Mar082016

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA
TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan sukacitanya saya memaklumkan kepada Majlis ini iaitu pada hari Isnin, 7 Mac 2016, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah berkenan menyampaikan Titah Diraja dalam Parlimen.

Saya telah menerima salinan Titah Seri Paduka Baginda itu dan seterusnya sekarang saya mengarahkan supaya salinan Titah itu dibentangkan di atas meja Mesyuarat dan seterusnya dicetak dalam Penyata Rasmi.

[Teks Titah Ucapan adalah seperti di Lampiran]

final • 10:00 AM
MEMPERKENANKAN AKTA-AKTA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Mesyuarat penggal yang lalu seperti berikut:

  1. Akta Perbekalan 2016; 2. Akta Kewangan 2015; 3. Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015; 4. Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran

(Pindaan) 2015; 5. Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015; 6. Akta Kebajikan Haiwan 2015; 7. Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2016; 8. Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2016; 9. Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016; 10. Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2016;

final • 10:00 AM
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN NEGARA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen penggal yang lalu.

Sila, Setiausaha baca.

[Setiausaha membacakan Perutusan] “22 Disember 2015 Perutusan Daripada Dewan Negara Kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-undang yang berikut tanpa pindaan:

  1. Rang Undang-undang Perbekalan 2016; 2. Rang Undang-undang Kewangan 2015; 3. Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

(Pindaan) 2015; 4. Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

(Pindaan) 2015; 5. Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015; 6. Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2015; 7. Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015; Yang Ikhlas, t.t YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”

final • 10:00 AM
UCAPAN TAKZIAH
Memperingati Genap Dua Tahun Kemalangan Pesawat MAS MH370

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, pada hari ini Selasa, 8 Mac 2016, genap dua tahun insiden kemalangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang membawa bersama 227 penumpang serta 12 anak kapal pesawat tersebut. Kerajaan Malaysia bersama-sama dengan Kerajaan Australia dan Republik Rakyat China terus komited dalam melaksanakan misi pencarian pesawat berkenaan yang kini berada dalam fasa kedua merangkumi kawasan sejumlah 120 ribu kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi.

Sesungguhnya kemalangan pesawat MAS MH370 merupakan tragedi yang menyayat hati dan menyentuh hati nurani seluruh rakyat Malaysia. Dewan ini berharap agar semua waris penumpang dan anak kapal pesawat MAS MH370 sentiasa tabah dan cekal dalam menghadapi ujian yang dilalui dan menerima ketentuan ini.

final • 10:08 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Doa dan ingatan kita sentiasa bersama waris dan ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MAS MH370. Kita juga berdoa agar misi pencarian pesawat tersebut akan berjaya dan akhirnya akan dapat merungkai insiden kehilangan pesawat tersebut.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagai memperingati genap dua tahun insiden kemalangan pesawat MH370 serta menghormati penumpang dan anak-anak kapal dalam tragedi berkenaan, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat bersama-sama bangun. Bagi yang beragama Islam, diminta menghadiahkan al-Fatihah, manakala bagi yang bukan beragama Islam bertafakur selama satu minit.

[Semua Ahli Dewan bangun membaca al-Fatihah dan bertafakur]

final • 10:08 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, sila duduk.

final • 10:08 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [Kuala Kangsar] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah projek-projek prioriti yang telah dikenal pasti berikutan cabaran ekonomi global dan pengubahsuaian bajet baru-baru ini demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

final • 10:10 AM

Menteri Kewangan - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di- Pertua, di sebalik cabaran ekonomi global dan kekangan fiskal kewangan, kerajaan akan tetap melaksanakan projek dan program yang telah diluluskan. Keutamaan akan diberi kepada program berteraskan rakyat atau people centric, dengan izin dan projek yang memberi kesan pengganda yang tinggi atau high multiplier impact, dengan izin, pada ekonomi.

Semua projek yang diumumkan oleh kerajaan semasa pembentangan ucapan Bajet 2016 dan Rancangan Malaysia Kesebelas, antaranya pembinaan rumah mampu milik, hospital, sekolah, lebuh raya dan jalan, infrastruktur kemudahan asas, utiliti, komunikasi dan projek pembangunan untuk modal insan merupakan prioriti dan akan diteruskan demi kepentingan rakyat serta pembangunan negara. Selain itu pembangunan di kawasan luar bandar termasuk projek pertanian berskala kecil dan sederhana akan terus dimajukan.

Kerajaan juga akan memastikan segala perancangan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan mengikut jadual.

Melalui pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan baru-baru ini, suka saya tegaskan di Dewan yang mulia ini, kerajaan tidak membatal atau mengurangkan projek yang telah diluluskan namun ianya lebih kepada penyesuaian aliran tunai dengan mengagihkan semula peruntukan sesuatu projek atau program pembangunan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin walaupun kita berhadapan dengan pengurangan hasil negara ekoran kejatuhan harga minyak mentah dunia, kita akan memastikan perbelanjaan dibuat secara optimum serta pelaksanaan program dan projek high impact akan diteruskan.

Di samping itu pada 1 Mac 2016 yang lalu, kerajaan telah mengeluarkan satu garis panduan melalui langkah-langkah mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan. Ia bertujuan supaya ketua-ketua jabatan di semua agensi kerajaan menguruskan sumber dengan cekap serta menyusun semula keutamaan program dan projek masing-masing agar lebih berkesan dan sejajar dengan agenda nasional. Langkah-langkah proaktif dan instruktif ini wajar dilaksanakan secara bersepadu bagi membolehkan pelaksanaan projek berjalan seperti yang dirancangkan.

final • 10:10 AM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas jawapan itu tadi dan saya ingin ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang telah merangka dan membuat satu pengubahsuaian bajet yang begitu responsif, cepat, cekap dan bukanlah mudah untuk mengekalkan kesemua projek-projek demi kepentingan negara dan rakyat.

final • 10:10 AM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Soalan tambahan saya, lanjutan daripada pengubahsuaian bajet ini, apakah persediaan kerajaan ke atas perkara-perkara di luar jangkaan. Satu contingency plan dalam menghadapi iklim ekonomi yang begitu mencabar yang tiba-tiba boleh menjadi baik ataupun tiba-tiba boleh menjadi buruk. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, indikator yang paling sensitif sekali kepada Belanjawan Negara ialah sekiranya, seandainya harga minyak jatuh dengan mendadak bawah pada paras USD30 se tong secara konsisten. Umpamanya bukan untuk sehari dua tetapi seandainya harga minyak jatuh pada paras USD20 se tong secara konsisten.

Pada masa itu kita akan melaksanakan contingency plan macam mana yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat tetapi nampaknya mutakhir ini, harga minyak semakin kukuh. Hari ini dalam lingkungan USD40 se tong dalam pengubahsuaian bajet kita andaikan 30 hingga 35. Nilai Ringgit pun lebih kukuh...

[Tepuk] Menghampiri paras USD1 ke RM4.00.

Nampaknya asas fundamental kita semakin baik. Mudah-mudahan persekitaran dan keadaan ini berterusan, namun kerajaan akan memantau perkembangan secara terperinci.

final • 10:10 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya mudah sahaja, satu soalan tambahan. Saya ingin tahu apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membendung masalah kebankrapan kerana kalau mengikut data Disember 2015, lebih kurang 276,753 individu yang berumur 25 hingga 44 tahun menghadapi masalah kebankrapan ini.

Ada pandangan bahawa isu-isu perbankan ini telah dimanipulasi. Apakah kerajaan punya perancangan atau ingin wujudkan tabung-tabung untuk beri derma kepada mereka ini.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh hendak bagi derma kepada pihak yang bankrap tetapi kita pertamanya boleh memberi tunjuk ajar kepada mereka dari segi pengurusan kewangan mereka terutama sekali secara peribadi dan syarikat mereka.

Kedua, kita boleh tengok bagaimana badan yang berkenaan, yang menjaga soal bankcruptcy ini boleh memberi pertimbangan tertentu. Begitu juga dengan pihak bank. Kalau bank pun boleh memberi pertimbangan, kalau sekiranya mereka berdepan dengan masalah bukan kerana kelemahan, kecuaian tetapi kerana persekitaran ekonomi yang tidak begitu memberangsangkan, mungkin pertimbangan-pertimbangan tertentu boleh dilakukan untuk melepaskan mereka daripada kebankrapan yang dihadapi oleh mereka.

final • 10:10 AM

2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, bilakah kerajaan bercadang meratifikasikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), dan apakah kesan kepada TPPA yang ditandatangani pada 4 Februari 2016 yang lalu jika sekiranya Kongres Amerika Syarikat meratifikasikannya.

final • 10:10 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucap Selamat Menyambut Hari Wanita kepada semua wanita di negara kita. Insya- Allah wanita akan terus maju.

Tuan Yang di-Pertua, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Dewan telah mengadakan sidang khas Dewan Rakyat dan Dewan Negara Dewan Rakyat pada 26 dan 27 Januari tahun ini dan Dewan Negara pada 28 Januari untuk menimbang satu Usul yang saya telah bawa bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Usul tersebut ringkas sahaja tetapi antara lain usul tersebut minta Yang Berhormat menyokong keputusan kerajaan bagi Malaysia untuk menjadi sebahagian anggota negara TPPA dengan menandatangani dan meratifikasikan TPPA. Itulah antara kandungan Usul dan saya ucap terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat yang telah menyokong 127 orang dan 84 orang tidak menyokong dan di Dewan Negara walaupun tidak ada pengundian, diluluskan oleh Dewan Negara. Terima kasih Ahli Yang Berhormat yang telah menyokong usul tersebut dan kepada Ahli Yang Berhormat yang tidak menyokong, kita harapkan dalam tempoh terdekat Ahli Yang Berhormat akan berubah pandangan.

final • 10:10 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Berdasarkan kepada persetujuan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, saya telah diarahkan oleh Kerajaan Malaysia untuk tandatangan TPPA di Auckland New Zealand pada 4 Februari tahun ini iaitu kira-kira sebulan yang lalu. Jadi saya sudah tandatangan bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Sebenarnya Malaysia merupakan satu-satunya daripada 12 buah negara yang telah mendapat persetujuan untuk tandatangan dan ratifikasi. Tidak ada negara lain yang telah mendapat keputusan Parlimen untuk ratifikasi TPPA. Proses ini sedang berlangsung di setiap buah negara. Walaupun begitu, walaupun kita telah mendapat kelulusan Parlimen, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuat keputusan supaya ia dirujuk kepada Parlimen walaupun tidak perlu di bawah Perlembagaan. Oleh yang demikian, beberapa proses perlu dilalui sebelum kita dapat ratifikasi TPPA.

Sebelum saya pergi lebih lanjut, saya ingin menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana dalam Titah semalam, Seri Paduka Baginda antara lain telah menyatakan perasaan bersyukur dan juga terima kasih kepada pasukan perunding daripada pelbagai kementerian dan agensi yang telah bekerja keras merundingkan terma- terma dengan sebaik mungkin untuk kepentingan negara. Saya ucap terima kasih, menjunjung kasih bagi pihak semua pegawai kerajaan yang terlibat dalam perundingan ini kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Permatang Pauh berkaitan dengan ratifikasi Malaysia yang pertama. Kedua, ratifikasi di Amerika Syarikat. Mengenai ratifikasi di Malaysia Tuan Yang di-Pertua, prosesnya akan berlaku apabila kita memaklumkan New Zealand.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, New Zealand telah dipilih oleh semua negara TPP untuk menjadi depository, maknanya kita akan memaklumkan New Zealand tindakan-tindakan yang akan diambil. Jadi prosesnya akan berakhir apabila kita memaklumkan New Zealand bahawa kita sudah mengambil semua langkah yang perlu untuk dilaksanakan perjanjian ini. Ini belum kita lakukan. Kerana apa? Oleh sebab seperti saya maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat, untuk melaksanakan TPPA kita perlu membuat beberapa perubahan kepada pindaan kepada undang-undang dan juga peraturan-peraturan.

Pindaan kepada undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, meliputi tiga perkara utama.

Pertama pindaan kepada Undang-undang Kastam di bawah Jabatan Kastam. Ini berkaitan dengan umpamanya peraturan ataupun fasal sebelum ataupun rules of origin, dengan izin, sebelum TPPA ini dilaksanakan ada syarat-syarat untuk dipenuhi sebelum ia layak mendapat akses pasaran-pasaran TPP. Maka perlu dipinda beberapa undang-undang kastam. Ini adalah satu perkara rutin.

Kedua, berkaitan dengan Undang-undang Harta Intelek. Antara obligasi yang kita telah setuju ialah untuk melanjutkan hak cipta karya kepada 70 tahun dan memberi perlindungan data lima tahun kepada biologi dan aspek farmaseutikal. Itu yang kedua.

Komponen yang ketiga, kategori ketiga ialah Undang-undang Buruh. Ini berkaitan dengan mogok dan juga pekerja asing yang akan membolehkan mereka memegang jawatan dalam kesatuan sekerja, tertakluk pada syarat-syarat yang sedang dirundingkan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan pihak-pihak berkepentingan. Itulah tiga kategori utama pindaan undang-undang. Maka undang-undang ini akan dibawa ke Parlimen apabila selesai dan apabila peraturan-peraturan dipinda sesuai dengan kehendak TPP, maka kita akan maklumkan New Zealand tentang kesediaan Malaysia untuk melaksanakan TPP.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sudah menubuhkan sebuah jawatankuasa di bawah Jabatan Peguam Negara dan sedang mesyuarat pertama 5 Februari yang lalu untuk membuat pindaan kepada undang-undang.

Jadi, kerja sudah bermula dan kita sedang pantau perkara ini dari semasa ke semasa dan kita harap pada penghujung tahun ini beberapa undang-undang akan dapat kita bentangkan kepada Parlimen untuk kelulusan.

Itu bahagian pertama. Selanjutnya seperti Yang Berhormat sedia maklum Bab 30 TPPA menyatakan bahawa TPPA ini akan berkuat kuasa dua tahun selepas ditandatangani iaitu apabila kesemua negara bersetuju. Kita ada 12 buah negara. Itu yang pertama, syaratnya kalau semua bersetuju dua tahun selepas tandatangan bermakna 4 Februari 2018 kalau semua bersetuju maka akan dilaksanakan.

final • 10:20 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Kalau semua tidak setuju mengikut Bab 30, kita perlu enam buah negara yang mempunyai ataupun menyumbang 85 peratus kepada KDNK negara TPP. KDNK yang digunakan adalah KDNK tahun 2013.

Jadi, dalam keadaan pertama semua negara bersetuju dalam tempoh empat bulan 4 Februari 2018 berkuat kuasa tetapi kalau kesemua 12 buah negara tidak bersetuju, kalau enam buah negara bersetuju dan ia menyumbang 85 peratus kepada pengeluaran negara TPP, maka TPP boleh dilaksanakan. Itu syarat-syarat di bawah Bab 30. Itu berkaitan bahagian pertama.

Berkaitan Bab 2 ratifikasi di Amerika Syarikat, prosesnya agak complicated, dengan izin, sedikit. Pertama yang perlu dilakukan oleh Amerika Syarikat laporan oleh International Trade Commission (ITC). Ini perlu dibuat dalam tempoh 105 hari selepas ditandatangani TPPA 4 Februari kira-kira 19 Mei. Itu laporan akan dikeluarkan dalam tempoh tersebut, itu proses pertama di Amerika Syarikat. Laporan ITC selepas dikeluarkan ITC, Presiden Amerika akan buat keputusan bila hendak dikemukakan Implementing Bill, dengan izin, kepada Kongres. Itu yang kedua.

Ketiga, sudah pasti ia perlu melalui beberapa buah jawatankuasa. Antaranya ialah House Committee on Ways and Means, House of Representatives. Kedua ialah Senate Finance Committee. Ini dijangka mengambil masa kira-kira 90 hari. Jadi prosesnya agak lama. Itu mengikut pengamatan kami dengan izin observation kami yang proses pertama ialah trade Commission Authority perlu keluarkan laporan dalam tempoh 105 hari. Selepas itu Presiden akan buat keputusan bila hendak bentangkan kepada Kongres. Itu tertakluk kepada beliau. Kalau beliau yakin perkara ini mendapat persetujuan, mungkin beliau akan kemukakan, Implementing Bill kepada Kongres. Itu prosesnya.

Jadi, apabila Amerika Syarikat hendak ratifikasi persoalannya ialah ia bergantung kepada Presiden Amerika Syarikat bila beliau hendak bentangkan Implementing Bill. Kedua sama ada Kongres iaitu Lower House dan juga Senate, sama ada diluluskan oleh Senate ataupun tidak. Itu prosesnya. Jadi di Amerika Syarikat belum bermula lagi pada masa ini menunggu laporan daripada International Trade Commission deadline, dengan izin ialah 19 Mei 2016. Selepas itu barulah Presiden akan buat keputusan bila hendak kemukakan Implementing Bill kepada Kongres. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan saya peluang untuk bertanya soalan susulan. Terima kasih Menteri memberi jawapan dan terima kasih untuk memberikan repeat, ulang jawapan-jawapan selepas kita adakan perjumpaan hari itu, yang istimewa hari itu.

Saya hendak tanya kerana dalam pemilihan presiden yang akan datang bulan November, tiga daripada calon Demokrat, calon presiden Bernie Sanders, Hillary Clinton dan juga Donald Trump mengatakan tidak kepada TPPA. Apakah kesannya jika Amerika Syarikat dan presidennya tidak menerima ratifikasi ini dan apakah kesan kepada negara Malaysia.

Oleh sebab kalau Yang Berhormat Menteri katakan bahawa tempoh hari tersebut akan terlaksananya, apakah kalau tidak diratifikasikan oleh presiden yang bakal datang? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa kemungkinan yang akan berlaku. Pertamanya Implementing Bill ini akan dibentangkan oleh presiden dan diluluskan oleh Kongres. Kalau itu berlaku maka selesailah walaupun ada tentangan daripada calon-calon Donald Trump, Hillary Clinton dan Bernie Sanders. Ketiga-tiga betul telah menyatakan mereka tidak berpuas hati kerana antara lainnya mereka berpendapat bahawa ia bukan gold standard, di mana TPPA ini tidak memenuhi syarat-syarat yang tinggi yang mereka tetapkan.

Umpamanya ada di antara calon menyatakan TPP akan menyebabkan pekerja Amerika akan dieksport ke Vietnam dan Malaysia. Maknanya TPPA pada pandangan mereka merugikan Amerika Syarikat. Syarikat-syarikat akan beralih operasi mereka daripada Amerika ke Vietnam dan Malaysia. Itu antara pandangan mereka. Ada juga antara mereka menyatakan bahawa tidak ada currency manipulation provision dalam TPPA.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Satu perkara lagi ialah berkaitan dengan biologic. Umpamanya, mengikut laporan yang kita terima, sekarang ini lima tahun protection ataupun perlindungan kepada biologic, lima tahun yang dirunding dan itu selari dengan dasar kita.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Akan tetapi beberapa syarikat di Amerika termasuk beberapa calon Presiden mahu supaya 12 tahun, bukan lima tahun, tak puas hati. Inilah di antara sebab-sebab kenapa calon- calon Presiden- jadi, kemungkinan pertama, Presiden membentangkan Implementing Bill dan akan dibentangkan di Kongres, luluskan ataupun tidak.

Kedua, mungkin ditunggu. Ditunggu sehingga selesai semua sekali. Kita tahu bahawa pilihan raya Amerika ini untuk Presiden pada 8 November. Inauguration pada 20 Januari tahun depan umpamanya. Tunggu selepas itu dan kita tak tahu apa yang akan berlaku. Apa pun satu lagi pandangan, itu kedua. Ketiga, ada juga pandangan bahawa ia mungkin berlaku dalam tempoh lame duck presidency. Lame duck ini apabila sudah dipilih presiden, sebelum diinstall Presiden yang baru iaitu 8 November sehingga 20 Januari. Itulah interpretasi kami. Ini reputasi dan sudah pasti orang-orang Amerika lebih arif soalan ini, perlu ditanya kepada Kongres Amerika, lebih arif. Itu interpretasi kami. Jadi tiga kemungkinan.

Pertama, Implementing Bill, dikemukakan di Kongres. Setuju sebelum pilihan raya 8 November. Kedua, Presiden tunda sehingga presiden baru diinaugurate kan. Ketiga ialah kemungkinan tempoh lame duck presidency. Tiga kemungkinan. Jadi apa pun, umpamanya sekiranya Amerika tidak bersetuju oleh sebab salah satu syarat ialah enam buah negara, 85 peratus kepada KDNK. Pada pandangan kami, ini bermakna bahawa Amerika adalah sebahagian TPPA. Maknanya kalau Amerika tidak sebahagian TPP, tak diluluskan umpamanya, maka TPPA tidak akan dilaksanakan. Itu beberapa kemungkinan yang akan berlaku kerana penyertaan Amerika penting kerana Amerika merupakan ekonomi terbesar di dunia dan salah satu motivasi kerana kita masuk TPP ialah untuk mendapat akses pasaran ke Amerika Syarikat. Jadi kalau Amerika tak bersetuju, maka kalau Kongres Amerika tidak meluluskan TPP, maka TPPA tidak akan dilaksanakan...

final • 10:30 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 10:30 AM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Hari Wanita hari ini. Saya beri kepada wanita, sila...

[Ketawa]

final • 10:30 AM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, hebat Tuan Yang di-Pertua hari ini kerana menghargai wanita, pencinta wanita. Soalan tambahan saya, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan tadi.

Cuma saya ingin mengetahui dan ramai juga rakyat ingin mengetahui, berapa peratus kah tahap siap siaga kerajaan dalam menghadapi pelaksanaan TPPA? Walaupun akan dilaksanakan kalau semuanya okey pada tahun 2018 dan apakah jaminan kerajaan bahawa pelaksanaan TPPA tidak akan memberi impak negatif kepada rakyat kerana sekarang ini sudah banyak unsur-unsur negatif disemaikan di dalam minda rakyat. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Tahap persiapan ini boleh dilihat daripada pelbagai sudutlah. Kalau hendak bagi peratusan itu sukar untuk saya menyatakan peratusan.

Pertama, dari segi undang-undang. Maknanya, tiga kelompok undang-undang.

Pertama, kastam, yang kedua hak harta intelek, yang ketiga berkaitan dengan buruh. Ini sudah bermula prosesnya. Jabatan Peguam Negara telah mengadakan mesyuarat pertama dan kita rasa pada penghujung tahun ini, beberapa undang-undang akan siap kita bentangkan ke Parlimen untuk kelulusan.

Jadi dari sudut undang-undang, proses sudah pun bermula sebelum ini dan perkara ini kita rasa, kalau tanya saya, mungkin lebih 50 peratus lah. Itu aspek pertama. Aspek kedua, ialah persiapan kita, persediaan. Dewan ini pada 27 Januari, saya antara lain memberi beberapa pengakuan ataupun jaminan.

Umpamanya, kita akan berbincang dengan kokus, yang saya sudah berbincang dengan Yang Berhormat Jasin perkara ini. Kedua mengenai dengan SME ataupun PKS akan diadakan satu engagement. Ini dalam proses. Itu juga satu aspek sama ada kita bersedia ataupun tidak. Jadi undang-undang kita sudah bermula. Persediaan SME dan lain-lain kita akan teruskan. Kita juga terus mengadakan engagement.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Mustapa Mohamed

Beberapa masih dilaksanakan walaupun sudah tandatangan. Kerajaan bertekad seperti mana saya beri jaminan pada 27 Januari yang lalu, kita akan teruskan engagement itu berlaku untuk mempersiapkan rakyat Malaysia menghadapi TPP.

Apa pun, saya hendak ulangi bahawa pada pandangan kerajaan, secara keseluruhannya kerajaan berpendapat bahawa TPPA akan memberi untung kepada Malaysia. Pada masa itu kita akui ada cabaran dan kita perlu mempersiapkan PKS dan pihak-pihak lain untuk memastikan bahawa kita dapat bukan setakat menangani cabaran tetapi Malaysia mendapat faedah semaksimum mungkin daripada penyertaan kita dalam TPP. Terima kasih.

final • 10:30 AM

3. Dato' Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggagalkan plot rancangan serangan pengganas Islamic State (IS) di negara ini.

final • 10:30 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan tujuh soalan lain memandangkan soalan-soalan berkenaan adalah mengenai perkara yang sama ataupun hampir sama. Yang Berhormat Jelebu pada hari ini; Yang Berhormat Lumut pada 9 Mac; Yang Berhormat Pendang - 9 Mac; Yang Berhormat Sipitang - 14 Mac; Yang Berhormat Kapar - 14 Mac; Yang Berhormat Gombak - 15 Mac; dan Yang Berhormat Lipis - 7 April. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah mengemukakan pertanyaan berhubung dengan Daish ini. Ternyata Ahli-ahli Yang Berhormat sangat prihatin dengan soal keselamatan negara.

Sebagaimana yang kita ketahui, ancaman keselamatan yang sedang dihadapi negara adalah benar dan amat-amat nyata. Justeru, saya ingin memperjelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa walaupun tidak wujud organisasi Daish Cawangan di Malaysia secara spesifik tetapi ramai pengikut mereka di negara ini yang terpengaruh dengan ideologi Daish dan menerima arahan terus daripada Daish di Syria yang diketuai oleh Abu Bakar Al- Baghdadi.

Kegiatan kumpulan Daish ini dilihat begitu ketara bagi tempoh daripada bulan September 2014 hingga Mei 2015. Pada tempoh tersebut, polis telah mengesan empat perancangan kumpulan pengganas di Malaysia untuk melakukan serangan ke atas beberapa lokasi di Kedah, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Serangan kumpulan tersebut menyasarkan rumah-rumah ibadat dan tempat-tempat tumpuan ramai. Untuk menjayakan serangan tersebut dan menyemarakkan kegiatan mereka, pengikut Daish ini telah merancang untuk:

(i) merompak senjata api dari kem tentera;

(ii) menghasilkan bahan letupan; dan

(iii) melakukan rompakan wang tunai.

Kumpulan ini turut menjadikan beberapa orang pemimpin tertinggi negara sebagai sasaran mereka untuk diculik. Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada perkembangan ancaman kumpulan pengganas Daish ini, satu tindakan bersepadu yang bersifat holistik perlu dan telah dilaksanakan bagi menangani ancaman ini.

Dalam hubungan ini, kerajaan melalui KDN dan PDRM telah melaksanakan beberapa tindakan. Antaranya, secara berterusan telah mengadakan kerjasama dari segi perkongsian maklumat dengan agensi-agensi perisikan luar negara khususnya negara- negara ASEAN. Hasil daripada perkongsian maklumat ini, pihak polis telah membuat pemantauan rapi dan menjejaki mereka yang disyaki atau didapati terlibat dengan kumpulan pengganas tersebut.

Keduanya, nama individu-individu yang disyaki sebagai pengganas yang diperoleh hasil daripada perkongsian maklumat ini akan dipanjangkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk disenaraihitamkan dan dimasukkan ke dalam senarai syak, dengan izin, suspect list, bagi menyekat pergerakan mereka di semua pintu masuk atau keluar pemeriksaan Imigresen seluruh negara.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ketiga, kerajaan juga sedang dalam usaha untuk melaksanakan APSS, dengan izin, advanced passenger screening system yang merupakan saringan awal ke atas pelancong untuk memasuki ke negara ini sebelum berlepas daripada negara asal. Ini untuk memastikan bahawa setiap warga asing dapat ditapis dengan lebih awal dan terperinci.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua selain daripada itu kita juga telah mendapat kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di mana kami telah melalukan pemantauan media-media sosial yang menjadi medium komunikasi golongan belia yang terlibat dan disyaki terlibat agar perkembangan-perkembangan Daish dapat dikekang.

Kami juga menahan di bawah undang-undang pencegahan seperti Akta Pencegahan Keganasan (POTA), SOSMA dan sebagainya. Mereka yang ditahan akan jalani program pemulihan secara bersepadu melalui Modul Pemulihan Bersepadu dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan selain daripada polis, Jabatan Penjara, KDN dan juga JAKIM serta beberapa buah NGO yang terpilih.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri jawapan ini, izinkan saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi penguatkuasaan serta pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia yang telah berusaha keras menangani ancaman ini bagi memastikan kita sentiasa dapat hidup dengan aman dan selamat.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Paya Besar.

final • 10:40 AM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita memahami masalah IS atau Daish yang merupakan masalah keganasan sejagat. Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini malahan perancangan mereka untuk menyerang balai polis, kedutaan asing, kawasan tumpuan pelancong seperti Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), Dataran Merdeka serta pusat membeli belah di ibu kota adalah satu perancangan yang jahat dalam mensabotaj kemakmuran yang dikecapi negara selama ini.

Soalan tambahan saya, setakat mana keberkesanan Akta Pencegahan Keganasan

(POTA) sejak diperkenalkan bagi menangani aktiviti militan di negara ini ekoran penularan elemen keganasan yang semakin merebak dan mengancam keselamatan negara. Serta apakah strategi halus yang dapat mempengaruhi naluri dan pengukiran kognitif individu yang mempunyai kecenderungan dan terpengaruh dalam seruan menyertai kumpulan militan seperti IS ini. Adakah KDN mempunyai serangan balas berkonsepkan counter narrative atau tinta berkilas bagi mematahkan setiap propaganda yang dilancarkan IS menerusi internet dan media sosial? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, soalan-soalan itu merupakan soalan yang amat terancang dan cukup kualitatif untuknya. Sebelum saya menjawab saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini tentang empat plot yang telah saya nyatakan. Plot rancangan serangan di Malaysia yang telah dikesan dan dipatahkan sebagai tanda keberkesanan terhadap Akta POTA, SOSMA dan beberapa perundangan yang lain. Saya ambil contoh bulan September 2014, kumpulan Daish ini telah merancang untuk menguji bahan letupan buatan sendiri atau improvised explosive device (IED) di Alor Setar.

Serangan disasarkan di beberapa lokasi di Kedah antaranya ialah Masjid Syiah dan Tokong Cina. Pada 30 Januari 2015 seramai 13 orang elemen Daish merancang untuk menculik pemimpin-pemimpin negara termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan juga Menteri Pertahanan. Mereka merancang untuk juga mencuri senjata di Kem Hobart Kedah dan lapangan sasaran Bukit Pinang Kedah. Mereka turut merancang untuk merompak van syarikat keselamatan yang membawa wang tunai dari Genting Highlands sebagai dana untuk melancarkan jihad di Malaysia.

Pada April 2015 seramai 11 orang elemen Daish merancang untuk memusnahkan beberapa pusat hiburan, pusat maksiat dan perjudian di sekitar Kuala Lumpur. Mereka turut merancang untuk meletupkan Putrajaya. Bagi tujuan tersebut, satu persiapan dan uji kaji letupan bom telah dibuat. Pada Mei 2015, mereka merancang untuk mengebom bangunan Freemason Lodge di Bukit Jalil.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Oleh yang demikian, beberapa langkah berwaspada dan kesiapsiagaan telah kami lakukan PDRM, KDN dan beberapa agensi yang lain terutamanya untuk menjalin kerjasama serantau dalam perkongsian maklumat risikan bagi mengesan pergerakan dan perancangan kumpulan pengganas.

Kedua, meningkatkan kawalan dan pemantauan di lokasi-lokasi yang berpotensi menjadi sasaran seperti lokasi-lokasi strategik, kawasan tumpuan pelancongan, sasaran- sasaran penting, pejabat-pejabat kerajaan dan kedutaan dan kita juga meningkatkan kerjasama dengan orang awam supaya melaporkan sebarang maklumat mengenai kegiatan- kegiatan individu atau kumpulan-kumpulan yang mencurigakan. Di bawah soalan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, tindakan dan tangkapan di bawah SOSMA seramai 56 orang, di bawah POCA seramai 29 orang, di bawah POTA seramai 10 orang. Selain daripada itu, undang-undang yang lain 49 orang dan 16 orang di mana tindakan-tindakan yang dilakukan 16 orang daripadanya telah diusir. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, masih lagi Hari Wanita, Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 10:40 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Selamat Hari Wanita juga Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ucap terima kasih di atas penjelasan yang agak terperinci dan lebih baik kalau kita boleh bincang dengan mendalam tentang isu keganasan berserta faktor-faktor utama yang mendepani kita.

Saya hendak bawakan hakikat pada tahun 2015 di mana lebih 70 orang anggota tentera yang didapati oleh pihak Kementerian Pertahanan dan disahkan oleh PDRM terlibat dengan ISIS.

