Mar102016

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, berapakah kes kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang telah diselesaikan dan apakah tindakan yang dikenakan kepada mereka serta apakah langkah-langkah atau dasar affirmative yang akan diambil oleh kementerian untuk menangani masalah kenaikan harga barang oleh peniaga yang tamak.

final • 10:00 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

*Dari Pasir Gudang ke Tangga Batu, Saya hendak jawab soalan nombor 1...

[Ketawa]* Tuan Yang di-Pertua, terdahulu izinkan saya menjawab pertanyaan ini secara bersekali dengan tiga lagi pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lanang pada 15 Mac 2016, Yang Berhormat Tanjong Piai pada 16 Mac 2016 dan Yang Berhormat Langkawi pada 22 Mac 2016 kerana menyentuh perkara yang sama, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah melaksanakan operasi penguatkuasaan melalui Ops Catut sejak 15 Januari 2015 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan Peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme untuk Menentukan Keuntungan Tinggi yang Tidak Munasabah) (Margin Keuntungan Bersih) 2014 untuk bertindak tegas terhadap pihak yang mengeksploitasi keadaan menaikkan harga sebagai satu usaha menangani isu kenaikan harga barang.

Sehingga 18 Mac 2016, sebanyak 2,848 notis di bawah seksyen 21 AKHAP 2011 telah dikeluarkan terhadap peniaga yang disyaki mencatut. Hasil tindakan ini, sebanyak 209 kes Kertas Siasatan telah dibuka iaitu 147 ke atas siasatan di bawah seksyen 14(1) kerana mencatut, 55 kes Kertas Siasatan di bawah seksyen 21(5) kerana enggan atau gagal memberi maklum balas kepada notis yang dikeluarkan dan tujuh kes Kertas Siasatan di bawah seksyen 53A kerana tidak menyimpan rekod perniagaan. Daripada jumlah ini, sebanyak 19 kes telah dibawa dan didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Antipencatutan yang mana sejumlah 16 kes telah selesai didakwa serta dijatuhkan hukuman dengan denda keseluruhan berjumlah RM495,500.

Masing-masing lapan kes di bawah seksyen 14(1) dan lapan kes di bawah seksyen 21. Selain itu, terdapat tiga kes lagi masih dalam tindakan pendakwaan di mahkamah. Jumlah kes yang dikompaun pula ialah sebanyak 14 kes iaitu masing-masing sepuluh kes di bawah seksyen 14(1) dan empat kes di bawah seksyen 21(5).

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Sehingga kini, 13 kes telah selesai di kompaun dengan jumlah keseluruhan RM178,000 manakala baki satu kes belum dijelaskan.

Antara langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh kementerian untuk menangani masalah kenaikan harga barang oleh peniaga ialah seperti berikut:

(i) mengemas kini mekanisme pencatutan bagi memperkukuh dan meningkatkan keberkesanan dan penguatkuasaan pencatutan selepas 30 Jun 2016;

(ii) meneruskan kempen penurunan harga;

(iii) meneruskan penyediaan barangan keperluan yang lebih murah melalui Kedai Rakyat 1Malaysia dan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia;

(iv) menyediakan pelbagai medium pendahuluan aduan bagi memudahkan pengguna mengemukakan aduan yang antara lainnya seperti berikut:

(a) Portal eAduan KPDNKK,

(b) Talian Hotline 1800-886-800,

(c) SMS ke 15888,

(d) e-mel di alamat e-aduan.kpdnkk.gov.my; dan

(e) e-aplikasi telefon pintar Ez-ADU KPDNKK

(v) menubuhkan Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik

(PIGOS) bagi menambah baik pengendalian serta pengurusan aduan pengguna dan juga berfungsi sebagai pusat maklumat dan kawalan aktiviti penguatkuasaan untuk mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan seluruh negara;

(vi) menjalankan pemantauan harga barangan keperluan asas di seluruh negara di bawah program pemantauan harga oleh pegawai pemantau harga dan mengadakan kerjasama bersama kerajaan negeri dan agensi kerajaan lain dalam membantu menyalurkan maklumat kenaikan harga barangan dan caj perkhidmatan di premis perniagaan setempat kepada kementerian; dan,

(vii) memperkenalkan program Friends of KPDNKK melibatkan 307,536 orang setakat ini pengguna yang akan menjadi mata dan telinga kementerian. Friends of KPDNKK juga akan memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat kepenggunaan terutamanya mengenai isu harga barang.

Usaha-usaha ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dan selaras dengan matlamat sebagai the caring ministry, KPDNKK amat memandang serius usaha menangani isu kenaikan harga barangan demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Yang Berhormat Menteri, sebenarnya kita amat berterima kasih kepada usul yang dibuat oleh pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini. Akan tetapi kelihatannya masalah di bawah masih berlarutan dan rakyat masih lagi menghadapi masalah dari sudut harga yang dinaikkan dengan sewenang-wenangnya ini.

Jika dibandingkan dengan jumlah tindakan yang diambil, kami ingin bertanya juga, apakah tindakan seterusnya bagi memastikan satu kelangsungan yang lebih efektif dapat dilaksanakan seperti penubuhan mahkamah khusus untuk pengguna ini. Dengan cara ini, dahulu kita ada masalah di bahagian trafik, kita buat mahkamah untuk trafik. Dengan cara ini, segala permasalahan anti pencatutan ini dapat disalurkan dan tindakan dapat dipercepatkan kerana kita tahu mahkamah sedia ada mempunyai terlampau banyak kes yang tidak selesai-selesai.

final • 10:10 AM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Jadi, apakah arah pihak kementerian dalam usaha membantu pengguna rakyat jelata supaya tindakan yang lebih cekap dan efisien kepada peniaga dan segera dapat ditubuhkan mahkamah pengguna ini? Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang.

Semangat Yang Berhormat Pasir Gudang pagi ini. Kita sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, walaupun angka yang saya berikan tadi seolah-olah nampak begitu kecil, saya hendak jelaskan di sini, apabila kita sebut tentang kepenggunaan, isu yang dibangkitkan sama ada Ops Catut, atau penggunaan keseluruhannya. Banyak seksyen-seksyen lain yang telah pun kita ambil tindakan.

Jumlah keseluruhannya, pemeriksaan yang kita buat, tahun lepas, menghampiri dua juta, 1,997, 704 pemeriksaan yang telah pun kita buat. Ini menunjukkan bahawa ia bukannya sesuatu yang mudah kalau kita hendak adakah mahkamah yang khusus tentang kepenggunaan sebab kesnya begitu banyak sekali. Jumlah keseluruhan nilai rampasan, jumlahnya sudah melebihi dua juta, RM2,176,722. Jumlah kompaun yang telah pun kita terima, RM1,262,760.

Jadi permintaan Yang Berhormat Pasir Gudang itu ada relevansinya tetapi kita merasakan buat masa ini, belum boleh kita adakan kerana kita percaya dengan setakat apa yang sistem ada sekarang ini, sudah mencukupi untuk kita menangani masalah ini. Walau bagaimanapun, kalau sampai masa tahap yang kita rasa kita memerlukannya, insya-Allah, kerajaan akan mengambil perhatian tentang isu ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kepong.

final • 10:10 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah harga naik ini di tangan Tuhan dan apakah tindakan berkesan yang akan diambil selain daripada mahkamah khusus dan jawapan panjang lebar di dalam Dewan ini untuk integriti dan disiplin 2,000 orang penguat kuasanya?

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kepong bertanyakan apakah harga naik ini di tangan Tuhan. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, Tuhan tidak pernah pun nak menyuruh sesiapa naik harga atau turun harga. Yang buat masalahnya, mereka yang tidak percaya dengan tuhan yang selalu naikkan harga. Yang percaya kepada Tuhan selalunya dia akan mengikut amalan- amalan yang beretika dan tidak akan menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya.

Sebab itu, soalannya itu adalah sesuatu soalan yang mungkin beliau kurang pasti sama ada hendak mempercayai kepada Tuhan atau pun bagaimana. Sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, kesan yang hari ini yang kita buat, melalui 2,300 orang penguat kuasa yang ada, tidak mencukupi. Sebab itu jawapan saya tadi saya telah jelaskan, kita mempunyai bermacam-macam cara untuk approach masalah yang ada di hadapan kita.

Saya telah pun mengadakan program Friends of KPDNKK untuk membantu kita.

Setakat ini, seluruh negara yang berdaftar dengan kita sudah mencapai 307,000 orang pengguna yang ingin menjadi Friends of KPDNKK. Mereka menjadi mata dan telinga kepada kita. Jadi kalau ada sesiapa yang tidak mahu mengikut etika perniagaan yang baik, terus menaikkan harga, maka Friends of KPDNKK ini akan membantu dan menyalurkan dan membuat aduan kepada kita, termasuklah Yang Berhormat Kepong yang belum lagi berdaftar sebagai Friends of KPDNKK.

Kalau dia berdaftar, dia sendiri boleh buat aduan dan kita akan jemput dari semasa ke semasa untuk memberikan education, advokasi bagaimana untuk menangani masalah ini. Jadi saya jemput Yang Berhormat Kepong untuk berdaftar sebagai Friends of KPDNKK ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

2. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan] minta Menteri Kewangan menyatakan, adakah Kerajaan Persekutuan menimbang untuk semak semula kadar GST memandangkan pendapatan kerajaan semakin menurun akibat kejatuhan harga minyak antarabangsa.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Johari bin Abdul Ghani

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula kadar standard GST yang pada masa ini ditetapkan pada enam peratus. Ini kerana sebelum pelaksanaan GST kajian yang terperinci telah dibuat untuk memastikan kadar GST yang dikenakan adalah yang paling bersesuaian dengan mengambil kira antara lain kedudukan kadar cukai yang telah dilaksanakan sebelum pelaksanaan GST iaitu cukai jualan sebanyak 10 peratus bagi barangan dan cukai perkhidmatan enam peratus bagi perkhidmatan.

Di samping itu, pelbagai faktor lain seperti komposisi sumbangan hasil daripada sektor tertentu, beban cukai ke atas pengguna, struktur cukai pendapatan dan pakej bantuan kepada perniagaan juga telah diambil kira dalam penetapan kadar GST tersebut selaras dengan objektif untuk mewujudkan sistem pencukaian yang berdaya saing dalam jangka masa panjang. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri jawapannya. Jadi soalan saya ialah, sedangkan ekonomi begitu merosot, Sabah, rakyat Sabah menghadapi kesusahan yang lebih banyak daripada Semenanjung Malaysia, city ini. Barangan di Sabah yang lebih tinggi, lebih mahal tetapi pendapatan kita lebih rendah. Soalan saya ialah menteri sini adakah memberi pertimbangan menurunkan kadar GST ini untuk Sabah, untuk membantu rakyat Sabah menghadapi sengsara ini. Sekian.

final • 10:10 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya ingat sebelum saya jawab soalan ini, saya ingat elok kalau kita lihat bagaimana negara-negara jiran kita melaksanakan sistem GST dan apakah kadar dia. Kalau kita lihat di Filipina, kita mempunyai kadar 12 peratus GST; Indonesia 10 peratus; Vietnam 10 peratus; Cambodia 10 peratus; Laos 10 peratus; Thailand 7 peratus; Singapura 7 peratus; dan kita, 6 peratus.

Di samping itu, untuk pengetahuan Yang Berhormat Sandakan, walaupun kita mengenakan enam peratus, lebih rendah daripada negara-negara jiran kita tetapi pada masa yang sama, kita juga memberikan banyak kadar zero GST, zero rate GST. Contoh barang-barang makanan semua kita bagi yang diperlukan oleh mereka yang berpendapatan rendah, semua zero tax. Kemudian produk-produk pertanian juga zero tax seperti binatang ternakan daging, lembu, kambing dan sebagainya. Ayam, ikan, makanan laut, lain-lain utiliti eksport dan juga transport. Perkhidmatan awam. Rel, bas, teksi, tol, pengangkutan air, pendidikan, rumah kediaman dan sebagainya.

final • 10:10 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Jadi saya berpendapat bahawa untuk mengurangkan GST ini pada ketika ini agak tidak munasabah, at this moment kerana pendapatan kerajaan hari ini juga telah berkurang begitu banyak akibat daripada kejatuhan harga minyak kita.

final • 10:20 AM

Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, Timbalan Menteri. Kita tahu bahawa GST ini merupakan penyusunan semula cukai kepada negara dan sudah tentu beban kepada rakyat itu seperti diuar-uarkan di negara kita dan menjadi kebimbangan kepada masyarakat kita. Tanpa kita sedari bahawa hasil daripada cukai GST ini juga menambah pendapatan kepada hasil negara.

Jadi saya ingin tahu bagaimana negara kita, kerajaan kita membantu rakyat mengurangkan beban hasil kutipan cukai ini dapat diagih-agihkan kepada rakyat kita di negara kita? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih, Yang Berhormat. Seperti yang saya sebut tadi, walaupun kita mengenakan GST kepada rakyat tapi sebahagian besar daripada barang-barang keperluan asas yang diperlukan oleh rakyat yang berpendapatan rendah tidak dikenakan GST, barang-barang keperluan asas. Dalam masa yang sama, sebahagian daripada kutipan GST ini juga kita allocate atau kita agihkan kepada pemberian secara direct subsidy iaitu melalui BR1M sebanyak RM5.9 bilion. Kerajaan juga meneruskan bantuan-bantuan untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana setiap mereka yang tidak bernasib baik mendapat bantuan bulanan diteruskan juga.

Jadi inilah agihan yang digunakan oleh kerajaan apabila dia mengutip GST. Di samping itu, kita akan meneruskan pembangunan-pembangunan yang berbentuk yang memberi manfaat kepada kerajaan seperti pembinaan sekolah, jalan dan sebagainya. Inilah duit yang digunakan untuk kita meneruskan pembangunan kita apabila kita mengutip GST ini.

final • 10:20 AM

3. Datuk William @ Nyallau anak Badak [Lubok Antu] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, selepas kajian semula Bajet 2016, berapakah peruntukan bekalan air terawat yang masih diagihkan kepada kawasan Parlimen P203 Lubok Antu.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak jawablah pantun itu sebab susah hendak jawab pantun itu.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat selepas kajian semula Bajet 2016 terdapat satu projek bekalan air luar bandar yang akan dilaksanakan pada tahun 2016 di Parlimen Lubok Antu iaitu projek bekalan air luar bandar Jalan Bara Sayat ke Kampung Sok bahagian Sri Aman dengan anggaran kos projek tersebut ialah sebanyak RM12 juta. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Datuk William @ Nyallau anak Badak - Lubok Antu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada jawapan Menteri. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih ke atas kelulusan yang RM12 juta untuk bekalan air terawat kepada Sayat dan Soh iaitu menuju ke rumah panjang saya sendiri.

Ada kawasan-kawasan lain yang begitu kritikal iaitu kawasan Kumpang, Danau, Kandis dan begitu juga kawasan Wong Panjai, Wong Pandak, Setingin dan San Semanju.

Kawasan ini adalah dikelilingi oleh penanaman sawit atau kegiatan-kegiatan pembalakan yang menyebabkan air graviti di kawasan ini atau air dari sungai yang telah tercemar dan tidak sesuai lagi untuk diminum. Oleh yang demikian, saya memohon supaya kawasan- kawasan yang kritikal ini dipercepatkan untuk diluluskan oleh pihak kementerian.

final • 10:20 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian memang mengambil maklum akan keperluan bekalan air terawat dan bekalan air bersih ini terutama bagi kawasan-kawasan pedalaman di negeri Sarawak. Banyak yang belum kita laksanakan lagi.

Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan projek air di peringkat negeri- negeri termasuklah terutamanya di Sarawak adalah tertakluk kepada senarai keutamaan ataupun senarai yang akan dikemukakan oleh pihak berkuasa air negeri. Kalau di Sarawak contohnya Kuching Water Board, Lembaga Air Kuching Utara, Sibu Water Board yang diselaraskan dengan bekalan air luar bandar di negeri Sarawak.

Pada pandangan saya, pihak Yang Berhormat bolehlah mengemukakan cadangan dan berbincang dengan pihak berkuasa air negeri untuk memasukkan keperluan-keperluan tersebut yang dianggap sebagai keutamaan yang mendesak ini agar pihak berkuasa air negeri boleh mengemukakan kepada pihak kementerian mengikut keutamaan senarai- senarai yang akan dilaksanakan untuk tahun-tahun yang akan datang. Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya, Tuan Yang di-Pertua merasa simpati dan kasihan kepada rakyat Sarawak ini. Adakah satu rancangan daripada pihak kerajaan terutamanya satu timeline ataupun satu jangka waktu yang akan memberikan bekalan air terawat kepada rakyat di negeri Sarawak ini.

Saya dapati mereka mengharapkan air hujan Tuan Yang di-Pertua untuk minum seperti di Saribas, di Lingga, suatu ketika di Simunjan, kemudian di Gedung banyak lagi tempat di dalam kawasan pendalaman. Jadi saya harap kerajaan memberi satu timeline, satu jangka waktu, satu perancangan untuk membekalkan bekalan air yang terawat untuk rakyat di Sarawak ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub

Terima kasih, Yang Berhormat Nibong Tebal jauh daripada Nibong Tebal ke Sarawak ini.

Tuan Yang di-Pertua, masalah air bersih air terawat ini dia akan berpanjangan dan berlarutan sebab setiap tahun akan ada kawasan-kawasan baru dan penempatan baru yang akan dibina. Maka semua ini memerlukan air bersih dan air terawat. Sudah tentulah kajian dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahawasanya kita akan memberi bekalan air bersih dan terawat ini secara berperingkat. Kalau hendak tahu timelinenya sampai bila mungkin ianya akan berlarutan kerana masalah air ini tidak akan mempunyai - ada satu titik noktah.

final • 10:20 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub

Akan tetapi, saya hendak maklum kepada Yang Berhormat Nibong Tebal untuk tahun ini sahaja bagi negeri Sarawak kita menyediakan peruntukan RM152 juta untuk negeri Sarawak. Antara yang terbesar dalam negara kita di dalam belanjawan yang diumumkan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini.

Dalam RM152 juta ini, terdapat 17 projek bekalan air luar bandar yang berskala besar dan akan ada peruntukan-peruntukan tambahan untuk projek-projek bekalan air alternatif yang akan dilaksanakan secara berskala kecil bagi memenuhi keperluan. Kita yakin dan percaya di dalam tempoh yang terdekat ini menjelang 2020 sebahagian besar daripada masalah luar bandar terutama di kawasan-kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah akan dapat kita selesaikan walaupun ianya tidak secara keseluruhan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

4. Dato' Kamarudin bin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, setakat manakah dasar ASEAN Economic Community yang bermula pada tahun ini telah memanfaatkan ekonomi Malaysia.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Setelah hampir 50 tahun kewujudan ASEAN, Komuniti ASEAN telah secara rasmi dibentuk pada 31 Disember 2015. Komuniti ASEAN ini merangkumi tiga tonggak iaitu Komuniti Politik dan Keselamatan, Komuniti Ekonomi atau ASEAN Economic Community

(AEC) dan ketiga Komuniti Sosio Budaya.

Selama hampir lima dekad ini, ASEAN telah melaksanakan beberapa langkah untuk memperkukuhkan ekonomi bagi mewujudkan sebuah pasaran tunggal. Bagi tujuan ini, ASEAN telah melaksanakan penghapusan tarif import serta halangan-halangan ke atas sektor perkhidmatan dan pelaburan dan juga memudahkan aliran mobiliti pekerja mahir serta mobiliti modal di rantau ini. Pada masa kini, ASEAN telah pertama menghapuskan duit import atas lebih 96 peratus garis tarif untuk tujuan perdagangan intra-ASEAN di bawah perjanjian perdagangan ASEAN atau ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA).

Kedua, meliberalisasikan lebih 100 subsektor perkhidmatan bagi sembilan pakej di bawah rangka kerja perjanjian ASEAN berkenaan perkhidmatan atau dengan izin, ASEAN Framework Agreement on Services (AFAS). Ketiga, mewujudkan suasana pelaburan yang kondusif melalui Perjanjian Pelaburan Komprehensif ASEAN, dengan izin ASEAN Comprehensive Investment Agreement (ACIA) dan keempat meningkatkan mobiliti tenaga kerja mahir dan profesional.

Liberalisasi dan integrasi ekonomi ASEAN ini juga telah berjaya meningkatkan daya saing negara-negara anggota ASEAN khususnya dalam menjadikan rantau Asia sebagai sebuah pasaran tunggal dan pusat pengeluaran antarabangsa yang kompetitif.

Pelaksanaan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN 2015 telah menyumbang kepada pengukuhan ekonomi ASEAN dan peningkatan kepada kualiti hidup rakyat. Penyertaan Malaysia dalam AEC telah mengukuhkan lagi kedayasaingan Malaysia.

AEC telah mendorong Malaysia untuk melaksanakan beberapa inisiatif berbentuk liberalisasi bukan sahaja terhad kepada pelabur ASEAN tetapi juga kepada pelabur bukan ASEAN di luar rantau ini. AEC juga telah membantu industri tempatan dalam menghadapi persaingan dan transformasi ekonomi Malaysia. Usaha-usaha ini diambil untuk memperkukuhkan integrasi ASEAN juga memberikan manfaat dan impak yang positif kepada Malaysia terutamanya dari segi perdagangan dan pelaburan seperti berikut:

(i) ASEAN merupakan rakan perdagangan yang terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan sebanyak RM401.53 bilion atau 27.4 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia pada tahun 2015;

(ii) eksport Malaysia ke pasaran ASEAN pada tahun 2015 pula meningkat daripada 27.9 peratus kepada 28.1 peratus iaitu sebanyak RM219.41 bilion pada tahun 2015 berbanding RM213.58 bilion pada tahun 2014;

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

(iii) import Malaysia daripada pasaran ASEAN meningkat sebanyak 3.8 peratus kepada RM182.12 bilion pada tahun 2015 berbanding RM175.45 bilion pada tahun 2014; dan

(iv) jumlah pelaburan Malaysia ke negara-negara ASEAN juga telah meningkat, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM8.55 bilion pada tahun 2014.

Negara-negara seperti Thailand, Indonesia dan Filipina telah mula melabur dan melihat Malaysia sebagai pasaran yang penting bagi pelaburan mereka. Penubuhan AEC membolehkan syarikat-syarikat Malaysia mengambil peluang untuk memperluaskan eksport serta mengembangkan operasi mereka ke negara-negara ASEAN.

Kini, Malaysia merupakan sebuah negara pelabur utama negara-negara ASEAN di mana syarikat-syarikat Malaysia telah melabur secara meluas di dalam bidang perbankan, perladangan, perhotelan dan pelancongan, industri penerbangan serta sektor perkilangan.

Sehingga kini adalah dianggarkan lebih daripada 1000 buah syarikat Malaysia sedang beroperasi di negara-negara anggota ASEAN termasuklah AirAsia, Maybank, CIMB, UMW, UEM, Bina Puri, Digi, Axiata, Ramli Food, Ingress, Sime Darby, Petronas dan Khazanah.

Syarikat-syarikat Malaysia yang besar seperti industri kecil dan sederhana telah menubuhkan operasi di semua negara ASEAN. Kebanyakan syarikat-syarikat ASEAN telah menjadi sebahagian daripada rangkaian supply chain serantau dan juga global, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tumpat.

final • 10:30 AM

Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan jawapan yang panjang dan saya fikir baik untuk menjelaskan tentang perkembangan ASEAN dan ASEAN Economic Community sepanjang 50 tahun sebagaimana yang disebutkan dan boleh kita sebutkan Tuan Yang di-Pertua bahawa komuniti ekonomi perdagangan seperti inilah yang kita setuju dan sokong, tidak seperti yang sedang diusahakan seperti TPPA itu yang cuba untuk memusuhkan kita dengan negara dan gergasi ekonomi seperti negara China dan sebagainya.

Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua ialah manfaat kepada Malaysia dari segi harga kereta. Adakah kerajaan memikirkan tentang bagaimana untuk memastikan bahawa dengan kerjasama di kalangan negara ASEAN ini harga kereta di Malaysia ini dapat direndahkan lagi supaya ia tidak membebankan rakyat Malaysia dan soalan tambahan yang kedua ialah tentang pendatang dan pekerja asing yang merupakan suatu masalah besar untuk negara kita, rakyat Bangladesh dan lain-lainnya di negara kita ini dan ini merupakan masalah komuniti ekonomi terbesar yang lain di dunia seperti Eropah yang mana ia menghadapi pada mulanya, kalau kita kata pekerja asing daripada Eropah Timur dan sekarang daripada dunia Arab.

Jadi saya mengharapkan supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberikan jawapan tentang bagaimana harga kereta dapat diturunkan lagi melalui AEC ini dan kedua, bagaimana kerajaan merancang untuk memperbaiki kemasukan, penyerapan dan penerimaan negara kita kepada pendatang dan pekerja asing yang mula menjadi masalah kepada negara kita, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih atas soalan tambahan. Tadi Yang Berhormat Tumpat ada menyebut perbandingan ASEAN dan TPPA. Bayangkan kalau kita tidak memasuki ASEAN, apakah yang berlaku pada Malaysia? Bayangkan kalau kita tidak memasuki TPPA pada suatu ketika apabila TPPA itu telah dilaksanakan. Mungkin perkara yang kita tidak dapat fikirkan berlaku pada tahun-tahun yang akan datang boleh berlaku. Ini kerana TPPA misalnya, pasarannya 800 juta orang rakyat, ASEAN pasarannya 625 juta orang rakyat.

Apabila kita memasuki TPPA bererti kita mendapat peluang untuk memasarkan produk kita yang kita belum ada lagi Free Trade Agreements (FTAs) dengan empat buah negara iaitu Amerika Syarikat, Mexico, Peru dan juga Kanada. Selain daripada itu lapan buah negara lain kita sudah ada FTA dalam negara TPPA, oleh sebab itu pada pandangan saya apabila kita melihat ASEAN, kita perlu memikirkan alangkah beruntungnya kita berada dalam ASEAN sekarang dan kita tidak mahu satu ketika nanti akan ditanya alangkah ruginya kalau kita tidak berada dalam TPPA.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Soalan mengenai harga kereta dan juga pekerja asing ini. Kita tahu dalam negara Malaysia banyak pekerja asing yang diizinkan datang dari salah sebuah negara ASEAN iaitu Indonesia dalam negara kita. Daripada segi mobiliti pekerja profesional, ia adalah merupakan satu sektor yang kita liberalisasikan dalam konteks ASEAN. Ada 12 buah sektor yang kita liberalisasikan, sembilan sektor dan pekerja mahir itu kita liberalisasikan dan kita mudahkan tetapi bukan pekerja asing yang tidak mahir sebagaimana berlaku sekarang ini.

Ia lebih sesuai dijawab oleh Kementerian Dalam Negeri, secara keseluruhan Kementerian Sumber Manusia mengenai pekerja asing.

Walau bagaimanapun, saya ingin memaklumkan bahawa sembilan sektor liberalisasi itu termasuk pekerja profesional. Ini bererti kita boleh membuka firma arkitek, firma guaman, firma profesional yang lain ke negara-negara lain di negara ASEAN dengan ekuiti 70/30 sebagaimana ZICOlaw misalnya sebuah firma yang besar di Malaysia telah membuka firma itu di Indonesia dengan ekuiti 70/30, itu maksud liberalisasi daripada segi pekerja.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kemudian daripada segi harga kereta, ASEAN juga sebenarnya telah menandatangani enam FTA, sebagai sepuluh buah negara menandatangani enam FTA.

Antara FTAs yang kita tandatangani itu ialah dengan negara-negara yang juga pengeluar kereta. Seperti tahun 2004, ASEAN-China, ASEAN-Korea, ASEAN-Jepun, tahun 2006, tahun 2008 dan apabila kita menandatangani free trade agreement atau Perjanjian Perdagangan Bebas dengan negara-negara yang kita tahu mengeluarkan kereta seperti China, Korea, Jepun ini, harapan kita ialah harga kereta itu lambat laun ada penurunan.

Itulah yang saya boleh jawab sekarang.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Labuan.

final • 10:40 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, simple sahaja. Sebab sudah disebutkan TPPA tadi, adakah Malaysia menjadi sebahagian daripada TPPA itu akan memberikan kita kelebihan ataupun advantage di dalam industri automotif yang mana pada masa ini ia lebih didahului oleh ahli ASEAN yang lain seperti Thailand di dalam rantau ini? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Harga kereta lagi. Di MITI kita ada MAI iaitu Malaysia Automative Institute yang sentiasa melihat segala kemungkinan melalui FTA ini, harga kereta boleh dikurangkan daripada pasaran-pasaran dan FTA yang kita tandatangani. Jadi, dari semasa ke semasa memang kita memikirkan tentang perkara yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Labuan tadi.

Walau bagaimanapun, saya juga ingin menyatakan bahawa selain daripada kita menandatangani FTA dengan negara-negara pengeluar kereta untuk memastikan harga kereta itu, kita juga ada rakan dialog. Ada 11 dalam dunia ini yang merupakan rakan dialog kepada ASEAN iaitu Amerika Syarikat, Rusia, China, Jepun, Kanada, India, Kesatuan Eropah, United Nations, Korea, Australia dan juga New Zealand. Jadi kalau kita melihat dari segi perdagangan mengenai kereta dan perdagangan-perdagangan lain, berada dalam ASEAN itu adalah merupakan suatu perhubungan strategik yang cukup baik kerana bukan sahaja kita boleh berdagang antara sepuluh buah negara dan kita telah menjadikan ASEAN ini sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia tetapi kita juga mempunyai rakan-rakan strategik dengan kuasa-kuasa besar dalam dunia.

Satu perkara yang saya ingin maklumkan, kemungkinan besar pada satu ketika nanti ASEAN akan menjadi negara keempat terbesar ekonomi dalam dunia. Pada saat dan ketika ini, sepuluh negara ASEAN itu adalah negara ketujuh ekonomi terbesar dalam dunia.

Pertama Amerika; kedua China; ketiga Jepun; keempat Jerman; kelima Perancis; keenam United Kingdom; dan ketujuh ASEAN.

Jadi, dengan segala perkara yang saya sebutkan ini dan Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan setiap tahun, maka kita akan sentiasa melihat kemudahan- kemudahan dan manfaat daripada apa yang kita lakukan termasuklah US-ASEAN Leaders Summit di Amerika Syarikat yang dihadiri oleh Perdana Menteri pada 12 hingga 17 Februari baru-baru ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

5. Dato' Wira Othman bin Abdul [Pendang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, adakah kementerian membuat pendaftaran orang- orang gelandangan seluruh negara dan apakah bentuk bantuan untuk mereka.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pendang pada hari ini 10 Mac, bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Kuala Krai pada 17 Mac 2016 kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut saling berkait.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:40 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Tuan Yang di- Pertua, isu gelandangan merupakan satu isu urbanisasi yang berlaku di bandar-bandar besar di seluruh dunia. Di negara kita Malaysia, golongan gelandangan tertumpu sebilangan besarnya di Lembah Klang dan bandar-bandar besar lain seperti Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuching. Buat masa kini, kementerian mendaftarkan golongan gelandangan melalui dua inisiatif iaitu pertama, operasi menyelamat orang papa yang merupakan sebahagian daripada golongan gelandangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdasarkan peruntukan Akta Orang-orang Papa 1977 dan keduanya, melalui penubuhan Anjung Singgah.

Berdasarkan statistik operasi menyelamat orang papa yang dijalankan oleh JKM di seluruh negeri daripada bulan Januari hingga bulan Disember 2015, seramai 1,527 orang papa telah diselamatkan. Negeri Selangor, Pulau Pinang serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah yang paling tinggi iaitu masing-masing seramai 413 orang, 280 orang dan 215 orang. Jumlah ketiga-tiga kawasan ini ialah 908 orang dan merupakan 59.5 peratus daripada keseluruhan jumlah orang papa yang diselamatkan. Usaha untuk menyelamatkan golongan papa daripada operasi yang diadakan akan disusuli pula dengan bantuan berbentuk khidmat sokongan seperti penempatan di institusi pemulihan, latihan kerjaya dan kaunseling.

Di antara institusi kebajikan yang disediakan oleh kementerian ialah Rumah Seri Kenangan iaitu penjagaan dan perlindungan bagi gelandangan yang berumur 60 tahun ke atas dan tidak berwaris atau waris tidak dapat dihubungi. Gelandangan yang berumur di bawah 60 tahun pula akan ditempatkan di Desa Bina Diri untuk menjalani program pemulihan dan kemahiran. Mereka yang sihat dan mempunyai keupayaan dan kemahiran tertentu akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kemahiran yang ada.

Tuan Yang di-Pertua, pendaftaran golongan gelandangan juga dilaksanakan oleh kementerian menerusi Anjung Singgah iaitu sebuah pusat sehenti intervensi yang dikendalikan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Anjung Singgah menyediakan tempat penginapan sementara, makanan serta khidmat kaunseling dan bantuan kebajikan yang diperlukan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan

(NGO) yang berkaitan. Sesi kaunseling secara individu dan berkelompok dijalankan mengikut keperluan gelandangan tersebut.

Anjung Singgah yang ditubuhkan pada tahun 2011 di Kuala Lumpur telah juga diperluaskan perkhidmatannya ke Kuching, Sarawak, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Sejak mula beroperasi pada 9 April 2011 sehingga bulan Januari 2016, sejumlah 3,215 orang gelandangan secara sukarela yang ingin mengubah kehidupan mereka telah mendapatkan khidmat bantuan sosial di empat buah Anjung Singgah tersebut. YKN juga sedang dalam proses membina dua lagi Anjung Singgah di Ipoh, Perak dan di Kota Kinabalu, Sabah.

Selain daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Wilayah Persekutuan telah juga menubuhkan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di Jalan Pahang dengan kapasiti 250 orang. Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur ini telah mula beroperasi pada 10 Februari 2016 yang merupakan hasil daripada kerjasama strategik yang dijalinkan antara Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Malaysian Resources Corporation Berhad dan NGO. Kementerian mengalu-alukan dan menyambut baik usaha Kementerian Wilayah Persekutuan kerana selain dapat mendaftarkan golongan gelandangan yang menggunakan kemudahan ini, inisiatif ini juga dapat memberikan penyelesaian kepada isu-isu jangka pendek seperti perumahan dan pekerjaan kepada golongan gelandangan.

final • 10:40 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berharap, pihak berkuasa tempatan di bandar-bandar besar yang lain juga akan mengikuti jejak usaha Kementerian Wilayah Persekutuan dalam menyelesaikan isu golongan gelandangan dalam kawasan pentadbiran mereka masing-masing. Dimaklumkan juga di Dewan yang mulia ini bahawa keputusan masalah Komuniti Majlis Sosial yang telah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 18 Februari yang lalu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diberi tanggungjawab untuk menjadi peneraju serta menubuhkan satu badan penyelarasan sekretariat dalam menangani isu gelandangan secara holistik.

Sehubungan itu, kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak yang berkepentingan seperti agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan, NGOs akan digembelengkan melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dalam menangani isu gelandangan ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang.

final • 10:40 AM

Dato' Wira Othman bin Abdul - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Seorang pakar psikologi sosial dari Universiti Pertahanan Nasional menyatakan, namanya Dr. Mohamed Fadzil, menyatakan bahawa JKM mempunyai jumlah kakitangan yang ramai.

Akan tetapi tidak mampu untuk mengadakan satu kajian sosial bersama-sama dengan NGO yang berminat untuk melihat sebab-sebab utama mengapa wujudnya orang-orang gelandangan ini.

final • 10:40 AM

Dato' Wira Othman bin Abdul - Pendang

Soalan saya yang kedua ialah, bagaimanakah pihak kementerian hendak menyelesaikan soal gelandangan kumpulan PATI yang ada terdapat dalam negara kita?

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Yang Berhormat di atas dua soalan tambahan itu. Pertamanya ingin saya katakan di sini memang kita mempunyai ramai pegawai dan kakitangan di bawah JKM tetapi mereka juga mempunyai banyak tugas-tugas yang lain selain daripada gelandangan. Mereka mempunyai kerja-kerja untuk membantu ramai penerima bantuan kita dan macam-macam lagi kerja yang ada disediakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Walaupun begitu, saya ingin memberitahu di sini bahawa kita telah pun mengadakan satu kajian golongan gelandangan di Lembah Klang ini pada tahun 2014. Ini adalah yang dibuat oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) yang melibatkan 618 orang responden iaitu dijalankan daripada Julai 2013 hingga Disember 2014. Hasil analisis profil dan cadangan strategi daripada kerajaan tersebut adalah seperti berikut.

