Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
1. Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [Ketereh] minta Perdana Menteri menyatakan, bentuk kerjasama serantau antara negara ASEAN dalam menangani krisis ketidaktentuan ekonomi pada masa kini dan apakah kata sepakat yang telah dicapai agar ekonomi serantau kekal mapan dan terus berkembang.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, Komuniti Ekonomi ASEAN atau ASEAN Economic Community
(AEC) telah dibentuk secara rasmi pada 31 Disember 2015. Salah satu objektif utama pembentukan AEC adalah untuk mewujudkan satu pasaran tunggal yang merangkumi 625 juta penduduk serta memastikan pelbagai usaha telah diambil oleh ASEAN pada tahun 2015 semasa kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Malaysia bercadang untuk terus mengekalkan momentum bagi mempertingkatkan integrasi ekonomi ASEAN. ASEAN telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengurangkan dan memansuhkan duti import serta meliberalisasikan sektor perkhidmatan dan pelaburan.
Antara lain seperti penghapusan duti import ke atas 96 peratus produk dan bakinya dijangka akan dimansuhkan pada 1 Januari 2018 dan liberalisasi sektor perkhidmatan yang merangkumi lebih daripada 100 subsektor perkhidmatan.
Pada tahun 2015 juga, semasa kepengerusian ASEAN, Malaysia dan ASEAN telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan lagi usaha fasilitasi perdagangan. Antara inisiatif-inisiatif yang dalam proses pelaksanaan adalah:
(i) Skim ASEAN Wide Self-Certification;
(ii) ASEAN Single Window;
(iii) ASEAN Solutions for Investments, Services and Trade (ASIST);
(iv) ASEAN Trade Repository (ATR); dan
(v) ASEAN Customs Transit System (ACTS).
Dengan usaha memperdalamkan integrasi ekonomi, ASEAN juga telah berjaya menarik pelaburan asing. Sebagai contoh kemasukan pelaburan sentiasa meningkat dan pada tahun 2014 dengan jumlah pelaburan asing yang dicatatkan adalah sebanyak USD136 bilion. Jumlah ini melebihi kemasukan pelaburan asing ke China iaitu sebanyak USD128 bilion. Usaha pembentukan AEC juga telah membawa kepada kenaikan kualiti hidup warga ASEAN di mana KDNK per kapita telah meningkat pada USD4,136 pada tahun 2014 berbanding dengan USD2,308 pada tahun 2007.
Tuan Yang di-Pertua, pemimpin-pemimpin ASEAN telah menyedari bahawa usaha untuk memperkukuh dan memperdalamkan ekonomi ASEAN harus dipercepatkan lagi bagi memastikan secara kolektif, ASEAN boleh menangani krisis ketidaktentuan ekonomi dan kewangan. Ini berdasarkan bahawa secara individu setiap negara ASEAN tidak mempunyai kuasa ekonomi bagi menangani krisis-krisis ekonomi dan kewangan yang mungkin dihadapi oleh negara-negara ASEAN.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Selain daripada integrasi ekonomi ASEAN, ASEAN juga turut memperkukuhkan hubungan dengan rakan-rakan dagang utama melalui perjanjian-perjanjian perdagangan bebas dengan Republik Rakyat China, Jepun, Republik Korea, India, Australia, dan New Zealand serta kerjasama ekonomi dengan Kanada, Amerika Syarikat, Kesatuan Rusia, Kesatuan Eropah dan lain-lain. Ini adalah penting untuk memastikan akses pasaran bagi eksport ASEAN.
Dengan hakikat ini pemimpin-pemimpin ASEAN telah pada 21 November 2015 memperakukan Pelan Tindakan Komuniti ASEAN 2025. Pelan ini menggariskan langkah- langkah strategik yang perlu dilaksanakan mulai tahun 2016 hingga tahun 2025 bagi memastikan ASEAN kekal sebagai sebuah rantau yang dinamik dan boleh menghadapi cabaran-cabaran ekonomi global. Pelan ini juga menggariskan pelbagai usaha yang akan dilaksanakan secara kolektif bagi membantu syarikat-syarikat mikro, kecil dan sederhana supaya mereka dapat meneruskan perniagaan secara kompetitif di rantau ini.
Selain itu bagi mengatasi cabaran-cabaran global, ASEAN juga berusaha untuk memperluaskan aktiviti-aktiviti bagi menarik pelancong-pelancong asing dan mewujudkan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau atau Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP).
Suka juga saya tambah di sini, Malaysia merupakan antara negara pelabur utama di kalangan ASEAN, di mana syarikat-syarikat Malaysia telah melabur secara meluas dalam perbankan, perladangan, perhotelan, pelancongan, industri penerbangan serta perkilangan, utiliti serta infrastruktur.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Sehingga kini adalah dianggarkan lebih daripada 1,500 buah syarikat Malaysia sedang beroperasi di negara-negara anggota ASEAN termasuklah AirAsia, Maybank, CIMB, Axiata, UEM, Bina Puri Sdn Bhd, Sime Darby, Petronas dan Gamuda Berhad.
Selain syarikat-syarikat multi nasional, syarikat-syarikat SME Malaysia juga telah berjaya menembusi dan beroperasi di negara-negara ASEAN seperti Secret Recipe, Marrybrown, Ingress, Hi-O Sdn. Bhd., Hup Seng, Julie’s, Success Transformer Corporation Berhad, Nibong Tebal Paper Mill Sdn. Bhd., Man Sketch Technologies Sdn. Bhd., Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Hot and Roll, Mamee, The Safeguards Corporation.
Pelaburan syarikat-syarikat Malaysia di luar negara bukan sahaja menjana penghantaran balik keuntungan dan dividen yang tinggi ke Malaysia malah, akan memberi nama yang baik kepada tanah air kita. Integrasi ekonomi ASEAN bukan sahaja akan memberi manfaat kepada Malaysia, tetapi juga negara-negara ASEAN yang lain. Malaysia berhasrat untuk melihat ASEAN menjadi sebuah rantau tanpa sempadan dan inclusive yang akan melonjakkan ASEAN sebagai rantau yang maju dan berpendapatan tinggi per kapita, kualiti hidup yang tinggi serta keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan di rantau ini.
Langkah-langkah ini secara tidak langsung akan membantu Malaysia dan ASEAN untuk menangani krisis ketidaktentuan ekonomi.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kita bersyukur alhamdulillah atas segala pencapaian negara-negara ASEAN dan juga bersyukur kerana negara kita telah memainkan peranan untuk memberikan leadership terhadap pencapaian tersebut. Soalan tambahan saya ialah apakah Yang Amat berhormat Perdana Menteri sedar walaupun sedemikian, kejayaan-kejayaan yang telah kita capai termasuk di peringkat ASEAN bagaimana Yang Amat Berhormat telah memainkan peranan dan memberikan pimpinan sehingga terwujud Pelan Tindakan Komuniti ASEAN dan pelbagai kejayaan-kejayaan lain.
Sementara di peringkat domestik pula, Yang Amat Berhormat telah ternyata membuktikan kejayaan-kejayaan dalam menguruskan ekonomi negara dengan petunjuk- petunjuk yang jelas pengiktirafan oleh World Economic Forum, Fitch rating dan sebagainya.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Apakah Yang Amat Berhormat sedar bahawasanya Yang Amat Berhormat sekarang ini sedang berhadapan dengan satu tekanan dan kempen ‘benci’ yang sedang rancak dijalankan dan apakah pendirian Yang Amat Berhormat dengan perilaku-perilaku yang sedang wujud itu?
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, saya memang sedar dan saya tidak hairan perkara ini berlaku sebab pada masa dahulu waktu Tun Dr.
Mahathir jadi Perdana Menteri pun macam-macam dilemparkan kepadanya seperti maha zalim, maha firaun dan lain-lain lagi. Akan tetapi sekarang ini nampaknya duduk bersama pula...
[Tepuk] Saya hendak beritahu bahawa sebagai Perdana Menteri dan rakan-rakan saya dalam pentadbiran, kami tetap beristiqamah dan fokus...
[Tepuk] Ini penting. Apa pun serangan, kita jangan hilang hala tuju, jangan hilang fokus, kita tetap komited untuk melaksanakan pelan kita sebab kita sudah ada pelan, Tuan Yang di-Pertua dan pelan kita sekarang ini dilaksanakan, pelan kita berjaya dan diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagaimana Yang Berhormat Ketereh sebut tadi. Jadi maknanya kalau kita terus beristiqamah, konsisten, lambat laun rakyat akan menghargai usaha yang akan dilakukan oleh kerajaan...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah cara-cara yang digunakan oleh Malaysia untuk menangani kepelbagaian dan perbezaan dalam pelbagai segi di ASEAN. Apakah usaha untuk menyeimbangkan dengan TPPA dan RCEP dan hubungan dengan China juga Amerika Syarikat?
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, kita mesti menganggap bahawa Malaysia ini sebagai sebuah negara trading nation, negara perdagangan antara yang tertinggi di dunia sebab kita punya jumlah perdagangan adalah lebih kurang 70 peratus daripada GDP ataupun KDNK Malaysia. Maknanya, ini meletakkan Malaysia antara yang tertinggi di dunia.
Justeru kita perlu menjadi sebahagian daripada regional dan global trading architecture yang berkisar ataupun berpegang kepada free trade. Maknanya perdagangan bebas yang mana access pada market, pada pasaran akan menguntungkan kita. Sebab itu kita bersetuju menjadi anggota kepada TPPA dan insya-Allah, tidak lama lagi kita akan jadi anggota pada RCEP di mana negara China dan India adalah sebahagian daripada RCEP.
Maknanya dengan TPPA pun kita jadi member, menganggotainya, RCEP pun kita menganggotainya, dan AFTA pun Malaysia jadi sebahagian daripada ASEAN Free Trade Area. Tidak lama lagi kita akan runding dengan EU pula dan beberapa negara yang lain. Jadi maknanya kita mempunyai kedudukan yang amat strategik dlm apa sahaja global dan reginal trade architecture.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak tanya, dalam perkara di mana kita dilanda krisis ketidaktentuan dan krisis confidence, apakah tindakan Yang Amat Berhormat untuk menangani isu di mana di mana media seluruh dunia sekarang menumpu kepada Yang Amat Berhormat Pekan di mana isu 1MDB, isu wang yang tertimbul ataupun yang wang yang wujud...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat senyap.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
...Dalam akaun peribadi Yang Amat Berhormat. Isu ini belum diselesaikan dan belum dijawab dengan jelas. Kalau tidak jelas, keyakinan daripada pelabur asing semua akan tertindas. There has never been more negative media attention on Malaysia ever in history. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat tidak perlu jawab kalau Yang Amat Berhormat tidak mahu jawab kerana soalan itu amat melencong daripada soalan asal. Kalau...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, kalau saya benarkan Ahli Yang Berhormat untuk bertanya kepada Yang Amat Berhormat sehingga tiga soalan, ambil kesempatan untuk tanya soalan yang non-political. Ahli Yang Berhormat, terpulang kepada Yang Amat Berhormat menjawab atau tidak menjawab. Akan tetapi dia melencong daripada soalan asal.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, memang dia cari kesempatan sepanjang masa. Akan tetapi sebenarnya fakta pencapaian kita itu yang penting. Maknanya pelaburan dari luar, FDI semakin mengalir ke negara kita, pencapaian ekonomi kita antara yang tertinggi di dunia. Jadi maknanya...
[Tepuk] Ini isu-isu yang diuar- uarkan secara tersusun, dengan izin, orchestrated. Akan tetapi kita akan beri jawapan sebab saya bertanggungjawab kepada rakyat. Maknanya saya akan serahkan kepada PAC menentukan 1MDB dan RM2.6 bilion kita pun ada proses untuk ditentukan oleh pihak yang berkenaan. Jadi tidak ada apa-apa yang patut kita risaukan bahawa proses akauntabiliti akan tetap jalan bagi negara kita...
[Tepuk]
2. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu] minta Menteri Pertahanan menyatakan, adakah benar Malaysia sebahagian daripada gabungan tindakan tentera yang dipimpin Arab Saudi untuk menyerang Syria. Jika benar, mengapakah pihak kementerian tidak mendapatkan kelulusan Parlimen.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Tuan Yang di-Pertua, penglibatan awal ATM bermula pada April 2015. Apabila dua buah pesawat pengangkut C130 digunakan untuk membawa seramai 70 orang rakyat Malaysia yang telah berjaya dievakuasi dari Aden, Yaman ke Djibouti, melalui jalan laut dan telah diterbangkan oleh pesawat tersebut ke kawasan selamat di Jeddah dan di Abu Dhabi.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Sehingga kini, proses evakuasi rakyat Malaysia yang diterajui oleh Majlis Keselamatan Negara dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk ATM telah berjaya membawa pulang seramai 673 rakyat Malaysia ke negara ini. Fakta. Atur gerak troupe dan aset ATM ini telah dilaksanakan melalui empat siri penggiliran yang melibatkan dua buah pesawat C130 dan masa kini seramai 31 pegawai dan 56 anggota lain pangkat masih berada di Riyadh. Fakta. Troupe ATM ini telah ditempatkan di Prince Sultan Air Base (PSAB) Riyadh, Arab Saudi yang digunakan sebagai pangkalan operasi hadapan untuk tujuan siap sedia atau standby, dengan izin, bagi evakuasi rakyat Malaysia yang masih berada di Yaman.
Tuan Yang di-Pertua, situasi di Yaman pada masa ini masih lagi bergolak dan tidak menunjukkan sebarang tanda yang positif bagi keamanan, malah keadaan menjadi lebih agresif dan berbahaya. Puak Syiah Houthi masih menguasai hampir kesemua bandar-bandar utama di Yaman dan sedang melaksanakan gerakan ofensif secara besar-besaran di seluruh negara berkenaan. Sehingga Februari tahun ini, masih terdapat 398 orang rakyat Malaysia yang berada di Yaman. Fakta.
Tuan Yang di-Pertua, bagi penglibatan troupe ATM di dalam latihan akses exercise dengan beberapa negara di Arab Saudi, suka saya jelaskan bahawa pihak ATM telah dijemput oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menyertai joint training exercise Raad Al-Shamal, exercise Thunder of the North yang diadakan mulai 16 Februari hingga 10 Mac tahun ini.
Latihan ini melibatkan penyertaan daripada 20 buah negara di kawasan latihan Hafar Al-Batin dan di Tabuk di wilayah utara Arab Saudi. Jemputan ini adalah mengambil kesempatan atas kehadiran troupe ATM yang sememangnya sekarang ini berada di Arab Saudi.
Latihan ini juga merupakan latihan ketenteraan pelbagai negara yang telah diwujudkan lebih 15 tahun lalu, tetapi inilah julung-julung kalinya ATM dijemput untuk menyertai latihan exercise seperti ini. Suka saya jelaskan bahawa jemputan Kerajaan Arab Saudi ini adalah berdasarkan kepada hubungan bilateral kedua-dua negara yang berada di tahap yang cukup tinggi. Latihan ini diadakan di utara Arab Saudi, sementara Yaman pula terletak di bahagian selatan sempadan Arab Saudi. Justeru, jelas sekali latihan ini tidak ada kaitan langsung dengan kempen ketenteraan terhadap Yaman ketika ini.
Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian dan ATM berpandangan adalah wajar pendedahan latihan seperti ini diberikan kepada ATM dengan berasaskan kepada pertimbangan berikut:
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
(i) dapat meningkatkan kemahiran anggota dengan cara memperkukuhkan kerjasama pertahanan, meningkatkan aspek experience sharing dan knowledge transfer, dengan izin, serta interoperability di peringkat operational dan taktikal; dan
(ii) peningkatan experience sharing dan knowledge transfer, dengan izin, daripada penyertaan ATM juga akan memberi peluang untuk menimba pengalaman serta merapatkan hubungan dengan negara-negara yang terlibat dan sekali gus memperkukuhkan diplomasi pertahanan Malaysia dengan negara-negara tersebut.
Pelaksanaan akses exercise ini pula mempunyai matlamat-matlamat seperti berikut:
(i) mencapai matlamat capacity building serta meningkatkan keupayaan ATM melalui peningkatan kemahiran di dalam keupayaan exercise bersama dengan negara-negara yang terlibat;
(ii) memperkukuh dan mengeratkan hubungan pelbagai hala dan kerjasama ketenteraan dengan negara-negara yang terlibat;
(iii) meningkatkan persefahaman dan memperkasakan confidence building measures yang semua angkatan yang terlibat serta menjalin capacity building dalam aktiviti pelbagai hala; dan
(iv) mewujudkan personal networking di peringkat tertinggi dan peringkat kumpulan kerja terutamanya melibatkan aspek strategik dan seterusnya meningkatkan hubungan antarabangsa ketenteraan.
Penyertaan ATM di dalam latihan ini akan memanfaatkan negara kerana:
(i) keupayaan bekerjasama dengan tentera pelbagai negara. ATM berkeupayaan untuk bekerjasama dan beroperasi dengan tentera dalam pelbagai aspek daripada negara-negara yang walaupun musuhnya sama, tetapi mungkin kaedah dan pendekatannya berbeza dan dengan secara tidak langsung akan membawa kepada konsep interoperability di antara semua negara yang terlibat. Kemampuan ini adalah sejajar dengan konsep dasar pertahanan negara dan akan memperkuatkan lagi bilateral dan juga global interaction dan pada akhirnya akan menguatkan confidence dan security building measures;
(ii) peningkatan tahap kesiapsiagaan. Exercise yang dijalani dapat mengembangkan kepada peningkatan tahap kesiapsiagaan ATM, sekali gus memberi peluang beroperasi di persekitaran yang berbeza; dan
(iii) memberi peluang kepada ATM untuk lebih memahami prosedur- prosedur berkaitan bantuan kemanusiaan dan bencana HADR dan interoperability yang mungkin dilaksanakan kelak khususnya dalam operasi menyelamat dan membawa keluar warga Malaysia sekiranya berlaku konflik di rantau tersebut.
Tuan Yang di-Pertua dalam usaha ATM untuk menjadi sebuah angkatan yang credible di rantau ini, ATM akan sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk melatih warganya dalam pelbagai situasi dan suasana serta membolehkan ATM beroperasi dalam multi train. Akhir kata kerajaan konsisten mengatakan bahawa Malaysia menyokong sebarang usaha membanteras kegiatan militan, namun ATM tidak terlibat sama sekali dengan sebarang operasi ketenteraan di Yaman. Sama-samalah kita berdoa semoga niat murni kita untuk melindungi keselamatan rakyat negara kita akan tercapai dan anggota- anggota ATM yang bertugas di sana sentiasa dilindungi Allah SWT. Terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri atas jawapan yang saya bentangkan. Sebenarnya saya tidak dalam soalan saya sedikit pun tidak sentuh tentang penglibatan kita dalam Yaman.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya ingin dapat penjelasan daripada Menteri, sama ada tentera yang terlibat dalam latihan Northern Thunder ini sama ada adalah tentera yang sama yang kita berulang kali Menteri telah jawab dalam Parlimen ini, bahawa mereka terlibat dalam humanitarian mission di Yaman. Adakah tentera ini adalah kumpulan yang sama, sama ada kita ada tambah lagi anggota tentera kita untuk menyertai Northern Thunder exercise ini?
Saya juga ingin dapat penjelasan daripada Menteri bahawa pada 16 Februari, Menteri menafikan pengetahuan tentera kita terlibat dalam latihan ini dan menyatakan ingin dengan kalau ikut laporan, “I will find out from ATM whether our troupes a part of the exercise”. Saya juga dengar dengan teliti tadi, menyatakan untuk menyertakan kesediaan kita untuk bersama-sama dengan negara-negara yang dilatih ini sekiranya berlakunya konflik. Maksud sebenarnya dalam soalan saya ialah jika Saudi memutuskan untuk menyertai peperangan secara besar-besaran di Syria, apakah pendirian kerajaan, sama ada kita akan bersama- sama untuk menyertai ini? Apakah kebijaksanaan kita untuk diheret dalam satu konflik di luar rantau kita? Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Jawapan kepada soalan pertama tadi jelas bahawa anggota yang terlibat di dalam North Thunder merupakan anggota yang sama, tidak ada tambahan kepada anggota yang sedia ada di Riyadh. Dalam jawapan asal saya tadi pun, saya telah menyatakan bahawa kesempatan anggota yang berada di Riyadh hari ini terlibat dalam exercise itu merupakan satu peluang keemasan bagi kita.
Kita tidak perlu risau dan bimbang dalam pendekatan ATM mengadakan exercises pelbagai hala, sama ada bilateral atau dalam konteks North Thunder kali ini. Ini kerana untuk tahun ini sahaja, kita telah merancang untuk mengadakan 41 exercises yang melibatkan ATM dan di antaranya termasuk juga sebagai contoh, negara-negara Five Power Defence Arrangements (FPDA) dengan United Kingdom, New Zealand dan juga Singapura.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Ini merupakan exercise biasa untuk kita memastikan hujah saya tadi dalam ucapan memberikan kelebihan, kemahiran, kepakaran dan pengalaman kepada anggota kita. Kedua, berhubung kait dengan hujah Yang Berhormat Batu tadi sama ada kita akan terlibat secara dalam konteks ketenteraan di kawasan-kawasan yang bergolak. Saya sudah nyatakan berulang kali, tidak.
Penglibatan kita kalau berdepan dengan keganasan, saya sudah beritahu kepada kepimpinan tertinggi The Kingdom Saudi Arabia bahawa 4 track yang mereka telah bentangkan kepada kesemua 20 negara yang terlibat dalam alliance ini. Bahawa pertamanya, memastikan bahawa punca kewangan kepada Daish khususnya dapat kita tangani untuk membanteras bersama.
Kedua, narrative, the counter narrative kepada ideologi Daish mesti kita bentangkan kerana ancaman IS dan Daish berbeza dengan ancaman yang kita hadapi dahulu dengan Al- Qaeda dan sebagainya. Perkara ketiga ialah berhubung kait dengan kaedah komunikasi, bagaimana kita dapat pastikan media-media termasuk media barat tidak melihat bahawa ini menggambarkan Islam. Keganasan yang dilihat di kaca TV hari ini menggambarkan the true face of Islam, tidak.
Keempat, baru pendekatan ketenteraan dan perkara keempat itu saya telah nyatakan kepada kepimpinan Saudi bahawa Malaysia tidak sanggup untuk terlibat secara langsung dalam operasi ketenteraan. Beza dia antara exercise yang diadakan di North Thunder dan operasi yang diadakan di Yemen. Kedua, saya hendak nyatakan di sini kalau Yang Berhormat kaji, teliti anggota kita yang berada di sana peranan dan keupayaan anggota kita di sana pun tidak bersandarkan kepada tindakan offensive.
Mereka ini, dengan izin, not design for offensive operation tetapi untuk mengisi evakuasi dan pertahanan kendiri. They are not trained to go on the offensive, they don’t have the access to go on the offensive. Jadi, sebahagian besarnya ialah untuk memastikan bahawa dua Charlie 130 kita serviceable dan sebahagian lain memastikan bahawa dua pesawat itu selamat.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Jadi, dakwaan atau tuduhan atau apa yang hendak digembar-gemburkan oleh Yang Berhormat daripada realitinya on the ground daripada character anggota ATM kita pun tidak masuk akal.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Mersing.
Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Bow tie itu cantik Yang Berhormat Mersing.
Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing
Ikut Tuan Yang di-Pertua sahaja itu- yang dapat. Soalan tambahan. Yang Berhormat Menteri, Malaysia melalui ATM memang mempunyai track record. Ada negara ada track dia tidak ada record. Ada negara dia ada record dia tidak ada track. Akan tetapi, kita ada track record dalam misi keamanan dan evakuasi. Umpamanya, Ops Piramid kita evacuate 15,000 pelajar kita di Mesir sewaktu krisis dan kali ini di Yaman.
Soalan Yang Berhormat Batu ini sebenarnya uncalled for, soalan Yang Berhormat Batu berniat jahat seolah-olah...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya ingat kita..
Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing
Belum habis lagi, this is my floor.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Hendak tanya soalanlah....
Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing
Hendak tanyalah ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Dalam peraturan mesyuarat bolehkah kita tuduh Ahli Parlimen yang lain berniat jahat.
Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing
Relakslah, Tuan Yang di-Pertua, ada Usul lagi. Dahulu masa Lahad Datu dia kata sandiwara. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri..
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk dahulu, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat..
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tuan Yang di-Pertua, saya telah ucap dalam ini, mahkamah sudah bebaskan perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk dua-dua, duduk dahulu Ahli Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ini sudah kata tuduhan berniat jahat ini.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Mersing, ini sesi soal jawab. Ini bukan sesi soalan dan makluman. So, saya persilakan untuk soal soalan tambahan.
Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing
Soalan saya satu sahaja Tuan Yang di- Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri adakah soalan daripada Yang Berhormat Batu ini memberi satu gambaran kepada semangat ahli-ahli anggota ATM sehingga soalan sebegini rupa menjatuhkan semangat berkaliber yang ada di ATM untuk berkhidmat untuk negara di mana-mana.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya hendak tanya Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kalau soalan ini, Tuan Yang di- Pertua, walaupun soalan ini ditanya maksudnya ini menggunakan kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, duduk. Biar saya yang menentukannya, Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kalau ini soalan yang tidak relevan tolak sahaja dalam kamar.
Tuan Yang di-Pertua
Biar saya yang menentukan. Yang Berhormat, biar saya yang menentukan. Yang Berhormat Menteri, soalan itu soalan tambahan tadi itu saya rasa jauh melencong daripada soalan asal jadi tidak payahlah Yang Berhormat Menteri jawab.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Mersing mantan Timbalan Menteri Pertahanan. Jadi, beliau mempunyai kredibiliti untuk menyatakan sesuatu yang berhubung kait dengan moral anggota kita. Saya hendak beritahu bahawa Anggota Tentera Malaysia lah yang menyelamatkan anak-anak kita di Yemen...
[Tepuk] Dalam keadaan yang cukup sukar dan sebahagian besar daripada anak-anak kita yang diselamatkan merupakan anak-anak rakan-rakan Yang Berhormat Batu daripada pihak pembangkang. Kita tidak pilih bulu dan itu menjejaskan keselamatan anggota kita. Jadi, tuduhan-tuduhan yang melulu dan tidak berasas sememangnya akan menjejaskan moral.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Mana ada tuduhan, Yang Berhormat Menteri mana tuduhan. Saya tidak sebut Yemen pun, soalan saya ialah sama ada kaitan dengan kedudukan serangan di Syria.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Sama ada kaitan dengan kedudukan serangan tentera kita di Timur Tengah.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tidak ada isu Timur Tengah. bacalah soalan. Read my question. Read my question.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Kalau kita tidak melibatkan soalan berhubung kait dengan kehadiran anggota kita..
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sama ada kita- tidak ada isu tentang Yemen.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sudah nyatakan bahawa apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu yang menuntut jawapan secara fakta saya sudah jawab.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yalah, jangan politiklah.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Yang Berhormat Mersing jangan bimbang, sekiranya kita beristiqamah, fokus dan konsisten- insya-Allah kita berada di atas landasan yang benar...
[Tepuk]
3. Dato’ Sri Hasan bin Malek [Kuala Pilah] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, apakah mekanisme yang diambil oleh kementerian untuk membantu petani luar bandar memasarkan produk mereka bagi menjamin kelangsungan petani-petani ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas kepada sahabat saya dari Kuala Pilah. Nampaknya beliau walau apa jadi sekalipun tetap berjuang demi rakyat membangkitkan rakyat yang berkaitan dengan kepentingan rakyat luar bandar.
Antara langkah yang diambil oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui jabatan dan agensi di bawahnya untuk membantu petani di luar bandar memasarkan produk mereka adalah seperti berikut. Pertama, ladang kontrak. Ladang kontrak ini ialah satu skim atau projek di mana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan agensi-agensi di bawahnya membantu para petani, pekebun mengeluarkan hasil-hasil keluaran mereka dari segi pengeluaran sehinggalah kepada pemasaran.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Pada masa ini, terdapat lebih kurang 4,000 petani yang mengambil bahagian dalam skim atau projek ladang kontrak ini, Tuan Yang di-Pertua. Keluasan tanah lebih kurang 7,000 hektar. Tanaman-tanamannya, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya dan keluaran yang direkodkan sebanyak 300,000 metrik tan setahun yang dikeluarkan oleh ladang kontrak bernilai RM600 juta nilai keluaran ladang kontrak ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Daripada segi kejayaan meningkatkan pendapatan pekebun atau petani Tuan Yang di-Pertua, mereka didapati telah memperoleh peningkatan pendapatan daripada RM1,500 kepada RM2,500 seorang. Ini satu kejayaan yang boleh kata membanggakan.
Satu lagi program yang dijalankan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ialah program KUKUH. KUKUH ini ialah program di mana business matching dibuat di antara pengeluar atau pekebun dengan pemasar. Seorang pemasar dimatchkan ataupun ditemukan dengan lima orang pekebun supaya hasil keluaran dari kebun mencukupi untuk dipasarkan oleh pihak pemasar. Di sini kita juga memberi peluang kepada pekebun-pekebun melalui business matching ini outlet ataupun pasar-pasar market access untuk produk mereka dalam bentuk agrobazaar, kedai rakyat dan kedai Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, pasar tani kekal, pasar tani, pasar komuniti dan juga karavan, gerai buah-buahan segar, motosikal roda tiga dan karavan tani.
Kementerian dengan kerjasama LPP menyediakan pusat-pusat pengumpulan bagi hasil-hasil keluaran pekebun-pekebun di luar bandar ini. So, in a nutshell, Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan agensi-agensi membantu petani- petani di luar bandar ini daripada segi pengeluaran produk mereka dan juga pemasaran produk mereka. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Sri Hasan bin Malek - Kuala Pilah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberi penjelasan yang begitu menyeluruh kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pihak kementerian ataupun khususnya MOA ini dalam membantu golongan petani. Kita mengucapkan tahniah dan diharap usaha ini akan terus dipertingkatkan demi kepentingan petani di luar bandar.
Namun begitu masih lagi terdengar keluh-keluhan daripada golongan-golongan petani mengenai hasil pertanian mereka yang dibeli oleh FAMA pada harga yang rendah. Ini keluh- keluhan bila kita pergi ke bawah, sebahagian daripadanya.
Oleh kerana itu, soalan tambah saya ialah apakah langkah terbaik FAMA dalam memastikan harga yang kompetitif ini agar dapat setidak-tidaknya ia bersaing dengan peraih ataupun langkah-langkah yang membantu para petani dalam mengimbangi kos sara hidup mereka pada hari ini. Jadi secara khususnya peranan FAMA itu sendiri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
FAMA ini sebagai agensi pemudah cara. Ia memudahkan pihak pengeluar atau pekebun untuk tujuan pemasaran produk mereka dan mewujudkan ruang-ruang pasaran seperti yang saya sebut sebentar tadi iaitu pasar tani, pasar tani kekal, agrobazaar rakyat dan sebagainya.
FAMA kadang-kadang membeli produk ini dan dijual di outlets yang saya sebutkan tadi.
Dalam pada itu, pengeluar juga atau pekebun boleh menjual sendiri hasil produk mereka kepada orang lain sekiranya mereka mendapat harga yang lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh FAMA. Akan tetapi bantuan tetap diberi daripada segi pengeluaran dengan kerjasama agensi yang lain untuk memastikan bahawa pekebun dapat mengeluarkan produk mereka dengan baik.
Dalam transaksi ini antara FAMA dengan pekebun, memang kita menerima rungutan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Pilah tadi iaitu kadang-kadang pegawai FAMA yang di bawah, mereka agak memilih. Hasil-hasil pertanian yang bagus dibeli, ada yang tidak begitu berkualiti ditolak atau ditawarkan dengan harga yang sangat rendah.
Jadi di sini, saya sudah menjangkakan soalan ini pun keluar. Itu sebab semalam apabila saya dapat taklimat daripada pegawai FAMA, saya beritahu, “FAMA must do something”. They must be just like anybody else, dengan izin. Like other business people. They want to do it, they must be like other business people iaitu dia tak boleh beli yang baik sahaja, yang tak berapa baik gred yang bawah, ‘B’ kah, ‘C’ kah, they also must buy.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
They cannot just buy grade A and any produce, there is always orang kata produk- produk yang kualitinya ada yang reject punya kes, ada yang kualitinya rendah tetapi a good wholesaler, a good marketer, dia borong semua supaya pihak pembekal akan dapat membekalkan dengan secara konsisten. So, ini saya telah minta. No, I have to do it very open. There is nothing to be orang kata hendak malu dalam hal ini. Now kita muhasabah diri.
Bukan makna kita baik semua, kita tahu semua. We are not perfect, we do everything perfect. So if it has to be improved, it has to be improved, dengan izin. So what I’m trying to say Tuan Yang di-Pertua dengan izin, my part is to advice, to encourage FAMA to improve their business transaction dengan pihak pekebun dengan cara secara business organization. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. soalan tambahan saya ialah antara cabaran yang kita lihat berlaku di kalangan para petani dan pekebun buah-buahan khususnya ialah masalah hasil yang bermusim. Jadi saya ingin tahu apakah teknologi yang digunakan oleh kerajaan untuk proses penyimpanan ataupun proses menghasilkan buah-buahan yang lambakan berlaku contoh seperti durian. Apabila musim durian, harganya 50 sen sahaja sekilo di kampung-kampung.
Jadi macam manakah teknologi yang digunakan oleh kerajaan sama ada penyimpanan atau pemprosesan supaya hasil buah-buahan yang bermusim ini dapat dikecap nikmat hasilnya sepanjang tahun dan boleh dieksport ke luar negara. Minta penjelasan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Tuan Yang di-Pertua, kita tak boleh terus kekal sebagai primary producer iaitu mengeluarkan raw produce and you sell. We have to advance our business, we have to go into processing. If we have too many durian, durian boleh dibuat macam-macam produk lain. That is the technology.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Cakap ‘orang putih’ sahaja.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Eh, dia marah pula orang cakap ‘orang putih’, dia marah pula but I’m answering your question. Saya jawab soalan you, you tak faham kah. Dulu suruh belajar bahasa Inggeris, tak hendak...
[Ketawa] Belajar bahasa Arab sahaja.
Itulah pasal. Ini politik sedikit, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. So, maksudnya kita kena memproses hasil produk kita. Jadi bila banyak kah, tidak timbul dia akan dibuang begitu sahaja atau harganya tertekan dan menjadi rendah.
Benda yang boleh diproses, buah-buahan seperti nangka boleh diproses, buah mangga boleh diproses. Orang lain buat, this is- ini yang saya selalu di kementerian, menggesa pegawai-pegawai kerajaan dan juga petani-petani, kita mesti menjadi petani moden. Kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tidak boleh buat?...
[Disampuk]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Setuju? Tidak berapa berani hendak bersetuju itu. Yang Berhormat Kuala Langat, apabila benda betul tidak berapa berani hendak setuju. Terima kasih.
4. Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, bilangan isi rumah kategori miskin dan miskin tegar serta penerima bantuan am Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut daerah tahun 2000 hingga 2016.
Adakah kementerian berhasrat untuk menaikkan kadar bantuan am, jika tidak, mengapa.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Tuan Yang di-Pertua, mulai tahun 2008 sehingga Februari 2016 jumlah ketua isi rumah yang berdaftar di bawah kategori miskin tegar dan miskin melalui sistem maklumat kemiskinan negara atau eKasih di bawah Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri adalah seperti berikut. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, figures- jadi saya terpaksa baca.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
| Tahun | Ketua Isi Rumah |
|---|---|
| 2008 | 74184 |
| 2009 | 113211 |
| 2010 | 100809 |
| 2011 | 127835 |
| 2012 | 162157 |
| 2013 | 196375 |
| 2014 | 183983 |
| 2015 | 222565 |
| 2016 (sehingga Februari) | 228873 |
Bermakna meningkat. Setiap permohonan bantuan kewangan bulanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah dipertimbangkan dengan mengambil kira pendapatan garis kemiskinan sesebuah keluarga. Penerima bantuan am bagi tahun 2000 hingga tahun 2016 hingga Januari adalah seperti berikut. Tuan Yang di-Pertua, saya ambil tahun 2000 saya melangkau terus ke 2016.
| Tahun | Bilangan Penerima |
|---|---|
| 2000 | 54867 |
| 2014 | 113147 |
| 2015 | 110794 |
| 2016 (sehingga Januari) | 106401 |
Bagi daerah Muar, penerima bantuan am bagi tahun 2012 sehingga tahun 2016 iaitu sehingga Januari adalah seperti berikut:
| Tahun | Bilangan Penerima |
|---|---|
| 2012 | 1069 |
| 2013 | 980 |
| 2014 | 956 |
| 2015 | 884 sampai ke tahun 2016 |
Manakala bagi Parlimen Bakri, penerima bantuan am bagi tahun 2012 hingga tahun 2016 adalah seperti berikut. Tahun 2012, 369 orang dan sehingga tahun 2016 Januari 325 orang. Kadar skim bantuan am adalah berbeza dari negeri ke negeri kerana ia menggunakan peruntukan daripada kerajaan negeri masing-masing. Bagi Skim Bantuan Am Persekutuan, kementerian saya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kita membantu menyalurkan untuk Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Labuan dan Putrajaya.
Bagi memastikan kadar bantuan yang diberikan sentiasa relevan dengan keperluan semasa, kementerian saya mengguna pakai kriteria kelayakan berdasarkan pendapatan garis kemiskinan semasa yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri untuk menentukan kelayakan menerima bantuan kebajikan. Untuk makluman, kami sentiasa mengkaji daripada masa ke semasa semua jenis skim untuk memastikan bahawa insya-Allah mereka mendapat yang sangat berpatutan.
Untuk makluman, kita baru sahaja menaikkan daripada elaun bantuan am RM80 kepada RM100 pada tahun 2016 dan ia melibatkan tambahan peruntukan RM794,880 setahun yang melibatkan 3,312 penerima bantuan am persekutuan. Bagi menyelaras pula kadar bantuan yang lain, kita baru-baru ini dalam bajet tahun 2015 pada 10 Oktober telah menaikkan elaun pekerja cacat dari RM300 kepada RM350 sebulan, manakala bantuan OKU yang tidak bekerja kita naik daripada RM150 kepada RM200 sebulan dan perbelanjaan itu sudah menelan belanja RM66 juta.
Untuk makluman, memang kita sangat berharap bahawa kerajaan negeri daripada semasa ke semasa boleh mencadangkan kenaikan dari segi bantuan am. Untuk makluman sebagai contoh, Sarawak telah menaikkan kadar bantuan am RM50 sebulan seorang untuk bantuan am dan OKU mulai Januari 2016.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Jadi ini adalah sesuatu untuk meringankan beban buat sementara waktu sehingga penerima bantuan dapat keluar daripada kepompong kemiskinan. Insya-Allah kita hendak memberi tumpuan, kementerian hendak memberi tumpuan kepada pendekatan produktif welfare supaya para penerima bantuan boleh keluar dari kepompong kemiskinan dengan mengusahakan sesuatu untuk menambahkan pendapatan. Terima kasih.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang dan terima kasih kepada Menteri yang cantik menjawab soalan Yang Berhormat Bakri. Di sini saya hendak menanya soalan tambahan kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian mempunyai hasrat untuk meminda syarat pendapatan minimum RM720 memandangkan sekarang ini gaji minimum yang dikuatkuasakan adalah RM1,000?
Adakah kerajaan berhasrat untuk meminda peraturan satu bantuan untuk satu isi rumah? Sebagai contoh jika beberapa OKU dan pesakit terlantar yang menghuni rumah yang sama dan ketua keluarga juga tidak bekerja tetap kerana perlu menjaga OKU dan pesakit terlantar adakah kesemua mereka boleh memohon bantuan kebajikan?
Apakah piawaian kerajaan untuk menentukan jumlah bantuan memandangkan setiap negeri masing-masing menawarkan jumlah yang berlainan? Nyatakan cara kiraan yang digunakan. Bantuan am sebulan RM150 bagi negeri Johor setiap negeri memberikan jumlah bantuan am masing-masing tidak sama. Nyatakan syarat-syarat untuk memohon bantuan am untuk pemohon yang memperoleh pendapatan yang melebihi RM720. Sekian, terima kasih.
Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya ingin memberi takrifan untuk miskin dan miskin tegar. Kategori miskin tegar ialah golongan yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM550 bagi Semenanjung RM710 bagi Sabah dan RM660 bagi Sarawak. Bagi kategori miskin ialah golongan yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM930 semenanjung, RM1,170 bagi Sabah dan RM990 bagi Sarawak.
Mudah miskin, ada satu lagi kategori masuk yang dinamakan mudah miskin ialah golongan yang mempunyai pendapatan melebihi PGK bermaksud threshold di bawah RM1,500 bagi kawasan bandar dan RM1,000 bagi kawasan luar bandar. Ini Yang Berhormat semua telah ditentukan oleh Unit Perancang Ekonomi. Sebab ini kena diselaraskan, semua across board, dengan izin, mesti menggunakan garis panduan yang sama. Kalau Yang Berhormat mengatakan bahawa bila masa agaknya akan dikaji semula, jadi sama-samalah nanti kita akan mengutarakan. Saya rasa memang ada juga dalam proses sebab kadar ini tahun 2014.
Tadi Yang Berhormat Bakri mengatakan bahawa bagaimana pula dari segi bantuan.
Boleh tidak sesebuah household itu boleh mendapat lebih daripada satu bantuan?
Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Untuk makluman Yang Berhormat, memang ada Yang Berhormat sebab kita mengkaji dari semasa ke semasa keperluan. Kadang-kadang ia bermula dengan bantuan am tetapi selepas itu dia masuk ke usia emas. Jadi, kita upgradekan pula dia untuk mendapat bantuan di usia emas. Jadi saya rasa Yang Berhormat tadi mengatakan ini boleh di bawah Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar, ada satu. Bermakna, pemohon adalah penjaga sepenuhnya, sepenuh masa yang merupakan ahli keluarga dan insya-Allah, setelah segala proses kami teliti dan bila lulus, kita akan memberi RM300 sebulan bagi penjaga yang menjaga pesakit kronik atau pesakit terlantar.
Satu lagi tadi Yang Berhormat bertanya daripada segi kadar bantuan negeri-negeri adalah berlainan. Memang betul Yang Berhormat. Setakat ini, betul Yang Berhormat katakan tadi, kadar Bantuan Am Negeri, kalau ikut Johor memang RM150. Dahulunya, kadar lama RM40 hingga RM115. Jadi, ini kira naik jugalah, yang baru RM150. Yang paling tinggi Tuan Yang di-Pertua setakat ini dalam senarai kita ialah saya rasa Pulau Pinang iaitu RM220 hingga RM770 dan ini sebenarnya mengikut kemampuan negeri masing-masing. Terengganu ialah RM200 hingga RM450. Jadi ini adalah kami sangat alu-alukan memandangkan kebajikan adalah tanggungjawab bersama.
Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Jadi, terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat sebab ini adalah bagi saya sangat bermakna kepada kami segala feedbacks untuk kita membuat penambahbaikan.
Namun insya-Allah, kita akan cadangkan kepada negeri-negeri tetapi ini adalah kuasa di bawah kerajaan negeri masing-masing. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih banyak Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya kepada pihak kementerian. Saya mendengar tadi banyak yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri mengenai bantuan-bantuan yang diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan JKM ini.
Jadi soalan tambahan saya, bolehkah Yang Berhormat Menteri kongsikan di dalam Dewan ini mengenai selain daripada memberi bantuan tersebut, bantuan-bantuan dan juga program-program yang diberikan kepada penerima-penerima JKM ini dalam usaha untuk membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan? Sekiranya ada dan boleh kongsikan dengan kita dan selepas itu boleh juga Yang Berhormat nyatakan berapakah sebenarnya jumlah yang telah diberi bantuan melalui segala program dan bantuan dan mereka ini kemudiannya keluar kepada kepompong kemiskinan. Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat.
Sebenarnya Yang Berhormat, memang bermacam-macam skim yang kita beri itu bantuan Yang Berhormat. Akan tetapi pada masa yang sama, memang kita ada dinamakan exit policy.
Kita sentiasa meneliti supaya bagi yang berkemampuan untuk kita membuatkan up-skilling untuk dia menambahkan pendapatan yang lebih baik, kita masukkan di dalam beberapa program productive welfare seperti kita buatkan macam matching grants kita memberi mereka matching grants seperti kita bagi matching grants untuk mereka membeli alat-alat menjahit dan sebagainya dan kita masukkan juga di dalam 1AZAM untuk mereka dapat pergi jauh. Kita memberi kursus-kursus untuk menambahkan dari segi skill mereka supaya mereka boleh pergi jauh.
Kita juga ada beberapa projek perintis yang kita buat pada masa ini di dalam pioneer status iaitu di Negeri Sembilan dan juga di Perlis, kita telah mengenal pasti 503 orang penerima bantuan yang mana mereka ini kita latih sebegitu rupa, kita matchkan dan kalau dia kata dia hendak bekerja, kita matchkan di bawah Job Coach supaya dia bekerja dengan majikan-majikan. Kalau tidak, kita pastikan bahawa mereka menjalankan perusahaan di dalam usahawan dan kadang-kadang Yang Berhormat selaku pengerusi MATRADE pun boleh membantu di situ. Ini disebabkan ada mereka sudah boleh pergi jauh untuk membawa produk-produk mereka termasuk ke luar negara...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Di sinilah 1AZAM ini pun banyak yang kita lakukan supaya mereka ini tidak bergantung Tuan Yang di-Pertua, sepenuhnya kepada bantuan kebajikan sebab kami merasa mereka sebenarnya ada potensi dan kalau mereka dapat menambahkan pendapatan, mereka juga boleh membantu rakan-rakan yang lain. Jadi ini adalah sesuatu yang sangat kami galakkan.
Jumlahnya, sebab kalau hendak ikut daripada 1AZAM, kita ada 170,000 yang mengambil bahagian dan boleh dikatakan 70 peratus daripada 170,000 yang masuk 1AZAM ini adalah wanita dan mereka menunjukkan bahawa mereka memang ada potensi yang begitu baik. Jadi kita sudah dapat exitkan mereka dan pada masa yang sama, mereka boleh membantu yang lain pula. Jadi insya-Allah, terima kasih. Mungkin banyak lagi diutarakan untuk kami menambah baik sebab banyak yang kami hendak buat adalah melalui N-BOS.
Terima kasih.
5. Datuk Dr. Ewon Ebin [Ranau] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan:
(a) sama ada pihak kementerian bercadang untuk membina loji bekalan air mentah yang baru di Ranau berikutan dengan kerosakan loji sedia ada, ketika berlaku gempa bumi tahun lalu; dan
(b) sekiranya ada cadangan, bila dan di manakah ia akan dibina.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Ranau dan Dewan yang mulia ini, cadangan untuk membina sesebuah loji baru di negeri Sabah akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Air Sabah. Cadangan tersebut akan dikemukakan pada kementerian ini untuk diperakui kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan setakat ini, kementerian ini belum lagi menerima cadangan pembinaan loji baru di kawasan Ranau.
Menurut Jabatan Air Sabah, terdapat dua buah loji rawatan air di Ranau dengan jumlah kapasiti pengeluaran berjumlah 16 juta liter sehari. Berikutan kejadian gempa bumi yang berlaku pada tahun lepas, kedua-dua loji rawatan tersebut masih dalam keadaan baik dan beroperasi seperti biasa. Masalah sebenar yang dihadapi oleh kedua-dua loji tersebut selepas kejadian gempa bumi adalah untuk mendapat sumber air mentah yang sesuai bagi loji-loji berkenaan iaitu sumber air mentah yang berkualiti dan mencukupi.
Sumber air mentah menghadapi masalah kekeruhan yang teruk pada musim hujan atau apabila berlakunya hujan di kawasan tadahan air Gunung Kinabalu yang menjadi punca air bagi Sungai Liwagu. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kementerian ini dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Air Sabah akan mencadangkan pembinaan muka sauk baru untuk mengatasi masalah sumber air mentah bagi Daerah Ranau.
Cadangan pembinaan muka sauk baru yang dianggarkan RM50 juta di Sungai Kenipir yang mana melibatkan skop pembinaan muka sauk rangkaian paip transmisi, pam penggalak, tangki simpanan air, kos pengambilan tanah dan penyambungan bekalan elektrik.
Pihak Jabatan Air Sabah memaklumkan akan mengemukakan cadangan tersebut di dalam Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Kesebelas. Terima kasih.