Pada saya tidak banyak penjelasan yang diberikan tentang kadar atau tahap kejayaan dan sebab musabab kenapa mereka mampu ini barisan pertahanan kita yang ke depan untuk terlibat dan terpengaruh dengan ideologi ISIS.

Pada saya tidak cukup, tidak memadai dalam persoalan-persoalan yang dibangkitkan di Parlimen seperti hari ini tetapi sebaiknya kita wujudkan sebuah jawatankuasa Parlimen bab pertahanan. Mohon makluman ataupun maklum balas daripada Menteri tentang cadangan ini dan keduanya adalah Yang Berhormat Menteri juga bersedia untuk mengalihkan tindakan yang berterusan terhadap pembangkang untuk memastikan keseluruhan pertahanan kita dari segi apa yang kita harus lakukan ditumpukan untuk mengatasi dan menangani jenayah dan keganasan ISIS. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya amat teruja dengan soalan itu dan pada waktu yang sama kita tidak pernah merangkumkan, menterangkumkan pembangkang-pembangkang sebagai orang yang bersimpati dengan Daish sebaliknya bekerjasama dengan pihak keselamatan tambahan pula dengan cadangan untuk menubuhkan suruhanjaya pada hemat saya hanya Tuan Yang di-Pertua boleh memutuskan sama ada sesuai atau tidak cadangan itu. Sempena dengan Hari Wanita Sedunia saya mengucapkan Selamat Hari Wanita juga kepada Ahli Yang Berhormat dan Ahli Parlimen Wanita yang lain termasuk Setiausaha Dewan serta Ahli-ahli Parlimen yang lain.

Untuk makluman Yang Berhormat, pegawai dan juga anggota tentera lain-lain pangkat yang telah ditahan setakat ini tidaklah sebagaimana yang disebutkan itu. Mengikut statistik yang saya adalah 15 orang telah ditahan...

final • 10:40 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Saya rujuk kenyataan umum di Parlimen Yang Berhormat. Saya tidak tambah. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Polis Lapangan Terbang MAB sebanyak satu orang, Jabatan Perangkaan seorang, Juru X-ray seorang, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan seorang, pelajar ada 12 orang dan seramai 129 orang pelbagai profesion.

Jumlah yang ditangkap setakat ini 160 orang. Sudah tentunya apa yang dilakukan oleh pihak keselamatan dengan mengambil beberapa langkah pemantauan yang dilakukan ini termasuk pemantauan terhadap senarai syak ataupun suspect list yang kita telah perolehi.

Akan tetapi ingin saya menyebutkan di Dewan yang mulia ini, mereka yang telah pulang dari Syria dan Iraq yang telah dapat kami kesan dan tahan, mereka telah menyatakan bahawa penglibatan mereka di Iraq dan Syria sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, mereka mengatakan, “indah khabar daripada rupa”.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Mereka telah tidak dilibatkan dengan mengangkat senjata, pergi ke medan pertempuran, kononnya. Sebaliknya, mereka menyesal, menyesal yang amat sangat kerana kebanyakan mereka diberikan tugas sama ada untuk mencuci tandas atau menyapu sampah- sarap di jalanan atau pun melakukan kerja-kerja yang termasuk dalam kerja-kerja yang tidak, kononnya sebagai pejuang.

Jadi semangat yang berkobar-kobar itu ada pada waktu awal meninggalkan negara ini, sebenarnya indah khabar dari rupa apabila mereka menyesal balik. Saya harap tidak ada yang bersimpati dengan mereka dan ada di kalangan mereka yang memberitahu bahawa beberapa orang yang telah meninggal itu, bukan terlibat secara langsung dengan pertempuran sebaliknya ketika letupan berlaku, mereka pergi ke tempat letupan itu, kononnya mahu mati syahid. Ini adalah satu perbuatan yang amat sia-sia dan saya memberitahu di Dewan yang mulia ini, beberapa investigation yang kita lakukan mendapati bahawa sebenarnya mereka menyesal dan usaha-usaha pemulihan yang kita panggil sebagai deradicalization telah mencapai tahap yang cukup baik di mana kira-kira 97.5 peratus daripada mereka telah dapat dipulihkan sepenuhnya. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, soal keselamatan amat penting. Saya benarkan seorang lagi untuk bertanya. Sila.

final • 10:50 AM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Walaupun saya bukan wanita tetapi diberikan kebenaran untuk kemukakan soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:50 AM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih. Untuk kita menangani tentang penyebaran ideologi militan dalam negara kita pada hari ini, saya lihat PDRM telah pun mengadakan satu kerjasama dengan satu pertubuhan, Ahli Sunnah Wal Jamaah

(ASWAJA). Baik, soalan saya ialah, apakah kriteria yang telah dipilih oleh pihak PDRM sehingga membuat sokongan atau pun memilih ASWAJA ini sebagai satu pertubuhan untuk diadakan kerjasama terutamanya bagi melatih penceramah-penceramah sedangkan negara kita sudah ada JAKIM, IKIM yang saya kira mampu untuk melakukan perbuatan yang sedemikian atau pun tindakan yang sedemikian.

Termasuk juga, sehubungan dengan itu, apakah pihak PDRM sedia untuk mengadakan hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain, yang banyak dalam negara kita, yang saya kira tujuan sebenar untuk menangani ideologi militan ini, dia akan banyak berkisar kepada membetulkan kefahaman rakyat tentang Islam itu sendiri atau pun fahaman jihad itu sendiri. Jadi saya kira pertubuhan lain banyak, ABIM, ISMA, mungkin Dewan Ulama PAS sendiri boleh mengadakan satu kerjasama bagi memberikan satu penjelasan tentang fahaman militan ini. Terima kasih

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, walaupun Yang Berhormat Temerloh bukan seorang wanita tetapi beliau jelas pencinta wanita. Sekurang- kurangnya pada isteri beliau, yang satu-satunya setakat ini. Tuan Yang di-Pertua, KDN dan PDRM bekerjasama semua pihak, termasuk NGO atau ASWAJA tadi. Kerjasama dengan JAKIM dan para mufti, para ulama dan pensyarah-pensyarah ternama daripada universiti- universiti tempatan juga telah kami lakukan dan insya-Allah kami tidak menolak parti-parti politik termasuk PAS terutama Dewan Ulama yang mahu menyumbang saran kepada program ini, kami amat alu-alukan. Kami tidak pasti sama ada AMANAH ada tokoh muftinya atau tidak, tetapi saya tidak pasti Yang Berhormat Shah Alam ada kemampuan atau tidak untuk menyumbang saran dalam perkara ini. Walau bagaimanapun, tentunya kita*...

[Disampuk]*

final • 10:50 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kalau hendak tahu ada kemampuan atau tak kena beri peluanglah. Yang Berhormat Shah Alam akan terbukti ada kemampuannya. Saya terpaksa jawab Tuan Yang di-Pertua, kerana dia sebut nama saya.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Beri peluang sebaik-baiknya kepada semua pihak, sebenarnya, saya bagi pihak kerajaan mengalu-alukan kerjasama semua pihak. Kita ketepikan perbezaan di kalangan kita tetapi untuk kepentingan negara kita, demi menjaga bahawa negara kita ini bebas daripada unsur-unsur Daish ini, maka kami menghulurkan tangan silaturahim dan persahabatan untuk membuka peluang kepada semua untuk memberikan kerjasama kepada pihak pasukan keselamatan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

4. Tuan Julian Tan Kok Ping [Stampin] minta Perdana Menteri menyatakan, justifikasi mengapakah Ketua Menteri Sarawak bukannya wakil mutlak dalam Jawatankuasa National Security Bill (NSC). Nyatakan kuasa dari segi undang-undang yang ada pada Ketua Menteri Sarawak dari segi penguatkuasaan NSC sekarang.

final • 10:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, keanggotaan Majlis sebagaimana yang dinyatakan, di dalam fasal 6, Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 adalah diperuntukkan kepada mereka yang mempunyai pengetahuan khusus dan maklumat sewajarnya berhubung keselamatan negara termasuklah keselamatan di negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak. Adalah tidak wajar keanggotaan Majlis terlalu ramai kerana perbincangan mengenai hal-hal keselamatan negara merupakan suatu perkara yang amat terperingkat, confidential, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Sehubungan dengan itu, Majlis boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota Majlis untuk menghadiri mesyuaratnya, bagi menasihati Majlis mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan. Sekiranya sesuatu hal berlaku, sesuatu perkara yang dibincangkan dalam Majlis melibatkan negeri-negeri, maka wakil-wakil negeri yang berkaitan boleh dijemput untuk menghadiri mesyuarat Majlis termasuk Ketua Menteri Sarawak.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Pengerusi MKN boleh melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) bagi melaksanakan pengurusan keselamatan di peringkat negeri. Pada masa ini, Ketua Menteri Sarawak adalah merupakan Pengerusi JKKN Sarawak yang mempunyai akses kepada segala maklumat berkaitan keselamatan negara dan keselamatan negeri yang turut dibincangkan dalam mesyuarat JKKN tersebut. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang begitu jelas. Pertanyaan saya, daripada segi pemahaman, daripada segi black and white, dengan izin, Perdana Menteri pada masa itu belum melaksanakan akta ini walaupun tiada persetujuan Ketua Menteri Sarawak. Jika tidak, ia perlu dinyatakan dalam kandungan akta tersebut. Jadi pertanyaan saya, adakah ini membawa maksud bahawa jika Perdana Menteri pada masa itu tidak kisah dari sebelah sana, atau pun sebelah sini, jika mempunyai niat jahat ke atas kepentingan tanah air Sarawak, maka akta ini boleh disalahgunakan.

Terdapat satu ruangan untuk disalahgunakan. Bukankah ini membawa maksud bahawa status kita sebagai equal partnership, Sarawak ya, tidak dipertimbangkan dan dipertikaikan dalam pembentukan akta ini. Maka bukankah ini adalah akta yang tidak adil bagi rakyat Sarawak serta kemungkinannya, ada kemungkinannya ia boleh disalahgunakan dan mengancam hak-hak orang Sarawak. Mohon penjelasan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, untuk membolehkan saya menjawab soalan ini, Yang Berhormat kena tanya saya secara khusus perkara berapakah yang menyebabkan sesuatu negeri itu boleh dianiayai? Tunjuk clause mana.

Bahagian mana yang mengatakan bahawa oleh sebab tidak ada penyertaan daripada Ketua Menteri, maka ia akan berlaku penganiayaan. Clause manakah yang membolehkan benda ini dilaksanakan? Ini sebenarnya persepsi yang disebarkan oleh pelbagai pihak untuk memperkecil-kecilkan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara yang telah kita luluskan di Dewan Rakyat dan juga di Dewan Negara, Tuan Yang di-Pertua.

Saya cukup sukar untuk menjawab tanggapan umum pada rang undang-undang ini sebenarnya akan memberi atau menjamin keselamatan bagi semua daerah dan negeri di negara ini. Sebab kita kena ingat bahawa keselamatan ialah hal-hal Federal, Kerajaan Persekutuan. So, Kerajaan Persekutuan yang mempunyai akses kepada anggota keselamatan, polis, tentera, APMM dan juga lain-lain lagi sebenarnya menjaga keselamatan negara ini.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tidak akan timbul pemikiran bahawa rang undang-undang ini boleh menganiaya mana-mana negeri. Yang Berhormat kena lihat sebelum rang undang-undang ini diperkenalkan kita telah mengeluarkan arahan untuk menubuhkan ESSCOM.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

ESSCOM kerajaan telah belanja begitu banyak untuk menjaga keselamatan kawasan ESSZONE di Sabah dan kita dapati kawasan ini telah dijaga dengan baik dan kerajaan telah menyediakan pelbagai peralatan, aset dan sebagainya untuk menjaga keselamatan kawasan yang berkenaan.

Jadi demikian juga di tempat-tempat lain, perhatian kita khusus kepada keselamatan, tidak ada benda lain Yang Berhormat. Jadi kalau kita ada pemikiran bahawa ini boleh berlaku penganiayaan, tidak mungkin boleh berlaku, tidak ada dalam rang undang- undang ini yang membolehkan bahawa penganiayaan boleh berlaku. Akan tetapi yang boleh berlaku ialah keselamatan rakyat.

Jadi kita patut ucap terima kasih kerana rang undang-undang ini walaupun ditentang oleh pihak pembangkang tetapi rang undang-undang akan memberi jaminan keselamatan bagi semua daerah dan negeri. Jadi termasuk Sarawak dan- melalui apa yang ada rang undang-undang ini saya melawat Sarawak boleh dikatakan tiga kali seminggu, lebih kerap daripada Yang Berhormat dan tujuannya ialah untuk memastikan supaya keselamatan Sarawak terjamin.

Kita lihat di antara negeri yang saya rasa keselamatannya cukup dijaga dengan begitu baik di mana pengerusinya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak ialah Sarawak. Kawasan yang dijaga dengan begitu baik dan keselamatan juga terjamin baik dan terima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak dan kita rasa dia boleh menang cemerlanglah.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, saya tertarik dengan isu keselamatan negara di antara negeri yang juga mencabar keselamatannya bukan sahaja dikelilingi dengan kawasan sempadan termasuk juga dengan bencana iaitu termasuk negeri Kelantan.

Sejauh mana penglibatan Menteri Besar Kelantan khususnya dalam Jawatankuasa NSC ini dan penglibatannya dalam Majlis Keselamatan Negara. Adakah dia juga dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Keselamatan peringkat negeri, minta penjelasan.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya telah menyebut tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai pengerusi MKN boleh melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri sebagai pengerusi sebagai jawatankuasa keselamatan. Bagi mana-mana negeri yang difikirkan bahawa boleh bertanggungjawab kepada Majlis Keselamatan Negara.

Ini soal keselamatan Yang Berhormat, tapi kalau soal pengurusan bencana Yang Berhormat sedia maklum bahawa kita jaga Kelantan dengan begitu baik walaupun Kelantan negeri yang paling- dalam sejarah kehidupan kita tidak pernah tengok banjir yang begitu besar melanda negeri Kelantan. Akan tetapi, telah kita jaga dengan begitu baik. Yang Berhormat pun terlibat, semua orang terlibat. Jadi, sama ada Menteri Besar dilantik atau pun tidak itulah hak Perdana Menteri, yang penting ialah keselamatan. Kita tahu bahawa keselamatan di kawasan sempadan sedang...

final • 11:00 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya hendak tahu siapa pengerusi?

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Oleh sebab, soalan itu soalan khusus saya kena jawab secara bertulis nantilah. Tidak boleh jawab yang itu, pasal bukan semua negeri kita lantik Menteri Besar atau Ketua Menteri, saya kata Perdana Menteri boleh melantik di kalangan Menteri Besar dan juga Ketua Menteri untuk menjadi pengerusi.

Kalau sekiranya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memikirkan bahawa dia patut dilantik Menteri Besar, Ketua Menteri dia lantik dan setengahnya mungkin Setiausaha Majlis Keselamatan Negara sendiri itu mempengerusikan mesyuarat berdasarkan kepada tahap keselamatan tertentu.

Jadi Yang Berhormat janganlah mengambil kira sangat perkara itu. Perkara yang besar sekarang ini ialah hendak pastikan supaya Kelantan selamat dan Kelantan selamat sekarang, dijaga oleh PAS bukan lagi satu parti itu, bukan? Jadi, PAS eloklah kerjasama dengan kami. Kami pun tidak berapa suka parti itu. Terima kasih, Selamat Hari Wanita Yang Berhormat Seputeh.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[****Soalan No. 5 –** YB. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh (Kalabakan) tidak hadir ]

final • 11:00 AM

[Soalan No. 6 – YB.Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) tidak hadir]

7. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah langkah kerajaan bagi menangani penyebaran wabak penyakit Virus Zika dari kalangan warga asing khususnya pendatang tanpa izin yang masuk secara haram ke Malaysia.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Zaim, Parit. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon menjawab pertanyaan ini secara bersekali bersama-sama dengan 16 soalan yang lain yang menyentuh isu berkaitan perkembangan terkini virus Zika, langkah kerajaan mencegah virus Zika daripada menular ke negara terhadap tahap keselarasan dan kesan penyakit ini iaitu pertanyaan daripada:

final • 11:00 AM

  1. 8 Mac, Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan];

final • 11:00 AM

  1. 10 Mac, Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa];

final • 11:00 AM

  1. 14 Mac, Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik];

final • 11:00 AM

  1. 21 Mac, Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang];

final • 11:00 AM

  1. 21 Mac, Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong];

final • 11:00 AM

  1. 21 Mac, Datuk William @ Nyallau anak Badak [Lubok Antu];

final • 11:00 AM

  1. 22 Mac, Tuan Teo Kok Seong [Rasah];

final • 11:00 AM

  1. 23 Mac, Tuan Su Keong Siong [Ipoh Timur];

final • 11:00 AM

  1. 23 Mac, Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [Kubang Kerian];

final • 11:00 AM

  1. 28 Mac, Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai];

final • 11:00 AM

  1. 28 Mac, Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah];

final • 11:00 AM

  1. 4 April, Datuk Abdul Rahim bin Bakri [Kudat];

final • 11:00 AM

  1. 6 April, Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu]; dan

final • 11:00 AM

  1. 7 April, Prof. Dr. Ismail bin Daut [Merbok].

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih di atas soalan-soalan yang telah dikemukakan di mana akhir-akhir ini sedang hangat dibincangkan dan diperdebatkan. Ingin saya nyatakan di sini berdasarkan isu semasa jangkitan virus Zika yang mula dilaporkan di Brazil pada bulan Mei 2015 dan pada bulan April dan 26 Februari 2016, WHO telah melaporkan sebanyak 40 negara telah mencatatkan kejadian kes Zika sehingga 5 Mac jumlah negara telah meningkat kepada 52 negara Tuan Yang di-Pertua.

Penyakit Zika ini mempunyai tanda-tanda menyerupai demam denggi dan hanya 20 peratus menunjukkan tanda seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, sakit di belakang mata- conjunctivitis, dan ruam. Manakala beberapa peratus lagi adalah asymptomatic makna tidak ada, tidak nampak apa-apa nampak.

WHO juga telah melaporkan bahawa terdapat kaitan di antara kejadian jangkitan virus Zika di kalangan ibu yang mengandung dengan kejadian microcephaly di Brazil dan guillain-barré syndrome di beberapa negara lain. Guillain-barré ialah satu penyakit, satu keadaan di mana immune system diri sendiri attack ataupun menyerang urat saraf dalam diri sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya maklumkan juga di sini bahawa nyamuk aedes menyebarkan penyakit denggi, chikungunya, yellow fever, west nile dan sekarang penyakit Zika. Maka Malaysia, adalah berisiko tinggi untuk berlakunya wabak Zika dengan kehadiran nyamuk aedes yang tinggi di negara ini.

final • 11:00 AM

Langkah kerajaan bagi menangani penyebaran wabak penyakit virus Zika dari kalangan warga asing khususnya pendatang tanpa izin yang masuk ke Malaysia ialah dengan mewujudkan kesiap siaga surveillance Zika untuk menyaring kes yang datang di negara yang melaporkan jangkitan ini termasuk PATI yang mendapatkan rawatan yang mempunyai gejala tanda-tanda jangkitan Zika.

final • 11:00 AM

Kebanyakan PATI yang masuk ke negara ini datang dari negara yang tidak melaporkan virus Zika. Kementerian Kesihatan juga terlah mengeluarkan Zika Alert dan arahan pentadbiran untuk pemantauan dan pengawasan jangkitan virus Zika kepada semua jabatan kesihatan negeri, hospital serta klinik swasta pada 4 Februari 2016. Langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan bagi membendung penularan Virus Zika adalah dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:

(i) pemantauan rapi untuk jangkitan virus Zika di pejabat kesihatan negeri, pejabat kesihatan daerah termasuk pemantauan di pintu masuk darat, udara dan laut. Nasihat kesihatan ataupun health advisory diedarkan kepada pelancong dan rakyat Malaysia berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya mempunyai gejala demam, konjunktivitis, ruam dalam tempoh tujuh hari setelah kembali dari negara yang melaporkan jangkitan virus Zika. Bagi mereka yang mempunyai gejala ini hendaklah melaporkan diri ke tempat saringan di pintu masuk atau klinik kesihatan berhampiran dengan kadar segera;

(ii) melakukan aktiviti kawalan bagi suspected case iaitu mereka yang pulang dari negara yang melaporkan kes jangkitan virus Zika di tempat mereka tinggal semasa berada di dalam negara ini.

Kawalan yang dilakukan adalah seperti kawalan wabak denggi;

(iii) mengeluarkan Zika Alert dan memaklumkan mengenai situasi virus Zika serta melaksanakan pengurusan jangkitan virus Zika kepada facility kesihatan swasta;

(iv) bagi kes yang didiagnosis sebagai suspected case, pengamal perubatan yang merawat pesakit hendaklah menasihatkan pesakit untuk melindungi diri daripada jangkitan nyamuk dan menggunakan repellant serta memakai pakaian yang bersesuaian.

Pesakit-pesakit juga dinasihatkan mengehadkan pergerakan diri dan berada di rumah; dan

(v) menasihatkan masyarakat untuk melakukan aktiviti pembersihan persekitaran bagi menghapuskan tempat-tempat pembiakan aedes setiap minggu. Selain itu, menggalakkan masyarakat melindungi diri daripada gigitan nyamuk dengan memakai pakaian yang menutupi anggota badan dan menggunakan ubat-ubat pencegahan gigitan, repellant secara tetap.

Hasil pemantauan KKM melalui surveillance makmal yang dilakukan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari bulan Jun 2015 hingga 7 Mac 2016 mendapati tiada jangkitan virus Zika dikesan di negara ini daripada sebanyak 427 sampel darah yang telah diuji Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri. Terdapat laporan mengatakan bahawa penyakit ini juga boleh dijangkiti melalui hubungan seks, air liur dan lendir badan. Jika benar gejala penyakit ini boleh disebarkan sedemikian, soalan tambahan saya ialah apakah kerajaan mempunyai rancangan kecemasan bagi mengatasi masalah ini supaya ianya tidak berleluasa. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, terdapat kes yang dilaporkan di US tetapi setakat ini ia belum diconfirm oleh WHO, jadi kita masih menunggu keputusannya Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, memandangkan bahawa penyakit virus Zika ini mempunyai kesan yang buruk kepada wanita yang mengandung, saya hendak tanya sama ada Kementerian Kesihatan merancang untuk memberikan taklimat khusus untuk ibu yang pergi ke klinik-klinik ibu dan kanak-kanak di hospital kerajaan ataupun klinik-klinik kesihatan supaya memberikan nasihat kepada mereka supaya mereka memahami kesan-kesan yang akan dibawa oleh penyakit virus Zika.

Ini kerana saya rasa pengetahuan tentang penyakit ini masih tidak begitu berleluasa...

[Disampuk] On TV juga, betul.

Saya rasa untuk golongan wanita mengandung ini kita perlu memberikan nasihat khas kepada mereka supaya mereka lebih memahami tentang kesan-kesan buruk oleh penyakit virus Zika ini kerana saya rasa pengetahuan tentang penyakit ini belum berleluasa lagi di kalangan rakyat. Itu sahaja soalan tambahan saya. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Yang Berhormat ini satu cadangan yang baik, saya ingat kita boleh pertimbangkan supaya dilaksanakan dengan segera untuk semua facility Kementerian Kesihatan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, disebabkan gejala awal virus Zika ini adalah terlalu ringan seperti, dengan izin, fever, rashes, joint pain itu pun Yang Berhormat Timbalan Menteri kata dalam 20 peratus sahaja dan complication adalah terlalu seperti Microcephaly dan juga ada kaitan dengan Guillain-Barré Syndrome. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah Malaysia sekarang mempunyai cara untuk mengesan atau satu teknologi yang standard ataupun cepat untuk mengesan virus ini pada penyakit ini pada peringkat awal. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan tadi virus Zika ini is spreading oleh nyamuk aedes sama seperti denggi dan setakat ini caranya adalah kita mengambil random sampling bagi kes-kes yang kita suspect dan dibawa ke makmal IMR ataupun makmal di Sungai Buloh. Tidak ada quick test, rapid test belum ada lagi sebab benda ini benda baru, jadi belum ada lagi pihak yang mencipta quick test seperti yang terdapat kepada denggi dan sebagainya.

final • 11:10 AM

8. Dato' Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberikan kuasa dan kebebasan yang secukupnya bagi menjalankan siasatan dengan adil tanpa tekanan mana-mana pihak.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, transformasi penstrukturan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada tahun 2009 mencerminkan hasrat kerajaan bagi memastikan SPRM bertindak secara telus, bebas dan profesional dalam melaksanakan tugas dan peranannya. Penubuhan SPRM ini juga berlandaskan kepada modul penubuhan ICAC Hong Kong yang diiktiraf sebagai antara negara yang paling berjaya di peringkat antarabangsa dalam usaha pencegahan rasuah.

SPRM bebas melaksanakan tugas siasatan tanpa perlu melaporkan atau mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada mana-mana pihak dalam menjalankan sesuatu siasatan sebagaimana termaktub di bawah Akta SPRM 2009. Oleh itu tidak timbul sebarang isu yang mengatakan bahawa SPRM tidak bebas dalam melaksanakan sebarang siasatan mereka.

Pada masa yang sama, bagi mewujudkan elemen ketelusan SPRM sendiri dipantau oleh lima entiti luar yang terdiri daripada individu-individu yang berintegriti tinggi serta mempunyai kepakaran-kepakaran profesional masing-masing yang terdiri daripada mantan hakim, peguam, akauntan, pensyarah, mantan pegawai tinggi kerajaan, Ahli-ahli Parlimen sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang serta pimpinan NGO. Malahan pihak kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan telah meletakkan pembanterasan rasuah sebagai salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara sebagai bukti keseriusan kita untuk memerangi persoalan berkaitan rasuah ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada rakan saya, sahabat saya yang telah menjawab soalan ini dengan baik.

Saya ada dua soalan tambahan. Pertama, sebagaimana yang kita makluman bahawa untuk memperkasakan sesebuah jabatan ataupun entiti seumpama SPRM ini ia memerlukan kepada suatu suruhanjaya perkhidmatan untuk entiti ataupun untuk jabatan ini.

Saya ingin tahu daripada pihak kerajaan, apakah status pelbagai syor dan juga cadangan supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya perkhidmatan SPRM yang setakat ini saya disahkan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) telah mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebanyak tujuh kali tetapi belum diambil apa-apa tindakan, apakah statusnya?

final • 11:10 AM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Keduanya, saya ingin tahu apa yang disebut oleh Yang Berhormat sekejap tadi iaitu lima buah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan yang selama ini telah bertindak dengan baik sebagai satu mekanisme, dengan izin, check and balance kepada SPRM. Akan tetapi saya dengar cerita atau maklumat juga bahawa kerajaan akan menyemak semula kedudukan badan-badan ini. Sebagai contoh, dua daripada badan ini yang telah tamat perkhidmatan keahlian mereka pada 24 Februari yang lalu iaitu Panel Penasihat Operasi

(PPO) dan juga Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPR), sehingga setakat ini, tempoh perkhidmatan mereka telah tidak diperbaharui lagi. Apakah ini ada kaitan dengan penglibatan mereka dalam kes-kes berprofil tinggi? Mohon jawapan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat. Suka saya nyatakan ucapan penghargaan kerana Yang Berhormat merupakan salah seorang yang sangat aktif dalam mengemukakan pandangan dan syor dengan niat untuk membantu agar kita dapat menjayakan usaha mencegah rasuah dalam negara kita.

Pertama mengenai penubuhan sebuah suruhanjaya perkhidmatan bagi SPRM.

Perkara ini telah dipertimbangkan dan telah pun dipersetujui. Cuma, tempoh masa kerana ia perlu dibawa ke Dewan ini melibatkan daripada segi sokongan yang perlu kita peroleh daripada Dewan ini dan kita harap semua akan dapat memberi sokongan apabila dibawa kelak. Saya tidak dapat memberikan tempoh bila ia bakal dibentangkan atau dikemukakan.

Namun begitu, secara dasarnya, perkara ini telah pun diterima ataupun diterima baik tentang hasrat penubuhan tersebut.

Kedua, tidak ada semakan kepada badan-badan yang lima. Badan-badan yang lima ini, seperti Yang Berhormat nyatakan, akan tetap kita pertahankan sebagai check and balance kepada segala urusan berkaitan usaha pencegahan rasuah. Cuma, saya setuju, ada lantikan ahli panel yang belum, sama ada disambung perkhidmatan mereka ataupun diganti, yang masih tertunggak yang masih kita tunggu pengesahan pelantikan daripada pihak kerajaan. Apabila perkara ini telah ditandatangani, saya percaya ia akan diumumkan bagi kita memastikan operasi SPRM tidak terjejas. Terima kasih Yang Berhormat atas ingatan tersebut.

final • 11:20 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Merujuk kepada Indeks Persepsi Rasuah, Malaysia sekarang duduk pada kedudukan ke-54 pada tahun 2015 berbanding tangga ke-50 pada tahun 2014. Saya ingin bertanya, apakah sasaran kerajaan dalam meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah dan apakah langkah bagi memastikan kedudukan Malaysia menjadi lebih baik? Ini kerana ini pada akhirnya akan memberikan tekanan dan kesan kepada ekonomi negara. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat. Perkara ini juga menjadi topik perbincangan banyak dan saya pun baca juga. Ia kadang-kadang boleh menimbulkan kekeliruan seperti yang kita dengar meletakkan negara kita dalam 10 buah negara yang paling korup yang dibuat oleh Ernst & Young Asia Pasifik yang dibuat pada tahun 2013.

Perkara ini mustahak untuk saya nyatakan kerana kajian itu hanya melibatkan lapan buah negara. Mengambil itu sebagai satu bukti atau fakta mengatakan kita 10 yang terkorup pun tidak betul. Ini kerana kajian dibuat kepada lapan buah negara sahaja dan lapan buah negara itu bukan melibatkan negara tetapi melibatkan syarikat-syarikat dalam negara berkenaan. Kalau tidak silap saya hanya 681 orang pegawai di syarikat tersebut yang dipanggil ataupun diminta untuk memberi maklumat tentang perkara-perkara berkaitan persepsi rasuah ini. Akan tetapi kita akhirnya dikatakan sebagai negara 10 paling korup.

final • 11:20 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Termasuk yang terbaru tahun 2015, juga menyatakan sedikit penurunan kedudukan kita itu, bukan fasal yang paling korup itu yang paling baik. Cumanya, perbandingan ini berbeza-beza kerana ia, sebagai contoh tahun 2014, sebanyak 175 buah negara terlibat dalam CPI, tahun 2015 sebanyak 165 buah negara. Jadi kedudukan kita berubah, kedudukan negara yang termasuk dalam kajian juga berubah.

Akan tetapi yang hendak saya nyatakan di sini, CPI adalah satu indeks yang digunakan untuk mengukur tetapi ia juga melibatkan tentang persepsi. Terlalu banyak sebenarnya pada tahun lepas perkara-perkara yang berkaitan tentang persepsi rasuah yang dibicarakan di seluruh pelosok tanah air yang mungkin sedikit sebanyak menyumbang kepada pandangan bahawa seolah-olah usaha yang dilakukan oleh SPRM ini tidak langsung memberikan kesan.

Jadi saya rasa soalan Yang Berhormat mengenai bagaimana cara untuk kita menangani perkara ini adalah apa yang kerajaan buat hendaklah disokong oleh seluruh pucuk pimpinan sama ada parti politik mana sekalipun dan juga rakyat. Kita kena ada keyakinan bahawa yang sedang disusun ini adalah perkara yang berkaitan untuk menjadikan negara kita bebas daripada perlakuan rasuah. Akan tetapi kalau persepsi sering diwujudkan bahawasanya perkara ini sentiasa berlaku, maka kerja kita akan menjadi lebih sukar Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:20 AM

9. Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [Sipitang] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, apakah langkah diambil untuk membendung penyalahgunaan media sosial khususnya aplikasi WhatsApp, untuk mencetuskan suasana kegusaran dan kerisauan di kalangan orang ramai, terutamanya berkaitan aspek keselamatan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Jailani bin Johari

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sipitang yang menanyakan soalan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon keizinan menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Pasir Mas yang bertarikh pada 10 Mac 2016 dan Yang Berhormat Sabak Bernam yang bertarikh pada 6 April 2016 kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu berkenaan dengan isu kebebasan media, penyalahgunaan kandungan internet dan juga media sosial.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi memperkukuhkan mekanisme kawal selia internet dan juga media baru, pihak kerajaan pada 19 Januari tahun ini telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Membanteras Penyalahgunaan Media Sosial yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia dan juga dianggotai oleh pihak kementerian, PDRM, SKMM dan juga Jabatan Peguam Negara.

