Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
1. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, strategi dan langkah-langkah yang diambil agensi seperti FRIM sebagai institusi penyelidikan perhutanan yang bertanggungjawab dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok dalam hutan asli daripada ancaman kehilangan serta kepupusan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menjawab soalan nombor 1. Mohon jangan diganggu.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui FRIM telah melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi menerajui usaha negara dalam menangani kepupusan spesies flora berpandukan Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan. Antara strategi yang dilaksanakan oleh FRIM untuk memelihara serta memulihara pokok dalam hutan asli daripada terancam kehilangan serta kepupusan ialah seperti berikut:
(i) menambahbaikkan pengetahuan saintifik bagi pengurusan dan pembangunan lestari biodiversiti hutan terutamanya dalam aspek dokumentasi flora bagi pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti hutan;
(ii) pengawasan penyakit hutan yang memastikan ekosistem yang sihat;
(iii) pemuliharaan sumber genetik hutan melalui pemahaman genetik populasi, phylogenetic, polagrafi dan kesan perubahan iklim terhadap sumber genetik hutan terpilih; dan
(iv) pengurusan dan pemuliharaan lestari sumber-sumber hutan termasuk sumber air dan top carbon. Kedua, pemindahan maklumat dan teknologi kepada pihak-pihak berkepentingan.
FRIM juga mengambil langkah berikut melaksanakan strategi pemulihan spesies tumbuhan terancam. Dokumentasi kepelbagaian tumbuhan di Semenanjung melalui projek Flora of Peninsular Malaysia, dokumentasi kepelbagaian pokok Sabah dan Sarawak melalui projek Tree Flora of Sabah and Sarawak. Penambahbaikan portal maklumat kepelbagaian biologi melalui projek Malaysian Clearing House Mechanism.
Pelaksanaan penilaian status pemuliharaan melalui projek-projek Red Instinct of Threatened Plant Malaysia. Pengenalpastian important plant area of Semenanjung, pengurusan perosak pokok, penyakit rumpai dalam ladang dan hutan, projek kepada Central Forest Pine, penggarisan garis panduan bagi pemuliharaan sumber genetik hutan dan terpilih hasil garis panduan atau pemindah bahan tanaman sumber genetik hutan terpilih dan mewujudkan DNA bank untuk sumber genetik hutan di Malaysia.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
FRIM juga bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dalam keseluruhan kawasan hutan pemeliharaan nilai tinggi, high conservation value forest, kerjasama dengan program Endorsement of Forest Certification bagi merangka preskripsi pengurusan spesies flora dalam kawasan high conservation value forest serta kerjasama dengan pihak seperti universiti dan syarikat dalam pemuliharaan spesies serta habitat flora terancam.
Selain itu dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan pokok hutan asli FRIM turut bekerjasama dengan ITTO dan saintis bagi menangani isu pengusaha hasil keras yang kurang lestari di Semenanjung mewujudkan pangkalan data atas talian bagi pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan di Malaysia. Yang mengandungi status pemuliharaan spesies tumbuhan terpilih serta membentuk kaedah pemulihan bagi semua jenis hutan terosot termasuk hutan darat, hutan paya laut dan hutan paya gambut.
Kajian yang dibuat untuk melindungi pesisir pantai daripada terhakis melalui penamaan pokok bakau serta spesies lain yang sesuai. Kawasan FRIM sendiri menjadi habitat kepada 71 daripada 92 spesies yang terancam. Senarai 92 spesies terancam ini di dokumentasi dalam buku terbitan FRIM pada tahun 2010 iaitu Malaysian Plant Red List yang menyenaraikan semua spesies flora dan terancam. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sekijang.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan kerana tak ramai yang tahu peranan FRIM sebenarnya. Cuma kita tahu FRIM turut menggalakkan orang ramai dan syarikat swasta dalam aktiviti penanaman pokok dan usaha pemeliharaan hutan yang penting bagi mengurangkan kesan beban iklim kerana kita tahu cuaca hari ini kebelakangan agak panas dan ada beberapa kawasan tadahan air kita terpaksa mengalami catuan.
Soalan saya, sejauh manakah hutan asli di Malaysia ini mampu menampung kesan perubahan iklim di Malaysia. Apakah bentuk kerjasama yang dijalankan oleh pihak FRIM terutamanya dengan pihak swasta dalam mengurangkan kesan perubahan iklim ini.
Terima kasih.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. FRIM sebagai institut think-tank kepada flora dan fauna dalam konteks ini membuat research. Akhirnya, pekerjaan itu sendiri akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perhutanan Malaysia yang bekerjasama dengan pihak FRIM sebagaimana yang telah saya jawabkan tadi. Pihak-pihak Jabatan Perhutanan Malaysia juga telah inventories kayu-kayuan dan pendebungaan bunga-bunga, pokok bunga di seluruh Malaysia. Dalam kajian mereka umpamanya, daripada 1,130 spesies, didapati 22.3 peratus daripada spesies tersebut adalah daripada spesies terancam.
Apabila didapati Tuan Yang di-Pertua, satu-satu spesies itu terancam, maka pihak Jabatan Perhutanan Malaysia akan membuat satu kertas untuk dipertimbangkan oleh Majlis Biodiversiti Negara supaya kayu-kayu ini diletakkan sebagai kayu yang terancam dan tidak boleh ditebang dan ditebaskan ataupun dipotong. Jadi, di bawah pemeliharaan dan diletakkan di bawah perundangan, di bawah kawal seliaan oleh pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Umpamanya, pokok kayu yang dikatakan ‘dipterocarpaceae’, suatu jenis kayu-kayu keras, umpamanya kayu berlian di Sarawak, meranti, cengal dan sebagainya.
Ada beberapa jenis iaitu sembilan jenis kayu ini dan 34 daripada spesies ini adalah endemik kepada Semenanjung dan beberapa spesies lagi bertaburan di Sarawak, Sabah dan juga di Semenanjung. Jenis ini telah disarankan oleh Jabatan Perhutanan Malaysia kepada pihak Majlis Biodiversiti Negara untuk diletakkan sebagai kayu yang terancam.
Dengan itu, Majlis Biodiversiti Negara telah bersetuju supaya jenis ini diletakkan sebagai red list, terancam.
Jadi, dalam keadaan yang sedemikian, pihak Jabatan Perhutanan Malaysia juga akan mengkaji supaya tindakan segera dibuat untuk penanaman in-situ ataupun ex-situ, di luar kawasan endemik kepada kayu ini ataupun local kepada kayu ini.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dalam keadaan sedemikian, maka kita boleh memanjangkan life expectancy jenis- jenis pokok ini, umpamanya kayu gaharu, yang mana kita telah menanam sebanyak- banyak ditanam di seluruh Malaysia di Semenanjung dan di Sabah.
Kita mempunyai tanaman pokok kayu gaharu supaya pokok ini tidak kehilangan kepada negara kita walaupun kecurian kerap berlaku, khususnya daripada pihak Cambodia dan Thailand yang kita tangkap. Saya tengah mengkaji undang-undang dalam sudut ini supaya kita boleh memberi hukuman yang lebih keras lagi daripada apa yang kita ada dalam undang-undang sekarang Pada masa sekarang, pihak Jabatan Perhutanan juga mencadangkan supaya diadakan gene bank. Gene bank ini adalah amat berlainan daripada DNA bank yang diwujudkan oleh pihak FRIM. DNA bank ini untuk research, untuk mengklasifikasikan jenis- jenis kayu daripada kayu yang sama. Akan tetapi gene bank ini untuk penanaman dan pemuliharaan dan prevent from kehapusan. Insya-Allah, kalau saya kaji nanti dan lihat implikasi kewangannya boleh diluluskan supaya kita boleh mengadakan satu gene bank yang baik. Dalam sudut kajian dana oleh FRIM Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahawa Malaysia adalah yang terhadapan dalam sudut ini. Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sanjung tinggi peranan dan proses yang dimainkan oleh FRIM. Soalan saya adalah mengenai di mana pokok-pokok di hutan dan juga pokok-pokok mangrove yang telah hilang sejak tahun 1957, lebih kurang 50 peratus. Apakah proses yang dibuat oleh kementerian supaya kita dapat balance, supaya yang telah hilang digantikan dan supaya ekosistem kita tidak terjejas, not threatened seperti binatang-binatang liar seperti harimau dan gajah yang hilang, yang tidak ada tempat asal mereka?
Oleh kerana kerajaan membenarkan terlampau banyak pokok-pokok dipotong.
Macam pokok-pokok di Parlimen juga Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini telah ditebang.
Apa yang akan dibuat oleh Yang Berhormat supaya pokok-pokok itu dapat ditanam balik atau pokok-pokok yang lebih baik daripada jenisnya dan juga supaya semua kita akan benefit daripada sistem balance di antara climatic change dan pokok-pokok. Terima kasih.
Ekosistem.
Tuan Yang di-Pertua
Pokok mana Yang Berhormat ditebang?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Pokok di depan Tuan Yang di-Pertua. Saya difahamkan hari ini baru saya bersembang dengan beberapa...
Tuan Yang di-Pertua
Mahu buat bangunan baru, bukan? Itu fasallah tebang pokok.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Bukan, Tuan Yang di-Pertua. We must take some action, because I also raised this before in Ipoh. Bila kita tebang, kita ada cara lain untuk menanam pokok-pokok yang lebih sensitif dan lebih baik kepada penggunaan kita semua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bekerjasama dengan agensi-agensi seperti Jabatan Perhutanan, FRIM bahkan NAHRIM dan juga Jabatan Pemetaan Negara. Bekerjasama dalam sudut ini untuk kita menjaga, khususnya sebagai disoal oleh Yang Berhormat iaitu kita pun main golf, forest. Akan tetapi yang menjadi satu kebimbangan juga pada saya ialah pembangunan Tuan Yang di-Pertua.
Apabila pihak diberi satu kelulusan untuk membangunkan satu-satu tempat, kadang-kadang pihak-pihak ini tidak observe yang reserve sungai, reserve laut, ini tidak diobserve oleh pihak pemaju dan juga pihak pembangunan tertentu sama ada ia membangun dari sudut perladangan tani ataupun pembangunan perumahan. Jadi, river reserve ini sentiasa menjadi victim kepada pihak ini.
Akan tetapi kita Yang Berhormat, mesti mengetahui juga bahawa kuasa ini terletak di tangan kerajaan negeri. Ini kerana forest, tanah dan sebagainya itu adalah terletak di bawah tanah kerajaan negeri. Kerajaan Pusat hanya mengawal selia dan menyarankan dasar. Jadi, diletakkan di tangan kerajaan negeri supaya melihat perkara ini tidak berlaku.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Akan tetapi walau bagaimanapun, kementerian bekerjasama dengan pihak NGO dan agensi badan-badan korporat, melakukan penanaman, adoption strategy iaitu kita minta satu-satu agensi, NGO dan juga pihak korporat menanam pokok-pokok di satu tempat dengan tempat yang tertentu yang mana pokok mangrove ini telah binasa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Akan tetapi yang penting sekali ialah pihak kerajaan negeri memainkan peranan.
Umpamanya, baru-baru ini yang menjadi satu kekecohan di Pulau Pinang umpamanya, 200 ekar tanah kepunyaan kerajaan negeri hendak ditukar menjadi tempat akuakultur. Jadi, saya telah ditanya oleh pihak reporter, apakah tindakan yang bakal kita buat? Saya kata, kita tidak akan meluluskan EIAnya dan kalau EIA tidak diluluskan, dengan sendirinya ia tidak boleh diterokai. Akan tetapi dalam masa yang sama, pihak tuan punya tanah ini iaitu Chief Minister in Corporate patut menguatkuasakan EIA ini, larangan ini supaya mangrove yang banyak, 2,000 hectares itu jangan diterokai dan jangan ditebang tebas hingga kelulusan daripada kerajaan sama ada Kerajaan Pusat melulusi EIAnya ataupun kerajaan negeri meluluskan apa sahaja arahan-arahan yang telah disarankan oleh pihak Kerajaan Pusat.
Maknanya, kerajaan negeri mesti memainkan peranan yang proaktif dalam memprotectkan mangrove forest ini berlandaskan arahan dan EIA yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat ataupun larangan yang dibuat oleh Kerajaan Pusat. Ini kerana penguatkuasaan undang-undang masih diletak di tangan kerajaan negeri.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Pokok di Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua
Pokok-pokok di Parlimen Yang Berhormat tidak termasuk dalam forest reserve.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Menteri ada boleh jawab.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Santubong
Tuan Yang di- Pertua, saya ingin memaklumkan, parameter Parlimen itu daripada gate kemasukan polis itu sampai di dalam ini jangan tanya Menteri, tanyalah dengan Speaker. He has an absolute power of anyting happened which in this parameter.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh tulis surat kepada saya Yang Berhormat.
2. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, bagaimana rancangan penguntukan semula spektrum (spectrum reassignment) bagi jalur 900 MHz dan 1800 MHz telah dilaksanakan secara saksama.
Apakah jumlah perolehan kewangan yang terhasil menerusi proses tersebut.
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Bayan Baru pada 29 Mac 2016 kerana menyentuh perkara yang sama iaitu berkenaan peruntukan semula spektrum.
Spektrum adalah sumber negara yang terhad dan ianya digunakan untuk memberi perkhidmatan tanpa wayar termasuk perkhidmatan bergerak. Di antara jalur spektrum yang digunakan bagi perkhidmatan bergerak adalah jalur 900 MHz band dan 1800 MHz band.
Jalur ini sedang digunakan oleh tiga pemberi perkhidmatan melalui penguntukan radas atau apparatus assignment yang perlu diperbaharui secara tahunan. Bahagian spektrum di kedua-dua jalur tersebut adalah seperti berikut:
| 900 MHz | 1800 MHz | |||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Celcom | 34 | 50 | ||||
| Maxis | 32 | 50 | Digi | 4 | 50 |
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak
Mengambil kira perkembangan teknologi serta peningkatan kualiti dan kelajuan termasuk liputan yang luas di kawasan luar bandar dan pendalaman bagi perkhidmatan bergerak, kerajaan mengambil pendekatan untuk mengagihkan semula spektrum di jalur 900 MHz dan 1800 MHz. Objektif pengagihan semula ini adalah untuk menyelaraskan semula spektrum supaya jalur-jalur ini boleh digunakan dengan lebih efisien dan saksama.
Di samping itu pemberian perkhidmatan juga dapat menggunakan teknologi terkini di kedua-dua jalur tersebut.
Perancangan untuk pengagihan semula spektrum di kedua-dua jalur ini telah pun dimulakan sejak tahun 2010 memandangkan bahawa beberapa faktor perlu diambil kira di antaranya perkembangan teknologi, rasionalisasi pasaran dan kaedah peruntukan, tempoh masa yang telah diambil untuk memuktamadkan rancangan ini adalah agak lama.
Peruntukan spektrum boleh dilakukan melalui tiga kaedah iaitu secara pentadbiran, tender dan lelongan. Setakat ini hanya dua kaedah yang digunakan iaitu pentadbiran dan tender.
Bagi jalur 900 MHz dan 1800 mega MHz kaedah pengagihan spektrum yang digunakan sebelum ini adalah melalui pentadbiran dan bukan lelongan. Ini adalah bagi mengelakkan kemungkinan harga spektrum yang terlalu tinggi. Sekiranya berlaku, pemberi perkhidmatan akan menanggung kos spektrum yang tinggi ini akan memberi kekangan kepada pemberi perkhidmatan untuk membuat pelaburan dan peluasan rangkaian.
Dengan mengambil kira perkara-perkara yang di sebut di atas dalam pelaksanaan pengagihan semula spektrum jalur 900 MHz dan 1800 MHz dia agihkan secara saksama kepada empat pemberi perkhidmatan utama iaitu Celcom, Maxis, Digi dan u-Mobile. Jumlah lebar jalur yang diagihkan kepada pemberi perkhidmatan tersebut adalah seperti berikut:
| 900 MHz | 1800 MHz | |
|---|---|---|
| Celcom | 20 | 40 |
| Maxis | 20 | 40 |
| Digi | 10 | 40 |
| u-Mobile | 10 | 30 |
Bahagian kedua di kedua-dua jalur ini adalah melalui peruntukan spektrum iaitu spectrum assignment, di mana tempoh penggunaan adalah selama 15 tahun. Ini adalah bertujuan supaya pemberi perkhidmatan mendapat jaminan jangka masa panjang dari segi pembangunan perniagaan dan peluasan rangkaian. Pemilihan empat pemberi perkhidmatan ini adalah kerana mereka telah mempunyai asas infrastruktur yang boleh diperluaskan untuk meningkatkan lagi daya saing dalam industri komunikasi. Selain itu, penambahan dari tiga ke empat memberi perkhidmatan adalah untuk menggalakkan persaingan di dalam industri komunikasi.
Dengan pengagihan semula spektrum di jalur 900 MHz dan 1800 MHz pemberi- pemberi perkhidmatan akan dikenakan harga spektrum. Harga spektrum tersebut sedang dikaji dan akan ditentukan pada pertengahan tahun ini. Kajian penilaian harga dengan bantuan pakar penilaian antarabangsa sedang dijalankan. Sekian, terima kasih.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri kerana sudi hadir untuk menjawab soalan saya.
Tuan Yang di-Pertua, memangnya saya setuju sepenuhnya atas exercise yang telah dijalankan oleh SKMM supaya spektrum itu dapat diagih semula dan ditentukan semula kepada semua pelesen SKMM secara saksama. Saya mengutip daripada ucapan Menteri semasa kerajaan menjalankan penyemakan semula bajet 2016 yang menyatakan exercise peruntukan semula spektrum itu akan dilakukan dengan berdasarkan market base approach. Kalaulah ianya dikeluarkan ataupun peruntukan semula dijalankan secara administration bermaksudnya ia mungkin akan melibatkan satu macam bayaran upfront. Jadi Menteri tadi ada sebut ada tiga cara yang boleh dijalankan apabila pengagihan spektrum itu dijalankan di seluruh dunia iaitu menerusi administrative process, yang kedua pembidaan secara tender terbuka dan yang ketiga ialah secara lelongan. Jadi saya nak tanya kenapa, apa natijahnya kerajaan mengambil langkah ataupun SKMM mengambil langkah yang penguntukan semula dijalankan secara administrative dan bukannya seperti mana yang dijalankan di negara-negara jiran yang terdekat di Singapura dan juga di Thailand yang menggunakan kaedah lelongan.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Adakah ini satu cara supaya kita boleh membentuk satu suasana di mana kartel itu tidak terwujud, kerana kalau menerusi pembidaan secara terbuka ataupun lelongan dan semua pemain industri itu akan- you asked for what you need and you asked for what you can afford dan bukannya diserahkan begitu sahaja, apa jawapan Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih atas soalan tersebut. Seperti mana yang telah saya telah saya katakan tadi bahawa ada tiga kaedahnya. Pertama ialah pentadbiran, kedua ialah tender dan ketiga adalah lelongan. Kita di Malaysia ini telah mengadakan dua cara pada ketika ini iaitu sepertimana yang saya katakan pentadbiran dan kita pernah juga gunakan cara tender iaitu melalui bidding contest dalam soal 2100 MHz. Lelongan ini memang diadakan di tempat yang lain tetapi ianya juga tidak semestinya menyelesaikan masalah, kalau dilihat daripada konsep harganya memang mungkin tepat.
Namun kita di Malaysia kita kena mengambil kira beberapa perkara antara pertama yang kita ambil kira ialah roll out plan kita, dengan izin. Kedua kita juga kena melihat kualiti servis perkhidmatan yang berkualiti. Ketiga kita juga harus lihat affordability price, harganya. Keempat kita juga harus melihat equity participation, dan kelima kita juga lihat pembangunan di luar bandar.
Semua ini harus diambil kira dalam kita melaksanakan agar apa yang kita lakukan tidak ‘rock the boat’. Itu yang paling penting. Suka juga kita maklumkan bahawa walaupun ia diadakan melalui pentadbiran tetapi harga pada ketika ini akan dibuat secara pasaran, itulah sebabnya kita melantik pakar dalam bidang ini supaya kita boleh menentukan agar kita dapat optimize hasil daripada exercise yang kita lakukan. Jadi pada kita hasil daripada exercise ini sudah tentulah ia akan menentukan agar kita dapat optimize the usage of spectrum dan juga dapat optimize revenue kepada kerajaan.
Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Dengan menggunakan harga spektrum kepada pemberi perkhidmatan, bagaimanakah kerajaan akan menentukan ini tidak akan membebankan rakyat? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak
Terima kasih atas soalan tersebut. Sebenarnya memang antara syarat yang kita akan tentukan ialah bahawa harga itu haruslah diturunkan, bukannya pula dinaikkan. Itulah sebabnya dalam kita hendak melaksanakan exercise ini, kita akan tentukan agar bayaran yang akan dibuat oleh pihak telco haruslah diadakan secara ansuran. Seperti mana juga yang telah kita lakukan pada 2001 megahertz. Dengan kaedah sedemikian maka ia tidak akan membebankan telco dan ini juga untuk membolehkan telco untuk melaksanakan program-program lain demi kepentingan rakyat. Antaranya ialah untuk menentukan agar ia dapat diliputi di seluruh pelosok negara kita dan juga dipentingkan agar kelajuannya itu dapat diberi keutamaan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3. Tuan Khoo Soo Seang [Tebrau] minta Menteri Kewangan menyatakan, berapa bilangan peniaga yang telah diambil tindakan dan didakwa di mahkamah sehingga Januari 2016 di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 sejak GST dilaksanakan.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Chua Tee Yong
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, dalam tempoh 10 bulan pelaksanaan GST iaitu dari 1 April 2015 sehingga 31 Januari 2016, sebanyak 1,190 kes telah disiasat oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang melibatkan kesalahan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 kes telah dibawa ke Mahkamah Sesyen. Kesemua kesalahan tersebut telah diselesaikan, melibatkan penyelesaian secara mengenakan denda yang keseluruhannya berjumlah RM125,000.
Sekian terima kasih.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua sedia maklum sekiranya sesebuah negara bergantung semata-mata kepada punca pendapatan yang terhad adalah seolah-olah memasukkan semua telur ke dalam satu bakul. Maka untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara demi menstabilkan ekonomi negara kerajaan memperkenalkan GST.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Namun demikian kerajaan juga menyediakan senarai barang dikecualikan GST dan sifar GST yang komprehensif untuk meminimumkan beban kewangan rakyat amnya dan golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah khasnya.
Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, anggaran jumlah cukai GST yang dilepaskan oleh kerajaan akibat pengecualian dan penetapan bekalan berkadar sifar GST sejak pelaksanaannya. Juga kesan GST ke atas usaha kerajaan mempelbagaikan sumber pendapatan demi kestabilan ekonomi negara yang meyakinkan para pelabur tempatan dan asing. Tuan Yang di-Pertua, Bertelur ayam betina berkokok ayam jantan, Soalan tambahan mohon penerangan.
Datuk Chua Tee Yong
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan. Jawapan...
Pergi pasar beli ikan, Soalan tambahan inilah jawapan. Dari segi soalan yang telah ditanya khususnya jumlah anggaran cukai selepas kerajaan telah mengumumkan, terutamanya barang dan perkhidmatan yang dikenakan kadar sifar atau dikecualikan GST. Sebenarnya anggarannya selepas penambahan di mana kita melihat selain daripada makanan asas, pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan dari segi kewangan, terdapat juga cadangan tambahan pada tahun 2015 dan tahun 2016 di mana dari segi buah-buahan, ubat, petroleum dan juga boleh dibekalkan tambahan terutamanya dari segi ubat-ubatan.
Anggaran cukai yang telah tidak ataupun hilang kerana tidak dikenakan GST adalah sebanyak RM10 bilion. Ini jelas menunjukkan kerajaan dari segi pelaksanaan telah melihat beberapa faktor untuk memastikan pelaksanaan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan impak atau kadar inflasi.
Selain daripada itu dengan adanya pelaksanaan GST, kita telah berjaya mempelbagaikan pendapatan atau sumber pendapatan negara kita. Kalau kita lihat secara peratus untuk tahun 2014, cukai jualan dan cukai perkhidmatan atau sales and service tax, dengan izin, merangkumi 8 peratus daripada jumlah pendapatan negara. Untuk GST pada tahun 2016 dianggarkan ia akan merangkumi 18 peratus daripada jumlah pendapatan.
Kita juga semua harus faham bahawa dengan adanya pelaksanaan GST dia tidak sebenarnya dapat menggantikan keseluruhan, terutamanya pengurangan pendapatan khususnya akibat pengurangan dari segi harga minyak. Di mana pada tahun 2014, sumber pendapatan kerajaan daripada hasil petroleum dan juga dividen daripada Petronas adalah sebanyak RM66 bilion.
Kita anggar untuk tahun ini ia mungkin akan berkurangan di antara RM25 bilion hingga RM31 bilion. Maka ia menunjukkan penurunan yang mendadak. Selain daripada itu GST adalah untuk menggantikan sales and service tax di mana pada tahun 2014 cukai jualan dan cukai perkhidmatan adalah sebanyak RM17 bilion. Sekian terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin merujuk kepada soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau kepada Menteri Kewangan berhubung tindakan ataupun pendakwaan yang telah ataupun akan diambil terhadap peniaga-peniaga dalam pelaksanaan GST semenjak 2014.
Cuma persoalan saya, bagaimana pula tindakan terhadap kerajaan yang telah gagal melunaskan tuntutan input tax credit (ITC). Hari ini ramai peniaga mengemukakan aduan kerana tuntutan ITC yang sewajarnya dilaksanakan dalam tempoh sebulan setelah tuntutan dibuat kepada Jabatan Kastam, tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan.
Jadi, maka apa yang berlaku ialah peniaga-peniaga kecil yang sepatutnya mendapat tuntutan ITC ini dalam tempoh sebulan setelah submission dibuat, tidak mendapat tuntutan yang sewajarnya. Kalau mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan, ianya dalam tempoh 14 hari. Jadi, persoalan saya mengapa kerajaan mengambil satu tempoh yang begitu lama untuk melunaskan tuntutan ITC ini. Keduanya, berapakah jumlah tunggakan yang terkumpul pada hari ini kepada peniaga-peniaga yang memerlukan tuntutan tersebut untuk meneruskan perniagaan mereka. Terima kasih.
Datuk Chua Tee Yong
Terima kasih atas soalan tambahan. Dari segi tuntutan input tax cukai ini sebenarnya negara kita telah menetapkan hari yang boleh dikatakan mencabar.
Datuk Chua Tee Yong
Khususnya dari segi kajian KPMG telah menunjukkan purata kebanyakan tuntutan cukai input untuk kebanyakan negara-negara yang melaksanakan GST adalah antara 30 hari atau lebih daripada 30 hari.
Selain daripada itu saya ingin menegaskan bahawa tindakan-tindakan yang telah diambil ke atas boleh dikatakan peniaga-peniaga merupakan boleh dikatakan kelonggaran yang telah diberi. Ini kerana kebanyakan kesalahan-kesalahan tidak diambil kira tetapi kesalahan-kesalahan serius yang hanya diambil kira. Sebagai contoh, kesalahan atau kebanyakan kesalahan yang diputuskan untuk diambil tindakan adalah kerana:
(i) kebanyakan adalah tidak mengeluarkan invois, di mana peniaga langsung tidak memberi invois kepada pihak pelanggan, di mana pelanggan pun tidak akan mengetahui sama ada GST yang dikutip itu akan diberi kepada kerajaan;
(ii) di mana mengutip GST sebelum pelaksanaan GST; dan
(iii) tidak mendaftar walaupun mempunyai pendapatan lebih daripada RM500,000.
Sebenarnya untuk pengurusan terutamanya kes-kes atau memproses kes-kes tuntutan input cukai atau cukai input ini, pihak kerajaan atau pihak kastam perlu sentiasa berhati-hati khususnya dalam tahun 2015 sebenarnya tuntutan cukai input yang telah dibayar balik adalah sebanyak RM10 bilion. Ini menunjukkan bahawa ada tuntutan cukai yang telah dibayar balik.
Datuk Chua Tee Yong
Akan tetapi, terdapat juga yang telah tidak diterima kerana tuntutan itu tidak mempunyai dokumen yang lengkap atau dokumen-dokumen yang telah disertakan adalah suspicious, dengan izin, di mana sebanyak 800 juta daripada tuntutan cukai telah ditolak dan syarikat-syarikat tersebut juga tidak boleh dikatakan memohon atau membuat appeal.
Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat tuntutan-tuntutan cukai yang cukai input yang mencurigakan dan oleh itu pihak kastam perlu sentiasa berhati-hati.
Dan saya yakin dari segi tuntutan cukai untuk 14 hari ini, telah meningkat.
Sehingga sekarang, mengikut data yang saya terima, telah meningkat sehingga 69 peratus.
Sekian, terima kasih.
4. Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, tabung modal pusingan di bawah Suruhanjaya Koperasi peruntukan RM10 juta setiap koperasi yang layak. Apa prestasi disbursement- bayaran balik, dan sejauh mana tabung ini dimanfaatkan untuk pembangunan koperasi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berperanan mengembangkan aktiviti perniagaan koperasi dengan menyediakan fasiliti pembiayaan Tabung Modal Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi (TMPJPK) kepada semua koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993.
Pembiayaan TMPJPK ini telah diwujudkan pada November 1985 untuk memberi pembiayaan mudah kepada koperasi bagi menjalankan projek-projeknya yang berdaya maju. Had maksimum pembiayaan TMPJPK bagi sesebuah koperasi adalah sebanyak RM10 juta dan pembiayaan ini juga memperuntukkan had maksimum pembiayaan tanpa cagaran sebanyak RM50,000.
Sepanjang tahun 2015, sejumlah 195 permohonan pembiayaan telah diluluskan berjumlah RM226.35 juta manakala kutipan balik pembiayaan TMPJPK sepanjang tahun 2015 adalah bernilai RM131.06 juta. Koperasi telah memanfaatkan pembiayaan ini untuk membangunkan aktivitinya. Pembiayaan TMPJPK mengikut entry point projects (TPP) adalah seperti berikut:
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
Jumlah
| Bil. 1 | Aktiviti Perkhidmatan kewangan | (RM juta) 86.44 |
|---|---|---|
| 2 | Pemborongan dan peruncitan | 4.00 |
| 3 | Pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan | 1.05 |
| 4 | Pertanian dan industri asas tani | 1.86 |
| 5 | Perladangan | 9.57 |
| 6 | Pembangunan hartanah dan industri pembinaan | 123.43 |
| Jumlah | 226.35 |
Sehingga kini, jumlah pembiayaan keseluruhan yang telah dimanfaatkan oleh gerakan koperasi seluruh negara adalah sebanyak RM1.6 bilion bagi mengembangkan aktiviti dan asetnya. Bagi tahun 2016, Tabung Modal Pusingan bersedia untuk menyalurkan pembiayaan dengan dana sebanyak RM250 juta. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri kerana memberikan jawapan yang begitu baik kepada soalan saya.
Kita tahu bahawa koperasi ini adalah salah satu cara di mana kita boleh berniaga dan kita boleh mencari modal untuk perniagaan tanpa kita meminjam dengan bank yang kita tahu kebanyakan bank menggunakan sistem riba dan kita boleh mengurangkan hutang kepada sistem perbankan yang ada sekarang ini. Jadi kita sepatutnya menggalakkan kerja- kerja koperasi ini yang mana peserta-pesertanya berpakat untuk memajukan diri mereka dan perniagaan mereka.
Saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada kerajaan kerana menyediakan tabung ini untuk membantu koperasi-koperasi ini.
Soalan saya ialah memandangkan banyak juga yang tidak membayarnya daripada yang dipinjam dari tahun lepas, misalnya yang dipinjam RM226 juta yang dibayarkan hanya RM131 juta, maka di sana itu masalah pengurusan. Saya perhatikan juga bahawa yang menggagalkan koperasi ini ialah pengurusan-pengurusan pada koperasi. Jadi saya ingin tahu apakah usaha yang dilakukan oleh pihak koperasi dan kementerian untuk membantu supaya koperasi ini diurus dengan baik dan jika ada penyelewengan di kalangan pengurus- pengurus ini, apakah tindakan-tindakan yang sudah dilakukan oleh pihak kementerian, kepada pengurus-pengurus yang tidak beramanah? Terima kasih.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Puteh, sekurang-kurangnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana menyalurkan beberapa pembiayaan melalui koperasi.
Benar, sebenarnya inilah dia salah satu bantuan kerajaan untuk menggalakkan koperasi-koperasi meminjam secara syariah compliance. Bukan itu sahaja, kita juga adalah merupakan satu-satunya badan di mana kita berikan yang paling murah dalam dunia, saya rasa.
Daripada jumlah Yang Berhormat sebut tadi, RM226 juta hanya RM131 juta yang kita terima balik, sebenarnya dia ada maksimum pinjaman sehingga 20 tahun. Jadi bukan bermakna yang RM131 juta itu mereka tidak bayar, tidak, tetapi masih dalam tempoh. Jadi, insya-Allah, sehingga tempoh masanya nanti, saya yakin kita akan terima balik.
Contohnya, jumlah keseluruhannya yang telah kita beri sebanyak RM1.6 bilion.
Akhirnya hari ini kita sudah terima lebih kurang RM500 juta kembali pembayaran yang telah dibuat oleh koperasi dari tahun 1985. Manakala pinjaman pula, mula-mula kita beri RM50,000. Kalau mereka baik hendak buat pinjaman lagi, kita benarkan sehingga RM150,000. Manakala maksimum bagi pinjaman bagi tiap-tiap satu koperasi adalah sebanyak RM10 juta. Maka jumlah yang Yang Berhormat beritahu kita itu adalah jumlah yang masih belum dibayar, bukan mereka tidak bayar.
Kedua tentang masalah pengurusan. Saya bersetuju, dalam masalah pengurusan koperasi ini Tuan Yang di-Pertua, ada koperasi-koperasi yang menyalahgunakan akta yang ada melalui SKM. Oleh sebab itu, saya telah mengarahkan supaya SKM melihat kembali tentang akta yang ada untuk adakan penambahbaikan yang akan kita buat.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
Contohnya, koperasi ini kita akan bahagikan kepada tiga kumpulan iaitu tier 1, tier 2 dan tier 3 supaya kita tidak gabungkan semua koperasi itu menjadi satu yang sama kerana kumpulan-kumpulan yang cara pengurusannya, corporate governance yang begitu baik sekali, maka kita letakkan dalam kumpulan yang pertama.
Kumpulan yang kedua ialah kumpulan yang sudah boleh dipertingkatkan untuk lebih maju ke hadapan, untuk boleh bersaing dengan syarikat-syarikat besar, kita letakkan di tier 2. Manakala syarikat-syarikat atau koperasi yang baru ini, kita letakkan dalam kumpulan yang ketiga dan kita beri dia bermacam-macam kursus untuk bukan hanya kepada anggota koperasi tetapi begitu juga ahli-ahli lembaga koperasi supaya mereka dapat memahami akta yang ada dan yang keduanya, bagaimana untuk menguruskan koperasi itu sendiri.
Manakala ahli-ahli lembaga yang telah pun menyalahgunakan akta ini, kita panggil dan kita berikan tindakan-tindakan yang sewajarnya. Ada yang mereka kita blacklist supaya tidak lagi menjadi ahli lembaga di dalam koperasi. Inilah beberapa tindakan yang telah pun kita ambil.
Insya-Allah, buat masa hadapan, koperasi ini boleh membantu negara untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi domestik negara. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Tahniah diucapkan kepada kementerian kerana banyak membantu koperasi-koperasi.
Sehubungan dengan itu, saya ingin dimaklumkan berapakah jumlah projek berdaya maju yang telah dibantu oleh pihak koperasi yang berjaya mendapat tempat di pasaran antarabangsa?
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Bagaimanakah pemantauan dilaksanakan terhadap penggunaan pembiayaan tabung modal pusingan ini? Terima kasih.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih atas soalan yang telah pun dikemukakan. Saya hendak jelaskan di sini, seperti yang saya kata tadi, Tuan Yang di-Pertua bahawa kumpulan-kumpulan atau koperasi yang besar ini seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan Petronas, mereka ini telah pun bersaing di peringkat dunia. Maka sudah tentu projek-projek yang mereka uruskan adalah projek-projek yang besar yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Ini tidak menimbulkan banyak masalah kepada mereka yang sentiasa kita bantu dan mereka pun dapat membayar balik pinjaman kepada kita.
Manakala beberapa pembiayaan yang Yang Berhormat tanyakan, saya hendak jelaskan. Tadi saya sudah jawab. Daripada jumlah yang telah kita berikan, RM1.6 bilion pembiayaan yang telah kita berikan, sehingga kini hanya tinggal lebih kurang RM1.1 bilion yang masih lagi belum dibuat penjelasan 100 peratus manakala daripada jumlah yang kita lihat itu, kebanyakan dari koperasi ini Tuan Yang di-Pertua, adalah mereka yang bukan buat sekali pinjaman tetapi sudah banyak kali pinjaman.
Pada asalnya RM1 juta kemudian dipertingkatkan hingga RM3 juta hingga RM5 juta dan akhirnya sehingga RM10 juta. Ini menunjukkan bahawa mereka sudah mampu untuk bersaing. Jumlah yang sebenarnya saya tidak boleh hendak beri sekarang tetapi percayalah dan yakinlah bahawa melalui koperasi ini kita telah mampu melahirkan banyak lagi sektor-sektor yang boleh membantu pertumbuhan ekonomi dalam negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
5. Dato' Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah tindakan yang dikenakan terhadap individu-individu yang mengurniakan pangkat darjah kebesaran secara haram yang semakin berleluasa sekarang ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, saya memang suka makan buah mangga. Saya jawab soalan nombor 5.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab pertanyaan ini bersekali dengan soalan-soalan lisan daripada Yang Berhormat Kudat pada 30 Mac, Yang Berhormat Kuala Selangor pada 31 Mac dan Yang Berhormat Tanah Merah pada 4 April yang menyentuh isu yang sama.
Pada masa ini kerajaan sedang menggubal satu undang-undang baru yang komprehensif untuk melindung sebarang aktiviti penyalahgunaan darjah kebesaran khususnya yang melibatkan pemberian, penerimaan dan penggunaan. Penggubalan undang-undang tersebut memerlukan penelitian mendalam terutamanya berhubung jenis- jenis kesalahan dan hukuman yang bakal dikenakan sebelum ia dimuktamadkan. Dalam hubungan ini, cadangan undang-undang tersebut telah dibentangkan di Pre-Council Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 16 Februari 2016 yang lalu. Rang undang-undang yang akan digubal kelak akan dibentangkan semula untuk persetujuan Majlis Raja-raja dan seterusnya dibentangkan di Parlimen untuk kelulusan.
Sehubungan dengan itu, sementara rang undang-undang ini masih belum dimuktamadkan, orang ramai dinasihatkan untuk tidak terlibat dalam apa-apa juga aktiviti termasuk memberi, menerima dan memakai darjah kebesaran yang meragukan. Sekiranya terdapat keraguan ke atas mana-mana penganugerahan darjah kebesaran, orang ramai bolehlah merujuk kepada Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa Jabatan Perdana Menteri untuk pengesahan. Terima kasih.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan hak memberi darjah ini adalah hak eksklusif Raja-Raja Melayu dan Gabenor atau ketua negeri masing-masing. Selain daripada institusi ini, mereka yang memberi pengiktirafan ini mestilah dianggap telah melakukan kesalahan dan harus dihukum. Contoh lain yang saya boleh bagi ialah mereka yang mendapat Certificate of Legal Practice (CLP).
Ia diberi oleh Legal Profession Qualifying Board ataupun AR arkitek dikeluarkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia, IR dikeluarkan oleh board of engineer ataupun IPTA atau IPTS yang diiktiraf boleh memberi certificate, diploma, degree dan sebagainya.
Selain daripada mereka ini, ia mestilah dianggap telah melakukan kesalahan. Oleh itu adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan seksyen 416 Kanun Keseksaan.
Mereka ini yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 416 ini adalah mereka yang dikatakan menipu dengan jalan samaran sekiranya dia berpura-pura menyamar menjadi orang lain atau dengan mengetahui menggantikan pihak lain atau membuat representasi bahawa beliau adalah orang lain daripada diri dia yang sebenar.
Ini yang seperti berlaku sekarang. Mereka ini menganugerahkan Datuk dan sebagainya yang mana mereka lebih maklum bahawa mereka tidak layak untuk memberi.
Adakah mereka telah melakukan kesalahan dan seksyen ini boleh digunakan kepada mereka dan berapakah orang-orang seperti ini telah didakwa.
Akhir sekali, sekiranya undang-undang baru ini telah digubal, apakah status mereka yang telah menerima penganugerahan ini? Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Yang Berhormat, memang betul. Kalau kita lihat pada hari ini, selagi undang-undang baru itu belum lagi diiktiraf, dimuktamad dan diluluskan oleh Majlis Raja-raja dan dibawa ke Parlimen, setakat ini, undang-undang yang wujud yang boleh kita tengok dalam hal ini di bawah seksyen 416 dan 419 di bawah Kanun Keseksaan yang dilihat dalam kategori membawa kesalahan yang boleh disabitkan tujuh tahun penjara dengan denda atau kedua- duanya sekali.
Akan tetapi yang agak meragukan setakat ini, Tuan Yang di-Pertua, tidak ada langsung kes yang mana seorang dituduh di bawah seksyen 416 dan 419. Sebenarnya, pada hari ini, selain daripada menunggu kewujudan akta baru ini, sesiapa boleh pergi ke balai polis dan membuat laporan dan laporan itu boleh dibuat dalam apa-apa aspek terutama sekali dalam darjah kebesaran sebab dalam negara kita, darjah kebesaran yang hanya diakui adalah penganugerahan di peringkat persekutuan yang dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, penganugerahan di peringkat negeri-negeri yang dikurniakan oleh Sultan-sultan, Raja-Raja dan TYT Yang Di-Pertua Negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia.
Penganugerahan di peringkat Wilayah Persekutuan yang disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan akhir sekali penganugerahan daripada Ketua- ketua Negara yang berdaulat yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Penganugerahan selain daripada yang dinyatakan di atas ini adalah tidak diiktiraf dan tidak boleh digunakan dalam sebarang urusan rasmi.
Akan tetapi yang berlaku hari ini, kadang-kadang kita berdepan, Yang Berhormat dengan Datuk Seri. Dengan Datuk dalam business card, contohnya, Tuan Yang di-Pertua.
Kita kena tanya. Ini daripada mana. Sebenarnya bila kita tanya, yang terbaiknya Tuan Yang di-Pertua, dia mengaku buat daripada sini, daripada sana yang mana kita tahu tidak dalam kategori yang disebut. Jadi undang-undang pada hari ini di bawah Kanun Keseksaan, kita boleh buat laporan polis dan mereka boleh disiasat dan kemudian boleh dituduh dan dikenakan penjara dan juga denda termasuk kepada kesalahan. Akan tetapi setakat ini, daripada yang saya persoalkan di Bahagian Istiadat, setakat ini ada pertanyaan tetapi tidak ada apa-apa individu yang dituduh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan dalam soalan Yang Berhormat Setiawangsa tadi. Saya hendak tanya soalan tambahan ini berkaitan dengan penganugerahan yang sah dan bukan yang tidak sah. Sebagaimana yang kita maklum bahawa penganugerahan sesuatu darjah kebesaran ataupun pingat, dia mempunyai asas-asas dan juga justifikasi tertentu.
Antaranya kalau pegawai kerajaan, dia mesti disahkan mempunyai rekod perkhidmatan yang bersih, tidak ada penyalahgunaan kuasa, tidak ada kes tatatertib. Bagi orang biasa ataupun tokoh-tokoh masyarakat, dia mesti yang berjasa kepada masyarakat, tidak ada rekod jenayah dan sebagainya. Jadi soalan saya, akhir-akhir ini kita lihat ramai mereka yang menerima anugerah. Pelbagai anugerah daripada mana-mana pihak. Sultan ataupun Raja-raja ini terlibat dengan kes-kes jenayah di mahkamah.
Mereka sesetengahnya dituduh dengan kes rasuah, penyalahgunaan kuasa ataupun pecah amanah jenayah malah ada yang melakukan jenayah berat termasuk membunuh. Jadi saya hendak tahu sejauh mana ketatnya penapisan ataupun tapisan yang dibuat oleh pihak-pihak yang hendak menganugerahkan darjah-darjah ini kepada calon- calon sama ada yang diangkat ataupun yang memohon untuk mendapatkan anugerah ini.
Mohon jawapan. Terima kasih.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu kerana bertanya soalan itu tetapi untuk menjawab, setakat ini saya melihat bahawa keputusan dalam pemberian itu adalah tertakluk kepada mereka yang terlibat dalam kategori 4. Kalau kita lihat yang mana di peringkat persekutuan yang dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, penganugerahan di peringat negeri, kemudiannya di peringkat Wilayah Persekutuan dan juga di peringkat Ketua-ketua Negara yang berdaulat dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Ini semua tertakluk kepada penilaian.
Sebenarnya Yang Berhormat Kota Bharu, kalau kita tengok sejak kebelakangan ini mereka yang mempunyai darjah kebesaran apabila telah dituduh dan didapati bersalah, ada juga keluar kenyataan yang mana Tuanku-tuanku Sultan yang memberi ada mengeluarkan kenyataan untuk menarik balik. Baru-baru ini kita tengok kes yang berlaku di negeri Selangor. Akan tetapi dari segi penilaian, saya tidak dapat memberi jawapan yang tepat tetapi saya boleh membuat andaian, mereka akan membuat satu kata orang due diligence, dengan izin. Saya rasa Yang Berhormat Kota Bharu tahulah due diligence dalam perkara ini.
Akan tetapi yang berlakunya selalunya mereka yang memberi, mereka itu sahajalah yang berhak mengambil balik. Kalau dalam kes ini kadang-kadang ada juga yang berjawatan, bertajuk Dato’ atau Dato’ Seri dalam penjara Tuan Yang di-Pertua, ada juga.
Sama ada yang pemberi itu hendak ambil balik, terpulang kepada budi bicaranya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
6. Puan P. Kasthuriraani A/P Patto [Batu Kawan] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, berapa ramai pekerja industri minyak dan gas yang telah diberhentikan dalam tempoh lima tahun ini serta tindakan dan pelan jangka panjang dan jangka pendek pihak kerajaan untuk membantu mereka.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera, salam 1Malaysia dan salam sehati sejiwa. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Maran dan rombongan yang lain-lain sebelumnya daripada sekolah dan juga GPMS...
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab pertanyaan ini bersama-sama dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Simpang Renggam pada 23 Mac 2016 kerana ia berkaitan isu yang sama iaitu pemberhentian pekerja dalam industri minyak dan gas.
Tuan Yang di-Pertua, sikit makluman awal. Mengikut kajian, seorang daripada tiga orang pekerja dalam sektor minyak dan gas upstream di seluruh dunia hilang pekerjaan mereka dalam tempoh 12 bulan lalu berikutan kejatuhan harga minyak yang menyaksikan ekonomi merudum. Juga satu kajian dibuat Tuan Yang di-Pertua, 28,000 orang pekerja di 28 buah negara mendapati bahawa 93 peratus majikan mengakui terpaksa mengurangkan kakitangan mereka pada tahun lalu.
Tuan Yang di-Pertua, soalan khusus yang ditujukan, berdasarkan laporan yang dibuat oleh majikan ke Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia, terdapat seramai 2,244 orang pekerja dalam industri petroleum dan gas telah diberhentikan bagi tempoh 2010 hingga 2015. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,988 orang pekerja telah ditamatkan kontrak oleh majikan dan seramai 250 orang pekerja telah menamatkan kontrak secara skim pemisahan sukarela (VSS). Daripada jumlah 2,244 orang pekerja ini, seramai 2,012 adalah pekerja tempatan dan 142 orang pekerja asing.
Tuan Yang di-Pertua, kalau saya sebutkan detail sedikit sebab Yang Berhormat Batu Kawan bertanyakan tentang pecahan lima tahun ini.
| TAHUN | JUMLAH (ORANG) |
|---|---|
| 2010 | 51 |
| 2011 | 14 |
| 2012 | - |
| 2013 | 26 |
| 2014 | 521 |
| 2015 | 1632 |
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja akan terus membantu pekerja-pekerja yang telah dan bakal kehilangan pekerjaan dalam industri petroleum dengan menggalakkan mereka mendaftar dengan portal JobsMalaysia bagi mencari peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan dalam portal tersebut. Melalui perkhidmatan ini, permohonan pekerja yang diberhentikan tersebut akan dipadankan dengan kekosongan jawatan yang didaftarkan oleh syarikat-syarikat mengikut kesesuaian dan kelayakan akademik mereka.
Program-program lain juga akan terus dilaksanakan oleh pihak kementerian pada tahun 2016 bagi membantu pekerja yang telah diberhentikan ekoran daripada masalah penutupan syarikat. Komitmen ini dicapai melalui Program Penempatan Pekerjaan (3P) dengan melibatkan beberapa aktiviti khusus seperti karnival kerjaya, temu duga terbuka, kembara kerjaya, kerjasama dengan agensi yang lain, holiday placement for students, dengan izin, dan program penyesuaian kerjaya.
Pihak kementerian juga akan menggunakan pendekatan yang sama untuk membantu pekerja sokongan yang bekerja dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan industri gas dan petroleum ini serta bidang-bidang lain yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat mereka iaitu dengan menggalakkan mereka berdaftar dengan portal JobsMalaysia dan melibatkan diri mereka dalam program 3P. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan daripada jawapan Timbalan Menteri.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri berkata kerajaan akan terus bantu dan memberi galakan supaya pekerja-pekerja oil and gas yang telah ditamatkan perkhidmatan memohon dengan JobsMalaysia tetapi Yang Berhormat, JobsMalaysia ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, bukan spesifik kepada golongan dari oil and gas yang telah ditamatkan perkhidmatan. Saya juga ingin mencadangkan agar maternity leave dan medical benefit untuk medical dan maternity ini diteruskan bagi pekerja-pekerja dalam bidang oil and gas yang telah ditamatkan perkhidmatan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan di sini agar pampasan yang berpatutan diberikan kepada staf-staf dan pekerja dalam bidang oil and gas ini yang telah ditamatkan perkhidmatan mereka. Ada segelintir pekerja yang bekerja dengan syarikat konsultan Petronas atau Shell yang selepas 13 tahun berkhidmat, hanya diberikan pampasan untuk setahun sahaja. Mungkin boleh bertahan sekejap sahaja. Adakah kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan pampasan tersebut atau melaraskan di antara syarikat di bawah GLC, GOC dan juga syarikat swasta supaya nasib mereka ini boleh terbela dalam masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi. Kita harus beranggapan bahawa harga minyak akan naik dan tidak akan turun selama-lamanya. Jadi pada masa itu, pada masa harga minyak naik, pasti syarikat-syarikat oil and gas ini memerlukan tenaga kerja yang mereka tamatkan perkhidmatan. Jadi saya ingin cadangkan di sini supaya mereka ini diberikan sama ada unpaid leave ataupun half pay ataupun bonus mereka dikurangkan supaya mereka masih lagi, dengan izin, remain in the pool of employees so that they can be adapted back into the system. Dalam tangan saya ini ada satu cerita yang sangat sedih. Grad dari UIA dalam bidang biochemical engineering, beliau telah mendapat kontrak, menandatangani kontrak bersama dengan Petronas. Bekerja dari bulan Jun tahun lepas, gaji RM10,000 sebulan tetapi baru-baru ini mendapat phone call mengatakan perkhidmatan beliau telah ditamatkan. Jadi hari ini beliau menjadi tuition teacher, memberikan tuition Math and Science dan gaji beliau hari ini RM540 sahaja. Jadi this story is just one of many hundred and thousand, Yang Berhormat Menteri. Jadi this is an endemic, it becomes pandemic. So what is Malaysia doing because we are oil producing country. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Timbalan Menteri sebelum menjawab, saya sering kali mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam soalan tambahan jangan terlampau panjang soalan tambahan itu. Insya-Allah penambahbaikan Parlimen yang melibatkan Ahli Yang Berhormat bertanya kepada Menteri-menteri sewaktu sesi Prime Minister’s Question Time soalan cuma dalam 30 seconds. Mulailah sekarang ini praktis untuk bertanya pendek-pendek kerana pada ketika itu siapa yang lebih 30 seconds, saya tidak akan benarkan soalan itu terjawab. Begitu juga dengan Menteri, kalau menjawab nanti tidak lebih daripada seminit, dua minit. Kalau lebih daripada itu, saya berhentikan. Jadi mulai sekarang, praktis. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan.
Pandangan Yang Berhormat cukup baik. Kita terima satu pandangan yang boleh memberikan sokongan kepada masa depan pekerja-pekerja kita.
Tuan Yang di-Pertua, sememangnya banyak industri oil and gas ini terlibat dengan pekerja-pekerja kita, saya tidak perlu sebutkan satu persatu kerana terlalu panjang. Namun demikian, kerajaan tidak membiarkan pekerja-pekerja ini teraniayai kerana keadaan ekonomi. Sebab itulah marilah kita sama-sama berdoa supaya keadaan ekonomi dunia dan negara dan harga minyak bertambah baik dengan harapan kita tidak ingin melihat lagi pekerja-pekerja bukan sahaja dalam perkhidmatan oil and gas ini diberhentikan tetapi juga pekerja-pekerja yang lain. Sebab itulah janganlah kita buat satu yang tidak baik yang boleh merugikan negara kita termasuk menghukum kerajaan dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang Yang Berhormat ini betullah. Saya beri pandangan, jangan buat yang tidak baik, rugi kita Tuan Yang di-Pertua. Buat yang baik supaya sentiasa memberi faedah kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, walaupun pekerja- pekerja ini diberhentikan namun melalui Akta Kerja 1955, 1980 faedah-faedah di bawah peraturan-peraturan kerja faedah-faedah penamatan dan pemberhentian kerja sementara ini diperoleh oleh pekerja-pekerja kita.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Antara yang saya sebut Tuan Yang di-Pertua ialah upah untuk 10 hari setiap tahun penggajian, untuk bekerja berkhidmat kurang daripada dua tahun, upah 15 hari bagi setiap tahun penggajian, berkhidmat selama dua tahun tetapi kurang lima tahun, upah untuk 20 hari bagi setiap tahun penggajian untuk kerja berkhidmat lima tahun dan lebih. Ini adalah peruntukan minimum di bawah undang-undang. Namun demikian, banyak usaha- usaha lain yang dilakukan oleh kerajaan bagi kita memastikan supaya pekerja-pekerja yang ditamatkan ini dibela oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, antara usaha-usaha lain yang kita buat umpamanya kita ada sembilan ataupun sepuluh aktiviti yang memberi peluang kepada pekerja-pekerja bukan sahaja diberhentikan tetapi yang sedang mencari pekerjaan supaya mengisi ruang kosong ataupun mengisi untuk mendapatkan semula pekerjaan mereka. Portal JobsMalaysia yang saya sebut tadi bertepatan dengan kerjasama agensi yang lain. Temu duga terbuka yang kita buat, penempatan melalui program kerjasama dengan agensi-agensi yang lain termasuk swasta, program penyesuaian kerjaya, kemudian program penempatan golongan khas termasuk bekas banduan dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, antara usaha-usaha lain yang dibuat oleh kerajaan ialah umpamanya mengambil langkah berterus-terang mewujudkan peluang pekerjaan baru di samping memastikan status tenaga kerja tempatan tidak terjejas akibat pertumbuhan ekonomi global. Misalnya, pihak kementerian bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri Johor dalam projek-projek pembangunan seperti projek mega RAPID di Pengerang dan pembangunan sektor pelancongan di Desaru. Melalui pendekatan ini, akan membuka peluang pekerjaan yang banyak untuk rakyat Malaysia dan seterusnya menunjukkan jaminan dalam pekerjaan.
Umpamanya RMKe-11, 1.6 juta pekerjaan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri akan diwujudkan. Kita harap peluang-peluang ini akan direbut oleh mereka yang terlibat dengan pemberitaan ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Figure ataupun nombor yang saya dengar tadi lebih kurang seramai 2,000 lebih pekerja dalam industri minyak dan gas dilaporkan diberhentikan. Dalam period daripada 2010 hingga 2015 tapi daripada pengamatan saya, terutamanya saya yang dapat melihat dari dekat di kawasan Labuan di mana industri minyak dan gas adalah industri utama, nombor pekerja yang kehilangan minyak dan gas ini nampaknya jauh lebih besar daripada yang disebutkan tetapi mungkin ia tidak dilaporkan. Jadi soalan saya terutamanya mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat yang lebih kecil, syarikat-syarikat yang mempunyai kontrak kepada syarikat-syarikat minyak dan gas yang mempunyai kontrak pula dengan syarikat minyak negara Petronas.
Soalannya, adakah sistem pelaksanaan sistem insurans pekerjaan di negara kita ini terlaksana dengan baik di mana mereka-mereka yang bekerja mendapat perlindungan seadilnya apabila berlaku retrenchment ataupun pembuangan kerja disebabkan oleh faktor- faktor yang di luar kawalan seperti kejatuhan harga minyak yang berlaku baru-baru ini yang mana ia perlu dimestikan setiap syarikat-syarikat, tidak kira saiznya mengadakan insurans perlindungan kepada semua pekerja yang terlibat. Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Labuan. Seperti yang saya sebutkan tadi mengikuti statistik yang kita dapat Tuan Yang di-Pertua, memanglah dari segi tiga pekerja daripada satu orang pekerja yang dalam sektor minyak bererti ialah upstream tapi downstream ini dia kurang sikit. Makna dari segi produce barang-barang yang hasil yang oil and gas ini agak kurang.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Labuan mungkin sebab sebahagian mereka tidak melaporkan kehilangan pekerjaan mereka. Namun kerajaan prihatin dan sebab itulah kita beri peluang kepada pekerja-pekerja ini supaya datang kepada kementerian membuat pendaftaran kepada JobsMalaysia supaya kita dapat mengesan berapa ramai pekerja yang telah diberhentikan.
Tuan Yang di-Pertua, di antara usaha seperti mana yang disebutkan tadi, faedah penamatan telah pun saya sebutkan. Satu lagi usaha yang dibuat oleh kerajaan oleh kementerian ialah Kementerian Sumber Manusia sedang merangka pelaksanaan sistem insurans pekerjaan seperti Yang Berhormat sebutkan tadi.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Jadi sedang dikaji kerana kita melihat apabila pekerja ini hilang pekerjaan, tidak ada pendapatan, sudah tentulah mereka mungkin pada awal tidak masuk mana-mana insurans tapi kita melihat supaya apakah bentuk sistem yang boleh kita laksanakan dan ini dalam kajian kementerian.
Sistem ini merupakan satu jaringan keselamatan sosial bagi membantu mengurangkan beban tekanan kepada pekerja yang hilang pekerjaan dalam memelihara kebajikan dan jamin kesejahteraan mereka. Tuan Yang di-Pertua, sudah ada kita bincangkan. Insya-Allah kita harap kerajaan setuju dan kita dapat membela masa depan pekerja yang lebih baik, lebih keselamatan dan kesihatan negara, Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
7. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, sejauh manakah program parol yang di perkenalkan oleh Jabatan Penjara dapat memberikan peluang kedua kepada banduan untuk meneruskan kehidupan melalui proses reintegrasi dalam komuniti.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Tinggi atas soalan yang jarang ditanya dalam Dewan ini yang berkenaan dengan nasib banduan kita di penjara dan bagaimana mereka diberikan peluang kedua dalam hidup.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sistem parol mula dilaksanakan di Jabatan Penjara pada Julai 2008. Tujuan sistem ini ialah untuk banduan atau orang yang di parol dapat menjalani pemulihan berterusan di luar penjara supaya bersama komuniti supaya proses asimilasi dan reintegrasi yang lebih sempurna dapat dicapai.
Semenjak dilaksanakan pada tahun 2008 sehingga 22 Februari 2016, seramai 12,402 orang telah di parol dan selesai menjalani perintah parol. Manakala jumlah semasa yang sedang menjalani perintah parol pada 22 Februari 2016 adalah seramai 664 orang.
Kejayaan sistem parol banyak bergantung kepada aspek-aspek seperti berikut iaitu penerimaan semula keluarga dan masyarakat di mana kira-kira 85 peratus daripada mereka yang berada bersama keluarga semasa menjalani perintah parol. Orang yang diparol yang tidak ada tempat tinggal atau tidak diterima oleh keluarga boleh ditempatkan dalam rumah perantaraan Jabatan Penjara yang diselia oleh pegawai parol. Sehingga ini seramai 613 orang di parol telah ditempatkan di rumah perantaraan.
Kedua, peluang pekerjaan yang tinggi juga salah satu jaminan kepada orang yang di parol memulakan kehidupan yang lebih terjamin. Lebih 97 peratus daripada jumlah orang yang di parol telah menerima tawaran pekerjaan. Ketiga, masyarakat juga turut terlibat dalam program-program intervensi bersama orang di parol yang memperlihatkan berlakunya integrasi yang diperlukan. Keempat, pemantauan serta program pemulihan atau intervensi berterusan yang diberikan sepanjang tempoh menjalani tempoh pelepasan secara parol.
Berasaskan pemulihan dan pemantauan berterusan serta penerimaan masyarakat semenjak tahun 2008, hanya 2.5 peratus sahaja daripada 12,402 orang yang telah selesai menjalani perintah parol kembali melakukan kesalahan dan dimasukkan semula ke dalam penjara. Peluang kedua yang diberikan kepada banduan di negara ini melalui sistem parol menunjukkan satu pencapaian yang amat baik berbanding dengan sistem yang sama di negara luar. Terima kasih.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada KDN dan sistem parol kita yang telah berjaya hanya 2.4 peratus dengan izin balik semula, 97.5 peratus dapat kerja. Jadi ini satu proses yang amat baik dan perlu diteruskan. Cuma soalan saya seterusnya ialah bagaimanakah sistem parol kita ini dibandingkan dengan pelaksanaan sistem parol yang sama di negara lain? Terima kasih.