Saya ingin hendak jelaskan kepada Dewan yang mulia ini bahawa 85.6 peratus dari responden adalah terdiri dari golongan lelaki. Ini adalah hasil kajian dengan purata umur 43 tahun. Lebih daripada separuh golongan gelandangan atau pun 55.5 peratus adalah orang bujang, 76.6 peratus adalah tidak bekerja dan sedang mencari kerja. Taraf pendidikan mereka pula adalah rendah iaitu 45.7 peratus mempunyai aras pendidikan UPSR dan ke bawah. Lebih atau satu pertiga atau pun 34.7 peratus daripada golongan gelandangan lebih daripada satu tahun dan sebahagian besar gelandangan boleh dikategorikan sebagai gelandangan yang transit.

Jadi, sebenarnya Tuan Yang di-Pertua telah pun diadakan kajian bersama-sama dengan universiti. Saya rasa kita tidak ada masalah. Di kementerian kita, kita sentiasa mengadakan pelbagai kajian dan kajian sosial ini adalah satu perkara yang memang kita adakan secara berkala.

Menjawab soalan yang kedua berkenaan dengan gelandangan PATI ini. Ini gelandangan yang bukan daripada warganegara Malaysia ini seperti biasa kita akan serahkan kepada pihak imigresen untuk mengambil tindakan yang selanjutnya. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberi jawapan. Mengenai isu gelandangan ini yang bagi saya satu masalah sosial yang tidak sepatutnya dilihat dengan lebih jelas lagi dalam negara kita ini. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sebagaimana yang kita tahu dan Yang Berhormat sendiri pun telah jelaskan tadi bahawa, masalah gelandangan ini adalah satu masalah yang kita lihat sebagai satu lumrah terutamanya di bandar-bandar besar, terutamanya di Bandaraya Kuala Lumpur ini sendiri.

Kita lihat terlalu ramainya dan semakin ramai bilangan gelandangan ini termasuk di pejabat PAS sendiri di Jalan Raja Laut.

Dia bukan lagi menjadi gelandangan transit tetapi gelandangan yang berkekalan.

Sudah jadi rumah tangga dia dah di situ. Untuk pihak-pihak atau tuan punya bangunan mengalihkan mereka ianya menimbulkan dilema antara imej dan juga kebajikan kemanusiaan. Sekarang ini kita lihat banyak NGO yang telah mengambil langkah memberikan makanan kepada gelandangan ini dan mereka menerima dengan baik sekali.

Saya hendak tahu apakah cadangan pihak kerajaan untuk membantu NGO-NGO ini yang satu masa nanti mungkin mereka pun kehabisan modal, tidak lagi mampu memberikan sedikit makanan kepada gelandangan ini. Apakah kerajaan mempunyai perancangan yang khusus untuk memberikan bantuan dan sumbangan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kota Bharu. Memanglah kita memandang serius berkenaan dengan masalah gelandangan ini walaupun ia cuma berlaku di kawasan- kawasan bandar atau pun urban areas dan oleh kerana itulah seperti saya sebutkan tadi kita akan menubuhkan satu badan atau penyelarasan atau pun sekretariat untuk menanganinya secara holistik yang mana akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan kementerian dan juga NGO supaya dapat digembelengkan bersama-sama dan mencari jalan membincangkan dengan cara mendalam lagi bagaimanakah kita dapat menangani masalah gelandangan ini yang ada dalam negara kita pada ketika ini. Jadi, itu adalah dalam proses sekarang ini. TOR nya pun telah dapat dikenal pasti dan selepas ini mereka akan mengadakan perbincangan dan mesyuarat mereka bagaimana untuk mengatasinya.

Walau macam mana pun, ingin saya mengatakan bahawa memang kita ada dua jenis gelandangan. Satu gelandangan yang kita panggil “gelandangan transit”- yang sementara mencari pekerjaan, maka mereka datang ke kota-kota besar, mereka tidak ada rumah atau pun belum ada cukup kewangan untuk menyewa rumah dan sebagainya.

Maka, mereka ada tempat yang kita sediakan ini. Selepas itu bila mereka sudah mempunyai pekerjaan, cukup kewangan mereka boleh bekerja atau pun kita bantu mereka untuk mencari, menyewa tempat-tempat yang sesuai dengan kemampuan mereka.

Kedua, kita ada “gelandangan tegar”. Gelandangan tegar ini adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai penyakit mental. Maka, sudah tidak ada lagi tinggal dengan keluarga mereka atau pun keluarga mereka tidak mahu menjaga mereka.

Keduanya, mereka yang merupakan penagih dadah. Mereka juga sudah keluar dari rumah mereka, tidak ada tempat tinggal. Mereka ini akan berterusan berada sebagai gelandangan.

Ada juga mereka yang mempunyai masalah dengan keluarga dan mereka berada sebagai gelandangan dan tidak mahu kembali kepada keluarga mereka.

Ini adalah perkara-perkara yang perlu kita tengok secara mendalam, bagaimana kita dapat mengatasi masalah-masalah mereka. Kalau mereka yang sakit ini kita akan ada desa bina diri. Di situlah mereka kita hantar dahulu sementara selama tiga tahun dan kita perbaiki mereka. Kita bagi latihan kepada mereka dan kita sampai situ kembalikan mereka kepada masyarakat supaya mereka dapat hidup secara berdikari.

Walau macam mana pun saya tidak mengatakan di sini bahawa kita tahu segala- galanya. Oleh kerana itulah, ada perlunya satu sekretariat ini untuk kita membincangkan lagi secara mendalam bagaimana kita dapat mengatasi masalah gelandangan ini secara holistiknya dan lebih berkesan lagi, insya-Allah. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya berkaitan dengan generasi kedua anak-anak gelandangan yang tidak ada sijil kelahiran atau kad pengenalan yang rata-rata menjadi terbiar yang kita lihat berada di bandar-bandar. Jadi, macam manakah masa depan nasib mereka. Apakah tindakan dibuat oleh kementerian terhadap generasi yang malang ini?

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Kalau Yang Berhormat mengetahui ada generasi yang demikian adalah baik kalau perkara ini dapat dimaklumkan kepada kita supaya kita mendapat tahu berapa ramai anak-anak generasi kedua ini.

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Ini kerana, sebagaimana yang saya sebutkan tadi dalam program kita yang kita ada ini mereka ini adalah sementara sahaja. Sementara mereka bergelandangan kerana masalah-masalah tertentu, maka kita berikan mereka tempat sementara.

Selepas itu kita kembalikan mereka kepada masyarakat sama ada mereka bekerja. Kita bantu mereka mendapat pekerjaan. Maka mereka mendapat pekerjaan dan mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dan dapat menjaga keluarga mereka atau pun kembali ke kampung mereka. Ini adalah di antara cara-cara kita membantu tetapi setakat inilah kita tidak ada dapat maklumat yang anak-anak mereka ini tidak mempunyai surat beranak dan sebagainya kerana kebanyakan mereka ini memang ada keluarga dengan ada dokumen mereka kerana mereka warganegara kita.

Mereka datang ke bandar untuk mencari pekerjaan sementara. Itu tidak ada masalah. Kalau mungkin Yang Berhormat tentang orang bukan warganegara kita ya. Akan tetapi kalau warganegara itu tidak ada masalah tetapi kalau ada maklumkan kepada kita dan kita akan bawa pula kepada agensi yang lain iaitu Agensi Pendaftar Negara kita yang mana boleh membantu mereka.

final • 10:50 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Kebanyakan mereka adalah anak luar nikah Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Itu pula masalah lain. Mungkin itu di bawah tetapi itu pun boleh diuruskan melalui Jabatan Pendaftaran Negara. Boleh juga diuruskan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

final • 10:50 AM

6. Tuan V. Sivakumar [Batu Gajah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, jumlah kes jenayah rumah tangga atau keganasan domestik yang dilaporkan sepanjang tahun 2014, 2015 dan 2016. Berapakah kes yang dituduh di mahkamah dan telah diambil tindakan setakat ini. Apakah langkah-langkah kementerian untuk menangani masalah jenayah rumah tangga atau keganasan domestik ini.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Tuan Masir Anak Kujat

Tuan Yang di-Pertua, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi perhatian khusus terhadap jenayah keganasan rumah tangga atau keganasan domestik yang bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa tetapi turut mencalarkan maruah atau dignity, dengan izin, dan menyebabkan trauma yang berpanjangan terutama kepada anak- anak yang terlalu muda dan mentah. Terdapat juga kes keganasan rumah tangga yang berakhir dengan kematian kerana mangsa tidak mampu untuk mempertahankan diri apabila didera atau dicederakan secara fizikal.

Tafsiran keganasan rumah tangga di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bererti perlakuan mana-mana perbuatan berikut iaitu:

(i) sengaja atau disedari meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;

(ii) menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa;

(iii) memaksa mangsa melakukan beberapa kelakuan atau perbuatan berbentuk seksual yang mangsa itu berhak tidak melakukannya;

(iv) mengurung mangsa tanpa kerelaan;

(v) melakukan khianat atau kemusnahan harta benda yang boleh menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa;

(vi) menyebabkan penderaan psikologi; dan

(vii) menyebabkan mangsa mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan tanpa kerelaan mangsa atau dengan kerelaan dengan cara menyalahi undang-undang.

Perlakuan boleh dilakukan oleh seseorang sama ada dengan sendiri atau melalui pihak ketiga terhadap isteri atau suaminya, bekas isteri atau suaminya, kanak-kanak, orang dewasa yang tidak berkeupayaan dan mana-mana anggota lain keluarga.

Statistik jenayah keganasan rumah tangga dan kes yang dituduh di mahkamah bagi tahun 2014, 2015 dan Januari 2016 seperti yang dipohon adalah seperti berikut.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Tuan Masir Anak Kujat

Pada tahun 2014, sejumlah 4,807 kes keganasan rumah tangga telah disiasat dan daripada jumlah tersebut, sejumlah 1,462 atau 30 peratus sudah tertuduh dan 358 kes telah dijatuhkan hukuman ataupun lebih kurang 24 peratus.

Pada tahun 2015, sejumlah 5,014 kes keganasan rumah tangga telah disiasat dan daripada jumlah tersebut, sejumlah 1,404 orang ataupun 28 peratus tertuduh manakala 10 peratus dijatuhkan hukuman iaitu melibatkan 145 kes.

Untuk tahun ini sehingga Januari, sejumlah 461 kes keganasan rumah tangga telah disiasat dan daripada jumlah tersebut, sejumlah 151 kes telah dituduh dan 13 kes telah dijatuhkan hukuman.

Untuk soalan yang ketiga, bagi mengekang kes keganasan rumah tangga ini, pihak polis dan agensi kerajaan yang lain telah melaksanakan usaha-usaha seperti berikut:

(i) perkhidmatan One-Stop Crisis Centre (OSCC) yang disediakan di hospital khusus bagi menangani mangsa secara lebih profesional demi menjaga maruah dan mangsa lebih selesa untuk memberi keterangan;

(ii) menyediakan khidmat kaunseling di balai-balai polis untuk membolehkan perhatian segera dan serta-merta kepada mangsa yang masih dalam kejutan terutama kes-kes traumatic, dan segala laporan dan keterangan diberi dalam bilik khusus yang tidak terdedah kepada pendengaran orang ramai;

(iii) perkhidmatan kaunseling dan bantuan sokongan bersesuaian bagi mangsa yang memerlukan di Pusat Sokongan Mangsa PDRM atau Victim Care Centre;

(iv) Program Cegah Jenayah diadakan di sekolah-sekolah, IPTA, IPTS, media massa, women awareness campaign dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta; dan

(v) mempunyai jaringan kerjasama dengan Yayasan Pencegahan Jenayah atau Malaysian Crime Profession Foundation (MCPF) dan pelbagai agensi kerajaan atau lain-lain NGO ke arah memberi kesedaran dan keprihatinan masyarakat dalam mencegah dan membasmi jenayah seumpama ini.

final • 11:00 AM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Daripada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya merumuskan bahawa jumlah kes-kes keganasan rumah tangga masih dalam jumlah yang besar malah dalam pola yang semakin meningkat. Setelah lebih 10 tahun pertubuhan- pertubuhan wanita berjuang, akhirnya kita juga ada Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Walaupun kita ada undang-undang khusus seperti ini, keberkesanannya masih boleh dipertikaikan. Pihak polis juga sering kali agak keberatan untuk mengambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan kerana cuba mengelak daripada campur tangan dalam hal-hal rumah tangga.

Kita sedar institusi rumah tangga merupakan cerucuk dalam pembinaan sesebuah negara. Oleh yang demikian, kerajaan harus menghalusi lagi isu ini dan memberi perhatian yang serius dalam menanganinya. Saya tidak pasti apakah langkah-langkah yang sebenarnya boleh menyelesaikan masalah ini. Walaupun kita sedar bahawa banyak usaha yang telah diambil oleh KDN dan juga oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi tidak memadai.

Saya ingin tahu sama ada kerajaan berpuas hati dengan keadaan sekarang atau berhajat untuk mengkaji semula secara terperinci untuk mencari kaedah-kaedah yang lebih efektif. Ada atau tidak apa-apa kajian sedang dibuat oleh kerajaan berhubung dengan hal ini? Apakah sasaran kerajaan? Apakah rancangan-rancangan untuk mencapai sasaran itu dalam jangka pendek dan jangka panjang? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Masir Anak Kujat

Terima kasih Yang Berhormat. Persoalan itu banyak berkisar kepada Akta Rumah Tangga. Memang tidak dapat dinafikan kes-kes yang berlaku memang melibatkan suami isteri, kanak-kanak dan sebagainya. Memang kerajaan berhasrat melalui ceramah, melalui kursus, awareness campaign dan sebagainya dengan kerjasama semua NGO, ibu bapa, itu sudah pasti untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.

Akan tetapi, oleh kerana masalah itu susah untuk kita hendak bendung kerana ia melibatkan suami isteri, anak-anak, adik-adik, ipar dan sebagainya, jadi sudah pasti kita akan meneliti, seperti yang dipohon oleh Yang Berhormat tadi, meneliti undang-undang Akta Keganasan Rumah Tangga dan sebagainya dan undang-undang yang lain yang lebih mungkin diberikan hukuman yang lebih berat daripada undang-undang yang sedia ada.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya ialah, apakah isu utama keganasan rumah tangga, penderaan yang melibatkan golongan muda dan juga golongan warga emas? Sejauh manakah kursus pra perkahwinan dapat membantu mengurangkan kes-kes ini? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Masir Anak Kujat

Yang Berhormat, tadi saya sudah katakan kebanyakan motif kes ini berlaku adalah disebabkan masalah keluarga seperti suami isteri selisih faham, masalah anak dan sebagainya. Jadi seperti yang diberitahu awal tadi, memang kes ini sering berlaku di kalangan bukan sahaja sesuatu masyarakat Melayu, Cina, India dan sebagainya, semua ada terlibat kes-kes sebegini.

Mengenai kursus pra perkahwinan, saya tidak pasti tentang ini tetapi kalau saya ada jawapan nanti saya akan beri secara bertulis. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Soalan saya berkenaan dengan dari segi laporan. Saya difahamkan tahun lepas sahaja terdapat lebih kurang dalam 3,000 lebih laporan dan melibatkan golongan wanita lebih kurang 2,000 lebih. Bermakna, yang selebihnya adalah daripada golongan lelaki.

Penderaan kepada golongan lelaki juga berlaku sampai kena gunting pun ada [Ketawa] Ini yang masalahnya.

Jadi saya hendak tahulah lebih kurang, apa tindakan sebenarnya bila ada penderaan kepada golongan lelaki ini? Adakah tidak tindakan dibuat yang dibawa ke mahkamah dan sebagainya? Berapa jumlahnya lebih kurang?

final • 11:00 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Kalau yang takut bini itu termasuk tak dalam penderaan? Terima kasih [Ketawa]

final • 11:10 AM

Tuan Masir Anak Kujat

Terima kasih, Yang Berhormat Setiu. Untuk makluman Yang Berhormat Setiu, setakat 2016 bulan Januari sahaja, mangsa lelaki adalah seramai 119 orang dan mangsa wanita adalah 342 orang. Jadi tadi ada sebut yang menggunakan gunting itu memang kita tidak boleh bincang hal ini kerana masih dalam mahkamah.

Seterusnya soalan Yang Berhormat tadi ialah mengenai mengapa ataupun ini berlaku di antara motif-motif yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah berapa, sudah tiga sudah [Ketawa] Tidak boleh Yang Berhormat, walaupun untuk wanita, tidak boleh saya melanggar peraturan mesyuarat.

Cuma yang saya curious ini ialah ini penderaan, penderaan ada dua jenis. Fizikal dan perasaan. Adakah penderaan perasaan? Kaum bapa? Ekoran daripada soalan Yang Berhormat Setiu tadi. Yang Berhormat Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah, Limbang.

final • 11:10 AM

7. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang] minta Perdana Menteri menyatakan, bilakah pembinaan high level tank di Jalan Ulu Pandaruan yang telah diluluskan oleh pihak ICU, JPM bernilai RM4 juta akan dimulakan untuk memastikan air yang dirawat dapat dibekalkan ke kawasan di sepanjang Ulu Pandaruan dalam tahun ini.

final • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan kepada Yang Berhormat Limbang.

final • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, pembinaan high level water tank di Jalan Ulu Pandaruan dengan kos sebanyak RM3.9 juta telah mula dilaksanakan pada 27 November 2015 yang melibatkan kerja-kerja pembersihan tapak projek. Prestasi semasa pelaksanaan projek tersebut ialah 5.73 peratus dan dijangka siap pada 26 Mei 2017.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas jawapan yang diberikan, at least there is some assurance there. Saya ingin hendak mengaitkan Yang Berhormat Menteri bahawa ada lagi satu sebenarnya projek juga yang lebih kurang sama yang diluluskan oleh Perdana Menteri sendiri, pihak ICU. Ia bernilai RM800 ribu sahaja iaitu untuk bekalan air menyeberang sungai untuk ada sebuah sekolah di tebing sungai, SK Ukong. Ini juga telah pun diluluskan oleh Perdana Menteri dan pihak ICU tahun lepas dan juga saya dapati belum juga dilaksanakan untuk makluman.

Jadi saya memohon kepada kerajaan, apakah kiranya kedua-dua peringkat Persekutuan dan juga peringkat kerajaan negeri dapat mencari kaedah terutamanya dalam pelaksanaan projek-projek kecil sebegini. It is just a small project, skop kerja pun kecil and kalau dapat ia dilaksanakan dengan secara fast track sebab projek-projek kecil begini adalah touch point dan juga ia adalah satu-satunya projek yang dikira mendesak disebabkan oleh keadaan-keadaan, disebabkan kawasan itu memang sudah tercemar ataupun kawasan-kawasan di sungai tidak boleh mandi sungai lagi sebab buaya ada besar- besar, dah banyak, tidak guna lagi. Jadi mungkin apakah sekiranya, soalan saya apakah Kerajaan Persekutuan dan negeri bersama-sama dapat merencana kaedah untuk menangani projek-projek kecil secara fast track kerana keperluan yang mendesak. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said

Terima kasih, Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat ini memang sering dibawa oleh ramai wakil rakyat, Tuan Yang di-Pertua.

Yang disebut oleh Yang Berhormat ini saya percaya ialah projek bekalan air di SK Ukong yang harga projek ialah RM860 ribu. Saya dimaklumkan bahawa projek ini telah diluluskan pada 22 Oktober 2015 iaitu hujung tahun lepas dan hari ini adalah dalam proses tender.

Apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat itu memang bagi saya satu cadangan yang cukup baik iaitu kita perlu satu pendekatan yang lebih laju terutama sekali kalau kos projek itu dilihat dalam kategori touch point. Saya sendiri sebagai wakil rakyat di kawasan luar bandar memang memahami sangat isu yang dibawa oleh Yang Berhormat.

Walau bagaimanapun, daripada jawapan yang diberi oleh ICU, kemungkinan jawapan ini lebih tepat diberi oleh Kementerian Kewangan kerana ini melibatkan tentang pembayaran dan juga pelantikan kontraktor-kontraktor yang terlibat di peringkat negeri dan juga proses yang dikeluarkan oleh peringkat pusat. Walau bagaimanapun akan saya maklumkan kepada pihak berkenaan tentang apa yang telah dibawa oleh Yang Berhormat.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Kesihatan menyatakan, adakah kementerian berhasrat melatih remaja tempatan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi melahirkan pembantu rumah dan pembantu tadika yang profesional dan mahir dalam pengurusan kesihatan masyarakat.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Langat. Soalan ini berkenaan dengan latihan kepada pembantu rumah dan juga latihan kepada pembantu tadika.

Setakat ini Kementerian Kesihatan masih belum mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak untuk memberi latihan sebagai pembantu rumah dan pembantu tadika yang mahir dalam pengurusan kesihatan masyarakat. Kementerian berpandangan perkara ini di luar bidang kuasa kementerian. Namun begitu, KKM sentiasa bersedia untuk memberi khidmat nasihat teknikal jika diminta.

final • 11:10 AM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya merasa teruja apabila Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyebut bahawa pembantu rumah di masa akan datang ataupun telah dibuat akan diberi kursus yang formal.

Jadi apabila saya melihat statistik yang ada daripada Jabatan Imigresen mengatakan bahawa jumlah pembantu rumah asing tahun 2011 iaitu 176,559 orang.

final • 11:10 AM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Jadi saya fikir, di masa akan datang perlu kita mempunyai pembantu rumah dan juga pembantu tadika yang profesional yang mempunyai pengetahuan terutama dari segi kesihatan memandangkan banyak kes penjagaan anak-anak yang disebabkan oleh kelalaian dari segi penjagaan kesihatan menyebabkan mereka mengalami penyakit dan sebagainya.

Begitu juga mungkin keperluan untuk menjaga warga emas di masa akan datang.

Jadi tidakkah kementerian satu masa mewujudkan umpamanya macam fakulti sains bersekutu ataupun program sains bersekutu untuk memberi latihan secara formal kepada anak-anak, remaja kita lepasan SPM supaya mereka ini juga dapat di masa akan datang mengikuti satu kerjaya yang lebih terjamin. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, saya memang amat bersetuju dengan Yang Berhormat Hulu Langat tentang perkara ini. Memang setakat ini pembantu rumah dan juga pembantu tadika dan juga pembantu taska sebenarnya tidak ada latihan langsung dalam hal-hal kesihatan, menjaga kebersihan, bagaimana nak cuci botol susu, bagaimana nak bagi makan, nak bagi susu anak. Ada kes-kes yang kita dapati anak mati, hantar pukul 7.30, pukul 8 dah meninggal kerana si pembantu taska ini bagi susu, dia letak anak bagi tidur, lapik bantal, selepas itu anak mati kerana suffocation susu. Jadi ini berlaku. Jadi tentang keselamatan juga kena diajar. Jadi ini satu perkara yang the real issues dalam masyarakat kita.

Kalau kita dapati sekarang ramai ibu yang bekerja, si suami kerja, ibu bekerja, si mak pun bekerja, jadi dia hendak hantar di mana. Kita punya kemudahan tidak cukup. Ada saya diberitahu, ada taska contohnya sampai sepuluh orang satu taska. Jadi satu perkara yang terlalu ramai sangat bagi seorang hendak jaga. Jadi sebab itu dalam perkara ini kita kena tengok secara menyeluruh dan pihak kementerian memang bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Kementerian Wanita dalam perkara ini.

final • 11:10 AM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi saya hendak soalan tambahan saya terus kepada pihak kementerian adalah- daripada jawapan Yang Berhormat tadi, sejauh manakah keberkesanan bidang pengurusan kesihatan ini dapat kita terapkan dalam kalangan pembantu rumah ataupun pembantu taska ini terutamanya apabila kita bercakap mengenai kes-kes kecuaian dalam pengendalian kebersihan ataupun kekurangan skill kecemasan oleh pembantu rumah yang menyebabkan kecederaan dan juga kematian anak-anak kecil itu sendiri? Jadinya, boleh Yang Berhormat berkongsi dengan kita di dalam Dewan ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini saya sebut tadi bahawa tidak ada latihan formal yang telah dibuat oleh mana-mana pihak termasuk Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun, ini perkara serius yang patut kita bincang bersama dengan kementerian yang berkenaan.

Memang simple sebenarnya Tuan Yang di-Pertua kalau berlaku choking, kalau dia tahu, dia angkat baby itu, dia tepuk belakang, angkat kaki, kepala ke bawah, dia boleh keluar balik susu dalam paru-paru dia dan anak itu boleh bernafas balik. Simple teknik ini yang tidak diajar. Jadi anak itu meninggal, padahal boleh diselamatkan. Jadi, perkara- perkara yang sebenarnya banyak kes termasuk jangkitan, because infection, anak demam tidak diasingkan dan sebagainya, bawa ke tadika dan taska anak itu menjangkiti orang lain.

Banyak penyakit misalnya foot and mouth disease dan sebagainya berjangkit di tempat-tempat yang begini Tuan Yang di-Pertua. Ini memang perlu ada latihan yang terperinci yang kita kena bincang secara mendalam dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

9. Tuan Wilson Ugak Kumbong [Hulu Rajang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan status pondok sempadan di Long Singgut dan di Long Busang, Belaga.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Tuan Masir Anak Kujat

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang untuk soalan. Pembinaan pondok sempadan di Long Singgut dan di Long Busang, Belaga, Sarawak masih belum dapat dilaksanakan memandangkan ketiadaan tapak yang sesuai bagi pembinaan pondok tersebut.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Tuan Masir Anak Kujat

Kementerian ini bersedia untuk mengangkat berkenaan projek baru ini di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas kepada pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri sekiranya tapak yang sesuai telah diperoleh nanti. Jadi saya mohon Yang Berhormat Hulu Rajang untuk mengenal pasti tapak sekiranya ada pada masa kini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Wilson Ugak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu baik sekali. Lama sudah saya tunggu jawapan begitu. Walau bagaimanapun, apakah kalau boleh- kerana saya risau sangat ini Tuan Yang di-Pertua. Di kawasan saya, ada dua aset yang berbilion iaitu Empangan Bakun dan Empangan Murum. Jadi, saya takut pencerobohan daripada jiran- jiran untuk menceroboh aset kita yang berbilion ini.

Kedua, semasa saya hendak buat program pendaftaran surat beranak dan kad pengenalan tempoh hari. Penduduk di Long Singgut bertambah tiga kali ganda kerana setakat ini tidak ada pos kawalan dan jiran-jiran kita masuk sesuka hati. Jadi, itulah kalau boleh sementara kita mendapatkan tapak, apa kata KDN membuat satu pasukan sementara untuk menangani masalah ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Masir Anak Kujat

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Memang kita sudah pasti aset kerajaan yang penting seperti Empangan Murum dan Empangan Bakun memang terdedah kepada ancaman ataupun daripada segi keselamatan. Memang tidak dapat dinafikan di kawasan saya pun di Sri Aman lebih kurang sama. Kita banyak juga kawasan aset yang penting. Jadi mengenai hal ini, kita akan cuba bincang dengan pihak ATM ataupun PDRM sekurang-kurangnya menghantar pasukan untuk menjaga keselamatan daripada segi ancaman.

Mengenai laluan yang bolos seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, memang kita tidak nafikan disebabkan kebolosan jalan tikus, gajah dan sebagainya memang masalah ini sering berlaku. Perkara yang paling penting kita akan mengambil maklum perkara ini dan sekiranya perlu, kita akan mempercepatkan pembinaan pondok- pondok seperti yang diperlukan bagi tujuan mengatasi masalah imigresen dan sebagainya.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

[Soalan No.10 – Y.B. Dr. Ong Kian Ming (Serdang) tidak hadir]

11. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, dengan kejatuhan nilai ringgit pada waktu ini adakah ia akan menyebabkan pelabur asing hilang keyakinan untuk melabur di dalam negara.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong yang bertanya. Kejatuhan nilai Ringgit pada tahun 2015 dilihat sebagai tidak menjejaskan keyakinan pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia.

Menurut statistik imbangan pembayaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, Malaysia telah berjaya merekodkan jumlah aliran masuk bersih pelaburan langsung asing sebanyak RM39.5 bilion pada tahun 2015. Ini merupakan peningkatan sebanyak 11.8 peratus berbanding jumlah yang dicatatkan pada tahun 2014 iaitu sebanyak RM35.3 bilion.

Bagi tempoh tersebut, pecahan jumlah pengaliran masuk bersih pelaburan langsung asing adalah seperti berikut:

SektorRM (bilion)
Pembuatan17.700
Perkhidmatan7.800
Perlombongan12.900
Pembinaan1.100
Pertanian0.016
Perhutanan0.016Perikanan0.016
final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Keyakinan pelabur asing turut terbukti apabila mereka meningkatkan pegangan dalam pasaran kewangan negara. Meskipun Ringgit menghadapi tekanan itu maka ekonomi dunia dibelenggu kebimbangan berikutan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat dan juga kelembapan ekonomi negara China.

Pada akhir tahun 2015, pegangan pemilik-pemilik asing dalam sekuriti hutang dan sukuk negara adalah sebanyak RM214.8 bilion. Ini merupakan peningkatan sebanyak hampir RM17 bilion berbanding RM197.8 bilion pada akhir bulan Ogos 2015. Data tersebut jelas menunjukkan bahawa meskipun persekitaran ekonomi pada ketika ini agak mencabar, Malaysia terus kekal kukuh sebagai sebuah destinasi pelaburan pilihan bagi pelaburan asing.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya prihatin bahawa kejatuhan nilai ringgit telah menimbulkan kekhuatiran dalam kalangan pengilang-pengilang yang perlu mengimport jentera dan peralatan, bahan guna habis serta bahan mentah untuk proses pengeluaran mereka. Kejatuhan nilai Ringgit ini akan menyebabkan peningkatan terhadap kos input bagi pengilang-pengilang tersebut. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita menjangkakan nilai Ringgit agak sukar untuk kembali kepada kedudukan asal. Kita juga tahu bahawa ia kesan daripada kekukuhan ekonomi di Amerika Syarikat tetapi juga kita menjangkakan akan berlaku perubahan daripada segi perkembangan ekonomi negara China. Apakah persediaan kerajaan terhadap fenomena ini?

Namun demikian, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana mampu untuk terus memastikan pelaburan langsung asing ke dalam negara masih kekal utuh. Cuma apakah persediaan untuk menghadapi suasana yang semakin berubah dan landskap yang cukup berbeza terutama perkembangan negara China dan sebagainya? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya sebutkan tadi, ada beberapa sebab berlaku penyusutan kadar ringgit ini. Sebab yang pertama ialah kerana peningkatan kadar faedah negara Amerika Syarikat. Sebelum ini kadar faedah di negara Amerika ialah 0 peratus. Selepas itu mereka meningkatkan daripada 0 peratus kepada 0.5 peratus kadar faedahnya. Itu yang pertama.

Kedua ialah kerana kelembapan ekonomi negara China dan yang ketiga ialah kerana kemerosotan harga barangan komoditi khasnya minyak mentah dan harga komoditi yang lain. Ini yang menyebabkan Ringgit kita terjejas. Walau bagaimanapun, kita ingin menekankan bahawa MITI telah berjumpa dengan pelbagai pihak yang berkaitan dengan pelaburan ini dan antara nasihat-nasihat kita kepada terutama pengilang-pengilang.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Antaranya ialah kita minta supaya mereka menggunakan keluaran tempatan sebagai input supaya mendapat pulangan yang lebih tinggi dengan kos pengeluaran dalam mata wang Ringgit yang rendah. Jika mereka menggunakan bahan-bahan dari luar negara yang diimport menggunakan US Dollar, maka ia akan terkesan. Namun kalau mereka menggunakan bahan-bahan dari dalam negara sendiri yang dibeli dalam Ringgit Malaysia, maka ia boleh mengurangkan tekanan itu.

Kedua, kita juga menggalakkan pelabur asing untuk menambah pelaburan mereka yang sedia ada. Selain daripada itu, kita juga memberikan pandangan supaya mereka mengadakan projek pelaburan yang berkualiti seperti teknologi tinggi, nilai tambah yang tinggi, berintensif pengetahuan, kemahiran, berorientasi eksport, berintensif modal, reka bentuk dan R&D.

Seterusnya kita juga mengadakan apa yang dipanggil sebagai Persidangan Pembekal-pembekal Industri, dengan izin, Supplier Conferences. Kemudian kita juga membantu pelabur-pelabur dengan mengadakan business matching untuk memulakan projek usaha sama dengan pelbagai pihak dan juga pelabur tempatan. Selain daripada itu, kita juga menggalakkan apa yang disebut sebagai pengilangan kontrak ataupun contract manufacturing, dengan izin. Selain daripada itu kita akan terus mengadakan misi-misi pelaburan ke negara-negara lain terutama di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sebuah agensi di bawah MITI untuk kita mempromosi dan menarik pelabur baharu dalam teknologi tinggi ke negara Malaysia. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:30 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Ketiga Belas” [9 Mac

final • 11:30 AM

2016] Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Labuan, sila. Ada 29 minit baki.

final • 11:30 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Malaysia, negara kita yang tercinta telah pun membuat pencapaian yang begitu membanggakan yang mana tahun demi tahun, dekad demi dekad dan cabaran demi cabaran ditangani sehinggalah Malaysia kita tidak dapat nafikan lagi bahawa ia adalah satu remarkable success story, dengan izin, di bumi ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Tidak lain dan tidak bukan, di antara asas-asas yang membolehkan negara kita mencapai pencapaian yang begitu membanggakan ini adalah pengurusan ekonomi pentadbiran negara yang utuh dan yang paling utama juga adalah kestabilan politik.

Maka adalah menjadi tanggungjawab kita semua, tanggungjawab semua pihak di negara ini untuk memastikan semua ini dipelihara dan dijaga. Asas-asas yang membolehkan negara kita ini akan terus ke hadapan akan terus dengan kelangsungan dan kesinambungan yang lancar supaya visi negara untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi, visi kita untuk menjadikan sebuah negara role model, negara yang mengutamakan kesejahteraan rakyat akan dapat dicapai pada masanya.

Sekarang, kita berhadapan lagi dengan cabaran-cabaran baru. Cabaran ekonomi dengan kejatuhan harga minyak yang begitu mendadak yang telah mengakibatkan kehilangan punca kewangan yang besar kepada negara selain daripada kesan-kesan yang lain terutamanya peluang pekerjaan dan juga perkara-perkara lain yang berkaitan seperti industri-industri hiliran ataupun sokongan kepada industri minyak dan gas yang menjadi salah satu industri utama kita di Malaysia. Selain itu kita juga berhadapan dengan cabaran terrorism dan juga keadaan politik antarabangsa yang tidak menentu.

final • 11:32 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Syabas saya ucapkan kepada kepimpinan dan juga kerajaan yang telah berjaya dengan beraninya membuat langkah-langkah dan keputusan-keputusan yang membuatkan cabaran-cabaran yang kita hadapi ini dapat ditangani dengan lebih mudah. Apabila kita membuat keputusan untuk mengurangkan kebergantungan kepada industri minyak dan gas 40 peratus lebih pada tahun 2009, kepada 29 peratus pada tahun 2014, dan cuma 21 peratus pada tahun 2015, adalah satu langkah yang patut diberi pujian kepada kerajaan dan kepimpinan kita.

Begitu juga dengan berani pihak kerajaan telah mengadakan program rasionalisasi subsidi selain daripada mengadakan GST menggantikan SST yang mana ia akan membantu pendapatan kerajaan selain daripada menyediakan sistem yang lebih memberangsangkan untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih baik. Jadi kita semua kena pastikan kita terus bersatu padu di mana ia adalah asas yang membuatkan kita sampai ke sini.

Saya amat kesal dan saya rasakan seluruh negara kesal dengan apa yang telah berlaku, banyak berlaku kebelakangan ini dan yang paling menyedihkan apabila Mantan Perdana Menteri kita sendiri membawa langkah-langkah seperti Deklarasi Rakyat yang sebenarnya boleh menggugat kestabilan negara dan kestabilan politik yang menjadi perkara yang penting dan utama untuk kita memastikan negara kita terus maju dan sejahtera. Saya berharap semua Ahli-ahli Parlimen di sini dan seluruh rakyat bersama- sama untuk memastikan perpaduan untuk menyokong negara ini yang mana kita berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran dan saingan supaya kita dapat menjadi sebuah negara yang jauh berdaya saing.

Beberapa hari yang lepas, kita dapat dengar ramai Ahli-ahli Parlimen menyatakan bahawa Malaysia telah pun dilaporkan berbagai-bagai kejayaan oleh agensi-agensi bebas berwibawa antarabangsa.

final • 11:32 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Di antaranya yang paling mutakhir, Malaysia melonjak dua anak tangga tempat ke- 18 dari Laporan Daya Saing Global 2015-2016 dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang membabitkan 140 negara telah mengekalkan Malaysia sebagai negara ke-6 paling berdaya saing dalam kalangan negara Asia Pasifik, dan kedua di ASEAN selepas Singapura. Bukan lagi dahsyat, hebat. Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan 15 negara sedang membangun di Asia, sekali gus meletakkan Malaysia di atas China, Thailand, Indonesia, Filipina, India, Vietnam, Sri Lanka, Laos, Kemboja, Nepal, Mongolia, Bhutan, Bangladesh dan Myanmar.