Jawatankuasa khas ini ditubuhkan untuk memastikan tindakan tegas akan dikenakan ke atas pihak yang menggunakan media sosial dengan tujuan untuk menyemai kebencian terhadap institusi kerajaan dan bagi mengelakkan media sosial daripada menjadi punca pencetus kekacauan melalui penyebaran pembohongan, kebencian dan kumpulan ekstremis agama. Selain daripada itu, jawatankuasa tersebut juga berperanan memperkukuhkan koordinasi dan jalinan kerjasama antara agensi bagi memantau dan juga membanteras isu-isu berkaitan penyalahgunaan internet dan media baru.

Secara amnya, apa yang salah di alam nyata juga adalah salah di alam maya dan undang-undang sedia ada seperti Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Kanun Keseksaan adalah diguna pakai dalam menangani kesalahan-kesalahan.

Sejak penubuhan jawatankuasa tersebut sehingga Februari 2016, sebanyak 22 kes telah pun disiasat oleh pihak SKMM terhadap penyalahgunaan internet dan media baru dan juga sejumlah 399 buah laman sesawang telah pun disekat. Antara laman-laman web yang disekat termasuklah laman-laman web perjudian, penipuan, pelacuran serta laman-laman web yang memaparkan kandungan lucah, jelik, palsu dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali - Sipitang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali - Sipitang

Isu media sosial ini adalah suatu yang menjadi lumrah dalam masyarakat kita hari ini dan menjadi kenyataan yang sepatutnya memastikan internet di Malaysia ini bebas daripada penyalahgunaan dan memberi manfaat untuk pembangunan, untuk pendidikan, untuk perniagaan, untuk pembangunan sosial secara menyeluruh.

final • 11:20 AM

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali - Sipitang

Jadi, sejauh manakah pemantauan ataupun penguatkuasaan walaupun disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi terhadap beberapa tangkapan dan denda yang dibuat. Sejauh manakah pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang terhadap kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini oleh sesetengah individu yang menghasut, menghina, termasuklah dalam bidang kepimpinan di negara kita ini.

Apakah tindakan-tindakan dan hukuman berat yang telah pun dilaksanakan dan menjadikan ia satu pengajaran kepada masyarakat supaya berhati-hati untuk menggunakan media sosial ini yang membolehkan kekacauan bukan sekadar pemikiran tetapi hubungan antara masyarakat termasuklah yang membawa pencetusan antara kaum dan agama boleh dibendung dengan lebih keras dan bertanggungjawab terhadap isu ini untuk kesejahteraan rakyat.

final • 11:30 AM

Dato’ Jailani bin Johari

Terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Untuk makluman Yang Berhormat Sipitang dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya pihak kementerian, selain daripada langkah-langkah yang telah saya sebutkan tadi berkaitan dengan jawatankuasa, pihak kementerian juga bekerjasama dengan penyedia platform media baru di luar negara seperti Facebook dan juga Google di mana dalam aspek bantuan siasatan bagi kes-kes penyalahgunaan media baru kerana kita tahu, cuma apa yang saya harus tekankan di sini bahawa wujud cabaran dari segi interpretasi atau interpretation, dengan izin, dari segi undang-undang Malaysia dan juga undang-undang negara di mana platform tersebut beroperasi.

Selain daripada kerjasama dengan penyedia platform media baru, di pihak kementerian juga mengenai isu-isu keganasan persepsi secara khusus seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri dalam jawapan awalannya juga, pihak kementeriannya sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan yang terlibat dalam menangani dan memerangi isu yang melibatkan keganasan persepsi. Antara inisiatif yang telah pihak kerajaan lakukan ialah secara bersama termasuklah meningkatkan aktiviti counter messaging dan juga counter narrative, dengan izin, secara bersepadu dan dengan satu suara dilengkapkan dengan fakta dan asas pertimbangan yang kukuh selain dapat sampai kepada golongan sasaran.

Akan tetapi yang paling pentingnya Yang Berhormat, saya juga ingin berkongsi bahawa orang ramai juga dinasihatkan agar bijak menilai dan mengenal pasti pihak yang menyebarkan diayah keganasan persepsi kerana kita tahu mengenai maklumat di internet ini adalah maklumat yang dunia tanpa sempadan. Dia boleh diviral dalam masa secepat mungkin. Jadi kita sebagai pengguna internet, kita haruslah bijak kerana kita tidak harus terus mempercayai apa yang ditulis kerana kita haruslah berbincang dan menyemak sebelum kita mengatakan bahawa ianya adalah fakta yang jelas.

Mengenai dengan hukuman, setakat ini beberapa hukuman telah pun diambil tindakan terhadap mana-mana pesalah dan saya tidak ada rekod dalam masa ini. Jumlahnya mungkin akan saya berkongsi dengan Yang Berhormat Sipitang nanti. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 11:30 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Hari Wanita Sedunia.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Hari Wanita pun Yang Berhormat Seputeh, tidak akan saya melanggar peraturan mesyuarat. Jadi Yang Berhormat minta itu jangan juga pergunakan wanita untuk melanggar peraturan mesyuarat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
JALAN-JALAN MASUK KE PARLIMEN

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tuan Yang

final • 11:34 AM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan satu usul seperti berikut

“Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik daripada Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau- bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu”.

Terima kasih.

final • 11:34 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya mohon menyokong.

final • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah usul oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang telah dikemukakan tadi hendaklah dipersetujukan.

final • 11:34 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Point of order.

final • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 11:34 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, saya hendak merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 23(1)(c). Memandangkan bahawa dua soalan saya telah ditolak. Satu berkaitan dengan pendedahan Peguam Negara Switzerland mengenai skandal USD4 bilion membabitkan syarikat milik Kerajaan Malaysia, jenis bantuan yang dihulurkan oleh Bank Negara Malaysia ataupun jabatan/agensi kerajaan kepada mereka. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk mendapat balik wang tersebut telah ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(c) kerana menimbulkan sangkaan.

Satu lagi soalan ialah berkaitan dengan sama ada Peguam Negara ingin menarik balik semua kes di bawah Akta Hasutan dan Akta Perhimpunan Aman kerana bermotif ke atas pemimpin pembangkang. Saya tidak lihat sejauh manakah soalan ini yang hanya ingin mendapat kepastian telah ditolak kerana didakwa menimbulkan sangkaan. Sedangkan ada beberapa soalan yang telah pun dijawab tadi pun menimbulkan salah sangkaan seperti penyakit virus Zika. Sungguhpun tidak ada satu kes pun penyakit virus Zika, ia juga dibenarkan dan saya memang bersetuju ia dibenarkan.

Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh memastikan soalan ini dibenarkan kerana sekiranya kita tidak dapat diberikan peluang untuk mendapat penjelasan, saya rasa tujuan Dewan yang mulia ini untuk menjadi suara kepada rakyat dan juga mendapat accountability daripada Kerajaan Malaysia tidak akan tercapai dan juga sedikit sebanyak menjejaskan prestasi Tuan Yang di-Pertua untuk memastikan Parlimen adalah institusi tertinggi di bawah Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih.

final • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Bagan oleh kerana membangkitkan peraturan mesyuarat itu. Saya akan semak dan saya akan bagi keputusan nanti. Terima kasih.

final • 11:34 AM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, point of order juga.

final • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 11:34 AM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua sebagaimana Yang Berhormat Bagan tadi, saya juga, soalan saya telah ditolak oleh pihak Parlimen. Soalan saya berbunyi, minta Yang Berhormat Menteri Kewangan nyatakan jumlah royalti atau bayaran tunai yang dibayar oleh Petronas kepada negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak pada tahun 2014 dan tahun 2015. Alasan atau sebab ditolak disebutkan di sini bahawa oleh kerana perkara yang sedang dibicarakan oleh mahkamah dan tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara dalam pertimbangan mahkamah. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa kes yang sedang dalam pertimbangan Mahkamah Persekutuan sekarang ini adalah antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas. Bukan Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Jadi tidak ada kaitan langsung kes itu dengan soalan saya. Saya juga mohon pertimbangan semula Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan semak Yang Berhormat dan keputusan saya akan beri nanti. Terima kasih.

final • 11:34 AM
MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Sibuti untuk membentangkan Usul, dalam kesempatan ini saya telah membuat ketetapan yang ingin saya sampaikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu mengenai dengan soal masa. Saya berikan kepada Yang Berhormat Sibuti masa tidak lebih daripada 2 jam. Kalau kurang daripada 2 jam, saya amat sukacita.

final • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi yang menyokong Usul ini pula, saya bagi masa 45 minit dan kalau boleh tidak lebih daripada itu saya juga amat sukacita.

Bagi Ketua Pembangkang pula, saya beri kepada Ketua Pembangkang atau pun wakil dari pembangkang yang membahas Usul ini selama satu jam 30 minit. Kalau boleh kurang daripada itu, saya juga amat sukacita.

Bagi pembahas-pembahas kemudiannya daripada Usul Menjunjung Kasih ini, pada kebiasaannya yang kita buat ialah pada peringkat awal kita biarkan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat berhujah tetapi menurut pengalaman kita, ada Ahli Yang Berhormat kalau berhujah apabila berhadapan dengan mikrofon di depan, mereka lupa masa dan lupa kepada kawan-kawan lain yang juga turut berhujah sehingga di akhir perbahasan kita terpaksa mengehadkan masa kepada lima minit.

Jadi, atas sebab itu saya juga telah membuat ketetapan pembahas-pembahas selepas Ketua Pembangkang berhujah cuma dibenarkan 30 minit seorang. Sila Sibuti.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya melafazkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayatnya saya dapat peluang mengambil bahagian mencadang Usul Menjunjung Kasih Di Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya Yang Berhormat Haji Ahmad Lai Bin Bujang Ahli Parlimen kawasan Sibuti memohon mencadangkan Usul Menjunjung Kasih Kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana sudi berangkat menyampai titah di Persidangan Penggal Pertama, Parlimen Ketiga Belas, pada hari semalam, 7 Mac 2016. Usul saya adalah seperti berikut:

final • 11:41 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan terima kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Ketiga Belas”.

Tuan Yang di-Pertua, kita harus menerima hakikat bahawa Malaysia kini berdepan dengan cabaran yang amat besar dalam pelbagai aspek seperti kewangan, keselamatan sosial, perpaduan menerusi persepsi dan politik. Laungan kemerdekaan yang merupakan nadi perjuangan asal pembentukan Malaysia perlu diberi nafas baru bersesuaian dengan cabaran global terkini seperti ancaman sabotaj ekonomi Malaysia dan cabaran global ancaman ISIS yang kini semakin menular di dalam negara dan jiran serantau. Kita ini sering terkejut dengan khabar bahawa terdapat rakyat Malaysia terlibat dalam kegiatan pengganas di peringkat antarabangsa sehingga ada yang mengakibatkan kehilangan nyawa. Namun terdapat gerakan pengganas yang telah kita patahkan.

Dahulu pihak keselamatan berdepan dengan pengganas komunis dan seterusnya ancaman militan agama seperti al-Maunah yang membahayakan negara dan masih segar di ingatan adalah serangan pengganas di Lahad Datu yang mengorbankan anggota keselamatan negara. Kini ancaman ekstremis agama yang bertopengkan Islam seperti ISIS dilihat adalah ancaman baru dalam skala global. Maka, adalah wajar rakyat bersama-sama dengan kerajaan untuk menolak dan berhati-hati serta memberi kepercayaan bahawa kerajaan akan komited untuk menentang ISIS.

Saya juga berpendapat bahawa Ahli Dewan perlu menyokong kerajaan untuk meningkatkan kemampuan aset ketenteraan negara agar ancaman pengganas dapat dibendung di peringkat awal. Dalam situasi negara berdepan dengan masalah ekonomi global pula saya melihat kerajaan turut berdepan dengan ancaman sabotaj ekonomi, mungkin ancaman daripada spekulator luar negara yang mahu menjatuhkan nilai mata wang negara atau pun tindakan segelintir pihak yang secara sengaja mendedahkan pelbagai kepincangan dalam syarikat-syarikat kerajaan yang lebih kepada fitnah dan bukan bertujuan untuk memperbetulkan keadaan dan masalah.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun negara berdepan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, saya berpendapat dengan urus tadbir keputusan yang dibuat oleh kerajaan, negara masih mampu mencatatkan prestasi perdagangan 2015 dengan jumlah RM1.46 bilion ketika mata wang negara menyusut nilai. Nilai dagangan aspek mencatat sebanyak RM79.5 bilion dengan kenaikan sebanyak RM1.9 bilion menurut sumber yang diperolehi daripada MATRADE. Malaysia turut mencatat nilai lebih dagang surplus, dengan izin, untuk 2015 berjumlah RM94.9 bilion dan merupakan kali ke-18 lebihan dagangan sejak 1998.

Purata harga minyak berdasarkan Brent oil price sekitar USD48 setong tetapi jika kita lihat harga minyak ketika ini adalah di bawah USD40 se tong secara logiknya akan berlaku penurunan sumber pendapatan melalui minyak. Oleh itu, keputusan kerajaan untuk melaksanakan GST pada April 2015 yang lepas adalah satu langkah yang tidak populis dan dijangkakan berjaya mengimbangkan kesan penurunan harga minyak dunia.

Selain itu juga, sumber yang diperolehi daripada GST ini juga membantu untuk membangunkan negara. Pengenalan kepada GST bukan satu keputusan yang dibuat sesuka hati oleh pihak kerajaan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri setelah mengambil alih kerajaan pada 2009 telah mewujudkan PEMANDU, memperkenalkan ETP, telah mengenal pasti sumber negara yang sangat bergantung kepada sumber minyak dan Petronas.

final • 11:41 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Pihak ETP, EPU dan PEMANDU saya rasa telah meramal bahawa akan berlaku penurunan industri minyak dunia dengan memperkenalkan GST, kerajaan akan dapat mempelbagaikan sumber pendapatan negara. Data yang diperolehi pada tahun 2009, kebergantungan negara kepada pendapatan melalui sumber minyak adalah sekitar 41.9 peratus dan dijangka dalam tahun 2016 kebergantungan kepada sumber minyak adalah pada paras 16 peratus sahaja.

final • 11:41 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Ini adalah merupakan rancangan berhati-hati Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Begitu juga terhadap keputusan Kerajaan Malaysia untuk menyertai TPPA, dokumen TPPA telah ditandatangani oleh Menteri yang berkenaan. Apa yang kita lihat adalah Malaysia sebagai sebuah negara yang progresif, perlu melibatkan diri dalam suatu peluang ekonomi yang besar di peringkat global. Adalah menjadi harapan saya agar kerajaan terus giat memperkasakan penerangan mengenai peluang-peluang yang terdapat akan memberi manfaat kepada usahawan di dalam negara.

Bukan hanya sekadar menerangkan mengapa rakyat perlu menerima keputusan TPPA. Akan tetapi kita harus berdepan move forward, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk meneroka dan menguji kemampuan negara untuk bersaing dengan negara Asia Pasifik. Saya percaya pihak MITI akan memikirkan sesuatu mengenai perkara yang sama yang saya bangkitkan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia mengutamakan dasar kerajaan sekarang dengan 17 matlamat Sustainable Development Goals (SDG) adalah seiring dengan matlamat pembangunan kerajaan oleh itu ia telah diambil kira dan diselaraskan dalam teras strategi RMKe-11. Usaha ke arah pencapaian matlamat RMKe-11 dan SDG akan membantu pembangunan negara yang mampan dan inclusive, di mana kesejahteraan rakyat bukan sahaja terpelihara tetapi terus dipergiatkan. Saya mohon Yang Berhormat Menteri akan memberi lebih terperinci lagi berkaitan dengan hal SDG ini.

Tuan Yang di-Pertua, kesan penurunan harga minyak, kos sara hidup tempoh tiga bulan ini dapat dirasai harga minyak petrol dan diesel telah mengalami penurunan. Ini adalah suatu yang dianggap logik bagi rakyat memandangkan harga minyak dunia telah turun dengan drastiknya. Terdapat negara luar mengalami kenaikan harga petrol kesan penurunan harga dunia tetapi apa yang berlaku di Malaysia harga petrol mengalami penurunan.

Apa yang menjadi isu kepada rakyat pula adalah berkenaan kos barang harian tidak turun-turun malah ada yang semakin naik. Saya ambil contoh Tuan Yang di-Pertua, kalau kita minum di kedai kopi di pasar harga teh tarik RM1.60 kadang-kadang RM2.50. Apabila minyak sudah turun Tuan Yang di-Pertua tetapi tidak juga turun-turun harga barangan, makin naik. Oleh sebab itulah kita memohon agar rakyat sama-sama memantau bagaimana pihak peniaga dan pengusaha ini menaikkan barang mereka dengan sewenang-wenangnya.

Selain daripada kesan kenaikan harga barang, rakyat Malaysia kini merasa nilai pendapatan bulanan mereka semakin menyusut sehingga gaji yang diperoleh hanya cukup untuk meneruskan keperluan asas seharian. Tidak dapat menggunakan pendapatan bagi memenuhi keperluan gaya hidup semasa. Seperti dalam ucapan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, rakyat Malaysia sememangnya berharap agar jawatankuasa khas bagi menangani kenaikan kos sara hidup dapat mencari cara bagaimana membantu meringankan beban rakyat. Semoga ahli jawatankuasa yang terpilih menggunakan seluruh kebijaksanaan minda mereka bagi mendapat penyelesaian terbabit.

Sejak pengenalan GST diakui terdapat barang keperluan mengalami penurunan dan kenaikan. Walaupun demikian, terdapat pengusaha dan peniaga sewenang-wenang menaikkan harga barang dengan menggunakan alasan GST dan sekali gus menambah persepsi negatif terhadap pencukaian GST untuk mengelak aktiviti menaik harga barangan sesuka hati. Kerajaan harus memperkukuhkan lagi penguat kuasa sedia ada dan menggunakan peruntukan kuasa yang telah digubal di Parlimen seperti Akta Pencatutan Harga. Menambah lagi tentang penambahan GST saya menyeru agar kerajaan akan menambah lagi senarai barang GST sifar terutama dalam sektor kesihatan, makanan, penguatkuasaan dan...

final • 11:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Sibuti.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Segambut bangun Yang Berhormat Sibuti, boleh bagi laluan?

final • 11:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Sedikit sedikit.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Sebenarnya saya banyak.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Saya hendak tanya...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Segambut sekejap Yang Berhormat Segambut.

Boleh bagi laluan?

final • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tidak payah Tuan Yang di-Pertua sebab banyak masa.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak perlu.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

GST sifar terutama dalam sektor kesihatan, makanan, pengangkutan dan perumahan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan yang telah menyenaraikan segala barang dan perkhidmatan berkaitan pendidikan seperti buku dikecualikan GST.

final • 11:50 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat minta laluan sedikit boleh? Ini Hari Wanita mungkin sedikit soalan daripada wanita.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Sebenarnya banyak ini. Kalau tidak...

final • 11:50 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Jangan takut, soalan mudah sahaja.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Saya tidak takut tetapi saya banyak ini, masa tidak cukup. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, ada kalanya nasihat seperti mengubah cara hidup boleh diterima rakyat tetapi apabila setiap kali berlaku kenaikan barang rakyat disogokkan dengan nasihat yang sama lama-lama rakyat akan geram, mencemuh kredibiliti kerajaan. Saya dapat melihat keinginan rakyat untuk menikmati ekonomi Malaysia yang baik dalam masa yang sama membawa balik pendapatan yang setimpal untuk dibelanjakan bagi keperluan harian di rumah dan berbelanja untuk anak-anak. Serta dalam masa yang sama membelanjakan wang bagi memenuhi keinginan gaya hidup seperti keinginan memiliki kereta, rumah, gajet, telefon, fesyen dan lain-lain.

Saya juga menyeru agar wakil rakyat di Dewan ini membanyakkan aktiviti seperti pengurusan kewangan di kawasan masing-masing agar dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu boros berbelanja untuk barang yang tidak diperlukan harus dikurangkan. Tuan Yang di-Pertua, mohon saya izin hendak minum, haus.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya sila.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat kata tidak boleh minum air di Dewan.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, pada masa kini rakyat menyifatkan keprihatinan kepada keperluan asas iaitu pelbagai kerajaan pihak pemerintah yang boleh mengambil berat dan mengutamakan kebajikan seluruh rakyat. Jadi sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini saya sedikit tersentuh apabila melihat ucapan Yang di-Pertuan Agong mengatakan bagaimana badan-badan yang tertentu dan beberapa orang yang mengatakan, meluahkan perasaan, pergolakan sempit sehingga rakyat juga terbawa-bawa kepada pemikiran sempit.

Saya sebagai rakyat kepada wakil Sibuti rakyat Sarawak, sedih, terlalu sedih hari ini kerana orang yang saya sayang, orang yang saya cinta, yang saya agung-agungkan, Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir. Saya mohon supaya seperti Titah Agong, sudahlah, cukuplah supaya kita sama-sama rakyat Malaysia ini aman damai, harmoni tetapi kerana mengapa saya berkata begitu Tuan Yang di-Pertua, kerana Tun Mahathir pernah melawat kawasan saya, memberikan ilham supaya kita bersatu. Dulu kita negeri Sarawak diganggu gugat oleh komunis dan sekarang dalam keadaan aman sentosa. Diharaplah jangan perkara ini dibawa pergi Sarawak, Sarawak yang aman harmoni itu. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon berhentilah, cukuplah perkara ini.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selama ini telah banyak merencanakan pelbagai cara untuk meringankan beban rakyat dan menjadikan kebajikan rakyat komitmen utama kerajaan. Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah merupakan salah satu cara kerajaan untuk berkongsi sedikit pendapatan negara yang disalurkan terus kepada pemohon yang layak. BR1M 2016 diteruskan lagi dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil dan pendapatan berkurangan daripada sektor minyak. Asas pengurusan kewangan yang cekap, pengurusan perbelanjaan negara serta sedikit pertambahan pendapatan daripada GST membolehkan BR1M disalurkan kepada rakyat.

Walaupun demikian, saya ingin menyentuh sedikit isu berkaitan dengan BR1M. Bagi meningkatkan kelancaran BR1M, kerajaan mula menyalurkan terus wang BR1M ke akaun penerima. Penerima tidak perlu beratur secara manual di majlis-majlis penyampaian BR1M seperti beberapa tahun lepas. Bagi penduduk di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah di luar bandar yang tidak mempunyai perkhidmatan ATM dan bank, penerima BR1M terpaksa berbelanja untuk turun ke bandar ataupun mengambil wang BR1M. Selain itu, saya mencadangkan agar saluran duit untuk menyalurkan BR1M bagi kawasan jauh di pedalaman atau luar bandar disalurkan sekali gus dan bukan berperingkat-peringkat.

final • 12:00 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

[Bangun]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Kapar bangun.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Saya ada banyak lagi ini.

final • 12:00 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Lagi banyak, berapa lama? Boleh?

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Sampai habislah.

final • 12:00 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Hendak bantu Sabah Sarawak ini.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak apa Yang Berhormat Kapar.

final • 12:00 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sibuti, saya ingin mendapatkan pengesahan, tidak dibenarkan sebarang laluan, pencelahan?

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Ya.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tuan Yang di-Pertua, Pan-Borneo dan komitmen pembangunan luar bandar. Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa Lebuhraya Pan-Borneo sepanjang 1,663 kilometer akan dibina dan sehingga saat ini terdapat dua fasa pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo sudah dimulakan di Telok Melano dan di Bakun, Bintulu. Ini adalah janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pilihan raya yang dahulu di mana dalam janji beliau akan membina Pan-Borneo ini, maka janji ditepati dan sekarang ditunaikan. Bagi wilayah Sarawak sepanjang 936 kilometer, lebuh raya akan dibina manakala wilayah Sabah akan membina lebuh raya sepanjang 727 kilometer dan adalah menjadi harapan besar bagi kedua-dua wilayah Sabah dan Sarawak pembinaan Pan-Borneo ini berjalan dengan lancar dan siap seperti dijanjikan.

Pan-Borneo merupakan sebuah projek kejuruteraan yang besar yang berlaku di Sarawak dan isu pembinaan ini tidak akan dapat lari daripada dipolitikkan oleh pemain- pemain politik yang akan bertanding pada pilihan raya kelak. Isu pembinaan Pan-Borneo ini sangat menyentuh perasaan orang Sabah dan Sarawak secara umum kerana setelah sekian lama kami menjadi pemerhati kepada lebuh raya yang dibina di seluruh Semenanjung. Saya melihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi komitmen yang besar terhadap projek Pan-Borneo setelah sekian lama diabaikan oleh pemimpin persekutuan yang terdahulu.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Saya amat yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak telah melihat jauh keperluan Pan-Borneo yang akan memberi limpahan ekonomi, meningkatkan pembangunan luar bandar Sarawak serta paling penting memudahkan tempoh perjalanan dari bandar ke bandar seluruh negeri Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, pada awal Februari 2016 yang lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengadakan lawatan kerja ke Sarawak dan kerajaan negeri telah menyatakan hasrat untuk membina jambatan Batang Lupar yang bakal menjadi jambatan terpanjang di negara. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini di Sibu, telah menyatakan persetujuan beliau untuk meluluskan projek tersebut dengan syarat kerajaan negeri akan menanggung 50 peratus pembinaan jambatan tersebut. Ini adalah merupakan keputusan yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama Ketua Menteri Sarawak untuk membangun kawasan pesisir Sarawak dan keputusan ini dilihat adalah wajar dan bertepatan dengan konsep politik pembangunan yang diamalkan selama ini.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tuan Yang di-Pertua, kita sentiasa ingat kepada rakyat kita di luar bandar. Getah dan kelapa sawit merupakan sumber pendapatan utama di kebanyakan kawasan luar bandar di seluruh Malaysia ketika saat ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai komoditi ini turut mengalami penurunan harga dan permintaan. Kesan besar dapat dilihat terutama kepada pekebun kecil getah yang terkesan akibat penurunan harga getah. Pendapatan yang diperoleh ada kalanya tidak dapat menampung keperluan harian keluarga pekebun getah.

Penurunan harga getah ini juga memberi kesan kepada pendapatan negara. Oleh sebab itu bagi membantu pekebun kecil getah, kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif dikenali sebagai Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang bertujuan memberi inisiatif kepada setiap kilogram harga getah apabila berlaku penurunan harga getah. IPG ini telah bermula pada 1 Januari 2016. Saya berharap dengan inisiatif ini setiap kilogram getah...

final • 12:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Boleh tanya?

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

....Yang diperolehi oleh para pekebun kecil akan diberi tambahan agar memastikan pekebun kecil dapat mengekalkan pendapatan bulanan mereka. Saya memuji inisiatif ini...

final • 12:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Sibuti...

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tuan Yang di-Pertua, saya ada 38. Ini baru nombor 10 [Ketawa]

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya hendak tanya satu soalan sahaja.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Seperti diketahui pengeluaran sawit Malaysia untuk tujuan eksport ke luar negara juga berhadapan dengan ancaman terhadap negara Eropah...

final • 12:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Sibuti.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

...Seperti Perancis, yang telah meluluskan undang-undang di Parlimen untuk mengenakan cukai progresif kepada semua produk berasaskan kelapa sawit. Tindakan Perancis adalah berniat jahat dan kesan besar...

final • 12:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Sibuti, rehat sebentar.

Saya hendak tanya satu soalan sahaja.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

...Kepada industri sawit Malaysia akan menjejaskan pendapatan terutama pekebun kecil sawit akibat penurunan penggunaan sawit.

Saya harap pihak kerajaan dapat memikirkan sesuatu terhadap semua yang berlaku.

final • 12:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya hendak tanya. Barisan Nasional tidak boleh pilih seorang jurucakap pertama yang tidak berani ambil soalan.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Bukan tidak berani. Yang saya kata tadi saya ada 38 perkara, ini 12. Macam mana...

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya hendak tanya, Pan-Borneo Highway kenapa ia melalui Brunei dan tidak melalui Baram? Ini soalan saya.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tuan Yang di-Pertua, elemen-elemen...

final • 12:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Hari itu Ketua Pembangkang cakap, saya hendak mencelah tidak bagi. Ketua Pembangkang cakap saya hendak mencelah tidak bagi. Samalah.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Saya berharap agar kerajaan bijak mengambil peluang potensi pelancongan ketika ini kerana dengan niat mata wang yang rendah. Kerajaan dilihat perlu menarik seberapa banyak pelancongan asing datang ke Malaysia dengan menawarkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang mewah dan menarik. Selain daripada keindahan semula jadi, kerajaan juga perlu melihat bahawa Kementerian Pelancongan perlu juga menyediakan peruntukan bagi menarik para atau membangun keluasan pelancongan yang mampu dan berpotensi. Pihak kementerian juga perlu proaktif mengenal pasti lokasi-lokasi pelancongan berpotensi yang sering menjadi viral di laman sosial seperti Facebook dan Instagram. Tuan Yang di-Pertua, jika ada yang mengatakan rakyat saya cemburu kepada lebuh raya yang sedia ada di Semenanjung Malaysia, saya mengatakan ya, saya setuju. Akan tetapi kami memahami Kerajaan Persekutuan telah banyak menyumbang kepada pembangunan penting kepada Sarawak. Setakat ini sejak 2009, saya merasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui ETP dan NKRA, pembangunan luar bandar, banyak jalan berhubung dibina di negeri Sarawak. Cuma kali ini rakyat Sarawak mendesak agar Pan- Borneo dibina segera dan alhamdulillahlah suara rakyat didengar. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini di Bandar Sibu dan Saratok telah mengulangi komitmen beliau Kerajaan Persekutuan akan membina Lebuhraya Pan-Borneo yang apabila siap kelak tidak dikenakan tol.

Tuan Yang di-Pertua, antara komitmen terdesak yang dikemukakan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat Sarawak dan Sabah adalah fokus kepada pembangunan luar bandar yang ada diusahakan bersama dengan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan menggunakan perolehan yang ada pada simpanan kerajaan negeri untuk dibelanja untuk rakyat di luar bandar. Fokus adalah untuk membina infrastruktur yang akan memberi manfaat dan limpahan ekonomi kepada Sarawak seperti pembinaan jambatan dan kemudahan asas.

Kerajaan Persekutuan juga sedar bahawa Sabah dan Sarawak masih memerlukan pembangunan luar bandar yang sangat agresif. Kita dalam melihat Rancangan Malaysia Kesebelas, bermula 2016 juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil berat berkaitan pembangunan luar bandar. Malaysia kini hanya beberapa tahun sahaja lagi untuk menghampiri status negara maju menjelang 2020. Saya sebagai rakyat dan wakil rakyat yang diberi amanat ingin mengingatkan agar pembangunan infra di luar bandar jangan sama sekali dilupakan.

Imej megah kepesatan bandar raya metropolitan yang tidak setanding keadaan kami di luar bandar. Sebab itulah saya memohon pada bajet yang lepas apa yang dijanji patut dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, mohon minum air seteguk lagi...

[Minum air] Ini Tuan Yang di-Pertua, baru nombor 13 dan saya ada 38. Tuan Yang di-Pertua, antara komitmen yang besar Tuan Yang di-Pertua di bawah kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu membina RTC sulung di Sarawak di Parlimen Sibuti dan telah meluluskan beberapa lagi RTC di negeri Sarawak agar program RTC ini akan ditambah dari masa ke semasa. RTC adalah idea murni Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam usaha membandarkan luar bandar. Fasiliti yang disediakan di RTC adalah setanding atau didapati di bandar.

Tuan Yang di-Pertua dalam keghairahan kita mengejar status negara membangun, kita masih tidak dapat lari daripada isu kemiskinan. Kemiskinan di kalangan rakyat bukan sahaja berlaku di kawasan luar bandar, malah kemiskinan bandar juga semakin bertambah.

Usaha membawa keluar rakyat dari kemiskinan merupakan proses berterusan dan sering bertambah dari tahun ke tahun.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Pelbagai bantuan kerajaan diwujudkan seperti bantuan baiki rumah, membina baru rumah golongan miskin, program-program mengubah hidup seperti bantuan kios perniagaan, latihan keusahawanan, pinjaman mikro daripada TEKUN yang banyak mengubah rakyat miskin kepada rakyat yang mempunyai pendapatan tetap.

