang layak, bukannya kepada setiap satu isi rumah sahaja. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Padang Besar, BR1M ini diberi kepada suami isteri.

Kalau suami isteri, satu orang dapat. Kemudian anak lebih daripada 21 tahun, kalau dia telah habis belajar juga dapat. Anak yang sudah kahwin tetapi tinggal dengan ibu bapa juga dapat. Warga emas yang tinggal satu rumah pun juga dapat dan cucu yang berumur lebih 21 tahun juga dapat. Jadi sebenarnya dalam satu rumah itu walaupun satu rumah, it can be tujuh atau lapan orang dapat berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh...

final • 4:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sepang bangun.

final • 4:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sedikit. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, sila.

final • 4:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Menteri. Saya ingin tanya, saya ada terima aduan daripada orang awam mengenai BR1M ini. Mereka mengatakan penerima BR1M sebelum ini yang meninggal dunia akibat kemalangan akan dapat RM30,000, tetapi kalau mati dalam keadaan biasa dapat RM1,000 sahaja.

final • 4:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Jadi ada yang baru-baru ini, ada yang dapat, ada yang tidak dapat apabila berlaku kematian akibat kemalangan. Jadi maknanya seolah-olah ada suatu pertukaran polisi.

Boleh tidak Yang Berhormat Menteri bagi jawapan kepada- ini aduan daripada orang awam ya, saya tidak pasti. Saya minta kepastian daripada Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Sepang, Skim Khairat Kematian yang RM30,000 itu sudah habis. Ia cuma digunakan masa BR1M pertama. Sekarang ini cuma RM1,000. Sesiapa meninggal kita bagi RM1,000 sahaja. Tidak bagi lagi RM30,000. Yang Berhormat Kapar tanya tadi data muflis di bawah Jabatan Insolvensi. Ini saya hendak bacakan. Ini untuk kredit kad, kan?

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Seluruh.

final • 4:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Seluruh? Kalau seluruh saya bagi jawapan bertulis boleh?

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Boleh, boleh. Saya sebenarnya hendak bilangan rakyat Malaysia yang menjadi muflis untuk tahun 2013, 2014, 2015.

Pecahan umur ada, ahli-ahli 18-30 dan 31-50. Jawapan bertulis pun tidak apa.

final • 4:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Okey, saya akan bagi jawapan bertulis.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Okey, specifically kredit kad, kalau Yang Berhormat hendak bagi pun silakan, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Putatan bangun.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Datuk Seri Speaker. Yang Berhormat Baling sudah janji untuk bagi Datuk Seri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan soal muflis ini ada seorang yang baru tanya saya soal pemberian kereta tidak ber- Yang Berhormat Menteri, ada dengar?

final • 4:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Apakah dia?

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Itulah Yang Berhormat tidak dengar [Ketawa] Yang pinjam kereta ini, orang muda yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan tidak mempunyai sebarang pendapatan dapat kereta tanpa deposit dan juga mendapat kredit kad yang tidak mempunyai sebarang pendapatan. Jadi, saya minta sedikit pendapat daripada Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan- apakah terjadi kepada mereka ini sekiranya kereta itu dibuang di hutan, tidak bayar hutang, lari dan berapa jumlah warga-warga ini yang berkemungkinannya tidak dapat membayar hutang mereka? Ini satu petanda bahaya pada masa akan datang kepada belia-belia yang tidak mempunyai kerja ini dan juga yang mempunyai kredit kad yang tidak membayar. Minta pendapat daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Pendapat saya, hutang kena bayar. Kalau hutang tidak bayar, kena cari jalan supaya bayar sebab hutang ini kena bayar. Ini kerana kalau kita tidak bayar hutang… [Disampuk] Jadi kena bayar. Dia sama ada, bayar kena bayar. Akan tetapi bayar bila? Lambat sedikit kerana tidak ada income atau tidak kerja kita break dahulu, apabila ada kerja bayar sedikit. Kalau gaji sedikit bayar sedikit. Kalau gaji banyak sedikit, kita bayar lebih. Akan tetapi bayar kena bayar. Itu kena bayar sebab kalau hutang tidak bayar, bermakna banking system akan collapse. So, memang tidak boleh. Jadi kita usahalah bayar.

Yang Berhormat Kapar, saya dapat status terkini. Saya bacakan untuk Yang Berhormat Kapar, untuk pengetahuan semua iaitu jumlah kes kebankrapan mengikut sebab

final • 4:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

kebankrapan setakat 2015. Sewa beli kenderaan bankrap 2015 – Yang Berhormat Kapar sudah keluar? Saya bagi dia in writing.

final • 4:20 PM

Seorang Ahli

Bacalah.

final • 4:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Baca? Okey. Sewa beli kenderaan 4,725 – 25.59 peratus bankrap kerana sewa beli kenderaan. Yang Berhormat Putatan jawab tadi, itu saya boleh bagi jawapan. Pinjaman perumahan 13 peratus, pinjaman peribadi 28 peratus, pinjaman perniagaan 9 peratus, penjamin sosial 6.48 peratus, penjamin korporat 3.35 peratus. Hutang kad kredit, Yang Berhormat Kapar tanya tentang kad kredit 9.59 peratus, hutang cukai pendapatan 1.35 peratus, biasiswa dan pinjaman pelajaran sebab figure ini kecil 0.002 peratus, sebab dia orang tidak bankrapkan, most of them tidak bayar, keberhutangan lain-lain small 2 peratus. Nanti saya bagi detail. Kalau umur, antara umur 25-34 tahun 25 peratus, 35-44 tahun 35 peratus, 45-54 tahun 25 peratus dan lebih daripada 55 tahun 12 peratus. Seterusnya...

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sedikit, pasal bankrap.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila- sila.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya ada tidak, saya difahamkan ada cadangan dari kerajaan untuk meminda Akta Kebankrapan. Sebab bagi penjamin ini saya rasa sudah sampai masanya kita naikkan threshold itu sebab penjamin ini kadang-kadang mereka jadi mangsa. Kadang- kadang peminjam ini berupaya boleh bayar tetapi sengaja tidak bayar. Jadi saya rasa untuk penjamin ini kalau mereka dibankrapkan kerana kegagalan peminjam ini bayar itu kecuali peminjam itu ada sebab yang genuine, dengan izin.

Akan tetapi kalau setakat mereka ini memang tidak mahu bayar tetapi pihak bank atau pihak pemiutang ini dia ambil jalan mudah, pergi kepada penjamin. Jadi kita hendak threshold itu. Walaupun dulu sudah pernah dinaikkan dari RM10,000 kepada RM30,000 tetapi saya rasa saya mencadangkan dinaikkan lagi supaya kita mengelakkan penjamin- penjamin ini yang mungkin mereka ini cuba bantu orang tetapi mereka jadi mangsa. Jadi saya harap kerajaan dapat menimbangkan kerajaan saya. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Yang Berhormat Sepang, untuk pengetahuan Yang Berhormat Sepang, saya setujulah. Kadang-kadang orang bankrap ini RM30,000 dia bukan pakai duit pun, dia jadi guarantor sahaja. So, dia bankrap. Jadi saya ingat kita boleh bawa perkara ini. Ini terletak dalam Akta Kebankrapan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan kalau bawa ini saya pun boleh sokong sebab kita tidak mahu orang teraniaya kerana jadi guarantor. Orang yang kita guarantor hidup senang-lenang, yang jadi guarantor akan bankrap. Itu kita hendak kena pastikan keadilan.

Kemudian, hutang negara. Mohon penjelasan mengenai jumlah hutang semasa negara. Yang Berhormat Rantau Panjang. Kedudukan terkini jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Disember 2015 adalah sebanyak RM630.5 bilion atau 54.5 peratus daripada keluaran negara kasar KDNK atau GDP. Daripada jumlah berkenaan, 96.6 peratus atau RM609.1 bilion hutang domestik sementara bakinya RM21.5 bilion atau 3.4 peratus merupakan pinjaman luar pesisir.

Seterusnya, saya jawab soalan Yang Berhormat Klang yang menanyakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh kerajaan kepada kumpulan B40. Secara statistiknya tafsiran B40 kelompok isi rumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,860. Dalam Bajet 2016, kerajaan telah mengumumkan peruntukan khusus untuk kumpulan B40 bagi program berikut. Antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M, kemudian pelbagai program bantuan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan peruntukan RM2 bilion untuk disediakan, antaranya bantuan untuk anak-anak daripada keluarga miskin, daripada RM100-RM450 sebulan dan juga bantuan warga emas daripada RM300 sebulan.

Di samping itu, kerajaan juga telah membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad dengan memberi subsidi sebanyak RM20,000 bagi seunit rumah dengan peruntukan hampir RM200 juta dan kerajaan juga menyediakan RM2.02 bilion di bawah peruntukan pembangunan pada tahun 2016 bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup kumpulan B40 termasuklah pinjaman TEKUN dan AIM untuk mereka menggiatkan diri dalam bidang keusahawanan.

final • 4:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Kemudian Yang Berhormat Kapar mohon penjelasan kerajaan terhadap kawalan lambakan arak murah dengan berbagai-bagai jenama di pasaran sehingga melibatkan pelajar-pelajar sekolah.

final • 4:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kerajaan memang mengawal pengedaran arak yang beralkohol ini dan mereka tidak sewenang-wenangnya boleh menjual arak-arak ini di mana-mana tempat kerana kita mengawal melalui lesen Akta Makanan 1983, Larangan Jualan Pada Umur Bawah 18 tahun. Kita melarang advertisement. Kita juga mengeluarkan lesen spesifik daripada PBT spesifik untuk mengedar dan penjualan arak.

Jadi, kawalan itu memang tetap ada. Kita tidak membenarkan mana-mana arak dijual sewenang-wenangnya.

Kemudian, Yang Berhormat Taiping memohon penjelasan mengenai dasar penggunaan model kereta rasmi jabatan memandangkan terdapat dakwaan penggunaan kenderaan rasmi buatan Jerman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, penggunaan kereta nasional masih kekal sebagai kereta rasmi jabatan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah diperuntukkan kereta rasmi iaitu Proton Perdana.

Soalan seterusnya, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Seremban memohon supaya kerajaan mempertimbangkan cadangan meminda Akta Perjudian sedia ada bagi membendung perjudian bentuk baru seperti melalui gadget elektronik dan internet. Perkara ini telah dibincangkan dalam jawapan balas KDN, Kementerian Dalam Negeri. Saya rasa Kementerian Dalam Negeri sedang melihat akta untuk mengatasi isu internet judi ini .

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih, saya sudah selesai.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih. Saya jemput Kementerian Pengangkutan.

final • 4:30 PM

Menteri Pengangkutan - Dato' Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada 16 orang Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja 2016 yang menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan. Terima kasih ke atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun memberi cadangan, pertanyaan dan juga content untuk terus memastikan pembangunan Kementerian Pengangkutan ditingkatkan.

Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Bagan telah mencadangkan supaya pihak kerajaan meneruskan operasi pencarian pesawat MH370.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pasukan pakar satelit yang dianggotai oleh pakar-pakar daripada Air Accident Investigation Branch (AAIB) United Kingdom, National Transportation Safety Board (NTSB) United States, Australian Transportation Safety Board

(ATSB) Australia, Boeing Australia, Defence Science and Technology Organization (DSTO) Dallas, Inmarsat dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah menjalankan analisis berhubung data radar dan satelit bagi menentukan kawasan operasi pesawat MH370.

Berdasarkan analisis tersebut, pasukan pakar tersebut telah menentusarkan bahawa sebuah kawasan berkeluasan 120,000 kilometer persegi sebagai kawasan pencarian utama, high priority search area yang akan merangkumi 99 peratus daripada possible flight path. Setelah tamat operasi pencarian bagi kawasan seluas 120,000 kilometer persegi tersebut, ini bermaksud hampir keseluruhan kawasan yang mempunyai kebarangkalian berhubung kedudukan pesawat tersebut telah selesai dilaksanakan sepenuhnya.

Sehubungan itu, sebarang keputusan berhubung operasi pencarian pesawat MH370 akan hanya diteruskan oleh Malaysia, Australia dan China semasa Mesyuarat Tripartite Peringkat Menteri yang dijadualkan akan diadakan pada akhir bulan Jun 2016 dengan mengambil kira nasihat teknikal daripada pasukan pakar satelit.

Yang Berhormat Permatang Pauh dalam perbahasan turut menyarankan supaya pihak kerajaan meneruskan menyiasat insiden pesawat MH17. Untuk makluman Ahli-ahli

final • 4:32 PM

Menteri Pengangkutan - Dato' Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat, bagi nahas pesawat MH17, Dutch Safety Board melalui laporannya pada 13 Oktober 2015 telah mengumumkan hasil siasatan teknikal berhubung nahas pesawat MH17 yang berpunca daripada peledak warhead model 9N314M yang digunakan oleh peluru berpandu jenis 9M38 yang dipasang pada peluru berpandu buk. Siasatan yang dijalankan ini hanya untuk menentukan punca kemalangan udara tersebut.

Bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam nahas pesawat MH17, siasatan jenayah oleh joint investigation team yang diterajui oleh Belanda dan disertai oleh Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine sedang dilaksanakan dan dijangka akan berterusan sehingga tahun 2016.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lawas telah mencadangkan supaya projek naik taraf Lapangan Terbang Lawas dipakejkan dengan pembinaan sebuah jambatan menyeberangi Sungai Lawas berdekatan dengan lokasi projek tersebut untuk memberi laluan mudah kepada pengguna. Kementerian sememangnya prihatin dengan isu pembinaan jambatan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lawas bagi memastikan lapangan terbang yang akan dibina kelak akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna dan pelanggan dari kawasan sekitar lapangan terbang.

Sehubungan dengan itu, kementerian akan menjalankan Kajian Kemungkinan Padang Terbang Baru Lawas yang akan mengambil kira kesesuaian lokasi baru dan pembinaan jambatan bagi menyeberangi Sungai Lawas.

Seterusnya Yang Berhormat Kudat telah mencadangkan supaya kerajaan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu disebabkan oleh peningkatan kedatangan pelancong dan bilangan syarikat penerbangan ke Kota Kinabalu.

Untuk makluman Yang Berhormat Kudat, dalam usaha untuk memperkukuhkan integrasi nasional melalui pengangkutan udara dan terminal lapangan terbang khususnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan untuk menyedia dan menambah kekerapan perkhidmatan penerbangan terutamanya bagi menghubungkan Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Walau bagaimanapun, keputusan untuk menyedia dan menambah penerbangan adalah ditentukan oleh syarikat-syarikat penerbangan berdasarkan kepada commercial viability destinasi-destinasi tersebut.

Di samping itu, kerajaan sentiasa mengkaji keperluan untuk membangunkan infrastruktur dan kapasiti lapangan terbang untuk menampung keselesaan dan pengendalian penumpang dari semasa ke semasa.

Bagi KKIA khususnya, kerajaan telah melaksanakan projek menaik taraf dan pemanjangan landasan di Terminal 1, KKIA dengan kos RM1.7 bilion bagi meningkatkan kapasiti pengendalian penumpang sehingga sembilan juta orang penumpang setahun.

Dijangkakan kapasiti tersebut mampu menampung keperluan operasi sehingga tahun 2020.

Bagi tahun 2015, KKIA telah mengendalikan seramai 6.57 juta orang penumpang.

Yang Berhormat Bintulu telah membangkitkan mengenai kadar sewa lot kedai yang tinggi di KLIA2 yang menyebabkan harga barang mahal dan banyak kedai yang ditutup. Berhubung dengan isu ini, untuk makluman Yang Berhormat Bintulu, semua peluang perniagaan di lapangan terbang melalui proses tender terbuka. Melalui proses tender terbuka tersebut, pihak penender yang mengambil bahagian akan mencadangkan kadar sewaan di Terminal KLIA2.

Cadangan kadar sewaan ini adalah berdasarkan beberapa faktor termasuklah unjuran jualan bagi perniagaan tersebut. Ini adalah bagi memastikan ketelusan tawaran perniagaan yang diberikan adalah kepada peniaga-peniaga yang berkelayakan.

final • 4:32 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bangun]

final • 4:32 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Ya, Yang Berhormat Bintulu.

final • 4:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 4:32 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Kita faham melalui tender. Itu tender memang syok sendiri.

Itu tender you sudah letak satu harga, tidak boleh di bawah berapa. Sekarang isu itu jangan cerita tender tak tender. Sekarang kita cuba tengok kos harga makanan berapa semua?

Kita ini KLIA2 kira LCCT, tahu? Patut itu barang-barang makanan murah. Kita ikutlah

final • 4:32 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

kerajaan punya slogan, kita bantu orang miskin, bantu orang yang punya income sederhana. Sekarang kita punya airport barang-barang perniagaan jual mahal. Itulah banyak orang tidak mahu. Pergi makan tidak mahu beli, sekarang kedai tutup.

So KLIA macam tadi saya kata, patut kita ukur for long term. Kalau kita sudah JV mana-mana swasta sama MAB, kita mesti faham ini punya fasiliti mesti for long term.

Janganlah mahal sangat. You tengok itu sekarang KLIA2, kita sekarang airport semua concentrated serupa macam shopping mall. Orang mahu cari jalan mahu lalu pun susah.

KLIA1 pun sama juga.

final • 4:32 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kalau kita mahu exit arrival itu, kalau orang tidak tahu jalan itu, boleh sesat. Kita cuma jual coklat tepi jalan, bikin apa. Kita hendak buat shopping mall kah, kita hendak buat airport. Orang punya airport semua welcome, besar-besaran orang datang. Kita buat lorong bengkok sini, bengkok sana, semualah. Sampai hari ini MAHB untung berapa? So kita mesti mahu faham. We don’t sweep underneath the carpet, on the issue. Rakyat punya suara kita mesti dengar, rakyat marah. Saya dengar tanya berapa orang, tidak minumkah?

Abang macam mana hendak minum, mahal sangat. Kalau kata meniaga bagus, fasal apa semua kedai tutup. Harap Yang Berhormat Menteri turun padang, lihat betul-lihat. Listen to the voice of the pengguna airport itu.

final • 4:40 PM

Dato' Sri Liow Tong Lai

Okay, terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya setujulah bahawa airport itu tidak boleh dijadikan supermarket ya. Kita perlulah, saya selalu sudah tegur MAHB agar mengambil perhatian bahawa pastikan airport kita adalah selesa dan juga memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang. Apa yang saya dimaklumkan bahawa MAHB juga mengambil langkah-langkah untuk membantu penyewa- penyewa untuk mengekalkan operasi mereka di kawasan airport. Ada lagi persoalan?

final • 4:40 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ada, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi saya baru lalu KLIA2, orang mahu lalu pun susah. Troli tidak ada tempat simpan. Tempat simpan troli itu sudah jadi kedai. Apa cerita.

Cakap perhatian, perhatian, tidak guna, tindakan bila. Rakyat tanya bila baru ambil tindakan. Kita cerita hari-hari syok sendiri, kita cerita, lebih-lebih saya sudah banyak kali soal, kita cerita kongkalikong saja, kita syok sendiri. Tidak ada tindakan pun. Macam kita punya escalator, rosak boleh bulan, Otis sudah itu nama itu print cantik. Akan tetapi macam mana pasang satu bulan rosak. Tunggu spare part, tanya spare part tiada. Bulan-bulan pun tidak sampai. So, ini kerja dalam MAHB memang ada kongkalikung. Kalau tidak apa fasal boleh jadi macam itu. Kalau baru punya escalator semua atau working escalator, macam mana boleh jadi macam ini. What is happening, bukan. Janganlah sampai pembangkang balun sama kita, kita baru kelam kabut. Nanti semua rakyat cakap pembangkang bagus.

Kita daripada Barisan soal, ambillah perhatian. Jangan kita hilang sudah esok kerusi baru kita kelam kabut. Setuju tidak Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 4:40 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada dua yang bangun. Yang mana satu Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Kuala Kangsar.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya sila Yang Berhormat Kuala Kangsar.

final • 4:40 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Ya terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanyakan adakah mungkin konsep pembangunan dan perancangan KLIA2 ini dia mengambil kira tentang menjadikan KLIA itu, airport sebagai pusat membeli belah kerana kita lihat penduduk-penduduk bukan sahaja, pengunjung-pengunjung ataupun pelancong-pelancong ataupun orang yang hendak menaiki penerbangan tetapi dikunjungi oleh penduduk

final • 4:40 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

persekitaran, daripada Sepang, Dengkil, daripada Cyberjaya, Putrajaya malahan menggunakan KLIA itu sebagai pusat membeli belah.

Jadi, saya rasa itu mungkin salah satu daripada konsep pembangunan atau perancangan. Mohon penjelasan tentang perkara ini. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sepang.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Kangsar, penduduk Sepang tidak shopping dekat KLIA2. Mahal.

final • 4:40 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Yang Berhormat Sepang pun tidak tahu itu.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tahulah, saya duduk, saya Ahli Parlimen Sepang...

final • 4:40 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Wakil rakyat Sepang tidak tahu itu.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak tahu diamlah.

final • 4:40 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Saya tahu oleh sebab saya sebut itu.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ada penduduk belia itu budak kampung, Bukit Changgang, itu semua orang miskin. Tidak mampu hendak pergi KLIA2.

Mana ada dalam dunia ini orang shopping dekat airport. Apa punya Ahli Parlimen ini. Tapi tidak apalah.

final • 4:40 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Saya ingat kita boleh buat.....

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Soalan saya Yang Berhormat Menteri...

final • 4:40 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

...Kita boleh buat satu polling lah, satu kajian di situ, boleh?

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Buatlah kajian apa-apa pun.

final • 4:40 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Memang ada orang Sepang pergi situ, pergi shopping.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Daripada kajian, baik tolong orang miskinlah.

final • 4:40 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Hendak kaji shopping, Yang Berhormat Sepang shopping.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, pada sidang lepas saya ada bangkitkan. Kali ini tidak sempat. Saya bangkitkan tentang apabila Yang Berhormat Menteri jawab, kos pembaikan KLIA2 sebanyak RM76.5 juta selepas pembinaan. Jadi saya hendak tanya pertamanya berapakah kosnya sekarang, yang terkini pembaikannya.

Keduanya, adakah segala aduan mengenai contohnya mendapan, retakan, everything ini telah pun disiasat dan dikenal pasti puncanya dan siapakah yang bertanggungjawab. Kalau sudah tahu, adakah diambil tindakan, disaman kah, ataupun didakwa kah, apa? Saya difahamkan ada jawatankuasa dibuat tapi sampai sekarang kita tidak tahu apa finding dia.

Saya difahamkan dulu jawatan dia ialah tahun lepas sepatutnya finding telah diberikan tapi hingga kini tidak ada di meja Ahli Parlimen tentang apakah finding yang dibuat. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kalau tidak ada mungkin bawa butiran buat masa ini, saya masih terima jawapan bertulis tetapi saya minta-minta Yang Berhormat Menteri, bagi jawapan yang terperinci tentang apa yang saya katakan.

Terima kasih.

final • 4:40 PM

Dato' Sri Liow Tong Lai

Okey terima kasih Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Kuala Kangsar dan Yang Berhormat Sepang yang telah membangkitkan berhubung dengan KLIA2. Daripada segi bagaimana untuk membantu penyewa-penyewa untuk mengekalkan operasi mereka di KLIA2, saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Bintulu ya, the tenant retention strategy di mana MAHB melihat kepada tenant rebate programme bagi KLIA dan juga tenant assistance programme bagi KLIA2 untuk membantu pihak penyewa mengekalkan operasi mereka seperti bantuan sewaan dan juga menyediakan ruang promosi di kawasan-kawasan lebih strategik secara percuma.

Promosi pihak MAHB juga membantu penyewa-penyewa mempromosikan kedai mereka seperti di digital screen, KLIA TV dan juga melalui sosial media. Kempen diskaun lapangan terbang kolaborasi bersama syarikat penerbangan dan juga kad kredit. Pihak MAHB juga mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan kemasukan penyewa- penyewa bumiputera dan mengadakan usaha sama dengan pihak kerajaan seperti MITI dan TERAJU untuk mengenal pasti peruncit-peruncit bumiputera yang berdaya saing untuk menyertai proses tender.

Saya hendak tegaskan di sini bahawa Yang Berhormat Kuala Kangsar bahawa memang airport ini bukan pusat membeli belah tapi dia menyediakan fasiliti untuk membeli belah adalah untuk kemudahan pelancong-pelancong dan juga penumpang-penumpang pesawat. Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Sepang, saya hendak tegaskan di sini bahawa audit report ada dua, satunya safety audit yang telah pun selesai dan kita tengah tunggu another audit, cost overrun audit yang diuruskan oleh Auditor General dan selepas ini kita akan kemukakan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat ya. Oleh itu...

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 4:40 PM

Dato' Sri Liow Tong Lai

Ya, kita tunggu kerana audit yang kedua belum siap lagi. Audit daripada Auditor General Report berhubung dengan KLIA2 masih lagi berlangsung dan belum lagi selesai. Selepas selesai nanti kita akan umumkan pada orang ramai. Saya akan maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Bayan Baru telah memohon supaya pihak kementerian mengemukakan occupancy rate bagi KLIA, KLIA2 dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada tahun 2014-2015 dan Februari 2016 memandangkan terdapat banyak unit-unit komersial yang tidak disewakan di lapangan terbang tersebut serta apakah langkah-langkah kementerian untuk menyelesaikan low occupancy rate. Untuk maklumat Yang Berhormat Bayan Baru, menurut pihak MAHB occupancy rate sehingga Februari 2015 bagi KLIA - 91 peratus, bagi KLIA2 – 71 peratus manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang - 81 peratus. Yang Berhormat Bintulu...

final • 4:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sikit.

final • 4:40 PM

Dato' Sri Liow Tong Lai

Ya.

final • 4:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, saya minta 2014, 2015 dan Februari 2016, tetapi Yang Berhormat Menteri bagi hanya 3 angka sahaja.

final • 4:40 PM

Dato' Sri Liow Tong Lai

Tidak apa, the detailed one akan bagi secara bertulis.