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Sistem parol yang dilaksanakan di Malaysia adalah berasaskan kepada prison based iaitu penilaian oleh Jabatan Penjara dan amat bergantung kepada pencapaian dan pemulihan seseorang banduan serta pertimbangan dan pemilihan yang teliti oleh Lembaga Parol di Kementerian Dalam Negeri.
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Di samping itu ada commitment yang tinggi oleh keluarga juga untuk menerima semula banduan tersebut dan banduan yang layak akan berusaha untuk mengikuti program pemulihan yang diatur untuk mereka semasa di penjara.
Berasaskan kepada langkah tersebut, didapati kejayaan sistem parol yang diamalkan di Malaysia ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan negara-negara luar.
Kadar kejayaan ini dapat dilihat daripada kadar recidivist ataupun kemasukan semula orang yang di parol ke penjara adalah rendah jika dibandingkan dengan negara luar seperti berikut;
| Negara | Kadar Recidivist (%) |
|---|---|
| Australia | 12.8 |
| Amerika Syarikat (New York) | 9.0 |
| California | 13.5 |
| Malaysia | 2.5 |
Jadi jelas, program parol di negara kita ini amat berjaya sekali berbanding dengan negara-negara barat yang lain. Terima kasih.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Persoalan saya berbangkit kepada isu parol yang disebut tadi. Saya pertamanya ingin menanyakan, sebelumnya dua sesi lepas Menteri KDN telah menyatakan keperluan untuk KDN mereformasikan penjara kerana terdapat banyak undang-undang lapuk termasuklah yang hampir berusia 70 tahun yang wujud dalam sistem yang menyukarkan keadaan khususnya banduan di penjara.
Isu kedua berbangkit dengan semua isu reformasi dan keperluan untuk mempertahankan kredibiliti moral KDN. Apakah maklum balas daripada KDN memandangkan dalam Persidangan Hak Asasi Manusia di PBB baru-baru ini pada 10 Mac, Pesuruhjaya Tinggi Hak asasi Manusia PBB Prince Zeid Ra'ad telah menyatakan keperluan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana merupakan seorang tahanan yang ditahan secara haram wujud, perlanggaran dengan undang-undang sedunia. Saya mohon maklum balas atas persoalan yang saya bangkitkan, satu dan dua. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, soalan spesifik mengenai dengan parol, pendapat saya soalan Yang Berhormat Lembah Pantai itu jauh melencong daripada soalan asal. Terpulang kepada Menteri untuk menjawab.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Mohon pertimbangan Tuan Yang di-Pertua kerana sekurang-kurangnya yang saya sebut saya rujuk kepada apa yang Yang Berhormat Menteri katakan. Kalau Tuan Yang di-Pertua tidak bagi dan nafikan, bagaimana lagi hendak tanya? Mohon pertimbangan. Inilah ruang yang ada, inilah tempat yang sepatutnya.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, duduk dahulu. Setiap soalan mesti ikut peraturan mesyuarat. Kalau ia tidak ikut peraturan mesyuarat, apa pun alasan kita di bawah sesi ini, “Ini sahaja sebab kita untuk bertanya”. Bermakna tidak saya terima kerana harus juga kita bersikap adil kerana ke mana persoalan itu ditujukan, sama ada dia ada persetujuan atau tidak. Jadi sebab itu saya tidak benarkan. Saya katakan kepada Menteri, “Menteri, ini melanggar peraturan mesyuarat”. Akan tetapi kalau juga mahu menjawab, boleh. Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Saya akur kepada ruling Tuan Yang di-Pertua...
[Dewan riuh]
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Cuma saya hendak jawab di sini adalah, sistem penjara di negara kita dilaksanakan dengan begitu baik. Sebab itu ramai orang yang hendak ambil cara parol dan kadar recidivist di penjara kita pun amat rendah. Jadi saya tidak faham kenapa ada tohmahan bahawa sistem penjara kita masih lagi perlu dipertingkatkan lagi. Untuk saya...
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Mungkin Yang Berhormat tanya Menteri. Saya rujuk jawapan Menteri, itu sahaja. Bukan dari peringkat saya, terima kasih.
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Itu jawapan saya pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, saya benarkan satu lagi.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertamanya, saya hendak maklumkan di Kuala Selangor ini kita ada pusat koreksional dan juga sempadan Kuala Selangor ini ialah Penjara Sungai Buloh. Tentunya saya melihat dalam Kuala Selangor ini saya difahamkan ada tiga banduan yang dikenakan parol dalam pemantauan sistem parol.
Cuma saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak melihat dari segi pendidikan.
Bagaimanakah kaedah, khususnya dari Jabatan Parol untuk memberikan pendedahan pendidikan terutama sekali memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang peluang kedua kepada banduan-banduan yang dikenakan parol ini supaya ianya akan diberikan satu gambaran yang positif kepada masa hadapan banduan ini untuk diterima masuk dalam masyarakat. Terima kasih.
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.
Apa yang penting dalam proses pemulihan untuk program parol ini, setiap banduan yang memasuki program ini perlu mendapat sokongan daripada keluarga mereka. Itu merupakan contoh yang paling baik. Kedua, pemantauan dan pemeriksaan diadakan di kediaman dan juga di tempat kerja oleh pegawai parol.
Ketiga banduan tersebut dimestikan untuk mengikuti program pemulihan yang dilaksanakan oleh pegawai parol dan agensi tertentu seperti Agensi Antidadah Kebangsaan, Majlis Agama Islam, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pengasih. Ini khusus kepada mereka yang terlibat dalam gejala dadah.
Mereka perlu melaporkan diri kepada Pejabat Parol Daerah di mana orang yang di parol berada dan ditempatkan. Mereka mesti menjalani ujian-ujian yang diatur termasuk ujian air kencing. Yang pentingnya Yang Berhormat Kuala Selangor, bahawa mereka di parol ini mesti ada kemahuan untuk pulih dalam masyarakat dan KDN dan melalui Jabatan Penjara sentiasa akan memberikan segala bantuan daripada mereka termasuk latihan yang diperlukan untuk mereka kembali semula dalam masyarakat. Sekian, terima kasih.
8. Tuan Gooi Hsiao-Leung [Alor Star] minta Menteri Kesihatan menyatakan, bilakah tarikh terakhir pelan tindakan kawalan kanser nasional akan dikemaskinikan, dan apakah perkara-perkara keutamaan di dalam pelan tindakan asal yang sangat perlu dikemas kini dan ditambah baik.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Star. Soalan ini berkenaan dengan pelan tindakan kawalan kanser bagi seluruh negara, Kementerian Kesihatan memang amat prihatin dan mengambil berat tentang peningkatan penyakit tidak berjangkit termasuk kanser di negara ini. Justeru itu, pelan tindakan kanser kebangsaan adalah amat penting dalam usaha-usaha menangani beban kanser di Malaysia.
KKM pada masa ini sedang dalam peringkat akhir mengemas kini pelan tindakan strategik kebangsaan Program Kawalan Kanser atau, dengan izin, National Strategic Plan for Cancer Control Program, 2016 sehingga 2020 bagi menggantikan pelan tindakan sebelum ini iaitu National Cancer Control Blueprint, 2008 sehingga 2015. Pelan tindakan yang sedang dikemas kini juga merangkumi semua aspek yang melibatkan kawalan kanser iaitu pencegahan, saringan, pengesanan awal, diagnosis, rawatan, rehabilitasi, rawatan palliative serta perubatan tradisi dan complementary. Tuan Yang di-Pertua, tidak menafikan terdapat cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan strategi-strategi yang dirancang dalam pelan tindakan 2008 hingga 2015. Di antara cabaran-cabaran tersebut adalah bagi mendapatkan liputan optimum untuk saringan kanser payu dara dan serviks. Di samping itu juga, lebih daripada 50 peratus kes-kes kanser dikesan lewat menyebabkan peluang untuk sembuh sepenuhnya berkurangan.
Punca utama kelewatan dalam pengesanan kanser adalah disebabkan pesakit tidak menjalani ujian saringan atau lewat mendapatkan nasihat doktor apabila mereka mempunyai tanda-tanda kanser. Perkara ini mungkin disebabkan kurangnya kesedaran orang ramai tentang kepentingan saringan dan pencegahan kanser. Sebanyak 1/3 daripada penyakit kanser boleh dicegah dengan amalan gaya hidup yang sihat.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Di samping itu, fokus terhadap usaha meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit kanser, faktor risiko, pencegahan dan kepentingan saringan serta pencegahan awal akan terus diberi keutamaan. Pelan tindakan 2016-2020 yang sedang dikemas kini terus memberi keutamaan dalam pencegahan saringan dan pengesanan awal kanser.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Kerjasama dengan agensi-agensi dan semua pihak berkepentingan akan diperkukuhkan agar semua lapisan masyarakat dapat melakukan saringan awal dengan lebih efektif. Amat penting bagi orang ramai menterjemah pengetahuan yang diperoleh kepada perubahan amalan gaya hidup yang sihat, lebih peka untuk menjalani ujian saringan agar penyakit kanser dapat dicegah dan dikesan awal.
Tuan Yang di-Pertua, fokus sekarang ini ialah keutamaan dalam pembangunan modal insan dan memastikan penambahbaikan perkhidmatan awal kanser yang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini, terdapat banyak pusat kanser di Malaysia, dan yang kerajaan punya, terdapat lapan buah pusat kanser awam iaitu di HUSM, UMMC, UKMMC, HKL, IKN atau pun Institut Kanser Negara, HSI atau Hospital Sultan Ismail, di Hospital Umum Sarawak dan juga di Likas. Cuma yang tidak ada adalah di kawasan utara Semenanjung iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak utara tidak ada. Jadi, memang kita merancang tetapi sekarang ini terdapat kekangan kewangan, kita tangguh sekejap, Tuan Yang di-Pertua.
Bagi kawasan-kawasan yang tidak ada pusat kanser yang kerajaan punya seperti di Pulau Pinang, kita beli perkhidmatan atau pun kita hantar kepada hospital swasta.
Contohnya seperti Pulau Pinang, kita hantar kepada Hospital Mount Miriam, Gleneagles dan juga Hospital Pantai. Kita ada juga ada pusat yang kita hantar di Nilai, contohnya, Nilai Cancer Institute. Di Melaka, kita hantar kepada Hospital Pantai Ayer Keroh dan Melaka Medical Centre. Di Klang, kita hantar kepada Pusat Perubatan Sri Kota. Tuan Yang di- Pertua, itu yang dapat saya jawab. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Ketiga belas”.
[14 Mac 2016]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Parit, ada 10 minit lagi baki.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada saya untuk terus menyampaikan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Isu kedua Tuan Yang di-Pertua, yang hendak saya sentuh ialah tentang merujuk kepada saiz masalah tanah rizab Melayu yang semakin menyusut. Saya membangkitkan isu ini kerana perubahan dan kepesatan ekonomi telah mewujudkan banyak peluang perniagaan yang baru.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Kesan daripada perkembangan positif ini telah menyebabkan banyak tanah milik individu khususnya tanah milik Melayu telah diambil bagi tujuan pembangunan ekonomi seperti mendirikan kompleks perniagaan, taman-taman perumahan, jalan raya, hospital dan stesen jana kuasa.
Selain daripada diambil oleh kerajaan bagi tujuan pembangunan, sikap masyarakat Melayu yang menganggap tanah sebagai komoditi jual beli merupakan antara faktor utama penyusutan bilangan rizab tanah Melayu.
Menurut sebuah kajian, tanah-tanah yang dimiliki oleh orang Melayu di Semenanjung secara keseluruhannya hanya sekitar 20 peratus manakala 80 peratus lagi dimiliki oleh orang bukan Melayu.
Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Profesor Datuk Dr. Nik Mohd Zain bin Nik Yusof berkata, kajian lain pula menyatakan dari 32 juta ekar tanah di Semenanjung, hanya 11 peratus sahaja berstatus tanah rizab Melayu.
Selain itu, satu kajian lain mendapati di Pulau Pinang hari ini tidak ada lagi wujud tanah rizab Melayu. Manakala di Selangor pula, mengikut Laporan Audit 2014, sebanyak 4,154.1 hektar tanah rizab Melayu telah dibatalkan di negeri tersebut.
Untuk makluman Ahli Parlimen sekalian, Enakmen Rizab Melayu rizab Melayu telah memutuskan hak seperti berikut:
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
(i) Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara jua pun kepada bukan Melayu; dan
(ii) menyekat tanah pegangan Melayu atau tanah rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urus niaga persendirian di antara Melayu dan bukan Melayu.
Persoalannya, mengapa tanah rizab Melayu yang diperuntukkan sebanyak 50 peratus itu tidak diganti semula setelah diambil alih oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan? Jadi saya mohon penjelasan daripada kementerian yang berkenaan tentang perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Pengambilan Tanah 1960...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Selangor bangun, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Ya? Sila.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit.
Saya tertarik tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit tentang tanah rizab Melayu kerana saya lihat akan kebimbangan saya di negeri Selangor sekarang ini. Ini kerana saya lihat pada zaman sebelum tahun 2008, saya mendapat maklumat begitu banyak tanah rizab Melayu di negeri Selangor. Akan tetapi hari ini, saya tidak tahu ke mana sebenarnya tanah rizab Melayu itu.
Adakah Yang Berhormat Parit setuju pada pandangan saya supaya kita boleh buat satu pendekatan baru iaitu kita wujudkan sistem wakaf kerana dalam konteks sistem wakaf ini, sudah tentunya bagi menjaga kepentingan umat Islam dan umum Melayu khususnya bumiputera, mungkin dengan adanya sistem wakaf ini boleh mempertahankan institusi tanah yang ada, khususnya sebagai contoh, dalam negeri Selangor? Saya mohon pandangan Yang Berhormat Parit.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Masukkan ucapan beliau sebagai sebahagian daripada ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Pengambilan Tanah 1960 adalah merupakan undang- undang yang digubal khas bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil balik tanah milik individu bagi pembangunan ekonomi di negara kita. Namun begitu, peruntukan akta yang longgar menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat di mana ia dikatakan hanya memberikan manfaat kepada segelintir pihak sahaja dan bukannya untuk dijaga kepada rakyat secara keseluruhannya. Isu kelemahan sistem pentadbiran, isu pampasan, isu tanah tidak digunakan atau ditarik balik, isu pengambilan tanah adat serta rizab Melayu dan isu penukaran hak milik secara penipuan adalah antara punca ketidakpuasan hati rakyat.
Oleh itu, saya mohon penjelasan daripada pihak yang berkuasa, terutama Menteri, berhubung dengan pandangan yang dikemukakan oleh beberapa pihak agar kerajaan menubuhkan Lembaga Amanah Tanah Rizab Melayu bagi menjamin penukaran saiz tanah rizab Melayu. Adakah kementerian akan menubuhkan lembaga ini dan bila ia boleh dilaksanakan?
Saya juga berharap supaya kerajaan melakukan pelarasan agar semua tanah rizab Melayu yang telah diambil digantikan semula sehingga saiz 50 peratus tanah rizab Melayu dipenuhi.
Selain itu, saya juga ingin mohon penjelasan bilakah kerajaan akan menubuhkan tribunal tanah bagi mengawal selia usaha penjualan dan pembelian tanah rakyat khasnya yang membabitkan tanah rizab Melayu?
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Dengan wujudnya tribunal tersebut, akan dapat membantu rakyat daripada gejala berunsur penipuan yang bilangan kesnya semakin meningkat, terutama sekali di negeri Selangor. Di samping itu, saya ingin juga mencadangkan kepada kerajaan supaya menukar status kesemua tanah milik Kerajaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masih belum dibangunkan ditukar kepada status tanah rizab Melayu.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Apa yang kita lihat sekarang, terdapat jurang perbezaan yang ketara di tanah- tanah milik bukan bumiputera dan bumiputera. Pemilikan tanah bukan bumiputera adalah lebih dominan jika dibandingkan dengan bumiputera. Jurang antara kaum ini tidak melambangkan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia yang majmuk.
Tuan Yang di-Pertua, dalam isu ini saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya Akta Pengambilan Tanah 1960 dikaji semula supaya ianya sesuai dengan kehendak semasa, khasnya bagi memastikan tanah rizab Melayu tidak diambil tanpa penyelesaian yang adil. Maksud saya, nilai harga tanah yang diambil alih hendaklah pada harga pasaran semasa. Sebagai contoh, tanah rizab Melayu yang diambil alih hanya dibayar pada nilai harga yang rendah oleh pihak yang berkepentingan.
Akan tetapi apabila tanah itu dimajukan, ianya dijual pada nilai harga yang berlipat ganda. Inilah apa yang kita lihat berlaku di Pulau Pinang. Di mana tanah rizab Melayu dibeli dengan harga yang murah tetapi apabila telah dibina projek perumahan, rumahnya dijual, tidak mampu dibeli oleh kaum Melayu kerana harganya yang terlalu tinggi. Akhirnya, orang Melayu terpaksa berpindah jauh ke pedalaman dan ke kampung-kampung bagi membina atau membeli rumah yang berkos rendah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, 10 sudah berakhir Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Habis sudah? Allah, habis sudah peluang saya. Hendak sebut sedikit sahaja lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Boleh, boleh.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Oleh kerana sudah habis itu,saya hendak kena sebut jugalah. Terima kasih Datuk Seri Speaker. Akhir sekali, saya hendak sebut soal politik semasa pada hari ini...
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Tindakan Kumpulan Selamatkan Malaysia dan Turunkan Perdana Menteri, pada saya adalah satu gerakan yang tidak demokratik dan seperti kata Yang Berhormat Marang, ianya merupakan langkah yang sia- sia. Sepatutnya kita sebagai parti politik yang telah berpuluh-puluh tahun menjadi parti di negara ini, kita tunggulah pilihan raya untuk jatuhkan sesiapa pun. Buktikan kekuatan kita dan...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Minta pencelahan.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Saya sudah habis tempoh sudah.
Jadi Tuan Yang di-Pertua,...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Hendak mengajar tentang demokrasi, hendak mengajar tentang demokrasi. Demokrasi yang berlaku di Perak, demokrasi yang berlaku di Kedah, semuanya berlaku sebelum pilihan raya. Kalau UMNO, lain. Kalau sebelah sini lain pula.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
[Bangun]
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
[Bangun]
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Bagilah ruang.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Parit.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
DAP pun sama, di Pulau Pinang apa kurang? Dua jatuh ahli PKR dilucutkan dan Ahli Jemaah Pengarah anak syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Demokrasi, demokrasi juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Apa salah hendak tuntut Perdana Menteri letak jawatan? Apa salahnya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Tak ada salah. Rakyat rata- ratanya tak mempercayai Yang Amat Berhormat Pekan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar, duduk Yang Berhormat. Dalam Dewan ini, dalam Dewan ini Yang Berhormat ada demokrasi dan ada peraturan mesyuarat.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Saya minta penjelasan boleh?
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Duduklah, duduklah.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Okey, saya minta izin. Saya minta izin. Saya hendak mendidik apa itu demokrasi. Boleh Yang Berhormat Datuk Seri?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar, tak payah Yang Berhormat.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Boleh, boleh Datuk Seri?
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Saya hendak tanya pasal...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Boleh ambil kelas demokrasi nanti Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Saya lantunkan bola ke sini supaya bola terlantun ke sana.
Seorang Ahli
Yang Berhormat kena faham bahawa jawatan Perdana Menteri bukan jawatan yang dipilih tetapi dilantik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tak apa Yang Berhormat, sama sahaja.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Sama sahaja di Pulau Pinang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sambil saya duduk, saya dengar Yang Berhormat.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Mana ada sama, tak sama.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Hendak minta laluan, hendak minta laluan...
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Perdana Menteri adalah jawatan yang dilantik, bukan dipilih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Duduklah Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Pakar demokrasi mahu cakap, boleh duduk tak?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Cakaplah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sudah bagi lama peluang sudah, cukup. Duduk. Okey, silakan Yang Berhormat Parit.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Saya ingat Yang Berhormat Baling hendak ulas tentang demokrasi.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Yang Berhormat Baling hendak jadi Speaker kah Yang Berhormat Baling?
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Ipoh Timur duduklah, duduklah.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Datuk Seri Speaker, saya hendak menyimpulkan begini sahajalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Bahawa kalau mana-mana orang mengamalkan prinsip matlamat menghalalkan cara, negara ini akan hancur. Sekian, Parit menyokong...
[Dewan riuh]
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Yang Berhormat Parit, hendak minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk. Yang Berhormat Batu Kawan.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Terima kasih diucapkan di atas peluang Batu Kawan membahaskan Titah Diraja pada sidang Parlimen yang pertama penggal ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada insiden penahanan dua orang wartawan Australia daripada Australian Broadcasting Corporation di Sarawak pada malam Sabtu yang telah cuba menjalankan kewajipan dan tugas mereka dalam menyoal Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan berhubung skandal 1MDB yang menyelubungi negara ini dan memberi nama yang begitu buruk bagi Malaysia kita.
Kenyataan CID Sarawak adalah kedua-dua wartawan ini telah, dengan izin, cross the security line and aggressively try to approach the PM. Agak pelik kerana Perdana Menteri yang kini rajin dan giat turun padang di Bumi Kenyalang dalam majlis-majlis keraian bertemu dengan peminat-peminat beliau yang berdekatan untuk bersalam atau berselfie tetapi apabila dua wartawan Australia mendekati PM untuk bertanyakan skandal 1MDB, tiba-tiba ianya dianggap satu jenayah oleh pihak berkuasa di Malaysia. Mereka ingin bertanya mengenai bayaran RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan skandal 1MDB itu.
Perdana Menteri seperti biasa tidak menjawab dan telah membiarkan pegawai keselamatannya menahan dan menyoal siasat kedua-dua wartawan ini. Mereka dibebaskan tetapi ditahan semula dan dirampas pasport mereka. Saya mengalu-alukan tindakan Kerajaan Malaysia yang tidak mendakwa kedua-dua wartawan tersebut hari ini. Akan tetapi tindakan sebegini merupakan satu jenis, dengan izin, harassment terhadap kebebasan media dan tugas wartawan, terutama sekali apabila soalan-soalan berkaitan dengan skandal 1MDB atau derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Hakikatnya Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, they should not have been arrested in the first place. Tindakan pengawal keselamatan memberi gambaran pihak berkuasa berkomplot untuk melindungi Perdana Menteri dalam masa menghalang wartawan luar negara bertanyakan soalan yang setiap Ahli Parlimen di sini serta semua rakyat Malaysia bertanyakan memandangkan Malaysia sudah pun menjadi bahan jenaka dan bahan lawak warga dunia.
Tuan Yang di-Pertua, setakat 2015, jumlah banduan di penjara Malaysia yang berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati di Malaysia adalah 1,022 orang.
Daripada tahun 1998 sehingga 6 Oktober 2015, 33 banduan telah digantung sampai mati di atas pelbagai kesalahan. Lebih 600 orang banduan tersebut adalah warganegara Malaysia dan baki lebih 400 orang adalah bukan warganegara. Apakah indikasi statistik ini Tuan Yang di-Pertua? Ini menunjukkan bahawa hukuman gantung sampai mati ini tidak menghalang, dengan izin, a deterrent kepada penjenayah daripada melakukan kesalahan yang akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati ini memandangkan bilangan banduan yang telah dijatuhkan hukuman ini meningkat tahun demi tahun. Ia jelas satu pendirian yang memudaratkan Malaysia di mata dunia di antara negara-negara yang maju yang telah memansuhkan hukuman gantung sampai mati ini.
Tuan Yang di-Pertua, namun demikian dalam satu mesyuarat meja bulat anjuran Parliamentarians for Global Action on the Abolition of the Death Penalty yang telah diadakan pada 17 November 2015 yang dihadiri oleh Yang Berhormat Padang Rengas merangkap Pengerusi PGA National Group, Yang Berhormat Batang Sadong merangkap Timbalan Pengerusi PGA National Group bersama dengan Yang Berhormat Ipoh Barat dan ramai lagi Ahli Parlimen, termasuklah saya. Apa yang diputuskan dalam mesyuarat tersebut, mengikut Yang Berhormat Batang Sadong merangkap Menteri Undang-undang dalam Jabatan Perdana Menteri adalah komitmen beliau untuk membentangkan draf pindaan rang undang-undang ke atas hukuman gantung sampai mati.
Di mana perkataan ‘mandatori’ dikeluarkan memandangkan penggunaan perkataan ‘mandatori’ itu ertinya beban adalah di atas tertuduh untuk membuktikan dia tidak bersalah.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Batang Sadong juga menyatakan bahawa barangkali pindaan ini akan dibentangkan dan dibahaskan dalam sesi ini tetapi saya belum lagi melihat rang undang-undang di atas meja saya...
Beberapa Ahli
Sabarlah, sabarlah.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Cuba tanya Menteri, Menteri yang kata bulan Mac. Saya boleh sabar tetapi Menteri yang kata bulan Mac, dengan izin, “It is not easy to amend, but we are working on it. I hope to table it next year in March”. Nancy told reporters after attending a round table discussion on the abolition of the mandatory death penalty in the Malaysian Parliament.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya di sini, komitmen Jabatan Perdana Menteri untuk mengambil tindakan proaktif dalam membentangkan pindaan rang undang- undang yang amat perlu pada masa ini supaya kuasa pengadilan diberikan kepada hakim supaya setiap kes dapat dipertimbangkan secara holistik, memandangkan hukuman gantung mandatori ini tidak memberi ruang untuk perbincangan dan hakikatnya adalah hukuman gantung mandatori ini tiada U-turn. Saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Malaysia meratifikasi International Covenant on Civil and Political Rights terutama sekali second optional protocol dan supaya tiada pengecualian dalam Convention on the Rights of the Child yang membenarkan hukuman, dengan izin, capital punishment bagi kanak-kanak untuk mencerminkan kedudukan undang-undang ini di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Sudah tiba masanya negara Malaysia, walaupun kini bukan lagi Pengerusi ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights membuktikan bahawa kerajaan ini proaktif untuk menegakkan keadilan, namun kerajaan mestilah menggunakan moral compass untuk melakukan apa yang betul dan adil di sisi undang-undang. Oleh itu saya memohon Menteri memberikan satu tarikh atau tempoh sama ada pindaan kepada rang undang-undang ini mengeluarkan perkataan mandatori akan dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini dalam sesi ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada bulan Julai 2012 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 yang digunakan sejak zaman pemerintahan British lagi.
Namun memandangkan ia satu akta yang begitu berharga untuk digunakan oleh pihak pemerintah, tidak hairanlah Perdana Menteri sendiri telah memutarbelitkan apa yang diucapkan dan telah mengembalikan akta zalim ini dengan penuh dendam.
Saya ingin bertanya di sini, memandangkan dakwaan hasutan terhadap pensyarah undang-undang, Azmi Sharom telah digugurkan maka adakah kerajaan mempunyai hasrat untuk menggugurkan dakwaan hasutan ke atas ADUN Seri Delima, Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang atau ADUN daripada pembangkang, wartawan-wartawan, aktivis dan kartunis politik. Jika tidak, apa alasan kerajaan untuk tidak menggugurkannya memandangkan negara masih selamat dengan 1,001 akta baru yang kononnya akan mengekalkan keselamatan di negara ini.
Pindaan kepada Akta Hasutan membenarkan kritikan terhadap kerajaan. Namun keberkesanan Ketua Polis Negara dalam buruan beliau terhadap mana-mana suara yang mengkritik adalah luar biasa sekali. Kelajuan serta keagresifan beliau wajar dipuji. Jadi pindaan kepada Akta Hasutan tidak ikhlas dan hanyalah sandiwara untuk menunjukkan kerajaan benar-benar prihatin dan berdemokrasi yang jelas jauh kebenaran.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Peraturan mesyuarat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Tinggi bangun Yang Berhormat.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Peraturan Mesyuarat 36(6). Saya mendengar ucapan Yang Berhormat Batu Kawan, dendam, memburu, agresif, zalim. Jadi saya rasa kalau hendak berbahas, hendak memberikan pandangan, janganlah disalut dengan perkataan yang berburuk sangka. Jadi saya minta untuk tarik balik Yang Berhormat Batu Kawan daripada ucapan-ucapan yang bersifat berburuk sangka ini.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Saya tidak ada apa hasrat untuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak, tidak.
Sebentar Yang Berhormat. Instead of you decide, I will decide?
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Okey...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak apa Yang Berhormat, saya memerhati ucapan Yang Berhormat dan setakat ini saya katakan bahawa belum sampai ke tahap di mana Speaker harus *caution you here...
[Tepuk]*
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jadi pindaan terhadap Akta Hasutan tidak ikhlas dan hanyalah sandiwara untuk menunjukkan kerajaan benar-benar prihatin dan demokratik yang jelas jauh daripada kebenaran. Jika hasrat kerajaan benar-benar mahu mewujudkan satu pentadbiran yang lebih telus dan accountable kepada rakyat Malaysia demi manfaat negara dan rakyat seperti dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Ahli Parlimen Kapar tahun lepas. Saya juga ingin bertanya di sini, apakah status Akta Keharmonian Nasional dan bilakah ia akan menggantikan Akta Hasutan 1948 seperti yang diuar-uarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun 2012?
Tuan Yang di-Pertua, isu keganasan terhadap wanita dan keganasan rumah tangga kian meningkat di negara kita. Statistik yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri berhubung kes keganasan rumah tangga di Dewan yang mulia ini amat memeranjatkan. Bilangan kes keganasan rumah tangga semakin meningkat tahun demi tahun dan di antara tahun 2010 sebanyak 3,173 kes dilaporkan dan 5,014 kes dilaporkan pada tahun 2015. Peningkatan sebanyak 58 peratus. Satu peningkatan yang amat tinggi dan meresahkan. Apa yang pelik adalah kadar bilangan dakwaan masih lagi rendah berbanding dengan bilangan kes yang kian meningkat. Ketidakberkesanan dan kadar pendakwaan yang rendah kes keganasan rumah tangga bukanlah satu galakan untuk mangsa membuat laporan terhadap penjenayah dan mangsa juga tidak akan tampil untuk membuat laporan.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini tiada sesiapapun yang telah didakwa atau disabitkan bersalah di bawah seksyen 375A, Kanun Keseksaan yang boleh dianggap sebagai marital rape. Setakat ini tiada sesiapapun yang telah didakwa atau disabitkan. Akta ini telah dipinda pada tahun 2007. Jadi selama lapan tahun ini tiada sesiapapun yang telah didakwa atau disabitkan di atas marital rape ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2014, empat orang telah disyaki di bawah seksyen 375A, Kanun Keseksaan dengan satu kes yang diklasifikasikan sebagai no further action, manakala tiga lagi masih dalam siasatan. Dari Januari hingga Mac tahun ini, laporan Kementerian Dalam Negeri menunjukkan tiga kes yang telah direkodkan dan kesemuanya masih di bawah siasatan. Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan pada tahun 2006 dan dapatan jawatankuasa ini tidak bersetuju bahawa suami merogol isteri dengan izin, marital rape, dijadikan satu kesalahan di Malaysia dengan alasan ia adalah bertentangan dengan Undang-undang Syariah dan agama lain.
Adakah Undang-undang Syariah atau undang-undang agama lain membenarkan si suami untuk memaksa isterinya untuk bersetubuh walaupun isterinya enggan. Di manakah kepercayaan kepada sistem perundangan dan adakah keadilan akan ditegakkan bagi mangsa-mangsa rogol ini? Mengapakah kerajaan tidak mahu, dengan izin, criminalize marital rape? Adakah status suami itu satu lesen untuk memaksa isterinya untuk bersetubuh. Dengan peningkatan kes keganasan rumah tangga dan kadar penyabitan yang rendah, jelas menunjukkan dengan izin, a miscarriage of justice kepada mangsa keganasan rumah tangga ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah membangkitkan cadangan penubuhan satu suruhanjaya keganasan rumah tangga dan seksual di Dewan yang mulia ini. Jawapan yang telah saya terima amat mengecewakan. Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan walaupun cadangan ini bagus, namun mereka perlu mengkaji semula cadangan tersebut. Saya berasa pelik kerana cadangan saya ini adalah satu keperluan untuk mangsa-mangsa keganasan rumah tangga dan seksual diberi keadilan. Menurut Yang Berhormat Menteri, ia perlu masa untuk dikaji. Akan tetapi satu percukaian yang regresif dan zalim seperti GST dibentangkan dengan laju, dibahaskan dengan melulu dan diluluskan dengan sekelip mata.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
[Bangun]
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Gajah bangun Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
...Saya berdiri di sini sekali lagi..
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Boleh?
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Sedikit.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Saya memang sangat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Batu Kawan. Kalau kita imbas kembali pertubuhan-pertubuhan wanita telah berjuang lebih 10 tahun untuk meluluskan satu undang-undang Akta Keganasan Rumah Tangga yang diluluskan pada tahun 1994.
Walaupun undang-undang ini telah diluluskan tetapi setakat hari ini kita lihat kepada statistik, tiap-tiap tahun kadar jenayah rumah tangga ini semakin meningkat. Jadi, akta ini juga tidak menjadi satu penyelesaian.
Tadi Yang Berhormat telah memberikan cadangan bahawa kita menubuhkan sebuah suruhanjaya dan saya tidak tahu kenapa suruhanjaya ini tidak boleh ditubuhkan, apakah alasan sebenarnya? Saya rasa perkara ini perlu disokong oleh kedua-dua belah pihak kerana ini adalah penting sebab saya yakin bahawa dengan adanya suruhanjaya ini, masalah ini mungkin boleh diselesaikan. Kita juga bersetuju bahawa institusi keluarga ini adalah sangat penting untuk membina negara, jadi kita harus mengambil satu pendirian untuk menyelesaikan masalah ini dengan adanya penubuhan suruhanjaya ini. Apakah pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah di atas sokongan dan cadangan yang diberikan. Saya mohon sebahagian daripada ucapan itu dimasukkan dalam perbahasan saya. Tuan Yang di-Pertua, jadi saya berdiri di sini sekali lagi untuk mencadangkan agar sebuah suruhanjaya keganasan rumah tangga dan seksual ditubuhkan agar kes-kes yang berkaitan dengan isu keganasan rumah tangga dan keganasan seksual supaya mangsa-mangsa akan mendapat perwakilan dan pengadilan yang setimpal memandangkan sistem yang wujud di negara ini membenarkan pesalah-pesalah keganasan rumah tangga ini terlepas daripada dakwaan di mahkamah.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun lepas, Mei 2015, negara Malaysia digegarkan dengan penemuan dua buah kem kematian atau death camp dengan 139 buah kubur, sejumlah 106 orang mayat yang ditemui di Wang Kelian, Perlis.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Walaupun ada sumber yang menyatakan jumlah ini jauh lebih banyak daripada bilangan sebenar. Penemuan tulang dan gigi dan tinggalan rangka menunjukkan bahawa kanak-kanak, wanita dan lelaki semua telah disumbat ke dalam sangkar kecil, mungkin sebagai hukuman kerana cuba melarikan diri dari sindiket penyeludupan pemerdagangan manusia. Setakat ini hanya beberapa pegawai sahaja dari Malaysia yang telah ditahan berhubung dengan penemuan kem-kem ini. Saya pasti satu jaringan atau sindiket sebegini tidak boleh berfungsi dengan penglibatan hanya beberapa pegawai sahaja dan pasti bilangannya jauh lebih ramai. Selepas tiga bulan, satu lagi kem pemerdagangan manusia ini telah dijumpai di Bukit Wang Burma, Perlis unjuran penemuan 28 kem kematian pada bulan Mei.
Pada bulan Jun 2015, muncul satu laporan yang dahsyat yang disediakan oleh Bahagian Cawangan Khas atau Special Branch yang menunjukkan 80 peratus pegawai kakitangan keselamatan sempadan disyaki terlibat dalam gejala rasuah yang terlibat dalam sindiket penyeludupan senjata, dadah dan manusia. Berdasarkan pendedahan laporan tersebut, seramai lapan orang pegawai telah ditahan di Kem Tahanan Kamunting tetapi penahanan mereka dibatalkan selepas beberapa bulan sahaja. Takkan lapan orang sahaja dan mengapa mereka ini dibebaskan?
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan sahaja hanya hal berkaitan perlindungan sempadan, tetapi yang lebih serius ialah pengkhianatan terhadap undang-undang oleh mereka yang sepatutnya memelihara keselamatan negara kita. Kerajaan bercadang untuk menggantikan pegawai sempadan dengan pasukan tentera. Walaupun ini satu cadangan yang baik, namun apa yang masih tergantung adalah dengan izin, lack of aggressiveness, dalam penangkapan, pendakwaan dan penyabitan pegawai yang terlibat.
Dalam jawapan Parlimen 8 Mac 2016, KDN menyatakan bahawa pihak polis telah menjalankan siasatan dalaman oleh Jabatan Integriti dan Standard Bukit Aman untuk menentukan kesahihan dakwaan berkenaan yang menyatakan bahawa 80 peratus pegawai-pegawai penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan negara di sempadan terlibat dalam rasuah walaupun disahkan lebih awal bahawa tiada kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh Pengarah Cawangan Khas PDRM seperti yang disiarkan dalam media sosial dan akhbar.
Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada siasatan dalaman yang dibuat telah merumuskan bahawa tiada kebenaran dakwaan tersebut dan dakwaan sedemikian merupakan perkara yang sengaja disensasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebenarnya, laporan Cawangan Khas ini boleh dipercayai ekoran lebih 28 kem penahanan mangsa penyeludupan dan 139 kubur mangsa penyeludupan ini.
Saya ingin bertanya di sini Tuan Yang di-Pertua, mengapa kes ini tidak disiasat di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memandangkan ianya berkaitan dengan kejadian rasuah di sempadan negara? Saya ingin juga menyatakan di sini agar Cawangan Khas membuktikan jika laporan 10 tahun mereka yang melibatkan General Operations Force Anti-Smuggling Unit, Malaysian Maritime Enforcement Agency dan Jabatan Imigresen, sama ada ianya benar atau tidak?
Tuan Yang di-Pertua, pada 23 Ogos 2015 tujuh kanak-kanak Orang Asli dari Pos Tohoi telah dilaporkan hilang dan dilaporkan beberapa hari kemudian oleh pihak sekolah di Gua Musang. Selepas hampir dua bulan mencari, hanya dua daripada mereka ini masih hidup. Empat lagi telah meninggal dunia dan seorang lagi, Sasa Sobri masih dilaporkan hilang, sebabnya keadaan infrastruktur sekolah yang teruk, makanan yang diberikan tidak berkhasiat dan dalam beberapa kes sudah busuk dan yang paling kritikal sekali, layanan yang kasar dan penderaan yang berlaku di sekolah SK Pos Tohoi.
Dalam temu duga Al-Jazeera dengan Pegawai Pendidikan Negeri Kelantan berhubung tragedi kehilangan dan kematian anak-anak Orang Asli ini, komen beliau adalah, dengan izin, “I’m not in the position to comment”. Apabila wartawan bertanyakan sama ada pegawai ini akan menghantar anaknya ke sekolah tersebut, pegawai itu ketawa sahaja.
Kata Ketua Pengarah Dato’ Hasnan Hassan untuk JAKOA, komuniti Orang Asli tidak bersyukur dan berterima kasih dengan segala bantuan dari kerajaan. Orang ini berkhidmat untuk Orang Asli atau untuk kerajaan?
Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Orang Asal di Sabah dan Sarawak terpinggir daripada arus pembangunan dan lebih-lebih lagi hak-hak mereka serta hak-hak tanah adat dirampas melalui proses pemutihan oleh kerajaan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh gulung Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Baiklah. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk komuniti Orang Asli namun bilangan kanak-kanak yang tercicir dari sekolah, ada yang sampai 40 peratus dan menyalahkan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka mengutip kacang di hutan. Saya tidak tahu sumber Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran, tetapi apabila kami bertemu dengan ibu bapa anak-anak Orang Asli ini, mereka menafikan apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Kamalanathan.
Seperti semua ibu bapa yang mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, ibu bapa ini juga mahukan anak-anak mereka bersekolah, pandai mengira, menulis dan membaca dengan impian satu hari nanti anak-anak mereka juga akan menjadi seorang pegawai kerajaan, guru, doktor, polis dan sebagainya. Jangan salahkan komuniti Orang Asli di atas ketidakcekapan dalam pengendalian isu-su yang dihadapi oleh komuniti ini.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Pada tahun 70-an, sekolah-sekolah kecil dibina di kampung-kampung Orang Asli supaya kanak-kanak dapat hadir ke sekolah dan masih di bawah pengawasan dan penjagaan ibu bapa. Hari ini sekolah besar bersama asrama dibina lebih kurang 10 kilometer dari perkampungan mereka dan ini menghindari ibu bapa untuk berkunjung ke sekolah dan untuk melawat anak-anak mereka. Sehingga kini, masih ramai lagi ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke SK Pos Tohoi kerana mereka takut anak-anak mereka pula akan menghadapi nasib yang sama dengan kanak-kanak yang hilang.
Sudah hampir tujuh bulan insiden pahit ini berlaku, namun tiada mana-mana pihak yang telah dibawa ke muka pengadilan. Saya ingin bertanya di sini, apakah status guru yang mendera kanak-kanak di SK Pos Tohoi dan di sekolah-sekolah Orang Asli yang lain memandangkan Timbalan Menteri Pelajaran sendiri bahawa guru tidak boleh memukul pelajar sekolah. Siapakah dalang di sebalik tragedi tujuh kanak-kanak yang hilang ini?
Mengapa belum lagi ada keputusan siasatan yang dilakukan? Sehingga kini, masih ada 74 lagi kanak-kanak Orang Asli SK Pos Tohoi yang masih belum mendaftar lagi untuk ke sekolah. Saya tidak boleh salahkan mereka. Mengapa mereka perlu percaya kepada satu kerajaan yang telah mengkhianati hak mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Last paragraph. Tuan Yang di- Pertua, Parlimen Batu Kawan dalam tiga tahun ini akan melihat perkembangan yang pesat dengan pembangunan infra seperti projek perumahan, pembinaan universiti, hospital swasta serta pusat membeli belah yang bakal akan dibina di sana. Walaupun tanah telah diperuntukkan untuk pembinaan sebuah hospital kerajaan, namun belum ada lagi apa-apa komitmen dari Kementerian Kesihatan untuk membinanya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya di sini. Mengikut jawapan yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Hospital Seberang Jaya dan Hospital Bukit Mertajam, adalah cukup untuk menampung penduduk-penduduk daripada Parlimen Batu Kawan sekiranya tidak boleh mendapat perkhidmatan perubatan di Hospital Sungai Bakap.
Hospital Sungai Bakap dibina pada tahun 1891 dan satu hospital yang sangat lama dan sangat usang. Jadi saya telah membangkitkan isu ini, ini kali ketiga di Dewan yang mulia ini, saya mohon kepada Timbalan Menteri, Yang Berhormat Dr. Hilmi untuk datang melawat Hospital Sungai Bakap untuk melihat betapa teruknya keadaan hospital daerah ini yang terpaksa memberi perkhidmatan perubatan kepada penduduk-penduduk di Batu Kawan dan juga Nibong Tebal.
Tuan Yang di-Pertua, isu saya yang terakhir...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, habis dah Yang Berhormat. Tak boleh dah Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Last point sahaja Tuan Yang di- Pertua. Hari ini Tuan Yang di-Pertua, wakil daripada Parti Gerakan di Pulau Pinang telah mengeluarkan kenyataan yang memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan rumah-rumah kos rendah yang dibina di Pulau Pinang berharga RM400,000. Saya minta Menteri dan Timbalan Menteri, minta lah macai-macai di parti komponen Barisan Nasional ini jangan mengeluarkan kenyataan yang bodoh.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tarik balik “macai”! “Macai”, tarik balik ya, tolong.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Okey, saya tarik balik “macai”.
Terasa, Yang Berhormat Baling terasa. Maaf ya. Maaf, maaf...
[Dewan riuh]
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Jadi sebab ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Perumahan, Yang Berhormat Jagdeep berhubung dengan usaha kerajaan negeri untuk membina lebih banyak rumah-rumah kos rendah, rumah-rumah mampu milik dan rumah-rumah sederhana rendah di Pulau Pinang memandangkan PR1MA seakan-akan, “melepaskan batuk di tangga”.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya di sini, adakah benar Kerajaan Barisan Nasional tiada hasrat untuk membina rumah mampu milik PR1MA di Pulau Pinang? Jika ya, sila nyatakan mengapa tidak Kerajaan Barisan Nasional membina rumah PR1MA di Pulau Pinang, dan jika ya, saya ingin Menteri menyatakan, bilangan rumah yang akan dibina, bilakah rumah akan dibina dan di mana lokasinya.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Boleh celah sedikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, masa tak ada Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, saya harap soalan-soalan saya ini akan mendapat jawapan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, saya berdiri untuk sama-sama mengambil bahagian dalam Titah Diraja pada 7 hari bulan yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, kita telah merdeka 53 tahun. Sabah telah merdeka melalui Malaysia 53 tahun, tahun 1963. Akan tetapi sampai sekarang ini, rakyat Sabah masih lagi ketakutan kerana sejak kita merdeka hingga sekarang, kita nampak ada lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, Sabah merdeka melalui Malaysia.
Biasanya kalau satu negeri itu merdeka, tidak ada lagi negara lain boleh menuntut wilayah- wilayah yang merdeka ini.
Tuan Yang di-Pertua, di Sabah kita sekarang ini ketakutan. Selain daripada tuntutan itu, kita nampak banyak kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin kerajaan yang menakutkan rakyat di Sabah. Saya bagi contoh, di Sabah kita ada 60 Dewan Undangan Negeri. Timbalan Perdana Menteri pada 4 hari bulan mengatakan di Kota Kinabalu bahawa di tiap-tiap kawasan DUN di Sabah, kita ada Panglima daripada Southern Philippines yang berada di tiap-tiap DUN, 60 bererti. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau kenyataan ini dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, tentu dianggap sahih. Tidak boleh lagi dinafikan.
Jadi bererti dengan tuntutan kerajaan Filipina terhadap Sabah tentu sekali menyatakan bahawa kerajaan masih lagi belum dapat menyelesaikan tuntutan ini. Negeri Sabah...
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Kalabakan...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di- Pertua, negeri Sabah merdeka...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Penampang bangun Yang Berhormat. Hendak bagi Yang Berhormat Penampang.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Sekejap lagi.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Negeri Sabah merdeka dan kita anggap kemerdekaan ini satu kedaulatan. Kita mempunyai kedaulatan sebagai negeri yang merdeka juga tetapi dengan ada tuntutan ini nampaknya kita diabaikan pula. Tidak ada kedaulatan negeri Sabah ini. Mana erti kemerdekaan? Mana erti kemerdekaan Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu negara merdeka, negeri merdeka tidak ada lagi ganggu gugat tetapi ada lagi tuntutan dan kenyataan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menakutkan rakyat Sabah. Orang-orang Sabah takut. Pada tiap-tiap DUN, 60 DUN yang ada di Sabah, ada satu Panglima daripada Sulu.
Apa erti ini semua. Kita takut Tuan Yang di-Pertua. Malahan pula ada dinyatakan bahawa ada penculikan untuk pemimpin kita, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dikeluarkan dalam Dewan yang mulia ini.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Jadi sekiranya ada kenyataan itu betul, kami sebagai rakyat biasa, kami sebagai Ahli Parlimen, kami sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri lebih takut lagi kalau Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri yang ada berpuluh-puluh bodyguard boleh kena culik.
Apa macam kami? Apa macam rakyat di Sabah? Rakyat di Sabah takut. Mereka marah. Betul kita bagi 100 peratus Kerusi Barisan Nasional kepada Barisan Nasional Kerusi Parlimen tetapi mereka ini masih takut kerana sudah dibagi undi tetapi keselamatan kami tidak dijaga.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Yang Berhormat Kalabakan, bukannya Parlimen ini telah meluluskan beratus-ratus juta untuk ESSCOM dan kenyataan Timbalan Perdana Menteri telah menunjukkan bahawa ada kegagalan dengan peruntukan ini kerana keselamatan Sabah di Pantai Barat Sabah sudah dalam masalah dan dalam kompromi seperti mana yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri.
Selain daripada itu Yang Berhormat Kalabakan, setujukah kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu akan affect to tourism industry di Sabah dan jika kerajaan kita tidak address isu Sulu Militan ini dengan cepat dan juga membuat satu usul di Parlimen di mana kerajaan Filipina mesti hentikan tuntutan Sabah termasuk juga membaikkan sekuriti Sabah.
Kita akan dalam keadaan susah sampai sekarang. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Saya mengucap terima kasihlah kepada Yang Berhormat Penampang. Saya belum sampai ke sana. Jadi tunggulah, saya akan sampai ke sana. Jadi, saya nyatakan tadi Timbalan Perdana Menteri telah menyatakan bahawa Panglima-panglima itu bukan lagi di kawasan ESSCOM saja, di Pantai Timur. Sudah merebak ke Pantai Timur, ke pedalaman dan sampai ke kawasan-kawasan luar bandar di Pantai Barat. Ini bererti ESSCOM ini tidak ada erti sama sekali. Kalau kita bilang peruntukan untuk ESSCOM, tentu sekali itu di Pantai Timur sahaja.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, memang kita sangat berdukacita kerana dengan adanya kenyataan itu tentu sekali ia mendapat publisiti yang begitu meluas sekali dan kita nampak mungkin pelancong-pelancong akan takut pergi ke Sabah. Jadi Tuan Yang di- Pertua, saya minta supaya kenyataan-kenyataan yang dibuat mestilah kenyataan yang bertanggungjawab kerana kalau tidak mungkin di Semenanjung tidak ada kesan. Akan tetapi di Sabah ia berkesan sehinggakan beratus SMS, WhatsApp dan lain-lain bagi saya, kemukakan kepada saya minta saya sampaikan salam orang Sabah kepada Parlimen.
Mintalah kalau boleh dalam negara Malaysia ini, semua tempat Sabah, Sarawak dan Semenanjung ini dikawal dengan rapi.
Jadi kita minta jangan ada tuntutan Filipina ke Sabah. Kita tidak mahu kita panggil dia punya duta kasi amaran. Kalau boleh kita putus hubungan diplomatik dengan Filipina kerana dia tidak ada peraturan untuk tuntut negeri Sabah. Putuskan hubungan diplomatik sama sekali kerana kalau tidak rakyat Sabah ketakutan. Sampai sekarang 53 tahun tidak selesai lagi. Tuan Yang di-Pertua, kita di Sabah memang, Tuan Yang di-Pertua sendiri sedia maklum di kawasan Tuan Yang di-Pertua pun mesti ada kekurangan banyak. Sudah saya katakan dalam Dewan yang mulia ini dahulu perbezaan pembangunan yang ada di antara Sabah dengan Semenanjung, boleh dianggap di antara bumi dan langit dia punya perbezaan.
Rakyat di Sabah masih lagi buang air dalam lubang, cari lubang. Bukan macam di sini, kita flush saja sudah semuanya mewah. Di Sabah kita tidak ada kemudahan ini. Jadi kita minta supaya kerajaan serius sedikit. Kalau mahu jarak perbezaan ini tidak ada bagi peruntukan yang lebih. Bukan gula-gula sahaja tapi tidak ada projek-projek yang membela nasib rakyat ada di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, dulu saya ada cadangkan kepada Kementerian Pendidikan, tubuhkan Jawatankuasa Bertindak, satu di Sabah dan satu di Sarawak melihat keadaan-keadaan sekolah di luar bandar di Sabah, sekolah daif di luar bandar. Ini Tuan Yang di-Pertua, bukan saya saja cakap. Pengarah Pelajaran Sabah cakap, “400 Sabah schools in bad shape” dia bilang- 400, bukan satu dua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Termasuk banyak di kawasan saya Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Ya, betul.
Jadi, ini Tuan Yang di-Pertua yang bercakap ini pengarah. Dahulu kita cakap kita kemukakan dalam Dewan, orang cakap Kalabakan bercerita politik sahaja tetapi ini kenyataan. Minta supaya kementerian tubuhkan jawatankuasa penyiasat untuk Sabah dan Sarawak. Teliti baik-baik, jangan sampai waktu pilihan raya baru sibuk pergi sana pergi sini untuk bagi peruntukan. Kita mahu supaya ini diambil kira. Semua kementerian yang ada di dalam kerajaan harus amil kira apa juga masalah-masalah. Kalau di sini kita pergi jalan daripada...
Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar
Yang Berhormat ...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Kuala Lumpur ke Johor, masya-Allah dia punya cantik jalannya.
Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar
Yang Berhormat Kalabakan, boleh?
Boleh sekejap? Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Kalabakan, adakah Yang Berhormat Kalabakan setuju dengan saya bahawa peruntukan yang turun ke negeri Sabah ini tidak mencukupi.
Saya difahamkan untuk membaiki asrama di negeri Sabah peruntukan hanya RM200,000 untuk satu negeri. Kalau dibahagi dengan jumlah asrama, maka dapatlah RM18,000 satu asrama. Jadi, apa yang kita boleh buat dengan RM18,000? Apakah Yang Berhormat Kalabakan setuju supaya peruntukan untuk sekolah-sekolah ini diberikan keutamaan? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di- Pertua, terpaksa saya punya masa ditambah. Terpaksa saya punya masa ditambah. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sepanggar. Baru-baru ini di kawasan Kalabakan saya melawat Sekolah Menengah Merotai Besar, saya tengok keadaan asrama semuanya daif, daif sama sekali. Tilam-tilam, locker dan lain-lain. Saya belanja RM100,000. Jangan bilang RM18,000. RM100,000 satu sekolah. Jadi kita minta supaya peruntukan yang cukup. Kita tidak mahu peruntukan yang rambang. Kita mahu jawatankuasa untuk Sabah teliti semua sekolah-sekolah dan asrama dan rumah guru yang ada di luar bandar di Sabah. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua mungkin Tuan Yang di-Pertua punya tempat pun ada. Ada rumah guru dia pakai play wood, fitting by fitting sahaja dia punya rumah. Apa jadi? Apa macam kita boleh maju? Apa macam boleh kita kata kita merdeka melalui Malaysia sedangkan kita sudah ketinggalan 53 tahun Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kita mahu supaya pucuk pimpinan ambil perhatian kerana kalau tidak kita ketinggalan.
Negara maju pada tahun 2020. Berapa tahun lagi Tuan Yang di-Pertua? Empat tahun lagi. Apabila sampai tahap negara maju 2020 tentu orang Sabah di luar bandar fikir sudah merdeka kah kita? Tentu sekali dia tanya di luar bandar di Sigur, di ulu Kalabakan orang bertanya sudah merdeka kah?
Kalau kita sudah merdeka tak kan kita ini jadi begini? Miskin tambah miskin. Tidak ada pembelaan. Jadi kita minta kerajaan serius betul untuk menangani semua. Jadi Tuan Yang di-Pertua kita sudah nampak sekarang bahawa- saya tidak tahu Sarawak sebab Sarawak mungkin maju. Saya tidak tahu sebab dahulu saya bercerita Sabah Sarawak tetapi saya nampak bahawa di Sabah- saya cadang dahulu supaya kita tubuhkan Parliamentary Committee daripada sebelah dan daripada sebelah. Check apa masalah-masalah di Sabah.
Check semua, lapor kepada Parlimen.
Kalau harap kementerian-kementerian yang ada dia tidak buat kerja. Mereka tidak buat kerja. Kalau ada Parliamentary Committee untuk Sabah, saya tidak tahu Sarawak.
Parliamentary Committee untuk Sabah daripada pembangkang dan juga kerajaan. Kita tubuh, buat laporan kepada Parlimen. Kalau saya seorang bercakap orang cakap ini Kalabakan auta sahaja, asal bercakap. Akan tetapi kita mahu kenyataan yang betul Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu Menteri Pengangkutan dan Timbalan tidak ada di sini. Saya mahu sentuh juga sedikit. Jadi, walau bagaimanapun, saya mahu tanya mereka, mereka ini pernah pergi ke Sabah, ke mana sahaja pakai AirAsia. Pernahkah atau tidak sebab AirAsia tidak ada Business Class. Tidak ada Business Class. Mahu pakai Business Class tidak mahu pakai AirAsia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
AirAsia ada hot seat Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Ada hot seat tidak begitu selesa. Jadi saya mahu tanya mereka pernahkah pakai AirAsia pergi ke Kota Kinabalu atau ke mana-mana tempat di Sabah? Kota Kinabalu salah satu contoh.
Dahulu, AirAsia berada di Terminal 2 di Kota Kinabalu. Kemudian apabila kita desak-desak mereka pindah ke Terminal 1. Akan tetapi masalah AirAsia ini mereka ini mahu keuntungan, mengira keuntungan sahaja. Apabila hujan dia pakai bridge. Kalau tidak hujan dia pakai naik tangga. Apa masalah? Kerana mungkin pakai bridge mungkin dia mahal RM50 satu kali landing. Mungkin. Jadi, minta kepada Menteri naik AirAsia sekali sekala dan tengok kekurangan yang ada. Jangan kita mahu ikut First Class sahaja. Ikutlah sekali, hot seat pun boleh lah tetapi pakai AirAsia supaya mereka tahu keadaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, di KKIA scanning machine tidak cukup, passenger berbaris panjang tiap kali.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Ya, Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sebabkan AirAsia dia operate dekat KKIA Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita ada berapa banyak Menteri? Kita ada berapa banyak Menteri? Saya mahu tahu Menteri yang penting. Berapa kali pergi ke luar bandar di Sabah?
Saya mahu tahu berapa kali pergi ke luar bandar di Sabah. Kalau tidak pergi pakai monitor sahaja daripada KL, tidak usah jadi menteri, tidak usah jadi menteri kerana kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kita tidak mahu pergi ke kawasan luar bandar, naik kereta, naik lori, naik pick-up. Itu bari kita tahu keadaan yang ada di Sabah Tuan Yang di-Pertua.
Kita tidak mahu dengar laporan pegawai. Pegawai cakap bagus, dia bagus. Kalau pegawai ada kepentingan dia cakap bagus semua. Jadi minta supaya Menteri-Menteri yang ada datang pergi Sabah, telefon Kalabakan saya mahu pergi ulu Kalabakan. Saya sediakan transport, saya sediakan makan dan semua. Cuma saya tidak boleh bagi bodyguard sahaja. Kita takut sebab apa kita tidak boleh bagi bodyguard.
Jadi, untuk kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, rakyat Sabah terutama sekali wakil rakyat takut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri sebab di Sabah ada 60 panglima daripada Philippine. Tiap-tiap DUN ada satu, di Kalabakan ada tiga. Di Tawau ada tiga, Silam ada tiga, Semporna ada tiga. Ancaman kepada kita, ancaman kepada kita kerana kita tidak ada bodyguard.
Jadi Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana beri peluang untuk saya berucap dan saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 7 hari bulan yang lalu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana membenarkan saya berucap. Saya mendengar dengan penuh sedih dan terharu. Semalam kita dengar Yang Berhormat Kota Samarahan. Hari ini kita dengar Kalabakan.
Saya hendak sebut Tuan Yang di-Pertua, kalau kerajaan betul-betul telus, kalau Yang Berhormat Pekan betul-betul telus tentu buku ini yang dinamakan Perlembagaan Persekutuan tidak akan diketepikan.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, di Jadual Kesepuluh, termaktub bahawa Sabah dan Sarawak perlu dan wajib diberikan peruntukan yang betul, Kalabakan, perlu dan wajib setelah Sabah dan Sarawak menyertai Malaya menggabungkan menjadi Malaysia. Dua per lima daripada hasil yang dikutip harus diserahkan balik kepada sabah, mana wang itu?
Bukan dua tiga hari lewat, bukan dua tiga bulan lewat, berpuluh tahun sudah lewat.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Kalau Perlembagaan ini tidak diketepikan, kalau Perlembagaan ini dihormati, saya yakin anak-anak kecil di sabah dan di Sarawak akan malu seperti anak-anak di Semenanjung.
Saya yakin, kita dapat memberikan mereka pendidikan yang terbaik bukan sahaja boleh bawa mereka duduk di asrama penuh ini di Semenanjung malah kita boleh bina asrama-asrama penuh yang cukup baik di Sabah dan di Sarawak. Kalau sekiranya Perlembagaan ini dijunjung, isunya Perlembagaan ini diketepikan. Saya bukan sentimen, bukan isu sentimental.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Terima kasih Tuan Yang di–Pertua, Yang Berhormat Sungai Petani, terima kasih. Tenth Schedule dalam penggabungan Persekutuan itu sepatutnya 40 peratus dikembalikan kepada Sabah, tetapi sejak tahun 1969, hanya RM26.7 juta dikembalikan setiap tahun, setujukah Yang Berhormat Sungai Petani bahawa angka ini tidak adil dan tidak juga realistik dengan keadaan hari ini, terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Penampang, takkanlah kutipan cukai di Sabah begitu rendah sedangkan di Sabahlah yang mengeluarkan di antara minyak yang banyak, malah Sabah dan Sarawak contribute di antara pendapatan yang tinggi untuk Semenanjung.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed
[Bangun]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya berasa terpanggil dan terhormat kerana Jeli sanggup bertanya kepada saya. Silakan Jeli.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Saya pun terhormat, Sungai Petani beri peluang kepada saya. Terima kasih banyak. Tuan Yang di- Pertua, semalam Penampang juga bangkit hal sama, Yang Berhormat Gombak pun cerita benda yang sama, jadi saya berminatlah Jadual Kesepuluh ini macam mana Sungai Petani ataupun Penampang membuat perkiraan, ini penting dalam konsep ketelusan tadi kerana kalau diapi-apikan perkara ini dan ia tidak berasaskan kepada perkiraan yang telus, ini akan menyelewengkan fakta, jadi saya berminatlah untuk mengetahui macam mana yang Penampang dapat 26 peratus, dia kata 40 peratus. Macam mana asas perkiraan itu penting.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Kali pertama Menteri bertanya saya untuk memberi jawapan. Jawapannya ialah apabila pembangkang di sebelah ini menjadi Perdana Menteri dan menjadi kerajaan, kita akan pastikan seorang dari Sabah dan Sarawak menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana Timbalan Perdana Menteri itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sungai Petani jadi Perdana Menterikah?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Insya-Allah, insya-Allah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sungai Petani boleh tentukan sudah Timbalan Perdana Menteri, oh dahsyat, ini semua bohong rakyat saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Kalau ada konflik Yang Berhormat, ada di kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang kata jika mereka menang, mereka tidak suka 20 perkara. Sebahagian daripada itu adalah imigresen dan itu sebahagian daripada yang dituntut orang Sabah Yang Berhormat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ya, akan tetapi tak apa kita akan pastikan, saya sambut Kalabakan tadi. Kalabakan kata apa harus berikan perhatian yang special bukan soal Sabah dan Sarawak, soalnya ada rakyat yang menderita di Sabah dan di Sarawak, ada rakyat yang menderita di Semenanjung, tetapi jumlah yang terbelakang dibandingkan dengan Semenanjung mereka jauh ke belakang. Sebab itu, kalau diberi peluang saya yakin kita akan pastikan salah seorang dari anak Sabah dan Sarawak mewakili Sabah dan Sarawak menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya konsentrasi kepada Sabah dan Sarawak.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Terima kasih Baling, Sungai Petani, Pakatan Harapan juga telah membuat satu dokumen di mana kita akan menghormati dan melaksanakan Perjanjian Malaysia tahun 1963, bukan perkara 20 tetapi Perjanjian Malaysia tahun 1963, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua, - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Julau bangun, Yang Berhormat.
Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya ingin bertanya kepada Sungai Petani, apakah orang dari Sarawak dan Sabah hanya mampu menjadi Timbalan Perdana Menteri, tidak boleh menjadi Perdana Menteri?
[Ketawa]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Julau, kita mula dengan Timbalan Perdana Menteri dan kita mungkin berakhir dengan Perdana Menteri. Insya-Allah.
Tuan SIm Chee Keong - Bukit Mertajam
Di bawah Barisan Nasional jangan kata Perdana Menteri, Timbalan pun tak dapat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bincangkan isu kedua.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Tuan Yang di-pertua, tentang perkara tadi sebut itu 40 peratus tax itu sepatutnya mahu bagi balik Sabah, tetapi sekarang ini GST pun semua rata 6 peratus termasuk mahu kutip dari Sabah, tetapi pembangunan begitu di belakang. Jadi ini satu kita pun berkali-kali rayuan memberitahu sabah sepatutnya GST mahu seperti mahu kurang sedikit, tetapi pun tidak dapat. Jadi, setujukah ini tidak adil sama kepada rakyat sabah.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, memohon ungkapan-ungkapan dan rasa keluh kelah termasuk ucapan saya. Terima kasih Baling.
Tuan Yang di-Pertua, kita dengar daripada ucapan-ucapan kawan-kawan dari sebelah sana mengatakan bagaimana politik ini harus didamaikan, janganlah cuba menolak Pekan daripada menjadi Perdana Menteri sekarang tunggulah sampai pilihan raya, adalah tindakan yang tidak munasabah untuk menjatuhkan pimpinan semasa dia masih lagi mempunyai masa untuk memerintah.
Saya hendak beritahu Tuan Yang di-pertua, pengalaman yang kita ada yang banyak menolak pimpinan walaupun waktunya belum habis ialah Barisan Nasional, rekod menunjukkan apa yang berlaku di Kedah, rekod menunjukkan apa yang berlaku di negeri lain termasuklah di Perak, malah yang terakhir ini ialah yang berlaku hampir berlaku di Terengganu, maknanya kalau itu di negeri-negeri, Baling. Kalau patah balik Federal pula bagaimanalah Kepala Batas dihentikan, belum pun waktu dia habis, Pagoh dihentikan belum pun waktu dia habis, namun oleh demikian saya merasakan...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sungai Petani dahulu pun pakar dalam bidang ini.
Seorang Ahli
Yang dok pusing kepada Pemuda UMNO, Sungai Petani lah dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Kota Tinggi bangun Yang Berhormat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Kota Tinggi bagi saya habis yang ini dahulu. Tuan Yang di-Pertua, kita boleh andaikan pentadbiran negara ini sepertilah kita mentadbir sebuah public-listed company. Sudah tentu dalam public-listed company kita ada shareholders dan kalau public-listed company kita mesyuarat setiap tahun untuk melantik board members ataupun CEO dan kita rasa kalau sekiranya board members ataupun CEO itu tidak berfungsi, tidak memberikan yang terbaik untuk shareholders dia, rasa-rasa kitalah apakah yang akan dilakukan oleh shareholders? Tentulah tindakan- tindakan akan diambil oleh shareholders untuk paling tidak pun menyahkan satu atau dua board members ataupun the whole board members.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Sebab itulah dalam negara kita bersama, apabila dalam keadaan sekarang walaupun saya katakan satu-satunya wakil rakyat so far yang sebut bahawa negara kita tidak ada masalah, ekonomi kita berkembang, rakyat memandu dengan kereta yang besar, di supermarket orang datang Bagan Serai, Bagan Serai satu-satunya tempat yang tidak ada masalah langsung tempat lain semua ada masalah, Bagan Serai tidak nampak bahawa kesusahan atau rintangan rakyat tidak berlaku.
Akan tetapi di tempat-tempat lain saya yakin memang rakyat menderita oleh kerana bukan salah shareholder dalam public-listed company. Tentulah salah management dan juga board members serta CEOnya yang tidak begitu cekap mengendalikan syarikat itu, sepertilah negara kita, saya melihat, membaca sejarah contohnya UAE- United Arab Emirates, dia dapat independent pada tahun 1971, sebuah negara khususnya di Dubai, sebuah negara yang amat kecil dan sebuah pelabuhan ikan yang amat jauh berbeza dengan apa yang kita ada.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Akan tetapi disebabkan oleh kehebatan pimpinan UAE yang tidak bergantung kepada minyak. Malah dalam lawatan saya ada bertanya beberapa pemimpin di sana, rizab mereka amat hebat. Malah mereka tidak mahu menggunakan rizab minyak mereka dengan membangunkan negara Yang Berhormat Kalabakan. Mereka *create opportunity.
Creating opportunity* ini bukan masalah rakyat, creating opportunity ialah masalah pemimpin. Bagaimana pemimpin harus ada kredibiliti dan juga inovasi untuk createkan opportunity. Kita tengok di Sabah dan Sarawak dan Semenanjung, negara kita dikelilingi oleh air Yang Berhormat Kalabakan, air. Pantai yang cantik, hutan yang hebat, segala- galanya ada tetapi kenapa kita amat bergantung kepada minyak.
Oleh sebab itu kita tengok di UAE orang datang berpusu-pusu. Tuan Yang di- Pertua pun pernah pergi di padang pasir di Dubai. Bagaimana orang berpusu-pusu hendak pergi bukan hendak tengok belly dancing Tuan Yang di-Pertua. Depa hendak tengok padang pasir, orang hendak tengok pantai, negeri yang cantik. Malah saya dimaklumkan anak-anak di UAE ini khususnya di Dubai kalau dia masuk universiti, percuma.
Warganegara dia kalau masuk universiti percuma malah mendapat imbuhan yang banyak sekiranya dia berkahwin dengan rakyat dia sendiri. Maknanya dia create opportunity.
Isunya kita tidak lakukan itu semua sebab itu apabila kita ada masalah apa yang berlaku bila kita ada masalah.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Tinggi bangun lagi Yang Berhormat.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Dua minit lagi Yang Berhormat Kota Tinggi. Apa yang berlaku, Yang Berhormat Kota Tinggi dua minit ya. Apabila kita mempunyai masalah dengan minyak wang yang kita tengok bukanlah pemimpin, wang yang kita tengok bagaimana kita hendak kutip wang, bagaimana kita hendak kutip cukai daripada rakyat. Ini kerana rakyat tidak ada pilihan, kita buat undang-undang di sini lepas itu kita henyak rakyat di bawah, rakyat di bawah terpaksa bayar. Walaupun rakyat di bawah yang B40 sepatutnya merekalah yang paling terkesan tetapi kita tidak kisah asalkan “kita boleh selamatkan negara kita kononnya”, kita henyak mereka. Sedangkan sepatutnya dalam keadaan kita mewah kita simpan dan apabila keadaan kita gawat macam ini kita gunakan kewangan kita untuk menolong B40 tetapi tidak kita kenakan semua kepada rakyat. Silakan Yang Berhormat Kota Tinggi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Dua perkara sahaja Yang Berhormat Sungai Petani. Satu tadi cakap fasal UMNO dan Barisan Nasional ubah- sebenarnya kalau ingat tahun 2008-2010 kita ada 16 by-election dan by-election semua dimulakan oleh pihak belah sana, bagi laluan. Yang Berhormat Permatang Pauh tiga kali lepas itu akhir-akhir ini di Kajang pun tidak ribut, tidak angin tiba-tiba bagi laluan. Jadi ini semua merosakkan demokrasi yang kita bina. Itu satu. Jadi janganlah kita kata belah sini sebenarnya belah sana yang mula by-election ini tidak fasal-fasal rakyat susah.
Tadi nombor dua cakap fasal air. Itulah bila Langkah Kajang kita buat huru-hara Selangor isu air pun tidak dapat selesai yang menderitanya rakyat. Ini cakap fasal basic sebetulnya ini jangan kita pergi jauh-jauh, air pun tidak selesai.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Oleh sebab itu pelaburan lari, pekerjaan hilang, itu tidak habis, soalan kedua pendek sahaja. Kita cakap fasal minyak UAEkah, Abu Dhabikah, Kuwaitkah mereka ini sudah banyak minyak lepas itu dia invest. Buat convention centre, buat tempat destinasi untuk beli-belah. Sebelum itu mereka tidak ada cukai akhir-akhir ini terpaksa buat cukai juga sebab bila harga minyak turun. Jadi masalah fenomena ini jangan kita tengok Malaysia sahaja. Kita sudah buat diversification income based dah lama. Itu sebab GST hanyalah salah satu daripada program untuk mengurangkan kebergantungan kepada minyak.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Okey terima kasih.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Jadi saya ingat dari segi ini pandangan Yang Berhormat Sungai Petani saya ingat yang Yang Berhormat Sungai Petani cakap itu contradict sendiri apa yang Yang Berhormat Sungai Petani cakap. Terima kasih.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ya tetapi yang pastinya air di Pekan pun tidak ada. Saya dapat laporan di Pekan bukan semua dapat air jadi bukan tanya di Selangor sahaja kena tengok di Pekan, tengok di Pahang. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua saya tidak mahu bagi sudah kepada Yang Berhormat. Isu yang seterusnya ialah saya hendak tanya tentang...
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani, terima kasih.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya hendak tanya tentang visa rakyat China ini Tuan Yang di-Pertua. Saya dimaklumkan saya hendak tanya menteri betul-betul, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Sekarang ini sistem yang kita ada ini sistem macam mana? Saya dimaklumkan bahawa rakyat China yang hendak datang ke Malaysia dia kena memohon visa kepada satu syarikat yang namanya Ultra Kirana yang dioutsourcekan oleh Kementerian Dalam Negeri. Oh! Bahaya ini. Ini isu keselamatan. Saya sebab itu saya betul-betul Menteri Dalam Negeri betul tidak berlakunya ini?
Maknanya Tuan Yang di-Pertua rakyat China yang hendak datang ke Malaysia dia pergi minta bukan ke Jabatan Imigresen tetapi ke satu syarikat Ultra Kirana. Now saya hendak tahu siapa pemilik syarikat ini? Ini kerana saya lebih marah lagi dia menempatkan pegawai-pegawai kita di tempat-tempat wujudnya syarikat ini iaitu di Beijing, Shanghai, Guangzhou, Kunming dan beberapa tempat yang lain. Maknanya pegawai kita terpaksa bekerja di syarikat dia kemudian dia kutip duit daripada rakyat China. Saya dimaklumkan hampir lebih daripada 10,000 yang memohon tiap-tiap bulan untuk masuk ke Malaysia.
Akan tetapi yang datang ke Malaysia Tuan Yang di-Pertua cuma 2,000. Soalan saya apa jadi yang lebih itu, ke mana mereka sedangkan visa telah dikeluarkan. Ini satu isu yang besar.
Kedua saya hendak tanya berapa yang dikutip oleh syarikat ini? Berapa yang kerajaan dapat? Ketiga ada perjanjian tidak, ada terma-terma tertentu tidak di antara syarikat ini dengan kerajaan? Adakah perjanjiannya seperti perjanjian dahulu selagi ada bulan dan bintang ataupun apa?
Jadi saya minta Ketua-ketua Menteri dan Perdana Menteri sendiri datang dan jawab pada soalan-soalan ini kerana ianya melibatkan soal keselamatan kita. Malah yang lebih teruk lagi Tuan Yang di-Pertua, dahulu kita ada visa on arrival. Saya dimaklumkan rakyat khususnya the Chinese doll yang lawa-lawa ini datang kemudian mereka datang bersekedudukan dengan rakyat Malaysia, kemudian dapat anak. Saya hendak tanya menteri, adakah benar jumlah sekarang? Adakah benar anak-anak yang dilahirkan begini?
Mereka datang, wanita-wanita ini mengandung lepas itu melahirkan anak, wanita balik baby tinggal di Malaysia.
Saya difahamkan puluhan ribu, puluhan ribu Tuan Yang di-Pertua bukan 300, bukan 600, puluhan ribu. Saya hendak tahu berapa jumlah itu dan apakah yang sedang terjadi?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh gulung Yang Berhormat.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Baik. Terakhir sekali Tuan Yang di- Pertua saya hendak sebut dan insya-Allah Ketua Pembangkang akan bawa usul ini, usul supaya memecat Peguam Negara.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Bagaimana Peguam Negara bertindak seperti seolah-olah mempunyai rasa marah apabila Tuan Haji Yahya Shari yang kutip duit RM50,000 untuk buat program parti yang keputusannya dibuat dalam mesyuarat, akaun dibuka atas nama parti tetapi beliau dikenakan penjara dua tahun dan dua sebatan. Walaupun Mahkamah Rendah telah pun melepaskan beliau kerana tidak cukup bukti dan sebagainya tetapi Peguam Negara berkali- kali dalam tempoh dua kali appeal dan akhirnya beliau dikenakan tindakan. Derma jelas RM50,000, orang yang beri dema jelas tahu dan dia mengaku dalam mahkamah, dia tahu yang dia beri derma, dia sedar dia menderma bukan hypnotized. Masuk dalam akaun parti dan keputusan dibuat dalam parti dalam mesyuarat, semua ada. Akan tetapi akhirnya dia kena dua tahun dan dua sebatan.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Kita ada Yang Berhormat Pekan yang ada RM2.6 bilion. Saya tidak kata Yang Berhormat Pekan salah sebab kita tidak ada laporan. Saya pun tidak tahu sama ada Yang Berhormat Pekan terima derma atau tidak terima, saya pun tidak tahu sebab kita masih lagi menunggu PAC. Harap-harap sebelum 7 hari bulan ini kita akan dapat laporan itu atas meja, insya-Allah. Akan tetapi isunya sekarang, belum pun kita dapat lihat dokumen- dokumen yang dibawa oleh AG ke PAC dan PAC kepada kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, hati-hati dengan 36(8) ya.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Baik, saya faham. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sifat hakim.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya tidak kata hakim, saya kata AG, saya sebut AG.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ia termasuk pengamal undang-undang Yang Berhormat.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ya tetapi saya rasa hendak luahkan rasa kekecewaan. Manusia kerdil kena dua tahun dua sebatan. Ingat, langit tidak selalu cerah, mungkin satu hari di sana akan jadi pembangkang, mungkin. Apa kata kalau di sini zalim dan tangkap dan pukul dan jail. Adakah ini yang kita nak? Apa akan jadi kepada negara kita? Kita rasa marah, benci, ambil tindakan dan kita akan buat semahunya kepada opponent kita. Tidak adil. Jadi sebab itu saya mengajak forget about our differences kita, tetapi lebih baik kita berpegang kepada perlembagaan dan kita tanya diri kita as a human being. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Seperti biasa saya minta izin untuk berpantun dululah. Masa pun tidak lama dah ni.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sembilan minit sebelum berhenti rehat.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ya.
Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua, Assalamualaikum, salam sejahtera pembuka bicara, Budi Tuan Yang di-Pertua izinkan berbahas takkan dilupa. Yang kedua.
Pedagang datang membawa barang, Berdagang sampai ke Bandar Permaisuri, Pembangkang mengutuk jangan sebarang, Buruk baik negara sendiri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnianya pada hari ini saya telah diberi peluang untuk bersama-sama mengambil tempat dalam perbahasan Titah Diraja pada sesi kali ini.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Walaupun ada suara-suara sumbang dan juga mereka yang tidak prihatin mempertikaikan titah ucapan ini dengan secara kurang ajar boleh saya kata, begitu sekali ya. Akan tetapi pada saya, ia adalah Titah daripada Tuanku.
Saya menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong agar segala politik sempit dihentikan dan usaha padu perlu digembleng agar isu memperbaiki taraf hidup serta mendepani cabaran ekonomi dapat dijadikan fokus utama dan mengatasi kepentingan peribadi masing-masing. Di perjuangan inilah yang sebenarnya yang dibawa oleh Barisan Nasional daripada dulu sehingga sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Titah Yang di-Pertuan Agong sebenarnya tidak hanya terpakai kepada wakil rakyat Barisan Nasional sahaja. Ia turut mencakupi keseluruhan pimpinan yang dilantik oleh rakyat melalui pilihan raya yang lalu. Jadi seharusnyalah amanah yang telah diberikan ini digalas dengan penuh tanggungjawab. Justeru itu, saya memohon agar usaha kerajaan dalam mendepani isu-isu yang mencabar dapat disokong oleh pihak sebelah sana, pembangkang tanpa memikirkan perbezaan ideologi politik sehingga menjejaskan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat. Jadi perbezaan pendapat itu adalah perkara lumrah sebenarnya tetapi tidaklah sampai segala yang dilakukan oleh pihak kerajaan itu dilihat buruk semuanya dan menganggap diri mereka tidak bersalah iaitu maksum.
Tuan Yang di-Pertua, trend yang dilihat pada hari ini ialah asalkan ia datang daripada pihak kerajaan, maka ia perlu dibangkang tanpa memikirkan kesan baik yang boleh didapati dan dirasai bersama. Malah tanpa rasa bersalah, segala fitnah dilempar dan di jaja keluar sehingga sanggup meminta nyawa daripada negara-negara luar agar memberikan tekanan yang hebat kepada negara kita sendiri. Jadi saya memohon agar tohmahan terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dapat dihentikan dan tumpuan difokuskan kepada isu-isu yang membela rakyat. Fitnah terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita bukan sahaja memburukkan imej beliau malah memberikan persepsi negatif terhadap negara di kaca mata luar.
Secara tidak langsung, ia akan memberikan kesan negatif terhadap ekonomi serta menggagalkan rancangan kerajaan dalam memberikan penyampaian terbaik kepada setiap rakyat. Akan tetapi sekiranya matlamat pihak sebelah sana ini adalah untuk menyaksikan negara ini berada dalam keadaan huru-hara seperti negara-negara luar kita tengok macam mana. Maka tidak hairanlah sekiranya mereka dilihat berusaha dengan begitu gigih untuk mengadu domba, membawa mulut ke sana sini agar negara ini dipandang buruk kerana telah tertulis itulah matlamat sebenar kita. Ini boleh dilihat melalui tindakan yang memburukkan sistem perundangan, sistem kehakiman, demokrasi, sistem pilihan raya sehingga ke amalan media dan sebagainya. Seolah-olah sistem ini haruslah mengikut telunjuk, dikatakan seolah-olah mengikut telunjuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Manakala mereka di sebelah sana adalah di pihak yang teraniaya, selalu diuar- uarkan benda-benda macam ini. Ini semua dilakukan demi bertujuan meraih simpati pihak luar serta mengundang rasa benci negara terhadap kita yang mana ia akan menjejaskan hubungan ekonomi negara ini dengan negara-negara lain. Tanpa disedari, kelantangan menjaja fitnah ini sehingga ke luar negara secara tidak langsung menafikan kebebasan hak bersuara mereka yang dikatakan disekat demi kepentingan politik Barisan Nasional. Ini yang selalu diuar-uarkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon agar tindakan yang sewajarnya diambil dalam mengekang gerakan fitnah dan juga manipulasi yang dilakukan oleh mereka semenjak tahun 1998 lagi hingga ke hari demi memastikan agenda kerajaan dapat dicapai.
Kita tidak mahu dalam usaha kita untuk memangkin ekonomi rakyat serta berdepan dengan krisis ekonomi global termasuklah bangkit daripada masalah penurunan harga minyak mentah menemui kegagalan di mana tindakan mereka menyebabkan pelabur-pelabur asing bimbang untuk melabur di negara ini setelah pelbagai persepsi memburukkan dimainkan oleh pihak sebelah sana juga. Seolah-olah negara ini berdepan dengan satu masalah rasuah yang kronik. Ini yang selalu di...
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Katil bangun Yang Berhormat.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Belum habis lagi ya, tunggu akhir boleh.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Berilah sikit.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Akhir, akhir.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Kang topik lain.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya ada banyak lagi, benda ini saya akan cuba kaitkan dengan perkara lain dan ekonomi yang kurang stabil. Jadi malah apa yang lebih buruk lagi adalah pimpinan atasan pihak sebelah sana lagi saya lihat sanggup membawa yang saya beritahu tadi bawa mulut ke sana sini, menakut-nakutkan pelabur asing, benda ini berlaku dah lama. Jadi dengan memburukkan ekonomi negara, meramalkan keadaan ekonomi yang kurang stabil, mengunjurkan peningkatan defisit yang tinggi akibat keborosan kerajaan.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Sedikit Yang Berhormat Setiu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sekali gus menghasut pelabur agar tidak melabur di Malaysia. Perbuatan ini jelas merugikan negara dan pengadu domba ini layak digelar apa yang kita gelar sebagai pengkhianat.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Boleh Yang Berhormat Setiu, 30 saat.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Okey.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Setiu. Ringkas sahaja, Yang Berhormat Setiu sebut soal fitnah, soal isu-isu ini dianggap sebagai memalukan negara kononnya kita yang bawa isu ini. Baik, saya hendak tanya Yang Berhormat Setiu mudah sahaja. Isu derma yang dipulangkan ini, adakah ini satu fitnah dan kenapa kalau ia bukan satu fitnah, kenapa soalan-soalan anggota Parlimen yang meminta supaya isu ini dijelaskan dalam Parlimen dihalang dengan pelbagai alasan. Mohon pencerahan Yang Berhormat Setiu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Berkenaan dengan RM2.6 bilion, saya katakan ia satu fitnah dan kalau dikatakan dipulangkan, itu disebut oleh seseorang.
Apa masalah kalau dipulangkan? Apa masalahnya? Sekarang ini, ia telah disiasat oleh pihak SPRM sendiri dan akhirnya tidak ada pertuduhan dibuat. Jadi yang salah pun, yang dah masuk dalam- mantan Permatang Pauh sekalipun, dah masuk dalam penjara pun masih lagi mempertikaikan penghakiman salah dan sebagainya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Dah kantoi tidak payah jawablah.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Kita tanya dalam Parlimen Yang Berhormat Setiu, tolong jawablah.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya dah jawab sekarang ini.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Tolong tanya kepada kementerian, dalam Parlimen, mengapa halang soalan kita.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Maksudnya kalau ia berlaku di sebelah sana, dah dijatuhkan hukuman penjara sekalipun, masih ada buat rayuan kepada pihak Yang di-Pertuan Agong, maka jawapannya dia kata dia boleh datang ke Parlimen dan sebagainya walaupun banduan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sambung petang nanti Yang Berhormat.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Terima kasih. Nanti saya fikirkan, saya beri jawapan lebih teruk lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari.]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, saya jemput Yang Berhormat Setiu untuk menyambung perbahasan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menyambung perbahasan saya. Selain daripada apa yang saya beritahu pagi tadi, ini juga berkenaan dengan soal meminta kuasa asing dalam mencampuri urusan kehakiman di negara kita.
Jadi, apabila mahkamah memutuskan bahawa pemimpin pembangkang ketika itu bersalah, maka kerajaan pula yang dipalit dosa akibat perbuatan si pelaku dan pelbagai talian hayat digunakan untuk mereka, untuk meminta kuasa asing membawa keluar pesalah yang menjalani hukuman penjara tersebut sehingga mendorong pihak luar untuk melabelkan negara ini sebagai negara yang memiliki sistem kehakiman yang korup dan bias terhadap pembangkang.
Walhal, ia adalah satu proses standard yang dilalui oleh mana-mana pesalah yang telah dijatuhkan hukuman oleh sistem kehakiman di mana-mana negara sekalipun. Jadi tindakan pembangkang ini seolah-olah memohon satu special treatment, dengan izin, diberikan kepada beliau walaupun beliau telah didapati bersalah di mahkamah negara ini.
Contohnya saya lihat kepada- pernah disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai. Beliau membacakan satu kenyataan kumpulan kerja penahanan arbitrary PBB, UNWGAD yang menyifatkan perbicaraan membabitkan Anwar Ibrahim masa itu adalah haram dan beliau perlu dibebaskan serta-merta. Ini contohnya.
Terbaru, saya terbaca satu kenyataan daripada Pengerusi AMANAH Terengganu menyatakan bahawa perjumpaan terakhir antara pembangkang mengenai dengan deklarasi Tun Mahathir ini, dia mengatakan bahawa hendak mengeluarkan mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh ini keluar dari penjara. Ini salah satu agendanya. Jadi saya dapati bukan itu sahaja agendanya tetapi ada lagi agenda lain, kemungkinan besar. Dia hendak minta supaya Tun Mahathir ini menarik balik kenyataan beliau yang mengatakan bahawa beliau pernah menerima 18 muka surat ini.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
[Bangun]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ini yang saya hendak cuba beritahu. Mungkin ada sebab-sebab lain kenapa Yang Amat Berhormat Gombak semalam beria-ia meminta kita menyokong deklarasi. Jadi, saya rasakan bahawa permintaan tersebut adalah atas sebab-sebab tertentu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sahabat sebelah, Yang Berhormat Gerik bangun.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Okey.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Setiu. Seperti mana dikatakan semalam, Yang Amat Berhormat dari Gombak meminta semua Ahli Parlimen Barisan Nasional mengikut pihak pembangkang bersama Tun Dr. Mahathir sign deklarasi. Akan tetapi kita bukannya tidak membaca dengan tepat. Kita tahu RM2.6 bilion, Peguam Negara telah memutuskan tidak ada kesalahan. Sedangkan pihak pembangkang sudah ada keputusan mahkamah pun yang mengatakan Datuk Seri Anwar ini tahanan politik. Sebelum itu bila kita cakap, dia kata masih dalam keputusan mahkamah.
Bila sudah ada keputusan mahkamah, dikatakan tidak bersalah sedangkan 1MDB dan segala-galanya ini baru dalam proses sama ada bersalah ataupun tidak tetapi pihak pembangkang telah menuduh kita bersalah dan meminta tidak ada Ahli Parlimen Barisan Nasional kecuali tiga orang sahaja yang hendak minta Perdana Menteri letak jawatan.
Yang lain-lain, kami berdiri teguh bersama Perdana Menteri.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Begitu juga Ketua-ketua Bahagian UMNO pun tidak ada minta Perdana Menteri letak jawatan. Nampak sangat pihak pembangkang menggunakan Parlimen ini untuk mendesak Perdana Menteri letak jawatan yang bertentangan dengan Demokrasi Berparlimen dalam negara kita. Saya hendak minta ulasan Yang Berhormat Setiu dalam perkara ini.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Gerik. Benar sekali. Tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka.
Jadi maknanya, saya minta supaya soalan tadi dimasukkan dalam sebahagian daripada ucapan saya. Cuma saya akan beritahu selepas ini, apa kuasa-kuasa pihak AG. Cuma saya hendak beritahu sekarang ini berkenaan dengan cara kita, rakyat Malaysia ini kadang- kadang melampau-lampau. Kita menegur pemimpin, hendak menjatuhkan pemimpin tidak mengira sama ada apa prosedurnya.
Kalau hendak menjatuhkan ada prosedurnya. Hendak suruh Perdana Menteri turun daripada jawatan dan sebagainya sama ada melalui undi tidak percaya. Kalau sudah tidak berjaya dengan undi tidak percaya, cara lain tetap ada. Itu prosedurnya kecuali didapati bersalah dengan denda lebih daripada RM2,000 atau dihukum dan sebagainya.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
[Bangun]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Barulah boleh dijatuhkan.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat Setiu, sikit, Yang Berhormat Setiu. Dari Bukit Katil.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bukit Katil bangun.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Bukit Katil tidak puas hati lagikah?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Boleh? Tidak boleh?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Akan tetapi belum habis lagi sebenarnya. Hendak explain cara-cara ini.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Okey, okey. Baik.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya hendak explain dari segi kita menegur pemimpin ini. Banyak dalam ajaran kita terutama orang Islam, kita kalau hendak menegur atau menjatuhkan pemimpin tidak boleh ada perasaan dendam dan benci dalam diri kita iaitu sifat yang dipanggilkan mazmumah. Tidak boleh ada dalam diri kita.
Saya tertarik dengan satu hadis. Hadis yang bercakap mengenai dengan pemimpin jika/kalau adapun melakukan kesalahan dan kesilapan, bukan merupakan satu perbuatan yang dituntut oleh syarak untuk kita memaki hamun atau mencerca, mengumpat, memfitnah dan sebagainya sebaliknya tuntutan syarak sesuai dengan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dengan sanad yang fahat, berbunyi seperti berikut...
[Membaca sepotong hadis]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Maknanya, “Barang siapa ingin menasihati pemerintah dalam suatu perkara maka janganlah dia melakukannya secara terbuka.” Ini sudah macam-macam sudah dibuat sudah. Memburukkan pemimpin dan sebagainya di luar. “...jadi tetapi peganglah tangannya dan ceritalah dengannya. Jika ia diterima dia telah menerima kebaikan, jika tidak dia telah menjalankan kewajipan terhadapnya.” Ini riwayat Ahmad dan lain-lain. Dinyatakan oleh Sheikh Al-Bani. Ada tadi siapa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sudah baca sudah okeylah itu.
Sudah explain, kan?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Boleh, boleh sedikit lagi, tidak faham.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Boleh, boleh, boleh.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ada dua isu ataupun dua perkara yang saya inginkan penjelasan Yang Berhormat Setiu. Baik kita akui hadis dan sebagainya. Cuma Yang Berhormat Setiu tadi beritahu Dewan akan jelaskan bagaimana cara-caranya untuk kita menggulingkan, kalau boleh gunakan istilah itu, kita menukar Perdana Menteri.
Adakah Yang Berhormat setuju bahawa sebenarnya undi tidak percaya itu salah satu cara untuk menukar Perdana Menteri? Jika setuju, adakah Yang Berhormat setuju kalau kita cadangkan kepada Speaker Dewan untuk membenarkan usul ini dibentangkan dalam Dewan Rakyat dan biarlah satu undian dibuat untuk lakukan perkara ini, yang pertama.
Kedua, soal tukar Perdana Menteri dan sebagainya, adakah Yang Berhormat Setiu bersetuju dengan cara penukaran Menteri Besar Kedah baru-baru ini, Datuk Seri Mukhriz.
Seorang Ahli
Selangor, Selangor.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Ya, Selangor.
Adakah setuju? Kalau setuju dengan cara ini, apa masalahnya kalau kita cakap hendak tukar Perdana Menteri? Itu saya ingin pencerahan daripada Yang Berhormat Setiu kerana semua sedia maklum bahawa dalam proses demokrasi Parlimen, di Australia misalnya mereka tukar Perdana Menteri relax sahaja. Tidak perlu banyak masalah. Kalah dalam Dewan Rakyat, ganti Perdana Menteri yang baru. Kenapa kita hendak kelam-kabut hendak anggap satu dosa besar sehingga menyebabkan kita tidak boleh hendak tukar Perdana Menteri yang memang sudah tentu merosakkan negara. Terima kasih.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sebab itu saya nyatakan dengan prosedurnya. Kalau itu yang jalannya, terpulang kepada pihak Speaker hendak menerima ataupun tidak usul tersebut. Bukan maknanya kita boleh kalau itu caranya, kita kena buat cara macam ini, tidak perlu. Manakala- sebab itu hari pun sudah ada Ketua Pembangkang sendiri daripada mana itu hari bawa usul tetapi sudah usul tidak diterima, apa kita hendak kata. Kalau usul diterima sekalipun, tidak berjaya juga. Kita fahamlah, tidak akan berjaya punya...
[Tepuk] Kita ada 133 hendak lawan dengan 86 sahaja sekarang ini. Tidak boleh berjaya punya.
Seorang Ahli
Ada tiga lagi...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Jadi tidak ada. Tiga lagi kalau tidak pun dia diam sahaja. Nampak depan sokong tetapi sebenarnya tidak sokong pun.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Memang begitulah. Okey saya terus kepada sedikit lagi berkenaan dengan sistem perubatan ini. Dia kata tidak cukup dengan sistem kehakiman yang- dia bercerita berkenaan dengan sistem perubatan negara juga turut menerima tempias yang sama, diperlekehkan apabila beliau minta rawatan perubatannya dilakukan di luar negara sekali gus meragui dan menafikan kepakaran tenaga perubatan yang sedia ada di negara ini.
Apa yang diketahui ialah rakyat di negara ini berlumba-lumba untuk mendapatkan rawatan kesihatan di negara ini kerana ada kepakaran. Negara kita ada kepakaran jantungnya, sebahagiannya, banyak ya dan ada teknologi serta kos yang berpatutan. Akan tetapi berlainan dengan beliau yang lebih mengagungkan negara luar dan mahukan rawatan dijalankan di negara lain.
Namun begitu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana mengikut kajian tahun lalu yang dijalankan oleh sebuah penerbitan daripada Amerika Syarikat telah mendapati bahawa sistem penjagaan kesihatan di Malaysia mendahului negara-negara seperti Sepanyol, Perancis, Ireland dan juga New Zealand.
Malah sistem penjagaan kesihatan negara kita diiktiraf sebagai antara yang terbaik daripada 25 buah negara di dunia...
[Tepuk] Saya berharap agar penyampaian yang begini dapat diteruskan lagi. Jadi saya ingin bertanyalah kepada kementerian yang berkenaan. Ini rawatan mantan Yang Berhormat Permatang Pauh di penjara.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya dapat maklumat pada tahun lepas lebih kurang selama sembilan bulan.
Selepas sembilan bulan itu terdapat 83 rawatan diberi kepada mantan Yang Berhormat Permatang Pauh. Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Kenapa sebegitu sekali? Sehingga sekarang ini sudah setahun lebih ini, berapa banyak sudah rawatan diberi? Kenapa rawatan begitu special sekali? Apa yang berlaku kepada lain-lain banduan?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Rawatan terlampau lebih, special treatment. Apa yang hebat sangat hendak banding kepada- itu soalan saya kepada Menteri, belum lagi menjadi Menteri.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya bukan Menteri, saya hendak tanya soalan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Maknanya saya hendak tahu kenapa perlu ada special treatment dan berapa banyakkah treatment yang telah diberi setakat ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Batu bangun.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Fisioterapinya yang dikatakan kecederaan di bahunya kerana kemalangan. Jadi itulah saya minta pihak kementerian memberi jawapan ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Mahu bagi laluan?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Laluan tentang apa itu, tentang...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tentang kesihatan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kesihatan, okey.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya hendak dapat pandangan daripada Yang Berhormat, tadi sebut special treatment seolah-olahnya Yang Berhormat sudah tahu itu sebagai satu special treatment. Takkanlah soalan itu dilempar kepada Kementerian Kesihatan tetapi Yang Berhormat Setiu sendiri menjawab kata, itu adalah special treatment.
Bagi saya itu seolah-olah mempersoalkan keputusan dan the judgement oleh pegawai kesihatan yang terlibat. Kalau saya tidak tahu sama ada betul ataupun tidak 80 lebih tadi. Setahu kita rawatan fisio itu sebulan sekali secara puratanya. Itu memang tidak mencukupi. Apa yang dituntut adalah medical service of your choice. Itu adalah hak asasi bagi seseorang banduan. Itu tidak ada kena-mengena dengan special privilege yang saya– adakah Yang Berhormat setuju bahawa seseorang banduan itu berhak untuk mendapatkan rawatan, tidak kisahlah dia apa penjenayah kah atau orang yang tidak bersalah dan yang telah ditahan. Hak itu adalah hak asasi yang patut dinikmati oleh semua orang.
Sebelum saya duduk, saya juga ingin rakamkan kita mengalu-alukan lawatan para pelajar dari SMK Gemas yang sekarang berada di Parlimen...
[Tepuk]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Okey, terima kasih Yang Berhormat Batu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Setiu. Sila gulung.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Belum lagi, banyak lagi ini.
Sebab kena kacau ini yang susah ini. Apa yang maksud saya special treatment ini ialah layanan istimewa maknanya lebih daripada orang lainlah maksudnya. Oleh sebab itu saya tanya kepada Menteri, tidak tanya kepada Yang Berhormat Batu. Saya tanya kepada Menteri, makna betulkah ada benda-benda macam ini berlaku banyak sangat ini, kenapa banyak sangat ini?
Satu lagi pula dia hendak bawa rawatan ke luar negara seolah-olah hendak nyatakan bahawa rawatan di sini tidak baik, tidak bagus seperti yang saya nyatakan tadi.
Inilah masalah-masalah yang timbul ini dengan orang-orang kita ini. Suka sangat pandang ke luar. Yang dekat dalam bagus pun, dia kata tidak bagus. Cerita keburukan sahaja.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Saya minta penjelasan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kata tak nak kacau.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Memang tak nak kacau tetapi bila fakta itu berbeza kenalah tegur.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Fakta, kalau fakta tidak betul itu saya tidak boleh hendak jawablah.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Itulah saya hendak betulkan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Itu daripada bacaan saya.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
[Ketawa] Itu saya hendak betulkan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya membaca, semua datang dari bacaan.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat kata tadi hendak keluar negara, kita tidak hargai dekat sini itu silap. You tarik baliklah sekurang-kurangnya kalau sudah tahu silap ataupun bagi saya jelaskan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Minta hendak pergi ke luar negara untuk berubat dan dia sebagai banduan. Kita tertakluk kepada seksyen 14 dan 37.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Mengapa, mengapa? Bila kita minta dekat sini, kita minta ada syarat yang kita tetapkan. Contoh, bila Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pemeriksaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Dia bagi masa, dia bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, kita lihat Peraturan 37(2). Kalau minta pencelahan, yang sedang berucap itu beralah duduk dan saya panggil, baru boleh berucap.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya belum habis lagi.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Kapar. Kalau Yang Berhormat Kapar kata...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Setiu, saya belum habis lagi. Kalau dua-dua berdiri, macam mana saya hendak dengar mana satu. Ini perbahasan dan sila patuh pada peraturan. Sekarang saya tanya Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Kapar ingin mendapat pencelahan. Boleh benarkan?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya rasa tak sempat hendak benarkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Setiu pun sudah tak ada masa sebenarnya, sudah habis masa.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Tak ada masa, tak ada masa.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Cuma yang akhirnyalah, saya hendak cerita sedikit berkenaan dengan bangau oh bangau ini. Bangau oh bangau tanya kenapa Perdana Menteri tidak dituduh di mahkamah kerana 1MDB, apa semua, RM2.6 bilion. Jadi saya hendak nyatakan tentang kuasa AG, kuasa Peguam Negara.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kalau kita tengok kuasa Peguam Negara, kita baca seksyen 376, Kanun Acara Jenayah, bukan 376 Kanun Keseksaan ya Yang Berhormat Kapar. Seksyen 376, Kanun Acara Jenayah dibaca bersama dengan 145(3) Perlembagaan Persekutuan, jelas memberi kuasa yang sangat luas. Bukan sekarang bagi, sejak dahulu lagi.
Perlembagaan sudah bagi kuasa yang sangat luas kepada Peguam Negara untuk satunya, memulakan. Keduanya, apa-apa perlakuan dan ketiganya tidak meneruskan dengan pendakwaan. Tiga perkara disebut, cukup jelas dan dinyatakan dalam- even mahkamah pun tak boleh hendak bagi arahan. “Oh! Engkau tidak boleh tuduh, engkau tak boleh keluarkan.” Kita lihat kalau kuasa-kuasa untuk menarik balik ataupun tidak meneruskan pertuduhan. Dalam kes Azmi Sharom cukup jelas, dituduh 2014 tetapi 2016 ditarik balik akan tetapi tak ada orang bising pun. Kenapa tak bising? Kerana dia berpihak kepada sebelah sana. Cuba kalau ia ini sebelah sini ditarik balik, apa akan berlaku? Bising bagai hendak rak. Ha! Inilah masalah-masalah dia.
Dalam satu kes yang biasa peguam, dia mesti tahulah kes tahun 1974 Mahkamah Persekutuan dalam kes Long bin Samat. Dia menyatakan bahawa kuasa diberi memang kuasa yang sangat luas kepada Perdana Menteri. 1974, 2MLJ152, muka surat 152. Cukup jelas kuasa diberi kepada pendakwa raya untuk memulakan seperti yang saya nyatakan tadi. Ini Mahkamah Persekutuan yang memutuskan. Jadi apa masalah dia? Kalau tak tuduh, kita kena ingat bahawa kalau siapa pernah menjadi timbalan pendakwa raya, saya pernah menjadi timbalan pendakwa raya. Saya rasa sebelah sana saya tak pasti, Yang Berhormat Kapar pernah?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Ini mempelawa saya beberapa kali sudah Tuan Yang di-Pertua, lepas itu saya hendak jelaskan...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Tak, nanti dulu. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kapar pernah jadi timbalan pendakwa raya? Tak pernah? Terus peguam ya, terus peguam. Okey. Dia nampak sebelah pihak sahajalah, dia tak nampak yang keseluruhan.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Eh! Apa cerita ini Yang Berhormat?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya hendak nyatakan daripada segi kertas siasatan. Di kertas siasatan ini, bila kita siasat, yang boleh akses kepada kertas siasatan, bukan semua orang yang boleh akses. Maknanya yang boleh IO atau pegawai penyiasat dan juga DPP ataupun AG. Itu sahaja yang boleh dan saya diajar, mula-mula saya bertugas sebagai timbalan pendakwa raya saya diajar, “You must read from cover to cover”. Maknanya daripada muka kulit depan sehingga muka kulit belakang, apa yang ada dalam kertas siasatan. Makna kita tak boleh sekarang kalau ada orang-orang yang menyatakan bahawa, “Oh! Ini ada kes, yang sana ada kes”. Dia petik sana, petik sini ada kes. Tak boleh.
Kita kena baca daripada awal hingga akhir baru kita tahu. Mungkin ada daripada segi fakta ada, daripada segi undang-undangnya tak ada. Daripada segi teknikalnya mungkin, jadi keputusan dibuat. Keputusan dibuat oleh pihak pendakwa raya, jadi tak salah.
Yang susahnya hendak bawa keluar yang sudah salah. Ini yang susahnya, yang tak salah hendak di apa juga. Itu saya kata bangau oh bangau tadi. Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Kenapa? Itu yang susahnya dengan pihak sebelah sana. Yang Berhormat Kapar okey ya?
Sorry ya Yang Berhormat Kapar. Jadi akhirnya saya...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Boleh dapat sedikit penjelasan?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ada lagi? Saya sudah sentuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Setiu. Sebenarnya masa sudah habis ini, Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Hanya hendak dapat penjelasan sama ada Yang Berhormat Setiu bermaksud memang kertas siasatan itu ada, memang hendak charge tetapi itu adalah kuasa pendakwa raya buat keputusan tak mahu charge, tak mahu dakwa Perdana Menteri kita. Itu maksud Yang Berhormat Setiu kah?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Batu ini, masalah dengan Yang Berhormat Batu ini. Saya sudah terang daripada awal lagi, saya sudah beritahu daripada awal lagi. Saya kata dalam kertas siasatan, tak ada orang yang boleh akses kecuali IO dan juga pendakwa raya. Makna bila apa yang berlaku dalam kertas siasatan itu kita tak tahu, saya pun tak tahu. Yang Berhormat Batu pun tak tahu tetapi bercerita bagai hendak rak mengatakan, “Oh! Ada kes, ada kes”. Senang bercakap sebab dipetik daripada satu, kalau ada satu pun saksi mengatakan “Oh! ada kes”, tak cukup. Keseluruhan fail itu kena baca. Mungkin ada mungkin tak ada. Kalau ada sekalipun, kita tertakluk kepada keputusan kes Mahkamah Persekutuan tadi, Long bin Samat tadi. Cukup jelas, mahkamah pun tak boleh arahkan dan apa lagi kita sebagai rakyat hendak mempersoalkan benda perkara macam ini. Jadi akhir kata, saya menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih. Ya, Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk turut serta dalam membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong minggu yang lalu. Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan suatu isu yang penting tetapi tidak dapat perhatian luas iaitu *plain packaging.
Plain packaging* merupakan satu isu yang begitu kontroversial tetapi tidak dapat coverage di Malaysia walaupun ini berkait dengan public health atau kepentingan kesihatan awam.
Kerajaan di seluruh dunia mengamalkan konsep plain packaging demi kepentingan kesihatan rakyat dan juga untuk mengurangkan perbelanjaan kesihatan kerajaan dalam jangka masa yang panjang. Negara-negara seperti Australia, Uruguay, Perancis, Kanada dan New Zealand telah mula mengimplementasikan plain packaging ataupun dalam keadaan kesediaan untuk memperkenalkan plain packaging sebagai public health policy di negara masing-masing.
Tujuan kerajaan untuk implementasikan konsep plain packaging adalah untuk kurangkan dan memberhentikan orang ramai daripada merokok. Pengiklanan di atas kotak- kotak rokok atau the advertisement akan dikurangkan atau dikeluarkan secara menyeluruh dan digantikan dengan amaran mengenai impak merokok ke atas kesihatan.
Kajian menunjukkan bahawa plain packaging boleh kurangkan kadar merokok di kalangan masyarakat, rakyat dan mengelakkan atau kurangkan penyakit yang berkait dengan amalan merokok. Tuan Yang di-Pertua, plain packaging adalah penting di Malaysia memandangkan seramai ataupun sejumlah 4.7 juta rakyat Malaysia merokok dan matlamat kerajaan khususnya KKM adalah untuk kurangkan warga rokok kalau saya boleh gunakan istilah itu, warga rokok sebanyak 30 peratus pada tahun 2025.
Kajian oleh University Malaya Centre of Addiction Sciences (UMCAS) menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 10 ribu rakyat Malaysia meninggal dunia setiap tahun kerana merokok tetapi nombor ini hanya tip of the iceberg kerana kajian itu juga mengatakan bahawa setiap kes yang dilaporkan, sembilan kes tidak diketahui. Maknanya ialah sejumlah kematian berkait dengan amalan rokok ialah sekurang-kurangnya 90 ribu orang setiap tahun.
Penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan amalan merokok adalah penyakit jantung, strok, diabetes, asma dan pelbagai lagi penyakit barah, bukan sahaja kanser paru- paru. Dalam konteks ini, saya menyambut baik keinginan Kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan plain packaging di Malaysia tetapi nampaknya kerajaan telah membuat U- turn selepas membuat kenyataan bahawa Kementerian Kesihatan akan mengimplementasikan ataupun memperkenalkan dasar plain packaging.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Dasar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendapat bantahan dan kritikan daripada firma-firma tembakau tempatan dan juga luar negara.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua, pada 24 Februari 2016, Pengarah Kanan KMM, Dr. Chong Chee Kheong menyatakan bahawa, “We are planning to do that in stages”. Stages di sini bermaksud planning to introduce, merancang untuk memperkenalkan plain packaging. “But at this moment, we don’t have a firm date”, dengan izin. Pada hari kemudian iaitu pada 25 Februari 2016, Confederation of Malaysian Tobacco Manufacturers telah bantah dasar KMM dan pihak pengusaha ini menyatakan bahawa dan saya quote, dengan izin, “Putrajaya’s plan to introduce generic packaging for tobacco product will infringe Malaysia’s obligations under several international agreements”. Mereka menambah lagi, dengan izin, “Therefore, extreme and unproven measure such as plain packaging should not be introduced. Adopting excessive measures like plain packaging significantly jeopardize Malaysia’s strong standing as an investment destination and sends the wrong message to business”. Tuan Yang di-Pertua, anggota-anggota Confederation of Malaysian Tobacco Manufacturers termasuk syarikat besar tembakau, tabacco producer seperti Japan Tabacco International, Philip Morris Malaysia dan juga British American Tabacco. Pada 6 Mac 2016, ASEAN Intellectual Property Association juga telah menuntut status dalam kempen untuk mengecam KKM. Kumpulan yang berkepentingan ini berkata, “For Malaysia to move forward in its intellectual property regime, it must not consider such regressive measures as plain packaging”. Kita dapati bahawa Menteri Kesihatan pada 8 Mac 2016 mengatakan bahawa kerajaan belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai plain packaging. Tuan Yang di-Pertua, kenyataan Menteri Kesihatan amat malang sekali dan sangat dikesali. Ini kerana kerajaan telah tunduk kepada tekanan dan kehendak syarikat- syarikat gergasi yang hanya menjanjikan keuntungan. Mengapa kerajaan mengetepikan satu dasar yang akan membawa kebaikan kepada rakyat negara ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Kementerian Kesihatan jelaskan pendirian sebenar pihak kerajaan dalam isu ini. Ini kerana dalam satu minggu, Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia mengatakan bahawa we will introduce plain packaging, kita akan memperkenalkan plain packaging tetapi dalam stages, tetapi at the end of the week, Menteri mengatakan bahawa it is still in planning stages. Ini saya tidak faham, ini langsung saya tidak faham dan saya minta kerajaan dapat menjelaskan keadaan yang sebenarnya.
Saya juga hendak tanya kepada Menteri, adakah kepentingan kementerian untuk menjaga hati pemegang saham di dalam syarikat-syarikat tembakau ataupun menjaga kepentingan kesihatan rakyat Malaysia? Saya minta penjelasanlah semasa Menteri menjawab.
Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITI) tidak sependapat mengenai dasar plain packaging. Secara amnya, Kementerian Kesihatan cenderung untuk memperkenalkan plain packaging walaupun ada bantahan daripada firma-firma tembakau.
Akan tetapi sebaliknya, MITI sedang menyaman Kerajaan Australia bersama 36 buah negara lain di World Trade Organization kerana mengimplementasikan dasar plain packaging di negara mereka khususnya di Australia.
Soalan yang timbul Tuan Yang di-Pertua ialah mengapakah dua kementerian di bawah satu kerajaan mempunyai dua pendirian yang berlainan bagi isu yang sama? Di luar, MITI menyaman Australia kerana memperkenalkan dasar plain packaging, tetapi di Malaysia, Kementerian Kesihatan hendak memperkenalkan plain packaging. So, kita dapati percanggahan dalam dasar kerajaan sendiri dan saya harap Menteri berkenaan dapat menjelaskan mengapa ada dua strategi mengenai plain packaging dalam satu kerajaan yang sama. Saya juga minta MITI untuk menjelaskan faktor-faktor dan juga rasional yang mendorong MITI untuk menyaman Kerajaan Australia di WTO dan juga saya minta MITI supaya mempertimbangkan untuk withdraw summon ke atas Australia.
Isu kedua, Tuan Yang di-Pertua, yang saya hendak kemukakan ialah mengenai sistem kesihatan di Malaysia dan perlunya kawalan terhadap harga ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan yang lain.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Beberapa hari yang lalu, Malaymail online menceritakan situasi atlet negara iaitu Watson Nyambek yang menjadi muflis kerana meminjam sebanyak RM80,000 untuk membayar bil hospital ayahnya. Tuan Yang di-Pertua, masalah Watson Nyambek merupakan tip of the iceberg, sekali lagi, sebab ramai lagi rakyat Malaysia yang menghadapi masalah yang sama. Mereka terpaksa pinjam wang untuk membayar kos perubatan yang semakin tinggi di hospital kerajaan mahupun di swasta.
Kajian ASEAN Cost in Oncology menunjukkan 45 daripada orang yang mengalami penyakit kanser hidup dalam keadaan apa yang dipanggil financial catastrophe. Tambahan pula, menurut kajian yang sama, seramai 51 peratus akan mengalami kesusahan ekonomi, seramai 49 peratus akan menghabiskan setiap sen daripada wang simpanan mereka, seramai 39 peratus tidak mampu untuk membayar bil perubatan dan seramai 22 peratus daripada responden tidak dapat membayar untuk sewa rumah.
Tuan Yang di-Pertua, ini jelas menunjukkan bahawa kesakitan penyakit boleh memiskinkan seseorang pesakit dan juga keluarga mereka.
Menurut Health Protection Gap: Asia-Pacific 2012 yang dibuat oleh Swiss Group, perbelanjaan individu ataupun out of pocket expenditure oleh rakyat Malaysia yang walaupun sudah tinggi sekarang akan bertambah sebanyak 8.8 peratus setiap tahun sehingga mendadak ke sebanyak RM12.6 bilion menjelang tahun 2020. Pada tahun 1997, perbelanjaan out of pocket oleh rakyat Malaysia berjumlah RM2.93 bilion. Akan tetapi, pada tahun 2012 pula, perbelanjaan ini telah mencecah RM15.58 bilion, lebih daripada lima kali ganda dalam masa 15 tahun. Dapatkah rakyat mampu membayar bil hospital jika harga ubat meningkat lagi? Kos kesihatan bukan sahaja mengakibatkan seseorang itu menjadi bankrap tetapi terpaksa hidup dalam kemiskinan oleh sebab kos kesihatan yang begitu tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, saya percaya faktor utama keadaan ini adalah kerana kerajaan tidak mengamalkan mekanisme kawalan harga ataupun price control bagi ubat- ubatan dan perkhidmatan kesihatan termasuk peralatan dan bekalan di hospital kerajaan mahupun di swasta.
Menurut Journal of Pharmaceutical Health Services Research, kalau kita bandingkan sepuluh harga ubat yang paling banyak digunakan di Malaysia dan Australia, harga ubat di Malaysia adalah lebih tinggi sebanyak 30 hingga 148 peratus daripada Malaysia, 30 to 148 percent more expensive in Malaysia for the same medicine compared to Australia. Ini adalah disebabkan, dan kesimpulan ini diberikan dalam Journal of Pharmaceutical Health Services research, Tuan Yang di-Pertua, dan saya baca. Mengapa harga ubat lebih tinggi di Malaysia compared to Australia sebab di Malaysia, “Malaysia has average higher retail prescription drug prices compared to Australia due to the lack pharmaceutical market regulation, which could impose limit on prices, profits and total expending on medicine or pharmaceutical”. Tuan Yang di-Pertua, soalan di depan kita adalah apakah penyelesaian untuk peningkatan kos perubatan dan masalah kewangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Kita boleh melontarkan dua jenis penyelesaian ataupun dua strategi penyelesaian.
Pertama, kerajaan mengawal harga ubat dan kos perkhidmatan kesihatan yang lain dan menambah peruntukan Kementerian Kesihatan untuk menampung penambahan kos secara am atau strategi kedua iaitu rakyat terpaksa membelanjakan lebih banyak wang untuk mendapat ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita guna pakai formula yang digunakan pada masa kini oleh kerajaan, maka jelas rakyat akan diminta untuk membayar peningkatan dalam kos kesihatan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tambahan pula KKM telah mengumumkan baru-baru ini bahawa expenditure Kementerian Kesihatan telah dipotong sebanyak RM300 juta. Sekali lagi rakyat dibebankan, rakyat disusahkan. Saya minta KKM menjelaskan sama ada mereka dapat memperkenalkan dasar kawalan harga untuk ubat-ubatan dan perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan yang lain.
Isu seterusnya yang saya nak bangkitkan adalah berkenaan dengan GST dan income inequality di Malaysia. Hampir setahun GST telah diperkenalkan di Malaysia dan rakyat jelata khususnya golongan B40 sekarang merana kerana GST.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Kajian Pew Research Centre menunjukkan bahawa 77 peratus daripada semua rakyat Malaysia mengambil isu income inequality sebagai masalah terbesar negara. Tambahan pula World Bank mengatakan bahawa sebab income inequality di Malaysia tinggi adalah oleh sebab masalah kronik dalam sistem pendidikan.
Jika dibandingkan dengan Korea Selatan, 43 peratus daripada pekerja di sana mempunyai ijazah sarjana muda manakala di Malaysia jumlahnya hanya 17 peratus.
Adakah pihak Menteri setuju bahawa kegagalan sistem pendidikan di Malaysia, a failure of the Malaysian system of education adalah faktor utama income inequality masih tinggi?
Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk membaiki keadaan ini dan saya memohon penjelasan daripada pihak Menteri.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, Fox Magazine telah mengeluarkan senarai 50 Richest Malaysians pada bulan Februari yang lalu. Mengikut senarai itu, 50 orang warga Malaysia, 50 Malaysian residents yang terkaya yang mempunyai aset berjumlah RM258 bilion. Jumlah ini adalah 100 juta lebih daripada Bajet 2016. Berapakah cukai yang dikutip dan GST yang dibayar oleh golongan ini untuk tahun 2015? Saya minta kerajaan jawab soalan ini.
Tambahan pula, adakah kerajaan sudi untuk memperkenalkan carbon tax atau pun capital gains tax termasuk keselamatan sosial dan keseluruhan sebagai langkah progresif untuk membantu rakyat Malaysia dalam menangani masalah ketidaksamarataan di Malaysia. Mengenai pendapatan kepada kerajaan daripada GST, berapakah jumlah yang disalurkan daripada B10 dan B40? Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai perkara ini.
Pada masa sekarang, isu yang lain Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR). Pada masa sekarang, wakil Malaysia ke AICHR dilantik terus oleh kerajaan tanpa proses konsultasi atau rundingan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk badan bukan kerajaan. Terma bagi wakil Malaysia ke AICHR telah pun berakhir pada tahun 2015 selepas menghabiskan dua penggal sejak tahun 2009.
Apakah proses yang akan digunakan oleh kerajaan? Adakah proses yang sama iaitu pelantikan terus kerajaan atau pun kerajaan akan tukar proses supaya satu proses perundingan yang open dan transparent, yang terbuka dan transparent akan diguna pakai untuk melantik wakil Malaysia ke AICHR pada pelantikan yang sedia akan berlaku pada masa sekarang? Saya minta supaya kerajaan tukar sistem yang diguna pakai sekarang supaya proses ini lebih open, lebih transparent dan kita juga mungkin boleh menghantar seorang wakil NGO sebagai wakil Malaysia ke AICHR.
Isu yang akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, adalah berkait dengan Socio- Economic Development of Indian Community in Malaysia (SEDIC) di bawah Jabatan Perdana Menteri. Saya minta kerajaan menjelaskan kalau kerajaan telah membuat analisa cost-benefit atau cost-benefit analysis, iaitu mengenai impak wang sebanyak RM100 million yang telah disalurkan kepada masyarakat India dan khususnya apakah impak kepada golongan miskin yang dikategorikan sebagai B40. Adakah B40 ini telah mendapat kebaikan dengan wang yang begitu besar yang dikeluarkan, yang disalurkan untuk kepentingan golongan miskin kaum India di Malaysia? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Yang Berhormat Lawas.
Dato’ Henry Sum Agong - Lawas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menjunjung kasih ke atas Titah Yang di-Pertuan Agong pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ketiga Belas yang sedang berlangsung sekarang ini. Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari telah menyentuh pelbagai perkara. Di antaranya Yang di-Pertuan Agong menasihatkan rakyat untuk terus meningkatkan usaha ke arah perpaduan dan kerjasama di kalangan semua kaum, agama tanpa mengira latar belakang agar keharmonian yang kita kecapi hari ini akan berkekalan.
Dato’ Henry Sum Agong - Lawas
Tuan Yang di-Pertua, dalam kita menghadapi cabaran ekonomi yang kurang memberangsangkan sekarang akibat daripada kejatuhan harga minyak dan nilai ringgit, fokus haruslah diberikan kepada peningkatan hasil pendapatan negara termasuk dalam bidang pertanian, perikanan, perniagaan dan lain-lain yang dapat memberi pendapatan tambahan kepada negara sekali gus memberi pulangan kepada rakyat.
Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas berkaitan dengan aktiviti penyeludupan seperti penyeludupan minyak, barang keperluan lain haruslah dilakukan. Ini kerana kegagalan menguatkuasakan undang-undang akan menjejaskan rakyat dengan kenaikan harga barang-barang keperluan dan mengambil untung yang berlebihan dengan menjadikan GST sebagai alasan.
Tuan Yang di-Pertua, isu keselamatan rakyat dan negara juga antara isu yang tidak harus dipandang enteng oleh pihak kerajaan bagi menjamin kelestarian kehidupan di negara kita. Segala persengketaan yang boleh melemahkan kestabilan di kalangan rakyat haruslah ditangani dengan baik. Kita bukan sahaja perlu memandang serius ancaman penceroboh dari luar tetapi juga ancaman dari dalam seperti gejala negatif, penagihan dadah yang semakin menular di seluruh negara termasuklah di kawasan saya di Lawas.
Oleh yang demikian, saya menyeru agar kerajaan melipatgandakan usaha bagi membanteras kegiatan penagihan dadah ini agar ia tidak menjejaskan kredibiliti dan imej kerajaan ke arah memperkasakan lagi penguatkuasaan undang-undang-undang, saya mengesyorkan agar anggota keselamatan seperti polis, imigresen, kastam, maritim dan lain-lain haruslah ditambah bagi memastikan keselamatan rakyat sentiasa terjamin.
Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada keperluan dan kehendak suara rakyat, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan dan Kementerian Kerja Raya atas usaha untuk menaik taraf dan meningkatkan standard jalan Pan Borneo agar memberi keselesaan kepada rakyat di Sabah dan Sarawak. Bagi pelaksanaan fasa ketiga Pan Borneo yang melibatkan jajaran di kawasan Lawas yang dijadualkan bermula pada tahun 2017, saya rasakan ini agak lambat.
Jika boleh, pelaksanaan jalan tersebut diawalkan supaya para pengguna yang terdiri daripada rakyat tempatan dan juga negara jiran Brunei dan Indonesia serta negeri Sabah mendapat manfaat dan keselesaan selain mengimbangi keadaan jalan lebuh raya di lain-lain tempat.
Selain itu, kementerian perlu mengambil kira keperluan mewujudkan roundabout, dengan izin, traffic light, lampu jalan dan juga R&R yang masih belum ada di sepanjang jalan tersebut khususnya di kawasan Lawas.
Tuan Yang di-Pertua, inisiatif dan langkah kerajaan melaksanakan UTC dan RTC amatlah baik dan selaras dengan dasar transformasi kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.
Dato’ Henry Sum Agong - Lawas
Namun begitu, untuk makluman, pihak projek ini belum ada di kawasan di Lawas.
Oleh itu saya ingin memohon dan merayu agar kerajaan dapat mempertimbangkan untuk melaksanakan projek ini di Parlimen Lawas kerana rakyat Lawas juga inginkan kemudahan dan kesenangan yang dirasai oleh penduduk di kawasan lain.
Perumahan untuk rakyat merupakan keperluan asas dan wajib bagi setiap keluarga khususnya generasi muda dan yang tergolong di bawah B40. Program rumah di bawah PR1MA, Rumah Mesra Rakyat PNB dan PPRT menarik minat ramai penduduk. Di kawasan saya ramai pemohon sedang menunggu keputusan sama ada permohonan mereka diluluskan atau sebaliknya. Saya mencadangkan agar peluang untuk mendapatkan rumah di bawah program tersebut diperluaskan ke kawasan luar bandar termasuk di Lawas.
Tuan Yang di-Pertua, bekalan elektrik dan air paip bersih di kawasan pedalaman Sarawak belum menyeluruh di kawasan yang memerlukan. Ramai penghuni rumah di kawasan pedalaman masih menunggu bekalan elektrik dibawa ke rumah mereka. Saya difahamkan salah satu faktor kelewatan adalah disebabkan pelantikan kontraktor yang belum dimuktamadkan atau belum dilantik oleh kerajaan. Saya menyeru dan berharap agar proses ini dipercepatkan dan tindakan segera diambil oleh kementerian yang berkenaan kerana kemudahan tersebut merupakan keperluan asas kepada rakyat.
Dato’ Henry Sum Agong - Lawas
Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kerajaan tetap komited menunaikan tanggungjawab meneruskan pembangunan di kawasan luar bandar dan pedalaman terutamanya di Sarawak. Selaras dengan program transformasi kerajaan, beberapa projek penting telah diluluskan di Parlimen Lawas, antaranya ialah Maktab Rendah Sains Mara, Lapangan Terbang Baru Lawas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas dan imigresen check point CIQ di kawasan sempadan Sarawak dan Indonesia di Ba'kelalan. Saya berharap agar kesemua projek tersebut dapat dilaksanakan mengikut jadual dan saya ingin bertanya kepada kementerian berkenaan bilakah projek tersebut dimulakan dan bila dijangka siap.
Berkaitan dengan projek Lapangan Terbang Lawas itu, di sini saya ingin mencadangkan agar projek ini dapat dipakejkan dengan pembinaan sebuah jambatan menyeberangi Sungai Lawas berdekatan dengan lokasi projek tersebut untuk memberi laluan mudah kepada pengguna dan pelanggan dari kawasan berdekatan termasuk dari daerah Sipitang dan Beaufort di Sabah yang akan berkongsi kemudahan itu nanti. Jika jambatan ini tidak dibina, saya risau lapangan terbang ini kelak tidak akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua rakyat kerana akses ke lapangan terbang tersebut terlalu jauh.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia yang berjaya melaksanakan sebahagian dari Jalan Ba'kelalan dan terus ke sempadan Indonesia di bawah projek Jiwa Murni. Kini projek ini dilanjutkan ke kawasan Bario dari Ba'kelalan. Penduduk di kawasan berkenaan menyambut baik dan bergembira di atas usaha kerajaan ini. Jasa para anggota tentera akan terus dikenang untuk terus berbakti dan memberi perkhidmatan kepada penduduk luar bandar.
Saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan dan Kementerian Pertahanan untuk mempertimbangkan pelaksanaan sebuah lagi jalan di bawah projek Jiwa Murni iaitu dari Kampung Murut Suang ke Kampung Long Tengoa melibatkan sembilan buah kampung di tebingan Sungai Terusan sejauh 16 kilometer. Untuk makluman, jajaran Jalan Balak sedia ada sekarang boleh digunakan untuk memudahkan pelaksanaan cadangan ini.
Tuan Yang di-Pertua, autonomi bagi negeri Sarawak selaras seperti mana yang dituntut adalah selaras dengan Perlembagaan dan Perjanjian Penubuhan Malaysia bagi rakyat dan negeri Sarawak berkembang maju seiring dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Yang Berhormat Lawas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan bangun Yang Berhormat.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Mohon sedikit tentang jalan tadi.
Dato’ Henry Sum Agong - Lawas
Okey.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Saya hendak tanya Yang Berhormat Lawas, jalan dari Pekan Lawas ke Ba’kelalan hanya sejauh 140 kilometer tetapi ia mengambil masa selama 8 jam, 140 kilometer. Perlu ambil 8 jam untuk, perlu pula kereta empat roda sebab masalah keadaan jalan amat teruk dan bila akan ada maintenance untuk jalan ini?
Dato’ Henry Sum Agong - Lawas
Terima kasih Yang Berhormat. Yang betanya soalan, mungkin Yang Berhormat sudah pergi ke Ba’kelalan atau belum? Memang ada masalah kerana jalan ini yang jaraknya 100 lebih kilometer bukan semuanya di bawah Projek Jiwa Murni. Sebahagian dari jalan ini khususnya di bahagian bawah masih di bawah Jalan Balak. Oleh itu Jalan Balak ini kurang baik, maka itu yang menyebabkan perjalanan mengambil masa sehingga lapan jam. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, ini mengenai autonomi tadi bagi negeri Sarawak. Seperti mana yang dituntutkan adalah selaras dengan Perlembagaan dan Perjanjian Penubuhan Malaysia bagi rakyat negeri Sarawak berkembang maju seiring dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Haji Satem menyuarakan perkara ini bagi pihak rakyat Sarawak untuk diteliti dan mendapatkan sepenuhnya hak rakyat Sarawak di bawah undang-undang dan bukannya sebaliknya.
Dato’ Henry Sum Agong - Lawas
Perkara ini dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri setelah berjaya membawa perubahan dasar di negeri Sarawak untuk khusus meringankan bebanan rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi yang melanda sekarang. Contoh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dengan dasar barunya mengurangkan tarif elektrik menghapuskan tol, membanteras pembalakan dan judi haram di Sarawak. Dalam tindakan yang bersiri yang beliau ambil untuk membangunkan Sarawak dengan lebih cepat. Beliau telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Pusat bagi meningkatkan kadar royalti minyak untuk negeri Sarawak daripada 5 peratus sekarang ke 20 peratus. Baru-baru ini dalam persidangan DUN Sarawak, beliau membentangkan bajet untuk pembangunan luar bandar Sarawak sebanyak RM500 juta yang mendapat bantahan daripada ahli pembangkang.
Langkah seterusnya yang diambil oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk menambah baik keadaan sekarang ialah mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan raya SPR bagi penambahan Kerusi DUN Sarawak dan pihak SPR akhirnya setelah diheret ke mahkamah oleh pihak pembangkang mendapat kelulusan 11 Kerusi baru untuk negeri Sarawak menjadikan kesemuanya 82 Kerusi.
Dato’ Henry Sum Agong - Lawas
Tuan Yang di-Pertua, ini antara langkah-langkah yang diperlukan untuk Sarawak maju dalam Malaysia dan untuk menjayakan visi dan wawasan. Seterusnya, Sarawak dan rakyatnya memerlukan autonomi dan devolution of power daripada Kerajaan Pusat selaras dengan peruntukan undang-undang yang termaktub di bawah Perlembagaan dan Perjanjian Penubuhan Malaysia. Saya selaku wakil rakyat dari Sarawak, menyokong penuh usaha murni Kerajaan Negeri Sarawak dan kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin menyokong. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim...
[Membaca sepotong doa]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut sama membahaskan Titah Diraja, Penggal Keempat, Parlimen kita pada kali ini yang bagi saya, Titah Baginda penuh dengan harapan-harapan yang baik untuk melihat sebuah negara yang maju dan aman.
Oleh sebab masa yang agak pendek yang penuh bernilai emas ini, saya mengambil peluang untuk memberikan beberapa nasihat dan pandangan yang berguna kepada pihak kerajaan dengan harapan pihak kerajaan dapat mengambilnya sebagai satu panduan yang baik. Kalau kerajaan mendengar, insya-Allah baiklah untuk kerajaan dan baiklah untuk rakyat. Kalau kerajaan tidak dengar, maka pilihan raya yang adil adalah medan yang terbaik. Kita serahkan kepada rakyat sama ada untuk meneruskan kerajaan yang ada pada hari ini ataupun tukar kerajaan kepada kerajaan baru yang lebih baik, insya- Allah.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk di awal ucapan ini untuk membaca petikan ayat al-Quran yang bagi saya adalah terbaik pada petang ini untuk saya memulakan perbahasan saya...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Bermaksud, “Jika kamu berpaling daripada perintah Allah, maka tidakkah patut dikhuatiri bahawa jika kamu dapat memegang kuasa pemerintahan, maka kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan silaturahim sesama kamu. Merekalah orang-orang yang dilaknat oleh Allah lalu ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatan mereka. Apakah mereka tidak mentadabbur atau memerhatikan isi al-Quran atau memang di hati mereka terdapat kunci-kunci yang menutup dan menghalang mereka daripada menerima pengajaran al-Quran, Sadaqallahul Azim” [Surah Muhammad, Ayat 22 dan 24]
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mentafsirkan serta menjelaskan sedikit maksud ayat ini. Ayat ini diturunkan ke atas sekumpulan orang-orang yang beriman di zaman Nabi SAW yang begitu beria-ia untuk memperoleh ganjaran besar daripada Allah SWT dan mahukan Allah SWT menurunkan ayat yang menyuruh mereka berjihad dijalanNya tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Apabila Allah SWT menurunkan ayat yang menyuruh mereka berperang dijalanNya, mereka terus kecut perut ketakutan. Ia adalah petunjuk bahawa hati mereka masih lagi sakit dan ragu-ragu terhadap agama Allah SWT.
Lalu Allah SWT membuat telahan yang benar dalam ayat yang saya baca tadi bahawa golongan ini yang berpaling daripada ayat Allah SWT, jika diberikan kuasa pemerintahan, mereka akan melakukan kerosakan dan perpecahan. Ia adalah satu kesalahan yang besar dan Allah SWT menafikan hak mereka untuk melakukan kerosakan.
Allah SWT melaknat mereka dan menempelak kegagalan mereka untuk mengambil iktibar daripada ayat-ayat al-Quran yang Allah turunkan.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan ayat yang saya bacakan tadi, Allah SWT menyebut dua kewajipan dan dua larangan besar kepada orang yang diberikan kuasa memerintah. Pertama ialah kewajipan untuk menegakkan keadilan dan kedua ialah kewajipan untuk memupuk perpaduan di dalam negara. Dua kesalahan yang besar ialah sebaliknya ialah melakukan kezaliman, kerosakan dan perpecahan, putusnya hubungan silaturahim di antara rakyat. Kesalahan ini besar sehingga Allah SWT menyebut bahawa pemerintah ini ialah pemerintah yang dilaknat oleh Allah SWT dan RasulNya.
Sukalah saya di Dewan yang mulia ini mengingatkan pihak kerajaan agar benar- benar mengambil peringatan dan tanggungjawab di dalam menjaga keharmonian negara kita dan melaksanakan keadilan yang benar. Saya ingin menyebut beberapa contoh. Saya ingin mengingatkan kerajaan, negeri Kelantan 26 tahun diperintah oleh parti pembangkang, dianaktirikan sejak sekian lama. Ia adalah satu kezaliman yang nyata, diperkatakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Maka, saya mengingatkan kerajaan bahawa hendaklah kerajaan melakukan perubahan, transformasi untuk melihat negeri Kelantan dengan penglihatan yang lebih baik.
Begitu juga dengan negeri Sabah dan Sarawak yang kalau boleh saya sebut empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak sepatutnya ialah negeri yang paling maju di dalam negara kita kerana telah membekalkan pendapatan yang besar melalui perolehan minyak kepada Putrajaya.
Akan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya, empat buah negeri ini berada di paling bawah dalam senarai negeri-negeri miskin dalam negara kita. Begitu juga saya ingin sebut pada pihak kerajaan dalam politik negara kita, rakyat yang menyokong pembangkang sejak dahulu sering dianaktirikan dan dipinggirkan dengan kemudahan dan bantuan oleh pihak kerajaan dan sehingga hari ini kita masih lagi bercakap mengenai bagaimana rakyat pembangkang terus dianaktirikan semenjak sekian lama.
Politik seperti ini hendaklah diubah oleh pihak kerajaan yang hari ini terus diperkatakan oleh rakyat, betapa lemahnya kerajaan hari ini disebabkan oleh laungan transformasi yang dijanjikan adalah janji semata-mata tetapi tidak dilaksanakan dengan baik oleh pihak kerajaan. Apa yang paling penting yang saya sebutkan di awal tadi ialah sistem pilihan raya yang adil hendaklah terus pihak kerajaan kenalah lebih berani dan berintegriti untuk memastikan proses perubahan kepimpinan negara berlaku dengan baik.
Hak rakyat hendaklah dimartabatkan dan tidak ada yang lebih baik lebih daripada diadakan sistem pilihan raya yang diseru. Kami pihak pembangkang bertahun-tahun menyeru kepada sistem pilihan raya yang adil sehingga kami terpaksa keluar ke jalan raya walaupun kami berbeza dalam banyak perkara tetapi kami juga bersatu dalam banyak perkara dan yang paling penting ialah kita menuntut sebuah pilihan raya yang adil.
Janganlah pihak kerajaan terlalu takut untuk kalah dalam pilihan raya dan janganlah terlalu tamak untuk terus memerintah negara ini. Ingatlah bahawa hidup ini adalah putaran, sekali kita berada di atas dan jangan takut untuk kita berada di bawah selama mana kita ini terus yakin dengan ketentuan Allah SWT. Apa yang penting ialah negara kita mahukan sebuah pemerintah, pentadbiran yang telus dan adil yang diterima oleh rakyat jelata.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua, negara kita kini sebagaimana yang banyak disebut oleh Ahli- ahli Yang Berhormat, kita dilanda krisis ekonomi yang agak teruk. Walaupun tidak seperti pernah berlaku 10 tahun yang lampau atau 15 tahun yang lampau tetapi kita mengakui bahawa krisis ekonomi yang melanda negara kita ini agak teruk. Sama ada disebabkan oleh krisis yang berlaku di peringkat antarabangsa ataupun di peringkat nasional dalam negara kita sendiri. Seperti kejatuhan harga minyak dan barangan komoditi utama negara, kejatuhan nilai ringgit, iklim politik negara yang berkecamuk akibat daripada kegagalan kita sendiri untuk menanganinya dengan lebih baik.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Krisis ini menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan keliru sama ada untuk mendengar bahawa kerajaan hari ini betul-betul rosak dan negara kita menuju kehancuran.
Rakyat juga keliru untuk mengekalkan kerajaan yang ada pada hari ini. Soalan yang saya ingin kemukakan untuk mendapat perhatian kita ialah adakah negara kita ini akan selamat daripada kerosakan atau pun bencana yang lebih besar.
Suka saya membacakan sepotong ayat Al-Quran untuk menjawab permasalahan ini. Surah ayat yang menjadi sunah Allah SWT atau pun sistem ganjaran, sistem hukuman Allah SWT ke atas hambanya di muka bumi...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Allah Taala berfirman, “Dan tidaklah Allah SWT akan mengazab atau pun menghukum mereka dalam keadaan engkau wahai Muhammad berada di sisi mereka dan Allah Taala sekali-kali tidak akan mengazab mereka dalam keadaan mereka beristighfar memohon keampunan dan perlindungan daripada Allah SWT”. Pendeknya, ayat ini menyebut bahawa kehancuran sebuah negara tidak akan berlaku apabila berlaku tiga keadaan iaitu seperti berikut:
(i) pemerintah dan rakyatnya adalah baik;
(ii) pemerintahnya rosak tetapi rakyatnya baik; dan
(iii) rakyatnya rosak pemerintahnya baik.
Apabila berlaku tiga keadaan ini, maka kehancuran negara tidak akan berlaku.
Negara kita hari ini rakyat secara umum melihat bahawa kerajaan tidak baik. Saya sebut pandangan kami pihak pembangkang. Apabila pemerintah rosak, maka ada satu lagi harapan untuk memastikan negara ini tidak terjerumus atau masuk dalam bencana yang lebih besar iaitu memastikan rakyat baik. Maka, saya menyeru kepada kerajaan dalam keadaan bencana ekonomi, bencana sosial yang berlaku dalam negara kita yang kita tidak tahu di mana hujungnya.
Maka, berilah peluang pada rakyat untuk bebas bercakap menegur kerajaan untuk memastikan suara rakyat itu menjadi suara yang baik untuk membaiki kerajaan. Ini kerana kalau kerajaan dengar saya sebut tadi, maka baiklah untuk kerajaan dan rakyat. Kalau kerajaan tidak dengar Allah Taala tidak akan menghancurkan negara ini kerana akan ada rakyat yang akan menukar kerajaan yang rosak tadi.
Jadi, harapan kami, kerajaan kalau mahu selamat, kalau mahu duduk lama di Putrajaya pastikan kebebasan rakyat supaya kami berpuas hati terus jadi pembangkang kerana kerajaan terus membina negara ini dengan baik. Kami juga menuntut pihak kerajaan jangan terlalu menekan sehingga rakyat menjadi takut. Kerajaan rosak, rakyat pun rosak kerana tidak berani menegur kejahatan dan kerosakan. Pada masa itu tunggulah bencana daripada Allah SWT.
Ayat ini yang saya baca diturunkan ketika Abu Jahal yang semasa Nabi berada di Makkah dia berbalah dengan Rasulullah SAW. Akhir sekali dia cabar Allah. Dia kata, “Ya Allah kalaulah yang Muhammad bawa ini betul, maka turunkanlah azab. Lontarkanlah batu- batu daripada langit atau hancurkan ke Mekah”. Allah Taala tidak menjawab doa Abu Jahal kerana Allah Taala berfirman, “Aku tidak akan merosakkan Makkah walaupun Abu Jahal memerintah kerana adanya Muhammad SAW.” Adanya orang-orang yang beristighfar.
Maka, hendaklah kita kerajaan mengambil perhatian bahawa antara kekuatan untuk negara ini ialah wujudnya pembangkang yang baik, pembangkang dan rakyat yang terus diberi peluang untuk terus menegur pemerintah dalam apa juga kesalahan yang dilakukan oleh pemerintah.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua, dengan fitnah krisis ekonomi yang melanda negara kita ini, saya amat bimbang dengan masa depan generasi anak muda negara yang begitu ramai sedikit demi sedikit kehilangan pekerjaan sehingga mereka terpaksa bergantung kepada pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelulusan akademik yang mereka peroleh sebagaimana yang telah disebut tadi, satu cerita disebut oleh seorang daripada Ahli Parlimen kita.
Keadaan ini sudah pasti akan menjalar walaupun kita tidak mengimpikan bahawa negara kita akan terus rosak tetapi jikalau tindakan segera tidak diambil, maka satu demi satu institusi negara kita, rakyat negara kita ini akan berada dalam keadaan krisis yang melanda yang tidak ada penghujungnya. Saya ingin sebutkan beberapa perkara.
Pertama, data yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi bahawa pekerja berkemahiran tinggi dalam negara kita hari ini adalah 28 peratus sedangkan sasaran kita pada tahun 2015 adalah 33 peratus. Jumlah ini adalah begitu jauh daripada sasaran kita pekerja berkemahiran tinggi sebanyak 50 peratus menjelang 2020.
Kemudian, data juga menyebut bahawa 130,000 pelajar yang tercicir SPM.
Maknanya mereka ini gagal mengambil peperiksaan SPM, mereka telah memasuki sektor pekerjaan tanpa sebarang kemahiran sehingga mengundang lambakan pengangguran dalam negara kita.
Ketiga, data yang menyebut 50,000 rakyat masih lagi menganggur. Daripada 50,000 tersebut 70 peratus adalah para graduan. Kita juga gagal menarik pekerja mahir tempatan yang bekerja di luar negara. Statistik menunjukkan bahawa daripada 300,000 rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara hanya 5,600 orang sahaja atau pun 1.9 peratus sahaja yang memohon untuk pulang. Daripada yang memohon tersebut, dalam tempoh empat tahun ini hanya 3,600 atau 1 peratus sahaja yang telah pulang ke tanah air.
Isu kita ialah ada tiga. Pertama, pekerja rakyat negara kita yang tidak berkemahiran tinggi. Kedua, isu pengangguran dan yang ketiga ialah kegagalan pihak kerajaan untuk menarik pulang kepakaran tempatan ke dalam negara kita. Justeru saya melihat usaha kerajaan hendaklah serius dalam menangani ketiga-tiga isu tersebut. Baru- baru ini kita dikejutkan bahawa kerajaan akan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing ke dalam negara kita dan kerajaan menyebut inilah penyelesaian. Saya melihat bahawa kalau kerajaan terus melihat penyelesaian cara ini, maka ini adalah penyelesaian yang akan menambahkan lagi masalah yang saya sebutkan tadi.
Maka, saya minta pihak kerajaan begitu prihatin dan menghabiskan sebanyak mungkin usaha, tenaga, bahkan kewangan untuk memastikan anak muda negara kita selamat. Ini kerana apabila anak muda kita tidak dapat pekerjaan, mereka akan menganggur. Pengangguran ini adalah penyakit yang membawa kepada penyakit sosial yang lebih besar sehingga mengganggu kemajuan dan juga kemakmuran di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya mahu menyebut mengenai kos hidup mahasiswa negara kita. Kita dikejutkan dengan beberapa berita beberapa bulan yang lepas mahasiswa terpaksa bersengkang perut kerana tidak dapat makan. Ia adalah satu cerita yang menyayat hati. Walaupun ada yang menafikan tetapi kita hendaklah terima hakikat bahawa sebahagian mahasiswa negara kita daripada keluarga miskin tidak mendapat pinjaman dan bantuan yang sepatutnya, mereka ini terpaksa bergantung dengan bantuan ihsan daripada orang ramai.
Mujurlah dalam negara kita wujud NGO-NGO yang prihatin yang melaksanakan program penyediaan makanan percuma kepada mahasiswa yang keputusan kewangan yang menjerut kehidupan mereka. Saya berharap supaya golongan muda ini terutama sekali para mahasiswa di negara kita ini mendapat simpati daripada pihak kerajaan dan janganlah potongan-potongan yang dilakukan oleh pihak kerajaan ini mengganggu pembelajaran mereka sehingga mereka gagal walaupun mereka telah berada di menara gading.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua. Saya cuba belajar untuk menjimatkan masa saya sebab sudah tiga tahun saya bercakap ini tidak pernah cukup waktu saya. So, saya cuba untuk belajar jimat, insya-Allah. Saya hanya tumpu kepada cerita anak muda. Saya harap oleh kerana kita menyebut bahawa anak muda ini adalah masa depan negara dan kepada merekalah kita hendak serahkan negara kita ini.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Saya harap pertama, kerajaan belanjalah wang. Tidak rugi kita belanja banyak wang untuk pendidikan di negara kita. Saya terkesan dalam 2-3 hari perbahasan ini, saya banyak terkesan dengan Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak. Tadi Yang Berhormat Kalabakan bercakap mengenai sekolah-sekolah. Ratusan sekolah yang diakui sendiri Pengarah Pendidikan di negeri yang begitu malang. Saya bimbang kalau-kalau kita hanya, “melepas batuk di tangga” dengan keadaan pendidikan negara kita sedangkan kita hanya berbaki empat tahun untuk menuju negara maju.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Pasir Mas duduk sebentar ya, kita ada tetamu.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi dari Russia yang diketuai oleh Her Excellency Madam Valentina Matviyenko, Chair of the Council of Federation of the Federal Assembly of the Russian Federation dan delegasi. Kepada Her Excellency Madam Valentina Matviyenko, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran mereka ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Her Excellency Madam Valentina Matviyenko dan delegasinya ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Russia. *Thank you very much...
[Tepuk]* Sila Yang Berhormat, sambung.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kedua, majukan lah sistem pendidikan negara kita. Janganlah kita dalam setiap kali Parlimen, kita selalu berdebat mengenai sistem pendidikan negara yang berubah-ubah sehingga mengganggu pendidikan anak-anak negara kita. Binalah, adakan sistem yang diterima oleh semua rakyat Malaysia. Tanyalah guru, tanyalah rakyat, tanyalah orang-orang pakar-pakar yang mahir dalam bidang pendidikan sehingga apabila kita memperkenalkan satu sistem yang baru, maka ia adalah sistem yang diterima, bukan dibahas sehingga perbahasan yang hangat menyebabkan beberapa tahun kita terpaksa ubah, ubah, ubah. Akhir sekali ia mengganggu rentak pendidikan, sistem pendidikan dalam negara kita.
Yang ketiga, jauhkanlah remaja anak muda negara kita daripada hiburan yang banyak dan melampau. Ini harapan saya. Kita tahu hiburan ini adalah untuk melepaskan penat daripada kerja kita. Bukanlah kita berhibur sampai kita penat untuk bekerja. Jadi bertukarlah pula anak muda kita. Berhibur sampai malas hendak belajar. Bukan kita hendak berhibur kerana letih belajar tapi apa yang terjadi dalam negara kita ini, anak-anak muda, anak remaja kita ini diberikan hiburan yang tidak dapat disekat sehingga mengganggu pendidikan mereka.
Akhir sekali ialah saya berharap supaya pihak kerajaan untuk anak-anak muda negara kita ini perkasakan lah pendidikan agama dan akhlak. Dengan agama dan akhlak lah, maka remaja kita jiwa mereka akan terisi dan mereka akan gagah untuk cabaran, menempuh kehidupan yang seterusnya insya-Allah. Saya ucap terima kasih. Dengan ini saya menyokong Titah Diraja. Wallahualam.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih. Yang Berhormat Jerlun.
Dato' Othman bin Aziz - Jerlun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih di atas ruang dan peluang yang telah diberikan kepada saya untuk turut berbahas di atas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah pada 7 Mac yang lalu di Perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ketiga Belas. Kita sedar bahawa Titah Seri Paduka Baginda merangkumi pelbagai aspek. Namun di atas kekangan masa, saya akan turut membahaskan beberapa aspek yang saya kira mungkin juga telah dibahaskan sebelum ini, tapi belum juga.
Dato' Othman bin Aziz - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, di antara Titah Seri Paduka Baginda, Baginda menyeru supaya kita kekalkan kesinambungan pentadbiran dalam negara yang sedia ada ini kerana kita sedar bahawa kita ini mengamalkan sistem demokrasi yang kita semua faham di mana kita milik kerajaan berdasarkan kepada parti yang mempunyai majoriti setiap lima tahun sekali. Maka itulah yang diharapkan oleh Seri Paduka Baginda dan kita tahu bahawa cara untuk kita hendak tukar kerajaan hanyalah melalui pilihan raya. Selain daripada itu Baginda juga turut menyentuh aspek berkaitan ekonomi. Kita sedar semua orang bercakap ketika ini, negara sedang dilanda krisis ekonomi kesan kejatuhan harga minyak, kelemahan mata wang dan sebagainya.
Namun kita bersyukur alhamdulillah, apa pun negara kita dijangkakan akan terus berkembang dari segi pertumbuhan ekonomi antara 4 peratus ke 4.5 peratus pada tahun ini dan pada tahun lalu disahkan mempunyai kenaikan ataupun berkembang sebanyak 5 peratus. Kita sedar bahawa negara telah pun melalui krisis ekonomi. Boleh dikatakan setiap 10 tahun sekali. Pada tahun 1987/1988, 1997/1998, 2008/2009 dan ketika ini 2015/2016.
Akan tetapi kita tahu setiap kali berlakunya apa jua cabaran dan juga krisis, pelbagai tindakan dibuat. Contohnya pada tahun 1997/1998 ketika kegawatan yang cukup berat di mana pertumbuhan ekonomi adalah negatif 7.4 peratus. Ramai rakyat telah pun berhenti bekerja, inflasi meningkat, rizab antarabangsa susut, indeks KLSC turun hingga ke paras 260 mata sahaja, NPL ataupun non-performing loan banyak, banyak syarikat-syarikat terpaksa “gulung tikar”. Diperkenalkan capital control ataupun tambatan Ringgit, RM3.80 kepada USD1.
Kemudian kita laksanakan dana khas, Dana Modal dan Dana Harta untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang terlibat dengan hutang yang begitu besar, diperkenalkan pelbagai pakej rangsangan dan sebagainya. Itu antara contoh bagaimana ketika itu tindakan yang diambil untuk memulihkan semula keadaan ekonomi. Pada tahun 2008/2009 pula, kesan daripada sub crime crisis di USA di mana ianya juga memberi kesan kepada ekonomi global, kenaikan harga minyak yang mendadak sehingga mencecah USD130 ketika itu berbanding dengan kadar purata USD70. Ianya juga memberi kesan dari segi pertumbuhan ekonomi, eksport menyusut sampai 15 peratus. Kemudian diperkenalkan juga pelbagai pakej rangsangan, RM7 bilion kemudian perkenalkan lagi pakej kedua RM60 bilion dan sebagainya.
Ini semua adalah dilaksanakan kerana kerajaan memikirkan bahawa ianya perlu bagi hendak menghidupkan kembali suasana ekonomi ketika itu. Diperkenalkan pula Dasar Transformasi Nasional, Economic Transformation Programme, Government Transformation Programme dan sebagainya. Kemudian kadar pertumbuhan alhamdulillah mendapat purata sehingga 5.6 peratus dan kekurangan fiskal defisit daripada 6.7 peratus ke 3.2 peratus. Ini semua adalah sejarah negara yang kita telah lalui. Namun bagaimanapun baru-baru ini kita juga menghadapi masalah yang lebih kurang sama tapi tidak serupa.
Minyak yang dulunya USD100 kini telah pun turun sampai bahawa USD30. Naik kembali kepada USD40. Kemudian penurunan, pengurangan, penguncupan hasil kerajaan RM14 bilion. Kemudian diperlukan langkah yang diambil oleh kerajaan baru-baru ini adalah untuk hendak merasionalisasikan bajet, di mana antaranya langkah yang diambil adalah dibuang subsidi minyak kepada pengguna.
Kemudian kita tahu, dibuat pula pelbagai pakej-pakej lain. Walau apapun kalau kita hendak tengok dari segi rating yang saya rasa tidak perlu saya sebut lagi memang kita masih berada dalam tahap yang baik di mana dijangkakan pertumbuhan ekonomi 4.5 peratus dan kadar defisit fiskal pun akan berlegar sekadar 3.2 peratus. Apa yang saya hendak sentuhkan, yang hendak tekankan adalah langkah-langkah yang telah pun diambil oleh kerajaan. Sesuai juga dengan saranan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu berkait rapat dengan rakyat berpendapatan rendah sama ada dalam bandar mahupun di luar bandar.
Dato' Othman bin Aziz - Jerlun
Antaranya adalah potensi sektor agromakanan yang disaran untuk terus diperkukuhkan. Jadi kerajaan telah mengambil langkah untuk meliberalisasikan kuota import atau AP kepada lapan jenis produk-produk pertanian untuk sementara. Antaranya adalah daging lembu, kambing, kerbau dan sebagainya.
Dato' Othman bin Aziz - Jerlun
Ini termasuk juga kerajaan memperkenalkan MyFarm Outlet ataupun kalau konsep dahulunya dipanggil Pasar Tani di mana diminta supaya diwujudkan sekurang-kurangnya 10 outlet yang baru supaya rakyat dapat menerima ataupun membeli bekalan makanan harian sama ada barangan seperti ayam, daging, sayuran dan buah-buahan seperti itu yang katanya boleh mengurangkan kos sehingga 20 peratus.
Akan tetapi kita juga dengar bahawa katanya barangan sayuran dan buah-buahan tempatan lebih tinggi harganya jika dibandingkan dengan barangan yang diimport. Jadi isunya adalah apakah isu-isu yang berkaitan dengan rantaian nilai atau supply chain di mana melibatkan orang tengah yang menyebabkan harga barangan tempatan ini jauh lebih tinggi.
Jadi inilah yang kita hendak supaya pihak kementerian, terutama FAMA dan sebagainya dapat memainkan peranan bagi memastikan barangan tempatan mestilah harganya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan barangan import sebab kalau barangan import itu lebih rendah, maka sudah tentulah orang-orang tempatan tidak akan berminat untuk terus menghasilkan keluaran yang kompetitif.
Seterusnya diperkenalkan diharapkan dapat ditingkatkan Kedai Harga Patut kepada 1,000 buah supaya ianya dapat menjual barangan yang jauh lebih murah kepada rakyat dan diminta supaya jangan ada pihak mana-mana pun yang mengambil kesempatan untuk mengambil keuntungan yang berlebihan. Satu lagi yang saya kira bagi saya sebagai orang Kedah, orang yang buat bendang, orang yang buat sawah ini, kita hendak ucapkan terima kasih kepada kerajaan. Walaupun dalam keadaan potongan terhadap bajet ini dibuat, namun ditambah satu peruntukan baru iaitu tambahan tunai RM50 satu tan bersih padi sebagai insentif input pengeluaran.
Jadi ini bermakna kalau seseorang itu dia buat bendang satu relung, dia dapat dua tan, maka dia akan dapat tambahan RM100. Kalau di MADA, contohnya di MADA Kedah dan Perlis ini, hasil tuaian kita lebih kurang 6.5 tan maka seseorang itu dia mampu untuk dapat dalam RM325 tambahan setiap hektar. Ini sudah tentu akan dapat mengurangkan bebanan kos input pertanian umpamanya boleh cover kos penuaian padi iaitu jentera padi.
Jadi sudah tentulah kita berharap dengan galakan-galakan seperti ini sebab kita tahu bagi orang-orang sawah ini sejak dari tahun 2014 lagi, baru dua tahun setengah, kerajaan telah pun membuat beberapa langkah yang secara langsung memberi faedah kepada mereka iaitu pertamanya menyelaraskan harga padi seluruh negara menjadi RM1,200. Kemudian ditambahkan peruntukan Skim Subsidi Harga Padi pada bajet tahun lalu di mana daripada RM248.10 kepada RM300. Kemudian baru-baru ini ditambah pula skim insentif input pertanian padi ini, RM50. Jadi sudah tentulah kita bersyukur dan berterima kasih dan nampak ruang dan peluang untuk meningkatkan pendapatan.
Jadi di pihak petani saya kira pelbagai usaha telah pun dibuat. Kita menyeru supaya mereka menggunakan benih padi sah, menggunakan amalan pertanian yang baik.
Kita wujudkan bahagian pengembangan, memberi khidmat nasihat dan sebagainya, mencari jalan mengatasi masalah kehilangan lepas tuai atau post-harvest loss. Kita juga menggalakkan mereka menjual di pusat-pusat belian padi yang diwujudkan untuk memberi ruang pilihan kepada petani.
Akan tetapi apa yang menjadi masalah mutakhir ini ialah masalah potongan padi, potongan kualiti di mana yang kita hairan pada tahun 2011 contohnya, ketika itu harga padi di Kedah RM1,050. Potongan berlegar sekitar 17 peratus dan 18 peratus puratanya. Akan tetapi bila dinaikkan dan diselaraskan harga padi kepada RM1,200 potongan ini pun mula naik menjadi 20 peratus. Pada tahun 2016 apabila kerajaan mengumumkan pula kenaikan subsidi harga padi sebanyak RM51.90 atau RM52 ini, maka potongan ini pula meningkat menjadi 22 peratus.
Jadi ini adalah secara purata. Sudah tentulah ada kes-kes tertentu potongan yang begitu tinggi sampai 25 peratus hingga 27 peratus. Akan tetapi ada juga sesetengah kawasan dan sesetengah petani yang mendapat potongan 17 peratus hingga 18 peratus.
Jadi isunya ialah apakah ini ada kaitan dengan harga padi? Adakah potongan ini naik kerana harga padi pun naik? Jadi kalau potongan naik, harga padi naik, maka akhirnya petani tak dapat apa.
Dato' Othman bin Aziz - Jerlun
Jadi isunya ialah saya kira sebagai petani mereka tidak ada pilihan. Kita tahu bahawa padi ini dibeli oleh pengilang ataupun pusat belian. Jadi kita hendak tengok, kita minta Bahagian Industri Padi dan Beras Negara mengkaji dan melihat secara mendalam isu-isu yang mungkin berkaitan dengan pengilang. Pengilang ini, dia pun ada masalah.
Contoh masalahnya berkaitan dengan kecekapan mengilang atau efficiency. Kalau secara purata sepatutnya mereka boleh mendapat 62 peratus satu tan padi menjadi 620 kilo beras, tidak termasuk beras-beras patah dan sebagainya.
Akan tetapi mungkin oleh kerana kilang itu lama ataupun tua, mesinnya sudah tidak cekap, mungkin kecekapannya sudah turun kepada 60 peratus. Malahan mungkin juga sampai 58 peratus. Jadi bila kecekapan itu menurun, hasil berasnya kurang maka dia orang nak potong harga padi tak boleh sebab harga padi adalah harga kawalan. Maka yang boleh dipotong ataupun dipusing-pusing ini adalah berkaitan dengan pemotongan. Jadi inilah yang menjadi isu.
Kemudian kita juga minta supaya kerajaan mengkaji dan melihat sedalam- dalamnya pergerakan stok beras negara di kilang-kilang, tak kira kilang kecil, kilang besar, kilang Melayu, kilang cina, kilang Bernas dan sebagainya. Begitu juga dengan stok padi yang belum dikilangkan ataupun diproses sebab kalau kita tengok, kita mendapat rungutan daripada pihak pengilang katanya stok beras mereka tak bergerak. Jadi keutamaan pengedaran beras ini adalah mungkin kerana digunakan beras import dan sebagainya.
Jadi kita hendak supaya Bahagian IPB, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melihat secara mendalam sebab kita hendak kalau boleh sebelum tuaian musim baru itu dibuat, maka stok beras ataupun padi di kilang-kilang yang berada di luar-luar bandar ini mungkin tahap 10 peratus, bukan 60 peratus, 70 peratus ataupun 80 peratus. Ini kerana kalau stok mereka tinggi, mereka tidak ada wang pusingan untuk membeli padi. Maka mereka akan sewenang-wenangnya meletakkan apakah tahap ataupun garis potongan yang patut dibuat. Kita tak mahu ada macam cartel ataupun macam persatuan kesatuan mereka menetapkan sebelum tengok padi pun mereka sudah tentukan berapa peratus hendak dipotong sebab alasan mereka kerana mungkin mereka mempunyai stok yang berlebihan, kurang wang pusingan. Maka yang menjadi mangsa adalah petani.
Jadi kita mintalah supaya pihak IPB dan saya juga pernah sebut dalam dewan yang mulia ini juga suatu ketika dahulu, dikaji semula pewujudan lembaga padi ataupun badan kawal selia supaya kawal selia ini dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.
Dalam konteks yang sama, saya juga hendak rakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga kerajaan yang memperkenalkan program MyBeras.
MyBeras ini adalah bagi menggantikan beras ST15 yang telah berjalan sekian lama tetapi baru-baru ini kerajaan mengkaji semula dan program MyBeras ini akan diberikan kepada keluarga miskin tegar sebanyak 20 kilo satu keluarga. Kita harapkanlah supaya program ini dapat berjalan lancar. Kita sedar bahawa ianya sudah tentulah akan menghadapi masalah dari segi senarai penerima sebab sudah tentulah apabila ramai ada dapat beras percuma ini mungkin ramai pula yang akan declare ataupun mengatakan mereka layak dan menurunkan tahap kemiskinan mereka kepada miskin tegar.
Dato' Othman bin Aziz - Jerlun
Begitu juga isu-isu berkaitan pengedaran. Kita tidak mahulah mungkin orang yang duduk dalam kampung yang jauh terpaksa pergi ke satu tempat untuk menerima beras itu di tempat yang begitu jauh juga. Selain daripada itu, sudah tentu kita bangga dan terima kasih pada kerajaan yang terus kekalkan bantuan-bantuan yang diberikan kepada nelayan, kepada bidang pendidikan, begitu juga ekonomi peniaga kecil melalui pinjaman TEKUN dan sebagainya.
Seterusnya Tuanku juga telah pun menyentuh soal berkaitan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat luar bandar. Jadi antaranya adalah Program Transformasi Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan temanya untuk membandarkan kawasan luar bandar. Jadi sudah tentulah dalam aspek ini kita minta supaya kementerian dan juga agensi dapat melihat secara menyeluruh tentang jalan-jalan kampung. Terutama sekali kalau di kawasan saya di Jerlun dan juga mungkin di Kedah ini macam Pokok Sena dan sebagainya ini kita banyak mempunyai jalan-jalan MADA dan sebagainya yang perlu diturap dan perlu dibaiki.
Dato' Othman bin Aziz - Jerlun
Sudah tentu ia juga melibatkan hal-hal berkaitan dengan lampu jalan kampung yang ada lagi masih belum menerima lampu-lampu jalan walaupun kita sudah mula buat program ini.
Kemudian sudah tentu ia dapat juga tentang pembinaan rumah baru (PBR) dan juga pembaikan rumah dan sebagainya. Jadi kita harapkan program ataupun rancangan kementerian untuk membandarkan kawasan-kawasan luar bandar ini menjadi realiti, dapat direalisasikan dalam keadaan segera. Ini kerana ia menyentuh rapat berkaitan dengan kesejahteraan rakyat di luar bandar.
Sedikit berkaitan dengan KKLW juga adalah...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Dato' Othman bin Aziz - Jerlun
Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Pokok Sena. Tidak payah Yang Berhormat Pokok Sena lepas ini ada peluang.
Saya hendak bagi kalau Yang Berhormat Pokok Sena bagi pencelahan, saya tidak bagi lambat.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak hendak tanya fasal...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ada peluang lepas ini hendak bagi Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Othman bin Aziz - Jerlun
Yang Berhormat Pokok Sena bercakap dekat sinilah.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, tidak, hendak tanya sedikit fasal dia Pengerusi MADA. Tadi dia sebut fasal jalan MADA kan. Cuma saya hendak mintalah jasa baik Pengerusi MADA ini. Ada jalan-jalan MADA dalam kawasan saya itu dia punya jalan itu dia cepat mendap. Kena lihat balik teknologi itu sebab kawasan itu kawasan yang dia mudah mendap jadi kena cari teknologi yang jangan bila lori lalu akhirnya mari satu musim kita kena buat lagi. Jadi akan memakan belanjalah.
Dato' Othman bin Aziz - Jerlun
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Kita sedar bahawa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Jerlun harap dapat gulung ya.
Dato' Othman bin Aziz - Jerlun
Okey hendak gulung sudah. Kita ambil perhatian daripada Yang Berhormat Pokok Sena dan kita tahulah masalah kita tidak pernah selesai bila kita tar bukan kata enam bulan sudah pecah tetapi mungkin kadang-kadang kualiti jalan yang dibuat itu, kemudian masalah mendapan. Semua ini adalah berkait dan kita cuba hendak buat dengan simen dan semualah.
Jadi ini sebab itu saya kena bercakap dalam Dewan ini, kena ada endorse antara Kementerian Pertanian dan juga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta JKR mungkin untuk kita kaji secara menyeluruh. Ini sebab terlalu banyak wang telah pun dibelanjakan untuk membaiki jalan-jalan kampung, dibina baru dan semua ini. Namun kita tahu bahawa oleh sebab geografinya, mendapannya yang cukup mudah, maka akhirnya dia jadi rosak.
Jadi sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan luar bandar ini masalah pekebun kecil. Kita sedar mungkin kerajaan telah pun memperkenalkan insentif pengeluaran getah diberikan subsidi ataupun bantuan jika sekiranya harga getah turun daripada paras RM2. Akan tetapi kita perlu juga lihat secara long term atau jangka panjang bagaimana kita dapat membantu mereka-mereka ini terutama sekali dia ada berkait rapat ini masalah pemilik tanah yang mungkin ada kebunnya dalam dua, tiga relung atau dua, tiga ekar. Akan tetapi dia tidak menoreh dia bagi orang lain menoreh, kemudian mereka inilah yang menjadi masalah kerana hasil daripada torehan itu tiap-tiap hari dibahagi dua.
Jadi tuan kebun pun tidak dapat banyak mana yang menoreh itu pun tidak dapat banyak mana.
Dato' Othman bin Aziz - Jerlun
Oleh sebab itulah dia ada kesempitan dari segi kehidupan mereka maka mungkin untuk jangka panjang perlu dilihat secara menyeluruh bagaimana kita dapat memberi, mencari jalan untuk mereka dapat side income atau pendapatan sampingan. Umpamanya ketika ini sedang menjadi satu langkah baru yang saya kira menjadi hendak kata kegilaan itu tidak tetapi menjadi satu minat yang mendalam untuk membela kelulut dan sebagainya.
Jadi mungkin dari segi kelulut itu okey boleh dihasilkan tetapi esok akan timbul masalah pula berkaitan pemasaran kelulut.
Selain daripada itu sudah tentulah saya ingat akhir sekali Tuan Yang di-Pertua saya juga hendak sentuh sedikit hasrat dan saranan Tuanku berkaitan dengan pembangunan sukan negara, belia dan sebagainya. Kita minta supaya Hari Sukan Negara diteruskan kemudian Pelan Pembangunan Sukan Jangka Panjang 2015-2023 yang insya- Allah tahun 2023 yang akhir sekali kita dapat mencapai first ever gold untuk Olimpik. Kita berharap sangatlah Datuk Lee Chong Wei ini pergi Olimpik tetapi baru-baru ini first round di All England tewas tetapi kita pun tidak tahu. Akan tetapi Lin Dan umur 33 tahun dapat johan juga. Jadi kita pun dok kaji sampai bila hendak selesai masalah ini.
Jadi kita harapkan kementerian melalui sukan akan terus memberi penekanan, tumpuan macam Yang Berhormat Pasir Mas katakan tadi berkaitan dengan pembangunan bakat belia, kepimpinan, kemahiran dan sebagainyalah. Jadi itu sahaja ucapan saya, saya turut menyokong di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Yang Berhormat. Sebenarnya saya dapat tiga memo daripada Yang Berhormat Pokok Sena Harumanis, Yang Berhormat Taiping dan juga Yang Berhormat Sungai Petani. Mohon diberikan laluan kepada rakan-rakan kerana ada urusan masing-masing dan saya terima kasih kepada list yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang. Cuma saya mohon untuk budi bicara saya untuk mempersilakan Harumanis Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana telah memberikan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Pokok Sena tadi tengok ucapan Yang Berhormat Pasir Mas baik, 20 minit. Jadi saya harap Yang Berhormat Pokok Sena dapat juga mengikuti ucapan Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Pasir Mas tidak cukup 20 minit dia transfer dekat saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua beri peluang kepada saya untuk membahas Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong dalam pembukaan sidang Dewan baru-baru ini. Perkara pertama saya hendak sentuh berkaitan dengan pekebun kecil dan penoreh getah. Langkah kerajaan mengumumkan untuk mengaktifkan Insentif Pengeluaran Gerah (IPG) baru-baru ini apabila harga mencapai RM2.20 nampak tidak menyelesaikan masalah kepada pekebun kecil dan penoreh getah.
Mereka menghadapi kesempitan hidup yang begitu amat sangat. Hari ini pagi tadi getah skrap (cup lump) itu dibuka pada RM2.05 di kawasan saya. Mungkin petang ini sudah berubah turun balik ataupun naik sedikit. Baru-baru ini naik jadi RM2.40, tiga hari turun balik sekarang ini tinggal RM2.05 pada pagi tadi.
IPG ini Tuan Yang di-Pertua yang saya katakan tidak dapat menyelesaikan masalah kerana dia hendak tunggu hendak dapat IPG ini dua kupangkah, tiga kupangkah, empat kupang itu dia kena tunggu sebulan. Sebulan untuk Lembaga Getah ini melihat purata harga dalam sebulan itu. Sedangkan dari segi kehidupan pekebun dan juga penoreh getah ini mereka hendakkan masa itu. Masa dia jual, dia jual getah itu lori mari ambil di dalam kebun dia itu dia hendakkan cash waktu itu, dia hendak belanja.
Dalam keadaan harga getah jatuh teruk sekarang ini, hendak bagi dua, RM2.05 kena bahagi dua antara tuan kebun dengan penoreh hendak dapat berapa duit. Dalam keadaan musim daun luruh sekarang ini getah tidak banyak sebab susu itu dia naik tiga pucuk, jadi dia tidak ada di batang pokok itu.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi ini masalah yang sedang dihadapi. Mereka hendakkan cash pada waktu itu jadi hendak kena tunggu sebulan, saya difahamkan tadi saya telefon kepada seorang pembeli getah berlesen, dia kata sampai sekarang ini belum dapat lagi. Sampai sekarang.
Ini sebab dia pembeli getah berlesen ini diberikan kebenaran untuk membantu penoreh ataupun pekebun ini untuk buat tuntutan. Kalau tidak nanti pekebun ini dia kena bawa resit jualan itu pergi sendiri sedangkan LGM di Sungai Petani, Alor Setar dengan belah Padang Terap, belah Kuala Nerang. Itu pun dengan keadaan staf hanya ada berapa kerat, berapa orang sahaja. Jadi ini menyusahkan.
Ini bagi saya satu harus yang harus dilihat balik untuk saya hendak cadangkan mewujudkan satu stok penimbal bagi hendak mengawal kejatuhan harga getah ini. Supaya diikat pada satu harga apabila keadaan pasaran antarabangsa harga getah ini jatuh kerajaan kena ikat harga getah itu jangan jatuh merudum teruk kepada satu harga sehingga harga getah itu naik semula, baru dibuka balik ikatan itu. Maknanya pada satu harga lantai sama ada dalam RM3.05 ataupun RM4 iaitu pada kadar harga yang munasabah yang dituntut oleh pekebun kecil dan juga penoreh getah.
Ini yang harus dilihat oleh kerajaan kerana bagi membantu mereka ini dapat perbelanjaan ataupun pendapatan yang munasabah untuk mereka berbelanja dalam keadaan kesempitan hidup ini.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kedua, saya hendak minta ialah bila kita jual getah ini, dia ada potong ses RM0.14, selepas itu potong duit proses iaitu kilang ambil. RM0.14 ini pergi kepada tabung tanam semula RM0.10 di bawah RISDA, RM0.04 kepada R&D di bawah Lembaga Getah.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Lenggong bangun.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Nanti sekejap. Kemudian, duit proses itu untuk kilang. Duit proses ini pula tidak ditetapkan pada satu kadar harga.
Maknanya ikut suka tempat itu, berbeda antara kilang dengan kilang itu dia ambil.
Jadi saya hendak minta cadangan supaya potongan ses ini ditangguh sehingga harga getah ini naik lebih daripada RM4. Duit ses ini mesti ditangguhkan supaya 14 sen itu dapat balik kepada penoreh, kemudian dibahagi dua dengan pekebun dan juga penoreh. Ini antara jalan, bagi saya, bahawa cadangan untuk menangguhkan- kalau kita boleh tangguh EPF yang dicarum individu itu, ini duit hasil usaha daripada pekebun dan penoreh, kenapa kita tidak boleh tangguh RM0.14 ini sehingga harga getah naik lebih daripada RM4 baru kita potong balik?
Saya juga hendak minta penjelasan, berapa jumlah tabung tanam semula yang terkumpul di bawah RISDA ini? Dan berapa tabung R&D yang terkumpul sekarang ini yang kita hendak tahu di bawah Lembaga Getah?
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pokok Sena, apa juga cadangan yang menjurus ke arah meningkatkan harga getah, saya setuju walaupun kita berbeza tetapi tidak apa.
Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Pokok Sena, kita tidak capai lagi tahap RM3.40 harga lantai sebagaimana yang disebut tadi tetapi Lembaga Getah melalui bajet yang dikemukakan oleh Perdana Menteri telah pun menetapkan RM2.20. Akan tetapi, daripada apa yang kita tahu bahawa claim atau tuntutan- sebab leceh sikit hendak tuntut ini, kena ada borangnya, kena ada kad dan sebagainya. Saya lihat tuntutan yang dibuat oleh pekebun kecil agak rendah lagi. Barangkali kaedah atau mekanismenya perlu diperbetulkan. Misalnya isi borang sebagai orang kampung memang susahlah.
Jadi pada pandangan Yang Berhormat Pokok Sena, apakah perlu kerajaan untuk mengubah pendekatan atau cara yang lebih mudah untuk pekebun kecil membuat tuntutan? Hari ini harga getah kalau ikut LGM ialah RM2.20. Kalau bawah paras itu, kita boleh claim insentif IPG tetapi kaedah tuntutan itu agak sukar sedikit. Apa pandangan Yang Berhormat Pokok Sena?
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih. Ini sejarah kita bersama, macam saya dengan Tun Dr. Mahathir sekarang ini bersama. Ia perlahan- lahanlah itu, makin dekatlah itu, Yang Berhormat Lenggong [Ketawa] Terima kasih.
Saya setuju dengan rakan saya daripada...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Dia corner juga.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya bersetuju tadi bahawa kaedah ini harus dipermudahkan. Saya tunjuk contoh di awal hendak buat kad hijau itu.
Sudahlah pejabat di negeri Kedah hanya ada tiga buah pejabat, staf tidak ada. Staf yang di golf itu hanya ada tiga orang sahaja, hendak buat kerja itu bertimbun. Saya pergi tengok tidak selesai. Saya ingat kad hijau itu pun tidak selesai sampai ‘la ni’. Jadi mesti dipermudahkan seperti mana yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Lenggong iaitu dari segi tuntutan.
Jadi sebab itu saya cadangkan tadi, saya sebutkan tadi bahawa mereka hendak cash sekarang ini. Apa salah peruntukan kerajaan untuk mengaktifkan IPG ini ialah setahun RM1.6 bilion. Jadi kalau RM1.6 bilion itu digunakan untuk kita ikat pada satu harga lantai yang lebih tinggi daripada RM2.20 ini, RM1.6 bilion, saya ingat tak habis ‘kot’, tak habis untuk satu tahun punya perbelanjaan pada kadar katalah RM3.00 ataupun RM3.50.
Maknanya dia jual, dia terus dapat pada harga RM3.50, kemudian bahagi dua antara pekebun dengan penoreh. Jadi saya fikir bahawa ini lebih mudah daripada mereka hendak daftar, nak ada kad hijau, nak buat tuntutan dan sebagainya. Ini yang menyusahkan. Jadi ini yang saya harap daripada pihak kerajaan.
Jadi saya harap bahawa cadangan-cadangan saya itu harus dipertimbangkan.
Antaranya termasuk ses dan juga duit proses. Proses ini mesti diselaraskan. Sebab itu saya hendak cadang- sekarang ini ada 70 sen, ada 80 sen duit proses ini. Kalau harga getah itu tinggi, ia akan naik lebih tinggi, kilang akan ambil lebih banyak mengikut keadaan kenaikan harga getah. Saya hendak cadangkan supaya diselaraskan bahawa ia tidak boleh bawah daripada 30 sen dan tidak boleh lebih daripada 50 sen untuk kilang ambil. Jadi barulah duit itu tadi, maknanya duit dari segi harga getah yang tinggi pada pasaran atas ini, akhirnya sampai kepada pekebun, kepada penoreh ini ia lebih tinggi.
Baik, perkara yang kedua yang saya hendak sebut ialah berkaitan dengan industri padi dan juga petani. Seperti mana yang disebut oleh rakan saya tadi daripada Jerlun, saya bersetuju ada masalah-masalah tertentu yang perlu dilihat oleh pihak kerajaan. Dari segi apa yang telah pun disebut baru-baru ini, kerajaan kononnya kata hendak buat pemutuan sebenar tetapi nampaknya pemutuan itu secara ‘loncong’. Orang Kedah panggil ‘loncong’.
Dia pergi tengok itu, pukul rata, potong. Entah dia pakai teknik mata macam mana dia tengok hampas, macam mana dia tengok padi muda, saya pun tidak tahu, wallahualam.
Kilang itu tengok macam mana. Bermaknanya tidak dilaksanakan.
Walaupun saya sebut pada persidangan yang lalu, saya bimbang bahawa kalau kerajaan tidak dapat mempertimbangkan dalam pemutuan sebenar ini apabila timbul bencana-bencana yang di luar kemampuan manusia. Kalau dari segi padi elok, buat tak elok, tak cermat dan sebagainya, itu dalam lingkungan manusia dari segi orang buat bendang. Akan tetapi bencana di luar kemampuan manusia, kawalan manusia. Jadi saya fikir bahawa harus diberikan satu ketetapan pada waktu itu. Akan tetapi, kalau dalam keadaan musim baru-baru ini, saya fikir tak ada penyakit, orang kuat MADA ini tahu, tak ada penyakit tetapi masih lagi- saya baru dapat dari Kampung Tolang beritahu bahawa 25 pun ada, 26 pun ada.
Kerajaan tidak dapat hendak menguatkuasakan pemutuan sebenar kerana kerajaan tidak dapat memberikan penerangan yang jelas kepada petani. Itu satu. Kedua, kerajaan tidak menyediakan satu syarat, garis panduan, peralatan apa hendak mengukur padi. Nak ukur padi itu dari segi wak padi, nak tengok- maknanya ada pengukuran. Sebab, pengukuran atas manusia ini saya fikir MADA adakah kepakaran itu? Kalau dulu orang bubuh dalam guni, lori ‘pi’, dia pakai cocok saja. Dia cucuk, dia tuang atas tangan dia tengok, dia kata potong sekian banyak. Jadi macam mana dia perah hampas? Jadi perlu ada makmal, perlu ada peralatan.
Saya pergi melawat satu kilang di Perlis. Saya puji kilang tersebut tetapi dia kata apa boleh buat, dia tidak dapat nak berikan yang terbaik, yang betul-betul terbaik kepada petani. Contoh dia kata, dia bawa saya kepada satu lab dia. Pertama, dia ambil sampel padi dia bubuh dalam plastik.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kemudian dia akan kelas pakai kakitangan dia iaitu padi yang masak betul, dia bubuh satu. Yang had hijau dia asing. Maknanya- tak, dia bubuh dulu dalam mesin untuk kelaskan hampas dengan padi. Lepas itu dia kelas dari segi yang masak betul dengan yang hijau. Yang masak betul inilah dia pergi ada satu alat untuk dia press untuk dia kenal pasti wap basah itu berapa percent.
Bila dia analisa keseluruhan hampas, wap basah dan sebagainya, ada yang dapat tujuh percent, potongan analisa tujuh percent dia tunjuk pada saya, buku tujuh percent tetapi dia hanya boleh bagi 14 percent sahaja potongan sebab ada orang yang jual tidak elok yang dia tidak boleh potong sampai 35. Orang itu jual padinya tidak elok tetapi patut dia potong 35, dia tidak boleh potong 35, dia hanya potong dalam kadar 22 ataupun 25.
Jadi saya hendak sebut di sini, dalam pemerhatian saya, MADA boleh perbetulkan, Yang Berhormat Jerlun. Dari segi kawasan MADA, orang buat bendang, peratus orang yang menghasilkan padi yang tak elok saya ingat dalam 20 percent, yang lain itu- makna nak kata petani tidak cekap dan sebagainya, saya ingat tidak betullah. Walaupun petani- petani itu agak berumur tetapi ‘depa’ ada kecekapan dalam hendak buat bendang.
Maknanya ada beberapa percent sahaja yang buat tidak elok.
Jadi saya fikir bahawa kalau ada peralatan ini, ada peralatan ini kepada kilang, saya percaya bahawa ini adalah lebih baik kepada petani.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Akan tetapi kalau dibuat secara lump sum, yang untung siapa? Yang untung kilang.
Yang untung ialah kilang. Sebab apa? Sebab orang yang buat padi banyak ini, 60 peratus hingga 80 peratus yang elok ini yang patutnya dapat 7 peratus, 8 peratus, 9 peratus dan tidak lebih daripada 10 peratus ini, dia tidak bagi. Dia bagi 14. Dia sudah untung sebab dia hendak tarik yang tidak elok itu daripada 35 peratus dia turun kepada 25 peratus sedangkan yang buat padi elok lebih besar jumlahnya, peratusnya daripada yang menghasilkan padi yang tidak elok.
Jadi, saya minta kerajaan kalau hendak kuat kuasa, saya boleh bersetuju kalau hendak kuatkuasakan peruntukan padi sebenar ini. Syaratnya, kilang-kilang kena ada peralatan. Kena ada peralatan supaya orang puas hati. Buat demonstrasi. Tunjuk kepada peralatan ini. Ini cara kami proses untuk hendak menentukan kadar wap basah dan juga hampa dan juga padi muda. Jadi ini seharusnya yang dilakukan.