Terbaru, kerajaan telah membuka rumah transit bagi golongan gelandangan dengan usaha sama sektor awam. Keperluan rumah transit di bandar-bandar besar terutama di Kuala Lumpur perlu diwujudkan bagi membela golongan gelandangan mendapat tempat tinggal sementara. Dalam masa yang sama, pihak berwajib yang membantu golongan ini akan memastikan mereka dapat berusaha sendiri untuk membaiki kehidupan dan keluar daripada hidup bergelandangan.

Selain golongan miskin, kerajaan juga tidak melupakan golongan OKU dalam Bajet 2016 sehingga kerajaan memberi komitmen memperuntukkan sebanyak RM445 juta untuk membantu golongan istimewa ini. RM350 diberi setiap bulan kepada golongan OKU yang bekerja. Oleh sebab itulah saya memohon kepada kementerian yang berkenaan. Kalau hendak membahagikan wang ini, salurlah dengan betul dan juga janganlah menggunakan pegawai-pegawai yang turun padang kemudian wang tidak sampai kepada sasaran. RM100 juta juga diperuntukkan untuk membina 20 pusat pemulihan di dalam komuniti seluruh Malaysia.

Sahabat-sahabat saya, kalau mengganggu saya, saya akan nervous. Apabila saya nervous, tidak tentu cakap saya pula. Mohonlah Tuan Yang di-Pertua, jangan ganggu saya.

Ini kali pertama saya bercakap. Mohon. Mohon Tuan Yang di-Pertua, jangan diganggu saya Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah Baginda telah memuji usaha kerajaan dalam usaha membantu rakyat dalam hal pemilikan rumah mampu milik. Seperti yang kita ketahui, antara isu besar yang sering diperkatakan oleh rakyat adalah mengenai soal pemilikan rumah. Ramai golongan muda pada masa kini merasakan kos pemilikan rumah pada masa ini adalah di luar kemampuan.

Maka kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membangunkan konsep Perumahan PR1MA yang setakat ini terdapat 2,380 unit telah diluluskan untuk dibina di seluruh Malaysia dan buat masa ini, sebanyak 75,859 unit sedang dalam proses pembinaan. Setakat ini diluluskan sebanyak lapan projek PR1MA berjumlah 9.185 juta. Walaupun sedemikian, belum lagi terdapat Projek PR1MA yang akan dibina di utara Sarawak seperti di kawasan saya, Sibuti dan Bandaraya Miri.

Begitu juga dengan projek bina baru rumah PPR di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) agar perlu dibanyakkan dan diwujudkan satu kategori kepada pemohon yang mampunya pendapatan bulanan stabil dalam anggaran RM900 ke RM1,500 layak mendapat rumah PPR dengan ditawarkan rumah PPR bernilai RM45,000 harga sekitar RM15,000 ke RM20,000 dengan bayaran minimum RM70 hingga RM150 sebulan. Bagi golongan fakir miskin, projek PPR akan diberikan dengan percuma seperti sedia ada yang bernilai RM45,000 hingga RM55,000.

Tuan Yang di-Pertua, pada pembentangan Bajet 2016 yang lepas, kerajaan telah memberi komitmen sebanyak RM70 juta melalui Bank Simpanan Nasional bagi pinjaman tanpa faedah dengan had pinjaman RM50,000 bagi tujuan pembinaan rumah panjang di Sarawak dan Sabah. Ini merupakan satu berita gembira buat masyarakat Dayak khususnya di Sarawak dan pengumuman ini disambut baik oleh rakyat. Apa menjadi persoalan masa kini, masih belum terdapat garis panduan yang jelas mengenai pinjaman tanpa faedah tersebut oleh pihak bertanggungjawab iaitu Bank Simpanan Nasional. Dimohon agar penerangan atau taklimat mengenai inisiatif kerajaan ini turun ke bawah dan difahami sendiri oleh bakal peminjam.

Saya juga memohon agar syarat-syarat yang kenakan tidak terlalu membebankan rakyat serta pinjaman tanpa faedah ini juga dibenarkan kepada pemohon yang kini sedang dalam proses membina rumah dan memerlukan tambahan dana untuk menyiapkan rumah panjang mereka. Pinjaman juga perlu diberikan kepada rumah-rumah panjang yang ingin menaik taraf rumah agar menampung pendapatan jumlah keluarga dalam sebuah rumah.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada perkara yang saya katakan tadi, apa yang penting di negeri Sarawak adalah autonomi pentadbiran.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tuan Yang di-Pertua, selain salah satu perkara yang besar, kini meniti di bibir rakyat Sarawak adalah berkenaan autonomi pentadbiran yang dibincang bersama oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak juga mengangkat agenda autonomi pentadbiran sebagai salah satu asas kepada memantapkan institusi pentadbiran kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Seperti yang kita dengar, rumah tadi, kalau ia bekerjasama dengan kerajaan negeri, autonomi diberi kepada negeri Sarawak, senanglah saluran-saluran untuk membina rumah panjang dan rumah-rumah kediaman di negeri Sarawak dengan lancar. Perdana Menteri turut memberitahu bahawa Kerajaan Persekutuan hanya akan membuka meja perunding jika rakyat memberi mandat besar kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak iaitu Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem. Setakat ini belum lagi pilihan raya negeri diadakan, inisiatif rundingan fasa pertama antara Sarawak dan Putrajaya telah membuahkan hasil. Sebanyak 13 perkara telah diterima bersama mengenai penurunan kuasa pentadbiran yang telah diperturunkan oleh Perlembagaan berdasarkan perjanjian Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, autonomi pertubuhan ini bukan cubaan Sarawak hendak keluar dari Malaysia atau membatalkan perjanjian Malaysia yang telah dimeterai oleh bapa- bapa pengasas negara Malaysia tetapi hanya menuntut hak-hak sedia ada yang telah lama tidak disemak secara teliti.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Saya yakin kebijaksanaan Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam hal ini. Tuan Yang di-Pertua, isu pendidikan terutama di sekolah-sekolah luar bandar. Dalam keadaan ekonomi dunia dan Malaysia yang kurang baik ketika ini saya masih mengharapkan komitmen kerajaan bagi perkhidmatan pendidikan terbaik akan diteruskan.

Terdapat banyak konteks pendidikan yang boleh dibincangkan bersama oleh Ahli-ahli dalam Dewan yang mulia ini bagi kepentingan anak-anak bangsa kita.

Dalam isu pendidikan, saya ingin menekankan mengenai aspek pembangunan sekolah di luar bandar di Sabah dan Sarawak dan pedalaman kerana isu ini sangat sinonim kepada rakyat khususnya di negeri yang saya katakan tadi. Begitu juga negeri-negeri di Semenanjung. Keadaan sekolah yang masih ada juga daif tetapi tidaklah seperti yang dihadapi oleh kita di negeri Sarawak dan Sabah.

Keputusan Kementerian Pendidikan menggunakan kaedah IBS bagi pembinaan sekolah amatlah saya alu-alukan walaupun sebelum ini dalam jawapan Parlimen pada beberapa tahun lepas idea untuk membina sekolah secara kaedah IBS tidak diterima pakai.

Saya berharap pihak-pihak yang bijak pandai dalam kementerian itu berbincanglah bagaimana untuk menyediakan kita di sekolah di luar bandar untuk menggunakan IBS. Baru- baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan sebanyak enam buah sekolah akan dibina melalui kaedah IBS.

Enam buah sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku, Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau, Sekolah Nanga Selangau, Sekolah Kampung Tanam, Sekolah Kalok Pusa, Betong dan Sekolah Kebangsaan Abang Man, Simunjan dengan kos kira-kira RM2 juta setiap sekolah. Saya amat yakin masalah asrama daif, kuarters guru dan sekolah-sekolah masih menggunakan struktur kayu yang usang dan diganti dengan cepat melalui kaedah IBS.

Tuan Yang di-Pertua, ini baru muka 20. Saya lagi ada 38 muka surat. Saya masih merasa pihak kementerian harus menjalankan kajian untuk mendapatkan idea-idea bagi reka bentuk sekolah yang sesuai dan murah untuk dibina bagi kawasan pedalaman Sarawak.

Konsesi dan kondisi sekolah yang sedia ada pada masa kini adalah sudah jauh ketinggalan dan masih terperangkap dalam era baru merdeka di mana rata-rata sekolah yang ada di kawasan seperti Parlimen saya dibina sekitar tahun 1960-an dan tahun 1970-an.

Pelajar Sarawak dan Sabah sehingga saat ini yang berada jauh di pedalaman masih terpaksa meredah sungai dan menaiki bot untuk ke sekolah. Ada yang duduk di belakang kereta pacuan empat roda, meredah jalan dan ada juga yang meniti jambatan gantung semata-mata untuk mendapat ilmu dan mengubah kehidupan. Mohon Tuan Yang di-Pertua, kering lagi.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Ada berapa banyak lagi?

final • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Bukan tidak mahu bagi, saya katakan banyak. Ini saya pertama kali bercakap ya. Kalau kita sudah selalu bercakap boleh ya.

Jangan kacaulah, nanti bercakaplah bila diberi.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Cakap dia tak faham.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tuan Yang di-Pertua, jika ibu bapa mereka sebelum ini menempuh keadaan yang sama mengapa kita harus membiarkan generasi baru ini menerima nasib yang serupa tanpa ada sebarang perubahan yang besar?

Tidak banyak yang dipinta agar diperbaiki sekolah dan jalan-jalan menuju ke sekolah dalam kawasan di luar bandar diturap juga.

Antara perkara-perkara yang dibangkitkan pada musim pembukaan sekolah tahun ini adalah keluhan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah asrama di luar bandar dan pedalaman, keadaan perabot, tilam asrama dan kawasan pedalaman sememangnya sangat menyedihkan. Harapan saya pihak kementerian ambil perhatian kepada perkara- perkara ini. Tidak mengapalah. Saya akan pindah dua, tiga tempat supaya mempercepatkan...

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, komitmen kerajaan untuk memantau mangsa banjir, ada satu kawasan di Sarawak iaitu bahagian Kuching, Samarahan dan Serian telah dilanda banjir akibat jumlah hujan yang turun dalam kadar yang luar biasa serta fenomena king tide berlaku pada masa yang sama. Bencana banjir tidak dapat dielakkan. Ramai mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan apabila rumah-rumah kediaman telah ditenggelami air.

Terdapat ratusan jalan perhubungan telah terputus akibat banjir ini. Walaupun bencana banjir ini tidaklah seburuk seperti di dialami rakan kita di Pantai Timur Kelantan, Kedah dan sebagainya tetapi kerosakan banjir kepada rakyat Sarawak turut memberi impak kepada mangsa. Daripada segi infrastruktur banyak rumah yang ditenggelami banjir mengalami kerosakan teruk. Begitu juga kepada para pelajar yang baru sahaja memulakan sesi persekolahan telah kehilangan peralatan sekolah.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-menteri yang bertanggungjawab telah turun padang meninjau keadaan banjir di Sarawak. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluangkan masa beliau dalam lawatan kerja ke Sarawak melawat keadaan banjir dan telah mengarahkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk mengambil tindakan segera untuk melakukan kajian terperinci mengenai bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Tindakan ini adalah sangat perlu memandangkan bahagian Kuching, Samarahan dan Serian mengalami banjir sebanyak empat kali dalam tempoh dua bulan. Saya juga berharap agar kajian ini tidak tertumpu kepada bahagian Kuching sahaja tetapi meliputi kesemua bandar utama Sarawak yang berpotensi mengalami masalah serupa.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Projek tebatan banjir Kuching yang dirancang pada tahun 2016/2017 juga perlu diberi perhatian. Kawasan seperti Hulu Baram juga turut mengalami banjir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim telah turun meninjau keadaan banjir pada tahun lepas dan alhamdulillah, kerajaan telah menyalurkan bantuan sebanyak RM500 kepada mangsa-mangsa banjir di Baram. Menurut Menteri Kerja Raya Malaysia juga memberitahu kepada media bahawa terdapat 289 kes tanah runtuh berlaku sepanjang tempoh bencana banjir menimpa Sarawak dan 18 daripada kes tanah runtuh berlaku di jalan raya persekutuan. Diharap pihak kerajaan menyegerakan proses baik pulih jalan-jalan runtuh yang memudahkan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan belia dan sukan. SUKMA Ke-18 akan berlangsung pada 22 Julai ke 31 Julai 2016. Ini merupakan penganjuran sukan nasional yang terbesar di negeri Sarawak setelah sekian lama Sarawak tidak menganjurkan upacara sukan ini. Semoga penganjuran sukan ini dapat menyentuh hati rakyat seluruh Malaysia dan menjadi harapan besar rakyat untuk melihat atlet-atlet negara dapat dilahirkan dalam upacara ini. Saya memuji inisiatif Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yang Berhormat Rembau yang mewujudkan program seperti Fit Malaysia dan Hari Sukan Negara yang saya rasa amat dekat pada golongan belia khususnya. Apa yang saya lihat kesan program ini turut mendekati rakyat secara skala yang besar dan meningkatkan setia kawan, membuka ruang untuk perkenalan antara pelbagai kaum serta menyihatkan badan.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tuan Yang di-Pertua, saya masih belum nampak lagi elemen-elemen memperkasakan belia luar bandar dan merasa program dan aktiviti sekarang lebih tertumpu pada belia urban. Saya bimbang belia-belia luar bandar sering sahaja disajikan dengan program-program bercorak hiburan masuk kampung.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini saya mendapati bakat-bakat sukan yang terdapat di Sarawak terpaksa pergi ke Semenanjung Malaysia terutama sekolah-sekolah di Bukit Jalil untuk mengasah bakat. Saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan bersama Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pendidikan dapat mempertimbangkan mewujudkan sekolah sukan berprestasi tinggi di negeri Sarawak. Terdapat beberapa buah sekolah yang boleh dinaiktarafkan kepada sekolah sukan. Dengan wujudnya sekolah sukan serta menempatkan jurulatih bertauliah, lebih banyak lagi bakat-bakat sukan di Sarawak dan Sabah yang boleh direkrut terutama di kalangan belia agar perkara ini dapat diberi perhatian penuh oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, bukan hanya Petronas melakukan tindakan sedemikian malah syarikat minyak terbesar di dunia turut melakukan perkara yang sama. Kesan tersebut dapat dilihat di Bandaraya Miri iaitu mereka akan memberhentikan sekitar 1,000 orang ke 2,000 orang kehilangan kerja dalam sektor tersebut. Bermula dari pekerja teknikal sehingga pekerja profesional akibat banyak projek berkaitan minyak diberhentikan. Ini yang kita dengar bahawa di Sarawak. Sebab itulah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak menangguhkan tuntutan beliau buat sementara waktu ini, 20 peratus disebabkan harga minyak menurun. Kita sama-samalah memikirkan kepada perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, seni dan tabiat membaca dan ICT. Saya tertarik untuk menguatkan sedikit lagi perkara yang boleh mewujudkan perpaduan negara dan rasa bangga kepada Malaysia. Kita tahu bahawa acuan seni perfileman negara masih terperangkap di era P. Ramlee yang kaya dengan jalan cerita yang menarik dan terus bakal evergreen. Memang terdapat pemain filem yang menghasilkan filem-filem berkualiti seperti Allahyarham Yasmin Ahmad yang membawa tema rakyat atau Malaysia tetapi impak kepada rakyat masih menebal. Saya merasa adalah wajar kerajaan memberi galakan kepada penggiat seni filem untuk menghasilkan filem bukan sahaja memberi impak kepada rakyat Malaysia tetapi mampu pergi jauh dan dihargai oleh negara-negara luar.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan tahap penterjemahan buku atau karya besar ke Bahasa Melayu jika dibandingkan dengan negara seperti Indonesia, India dan China, Malaysia agak jauh ketinggalan. Buku-buku terjemahan di negara tersebut sangat banyak dan memberi akses kepada rakyat membaca karya-karya yang baik dan terjemahan.

Harus difahamkan bahawa tidak semua rakyat mampu membaca karya besar dalam bahasa Inggeris. Maka keperluan terjemahan itu ada dan dengan wujudnya buku-buku terjemahan, minat membaca semakin mudah. Ya, saya percepatkan. Saya langkah banyak topik.

Tuan Yang di-Pertua, adakah negeri Sarawak bersedia menghadapi pilihan raya?

Jawapannya sangat mudah, ya dan BN akan menang pilihan raya negeri Sarawak kelak.

Adalah menjadi sedikit kebimbangan saya dan rakyat Sarawak kelak akan cubaan pihak daripada sebelah sanalah membawa isu-isu yang tidak sihat kepada negeri Sarawak yang aman, tenteram, harmoni, perpaduan...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Jangan marahlah kalau tidak diterima masuk Sarawak nanti [Ketawa] Kalau terlalu kuat- kita ada Yang Berhormat selalu bercakap di Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat daripada Bandar Kuching itu. Biar dia bercakap di sanalah.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kerajaan negeri jelas mengatakan bahawa pelaksanaan apa sahaja undang-undang itu kita mengikut undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menutup- sudah lama dia orang menunggu. Sebagai penutup, kepimpinan negara kini berdepan dengan pelbagai cabaran dari pelbagai sudut, apa sahaja cara golongan membenci ingin menjatuhkan kredibiliti kepimpinan nombor satu.

Seperti yang kita semua percaya bahawa Malaysia adalah merupakan sebuah negara demokrasi. Rakyat telah memberi tanggungjawab kepada Barisan Nasional untuk menerajui negara sekali gus memastikan segala keputusan adalah demi kebaikan rakyat bersama dan bukan untuk kepentingan individu.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Selain daripada itu juga, demokrasi di Malaysia bukan khusus untuk perjuangan individu tetapi adalah demokrasi yang dijalankan bagi membolehkan sekumpulan pendukung demokrasi seperti Barisan Nasional menjalankan mandat dan ketika ini mandat tersebut ada pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Jangan cemburu.

final • 12:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Kita tidak cemburu- derma RM2.6 bilion.

Kita hendak jawapan sahaja.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Sudah dijawab pun...

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Akhir kata, rakyat Malaysia dan anggota Dewan harus sentiasa mendoakan agar Malaysia terus mara ke hadapan mendepani cabaran yang ada sekarang. Rukun Negara harus menjadi...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Sibuti hendak habiskan ucapankah?

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Habiskan. Dah nak habis ini.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sibuti banyak masa lagi. Ada setengah jam selepas 2.30 petang...

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sibuti diberikan masa dua jam.

final • 12:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Boleh mencelah? Ada masa itu.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tunggu, tunggu dahulu.

final • 12:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tunggu?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang tidak disebut tadi boleh sebut ya.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Okey.

final • 12:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jadi kami boleh tanya soalanlah, Yang Berhormat Sibuti. Ada banyak masa lagi. Boleh?...

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Boleh. Tunggu ya, tunggu. Takut saya lupa nanti.

final • 12:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tadi Yang Berhormat Sibuti kata ini negara demokrasi, tetapi kalau Yang Berhormat Sibuti tidak ambil soalan ini tidak demokratiklah...

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tidak apa, nanti Menteri kita ada di sini jawab.

Perkara sedemikian harus boleh dihentikan. Persengketaan tersebut hanya menyusahkan rakyat. Apa yang saya hendak katakan di sini ialah kita menyanjung tinggi pemimpin-pemimpin kita yang lepas, daripada Bapak Merdeka kita kepada yang seterusnya...

[Disampuk] Saya apa boleh buatlah, tindakan-tindakan itu...

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Kalau kita lihat, kita dengar, kita perhati, kalau kita tengok kartun-kartun yang dikeluarkan di dalam surat khabar, Tun Mahathir melutut kawan-kawan yang mengatakan beliau dahulu Firaun, sekarang duduk bersama. Jadi kita berasa sedih, saya betul-betul merasa sedih kerana saya mengagung-agungkan Tun dahulu...

final • 12:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, ini langsung tidak ada relevanlah. Ini apa standard?

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

That’s what you say...

final • 12:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini hasutan.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tidak ada lah. Kita tengok ini dalam surat khabar, bukan saya. Kita baca.

final • 12:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Ini Agong tidak cakaplah. Agong tidak titah macam ini, salah ini.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bukit Katil. Sila Yang Berhormat Sibuti. Banyak masa lagi Yang Berhormat Sibuti.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Sekarang saya...

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Share masa boleh, share masa?

Bagi saya separuh dahulu.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tidak apa, saya habiskanlah supaya kamu senang hati, Yang Berhormat semua senang hati.

final • 12:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Kami hendak mencelah. Tunggu dah lama ini, satu setengah jam tunggu ini.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali...

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Berapa kali akhir ini?

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Ini akhirlah...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sibuti, kalau hendak habiskan, sehingga jam 1 ya. Jangan habis sekarang.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Lagi empat minit. Lagi empat minit.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak boleh habis sekarang.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Rukun Negara harus menjadi pegangan kita semua. Sebagai rakyat Malaysia, kita sama-sama cari makan...

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Kita sama- sama minum...

final • 12:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Macam Yang Berhormat Rompin lah. Macam Yang Berhormat Rompin lah.

final • 12:50 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:50 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Cari makan macam mana?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya sedang berurusan dengan Setiausaha Dewan tadi. Apa Yang Berhormat Sibuti sebut?

final • 12:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Cari makan [Ketawa] Kami hendak tahu definisi ‘cari makan’ itu apa dia? Kami tidak faham.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Kita sama-sama cari makan. Duduk dalam ini dapat gaji, makanlah.

[Ketawa] Adakah Yang Berhormat tidak...

final • 12:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Akan tetapi saya tidak pernah baca teks. Tuan Yang di-Pertua, saya bawa fakta, saya tidak pernah baca teks.

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Sibuti, boleh tanya? Apa kaitan Rukun Negara dengan cari makan?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, teruskan Yang Berhormat Sibuti.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Kita sama-sama senang.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, kita sama-sama cari makan...

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Kita sama-sama boleh kerja..

final • 12:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, itu bahaya, Tuan Yang di-Pertua. Dia level lain, Tuan Yang di-Pertua level lain.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kita duduk dekat sini pun cari makan.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Kalau dia orang tidak mahu terima allowance dia orang itu, jangan datang.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sudah sama-sama sudah setuju hendak dinaikkan.

final • 12:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Itu gaji, allowance, bukan cari makan. Ada beza dengan cari makan.

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, hendak cari makan dengan makan gaji lain definisi. Tuan Yang di-Pertua, kita makan gaji, bukan cari makan.

final • 12:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Takkan saya hendak bawa kamus Dewan Bahasa dekat sini?

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Cari makan dekat tengah hari nanti lah.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Akhir kata, saya sangat teruja dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah mengupas pelbagai isu semasa dan menegaskan keperluan rakyat dan kepimpinan untuk berusaha membangunkan Malaysia yang kita cintai. Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga adalah sangat menyeluruh, padat, mampat dan menarik pada masa yang sama.

Saya yakin Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menjadi panduan untuk semua dalam Dewan ini sekali gus untuk menjayakan program transformasi kerajaan dan menjadi sebuah negara berpendapatan dan berpengetahuan tinggi menjelang tahun 2020.

Sebelum saya menamatkan ucapan cadangan ini, izinkan saya meninggalkan pesan buat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Kami di Negeri Sarawak ini selalu menggunakan cogan kata, “Agi idup, agi ngelaban, oh ha”. Kita berjuang bersama-sama demi Malaysia. Sekian, terima kasih. Saya mencadangkan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [Tepuk]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Ya, Yang Berhormat Langkawi.

final • 12:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Eh, kenapa BN lagi? Ketua Pembangkanglah.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sudah lama Yang Berhormat Seputeh dalam Dewan, tidak faham peraturan Dewan.

final • 12:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

*Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Langkawi, kita sambung selepas 2.30 petang. Dewan ditempohkan sehingga jam 2.30 petang.

final • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, saya jemput Yang Berhormat Langkawi untuk mulakan perbahasan.

final • 2:30 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

*Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya di hari ini untuk menyokong Usul Junjung Kasih Ke Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 7 hari bulan semalam yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sibuti sebentar tadi.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi junjungan kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah kerana sudi berangkat menyampaikan titah ucapan di istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen Ketiga Belas semalam.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong semalam, banyak perkara yang sangat positif tentang pengurusan dan pembangunan negara telah disentuh oleh Baginda Tuanku termasuklah bab kesinambungan pentadbiran negara perlu dikekalkan demi merealisasikan matlamat negara maju, berpendapatan tinggi yang mementingkan pembangunan ekonomi dan memberi penekanan utama kepada kesejahteraan rakyat jelata.

Sukacita saya merakamkan ucapan tahniah juga di kesempatan ini kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Perdana Menteri di atas pemilihan dan pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Timbalan Perdana Menteri yang baru bagi mengukuh dan melestarikan jentera pentadbiran negara dalam mendepani pelbagai cabaran yang bukan kecil anak demi kesejahteraan negara dan rakyat jelata.

Ekonomi negara dan pelarasan semula Bajet 2016. Pertamanya, saya mohon menyentuh bab ekonomi negara dan kekangan sumber ekonomi negara yang menggerakkan kerajaan mengambil langkah proaktif membuat pelarasan semula Bajet 2016 yang telah dibentangkan pada 23 Oktober tahun yang lalu.

Ekonomi negara Malaysia dengan penduduk hampir 30 juta GDP USD338 adalah yang ketiga terbesar di Asia Tenggara selepas negara yang mempunyai penduduk yang lebih besar iaitu Indonesia 254.5 juta penduduk, GDP USD888 bilion dan Thailand penduduk sejumlah 67.2 juta dengan GDP USD40.48 bilion. Malaysia menduduki tempat yang ke-35 dari segi besarnya ekonomi dari sejumlah 189 buah negara yang berada di seluruh dunia.

Malaysia juga merupakan negara ketiga terkaya di Asia Tenggara dengan bandingan nilai pendapatan per kapita iaitu USD11,307 selepas Singapura USD56,285 dan Brunei USD40,977.

Ekonomi negara ini adalah satu yang sangat kompetitif di dunia dengan kedudukan ranking ease of doing business yang ke 18 pada tahun yang lalu di kalangan 144 negara di bawah tajaan World Bank menaik daripada nombor 20 tahun sebelumnya.

Syukur alhamdulillah, negara kita mengalami pertumbuhan ekonomi yang sangat cepat dan pantas dengan jumlah peratus inflasi yang rendah dan kadar pengangguran yang kecil. Secara bandingan pada tahun 2015, peratus pertumbuhan GDP Malaysia ialah 5 peratus berbanding hitung panjang dunia ialah 3.1 peratus. Maka ini memberi erti bahawa pertumbuhan ekonomi negara adalah lebih baik daripada hitung panjang pertumbuhan ekonomi negara-negara lain di dunia.

Sementara itu, inflasi pula dalam sekitar 3.6 peratus dan kadar pengangguran berada pada tahap yang cukup rendah, 2.1 peratus. Di samping itu, negara juga menyaksikan perkembangan ekonomi rakyat yang sangat pesat bilamana peratus kemiskinan kebangsaan berkurang daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada hanya 0.6 peratus pada tahun 2014.

Pada masa yang sama, pembahagian kekayaan negara juga menampakkan tersebar dengan agak luas bila Gini index menurun dari 0.513 pada tahun 1970 kepada 0.401 pada tahun 2014.

final • 2:32 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Hingga kini dianggarkan untuk tahun 2016, sasaran pertumbuhan ekonomi negara ialah di antara julat 4.0 peratus hingga 4.5 peratus. Ini dengan sendirinya membuktikan ekonomi negara bertambah mantap dan meningkat hari demi hari hasil daripada kecekapan kerajaan mengurus sumber kewangan negara walaupun dalam keadaan tekanan ekonomi yang menggigit. Kejatuhan harga minyak dari USD 115 per barrel tahun sebelumnya ketika harga di puncak kepada hanya USD30 hingga USD36 per barrel baru-baru ini menyebabkan pendapatan negara daripada hasil minyak juga turut berkurangan dalam julat RM9,000 juta.

Hari ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memaklumkan sebentar tadi dalam Dewan ini, minyak telah pun meningkat kepada USD40 ataupun dengan tepatnya USD40.84 pada hari ini.

Petronas sebagai badan pengurusan sumber minyak negara telah mencatatkan kejatuhan pendapatan sebanyak 53 peratus keuntungan sebelum cukai kepada hanya RM36,000 juta untuk tahun kewangan 31 Disember 2015 dan telah pun mengumumkan di akhbar akan membuang 1,000 pekerja melalui Skim VSS daripada sejumlah lebih 50,000 pekerja Petronas yang ada.

Dapatlah diambil kira daripada kenyataan di atas bahawa pada tahun sebelum ini iaitu tahun 2014 keuntungan Petronas adalah berganda lebih kurang RM76 bilion dan kini hilang hampir RM36 bilion, iaitu satu angka kehilangan pendapatan yang cukup besar bersamaan dengan pembinaan kos bagi 10 unit jambatan kedua Pulau Pinang ataupun setara dengan membina satu juta rumah PPRT yang berjumlah RM36,000 sebuah.

final • 2:32 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Bajet 2016 yang pada 23 Oktober tahun lalu dibuat dengan anggaran minyak berada pada paras harga USD48 per barrel dengan anggaran pendapatan negara sebanyak RM225.7 bilion. Dengan menetapkan dua matlamat utama iaitu pertamanya mencapai target 3.1 defisit fiskal dan keduanya mencapai 4 hingga 5 peratus pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2016.

Namun begitu, harga minyak dunia telah jatuh kepada lingkungan USD30 hingga USD36 ketika Januari sejak awal tahun dan menjejak pendapatan negara seperti yang saya nyatakan tadi 9 bilion dan ianya bergantung kepada nilai sebenar harga minyak. Keadaan ini berlaku mismatched antara bajet awal dengan berbanding dengan keadaan ekonomi semasa lalu kerajaan telah mengambil tindakan yang proaktif yang amat bijak untuk membuat pelarasan semula ke atas bajet negara agar matlamat 3.1 peratus defisit fiskal tidak tersasar.

Rakyat wajib memberikan sokongan yang padu kepada usaha kerajaan untuk memastikan defisit fiskal negara tidak meningkat memandangkan matlamat kerajaan ialah untuk mencapai bajet berimbang iaitu sifar defisit pada tahun 2020 agar menjadi kenyataan di samping mengawal peningkatan hutang negara. Dengan tercapainya bajet berimbang sifar defisit pada tahun 2020 ianya akan memberikan kesan yang sangat positif pada keseluruhan ekonomi negara dan meningkatkan penarafan kredit negara.

Sekiranya penarafan kredit turun, ia akan mengurangkan pelaburan asing ke dalam negara seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi menyebabkan kos pembinaan, perniagaan, perumahan dan pinjaman lain meningkat serta kekurangan jumlah pekerjaan kepada rakyat negara ini.

Saya nyatakan nilai penarafan kredit negara yang terkini 2015 ialah seperti berikut, Standard and Poor's - A- stable; Moody’s - A3 stable; Fitch - A- stable. Kalau dilihat dari segi credit rating bandingan di antara negara-negara lain Malaysia lebih baik daripada Thailand - BBB+ stable; Indonesia - BB+ positive; India - BBB- stable; dan Filipina - BBB+ stable. Walaupun kita jauh berbanding dengan Singapore - AAA stable dan China - AA- stable.

Ini memberi makna bahawa ekonomi negara masih di dalam keadaan yang sangat baik walaupun kejatuhan harga minyak yang teruk di pasaran dunia dan masih mampu menarik pelabur ke dalam negara. Dari trend graf, peratus defisit fiskal negara maka ternampak trend yang nyata peratus defisit ini telah dikurangkan secara berterusan sejak dari tahun...

final • 2:40 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

[Bangun]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ada dua orang Yang Berhormat bangun hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Langkawi.

final • 2:40 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Hoi, tak habis lagi ini. Ha bagi wanita- wanita.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hari Wanita.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Speaker hari ini saya banyak kali bangun semua wanita dapat.

final • 2:40 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Tak apa selepas ini...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bagan Serai wanita dulu Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 2:40 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey, terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi. Saya mendengar tadi dengan tekun semua fakta yang diberikan oleh Yang Berhormat Langkawi tadi menunjukkan bahawa keadaan ekonomi semasa masih lagi dalam keadaan yang boleh dikatakan kukuh dan ini berdasarkan kepada bukti-bukti Yang Berhormat nyatakan tadi.

Akan tetapi saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat mengapa masih ada pihak-pihak tertentu yang sentiasa menyatakan bahawa confidence level, dengan izin, tidak ada lagi terhadap kerajaan Malaysia di sebabkan ekonomi yang jatuh dan segalanya. Saya minta pendapat Yang Berhormat mengenai perkara ini daripada apa yang dinyatakan tadi memang semua ini tidak betul.