Datuk Dr. Ewon Ebin - Ranau
Ya, Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Ekoran daripada kejadian gempa bumi tahun lalu, lebih kurang 20,000 orang pengguna di kawasan ini yang terpaksa menghadapi masalah gangguan bekalan air. Selain daripada itu, banyak juga kampung-kampung di kawasan Ranau yang mana sumber air mereka kering. Air paip yang sama ada dibina oleh Jabatan Kesihatan ataupun dibina melalui peruntukan-peruntukan lain seperti peruntukan ADUN, peruntukan Ahli Parlimen, kering dan tidak ada air kerana penduduk di sana sentiasa berulang-alik ke sungai berdekatan untuk mengangkut air.
Jadi persoalan saya di sini ialah Tuan Yang di-Pertua, apakah pelan-pelan kontingensi yang telah dirangka oleh kementerian dan pihak berkaitan bagi menghadapi masalah bekalan air yang terjejas akibat daripada bencana alam seperti gempa bumi dan juga banjir?
Datuk Dr. Ewon Ebin - Ranau
Kedua, adakah kementerian bercadang untuk menaiktarafkan dan menambah kapasiti pengeluaran air terawat di loji-loji bekalan air mentah bagi memenuhi keperluan penduduk setempat yang kian bertambah dan khususnya di luar bandar? Sekian.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Yang Berhormat Ranau atas soalan tambahan tersebut. Kementerian dan kerajaan negeri saya yakin sedia maklum mengenai dengan kedudukan bekalan air di Ranau khususnya susulan daripada gempa bumi yang telah terjadi pada tahun yang lalu.
Untuk makluman Dewan yang mulia, pada keseluruhannya keperluan air terawat di Ranau adalah sekitar 14 juta liter sehari dan kapasiti loji-loji yang telah saya sentuh tadi iaitu sejumlah lima buah loji yang sedia ada hanya sekadar boleh membekalkan kira-kira pada saat ini, 14.6 juta liter satu hari. Rasanya marginnya kurang daripada 0.5 percent, dengan izin.
Susulan daripada keadaan cuaca yang panas, beberapa juga sungai-sungai kecil yang digunakan oleh rakyat kampung untuk tujuan bekalan air melalui graviti begitu juga telah menurun sumber air tersebut.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Jadi untuk jangka panjang, sebagaimana yang saya telah sentuh tadi, sebenarnya ada juga cadangan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas ini sekurang-kurangnya untuk zon Kundasang, untuk membina sebuah loji baru dan pada saat ini, kos tersebut yang diluluskan adalah RM121.7 juta melibatkan kos pembinaan loji RM110 juta dan kos pembinaan komponen muka sauk RM11.7 juta.
Ini sekadar sebahagian boleh membantu zon Kundasang dan seperti mana yang terjadi sekarang, jika connectivity, dengan izin, ini terus bersambung kepada sistem pengagihan di Ranau, boleh juga di redirected kepada kawasan tersebut. Dijangka bahawa projek ini boleh dimulakan serta-merta memandangkan semua kewangan telah pun tersedia.
Sebenarnya ini daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh lagi. Kita juga boleh membantu dengan mobile treatment plant (Nomad) yang kita pasang di Kenipir dan setakat ini untuk makluman Yang Berhormat, loji tersebut, loji mobile itu telah dapat membekal 6,000 liter dalam tempoh lapan bulan yang lalu.
Jadi it’s put to use. 6,000 liter kapasitinya satu juta liter per day. So, it’s averaging about 0.6 atau almost 60 sampai 70 peratus daripada kapasitinya. Saya rasa bagi jangka panjang seperti mana yang saya sentuh tadi bahawa memandangkan pihak JBS Sabah bercadang untuk memindahkan intake itu kepada Sungai Kenipir seperti yang disentuh tadi.
Maka kita menunggu permohonan pihak jabatan daerah, negeri dan pihak kementerian akan menyokong permohonan tersebut yang anggarannya RM50 juta untuk Rolling Plan Kedua atau pun pada tahun hadapan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sekijang, ini hal dari Sabah, Ranau secara spesifik.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Soalan am, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya hendak bertanya dalam keadaan cuaca sekarang ini agak panas, beberapa buah kawasan tadahan air juga bukan sahaja di kawasan Ranau tetapi di seluruh negara menghadapi masalah. Jadi apakah pelan-pelan kontingensi yang telah dirangka oleh pihak kementerian dan pihak-pihak berkaitan bagi menghadapi masalah bekalan air yang terjejas akibat daripada kepanasan yang melampau ini? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Sekijang. Pihak kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama dengan MOSTI dan pihak kami sentiasa memantau keadaan sumber-sumber air mentah khususnya di empangan-empangan dan juga di kawasan-kawasan tadahan air. Kita dimaklumkan bahawa pihak MOSTI melalui Jabatan Meteorologi dan NRE telah pun membuat tindakan seperti cloud seeding dan seterusnya di tempat-tempat yang memerlukan.
Saya rasa jangka panjang pihak kementerian sedang berbincang dengan kementerian-kementerian yang lain khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dari segi soal perlindungan dan penjagaan tadahan-tadahan dan khususnya resevoir- resevoir kerana ada konflik overlapping regime negeri dan persekutuan dalam perkara ini.
siapa yang seharusnya yang bertanggungjawab daripada segi menjaga tadahan-tadahan air dan khususnya tadahan-tadahan yang menjadi feeder kepada resevoir empangan- empangan air.
Untuk jangka panjang, kita akan mengemas kini ini supaya peranan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat dapat diperkemas kini dan tanggungjawab yang sebenar boleh dipikul bersama atau pun diselaraskan supaya hanging subject matter seperti Tuan Yang di-Pertua, sebahagian empangan misalnya kalau muka air itu di bawah jagaan kementerian KETTHA, kalau sekadar muka air di dalam reservoir tersebut tetapi sesiapa yang menjaga tumbuh- tumbuhan dan tadahan adalah di bawah kerajaan negeri dan sebahagian perundangan terletak di bawah sumber asli Kerajaan Pusat. Ini perlu dikemas kini kalau tidak it is seen, dengan izin, in no man’s land. Kita sedang kemas kini untuk masa hadapan. Terima kasih.
6. Tuan Nga Kor Ming [Taiping] minta Menteri Kewangan menyatakan, secara terperinci berapakah jumlah wang yang dihantar balik oleh pekerja-pekerja asing kepada negara asal mereka mulai dari tahun 2010 mengikut tahun dan negara asal mereka.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Johari bin Abdul Ghani
Tuan Yang di- Pertua, jumlah wang yang dihantar ke luar negara untuk ganjaran dan pampasan pekerja di Malaysia melalui bank dan pemegang lesen bukan bank serta destinasi utama kiriman wang ke luar untuk tahun 2011 hingga 2015 adalah seperti berikut:
| Tahun | Jumlah (RM bilion) |
|---|---|
| 2011 | 15.7 |
| 2012 | 18.3 |
| 2013 | 22.7 |
| 2014 | 28.2 |
| 2015 | 34.7 |
Destinasi utama untuk kiriman wang keluar dari 2011 hingga 2015 ini adalah terdapat lima buah negara utama. Yang pertama, Indonesia pada tahun 2015, RM6.2 bilion, Bangladesh RM4.6 bilion, Nepal RM3.6 bilion, India RM1.19 bilion, Filipina RM1.1 bilion.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Taiping.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Saya ada dua soalan tambahan.
Daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menunjukkan setiap tahun jumlah duit yang dikirim balik oleh pekerja asing semakin bertambah. Tahun lepas RM34 bilion. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.
Soalan saya, di bawah RMKe-11 yang akan datang, kerajaan telah menyasarkan supaya jumlah pekerja asing tidak melebihi daripada 15 peratus daripada jumlah guna tenaga pasaran domestik. Ia bermaksud, sepatutnya jumlah pekerja asing tidak melebihi daripada 1,800,000 tetapi mengikut anggaran Kementerian Dalam Negeri, jumlah pekerja asing dalam negara kita kini adalah enam juta orang. Dua juta orang pekerja asing, dengan izin, ada permit kerja. Anggarannya empat juta orang lagi, tidak ada permit.
Maka jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi RM34 bilion yang dikirim balik oleh pekerja, saya rasa ini adalah jumlah daripada pekerja asing yang ada permit.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Adakah ia termasuk empat juta lagi the unseen pekerja asing tanpa izin? Adakah kementerian mempunyai jumlah ini dan adakah kerajaan mempunyai rancangan supaya hanya pekerja asing yang ada permit dapat mengirim wang balik? Ini supaya negara kita tidak mengalami pengaliran keluar mata wang asing yang semakin hari semakin serius. Ini pertama.
Kedua, soalan tambahan saya. Demi untuk memastikan sasaran Rancangan Malaysia Kesebelas ditepati bukan di‘capati’, maka apakah rancangan kementerian untuk menggalakkan majikan-majikan dalam negara ini mengupah rakyat Malaysia dan bukannya mengupah rakyat asing menjalankan kerja-kerja? Adakah kementerian mempunyai langkah- langkah memberikan pengecualian cukai, insentif, peruntukan, bantuan ataupun apa-apa bentuk supaya menggalakkan majikan dalam negara ini tidak lagi bergantung kepada pekerja-pekerja asing dan sasaran Rancangan Malaysia Kesebelas tidak menjadi angan- angan ‘Mat Jenin’ sahaja. Sekian, terima kasih.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, setakat 31 Disember 2015, official figure registered foreign worker adalah 2.1 bilion.
Seperti mana yang kita tahu bahawa figure yang saya sebutkan RM34 bilion tadi adalah angka yang kita dapat daripada kiriman-kiriman yang dibuat secara telus iaitu melalui institusi bank seperti Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat, money changer yang legalized money changer dan also Western Union. That is very capture.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Selalunya apabila kita hendak menghantar, kita mestilah mempunyai dokumen- dokumen mengesahkan bahawa kita pekerja. Jadi untuk menjawab soalan Yang Berhormat tadi ialah RM34 bilion ini adalah legal. Illegal saya tidak ada nombor, jadi mungkin soalan itu boleh kita ajukan kepada pihak KDN ataupun Kementerian Sumber Manusia.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa kita kena menukar budaya kita.
Nothing’s wrong kalau kita hendak employ foreign workers. Kita hendak employ foreign workers ini, ia kena memberikan manfaat kepada ekonomi negara. Saya bagi contoh, kalau industri-industri seperti plantation industry yang mana locals ataupun pekerja-pekerja tempatan berminat untuk bekerja, mengutip buah di ladang contohnya kelapa sawit ataupun getah, maka kalau kita employ foreign workers itu saya ingat tidak ada masalah kerana hasil daripada pekerjaan itu menyebabkan negara boleh mengeksport 80 bilion kita punya produk- produk ataupun kita punya komoditi.
Jadi apabila kita mengeluarkan duit bayar mereka, kemudian kita bawa masuk hasil eksport berbilion-bilion Ringgit, maka kita ada economy value. Begitu juga kalau kita tengok, kita mengambil pekerja-pekerja asing untuk membuat construction industry. Apabila kita membuat construction, kita tahu local dia tidak boleh duduk tengah-tengah panas itu. Jadi construction industry ini general almost RM100 bilion itu kita punya GDP, jadi itu memberikan economy value kepada kita. Isunya sekarang ialah apabila ramai majikan sudah mula tidak menggunakan local dalam service sector. Contoh, pekerja-pekerja di hotel, restoran, reseller, retailer. This a big chunk of kita punya economy, which is accounted for 54 peratus daripada kita punya DGP.
Dahulu all these service sector, kita jarang tengok foreign workers bekerja. Akan tetapi kita punya peniaga-peniaga ataupun business entiti yang melakukan perniagaan dalam service sector ini mengambil jalan mudah untuk mengambil foreign worker kerana dibayar murah. Saya ada hendak beritahu Yang Berhormat, ramai rakyat Malaysia setiap pagi cross to Singapore. Beribu cross to Singapore dan petang balik atau malam balik. Why? They pick up the job service sector, hotel, restaurant, retail shop dan sebagainya. Why? Because their pay, dia bayar proper. Akan tetapi today kalau kita tengok kedai mamak kita, saya minta maaflah because you bagi alternatif untuk mereka employ foreign workers, that is why they never want to employ locals. Jadi kita punya alasan, dia cakap oh kita offer gaji RM1,800-RM2,000 atau RM2,500 tetapi local tidak datang. Why? Because environment ialah environment masih ada foreign workers. Takkan local hendak bekerja dalam environtment yang ada foreign workers. Akan tetapi kalau tidak ada foreign workers, I’m sure all this restaurant will employ the local.
So I think kita hendak kena buat penguatkuasaan yang sangat tegas, service sector kita tidak benarkan mana-mana foreign workers untuk bekerja. Kita kena stop itu. Industri- industri yang memerlukan foreign workers seperti mana yang saya sebutkan tadi, plantation ataupun construction industry, yang itu kita bagi tetapi kita kena regulate benda ini dengan sebaik mungkin kerana ia melibatkan banyak jabatan ataupun agensi kerajaan. Terima kasih.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menerangkan panjang lebar soal aliran wang yang dihantar ke luar negara oleh mereka yang mempunyai legal document, dengan izin. Sekarang persoalannya, bagaimanakah cara kerajaan kita menggunakan perundangan sedia ada bagi mengelakkan lambakan pekerja asing ini di mana kalau mereka yang mempunyai visa yang sah, kita dapat tahu duit mereka hantar dan yang tidak sah ini, jadi apakah tindakan kerajaan bagi memastikan pekerja- pekerja asing ini membantu dari sudut ekonomi negara kita dalam bab membelanjakan wang- wang mereka di dalam negara. Sekian, terima kasih.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau kita hendak mengehadkan bagaimana mereka menggunakan duit mereka sama ada dalam negara atau luar negara agak sukar untuk kita bendung. Ini kerana kita ambil contoh kalau kita ada foreign workers yang tidak berdaftar. Kalau dia hendak hantar duit dia kepada keluarga dia di Indonesia ataupun di Nepal ataupun Bangladesh, dia cari kawan-kawan dia yang mana legal yang ada dokumen, dia transfer melalui mereka.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Isunya sekarang ialah kita hendak memastikan bahawa mana-mana foreign workers yang kita employ, dia kena bagi added benefit to the economy negara. Kita tidak mahu kita employ foreign workers, syarikat-syarikat yang mengambil foreign workers ini, GST tidak bayar, corporate tax tidak bayar, jadi kerajaan tidak mendapat benefit tetapi kita create social problem dalam negara. Itu yang kita kena pastikan.
Jadi kalau saya rasa, banyak juga negara-negara yang maju yang mengambil foreign workers tetapi enforcement dia begitu kuat sehingga tidak ada orang berani masuk tanpa dokumen. Akan tetapi kalau kita ada 2.1 juta, tetapi yang orang anggarkan sampai empat juta sampai lima juta ini agak membimbangkan kita sebagai sebuah negara untuk kita membendung ekonomi kita daripada keluar ke negara lain. Terima kasih.
7. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan takrif harga rumah mampu milik yang berbeza harga antara negeri. Apakah garis panduan yang ditetapkan bagi penentuan harga bagi rumah tersebut.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abdul Rahman Dahlan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, takrif harga jualan bagi rumah mampu milik memang berbeza-beza mengikut penetapan dan dasar perumahan yang ditentukan oleh kerajaan-kerajaan negeri. Antara faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan ini adalah kerana ia mengambil kira permintaan dan penawaran, jumlah populasi penduduk, nilai tanah dan kos pembinaan rumah di negeri yang berkenaan seperti kadar upah dan gaji pekerja di negeri tersebut.
Satu-satunya garis panduan yang berkuat kuasa adalah Garis Panduan Pelaksanaan Harga Rumah Kos Rendah (Pindaan) 2002. Garis panduan ini Tuan Yang di- Pertua, menetapkan harga maksimum spesifikasi termasuklah keluasan lantai minimum dan perkara-perkara lain bagi memudahkan semua pihak membuat rujukan. Pada masa ini, kementerian hanya menetapkan harga rumah kos rendah adalah di bawah RM45,000.
Ketiadaan definisi khusus dan penetapan standard perumahan yang berbeza-beza bagi rumah mampu milik oleh kerajaan negeri telah mewujudkan ketidakseragaman dan mengelirukan pelbagai pihak seperti pembuat dasar, pemaju, pembeli dan stakeholders.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abdul Rahman Dahlan
Justeru bagi menyelaraskan perkara ini, kementerian sedang berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi mengharmonikan standard rumah mampu milik untuk diguna pakai di seluruh negara. Antara aspek yang diselaraskan adalah:
(i) harga jualan dan keluasan lantai;
(ii) spesifikasi minimum;
(iii) kelayakan pendapatan isi rumah pembeli;
(iv) monitorial;
(v) kuota dan levi pelepasan kuota pembangunan rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah kos sederhana; dan
(vi) densiti pembangunan.
Insya-Allah permasalahan ini dapat diselesaikan setelah mendapat persetujuan Majlis Perumahan Negara kelak.
Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya ingin membetulkan dakwaan Yang Berhormat Bagan dan kenyataan Yang Berhormat Batu Kawan semalam yang menegaskan takrifan harga rumah milik di Pulau Pinang sebanyak RM400,000 ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini adalah satu pembohongan Tuan Yang di-Pertua.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abdul Rahman Dahlan
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, realitinya yang menentukan harga maksimum rumah di Pulau Pinang ialah kerajaan negeri, Kerajaan DAP pimpinan Yang Berhormat. Bukannya Kerajaan Persekutuan. Tidak benar Kerajaan Persekutuan telah bersetuju dengan harga rumah mampu milik di Pulau iaitu RM400,000. Ini adalah keputusan Kerajaan DAP pimpinan Yang Berhormat Bagan. Jangan babitkan Kerajaan Persekutuan dalam isu ini dan saya tidak mahu...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
...Rakyat Pulau Pinang marah kepada Kerajaan Pusat...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
...Sedangkan keputusan meletakkan harga...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
...I’m answering. Sedangkan keputusan meletakkan...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Perhaps you need correct your Gerakan component party members because this is allegation by Gerakan against the state government. Ini adalah tuduhan Parti Gerakan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kami tidak cakap pun Kerajaan Persekutuan yang buat tetapi Yang Berhormat Menteri menganggap ini adalah satu fitnah. Yang Berhormat Menteri mesti tarik balik. Yang Berhormat Menteri, tolong tarik balik! Yang Berhormat Menteri mesti tarik balik.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Duduklah.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri, sila tarik balik. Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri mention Batu Kawan. So I’m here to correct that. Kami tidak pernah kata.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Kami tidak pernah kata. Gerakan yang kata. Semalam keluar dalam Free Malaysia Today Yang Berhormat Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat duduk.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Gerakan kata Kerajaan Negeri Pulau Pinang menetapkan harga rumah kos rendah RM400,000.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Akan tetapi hari ini Yang Berhormat kata...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Kawan, duduk Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
...Kami menuduh Kerajaan Persekutuan pula. Tarik balik Yang Berhormat Menteri. Tidak gentleman lah Yang Berhormat Menteri. Tolong tarik balik. Ini adalah satu kesalahan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang bising itu tolong senyap. Yang Berhormat Batu Kawan duduk. Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Tidak benar Kerajaan Persekutuan telah bersetuju bahawa harga rumah mampu milik di Pulau Pinang ditetapkan pada RM400,000. Ini adalah keputusan kerajaan DAP pimpinan Yang Berhormat Bagan. Jangan babitkan Kerajaan Persekutuan dalam isu ini. Saya tidak mahu rakyat Pulau Pinang menuduh Kerajaan Pusat sedangkan keputusan meletakkan harga RM400,000 itu datangnya dari Kerajaan DAP pimpinan Yang Berhormat Bagan.
Seperkara lagi yang saya ingin hendak menarik perhatian Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tuan Yang di-Pertua, mereka juga tidak mematuhi standard spesifikasi keluasan lantai seperti yang digariskan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam panduan Standard Industri Pembinaan (CIS). Standard ini menetapkan keperluan minimum tiga bilik tidur dan dua bilik air.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Sebaliknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang membenarkan pemaju untuk membina rumah mampu milik dengan spesifikasi minimum tiga bilik tidur dan satu bilik air. Saya berharap dengan keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang agak aneh ini, saya tidak mahu rakyat Pulau Pinang menyalahkan Kerajaan Persekutuan sekali lagi.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu berfikiran berteraskan kesejahteraan rakyat.
Saya ingin bertanya kalau contohnya Projek Perumahan Penjawat Awam, saya hendak buat perbandingan Tuan Yang di-Pertua. Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang dijual pada harga RM300,000 menawarkan keluasan lantai 1,500 kaki persegi dan rumah PR1MA berharga RM400,000 dengan keluasan lantai 1,200 kaki persegi. Ini dua contoh yang menunjukkan Kerajaan Persekutuan menawarkan yang terbaik kepada rakyat.
Manakala Kerajaan DAP, Yang Berhormat Bagan, menjual RM400,000 pada keluasan hanya 900 kaki persegi dengan kebenaran membina hanya tiga bilik dan satu tandas. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, mengapa jawapan Yang Berhormat Menteri tuju pada Pulau Pinang sahaja. Tidak ada negeri lain kah.
Why you keep talking to me Yang Berhormat Menteri? Come on.
Seorang Ahli
DAP pembohong.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Just attack Penang saja.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Sebab Yang Berhormat, sebab Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lain tidak bohong macam Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tarik balik.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Macam mana hendak jawab.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tarik balik Yang Berhormat Menteri.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Yang membohong ialah...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tarik balik Yang Berhormat Menteri.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Yang membohong ialah Yang Berhormat Bagan.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tidak elok lah, tidak gentleman.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Macam mana kita tidak sebut dia sebab dia yang bohong. Kelak, clearly dalam ulasan yang disediakan dalam video dia, housing cost determined by Housing Ministry...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Peraturan mesyuarat.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua tidak adil. Yang Berhormat Bagan tidak ada di sini untuk menjawab.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat should tarik balik. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri, apa ini.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, duduk.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Saya...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tolonglah jawab soalan.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Dewan telah dipolitikkan.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Jangan politikkan isu perumahan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Dewan telah dipolitikkan oleh Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, boleh duduk, boleh duduk.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucapkan, ulasan ini...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Tarik balik, bohong !
Datuk Abd. Rahman Dahlan
...Menjawab- you’ve been saying.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Tarik balik, bohong !
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Menteri tarik balik nama bohong itu.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri kena tarik balik. Bohong kalau tidak ada bukti.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Itu satu cacian tanpa kesal, tanpa...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Duduk Ahli Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Kena tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Batu Kawan, duduk Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua saya hendak bagi contoh, saya hendak bagi bukti. Dalam video bertajuk ‘Housing Cost Determined by Federal Housing Ministry’...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, waktu sudah habis untuk soal jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat tolong duduk.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
...Pada orang politik dekat sini.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dulu. Ahli Yang Berhormat duduk.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
You’re asking. Saya ada masa sekejap lagi. Saya menjawab ini sebab ada video bertajuk ‘Housing Cost Determined by Federal Housing Ministry’ oleh Yang Berhormat Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang dimuat naik di laman Facebook beliau atau Facebook Buletin Mutiara bertarikh 13 Mac 2016. Beliau telah mengatakan bahawa RM400,000 ini ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan. That is a lie, that is a lie- bohong.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, kita kena ajak Lim Guan Eng. Don’t come and politicize in the Dewan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
You are politicize all.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
This is not a proper place to politicize. Yang Berhormat Bagan tidak ada dekat sini untuk menjawab.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Habis sudah? So, I’m just- Tuan Yang di-Pertua saya tidak berpolitik. Saya hanya menjawab tuduhan yang dibuat. I’m not too sure why Yang Berhormat Jelutong, everybody hold tight. They have been doing that to us everyday. They have been accusing the Prime Minister when he’s not here. What you worry about?
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Kenapa PR1MA tidak jual rumah mampu bilik pada harga pasaran?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, sila duduk Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sini tidak elok, sana bagus, kalau tipu cakap tipulah.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat duduk, duduk Yang Berhormat.
Duduk Yang Berhormat, duduk.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk. Duduk, duduk.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya hendak sebut perkara.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dulu Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Habis sudah Tuan Yang di-Pertua. Saya tahu masa sudah habis but I’m just telling you. Saya cuma hendak membetulkan...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Saya cuma hendak membetulkan...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, sudah begini saja. Begini. Jangan, saya yang mengatakan bahawa sama ada perkara boleh diterima atau tidak, politik atau tidak sedemikiannya. Akan tetapi saya cukup sabar. Kalau boleh tidak menimbulkan kekecohan.
Cukup sabar. Cuma itu saja perkataan bohong kerana itu tidak betul. Ubah itu bilang...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat yang lain.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di- Pertua, everyday dia cakap RM2.6 bilion tipu, curi, everyday.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Itu tidak betul.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dulu.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Everyday they have been talking about RM2.6 billion. Everyday they’re accusing Yang Berhormat Pekan. Mana boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh tidak saya yang buat keputusan? Kalau ada lagi yang keluar kenyataan ataupun bercakap tanpa saya jemput, saya akan suruh rehat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Saya bagi Tuan Yang di-Pertua untuk menterjemahkan ini. Dia naikkan video bertajuk ‘Housing Cost Determined by Federal Housing Ministry’, which is me. You see dalam Facebook Buletin Mutiara bertarikh 13 Mac 2016 clearly mengatakan bahawa RM400,000 itu ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan, rumah mampu milik. No. Jadi dia katakan, that’s why Kerajaan Negeri Pulau Pinang buat.
See, dalam mesyuarat Majlis Perumahan Negara yang lepas, kita belum membuat keputusan berkenaan dengan harga mampu milik yang hendak diharmonikan. Yes, Pulau Pinang kata dia hendak letak RM400,000 but we never agree. We said go back and discuss with all the states dan kita bawa dalam Majlis Perumahan Negara yang akan datang ini.
That’s all. We never agree on RM400,000.
Tuan Yang di-Pertua
Itu sebab saya mendengar kerana saya meneliti daripada konteks ucapan.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau penjelasan Yang Berhormat itu adalah begitu. Maka perkataan yang disebut sebagai bohong, saya tidak boleh dapat satu perkataan lagi apa sebenarnya.
Seorang Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tidak payah berdiri. Jadi, buat seketika ini apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri itu saya terima kecuali di suatu ketika nanti kalau Yang Berhormat Bagan datang dia pun minta penjelasan dan sedemikiannya baru saya pertimbangkan. Buat seketika ini, jangan lagi ada yang mempertikaikan. Itu sebab apabila kita seorang Ahli Yang Berhormat buat kenyataan sama ada di luar Dewan atau pun dalam Dewan mesti disulami dengan kebertanggungjawaban kerana semua mendengar... [Dewan riuh] Ahli Yang Berhormat, sudah Ahli Yang Berhormat, sudah.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, ini isu penting.
Tuan Yang di-Pertua
Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1) daripada Yang Berhormat Menteri dari Muar.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua pernah minta saya tarik balik perkataan itu.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, kalau Ahli Yang Berhormat tidak duduk, saya akan suruh Yang Berhormat rehat. Duduk.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya hendak minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah Yang Berhormat, duduk. Sila.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim
Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Khamis, 17 Mac 2016.”
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Ketiga Belas” [15 Mac 2016]
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Peraturan Mesyuarat 23.
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan mesyuarat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya untuk jawapan lisan saya kemukakan bertanya bahawa apakah status perbincangan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak atas permintaan Kerajaan Negeri Sarawak untuk 20 peratus royalti minyak dan gas dibayar kepada Kerajaan Negeri Sarawak.
Itu soalan saya. Akan tetapi soalan saya telah ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua atas sebab bahawa sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikarangkan. Cakapnya sekiranya harus melencongkan perkara yang sedang dibicarakan oleh mahkamah dan tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang dalam timbangan mahkamah.
Selepas saya terima surat jawapan dari Tuan Yang di-Pertua, saya ada buat check dan research tetapi tidak ada kes mengenai 20 peratus royalti minyak dan oil di antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, saya minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua bahawa apakah kes yang masih dalam perbicaraan sehinggakan perkara di antara perbincangan, status perbincangan atas 20 peratus royalti itu di antara negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan ini tidak dapat dijawab disebut dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat. I’ll get back to you. I’ll check. Yang Berhormat Kudat ada 9 minit lagi. Sila.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri - Kudat
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung perbahasan kelmarin berkaitan dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Seperti mana yang saya telah jelaskan kelmarin bahawa kemelesetan ekonomi bukanlah merupakan sesuatu perkara baru di dalam negara kita. Kita telah melaluinya berkali-kali pada tahun 1987, 1997, tahun 2007 dan sekali lagi pada kali ini.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri - Kudat
Akan tetapi apa yang membanggakan kita pada kali ini, kita dapat mengelakkan daripada negara terjerumus dengan kemelesetan total kerana langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa negara kita mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh dan pengurusan monetary dan fiskal yang baik seperti mana yang disebutkan oleh Seri Paduka Baginda di dalam Titah Ucapan Baginda.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Oleh sebab itu kalau kita lihat dua krisis besar yang berlaku pada tahun 1987 dan 1997, kita dapat melihat bahawa perkara yang penting yang dapat kita lihat ialah berlakunya masalah ketidakstabilan dalam sistem kewangan negara kita. Sistem perbankan dan kewangan negara kita sehingga pada tahun 1987 kita terpaksa bailout beberapa bank-bank dan juga pada tahun 1987 kita telah terpaksa mengambil langkah-langkah yang drastik untuk memastikan sistem kewangan kita selamat dan mengadakan pelbagai preskripsi ataupun usaha-usaha untuk memastikan negara kita selamat daripada kejatuhan ekonomi yang berlaku pada ketika itu.
Oleh sebab itu, yang saya ingin ketahui daripada kerajaan ialah setakat manakah kekukuhan sistem perbankan dan kewangan negara kita dalam menghadapi krisis ekonomi yang berlaku sekarang kerana walaupun kita lihat kita dapat mengatasinya dengan baik tetapi saya juga ingin penjelasan sama ada bank-bank kita expose dengan non-performing loan atau pun apa juga ancaman-ancaman terhadap sistem kewangan negara kita.
Satu lagi, Tuan Yang di-Pertua ialah berkait dengan peningkatan ke atas kualiti penjagaan kesihatan seperti mana yang di titahkan oleh Seri Paduka Baginda.
Sememangnya kita berbangga kerana negara kita mempunyai penjagaan kesihatan yang begitu baik antara yang terbaik. Akan tetapi, dalam masa yang sama kita juga tidak harus berpuas hati kerana mungkin kajian-kajian tersebut hanya dibuat di kawasan bandar dan juga kawasan Lembah Klang atau pun bandar-bandar utama.
Banyak lagi perkara-perkara yang perlu kita ambil perhatian dalam soal penjagaan kesihatan khususnya di Sabah. Perkhidmatan pakar adalah merupakan sesuatu yang semakin penting pada ketika ini. Perkhidmatan doktor pakar seharusnya ditambah khususnya di Sabah kerana pada ketika ini, kebanyakan perkhidmatan-perkhidmatan doktor pakar yang melibatkan penyakit-penyakit kritikal seperti nefrologi, urologi, onkologi, herpetologi, ENT dan sebagainya hanya tertumpu di Kota Kinabalu.
Oleh sebab itu, ia menimbulkan banyak masalah. Ada kes-kes yang saya sendiri terpaksa mengambil tindakan di mana seseorang terpaksa menunggu enam bulan dan postpone tiga kali pembedahan dan hampir-hampir meragut nyawa semata-mata kerana tidak mendapat khidmat doktor pakar untuk melakukan pembedahan di atas alasan-alasan bahawa ketidakcukupan doktor-doktor pakar dan juga kemudahan-kemudahan di Hospital Queen Elizabeth.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap bahawa kita mengurangkan pengeluaran doktor-doktor jeneral yang kita lakukan sekarang. Yang perlu kita harus berikan perhatian ialah untuk menambah doktor-doktor pakar dan doktor pakar ini tidaklah seharusnya terletak di tempat-tempat tertentu sahaja kerana ia haruslah disebarkan di daerah-daerah dan bandar-bandar khususnya di Sabah. Saya boleh mencadangkan untuk Sabah sekurang- kurangnya kita harus ada perkhidmatan pakar di utara di Kota Kinabalu, pantai barat selatan, di Tawau dan juga di Sandakan.
Ini haruslah dilakukan daripada sekarang dan keputusan ini haruslah dibuat untuk menentukan bahawa rakyat kita mendapat faedah yang baik.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
[Bangun]
Datuk Abdul Rahim bin Bakri - Kudat
Kedua ialah berkaitan dengan usaha-usaha untuk mengadakan National Health Insurance. Saya percaya memang banyak pihak yang sedang melobi dengan kerajaan supaya kita dapat melaksanakan National Health Insurance yang saya anggap ini adalah merupakan sesuatu yang tidak begitu banyak faedahnya kepada negara kita.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri - Kudat
Ini kerana ini telah pun terbukti di kebanyakan negara-negara maju, National Health Insurance telah menyebabkan kenaikan kos penjagaan kesihatan yang semakin tinggi dan ianya akan menyebabkan kesusahan kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri - Kudat
Kita harus berbangga bahawa sehingga hari ini kita masih mampu memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan percuma kepada rakyat kita dan kita harus memastikan bahawa perkhidmatan ini dapat diteruskan sampai bila-bila. Ini adalah merupakan satu pencapaian yang kita harus banggakan bagi kerajaan kita.
Saya juga difahamkan ada pihak-pihak yang cuba untuk berusaha untuk melaksanakan separation of dispensing yang telah pun dilaksanakan di negara-negara maju iaitu memisahkan perkhidmatan khidmat konsultasi perubatan dengan farmasi yang telah pun dilaksanakan di banyak negara.
Akan tetapi apa yang jelas pelaksanaan ini yang saya percaya mungkin adalah hasil daripada lobi daripada syarikat-syarikat farmasi akhirnya ia menimbulkan kesusahan kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah kerana akhirnya ia akan menyebabkan kos perubatan meningkat kerana rakyat akan terpaksa membayar bukan sahaja khidmat konsultasi dengan doktor tetapi mereka juga terpaksa membayar kos perubatan apabila mereka ke farmasi dengan harga yang jauh lebih mahal.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kita mengambil perhatian terhadap perkara ini dan dapat melihat dan memastikan bahawa dasar-dasar sedia ada yang kita amalkan berkaitan dengan kesihatan awam dan perubatan awam ini tidak akan terjejas.
Seperkara lagi Tuan Yang di-Pertua iaitu berkaitan juga dengan kepentingan ekonomi negeri Sabah. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa Sabah adalah bergantung dengan industri pelancongan. Kedatangan pelancong-pelancong asing akhir-akhir ini telah pun memberikan nafas baru yang begitu banyak kepada ekonomi negeri Sabah. Saya difahamkan pada tahun lalu tidak kurang daripada 3.1 juta orang pelancong telah pun datang ke Sabah untuk melancong dan berbelanja dan meningkatkan kitaran wang di dalam ekonomi Sabah.
Akan tetapi satu perkara yang kita harus mengambil perhatian dan merancang dari sekarang ialah berkaitan dengan infrastruktur pengangkutan udara. Seperti mana yang kita sedia maklum, kita memang bersyukur dengan usaha yang telah dibuat untuk membesarkan Kota Kinabalu International Airport. Akan tetapi apa yang saya diberitahu passenger movement hari ini telah pun mencecah sehingga 7 juta dan berdasarkan kepada kapasiti yang saya diberitahu berkaitan dengan Terminal KKIA ini hanyalah 8 juta atau 9 juta.
Oleh sebab itu dengan kadar pertumbuhan yang pesat dalam pengangkutan udara dan passenger movement apatah lagi dengan banyaknya charter flights dan banyak syarikat airlines yang baru bukan sahaja di Malaysia, baru-baru ini kita telah melancarkan Rayani Air dan saya juga difahamkan ada lagi satu syarikat penerbangan yang telah dilesenkan untuk beroperasi di Malaysia dan banyak lagi syarikat dari rantau Asia Tenggara dan dari China, Korea yang datang ke Sabah. Sudah tentulah keperluan untuk membesarkan terminal ini perlu dilakukan daripada sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh gulung Yang Berhormat.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri - Kudat
Saya mencadangkan supaya kerajaan meminta Malaysian Airport Berhad menggunakan kewangan mereka sedia ada kerana sekurang-kurangnya MAB sudah pun mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk membesarkan terminal ini dengan keupayaan kewangan yang telah pun dikumpulkan dengan begitu lama sebagai sebuah syarikat GLC yang berjaya. Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuantan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena perasmian Dewan kita pada sidang ini. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa tajuk yang ingin saya bahaskan dalam perbahasan Titah Diraja ini tetapi izinkan saya mulakan perbahasan saya dalam isu alam sekitar.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk yang pertama kepada satu laporan yang dicetak semula daripada Journal of Environmental Information Science Volume 43, nombor 4, bertarikh Januari 2015, yang bertajuk, “Environmental Problems Caused by Rare Earth Refinery Process in Malaysia, Asian Rare Earth, incidence and Lynas problem.” Mungkin Asian Rare Earth sudah lama kita tinggalkan dan kita ingat tidak ada lagi kesan daripada pencemaran daripada Asian Rare Earth. Dalam laporan ini yang ditulis oleh Profesor Wada Yoshiehi Kowada daripada Jepun daripada Centre of Environmental Information Science Tokyo yang saya sempat bertemu pada bulan Disember lepas memberitahu di dalam laporan ini dalam bahasa Jepun tetapi ada bahagian-bahagian dalam bahasa Inggeris dan beliau sendiri memberitahu kepada saya berkenaan dengan concentration of thorium, uranium and illegal dumpsite where the decontamination occasion has not been conducted. Samples collected in November 2013 di tujuh illegal dumpsite Tuan Yang di-Pertua sisa buangan daripada Asian Rare Earth sudah pun kita simpan baik-baik akan tetapi ada illegal dumpsite yang tidak dibersihkan dan mereka yang terlibat membuang sisa tersebut pada ketika Asian Rare Earth dulu tampil ke hadapan dan memberi laporan mereka.
Maka kajian dibuat dan didapati bahawa di dumpsite tersebut terdapat uranium dan torium yang melebihi kadar selamat. Dalam dumpsite nombor lima didapati bahawa ada lebih kurang dalam dekat 200 miligram per kilogram ataupun part per milion torium dan di dumpsite nombor 13 melebihi 250 miligram per kilogram torium dumpsite 16. Jadi ini yang dikatakan dalam laporan ini yang mungkin tertinggal dalam yang telah dibuat oleh usaha pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, ini amat menakutkan kerana di dumpsite tersebut lembu-lembu makan rumput di situ dan kita pula makan daging lembu tersebut...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Taiping bangun.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Kuantan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan adalah satu perkara yang amat serius. Saya datang dari Perak, saya faham apakah perasaan rakyat di Bukit Merah tentang kilang ARE dahulu. Maka sekarang ini dumpsite kilang dari Jepun itu tutup mereka balik angkat duit kita balik dan tinggal di sini sisa-sisa bertoksin yang di mana Kerajaan Negeri Perak terpaksa menjaga dumpsite tersebut selama 320 tahun.
Maka setuju kah Yang Berhormat Kuantan khususnya kini yang dilanda oleh pelbagai krisis alam sekitar termasuk perlombongan bauksit, termasuk juga kilang radio aktif Lynas, kerajaan patut memegang janji di mana kerajaan pernah janji di mana sisa-sisa yang telah pun dikeluarkan oleh kilang Lynas itu dieksport balik ke Australia dan bukan ditinggalkan di bumi Kuantan yang kita cintai ini? Jika janji tidak ditepati Menteri patut letak jawatan?
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kuantan, pencelahan sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jelutong bangun Yang Berhormat.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa, setiap loji yang akan beroperasi di mana-mana tempat harusnya mempunyai permit operasi daripada kerajaan tempatan. Jadi, adakah Yang Berhormat Kuantan bersetuju dengan saya bahawa kebinasaan yang telah berlaku di Kuantan kerana ada loji-loji yang menjahanamkan sedemikian, perlu ada tindakan daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan?
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Setujukah Yang Berhormat Kuantan kalau saya kata, Yang Berhormat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu telah membiarkan tanggungjawabnya terkilau sebegitu sahaja dan tiada lagi dan sebulat-bulatnya responsibility itu ditolak kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sahaja? Saya rasa seluruh Kabinet Kerajaan Malaysia harus menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah macam itu. Setuju atau tidak? Terima kasih.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih Yang Berhormat Taiping dan Yang Berhormat Jelutong. Sebenarnya dalam isu alam sekitar ini, kita ada banyak agensi kerajaan dan juga kementerian yang terlibat termasuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, termasuk MOSTI dalam kes ARE dan Lynas, termasuk Kementerian Kesihatan, termasuk juga Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Saya mendapati bahawa setiap daripada kementerian ini menjaga kawasan mereka ataupun domain mereka sendiri. Bila ada masalah begini, masing-masing akan salahkan satu sama lain. Tidak ada lead agency yang hendak drive dan bertanggungjawab terhadap semua dan memastikan bahawa semua dipastikan selamat. Saya setuju dengan rakan-rakan saya bahawa ini isu besar.
Tuan Yang di-Pertua, ini mungkin terlepas pandangan oleh MOSTI dalam membersihkan sisa-sisa daripada ARE dan lihat meletakkan di tempat selamat. Saya pun bangkitkan perkara ini kerana ini adalah illegal dumpsite. Mereka yang buang di situ, yang sendiri datang dan mungkin mereka rasa bersalah dan mengaku dan menunjukkan di mana dumpsite tersebut yang Profesor Wada dari Jepun sendiri dapat membuat kajian beliau.
Saya akan pergi seterusnya kepada Lynas. Dalam kajian Profesor Wada dan tulisan beliau juga bercakap berkenaan Lynas: Concentration of Thorium and Uranium Before and After One Year of Lynas Operations. Baseline bacaan heavy metal ataupun logam berat diambil di muara Sungai Balok di base ataupun di sungai dan the sediment di muara sungai tersebut. Jadi, baseline report November 2012 dan diambil lagi satu bacaan satu tahun selepas pada bulan November 2013, didapati bahawa thorium pada bulan November 2012 sebelum operasi Lynas bacaannya ialah 4 miligram per kilogram. Maksudnya 4 part per million, itu baseline punya reading. Selepas satu tahun operasi, didapati bahawa bacaan thorium ialah 27 parts per million. Itu selepas satu tahun operasi.
Sekarang sudah tiga tahun operasi dan kita belum dapat lagi feedback daripada kementerian bagaimana bacaan pula sekarang. Memang air yang dilepaskan, sisa NUF yang dilepaskan dari kilang Lynas diambil bacaan. Akan tetapi berlaku sedimentation logam berat ke atas riverbed di muara sungai.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
[Bangun]
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Jadi saya tidak tahu, saya pohon penjelasan daripada pihak kementerian yang menjanjikan bahawa segala-galanya selamat.
Saya ingat perjuangan kita menentang Lynas yang begitu mendapat tentangan daripada rakyat tetapi Yang Berhormat Menteri terus-menerus mengatakan ia selamat dan sekarang kita dapat kajian selepas satu tahun. Ini belum lagi the solid waste yang sah radioaktif yang diklasifikasikan sebagai radioaktif, Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Kedah bangun Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Kedah, saya tunggu full stop itu baru masuk ya. Tidak hendak ganggu dia berucap.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Okey, okey, terima kasih, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya ingin menambah di sini sedikit maklumat terbaru tentang kesan logam berat. Kita kerap mengaitkan logam berat dengan kanser dan lain-lain lagi. Kalau tidak berlaku kanser, kita kata tidak apa.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Akan tetapi pemahaman sains yang terakhir ialah logam berat boleh menyebabkan berlaku proses inflamasi ataupun inflammation ataupun keradangan dan ini tidak dapat kita kesan tapi membawa penyakit-penyakit diabetes, darah tinggi, sakit jantung, strok dan lain- lain lagi, tidak seperti kanser. Cumanya, kos peningkatan itu akan meningkat. Terima kasih dan kesnya.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih input daripada doktor Kuala Kedah yang memberi kefahaman kepada kita semua berkenaan dengan heavy metal ataupun logam berat. Kuala Sungai Balok ini adalah tempat nelayan mencari makan, mencari rezeki dan sekarang kita tambah pula dengan bauksit di sungai dan di Kuantan dan di laut- laut di Kuantan.
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri kerana di sini dan laporan ini thorium daripada 4 jadi 27, uranium daripada 0.6 jadi 4, Cesium daripada 8.5 jadi 75 miligram per kilogram selepas satu tahun operasi. Satu tahun operasi itu maksudnya ia half, separuh sahaja daripada kapasiti productionnya berbanding dengan sekarang yang Tuan Yang di-Pertua. Itu berkenaan dengan Lynas dan Asian Rare Earth yang saya sudah perjuangkan bertahun-tahun. Sekarang, Kuantan dilanda pula dengan perlombongan bauksit yang saya rasa satu dunia sudah beri jolokan nama Marikh kepada Kuantan.
Tuan Yang di-Pertua, ketika ini ada sekumpulan pejalan kaki yang di hari yang kelima berjalan ke Parlimen dari Kuantan...
[Tepuk] Pejalan kaki ini akan mengambil masa 17 hari di dalam satu kempen yang kita panggil Red 2 Green, yang saya pakai badge ini Red 2 Green. Daripada merah Kuantan itu, kita mahu kembali pulihkan menjadi hijau.
Tuan Yang di-Pertua, tempoh moratorium fasa kedua, tamat 15 Mac iaitu semalam dan ada satu bulan lagi tempoh moratorium fasa ketiga sebelum habis tamat tempat moratorium tiga bulan. Pada hari ini, pertubuhan pelombong-pelombong mineral Pahang, pertubuhan mineral yang terlibat dengan perlombongan bauksit membuat satu kenyataan media bahawa mereka mahu meneruskan operasi perlombongan mereka sejurus habis tamat tempoh moratorium.
Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya tidak menolak perlombongan bauksit.
Saya menolak pencemaran daripada aktiviti perlombongan yang tidak terkawal. Apa yang berlaku di Kuantan ialah satu keadaan yang mana hilang kawalan terhadap aktiviti perlombongan bauksit. Apa yang berlaku ialah udara kita tercemar, jalan, pokok-pokok jadi merah, udara sampai kepada air pollution index (IPU) kita mencapai 400 di satu-satu tempat yang banyak debu, air kita tercemar dan ada satu kajian menunjukkan bahawa kita ada plumbum di dalam air minuman kita.
Satu kajian one-off yang dibuat pada 3 Disember dan dilaporkan dalam akhbar New Straits Times pada 18 Disember 2015 mengatakan bahawa air daripada Loji Semambu yang memberi minum kepada warga Kuantan- Loji Semambu ini antara yang terbesar di Kuantan, yang memberi minum kepada warga Kuantan, mempunyai plumbum pada bacaan 0.022 miligram per liter dan kita tahu bahawa maksimum yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan ialah 0.01.
Kita agak terkejut dengan dapatan ini kerana apabila saya meminta pihak Kementerian Kesihatan menerangkan, mereka hanya memberikan jawapan average ataupun analisa average yang tidak mencerminkan keadaan sebenar. Apabila kita buat one-off sample, kita dapat yang begini dan one-off sampling ini melibatkan pakar-pakar, profesor- profesor daripada universiti, independent lab dan dibayar oleh warga Kuantan yang prihatin.
Hendak tahu keadaan sebenar sebab Kementerian Kesihatan sorok, tidak beritahu kita keadaan macam mana. PAIP di Kuantan, PAIP di Pahang, lagilah tidak hendak kongsi maklumat dengan kita. Warga Kuantan perlu tahu dan kita dapati ada plumbum.
Tuan Yang di-Pertua, minum air yang ada logam berat seperti plumbum ini, sel-sel otak anak-anak kita tidak boleh bercantum. Minum susu Dugro pun tidak guna Tuan Yang di- Pertua. Susu Dugro itu hendak cantumkan sel otak. Minum air ada plumbum, dia putus balik.
Tuan Yang di-Pertua, ini satu ancaman yang amat besar, yang amat berat, yang amat tragik kepada warga Kuantan. Inilah yang warga Kuantan berjalan kaki, ingin beritahu kepada Menteri-menteri Kabinet, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar khususnya kepada seluruh Ahli Parlimen untuk sama-sama solidariti dengan kami yang diracun secara perlahan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Loji Bukit Goh juga menunjukkan pencemaran aluminium dua kali ganda daripada yang dibenarkan. Memang aluminium itu digunakan, tawas digunakan untuk dalam loji rawatan air. Akan tetapi di dalam loji-loji rawatan air yang lain di seluruh negara, di luar Bukit Goh di luar Kuantan, apabila air yang sudah dirawat itu walaupun tawas digunakan aluminiumnya tidak melebihi tahap yang dibenarkan Tuan Yang di-Pertua. Maka para saintis membuat satu conclusion bahawa ianya disebabkan oleh pencemaran daripada aktiviti perlombongan bauksit.