Jadi kita semua perlu memberikan sokongan kepada kepimpinan dan seterusnya kita pastikan negara kita pastikan…

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

[Bangun]

final • 11:40 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

…Negara kita dapat memberi tumpuan…

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Katil bangun, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

…Kepada pembangunan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Langat sudah keluar ya.

final • 11:40 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

… Pembangunan negara.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Boleh bagi jalan Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Boleh sikit.

final • 11:40 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Silakan.

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Yang Berhormat Labuan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya agak tekun mendengar beberapa pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan performance kerajaan yang saya fikir itulah yang cuba ditonjolkan oleh Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana.

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Labuan, adakah Yang Berhormat sedar bahawa dalam satu laporan ataupun di dalam satu majalah ekonomi yang agak ternama di Asia ini, dipanggil FinanceAsia telah pun mengisytiharkan Yang Amat Berhormat Pekan sebagai “Asia’s worst Finance Minister 2016”, dengan izin. Adakah Yang Berhormat Labuan sedar tentang perkara ini. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

Ini bola tanggung ini.

final • 11:40 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Memang sebenarnya report daripada berbagai- bagai pihak terutamanya kepada mereka yang berkepentingan memberikan laporan- laporan yang bertentangan dengan banyak laporan-laporan yang lebih berwibawa termasuklah apabila kita berhadapan dengan cabaran-cabaran ekonomi sekarang tetapi Malaysia yang mempunyai asas fundamental ekonomi yang kuat tetap dapat bertahan.

Menteri Kewangan kita juga sebenarnya- kalau hendak ikut laporan-laporan yang boleh jadi bias daripada pelapor-pelapor boleh dilihat juga sebagai seorang Menteri yang di antara paling berjaya di dalam menangani cabaran-cabaran ekonomi...

final • 11:40 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Sebab ianya terbukti bahawa Malaysia dalam keadaan kita kehilangan pendapatan dan sebagainya telah dapat meredakan dan dengan baru-baru ini di dalam recalibration of annual budget masih dapat mempertahankan ataupun meneruskan projek-projek ataupun pembangunan-pembangunan yang telah diluluskan di dalam RMKe-11.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bagan Serai bangun Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya juga mendengar dengan teliti perbahasan Yang Berhormat Labuan menerangkan bagaimana kejayaan Menteri Kewangan ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita menguruskan kewangan negara. Seperti yang saya dengar juga tadi daripada Yang Berhormat Bukit Katil, daripada majalah apa tadi, tetapi setuju tidak dengan saya Yang Berhormat Labuan yang mengatakan sejak Yang Amat Berhormat Pekan memasuki office pada tahun 2009 sehingga sekarang berlaku banyak kejayaan kewangan.

Contohnya GDP kita meningkat, pelaburan kita meningkat, eksport kita meningkat dan government revenue, pendapatan revenue juga meningkat. Jadi kalau data-data menunjukkan peningkatan sejak daripada tahun 2009 sehingga sekarang, setuju tidak dengan saya bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah Menteri Kewangan yang terbaik setakat hari ini...

[Tepuk]

final • 11:40 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Setuju sangat. Saya kalau hendak baca rekod- rekod yang menunjukkan kejayaan beliau sebagai Menteri Kewangan dan sebagai Perdana Menteri terlalu banyak di sini sebenarnya. Jumlah pelaburan yang terus meningkat, jumlah reserve yang terus meningkat, PNK per kapita terus berkembang daripada 2009 hinggalah ke 2014. Report pun di sini semua ada. Sumbangan NKEA kepada PNK, pewujudan peluang pekerjaan di bawah sektor NKEA, pertumbuhan pelaburan swasta sejak ETP dilancarkan dari tahun 2007 meningkat sebanyak CAGR 5.6 peratus pada tahun 2010 dan daripada tahun 2011 ke 2015 meningkat sebanyak 13.9 peratus.

Jadi daripada 79 bilion kepada 146 bilion. Ini semua adalah figure yang tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah pencapaian Menteri Kewangan dan Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Mohd. Najib, Yang Berhormat Pekan selama beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rantau Panjang bangun Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Kalau saya hendak baca nanti saya tidak cukup masa. Jadi…

final • 11:40 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta penjelasan boleh. Sikit sahaja Yang Berhormat. Saya minta sikit sahaja laluan. Saya minta- saya kagum dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat. Saya ingin penjelasan…

final • 11:40 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Kuota saya sudah tutup, sudah habis.

Sekarang ini saya hendak teruskan saya punya ucapan. Minta maaf.

final • 11:40 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Satu minit sahaja.

final • 11:40 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Satu minit itu banyak.

final • 11:40 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya hendak tanya tentang peningkatan hutang di zaman Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya. Tidak bagi jalan duduklah Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Tidak apalah. Hari Wanita semalam, jadi kita jawablah. Peningkatan hutang ini sebenarnya adalah di antara tanda-tanda perkembangan.

Size of the economy berkembang. Jadi kita tiada masalah untuk berhutang dan untuk membawa pembangunan. Apa yang penting percentagenya ataupun kadarnya tidak melebihi daripada yang kita rancang. Amerika Syarikat adalah antara negara yang berhutang banyak. Singapura dan banyak lagi negara-negara lain yang dikatakan sebagai negara maju ataupun advanced economy. Ini termasuklah antara syarikat-syarikat yang lebih besar dibandingkan dengan syarikat-syarikat yang masih baru hendak berkembang di Malaysia, syarikat-syarikat besarlah yang paling banyak berhutang sebagai analoginya. Terima kasih kerana memberi bola tanggung.

final • 11:40 AM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 11:40 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Okey, saya ingin menumpukan kepada beberapa isu yang ataupun perkara yang kita kena terus pertingkatkan dan penambahbaikan di dalam negara kita. Walaupun negara kita terus maju, memang negara kita bukanlah negara yang sempurna sebab tidak ada negara pun yang sempurna. Di antaranya saya mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana dapat menangani kos sara hidup yang sedang meningkat dengan baiknya kalau kita bandingkan dengan banyak negara-negara lain yang sedang membangun. Malah ada yang berhadapan dengan double digit inflation dan Malaysia masih berada di antara pencapaian yang terbaik di dunia ini di dalam mengawal inflasi. Diharapkan program-program 1Malaysia dan sebagainya untuk memastikan kos sara hidup terus dapat dikawal akan dapat diperkembangkan di seluruh negara.

Begitu juga dengan program perumahan di antara yang paling asas dan paling penting supaya ianya dapat dilaksanakan terus dengan baiknya seperti yang diumumkan di dalam bajet kita daripada tahun-tahun yang sudah dan termasuklah tahun 2016 ini.

final • 11:40 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Cuma saya ingin menyarankan di sini bahawa projek perumahan yang sangat diperlukan saya lihat adalah lebih kepada rumah-rumah yang berharga RM200,000 ke bawah sama ada ia untuk dijual ataupun untuk disewa sebab kebanyakannya isu mereka yang memerlukan rumah yang boleh dibeli, mampu dibeli dan atau pun rumah yang mampu disewa ini adalah daripada sektor ini.

Kepada segmen yang lain itu, saya rasa tidak ada masalah dengan program PR1MA dan sebagainya, ia akan terus berjalan lancar. Jadi yang kita perlukan adalah lebih kepada projek perumahan rakyat yang mana di Labuan adalah di antaranya yang kita harapkan akan dapat dilaksanakan pada tahun ini untuk satu pakej dan seterusnya pakej- pakej yang akan ditambah disebabkan di Labuan, permohonan untuk rumah mampu milik atau mampu sewa ini melebihi 11,000 pemohon tetapi mereka tidak mampu untuk membeli rumah-rumah yang bernilai RM150,000 ke atas seperti yang sedang dibina pada masa ini.

Selain daripada itu, Malaysia juga perlu memberi tekanan kepada pengangkutan awam. Syabas kepada kerajaan yang sekarang ini sedang melaksanakan MRT dan LRT memperkembangkan, memperluaskan di Klang Valley dan saya lihat ia perlu diperluaskan ke bandar-bandar utama lain seperti Kota Kinabalu dan juga Johor Bahru dan yang lain- lain, malah terus sampai ke bandar-bandar yang second, third tier ini sebab sebagai negara maju, kita lihat sebenarnya kita perlu memberikan galakan supaya penduduk menggunakan lebih pengangkutan awam dibandingkan dengan menggunakan kenderaan sendiri.

final • 11:50 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Ini lebih efisien dan lebih baik untuk environment dan sebagainya termasuklah memberikan geran ataupun subsidi untuk memastikan kualiti-kualiti pengangkutan awam sama ada LRT, kereta api ataupun bas dan teksi dapat ditingkatkan kualitinya dan sekali gus ia akan menjadikan Malaysia itu tempat yang menarik untuk industri pelancongan.

final • 11:50 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Labuan.

final • 11:50 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Begitu juga...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Tinggi bangun Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Ya, silakan.

final • 11:50 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya tertarik dengan hujahan Yang Berhormat Labuan tadi tentang perbelanjaan untuk prasarana kemudahan pengangkutan rakyat. Sebenarnya saya hendak kaitkan sikit tentang tadi soalan pasal hutang.

Sebenarnya apa pandangan Yang Berhormat Labuan, hutang ini sebenarnya baik.

Jadi ia memudahcarakan kita untuk mengembangkan dari segi pelaburan- yang tidak baik ini kalau tidak bayar hutang. Kalau tidak bayar hutang, tidak baik. Kalau bayar hutang, hutang itu kita gunakan untuk jadi agen pengganda. Itu sebab bila ada ekonomi berkembang di sektor perbankan contohnya, credit growth. Itulah perkembangan hutang untuk bank. Kalau bank tak ada credit growth, kita ada masalah. Jadi, itu sebabnya hutang ini baik kalau diguna cara baik dan Kerajaan Barisan Nasional sepanjang ini menggunakan hutang untuk menambah pelaburan, untuk menambah pekerjaan.

Jadi, termasuk juga untuk membina prasarana yang baik terutamanya saya lihat di Puchong, di kawasan-kawasan Klang Valley ini ada MRT, saya tak tahu berapa banyak kerajaan membelanjakan untuk ini. Mungkin RM40 bilion, RM50 bilion yang diuar-uar kononnya hutang. Inilah hutang untuk kesejahteraan rakyat. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Labuan. Sebenarnya tanggapan bahawa kerajaan berhutang ini tidak baik sebenarnya agak terlampau narrow, terlalu dengkel. Apa pandangan Yang Berhormat Labuan?

final • 11:50 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Setujulah. Hutang, kredit itu semua adalah satu industri yang boleh memberikan peluang-peluang dan pembangunan kepada industri itu sendiri dan seterusnya untuk melipatgandakan pembangunan dan perkembangan industri- industri lain disebabkan oleh kesediaan ataupun adanya market kewangan, capital market yang available yang begitu murah di sana-sini, sepatutnya kita mengambil peluang untuk memastikan Malaysia juga dapat manfaat kepada capital market yang begitu meluas di dalam negara dan juga di seluruh dunia.

Selain daripada pengangkutan awam, kesihatan ataupun perkhidmatan kesihatan adalah di antara yang sangat penting. Kita dapat dengar perbahasan tahun demi tahun di Dewan yang mulia ini tidak sudah-sudah Ahli-ahli Parlimen menyatakan keperluan untuk mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan di seluruh negara. Jadi, saya rasa masanya sudah sampai untuk kerajaan memberikan tumpuan yang lebih kepada kesihatan ini.

Mungkin kita kena lihat sistem ataupun kita kena ubah sedikit dengan memastikan industri insurans dapat menjadi sebahagian daripada equation yang mana akan dapat membiayai pembangunan infrastruktur kesihatan yang ada di Malaysia dan seterusnya kualiti-kualiti perkhidmatan kesihatan itu akan dapat ditingkatkan dan dapat diberikan kepada seluruh lapisan rakyat Malaysia.

Selain itu, syabas juga kepada kerajaan yang telah memperkenalkan PPPM untuk pendidikan kita. Saya yakin dengan strategi baru ini negara kita akan dapat melahirkan generasi baru yang lebih berdaya saing, yang lebih menyeluruh pembangunannya dan saya ingin tambah cuma untuk kita memperhebatkan lagi performance kita dalam bahasa Inggeris.

Saya lihat kita perlu mulakan penekanan itu di peringkat yang lebih awal iaitu di peringkat taman asuhan seperti yang ada dibuat oleh PERMATA tetapi kita perlu ia diperluaskan.

final • 11:50 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Maka saya lihat, taska-taska yang ada di luar bandar terutamanya, KEMAS dan PERPADUAN perlu diberikan penekanan dengan mengadakan contoh dua jam program Inggeris kepada anak-anak kecil ini yang mana dengan program sebegini saya lihat mereka akan dapat menguasai bahasa Inggeris itu dengan sendirinya apabila mereka mendapat basic yang baik dalam umur yang begitu rendah dan seterusnya membuatkan mereka generasi baru yang boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik sama seperti mereka- mereka yang berada di bandar yang mana taska dan program-program Inggeris itu sentiasa tersedia available, dengan izin.

Saya mesti sebut juga di dalam kita ingin menuju ke arah negara maju, di antaranya yang perlu kita percepatkan adalah untuk melancarkan lagi kualiti penyampaian birokrasi kerajaan. Jadi, memang tepat kita adakan government transformation program yang mana diharapkan ia akan terus dipertingkatkan di mana mengikut pengalaman saya selama ini, saya lihat memang banyak lagi kekangan-kekangan ataupun birokrasi yang membuatkan keputusan itu begitu lambat.

Jadi, diharapkan di lima tahun yang akan datang sebelum kita sampai ke tahun 2020, government transformation program ini dapat dipertingkatkan dengan sebaiknya.

Malaysia di masa hadapan dengan kita sudah mengurangkan kebergantungan kepada minyak dan gas dan sebagainya, maka industri yang patut kita pertingkatkan adalah pelancongan antarabangsa dan domestik dan juga Malaysia sebagai education hub.

final • 11:50 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Labuan. Boleh?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 11:50 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Berapa minit lagi tinggal Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Enam, lima minit sekarang ini.

final • 11:50 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Lima minit?

final • 11:50 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya pendek sahaja lagi.

final • 11:50 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Pendek ya?

final • 11:50 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Labuan, saya tertarik tadi mengenai perpaduan dan juga tentang bahasa Inggeris. Sebenarnya, saya amat bersetuju sangat pandangan bahawa kita mesti memberikan peluang yang seluas-luasnya kepada anak kita khususnya di peringkat awalan untuk mereka mempunyai peluang untuk memupuk perpaduan yang kukuh dalam kalangan mereka. Ini kerana di negara kita kalau hendak melalui perkembangan ekonomi yang baik, kesejahteraan yang baik, syarat utama ialah kita mesti mempunyai keamanan.

Keamanan asas negara kita ialah perpaduan. Jadi, perpaduan adalah satu tool atau alat untuk mengukuhkan kita, saling hormat-menghormati, kenal mengenali berbeza agama dan kalau dalam pelbagai bahasa tadi, yang mengikat kita ialah Bahasa Kebangsaan. Jadi, siapa yang berbahasa Inggeris, Bahasa Kebangsaan, kena diperkukuhkan melalui program-program perpaduan dan bahasa. Jadi kita mulakanlah di Parlimen ini. Kalau boleh, kita minta Ahli Parlimen pun biarlah mempunyai pertuturan bahasa Malaysia yang baik. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Labuan? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Itulah sebagai ingredient utama untuk memastikan negara kita akan terus menjadi negara hebat. Kita perlu mempunyai rakyat yang bersatu padu dengan dapat menguasai dua bahasa yang penting iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Kebangsaan serta bahasa Inggeris yang kita perlu pupuk daripada peringkat awal lagi. Sudah tentulah kita di Parlimen sepatutnya kita menjadi role model untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan itu sebagai bahasa yang dimartabatkan.

final • 12:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Bahasa Inggeris ini juga apabila negara kita mempunyai warga yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris akan membuatkan kita sebagai negara yang menarik untuk pelancongan dan juga untuk education hub untuk orang-orang daripada seluruh negara, seluruh dunia terutamanya di rantau Asia untuk menghantar pelajar-pelajar mereka ke Malaysia untuk memastikan mereka dapat education ataupun penguasaan bahasa Inggeris yang baik.

Itulah sebenarnya yang saya juga lihat Labuan mempunyai potensi, Labuan sebagai pusat pelancongan dan Labuan sebagai hab pendidikan. Labuan selama ini bergantung terlalu banyak, besar kepada minyak dan gas. Labuanlah yang merasakan pembangunan ekonomi yang begitu pesat apabila harga minyak itu tinggi, sangat tinggi di kebelakangan sebelum ia menjunam jatuh dan Labuanlah yang merasakan parahnya pada masa ini.

Kalau di Malaysia kita merasakan slow down tetapi sebenarnya di Labuan kita merasakan amat terkesan sehingga kita merasakan ia penguncupan berlaku daripada segi ekonomi domestik. Walaupun kita mengurangkan kebergantungan kepada minyak dan gas di seluruh negara secara amnya, tetapi Labuan masih terlalu bergantung pada minyak dan gas. Jadi saya meminta kerajaan untuk memberikan perhatian yang tinggi untuk menjadikan Labuan ini sebagai sebuah tempat yang berjaya. Labuan yang telah dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan, Labuan yang telah dijadikan sebagai satu simbol penting ikatan perpaduan wilayah di dalam Persekutuan Malaysia, Sabah, Sarawak dan Kerajaan Persekutuan yang berpusat di tanah Semenanjung. Labuan itu ialah simbol.

Jadi ia very significant. Maka dengan itu, kita kena pastikan Labuan ini tidak gagal.

Kita kena pastikan Labuan ini sebagai mutiara yang digilap. Jadi, Labuan tidak lain dan tidak bukan perlukan perhatian daripada kerajaan terutamanya Kementerian Pelancongan dan Kementerian Pendidikan Tinggi yang mana Labuan perlu sekarang ini. Kita ada sebuah kampus cawangan UMS.

final • 12:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

[Bangun]

final • 12:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Kita perlukan banyak lagi untuk diadakan di Labuan supaya ia sekali gus juga akan menjadi tempat integrasi nasional yang mana pelajar-pelajarnya akan datang dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Kebetulan Menteri Pendidikan Tinggi pun ada di dalam. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri supaya Labuan akan diberikan cawangan-cawangan IPTA kepada IPTA-IPTA yang merancang untuk menambahkan cawangan.

final • 12:00 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 12:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Cawangannya banyak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tetapi kita perlukan Wilayah Persekutuan Labuan itu juga menjadi tempat yang membuatkan Kerajaan Persekutuan itu ataupun Malaysia itu rasa dekat di hati orang Sabah dan Sarawak.

final • 12:00 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Labuan.

final • 12:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Labuan.

final • 12:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Sabah dan Sarawak ini adalah antaranya negeri yang penting dalam persekutuan ini tetapi dipisahkan oleh Laut China Selatan.

Malaysia ini ada dua keping, ia bukan macam Thailand. Thailand dia sekeping sahaja.

Malaysia ada dua keping. Jadi kita perlu berikan perhatian kepada isu-isu yang memastikan dua keping ini sentiasa satu. Kita memang sudah banyak bercerita untuk memberikan Sabah dan Sarawak empowerment, penurunan kuasa yang memang saya sokong. Dalam era yang kita menuju negara maju, dalam era negara kita sudah membangun ke tahap ini dan sudah mempunyai kematangan untuk terus maju dan dipertingkatkan levelnya maka...

final • 12:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Labuan, boleh minta Yang Berhormat Labuan?

final • 12:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Empowerment penurunan kuasa perlu diberikan kepada Sabah dan Sarawak.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Kerajaan Persekutuan cuba pantau dan jadikan Labuan sebagai tempat yang mana extension of Putrajaya itu berlaku.

final • 12:00 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Labuan. Hendak sokong ini.

final • 12:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Jadi Labuan akan menjadi tempat untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan Kerajaan Persekutuan untuk rakyat dan wilayah di Borneo. Saya ini hendak tutup, hendak- jadi, dengan memberikan empowerment kepada Sabah dan Sarawak, jangan lupa juga memberikan empowerment kepada Labuan. Selama ini saya lihat Labuan ini macam tidak di sini, tidak juga di sana. Labuan ini seperti selalu terlupa.

Sebab kalau kita lihat contohnya sebagai projek Pan-Borneo. Pan-Borneo project yang begitu besar, berbilion-bilion ringgit, tidak patut kita lupa jalan dari Beaufort ke Menumbok. Satu jalan persekutuan yang sangat penting. Labuan sebagai satu bandar utama di Pantai Barat Sabah. Selain dari Kota Kinabalu kita perlu connect, kita perlu hubungkan dua bandar ini dengan baiknya supaya ia akan melahirkan tenaga dan multiplying effect economically kepada rantau itu. Saya berharap masih belum terlambat untuk Pan Borneo ini diperkembangkan lagi daripada rangkaian yang sudah ada dengan menyambung lagi dari Beaufort ke Menumbok.

final • 12:00 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Labuan.

final • 12:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Kalau tidak mahu buat jambatan pada masa ini dari Menumbok ke Labuan pun tidak apa. Buat dulu jalan ini.

final • 12:00 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Dulu time minyak ada, harga minyak tinggi, pun Labuan dilupakan, apatah lagi sekarang. Tidak kah Yang Berhormat Labuan menganggap bahawa ia merupakan a lost opportunity. Now Labuan tidak ada apa-apa kepentingan. Minyak harga sudah rendah. Sepatutnya dulu bila minyak tinggi itu, Labuan tuntut apa yang dituntut sekarang. Now it is too late. Minta maaf.

final • 12:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

No. It is, “Better late than never”.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 12:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Jadi sebenarnya, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan yang telah meluluskan pada tahun ini 2016 untuk mengadakan feri terminal baru di Labuan. Akan tetapi tidak cukup kalau feri terminal baru itu cuma di Labuan. Kita perlukan feri terminal yang juga baik dan baru di sebelah Sabah. Jadi sebenarnya walaupun saya bukan mewakili kawasan itu tetapi saya menyeru supaya kerajaan tolong lihat kawasan Kuala Penyu, kawasan Beaufort terutamanya Pekan Menumbok untuk dimajukan supaya ia menjadi penghubung yang balanced di antara Labuan dan tanah besar Sabah. Di Labuan...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Kita juga mempunyai industri ship building, buat kapal dan repair kapal yang memang diketahui adalah satu-satunya facility ship building and ship repair, dengan izin, yang terbesar di Malaysia Borneo. Jadi, sayang sekiranya ia tidak dibantu untuk berkembang. Ini juga sepatutnya dilihat sebagai salah satu strategi pertahanan negara, dengan sekarang kita ada ESSCOM yang memerlukan banyak aset laut, kapal dan sebagainya untuk berada di sana. Sepatutnya Labuan Shipyard & Engineering ini diberikan injection pasaran yang akan membolehkan ia berkembang dan membuatkan industri itu terus menjadi industri yang hidup dengan kos yang lebih murah apabila supporting industriesnya turut berkembang.

Jadi, kita perlukan kerajaan melalui MINDEF ataupun Kementerian Pertahanan untuk memberikan sebahagian daripada capital vessel, navy untuk dibaiki di Labuan. Kalau selama ini semuanya dihantar ke Lumut, maka saya memohon supaya separuh daripadanya dihantar ke Labuan supaya Labuan dapat berkembang dan seterusnya Labuan menjadi pemacu ataupun perangsang kepada pembangunan ekonomi di rantau itu.

final • 12:10 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Labuan ini memang boleh jadi role model pun. Labuan ini macam-macam dia boleh jadi role model. Satu Malaysia...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kalau mahu cerita Labuan, dua jam pun tidak habis Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Baru-baru ini pilot projek satu bil IWK dengan Jabatan Air juga dimulakan di Labuan, sebab Labuan memang boleh jadi role model, tetapi janganlah role model itu cuma untuk perkara-perkara seperti ini. Biarlah Labuan itu menjadi role model kepada perkara-perkara yang lebih besar seperti memastikan Labuan punya infrastruktur itu adalah kelas pertama...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Yang paling di hadapan di dalam kita menuju negara maju. Jadi, Labuan sepatutnya mempunyai pelabuhan yang lebih kemas, yang lebih baik dan Labuan sepatutnya menjadi tempat Malaysia menghantar, dari luar negara menghantar students dia untuk belajar di Labuan. Labuan sepatutnya menjadi pertemuan rakyat-rakyat Malaysia berbilang kaum dari Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masa habis Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Jadi sebelum terlambat, maka Labuan perlu diberi perhatian. Kita ada lima tahun lagi, kita boleh catch up. Terima kasih kepada Yang Berhormat Shah Alam yang memperingatkan Labuan perlu diberikan bantuan segera ataupun pertolongan yang besar untuk memastikan potensi Labuan yang sebenarnya bukannya untuk Labuan...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Akan tetapi untuk negara dapat dilaksanakan dengan baik.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Jadi dengan itu, marilah kita bersama-sama patuh kepada Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti yang disampaikan pada hari pertama pembukaan sidang Parlimen baru-baru ini. Labuan mohon menyokong.

Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya. Di beberapa Parlimen di luar sana, Parlimen di negara lain, mereka mempunyai had masa setiap Ahli yang berbahas. Akan tetapi bezanya dengan Parlimen kita, kita tidak ada- di Parlimen mereka itu ada stopwatch. Apabila diberi 30 minit, mikrofon akan mati secara automatik...

[Ketawa] Ahli yang berucap itu tidak ada pilihan, terpaksa duduk kerana tidak ada orang yang dengar. Jadi, mungkin Parlimen kita boleh buat sistem yang sedemikian di masa hadapan.

Ya, Yang Berhormat Sandakan.

final • 12:10 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi peluang saya mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya di sini ucapkan atas Titah Yang di-Pertuan Agong, telah mengutarakan keprihatinan Baginda untuk meningkatkan mutu kehidupan di luar bandar Sabah. Akan tetapi hakikatnya, kita masih mendapati bahawa perbezaan atau ketidakseimbangan antara Timur dan Barat Malaysia adalah ketara dan jelas.

final • 12:14 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Saya berkali-kali menyeru kerajaan cepat menyelesaikan masalah ini dengan tambahkan peruntukan dan resources kepada Sabah untuk membangunkan Sabah supaya keseimbangan pembangunan di Sabah berbanding Semenanjung Malaysia. Bukan saya yang kata ini. Manakala seorang Timbalan Ketua Menteri dari Barisan Nasional pun akui bahawa Sabah jauh lagi mencapai status negeri maju. Di bawah GDP per kapita di Sabah ialah dijangka hanya USD27,496, jauh berbeza berbanding standard negara maju ialah USD50,000 per kapita. Hanya separuh daripada standard negara maju.

Ini menunjukkan walaupun negara kita mencapai status negara maju, tetapi kejayaan itu tidak dinikmati secara sama rata oleh semua rakyat Malaysia khasnya, khususnya orang Sabah. Malahan Tuan Yang di-Pertua, ia adalah lebih dikesali untuk mendapati bahawa mengikut laporan Millennium Development Goals Reports terkini dikeluarkan oleh United Nations, di mana Sabah mempunyai lebih 34 peratus orang asal adalah hidup di bawah tahap kemiskinan. Laporan ini juga sekali mengulangi di mana Sabah merupakan antara negeri yang paling miskin di Malaysia. Kata ini, lebih tinggi daripada purata poverty rate di Sabah iaitu 8.1 percent as compared to 0.6 percent national poverty rate. Tuan Yang di-Pertua, susah kita membayangkan betapa susah orang asal yang hidup dengan begitu miskin. Ramai orang asal di Sabah berasa amat tidak puas hati kerana salah satu janji daripada Kerajaan Persekutuan ketika pertubuhan Malaysia ialah pembangunan di Sabah akan diseragamkan dengan Semenanjung dan kehidupan orang asal akan dinaiktarafkan. Akan tetapi jelasnya semua ini tidak ditepati, malah kehidupan mereka semakin susah. Walaupun negeri kita kaya dengan sumber asli dan Sabah adalah equal partner dalam Persekutuan, tetapi pembangunan adalah amat tidak seimbang dan rakyat masih jauh miskin. Malahan orang asal di Sabah yang sebenarnya bumiputera dan tuan rumah di Sabah, kini hidup seperti taraf second class. Ini adalah amat menyedihkan.

Tuan Yang di-Pertua, tambahan pula pelaksanaan GST telah menyebabkan kenaikan harga barang. Hampir semua barangan telah naik harga, tidak macam apa Menteri kata, GST tidak membebankan rakyat dan pelaksanaan GST akan menurunkan harga barangan. Sekarang, mana ada barang sudah turun harga dan di mana boleh dapat barang itu bahawa rakyat miskin boleh pergi beli. Selepas pelaksanaan GST, kita sudah mengalami inflasi yang sangat serius. Rakyat rasa terbeban.

Tuan Yang di-Pertua, tetapi yang lebih membebankan ialah harga barangan di Sabah adalah jauh lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia, manakala pendapatan jauh lebih rendah berbanding Semenanjung. Ini kita yang double hit. Jadi awal pagi ini, Menteri pun disebut GST di Sabah tidak boleh dikurangkan. Ini susahlah.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut statistik daripada kerajaan, golongan bekerja di Sabah mempunyai gaji yang paling rendah di seluruh Malaysia. Median incomenya hanya mempunyai RM910 pada tahun 2012. Ini katanya, ada separuh golongan bekerja dapat kurang daripada RM910 sebulan berbanding dengan Kuala Lumpur ialah RM2,000. Median pendapatan golongan bekerja di Sabah, separuh pun tidak sampai. Ini menunjukkan kesusahan orang Sabah, bukan sahaja orang asal, malah seluruh golongan bekerja.

Tuan Yang di-Pertua, di kawasan luar bandar negeri Sabah sudah pun orang asal sangat miskin dan mengalami kehidupan yang susah, kita mendapati bahawa banyak lagi kawasan luar bandar tidak mempunyai akses air dan elektrik, tiada akses jalan, ada kabel tiada elektrik, ada paip tiada air, tidak ada klinik kesihatan dan sampai hari ini ramai orang Sabah mengalami kehidupan yang begitu susah. Walaupun kita tinggal 5 tahun kononnya akan menjadi negara maju, tetapi hakikatnya Sabah masih seperti hidup di terowong. Ia amat memalukan.

final • 12:14 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin menarik perhatian daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh petani di kawasan Keningau.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, 80 peratus penduduk Kampung Setika, Keningau bekerja sebagai petani dan bergantung kepada hasil bercucuk tanam. Aktiviti bercucuk tanam yang paling utama padi sawah.

final • 12:20 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Walaupun penduduk kampung sudah beberapa kali membuat laporan kepada pihak yang berkuasa mengenai dengan keadaan air yang tidak mencukupi, jawapan yang sering kali diberikan kepada penduduk kampung, kekurangan dana untuk membeli minyak dan tidak ada peruntukan untuk membaiki enjin. Beberapa pump hose langsung tidak berfungsi kerana enjinnya rosak. Ada yang ditimbuni pasir akibat banjir. Saliran sistem pengagihan air padi sawah yang tidak ada penambahbaikan dan ditumbuhi rumput yang panjang.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa inisiatif telah diambil oleh penduduk kampung demi menyalurkan air yang mencukupi ke kawasan padi sawah. Antaranya ialah bergotong royong membersihkan sistem perparitan agihan air sawah dan mengumpul dana untuk membaiki sistem saliran air padi sawah.

Akibat daripada air yang tidak mencukupi ini, padi tidak memberi hasil yang baik.

Bukan sahaja hasil pendapatan penanaman padi telah jatuh dengan amat teruk, penduduk kampung juga terpaksa menangguhkan aktiviti penanaman padi kerana menunggu sehingga bekalan air benar-benar mencukupi, dan ada juga yang terpaksa membatalkan penanaman padi pada tahun ini. Keadaan ini menambahkan kesukaran mereka. Jadi, pendapatan mereka jadi lebih rendah dan kehidupan mereka jadi lebih sengsara.

Tuan Yang di-Pertua, persoalan saya ini, bagaimanakah kerajaan boleh mengambil perkara ini dengan sikap yang serius untuk membantu petani-petani atau orang kampung di Keningau mengatasi masalah ini? Bolehkah Kerajaan Persekutuan menunjukkan keprihatinan dan tambahkan peruntukan untuk menambah baik sistem parit di Keningau? Saya harap kerajaan memandang isu ini dengan serius, dan beri satu jawapan yang lengkap bagaimana kementerian boleh bantu dalam isu ini?

Sebenarnya punca yang utama menyebabkan kekurangan air ini, paras sungai terlalu surut dan kedudukan sungai yang sudah terpindah daripada kedudukan asal.

Sumber air yang utama yang boleh membekalkan air yang mencukupi adalah dari sungai yang terbesar di Keningau iaitu Sungai Pegalan.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut tinjauan yang dibuat di Keningau, paras Sungai Pegalan telah jatuh dengan mendadak sehingga ke paras 50 peratus daripada paras asal.

Ia telah menjejaskan sistem agihan air ke padi sawah. Keadaan ini akibat daripada aktiviti kuari dan pengorekan pasir yang haram- illegal sand mining, yang telah beroperasi selama bertahun-tahun di sepanjang Sungai Pegalan. Ia telah mengalami kerosakan turut dan serius. Bukan sahaja pam air tidak dapat menarik air ke saluran sistem air padi sawah tetapi ia juga telah mengakibatkan hakisan tebing sungai yang teruk.

Saya ingin tanya kerajaan, kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas aktiviti-aktiviti yang haram ini, kerana ia sudah merosakkan Sungai Pegalan. Walaupun sudah banyak aduan sudah dibuat kepada pihak berkuasa tetapi masih nampaknya tidak ada tindakan yang diambil. Saya harap aktiviti ini perlu dihentikan serta-merta.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengajak Menteri kalau boleh turun padang ke kawasan tersebut untuk meninjau dan mengkaji masalah tersebut. Saya harap kementerian boleh secepat mungkin mencari penyelesaian dan memberi peruntukan untuk membaiki sistem parit pertanian di Keningau supaya rezeki petani di Keningau ini tidak terjejas.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu, saya juga menyentuh satu perkara yang dianggap tidak adil yang berlaku di Sabah. Seperti mana yang kita tahu bahawa harga getah di Sabah adalah jauh lebih rendah berbanding dengan negeri yang lain. Saya ingin mendapat jawapan daripada pihak kementerian, kenapakah ia berlaku dan bagaimana kerajaan mengatasi masalah tersebut? Sedangkan, pihak kementerian sudah tahu masalah ini dan pernah menjelaskan kenapa harga getah rendah di Sabah. Kenapakah tidak membaiki masalah kalau sudah tahu? Kenapakah biarkan masalah ini berterusan sehingga penoreh getah dan pekebun kecil berasa begitu sengsara?

Saya difahamkan kerajaan ada program inisiatif pengeluaran getah di Sabah untuk membantu dan subsidize pekebun dan penoreh getah. Saya ingin tahu juga bagaimana ia dijalankan untuk memastikan harga getah di Sabah berdaya sihat? Saya minta maklumat secara terperinci bagaimana peruntukan inisiatif ini dibahagi? Bilakah ia akan bermula dan berapa orang dimanfaatkan?

final • 12:20 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada masalah kemiskinan yang saya sentuh tadi, masalah keselamatan di Sabah merupakan masalah yang paling besar. Pada bulan Februari yang lalu, negara asing seperti United Kingdom, France, Sweden, Australia dan sebagainya mengeluarkan amaran melancong ke Sabah. Ia tentu ada membawa impak yang negatif kepada sektor pelancongan di Sabah. Kes penculikan dan pencerobohan telah berkali-kali berlaku di Pantai Timur Sabah dan ia sudah membawa impak yang sangat teruk ke atas Sabah.

Walaupun kerajaan jamin keselamatan di Sabah, nampaknya keadaan yang sebenar bukan sebegitu. Hakikatnya, keselamatan kita bukan semakin baik, malah semakin teruk. Kini bukan sahaja di Pantai Timur Sabah, malah mengikut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri berkata baru-baru ini, seluruh Sabah diancam kerana didapati bahawa ada panglima-panglima dari Kesultanan Sulu sudah merebak ke semua daerah di negeri Sabah. Ertinya, seluruh Sabah sedang mengalami ancaman yang sangat serius.