Tetapi mengapa masih ada lagi provokasi seperti ini yang membuatkan orang luar terutamanya pergi round satu dunia ini untuk menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia ini di dalam keadaan yang tidak stabil. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya rasa sebenarnya orang-orang yang tidak bertanggungjawab itu adalah merupakan rakyat Malaysia yang tidak patut berada di dalam negara ini kerana membuat fitnah ke atas faktor-faktor ekonomi dan harap mereka tidak melakukan perkara yang demikian kerana ianya akan memberikan impak yang negatif kepada pelaburan negara pada masa yang akan datang.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai bangun.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ya, Bagan Serai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Langkawi kalau penarafan antarabangsa yang tersohor yang termasyhur yang begitu teliti yang begitu terperinci seperti the big three ini Moody’s, Standard and Poor’s, Fitch rating memberikan penarafan yang tinggi yang dikatakan outlook yang stabil kepada Kerajaan Malaysia. Jadi kata-kata yang menyatakan ekonomi kita merosot, ekonomi kita kucar kacir, negara akan bankrap ini satu kata-kata yang tidak betul sebenarnya.

Ini saya rasa merupakan satu keganasan persepsi yang sedang berlaku ini betul tak Yang Berhormat Langkawi.

final • 2:40 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Ya saya rasa apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi memang betul kerana jikalau kita hendak menuduh sesuatu perkara kita perlu berdasarkan kepada fakta. Fakta itu telah pun kita terangkan bahawa negara ini ekonominya stabil di sebabkan oleh tiga the big three ini menyatakan demikian. Jadi kalau ada lagi benda yang boleh dibuat rating yang baru saya rasa bolehlah pihak demikian itu membuat pembentangan fakta mereka. Saya teruskan hujah saya.

Daripada trend graf peratus defisit fiskal negara, maka ternampak trend yang nyata peratus defisit ini telah dikurangkan secara berterusan sejak daripada tahun 2009 lagi iaitu pada tahun 2009, defisit kita -6.4 peratus. Pada 2010, defisitnya menurun kepada 5.3 peratus.

pada tahun 2011, defisit turun lagi kepada -0.47 dan seterusnya terus turun sehingga pada tahun 2015 defisit kita ialah 3.2 peratus. Insya-Allah menyasarkan pada tahun ini walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak baik, tahun 2016 negara akan mencapai defisit 3.1 peratus dan akhirnya 0 peratus disasarkan pada tahun 2020.

final • 2:40 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Dengan menyasarkan 3.1 defisit fiskal maka kerajaan perlu mengambil dua tindakan yang utama agar dapat diselaraskan dengan kejatuhan pendapatan dalam lingkungan 9 bilion setelah kejatuhan harga minyak.

Iaitu pertamanya mengurangkan perbelanjaan kerajaan, kedua menambahkan pendapatan kerajaan dari sumber-sumber yang lain. Bajet 2016 memperuntukkan sejumlah 267.2 bilion di mana 219 bilion merupakan perbelanjaan mengurus dan 52 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Pengurangan bajet sudah tentu akan memberi implikasi kepada:

(i) pekerjaan rakyat;

(ii) pendapatan rakyat; dan

(iii) pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya.

Namun begitu, kerajaan telah mengambil perkiraan yang sehabis baik dalam pelaksanaan bajet 2016 ini agar tiga perkara yang disebutkan di atas tidak mengalami gangguan yang teruk dan serius.

Kita amat bersyukur kerana tuhan masih sayangkan negara ini dan terima kasih kepada kerajaan yang tidak mengekang bajet dan tidak mengambil tindakan drastik dalam pengurangan bajet negara.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seremban bangun Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Ya, oh! Boleh selepas habis poin ini saya bagi. Kita amat bersyukur ya ini sebenarnya tuhan telah melindungi negara ini dari berlaku malapetaka ekonomi. Dengan tindakan tepat pada masanya yang diambil oleh kerajaan walaupun ianya bukanlah tindakan yang popular. Kerajaan sanggup menghadapi makian dan tohmahan daripada mereka yang tidak bertanggungjawab demi menjaga masa depan ekonomi negara agar tidak hancur dengan melaksanakan GST dan ternyata dengan tiba-tiba badai datang melanda dengan kejatuhan harga minyak yang tidak dijangka-jangka dan alhamdulillah negara mampu mengatasinya alhamdulillah terima kasih, terima kasih GST, terima kasih rakyat Malaysia yang prihatin dan syukur kepada Allah SWT jua. Bila minyak jatuh...

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Langkawi mana bagi GST. Apa dok mai membohong ini.

final • 2:40 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Ada.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena, Pokok Sena.

final • 2:40 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

GST Langkawi hampir...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Langkawi tak payah respon yang itu duduk Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Dok mai habaq kata GST ini mana Langkawi ada bagi GST.

final • 2:40 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Sabar, sabar. Sekejap lagi saya jawab bagi. Apabila minyak jatuh, kita sebenarnya diselamatkan oleh penambahan pendapatan cukai hasil daripada perusahaan GST yang memberikan pertambahan pendapatan kepada negara serampang tiga mata. Pertama, pertambahan pendapatan cukai ke atas GST berbanding dengan SST daripada RM20 bilion kepada RM38 bilion iaitu RM18 bilion pertambahan.

Kedua, penambahan pendapatan hasil mengelak cukai sebelum ini oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang berjumlah berbilion-bilion kerana ada tiga buah akaun berasingan. Ketiga, pelarian cukai dalam ekonomi gelap yang juga sangat besar jumlahnya.

Selamat lagi negara kita ini apabila mana kerajaan dengan bijaksana pada mulai Disember 2014 mengapungkan harga minyak dengan harga pasaran dunia lalu menyelamatkan bajet negara sebanyak RM24 bilion yang sudah tentu kalau diteruskan subsidi minyak maka negara akan tertekan dengan kos tambahan sehingga RM30 bilion pada tahun ini.

final • 2:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Subsidi minyak menjadi sangat besar berbanding pada masa yang lalu kerana dua faktor. Dulu dia kata subsidi boleh bagi, betullah, sikit sahaja. Harga minyak di pasaran dunia meningkat daripada USD18 setong sebelum berakhir ke satu nilai yang tinggi iaitu USD115 tahun lalu. Kedua, pertambahan kenderaan dan pertambahan penggunaan volume minyak sejak 2009 sehingga sekarang dalam negara, banyak.

Seterusnya, contoh dengan harga minyak murah pada tahun 2009, subsidi negara hanyalah RM5.5 bilion, sabar ya, tetapi ia meningkat tahun demi tahun. Tahun 2009 - RM5 bilion; tahun 2010 - RM10 bilion; tahun 2011 - RM20 bilion; tahun 2012 - RM28 bilion tetapi nasib baik ada usaha pengurangan subsidi bermula daripada itu; pada tahun 2013 - RM27 bilion; tahun 2014 - RM24 bilion; dan kini tahun 2015 hanya RM3 bilion.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Seremban bangun, Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Baik, sila.

final • 2:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Tadi Yang Berhormat Langkawi mengatakan bahawa mengucapkan terima kasih kepada GST. GST telah menyelamatkan negara dan semakan bajet tidak memberikan kesan kepada rakyat. Akan tetapi saya mengatakan kerajaan Barisan Nasional tidak ikhlas dan jujur. Semasa pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam semakan bajet, mengatakan bahawa biasiswa JPA kepada pelajar-pelajar cemerlang tidak ditarik balik walaupun 744 orang pelajar cemerlang SPM 2013 yang mendapat bursary JPA yang sepatutnya dihantar ke luar negara tahun ini, ditarik balik.

Dia tidak pergi ke luar negara tetapi duduk dalam universiti tempatan. Itu telah diumumkan tetapi sekarang ini ada satu perubahan dasar. Ini bukan lagi biasiswa, ditukar kepada pinjaman. Pelajar-pelajar cemerlang ini yang telah dijanjikan bursary ini, sekarang ini ditukar kepada pinjaman. Kalau bekerja dengan GLC pun kena bayar balik, bukan lagi biasiswa. Saya hendak tanya, bukankah ini satu kesan dan bukankah kerajaan mengorbankan modal insan negara kita yang cemerlang? 744 ini.

Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Langkawi, adakah bersetuju dengan saya bahawa Yang Berhormat Langkawi untuk meminta supaya kerajaan tidak mengubah dasar ini. Mengekalkan bahawa sekurang-kurangnya 744 orang pelajar cemerlang ini yang telah dijanjikan bursary ini tetap diberikan biasiswa penuh dan bukannya pinjaman seperti yang telah diumumkan sekarang ini kepada pelajar-pelajar ini.

Ramai pelajar yang tunggu dan ramai pelajar di atas ini dengar bahawa apakah tindakan daripada kerajaan...

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ringkaskan Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

...Bahawa apa yang dijanjikan itu mesti ditepati dan tidak ditukar kepada pinjaman.

final • 2:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Faham, faham. Okey, saya rasa perkara itu patut diberi pihak kementerian untuk menjawabnya kerana ia melibatkan- betul, saya...

final • 2:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya hendak tanya pandangan.

final • 2:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ini hendak berbahas kah apa ini?

final • 2:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Langkawi adakah...

final • 2:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Soalan, soalan.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Ini apa sibuk ini? Duduk lah.

final • 2:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Baik, baik, baik. Sabar, sabar.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Langkawi.

final • 2:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Kalau you tanya pendapat saya, secara peribadi saya berharap kerajaan juga boleh mengkaji semula keadaan ini kerana kita sangat- sangat perlukan kepada pelajar-pelajar untuk dihantar, untuk membuat ijazah mereka seperti yang dijanjikan. Saya bersetuju dengan pendapat saudara supaya pelajar ini diberi peluang semula untuk meneruskan pelajaran mereka. Saya teruskan ucapan saya.

Pelarasan bajet tahun ini menampakkan penekanan kerajaan untuk memberi ruang nafas kepada rakyat dan juga kelegaan kepada pengurusan kewangan negara dengan pelancaran 11 perkara yang disebut dalam rancangan pelarasan bajet tersebut. Antara yang sangat menarik ialah:

(i) special tax relief RM2000 untuk pembayar cukai;

(ii) mengurangkan kos keperluan asas;

(iii) meningkat pemilikan rumah untuk golongan B40; dan

(iv) penambahbaikan pendapatan dan RM5 bilion untuk projek rakyat dengan fokus kepada high impact, low import project.

Agenda mengurangkan kos keperluan asas sangatlah membantu rakyat pendapatan rendah yang mana inisiatif-inisiatif di bawah diberi penekanan iaitu:

(i) mewujudkan my farm outlet direct selling untuk hasil pertanian;

(ii) menambahkan jumlah kedai harga patut, fair price shop kepada 1,000 unit;

(iii) inisiatif RM50 pada tiap-tiap tan padi bagi pesawah;

(iv) MyBeras Programme untuk keluarga eKasih miskin tegar 20 kilogram setiap bulan; dan

(v) penguasaan pengambilan untung berlebihan.

Pada awal Januari 2016, sebelum YAB PM mengumumkan tindakan pelarasan Bajet 2016, rakyat rasa sangat bimbang pelarasan bajet akan menyebabkan pemotongan Bajet 2016 yang besar tetapi ternyata ketakutan itu berakhir apabila pada 28 Januari bulan yang lalu YAB PM mengumumkan pelarasan bajet yang sangat menekankan kepada kebajikan rakyat jelata.

Kejatuhan nilai wang Ringgit Malaysia. Sejak tahun lalu, Tuan Yang di-Pertua, rakyat negara ini telah dikejutkan dengan kejatuhan wang RM berbanding USD.

Sesungguhnya Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Wahid Omar menyatakan kejatuhan mata wang ini disebabkan oleh tiga plus one - Ai, macam syampu lah kan? Yang pertama, kenaikan faedah di Amerika. Yang kedua, kelembapan ekonomi dunia. Ketiga, kejatuhan harga minyak. Keempat, isu sensitif, negatif di dalam negara.

Kenaikan faedah di Amerika Syarikat menyebabkan sebanyak 150 buah negara di dunia mengalami kejatuhan nilai mata wang mereka berbanding Amerika. Apabila capital outflow dari negara-negara ini dibawa ke US, mengambil peluang daripada kenaikan kadar faedah oleh Amerika. Contohnya kejatuhan wang berbanding USD sejak September 2014 ialah seperti di bawah:

NegaraPeratusan (%)
Malaysia-26
Norway-26
Brazil-28
Columbia-40
Rusia-45

Akan tetapi ada juga kejatuhannya lebih kecil daripada Malaysia tetapi tidaklah kecil mana. Algeria, -25 peratus; Australia 24 peratus; New Zealand -23 peratus; South Africa -90 peratus; dan lain-lainnya.

final • 2:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Ini memberi makna bukanlah Malaysia sahaja di dunia ini mengalami kejatuhan mata wang sejak hujung 2014 tetapi banyak lagi negara yang hebat yang mengalami nasib yang sama lantaran polisi kewangan yang dilakukan oleh mereka.

final • 2:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Langkawi, hendak tanya sikit. Sikit sahaja.

final • 2:50 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

[Bangun] Yang Berhormat Langkawi.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat?

final • 2:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Yang Berhormat Sepang sat. Hendak habis dah. Bagi habis dah ini, okey, saya bagi.

final • 2:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, terima kasih.

final • 2:50 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Langkawi, tentang mata wang. Boleh?

final • 2:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Nanti, bagi habis ini kalau tidak, tak habis.

Kedua, disebabkan oleh kelembapan ekonomi dunia, contohnya penguncupan satu peratus daripada ekonomi China akan mengakibatkan penguncupan 0.4 peratus ekonomi negara Malaysia. Oleh sebab banyak negara dunia yang berdagang terus dengan China, yang juga mereka turut berdagang dengan Malaysia. Yang ini saya dapat daripada ucapan Perdana Menteri dan EPU. Daripada data National Bureau of Statistic of China, economy growth of China telah menurun daripada tahun 2010 - 10 peratus kepada tujuh peratus pada tahun 2015. Jadi, sudah tentunya memberi impak yang negatif juga kepada pertumbuhan ekonomi negara Malaysia.

final • 2:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Ketiga, disebabkan oleh kejatuhan harga minyak ekonomi negara sangat berkait rapat dengan harga minyak. Sejak tahun 2009, sejumlah 40 peratus daripada pendapatan negara bergantung kepada minyak, banyak itu 40 peratus. Namun begitu, jumlah peratus telah berkurang pada tahun yang lalu hanya 21 peratus. Oleh sebab itu, kenaikan dan kejatuhan harga minyak sangat memberi kesan kepada pendapatan negara. Lalu memberi impak yang cukup erat antara nilai mata wang Ringgit dengan kejatuhan minyak. Apabila kita plot graf harga minyak dan nilai Ringgit terhadap USD yang memberi paten yang selari dan sekata mengikut masa antara keduanya.

final • 3:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Langkawi.

final • 3:00 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Iaitu bila minyak jatuh, Ringgit Malaysia jatuh. Bilamana minyak naik, ringgit turut mengukuh. Oh! Ya, okey sila.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Sepang.

final • 3:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada sahabat saya daripada Langkawi. Yang Berhormat Langkawi, tadi Yang Berhormat Langkawi menyatakan ada tiga faktor luaran dan satu faktor dalaman, three plus one tadi yang menyebabkan kenaikan dan penurunan mata wang negara. Okey, yang tiga itu mungkin di luar kawalan kita tetapi yang satu ini, yang faktor dalaman ini sudah tentu dalam kawalan kita dan semua orang sudah tahu antaranya confidence level kepada negara kita ini begitu rendah. Antaranya punca kerana 1MDB, kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi kenapakah faktor-faktor yang dalaman yang di dalam control kita, kita tidak berbuat sesuatu untuk memastikan mata wang kita ini boleh naik semula?

Jadi saya harap, kita jangan gunakan alasan bahawa negara-negara lain pun jatuh.

Ini ucapan Pak Pandir- Pak Pandir bila anak-anak dia mati, dia punya hujah, “Anak orang lain pun mati juga”. Janganlah tiru Pak Pandir. Pak Pandir kah?

final • 3:00 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

[Bangun]

final • 3:00 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Okey, terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Langkawi.

final • 3:00 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Saya...

final • 3:00 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Langkawi, satu?

final • 3:00 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Ya.

final • 3:00 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Langkawi, saya hanya hendak menambah kepada mata wang ini.

Pada bulan November 2015 dan Januari 2016. There were attempts untuk menurunkan mata wang kita against US Dollar but that one failed. Ini kerana seperti yang Yang Berhormat Langkawi beritahu tentang faktor-faktor interest rate di US tidak naik, harga minyak sudah stabilize. Akan tetapi saya hendak beritahu pada bulan Februari 2016, Malaysia currency is the best performing currency in Asia. Contohnya kita naik 4 peratus against US Dollar; Singapore 1.38 peratus sahaja; Thai Bhat 1.26 peratus; Chinese Yuan 0.8 peratus; South Korea -2.95 peratus; dan Taiwanese Dollar -0.82 peratus.

final • 3:00 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Okey, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat dan sila masuk dalam ucapan saya [Ketawa] Yang Berhormat Sepang jangan, Yang Berhormat Sepang jangan. Nantilah Yang Berhormat Sepang ya, saya hendak masuk ke jawapan kepada Yang Berhormat Sepang sekejap lagi ya.

Disebabkan oleh kejatuhan harga minyak okey, namun begitu kita rasa bersyukur mulai hujung tahun 2015 harga minyak telah kembali naik setelah mencecah harga paling murah lebih kurang USD30 per barrel pada Februari tahun ini dan kini meningkat kepada pagi tadi USD40.84 per barrel. Kenaikan harga minyak dari 30 kepada 40 ini menyebabkan nilai wang ringgit juga turut mengukuh. Daripada 4.3 kepada 4.06. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato Seri Najib maklumkan mengikut kajian EPU menggunakan nilai per unit iaitu setiap USD1 harga minyak meningkat di dunia, ia akan memberi penambahan sebanyak RM460 juta kepada pendapatan negara. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan kita akan merasa selesa sekiranya minyak berlegar dalam julat USD40 walaupun pada asalnya bajet diletakkan dengan nilai USD48.

Faktor seterusnya yang keempat, faktor ini iaitu masalah isu negatif dalam negara menyebabkan ramai investor yang berhati-hati dan menarik diri daripada melabur ke dalam negara ini. Ini sudah tentu memberi kesan negatif ke atas ekonomi dan nilai mata wang Malaysia. Kita berharap agar semua pihak dapat mengurangkan untuk memainkan isu negatif yang boleh menjejaskan ekonomi negara yang akhirnya terpalit kepada kita sebagai rakyat.

Ini selaras dengan titah Tuanku semalam yang mahu politik sempit dikurangkan, yang sudah membuatkan rakyat merasa sangat letih pada ketika ini.

Empat, pelaksanaan GST dan kajian penambahan senarai sifar GST. Adalah tidak munasabah bagi mana-mana negara untuk menghapuskan cukai GST atau mana-mana cukai kerana ia merupakan sumber pendapatan utama untuk sesebuah negara. Akan tetapi sangat bertepatan sekali bila kerajaan mahu melihat tentang apakah barang-barang keperluan asas yang boleh ditambahkan lagi dalam senarai GST sifar ataupun free GST. Ini bersesuaian dengan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam yang memuji pihak kerajaan yang menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani kenaikan kos sara hidup serta menambah barangan dalam senarai GST sifar. Ini adalah jalan tengah yang sangat hebat iaitu yang pertamanya meningkatkan pendapatan negara dan yang keduanya, meringankan beban penduduk kurang mampu B40 dan M40 untuk membeli barang keperluan harian mereka.

Buat masa ini telah terdapat banyak barangan GST sifar di pasaran. Contohnya barang-barang basah seperti keperluan harian tetapi rakyat berpendapat ia masih tidak mencukupi. Oleh itu, amatlah baik sekiranya kerajaan boleh menyenaraikan barang keperluan masyarakat terutamanya untuk golongan B40 dan melebarkan lagi senarai barang untuk dihapuskan GST atau GST sifar bagi semua barang tersebut. Contohnya terdapat 30 kategori barang dan 19 kategori perkhidmatan yang tiada GST ataupun GST sifar yang telah diluluskan sebelum ini. Sila lihat website Kastam Malaysia.

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Langkawi semua?

final • 3:00 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Langkawi bukan semua. Langkawi 99 peratus, ada juga yang kena GST [Ketawa] Kena belajar Langkawi. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Tuan Yang di-Pertua, saya- sorry, minta maaf. Akan naik pangkat itu, 44 kali saya panggil Tan Sri, naik pangkat itu.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Baru sekali Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

[Ketawa] Saya bersetuju bilamana kerajaan berhasrat untuk melebarkan senarai barangan dan perkhidmatan di bawah GST kosong atau free GST berbanding dengan cadangan mengurangkan nilai GST dari enam peratus ke tiga peratus untuk memberi kesan kepada pelanggan dan rakyat seperti mana yang ada yang mencadangkannya. Ini kerana tiada jaminan mengurangkan GST akan menyebabkan barangan dan perkhidmatan di pasaran akan menurun kerana harga barang dikawal oleh peniaga dan persatuan yang rakus dan tamak untuk mendapat keuntungan besar dan berlipat kali ganda. Ini terbukti, format yang sama telah berlaku dengan harga minyak yang mana bila minyak naik, harga barang pun naik. Akan tetapi bila minyak turun, harga barang tidak turun-turun, yang turun hanyalah hujan dan air mata. Sekali gus menghapuskan penyebaran...

final • 3:00 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Dia macam skrip pembangkang.

final • 3:00 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Teori Yang Berhormat Pandan, minta maaf, Yang Berhormat Pandan tidak ada ya. Yang sebelum ini mengatakan bahawa kalau harga minyak turun, barang turun. Teori itu salah, minta diperbetulkan. Kita sebenarnya telah berpijak di bumi yang nyata, “mendengar guruh di langit air tempayan jangan dicurahkan”, “langit yang mendung tidak semestinya akan hujan”.

Seterusnya saya memohon KPDNKK perbanyakan pegawai pemantau dan penguat kuasa dan penyenaraian penggunaan sistem IT mobile computer sepenuhnya untuk memantapkan pengawasan ke atas peniaga yang mengambil keuntungan berlebihan dan melanggar undang-undang negara.

final • 3:00 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Ini sudah tentu akan dapat mengurangkan dengan drastik kenaikan harga barang yang tidak munasabah untuk rakyat jelata.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Minta pencelahan.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Langkawi, saya punya soalan tidak jawab lagilah.

final • 3:10 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Hujung, hujung, hujung sahaja. Bagi sat ya, sekejap.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar.

final • 3:10 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Sabar, sabar. Yang Berhormat Kapar, hujung-hujung.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Okey.

final • 3:10 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Perumahan untuk rakyat. Dalam bab 21, Titah Duli Yang Mulia Tuanku telah memaklumkan bahawa kerajaan mencapai 50 peratus harga satu juta rumah 2013-2018 telah pun siap dan dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Tahniah kita ucapkan ke atas kesungguhan kerajaan melaksanakan janji bagi memberikan kesejahteraan kepada rakyat jelata. Rata-rata hari ini kita mendengar keluhan rakyat mengenai rumah dan binakan rumah untuk rakyat yang menjadi sebagai satu isu utama negara. Isunya ialah harga rumah yang terlalu mahal sehingga di luar kemampuan jangkauan untuk membina dan kita selalu mendengar ungkapan rakyat yang berbunyi, “Bukan rumah mampu milik tetapi hanya mampu tengok.”

final • 3:10 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Kita bersyukur kerana dalam pelaksanaan Bajet 2016, kerajaan mengambil kira keluhan rakyat ini, pelarasan Bajet 2016 telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah yang pertama.

Selain itu, nombor satu semua projek perumahan baru yang berharga RM300,000 ke bawah hanyalah diperuntukkan untuk rumah pertama sahaja berkuat kuasa serta-merta.

Dengan cara ini akan mengekang tekanan harga rumah yang disebabkan oleh spekulator yang mengambil keuntungan atas penjualan rumah, menjadikan rumah sebagai barang jualan untuk mendapatkan keuntungan yang cepat dan banyak sedangkan ia asas keperluan utama untuk kehidupan rakyat yang patut dilindungi oleh kerajaan. Ini bergantung pada supply and demand yang tidak sekata yang dicipta secara artificial oleh spekulator mencari keuntungan dalam pasaran. Dengan cara ini kegiatan spekulator rumah untuk rakyat di takluk secara automatik terhapus.

Kedua, kerajaan akan melaksanakan Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu yang akan menyediakan 100,000 buah rumah di bawah program bersama jabatan dan GLC iaitu JPM, PR1MA, SPNB, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Ini sudah tentu akan memberikan peluang kepada rakyat yang memerlukan rumah mendapat maklumat yang tepat dan tempat untuk mendapatkan rumah yang mudah, mengharapkan kerajaan wajib mengadakan program ini di setiap program ini dan bukan hanya pada tahun ini tetapi setiap tahun, semoga memberikan peluang lebih besar kepada rakyat untuk memiliki rumah yang lebih baik.

Untuk rumah RM35,000 ke bawah, skim Projek Perumahan Rakyat (PPR), kerajaan akan menawarkan pakej kewangan 4 peratus interest melalui BSN dan Bank Rakyat. Ini akan memberi faedah kepada lebih 10,000 pemilik rumah dan kita sangat menyokong tindakan ini.

Ini adalah tindakan yang tepat pada masa dan sangat proaktif oleh kerajaan di dalam menentukan ekonomi terus mantap dan dalam keadaan kegawatan ekonomi dunia ketika ini.

Pakej kewangan 4 peratus yang ditawarkan adalah sesungguhnya berita gembira kepada rakyat di mana housing loans atau pinjaman perumahan sangat sukar diperoleh sekarang ini. Saya berharap kerajaan juga akan melebarkan insentif 4 peratus ini bukan hanya pada B40 tetapi sepatutnya dilebarkan kepada M40 supaya lebih ramai lagi rakyat Malaysia mampu memiliki rumah dengan bayaran bulanan yang mudah kerana faedahnya murah 4 peratus. Ini amatlah penting kerana didapati kini bertambah banyak permohonan oleh pembeli rumah dalam kategori ini ditolak oleh bank.

Kenaikan kos sara hidup dan harga barang. Kos sara hidup di mana-mana negara di dunia ini akan meningkat setiap tahun selaras dengan sistem ekonomi yang diguna pakai di seluruh dunia dan kemerosotan nilai wang setiap tahun yang dipanggil distraught of money. Ia akan mengikut trend dan kejatuhan nilai mata wang boleh dianggarkan menggunakan formula future value of money, FV x (1+ percent of interest x number of years). Cuma yang menjadi masalahnya ialah kelajuan kenaikan kos sara hidup tidak pula setara dengan kelajuan pendapatan rakyat yang agak terkebelakang.

Walaupun mantan Perdana Menteri dahulu tidak gemar untuk menaikkan gaji rakyat semasa pemerintahan beliau kerana katanya ia akan menyebabkan harga barangan kita menjadi mahal tetapi secara jangka panjang akibatnya kita akan tertinggal jauh berbanding negara lain dari segi pendapatan per kapita rakyat dan sudah tentu akan melambatkan untuk negara ini mencapai matlamat menjadi negara maju di mana negara maju telah disasarkan oleh kerajaan untuk pendapatan per kapita USD15,000 pada tahun 2020.

Maka, agenda kerajaan pada hari ini dengan menyasarkan agar pendapatan rakyat bertambah tinggi setiap tahun adalah amat wajar dan sesuai dan patut diberikan sokongan.

Per kapita negara ternyata telah meningkat dengan laju berbanding 25 tahun yang lalu di mana GNI per kapita ialah pada tahun 2010 USD86,000 dan pada tahun 2015 dijangka USD10.1 dan insya-Allah dijangka pada tahun 2020, USD15,690. Dalam usaha hebat meningkatkan pendapatan GDP negara mahu meningkatkan per kapita negara, kerajaan wajib tidak lupa agar cara penyebaran kekayaan negara disamaratakan di seluruh negara dan jangan hanya tertumpu di Ibu Negara Kuala Lumpur sahaja.

Ini membawa maksud gini indeks negara walaupun bertambah baik sejak dahulu 0.5 kepada 0.4, kerajaan patut terus berusaha mengurangkan Gini indeks ini ke satu paras yang lebih baik, katakan 0.3 yang akan membawa erti kekayaan negara boleh dinikmati oleh lebih ramai rakyat di seluruh pelosok tanah air.

final • 3:10 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Kenaikan kos sara hidup dan kos barang adalah fenomena biasa bagi semua negara di dunia tetapi sepatutnya diimbangi dengan kadar kenaikan yang setara dari segi pendapatan. Namun begitu kalau diambil kenaikan harga dan kos sara hidup lebih 30 tahun yang lalu, ia lebih besar daripada kenaikan pendapatan bagi rakyat negara ini. Oleh itu, kita sangat menyokong penuh usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan menambahkan pendapatan boleh guna rakyat setiap bulan.

Kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh banyak faktor seperti keadaan cuaca. Kalau ribut taufan, harga ikan akan naik. Perayaan, apabila datang perayaan harga naik dan ketamakan pihak peniaga yang mahu untung cepat dan untung besar dalam masa yang singkat. Ada sesetengah barangan terdapat kartel persatuan yang menetapkan harga sedangkan rakyat sebagai pembeli tiada pilihan untuk mendapat barangan dengan harga yang murah.

Sepatutnya harga barangan ditentukan oleh supply and demand, willing buyer dan willing seller mengikut market forces ternyata apabila wujud rangkaian kartel persatuan peniaga, hukum ekonomi market forces biasa telah dicemari dengan ayat forcing the market to buy at whatever price they sell. Harga bukan lagi ditentukan oleh market forces dan environment perniagaan yang ideal tetapi harga ditetapkan oleh pihak peniaga. Sudah sampai masanya kerajaan menggunakan semua jentera undang-undang yang ada untuk memecah tembok kartel ini dan memberikan manfaat kepada pengguna dapat membeli barangan keperluan dengan harga yang berpatutan dan murah.

Terdapat beberapa cara yang boleh kerajaan lakukan. Pertama, dengan mewujudkan rangkaian khas menghapuskan orang tengah yang banyak level. Lagi banyak level orang tengah, lagi mahal jadinya barangan itu. Lagi panjang rangkaian perniagaan bermula dari kilang kepada pelanggan, maka lagi mahallah jadinya barang dan perkhidmatan.

Contohnya level satu, kilang dan importer; level dua, wholesaler; level tiga, distributor; level empat, retailer; dan level lima barulah sampai kepada pelanggan.

final • 3:10 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Setiap level akan menyebabkan kos dan harga barang dan perkhidmatan meningkat kerana handling cost yang berlapis-lapis mengambil untung di setiap level lalu meningkatkan kos barangan atau perkhidmatan secara tidak patut. Oleh itu, dengan tertubuhnya Jawatankuasa Khas Mengenai Kos Sara Hidup, saya berharap kerajaan dapat melihat tentang bagaimana menghapuskan kegiatan orang tengah semaksimum mungkin.

Langkah pertama ialah mungkin memansuhkan beberapa level rantaian dari 5 kepada 3. Contohnya, level satu kilang ataupun importer, level dua terus kepada retailer, level tiga terus kepada pembeli. Dengan cara ini, 5 level dapat dikurangkan menjadi 3 untuk sampai ke pelanggan dari kilang dan sudah tentu harga menjadi lebih murah kerana menghapuskan banyak kos pengangkutan dan pengurusan dan pengambilan untung oleh setiap level. Tindakan kerajaan mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia adalah menuju ke arah hasrat ini iaitu mengurangkan kebergantungan orang tengah. KR1M wajib diperbanyakkan dan diperluaskan ke seluruh negara dengan cepat dan segera. Mungkin bukan hanya dibuka kepada Mydin tapi ia harus diberi peluang kepada syarikat yang lain agar berlaku persaingan sihat untuk kebaikan rakyat dan pengguna.

Saya sebagai pengerusi KTMB juga sanggup membantu kerajaan bagi menyediakan pengangkutan murah menggunakan gerabak kereta api dan membuka gudang-gudang utama di stesen utama dalam setiap negeri bagi membantu kerajaan mewujudkan bantuan rantaian barangan yang harga murah dan berpatutan.