Ini kerana air tadahan water catchment area di hulu kepada mata sauk ataupun water intake yang kita ambil air untuk dirawat adalah terdapat lombong-lombong. Hakisan daripada lombong tersebut apabila hari hujan akan masuk ke dalam sistem air kita dan kepada sungai kita. Kita dapati bahawa air sungai sebelum dirawat memang begitu tercemar.
Kalau kita tengok aluminium di Sungai Kobat di tempat sebelum ianya dirawat air di Sungai Kobat mengandungi 0.74 miligram per liter aluminium dan mengandungi kelas lima contamination merkuri, ini air yang belum dirawat.
Air yang sebegini tidak wajar dan tidak layak pun digunakan sebagai sumber air untuk dirawat Tuan Yang di-Pertua. Jadi walaupun kalau kita sudah rawat itu kadang-kadang dia terlepas daripada sistem loji itu, logam berat itu tidak masuk. Akan tetapi kita tidak tahu mungkin ada hari yang dia terlepas macam test yang kita buat ada hari yang kita selamat.
Air yang kita gunakan sebagai sumber itu tidak layak digunakan sebagai sumber untuk air yang dirawat.
Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan ancaman yang amat besar kerana aluminium di dalam air minuman boleh menyebabkan penyakit seperti Alzheimer, Parkinson dan sebagainya. Juga boleh menyebabkan bayi-bayi dalam kandungan, warga Kuantan boleh mengidap penyakit. Jadi saya bercakap kepada pelombong-pelombong bukannya kita ingin menyekat pendapatan mereka. Kita tidak pernah menyekat tetapi apa yang kita inginkan janganlah oleh kerana mereka hendak buat duit ada nelayan yang hilang mata pencarian.
Janganlah oleh kerana mereka hendak untung, pengendali chalet, homestay hilang mata pencarian.
Tuan Yang di-Pertua, kita harus pastikan apabila ada aktiviti perlombongan prosedur yang ketat mesti kita ikut. Kita mesti pastikan bahawa tidak ada setitik air pun daripada lombong yang mencemarkan sumber air minuman kita. Kita harus jaga mata sauk ataupun water intake point kita dengan perasaan yang begitu cemburu. Oleh kerana ini melibatkan kesihatan, keselamatan anak kita, cucu kita, generasi masa depan dan seluruh Kuantan terancam dengan keadaan macam itu. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini tidak ada usaha rehabilitasi ke atas lombong-lombong.
Pihak yang berkuasa kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan bercakap berkenaan dengan lori khas untuk mengangkut bauksit. Bercakap berkenaan dengan laluan khas untuk mengangkut bauksit. Mungkin dengan cara itu tidak ada lagi keadaan yang berdebu. Akan tetapi kedudukan lombong di hulu kepada water intake point di water catchment area kita mungkin ramai yang tutup mata ataupun ramai yang tidak mahu warga dan orang ramai tahu berkenaan dengan risiko dan ancaman tersebut.
Tuan Yang di-Pertua tidak ada satu EIA pun yang telah dilakukan ke atas lombong- lombong kerana undang-undang kita sebelum ini mengatakan 250 hektar baru perlu EIA, ke atas 250 hektar ke atas. Kemudian Menteri Alam Sekitar membawa satu perintah kualiti alam sekitar yang memerintahkan 20 hektar ke atas perlu EIA tetapi itu pada bulan Ogos 2015.
Lesen-lesen yang dikeluarkan sebelum itu tidak retrospektif ya, maksudnya peraturan itu tidak boleh digunakan selepas Ogos 2015 sekiranya lesen itu keluar sebelum tarikh tersebut.
It does not apply retrospectively.
Jadi semua lombong itu terkecuali daripada EIA jadi kita tidak tahu kesannya. Walau lombong haramkah, lombong halal pun Tuan Yang di-Pertua tidak ada EIA. Sekarang hendak cakap fasal stockpile. Stockpile, central stockpile pun kita tidak tahu di mana. Saya telah mengatakan bahawa perlu ada satu makro komprehensif EIA dilakukan ke atas seluruh kawasan Kuantan yang ada lombong terlibat.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Ini sebab kita hendak tengok impak keseluruhan lombong baru kita joinkan sekali besar mana dan kesannya kepada alam sekitar, air minuman, kesihatan penduduk dan sebagainya.
Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua tidak ada EIA. Jadi dengan itu warga Kuantan berjalan kaki untuk beritahu kepada dunia ada lagi 12 hari mereka akan berjalan dalam cuaca yang panas terik yang begini. Orang kata gila kerjanya tetapi kalau Ahli-ahli Yang Berhormat lain rasa apa yang warga Kuantan rasakan Ahli-ahli Yang Berhormat lain mungkin juga tidak tidur malam.
Mungkin tidak tidur malam kalau beri anak-anak Ahli Yang Berhormat minum air yang tercemar dengan logam berat. Ahli-ahli Yang Berhormat warga Kuantan cuma pohon Ahli-ahli Yang Berhormat dan menteri-menteri prihatin, peka, ambil tahu, rasa apa yang warga Kuantan rasa. Ini kerana kalau kita tidak buat sesuatu pada hari ini orang yang rakus, orang yang tamak, orang yang mahu melihat keuntungan sahaja akan gadaikan masa depan anak-anak, cucu-cucu demi keuntungan semata-mata.
Saya ajak, saya ingin menyampaikan kepada semua, kepada dunia lihat masalah ini dan kita harus buat sesuatu. Ini bukan hal parti ini bukan hal Kuantan. Kalau tempat lain pun perkara ini berlaku Ahli-ahli Yang Berhormat juga akan rasa. Saya pohon Tuan Yang di- Pertua supaya pihak kementerian, pihak Kementerian Kesihatan, pihak Kementerian Alam Sekitar, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang terlibat di Pahang juga di dalam menguatkuasakan. Sama-sama memberi perhatian terhadap perkara ini dan sama- sama soladariti untuk membantu menyelamatkan kami warga Kuantan daripada ancaman yang besar ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ya Yang Berhormat Padang Besar.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Saya dalam membahaskan Usul Titah Yang di-Pertuan Agong ini saya pertama sekali ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan yang hari ini yang telah berjaya mempertahankan ekonomi negara. Walaupun kita menghadapi pelbagai ancaman, kita menghadapi ancaman luar dari dalam dengan harga minyak turun. Akan tetapi kita mampu lagi mempertahankan ekonomi negara dan terus memajukan negara kita dengan pembangunan yang sedia ada.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana telah bersama- sama berkorban dalam usaha kita menerima GST. Di mana kita lihat hari ini rakyat menerima berkorban bersama-sama di mana kita menghadapi masalah dengan kejatuhan harga minyak, pengurangan pendapatan negara. Akan tetapi dalam soal GST ini kita lihat terdapat peniaga-peniaganya sengaja menaikkan harga barang dan juga tidak mempertimbangkan tentang masalah rakyat.
Di mana kita lihat ada syarikat-syarikat yang mampu serapkan GST tetapi juga ada syarikat-syarikat yang tidak peduli malah ada syarikat-syarikat yang sengaja mengenakan GST terutamanya kepada penduduk kampung yang tidak sedar bahawa setengah barang yang tidak kena GST dikenakan GST tetapi sukar untuk mereka melaporkan kerana mereka ini tidak tahu. Jadi rata-rata rakyat menyalahkan kerajaan sepenuhnya. Kita lihat hari ini kenapa sesetengah peniaga tidak bertanggungjawab ini terdapat di negara kita ini di mana mereka sengaja mengadakan agenda supaya rakyat lihat keseluruhan kesalahannya tentang GST ini diletakkan kepada kerajaan.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Jadi apabila harga minyak turun, kita lihat barang-barang tidak turun pun. Kita tidak pernah ada barang-barang yang diumumkan turun dan sebagainya walaupun harga minyak turun. Kita lihat peniaga-peniaga ini tidak langsung memberi kerjasama. Jadi kita haraplah kepada peniaga-peniaga di luar sana bantulah kerajaan, bersama-bersama berkorban dengan rakyat supaya rakyat dapat mengurangkan kos sara hidup.
Dalam perbahasan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah ataupun syabas kepada DAP sebab saya tengok DAP hari ini cukup pintar politik dan juga memerangkap manusia dari segi politik ini.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Kalau kita lihat baru-baru ini apabila PAS mengadakan kerjasama dengan DAP dalam program ‘Tahalul’ Siyasi ini tetapi kita lihat yang ruginya PAS kerana Kerusi DAP bertambah, Kerusi PAS turun. Kita lihat sebenarnya yang terperangkap ini adalah PAS.
Begitu juga...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
[Bangun]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Sedikitlah, bagi habis dulu, sekejap lagi komenlah. Jadi maknanya dibahlul PAS itu. Jadi maknanya kita lihat PKR, DAP mengatakan pada PKR bahawa mereka boleh jadi Perdana Menteri, pemimpin mereka boleh jadi Perdana Menteri. Akan tetapi apabila pemimpin mereka kena tangkap, PKR kena tangkap, DAP tidak buat apa-apa pun. Yang selamat DAP, kerana apa saya komen benda ini kerana dalam membahaskan ucapan Yang di-Pertuan Agong ini yang saya lihat ada DAP komen. Komen tentang ucapan ataupun Titah Yang di-Pertuan Agong, ucapan ini disediakan dan sebagainya, sebab itu saya komen. Bukan sahaja PAS, PKR tetapi UMNO pun kena, kena perangkap. Saya lihat baru-baru ini apabila mereka berjaya memerangkap bekas presiden UMNO 22 tahun...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Taiping bangun, Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
...Bekas timbalan presiden...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat, boleh saya minta celah sedikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Belum lagi.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Nantilah, sekejap, sikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Belum lagi.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Boleh ya?
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tiga minit, tiga minit. Jadi kita lihat pakar memerangkap, maknanya DAP ini pakar. Saya ucap tahniah saja bukan nak kutuk, nak ucap tahniah. Kita lihat bekas Timbalan Presiden UMNO, bekas Presiden UMNO yang dah berapa tahun yang kononnya pandai berpolitik pun masuk perangkap. Masuk perangkap.
[Ketawa] Dua bekas presiden dan timbalan presiden, bukan satu, bekas Presiden UMNO.
Jadi maknanya amat hebat, saya ucap tahniah. Okey, sila.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Terima kasih Yang Berhormat. Saya berterima kasihlah atas ‘pujian’ tersebut tetapi saya cuma hendak memperbetulkan fakta. Apabila tadi Yang Berhormat kata apabila pemimpin PKR ditangkap tetapi DAP tidak buat apa-apa.
Sukacita saya ingatkan apabila pemimpin utama PKR dianiaya oleh UMNO, yang membelanya, pasukan peguamnya, semuanya pemimpin utama dari DAP. Semangat setia kawan kita, reformasi didokong, setia kawan dijunjung. Itu yang pertama.
Kedua, tentang mantan Perdana Menteri. Sukacita saya ingatkan kepada Yang Berhormat, Tun Dr. Mahathir sudah berumur 91 tahun. Beliau apa yang orang Cina cakap, dia makan garam lebih banyak daripada nasi yang kita makan. Beliau adalah tokoh negarawan yang disanjung tinggi oleh UMNO sendiri. Sekarang pula kata DAP hendak perangkap Tun M. Saya rasa ini adalah satu pandangan, yang pentingnya tidak kira PAS atau DAP, yang penting kesemuanya bersatu hanya untuk satu tujuan sahaja. Untuk Najib, menentang UMNO. Itu sahaja.
Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Padang Besar.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Saya bagi ucapan itu bukan apa, maknanya DAP ini dia komen tentang Titah Yang di-Pertuan Agong itu dalam facebook itu bahawa dia ini hebat, tidak kena tindakan. Dia buat apa pun tidak kena tindakan tetapi kalau orang lain buat kena tindakan dan sebagainya. Akan tetapi hebatnya saya tengok di sini bahawa bekas Presiden UMNO, dua Timbalan Presiden UMNO dan syoknya yang kena perangkap ketiga-tiga itu orang Melayulah. Ya.
Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih. Saya hendak perbetulkan satu istilah yang dipakai, bukan tahalul. Tahalul itu kita habis buat haji. Istilahnya tahaluf sebab saya memang bahasa Arab, Tuan Yang di-Pertua. Jadi yang itu perbetulkan sikit. Kalau tidak sebut tahalul, takut jadi bahlul.
Kedua, saya pun hairan dia kata Tun Mahathir dengan seorang lagi bekas mantan Timbalan Presiden UMNO terperangkap dan bersama dengan kononnya pembangkang.
Saya juga nak tanya apa pandangan Yang Berhormat Padang Besar kalau sebelum ini Tun Hussein Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Mahathir sendiri, maknanya tiga bekas Presiden UMNO mereka menghabiskan sisa-sisa hidup mereka dengan meninggalkan UMNO...
[Tepuk] Jadi saya hendak tahu apa cerita itu, tolong beritahu sat ini. Cerdik tara mana yang kata presiden yang boleh itu, yang itu saya agak gusar. Saya minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Hendak bagi Yang Berhormat Beruas Yang Berhormat?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Penjelasan, penjelasan.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Terima kasihlah atas teguran yang diberikan. Saya saja-saja tahaluf itu kerana saya dok sebut tahalul itu maknanya kita hendak bagi sama dengan bahlul itu kan. Minta maaf, nak kena ayat itu, jadi minta maaf.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Padang Besar, boleh tak satu penjelasan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sebentar, sebentar Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Ya?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Satu saja.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Sekejaplah, sekejap lagi sambung.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Isu PAS kalah itu.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Okeylah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Padang Besar. Tadi dikatakan PAS kalah lebih banyak, jadi UMNO yang untung. Kalau memang UMNO sayangkan PAS, saya cadangkan UMNO bagi laluan kepada PAS pilihan raya akan datang ini kerana semua yang PAS kalah, DAP satu kerusi pun tidak untung, UMNO yang untung. Jadi kalau memang UMNO sokong PAS, saya cadangkan bagi laluan untuk kerusi-kerusi kepada PAS. Kalau tidak semua kata-kata ini tidak ada niat jujur daripada hati.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Saya sambung, saya hendak jawab tadi. Yang tadi ini berkenaan dengan dulu ini sebab bekas-bekas Presiden UMNO keluar UMNO. Dulunya berbeza, gerakannya dibuat oleh UMNO, keluar UMNO itu bersama dengan geng UMNO. Akan tetapi yang saya hendak puji ini DAP hari ini. Macam mana DAP ini atur PAS, PKR, UMNO, yang menang banyak kerusi itu maksud saya tadi DAP. DAP paling banyak 38, yang lain pun bawah 30 saja. Jadi maknanya DAP yang terror, hebatlah, DAP terror. Jadi DAP terror ini, nak tambah lagi nak puji DAP ini.
Di bandar ini, kita lihat kerajaan memperuntukkan cukup banyak peruntukan.
Pengangkutan yang baik, MRT, LRT, bilion, sistem infra yang baik, air, api tidak ada masalah dari segi kampung, hebat. DAP datang bercakap saja, tidak bagi apa pun. Menang pilihan raya di bandar semua. Maknanya DAP ini hebat tetapi di kampung itu macam-macam kita buat. Kenduri, masalah itu, masalah ini, banyak masalah infra. Jadi saya cadangkan, itu yang saya kata hebatnya kepada Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, kepada kepimpinan, bagilah banyak kalau esok ini insya-Allah ada peruntukan lebih, negara bertambah pendapatan. Bagi peruntukan lebih sedikit kepada luar bandar ini. Contohnya...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Bagi menang pembangkang, banyak peruntukan dapat itu.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Apa?
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Bagi menang Padang Besar itu pada pembangkang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang itu Yang Berhormat Pokok Sena yang bercakap Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Jadi contohnya, kita ini Hospital Padang Besar. Hospital Padang Besar ini sekali lagi kita minta, dah lapan tahun dah, jadi maknanya kita minta walaupun ada ura-ura kita hendak bagi Hospital Padang Besar ini nak bagi klinik utama. Kita minta bahawa Hospital Padang Besar masih kita perlukan hospital yang 200 buah katil. Jadi kita kekalkan ini, bagi atau tidak bagi 200 buah katil. Jadi kita hendak diutamakanlah luar bandar ini.
Begitu juga tentang peruntukan-peruntukan di luar bandar seperti penoreh getah, pekebun kecil, nelayan, penternak dan petani. Jadi maknanya ini adalah penyokong tegar dan kita minta bahawa walaupun kali ini Perdana Menteri kata dia tidak potong peruntukan, tidak potong projek tetapi ditangguhkan. Akan tetapi kalau ada peruntukan lebih itu, bagilah tambahan kepada penduduk-penduduk di luar bandar dan di kawasan-kawasan KKLW ini.
Keduanya berkenaan dengan saya hendak bercakap sedikit tentang buruh asing.
Hari ini kita dengar 1.5 milion buruh asing hendak masuk ke negara ini. Jadi masing-masing menuding jari dan menyalahkan kerajaan terutamanya yang menerima padah itu adalah Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Dalam Negeri. Saya kasihan. Bukan kata apa, maknanya kita rakyat ini, hari ini sesuatu isu itu kita hentam terus tanpa penyelesaian.
Yang Berhormat, saya sendiri ramai dapat juga complaint, complaint daripada kontraktor dan pelabur bahawa sukar dapat pekerja. Sukar dapat pekerja. Jadi kita lihat satu pihak sahaja. Hari ini kita kata orang tempatan tidak bekerja, masing-masing tentang dan kita membuat gurauan, kita membuat jenaka kepada kepimpinan kerajaan kerana 1.5 juta.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Akan tetapi saya hendak komen di sini berkenaan dengan 1.5 juta buruh asing ini yang rakyat perlukan. Pihak yang minta pun juga rakyat kita. Pihak yang minta pekerja itu adalah orang Malaysia juga, rakyat Malaysia, warganegara dan pengundi. Dia pun minta.
Contohnya, hari ini satu kontraktor dapat satu projek besar. Dia perlukan 100 orang pekerja, ke mana dia hendak pergi? Kalau dia hendak cari Kementerian Sumber Manusia, IKRAM, taubat tidak dapat. Saya berani gerenti, siapa boleh dapat hari ini cakap.
Pembangkang sesetengah hentam dan kutuk itu boleh dapat tidak? 100 orang pekerja tempatan. Hari ini dapat? Tidak dapat. You pergi dekat Jabatan Tenaga Buruhkah, Kementerian Sumber Manusia, kita hendak 100 orang pekerja buat simen, tidak dapat. Akan tetapi kalau you pergi dekat, kita pergi dekat Bangladesh, kepala Bangladesh, hari ini mahu 100 orang, you dapat 100 orang. Kalau pergi dekat kepala Indonesia, hendak 50 orang pekerja kayu, hari ini dapat 50 orang.
Jadi maksud saya di sini, Kementerian Sumber Manusia ini tolong buat. Makna, kita lihat belia di kampung ramai tidak ada kerja. Di luar bandar ini pun ramai tidak ada kerja.
Kemahiran, kursus disediakan oleh kerajaan. Tidak adakah satu sistem di mana kita buat dengan NGOkah atau apa-apa pertubuhan supaya apabila rakyat perlukan pekerja, maknanya pelabur, kontraktor perlukan pekerja, dia ada tempat hendak pergi utamakan pekerja tempatan. Sekarang ini tidak ada. Jadi TERAJU, apa kita buat? Ini yang saya hendak tegaskan di sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Apa yang rakyat Malaysia mahu ialah pekerja asing ini dibawa masuk secara teratur. Regulated dan bukan apa yang sedang berlaku ini, di mana kita dapat lebih empat juta pendatang asing tanpa izin (PATI) berleluasa di Malaysia.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Apabila rakyat Malaysia hendak memohon melalui Kementerian Dalam Negeri, mereka terpaksa beratur dari pukul 3 pagi setiap kali dan kemudian di seluruh Malaysia, tidak boleh membuat permohonan melainkan di Ibu Pejabat Putrajaya sehingga keadaan sudah menggalakkan lebih ramai majikan menggaji yang tidak ada permit kerana susah sangat untuk dapatkan permit.
Kalau lagi 1.5 juta apa yang berlaku sekarang ini, kementerian membenarkan ejen- ejen membawa masuk 5,000 hingga 10,000. Selepas sudah bawa masuk, mereka semua jadi pendatang asing tanpa izin kerana semua permit sudah luput, tidak perlu diperbaharui.
Ada undang-undang kata mesti didenda berpuluh ribu, masuk penjara enam bulan dan sebatan, tetapi semua tidak terpakai. Hanya terpakai kalau Menteri hendak. Ini sudah menjadi satu keadaan that is total collapsed of the law. Jadi itu keadaan yang membimbangkan. Kalau empat juta PATI ini satu hari berdemonstrasi, tidak akan penjara kita mencukupi untuk memasukkan mereka semua. Keadaan sudah menggugat keselamatan negara. Jadi, itulah kita kata kekhuatiran rakyat.
Kita memang kita kata appreciate sumbangan pekerja asing yang datang secara sah dan teratur. Kita, we are appreciated. Sumbangan mereka ini memang kita hargai kerana membawa ekonomi kita ke satu tahap yang lebih baik. Kita mendapat pendapatan juga daripada aktiviti mereka sungguhpun mereka mendapat gaji daripada kita. Jadi, itulah yang rakyat mahu. Rakyat bukan tidak mahu pekerja asing yang datang secara baik yang menolong kita. Apakah pandangan Yang Berhormat Padang Besar?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam bangun.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Terima kasih Yang Berhormat Beruas sebab Yang Berhormat Beruas pun ada kawan-kawan pakai buruh asing. Okey, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Isu tentang pekerja asing ini, wujud kontradiksi yang diperakui oleh Yang Berhormat Padang Besar sendiri iaitu apabila disebut bahawa orang muda, rakyat Malaysia, golongan remaja tidak ada kerja di kampung. So dalam keadaan itu, saya merasakan bahawa ini merupakan satu masalah yang perlu dikaji dan dicari penyelesaian yang jangka masa panjang dan bukan satu penyelesaian mudah dengan terus membenarkan kemasukan buruh asing seramai 1.5 juta yang merupakan penyelesaian mudah, segera tetapi mendatangkan kesan buruk jangka masa panjang.
Dalam persoalan ini, ini bukan isu yang baru. Kita telah timbulkan persoalan ini bertahun-tahun sebelum ini. Kenapa pihak kerajaan tidak berusaha untuk mencari penyelesaian yang sebaik mungkin? Ada yang mengatakan, bukan sayalah. Datangnya pekerja asing ini, agen dapat RM400 satu kepala. 1.5 juta, RM600 juta untuk diagihkan di kalangan ejen-ejen. Kerajaan dapat levi RM2,500 seorang. Ini mendatangkan hasil kepada kerajaan sebanyak RM4 bilion, sedangkan pekerja tempatan tidak ada siapa pun dapat duit.
Ini merupakan satu corak pemikiran yang subversif, yang akan merosakkan negara. Ini lebih- lebih lagi baru-baru ini pula saya dengar ada pula cadangan Kanabis ini perlu dikaji balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sudah macam berucap Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak, ini hendak mencelah. Hendak tanya pandangan daripada dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Soalannya panjang ya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Hendak benarkan Kanabis pula? Kaji balik negara-negara maju membenar. Selalu saya nampak masa depan Malaysia ini, yang buat kerja ini semua orang Bangladesh, orang Indonesia, yang orang Melayu ini duduk hisap ganja. Adakah itu yang diinginkan? Lalu saya mengesyorkan bahawa persoalan 1.5 juta pekerja asing ini ditunda. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Padang Besar, tunda dulu. Cuba cari penyelesaian. Mungkin persoalan kadar gaji. Gaji RM900 sebulan, orang Bangladesh dan orang Indonesia bolehlah. Duduk satu rumah 30 orang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Lalu, apa pandangan Yang Berhormat Padang Besar? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Hari ini sampai 7.30 malamkah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sehingga 7.30 malam ya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kenapa? Buatlah sampai pukul 10 malam.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
7.30 malam pun sempat juga.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Ya, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Oleh sebab itu saya kata di sini. Saya kata di sini daripada awal tadi, kita tidak mahu salahkan bila kita sebut 1.5 juta itu, kita salahkan sangat tetapi bila sekarang ini kita tangguh. Kita setuju tangguh. Saya setuju apa yang Yang Berhormat Shah Alam katakan tadi, Yang Yang Berhormat Beruas katakan tadi. Kita lihat kesian pekerja asing ini. Apabila hendak datang sini, mereka bayar sekurang-kurangnya RM15,000 di Bangladesh.
Contoh Bangladesh. Selepas itu datang sini kena bayar lagi Kena bayar lagi. Bukan sahaja kementerian. Saya lihat di sini ada yang pakai sistem kemasukan warga asing bukan sahaja melalui Menteri, tetapi melalui institusi pengajian tinggi. Hari-hari masuk melalui institusi pengajian tinggi. Bayar beribu-ribu dan mereka ini bila disebut, saya juga hendak bercakap, yang bekerja itu dia kata, “Datuk, pakailah gelang. Pakailah apa. Kalau kami gaji kurang, kami potong sebelah. Kami kena bayar sekurang-kurangnya RM15,000 hingga RM20,000”. Kena bayar di Bangladesh hendak datang ke sini. Kesian, bergolok bergadai dan sebagainya. Jadi ini penting dan saya sedar.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Padang Besar atas laluan. Saya terkesan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Besar termasuk Yang Berhormat Shah Alam kerana kita memang- ini merupakan kemelut yang dihadapi oleh Malaysia secara keseluruhannya. Saya hanya hendak maklumkan bila masa berfikir tentang penyelesaian, adakah Yang Berhormat sedar bahawa sekarang ini lebih kurang 600,000 warganegara Malaysia yang bekerja dalam sektor dirty, dangerous and difficult (3D).
Mereka bekerja, alasan utama yang mereka berikan kerana kesediaan untuk bekerja dalam sektor 3D ini adalah bayaran. Di Singapura, sekurang-kurangnya SGD1,000.
Jadi saya fikir bila masa kita pergi ke arah seterusnya, to force companies to grow up the value chain dengan izin, kita harus mengambil kira, you have to pay them dengan amaun yang mencukupi bagi mendapatkan kesediaan. Warganegara Malaysia memang rela, hanya harus bayar setimpal. Saya mohon pandangan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh gulung selepas itu.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Ya, terima kasih. Selepas itu sekarang ini ada buruh asing ini berlagak juga sekarang ini. Kadang-kadang dia kata tidak mahu datang kerja dekat Malaysialah, gaji, duit turun dan sebagainya. Kadang-kadang kita sakit hati. Akan tetapi sekarang ini cuma saya hendak sampaikan di sini tentang mekanisme yang kita selalu bincangkan. Kita tangguhkan buruh asing dan kita tengok mekanisme kita dahulu. Oleh sebab itu saya kata, hari ini rungutan daripada syarikat-syarikat apabila mahu pekerja asing, kita pergi ke Jabatan Sumber Manusia dan sebagainya. Kita pergi, kita hendak minta. Kalau kata kita hendak minta lima orang pekerja dalam bidang-bidang tertentu, sukar dapat. Tiada satu organisasi atau usaha ke arah tersebut. Tidak ada.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Maka sebab kita sudah selesa dengan keadaan buruh asing. Jadi sekarang ini kita minta kementerian yang berkaitan bukan kita hendak serah KDN semata-mata, tetapi kementerian lain juga umpamanya sumber manusia ini perlu ambil iktibar dan tahu berusaha supaya keluarkan bajet melalui TERAJU dan apa sahaja. Contohnya, okey asrama di Kuala Lumpur apabila kita hendak bekerja ada asrama ataupun tidak. Buruh kita kena bagi kelebihan ataupun kita kena bagi sedikit bantuan sebab mereka-mereka orang tempatan untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu supaya kita kurangkan kita punya pergantungan kepada buruh asing.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Masa sudah habis Yang Berhormat Pokok Sena.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tuan-tuan, TM6 bilion kita keluarkan duit buruh asing ini setahun rugi RM6 bilion bukan kecil. Okey, terima kasih.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, sikit dia bagi laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah habis berucap ataupun...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Bagi laluan, bagi laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, ringkas Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat bersetuju tidak supaya sektor-sektor ini, kerajaan harus meletakkan kalau hendak ambil pekerja asing ini ialah peratus-peratus pekerja tempatan berapa peratus, pekerja luar berapa. Kemudian, skim gaji juga harus diselaraskan. Saya tunjuk contoh; takkanlah, macam pernah dibangkit oleh Johor, Pasir Gudang sehingga pekerja-pekerja di hotel pun pekerja dari luar negara. Itu bukan “berlemoih” kerja itu kerja smart bagai walaupun duduk di dapur, pagi tadi saya hendak pergi “menyorok” sarapan breakfast di hotel di tempat saya duduk. Saya hendak telur mata kerbau sahaja...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, ringkaskan Yang Berhormat masa sudah habis ya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya pergi tempat kaunter dok goreng telur itu, saya tanya dia hang daripada mana yang hat goreng telur itu. Nepal, takkan tidak ada budak Melayu, budak Malaysia yang tahu goreng telur mata kerbau. Nepal goreng telur mata kerbau. Jadi, saya dok fikir maknanya kalau diberikan gaji yang munasabah saya fikir pekerja di hotel itu orang Malaysia pun bersedia banyak orang kampung yang tahu dok goreng. Hat yang dok menoreh getah itu duduk makan telur hari-hari dia lagi cekap daripada hat Nepal itu.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Itu saya setujulah Yang Berhormat Pokok Sena sebab apa kaunter depan yang kira kaunter depan pun oleh buruh asing. Saya setuju sebab itu saya kata di sini, saya selalu terlibat kadang-kadang saya pun tidak tahu sumber manusia atau kementerian. Saya sebagai salah sebuah NGO yang saya bantu, saya beberapa kali jumpa pegawai-pegawai di Kementerian Sumber Manusia, tetapi terlalu sibuk. Sukar jumpa. Saya pun tidak faham mungkin sibuk apa pun saya tidak faham tetapi saya cuba jumpa sebab saya cuba juga maknanya sebagai seorang Ahli Parlimen hendak membantu orang selesaikan masalah pekerja tempatan ini kita cuba.
Saya pun tidak tahu, saya tidak mahu menuduh Kementerian Sumber Manusia ini kerana mungkin terlalu banyak kerja. Kalau kita banyak kerja, kita sediakan ruang macam mana hendak kita fokus atau pegawai yang terlibat. Kalau mungkinlah seorang KSU, TKSU itu dia banyak kerja dia buat tetapi makna kita tidak ada masa bagi mereka hendak jumpa.
Kalau buat appointment itu tiga ke empat minggu baru dapat. Jadi maknanya, kita minta ruang sedikit ada orang yang bertanggungjawab dalam usaha untuk kita menyelesaikan masalah tenaga buruh ini. Jadi macam-macam. Jadi kita tidak menuduh satu pihak. Itu tentang buruh asing.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Kedua, tidak timbullah masalah sekarang ini bila ada buruh asing banyak kesempatan itu diambil seperti dia kata tadi ada orang ambil kesempatan terutamanya contoh; MyEG. MyEG ini bayar duit RM800, dulu RM350 hendak ini, sekarang jadi RM800 ke RM2,000 belum tentu lulus lagi. Belum tentu lulus. Jadi ramai yang teraniaya. Jadi kadang- kadang orang datang kompelin.
Jadi, kita pun sebab kita terlalu bergantung pada buruh asing. Kita hendak salahkan AG tidak boleh tuan-tuan tetapi perlu bergantung pada buruh asing. Ini perkara-perkara yang perlu dilihat oleh kerajaan kerana rakyat menderita sekarang ini bila bayar tidak lulus, setahun tidak lulus, lapan bulan tidak lulus itu pun dia hendak claim dekat mana. Sebab semua kerja kita outsource sekarang ini. Itulah perkara yang kedua. Ketiga, berkenaan dengan MAS ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Hendak ringkaskan Yang Berhormat masa sudah habis Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Habis sudah. Alah!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah lama habis.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Saya ungkit MAS ini saya cepat sikit- jangan kacau. MAS ini kita buang pekerja. Kita buang pekerja untuk kita hendak bantu hendak pulihkan ekonomi MAS saya setuju saya menyokong. Akan tetapi jangan buang pejabat-pejabat sekali, MAS pekerja buang, pejabat pun dia buang. Pejabat di Pulau Pinang itu pejabat MAS tidak jual tiket sudah. Pejabat-pejabat sekali dia buang, jadi tak betullah itu.
Kadang-kadang orang ini rakyat dia pergi ambil tiket, tiba-tiba dia terlepas kapal terbang.
Selepas itu dia hendak cari tiket MAS, kerana hendak ke counter MAS- MAS sudah tutup.
Dia pi cari company lain dia rugi dia marah MAS. Jadi ini satu benda yang tidak betul. Jadi kalau boleh saya minta pejabat itu jangan tutup.
Kita buang pekerja kita terima. Kalau boleh kita bantu pekerja-pekerja kena buang ini sampai hari ini pun ada yang tidak dibantu tetapi tidak apalah. Akan tetapi kalau pejabat ini sudah tutup hendak beli tiket dekat mana, bayangkan orang terlepas kapal terbang atau mereka delay kapal terbang, macam hendak settle tiket, hendak tukar tiket, hendak pakai dekat situ kena pakai online itu maka sukar. Ini syarikat kerajaan, imej kerajaan. Jadi saya minta dipertimbangkanlah di Kementerian Pengangkutan. Okey satu. Kedua, tentang BR1M last sekali BR1M...
Beberapa Ahli
[Bangun]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
BR1M ini saya minta kalau boleh saya jumpa Kementerian Kewangan saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Hendak berucap panjang boleh mencelah, kalau tidak jangan celah lagi supaya dia berhenti Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Okey, okey.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Sikit-sikit sahaja. Terima kasih. Saya menarik perhatian daripada Yang Berhormat Padang Besar. Saya bersetuju tetapi dalam masa yang sama kita kena melihat apa masalah dalaman dulu. Kemungkinan besar sebab sekarang ini syarikat MAS, dia sudah swastakan. Dia bukan lagi GIC sepenuhnya dalam sikapnya sebagai pentadbir yang baru. Jadi saya kira adakah Yang Berhormat Padang Besar bersetuju dengan saya bahawa penilaian pengurusan itu perlu kita ambil pendekatan pertama. Mengesahkan bahawa pengurusan itu benar-benar mengamalkan apa yang telah dijanjikan dalam Dewan ini setelah dia berhakkan supaya mereka tidak mengkhianati amanah yang Parlimen bagi setelah pindaan Akta MAS itu dibuat.
Apa pandangan Yang Berhormat Padang Besar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Terima kasih, cuma saya setujulah kita bagi tempoh tiga tahun. Tetapi dalam masa tiga arah tiga tahun itu kita perlu cek. Jadi maknanya, contohnya saya senang sahaja bukan kalau kita tidak marah kalau tutup MAS itu. Kalau tidak tutup- outsource okey pejabat itu saya hendak tutup outsource dahulu. Sebab ada syarikat yang outsource benda itu dia ada lagi jual tiket MAS.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Jadi maknanya kita senang berurusan. Ini tiba-tiba tutup orang kata macam tutup jalan. Tiba-tiba dia tutup jalan tanpa maklumat kawan, orang kena pusing balik ini yang menjadi masalah.
Saya hendak laju sedikit tentang BR1M, BR1M ini saya tidak setuju sikit bagi sistem keluarga ini. Ini kerana bagi sistem keluarga ini orang boleh tipu. Jadi kalau bolehnya saya minta kerajaan Kementerian Kewangan BR1M ini bagi individu. Sebab ia berbeza sebab itu terutamanya saya hendak sentuh sikit tentang orang Melayu ini. Orang Melayu ini dari segi BR1M ini saya mereka ini kahwin dua, tiga.
Apabila kita bagi sistem keluarga, jadi bini tiga, satu laki betul tidak. Jadi tiga orang hendak kena bagi jadi ini masalah. Terutamanya bagi orang Melayu, saya baru-baru ini saya jumpa kementerian, “tak apa Melayu” “tak apa Melayu”. Saya rayu apabila isteri yang minta, suami yang minta tidak dapat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tiga bini tidak layak terima BR1M Yang Berhormat Padang Besar.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Ya?
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tiga bini tidak layak terima BR1M.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Kadang-kadang kahwin itu bukan kerana peruntukan lain bukan kerana kewangan keperluan lain [Ketawa] Tidak setuju kerana kewangan betul tidak. Kadang-kadang tenaga orang berbeza [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Besar. Saya kagum dengan Yang Berhormat Padang Besar ini selalu kalau berani berucap lebih masa sebelah ini bising tetapi kali ini tidak bising sebelah ini.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Menguntungkan kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Kemudian, Yang Berhormat Padang Besar kritik DAP dalam bentuk sindiran sini pun tidak bising dan bicara Yang Berhormat Padang Besar itu disukai banyak orang semua.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
[Ketawa]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Dia harum manis, harum manis.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Jadi kita minta BR1M ini jadi saya rayu bila isteri minta suami tidak dapat. Jadi kalau boleh kita bagilah mengikut individu. Sebab apa, kita lihat bahawa sebab kalau mereka yang tidak dapat BR1M pun kadang-kadang suami dapat pun tidak bahagi tiga, dia makan sorang. Jadi ini, untuk kalau kita hendak bantu rakyat, biarlah kita bantu secara menyeluruh jangan kita bantu ada kelemahan. Bantu sini ada kelemahan sini, bantu sini ada kelemahan sini. Kita tengok tentang adat masyarakat itu sendiri. Jadi itu Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih saya turut menyokong ucapan Titah Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, berapa minit ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
20 minit ya. Tuan Yang di-Pertua, saya nampak daripada Titah Yang di-Pertuan Agong itu ada banyak janji. Lima rancang, konon rancang pusaka, rancang tidak boleh berganti biar kering laut Melaka, saya tidak mungkir janji. Tuan Yang di-Pertua, dengan pergolakan dunia dan ekonomi yang tidak tentu saya berharaplah kita dapat satu dasar, strategi dan langkah-langkah yang utuh untuk menangani untuk mengatasi masalah ekonomi yang tidak tentu dan perdagangan dan perniagaan yang sudah terjejas di negara ini.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Semalam saya nampak ada itu bank, bank Bangladesh sudah digodam dan Gabenor pun sudah letak jawatan kerana ada terlibat dengan USD101 juta yang sudah hilang digodam. So, kita tidak tahu macam mana ini berlaku. Saya berharaplah bank-bank di Malaysia termasuk Bank Negara boleh memperketatkan keselamatan supaya tidak digodam lagi.
Keduanya, mengenai masalah- saya nampak dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ada sebutan mengenai pendidikan tinggi. Pendidikan tinggi seperti program Fakulti Ketua Pegawai Eksekutif 2015–2025, dalam Rancangan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan ada menekankan sains teknologi, kejuruteraan, matematik. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita nampak dalam kecerdasan buatan, artificial intelligence. Di Korea ada Go grandmaster, Go grandmaster itu membawa catuan yang sangat rumit dan Gore grandmaster Lee Sedol dia bertanding dengan mesin buatan AlphaGo oleh Google. Dalam pertandingan ini, pihak Go grandmaster ini kalah empat kali dan menang satu kali. Ini bermakna kecerdasan buatan ini, artificial intelligence akan mengubah fikiran manusia atau masyarakat majmuk. Sebab itulah saya berharap pihak universiti kita dapat mengkaji semua ini bagaimana kita boleh mengatasi perubahan yang besar di dalam fikiran manusia kerana ada benda-benda atau bidang-bidang kecerdasan buatan boleh mengatasi manusia. Akan tetapi bukanlah emosi ataupun pergolakan di dalam Dewan pun mesin tidak boleh buat. Manusia sahaja dengan emosi dan juga dengan kasih sayang dan sebagainya, mesin tidak ada. Akan tetapi walau bagaimanapun, saya berharap program di dalam universiti kita dapat dipertingkatkan dan diperbaiki serta diubahsuaikan untuk zaman semasa.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Tuanku juga ada menyebutkan masalah mengenai pertumbuhan hijau. Pertumbuhan hijau ini memang penting kerana kita hendak kurangkan karbon. Akan tetapi saya nampak di jana kuasa elektrik Malaysia lebih 19,000 megawatt atau 20,000 megawatt di Malaysia ini. Daripada jana kuasa ini, ada hampir 63 peratus daripada gas, 21 peratus daripada batu arang, 10 peratus daripada hidro dan lain daripada punca lain, dari tenaga boleh baharu hanya 1 peratus.
Saya berharap pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberitahu angka yang sebenar. Apakah usaha- walaupun dikatakan ada usaha untuk kita mempertingkatkan tenaga boleh baharu tetapi usahanya belum berjaya. Saya faham ini masalah tenaga dan karbon kita sangat rumit. Pihak yang keluarkan karbon ataupun greenhouse gas yang paling banyak seperti China dan Amerika Syarikat pun menghadapi masalah untuk mengeluarkan keluaran karbon kita ini. Saya berharap, negara kita terutamanya di dalam dasar tenaga dan dalam pelaksanaannya, kita dapat memberitahu apakah kita dapat meningkatkan usahanya. Ini kerana setahu saya, sasaran atau matlamat untuk tahun lepas adalah 5 peratus tetapi kalau tidak silap saya, tadi sudah disebutkan, hanya 1 peratus sahaja yang dicapai. Ini bermakna dasar kita tidak berjaya. Saya berharap ini dapat diperbaiki dan dikaji semula serta dilaksanakan dengan berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, masalah mengenai TPPA tadi. TPPA, kita nampak dalam titah ucapan ada disebutkan KDNK daripada 12 buah negara ini ada USD27 bilion. Memang daripada syarikat-syarikat termasuk GLC yang besar-besar, giant, memang mengalu-alukan pasaran yang lebih besar. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, dalam peringkat pelaksanaan, kita mesti sentiasa berhati-hati kerana ada golongan, ada sektor, ada bidang yang tidak dapat bersaing. Kita bergantung kepada pelaksana seperti 1.4 juta orang kakitangan kerajaan yang menguatkuasakan. Misalnya dalam bidang perdagangan ataupun perniagaan runcit. Kita di dalam TPPA ini dianggap ada USD6.6 trilion tetapi di Malaysia itu tidak sampai RM6.5 trilion sahaja.
Akan tetapi ini satu bidang yang penting untuk negara kita. Kalau syarikat-syarikat raksasa seperti syarikat Walmart, ia ada masuk ke Malaysia. Ini memang- kita ada satu ancaman yang besar kerana syarikat Walmart ia memang satu tahun sahaja, ia punya perniagaan boleh sampai RM600 bilion. Walhal, bajet Malaysia pun hanya tidak sampai USD90 bilion.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Cuma kita bayangkan kalau pelaksana kita, pegawai-pegawai kerajaan tidak cekap, bersih dan amanah, macam mana kita boleh menghadapi ancaman ataupun cabaran yang begitu besar. Satu syarikat sahaja, lebih besar daripada negara Malaysia, itulah. Saya berharap pihak kerajaan boleh mengkaji bagaimana kita boleh mempertingkatkan seperti mana titah ucapan untuk mempertingkatkan urus niaga kita dan urus tadbir kita. Jadi kita berharap semua ini dapat diperhatikan oleh pihak kerajaan.
Akhir sekali, mengenai tadbir urus atau urus tadbir.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Itu habiskan sahaja...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Biasanya orang berucap tidak pegang mikrofon macam itu Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya, baik. Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, ya.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, tetapi kali pertama saya nampak orang berucap pegang mikrofon macam itu. Rasanya sudah terbiasa di luar, ya.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Satu trend yang baru, ya.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Bukan trend yang baru. Akan tetapi dengan cara itu kita bolehlah cakap dengan lantang sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Okey. Tidak salah pun, tidak melanggar peraturan pun Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya, ya. Akhir sekali mengenai urus tadbirnya.
Jawatankuasa Putrajaya sudah keluarkan dalam lebih satu dekad ini, keluarkan satu garis panduan. Garis panduan ini untuk memastikan syarikat berkaitan dengan kerajaan boleh meningkatkan urus tadbirnya dari segi lembaga pengarah, dari segi penyimpanan rekod dan sebagainya. Di mana peranan lembaga pengarah? Di mana peranan pengurusan itu dan sebagainya? Saya nampak ada syarikat-syarikat tidak mematuhi dengan sepenuhnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sambung petang Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tidak payah dan saya akan habiskannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Okey.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Di sini, kita mestilah mengkaji. Mengapa saya kata mengkaji sebab tiap-tiap kali kita ada dasar, kita ada garis panduan tetapi tidak dipatuhi.
Itulah masalah kita dan saya berharap pihak kerajaan dapat meneliti semua ini dan dapat memperbaiki kerana kita tidak mahu wujudnya masalah peristiwa 1MDB dan sebagainya.
Kita tidak mahu dan kerana itulah kita mesti perbaiki tahap urus tadbirnya.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali tadi saya ada sebut mengenai...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, kita terpaksa berhenti, Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya, tidak apa.
Sayang-sayang buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang, Tuan laksana kayu berenang, Di sini tempat bergurau sayang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat...
[Tepuk] Sungguh halus sekali Yang Berhormat. Permulaan dengan pantun dan diakhiri dengan pantun. Terima kasih Yang Berhormat Kepong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Sik, Sik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Apa dia?
[Ketawa] Tidak apa saya bersedia. Ya, Yang Berhormat macam mana hendak sebut kawasan Yang Berhormat?
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Sik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sik, bukan ‘shit’ ya.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Not ‘shit’, not sex, Sik- between.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ha, okey.
Sila, itu apa? Main kuda?
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Bukan. Between at the middle Sik, no shit no sex, Sik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey, sila- sila.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Loghat ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila Yang Berhormat.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Silap, kadang pronunciation silap, tidak betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sebab itu saya tanya Yang Berhormat.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Ya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Elok-elok Yang Berhormat Sik, bersedia.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Salam sejahtera, salam satu Malaysia...
[Membaca sepotong doa] Tuan Speaker saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi sesi perbahasan Penggal Keempat, Parlimen Ketiga Belas.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Meneliti Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dapatlah kita rumuskan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Pekan telah berjaya dengan cemerlang dalam memacu negara dalam merealisasikan sebuah negara yang maju, berpendapatan tinggi serta mampu memperkukuhkan kemantapan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Walaupun terpaksa menghadapi serangan-serangan yang bertali arus sama ada di dalam Dewan yang mulia ini, di dalam negara mahupun di luar negara tetapi Yang Amat Berhormat telah berjaya mendapat pencapaian ekonomi antara yang tertinggi di dunia.
Syabas Yang Amat Berhormat Pekan.
Tuan Yang di-Pertua, Sik juga ingin terus merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Pekan kerana berjaya menjana ekonomi yang mampan, walaupun terpaksa mengambil alih pentadbiran dalam tahun 2009 ketika mana ekonomi negara sudah digunakan untuk projek-projek mega yang memakan belanja yang besar.
Dengan kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua peringkat iaitu bermula daripada barisan Menteri-menteri Kabinet, pegawai-pegawai kerajaan yang cukup berdedikasi, badan- badan GLC dan bukan kerajaan, korporat sehinggalah rakyat keseluruhannya telah membawa Malaysia ke satu tahap yang kita kecapi sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, tahun 2016 merupakan tahun yang lebih mencabar terhadap ekonomi dunia. Jika diteliti data semasa oleh IMF, kita dapati pertumbuhan ekonomi global tahun 2016 menjadi lebih perlahan iaitu daripada 3.6 peratus kepada 3.4 peratus. Ini diikuti dengan perdagangan dunia yang dijangka menyusut daripada 4.1 peratus kepada 3.4 peratus. Jelas menunjukkan bahawa bukan negara kita sahaja yang terkesan dengan cabaran ini sebaliknya negara-negara lain juga terpaksa bergelut dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.