Kedua, berkaitan padi juga ialah saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan iaitu dari segi GMT ini, padi yang digazetkan, harga yang digazetkan ini bukan RM1,200. Harga yang diselaraskan RM1,200. Harga yang digazetkan ialah harga zaman Tok Nadok dulu, RM750. Waktu harga digazet RM750, sebelum harga di selaras RM1,200 ini, pengilang sudah pun boleh membeli sampai RM1,100 walaupun pada waktu itu tidak selaras lagi RM1,200. Dia harga asal sebanyak RM750. Pengilang sudah boleh beli RM1,100.
Maknanya RM300 kilang beli harga lebih. Pengilang beli harga lebih. Saya hendak mencadangkan kerajaan untuk kaji balik GMT ini. Untuk kaji balik GMT ini, sudah lama.
Saya tidak ingatlah tahun berapa tapi orang Kedah panggil zaman Tok Nadok dulu ini.
Jadi, kaji balik supaya kalau kita hendak gazet RM1,200, gazet RM1,200. Kebimbangan kita ialah takut harga beras naik. Saya percaya bahawa itu kebimbangan saya. Kalau digazetkan sebanyak RM1,200, makna harga beras akan naik, jadi ini kebimbangan saya.
Kerajaan kena cari satu mekanisme bagaimana untuk mengawal kenaikan harga beras, untuk memberikan satu peruntukkan subsidi bagi memastikan harga beras itu pada kadar yang lebih munasabah. Bagi saya tidak adil kepada pak tani-pak tani ini kalau kita masih kekal pada RM750. Ini kerana bagi saya kalau katalah kita gazetkan harga itu, GMT pada RM1,000, mungkin pengilang boleh beli tambah lagi RM500 jadi RM1,500. Untung kepada pak tani. Jadi ini yang saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan persoalan ini.
Ketiga ialah berkaitan dengan pekerja asing seramai 1.5 juta. Timbalan Perdana Menteri sudah mengumumkan tidak ada lagi. Mansuh. Saya tidak tahu apa status MoU yang telah ditandatangani oleh Menteri Sumber Manusia dengan Kerajaan Bangladesh.
Saya hendak sebut bila maklum hendak ambil pekerja asing, kemudian batal, pergi tandatangan MoU, kemudian batal, saya tunjuk bahawa kerajaan tidak ada satu perancangan dalam hendak menentukan sektor pekerjaan ini. Tidak ada perancangan.
Kelam kabut. Dia melilau.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi akhirnya menyebabkan apa? Dia memberikan imej yang tidak baik. Kita baru beberapa hari pergi tandatangan tiba-tiba kita batal, satu yang sangat memalukan imej.
Bukan pembangkang pergi beritahu kata imej kerajaan ini buruk, kerajaan sendiri melalui ketidakcekapan mereka memburukkan imej negara, memburukkan imej pentadbiran negara. Jadi saya minta supaya kerajaan dapat melihat secara yang lebih luas iaitu program penggajian semula kepada pekerja-pekerja asing yang ada ini.
Saya hairan dan hendak tanya kenapa hanya diberikan kepada syarikat-syarikat tertentu umpamanya macam Net Resources (IMAN). Maknanya hanya kepada satu syarikat. Sudah tentu ini akan menyukarkan pekerja-pekerja asing tanpa izin yang datang ini. Kita hendak selesaikan masalah untuk mereka datang untuk dikaji semula sebagai pekerja yang sah sebab mereka tidak ada tempat. Kemudian mereka kena bayar pula denda dan sebagainya. Jadi akhirnya denda yang tinggi, bayaran yang tinggi menyebabkan mereka rasa tidak payah pergi daftarlah. Lebih baik mereka jadi pekerja tanpa izin. Jadi tidak selesai masalah pekerja tanpa izin.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Sedikit.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sila, sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pokok Sena.
Pada program pemutihan pada 2011, waktu itu fee processing yang dikenakan oleh ejen adalah RM355 seorang pekerja asing yang haram untuk menjadi halal. Akan tetapi sekarang ini under rehiring program, fee agent tersebut telah meningkat daripada RM355 menjadi RM1,200 seorang. Dengan kata lain, dengan anggaran terdapat empat juta orang pekerja asing yang haram ini, jika semua pergi untuk program rehiring, bermaksud ejen akan mendapat pendapatan sebanyak RM4.8 bilion.
Adakah ini wajar? Mengapa kerajaan tidak sendiri menerimanya sebagai sebahagian daripada hasil? Mengapa beri kepada lima buah syarikat yang mendapat status monopoli untuk program ini? Adakah ada sebarang, “udang di sebalik batu”? Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Pokok Sena, harum manis.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Sambung sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam. Selepas ini Yang Berhormat Pokok Sena boleh gulung ya.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setujukah Yang Berhormat Pokok Sena kalau saya katakan di sini bahawa antara sebab kekeliruan yang ada sekarang adalah kerana kini ada dua kementerian yang menguruskan perkara ini. Saya bagi satu contoh, pada tahun 2015, Kementerian Sumber Manusia kata sasaran untuk pekerja migran di negara ini adalah 1.8 juta tetapi Kementerian Dalam Negeri pula membawa masuk 2.1 juta pekerja migran. Jadi ada gap ini. Tidak termasuk lagi PATI dan semua itu. Jadi, setujukah kekeliruan berlaku antara dua kementerian ini?
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam dan terima kasih Yang Berhormat Taiping. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam. Ada dua kementerian. Itu satu. Kemudian penyelarasan tidak ada. Mungkin saya ingat ada satu committee, satu jawatankuasa bersama tetapi saya tidak tahu macam mana mereka mesyuarat. Adakah mesyuarat mereka ini tahap JKK kampung ataupun macam mana? Sepatutnya mereka mesyuarat secara yang lebih efisien dan sebagainya. Begitu juga dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Taiping. Saya bersetuju bahawa itu sebahagian daripada ucapan saya. Minta maaf, Yang Berhormat Klang. Saya hendak kena gulung. Sorry, ada perkara lain lagi .
Akhir sekali saya hendak minta berkaitan dengan SPRM. Saya mendapat jawapan pada 9 Mac berkaitan dengan soalan saya. Apakah hasil siasatan dan rekomendasi yang dibuat oleh SPRM kepada Peguam Negara dalam siasatan kes RM2.6 bilion yang disalurkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan RM42 juta dari SRC International yang juga disalurkan dalam akaun peribadi. Seterusnya (b) apakah yang terjadi dengan wang RM42 juta yang dikatakan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri tanpa disedari oleh Perdana Menteri.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jawapan SPRM, jawapan yang diberikan oleh Menteri, saya tidak tahu sama ada mereka merujuk kepada SPRM ataupun tidak. Berhubung dengan siasatan RM2.6 bilion, keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, SPRM mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri secara peribadi daripada keluarga Diraja Arab Saudi.
Berkaitan dengan kes SRC International pula, SPRM telah menyatakan bahawa hasil siasatan mereka tidak menunjukkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melakukan sebarang perbuatan rasuah. Berdasarkan kepada keseluruhan fakta dan keterangan, Peguam Negara berpuas hati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya hairan dan saya hendak tanya ini. Betulkah SPRM yang kata ataupun AG yang kata? Yang saya faham bahawa SPRM telah mengemukakan kertas cadangan hasil siasatan dan rekomendasi.
Maknanya cadangan-cadangan untuk caj sama ada Perdana Menteri dan juga dua orang pegawai. Yang saya ingat dua orang pegawai daripada SRC International. Sebab itu saya hendak cabar kepada kerajaan. Kalau apa yang saya dakwa ini tidak betul, okey, sila bentang kepada Parlimen ini, hasil kertas cadangan daripada SPRM. Kita hendak lihat 20 berapa caj yang dicadangkan oleh SPRM daripada kertas itu yang berkaitan dengan SRC.
Jadi sebab itu saya hairan.
Apa yang saya dengar daripada media, saya sendiri tengok daripada televisyen, AG sendiri yang kata bahawa dia berpuas hati tidak ada kes dengan memberikan alasan, tidak ada alasan untuk mendakwa. Alasan yang menunjukkan- alasan untuk dakwa. Maknanya alasannya tidak ada tetapi kes ada. Sebab itu Panel Penilai Operasi SPRM, mereka mencadangkan supaya kertas itu diangkat semula kepada SPRM.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi, saya hendak minta penjelasan bagaimana kertas yang telah diangkat semula, apakah boleh dinilai, disemak semula? Oleh kerana selama ini ada 64 kes yang telah diangkat semula, kertas siasatan telah diangkat semula kepada AG, 8 apabila disemak ada kes. Saya percaya bahawa dalam kes SRC International ini, khususnya sudah pasti berasaskan kepada apa yang disebut oleh PPO menunjukkan bahawa memang ada kes untuk charge Perdana Menteri dan juga dua orang pegawai daripada SRC International.
Oleh sebab itu saya minta kepada pihak kerajaan dapat menyemak kembali dan kalau tidak, kalau kerajaan masih lagi bertegas untuk mengatakan bahawa tidak ada kes kepada Perdana Menteri atau mana-mana pegawai dalam SRC International, saya cabar supaya dengan jujur bawa kembali kertas siasatan itu dan apa rekomendasinya ke Parlimen ini untuk diteliti oleh semua Ahli-ahli Parlimen untuk kita dapat tentang kebenaran.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, kerana memberikan peluang kepada saya dalam membahas Titah Ke Bawah Duli Tuanku, Ampun Tuanku. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi sanjungan kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana sudi berangkat menyampaikan Titah Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen Ketiga belas pada 7 Mac 2016 yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, kewibawaan dan juga usaha keras yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam usaha memastikan ekonomi negara terus stabil dan kebajikan rakyat tetap terjaga walaupun dalam keadaan ekonomi global yang semakin mencabar.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Keadaan hari ini yang tidak menentu dan agak meruncing yang mana harga komoditi utama masih berada dalam tahap rendah. Sekalipun hasil petroleum juga semakin kurang memberangsangkan ekonomi negara kita pada hari ini. Usaha gigih yang dilakukan oleh kerajaan menyaksikan pertumbuhan sekitar 4 peratus hingga 5 peratus pada tahun ini.
Menurut Bank Negara, ekonomi negara tumbuh 5 peratus bagi keseluruhan tahun 2015, sekali gus mengatasi unjuran yang dibuat oleh beberapa penganalisis tempatan dan juga antarabangsa termasuk ramalan oleh Bank Dunia serta Dana Kewangan Antarabangsa
(IMF). Menurut Bank Negara Malaysia lagi, pertumbuhan keluaran dalam negara kasar
(KDNK) yang dicatatkan bagi suku keempat ialah 4.5 peratus, susut sedikit berbanding suku ketiga 4.7 peratus. Suku kedua 4.9 peratus dan suku pertama 5.6 peratus. KDNK 5 peratus itu menepati sasaran yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini iaitu antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus malah pencapaian itu dianggap antara yang terbaik di Rantau Asia.
Menyedari hal keadaan ekonomi semasa yang mencabar, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengambil langkah proaktif dengan menggunakan ruang yang tercetus dari kejatuhan harga minyak global bagi menghapuskan subsidi minyak petrol dan diesel yang mahal dan lemah dalam menuju kumpulan sasaran. Pada masa yang sama, memperkenalkan sistem percukaian barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6 peratus yang mana jumlah tersebut merupakan antara yang terendah di rantau ini bagi memperkukuhkan kedudukan ekonomi berdasarkan cukai dan mengurangkan kebergantungan terhadap keuntungan daripada harga minyak dan gas yang tidak menentu.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun kedengaran suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang gagal atau fail state, namun kenyataan ini meleset dengan pelbagai kejayaan dikecapi. Antaranya, Malaysia berjaya menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 di Kuala Lumpur dengan jayanya.
Kejayaan Malaysia mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan sekali gus meningkatkan imej negara di persada antarabangsa dan turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin terkemuka di dunia. Malah, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon sanggup datang dari New York untuk sehari menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN itu.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Pencelahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Kuala Selangor kata kita sangat maju, bukan fail state kerana kita berjaya menganjurkan konvensyen ASEAN baru-baru ini.
Saya hendak kata, siapa yang ada duit, dia boleh buat macam-macam. Dia boleh adakan konvensyen, dia boleh ajak dari luar negara, Korea Utara pun boleh buat macam itu ataupun daripada Zimbabwe pun boleh buat ajak African Union untuk bersama-sama di Zimbabwe. Akan tetapi the fact is, fail state is fail state. Failing state is failing state. Kita Malaysia is going that way. Terima kasih.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat daripada Bayan Baru.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Your argument fail lah.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Inilah saya lihat, begitu juga Yang Berhormat Sepang ya, dia mencelah tanpa saya mengizinkan. Dia cuba menidakkan kebenaran yang telah dicapai oleh kerajaan. Sepatutnya sebagai rakyat di Malaysia, kalau perkara itu benar, benar. Jangan kita kaitkan dengan penyataan yang menidakkan kebenaran tersebut. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun. Ya, sila.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya sekadar hendak tanya Yang Berhormat Kuala Selangor, dia gunakan piawaian mana, rujukan mana bahawa sesuatu negara itu tidak dianggap fail state oleh kerana dia menganjurkan sidang antarabangsa?
[Ketawa] Adakah piawaian United Nations atau adakah ianya piawaian mana yang biasanya kalau kita hendak tahu sama ada sebuah negara itu fail state ataupun sebaliknya, ianya bergantung kepada jumlah hutang negara.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ianya bergantung kepada keadaan ekonomi negara. Ianya bergantung kepada suasana politik negara. Ianya bukan bergantung kepada berapa persidangan antarabangsa yang dianjurkan. Lalu saya agak tertarik dengan hujah Yang Berhormat Kuala Selangor, saya hendak tahu rujukan mana?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, jangan panjang sangat, masa tinggal sedikit.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Saya akuilah bahawa Yang Berhormat Shah Alam berada di ibu negeri Selangor. Sehingga hari ini, satu piawaian pun tidak berjaya oleh Kerajaan Negerin Selangor untuk menunjukkan kejayaan negeri Selangor, terutama sekali Kerajaan Negeri Selangor membantu rakyat, khususnya mereka yang susah dalam negeri Selangor...
[Tepuk] Jadi, saya fikir tidak gunalah kita mewujudkan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Paling kurang bajet kita surplus.
Paling kurang bajet kita ada surplus simpanannya, pelaburan bertambah. Setakat persidangan antarabangsa ini orang tidak mainlah Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana ini floor saya, saya dah nyatakan contoh-contohnya tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Shah Alam...
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Saya menyatakan ini sebagai salah satu contoh untuk menunjukkan di atas kepimpinan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Barisan Nasional, Malaysia berjaya mengadakan persidangan dunia iaitu ASEAN di Kuala Lumpur...
[Tepuk] Ini antara satu contoh. Kalau hendak saya beri satu contoh lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Kuala Selangor, tiap-tiap negara kena adakan- ASEAN countries kena adakan gilir-gilir ini bukan apa...
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Oleh kerana saya fikir ini adalah floor saya, pihak pembangkang ini memang dia hendak cuba menidakkan kebenaran. Ini memang tugas mereka dan sebab itu bagi saya Tuan Yang di-Pertua, elok saya teruskan perbahasan kerana ini floor saya dan tidak akan diberikan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Kuala Selangor, sedikit sahaja, sedikit sahaja. Yang Berhormat Kuala Selangor, satu minit sahaja, satu minit sahaja. Hendak sokong atau tidak sokong.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menunjukkan bahawa bila saya merujuk kepada kenyataan ekonomi dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kalau Myanmar buat, bermakna Myanmar tidak fail state lah. Yang berhujah failed.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Malaysia boleh berjaya lagi mengekalkan unjuran ekonomi yang mana Yang Berhormat Sepang hendak cuba menidakkannya...
[Tepuk] Dari segi ekonomi kita rakyat hari ini boleh hidup selesa, aman sejahtera dan ini saya fikir sangat penting untuk kita termaktub, terutama sekali dalam konteks hari ini.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kalau Malaysia aman sejahtera Tuan Yang di-Pertua, tidak payah kena GST. Tidak payah kena GST.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam hendak menafikan lagi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Bukan menafikan, inilah yang sebenarnya hujah itu tidak betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Saya fikir Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sepang pun sama. Kalau benar dalam konteks ini saya fikir Tuan Yang di-Pertua, bagaimana pencerapan yang hendak ditunjukkan...
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kota Tinggi di belakang.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Oh, Yang Berhormat Kota Tinggi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ini lagilah menggagalkan lagi [Ketawa]
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya dari tadi tidak dapat tidak terpaksa tertarik bercakap dengan ini, dengan benda-benda yang disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam ini. Betullah dari segi itu contoh pencapaian melalui konvensyen ataupun persidangan antarabangsa.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Akan tetapi hakikatnya bahawa ekonomi itu ditadbir dengan baik, memberi pulangan yang baik, kesejahteraan rakyat itu terserlah nampak. I didn’t cakap fasal GST, GST ini kan tadi dipertikaikan kita tak boleh bergantung pada minyak. GST salah satu justification attempt untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan sebelum ini negara- negara lain pun sudah ikut, Yang Berhormat Shah Alam. Jadi kalau itu tak faham, janganlah kita cakap. Keduanya, ini saya tak habis lagi ini, sedikit lagi.
Satu lagi, pencapaian ekonomi ini kalau kita hendak detailkan boleh supaya transformasi yang dijalankan menunjukkan perkembangan yang besar sehingga statistik menunjukkan bahawa ekonomi kita berkembang pada tahap yang mampan dan boleh menangani isu-isu berkaitan dengan kekangan ekonomi yang berlaku sekarang. Jadi perkara ini sebenarnya adalah satu manifestasi bahawa ekonomi itu diurus dengan baik.
Mengenai Selangor pula tadi pasal defisit surplus. Surplus itu saya ingat RM1.5 bilion lebih. Duit MARIS. Itu sebab orang Selangor pun complaint.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bukan RM2.6 bilion kah?
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Lebih daripada itu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Lebih daripada RM2.6 bilion?
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat Shah Alam. Itu angka yang dicakap yang agak dengkil. Sebenarnya hendak cakap isu surplus, surplus perbelanjaan di Selangor itu banyaknya duit Federal bagi, tak dibelanjakan. Itu sebabnya maintenance very poor di Selangor. Ha itu hakikatnya, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Poor, poor pun kita bagi bas percuma tahu. Apalah.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Sepang duduk dulu. Jadi ini floor saya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Johor pun tak bagi bas percuma.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Jadi saya hendak sebut di sini, daripada segi statistik kita boleh pergilah detail satu persatu tetapi janganlah kita mencakapkan, menidakkan hakikat bahawa ekonomi itu dalam landasan yang betul. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor bahawa saya sokong pandangan bahawa persidangan-persidangan itu termasuk World Islamic Economic Forum contohnya ataupun persidangan-persidangan lain di mana Malaysia diberi satu pengiktirafan yang tinggi berdasarkan fakta dan statistik. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor? Terima kasih.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Saya setuju Yang Berhormat Kota Tinggi. Kalau kita lihat daripada segi hubungan langsung Malaysia, pengiktirafan Malaysia terutama sekali dengan hubungan luarnya dengan China, Arab Saudi, Amerika Syarikat dan sebagainya sudah tentunya ini merupakan antara pencapaian dan pengiktirafan. Kalau Malaysia failed state, masakan mungkin khususnya Amerika, Arab Saudi, China hendak berdagang dengan Malaysia dan ini sangat penting untuk kita perkukuhkan hujah.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya hendak merujuk kepada mutakhir hari ini, media sosial adalah media utama untuk kebanyakan masyarakat mendapatkan berita.
Hakikatnya ramai individu atau kumpulan yang menyalahgunakan internet untuk mencela, memfitnah, menghina dan menghasut orang lain dengan tujuan menimbulkan kebencian dan tidak menghormati pelbagai isi kerajaan dan pimpinannya. Ironinya media sosial bertukar menjadi satu wahana yang efektif untuk menyebarkan khabar angin dan juga fitnah.
Berdasarkan statistik terkini di laman seperti yang dinyatakan oleh Majlis Profesor Negara, penggunaan harian media sosial oleh pengguna internet secara global telah mencecah 106.2 minit sehari berbanding 103.2 minit sehari pada tahun 2014. Facebook merupakan media sosial paling popular pada tahun 2015, dengan 1.5 bilion pengguna aktif sebulan.
Kalau dilihat daripada segi jumlah jam purata penggunaan media sosial mengikut negara, Argentina paling hebat dan menjuarai senarai ini dengan penggunaan 4.3 jam sehari. Ini diikuti Filipina, Mexico, Brazil, Thailand dan juga Emiriah Arab Bersatu. Malaysia berada di tempat keenam dengan 3.5 jam sehari. Di ASEAN, penggunaannya amat tinggi dengan negara tetangga kita seperti Filipina pada 4.3 jam sehari, Thailand pada 3.8 jam sehari, Vietnam pada 3.1 jam sehari, Indonesia pada 2.9 jam sehari dan Singapura pada 2.5 jam sehari. Sebagai perbandingan, penggunaan media sosial di Amerika Syarikat hanya pada 2.7 jam sehari, Korea Selatan pada 1.3 jam sehari dan Jepun pada 0.7 jam sehari.
Sehingga hari ini Tuan Yang di-Pertua, kita sering kali dilimpahi dengan maklumat dan berita yang diperoleh melalui pelbagai saluran seperti surat khabar, majalah, WhatsApp, Facebook dan sebagainya. Maklumat atau berita yang diperoleh yang disalurkan oleh saluran tersebut menjadi bahan bacaan utama rakyat Malaysia. Saya di sini saya ingin melahirkan kerisauan dan juga kekesalan dengan tindakan setengah-setengah golongan yang mudah menyebarkan sesuatu maklumat tanpa memastikan kesahihan sesuatu berita tersebut. Tidak juga dinafikan ada kalanya berita yang disampaikan adalah betul. Namun secara pasti, limpahan maklumat yang mudah diperoleh sukar untuk ditapis dan dipastikan kebenarannya terlebih dahulu. Maklumat berita yang palsu boleh mengundang padah dan fitnah yang akhirnya membawa pergaduhan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Saya hendak teruskan, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Ini yang saya nyatakan sebagai apa yang saya telah ungkapkan sebelum ini ialah persepsi keganasan yang mana kalau dilihat dengan adanya rentetan-rentetan ini, siri-siri penyebaran palsu yang boleh membinasakan kita sebagai rakyat Malaysia, saya ingin menganjurkan kepada sidang Parlimen pada kali ini untuk mengamalkan konsep tabayyun. Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat, berita bermaksud perkhabaran, laporan tentang sesuatu hal atau kejadian.
Mengikut tafsiran para ulama, tabayyun berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud mensabitkan dan menyemak asas kebenaran. Berita atau sebarang maklumat yang diterima seharusnya diteliti dan dipastikan dahulu kebenarannya dan ketetapan informasi bagi mengelakkan sebarang agenda atau perkara yang tidak baik berlaku seperti memfitnah, menipu dan memburukkan seseorang yang lain berlandaskan hawa nafsu dan sifat kebencian. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Kuala Selangor, boleh saya tanya satu soalan?
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Kalau kita merujuk kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, telah menyatakan bahawa sebanyak 323 aduan berhubung penyalahgunaan internet yang 67.8 peratus adalah berunsurkan kandungan pornografi dan kenyataan yang memburuk-burukkan termasuk yang bersifat menghasut telah dilaporkan pada tahun 2015. Saya memandang serius penyalahgunaan media sosial secara jelas dan tuntas kerana ia boleh membahayakan keselamatan negara dan juga rakyat.
Tidak dinafikan peranan Kementerian Multimedia dan Komunikasi yang sangat proaktif dalam mengambil tindakan kepada mereka yang bersalah memandangkan sejumlah 12 kes telah dibawa ke mahkamah pada tahun 2015 dan didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung kesalahan kandungan yang menyalahgunakan sosial media yang mahkamah mendenda sejumlah RM129,000 dan hukuman penjara di antara satu hingga 30 bulan.
Saya juga ingin bertanyakan kepada pihak kementerian, saya ada mendengar dan membaca tentang cadangan pihak kementerian untuk meminda undang-undang akta MCMC ini dalam usaha untuk memastikan bahawa segala perkara yang boleh menjejaskan keselamatan negara akan diperbaiki dan yang kedua, saya ingin bertanya sejauh manakah peranan pasukan petugas khas yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam memastikan perkara-perkara yang telah saya nyatakan, elemen-elemen penyebaran yang berunsurkan kenyataan-kenyataan yang boleh memburukkan sama ada keselamatan, fitnah dan sebagainya dapat kita jadikan sebagai perkara yang sangat penting terutama sekali dalam memastikan kestabilan, keamanan dan kesejahteraan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang seterusnya, saya ingin menjurus kepada ancaman keganasan kerana pada hemat saya, ini antara fokus yang sangat penting terutama sekali ianya telah menjadi agenda dunia ketika ini. Pada hemat saya, kerajaan hendaklah menyediakan persediaan yang cukup untuk menangani sebarang kemungkinan ancaman tersebut. Apa yang berlaku di negara tetangga kita benar-benar membimbangkan saya dan tanggungjawab utama kerajaan ialah untuk mempertahankan kedaulatan negara dan menjaga keselamatan rakyat yang merangkumi aspek ketenteraman awam.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut Tuan Yang di-Pertua, kerajaan harus memikirkan tentang ancaman-ancaman tersebut dan seterusnya harus sentiasa bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan yang mampu mengganggu-gugat keselamatan awam kerana pada khidmat saya soal keselamatan tidak boleh kita kompromi.
Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM yang telah melaporkan setakat 5 Mac 2016, seramai 47 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria dan Iraq yang mana mereka terlibat dengan kumpulan militan Daesh setakat ini.
Apa yang membimbangkan saya ialah Tuan Yang di-Pertua daripada jumlah 47 rakyat Malaysia, 30 daripadanya adalah lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak.
Lapan kanak-kanak warga Malaysia dilaporkan yang terlibat dengan kumpulan militan Daesh jelas membayangkan bahaya keselamatan yang boleh menimpa negara jika elemen ini dibiarkan berterusan. Saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan memberikan penekanan kepada pelajar-pelajar di sekolah mengenai ancaman keganasan militan ini agar kesejahteraan minda dan psikologi positif kanak-kanak dan remaja mengenai gejala militan dapat dibendung daripada peringkat akar umbi.
Tuan Yang di-Pertua, serangan yang berlaku di Jakarta pada 14 Januari membunuh lapan nyawa. Seharusnya dijadikan iktibar yang serius kepada Malaysia. Kita seharusnya lebih berwaspada dan bersedia dengan ancaman yang tidak dapat kita jangka dan justeru itu menyedari bahasa ancaman keganasan ini, Akta Majlis Keselamatan Negara wajar dilihat sebagai langkah pencegahan yang sesuai.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Dalam keadaan hari ini secara sepintas lalu Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini telah membentuk Perdana Menteri sebagai pengerusi dan Timbalan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengerusi, tiga Menteri iaitu Menteri Pertahanan, Menteri Hal Ehwal dalam Negeri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ketua Setiausaha Negara, Panglima Angkatan Negara dan juga Ketua Polis Negara. Ini memberikan kuasa kepada Perdana Menteri atas nasihat Majlis untuk mengisytiharkan kawasan tertentu di Malaysia sebagai kawasan keselamatan.
Ini juga memperlihatkan dan menjelaskan lagi peri pentingnya keselamatan ini kerana MKN untuk membuat dasar dan mengatur strategik bagi mengendali keadaan dalam kawasan keselamatan. Ini juga membentuk 15 kuasa khas kepada pengarah operasi dan pasukan keselamatan bagi mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan.
Tuan Yang di-Pertua, apabila kita melihat peruntukan-peruntukan tersebut yang ada dalam akta...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, panjang lagi?
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Sedikit lagi, lima minit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Berapa minit?
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Lima minit Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Berapa?
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Lima minit.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau tidak silap pendengaran saya tadi, apabila saya tanya Timbalan Yang di-Pertua berapa lama lagi Yang Berhormat Kuala Selangor, dia kata lebih kurang dua minit.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Okey Tuan Yang di- Pertua, saya menurut perintah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa] Sila, sila.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap soal keselamatan penting Tuan Yang di-Pertua kerana ia merisaukan ancaman keganasan Tuan Yang di-Pertua. Kalau ia boleh berlaku di negara jiran kita, ia juga boleh berlaku dalam Dewan kita kalau kita tidak bendung Tuan Yang di- Pertua. Sebab itu penting. Saya hendak teruskan sedikit Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana bagi hemat saya, saya hendak tahu sejauh manakah dengan adanya akta ini, kerajaan dapat benar-benar bersedia untuk memastikan jangan ada seinci pun perkara-perkara yang boleh dikaitkan dengan ancaman keselamatan dan keganasan dalam negara kita.
Apakah perkara-perkara yang dilakukan dalam usaha untuk memastikan Malaysia bebas daripada sebarang bentuk ataupun tohmahan dan juga persepsi sama ada ia dikaitkan dengan tempat persinggahan ataupun mungkin tempat yang dikaitkan dengan mungkin berlakunya ancaman keganasan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menjurus sedikit kepada pertanian kerana saya amat risau terutama sekali tentang penghidupan nelayan di Pulau Pinang. Baru-baru ini saya berada di Balik Pulau, Tuan Yang di-Pertua. Saya bertemu dengan 1,700 orang nelayan. Mereka menyatakan kepada saya mereka melahirkan kerisauan yang amat sangat yang mana saya difahamkan dengan ada kononnya cadangan tiga pulau jadian yang saya katakan iaitu penambakan yang dikaitkan dengan cadangan oleh Kerajaan Pulau Pinang setidaknya akan menyebabkan hilang punca pencarian nelayan di Pulau Pinang. Jadi saya Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Kuala Selangor, ini kawasan saya.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Jadi saya hendak minta kepada Kerajaan Persekutuan jangan benarkan projek oleh Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ini kawasan saya, biar saya jawab sedikit.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Ini kerana saya melihat bahawa masa hadapan nelayan penting dan nelayan serama 1,700 orang itu perlu dibela.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Kuala Selangor, jangan jadi jaguh. Itu kawasan saya.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya hendak merujuk kepada Kuala Selangor Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa begitu mencemburi saya. Tuan Yang di-Pertua, mengenai Kuala Selangor, saya melihat secara serius mengenai kejadian judi haram di Kuala Selangor. Ini sangat membimbangkan saya selaku Ahli Parlimen kerana saya telah menyatakan berulang kali dalam Dewan yang mulia ini bagaimanakah tindakan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan gejala judi haram.
Pertama, di kawasan saya yang kerdil ini kerana pada hemat saya, ia boleh menjejaskan terutama sekali penumpuan rakyat khususnya generasi muda lebih membimbangkan saya apabila saya melihat wujudnya judi haram ini sebagai cendawan yang tumbuh khususnya di Parlimen Kuala Selangor. Saya memuji tindakan PDRM, cuma saya hendak minta kepada PDRM jangan rasa penat ataupun telah semangat kerana apa bagi saya mereka telah melakukan tugasan begitu baik. Cuma saya minta supaya mungkin mereka boleh memberikan teguran kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya judi haram di Kuala Selangor ini dapat dibersihkan kerana ia boleh menjejaskan penghidupan rakyat generasi muda yang ada di Kuala Selangor.
Perkara yang kedua saya juga hendak bertanyakan tentang menangani kos sara hidup rakyat kerana Kedai Rakyat 1Malaysia di Jeram sehingga hari ini tidak muncul. Jadi saya minta kerajaan Kementerian KPDNKK untuk menyegerakan Kedai Rakyat 1Malaysia di Jeram kerana ia akan memberikan penghidupan yang jauh lebih baik dengan memberikan harga yang berpatutan kepada rakyat di kawasan tersebut.
Terakhir mengenai naik taraf IPD Kuala Selangor. Bagi saya yang paling penting Tuan Yang di-Pertua kita mengakui peranan mereka untuk membanteras judi haram, mencegah jenayah dan sebagainya di seluruh negara. Saya mintalah kalau boleh Kementerian dalam Negeri dapat memberikan perhatian kepada IPD Kuala Selangor kerana saya lihat sedih benar bagaimana mereka bertugas kerana keadaan yang begitu menyedihkan dari segi infrastruktur. Saya menyanjung tinggi tugas yang dimainkan oleh Ketua Polis Daerah tetapi kalau keadaan bangunan yang begitu lekeh Tuan Yang di-Pertua, saya khuatir semangat mereka untuk memerangi judi haram akan terbantut semata-mata.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melihat pada aspek pendidikan, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Menteri Pendidikan baru-baru ini memberikan satu sinar cahaya kepada pendekatan pendidikan di Kuala Selangor. Cuma yang paling penting ialah bagaimana ia boleh digerakkan dengan usaha menaiktarafkan terutama sekali sekolah-sekolah luar bandar seperti Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Sekolah Kebangsaan Datuk Maharajalela, SK Jeram dan sebagainya kerana keadaan tandas dan juga tempat belajarnya sangat daif Tuan Yang di-Pertua.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya Ahli Parlimen Kuala Selangor menyokong penuh Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Kita ada dua hari lagi. Ramai lagi yang hendak bercakap?
Kalau ramai kita tetapkan masa dari 20 minit kepada 15 minit. Because only today and tomorrow. Today 9.30, tomorrow paling lama pun macam itu juga. Sila Yang Berhormat Taiping, masih lagi 20 minit. Yang masa 15 minit itu akan saya fikirkan dahulu. Saya tengok dahulu macam mana reaksi body language daripada Yang Berhormat Seremban sama ada dia setuju ke tidak. Sila Yang Berhormat Taiping.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman dan beriman. Terima kasih kerana mengizinkan saya bangun untuk membahaskan Titah Diraja Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini. Semalam tanggal 14 Mac merupakan satu lagi titik hitam dalam sejarah pembangunan kebebasan media di tanah air kita. The Malaysian Insider setelah beroperasi selama lapan tahun dan 18 hari telah melabuh tirai berhenti beroperasi.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Kejadian ini adalah amat menyedihkan kita semua khususnya rakyat jelata yang dahaga kepada laporan berita yang telus, adil, benar dan berkecuali. Penutupan The Malaysian Insider sebenarnya mencerminkan begitu pahitnya kedudukan kebebasan media dalam negara kita. The Malaysia Insider telah dikotakhitamkan ataupun diblock oleh MCMC pada minggu lepas dengan dalih bahawa laporan portal berita itu, “Menggugat keselamatan negara”. Walaupun masyarakat antarabangsa menganggap alasan yang diberikan oleh MCMC adalah melucukan. Lebih ramai rakyat khususnya mereka yang berakal menganggap ia tidak masuk akal.
Saya ingin merakamkan penghargaan dan perasaan terima kasih saya kepada para pemberita daripada The Malaysian Insider atas usaha gigih mereka selama lapan tahun mempertahankan kebenaran dan kepentingan awam dalam laporan berita mereka khususnya siri laporan yang mendedahkan mega skandal 1MDB dan skandal besar RM2.6 bilion yang melibatkan Perdana Menteri sendiri.
Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, “Allow me to record my deepest appreciation and gratitude to the publisher, editors, reporters, photographer, columnist and all form The Malaysian Insider. Thank you for the impartial journalism, thank you for your news report without fear or favor, thank you for being the voices of the people and for providing readers with more clarity, transparent and well-studied information. It may be darkness now but we believe the darkness shall not be far from us. Please allow me to quote the farewell note written by The Malaysian Insider in Chief, Jahabar Sadiq, “We will shut down, but we will keep our stories, we will keep our friendship, we will keep whatever we have because we did well together. We won’t go gently into the night, we will stay out one way or another. I will be waiting patiently for the return of The Malaysian Insider, keeping the hope as we pray for nation”. Tuan Yang di-Pertua, negara kita kini diselubungi dengan krisis. Saya ingin menegaskan walaupun seseorang individu itu boleh pecat Menteri kanan, boleh pecat Timbalan Perdana Menteri, boleh pecat mantan Perdana Menteri, boleh pecat Peguam Negara malahan menggunakan pelbagai undang-undang zalim ke atas suara yang mengkritik kesalahannya. Dia boleh pecat mana-mana insan yang tidak bersalah demi menutup kesalahan sendiri tetapi nescaya pada hari penentuan nanti seluruh rakyat Malaysia akan bangkit dan pecat dia demi untuk menuntut keadilan.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat kini hidup dalam keperitan akibat kos hidup yang kian melambung tinggi. Kerajaan Barisan Nasional menggunakan alasan kedudukan kewangan yang kian terhimpit sebagai alasan untuk mengenakan GST. Setelah menekan rakyat dengan GST, kerajaan kini pula menghapuskan subsidi kepada rakyat termasuk subsidi minyak, subsidi gula, subsidi minyak masak, subsidi beras ST15, subsidi gandum juga dihapuskan. Berikutan penghapusan subsidi kepada barang asas, yang berlaku tentunya kenaikan harga barang ke atas asas tersebut dan yang menerima kesan adalah rakyat jelata khususnya mereka yang miskin dan berpendapatan rendah.
Kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja menghapuskan subsidi rakyat, malahan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang kini pula sama ada dipinda menjadi pinjaman ataupun menghadapi risiko dibatalkan. Tuan Yang di-Pertua, pendidikan adalah teras pembangunan negara. Tanpa kualiti pendidikan yang tinggi, negara tidak mungkin untuk mencapai status negara maju dan modal insan adalah modal penentu masa depan negara.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada Yang Berhormat Seremban di mana dikatakan walaupun dengan langkah penjimatan kerajaan, jumlah peruntukan yang diluluskan pada tahun ini untuk biasiswa JPA adalah RM1.6 bilion. Malahan telah dijawab kepada Yang Berhormat Seremban, walaupun ada semakan Belanjawan 2016 yang diumumkan pada 28 Januari tahun ini, kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM160 juta bagi membiayai penawaran tajaan baru kepada pelajar-pelajar yang berjaya memperoleh biasiswa JPA.
Bagaimanapun, hari ini sudah 15 Mac, seramai 744 orang pelajar cemerlang yang menerima biasiswa JPA kini masih lagi menunggu jawapan daripada balasan rasmi JPA sama ada biasiswa akan ditukar menjadi pinjaman.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Saya merayu kepada kerajaan walaupun kita berjimat-cermat, kita boleh dikatakan berjimat-cermat tetapi saya kurang faham juga. Baru-baru ini ada gambar-gambar kereta rasmi baru Perdana Menteri, kereta rasmi baru Timbalan Perdana Menteri menjadi viral. Dulu kita pakai kereta rasmi Perdana kerana ia buatan nasional tetapi mengikut gambar terbaru yang saya peroleh, seolah-olah kereta rasmi Perdana Menteri telah jadi kereta buatan Jerman, Audi AAL dan begitu juga Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak faham, saya mahu penjelasan sama ada ini sudah menjadi dasar kerajaan.
Di sini subsidi dihapuskan, GST dikenakan, biasiswa dibatalkan tetapi pada sebelah sana, pemborosan dan pembaziran terus dilangsungkan. Adakah ini benar? Saya tidak tahu. Saya mohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat dari Pekan. Tuan Yang di-Pertua, saya di sini memohon supaya- Yang Berhormat Seremban.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Taiping, terima kasih. Saya juga hendak menyentuh sedikit berkenaan dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Taiping tadi. Biasiswa JPA ditukar kepada pinjaman boleh ubah. Saya rasa ini adalah perubahan dasar yang sangat ketara, yang sangat drastik tetapi nampaknya ada anggota-anggota pentadbiran, ada Menteri-menteri sendiri tidak tahu.
Saya lihat dalam satu laporan, apabila notis ini dikeluarkan dalam website JPA, pemberita pergi bertanya kepada Yang Berhormat Ayer Hitam, Timbalan Presiden MCA, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang selalu dalam surat-surat khabar Cina menganggap dirinya sebagai hero, memperjuangkan biasiswa untuk pelajar-pelajar cemerlang. Tanya dia, dia kata tidak tahu. Dia tidak tahu apa berlaku dalam Kabinet tetapi apakah satu perubahan dasar ini, daripada biasiswa tukar kepada pinjaman boleh ubah, adakah ia tidak perlu melalui Kabinet? Jadi saya mohon pandangan dari Yang Berhormat Taiping.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Terima kasih Yang Berhormat Seremban, memanglah MCA…
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Yang Berhormat Taiping, sekejap.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Ha! Boleh.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak betulkan Yang Berhormat Taiping, tentang kenderaan rasmi yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Kalau kereta Audi itu, seingat saya sebab saya dari Johor, kenderaan itu sebenarnya adalah milik Tuanku yang dipinjamkan kepada VIP yang datang untuk berjumpa dengan Baginda. Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Mungkin sudah berimpian menjadi Menteri so hendak jawab bagi pihak Perdana Menteri. Tidak mengapa.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Tak ada, tak ada. Saya jawab sebab nak betulkan fitnah.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Saya cuba timbulkan persoalan ya, oleh sebab saya nampak kereta dia di depan plat number jika ia kereta adalah milik Tuanku maka dia tidak patut letak plat Perdana Menteri Malaysia, okey dan nak letak plat Timbalan Perdana Menteri. Ini akan menimbulkan sangkaan ataupun anggapan ia adalah milik kerajaan, ia adalah kereta rasmi kerajaan.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Sebab itu saya terangkan, sebab saya tahu perkara ini fitnah. Saya tak nak benda itu berpanjangan. Saya beritahu sahaja dalam Dewan ini.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tak mengapa. Saya tunggu sesi penggulungan sama ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan datang sendiri di Dewan yang mulia ini untuk memberikan penjelasan.
Di mana saya tadi? Yang Berhormat Seremban kata, memang adalah satu dasar yang amat penting. Pada masa yang sama kita tubuhkan TalentCorp. Mengikut jawapan yang saya peroleh, TalentCorp. telah belanja RM77 juta dan cuba untuk menarik balik golongan intelek, golongan pelajar-pelajar cemerlang supaya dapat kembali ke tanah air kita untuk berkhidmat. Akan tetapi pada masa yang sama, di sini kita batalkan biasiswa.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Jangan lupa, ini adalah era globalisasi. Apabila Kerajaan Malaysia tidak menghargai golongan intelek, kerajaan lain sedang merebut bakat-bakat kita, khususnya jiran kita, pulau kecil Singapura. Mereka telah menunggu dan sudah senyum dengan terbahak-bahak apabila kerajaan gagal membiayai dan memberikan biasiswa kepada bakat-bakat muda kita. Singapura tunggu dan sedia untuk menawarkan syarat-syarat, terma-terma tawaran yang terbaik supaya golongan intelek Malaysia meninggalkan negara kita.
Mengikut laporan World Bank, lebih kurang 1.06 juta orang rakyat Malaysia telah meninggalkan tanah air kita dengan pelbagai alasan dan antaranya 35 peratus iaitu 350,000 adalah golongan profesional. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya negara kita hendak menjadi negara maju tanpa golongan profesional dan intelek, bagaimanakah kita nak menerajui pembangunan negara menuju ke arah sebuah negara maju? Ini akan menjadi angan-angan Mat Jenin, akan menjadi impian kosong sahaja.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada Biasiswa JPA, saya juga rasa terpanggil untuk menyentuh Biasiswa Bursary. Biasiswa Bursary ditawarkan kepada pelajar SPM cemerlang yang mendapat full “A”. Tahun-tahun lepas apabila keputusan dikemukakan, laman web Kementerian Pelajaran akan umumkan nama dan pelajar cuma klik terima atau tidak, tak payah interview, sebagai satu tawaran automatik Biasiswa Bursary. Kini, pelajar- pelajar sembilan A+ sudah tunggu dua minggu, Mesyuarat Kabinet pun sudah lalu, tetapi apakah keputusan kerajaan?
Jangan lupa, tadi saya sudah kata, ada institusi-institusi, universiti-universiti utama dunia sedang cuba merebut bakat-bakat pelajar full “A” ini belajar di universiti mereka tanpa menghiraukan kepentingan nasional kita. Kita mahu tahu jika kerajaan slogan janji ditepati, kerajaan janji akan memberi Bursary Scholarship kepada pelajar full “A” dan kini pelajar sudah belajar sampai larut malam dapat full “A”, apakah balasan yang akan diterima oleh mereka? Adakah kita akan menghampakan ibu bapa yang susah payah mendidik anak mereka?
Saya mahu satu jawapan konkrit supaya biasiswa- kita boleh jimat di kementerian lain. Saya bagi contoh, Jabatan Perdana Menteri. Mengapa kita perlu 12 orang Menteri? Ini satu rekod dunia. Saya rasa tidak perlu. Peruntukan Jabatan Perdana Menteri- semua lain potong. Kementerian Pengajian Tinggi, universiti-universiti awam, universiti saya dulu Universiti Malaya kena potong 27.3 peratus peruntukan tetapi peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri meningkat pula. Ada lagi slush fund yang tidak dikenali seperti contoh dana fasilitasi RM3 bilion. Itu jika dibagikan, dijimatkan, boleh diberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar. Saya rasa negara kita akan menerima manfaat kerana golongan intelek ini yang mengenang budi akan berkhidmat kepada tanah air kita yang akhirnya yang berjaya adalah Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada Biasiswa JPA, Biasiswa Busary, semalam terima lagi surat daripada Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran di mana buku cetak semula akan berhenti dibekalkan. Maka dengan kata lain, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, pelajar-pelajar dan ibu bapanya mungkin terpaksa untuk membeli buku sendiri kerana kerajaan katakan tidak ada duit. Ini adalah pendidikan asas.
Saya merayu, kita boleh berjimat mengurangkan pemborosan, pembaziran, mengurangkan penyelewengan, mengurangkan perbelanjaan yang besar-besaran seperti seminar di hotel 5 Bintang tetapi pendidikan asas, kebajikan anak-anak murid tidak harus dikorbankan. Ini adalah rayuan dari Taiping. Saya berharap di mana Menteri yang berhati perut yang akan menimbang supaya ia tidak berulang lagi.
Isu yang seterusnya yang ingin saya bangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, berpuluh- puluh kali saya sudah bangkitkan tentang pengiktirafan sijil UEC. Hari ini kita menerima berita baik daripada Ketua Menteri Sarawak, yang mana Ketua Menteri Sarawak mengumumkan Kerajaan Negeri Sarawak akan mengiktiraf UEC. Jika mereka lulus SPM dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, maka Kerajaan Negeri Sarawak akan mengupah mereka pelajar-pelajar UEC sebagai kakitangan awam kerajaan negeri. Ini adalah satu langkah proaktif yang berpandangan jauh patut diterima dengan hati yang terbuka.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Selangor semua berbuat demikian, tetapi kenapa bukan negeri-negeri yang lain? Mengapa bukan Kerajaan Persekutuan?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Sijil UEC diiktiraf bukan berdasarkan kepada faktor-faktor politik, ia diiktiraf berdasarkan kepada kelayakan akademik, academic standard, dan inilah dia profesionalisme yang patut diamalkan. UEC mendapat pengiktirafan lebih daripada 600 universiti seluruh dunia termasuk Universiti Nottingham, universiti yang terkemuka di UK dan USA. Sekiranya universiti utama dunia boleh mengiktiraf UEC atau Unified Examination Certificate, mengapa Kementerian Pelajaran tidak boleh?
Apabila saya tanya di Parlimen, Menteri selalu memberikan jawapan kitar semula adalah kerana UEC tidak mengikuti piawaian ataupun sukatan pelajaran yang disediakan oleh kementerian. Maka saya tanya, A-level pun tidak disediakan oleh kementerian, O-level pun tidak disediakan, IGCSE pun tidak disediakan oleh kementerian, International Baccalaureate, Diploma IBID pun tidak disediakan oleh kementerian. Mengapa kementerian boleh mengiktiraf?
Malahan di MRSM, pelajar-pelajar semua belajar IBID International Baccalaureate, bukan SPM. Inilah dia double standard. Inilah dia di mana ada kemahuan, di mana ada jalan, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Inilah saya harap di mana Kementerian Pelajaran tidak mengulangi kesilapan di masa silam, ikutlah contoh yang baik.
Ambilah yang jernih, tinggalkan yang keruh.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pengiktirafan UEC, saya ingin membangkitkan isu SPM mata pelajaran Bahasa Mandarin. Baru-baru ini masyarakat Tionghoa di negara ini huru-hara kerana keputusan SPM mata pelajaran Bahasa Mandarin menunjukkan ada yang tidak kena. Mungkin Tuan Yang di-Pertua tidak tahu, saya bagikan statistik yang dikemukakan oleh kementerian.
Pada tahun-tahun lepas ini, pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan Bahasa Mandarin di peringkat UPSR, jumlah yang dapat ‘A’ lebih kurang 40 sampai 45 peratus.
Apabila sampai ke peringkat PMR, yang berjaya mendapat ‘A’ adalah 23 hingga 25 peratus.
Akan tetapi apabila sampai ke peringkat SPM, yang dapat A+ tahun lepas ialah 0.95 peratus, jumlah yang berjaya mendapat A+ dan A- ialah 12.4 peratus.
Maka kita bandingkan, ini merupakan satu kejatuhan yang mendadak berbandingkan dengan mata pelajaran bahasa yang lain. Bahasa Arab yang berjaya mendapat A ialah 26.6 peratus, Bahasa Tamil yang berjaya mendapat A+, A dan A- ialah 31.5 peratus, Bahasa Melayu yang berjaya dapat A dan A+ ialah 24.1 peratus tetapi apabila sampai kepada Bahasa Mandarin, 12.4 peratus. Maka ada yang tidak kena. Adakah pelajar-pelajar Cina yang mengambil Bahasa Cina ini lebih bodoh? Saya rasa sudah tentu tidak.
Oleh sebab itu, di sini di Dewan yang mulia ini, secara rasmi saya minya Menteri Pendidikan umumkan what is the cut off point of A-, A and A+ untuk subjek mata pelajaran Bahasa Mandarin di peringkat SPM? What is the marking system? Kalau dulu diminta selalu katakan dengan dalih ini adalah rahsia rasmi, OSA. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah persoalan akademik, tidak menggugat keselamatan negara. Maka apa rahsia rasmi yang dikatakan? Saya harap di mana permintaan ikhlas ini mendapat jawapan yang positif semasa penggulungan nanti.
Seterusnya, saya ingin membangkitkan isu tentang visa pelancong. Isu visa pelancong dari negara China di mana tiga kali kerajaan telah mengumumkan di mana kerajaan sendiri sedar pada kegawatan ekonomi ini, industri pelancongan merupakan lombong emas, sumber pendapatan utama negara kita. Kita amat-amat memerlukan perbelanjaan pelancong asing ke negara kita untuk membangunkan ekonomi kita. Malahan, tahun ini, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah menyasarkan jumlah pelancong 30 juta dan jumlah hasil pendapatan RM103 bilion. Malahan, Menteri Pelancongan hari ini masih dekat Berlin untuk cuba menarik pelancong masuk ke Malaysia.
Akan tetapi saya rasa apabila kerajaan ada tangan kiri tidak tahu apa tangan kanan buat, maka padahnya dan akibatnya di mana kerajaan tiga kali mengumumkan pelancong-pelancong yang masuk dari China jika lebih 20 orang boleh exempted from visa, selepas itu janji ‘dicapati’. Kemudian umum lagi dua orang yang masuk dengan special package daripada travel agencies boleh dikecualikan bayaran visa, maka janji ‘dicapati’ lagi.
Kali ketiga diumumkan apabila Perdana Menteri China datang, Yang Amat Berhormat Pekan sendiri di depan Perdana Menteri China mengumumkan maka pengecualian masuk visa ini akan berkuat kuasa, kali ketiga, berkuat kuasa mulai 1 Januari, tiga-tiga kali amat dikesali, semua janji ‘dicapati’.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Akhirnya bulan ini dia kata mulai 1 Mac- Tuan Yang di-Pertua kita kerajaan bukannya kedai kopi, mana boleh apabila membuat pengumuman tapi dia macam main- main macam budak main pasir sahaja. Ia akan mencalarkan imej dan menjatuhkan kedudukan negara kita di mata dunia.
Malahan hari ini saya di sini ada laporan terkini Tuan Yang di-Pertua di mana Perdana Menteri mengumumkan mengatakan visa di exempted tetapi mulai hari ini jumlahnya bagi visa daripada ejen akan kutip itu, sini kata percuma sana kutip processing fee, bukan dikutip oleh kerajaan tetapi oleh syarikat ejen Ultra Kirana Sdn. Bhd. yang kononnya mendapat monopoli daripada perjanjian bersama dengan Kementerian Dalam Negeri. Fee mulai 15 Mac. Setiap pelancong yang masuk, dahulu dikutip RM120 fee, hari ini RM400. Multiple entry RM220, hari ini RM500. Dengan kata lain kenaikannya 233 peratus, adakah ini wajar? Bagi saya ini satu kegilaan. Sini umum, oh *free exempted!
Please come in, we welcome you, spend your money, Malaysia truly Asia*. Akan tetapi di sana pancung pula pelancong. Maka saya rasa Menteri Dalam Negeri dan Menteri pelancongan wajar...
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Taiping kerana syarikat Ultra Kirana seolah-olah ada diberikan satu kepentingan, diberikan satu keistimewaan kerana apabila kerajaan mengumumkan bahawa pelancong-pelancong dari China ini diberikan pengecualian daripada segi visa, sudah tentu Ultra Kirana yang mengendalikan permohonan visa ini di negara China mereka hilang business. Akan tetapi sekarang ini mereka menggunakan satu cara lain iaitu satu processing fee bagi e-visa. Saya tidak pernah dengar kalau hendak memohon e-visa kena ada processing lagi. sepatutnya e-visa, sesiapa pelancong itu boleh pergi kepada satu website atau satu portal untuk membuat permohonan tersebut. Jadi saya hendak tanya apakah, hendak tumpang Yang Berhormat Taiping bertanya kepada Menteri Dalam Negeri, mengapakah memberikan keistimewaan kepada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd ini? Apakah kepentingan syarikat ini kepada kerajaan seolah-olah kepentingan sebuah syarikat lebih penting daripada kepentingan negara yang sepatutnya kita berikan keutamaan untuk menarik lebih ramai pelancong China ke dalam Malaysia. Minta penjelasan.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Terima kasih Yang Berhormat Seremban, saya masukkan ia sebahagian daripada ucapan saya. Memang seluruh rakyat Malaysia mahu tahu siapa Ultra Kirana yang sekarang ini dengan cara sendiri telah pun bagi saya sabotaj kepada pelancongan negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang seterusnya sebelum saya mengakhiri isu tentang kelajuan internet negara kita. Negara kita ada National Broadband Initiative, kita ada high speed broadband agreement tetapi mengikut sumber net indeks seluruh dunia, kelajuan internet di Malaysia ini pada kedudukan mata dunia 123 jika dibandingkan dengan negara jiran pulau, Singapura. Singapura menduduki nombor satu di dunia dengan kelajuan Internet speed 100.5 megabit per second, Malaysia ini jika tidak saya tidak silap saya 6 megabit per second. Jika dibandingkan, tadi Menteri kata small state maka saya bandingkan dengan negara yang lebih besar. Kelajuan internet, kita kalah kepada negara Thailand, Thailand lebih besar kan. kita bukan sahaja kalah kepada negara Thailand, kita kalah kepada negara Vietnam. Kita kalah kepada siapa lagi? Kepada negara Laos. Kita juga kalah kepada negara Cambodia. Negara-negara yang menawarkan pekerja-pekerja asing kepada negara kita, kelajuan internet kita dahulu macam kura-kura, sekarang macam siput babi. Sampai bilakah mahu macam roket? Saya tunggu di mana Menteri ini yang penting sekarang mengapa kita ada National Broadband Initiative? Ada HSBB agreement tetapi masih lagi mengapa speed kita mendajalkan knowledge based economy negara kita kerana status monopoli, kerana semua infrastructure ini dimonopoli oleh sebuah syarikat iaitu Telekom Malaysia yang lebih 90 peratus dimonopoli oleh mereka. Mana-mana service provider yang ingin menawarkan perkhidmatan terpaksa mendapat keizinan daripada syarikat ini.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua, this is at globalization era. Kita tidak lari kuat, orang lari lebih kuat maka orang lain menang, kita kalah. Senang sahaja, berapa lama lagi kita hendak bergantung. Sebab itu saya di sini menyeru Kerajaan Malaysia, cepat-cepat buka pasaran supaya ada syarikat-syarikat asing atau syarikat tempatan yang berkemampuan masuk ke pasaran kita supaya kelajuan internet kita dapat dipertingkatkan berkali-kali ganda supaya Malaysia dapat berbangga di mata dunia, tidak lagi macam sekarang, jaguh kampung dan bangga di kampung sendiri sahaja, “bagaikan katak di bawah tempurung”.
Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kerana memberikan peluang ini.
sebelum saya mengakhiri ucapan, saya cuma meminta Menteri Pelancongan yang telah berjanji hendak mengiktiraf Taiping 33 first iaitu the first mahkamah, first pasar besar, first jalan kereta api, first muzium. Dengan bangga saya menyebut kawasan saya mempunyai 33 first in Malaya dan ke-33 ini sepatutnya diiktiraf di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Saya berharap semasa sesi penggulungan nanti, Menteri Pelancongan akan membawa berita baik supaya kementerian sudah bersetuju untuk mengiktiraf warisan khazanah ini sebagai kebanggaan. Sekian, saya menjunjung kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kanowit.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut bersama-sama membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena perasmian mesyuarat kita ini. Dari Sarawak Tuan Yang di-Pertua kita tidak ada isu yang panas dan negeri Sarawak akan mengadakan pilihan raya tidak lama lagi. Jadi beberapa isu yang akan saya sentuh di sini, pertama adalah berkenaan dengan isu kawalan harga barang di kawasan pendalaman, Sarawak terutamanya.
Memang pengawalan harga barang di negara kita ini telah diambil perhatian oleh kerajaan melalui pelbagai cara seperti melalui perundangan dan program-program tertentu seperti Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Kempen Penurunan Harga Barang melalui pasar raya dan pasar mini, diskaun, skim kawalan harga musim perayaan, Kedai Rakyat 1Malaysia tetapi isu yang saya ingin sentuh di sini program penyeragaman harga barang keperluan yang bermula sejak tahun 2009 untuk kawasan-kawasan di pendalaman.
Program ini adalah untuk memastikan supaya harga barang-barang di kawasan pendalaman pada masa itu yang begitu tinggi dapat dikawal dengan menggunakan subsidi daripada kerajaan untuk menampung kos pengangkutan sebab pada masa itu diketahui bahawa kos barang keperluan tinggi di kawasan pendalaman disebabkan kos pengangkutan kerana kalau di Sarawak, cara pengangkutannya masih lagi menggunakan perahu dan kos petrol adalah sangat tinggi. Jadi pada masa itu kerajaan telah mengadakan satu program untuk memberikan subsidi untuk menampung kos pengangkutan.
Akan tetapi masalahnya Tuan Yang di-Pertua, apabila ia dilaksanakan pada masa itu, ia dilaksanakan melalui kontraktor. Kontraktor yang dilantik sepatutnya untuk menghantar barang-barang ke kawasan pendalaman tetapi pelaksanaannya tidak dapat diurus tadbir dan tidak dapat dipantau oleh kementerian yang berkenaan.
Jadi apa yang terjadi kebanyakan mereka tidak menunaikan tugas mereka dan harga barang di hulu-hulu sungai itu masih tinggi. Inilah satu isu yang saya selalu sebut di Dewan yang mulia ini dalam beberapa tahun yang lalu. Saya juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk memberhentikan program ini sebab program ini cuba memberikan keuntungan kepada kontraktor-kontraktor, dan yang memerlukan, orang-orang di pendalaman itu masih menghadapi harga barang yang tinggi.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Saya juga telah membuat perkiraan pada masa lalu dan saya mengambil sebuah kawasan, kawasan saya di Ulu Ngemah yang mempunyai beberapa buah rumah panjang.
Dikirakan pada masa itu dalam setahun tidak kurang daripada RM3 juta dibelanjakan untuk menampung kos pengangkutan yang diberi kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh kerajaan.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Akan tetapi wang ini tidak sampai kepada sasarannya. Saya pada masa lalu bercadang supaya kalaulah wang-wang ini diberi kepada penduduk di sana mengikut jumlah keluarga mereka, setiap bulan mereka ini boleh mendapat RM500 sekeluarga. Jadi, saya telah cadangkan lebih bagus RM500 ini diberi kepada mereka di kawasan pedalaman ini dan tidak melalui kontraktor. Supaya mereka ini walaupun mereka masih membeli barang dengan harga yang tinggi tetapi dengan bantuan subsidi RM500 sebulan ini, maka mereka tidak merasakan harga itu sangat membebankan kos sara hidup mereka.
Ini saya telah suarakan di Dewan yang mulia ini, dan saya harap kementerian mengambil berat dalam hal ini. Oleh sebab saya melihat beratus juta dibelanjakan di seluruh negara di Sabah dan Sarawak terutamanya, untuk subsidi transport ini. Akan tetapi the effect tidak sampai kepada sasaran.
Isu yang kedua yang saya ingin sentuh di sini Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan isu dadah yang merebak ke kawasan-kawasan pedalaman. Di negara kita ini memanglah isu dadah ini isu nombor satu. Saya ingin sebutkan di sini adalah kalau dahulu isu dadah ataupun kes dadah di kawasan pedalaman, di rumah-rumah panjang, di pekan-pekan kecil di Sarawak, tidak ada orang pun tahu apa itu dadah.
Akan tetapi dengan adanya kemajuan dan pembangunan, dadah pun sudah merebak ke hulu-hulu sungai dan kawasan pedalaman. Inilah yang saya sangat khuatir dan saya berharap kerajaan mengambil berat dalam kes ini. Oleh sebab ia telah membawa kesan yang buruk kepada keluarga, mangsa dan masyarakat di kawasan pedalaman. Ia telah membawa banyak masalah peribadi kepada keluarga yang ditimpa masalah ini. Saya berharap kerajaan patut memantau masalah dadah ini di kawasan pedalaman.