Cara kedua, pada zaman dunia wireless internet broadband, semua masyarakat didedahkan dengan penggunaan Mobile Apps menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Bagi membantu rakyat berbelanja barang keperluan dengan harga murah, kerajaan dicadangkan untuk memperbanyakkan syarikat pembelian melalui talian menggunakan Mobile Apps. Ini sudah tentu akan mengurangkan kos perkhidmatan dan barangan dan dapat mengurangkan lagi kebergantungan kepada orang tengah, di mana hanya memerlukan dua level sahaja dalam rancangan jualan iaitu level pertama barang dari kilang ataupun import dan level kedua jualan terus kepada pelanggan melalui Mobile Apps.

final • 3:20 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Saya dapati, kini terdapat banyak syarikat yang berinovasi untuk jualan dalam talian yang menguntungkan pengguna. Bila ia dapat membeli dengan harga yang jauh lebih murah dan dapat mengurangkan kos bila membeli di pasaran raya maya berbanding dengan membeli di pasar raya sebenar. Contoh syarikat yang ada seperti ZALORA, LAZADA, MYSALE, IPMART, Lelong.Com, agrobazaar dan lain-lain lagi. AliBaba China punya ?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Okey. Kerajaan...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terganggu ya?

final • 3:20 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Terganggu. Kerajaan wajib menggalakkan pewujudan lebih banyak syarikat atas talian yang besar dan berwibawa dengan memberi insentif galakan lalu boleh menembak tiga burung dengan satu peluru.

Satu, mengurangkan kos barang dan perkhidmatan. ‘Burung’ yang pertama.

‘Burung’ yang kedua, membantu golongan B40, M40 mempunyai lebihan pendapatan bulanan dan burung ketiga meningkatkan jumlah usahawan negara. Inilah sebenarnya, Yang Berhormat Datuk Menteri Ahmad Maslan ingin sampaikan iaitu buat dua kerja dalam kehidupan sekarang bagi mendapat lebih pendapatan dan mengurangkan masalah kekangan kos sara hidup. Satu kerja di alam nyata, satu kerja lagi di alam maya. Satu kerja di siang hari, satu kerja di waktu lapang.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sekarang orang sibuk buat kerjalah bukan kerja dua kali.

final • 3:20 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Hendak gulunglah ini. Cuma saya hendak masuk sikit Tuan Yang di-Pertua tentang pelancongan dan teknologi hijau. Ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah mengisytiharkan Langkawi sebagai pulau low carbon 2030 pada tahun lalu. Sebagai sebuah pulau pelancongan adalah amat sesuai Langkawi dipilih sebagai pulau untuk melaksanakan agenda kerajaan, sesuai dengan janji kerajaan di Copenhagen untuk menurunkan karbon dioksida sebanyak 40 peratus berbanding level 205 menjelang 2020.

Teknologi hijau sudah tentu akan merancakkan lagi pembangunan pelancongan Langkawi yang sebelum ini berpaksi kepada alam semula jadi dan geopark. Pertambahan teknologi hijau dalam alam sekitar Langkawi akan memberi nilai tambahan pelancongan dan dua asas tiang utama boleh dijadikan paksi pembangunan pelancongan iaitu satu geotourism melalui geopark. Kedua, ecotourism melalui agenda teknologi hijau.

Saya mengharapkan tindakan dan inisiatif yang kemas dan besar dilaksanakan di Langkawi. Seperti yang pertamanya, pengurusan sampah yang lebih sistematik. Kedua, kebersihan pulau dan akan meningkatkan alam sekitar. Ketiga, penggunaan tenaga solar lebih 100 megawatt. Keempat, memastikan kesemua kenderaan di Langkawi ditukarkan daripada petrol kepada elektrik ataupun fuel cell pada tahun 2030. Kelima, membina bangunan dan rumah-rumah yang mengikut garisan panduan teknologi hijau. Keenam, mengadakan program kesedaran atau awareness kepada masyarakat.

Sudah tentu akan meningkatkan jumlah pelancong datang ke Langkawi daripada sekarang ini 3.6 juta kepada 5 juta dalam sikit masa lagi. Tiga perkara yang ditekankan oleh kerajaan dalam pembangunan hijau iaitu yang pertama gaya hidup hijau. Bukan hijau sebelah sana itu. Reduce, reuse, recycle- 3R. Green Learning pembelajaran hijau. Saya juga amat berterima kasih bila kerajaan mengadakan direct flight dari Guangzhou ke China empat kali seminggu dan selepas ini akan mengadakan Shanghai ke Langkawi, Hong Kong ke Langkawi dan juga Jakarta ke Langkawi. Sudah tentu penambahan pelancong akan bertambah tinggi.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua tentang pengangkutan awam. Pengangkutan awam ini saya hendak sajak sedikit Tuan Yang di-Pertua. Akhir-akhir ini kereta api telah menunjukkan prestasi yang cukup baik. Kita ada ETS- electric train service daripada Gemas ke utara. Dulunya hanya ada beberapa servis sekarang 36 servis sehari dengan penumpang yang banyak dan saya rasa kita semua patut menaiki kereta api kerana ia lebih selamat.

Tambahan pula, KTMB memberi tiket percuma kepada semua wakil rakyat yang ada ini termasuk dengan pembangkang. Satu tiket campur dengan satu lagi pembantu atau isteri.

Siapa yang belum dapat tolong bagi tahu saya. Saya bagi, boleh naik beberapa puluh kali tidak apa dalam setahun kah, sebulan percuma.

final • 3:20 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Pasal apa saya minta ‘tuan-tuan’ naik kereta api kerana kalau naik kereta selalu accident, kalau naik bus driver- lambat trip mengantuk kena air ketum satu botol masuk gaung. Kalau naik kapal terbang bimbang juga hilang di udara tidak jumpa-jumpa. Kalau naik lori, silap hari bulan takut terhempap tidak jumpa tiga hari. Akan tetapi, kalau ‘tuan-tuan’ naik train, insya-Allah selamat dan sampai kecuali kalau ada orang yang hendak bunuh diri lompat atas track kereta api.

Sekian saya mohon menyokong ucapan usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sibuti. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih, Yang Berhormat, saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan saya peluang*. Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang terang dan yang tersembunyi dalam hati-hati manusia. Salam Selawat kepada junjungan Rasullah SAW dan kekasih Allah, Nabi Muhammad dan menjadi teladan membawa rahmat ke seluruh alam.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya bermula ucapan ini dengan satu peringatan untuk diri saya dan semua yang hadir dalam Dewan yang Mulia ini tentang kemuliaan seperti mana Allah berfirman dalam Surah Al-Fatir. Mafhumnya, “Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah, kerana bagi Allah, segala jualah segala kemuliaan...”

final • 3:29 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

*“Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan dalam kira-kira balasan) dan amal yang soleh pula diangkatkan naik

(sebagai amal yang makbul yang memberikan kemuliaan kepada siapa yang melakukannya).

Dan sebaliknya, orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.”* Surah Fatir, Ayat ke-10.

Terlebih dahulu saya melafazkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayat-Nya, saya selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang dengan penuh tanggungjawab berdiri di sini untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ketiga Belas, tahun 2016.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kesempatan dan peluang pada saya untuk membahaskan usul tersebut. Pada kesempatan ini juga, saya menyarankan usaha kerajaan diteruskan untuk mencari dan menyiasat sepenuhnya tragedi MH370 dan MH17 yang menyambut penuh sedih ulang tahun kedua tahun hari ini.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang dimuliakan, Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong dipetik. “Di dalam negara demokrasi berperlembagaan, kita boleh berlainan pandangan, raikan ruang tersebut, namun bukan saling menjatuhkan, bermusuhan dan fitnah memfitnah yang akhirnya menjerumus negara kepada kehancuran. Elakkan juga daripada memburukkan negara di mata masyarakat antarabangsa” adalah satu nasihat yang cukup bermakna untuk mana-mana pihak.

Kami juga berterima kasih kerana memang sepatutnya wakil-wakil rakyat yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk berpolitik dalam sistem demokrasi berparlimen juga mahu politik sempit berubah menjadi politik luas. Luas dengan memperkukuhkan amalan demokrasi seperti pilihan raya bebas, institusi-institusi kenegaraan bebas, media bebas, sistem Parlimen ditambahbaikkan agar ruang demokrasi tulen dapat kita raikan bersama.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Sudah pasti sebagai payung kepada semua warganegara, saranan itu kami sambut kerana rakyat juga mahukan budaya bermusuhan dan fitnah-memfitnah ini tidak terjadi.

Justeru itu, adalah menjadi satu keperluan utama untuk meredakan badai syak wasangka fitnah mengenai ribut 1MDB. Kami menjunjung kasih agar Tuanku akan memperkenankan ditubuhkan segera satu Suruhanjaya Siasatan Diraja dengan mandat seluasnya untuk menyiasat isu 1MDB termasuk isu anak syarikat ketika itu, SRC International yang dikatakan terlibat dalam pemberian sumbangan bersama derma kerajaan asing ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri untuk tujuan mempengaruhi Pilihanraya Umum Ketiga Belas. Kami yakin pihak kerajaan juga sedia menyambut Titah Tuanku agar fitnah-memfitnah dapat dihentikan dengan penubuhan suruhanjaya tersebut.

Begitu juga kami menyambut baik Titah Tuanku agar elakkan juga daripada memburukkan negara di mata masyarakat antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, justeru itu, adalah amat membantu jika Perdana Menteri menyaman pihak media antarabangsa yang dikatakan terus memburukkan nama Perdana Menteri dan sekali gus kerajaan dan negara sehingga wujudnya siasatan di enam buah negara- bukan satu Tuan Yang di-Pertua, enam buah negara asing- mengenai 1MDB dengan menyaman Wall Street Journal di mahkamah dalam atau luar negara tanpa bertumpu kepada isu pampasan kewangan demi mempertahankan maruah negara di mata rakyat dan di mata dunia antarabangsa.

final • 3:30 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya bangun.

final • 3:30 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Permatang Pauh, sekarang nampaknya Wall Street Journal yang banyak membuat cerita tentang 1MDB ataupun menulis tentang 1MDB. Sedarkah Yang Berhormat Permatang Pauh bahawa sekarang termasuk syarikat Time Magazine, The Guardian, Reuters, Wall Street Journal, Financial Times, adakah cadangan ataupun recommendation daripada Yang Berhormat Permatang Pauh untuk menyaman semua sekali kalau boleh?

Terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Kalau boleh...

final • 3:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Nanti. Saya jawab dulu. Kalau boleh semualah tetapi mula dulu dengan Wall Street Journal.

final • 3:30 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narasshid - Kota Tinggi

Boleh mencelah?

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu.

final • 3:30 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narasshid - Kota Tinggi

Sedikit, Kota Tinggi.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu. Dia bagi Yang Berhormat Batu dulu Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narasshid - Kota Tinggi

Oh, Yang Berhormat Batu, okey.

final • 3:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Baru-baru saja, bukan saja Wall Street Journal telah menegaskan bahawa apa yang telah dilaporkan pada mulanya RM2.6 bilion ini dimasukkan dalam akaun tapi editor dia telah keluar statement dengan nada yang positif dan affirmative menyatakan bahawa wang ini ada bukti bahawa datang daripada 1MDB. 1MDB telah keluar statement mengatakan Wall Street Journal editor is a liar. Itu adalah satu tuduhan yang sangat berat terhadap satu media yang bertaraf antarabangsa.

final • 3:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh dengan patutkah 1MDB mengambil tindakan yang lebih tegas selain daripada hanya panggil editor sebagai liar tetapi ambil tindakan undang-undang juga, bukan sahaja Perdana Menteri tetapi 1MDB as a company juga harus ambil tindakan?

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Setuju Yang Berhormat Batu. Memang itu adalah satu langkah yang sebaik-baiknya.

final • 3:30 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narasshid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Yang Berhormat Kota Tinggi saya tidak bagi. Sebab, saya duduk di atas, saya tengok Yang Berhormat Kota Tinggi kata Ketua Pembangkang tidak pernah bagi laluan. Jadi saya tidak bagi laluan.

final • 3:30 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narasshid - Kota Tinggi

Betul.

Setujulah tadi tidak bagi?

final • 3:30 PM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

[Bangun]

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Jadi saya hendak minta maaf ya.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bagi Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narasshid - Kota Tinggi

Tidak apa.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Tumpat. Hendak bagi Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat? Yang Berhormat Tumpat bangun.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Okey, Yang Berhormat Tumpat.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tumpat dia bagi.

final • 3:30 PM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebagaimana kita juga maklum, dalam kes 1MDB dan yang berkaitan yang dengannya, bukan saja dilaporkan di akhbar-akhbar antarabangsa dan di media sosial tetapi alhamdulillah, sudah juga diambil oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara kita, PAC, bukan sahaja setahun dua ini tetapi di masa Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang lagi hasil daripada surat beliau kepada PAC yang dipengerusikan oleh bekas Yang Berhormat Menteri dari Perlis ketika itu, isu ini telah pun dibawa.

Akhir-akhir ini kita mendapat tahu daripada akhbar bahawa nampaknya PAC telah mencapai peringkat yang mungkin boleh memberikan laporan kepada Dewan ini dengan apa yang disebut dalam akhbar suatu laporan yang lengkap ataupun yang tebal yang telah pun disiapkan oleh pihak Ketua Audit Negara. Jadi harapan kita ialah supaya PAC dengan segera menyelesaikan laporannya dan dibentangkan di Dewan ini.

Adakah Yang Berhormat Ketua Pembangkang bersetuju apabila kita membahaskan dan mengkaji laporan daripada PAC ini, kita akan sama-sama membuat keputusan supaya isu yang membawa kepada krisis yang besar peringkat negara yang seluruh dunia mengambil perhatian berat ini mestilah bukan sahaja diselesaikan dengan cara yang jelas dan muktamad, tetapi negara ini tidak akan lagi melalui krisis seperti ini dengan melakukan perubahan-perubahan besar kepada struktur negara, institusi negara? Bukan Perdana Menteri pun dia, Yang Berhormat Menteri Kewangan pun dia, penasihat kepada syarikat 1MDB pun dia.

final • 3:30 PM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Struktur-struktur seperti ini mestilah kita bincangkan dan mestilah kita ubah supaya negara kita ini tidak lagi melalui zaman gelap seperti ini. Setuju tidak Yang Berhormat Ketua Pembangkang?

final • 3:40 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Saya setuju sekali dan dimasukkan dalam ucapan. Dengan tertubuhnya Suruhanjaya Siasatan Diraja dan saman ini ke atas Wall Street Journal juga akan memenuhi maksud tersurat lagi tersirat Tuanku agar kerajaan berusaha menangani persepsi negatif rakyat berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga kira ada persepsi negatif ini tidak dibantu apabila soalan saya, soalan lisan saya ditolak Tuan Yang di-Pertua. Hanya meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian Kerajaan terhadap Laporan Wall Street Journal bertarikh 30 Januari. Itu sahaja soalan saya. Ditolak, tidak membantu.

Pada 7 Oktober yang lalu tahun 2015 Majlis Raja-Raja melalui Pejabat Penyimpan Mohor Raja-Raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan akhbar dalam isu 1MDB, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu 1MDB jika terbukti terdapat sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat. Semua pihak adalah bertanggungjawab untuk memberikan kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha dan maksud siasatan tersebut mencapai kejayaan. Ini adalah untuk negara.

Bersandarkan kepada kenyataan ini, maka adalah terlalu awal dan ditambah pula persepsi buruk bagaimana kes RM2.6 bilion kaitan dengan Perdana Menteri dilepaskan begitu sahaja oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali pada 26 Januari tahun ini.

Rakyat musykil bagaimana penyiasatan rapi oleh SPRM selama tujuh bulan boleh diketepikan begitu sahaja oleh Peguam Negara dengan bersandarkan alasan bahawa wang RM2.6 bilion itu kepada YAB Pekan adalah sumbangan yang dikatakan daripada seorang Putera Arab Saudi dengan dibersihkan Perdana Menteri daripada pertuduhan rasuah dan mengarahkan SPRM supaya menutup penyiasatan terhadap...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 3:40 PM

Dato' Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tentang statement Attorney General yang membuat keputusan Perdana Menteri tidak membuat salah, ada seorang bekas Attorney General berkata di comment beliau yang diumumkan Attorney General telah silap kuasa dia. Apa komen Yang Berhormat Permatang Pauh?

final • 3:40 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Itulah yang saya hendak katakan sekarang. Dalam ini saya akan teruskan comment saya. Rentetan daripada itu, perkembangan maklumat dan laporan antarabangsa membuktikan sebaliknya daripada apa yang dijelaskan oleh Peguam Negara. Sebab itu bekas Peguam Negara berkata ada kesilapan.

Pada 5 Februari tahun ini, New York Times dengan tajuk, dengan izin, No End To Scrutiny Over Millions Sent To Malaysian Leader’s Accounts melaporkan Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir memberitahu satu wawancara bahawa beliau tidak fikir wang RM2.6 bilion datangnya daripada Kerajaan Arab Saudi. Katanya lagi ia dipercayai dana itu pun adalah untuk pelaburan di Malaysia dan bukan derma politik. Ini daripada Menteri Luar Arab Saudi.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sedikit Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 3:40 PM

Dato' Kamarudin bin Jaafar - Tumpat

Dato’...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tumpat dan Sepang bangun Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Yang Berhormat Sepang.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, tadi Permatang Pauh menyatakan bahawa bukan sahaja soalan 1MDB ditolak tetapi ada satu soalan juga ditanya oleh Kuala Terengganu. Saya bacakan soalannya. Minta Perdana Menteri menyatakan apakah penjelasan rasmi kerajaan. Penafian Menteri Arab Saudi Adel al-Jubeir bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak bukan derma politik dan bukan dari Kerajaan Arab Saudi tetapi pelaburan daripada rakyat awam.

Soalan Parlimen ditolak oleh Parlimen. Minta penjelasan daripada Perdana Menteri.

Alasannya ialah pertanyaan bolehlah diarahkan kepada Menteri-menteri berkenaan dengan hal-hal sedangkan melibatkan Perdana Menteri. Kalau Perdana Menteri tidak mahu jawab, hendak harap menteri jawab. Jadi, apa komen daripada Yang Berhormat Permatang Pauh?

Nampak tidak ada ruang untuk kita kemukakan soalan.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Saya setuju sebab soalan saya yang lagi pun ditolak macam itu juga. Yang Berhormat Tumpat.

final • 3:40 PM

Dato' Kamarudin bin Jaafar - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua dan Ketua Pembangkang. Saya hendak menyambung apa yang Yang Berhormat Wangsa Maju sebutkan tadi berkaitan dengan tindakan Peguam Negara menolak cadangan daripada SPRM dan yang amat dimarahi oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib ialah mengarahkan supaya fail ditutup. Ini mengikut bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib adalah bukan di dalam kuasa mana-mana Peguam Negara untuk mengarahkan agensi- agensi yang lain sama ada polis, atau pun SPRM untuk menutup fail itu dan jangan lagi meneruskan siasatan di dalam kes ini. Adakah Yang Berhormat Ketua Pembangkang memikirkan bahawa memang benar teguran keras dan jelas daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib itu?

final • 3:40 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Memang benar dan tepat sekali sebab dia bekas AG. Sebab itu dia mengetahui cara-cara tatakerjanya. Jadi, berdasarkan kepada laporan New York Times 5 Februari, jelas menunjukkan wujud percanggahan fakta daripada kenyataan media Peguam Negara pada 26 Januari 2016.

Dalam kenyataannya disebut dana yang dimasukkan ke dalam akaun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Pekan berjumlah 681 juta iaitu RM2.08 bilion antara tarikh 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 adalah merupakan sumbangan peribadi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Pekan daripada keluarga Diraja Arab Saudi, dia tukar pula.

Pendirian saya adalah sejajar dengan aduan polis yang dikemukakan oleh bekas Ketua Siasatan Jenayah. Ini bukan calang-calang orang. Bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Dato’ Mat Zin Ibrahim terhadap Peguam Negara pada hari Rabu 2 Mac tahun ini yang lalu.

Untuk rekod pada 5 Mac 2016 MalaysiaKini melaporkan Bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Dato’ Mat Zin telah membuat laporan polis terhadap Peguam Negara berhubung dengan isu derma. Dato’ Mat Zin dalam laporan polis mendakwa Peguam Negara disyaki telah menyalahgunakan kuasanya seperti mana yang disuruh tutup fail menyembunyikan maklumat menggunakan keterangan palsu apabila membersihkan Perdana Menteri daripada sebarang salah laku.

Pada 25 Februari 2016 ini saya telah mengemukakan usul di bawah Peraturan 27(1)(2)(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dengan mencadangkan Dewan ini menerima usul secara ringkas bahawa Peguam Negara Tan Sri Dato’ Sri Haji Tan Sri Mohamad Apandi bin Ali telah melanggar Perkara 145(3), Perlembagaan Persekutuan dengan mengarahkan SPRM menutup siasatan terhadap kes derma RM2.6 bilion dan mengambil maklum juga tindakan-tindakan peguam negara di atas telah menyebabkan hilang kepercayaan rakyat terhadap Institusi Peguam Negara. Ini serius Tuan Yang di-Pertua.

Justeru, Dewan ini tidak ada kepercayaan terhadap Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamad Apandi bin Ali sebagai Peguam Negara.

final • 3:40 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Yang Berhormat Permatang Pauh, tentang Peguam Negara.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Silakan.

final • 3:40 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Adakah Yang Berhormat Permatang Pauh setuju kerana pindaan yang telah dibuat kepada Perlembagaan tentang kuasa memecat Peguam Negara pada waktu masa ini nampaknya tidak akan ada satu Peguam Negara yang akan menjadi cukup berani untuk mendakwa Perdana Menteri kerana kuasa yang telah diberikan untuk menyingkirkan Peguam Negara sendiri untuk membuat pindaan semula kepada Perlembagaan untuk memberikan perlindungan kepada jawatan Peguam Negara supaya tidak dapat dipecat selain daripada mengikut cara untuk memecat hakim dan juga kuasa dakwaan yang sekarang diberikan kepada Peguam Negara.

final • 3:40 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Patutnya tidak boleh menjadi mutlak dan Peguam Negara hendak bertanggungjawab kepada rakyat. Setuju atau tidak?

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Permatang Pauh sebentar Yang Berhormat. Saya ingin mengingatkan Peraturan 36(8), hati- hati agar tidak melanggar seksyen tersebut kerana apa jua sifat dan kelakuan hakim-hakim harus dibuat dalam bentuk usul. Akan tetapi saya ingin katakan bahawa harus hati-hati agar tidak melanggar peraturan 36(8) terhadap Peguam Negara. Sila.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan saya teguran. Sebenarnya saya telah sampaikan usul, saya sudah masukkan usul pada 25 Februari yang lalu dalam Dewan Rakyat ini. Saya teruskan ya. Usul ini saya telah kemukakan secara bersurat kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 26 Februari tahun ini kemudian telah diperakui penerimaannya. Saya berharap Tuan Yang di-Pertua akan memberi pertimbangan terhadap usul yang saya kemukakan agar ianya dapat dibahaskan dalam sesi persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung Sekarang.

Pada 6 Februari 2016, Peguam Negara pun telah mengumumkan cadangan bahawa Akta Rahsia Rasmi akan dipinda. Adakah ini satu langkah? Apakah berikan satu gambaran dan langkah untuk menutup akses maklumat yang benar berkenaan penyelewengan dan kepincangan yang berlaku atas mana-mana salah laku dalam negara kita ini sekarang.

Kerajaan perlu juga memberi jaminan bahawa tindakan ini tidak akan menjejaskan kerjasama yang menyeluruh membantu siasatan antarabangsa. Ini adalah antarabangsa Tuan Yang di-Pertua saya hendak masukkan yang ini. Melibatkan Peguam Negara Amerika Syarikat, Peguam Negara Switzerland, Peguam Negara United Kingdom, Peguam Negara Hong Kong, Singapura dan Australia terhadap dakwaan rasuah, bribery, dengan izin, penyelewengan dana misappropriation of fund dengan izin dan pengubah wang haram dengan izin money laundering yang membabitkan 1MDB dan negara kita.

Kerajaan perlu memberi jaminan, itulah jaminan yang kita akan memberi kerjasama dengan peguam negara-peguam negara asing. Malangnya buat negara 1MDB kini menjadi simbol hina yang memalukan negara di persada antarabangsa. Dengan izin, 1MDB is a symbol of national disgrace in the eyes of the international community. 1MDB has emerged as an international benchmark for illicit financial outflow and official corruption in its most perfect form. Tuan Yang di-Pertua, Baginda turut bertitah dalam negara Demokrasi Berperlembagaan kita boleh berlainan tamadun. Justeru dengarlah suara rakyat terutama pemerintah dengarlah, pemerintah yang memikul amanah rakyat. Malah pandangan Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-240 pada 13 Februari tahun ini yang meminta kerajaan memperhalusi semula Akta Majlis Keselamatan Negara telah diterima, Daulat Tuanku. Selain itu pada pandangan kami sesungguhnya negara Malaysia yang kita cintai sedang berada dalam krisis yang serius. Wallahi krisis yang serius. Krisis nasional yang terdiri daripada krisis ekonomi, krisis politik, krisis perlembagaan, krisis defisit demokrasi, krisis defisit perpaduan, krisis defisit keselamatan dan krisis defisit kepercayaan meletakkan hala tuju kita menjurus kepada sebuah negara yang gagal, a failed state. Krisis nasional yang terdiri daripada ini mestilah kita tangani sebaik mungkin.

Apakah mungkin jawapan yang akan diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang masih menafikan wujud krisis ekonomi pada beratus-ratus ribu rakyat yang sudah dibuang kerja dan graduan menganggur yang masih tunggu mencari kerja.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Atau apakah jawapan kepada berjuta lagi yang menunggu jika akan turut dibuang kerja ditambah pula dengan gaji mendatar pada tahap 34 peratus bagi KDNK yang terpaksa berhutang menggunung. Paling tinggi di Asia Tenggara melebihi 87 peratus KDNK yang semata-mata berkais pagi untuk menyara kos sara hidup yang tinggi ditambah pula beban GST, kadar tol lebuh raya yang meningkat, harga rumah yang tidak mampu dimiliki dan tanggungan kesan jatuh merudum nilai mata wang ringgit. Kesenjangan pendapatan dan kekayaan kekal melebar, Gini coefficient kita.

Jika jawapannya adalah kerana semua ini adalah di luar kawalan kita. Maka jawapan yang sama akan diberikan bila ditanya mengapa ketirisan Khazanah Negara dan rasuah berakar sehingga negara dinobatkan menduduki tangga ke-54 indeks korupsi antarabangsa Transparency International 2015. Saya akui kalau diambilkan antara lapan negara sahaja tetapi ini adalah Indeks Korupsi Antarabangsa Transparency International 2015. Kita tinggi tau, kita yang ke-54...

final • 3:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Langat bangun Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Apabila Yang Berhormat Permatang Pauh menyebut tentang kesan akibat daripada beban ditambah dengan GST ini.

Kita juga dimaklumkan bahawa dengan termeterainya ataupun implementasi GST itu pada 2015 April maka puluhan ribu rakyat pekerja telah pun dibuang kerja atas beban GST ini.

Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju dengan saya bahawa GST ini adalah bebanan yang maha besar yang ditanggung oleh rakyat Malaysia yang tidak boleh kita terima hakikat daripada aspek tidak memberikan kesan baik kepada rakyat pekerja khususnya. Apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat. Memang betul GST ini menekan mungkin dia tengok erti kata fiskal menampung, mendapatkan dana untuk kerajaan tetapi ia membebankan rakyat, ini yang dikatakan.

final • 3:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Subang bangun.

final • 3:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Permatang Pauh tadi sebut kerajaan perlu tanggungjawab kesan jatuh merudum nilai mata wang ringgit negara Malaysia.

Ini telah ada kesan ekonomi kepada berjuta-juta rakyat kita. Akan tetapi pada masa yang sama tadi kita sudah dengar Yang Berhormat Langkawi kata ini semua macam datang daripada luar negara. Seperti yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Permatang Pauh ada jawapan daripada kerajaan macam semuanya adalah di luar kawalan kita.

Akan tetapi masa yang sama Yang Berhormat Permatang Pauh, saya hendak ingatkan kita semua termasuk saya diri sendiri. Pada 21 September 2015, kenyataan daripada Gabenor Bank Negara kita sendiri Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Saya petik quote daripada beliau dan minta pandangan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dia kata, “Isu mengenai syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan bagi memulihkan ringgit agar ekonomi terus berkembang.” Saya baca lagi, ini dilaporkan dalam Astro Awani tarikh itu. “Kita tidak perlukan apa-apa lagi skandal, kita tidak perlukan ketidaktentuan politik. Apabila kesemua isu berkenaan 1MDB diselesaikan barulah kita boleh menyaksikan pemulihan ringgit. Beliau berkata sedemikian semasa menjadi panel acara pengumuman laporan kemas kini ekonomi Malaysia 2015 di Bangunan Sasana Kijang pada hari itu iaitu pada 21 September.” Jadi saya tanya pada Yang Berhormat Permatang Pauh dan minta penjelasan.

Bukankah jelas apabila Yang Berhormat Langkawi kata ini semua adalah pengaruh luar, faktor luar.

final • 3:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Memang ini tidak benar dan ini disahkan oleh Gabenor Bank Negara sendiri yang memang arif, cukup arif dalam hal ini. Apakah yang perlu dibuat sebenarnya oleh kerajaan untuk memulihkan keadaan ini? Sekian, terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

final • 4:00 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Memanglah, itulah, itulah yang kita mesti rungkaikan, ini yang saya hendak katakan. Kita rungkaikan masalah 1MDB, insya-Allah banyak lagi- yang itu dalam kawalan, yang di luar kawalan, saya faham. Hutang kerajaan sekitar 53 peratus KDNK tetapi bila ditambah jaminan dan tanggungan hutang kontinjen liabiliti kerajaan, ia telah mencecah 70 peratus KDNK. Malangnya hutang ini juga akan ditanggung rakyat yang melihat orang kaya bertambah kaya, orang miskin papa kedana.

Jadi, jika jawapannya punca krisis ekonomi adalah di luar jangkaan, tidak dijangka.

Maka, segala nasihat, amaran oleh pembangkang agar dilaksanakan reformasi ekonomi seawal tahun 2008 melalui Agenda Ekonomi Malaysia dan teguran hala tuju dan pendekatan berhemah untuk membina daya upaya rakyat dalam penglibatan dan pembangunan ekonomi dalam perbahasan belanjawan mahupun perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Rancangan Malaysia Kesebelas, tidak diendahkan. Malah, keutamaan diberikan kepada konsultan asing yang dibayar beratus juta ringgit yuran seperti APCO, PEMANDU, yang kaya akronim, dari 1Malaysia, 1M4U, ETP, GTP, TTP, MPA dan sekarang 1MDB.

Kelulusan usul Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPPA yang setebal enam ribu lebih muka surat yang dirunding secara rahsia selama lima tahun pula diberikan masa hanya dua hari untuk dibaca, dibahas dan diluluskan di Parlimen ini secara ekspres telah dicanang sebagai penyelamat ekonomi negara ini nanti. Akan tetapi belum diratifikasikan di Amerika Syarikat. Ini pula di samping pengakuan GST juga menjadi penyelamat ekonomi negara tetapi amat perit hidup untuk rakyat biasa. Segala nasihat, teguran, pandangan konstruktif daripada rakyat, masyarakat madani dan pembangkang yang semuanya patriot sebagai pemilik bersama negara tidak diambil kira, ibarat ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’. Akan tetapi sebaliknya bila Menteri bercakap, rakyat kena telan bulat-bulat. Ini bukan demokrasi Tuan Yang di-Pertua, ini autokrasi namanya.

Kerajaan mesti juga jelaskan apakah kesan sosial, ini saya masuk dalam peringkat lain ya, yang ini mungkin Yang Berhormat Kuala Langat kena fikirkan sama. Kerajaan juga mesti jelaskan apakah kesan sosial dan ekonomi kepada rakyat Malaysia dengan kemasukan 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh memandangkan sudah ada lebih dua juta pekerja asing tanpa permit, Tuan Yang di-Pertua, dalam negara. Apakah status sebenarnya perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Bangladesh? Katanya MU dah sain, lepas itu dibekukan tetapi menteri Bangladesh kata tidak ada perubahan. Tolonglah berikan apakah perkara yang sebenarnya?