Tuan Yang di-Pertua, sedangkan kerajaan sudah berkali-kali kata bahawa Sabah adalah selamat selama ini. Akan tetapi nampaknya ini semakin serius. Ia menunjukkan inisiatif kerajaan selama ini sudah gagal dan kerajaan mesti cari penyelesaian kenapa ia berlaku dan semakin serius...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Penampang bangun Yang Berhormat. Hendak beri Yang Berhormat Penampang?

final • 12:20 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 12:20 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Setujukah Yang Berhormat Sandakan yang pengumuman bahawa Sabah dalam keadaan yang bahaya sekarang ini berpunca juga daripada ketidakseriusan oleh kerajaan untuk membentang Laporan RCI di Parlimen dan membuat keputusan yang muktamad untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah yang sudah mungkin jadi elemen-elemen time bomb ataupun threat ke Sabah? Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju. Sila masukkan ke dalam saya punya ucapan. Akan tetapi, saya juga ada sentuh Tuan Yang di-Pertua, masalah pendatang asing tanpa izin iaitu PATI itu. Itu pun sudah dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang terlibat dalam beberapa kes penculikan dan pencerobohan itu.

final • 12:20 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Ia boleh dilihat sebagai ancaman keselamatan pada Sabah. Masalah ini perlu dan pasti diselesaikan. Akan tetapi malangnya walaupun masalah ini kritikal dan penting dan seluruh rakyat Sabah amat menanti-nantikan kerajaan mengambil tindakan tetapi kerajaan nampaknya tidak ada keikhlasan untuk menyelesaikan masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun Laporan RCI telah diumum lebih satu tahun tetapi sampai hari ini masih tidak ada tindakan daripada kerajaan diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Kita tahu ada jawatankuasa ditubuhkan untuk cari penyelesaian tetapi sampai hari ini sudah lebih satu tahun mana recommendation daripada jawatankuasa tersebut. Kenapakah begitu lewat? Adakah begitu susah untuk memberi keutamaan kepada masalah ini.

Selain itu fakta kedua ialah pertikaian kedaulatan Sabah antara Kerajaan Malaysia dan Kesultanan Sulu serta Kerajaan Filipina sudah 53 tahun telah berlalu sejak Sabah, Sarawak dan Malaya bersama-sama menubuhkan Malaysia. Mengapakah pertikaian ini masih belum diselesaikan? Dilihat pemilikan Sabah ini masih tidak ditentukan walaupun United Nations dan masyarakat antarabangsa sudah iktiraf Sabah adalah sebahagian dalam Persekutuan Malaysia.

Saya, beri contoh sehingga sedekad tahun, kerajaan kita masih bayar cess money kepada Kerajaan Kesultanan Sulu dan Kementerian Luar Negeri kita tidak mengambil sikap yang lebih keras terhadap Kerajaan Filipina apabila sesiapa hendak tuntut Sabah daripada segi diplomatik. Kita harus ambil tindakan yang keras terhadap sesiapa yang ingin mempertikaikan isu kedaulatan kita kerana ia tidak boleh dikompromi dan mestilah dipertahankan.

final • 12:30 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Kalau ia terus dibiarkan sahaja tentulah orang Sulu akan terus masuk ke Sabah kerana mereka sudah anggap Sabah sebagai tanah mereka dan kerajaan kita membiarkan ia terus even making it more serious. Tuan Yang di-Pertua, dua-dua faktor ini merupakan masalah asas ancaman Sabah. Pada pandangan saya untuk menyelesaikan masalah PATI dan kepelbagaian kewarganegaraan kita yang menyebabkan masalah sovereignty kita, saya minta kerajaan recall and re-issue semua IC di Sabah supaya semua PATI yang dapat IC yang secara haram boleh dibersihkan. Boleh menyelesaikan semua pertikaian tentang IC dan masalah kewarganegaraan di dalam Sabah. Kerajaan juga harus mengambil inisiatif bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa mahupun melalui diplomatik untuk menyelesaikan pertikaian kewilayahan ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu pada 1 Mac saya baca surat khabar dan mendapati bahawa suspek pembunuh Bernard Then telah dibebaskan di Filipina kerana Kerajaan Malaysia dituduh gagal menghantar pihak polis Filipina, the true copy of the warrant sedangkan Filipina sudah minta pihak kita menyerahkan dokumen ini berkali-kali.

Ya, mengejutkan saya dan seluruh negara. Mangsa Bernard Then yang dibunuh dengan zalim oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf di Filipina tahun lalu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu kenapa kerajaan gagal memberi true copy of the warrant kepada polis Filipina? Kenapakah boleh berlaku kesilapan yang begitu besar sehingga suspek pembunuh dibebaskan? Ia adalah sangat ridiculous ini menunjukkan salah satu fakta menyebabkan keselamatan kita terancam kerana kegagalan pegawai kita menjalankan tugas dengan baik. Saya minta penjelasan daripada kerajaan kenapa ia berlaku dan apakah status terkini mengenai kes ini khususnya suspek ini. Saya juga ingin tahu adakah kerajaan memberi pampasan kepada mangsa keluarga untuk menunjukkan perasaan simpati oleh kerajaan oleh sebab kegagalan keselamatan negara menyebabkan kematian Bernard Then.

Di samping itu kegagalan kerajaan membahagikan sumber tenaga kita di tempat yang perlu juga menjadi faktor kenapa keselamatan kita gagal. Contohnya, polis di special branch ditujukan untuk memantau rakan ahli pembangkang, ia adalah tidak wajar sedangkan banyak tempat khususnya di Sabah mengalami ancaman keselamatan serius, ia adalah amat ridiculous kerana sekurang-kurangnya ada pegawai special branch yang ditugas hadir setiap aktiviti kita even sidang media pun ada dia. Kalau mereka boleh diberi kerja yang lebih utama dan penting seperti memantau pergerakan kumpulan pengganas dan penjenayah ia mungkin lebih berkesan untuk menambah baik keselamatan kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh perkara tentang bekalan elektrik yang sering kali dihadapi masalah di Sabah khususnya kawasan saya di Sandakan. Rakyat Sabah khasnya Sandakan berasa amat jauh tidak puas hati terhadap prestasi SESB kerana kawasan saya masih sentiasa mengalami ketidakcukupan elektrik dan putus elektrik. Akan tetapi walaupun prestasi tidak baik malah SESB masih mengenakan tarif yang amat tinggi.

Ramai rakyat Sabah berasa amat tidak puas hati.

Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun lalu hanya harga minyak antarabangsa telah jatuh terus sehingga satu paras di bawah USD 30 dan kini harga di sekitar berharga per liter RM1.35 malahannya walaupun harga minyak antarabangsa turun dramatically tetapi kenapa harga elektrik tidak turun walaupun kelmarin Yang Berhormat Menteri ada memberi penjelasan tetapi di Sabah harga yang tinggi tetapi servis tidak ada.

Ini yang tidak bersama malahannya itu apabila harga minyak naik SESB kata kalau tidak naik tarif pihak SESB akan rugi. Akan tetapi sebenarnya SESB dapat keuntungan yang lumayan. Pada tahun 2013 keuntungan revenue SESB dilaporkan ialah RM1.42 bilion manakala after tax profit RM13.8 bilion. Pada ketika itu harga minyak antarabangsa adalah lebih kurang USD100 per barrel berbanding hari ini ialah tiga kali ganda rendah. Ia bermakna bahawa pada ketika itu SESB sudah untung banyak manakala sekarang sudah pun harga minyak turun tetapi SESB masih enggan menurunkan harga elektrik. Bukankah SESB dapat keuntungan lebih tinggi tetapi servis yang diberi tidak memuaskan. Ini adalah amat tidak adil kepada rakyat Sabah. Daripada perbandingan itu walaupun harga tarif tinggi dan untung banyak tetapi prestasinya masih jauh kurang memuaskan.

final • 12:30 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, selain itu SESB selalu menaikkan deposit yang telah membebankan rakyat dan peniaga. Saya minta penjelasan kenapa selalu naik deposit pengguna? Ini salah satu cara yang tidak wajar. Apabila penggunaan atau uses elektrik naik SESB naik dua bulan deposit semestinya tetapi apabila penggunaan purata enam bulan elektrik pengguna itu turun deposit itu susah untuk dapat balik. Ini adalah sangat tidak adil kepada semua pengguna sepatutnya deposit tidak payah sekali-kali naik kalau memang ada pengguna itu didapati tidak bayar bil. Maka SESB boleh berhenti terus perkhidmatan bukan mengenakan deposit, pertambahan berkali-kali. Ini amat menyusahkan pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang masalah internet di Sabah dan khususnya di Sandakan sedangkan internet sudah menjadi benda keperluan yang asas. Bukan sahaja bagi individu dan juga peniaga-peniaga. Saya rasa amat tidak puas hati kerana prestasi dan perkhidmatan internet di Sandakan adalah amat lemah.

Downloading speednya pun juga sangat lambat.

final • 12:30 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Contohnya di pejabat saya, walaupun saya bayar rebat RM270 setiap bulan tetapi speednya adalah amat lembap sehingga langsung tidak boleh pakai. Saya ingin tahu, apakah rancangan kerajaan untuk naikkan perkhidmatan internet di seluruh Sabah dan bagaimana internet di Sandakan khususnya boleh diperbaiki?

Untuk makluman Yang Berhormat, kita mahu internet yang cepat. Bukan seperti Yang Berhormat Menteri yang kata rakyat Malaysia mahu internet yang lambat kerana murah. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya banyak di negara lain ada juga internet yang cepat malah bayarannya adalah rendah. Seperti di Singapura hanya lebih kurang SGD60 ataupun RM180 boleh menikmati 1GB tetapi kalau di Malaysia sini RM180 hanya boleh pakai 4 Mbps.

Jadi ini kita bayar mahal tetapi download speed kita sangat rendah. Ini adalah sangat tidak adil bagi orang Sabah dan telah menjejaskan daya saing Sabah. Jangan lupa bahawa Yang Berhormat Menteri yang mengendalikan perkara ini ialah dari Sabah dan ia sangat malu bagi beliau kerana internet di Sabah adalah sangat tidak memuaskan. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh ambil masalah ini dengan serius dan saya ingin tanya...

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat Sandakan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Taiping bangun Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Boleh celah sedikit? Sekian, terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan kelajuan internet, saya rasa Malaysia sudah jauh ketinggalan. Tahun lepas kita di tangga 74, kelajuan internet kita lebih mundur jika dibandingkan dengan Thailand, Singapura dan lain- lain. Lebih membebankan rakyat bukan sahaja kelajuan tetapi harganya amat, amat tidak berpatutan dan menekan rakyat.

Saya bandingkan di sini seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sandakan. Jika dibandingkan negara Thailand, 1Mbps lebih kurang RM6.34, Singapura RM6.61, Telekom Malaysia RM19.90 iaitu lebih kurang empat kali ganda, 400 percent lebih mahal daripada negara ASEAN jiran kita. Maka adakah setuju Yang Berhormat Sandakan supaya pasaran telekomunikasi ini dibuka supaya tidak ada lagi oligopoli, tidak ada lagi monopoli, rakyat menikmati kelajuan internet yang sepatut untuk menjayakan transformasi model ekonomi negara kita menjadi knowledge-based economy. Setuju kah Yang Berhormat Sandakan?

final • 12:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Ya, setuju. Dua belah tangan dua kaki, semua setuju ini. Tolong masuk saya punya teks.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cuba buat Yang Berhormat?

final • 12:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cuba buat itu angkat tangan angkat kaki macam mana?

[Ketawa]

final • 12:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh ambil masalah ini dengan serius dan saya ingin tanya bila teknologi fiber optik ini boleh direalisasikan di Sandakan? Ini kita satu permintaan.

Tuan Yang di-Pertua, kita pertumbuhan ekonomi di Sabah semakin perlahan pada ketika pertumbuhan Rancangan Malaysia Kesebelas lalu Sabah dilaporkan mencatatkan rekod pertumbuhan GDP yang paling rendah berbanding negeri lain dan purata negara ialah tiga peratus sahaja. Ia menunjukkan pembangunan sektor-sektor di Sabah gagal dan tidak berprestasi.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Boleh gulung Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Ya, sikit sahaja.

Antaranya ialah sektor minyak sawit iaitu sebagai salah satu faktor ekonomi yang kedua besar di Sabah kini harga minyak sawit mentah di antarabangsa semakin menurun, sektor ini semakin merosot. Kerajaan mesti cari penyelesaian bagaimana membangunkan semula sektor ini supaya ia boleh lebih berdaya saing. Ia sangat penting bagi ekonomi di Sabah.

Industri kelapa sawit ini sudah lost its querylah. Bukan sahaja cukai yang tinggi dan double tax dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri telah mengehadkan pembangunan sektor tersebut dan eksport minyak sawit kita telah diperlahankan dan kita telah gagal bersaing dengan Indonesia, kenapakah ia berlaku? Saya harap kementerian beri penjelasan dan memberi kajian yang terperinci kenapa sektor minyak sawit kita semakin merosot?

Pada pandangan saya, oleh sebab keperluan dan dari China dan luar negara sudah menurun permintaan atau membeli akibatnya pengeluaran lebih banyak daripada keperluan yang didapati di Sabah banyak smallholders tidak boleh jual dia punya hasil, dia punya food kepada refinery dia. Oleh sebab setiap refinery dia punya minyak pun sudah penuh, dia tidak boleh kutip lagi dia punya stok. Jadi saya fikir ini satu keadaan yang serius.

Jadi smallholders ini menyebabkan banyak kerugian besar. Jadi ekonomi ini sepatutnya mesti menjajar.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, tambahan pula kini kerajaan lagi mahu mencadangkan menaikkan levi pekerja dari RM590 ke RM1,500 ini akan tambah beban pengusaha sektor ini dan ini mungkin will kill off this golden goose. Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Ya. Sektor minyak sawit di Malaysia merupakan sektor yang terunggul di dunia. Kini terdapat ramai pengusaha sektor ini berasa semakin susah. Saya menyeru kerajaan ambil tindakan yang perlu untuk mengatasi masalah tersebut supaya ia membantu membangunkan sektor ini dan terus membawa kebaikan kepada pembangunan negeri Sabah. Di sini saya ucapkan terima kasih ke atas Tuan Yang di-Pertua, memberi peluang saya berbahas.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Sipitang.

final • 12:40 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Nampaknya ucapan Ahli Parlimen Sandakan tadi memakai cermin mata hitam berjalan waktu malam. Seolah-olah menafikan usaha pembangunan yang sedang berjalan di negeri Sabah dengan lebih baik sekali dibandingkan masa-masa yang lalu. Tidak akan tidak ada pembangunan yang nampak dengan jelas, semuanya buruk belaka. Terutama bagaimana kerajaan negeri mengatasi masalah kemiskinan seperti yang dilaporkan tadi jauh berbeza lebih baik.

final • 12:47 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya merakamkan penghargaan setulus budi kerana memberi peluang saya berucap dengan rasa hormat dan penuh takzim. Marilah kita merafak sembah menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan majlis perasmian mesyuarat kita ini dengan mengambil muhasabah diri ke atas Titah Tuanku demi perjuangan untuk rakyat jelata di seluruh pelosok tanah air kita.

Dari Perlis nun di utara hinggalah ke negeri Sabah, dari Pahang hinggalah ke Sipitang. Bahawa rakan-rakan seperjuangan dan seangkatan barisan ini atau di barisan sebelah sana marilah sama-sama kita mendukung Titah Tuanku untuk bersama-sama berganding bahu khasnya dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan kita untuk menjayakan mengemudi pentadbiran negara dengan lebih cemerlang pada akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, inti pati titah ucapan jelas menggambarkan betapa pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berjaya memenuhi aspirasi rakyat untuk membawa Malaysia kepada persada dunia sekali gus memancarkan iltizam pimpinan kita, untuk mengangkat kehidupan rakyat sejagat untuk menjadi sebahagian komuniti dunia yang lebih hebat.

final • 12:47 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Menjunjung kasih ke atas Titah Tuanku itu maka wajarlah pula kita, para wakil rakyat untuk bersama-sama menyanjung tinggi pimpinan kerajaan di bawah teraju Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kabinetnya. Senada dengan Titah Tuanku sambil mendukung erat aspirasi rakyat, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas keberhasilan dan kejayaan agenda pembangunan khususnya dasar transformasi kerajaan yang sudah pun kita dapat lihat sebahagian besar hasilnya.

Kejayaan ini tentunya tidak mudah untuk dicapai namun hasil permuafakatan dan kesatuan semua pihak daripada segenap penjuru maka satu kebarangkalian yang awalnya difikirkan mustahil, akhirnya pasti mampu digapai. Menyentuh hari-hari yang berlalu, jelas Malaysia di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengharungi jalan penuh ranjau, penuh liku di tengah pergolakan dunia yang tidak menentu akibat turun naik pasaran harga minyak, pasang surut politik antara wilayah serta ancaman keselamatan militan dan juga ekstremis di merata dunia.

Andang-andang madu kelulut, Pokok asam tempat bersarang, Pandang-pandang semua sudut, Malaysia jelas makin cemerlang. Dalam langkah perjalanan kita merasa terus mara ke hadapan, marilah kita beristiqamah serta mengambil iktibar dan ikhtiar berpayung paksi daripada Titah Tuanku, setiap wakil rakyat wajar untuk bermuhasabah diri serta perjuangan kita tiada titik noktahnya dan tiada batas sempadan kaum apa lagi agama. Demikian juga rakyat di segenap dimensi bersatu kita demi Malaysia. Jangan diberi ruang untuk musuh kita dari dalam mahu pun luar untuk memecahkan kerana kita khuatir, “Di mana kayu bengkok, di situ musang meniti” yang bermaksud, di tempat ada kelemahan, di situ musuh mengambil kesempatan dan peluang. Kita kuat kerana bersatu, kita bersatu kerana kuat.

Tuan Yang di-Pertua, kita bersyukur dan menghela nafas lega kerana horizon ekonomi Malaysia diramal terus mencatat pertumbuhan yang mekar pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang walaupun mencabar keadaannya pada hari ini. Mengikut unjuran ekonomi Malaysia turut berkembang mekar berada pada kedudukan teguh dengan jumlah pelaburan asing (FDI) melakar peningkatan yakni bukanlah pada kedudukan tercorot seperti persepsi yang digembar-gemburkan seolah-olah menyalahkan pimpinan khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Malaysia berjaya dan mampu bertahan lantas kekuatan yang ada pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai pengemudi layar yang punya kekuatan tersendiri mengharung cabaran membadai sehinggakan negara terus diiktiraf dunia dalam pelbagai aspek.

final • 12:50 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Di bawah pimpinan Perdana Menteri sebagai contoh yang terdekat, terbukti menerusi pembentukan komuniti ASEAN ketika Malaysia menjadi pengerusi Persidangan Kemuncak ASEAN 2015 yang terbaru, penghargaan diberi kepada Perdana Menteri ketika lawatan Perdana Menteri ke negara Arab.

Di peringkat Asia, kita berjaya membawa pimpinan-pimpinan dunia termasuk Amerika, China, Jepun, India ke Malaysia yang membuktikan penghormatan antarabangsa terhadap kepimpinan Perdana Menteri sebagai pengerusi ASEAN. Pada 4 Februari lepas, Malaysia menyertai 11 buah negara lain dalam menandatangani perkongsian Trans-Pasifik

(TPPA) iaitu pakatan perdagangan dijangka meluaskan pasaran, mengurangkan tarif dan mempromosi perdagangan lebih luas. Pakatan perdagangan ini mewakili 40 peratus keluaran negara kasar, KDNK global yang bernilai lebih RM30 bilion.

Selain dari Malaysia, turut menjadi TPPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam. Tidak syak lagi semua usaha ini mengangkat ekonomi negara kepada persada dunia kembali melihat kepada negara. Pertumbuhan sebenarnya berjaya lantaran perancangan yang diatur oleh kerajaan seumpamanya menerusi pertumbuhan-pertumbuhan koridor pembangunan untuk menyeimbangkan antara wilayah. Koridor ekonomi Malaysia seperti yang kita maklum, Wilayah Selatan (IRDA), Wilayah Ekonomi Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur

(ECER), Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Pembangunan Sarawak

(SCORE).

Pertumbuhan koridor-koridor ekonomi ini membuktikan komitmen kerajaan untuk menggalakkan perdagangan bebas dan perniagaan bagi memajukan negara kita, Malaysia.

Bagi negeri Sabah sahaja, koridor pembangunan dibahagikan kepada enam, sekali gus memudahkan pelabur dapat membangunkan pembangunan secara menyeluruh. Melihat unjuran perancangan yang disebut, nyata jelas ketahanan, keupayaan dan daya saing negara memberi sinaran harapan cerah walaupun banyak pihak meragui dan tidak meyakini lantaran perang persepsi psikologi yang meresapi dan sebati dalam hati terutama melanda kepada negara kita.

Kejayaan ekonomi negara ini bukan tercipta sekelip mata tetapi terhasil daripada perancangan strategik yang didukung kecemerlangan dan dedikasi rakyat Malaysia sendiri terdiri daripada usahawan, graduan, korporat, teknokrat dan serta ratusan ribu orang pekerja-pekerja industri yang utama. Selain daripada itu, faktor kejayaan ekonomi negara kita adalah daripada hasil pengawasan yang mantap berterusan pihak kerajaan khususnya melalui pelaksanaan program transformasi ekonomi (ETP) sekali gus menyediakan asas kukuh dalam negara yang lebih berdaya saing.

Tepat sekali kejayaan ekonomi kita bersandar kepada tiang asas yang sebenar.

Mengimbau jalan-jalan yang sudah dilalui ini, baik yang lurus atau pun yang bersimpang- siur, tidak syak lagi betapa kukuhnya tempat ekonomi kita bertapak semenjak 1965 hingga tahun 2010, sebanyak 10 Rancangan Malaysia, dan tiga rancangan jangka panjang telah dilaksanakan manakala Dasar Pembangunan Nasional pula melewati tempoh 1991 hingga 2000. Kemudian disusuli Dasar Wawasan Nasional merentasi tahun 2001 hingga 2010.

Dalam pada itu, kerajaan telah melancarkan Dasar Transformasi Nasional ketika pembentangan Bajet 2010 dulu sebagai paksi pengukuhan dan pemangkinan untuk mencapai agenda pembangunan yang lebih menyeluruh. Langkah dan pendekatan dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Najib semenjak mengambil alih Perdana Menteri membawa anjakan dalam melaksanakan serta strategi yang konkrit lagi tuntas. Misalnya, kerajaan melancarkan Model Ekonomi Baru bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Pertumbuhan yang saksama menyaksikan masyarakat Melayu bumiputera setanding dengan masyarakat lain apabila fajar negara maju menyingsing empat tahun lagi.

Kejayaan-kejayaan yang saya sebutkan ini hanyalah sebahagian daripada simbol- simbol kecil yang boleh dilihat dengan mata kasar tentang keupayaan pimpinan kita mengemudi sebuah negara dalam bahtera perjuangan di hadapan yang lebih mencabar.

Namun di sebalik pencapaian tersebut, apa yang membimbangkan yang paling dikesali ialah ada pihak-pihak yang bertanjak jarum, menyuntik persepsi yang negatif semata-mata menidakkan kepimpinan yang dinamik demi mencapai cita-cita membina tirai-tirai kebencian, menghalang kelangsungan survival negara daripada segi ekonomi, politik mahu pun keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

final • 12:50 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Apakah simbol-simbol kecil itu tidak dapat dilihat atau kerana sudah pertimbangan akal atau dijangkiti Alzheimer politik sehingga sanggup berfantasi dan membuat deklarasi hanya kerana tidak mahu menerima suatu yang realiti? Perbuatan mengadakan deklarasi, bersekongkol dengan mereka yang pernah menjadi seteru politik sesuatu yang memalukan.

Apatah lagi mereka ini tidak sabar lagi menunggu PRU Ke-14.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh sambung petang nanti, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Okey, terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

final • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sipitang. Sila. 17 minit lagi.

final • 2:30 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya mengucapkan terima kasih bagi pihak rakyat Sabah atas kelulusan menaik taraf lebuh raya yang dikenali sebagai Pan-Borneo iaitu jajaran terpenting bagi bumi Borneo yang diimpikan sekian lama menjadi satu kenyataan. Ia merupakan salah satu projek pembangunan yang dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional dalam Manifesto Pilihan Raya 2013. Ia meliputi jarak 2,239 kilometer, bakal menghubungkan bandar-bandar utama Sabah dan Sarawak dengan anggaran RM27 bilion dan Sabah lebih daripada RM12 bilion.

Malah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam lawatan ke Sabah pada bulan September tahun lalu sudah menyatakan komitmen bahawa fasa pertama pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo bagi jajaran Sabah dilancarkan pada suku pertama tahun 2016.

Janji yang ditepati hasil iltizam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Saya mendapat maklum, tiga buah pakej awal pelaksanaan yang akan dilaksanakan dimulakan di tempat yang paling jauh daripada titik sempadan iaitu jalan Donggongon, Papar Spur, jalan Tawau ke Semporna dan jalan Lahad Datu. Persoalannya, kenapa ia tidak dimulakan dari Sipitang yang mana Sindumin, Merapok, Lawas telah pun dilaksanakan, juga dikenali sebagai Bandar Sahabat menjadi titik pertemuan jajaran lebuh raya tersebut iaitu Sindumin, Beaufort, Papar dan Donggongon.

Sehubungan dengan itu, kita berharap agar Kementerian Kerja Raya melihat semula pelaksanaan fasa awal pakej lebuh raya tersebut untuk menentukan kesesuaian dan logika sambil meletakkan keutamaan bagi kepentingan ramai. Saya merayu dan berharap agar antara pakej awal itu dimulakan dari Sindumin Sipitang bermula dari pekan Sindumin menuju sehingga ke Daerah Beaufort, Papar, Donggongon dan Spur sejauh 60 kilometer iaitu dari Sindumin dan Beaufort atas kedudukan daerah kami sebagai pintu masuk utama di sempadan antara Sabah dan Sarawak dan laluan utama Brunei.

Lebih penting Daerah Sipitang kini pesat membangun dengan pelbagai industri berat termasuk sebagai hab minyak dan gas yang memerlukan rangkaian jalan raya yang terbaik demi kemudahan kepada para pelabur dan pelancong, tauke-tauke perniagaan dan usahawan selain daripada kemudahan-kemudahan orang kampung, petani, nelayan untuk memugar rezeki. Mewakili suara orang kampung, kita mohon Dewan yang mulia ini agar minta Kementerian Kerja Raya dapat kiranya melihat semula fasa pakej yang awal dilaksanakan rantaian Pan-Borneo khususnya bagi jajaran negeri Sabah.

final • 2:32 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi dalam isu pembangunan jalan raya ini, kita ingin mengulangi rayuan kepada kerajaan agar dapat kiranya dipertimbangkan dan dilihat cadangan untuk menaik taraf jalan Mendulung-Melinggan dan Melinggan-Long Pasia agar diberi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini sama ada secara berpakej ataupun apa jua mekanisme yang bersesuaian dan sewaktu dengannya.

Selain daripada itu, kita mohon agar juga jalan Mintulut-Bangkalalak yang pernah saya ketengahkan dalam persidangan Dewan ini untuk diberi pertimbangan yang bijaksana kerana jalan tersebut menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi penduduk kampung yang hanya jaraknya begitu dekat antara dua hingga tiga kilometer.

Bagi jalan Karangan-Lumadan, Beaufort iaitu dalam Parlimen Sipitang, kita berterima kasih kepada kerajaan kerana mendengar denyut nadi rakyat yang juga pernah saya suarakan dalam Dewan ini memandangkan pelaksanaannya pun sudah dimaklumkan dianugerahkan kepada kontraktor untuk dimulakan pelaksanaan dalam tempoh tidak lama lagi. Terima kasih dan syabas kepada kerajaan biarpun ia dalam keadaan suasana ekonomi tidak menentu tetapi pembangunan untuk kepentingan rakyat terus dapat dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, kedua, soal pendidikan. Menjulang pendidikan negara di atas layar transformasi kerajaan wajar sekali diperhebat agenda pembangunan pendidikan secara tuntas demi memenuhi cita-cita besar negara dan bangsa kita. Ini kerana pendidikanlah pemangkin utama untuk bangsa kita menempuhi angin cabaran yang bertiup kencang. Tertulis jelas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 susur haluan untuk kita menjadi pedoman setiap tindakan kerana ia cukup lengkap sifatnya.

Menuju ke jalan itu, kita harap Kementerian Pendidikan memperkasa usaha pembangunan modal insan bagi melengkapkan Malaysia dengan aset sumber manusia bagi mencapai status negara maju dalam tempoh waktu tidak lama lagi. Pendidikan mempunyai akar yang pahit tetapi buahnya amat manis. Apa yang kita minta mungkin susah dan berat untuk dipertimbangkan tetapi tujuannya ikhlas dan niatnya amat jujur.

Sehubungan dengan itu, kita menyarankan agar bangunan pendidikan daerah di mana-mana tempat di negeri Sabah khususnya dan Sarawak khususnya Sipitang dapat dinaiktarafkan memandangkan dalam keadaan yang begitu daif. Hal ini pernah saya bangkitkan dalam perbahasan Dewan yang mulia ini. Sehingga kini masih belum ada tindakan diambil. Ia perlu diberi penekanan dan keutamaan memandangkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) merupakan tangki besar memainkan peranan ke arah pembangunan pendidikan secara keseluruhan bermula daripada peringkat daerah demi keselesaan guru dan juga petugas-petugas utama untuk melaksanakan tanggungjawab dalam bidang pendidikan.

Begitu juga dengan pembangunan Pusat GiatMARA yang disediakan di Sipitang.

Langkah berwawasan wajar dilaksanakan untuk menaiktarafkan secara total pusat tersebut demi menampung keperluan masa depan dengan menyusun kursus-kursus bersesuaian keperluan industri misalnya kejuruteraan komputer, bidang automotif dan juga bidang- bidang yang berkaitan dengan industri oil and gas memandangkan Sipitang mempunyai tapak industri minyak dan gas iaitu oil and gas industrial park, taman industri minyak yang seluas 4,000 ekar dan telah pun dilaksanakan sebuah pakej utama iaitu pembangunan RM4.6 bilion SAMUR di kawasan tersebut.

final • 2:32 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Disarankan agar MARA juga mengambil langkah melalui agensi yang terlibat khususnya yang berkaitan dengan Universiti Kuala Lumpur untuk membangunkan pusat latihan untuk menampung dan membangunkan, menyediakan keperluan sumber manusia di kalangan anak-anak tempatan khususnya termasuklah penyediaan bagi anak-anak negeri Sabah di kawasan industri ini untuk melahirkan pekerja yang mahir berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan-keperluan setempat negeri dan sekali gus ia menjadi sumber kekuatan pembangunan ekonomi negeri Sabah.

final • 2:40 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Hal ini perlu dilihat dengan mata dan hati kerana ia realiti berikutan pesatnya Sipitang membangun menerusi perwujudan Projek SAMUR yang berbilion Ringgit seumpama itu. dalam pada itu mewakili suara akar umbi, saya ingin menyampaikan di Dewan yang mulia ini ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan atas kelulusan projek menaik taraf Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar iaitu sekolah yang tertua dalam Daerah Sipitang. Isu kedaifan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar (SMPO) ini pernah saya kemukakan berkali-kali di Dewan dan alhamdulillah, kelulusan telah diberikan dan kini menunggu untuk dilaksanakan pada bila-bila masa dan kita berharap bermula pada tahun ini.

Saya juga ingin memanjangkan harapan Ahli Parlimen Beaufort yang merupakan jiran terdekat Parlimen Sipitang, hanya dipisahkan oleh sungai yang panjang, Sungai Padas. Tentang janji pihak kerajaan untuk membina kolej Islam di kawasan Parlimen Beaufort yang dapat diambil tindakan dengan segera kerana Parlimen Beaufort merupakan kawasan pertengahan antara daerah Kuala Penyu, Membakut, Sipitang dan Beaufort, ia terletak di tengah-tengah.

Tuan Yang di-Pertua, ini penting untuk menentukan- kita perlu melepaskan usaha ini untuk memastikan bahawa pembangunan ini akan memberikan kekuatan kepada pembangunan masyarakat yang ada di sekitar. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada keperluan membina stesen pemancar kawasan jalur lebar khususnya untuk orang-orang kampung dapat menikmati dan mengambil kira dalam usaha untuk membangunkan masyarakat yang celik IT terutama dalam isu semasa hari ini, maka adalah penting bagi kerajaan meningkatkan kadar penembusan jalur lebar. Dalam hal ini, kita meminta Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memperbanyakkan menara pemancar kampung tanpa wayar, Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) ataupun Pusat Internet 1Malaysia seumpamanya.

Bagi kawasan Sipitang masih banyak kawasan yang tidak diliputi rangkaian telekomunikasi ini sekali gus menyukarkan penduduk terutama di pedalaman, gunung- ganang dan bukit bukau terutama Long Pasia, Maligan, Ibowo, Kelangsat, Solob menghala ke Long Pasia membabitkan ribuan penduduk. Selain daripada membina stesen pemancar di kawasan berkenaan kemudahan seperti Pusat Internet 1Malaysia ini dicadangkan supaya diwujudkan di perkampungan yang padat penduduknya seperti Kampung Lingkungan, Kampung Padas Damit, Kampung Sindumin, Kampung Pantai dan Kampung Lumadan sebagai tambahan kepada dua buah pusat Internet yang telah pun dilaksanakan di kawasan saya iaitu Lubok Weston, Kampung Lubuk serta Kampung Lawa Gadong.

Mendengar keluhan penduduk pula, kerajaan menerusi SKMM perlu melihat sejauh manakah kemudahan internet seperti Pusat Internet 1Malaysia berfungsi memanfaatkan penduduk sekitarnya. Kita tidak mahu ia sekadar wujud di kampung tetapi tahap perkhidmatan mendukacitakan kerana matlamat utama Pusat Internet 1Malaysia, Kampung Tanpa Wayar adalah untuk menyediakan pencapaian internet jalur lebar secara kolektif.

Sampan kecil dipukul ribut, Goyang-goyang tidak seimbang, Banyak permintaan sudah disebut, Harap semuanya dapat diberi pertimbangan. Tuan Yang di-Pertua, mewakili rakan-rakan lain dari Sabah dan Sarawak kita mengucapkan syukur dan terima kasih atas segala usaha, kemajuan yang dibawa Kerajaan Persekutuan selama ini.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sipitang, saya ingatkan, Daun selasih daun ubi kayu, Terima kasih thank you. Ada lagi ya? Ya, selepas ini gulung ya.

final • 2:40 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Mewakili rakan-rakan lain dari Sabah sebagai penutup...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Anak muda macam Yang Berhormat Kapar.

final • 2:40 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Dan Sarawak kita mengucapkan syukur terima kasih atas segala usaha dan kemajuan oleh Kerajaan Persekutuan selama ini, dahulu dan sekarang. Negeri kami sudah banyak berubah wajah menjadi saksi akrab hubungan pimpinan Kuala Lumpur dengan negeri kami walaupun dari Sandakan tadi pakai cermin mata di bulan gelap, dia tidak nampak apa-apa pembangunan yang ada sekarang.

Melihat helai demi helai antologi pembangunan yang berlipat ganda ini tentunya rakyat di Sabah dan Sarawak sangat menghargai apa lagi mengambil kira struktur topografi dan geografi. Kontur geografi politik dan jalur sosiobudaya kedua-dua negeri ini begitu luas, luar biasa dan banyak kelainan sifatnya. Dengan hakikat bahawa kedua-dua buah negeri ini begitu besar saiznya, maka tentunya juga cabaran bertambah besar dan peruntukan diperlukan juga diharap menjadi lebih besar. Begitu juga kita yakin sungguh bahawa Sabah dan Sarawak tidak akan berada di pinggiran lagi kerana ia melihat kesungguhan kerajaan merapatkan jurang pembangunan antara wilayah sambil menolak ke tepi apa jua cabaran menghalang walaupun pancaroba cuba-cuba menduga.

Senada dengan ungkapan ini, kita mengharapkan agar apa yang diketengahkan tadi kiranya juga dapat diberikan perhatian dan pertimbangan sewajarnya kerana pokok pangkalnya kerajaan sememangnya komited membela nasib rakyat 1Malaysia. Selanjutnya bagi mencapai harapan dan impian ini, kami menjunjung kasih titah Tuanku untuk bersama- sama pimpinan kerajaan mengharungi samudera perjuangan biar pun berhadapan dengan gelora yang mengganas di atas bahtera Malaysia di bawah kemudi satu nakhoda Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Najib yang kita kasihi, sekian saya mohon menyokong.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, daripada parti Amanah tidak ada yang bangun?

final • 2:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

List itu panduan. Cuma saya tanya ada tidak daripada Amanah? Amanah, bila dia bangun dia bagi laluan kepada Yang Berhormat Pandan ya. Bagi bos juga ya.

final • 2:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya ingat hendak bagi Yang Berhormat Kuala Krai tadi tetapi dia menghormati Yang Berhormat Pandan, okeylah sila Yang Berhormat Pandan.

final • 2:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Satu kolej ya?

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 2:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Satu kolej.

final • 2:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mohon maaf suara saya agak serak hari ini.