Walaupun mengikut statistik, penagih dadah di kalangan peribumi di Sarawak cuma 1.1 peratus semenjak tahun 2010 hingga 2014 berbandingkan dengan yang ada di Semenanjung Malaysia ini. Akan tetapi penagih baru tiap-tiap tahun meningkat jumlahnya.
Bagi peribumi Sarawak bumiputera, dalam lima tahun yang lalu ia telah meningkat dalam 600 peratus.
Dahulu dalam lingkungan 200, sekarang sudah menjangkau 1,000 lebih. Inilah satu masalah yang saya fikir amat menjadi kerisauan kepada kita yang duduk di kawasan pedalaman. Oleh sebab ia satu masalah yang semakin besar dan kadang-kadang ia menjadi culture shock kepada penghuni-penghuni di kawasan pedalaman ini. Ianya amat mengerikan apabila anak mereka dijumpai berkelakuan tidak senonoh. Itu memberi kerisauan dan juga akan mengancam ketenteraman penduduk di kawasan pedalaman.
Ketiga Tuan Yang di-Pertua, juga saya ingin menyentuh perkara yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu pinjaman perumahan untuk rumah panjang di Sarawak. Dalam Bajet 2016, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Bajet 2016 diperuntukkan lebih kurang RM50 juta untuk penghuni-penghuni rumah panjang di Sarawak, diberi pinjaman interest free. Cara pengurusan terperinci dengan pinjaman ini belum juga diketahui dengan terperinci oleh mereka ataupun saya sendiri juga belum mengetahui apakah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.
Akan tetapi yang menjadi kekhuatiran ialah kalaulah pinjaman-pinjaman ini diuruskan oleh kerajaan melalui agensi-agensi kerajaan dan diberi kepada kontraktor- kontraktor untuk membekal bahan-bahan binaan kepada penghuni-penghuni rumah panjang untuk membina rumah panjang, ini akan menyebabkan keciciran besar terhadap pinjaman-pinjaman ini. Inilah dikhuatiri oleh penduduk rumah panjang dan mereka telah pun bertanya kepada saya. Kalaulah ia seperti geran ataupun pinjaman-pinjaman dahulu yang dikendalikan oleh kerajaan melalui kontraktor-kontraktor dan diberi bahan binaan, mereka tidak setuju.
Oleh sebab apabila ia melalui kontraktor, kalau pinjaman itu RM10,000 mungkin dalam RM6,000 ke RM7,000 atau RM5,000 ke RM6,000 sampai kepada mereka dan yang lain diambil sebagai keuntungan oleh kontraktor. Dalam hal pinjaman (loan) ini, saya pun fikir tidak lah patutnya dibuat sebegitu sebab dan ia patut diconsider sebagai personal loan. Oleh sebab peminjam ini akan membayar loan ini seumur hayat mereka. Kalau ia diberi kepada kontraktor untuk bahan binaan, maka mereka akan dipotong ataupun jumlah yang sebenarnya dipohon kalau RM50,000 mungkin dalam RM10,000 ke RM15,000 keuntungan kontraktor dan mereka terpaksa membayar RM50,000 dalam beberapa tahun. Sudahlah mereka ini orang miskin dan mereka terpaksa membayar loan ini bagi pihak mereka dan bagi pihak kontraktor.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Dengan ini saya pun berfikir dan telah pun bermesyuarat dengan beberapa orang ketua masyarakat supaya pinjaman ianya diberi terus sebagai personal loan kepada peminjam-peminjam untuk membina rumah-rumah panjang mereka dan mereka boleh mengendalikan wang ini sendiri. Kumpulan petugas patut ditubuhkan untuk memantau supaya wang ini digunakan benar-benar untuk membina rumah-rumah panjang.
Perkara seterusnya Tuan Yang di-Pertua, yang saya ingin sampaikan di Dewan yang mulia ini adalah untuk menubuhkan satu kawasan pembangunan sosioekonomi di Sungai Batang Rajang, the Rajang Basin. Saya mendapat ilham ini dari beberapa kawan yang telah pun mencadangkan supaya satu kawasan pembangunan atau development area, di kawasan Rajang ini perlu ditubuhkan supaya kawasan ini dapat dibangunkan seperti kawasan-kawasan lain di Malaysia. Ini seolah-olah ia serupa dengan di Malaysia, economic corridor yang telah banyak ditubuhkan di negara ini, di Sarawak pun ada, di Terengganu, di Johor pun ada.
Kita melihat di kawasan Batang Rajang ini, Batang Rajang ini kawasan yang sangat besar, mungkin lebih daripada 50,000 square kilometer besarnya. Walaupun sekarang kemudahan asas seperti jalan belum lagi sampai penuh kepada kawasan ini tetapi ia sedang dibina. Kerajaan sudah memperuntukkan banyak peruntukan untuk membina jalan dari Kanowit ke Kapit supaya kawasan-kawasan ini dapat dihubungi ke bandar-bandar besar seperti Sibu.
Apabila ia siap dalam dua atau tiga tahun ini atau empat tahun ini, kawasan ini akan terdedah ke bandar-bandar besar dan kawasan luar bandar ini perlu juga dibangunkan supaya penduduk-penduduk di sana dapat menikmati pembangunan yang lebih pesat. Di kawasan ini kita ketahui bahawa aset besar ialah tanah NCR. Tanah-tanah ini boleh dibangunkan untuk ladang-ladang besar seperti sawit, getah, koko dan sebagainya. Projek ternakan besar-besar pun boleh juga dibangunkan di kawasan ini. Saya bercadang supaya kawasan ini diberi priority dan kementerian yang patut menjaga ini seperti Kementerian Luar Bandar dan Wilayah patut diberi mandat untuk membangunkan kawasan ini. Supaya kawasan ini dapat juga dibangunkan seperti kawasan-kawasan lain di Malaysia supaya penghuni-penghuni yang duduk di kawasan ini tidak akan ketinggalan daripada segi pembangunan ekonomi.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Dengan adanya kawasan Rajang Basin area ini ditubuhkan kemudian, maka banyaklah peluang-peluang lain oleh orang-orang setempat untuk menceburkan diri bersama-sama menaikkan taraf hidup mereka dengan peluang yang diberi kerajaan untuk mereka dan seterusnya. Isu yang lain...
Tuan Yang di-Pertua
Ada seminit dua lagi Yang Berhormat.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Ya. Isu yang lain yang saya akan katakan di sini adalah masalah Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan. Di Sarawak masih ada masalah ini dan ini perlu diselesaikan. Saya berterima kasih pada Jabatan Pendaftaran Negara yang baru-baru ini telah turun padang untuk selesaikan masalah ini. Saya harap dengan adanya pegawai berpangkat tinggi turun padang, masalah ini dapat ditangani dan keputusan on the spot sama ada lulus atau tidak, perlu diberi kepada pemohon-pemohon untuk sijil lahir dan kad pengenalan ini.
Juga yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya tidak lupa untuk menyentuh masalah yang sering disebut di Dewan yang mulia ini adalah berkenaan dengan keperluan- keperluan asas seperti jalan raya, air dan elektrik yang masih banyak perlu dibangunkan di kawasan pedalaman, terutamanya juga di kawasan Parlimen Kanowit.
Saya ingin juga menyebut sekali lagi, sebuah jalan yang sering saya sebut di sini jalan, adalah jalan di kawasan RASCOM, dari Ngungun ke Jagau, 20 kilometer panjangnya patut diberi priority sebagai membalas jasa baik mereka di sana yang telah berpindah ke kawasan penempatan RASCOM dan bekerjasama dengan kerajaan 43 tahun dahulu masa kerajaan ditimpa masalah komunis. Jalan ini telah saya pohon beberapa kali kepada kerajaan dan saya harap pada tahun ini peruntukan itu diberi priority untuk jalan ini.
Kerja awal, survey dan sebagainya sudah pun selesai dibuat oleh kerajaan negeri.
Cuma kita sekarang menunggu supaya peruntukan dari Kerajaan Pusat diluluskan untuk jalan ini. Saya juga berterima kasih kepada angkatan tentera baru-baru ini.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Mereka juga telah melawat kawasan saya untuk meninjau beberapa buah jalan yang dapat dibina di kawasan saya di Kanowit. Tuan Yang di-Pertua, dengan maklumat- maklumat ini saya menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya berbahas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, kebelakangan ini ada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli-ahli Parlimen dan kepimpinan negara yang menyebabkan reaksi agak negatif daripada rakyat. Kenyataan-kenyataan ini amat membimbangkan kerana rakyat di luar sana selalu memerhati kepimpinan pemimpin-pemimpin negara. Jika pemimpin negara kita mengeluarkan kenyataan yang kurang cerdik, maka rakyat akan hilang kepercayaan kepada kepimpinan politik negara ini.
Dulu kita ada Yang Berhormat Pontian yang kata kerja dua dan makan masak sendiri dan sebagainya. Kini kita ada beberapa kes yang baru. Contohnya, dalam minggu yang baru kita sambut Hari Wanita Sedunia, Ketua Menteri Sarawak pula mengajak Perdana Menteri kahwin seorang lagi orang Iban. Apakah perasaan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai isteri? Dalam keadaan rakyat tengah susah dan menderita dengan GST, Ahli Parlimen Bagan Serai kata susah. Saya tengok lebuh raya sesak. Dalam keadaan rakyat terhimpit dengan harga barang naik dan akibat dasar kerajaan potong subsidi dan melaksanakan GST, Timbalan Menteri KPDNKK pula berkata, Tuhan tidak suruh naik harga.
Dalam keadaan rakyat golongan B40 terpaksa bersaing dengan pekerja asing, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan kemasukan 1.5 juta orang pekerja Bangladesh ke pasaran pekerja tempatan. Dalam siasatan MACC tentang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Yang Amat Berhormat Pekan, Perdana Menteri kata itu adalah donation daripada Pak Arab. Satu dunia tidak percaya. Orang kampung pun gelak minta donation daripada Pak Arab sekarang. Ini adalah ibarat orang kata the emperor’s new clothes. Semua orang bohong kerana takut kepada maharaja tersebut. Inilah contoh-contoh kenyataan out of touch atau hilang sentuhan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin negara.
Dalam kesempitan hidup rakyat sekarang gelak mendengar kenyataan sedemikian kerana mereka pun- they want some joke out of their difficult life. Mereka anggap itu satu hiburan tapi persoalan yang lebih penting adalah apabila pemimpin negara hilang sentuhan dengan realiti kehidupan rakyat. Bagaimana pemimpin boleh melakarkan dasar-dasar yang mesra rakyat. Ini persoalannya. Tuan Yang di-Pertua, kita telah masuk ke bulan Mac. Bulan depan bulan April.
Perubahan tampuk kepimpinan Bank Negara akan berlaku pada akhir bulan April.
Selama 16 tahun Tan Sri Zeti telah memimpin Bank Negara Malaysia dengan cemerlang merempuhi beberapa krisis ekonomi dunia. Contohnya, DotCom bust pada tahun 2000, krisis September 11 tahun 2001, subprime crisis tahun 2008, European economic crisis 2012 dan baru-baru ini, kejatuhan pasaran minyak dan Ringgit Malaysia.
Di bawah pimpinan beliau, beliau dapat menstabilkan monetary policy Malaysia dan memberi kestabilan dan keyakinan kepada pasaran. Oleh sebab kecemerlangan, beliau pernah dianugerahkan The Best Central Bank Chief in the World dan Bloomberg pernah mencadangkan beliau menampuk kepimpinan IMF. Ini satu pengiktirafan yang cukup tinggi kepada seorang rakyat Malaysia di persada dunia. Persoalan saya kepada kerajaan adalah kenapa kita tidak sambung kontrak Tan Sri Zeti satu penggal lagi, kenapakah tidak? Apakah Tan Sri Zeti sakit ataupun buat sesuatu yang salah yang menyebabkan kerajaan tidak sambung kontrak Bank Negara Malaysia?
Apakah Perdana Menteri tidak ngam dengan Tan Sri Zeti? Adakah keputusan memberhentikan Tan Sri Zeti itu bermotif politik atau berkaitan dengan skandal 1MDB?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Bagaimana kerajaan memberi keyakinan kepada pasaran dunia jika melantik individu-individu yang sangat rapat dengan Perdana Menteri dan boleh menjejaskan kedudukan dan independent Bank Negara Malaysia. Saya minta penjelasan daripada kerajaan berkenaan dengan soalan-soalan saya.
Memandangkan cabaran ekonomi yang semakin teruk, kami dari Pakatan Harapan telah menyuarakan sokongan penuh kepada Tan Sri Zeti untuk menyambung kontrak beliau sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Ini bukan isu politik, ini isu negara kerana kita perlukan seorang yang steady hand, yang experience, yang boleh memimpin monetary policy kita menuju ke arah satu gelombang atau global economic uncertainty. Jadi Tuan Yang di-Pertua, semalam kita pun ada berita sedih, The Malaysian Insider telah berhenti operasi semalam. Saya ingin melahirkan perasaan sedih kerana Malaysian Insider merupakan satu news portal yang betul-betul independent yang membawa analisis berita yang sangat baik kepada rakyat Malaysia. Saya baru-baru ini, Malaysian Insider telah membuat satu laporan yang menyatakan MACC has credible evidence to frame charges against Prime Minister, Najib. Ekoran daripada berita tersebut, The Malaysian Insider telah diharamkan oleh kerajaan. Ini cara yang tidak betul. Kalau ada sesuatu laporan tidak betul, bolehlah kerajaan siasat, bolehlah charge mereka atau boleh saman mereka. Saman malu pun boleh kepada mahkamah. Jangan kita menggunakan brute force, hanya mengharamkan sesuatu website.
Jadi, ini sama juga dengan Wall Street Journal yang mendedahkan skandal RM2.6 bilion.
Kalau Perdana Menteri kata Wall Street Journal itu fitnah, maka Perdana Menteri harus saman. Akan tetapi selepas 37 minggu atau 259 days, Perdana Menteri masih belum buat, belum menyaman Wall Street Journal lagi.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Kita tidak kata Wall Street Journal itu betul tetapi kita mahukan satu kebenaran.
Rakyat Malaysia mahukan satu kebenaran. Jadi, kalau boleh kerajaan ambil tindakan atau Perdana Menteri ambil tindakan serta-merta untuk menyaman Wall Street Journal. Begitu juga dengan wartawan dari Australian Broadcasting Corporation bernama Linton Besser dan Louise Eroglu yang ditahan dan dihalau oleh polis kerana hanya menjalankan tugas mereka sebagai wartawan. Adakah ini caranya kerajaan melayan wartawan?
Mungkin semua yang negatif ini yang menyebabkan kedudukan Malaysia dalam The World Press Freedom Index makin jatuh. Sekarang sudah pada nombor 147 daripada 180 buah negara. Lebih teruk daripada Utopia, Myanmar, Jordan dan Burundi. Ini amat berbeza dengan wawasan Perdana Menteri yang ingin menjadikan Malaysia the best democracy in the world. Tadi Yang Berhormat Kuala Selangor telah membangkitkan isu judi haram di kawasan Kuala Selangor. Saya ingin membangkitkan isu judi haram melalui handphone. Kita sekarang menggunakan SMS, sindiket-sindiket judi haram menggunakan SMS dan pelbagai cara untuk mencari pelanggan. Mereka menghantar SMS blasting kepada pengguna-pengguna handphone. Contohnya saya pun pernah terima daripada 922wins.net.
Dia kata life casino slot, 4D, poker, dan sport horse, horse racing. Join now, free 100 percent. Hubungi 016-9288877. Dan lagi 2wins.com *everyone can all pay RM1=300 points.
Focus sport, life casino.* Ada lagi 12winclub.com hubungi 010-3069515. Ini semuanya begitu nyata sekali.
Saya tahu bahawa kerajaan memang tahu dia boleh menghubungi Maxis, Celcom dan sebagainya untuk block, checking kerana nombor-nombor handphone semua sudah ada. Kenapakah tidak mengambil tindakan terhadap sindiket-sindiket macam ini?
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Boleh?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Boleh.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Saya amat tertarik dengan hujah daripada Yang Berhormat Bayan Baru berkenaan dengan judi haram ini. Tahukah Yang Berhormat Bayan Baru bukan sahaja melalui handphone. Sekarang melalui kedai-kedai cybercafé.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Mereka ini bukan lagi cakap cybercafé sekarang. Dia buka cafe macam seolah- olah Starbucks dia kata kedai kopi tetapi di dalam sebenarnya adalah pusat perjudian. Dia menggunakan tab. Dia bukan lagi menggunakan mesin-mesin yang besar-besar itu sekarang. Pakai tab, pakai iPhone dan sebagainya. Masuk dalam, terus boleh judi.
Akan tetapi apabila ada serbuan dan sebagainya seolah-olah polis tidak boleh buat apa-apa kerana mereka off sahaja semua iPhone tersebut atau pun tab-tab tersebut maka tidak ada bukti. Dalam negara kita sekarang ini sebenarnya Undang-undang Anti Perjudian tidak cukup untuk membanteras perjudian yang cyber sekarang ini sebab perjudian sekarang ini berunsur moden. Undang-undang sedia ada hanya dapat membanteras perjudian cara lama.
Jadi, apakah sudah tiba masanya bahawa yang pernah kita pun minta pihak kerajaan untuk meminda undang-undang yang sedia ada supaya ada undang-undang siber judi yang lebih berkesan untuk membanteras dan menghukum mereka yang sebenarnya yang melaksanakan perjudian haram di belakang ini. Setiap kali ada serbuan, yang ditangkap hanya pekerja-pekerja di cybercafé tersebut yang tidak boleh didakwa pun. Jadi, apakah pandangan dari Yang Berhormat Bayan Baru?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Yang Berhormat Seremban, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju kerana sekarang masa sudah sampai untuk kita ambil serius action terhadap perjudian haram ini kerana ini bukan sahaja orang yang tua. Sekarang anak muda yang semua orang ada hand phone, semua orang boleh access to cybercafé. Mereka boleh masuk dan anak-anak muda itu dia boleh terpengaruh dengan senang dan boleh main judi dan sebagainya. Ini satu masalah yang serius bukan sahaja kepada orang Cina. Semua orang terlibat kerana judi ini merangkumi semua. Jadi, itu sebab saya rasa kita have to tough on crime. Kalau perlu penggubalan undang-undang tentang anti perjudian...
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
[Bangun]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya, boleh.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Maaf Yang Berhormat Bayan Baru. Saya memang setuju bahawa ini bukan sahaja masalah sosial kepada masyarakat Tionghoa dan memang saya dapat juga maklumat dan melihat bahawa masalah perjudian ini juga ramai anak-anak muda Melayu yang terlibat tetapi saya tidak nampak ada keseriusan di pihak pimpinan daripada kerajaan. Yang Berhormat Arau pun tidak pernah bersuara berkenaan dengan masalah sosial ini. Apakah pimpinan dalam pihak kerajaan khususnya pemimpin- pemimpin UMNO tidak serius dalam membanteras masalah sosial di kalangan anak muda Melayu ini? Terima kasih.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, saya tahu by convention saya tidak boleh bangun tetapi dia sebut nama saya.
Tuan Yang di-Pertua
Sila. Sila...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tidak apa, saya buat report.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tidak apa, tidak apa. Bagi dia.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Saya hendak nafikan kata, Arau tidak serius. Tidak boleh kata itu. Sebab Arau very serious.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Arau very serious untuk crack down on pembangkang. Itu sebab kita selalu dipanggil. Buat sedikit posting sahaja kena panggil ke balai polis. Kalau kerajaan serious tough on crime. Jangan tough on pembangkang. Kita tidak buat salah tetapi mainkan politik sahaja.
Okey, saya hendak teruskan Tuan Yang di-Pertua. Satu isu rakyat di bawah yang tertanya-tanya adalah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M). Kawasan bandar seperti Pulau Pinang, Selangor, dan tempat-tempat lain sedang tertanya-tanya kenapa setelah sekian lama memohon TP1M kementerian tidak membuat keputusan, tidak ada berita. Adakah permohonan diterima atau ditolak?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Adakah duit masih ada? Ini kerana kalau rakyat yang ingin memohon TP1M itu mereka kena kumpulkan duit sebanyak 20 peratus untuk match dengan grant daripada kerajaan untuk cat semula flat, baiki tangki air, menurap semula jalan dan juga baiki lif dan sebagainya. Akan tetapi selalunya mereka mohon tidak ada berita. Rakyat yang memohon ini bukan daripada golongan yang kaya. Kebanyakan mereka golongan B40 yang susah, yang tinggal di kawasan flat low cost atau low-medium cost. Setelah menduduki flat mereka sekian lama berpuluh-puluh tahun terutamanya di kawasan Bayan Baru, Pulau Pinang, flat mereka telah mengalami banyak masalah. Jadi, apabila saya siasat dengan COB mereka kata skim ini susah dapat. Antaranya dia kata tidak cukup duit. Antaranya lebih daripada 150 permohonan kepada kementerian, pada Tabung TP1M. Mereka hanya kata kurang daripada lima sahaja yang dapat. Maka saya minta Yang Berhormat Menteri nyatakan berapa peruntukan untuk TP1M pada tahun 2016?
Berapakah yang telah dibelanjakan, berapakah projek yang dipohon dari setiap negeri, berapakah yang diluluskan mengikut negeri?
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan. Baru-baru ini Ketua Polis Negara telah meluahkan rasa kecewa kerana Ops Selamat 8 tidak berkesan dan mencadangkan kerajaan meningkatkan saman trafik. Mengikut statistik pada tahun 2015, sejumlah 17,632 kemalangan jalan raya. Naik 18.8 peratus dari tahun 2014. Secara purata setiap hari ada 18 orang mati dalam kemalangan jalan raya. Ini statistik yang sangat mengejutkan dan menyedihkan.
Timbalan Menteri Yang Berhormat Sri Gading telah membangkitkan kemungkinan melaksanakan sistem KEJARA untuk membanteras kemalangan jalan raya. Sistem KEJARA ini telah lama dicadangkan. Bolehkah kerajaan terangkan bilakah ia akan dilaksanakan? Apakah masalah yang dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan sistem KEJARA yang bakal dilaksanakan?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Kenapakah tidak laksanakan secepat mungkin? Isu MH370 berkenaan dengan ini saya telah tanya Menteri apakah yang akan berlaku sekiranya Joint Agency Coordination Centre (JACC) gagal mencari MH370 selepas mencari kesemua 120,000 kilometer persegi yang dipersetujui antara Australia, China dan Malaysia. Jawapan kerajaan amatlah noncommittal. Ia hanya mengatakan akan ada tripartite mesyuarat peringkat Menteri. Akan tetapi sebenarnya dalam JACC website dan perjanjian JACC ia telah berkata secara spesifik dan saya quote, dengan izin, “In absence of credible new information that leads to identification of a specific location of aircraft Malaysia, China and Australia have agreed that there will be no further expansion of search area.” Ini bermaksud bahawa China, Australia dan Malaysia telah setuju tidak pursue further in absence of a new information. Jadi saya minta, I think ini tragedi yang paling teruk dalam sejarah Malaysia and it need a closure. Semua rakyat tertanya-tanya dan mereka mahu satu jawapan. Saya rasa saya hendak minta kerajaan memberi jaminan dalam Dewan yang mulia ini. Kalau Australia dan China tidak sanggup teruskan search selepas bulan Julai ini Malaysia akan go alone sehingga kita dapat cari MH370. Berkenaan dengan KLIA, KLIA2.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat dua minit lagi.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Okey baik, ini local issue. Saya hendak tanya dengan kementerian KLIA, KLIA2 dan Penang International Airport. Sekarang saya nampak ada banyak kedai yang telah tutup, lingkup atau tutup kedai. Saya hendak tanya apakah occupancy rate di KLIA, KLIA2 dan Penang International Airport pada tahun 2014, tahun 2015 dan Februari 2016? Apakah langkah-langkah kerajaan mengisi ruang-ruang yang kosong di airport tersebut? Saya juga minta SPAD melaksanakan tugas untuk membanteras teksi haram di Penang International Airport kerana teksi-teksi yang berlesen di sana minta dengan saya supaya jalankan tugas. Akan tetapi SPAD selalu kata dia tidak mempunyai kakitangan yang secukupnya.
Akhir sekali isu sebelum saya gulung. Ini saya pernah bangkitkan setiap kali adalah tentang isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, United Nations Working Group on Arbitrary Detention telah buat ketetapan pada Oktober 2015, telah mengesahkan status Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai the prisoner of conscience and his detention is arbitrary. Ini daripada bukan pertubuhan-pertubuhan yang biasa tetapi daripada United Nations.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Baru-baru ini United Nations Commissioner for Human Right, Mr. Zeid Ra’ad dalam laporan tahunan kepada PBB atau United Nations Human Right Council telah melaporkan bahawa sekali lagi, ada dua point. Pertama, Datuk Seri Anwar Ibrahim is the only prisoner of conscience anywhere in the world. Kedua, in Malaysia democratic space continue to be limited with government applying sedition and other charges to ever curtails the freedom in Malaysia. Ketiga, baru-baru ini juga di Parliament British, Members of Parliament, Ann Clwyd yang merupakan juga President of Inter-Parliament Union Committee on Human Right (IPU) telah membuat satu Early Day Motion, menuntut supaya Kerajaan Malaysia membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memberi perkhidmatan perubatan yang secukupnya kepada beliau. Pada masa yang sama stop the crack down on the opposition MPs dan juga semua activist, lecturer dan sebagainya menggunakan Akta-akta Hasutan dan Akta Perhimpunan Aman dan sebagainya.
Ini seruan daripada dunia daripada United Nations, daripada British Parliament kepada Kerajaan Malaysia. Saya minta kerajaan dengarlah, dengar seruan daripada negara lain, satu dunia tengah memerhati Malaysia kerana cara Malaysia yang menggunakan langkah-langkah yang kejam terhadap aktivis sosial, kepada Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga Ahli-ahli Parlimen yang lain di Malaysia. Saya minta respons daripada kerajaan terhadap tiga buah pertubuhan antarabangsa yang saya bangkitkan tadi. Itu daripada saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya bagi sama Yang Berhormat Julau. Lama tidak dengar suara.
Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang bersama-sama membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang mula saya hendak bicarakan di sini telah pun dibicarakan beberapa kali dahulu. Akan tetapi oleh sebab saya belum menerima jawapan yang agak memuaskan maka saya mengulanginya sekali lagi Iaitu berkenaan dengan pemadam api. Tiap-tiap tahun kita mendengar banyak rumah-rumah panjang dan rumah- rumah di kampung yang terbakar. Ini satu fenomena yang saya percaya boleh kita elakkan.
Saya sebagai Pengerusi Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak, kami telah membekalkan lebih 140 sistem pemadam api di rumah-rumah panjang. Pemadam api ini adalah satu rekaan oleh anak tempatan, anak keluaran dari rumah panjang dan ia tidak begitu mahal harganya.
Oleh yang demikian saya menyeru agar Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh menilai dan menambah baik sistem tersebut dan boleh dibekalkan kepada rumah- rumah panjang dan kampung-kampung yang jauh dari bomba di bandar dan mungkin tidak mempunyai fire hydrants. Satu lagi perkara yang sering disebut oleh rakan-rakan kita dari Sarawak dan Sabah iaitu berkenan dengan bekalan air bersih ke rumah-rumah panjang atau ke kampung-kampung. Ini memang satu subjek popular walaupun kita mengatakan kita sudah lama merdeka tetapi Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya keadaan ini adalah disebabkan perubahan alam sekitar dan perubahan environment kita. Kita mesti ingat di mana dahulu kita ada mempunyai sumber air bersih sekarang mungkin sudah tercemar oleh sebab aktiviti-aktiviti pembalakan dan aktiviti-aktiviti pertanian.
Oleh yang demikian maka kita mesti mencari jalan yang boleh membantu kita membekalkan air bersih kepada tempat-tempat yang jauh daripada rangkaian atau grid paip yang ada di bandar. iM Sarawak juga sudah mencuba membekalkan beberapa buah tempat dengan sistem di mana airnya datang dari bukit memakai sistem graviti. Bila sampai ke tempat kediaman maka kita gunakan filter.
Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau
Jadi pada 28 Februari yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah pun bersama saya minum air terus daripada paip yang menyalurkan air terawat dengan filtration system yang kami bekalkan. Saya percaya ini juga boleh dibekalkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah supaya lebih ramai lagi penduduk- penduduk kita di luar bandar dapat menikmati air bersih.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Yang Berhormat Julau.
Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau
Begitu juga saya percaya sistem ini boleh diangkat oleh Kementerian Pendidikan oleh sebab banyak sekolah di pedalaman belum ada air terawat walaupun sekolah-sekolah ini ada sumber air tetapi airnya tidak terawat. Ini saya percaya boleh juga dikaji oleh kementerian tersebut.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Yang Berhormat Julau, Tenom di belakang.
Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau
Boleh.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat dari Julau. Saya tertarik dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Julau tadi berkenaan dengan bekalan air luar bandar.
Kita memahami dan kita ketahui hari ini kerajaan kita melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengusahakan, telah merancang untuk memberi kemudahan air yang begitu bersih dengan pewujudan perancangan yang saya kira pada masa-masa yang lepas- sebagai contoh Yang Berhormat Julau, Tenom juga telah mendapat peruntukan yang besar dalam penyediaan penaik taraf loji semata-mata untuk memberi bekalan air bersih kepada penduduk-penduduk luar bandar. Sedarkah Yang Berhormat Julau juga, kita melihat kerajaan berbelanja begitu besar, berjuta-juta Ringgit.
Hari ini saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Julau, pada masa- masa yang lepas dengan perbelanjaan berpuluh juta Ringgit itu, ada tempat-tempat yang ada paip tapi tidak ada air. Ini masalah juga ini. Sudah kerajaan berbelanja berjuta-juta Ringgit tetapi air tidak keluar, angin saja keluar. So saya minta pandangan Yang Berhormat Julau supaya pihak kementerian meneliti kembali mana-mana projek yang saya anggap kalau sudah tidak ada air merupakan projek sakit. Apakah pandangan Yang Berhormat Julau?
Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau
Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Tuan Yang di-Pertua, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tenom memang kita tahu wujud dan di kawasan saya pun ada satu tempat hampir sepuluh tahun sudah ada paip tetapi air belum ada oleh kerana bagi retikulasi, reticulation plant yang diharapkan dapat membawa air kepada tempat itu tidak begitu kuat dan air tidak boleh naik bukit dan turun ke rumah panjang yang sepatutnya dibekalkan air oleh sistem itu. Di tempat-tempat yang sebeginilah saya percaya kementerian berkenaan boleh melihat bagaimana sistem lain boleh mendatangkan air, memberi bekalan air kepada tempat-tempat yang sukar nak kita sampaikan air terawat dari bandar.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan sekolah di pedalaman. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kualiti persekolahan di luar bandar adalah jauh kurang daripada kualiti di bandar. Ini disebabkan beberapa faktor. Misalnya, seperti mana yang saya telah katakan tadi, bekalan air pun tidak begitu baik, apatah lagi fasiliti-fasiliti yang lain seperti bilik darjah, asrama dan semua kemudahan yang lain. Ada guru-guru yang mungkin tidak ada tempat tinggal yang sempurna untuk mereka dan ini menyebabkan kualiti pengajaran di sekolah-sekolah luar bandar begitu jauh ketinggalan dibandingkan dengan sekolah-sekolah di bandar.
Oleh yang demikian, seperti mana yang telah saya sarankan pada sesi yang lepas, kita sepatutnya mencari jalan bagaimana kita boleh meningkatkan lagi kualiti sekolah- sekolah tersebut. Misalnya, pada masa lampau, sekolah-sekolah dibangunkan mengikut sungai dan sekarang oleh sebab sudah ada jalan, maka sekolah yang berselerak dahulu sekarang boleh disatukan oleh sebab dengan adanya jalan, sekolah-sekolah ini adalah tidak begitu jauh. Seperti mana yang mungkin saya telah sebutkan dahulu, di Pakan, satu dari DUN di kawasan saya Julau, iaitu ada lima buah sekolah di mana kalau kita berdiri di tengah-tengah dari lima buah sekolah ini, kesemuanya daripada segi radius tidak sampai 10 kilometer dari pusat.
Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau
Jadi, situasi macam ini boleh kita satukan sekolah dan mungkin kita nanti boleh jimatkan perbelanjaan daripada segi mengurus, dan begitu juga kita boleh menyediakan sekolah yang dibekalkan fasiliti-fasiliti yang sebaik mungkin seperti mana yang terdapat di bandar-bandar.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Julau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Julau, setujukah Yang Berhormat dengan saya kalau saya katakan kalaupun tidak ada seorang yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dari Sabah dan Sarawak, setujukah Yang Berhormat dengan saya bahawa kerajaan mencadangkan salah seorang daripada senior minister yang diberikan tugas khas untuk melihat supaya isu-isu pembangunan di Sabah dan di Sarawak ini dilantik supaya melihat- kerana sekarang ini dia terlampau scattered. Isu pendidikan, isu pembangunan, isu air, isu itu. Sekarang ini masing-masing tidak ada coordination. Bersetujukah Yang Berhormat Julau dengan saya, harus ada menteri yang dikhususkan untuk menjaga isu-isu ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Petani mencadangkan apa yang mungkin sedap didengar oleh kami dari Sarawak dan sebegitu juga oleh Tuan Yang di-Pertua dari Sabah, tetapi bukan hanya daripada segi position atau post yang diberi kepada seseorang yang boleh tetapi pada masa ini bukan tidak ada yang menyelesaikan masalah-masalah seperti ini. Misalnya, kita baru-baru ini sahaja ada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari Sabah dan tidak semestinya semua masalah ini boleh diselesaikan kerana ada seorang menteri kanan ataupun seorang menteri yang bertanggungjawab...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
[Bangun]
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Yang Berhormat Julau.
Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau
Tidak apalah Yang Berhormat Sungai Petani, biar saya sambung ucapan ini.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Sekijang.
Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau
Oh, dari sebelah sini.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Maksud saya menteri koordinator, harus coordinate kan.
Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau
Okey, Yang Berhormat Sekijang kerana Yang Berhormat Sekijang belum bercakap lagi.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Saya hendak tanya pula dengan Yang Berhormat Julau. Kalau Yang Berhormat Sungai Petani tanya soalan tadi itu, saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Julau, adakah Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri yang ada pada hari ini cukup baik menjaga negeri Sarawak dan juga negeri Sabah?
Itu sahaja.
Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Memang betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Namun begitu, oleh sebab Sarawak dan Sabah diabaikan selama 22 tahun oleh seorang mantan Perdana Menteri, maka itu yang menyebabkan kesulitan kita membangunkan dua buah negeri tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang kerana walaupun negara kita mengalami kejatuhan harga komoditi seperti sawit, getah dan minyak, namun demikian, Pan Borneo Highway yang telah dijanjikan masih juga dilaksanakan.
Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau
Kami Sarawak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih apatah lagi baru- baru ini kita mendapat bahawa serpihan dari pembangunan Pan Borneo Highway ini ada.
Kontraktor-kontraktor bumiputera di Sarawak mendapat projek dari main contractor dan ini boleh membangunkan sektor construction di Sarawak dan juga boleh menguntungkan kontraktor-kontraktor bumiputera termasuk juga ahli-ahli dari Dayak Chamber of Commerce and Industry di mana saya sendiri sebagai Presidennya.
Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau
Saya sebagai Presiden DCCI memang mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Project Delivery Partner LBU dan Ketua Menteri Sarawak yang menyediakan satu cara bagaimana projek-projek ini diagihkan kepada kontraktor-kontraktor bumiputera yang mampu dan hendak bekerjasama dengan *main contractor.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)* mempengerusikan Mesyuarat] Walaupun kontraktor-kontraktor bumiputera ini tidak masuk dalam pembidaan, namun demikian mereka juga diagihkan beberapa projek untuk dibangunkan dalam pakej- pakej yang dibida oleh main contractor. Satu lagi, Tuan Yang di-Pertua, di Sarawak, oleh sebab industri pembalakan dulu yang begitu besar tetapi sekarang sudah menguncup, banyak jalan yang dibina oleh syarikat-syarikat pembalakan sudah tidak lagi digunakan untuk syarikat-syarikat balak ini.
Namun demikian, jalan-jalan balak ini adalah penting kepada penduduk-penduduk luar bandar oleh sebab jalan inilah menjadi penghubung untuk penduduk-penduduk yang berjauhan dari bandar. Saya sebagai wakil rakyat dari pedalaman mohon jasa baik kerajaan untuk meninjau dan mengkaji manakah jalan-jalan ini yang boleh kita naik taraf supaya ia boleh kekal jadi jalan penghubung di luar-luar bandar.
Pada lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke kawasan saya pada 28 Februari yang lalu, beliau telah pun meluluskan dua batang jalan tersebut ke SK Ulu Entabai dan SK Jambu kira-kira sepanjang lapan hingga sepuluh kilometer dibangunkan atau dinaiktarafkan dengan sistem jiwa murni. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana sudi dengan serta-merta meluluskan permohonan penduduk setempat pada masa lawatan Yang Amat Berhormat ke kawasan saya.
Satu lagi dan mungkin yang terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah saya ingin menyarankan bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengambil satu inisiatif untuk menginventorikan semua sungai di Sarawak, Sabah ataupun di Semenanjung yang mana mungkin boleh dibangunkan mikro hidro sistem untuk menyediakan kuasa elektrik kepada tempat-tempat yang jauh daripada sistem grId elektrik kita.
Begitu juga kami di iM Sarawak telah membangunkan beberapa micro hydro dan ia nampak berkesan dan ia dibangunkan oleh penduduk setempat dan mengurangkan perbelanjaan dalam kita membangunkan projek micro hydro tersebut. Terdapat sungai yang kita boleh bangunkan sebagai projek micro hydro. Saya mengharapkan kementerian tersebut akan juga mencari jalan bagaimana kita membekalkan tempat-tempat tersebut dengan lampu elektrik, serta kegunaan lain. Seperti mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah katakan di kawasan saya pada 28 Februari yang lalu, elektrik adalah sangat berguna kepada bukan hanya penduduk di luar bandar tetapi kesemua penduduk di negara ini.
Oleh sebab adanya elektrik, kehidupan dan kesejahteraan kita yang tinggal di bandar ataupun di luar bandar boleh diperbaiki lagi. Misalnya di luar bandar dahulu, bila mereka pergi memancing atau menjala ikan, seberapa banyak yang mereka dapat dimasak semua. Kalau tidak habis makan, buang. Akan tetapi kalau adanya electricity, maka ikan- ikan ini boleh dimasukkan ke peti sejuk dan boleh dimasak pada hari kemudian bila kita tidak ada lauk. Ini satu kegunaan yang sangat mustahak di luar bandar. Oleh yang demikian, adanya electricity, kehidupan orang yang tinggal di luar bandar boleh lebih selesa lagi dari yang ada sekarang.
Dengan saranan-saranan demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Thank you.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk berbahas dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa empat tahun lalu, Parliament Select Committee telah mencadangkan 22 cadangan untuk menambah baik pilihan raya kita. Ia juga diluluskan di Dewan yang mulia ini pada 3 April 2012. Akan tetapi empat tahun sudah berlalu, saya belum nampak apa-apa usaha kerajaan untuk melaksanakannya. Pada Pilihanraya Umum Ketiga Belas, kita sudah melihat money politics memang berleluasa. Mungkin pada ketika itu kerajaan berkata masa tidak cukup untuk menambah baik pilihan raya kerana hanya satu tahun sahaja pada masa itu selepas cadangan yang dicadangkan oleh PAC.
Akan tetapi sekarang Pilihanraya Negeri Sarawak Kesebelas sudah akan datang.
Tahun ini sudah empat tahun kemudian tetapi masih tidak ada tengok apa-apa usaha kerajaan untuk menambah baik sistem pilihan raya kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, Dewan yang mulia ini bukan untuk bermain-main sahaja. Saya rasa cadangan yang dicadangkan oleh Parliament Select Committee dan diluluskan haruslah dilaksanakan supaya pilihan raya kita ini bersih dan adil. Ini memang satu cadangan yang baik. Saya rasa kerajaan haruslah memberi pertimbangan yang besar supaya pilihan raya kita ini boleh setaraf berbanding dengan pilihan raya negara-negara Barat sana.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Saya amat sedih kerana dalam sistem pilihan raya kini hak rakyat semakin terhakis, terutamanya melihat persempadanan baru, baru-baru ini yang berlaku di Sarawak.
Sudah menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional hanya mahu memenangi lebih banyak kerusi sahaja. Dia tidak kisah sama ada pilihan raya kita ini bersih atau adil. Jadi, saya ingin pada peluang ini mencabar Kerajaan Barisan Nasional supaya bolehkah kerajaan memastikan bahawa pilihan raya negeri Sarawak ini tidak akan berlaku lagi money politics dan saya harap kementerian boleh- kerajaan boleh berikan satu jawapan yang baik.
Dahulu apabila kami mendapat dan melaporkan kepada SPRM/MACC bahawa ada kegiatan atau kesalahan membeli undi berlaku dalam pilihan raya tetapi sering kali tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh MACC. Kerajaan pun akan beri alasan bahawa during the election period, election role adalah lebih tertinggi, yang lain tidak begitu.
Jadi, saya harap ini haruslah diperbaiki. Kalau election period boleh beli undi, itu pun merupakan satu kegiatan rasuah. Haruslah diambil tindakan yang serius bukan beri alasan yang kata election period hanya election role sahaja yang akan digunakan. Itu saya tidak akan terima alasan semacam itu. Saya harap kali ini kerajaan boleh berikan satu alasan yang baik atau memberi jaminan kerajaan berhasrat untuk menambahbaikkan sistem pilihan raya kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu saya ingin menyentuh terhadap isu GST.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Mohon penjelasan.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Isu GST memanglah...
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Yang Berhormat menyebutkan tentang...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, semalam ada arahan daripada Tan Sri Speaker, Menteri tidak boleh bangun. Ini melanggar konvensyen. Yang Berhormat Arau ini asyik bangun sahaja. Macam hendak jadi backbenchers sahaja.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, ini menunjukkan bahawa Menteri-menteri tidak percaya kepada backbenchers. Backbenchers boleh balik rumahlah, tidur. Fasal hendak soal tidak boleh serah kepada backbenchers, kena Menteri juga.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Tidak, dia menyebut satu benda yang kita kena tegur.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri jawablah, kan ada peluang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Yang Berhormat Shah Alam, awak jangan menyibuk. Saya tanya dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dia minta clarification mungkin.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Saya hendak minta penerangan.
Kenapakah menyibuk?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sibu, ya.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Saya minta penjelasan Yang Berhormat...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Hei yang menyibuk, yang berdiri, mencelahlah, itu yang menyibuk, bukan aku.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Tidak, saya minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Fasal hendak jawab nanti kan, Yang Berhormat.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Nanti saya jawab ini sila bangun ya. Saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat. Dia tuduh kata sistem pilihan raya sekarang tidak bersih ada amalan rasuah. Yang Berhormat buat report buktikan. Ada report kata tidak ambil tindakan, saya sudah jawab cukup panjang, saya ingat sepanjang tahun saya jawab berhubung dengan SPR di Parlimen ini. Akan tetapi hari ini Yang Berhormat mengulangkan balik perkara yang sudah lagi tidak menjadi kenyataan.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ya, apabila kami membuat laporan kepada MACC memang ada bukti dibekalkan. Buktinya kukuh dibekalkan tetapi tidak ada apa-apa tindakan telah diambil oleh MACC. Jika tidak ada bukti, saya rasa pada pilihan raya negeri yang lalu ada penduduk di kawasan long house, rumah panjang membuat laporan dengan duit yang diberikan kepada mereka. Mereka membawa duit itu yang diberi itu kepada MACC membuat laporan tetapi tidak ada apa-apa tindakan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Tanjung Karang bangun, Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ya, boleh? Yang Berhormat, ini Yang Berhormat sudah berapa kali bertanding pilihan raya? Ia memanglah sebab itu dalam peraturan kita kalau ADUN ada certain peruntukan boleh digunakan untuk urusan pilihan raya. Kalau Parlimen tidak silap saya dalam RM200,000, kalau tidak silap saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
RM150,000 Yang Berhormat, RM150,000.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
RM150,000 itu untuk apa? Itu yang kita belanja untuk urusan...
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Beli undi, beli undi.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Itu bukan boleh beli undi.
Yang Berhormat tidak fahamkah?
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Itulah beli undi.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat kata itu beli undi, mengapakah ada dalam Akta Pilihanraya? Kita ikut undang- undang Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tidak faham, Yang Berhormat tidak usah bercakap. Itulah asas pilihan raya.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Saya sendiri bercakap sama Yang Berhormat. Memang beli undi ini satu kegiatan yang common di pilihan raya Sarawak.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini tuduhan kalau kita ini rasuah, Selangor kita tidak kalahlah. Kalau kita rasuah...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini kalau kita rasuah, kalau kita rasuah...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia kalah walaupun rasuah kita lancar. Walau ada rasuah kita tetap kalah.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Raya sudah-sudah. Raya sudah-sudah.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Kalau kita rasuah, Yang Berhormat Shah Alam tidak boleh menang, Yang Berhormat Sepang pun tidak boleh menang. Ini apa cerita berulang-ulang.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia cerita...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kasihan pada UMNO lah, rasuah pun kalah.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat, cukuplah ini tuduhan tidak ada bukti, berulang-ulang sahaja.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ini tuduhan betul.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Buang masa, buang masa.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Memang betul.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tidak fahamkah peraturan?
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Kalau ada masa, pilihan raya negeri ini sila datang ke Sarawak sini, tengok.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Sibu, minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Puchong bangun, Yang Berhormat. Hendak bagi jalan?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Sibu, minta penjelasan.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Okey.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Saya hairan dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri dari Arau yang sebut seolah-olah tidak ada bukti, di mana ada kesalahan lakuan dalam pilihan raya. Ada rasuah, saya tidak pastilah Yang Berhormat Arau ada baca atau tidak surat khabar, satu. Ada baca atau tidak laporan Mahkamah Tinggi, di mana petisyen pilihan raya dibenarkan oleh sebab ada banyak masalah rasuah dan sebagainya. Kes Sabah, ada baca?
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Baca, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kalau baca...
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Yang Berhormat, semua sekali kes-kes mahkamah telah selesai. Ungkit apa lagi.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yalah itu menunjukkan bahawa ada, bukan?
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Ya, kalau ada, kita ambil tindakan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tidak habis diulang.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Apa yang disebut tadi seolah-olah tidak ada minta tarik balik. Sekarang saya hendak betulkan Menteri. Yang Berhormat Menteri kena buat keputusan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Bila punya kes ini Yang Berhormat, bila punya kes ini?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kalau Yang Berhormat Menteri hendak ambil bahagian dalam bahas, Yang Berhormat Menteri juga kena sedia untuk ditanya soalan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong kenapa kes tidak ada?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Sibu.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Who are you, you sit down first. What are you talking about?
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Baru ini berapa pilihan raya, berapa petisyen yang pembangkang buat? Ini satu kes ulang-ulang, ulang.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini floor saya, Yang Berhormat Tanjung Karang saya tidak boleh cakap...
[Dewan riuh]
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Duduk, duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tanjung Karang, Yang Berhormat Puchong duduk, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya hendak tahu, Yang Berhormat Tanjong Karang cakap...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Buang masa sahaja. Menang satu kes ulang, menang satu kes ulang.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Tanjong Karang, apakah yang kami sebut?
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Yang Berhormat Tanjong Karang, duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Buang masa sahaja.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Tanjong Karang, you kena hormat undang-undang. Akta Pilihanraya ada, kita ada hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk pergi ke mahkamah, election petition. Election petition kita menang. Ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional rasuah dalam pilihan raya...
[Tepuk]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Betul, betul kah mahkamah, betul kah mahkamah?...
[Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Hakim buat keputusan, you tidak boleh hormat. Tidak tahu hormat inilah masalahnya.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Berapa yang menang, berapa kes?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, ya, cukup, cukup Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Tanjong Karang cukuplah Yang Berhormat ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
...Menunjukkan bekas Menteri Kedah...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Itu diulang-ulang. PRU13, berapakah kes you bawa, berapa kes you bawa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Apa yang kita hendak takutkan bekas Menteri Besar Kedah, apakah yang disebut? Disebut bahawa RM1.1 billion digunakan untuk pilihan raya!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Sibu...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Bawa pengundi...
[Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Disebut bahawa- pilihanraya. Saya minta tolong jelaskan. Jangan mengelirukan Dewan, jelaskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Baik duduk Yang Berhormat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Okey, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tanjong Karang, duduk Yang Berhormat. Sudah Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
The answer given by your Prime Minister there is donation and it is returned, cannot be accepted. Can you believe...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Puchong, duduk Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ada 13, petisyen dibawa, petisyen.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Tanjung Karang tidak faham langsung undang-undang. Tidak mahu faham. Explain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tanjung Karang, Yang Berhormat Puchong, duduk Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Cukup, cukup Yang Berhormat. Duduklah, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Where is the RM1.5 milion, where is the RM1.5 milion.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sibu, sila, sila teruskan, Yang Berhormat Sibu.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Duduk, duduklah Yang Berhormat. Dua, dua Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat. Okey, terima kasih Yang Berhormat Puchong. Cukuplah, cukup Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Belum habis, belum habis [Ketawa]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tidak ada bukti, ini permainan rasuah ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Dekat Sepang itu dia menang rasuah, dia menang rasuah. Dia blah dari Tanjung Karang, dia tidak boleh rasuah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini cakap tidak boleh pakai ini. Dia sering kali cakap tidak betul...
[Dewan gamat]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Tanjong Karang...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Inilah masalah dia...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sibu, teruskan Yang Berhormat. Teruskan Yang Berhormat ya, teruskan.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Mengenai GST...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Cukuplah, cukup, cukup...
[Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah habis sudah, cukup.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Duduklah, duduklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Sibu teruskan Yang Berhormat. Teruskan, teruskan.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Okey. Mengenai GST. Tuan Yang di- Pertua,...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya bangun, you marah pula.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Yang Berhormat Tanjong Karang, duduklah.
Ini floor saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sibu, teruskan Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Puchong, duduklah Yang Berhormat Puchong. Duduklah Yang Berhormat ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Sibu adalah sama ada, ada ataupun tidak Yang Berhormat Sibu setuju bahawa Menteri memang tidak menyatakan fakta yang sebenar. Ada kes-kes yang menunjukkan bahawa perkara ini telah pun berlaku. Itu soalan saya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, ya cukup Yang Berhormat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ya, saya amat setuju. Saya amat setuju. Ini Menteri memang tahu apa yang betul-betul berlaku di sana tetapi dia tidak mahu mengakui.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Eh, Yang Berhormat Seremban duduklah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Sibu. Sedikit sahaja, lima minit. Terima kasih. Yang Berhormat Sibu bagi saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Sepang, yang lain duduklah ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih. Yang Berhormat Sibu, tadi Yang Berhormat Sibu kata bahawa undang-undang berkaitan rasuah ini ia bukan sahaja waktu pilihan raya dan itu betul. Kalau kita lihat kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya, dalam bahagian tajuk corrupt practice ini, ia menyatakan secara jelas mana-mana orang sebelum, semasa, selepas pilihan raya, maknanya waktu ia tidak terikat waktu pilihan raya sahaja.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Maknanya, dalam kes yang melibatkan Yang Berhormat Pekan ini, setuju tak dengan saya, memang jelas ini satu kesalahan yang melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya dan sepatutnya pilihan raya dibatalkan sebab kerana telah melanggar undang- undang. Ini kerajaan yang tidak sah, kerajaan haram. Setuju atau tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ya, saya amat setuju.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Eh, tarik balik, tarik balik. Tak, tarik balik.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tarik balik apa?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Apa tarik balik, apa tarik balik?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Perkara yang benar, apa hendak tarik balik?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
DAP haram...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Kita kerajaan yang sah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Apa hendak tarik balik? Apa hendak tarik balik?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Apa hendak tarik? Tarik apa?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Itu perkara benar...
[Dewan riuh]
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Eh, ini floor sayalah, sila duduk. Sila duduk.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya tanya soalan, I ask a question, I ask a question to Yang Berhormat Sibu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Cukup, cukup, cukup. Yang Berhormat, cukuplah
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
You taubat dulu, taubat dulu...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
DAP pun parti haram.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
You pun integrity tak ada, you tak ada integrity.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
I ask a question lah, come on lah.
Eh, Yang Berhormat Kota Tinggi, diamlah.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat Tanjong Karang sila duduk, ini floor Sarawak.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Pergi tengok Akta Kesalahan Pilihan Raya, tengok seksyen 10 sudah sebut jelas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Don’t challenge the voice of Sarawak. Sit down lah you, wasting time.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat tak payah campurlah Yang Berhormat. Cukup, cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ini apa kaitan pula ini? Ini sudah merapu ini, apa hal ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sepang, cukuplah Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang, duduklah Yang Berhormat Sepang.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Yang Berhormat Tanjong Karang, duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tanjong Karang, cukuplah Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Sibu ada enam minit lagi Yang Berhormat. Empat minit lagi, empat minit lagi.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Okey, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Empat minit lagi Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjong Karang, cukup Yang Berhormat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Yang Berhormat Tanjong Karang, duduk.
Duduklah, duduklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Sibu ada empat minit lagi Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Apa dia cakap tadi itu pun saya tak tahu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Dengan itu, saya amat bersetuju... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tak payah sebut lagilah Yang Berhormat Sibu.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ini sebab pada during the pilihan raya period, kami boleh menerima tohmahan RM2.6 bilion. Ini sebab during the pilihan raya boleh ambil derma.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, teruskan Yang Berhormat Sibu. Cukuplah Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Seorang Ahli
Beli undi.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Saya ingin sentuh sedikit mengenai GST. Apa itu? Beli undi? Memang beli undi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Dia yang beli undi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sibu, teruskan Yang Berhormat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
GST, saya rasa GST ini memang membebankan rakyat, kalau boleh kerajaan membatalkan GST. Kalau tidak, saya mencadangkan kerana di bawah Akta GST ini kerajaan berhak untuk meningkatkan kadar GST. Akan tetapi kalau hanya kasi kerajaan untuk menentukan kadar GST, saya rasa tidak adil juga kerana GST ini memang memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia. Jadi, saya hari ini ingin mencadangkan bahawa Akta GST dipinda supaya satu klausa ditambahkan bahawa kalau kerajaan hendak meningkatkan kadar GST, harus mendapat 2/3 majoriti daripada wakil rakyat Dewan ini. Saya harap kerajaan boleh mempertimbangkan cadangan saya ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada first of March bulan ini, KPDNKK sudah membatalkan subsidi tepung, tepung...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tepung, Yang Berhormat. Tepung.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Tepung, tepung gandum. Tepung gandum telah dibatalkan subsidi, jadi harga tepung gandum ini sudah naik daripada RM33.75 kepada RM42.00. Akan tetapi pek satu kilo masih dikekalkan bersubsidi. Jadi, saya rasa polisi ini amat- it is very- bagaimana hendak cakap pun tidak tahu. Oleh sebab kalau subsidi 25 kilo dibatalkan, memang semua orang pergi membeli satu kilo punya. Satu kilo punya hanya RM1.35. Kamu beli- if you buy 25 kilo, you pay RM33.75 juga.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Jadi, ini macam batalkan subsidi pun tidak adil juga. Rakyat tidak perlu beli 25 kilo punya, beli satu kilo pek punya beli 25 bungkus pun sama. Jadi, saya tidak tahu apakah rasional kementerian untuk mengeluarkan polisi semacam ini. Tuan Yang di-Pertua, walaupun polisi ini tidak masuk akal tetapi sekarang menghadapi satu masalah. Semua orang pergi membeli pek satu kilo punya, jadi sekarang di pasaran pek satu kilo tidak cukup untuk pasaran. Tidak ada stok, pembekalan tidak boleh disambungkan.
Jadi, banyak orang di pasaran sekarang, banyak kedai tidak ada pek satu kilo yang bersubsidi. Jadi, ada peniaga sekarang yang tidak mahu pengguna membeli tepung gandum yang bersubsidi satu kilo ini. Dia cakap kalau beli satu pek tepung gandum satu kilo yang bersubsidi mesti sama-sama beli satu pek satu kilo yang tidak bersubsidi. You buy one with the subsidy, you have to buy another one without the subsidy, you have to campur together. So, if you campur together, harga dia sudah naik lebih kurang- if you campur together, you bahagikan, you times 25 kilogram, harganya menjadi RM42.50. Kalau yang tidak bersubsidi, tepung gandum yang tidak bersubsidi itu sekarang harganya ialah RM2.05.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Jadi, ini memang satu polisi yang tidak masuk akal. Jadi, saya harap KPDNKK boleh menjelaskan mengapa boleh mengeluarkan polisi sedemikian. Kalau boleh batalkan semua subsidi, bukan batalkan 25 kilo tetapi satu kilo masih ada. Semua orang pergi beli satu kilo tetapi tidak ada stok. Jadi, peniaga harus hadkan orang membeli tepung gandum yang bersubsidi itu. Saya harap KPDNKK boleh memberikan satu penjelasan.
Satu lagi saya ingin sentuh ialah baru-baru ini Kerajaan Negeri Sarawak sudah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak akan mengiktiraf UEC. Kerajaan Negeri Sarawak pun menyatakan bahawa Universiti UiTM Sarawak juga akan mengiktiraf UEC dan menerima pelajar-pelajar UEC dengan kelulusan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia SPM sahaja.
Jadi, saya di sini ingin mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Pendidikan. Adakah ini pengiktirafan yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak ini betul-betul selari dengan polisi yang Kementerian Pendidikan pegang. Jadi, saya harap Kementerian Pendidikan boleh memberikan satu pengesahan mengenai apa yang dicakapkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak ini benar atau dia hanya tipu sahaja kerana pilihan raya negeri sudah mahu datang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Ya, masa sudah habis Yang Berhormat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Beli undi itu memang benar. Datang ke Sibu sini, saya tunjuk kepada kamu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, masa sudah habis Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Di Sibu...
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Di kawasan bawah asal sekarang mereka sudah bawa RM1,000 satu undi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Cukup, cukup Yang Berhormat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
RM1,000 seundi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat Sibu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Yang Berhormat pergi cakap di luar.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
I will show you.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Pergi cakap di luar. Kita akan ambil tindakan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ahli Parlimen haknya untuk tanya dalam Dewan, bukan di luar. Kenapa luar, luar, luar...
Timbalan Yang di-Pertua
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kenapakah tidak mahu jawab? Kita tanya you jawablah. Apakah masalah Yang Berhormat? Masalah Menteri ini tidak berani hendak jawab. Selepas itu dia meminta, tanya di luar. Kita tanya di luar you tidak jawab, tidak di dalam pun you tidak hendak jawab. Apakah kita hendak buat? Ini Parlimen tahu. Jawablah.
Apalah Yang Berhormat Menteri ini. Betul tidak? Tanya soalan pun tidak boleh. Faillah, fail Barisan Nasional.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Hendak jawab elok-elok ke hendak pergi- Yang Berhormat melambung-lambung kenapa? What’s wrong? Ada hal kah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah habis Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Ada hal sedikit Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kangar.
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, seperti yang kita sedia maklum, Program Penyeragaman Harga Padi kepada 1,200 metrik tan dan pemutuan sebenar telah bermula sejak Februari 2014. Program pemutuan sebenar ini dilaksanakan berikutan untuk mengimbangkan penyeragaman atau kenaikan harga padi kepada 1,200 metrik tan.
Berdasarkan pelan strategik pembangunan Perlis, keluaran padi di MADA dianggarkan 405,000 tan metrik yang mana 60,750 tan metrik ataupun 15 peratus datang dari negeri Perlis. Namun mutakhir ini, banyak rungutan yang dilontarkan oleh para petani dengan kebimbangan mereka berkenaan dengan isu pemutuan sebenar harga padi yang dikenakan oleh BERNAS. Ini adalah kerana pihak Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) melakukan pemotongan yang keterlaluan iaitu sehingga 25 peratus hingga 30 peratus terhadap padi yang dijual. Malah, kadar munasabah yang perlu dilakukan oleh BERNAS sepatutnya hanyalah di bawah 21 peratus dan tidak membebankan petani.
Selain daripada itu, pembayaran subsidi harga padi kepada petani oleh pihak BERNAS dikatakan mengambil masa yang terlalu lama iaitu sehingga tiga minggu dan ada juga yang mencapai sebulan. Kadang-kadang lebih daripada itu, hakikat ini pembayaran yang dilakukan sebenarnya adalah dalam masa seminggu.
Oleh yang demikian mohon pihak kementerian mengkaji semula di manakah silapnya dan apakah sebenarnya yang berlaku sehingga menyebabkan tercetusnya perkara sedemikian. Adalah wajar untuk BERNAS dan beberapa buah agensi kerajaan yang lain untuk meneliti masalah yang dihadapi dan tidak meninggalkan golongan petani kerana ia mengundang kesukaran kepada para petani untuk menampung kos pengurusan yang rata- ratanya golongan berpendapatan rendah.
Tuan Yang di-Pertua, penanaman mempelam harumanis juga merupakan ikon bagi negeri Perlis. Harumanis telah menjadi satu fenomena luar biasa dan menjadi sumber pendapatan dan aset pertanian dan pelancongan bagi negeri Perlis. Berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis pada tahun 2015, keseluruhan ladang seluas 655 hektar tekah menghasilkan kira-kira 3,200 tan metrik buah harumanis. Selain daripada itu, saya ingin mohon pencerahan apakah langkah yang telah diambil oleh kementerian dengan usaha sama agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam memastikan tidak berlaku penurunan daripada segi penghasilan buah harumanis akibat daripada perubahan iklim yang tidak menentu. Apakah kajian yang telah dilakukan oleh pihak MARDI atau agensi-agensi yang lain?
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh Kementerian Dalam Negeri. Negeri-negeri di utara Semenanjung khususnya Kedah dan Perlis merupakan pintu masuk ke negara Malaysia yang menghubungkan di antara Malaysia dan Thailand. Oleh itu menjadi keutamaan kepada kerajaan untuk meningkatkan lagi kawalan keselamatan sempadan negara. Disebabkan kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan beberapa insiden yang amat membimbangkan.