There are many details.

final • 4:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sebab saya nampak bahawa ada banyak yang dulu kedai-kedai yang dulu buka, sekarang telah tutup kedai dan sebagainya.

final • 4:40 PM

Dato' Sri Liow Tong Lai

It is in a table, in a table form, I give you the table. All the details saya bagi secara bertulis ya.

final • 4:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih ya.

final • 4:40 PM

Dato' Sri Liow Tong Lai

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat bulan Februari 2016, hanya 25 buah kedai daripada 159 buah kedai di KLIA2 saja yang telah menamatkan operasi mereka dan pihak penyewa sendiri yang meminta untuk menamatkan operasi kedai mereka. So about 25 out of 159 di KLIA2 that closed the shops. Silakan.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Kuala Terengganu.

final • 4:40 PM

Dato' Sri Liow Tong Lai

Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 4:40 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Dato’ Sri Menteri berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Sepang tadi tentang overall cost KLIA 2 kerana di antara punca yang paling besar kenaikan kos adalah berkaitan dengan pemendapan tanah yang sering dan masih berterusan dan daripada awal lagi kos kerja-kerja tanah telah naik daripada RM 40 juta sahaja anggaran asal sehingga lebih kurang RM800 juta, ini merupakan kenaikan yang amat luar biasa. Sehingga kini belum tahu apakah sebab sebenarnya justifikasi pemindahan dari utara ke barat yang menyebabkan masalah ini dan bilakah masalah pemendapan tanah ini akan selesai dan kos keseluruhannya ini merupakan open-ended budget. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Terengganu saya sudah jawab tadi bahawa laporan kita akan hantar kemudian kerana kita tengah tunggu the audited report daripada another Audit Committee yang sedang melaksanakan tugas mereka dan belum lagi selesai.

final • 4:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri sedikit sahaja. Terima kasih, Menteri.

Tadi Menteri kata kedai-kedai yang tutup saya hendak tegur sikitlah MAHB kerana kedai- kedai telah tutup itu mereka macam pasang kayu buruk sahaja, I saw kerana ini adalah international airport dia kena ada standard sedikit. Dia bukan macam pasang new shop coming back it’s like you know cheap plywood that closed the shop tapi dia tidak memberi imej yang bagus kepada Malaysia. Saya minta MAHB untuk- improve on this.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih, Yang Berhormat saya setujulah bahawa MAHB kena ambil tindakan kerana dia international airport tidak boleh menjadikan dia orang kata kecacatan daripada pandangan kita semua.

Yang Berhormat Bintulu seterusnya membangkitkan isu kualiti penyelenggaraan yang rendah di lapangan terbang oleh pihak MAHB. Menjawab isu ini Malaysia Airport Holding Berhad mengamalkan sistem pengurusan berkualiti QMS ISO9001/2015 dalam penyelenggaraan kemudahan lapangan terbang seluruh Malaysia.

Malaysia airport juga sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan sama ada di Jabatan Penerbangan Awam dan agensi penguatkuasaan lain seperti di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan. Semua sistem klinikal juga melalui proses pengauditan berkala secara dalaman oleh agensi berkaitan seperti Kerajaan Persekutuan bagi memastikan operasi lancar, selamat dan mengikut piawaian yang ditetapkan.

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di lapangan terbang khususnya KLIA akan dinaik taraf dan MAHB masih dalam proses penambahbaikan kemudahan-kemudahan tersebut dan ia akan dijalankan secara berperingkat mengikut pelan pelaksanaan yang sedia ada. Pihak MAHB juga telah menyediakan satu perkhidmatan online dengan menyediakan touch screen untuk mendapatkan maklum balas tentang kepuasan pelanggan di beberapa buah tandas yang telah dinaik taraf. Sekiranya pelanggan melalui touch screen ini memilih tidak puas hati, penyelia dan pengurus lapangan terbang akan diberitahu secara serta-merta online untuk diambil tindakan segera. Ini langkah positif diambil oleh MAHB dan rancangan MAHB adalah untuk memperkenalkan sistem ini ke semua tandas yang terdapat di lapangan terbang dan akan dijalankan secara berperingkat.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, Yang Berhormat Bintulu.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan tadi. Kita faham semua kemudahan sistem dia baik tetapi pelaksanaan macam mana? Macam contoh tadi saya kata you punya escalator ataupun walking escalator you pasang tidak sampai satu bulan sudah rosak, lepas itu cari spare part mahu tunggu pula tidak sampai.

Yang Berhormat Menteri boleh tanya sana kakitangan sana we not need to sweep the thing underneath the carpet minta bagi tahu MAHB, ini memang berlaku orang guna ini airport KLIA jalan begitu jauh sampai hari ini kata janji pasang escalator sampai ini hari walking escalator pun tidak habis lagi pasang. Akan tetapi semua kata Otis punya brand itu dari Jepun punya, patut itu brand itu canggih punya tapi kita macam cikai punya brand- pasang rosak, ini Yang Berhormat Putatan tidak tahulah dia guna itu KLIA itu atau tidak.

Tengok macam mana itu facilities.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kita boleh cakap, dia pun cakap no good janganlah MAHB semua orang tahu dia tidak tahu. Janganlah pusing balik, pusing balik semua orang tahu canggih semua pakai touch screen tapi pelaksanaan tidak ada, touch sepuluh kali pun tidak guna. Action tidak ada.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Okey, Terima kasih Yang Berhormat Bintulu saya setujulah memang MAHB kena tingkatkan tahap penyelenggaraan dan tidak boleh melengah-lengahkan daripada segi aduan yang telah disampaikan. Pihak MAHB juga telah menamatkan kontrak pembersihan KLIA sedia ada dan dalam proses untuk mengambil kontraktor pembersihan yang baru.

Kita harap dengan penambahan walkalator dan kontraktor baru kita dapat tingkatkan lagi prestasi KLIA dan KLIA 2 dalam negara kita. Yang Berhormat Hulu Rajang...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bintulu bangun.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat Menteri satu lagi tolong beritahu MAHB juga itu aerobridge patut ada aircond. Sekarang cuaca panas lagi serupa macam kita pergi sauna tahu. Minta itu hari saya betul-betul sudah marah barulah sekarang dengar saya sudah bahas ini barang di Parlimen barulah mereka membuka aircond. Apa cerita, MAHB tidak ada wang bayar elektrik kah?

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Aerobridge sememangnya perlu ada aircond.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Mana ada aircond Menteri, you mari saya bawa you pergi tengok.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Sebab itu saya, kita akan mintalah MAHB untuk perbaiki perkhidmatan ini. Yang Berhormat Hulu Rajang telah mohon supaya pihak kementerian mengambil langkah proaktif bagi memastikan kualiti perkhidmatan pihak MASwings yang melibatkan laluan Sibu-Bintulu-Miri adalah selari dengan peningkatan kadar penumpang.

Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Rajang Kementerian Pengangkutan sentiasa prihatin dan mementingkan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh MASwings sebagai operator perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak. Buat masa ini kerajaan sedang dalam proses mengkaji semula perkhidmatan udara luar bandar yang dioperasi oleh syarikat penerbangan MASwings di Sabah dan Sarawak.

Kajian terperinci tersebut turut merangkumi jenis pesawat yang akan digunakan untuk perkhidmatan Rural Air Service (RAS). Dalam pada itu kerajaan juga telah bersetuju dengan permohonan MASwings untuk menukar empat buah pesawat ATR 72-500 kepada empat buah pesawat ATR 72-600 bagi peningkatan operasi RAS di Sabah dan Sarawak.

Pihak MASwings sentiasa prihatin terhadap kesulitan yang dialami oleh para penumpang dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengurangkan insiden kelewatan atau pembatalan penerbangan dan impaknya terhadap penumpang.

Bagi kes kelewatan penerbangan MASwings akan memastikan penumpang terbabit akan diberi tempat duduk dalam penerbangan yang berikutnya atau akan re-route penumpang ke destinasi yang berdekatan serta menyambungkan mereka dengan penerbangan untuk sampai ke destinasi dalam masa yang singkat.

Bagi mengatasi masalah pembatalan penerbangan terutama bagi melibatkan pesawat yang mengalami masalah teknikal, MASwings telah menubuhkan pasukan bertindak (action team) bagi mengambil alih tugas pemulihan operasi dan antara lain akan menggunakan pendekatan berikut seperti;

(i) menggunakan pesawat ATR 72-600 sebagai penerbangan penyelamat (the rescue flight);

(ii) menyemak dan menyusun semua penggunaan pesawat pada hari kejadian bagi tujuan mengurangkan kesan kelewatan;

(iii) mempercepatkan kes-kes penyelesaian masalah recovery; dan

(iv) mempercepatkan proses pembaikan kerosakan pesawat.

MASwings ingin memberikan keyakinan bahawa ia akan mengambil langkah- langkah yang perlu dalam mengurangkan kesulitan penumpang apabila kelewatan atau

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

pembatalan penerbangan terjadi. Dalam pada itu kerajaan sedang mengkaji perkhidmatan RAS ini secara menyeluruh termasuklah jenis pesawat yang akan digunakan bagi perkhidmatan ini. Dengan kajian semula ini ia akan dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan MASwings sebagai operator rural air service.

Seterusnya, Yang Berhormat Limbang telah membangkitkan tiga...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang Bangun.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Bukit Gantang, ingatkan Sabah, Sarawak yang tanya?

final • 4:50 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Ini bukan Sabah dan Sarawak.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Menteri. Ini tadi bangkit berkenaan dengan kelewatan soal kapal terbang MASwings sahaja. Akan tetapi, semua juga perlu diambil kira berkenaan dengan AirAsia, Firefly, Malindo yang banyak sangat yang kita melibatkan penumpang-penumpang yang terkandas dan banyak kelewatan yang selalu kadang-kadang perjanjian kita dengan orang terpaksa batal. Kalau kita lewat satu minit dia tutup dia tidak bagi kita naik, dia pula lewat sampai dua, tiga jam tidak ada masalah.

Jadi apa piawaian standard untuk kita ambil tindakan terhadap syarikat-syarikat penerbangan ini. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Gantang, memang kita ada KPI bagi semua kapal terbang untuk mencapai on time schedule 80 peratus ke atas. Dan kita memantau daripada segi shedule on time ini, dan kelewatannya berlaku apabila- sama ada disebabkan oleh keselamatan, technical failure ataupun daripada segi cuaca dan sebagainya. So kita akan sentiasa- ini satu KPI utama bagi semua airline dalam negara kita, dan Kementerian Pengangkutan memantau daripada segi on time arrival for all the airlines. Buat masa ini, on time arrival bagi kebanyakan airlines kita dapat dipatuhi dalam kadar lebih kurang 80 peratus.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada dua yang bangun ya Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri….

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Bintulu- ha, after this ya....

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bintulu dahulu, selepas itu Yang Berhormat Labuan.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satu isu lagi Menteri, itu hari memang saya ada soal mengenai the fare of the MASwings. Banyak mahal. Kenapa naik begitu banyak? Tidak apa, satu.

Isu kedua, contoh macam di Bintulu. Pagi-pagi kalau morning flight hendak pergi Kuching tiadalah. Sudah cancel. Apa fasal? Saya bila tanya MAS, MAS kata, “Oh, no” Saya kata you janganlah you selalu AirAsia mahu terbang, you pun mahu ikut belakang ataupun you depan sedikit. AirAsia kalau terbang 9.30, dia mahu pukul 9.Kenapa tidak boleh bagi pukul 7, then 9.30 AirAsia ataupun 10.30 AirAsia. Buat macam itu.

Sekarang semua compete. Contoh dahulu macam Bintulu banyak flight. Kita bagi tahu sama dia semua mula-mula tak boleh bila AirAsia masuk, semua itu pun boleh. Then selepas itu compete. Hujung-hujung dia kata no low. Kenapa tidak boleh bagi penasihat kepada MASwings semua berbincanglah bersama-sama. No point of killing each other? Setuju atau tidak Yang Berhormat Menteri?

final • 5:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.Ini hal Labuan. Labuan sebelum ini ada flight MAS Boeing dari Labuan ke Kota Kinabalu, dari Kota Kinabalu ke Labuan yang menggunakan aircraft 737 kalau saya tidak silap dan sekarang ini ia sudah ditiadakan dan kita cuma ada MASwings ATR yang mana ia menjadi isu sebab Labuan sebagai sebuah pulau dan hospital di Labuan banyak juga masih refer pesakit- pesakit ke Kota Kinabalu. Jadi untuk pesakit yang dalam keadaan kadang-kadang berjalan pun susah dan dengan keadaan yang agak berumur, kita memang memerlukan kapal terbang yang lebih besar untuk lebih selesa pesakit-pesakit dari Labuan untuk pergi ke Kota Kinabalu.

final • 5:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Selain daripada itu, MASwings yang ada sekarang pun jadual pagi adalah 7.15 pagi dan the next one cuma 3.20 petang. Jadi ia agak jauh dan membuatkan tidak selesa kepada banyak pengguna memandangkan Labuan adalah financial offshore centre, oil and gas hub yang banyak memerlukan hubungan yang lebih baik di antara Labuan dengan international airport Kota Kinabalu. Saya rasa pihak kementerian perlu melihat perkara ini.

Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Bintulu dan Yang Berhormat Labuan, berhubung dengan jadual dan juga semua the route, sekarang kita sudah ada wujudkan Aviation Commission. Isu-isu ini diambil dengan tindakan segera untuk memastikan bahawa jadual ini memenuhi kehendak-kehendak pengguna dan kita pastikan bahawa berhubung dengan ekonomi harga tiket dan sebagainya juga akan dibincangkan dengan mendalam untuk memastikan bahawa harga-harga tiket adalah kompetitif.

Berhubung dengan apa yang dikatakan oleh Labuan tadi, memang saya setuju bahawa apabila kita tiada lagi pesawat Boeing masalah pesakit yang tenat memerlukan flat bed tidak dapat dibawa ke hospital di Kota Kinabalu. Ini juga telah saya telah pun mendapat aduan dan kita akan ambil tindakan untuk melihat bagaimana MAS boleh menerbangkan semula menggunakan Boeing flight dari Labuan ke Kota Kinabalu ataupun di bandar- bandar di kawasan di Sabah dan Sarawak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak MASwings sentiasa mengkaji jadual penerbangan dan pelan penggunaan pesawat dari masa ke semasa supaya ia dapat mengikut keperluan penumpang diSabah dan Sarawak selaras dengan kekerapan penerbangan yang ditetapkan dalam perjanjian Perkhidmatan Udara Luar Bandar (Rural Air Services). Selain daripada itu, MASwings turut mengambil kira slot pendaratan dan pelepasan di sesebuah lapangan terbang dalam membuat penyusunan jadual penerbangannya. Buat masa ini MASwings menyediakan perkhidmatan RAS di sejumlah 49 laluan yang meliputi 19 laluan dengan menggunakan 10 buah pesawat jenis ATR 72-500 dan ATR 72-600 dan 30 laluan dengan menggunakan enam buah pesawat jenis Twin Otter Viking DHC 6-400. Laluan-laluan ini adalah melibatkan 11 buah lapangan terbang dan 11 buah padang terbang di Sabah dan Sarawak.

Peraturan 66, Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 1996 membenarkan penumpang membawa senjata api ke dalam pesawat dengan syarat pesawat tersebut mempunyai tempat simpanan barang berbahaya yang berasingan dan tidak boleh diakses oleh penumpang. Sehubungan dengan itu, bagi pesawat MASwings jenis Twin Otter Viking memenuhi syarat yang tersebut di atas di mana semua penumpang dibenarkan untuk membawa senjata api. Manakala bagi pesawat MASwings ATR 72-500 and ATR 72-600 mempunyai tempat simpanan barang berbahaya yang berasingan tetapi boleh diakses oleh penumpang. Sehubungan dengan itu penumpang pesawat tersebut tidak dibenarkan untuk membawa senjata api.

Menurut MASwings pihaknya akan membenarkan binatang hidup, life animal dibawa dalam pesawat ATR 72-500 bermula 21 Mac 2016.Pengendalian binatang hidup ke dalam pesawat akan dilaksanakan berpandukan kepada IATA Live Animals Regulations.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Bintulu.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi mengenai senjata api. Senjata api ini kalau MASwings tidak boleh angkat tadi kira punya contoh wakil rakyat, polis, dan army semua, senjata api macam mana mahu angkat. Kenapa sampai dari masa yang dahulu kita masih lagi pakai hocker, itu boleh dibawa. Kenapa sekarang tidak boleh dibawa? Ini satu isu.

Isu kedua, AirAsia sampai sekarang membohong. This year ambil tahu bagi kelulusan. Apa susah sangat? Kalau sudah audit boleh tak boleh, keluarlah. Kenapa DCA macam serupa dalam agung ini macam dia kaya. Orang sudah memohon berkali-kali, pergi jumpa sama dia habis-habisan. Banyak lagi wakil rakyat sekarang ataupun polis guna AirAsia. Macam mana dia mahu ambil dia punya senjata api? Kenapa tak boleh? Yang Berhormat Baling kata dia selalu balik, dia tidak boleh bawa. Dia mahu letak mana? Letak di tepi jalan? Macam mana?

Inilah perangai kadang-kadang agensi kerajaan. Ambil satu keputusan, cepatlah.

Kalau sudah audit, sudahlah. Kalau boleh, bolehlah kunci itu semua. Kenapa susah sangat?

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Saya telah beri– untuk makluman Yang Berhormat, saya telah beri arahan bahawa perkara ini selesaikan dengan segera dan juga dari segi permohonan AirAsia memang dibenarkan kerana dia memenuhi keperluan ataupun kehendak peraturan 66 yang saya sebutkan tadi. Bagi ATR 72-500 dan ATR 72-600, ia tidak dibenarkan membawa senjata api kerana tidak ada tempat simpanan yang berasingan yang tidak boleh diakses oleh penumpang. Walau bagaimanapun, pihak airline perlu menyediakan tempat agar memastikan bahawa isu ini dapat diselesaikanlah dengan secepat mungkin.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Kalabakan yang telah membangkitkan mengenai operasi AirAsia di KKIA yang hanya menggunakan aerobridge pada waktu hujan sahaja. Berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kalabakan ini, syarikat penerbangan tambang rendah di serata dunia memilih untuk menggunakan tangga daripada jambatan udara aerobridge ini selari dengan model perniagaan dengan konsep tambang rendah dan dipraktikkan oleh AirAsia.

Tempoh masa antara pendaratan kapal terbang dan berlepas bagi syarikat tambang rendah adalah hanya 25 minit. Penggunaan tangga untuk menurunkan penumpang dan menaiki pesawat membolehkan kedua-dua pintu depan dan belakang digunakan serentak. Dalam hubungan ini, disiplin untuk terus mengekalkan tempoh di bawah paras 25 minit adalah sangat penting untuk semua syarikat penerbangan tambang rendah.

Selain itu, penggunaan tangga tidak memerlukan kakitangan mahir berbanding dengan aerobridge yang memerlukan jurutera yang mahir. Perkara ini, seterusnya akan dapat membantu AirAsia untuk mengekalkan harga operasi yang rendah dan seterusnya memberi peluang dan syarikat penerbangan untuk terus menawarkan tambang yang rendah kepada para pengguna. Sebaliknya, jika aerobridge masih digunakan ia akan menambahkan kos operasi dan boleh menyebabkan kelewatan.

Walau bagaimanapun, AirAsia memaklumkan pihaknya sentiasa memberikan keutamaan terhadap keselamatan penumpang. Dalam hubungan ini, segala kesulitan yang dilalui oleh penumpang ketika cuaca buruk serta sentiasa diambil kira. Sekiranya terdapat keadaan cuaca yang buruk atau adanya tetamu OKU yang memerlukan perkhidmatan aerobridge, AirAsia akan memberikan keutamaan tanpa sebarang kos tambahan kepada penumpang.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang seterusnya ialah isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Besar mengenai penutupan pejabat Malaysia Airlines MAB di Pulau Pinang yang menyebabkan kesukaran untuk pelanggan mendapatkan tiket.

Untuk makluman Yang Berhormat Padang Besar, menurut MAB jumlah penumpang yang berkunjung ke pejabat kaunter tiket MAB di Pulau Pinang didapati semakin berkurangan. Kebanyakan daripada penumpang memilih untuk berurusan melalui internet, ejen pelancongan atau pusat panggilan MAB yang beroperasi selama 24 jam sehari.

Sehubungan itu, pihak MAB telah membuat keputusan untuk menutup pejabat kaunter tiket MAB di Pulau Pinang. Ini juga selaras dengan pelaksanaan penyatuan pusat panggilan dan Global Distribution System dalam urusan penempahan dan pembelian tiket yang di laksanakan oleh MAB.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Labuan bangun lagi.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ada lagi?

final • 5:10 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Ya ada lagi sedikit. Sebelum tukar topik. Yang Berhormat Menteri, di Labuan hari itu saya ada diberitahu mengenai cargo terminal.

Walaupun keadaan permintaan turun sedikit sekarang, satu perkara, adakah ia akan diteruskan juga? Satu.

Kedua, Labuan sudah ada permintaan dan permohonan untuk diupgrade kepada status airport antarabangsa disebabkan pada 2 Julai ini akan ada chartered flight daripada China ke Labuan yang mana kita perlukan imigresen untuk bersedia dan mengikut Imigresen Labuan mereka perlukan penaiktarafan daripada MOT untuk dijadikan

final • 5:10 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

antarabangsa sebelum mereka boleh memohon bajet untuk tambahan staff dan juga sistem untuk diadakan di airport Labuan. Jadi adakah boleh diberi approval secepat mungkin sebab jadual itu 2 Julai dan ini adalah amat diperlukan oleh Labuan. Memandangkan Labuan sekarang bukan sahaja perlahan ekonomi malah menguncup dikeruhkan kerana bergantung pada minyak dan gas. Kita mahukan pelancongan ini akan kick off.

Sebenarnya, sudah lama kita berusaha tetapi tidak jadi-jadi juga. Akan tetapi, kali ini sudah ada peluang saya harap dapat sokongan daripada MOT untuk menjadikannya realiti.

final • 5:10 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, Jelutong. Saya setuju dengan apa yang dikutip oleh Yang Berhormat Padang Besar bahawa pada bulan Januari, MAB telah membuat keputusan untuk menutup pejabat jualan tiket di Pulau Pinang yang satu-satunya tertinggal iaitu di lapangan terbang.

Walaupun telah dibuat pengumuman pada Januari, dikatakan mulai 15 hari bulan Januari semua perihal mengenai customer service itu akan di kendali oleh Firefly. Akan tetapi, nampaknya urusan itu tidak dilaksanakan. Di sini, saya sebagai seorang pemegang kad Enrich Platinum kadangkala terpaksa saya membuat perubahan perjalanan saya kerana ada penjadualan yang cemas. Saya buat panggilan menerusi hotline untuk platinum, itu pun saya kena tunggu lebih kurang setengah jam ataupun membuat panggilan berkali- kali.

Jadi, saya rasa walaupun ada haluan di mana semua urusan customer service itu dialih kepada atas talian tetapi pada waktu kecemasan seperti yang saya sebut tadi dan saya rasa ramai juga yang mengalami pengalaman yang pahit sedemikian. Adakah Menteri bersetuju untuk membawa kepada CEO yang berbangsa Jerman itu barangkali beliau tidak begitu prihatin tentang keadaan sebenar di seluruh Malaysia bahawa masih kita memerlukan sesuatu untuk menemui kehendak semasa waktu kecemasan sekali yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Memang bagi membantu para penumpang MAS ataupun MAB yang ingin membuat sebarang urusan berhubung dengan tiket penerbangan, telah dinyatakan dengan jelas bahawa walaupun kaunter ditutup ia boleh diuruskan di pejabat tiket Firefly. Akan tetapi, menurut apa yang dikatakan tadi bahawa Firefly are not taking the necessary action secepat yang mungkin.

Perkara ini, telah pun kita sampaikan kepada CEO Mueller. In fact during the Cabinet briefing my dear friend from Ahli Parlimen Segamat juga telah bangkitkan isu yang sama and we are taking immediate action untuk dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi penumpang-penumpang MAS. Perkara ini telah dimaklumkan pada MAS dan kita harap tindakan untuk membetulkan keadaan ini akan dapat disegerakan dan di atasi dengan sebaik mungkin.

Berhubung dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Labuan tadi, memang kita MOT sokong cadangan kita untuk ataupun menjadikan ia lapangan terbang antarabangsa tetapi ia perlu dilaksanakan dengan secara berperingkat dan kajian perlu dilaksanakan termasuk kargo yang dikatakan kargo itu kita dalam buat kajian bagaimana untuk memastikan perjalanan dapat disegerakan. MOT sekarang sedang berbincang dengan pihak imigresen untuk menyediakan kemudahan menerima penumpang antarabangsa.

Bagi chartered flight there should be no problem. Any airport kita memang setuju kalau ada chartered flight. Kita boleh membantu untuk mengadakan immigration service dengan kerjasama dengan KDN untuk mendapatkan support imigresen. Akan tetapi daripada segi berpanjangan sebagai international airport kita kena kaji daripada segi kebarangkalian feasibility berhubung dengan international airport. Buat permulaan kita cadangkan, kita mulakan dengan chartered flight dahulu bagi Labuan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Rantau Panjang telah bangkitkan mengenai isu iklan promosi oleh pihak Firefly yang menayangkan gambar bentuk tubuh badan wanita. Berhubung isu ini, Firefly telah memaklumkan pihaknya tidak berniat untuk membangkitkan isu diskriminasi dalam pengiklanan mereka dan dalam hubungan ini Firefly telah memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan telah memadamkan semua iklan tersebut di setiap rangkaian media sosial pada 12 Mac 2016. Firefly juga telah memohon maaf secara terbuka di laman Facebook mengenai isu yang dibangkitkan dan dimaklumkan pihaknya lebih peka pada masa-masa yang akan datang.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sekijang telah memohon supaya pihak kementerian dapat segera mewujudkan reka bentuk landasan bagi Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru sejauh 30 kilometer yang akan dibuat di kawasan Sekijang. Kementerian Pengangkutan telah mengadakan pameran pemeriksaan awam skim kereta api Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru di Daerah Segamat dan lokasi pameran adalah di pejabat Majlis Daerah Segamat. Pameran ini bertujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai berkenaan butiran cadangan projek termasuk jajaran baru dan landasan berkembar ini.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Di samping itu juga, maklum balas orang awam yang diterima semasa pameran ini berjalan – turut diambil kira dalam penambahbaikan cadangan projek ini.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bangun]

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bintulu bangun.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Pameran pemeriksaan awam tersebut telah diadakan selama tiga bulan bermula dari 27 Oktober 2015 hingga 26 Januari 2016.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bintulu.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Bintulu silakan.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, hari itu dalam perbahasan saya ada berbahas mengenai isu MAS, tetapi saya belum terima lagi jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Siapakah jawab itu?