Ketidaktentuan ekonomi global ini telah memberi kesan ke atas ekonomi domestik seterusnya kepada kos sara hidup rakyat jelata. Kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa mengkaji, meneliti dan mengambil tindakan yang proaktif bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dalam menangani ketidaktentuan ekonomi global ini. Terutamanya kelembapan ekonomi dan kejatuhan harga minyak dunia. Dengan bantuan pakar-pakar ekonomi dan strategi Yang Amat Berhormat Pekan berjaya menyalurkan bantuan-bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia dan sebagainya bagi meringankan bebanan hidup rakyat walaupun terpaksa bergelut dengan kejatuhan harga minyak, kejatuhan harga komoditi dan kelembapan ekonomi dunia.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu agenda memperkasakan bumiputera juga merupakan tunjang utama dalam memperteguh ekonomi negara. Kerajaan sentiasa membantu dan memberi sokongan kepada golongan bumiputera agar dapat berdaya saing terutamanya di peringkat global telah bermula sekarang. Dengan termeterainya Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) sekali lagi kerajaan telah berjaya meletakkan bumiputera pada tahap yang lebih tinggi. Dengan kebijaksanaan pasukan perunding kita, TPPA telah menerima dan mengiktiraf dasar bumiputera sebagai sebahagian daripada terma-terma TPPA di peringkat global.
Dengan ini agenda bumiputera bukan lagi sebagai agenda nasional malah telah diangkat dan diiktiraf di persada antarabangsa. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan perdagangan dan ekonomi terbuka, kerajaan telah mengambil langkah dari semasa ke semasa bagi memperluaskan pasaran eksport melalui Perjanjian Perdagangan Bebas termasuk TPPA, ASEAN Economic Community (AEC) serta Regional Comprehensive Economic Partnership, kerajaan dan rakyat mempunyai peluang yang terbuka luas untuk menggandakan kuantiti eksport produk-produk tempatan keluar negara.
Bayangkanlah jika sekarang kita ada 30 juta pasaran dalam negeri, selepas ini kita ada lebih kurang 500 juta pasaran yang membolehkan kita menjual barang-barang kita kepada mereka. Bukankah itu nikmat kepada rakyat kita yang dapat berniaga dengan lebih kepada banyak orang. Bila mana dalam perniagaan yang paling penting ialah pasaran.
Selepas TPP bermula, KDNK negara dianggarkan akan melonjak sebanyak USD27 trilion.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titahnya juga telah menyentuh tentang kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam menyedari kemudahan ini amat penting kepada urusan harian rakyat terutamanya kakitangan kerajaan, warga akademik, pelajar, usahawan, peniaga dan rakyat keseluruhannya, kerajaan akan berusaha menyediakan internet jalur lebar yang berkelajuan lebih tinggi. Perkara ini sudah saya bangkitkan banyak kali dalam ucapan saya dalam Dewan ini.
Walau bagaimanapun, saya sekali lagi ingin membangkitkan tentang masalah coverage yang terlalu lemah dan mengecewakan di kawasan saya. Rakyat di kawasan saya terutama guru-guru dan kakitangan kerajaan sering mengadu kepada saya tentang masalah mereka untuk menyelesaikan tugasan disebabkan capaian internet yang lemah. Malah di sesetengah pejabat kerajaan liputan internet tersangat perlahan.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Pada hari ini, sekali lagi saya merayu kepada kerajaan supaya dapat menambah baik liputan terutama di kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat kerajaan. Saya juga menyeru kepada penyedia perkhidmatan, service provider terutamanya Celcom yang merupakan syarikat GLC.
Janganlah kita memikirkan keuntungan sahaja. Bantulah kerajaan untuk membantu rakyat.
Ingatlah rakyat luar bandar seperti di kawasan saya inilah yang banyak membantu kepada kemenangan Barisan Nasional yang membolehkan GLC berada di kedudukan sekarang.
Saya berharap agar Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang inginkan high speed broadband yang merangkumi sekurang-kurangnya 95 peratus kawasan berpenduduk empat tahun lagi iaitu dalam tahun 2020 diusahakan bersungguh-sungguh.
Tuan Yang di-Pertua, usaha dan iltizam kerajaan yang berterusan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat luar bandar adalah amat dialu-alukan. Pelbagai usaha kerajaan seperti mempelbagaikan sumber pendapatan, pembangunan industri hiliran dan pembangunan tanah terbiar, saya sokong sepenuhnya. Isu pertama yang saya hendak sebut dalam hal rakyat luar bandar ialah berkenaan dengan harga getah.
Ini kerana rakyat luar bandar seperti di kawasan saya, bergantung pada hasil menoreh getah. Hidup mereka umpama, “Kais pagi makan pagi”. Tambahan pula hampir keseluruhan penoreh getah mengambil upah menoreh yang mana kebun dipunyai oleh orang lain. Mereka terpaksa berkongsi hasil getah dengan tuan-tuan kebun. Kehidupan mereka terhimpit di antara harga getah sekerap yang rendah dengan kenaikan harga barang melampau disebabkan oleh kerakusan peniaga yang sengaja mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang keterlaluan. Kehidupan mereka adalah daif sedangkan masyarakat luar bandar inilah penyokong kerajaan yang kuat. Isu tentang penoreh getah ini telah saya sentuh pada setiap sesi Parlimen dan saya akan terus memperjuangkan isu ini kerana 80 peratus rakyat di kawasan Parlimen saya adalah penoreh getah.
Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini kita bersyukur kepada Allah SWT kerana harga getah sejak seminggu ini meningkat sedikit iaitu di antara RM2.20 sehingga RM2.50 yang dicampur dengan 50 sen IPG. Saya mohon penoreh-penoreh di luar sana sabar. Insya-Allah, Yang Amat Berhormat Pekan tidak duduk diam. Kerajaan sentiasa mengikut perkembangan dan sentiasa berfikir dan usaha untuk menaikkan harga getah dan memberi pendapatan yang lebih kepada penoreh-penoreh getah.
Sekarang, harga getah sudah naik. Syukur alhamdulillah. Ini adalah hasil usaha kerajaan pada 25 Disember 2015 yang lalu yang mana telah berlangsung satu mesyuarat dipanggil International Tripartite Rubber Consortium yang terdiri dari Malaysia, Indonesia dan Thailand. Perjumpaan ini berlaku di Bangkok. Ketiga-tiga negara telah bersetuju dengan skim yang dipanggil Export Tonnage Scheme yang mana kesannya dilihat dalam dua bulan atau tiga bulan selepas skim ini dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam memberi insentif IPG ini, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya IPG itu diberi terus kepada penjual semasa penjual getah sekerap kepada pembeli. Selepas mendapat hasil jualan, wang itu boleh dibahagi dengan dua kepada penoreh dan tuan kebun.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Pada masa ini, IPG itu dituntut kemudian dengan menggunakan resit dan kebanyakan yang pergi menuntut di LGM ialah tuan punya kebun dan subsidi yang diperoleh itu tidak dibahagi dua kepada penoreh-penoreh oleh sesetengah tuan kebun. Sedihnya.
Kasihan kepada penoreh-penoreh ini. Sudahlah mereka bekerja susah, tidak pula dapat merasa subsidi yang telah diberikan oleh kerajaan. Oleh itu saya harap, kerajaan dapat mengubahsuaikan cara pemberian insentif IPG ini supaya masalah ini dapat diselesaikan.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang berkaitan dengan rakyat luar bandar yang ingin saya cakap ialah isu beras yang merupakan masalah berkaitan food security. Pertama, berkenaan dengan MyBeras. Kerajaan telah mewujudkan skim bantuan MyBeras bagi tujuan membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat miskin tegar yang dipilih melalui senarai eKasih.
Dalam kawasan saya, terdapat seramai lebih kurang 2,500 orang miskin yang tersenarai dalam senarai eKasih yang mana lebih kurang 650 orang adalah dalam golongan miskin tegar. Ini bermakna, hanya 650 orang sahaja yang layak mendapat bantuan ini pada setiap bulan sehingga bulan Disember 2016. Apakah akan berlaku kepada lebih kurang 1,900 orang lagi yang juga tersenarai dalam eKasih? Mereka juga sangat memerlukan bantuan seperti beras ini. Jika mereka datang ke tempat sumbangan dan tidak ada apa sumbangan, sudah tentu mereka akan kecewa dan marah. Jadi, saya harap kerajaan akan memerhati dan menilai untuk menyelesaikan masalah ini.
Isu yang kedua dalam masalah beras ialah isu lambakan beras tempatan. Tuan Yang di-Pertua, masalah lambakan beras tempatan di kilang-kilang adalah pada tahap yang serius, sebenarnya. Contohnya di kawasan utara terdapat sehingga 102,000 tan metrik padi dan 36,000 tan beras tidak dapat diproses atau dijual. Saya berpeluang bertemu dengan Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia pada bulan lepas. Perkara ini berlaku disebabkan oleh pemborong tidak mahu membeli beras yang diproses oleh kilang-kilang tersebut. Pengilang pula tidak ada pilihan lain kecuali terpaksa menjual beras mereka kepada BERNAS. BERNAS juga enggan membeli beras mereka. Keadaan ini menyebabkan pemilik kilang menanggung kerugian dan mereka terpaksa berhutang dengan BERNAS untuk meneruskan operasi mereka.
Terdapat kira-kira 23 buah kilang yang terpaksa menanggung hutang dari RM500,000 hingga RM18 juta sejak tahun 2014. Sekiranya mereka gagal membayar hutang ini, akan menyebabkan mereka menghadapi masalah kewangan yang besar. Masalah ini juga memberi kesan kepada petani-petani. Hasil tuaian mereka tidak dapat dijual kerana kilang-kilang beras enggan membeli disebabkan oleh stok terlalu banyak dan kehabisan modal dan ini menyebabkan padi mereka rosak. Terdapat juga petani yang tidak menuai padi mereka kerana tidak ada tempat untuk dijual. Padi yang tidak dituai itu akhirnya akan rosak dan akan merugikan petani.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sik, yang jadi masalah BERNAS kah atau pengilang lain?
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Okey, masalahnya kompleks, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dari ucapan tadi?
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Masalahnya petani tidak boleh jual beras dan juga disebabkan oleh...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak boleh jual padi.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Tidak boleh jual padi. Ini Pokok Sena banyak pokok padi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya mencelah kerana Yang Berhormat Pokok Sena tidak mencelah [Ketawa]
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Petani pun ada masalah, Tuan Yang di- Pertua, kilang pun ada masalah. Sebab dia tidak boleh beli, sebab dia timbunan padi dan beras banyak. Dia tidak boleh jual keluar.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Beruas bangun.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak dapat pandangan Yang Berhormat Sik bahawa kerana BERNAS diberikan monopoli untuk mengimport beras dan sekarang harga pasaran beras begitu murah sekali. Adalah lebih menguntungkan BERNAS mengimport beras dari luar negara daripada membeli daripada petani. Adakah ini satu unsur ataupun sebab kenapa lambakan beras daripada petani tempatan menjadi masalah besar? Kalau boleh dapat pandangan.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Saya tidak tahu- akan ada nanti dalam ucapan saya. Umum mengetahui bahawa bekalan beras tempatan hanya menampung 70 peratus daripada keperluan negara dan tambahan 30 peratus- sepatutnya 30 peratus yang diimport itu adalah untuk menambah yang tidak cukup 30 peratus. Umum mengetahui bahawa keluaran beras di dalam negara cukup setakat 30 peratus untuk kegunaan penduduk-penduduk Malaysia. Apa yang berlaku sekarang, masalahnya ada kaitan dengan Yang Berhormat Beruas bertanya.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Ini menimbulkan tanda tanya kepada kita, apakah bekalan dalam negara tidak berjalan tetapi import beras sedang dilakukan. Itu masalahnya. Kita pun tidak tahu sebab kita tahu bahawa beras ini, pokok padi yang ditanam, beras yang dikeluarkan daripada hasil padi di dalam negara, 70 peratus cukup untuk 70 peratus dan 30 peratus itu sepatutnya diimport dari luar untuk masuk tapi sekarang kita tak tahu sebenarnya. Itu tanya saya, saya tak boleh jawab kena tanya BERNAS.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Yang Berhormat Pokok Sena ada apa hendak celah? Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena Harum Manis hendak bertanya.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Kalau Yang Berhormat Pokok Sena boleh explain, dia banyak...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dak, Harum Manis semalam Yang Berhormat Kangar kata dah eksport kepada Perlis, keluar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dia ada makna itu Harum Manis itu sebenarnya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik. Pertama, masalah pak tani tak boleh jual padi tak timbul dah Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Sik kena tahu sebab musim padi habis dah, jual habis dah. Petani jual habis dah, pergi kat kilang. La ni benda itu dok ada dalam kilang dah.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Yang Berhormat Pokok Sena ini buat lawak, janganlah buat lawak banyak sangat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tak, tadi sebut kata pak tani tak boleh jual padi itu saya hendak perbetulkanlah.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Memanglah tak ada padi tak boleh jual dah, waktu musim padi. Jangan sat lagi sebut keriang dot pula.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sebenarnya petani itu dah jual habis dah, habis dah musim padi, habis dah jual dah. La ni padi berlonggok dalam kilang, berlonggok dalam kilang. Apa yang dituntut oleh persatuan pengilang ini ialah supaya pihak kerajaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Sik tadi tersilap. Padi sebenarnya bukan beras.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Ketawa] Ya, sebab yang diminta oleh pengilang-pengilang ini ialah supaya kerajaan mengurangkan import beras supaya mereka boleh memproses padi yang ada dalam kilang mereka itu untuk dihasilkan beras kemudian beras itu akan dipasarkan dalam pasaran. Ini masalahnya. Yang kedua ialah Yang Berhormat sedar ataupun tidak bahawa ada kilang-kilang yang terpaksa memproses padi yang dihantar oleh BERNAS ke kilang depa.
Maknanya BERNAS bayar kepada depa tetapi akhirnya BERNAS tak ambil sampai sekarang ini beras itu. Beras itu tak diambil sekarang ini untuk dihantar keluar jadi menyebabkan dalam kilang mereka pun berlambak-lambak beras yang dihasilkan daripada BERNAS punya permintaan kepada depa. Jadi BERNAS pun tak bayar sewa, sewa kilang itu. Sewa simpan beras dalam kilang depa kemudian depa sendiri pun tak boleh nak proses padi yang mereka beli sendiri.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Itulah yang saya cakapkan tadi, lebih kurang sama sahaja maknanya. Yang Berhormat Pokok Sena dia ulas apa yang saya cakap tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sik boleh gulung ya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Penjelasan satu lagi boleh?
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Okey, bagilah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kerana pasaran beras sekarang lebih kurang antarabangsa, harga pasaran antarabangsa lebih kurang RM1.30 sekilo tetapi beras dijual di Malaysia RM2.60. Jadi tadi Yang Berhormat Sik kata kita hanya kekurangan 30 peratus daripada beras yang rakyat Malaysia perlukan. Adakah Yang Berhormat Sik setuju bahawa kerajaan mesti tegas dalam isu ini. BERNAS tidak boleh dibenarkan mengimport lebih daripada 30 peratus itu yang kita perlukan kerana kalau tidak, BERNAS dia hendak mengaut untung besar, dia beli beras yang murah setengah harga di pasaran antarabangsa, dia jual RM2.60 mengaut untung besar tetapi menjejaskan pendapatan petani-petani tempatan.
Setuju tak Yang Berhormat Sik dengan cadangan saya?
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Memang apa Yang Berhormat Beruas cakap itu daripada segi dasarnya kalau kita tengok statistik, kalau betul 70 peratus yang dikeluarkan oleh sawah padi, 70 peratus itu cukup hanya untuk 70 peratus dan hanya 30 peratus perlu diimport. Maka kerajaan memang dasar kerajaan membenarkan BERNAS import 30 peratus sahaja, itu tidak timbul isu Yang Berhormat Beruas. Memang sepatutnya kena buat macam itulah, BERNAS tak boleh import lebih daripada keperluan yang sebenarnya dan tujuan import ini bukan tujuan import beras untuk menggantikan beras tempatan. Tujuan import ini ialah import beras untuk menambah kepada beras tempatan supaya cukup beras itu untuk keperluan rakyat Malaysia.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Boleh mencelah?
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Ha, banyak orang nak mencelah ini.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya sebenarnya saya hendak mencelah tetapi silalah Yang Berhormat Sekijang.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sik, masa dah cukup ya.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Sedikit-sedikit sahaja. Boleh tak kita, saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat, kita cadangkan kepada pihak kementerian supaya diadakan dialog dengan pekilang-pekilang ini, dapatkan pandangan mereka.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Dan mungkin boleh disertakan sekali dengan pihak BERNAS supaya apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Beruas dan juga Yang Berhormat Pokok Sena tadi berkaitan dengan ada mungkin lebihan berlaku import dan sebagainya itu dapat diselesaikan oleh pihak kementerian seperti yang disebut oleh menteri pada hari semalam bahawa pihak kementerian akan mengkaji semula import beras daripada luar ini. Terima kasih.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Terima kasih sahabat saya sebelah, Yang Berhormat Sekijang. Masuk dalam teks ucapan saya. Memang saya hendak sebut pun Yang Berhormat Sekijang, walau bagaimanapun, masalah ini saya ingin mengucapkan sama seperti Yang Berhormat Sekijang, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Asas Tani yang menyatakan semalam 15 Mac 2016...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Itu teks itu dia jeling-jeling tadi sebenarnya.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Ha dia jeling.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya nampak dia jeling.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Dia jeling teks saya lepas itu dia tahu apa dalam ini, dia cakap kot. Akan tetapi saya ingat taklah, dia tak bagi isyarat apa pun dekat saya. So jadi Alhamdulillah benda ini Yang Berhormat Menteri semalam sudah berkata akan memberi perhatian kepada masalah ini. Tuan Yang di-Pertua telah bagi tahu masa cukup, jadi Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali sebagai penutup, saya ingin memetik...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Isu kawasan tak ada ya?
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Isu kawasan tadi pasal getah, pasal internet. Selepas ini mungkin boleh saya sebutlah selepas perbahasan ke hadapan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya memetik Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ayat terakhir saya iaitu, “...Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Malaysia kita yang tercinta ini terus maju dan makmur serta rakyatnya mendapat taufik dan hidayah, sejahtera, bersatu padu dan sentiasa hidup aman sentosa di bawah lindungan-Nya.”
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Amin, amin.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Sekian, saya akhiri ucapan saya kali ini.
Wabillahi taufik wal hidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sik mohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bandar Tun Razak.
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang bagi saya untuk menyertai perbahasan Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka penggal keempat Parlimen yang ketiga belas. Saya meneliti Titah Tuanku, oleh sebab itu saya mengambil masa yang terhad ini untuk tertumpu pada nasihat Titah Baginda yang saya baca, *“Beta juga berharap semua Ahli-ahli Yang Berhormat berhentilah berpolitik untuk kepentingan sempit kerana ia telah berlarutan sejak sekian lama di mana ia melelahkan rakyat dan kerajaan.
Berikan contoh teladan yang baik kepada rakyat dengan saling bergandingan dan melahirkan buah fikiran yang bermanfaat demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara yang berterusan”.*
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen kita yang tidak selari dengan Titah Yang di-Pertuan Agong. Antaranya sebagai contoh, Yang Berhormat Gelang Patah telah membuat kenyataan bahawa Malaysia menuju kepada apa yang dalam bahasa Inggeris, banana republic. Kenyataan ini memberi kesan kepada perdagangan kewangan dan perdagangan antarabangsa kita sebab banana republic menunjukkan duit kita tidak bernilai langsung seperti di Germany selepas perang dan Jepun selepas perang Jepun.
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Jadi kenyataan ini tidak memberi manfaat kepada kita semua dan tidak perlu kalau pun marah kepada nyamuk jangan kelambu habis dibakar...
[Tepuk] Kedua, kenyataan juga dibuat saya telah membuat kajian tentang “Banana Republic” tapi saya berharap Kementerian Kewangan akan membuat kenyataan, apakah kriteria-kriteria yang boleh kita dianggap sebagai “Banana Republic” supaya tidak akan dan menjadi contoh kepada mereka yang ingin menggunakan kenyataan tersebut.
Kedua, satu lagi kenyataan yang dibuat ialah menyatakan bahawa negara Malaysia a failed state, negara yang gagal. Jadi saya berharap juga dan saya melihat apakah kriteria negara yang gagal. Antaranya ialah lost control untuk menjaga negeri. Jadi saya tidak tahu kita lost control inability to provide public services dan inability to provide international agreement. Jadi ketiga-tiga ini tidak terlihat dalam keadaan yang ada sekarang. Jadi oleh sebab itu saya cadangkan kalau ada benda-benda yang tidak betul kita cari jalan untuk membuat beberapa cadangan dan pembetulan supaya kita tidak menggunakan perkataan failed state ini.
Ini sebab semasa saya di Xi’an China bukan untuk Parlimen tetapi dijumpai oleh pelabur di sana untuk mengatakan kenyataan ini untuk negara China dia kata tidak boleh dipakai langsung. Jadi kalau ini akan merosakkan negara. Jadi oleh sebab itulah saya cadangkan kementerian terutama Jabatan Perdana Menteri untuk menerangkan kenapa kenyataan yang seperti ini merugikan negara dari segi nilai tambahan untuk kita berniaga dan berurus niaga.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Setiawangsa bangun.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Yang Berhormat Bandar Tun Razak sekiranya pertama kriteria tentang “Banana Republic”ini gagal dengan dua kriteria yang diberitahu itu dan failed state tiga kriteria digunakan adakah Bandar Tun Razak bersetuju dengan saya bahawa mereka yang membawa kedua perkara ini telah membohongi rakyat Malaysia tentang the state of the negara ini. Apa pandangan Yang Berhormat Bandar Tun Razak?
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Yang Berhormat Setiawangsa, saya juga tidak mengikut saranan Agong supaya kenyataan saya tidak berpolitik. Jadi maknanya saya hanya buat menunjukkan ada kesilapan minda dan itu perlu diperbetulkan. Itu sahaja supaya rakyat kita menganggap rakyat ini lebih pandai pada apa yang kita jangkakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Kangsar bangun.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Yang Berhormat Bandar Tun Razak sedikit sahaja. Kaitan dengan perkara kenyataan atau tuduhan-tuduhan mengatakan bahawa kita ini “Banana Republic” dan failed state. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Tun Razak kerana memberi kriteria-kriteria yang telah menunjukkan bahawa kita jauh daripada perkara-perkara yang dituduh itu.
Apakah pandangan Yang Berhormat Bandar Tun Razak kerana mereka memikirkan, minda mereka memikirkan the criteria of failed nation ataupun “Banana Republic” mungkin parti itu sendiri adalah parti banana. Banana party kerana mereka lihat bahawa- kita lihat kriteria-kriteria seperti adanya nepotisme, adanya proses pemilihan parti yang kita tahu mungkin mereka hampir kepada kriteria-kriteria ke arah banana party.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Jadi membuat tuduhan kepada perkara ini jadi satu perkara mainan politik. Apa pandangan Yang Berhormat Bandar Tun Razak?
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Tentang kenyataan yang katakan kurangkan perbincangan politik. Akan tetapi saya percaya apa yang saya bacakan ini tadi ialah mengingatkan bahawa sudah ada Titah dan nasihat Yang di- Pertuan Agong. Jadi oleh sebab itu kita balik go to basic dan cari jalan bagaimana kita bersama-sama bekerja untuk pembangunan negara kita itu sahaja.
Saya akan menyentuh satu perkara yang lain iaitu mengenai Tabung Haji. Saya berterima kasih kepada Menteri Jabatan Perdana Menteri yang telah menjelaskan tentang kekukuhan dan kekuatan Tabung Haji dari segi kewangan dan pelaburan dan mengambil penyimpan tentang tabungan mereka di Tabung Haji. Walau bagaimanapun, kenyataan Menteri itu saya rasa perlu dianalisa kerana untuk memberikan keyakinan sepenuhnya kepada lebih daripada 8 juta penyimpan umat Islam di dalam Tabung Haji. Dari pengalaman saya, dua faktor yang paling penting untuk digunakan sebagai pengukur kekuatan kewangan dan pelaburan Tabung Haji iaitu nisbah tanggungan dan juga nisbah kecairan.
Saya ingin jelaskan nisbah tanggungan. Nisbah tanggungan ialah jumlah harta bersih Tabung Haji dibandingkan dengan jumlah simpanan yang dijaga oleh Tabung Haji.
Jadi faktor ini adalah kerana Tabung Haji ialah bukan sebuah bank di mana Bank Negara menjaganya dan dia akan menentukan kalau ada kelemahan Tabung Haji maknanya dia boleh meminjamkan kepada Tabung Haji iaitu yang dipanggil lender of last resort. Akan tetapi oleh sebab itu saya cadangkan nisbah antara harta bersih Tabung Haji dengan simpanan Tabung Haji ialah 1 ke 1.3 maknanya kalau simpanan, kalau Tabung Haji ada RM100 bilion maknanya dia dapat menguasai simpanan hampir RM70 bilion. Jadi itu sebabnya menjaga harta nilai Tabung Haji itu sangat-sangat penting. Jadi saya berharap saya dapat diterangkan atas jawapan daripada jawapan balas oleh Menteri untuk dapat memberikan kepada kita di Parlimen bahawa nisbah tanggungan Tabung Haji ini cukup untuk menampung simpanan-simpanan.
Nisbah yang kedua dipanggil nisbah kecairan. Saya tahu Tabung Haji tidak ramai orang yang mengeluarkan simpanan, hanya pada masa haji sahaja iaitu maknanya kalau ada menyimpan yang tidak mengeluarkan simpanan bertahun-tahun. Jadi tidak perlulah Tabung Haji mempunyai kecairan yang tinggi. Maknanya duit untuk bayar. Walau bagaimanapun, nisbahnya dijangkakan dalam polisi yang biasa di peringkat antarabangsa untuk institusi insurans. Maknanya dia antara 5 peratus ke 10 peratus simpanan yang dibuat. Sebagai contoh jika simpanan masyarakat ialah hampir RM60 bilion, maknanya RM4 bilion ke RM6 bilion harta cair mesti diadakan.
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Jadi tujuan saya ialah dengan kenyataan-kenyataan ini, dia memberi contoh yang sangat baik kepada institusi-institusi, bagaimana penjagaan dana simpanan masyarakat dapat dilakukan.
Saya juga telah menerima beberapa panggilan daripada orang yang tersilap langkah oleh sebab terdapat kenyataan Tabung Haji dalam keadaan kewangan mereka yang tidak betul, telah menarik simpanan mereka dan sekarang hendak memasukkan duitnya balik.
Akan tetapi dia akan rugi tentang masalah masa mereka naik haji. Maknanya oleh sebab mereka sudah menyimpan 10 tahun, jadi dia mengharapkan dalam 10 tahun yang akan datang, nama mereka dipilih untuk menyertai haji.
Jadi saya hendak mencadangkan kepada Tabung Haji, oleh sebab penerangan kita tidak begitu jelas, Tabung Haji boleh menerima mereka balik untuk menerima simpanan dan mereka, kuota mereka itu dapat dikekalkan. Juga kalau mereka hendak buat kecoh ialah mereka boleh buat saman kepada orang yang membuat fitnah. Itu sahaja tetapi daripada segi itu, saya rasa inilah peluang kita untuk menentukan bahawa masyarakat mesti diberikan pengajaran dan pengalaman untuk menilai sesuatu pelaburan dan juga simpanan supaya mereka tidak terpengaruh dengan keadaan-keadaan yang menakutkan.
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Saya percaya, ini juga merugikan kita kerana ia akan menjatuhkan tahap institusi saya anggap, antara institusi-institusi Islam yang boleh kita anggap Malaysia megah ialah Tabung Haji. Jadi pada mereka yang pergi haji dan juga pergi pelaburan Islam antarabangsa, Tabung Haji adalah antara institusi yang dianggap sangat baik kewujudannya dan juga pengalamannya.
Perkara yang ketiga yang saya hendak nyatakan Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai keadaan perdagangan antarabangsa yang saya anggap oleh sebab boleh jadi saya ada masa lebih sedikit, saya melihat televisyen di mana pertandingan untuk menjadi presiden di Amerika. Daripada kenyataan-kenyataan mereka yang akan dipilih dan cuba hendak dipilih menjadi presiden, antaranya yang boleh menjadi sangat popular sekarang ialah Donald Trump. Daripada kenyataan Donald Trump itu, dia telah menyatakan dia tak suka bahawa Amerika menandatangani TPPA. Dia tidak suka kerana dia akan merugikan Amerika. Serupa juga dalam perbincangan dalam Parlimen kita pun, ada juga yang mengatakan merugikan Malaysia.
Akan tetapi daripada itu, saya berharap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menjelaskan kepada kita strategi jika Amerika mendapat presiden seperti Donald Trump dan dalam keadaan economy of isolation, maknanya dia tertumpu kepada ekonomi Amerika dan tidak peduli kepada ekonomi-ekonomi yang lain. Sebagai contoh, dia bersedia untuk membina tembok yang beribu-ribu batu untuk menghalang orang Mexico masuk ke Amerika dan dengan itu, kita mesti buat persediaan bagaimana kita menghadapi keadaan yang akan berlaku pada masa depan dan perdagangan antarabangsa kita.
Walau bagaimanapun, saya telah cuba meneliti, Alhamdulillah dependency ataupun penggantungan kita kepada international trade dengan Amerika Syarikat masih menurun.
Jadi maknanya, kalau kita tidak ada pun Amerika Syarikat dan kita membuka perdagangan kita dengan negara-negara yang lain, termasuk ASEAN yang sangat besar potentialnya, kita masih boleh hidup dan terus maju.
Akhir sekali, saya hendak bincangkan ialah tentang kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai satu undang-undang baru yang akan dikemukakan dalam Parlimen, mengenai pembiayaan perbelanjaan berpolitik, political fund.
Saya bersetuju untuk menerima supaya undang-undang ini dapat diberikan untuk kelulusan Parlimen. Walau bagaimanapun, saya tidak mendapat penjelasan yang sepenuhnya. Saya berharap mendapat penjelasan dalam jawapan balas Menteri bahawa tentang geran kerajaan untuk parti-parti politik, untuk menghalang parti-parti politik untuk tidak menyalah gunakan kuasa untuk mengutip dana mereka untuk berpolitik.
Ada baiknya kerajaan memberi geran kepada parti-parti politik. Oleh sebab kerajaan memberi geran kepada parti-parti politik ini, perbelanjaannya dan urus tadbirnya boleh diaudit dan juga menjamin satu keadaan yang lebih baik. Ini berlaku pada negara seperti Germany, Britain juga dan juga negara-negara yang maju untuk kita dapat memberikan satu usaha supaya kita tidak bergaduh, sudah hampir setahun tentang bagaimana dana politik yang sepatutnya dan tidak sepatutnya digunakan sebab kita tidak mempunyai undang- undang dan sokongan kepada tatacara berpolitik yang lebih telus dan lebih baik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam. Maaf Yang Berhormat Semporna, tidak perasan.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya berdiri di sini pada hari yang mulia ini untuk menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baginda sebagai ketua negara yang berpaksikan kepada prinsip demokrasi dalam Perlembagaan Persekutuan sememangnya merupakan lambang keutuhan dan kesatuan rakyat Malaysia. Semoga kebesaran dan kemuliaan baginda akan terus menjadi simbol perpaduan, kemajuan dan kesejahteraan masyarakat kita yang berbilang kaum.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan perbahasan saya dengan isu tol lebuh raya. Saya difahamkan bahawa kenaikan kadar bayaran tol di antara 20 sen ke RM3.00 di kebanyakan lebuh raya Lembah Klang pada Oktober 2015 telah banyak membebankan orang ramai, terutama penduduk di sekitar Lembah Klang.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ramai mempersoalkan rasional di sebalik kenaikan kadar bayaran tol tersebut yang kurang popular berikutan dengan kenaikan kos sara hidup yang juga melanda kebanyakan kelas menengah dan bawah. Ramai tertanya-tanya akan syarat perjanjian konsesi tol yang membolehkan kenaikan kadar bayaran tol dan berharap satu jalan penyelesaian yang berjangka panjang dapat dicadangkan untuk mengurangkan beban pengguna jalan raya.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Saya amat bersetuju dengan inisiatif kerajaan bahawa kepimpinan Perdana Menteri untuk menjalankan polisi penjimatan dan mengurangkan perbelanjaan bagi meneruskan komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit bajet ke 3.1 peratus kepada KDNK.
Keputusan untuk meluluskan kenaikan kadar bayaran tol bagi mengelakkan pampasan sebanyak RM558 juta adalah boleh difahami. Akan tetapi saya ingin mencadangkan bahawa kerajaan turut memberi perhatian ke atas kesan kenaikan kadar bayaran tol dan berusaha mencari cara penyelesaian berjangka panjang yang memanfaatkan semua pihak.
Setelah saya meneliti senarai konsesi lebuh raya atas Lembaga Lebuhraya Malaysia, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan dapat mengkaji dan menjalankan penstrukturan kewangan semula ke atas 29 konsesi lebuh raya. Ramai berharap kenaikan kadar bayaran tol mengikut ketetapan jadual berkala yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi tidak mengambil pertimbangan ke atas kenaikan kos sara hidup yang turut membebankan rakyat.
Walaupun konsep user pay adalah wajar, tetapi keupayaan kebanyakan pengguna untuk membayar kadar bayaran tol yang semakin tinggi tidak dipertimbangkan. Kajian ini perlu dijalankan kerana syarikat-syarikat konsesi, mereka mengutip bayaran tol ini daripada pengguna lebuh raya untuk membayar balik interest bond yang diterbitkan untuk kegunaan pembinaan. Jadi, sekiranya kita dapat menjalankan penstrukturan kewangan semula bahagian itu, maka kadar tol pun mungkin dapat dikurangkan. Jadi, saya mohon pada pihak Kementerian Kewangan untuk mengkaji cadangan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan Titah Tuanku yang menyarankan kerajaan supaya mengekang dan menangani cubaan segelintir pihak yang memainkan sentimen perkauman serta menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan kandungan berbaur hasutan, fitnah dan fahaman extremist. Saya amat bersetuju dengan saranan Tuanku yang mengatakan bahawa kelewatan bertindak ke atas isu-isu sensitif yang melibatkan berbalahan berunsur kaum dan agama boleh menjejaskan perpaduan masyarakat sehingga menjadi konflik terbuka yang mengancam keharmonian dan kestabilan negara. Saya percaya bahawa rationality keterbukaan dan berhebah perlu diteladani oleh semua pemimpin politik. Kita perlu mencapai konsensus untuk mengutamakan kepentingan negara dan masyarakat ke atas kepentingan politik dan persendirian.
Kegiatan berpolitik dan fitnah terutamanya di media sosial harus diberhentikan demi kesejahteraan masyarakat keseluruhan. Kita tidak boleh berbalah sesama kita sedangkan wujudnya banyak lagi cabaran luaran negara yang perlu kita hadapi sebagai sebuah negara yang bersatu dan kuat. Saya amat berharap bahawa saranan Tuanku yang amat tepat dan ikhlas ini akan diterima baik oleh semua pihak termasuk pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat mengalu-alukan Titah Tuanku yang menggesa ahli-ahli politik supaya berhenti berpolitik yang berlandaskan kepada kepentingan diri sendiri.
Saya turut berkongsi kebimbangan yang sama bahawa negara kita terus terbelenggu dalam suasana berpolitik yang memecahbelahkan masyarakat sejak dari Pilihanraya Umum Ke-12 pada Mac 2008. Ahli-ahli politik banyak menghabiskan masa atas berpolitik sehingga kewajipan utama sebagai wakil rakyat penggubal dasar dan pentadbir diabaikan.
Malahan, ekonomi negara turut terjejas dan rakyat menjadi mangsa atas tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya amat bimbang akan perkembangan sedemikian yang kurang sihat serta memudaratkan negara pada jangka masa panjang.
Fokus kebanyakan ahli-ahli politik ke atas politik telah mengalihkan masa dan tenaga dan sumber kita yang terhad kepada perkara-perkara yang kurang penting berbanding dengan agenda pembangunan negara.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Malahan, kebanyakan perkara yang dibangkitkan adalah perbalahan atau konflik yang berdasarkan kepada perbezaan pendapat, keangkuhan dan kepentingan sendiri.
Sesetengah ahli politik terus memainkan isu sehingga menjadi kontroversi berterusan bagi mempengaruhi persepsi awam untuk mendapatkan sokongan politik. Isu-isu seperti 1MDB yang telah pun diletakkan di bawah siasatan Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara tidak harus disensasikan oleh ahli-ahli politik yang sengaja ingin mencetuskan perdebatan dan menghasutkan emosi orang ramai demi mencapai agenda politik sendiri...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Rasah bangun.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam boleh minta penjelasan.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tidak apa, biar saya habiskan.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Sedikit sahaja penjelasan. Bagilah.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Mereka seharusnya sedar bawah kerajaan telah pun menunjukkan komitmen untuk menjalankan siasatan dan mendakwa mereka yang disabit kesalahan. Pembangkang seharusnya menyokong perjalanan siasatan tersebut tetapi bukannya berpolitik demi kepentingan politik sendiri.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Simpang Renggam, sedikit sahaja boleh? Sedikit sahaja.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tidak apalah.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Mohon sedikit penjelasan. Saya cuma ingin hendak tanya kepada Yang Berhormat Simpang Renggam, sebenarnya bukan sahaja pihak pembangkang....
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Keterlaluan politik akan melemahkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, tidak boleh macam ini Yang Berhormat. Kita ada peraturan 37(1b) Yang Berhormat dan Yang Berhormat boleh rujuk peraturan tersebut Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Keterlaluan politik akan melemahkan agenda pembangunan dan ekonomi negara. Sebagai contoh, apa yang terjadi kepada negara Thailand penunjuk perasaan kuning dan merah yang mengambil street protest sebagai langkah untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya. Kini negaranya diperintah oleh tentera, sistem demokrasi Parlimen digantung serta juga mengambil kuasa pemerintahan. Selain Thailand, apa yang terjadi kepada Taiwan juga perlu diambil iktibar.
Saya memetik satu artikel Tuan Yang di-Pertua, yang diterbitkan oleh Channel News Asia pada 27 Februari 2016 yang lalu mengenai Taiwan yang bertajuk, dengan izin, “Tiger that lost its raw, Taiwan pays price for not looking forward”. Dalam artikel ini berbunyi, Tuan Yang di-Pertua dengan izin, *“As growth dips, the cost of leaving is soaring, wages are stagnant and youth unemployment is high. Incoming President Tsai Ing-Wen of the Democratic Progressive Party, who beat Kuomintang’s Eric Chu in last month’s elections, has a lot on her hands when she takes office in May.
Much of the island’s malaise has been blamed on its partisan politics. Roughly split along pro anti-Beijing lines which have fed a relentless media cycle and exhibited the worst excesses democratic gridlock. Many Taiwanese think, in the past two decades the government and decision makers have spent time preserving their own interests and in fighting the ideological warfare instead of sustaining the economy”, said Dr. Lee Chia-yi, a Taiwanese assistant professor now teaching at the S.Rajaratnam School of International Studies in Singapore. So, Taiwan has lack behind the other ASEAN Tigers.*
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Maksudnya, Tuan Yang di-Pertua kerana pertubuhan berkurangan, kos sara hidup meningkat, tiada perubahan dalam gaji dan berlakunya pengangguran belia yang tinggi. Jadi, bakal Presiden Taiwan ini yang mengalahkan Eric Chu mempunyai banyak perkara penting yang perlu ditangani segera sebaik mengambil alih tempat kepimpinan Taiwan. Penduduk kepulauan tersebut telah menyalahkan politik berpartisan yang terbahagi kepada pro and anti-Beijing.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Perkara seperti ini memberi perhatian kepada media khususnya untuk mempamerkan yang terburuk dalam parti Demokrasi oleh KMT kepada bakal pengundinya di Taiwan. Rakyat Taiwan mula berfikir dan menerima kenyataan bahawa selama dua dekad yang lalu, kerajaan Taiwan yang diundi sebenarnya lebih mementingkan ahli politik.
Kehendak berpolitik dan tidak mementingkan ideologi kepimpinan serta tidak mengekalkan status ekonominya. Jadi Taiwan tertinggal ataupun lebih tepat perjalanan yang lemah dalam arus pembangunan ekonomi jika dibandingkan dengan negara-negara Asian yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, amat jelas bahawa tumpuan yang lebih diberikan kepada politik akhirnya hanya akan melemahkan ekonomi negara. Sekarang kalau kita lihat negara kita, sebenarnya apa yang dilaksanakan oleh kerajaan, pembangkang akan cari alasan untuk membantah apa yang Barisan Nasional buat semuanya adalah salah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Simpang Renggam...
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Rasah bangun.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Saya beri contoh, biar saya habiskan contoh dahulu.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Sedikit sahaja.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Dahulu...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Saya mahu bertanya pandangan Yang Berhormat Simpang Renggam...
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ini contoh BR1M Tuan Yang di- Pertua. Dahulu apabila kerajaan melaksanakan BR1M.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya duduk Yang Berhormat Rasah
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Pembangkang kata kita merasuah rakyat. Kita membeli undi tetapi hari ini, DAP juga membantu pengundi mereka mendaftarkan BR1M. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tunjuk ini satu akaun Facebook. Akaun Facebook Tan Hong Pin, ini sebenarnya ADUN di kawasan Mengkibol, Johor.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Simpang Renggam...
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Yang berkata begini, ‘Baru selesai buka kaunter mengemas kini maklumat BR1M di Taman Intan Baru, program tadi mendapat sambutan hangat Tuan Yang di-Pertua dan malam ini akan menyediakan kaunter di Medan Selera Taman Lian Seng.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Simpang Renggam...
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Rakan-rakan berhampiran, Taman Lian Seng dialu-alukan datang untuk mengemaskinikan maklumat BR1M Tuan Yang di- Pertua.
Seorang Ahli
Tidak boleh?
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Dahulu bantai, bantai, sekarang pula bantu pengundi untuk mendaftarkan dan lagi hebat lagi...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Simpang Renggam, bagi sedikit laluan lah Yang Berhormat Simpang Renggam...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
[Menyampuk] Bagi laluan.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Bagi laluan.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ahli Parlimen Kulai. Okey dengar, ini lagi hebat, ini juga dalam Facebook. Maklumat yang diperlukan untuk permohonan BR1M.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Bagi laluan.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Bagi laluan.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Bagi laluan menjelaskan.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Beri laluan, beri laluan, jangan lari.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tulisan Cina Tuan Yang di- Pertua...
[Dewan riuh]
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Sekiranya ingin memohon BR1M atau mengemas kini esok pagi bawalah salinan IC dan buku akaun bank, datanglah ke pejabat DAP. Tuan Yang di-Pertua, DAP...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Bagi laluan. Jangan takut.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
[Bangun] Bagi laluan.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Mereka sediakan...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Ini syok sendiri sahaja. Sila duduk di sini. Beri laluan ke tidak?
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Dahulu bantai kata kita rasuah, kini mereka pula bantu pengundi untuk mendaftarkan BR1M.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Bagi laluan Yang Berhormat Simpang Renggam.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Yang Berhormat Simpang Renggam, jangan lari.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Bagi laluan.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, saya...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Bagi laluan.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Saya ada lagi satu...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Takut apa?
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Yang Berhormat bercakap tetapi tidak berani bagi laluan. Tidak berani berdepan tetapi berani cakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Simpang Renggam,
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, sebut nama saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Duduk sekejap Yang Berhormat, Ya.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Yang Berhormat, kita kena mengikut peraturan.
Ada Peraturan Mesyuarat 41(1)(e). Sebelum itu kita ada Peraturan Mesyuarat. Jadi saya kira kedua-dua peraturan ini boleh dilihat oleh Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat sedang bercakap, diminta oleh Yang Berhormat lain untuk pencelahan, tidak diberikan pencelahan, tidak dibenarkan jadi saya tidak boleh hendak berbuat apa-apa. Jadi saya berharap Yang Berhormat, sekali lagi Yang Berhormat Simpang Renggam, saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Simpang Renggam, membenarkan pencerahan atau tidak? Tidak.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Tuan Yang di-Pertua...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, dia sebut nama saya.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
...Tadi Yang Berhormat Simpang Renggam...
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
...Itu unfair, kalau dia memang gentleman beri laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
You takut apa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, selepas ini Yang Berhormat ada...
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Mereka, mereka ...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, dia sebut nama saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, selepas ini Yang Berhormat ada...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Kalau dia memang gentleman berilah laluan.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Takut apa?
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ini lagi satu contoh yang ingin saya...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Sebab nanti kalau saya ucap Yang Berhormat Simpang Renggam sudah tidak ada, saya hendak tanya dia. Saya hendak balas dia sekarang juga.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Yang menunjukkan bahawa...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
...Dia sekarang...
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Yang menunjukkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Walaupun Yang Berhormat Simpang Renggam tidak ada dalam Dewan ketika Yang Berhormat ada peluang untuk menjawab dan dicatatkan dalam Hansard Parlimen, Dewan Rakyat ya. Sila Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Dia sebut nama saya.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Contoh.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Itu masalah.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Contoh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat,...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
You takut apa, kalau gentleman, jantan, marilah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
You takut apa? Gentleman atau tidak, cakap sahaja.
Gentleman atau tidak?
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ini Tuan Yang di-Pertua, saya bawa lagi satu...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Seorang wanita berdiri di sini minta laluan pun...
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ini...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
... Tidak berani bagi.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ini satu lagi contoh.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Penakutlah!
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Yang menunjukkan bahawa...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Penakut, penakut.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Pembangkang...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Penakut, jangan cakaplah!
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ini mengenai projek Rapid di Pengerang Johor.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Pembangkang membantah berhabis-habisan...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Saya memohon jasa baik Tuan Yang di-Pertua..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, sebab itu saya minta Yang Berhormat merujuk peraturan.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Tolonglah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Jadi kalau merujuk peraturan. Kalau merujuk peraturan, Yang Berhormat akan faham.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Masalahnya Yang Berhormat Simpang Renggam, beliau menyebut nama DAP, menyebut Yang Berhormat Kulai
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Sudah menjadi tanggungjawab dia bagi ruang untuk kami membalas. Kalau tidak berani, janganlah berpolitik di sini, cakap banyak sahaja.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, kita bukan Menteri, kita tidak ada pelaung untuk menjawab nanti.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Pembangkang membantah habis- habisan projek Rapid di Pengerang, Johor sehingga pergi ke Taiwan. Taiwan cakap buruk tentang kerajaan dan ini adalah petikan berita pada 19 Julai 2013 Tuan Yang di-Pertua dengan izin, ‘The fight for Pengerang goes to Taiwan’, ini tajuk. ‘The delegation who were represented by the Save Pengerang NGO Chairperson Anis Afida, treasurer Chua Peng Siang, secretary Seng Siew Ping and Liew Yen Hean. Four observers from Pakatan Rakyat also accompanied the delegation. They were state assemblyman (ADUN) for Mengkibol, Tan Hong Pin; Tangkak ADUN Ee Chin Li...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, siapa yang bising itu Yang Berhormat?
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Bentayan ADUN Chua Wee Beng and Johor PAS representative Mazlan Aliman.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Simpang Renggam, duduk dahulu. Saya ingin memastikan siapa yang bising itu, good, good itu.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Baiklah memang betul...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak perlulah macam itu Yang Berhormat.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Okey, baik terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kalau Yang Berhormat tidak berminat duduk dalam Dewan, saya boleh minta Bentara, minta Yang Berhormat berehat dahulu, sila.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Currently, Er Teck Hwa, MP for Bakri- Yang Berhormat Bakri, *held a press conference in the Parliament to address the Malaysian media of the memorandum submission that was happening in Taiwan that same day. In his press statement, Er said that the delegation had visited the Yunlin county in Taiwan to understand the issues and problems faced by the local residents after the building of the naphtha cracking factory there in the middle of 1990s.
The investor-* KKPTC, ini adalah syarikat Taiwan- Kuo Kuang Petrochemical Technology Company- KKPTC should explain why this project was cancelled in Taiwan and subsequently moved to Malaysia,”. He stressed, the government should explain why such a project, that can eliminate Taiwan’s whole population in only 23 days, should be allowed in Malaysia. The KKPTC project that will be developed in Pengerang will be 1.5 times the scale of the initial project in Taiwan. Does the Malaysian Government wants to sacrifice the people’s lives in 34.5 days by continuing with this project?” Er added, dengan izin, ‘Er also added, even though this environmental issue has been widely covered by the Chinese language media, it has yet to be adequately covered by other languages media. This has led many Malaysians to be ignorant of this environmental issue. For this purpose, I am working with three Johor ADUNs to translate the report prepared by Professor Jhan Jhang-Cyuan into bahasa Malaysia so that Malaysians can understand and study the issue academically and scientifically, he elaborated’. Mereka membantah Tuan Yang di-Pertua, malahan kata kalau menang dalam pilihan raya umum dan mereka memerintah negeri Johor, mereka akan terus membatalkan projek tersebut Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Akan tetapi kita pula baca Facebook lagi seorang ADUN bagi kawasan Senai, DAP.