Tuan Yang di-Pertua, statistik daripada Januari hingga April 2015...
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Kangar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Parit Sulong bangun Yang Berhormat.
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Okey.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Yang Berhormat Kangar.
Minta maaf. Ini saya hendak tanya sedikit. Saya tertarik pada tajuk sebelum ini mengenai harumanis tadi yang Yang Berhormat tadi ada nyatakan. Sebabnya kalau kita tengokkan hasil harumanis itu sekarang atau apa juga produk buah-buahan seperti harumanis yang specialize kira macam di Perlis itu, itulah produk keutamaan yang boleh dihantar untuk dieksport. Cuma saya tengok daripada segi saiz dia, sudah semakin kecil. Jadinya saya hendak bertanya kepada pihak Yang Berhormat, ataupun mungkin Yang Berhormat boleh bertanyakan kepada pihak kementerian.
Apakah langkah-langkah yang dibuat oleh kementerian untuk memastikan kualiti itu tidak sama dari segi saiz, dari segi hasil produk itu? Sebab harumanis ini banyak berpotensi untuk dieksport. Sebab itulah saya hendak bertanya pendapat Yang Berhormat mengenai perkara ini. Ini bukannya parti Harumanis, ini buah harumanis. Terima kasih.
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong.
Sebenarnya harumanis ini dikategorikan kepada banyak peringkat terutamanya yang kita eksport, memang kita sebut sebagai AA+. Ada banyak yang dieksport dan saya selalu tegaskan bahawa harumanis perlu dijaga kualiti, kalau tidak sukar untuk kita eksport dan pihak yang bertanggungjawab iaitu Jabatan Pertanian dan juga MARDI sedang menjalankan kajian untuk mendapatkan mutu harumanis yang terbaik untuk pasaran. Jadi kita harap kalau harumanis ini dijadikan eksport utama negeri Perlis, kita harap pemutuan dia akan dicapai mutu yang sebenar.
Tuan Yang di-Pertua, saya sambung. Statistik bagi tempoh Januari sehingga April 2015, mendapati seramai 1,317 PATI berjaya ditahan di seluruh negeri Kedah melalui beberapa siri operasi terancang. Didapati bahawa Malaysia disasarkan sebagai negara destinasi bagi kes-kes penyeludupan menerusi Thailand yang bertindak sebagai negara transit bagi kegiatan ini. Saya turut memuji tindakan Pasukan Gerakan Am (PGA) kerana berjaya menahan seramai 67 PATI Myanmar di sempadan negara iaitu di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada bulan Mei tahun lalu. Namun demikian saya percaya kegiatan penyeludupan termasuk PATI ini merupakan satu cabaran kepada agensi penguatkuasaan di negara ini dan telah lama berlarutan menyebabkan sindiket dari Malaysia dan Thailand yang mengaut keuntungan lumayan hasil dari aktiviti ini.
Saya menyambut baik langkah kerajaan untuk memperkenalkan Akta Majlis Keselamatan Negara 2015 yang membolehkan kerajaan bertindak dengan lebih berkesan dalam menangani sebarang kejadian keganasan dalam negara ini dan sekali gus usaha kerajaan untuk membanteras kegiatan pemerdagangan manusia mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Namun harapan saya adalah agar semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri akan memainkan peranan masing-masing dalam usaha untuk meningkatkan lagi kawalan keselamatan di pintu-pintu sempadan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sungai Petani bangun Yang Berhormat.
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Supaya tidak ada lagi sebarang usaha untuk...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih, Yang Berhormat Kangar.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Apa pandangan Yang Berhormat Kangar tentang satu pandangan yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja tentang kebimbangan mereka bahawa akta ini suatu akta yang harus dikembalikan ke Parlimen dan diperincikan, diperhalusi kerana ada kebimbangan di kalangan Raja-Raja tentang isu ini. Jadi saya rasa ini suatu isu yang besar. Adakah Yang Berhormat bercadang untuk meminta kerajaan bawa balik akta itu dan kita perhalusi kerana ini menjadi concern kepada Raja-Raja. Apakah pandangan Yang Berhormat Kangar tentang perkara ini? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kangar ada sentuh tadi akta itu Yang Berhormat?
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Okey, sebenarnya akta yang kita adakan ini sudah cukup untuk mengawal sempadan negara kita. Itu sahaja jawapan saya.
Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Izinkan saya menyentuh tentang keselamatan bandar.
Seperti yang kita sedia maklum kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melancarkan Program Bandar Selamat pada 10 Ogos 2014.
Program ini juga merupakan satu program yang diletakkan dalam salah satu daripada enam bidang keberhasilan utama negara NKRA iaitu untuk mengurangkan kadar jenayah. Program ini melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Polis Diraja Malaysia dan juga Jabatan Pencegahan Jenayah Malaysia. walau bagaimanapun, saya mohon pencerahan daripada kementerian, apakah status terkini pelaksanaan Program Bandar Selamat seperti Program Rakan Cop?
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya menyentuh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Pada Oktober 2015, Tourism Malaysia telah memperkenalkan pakej-pakej pelancongan dengan konsep, ‘Dekat Je’ bersama ETS melalui kerja sama agensi-agensi pelancongan dari Perlis, Kuala Lumpur dan Selangor. Konsep ‘Dekat Je’ ini membuatkan kita berasa lebih dekat dan lebih peka terhadap destinasi-destinasi pelancongan yang berada di sekeliling kita. Saya percaya Perlis turut tidak ketinggalan dan mampu menggunakan konsep ini untuk menarik minat khususnya rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia pada amnya menerokai negeri terkecil di Malaysia. Walau bagaimanapun, kemudahan-kemudahan pelancongan yang terdapat di negeri Perlis perlulah dinaik taraf. Ini kerana kemudahan-kemudahan pelancongan yang ada sekarang tidak diselia dan tidak dinaik taraf seperti yang diharapkan.
Tuan Yang di-Pertua, memetik Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Malaysia telah dikurniakan dengan keindahan alam semula jadi yang unik dan kepelbagaian budaya serta diiktiraf sebagai salah sebuah destinasi pelancongan utama pelancong Islam. Namun industri pelancongan dijangka berkembang lebih pesat sekiranya alam semula jadi dipelihara, kebudayaan dikekalkan dan kebersihan ditingkatkan.
Saya turut terpanggil untuk mencadangkan agar Pelabuhan Kuala Perlis dapat dibangunkan semula supaya tempat feri berlabuh dapat dianjakkan di tengah supaya tidak berlaku sebarang kesulitan kepada untuk feri berlabuh kerana terdapat lebih 40 feri membawa pelancong pergi balik dari Kuala Perlis dan Langkawi bermula pada pukul 7 pagi hingga 7 petang setiap hari. Namun, kebanyakan feri ekspres menghadapi kesukaran untuk berlabuh akibat keadaan air laut di Pelabuhan Kuala Perlis yang semakin cetek.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Kebelakangan ini isu air di Perlis menjadi satu isu yang hangat diperkatakan oleh seluruh rakyat Perlis. Rata-rata menyatakan kebimbangan tentang soal gangguan bekalan air serta jaminan bekalan air mencukupi sehingga tahun 2030. Untuk pengetahuan, telah berlaku kehilangan air sebanyak 60 peratus ataupun non-revenue water (NRW). Peratus NRW ini cukup tinggi malah ia menunjukkan kehilangan air yang banyak dan menyebabkan kerugian kepada industri dan seterusnya kepada negara kerana hasilnya tidak dapat dikutip. Saya menyeru kepada kementerian agar menyediakan bajet untuk menyelesaikan masalah yang amat membimbangkan ini.
Selain daripada itu, Syarikat Air Perlis merupakan badan yang telah diperbadankan dan mereka tidak mempunyai dana yang cukup untuk mengatasi masalah kehilangan air ini.
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Jika Syarikat Air Perlis tidak dibantu untuk mengatasi masalah dengan segera kemungkinan besar perbadanan tersebut untuk beroperasi dalam keadaan rugi adalah amat tinggi. Namun demikian, saya ingin mencadangkan kepada kementerian agar mengurangkan kadar NRW kepada 20 peratus ataupun erti kata lain lebih ekonomik. Ini merupakan usaha dalam membantu Syarikat Air Perlis. Antara langkah yang boleh diambil sebagai langkah mengatasinya dengan menukar paip meter dan melakukan kerja-kerja maintenance secara berkala.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh Kementerian Kerja Raya.
Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini dengan kekhuatiran yang membelenggu pengguna lebuh raya dari Changlun ke Kuala Perlis. Boleh dikatakan setiap kali berlaku kemalangan di kawasan tersebut. Ia diklasifikasikan sebagai kemalangan maut.
Antara yang terbaru kes yang direkodkan pada bulan lepas lebuh raya tersebut berlaku kemalangan maut yang menyebabkan seorang ibu dan juga seorang guru bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Kodiang yang telah melanggar sebatang pokok semasa dalam perjalanan daripada mengajar.
Faktor utama kemalangan maut yang berlaku di Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis adalah disebabkan oleh permukaan jalan tidak rata, struktur pembinaan jalan yang agak berbahaya ataupun kurangnya pencahayaan apabila waktu malam. Selain dari Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis, yang turut diberi perhatian serius jalan-jalan persekutuan di sekitar bandar Kangar. Keadaan jalan-jalan tersebut berada dalam keadaan yang tidak baik, tidak rata dan perlu dilebarkan supaya pertambahan kenderaan dapat ditampung oleh jalan-jalan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin cadangkan kepada kementerian agar melebarkan lagi sesetengah jalan persekutuan serta melakukan kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala. Ini adalah kerana jalan persekutuan di Perlis merupakan laluan utama pelancong ke Kuala Perlis dan Langkawi dan seterusnya mampu meningkatkan jumlah kenderaan ke negeri ini apabila tiba musim cuti perayaan.
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh soal Kementerian Belia dan Sukan. Jika dilihat dengan mendalam, sukan bukan acara semata-mata. Sebaliknya, kegiatan ini mampu menjadi elemen menyatukan rakyat di negara ini. Dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian, kita harap agar sukan akan menjadi medium untuk perpaduan.
Pada keseluruhannya, terdapat tiga Parlimen di Perlis, namun daripada segi prasarana-prasarana sukan yang terdapat di negeri Perlis adalah amat sedikit dan agak usang berbanding dengan negeri lain khususnya di setiap Parlimen di negeri lain.
Bersandarkan kepada seruan Menteri untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sukan, maka dengan itu, menjadi keutamaan bagi kita untuk memastikan status negara sukan itu dicapai dengan menyediakan kemudahan-kemudahan asas sukan di setiap Parlimen.
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, menyentuh soal Kementerian Kesihatan. Virus denggi yang terbaru semakin bahaya dan menular di negeri Perlis. Memetik kenyataan akhbar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dari Januari sehingga 12 September 2015, jumlah kes denggi sebanyak 85,488 kes berbanding 70,337 kes untuk tempoh yang sama bagi tahun 2014. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 21.5 peratus. Manakala untuk kematian akibat denggi pula bagi tempoh yang sama, sebanyak 234 kematian denggi dilaporkan dan peningkatan sebanyak 75.9 peratus berbanding 133 kematian pada tahun 2014. Oleh yang demikian, saya memohon kepada kementerian untuk mempertingkatkan kesedaran tentang penyakit denggi di negeri Perlis.
Akhir sekali untuk Kementerian Kesihatan, saya memohon agar diberikan peruntukan untuk menaiktaraf Klinik Kesihatan Kuala Perlis dengan membina klinik kesihatan yang baru serta lebih besar bagi keselesaan pesakit-pesakit yang menerima rawatan di situ yang rata-ratanya di sekitar kawasan Kuala Perlis. Dengan itu, Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Raja.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
[Membaca sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengutarakan satu perkara yang menjadi kebimbangan kepada rakyat Malaysia iaitu rasuah. Rasuah tidak ada masalah daripada segi penerimaan- semua orang boleh bersetuju secara moralnya dan secara agamanya, rasuah satu perkara yang tidak boleh diterima sama sekali. Bagi saya, rasuah musuh negara nombor satu. Apa pun yang kita lakukan, kejayaan undang-undang dan banyak lagi yang dibentangkan di Parlimen ini, selagi kita tidak membanteras rasuah, selagi itu negara kita akan tidak dilihat sebagai berjaya.
CPI atau pun Corruption Perception Index untuk public sector, negara kita masih tidak berubah dari tahun 2012, tidak melepasi di antara 49 hingga 50 dan dalam tahun 2015, Malaysia masih di tahap ranking ke-54 daripada 168 buah negara. Berbanding dengan Singapura yang hanya di hujung negara kita ini, kedudukannya lapan daripada 168.
Sebagai sebuah negara yang mengatakan bahawa negara kita negara Islam, rakyat kita masih tidak sensitif dengan rasuah kerana ramai yang tidak merasakan rasuah itu sebagai musuh dan sebagai dosa. Kita mungkin lebih sensitif kepada indeks moral. Kita cepat menghukum orang kalau mereka melakukan kesalahan moral dan sebagainya tetapi daripada segi rasuah, seolah-olah tidak ada sensitivitinya dan kita cool. Saya hendak refer pada Singapura kerana Singapura isytihar negara dia sebagai sebuah negara sekular. Mereka tidak pernah membawa hal-hal agama masuk ke dalam pentadbiran. Namun, penjawat awam mereka mempunyai etika yang sangat tinggi. Begitu juga di Jepun. Jadi persoalannya, di manakah kita gagal? Terutamanya pada orang yang berpegang pada agama, percaya kepada neraka, percaya kepada akhirat tetapi apabila datang kepada rasuah, tiba-tiba dia tidak takut untuk melakukannya.
Sebagai contoh, seorang MP dari Singapura, baru menjadi first term MP, oleh sebab orang kata dia ada affair dengan salah seorang daripada pengundinya, dia letak jawatan tanpa beliau didakwa ataupun dimalukan. Seorang lagi pula dalam tahun 1986, membunuh diri apabila beliau diheret ke mahkamah dengan tuduhan rasuah. Ini standard yang sangat tinggi. Di Australia baru-baru ini, seorang menteri meletakkan jawatan apabila beliau dituduh tidak amanah kerana dia telah merasmikan sebuah syarikat kawannya sendiri. Jadi standardnya sangat tinggi. Standard kita di Malaysia ini macam mana?
Kita tidak rasa segan dan malu apabila kita mengatakan bahawa, seperti yang berlaku beberapa hari yang lepas, salah seorang daripada menteri kita hendak belanja hantar orang pergi umrah, Ketua-ketua Pemuda UMNO, dan membelanjakan, kalau tidak silap saya dalam surat khabar, RM1.9 juta. Manakah datang duitnya? Manakah datang duitnya? Kita juga tidak rasa segan dan malu- saya guna ‘kita’ sebab rakyat Malaysia.
Pegawai-pegawai, penjawat-penjawat awam, ahli-ahli politik, MP-MP hidup bermewah- mewah sedangkan kita tahu bahawa gajinya tidak seberapa.
Saya pun tidak faham di Malaysia ini, seorang ahli politik boleh menjadi pengarah kepada berpuluh-puluh syarikat dan kita selalu menerima berita-berita- dan tidak menjadi kesalahan dalam negara kita. Jadi amat sukar apabila pemimpin negara, ahli politik negara, wakil rakyat negara tidak mengamalkan bersih diri itu daripada kekayaan yang banyak dipersoalkan dari mana datangnya.
Kalau kita tengok SPRM kita, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ‘mencegah’. Akan tetapi di Indonesia, dia panggil Komisi Pembenterasan Korupsi.
Banteras, buang, hapuskan, pupuskan tetapi kita mencegah. Dan daripada SPRM sendiri, pegawai-pegawainya mengatakan bahawa mereka tidak cukup kuasa untuk mendakwa atau menyiasat orang-orang tertentu hanya kerana dia hidup mewah kerana undang- undang yang ada pada SPRM tidak membenarkan mereka menyiasat orang hidup mewah kecuali ada tuduhan, ada laporan yang mengatakan bahawa kehidupan mewahnya ini adalah daripada pendapatan yang rasuah.
Jadi kalau beginilah seterusnya dan kita tidak melakukan sesuatu dalam negara kita, kemajuan yang macam mana pun- orang belah sana memang selalu bercakap tentang kejayaan-kejayaan tetapi tidak ada siapa nak cakap pasal rasuah.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Akhirnya saya rasa Perdana Menteri terpaksa mengaku, bulan Ogos 2015 yang lepas, terpaksa bersetuju supaya ditubuhkan jawatankuasa untuk membincangkan pembiayaan politik. Political financing inilah yang tadi sahabat saya dari Sibu yang menyebut bahawa adanya pembelian undi dan sebagainya kerana tidak ada undang- undang yang mengawal political financing ini.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Saya ingat dalam 2012 kita semua ingat RM40 juta. Seorang ahli perniagaan Sabah di tahan di airport dengan membawa RM40 juta. RM40 juta ini kemudian diclear, dikatakan bahawa ini bukan untuk Ketua Menteri pada ketika itu tetapi ia adalah untuk UMNO Sabah. Dari manakah duitnya datang? Tidak ada penyiasatan. Cuma kerana Menteri clear, maka clear lah segala-galanya. Jadi, kalau kita tidak membanteras political financing atau pun kita tidak melakukan sesuatu mengenai politik kewangan ini maka ahli politik yang dilantik atas pendanaan yang tidak diizinkan dan sebagainya maka negara kita akan collapse, inshaaAllah pada masa depan.
Saya tidak hendak cakap nanti...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sungai Petani bangun Yang Berhormat.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Kota Raja. Sudah tentu Yang Berhormat Kota Raja sedar The Hong Kong Independence Commission Against Corruption (ICAC) di Hong Kong ialah di antara agensi anti corruption yang amat dihormati di dunia.
Saya tidak jangka di Hong Kong itu ada Melayu, saya juga tidak menyangka di Hong Kong itu ada Islam yang kuat. Jadi, mungkin kah hebatnya Hong Kong ICAC itu kerana mereka mempunyai political will. Oleh sebab political will inilah, oleh sebab sayang dan cinta negaranya akhirnya mereka dapat menjelma sebagai sebuah negara yang kuat dan mempunyai sebuah agensi yang amat dihormati. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Raja tentang ini. Terima kasih.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Ya, saya amat bersetuju dan saya minta dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya. Saya hendak sebut tadi bahawa KPK Komisi Pembanterasan Korupsi di Indonesia sangat independent. Pada awalnya sebahagian daripada dananya adalah daripada awam dan tidak daripada kerajaan dan mereka tidak menjawab. Mereka bebas dan kita sudah lama meminta sebenarnya SPRM kita sebenarnya melaporkan diri kepada Parlimen ini dan pengarah kepada SPRM itu juga dilantik daripada Parlimen ini dan tidak menjawab kepada Perdana Menteri dan sebagainya.
Kita boleh mengatakan bahawa Perdana Menteri tidak masuk campur tetapi ini adalah satu solusi, adalah satu pengaburan mata. Ia satu perkara seseorang itu diletakkan di bawah pengawasan Perdana Menteri dan dia bebas untuk melakukan apa sahaja. Ini satu dongeng. Yang saya hendak sebut tadi bahawa mengenai politik kewangan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam bangun.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Okey.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tertarik dengan apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Kota Raja dan ditambah pula dengan apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Sungai Petani di mana dikatakan bahawa di Hong Kong walaupun tidak ada persoalan keagamaan dan ia merupakan sebuah negara sekular yang jelas seperti mana juga Singapura. Persoalan rasuah ini tidak berlaku atau pun kadarnya begitu rendah dan diiktiraf sebagai kerajaan yang bersih.
Yang peliknya Yang Berhormat Kota Raja tidakkah ia dilihat sebagai suatu perkara yang cukup ironis. Apabila disebut-sebut tentang soal agama dan persoalan wasatiyyah dan sebagainya dan peranan agama yang kononnya begitu berpengaruh dalam pemerintahan UMNO Barisan Nasional tetapi kita dapati bahawa masalah rasuah itu begitu subur. Adakah ini hasil daripada kefahaman bahawa kita ambil RM100,000 selepas itu kita bagi 10 peratus kepada Allah iaitu kita bagi sumbangan kepada masjid.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Maka, bagi 10 peratus komisen kepada Allah maka selesailah rasuah kita atau pun kita ambil RM1 juta lepas itu kita pergi umrah. Dia fahaman-fahaman yang merosakkan imej agama itu sendiri bila berdiri atas nama agama tetapi kita melihat bagaimana prestasi kita lebih teruk daripada kerajaan-kerajaan yang langsung tidak kata apa-apa bab agama dan sekular. Lalu ini merupakan satu permasalahan sehingga ke tahap rasuah itu okey asalkan Melayu yang dapat. Rasuah itu okey asalkan ia untuk Islam dan sebagainya. Apakah pandangan Yang Berhormat Kota Raja terhadap kata-kata dan pemikiran dan perosak yang seperti ini?
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Saya sangat bersetuju kerana itulah sebab saya sebut kerana politik wang ini begitu mengakar di dalam parti politik terutamanya parti politik pemerintah. Belah sana tidak payah bangun sebab yang membuat pengakuan- pengakuan tentang politik wang ini dan tidak lain dan tidak bukan daripada mantan-mantan atau pun pemimpin-pemimpin daripada Parti UMNO Barisan Nasional sendiri.
Ini kajian ini cukup menyeluruh dan maknanya rahsia tentang politik wang ini sudah menjadi rahsia terbuka. Rakyat Malaysia semua sudah tahu atas hal ini. Cuma kadang-kadang apabila dicabar untuk kita bawa ke mahkamah dan sebagainya dan untuk didapati bersalah ini satu perkara yang agak sukar kerana ia memerlukan saksi-saksi yang berani tampil ke hadapan. Jadi, inilah sebenarnya politik wang ini perlu dibanteras.
Saya rasa jawatankuasa mengenai pembiayaan pilihan raya ini yang sepatutnya mengambil setahun, Ogos bermula selama setahun. Perdana Menteri kata kena siap kerana pilihan raya akan datang akan dilaksanakan. Saya kurang percaya dan saya kurang yakin kerana untuk kita mengadakan pembaharuan-pembaharuan dalam undang-undang peraturan kita perlu meminda banyak undang-undang. Kita perlu meminda Akta Pilihan Raya, kita perlu meminda Akta Polis mungkin. Kita perlu meminda banyak lagi akta-akta.
Akta SPRM terutamanya untuk membolehkan pembanterasan politik wang ini.
Jadi, rakyat semua tahu kebimbangan kita sangat-sangat bimbang. Ini baru tentang politik wang di mana dana itu diperolehi daripada orang-orang tertentu dengan tujuan untuk mendapat balasannya apabila telah memegang kuasa. Di sini saya hendak sebut bahawa kita wajib, kita perlu memulakan deklarasi aset, pengisytiharan aset oleh semua Wakil Rakyat, Menteri-Menteri, Exco-Exco, seluruh yang mana ada di tempat- tempat yang boleh menyalahgunakan kuasa dan menerima rasuah.
Saya diberitahu ...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Kota Raja, sedikit sahaja. Boleh ya? Seminit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Tadi Yang Berhormat Kota Raja mengatakan kita perlu pinda undang-undang itu. Minta maaf Yang Berhormat Kota Raja saya agak berbeza pendapat di sini.
Bagi saya undang-undang itu sudah ada, sudah cantik dah. Kalau kita tengok Akta SPRM itu sebagai contoh seksyen 23 itu jelas memang boleh dikenakan untuk Ahli Parlimen Pekan ini. Berkenaan suapan dalam Seksyen 2 itu menyatakan termasuk derma.
Jadi, bagi saya undang-undang sudah jelas. Persoalan yang paling kita risau sekarang ini tidak ada keberanian, tidak ada political will untuk hendak menangkap jerung-jerung besar ini yang terlibat dalam rasuah. Apakah pandangan Yang Berhormat?
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Mungkin saya kurang arif tentang undang-undang tetapi pegawai SPRM sendiri mengatakan bahawa undang-undang SPRM itu tidak lengkap katanya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Isu yang sama. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat dari Sepang dan memang apa yang disebut oleh beliau cukup tepat pada tempatnya. Di mana kita ada undang-undang tetapi memang kita lihat tidak ada political will tetapi saya rasa di sini ada dua perkara yang berbeza.
Pertama di mana kita ada agensi. Agensi yang diberikan kuasa untuk mengambil tindakan dan agensi tersebut itu cuba untuk mengambil tindakan. Di situ kita kena tanya sama ada agensi itu berani untuk ambil tindakan dan sekiranya mereka hendak ambil tindakan tetapi kehendak mereka itu dihadkan oleh pihak-pihak tertentu.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Maka, agensi tersebut itu perlu ada satu ruang atau satu mekanisme di mana mereka boleh buat aduan bahawa apa yang mereka siasat itu hasil siasatan mereka itu dihadkan oleh pihak-pihak tertentu. In other words, where there is abuse or possible abuse of process, dengan izin, there must be a mechanism by which they can make a complaint. Itu satu.
Kedua, bagaimana pendapat Yang Berhormat Kota Raja berkenaan dengan kes di mana cukup jelas bahawa seorang yang disiasat itu campur tangan dalam hal pelantikan pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa untuk mendakwa. Ini persoalan-persoalan yang cukup serius. Kita di Parlimen kita kata kita gubal undang-undang tetapi kalau undang-undang itu tidak ditegakkan oleh pihak-pihak yang diberikan kuasa melalui undang- undang tersebut saya rasa ini menjadi satu perkara di mana kita perlu cari cara lain untuk kita menangani. Apakah pendapat Yang Berhormat Kota Raja?
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya bersetuju tentang apa yang dikatakan bahawa keazaman politik yang ada dan campur tangan daripada orang yang lebih tinggi dan berkuasa memang wujud. Cuma as usual, apabila kita sebut, mereka akan mengatakan bawakan bukti. Sedangkan perkara itu tidak di bentang di Parlimen ini.
Saya hendak lari sedikit daripada rasuah kerana ini isu wanita...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat...
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Last one.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Last point.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Lima minit tinggal, Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Beginilah, saya pandangan- saya hendak dapat pandangan daripada Yang Berhormat Kota Raja lah. Bila SPRM dah buat siasatan dan menggunakan wang rakyat untuk melakukan siasatan itu. Dia begitu yakin bahawa ada kes tetapi diserah kepada Peguam Negara dan Peguam Negara kata tak ada kes, tak payah dakwa. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Raja sekiranya atas sebab ia telah menggunakan wang rakyat, hasil siasatan itu perlu didedahkan kepada masyarakat. Biar masyarakat lihat sejauh mana dakwaan Peguam Negara bahawa tak ada kes itu benar ataupun sebaliknya? Barulah akan ada public accountability. Dengan izin, after all you are using public funds, you spent probably hundreds of thousands kalau tak millions untuk nak cari segala maklumat, serah kepada Peguam Negara. Tiba-tiba Peguam Negara kata, ’Oh, tak ada kes’, without any explanation, bagaimanakah begitu?
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
...Boleh saya tambah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Masa sudah hampir habis, Yang Berhormat.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Singkat kerana- satu cadangan yang telah selalu berikan ialah untuk memberikan kuasa kepada SPRM untuk mendakwa kerana ini perkara rasuah yang penting dan kalau dikatakan independent, inilah maknanya satu independent commission supaya mereka diberikan hak untuk mendakwa, tak perlu untuk pergi ke Peguam Negara.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Yang Berhormat Selayang, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh mula gulung Yang Berhormat.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Ya, saya nak gulung dah- saya kerana kesuntukan masa, maka saya minta kedua-dua ucapan itu dimasukkan dalam ucapan saya.
Last sekali Tuan Yang di-Pertua, ialah mengenai isu wanita di dalam politik. Perdana Menteri telah menyatakan bahawa jawatan pembuat keputusan di peringkat awam sudah sampai ke-37 peratus.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Sedangkan di peringkat swasta belum dan beliau mengharapkan supaya kita akan sampai tahun 2016 peringkat swasta, wanita di dalam membuat keputusan 30 peratus.
Cuma saya tidak puas hati Tuan Yang di-Pertua, kita bercakap dengan perkara yang kita tak ada control. Jadi, sekarang ini saya hendak tanya, apa mekanisme kerajaan untuk meningkatkan jumlah wanita di dalam Parlimen, Ahli Parlimen? Sekarang ini kita duduk- kedudukan kita Tuan Yang di-Pertua ialah 152, di dalam seluruh dunia ini kita duduk di bawah, tercorot. Kita hanya ada 23 orang Ahli Parlimen. Saya hendak mengatakan di sini, sekiranya kerajaan serius untuk meletakkan wanita dan kita telah dipersetujui di peringkat dunia 30 peratus itu adalah kuota yang perlu diberi kepada wanita.
Dengan sistem pilihan raya yang ada sekarang, mustahil kita akan ada 30 peratus, kita akan dapat 30 peratus orang wanita di dalam Parlimen. Jadi, saya meminta pihak kerajaan dengan adanya iltizam politik dan juga didesak oleh Wanita UMNO dan Puteri UMNO supaya kerajaan menganjurkan satu sistem. Kita malu dengan Bangladesh, kita malu dengan Pakistan. Mereka mempunyai hampir 30 peratus orang wakil wanita di dalam Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita nak ikut sistem yang ada sekarang, Filipina pun lebih tinggi, Laos pun lebih tinggi, Cambodia pun lebih tinggi, Vietnam pun lebih tinggi daripada kita. Jadi, kita ini mendabik dada, kata kita melayan wanita sama rata ataupun setara tetapi anehnya sistem kita tidak akan melepaskan wanita 30 peratus untuk duduk di Parlimen ini.
Jadi, saya minta dijawab, diubah sedikit sistem kita yang ada sekarang sama ada diberi kuota 30 peratus daripada Kerusi Parlimen hanya ditandingi oleh wanita untuk memastikan wanita masuk ke Parlimen. Ataupun kita perlu mengubah sistem pilihan raya kita dengan mengadakan sistem proportionate dan sebagainya kalau kita serius lah untuk memartabatkan wanita. Kalau tak serius, Wanita UMNO jangan cakaplah yang Barisan Nasional memartabatkan wanita sedangkan ini di bawah kuasa Perdana Menteri dan kuasa Parlimen untuk kita mengubah landskap politik untuk wanita di negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tenom.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tenom juga turut berbahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah dizahirkan pada minggu yang lepas. Saya ingin memulakan beberapa isu pada Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada kali ini, Tuan Yang di-Pertua. Pertama ialah berkenaan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 atau dikenali sebagai PT3 yang mana ia merupakan sebuah pentaksiran sumatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah. PT3 adalah satu daripada komponen di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) di mana murid ditaksir untuk menilai pencapaian akademik mereka di peringkat menengah rendah iaitu di Tingkatan 3, Tuan Yang di-Pertua.
PT3 yang dilaksanakan adalah salah sebuah komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah, manakala PMR adalah peperiksaan berpusat yang dijalankan serentak di seluruh sekolah di seluruh negara. PT3 sebuah penilaian yang digunakan hari ini untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah yang telah dijalankan sejak tahun 1993.
Pentaksiran yang baru ini mencakupi skop sukatan pelajaran dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 3 berasaskan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, menurut Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff, di mana beliau menyifatkan format peperiksaan PT3 bersifat ad hoc iaitu sementara, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, diumumkan Dewan. Anak-anak dijadikan sebagai bahan uji. Calon-calon dan para guru tidak diberitahu langsung tentang peperiksaan ini pada peringkat awalnya dan banyak lagi.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Menurutnya lagi, ibu bapa tidak berpuas hati dengan pentaksiran mengikut sekolah ini kerana kertas jawapan diperiksa oleh guru yang sama mengajar di sekolah. Tidak guru dari sekolah atau negeri lain dan mempersoalkan tentang keadilan untuk memohon masuk ke sekolah berasrama penuh.
Untuk membolehkan ibu bapa serta pelajar lebih memahami pelaksanaan peperiksaan itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional
(PIBGN) Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan juga menyarankan agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan satu buku garis panduan yang lengkap yang mana mengandungi maklumat terperinci berkaitan dengan ujian PT3. Menurutnya lagi, antara kandungan yang perlu dinyatakan dalam buku berkenaan mengenai kaedah penilaian dan juga Pentaksiran PT3 dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, kini awal tahun pada tahun ini, KPM bercadang pula mengubah format Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada 40 peratus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan 60 peratus peperiksaan seperti pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Walhal kita lihat jika apabila Penilaian Menengah Rendah
(PMR) bertukar kepada PT3, ia lebih mendatangkan masalah kepada para pelajar. Kalau PT3, masalahnya belum dapat diselesaikan, suatu masalah dan bebanan kepada guru dan murid sekiranya meneruskan format berkenaan untuk UPSR pula.
Selesaikan lah dulu masalah satu persatu Tuan Yang di-Pertua. Isu pertukaran PMR kepada PT3 kemudian barulah pihak kementerian boleh melaksanakan satu format yang baru. Mereka Tuan Yang di-Pertua, yang saya maksudkan pelajar antara yang menjadi mangsa kepada format ini. Misalnya, keputusan PT3 yang baru ini, terdapat sekolah di Kelantan tidak boleh buka kelas Sains sebab tidak cukup pelajar. Ini kerana keputusan PT3 ramai pelajar gagal dalam mata pelajaran Sains. Ramai ibu bapa dan guru- guru sekolah memberikan pandangan mereka bahawa PT3 adalah peperiksaan yang paling bercelaru dan juga kucar kacir.
Menurut Presiden Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) iaitu Encik Hashim Adnan yang mana beliau menyatakan bahawa pelaksanaan format sedemikian hanya boleh difikirkan selepas format PT3, pelajar Tingkatan 3 dilihat betul- betul berjaya. Beliau ada menjelaskan yang NUTP tidak berhasrat menghalang sebarang pembangunan pendidikan yang ingin dilaksanakan kementerian, namun risiko diambil amat tinggi sekiranya penggubahan dibuat secara mendadak. Kalau PT3 dilihat satu masalah tambahan, maka jangan timbulkan satu masalah di UPSR pula.
Datuk Raime Unggi - Tenom
NUTP bukan menghalang pembangunan pendidikan, tidak sama sekali. Kita cuma mahu selesaikan dulu kelemahan PT3 barulah melangkah kepada UPSR pula.
Melihat kepada perkembangan teknologi pendidikan dan isu yang timbul hari ini, kementerian sewajarnya mengambil kira pandangan semua pihak dan masalah yang dihadapi oleh guru-guru, murid-murid dan juga para ibu bapa. Sebarang pandangan daripada pihak yang terlibat perlu dihormati dan diberikan perhatian kerana mereka yang berada di peringkat akar umbi akan melaksanakan sebarang format baru yang diperkenalkan oleh pihak kementerian.
Kita tidak boleh menjadikan anak-anak di sekolah seperti suatu bahan uji kaji dan mengharapkan keputusan cemerlang dalam masa yang singkat, mengikut kehendak kementerian sedangkan format yang diperkenalkan belum lagi dilihat benar-benar memberi keputusan yang positif terhadap pelajar Tingkatan 3 tetapi sudah ada lagi perubahan yang bakal dilakukan terhadap murid-murid Tahun 6 dalam peperiksaan UPSR. Faktor-faktor ini perlu dinilai dan dikaji semula dengan lebih mendalam oleh pihak kementerian dan semua pihak sebelum melaksana suatu format baru kerana perubahan demi perubahan dalam Sistem Peperiksaan Pendidikan di Malaysia yang dilakukan secara- saya lihat secara tergesa-gesa dan mendadak, secara tidak langsung akan mempengaruhi pencapaian kecemerlangan pendidikan anak-anak yang sudah tentu menjadi pewaris kepada generasi akan datang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Selangor bangun.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tenom. Saya tertarik sebentar tadi bila Yang Berhormat Tenom membangkitkan tentang kebimbangan Yang Berhormat Tenom khususnya dalam pengubahsuaian peperiksaan UPSR pada tahun ini iaitu kalau tahun 2015, lima mata pelajaran, 2016 tambahan pada satu lagi kertas iaitu Bahasa Inggeris Penulisan dan juga Pemahaman. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Tenom tentang perubahan ini.
Adakah Yang Berhormat Tenom bersetuju dengan perubahan ini juga akan boleh menyebabkan dari segi keputusan UPSR khususnya Bahasa Inggeris dalam konteks luar bandar. Ini kerana sebenarnya kita tahu kalau kita lihat trend keputusan Bahasa Inggeris khususnya di luar bandar ini saya lihat trendnya itu tidak terlalu memuaskan dari tahun ke tahun. Perlukah bahawa kementerian memikirkan kaedah untuk memastikan bahawa pendidikan Bahasa Inggeris ini diperkukuhkan bagi memastikan bila PT3 ini juga telah diwujudkan, jadi ia tidak akan menjejaskan masa depan anak-anak khususnya di kawasan luar bandar. Terima kasih.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Ya, terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor di atas pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya memang amat bersetuju apatah lagi kalau dilihat jurang perbezaan pembangunan pendidikan di antara pelajar-pelajar di luar bandar dan juga bandar amat ketara sekali dan kita tidak mahu nanti pelajar-pelajar di luar bandar menjadi mangsa kepada polisi yang dibuat oleh pihak kementerian. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung.
Sektor pendidikan sangat memainkan peranan penting dalam memacu kemajuan negara. Justeru itu ia perlu diambil perhatian memandangkan peranan yang dimainkan.
Namun masih terdapat kekangan yang mana disebabkan oleh kekurangan tenaga pengajar dalam subjek-subjek yang berkaitan dengan kelayakan.
Tuan Yang di-Pertua, Tenom juga turut mengalami masalah yang sama. Masih terdapat sekolah-sekolah yang masih mempunyai masalah kekurangan guru. Justeru sejajar dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada September tahun lalu Tuan Yang di-Pertua, 90 peratus warga pendidik telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan September 2015 yang lalu dalam jangka masa tiga tahun secara berperingkat-peringkat.
Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengetahui bagaimanakah perkara tersebut telah dilaksanakan yang mana saya rasa patutnya telah memasuki fasa pertama. Ini kerana saya difahamkan terutama di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, mungkin di kawasan Tuan Yang di-Pertua juga, kawasan Beluran juga mempunyai masalah kekurangan guru. Disarankan agar dapat pengambilan tenaga pengajar mengambil kira kawasan di mana ianya ditempatkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, jika 90 peratus mesti guru tempatan, banyak sekolah di kawasan saya akan mengalami masalah kekurangan guru kerana sebahagian besar daripada sekolah-sekolah terutama di sekolah menengah, guru-guru adalah daripada luar Sabah. Jadi itu perlu dijadikan perhatian kementerian juga Yang Berhormat.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Ya Tuan Yang di-Pertua, saya harap kementerian mengambil pandangan yang serius tentang pandangan daripada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Ya, Yang Berhormat Gerik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gerik bangun ya.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tenom. Saya ingin bertanya dan pandangan daripada Yang Berhormat Tenom, pertama guru yang kurang. Sekarang ini kita melihat dasar Kementerian Pelajaran mengutamakan keluaran daripada IPG, institut perguruan guru. Bagaimana universiti awam yang menawarkan kursus perguruan tapi kadang mereka ini terpaksa menunggu 3-4 tahun untuk diserap di bawah Kementerian Pendidikan. Apakah dasar ini diteruskan sedangkan kita mengetahui masih ada kekosongan guru, itu yang pertama.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Yang kedua, untuk memenuhi keperluan guru soal duka lara. Bagaimanakah tindakan kementerian untuk menyelesaikan masalah tersebut yang hari ini kita tengok keutamaan diberi kepada yang tinggal lebih daripada lima tahun. Yang dua tahun berpisah suami isteri bagaimana.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Ya, Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat dari Gerik. Tentang guru duka lara ini saya fikir biar kementerian jawab. Saya memahami memang banyak masalah seperti ini. Tapi yang penting hari ini Yang Berhormat Gerik ialah bila berlaku kekurangan guru, kita harus juga memberi peluang bukan saja kepada pelajar-pelajar yang keluar daripada IPG tetapi daripada IPT dan juga IPTS juga perlu diberi peluang dan lebih-lebih lagi pada pandangan saya Tuan Yang di- Pertua, kalau boleh pihak kementerian meneliti, memberi keutamaan kepada para pelajar yang lahir dari daerah tersebut. Kalau boleh kita localize. So soal masalah, kemungkinan masalah perhubungan, masalah penempatan itu serba sedikit dapat diatasi sebab apabila kita beri keutamaan kepada guru-guru yang local, soal untuk bersama-sama dengan masyarakat tidak timbul.
Tuan Yang di-Pertua, dengan pelaksanaan pengambilan guru-guru di kalangan warga Sabah sendiri saya pasti masalah kekurangan guru akan dapat diatasi. Selain itu pengambilan guru-guru harus mendapat kriteria yang telah ditetapkan dengan menumpukan kepada subjek-subjek yang penting terutamanya dalam subjek Sains, Bahasa Inggeris dan juga Matematik.
Tuan Yang di-Pertua, dalam membangun kawasan luar bandar perlu dilihat dalam skop yang mencakupi kemudahan infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan juga sosioekonomi. Pelbagai bantuan dan juga program telah dilaksanakan dalam membantu masyarakat luar bandar untuk keluar daripada garis kemiskinan tegar. Kita melihat pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam membantu penduduk luar bandar dalam mengeluarkan penduduk daripada kemiskinan. Pertanian yang telah ditekankan dalam membantu masyarakat luar bandar. Pelbagai agensi telah membantu penduduk luar bandar dalam mengusahakan tanah pertanian mereka.
Antaranya ialah seperti RISDA, MPOB dan Lembaga Koko Malaysia yang telah membantu penduduk dalam mengusahakan tanah-tanah terbiar mahupun melalui Program Tanam Semula Getah. Bagi saya di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, banyak tanah penduduk kampung telah diusahakan atas bantuan pihak kerajaan melalui agensi-agensi yang terlibat.
Kejatuhan harga getah telah banyak mempengaruhi pendapatan penduduk luar bandar yang selama ini banyak bergantung kepada hasil getah. Oleh yang demikian langkah-langkah kerajaan memperkenalkan bantuan tanam semula getah adalah satu langkah yang tepat dan dalam menggantikan kebun-kebun getah penduduk luar bandar yang tidak lagi mahukan hasil getah dengan bibit-bibit getah yang berkualiti.
Begitu juga inisiatif bantuan biji koko yang berkualiti oleh Lembaga Koko Malaysia turut membantu penduduk luar bandar khususnya di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua dalam menambah dan mempelbagaikan lagi tanaman mereka di mana Tenom pada suatu ketika dulu dikenali sebagai antara daerah pengeluar hasil koko selain daripada Daerah Tawau. Dengan pengenalan kaedah dan teknologi baru pastinya membantu penduduk dan optimumkan hasil pertanian mereka.
Saya berharap Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan terus membantu penduduk luar bandar dalam sektor pertanian kerana inilah sumber pendapatan mereka. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani khususnya diharap dapat membantu petani-petani dalam menggunakan kaedah-kaedah dan cara-cara pertanian moden.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin menyampaikan hasrat Tuan Yang di- Pertua yang mana isu ini telah saya bangkitkan pada sidang penggal yang lalu. Untuk melihat sebuah negara Malaysia yang dibentuk oleh tiga buah entiti iaitu Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung Malaysia.
Datuk Raime Unggi - Tenom
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Datuk Raime Unggi - Tenom
Saya yakin dan percaya bahawa ramai pemimpin kita sedar akan hal ini namun telah keliru dengan fakta sejarah yang diputarbelitkan dan disembunyikan untuk pengetahuan umum. Saya bercakap mengenai hal ini kerana di Semenanjung Malaysia kita tidak akan menjumpai dokumen-dokumen penting yang telah menjadi asas pembentukan Malaysia seperti laporan Suruhanjaya Cobbold, laporan antara kerajaan Inter-Governmental Report dan Perjanjian Malaysia 1963 iaitu Malaysia Agreement 1963. Sekiranya perkara ini tidak diambil perhatian oleh pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu tanpa adanya agenda-agenda tersembunyi, saya yakin dan percaya yang Sabah kini pasti menjadi sebuah negeri yang kaya di Malaysia kerana Sabah kaya dengan sumber alam seperti minyak dan gas yang menjadi penyumbang kepada pendapatan negara. Jika kita bertanya kepada para pelajar mahupun penduduk Malaysia apakah mereka memahami mengenai pembentukan Malaysia pastinya akan dijawab dengan Malaysia dibentuk dengan penyertaan Sabah dan Sarawak. Saya ingin menegaskan di sini Tuan Yang di-Pertua bahawa Sabah dan Sarawak tidak pernah menyertai Malaysia tetapi adalah sama-sama membentuk Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, cukai yang diperoleh oleh Kerajaan Persekutuan sebagai contoh seharusnya dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Sabah sesuai dengan persetujuan yang dicapai dalam Perjanjian Malaysia 1963. Tuntutan ini hanya merangkumi 40 peratus cukai yang telah diperoleh di Sabah, mengapa sekali lagi saya ingin mengutarakan perkara ini kerana ia sangat penting bagi memacu pembangunan negeri Sabah.
Kita tidak boleh menganggap perkara ini remeh temeh kerana ia merupakan fakta perjanjian ketika Sabah bersetuju untuk sama-sama membentuk Persekutuan Malaysia.
Kita boleh merujuk laporan IGC dalam Bab III, perenggan 24(8), di mana kerajaan negeri seharusnya menerima 40 peratus hasil bersih daripada Kerajaan Persekutuan setiap tahun.
Perkara ini juga tercatat dalam Perjanjian Malaysia 1963 dalam Annex A, Malaysia Bill, Jadual Kelima, Bahagian IV, Perenggan 2(1a) dan (b). Kali terakhir Kerajaan Negeri Sabah menerima bayaran ini adalah pada tahun 1974.
Dengan pengenalan cukai GST Tuan Yang di-Pertua yang telah mula dilaksanakan pada tahun lalu 1 April, boleh membantu memberikan hasil pendapatan kepada negara. Oleh yang demikian, saya berharap agar negeri Sabah tidak terkecuali dalam memperoleh hasil daripada perlaksanaan cukai GST yang diperoleh dari negeri Sabah. Menurut Laporan Perbendaharaan Malaysia yang telah dikeluarkan pada 23 Oktober 2015 dianggarkan sebanyak RM39,000 juta diperoleh hasil daripada kutipan GST pada tahun 2015. Sekiranya kita dalam Dewan yang mulia ini masing-masing mempunyai dokumen ini sudah tentu laporan antara kerajaan IGC report dan Perjanjian Malaysia, maka saya fikir nasib negeri Sabah dan Sarawak pasti dibela.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang mana telah diilhamkan pada tahun 2011 yang bertujuan untuk membangunkan kawasan luar bandar...
Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar
Yang Berhormat Tenom, boleh mencelah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Sepanggar bangun.
Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar
Terima kasih Yang Berhormat Tenom, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tenom, apakah Yang Berhormat Tenom bersetuju berhubung kait dengan isu yang dibangkitkan berkenaan dengan hasil Sabah hendaklah dikembalikan kepada Sabah. Apakah Yang Berhormat Tenom bersetuju daripada kita asyik bercakap tentang isu ini, kenapa kita tidak BNBBC Sabah menyediakan satu memorandum ataupun guideline bagi dibawa ke Dewan ini untuk dibincangkan dan dimeterai supaya ia menjadi satu dokumen baru dan guidance kepada Kerajaan Persekutuan untuk diambil perhatian. Bagaimanakah pandangan Yang Berhormat Tenom?
Datuk Raime Unggi - Tenom
Tuan Yang di-Pertua, apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Sepanggar tadi sememangnya saya bersetuju. Akan tetapi sebagai makluman kepada Yang Berhormat Sepanggar, kalau tidak silap saya pada tahun lepas Yang Berhormat Menteri Luar Negeri dan beberapa orang pemimpin telah berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan membincangkan khas tentang perkara- perkara berkenaan dengan MA 63 ini.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Saya fikir biarlah kebijaksanaan para pemimpin kita terutama pemimpin, Menteri dari negeri Sabah yang menganggotai Kerajaan Persekutuan berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya masalah ini dapat diatasi dan dapat membela – hasil daripada perbincangan itu akan dapat memberikan manfaat khususnya kepada Kerajaan Negeri Sabah, khasnya kepada rakyatnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung berkenaan dengan RTC di mana RTC yang telah dipilih menjadi pusat kepada pelaksanaan pelbagai program pembangunan dengan menggunakan pendekatan National-Blue Ocean Strategy (NBOS) yang mana pelbagai kementerian dan jabatan bersama-sama dalam menggembleng kepakaran bagi merealisasikan hasrat untuk membangunkan penduduk di kawasan luar bandar.
Saya melihat RTC ini bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan sumber yang sedia ada di pelbagai kementerian yang terlibat untuk memberikan perkhidmatan dan memudahkan sebarang urusan dalam membangunkan kawasan luar bandar pada kos yang rendah dan tempoh yang lebih singkat selain membantu penduduk luar bandar daripada segi menjana pendapatan penduduk. Jabatan dan agensi-agensi kerajaan dan juga swasta seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), TEKUN, Agrobank, Bank Simpanan Nasional dan beberapa buah premis perniagaan yang boleh beroperasi selain memasarkan hasil-hasil pertanian penduduk setempat.
Setakat ini terdapat 19 buah RTC yang sebelum ini dikenali sebagai Medan Info Desa yang telah diwujudkan di Sabah hasil inisiatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sejak tahun 2013 yang lalu. Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan terutamanya melibatkan kemahiran serta perkongsian maklumat ditawarkan dalam RTC yang terletak di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Sehubungan itu, merujuk kepada RTC di kawasan saya, pembinaan RTC merupakan satu keperluan yang amat penting kepada penduduk di kawasan luar bandar di mana penduduk mendapat pelbagai faedah dan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dan peluang- peluang perniagaan yang terdapat di sebuah premis agensi kerajaan yang berkaitan.
Bagi kawasan saya RTC sangat diperlukan Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengetahui sejauh manakah pewujudan RTC di kawasan saya. Sebelum ini pewujudan RTC Tenom juga telah diuar-uarkan dan beberapa kali telah dilawat oleh pegawai-pegawai pihak kementerian. Jadi saya ingin tahu dalam Dewan yang mulia ini supaya pihak kementerian dapat memberikan jawapan tentang perkembangan RTC yang akan ditubuhkan di kawasan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, boleh gulung.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Sebelum saya mengakhiri Tuan Yang di-Pertua, satu isu. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian komunikasi tentang pelaksanaan internet desa yang telah dilaksanakan beberapa tahun yang lalu yang mana kita dapati hari ini, pada mulanya pelaksanaan internet desa itu berjalan begitu lancar Tuan Yang di-Pertua tetapi sejak akhir-akhir ini, saya mendapati di kawasan saya terutamanya Internet desa ini telah dibuka, telah dicabut peralatannya di kampung-kampung yang kita cadangkan.
Kenapakah boleh terjadi seperti ini? Adakah pihak kementerian melihat bahawa perlaksanaan internet desa ini tidak relevan lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Kampung WiFi ya?
Datuk Raime Unggi - Tenom
Ya, Kampung WiFi Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sama, di Kuala Krau pun sama.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Sama juga di Kuala Krau, sama juga di Gerik, sama juga di Julau. Jadi kita mahu pihak kementerian melihat kembali perlaksanaannya adakah pelaksanaan ini gagal? Kalau boleh pihak kementerian meneliti kembali, jangan cabut sesuka hati. Kita melihat bahawa pada awal pelaksanaan internet desa ini amat digemari, amat disukai oleh anak muda terutamanya, mereka boleh berFacebook, mereka boleh berinteraksi dengan rakan-rakan mereka di antara kampung-kampung yang lain.
Akan tetapi sejak akhir-akhir ini, saya mendapati termasuk juga di kawasan saya, kenapa internet desa ini tidak dilaksanakan.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Saya fikir pihak kementerian perlu meneliti kembali, mengkaji kembali kita tidak mahu nanti perbelanjaan yang dibelanjakan oleh pihak kementerian dalam pelaksanaan untuk merapatkan jurang yang begitu lebar internet antara bandar dan luar bandar ini dapat dilaksanakan segera. Kita minta kementerian siasat perkara ini dan perbetulkan. Kita mahu setiap kampung yang telah dilaksanakan, yang telah dicabut internet desanya dapat dipasang semula supaya orang-orang kampung terutama kepada orang-orang muda kita dapat menikmati kemudahan internet. Jadi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak- banyak. Tenom mohon menyokong...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
[Berucap dalam bahasa Arab] “Dan kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang membimbing berdasarkan perintah kami dan kami wahyukan, ilhamkan kepada mereka perlakuan kebajikan menegakkan solat menunaikan zakat dan mereka ini adalah orang-orang yang menjadi hamba kepadaKu. Sadaqallahulazim”.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang mengizinkan saya untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada malam ini. Pertamanya, saya mulakan dengan satu ayat yang menjelaskan satu nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada Bani Israel dan juga kepada umat sepanjang zaman. Allah Taala lahirkan kepada pemimpin yang memimpin dan membimbing berdasarkan perintah Allah SWT.
Pemimpin yang memimpin berdasarkan perintah Allah SWT bermaksud mereka sentiasa merujuk kepada agama, merujuk kepada al-Quran dan juga sunah Nabi SAW dalam menentukan apa sahaja dasar dalam pengurusan negara. Saya hendak bangkitkan isu yang barangkali tidak suka didengar oleh kita semua, oleh pihak backbenchers khususnya melibatkan GST. Setiap kali saya berucap di Dewan ini saya akan sebut perkara ini kerana isu GST cukai barangan dan perkhidmatan. Ia melibatkan persoalan cukai yang disebut oleh Nabi SAW...
[Membaca sepotong hadis] Tidak masuk syurga Allah SWT orang yang mengutip cukai. Bukan maksud Islam tidak membenarkan mengutip cukai tetapi Islam membenarkan cukai dikutip dengan syarat-syaratnya. Syarat yang paling penting yang saya ulang banyak kali di sini ialah tidak boleh mengambil cukai berdasarkan perbelanjaan tetapi berdasarkan pendapatan. Itulah ciri yang gagal dipenuhi oleh sistem percukaian GST kerana GST percukaian berdasarkan perbelanjaan bukannya pendapatan dan ia bercanggah dengan Islam. Di kala mana kerajaan memperkenalkan maqasid syariah yang diterjemahkan sebagai indeks syariah tentulah kita faham bahawa antara maqasid syariah ialah hifzul mal menjaga harta. Harta yang mesti dijaga oleh kerajaan ialah harta rakyat dengan maksud tidak boleh mengambil harta rakyat sama ada rakyat itu kaya ataupun miskin melainkan dengan cara yang betul menurut kaedah Allah SWT.
Maka saya bimbang walaupun kita bangga pada hari ini banyak kali Perdana Menteri Pekan seronok dan bergembira kerana dapat mengutip cukai yang sangat banyak hingga menjangkau dijangkakan RM3.9 bilion. Akan tetapi kalau cukai itu tidak mengguna kaedah Islam saya sangat bimbang ia mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Untuk itu saya menyebut, saya buat cadangan pada sesi yang lalu bahawa antara cukai yang boleh kita kenakan ganti kepada GST. Saya yakin tidak ada seorang pun yang setuju GST. Kalau turun kepada masyarakat awam, jumpa siapa pun tanpa berlatar belakangkan politik tidak ada yang tidak mengeluh dengan cukai GST.
Saya yakin sahabat-sahabat saya dari seberang sana sekalipun juga mengeluh tetapi apakan daya mereka mesti berkata dan menyokong pandangan kerajaan dalam isu ini. Kita bangga dengan banyak GST sedangkan di sana ada ruang-ruang yang kita lepaskan mata kita untuk melihat peluang-peluang untuk kerajaan mengambil cukai yang dibenarkan oleh syarak. Cukai berdasarkan simpanan tax on saving atau dalam kaedah Islam dipanggil zakat pada harta simpanan. Ia boleh kita ambil, ganti pada cukai GST kerana orang yang menyimpan selalunya mereka ialah orang yang ada lebihan kewangan, mereka ada kemampuan dikenakan cukai 2.5 peratus.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Dengan jumlah simpanan hari ini yang dijangka menghampiri RM1 trilion bererti kerajaan boleh kutip sehingga RM25 bilion setahun.
Itu tidak termasuk lagi cukai yang mungkin diambil daripada mereka yang berniaga menerusi Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) yang mana kita tidak ambil cukai mereka sedangkan mereka adalah ahli perniagaan, mereka mendapat keuntungan, mereka bukan rakyat biasa, mereka mendapat lebihan pendapatan. Cukai yang jika dikutip oleh mereka ini mendatangkan hasil yang banyak yang mungkin menjangkau hingga RM10 atau RM15 bilion. Untuk itu saya mencadangkan kepada kerajaan supaya menghapuskan GST dan itu satu perbuatan yang sangat mulia dan menggantikan dengan cukai yang saya cadangkan sebentar tadi. Itu satu berkaitan dengan cukai.
Kedua, kita bicara ini isu yang paling hangat dibahaskan di mana-mana. Isu RM2.6 bilion yang walaupun diberi penjelasan oleh kerajaan masih gagal untuk memberikan kepuasan kepada rakyat. Akan tetapi saya hendak mengambil perhatian kepada satu hadis Nabi SAW dengan Imam Ahmad. Sabda Nabi SAW… [Membaca sepotong hadis] “Hadiah yang diberikan kepada gabenor-gabenor adalah harta khianat”. Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa pemerintah tidak boleh menerima hadiah dan ini perkara yang disepakati oleh para alim ulama. Di kala mana seorang sahabat Nabi SAW bernama Ibnu Tubbiyah dilantik oleh Nabi SAW untuk mengutip zakat dibawa di hadapan Nabi SAW dan dikatakan kepada Baginda...
[Membaca sepotong hadis] “Ini dia zakat yang orang bagi untuk kerajaan, ini pula bahagian saya orang bagi hadiah kepada saya”. Nabi SAW segera menegaskan dalam khutbah Baginda... [Berucap dalam bahasa Arab] “Apa kena kepada kamu ini? Seorang dilantik menjadi amil zakat datang kepadaku menyatakan ini hak kerajaan zakat, ini pula hadiah”. Sabda Nabi SAW [Membaca sepotong hadis] “Apa kata kalau dia berada di rumah ibunya atau bapanya… Adakah dia akan diberikan hadiah?” Dengan maksud hadiah yang diberikan kerana dia ada jawatan. Kalau tidak ada jawatan sebagai pengutip cukai, pengutip zakat, dia tidak akan diberi hadiah. Di situlah kita faham bahawa mereka yang ada jawatan diberi hadiah ketika berjawatan kerana jawatannya.
Seorang Perdana Menteri, Ketua Negara kalau hanya menjadi orang biasa seperti saya mungkin tidak ada orang hendak bagi RM2.6 bilion. Akan tetapi oleh kerana dia adalah seorang Perdana Menteri diberikan maka ia bukanlah harta biasa berdasarkan hadis Nabi SAW ialah harta ghulul, harta khianat. Barangkali Perdana Menteri kita menyedari hakikat ini.
Seperti mana sahabat Nabi kata tadi yang bertemu dengan Nabi dan terus terang menyatakan ini hadiah untuk saya, difahami itu hadiah. Maka saya bersangka baik bahawa Perdana Menteri kita tidak sedar bahawa hadiah yang diberikan kepada Gabenor atau Ketua Negara adalah satu harta rasuah, harta yang khianat, harta yang haram untuk kita ambil. Moga-moga menjadi peringatan kepada kita.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Kuala Nerus.
Mengikut apa yang dimaklumkan, bagaimana Peguam Negara mengatakan wang RM2.6 bilion telah dikembalikan. Apakah dengan dikembalikan ke Arab Saudi seolah-olah maknanya Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa kesalahan dan ditutup failnya. Jadi kalau teori itu, apabila wang telah dikembalikan kepada tuan punya derma dianggap tidak ada kes, ditutup fail, apa kata kalau rakyat menggunakan formula yang sama, pencuri yang mencuri hantar balik barang yang dicuri atau tuan rumah yang dicuri. Apakah dia tidak bersalah? Jadi minta pandangan Yang Berhormat.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ruang taubat dalam Islam sangat luas, sangat menarik kalau sekiranya Perdana Menteri boleh mengisytiharkan bahawa ini adalah hadiah dan ia satu kesalahan yang sangat besar yang perlu bertanggungjawab. Akan tetapi apa yang nyata bahawa Perdana Menteri kita tidak nampak usaha untuk bertanggungjawab atau mengakui satu kesilapan yang besar yang dilakukan dalam negara kita pada hari ini.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya hendak bawa isu yang ketiga. Baru-baru ini di dalam satu kenyataan oleh Timbalan Menteri menjelaskan tentang isu perceraian yang sangat tinggi berlaku pada hari ini yang dianggarkan dalam tempoh yang sangat membimbangkan kita, dalam tempoh tahun 2012 hingga tahun 2014 terdapat 92,600 pasangan yang mendaftarkan perceraian.
Satu lagi angka menyebut Jabatan Mahkamah Malaysia statistik menyatakan bahawa 242,000 pasangan di seluruh negara bercerai dalam tempoh enam tahun. Satu lagi statistik menyatakan bahawa 38,000 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu. Ertinya kalau kita buat secara kasarnya, puratanya dalam satu hari lebih kurang 186 pasangan bercerai. Ini satu angka yang sangat membimbangkan kita.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Persoalan kita ialah apakah keadaan sebenar institusi kekeluargaan kita pada hari ini? Sejauh mana suami menjalankan tanggungjawabnya dan sejauh mana isteri menjalankan tanggungjawabnya, seorang ibu dan juga ayah menjalankan tanggungjawabnya hingga akhirnya berlaku penceraian?