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Oh, itu hari saya bahas panjang lebar.

Kementerian tidak terima kah? You punya pegawai pergi mana? Hansard saya masih ada di sini lagi. Ini macam tidak baik.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Tidak apa nanti saya bagi.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Hai, ini sudah kongkalikung ini. Janganlah 40 minit perbahasan, pegawai dari Kementerian Pengangkutan tidak boleh dengar itu isu MAS. Itu rakyat punya isu tahu, rakyat punya masalah. Salah ini.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Sekarang baru beri saya.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Isu pembuangan pekerja, pelantikan warga asing sebagai pengurusan tertinggi MAS, prestasi kewangan MAS. Isu-isu ini akan dijawab oleh MOF kerana ia di bawah Khazanah.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Mana boleh, tadi MOF sudah jawab habis.

Apabila saya tanya MOF, MOF cakap Kementerian Pengangkutan punya hal. Sekarang Kementerian Pengangkutan cakap MOF.

[Ketawa]

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Tidak apa, nanti saya ambil makluman.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Mana boleh kedua-dua pegawai kementerian tidak berbincang.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

I get jawapan dulu.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Mana boleh macam itu, itu nampaknya kita sudah menunjukkan- Tuan Yang di-Pertua, ini sudah menunjukkan satu kelemahan kita, kepada rakyat di seluruh Malaysia. Kenapakah kita tidak ambil perkara yang serius? Ini rakyat punya masalah. Kenapakah kita ambil ia begitu ringan?

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Ringan?

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ringan. Ringan, ringan samalah kalau tidak reti jawab pun sama. Macam mana?

[Ketawa]

final • 5:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri. MH370 sudah jawab belum?

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kita fasal rakyat mahu tahu Malaysia Airlines Berhad sekarang. Kita rakyat ada 30 juta. Kenapakah kita tidak boleh– top management tidak boleh mengadakan kita punya rakyat Malaysia? Khazanah tidak faham kah? Kalau Khazanah beli Malaysia punya– anak Malaysia, boleh memegang itu jawatan Malaysia Airlines tidak boleh? Sampai hari ini kerajaan sudah bantu RM8 bilion, sekarang masih rugi lagi. So, sampai sekarang kenapa tiada satu siasatan mendalam-dalamnya? Kita kerugian, kenapakah kita kerugian lagi? Tidak ada, apabila kita soal ini isu semua orang diam sahaja.

Yang Berhormat Timbalan Menteri ini pun kongkalikung jawab beberapa kali pun sama juga, biar sahaja. Lempar saya touch and go. Tahun 2010, Yang Berhormat Jasin tanya, dia pun ada sini. Sudah pun persoal isu ini, biarkan sahaja. Sekarang sudah lima tahun, sama juga Yang Berhormat Menteri. Saya harap Yang Berhormat Menteri berbincang sedalam-dalamnya dalam Kabinet. Ini 6,000 orang kena buang kerja, ada punya kapten kita jumpa dia bawa teksi tahu. Kenapa kita boleh buat he’s a senior captain, blind sahaja ini macam? Janganlah dia punya soal kata gaji tinggi, dia tidak mampu.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya akan ambil pandangan Yang Berhormat Bintulu dan kita akan pastikan jawapan diberi kepada Yang Berhormat Bintulu.

final • 5:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, saya juga bangkitkan tentang isu MH370, belum jawab lagikan?

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Sudah jawab sudah.

final • 5:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sorry, I missed out. Then KEJARA.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Belum lagi.

final • 5:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Belum lagi ya? Okey.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Di bawah kementerian saya, saya jawab sebentar lagi jangan risau kita jawab.

Yang Berhormat Pasir Gudang, memohon pertimbangan kerajaan supaya mewujudkan perkhidmatan kereta api penumpang ke Pasir Gudang. Untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang, kereta api Tanah Melayu mempunyai perancangan untuk mewujudkan perkhidmatan kereta api penumpang ke Pasir Gudang pada tahun 2019, setelah kerja baik pulih landasan sektor Kempas Baru Pasir Gudang siap dilaksanakan dan juga perolehan 13 set Diesel Multiple Unit baru yang dijangka akan diterima secara berperingkat pada tahun 2018 dan 2019. Pada masa ini, peruntukan bagi menaik taraf landasan di laluan ini dan juga perolehan 13 set DMU baru telah diluluskan oleh kerajaan di bawah Program Transformasi KTMB dengan peruntukan sebanyak RM462.6 juta.

Yang Berhormat Tebrau membangkitkan mengenai jeti di Kampung Kong Kong, Tebrau yang perlu diganti dengan jeti yang lebih kekal ataupun jeti yang dibuat dengan simen serta status kajian berkesesuaian yang telah dijalankan. Untuk makluman Yang Berhormat Tebrau, Jeti Kong Kong Laut telah dibina semula pada tahun 2009 manakala kerja penyelenggaraan dan baik pulih jeti turut dilaksanakan dari semasa ke semasa dan kali terakhir kerja-kerja tersebut dibuat pada tahun 2015. Oleh itu Jeti Kong Kong Laut pada pandangan Jabatan Laut Malaysia masih berada dalam keadaan yang baik. Kementerian pada ketika ini tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menggantikan jeti tersebut tetapi akan terus menambah baik dari semasa ke semasa menjaga penggunaan jeti tersebut.

Yang Berhormat Labuan telah memohon pertimbangan kerajaan untuk membina terminal feri di Sabah supaya menjadi penghubung yang seimbang antara Labuan dan Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat Labuan, pembangunan terminal feri di Sabah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sabah. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Labuan tersebut, Kementerian Pengangkutan telah difahamkan bahawa Jabatan

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Pelabuhan dan Dermaga Sabah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah telah diberi peruntukan sebanyak RM5 juta untuk program projek pembinaan terminal feri di daerah kecil Menumbok dan Daerah Sipitang di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Projek ini akan dilaksanakan bermula tahun 2017 bagi daerah kecil Menumbok dan 2019 bagi Daerah Sipitang. Pada ketika ini Kerajaan Negeri Sabah masih belum mempunyai perancangan bagi pembinaan terminal feri di Kuala Penyu, Sabah.

Yang Berhormat Kangar telah mencadangkan supaya Jeti Kuala Perlis dibangunkan semula bagi mengatasi masalah feri yang sukar untuk berlabuh. Untuk makluman Yang Berhormat Kangar, Kementerian Pengangkutan telah menjalankan satu kajian kemungkinan pembangunan semula Jeti Kuala Kedah dan Kuala Perlis dan kajian ini telah siap pada 31 Oktober 2015. Skop kajian facility antara lain mengemukakan opsyen- opsyen terbaik kepada kementerian dari pelbagai aspek seperti kapasiti jeti penumpang, kos pendudukan tahunan, konsep pembangunan dan dalam ruang ini Jabatan Laut Malaysia telah pun mengemukakan permohonan di bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Kesebelas sebanyak RM93 juta bagi pembangunan semula Terminal Feri Kuala Perlis. Pada masa yang sama, bagi mempertingkatkan kualiti pengurusan dan operasi jeti penumpang Kuala Perlis dan seiring dengan Program Transformasi Ekonomi, Kementerian Pengangkutan juga sedang mempertimbangkan cadangan untuk menswastakan sektor pengurusan dan operasi di Terminal Jeti Penumpang Kuala Perlis dan Kuala Kedah.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sekijang mencadangkan supaya pihak JPJ mempertimbangkan untuk membenarkan penggunaan motosikal elektrik berkuasa rendah di kawasan-kawasan kejiranan kecil serta dalam kawasan kampung. Kementerian Pengangkutan bersedia mengkaji dan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan penggunaan motosikal elektrik yang menggunakan pedal kayuhan berkelajuan tidak melebihi 50 kilometer sejam terutama di kawasan-kawasan kejiranan kecil serta dalam kawasan-kawasan kampung. Walau bagaimanapun penggunaan motosikal jenis ini perlu juga dilihat daripada aspek keselamatan serta tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain yang bergerak dengan kelajuan lebih tinggi. Ini bagi mengurangkan risiko terhadap penunggang dan pembonceng motosikal elektrik tersebut.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Panjang telah membangkitkan mengenai penyalahgunaan International Circulation Permit atau Permit Edaran Antarabangsa (ICP) oleh kereta sewa dari Thailand. Menjawab isu ini yang dibangkitkan ini, peruntukan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 membenarkan kemasukan sementara kenderaan-kenderaan persendirian dari negara-negara asing dan proses kemasukan ini dikawal melalui pengeluaran ICP. ICP dikeluarkan terhadap kenderaan-kenderaan persendirian berpendaftaran asing dari Thailand dan Indonesia yang memasuki Malaysia melalui jalan darat. Walau bagaimanapun pengeluaran ICP ini telah disalahgunakan oleh segelintir pihak dalam menjalankan kegiatan komersial dengan mengangkut dan membawa penumpang secara tidak sah.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Bagi menangani isu ini, Jabatan Pengangkutan Jalan sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap kenderaan Thailand di mana operasi khas sebanyak dua kali seminggu telah ditetapkan. Lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan operasi ialah di Bukit Bunga, Jalan Panglima Bayu, Jeram Perdas, Kampung Neting, Kampung Beting dan Pekan Rantau Panjang. Selain inisiatif penguatkuasaan dibuat secara manual, kementerian ini juga berusaha untuk melaksanakan suatu kawalan kemasukan kenderaan asing yang lebih ketat dan sistematik melalui pelaksanaan Vehicle Entry Permit (VEP). Sistem VEP ini akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama akan dikuatkuasakan di pintu sempadan Malaysia-Singapura mulai pertengahan tahun ini dan akan diperluaskan pelaksanaannya di sempadan-sempadan seluruh negara termasuk Malaysia-Thailand.

Yang Berhormat Bayan Baru dalam perbahasan telah membangkitkan mengenai status sistem KEJARA. Untuk makluman Yang Berhormat Bayan Baru, sistem mata demerit atau KEJARA telah mula dilaksanakan pada tahun 1984 bagi melahirkan pemandu-

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

pemandu yang berhemah dan mengamalkan budaya safety first sebagai langkah yang meningkatkan tahap keselamatan jalan raya. Walau bagaimanapun, sistem KEJARA ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya selepas pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada tahun 2011. Memandangkan pandangan yang diterima daripada ahli akademik dan pihak-pihak lain yang mendakwa sistem baru pemberian mata demerit adalah tidak adil. Ini kerana mata demerit tidak akan dikenakan sekiranya orang kena saman membuat bayaran saman dalam tempoh yang ditetapkan walaupun orang kena saman tersebut mengulangi kesalahan lalu lintas. Apabila bayar saman, *there is no demerit. So it is not effective because under the act.

So* berdasarkan kepada pandangan ini, Kementerian Pengangkutan telah memutuskan supaya pelaksanaan sistem mata demerit ditangguhkan buat sementara waktu untuk dikaji semula. Mengambil kira kajian yang telah dibuat oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan (MIROS) serta pihak berkepentingan, pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987, sedang digubal bagi memantapkan sistem KEJARA dan pindaan ini dijangka akan dibentang di Parlimen pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Parlimen Ketiga Belas. Kalau tidak sempat this term, this March or this April, maybe May. Kita kena buat pindaan Akta JPJ untuk membolehkan kita buat mata demerit. Ini kerana kalau dahulu kita tidak dapat buat, dia bayar saman dia tidak ada demerit lagi. *So this is, we can’t be very effective for our act.

So* Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kementerian saya ucap terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang giliran Kementerian Kesihatan. Saya jemput Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan di kesihatan Malaysia. Sebelum saya meneruskan penggulungan, saya ingin tegaskan bahawa kerajaan dan Kementerian Kesihatan sentiasa memandang serius dan komited terhadap semua isu kesihatan yang dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini demi kebajikan seluruh rakyat Malaysia.

Yang Berhormat Datuk Rozman bin Isli dari Labuan telah minta Kementerian Kesihatan mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan di seluruh negara. Salah satu daripada cadangan beliau ialah supaya sistem kesihatan dilihat semula dengan memastikan industri insurans dapat menjadi sebahagian daripada acquisition yang mana akan dapat membiayai pembangunan infrastruktur kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan menyambut baik cadangan-cadangan daripada Yang Berhormat Datuk Rozman bin Isli dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan di seluruh negara. Kerajaan sedia maklum bahawa pembiayaan sistem kesihatan negara sedia ada yang majoritinya datang daripada sumber awam. Kita mengakui bahawa kerajaan akan menghadapi cabaran untuk masa hadapan untuk mengekalkan sustainability konsep yang ada pada masa sekarang.

Industri insurans kesihatan di Malaysia khususnya dengan izin, private health insurance telah pun wujud di Malaysia sejak sedekad yang lalu dan kini meliputi hampir 23.7 peratus daripada populasi yang membeli salah satu daripada pakej yang telah dijual atau yang telah ditawarkan oleh private health insurance. Namun demikian, ada beberapa kelemahan dalam sistem private health insurance yang ada pada masa sekang yang tidak memberi satu perkhidmatan yang holistik kepada rakyat pada keseluruhannya.

Pada masa sekarang, kementerian sedang menjalankan satu kajian Malaysian Health System Research yang sedang dijalankan dengan kolaborasi pakar kesihatan global dari Universiti Harvard serta universiti dan agensi tempatan. Dia ada meliputi bidang-bidang analisa seperti tahap kesihatan rakyat, kualiti dan prestasi perkhidmatan kesihatan swasta dan awam, kos dan pembiayaan, persepsi rakyat terhadap perkhidmatan kesihatan, situasi sumber manusia untuk kesihatan dan sokongan teknologi maklumat serta aspek-aspek yang lain. Kementerian berharap dengan selesainya kajian ini yang mungkin akan selesai pada penghujung tahun yang akan datang, pelbagai cadangan akan dikemukakan untuk meningkatkan lagi sistem perkhidmatan kesihatan yang ada pada masa sekarang.

final • 5:33 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Kudat telah minta supaya kerajaan mengekalkan ...

final • 5:33 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Menteri.

final • 5:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Gajah bangun Yang Berhormat.

final • 5:33 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Nanti saya boleh jawab tiga tajuk, lepas itu saya akan memberi.

final • 5:33 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Ini berkaitan dengan insurans. Terima kasih.

final • 5:33 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Kudat telah memberi cadangan bahawa kerajaan mengekalkan dasar yang sedia ada iaitu dengan tidak melaksanakan National Health Insurance dan tidak memisahkan perkhidmatan khidmat konsultasi perubatan dengan farmasi kerana ia tidak memberi faedah kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia tidak bercadang untuk memisahkan perkhidmatan khidmat konsultasi perubatan dengan farmasi untuk sektor swasta. Oleh itu, pengamal perubatan di sektor swasta masih mengamalkan pendispensan seperti sedia ada mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Berkenaan National Health Insurance, hakikatnya bukti sedunianya menunjukkan pembiayaan kesihatan melalui cukaian kerajaan atau jumble tax seperti yang telah diamalkan di dalam negara kita atau sistem insurans nasional seperti yang telah diamalkan di negara-negara yang lain adalah yang paling efektif untuk mengawal kadar peningkatan kos rawatan yang tinggi. Kedua-dua kaedah ini juga menentukan kesaksamaan dan penerimaan rawatan perubatan mengikut keperluan penyakit tanpa mengira kemampuan seorang sama ada miskin atau kaya. Sebaliknya pembiayaan kesihatan secara insurans kesihatan swasta atau private health insurance atau pembiayaan terus oleh pesakit dengan wang saku sendiri atau out of pocket payment, terbukti di seluruh dunia mengakibatkan inflasi kos kesihatan yang tinggi. Ia meningkatkan kejadian pesakit terutama yang miskin menjadi papa kedana disebabkan bayaran rawatan. Kedua-dua cara ini juga membawa kepada situasi ketidaksaksamaan daripada segi kecapaian mendapat rawatan antara kaya dan miskin. Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 5:33 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Berkaitan dengan insurans kesihatan yang diberikan oleh pihak swasta. Saya mendapati bahawa ia bukannya satu penyelesaian yang holistik sebab pada kebiasaannya apa yang berlaku ialah syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak hospital swasta terlalu tinggi kepada pihak insurans. Memang kita dapat lihat perbezaannya kalau wang itu dibayar daripada saku sendiri dengan kalau dibayar melalui insurans, terlalu tinggi. Ini sebenarnya akan menyebabkan pihak insurans mungkin terpaksa meningkatkan premium dan yang kedua mungkin dalam jangka masa pajang, mereka tidak mahu lagi perkhidmatan ini. Jadi saya rasa pihak Kementerian Kesihatan harus memantau perkara ini dan cuba mengambil tindakan yang sesuai supaya pihak hospital ini jangan mengenakan bayaran yang tinggi kepada mereka yang memegang insurans swasta ini. Ya, Menteri.

final • 5:33 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Pada masa sekarang, kawalan kos yang diberi dalam hospital swasta ialah melalui schedule fees yang telah dikenakan oleh kementerian melalui Private Healthcare Facilities and Services Act, di mana kawalan dibuat kepada perkhidmatan-perkhidmatan profesional iaitu profesional fi ada kawalan supaya seseorang doktor tidak boleh mengenakan caj yang lebih daripada apa yang ditetapkan di dalam fee schedule yang telah ditetapkan oleh kementerian. Akan tetapi untuk perkhidmatan lain contohnya kos bilik, kos makanan dan kos-kos yang lain, itu tidak dikawal oleh kementerian.

final • 5:33 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Oleh itu kita menghadapi situasi apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat di mana hospital kadang-kadang meningkatkan kosnya khususnya dalam kes-kes di mana bayaran dibuat oleh insurans yang meningkatkan kos. Ini membawa kepada inflation dalam sektor. Kita sedang lihat kepada perkara ini dan macam mana satu pemantauan yang lebih kerap boleh dibuat untuk memastikan bahawa kos yang dikenakan ialah lebih munasabah.

Contohnya kita sedang membuat satu pemindaan kepada Akta Farmasi supaya melalui harga kos ubatan boleh dikawal. So, perkara-perkara ini kalau sudah berjaya, saya berharap usaha kerajaan untuk memastikan bahawa kos yang dikenakan oleh sektor

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

swasta walaupun dibayar oleh insurans daripada sektor swasta ini boleh dikawal. Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Menteri...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam bangun.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Shah Alam, okey.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Berdasarkan kepada jawapan yang telah diberikan, saya perlu penjelasan mengapa diwujudkan satu schedule of rate untuk professional fees tetapi pada masa yang sama tidak dikenakan satu kawalan terhadap kadar-kadar perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri. Sama ada, ada tak perancangan untuk meletakkan at least ceiling dengan izin, ceiling rate untuk bilik, untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang lain yang tidak diadakan satu schedule rate.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Sekarang pada contohnya banyak bayaran itu ialah diasaskan kepada contohnya bilik. Bilik itu bergantung kepada pilihan yang dibuat oleh pesakit untuk pilih jenis bilik yang mana di mana harganya boleh berbeza. Dengan itu, mungkin kadar-kadar bayaran yang lain itu pun berbeza. Pada masa sekarang kita sedang lihat bolehkah syarikat insurans mengubah sistem pembayan mereka untuk cara yang berlainan. Contohnya ada di negara yang lain, di negara Jepun contohnya bayaran dibuat secara pakej. Kalau seseorang pesakit masuk ke hospital, contohnya pembedahan apendiks yang memerlukan kemasukan untuk lima hari, pakej ini telah ditetapkan sebelum itu. Tidak boleh lebih daripada pakej yang telah ditetapkan itu yang mengandungi segala perkara yang diperlukan termasuk bilik, makanan dan sebagainya. Ini mungkin satu kaedah yang lebih sesuai di mana industri dan pihak swasta boleh bincang dengan bantuan kementerian supaya ada persetujuan, supaya pembayaran ini tidak lebih daripada apa yang telah ditetapkan.

Yang Berhormat Klang telah minta penjelasan, adakah kerajaan mempunyai niat untuk mengawal harga ubat-ubatan bagi memastikan kos perubatan kerajaan dan swasta tidak meningkat. Pada masa ini kementerian sedang dalam rangka untuk mencadangkan Rang Undang-undang Farmasi, di mana satu peruntukan akan diwujudkan bagi membolehkan kawalan terhadap harga ubat dilakukan.

Untuk makluman juga, sejak tahun 2006, kerajaan telah melalui seperti apa yang telah saya beritahu tadi untuk melalui jadual ke-13 telah mengawal fees schedule untuk profesional. Ini memberi kuasa kepada kementerian untuk mengawal charge kepada fees schedule dan dengan kalau selepas pemindaan kepada Undang-undang Farmasi diluluskan di dalam Parlimen, kerajaan akan mendapat lagi satu kuasa untuk mengawal kos ubat-ubatan yang ada di dalam negara kita.

Yang Berhormat Klang juga telah minta pendirian kerajaan berhubung plain packaging rokok kerana terdapat- dan apakah kedudukan kerajaan untuk melaksanakannya? Plain packaging merupakan salah satu konsep implementasi yang digariskan oleh WHO Framework Convention on Tobacco atau FCTC di bawah artikel 13 iaitu tobacco advertising promotion and sponsorship. Oleh sebab itu, sebagai ahli parti kepada WHO Framework Convention on Tobacco Control, Malaysia sebagai sebuah negara yang telah menandatangani konvensyen ini sentiasa mematuhi obligasi-obligasi yang telah didasarkan dalam perjanjian ini. Pada masa yang sama, kementerian pun akan adakan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di dalam meneliti isu-isu implementasi seperti hak milik intelek atau intellectual property rights dan perkara-perkara yang berkaitan dengan komitmen kerajaan kita dengan Pertubuhan Perdagangan Sedunia atau The World Trade Organization. Yang Berhormat Kapar telah minta bahawa kerajaan telah membuat analisa kepada isi kandungan dan elemen yang wujud dalam cheap liquor atau arak murahan.

Compounded hard liquor atau apa yang dipanggil CHL merupakan minuman beralkohol yang dihasilkan daripada campuran minuman beralkohol seperti wiski, vodka dan brandy dengan alkohol, air dan karamel. Kandungan wiski, vodka dan brandy digunakan dalam produk CHL adalah kurang daripada 10 peratus dan kebanyakan daripada kandungan produk tersebut terdiri daripada alkohol yang ditambah.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Hasil siasatan kementerian ke atas premis yang menghasilkan compounded hard liquor mendapati bahawa alkohol yang digunakan merupakan etanol yang dihasilkan melalui penapisan tebu dan penyulingan hasil penapaian tersebut di mana etanol berkenaan akan dicampurkan bersama ramuan lain bagi menghasilkan produk akhir.

Kementerian sedang meminda Peraturan-peraturan Makanan 1985 berkaitan dengan minuman beralkohol di mana peraturan baru akan diwujudkan untuk mengawal produk CHL.

Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Setiu telah membangkitkan isu berkenaan rawatan yang diberi kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Yang Berhormat Setiu telah minta kementerian mengapa layanan istimewa diberikan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada segi rawatan perubatan iaitu terdapat 83 rawatan diberi kepada mantan Yang Berhormat Permatang Pauh dalam tempoh sembilan bulan sahaja? Manakala Yang Berhormat Kapar telah minta mengapa fisioterapi secara intensif tidak diberikan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mengapa Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr.

Jeyaindran sebagai ketua panel perubatan tidak boleh diganti?

Tuan Yang di-Pertua, kesihatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa berada di penjara dipantau oleh panel yang terdiri daripada 16 orang pakar kanan dari Hospital Kuala Lumpur. Panel ini telah ditubuhkan selaras dengan Akta Penjara dan dari semasa ke semasa ahli-ahli panel ini akan merawat Dato’ Seri di Penjara Sungai Buloh atau di Hospital Kuala Lumpur. Selain daripada itu, oleh sebab Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditempatkan di blok hospital dalam Penjara Sungai Buloh semua banduan yang ditempatkan di blok ini akan diperiksa sekurang-kurangnya sekali setiap hari. Yang Berhormat ..

final • 5:40 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar bangun.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya Yang Berhormat Kapar.

final • 5:40 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, izinkan terima kasih. Pertama sekali untuk bahagian cheap hard liquor. saya mengucapkan ribuan terima kasih sebab wakil daripada kementerian telah ambil sample daripada saya dan akan buat analisa. Saya harap itu keperincian terhadap sample yang telah saya berikan itu akan dikemukakan oleh Yang Berhormat.

Kedua, bahagian daripada kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya difahamkan walaupun beliau ditempatkan di blok yang berhampiran ataupun kawasan hospital, blok di Penjara Sungai Buloh tersebut tidak mempunyai fasiliti sempurna untuk menjalankan fisioterapi. Itu masalah yang telah dibangkitkan. So, saya rasa dan saya berharap Yang Berhormat pandang isu itu dari sudut itu, bukan sekadar disebabkan dia ditempatkan di blok kesihatan bermaksud ada instrumen-instrumen fisioterapi yang lengkap boleh diberikan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. *That is the first one.

Second,* berkenaan dengan penggantian Dr. Jeyaindran with due respect.

Kementerian Dalam Negeri pada November lepas atas permintaan pesakit sendiri, atas permintaan keluarga sendiri telah memberi kata putus bahawa benda ini boleh berubah.

Boleh menukar ketua panel tetapi bergantung kepada Kementerian Kesihatan untuk menggantikan Dr. Jeyaindran

final • 5:40 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

So, ulasan saya yang saya perlu daripada Yang Berhormat ialah ada tak kerangkaan untuk menggantikan beliau dari sudut Kementerian Kesihatan sebab Kementerian Kesihatanlah yang kena bagi pengganti untuk Dr. Jayendra. Ini atas permintaan keluarga dan pesakitnya sendiri. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Baik terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pun memberi jawapan lebih kurang begitu. Sebenarnya bagi kami, yang terpenting bukan jumlah berapa kali jumpa doktor, berapa kali, apa yang kita hendak tahu, keadaan dia bertambah baik ataupun tidak. Itu yang terpenting. Maknanya, adakah sama ada 16 orang, ketua pakar hospital yang pergi jumpa dia dan sebagainya, tetapi end result dia apa? That is, dengan izin, that is the most important.

final • 5:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

So, kalau boleh kita mengharapkan ada satu laporan yang menunjukkan bahawa bila dia masuk, keadaan dia begini. Sekarang ini, keadaan dia bertambah baik, bukan bertambah teruk. Nombor satu. Nombor dua tentang soal rang undang-undang yang berhubung dengan nak kawal harga ubat-ubatan itu. saya nampak banyak undang-undang, rang undang-undang yang dapat dilakukan dengan cepat. Macam SOSMA, POCA dan sebagainya.