Namanya Yang Berhormat Wong Su Qi. Pada 28 Februari beliau tulis seperti berikut, “State oil giant Petronas’ flagship project in Johor’s south-eastern tip of Pengerang has become a life raft for many oil and gas workers as contracts and new job opportunities dried up across the board over the past year. The building of a new oil refinery and petrochemical plant, for which work started in 2012 and started picking up pace beginning last year, has taken in a growing number of oil and gas workers from all over the countries.” Tuan Yang di-Pertua, maksudnya mereka...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Simpang Renggam, boleh gulung.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Mereka sekarang puji dan bersyukur kerana projek ini mencetuskan banyak peluang pekerjaan. Dulu bantai, sekarang pula puji. Hendak kata menyelamatkan ramai pekerja yang mungkin akan dipecat akibat pengurangan harga...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Pandangan, minta pandangan boleh.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Singaporean.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Inilah contoh yang amat ketara.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Yang Berhormat Simpang Renggam, hendak minta pandangan.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Di mana pembangkang mempolitikkan isu...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Bagi sikit peluang bolehkah Yang Berhormat Simpang Renggam?
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Membelakangkan kebajikan dan nasib rakyat.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Yang Berhormat Simpang Renggam, singkat saja, senang saja satu soalan.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Dia tidak bagi punya, dia penakut.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Banyak tanya soalan.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Sini, sini Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Simpang Renggam, jangan tengok kertaslah, tengok sini.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Please don’t politicking. Ini semua fakta.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Politicking sekarang Yang Berhormat.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Yang Berhormat bagilah, bagi laluan.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ini cukup bukti, satu contoh yang cukup jelas.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Bagilah laluan, saya hendak tanya sikit saja.
Sikit saja, senang saja.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Membuktikan bahawa pembangkang menipu mata rakyat.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Tarik balik perkataan menipu.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Yang Berhormat Simpang Renggam.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Dia penakut, dia tidak bagi punya.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Perkataan menipu...
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Satu minit cukup.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Tarik balik perkataan menipu.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Jadi, sebelum saya mengakhiri ucapan Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Tidak berani, cakap saja.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Aiya, buang masalah.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Mengalu-alukan kehadiran Wanita UMNO dari kawasan Machang. Jadi saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih. Yang Berhormat Tanjong tidak ada ya? Ya.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Baik terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tanjong, saya belum jemput lagi. Saya hanya bertanya.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Sudah tanya sudah. Duduk ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sebab dalam list saya tengok Yang Berhormat Tanjong dan Yang Berhormat Bachok tapi Yang Berhormat Bachok bangun dulu. Terpulang pada Yang Berhormat Tanjong lah. Ya, Yang Berhormat Bachok, sila.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
[Membaca sepotong doa]* Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mewakili suara rakyat kawasan saya bagi membahaskan ucapan Titah Yang di-Pertuan Agong. Saya mulakan bicara ini dengan memetik sepotong ayat, firman Allah SWT...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang membawa maksud, “Inilah jalanku, aku dan orang- orang yang menurutku, menyeru manusia kepada agama Allah berdasarkan kepada keterangan bukti yang jelas dan nyata dan aku menegaskan maha suci Allah dari segala iktikad dan perbuatan syirik dan bukanlah aku dari kalangan golongan yang mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu.” Saya memulakan bicara ini untuk menyebut beberapa isu terutama yang berkaitan dengan apa disentuh oleh Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Baginda yang telah pun disampaikan iaitu menyeru supaya semua rakyat dalam negara kita mengutamakan soal perpaduan dan juga menjauhkan daripada unsur-unsur yang boleh membawa kepada fahaman ekstremis dan juga terrorist di saat negara kita dilanda dengan pelbagai krisis termasuklah krisis ekonomi dan sebagainya. Tidak lupa juga kita perlu memberi perhatian kepada soal isu perpaduan yang kadangkala diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk menjadi juara kononnya mereka adalah merupakan jaguh dalam menentukan benar dan salah.
Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah SWT Islam adalah evidence based religion, dengan izin. Allah SWT menyebut dalam Al-Quran... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Apabila kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu merujuk kepada Allah dan juga Rasul.” Sekiranya kamu beriman kepada Allah dan juga hari Akhirat, maka inilah asas dalam menjadikan penyelesaian kepada isu perpaduan yang juga melanda negara kita pada hari ini.
Kita perlu sedar bahawa ada pelbagai pihak yang cuba untuk memporak- perandakan perpaduan di kalangan kita dengan menzahirkan beberapa isu yang menjadi sensitif di kalangan umat Islam. Ada yang mendakwa mereka adalah merupakan pejuang Ahli Sunah Wal Jamaah. Ada pula yang dilabelkan dengan terrorist. Ada itu dikatakan dengan Wahabi, yang bercakap tentang Wahabi. Mereka pun tidak faham apa itu Wahabi. Mereka melabelkan Saudi sebagai negara yang menaja keganasan. Padahal kesemua ini adalah merupakan perkara dan juga fitnah tajaan daripada Syiah dan juga daripada Amerika yang bersekongkol dan berselindung di sebalik PBB.
Maka apa yang berlaku pada hari ini sebenarnya seruan kepada penyatuan kepada umat Islam. Ini adalah merupakan satu seruan yang ramai dan juga boleh menyelamatkan negara seperti Saudi yang dipimpin oleh Raja Salman yang kita yakini bahawa seorang raja yang soleh yang apabila menaiki takhta, beliau mengisytiharkan dengan sumpahnya akan membebaskan Al-Quds. Bermula daripada itulah datangnya serangan daripada zionis dengan mengapi-apikan perkauman, dengan menuduh bahawa Saudi ini adalah merupakan negara yang menaja keganasan dan melabelkan ia dengan Wahabi yang ganas, terrorist dan sebagainya. Termasuk juga sampai ke dalam negara kita sedangkan Nabi SAW pernah menyebut...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sesungguhnya agama ini akhirnya akan kembali berkubu di Hijaz sebagaimana kembalinya ular ke sarangnya.” Maka Hijaz adalah merupakan kubu bagi umat Islam.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Menuduh Saudi dan Hijaz ini menaja keganasan adalah merupakan agenda Syiah Iran yang dahulunya kalau kita pergi negara mereka ini kita boleh lihat bagaimana ditulis dengan perkataan, “Matilah Amerika, matilah Amerika”. Sekarang ditulis “Matilah Saudi, matilah Saudi”. Ini adalah merupakan pendedahan teori untuk melaga-lagakan di kalangan umat Islam yang pernah ditulis oleh seorang penulis, Muhammad Movelis yang menyatakan bahawa Zionis dan Syiah bersatu untuk menghentam Islam. Maka inilah juga yang sampai ke dalam negara kita.
Saya merasa dukacita dalam soal ini kerajaan menangani isu labelling dan juga melabelkan dengan beberapa kumpulan dengan keganasan dan mengaitkan dengan keganasan, mengambil pandangan daripada pihak tertentu tetapi tidak berdasarkan kepada bukti dan juga hujah jelas. Bayangkan orang yang tidak pergi tahlil kenduri arwah dilabelkan sebagai pengganas sedangkan orang yang tidak pergi tahlil arwah ini tidak pernah pun pergi tembak orang yang sedang buat tahlil arwah. Dalam negara kita tidak pernah berlaku tapi inilah yang menjadi momokan-momokan yang akhirnya boleh menjejaskan perpaduan di kalangan umat Islam.
Kita bimbang sebagaimana apa yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW...
[Membaca sepotong ayat] ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sekijang bangun.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Sekejap saya habiskan ini...
[Membaca beberapa potong ayat Al-Quran] Kita bimbang, Nabi bersabda, *“Aku bimbang akan sampai satu masa orang Islam, umat Islam ini dikerumuni oleh mereka yang ganas sebagaimana mengerumuni makanan-makanan dan hidangan lalu ditanya pada waktu itu”...
[Membaca sepotong ayat dalam bahasa Arab] “Apakah kita waktu itu sedikit Ya Rasulullah.
Tidak, kamu ramai”* sabda Nabi. Akan tetapi apa yang berlaku, kamu lemah umpama buih di antaranya kerana perpecahan dan penyelesaian yang tidak sebagaimana yang diajar oleh Nabi SAW yang dilakukan oleh pemerintah terutamanya pihak yang berkuasa. Sila.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Yang Berhormat Bachok.
Saya meneliti perbahasan daripada Yang Berhormat Bachok tadi terutamanya berkaitan dengan pengaruh Syiah yang kita lihat pada hari ini telah melanda beberapa negara terutamanya dalam negara kita.
Cuma saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat sendiri, sejauh mana pengaruh Syiah ini, yang kita lihat sudah mula bertebaran dalam negara kita dan memberikan kesan kepada fahaman-fahaman dalam kalangan rakyat? Adakah benar kenyataan-kenyataan bahawa pengaruh Syiah ini telah mula masuk ke dalam pengaruh mereka ini melalui parti-parti politik terutamanya parti-parti politik yang ada dalam negara kita ini? Terima kasih.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Sekijang. Saya ingin menyebutkan apa yang disebutkan oleh Nabi SAW dalam menangani isu yang berlaku ini. Nabi SAW...
[Berucap dalam bahasa Arab] Nabi kata, “Perpecahan, perbezaan akan berlaku terutamanya apabila tibanya di akhir zaman. Yang menyelamatkan kamu ialah apabila kamu berpegang dengan sunah Nabi SAW dan kamu gigit dengan geraham kamu sunah Nabi ini”. Bermakna berpegang teguh dengan sunah Nabi dan perpecahan ini termasuklah wujudnya kelompok-kelompok Syiah yang mengkafirkan para sahabat, Syiah yang menuduh orang itu ganas, yang keluar daripada kelompok mereka dituduh sebagai orang yang sesat dan mengkafirkan mereka, termasuk juga dalam konteks apa yang disebutkan oleh Nabi SAW. Hendak tahu mana betul mana salah, mesti kembali kepada sunah yang diajar oleh Nabi SAW. Bayangkan, menularnya gejala ini, masuk ke dalam masyarakat kita, barangkali tanpa kita sedar. Ada orang mendakwa bahawa mereka melakukan amalan yang dilakukan berdasarkan kepada ajaran Islam. Sebenarnya apabila dikaji dan diteliti, tidak jauh bezanya dengan amalan golongan Syiah yang menyeleweng daripada ahli Sunnah Wal Jamaah.
Maka, pihak kerajaan perlu peka dan sensitif terhadap amalan-amalan yang lebih hampir miripnya pada amalan Syiah ini untuk ditangani supaya gejala penyebaran ajaran Syiah ini tidak menular banyak dalam masyarakat kita. Itu kita kena ingat bahawa fahaman seperti ini...
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Yang Berhormat, sedikit sahaja. Saya hendak tanya semula. Tadi Yang Berhormat ada sebut tentang budaya kafir dan sebagainya.
Sebelum ini ada tuduhan kafir mengkafirkan dan sebagainya. Adakah itu juga dalam kalangan mereka yang dikatakan sebagai golongan Syiah ini?
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Adapun yang berkaitan dengan prinsip agama, bila kita mengajar kepada manusia, dalam Islam, ada mata pelajaran akidah yang mesti dijelaskan mana batasan kufur, mana batasan iman. Bermakna, bila kita menjelaskan dan memberi pengajaran tentang mana batasan kufur dan batasan iman, bukan bermakna kita mengkafirkan orang-orang yang tertentu. Akan tetapi mereka sendiri yang merasakan mereka itu termasuk dalam golongan tersebut. Itu biasalah. Mengajar ini mesti diberitahu semua sekali Islam tidak ada yang disembunyikan dan Islam agama yang tidak eksklusif, hanya untuk agamawan sahaja. Islam adalah untuk semua dan perlu kita ceritakan semua.
Terpulanglah kepada orang kalau dia terasa dia ini termasuk dalam golongan yang telah pun menceroboh batasan iman dan kufur ini, itu terpulang kepada dia.
Tuan Yang di-Pertua, penyelesaian kepada isu ini, maka kita kena kembali kepada apa yang disebut oleh Nabi SAW. Ada yang mendakwa merekalah hanya ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya hendak sebut apa yang disebutkan oleh Nabi SAW... [Berucap dalam bahasa Arab] “Akan berpecah umat ini kepada 73 golongan. Satu sahaja golongan yang benar dan masuk syurga, yang lain semua ke neraka”. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW. Lalu ditanya kepada Nabi, “Siapakah mereka ini? Yang benar ini”. Lalu disebut oleh Nabi SAW... [Berucap dalam bahasa Arab] “Apa yang ada padaku dan apa yang sahabat-sahabatku berada di atasnya. Apa yang dilakukan oleh aku, apa yang dilakukan oleh sahabat aku itulah yang bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah SAW”. Bayangkan orang melakukan amalan yang jauh menyimpang daripada apa yang diajar oleh sunah Nabi SAW, yang tidak ada asal usulnya daripada ajaran Nabi SAW, boleh mendakwa mereka ahli Sunnah Wal Jamaah juga. Maka, penyelesaiannya mesti kita saring semula dakwaan-dakwaan ini berdasarkan kepada prinsip-prinsip agama iaitu rujuk kepada Allah, rujuk kepada Rasul sekiranya kita benar-benar beriman kepada Allah dan juga hari akhirat.
Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sepang bangun. Ya, sila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bachok. Yang Berhormat Bachok, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Bachok. Adakah Yang Berhormat Bachok sedar bahawa telah ada satu persidangan antarabangsa yang dihadiri lebih kurang 200 ulama’ daripada satu mazhab yang dikendalikan oleh Kerajaan Jordan yang dipanggil ‘Amman Message’ yang mana telah diputuskan oleh 200 ulama’ yang berwibawa termasuk Yusuf al-Qaradawi, Sistani dan sebagainya, yang mengatakan ada lapan mazhab dalam Islam ini yang dianggap adalah tidak sesat termasuk mazhab Syiah?
Saya rasa, kita tidak perlulah mainkan isu mazhab ini. Di Malaysia ini saya rasa ancaman kita bukan Syiah. Ancaman kita ialah rasuah yang melibatkan RM2.6 bilion dan sebagainya. Ini yang sepatutnya kita highlight dalam Parlimen ini. Buat apa cerita pasal mazhab-mazhab ini. Ini bukan benda yang sepatutnya kita bincangkan di Parlimen. Minta maaf, terima kasih.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Yang Berhormat Sepang, saya cuba highlight isu ini kerana ia menggugat kestabilan dan juga perpaduan dalam kalangan kita yang juga boleh mendatangkan bahaya...
[Tepuk] Kita kena ingat, apa yang saya sebutkan tadi. Barangkali Yang Berhormat Sepang masuk kemudian. Tidak apa, lepas ini boleh ambil teks ucapan saya.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Apa yang disebutkan oleh Nabi SAW ialah supaya kembali kepada seruan beragama dan ketulenan beragama kerana kita hidup di dunia ini kita tidak tahu melainkan apa yang diberitahu oleh Allah dan Rasul apa yang benar. Kita mesti merujuk kepada panduan al-Quran dan juga hadis Nabi SAW. Allah Taala sebut dalam al-Quran... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Hendaklah kamu sahut seruan Allah, sahut seruan Rasul”. Bukan kita hendak tuduh sesiapa sesat, tidak betul di sini tetapi seruan kembali kepada ketulenan beragama berdasarkan kepada perintah Allah SAW adalah merupakan kewajipan bagi kita.
Saya bukan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua,...
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Nanti saya habiskan point ini. Minta saya habiskan point ini. Pada zaman kegemilangan mazhab-mazhab, mereka tidak bergaduh. Imam al-Syafie boleh menjadi murid kepada Imam Malik. Imam Malik, bacaan solatnya, ‘Bismillahi Rahmani Rahim’ tidak perlu kuat. Bahkan ada tidak perlu dibaca. Akan tetapi dalam mazhab Syafie, dia murid kepada Imam Malik, dia kata, “Ini adalah sebahagian daripada al-Quran, perlu baca kuat, baca Bismillahir Rahmanir Rahim”. Mereka tidak bergaduh. Masalahnya datang kemudian pada hari ini, cuba menyesatkan pegangan yang satu lagi dengan mengatakan “Kalau begitu, Imam Syafie telah secara tidak langsung mengatakan bahawa sembahyang Imam Malik tidak sah”. Itu melampau. Jadi, melampau dalam konteks ini perlulah ditangani oleh pihak kerajaan secara serius dan juga mengambil kira kepentingan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Sila.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Bachok.
Selain daripada kisah Imam Syafie dengan Imam Malik, mungkin perlu juga Yang Berhormat Bachok cerita bagaimana mereka juga telah berinteraksi dengan Imam Jaafar as-Sadiq iaitu ketua pada golongan Syiah pada ketika itu dan mereka tidak saling kafir mengkafirkan. Saya hendak baca satu hadis dengan izin Yang Berhormat Bachok...
[Membaca sepotong hadis] Ini hendak dikaitkan balik kepada apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Sepang. Janganlah kita dok sibuk tentang soal mazhab-mazhab ini kerana Nabi sudah pesan, “Akan ada selepasku, umara’, pemerintah. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong mereka dalam kezaliman mereka [Membaca sepotong hadis] . Ini bukan bab mazhab, ini soal rasuah, ini soal pembohongan, ...
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Ya, terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini soal penyelewengan, ini soal kezaliman yang juga diambil kira sebagai satu perkara yang amat penting dalam agama Islam. Inilah yang perlu kita tonjolkan. Apa pandangan Yang Berhormat Bachok?
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya baru point pertama. Point pertama saya, tidak bermakna tidak ada point untuk mengkritik dan menegur pihak kerajaan.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Jadi apa disebut Yang Berhormat Shah Alam itu insya-Allah saya akan sebutkan.
Boleh Yang Berhormat Shah Alam? Tidak puas hati lagi?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Boleh tanya Tuan Yang di-Pertua.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tegaskan bagaimana zaman kegemilangan ulama-ulama mazhab ini mereka menegaskan dengan satu slogan yang cukup menarik...
[Berucap dalam bahasa Arab] “Kalau selepas daripada kematian ku ini kamu jumpa hadis sahih maka itulah mazhab aku”. Makna seruan kembali kepada sunah, kembali kepada beramal dengan hadis nabi merujuk di kala pertikaian itu merujuk kepada Al-Quran dan hadis Nabi adalah seruan yang menyelamatkan dan juga mendamaikan kita, insya-Allah.
Mesyuarat] Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada point yang kedua yang berkaitan dengan barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Shah Alam. Ia berkaitan dengan cadangan kerajaan untuk membina Empangan Lebir dan Nenggiri di negeri Kelantan yang bernilai RM3 bilion wajarlah diperhalusi dengan mengambil kira keutamaan keselamatan.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan gempa bermagnitud 2.6 skala rikter di Tasek Kenyir dikesan. Manakala gegaran juga dirasai oleh sebahagian penduduk di Kota Bharu akibat gempa bumi di Sumatera. Apakah kerajaan mengambil kira kesan gempa dan isu alam sekitar yang timbul akibat pembinaan Empangan Nenggiri dan Lebir. Teguran Ketua Audit Negara berkenaan tembok banjir di Kota Bharu yang dibina lebih rendah satu meter daripada sepatutnya.
Kenapakah ia dibina lebih rendah hingga menyebabkan rakyat Kelantan menanggung akibat yang teruk banjir tahun 2014? Ini juga perlu diberi penjelasan oleh pihak kerajaan. Laporan Ketua Audit Negara 2013 membuat teguran tentang pengagihan peruntukan tebatan banjir yang tidak diagihkan ke kawasan banjir yang kritikal membuktikan Kelantan terus di diskriminasi oleh Kerajaan Persekutuan.
Kenapakah apabila kerajaan membuat pengagihan peruntukan kawasan yang banjir kritikal tidak diberi keutamaan? Usaha penanaman pokok juga diberi komitmen oleh kerajaan dalam menangani isu banjir. Apakah jenis dan berapakah jumlah pokok yang telah ditanam sejak tahun 2015? Saya mengemukakan ini untuk diberikan jawapan oleh pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, berapa minit lagi masa? Ada lagi, 10 minit lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Lebih kurang 5 minit, 6 minit.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Masa 10 minitlah.
Isu yang seterusnya ialah saya ingin kemukakan ialah bagaimana hubungan Kelantan dengan Pattani telah terbina sekian lama. Demikian ramai ulama’ Kelantan yang lahir daripada tuan guru-tuan guru di pondok Pattani. Antara yang terkenal ialah Tok Kenali, Tok Selehor, Tok Bachok sendiri. Ulama-ulama kelahiran Pattani ini bukan setakat memberi jasanya kepada rakyat Kelantan bahkan kepada Nusantara Namun kita melihat layanan yang diberikan oleh pemerintah Thailand kepada hak asasi dan hak pendidikan masyarakat Melayu Islam terus dinafikan. Pondok-pondok ditekan, ditutup, dikepong, ditembak dengan peluru. Guru-guru pondok ramai dibunuh. Terbaru Pondok Jihad di Yaring Pattani dirampas oleh pemerintah Thailand. Ia menjadi isu paling tegang di saat ini.
Pada 19 Mac ini iaitu dua tiga hari lagi akan diadakan himpunan solidariti antarabangsa di Pondok Jihad Kampung Yaring Pattani. Peristiwa rampasan pondok pengajian ini merupakan cubaan rampasan pertama pondok di selatan Thailand dalam sejarah Thailand. Isu ini telah menarik perhatian dunia warga pondok dan pengajian Islam di serata dunia mula berkunjung ke Pondok Jihad di Yaring Pattani sebagai tanda solidariti termasuk wartawan-wartawan Al Jazeera dan juga aktivis human rights berkumpul di Pattani.
Adakah kerajaan sedar tentang isu ini?
Soalan saya berkenaan isu pergolakan di selatan Thailand, apakah Malaysia telah menawarkan bantuan perdamaian sebagaimana kehendak masyarakat antarabangsa kepada rakyat di negara Thailand?
Isu yang seterusnya saya ingin sebutkan ialah apa yang telah dilakukan oleh sidang DUN Negeri Kelantan penolakan Akta Wilayah Laut oleh sidang DUN Kelantan pada sesi Bajet DUN pada tahun lepas. Saya ingin menarik perhatian tentang penolakan Akta Wilayah Laut di sidang DUN Kelantan pada 5 November 2015 yang lalu. Penolakan Akta Wilayah Laut ini dibuat kerana dua sebab utama. Pertama pihak kerajaan negeri dan DUN serta Raja-Raja Melayu tidak dilindungi walaupun ia melibatkan kedaulatan sempadan negeri. Kedua bagi negeri pengeluar petroleum seperti Kelantan, ia boleh ditafsirkan sebagai satu usaha merampas hak terhadap pengeluaran gas dan juga petroleum dan apa sahaja mineral yang terdapat di pelantar benua.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Saya ingin menegaskan lagi suara Dewan Undangan Negeri Kelantan dengan menyatakan bahawa dengan mansuhnya Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Khas) 1969 sepatutnya tiada lagi isu halangan hak 3 batu nautika perairan negeri Kelantan bagi tuntutan royalti gas dan petroleum yang dikenakan pada Kerajaan Negeri Kelantan.
Kedua, Akta Laut Wilayah ini telah diluluskan di Parlimen dengan cara yang tidak selaras dengan kehendak Perlembagaan khususnya Perkara 2, dan Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan. Akta 750 ini berlawanan dengan semangat penubuhan federalisme, menyentuh hak kedaulatan negeri dan satu cubaan memonopoli hasil dan tidak mengiktiraf hak negeri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Boleh gulung Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Justeru, saya mendesak kerajaan menghormati suara dan keputusan sidang DUN Negeri Kelantan yang menolak Akta Wilayah Laut seterusnya menuntut pembayaran royalti petroleum dan gas dibayar kepada kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyat negeri Kelantan melalui pilihan raya tahun 2013 yang lalu.
Namun apa yang telah berlaku tidak sebegitu. Kerajaan Persekutuan langsung tidak mahu berkongsi hasil royalti. Apalah nilainya 5 peratus hasil bumi untuk Kelantan dibandingkan dengan 95 peratus yang diambil dikaut oleh Kerajaan Pusat melalui Petronas.
Tuan Yang di-Pertua, sedikit berkaitan dengan kawasan saya. Setiap kali sidang saya tidak lupa untuk membangkitkan isu ini bagaimana di Kelantan Bachok satu-satunya kawasan yang tidak ada hospital. Sedangkan di waktu banjir besar melanda Kelantan baru- baru ini Bachok merupakan kawasan paling selamat, tidak dilanda banjir. Ada sedikit sahaja.
Jadi kalaulah datang bencana seperti mana yang berlaku baru-baru ini maka Bachok merupakan destinasi yang paling selamat untuk memindahkan mangsa-mangsa tersebut. Sayangnya pembinaan hospital ini menjadi modal dalam pilihan raya. Waktu dekat dengan pilihan raya ramailah pergi letak signboard selepas itu bawa tanah dua tiga buah lori dan isytihar ini Hospital Bachok. Sampai ke hari ini signboard itu sudah runtuh, tanah itu pun sudah tidak kelihatan lagi dan naik hutan.
Jadi ini satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Malangnya ada ketua bahagian yang turun berceramah di kampung-kampung, dia mencabar dia kata...
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub
...Sudah hendak buat dah.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Oleh sebab tuan-tuan semua memilih Ahli Parlimen Bachok di kalangan PAS suruh dia buatlah hospital. Ini cakap yang bukan level ketua bahagian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya habiskan Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Saya harap Yang Berhormat Machang Timbalan Pengerusi Perhubungan, sekarang Timbalan Menteri perbetulkan perkara ini dan buanglah ketua bahagian macam ini. Lantik yang lainlah saya rasa. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub
Ketua bahagian dipilih, demokrasi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bintulu. Garang nampak muka Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih. Itu yang kongkalikung. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih bagi peluang kepada saya ambil bahagian dalam menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu pembukaan Parlimen Penggal Keempat, Parlimen Ketiga Belas pada 7 Mac 2016.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mulakan perbahasan saya dengan memetik satu famous quote untuk dikongsi bersama Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. *“The greatest leader is not necessarily the one who does the greatest things.
He is the one that gets the people to do the greatest things”,* dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan ini saya mahu mengambil beberapa isu diperlukan kita ambil perhatian dan ambil tindakan. Isu pertama, syarikat penerbangan Malaysia Airlines. Sekarang sudah tukar Malaysia Airlines Berhad. Syarikat penerbangan Malaysia Airlines tertubuhnya pada tahun 1947 tetapi masalah sampai hari ini kita sudah sampai tahun 2013, tahun 2014 kerugian RM8.4 bilion tetapi kita masih lagi belum siasat sedalam-dalamnya kenapa kerugian begitu besar, setiap tahun kita rugi.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kita sedih bila Malaysia Airlines distrukturkan jadi Malaysia Airlines Berhad, kita hendak kurangkan 6,000 orang pekerja daripada 20,000 orang pekerja. Setiap orang telah berkhidmat kurang daripada 10 tahun akan diberikan satu bulan gaji pokok bagi setiap tahun, manakala yang lebih dari 10 tahun pula akan mendapat 1.5 bulan gaji bagi setiap tahun perkhidmatan. Akan tetapi ini gaji bulan banyak murah. Ada punya dapat baru berapa puluh ribu sahaja. Jadi saya cukup sedih.
Malaysia Airlines ataupun siapa ambil alih baru ini, Malaysia Airlines Berhad dia tidak faham tetapi dia pergi slow talk itu orang bekerja. Jadi orang bekerja dapat beberapa ribu, macam mana dia hendak hidup? Ada punya orang sudah berkhidmat 20 tahun, 30 tahun, tidak usah kata 15 tahun, 10 tahun, dia punya gaji tinggal sahaja dapat daripada pampasan daripada MAS, baru berapa puluh ribu? Ada punya orang sampai hari ini belum dapat lagi kerja. Bila kita jumpa, kita bercerita, dia punya mata air pun keluar...
[Ketawa] Dia cakap inilah Malaysia Airlines, how they treat their staff.
Beberapa Ahli
Air mata.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Air mata, mata air samalah itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sama sahaja. Ya, sama Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Mesti mahu kongkalikung. Itu Speaker baru pandang saya sikit, kalau tidak, dia tak mahu pandang saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya faham, saya faham Yang Berhormat ya.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Macam mana? Kita biarkan sahaja. Ya, orang kata ini ada kontrak, ikut kontrak. Akan tetapi macam mana semua, kita mesti mahu tengok human right side. Ini orang semua naik marah sama kita. Besok kita jadi peluang membantu sama pembangkang dapat undi. Itu semua marah sama kita...
[Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Yang Berhormat Batu itu, kepala memang batu punya...
[Dewan riuh]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya, sebab you sebut.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Cakap pun tak guna, duduklah!
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
You sudah faham. Beberapa kali pun tak nampak...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Boleh, boleh. Boleh bersama-sama...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bintulu tak bagi jalan Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Jemput Yang Amat Berhormat Pekan untuk turut...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
You turun sahaja. Jangan bising. Ya, Yang Berhormat Jasin.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, dia bagi Yang Berhormat Jasin [Ketawa]
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua bagi saya peluang. Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Yang Berhormat Bintulu, apabila bercakap tentang MAS adalah cukup dekat di hati kitalah kerana MAS sebuah syarikat penerbangan yang sebenarnya menjadi national flagship, dengan izin.
Saya masih ingat lagi tahun 2010 Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan masalah MAS ini panjang lebar. Pada ketika tersebut, MAS ada mempunyai rizab sebanyak RM3 bilion hasil daripada penjualan aset-aset mereka. Pada ketika tersebut, cost of operation, dengan izin, dan juga burning rate pada tiap-tiap hari adalah sebanyak RM5 juta.
Kita mendesak pihak kerajaan pada ketika tersebut kalau boleh buat penyelamat, menyelamatkan MAS ini kerana MAS ini syarikat penerbangan negara yang begitu dekat di hati kami.
Akan tetapi pihak kerajaan telah menjawab, kita tidak boleh lagi bailout. Maka saya ada sebut pada ketika tersebut, MAS ini akan jadi time bomb, bila-bila masa akan jadi satu masalah kepada negara. Akhirnya kita tengok, beribu-ribu pekerja terpaksa diberhentikan.
Apabila kerajaan menjawab, dia kata dia tak nak bailout. Apakah jadi sekarang? Sepatutnya kalaulah keadaan tersebut tidak dibiarkan ataupun diselamatkan pada ketika tersebut, keadaan tidak akan meruncing sampai ketika ini. Terima kasih. Apakah pendapat Yang Berhormat Bintulu?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Yang Berhormat Jasin.
Memang itu hari kita ada lihat dalam perbahasan tahun 2010 Yang Berhormat Jasin sudah persoalkan ini isu. Kita tunggu menunggu sampai hari ini, belum lagi apa-apa tindakan yang tegas dan serius. Sampai hari ini masih lagi sama.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Simpang Renggam bangun Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Saya bagi Yang Berhormat Simpang Renggam. Itu Yang Berhormat Shah Alam sama Yang Berhormat Batu, sama juga kongkalikung, dia bukan cerita betul. Dia sudah faham, saya pun tidak faham lain isu. Saya bawa, apakah yang bikin dia mahu bising?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Eh, saya belum bahas lagilah Yang Berhormat Bintulu.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kongkalikunglah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Itu cara dia cakap tak bagi jalan Yang Berhormat [Ketawa]
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Saya amat bergembira kerana Yang Berhormat membangkitkan isu ini sebab saya juga berpeluang dapat berbual dengan beberapa orang staf yang lebih senior dalam MAS dan saya memang amat bersimpati dengan nasib mereka. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Bintulu, apakah cadangan yang ada daripada pihak kerajaan mungkin untuk kita membela nasib golongan ini? Terima kasih.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Kita mesti mahu ada satu cadangan dan cara, macam mana bantu ini 6,000 orang pekerja, boleh bantu dia orang dapatkan kehidupan harian. Dia punya- ada anak-anak masih lagi sekolah, ada punya baru mahu masuk universiti. Dia orang sekarang sudah kelam kabut, tak tahu apa macam mahu bela nasib. Tak usah kata diri sendiri, dia punya anak-anak pun tak tahu macam mana mahu bela nasib. So, kita janganlah ambil perkara ini ringan ataupun tidak mahu buat tahu, peduli sama dia. This is going to hit the Government of Barisan Nasional...
[Disampuk] Dia orang rakyat sekarang itu benci sama kita Barisan Nasional. Pasal dia orang punya kesilapan, kita jadi mangsa. Kita wakil rakyat Barisan Nasional jadi mangsa.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Betul, itu boleh kita setuju.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ini yang kongkalikunglah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kalau Yang Berhormat Batu setuju, terima kasihlah.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Selalu kongkalikung, tetapi kali ini tak kongkalikung.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Akan tetapi jangan setuju, last-last sokong pula.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ini kamu nak cari gaduhkah Yang Berhormat Kapar, you mahu cari...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
[Ketawa] Nak tolong, nak tolong.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tolong ini kepala. Lu kepala kongkalikunglah [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Simpang Renggam soal ini isu mustahak. Kita sedih, Yang Berhormat Jasin sudah soal tahun 2010. Semua orang ambil tak tahu, tak boleh bailout. Akan tetapi tak boleh bail out, kita cari jalan macam mana restructure balik. Check mendalam, jalankan siasatan apakah sebab dia kita kerugian begitu besar.
Sampai hari ini kita tukar pergi Malaysia Airlines Berhad pun masih rugi lagi. Apakah cerita ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kita ambil pekerja...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, MAS punya route macam mana sekarang Yang Berhormat?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
MAS punya route, lagi kongkalikung. Itu antarabangsa punya route semuanya kasi cancel. Dubai, flight penuh, penuh, cancel. Paris punya flight cancel, France punya flight pun cancel.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Speaker tolong kasi...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Semua pergi code. Saya tak tahu apa code, code sharing. Share apakah ini? Ini apa orang kita ambil dari luar negara. Dia nak jaga kepentingan negara kitakah atau jaga kepentingan negara luar? Dia punya code sharing, semua nak share...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kita punya airlines pun serupa macam dulu punya bagasi.
Kasi jual semua harta, kasi tunjuk dia untung. Kali ini pun sama juga, jual kapal-kapal. Lama- lama mahu jual apa? Saya mahu tanya Tuan Yang di-Pertua, lama-lama saya fikir ya, kita mahu jual ini tangan punya perlu semua kasi juallah. Kalau boleh.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Bintulu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Bintulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Nak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Bintulu, sikit, sikit.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Lu nak cerita betulkah, nanti cerita... [Dewan riuh]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Okey, bagi Yang Berhormat Rasah.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih, terima kasih, Bayan Baru, Bayan Baru [Ketawa] Terima kasih ya Yang Berhormat Bintulu..*.
[Disampuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dia bagi Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya, ya.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Sorry, sorry, Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa takut juga kerana nampak MAS begitu teruk, kena jual sini, jual sana. Saya pun takut juga kerana Bandar Malaysia pun kena jual...
[Disampuk] Apa lagi kena jual? TRX pun kena jual.
Jual kepada siapa? China. Jadi kita punya power plan, IPP pun kena jual. Apakah pendapat Yang Berhormat Bintulu? Macam mana, ini kena jual ini, siapakah ini?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Bintulu, sambung Yang Berhormat Bintulu. Mahu sokong ini.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Itulah tadi saya kata...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ini MAS, MAS...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Lu diam-diam dahulu Yang Berhormat Sepang. Lu duduk. Saya belum panggil, you jangan bangun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sepang, lu diam-diamlah Yang Berhormat Sepang.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
You jangan jadi peguam kongkalikung duduk.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Sedikit, sedikit.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ini bukan kongkalikung pun sokong.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Saya hendak beritahu Yang Berhormat Paya Besar kita cerita airlines ini tadi saya sudah tanya- you jangan kongkalikung. You masuk cerita TRXkah, itu IPPkah. Dahulu kalau kerajaan beli kamu semua orang marah, pembangkang marah apa pasal beli mahal tetapi you tidak nilai habis-habisan kenapa beli.
Orang sekarang luar investor masuk tetapi negara kita masih lagi pegang share, golden share masih dalam tangan kita lagi. Kita masih lagi hold tidak majoriti tetapi pun 49 peratus. Kita golden share lagi satu kita hold. Inilah...
[Disampuk] Ini pun satulah.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu.
Beberapa Ahli
[Bangun] [Menyampuk]
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tuan Yang di-Pertua, ini semua celah-celah aku punya time habislah mesti mahu kasi extra, mesti mahu kasi lagi time panjang sedikit. Ini rakyat punya masa.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Simpang Renggam, yang lain duduk ya.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Kerajaan Negeri Pulau Pinang, mereka juga jual tanah untuk mendapatkan pendapatan negeri.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Simpang Renggam ini tidak berkenaan dengan MASlah.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Kerajaan Negeri Pulau Pinang jual tanah mana?
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Jadi, jangan sahaja hendak tegur orang lain tetapi mereka ini guna penyebab yang sama.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Jual tanah mana jangan fitnah melulu.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Tadi sudah buang masa sendiri sekarang hendak buang masa orang lain.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Walaupun Yang Berhormat Simpang Renggam itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk duduk.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tuan Yang di-Pertua walaupun Yang Berhormat Simpang Renggam kongkalikung sedikit tetapi dia cerita memang betul tetapi pembangkang tidak faham. Saya bagi dia pilihan faham sendiri- kenapa? Kemungkinan untuk dia orang kebaikan untuk negeri saya tidak tahu betulkah tidak betul dia pun kepala kongkalikung juga, kepala P juga naik pening.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Macam kereta parking sana tidak pandai fikir sana, itu susah.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu MAS ini, MAS ini.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Nanti gua belum sampai fasal itu dahulu.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sini sini.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Nanti jangan kacau dahulu.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Pokok besar pun tidak ada guna. MAS ini Mas ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya Yang Berhormat Pokok Sena duduk Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tuan Yang di-Pertua kita sekarang mendapatkan Malaysia Airline Berhad.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ha fasal airline itu.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Menjaga rakyat luar negara. Ambil pekerja semua luar top management, Chief Executive Officer (CEO), Chief Operation Officer, Chief Commercial Officer, Chief Human Resource ...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini Yang Berhormat Bintulu tidak setuju dengan Perdana Menterikah?
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kalau ini semua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena duduklah Yang Berhormat.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Pelan pemulihan ini dilancarkan oleh Perdana Menteri, Yang Berhormat Bintulu tidak setuju dengan Perdana Menterikah?
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kamu boleh tunggu tidak? Sekarang kamu punya floorkah saya punya floor? Kalau saya punya floor duduklah.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya hendak tanya Yang Berhormat Bintulu tidak setuju Perdana Menterikah?
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Yang Berhormat Pokok Sena kalau saya belum bagi peluang you jangan, “hu-ha hu-ha”. Kalau you, “hu-ha hu-ha” nanti di luar Dewan sana kita, “hu-ha”. Tuan Yang di-Pertua, kita mesti mahu ingat negara kita ada 30 juta orang rakyat. Kalau kata kaum Melayu tidak layak adakah kaum Cina lagi kalau kaum Cina tidak layak kaum India lagi pun ada. Janganlah kata 30 juta orang satu pun orang tidak ada, tidak ada empat orang layak ini. Rakyat sekarang mahu tahu berapa gaji, berapa dia punya pakej bayar ini semua empat orang. Antara ini empat orang saya dapat maklumat ada satu orang tiap-tiap malam dia cari stewardess lawa-lawa bawa dia pergi dating, bawa dia pergi minum, bawa dia pergi Chow Kit. Apa cerita ini!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey Yang Berhormat Bintulu.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Apa cerita ini! Ini di sana. Fahamkah tidak faham? Tahukah tidak tahu? Saya difahamkan ada bil, balik bawa balik claim lagi entertainment. Entertainment dia sendiri atau entertainment siapa? Saya tidak tahulah Tuan Yang di-Pertua ada terlibatkah tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Eh! Tidak.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Dia baik.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tuan Yang di-Pertua ini cuma cakap main- main ini kasi tension kurang sedikit fasal banyak naik marah. Fasal kita ada segelintir pegawai kerajaan, ada agensi-agensi tidak ambil perhatian kesusahan kita. Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional selalu kita buat repeating service tax salah guna kuasa tidak mendidik sedalam- dalamnya. Kenapakah kita hari-hari buat perkara begitu?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Bintulu mahu borangkah?
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Sekarang orang marah, terus terang. Orang marah kenapa sampai hari ini, kita punya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sama Timbalan Perdana Menteri tidak faham rakyat punya susah kerana buang ini 6,000 orang...
[Tepuk] Saya minta Kabinet mestilah mahu ada satu Kabinet paper mendalam dalamkan kaji balik semula ini isu-isu ini. Jangan kata cerita kontrak, kontrak ataupun agreement-agreement bersama pekerja stewardess, steward termasuklah pilot semua. Tengok balik...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kabinet mahu buang Tun Mahathir sahaja [Ketawa]
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kamu ini Yang Berhormat Pokok Sena ini mahu cari gaduhkah? Mahu cari bantu rakyat. Inilah masalah pembangkang ini...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kabinet bukan mahu bantu rakyat...
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Isu betul-betul rakyat...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dia tidak percaya Tun Mahathir sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena duduk Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...Tun Mahathir sahaja.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Itulah saya kata sudah tiba masa mesti mahu investigate ataupun siasatan sedalam-dalamnya. Kenapa sampai hari ini masih kerugian lagi.
Isu lagi satu, kita punya flight domestic, international flight semua kita tiada kita go straight sama Emirates, Etihad, Royal Dutch Airline dan lain-lain. Masalahnya dan sedihnya Sabah Sarawak apa lagi pun mahu close share-share apa Malaysia Airline sendiri terbang. Paling teruk punya ini Malaysia Airline Berhad punya banyak pegawai dalam sana tidurkah ada mimpi itu stewardess sahaja.
Kenapa macam Kuala Lumpur-Bintulu ataupun Kuala Lumpur-Kota Kinabalu. Kita tidak payah keluarkan 737 kalau kata itu mahal operation kos mahal ambillah airbus 320 serupa macam AirAsia. Janganlah semua 737-800 atau 900 memanglah itu kapal terbang besar tidak boleh view out. Sekarang AirAsia ada nampak sekurang-kurang ada 70 peratus, 80 peratus. Malaysia Airline dapat berkali-kali pagi-pagi Kota Kinabalu cancel flight, apakah cerita?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Cancel flight fasal tidak ada orang Yang Berhormat.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Memang betul kenapa AirAsia terbang ada orang? Macam MAS ini lagi teruk. Sekarang kata domestik Sabah-Sarawak macam mana dia buat? Dia tinggal lagi MAS tidak masuk dia mari beli semua naik harga, double.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
GST, GST lu punya otaklah kita cerita lain dia cerita lain.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Wilayah banyak kereta tiap-tiap bulan RM20,000 kutip duit apa mahu risau rakyat kasi kaya.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kita rakyat rasa, Tuan Yang di-Pertua.
Rakyat berasa ini bukan agensi kerajaan membantu negara atau bantu rakyat dia kasi sembelih orang domestik, orang tempatan. Macam mana kita, tiba masa juga lihat balik semua MASwing kaji balik semula. Singapura tidak ada domestik flight dia orang boleh untung, Malaysia lagi tambah domestik flight lagi rugi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tolak BN boleh? Itu pun mahu sokong Barisan Nasional lagikah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya jangan sedih Yang Berhormat nanti mata air keluar [Ketawa]
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ini lagi Malaysia Airline berkali-kali tunjuk semua orang kata we are the best airline in the world. Serupa juga macam kita punya Bank Negara, Gabenor. We have the AG the best Governor for Malaysia tetapi kita ekonomi sampai sekarang tidak boleh berubah. Dahulu kata Oh! 1MDB punya fasal RM2.6 punya fasal selesai itu dahulu boleh selesai. Akan tetapi baru-baru ini saya dengar Oh! Itu bukan masalah 1MDB.
Saya kata dalam hati saya ini, Central Bank Governor kongkalikung dia pandai ekonomi tidak ada pandai ekonomi?
Apakah dia sudah buat untuk negara kita? Sebegitu ramai jadi best Gorvenor in the world dia betul-betul best in the world ataupun dia beli punya ataupun dia ikut itu orang luar negeri suruh apa dia buat dalam negara kita she would helping obtained the best Gabenor in the world. Ini airline pun sama juga berkali-kali kita rugi but best airline. Apakah cerita? Kalau kata stewardess paling best airline mesti mahu best. Tuan Yang di-Pertua, saya mahu sentuh lagi satu isu. Isu kedua ini Malaysia Airport Berhad. Malaysia Airport Berhad isu, ini sudah kita bina airport mewah-mewah tetapi lack of maintenance. Satu contoh- isu itu kalau contoh macam toilet. Kalau lusa boleh ambil masa minggu, bulan membaiki. Bocor, paip tidak boleh tutup, tap pula tidak boleh tukar baru.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Apakah cerita? KLIA2 pun sama. Lagi teruk punya sewa kita kata KLIA2 untuk macam cara serupa macam orang miskin punya- guna LCCT naik AirAsia tetapi sewa outlet itu, untuk makanan dan sebagainya, sewa boleh RM40 per kaki persegi, per square feet RM40. Macam mana makanan itu tidak naik harga? Rakyat kata selalu kerajaan minta barang-barang makanan turun harga tetapi ini MAB tidak faham, dia letak sewa mahal-mahal.
Orang sewa, barang mesti naik juga. Ada rakyat kata makanan itu lagi mahal dari bandar.
Macam mana Malaysia Airport tidak faham, Malaysia Airport sepatutnya investment of long term, bukan short term. KLIA2 ada sebuah bangunan joint venture bersama swasta, patut swasta dengan Malaysia Airport faham investment ini for long term, bukan short term. Sembelih lagi satu kali orang tempatan. Kita boleh nampak kedai-kedai ataupun outlet-outlet di airport KLIA2 banyak sudah tutup. Bila saya tanya Malaysia Airport punya pegawai, dia kata never mind, ada come and go. Kenapa lain-lain airport tidak ada come and go. Macam Singapore, dia nampak ekonomi tidak bagus, dia boleh kata okey reduce harga ataupun restructure macam mana ataupun macam mana Malaysia Airport itu bantu sama dia orang.
Go through the crisis of the economy tetapi Malaysia tidak ada. One-way traffic. Macam mana? Bilakah kita boleh buat perubahan? Saya faham agensi-agensi ini semua ada pengalaman, profesional. Apakah cerita? Saya haraplah Kementerian Pengangkutan mengambil serius perkara ini, look into it. Mana boleh kurangkan sewa, kurangkan sewa. Itu pelancong-pelancong daripada tempatan sekurang-kurangnya boleh jalan sedikit, bina banyak outlet, boleh bagi dia orang tengok sikit, jual barang murah sikit barulah kita menunjukkan kepada peniaga-peniaga luar kita bantu rakyat, harga turun. We control the inflation of the price. Tuan Yang di-Pertua, saya mahu soal lagi satu isu ini, Kementerian Kerja Raya.
Saya mahu minta Kementerian Kerja Raya ambil perkara ini serius. Kenapa saya sentuh ini, kita sudah dalam mesyuarat, dalam bahagian, contohnya di Bintulu sudah banyak kali kita semak balik. Kita ada jalan raya lalu valley. Bila kita bina jalan itu, sebelah kiri dan kanan sudah block, itu air keluar. Kita minta jangan bina lagi ‘round covered’ sebab ‘round covered’ selalu sumbat, jalan raya kena terbang ataupun being washed off. Di Bintulu sudah banyak kali kena. Kita sudah soal, lain kali harap boleh bina besar sedikit kalau bina jalan raya baru lagi, tolong buat cover besar sikit. Kita boleh masuk buat maintenance, cuci semua dan lain kali air tidak tersumbat. Pun pada masa yang sama bagi jaminan pengguna-pengguna jalan raya.
Akan tetapi sedih macam contoh sekarang Pan Borneo sama juga. Guna lagi ‘round covered’ bila kita soal isu ini, tiada masalah, kita cerita rakyat punya masalah. Kita cerita, jangan guna itu ‘round covered’. Dalam mesyuarat bahagian, pegawai kerja raya kata ini bukan salah kita. Ini konsultan design punya. Saya kata kenapa kita tidak boleh bersuara isu ini. Dia kata memang kita setuju both covered is better than ‘round covered’. Saya cakap kenapa tidak bersuara? Dia kata suara itu konsultan pun tidak mahu dengar. Jadi apa cerita.