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 2:48 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Saya hilang suara Tuan Yang di-Pertua pada hari Jumaat yang lepas. Mula saya ingat saya hilang suara sebab terkejut Tun Mahathir hadir bersama dengan pembangkang.

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pandan ini lagi hilang suara, lagi pedas dia punya ucapan.

final • 2:48 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah semak rupanya sebab musim panas sekarang ya. Baik, peristiwa Tun Mahathir, Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Semporna dan sahabat-sahabat yang lain menandatangani satu deklarasi baru-baru ini adalah satu sejarah kerana itu buat kali pertama satu titik pertemuan berlaku bahawa ada persetujuan skandal 1MDB ini dan juga pembabitan Yang Amat Berhormat Pekan.

final • 2:48 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Dan juga segala rentetan tindakan-tindakan yang diambil untuk merencatkan siasatan terhadap 1MDB menunjukkan bahawa ada persetujuan bersama Yang Amat Berhormat Pekan telah banyak membawa kerosakan kepada kerajaan dan negara dan sewajarnya meletakkan jawatan dengan segera...

[Tepuk]

final • 2:48 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Yang Amat Berhormat Pekan ini berhadapan dengan krisis keyakinan yang paling buruk dalam sejarah negara ini. Majoriti rakyat memandang sinis kepada apa sahaja apa sahaja yang disebut oleh kerajaan. Saya simpati dengan Yang Amat Berhormat Bagan Datok kerana beliau menceritakan perkara yang sebenar ada cubaan untuk menculik Yang Amat Berhormat Pekan. Akan tetapi daripada menjadi satu kerisauan, ia telah menjadi bahan jenaka di seluruh negara kerana rakyat tidak ambil serius dan peduli dengan apa yang datang daripada kerajaan sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, sebab itu untuk memulakan, saya mengajak Dewan menghayati pesanan Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah Ayat 188 yang bermaksud; “Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menggunakan harta kamu iaitu memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa padahal kamu mengetahui salahnya”. Kepada mufti-mufti, alim ulama dan tokoh-tokoh agamawan di dalam dan di luar Dewan, saya ingin mengajak kita menghayati kisah hidup Imam Ahmad Ibnu Hambal, seorang tokoh agamawan dan ulama yang terkenal dalam agama Islam.

Beliau dipukul dan dipenjarakan oleh Khalifah Mutassim kerana enggan mengiakan atau tidak bersetuju dengan pendapat Khalifah dalam beberapa perkara.

Sejarah kisah Imam Ahmad bin Hambal ini menunjukkan bahawa beliau sangat tidak suka akan hadiah-hadiah dan lantikan dari istana dan Khalifah. Sehingga ke sudah beliau menolak untuk menjadi kadi. Pada satu ketika sehingga beliau enggan bertutur dengan anak-anaknya selama berbulan-bulan setelah mendapat tahu bahawa beberapa orang anaknya telah menerima hadiah dan wang secara rahsia daripada istana dan khalifah.

Dewan yang mulia, sebab itu saya tidak pernah meninggalkan perkara rasuah setiap kali saya berucap di dalam Dewan ini dari hari yang pertama sehingga kali ini kerana kita tahu rasuah itu adalah barah yang membunuh negara. Bertahun-tahun kita bahaskan mengenai 1MDB dan keterlibatan Perdana Menteri. Akhirnya kini bukan sahaja Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Pekan yang sengsara, bukan di Malaysia, seluruh dunia.

Sekarang, beliau dan 1MDB telah mengheret seluruh rakyat Malaysia sengsara bersama- sama beliau. Kedudukan kewangan negara yang makin lemah menyebabkan golongan miskinlah yang paling mendapat tekanan daripada keadaan ini.

Majoriti golongan miskin pula di negara kita golongan Melayu bumiputera iaitu golongan yang mana Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana mengaku dan mendabik dada akan pertahankan bermati-matian. Sebab itu kali ini saya hanya hendak fokus kepada dua perkara yang bagi saya cukup rapat dengan pengundi Melayu dan bumiputera iaitu MARA dan Tabung Haji yang telah saya bawa selama berbulan-bulan akhir-akhir ini.

Tuan Yang di-Pertua, dua bulan yang lalu saya telah suarakan keluhan beratus- ratus keluarga yang menunggu tawaran pembiayaan MARA yang tidak dapat-dapat. Ada yang sampai dua tahun menunggu sedangkan semasa mereka menerima tawaran daripada institusi pengajian tinggi MARA, tawaran itu datang dengan janji pembiayaan daripada MARA. Ada pelajar yang tunggu dua tahun, ada pelajar yang tunggu satu tahun, ada yang telah keluar dan saya berhubung secara terus dengan pelajar-pelajar ini dan juga keluarga mereka. Tidak sampai seminggu saya bersuara, tiba-tiba Yang Berhormat Ketereh, baru naik pangkat dalam UMNO juga Pengerusi MARA boleh saja umumkan bahawa semuanya telah diselesaikan. Panggil buat sebuah majlis, bagi kertas dan kononnya tidak ada seorang pun pelajar Melayu yang tercicir kerana MARA tidak mampu bayar.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Ketereh dan juga Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab, Yang Berhormat Ketereh ini jadi Pengerusi MARA dan juga Pro Canselor UniKL dari tahun 2013. Isu pembiayaan MARA ini telah berlanjutan daripada 2013. Kenapa setelah saya bersuara sebulan lepas, baru tiba-tiba dia hendak buat kerja.

Dua tahun dia buat apa, makan gaji buta?

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Sebab itu sekarang sudah sebulan daripada pengumuman yang Yang Berhormat Ketereh buat, saya masih lagi dihubungi oleh keluarga-keluarga pelajar-pelajar bahawa mereka belum dapat apa-apa berita ataupun pembiayaan. Saya minta supaya Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Ketereh selesaikan secepat mungkin.

Saya sekarang sedang semak satu persatu dengan semua yang pernah mendaftar dengan saya seramai 728 orang pelajar semuanya untuk saya pastikan sama ada pengumuman Pengerusi MARA Yang Berhormat Ketereh sebulan yang lalu itu hanya pengumuman untuk menutup malu tapi sampai sekarang banyak lagi kes-kes pelajar miskin yang belum diselesaikan.

Dewan yang mulia, sudah tentu kita tahu ini semua berlaku dalam keadaan MARA terlibat membeli hartanah di Australia pada harga yang berkali ganda lebih mahal. Saya pernah tanya perkara ini kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri jawab itu bukan satu kesalahan, itu hanya terlebih bayar. RM2 terlebih bayar beli karipap saya faham. RM160 juta terlebih bayar untuk beli bangunan di Australia, sedangkan ada beribu- ribu lagi pelajar-pelajar MARA yang belum diberikan pembiayaan. Sudah tentu kita tidak boleh terima.

Saya juga telah bentangkan dengan lengkap termasuk dokumen-dokumen dari Mahkamah di Australia yang memperincikan dan menamakan mereka yang terlibat dan terbabit dalam perkara ini. Saya hendak namakan supaya direkodkan dalam Dewan ini.

Nama-nama berikut, Ahmad Nazim Abdul Rahman, CEO Pelaburan MARA Berhad. Dia dinamakan terlibat dalam skandal di Mahkamah Australia. Mazrul Haizad Maarof, abang ipar kepada Dazma Daud iaitu Exco Pemuda UMNO Malaysia, beliau dinamakan terlibat.

Banyak saya semak, beliau pernah dijatuhkan hukuman pecah amanah semasa di bank dahulu.

Dazma Daud, Exco Pemuda UMNO Malaysia yang telah dinamakan tapi sampai sekarang tidak ada sebarang tindakan oleh mana-mana pihak. Saya tunggu juga Yang Berhormat Rembau, kalau-kalau dia hendak umumkan sebarang tindakan disiplin terhadap Exco Pemuda UMNO, Dazma Daud ini tetapi sampai sekarang, saya tidak dengar apa-apa.

Sebab itu saya hendak sebut kepada Yang Berhormat Rembau, Menteri Belia dan Sukan, sebab itu orang muda marah dengan UMNO dan kerajaan sekarang.

Jika ini berterusan, akan tidak ada tindakan, tidak ada dibela, maka sehebat mana Yang Berhormat Rembau hendak berlari kah, hendak bersukan kah, sehebat mana dia menari Zumba pun, saya hendak maklumkan saya rasa orang-orang muda akan mengundi, menolak UMNO Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Itu baru MARA. Saya juga dapat tahu bahawa ada lagi pembelian-pembelian hartanah kerajaan di luar negara yang telah dibeli pada harga yang tinggi, dibayar komisen yang tinggi kepada syarikat yang dimiliki oleh orang UMNO juga. Saya telah tanya soalan ini di Parlimen, saya dapat dalam sesi yang lepas, saya tidak buat bising saja lagi. Minggu depan, saya akan dedahkan satu lagi, pembelian sebuah bangunan kerajaan di luar negara yang dibayar pada harga yang lebih tinggi. Syarikat UMNO itu mendapat untung atas angin kerana menjual balik kepada kerajaan pada harga yang lebih tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Dewan yang mulia, itu MARA dan juga perbelanjaan- perbelanjaan. Saya ada 15-16 minit lagi, 20 minit ya. Seterusnya, saya hendak bawa isu tentang Tabung Haji...

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Lagi 18 minit.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Lagi 18 minit.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Panjang lagi.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masa 18 minit itu panjang untuk Tabung Haji itu.

final • 3:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Akan tetapi memang panjang Tuan Yang di-Pertua, memang panjang.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, saya suka dengar.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Saya telah perjuangkan dan bawa isu Tabung Haji ini lama sebenarnya.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Dia macam ini, Yang Berhormat. Kita berbahas dan selepas itu kawan kita sebelah sini ada peluang berbahas. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab. Ketika Yang Berhormat Menteri menjawab, yang menimbulkan isu itu harap tunggu di Dewan.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Insya-Allah.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Itu tambah satu minit lagi ya.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 3:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Saya ada sebab kerana saya mendapat rezeki menunaikan haji tahun 2013. Saya pergi melalui muassasah dengan Tabung Haji dan saya duduk sekali dengan jemaah-jemaah haji yang lain yang kebanyakannya yang tua-tua dan miskin. Ada yang berumur 82 tahun dalam bilik saya, ada yang berumur 60 tahun. Yang berumur 82 tahun tadi dari Pasir Mas. Saya ingat lagi nama dia. Nama dia Pok Loh. Dia sebenarnya separuh lupa dah. Kadang-kadang dia tanya, “Saya ini di Kota Bharu kah?” Dia duduk di Madinah.

Sebab itu selepas itu saya mengambil sedikit minat untuk duduk dan kumpul maklumat mengenai operasi dan pelaburan Tabung Haji. Sebab itu saya bawa tentang kedudukan kewangan dan beberapa perkara yang lain.

Isnin yang lalu, Isnin baru-baru ini, saya disiasat di bawah Kanun Keseksaan, sekali lagi, kerana analisis dan komen-komen saya mengenai rizab Tabung Haji itu negatif.

Tabung Haji buat laporan kepada polis. Dia tidak jawab, dia buat laporan kepada polis kononnya komen dan analisis saya itu menyebabkan orang tidak yakin dengan Tabung Haji.

Perkara mengenai Tabung Haji dan rizab negatif ini bukan saya yang mula-mula bawa. Yang sebutnya ialah Tan Sri Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara Malaysia, dalam surat rasmi dari Bank Negara Malaysia ke Tabung Haji. Saya hanya ulang dan komen.

Kalau pihak polis merasakan saya perlu disiasat kerana menyebut bahawa rizab Tabung Haji itu negatif, maka saya harap selepas ini pihak polis juga siasatlah Tan Sri Zeti Akhtar kerana dia yang pandai-pandai timbulkan perkara ini terlebih dahulu.

Sampai sekarang Tabung Haji tidak jawab. Ada juga yang menjawab bahawa- ini bukan Tabung Haji lah, ada orang lain yang jawab kata kalau rizab Tabung Haji ini negatif, macam mana pula Tabung Haji boleh bayar dividen dan bonus? Ada yang seronok suruh saya keluarkan wang saya. Jangan bimbang, ada masa saya keluarkan wang saya jika perlu.

Saya hendak jawab begini untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua dan juga Dewan ya. Rakyat Malaysia memberi kepercayaan penuh pada Tabung Haji selama ini.

Sebab itu setiap tahun jumlah simpanan bersih baru oleh rakyat Malaysia ke Tabung Haji meningkat secara purata sebanyak 23 peratus setahun. Tahun 2012, yang tambah simpanan ialah sebanyak RM4 bilion, tahun 2013 sebanyak RM5 bilion, tahun 2014 sebanyak RM5.4 bilion, dan tahun 2015, anggaran saya, sebanyak RM6.6 bilion.

Maknanya, setiap tahun orang makin tambah makin tambah makin tambah tidak kiralah apa jadi dengan Tabung Haji. Ini ada dua kesan besar yang bagi ruang pada Tabung Haji.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Pertama, jumlah keuntungan yang diumumkan setiap tahun itu nampak makin tinggi dari setahun ke setahun. Lalu, contohnya bila Menteri umumkan baru-baru ini dia kata ini rekod tertinggi dalam sejarah keuntungan Tabung Haji yang paling tinggi, dia tidak sebut, sudah tentu oleh sebab ada penambahan deposit baru tiap-tiap tahun yang meningkat 23 peratus setiap tahun, maka keuntungan itu sudah tentu lebih besar daripada tahun yang sebelumnya kerana dana tahun ini lebih besar daripada dana sebelum itu.

final • 3:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Celahan.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Nanti. Saya habiskan ini dahulu.

Kemudian saya bagi ruang kepada Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 3:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Tak, hendak minta pendapat sedikit.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Saya habiskan ini dahulu pasal Tabung Haji, kemudian saya bagi ruang kepada Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 3:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Okey, terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Saya juga telah sebut banyak kerugian- kerugian yang lain. Saya sebelum ini mempersoalkan tentang keputusan Tabung Haji membeli syarikat roti- Silver Bird Group Berhad. Banyak yang tidak percaya, kata ini fitnah dan sebagainya. Ini jawapan daripada Menteri bertarikh 9 Mac 2016, semalam, mengesahkan bahawa ya memang betul Tabung Haji beli syarikat ini, ya memang betul ia telah rugi sebanyak RM60 juta dan keseluruhan pelaburan itu telah di write-off atau pun dalam Bahasa Melayu rosot nilai dan juga mengaku, ya memang betul sepanjang dia pegang saham Silver Bird, syarikat roti ini selama hampir 10 tahun, satu-satunya pulangan atau pun pendapatan dia dapat dividen RM420,000 sahaja atas pelaburan RM60 juta- RM420,000 itu 10 tahun. Maknanya RM42,000 setahun sahaja dapat. Itu Yang Berhormat Menteri sendiri jawab. Ini jawapan dia.

Saya sudah tanya juga tentang pelaburan Tabung Haji di dalam FGV yang sekarang ini jumlah rosot nilai atau pun write-down lah maknanya, telah mencecah RM1 bilion- RM1 bilion dalam tempoh tiga tahun rosot nilai, kena write-off begitu sahaja dalam akaun Tabung Haji.

Kemudian yang terkini, saya telah dedahkan juga dokumen dalaman Tabung Haji dan juga surat daripada Kementerian Kewangan yang mengesahkan risiko kewangan Tabung Haji di dalam TH Heavy Engineering, sebuah syarikat bersekutu sahaja dengan pegangan 30 peratus telah mencecah RM1.4 bilion.

Ada beberapa pelaburan lain yang merugikan yang saya akan bentangkan selepas ini tetapi sebelum itu, sebelum saya terlupa, tadi Yang Berhormat Kota Tinggi hendak tanya. Sila Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 3:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pandan kerana memberi peluang saya bertanya sedikit.

Tadi Yang Berhormat Pandan bercakap tambah 23 peratus. Maknanya kalau tambah 23 peratus, takkan tahun depan tambah 23 peratus juga? Because, the base jadi besar dan besar. Jadi, kalau kata 20 peratus, saya tidak tahu atau tidak disebut atau diungkapkan, soalan bertambah 20 peratus tiap-tiap tahun, saya ingat itu pun daripada segi perangkaan macam tidak betul itu, Yang Berhormat Pandan.

Keduanya, bila sudah tambah, sudah tentulah per kapitanya lagi besar. Maknanya kalau dahulu ahlinya ada satu juta, tambah beberapa bilion, dia akan bertambah lagi. Jadi kalau bagi dividen- sudah lah bagi per kapita. Jadi saya ingat di situ analogi Yang Berhormat Pandan itu mengelirukan. Saya tidak tahu apa niat sebenarnya. Benda ini mudah sahaja, Yang Berhormat Pandan. Jadi saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Pandan. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Boleh Yang Berhormat Pandan?

Sedikit sahaja, perkara yang sama.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Tidak perlu, tidak perlu Yang Berhormat Jelebu. Benda yang sama, jadi saya jawab terus kepada Yang Berhormat Kota Tinggi. Saya hendak kejar masa...

final • 3:00 PM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Akan tetapi dalam version yang lain.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.

Saya teruskan. Benda yang sama. Saya akan jawab Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Yang Berhormat Kota tinggi yang saya sebut tadi bukan andaian atau analogi. Itu angka-angka yang benar yang dilaporkan di dalam Laporan Tahunan Kewangan Tabung Haji yang diaudit bagi tahun 2010 sampai ke tahun 2015. Macam ini saya hendak ajar...

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

[Bangun]

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Duduk, duduk biar saya habiskan. Saya hendak ajar Yang Berhormat Kota Tinggi, macam mana hendak kira ya.

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Baik.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Ambil setiap tahun, tengok berapakah tambahan. Tahun 2012 RM4 bilion, tahun 2013 RM5 bilion, tahun 2014 RM5.4 bilion, tahun 2015 RM6.6 bilion. Maka dalam kewangan ada satu terma yang dipanggil “cumulative annual growth rate” atau CAGR. CAGR bagi lima tahun itu ialah 23 peratus itu bukan andaian, itu bukan fikir-fikir analogi, itu angka yang kalau Ahli Parlimen Barisan Nasional semak betul-betul, baca, dia tahu apa yang kita sebut ini lama sudah berlaku...

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Okey terima kasih. Bagaimana dengan per kapita tadi...

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Saya hendak teruskan Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak teruskan...

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Bagaimanakah dengan per kapita tadi?

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Saya tidak bagi ruang.

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Bagaimanakah dengan per kapita tadi Yang Berhormat Pandan?

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Ini kerana saya ada dalam tujuh, lapan...

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Pandan, bagaimana dengan per kapita tadi Yang Berhormat Pandan?

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Pergi belajar Math, pergi belajar Math.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Boleh jawab, bagi saya peluang.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Duduk, duduk, duduk!

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi Yang Berhormat Pandan ...

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Sudahlah apa ini? Kacau saja.

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Pandan jadi sekarang ini saya hendak tanya per kapita tadi macam mana Yang Berhormat Pandan?

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Pergi belajar Matematik.

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jawab Yang Berhormat Pandan.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tuan Yang di-Pertua saya minta dua minit tambah, bising.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Pergi sekolah menengah.

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Pandan jawab per kapita tadi hendak ajar saya jadi saya hendak beritahu jangan mengelirukan Dewan. Saya hendak bagi tahu per kapita macam mana Yang Berhormat Pandan sila sebut di depan pelajar-pelajar.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Hei Yang Berhormat Kapar, diam! Yang Berhormat Pandan sila sebut per kapita sebab tadi Yang Berhormat Pandan berkata bahawa makin lama makin kurang sudah diguna oleh orang lain. Saya hendak tanya Yang Berhormat Pandan, per kapita tadi macam mana tolong terangkan. Hendak ajar saya, saya boleh terima kalau betul. CAGR pandai, tetapi per kapita macam mana? Sebut.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Hei Yang Berhormat Kapar, diamlah!

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat sekejap ya Yang Berhormat Pandan. Saya sengaja biarkan sebab hendak beri peluang mahasiswa kita daripada USM, tetamu kita mahasiswa daripada USM mendengar dan melihat telatah Wakil-wakil Rakyat Parlimen Malaysia. Ada yang bangun berdiri tidak mendapat kebenaran, ada yang macam- saya pinjam perkataan Yang Berhormat Kapar, macam kucing meow, meow, meow duduk di atas bangku sendiri pun ada juga.

Jadi sila Yang Berhormat Pandan, satu minit extra.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya faham kenapa Yang Berhormat Kota Tinggi begitu emosi kerana dia duduk di dalam Board FGV...

final • 3:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Oleh sebab itu dia sensitif sangat. Pusing satu dunia duit Tabung Haji.

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya tidak emosi.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

[Menyampuk]

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Kapar, diam. Tuan Yang di-Pertua sebab dia sebut- saya tidak emosi. Cuma saya bimbang sebab pelajar-pelajar kita yang ‘bersih’ ini dikelirukan oleh Yang Berhormat Pandan. Yang Berhormat Pandan pernah cakap kononnya RM24 juta tetapi akhirnya dia kata bergurau. Tidak minta maaf.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Lepas itu tiga tahun kita terkeliru dan berfitnah. Jadi saya hendak beritahu. Bukan saya emosi, saya hendak beritahu, saya bimbang dengan adanya Ahli Parlimen macam ini tidak bertanggungjawab...

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Teguran tadi yang itulah Tuan Yang di Pertua. Teguran tadi yang meow, meow- kucing, kucing seperti itulah [Ketawa]

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Ini sebab saya hendak pastikan, saya tidak hendak anak-anak kita ini terbeban dengan masalah fitnah ini.

final • 3:10 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Meow, duduk.

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Inilah Yang Berhormat Pandan.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Kota Tinggi. Yang lain diam ya- Yang Berhormat Pandan. Mahasiswa lepas ini tunggu. Dengar pula Barisan Nasional berucap ya [Ketawa] Boleh bagi masa setengah jam lagi duduk dalam Dewan.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Saya hendak bawa balik kepada...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak adil mahasiswa dengar sebelah pihak sahaja. Kena dengar dua-dua.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Setuju, setuju. Saya sambung.

Saya hendak bawa balik kepada soal 1MDB tadi. Ada banyak pelaburan yang telah saya jelaskan yang merugikan yang belum dijawab. Akan tetapi bagi saya, yang perlu, yang paling mendesak sekarang ialah keterlibatan Tabung Haji di dalam 1MDB. Ini yang perlu diselesaikan dengan segera, dan yang saya rasa menjadi keutamaan sekarang ini kerajaan dan Menteri, dan Tabung Haji perlulah mendapatkan kembali setiap sen duit Tabung Haji yang telah diberikan kepada 1MDB setakat ini.

Saya hendak bagi pengetahuan Dewan ya- kerana ini cukup penting. 1MDB telah menerbitkan sukuk RM2.4 bilion untuk membiayai Bandar Malaysia. Sukuk itu telah dilanggan oleh Tabung Haji. Tabung Haji telah- saya rasa beri wang sebanyak RM1.4 bilion dia akan terus meningkat apabila sukuk ini perlu dibayar balik dalam tempoh 22 tahun maka 1MDB perlu bayar RM2.4 bilion. Akan tetapi wang yang telah diberikan kepada 1MDB dari Tabung Haji sepengetahuan saya ialah RM1.4 bilion.

Saya semak Perjanjian Sukuk. Perjanjian Sukuk itu secara jelas mengatakan bahawa Bandar Malaysia Sdn. Berhad iaitu anak syarikat 1MDB tidak boleh bertukar pegangan saham tanpa kebenaran Tabung Haji sebagai pemegang sukuk. Pada 31 Disember yang lalu, kerajaan Yang Amat Berhormat Pekan telah mengumumkan bahawa 60 peratus daripada pegangan di dalam Bandar Malaysia Sdn. Berhad telah pun dijual kepada syarikat asing dan konsortium swasta, yang secara jelas telah melanggar Perjanjian Sukuk. Sebelum saya buat bising, saya tanya Menteri dahulu. Saya tanya dan soalan saya dijawab 8 Mac, Selasa. Saya tanya, adakah Tabung Haji telah dan akan bersetuju untuk memberi kebenaran mengikut Perjanjian Sukuk kepada 1MDB menjual pegangan 1MDB di dalam Bandar Malaysia Sdn. Berhad?

Jawapan Menteri- terima kasih, Menteri bagi jawapan yang benar. “Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini Lembaga Tabung Haji masih belum menerima permohonan cadangan atau resolusi rasmi daripada pemegang amanah sukuk atau Bandar Malaysia Sdn. Berhad berhubung pegangan sukuk Tabung Haji di dalam Bandar Malaysia.” Maknanya apa, telah sah 1MDB melanggar Perjanjian Sukuk. Perjanjian Sukuk telah sah jelas mengatakan, kalau ada berlaku perlanggaran seperti ini maka Tabung Haji sebagai pemegang sukuk berhak untuk menuntut wang serta-merta daripada 1MDB.

Jadi saya mohon Menteri jawab dan rekodkan dalam Dewan ini, kenapa sampai sekarang Tabung Haji belum menggunakan haknya itu untuk ambil balik- anggaran saya sekarang RM1.6 bilion yang telah diberikan kepada 1MDB, sedangkan jelas 1MDB telah melanggar perjanjian.

final • 3:10 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tidak ada masa lah, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Sedikit, satu saat.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar dengar ini, abang ini.

final • 3:10 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Saya hendak tanya Yang Berhormat Pandan, sama ada Yang Berhormat Pandan juga tengok tidak perjanjian antara 1MDB dengan syarikat Cina yang Bandar Malaysia ini, sama ada perjanjian itu ada tidak condition precedent yang dia kena minta kebenaran daripada Tabung Haji.

final • 3:10 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Kedua, Yang Berhormat Pandan menyiasat tidak sama ada agreement itu sudah complete ataupun belum. Saya rasa anggapan kita, kalaulah perjanjian itu sudah pun complete dan Tabung Haji tidak diminta untuk memberi kebenaran, barulah betul apa anggapan daripada Yang Berhormat Pandan itu. Soalan saya Yang Berhormat Pandan, menengok tidak the agreement between 1MDB dengan syarikat Cina itu sama ada, ada tidak condition yang dia mesti mendapat kebenaran ataupun siap ataupun tidak, agreement itu. Now sukuk is okay because sukuk betul- betul kalau dalam sukuk tetapi perjanjian itu belum siap ataupun sudah siap?

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Terima kasih, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Saya sudah tentu tidak tengok perjanjianlah...

final • 3:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tunggu dahulu.

Perjanjian itu kepada Yang Berhormat Barisan Nasional pun tidak bagi tengok apatah kami ya. Akan tetapi, saya tanya soalan ini kepada 1MDB, 1MDB menyatakan bahawa ini ialah sebahagian daripada CP- condition precedent, betul. Akan tetapi perjanjian itu telah diumumkan, urus niaga telah difailkan dan kalau ikut Perjanjian Sukuk, dia tidak menyebut bahawa perlu selesai semua dahulu baru minta dengan dia. Sebarang pertukaran mesti berlaku dengan izin pemegang sukuk terlebih dahulu.

Saya kena sambung- kalau apa-apa sambung di luar.

final • 3:10 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Ini tuduhan yang melulu.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pandan sila gulung.

final • 3:10 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Pandan cuba memberi gambaran bahawa Tabung Haji tidak menggunakan hak dia.

final • 3:10 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Soalan saya ialah, semua kita tahu kita tandatangan perjanjian dulu. Selepas itu ada condition-condition yang mesti dimuktamadkan. Selepas itu barulah prosesnya siap.

Yang saya bimbang Yang Berhormat Pandan ialah, apa Yang Berhormat maklumkan tadi memberi gambaran bahawa ada kesalahan di pihak Tabung Haji, itu saja. Saya percaya kita tidak tengok perjanjian tetapi cara Yang Berhormat Pandan cakap itu. Itu sahaja saya hendak minta tolong Yang Berhormat Pandan kerana tidak adil kita cuba untuk menguruskan persepsi rakyat, konon-kononnya Tabung Haji ini silap. Itu sahaja... [Dewan riuh]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Yang Berhormat Pandan, lepas ini gulung.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Yang itu saya jawab dengan cepat ya.

Sebenarnya Tabung Haji berada dalam, dengan izin, catch-22. Kalau dia dapat permohonan, kalau dia bagi kebenaran kepada kerajaan, maka Tabung Haji sebenarnya melepaskan peluang untuk mendapatkan wang itu mengikut hak mereka sedangkan dia tahu 1MDB bermasalah. Kalau dia tidak bagi maka transaksi penjualan itu sebenarnya melanggar peraturan. Jadi sebenarnya sekarang Tabung Haji tersepit dan saya akan tunggu apa tindakan Tabung Haji yang seterusnya. Ada dua bulan, Tabung Haji fikir betul- betul hendak buat macam mana. Macam mana pun Tabung Haji akan berada dalam keadaan yang sukar.

Saya hendak teruskan ya. Baik, kenapa saya tumpukan pada Tabung Haji, kerana Tabung Haji ini melibatkan dua juta orang penabung dan bakal jemaah haji. Majoriti mereka ialah orang tua dan miskin. Mereka ambil masa yang panjang untuk menyimpan wang. Ada yang 15 tahun, ada yang 20 tahun. Ada orang miskin yang hanya jual sayur, padi, ada yang jual tanah...

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Jadi sebab itu apabila pulangan Tabung Haji ini tidak baik kerana, siapa yang bising itu, hendak bercakapkah? Yang Berhormat Parit Sulong hendak bercakap? Siapakah yang bercakap bising tadi? Siapa yang hendak bercakap tadi sila bangun...

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Saya dengar suara perempuan tadi.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Baik, sebab itu kalau Tabung Haji pulangannya tidak baik, lebih rendah kerana banyak pelaburan yang merugikan sampai berbilion-bilion Ringgit, kesannya ini kepada penabung-penabung kerana dia kena tunggu lebih lama. Kalau pulangan sepatutnya 8 peratus tetapi dibayar 5 peratus. Kalau pulangan sepatut 10 peratus tetapi dapat 7 peratus, paling kurang dua, tiga tahun tambahan menabung yang menyebabkan mereka terpaksa menunggu lebih lama. Tabung Haji juga perlu lebih telus mengenai kos-kos operasinya.

Saya dimaklumkan daripada banyak sumber yang saya dapat, banyak aduan mengenai ketirisan dan pembaziran dalam kos operasi mengendalikan haji oleh Tabung Haji yang menyebabkan kos itu lebih mahal.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Pandan, cukuplah.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Saya tutup sekejap ya, dua minit lagi.

Jadi sebab itu saya mendesak menteri dan juga Tabung Haji untuk bentangkan kos secara terperinci. Yang seorang jemaah haji kena bayar itu sama ada RM15,000 atau RM10,900, Tabung Haji dan menteri bentangkan secara terperinci komponen kerana saya hendak tahu berapakah caj perkhidmatan, berapakah caj pentadbiran yang diserap dan lain-lain? Ini supaya kita boleh selidik dengan lebih teliti betul atau tidak ada ketirisan dan juga pembaziran yang berlaku.

Berkali-kali saya tanya pecahan kuota dari Tabung Haji bagaimana ia ini diagihkan, saya tanya tiga tahun berturut-turut, berapa kuota diberikan kepada Menteri, berapa kuota diberikan kepada pengurusan Tabung Haji, berapa kuota diberikan kepada Ahli Parlimen, berapa kuota dijual kepada ejen-ejen pelancongan? Sampai sekarang setiap kali Menteri jawab, Menteri tidak bagi jawapan dah tiga tahun.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Pandan.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Ini akan beri kesan kerana ia akan menyebabkan giliran menunggu itu menjadi 40 ke-50 tahun kerana kalau setiap tahun daripada 20,000 kuota, 3,000 ke-4,000 diberikan dengan segala-galanya kepada pengurusan, kepada agen dan lain-lain, sudah tentu mereka yang miskin menunggu untuk buat muassasah akhirnya dia akan tunggu dengan lebih lama. Saya terpaksa berhenti di situ.

Saya hendak tutup begini ya Tuan Yang di-Pertua. Masa depan negara sebenarnya bergantung pada 221 orang Ahli Parlimen yang ada di dalam Dewan ini termasuklah juga masa depan Yang Amat Berhormat Pekan. Yang terbaru Edelman Trust Barometer telah menunjukkan hanya 39 peratus sahaja rakyat Malaysia ini yang percaya kepada kerajaan. Jadi sebab itu saya hendak minta, gunakan peluang dalam sidang kali ini, ketepikan perbezaan, bersama-sama daripada yang sebelah Barisan Nasional dan sebelah Pakatan Harapan dan parti pembangkang yang lain untuk bersama-sama kita tukar Perdana Menteri melalui satu undi tidak percaya secepat mungkin...

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

[Tepuk] Lagi lama kita elakkan, lebih banyak kerosakan dan lebih banyak kerosakan, lebih cepat UMNO-Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

[Tepuk]

final • 3:20 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Membaca sepotong doa] Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua beri saya peluang mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 7 Mac 2016. Saya pada hari ini akan membahaskan terutamanya isu ekonomi daripada Titah Tuanku.

Tuan Yang di-Pertua, perkara sebenarnya pada hari ini yang telah melanda dunia dan juga khususnya negara kita ini tentang ekonomi perkara-perkara yang betul dan yang tidak betul.

final • 3:25 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Pada permulaan ini saya hendak ceritakan perkara-perkara yang tidak betul, perkara-perkara yang melibatkan keganasan persepsi, peperangan persepsi yang terlampau dan melampau oleh golongan yang memang tidak suka kepada kemajuan yang kita capai hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, ekonomi...

final • 3:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ha kan saya dah sebut...

final • 3:25 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

...Yang ada sekarang ini.

final • 3:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bagan Serai sekejap. Saya dah sebut tadi kalau di sini yang berucap, di sini meow-meow. Kalau di sini berucap, yang di sini pula meow-meow. Sila.

final • 3:25 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sekarang ini saya dengar Yang Berhormat Kapar dapat nama baru, “Kapar Meow”, I’ll keep that name. Tuan Yang di-Pertua, ekonomi yang dikatakan kucar-kacir, yang dikatakan merosot, yang dikatakan buruk, yang dikatakan negara boleh bankrap, siapakah yang cakap? Tidak ada data, data makro tidak bercakap begitu. The macro data doesn’t say that.

final • 3:25 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Bagan Serai, sedikit.

final • 3:25 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya baru take off, duduk dulu.

final • 3:25 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tidak, tidak, tanya satu soalan sahaja...

final • 3:25 PM

[Dewan riuh]

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Agensi Penarafan Antarabangsa.

final • 3:25 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Bagan Serai, tanya pelajar- pelajar universiti di sana, siapakah yang lapar?

final • 3:25 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Rating agency yang utama, yang masyhur, yang tersohor seperti Fitch, Standard and Poor’s, Moody’s tidak berkata demikian.

Malah mereka memberikan penarafan yang baik untuk negara Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, penarafan yang baik daripada victory ini ...

final • 3:25 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:25 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

...Bukanlah perkara yang boleh dimain-mainkan kerana Fitch, kerana rating agensi ini mereka mempunyai kepakaran dan ketelitian dan perkara yang sangat-sangat sensitif.

final • 3:25 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Boleh celah? Boleh celah tentang Fitch, Moody’s rating...

final • 3:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Bagan Serai, ada dua yang bangun. Yang Berhormat Pandan dan Yang Berhormat Kelana Jaya, manakah satu?

final • 3:25 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya baru nak mula, saya minta maaf.

final • 3:25 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Ala, jangan takutlah, takut apa?...

final • 3:25 PM

[Dewan riuh]

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Duduk dulu, jangan risau. Yang Berhormat Pandan dan Yang Berhormat Kelana Jaya, boleh. Nanti kalau nak mencelah, mencelah yang kualiti, jangan macam Yang Berhormat Parit Buntar, tidak ada kualiti...

final • 3:25 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat teruskan.

final • 3:25 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Bila pula Yang Berhormat Bagan Serai cakap berkualiti...

final • 3:25 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Telah memberikan pengiktirafan sebagai pembuktian disiplin, fiskal negara kita.

final • 3:25 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Penarafan yang diberikan adalah ‘A’ to ‘A’ minus dengan output yang stabil yang menyatakan bahawa ekonomi kita adalah kuat. Kita tidak very strong seperti Singapore yang triple ‘A’ kerana mereka ini negara kecil. Ini bukanlah seperti yang dikatakan dalam Wall Street Journal. Dalam Wall Street Journal, dia ceritakan macam-macam yang menggambarkan seolah-olah negara kita ini sudah teruk, tetapi Wall Street Journal- surat khabar. Dia surat khabar business. Surat khabar business ini dia cari berita yang sensasi*.

Yes*, dia surat khabar yang ada reputasi tetapi dia tetap surat khabar...

final • 3:30 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Itu tidak betul. Itu tidak betul. Mencelah, mencelah. Mencelah.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Dia ada berita sensasi. Dia suka orang baca. The more people read, the better it is.

final • 3:30 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Berita sensasi itu KOSMOlah. Bukannya Wall Street Journal. Apa, lah!