Akan tetapi saya hairan, kenapa yang rang undang-undang berhubung dengan hendak kawal harga ubat-ubatan itu mengambil masa yang begitu lama. Yang Berhormat Menteri sendiri telah sebut bahawa perkara ini kalau tak silap sayalah, saya dengar tadi 2006 sudah ada yang isu-isu yang seperti ini yang telah ditimbulkan. Saya rasa yakin bahawa persoalan kawalan harga ubat-ubatan ini merupakan satu persoalan yang penting kerana ia merupakan satu keperluan dan saya mengharapkan bahawa Yang Berhormat Menteri boleh beri satu tempoh, adakah ia akan dibentangkan dalam sesi yang akan datang ataupun sebagainya.

final • 5:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja tentang isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 5:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya rasa Yang Berhormat Menteri ada kuasa untuk tukar. He’s your fellow colleague, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. I mean have some compassion untuk kalau tidak, it doesn’t work, maka kita tukar satu doktor lain and try it supaya kita boleh hidup dalam keadaan yang sihat. I think you also want a good name for your ministry. Jadi, saya mintalah consider, have some compassion dalam isu ini. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya, yang last ya.

final • 5:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri kerana adanya insinuasi di dalam Dewan ini apabila bertanya mengenai rawatan yang diberikan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang meletakkan perkataan rawatan istimewa kepada seorang tahanan. Di sebelah pihak pula mengatakan, beliau tidak mendapat rawatan yang mencukupi. Saya hendak kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah rawatan yang diberikan selama ini mengikut suatu protokol ataupun ia di luar protokol dan satu keistimewaan yang diberikan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Terima kasih.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu rawatan yang diberi kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, daripada pihak Kementerian Kesihatan, ini dibuat, diasaskan kepada profesionalisme yang diamalkan oleh kementerian dan kerana Dato’ Seri Anwar Ibrahim ada beberapa isu perubatan yang berlainan yang memerlukan rawatan daripada pakar-pakar yang lain, ini memerlukan satu pasukan doktor untuk memberikan rawatan. So itu menunjukkan bahawa daripada awalnya sikap kerajaan ialah untuk memastikan beliau menerima rawatan yang sewajarnya dengan keadaan penyakit yang ada.

Tentang peranan ketua penyelaras kepada pasukan itu iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, beliau selaku Ketua Bidang Perubatan di dalam Hospital Kuala Lumpur ialah orang yang berkuasa untuk menyelaraskan perkara ini. Sampai masa sekarang tiada beliau mempunyai perhubungan yang baik dengan pesakit dan kita walaupun pada awalnya ada buat rintihan-rintihan yang kita telah dengar tetapi selepas mewujudkan pasukan dan pasukan ini telah memberi apakah isu beliau, contohnya, kepada kecederaan yang telah berlaku kepada bahu beliau pada masa dahulu, the shoulder injury. Adakah pilihan rawatan yang ada yang telah dinasihatkan oleh pakar-pakar ortopedik tentang itu dan kita berharap keluarga membuat satu keputusan tentang cara rawatan yang paling sesuai dan pada masa sekarang apa yang dipilih ialah fisioterapi.

Kalau daripada masa dahulu sampai sekarang, saya diberitahu jumlah kekerapan fisioterapi yang telah diberi telah ditambah dan saya mengambil kira pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kalau ada keperluan untuk meningkatkan fisioterapi ini selaras dengan nasihat yang diberi oleh doktor yang memberi rawatan kepada beliau, kita mesti akan memberi tumpuan kepada ini kerana daripada segi Kementerian Kesihatan atau sudut Hospital Besar Kuala Lumpur di mana beliau mendapat

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

rawatan, perkara ini dibuat cuma daripada pandangan sudut perubatan sahaja dan tidak daripada segi sudut yang lain.

Oleh itu saya mahu minta Ahli-ahli Yang Berhormat menerima perkara ini dan semua doktor yang memberi rawatan kepada beliau akan memberi rawatan yang sama kepada mana-mana pesakit yang lain dalam keadaan yang sama, tidak ada berbeza. So dengan itu, saya mengambil kira pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 5:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri, mohon Yang Berhormat Menteri..

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Dan kita akan memastikan bahawa...

final • 5:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Mohon Yang Berhormat menteri..

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Rawatan yang diberi ialah selaras dengan keperluan perubatan dengan tidak campur dengan unsur-unsur politik sebagai satu tekanan daripada mana-mana pihak tetapi apa daripada segi profesionalisme, kita berpendapat bahawa ini yang paling baik untuk pesakit dan ini yang akan kita melakukan kepada seseorang lain, pesakit yang lain mahupun di dalam penjara atau di luar penjara. Boleh saya teruskan? Isu saya sudah jelas.

final • 5:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Saya hendak tanya tentang fisio itu.

Saya dapati ada tiga orang doktor pakar. Satu, dari Hospital Universiti Malaya, Dr. Ng.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya.

final • 5:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Satu daripada Sunway Medical Centre dan satu lagi dari HKL. Ketiga-tiga pakar doktor memberi saranan supaya sekurang- kurangnya ada tiga kali fisio seminggu diadakan untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi kementerian hanya bagi sekali seminggu. Saya rasa ini tak cukup. So saya rasa Yang Berhormat Menteri perlu dapat nasihat daripada tiga orang doktor ini. Kalau kata tiga ini, saya rasa perlu kita bagi peluang ini kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjalankan fisioterapi.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Okey, okey Ahli Yang Berhormat. Saya teruskan dengan Yang Berhormat Kangar telah..

final • 5:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Menteri, tak jawab soalan saya. I asked you some additional questions.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

So the ubat, harga ubat.

final • 5:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya, yang..

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Harga ubat akan diteruskan. Kita..

final • 5:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Bila hendak dibentangkan..

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Sekarang dia dengan AG Chambers. Kalau AG Chambers sudah selesaikan dan beri, dia akan datang kepada...

final • 5:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Dan the current medical condition of Dato’ Seri Anwar, whether it is improving or otherwise. I hopefully there must be...

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ada, laporan telah diberi kepada keluarga tentang keadaan beliau and they have been asked to make the choice, pilihan yang paling baik tentang rawatan yang berterusan dan bergantung pada pilihan yang dibuat oleh keluarga, pihak kementerian akan teruskan dengan rawatan.

final • 5:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Soalan saya sama ada keadaan dia bertambah baik ataupun deteriorating.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Itu saya kena, laporan diberi kepada keluarga, Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Oh, Yang Berhormat Menteri sendiri tak tahu..

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Kita mendapat pandangan daripada keluarga.

final • 5:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Keluarga sahaja yang tahu?

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya, ya.

final • 5:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri..

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat, saya mahu teruskan dengan...

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sopan Yang Berhormat..

final • 5:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Setujukah Yang Berhormat Menteri, tiga kali fisio ini di..

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Saya sudah sekali lagi beritahu pandangan, saya akan rujuk kepada mereka yang memberi rawatan. Yang Berhormat Kangar telah minta apa yang telah dibuat oleh kerajaan untuk mempertingkatkan kesedaran penyakit denggi di negeri Perlis.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2015, negeri Perlis telah melaporkan sebanyak 258 kes demam denggi iaitu pengurangan sebanyak 18.6 peratus dibandingkan dengan 370 kes, 17 kes yang dilaporkan pada tahun 2014. Terdapat satu kematian dilaporkan pada tahun 2015 dibandingkan dengan tiada kematian pada tahun 2014 manakala bagi tahun 2016 dari Januari hingga 12 Mac, sebanyak 64 kes demam denggi dilaporkan berbanding dengan 92 kes untuk tempoh yang sama pada tahun 2015 iaitu pengurangan 30.4 peratus.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Pelbagai jenis rancangan telah dibuat oleh kerajaan untuk meningkatkan outreach kepada rakyat di negeri Perlis. Salah satu daripadanya ialah outreach untuk memberi penerangan dan serta pengedaran risalah demam denggi kepada masyarakat di kawasan tumpuan orang ramai dan kita telah sampaikan maklumat ini kepada lebih daripada 57,940 orang pada tahun yang lalu. Sesi ceramah dan pameran berkaitan penyakit demam denggi dan pencegahannya dilakukan di semua locality wabak, di institusi-institusi pendidikan, jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta dan melalui jabatan kesihatan negeri pun menggunakan sosial media untuk mempertingkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat dan maklumat ini pun telah disebarkan melalui Radio Malaysia Perlis dan bekerjasama dengan COMBI yang ada di dalam beberapa locality di negeri Perlis.

Aktiviti gotong-royong telah diteruskan di beberapa buah tempat. Lebih kurang 29 aktiviti telah dilakukan dan ini semua secara bersama telah membantu kita mengurangkan jumlah kes denggi yang telah dilaporkan pada tahun yang lalu dan tahun ini. Yang Berhormat Tanjong Manis telah membangkitkan perkara berkaitan dengan kemudahan klinik-klinik kesihatan di kawasan pedalaman dan apa yang dibuat oleh kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan itu. Tuan Yang di-Pertua, menjadi tumpuan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang saksama di kawasan pedalaman sebanyak 589 buah klinik kesihatan. Klinik kesihatan adalah merupakan fasiliti yang terletak di kawasan luar bandar.

Daripada jumlah tersebut, sejumlah 436 atau 74 peratus klinik kesihatan luar bandar telah pun dilengkapi dengan pegawai perubatan, perkhidmatan makmal dan farmasi.

Sehingga tahun 2015, bilangan klinik desa yang telah dinaiktarafkan kepada klinik kesihatan sebanyak 105 buah klinik. Daripada segi penyelenggaraan, bekalan peralatan dan perubatan juga telah dipertingkatkan termasuk di kawasan luar bandar melalui pelaksanaan program Medical Equipment Enhancement Tenure (MEET).

final • 6:00 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Sedikit mencelah.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Nanti, saya selesai dahulu. Perkhidmatan kesihatan di peringkat kesihatan primer diperkukuhkan dengan pasukan penjagaan kesihatan primer yang terdiri daripada pakar perubatan keluarga, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat, pegawai dietetik, pegawai jurupulih, fisioterapi, pegawai jurupulih cara kerja anggota dan juga anggota kesihatan.

Penyampaian perkhidmatan kesihatan primer turut melibatkan kawasan pedalaman dengan kemudahan program-program serta aktiviti-aktiviti kesihatan seperti kem kesihatan outreach programme, klinik bergerak dan pasukan doktor udara atau flying doctor service.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Facility kesihatan di kawasan pedalaman turut dilawati secara berkala oleh pegawai perubatan mahupun pakar perubatan keluarga dan klinik kesihatan induk, mother clinic bagi tujuan perkhidmatan kesihatan dan audit clinical. Okey, Yang Berhormat Ampang.

final • 6:00 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri menceritakan atau menerangkan persiapan klinik, hospital dan sebagainya dengan macam-macam tadi. Apabila dalam perancangan itu, adakah pihak kementerian mengambil pengiraan tentang pekerja asing dalam negara ini yang 1.5 milion yang hendak bawa dan yang sudah ada sekarang, pendatang tanpa izin (PATI), refugees

(pelarian), semua ini adakah dalam perkiraan projection kita apabila kita hendak mengendalikan klinik baru atau pun hospital baru, perubatan baru, perhatian baru dan sebagainya? Terima kasih.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat, pengiraan infrastruktur yang disediakan dan nisbah yang digunakan oleh kementerian ialah berasaskan kepada jumlah penduduk yang ada melalui DOSH iaitu pada masa sekarang lebih kurang 32, 37 juta orang penduduk rakyat Malaysia. Itulah nisbah yang digunakan. Tentang dasar kita, berkaitan dengan warga asing. Dasar kementerian jelas bahawa warga asing yang diberi rawatan di dalam facility Kementerian Kesihatan dikenakan caj bayaran. Mereka yang ada di dalam negara contohnya pekerja-pekerja warga asing yang rasmi, mereka diberi perlindungan melalui sistem insurans yang dibeli majikan mereka dan bayaran dibuat melalui insurans kepada segala rawatan yang diberi.

Untuk mereka yang tidak rasmi, yang tidak mempunyai insurans, kalau mereka datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan, mereka dikenakan bayaran. Ini telah kita buat dan melalui ini, kita memastikan bahawa kita boleh mengurangkan bagaimana penggunaan ini dan facility yang disediakan untuk rakyat Malaysia ini supaya warga asing tidak menyalahgunakan kemudahan-kemudahan kita dan meningkatkan kos rawatan yang ada pada masa sekarang. Dengan bayaran ini, kita boleh nampak mungkin pada masa akan datang, ada satu trend, satu jumlah daripada mereka akan mendapatkan rawatan daripada sektor swasta. Kalau perbezaan ia dengan kadar bayaran itu dengan kerajaan dan sektor swasta, untuk mereka, tidak berbeza. Ya?

final • 6:00 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Saya faham tentang polisi- polisi dalam pembayaran dan sebagainya. Siapa yang mampu boleh bayar, boleh datang ke hospital dan sebagainya. Akan tetapi soalan saya adalah dalam projection, jangkaan apa pun hospital dan infrastruktur tadi, adakah mengambil kira mereka yang saya sebut tadi, sama ada boleh menampung atau tidak? Isunya sama ada boleh menampung sekiranya giliran itu terlampau ramai dan terlampau banyak jadi tidak dapat kita memberi servis yang baik kepada rakyat Malaysia sendiri. Sebab itu saya tanya, kebolehan untuk menampung.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Dalam pengiraan DOSH, apabila DOSH menentukan jumlah penduduk di dalam negara kita, mereka pun mengambil kira jumlah rakyat asing yang ada di dalam negara. So, nisbah itu digunakan sebagai asas untuk menentukan keperluan yang kita ada tetapi seperti yang telah saya jelaskan tadi, keutamaan kita dalam menyediakan apa-apa rancangan atau program atau infrastruktur ialah untuk rakyat Malaysia yang ada di dalam negara kita.

Yang Berhormat Hulu Rajang telah meminta kerajaan supaya memberi satu perhatian yang serius kepada penyakit melioidosis. Tuan Yang di-Pertua, penyakit melioidosis merupakan satu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam tanah dan air dan penyakit ini endemik di negara kita. Kebanyakan daripada kes ini ialah symptomatic iaitu term mereka tidak mempunyai apa-apa gejala tentang penyakit ini. oleh itu, mereka yang datang ke hospital ialah mereka yang mempunyai gejala.

Walaupun sedemikian, berdasarkan kepada data yang kita ada, pada tahun yang lalu, ada lebih kurang 183 kes yang telah dilaporkan di dalam negara kita. Pada tahun ini sampai sekarang 17 kes telah dilaporkan.

Kerajaan telah melalui beberapa langkah melaksanakan beberapa langkah untuk mengawal dan mengurangkan jumlah kes ini. Salah satu daripadanya, penyakit ini satu penyakit yang perlu dinotifikasikan dan pemantauan bagi penyakit dilaksanakan secara bulanan bagi mengesan peningkatan kes di sesebuah negeri dan ini akan membantu kita meningkatkan aktiviti-aktiviti khususnya di dalam musim, contohnya musim banjir dan sebagainya di mana kita nampak jumlah kes ini meningkat. Pendidikan kesihatan diberi kepada rakyat secara keseluruhannya supaya mereka tahu tentang penyakit ini dan akan

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

mengambil langkah-langkah untuk melindungi diri daripada perkara itu. Keupayaan untuk klinik-klinik dan hospital kerajaan untuk membuat diagnosis tentang penyakit dan memberikan rawatan ini telah dipertingkatkan.

Yang Berhormat Bagan Serai telah minta penjelasan yang lebih-

final • 6:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

[Bangun]

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kanowit bangun, Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Selepas ini ya.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Selepas ini.

final • 6:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Boleh...?

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Selepas ini, ya. Yang Berhormat Bagan Serai telah minta penjelasan tentang beberapa isu kesihatan. Salah satu ialah berkaitan dengan pengurusan mangsa kemalangan, nombor dua ialah pengurusan tentang isu-isu jangkitan, nombor tiga ialah isu-isu berkaitan tentang penyakit-penyakit NCD dan satu jenis NCD ialah metabollic syndrome. Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah meningkatkan pelbagai jenis langkah untuk dalam proses pengurusan mangsa kemalangan. Ini telah dibuat untuk menambahbaikkan pengurusan panggilan kecemasan melalui projek MERS 999 di mana KKM telah membangunkan 21 buah pusat panggilan perubatan kecemasan yang bertindak sebagai pusat koordinasi yang balance.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Kementerian pun mengadakan kerjasama dengan agensi perkhidmatan kecemasan kerajaan yang lain seperti JPAM dan bomba dalam mengaktifkan ambulans untuk memberi respons kecemasan kepada mangsa kemalangan. Kementerian telah meningkatkan perolehan kenderaan ambulans di mana kementerian telah membuat perolehan kenderaan ambulans sebanyak 100 serta 200 unit setahun untuk meningkatkan aktiviti perkhidmatan rawatan pre hospital dan kemudahan di dalam ambulans dan sumber tenaga yang memberi rawatan, kebolehan mereka telah ditingkatkan melalui pelbagai jenis langkah.

Dalam isu berkaitan dengan penyakit-penyakit jangkitan. Kementerian telah mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan penyakit termasuklah memastikan anggota kesihatan dan orang awam sentiasa mematuhi prosedur kawalan jangkitan yang disampaikan melalui pendidikan kesihatan secara berterusan. Kementerian sentiasa memastikan rawatan yang sewajarnya diberi kepada pesakit yang menghidapi jangkitan kuman dan masalah bagi memastikan komplikasi tidak berlaku.

Berkaitan dengan satu perkara yang lain yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat iaitu tentang metabolic syndrome atau insulin resistance ialah satu keadaan di mana sel badan tidak boleh menggunakan insulin dengan berkesan dan akhirnya menyebabkan paras glukosa darah menjadi tinggi. Daripada pengetahuan umum, rintangan insulin biasanya wujud bersama dengan obesiti dan pemakanan tinggi kandungan lemak atau gula ringkas fruktosa telah lama dikaitkan sebagai risiko mendapat rintangan insulin.

Perubahan gaya hidup yang mudah melalui senaman, diet yang rendah karbohidrat dan pengekalan berat badan unggul mampu membawa perubahan yang ketara bagi mencegah dan merawat rintangan insulin atau metabolic syndrome dan diabetes.

Manakala segelintir client mungkin memerlukan rawatan ubat yang boleh diberi oleh kerajaan. Untuk mencapai keadaan ini melalui proses pendidikan kesihatan awam untuk membawa modifikasi dalam gaya hidup secara umum, promosi aktiviti fizikal dan pemakanan ditingkatkan melalui program-program spesifik seperti Facebook, nasihat, program doktor muda dan beberapa langkah-langkah yang lain.

final • 6:10 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 6:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Pihak kementerian juga telah memperkenalkan konsep Pinggan Sihat yang lebih mesra pengguna dan mudah untuk membuat anggaran keperluan portion nutrisi sesuatu hidangan iaitu suku pinggan untuk karbohidrat, suku

final • 6:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

pinggan untuk protein dan separuh pinggan untuk sayur-sayuran, ditambah dengan satu portion buah-buahan.

final • 6:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

[Bangun]

final • 6:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Mulai tahun 2016, program houseman telah dipertingkatkan dengan pelaksanaan Program Pengurusan Berat Badan yang akan dipantau keberkesanannya setiap enam bulan. Keberkesanan program houseman juga turut diperluaskan di tempat-tempat kerja bagi menyasarkan golongan pekerja. Ya Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kanowit.

final • 6:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita balik kembali kepada penyakit melioidosis tadi sebab kita nampak penyakit ini sangat localize dan kalau di Sarawak menunjukkan yang terjadi di kawasan Hulu Rajang ataupun Batang Rajang. Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah simptom-simptom penyakit ini sebab saya fikir penyakit ini adalah sangat baru berlaku di kawasan kita?

Kedua, ramai daripada mereka yang kena jangkit penyakit ini meninggal dunia.

Saya ingin bertanya juga apakah ubat-ubat ataupun jenis perubatan yang dapat diberi kepada pesakit-pesakit yang kena penyakit melioidosis ini. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Seperti yang saya telah jelaskan tadi, penyakit ini ada endemik iaitu bermaksud kuman ini ada dalam persekitaran kita. Ia terdapat di dalam tanah dan air dan biasanya contoh pada musim banjir yang lalu di Kelantan dan Pahang, selepas banjir sudah surut kita telah nampak peningkatan kes-kes ini kerana itu ialah satu keadaan yang meningkatkan lagi keupayaan supaya jangkitan ini boleh merebak.

Seperti yang saya telah pun jelaskan, banyak daripada mereka yang ada penyakit ini tiada apa-apa gejala. Itu yang menjadi masalah kerana mereka ada kuman di dalam badan tetapi tiada gejala.

Mereka yang ada banyak yang mendapat penyakit di dalam paru-paru dan melalui itu kepada kawasan yang lain. Walau sedemikian, kalau dikesan secara awal kita mempunyai ubat yang sesuai untuk memberi rawatan kepada penyakit ini. Apa yang telah dibuat oleh kerajaan ialah di dalam kawasan-kawasan di mana kes ini telah kita nampak seperti di dalam kawasan Yang Berhormat, kalau ada kes ini lebih daripada biasa. Untuk meningkatkan kesedaran dalam rakyat di kawasan ini supaya mereka mengamalkan prinsip-prinsip kesihatan awal, ini yang paling mustahak.

Contohnya jangan jalan tanpa kasut, minum air yang telah dididihkan dan sebagainya, langkah-langkah kesihatan awam yang general. Selain daripada itu, untuk meningkatkan keupayaan yang ada di dalam klinik-klinik berkaitan untuk membuat diagnosis secara lebih cepat. Kalau mereka membuat diagnosis secara cepat, ubat yang sesuai boleh diberi secara lebih awal untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kita. Saya tahu ada kes-kes yang telah meninggal akibat daripada penyakit ini. Ini biasa kerana tidak dikesan secara awal dan bila mereka datang ke hospital walaupun diberi rawatan kerana kes sudah jadi terlampau, itu yang mereka menjadi mangsa kepada penyakit ini.

So kita mahu memastikan bahawa tidak sampai ke keadaan itu. Itulah sebab ada keperluan supaya diagnosis dibuat secara lebih awal dan saya berharap melalui kempen- kempen kesedaran dalam kalangan rakyat dan kalangan pekerja perkhidmatan kesihatan di kawasan ini, kita boleh mengurangkan jumlah kematian akibat daripada kes ini. Saya akan ambil kira apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan kita akan meningkatkan lagi program-program berkaitan dengan penyakit ini di kawasan yang telah disebut tadi.

final • 6:10 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang berhormat Kuala Kedah bangun.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 6:10 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ada tiga perkara yang hendak disentuh. Bersambung dengan melioidosis tadi saya ingat saya dari salah satu unit dari tahun 80-an di mana pakar

final • 6:10 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

saya dulu memang bidangnya itu dan minatnyalah walaupun telah meninggal. Masalah dulu ialah sokongan dari makmal, we did not incubate, the specimen long enough dan lain-lain lagi tetapi memang daripada 80-an telah ada, di Semenanjung telah ada kematian.

Keduanya tentang metabolik sindrom dan diabetes. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri kepada perkembangan yang disebut functional medicine ataupun perubatan functional yang saya juga terlibat di mana kita menggunakan teknik-teknik tertentu seperti intermittent fasting, low-carbohydrate high-fat diet. Kita tidak lagi bercakap tentang rawatan tetapi curing type two diabetes. This is possible. With some reservation, saya tambahkan bahawa di sini di Parlimen juga kita ada orang yang telah menurunkan berat badan dengan banyak dan hilang insulin resistance, ramai. Without exercise but just controlling the insulin level dengan cara menggunakan intermittent fasting dan high-fat diet.

Last sekali komen saya ialah bahawa telah berubah pandangan tentang fat, tentang lemak. Saturated fat not necessary bad. Telah ada meta-analisis yang menunjukkan ia tidak bahaya. Malahan ia boleh digunakan dengan selamat supaya ada diet yang sihat untuk menyembuhkan diabetes dan obesiti. Saya minta supaya kementerian memberikan tumpuan dan juga memberikan sedikit perhatian kepada perkembangan yang di luar daripada mainstream tetapi berkesan. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengambil perhatian dengan pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat, saya pun setuju ada beberapa daripada yang telah dicadangkan telah keluar dalam sains-sains jurnal yang terkemuka dan yang ada di bawah pandangan pakar-pakar di kementerian juga.

Yang Berhormat Kudat telah minta bilangan doktor pakar di Sabah dan mencadangkan supaya ada pakar, perkhidmatan pakar di utara, pantai barat, selatan di Sabah.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, ada 240 jawatan pegawai perubatan pakar di negeri Sabah dan pada masa sekarang, pengisiannya ialah 232 atau 96.7 peratus.

Contohnya di Hospital Queen Elizabeth, jawatan yang ada ialah 101, pengisian ialah 108 iaitu lebih daripada jawatan yang ada. Di Hospital Sandakan, jawatan sebanyak 21 dan pengisian sebanyak 20. Di Hospital Lahad Datu, jawatan tujuh dan pengisian lima dan sebagainya.

Kerajaan sentiasa mahu meningkatkan lagi jumlah pakar di negeri Sabah, negeri Sarawak dan kawasan-kawasan yang lain dan langkah-langkah yang telah dibuat ialah untuk menambah lagi slot-slot tajaan biasiswa, hadiah latihan persekutuan untuk program sarjana kepakaran daripada 800 slot pada tahun 2011 kepada 1,000 pada tahun 2015. Kita pun ada menggalakkan pegawai perubatan untuk mendapat kepakaran melalui laluan parallel atau parallel pathway dan saya berharap melalui langkah-langkah ini, di dalam tiga atau empat tahun yang akan datang, jumlah doktor pakar yang ada di dalam negara kita akan bertambah dengan begitu baik. Dengan adanya lebih daripada mereka yang keluar daripada institusi-institusi ini, kita boleh menambah jumlah pakar di dalam beberapa buah hospital yang lain.