Ini konsultan kongkalikung kah atau mana satu kongkalikung. Isu ini masalah contohnya Bintulu-Sibu punya jalan dalam Tahun Baru Cina ini. Bila dia orang balik ke jalan raya itu kerana jammed dia orang kena queue 7, 8 jam.
Wanita banyak bising dalam tahun baru, saya kena marah sebab wanita duduk dalam kereta mahu kencing tidak boleh, anak mahu minum susu pun tidak boleh, semua marah. Ini tanpa kena wash off kita minta peruntukan kecemasan, bertahun tidak lulus tetapi saya ucap terima kasih kepada Menteri Kerja Raya fasal hari itu dia pun kena dalam jammed dalam sana. Dia terus kata lulus. Rakyat tanya sama saya, sekarang jaga kepentingan fasal menteri kena block dalam jalan 6, 7 jam baru lulus.
Kalau Menteri belum lalu sini tidak dapat luluskah? Saya minta Menteri-menteri yang terutama Kementerian Kerja Raya. Kalau ada kerja atas jalan raya apa semua public interest, tolong ambil tindakan disegerakan. Kalau kata peruntukan tidak ada, jumpalah Menteri Kewangan, cari jalan macam mana dapat peruntukan disegerakan. Kalau tidak boleh selesai, carilah Yang Berhormat Arau jaga itu bencana.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dia jaga banjir Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Janganlah minta banjir. Saya mahu sentuhlah hal banjir ini. Isu ini satu lagi last.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh habiskan Yang Berhormat ya lepas banjir.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Saya ucap terima kasih kepada menteri.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Janganlah ini macam. Menteri Sumber Asli ada datang ke kawasan saya tetapi saya minta ampun saya tidak dapat berjumpa fasal jadual dia sampai lewat, saya sudah ada komitmen lain. Tadi saya cakap terima kasih, dia sudah bagi peruntukan walaupun peruntukan itu tidak cukup, saya memohon jasa baik daripada dia tolong semak balik semula, lihat balik semula daripada mustahak isu sungai-sungai mesti didalamkan dan besarkan perparitan di bandar. Itu paling mustahak, bukan saja Bintulu, di seluruh Sarawak.
Saya difahamkan macam contoh Sibu, mereka tidak setuju mendalamkan sungai fasal ada segelintir orang harap itu station sungai kata sudah tutup, dia orang mahu memohon tanah, ini sudah berlaku. Janganlah kita biarkan sahaja. Ini jangan cerita, Kelantan memang ada buat itu, pulau-pulau dulu sana ada, dia orang semua memohon cari tanah dia. Jangan kongkalikung, itu memang ada, jangan kongkalikung. Inilah kita, Sarawak sekarang pun mungkin belajar dari Kelantan, mana boleh. Mesti mahu mendalamkan, rakyat punya kepentingan mesti mahu jaga. Kalau satu kali kena banjir, teruk dia orang punya kerugian.
Saya harap kementerian boleh mengambil perkara ini serius.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang bagi saya menyertai perbahasan ke atas Titah Diraja dalam Dewan yang mulia ini. Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku merupakan laungan rakyat jelata Malaysia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi melanjutkan usia Tuanku dan seterusnya memberkati pemerintahan Tuanku untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan negara. Akan tetapi kita sekarang ini terpaksa melaungkan daulat Perdana Menteri, daulat Pekan atas sebab beliau telah diberkati oleh Ketua Menteri Negeri Sarawak supaya beliau dapat menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sehingga kiamat.
Saya amat bimbang dengan kenyataan sebegini di mana saya yakin tiada seorang pun dalam Dewan yang mulia ini dapat hidup dengan hayat yang lebih panjang daripada Perdana Menteri kita sehingga terus jawatan Perdana Menteri boleh terkandung untuk selama-lamanya. Perdana Menteri kita boleh dilihat sebagai orang yang paling dan maha berkuasa di Malaysia. Tiada seorang pun boleh menyentuhnya, jangan cakap hendak menjatuhkannya walaupun rakyat terpaksa hidup dalam kesengsaraan.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Mengikut Tan Sri Zeti, Gabenor Bank Negara Malaysia, negara kita sekarang ini berada dalam suatu period of adjustment yang dijangka berlanjutan selama dua tahun lagi sebelum kita dapat menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang dapat kita nikmati sebelum ini.
Kita dapat menyaksikan hampir semua barang naik atas sebab kenaikan tol, pelaksanaan GST, nilai mata wang jatuh dan yang paling pentingnya, rakyat hilang keyakinan terhadap masa depan negara dan ekonomi.
Mengapakah semua ini berlaku? Adakah kesemua ini berlaku ekoran harga minyak dunia yang jatuh secara mendadak ataupun sistem pengurusan ekonomi dan pentadbiran negara kita wujudnya masalah yang begitu serius, yang sehingga kini kita belum dapat ubati dan pastinya tiada ubat mujarab yang boleh ditawarkan oleh Perdana Menteri kita walaupun beliau merupakan orang yang paling berkuasa di negara kita.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Mengikut Tan Sri Zeti, negara kita akan bertambah susah lagi jikalau pendekatan- pendekatan seperti rasionalisasi subsidi, GST, pembaharuan dasar-dasar ekonomi, kewangan oleh Bank Negara dan seterusnya mengukuhkan lagi institusi-institusi kewangan tidak dapat dilaksanakan. Dengan adanya rasionalisasi subsidi dan GST, pastinya harga barangan dan perkhidmatan akan meningkat lagi. Akan tetapi, peniaga-peniaga dilarang meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan sehingga semakin banyak syarikat atau perniagaan yang perlu menggulung tikar kebelakangan ini. Kabinet kita penuh dengan Menteri-menteri yang suka cakap sesuatu dengan tidak pakai otak...
[Disampuk] Saya belum cakap siapa. Contoh terkini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga Ahli Yang Berhormat Larut cakap apa? “Tuhan tidak pernah menyuruh sesiapa menaikkan harga atau menurunkan harga barang”.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Akan tetapi, berdasarkan kepada soalan, Yang Berhormat. Soalan asal dia cakap apa itu?
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Dia cakap, “Mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan itu individu yang tidak percaya kepada Tuhan”. Akan tetapi mengapa harga barang naik? Adakah kerajaan kita tidak percaya kepada Tuhan? Jikalau kerajaan membenarkan kenaikan semua ini, jadi ini ialah satu fakta, macam satu hakikat pengakuan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri. Mengapakah Kerajaan Persekutuan tidak dapat merasai keluhan rakyat? Rakyat jelata ibarat hidup dalam high pressure cooker yang mana peniaga dan pengguna juga berasa serba salah dalam menentukan harga yang terbaik bagi perkhidmatan dan barangan jualan mereka.
Kerajaan boleh membuat segala keputusan tanpa halangan untuk menaikkan harga seperti tol lebuh raya, seperti tambang ERL, membatalkan subsidi harga minyak masak, pengurangan rebat tarif elektrik dan lebih-lebih lagi, harga kereta juga dinaikkan di antara 3 peratus sehingga 16 peratus mulai tahun ini. Apabila peniaga cuba mencontohi kerajaan- ini teladan yang ditunjukkan oleh kerajaan- dan meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan, mereka pula diambil tindakan yang begitu tegas seperti dalam kes AEON Co.
(M) Bhd. Syarikat tersebut telah dijatuhkan hukuman denda RM110,000 oleh mahkamah atas sebab menaikkan harga roti sebanyak RM0.30 sen bagi empat jenis roti yang dijual oleh syarikat tersebut. Ini kerana kenaikan harga tersebut sebanyak 25 peratus tetapi ada yang lebih dahsyat lagi. Ada yang naik lebih banyak lagi, lebih tinggi lagi, tidak diambil tindakan.
Jadi ini ialah satu tindakan yang selective yang diambil terhadap mereka. 30 sen. Memang ini kerana ada kenaikan kos barangan. Terpaksa mereka meningkatkan harga tetapi akhirnya mereka didenda dengan denda yang begitu tinggi.
Semasa negara kita dilanda oleh kegawatan ekonomi, maka kita amat perlu bergantung kepada ketibaan pelancong asing untuk memangkinkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Kes terkini adalah berkenaan dengan kenaikan fi perkhidmatan bagi single entry visa untuk pelancong-pelancong dari China dari RMB120 sehingga RMB400. Kenaikan sebanyak 233 peratus. Pada masa yang sama, fi perkhidmatan bagi multi entry visa juga dinaikkan daripada RMB220 sehingga kepada RMB500.
Sebelum ini, Kerajaan Malaysia mengenakan fi permohonan visa, Renminbi 80. Kita berasa amat hairan apabila kerajaan kita mengumumkan pengecualian visa bagi ketibaan pelancong China yang sekurang-kurangnya dua orang berkelompok. Akan tetapi mengapa fi perkhidmatan ditingkatkan pada masa yang sama? Ini merupakan satu keputusan yang dibuat oleh SPPV 1-Stop Centres sendiri yang mana pusat sehenti tersebut adalah dioperasi oleh Ultra Kirana Sdn. Bhd. bersama dengan Beijing Lingxiang International Entry and Exit Service Company Limited. Saya melihat pihak SPPV 1-Stop Centers ada percubaan untuk mensabotaj usaha Kerajaan Malaysia untuk menarik lebih ramai pelancong China ke Malaysia dan tindakan yang tegas perlu diambil terhadap SPPV 1-Stop Centers ini termasuk menamatkan kontrak yang ditandatangani oleh syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. dan rakan kerjasamanya di negara China.
Pengerusi Tourism Malaysia, Wee Choo Keong juga pernah secara terbuka mendesak Perdana Menteri untuk memberhentikan perkhidmatan visa sehenti yang dioperasi oleh syarikat tersebut atas sebab it is not helping the tourism. Ini ialah satu pengakuan daripada Tourism Malaysia. Akan tetapi, mengapakah tiada tindakan diambil malah kita membenarkan fi perkhidmatan visa ditingkatkan lagi?
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Bagi pelancong Taiwan juga sama. Kebelakangan ini mereka juga- walaupun negara Malaysia kita melanjutkan tempoh tanpa visa daripada 15 hari kepada 30 hari. Namun fi perkhidmatan juga ditingkatkan dari TWD240 kepada TWD1,920 iaitu kenaikan sebanyak lapan kali ganda. Jadi, kita tidak boleh membiarkan usaha Kerajaan Malaysia disabotaj oleh keputusan sebuah syarikat yang hanya mementingkan keuntungan peribadi sehingga matlamat dan kepentingan negara kita dikompromi. SPPV 1-Stop Centers di China memproses sekurang-kurangnya 1,500 permohonan visa setiap hari. Ini ialah satu pendapatan yang cukup lumayan dan tiada sebabnya bagi fi perkhidmatan ditingkatkan lagi.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat cadangan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan lagi harga perumahan kos rendah dan sederhana rendah. Perkara ini telah dicadangkan dalam Mesyuarat Majlis Perumahan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri kita pada 21 Ogos 2016 yang mana harga perumahan kos rendah akan dinaikkan kepada RM65,000 manakala perumahan kos sederhana rendah akan dinaikkan lagi ke RM100,000. Harga siling bagi perumahan kos rendah di Pulau Pinang ialah RM42,000 dan RM72,500 bagi perumahan kos sederhana rendah. Walaupun dengan harga siling yang lebih rendah daripada apa yang dicadangkan, terdapat lebih 50 peratus orang pemohon yang ditawarkan perumahan kos rendah dan sederhana rendah, mereka tidak diluluskan pinjaman daripada pihak bank bagi tujuan beli rumah termasuk juga pembeli-pembeli rumah bagi kali pertama.
Saya berasa amat khuatir dengan cadangan tersebut yang akhirnya akan menyebabkan lebih banyak lagi rumah yang dibina hanya mampu dilihat tetapi tidak mampu dimiliki. Pembinaan rumah kos sederhana rendah dan rendah biasanya dilihat sebagai satu subsidi silang atau cross subsidization yang dibekalkan oleh pemaju yang menjana keuntungan daripada komponen-komponen projek yang lain dan ini merupakan satu bentuk CSR oleh pihak pemaju. Kerajaan Persekutuan tidak harus membenarkan harga siling dinaikkan lagi atas sebab harga barangan dan perkhidmatan telah ditingkatkan.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Jikalau syarat-syarat pinjaman bank bagi perumahan kos rendah atau kos sederhana rendah dan mampu milik tidak dilonggarkan, pemaju-pemaju akan berasa kurang galakan untuk membekalkan perumahan rumah mampu milik. Syarat-syarat pinjaman bank adalah sama bagi perumahan mampu milik atau perumahan yang bukan mampu milik.
Akhirnya, pihak bank lebih sudi membekalkan pinjaman kepada pembeli bagi rumah kedua, ketiga dan keempat. Akan tetapi yang mereka pembeli rumah kali pertama tak dapat langsung, tak dapat peluang untuk pinjaman walaupun mereka telah ditawarkan perumahan mampu milik.
Dalam satu perbincangan meja bulat yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kita buat bersama dengan Bank Negara berkenaan dengan isu ini. Kami telah dimaklumkan bahawa kadar penolakan pinjaman perumahan oleh pihak bank setinggi 60 peratus- 20 peratus di kalangan mereka mempunyai rekod kewangan yang kurang memuaskan. Masalahnya sehingga kini tiadanya syarat-syarat yang lebih longgar ke atas peminjam-peminjam perumahan kos rendah dan sederhana rendah. Kenapakah pembeli rumah-rumah mampu milik jenis ‘A’ atau ‘B’ juga perlu dinilai dengan syarat-syarat yang sama dengan yang lain? Kriteria permohonan berdasarkan pendapatan bersih tidak harus dikenakan ke atas golongan peminjam tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, mereka harus dibenarkan membuat permohonan berdasarkan gabungan pendapatan seisi...
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Yang Berhormat Tanjong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sekijang bangun Yang Berhormat.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Yang dipersilakan.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Sikit sahaja hendak tanya. Yang Berhormat Tanjong, saya ada terbaca dalam sebuah blog mengatakan yang rumah mampu milik di Pulau Pinang harga paling rendah katanya RM400,000. Boleh Yang Berhormat terangkan sikit tentang benda ini. Kalau betul mungkin blog ini fitnah. Ketua Menteri cakap.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Okey, baik. Ini ada rasionalnya, memang ada rasionalnya kerana memang harga tanah di Pulau Pinang adalah tinggi. Kita hendak menjayakan dasar untuk perumahan mampu milik. Akan tetapi untuk menjayakan ini kita juga perlu kerjasama daripada pihak pemaju. Jikalau kita hendak melaksanakan, kita menetapkan harga siling bagi perumahan mampu milik pada RM300,000, mungkin ada pemaju yang tidak dapat membekalkan kerana atas masalah kos tanah yang tinggi. Jadi, ini adalah rasionalnya kerana kita perlu bersesuaian dengan situasi di Pulau Pinang, di mana kita menetapkan harga perumahan mampu milik ada tiga jenis. Bukan semuanya RM400,000. Jenis pertama RM200,000, di mana setiap pemaju kena membekalkan daripada semua unit rumahnya 5 peratus - RM200,000...
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Yang Berhormat Tanjong, kalau RM400,000, itu bukan nilai mampu milik, takkan RM400,000 boleh dikatakan mampu milik?
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
...Sebanyak 15 peratus - RM300,000, dan 5 peratus - RM400,000. Ya, betul memang. You kena lihat secara keseluruhan, jangan hanya lihat apa yang paling mahal. Memang ada yang mahal tetapi mahal ini kos rationalisation. Bila kita membuat- ya silakan.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Setujukah Yang Berhormat Tanjong kalau saya kata bahawa Ahli Yang Berhormat daripada Sekijang telah ditipu oleh ahli-ahli politik daripada Gerakan seperti apa yang dilakukan oleh Simpang Renggam tadi. Bahawa di Pulau Pinang sebenarnya ada dua kategori, kategori untuk rumah kos rendah RM42,000 masih wujud lagi.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Wujud.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Kategori mampu milik ini sebenarnya berasaskan apa yang di set oleh, contohnya agensi PR1MA yang juga meletakkan harga rumah daripada RM100,000 sehingga RM400,000. Jadi, ini boleh saya katakan taktik yang juga dipraktikkan oleh Kerajaan Pusat, boleh setujukah Yang Berhormat Tanjong?
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Terima kasih. Memang kita ada tiga jenis perumahan mampu milik- RM200,000, RM300,000 dan RM400,000. Setiap projek yang dilaksanakan oleh pemaju perlu membekalkan sekurang-kurangnya 5 peratus bagi RM200,000, RM15 peratus bagi RM300,000 dan 5 peratus RM400,000. Kita masih membekalkan perumahan kos rendah RM42,000 dan perumahan kos sederhana rendah RM72,500. Perumahan kos rendah dan sederhana rendah yang dibekalkan perlulah 30 peratus daripada jumlah rumah yang dibekalkan.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Yang Berhormat Tanjong.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Yang Berhormat Tanjong.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Minta laluan.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Silakan.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Yang Berhormat Sekijang kah, Yang Berhormat Lipis?
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Bagi Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Yang Berhormat Tanjong, saya hanya sekadar hendak mengetahui. Rumah yang dikatakan RM42,000 tersebut, dalam masa mungkin dalam tahun 2008 agak lama kalau hendak dijawab oleh Yang Berhormat Tanjong.
Dalam masa setahun, berapa unitkah rumah RM42,000 ini telah terbina di negeri Pulau Pinang?
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Okey.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Kalau boleh jawablah Yang Berhormat Tanjong, kalau tak boleh tak apa. Jawab akan datang.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Saya merupakan anggota dalam Jawatankuasa Pembahagian Rumah Kos Rendah, Sederhana Rendah dan Mampu Milik di Peringkat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Memang kita ada membekalkan, tapi off-hand awak nak saya bekalkan berapa yang dibina, saya tidak ada maklumat tersebut.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Yang Berhormat Tanjong, saya hendak tanya. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong. Rasanya betullah Yang Berhormat Tanjong sebut tadi, ada 5 peratus yang dibuat pada nilai harga RM400,000 yang dikatakan rumah mampu milik. Maksudnya, memang betullah Kerajaan Pulau Pinang- tadi kata tipu Gerakan.
Maklumat yang dikatakan daripada Gerakan mengatakan rumah RM400,000 itu mampu milik.
Maksudnya, Kerajaan Pulau Pinang meletakkan nilai RM400,000 itu sebagai rumah mampu milik. Kalau PR1MA, setahu saya mana ada RM400,000 ke bawah itu sebagai rumah mampu milik, sebaliknya dalam lingkungan kos sederhana rendah. Itu yang baru dikatakan bahawa RM400,000. Saya betulkan sahajalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat hendak bagi jalan?
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Okey.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Setuju kah Yang Berhormat ADUN UMNO di Pulau Pinang tidak buat kerja?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Soalan macam ini hendak datang membazirkan masa Dewan ini, setuju atau tidak?
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Ini bukan soalan membazir, kita tanya betul tak? Kalau nilai RM400,000 itu, bukan rumah mampu milik, memang tinggi nilai dia.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Ini kriteria yang ditetapkan selama ini apabila kita melaksanakan Dasar Perumahan Mampu Milik. Sudah 3, 4 tahun kita laksanakan semua ini.
Mengapa tiba-tiba jadi isu, saya pun tidak tahu. Akan tetapi RM400,000 bagi warga di Pulau Pinang memang ada permintaannya, memang ada pasarannya. Akan tetapi kita tak paksa semua kena book, pohon RM400,000.
Ada yang mereka dari yang golongan profesional, mereka hendak tinggal di tempat yang lebih baik, lebih selesa, maka mereka boleh pohon perumahan mampu milik. Kita bagi mereka tak payah tunggu lama kerana kita bagi pemohon yang masih menunggu perumahan kos rendah atau sederhana rendah, lebih daripada 20,000 orang yang masih beratur. Akan tetapi bagi mereka yang lebih mampu, mereka hendak tinggal di tempat yang lebih baik, maka mereka boleh memohon perumahan mampu milik di antara RM200,000 sampai RM400,000.
Ini memang dengan senangnya dan tidak perlu tunggu lama, mereka boleh dibekalkan. Ini satu alternatif. Tuan Yang di-Pertua, memang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Boleh gulung Yang Berhormat.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Okey, terima kasih. Saya mengalu-alukan satu perkara. Kerajaan Persekutuan haruslah mempertimbangkan gesaan supaya DIBS dapat diperkenalkan semula. DIBS ialah Developers Interest Bearing Scheme, khususnya bagi pembeli-pembeli perumahan mampu milik bagi kali pertama supaya mereka bukan hanya sekadar membayar faedah, pinjaman bank sebelum projek perumahan dapat disiapkan.
Saya mengalu-alukan kenyataan Bank Negara bahawa Bank Negara akan berusaha dengan kerajaan negeri dan industri perbankan untuk menyelaraskan kriteria yang digunakan dalam meluluskan pembiayaan rumah dan untuk meningkatkan kemampuan pemohon. Akan tetapi saya juga ingin memohon supaya Kerajaan Persekutuan bersama- sama dengan Bank Negara dapat membuat satu kajian yang lebih komprehensif, menyeluruh dan mendalam untuk mengubah dasar pinjaman dengan syarat-syarat yang lebih menarik untuk diguna pakai ke atas permohonan dan pembiayaan perumahan mampu milik.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk bertanyakan berapakah projek PR1MA yang akan dibina di negeri Pulau Pinang? Sehingga kini, berapakah projek PR1MA yang telah dirancang, diberi kelulusan oleh PBT atau PBN atau yang sedang dibina di negeri Pulau Pinang? Sila berikan lokasi, harga jualan, size dan bilangan unit bagi setiap projek PR1MA yang terlibat.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Berikut, satu jawapan yang diberikan oleh KPKT kepada Ahli Yang Berhormat Bagan pada 6 April 2015. Sebanyak 48 buah permohonan lesen pemaju dan permit iklan oleh pemaju dari negeri Pulau Pinang telah ditangguhkan di antara Ogos 2014 sehingga April 2015. Tolong nyatakan sehingga kini, berapa lagi permohonan APDL yang masih lagi ditangguhkan dan berapakah di antaranya yang melibatkan projek perumahan kos rendah, kos sederhana rendah dan perumahan mampu milik?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh prestasi kertas bahasa Cina dalam SPM. Mengikut rekod pencapaian calon yang mengambil subjek bahasa Cina dalam peperiksaan SPM, peratusan bagi mereka yang mendapat keputusan A+, A atau A- dalam subjek tersebut semakin menurun iaitu daripada 18.8 peratus pada tahun 2011 telah diturunkan sehingga 12.4 peratus pada tahun 2015. Prestasi pencapaian bagi tahun 2015 adalah yang terendah dan melibatkan ramai pelajar dan ibu bapa kehilangan galakan untuk anak-anak mereka berdaftar bagi subjek Bahasa Cina dalam peperiksaan SPM.
Ada pihak yang menyalahkan tahap peperiksaan bagi subjek Bahasa Cina terlalu tinggi dan susah. Untuk mendapatkan keputusan yang paling memuaskan, ada pihak yang menyalahkan kualiti pengajaran guru-guru Bahasa Cina, ada pihak sekolah yang menolak permintaan daripada murid-murid untuk menyediakan kelas Bahasa Cina, ada pihak sekolah menghalang pelajar-pelajar berdaftar untuk subjek ini dalam SPM kerana takutnya keputusan peperiksaan SPM secara keseluruhannya akan terjejas.
Jadi perlulah dijelaskan, saya ingin minta supaya Lembaga Peperiksaan dapat mengumumkan peratusan kelulusan setiap gred mengikut jumlah calon yang berdaftar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Kadazan, Bahasa Dusun dan Bahasa Iban bagi menerangkan sebab-sebab prestasi yang kurang memuaskan bagi kertas Bahasa Cina dalam SPM.
Kita tidak bercadang supaya kualiti kertas peperiksaan bagi subjek Bahasa Cina perlu dikompromi. Akan tetapi Lembaga Peperiksaan perlu bersikap sama apabila menetapkan cutting point bagi setiap kertas peperiksaan SPM iaitu jikalau satu peratus calon hanya boleh mendapat A+ dalam SPM, maka hanya satu peratus calon yang menunjukkan prestasi terbaik boleh diberikan keputusan A+ dan sebagainya. Jadi, cutting point ini kena dipakai sama mengikut peratusan ke atas setiap subjek dan bukannya untuk Bahasa Cina.
Cutting point itu adalah terlalu tinggi sehingga pelajar-pelajar atau calon-calon mendapat kurang galakan untuk mengambil subjek ini dalam peperiksaan.
Akhir sekali, saya ingin meminta supaya Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata untuk dapat memberikan penjelasan di mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang ada minta supaya ada wakilnya dari negeri Pulau Pinang dapat dilantik ke tribunal tersebut. Ia perlu ada rundingan sebelum pelantikan dibuat.
Akan tetapi apabila kita tanya soalan ini, saya pernah mengemukakan soalan ini pada sesi yang lepas kepada Menteri KPKT, kita hendak tahu siapakah mereka yang dilantik ke tribunal tersebut, kita tidak diberikan senarai tersebut. Mengapakah mereka dilantik? Latar belakang profesional mereka, semuanya tidak diberikan. Jadi kita ingin mendapat penjelasan mengapa ini kena dirahsiakan? Laman web KPKT pun tidak dapat senarai tersebut.
Mengapakah 18 orang ahli yang dilantik ke tribunal ini perlu dirahsiakan? Berapa di antara mereka adalah datangnya dari negeri Pulau Pinang? Ini kerana kita ada projek pemajuan berstrata yang ketiga banyak di Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Ya. Saya akhirnya mahu meminta pihak KPKT dapat bantu meningkatkan lagi kebolehan Pesuruhjaya Bangunan di setiap PBT ini, mereka dapat dibekalkan latihan yang secukupnya supaya mereka dapat menjalankan kerja siasatan dan mengambil tindakan pendakwaan terhadap kes-kes yang jelas telah menyalahi di sisi undang-undang. Ini kerana sampai hari ini banyak yang belum diambil tindakan.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Banyak kes tertangguh dan mungkin pihak COB mereka ada masalah daripada segi kekuatan atau kebolehan pegawai mereka. Jadi saya ingin meminta supaya pegawai penyiasat dapat dilantik oleh KPKT untuk ditempatkan di setiap PBT untuk meningkatkan lagi keberkesanan COB dalam mengambil tindakan ke atas kecurangan oleh pihak JMB atau MC.
Inilah sahaja yang saya ingin bentangkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Semporna.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang telah memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan ucapan menjunjung kasih Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ada beberapa perkara yang saya kana bangkitkan yang juga terkandung dalam Titah Tuanku yang ada hubung kaitnya dengan kawasan saya juga negeri Sabah dan amnya negara Malaysia.
Pertama berhubung kait dengan keselamatan negara kita. Kerana ini merupakan satu perkara yang cukup pokok dan penting dalam memastikan supaya keselamatan negara ini dapat dijamin. Saya penuh yakin bahawa rakyat pada keseluruhannya telah memberi mandat kepada pemerintah pada hari ini, kerana kita bagi jaminan bahawa keselamatan negara ini cukup terjaga dan terkawal dengan baik. Malahan penghidupan masyarakat bila keadaan keselamatan itu terjamin, ia akan dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk mencari nafkah hidup, bukan hanya di darat, bahkan juga di lautan, kalau di kawasan saya banyak pulau, selaku nelayan.
Kadang-kadang kebimbangan bila saya turun ke bawah, ke kawasan saya, saban minggu ataupun bulan, mereka sering menyatakan tentang kerisauan dan kebimbangan mereka tentang keselamatan ini di mana kes kejadian rompakan, lanun dan berbagai-bagai lagi amat membimbangkan kita. Walaupun saya sedar dan tahu pihak pasukan keselamatan sama ada tentera dan polis saya ucapkan jutaan terima kasih, telah banyak memainkan peranan dalam menjaga keselamatan sehingga turut mengorbankan nyawa mereka. Bagi pihak masyarakat di kawasan dan juga keseluruhannya, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan saya berdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan roh-roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Namun demikian, banyak lagi perlu kita lakukan untuk menjamin keselamatan negara kita. Ia bukan hanya dari sudut untuk memastikan supaya kita dapat memperoleh peralatan yang canggih, yang harganya cukup tinggi. Kita perlu melihat bagaimana caranya untuk kita meningkatkan risikan contohnya. Risikan bukan hanya perlu dilakukan apa yang berlaku di dalam negara kita, bahkan juga sumber kejadian itu berlaku. Seumpama negara yang dikatakan superpower. Mereka menghantar risikan bukan hanya berbentuk CIAKGB, bahkan juga berbentuk commercial intelligence, yang ada mereka bertopengkan camouflage, dengan izin, sebagai pelabur melabur di sesetengah tempat tetapi kita sedia tahu mereka juga mendapat berbagai-bagai maklumat daripada persekitaran yang ada. Maklumat bukan hanya harus diperoleh dengan lengkap dan tepat, tetapi malangnya kita sedar dan tahu dan sedianya maklum pada keseluruhannya, kes kejadian-kejadian ini semakin- kita katakan beberapa tahun yang lalu meningkat, bukan setakat meningkat rompakannya. Kalau di kawasan saya, kita bekalkan dengan enjin sangkut untuk para nelayan, tidak sampai tiga atau empat bulan, hilang enjin sangkut mereka. Ini merupakan mata pencarian masyarakat di kawasan ini. Ini yang saya tekankan. Keselamatan ini cukup penting.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan satu batalion untuk diberikan, mana janji yang harus ditunaikan. Satu batalion. Pagi tadi, bila saya dengar ucapan soalan- saya sedang dalam perjalanan, di radio, Menteri Pertahanan menyatakan bahawa ada latihan di Yaman, di Timur Tengah, hendak menyelamatkan rakyat Malaysia yang berada di Timur Tengah.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Saya sedar dan tahu itu rakyat Malaysia juga perlu kita selamatkan tetapi adakah ia memerlukan perbelanjaan waima bala tentera sehingga deploy C-130, saya tidak nampak 130CN di Pangkalan Lapangan Terbang Tawau pun ditempatkan ataupun helikopter untuk pastikan supaya bukan hanya berbentuk ia menjadi satu kesiapsiagaan kita bila berlaku, tetapi berbentuk sebagai deterrent, dengan izin. Untuk mengelak supaya jangan berlaku bila nampak bahawa pertahanan kita cukup mantap, orang luar bila nampak tidak akan mudah untuk mereka bolosi keadaan keselamatan negara kita.
Ini yang saya bimbang, itu yang saya katakan pertingkatkan keselamatan negara kita. Apa ertinya kita hendak jaga kerjasama dengan kuasa luar yang ada, Timur Tengah sedangkan kampung kita pun tidak mampu kita hendak jaga. Dalam keadaan mereka tidur tidak selamat, berjaga-jaga itu, yang saya syorkan. Bila berlaku kejadian contohnya di Tanduo di Lahad Datu, sehingga saya masuk ke bilik operasi bersekali dengan waktu itu seorang polis, Timbalan Risikan Hamid Bador. Ya, saya dalam bilik operation room, bagaimana pastikan supaya keadaan ini dapat ditingkatkan, bukan sekali.
Saya selaku Ahli Parlimen kawasan ini tidak boleh mampu hendak beri jaminan bahawa keadaan itu selamat. Alhamdulillah, setakat ini selamat tapi kadang-kadang saya bimbang seperti yang dibangkitkan oleh rakan saya Yang Berhormat daripada Kalabakan terhadap pengumuman Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri juga. Di mana sudah ada kumpulan-kumpulan yang mungkin boleh mengganggu gugat. Takkanlah perkara seumpama keselamatan ini, bukan saya katakan tidak dipandang serius but it involve, dengan izin, human life. Tidak boleh kita anggap bahawa dalam keadaan selamat, we are too complacent now then we leave it as it is. Saya tahu ESSCOM buat kerja yang baik tetapi tidak cukup, perlu ada batuan dia. Ini kerana apabila saya kadang-kadang turun ke bawah bercerita dan berbincang dengan pegawai-pegawai di peringkat ESSCOM, kadang-kadang saya dapati bahawa mereka hendakkan supaya beli bot yang kecil. Setakat hendak beli bot kecil pun, hendak merujuk kepada sentral agensi yang ada. Saya cadangkan supaya pihak ESSCOM ini empower them. Perkasakan bukan setakat dengan latihan. Ada kadang-kadang bila saya dapat lihat pasukan keselamatan yang berkhidmat, hardly six month ataupun dua tiga tahun yang saya yakin tidak ada pendedahan tentang Guerilla War yang berlaku yang tidak mungkin mereka dapat menyelami kesiapsiagaan.
Itu yang kalau kita lihat daripada segi bentuk keselamatan, how can it happen, dengan izin. Dalam kes Tanduo ini, dengan hanya pasukan yang mengancam negara kita membolosi negara kita, jumlahnya hanya 30 orang boleh mengorbankan hampir tujuh orang.
Ini di tempat di negara kita. We cannot take it, dengan izin. Kita perlu pastikan supaya perkara seumpama ini jangan berlaku. Itu yang saya berharap sungguh, kepada pihak pemerintah agar keselamatan di negara kita khususnya di peringkat negeri Sabah, khususnya di Pantai Timur dapat dipertingkatkan. Bukan hanya daripada segi pemerkasaan anggotanya dilatih dengan berbagai-bagai keupayaan, peralatan-peralatan yang saya lihat bila saya melawat tidak mencukupi.
Ini dengan mata saya sendiri dan saya bekas Timbalan Menteri Pertahanan. Lima tahun saya berkhidmat, I know security system yang ada. Saya menjelajah ke banyak benua dan bagaimana cara dia, then deploy it. Bukan hanya the manpower, peralatan-peralatan dan deployment of asset is very important, dengan izin. Takkan kita hendak letakkan aset-aset yang canggih di tempat yang tidak ada ancamannya. Kita sedar kawasan Pantai Timur Sabah kerap berlaku ancaman-ancaman yang berlaku di kawasan ini. Takkan kita hendak biarkan, supaya bila berlaku baru kita hendak bagi tumpuan yang amat serius tentang perkara ini.
Saya berharap sungguh perkara ini perlu dilakukan dengan secara baik bukan hanya membanteras kegiatan ini menular, membabitkan bukan hanya orang asing, orang tempatan yang ada. Risikannya perlu kita pertingkatkan untuk memastikan supaya maklumatnya tepat. Maklumat yang ada lengkap untuk kita mengambil tindakan yang kita katakan akan comprehensive action untuk memastikan kita boleh membanteras.
Di samping itu, saya juga berharap kerjasama dengan negara jiran kita. Sumbernya daripada negara Filipina. Kita perlu bukan hanya pastikan supaya exhaust diplomatic dealing dengan mereka. Takkan kita tidak mampu mempertanggungjawabkan Kerajaan Filipina sedangkan rakyat mereka yang melakukan perkara ini. Kita dalam kumpulan ASEAN, we are the Chairman of ASEAN.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Takkan perkara seumpama ini tidak boleh kita bincangkan, kalaupun tidak dapat diselesaikan but we must take it seriously termasuklah tuntutan Kerajaan Filipina terhadap negeri Sabah.
Kita sudah keluarkan perkara ini, referendum sudah dilakukan. Persoalan ditanya kepada rakyat Malaysia yang berada di Sabah, itu muktamad. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah memperakukannya dan perkara ini harus kita berani mengetengahkan dan bincang dengan negara jiran kita. Once and for all kita katakan. “No more question of that claim yang ada”. Ini negara yang berdaulat, yang sudah merdeka, bukan hanya tanahnya, rakyatnya, tidak harus berbangkit lagi persoalan itu.
Akan tetapi malangnya kadang-kadang saya melihat hanya by passing statement like that antara pimpinan kita berbincang that should be drop as a claimed, tidak boleh. Kita harus menjadikan ia satu agenda yang amat serius untuk pastikan supaya ini tidak menghantui sehingga bukan kita pada hari ini, zuriat dan anak-anak kita di masa akan datang nanti. We must put a stop to it to ensure that the claim is no longer a question raise by anybody else. Ini kerana kita tahu bahawa perkara ini cukup penting.
Di samping itu apa yang saya katakan tentang decentralization procurement yang ada kepada ESSCOM. Ini penting kepada kita untuk pastikan supaya mereka yang jauh lebih mengetahui, setiap hari mereka yang beroperasi di kawasan itu. Takkan hendak beli bot pun hendak refer to central agency di Kuala Lumpur. They must have the empowerment. Bukan hanya in terms of decision making but in terms of financial capacity yang ada, keupayaan kewangan mereka untuk membolehkan mereka untuk membeli peralatan-peralatan untuk menjaga keselamatan bukan hanya diri mereka, bahkan juga negara dan tanah air kita.
Seperkara yang saya hendak bangkitkan, saya hendak bertanya sama ada benar ataupun tidak, adakah benar bahawa kerajaan kita sudah bersetuju untuk mewujudkan sebuah penempatan tentera Amerika Syarikat di Pantai Timur negeri Sabah. Saya hendak tanya sama ada benar ataupun tidak? Kalau ia tidak benar, alhamdulillah. Kalau ia benar saya membantah sekeras-kerasnya selaku wakil rakyat di kawasan itu. Ini kerana kita tahu, pertama ini menggambarkan kepada kita bahawa tidak keupayaan kita mempertahankan kedaulatan negara kita sendiri, sistem pertahanan kita.
Keduanya banyak pengalaman yang kita sudah lalui di negara-negara luar, di Timur Tengah contohnya. Di Afghanistan bila penempatan tentera Amerika Syarikat di tempat ini, bukan hanya negaranya yang hancur lebur tetapi nyawa rakyat mereka terkorban. There is no benefit, dengan izin, untuk menempatkan tentera Amerika Syarikat di negara kita. Waima negara jiran kita Filipina pun menghalau mereka keluar, tidak minta supaya mereka berada.
Ada based mereka di negara tersebut. Kita kalau hendak buat kerjasama ataupun hendak minta bantuan kita ada Five Power Defense Arrangement (FPDA) yang disebut oleh Menteri Pertahanan.
Lima buah negara, United Kingdom, New Zealand, Australia dengan Malaysia yang ada. Boleh kerjasama berbentuk untuk bukan hanya latihan tetapi untuk menjaga keselamatan. Dahulu kita ada mempunyai based di Butterworth, tentera udara kita tetapi hari ini sudah tidak ada. Kita sudah hapuskan oleh sebab keadaan sudah terjamin keselamatan di kawasan Pulau Pinang, contohnya. Takkan kita sehingga mempelawa kalau ia benar, kuasa besar seperti Amerika Syarikat untuk mewujudkan pangkalan mereka di negara kita.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Sudahlah kita tidak setuju dengan TPPA, ini pula hendak kita allowed them to set up their base dalam negara kita. Ia mempunyai kesan yang amat panjang bukan hanya daripada segi keselamatan infiltration of socio-illness akan berlaku bila ada penempatan bala- bala tentera asing yang ada. Kita tidak mahu hendak campur pergelutan antara kuasa yang besar sama ada Amerika Syarikat ataupun China terhadap tuntutan kepulauan yang ada di Spartly Island.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Akan tetapi dalam perkara ini, apa yang harus kita lakukan ialah exhaust diplomatic role yang ada. Seperti apa yang berlaku pada hari ini di Syria, Menteri Luar United States dengan Menteri Luar Rusia sehingga Rusia back out, they exhausted diplomatic means untuk memastikan supaya hapuskan peperangan yang ada. Tidak kita wujudkan- kalau adapun tuntutan terhadap tanah atau kepulauan kita gunakan kerana banyak manfaatnya. Kalau dengan cara diplomatik yang ada. Daripada adanya ketenteraan yang turut akan bukan hanya menghancurkan rantau ini bahkan juga membinasakan nyawa manusia. Saya berharap dan saya berdoa agar ia tidak benar tetapi kalau ia benar, seperti yang saya nyatakan, saya tidak setuju dan saya akan membantah kerana perkara ini tidak harus berlaku di negara kita.
Seperkara lagi yang saya hendak sebutkan mengenai dengan pelancongan kerana ini ada hubung kaitnya dengan keselamatan dan ini ada hubung kaitnya dengan kawasan saya sendiri. Kita sedar dan tahu bahawa di antara pulau yang terindah di rantau ini malahan di dunia ialah Sipadan. Ia menjadi satu tarikan dunia yang ada. Kepulauannya cantik.
Malahan, negeri Sabah mempunyai produk pelancongan yang saya yakin antara yang terbaik di negara kita yang bukan hanya within reach of two hours kita boleh sampai ke pulau, kita boleh sampai ke gunung yang tertinggi di Rantau Asia, kita boleh sampai ke Danum Valley, rainforest yang di antara tertua yang cukup cantik, kita boleh sampai ke Sepilok, Sandakan yang banyak orang hutan di situ. Banyak tempat termasuk di Kundasang yang menjadi tarikan kepada pelancong-pelancong ini.
Dalam keadaan gawat ekonomi, seharusnya kita mampu untuk menarik para pelancong yang berkunjung datang ke dalam negara kita oleh sebab kadar mata wang Ringgit kita sudah begitu lemah berbanding dengan mata wang Dolar ataupun Euro Dollar ataupun currency yang lain di peringkat antarabangsa. Akan tetapi malangnya, kadar pelancong yang datang ke dalam negara kita menurun daripada tujuh juta menurun sampai kepada hanya enam juta orang sahaja dan peratusan itu daripada Januari sehingga Mac...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu bangun, Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Boleh sedikit?
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Peratusan 8.6 peratus.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya hendak mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Semporna sebab pernah ada Menteri di kalangan kita yang menyatakan kerana masalah keselamatan di Sabah yang menyebabkan pelancong menurun dan oleh itu, mungkin atas logik itu, kehadiran kuasa-kuasa besar di Sabah ini menjadi satu keperluan. Bukan sahaja kehadiran Amerika Syarikat. Saya juga mendapat maklumat dari Menteri Pertahanan bahawa kita juga akan membuka fasiliti kita di Sabah untuk Angkatan Tentera China. Kedua-dua kita akan welcome. Apakah pandangan Yang Berhormat Semporna atas dasar yang membuka ruang kepada kehadiran secara ketenteraan kuasa- kuasa besar di Sabah ini?
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Kalau kita hendak mempertimbangkan antara hasil negara dengan kedaulatan negara- kerana saya yakin hasil negara kita banyak pelbagaikan. Ada asasnya. Bukan hanya pelancongan. Kita ada petroleum, kita ada perniagaan lain di mana kerajaan tidak boleh bergantung dalam satu sektor.
Akan tetapi, kedaulatan negara cukup penting, jauh penting daripada hanya hendak cari sumber yang lain. We shouldn’t allow at the expenses of kita punya sovereignty, dengan izin. Hendak menggalakkan tentera China, hendak menggalakkan tentera Amerika Syarikat datang untuk membina base mereka di dalam negara kita untuk menampakkan bahawa negara kita selamat since they are there. Ini yang saya katakan dari awal, ini memaparkan bahawa ketidakupayaan pasukan keselamatan kita, seakan-akan tidak mampu untuk menjaga keselamatan kalau kita menggalakkan mereka datang.
Apakah ertinya kita hantar bala tentera kita ke Yaman? Apa ertinya kita hantar ke tempat-tempat lain untuk latihan, untuk pendedahan hendak membantu berbagai-bagai aktiviti membanteras kegiatan IS, macam-macam, sedangkan dalam kampung dan negara kita tidak mampu kita jaga?
[Tepuk]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
[Bangun]
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna
That is the priority. Kalau kita hendak timbang where is the priority that we should give to, not only the country but also the people in the long run. Ini penting kepada kita [Tepuk]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih, Yang Berhormat Semporna dan terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Semporna kerana tadi Yang Berhormat Semporna kata Yang Berhormat Semporna pernah menjadi Timbalan Menteri Pertahanan selama lima tahun. Jadi apa perbezaan di antara dahulu dengan sekarang? Kenapa dahulu Malaysia boleh- saya rasa pertembungan politik di antara Amerika dengan China memang berlaku sudah lama di Spratly Island dan juga hendak merebut-rebut tubuhkan base di kawasan serantau ini.
Akan tetapi dahulu kita boleh mampu menolak mereka, mampu reject any military bases dalam Malaysia. Kenapa sekarang terpaksa kita- mungkin sudah dengar ura-ura kerana kita tahu bahawa ada military plane landed in Sabah International Airport dan juga ada naval ship yang menggunakan pangkalan kita di sana. So, what is the problem? Is it the change of policy atau kerana Malaysia semakin lemah atau pemimpin itu tidak dapat bertegas dengan kuasa-kuasa besar? Minta pandangan.
Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Semporna.
Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Semporna, bekas Menteri Pertahanan.
Adakah perubahan rasmi dalam sikap dan polisi Kerajaan Malaysia daripada pegangan mereka negara berkecuali atau non-aligned nation? Ini kerana sekarang ini terdapat perubahan sikap yang amat ketara kerana saya bersetuju dengan apa yang Yang Berhormat Semporna katakan, pergolakan di Timur Tengah adalah regional conflict dan kita tidak ada pasal kerana latihan di Saudi Arabia melibatkan negara Arab dan Afrika. Indonesia pun tidak pergi, Turki pun tidak pergi, kenapakah kita di sana? Adakah kita telah merubah sikap atau polisi? Kalau betul, kenapakah tidak dinyatakan? Terima kasih.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih atas soalan yang telah dibangkitkan dan saya hendak nyatakan tentang- saya ingat elok rasanya kalau pihak yang berkuasa yang punya tempat untuk menjawab. Akan tetapi pada pandangan saya secara peribadi, kerana dahulu kita melihat, itu yang saya katakan daripada awal tadi, bila ada pergelutan di antara super power, we should not be there pasal kalau kuasa-kuasa besar ini kita terbabit, tempiasnya sama ada nyawa atau kehancuran keadaan yang berlaku seperti apa yang berlaku di Timur Tengah.
Sebenarnya di Timur Tengah ini bukan penyelesaiannya peperangan semata-mata tetapi pemahaman agama, amalannya. Semenjak kemangkatan Rasulullah SAW, kita dapati perbezaan-perbezaannya yang boleh menghancurkan umat itu sendiri.
Saya masih ingat bila saya buat lawatan ke Syria mengiringi Agong, Tuanku Sirajudin, Raja Perlis. Saya ziarah sebuah masjid di situ, di situ St. John berbaptis, orang Kristian sembahyang, di situ juga orang Islam sembahyang. Di antara Kristian dengan Islam mampu untuk menunaikan ziarah tempat yang bersejarah dengan Islam. Akan tetapi ini antara Islam dengan Islam yang membimbangkan saya, bukan oleh sebab perbezaan agama tapi perbezaan amalan dan perlu amalan caranya, perjalanannya diperbetulkan bukan dengan pertembungan peperangan. Ini yang saya berharap sungguh. Oleh sebab masa amat singkat- tapi saya yakin itu yang berlaku pada pandangan saya.
Dahulu saya masih ingat masa zaman Tun Mahathir selaku Perdana Menteri, Non- aligned Movement itu menjadi teras. We want to follow anyone tetapi kita berlandaskan kebenaran, what is right.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna
For example, bila kita menghantar bala tentera ke Bosnia untuk menyelamatkan nyawa manusia di Bosnia, bukan oleh kerana hakikat dia negara Islam semata-mata tetapi nyawa manusia perlu diselamatkan di situ dan kita terbabit. Ini merupakan satu perkara yang kita mampu untuk melaksanakan.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Jadi berhubung kait balik tadi, saya harap sungguh perkara ini dapat dijelaskan dasar the ship or not ship. Saya ingat kita pun sedia maklum tentang perkara ini. Itu yang saya katakan, bagi pandangan saya jangan langsung terbabit bila bertembung super power yang ada kerana kita tidak ada kemampuan kita. Bukan hanya daripada segi tenteranya, daripada segi keupayaan kewangan kita amat terbatas untuk membeli peralatan. Kita tahu hari ini Korea dah lancarkan macam-macam misil.
Can you imagine if we are a part in parcel of those countries involved in conflict? I don’t know, sedang lanun pun datang ke Semporna pun kita dah tak mampu untuk macam mana mempertahankannya. Let alone dengan bala tentera yang kuat. Jadi saya berharap sungguh keadaan ini dilihat dengan secara serius, dengan secara matang bukan emotional but rational untuk memastikan bukan hanya negara kita berdaulat, rakyat dapat dijaga dengan baik kehidupan mereka.