Justeru itu, saya menyokong gesaan MTUC agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja Siasatan Pekerja Asing. Semakan semula dasar pengambilan pekerja asing perlu dilakukan agar Malaysia tidak kekal menjadi negara lambakan pekerja asing. Dasar Pembangunan Ekonomi Negara harus dikaji semula agar tidak lagi melampau berorientasikan buruh tidak mahir, unskilled labors, dengan izin. Sebaliknya ia harus lebih mengorientasikan pekerja tempatan yang berkemahiran tinggi, skilled labor, dengan izin.

final • 4:00 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Langat bangun lagi. Sila.

final • 4:00 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya ingin merungkaikan beberapa isu Yang Berhormat Permatang Pauh bangkitkan, terutama sekali 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh. Walaupun telah dibekukan, namun kemasukan berpusu-pusu pada setiap hari yang berlaku di KLIA itu menampakkan bahawa apakah kebekuan itu berkuat kuasa dengan kadar bersungguh-sungguh ataupun hanya retorik mainan kata bicara.

final • 4:00 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Namun, kita tidak boleh berkompromi dengan kemasukan yang dikategorikan pekerja asing tanpa permit ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Permatang Pauh, kita ramalkan dua juta tetapi tiada siapa pun boleh mengumpulkan data yang tepat berapa juta- juta manusia daripada Bangladesh atau luar negara ini berlonggok dalam negara yang begitu luar biasa kedatangan mereka, satu.

Kedua, adakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju dengan saya bahawa MTUC dengan tegas menyarankan kepada Perdana Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja Siasatan Pekerja Asing kerana kita khuatir dengan lambakan pekerja ini sudah pasti akan membebankan dan akan memberikan kesan buruk kepada pekerja tempatan. Namun, kita hendak tegaskan bahawa sekiranya kerajaan tidak bersungguh- sungguh untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan ini, kita akan melakukan tindakan yang lebih drastik yang boleh menyedarkan seluruh Kabinet Kerajaan Barisan Nasional yang kita tidak akan berkompromi dalam soal lambakan pekerja asing tanpa permit. Apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Memanglah itu yang saya sarankan supaya Suruhanjaya Diraja Siasatan Pekerja Asing ini dilakukan sekadar segera. Termasuk pula dengan defisit demokrasi dengan penggunaan pelbagai pembangunan draconian.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Silakan.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh dan Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin huraikan sedikit tentang pekerja asing. Baru-baru ini ada satu laporan daripada World Bank yang telah dibentangkan di Universiti Malaya, di mana saya pun pergi dengar. Daripada laporan tersebut, researcher daripada World Bank mengatakan- research ini adalah dicommissioned oleh kerajaan tetapi researcher berkata bahawa mereka tidak dapat penentuan daripada kerajaan betapa ramainya pekerja asing tanpa permit yang berada di Malaysia.

Ada jabatan yang bagi 1.5 juta, ada yang bagi 2.5 juta, ada yang kata lebih daripada itu. Ini bermaksud bahawa- mereka kata bahawa daripada laporan siasatan tersebut adalah kerajaan tidak dapat control, mechanism untuk control telah gagal. Mereka telah mencadangkan banyak penyelesaian tetapi setakat ini kerajaan tidak mampu untuk menangani masalah tersebut kerana tidak ada political will terhadap isu ini. Minta pandangan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 4:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Memang sepatutnya kerajaan mempunyai political will. Ya Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Permatang Pauh, setuju atau tidak bahawa kalau kita kena buat satu suruhanjaya ataupun satu investigation yang mendalam tentang isu imigran ini. Kita perlu juga fokus kepada impak ekonomi dan sosial kita. Maknanya, kalau kita dapat tambah lagi 1.5 milion, juta pekerja Bangladesh ini, apakah impak terhadap transportation kita? Apakah impak terhadap rumah-rumah kos rendah kita? Apakah impak kepada kos kesihatan hospital kita?

Jadi, setuju atau tidak kita perlu membuat kajian yang lebih mendalam? Saya juga hendak tanya satu soalan yang paling penting. Apakah profit, keuntungan syarikat-syarikat yang memproses pekerja-pekerja Bangladesh ini? Adakah RM3,000 seorang dia dapat, RM2,000 seorang, RM5,000 seorang, RM4,000 seorang? Terima kasih, minta pandangan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 4:00 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Bagi saya jawab dulu ya. Memang betul. Saya menyambut saranan Yang Berhormat Kelana Jaya sebab dulu saya bekerja di hospital. Memang menjadi bebanan kepada pesakit-pesakit lokal, tempatan.

Apabila ada mereka itu, masa itu tidak ramai Tuan Yang di-Pertua, tidak ramai lagi pendatang asing.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Namun, masih lagi memberi bebanan terhadap sistem kesihatan kita sebab mereka membawa penyakit-penyakit yang kadangkala kita telah basmikan. Macam tuberkulosis, penyakit tibi, bila mereka datang dan penyakit tibi ini kita perlu buat treatment, rawatan yang berpanjangan. Silakan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 4:10 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya lihat apabila kerajaan cuba mengimport pelabur asing, pekerja asing dari Bangladesh, banyak bantahan daripada pihak pembangkang. Jadi saya mencadangkan kalau boleh negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang ini bolehlah wujudkan satu undang-undang supaya sektor-sektor dalam negeri yang diperintah oleh pembangkang janganlah menggunakan pekerja asing. Apa pandangan? Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Ini kena balik belajar undang-undang.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Takkanlah you tidak tahu undang-undang. Kita ikut Federal law. Silakan siapa…

final • 4:10 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Pulau Pinang hawker centre pun boleh wujudkan law supaya jangan gunakan Bangladesh. Kenapa tidak boleh?... [Dewan riuh]

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

Baliklah!

final • 4:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh kerana memberi peluang untuk mencelah. Lagi satu aspek berkenaan dengan pendatang asing, bukan sahaja pekerja asing tetapi pendatang asing tanpa izin juga ada masalah.

Dengan izin, dikatakan human trafficking yang berlaku dan berleluasa di Malaysia ini kerana ramai mereka yang berada di Malaysia bukan secara sah telah menjadi mangsa penindasan dan mereka tidak dapat pergi kepada pihak polis untuk mendapat bantuan. Jadi ini satu daripada masalah human trafficking di Malaysia ini.

Lagi satu aspek ialah kita dapati bahawa sudah menjadi open secret di mana pihak polis setiap bulan mendapat RM50 atau RM100 daripada pekerja-pekerja asing ini yang tiada permit. Jadi ini merupakan satu- kita sudah menjadi sebuah negara di mana rasuah sudah diinstitusikan. Jadi saya berharap Yang Berhormat Permatang Pauh boleh minta kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk menyelesaikan masalah ini. Kalau tidak beliau patut undur diri dan beri kepada orang lain untuk menjadi Menteri Dalam Negeri kerana masalah ini sudah menjadi epidemik. Yang Berhormat Permatang Pauh setuju atau tidak dengan pandangan saya?

final • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Memang kita ada masalah humanitarian. Itu saya setuju. Sebab itulah saya usahakan untuk mendapatkan Suruhanjaya Siasatan Pekerja Asing. Yang Berhormat Simpang Renggam, saya kata siasatan.

final • 4:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 4:10 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Bersekali. Bersekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Saya hendak ini. Yang Berhormat Batu, sekejap.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak- Yang Berhormat Simpang Renggam.

Hendak jawab bersekali dengan dia.

Soalannya sekarang ialah kuasa yang dimutlakkan tanpa kompromi daripada Kementerian Dalam Negeri untuk mengia atau tidak kemasukan pekerja yang berdaftar. Yang tidak berdaftar ini atau illegal ini datang daripada saluran-saluran, dari lapangan terbang atau pelabuhan yang dikawal selia oleh Kementerian Dalam Negeri. Mana mungkin negeri boleh ada kuasa untuk identify pekerja asing. Maka untuk membetulkan hujah yang tidak bermanfaat nilainya ini, saya ingin Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju dengan saya bahawa kuasa mutlak itu datang daripada Kerajaan Persekutuan. Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh setuju? Terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Lesen perniagaan jangan bagilah.

Itu sahaja. Apa susahnya?...

final • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila, sila.

final • 4:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Adakah kita setuju, ini yang menjadi masalah bila kita hendak bangkitkan sesuatu isu untuk dibahaskan. Tindakan kerajaan itu dia mengambil angka yang agak ekstrem. Sekejap dia hendak bawa 1.5 juta, sekejap pula secara emosi kata hentikan, frozen semua, membekukan semua pekerja asing.

Yang Berhormat Permatang Pauh, saya sebenarnya ingin dapatkan pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh. Sentiasa bila kita bincang perkara ini, ingin siasat, kita ada kala dilabel oleh pihak-pihak tertentu menganggap kita anti pekerja asing. Akan tetapi sebenarnya pendirian MTUC dan juga banyak NGO-NGO yang lain mengambil sikap bahawa sebenarnya layanan kita harus saksama kepada pekerja asing dan bukan kita anti mereka. Cuma sehingga hari ini kita tidak dapat penjelasan daripada kerajaan di mana sektor-sektor yang perlukan pekerja dan satu perkara yang kerap dibawa oleh pihak pembangkang dan juga pihak NGO dan MTUC ialah kenapa yang bagi kelulusan itu adalah Kementerian Dalam Negeri?

Sebenarnya yang memahami keperluan pasaran buruh ini adalah Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Sumber Manusia langsung tidak ada kuasa untuk menentukan arah tuju pengambilan pekerja asing ini. Saya sebenarnya- mungkin Yang Berhormat Simpang Renggam sebagai Ahli Parlimen dari pihak kerajaan patutnya nasihatkan Kabinet untuk mengubah kaedah ini. Setuju atau tidak, Yang Berhormat Permatang Pauh?

final • 4:10 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Boleh, Yang Berhormat Permatang Pauh?

final • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Tidak apalah. Itu antara you. Cukuplah.

final • 4:10 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tidak, tidak. Saya cuma hendak tambah sedikit.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Tuan Yang di- Pertua, ini floor saya.

final • 4:10 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Nombor satu…

final • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Tidak payahlah hendak ini kekal.

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Floor siapa ini, Yang Berhormat Simpang Renggam? Yang Berhormat Simpang Renggam, floor siapa ini?

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 4:10 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

…Jumlah 1.5 juta orang bukan masuk sekali gus...

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Berhenti, berhenti, berhenti. Tidak payah, tidak payah. Sudah tidak bagi floor, duduk.

final • 4:10 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

You duduklah.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Bila you jadi Speaker? Bila you jadi Speaker?

final • 4:10 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, boleh?

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Duduklah, duduk.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

You bahaslah, you bahas lain kali.

final • 4:10 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Jumlah 1.5 juta ini...

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Ini apa ini? Saja kacau daun.

final • 4:10 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Kenapa kita perlukan KDN sebab kita kena screen through background setiap orang...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, sila, Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 4:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

[Menyampuk]

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Simpang Renggam kacau floor ini.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Samalah kita. Sila.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Saya masuk bab demokrasi. Saya masuk dalam perkara defisit demokrasi dengan penggunaan berbagai- bagai undang-undang draconian dan anti demokratik seperti POTA, SOSMA, Akta Hasutan, OSA dan yang paling mencabul hak rakyat dan menimbulkan krisis perlembagaan adalah apabila kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) terjejas apabila kuasa luas diberikan kepada Perdana Menteri yang mengatasi kuasa Baginda tanpa wujud hak semakan perundangan ataupun judicial review, dengan izin, ke atas cabang eksekutif. Jika kuasa sudah melebihi Yang di-Pertuan Agong dan proses perundangan, mungkin ini dikatakan ibarat kuasa Maharaja?

Justeru, saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Pekan, adakah kemungkinan darurat berlaku? Malah penangguhan pilihan raya yang bakal berlaku jika akta ini dikuatkuasakan? Lain tujuannya, lain pula kegunaannya.

Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah mujur rakyat masih dapat bernaung di bawah payung Raja Berperlembagaan dengan titah agar Akta MKN yang diluluskan tergesa-gesa sampai pukul 4.30 pagi diperhalusi. Namun kita berharap ia dibatalkan dan dimansuhkan sahaja sebab kita mempunyai undang-undang yang mencukupi, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian, pemusatan kuasa akibat defisit demokrasi adalah punca utama mengapa negara dilanda berbilang krisis secara bertubi-tubi tanpa putus dan nampaknya tanpa penghujung yang mungkin dinafikan Kerajaan Barisan Nasional dengan hujah-hujah yang hanya menyedapkan telinga mereka sahaja tetapi amat dirasakan bahananya oleh rakyat jelata. Sebuah negara dikatakan gagal apabila tidak memenuhi syarat-syarat demokrasi tulen serta melanggar perjanjian ‘aqadun daulah’ iaitu perjanjian kenegaraan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang secara amnya menjanjikan hak rakyat dalam satu negara Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berperlembagaan. Oleh kerana kita mungkin mudah lupa, saya ingin memetik dari deklarasi Pemasyhuran Kemerdekaan Malaya 1957 dan Deklarasi Pembentukan Malaysia 1963 yang dibaca oleh Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada masa itu.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Saya petik ya, *“Dan bahawasanya kerana suatu Perlembagaan bagi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka akan disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia pada 1963) dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen.”* Negara adalah milik rakyat yang diamanahkan kepada pemerintah menjadi kerajaan dan bukan milik segelintir manusia yang lupa pada perjanjian dalam Perlembagaan Persekutuan yang juga saya petik daripada doa dalam perenggan akhir Deklarasi Pemasyhuran Kemerdekaan, “...dengan limpah rahmat Allah SWT akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa”.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Apa yang diucapkan Bapa Kemerdekaan adalah benar. Ini janji kemerdekaan kepada semua warganegara. Mana mungkin rakyat jemu untuk terus berjuang menuntut hak dan janji kemerdekaan yang belum tertunai. Masih tertangguh dan sekarang mungkin sudah tergadai dalam perjanjian di TPPA ala Perjanjian Pangkor termasuk akibat derma warga kerajaan asing dalam urusan pilihan raya dalam negara. Justeru, para pemerintah yang diamanahkan atau dipinjamkan kuasa memerintah mesti menunaikan semua perjanjian- perjanjian termasuk janji kemerdekaan seperti mana Allah berfirman mafhumnya, “Hai orang- orang yang beriman, penuhilah akad-akad (perjanjian-perjanjian) itu”, dalam surah Al-Maidah ayat 1. Begitu juga kita diperingatkan oleh patriot negara, Allahyarham Dr. Burhanuddin Helmi tentang hak rakyat dalam sebuah sajak yang berbunyi:

*Di atas runtuhan Kota Melaka, Kita bangunkan jiwa merdeka, Bersatu padulah seluruh baka, Membela hak keadilan pusaka...

[Tepuk]* Oleh demikian, demi membela hak keadilan pusaka, saya ingin bertanya kepada Perdana Menteri, apabila ruang demokrasi disempitkan dengan pilihan raya yang tidak bersih, daftar pemilih yang boleh di manipulasi, media yang dikongkong, kehilangan mandiri serta kebebasan institusi-institusi kenegaraan seperti institusi kehakiman, pasukan polis, Bank Negara, SPRM, Pejabat Peguam Negara daripada pengaruh melampau cabang eksekutif. Apabila para patriot dipenjarakan malah apabila Tan Sri Speaker sendiri telah memohon agar adanya penambahbaikan sistem Parlimen. Adakah semua ini memenuhi syarat sebuah negara demokratik tulen dan adakah semua ini menunaikan perjanjian kemerdekaan seperti termaktub dalam Deklarasi Pemasyhuran Kemerdekaan yang dibaca oleh Bapa Kemerdekaan pada 1957 dan 1963.

Tuan Yang di-Pertua, kita semua wajib bersyukur, ya alhamdulillah kerana pada detik ini satu peluang besar wujud untuk semua warga negara Malaysia daripada semua lapisan masyarakat termasuk daripada semua parti dan fahaman politik tidak kira dari dalam atau luar kerajaan. Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang patriot untuk bukan sahaja selamatkan tetapi membina Malaysia yang lebih baik untuk semua. Saat dan ketika ini negara berada dalam persimpangan yang akan mencorakkan masa depan untuk anak- anak kita.

Sejarah akan mencatatkan bagaimana kita berjaya mengetepikan perbezaan demi melakarkan satu lembaran baru kenegaraan melalui satu muafakat nasional yang akan mengumpulkan suara-suara rakyat untuk merangka satu konsensus nasional. Daripada begitu banyak deklarasi suara rakyat, suara keramat, bermula dengan kedua-dua Deklarasi Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 dan 1963, Deklarasi Permatang Pauh 1998, Deklarasi Parlimen Rakyat 2008, Deklarasi Pengisytiharan Kuching 2012, Deklarasi Tujuh Kebebasan Demi Negara 2015, dan terkini Deklarasi Rakyat 2016.

Maka aspirasi perjuangan dan tuntutan rakyat agar mempertahankan dan memperkukuhkan negara, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen masih berterusan.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil bangun.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Silakan.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 4:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, adakah Yang Berhormat Permatang Pauh sedar bahawa konsensus nasional seperti mana yang diungkapkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi telah pun peringkat awalnya dicetuskan ataupun digagaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam perutusan khas beliau kepada rakyat Malaysia iaitu pada bulan Januari 2014 di mana beliau telah mengungkapkan bahawa yang dimaksudkan dengan konsensus nasional waktu itu adalah melakar satu kerangka besar negara berdasarkan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

final • 4:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Jaminan yang diberikan ialah kepada isu kehidupan dan kebebasan termasuk kebebasan bersuara, berhimpun, berpersatuan dan juga kesaksamaan rakyat di bawah naungan undang-undang dan menjadikan kebebasan mengamalkan agama masing-masing dan juga isu-isu yang berkaitan dengan isu tadbir urus, ketelusan, kebertanggungjawaban di mana Datuk Seri Anwar telah pun menyatakan bahawa tugas kepada negara ini jelas lebih mustahak daripada tugas terhadap parti.

Tentunya dengan sokongan Datuk Seri Anwar daripada balik tabir besi Sungai Buloh terhadap deklarasi rakyat menunjukkan bagaimana jiwa besar beliau melampaui perasaan isu-isu yang kita tahu amat menyakitkan selama 18 tahun ini, jauh lebih mustahak untuk mengungkapkan isu-isu yang rakyat dan negara daripada apa yang ditanggung oleh beliau selama ini. Apa pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang? Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Sebab itulah saya mengulangi, sebab saya kata tadi mungkin kita lupa, telah diungkapkan dan saya hari ini mengulangi. Deklarasi-deklarasi suara rakyat adalah suara keramat dan suara buah fikiran patriotik yang selaras dengan saranan titah Baginda. Berikanlah contoh teladan yang baik kepada rakyat dengan saling bergandingan dalam melahirkan buah fikiran yang manfaat demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara yang berterusan.

Kita mesti ada political will, Tuan Yang di-Pertua. Political courage dan political conscience yang memerlukan kita jujur dan ikhlas menjadi negarawan-negarawan atau statesmen dan bukan politikus-politikus kerana kita mahu merangka satu konsensus nasional yang bersifat jangka panjang, luas dan kekal, insya-Allah.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Kita mesti insaf kepada firman Allah. Mafhumnya, “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka iaitu kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”. Itu Surah Ar-Ra’d ayat ke-11. Kita mesti mengubah nada dan prinsip berpolitik kenegaraan, kita mesti mengubah segala prasangka, kita mesti mengubah mitos-mitos lapuk yang memecahbelahkan kita.

Kita mesti mengubah ketakutan, keraguan dan keresahan di antara kita demi membina Malaysia yang lebih baik dan menjadi contoh kepada dunia bahawa kita mampu melahirkan sebuah negara demokratik yang berbilang bangsa dan agama menjadi daulah mithali yang berwasatiyyah demi memberi harapan kepada bangsa negara lain ketika dunia tidak sunyi Tuan Yang di-Pertua dari sengketa bahawa seluruh manusia di seluruh dunia mampu hidup dengan penuh maruah, aman dan adil.

Kesimpulannya, saya ingin menegaskan kembali tuntutan Deklarasi Rakyat 2016 bahawa Malaysia perlu diselamatkan daripada malapetaka kepincangan kepimpinan di bawah teraju Perdana Menteri sekarang. Yang Amat Berhormat Pekan nyata gagal mentadbir negara. Beliau perlu memikul tanggungjawab atas skandal 1MDB...

[Tepuk] yang telah dikatakan oleh Gabenor Bank Negara.

Tidak mengapalah dalam rekod ada walaupun tak dengar, tak nak dengar tak apa.

Saya telah sampaikan. Beliau perlu memikul tanggungjawab atas skandal 1MDB yang sangat menjejaskan imej negara. Bukan kami yang memalukan atau mencemarkan imej negara, bukan kami. Ini berlaku apabila terdapat pemusatan kuasa melampau kepada Perdana Menteri. Ia berlaku sebagai rentetan kegagalan institusi kewangan, institusi keadilan dan institusi penguatkuasaan dalam menjalankan tugas dengan bebas...

[Tepuk] Tindakan-tindakan politik yang rakus yang berlaku sekarang hendaklah dihentikan.

final • 4:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Permatang Pauh. Maaf, mencelah sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Tadi Yang Berhormat Permatang Pauh telah sarankan beberapa tindakan dan pengubahan yang perlu dilakukan termasuk pengubahan mitos-mitos mengubah ketakutan dan keraguan dan sebagainya dan kita perlu kembali tuntutan Deklarasi Rakyat 2016 dan sebagainya berkaitan dengan kepincangan kepimpinan di bawah Perdana Menteri sekarang.

Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, antara perubahan- perubahan yang perlu dilakukan supaya kita selamatkan negara kita daripada jadi lebih teruk daripada sekarang, adakah di antaranya wajib termasuk pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

final • 4:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Oleh sebab kita sudah dengar slogan yang sedang dilaungkan di merata tempat.

“Bebas Anwar, bebas rakyat, bebas Malaysia". Pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah merupakan satu tanda hitam yang terbesar ke atas muka Malaysia. Bukan sahaja di negara kita dan di seluruh Malaysia dikecam, dikritik di seluruh dunia daripada badan-badan yang sangat berwibawa, daripada Bangsa-bangsa Bersatu, Parlimen Eropah, IPU, Inter- Parliamentary Union yang mewakili kita.

Ahli Parlimen di sini adalah anggota badan itu. Presiden Amerika sendiri dan ramai pemimpin negarawan di seluruh dunia telah kritik proses pengadilan itu sebagai satu proses yang tidak adil di mana institusi-institusi negara kita dimanipulasikan oleh Kerajaan UMNO Barisan Nasional untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebab sebagai pemimpin utama Pakatan, dia merupakan satu ancaman terbesar kepada Yang Berhormat Pekan dalam jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Jadi saya tanya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, bagi pendapat sayalah inilah antara langkah yang wajib dilakukan dan minta pandangan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh, setuju atau tidak?

final • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Tuan Yang di- Pertua, sudah tentu sekali saya setuju. Sepatutnya bukan saya yang berada di sini.

Sepatutnya orang yang di dalam penjara tetapi saya hanya melakukan amanah yang diberikan...

[Tepuk] Sekadar yang mampu. Terima kasih Yang Berhormat Subang.

Jadi tindakan-tindakan politik yang rakus termasuklah pemenjaraan Anwar Ibrahim hendaklah dihentikan segera dengan Yahya Sahri. Kerosakan institusi pemerintahan hendaklah dihentikan, tidak harus dibiarkan lagi beban kegawatan ekonomi akibat kelemahan dasar dan perancangan dasar kerajaan yang berkuasa.

Tuntutan perubahan tidak dinafikan amat diperlukan. Ini melibatkan reformasi institusi-institusi utama dalam negara yang sudah parah dan retak di bawah pentadbiran Yang Berhormat Pekan. Perubahan ini berhajat kepada peralihan kuasa yang bermakna. Ini bukan sekadar peralihan bagi menggantikan Perdana Menteri semata-mata satu jawatan tetapi ia berhajat kepada perubahan sistem secara menyeluruh agar dikembalikan maruah dan hak rakyat yang gagah berdiri dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Oleh demikian saya mencadangkan, pertama diwujudkan satu Majlis Permuafakatan Nasional yang melibatkan semua lapisan masyarakat untuk mencari satu consensus nasional yang baru. Kedua, saya juga mencadangkan agar satu jawatankuasa terpilih Parlimen diwujudkan untuk merangka satu Akta Jaminan Demokrasi yang akan menggariskan semua langkah perlu untuk reformasi dan memperkukuhkan demokrasi dalam semua cabang kenegaraan serta semua institusi-institusi berkaitan termasuk menjamin pilihan raya yang bebas dan adil untuk dibentangkan dalam Parlimen dalam enam bulan dari sekarang. Penglibatan Majlis Permuafakatan Nasional juga menjadi syarat cadangan untuk menggubal akta ini.

Saya yakin insya-Allah dengan kemampuan kerajaan menyeragamkan dengan kadar pantas semua undang-undang agar selaras dengan perjanjian Perlembagaan Persekutuan dalam Akta Jaminan Demokrasi ini yang dicadangkan seperti mana pantasnya usul menerima perjanjian TPPA tempoh hari termasuk usaha untuk menyeragamkan 26 ataupun lebih undang-undang persekutuan dan negeri-negeri agar selaras memenuhi tuntutan perjanjian TPPA yang akan dilaksanakan. Pantasnya TPPA, takkan yang ini tidak boleh buat?

Ketiga, saya mencadangkan diwujudkan satu Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsilisasi ataupun dengan Truth and Reconciliation Commission kerana untuk negara bergerak maju ke hadapan, kita mesti menghadapi dan mencari jalan perdamaian melalui muhasabah look at ourself, dengan izin, tentang masa silam negara kita. Ini adalah harga yang terlalu kecil untuk dibayar berbanding dengan harga besar dan berat yang kita akan hadapi jika hala tuju negara tidak berubah.

Keempat, adalah dimohon semua tahanan politik dan tahanan mangsa konspirasi salah guna kuasa termasuk dengan tuduhan fitnah yang mengaibkan yang dinafikan hak-hak hazaf diutamakan, dibebaskan dengan izin melalui pengampunan Diraja.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Kelima, dengan penuh rasa tanggungjawab dan kepedulian terhadap kehidupan rakyat yang semakin sukar, semakin menekan, semakin perit, GST segeralah dimansuhkan.

final • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Permatang Pauh...

final • 4:30 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

[Bangun]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ada tiga yang bangun.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 4:30 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ketua Pembangkang tadi ada menyebutkan bahawa harus ada satu gerakan, harus ada satu national consensus supaya negara yang akan dan sedang menjadi ‘failed state’ ini dibangunkan semula. Kita lupakan perbezaan-perbezaan pendapat, kita lupakan perbezaan- perbezaan dan kepentingan-kepentingan masing-masing tetapi harus mengutamakan nasib dan masa hadapan rakyat supaya akhirnya negara yang kita sayang dan cinta ini tidak runtuh.

Untuk itu, harus ada kekuatan untuk kita duduk dan bangunkan bersama.

Jadi adakah Yang Berhormat Permatang Pauh merasakan masanya telah tiba supaya bukan sahaja pimpinan politik dapat duduk semeja dan melihat nasib rakyat tetapi juga semua golongan sama ada daripada pihak sana atau sini, daripada yang sedang memiliki kuasa ataupun yang telah ataupun mantan, mereka yang ada kuasa dapat duduk dan berbincang bagi satu tujuan menyelamatkan Malaysia? Apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

Memanglah itu saranan, kita harapkanlah. Sebab, kadang-kadang orang yang mempunyai kuasa susah atau sukar hendak meninggalkan. Akan tetapi ini adalah untuk negara. Sebenarnya sukar dan susahnya seseorang itu dituduh dengan tuduhan yang tidak benar, tidak berasas dan membayar dengan harga kebebasan. Samalah kita buatkan untuk negara kita, untuk masa hadapan negara bersama.

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Tadi Yang Berhormat Permatang Pauh sudah sarankan negara kita perlu mewujudkan satu Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi atau dalam bahasa Inggeris, Truth and Reconciliation Commission. Ini nampak satu cadangan yang sangat menarik, cukup penting dan patut dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini.

Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, adakah commission atau Suruhanjaya yang dicadangkan ini serupa dengan apa yang dilakukan di negara Afrika Selatan selepas transisi pendemokrasian mereka pada tahun 1993? Apabila mereka membuat satu perlembagaan baru dan juga menubuhkan satu suruhanjaya begini dengan nama yang sama, Truth and Reconciliation Commission, di mana semua ataupun kes-kes yang di mana ketidakadilan dilakukan, orang dipenjarakan, orang diseksa, macam-macam orang dibunuh, kes-kes pelanggaran hak-hak asasi yang dilakukan oleh rejim Aparteid dahulu disiasat.

Apabila didapati bahawa yang melakukan perlanggaran itu juga mengaku dalam siasatan terbuka mereka memang melakukan itu atas arahan atau apa, mereka mengaku dan dalam proses ini, mereka tidak dihukum lagi tetapi mereka cakap secara ikhlas, secara terbuka memang mereka membuat confession itu, memang mereka buat salah dan mereka meminta maaf kepada mangsa-mangsa mereka daripada rakyat jelata. Adakah proses itu yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh? Saya memang setuju kalau negara kita perlu selepas apa yang kita nampak dalam 18 tahun kebelakangan ini, daripada tahun 1998 dan termasuk kes-kes yang lain khususnya kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang negara kita perlu satu institusi macam ini untuk melangkah ke hadapan. Minta pandangan dengan Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Permatang Pauh...

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Batu pun.

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Boleh sekali dengan ini?

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Isunya agak sama, Tuan Yang di- Pertua. Dalam konsep truth and reconciliation, saya ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh, mungkin ini adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan, dengan izin, stalemate atau ketegangan yang berlaku sekarang kerana ada kemungkinan bahawa banyak dokumen dan isu ini kita disulitkan dan tidak dibenarkan untuk dibincangkan. Juga, ada pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai tertentu tidak berani mendedahkan kerana takut mereka akan dihukum atau dalam bahasa Inggeris, self- incriminating.

Mungkin dengan cara menaja satu Truth and Reconciliation Commission, isu-isu 1MDB, isu rasuah boleh didedahkan secara telus supaya rakyat faham kebenaran. Pada masa yang sama, ia juga merupakan satu jaminan kepada mereka yang mungkin akan menghadapi tindakan hukuman jenayah dan ini mungkin cara yang terbaik untuk pemimpin- pemimpin yang hari ini berasa takut atau tidak berani untuk berhadapan dengan kebenaran.

Adakah ini jalan yang terbaik untuk menyelesaikan krisis yang kita hadapi sekarang? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Permatang Pauh, minta izin.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 4:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya tertarik dengan cadangan Truth and Reconciliation Commission ini yang mana selain daripada Afrika Selatan, kita juga ada model di Korea Selatan yang kita lihat ada berlaku transisi kerajaan di bawah pemerintahan tentera kepada pemerintahan yang full demokrasi, dengan izin.

Cuma, saya hendak minta satu Yang Berhormat Ketua Pembangkang, kalau transisi ini berjalan dengan baik, ada jawatankuasa dan sebagainya, saya minta satu iaitu agar segala salah laku, sekiranya kita dapati berlaku kesalahan oleh Yang Amat Berhormat Pekan ini, janganlah kita sweep under the carpet. He must be brought to justice, dibawa ke muka pengadilan. Mana-mana penyamun-penyamun itu kita kena bawa ke muka pengadilan agar keadilan dapat diberikan dan rakyat dapat balik wang yang dibawa keluar dari negara ini.

Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

[Bangun]

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

Yang Berhormat Kelana Jaya.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya.

final • 4:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya hendak menambah sedikit sahaja tentang isu Truth and Reconciliation Commission. Saya hendak tanya Yang Berhormat Permatang Pauh, sekiranya terdapat apa-apa isu rasuah dan kalau kita ada Commission ini, katakan seorang Menteri terlibat dalam isu rasuah, kalau dia bayar balik dan mengaku, adakah kita akan memberi satu imuniti kepada dia? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

Saya ingat kita berikan Commission itulah kuasa untuk memikirkan bagaimana cara yang terbaik. Akan tetapi, rakyat mestilah dibela. Prinsipnya adalah penting. Pembelaan untuk masa hadapan negara dan juga pembelaan rakyat, itu yang kita hendakkan dan itu adalah niat kita kenapa kita hendak adakan Truth and Reconciliation Commission ini, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi saya akhiri, akhir sekali, saya mempertegaskan perubahan ini harus berlaku dalam keadaan aman. Mesti dalam keadaan aman menurut Perlembagaan dan undang- undang negara.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

Sejajar itu, saya menggesa Ahli-ahli Dewan bersama-sama kami dalam usaha perubahan tanpa membataskan ia sebagai isu agenda peribadi dan meletakkan keutamaan mengembalikan karamah insaniah dan menyelamatkan negara Malaysia yang tercinta ini.

Terima kasih. *Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum...