Yang Berhormat Lanang telah meminta pandangan tentang apa yang dibuat oleh kerajaan untuk mengawal perkhidmatan estetik di dalam negara ini. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta, Kementerian Kesihatan Malaysia hanya mempunyai kuasa melesenkan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta seperti yang tersenarai di bawah seksyen 3 dan mendaftarkan klinik perubatan dan pergigian swasta seperti yang tertakluk di bawah seksyen 27.

Pengeluaran lesen operasi terhadap pusat kecantikan, kebanyakannya dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Kementerian melalui Biro Kawalan Farmasi hanya memantau kandungan produk-produk yang digunakan. Pihak Berkuasa Peranti Perubatan pula mengawal selia peranti-peranti perubatan yang digunakan oleh ahli perubatan yang diiktiraf sahaja. Oleh itu, jika terdapat orang yang tidak bertauliah dan tidak berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia tetapi melakukan prosedur perubatan, laporan polis wajar dibuat kerana ia dianggap sebagai salah satu perlakuan jenayah.

Yang Berhormat Hulu Rajang telah minta maklumat berkaitan dengan kemudahan kesihatan di bahagian Kapit. Kementerian mengambil maklum akan keperluan menaik taraf Hospital Kapit daripada aspek kemudahan infrastruktur dan penempatan pakar-pakar selaras dengan pengoperasian perkhidmatan sebagai sebuah hospital pakar. Cadangan

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

bagi menaik taraf Hospital Kapit telah dikenal pasti dalam RMKe-10. Walau bagaimanapun, ia tertangguh disebabkan kekangan peruntukan serta tenaga kepakaran yang terhad.

Namun begitu, permohonan cadangan naik taraf Hospital Kapit akan dikemukakan semula dalam RMKe-11.

Tuan Yang di-Pertua, sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh, beberapa kerja naik taraf telah dilaksanakan di Hospital Kapit termasuk menaik taraf sistem kejuruteraan hospital, menaik taraf sistem gas perubatan dan menaik taraf sistem bekalan air di hospital.

Satu unit hemodialisis telah dibuka, beroperasi dengan lapan buah mesin hemodialisis untuk keperluan masyarakat di situ dan pada masa sekarang, 43 orang pesakit telah mendapat rawatan di situ. Pada masa ini, ada tiga orang pakar telah ditempatkan di Hospital Kapit yang terdiri daripada pakar pediatrik, pakar perubatan dalaman dan pakar obstetrik dan ginekologi. Perkhidmatan kepakaran yang lain akan ditambah pada masa yang akan datang tetapi pada masa sekarang, perkhidmatan ini dibuat oleh pakar-pakar yang melawat hospital ini dari Hospital Sibu dan Hospital Umum Sarawak.

Yang Berhormat Kangar telah minta berkaitan dengan peruntukan untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Kuala Perlis. Kementerian sememangnya mengambil berat keperluan perkhidmatan kesihatan di Kuala Perlis. Oleh itu perancangan menaik taraf Klinik Kesihatan Kuala Perlis telah dilakukan semenjak beberapa tahun yang lalu dengan mengenal pasti tapak yang sesuai untuk menampung pembinaan klinik kesihatan jenis 2...

final • 6:20 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Nanti, nanti, nanti. Saya habiskan sini.

final • 6:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Saya terlepas sikit. Boleh saya minta istimewa sedikit. Special sikit.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Nanti, nanti, nanti. I habiskan ini.

final • 6:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Special sikit.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

I habis ini. Selepas ini saya bagi, jangan takut.

Saya akan bagi. Special, special akan bagi.

Oleh itu perancangan naik taraf Klinik Kesihatan Kuala Perlis telah dilakukan semenjak beberapa tahun yang lalu dan dengan mengenal pasti tapak yang sesuai untuk menampung pembinaan klinik kesihatan jenis 2 sesuai dengan beban kedatangan pesakit.

JKN Perlis dalam proses carian rasmi tanah untuk tapak Klinik Kesihatan Kuala Perlis yang baru dengan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perlis dan permohonan ini akan dikemukakan untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Ya.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Timbalan Menteri bangun tetapi saya...

final • 6:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Saya tidak ada peluang untuk berbahas.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya, ya tidak apa, tidak apa.

final • 6:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Boleh ya? Saya Ahli Parlimen Kapit dan Wakil Rakyat Kapit. So, saya rasa terpanggil, Yang Berhormat Menteri. Permohonan saya ini bagi penduduk di Kapit. Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Rajang. Perkhidmatan hemodialisis itu, sekarang tidak cukuplah.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Boleh tulis suratlah, Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Boleh tambah kah lagi mesin-mesin itu?

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tulis surat kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Oleh sebab itu, on hands sekarang pun saya ada surat rayuan daripada pesakit-pesakit untuk mereka di rawat di Kapit.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ya, ya.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Boleh Yang Berhormat...

final • 6:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Akan tetapi mereka ini disuruh dirawat di Miri.

Terlampau jauh dari Kapit, Yang Berhormat Menteri. Boleh, ya?

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Kita akan cuba menambahkan jumlah...

final • 6:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Jangan cuba. Luluskan sahaja. Thank you...

final • 6:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Julau boleh tolong tanya, Yang Berhormat ya.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Bagan Serai telah minta pertimbangan untuk pembinaan Klinik Matang Gerdu di Parlimen Bagan Serai. Kementerian telah mengambil maklum bahawa beban kerja bagi klinik sedia ada semakin meningkat selaras dengan pertambahan penduduk. Kementerian telah mengemukakan cadangan pembinaan Klinik Kesihatan Matang Gerdu untuk dilaksanakan di dalam rolling pelan dua, Rancangan Malaysia Kesebelas.

Yang Berhormat Gerik telah minta supaya bilangan katil bersalin ditambah di Pusat Kesihatan Pengkalan Hulu. Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu mempunyai kemudahan perkhidmatan Pusat Bersalin Alternatif iaitu menyambut kelahiran bagi ibu yang berisiko rendah manakala ibu dengan kandungan berisiko tinggi masih perlu dirujuk atau bersalin di hospital kerana hospital mempunyai kelengkapan serta anggota yang terlatih dalam pengendalian kes-kes kecemasan obstetrics. Menjadi dasar kementerian untuk memberikan perkhidmatan walaupun merentas sempadan negeri. Walau bagaimanapun, sekiranya status kenegerian menjadi isu, ibu atau keluarga boleh memilih untuk bersalin di Hospital Gerik atau mana-mana hospital yang lain di dalam negeri Perak.

Yang Berhormat Dungun telah minta status terkini terhadap Hospital Dungun.

Projek pembinaan Hospital Dungun berjalan mengikut perancangan seperti yang dijadualkan oleh Kementerian Kesihatan dan kerja-kerja awalan dan kerja tanah telah disiapkan pada 17 Julai dan kerja pembangunan bangunan, proses tender bagi projek ini telah selesai dilaksanakan pada tahun 2015. JKR juga telah mengeluarkan surat setuju terima kepada kontraktor yang berjaya dan pre pembinaan telah diadakan pada 18 Februari dan kerja akan diteruskan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh JKR.

Yang Berhormat Kuantan telah minta kementerian memberi butiran berkaitan dengan tahap pencemaran yang berlaku di Loji Semambu di Kuantan akibat aktiviti perlombongan bauksit. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah dimaklumkan dalam jawapan Parlimen sebelum ini, berdasarkan pemantauan kualiti air di bawah Program Kawalan Mutu Air yang dilaksanakan oleh kementerian, kualiti bekalan air minum yang dibekalkan daripada Loji Semambu ke daerah Kuantan adalah pada tahap yang memuaskan. Ini termasuklah data pemantauan rutin kualiti air terawat bagi parameter plumbum dari tahun 2011 sehingga Februari 2016.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Di sepanjang sistem bekalan air terawat loji itu, didapati daripada sejumlah 170 buah sampel yang dipantau untuk parameter plumbum, sepanjang tempoh berkenaan tidak ada pelanggaran kualiti air terawat yang dilaporkan jika dibandingkan dengan tahap yang dibenarkan iaitu 0.01 miligram per liter berdasarkan piawaian kualiti air minum kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan. Sampel air terawat yang diambil secara rutin bagi parameter plumbum diambil mengikut kekerapan pensampelan yang tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh proses uraian kejuruteraan dalam kementerian. Tuan Yang di-Pertua, itu ialah jawapan kepada soalan-soalan yang telah ditimbulkan…

final • 6:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Soalan tambahan, sini.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuantan ya.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Kuantan, okey.

final • 6:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri saya ada menyebut dalam perbahasan saya berkenaan dengan

final • 6:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

satu laporan akhbar bertarikh 18 Disember yang dilaporkan oleh NST yang mengambil sampel dan menyatakan bahawa terdapat plumbum dua kali ganda daripada yang dibenarkan di dalam sampel-sampel yang diambil daripada Loji Semambu, at the consumers end. Begitu juga aluminium didapati dua kali ganda daripada Loji Rawatan Air Bukit Goh.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga membangkitkan isu berkenaan dengan sumber air yang digunakan untuk dirawat. Ini kerana laporan daripada sampling Jabatan Alam Sekitar yang saya juga telah bangkitkan di sini menunjukkan bahawa logam berat di dalam raw water ataupun air yang belum dirawat begitu tinggi. Contohnya di Sungai Riau yang merupakan sumber air untuk Loji Bukit Goh, didapati bahawa merkuri di tahap sembilan kali ganda daripada had yang dibenarkan.

Saya membangkitkan dalam bahas saya sama ada sumber air begini wajar atau tidak untuk digunakan sebagai sumber air untuk dirawat memandangkan loji rawatan air kita tidak mampu untuk menapis, membersihkan air yang dirawat itu dengan logam berat. Kita tidak ada keupayaan, loji rawatan air kita tidak ada keupayaan untuk menapis ataupun membuang logam-logam berat. Jadi sekiranya air yang diambil sebagai sumber itu tercemar dengan logam berat dan adakah kemungkinan it is just luck atau kita ada nasib baik sahaja bahawa kita punya jawapan-jawapan ataupun sampling-sampling kita itu terlepas bacaan tersebut. Kemungkinan sekali yang diambil oleh pakar-pakar yang disebut oleh News Straits Times ini menyebut nama-nama seperti Prof Mark Tab, Dr. Zaki iaitu pakar-pakar dalam air menjumpai logam berat di dalam air yang telah dirawat.

So it is just luck memandangkan sebelum ini Kementerian Kesihatan hanya mengambil sampling setiap tiga bulan untuk logam berat, untuk parameter logam berat, setiap tiga bulan. Adakah it’s just luck, nasib baik sahaja yang kita jumpa ataupun bila yang kita buat sampling itu kita tidak jumpa? Apabila pakar-pakar buat sampling jumpa. Jadi what is the assurance Yang Berhormat Menteri?

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ahli Yang Berhormat saya sudah beritahu bahawa di dalam empat tahun yang berturutan di mana pemeriksaan dibuat kepada 170 buah sampel, bukan satu sampel yang menunjukkan bahawa air terawat, ini bukan air belum dirawat tapi terawat selepas rawatan. Kandungannya khususnya kepada plumbum itu dalam anggaran yang telah boleh diterima iaitu kandungannya ialah dalam kadar yang boleh diterima.

Mengikut jadual kita pemeriksaan ini dibuat di Mukah South Loji Rawatan Air tiga bulan sekali, Alor Kluah Loji Rawatan Air tiga bulan sekali, Alor Kluang kolam air harian enam bulan sekali dan sistem agihan enam bulan sekali. Walau bagaimanapun mempertimbangkan impak kesihatan kesan jangka panjang aktiviti bauksit yang berpotensi memberikan kesan ke atas sumber air mentah, kementerian telah meningkatkan kekerapan pensampelan bermula pada Januari 2016 pada dua minggu sekali di Mukah South Loji Rawatan Air dan Alor Kluah Loji Rawatan Air yang didapati kesemua sampel yang diambil mematuhi piawaian tahap yang dibenarkan untuk plumbum di dalam air terawat.

Oleh itu isu ini ada satu pihak yang buat pemeriksaan dan mendapat butiran yang lain dan satu pihak yang lain ini kena dibincang dengan lihat kepada cara yang dibuat oleh pihak-pihak yang telah membuat pemeriksaan ini. Saya tidak boleh menjawab kerana ada pandangan yang berbeza. Ada agensi yang membuat dan Yang Berhormat berpendapat yang telah beritahu bahawa kadarnya lebih tinggi. Mengikut butiran yang saya ada daripada pemeriksaan yang telah dilakukan ialah dalam kadar yang telah dibenarkan.

Akan tetapi saya terima pandangan yang diberi dan kita sedia untuk lihat kepada semua butiran dan daripada segi sains jawab kepada persoalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat adakah ini satu isu sampling atau adakah ini isu yang sebenarnya di mana kandungannya boleh dibenarkan atau tidak boleh dibenarkan. Ya, Yang Berhormat Klang.

final • 6:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya ada dua soalan, satu berkait dengan jawapan Yang Berhormat berkait dengan plain packaging dan juga Pharmacist Act yang tadi dilontarkan oleh Yang Berhormat Menteri.

Pertama soalan saya ialah berkait dengan plain packaging ialah apakah tahap perbincangan antara kementerian Yang Berhormat dan juga dengan MITI? Bilakah satu keputusan akan dibuat untuk memperkenalkan plain packaging di Malaysia? Itu soalan satu.

final • 6:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Isu berkaitan dengan Pharmacist Act ialah bilakah bill itu akan dibawa untuk dibahas di Parlimen? Terima kasih.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Untuk…

final • 6:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Menteri yang fasal Kuantan tadi tidak habis lagi. Boleh saya sikit lagi tanya.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Okey.

final • 6:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Data yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi mengambil masa dalam tempoh empat tahun. Kita tahu bahawa aktiviti bauksit ini di kemuncaknya pada tahun 2015. Pada tahun 2015 sampling masih dalam kekerapan tiga bulan sekali, jadi itu kekhuatiran saya. Adakah kemungkinan we missed it masa kita buat sampling tersebut?

Mungkin waktu itu air banyak hujan ataupun waktu kering dan mungkin ada affect on the result. Saya tidak mempertikaikan pakar-pakar ini dan saya suka sangat cadangan Yang Berhormat Menteri itu untuk duduk sekali dan compare notes. Saya juga ingin mengajak pakar-pakar ini sekali sebab mereka datang dan ingin membantu warga Kuantan dan kalau boleh saya juga ingin melihat kepada sampling apabila buat dua minggu sekali itu. Dan juga bukan setakat plumbum, parameter logam berat kesemuanya kalau boleh. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Ahli Yang Berhormat, saya mengambil kira pandangan ini. Untuk jawab apa yang telah- ya?

final • 6:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Tuan Speaker? Yang Berhormat Menteri terima kasih atas peluang ini. Saya pernah bertanya dalam ucapan membahas titah diraja, dua isu dari kawasan Batu Kawan. Satu berhubung dengan Hospital Sungai Bakap dan satu berhubung dengan pembinaan hospital baru di Batu Kawan. Ini merupakan kali ketiga saya membawa isu ini ke Parlimen.

Berhubung dengan isu Hospital Daerah Sungai Bakap. Jawapan yang saya terima dari Kementerian Kesihatan bertarikh 10 Mac menyatakan bahawa Hospital Sungai Bakap yang dibina pada tahun 1891 masih boleh tampung perkhidmatan perubatan penduduk Batu Kawan. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, Hospital Daerah Sungai Bakap ini bukan sahaja dengan cater to the residence of Batu Kawan but also Nibong Tebal. Anggaran penduduk di kawasan Seberang Perai Selatan 200,000 orang dan dijangka akan meningkat selepas Batu Kawan menjadi bandar satelit.

Saya bertanya dua soalan, berdasarkan jawapan yang diberikan bahawa hospital ini boleh ditambah baik daripada segi struktur dan tertakluk kepada keupayaan kewangan kerajaan. Ini jawapan daripada kementerian. Jadi saya ingin bertanya bolehkah Menteri memberi komitmen untuk upgrade hospital lama dan usang ini? Kedua, komitmen daripada kementerian untuk mempertimbangkan rayuan saya membina sebuah hospital baru di Batu Kawan memandangkan Hospital Sungai Bakap ini tidak boleh menampung lagi penduduk yang begitu ramai apabila ia menjadi bandar satelit nanti. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Saya akan jawab Yang Berhormat Klang dahulu. Tentang plain packaging.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Daripada segi Kementerian Kesihatan melalui komitmen kita dalam FCTC kita mahu teruskan ke arah plain packaging. Di dalam hal ini kita memastikan bahawa tiada isu- isu yang berkaitan dengan intelektual property rights. Komitmen negara kita di dalam WTO, World Trade Organization di dalam trade treaties yang tersedia ada supaya ia menjadi satu isu kerana ada negara-negara lain di mana ada beberapa isu berkaitan bila negara-negara telah melaksanakan langkah-langkah untuk mengawal advertisement ke atas rokok. Itulah perkara yang kita sedang bincang supaya semua pihak jelas bahawa usaha yang dilakukan oleh kementerian demi kesihatan rakyat tidak akan dianggap oleh industry as and infringement of the intellectual property rights. Selepas perkara ini boleh diselesaikan, kerajaan akan terus dalam usaha untuk melaksanakan itu. Berkaitan dengan soalan Pharmacy Act saya telah jawab ini tadi, sekarang kita sudah selesaikan kerana pemindahan kepada Pharmacy Act ini berkaitan dengan beberapa perkara di dalam bidang farmasi. Ada yang telah memerlukan

final • 6:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

perbincangan yang lebih luas dengan semua stakeholders iaitu sebab ia mengambil satu jangka masa yang lebih panjang. Sekarang saya ingat kita sudah selesaikan banyak perkara dan sekarang ada di dalam peringkat Attorney General office di dalam peringkat akhir. Selepas telah mendapatkan kelulusan dari pihak AGC ia akan dibentangkan di dalam Parlimen. Saya berharap mungkin berlaku di dalam tahun ini juga.

Untuk jawab apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Batu Kawan berkaitan dengan hospital di dalam kawasan Sungai Bakap dan keperluan untuk hospital di Batu Kawan. Rancangan kementerian pada masa sekarang untuk mengoptimumkan kegunaan tiga hospital yang ada di dalam kawasan mainland Pulau Pinang iaitu Hospital Seberang Jaya, Hospital Bukit Mertajam dan Hospital Simpang Empat supaya kita boleh menggunakan secara lebih optimal semua kemudahan yang ada di dalam hospital ini.

Kerajaan sedang membina satu plot tambahan di Hospital Seberang Jaya.

final • 6:40 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Maaf Yang Berhormat Menteri...

final • 6:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Dan ini tempat semua cuma di dalam setengah jam 40 minit...

final • 6:40 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri tidak ada Hospital Simpang Empat. Maaf Yang Berhormat Menteri, tidak ada Hospital Simpang Empat di Sungai Bakap.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Yalah, saya tahu lagi hospital.

final • 6:40 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Seberang Jaya, Bukit Mertajam dan Sungai Bakap tiga di kawasan Seberang Prai.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

The acting hospital akan digunakan sebagai kluster hospital, kluster hospital bermaksud kita akan menggunakan kemudahan yang ada di dalam hospital-hospital itu supaya mereka berfungsi sebagai satu fungsional entiti. So, itu bermaksud ada kemudahan yang akan dipertingkatkan di Hospital Sungai Bakap, ada kemudahan yang akan dipertingkatkan di Hospital Bukit Mertajam dan ada kemudahan yang akan dipertingkatkan di Hospital Seberang Jaya.

So, dengan ini kita berharap, contohnya sebelum ini walaupun hospital di Bukit Mertajam dia tidak digunakan dengan sepenuhnya. Dengan adakan pelbagai jenis bidang kepakaran yang kita telah mula di dalam Hospital Bukit Mertajam. Sekarang baru kita nampak kegunaannya sudah tambah, contohnya di dalam bidang perbidanan dan sakit puan. So, ini usaha yang kerajaan akan buat untuk masa sekarang. Untuk jangka masa panjang, kita nampak mungkin ada peluang di Batu Kawan. Tetapi ini adalah satu perkara yang berkaitan dengan selepas kita mahu mengoptimumkan kegunaan tiga-tiga hospital ini, kerajaan akan lihat kepada adanya tempat yang sesuai, kos dan peruntukan yang sedia ada untuk memutuskan bahawa hospital di dalam Batu Kawan boleh dibina atau tidak atau bila boleh dibina.

final • 6:40 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri dua poin sahaja lagi. Dari segi logistik jarak di antara Hospital Seberang Jaya dan Hospital Bukit Mertajam adalah 13 kilometer, tetapi jarak di antara Hospital Seberang Jaya dengan Hospital Sungai Bakap adalah 23 kilometer dan 26 kilometer. So dia hampir 2 kali ganda jarak dia. Hospital Sungai Bakap dalam jawapan kementerian tahun lepas adalah sebuah hospital yang tiada kepakaran memandangkan bed occupancy rate adalah rendah.

Akan tetapi dengan izin Yang Berhormat Menteri this is a case of chicken and egg.

Kalau tiada kepakaran di hospital, tiada siapa kemungkinan adalah rendah untuk sesiapa admit in the hospital, you know...

final • 6:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Yalah itulah Yang Berhormat, bila saya maksudkan hospital kluster itu, bermaksud kita akan membawa perkhidmatan kepakaran kepada Hospital Sungai Bakap.

final • 6:40 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Dari segi fizikal Yang Berhormat Menteri, Hospital Sungai Bakap sangat kecil.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Sebab itu kita akan membuat perubahan kepada fizikal untuk memastikan itu boleh dibuat. So, dengan itulah...

final • 6:40 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Okey, bila boleh bermula Yang Berhormat Menteri?

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jangan berdialog Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ini bergantung pada peruntukan yang ada.

final • 6:40 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Bergantung pada, saya hendak tahu bila sahaja Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, itu adalah isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan dan saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah bangkitkan dan kementerian akan memberi tumpuan kepada semua pandangan yang telah diberi oleh Ahli Yang Berhormat untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kesihatan di dalam negara ini. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat sekarang giliran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Saya jemput Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Sempurna dan Yang Berhormat Tanjong Manis yang telah membangkitkan perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sepanjang perbahasan Titah Diraja Peringkat Dasar pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke-13 ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Sibuti, ada Yang Berhormat Sibuti?

Tidak ada? Yang Berhormat Silam?

final • 6:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Pun tidak ada.

final • 6:46 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat Setiawangsa?

final • 6:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Pun tidak ada.

final • 6:46 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak ada ya, Yang Berhormat Sabak Bernam?

final • 6:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Pun tiada Yang Berhormat.

final • 6:46 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat Taiping? Tadi ada Yang Berhormat Taiping tadi.

final • 6:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Taiping pun tiada Yang Berhormat.

final • 6:46 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat Kangar?

final • 6:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kangar pun tidak ada Yang Berhormat.

final • 6:46 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat Semporna?

final • 6:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Semporna tidak ada Yang Berhormat.

final • 6:46 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat Tanjong Manis?

final • 6:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tiada Yang Berhormat.

final • 6:46 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tapi tak apalah saya jawablah juga.

[Ketawa] Ataupun Yang Berhormat bercadang untuk jawab bertulis tak. Jawab juga okey.

final • 6:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jawab, jawab.

final • 6:46 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ahli Yang Berhormat Sibuti mengusulkan kepada kementerian supaya menyediakan peruntukan bagi menaik taraf tempat pelancongan yang berpotensi di negeri Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu tahun 2011 hingga 2015, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM36.12 juta bagi membiayai 63 projek pembangunan bagi negeri Sarawak.

Antaranya ialah pemindahan tebing sungai dari Fort Nagarita ke Kampung Surabaya, peningkatan kemudahan sukan air dan rekreasi di Tasik Empangan Batang Ai fasa 2, peningkatan kemudahan pantai Kampung Buntal Kuching dan peningkatan kemudahan pelancongan di Gunung Serumbu, Bau Sarawak.

Di bawah rolling plan pertama Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu tahun 2016 hingga 2017 negeri Sarawak telah diperuntukkan sebanyak RM8 juta bagi membiayai 3 projek pembangunan iaitu projek pembangunan di Taman Negara Niah, Miri, projek pembangunan jejak warisan dari Kampung Sungai Bintagor ke Esplanade, Kuching dan kemudahan infrastruktur pelancongan di sepanjang kawasan Sungai Semadang, Pedawan Sarawak.

Ahli Yang Berhormat Sibuti juga telah mengusulkan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan perlu lebih proaktif dalam mempromosikan tempat-tempat di Sarawak yang telah menjadi viral di laman sosial. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Tourism Malaysia mempromosikan negeri Sarawak melalui media sosial, digital dan online serta meningkatkan jaringan kerjasama di bawah program mega fame dengan membawa para wartawan, kru filem dan media, social influencer seperti bloggers.

Tempat-tempat pelancongan popular di negeri Sarawak juga digunakan sebagai lokasi pengembaraan bagi menghasilkan TV komersial dan kreatif pengiklanan domestik dan antarabangsa. Risalah-risalah berkaitan Sarawak juga dimuat naikkan ke laman web Tourism Malaysia bagi memudahkan akses secara digital di serata dunia.

final • 6:46 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sarawak juga turut dipromosikan di pasaran domestik melalui pembangunan pakej-pakej khas yang terkandung dalam buku “Cuti-cuti 1Malaysia 1001 Pakej” dan di pameran-pameran pelancongan konsumer dan perniagaan tempatan.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:50 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Menteri, Limbang di sini.

Sarawak.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat Limbang, okey.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Menyentuh tentang Sarawak ini, saya hari itu juga masa bahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya ada menyebut tentang untuk menarik pelancongan mungkin di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa iaitu apakah kiranya Kerajaan Persekutuan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan juga Kementerian Belia dan Sukan untuk mewujudkan satu sukan Malaysia-Teluk Brunei yang membabitkan Limbang, Lawas, Sipitang, Labuan dan negara Brunei Darussalam sendiri seperti triathlone dan sebagainya. Itu yang saya suarakan sebab selain daripada BIMP-EAGA daripada segi ekonomi, apakah juga yang dapat membangunkan pelancongan di sebelah antara Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam? Itu satu.

Keduanya, semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pergi ke Limbang iaitu menghadiri–– yang sudah kita buat program Badudun itu yang menjadi acara tahunan.

Apakah ini juga boleh dimasukkan sebagai salah satu daripada kalendar pelancongan Malaysia? Itu permohonan kami. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, satu daripada perkara yang kita lakukan bersama dengan sukan ialah untuk mengadakan pertandingan- pertandingan yang boleh menarik perhatian mereka yang minat kepada sukan-sukan yang tertentu. Oleh sebab itu kita telah mengadakan F1, kita mengadakan ATP dan juga golf antarabangsa.