Dalam sektor pelancongan seperti yang saya sebutkan, saya bimbang kerana ini merupakan pusat yang cukup menarik dunia, Sipadan tetapi prasarana tak semana. Tak semana, bukan hanya daripada segi landingnya, daripada segi keadaan contohlah Lapangan Terbang Tawau yang diperlukan upgrade. Pelancong yang datang ke Tawau, minggu yang lalu saya balik kawasan, saya tanya mereka. Bila tanya, dia tak menurun dari negara China, masih ada pelancong ke situ walaupun mereka dalam keadaan yang bimbang tapi don’t be too complacent. Just because it doesn’t happen, jangan bila berlaku baru kita kelam kabut hendak bala tentera. Hendak umum satu batalion tapi sampai sekarang tak ada satu batalion pun. Ini yang saya berharap sungguh selaku wakil kepada rakyat di Dewan ini kerana rakyat saya bila bangkitkan sampai jam 1 pagi di rumah saya, bagi tahu dengan saya Dato’ Seri jangan gentar. Saya tak pernah gentar dan takut menyuarakan keperluan, kepentingan rakyat di kawasan saya...
[Tepuk] Ini penting dan ini menjadi hakikatnya.
Saya berharap bukan hanya prasarana diperbaiki di Lahad Datu, rakan saya daripada MP Silam pun tahu. Lapangan terbang yang ada, lapangan terbang di Tawau dah lama dah. Jalan raya di kawasan saya pun yang banyak pelancong, yang perlu nak upgrade.
Ini merupakan antara perkara yang perlu kita tingkatkan. Bukan hanya dari sudut itu malahan produk-produk pelancongan, kraf tangan yang ada, hasil kraf tangan. Maklumlah kalau kita melancong, banyak hendak kita bawa pulang tapi don’t promote something which is dangerous macam kita hendak promote parang contohnya- you know that it’s very difficult for this people to carry back for security reason. Buatlah sesuatu yang boleh menarik. Mutiara, yang mungkin mudah tak perlu scan daripada segi keselamatan dia yang boleh dibawa pulang. Perlu dipertingkatkan untuk memastikan peluang pekerjaan anak-anak tempatan.
Menyebut tentang peluang pekerjaan ini pun- dive master di kawasan saya orang luar. Majlis Keselamatan Negara, ini MP Arau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ambil tindakan. Takkanlah tempat saya, rakyat yang suarakan ruang dan peluang tempat mereka, peluang hendak jadi dive master pun amat terbatas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Tak pohon.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Dah pohon dah pun, beberapa kali saya pohon, bangkit perkara ini. Masa saya menteri pun saya pohon but ini perkara yang perlu kita tingkatkan. Oleh sebab masa amat singkat Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyebut tentang seperkara iaitu berhubung kait dengan pengangguran.
Pengangguran-pengangguran yang ada di negara kita yang membimbangkan saya.
Unemployment is one of the most important issues yang ada yang perlu kerajaan atasi bukan hanya daripada luar bandar apatah lagi dalam bandar.
Jumlah pelajar yang keluar dari universiti beribu, yang ini tanpa kerja. Pengundi saya yang saya sponsor dahulu hendak belajar dalam negara dan luar negara hari ini dah sponsor tak ada kerja. Yang saya bimbang, yang ada kerja pun terminate. Petronas, 1000 orang.
MAS, 6,000 orang.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna
MAS bila saya bertembung dengan pegawai-pegawai MAS, yang hanya tingkatan lima dah bekerja 20 tahun ke-30 tahun esok hendak keluar di pasaran, *can you imagine?
Form five, can they search for a good job? No way. Based on just experience* mereka dengan izin, tak boleh.
Mesti ada pelan yang membolehkan mereka di peringkat awal. Kita dah tahu syarikat ini berhadapan dengan masalah. What’s next the government should do to ensure, to secure supaya ada continuity daripada segi anak mereka ada yang sedang sekolah, perumahan yang perlu mereka hendak sediakan untuk anak-anak mereka. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tahu dah dua tiga kali mengangguk kepala, saya pun kena ikut peraturan.
Saya ucapkan jutaan terima kasih atas ruang yang diberikan. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Kinabalu. Yang Berhormat, 20 minit Yang Berhormat ya. 20 minit pastikan dengan 20 minit, Yang Berhormat.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kerana beri peluang kepada saya untuk bahas ke atas Titah Agong pada 7 Mac 2016. Saya ingin sampaikan beberapa masalah yang dihadapi penduduk Sabah dan Bandaraya Kota Kinabalu. Tuan Yang di-Pertua, WiFi percuma di Kota Kinabalu. Pada 26 Februari lalu, mayor baru Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dalam satu laporan media telah umum akan sediakan khidmat free WiFi dan akan mendapat kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diketuai oleh Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak. Saya ingin bertanya, adakah ini benar dan jika benar, berapakah WiFi hotspot atau lokasi? Dan peruntukan akan diberikan dan kawasan mana dan berapakah kawasan akan dipasang CCTV serta berapa jumlah peruntukannya.
Tuan Yang di-Pertua, jika ini akan dilaksanakan, saya alu-alukan dan terima kasihlah banyak. Harap projek ini disegerakan dan bukan hanya janji sahaja. Dalam perkara ini, saya juga ingin bertanya Menteri, apakah progress projek tambah baik kabel dasar laut dengan bajet RM1.2 bilion pada tahun lalu untuk kualiti dan kelajuan internet. Sudah berapa peratus sudah siap. Selain itu, saya rasa menteri juga setuju jika monopoli internet service dihabiskan dan diberikan kepada pemain industri lain di Sabah juga. Tuan Yang di-Pertua, laluan BRT perlu sepanjang 50 kilometer untuk elak kesesakan.
Isu kedua melibatkan kawasan saya ialah projek Bus Rapid Transit (BRT) di Kota Kinabalu dengan kos RM1 bilion hanya untuk 15 kilometer sahaja dari Kepayan hingga Inanam. Tuan Yang di-Pertua, saya amat setuju dengan projek BRT di Kota Kinabalu tetapi saya hairan kenapa projek BRT tidak melalui kawasan yang selalu traffic jam yang serius.
BRT juga sepatutnya lalu kawasan sibuk seperti Luyang, Jalan Lintas, Penampang, Yayasan Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jalan Sulaiman dan Sepanggar.
Sepanjang jalan ini universiti, dewan undangan negeri, pejabat dan kaunter kerajaan, kawasan perumahan, pusat-pusat komersial dan banyak lagi. Sepatutnya projek BRT termasuk kawasan ini juga. Selain itu saya ingin bertanya kenapa hanya 14 buah bas yang disediakan. Apakah jadual perjalanan atau bus per minute dan berapa passenger maksimum yang boleh berada dalam setiap bas. Kos pembinaan sistem BRT tiga kali lebih rendah daripada membina LRT tetapi fungsinya ini lebih kurang sama sahaja.
Jadi, saya mahu tanya menteri adakah projek RM1 bilion ini memang untuk 15 kilometer sahaja kah atau ada tambahan lagi. Saya melihat jika kita mahu projek ini berjaya, sekurang-kurangnya perlu laluan sebanyak pun 50 kilometer seluruh Kota Kinabalu. Kalau tidak, rakyat hanya lihat projek ini macam mahu tolong kroni sahaja. Suka-suka bikin bajet besar, tetapi pulangannya kecil sekali.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Tuan Yang di-Pertua, isu stateless. Isu stateless di Sabah, ada orang Sabah yang tidak ada kerakyatan. Memang isu yang sangat serius. Hati saya berasa amat-amat sedih dan sayu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Boleh nangislah Yang Berhormat.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Sayu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Jangan air mata keluar Yang Berhormat.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Pada saat kerajaan minta rakyat cinta negara, tetapi masa yang sama ramai rakyat yang lahir yang tinggal berpuluh-puluh tahun di negara ini, anak-anak rakyat tempatan ramai yang gagal mendapat dokumen pengenalan diri. Adakah kerajaan langsung tidak ada perasaan kasihan kepada mereka?
Saya amat sedih dengan apa yang berlaku. Tanpa citizenship, tanpa IC, mereka langsung tidak ada masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini seorang warga emas berbangsa Cina berusia 107 tahun dan telah tinggal di Malaysia sejak tahun 1955. Dia sudah ada di sini sebelum kemerdekaan, sebelum wujudnya Malaysia, kenapakah sekarang baru dapat IC? Saya rasa sangat sedih dengan apa yang berlaku. Adakah kerajaan takut kepada satu kaum dan hanya memberi orang yang mempunyai agama tertentu atau bahasa tertentu sahaja menjadi warganegara. Jika begitu ,ini adalah keadaan yang amat tidak adil.
Saya percaya ini bukan isolated cases. Saya percaya negeri lain juga mempunyai banyak kes yang sama. Saya cadangkan supaya semua permohonan untuk jadi warganegara bagi mereka yang berada di sini sejak sebelum wujudnya Malaysia perlulah secara automatik dan dengan segeranya, tidak perlu tunggu-tunggu lagi. Apakah yang mahu ditunggu? Sampai bilakah mahu ditunggu? Tolonglah, mereka sudah lama menunggu dan sudah tua juga. Cepatlah ambil keputusan dan luluskan permohonan mereka supaya mereka boleh hidup dengan selesa sedikit di Malaysia yang tercinta ini.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ipoh Barat bangun Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih, penjelasan sedikit. Yang Berhormat, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat di mana ramai di antara pemohon untuk kewarganegaraan dipinggirkan dan didiskriminasi. Semalam Profesor Dr.
Ramasamy, Yang Berhormat Timbalan Chief Minister di Pulau Pinang telah mengadakan satu press conference di mana dia memberi talk, antaranya mengatakan hanya dalam lingkungan empat tahun ini, hanya 200 orang pemohon dari negeri Pulau Pinang diluluskan kewarganegaraan, tetapi walaupun permohonan lebih dari 10,000 telah dibuat. Nampaknya kerajaan dengan sengaja deliberately dengan malafide menolak permohonan yang ikhlas, yang betul, yang layak untuk mendapat kebenaran.
Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa perlu satu inisiatif yang baru, satu proaktif thinking yang baru supaya orang-orang macam ini dibenarkan menjadi kewarganegaraan? Juga Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat rakan saya Yang Berhormat Kota Kinabalu, saya sendiri terlibat dengan kes sedemikian apabila saya berumur 12 tahun, mendapat IC merah untuk tiga tahun. Saya noncitizen for three years. Kalau saya boleh menghadapi masalah tersebut, ramai di antara mereka di estet- estet dan orang-orang terpinggir ini menghadapi masalah ini. Macam mana Yang Berhormat berpendapat untuk menolong untuk mengatasi masalah-masalah sedemikian? Terima kasih.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya mesti setuju apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat. Saya 100 peratus juga berharaplah kerajaan boleh ambil inisiatif yang baru supaya kita sudah merdeka selama 53 tahun, berapa lama lagi mahu tunggu? Jadi, saya haraplah ucapan dari Yang Berhormat Pantai Timur, no...
Beberapa Ahli
Ipoh Barat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Yang Berhormat Ipoh Barat, boleh masuk dalam ucapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Pantai Timur dia East Coast Yang Berhormat.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Pantai Timur [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, kalau tengok lain pula nasib sesetengah orang, senang-senang dapat IC, senang-senang dapat kerja. Saya telah terima surat aduan yang mengatakan ada PTI yang telah dapat IC, kerja dalam jabatan kerajaan lagi. Namanya Abdul Mukti- nombor surat beranak TWU 1715/76. Bapanya bernama Muchlish Sitanggang dan ibunya bernama Elti Hanum.
Kedua-dua ibu bapanya berasal dari Indonesia. Muchlish Sitanggang sudah dapat IC bernombor H801-7883, dan isterinya Elti Hanum pula dapat IC juga bernombor ikut dia juga, H801-7884. Tadi 7883 untuk suaminya, isterinya 7884. Jadi begitu senang. Saya tidak tahu sama ada IC ini palsu atau tidak. Saya minta kerajaan siasat. Saya harap dapat satu keterangan kenapa begitu senang boleh dapat IC, tetapi orang tempatan begitu susah.
Abdul Mukti telah dilantik sebagai seorang pengarah di sebuah jabatan kerajaan di Kota Kinabalu. Itulah DBKK Enforcement Department Chief jadinya. Sebelum itu, saya mahu ingatkan bahawa saya tidak mempunyai apa-apa niat jahat dalam mengatakan perkara ini.
Ini adalah berdasarkan aduan kepada saya. Tujuan saya beritahu di Dewan yang mulia ini supaya kita fikir berapa banyakkah kes-kes sebegini berlaku dan pada masa yang sama, ramai anak-anak kelahiran Sabah dengan ibu atau bapanya yang berasal dari Sabah masih tidak dapat IC. Ini memang sedih dan tidak adil. Saya pun rasa mahu menangis. Ini kerana setiap hari begitu banyak kes datang, saya apa macamlah, anak saya tidak ada harapan.
Ayah dan ibunya juga menangis. Jadi, ini batu sumpah pun tiada tolong. Jadi haraplah ini kerajaan bangunlah, tolonglah orang yang- orang pun sama tidak ada harapan, hidup pun susah. Hari-hari pun sakit kepala begitu, apa macam cari makan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin jelaskan sedikit syarat-syarat pelantikan dan perkhidmatan dalam Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. Calon-calon yang dilantik ke dalam perkhidmatan awam negeri hendaklah warganegara Malaysia yang mana salah seorangnya ibu atau bapanya hendaklah berasal dari Sabah. Syarat-syarat pelantikan dan perkhidmatan juga jelas. Calon yang hendak dilantik ke dalam perkhidmatan awam negeri sama ada bagi jawatan tetap, sementara atau kontrak hendaklah warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Akan tetapi tidak dalam kes ini. Kedua-dua ibu bapa bukan berasal dari Sabah pun boleh dapat IC, pun boleh dapat kerja yang begitu tinggi. Saya tidak faham mengapa begitu terbalik punya. Manakah ada ikut peraturan? Saya ingin dapatkan pengesahan daripada pihak kementerian yang berkenaan dalam perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berikan satu contoh anak-anak rakyat Sabah yang masih tidak dapat status warganegara walaupun bapanya berasal dari Sabah iaitu Wiliam Wong Kat Hung berumur 20 tahun dan Lily Wong, 18 tahun dan Ling Ling Wong, 17 tahun.
Apa yang berlaku, di manakah masa depan mereka? Sudah beberapa kali mohon tetapi masih gagal. Saya merujuk kepada ketiga-tiga mereka ini seperti dalam surat JPN bertarikh 29 Januari 2016, nombor rujukan JPN.WN-163-1-459-1-2015KLT.79(12), dengan izin. Satu lagi contoh, iaitu kes Puan Arimah Tandi berasal dari Indonesia sudah berkahwin dan tinggal bersama-sama suami yang berasal dari Sabah. Lebih 40 tahun tetapi masih tidak dapat status penduduk tetap. Apatah lagi status warganegara. Kes ini pun sudah dibuat permohonan beberapa kali.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon kementerian berkenaan, tolonglah simpati ke atas nasib mereka ini. Janganlah pilih kasih, masih ramai stateless Sabahan atau stateless Malaysian yang berasal dari negara ini yang masih tiada IC atau status penduduk tetap.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Tuan Yang di-Pertua, masalah status kewarganegaraan inilah biasanya berlaku akibat late marriage registration atau late registration birth. Projek IC, masalah agama. Anak- anak kelahiran Sabah ini, akhirnya tidak dapat hak untuk mendapatkan pendidikan dan biasanya hanya belajar setakat sekolah rendah.
Baru-baru ini, ada anak-anak yang langsung tidak dapat masuk ke tadika. Mereka akan menghadapi masalah untuk bekerja dan masalah untuk berkahwin. Adakah ini kesudahan nasib anak kelahiran Sabah? Jadi, saya berharap sangat supaya kerajaan segera beri kerakyatan kepada anak-anak Malaysia atau anak-anak Sabah yang tidak ada IC sekiranya ayah atau ibu mereka rakyat tempatan.
Bagi mereka yang terlibat dalam kes melibatkan agama akibat kesilapan JPN atau sebagainya dalam proses mendapatkan IC, mereka terpaksa dirujuk dan pergi kepada mahkamah syariah. Saya anggap ini tidak ideal kepada rakyat Sabah yang menjadi mangsa kesilapan agensi kerajaan. Ini bukan baru, ini banyak berlaku, Tuan Yang di-Pertua. Jika JPN melakukan kesilapan-kesilapan sepatutnya JPN perlu baiki dan uruskannya.
Tuan Yang di-Pertua, saya sedar bahawa isu kewarganegaraan agak rumit dan harus dijalankan dengan teliti dan berhati-hati. Masalah ini tidak akan selesai sehingga anak- anak ini mendapat status atau identiti yang diterima pakai oleh kerajaan. Anak-anak ini mempunyai hak dan sepatutnya diberikan peluang untuk belajar dan hidup seperti orang biasa. Hanya pendidikan-pendidikan sahaja membolehkan seseorang itu menjalani hidup yang lebih baik dan bermakna.
Tuan Yang di-Pertua, isu projek kerjasama tenaga Petronas dengan Tenaga Nasional. Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah projek kerjasama JV Jana kuasa elektrik PETRONAS dan TNB untuk membina kilang PNG iaitu petroleum and natural gas di Sandakan akan dilaksanakan? Ini kerana, baru-baru ini, Petronas telah memotong pelaburannya seluruh dunia dengan jumlah RM55 bilion. Asasnya pada tahun 2006, jana kuasa ini dicadangkan menggunakan arang batu di Lahad Datu tetapi dibantah oleh pencinta alam. Kemudian, cadangan menggunakan arang batu ini diganti dengan jana kuasa O&G, liquid fire natural gas di tempat yang sama.
Namun, setelah insiden pencerobohan Tanduo pada 2013, PETRONAS menganggap kawasan tersebut sebagai berisiko dan ia dicadangkan berpindah ke Sandakan. Pada tahun ini, April lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dilaporkan, media berkata bahawa jana kuasa ini akan dibina tetapi saya hendak tahu apakah statusnya sekarang. Jadi atau tidak jadi dan bila akan dibina? Saya juga ada mendengar dari market bahawa investor iaitu Petronas tidak mempunyai bajet yang mencukupi. Jadi saya ingin bertanya, adakah projek ini akan diteruskan, apakah statusnya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, masa sudah hampir habis, Yang Berhormat. Boleh gulung.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Sikit lagi. Satu isu lagi.
Empangan air di Cinta Mata, Tawau. Hal ini sudah banyak kali saya bangkitkan. Projek pembinaan empangan Cinta Mata di Tawau ini sudah lama dirancang sejak tahun 80-an lagi tetapi sampai sekarang masih belum wujud. Saya sekali lagi ingin bertanya Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kenapa susah sangat untuk bangunkan projek ini? Saya hairan empangan yang dijanjikan di Tawau sudah lama tetapi belum buat. Tanah seluas 650 hektar pun sudah diacquire. Pampasan pun sudah dibayar. Saya dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan memberikan short loan untuk membina empangan ini.
Sudahkah kerajaan meluluskan pinjaman ini, dan berapa jumlahnya? Saya dengar sepatutnya bulan Mac ini projek itu akan bermula tetapi belum nampak tindakan. Menteri infrastruktur Sabah pula beritahu akan memulakan pada bulan Jun. Jadi yang mana satu?
Kita harus maklumi bahawa Tawau daerah yang terjejas teruk akibat kemarau yang dijangka sehingga bulan Mei ini- untuk masa akan datang, semakin lambat projek ini dimulakan, semakin menyukarkan penduduk.
Sebelum ini saya juga ingin memohon kerajaan supaya menyediakan lebih banyak mobile water treatment di Tawau untuk kemudahan penduduk. Tuan Yang di-Pertua, inilah apa yang mahu saya sampaikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tanjong Piai.
Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Tanjong Piai untuk berbahas terhadap Titah Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin menzahirkan perasaan rendah diri dan menjunjung kasih terhadap keberangkatan Tuanku yang telah mencemar duli memberi Titah Majlis Pembukaan Parlimen pada 7 Mac 2016 yang lalu.
Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Pada kesempatan ini saya ingin membawa beberapa isu tempat di Tanjong Piai yang penting untuk dibahaskan, dijawab dan diberikan perhatian pihak yang bertanggungjawab bagi kesinambungan pembangunan dan kelestarian kesejahteraan di kawasan Parlimen saya.
Tuan Yang di-Pertua, kejatuhan harga minyak di pasaran dunia menyebabkan ketidaktentuan ekonomi. Namun negara kita masih lagi menikmati kerancakan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan walaupun pengguna masih berhati-hati untuk berbelanja.
Pertumbuhan ekonomi ini hasil daripada pelaksanaan projek-projek kerajaan yang memberangsangkan ekonomi setempat.
Pelaksanaan beberapa projek di Johor khususnya di kawasan Tanjong Piai menjanjikan impak ekonomi yang tinggi. Namun pada masa yang sama kerajaan juga harus peka terhadap kesan projek-projek tersebut terhadap kesejahteraan rakyat di Tanjong Piai.
Di Tanjong Piai terdapat beberapa projek yang boleh memberikan impak sosial yang negatif kepada segelintir masyarakat khususnya nelayan.
Di antara projek yang berskala besar yang sedang dibangunkan adalah projek pemecah ombak oleh kerajaan pusat di bawah kelolaan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta projek pembangunan pusat Petroleum bersepadu serta Taman Perindustrian Maritim oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor diperbadankan atau SSI dan Spektrum Kukuh Sdn. Bhd. melalui tambak laut seluas 3,485 ekar dalam tiga fasa dengan fasa pertama seluas 1,080 ekar. Projek tambak laut fasa satu akan mengambil masa dalam lima tahun dan pada keseluruhannya projek tersebut akan siap sepenuh dalam tempoh 15-20 tahun.
Tuan Yang di-Pertua, apabila projek tersebut beroperasi ia tentu akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Namun pada masa yang sama masyarakat nelayan akan mengalami kesan negatif yang tidak dapat dielakkan. Kesan paling ketara ialah berkurangnya hasil tangkapan nelayan pesisir dan penguncupan untuk aktiviti nelayan.
Rentetan itu difahamkan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk oleh kumpulan nelayan terlibat dan beberapa perjumpaan telah diadakan bersama persatuan nelayan kawasan Pontian Selatan serta Penghulu Mukim bagi mengutarakan permasalahan yang dihadapi oleh nelayan-nelayan.
Oleh sebab boleh dikatakan kesemua nelayan yang terlibat mengalami kehilangan pendapatan yang teruk kerana pelaksanaan projek tersebut. Mereka menuntut ganti rugi akibat daripada kehilangan pendapatan itu. Tuan Yang di-Pertua, pada pengamatan saya tuntutan yang dibuat oleh nelayan yang menyatakan kehilangan pendapatan mereka akibat pelaksanaan projek-projek ini adalah berasas.
Walau bagaimanapun, saya percaya satu kajian terperinci oleh kementerian berkenaan hendaklah dibuat bagi mengenal pasti kelompok nelayan yang benar-benar terlibat dan terjejas bagi menjamin tidak berlaku ketirisan dan yang mengambil kesempatan.
Saya memohon agar kerja ini harus dijalankan dengan segera agar tidak menambahkan beban mereka yang terbabit.
Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya pemberian pampasan atau ganti rugi oleh kerajaan satu pendekatan penyelesaian dalam jangka masa pendek sahaja dan bersifat sementara.
Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Ini adalah kerana pembangunan dan projek baru akan terus dilaksanakan di kawasan berkenaan. Oleh hal yang demikian, saya menyarankan agar kelompok nelayan seperti ini dibantu untuk berlatih kerjaya melalui latihan dan intensif-intensif tertentu yang sesuai supaya natijahnya kelak mereka dapat berdikari dengan kerjaya mereka yang baru.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu pihak yang berkaitan hendaklah memperuntukkan kuota tertentu supaya anak-anak nelayan yang berkelayakan minimum diberi keutamaan untuk mengisi peluang pekerjaan supaya generasi seterusnya keluar dari kelompok nelayan pesisir pantai yang pada masa ini tidak sesuai lagi dijadikan sebagai kerjaya yang menjamin kelangsungan hidup.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya masalah tapak pelupusan sampah di Pekan Nanas yang masih menjadi rungutan awam. Walaupun dimaklumkan langkah-langkah telah diambil bagi mengatasi masalah pencemaran bau. Tuan Yang di-Pertua, dalam jawapan yang diberikan pada soalan lisan saya pada 19 Mac 2016, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal memaklumkan akan dibina sebuah stesen pemindahan sisa pepejal bersebelahan dengan tapak pelupusan sisa pepejal yang sedia ada di Pekan Nanas dan dikatakan mempunyai sistem kawalan pencemaran yang mampu mengatasi masalah bau. Jika pihak berkenaan memberi jaminan masalah bau busuk sampah boleh diatasi dengan memperkenalkan kaedah dan teknologi yang baru tersebut mengapa tidak dipindahkan sahaja tapak pelupusan ke tapak baru dan pernah dicadangkan sebelum ini memandangkan tapak berkenaan difahamkan telah pun selesai tindakan pengambilan balik tanah dan telah pun ada pelan pembinaan yang telah juga diluluskan.
Tindakan ini juga sekali gus menjimatkan perbelanjaan kerana operasi sebagai stesen pemindahan bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi tetapi juga akan melibatkan masalah pencemaran bau bagi pengangkutan sampah di sepanjang laluan dari Pekan Nanas ke tapak pelupusan sisa pepejal di Seelong. Ini adalah kerana laluan tersebut melalui jalan utama yang digunakan oleh awam dan belum lagi mengambil kira pertambahan lori yang berada di atas jalan yang juga nanti akan menjadi aduan rakyat.
Selain itu, kedudukan tapak di Pekan Nanas yang terlalu hampir dengan kawasan perumahan penduduk sememangnya tidak sesuai lagi untuk dikekalkan. Pada masa sekarang, sebuah klinik KK3 sedang dibina pada jarak laluan satu kilometer dari kawasan pelupusan sampah berkenan. Situasi ini akan mengundang masalah baru yang saya percaya tetap akan berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapatkan penjelasan apakah sebab sebenarnya yang menyebabkan projek tersebut dibatalkan walhal segala urusan ulasan jabatan-jabatan sebelumnya telah pun selesai dan tiada bantahan. Kerajaan juga telah membelanjakan jutaan ringgit bagi mendapat lokasi yang baru tersebut. Saya membangkitkan isu tersebut kerana ada pihak ingin menyuarakan kehendak rakyat di Pekan Nanas yang berada di kawasan Parlimen Tanjong Piai memberikan sokongan 100 peratus dan lantang supaya tapak pelupusan di Pekan Nanas ditutup dan dipindah. Akan tetapi, apabila telah ada lokasi baru dan telah melepasi syarat-syarat dan keperluan namun pihak yang sama juga yang meminta kerajaan mendengar suara rakyat yang membantah lokasi baru pelupusan sisa pepejal yang kebetulannya berada dalam kawasan Parlimen Gelang Patah.
Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian berdasarkan fakta yang saya bangkitkan saya memohon Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya mempertimbangkan semula kepada cadangan-cadangan awal yang telah diputuskan sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan negeri ini sejak beberapa tahun dahulu menjadi laluan Pekan Nanas ke Johor Bahru saban hari bertambah sesak lagi pembangunan di kawasan tersebut dan limpahan pembangunan Wilayah Iskandar.
Pada waktu-waktu puncak dan ketika hujung minggu dan cuti persekolahan laluan utama Pekan Nanas-Johor Bahru sama ada di laluan ke Kangkar Pulai atau ke kampung Ulu Pulai deretan kenderaan sehingga dua kilometer satu pemandangan yang biasa. Jalan kritikal adalah pada lingkungan 10 kilometer yang bermula dari pusat bandar Pekan Nanas sehingga ke persimpangan lampu isyarat di Kampung Ulu Pulai Gelang Patah. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 10 minit akan menjadi setengah jam atau lebih. Keadaan kesesakan ini menjadi aduan utama yang diterima oleh pusat perkhidmatan Ahli Parlimen Tanjong Piai. Kesesakan ini bertambah buruk akibat daripada pertambahan kenderaan.
Walau bagaimanapun, cadangan menaikkan laluan tersebut sebelum dapat dilaksanakan sesuatu perlu dilakukan sementara itu untuk menyelesaikan masalah ini.
Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan tinjauan jika mengambil kira laluan ke Johor Bahru terdapat tiga persimpangan lampu isyarat yang menjadi penyebab utama kesesakan iaitu di persimpangan sekolah Batu 24 di bahagian daerah Pontian dan dua persimpangan lampu isyarat di kawasan Johor Bahru iaitu di persimpangan Kampung Ulu Pulai ke Gelang Patah dan persimpangan di Gelang Patah Sentral.
Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Sebagai langkah jangka pendek bagi membantu aliran trafik yang lebih berkesan, saya mencadangkan agar pihak JKR mempertimbangkan untuk menukarkan persimpangan tersebut kepada persimpangan bulatan supaya aliran trafik dapat bergerak berterusan dan sekali gus mengurangkan kesesakan sedia ada. Ini adalah kerana pada waktu puncak, hanya laluan tertentu yang sesak dengan kenderaan tetapi disebabkan adanya lampu isyarat, tempoh masa yang diberikan kepada laluan lain terbuang kerana kurangnya kenderaan, manakala yang sesak menjadi bertambah sesak akibat terhentinya perjalanan.
Tuan Yang di-Pertua, saya percaya dan yakin dengan kepesatan pembangunan Wilayah Iskandar iaitu kesesakan laluan lintas di kawasan berkenaan akan bertambah dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, untuk langkah jangka panjang pula, jika laluan pintas Pekan Nenas yang telah dicadangkan sejak Rancangan Malaysia Kelapan tersebut masih belum dapat dilaksanakan, maka saya mencadangkan di mana-mana yang sesuai di laluan tersebut, jalan hendaklah dilebarkan menjadi empat buah lorong iaitu dua buah lorong untuk sehala.
Tuan Yang di-Pertua, tanpa perancangan alternatif, saya amat bimbang masalah kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan akan menjadi bertambah buruk dan akan menyebabkan rakyat melihat pihak kerajaan kurang delimit, dan tidak prihatin kepada permasalahan rakyat. Sehubungan dengan itu, saya amat berharap Kementerian Kerja Raya memberikan pertimbangan serius terhadap masalah yang dihadapi oleh pengguna-pengguna jalan raya di laluan berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, lanjutan daripada masalah kesesakan jalan raya di laluan Pekan Nenas ke Johor Bahru melalui Kampung Ulu Pulai, saya ingin mengambil kesempatan ini juga membawa ke dalam sidang Dewan ini supaya pihak Kementerian Kerja Raya menambah lampu-lampu jalan di sepanjang laluan tersebut khasnya yang melalui kawasan kampung. Pencahayaan yang lebih akan memberikan jarak pemandangan yang lebih jelas, bukan sahaja kepada pemandu kenderaan tetapi yang lebih utama kepada penduduk di sekitarnya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Beberapa kejadian kemalangan sehingga mengorbankan nyawa yang telah berlaku di laluan tersebut sebelum ini seharusnya dijadikan iktibar agar langkah-langkah lebih berkesan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lebih terjamin.
Tuan Yang di-Pertua, pembinaan jalan pintas Pekan Nanas-Tanjong Piai, fasa 1 telah berjaya memendekkan perjalanan dari Tanjong Piai ke Johor Bahru sebanyak 30 minit berbanding laluan biasa sebelumnya. Laluan tersebut juga telah memberi nilai tambah ekonomi kepada kawasan sekeliling jalan pintas tersebut. Walau bagaimanapun, jalan pintas tersebut masih belum lengkap kerana ada lapan kilometer berbaki yang sepatutnya berakhir di Pekan Serkat. Justeru itu, masyarakat dan orang ramai amat mengalu-alukan sekiranya jalan tersebut dibina agar pembinaannya kelak akan lebih merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan yang sebelum ini dianggap agak ketinggalan.
Tuan Yang di-Pertua, manfaat yang diterima kesan daripada pembinaan fasa 1 amat dirasai oleh orang ramai seperti wujudnya penempatan baru di sepanjang laluan selain daripada peluang menambahkan ekonomi dengan wujudnya gerai-gerai serta rangkaian yang disambung juga telah menjadi pemangkin kepada pelaburan yang lebih besar.
Pertumbuhan kilang di laluan berkenaan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk dan menghalang berlakunya migrasi ke luar daerah. Sehubungan dengan itu, apa langkah- langkah penyelesaian yang dapat dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk melaksanakan fasa 2, laluan Pekan Nenas ke Tanjong Piai sebagai pelengkap pembangunan dan penting bagi perhubungan jalan raya yang lebih baik dan berkesan untuk kawasan mukim Serkat dan pelancong yang datang ke Taman Negara di Tanjong Piai.
Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir berkaitan dengan isu judi atas talian dan juga komputer. Walaupun teknologi seperti komputer dan telefon mudah alih memberikan banyak manfaat, ada juga pihak yang menyalahgunakan teknologi ini. Dewasa ini, banyak aktiviti perjudian sama ada melalui komputer atau menggunakan telefon mudah alih dikesan dan dilaporkan. Saya mendapat banyak aduan berhubung dengan penglibatan suami isteri dan anak-anak yang terlibat dengan perjudian awal tahun ini. Penglibatan keluarga dalam perjudian akhirnya menjadikan keluarga kucar-kacir.
Difahamkan terdapat beberapa buah premis perniagaan di Pontian yang telah dijadikan sebagai pangkalan perjudian sebegini dan telah disebut-sebut oleh orang ramai.
Saya merasa sedikit hairan, kalau orang ramai boleh mengenal pasti premis-premis sedemikian, mengapa pula agensi yang berkenaan atau berkaitan boleh terlepas pandang.
Hal-hal sedemikian yang menjadikan hilangnya kepercayaan dan keyakinan rakyat. Ada pula desas-desus yang menyatakan pihak berkuasa sendiri terlibat dalam pencarian premis untuk disewa sebagai tempat perjudian. Sehubungan dengan itu, saya amat berharap, agensi yang terlibat seperti PDRM, PBT dan SKMM memantau perkara ini serta mengambil tindakan yang perlu untuk menangani aktiviti tidak sihat ini. Saya ingin tahu, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak-pihak berkenaan dan akan diambil tindakan bagi menangani isu sosial ini sebelum ia semakin meruncing?
Akhir sekali, saya memohon agar segala isu yang saya bangkitkan dapat diberikan perhatian oleh kerajaan. Saya mohon menyokong titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sungai Siput.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberikan saya peluang membahaskan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin menggunakan peluang ini untuk fokus satu kontradiksi dalam pelaksanaan polisi Kerajaan Malaysia kerana kita selalu mengatakan bahawa kita hendak meningkatkan situasi B40 kita untuk mewujudkan masyarakat yang inclusive. Akan tetapi kadang-kadang polisi lain kita langgar, bercanggah dengan hasrat ini.
Di sebelah rumah saya di Ipoh, ada sebuah sekolah, SMK Tarcisian Convent yang mana enam orang atau tujuh orang yang bekerja sebagai cleaner di sekolah itu. Mereka bekerja sebagai pekerja kontrak di bawah sebuah syarikat Time Medi Enterprise.
Masalahnya, mereka tidak mendapat gaji sejak bulan Mei tahun lalu, sudah lapan bulan mereka tidak mendapat gaji. So, bila mereka berjumpa dengan guru besar, kemudian ke Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, pejabat buruh dan sudah complain dengan kesemua tempat ini tetapi mereka masih tidak mendapat gaji. Walaupun mereka sudah bekerja- syarikat Time Medi Enterprise, majikan mereka, juga ada enam buah sekolah di bawah jagaannya. Di sekolah-sekolah itu pun mereka tidak mendapat gaji mereka sejak bulan Mei tahun lalu. Lebih kurang 40 orang cleaner tidak mendapat gaji mereka.
Saya telah membawa satu soalan ke Parlimen di sesi ini dan saya bertanya mengapa Kementerian Pendidikan telah membayar Time Medi Enterprise sehingga bulan Disember 2015 walaupun kontraktor itu gagal membayar gaji pekerja sejak bulan Mei 2015 dan dijadikan muflis pada bulan Julai 2015? Jawapan yang saya terima ialah Kementerian Pendidikan telah memulakan proses penamatan syarikat Time Medi Enterprise melalui Notis untuk Tujuan Penamatan bertarikh 23 April 2015 disebabkan prestasi syarikat tersebut yang tidak memuaskan.
Bayaran terakhir telah dibuat ialah hingga bulan Mei 2015. Ertinya, bulan Mei 2015 ialah bayaran terakhir. Akan tetapi pekerja-pekerja ini, 40 orang pekerja ini dari enam buah sekolah masih tidak mendapat gaji mereka dari bulan Jun 2015 sehingga sekarang. Jadi saya berharap Menteri apabila jawab, boleh memberitahu kenapa sudah dihentikan di situ, duit itu ada, kenapa tidak ada meeting dengan pekerja itu, cari satu cara untuk membayar gaji mereka?
Masalah yang dihadapi oleh cleaner ini di Time Medi Enterprise bukan satu yang isolated. Apabila kita kaji, ada beberapa enterprise, syarikat yang membuat perkhidmatan ini yang ada masalah yang sama.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Umpamanya, ada sebuah syarikat bernama W Click Enterprise. Dia pun jaga beberapa buah sekolah di Ipoh. Saya ingat lima buah sekolah di Ipoh. Pengarah dia Datuk Haji Hashim. Masalah syarikat ini, dia tidak bayar KWSP. Walaupun dia potong KWSP, dia tidak bayar. Pekerja ini telah pergi mengadu kepada KWSP tapi sampai sekarang tidak ada selesai masalah itu dan juga bayaran gaji W Click ini pun lambat, dua bulan, sebulan, ia lambat. Kontrak W Click telah tamat hujung tahun lalu tapi dia diberi kontrak baru di bawah nama Usaha Hanai. Syarikat baru tetapi pengarah dia sama. Pengarah dia sama dengan pengarah untuk W Click. Ini pun yang peliklah. Kita ada sebuah syarikat yang kurang tanggungjawab, yang tidak bayar KWSP, yang bayar gaji lambat.
Pekerja yang terlibat telah kompelin kepada PPD, pada Jabatan Pendidikan tapi diteruskan. Saya nampak ini ada satu kekebalan, dia insulated daripada apa-apa kompelin.
So, ini bukan sahaja di Ipoh Tuan Yang di-Pertua, kami telah terima aduan daripada pekerja- pekerja keselamatan yang kerja di sekolah-sekolah di Kedah, ada 100 orang pegawai keselamatan yang kerja di sekolah-sekolah dekat Sungai Petani. Mereka telah kerja di sekolah-sekolah ini beberapa tahun tapi baru-baru ini kontrak pada 1 Januari, kontrak ini diberi kepada sebuah syarikat barulah, 1Nation Security Services yang dia sambung balik kerja untuk pegawai-pegawai keselamatan yang di sekolah-sekolah ini. Akan tetapi apa dia buat, dikatakan ini kontrak baru, you semua ada masa percubaan, probation dan dia bayar mereka RM630.
Walhal pada masa dulu, tahun lalu, mereka kerja di tempat yang sama, sekolah yang sama, kerja yang sama dengan basic RM900, overtime semua. Akan tetapi sekarang oleh sebab kontrak itu telah tukar ke company yang lain, dia didemoted ke probation, dibayar RM630. Saya difahamkan bila kita beri kontrak kepada syarikat-syarikat macam ini, kontrak itu dicalculated, dikira pada gaji minima RM900. So, pihak yang dapat kontrak itu memang dapat cukup bayaran daripada kerajaan untuk buat satu untung yang munasabah dengan jika dibayar RM900 juga kepada pekerjanya. Akan tetapi di sini ini ketamakanlah. Dia tipu, dia peras pekerja untuk menambahkan dia punya untung. So, ini Tuan Yang di-Pertua, sedang berlaku di beberapa buah sekolah di Malaysia. Di Malaysia ada lebih kurang 11 ribu buah sekolah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya sambut apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sungai Siput. Memang perkara ini wujud dan di kawasan saya, kawasan Batu Gajah juga beberapa buah sekolah ada pekerja-pekerja yang datang membuat aduan kepada saya bahawa mereka tidak menerima gaji bulanan dan mereka juga menghadapi masalah KWSP dan sebagainya. Saya sendiri telah pergi bawa perkara ini kepada JPN negeri Perak dan tidak ada penyelesaian. Saya tidak tahu kenapa pihak kementerian ataupun pihak JPN tidak memantau perkara ini. Saya rasa bila kontrak sudah diberi, pemantauan harus dibuat. Apakah pandangan Yang Berhormat?
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Inilah isu saya hendak bawa. Kaedah ini di mana perkhidmatan keselamatan, perkhidmatan membersihkan sekolah, perkhidmatan membersihkan hospital, semua dijadikan swasta pada tahun 90an oleh Tun Dr. Mahathir. Oleh sebab dia hendak wujudkan peluang untuk beri business kepada satu lapisan bumiputera. Dia mahu buat training ground untuk bumiputera menjadi businessman. Ini polisi dia dan sejak masa itu ada beberapa kontrak diberi. Akan tetapi polisi itu, polisi untuk memupuk ahli perniagaan, ahli kontrak dalam masyarakat Melayu bercanggah dengan polisi untuk meningkatkan ekonomi B40. Ramai pekerja di sekolah ini juga orang Melayu juga. So, sini kita tengok ada satu percanggahan antara polisi untuk memupuk enterpreneurship di kalangan Melayu dengan usaha untuk meningkatkan situasi ekonomi B40. Hari ini saya hendak bawa ke sini. Bila ada percanggahan macam ini...
Dato' Dr. Mohd Khairudin bin Aman Razali - Kuala Nerus
[Bangun]
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Mohd Khairudin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Siput. Isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi pertama sekali memberi satu imej yang tidak baik kepada orang Islam dan juga orang Melayu kerana yang dikayakan adalah segelintir orang Melayu. Sedangkan ramai lagi orang Melayu yang miskin, yang tidak mendapat hak. Ini kerana Islam menyatakan supaya...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, jangan sampai harta itu berlegar di kalangan orang kaya sahaja. Jadi, kalau polisi Tun Mahathir dulu yang membuatkan sesetengah orang Melayu kaya dan ramai lagi tertindas, adakah itu masih lagi berjalan sampai sekarang? Itu persoalan. Saya minta komen Yang Berhormat Sungai Siput.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Bila kita tengok dia punya jumlah mereka, kita tengok ada 11 ribu buah sekolah di Malaysia. Lebih kurang ada 150 ribu orang pekerja keselamatan, pekerja cleaner dalam sekolah. Kita ambil hospital-hospital di Malaysia, cleaner, dengan laundry di hospital pun saya ingat lebih kurang 100 ribu orang. Itu tidak campur pekerja kontrak di semua peringkat kerajaan, di semua kementerian, mungkin 300 ribu - 400 ribu orang. Bukan satu kumpulan yang kecil. Mereka daripada golongan B40.
So, ini kerajaan kita kena buat satu penilaian, apa yang lebih penting. Adakah penting kita bagi business kepada kumpulan kontraktor ataupun kita akan beri satu peluang yang lebih baik, yang lebih terjamin untuk pekerja-pekerja kontrak ini. Jika katakan tidak ada penipuan, tidak ada ketamakan di kalangan kontraktor, dikatakan dia buat dengan ikhlas kerja dia, masih pekerja kontrak dia rugi jika dibanding dengan kakitangan kerajaan kerana mereka tidak ada pekerjaan yang dijamin. Setiap tiga tahun kontrak diperbaharui, mungkin dia hilang kerja. Dia tidak ada kenaikan gaji tahunan. Gaji dia selalu tetap di peringkat minima. Dia boleh kerja di kontrak itu enam tahun, gaji dia pun tetap RM900 saja. Dia tidak boleh dapat pinjaman perumahan macam kakitangan kerajaan. Dia tidak boleh dapat rujukan kepada IJN jika diperlukan IJN. Dia tidak akan dapat pension.
So, jika dijalankan secara ikhlas pun, pekerja kontrak rugi jika dibanding dengan pekerja kakitangan kerajaan. Akan tetapi di sini ditambah pula dengan satu sifat tamak, kurang tanggungjawab di para orang yang ambil kontrak itu dan juga keengganan daripada pihak kerajaan, daripada Kementerian Pendidikan untuk ambil tindakan yang berkesan untuk mengawal. So, itulah saya mahu tanya kepada kerajaanlah, bila ada percanggahan macam ini antara lapisan kontraktor dengan lapisan pekerja biasa yang kerja sebagai pekerja kontrak. Kita sayangi siapa, kita jaga siapa? Itu saya mahu tanya. Saya rasa yang baik sekali yang kita boleh buat, kita harus mansuhkan sistem kontrak. Meresap balik semua pekerja kontrak sebagai kakitangan kerajaan. Bagi mereka satu deal yang lebih baik.
Ini akan bantu saya ingat 300 ribu- 400 ribu pekerja biasa. Ini akan menjamin keselamatan mereka, menjamin ekonomi mereka. So, ini kita boleh katakan inclusive, masyarakat inclusive, masyarakat yang sayang kepada orang bawah. Inilah cara dia. So, saya harap kerajaan akan tubuhkan satu Suruhanjaya Diraja dan kaji balik kaedah ini.
Adakah sampai masa kita kena mansuhkan sistem kontrak ini dan jadikan mereka kakitangan kerajaan. Sambil tunggu penubuhan suruhanjaya itu untuk kaji situasi, saya rasa apa yang harus dibuat oleh kementerian-kementerian kita, Kementerian Pendidikan umpamanya ialah untuk memantau macam mana sistem kontrak itu sedang dijalankan.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Jika mereka dapat aduan daripada mana-mana pihak pekerja, mereka harus tarik balik kontrak itu, hentikan sahaja. Jadi, kontraktor lain akan takut dan juga senarai hitamkan pengarah-pengarah itu yang buat kerja yang menjadikan pekerja mangsa. Jika tidak, dia boleh buka satu syarikat yang baru dan dapat kontrak yang baru lagi. So, saya rasa satu tindakan yang tegas dan respons yang cepat daripada kementerian amat penting. Saya harap perkara ini akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri minggu depan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kota Samarahan. Yang Berhormat Tanjong Manis. Sorry. Yang Berhormat Tanjong Manis.
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
[Mengucapkan kata-kata aluan dalam bahasa Arab]* Pertama kali marilah kita mengucap syukur ke hadrat Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Saya amatlah bersyukur kita semua diberikan kesihatan, kelapangan, kekuatan yang baik untuk menghadiri sidang Dewan yang mulia ini untuk Mesyuarat Pertama, dalam Penggal Keempat, bagi Parlimen Ketiga Belas.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Dewan Rakyat dan kawasan Tanjong Manis negeri Sarawak dan mewakili parti PBB dengan ini saya menyokong Junjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah berkenan bertitah ucapan di Persidangan Penggal Keempat, Parlimen Ketiga Belas. Terima kasih juga kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, titah Baginda adalah agar semua Ahli-ahli Parlimen berhenti berpolitik untuk kepentingan sendiri kerana ianya telah berlanjutan hari demi hari tanpa henti hingga membantutkan usaha kerajaan untuk mengurangkan beban ekonomi dan peningkatan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat. Baginda juga menyeru semua wakil rakyat agar menjadi dengan izin, role model yang harus menjadi contoh yang baik kepada rakyat jelata.
Baginda juga menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat Malaysia supaya bersatu dan mempertahankan dan melindungi negara dan yang lebih penting lagi untuk tidak memburukkan negara di kaca dunia. Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyatakan di mana dalam negara demokrasi berperlembagaan di Malaysia, masing-masing boleh berlainan pandangan. Namun bukan saling menjatuhkan, bermusuhan dan fitnah memfitnah yang akhirnya menjerumuskan negara kepada kehancuran.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa masalah isu penyalahgunaan daun ketum. Isu ini amatlah berleluasa dan amat menakutkan kerana daun ketum yang dicampur dengan bahan-bahan lain seperti lingkaran ubat nyamuk adalah sangat berbahaya dan kini menjadi popular di kalangan remaja dan pelajar-pelajar sekolah. Masalah ini perlu dibendung dan saya ingin menyarankan agar Kementerian Dalam Negeri mengharamkan dan mewartakan di bawah satu ‘Akta Penyalahgunaan Daun Ketum’ ini bagi mengelakkan masalah meminum daun ketum oleh kalangan belia yang semakin meningkat.