Menurut Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-5 oleh Kementerian Pembangunan Wanita menyatakan antara punca perceraian ialah sikap curang. Satu lagi kajian oleh Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Perak menyatakan isu kewangan sebagai punca utama.
Saya sangat bimbang kerana antara punca ialah kerana hari ini rata-rata baik seorang ibu atau seorang isteri meletakkan kerjaya sebagai satu perkara yang paling besar dalam hidupnya. Sedangkan bagi saya, kerjaya yang paling besar ialah kerja sebagai seorang isteri atau seorang ibu berbanding kerjaya untuk mencari makan atau mencari rezeki. Hatta, jika seorang perempuan berada pada pekerjaan bersifat fardu kifayah seperti menjadi guru, pendidik, Ahli Parlimen dan sebagainya, tetap tidak boleh mengabaikan satu tanggungjawab yang paling besar melibatkan batiniah, kejiwaannya yang tanpanya masyarakat tidak akan bahagia. Namanya institusi isteri atau institusi ibu.
Oleh kerana itulah apa yang perlu kita lakukan ialah bagaimana kita dalam sebuah negara boleh kita perkasakan institusi ini. Adakah mungkin kita boleh mencadangkan sebagai contoh, para isteri, para ibu yang biasa bekerja lapan jam sehari diberikan peluang bekerja hanya lima jam tetapi dibayar gaji seperti gaji lapan jam. Ini satu hadiah yang boleh kita berikan kepada para ibu dan para isteri ini supaya mereka boleh meluangkan banyak masa untuk keluarga mereka dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan juga isteri di rumah di samping suami mereka keluar bekerja mencari pendapatan.
Perkara yang saya lebih bimbang ialah bila ada di kalangan gerakan wanita, sebagai contoh, melihat kerjaya wanita itu sebagai keutamaan dan tidak melihat pentingnya institusi keluarga sebagai isteri dan juga sebagai ibu. Bahkan, mungkin ada yang memandang lekeh atau memandang ringan terhadap institusi seperti ini. Jadi inilah antara punca kerosakan kita pada hari ini.
Yang keempat yang saya bangkitkan ialah isu pengangguran. Kita baca data sangat banyak pengangguran melibatkan siswazah. Dianggarkan 200,000 yang tidak mendapat pekerjaan, sedang menganggur. Satu lagi data menunjukkan bahawa 300,000 sedang mencari kerja. Isu yang perlu kita bangkitkan ialah sejauh mana sistem pendidikan kita yang sangat panjang- dari Tahun 1 sampai Tahun 6 rendah, Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5 atau Tingkatan 6 Atas. Sejauh mana sistem pendidikan ini berjaya mencipta seorang individu yang tidak hanya mencari kerja tetapi mencipta kerja?
Hari ini seorang lulusan universiti di bidang pertanian, sebagai contoh, ditanya kenapa tidak ada kerja. Dia kata mohon kerja tidak dapat. Kerja yang dia nak tidak dapat tetapi kerja sebagai petani masih kosong dan begitu banyak.
Kita bimbang kerana pemikiran bahawa kerja dicari bukan kerja dicipta itu menjadi sebab kepada berlakunya pengangguran pada hari ini. Kalau itu adalah sebabnya, bererti sistem pendidikan kita ini masih gagal melahirkan manusia yang bersifat berdikari, yang bersifat kendiri. Sedangkan Nabi SAW mengajar kita...
[Membaca sepotong Hadis] “Sesungguhnya Allah Taala suka seseorang itu makan hasil daripada tangannya.” Makna hasil tangan ialah satu kerja keusahawanan melibatkan pertanian, melibatkan pertukangan, melibatkan perniagaan, bukan hanya dengan bekerja mendapat gaji semata-mata.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ertinya Islam mengajar kita menjadi usahawan, menjadi seorang yang berdikari.
Akan tetapi adakah semangat keusahawanan itu menjadi semangat yang global tercipta dalam diri anak-anak kita pada hari ini? Jika tidak, ertinya kita gagal dalam sistem pendidikan kita pada hari ini. Kita bukannya mahu melahirkan seorang siswazah yang bijak, cerdik dan pandai tetapi seorang siswazah yang mampu berdikari, mencipta kerja hingga akhirnya isu pengangguran ini dapat kita tangani dengan sebaiknya.
Dalam masa yang sama, kita bincang isu kebanjiran warga asing. Ramai yang datang ke negara kita mendapatkan pekerjaan. Ertinya, ruang pekerjaan itu ada. Ada mereka yang berniaga, orang-orang Bangladesh berniaga karpet, menjual kain, menjual baju. Ertinya, mereka ada sifat keusahawanan. Ertinya, kenapa rakyat kita sendiri agak terpinggir dalam isu yang seumpama ini sedangkan orang luar mampu mengutip duit yang begitu banyak hingga kata mereka, datang ke Malaysia seumpama mengutip kayu kering, daun kering, ertinya banyak peluang rezeki yang ada di negara kita pada hari ini?
Dalam masa yang sama, kita tidak menyatakan bahawa perlu kita pejam mata kebanjiran warga asing pada hari ini. Yang saya bimbang, warga asing yang hadir ke negara kita ini dikatakan hingga mencecah enam juta. Yang terakhir, kerajaan menyatakan bahawa isu pemutihan melibatkan warga asing, pekerja asing yang mana kerajaan akan menamatkan tempoh pemutihan ini menerusi program penggajian dan penempatan semula PATI yang akan berakhir 30 Jun sedangkan asalnya akan berakhir 31 Disember.
Persoalannya, kenapa dipercepatkan? Apa sebenarnya hasil program seumpama ini? Ini kerana sebelum ini kita lihat ada program yang dipanggil program 6P, program pemutihan juga. Apa hasilnya? Sebenarnya kita lihat juga program pengampunan PATI yang dilaksanakan oleh kerajaan bermula pada tahun 1989, tahun 1991, 1996 dan 2004.
Ertinya, begitu banyak pemutihan dibuat sedangkan hasil yang berlaku ialah lebih ramai PATI yang masuk ke negara kita pada hari ini. Bahkan kalau kita lihat, kalau kita letak angka 6.7 juta pekerja asing yang masuk ke negara kita, ini melebihi jumlah bilangan kaum Cina yang hanya berjumlah 6.64 juta sahaja dan orang India atau kaum India hanya 2.1 juta sahaja. Ertinya orang asing lebih ramai daripada warganegara kita sendiri.
Saya ingin mendapat satu penjelasan dari kerajaan tentang bilangan para pelancong yang masuk ke negara kita pada tahun lepas, tahun 2015. Berapa jumlah yang masuk dan berapa yang keluar? Ini kerana kita bimbang jumlah yang keluar tidak seramai jumlah yang masuk. Ertinya mereka ini masuk menerusi visa pelancong yang dipermudahkan kepada mereka. Apakah usaha kerajaan untuk menangani perkara yang seumpama ini?
Saya pernah bercakap dengan seorang menteri walaupun saya tidak mahu sebutkan namanya di sini. Dia menyebut secara kasar rakyat asing di negara kita ini kalau kita buat nisbah, nisbahnya kata beliau ialah 2.5 nisbah satu. Maknanya 2.5 rakyat Malaysia, seorang warga asing. Kalau benarlah kenyataan itu, itu perkara yang sangat membimbangkan yang melibatkan keselamatan negara kita dan melibatkan keselamatan sosial dan juga ekonomi bagi negara kita.
Seterusnya saya ingin sebut tentang isu melibatkan tempat saya di Kuala Nerus.
Baru-baru ini berlaku lagi isu hakisan pantai di Tanjung Gelam. Isu hakisan pantai ini adalah perkara yang saya bangkitkan banyak kali di sini kerana kawasan saya Kuala Nerus ini di pinggiran pantai. Hakisan pantai akan berlaku pada musim tengkujuh dan penyelesaian kerajaan ialah dengan meletakkan benteng batu yang dibuat. Apa yang menarik kita lihat ialah bilamana dipanjangkan pantai di Seberang Takir untuk membolehkan dipanjangkan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kesannya ialah hakisan pantai yang melibatkan pantai di sebelah utara yang dipanggil Pantai Kampung Tok Jembal. Kemudian kerajaan buat benteng batu di kawasan Pantai Tok Jembal dan sekarang berlaku pula hakisan pantai di pantai seterusnya sebelah utara juga, Kampung Tanjung Gelam.
Saya menyatakan banyak kali di sini bahawa ramai para pengkaji antaranya pensyarah universiti di UMT, Universiti Malaysia Terengganu, yang memberikan pandangan bahawa cara pengurusan terbaik untuk hakisan pantai bukan menggunakan benteng batu di pantai tetapi dengan memanjangkan pantai menggunakan tanah atau pasir. Itu cara yang terbaik kerana ia akan mengelakkan pantai orang-orang kampung dan juga boleh menjadi pusat pelancongan untuk pelbagai kegiatan.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Akan tetapi, cadangan itu nampaknya dipandang sepi oleh kerajaan dan jawapan menteri tiga empat kali di Parlimen nampaknya tidak ada kesungguhan untuk mengambil pandangan yang bukan pandangan saya tetapi pandangan daripada pensyarah universiti UMT yang terlibat di bidang hakisan pantai dan seumpama ini.
Kemudian saya hendak sebut sedikit tentang isu melibatkan getah. Hari ini kita bincang isu kejatuhan harga getah. Paling menariknya di kawasan yang paling kritikal isu berkaitan getah ini ialah di Kedah yang mana Barisan Nasional baru sahaja memenangi negeri tersebut, yang berlaku di kawasan Sik, Baling dan juga di kawasan Padang Terap sehingga ramai orang kampung yang terlibat dengan getah ini, mereka ini ada yang tidak ada duit hingga terpaksa menukar barang dengan barang. Bukan lagi menukar barang dengan duit seperti apa yang kita lakukan pada hari ini. Ini menunjukkan bahawa begitu besarnya kesan kejatuhan harga getah bagi mereka.
Tidakkah kerajaan terfikir untuk mengikut cara yang dibuat oleh Kerajaan Thailand? Thailand sebagai kerajaan, sebagai negara nombor satu membekalkan getah di dunia pada hari ini, Thailand membeli getah dengan harga melebihi harga pasaran.
Membeli daripada rakyatnya sebagai satu hadiah kepada rakyat.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Bagi negara kita, Malaysia sebagai contoh, kita Malaysia menjadi pembekal nombor lima iaitu sebanyak 845,000 tan setahun kita bawa, kita hantar ke luar negara.
Sekiranya kerajaan hanya menambah RM1.6 bilion untuk top up ataupun untuk membeli getah dengan harga RM4 dan bukan RM2 macam sekarang atau RM1 macam sekarang, ertinya kerajaan membeli dengan harga melebihi pasaran sebanyak RM4. RM2 hadiah daripada kerajaan, hanya dengan RM1.6 bilion sahaja peruntukkan boleh membantu menstabilkan harga getah dan menjadikan para penoreh getah yang jumlahnya bukan sedikit di negara kita ini mampu untuk berdikari. Jumlah penoreh getah di negara kita, ketua isi rumah sahaja menjangkau 590,000.
Maka saya hendak tengok apakah pandangan kerajaan kalau sekiranya kita memperuntukkan RM1.6 bilion bagi kita menstabilkan harga getah kerana kita mampu mengeluarkan duit yang begitu banyak untuk pelbagai pembangunan kawasan bandar.
Kita buat pelbagai kereta api laju dan sebagainya yang keuntungannya hanya untuk orang bandar. Bagaimana dengan orang kampung seperti mereka di Sik, di Baling dan di Padang Terap.
Terakhir, saya hendak sebut dalam ucapan saya pada hari ini tentang apa yang berlaku di Petrajaya, Sarawak. Walaupun bukan kawasan saya tetapi saya kebetulan pada minggu lepas menziarahi mereka di kawasan Petrajaya, Sarawak. Saya mahu menyampaikan harapan mereka iaitu di Kampung Siol Kandis. Kampung Setinggan Siol Kandis, setinggan yang kebanyakan mereka orang-orang Iban beragama Kristian.
Mereka ini dinafikan hak untuk hidup sebagai seorang warganegara Malaysia yang mampu memiliki apa yang patut dimiliki oleh orang lain iaitu melibatkan air. Mereka ini berkongsi satu batang paip air, berkongsi sebanyak 24 keluarga. Bergilir satu jam, satu keluarga. Pasang. Ambil getah, pasang paip air dan hantar ke rumah sejam seorang.
Selama 24 jam bagi 24 keluarga. Ini keadaan yang berlaku kepada mereka. Kampung setinggan. Sedangkan kita membaca hadis Nabi SAW.*..
[Membaca sepotong hadis]* Manusia perlu berkongsi tiga benda. Pertamanya, al-mak wal nar wal kalak. Satunya air, keduanya api, dan ketiganya padang meragut rumput. Ertinya hak rakyat untuk mendapat air.
Maka adakah Kampung Siol Kandis ini perlu kita ketepikan hak mereka. Saya mengharapkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri yang berkaitan yang kebetulannya merupakan Ahli Parlimen Petrajaya untuk respond perkara ini dan juga harapan mereka supaya mereka mendapat hak jalan tar yang baik dalam kampung mereka.
Ini saya hanya sampaikan pandangan daripada mereka.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut tentang isu melibatkan pendidikan kita pada hari ini. Sistem pendidikan saya tengok kelam kabut dengan dibahaskan sebentar tadi oleh Yang Berhormat kita tentang isu sistem PT3 dan sebagainya. Adakah kita sampai bila anak-anak kita perlu menjadi bahan uji kaji satu sistem yang sekali bertukar. Sekali ‘A’, sekali ‘B’. Saya juga terlibat di bidang pendidikan.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya menubuhkan sebuah sekolah untuk anak-anak yatim seramai 200 orang di tempat saya. Kita menghadapi masalah perkara seumpama ini bila sistem yang sekali ‘A’, sekali ‘B’. Adakah kerajaan tidak ada kajian lebih awal sebelum digunakan oleh rakyat kita.
Ertinya kerajaan tidak ada satu perancangan jangka masa panjang dalam bidang pendidikan. Maka tidak peliklah kita menghadapi kecelaruan, keperibadian anak-anak kita dalam pendidikan mereka.
Maka saya harap kerajaan boleh mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku pada hari ini untuk kita pergi kepada yang lebih baik pada masa akan datang, insya-Allah. Itulah sedikit daripada saya. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Alhamdulillah kerana dapat juga saya mengambil bahagian dalam membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 7 Mac yang lalu. Saya menjunjung kasih ke atas Titah Tuanku yang merangkumi segala aspek pentadbiran dan kepentingan negara.
Menjunjung Kasih Tuanku, pertama-tamanya kerana Tuanku menzahirkan hasrat kepada rakyat khususnya iaitu Tuanku mahukan kesinambungan pentadbiran ini diteruskan dan dikekalkan bagi merealisasikan matlamat negara maju berpendapatan tinggi yang bukan sahaja dalam hal ehwal ekonomi tetapi turut mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Ini sesuailah dengan dasar Rancangan Malaysia Kesebelas yang berpaksikan kepada rakyat. Jadi, alhamdulillah. Tentu ada hikmahnya penzahiran kenyataan oleh Tuanku itu kerana melihat sesuatu kebaikan yang telah dibawa, yang telah diusahakan dan yang telah disusun oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sepanjang pemerintahan beliau. Kalau tidak, saya tidak fikir Tuanku mempunyai perasaan yang sedemikian terhadap pemerintahan ataupun di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri walaupun dalam keadaan yang mendapat banyak kritikan, tekanan dan cabaran yang dihadapinya.
Namun begitu, sedikit sebanyak kita boleh lihat bahawa beberapa kebaikan yang jarang disebut. Yang selalu disebut semuanya kelemahan. Kalau tidak adapun diadakan apalagi kalau ada sedikit, dibesarkan. Inilah kebanyakannya yang dilakukan tetapi Tuanku melihat bahawa kejayaan Malaysia menduduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO 2015 sehingga 2019. Ini merupakan kejayaan pimpinan Perdana Menteri di peringkat antarabangsa.
Akan tetapi tidak banyak orang mendendangkannya kerana ini macam perkara biasa. Akan tetapi yang lebih diminati ialah perkara-perkara yang sensasi walaupun sudah dijelaskan, walaupun sudah dijawab oleh pakar-pakar, oleh badan-badan penyiasat. Akan tetapi tidak. Yang itu juga yang sedap hendak disebut. Sebab apa? Sebab ada keuntungan politik.
Begitu juga Tuanku menyebutkan mengekalkan kerusi Anggota Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa buat kali keenam berturut-turut. Ini merupakan satu pengiktirafan dan kejayaan pemerintah. Ini juga jarang disebut dan tidak mahu disebut sesetengah pihak.
Menduduki tempat ke-18 daripada 144 negara di dunia sebagai negara yang mempunyai daya saing yang terbaik mengikut Laporan Daya Saing Global 2015-2016.
Inilah di antara kejayaan-kejayaan besar yang kalau disebut sesetengah orang mungkin akan mencemik tetapi sesetengah orang langsung tidak mahu sebut. Yang disebut ialah perkara-perkara yang membawa keuntungan sedikit politik. Akan tetapi ini ialah merupakan kepentingan dan keuntungan negara dan bukan kepentingan politik yang kecil itu apa lagi kalau itu ‘kepenting kepandaian’. Ini sempit sangat. Jadi inilah bezanya mungkin negara maju dengan fahaman sesetengah daripada kita. Hendak seperti negara maju tetapi berfikiran seperti negara baru merdeka. Ini masalah kita.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Sebab itu kalau kita hendakkan sistem negara maju, kita berfikirlah sebagai negara orang maju. Jadi apabila ada sesuatu kebaikan yang dibuat oleh pimpinan dan pemerintah, akui. Iktiraf. Beri penghargaan dan mana-mana kelemahan itu ditegur dan diberi cadangan bagaimana yang terbaiknya. Untuk siapa? Untuk negara. Makmur negara, stabil negara, maju negara, bukan pemerintah sahaja yang menerima nikmatnya malah seluruh rakyat tanpa mengira fahaman dan pemikiran akan menerima limpahan nikmat itu.
Begitu juga sebaliknya. Kalau apa yang diusahakan oleh kerajaan itu semuanya dibantah, semuanya tidak betul, semuanya tidak kena, kebaikannya langsung tidak mahu diterima dan dilihat sebagai satu kepentingan negara secara bersama, malah cuba untuk memastikan dasar-dasar kerajaan itu tidak mencapai matlamatnya.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Ini saya pohon kerajaan melihat apakah pemikiran dan bentuk-bentuk tindakan yang sedemikian rupa boleh diletakkan di bawah subordination kepada negara indirectly. Kadang-kadang kita tidak sedar, contohnya macam GST daripada bertahun-tahun cerita GST ini. Sudah lulus pun, sudah berjalan pun. Tidak ada pula orang kebuluran kerana GST tetapi setiap kali dilontarkan GST ini tidak pernah ada yang baik. Semuanya menjadi beban.
Saya tidak nampak GST ini membebankan.
GST merupakan sistem cukai yang kita semua tahu. Ia cukai kepenggunaan, cukai kepenggunaan maknanya dia dikenakan cukai mengikut pola perbelanjaan dan kegunaan kita. Oleh sebab itu, rakyat diseru menjadi pengguna yang bijak. Memilih di antara barang- barang yang ada cukai dengan barang-barang yang tidak ada cukai, cuma senarainya berjela-jela yang tax freenya. Ada pilihan, kalau rakyat memilih untuk membuat berbelanja pada barangan yang ada cukai kenalah dia cukai. Di antara memilih makan minum di gerai dengan memilih makan dan minum di kedai fast food, itu pilihan kita. Maka kenalah kita cukai.
Ia dikatakan pula setidak-tidaknya kita terima dahulu cukai GST ini merupakan daripada prinsipnya satu cukai yang telus dan sangat-sangat berkesan tetapi kita tidak pernah dengar ayat itu. Yang kita pernah dengar, yang kita selalu dengar ialah ayat cukai GST ini cukai yang membebankan rakyat, menghisap darah rakyat. Sedangkan kita punya pilihan dan kerajaan pun menyediakan senarai berapa banyak barang-barang yang tidak dikenakan cukai.
Akan tetapi tidak pernah diberikan kredit pun sekali bahawa cukai ini merupakan cukai yang paling berkesan. Sudah dilaksanakan oleh beratus-ratus buah negara dan kita merupakan sudah beralih kepada satu rejim yang lebih baik, prinsipnya cukai GST ini.
Tinggal lagi kalau ada hendak tambah barangan-barangan dibanyakkan, ini tidak menjadi masalah. Mana barang-barang yang hendak dikeluarkan dan dimasukkan dalam senarai barang yang tidak dikenakan cukai ini tidak menjadi masalah. Akan tetapi dari segi prinsipnya tidak pernah kita dengar dari sebelah sana menyatakan ia satu cukai yang baik secara terbukanya.
Cukai ini Tuan Yang di-Pertua, dilaksanakan bukan bertujuan untuk mengutip lebih banyak wang daripada rakyat, bukan itu tujuannya. Bukan itu, ia dapat kutip bayar lebih kerana ia mempunyai merupakan satu sistem cukai yang efektif, yang transparent tetapi asal memperkenalkan dasar cukai GST ini ialah kerana cukai ini merupakan cukai yang sudah teruji keberkesanan, ketelusan dan kecekapannya dan diamalkan oleh banyak negara.
Akan tetapi apabila jatuh harga minyak dunia maka ia betul-betul timely dilaksanakan kerana ia membantu sumber kepada pendapatan negara secara tidak terancang, kerana tidak diduga sama sekali harga minyak jatuh begitu rendah sehingga hilang hasil negara berbilion-bilion ringgit. Ketika rencana melaksanakan GST tidak ada dalam perkiraan kita bahawa harga minyak akan jatuh begitu teruk. Sebab itu kita kena laksanakan GST untuk dapat pendapatan lebih, tidak. Tidak ada pemikiran begitu.
Akan tetapi Allah SWT aturkan sedemikian rupa sehinggakan kerajaan kita boleh berjalan dalam ekonomi, harga minyak yang sedemikian rupa masih boleh menguruskan kewangan negara dan tidak meminjam untuk tujuan membayar gaji kepada kakitangan awam...
[Tepuk] Inilah hikmahnya. Inilah keberanian yang ada kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan melaksanakan GST pada tahun 2015 walaupun dia mendapat tentangan dari banyak pihak tetapi alhamdulillah kerana keberanian itu negara kita selamat dan negara kita tidak meminjam untuk tujuan membayar gaji.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Kita tidak pernah mahu lihat hikmah ini. Yang mahu kita lihat ialah mencekik rakyat, mencekik rakyat, ‘kek mano tercokik’ rakyat ini...
[Ketawa] Cukai GST ini 6 peratus ‘dokek mana tercokiknya’ rakyat. Yang tercekik ialah rakyat yang makan besar. Orang kampung yang makan gaji kecik, harga getah sudah turun ini tidak tercekiknya.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Pergi ke kedai RM2 sahaja.
Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Pergi ke kedai RM2 sahaja kata Gerik. Jadi Tuan Yang di-Pertua, inilah keadaan yang melingkari persekitaran kita.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Shah Alam bangun.
Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Yang Berhormat Shah Alam tidak apa jangan bercakaplah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Karang kita minum coffee.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya belum bercakap lagi.
Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Ya, selepas ini karang bercakaplah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya belum lagi.
Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Selepas ini.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak sekaranglah fasal GST.
Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Ini tidak payahlah ini benda kecil sahaja saya cerita soal GST.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Mana kecil RM39 bilion. Kecil macam mana. Kalau kecil orang tidak bantah, Yang Berhormat Jelebu.
Seorang Ahli
Duduklah.
Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Duduklah. Saya belum beri bercakap lagi saya tidak habis lagi ini masuk...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bagi peluang atau tidak.
Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tidak payah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak payah.
Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Duduklah dahulu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Fasal Speaker tanya tidak jawab.
Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Nantilah dahulu tidak payahlah dahulu. Jadi sepatutnya bukalah mata hati, bukalah mata melihat hikmah dan kebijaksanaan pelaksanaan GST ini kerana will power yang ada pada tahun 2014/2015...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi ada pembetulan, penjelasan, penjelasan.
Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jatuhnya harga minyak yang tidak diduga dan tidak diminta negara kita masih boleh lagi mengekalkan pertumbuhan sehingga 5 peratus dalam keadaan senario ekonomi dunia sedemikian rupa.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Minta penjelasan, Yang Berhormat Jelebu.
Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Mana hendak cari, syukurlah ke hadrat Allah SWT.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Oh bukan syukur pada BN ya...
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Fasal tadi dok puji-puji GST, Najib eh maaf, Perdana Menteri, BN, kerajaan tiba-tiba syukur pada Allah SWT pula. Puji Allah SWT lah dahulu.
Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jangan, ada benda kita boleh persenda tetapi Allah SWT jangan kita persenda. Kita syukur, syukur itu nikmat Allah SWT.
Barisan Nasional ini adalah perantara keperluan rakyat dan susunan Allah SWT Yang Maha Besar itu termasuklah Yang Berhormat Shah Alam disusun juga menerusi aturan BN- Barisan Nasional. Yalah dapat hospital, dapat apa lagi tidak bersyukur lagi itu, lewatlah apalah, orang langsung tidak ada.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Lapan tahun dapat hospital, lapan tahun. Tidak pernah-pernah orang minta hospital sampai lapan tahun- 300 katil bukan 1,000 katil.
Seorang Ahli
Ya, tidak tahu bersyukur.
Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Sejak dulu Barisan Nasional pun tidak ada hospital.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, kita bersyukur tetapi kita kena akui kelemahan. Sebahagian daripada bersyukur ialah mengakui kelemahan yang ada, barulah bersyukur.
Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Dia tidak boleh tahan itu. Jadi kalau bukakan pintu hati, berlapang dada, terimalah dahulu bahawa GST ini dari segi prinsipnya ialah cukai yang sangat efektif dan berkesan. Terima dahulu soal tidak setuju list barang- barang yang dikecualikan cukai itu boleh diperdebatkan tetapi mentah-mentah tolak GST.
Kononnya GST menghisap darah rakyat, darah rakyat mana yang dihisap oleh GST ini.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Banyak yang miskin yang tidak boleh bayar cukai itu.
Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Orang miskin bayar cukai dekat mana dia minum kedai teh kampung sahaja.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Inilah masalahnya fasal kesan GST itu dia pergi merebak kepada semua sistem bukan hanya dekat kedai dekat kampung tidak kena tidak betul. Barang yang orang kampung beli pun dia kena bayar GST. Inilah masalah tidak faham Ahli Parlimen Barisan Nasional ini.
Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Yang Berhormat Shah Alam yang tidak faham.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Barang yang kedai kopi dekat kampung barang itu dia beli dia kena bayar GST. Walaupun dia jual dia tidak kena tetapi harga barang naik.
Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Sudahlah. Jadi cukai ini, jadi itu hikmahnya keberanian Perdana Menteri melaksanakan GST walaupun ditentang, disanggah oleh Yang Berhormat Shah Alam tetapi dia telah membawa hikmah yang paling besar menyelamatkan kedudukan kewangan negara sehingga negara tidak perlu pinjam untuk bayar gaji dalam keadaan ekonomi dan harga minyak yang turun beratus-ratus...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Eh, mana pula tak perlu pinjam. Kan bajet, bajet defisit Yang Berhormat Jelebu. Ini bajet mana yang tak pinjam ini?
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Eh, ini apa ini?
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tak pinjam untuk bayar gaji, faham tak?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Mana kamu tahu? Mana Yang Berhormat Jelebu tahu duit yang dipinjam itu digunakan untuk apa?
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Pinjam untuk pembangunan ekonomi itu biasa. Meminjam untuk pembangunan ekonomi, belanja ekonomi itu adalah perkara yang bijak.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Pokoknya bajet itu perlu dipinjam.
Macam mana ini Yang Berhormat Jelebu? Fakta tak betul.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Yang saya maksudkan ialah meminjam tetapi untuk membayar gaji kakitangan termasuk gaji elaun Ahli Parlimen Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya lah faham tetapi bajet defisit.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Itu tidak dilakukan oleh kerajaan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Maknanya perlu pinjam. Mana tahu duit itu pergi ke bahagian mana.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Perlu pinjam untuk pembangunan ekonomi, dia generate more income. Jangan berfikiran sempit.
Seorang Ahli
Saja buat sempit, saja masuk tajuk ini.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Cuba berfikiran luas sedikit.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Tak payah layan lah dia itu.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jadi sebab itulah, sebab itu Tuanku Agong mengiktiraf kejayaan-kejayaan ini tetapi Yang Berhormat Shah Alam tak mahu iktiraf tetapi dia ada masalah, dia ngadu dekat Agong juga. Agong bercakap dia tak mahu dengar.
Ini Agong bercakap ini, Agong kata kekalkan kerajaan yang ada sekarang. Itu bila Agong kata 1MDB, dia sudah lari dekat Agong [Ketawa] Betul-betul selfish lah. Ada kepentingan, dia sokong. Tak ada kepentingan, dia tak sokong.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya minta Yang Berhormat Jelebu takrifan apa maknanya selfish.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Saya tak berapa pandai bahasa Inggeris, saya tahu sebut sahaja.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Selfish itu apa?
[Ketawa]
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Saya tak faham.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kalau tak faham, jangan pakailah.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tak pakai ya? Tak payah pakai ya?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia yang selfish ini yang masuk RM2.6 bilion dalam akaun peribadi, itu selfish.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Saya tak faham. So, saya tak payah pakailah. Ini masalahnya. Agong yang beri perakuan, dia kata negara tahniahlah kerana dapat mengekalkan ekonomi pertumbuhan 5 peratus dalam keadaan dunia begini, harga minyak turun beratus-ratus persen.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Shah Alam tak faham.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Memang tak pernah faham, pintu hati dia sudah tutup untuk menerima kebenaran. Tahun depan dijangka bertumbuh pada 4 peratus ke 4.5 peratus.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, minta dia tarik balik. Macam mana dia tahu pintu hati aku tutup kah tak? Apa dia merapu ini?
[Ketawa] Untuk tidak menerima kebenaran, minta dia tarik balik. Itu satu kenyataan yang cukup meleset. Kalau hendak pertahankan benda yang tak betul sekalipun, janganlah dok bantai ikut suka.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tidak, apa tak betulnya bertumbuh 4 peratus ke 4.5 peratus ini tak betul kah? Ini Zeti yang cakap.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, betul.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Kata hendak pertahankan Zeti, ini cakap Zeti pun tak mahu pakai.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Eh kita terima, siapa kata tak terima.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Ha, sudah itu? Ini betullah ini.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi tak bererti ianya semestinya melalui GST dan semestinya melalui 1MDB. Ada cara-cara yang lain.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jadi kebijaksanaan dulu kata ada satu sumber minyak, negara kita asyiklah korek daripada Petronas. Tak adalah cari-cari pendapatan daripada pendapatan lain. Ini saya hendak maklumkan kepada Dewan, sejak tahun 2009 hasil minyak dan gas, pergantungan negara kepada hasil minyak sudah dikurangkan daripada 40 peratus kepada hanya 21 peratus sahaja sejak tahun 2009. Ini yang dilakukan oleh kerajaan. Bijaksananya. Dia bukan membantah macam pembangkang, asyiklah tak betul. Prinsip tak terima-terima. Ini yang dibimbangkan oleh Tuanku.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
2009, harga minyak telah mencapai di antara harga yang tertinggi sehingga pendapatan daripada hasil minyak, saya ingat lagi Tuan Yang di-Pertua, hampir RM80 bilion. Eh, 2009 itu baru sesi yang pertama Parlimen.
Pada ketika itu memang pendapatan daripada minyak adalah 40 peratus lebih kerana harga minyak pada masa itu USD100 dolar satu tong.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jadi dalam tempoh itu kerajaan mempunyai kebijaksanaan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Biarlah fakta itu betul sedikit.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Maknanya dia tidak menumpukan, kerajaan tidak bergantung pada satu sumber pendapatan semata-mata.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya lah, hendak mencukai rakyat takkan itu merupakan sumber hendak gantikan minyak. Carilah cara lain.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Sebab itu dia turunkan pergantungan daripada minyak kepada perkara lain menerusi transformasi.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini kalau sekadar cukai rakyat, ini bukan kerajaan yang bijak.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Melalui transformasi ekonomi, dasar fiskal yang berhemat, dasar fiskal berimbang kita menuju. Kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Sri Mohd. Najib istiqomah...
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
[Ketawa] Istiqamah dalam memastikan dasar fiskal negara berada pada tahap yang rendah, walaupun keadaan ekonomi begitu sukar. Bukan Malaysia sahaja, seluruh dunia.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Shah Alam tak tahu itu.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Ini fenomena ekonomi dunia yang kita terlibat sama. Jadi kita, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Di dunia, semua dunia, semua negara ada 1MDB kah? Semua Perdana Menteri dapat RM2.6 bilion dalam akaun peribadi kah? Semua duit negara semua turun, jatuh kah? Janganlah cakap macam seolah-olah semua sama.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Itu langsung tak ada kaitan. Apa kaitan RM2.6 bilion dengan ekonomi dunia?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Adakah hutang negara, setiap negara hutangnya melambung? Tak betul, tak betul.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tak ada kaitan langsung.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ada pula tak ada kaitan langsung.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Itu hanya niat jahat hendak menghina orang, hendak memburukkan orang. Itulah kerja dia. Apa kaitan RM2.6 bilion dengan ekonomi dunia? Tak ada kaitan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Inilah masalah dia. Bila orang kemukakan soalan bukan nak jawab, hendak serang balik. Saya tanya, saya tanya tadi jawablah.
Seorang Ahli
Sampai tukar partilah.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Sampai tukar parti sebab hendak memburukkan orang.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Eh bukan hendak memburukkan orang, hendak menyatakan kebenaran. Amanah, siddiq, amanah, qaiziq, qiyad. Itu dia.
Seorang Ahli
Masuk PASlah, masuk PASlah.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Biar apa hendak jadi soal kepentingan ekonomi negara, kata Perdana Menteri akan tetap dipertahankan...
[Tepuk] Biar autonomi dunia bagaimana keadaannya tetapi perjuangan untuk menurunkan defisit dan mengawal dasar fiskal dengan kemas dan baik kerana hendak jaga rating ekonomi dan kewangan kita, tetap dipertahankan oleh Perdana Menteri...
[Tepuk] Betul, tak ada yang tak betulnya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Rating sudah menurun, betul. Yang naik, rating bab rasuah. Itu naik.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Apa ini, soal jawab kah?
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Sudah bagi cakap, apa pun...
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Yang itu hanya satu perkara yang dilihat oleh Yang Berhormat Shah Alam sebab ada kepentingan. Kita punya GDP naik, dia tak mahu sebut. Kita punya rating lain naik, dia tak tengok. Tak apalah, itu yang hendak disebut.
Namun begitu, saya menyeru kerajaan dalam ekonomi bertumbuh dan sebagainya ini kita menghadapi juga masalah berkaitan dengan harga komoditi khususnya getah. Ini penting. Sebab itu saya menyeru kerajaan melalui agensi-agensinya supaya mencari jalan bagaimana meningkatkan permintaan dalam negeri kepada penggunaan getah ini sehingga satu ketika, seluruh hasil daripada pekebun kecil ini boleh diconsume oleh dalam negara tak perlu jual luar negara dan kita boleh lock price pada price berapa kita hendak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, boleh gulung Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jadi sebab itu langkah pertama, saya seru kerajaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Jelebu, lepas ini jangan keluar ya. Yang Berhormat Raub hendak bidas balik.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Saya minta kerajaan supaya insentif pengeluaran getah ini, mekanisme pembayaran kepada penoreh getah itu dikaji semula dan dilaksanakan secepat mungkin supaya membolehkan penoreh getah menerima insentif at the point of sale, dengan izin. Di titik jualan mereka, mereka tak perlu lagi membuat tuntutan selepas jualan. Maknanya hari itu dia jual, berapa dia dapat, berapa tambahan yang dia dapat, dapat ketika itu tak perlu buat tuntutan-tuntutan. Tuntutan- tuntutan itu biar dibuat kalau boleh oleh peniaga-peniaga berlesen di mana dia menjual itu.
Ini memudahkan sebab kita hendak menolong rakyat biar bagi dia mudah betul-betul.
Jangan biarkan dia menuntut jauh. Setengah-setengah daripada penoreh getah itu tuntut bukan banyak tetapi terpaksa pergi begitu jauh mengambil masa. Jadi sebab itu simplify dan permudahkan proses dan kalau boleh harga dan perbezaan IPG ataupun insentif itu dibayar ketika mereka menjual getah-getah masing-masing di point of sale itu, tak perlu lagi buat tuntutan. Tuntutan dibuat oleh pekedai-pekedai ataupun peniaga-peniaga berlesen itu. Saya fikir ini mekanisme yang realistik. Yang Berhormat Shah Alam dia tak minat, ini bekerja untuk bela rakyat ini mana dia minat.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Dia bekerja untuk menarik sokongan rakyat, dia minat. Putar belit, pusing okey.
Macam mana hendak mudahkan rakyat, ini tak ada dalam pemikiran dia.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yalah, maknanya Yang Berhormat Jelebu mengakuilah bahawa mekanisme yang telah ditetapkan sekarang oleh kerajaan telah gagal. Ia tidak menyelesaikan masalah.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Bukan, kita sentiasa mencari jalan untuk menambah baik.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sehingga terpaksa diubah suai.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tambah baik, tambah baik, tambah baik.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Hendak tarik balik, tetapi Yang Berhormat Jelebu sendiri yang cadangkan. Biar terima dan sebagainya berkat tadi.
Maknanya mekanisme yang sekarang tidak betullah.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Bukan tidak betul, kita hendak memperbaiki.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kalau sudah tidak betul, tidak payah tukarlah. Inilah masalah dia...
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
...Continuous improvement, dengan izin...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Main tuduh-tuduh. Orang suruh fikir tentang penyelesaian masalah. Daripada dahulu lagi kita sudah tunjukkan harga getah macam mana, harga beras macam mana tetapi kerajaan apa dia buat? RM2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Itu sahajalah modalnya, lain tidak ada.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Jelebu, benda besar. bukan kecil punya hal...
[Dewan riuh]
Datuk Raime Unggi - Tenom
Yang Berhormat Shah Alam tidak ada modal.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Seterusnya, saya ada dua perkara sahaja lagi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kalau penoreh getah dapat RM2.6 bilion itu baru best.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Itu ialah rintihan suara orang yang dengki, kecewa. Sepatutnya kalau aku dapat bagus, dia kata.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya kata kalau penoreh getah.
Tadi Yang Berhormat Jelebu kata saya ini tidak minat hendak bela orang miskin. Kenapa Perdana Menteri tidak keluarkan RM2.6 bilion itu agih di kalangan penoreh getah?
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tidak boleh.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kenapa dia pulangkan balik kepada Putera Diraja Saudi Arabia.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Kalau dana itu ‘A’ punya, tidak boleh pergi ke ‘B’.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kalau sudah dapat sumbangan, tidak nampak kah orang miskin? Kenapa tidak bantu?
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Apalah Yang Berhormat Shah Alam ini. Tidak ada modal lain.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Jelebu...
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Modal lainlah. Tidak ada, saya ada dua perkara lagi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Setuju atau tidak Yang Berhormat Jelebu, dia tidak bagi RM2.6 bilion kepada penoreh getah sebab itu duit rasuah. Sebab duit rasuah tidak bagi kepada penoreh getah. Betul tidak, setuju tidak?...
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Kita pejuang kepada penoreh getah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Setuju tidak, setuju tidak? Tidak diagihkan kepada penoreh getah sebab duit rasuah, tidak baik.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Kerajaan sentiasa fikir bagaimana untuk mensejahterakan rakyat, bagaimana hendak bagi rakyat bahagia termasuklah yang saya cakap ini iaitu...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bagi rakyat bahagia dengan GST?
Itu formula yang cukup dikagumi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Hidup Yang Berhormat Jelebu [Ketawa]
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tuanku juga ada menyebut tentang penyediaan internet jalur lebar berkelajuan tinggi. Tahun 2020 dijangka 95 peratus akan diliputi. Sebelum kita sampai ke tahap itu, saya hendak tanya Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Bagaimana dengan kedudukan Kampung Tanpa Wayar ini? Piring semua sudah cabut, dahulu ada sekarang semua sudah buka. Sudah jadi isu rakyat. Sebab itu saya tanya kepada kementerian, bagaimana kedudukan dan bila hendak diadakan, hendak dilengkapkan dan hendak dipasangkan. Cerita 2020 internet jalur lebar 95 peratus adalah diragui.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
WiFi kampung ini tidak dapat diatasi. Ini saya minta kementerian jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Satu lagi, last dan terakhir. Sebab apa last? Sebab ini juga merupakan disampaikan oleh Tuanku Seri Paduka ketika Titahnya di hujung juga. Iaitu saya bacalah kita ambil iktibar mungkin sudah lupa. Yang Berhormat Shah Alam jangan buat lelap [Ketawa]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ini berhujah macam MP tidak ada wayar sahaja. MP putus wayar kah ni?
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Saya hendak baca apa yang Tuanku cakap ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Wayar sudah putus, tidak payah.
Berhenti sahajalah.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Ini penghujung Titah Tuanku.
Tuanku ada berpesan kepada semua Ahli Parlimen. Tuanku bertitah dia kata semua Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam dengar. Semua Ahli Yang Berhormat, berhentilah berpolitik untuk kepentingan sempit kerana ia telah berlarutan sejak sekian lama di mana ia melelahkan rakyat dan meletihkan. Ini tidak produktif langsung. Counter productive.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Perdana Menteri sudah letih, kita faham.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Perdana Menteri tidak pernah letih.
Yang letih ini Baginda Tuanku melihat perangai macam Yang Berhormat Shah Alam.
Semua hendak dipolitikkan. Kapal terbang jatuh pun hendak dipolitikkan. Lahad Datu sudah kena serang pun dia kata berlakon. Itu yang Tuanku tidak tahan. Politicking macam ini.
Rakyat pun sudah letih, sudah jemu, berhentilah berbohong ini.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang RM2.6 bilion itu sekejap kata tidak ada, selepas itu kata untuk hendak lawan ISIS. Lepas itu kata hendak lawan ini, selepas itu kata pulangkan balik.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Yang Berhormat Shah Alam baca di internet, tunggulah kenyataan rasmi. Baca kat FB.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Lepas itu kata dari Saudi. Apa ini?
Politicking macam inilah yang letih. Tukar-tukar cerita.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Ambil pesan Tuanku ini, jangan politicking banyak sangat kerana ia tidak menguntungkan negara. Ia tidak menguntungkan rakyat. Ini yang Tuanku pesan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Bukan dia pesan kepada Yang Berhormat Pekan kah?
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jadi sebab itu janganlah politikkan semua perkara. Ini soal negara kita harus bersatu, kepentingan rakyat biar dari mana pemikiran kita, kita mesti bersama mempertahankan kepentingan rakyat. Tidak kira dia datang daripada pemerintah atau datang dari sebelah sana. Akan tetapi yang selalu banyak untuk kepentingan rakyat ini datang daripada sebelah pemerintah kerana itu tanggungjawab pemerintah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Lawaklah.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Ini bukan lawak, ini betul-betul.
Kalau lawak cerita P.Ramlee [Ketawa] Macam Yang Berhormat Shah Alam. Dia jadi lawak.
Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, berhentilah. Tukul ini ada. Yang Berhormat cukuplah.
Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Dengan kata-kata itu saya menyokong Usul Menjunjung Kasih ini. *Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Raub.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya dengar Yang Berhormat Jelebu cakap macam kena pergi sekolah semula [Ketawa] Saya ambil teori ekonomi itu betul-betul lain daripada yang kita belajar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
*Bismillahir Rahmanir Rahim...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran]* Tuhan berfirman, apabila kita bagi satu orang kedudukan, dia melaksanakan solat, dia mengeluarkan zakat dia menyeru dan mengajak orang melakukan kebaikan dan menolak kemungkaran.
Konsep solat tadi ialah memberi maksud membulatkan fokus, menjaga disiplin, memelihara rukun dan menyatupadukan semua orang. Kita beri zakat itu beri kepada orang miskin dan beri pada mereka yang berhak menerimanya dan kita menyeru orang melakukan kebaikan dan mengelak kemungkaran. Apabila benda ini dituntut oleh masyarakat tidak boleh dilakukan, maka runtuhlah kepercayaan.
Maka hari ini saya hendak bercakap mengenai hilangnya dan terhakisnya kepercayaan atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai trust. Ini kerana dalam paragraph kedua, Tuanku Yang di-Pertuan Agong menyebut mengenai ekonomi pendapatan tinggi.
Saya kira tidak ada orang pun membangkang dan membantah matlamat ini kecuali kita memberi peringatan dan kita letakkan pengharapan bagi apabila kita mencapai ekonomi pendapatan tinggi ini, ia dinikmati secara adil dan saksama oleh semua masyarakat.
Perangkaan daripada Economy Planning Unit menunjukkan bahawa pertambahan dan peningkatan pendapatan dinikmati oleh golongan T20, top 20 percent. The bottom 40 percent terus melihat pendapatan mereka itu jauh mundur dan jauh ke belakang berbanding dengan pendapatan bulanan yang dinikmati oleh T20.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Sementara kita setuju dengan matlamat ini, kita nampaknya berbeza pandangan mengenai apa yang diperlukan dan strategi yang kita pilih untuk mencapai matlamat ekonomi pendapatan tinggi. Saya melihat strategi kerajaan yang memerintah hari ini ialah berpaksi kepada dua, dua kaedah.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Pertama ialah apa yang disebut sebagai big government business model yakni kerajaan melibatkan diri secara langsung dalam perniagaan sama ada mewujudkan syarikat miliknya ataupun melalui GLC. Contoh yang paling terkenal pada hari ini ialah 1MDB, SRC dan lain-lain lagi.
Kita lihat rekod business yang dimiliki kerajaan tidak membawa keuntungan. GLC, pengalaman saya di Pahang sendiri, GLC yang dimiliki oleh kerajaan Pahang semua tidak mencatat keuntungan. Jadi kita jangan hairan apabila kita mendengar pertumbuhan ekonomi kita empat peratus hingga lima peratus. Itu bukan hasil daripada kerajaan yang buat tetapi hasil daripada individu usahawan yang beroperasi untuk meningkatkan keuntungan. Sebab apa, kalau kita banding dengan syarikat yang dimiliki oleh kerajaan iaitu sebagai petunjuk bahawa kerajaan melaksanakan business itu secara langsung, banyak secara puratanya ialah menanggung kerugian.
Jadi, janganlah kita sebut, mengulang berulang kali, empat peratus ke lima peratus pertumbuhan dan kerajaan melakukan ini dan itu. Itu sebab mereka mengusai perbendaharaan. Maka tanggungjawab orang yang pegang treasury ialah melaksanakan pembangunan dan tanggungjawab pembangkang ialah memantau supaya perbelanjaan itu dilakukan secara berhemah dan tidak ada ketirisan dan pemborosan.
Strategi kedua ialah apa yang saya sebut sebagai proxy capitalism iaitu kerajaan memilih individu-individu tertentu dan syarikat-syarikat tertentu untuk melaksanakan perniagaan mereka. Apakah kesan dan rekod yang terjadi? Kita kembali kepada perangkaan yang dihasilkan oleh Economic Planning Unit menunjukkan kesenjangan pendapatan terus melebar. Strategi ini mewujudkan kesenjangan pendapatan yang kita sebut sebagai economic injustice dan apabila ini berterusan, kepercayaan kepada kerajaan akan terhakis. Apabila kepercayaan terhakis, maka tidak ada permuafakatan dan kerjasama yang akan diberi kepada kerajaan dan saya rasa untuk mencapai matlamat ekonomi pendapatan tinggi akan gagal kalau kerajaan tidak boleh mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
Saya lihat rekod daripada apa yang telah dilaksanakan melalui apabila kerajaan melakukan big government business model dan proxy capitalism ini ialah golongan T20 menguasai 64 peratus daripada pendapatan. Dari tahun 2012 hingga 2014, kedudukan T20 bertambah baik secara mutlak manakala kedudukan B40 bertambah buruk. In absolute terms dalam bahasa Inggeris, perubahan dalam percentage terms berbanding dengan perubahan percentage terms tidak memberi keriangan kepada golongan B40 yang majoritinya, saya sedih untuk beritahu ialah terdiri daripada orang Melayu. Golongan B40 yang merupakan golongan bawahan dan mempunyai pendapatan rendah.
Kalau kita tengok dari tahun 2012, ini angka daripada Economic Planning Unit, golongan T20 bangsa Malaysia, tidak kira bangsa, ini Malaysia, pendapatan bulanan mereka ialah RM12,000 dan tahun 2014 naik kepada RM14,305. Dalam percentage terms, hanya pertambahan 18 peratus tetapi dalam terma mutlak atau absolute terms, pertambahan pendapatan golongan T20 bertambah sebanyak RM2,100. Golongan B40, iaitu golongan yang bawahan, hanya memperoleh pertambahan RM690 sebulan berbanding dengan RM2,100 tadi.
Jadi bermakna kesenjangan pendapatan apabila dilaksanakan strategi ekonomi oleh kerajaan menyebabkan perbezaan pendapatan antara golongan yang miskin dan yang kaya. Ini yang disebut sebagai walaupun kita kedengaran klise dan selalu diperdengarkan pada masyarakat, yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin. Ini akibat dia.
Jadi kita dengar tadi, bagaimana sudah berlaku insiden barter trade. Saya di Raub sendiri Tuan Yang di-Pertua, saya tengok makcik-makcik yang menjual sayur-sayuran sekarang ini menukarkan hasil mereka untuk membeli ayam, membeli daging. Mata wang tidak ada, cash tidak ada. Jadi mereka terpaksa melakukan barter trade. Barangan bertukar dengan barang.
Ini menunjukkan masyarakat bawahan tidak mempunyai liquidity, susah nak dapat duit. Kalau hari ini getah RM2.00 satu kilogram, dia kena menoreh 400 kilogram dapat RM800 kemudian bahagi dengan tuan tanah, dia dapat RM400 sebulan. Ini tidak cukup untuk membiayai kehidupan dan membeli barang-barang. Saya hendak beritahu, walaupun barang-barangan itu zero rated, tidak ada GST tetapi delivery nya ada GST. Ikan yang dibeli oleh peniaga ikan di Raub itu diperoleh dan diambil dari Pasar Borong Selayang. Ada transport. Transport ada GST.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Saya hendak beritahu, ikan kembung sebagai contoh, kalau di Kuala Lumpur ini RM15 sekilogram. Di Raub RM20 sekilogram. RM20. RM5 beza dia, Tuan Yang di-Pertua.
jadi ini menunjukkan, jangan kita kata GST tidak ada memberi kesan kepada masyarakat bawahan walaupun barangan yang dibeli itu zero rated sebab apa, pengangkutan itu ada GST dan perkhidmatan yang merangkumi delivery barangan tadi mempunyai GST, mempunyai elemen GST. So, jangan kita cakap GST bagus.
Saya hendak buat koreksi di sini, semenjak GST dilaksanakan satu tahun dahulu, kerajaan telah mengutip bukan RM39 bilion tetapi RM51 bilion. Banyak duit itu, Tuan Yang di-Pertua. Ini sudah menjadi punca pendapatan kepada kerajaan dan saya amat tertarik apabila Yang Berhormat Kuala Nerus tadi beritahu, mengikut kaedah Islam, kita cukai berasaskan kepada pendapatan, bukan perbelanjaan. Ini satu perkara yang menarik minat dan mesti diberikan kajian yang lebih.
Jadi kembali kepada perangkaan yang saya sebut tadi, secara purata, pendapatan T20 adalah tiga kali ganda berbanding dengan pendapatan mereka yang berada dalam kumpulan B40. Inilah dia kesannya daripada model yang digunakan oleh kerajaan iaitu big government business model yang berlawanan dengan deklarasi. Apabila Yang Amat Berhormat Pekan menjadi Perdana Menteri, dia boleh tahu the age of big government, the era government knows best sudah berakhir tetapi kita tengok sekarang ini dengan perlahan-lahan, dengan serang hendap kerajaan mencampuri kehidupan individu dan masyarakat dengan lebih meluas. Ini akan saya sentuh sekejap lagi.
Jadi seperti yang saya sebut tadi, apabila berlaku kesenjangan pendapatan, maka berlakulah kehakisan kepada kepercayaan kepada kerajaan yang apatah lagi belum terjawab isu-isu yang diperkatakan dengan hangat iaitu 1MDB, RM2.6 bilion derma, kehilangan dan lesapnya USD4 bilion yang dinyatakan oleh Swiss Attorney General dan pemindahan wang daripada SRC kepada akaun peribadi Perdana Menteri yang tidak diterangkan kepada masyarakat.
Masyarakat tertanya-tanya sebab apa, apabila kita tak terjawab, tidak ada closure. Walaupun Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa kita melupakan perkara tersebut sebab rakyat sudah diletihkan tetapi kalau tidak ada closure yang meyakinkan, maka selama itulah isu ini akan terus berada dalam fikiran dan kesangsian rakyat biasa, terutama rakyat bawahan.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Saya hendak beritahu kepercayaan ataupun trust adalah elemen yang paling penting untuk mencapai ekonomi pendapatan tinggi. Trust atau kepercayaan ialah elemen yang terpenting juga dalam apa yang kita sebut sebagai social capital iaitu himpunan nilai- nilai yang menyebabkan dan yang mempromosikan kerjasama dan permuafakatan di antara manusia sesama manusia.
Kalau di Malaysia ini, apabila rakyat tidak ada lagi kepercayaan kepada kerajaan, maka saya khuatir dan menjangkakan bahawa harinya akan tiba apabila sokongan kepada kerajaan yang memerintah pada hari ini akan jatuh sebab dia tidak boleh lagi. Kredibiliti Perdana Menteri, kredibiliti kerajaan ini untuk memberi dan memberi penjelasan yang meyakinkan supaya mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan sudah tidak ada.
Sejak tahun 2011 kepercayaan rakyat kepada kerajaan secara umumnya dan khususnya kepada institusi-institusi kerajaan merudum jatuh.
Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh ukur kepercayaan dan sokongan rakyat dengan melihat berapa orang pergi ke KLIA untuk pergi ke Ho Chi Minh City ataupun dengan melihat orang berpusu-pusu pergi ke shopping mall tetapi kita melihat ukuran- ukuran dan indeks-indeks kepercayaan masyarakat kepada institusi kerajaan itu sendiri dan institusi-institusi seperti media, institusi seperti NGO juga dan seperti perniagaan umumnya.
Saya suka citalah menyebut di sini, kita bernasib baik kerana ada organisasi yang buat penyelidikan mengenai kepercayaan dan trust ini dalam masyarakat kita. Saya yakin bahawa ramai orang di sini telah dengar dan kita pun telah membaca mengenai perkara ini sejak akhir-akhir ini iaitu mengenai Edelman Trust Barometer. Ini satu yang dilaksanakan oleh satu organisasi untuk mengkaji dan menilai kepercayaan kepada kerajaan.
Saya hendak beritahu di sini trust index di antara Malaysia berbanding dengan negara-negara lain. Tahun 2016, China sebuah kerajaan yang telah berhijrah daripada sosialisme kepada kapitalisme pada hari ini, trust indexnya ialah 73 peratus.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Bermakna Tuan Yang di-Pertua, 73 peratus daripada kumpulan yang dikaji selidik itu percaya kepada kerajaan mereka. Di India 65 peratus, di Singapura 64 peratus. Di Indonesia yang telah melakukan dan melaksanakan beberapa perubahan dalam cara mereka berkerajaan, cara mereka membetulkan perkara-perkara besar seperti rasuah, trust index rakyat Indonesia kepada kerajaan mereka ialah 62 peratus. Bagaimana kedudukan Malaysia? Kedudukan Malaysia dalam tahun 2016 kurang daripada 50 peratus rakyat percaya kepada kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, ini menunjukkan bahawa kepercayaan kepada kerajaan terlalu teruk dan ia diakibatkan oleh satu orang sahaja, Tuan Yang di-Pertua, yakni pemimpin kerajaan yang ada pada hari ini. Kemudian kita tengok bagaimana kepercayaan kepada institusi kerajaan itu sendiri. Pada tahun 2014, 54 peratus; tahun 2015, 45 peratus merudum. Sekarang ini tahun 2016, 39 peratus- jatuh. Kemudian bagaimana kepercayaan masyarakat kepada media yang dikuasai oleh kerajaan. Pada tahun 2014, 59 peratus; tahun 2015, 46 peratus; tahun 2016, 45 peratus.
Bermakna, saya ada jawapan kenapa Malaysian Insider ditutup kerana kerajaan yang ada pada hari ini dengki dan iri hati kerana masyarakat lebih mempercayai atau membaca alternatif media daripada membaca media-media yang dikuasai oleh kerajaan.
Hanya 64 peratus- kalau kita tanya tadi satu kumpulan yang dikaji selidik, hanya 64 peratus mempercayai media yang dikuasai oleh kerajaan dan kalau kita tanya kembali orang kumpulan yang serupa bagaimana sikap mereka terhadap alternatif media atau media sosial yang dikendalikan oleh orang bukan kerajaan, 72 peratus lebih mempercayai sosial media yang dikendalikan oleh orang perseorangan, individu atau kumpulan berbanding dengan media yang dikuasai oleh kerajaan. Ini menunjukkan betapa kepercayaan across the board, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, jatuh daripada kerajaan. Kerajaan tidak enjoy lagi trust daripada rakyat.
Jadi, sebab itulah ada saya beritahu tadi, itu sebab yang paling rasional, bukan sebab The Malaysian Insider tidak mempunyai wang ataupun tidak mempunyai modal untuk meneruskan sebab ramai yang membacanya. Ya lah, kerajaan menutup sebab, seperti yang saya sebut tadi, iri hati dan dengki bahawa masyarakat lebih mempercayai alternatif media daripada media yang dikuasai oleh kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Raub boleh gulung.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Saya hendak sebut sikit, Tuan Yang di-Pertua, mengenai paragraf lima dan enam Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong yang ada menyebut mengenai ancaman-ancaman. Ini yang konvensional.
Kefahaman konvensional kita terhadap ancaman ialah ini ancaman dari luar. Respons kita secara lazim dan konvensional ialah, seperti yang dititahkan, kita menambah aset-aset legitimate coercive forces in the country iaitu polis dan ketenteraan.
Saya tertarik pada satu sentence atau satu ayat iaitu, “Menyokong langkah- langkah proaktif termasuk undang-undang”. Jadi saya sedikit keliru di sini sebab kita baca dalam surat khabar bahawa Majlis Raja-raja Melayu menitahkan AG atau Attorney General untuk pergi balik dan membuat penghalusan atau refinement kepada NSCB dan kita tidak dengar AG balik kepada Majlis Raja-raja Melayu dan beri laporan sama ada penghalusan telah dibuat atau tidak.
Akan tetapi, pembacaan paragraf lima dan enam membayangkan bahawa kerajaan pada hari ini tidak langsung menghiraukan pandangan dan permintaan dan permohonan Majlis Raja-Raja Melayu. Ini sebab kalau kita baca di situ, seolah-olah perintah kepada Attorney General itu tidak langsung difaktorkan ke dalam Titah Diraja yang dilakukan tempoh hari, menandakan pada saya bahawa kerajaan yang memerintah pada hari ini membelakangkan permintaan yang saya rasa valid daripada Raja-Raja Melayu yang bimbang akan pemusatan dan himpunan kuasa dalam tangan satu orang. Ini satu perkara yang sungguh menyedihkan.
Ini tentulah berlawanan dengan deklarasi bahawa zaman government knows best is over. Sebetulnya ini tidak berlaku tetapi kita telah lihat the creeping encroachment by the government into the life of the individual and masyarakat melalui akta-akta.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Kita ada POTA, kita ada POCA, kita ada SOSMA dan paling akhir sekali ialah NSCB ini, dan kita tidak tahu dan saya mohon penjelasan kepada pihak kerajaan sama ada Attorney General, Peguam Negara sudah kembali kepada Majlis Raja-Raja Melayu untuk memberitahu sama ada penghalusan atau refinement telah dilakukan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Raub. Sila Yang Berhormat Kudat.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri - Kudat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang ini. Kudat memberikan sokongan terhadap Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong berkaitan dengan pencapaian-pencapaian dan polisi-polisi yang telah digariskan melalui Titah Baginda yang telah disampaikan pada 7 Mac 2016 bagi Parlimen Ketiga Belas ini.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita sedia maklum bahawa negara kita sememangnya menghadapi satu lagi suasana iaitu kejatuhan ekonomi. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa ini bukanlah perkara baru bagi negara kita kerana kita telah melaluinya pada tahun 1987, 1997, 2007 dan sekali lagi pada tahun ini. Ia adalah berkait rapat dengan external factors dan juga beberapa perkembangan yang berlaku dalam dunia global pada hari ini.
Oleh sebab itu, bukanlah merupakan sesuatu yang begitu mudah bagi sesebuah kerajaan dan negara untuk menguruskan ekonomi kerana kita harus sedar bahawa setiap negara akan berhadapan dengan economic cycle iaitu setiap tujuh hingga sepuluh tahun, negara akan berhadapan dengan suasana kemerosotan.
Ini telah pun dijelaskan bukan sahaja pada zaman moden ini tetapi juga pada zaman ketika dulu iaitu pada zaman masa Nabi Yusuf yang telah pun menjelaskan di dalam pentafsiran mimpi beliau iaitu seorang yang telah meminta Nabi Yusuf untuk mentafsirkan mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk memakan tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai yang hijau dan tujuh tangkai yang kering. Ini telah pun dijelaskan dalam banyak kitab bukan sahaja kitab Al-Quran tetapi juga kitab-kitab tauhid yang lain.
Ini merupakan sesuatu yang lumrah iaitu economic cycle, dan business cycle adalah sesuatu yang kita harus hadapi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kudat, boleh kita sambung esok ya. Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 16 Mac 2016.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.31 malam]