Jadi sukan Malaysia-Teluk Brunei ini, saya kira ia akan hanya menarik perhatian, kalau dianggap sebagai dari luar negara, negara asing itu hanyalah Brunei. Jadi daripada segi dia punya attraction dia, sambutan dia, mungkin dia boleh merangsang hanya apa dikatakan domestic tourism sahaja dan tidak boleh menarik ramai pelancong dari luar negara. Jadi dalam soal ini, pada...

final • 6:50 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

[Bangun]

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya, sila.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Ya, Menteri. Maksud kita itu bukan hanya untuk itu tetapi perkara ini kalaulah sekiranya dapat dibuat untuk menarik dari seluruh -seperti kita buat macam dibuat di Miri di mana mereka membuat international yachting, yacht punya race dan sebagainya. Jadi triathlon ini juga, kalau dapatlah, kawasan ini dijadikan salah satu sport boleh menarik bukan hanya di sekeliling kawasan itu sahaja, membabitkan daerah di sepanjang ini tetapi boleh menarik kalau dipromosikan di peringkat antarabangsa, triathlon like what we had Le Tour de Langkawi, semua ini menarik dari luar negara. Itu maksud saya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, lazimnya apa yang berlaku ialah sesuatu program itu dimulakan oleh daerah. Maka apabila ia telah berjalan satu tahun, dua tahun, tiga tahun, empat tahun dan kita nampak bahawa dia memang boleh menarik perhatian pelancong-pelancong, maka pada ketika itu kita akan membantu. Jadi saya harap Yang Berhormat dari Limbang boleh memulakan triathlon ini dan minta bantuan daripada Kerajaan Negeri Sarawak dahulu.

Akan tetapi, apabila dia mendapat sambutan, saya percaya kita boleh jadikan ia sebagai triathlon peringkat antarabangsa. Pada ketika itu, maka barulah Tourism Malaysia boleh menimbangkan sama ada untuk memberi bantuan ataupun tidak bagi program itu.

Walau bagaimanapun, kena mulalah Yang Berhormat. Kena mula ya.

Saya tidak faham Badudun ini benda apa ini?

final • 6:50 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Badudun itu adalah dia lumba kerbau dan juga Badudun itu satu pesta di mana ia menarik perhatian para pelancong, ‘mat salleh’ semua yang datang. They know this programme. Akan tetapi, kalau dapat, ia dipromosikan because it is become yearly event nowadays. Menjadi salah satu tarikan untuk pelancongan juga.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ini boleh sokong sebab dia telah pun diadakan beberapa tahun dan telah pun mula menarik perhatian yang dikatakan tadi ‘mat salleh’. Jadi siapa yang bernama Salahuddin atau apa, boleh pergilah.

[Ketawa] Ini kita boleh Yang Berhormat, sebab dia sudah ada berjalan beberapa tahun yang telah pun disebut dan telah pun menjadi perhatian pelancong-pelancong dari luar negara. Ini insya- Allah. Yang Berhormat buatlah proposal atau apakah, insya-Allah, Tourism Malaysia dan MOTAC akan bantu untuk menjadi program pelancongan kita.

Yang Berhormat Silam mengusulkan kepada kementerian saya untuk memberi perhatian terhadap dua kawasan yang sangat berpotensi sebagai kawasan ekopelancongan iaitu Lembah Danum dan Rizab Hidupan Liar Tabin yang merupakan hutan simpan terbesar di Sabah. Yang Berhormat juga mengusulkan supaya kementerian meninjau pulau-pulau yang masih belum diterokai di kawasan Silam bagi membina kemudahan-kemudahan pelancongan seperti tandas, jeti dan lain-lain kemudahan.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu dari tahun 2011 hingga 2015, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM71.6 juta bagi melaksanakan projek-projek pembangunan pelancongan di negeri Sabah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM7 juta telah diperuntukkan bagi kawasan Parlimen Silam untuk melaksanakan dua projek pembangunan pelancongan iaitu: satu, projek pembangunan Kawag Riverside Lodge di Hutan Simpan Ulu Segama, Lahad Datu, Sabah; dan kedua, projek peningkatan kemudahan pelancongan di Rizab Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Bagi memastikan pembangunan kawasan ekopelancongan yang lebih lestari dan sistematik, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah merangka satu Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2016-2025 yang telah mengenal pasti kawasan-kawasan ekopelancongan yang berpotensi tinggi iaitu termasuk cluster Danum Valley, Lahad Datu, Lembah Tabin.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kementerian mengambil perhatian terhadap cadangan Yang Berhormat Silam serta bersedia menimbangkan permohonan dari negeri Sabah terhadap mana-mana pulau yang berpotensi termasuk di kawasan Silam untuk dibangunkan sebagai pulau peranginan di masa hadapan. Tidak ada Ahli Parlimen Sabah nak tambah? Okey.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Setiawangsa mengusulkan kepada kementerian supaya memanfaatkan kesan daripada kejatuhan nilai ringgit untuk menarik lebih ramai pelancong dengan mempromosikan lebih serius tempat-tempat pelancongan yang ada di Malaysia serta menarik taraf kemudahan-kemudahan pelancongan seperti di Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, pulau-pulau di Sabah dan sebagainya bagi menjana pendapatan negara.

Untuk makluman Yang Berhormat, kejatuhan nilai ringgit sememangnya dijangkakan akan menggalakkan lebih ramai pelancong asing berkunjung ke Malaysia kerana kadar tukaran mata wang akan menguntungkan mereka daripada segi nilai dan jumlah untuk berbelanja. Faktor ini ditambah dengan pakej atau perkhidmatan yang ditawar adalah lebih value for money, dengan izin. Namun, keputusan seseorang pelancong dalam memilih sesebuah destinasi percutian juga boleh dipengaruhi oleh liputan media, travel advisory, isu alam sekitar seperti jerebu, banjir dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, kementerian melalui Tourism Malaysia sedang mempergiatkan usaha untuk menarik lebih ramai pelancong daripada pasaran sasaran dengan kejatuhan nilai ringgit yang kini menjadikan Malaysia sebagai destinasi yang lebih kompetitif dan menarik. Di antara langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut:

(i) meningkatkan kerjasama promosi secara taktikal bagi menawarkan pakej-pakej istimewa dengan tawaran harga yang menarik dengan kerjasama para penggiat industri pelancongan tempatan dan syarikat-syarikat penerbangan;

(ii) meningkatkan kerjasama smart-partnership dengan syarikat- syarikat penerbangan asing dan agensi pelancongan luar negara bagi merangsang lebih banyak penerbangan terus dan charter ke Malaysia daripada pasaran jarak jauh dan sederhana;

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

(iii) meningkatkan kerjasama promosi dengan negara-negara jiran serantau bagi mengembangkan kemudahsampaian melalui udara ke Malaysia;

(iv) melaksanakan misi-misi galakan di China, India, Jepun, Taiwan, Korea, Rusia, Australia, New Zealand dan Asia Tenggara yang dapat memberikan impak positif;

(v) meneruskan penyertaan di pameran pelancongan antarabangsa seperti ITB Berlin, WTM London dan ATM Dubai bagi meningkatkan pembangunan pakej-pakej ke Malaysia;

(vi) mempergiatkan promosi domestik melalui kempen, Cuti-Cuti 1Malaysia Dekat Je;

(vii) meningkatkan kempen membeli belah di Malaysia di pasaran China, India dan ASEAN; dan

(viii) bekerjasama dengan pihak Kementerian Dalam Negeri dalam melaksanakan pengecualian visa untuk pelancong China yang telah berkuat kuasa pada 1 Mac 2016.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah rolling plan pertama Rancangan Malaysia Kesebelas, kementerian telah memperuntukkan RM27.9 juta bagi melaksanakan projek-

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

projek pembangunan pelancongan di Negeri Sabah. Kementerian juga melaksanakan projek-projek pembangunan di pulau-pulau seperti berikut:

(i) peningkatan kemudahan pelancongan di Taman Negara Johor, kepulauan Mersing;

(ii) pembangunan jeti pelancongan di Pulau Besar, Kuala Sibu dan Pulau Aur Mersing;

(iii) membina dan menyiapkan bot walk di Pulau Perhentian, Kuala Besut;

(iv) melaksanakan penyusunan semula pembangunan dan pemasaran Pulau Perhentian berdasarkan hasil kajian yang dijalankan pada tahun 2015.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

final • 7:00 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Labuan bangun dan Yang Berhormat Setiawangsa.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

“Lat tali lat tali tamplom” lah siapa dahulu.

final • 7:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak apalah Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 7:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi dalam menjawab Yang Berhormat Setiawangsa tentang program yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri. Cuma pada tahun 2016 ini ada negeri-negeri di Malaysia ini yang telah pun melancarkan tahun melawat negeri-negeri masing-masing dan antaranya ialah Kedah iaitu Program Discover Kedah. Jadi dengan sasaran masing-masing. Kalau Discover Kedah itu saya lihat dia punya perancangan itu adalah untuk tarik ASEAN punya pelancongan, Thailand, Brunei, Indonesia, Singapura dan sebagainya dan disasarkan RM5 juta untuk tahun ini dari tahun sebelum itu RM3.8 juta.

Jadi saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat, apa peranan kementerian Yang Berhormat dalam memastikan matlamat tahun melawat negeri-negeri yang telah dilancarkan khususnya negeri Kedah untuk hendak capai sasaran ini. saya hendak mengharapkan bahawa supaya kalau sebelum itu sasaran itu, tumpuan pelancongan ke Langkawi khususnya, 3.8 juta itu sebahagian besarnya ke Langkawi. Akan tetapi kita hendak supaya ia melimpah ke tanah besar dan memang banyak kawasan di Kedah. Jadi macam apa peranan dan usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian Yang Berhormat?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Pertamanya kita hendak mengucapkan... Saya jawab dahulu ya. Hendak mengucapkan tahniah kepada negeri Kedah dan juga beberapa negeri. Saya telah dimaklumkan yang mengadakan melawat negeri masing-masing. Ada 2016, ada tahun lepas pun ada, 2017 pun ada. Ini pihak Tourism Malaysia dan pihak MOTAC, kita mengalu-alukan apa yang dilakukan oleh pihak negeri kerana bagi kita sudah tentulah apabila di peringkat kebangsaan, di peringkat Tourism Malaysia.

Sebagai contoh, apabila kita mempromosikan Malaysia, kita terpaksa mempromosikan secara tidak khusus, secara umum kerana kita terpaksa mempromosikan banyak tempat di negeri-negeri yang berada di negara Malaysia. Akan tetapi apabila ada Tahun Melawat Negeri Kedah, Selangor dan juga Perak, Kelantan, jadi ini bermakna bahawa negeri itu mengambil inisiatif untuk membuat tindakan supaya negeri mereka itu akan dilawati oleh pelawat-pelawat asing. Ini satu perkara yang cukup baik.

Apa yang kita boleh bantu ialah seperti mana telah saya sebut dalam jawapan saya terlebih awal tadi, satu perkara yang Tourism Malaysia lakukan ialah kita mengambil

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

bahawa di dalam setiap pasaran pelancongan yang diadakan di dunia yang telah kita ambil bahagian puluhan tahun. Sebagai contoh kata di Berlin, lebih daripada 20 tahun kita mengambil bahagian dan WTM di London, lebih daripada 20 tahun. Bermakna, pada setiap tahun sudah pasti Tourism Malaysia akan mengambil bahagian dalam pasaran pelancongan ini dengan mengadakan pavilion kita sendiri.

Jadi kita memberi ruang kepada pelancongan negeri untuk bersama-sama dengan kita mengambil bahagian di dalam pasaran pelancongan ini. Sebagai contoh, kalau negeri Kedah, maka dia diberi juga peluang untuk mempromosikan Tahun Melawat Negeri Kedah di Pavilion yang disediakan oleh Tourism Malaysia sudah tentu dengan adar bayaran yang tidak tinggi. Saya difahamkan mereka cuma dikenakan di antara RM2,000 RM3,000 sahaja, yang lain itu ditanggung oleh Tourism Malaysia. Ini satu cara yang mana Tourism Malaysia kementerian boleh membantu kerajaan negeri untuk mempromosi negeri mereka sendiri, Keduanya mereka juga boleh bekerjasama dengan MOTAC dan juga Tourism Malaysia kerana kita mempunyai publication kita yang mengeluarkan tempat-tempat yang tertentu yang mana yang hendak ditonjolkan oleh kerajaan negeri. Mereka boleh bekerjasama dan kita juga ada wakil. MOTAC pun ada wakil di negeri, Tourism Malaysia juga ada wakil di negeri. Maka dengan Tourism Malaysia di peringkat negeri ini, kerajaan negeri boleh bekerjasama untuk mendapat bantuan daripada Tourism Malaysia dan juga MOTAC bagaimana hendak mempromosi menerusi publication yang dikeluarkan oleh Tourism Malaysia.

Kita juga boleh membantu dengan memberi bantuan kewangan, bukan pembiayaan seluruhnya. Akan tetapi kita juga boleh memberi bantuan kewangan bagi menjayakan program-program tertentu yang diadakan oleh negeri itu pada waktu dia hendak mengadakan tahun lawatan negeri. Ini di antara beberapa perkara yang boleh kita bantu dari pihak Tourism Malaysia dan juga MOTAC.

Saya ingin menyatakan di sini bahawa sememangnya kita mengalu-alukan setiap negeri untuk mereka mengadakan tahun lawatan negeri masing-masing. Di negeri Kedah memang betullah Yang Berhormat sebut iaitu kalau negeri Kedah dia Langkawi lah yang banyak. Ini kita tidak dapat dielakkan memandangkan Langkawi ini telah pun dipromosikan sebagai pulau pelancongan sudah puluhan tahun dan sudah tentulah orang akan lebih mengenali Langkawi dari negeri Kedah.

Walau bagaimanapun, seperti mana yang telah saya sebut sebentar tadi, kita cuba untuk membantu bagi peringkat katalah domestic tourism kita mengadakan program “Cuti- Cuti Malaysia Dekat Je”. Kita tidak hanya menonjolkan Langkawi tetapi juga kita menguar- uarkan tempat-tempat yang tertentu yang dimahukan oleh pelancongan negeri, di mana mereka mahu kita menguar-uarkan tempat-tempat itu. Dengan kita masukkan dalam kalendar kita, boleh masuk kalendar bulanan apa yang akan berlaku di tempat-tempat tertentu di negeri Kedah pada waktu tertentu. Ini semua kita boleh membantu. Jadi inilah sedikit sebanyak yang mana kementerian dan juga Tourism Malaysia boleh membantu kerajaan negeri bagi menjayakan Tahun Lawatan Negeri mereka. Ya, Yang Berhormat Setiawangsa.

final • 7:00 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sama ada kementerian membuat kajian tentang impak kepada turun naiknya tourist ke dalam negara ini disebabkan penurunan ringgit dan juga kepada kajian tentang perbelanjaan tourist ke dalam negara ini disebabkan penurunan ringgit ini. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Yang Berhormat, boleh saya sambung satu soalan sebab...

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya Yang Berhormat Setiawangsa, kita mengambil kira macam kajian yang kita buatkan dia lebih kepada bukan impak penurunan wang ringgit jika dibandingkan dengan currency negara yang lain. Kita cuma buat kajian dari segi yang lain tetapi apa yang kita boleh jangkakan ialah untuk melihat kalau sekiranya wang Ringgit Malaysia jatuh pada bulan tertentu maka impaknya bukanlah immediate. Impaknya bukan immediate, impaknya mungkin sebulan kemudian kita boleh bacalah sebagai contoh kalau Singapura sebagai contoh. Sebulan selepas ringgit jatuh

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

kalau kita nampak kemasukan pelancong-pelancong Singapura begitu banyak ke negara kita maka itu sudah tentu adalah kesan impak daripada ringgit yang telah jatuh berbanding dengan wang Dolar Singapura.

Namun bagaimanapun, memang tidak boleh dinafikan iaitu apabila ringgit kita jatuh berbanding dengan Dolar Singapura kita lihat iaitu kenaikan daripada segi perbelanjaan dan juga kenaikan daripada segi kehadiran pelancong-pelancong dari Singapura telah bertambah. Jadi walaupun kita tidak ada kajian daripada segi terperinci kesan wang ringgit jatuh berbanding dengan Dolar Singapura tetapi kita ada buat kajian perbelanjaan pelancong-pelancong Singapura ke negara kita itu ada.

Kita ada buat kajian itu dan kita juga ada buat kajian kedatangan pelancong- pelancong Singapura setiap negara punya kehadiran ke negara kita, kita ada buat kajian.

Jadi apa yang saya hendak sebut di sini kesan yang paling cepat ringgit ini jatuh ialah saya kira berbanding dengan Dolar Singapura memang kesannya begitu cepat dan kita lihat iaitu perbelanjaan pelancong-pelancong Singapura ke negara kita bertambah, itu tidak boleh dinafikan.

Jadi mungkin kalau Yang Berhormat hendak tahu kita duduk nantilah. Kita tengok bagaimana pula apabila tarikh ringgit itu jatuh kita tengok pula bagaimana pula perbelanjaan pelancong dari Thailand. Macam mana pula perbelanjaan dari United Kingdom. Itu kita boleh bagi keputusan kajian ini kepada Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

[Bangun]

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya Yang Berhormat, silakan.

final • 7:10 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Labuan, Yang Berhormat Menteri selama ini memang kita tidaklah begitu ternama sangat sebagai pusat pelancongan walaupun memang banyak juga program-program tetapi program-program yang saiznya agak kecil. Akan tetapi disebabkan program itu sudah lama dia juga mula developed dan sebenarnya Labuan lebih banyak bergantung kepada ekonominya kepada minyak dan gas yang mana pada ketika ini kitalah merasa begitu teruk sekali disebabkan kejatuhan harga minyak dan sebagainya.

Di sinilah kita mula sangat risau dan kita merasakan kita kena pergi ke industri- industri lain dan industri yang kita lihat sangat di antara yang bolehlah, di antaranya adalah pelancongan. Kita adakan task force dan kita mula bercerita dengan industry player dahulu tidak banyak tour operator di Labuan ini sebab tour operator ini kebanyakannya di Sabah dan kita pun minta mereka turun ke Labuan mereka pun sibuk di Sabah. Connectivity pun tidak begitu baik di Labuan yang mana international flight semua ke Sabah, ke KK.

Akan tetapi baru-baru ini Yang Berhormat Menteri, satu berita yang sangat baik apabila perundingan-perundingan oleh beberapa tour operator yang memang baru di Labuan dengan beberapa tour operator menghasilkan satu perundingan yang sangat baik di mana satu ejen dari China sudah datang berkali-kali ke Labuan termasuk minggu ini juga berada di Labuan. Di mana mereka telah melihat bahawa mereka boleh datang ke Labuan dengan chartered flight apabila sudah diumumkan beberapa pengumuman yang menggalakkan mereka untuk datang ke Malaysia. Mereka telah menetapkan tarikh 2 hari bulan Julai untuk flight pertama, 6 city di China akan membuat 2 penerbangan dari satu city ke Labuan seminggu. Jadi 12 penerbangan seminggu 2,000 orang pelancong seminggu dan bererti 8,000 sebulan, 48,000 orang pelancong untuk sampai ke hujung tahun.

Jadi mereka perlukan beberapa sokongan yang mana permohonan telah kita siapkan dan baru-baru ini saya ada meminta Yang Berhormat Menteri EPU untuk membawanya ke Economic Council Meeting minggu hadapan, 28 hari bulan Mac untuk kita mendapatkan beberapa sokongan yang akan membolehkan jabatan-jabatan tertentu di bawah menerima pelancong-pelancong ini. Memang kita akan terkejut banyak yang kita tidak bersedia terutamanya tour guides, coaches yang itu kita boleh outsource tetapi tour guides ini kita perlukan kelulusan daripada Yang Berhormat Menteri untuk membolehkan special programme diadakan dalam masa 3 bulan ini untuk kita beri lesen mereka-mereka yang berminat di Labuan.

Kebetulan juga sekarang ini banyak yang kehilangan kerja di Labuan dan juga kita perlukan sokongan yang berterusanlah. Kita memang perlu memberi first impression yang baik untuk memastikan mereka balik untuk memberitahu berbaloi datang ke Labuan dan

final • 7:10 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

bukan sebaliknya. Termasuklah sebenarnya ejen ini meminta tempat untuk mereka membuatkan shopping dan memandangkan Labuan duty free dan sebagainya.

Ini semua kita belum adapun, Yang Berhormat Menteri walaupun kita telah dalam dua tahun ini kita sudah merancang membawa pelabur-pelabur dan kita sudah ada lebih kurang 7 projek besar pelabur-pelabur untuk yang berkaitan dengan perhotelan, shopping dan sebagainya yang mana saya akan banyak bertanya juga di Kementerian Wilayah dan Jabatan Perdana Menteri sebab hal-hal berkaitan tanahlah, slow. Kalau dia tidak slow, ertinya kita sudah bersedia sekarang ini.

Termasuklah banyak kita mohon bantuan dengan berkaitan dengan mengadakan event-event besar di Labuan. Ini memerlukan bajet yang besar sebab Labuan ini sebuah pulau yang saya rasa kalau kita develope sebagai sebuah pulau pelancongan memang boleh berjaya dengan kick-off yang akan berlaku di bulan Julai ini terutamanya untuk menjadikan Labuan pusat seperti selain daripada pusat membeli-belah, pusat kebudayaan.

Malah kita juga perlu adakan Labuan sebagai pusat sukan terutamanya sukan laut seperti powerboat racing dan sebagainya.

Kalau kita buat sedikit-sedikit alang-alang dia memang tidak akan berjaya untuk berada di global map pusat pelancongan seperti Phuket, Koh Samui ataupun Bali tetapi kalau kita all out dan memberikan bajet yang besar saya yakin Labuan akan menjadi salah satu legacy Yang Berhormat Menteri yang akan Yang Berhormat Menteri tinggalkan nanti.

Terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyokong usaha untuk menjadikan Labuan sebagai pusat pelancongan terkemuka di Malaysia.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Dua bulan dahulu saya telah mengarahkan kepada Ketua Setiausaha saya untuk kementerian membuat tindakan segera bagaimana untuk membantu Labuan dan Timbalan Ketua Setiausaha saya telah pun melawat Labuan dan hasilnya saya percaya mereka telah mengemukakan, pihak Labuan telah mengemukakan beberapa cadangan dan saya percaya selepas ini dia akan melaporkan kepada saya dan kita akan mengambil tindakan segera di mana yang boleh kita lakukan. Seperti Yang Berhormat sebut special program untuk tour guide di Labuan.

Ya, saya punya Ketua Setiausaha ada di sini, Timbalan Ketua Setiausaha pun ada di sini, mereka telah mendengar permintaan daripada Yang Berhormat dan mereka akan mengambil tindakan untuk mengadakan special program yang urgent untuk tour guide di Labuan terutama sekali apabila kita dimaklumkan bahawa Yang Berhormat akan membuat kejutan di mana ramai pelancong-pelancong daripada negara China, daripada 5-6 buah bandar raya akan datang ke Labuan dengan shuttle flight. Jadi, Yang Berhormat boleh menghubungi saya dan saya akan arahkan kementerian saya juga Tourism Malaysia untuk membantu Yang Berhormat Labuan dalam hal ini. Sebentar nanti saya akan jawab juga ada soalan daripada Yang Berhormat Labuan.

final • 7:20 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa ada satu lagi peranan yang boleh dimainkan oleh Kementerian Pelancongan selain daripada Kementerian Pelancongan membuat promosi pelancongan ke Malaysia iaitu mempermudahkan dan menyelaraskan segala aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan di Malaysia. Sebagai satu kes spesifik, saya sebut tentang Langkawi dan Kuala Kedah. Pintu masuk ke Langkawi kalau melalui Tanah Besar ialah Kuala Kedah. Masalah yang terbesar di Kuala Kedah sekarang berkait dengan jeti. Pelbagai masalahlah, kesesakan, air dan lain-lain lagi dan juga tidak ada sokongan kepada tour operators yang ada di jeti itu.

Jadi benda ini dipergunakan oleh pelancong dan pelancong menghargai dan bila tidak ada perkhidmatan yang baik, mereka akan terganggu apa yang hendak mereka buat.

Jadi dalam isu begini, yang spesifik ini saya sarankan supaya Kementerian Pelancongan menjadi orang tengah ataupun memberikan pandangan pakar dari segi aspek pelancongan, orang yang lebih sensitif, lebih faham tentang isu pelancongan daripada Jabatan Laut yang mengendalikan jeti. Dengan cara itu selesai masalah kerana bila kita sebut pelancongan ke Langkawi dari Kuala Kedah, sentiasa kita sebut fasal hal jeti, Jabatan Laut. Tidak selesai, tidak pernah selesai.

final • 7:20 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Jadi we are wasting a lot of time, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita dapat selesaikan masalah itu, akan lebih mudah dan lebih ramai pelancong ke Kuala Kedah dan ke Langkawi misalannya. Begitu juga tempat lain di Malaysia. Semoga ada kerjasama yang lebih baik antara kementerian tadi. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sentiasa bersedia untuk memainkan peranan seperti mana yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah sebentar tadi dan sememangnya saya juga merupakan pelancong yang selalu menggunakan jeti di Kuala Kedah dan saya juga memahami berbagai-bagai juga masalah yang telah berbangkit. Jadi saya rasa kita, kementerian saya juga rasa terpanggil sebenarnya untuk menjadi orang tengah dan kalau saya akan minta kepada KSU saya untuk memulakan perjumpaan antara pihak-pihak industry player dengan juga pihak authority seperti yang jaga sungai dan laut ini. Kita akan berjumpa dan Yang Berhormat juga akan dijemput untuk hadir bersama.

Insya-Allah akan kita lakukan.

Tuan Yang di-Pertua, industri pelancongan di Labuan. Ahli Yang Berhormat Labuan mengusulkan kepada kementerian supaya memberikan perhatian terhadap potensi industri pelancongan yang ada di Labuan bagi memantapkan lagi sumber ekonominya yang hanya bergantung kepada sektor minyak dan gas yang semakin merudum. Kementerian menyedari keperluan bagi memajukan industri pelancongan di Wilayah Persekutuan Labuan yang mempunyai pelbagai tarikan yang boleh diketengahkan seperti tapak-tapak bersejarah, Muzium Chimney, Taman Burung Labuan, Kampung Layang-layangan, Taman Damai, Perkampungan Homestay Kampung Kuduh dan budaya setempat serta aktiviti laut.