Sikap diskriminasi bank tempatan. Sesetengah pihak bank telah mengeluarkan memo dalaman yang mengarahkan semua cawangan agar tidak meluluskan pinjaman peribadi untuk mereka yang bekerja dalam sektor minyak dan gas. Ini adalah melanggar etika perbankan di mana penilaian kredit perlu dilaksanakan kepada individu yang memohon dan bukannya tertumpu kepada industri yang mereka ceburi. Dipohon agar Kementerian Kewangan dapat berbuat sesuatu untuk membetulkan keadaan ini. Siasatan juga mesti dijalankan agar tiada bank tempatan dan komersial mengambil tindakan yang tidak berperikemanusiaan.
Keperluan jaminan makanan, food security, dengan izin. Dengan masalah kenaikan harga barang makanan asas yang disebabkan oleh kejatuhan mata Ringgit berbanding mata wang Dollar Amerika dan jumlah import sayur sayuran, beras, cili dan sebagainya yang tinggi, kita mohon Kementerian Pertanian membuat pertanian berskala besar dengan menanam sendiri hasil-hasil yang masih diimport bagi menurunkan harga-harga barang makanan dan memberi peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan.
Terdapat juga banyak tanah terbiar di seluruh Malaysia yang boleh digunakan bagi menjalankan projek pertanian sayur-sayuran secara ditanam atau pun melalui kaedah fertigasi atau hidroponik.
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Tuan Yang di-Pertua, kita semua maklum bahawa pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu telah terdapat suara-suara pembangkang menyatakan bahawa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak hanya bercakap sahaja dan tidak mungkin apa yang dipohon oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dapat ditunaikan berkenaan dengan mempertahankan hak-hak dan kuasa-kuasa Kerajaan Negeri Sarawak.
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyatakan segala usaha dan tindakan yang telah beliau lakukan setelah dua tahun memegang tampuk kepimpinan di negeri Sarawak. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta pada tahun Belanjawan 2015 dan jumlah yang sama pada tahun 2016 untuk mempercepatkan pembangunan luar bandar bagi memastikan berlakunya pembangunan seimbang di antara kawasan bandar dan luar bandar di negeri Sarawak.
Malangnya, ada pihak pembangkang yang telah mempersoalkan dan tidak setuju dengan kelulusan peruntukan tersebut. Apa sudah jadi manifesto mereka, tetapi menolak niat murni kerajaan.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Stampin bangun.
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Nanti. Dari segi dengan izin, devolution of power atau pun penurunan kuasa pentadbiran kepada Kerajaan Negeri Sarawak oleh Kerajaan Persekutuan, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun membuat kenyataan menyenaraikan 13 perkara yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dalam penurunan kuasa pentadbiran kepada kerajaan negeri.
Dalam pertemuan beliau dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada bulan Januari 2016. Di antara beberapa perkara yang dipersetujui adalah penurunan kuasa dibuat kepada pegawai negeri untuk mewakili Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dalam pelantikan pegawai ke dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk perkhidmatan perguruan dan perubatan. Jawatan dalam Jabatan Imigresen Sarawak diperkemas bagi menambahbaikkan fungsi penguatkuasaan di negeri ini melalui penambahan 100 jawatan baru dengan pengisian penuh dibuat menjelang akhir tahun Februari 2016.
Nisbah guru kelahiran Sarawak yang berkhidmat di negeri dinaikkan kepada 90 peratus keseluruhan jumlah guru di Sarawak menjelang 2018. Mengikut...
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat.
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Nanti sekejap. Seksyen 46 Akta Kualiti Alam Sekitar kepada pegawai-pegawai jabatan negeri. Okey, sila.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Yang Berhormat kerana memberi peluang. Saya ingin membetulkan satu fakta Yang Berhormat katakan tadi bahawa terdapat RM500 juta dana telah pun diluluskan bagi perkembangan kampung. Malangnya ada pihak yang menolak dana tersebut. Saya berpendapat saya rasa fakta itu salah. Sebagai pembangkang, kita tidak pernah menolak RM500 juta itu. Malah, kita telah pun memberi penerangan bahawa kita hanya hendak tahu macam mana duit itu akan digunakan untuk perkembangan di kawasan kampung, supaya tanggungjawab kita sebagai pembangkang kita boleh meneliti accountability bagi rakyat. Terima kasih.
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Terima kasih Yang Berhormat. Samalah seperti menolak kerana kita…
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Tidak sama.
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
...Seakan Yang Berhormat memperlekehkan sama ada pemantauan ataupun pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak tidak seeloknya. Jadi saya hendak teruskan. Kerajaan negeri melaksanakan semua fungsi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semua jawatan akan dipindahkan kepada perkhidmatan awam negeri. Kerajaan Persekutuan akan menyumbang 50 peratus daripada kos yang terlibat seperti yang diputuskan Majlis Kewangan Negara.
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Malah syarat penurunan kuasa pentadbiran ini telah dipersetujui dalam fasa pertama perundingan kuasa antara Kerajaan Negeri Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan.
Manakala perundingan fasa kedua menyentuh tentang hak negeri dan fasa ketiga pula mengenai permohonan royalti minyak dan gas.
Kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tuan Yang di-Pertua, telah melaksanakan sebanyak 50 agenda setelah dua tahun memegang tampuk kepimpinan Sarawak. Di antaranya termasuk menghapuskan tol, mengurangkan kadar tarif elektrik dan membina Lebuh raya Pan Borneo. Tahniah dan syabas Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
Fokus utama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tertumpu kepada pembangunan luar bandar dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kawasan bandar dan luar bandar. Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan sebagai Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah melakukan pelbagai tindakan perubahan dan pelaksanaan sepanjang beliau menjadi Ketua Menteri.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan. Yang Berhormat ini berucap dalam DUN Sarawak atau Parlimen Malaysia kerana saya rasa biasanya backbenchers berterima kasih kepada Kerajaan Pusat. Akan tetapi sekarang ucapan Yang Berhormat ini semua tumpu kepada memuji ampu kepada Ketua Menteri Sarawak... [Dewan riuh]
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Saya baru mula...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, adakah ucapan ini salah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, yang salahnya Yang Berhormat Seputeh tidak minta izin. Sila.
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Terima kasih. Walaupun kita hendak membawa cerita-cerita dari Sarawak kerana jarang cerita dari Sarawak datang ke Parlimen Malaysia. Sebanyak 50 prinsip dan tindakan yang telah dilaksanakan oleh beliau.
Antaranya bumiputera di Sarawak tidak harus diklasifikasikan sebagai ‘lain-lain’. Bumiputera Sarawak adalah manusia sama seperti bangsa Melayu, Cina dan India. Kita bukan dan “lain- lain”...
[Tepuk] Pengurangan tarif elektrik telah dikurangkan berkuat kuasa untuk domestik pada 1 Januari 2015.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Parit Sulong, gulung tambah lagi 7.30 malam.
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Komersial pada 1 Jun 2015, industri pada 1 Jun 2015. Semua perkhidmatan feri di seluruh diseragamkan kepada RM1 sahaja. Sarawak bebas tol, Jambatan Lanang, Baram dan Tun Salahuddin telah bebas daripada pembayaran tol. Tiada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikenakan di atas setiap perkhidmatan pada perkhidmatan pihak berkuasa tempatan. Pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) dengan memberi kelayakan permohonan peminjaman Biasiswa Yayasan Sarawak dan memasuki perkhidmatan awam negeri adalah di bawah janji kerajaan negeri kepada sekolah persendirian Cina. Komitmen daripada Petronas, kontrak akan diberi kepada syarikat Sarawak RM2.1 bilion setiap tahun. Terima kasih Petronas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh dapat penjelasan?
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Nanti. Memperkasakan tanggungjawab sosial korporat Petronas sebanyak RM10 juta, dana pendidikan Petronas untuk pendidikan dan latihan sekolah teknikal RM420 juta untuk lima tahun. Silakan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis.
Saya sangat kagum dan menyokong semua langkah yang telah dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak seperti yang telah Yang Berhormat Tanjong Manis nyatakan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Setuju kah, memandangkan kita di Parlimen ini, Yang Berhormat Tanjong Manis pun sokong cadangan agar tol dihapuskan di semua jalan raya di Peninsular ataupun Malaysia Semenanjung dan juga UEC diterima pakai oleh Kerajaan Persekutuan memandangkan tadi Yang Berhormat Tanjong Manis kata ini semua cadangan dan keputusan yang baik. Setuju tak ini juga dilaksanakan di seluruh Malaysia? Terima kasih.
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Terima kasih Yang Berhormat. Daripada segi tol-tol di Semenanjung lebih banyak jalan-jalan tol dibuatkan seperti jalan yang dikira sebagai jalan yang alternate. Jadi apabila dibuatkan sebagai jalan alternate maka dana-dana itu datanglah dari syarikat-syarikat, bukan dari kerajaan. Akan tetapi untuk bagi Sarawak, Pan Borneo Highway adalah satu jalan utama dan satu-satunya jalan utama...
[Tepuk] Transformasi luar bandar. Penubuhan satu bahagian baru Serian, sembilan daerah baru, Telegu, Subis, Beluru, Telang Usan, Sebauh, Bukit Mabong, Tanjong Manis, Pusa dan Kabong serta enam daerah kecil baru. Tambahan RM500 juta untuk pembangunan luar bandar bagi merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak juga menyatakan tiada parti politik dari luar Sarawak. Sarawak menolak parti dari Semenanjung dan UMNO juga bersetuju tidak akan membuka cawangan di negeri Sarawak. Terima kasih kerana sebagai rakan Barisan Nasional, kami amatlah menghargai rakan seperjuangan. Pendirian ini inisiatif kerajaan...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Penjelasan boleh?
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Perbincangan mengenai royalti minyak masih diteruskan. Perbincangan dan rundingan memberi kuasa kepada kerajaan negeri mengikut terma dan perjanjian Malaysia. Menyediakan mampu milik kepada rakyat Sarawak dengan memperkenalkan dasar Rumah Mampu Milik Sarawak, menggubal mana-mana polisi di Sarawak untuk berkaitan diskriminasi terhadap wanita untuk memberi peluang yang sama seperti kaum lelaki.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Beruas bangun lagi.
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Tidak payahlah. Nanti tidak banyak masa, minta maaf.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Patutlah UMNO hendak pergi Sabah. Takutlah kalau itu semua cadangan pembangkang kerana Sarawak menerima…
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Pengurusan kuat kuasa hutan. Tiada lagi pengeluaran lesen baru untuk sektor perladangan. Separuh daripada lesen OT telah dibatalkan atau tidak diperbaharui. Lebih 30 buah kilang papan dengan hasil kayu balak haram telah ditutup. Sebanyak 10 peratus daripada keluasan tanah negeri akan diwartakan sebagai kawasan pelindung sepenuhnya.
Pendidikan teknikal diutamakan. Guru-guru di Sarawak nisbah sembilan guru tempatan kepada seorang guru dari luar Sarawak di bawah inisiatif 90 peratus hingga 10 peratus menjelang tahun 2018 adakah di bawah guru-guru dalam seksyen Sarawak. Tanah di Sarawak menambah bilangan kawasan tanah komunal bagi tujuan meningkatkan taraf kehidupan dan kesejahteraan rakyat. Pengiktirafan berterusan di atas tanah hak adat bumiputera dan pelaksanaan pengukuran perimeter NCR inisiatif baru serta pengukuran lot secara individu telah berjaya memperbanyakkan kawasan hak adat Bumiputera yang sahih didaftarkan bagi membuka peluang untuk ia dibangunkan secara komersial.
Apa yang dapat kita simpulkan ialah 50 prinsip dan tindakan ini membuktikan bahawa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak adalah seorang yang dengan izin walk the talk dan kita dapat dilihat di sini bahawa banyak yang telah dicapai oleh beliau dalam jangka masa singkat dua tahun ini.
Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Mukah bangun.
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila.
Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah
Saya hendak tanya juga selain daripada usaha Ketua Menteri dalam meringankan lagi bebanan penduduk luar bandar khususnya petani.
Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah
Adakah satu lagi langkah yang telah diumumkan bahawa cukai tanah untuk tanah- tanah pertanian dan rumah tanah kecil di kampung dan di luar bandar yang kurang dari 100 ekar, cukai tanah dimansuhkan?
Datuk Hajjah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Terima kasih Yang Berhormat Mukah. Pada 15 Mac 2016, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan pemansuhan cukai tanah untuk tanah pertanian dan tanah kediaman di Sarawak dan tertakluk hanya kepada pekebun-pekebun kecil dengan tanah pertanian kurang daripada 100 ekar dan tanah kediaman. Keputusan memansuhkan cukai tanah ini melibatkan sebanyak 360,422 pemilik, 19 peratus dari keseluruhan cukai tanah. Syukur *alhamdulillah...
[Tepuk]* Inilah pemimpin yang berjiwa rakyat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan juga boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia melihat Sarawak dan melihat kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem sebagai seorang Ketua Menteri yang boleh menjamin masa hadapan negeri Sarawak.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa projek seperti perumahan PR1MA lebih 9,000 unit melibatkan lapan buah projek dengan pengurangan harga 20 peratus berbanding harga pasaran semasa, kerja baik pulih 150 buah menara komunikasi dan 438 WiFi komuniti Sarawak, pemasangan kabel dasar laut untuk akses internet serta permulaan Projek Lebuh raya Pan Borneo.
Sememangnya hubungan baik di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak selama ini membolehkan banyak program pembangunan dibawa ke Sarawak seterusnya membawa manfaat kepada rakyat. Terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak...
[Tepuk] Di Sarawak, masih ramai golongan miskin dan mudah miskin yang memerlukan bantuan perumahan seperti rumah PPRT bertaraf RM50,000, sama juga di seluruh Malaysia, dan Skim Rumah Mampu Milik yang bernilai RM100,000 ke bawah. Saya memohon Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk memberi lebih tumpuan kepada golongan ini dan nasib mereka dibela sewajarnya. Dan jika boleh, menaikkan harga rumah PPRT daripada RM50,000 ke RM65,000 untuk keselesaan rakyat kerana bahan binaan, kos pengangkutan dan juga keadaan tanah di Sarawak, banyaklah tanah gambut yang amat teruk.
Isu-isu berbangkit di Tanjong Manis. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan yang telah membangunkan bekalan air bersih dari Sibu ke Tanjong Manis yang dijangka akan beroperasi pada tahun ini. Adalah dipohon agar kerajaan juga dapat menyediakan peruntukan tambahan untuk paip pengagihan atau distribution pipe, dengan izin, yang telah lama dan bocor dan kebocorannya merangkumi sebanyak 50 peratus.
Jadi walaupun kita ada paip baru, distribution pipe haruslah juga dilihat.
Saya juga ingin memohon kerajaan untuk mempercepatkan bantuan bekalan air ke Pulau Bruit dan membina semula tangki yang runtuh dengan segera. Kerajaan juga sepatutnya menyenaraihitamkan kontraktor dan perunding yang menyebabkan tangki tersebut runtuh.
Terdapat juga beberapa kawasan di Tanjong Manis yang masih memerlukan kemudahan awam seperti jalan raya, bekalan air, elektrik di sebelah utara barat Pulau Bruit dan termasuk perkampungan Setalun, Sebayang, Tusuk, Telok Gelam dan Mupong.
Datuk Hajjah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Secara dasar juga, status ekonomi nelayan dan petani masih dalam keadaan yang sangat perlu dibangunkan. Saya memohon agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyediakan peruntukan untuk membangunkan sebuah pusat pengagihan pertanian bersepadu dan pusat latihan industri hiliran di Pulau Bruit terutama di Kampung Tekajong dan Kampung Penipah bagi membantu menaik taraf ekonomi rakyat terutamanya nelayan setempat yang memasarkan hasil kepada orang tengah disebabkan mereka tidak mempunyai bilik sejuk dan kilang ais untuk menyimpan hasil tangkapan.
Terdapat juga keadaan sekolah-sekolah rendah di pedalaman yang banyak masih dalam keadaan yang perlu dinaiktarafkan dengan segera, juga membina baru tempat tinggal guru. Begitu juga masih tiada kemudahan sambungan internet di kebanyakan kawasan pedalaman.
Bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat, saya juga ingin menyarankan agar dinaiktaraf kemudahan klinik-klinik kesihatan di kawasan pedalaman yang amat kekurangan dan kemudahan perubatan yang perlu dipertingkatkan dari segi kelayakan kakitangan dan keperluan perubatan.
Untuk meningkatkan aktiviti pelencongan, Kementerian Pelancongan juga saya cadang untuk mengkaji institut kemahiran untuk mengeluarkan barang-barang untuk pelancongan di kawasan Belawai, Tanjong Manis yang mempunyai pantai yang cantik dan sesuai untuk pelancongan.
Tuan Yang di-Pertua, industri halal Malaysia. Saya menyambut baik langkah kerajaan untuk menubuhkan Majlis Halal Malaysia dan bertepatan dengan hasrat Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengantarabangsakan pensijilan halal Malaysia yang sememangnya sudah diiktiraf sebagai terbaik di dunia dan menjadi rujukan atau, dengan izin, benchmark untuk pensijilan halal di antarabangsa.
Malaysia boleh menjadi standard di sektor halal untuk negara-negara TPPA dengan menjadi standard halal sebagai standard antarabangsa memandangkan hanya Malaysia dan Brunei sahaja di kalangan negara TPPA yang pensijilan halal dan lain-lain aspek halal diterajui oleh Kerajaan Persekutuan sendiri sedangkan Amerika Syarikat sendiri, ia hanya dijalankan oleh NGO, sebagai contohnya IFANCA. Negara Jepun mempunyai lebih daripada 90 badan pensijilan halal. Ia tidak terkawal seperti mana di Malaysia dan Jepun amat mengalu-alukan pensijilan halal Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, boleh gulung Yang Berhormat Tanjong Manis.
Datuk Hajjah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Dengan ini, dapatlah kita rakyat Malaysia melabur bersama dengan syarikat-syarikat daripada negara-negara antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pemerhatian saya juga, saya ingin menyarankan agar kes-kes muflis yang tertunggak lama di negara ini dapat diselesaikan dengan segera dan mereka yang telah meninggal dunia dapat dikeluarkan daripada senarai muflis bagi kes- kes yang di mana terdapat ketidakmampuan dari segi waris mereka menyelesaikan masalah muflis tersebut.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang telah sudi datang ke Sarawak dan merupakan Perdana Menteri yang paling banyak melawat Sarawak dan telah juga banyak menyumbang ke arah pembangunan Sarawak dan telah memberi peruntukan yang besar dan membangun Lebuhraya Pan Borneo dan telah memberi begitu banyak peruntukan untuk Sarawak amnya dan Tanjong Manis khasnya.
Dengan ini saya sokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Wassalam...
[Tepuk]
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Stampin.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya dapat mesej, Yang Berhormat Tumpat ya.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Stampin.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila, sila.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin turut terlibat dalam perbahasan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Stampin sudah diambil alih oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu tadi.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
...Usul Menjunjung Kasih terhadap Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ketiga Belas kita yang berlangsung pada 7 Mac yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita maklum, saya berhajat untuk menganggap bahawa Parlimen ini masih lagi merupakan institusi yang paling penting dalam negara kita.
Secara simboliknya, perasmian Parlimen misalnya, dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri, majlisnya dilakukan dengan segala bentuk perasmian- perasmian ceremonynya yang melibatkan pasukan tentera, yang melibatkan tembakan meriam dan yang simbolik laginya di mana kehadiran di Majlis Perasmian Dewan Parlimen ini disertai oleh bukan sahaja oleh kita-kita Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi disertai oleh Ketua Hakim Negara.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Bukan seorang Ketua Hakim Negara, paling kurang tradisinya hakim-hakim kanan negara hadir dan segala ketua jabatan termasuk Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan sebagainya hadir dalam majlis tersebut.
Jadi ini menandakan dan membuktikan bahawa kita mengamalkan suatu tradisi yang sepatutnya amat penting dan baik untuk politik dan masa depan negara kita iaitu menjunjung Titah Diraja dan menganggap bahawa kehadiran Tuanku sebagaimana tradisi Britain di mana The Queen is regarded, dengan izin, as part of Parliament. Maknanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah sebahagian daripada Parlimen. Jadi saya amat berharap bahawa negara kita mengekalkan amalan dan tradisi malah memperbaiki lagi tradisi tersebut.
Ini Tuan Yang di-Pertua, sealiran dengan para 32 yang dilafazkan oleh Seri Paduka Baginda di mana Baginda menyebut, “Beta mengalu-alukan usaha transformasi Parlimen yang telah diusulkan oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang akan dibentangkan dalam persidangan kali ini. Beta berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menerima pindaan ini dan menjadikan institusi Parlimen lebih kukuh serta berkesan dalam melaksanakan fungsinya sebagai salah satu cabang pentadbiran negara.” Ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lumut bangun ya. Yang Berhormat Lumut.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Lumut. Sila, sila.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tumpat, kalau kita perhatikan semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat yang lalu, kita lihat dalam satu occasionnya, occurrencenya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyerahkan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Perdana Menteri.
Saya berpendapat oleh sebab itu ada pandangan-pandangan mengatakan bahawa Titah Seri Paduka Baginda dibuat oleh kerajaan oleh kerana kita lihat Perdana Menteri yang menyerahkan Titah tersebut.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Oleh sebab itu, setujukah Yang Berhormat Tumpat kalau kita cadangkan supaya acara itu kita batalkan dan kita serahkan kepada staf Istana untuk menyerahkan titah tersebut. Terima kasih.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya terpaksa, sebagaimana saya sebutkan tadi memaklumkan Dewan dan Yang Berhormat Lumut bahawa ini tradisi dan ini prinsip Demokrasi Berparlimen kita. Saya bukan sangat mengkritik bahawa ia didrafkan dan disediakan oleh kerajaan dan simboliknya ialah penyerahan teks ucapan itu kepada Baginda di majlis pada hari itu juga.
Akan tetapi yang saya lebih agaknya ingin menekankan ialah sebagaimana kalau kita ikut amalan di Britain, yang diucapkan oleh The Queen itu ialah apa yang diharapkan akan dilaksanakan oleh kerajaan of the day dalam Dewan Parlimen yang dirasmikan itu.
Maknanya kalau dalam konteks yang saya baca tadi, apabila disebut Baginda mengalu- alukan transformasi Parlimen, jadi saya harap ini adalah ikrar daripada pihak kerajaan untuk membawa perubahan di Parlimen dan saya harap ikrar ini dapat dilakukan.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kita hendak melaksanakan fungsi Parlimen sebagaimana yang dilafazkan oleh Seri Paduka Baginda jika pada tahun ini, Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat ini, kita hanya bermesyuarat satu tahun, 53 hari sahaja. Maknanya Mesyuarat Pertama kali ini dari 7 Mac hingga 7 April, 20 Hari. Mesyuarat Kedua dari 16 Mei hingga 26 Mei selama lapan hari.
Mesyuarat Ketiga dari 17 Oktober hingga 24 November, 25 hari. Jumlahnya 53 hari sahaja. Ini on record saya yakin adalah hari-hari yang paling kecil jumlahnya Parlimen bersidang berbanding dengan tahun-tahun yang lain. Yang itu pun saya telah menyuarakan dalam sidang-sidang yang lalu. Perlu ditambah hari-hari sidangnya. Jadi saya fikir ini adalah suatu yang perlu diperbetulkan seberapa segera supaya jumlah hari-hari sidang Dewan Rakyat dan Parlimen ini ditambah lagi supaya peluang untuk masing-masing kita melibatkan diri dalam ucapan-ucapan dan sebagainya diberikan kepada semua Ahli.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya daripada Tumpat. Saya amat tertarik dengan hujah yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi bagaimana di dalam sistem Parlimen dalam negara kita ini, sepatutnya sebagaimana dalam negara lain, Ahli-ahli Parlimen ini menjadi legislator ataupun ahli badan perundangan yang banyak membincangkan perundangan dan juga perkara-perkara yang perlu untuk dilaksanakan oleh kerajaan.
Akan tetapi adakah Yang Berhormat Tumpat bersetuju dengan saya bahawa nampaknya dalam negara kita Ahli-ahli Parlimen ini selain daripada menjadi Ahli Dewan Rakyat, mereka juga seolah-olah menjadi pegawai kebajikan. Welfare Officer di dalam kawasan masing-masing, mengambil tahu masalah-masalah rakyat yang sepatutnya bukan tugas asasi kepada Ahli Parlimen. Sepatutnya di pihak pegawai kerajaan dan sebagainya.
Mohon pandangan. Terima kasih.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Saya amat bersetuju dengan sahabat saya, Yang Berhormat Kota Bharu tentang betapa pentingnya peranan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan tentang bagaimana malangnya kita terpaksa menumpukan masa-masa yang penting tersebut sebahagiannya melaksanakan tugas-tugas yang lebih baik dilaksanakan jika jabatan-jabatan kerajaan misalnya memainkan peranan yang lebih penting, lebih besar lagi.
Kedua, lebih malang lagi kerana untuk menjadi pegawai kebajikan, hanya sebahagian sahaja anggota Dewan Rakyat yang ada peruntukan. Yang sebahagian yang kecil tidak ada peruntukan. Jadi ini saya fikir ketidakadilan yang amat jelas dan nyata dan amat tidak adil kepada keseluruhan wakil rakyat dari segi apa yang dilakukan oleh kerajaan pada hari ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.
Yang malam ini yang masih ramai di sebelah sini, Ahli Yang Berhormat sebelah sini tunggu peluang untuk berucap tetapi kita berasa kesal yang mana waktu bersidang hanya tamat pada 7.30 malam. Saya difahamkan pihak Barisan Nasional ada mesyuarat penting. Akan tetapi kalau pihak Barisan Nasional tidak ada, biarlah di sini untuk berucap supaya kita boleh membentangkan masalah-masalah rakyat. Jadi saya berharap Tuan Yang di-Pertua boleh membenarkan kalau boleh esok kita lanjutkan sidang sehingga semua Ahli Yang Berhormat yang ingin bercakap ini dapat berucap dalam sidang ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, untuk pengetahuan Yang Berhormat Seputeh, saya tiada maklumat terhadap Barisan Nasional ada mesyuarat penting.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas makluman itu. Terima kasih Yang Berhormat Seputeh dan saya anggap cadangan oleh Yang Berhormat Seputeh itu suatu cadangan yang baik. Ini berkaitan dengan cadangan-cadangan yang disuarakan oleh wakil-wakil dari pembangkang dalam Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Parlimen yang dipengerusikan oleh Tuan Yang di-Pertua sendiri dan saya secara ringkas ingin menyebut bahawa reformasi Parlimen yang diutarakan oleh sebahagian daripada wakil-wakil kita dan sebahagian kecilnya diterima termasuklah senarainya sekurang-kurangnya tujuh perkara, Tuan Yang di-Pertua.
Pertamanya, mewujudkan Dewan Kedua atau Second Chamber, dengan izin, yang mungkin sebagaimana cadangan Yang Berhormat Seputeh tadi ada memberi peluang yang lebih banyak kepada wakil-wakil rakyat kita untuk memberikan ucapan walaupun ia Dewan Kedua, walaupun ada tajuk-tajuk atau undang-undang khusus tentang itu.
Cadangan yang kedua yang saya harap akan dilaksanakan dengan bertambah baik ialah dari segi proses menyiapkan dan menghantar pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri.
Saya fikir ia ada diterima sedikit perubahan tetapi saya harap perubahan yang lebih baik akan terus difikirkan.
Cadangan reformasi yang ketiga iaitu kita seolah-olah menjadikan ia peraturan yang tetap bahawa jawatankuasa untuk menimbang rang undang-undang yang akan dibentangkan, menimbangkan dahulu, membincangkan dahulu sebelum pembentangan dilakukan.
Cadangan yang keempat berkaitan dengan jawatankuasa-jawatankuasa pilihan atau select committee. Kita hampir-hampir tidak ada Select Committee dalam perjalanan Dewan Rakyat kita berbanding misalnya secara ringkas sekali saya hendak sebutkan di Parliament Westminster. Ada sejumlah 46 Select Committees kepada The House of Commons of United Kingdom. Jadi ini kita satu pun tidak ada kecualilah yang diwajibkan.
Standing Committeenya seperti PAC, Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Hak Istimewa.
Itu yang diwajibkan melalui peraturan mesyuarat dan bukan yang lain-lainnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Seremban bangun.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tumpat, saya hendak memberikan sedikit response dan minta pandangan berkenaan dengan penambahbaikan ataupun cadangan- cadangan reformasi Parlimen yang kita hendak bawa melalui jawatankuasa Dewan dan beberapa cadangan memang kita telah bincang secara panjang lebar antara seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya melihat bahawa ada kenyataan daripada Tuan Yang di-Pertua dan mengatakan bahawa memang ada beberapa pindaan akan dibawa dalam Dewan yang mulia ini selepas penggulungan Titah Diraja dalam minggu terakhir kemungkinan, untuk kita supaya dapat dilaksanakan pada sidang depan pada bulan Mei nanti. Akan tetapi apa yang saya rasa dukacita ialah daripada beberapa cadangan yang akan dibawa itu, hanya dua, tiga sahaja yang melibatkan soalan Minister’s Question Time dan juga mungkin Second Chamber itu akan dilaksanakan.
Akan tetapi salah satu cadangan yang paling utama pada hemat saya iaitu penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa Select Committee dan Jawatankuasa Menimbang Rang Undang-undang, itu masih belum lagi dibenarkan ataupun belum lagi dipertimbangkan oleh pihak Kabinet. Dengar khabar bahawa Kabinet tidak bersetuju supaya sistem committee ini dilaksanakan.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Tumpat kerana bagi saya ini ialah perubahan yang paling penting kerana kalau kita ada committee, kita ada jawatankuasa, maka semua Ahli Parlimen diberikan satu tugasan yang lebih khusus untuk melihat kepada setiap kementerian yang mereka minati ataupun mereka ada kepakaran.
Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Tumpat, kita sama-sama supaya memberikan pandangan yang cukup tegas kepada pihak kerajaan bahawa inilah perubahan yang paling penting iaitu penubuhan sistem jawatankuasa. Terima kasih.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Seremban.
Saya amat setuju dengan cadangan itu. Malah kalau kita lihat website Parlimen UK, disebutkan tentang Select Committee dalam bahasa Inggeris, dengan izin, *“There is a Commons Select Committee for each government department, examining three aspects:
spending, policies and administration”*. Maknanya tiap-tiap jabatan kerajaan, bukan tiap-tiap kementerian, tiap-tiap jabatan kerajaan ada Select Committeenya yang dianggotai mengikut ini, the departmental committee have a minimum of 11 Members.
Mungkin kita 1/3 jumlah Ahli Dewan Rakyat berbanding dengan House of Commons dan sebagainya, mungkin tidak sebanyak 46 Select Committee dan tidak sebesar itu, tetapi saya haraplah sebagaimana Yang Berhormat Seremban sebutkan tadi, ia akan dilakukan perubahan yang mewujudkan Select-select Committee terhadap isu-isu, tajuk-tajuk, kementerian-kementerian yang besar dalam negara kita ini. Pertahanan, dasar luar, pembangunan luar bandar, malah kedudukan wanita, kedudukan negeri-negeri yang miskin dan sebagainya.
Khususnya committee yang kita ada yang perlu diperbaiki ialah Jawatankuasa Kira- kira Wang Negara sendiri Tuan Yang di-Pertua. Saya perhatikan bahawa mengikut pengalaman saya, PAC ini kehebatannya, keefektifannya bergantung kepada pengerusinya.
Saya, alhamdulillah dapat mengalami beberapa pengerusi, tetapi pengerusi-pengerusi yang berminat benar-benar untuk melihat bagaimana wang negara digunakan dan sebagainya tidak ramai di kalangan mereka. Kalau ada seorang dua pun yang nampak khidmatnya baik, terus diangkat menjadi Timbalan Menteri supaya tidak lagi dapat berkhidmat dengan efektif sebagai Pengerusi PAC. Ini saya fikir sikap ini perlu ditukar supaya peluang PAC memainkan peranan yang sah di sisi undang-undang, di sisi Perlembagaan dikekalkan dan tidak dirosakkan.
Seterusnya, PAC juga saya harap berlainan dengan amalan sekarang, dibuka prosidingnya kepada umum. Mengikut amalan Westminster, saya tidak nampak kenapa Dewan Rakyat dan Dewan Negara terbuka kepada media tetapi committees, jawatankuasa- jawatankuasa ditutup kepada media. Amalan di Westminster dan kebanyakan demokrasi yang maju, semua perjalanan Parlimen termasuk committeesnya adalah terbuka untuk dibuat laporan oleh media dan tidak media ini ditutup daripada melaporkan dan tidak diberikan taklimat pun selepas sidang PAC akhir-akhir ini.
PAC secara khususnya Tuan Yang di-Pertua, saya harap akan tidak melengah- lengahkan lagi sidangnya dan menyiapkan laporannya berkaitan isu yang terbesar dalam negara iaitu 1MDB, SRC dan sebagainya. Ia telah ditunda beberapa kali daripada pertengahan tahun 2015 kepada bulan Disember 2015, kepada bulan Februari 2016, kepada sekarang ini bulan Mac 2016. Saya harap Ahli-ahli PAC khususnya rakan saya Yang Berhormat Rompin sebagai pengerusinya, mengambil berat tentang hasrat dan cita-cita seluruh rakyat ingin mendengar, mengetahui apakah laporan yang akan dibentangkan oleh PAC nanti.
Tajuk kedua Tuan Yang di-Pertua, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang dasar luar negara kita. Sebagaimana kita dimaklumkan dalam kenyataan- kenyataan akhbar pada 10 Mac 2016 ini, Pesuruhjaya Tinggi, High Commissioner for Human Rights of the United Nations telah membuat suatu laporan tahunan kepada sidang Human Rights Council di United Nations. Dalam laporan yang panjang lebar itu, dua perkara yang beliau bangkitkan yang ingin saya bawa kepada perhatian Dewan yang mulia ini.
Pertamanya, beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia, Sheikh Zeid Ra’ad Al-Hussein telah menyentuh keadaan hak asasi, kebebasan, demokrasi, kedudukan tahanan dan sebagainya di seluruh dunia dan menyentuh negara-negara yang beliau fikir perlu diberi perhatian dan dilaporkan kepada Majlis Hak Asasi Bangsa-Bangsa Bersatu.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Tentang Malaysia juga disentuh oleh Sheikh Zeid Ra’ad Al-Hussein ini. Tentang Malaysia ini, satu paragraph yang menyebutkan bahawa democratic space continues to be limited. Kedudukan demokrasi makin terhakis. Keduanya, beliau menyebut bahawa undang- undang baru diperkenalkan untuk menyempitkan lagi hak asasi di negara kita ini.
Ketiganya, beliau menyebut dengan nyata dan jelas, dengan izin, “The imprisonment of a former opposition leader, Anwar Ibrahim, whose detention has been ruled arbitrary by the Working Group on Arbitrary detention is emblematic of a broader democratic malaise”. Maknanya, penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap oleh laporan Suruhanjaya Hak Asasi Bangsa-Bangsa Bersatu ini adalah menggambarkan keadaan demokrasi yang amat- amat lemah dan pudar dalam negara kita Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Boleh sedikit?
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak cerita fasal kes Datuk Seri Anwar Ibrahim ini. Kita telah dengar dalam Parlimen ini, beberapa orang Ahli Parlimen yang bercakap tentang Mahkamah Syariah. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Tumpat, setuju tidak dengan saya kalau betul kita hendak memperkasakan antaranya Mahkamah Syariah ini, kita buktikan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kes yang melibatkan tuduhan kazaf, menuduh yang antaranya melibatkan Saiful.
Keduanya melibatkan Dato’ Shafie yang pernah kata konon Datuk Seri Anwar Ibrahim ini dah crossing homosexual. Ini semua tuduhan yang sebenarnya boleh dikategorikan sebagai jenayah dalam kes syariah. Jadi kalau betul hendak memperkasakan Mahkamah Syariah, setujukah dengan saya mesti bawa kes ini ke Mahkamah Syariah. Apa pandangan Yang Berhormat Tumpat?
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Ya, terima kasih dan amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Sepang itu.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi bahagian ucapan statement ataupun laporan Zeid Ra’ad Al-Hussein ini berkaitan dengan masalah pelarian di dunia Arab dan yang melibatkan negara-negara Eropah. Beliau dengan amat sedih sekali menyatakan, misalnya dia kata pada dua bulan pertama tahun ini, bulan Januari dan Februari, lebih daripada 400 orang telah mati dalam percubaan untuk pergi ke negara Eropah. Dalam laporan beliau lagi yang panjang lebar menyebutkan negara-negara Eropah terlibat, bagaimana ada 4.2 juta pelarian Syria yang sedikit sebanyak dibantu oleh negara Turki, Lubnan dan Jordan, tetapi negara-negara Eropah yang lainnya amat-amat kurang daripada segi sikap mereka membantu jutaan pelarian ini.
Ini keadaan yang amat sedih dan saya ingin bertanya kepada Kementerian Luar Negeri kita, apakah peranan kita, apakah sikap kita, apakah tindakan yang kita telah lakukan untuk sedikit sebanyak terlibat dalam membantu rakyat dan manusia ini tanpa mengira agama, kaum dan nationality mereka dalam kedudukan mereka yang amat sedih ini.
Walaupun negara-negara Eropah saya sebutkan tadi kurang membantu berbanding dengan negara kita dan negara lain mungkin, mereka sudah pun memberi sedikit bantuan seperti negara Jerman dan sebagainya, yang mana Canselor mereka sendiri menghadapi kerugian atau ketewasan parti beliau dalam pilihan raya-pilihan raya negeri di Jerman itu kerana dituduh terlalu membantu pelarian-pelarian ini. Ini saya harap suatu sikap yang perlu negara kita ambil perhatian dan sedikit sebanyak membantu. Malangnya, yang negara kita cuba membantu ialah membantu negara Saudi Arabia.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Ini yang mana kita terlibat dalam usaha bersama dengan Arab Saudi untuk mengadakan latihan perang. Soalan telah ditanyakan pagi tadi dan telah sedikit sebanyak dijawab tetapi kita perlu jelas dalam isu ini.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Malaysia sepatutnya melihat bahawa apa yang berlaku di Timur Tengah itu adalah peperangan yang cukup rumit, yang melibatkan negara-negara fraksi Saudi dan kumpulannya, fraksi Iran dan pihaknya, termasuk juga Turki sebagai pihak yang Ataturk.
Dilibatkan pula dengan kuasa-kuasa besar Amerika Syarikat dan Eropahnya, Rusia dan negara China dan sebagainya yang cuba memainkan peranan, yang matlamat mereka bukanlah RM4.2 juta pelarian inikah ataupun rakyatnya di Iraq, di Syria, di Afghanistan yang kehidupan mereka, keluarga mereka dan kebajikan mereka tidak terjaga sekalipun.
Jadi, saya ingin mendesak supaya Kerajaan Malaysia memikirkan sekali lagi tentang kita perlu atau tidak, terlibat dalam gabungan-gabungan ketenteraan dengan mana-mana negara. Sama ada di rantau ini ataupun di Timur Tengah itu dengan mana-mana negara sekalipun kecuali ia adalah pendirian Bangsa-Bangsa Bersatu atau pendirian OIC. Itu adalah pendirian bersama yang mungkin kita perlu ikuti. Akan tetapi, kalau kita hanya sendirian ingin menyertai pakatan tentera ataupun dalam apa-apa bentuk sekalipun saya harap ia tidak dijadikan amalan negara kita selepas daripada ini.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Boleh Yang Berhormat Tumpat sedikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan pandangan daripada Yang Berhormat Tumpat tentang isu-isu yang berkait dengan masalah hubungan luar Malaysia. Seperti mana yang tadi kita dengar hujah daripada Ahli Parlimen Semporna misalnya dinyatakan dahulu kita mempunyai satu dasar yang agak jelas iaitu Non-Aligned Movement atau NAM.
Akan tetapi dalam keadaan sekarang kita lihat Malaysia seolah-olah tercari-cari satu dasar luar yang jelas untuk memastikan kita berperanan di peringkat antarabangsa. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Tumpat, apakah boleh kita minta kerajaan untuk memberikan suatu penegasan dasar luar yang bagaimana yang ingin kita paparkan yang ingin kita lakukan supaya ia menjamin kedaulatan negara Malaysia. Terima kasih.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil yang beliau sebutkan itu memperkuatkan lagi hujah kita bahawa perlunya ada Select Committee dalam sistem Parlimen kita. Supaya kes-kes seperti ini pihak kerajaan membentangkan kepada jawatankuasa pilihan berkaitan dengan dasar luar negara ataupun dasar pertahanan negara. Apakah pemikiran dalam negara? Apakah pemikiran serantau dan ahli-ahli Select Committee ini dapat memberikan pandangan setelah mendengar pandangan daripada pakar-pakar dalam hal misalnya hubungan antarabangsa, ketenteraan dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, isu antarabangsa yang terakhir yang ingin saya sentuhkan ialah sebagaimana juga Yang Berhormat Semporna sentuhkan tadi ialah keadaan di Filipina Selatan ataupun di Moro. Beberapa minggu yang lalu, kita mendapat laporan bahawa Kongres Filipina telah membuat keputusan untuk tidak membuat apa-apa pendirian terhadap perjanjian antara Manila atau Kerajaan Filipina dengan Bangsamoro. Untuk mencari perdamaian dan memberikan autonomi kepada Bangsamoro atau Filipina Selatan.
Kejadian ini amatlah menyedihkan dan Malaysia terlibat dalam proses. Ini saya senantiasa iktiraf dan saya menganggap ke pendirian dan tindakan Kerajaan Malaysia yang betul dan baik iaitu untuk mencari perdamaian di sebuah negara jiran yang melibatkan minoriti negara tersebut. Akan tetapi, sebagaimana berlaku sebelum ini dalam kes-kes sebelum ini kongres di Manila, Kongres Republik Filipina tidak membuat apa-apa keputusan yang bererti bahawa perjanjian damai tersebut telah tidak diiktiraf oleh Manila sebagai kerajaan yang menentukan keadaan di selatan Filipina tersebut.
Kajian-kajian dan ramalan-ramalan menunjukkan bahawa dengan tindakan dan keputusan kerajaan ataupun Kongres Filipina ini ia akan menjadikan selatan Filipina ke arah sana dan rantau yang akan mengalami keadaan yang lebih teruk daripada yang sedang berlaku beberapa tahun akhir ini. Perdamaian sedikit sebanyak wujud comparatively, dengan izin, kerana mereka mengharapkan ada perdamaian.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Akan tetapi, jika perdamaian yang dijanjikan dan sudah ditandatangani, yang melibatkan negara Malaysia ini di nafi dan ditolak oleh Kongres Filipina maka gambarannya, masa depannya ialah Filipina Selatan akan terus bergolak dengan cara keganasan dan violence yang amat teruk. Ini ada kesannya kepada Malaysia, ada kesannya kepada negeri Sabah. Jadi, saya harap Kerajaan Malaysia mengambil peranan yang aktif sama ada secara unilateral ataupun secara multilateral.
Untuk memastikan bahawa kita mempunyai pengaruh yang cukup untuk menjadikan negara dan Kongres Filipina itu, melihat masa depan bukan sahaja kepentingan puak-puak tertentu dalam negara tersebut. Akan tetapi keseluruhan kepentingan rakyat Filipina yang melibatkan kita di rantau Asia Tenggara ASEAN ini. Jadi dengan ucapan tersebut mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberikan peluang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja pada hari ini. Saya amat tertarik dengan ucapan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai reformasi Parlimen. Bila disebut reformasi Parlimen ia sudah tentulah melibatkan kita semua sebagai Ahli-ahli Parlimen.
Tadi, Yang Berhormat Tumpat telah pun menyatakan sewaktu perasmian begitu hebat sekali, didatangi oleh pelbagai pihak melihat bagaimana perasmian persidangan ini dijalankan. Akan tetapi malangnya, kita sendiri sebagai Ahli-ahli Parlimen masih ada yang tidak tahu menghormati perasmian ini dengan tidak memakai number one dress. Number one dress memang diberikan peruntukan. Kalau tidak ada duit buat baju, boleh claim.
Saya tidak tahu. Saya hendak dapat jawapan daripada pihak Parlimen, adakah semua 122 Ahli-ahli Parlimen ini telah pun membuat *claim?...
[Disampuk]* Seramai 222 orang ini telah pun membuat kelim untuk membuat number one dress. Kalau sudah dibuat claim tetapi mengapa tidak dipakai, masa bila hendak pakai Number One Dress ini, itu yang pertama. Jadi, sebelum kita hendak buat reformasi seluruhnya kita kena reform diri kita sendiri.
Kedua, Ahli Parlimen sendiri boleh mempertikaikan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ahli Parlimen daripada Gelang Patah mengatakan bahawa ucapan Titahnya disediakan oleh Barisan Nasional. Ini satu sindiran, satu penghinaan kepada institusi yang tertinggi dalam negara kita. Seolah-olah Yang di-Pertuan Agong ini mengangguk sahaja, ini ucapannya. Tentulah kita, kalau ucapan sebagai Titah Diraja, saya dengar ucapan Baginda menyeluruh. Tidak dia berkempen supaya sokong Barisan Nasional.
Dia berbeza kalau ucapan disampaikan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri tentu dia berkempen untuk menegakkan kebenaran Barisan Nasional. Akan tetapi, ini ucapan atau Titah ini ialah Titah sebagai Ketua Negara bagaimana seorang Ahli Parlimen Gelang Patah yang sudah “otai” sudah dekat dalam Parlimen ini dia telah mempertikaikan. Apa tujuannya?
Saya mengatakan bahawa Yang Berhormat Gelang Patah cuba hendak mengambil kesempatan, hendak mengapi-apikan rakyat. Dalam keadaan negara hari ini sedang menghadapi berbagai-bagai tekanan dari dalam dan juga luar negara. Supaya rakyat tidak puas hati seolah-olah institusi tertinggi ini hanya sebagai mengikut telunjuk kita, ini satu penghinaan kepada institusi kita. Oleh sebab itulah, NGO telah pun membuat laporan title itu 24 NGO membuat laporan.
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Subang bangun.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Sila.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Baik terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Tanjong Karang bangkitkan isu tentang Titah Baginda, tetapi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Tanjong Karang adakah Yang Berhormat Tanjong Karang faham dalam sistem Westminster ini, Parliamentary Democracy dan Raja Berperlembagaan. Apa yang konvensi yang dilakukan di West Minister yang kita ikuti ialah kerajaan pada the government of the day, dengan izinlah, kerajaan kini menulis ucapan itu bukan Baginda tulis. Itu Yang Berhormat Tanjong Karang tahu, kan?
Perdana Menteri tulis ucapan itu dan dibaca oleh Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Itu saya faham.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Itulah convention dia. Ini dilakukan di UK dilakukan di semua tempat kita ikut.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya faham saya faham.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Kita ikut. Jadi, sebab itu kita boleh fikirkan kita boleh fikirkan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya faham, saya faham.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Kita boleh kata ada sebahagian itu kita tidak setuju tidak ada masalah. Itu bukan penghinaan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya faham saya faham Yang Berhormat. Kita faham sangat perkara ini tetapi saya hendak tanya adakah Yang Berhormat pernah dengarkah Ahli-ahli Parlimen di England yang mempersoalkan Titah ini.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Memang ada.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Memang ada?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Itu biasa, mempertikaikan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Akan tetapi Yang Berhormat bermakna kita tidak menghormati, Tuan Yang di-Pertua pun telah membuat kenyataan unethical.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Bukan isu hormat yang mesti dihormati. Biasa dipertikaikan kandungan itu.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Seingat saya Yang Berhormat kena faham kalau kata ucapan satu titah satu ucapan kita kena menghormati.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Samalah. The Queen of England buat titah juga.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Siapa juga yang menyediakan ucapan, macam Yang Berhormat kita berucap siapa pun yang menyediakan ucapan kita jangan pertikaikan. Kita kena menghormati institusi. Yang Berhormat kata Perdana Menteri yang menyediakan ucapan, adakah Yang Berhormat Perdana Menteri yang menyediakan ucapan?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ini bukan keputusan...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat, Yang Berhormat kena faham ...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya bagi contoh.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya faham.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Tanjong Karang, kita sudah 7.31 Yang Berhormat hendak habiskan atau hendak sambung esok?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Boleh baca satu...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya sambung esok tetapi sebelum saya hendak duduk hendak sambung esok, saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya kita jawab esok.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 17 Mac 2016.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.32 malam.]