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Bukan macam *rating agency.

Rating agency* tidak bersifat begitu kerana rating agency apabila membuat keputusan, digunakan oleh investors sama ada to buy or to sell.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kalau mereka silap, maka orang akan kehilangan duit tetapi orang tidak buat keputusan dengan Wall Street Journal. Orang tidak buat keputusan dengan surat khabar. Saya boleh bagi contoh, surat khabar macam ini berita sensasi.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Yang Berhormat Bagan Serai, mencelah.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya tidak kata surat khabar mana yang salah dan sebagainya. Saya tidak kata Wall Street Journal yang salah dan sebagainya. Saya mengatakan bahawa, apabila kita membuat keputusan, apabila kita membuat persepsi, kita kena fikir kita hendak percaya Wall Street Journal kah atau kita hendak fikir hendak percaya rating agency.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Mencelah sedikit.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kita hendak percaya Wall Street Journal ataupun Fitch, Standard and Poor’s. Tak apakah, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Duduk, duduk, duduk.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Hai, sama-sama pergi kuliah itu okeylah.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Pagi tadi saya tengok satu paper.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Apa, Berita Harian kah?

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Cerita gerhana bulan. Gerhana bulan kecil. Yang besar ditunjuk telur berdiri.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okeylah. Satu, satu.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ini satu lagi berita sensasi kerana ini berita surat khabar. Tidak salah. Betul, cerita telur tetapi cerita telur, cerita gerhana matahari dah jadi kecil. Gerhana matahari kecil, fenomena telur berdiri jadi besar.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Bagan Serai, boleh sikit?

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Orang tanya, telur apa berdiri?

Saya...

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya terpegun ini, terpegun.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Telur apa berdiri? Jadi ini....

final • 3:30 PM

Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Bagan Serai, okey ya?

Okey ya? Boleh, boleh? Saya terpegun ini, terpegun.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Wall Street Journal atau WSJ ini...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ya.

Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Bagan Serai, kita ada peraturan, Peraturan Mesyuarat 37. Kalau kita berbahas, yang sedang berbahas itu beralah, memberikan penjelasan dan laluan kepada yang ingin bertanya, boleh. Kalau tidak boleh, saya ingin bertanya boleh atau tidak boleh?

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Boleh ya? Bolehlah. Saya terpegun, terpegun ini.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Saya memang hendak bagi tetapi nanti dulu.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Nanti ya.

Nanti, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Bagi saya habis sikit lagi boleh atau tidak?

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sepang, saya hendak bantu Yang Berhormat Sepang ini. Sekejap ya. Ya, Yang Berhormat Bagan Serai, macam mana?

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak habiskan sedikit lagi.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Habiskan. Sila, sila. Ya.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Pandankah, yang teringin, ‘meow’ ini mana ‘meow’? ‘Meow’ pun hendak cuba boleh [Ketawa]

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, thank you.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, WSJ ini....

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Memang kurang ajarlah Yang Berhormat Bagan Serai ini! Hormat sikitlah! Sudahlah tidak cukup tinggi, cakap pun hendak....

final • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Biar ada kualitilah sedikit. Dekat atas itu dengar. Tidak malukah?

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ini ketawa, Tuan Yang di-Pertua.

Macam inikah Ahli Parlimen ketawa?

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Jaga level sikitlah.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kapar.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ketawa macam ini? Ini ketawa apa?

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

‘Meow’, ‘meow’, ‘meow’. Balik zoo. Tidak cukup tinggi. Balik zoo!

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ketawa Ahli Parlimen macam ini?

Aduh.

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tidak cukup tinggi balik zoo!

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

‘Meow’! Bukan. Duduk, duduk, ‘meow’. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak habiskan.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai, ini Yang Berhormat Kapar ini yang rendah-rendah ini sensitif juga.

Saya pun sama saiznya [Ketawa]

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Dia level satu, satu. Dia level satu, satu.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey, okey. Sila.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya cuba hendak gambarkan kepercayaan...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bagan Serai, mahasiswa tetamu kita. Kita berbahas di sini macam inilah keadaannya. Akan tetapi bila keluar akan minum teh bersama. Sila.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya hendak gambarkan dalam masa yang singkat ini, kepercayaan kita, decision kita, persepsi kita, kita hendak percaya siapa? Hendak percaya rating agencykah atau hendak percaya WSJ? WSJ ini bagi gambaran sensasi supaya semua berita dia laku. Orang banyak baca paper dia seolah-olah saya hendak bagi gambaran ini. WSJ ini seolah-olah macam ratu cantik, Tuan Yang di- Pertua. Macam ratu cantik. Ratu cantik, dia cantik, pakai cantik, semua cantik. Selak, selak, ada panau [Ketawa]

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, boleh?

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kalau panau tidak apa. Kalau ada kayap? Ini kerana kalau kayap, nasib tidak baik boleh mati. Jadi berita sensasi, hendak beri laku surat khabar. Manakah surat khabar saya?

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ini hendak beri laku surat khabar.

Cerita benda yang sensasi. Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Bagan Serai, boleh lalu, boleh?

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Duduklah, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Bagan Serai, okey? Sebelum masuk yang lain.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sila, sila.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Sepang.

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Bagan Serai, bahas...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini Yang Berhormat Sepang ya.

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Sekejap. Sekejap. Yang Berhormat Bagan Serai, kalau hendak bahas, elok-elok. Panau, kurap. Malu dekat pelajarlah. Yang Berhormat Bagan Serai itu doktor. Kawasan kampung aku. Malu kita nanti!

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang, sila duduk.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Duduk pula?

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

Sebenarnya Yang Berhormat Kuala Langat pun malu kepada pelajar. Tidak dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua berucap pun bangun berucap. Tidak ikut peraturan. Sila, Yang Berhormat Sepang.

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Kita hendak betulkan fakta dia sebab dia sekampung dengan saya, Tuan Yang di-Pertua. Malu saya. Selak, selak, panau, kurap. Tidak pernah dibuat orang kampung saya. Betul- betullah kawan saya ini. Tidak boleh masuk dalam buku.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini pun salah juga. Saya tidak jemput lagi berucap memberikan penjelasan. Sila, Yang Berhormat Sepang. Ya.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada sahabat saya dari Bagan Serai. Dua persoalan. Pertama tadi kata Yang Berhormat Bagan Serai, syarikat-syarikat bertaraf antarabangsa ini memberi taraf yang...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sibuti boleh bekalkan air kepada Yang Berhormat Bagan Serai. Sila [Ketawa]

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey. Dua persoalan. Saya rasa kita bukan hanya melihat kepada syarikat asing. Kita lihat ucapan daripada Gabenor Bank Negara. Saya bacakan. Pada 21 September tentang kejatuhan mata wang Ringgit. Dia mengatakan kita tidak perlu apa-apa lagi skandal. Kita tidak perlukan ketidaktetapan politik.

Apabila kesemua isu berkenaan 1MDB diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan pemulihan Ringgit. Jadi ini dari Bank Negara sendiri yang menunjukkan bahawa ada sesuatu tidak kena. Itu yang pertama.

Kedua tentang Wall Street Journal. Pertamanya, saya minta sangat Yang Berhormat Bagan Serai janganlah sesekali menyamakan Wall Street Journal ini setaraf dengan Utusan Malaysia. Pleaselah [Ketawa] Itu yang pertama. Keduanya, kita tidak kata apa yang dikatakan oleh Wall Street Journal itu satu benda yang memang absolutely true ataupun tepat, tetapi kalau tidak betul, tidak tepat...

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Itu sudah cukuplah itu. Itu sudah cukup.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya minta Yang Berhormat Bagan Serai tuntut- saman Wall Street Journal...

[Disampuk]

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Itu sudah cukup. Terima kasih kerana mengatakan Wall Street Journal tidak semuanya betul. Jadi sebab itu persepsi yang salah. Persepsi yang negatif.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

...Tidak ada kredibiliti mempertahankan...

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Inilah Tuan Yang di-Pertua yang kita katakan keganasan persepsi. War!

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya tengah tanyalah. Sibuk buat apa? Duduklah dulu [Ketawa]

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Duduk, duduk, duduk.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Orang tengah bertanya. Dia yang bagi laluan. Sabar dulu.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Orang bagi mencelah, bukan orang bagi berbahas. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi mencelah tetapi dia berbahas.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya tanya dia, dia...

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Macam mana itu?

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini kalau filem P. Ramlee, bila hendak habis lah.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Susah hendak cakap. Mungkin Yang Berhormat Sepang tidak faham bahasa saya cakap ini. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sepang tadi. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih. Sit down. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sepang yang menyatakan Wall Street Journal tidak semuanya betul. Memang semua surat khabar tidak semuanya betul. Kita dengar, kita baca dan kita tapis. Tidak semua kita boleh terima, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

[Bangun]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini, Yang Berhormat Bagan Serai. Ini kawan dari Langkawi ingin membantu.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Keganasan? Ini kembar saya.

Sila [Ketawa]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Langkawi, ini geng pendek juga ya?

[Ketawa] Sila, sila.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

final • 3:30 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Saya dengar Yang Berhormat kita ini selalu orang anggap orang yang sama. Pergi dekat hotel, orang kata saya macam dia.

Yang Berhormat, saya tertarik tentang Wall Street Journal tadi. Sebenarnya saya ingin membuktikan daripada Yang Berhormat bahawa Wall Street Journal sebenarnya menipu dalam penerangan mereka tentang 1MDB. Contohnya, saya bagi. Kita ambil dalam Wall Street Journal punya website. Dia bagi transaction duit itu, dia gunakan MT103 tetapi untuk bagi kepada orang perseorangan, dia kena MT101. MT103 ini adalah untuk institution. Itu satu. Kedua, kalau kita tengok data dia itu, dia ada Swiss website. Apa yang dia bagi itu, nama bank itu tidak betul. Makna kata data dalam Wall Street Journal ini tidak benar. Apa pandangan, Yang Berhormat Bagan Serai?

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya setuju dengan Yang Berhormat Langkawi. Itulah sebab yang saya hendak nyatakan tadi, Yang Berhormat Langkawi dan Tuan Yang di-Pertua tentang keganasan persepsi. Tentang persepsi yang melampau dan terlampau sehingga menyebabkan rakyat terkeliru apatah lagi kalau ada anak-anak muda yang dengar mungkin terkeliru seolah-olah macam nampak betul sangat tetapi saya sebenarnya tidak betul.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua. Dalam Titah Tuanku...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Pandan bangun ya.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Kali ini.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sikit lagi and then I’ll give to you. Terima kasih Yang Berhormat Pandan.

Dalam Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong ada menyatakan tentang banyak kejayaan yang ditempa oleh pimpinan Kerajaan Malaysia, AEC, dalam UNESCO dan juga telah duduk di sebuah tempat yang tinggi dalam daya tahan kerajaan hari ini.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Jadi Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita dengar hari ini dari luar ialah tentang kemusnahan ekonomi dan sebagainya. Ini saya hendak ceritakan tentang data ekonomi.

Kita melihat kepada data, kita lihat kepada fakta. Jangan kita percaya kepada cerita-cerita yang emosi yang emosi untuk menjaja. Silakan Yang Berhormat Pandan.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Pandan.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Bagan Serai menyebut mengenai keganasan persepsi kononnya ekonomi Malaysia mengikut angka mikronya baik.

Kalaulah begini keadaannya, kenapakah rakyat di bawah sekarang ini rata-rata mengadu tentang kesusahan hidup? Kenapakah di mana-mana harga barang naik? Kenapa kerajaan perlu melaksanakan GST kerana wang tidak cukup. Kenapa perbelanjaan dan peruntukan pendidikan biasiswa universiti, profesor semua kena potong, kena tutup?

Kalau betul keadaan ekonomi baik, bukankah keadaan-keadaan ini semua tidak berlaku tetapi ini masalahnya, kerajaanlah yang cuba bermain persepsi dengan menyebut perkara-perkara ini sedangkan realiti ekonomi di bawah cukup berlainan.

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tidak bagus itu. saya tidak percaya.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Rakyat percaya ekonomi baik tetapi mereka membayar lebih mahal.

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Pandan, sila duduk. Terima kasih Yang Berhormat Pandan tanya soalan itu. Saya terpaksa, saya hendak kena tarbiah sekali lagi tentang GST ini...

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kena tarbiah Yang Berhormat Pandan sekali lagi tentang GST ini, benda sudah berlalu. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia negara ekonomi terbuka yang kecil dan kita terdedah kepada faktor-faktor luaran. Apabila minyak jatuh, apabila komoditi jatuh itu bukan sebab kita dan kerajaan sentiasa fikir macam mana. Oleh sebab itu, diadakan ubahsuai Bajet 2016 dan apabila emerging economy slow down seperti China dan India, Malaysia terpaksa berfikir bagaimana. Oleh sebab itu, kerajaan hari ini memerlukan kebergantungan kepada minyak sehingga 21 peratus. Jadi, kita lihat kerajaan berusaha melakukan bermacam-macam untuk menyelamatkan rakyat yang kata rakyat miskin mengadu.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Itu sebab kita ada GST. GST ini untuk negara maju Yang Berhormat Pandan. GST untuk negara maju. Kita melihat ke depan tetapi pembangkang dia duduk tengok belakang. Suka belakang sahaja.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Yang Berhormat Bagan Serai, sedikit Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kita hendak tengok ke depan bukan ke belakang.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Yang Berhormat Bagan Serai...

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sebanyak 160 buah negara daripada 194 buah negara mengamalkan GST. Tidak ada negara yang bankrap kerana GST, tidak ada...

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tidak laksanakan GST apabila minyak merudum sampai USD30 satu barrel, bagaimanakah keadaan kita? Oleh sebab minyak ini up and down. Tahun 2008 ia naik sampai USD139 kemudian dia junam bila financial crisis dia junam sampai USD40. Selepas itu dia naik balik tahun 2010 USD120. Dia naik turun tidak ada ketentuan. Jadi oleh sebab itu, kerajaan hari ini beri kepada eksport-eksport seperti EME dan kurangkan kebergantungan kepada minyak.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Yang Berhormat Bagan Serai, sedikit.

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Boleh Yang Berhormat Bagan Serai?

final • 3:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

[Bangun]

final • 3:40 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Bagan Serai...

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Itu sebab kita lihat hari ini, saya hendak sambung sedikit lagi.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, ada tiga yang bangun Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Kelana Jaya dan juga Yang Berhormat Ampang.

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Okey sedikit lagi. Tiga-tiga saya bagi.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Macam mana hendak bagi tiga-tiga serentak ini?

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya bagi satu-satu. Saya bagi kepada Yang Berhormat Setiawangsa dahulu. Ya sebentar. Jadi saya tengah cerita pasal China tadi. China adalah emerging economy. Sekarang China slow down, India slow down.

Dahulu, satu ketika dahulu apabila advanced economy slow down di Amerika, di US dan sebagainya maka emerging economy top up, dia cover balik dan sekarang ini apabila emerging economy China sudah slow down, keadaan di US dan UK tidak seteruk itu. Jadi outlooknya ada balance.

Oleh sebab itu, apabila kita melaksanakan satu lagi penstrukturan tax kita GST ini dapat membantu menambahkan dana dan dana ini digunakan untuk membantu rakyat. Di sinilah kita bagi BR1M, di sini kita tolong penoreh getah, di sini kita tolong pesawah, di sini kita buat pembangunan dan sebagainya. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua pembangkang ini saya tidak tahulah mungkin banyak yang tinggi-tinggi tetapi akalnya pendek. Ini boleh sebut kan? Kalau badan besar, akal pendek itu masalah. Kita cakap banyak kali dah, kalau budak-budak tak apalah, ini dah tua [Ketawa] Okeylah saya tarik balik. Sudah lama dah tetapi tidak faham-faham. Jadi saya kasihan. Itu sebab saya kata tadi bab GST ini saya terpaksa tarbiah balik sekali lagi. Terima kasih. Silakan.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

[Bangun]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya sila.

final • 3:40 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Bagan Serai, terima kasih. Tadi saya hanya hendak bawa sedikit mengenai kita punya currency ini seperti yang dibawa oleh Yang Berhormat Sepang yang mengatakan bahawa Bank Negara, Gabenor pernah memberitahu bahawa punca kejatuhan wang Ringgit kita disebabkan masalah seperti 1MDB.

Akan tetapi, ada lagi satu statement yang pernah dibuat oleh Gabenor Bank Negara pada 13 November. Tan Sri Dato’ Seri Zety Akhtar Aziz menolak persepsi bahawa isu-isu domestik menjadi faktor utama menyumbang kepada penurunan Ringgit baru-baru ini. Sebaliknya, beliau menegaskan mata wang tersebut sebenarnya menerima kesan daripada faktor luaran termasuk jangkaan perubahan dalam hala tuju, rizab persekutuan Amerika, kemerosotan harga minyak dan pertumbuhan lembap di China. Itu pertama.

Kedua semasa Ringgit naik pada bulan Februari 2016, ia adalah the best performing currency di Asia naik 4 peratus tidak pun mengenai isu 1MDB. Persepsi kadang- kadang menyebabkan benda itu buruk tetapi sebenarnya tidak seburuk seperti yang disangka. Macam mana pandangan Yang Berhormat Bagan Serai?

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya setuju dengan Yang Berhormat Setiawangsa. Sebab itu saya beritahu tadi apabila ada satu perkara yang berlaku, ada pihak-pihak yang oportunis, yang ambil kesempatan untuk burukkan negara sedangkan kita ada banyak bukti yang mana negara ini telah berjaya di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Silakan.

final • 3:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Bagan Serai, saya dengar alasan tentang GST ini untuk hendak tolong negara daripada kebankrapan, betul tak? Lebih kuranglah.

You kata GST ini bagus sebab kalau tidak ada GST kita bankrap, betul?...

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya dah kata. Sudah itu? Boleh duduk.

final • 3:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Isu sebenarnya. Tidak, tidak. Isu dia Yang Berhormat Bagan Serai ini tidak belajar basic economy. Kita...

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Dah sudah itu duduk. Bukan macam itu. Saya kata GST membantu menambahkan dana negara untuk membantu rakyat sebab sekarang minyak fluctuate. Minyak fluctuate.

final • 3:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Tidak, bukan untuk membantu rakyat. Ini bayar hutang ini. Tidak mengapa, soalan saya.

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Jangan buat persepsi, jangan buat tuduhan, jangan buat tuduhan.

final • 3:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Tidak mengapa ini soalan saya. Soalan saya, soalan saya apakah...

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

GST membantu rakyat miskin.

Hari ini orang yang kata GST tolong rakyat miskin...

final • 3:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Dia celah soalan saya ini Tuan Yang di-Pertua boleh tak? Biar saya complete soalan itu. Soalan saya isu kebankrapan atau pun tidak, isu tentang status ekonomi negara Malaysia isu yang paling penting ialah berapakah hutang negara kita? Kerajaan kita ini sampai RM650 bilion hutang. Kalau GST tidak naik hari itu, macam mana hendak bayar ini, betul tak? Jadi isu pokoknya ialah isu hutang kerajaan.

Setuju atau tidak?

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih. Cerita hutang ini kita sudah bercakap lama dah. Yang tidak berhutang binatang sahaja. Orang berhutang, hutang yang boleh dijelaskan hutang. Saya tarik balik, orang berhutang untuk memudahkan kehidupan dia, dia boleh bayar hutang dan sebab itulah kerajaan kita hari ini dia tidak berhutang hingga melepasi had-had yang tidak dibenarkan. Ya, 55 peratus.

Jadi dia berhutang, dia boleh bayar. Kalau orang beli rumah boleh bayar, boleh berhutang tak? Kalau orang beli kereta boleh bayar, boleh berhutang tak? Itu nama orang yang cerdik bercakap. Ini hutang salah. Hutang tidak salah. Kerajaan tidak berhutang sampai melebihi had.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Okey sedikit sebelum habis.

final • 3:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Kita hutang RM10,000 okeylah. Hutang RM650 bilion bila hendak bayar balik?

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya masa tidak banyak ini.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Sedikit.

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Okey.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Ampang.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Bagan Serai saya tidak mahu bercakap pasal hutang, hutang itu tidak baik. Jadi, saya rasa itu bukan perkara yang baik untuk galakkan orang berhutang.

Jadi, apa pun saya tengok Yang Berhormat Bagan Serai dari dahulu sampai sekarang terlalu ghairah kalau bercakap pasal GST. Saya cuma ingin tanya soalan mudah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bagan Serai balik kawasan ceramah pasal GST orang kawasan Yang Berhormat Bagan Serai akan tepuk tangan ataupun akan “boo”. Saya hendak tanya itu sahaja.

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Itu sebab Tuan Yang di-Pertua pada mukadimah perbahasan saya, saya sudah cerita tentang keganasan persepsi.

Kasihan rakyat hari ini. Kerajaan telah buat bermacam-macam cara untuk bantu dan ini dibantu oleh GST tetapi ada yang pusing cerita dan katakan GST ini rakyat menderita, rakyat susah.

Tuan Yang di-Pertua, kata susah, kata menderita. Saya tengok dekat highway jem.

Kata menderita, kata susah saya tengok dekat airport padat orang. Bukan airport KLIA, airport Terengganu, tahun ini sahaja dekat 40,000 orang yang pergi umrah.

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, susah, susah melancong di Vietnam, melancong di Indonesia. Jadi sebenarnya perkataan mengatakan GST membuat penderaan, penyeksaan kepada rakyat bohong semata-mata, adalah karut semata-mata, adalah persepsi semata- mata...

[Tepuk]

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi kepada yang factual lagi. Tuan Yang di- Pertua saya hendak tunjuk hari ini. Data ekonomi di Malaysia, pada ketika Yang Amat Berhormat Pekan, Yang Amat Berhormat menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 sehingga 2015, data menunjukkan GDP telah meningkat. Pada ketika Yang Amat Berhormat Pekan masuk office, pada masa itu RM713 bilion dan pada hari ini adalah berjumlah RM1.1 trilion. Satu peningkatan sebanyak 60 peratus. Ini yang kita tunjuk pada rakyat. Kita lihat pada investment, meningkat sebanyak 83 peratus daripada RM157 bilion kepada RM287 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, ini lagi saya hendak tunjuk tentang pendapatan kerajaan, government revenue dan tax revenue. Tax revenue meningkat 72 peratus dan juga government revenue meningkat sebanyak 42 peratus dan juga yang penting sekali adalah GDP per kapita. Pada tahun 2009 kita hanya pada tahap USD7,312 dan pada ketika ini, ketika 2014 - USD11,307 peningkatan sebanyak 55 peratus. Apa yang kita lihat peningkatan, peningkatan, peningkatan. Apa yang kita lihat something move up. Ini apa ini, kerana naik takkan tidak elok. Kalau tidak elok takkan rating agency bagi ‘AA’ minus.

Apa rating agency hendak bagi ‘A’, ‘A’ minus untuk negara yang bankrupt? Tidak!

Akan tetapi World Street Journal yang buat persepsi yang salah, hari ini bila dihanyutkan oleh sahabat-sahabat di sana habis rakyat semua jadi kelam-kabut.

Tuan Yang di-Pertua, tidak sampai 10 tahun Yang Amat Berhormat Pekan membawa negara Malaysia ini, kita lihat kejayaan dan kita sekarang sedang menuju kepada negara maju, pendapatan tinggi dan untuk rakyat. Memang betul kita ada isu-isu.

Saya tidak kata tidak ada orang miskin. Ada orang miskin. Tuan Yang di-Pertua di Amerika, di negara maju ada tidak ada orang miskin?...

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

Ada.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ada, bukan semua kaya, negara maju semua kaya, bukan. Yes ada B40 dan kerajaan telah memberikan fokus yang serius untuk membantu rakyat B40 dalam senarai eKasih, ini yang kerajaan sedang buat sekarang ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, isu-isu yang saya kirakan bersifat mikro kerana apa yang kita gambarkan perkara yang kecil-kecil yang tidak boleh merosakkan sistem kita. Ini bukan perkara systemic. Maksud saya Tuan Yang di-Pertua, perkara systemic macam contoh keretalah, saya bagi contoh kereta Ferrari lah sedap sikit. Ferrari ini kalau seat dia rosak laju tidak?

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Laju.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Laju, seat rosak ganti seatlah kan. Akan tetapi kalau Ferrari ini transmission dia rosak boleh jalan tidak? Tidak boleh jalan.

Begitu juga orang demam. Kalau orang demam sikit-sikit boleh pergi kerja tidak?

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

Boleh.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Boleh. Kalau demam teruk dia tidak pergi kerja. Saya tidak hendaklah bagi contoh panau, sat lagi sahabat saya ini dia terasa malu pula. Dia tidak boleh tengok panau itu.

Tuan Yang di-Pertua, ini maksud saya, dalam negara kita hari ini pendapatan sudah besar. Look at the cake is big, the cake is big. Economy size sudah meningkat tetapi yang kita hendak fikirkan ialah agihan. Cake itu besar ataupun kita hendak katakan rumah itu besar, adakah semua bilik itu dibesarkan. Jadi cost of living yang kita katakan tadi ini, cost of living yang menentukan kita punya masa depan kita hari ini.

Tuan Yang di-Pertua…

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, boleh gulung.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Boleh gulung. Gulung ya, insya- Allah. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cakap sikitlah tentang kesihatan sebab saya doktorkan. Kesihatan ini perkara yang penting. Kesihatan harta kita. Health is wealth. You lose health, you lose everything, dengan izin. Kalau kita hilang kesihatan, kita hilang segala- galanya. Kita tidak ada di sini. Jadi kesihatan itu penting. Daripada titah Tuanku yang mengatakan mencegah lebih baik daripada merawat. Prevention is better than cure. Jadi ini yang kerajaan hendak buat. Kerajaan telah buat bermacam-macam dan juga Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan buat sukan, buat sebagainya, macam-macam.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kita lihat dari semasa ke semasa macam-macam dibuat tetapi hari ini kencing manis makin ramai. Kencing manis ramai…

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Kencing orang pun ramai macam mana? Kencing orang.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kena kencing? Siapakah kencing orang ini? Baru ya. Kencing manis ramai, obesiti ramai jadi ini masalah yang boleh menyebabkan susahnya kehidupan kita. Kita tidak mahu jadi negara maju rakyat banyak dalam hospital. Tuan Yang di-Pertua dia ada empat perkara yang boleh menyebabkan sakit.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Dia yang tidak tahu kencing orang ini Yang Berhormat Bukit Gantang sahaja.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ya Allah. Yang Berhormat Bukit Gantang ini dia betul. Walaupun Yang Berhormat Parit Buntar itu jiran saya kan, tetapi Yang Parit Buntar itu…

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Parit Buntar ada dalam Dewan ini.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Parit Buntar sudah ada dalam Dewan. Tidak payah berdiri, tidak payah berdiri saya sebut sahaja, terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya dengar dipanggil nama saya daripada awal lagi tadi [Ketawa] Dia rindu dekat saya Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi confirm tidak berkualiti.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ya Yang Berhormat Parit Buntar kan, jiran saya itu Parit Buntar, jiran di Bagan Serai. Akan tetapi walaupun jiran nampak dekat tetapi jauh. Sebab apa, dia tinggi tetapi saya kata tadi akal pendek. Dia kualiti tidak ada, kualiti tidak ada.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Speaker saya minta tarik balik akal pendek kot.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tidak macam Yang Berhormat Bukit Gantang. Yang Berhormat Bukit Gantang orangnya hitam manis dan handsome.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya rasa this is below the belt. Saya minta tarik balik...

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Itu jiran saya juga itu.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya cuma cerita sahaja, janganlah susah hati.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Tarik balik yang pendek akal itu. Tarik balik yang pendek akal itu.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang pendek itu.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Tarik balik yang pendek akal itu.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang pendek itu?

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Tarik balik yang pendek akal itu.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Pendek itu, boleh tarik balik tidak ada apa, tidak ada apa. Inilah nilai orang yang bahas berkualiti, yang berkualiti hari ini.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Kita jawab pakai isi bukan jawab kata kutuk kawan. Ini Ahli Parlimen.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sikit-sikit suruh saman kan.

Hendak tahu hendak saman tidak saman, hendak saman tidak saman.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Ini bukan dekat parit apa itu.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kerjanya saman menyaman.

Saman malu tidak reti malu pun sama.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

La ni hendak tarik balik kah tidak hendak?

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tidak reti malu.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Tuan Yang di-Pertua hendak minta dia tarik balik...

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sudah tarik balik.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kejap kawan, kejap musuh…

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Sudah tarik balik, ha okey.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

…Sekejap, sekejap tinggal, sekejap hero. Tuan Yang di-Pertua ini ada manusia yang macam ini yang tidak ada pendirian. Tidak macam Yang Berhormat Bukit Gantang sahabat saya, hitam manis senyumnya manis. Tuan Yang di-Pertua saya cuma hendak sentuh sikit tentang…

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang ini dia tertawa cara macam mana hendak buat giliran.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua dalam masa yang sikit ini saya hendak sebut sikit dua perkara tentang keadaan di Bagan Serai. Ini kerana kesihatan tadi yang saya ceritakan tadi kita perlu buat sesuatu yang lebih tentang sikap, tentang tindakan kita, tentang pemakanan dan lifestyle kita. Ini kerana saya hendak sebut tadi perkara yang boleh menjadi masalah sakit ialah empat perkara:

(i) bila kita accident. Bila kita accident sakitlah;

(ii) jangkitan, kena bisul, kena apa itu jangkitan kuman.

(iii) masalah inflamasi, inflammation; dan

(iv) masalah insulin resistant ataupun rintangan insulin yang menyebabkan penyakit metabolic syndrome dan sebagainya dan datang ibu penyakit yang lain kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya termasuk juga kanser.

Ini kalau saya hendak sambung saya perlukan dua jam lagi Tuan Yang di-Pertua.

Jadi saya berhenti setakat itu sahaja. Saya mohon sangat-sangat daripada Kementerian Kesihatan tolong tengok bila hendak luluskan Klinik Matang Gerdu. Klinik Matang Gerdu saya ulang sekali lagi Klinik Matang Gerdu. Sudah banyak kali saya tanya sebab katanya tidak ramai tetapi sebenarnya rakyat menderita. Sekarang ini di sebelah Klinik Matang Gerdu wujudnya perumahan PR1MA, 1,000 unit. Maknanya sekurang-kurangnya 4,000 orang akan ada di situ. Jadi kita perlukan klinik itu.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya akan cakap tentang pendidikan. Tahniah hendak ucapkan kepada warga pendidik Daerah Kerian khususnya Parlimen Bagan Serai kerana pada keputusan SPM yang lalu, Daerah Kerian, Parlimen Bagan Serai telah mendapat tempat yang pertama dalam negeri Perak, yang pertama...

[Tepuk] Yes, dengan GPS 4.92 melepasi GPS negeri dan juga nasional, kebangsaan.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ini anak-anak kampung yang di tempat kami tidak adapun SBP, ha itu sahaja yang saya hendak sebut. Maknanya Parlimen Bagan Serai sekali lagi bertanya bila hendak buat SBP- Sekolah Berasrama Penuh. Anak-anak cemerlang ini kita hantar sekolah menengah di luar. Tempat luar sudah minta universiti tetapi di Bagan Serai SBP pun tidak ada walaupun pelajar-pelajarnya cukup cemerlang dan bagus. Jadi terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat-sahabat yang mencelah. Kasihanlah yang kena itukan. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Bagan Serai menyokong.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Bendera. Ini Yang Berhormat Baling ini tidak sabar-sabar hendak menjawab nampaknya. Akan tetapi giliran Yang Berhormat Bukit Bendera dahulu, sila.

final • 3:50 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut serta dalam perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua seperti mana yang kita sedia maklum, Perlembagaan Persekutuan merupakan sebuah perjanjian keramat yang memaktubkan hak dan kebebasan asasi setiap rakyat Malaysia. Kanun tertinggi negara kita ini ibarat payung yang melindungi setiap warganegara dengan memastikan bahawa tidak ada sesiapa pun yang dinafikan keadilan dan kesaksamaan di sisi undang-undang.

Walaupun begitu adalah amat mendukacitakan sekali apabila terdapat rakyat Malaysia yang tidak terbela oleh sistem perundangan negara kita seperti mana yang sering berlaku dalam isu hak penjagaan antara Muslim dan bukan Muslim. Mutakhir ini kes-kes S.

Deepa dan juga Indira Gandhi Muthu telah menarik perhatian negara. Pada hemat saya kedua-dua kes ini bukan sahaja semata-mata berkenaan dengan penafian hak ibu ke atas anak ataupun persoalan penukaran agama secara unilateral ataupun salah guna sistem oleh bapa yang memeluk Islam untuk mendapatkan hak penjagaan.

final • 3:58 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Lebih kritikal lagi, kes seumpama ini turut menimbulkan persoalan besar mengenai Perlembagaan Persekutuan, bidang kuasa kehakiman dan juga hak rakyat Malaysia untuk mendapat remedi dari mahkamah.

Sebagaimana yang kita maklum, dua kes berasingan ini melibatkan dua orang ibu beragama Hindu yang dipisahkan daripada anak-anak kecil mereka setelah bekas suami memeluk Islam dan kemudian menukar agama anak-anak mereka tanpa pengetahuan dan juga tanpa persetujuan daripada ibu. Kemudian si bapa pula bertindak mendapatkan perintah mahkamah syariah untuk mendapatkan hak penjagaan.

Saya pasti jika kita mengetepikan sentimen dan emosi kita buat sejenak dan kembali kepada pemikiran rasional, sudah tentu kita akan melihat tindakan sebegini sebagai satu ketidakadilan dan penyalahgunaan sistem. Walaupun seksyen 88(3), Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 mengandungi anggapan ataupun presumption bahawa adalah lebih afdal bagi seseorang kanak-kanak bawah tujuh tahun untuk dijaga oleh ibunya, apatah lagi apabila anak berkenaan itu kecil dan masih menyusu seperti anak Indira Ghandi, namun, peruntukan ini berjaya dipintas apabila si bapa bertindak melalui Mahkamah Syariah dan bukan Mahkamah Sivil, sebab beliau tahu kalau masuk ke Mahkamah Sivil, Mahkamah Tinggi, kemungkinan besar bapa akan kalah dalam kes sedemikian.

Jadi, oleh sebab Perlembagaan Persekutuan menentukan bahawa Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa ke atas Muslim, maka ibu yang bukan Muslim itu tidak mempunyai hak, tidak mempunyai locus standi untuk mencabar perintah Mahkamah Syariah yang memihak penjagaan kepada bapa di samping penukaran agama anak secara unilateral. Maka dengan begitu, ibu kehilangan anak dengan begitu mudah sahaja.

Demikianlah yang terjadi dalam kedua-dua kes yang tersebut. Justeru, si ibu terpaksa ke Mahkamah Tinggi untuk mendapat perintah hak penjagaan ataupun custody order.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 4:00 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Namun begitu, setelah berjaya di Mahkamah Tinggi, perintah yang didapatkan oleh kedua-dua ibu itu tidak langsung dihiraukan oleh pihak polis atas alasan bahawa terdapat perintah berlainan dari Mahkamah Syariah. Malah, perintah mandamus yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi untuk memaksa Ketua Polis Negara untuk melaksanakan waran penangkapan serta perintah mendapatkan kembali atau recovering order terhadap bekas suami juga diabaikan.

Sudah tentu saya tidak menyalahkan pihak polis dalam perkara ini. Mereka pastinya keliru berkenaan perintah mahkamah manakah yang harus mereka patuhi sebab kita ada perintah mahkamah syariah, ada perintah mahkamah sivil. Kekalutan ini menjadi dilema besar yang mempunyai kesan yang sangat mendalam terhadap sistem kehakiman dan sistem keadilan negara kita.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Bukit Bendera, boleh sikit?

final • 4:00 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Ya, ya, sila.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat Bukit Bendera telah membangkitkan satu isu yang memang sebenarnya telah lama dibincangkan. Saya masih ingat ketika saya belajar undang-undang lagi perkara ini telah dibincangkan dalam law school khususnya di Malaysia ini. Hatta, Profesor Ahmad Ibrahim juga pernah bercakap berkenaan perkara ini.

Persoalannya Yang Berhormat Bukit Bendera, saya melihat bahawa perlunya kerajaan mempunyai political will untuk menyelesaikan isu ini once and for all. Isu-isu pertelingkahan custody ini dan juga isu deklarasi pembubaran perkahwinan ini, ia menjadi begitu antaranya kerana ada lacuna ataupun loophole dalam perundangan di mana di bawah seksyen 51A, kalau tak silap saya, bawah Law Reform Act ini, apabila satu pasangan yang telah berkahwin di bawah Law Reform Act dan apabila salah satu pihak masuk Islam, pihak yang masuk Islam ini tidak boleh pergi ke Mahkamah Sivil untuk membubarkan perkahwinan. Jadi mereka terpaksa pergi ke Syariah Court. Apabila pergi ke Syariah Court, keputusan Syariah Court tidak binds, tidak mengikat pasangan yang bukan Islam itu pula.