Untuk jangka pendek langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti membangunkan pakej-pakej bertema seperti pakej sejarah termasuk lawatan ke Tugu Penyerahan ataupun dalam bahasa Inggerisnya Surrender Point, dengan izin, pakej ekopelancongan dan pakej membeli belah. Setakat ini Tourism Malaysia telah membangunkan 16 pakej di bawah inisiatif Best of Labuan Holiday Packages yang melibatkan empat agensi pelancongan. Bagi tempoh April hingga Disember 2015, sebanyak 1,538 pakej telah berjaya dijual dengan pulangan sebanyak RM884,000.

Kementerian juga menyokong pelaksanaan beberapa acara dan aktiviti yang mendapat sambutan para pelancong. Ini termasuk acara Pesta Air Nasional Labuan, Festival Seni Muzium, Face and Colours of Borneo, Karnival Rekreasi Pelancongan dan Remembrance Day serta aktiviti berkayak dan menyelam di Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil dan sebagainya. Yang Berhormat tengok itu, detail itu. Sebab itu saya punya itu sudah pergi sana, sudah diarah ya.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015, kementerian juga telah memperuntukkan RM2.68 juta bagi pelaksanaan lima projek di Labuan yang termasuk ekopelancongan Kina Benuwa RM2.5 juta, menaik taraf kawasan terowong nombor 3, 4 dan 7 di Tanjung Kubong dan menaik taraf Muzium Marin. Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, rolling plan pertama iaitu tahun 2016-2017 pula sebanyak RM1 juta telah diluluskan untuk pelaksanaan projek pembangunan ekopelancongan, pengindahan pantai COBSEA iaitu Kampung Sungai Miri, Sungai Pagar ke Kampung Batu Manikar, Wilayah Persekutuan Labuan.

Kementerian juga akan terus melaksanakan program-program volunteerism di sekitar Labuan, mengembangkan program homestay, membangunkan produk kraf tangan serta beberapa program secara National Blue Ocean Strategy bersama agensi dan jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan dan komuniti setempat bagi memelihara produk pelancongan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Pada tahun 2015, sebanyak 10 program NBOS ini telah dilaksanakan yang melibatkan seramai 2,252 orang sukarelawan. Usaha sedemikian akan diteruskan pada tahun 2016. Kementerian juga menyediakan latihan dan khidmat nasihat bagi memantapkan perkhidmatan pelancongan. Ini termasuk bekerjasama dengan institusi latihan pelancongan yang beroperasi di Labuan untuk menawarkan latihan berkaitan hospitaliti dan kursus pemandu pelancong setempat bagi meningkatkan kompetensi barisan hadapan. Kita pun sudah buat tapi kita boleh buat lagi kalau sekiranya ada lagi yang berminat hendak menjadi tour guide ini ya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tebrau. Ahli Yang Berhormat Tebrau mengusulkan kepada kementerian supaya mempergiatkan lagi promosi pelancongan

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

negara ini yang kaya dengan sumber semula jadi. Aneka jenis makanan, budaya dan adat resam di peringkat antarabangsa bagi memacukan pertumbuhan ekonomi negara serta mengatasi penyusutan nilai Ringgit Malaysia. Pihak kementerian melalui Tourism Malaysia telah dan akan menyertai pelbagai pameran dan misi galakan pelancongan di peringkat antarabangsa untuk mempromosikan Malaysia dan khazanah alam semula jadi serta seni budaya warisannya seperti berikut iaitu:

(i) ASEAN Tourism Forum (ATF) di Manila pada bulan Januari 2016;

(ii) South Asia’s Travel and Trade Exhibition (SATTE) di India pada bulan Januari 2016;

(iii) International Tourismusbörse (ITB) di Berlin bulan Mac 2016;

(iv) Arabian Travel Market 2015 Dubai UAE pada bulan April 2016;

(v) World Travel Fair di Guangzhou pada bulan Mei 2016;

(vi) Korea World Travel Fair (KOTFA) di Seoul pada Jun 2016;

(vii) International Travel Expo (ITE HCMC) di Ho Chi Minh City pada bulan September 2016;

(viii) JATA Tourism EXPO Japan di Tokyo pada bulan September 2016;

(ix) World Travel Market di London pada bulan November 2016;

(x) Taipei International Travel Fair di Taipei pada bulan November 2016; dan

(xi) China International Travel Mart (CITM) di Kunming pada bulan November 2016.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi semua pelancongan-pelancongan negeri adalah dijemput untuk hadir bersama pada ekspo-ekspo ini. Tambahan kepada itu Tourism Malaysia juga mengadakan misi jualan bagi mempromosikan pakej yang bertemakan kebudayaan dan sumber alam semula jadi serta melaksanakan program makanan dengan kerjasama rakan-rakan industri pelancongan antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, program suai kenal produk iaitu Mega Familiarisation Programme ataupun Mega Fam akan diteruskan dengan membawa pengusaha-pengusaha pelancongan, penerbit-penerbit rancangan televisyen, wartawan dan bloggers antarabangsa untuk mempromosikan khazanah alam semula jadi dan seni budaya warisan Malaysia.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena bangun lagi.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Pokok Sena, okey.

final • 7:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sejauh mana dalam usaha kementerian mempromosikan promosi pelancongan dengan kepelbagaian disebut tadi untuk memanfaatkan chef rakyat Malaysia yang bekerja di hotel-hotel besar yang ada di luar negara. Umpamanya saya pernah pergi di Kazakhstan, memang kehebatan Chef Malaysia ini mendapat tempat pada masyarakat di luar sana.

Jadi sejauh mana kita memanfaatkan begitu juga dengan pereka-pereka fesyen yang mempunyai nama mereka dengan jenama-jenama mereka yang sangat terkenal dalam usaha untuk memperkenalkan Malaysia supaya mereka boleh datang ke Malaysia untuk melihat lebih hebat umpamanya macam makanan tadi. Makanan-makanan Malaysia bukan sahaja makanan-makanan yang dihasilkan oleh chef dengan resipi international sahaja.

Jadi kita hendak tahu sejauh mana makanan Malaysia di promosi di luar negara.

Umpamanya macam baru ini di Berlin ITB sepatutnya bagi saya bahawa macam mana kita hendak mempromosikan masakan untuk mereka melihat secara direct pada waktu itu

final • 7:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

masakan Malaysia daripada tukang masak Malaysia ataupun tukang masak rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jawapannya memang jauh Yang Berhormat. Pasal saya tanya sejauh mana, memang kita manfaat ya.

[Ketawa] Yalah soalan dia sejauh mana, jauhlah saya kata. Memang kita manfaat Yang Berhormat, chef- chef kita apabila kita pergi keluar negara sememangnya kosnya lebih rendah kalau sekiranya kita mengguna mereka daripada kita membawa chef daripada negara kita.

Sebagai contoh waktu kita pergi promosi ya bukan trade fair, promosi-promosi tourism kita di tempat-tempat tertentu. Kita menjemput chef kita yang bekerja di Moscow untuk dia menunjukkan– bukan menunjuk, memasak masakan Malaysia yang sebenarnya memang menarik perhatian orang-orang luar. Macam sate, nasi lemak, roti canai memang itu kita buat. Cuma Yang Berhormat kalau macam pergi ke Berlin itu, trade fair ini tidak boleh sebab di dalam khemah, dewan itu tidak dibenarkan.

Akan tetapi, kalau kita pergi promosi maknanya kita pergi ke Moscow macam baru-baru ini ada kita punya promosi di India itu kita bawa dengan kita punya teh tarik, yang ikut belakang pun boleh, yang itu pun boleh, yang roti canai pusing-pusing macam boomerang, baling sana dia mari balik. Jadi itu kita buat, Yang Berhormat punya cadangan itu memang bagus.

final • 7:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Mamak India pun tak boleh buat macam itu, teh tarik dia pun tidak ada.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Dia punya roti prata, prata begitu dia begitu-begitu, dia ramas-ramas sahaja. Ini tidak, boleh pusing-pusing boleh baling yang seorang itu di Perancis dia buat, dia baling datang balik, maka dia punya order hendak makan itu memang banyak tapi lenguhlah jari dia, pasal order terlalu banyak. Akan tetapi, memang saya setuju Yang Berhormat memang sebab itulah pelancongan ini dicantum dengan kebudayaan merangkumi juga cuisine kita, makanan kita. Ini memang kita lakukan.

Kalau Yang Berhormat tidak percaya saya akan bawa Yang Berhormat sekali ikut saya kita pergi tengok sendiri.

Baik terima kasih Yang Berhormat, jadi Yang Berhormat Sabak Bernam. Ahli Berhormat Sabak Bernam memohon kepada kementerian supaya memajukan kawasan pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam yang berupaya pantai riadah rekreasi keluarga dengan membangunkan tempat-tempat penginapan seperti chalet dan sebagainya.

Untuk makluman Yang Berhormat kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM42.7 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi negeri Selangor dan daripada jumlah tersebut sebanyak lapan projek diluluskan iaitu sebanyak RM2.02 juta khusus untuk Sabak Bernam. Projek-projek yang telah dilaksanakan adalah projek menaik taraf kemudahan awam di Pusat Pemerhatian Kelip-kelip di Sungai Pakih, menaik taraf kemudahan pelancongan Taman Konservasi Pusat Pemerhati Burung Enggang di hutan simpan Sungai Merang, menaik taraf kemudahan homestay Batu 23 Sungai Nibong, menaik taraf kemudahan Homestay Sungai Haji Dorani, menaik taraf kemudahan Homestay Papitusulem, menaik taraf kemudahan Homestay Air Manis, menaik taraf kemudahan Homestay Seri Kayangan dan menaik taraf kemudahan Homestay Sepintas.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Berhormat Taiping meminta kementerian mengiktiraf Taiping territory first dengan izin di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 seperti mahkamah pertama, pasar besar pertama, jalan kereta api pertama sudah tidak adapun jalan kereta api pergi ke Ipoh, Sepetang dan muzium pertama seperti mana yang telah dijanjikan. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sememangnya sedia maklum bahawa bandar Taiping mempunyai banyak warisan termasuk bangunan dan lain-lain yang pastinya merupakan produk pelancongan yang penting kepada Taiping khususnya dan Malaysia amnya.

Kementerian ini melalui Jabatan Warisan Negara sehingga kini telah mengiktiraf dan mewartakan beberapa buah bangunan warisan di Taiping di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 iaitu Akta 645. Bangunan-bangunan tersebut termasuk Gereja All Saints, Muzium Perak, Penjara Taiping, bangunan pejabat daerah dan tanah Larut, Matang dan Selama, Perpustakaan Awam Taiping, Kota Ngah Ibrahim dan Sekolah Menengah King Edward VII.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Bagi meneruskan usaha memberikan pengiktirafan lain-lain tapak termasuk sebahagian tapak 33 Taiping manifest, Jabatan Warisan Negara telah menjalankan kajian dengan kerjasama pihak berkuasa kerajaan negeri termasuk Lembaga Muzium Perak, Majlis Perbandaran Taiping dan lain-lain. Janji akan dipenuhi yang mana Jabatan Warisan Negara perlu melengkapkan kajian terlebih dahulu sebelum diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, Akta 645.

Tambahan kepada itu kelulusan pihak berkuasa negeri amat diperlukan sebelum pengiktirafan boleh dibuat. Untuk itu besarlah harapan kami agar pihak berkuasa negeri mempertimbangkan permohonan yang telah dibuat oleh kementerian ini untuk mewartakan beberapa tapak di Taiping termasuk Stesen Kereta Api Taiping, Taman Tasik Taiping, Sekolah Kebangsaan Convent, Taiping dan Bangunan Sanitary Board, Majlis Perbandaran Taiping di Taiping. Seremban tidak mahu tanya, Taiping tanya, Batu Gajah okey.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, kemudahan pelancongan di Perlis pula. Ahli Yang Berhormat Kangar mengusulkan kepada kementerian supaya kemudahan tempat-tempat pelancongan di Perlis dinaiktarafkan kerana kemudahan yang ada sudah tidak sesuai untuk dikomersialkan. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu tahun 2011 hingga 2015, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah memperuntukkan sebanyak RM23.83 juta bagi melaksanakan 19 buah projek. Di bawah rolling plan pertama Rancangan Kesebelas pula, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM19.5 juta untuk melaksanakan empat buah projek iaitu pembinaan bangunan Galeri Diraja baru di Istana Arau, menaikkan taraf Taman Ular, gazebo Sungai Batu Pahat, peningkatan kemudahan pelancongan di Pekan Kuala Perlis dan projek pengindahan Sungai Perlis Sakura Park. Ada nama Sakura Park di Perlis.

Tuan Yang di-Pertua, produk kraf tangan. Ahli Yang Berhormat Semporna mengusulkan kementerian supaya produk-produk kraf tangan yang selamat sahaja dipromosikan kepada pelancong untuk dibawa pulang seperti mutiara dan bukannya senjata tajam yang berbahaya. Produk-produk ini perlu dipertingkatkan bagi memberi peluang pekerjaan kepada orang-orang tempatan. Pada tahun 2015, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia merekodkan seramai 5,130 orang usahawan kraf di seluruh negara yang mengusahakan pelbagai bidang kraf seperti tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam dan aneka kraf termasuk mutiara. Daripada jumlah tersebut, terdapat seramai 426 orang usahawan yang mengusahakan seni kraf senjata yang terdiri daripada parang, keris dan golok. Nilai jualan kraf keseluruhan bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM554 juta di mana sebanyak RM16 juta disumbangkan oleh seni kraf senjata.

Jadi sekiranya produk pelancong kraf seperti parang, keris dan golok tidak dipromosikan sebagai produk pelancongan maka ia akan menjejaskan pendapatan pengusaha-pengusaha berkaitan. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sememangnya mengadakan program pemasaran kraf untuk produk tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam dan aneka kraf termasuk produk mutiara melalui Hari Kraf Kebangsaan, Festival Kraf Malaysia dan promosi pusat membeli belah. Ia bagi membantu usahawan kraf meningkatkan nilai jualan mereka. Jadi saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Semporna kita tidaklah boleh menghalang penjualan kraf tangan seperti senjata-senjata kerana ia akan merugikan apa yang dikatakan pengusaha-pengusaha yang hasil daripada seni mereka telah berjaya menjual sebanyak RM16 juta.

Jadi sebab itu saya rasa kraf tangan untuk senjata ini kena teruskanlah, ya. Kalau kita rasa takut sangat ia akan digunakan sebagai senjata, kita letaklah dalam casing itu.

Letak dalam casing dan kita boleh beritahu iaitu bahawa ini adalah merupakan gift, hadiah, bukan untuk digunakan untuk hendak tikam orang. Kita pun jangan bagi tajam sangat, kita buat bentuk jangan bagi tajam. Kita pun tahu iaitu kalau kita hadir majlis-majlis tertentu maka kadangkala kita diberikan cenderamata dan banyak daripada cenderamata ini ialah parang, keris dan pisau. Ini sebenarnya kepada sesetengah pihak menjadi punca dia mencari rezeki. Yang Berhormat Pokok Sena okey? Ini fasal bercerita parang, keris, tidak mahu bangkit? Yang Berhormat Seremban hendak bangkit?

final • 7:40 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Esok? Esok lain, hari ini lain. Baik.

final • 7:40 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya kah? Okey. Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan jawab.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Okey, okey. Baik, baik terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tengok dia ada tadi. Okey, Tuan Yang di-Pertua, selepas ini saya buat laju macam kereta api.

final • 7:40 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

[Bangun]

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Laillahaillallah. Sekarang dia bangun pula.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Seremban bangun. Sila Yang Berhormat Seremban.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya, ya sila Yang Berhormat Seremban.

final • 7:40 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya masih tunggu jawapan daripada Yang Berhormat berkenaan dengan isu visa di negara China. Semasa Yang Berhormat Bagan Datok menggulung tadi, beliau ada mengatakan bahawa pagi Mesyuarat Economic Council telah memutuskan semua caj dikurangkan dan ada yang dibatalkan. Cuma saya juga mendapat satu jawapan daripada pihak KDN mengatakan bahawa walaupun fi visa tidak dikenakan kepada pelancong yang memasuki Malaysia dengan menggunakan kemudahan entry, namun caj bagi penggunaan dan pemprosesan entri masih dikenakan kepada pengguna pada kadar USD20. Jadi saya hendak tanya, apakah status terkini? Oleh sebab tadi semasa saya hendak tanya kepada pihak KDN, KDN kata ini sudah dihapuskan.

Jawapan ini sudah tidak laku. Jadi saya hendak tanya, apakah status terkini berkenaan dengan caj ini? Terima kasih.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, ia begini, visa ini.

Kita memberikan kemudahan visa kepada pelancong-pelancong negara China kerana kita welcome, kita mengalu-alukan kedatangan mereka ke negara kita. Saya sebut kemudahan, kemudahan ini maknanya memudahkan dia untuk mendapatkan visa ini. Jadi kita memperkenalkan dua bentuk. Satu dipanggil entri, entri ini maknanya bagi mereka yang mahu datang ke Malaysia tidak lebih daripada 15 hari maka dia boleh memohon secara online, direct online untuk mendapatkan slip yang membolehkan dia apabila slip itu ada dibawa dengan pasportnya maka dia bolehlah datang ke Malaysia dengan kadar bayaran USD20 sahaja.

Yang Berhormat, saya ingat saya jawab esok boleh tidak? Soalan sama esok kan?

Soalan nombor dua, kan? Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab esok saya lihat dalam jadual ada soalan daripada dia, memandangkan sekarang ini pun sudah pukul 8, tidak masuk surat khabar pun esok. Jadi lebih baik jawab esok, akan keluar headline pada hari Rabu. Jadi saya akan jawab soalan ini esok.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya semua telah pun dijawab. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menanya soalan kepada kementerian saya, terima kasih.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma jangan lupa Yang Berhormat Menteri, Pusat Pelancongan Gunung Senyum, Pusat Hutan Lipur Gunung Senyum. Sudah dua tahun Yang Berhormat Menteri janji. Ya, di Kuala Krau. Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Saya jemput Kementerian Wilayah Persekutuan. Sila.

[Ketawa]

final • 7:40 PM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Wilayah Persekutuan ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada kali ini khususnya Ahli Yang Berhormat Setiawangsa, Ahli Yang Berhormat Seputeh, Ahli Yang Berhormat Sibuti dan Ahli Yang Berhormat Labuan.

final • 7:49 PM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Setiawangsa, ada? Okey. Ahli Yang Berhormat Setiawangsa membahaskan isu pembinaan rumah mampu milik serta perumahan awam di Kuala Lumpur. Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat program pembangunan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah diselaraskan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan serta agensi-agensi di bawahnya iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.

Pembangunan RUMAWIP tidak dilibatkan peruntukan kewangan dari pihak kerajaan. Kaedah pelaksanaan bagi program ini adalah menerusi kaedah usaha sama kementerian dan juga inisiatif swasta. Projek-projek perumahan mampu milik dibina juga ditawarkan dengan harga RM90 ribu hingga ke RM300 ribu seunit dengan keluasan tidak kurang daripada 800 kaki persegi. Bagi pelaksanaan PPA1M pula, harga yang ditawarkan adalah antara RM90 ribu seunit hingga RM300 ribu seunit bergantung pada saiz unit iaitu antara 850 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pihak kementerian dan agensi-agensi juga masih giat mencari serta mengenal pasti tanah-tanah kerajaan yang berpotensi untuk pembangunan RUMAWIP bagi membina lebih banyak rumah mampu milik seterusnya memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki satu unit rumah bagi setiap isi rumah.

Selain itu, Kementerian Wilayah Persekutuan juga sedang mempertimbangkan cadangan pembinaan ‘council home’ dalam projek pembangunan semula gerbang keramat untuk kemudahan golongan belia yang berkelayakan di Kuala Lumpur. Sebanyak 240 unit dibina khusus untuk disewakan kepada golongan belia yang berpendapatan rendah dengan keluasan setiap unit adalah 700 kaki persegi dan mempunyai lima buah bilik.

Bagi pembangunan perumahan awam di Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah pun mempunyai perancangan untuk membangunkan semula beberapa kawasan perumahan antaranya, Perumahan Awam Razak Mansion dalam pembinaan, Perumahan Awam Taman Ikan Mas HDA, Bandar Tun Razak, Perumahan Awam Setapak Jaya 1A, Perumahan Awam Seri Pahang, Perumahan Awam Seri Negeri Sembilan.

final • 7:50 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya sedikit.

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Bagi saya baca ini dahulu.

Perumahan Awam Seri Selangor dan Perumahan Awam Seri.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri tadi sudah bincang elok, tidak selesai lagi?

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Tidak. Tidak bincang Tuan Yang di- Pertua.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Sila.

final • 7:50 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya mengenai Setapak Jaya 1A kalau saya tidak silap Menteri ada “mentioned one of the area” yang akan dibangunkan. Saya hendak tahu status Setapak Jaya 1A ini. Disebabkan penduduk masih belum bersetuju tetapi kalau sekiranya mahupun dibangunkan Setapak Jaya 1A sekiranya penduduk setuju - saya tidak ada hak mengatakan sama ada mereka setuju ataupun tidak dan DBKL juga tidak ada hak pada saya untuk mengeluarkan mereka tanpa persetujuan mereka. Boleh tidak dibangunkan balik di tempat yang sama perumahan awam tanpa apa-apa komponen lain. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Setiawangsa.

Perumahan Awam Setapak Jaya 1A ini, adalah dalam progress untuk dibina. Satu, kita

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

belum selesai lagi proses tanah dengan pejabat tanah. Kedua, kita masih belum keluarkan bil untuk dia. Akan tetapi, boleh saya boleh syorkan di sini bahawa jika sekiranya kita lakukan program pembangunan ini sudah pasti kita akan mengambil kira semua keperluan penduduk di sana dan kita pastikan mereka mendapat kemudahan yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Tidak perlu risau.

final • 7:50 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Menteri, ini termasuk sekiranya penduduk tidak mahu maka mereka tidak boleh dipaksa untuk bersetuju? Adakah itu jawapan?

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Setiawangsa, saya ingat saya harap Yang Berhormat boleh mendengar semula soalan sendirilah. Tadi saya baru syorkan, kalau kita lakukan sesuatu dan sudah pasti kita akan berunding dan memastikan semua ini dapat diselesaikan sebelum kita beri kelulusan.

Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan prihatin. Bukan Yang Berhormat tidak tahu benda-benda ini.

final • 7:50 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Okey.

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.

Manakala, bagi pembangunan dan perancangan projek perumahan rakyat, agensi pelaksana terlibat adalah pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kementerian Wilayah Persekutuan sentiasa bekerjasama dan membantu rakan-rakan dari kementerian yang lain dalam pelaksanaan khususnya dalam aspek kelulusan, merancang dan sebagainya.

Yang Berhormat Setiawangsa juga turut membangkitkan isu penetapan zon bagi projek-projek pembangunan di Kuala Lumpur. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa mengambil berat masalah kerosakan jalan-jalan awam, reserve pejalan kaki serta tumpahan binaan jalan seperti simen, batu dan pasir daripada lori-lori tapak pembinaan.

Sehubungan itu, pemaju telah disyaratkan pada peringkat awal lagi di dalam kelulusan perintah pembangunan iaitu kebersihan, keadaan bangunan dan sekitar hendaklah dikendalikan, diselenggarakan dengan baik dan sempurna pada setiap masa.

Kelulusan projek boleh ditarik balik oleh Datuk Bandaraya Kuala Lumpur pada bila-bila masa sahaja sekiranya syarat ini tidak dipenuhi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hanya akan mengeluarkan permit laluan angkut bahan binaan kepada lori-lori yang didaftarkan mengikut laluan yang ditetapkan. Ini penting supaya kawalan dan pemantauan dapat dijalankan di mana tindakan akan diambil terhadap pemaju-pemaju yang berkenaan jika berlaku sebarang kebocoran atau tumpahan simen di jalan raya sekitarnya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga turut menempatkan anggota penguatkuasaan untuk membuat rondaan berkala bagi memastikan semua pemaju mematuhi arahan yang ditetapkan. Kompaun maksimum yang dikenakan terhadap pemaju yang melanggar peraturan mengikut peruntukan undang-undang iaitu melalui Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Seterusnya, Ahli Yang Berhormat Setiawangsa juga membangkit isu kerosakan jalan di Kuala Lumpur yang disebabkan oleh kerja-kerja utiliti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai kaedah pemasangan utiliti diperkenalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengurangkan kerosakan jalan raya semasa kerja-kerja utiliti dijalankan. Antara kaedah yang disyorkan adalah dengan izin micro trenching, horizontal direct drilling, jacking dan open cut atau korekan terbuka. Kaedah korekan terbuka adalah kaedah yang memberi kesan paling tinggi terhadap kerosakan jalan. Walau bagaimanapun, sekiranya lokasi tersebut tidak sesuai dengan kaedah lain penggunaan kaedah korekan terbuka terpaksa dibenarkan dengan ganti rugi yang tinggi dikenakan kepada syarikat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melaksanakan inisiatif ke arah pengurangan masalah kerosakan jalan akibat kerja-kerja utiliti. Antara inisiatif tersebut adalah pengesyoran kepada syarikat-syarikat utiliti untuk melaraskan kerja supaya dapat dilaksanakan secara bersama seperti mana yang disarankan oleh Yang Berhormat. Di samping itu, dengan mengadakan satu dedicated service ataupun common ‘crane chel’ telah dibincang bersama syarikat utiliti.

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Walau bagaimanapun, cadangan ini masih di peringkat kajian kebolehlaksanaan atau liabilities studies dengan izin. Pada ketika ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mensyaratkan syarikat utiliti untuk membuat pemulihan awal atau dengan izin first reinstatement sahaja. Manakala pemilihan akhir atau dengan izin final reinstatement akan dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Syarikat-syarikat utiliti disyaratkan meletakkan wang di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi tujuan membiayai kos baik pulih akhir yang berjumlah tertakluk kepada keluasan korekan.

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Selain itu, sekiranya hasil kerja baik pulih awal tidak memuaskan dan didapati terdapat mendapan serta lubang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan membaiki kerosakan tersebut, namun, kos pembaikan ini akan ditanggung oleh syarikat utiliti terlibat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Seputeh tidak ada di Dewan. Yang Berhormat Sibuti? Tak ada?