[Tepuk]*

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching. Selepas pada Ketua Pembangkang, Yang Berhormat diberikan masa 30 minit. Sila.

final • 4:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas titah ucapan merasmikan sidang Dewan yang mulia ini semalam.

Akan tetapi, hakikatnya Malaysia telah mencapai tahap keyakinan terendah dalam soal pentadbiran negara. Kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang telah berjaya menggondol tempat ketiga senarai negara yang rasuah terburuk bagi tahun 2015.

final • 4:49 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Kita juga mempunyai seorang Perdana Menteri yang terlibat dalam skandal RM42 bilion 1MDB. Kita juga mempunyai seorang Perdana Menteri yang menerima masuk wang tunai berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi beliau. Pun begitu, ketika proses siasatan di atas skandalnya itu dilakukan Peguam Negara ditukar, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ditukar, dua orang pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) ditukar ke Pejabat Perdana Menteri. Meski kemudian mereka ditukar semula ke jabatan asal malah Timbalan Perdana Menteri pun disingkirkan kerana bercakap tentang skandal 1MDB.

Walaupun Peguam Negara yang baru dilantik membersihkan Perdana Menteri daripada sebarang kesalahan rasuah mahupun jenayah siasatan di peringkat antarabangsa kerana 1MDB telah mendedahkan bahawa lebih daripada USD 1 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun beliau. Di dalam negara ini tiada siapa pun yang benar-benar yakin bahawa beliau tidak bersalah.

Persepsi orang ramai melihat Perdana Menteri telah menghalalkan rasuah. Sambil itu beliau secara sendiriannya telah menghancurkan integriti Bank Negara, SPRM, Jabatan Peguam Negara dan PAC. Tambahan pula dengan tindakan mengehadkan kebebasan bersuara halangan terhadap portal berita The Malaysian Insider dan Sarawak Report, pendakwaan serta penindasan secara sewenang-wenangnya terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang yang bersuara mengenai 1MDB dan skandal RM2.6 bilion.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini tidak syak lagi merupakan the king of all scandals dan nampaknya telah menjadi seorang diktator yang tidak boleh disentuh, the untouchable. Beliau kini menjadi satu sebab hilangnya keyakinan dan harapan di kalangan ramai rakyat Malaysia. Ramai yang berpendapat bahawa sekiranya Najib, beliau tidak meletakkan jawatan, negara ini tidak akan mempunyai apa-apa harapan.

Itulah penyebab utama yang membawa kepada deklarasi rakyat minggu lalu yang ditandatangani oleh gabungan pemimpin pembangkang, NGO, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, bekas Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pagoh. Mereka ini sebelum Jumaat lalu langsung tidak pernah terbayang dapat dilihat duduk bersekali untuk melakukan sesuatu secara bersama. Namun pakatan yang aneh ini telah memberi harapan ke arah perubahan demi menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus ke lembah kehancuran angkara Perdana Menteri, Yang Berhormat Pekan.

Ramai daripada kalangan pemimpin Barisan Nasional cuba memperkecilkan penglibatan Tun Dr. Mahathir menandatangani deklarasi rakyat dan menggelarnya sebagai Penguasa Politik Hampir Habis Usia namun di sudut minda mereka kita semua tahu bahawa penyatuan dan kerjasama pemimpin pembangkang bersama Tun Dr. Mahathir akan menjadi titik permulaan terpecahnya Barisan Nasional dan UMNO dan membawa kepada aturan baru dalam landskap politik Malaysia. A new realignment to the political landscape of Malaysia.

final • 4:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Justeru saya ingin menyeru kesemua 25 orang Ahli Parlimen daripada BN Sarawak bahawasanya sudah tiba untuk memutuskan hubungan mereka dengan UMNO...

[Tepuk] Ada di sini kah, hanya seorang sahaja Yang Berhormat Mas Gading. Yang Berhormat Julau ada.

final • 4:50 PM

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bandar Kuching jangan mimpi di tengah hari...

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

Tunggu, tunggu giliran sudah menang peganglah kuasa dan jangan ingat kami di Sarawak yang menyokong Barisan Nasional dipermainkan dan diperbodohkan. Bukan, kami adalah mengikut kehendak rakyat yang telah memilih kami. Jangan pancing lagi.

final • 4:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ini bukan pancing, saya menyeru kepada Yang Berhormat bahawa jangan buta-buta sokong seorang pemimpin yang sudah begitu unpopular, begitu notorious dalam bukan sahaja dalam negara kita tetapi di kalangan antarabangsa. Oleh itu saya menyeru kepada rakan-rakan kita dari Sarawak untuk putuskan hubungan dengan UMNO. Putuskan hubungan dengan UMNO. Tarik balik sokongan terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Tepuk]

final • 4:50 PM

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

Tuan Yang di-Pertua, negara kita adalah negara yang berperlembagaan dan kita harus mengikut perlembagaan. Jangan kita sesuka hati buat pilihan sendiri bagaimana kita menjatuhkan ataupun membangunkan sesuatu kerajaan. Di sini sebagai seorang yang beragama Kristian, saya mendengar apa yang dikatakan oleh rakan-rakan kita di sebelah sana apa yang dipertahankan dari sebelah sini dan saya mengharapkan jangan kita menjadi Tuhan menentukan siapa yang salah, siapa yang betul kerana kita bukan Tuhan jangan kita percaya dengan apa yang dikatakan dalam media dan dikatakan oleh pembangkang. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ini sudah Yang Berhormat dari Pekan sudah mengakui bahawa duit itu masuk kepada akaun peribadi beliau. Mengenai apa yang disebutkan ada undang-undang, Perlembagaan kita pun memperuntukkan bahawa there is a freedom of association, you can choose not to support Yang Amat Berhormat dari Pekan sebagai Perdana Menteri. Sila.

final • 4:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Yang Berhormat Kuching. Mengenai pandangan bahawa kalau boleh parti-parti di...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, bukan Kuching, Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 4:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Sorry, mohon maaf Yang Berhormat Bandar Kuching. Terima kasih atas...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sebelum ini Yang Berhormat Bandar Kuching minta betulkan kalau Yang Berhormat lain sebut Kuching. Sila Yang Berhormat Beruas.

final • 4:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Baik, baik. Terima kasih atas teguran yang telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bandar Kuching saya ingin mendapat pandangan memandangkan Ketua Menteri Sarawak pun telah mengatakan UMNO jangan pergi ke Sarawak kerana kalau parti-parti komponen Barisan Nasional masuk ke dalam UMNO terutamanya PBB, beliau hanya mungkin menjadi seorang Vice President dan pandangan beliau overridden by majority UMNO.

Maksudnya beliau rasa bahawa influence UMNO ini tidak baik untuk Sarawak. Jadi cadangan saya ialah bolehkah untuk menyelamatkan Malaysia, kita boleh bersetuju ataupun bersatu dengan parti-parti di Sabah dan Sarawak untuk memastikan influence UMNO yang negatif ini tidak berleluasa, kalau mereka setuju keluar daripada Barisan Nasional kita boleh bincang ataupun sedia bekerjasama dengan mereka untuk menyelamatkan Malaysia, setuju tidak?

final • 4:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Saya ingin seruan saya tetapi mereka tidak mahu keluar yang keluar itu Yang Berhormat Limbang hendak keluar dari Dewan ini [Ketawa]

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Bandar Kuching...

final • 4:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Bandar Kuching, penjelasan kalau boleh...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, Yang Berhormat Puchong.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat Bandar Kuching kita sering kali dengar response daripada sebelah itu menyatakan bahawa kita perlu lihat kepada Perlembagaan kita seolah-olah apabila kami sebut berkenaan dengan Yang Amat Berhormat Pekan ini mereka menggunakan perlembagaan sebagai bahan untuk melindungi beliau.

Gunakan, kita kena respect, kena hormat Perlembagaan Persekutuan.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akan tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat Bandar Kuching, adakah mereka faham apa yang termaktub yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan? Dalam Perlembagaan Persekutuan, untuk mereka yang sering kali bangkitkan isu ini, ia disebut bahawa sekiranya seorang pemimpin itu melakukan kesalahan dan beliau didapati bersalah, beliau tidak boleh menjadi Ahli Parlimen.

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

Belum lagi.

final • 3:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yalah, itu menjadi masalah dia. So, jangan sebut-sebut bahawa kita kena lihat kepada Perlembagaan. Isu dia, kalau beliau telah melakukan satu kesalahan, maka kesalahan tersebut perlu dibawa ke mahkamah dan kalau didapati bersalah, beliau tidak berhak untuk menjadi Perdana Menteri. itu menjadi cara kita perlu lihat. Bukan sekadar kita kena tunggu untuk pilihan raya. Kalau seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan dan beliau boleh dibawa ke mahkamah, beliau harus dibawa ke mahkamah dan kita sebagai pembangkang, kita tidak bersalah di mana kita membangkitkan isu ini.

Kita menunjukkan bahawa ada bahan yang mencukupi untuk beliau dipertuduh.

Bukan sahaja kita yang menyatakan, Timbalan atau bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Pagoh sendiri kata, bahawa masa dulu beliau diberitahu oleh Peguam Negara atau bekas Peguam Negara bahawa wujudnya bahan yang mencukupi untuk beliau dipertuduh.

So, how do you look at this Yang Berhormat Bandar Kuching? Bukankah ini menunjukkan bahawa, nombor satu, mereka di sebelah sana tidak ada isu lain, tidak ada cara lain untuk melindungi Yang Amat Berhormat Pekan. Nombor dua, bagaimana dengan apa yang dibongkarkan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri bahawa ada cukup bukti untuk tuduh Yang Amat Berhormat Pekan di mahkamah tetapi ini tidak dilakukan. So, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 3:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Bandar Kuching, Stampin satu, dua minit boleh? Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Dua minit, nanti, nanti, nanti, saya jawab, saya jawab dulu. Ya, saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat dari Puchong dan ini menunjukkan satu fakta yang amat bahaya di negara kita. It is as if the Prime Minister is above the law. Sesiapa yang hendak siasat beliau bukan ditukarkan..

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

Atau disingkir.

final • 3:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Atau disingkirkan. Ini menunjukkan bahawa he is above the law and this is very dangerous in our country. Sila Yang Berhormat Stampin.

final • 3:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat Bandar Kuching, saya tertarik apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Mas Gading tadi kerana tadi dia ada katakan bahawa dia membawa bahawa dia sebagai seorang penganut Kristian dan juga kita janganlah menjadi Tuhan untuk menentukan siapakah pemimpin. Saya pun seorang penganut Kristian.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Stampin, bukan Mas Gading..

final • 3:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Julau, Julau.

final • 3:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Julau ya, maaf. Jadi saya pun seorang penganut Kristian. Setahu sebagai seorang penganut Kristian. Setahu saya sebagai seorang penganut Kristian, kita mesti menentang corruption. Menentang pemimpin- pemimpin yang tidak righteous dan juga sebagai seorang penganut Kristian, apabila kita menjadi seorang Yang Berhormat, kita mempunyai kuasa yang direstui Tuhan, kita mesti berani kerana benar. Kalau pemimpin kita pemimpin yang corrupt, mempraktikkan corruption, kita mesti berani kerana benar dan menentang pemimpin tersebut. Ada kitab menyatakan bahawa under the unrighteous king the people suffer, but under the righteous King, the people will enjoy prosperity. Itulah tanggungjawab kita sebagai penganut Kristian. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 3:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih. Yang Berhormat Julau, nanti, saya nak jawab kepada Yang Berhormat Julau sahaja. Ini apa yang telah sering disebut oleh Ketua Menteri Sarawak dan juga pemimpin-pemimpin di negeri Sarawak bahawa mereka bersuara membantah UMNO dan menyifatkan bahawa UMNO adalah sebuah parti perkauman dan punca kepada ketegangan kaum di Semenanjung Malaysia. Tidak masuk akallah apabila dari satu sisi, Barisan Nasional Sarawak membantah UMNO di Sarawak.

Namun dari satu sisi lagi, anda terus menyokong UMNO supaya mentadbir negara ini. Dia masuk akal juga apabila Ketua Menteri Sarawak mahukan pentadbiran yang bersih dan baik. Namun, anda tetap, Barisan Nasional Sarawak tetap dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang dibelenggu pelbagai skandal kecualilah kalau semua cakap-cakap mengutuk UMNO di Sarawak oleh Ketua Menteri dan pemimpin Barisan Nasional di Sarawak ini hanyalah satu tindakan hipokrit demi menarik sokongan pengundi dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

final • 3:00 PM

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

[Bangun]

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Julau.

final • 3:00 PM

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Berkenaan dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Stampin tadi bahawa itu adalah hanya tanggapan dan hanya apa yang dikata-katakan dan kalau betul bersalah, bawalah ke pengaduan undang-undang ataupun apa yang kita katakan salah mungkin juga tak salah oleh sebab kerana kita bukan Tuhan. Kita tidak boleh mengatakan dengan 100 peratus bahawa itu betul.

Jadi Yang Berhormat Stampin, jangan menjadi Tuhan dan jangan memikirkan bahawa oleh sebab orang mengatakan sebegitu dan kita tak percaya dan kita ini bersalah, bukan. Berkenaan dengan penolakan parti-parti politik dari Semenanjung, bukan hanya UMNO yang Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak katakan, iaitu kesemua pengaruh politik yang kotor dari Semenanjung ini lebih-lebih lagi dari parti-parti yang bukan Parti UMNO di Semenanjung, itu yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini termasuklah...

final • 3:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat, Yang Berhormat..

final • 3:00 PM

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

Ini termasuklah Parti DAP.

final • 3:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat dari Julau..

final • 3:00 PM

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

Termasuklah parti KEADILAN, termasuklah mana-mana parti yang mempraktikkan politik kotor.

final • 3:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat dari Julau..

final • 3:00 PM

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

Jangan katakan UMNO sahaja.

final • 3:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Orang dari Sarawak takut UMNO kerana UMNO ini parti perkauman, tahukah?...

final • 3:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya UMNO ini hendak menjalankan islamization of the Dayak. Itulah masalahnya. Di Sarawak, Yang Berhormat dari Julau sedarkah, kalau tak sedar sekarang saya beritahu Yang Berhormat lah. Oleh itu UMNO yang ditolak oleh orang Sarawak dan bukankah semuanya parti daripada berpunca daripada Semenanjung Malaysia sini.

final • 3:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh? Thank you. Yang Berhormat Bandar Kuching, tadi Yang Berhormat Julau mengatakan bahawa Ketua Menteri Sarawak dengan izin reject the Semenanjung parties. Sebenarnya daripada pengakuan beliau sendiri, beliau mengaku bahawa beliau akan mengikut cadangan Perdana Menteri Pekan bahawa akan mencalonkan calon atas parti Barisan Nasional. Jadi ini bermaksud Ketua Menteri Sarawak ini, dia cakap satu tapi bikin yang lain. Jadi ini hakikatlah. Jadi kita mesti tolak juga Ketua Menteri...

final • 3:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Mereka selalu kata walaupun cakap banyak-banyak tapi masih dipimpin oleh UMNO dan dipimpin oleh seorang yang begitu dibelenggukan oleh pelbagai skandal...

[Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, kini BN mempunyai 134 orang Ahli Parlimen termasuk 25 daripada Sarawak daripada 222 Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini. Jika Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional Sarawak menarik balik sokongan mereka kepada Perdana Menteri maka Kerajaan BN pimpinan UMNO akan menjadi sebuah kerajaan minoriti dan bakal juga minoriti di Dewan yang mulia ini.

Malah kita kini ada Pagoh, ada Semporna yang telah secara terbuka tidak menyokong Perdana Menteri dan saya percaya ramai lagi dari pada kalangan Barisan Nasional berkongsi pendapat yang sama walaupun secara diam-diamnya. Oleh itu sampailah masanya untuk melakukan satu perubahan dan lebih penting lagi, inilah masanya untuk menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa Sarawak boleh memacu perubahan bagi menyelamatkan negara.

Isu yang kedua yang ingin saya bangkitkan adalah bahawa tentang isu ekonomi di negara kita.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, habis dah isu politik ya?

[Ketawa]

final • 3:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ini juga ada sikit berkenaan dengan politik. Kebimbangan utama rakyat tentang ekonomi negara ini ialah mata pencarian dan kelangsungan kehidupan mereka. Isu ekonomi yang ingin saya bangkitkan di Dewan yang mulia hari ini bukannya statistik berbunga-bunga yang dikemukakan oleh kerajaan tahun demi tahun. Saya ingin bercakap tentang apa yang dirasai oleh rakyat di luar sana, di akar umbi.

final • 3:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Fenomena aneh ekonomi Malaysia adalah apabila harga minyak antarabangsa berada di paras tinggi, rakyat merana akibat peningkatan kos sara hidup. Meski kerajaan menerima durian runtuh hasil harga minyak yang tinggi, kerajaan tetap memotong subsidi minyak dan gas. Lantas mengakibatkan inflasi dan kesusahan kepada orang ramai. Namun, apabila harga minyak antarabangsa jatuh mendadak, Kerajaan BN memberitahu kita bahawa pendapatan kerajaan dari hasil minyak telah berkurang dan ia terpaksa mengurangkan belanja dan subsidi kepada rakyat.

Malah, memotong peruntukan biasiswa JPA serta pelaburannya dalam pendidikan.

Akhirnya, orang ramai masih merana akibat peningkatan kos sara hidup. Nampaknya tidak kira bagaimana keadaan harga minyak, akhirnya rakyatlah yang akan sengsara, apa pun terjadi, rakyat tetap rugi. Heads, you lose, tails, you also lose. Ya, sila.

final • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Cuma sedikit berkenaan dengan isu biasiswa JPA.

Tadi saya telah katakan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa pada tahun ini apa yang telah dijanjikan kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM 2013 yang mendapat bursary, sepatutnya mendapat ke luar negara, sekarang terpaksa belajar dalam negara. Akan tetapi apa yang lebih menyedihkan ialah biasiswa telah bertukar menjadi pinjaman.

Saya nampak ada satu kenyataan daripada Ketua Menteri Sarawak yang menyatakan bahawa mana-mana pelajar yang tidak mendapat biasiswa JPA itu boleh mendapat daripada Kerajaan Negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak. Akan tetapi persoalan saya ialah mengapakah Kerajaan Negeri Sarawak mengambil pendirian sebegitu?

Sepatutnya mereka memperjuangkan biasiswa daripada Kerajaan Persekutuan.

final • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Apakah sumber yang ada di dalam Yayasan Sarawak itu patutnya digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang lain? Bukannya pelajar yang sudah mendapat biasiswa daripada pihak JPA.

Adakah Yang Berhormat Bandar Kuching merasakan bahawa pelajar-pelajar daripada Sarawak ini sudah shortchange, dengan izin. Apakah pandangan daripada Yang Berhormat?

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Memang kita telah dishortchange oleh Kerajaan Persekutuan dan juga itu janji-janji yang dibuat oleh- nanti-nanti, biarlah saya jawab...

final • 5:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya belum tanya lagi sudah jawab, macam mana?

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Saya jawab Yang Berhormat Seremban, apa ini? Juga apa yang dijanjikan oleh kerajaan negeri bahawa akan membantu, mereka juga ini akhirnya tidak ada bantuan yang benar-benar disalurkan kepada pelajar- pelajar berkenaan. Ini kerana polisi Yayasan Sarawak adalah tidak memberi biasiswa kepada murid-murid belajar itu untuk belajar di luar negeri.

So, oleh itu hanya mereka terima satu surat untuk menolak application mereka daripada JPA, barulah Yayasan Sarawak akan memberi bantuan. Sekarang ini surat tolakan ini tidak akan dikeluarkan kerana ia telah dibagi, dipakej sebagai satu pinjaman. Oleh itu tidak ada surat tolakan, Yayasan Sarawak tidak akan beri apa-apa bantuan. Akhirnya, hanya cakap kosong sahaja. Dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional tidak menghentikan perbelanjaan boros dan rasuah tetapi ia secara sistematik merampas, merompak rakyat jelata demi melemahkan masalah kewangan yang dihadapinya. Ya, sila.

final • 5:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Ya, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya hendak tanya Yang Berhormat Bandar Kuching, tadi pasal 774 orang. Mungkin ada benarlah. Oleh kerana pertimbangkan tadi Yang Berhormat Langkawi pun cakap. Akan tetapi bagaimana dengan peruntukan yang diberikan untuk memudahkan 10,000 orang memiliki rumah pada kadar 4 peratus? Bagaimana dengan pertambahan untuk peruntukan TPPT RM5 bilion yang melibatkan beratus-ratus ribu?

Jadi, janganlah kita mengatakan merompak atau melihat perkara 774 tetapi tidak menidakkan sumbangan kerajaan beri untuk nelayan, beras 20 kilogram, rumah untuk RM10,000 yang angkanya jauh lebih besar daripada- jadi saya harap, kalau hendak cakap fasal ekonomi, put in a proper perspective. Jangan kita- dan satu lagi saya hendak sebut, saya hendak tanya Yang Berhormat Bandar Kuching. Apa yang ada tadi pandangan, hanyalah tuduhan-tuduhan, termasuk tadi. Saya tadi hendak sebut sepatutnya...

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Penjelasan...

final • 5:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Sekejap- sekejap, Yang Berhormat Permatang Pauh tidak sempat. Akan tetapi sebelum PAC siap, Yang Berhormat Kelana Jaya sudah buat pertuduhan yang dahsyat di Hong Kong. Itu fitnah...

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Itu you hendak minta penjelasan daripada saya atau penjelasan daripada Yang Berhormat Wangsa Maju? It is my floor.

final • 5:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi, saya hendak kata- Saya hendak tanya Yang Berhormat Bandar Kuching, janganlah kita sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, berkata, menuduh tetapi dalam masa yang sama kata jangan fitnah, jaga maruah, you ‘cakap tak serupa bikin’. Jadi, pandangan saya Yang Berhormat Bandar Kuching, berhati-hatilah cakap sebab dalam Dewan yang mulia ini kita kena hormat juga. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Inilah attitude UMNO lah, inilah attitude UMNO.

final • 5:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Inilah attitude DAP daripada Sarawak...

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ini, ini...

final • 5:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Hoi, apa Sarawak-Sarawak ini? Belakang sana UMNO di Sarawak.

final • 5:10 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Cakap di Sarawak, cakap di Sarawak... [Dewan riuh]

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Apa yang saya sebutkan tadi, pertama-tamanya kerajaan memotong subsidi kepada keperluan asas, termasuk subsidi petrol, subsidi diesel, gula, beras dan minyak masak.

Keduanya, selepas itu sudah didapati potongan subsidi rakyat ini tidak mencukupi, kerajaan mengenakan percukaian langsung terhadap rakyat melalui GST yang mencukaikan semua orang, termasuk mereka yang miskin.

Ketiga, apabila cukai-cukai tambahan ini pun tidak mencukupi untuk melemahkan Perbendaharaan Negara, kerajaan mengurangkan pelaburan untuk generasi akan datang dengan memotong peruntukan perbelanjaan pendidikan tinggi dan juga biasiswa.

Keempatnya, apabila semua itu masih tidak cukup, kerajaan menggubal undang- undang untuk menggunakan simpanan hari tua dengan mengurangkan caruman KWSP oleh para pekerja dan menggalakkan orang ramai membelanjakan simpanan mereka. GST ini telah meningkatkan kos sara hidup kepada rakyat.

final • 5:10 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Meski para Menteri telah cuba meyakinkan rakyat bahawa harga barang akan turun dengan pengenalan GST, hakikatnya harga barang kian meningkat dan paling yang terkesan akibat GST adalah golongan pekerja dan golongan luar bandar.

Namun, bukan sahaja pengguna yang menderita, peniaga juga turut terasa kesannya. Secara am, beberapa bulan selepas pengenalan cukai GST, ke semua sektor peniaga mengalami keturunan business mereka sekitar 30 peratus. Apa yang menyedihkan ialah apabila seluruh negara sengsara akibat GST, Perdana Menteri nampaknya amat gembira dengan pelaksanaan GST dan berterima kasih kerana GST lah yang telah menyelamatkan Perbendaharaan Negara.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Batu Gajah bangun.

final • 5:10 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Selepas Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Bandar Kuching boleh gulung. Masa sudah cukup. Ya, sila.

final • 5:10 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tadi Yang Berhormat Bandar Kuching ada menyebut tentang pemotongan kadar caruman KWSP untuk pekerja 3 peratus.

Saya rasa ini bukan satu pendekatan yang baik sebab ia akan merugikan pekerja pada masa hadapan mereka. Saya tidak tahu kenapa kerajaan mengambil tindakan ini. Apabila kerajaan memotong caruman ini sebanyak 3 peratus, ini seolah-olah pekerja-pekerja ini mendapat wang tambahan untuk perbelanjaan.

Ini jelas membuktikan bahawa mereka ini, rakyat ini sedang menghadapi masalah yang serius, masalah beban kewangan yang serius. Oleh sebab itu mereka hendak potong 3 peratus dalam caruman KWSP ini. Akan tetapi saya rasa daripada membuat perkara itu, adalah lebih baik potong GST. Jangan buat GST, baik potong GST, bagi caruman 3 peratus.

Kenapa hendak buat sebaliknya? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Sebaliknya kerana kerajaan tidak ada duit lagi. Ini jawapan yang terus terang. Saya diberitahu oleh Menteri-menteri daripada Sarawak bahawa kini Kerajaan Persekutuan tidak ada duit lagi. Hampirkan projek Pan Borneo Highway yang seharusnya dijana oleh Kerajaan Persekutuan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pergi ke Sarawak untuk minta supaya Kerajaan Negeri Sarawak bayar dulu.

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Kerajaan Persekutuan barulah bayar kepada kerajaan negeri pada masa hadapan.

Akan tetapi nasib baiklah Kerajaan Negeri Sarawak tidak bijaklah, lebih bijak dari itu, mereka tidak setuju bahawa untuk membayar Pan-Borneo Highway ini dulu untuk kerajaan. Akhirnya, satu soalan yang saya ingin tanya. Walaupun kerajaan telah mengutip RM30 bilion pada tahun lalu melalui GST tetapi kerana kejatuhan harga minyak antarabangsa yang lebih kurang revenue kerajaan adalah lebih kurang RM15 bilion daripada anggaran originalnya.

Oleh itu saya hendak tanya, adakah kadar GST 6 peratus ini akan ditetapkan atau yang akan dinaikkan lagi kerana kadar 6 peratus GST ini dikatakan dengan menjangkakan harga minyak kekal pada kadar USD100 setong. Sekarang sudah USD40 se tong. Sekarang apabila hasil pendapatan minyak jatuh melebihi 15 bilion, apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk menampung kerugian akibat kejatuhan harga minyak? Adakah kerajaan akan meningkatkan kadar GST pada tahun depan atau selepas pilihan raya negeri Sarawak dan berapakah kenaikan kadar harga GST ini akan dikenakan oleh kerajaan?

Saya haraplah Menteri Kewangan boleh lebih ikhlas dan lebih jujur dengan terus terang menjawab soalan saya ini mengenai sama ada kerajaan ada tujuan untuk meningkatkan kadar GST pada masa hadapan atau selepas pilihan raya negeri Sarawak.

Sekian, terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Stampin. No, no, sorry, Yang Berhormat Silam.

final • 5:20 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Silam untuk turut serta membahas...

final • 5:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, minta laluan, minta laluan. Saya ada satu notis. Notis untuk pindaan motion- Usul ini yang saya ingin memberi kepada Tuan Yang di-Pertua atas usul yang kita bahas ini. Sila. Usulnya adalah supaya ini adalah memberi Notis bahawa saya bercadang mengemukakan satu usul pada hari ini ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja atas nama Ahli Parlimen kawasan Sibuti seperti berikut dengan menambahkan perkataan-perkataan berikut, “Dan memutuskan bahawa royalti pampasan tunai sebagai ganti hak minyak gas yang dibayar kepada Sarawak ditingkatkan dari 5 peratus kepada 20 peratus.” Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu mandate yang diberikan kepada kita oleh DUN Sarawak bahawa Sarawak diberikan royalti minyak itu 5 peratus sampai 20 peratus. Sampai hari ini, 22 bulan sudah siap selepas usul yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sarawak, sampai hari ini Kerajaan Persekutuan tidak berbuat apa-apa jawapan atas tuntutan pihak Kerajaan Negeri Sarawak.

Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini, semasa kita berbahas usul dan saya membuat satu usul untuk meminda usul original yang dibuat oleh Yang Berhormat Sibuti dan saya ingin membetulkan spelling Sibuti di Notis saya, S.I.B.U.T.I. supaya kita dapat menambahkan satu sentence lagi ke atas usulnya dengan apa yang saya baca tadi. Terima kasih.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Silam.

final • 5:22 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang dan peluang kepada Silam untuk turut serta membahas Titah Diraja. Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia yang terus komited dalam memperjuangkan kemaslahatan rakyat. Begitu juga dengan langkah kerja untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu berdaya saing di peringkat global. Usaha ini jelas apabila Malaysia melonjak dua tangga kedudukan ke-18 dari 140 negara, mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan 20 ekonomi utama paling berdaya saing di dunia.

final • 5:22 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Laporan Daya Saing Global 2015-2016 yang diumumkan oleh Forum Ekonomi Dunia menyenaraikan Malaysia dari tangga ke-18 dengan skor 5.23 dari tangga ke-20 dalam kalangan 144 negara. Malaysia juga kekal berada di kedudukan teratas dalam kalangan negara membangun Asia. Peningkatan ranking ini adalah perkara yang dialu-alukan dalam konteks persekitaran global yang semakin mencabar. Ranking ini juga merupakan testimoni terhadap kemajuan yang dicatatkan negara dalam meningkatkan kecekapan dan daya saing menerusi program transformasi kerajaan dan program transformasi ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada apa yang berlaku akhir-akhir ini, iaitu desakan daripada Pakatan Harapan dan Tun Mahathir melalui Deklarasi Rakyat, jelas menunjukkan kumpulan ini tidak menghormati sistem demokrasi negara. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dan bukan melalui demonstrasi jalanan atau pun pungutan suara seperti apa yang dilakukan oleh Pakatan dan Tun Mahathir dalam menggulingkan kerajaan yang sedia ada. Perkara ini jelas bertentangan dengan prinsip yang dipegang oleh Tun Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri di mana beliau sendiri dengan lantang menentang golongan yang melakukan demonstrasi jalanan. Atas dasar-dasar prinsip atau as a matter of principle, Tun Mahathir perlu mengundurkan diri daripada semua jawatan yang beliau pegang termasuklah penasihat Petronas, Proton dan Yayasan Kepimpinan Negara...

final • 5:22 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Apasal tak pecat saja?

final • 5:22 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Perkara ini disebabkan Tun Mahathir sudah tidak mempunyai kepercayaan kepada kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Maka sudah semestinya beliau perlu bersifat gentleman untuk mengundurkan diri daripada Kerusi Pengerusi di syarikat-syarikat GLC kerajaan.

Jawatan yang beliau sandang bukanlah melalui pemilihan pemegang-pemegang saham syarikat berkenaan tetapi ia dilantik daripada kerajaan.

final • 5:22 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Hei...

final • 5:22 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Kita tidak mahu...

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat.

final • 5:22 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Saya hendak habiskan ini dahulu.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 5:22 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat kata dilantik oleh kerajaan, kerajaan ada kuasa untuk pecat. Kalau dia tak nak letak jawatan, pecatlah. Jangan kerajaan yang takut nak pecat dia- apalah.

final • 5:22 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Nanti dulu, saya habiskan teks saya.

Kita tidak mahu jawatan yang dipegang ini akan wujud unsur-unsur sabotaj kepada kerajaan kerana saya pasti apabila Tun Mahathir sudah sanggup untuk bekerjasama dengan Pakatan, maka tujuan mereka adalah pasti untuk menumbangkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri. Matlamat menghalalkan cara atau pun the end justifies the means ini, akan menggoyahkan lagi pelaksanaan dasar kerajaan sekali gus peluang-peluang untuk memburukkan nama Malaysia pada pandangan pelabur akan menjejaskan ekonomi negara.

Saya mencadangkan dan meminta Yang Berhormat Perdana Menteri untuk mengambil tindakan sewajarnya dengan menggugurkan Tun Mahathir dari memegang jawatan daripada kerajaan demi kelangsungan kepimpinan negara di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Silam, kita sambung esok ya.

final • 5:22 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat. baiklah Yang Berhormat. Kita tangguhkan persidangan kita sehingga pukul 10 hari esok.

final • 5:22 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

DR 8.3.2016 I

final • 5:31 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026