Jadi saya rasa sudah sampai masanya dan saya bercakap di sini dan ramai juga bercakap, mesti ada sebuah mahkamah sahaja yang mendengar kes ini dan saya mencadangkan supaya mahkamah sivil oleh sebab the marriage was solemnized under Law Reform Act. So, all issues, dengan izin, yang berkaitan dengan isu ini mesti diselesaikan melalui mahkamah sivil tetapi kita boleh berbincang macam mana mekanisme- oleh sebab this is a family law, family matters, it shouldn’t be confrontational. Mungkin kita boleh lantik pengapit dan sebagainya untuk menyelesaikan isu secara baik melibatkan- yang paling penting dalam isu child ini ialah the welfare of the child. Itu prinsip yang sebenarnya dalam perundangan Islam pun ia melihat perkara begitu. Minta pandangan daripada Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 4:00 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Terima kasih Yang Berhormat Sepang.

Saya setuju dengan Yang Berhormat Sepang. Ada keperluan yang besar untuk kita, untuk kerajaan selesaikan lacuna dalam perundangan yang ada ini dan unsur yang paling penting dalam usaha hendak menyelesaikan masalah ini adalah political will seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sepang.

Bagi kes Indira Ghandi, Mahkamah Rayuan kemudiannya telah menterbalikkan perintah-perintah Mahkamah Tinggi dengan memutuskan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengkaji semula keputusan pentadbiran di bawah bidang kuasa mahkamah syariah, yakni dalam kes ini, penukaran agama kepada Islam. Jadi kini, kes yang sudah berlarutan selama tujuh tahun masih tidak selesai dan sedang menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Namun, walaupun itu isu yang besar Tuan Yang di-Pertua, isu yang paling kritikal pada saya keputusan Mahkamah Rayuan yang menyatakan bahawa hakikat Indira Ghandi itu bukan Islam dan tidak boleh mendapat remedi dalam Mahkamah Syariah tidak bermaksud bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk memberi remedi kepadanya.

final • 4:00 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Keputusan sedemikian sudah tentu bertentangan dengan prinsip ‘ubi jus ibi remedium’ ataupun setiap hak berhak mendapat remedi, where there is right, there is a remedy.

Sebagai warganegara Malaysia, Indira Ghani mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendapat remedi daripada sistem kehakiman. Namun dalam kes ini, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa beliau tidak mempunyai remedi di mana-mana mahkamah. Tidak di Mahkamah Syariah, tidak di Mahkamah Sivil. Ini suatu keadaan yang langsung tidak masuk akal. Bagaimanakah mungkin seseorang warganegara Malaysia boleh dinafikan hak secara sewenang-wenangnya?

Dalam kes S. Deepa pula, jalan cerita...

final • 4:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Subang bangun Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Sorry. You habiskan Deepa dulu dan saya mencelah kemudian.

final • 4:00 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Okey. Dalam kes S. Deepa pula, jalan ceritanya agak sama di mana cuma kes telah sampai ke Mahkamah Persekutuan yang telah memutuskan untuk memisahkan hak penjagaan di mana anak lelaki diberi kepada bapa Muslim dan anak perempuan kepada ibu Hindu.

Pada masa yang sama, Mahkamah Persekutuan juga memutuskan bahawa masalah hak penjagaan ataupun perceraian perkahwinan sivil hanya boleh dikendalikan oleh Mahkamah Sivil dan bukan syariah kecuali kedua-dua suami isteri itu Muslim. Jadi, sekurang-kurangnya ada lah hal ini telah dijelaskan.

Namun begitu, Mahkamah Persekutuan tidak menjelaskan sama ada Mahkamah Sivil atau Syariah yang mempunyai kuasa untuk menentukan status keagamaan anak yang ditukar agama secara unilateral kepada Islam. Okey Yang Berhormat Subang.

final • 4:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bendera. Memang betul, seperti yang Yang Berhormat Bukit Bendera telah sebut, itulah kedudukan daripada segi undang-undang menurut keputusan kedua-dua kes itu.

Saya nampak begini. Keputusan Mahkamah Persekutuan di kes Deepa sudah selesai satu isu yang penting iaitu dalam kes-kes macam ini, ke mahkamah mana kedua- dua pihak akan pergi untuk selesai isu penceraian, penjagaan anak dan nafkah dan sebagainya iaitu Mahkamah Sivil seperti yang dicadangkan tadi oleh Yang Berhormat Sepang. Itu sudah diputuskan.

Akan tetapi, seperti disebut tadi oleh Yang Berhormat Bukit Bendera, isu yang lebih pokok lagi iaitu hak seorang ibu atau bapa untuk secara unilateral untuk menukar agama kanak-kanak, itu yang masih tergantung. Saya rasa tidak ada masalah bila seorang dewasa, ibu atau ayah dia tukar agama, itu tak ada isu. Akan tetapi adakah dia berhak untuk secara unilateral tanpa persetujuan pasangan dia untuk menukar agama kanak- kanak yang muda? Itu persoalannya.

Saya difahamkan di dalam Jemaah Menteri Barisan Nasional tahun 2009 ada keputusan untuk pastikan itu tidak boleh dilakukan sama ada oleh ibu atau ayah tanpa persetujuan pasangan dia. Bagi saya, itulah sepatutnya dilaksanakan tetapi Kerajaan Barisan Nasional gagal melaksanakan itu dan oleh sebab itu masalah ini berlarutan.

Jadi saya ingin minta pandangan daripada Yang Berhormat Bukit Bendera. Bagi saya, lebih baik kerajaan selesaikan isu ini, bukan kita hantar kepada mahkamah sebab mahkamah, kita tak tahu apa keputusan di mahkamah. Lebih baik kerajaan buat keputusan secara prinsip, ikut prinsip keadilan dan buat satu keputusan sahaja iaitu bila seorang ibu atau ayah yang bukan Islam pergi ke jabatan- JAIS meminta tukar agama, tak ada masalah, tetapi bila dia kata inilah anak muda saya dan saya nak sekarang tukar agama mereka, pada saat itu patutnya JAIS atau Jabatan Agama bertanya manakah ibu kanak-kanak ini.

Bawa ibu itu dan pastikan ibu itu setuju. Kalau ibu itu setuju, boleh. Bila ibu itu tak setuju, tak boleh.

final • 4:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Apakah pandangan Yang Berhormat Bukit Bendera kalau kita melaksanakan prosedur macam ini, peraturan macam ini jangan kita serahkan kepada mahkamah sebab mungkin masalah ini tidak akan diselesaikan di peringkat mahkamah. Sekian.

final • 4:10 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Terima kasih Yang Berhormat Subang, sebelum saya jawab saya rasa Yang Berhormat Kapar.

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Bukit Bendera, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh tentang konsep kerahsiaan yang diamalkan semasa berlakunya unilateral conversion. Bila seseorang suami atau isteri convert mereka tidak memaklumkan kepada pihak yang lagi satu iaitu sebenarnya konsep kerahsiaan ini yang menimbulkan pelbagai isu dan ada pasangan yang dapat tahu apabila perkara ini dibawa ke mahkamah. Bila dibawa ke Mahkamah Sivil dan ada keputusan tiba- tiba pula pasangan yang lagi satu yang telah melakukan conversion pergi ke Mahkamah Syariah.

So, konsep kerahsiaan ini pun perlu dihalusi supaya tidak disalah gunakan oleh sesetengah pihak. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

Yang Berhormat Bukit Bendera lagi satu soalan berkenaan isu yang sama harap boleh bagi ruang sikit. Terima kasih. Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Puan Hajah Nancy binti Shukri telah pun dalam jawapan dia menyatakan bahawa tidak ada keperluan pada masa ini untuk meminda Artikel 121(1A) Perlembagaan Negara kita. 121(1A) di mana saya merasa pada masa sekarang pokok yang lebih besar pokok isu yang telah pun menimbulkan kes-kes seperti Indira Gandhi masalah dalam kes Indira Gandhi adalah pindaan yang dibuat dalam 1988 dengan memperkenalkan Artikel 121(1A) yang telah pun menimbulkan satu kelirukan confusion bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Dalam kes Indira Gandhi mereka telah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan iaitu kes Haji Raimi yang saya sendiri peguam dalam kes itu di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Mahkamah Syariah tidak ada bidang kuasa. Dalam hal ini agak penting saya merasa bahasa kerajaan harus mengkaji semula untuk menimbang semula Artikel 121(1A) to clear up this confusion, bersetuju atau tidak.

final • 4:10 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Okey terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Kapar tadi membangkitkan isu unilateral conversion dan saya rasa kita balik kepada hujah daripada Yang Berhormat Sepang yang mana asasnya ialah political will. Adakah kerajaan mempunyai political will untuk melaksanakan dasar-dasar tersebut bagi mengatasi masalah unilateral conversion. Untuk hujah daripada Ahli Yang Berhormat Alor Star saya tertarik juga dan sebenarnya saya bersetuju daripada segi di mana masalah yang kita ada pada hari ini berpunca daripada pindaan perlembagaan pada tahun 1998 khususnya kepada Perkara 121, Perlembagaan Persekutuan.

Namun begitu saya rasa jalan penyelesaiannya tidak perlu hendak pinda balik perlembagaan dan saya akan mencadangkan sedikit beberapa cadangan nanti yang boleh kita teliti sebagai kaedah untuk menyelesaikan perkara tersebut. Tuan Yang di-Pertua, daripada kes-kes yang dinyatakan tadi jelas terdapat beberapa persoalan besar yang belum diselesaikan. Pertama bagaimana untuk menangani penukaran agama kanak-kanak bawah umur secara unilateral seperti dibangkitkan tadi unilateral conversion.

Kedua, perintah mahkamah mana yang sepatutnya dituruti oleh pihak penguat kuasa apabila terdapat perintah bercanggah dari Mahkamah Tinggi dan juga Mahkamah Syariah. Ketiga di mana hak remedi seorang bukan Muslim dalam kes yang membabitkan Mahkamah Syariah. Akhir sekali, dan saya kira paling pokok sekali bagaimana untuk menyelesaikan bidang kuasa mahkamah yang timbul ini. Kekusutan yang melingkari persoalan-persoalan ini memerlukan penyelesaian tuntas yang tidak boleh lari daripada akar kepada permasalahan itu sendiri iaitu bidang kuasa mahkamah yang tidak jelas.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika kita memegang kepada semangat asal Perlembagaan. Di bawah Perlembagaan Persekutuan iaitu undang-undang tertinggi di negara kita terdapat pemisahan kuasa yang jelas dalam tiga buah badan utama.

final • 4:10 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Setiap badan mempunyai kuasa mutlak ataupun plenary authority ke atas bidang kuasa masing-masing yakni kuasa eksekutif persekutuan di bawah Yang di-Pertuan Agong, kuasa legislatif persekutuan di bawah Parlimen dan kuasa kehakiman persekutuan di bawah dua Mahkamah Tinggi yang setara bidang kuasa dan tarafnya iaitu satu di Malaya dan satu di Borneo.

Serta mana-mana Mahkamah bawahan yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan. Namun dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1988 seperti mana yang dikatakan tadi berikutan krisis kehakiman yang dicetuskan oleh penyingkiran Ketua Hakim Negara dan beberapa Hakim Mahkamah Agung. Kuasa mutlak kehakiman persekutuan telah dilucutkan dari pada mahkamah. Setelah dipinda Perkara 121, Perlembagaan Persekutuan kini menyebut bahawa mahkamah hanya mempunyai apa-apa bidang kuasa dan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.

Dalam erti kata lain sebelum pindaan, kuasa mutlak kehakiman persekutuan terletak di bawah mahkamah.

Kini kuasa mahkamah terletak di bawah atau diperoleh oleh undang-undang persekutuan. Ini bukan sahaja merampas kuasa badan kehakiman tetapi juga merosakkan taraf salah sebuah badan utama Perlembagaan yang sepatutnya berkuasa mutlak ke atas bidang kuasanya. Sekali dengan pindaan ini maka Perkara 121(1A) telah ditambah bagi memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Hal ini lantas mewujudkan dua sistem keadilan yang selari parallel system of justice di Malaysia.

Di mana Mahkamah Syariah kita beroperasi secara selari dengan Mahkamah Sivil.

Sistem selari ini menimbulkan pelbagai masalah seperti mana kita tahu khususnya dalam kes-kes yang dinyatakan tadi apabila melibatkan Muslim dan bukan Muslim dalam kes syariah. Persoalan yang timbul adalah, bagaimana untuk memastikan hak keadilan dan pembelaan yang saksama. Jadi kalau kita kembali kepada Perlembagaan Persekutuan, Perkara 75 mengatakan bahawa undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang negeri manakala Perkara 4, Perlembagaan menyatakan Perlembagaan Persekutuan mengatasi semua undang-undang lain di negara kita.

Hal ini jelas dan tidak dipertikaikan. Namun dalam kes Indira Gandhi umpamanya kelihatannya tidak ada undang-undang yang dapat membela ibu malang ini, Mahkamah Syariah tidak boleh, Mahkamah Sivil pun tak boleh. Oleh yang demikian, ke mana harus si ibu ini tujukan nasib dia. Inilah persoalan yang besar Tuan Yang di-Pertua yang saya rasa timbul ekoran daripada pindaan Perlembagaan yang dibuat pada tahun 1988. Iaitu masalah akibat kewujudan dua sistem keadilan yang selari. Persoalan di sini siapa menjadi pemutus muktamad ataupun final arbiter dalam segala isu pertikaian undang-undang termasuk dalam kes di mana bidang kuasanya tidak jelas.

Di bawah Perkara 128(1)(2) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Persekutuan merupakan kuasa kehakiman tertinggi dan seharusnya menjadi pemutus muktamad dalam apa-apa soal sama ada sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau badan perundangan sesuatu negeri adalah tidak sah. Berdasarkan kepada bidang kuasanya ataupun pertikaian antara negeri dengan negeri ataupun negeri dengan persekutuan serta dalam memutuskan soal yang berkaitan dengan Perlembagaan apabila dirujuk kepadanya mana-mana mahkamah yang lain.

Pada masa yang sama, jika Perkara 121(1A) diteliti, pengasingan bidang kuasa Mahkamah Syariah itu jelas hanya tertakluk pada Mahkamah Tinggi dan mahkamah bawahannya. Tidak pada Mahkamah Rayuan atau Persekutuan. Maka sepatutnya tidak timbul isu di mana Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes-kes tersebut tadi. Bukan seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Indira Gandhi.

Namun begitu masalah bidang kuasa yang tidak jelas ini timbul akibat peruntukan di bawah seksyen 81, Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Courts of Judicature Act 1964 yang menyatakan bahawa bidang kuasa asal Mahkamah Persekutuan yang termaktub dalam Perkara 128(1)(2) Perlembagaan hendaklah mempunyai bidang kuasa yang sama dan boleh menjalankan kuasa yang sama seperti yang dipunyai dan boleh dijalankan oleh Mahkamah Tinggi. Ini sekali gus mengehadkan kuasa Mahkamah Persekutuan. Sepatutnya seperti mana yang kita tahu, peruntukkan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan mengatasi undang-undang Persekutuan.

final • 4:10 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Maksudnya, Perkara 128, Perlembagaan Persekutuan sepatutnya mengatasi seksyen 81, Akta Mahkamah Kehakiman. Akan tetapi oleh sebab pindaan yang dibuat pada tahun 1988, kuasa mahkamah kini terhad kepada apa-apa bidang kuasa dan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah Undang-undang Persekutuan. Dalam erti kata lain, oleh sebab kuasa mahkamah kini dihadkan kepada apa yang diperuntukkan oleh Undang-undang Persekutuan, maka seksyen 81, Akta Mahkamah Kehakiman kini mengekang Mahkamah Persekutuan daripada fungsi dan bidang kuasa yang sebenarnya.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan semberono yang dibuat pada tahun 1988 ini telah meninggalkan warisan yang buruk kepada negara kita dan mencetuskan krisis perlembagaan dan penafian hak dan kebebasan asasi rakyat seperti yang berlaku dalam kes-kes S. Deepa dan juga Indira Gandhi. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar Mahkamah Persekutuan dikembalikan tarafnya sebagai pemutus muktamad dalam segala isu undang-undang, yakni sebagai Mahkamah Perlembagaan. Malah, ini boleh dibuat dengan mudah. Kita tidak perlu sebenarnya meminda balik Perlembagaan atau membuat apa-apa perubahan kepada Perkara 121.

Penyelesaian kepada masalah ini, saya hendak cadangkan di sini, dalam Dewan yang mulia ini, boleh dicapai melalui pindaan kepada Akta Mahkamah Kehakiman dalam dua perkara. Pertama sekali, pendefinisian bidang kuasa Mahkamah Persekutuan harus dinyatakan dengan jelas bahawa Mahkamah Persekutuan tidak dihadkan kepada bidang kuasa yang sama dengan Mahkamah Tinggi. Saya rasa yang itu penting supaya kita jelas peranan Mahkamah Persekutuan.

Kedua sekali, satu prosedur harus diperkenalkan bagi membenarkan pengemukaan petisyen secara langsung pada Mahkamah Persekutuan dalam hal-hal yang melibatkan hak dan kebebasan asasi, termasuk dalam kes-kes yang melibatkan Perkara 121(1A) di mana Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa. Prosedur ini boleh mengikut tatacara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan India (The Indian Constitution) iaitu model rujukan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia, di mana perkara 32 Perlembagaan India memberi hak untuk mengemukakan petisyen secara langsung pada Mahkamah Agung bagi menguatkuasakan hak dan kebebasan asasi yang dijamin oleh perlembagaan. Tambahan kepada itu, Mahkamah Agung di India diberi kuasa untuk mengeluarkan perintah termasuk writ, habeas corpus, mandamus, prohibition, quo warranto dan certiorari atau apa-apa yang sesuai bagi penguatkuasaan hak asasi tersebut.

Jadi kalau dua pindaan ini boleh ditambah kepada Akta Mahkamah Kehakiman, maka kita boleh sekali gus menyelesaikan kemelut kehakiman yang sedia ada. Dengan pindaan ini, masa tidak perlu dibazir seperti mana dalam kes Indira Gandhi. Tujuh tahun dia menunggu dan kes beliau masih belum sampai ke Mahkamah Persekutuan. Sudah jelas bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa ke atas isu yang melibatkan Perkara 121(1A), maka mengapa beliau terpaksa melalui segala prosedur yang tidak mendatangkan hasil, tidak masuk akal? Kalau sudah jelas mengatakan Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa, mengapa perlu beliau pergi ke Mahkamah Tinggi membuat rayuan, Mahkamah Rayuan, kini tunggu giliran untuk masuk Mahkamah Persekutuan.

Saya rasa tujuh tahun ya, ibu ini dipisahkan daripada anak secara sia-sia.

Tidakkah lebih baik kita wujudkan mekanisme untuk mendapatkan remedi secara langsung dari Mahkamah Persekutuan dalam apa-apa isu yang membabitkan Perlembagaan ataupun hak asasi. Jadi, lebih penting lagi pindaan sedemikian juga akan mengembalikan status Mahkamah Persekutuan sebagai Mahkamah Perlembagaan yang dapat mempertahankan hak semua rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan memastikan tidak ada lagi warganegara yang tidak terbela.

Tuan Yang di-Pertua, masa?

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Lima minit.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

[Bangun]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Pasir Puteh bangun.

final • 4:20 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Okey, sila.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya mendengar dengan teliti dan agak mengelirukan jugalah terminologi tentang law ini, tetapi saya terfikir juga tentang hak orang lelaki. Kadang-kadang apabila kita masuk ke mahkamah, selalunya orang perempuan diberikan keutamaan dan mereka selalunya, hakim-hakim menyebelahi mereka jika dibandingkan dengan pihak lelaki.

Jadi saya percaya, dalam mahkamah mereka cuba berlaku adil untuk melihat lelaki dan perempuan ini sama sahaja, suami dan isteri sama sahaja. Undang-undang yang ada itu jugalah yang akan menentukan apakah keputusan yang akan dipilih oleh mahkamah. Jadi saya percaya benda ini telah dilumatkan oleh hakim-hakim yang arif tentang isu ini dan membuat keputusan. Hanya keputusan ini tidak dipersetujui oleh satu pihak. Jadi, diangkat kepada mahkamah yang lebih tinggi.

Jadi masalahnya, mahkamah yang lebih tinggi ini tidak mempunyai kuasa untuk interfere dalam Mahkamah Syariah itu. Jadi, saya percaya ini mungkin kuasa yang ada pada Mahkamah Syariah itu tidak boleh dikacau oleh Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi. Jadi, ini status yang ada sekarang. Kalau kita mahu mengubah ini, ia akan mengubahkan banyak benda lagi. Bukan hanya isu ini sahaja, tetapi ia akan mengubahkan banyak masalah tentang kedudukan Mahkamah Syariah itu sendiri akan tergugat lagi. Jadi, adakah ini cadangan yang hendak dibuatkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera ini boleh menggugatkan lagi kedudukan Mahkamah Syariah itu? Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Terima kasih Yang Berhormat atas hujah tadi. Jadi mungkin untuk menjelaskan, sebenarnya dengan cadangan pindaan yang saya cadangkan tadi, saya bukan bermaksud untuk di mana Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa ke atas bidang-bidang kuasa Mahkamah Syariah. Maksudnya bukan begitu. Dia sebenarnya, saya hendak menyatakan di sini bahawa bila kita tengok kepada kes Indira Gandhi sebagai contoh, ataupun kes S. Deepa, sebenarnya isunya bukan isu syariah. Ia isu hak asasi.

Jadi dalam segala yang kita panggil fundamental liberties, hak asasi dan kebebasan seorang individu dan rakyat Malaysia perlu dirujuk pada Mahkamah Persekutuan untuk mendapat keputusan. Jadi saya rasa, di sini kita kena jelas. Isunya adalah bidang kuasa dalam kes-kes yang membabitkan hak asasi rakyat Malaysia. Jadi dengan itu dan disebabkan itu saya hendak mencadangkan kita mempunyai sebuah petisyen secara langsung.

Ini kerana kini, seperti mana yang dikatakan Yang Berhormat Sepang tadi, ada berlaku lacuna di mana seorang rakyat Malaysia tidak dapat remedi dari Mahkamah Syariah, tidak mendapat remedi dari Mahkamah Sivil. Jadi, ke manakah beliau hendak mendapatkan pembelaan? Jadi saya rasa, kena ada penyelesaiannya dan penyelesaiannya adalah untuk memetisyenkan secara langsung pada Mahkamah Persekutuan.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Okey baik, saya gulung. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, sudah jelas saya mengatakan tadi, pokok kepada masalah yang dihadapi pada hari ini, krisis perlembagaan yang kita lihat seperti ini sebenarnya berpunca daripada pindaan perlembagaan yang dibuat pada tahun 1988. Pindaan yang mencetuskan keadaan di mana terdapat lacuna dalam perundangan Malaysia, khususnya dalam perkara yang membabitkan Muslim dan bukan Muslim ataupun bidang kuasa mahkamah ke atas isu syariah dan juga sivil.

Jadi saya rasa, kita perlu ada political will daripada kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Akan tetapi mungkin kalau kerajaan tidak terpanggil untuk meminda balik perlembagaan, tidak mengapa. Oleh itu, saya cadangkan beberapa hujah di sini di mana kita boleh dengan hanya meminda Akta Mahkamah Kehakiman (Courts of Judicature Act), kita boleh memulihkan keadaan di Malaysia dan di mana tidak berlaku lagi penafian hak asasi terhadap sesiapa rakyat Malaysia.

Jadi saya harap, hujah-hujah dan cadangan tadi oleh semua Yang Berhormat juga dapat dipertimbangkan oleh kerajaan. Dengan itu, sekian. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tebrau.

final • 4:20 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya akan mula dengan isu pendidikan dan saya akan sentuh tentang prestasi bahasa Cina dalam peperiksaan SPM. Tidak dapat dinafikan bahawa kadar kelulusan bahasa Cina di peringkat SPM agak tinggi. Malangnya, peratus calon yang mendapat gred cemerlang amat mengecewakan.

final • 4:29 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Bukan sahaja yang paling rendah tetapi jauh sangat rendah. Jadi satu lagi yang kita dapati bahawa keputusan SPM 2015 yang baru diumumkan itu, prestasi keseluruhan bahasa Cina sekali lagi merosot tanpa sebab-sebab yang munasabah. Ramai calon yang mendapat A+ dalam Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, gagal mendapat A+ bagi Bahasa Cina yang sebenarnya merupakan bahasa ibunda dan bahasa yang paling dikuasai mereka. Ini sesuatu yang agak pelik.

Bahasa yang bukanlah bahasa ibunda yang mereka mungkin tidak begitu menguasai, mereka boleh mendapat A+ tetapi untuk bahasa ibunda mereka susah hendak dapat A+. Jadi saya berharap bahawa Lembaga Peperiksaan jangan gunakan confidential dan sebagainya sebagai alasan untuk tidak mahu berbincang masalah tersebut. Saya rasa bahawa sekarang dengan pembangunan negeri China, bahasa Cina akan semakin penting di arena global khususnya di bidang ekonomi.

Sebenarnya kita bangga dengan pewujudan sistem pendidikan bahasa Cina yang paling sempurna di luar negeri China dan Taiwan di seluruh dunia. Selain daripada negeri China dan Taiwan, Malaysia mempunyai sistem pendidikan Bahasa Cina yang paling sempurna. Jadi prestasi yang mengecewakan itu akan menjadikan ramai calon SPM khususnya daripada keturunan Cina ragu-ragu mengambil kertas Bahasa Cina di peringkat SPM. Jadi akibatnya saya takut satu hari bekalan guru ke SJKC juga akan terjejas oleh sebab tidak ramai yang ambil Bahasa Cina, jadi tidak layak untuk ambil bahasa Cina di institusi perguruan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon bahawa Kementerian Pendidikan akan tubuhkan Jawatankuasa Khas ataupun buat Program Gerak Tumpu untuk meninjau sebab- sebabnya serta mencari langkah-langkah penyelesaian. Perkara ini sudah banyak tahun berlaku. Saya berharap kita ada jawapan.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua yang saya hendak bangkitkan ialah berkenaan dengan kelayakan UEC. Sesungguhnya, saya mengaku bahawa Kerajaan Barisan Nasional sudah menerima UEC sebagai kelayakan masuk ke institusi perguruan sejak beberapa tahun yang lepas, malangnya sambutan daripada pemegang UEC amat dingin. Kelayakan UEC juga diterima untuk memohon PTPTN. Maka jelas sekali adalah salah kalau kita kata Kerajaan Barisan Nasional langsung tidak mengakui UEC. Sekurang- kurangnya dia sudah mengakui sebahagian. UEC mula dijalankan mulai tahun 1975 sehingga sekarang sudah 22 tahun usianya dan UEC telah diterima oleh universiti-universiti Singapura sebagai kelayakan memasuki universiti. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Sarawak oleh sebab baru-baru ini diumumkan bahawa kelayakan UEC akan digunakan untuk permohonan jawatan di negeri Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengambil peluang ini...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak beri, Yang Berhormat? Yang Berhormat Tanjung.

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Tidak payah sebab saya habiskan dahulu.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Duduklah Yang Berhormat Tanjong.

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Biar saya habiskan dahulu. Kalau hendak tanya, boleh tanya saya, tidak ada masalah pada penghujung.

final • 4:30 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Mengenai UEC.

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Tidak apa, pada penghujung, apabila saya sudah habis. Sorry, kerana saya takut saya tidak sempat habis.

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Izinkan saya mengambil peluang ini untuk meminta kerajaan mengatasi segala masalah teknikal dan menerima UEC sebagai salah satu kelayakan ke universiti-universiti kerajaan dan juga jawatan-jawatan kerajaan. Sesungguhnya masyarakat Cina pada keseluruhannya sudah terima kalau kerajaan mensyaratkan selain daripada UEC pemohon ke universiti atau pun ke jawatan kerajaan perlu ada kredit dan bahasa Melayu di peringkat SPM. Saya percaya ini adil. Oleh sebab kalau tidak ada kredit pun mereka tidak akan mendapat kenaikan gaji.

Perkara ketiga, isu di kawasan Tebrau, saya hendak tanya pihak yang berkenaan.

Oleh sebab saya sudah banyak kali bangkitkan tentang jeti baru di Kampung Kong Kong di kawasan Tebrau. Jeti itu pernah satu ketika sudah rosak, kemudian direpair, dibaiki dan sebagainya, dibuat jeti sementara dengan kayu. Jadi jeti baru ini walaupun kata baru pun sudah berusia lima tahun dan sekarang sudah dalam kedudukan yang uzur. Saya sebenarnya minta bahawa jeti itu diganti dengan jeti yang kekal atau pun jeti yang dibuat dengan simen. Jawapan terakhir yang saya terima ‘sedang mengkaji kesesuaian’. Saya hendak tanya kerajaan sama ada kajian sudah dijalankan dan apakah jawapan?

Baru-baru ini di kawasan Tebrau ada satu jambatan ke Kampung Kopok, runtuh.

Sebenarnya ini bukan tiba-tiba. Ia sudah ada tanda-tandanya, ada retak dan sebagainya pada bulan Februari tahun lepas tetapi begitu lama kerajaan tidak mengambil tindakan. Jadi saya harap bahawa perkara seperti ini tidak akan berulang. Jangan tunggu sampai jeti itu runtuh, pecah, rosak baru kita hendak repair, Oleh sebab orang kampung memang bergantung kepada jeti itu. Mereka tidak ada pilihan yang lain. Jadi itu satu-satunya yang mereka perlukan.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan masalah banjir, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah Baginda menyeru usaha untuk meningkatkan persediaan sebelum, semasa, dan selepas bencana digembleng dan dipertingkatkan bagi menghadapi bencana banjir. Kita sedia maklum bahawa banjir biasanya ada dua sebab.

Satu mungkin sebab-sebab semula jadi ataupun silap salah manusia. Daripada segi semula jadi mungkin iklim ataupun perubahan suhu yang semakin panas itu. Malangnya, kebanyakan sebab-sebab semula jadi juga disebabkan oleh manusia sendiri.

Kita harus faham bahawa jarak di antara planet bumi dan matahari berada di apa yang kita sebut sebagai ‘Goldilocks zone’, bermaksud jaraknya begitu baik sehingga ia tidak tersangat sejuk dan bukan tersangat panas untuk manusia. Jadi kita duduk di sini agak selesa. Ini juga disebabkan oleh sebab permukaan bumi ini dibalut oleh satu lapisan yang kita kenali sebagai *greenhouse gases.

Greenhouse Gases* itu ia bertindak seolah-olah selimut. Malangnya, pembakaran fossil fuel akan melepaskan carbon dioxide kepada udara dan menjadikan greenhouse gases itu semakin tebal. Ini bermaksud selimut kita semakin tebal. Apabila semakin tebal, semakin panas. Jadi suhu di planet bumi ini sekarang akan menjadi semakin panas.

Apabila ia semakin panas, ia mendatangkan banyak maslah termasuk banjir dan sebagainya.

Oleh itu, kita kena sedarkan rakyat jelata dan semua pihak bahawa kita mesti kurangkan kegunaan fossil fuel ataupun bahan api fosil demi mengurangkan greenhouse effect sambil menjamin bahawa generasi akan datang masih ada bekalan fossil fuel. Kita harus menimbang penggunaan bahan api boleh dibaharui misalnya solar, hidro dan sebagainya walaupun kini kosnya mungkin lebih mahal. Akan tetapi kalau kita tidak mula, saya percaya fossil fueling ini akan habis dalam masa yang singkat.

Jadi selain daripada itu, pemuliharaan hutan juga amat penting bagi memastikan bumi kita kekal sesuai didiami manusia.

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Saya sukacita melihat pertumbuhan hijau menjadi salah sebuah teras utama di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Namun, memandangkan tanah merupakan bidang kuasa kerajaan negeri semua kerajaan negeri harus tekun dan komited serta mengambil kerjasama sepenuhnya dalam usaha pemuliharaan hutan dan segala hidupannya serta mengambil pendekatan agresif demi menjana tenaga bumi baru dan sebagainya.

Walaupun kawasan Tebrau jarang dilanda banjir besar-besaran, beberapa buah kawasan yang dahulunya banjir di setiap hujung tahun sekarang pun sudah diatasi kerana usaha kerajaan yang prihatin.

final • 4:40 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Bagaimanapun, masih berlaku kejadian banjir kilat di kawasan-kawasan kediaman yang tertentu dan walaupun banjir kilat ini dia cepat naik cepat surut, tetapi kesan kerosakan harta benda penduduk yang terlibat amat besar.

Setiap kali kalau ada banjir kilat pun piano rosak, peti sejuk rosak, perabot rosak dan sebagainya. Ini semua merupakan barang-barang yang agak mahal. Ini juga akan menjadikan penghuni mengalami kerugian besar dan ketidakselesaan khususnya sekiranya banjir kilat itu melanda mereka apabila mereka tiada di rumah. Jadi, penduduk yang duduk di kawasan yang seperti itu hendak keluar pun takut. Semasa hendak keluar kerja mungkin hujan lebat- banjir kilat. Hendak balik kampung pun takut.

final • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:40 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Ini menjadi masalah dan punca banjir kilat bukan senang dikenal pasti oleh kerana ini merupakan kawasan perumahan kadang- kadang dia tidak semestinya berpunca daripada taman yang berkenaan. Mungkin dia daripada bahagian hilir kah, hulu kah dan sebagainya. Pegawai-pegawai perancangan di setiap pihak berkuasa tempatan serta pihak pemaju masing-masing harus bersikap lebih bertanggungjawab demi mengatasi ataupun sekurang-kurangnya meminimumkan kejadian banjir kilat. KPKT harus juga menyediakan garis panduan perancangan sistem perparitan yang komprehensif supaya menjadi pedoman kepada semua PBT mahupun para pemaju projek perumahan. Ini harapan saya, oleh sebab saya tengok setiap kali berlaku ini tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh dinafikan bahawa ekonomi negara sedang menghadapi cabaran yang amat sengit. Dua faktor utama yang menyebabkan keadaan ekonomi negara menjadi tidak menentu adalah akibat daripada kejatuhan harga minyak mentah global yang berada di bawah paras USD29 setong dan sekarang sudah naik sedikit dan juga kejatuhan harga komoditi utama iaitu kelapa sawit dan getah yang memberi kesan langsung kepada pendapatan negara dan pendapatan eksport. Fenomena ini bukan hanya melanda Malaysia sahaja malah turut dihadapi oleh negara serantau seperti Indonesia yang turut merupakan pengeluar utama kelapa sawit.

Langkah-langkah pengubahsuaian dan penstrukturan semula bajet yang diperkenalkan oleh kerajaan merupakan satu langkah proaktif sebagai usaha dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang kukuh serta langkah memelihara kesejahteraan rakyat. Oleh yang demikian, secara tidak langsung keadaan ini telah menyebabkan penyusutan nilai mata wang negara kepada RM4.11 berbanding Dolar Amerika setakat 8 Mac 2016.

Menurut Bank of America, Merrill Lynch, Malaysia, Indonesia dan Thailand bergantung kepada permintaan domestik dan perbelanjaan awam untuk memacu pertumbuhan ekonomi. Manakala perbelanjaan swasta menyumbang 51 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sebagai langkah mengatasi penyusutan nilai Ringgit, saya mencadangkan agar kerajaan harus mempergiatkan lagi promosi sektor pelancongan negara di persada dunia yang mana negara kita kaya dengan pelbagai sumber semula jadi, aneka jenis makanan, budaya dan adat resam.

Statistik Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menunjukkan berlaku penurunan daripada segi kemasukan pelancong. Bagi suku pertama 2015 iaitu daripada 7.91 juta kepada 6.842 juta pada tempoh yang sama berbanding pada tahun 2014. Ini ada sesuatu yang kita rasa pelik sedikit. Sepatutnya kalau mata wang kita turun sedikit ramai pelancong akan masuk untuk belanja.

Jadi, usaha untuk tingkatkan kemasukan pelancong ke negara ini yang secara tidak langsung akan memberi kesan positif dalam mengukuhkan asas ekonomi negara.

Namun demikian, kerajaan melalui agensi-agensi yang terlibat serta sektor swasta perlulah berganding bahu dan memacukan industri pelancongan negara. Akan tetapi, kita juga harus sedar bahawa para pelancong asing ada banyak pemilihan daripada segi pemilihan destinasi melancong.

final • 4:40 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Antara faktor-faktor yang diambil kira termasuklah aspek keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat. Pada suatu ketika, kes ragut berleluasa di bandar Johor Baharu sehingga orang tempatan sendiri menyatakan bahawa kalau tidak pernah diragut ataupun dirompak dia bukan orang Johor Baharu tetapi mangsa perompak tidak terhad kepada warganegara sahaja, para pelancong juga menjadi sasaran mereka.