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tak ada.

final • 8:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Tiada? Yang Berhormat Sibuti pun tiada, Tuan Yang di-Pertua,

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sekian

final • 8:00 PM

sahaja. Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Ada lagi satu, Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Labuan? Ha, ada. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, Ahli Yang Berhormat Labuan telah menyuarakan tentang pelbagai aspek arah tuju pembangunan Labuan di mana saya akan menjawab secara khusus tentang cadangan projek terminal feri baru di Labuan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat cadangan daripada sebuah syarikat yang berminat untuk membangunkan terminal dan jeti feri baru di Labuan sebagai salah satu daripada komponen projek pembangunan yang dicadangkan oleh pihak syarikat berkenaan. Cadangan pembangunan terminal dan jeti feri baru berkenaan akan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat berkenaan.

Berhubungan perkara di atas, peruntukan yang diluluskan untuk projek terminal dan jeti feri Labuan akan digunakan untuk melaksanakan projek pembinaan jalan pesisir pantai dari Membedai ke Tanjung Aru serta menaik taraf persimpangan jalan di sekitar kawasan berkenaan. Cadangan pelaksanaan jalan pesisir dan naik taraf persimpangan ini bertujuan untuk menyuraikan trafik yang memasuki Pusat Bandar Labuan dan seterusnya mengurangkan kesesakan lalu lintas di Wilayah Persekutuan Labuan.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 8:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Bila itu?

final • 8:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Ya?

final • 8:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Bila itu Yang Berhormat Menteri, untuk dimulakan?

final • 8:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Kita akan mulakan...

final • 8:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Tahun ini?

final • 8:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Memang akan dimulakan. Habis ya?

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah Persekutuan mengucapkan ribuan terima kasih...

final • 8:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Belum lagi. Ada lagi.

final • 8:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Ada apa?

final • 8:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Saya ada menyuarakan bahawa–– boleh Tuan Yang di-Pertua?

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 8:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Projek Pan Borneo saya rasa sangat penting untuk ianya juga meliputi Beaufort ke Menumbok supaya nanti akan menggalakkan perjalanan yang lebih lancar dari Kota Kinabalu, Sabah dan kawasan-kawasan sekitar ke Labuan memandangkan feri terminal kita pun akan baru dan pergerakan feri akan menjadi lebih pendek, jumlah feri pun sudah bertambah, jadi perlu dimatch dengan laluan dari Menumbok ke Beaufort. Juga, memandangkan projek Pan Borneo ini begitu besar, takkan tidak boleh sambung dari Beaufort ke Menumbok? Jadi saya rasa Kementerian Wilayah perlu menyuarakan supaya ianya tidak ketinggalan.

Selain daripada itu, Yang Berhormat Menteri, saya terus hendak tanya, Labuan ini selain daripada minyak dan gas, kita mahu bangunkan sebagai pusat pelancongan dan pusat pendidikan. Jadi, untuk Labuan menjadi pusat pendidikan, yang perlu kita buat adalah untuk membawa institusi-institusi pendidikan antarabangsa untuk datang ke Labuan sesuai dengan nama Labuan sebagai pulau antarabangsa, pusat pesisir antarabangsa dan memandangkan Labuan juga sudah mempunyai infrastruktur-infrastruktur yang besar yang telah dilaburkan oleh kerajaan. Maka, saya rasakan kita perlukan polisi yang mana membolehkan kita menarik institusi pendidikan dari luar negara.

Selalunya kalau saya lihat yang berlaku di negeri-negeri lain adalah untuk kita kena offer mereka tanah. Jadi, disebabkan banyak berurusan dengan tanah dan selama ini saya lihat urusan-urusan yang berkaitan dengan tanah di Labuan ini begitu rumit, adakah Yang Berhormat Menteri setuju untuk Labuan mempunyai exco tanahnya sendiri, Labuan Land Exco, yang mana sekarang ini Labuan dikendalikan oleh Land Exco Wilayah Persekutuan dan memandangkan skop Kuala Lumpur begitu besar, adakah Yang Berhormat setuju untuk Land Exco Labuan itu ditubuhkan untuk mengendalikan Labuan supaya Labuan boleh bergerak dengan lebih cepat dalam kemajuan?

Begitu juga saya ingin bertanya di sini...

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, ini perkara baru. Yang berhormat Labuan, perkara baru kah?

final • 8:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Berkaitan. Satu lagi, Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini sudah menjadi ucapan, Yang Berhormat

final • 8:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Satu lagi, Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya sebut juga hari tu, pengurusan untuk Perbadanan Labuan ini disekat RM10 juta sama seperti yang dibuat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Memandangkan saiz operasi Labuan jauh lebih kecil daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, saya rasa sepatutnya kuantumnya tidak sama, percentagenya sama tetapi kuantumnya tidak sama. Saya harap dapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang di-Pertua.

final • 8:00 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua, boleh tambah sedikit? Soal Pan Borneo ini sebab Putatan tidak jauh dari Labuan

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila, sila

final • 8:00 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Menteri, oleh kerana sahabat saya, Yang Berhormat Labuan ini menyentuh pasal Pan Borneo ini, dahulu suatu ketika, kita mendengar hujah-hujah yang PFI untuk membina jambatan dari tanah Sabah ke Labuan akan dibina. Adakah Menteri dapat memberi satu pandangan yang baik untuk rakyat negeri Sabah dan Labuan supaya mimpi-mimpi rakyat ini supaya dapat juga jambatan dari Sabah ke Labuan seperti juga jambatan dari Pulau Pinang ke Seberang Perai? Adakah, Yang Berhormat Menteri, seperti PFI atau private sector initiative ini?

final • 8:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang dikemukakan oleh Yang berhormat Labuan yang pertama berkenaan dengan Pan Borneo.

Projek Pan Borneo ini dikendalikan oleh Kementerian Kerja Raya, tidak kena mengena dengan Kementerian Wilayah Persekutuan. Keduanya, dua tempat yang dikatakan oleh yang berhormat Labuan iaitu Beaufort dengan Menumbok adalah di Sabah, maka keperluannya mesti datang dari Sabah dan bukan daripada Wilayah Persekutuan.

Soalan yang kedua berkenaan dengan cadangan untuk mengadakan land exco.

Jawatankuasa Exco Tanah Wilayah Persekutuan dikendalikan oleh Jabatan Perdana

final • 8:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Menteri, ia di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Soalan itu sepatutnya dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Untuk bajet, saya tidak ada jawapan yang khusus dan saya akan beri jawapan secara bertulis. Untuk soalan yang berhormat Putatan pula berkenaan dengan jambatan, memang jambatan ini menjadi impian rakyat di Sabah khususnya di Menumbok dan juga di kawasan Labuan. Akan tetapi, pada masa sekarang, kita tidak ada cadangan atau rancangan untuk membina jambatan tersebut dengan apa juga jenis cara sama ada PFI kah, PPP kah, tidak ada.

Oleh itu, saya haraplah dengan jawapan ini, Kementerian Wilayah Persekutuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Segala teguran, pandangan dan cadangan yang membina daripada Ahli Yang Berhormat semua amatlah kami hargai dan kami akan memanfaatkan untuk kepentingan bersama.

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih. Saya jemput Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

final • 8:00 PM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon izin untuk mengambil masa 20 minit untuk tamatkan pukul 8.30 malam ini Tuan Yang di-Pertua, kerana tak banyak isu yang berkaitan MITI yang dibangkitkan.

final • 8:09 PM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang bercakap atau pun yang menyentuh isu-isu berkaitan dengan Kementerian Antarabangsa dan Industri atau pun MITI semasa membahaskan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tidak banyak isu kali ini, tiga sahaja.

Yang pertama mengenai TPPA, kedua penglibatan bumiputera dalam industri halal dan ketiga plain packaging product. Kebayakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang bercakap, tidak ada semua di sini tetapi saya boleh memilih untuk duduk, jadi tak mengapalah saya boleh cakaplah. Ada Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Setiawangsa, ada.

Yang Berhormat Batu dan juga Yang Berhormat Kelana Jaya ada membangkitkan tentang TPPA, berkaitan dengan kemaraan kuasa Amerika Syarikat di rantau ini melalui TPPA. Yang Berhormat Batu tanya sama ada niat Amerika Syarikat untuk mewujudkan TPPA ini adalah untuk mengimbangi kuasa China di Laut China Selatan. Itu persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu dan juga Yang Berhormat Kelana Jaya.

Untuk ini saya ingin menjelaskan bahawa setiap negara yang menyertai TPP mempunyai tujuan tersendiri. Bagi Malaysia, tujuan utama ialah untuk mendapatkan akses pasaran daripada empat buah negara yang kita belum ada FTA iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru. Itu antara tujuan utama. Bagi New Zealand umpamanya ialah untuk menjual lebih banyak lagi barangan tenusu. Bagi Jepun, mereka ingin menjual lebih banyak kereta ke pasaran Amerika Syarikat. Jadi setiap negara mempunyai matlamat tersendiri untuk menyertai TPPA ini.

Apa pun dasar Malaysia ialah untuk berbaik-baik dengan semua negara. Kita hendak berbaik dengan negara Arab, hendak berbaik dengan negara ASEAN, dengan China, Amerika Syarikat, Eropah, Afrika, Amerika Latin dan semua sekali. Itu dasar luar negara kita. Jadi itu sebabnya kita merasakan dengan melebarkan kerjasama kita ini melalui TPPA ini adalah selaras dengan dasar luar negara iaitu berbaik-baik dengan semua negara kerana ia akan menguntungkan perdagangan, pelaburan, pelancongan, pendidikan dan semuanya sekali, Tuan Yang di-Pertua.

Apa pun berkaitan dengan negara China, kita sudah ada satu FTA melalui ASEAN tahun 2005 lagi di mana kira-kira 94 peratus daripada cukai antara Malaysia dan China sudah pun dihapuskan. Jadi kita sudah ada FTA dengan negara China, dengan Amerika Syarikat belum ada lagi, 94 peratus barang-barang kita dari China ini, masuk China sudah pun dihapuskan.

final • 8:10 PM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Jadi tidak berbangkit kita hendak ketepikan China kerana kita sudah pun ada satu perjanjian yang cukup mantap. Apa pun negara ASEAN sedang berusaha untuk memperbaiki lagi, menambah baik perjanjian ASEAN-China Free Trade Agreement yang ditandatangani pada tahun 2005. Itu penjelasan saya berkaitan dengan Amerika Syarikat dan TPPA.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Batu bangun, ya.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Ada masa lagi boleh, 15 minit lagi.

final • 8:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih atas penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Saya memang setuju kerajaan secara konsisten kita harus berbaik dengan semua dan ini juga sebahagian daripada konsep kita sebagai negara yang berkecuali. Cuma daripada persepsi People’s Republic of China, mereka juga rasa TPPA itu sedikit sebanyak mencabar kedudukan mereka dan sebab itulah aset dibentuk dan Malaysia pun rupa-rupanya kita juga akan menjadi sebahagian daripada RCEP saya ingin tahu bagaimana kerajaan akan seimbangkan kedua-dua kuasa ini terutamanya apabila pihak Amerika Syarikat menyatakan kalau dengan adanya TPP, ia memberi rasional sekiranya ada pergolakan di South China Sea ini, memberi locus standi bagi Amerika Syarikat untuk ambil bahagian. Adakah ini pandangan yang boleh diterima oleh Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat? Terima kasih.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, TPP ialah satu atau pun sebuah perjanjian perdagangan berbentuk ekonomi. Malaysia memasuki TPP dengan hasrat untuk melebarkan perdagangan dan pelaburannya. Apa yang negara lain, hasrat China kah, Amerika Syarikat ini, kita tidak mencampuri urusan mereka. Itu pendirian kita. Berkaitan RCEP, ini satu perjanjian yang penting, kita sudah tamat 11 pusingan rundingan, yang ke-12 bulan April sebulan lagi di Perth, Australia dan kita ada beberapa rundingan lagi. Lima lagi selepas ini sehingga hujung tahun ini. jadi Kita bagi tumpuan bagi Malaysia, TPP sudah selesai maka sekarang tumpuan kita, hari ini RCEP tumpuan kita.

Ada 13 kumpulan kerja dalam RCEP Malaysia mengetuai satu kumpulan kerja yang melambangkan betapa kita memberikan perhatian. Jadi apabila selesai TPPA, tumpuan kita hari ini ialah RCEP dan kita yakin bahawa ini bukan sahaja membuktikan bahawa kita berlaku adil, hendak berkawan dengan semua negara tetapi ini juga adalah bukti bahawa kita mahu China menjadi sebahagian daripada perdagangan bebas ini. RCEP meliputi 16 buah negara, 10 ASEAN dan enam buah negara lain. Itu pendirian kita berkaitan dengan RCEP dan TPP.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan dengan Yang Berhormat Setiawangsa. Terima kasih kena lari Yang Berhormat Setiawangsa. Masuk sudah. Jadi Yang Berhormat Setiawangsa, sama ada kita sudah bersedia dengan undang-undang ini. Jadi saya sebutkan di Dewan Rakyat ini bahawa kita perlu meminda beberapa undang-undang, banyak kali sudah saya sebut dalam menjawab soalan. Baru-baru ini pun, minggu lepas saya sudah menyebut dalam Dewan Rakyat ini, jadi kita sudah tubuhkan satu jawatankuasa di bawah Jabatan Peguam Negara untuk meminda undang-undang dan juga beberapa tindakan lain telah dibuat umpamanya kita telah menubuhkan satu jawatankuasa peringkat kebangsaan untuk memantau pelaksanaan TPP ini dan tadi pun saya jawab juga soalan berkaitan TPP.

Jadi, selain daripada jawatankuasa peringkat kebangsaan, kita ada tiga lagi. Satu melibatkan Ahli-ahli Parlimen di mana saya harap Ahli Parlimen akan terus membantu saya dan MITI untuk melaksanakan TPP, sekarang ini sudah selesai dah 127 undi sokong, 84 tidak sokong, maka mereka sudah setuju, saya pun sudah sign. Tuan Yang di-Pertua, 4 Februari yang lalu, kita sudah pun bersiap sedia daripada segi jawatankuasa. Kita akan ada jawatankuasa Ahli-ahli Parlimen, jawatankuasa melihat kepada hal-hal berkaitan dengan bumiputera dan akhir sekali jawatankuasa berkaitan dengan PKS. Jadi bersiap sedia ini, kita sudah pun bersiap sedia dan insya-Allah kita harap akan dapat selesaikan dalam tempoh dua tahun dari segi melaksanakan TPP. Jadi itu berkaitan dengan Yang Berhormat Setiawangsa.

Seterusnya Yang Berhormat Jasin bertanya tentang sama ada kita hendak mempelbagaikan konsep hebahan dan penerangan kepada seluruh pelosok rakyat. Jadi tumpuan kita hari ini, beberapa sektor. Yang pertama, anak-anak muda. Petang tadi saya bersama dengan Tunku Abdul Rahman University College, dua jam bersama dengan 1,500

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Mustapa Mohamed

orang pelajar untuk membentangkan hal-hal berkaitan TPPA. Tumpuan kita ialah untuk mengadakan pertemuan dengan anak-anak muda. Kita ada perancangan untuk ke UiTM dan beberapa buah universiti yang lain.

Selain itu, kita akan dapatkan penglibatan stakeholders. Mereka yang dijangka mendapat manfaat daripada TPPA ini umpamanya mereka dalam industri getah telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mendapat faedah. Industri tekstil umpamanya, jadi itu satu lagi pendekatan kita ambil iaitu mereka yang akan mendapat faedah daripada TPPA ini. kita juga sedar bahawa ada sebahagian rakyat yang mungkin berasa terancam dan mungkin tidak memahami lagi apa ini TPPA. Maka hari ini kita akan juga memperbanyakkan lagi engagement dengan izin, di peringkat akar umbi. Itu antara...

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi bangun.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Yang Berhormat Kota Tinggi? Ya, sila Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya sedikit sahaja. Kita sudah buat pelbagai hala, bilateral, multilateral lebih baik daripada bilateral dan kita berjaya dalam TPPA, selepas ini kita akan gerakkan usul untuk RCEP dan saya yakin kalau RCEP berjaya seperti TPPA menjadi satu asas yang kuat untuk MEUFTA yang mana sebelum ini Malaysia-EU punya free trade ini tidak berapa begitu berjaya, for whatever reason. Jadi soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk mempunyai pendekatan kerangka yang sama kita guna buat TPPA untuk RCEP dan juga untuk MEUFTA dari segi engagement?

Terima kasih.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat. Kita, RCEP ini kurang daripada segi kurang mencabar. Jadi tidak apalah, saya akan bincang Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Kota Tinggi dan yang lain-lain jika perlu. Kita tidak ada masalah, tetapi secara umumnya RCEP tidak controversial. Ia tidak melibatkan umpamanya government procurement, tidak melibatkan intellectual property rights, tidak terlibat hal-hal berkaitan dengan ubat-ubatan umpamanya. Walau bagaimanapun jika diperlukan kita akan bagi taklimat kepada Ahli Yang Berhormat yang berminat berkaitan dengan RCEP. Terima kasih.

Mengenai pendekatan tadi saya sebut bahawa kita akan tumpu kepada anak-anak muda. Selain itu kita tumpu juga kepada perusahaan kecil dan sederhana. Umpamanya pada 15 Mac yang lalu pihak SME Corp. telah mengadakan pertemuan dengan SME dan Zon Tengah 1 dan enam lagi akan diadakan Zon Pantai Timur, Zon Tengah 2, Zon Selatan, Zon Utara, Zon Sabah dan Sarawak. Kita jangka menjelang 20 Mei pihak SME Corp akan selesai untuk bertemu dengan stakeholders dalam bidang dan PKS atau perusahaan kecil sederhana untuk memberi penerangan kepada mereka terutama peluang-peluang yang akan diwujudkan melalui penglibatan Malaysia dalam TPPA.

Seterusnya Yang Berhormat Bandar Tun Razak secara ringkas tiada di sini, bertanyakan apa akan terjadi sekiranya Donald Trump dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat. Yang Berhormat sedia maklum bahawa calon Republikan ini dengan lantang menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan TPPA. Beliau mahu dirundingkan semula antaranya kerana beliau berpendapat bahawa TPPA akan menyebabkan syarikat- syarikat Amerika mengeksport pekerja-pekerja ke Vietnam dan Malaysia. Beliau juga mahu supaya satu peruntukan berkaitan dengan izin currency manipulation dimasukkan ke dalam TPPA.

Oleh yang demikian beliau kata kalau beliau jadi Presiden Amerika Syarikat maka beliau akan buat pindaan. Jadi dalam hal ini kita tidak mahu buat ramalan tentang apa yang berlaku di Amerika Syarikat tetapi sekiranya ini berlaku maknanya kalau Kongres Amerika Syarikat pun tidak bersetuju dengan TPP maka TPP akan berkubur kerana bab 30 dalam TPPA ini menyatakan memerlukan penyertaan Amerika Syarikat dan TPP kerana mereka merupakan ekonomi terbesar dunia iaitu 20 peratus daripada pengeluaran dunia.

Jadi apabila kita merundingkan TPP, kita merasakan bahawa tanpa penyertaan Amerika Syarikat ia kurang bermakna dan kurang berkesan. Jadi jawapan ringkas kepada Yang Berhormat Bandar Tun Razak ialah sekiranya Donald Trump menjadi Presiden dan

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Mustapa Mohamed

beliau tidak mahu TPP diluluskan oleh Kongres atau Kongres menolaknya maka TPP akan menemui jalan buntu.

final • 8:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, soalannya.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Batu.

final • 8:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan yang ada related sungguhpun cuma andaian tetapi kerajaan harus ada pendirian kalau sekiranya Trump jadi Presiden Amerika Syarikat dan beliau teruskan dengan TPPA.

Sama ada kita akan setuju dengan seorang yang telah secara nyata menghina agama Islam dan juga menghina negara-negara Muslim dengan secara terbuka, adakah kita ingin bersekongkol dengan seorang pemimpin seperti itu?

Kedua ialah dalam ucapan kita pun kita sebut kalau Kongres Amerika secara unilateral memberi syarat kepada presiden sesiapa pun Hillary Clinton atau sesiapa, supaya syarat itu dipinda untuk menyesuaikan kepentingan Amerika Syarikat. Adakah kita akan bersetuju dengan perkara ini sebab Dewan kita telah meluluskan as a whole, kita tidak luluskan dengan syarat. So, saya ingin dapat penjelasan daripada kerajaan dalam senario begitu apa pendirian kerajaan? Terima kasih.

final • 8:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Shah Alam.

final • 8:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Baik terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Donald Trump memang jelas dan nyata menyatakan bantahannya terhadap TPPA. Akan tetapi apa yang kita dapat maklumat yang calon Demokrat pun tidak begitu menyokong pelaksanaan TPPA juga. Maknanya sama ada Republikan atau Demokrat menang, persoalan TPPA yang kita sudah begitu banyak meluangkan masa untuk berbahas dan berbincang akhirnya ia menjadi satu perkara yang agak akademik semata-mata kerana persoalan sama ada ia akan dilaksanakan ataupun tidak adalah akhirnya tidak terlaksana.

Kita lihat bahawa mereka sebagai negara yang begitu kukuh ekonominya, mereka pun menganggap bahawa syarikat-syarikat tempatan di Amerika Syarikat akan juga menghadapi masalah walaupun yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tentang soal pekerja Vietnam dan sebagainya. Akan tetapi mereka juga risau tentang persaingan dengan syarikat-syarikat Korea, syarikat-syarikat Jepun dan kita cukup hairan bagaimana Amerika yang begitu kukuh ekonomi dan industrinya boleh ada ketakutan terhadap kemasukan tanpa apa-apa hak untuk melindungi industri tempatan mereka.

Akan tetapi Malaysia ini yang ekonomi dan industrinya tidak sekukuh itu kita menerima kemasukan dan pelaksanaan TPPA tanpa risau. Coil spring Yang Berhormat Menteri bawa pada hari itulah yang akan sentiasa terpasak di minda saya, coil spring itu bukan teknologi yang hebat. Ia bukan hanya Malaysia sahaja yang boleh buat lalu kalau kita hendak kata oleh sebab – inilah yang saya tidak faham. Saya minta mungkin Yang Berhormat Menteri boleh perjelaskan dalam keadaan ketidaktentuan pelaksanaan ataupun kesinambungan TPPA setelah naiknya Perdana Menteri yang baru dan dalam keadaan Amerika sendiri pun takut dengan adanya perdagangan bebas tanpa hak untuk melindungi industri tempatan, bagaimanakah mereka boleh risau dan kita di Malaysia tidak? Terakhir tentang soal RCEP ini.

final • 8:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Sabarlah. Ini bukan kamu punya floor. Tentang soal RCEP ini yang mana dikatakan tidak...

[Disampuk] Eh! Biarlah Menteri yang selesaikan.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Ringkas sahaja.

final • 8:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ringkas sahaja, ia tidak controversial. Kenapa RCEP ini tidak controversial seperti mana TPPA, di mana semestinya antara persoalannya ialah isu hilangnya kedaulatan negara dalam erti kata undang-undang tempatan perlu diubahsuai sedangkan dengan RCEP dan sebagainya ia tidak sampai ke tahap itu. Apa pandangan Menteri. Terima kasih backbenchers yang memainkan peranan mereka.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Terima kasih, ringkas sahaja, hampir dua minit Tuan Yang di-Pertua. Pertama, Yang Berhormat pun banyak bangkitkan hal-hal berbentuk akademik yang saya sudah cakap banyak kali, apa-apa tindakan pun ada buruk baiknya.

Tidak ada semua 100 peratus yang baik tetapi pada pandangan kerajaan kebaikan itu mengatasi keburukan. Memang ada kelemahan-kelemahan, itu secara umumnya.

Jadi RCEP ini tidak ada beberapa perkara termasuklah government procurement dan lain-lain. Kita berpendapat bahawa perlu Malaysia menyertai satu pakatan penerangan yang lebih luas. Itu sebabnya kita merasakan bahawa pindaan ini adalah penting dan kita telah pun membuat keputusan dalam perkara ini.

Jadi mengenai calon-calon presiden itu, banyak berkaitan dengan kempen rhetoric dengan izin, dekat pilihan raya ini macam-macamlah untuk dapat sokongan. Ada yang berpendapat akademik. Selepas ini mungkin ada perubahan pada pandangan mereka.

Berkaitan sama ada jika ada pindaan, kita tidak sekali-kali akan menerima sekiranya Kongres Amerika Syarikat kerana ini sudah dipersetujui semua. Tidak akan ada mana- mana pindaan. Kita tidak akan bersetuju dengan apa-apa pindaan kepada apa yang telah kita tandatangani pada 4 Februari yang lalu. Itulah ringkasnya.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ada satu minit lagi. Yang Berhormat Parit Sulong membangkitkan tentang penglibatan bumiputera dalam industri halal. Terima kasih banyak atas pandangan. Insya-Allah kita melalui Majlis Halal Malaysia yang sudah pun diusulkan oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita akan memperkasakan penglibatan usahawan bumiputera dalam industri halal. Mengenai cadangan diwujudkan green lane untuk sijil halal ini, ini satu perkara yang melibatkan JAKIM dan JAKIM akan menjawab perkara ini.

Akhir sekali Yang Berhormat Klang bertanya tentang plain packaging. Jadi dalam perkara ini Malaysia tidak pernah menyaman Australia seperti mana yang didakwa oleh Yang Berhormat Klang dalam isu plain packaging, cuma lima buah negara yang berbuat demikian. Kita menyertai 35 buah negara yang lain sebagai pihak ketiga ataupun third party dalam semua kes tersebut bagi memastikan Malaysia berpeluang mengikuti prosiding kes, bukan bermakna kita menyaman Australia. Ini adalah sengaja dipusing-pusing, diputar belit oleh Yang Berhormat Klang. Jadi tidak benar Malaysia menyaman ataupun ada pertelagahan antara Kementerian Kesihatan dengan MITI.

MITI dan Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan rapat dalam perkara ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak kepada Yang Berhormat kerana telah menyertai perbahasan dalam hal berkaitan dengan MITI. Saya ucapkan terima kasih dan insya-Allah kita akan terus mengadakan engagement berkaitan dengan TPP ataupun hal- hal lain yang berkaitan. Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa 22 Mac 2016.

final • 8:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.31 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026