Jadi sekiranya pelancong bimbang diragut walaupun berada di kawasan yang ramai orang, diganggu demonstrasi di sini di sana mereka akan rasa terancam dan tidak selamat. Tiada sebab para pelancong membazir wang di negara yang mereka rasa tidak selesa. Saya ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan terutama pihak polis yang berjaya membanteras kes-kes ragut di pusat bandar.

Ancaman terbaru keselamatan negara iaitu IS ataupun Daesh. Malangnya terdapat juga rakyat Malaysia yang terpengaruh dan menjadi anggota kumpulan haram ini yang mengancam keselamatan dan kestabilan negara lalu menjejas industri pelancongan negara. Jadi, kalau kita hendak menggalakkan industri pelancongan- keselamatan kena kita jaga.

Seperti yang sedia maklum, Singapura merupakan negara jiran yang paling rapat baik daripada segi jarak fizikal mahupun daripada segi perhubungan antara negara. Ini orang Singapura sepatutnya lagi suka ke JB ataupun Malaysia kerana perbezaan nilai mata wang mereka sekarang tetapi tadi saya sudah sebut nampaknya ada kekurangan pelancong dari Singapura pun.

Sesungguhnya, baik warganegara Malaysia mahupun rakyat Singapura yang berulang-alik di Johor Bharu dan Singapura memang menyumbang kepada ekonomi dan pendapatan Malaysia. Malah, sebaliknya seperti yang saya sebut tadi pelancong dari Singapura menyusut sebanyak 8.6 peratus pada 3 bulan pertama tahun lepas berbanding dengan 2014. Sekiranya ada sebabnya orang Singapura ragu-ragu ke Malaysia, khususnya pada hujung minggu, sebab-sebab itu hanya kesesakan lalu lintas di Tambak Johor dan 2nd Link sahaja- tidak ada sebab lain. Kedua-dua jalan tersebut dibanjiri warganegara kita yang bekerja ataupun berniaga di Singapura dan orang-orang Singapura yang berulang-alik kerana berniaga ataupun melancong.

Justeru saya turut terpanggil untuk memuji langkah kerajaan yang telah memperkenalkan Shuttle Tebrau yang hanya mengambil masa lima minit sahaja untuk merentasi Tambak Johor dan amat digemari para penumpang. Saya amatlah berbesar hati sekiranya Kerajaan Malaysia melalui SPAD terus berbincang dan bekerjasama dengan Kerajaan Singapura untuk meningkatkan lagi sama ada jumlah trip Shuttle Tebrau ataupun tambah bilangan koc setiap train.

final • 4:40 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Walaupun kita sudah tambah bilangan trip tetapi kalau koc pun boleh ditambah juga, saya percaya ia akan sedikit sebanyak mengurangkan kesesakan jalan di Tambak Johor.

Saya pernah menyarankan agar kerajaan menggalakkan perkhidmatan bas yang tepat masa dan efisien dari kawasan-kawasan perumahan ke pusat bandar untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dan seterusnya mengurangkan pelepasan karbon kepada udara yang menjadi punca utama pencemaran udara dan greenhouse effect. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti Internet khususnya di kawasan kampung dan pendalaman. Namun demikian, kerajaan juga terlebih dahulu mesti mendidik para pengguna Internet agar bijaksana semasa menyebarkan maklumat-maklumat di media sosial. Ini seolah-olah ada trend untuk berlumba-lumba dan bersaing membuktikan diri mereka sendiri yang paling up-to-date daripada segi maklumat yang diterima. Jadi ramai orang sebaik sahaja menerima apa-apa mesej, tanpa berfikir akan menyebarkannya dan kebanyakannya maklumat itu merupakan maklumat palsu.

Oleh sebab pihak-pihak yang mengedarkan maklumat palsu, atau hoax itu amat memahami kelemahan sebahagian besar pengguna media sosial yang berbangga dengan perasaan bahawa merekalah yang paling up-to-date dengan maklumat baru, mereka paling cepat tahu tentang maklumat baru itu.

final • 4:50 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Maklumat-maklumat palsu itu kononnya berpunca daripada pihak-pihak yang berstatus authoritative mereka akan selalunya quote kan ini datangnya daripada BBC, NASA, jabatan-jabatan ataupun agensi-agensi kerajaan ataupun orang-orang kenamaan, profesor, pakar-pakar, kadang-kadang ada nama pakar yang mereka menyebut tetapi kita cari di Internet pun tidak jumpa, tidak tahu siapa pakar itu.

Jadi pengedar maklumat-maklumat palsu itu, kadang-kadang sengaja menimbulkan huru-hara, kacau-bilau, perasaan tidak puas hati terhadap pihak tertentu terutamanya pihak kerajaan, menakut-nakutkan orang ramai dan sebagainya. Sekiranya para penerima maklumat palsu itu menggunakan sedikit masa untuk menyiasat sedikit, mudah dibuktikan bahawa maklumat-maklumat itu tidak benar sama sekali. Setiap rakyat bertanggungjawab dalam memastikan Internet di Malaysia bebas daripada penyalahgunaan demi manfaat semua rakyat yang menjadikan Internet kekal sebagai media untuk rakyat bagi menjalankan perniagaan, membangunkan perhubungan sosial dan berhibur tanpa perlu bimbang mengenai jenayah.

Selain maklumat-maklumat palsu, kenyataan-kenyataan yang berbau ekstremisme juga harus diambil tindakan bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat dan negara. Kenyataan-kenyataan ekstremisme itu merupakan ancaman yang boleh mendatangkan kestabilan masyarakat dan negara terancam serta menakutkan para pelabur asing bahkan pelabur negara kita juga dan khususnya para pelancong.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang cikgu saya selalu menegaskan bahawa bukan sahaja penuntut-penuntut yang berprestasi tinggi daripada segi akademik harus diberikan tumpuan, pujian, rangsangan dan rewards. Oleh sebab trend sekarang ialah kita biasanya kalau anugerah cemerlang kepada murid yang cemerlang itu sahaja, murid yang biasa dan murid yang mungkin lemah sedikit langsung tidak diberikan segala rangsangan, galakan untuk mereka maju ke hadapan.

Sebenarnya tidak boleh dinafikan bahawa sebahagian besar penuntut lulus peperiksaan dengan keputusan yang sederhana sahaja, bahkan mereka yang berpencapaian kurang memuaskan lagi memerlukan galakan dan rangsangan sekurang- kurangnya diberikan peluang untuk mempunyai kemahiran yang membolehkan mereka berupaya menyara hidup apabila dewasa kelak. Oleh itu semasa saya masih berkhidmat, saya bukan sahaja memberikan rangsangan kepada murid yang cemerlang bahkan juga murid yang kalau dia hadir tiap-tiap hari pun dia ada sijil, kalau dia menunjukkan kemajuan kita bagi sijil, ini pengakuan untuk merangsang mereka.

Pihak yang tertentu mereka suka menuduh MCA sebagai parti yang menjual kepentingan masyarakat Cina, tidak memelihara pendidikan aliran Cina dan sebagainya.

Malah sistem pendidikan aliran Cina di Malaysia merupakan yang paling sempurna di luar China dan Taiwan. Sejak tadika sehingga ke sekolah rendah seterusnya ke sekolah menengah, kolej vokasional hingga ke kolej universiti dan sebagainya.

MCA tidak setakat mempertahankan status SKJ(C) bahkan MCA menubuhkan kolej universiti seperti Kolej Universiti TAR dan UTAR. Kolej Universiti TAR dan UTAR telah menawarkan kursus-kursus yang bermutu antarabangsa ataupun bermutu global untuk semua rakyat Malaysia yang layak, bukan sahaja untuk penuntut-penuntut kaum Cina sahaja bahkan di Kolej TAR dan UTAR kita ada penuntut kaum Melayu dan India. MCA bukan sahaja memberikan peluang pendidikan tertiary bermutu tinggi kepada mereka yang lulus SPM, STPM atau UEC, bahkan kami prihatin pelajar-pelajar yang tiada kelayakan akademik.

Baru-baru ini melalui tajaan kerajaan, kami menawarkan peluang kepada 200 orang pemuda berusia 17 tahun ke atas untuk dilatih kemahiran pertukangan kayu di VTAR, Kolej Vokasional TAR. Pemohon tidak perlu mempunyai apa-apa kelayakan akademik dan kursus itu mengandungi 30 peratus sahaja teori dan 70 peratus amali. Pelajar tidak perlu membayar satu sen pun yuran pengajian bahkan akan diberikan wang saku sebanyak RM900 sebulan dan pelajar-pelajar akan terus ditawarkan kerja di kilang-kilang di mana mereka menjalani amali. Boleh dikatakan mereka dijamin kerja apabila mereka sudah lulus.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ada satu, dua soalan. Ini yang baru dikemukakan kepada saya. Saya baru disedarkan bahawa ahli KWSP yang berusia kurang daripada 55 tahun sahaja yang layak menerima bantuan kematian sebanyak RM2,500.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Ya, saya sudah hampir habis. Jadi, kalau mereka yang mati selepas usia 55 tahun, mereka tidak layak mendapat bayaran kematian ini. Ini yang saya sedikit keliru. Sepatutnya selagi mereka masih ahli yang aktif mereka sepatutnya layak. Mungkin pada satu ketika oleh sebab usia persaraan ialah 55 tahun, kita membuat peraturan ini dan tidak ubah suai. Jadi, saya hendak tanya berapa orang waris ahli yang telah dibayar bantuan tersebut dalam lima tahun kebelakangan ini? Saya percaya tidak ramai. Kalau sekiranya kita naikkan usia ini yang layak pun tidak ramai. Adakah KWSP bercadang meminda peraturan untuk membenarkan waris ahli yang masih aktif menuntut bayaran tersebut tanpa mengira usia.

Tuan Yang di-Pertua, menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Yang di-Pertuan Agong, Yang Berhormat Tebrau dengan penuh hormat dan takzimnya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Temerloh.

final • 4:50 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

[Membaca sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan keizinan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Titah Diraja pada hari ini.

final • 4:59 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Pertamanya saya angkat rasa syukur kepada Allah SWT kerana kita bersua lagi dalam mesyuarat yang pertama pada penggal keempat bagi Parlimen ketiga belas ini untuk kita berbahas pelbagai isu untuk kebaikan rakyat dan negara kita, insya-Allah. Saya mengambil kesempatan untuk ucap terima kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah disempurnakan pada hari pembukaan Dewan tempoh hari yang mana pasti sahaja banyak perkara yang boleh kita bincang dan boleh kita bahas di sepanjang sidang ini untuk kepentingan dan kebaikan bersama.

Apa yang saya minta ialah supaya apa sahaja yang kita ungkapkan ataupun kita bahaskan dalam bentuk pandangan, kritikan atau nasihat, maka hendaklah ia dijadikan sebagai satu, terutama daripada pihak pembangkanglah, sebagai satu check and balance. Jangan apabila kami daripada rakan-rakan pembangkang mengemukakan pandangan dan juga mengkritik ataupun menegur pihak kerajaan, maka itu ditelaah sebagai mempolitikkan sesuatu perkara sedangkan inilah ruang untuk kita mengambil bahagian dalam memberikan teguran ataupun nasihat.

Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan ucap bahas saya ini dengan Firman Allah SWT...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al-Haj Ayat 41. Maksudnya, orang-orang yang diberikan kuasa, orang-orang yang diberikan kesempatan untuk memerintah ataupun berkuasa di atas bumi ini, mereka mempunyai empat perkara yang mesti mereka tunaikan, iaitu yang pertama, mendirikan sembahyang; kedua, mengeluarkan zakat; ketiga, menegakkan yang makruf; dan yang keempat, mencegah kemungkaran.

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama mendirikan sembahyang. Mendirikan sembahyang ini asasnya rukuk dan sujud iaitu tunduk dan patuh, taat kepada Allah SWT.

Dalam ayat ini, difokuskan kepada mereka yang berkuasa, orang-orang yang memerintah, orang-orang yang mempunyai kesempatan berkuasa, diberikan mandat untuk berkuasa.

Maka, bukan sahaja individunya sembahyang rukuk dan sujud tetapi kerajaan itu sendiri juga mesti rukuk dan sujud kepada Allah SWT. Ertinya, mesti taat dan mesti patuh kepada Allah SWT.

Dalam erti kata lain, pentadbiran, pemerintahan, pengurusan, pelaksanaan dasar dan sistem, rang undang-undang yang hendak dibentangkan dan diluluskan di Parlimen ini mestilah ia dalam frame ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT.

final • 5:00 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Sebab itu kita diajar...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Antara maksudnya, kemudian Kami telah jadikan engkau atas syariat ini daripada segala urusan yang kamu laksanakan. Maka hendaklah kamu ikut syariat Allah SWT dan jangan sekali-kali mengikut hawa nafsu mereka yang tidak mengerti. Itu yang pertama. Asas yang perlu dilaksanakan oleh mereka yang berkuasa.

Kedua ialah mengeluarkan zakat dan mengagihkan zakat seluas-luasnya dan juga secara saksama. Ini merupakan satu sistem ekonomi yang saya kira mampu untuk mencipta kitaran ekonomi yang mampan dan juga seimbang dalam negara kita yang mana ia juga adalah adil dan memuaskan semua pihak. Meletakkan orang yang kaya, orang yang memiliki harta, menginfakkan, mengeluarkan harta mereka pada kadar yang tertentu kepada pihak-pihak tertentu yang memerlukan sebagaimana yang telah disenaraikan dalam asnaf yang lapan yang termaktub dalam Al-Quran Nul karim.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan sistem zakat ini sebenarnya boleh kita perluaskan kepada semua termasuklah juga kepada non-muslim dengan kita menetapkan kadar yang serupa iaitu pada 2.5 peratus diambil daripada harta simpanan sebagai type of saving yang mana ini pernah saya cadangkan dalam sesi yang lalu di Parlimen ini bagi menggantikan pelaksanaan GST yang kita lihat GST sebagai cukai yang dikenakan kepada semua pihak termasuk orang-orang miskin sehingga orang-orang miskin dalam negara kita ini berasa tertekan sementara dengan kos sara hidup, peningkatan harga barang dan seumpamanya, ditambah pula dengan cukai GST ini.

Jadi kalau kita mengambil kaedah cukai pada simpanan ini kepada mereka yang memiliki harta, yang memiliki kekayaan dikenakan pada cukai pada kadar tertentu, maka ia adalah lebih baik, lebih adil dan lebih saksama dan apa yang paling penting ialah tidak ada elemen penindasan kepada mereka yang tidak berkeupayaan. Itu yang kedua.

Kemudian yang ketiga ialah amar makruf ataupun...

[Berucap dalam Bahasa Arab] Iaitu menguatkuasakan amal kebajikan dan juga melaksanakan syariat Islam yang mana saya minta supaya pihak kerajaan, pihak yang berkuasa supaya serius, sebagaimana awal yang saya sebut tadi, supaya kita tidak terlalu berpolitik ataupun tidak teragak-agak untuk kita melaksanakan apa yang disebut sebagai syariat Islam ataupun amal kebajikan yang telah pun diajar oleh agama kepada kita.

Malah, apa yang menarik dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya dapat melihat bagaimana Yang di-Pertuan Agong juga telah memberikan sokongan yang penuh kepada inisiatif untuk mendaulatkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan dalam masa yang sama, agama yang lain dalam negara kita ini boleh diamalkan secara bebas dan damai dalam negara kita.

Termasuklah juga sokongan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memperkasakan Mahkamah Syariah yang saya lihat tentu sahaja ia dapat dilunaskan dengan kita mempertingkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam negara kita ini yang setakat ini kalau kita lihat, bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya terhad kepada ‘tiga, lima, enam’ iaitu tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan. Bidang kuasa Mahkamah Syariah ini perlu dipertingkatkan supaya dilihat lebih efektif terutamanya supaya dia mematuhi dan menepati kehendak syariat itu sendiri. Ini kerana kita tidak ada pilihan yang lain melainkan apa pun keadaan, kita mestilah...

[Berucap dalam Bahasa Arab] Mengikut syariat yang telah ditentukan, ditetapkan oleh Allah SWT.

Kemudian perkara yang keempat ialah...

[Berucap dalam Bahasa Arab] Ataupun nahi mungkar, mencegah kemungkaran ataupun kerosakan di atas tanah air kita. Saya hendak menekankan, sebagaimana seriusnya pihak kerajaan menangani gejala militan ataupun budaya pemikiran militan dalam negara kita, maka demikian juga selayaknya pihak kerajaan serius untuk menangani kemungkaran-kemungkaran yang berlaku dalam negara kita, membasmi segala bentuk dan segala kategori kemungkaran yang berlaku dalam negara kita.

Kita kena ingat bahawa kemungkaran ini bukan sekadar pada perkataan khalwat, zina, dedah aurat semata-mata sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan, tetapi kemungkaran itu adalah suatu yang lebih luas dalam semua perkara, dalam ekonomi, dalam politik, dalam sosial apabila perkara-perkara itu bertentangan dengan syarak ataupun bertentangan dengan syariat Islam.

final • 5:00 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Jadi, pihak penguatkuasaan ataupun pihak kerajaan, pihak yang berkaitan, sama ada Kerajaan Pusat ataupun kerajaan negeri mestilah serius untuk mencegah kemungkaran ini. Terutamanya kalau kita lihat, kemungkaran dalam ekonomi ialah rasuah.

Rasuah yang semakin hari semakin berleluasa, semakin hari semakin meningkat dan indeks rasuah sangat membimbangkan. Sedangkan, negara kita rata-ratanya daripada pemimpin sampailah kepada anggota-anggota kabinetnya dan juga Ahli-ahli Parlimen, rata- ratanya ialah mereka yang beragama Islam.

Kemudian, agama Islam agama rasmi dan sementara rasuah itu juga adalah suatu yang ditentang oleh semua pihak tanpa kira agama kerana ini adalah merupakan satu mungkar, satu jenayah yang ditolak, yang merosakkan tamadun, yang meruntuhkan negara kita. Termasuklah juga penyalahgunaan kuasa dan juga jenayah-jenayah lain seperti judi, pelacuran dan seumpamanya yang mesti ditangani secara berkesan.

Baik, itu empat perkara daripada ayat yang saya jadikan sebagai mukadimah ucapan saya pada kesempatan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa isu ingin diutarakan pada kesempatan ini sehubungan dengan saranan yang dikemukakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dalam Titah Baginda yang mana isu yang pertama yang saya hendak sebut di sini ialah berkaitan dengan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Saya kira ini adalah suatu yang perlu diberikan perhatian dan tentu sahaja isu yang hangat mutakhir ini ialah berkait dengan program pelaksanaan dwibahasa ataupun dual language programme atau DLP yang mana isu DLP ini telah mendapat liputan meluas daripada media dalam negara kita berikutan diumumkan bahawa tahun ini, tahun 2016 merupakan tahun projek rintis DLP yang dilaksanakan pada 300 buah sekolah menengah dan juga sekolah rendah di seluruh negara.

final • 5:00 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa DLP ini adalah suatu yang dijadikan sebagai gelombang kedua bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang melibatkan RM38.5 juta. Jadi pelaksanaan ini melibatkan Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi yang mana ia akan dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris bagi projek rintis di 300 buah sekolah yang saya sebutkan tadi.

Walaupun DLP ini disebut bahawa bersifat pilihan, tetapi apa yang membimbangkan kita, yang menjadi perbahasan umumnya ialah ia akan nantinya wujud apa yang disebut sebagai dualisme dalam sistem pendidikan negara. Nanti ada sekolah yang menggunakan Bahasa Malaysia, bahasa ibunda dan ada sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris dan tentunya secara umum akan dilihat sekolah-sekolah bandar, mereka akan lebih memilih menggunakan bahasa Inggeris dan mungkin sekolah-sekolah di pedalaman atau pun di kampung-kampung yang tidak mempunyai kemudahan, prasarana yang cukup, kemahiran yang baik, mereka akan memilih bahasa ibunda.

Jadi kaedah ini akhirnya akan mewujudkan dualisme dalam sistem pendidikan negara dan ini kembali pada era 70-an yang lalu atau pun kembali ke belakang. Ini adalah suatu yang tidak baik sebenarnya untuk peningkatan sistem pendidikan dalam negara kita dan lebih malang lagi Bahasa Melayu akan kekal menjadi bahasa kelas kedua, tidak dipilih oleh peringkat yang lebih maju ke hadapan, di peringkat nasional dan juga di peringkat antarabangsa. Jadi secara tidak langsungnya Tuan Yang di-Pertua, ini juga akan melebarkan kesenjangan sosioekonomi antara bandar dan juga luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, DLP ini umumnya memang kita tahu bahawa ini adalah merupakan jelmaan semula kepada PPSMI yang telah pun diperkenalkan tahun 2003 yang lalu dan kemudiannya dimansuhkan pada tahun 2009. Dimansuhkan itu setelah ia terbukti gagal dalam pelaksanaan. Terbukti gagal. Sebab kalau kita lihat pada kajian yang dibuat, dia ada dua fasa kajian yang saya dimaklumkan dan kita pun boleh lihat pada data kajian tersebut. Kajian fasa pertama ialah kesan dasar PPSMI ini yang mana penggunaan bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik memang melemahkan pembelajaran dan juga prestasi pelajar dalam negara kita yang mana disebut sini ialah 75 peratus pelajar sukar untuk memahami Matematik dan Sains menggunakan bahasa Inggeris.

final • 5:10 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Kemudian 10 hingga 15 peratus sahaja guru yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya kerana masalah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dalam subjek yang berkenaan. Itu kajian yang pertama. Kajian fasa kedua, kesan dasar PPSMI ini di sekolah menegah dan juga rendah sebagaimana yang dikemukakan oleh pihak pengkaji yang diketuai oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron daripada UPSI yang mana jelas conclusionnya atau pun kesimpulannya ialah dasar PPSMI itu adalah gagal kerana 10 hingga 12 peratus sahaja guru-guru yang menggunakan bahasa Inggeris ini dalam dasar PPSMI tadi.

Kemudian hanya 6.2 peratus murid tahun lima berasa selesa dengan PPSMI dan hanya 11.8 peratus murid Tingkatan 2 rasa selesa dengan dasar PPSMI. Ertinya, ini gagal.

Jadi apabila gagal, kemudian dijelmakan dengan nama baru tetapi dalam konsep yang hampir serupa dan ini sekali lagi saya bimbang dia akan menjurus kepada kegagalan yang sama. Tuan Yang di-Pertua, forum pendidikan antarabangsa yang melibatkan UNESCO dan juga World Declaration on Education for All (EFA) dan lain-lain turut menekankan pentingnya pendidikan pelajar menggunakan bahasa ibunda walaupun apa sahaja subjek yang diajarkan.

Jadi apa pun alasan yang dikemukakan oleh kerajaan, mengenai dengan pelaksanaan DLP ini, antaranya disebut kerana kegagalan pelajar-pelajar atau graduan- graduan menguasai bahasa Inggeris sehingga membawa kepada faktor pengangguran yang banyak dalam negara kita. Saya kira alasan seperti ini satu alasan yang tidak berasas.

Pengangguran bukan kerana kegagalan untuk menguasai bahasa Inggeris, terlalu banyak lambakan pengangguran di luar dalam banyak faktor antaranya ialah peluang pekerjaan yang sangat sukar untuk mereka miliki.

Baik, jadi apa yang saya lihat sekarang ini ialah DLP ini ibarat ubat untuk merawat penyakit yang tak kena dengan ubat yang diberikan. Sakitnya lain tetapi ubat yang diberikan adalah lain. Kalau faktor bahasa Inggeris yang menjadi isu, kenapakah tidak mempertingkatkan pengajian bahasa Inggeris itu sendiri? Kenapa harus menyasarkan Matematik, Sains dan lain-lain subjek untuk digunakan pengajian, pembelajarannya dalam bahasa Inggeris yang akhirnya menyukarkan pelajar untuk menguasai subjek tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya lihat Kementerian Pendidikan ini selalu sahaja, sering sahaja terburu-buru dan tergesa-gesa dalam membuat satu-satu dasar dan juga satu-satu polisi. Selain daripada PPSMI yang saya sebutkan tadi, kita juga kalau kita ingat tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang akhirnya tukar kepada PT3, Pentaksiran Tingkatan 3.

Jadi, dia beralih, bertukar dalam tempoh yang singkat, mengorbankan wang yang begitu banyak, memeningkan pelajar dan guru dalam perubahan sistem dalam tempoh masa yang dekat. Jadi ini banyak perkara yang akhirnya mengganggu dan tidak memberikan kesan yang positif kepada pendidikan dalam negara kita. Jadi apa yang mahu saya tegaskan di sini, Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan yang Mulia ini, janganlah akhirnya nanti sampai orang mendakwa bahawa perkara-perkara macam ini, dasar dan juga polisi seperti ini hanyalah kerajaan hendak create satu projek yang hendak diberikan kepada orang-orang tertentu atau pun rakan-rakan, kroni-kroni tertentu sahaja yang akhirnya akan memberikan imej yang salah dan buruk kepada kerajaan sendiri. Jadi, oleh sebab itu saya mencadangkan di sini supaya pihak kerajaan tarik baliklah pelaksanaan DLP ini, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang saya angkat pada kesempatan ini ialah berkait dengan saranan dan juga penegasan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk kita mengamalkan satu yang disebut sebagai budaya politik yang sihat dan aspirasi politik yang bermanfaat kepada rakyat keseluruhannya yang mana saya lihat ini adalah merupakan satu prinsip yang mesti menjadi tonggak utama dalam pemerintahan dan juga pentadbiran kerajaan negara kita. Setiap peringkat, bermula dari pusat kemudian sampai ke negeri dan sampai kepada kerajaan tempatan.

Budaya politik sihat dan bermanfaat ini sebenarnya mempunyai beberapa ciri-ciri yang tersendiri, dan juga pendekatan yang tersendiri. Antaranya ciri-ciri yang boleh saya utarakan di sini ialah konsep sama rata. Konsep sama rata kepada rakyat yang diberikan kepada pihak kerajaan dengan penuh tanggungjawab dan juga sikap matang kerajaan dalam berpolitik untuk mengurus pentadbiran dan pemerintahannya.

final • 5:10 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Tuan Yang di-Pertua, malangnya hari ini saya lihat suatu yang menyebabkan kita sangat terkilan dalam amalan politik tanah air. Masih ada lagi politik pilih bulu, politik tindas, politik membalas dendam. Sebagai contoh mudahlah saya sebut di sini, sehari dua baru ini, kecoh negara kita, viral satu print screen, bagaimana ada guru sekolah. Dihantar dalam satu group, diminta supaya ambil tindakan, catat nama mana-mana guru yang pro pembangkang, hantar kepada mereka, guru mana, sekolah mana, subjek apa yang diajar, hantar kepada dia atau pun hantar kepada pejabat DUN untuk pejabat DUN mengambil tindakan kepada pihak yang pro pembangkang ini.

Jadi ini satu contoh yang sangat memalukanlah dalam kita berpolitik pada hari ini, dia adalah merupakan satu yang sangat mengaibkan negara kita.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, rakan sebelah bangun Yang Berhormat. Hendak bagi.

final • 5:20 PM

Dato' Dr. Mohd Khairudin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Saya hendak tanya sikit kepada Yang Berhormat Temerloh, adakah kerajaan hari ini masih belum belajar dengan kekuatan kerajaan yang semakin yang berkurang sehingga masih lagi mengamalkan sikap yang lama, menindas pembangkang, itu pandangan saya.

final • 5:20 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Ya, saya mengharapkan sungguh- sungguh supaya kita setelah mencecah usia 60 tahun negara kita merdeka, pula dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam ucapannya supaya kita mengamalkan politik yang sihat, yang matang ini supaya kita hentikan perkara-perkara yang seperti ini. Saya tidak pastilah apakah ini terhenti pada DUN yang terbabit, di peringkat DUN terbabit ataupun dia ada arahan dari atas. Saya harap tidak begitulah dalam kita menganjak politik maju, politik moden pada hari ini.

Jadi apa yang saya hendak tegaskan di sini ialah apa yang berlaku ini sangat bertentangan dengan budaya politik matang dan sejahtera dan juga bertentangan dengan politik sihat yang disarankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, kisah guru dan juga penjawat awam yang sokong pembangkang yang akhirnya ditukar ke pendalaman, diambil tindakan. Ini sebenarnya sudah menjadi satu sejarah hitam dalam politik tanah air kita dan budaya seperti ini sebagaimana saya sebutkan tadi sangat-sangat tidak selayaknya berlaku tapi malanglah kalau masih ada. Zaman moden pada hari ini kita masih lagi mahu mengamalkan amalan politik purba yang seperti ini.

Ini saya lihat ia berlaku dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Termasuklah juga politik pilih bulu ini yang dalam memberi bantuan sebagai contoh kepada pihak yang memerlukan. Kadang-kadang dipilih colour, dia pilih parti hendak bagi bantuan. Kalau colour itu PAS, hijau, maknanya sukar untuk mendapat bantuan. Ini saya sebut ini apa yang berlaku di Temerloh sebagai contoh di kawasan yang saya wakili. Berapa kalilah saya dengan pegawai-pegawai saya panjat ke jabatan-jabatan, panjat kepada pihak kementerian supaya menghulurkan bantuan umpamanya berlakunya jalan rosak, hakisan tebing yang berlaku di tepi-tepi Sungai Semantan, kotornya Sungai Pahang sehingga menjejaskan nelayan-nelayan sungai sehingga kekeruhan Sungai Pahang ini sangat luar biasa sehingga nelayan-nelayan sungai terancam dan mereka tidak lagi mudah untuk mencari makan.

Jadi saya bawa kes-kes ini untuk diambil pertimbangan, untuk diberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan termasuklah bekalan anak ikan dan seumpamanya tetapi sebahagiannya tidak mendapat satu respons yang sebaiknya dan positif. Jadi inilah, saya tidak mahu ini dijadikan sebagai politik balas dendam. Ada yang menyebut oleh kerana kamu undi pembangkang, kamu pergi minta dengan pembangkang. Saya kalau sekiranya pihak kerajaan memberikan peruntukan, tidak ada masalah jawapan itu tetapi apabila kita pembangkang, tidak ada sebarang peruntukan, jadi apabila jawab macam itu, yang teraniayanya, yang tertindasnya ialah rakyat itu sendiri.

Jadi sukalah saya memperingatkan perkara ini...

[Membaca sepotong Hadis] Bermaksud, ketahuilah kata Rasulullah SAW, setiap kamu adalah pemimpin dan kamu nantinya akan dipertanggungjawab, akan dipersoalkan tentang kepimpinan kamu. Maka pemerintah itu, pemimpin yang diberikan amanah untuk menjaga kebajikan dan juga kesejahteraan rakyat, maka dia akan dipersoalkan di atas apa tanggungjawab yang telah diberikan kepadanya.

final • 5:20 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Tuan Yang di-Pertua, budaya politik sihat mesti menjadi dasar dan mesti menjadi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan di semua peringkat sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Sebagai contohlah saya hendak sebut sekali lagi, dasar kerajaan dalam aspek pengubahsuaian dan juga pemotongan bajet kerajaan dan juga merasionalisasikan subsidi. Apabila tiba dalam bab ini saya lihat masih lagi kerajaan menyasarkan rakyat.

Sebagai contoh pemotongan subsidi tepung dan lain-lain. Kenapa tidak kita mengambil langkah menyelamatkan rakyat ataupun tidak menyasarkan rakyat. Ya saya tahu slogan kerajaan ialah rakyat didahulukan, jadi jangan maksud rakyat didahulukan itu membebankan rakyat dulu. Sehingga akhirnya rakyat sentiasa menjadi tersepit dalam keadaan ini. Kenapa tidak untuk memulangkan kembali ataupun untuk menyuburkan semula potensi pertumbuhan ekonomi negara dengan kita mengamalkan sistem jimat cermat, tidak membazir, membatalkan projek-projek besar, projek-projek mewah yang tidak memberikan keuntungan kepada rakyat.

Mengamalkan langkah jimat cermat itu di peringkat pentadbiran dan pengurusan.

Menamatkan ketirisan, kebocoran sebagaimana yang kita baca dalam Laporan Audit saban tahun berlaku pada kementerian, berlaku pada GLC. Ambil tindakan-tindakan itu pada jangka pendek dan jangka panjang ini dia boleh menyelesaikan tidak hanya sekadar nampak rakyat kena, rakyat kena. Kena bayar cukai, kena potong itu, kena potong ini.

Sedangkan rakyat sekarang ini sedang berdepan dengan apa yang selalu kita ulang, selalu kita sebut dengan kos sara hidup yang begitu tinggi dan juga dengan tekanan kekangan ekonomi yang begitu tenat.

Jadi saya juga mengambil kesempatan ini untuk memperingatkan kita apa yang pernah disebut oleh Saidatina Aisyah RA., dia dengar Nabi kita Muhammad SAW berdoa dalam satu doa...

[Membaca sepotong doa] Bermaksud, ya Allah, siapa-siapa yang bertanggungjawab memimpin dan mengurus urusan umat ku, tiba-tiba dia menyusahkannya, dia menyusahkan umat ku, dia menyusahkan rakyatnya sendiri dalam keadaan dia pemimpin...

[Menyebut dalam Bahasa Arab] Nabi doa supaya Ya Allah, Engkau susahkan balik pemimpin itu. Engkau kembalikan semula segala kesusahan yang berlaku kepada rakyat itu kepada pemimpin yang menyusahkan rakyat yang akhirnya pemimpin akan mengalami kesusahan dalam pelbagai aspek, dalam pelbagai perkara.

Kalau kita muhasabah balik kenapa pemimpin hidup dalam keadaan susah, terganggu dengan tekanan, dengan begitu hebat, hendak tidur malam pun tidak lena, diugut, diancam dan macam-macam masalah melingkari kehidupan. Kita muhasabah balik antara puncanya ialah kerana pemimpin sering kali menyusahkan rakyatnya dengan pelbagai perkara. Sebaliknya Nabi sebut, barang siapa ataupun pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab menguruskan urusan umat ku, kemudian dia menyudahkan urusan itu.

Maka nescaya Allah akan memberikan kemudahan kepadanya pula untuk memimpin negara, menjadikan pemimpin yang baik dan akhirnya selesa. Bukan saja di dunia tetapi juga sampailah di akhirat.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Tuan Yang di-Pertua, jadi oleh sebab itu dalam kesempatan ini, sudah panjang saya dengar daripada awal pagi tadi, semalam juga sampai petang ini sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang mengemukakan pandangan, mengemukakan hujah. Saya ini sebagai Ahli Parlimen yang junior dalam Dewan ini, lama sudah saya hendak sebut perkara ini tapi berasa hendak ambil kesempatan pada petang ini. Kadang-kadang saya lihat cara kita berbahas di Parlimen dan saya pun tanyalah orang-orang lama, abang-abang lama, dia kata inilah lebih kurang suasananya bila-bila.

Kadang-kadang macam kita duduk di pasar. Hu ha, hu ha, hu ha. Tidak tahu apa ke benda. Semuanya hendak berkeras, semuanya hendak berkeras. Tidak pergi kepada basic perbincangan. Ya, kalau kita hendak betul-betul transformasi Parlimen ini, semua pihaklah ambil tindakan. Berhujah dengan tenang, bagi pandangan dengan bijak, dengan pintar, bukan sekadar menjerit ataupun menghina, memperlekeh antara satu sama lain kerana ialah kalau sama-sama kita tertutup tahan lagi. Ini live. Sekarang ini boleh disaksikan dengan live, dalam TV, Internetnya, apa semua sekali. Kalau pada waktu awal paginya akan ada rombongan-rombongan dari luar negara barangkali, daripada mahasiswa. Kita rasa malu sendiri.

final • 5:20 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Jadi saya sebut ini untuk diri saya sendiri dan pada semua rakan yang mahu mengambil iktibar. Saya tidak mahu itu saya tidak boleh hendak buat apalah. Saya cuma bagi pandangan. Kalau bolehlah kita up standard perbahasan kita di Parlimen. Kita angkat tahap perbahasan kita ini. Beri teguran dan yang kena tegur dengar dengan baik. Lepas itu jawab balik. Yang boleh dijawab, kita dengar balik dengan tenang dan perkara ini kita bahas, kita hendak cari kebenaran...

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kalau semua macam itu Yang Berhormat, senang kerja kita.

final • 5:20 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

...Supaya semua pihak dapat menginsafi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan itu saya mengakhiri ucapan saya.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Baguslah itu ambil iktibar daripada teguran Yang Berhormat Temerloh. Kerja Tuan Yang di-Pertua pun akan senang. Ya, ada yang hendak bangun.

final • 5:20 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 5:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Okey Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 5:31 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukup-cukup.

Sambung nanti hari Isnin.

final • 5:31 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih banyak Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Saya sambung hari Isnin pagi. Terima kasih.

final • 5:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 14 Mac 2016.

final • 5:31 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026