Nov042015

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh] minta Perdana Menteri menyatakan, menurut laporan, sejumlah 143 buah Rumah Kekal Baharu

(RKB) telah siap dibina, 257 buah sedang dibina, dan 130 buah lagi bakal dibina kepada mangsa bah di Kelantan. Mohon nyatakan bilakah jumlah sasaran sebanyak 1,225 unit bakal terlaksana dan apakah bentuk kekangan yang telah dihadapi dalam menyiapkan projek tersebut.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rasulullah bersabda, [Membaca sepotong hadis] “Kalau kamu tutup aib saudara kamu di dunia, Allah akan tutup aib kamu di akhirat.” Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang dikasihi. Setakat 28 Oktober 2015 Kerajaan Persekutuan akan membina 1,123 unit Rumah Kekal Baru (RKB) di Kelantan sementara kerajaan negeri akan membina 449 unit dan NGO sebanyak 187 unit. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,759 unit RKB. Sehingga kini sebanyak 183 unit RKB yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan telah siap dan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir yang layak.

Pada masa yang sama, sebanyak 271 unit sedang dalam peringkat pembinaan dan 40 unit lagi dalam peringkat pra-bina. Selain itu, 511 unit rumah lagi telah disediakan tapak untuk dimulakan pembinaan dengan sebahagian besarnya bermula pada 22 Oktober 2015 yang lepas berikutan terdapat tanah-tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, milik KESEDAR dan tanah-tanah persendirian yang perlu diperoleh menerusi pengambilan tanah.

Tanah-tanah tersebut saya kena sebut di sini sebab soalan ini banyak ditimbulkan supaya rakyat mengetahui di mana kedudukannya. Tanah milik persendirian Kuala Krai sebanyak 148 unit. Tanah milik persendirian di Gua Musang sebanyak empat unit. Lebir, tanah kerajaan negeri sebanyak 20 unit. Kampung Telekung, tanah kerajaan negeri 90 unit.

Tanah Kementerian Pertanian sebanyak 26 unit. Tanah Kementerian Sumber Manusia sebanyak 20 unit. Tanah Kementerian Pengangkutan sebanyak 55 unit. Tanah Kampung Peria diambil balik oleh Kerajaan Persekutuan daripada individu sebanyak 40 unit.

Kampung Manjor, tanah KESEDAR sebanyak 35 unit. Tanah Kemubu diambil oleh Kerajaan Persekutuan daripada individu sebanyak 73 unit. Sebahagian besarnya ialah tanah-tanah Kerajaan Persekutuan yang digunakan untuk membina rumah.

Pembinaan RKB ini dijangka siap pada bulan Februari 2016. Sebanyak 118 unit lagi sedang dalam siasatan untuk ditentukan kelayakan. Walau bagaimanapun tapak untuk unit-unit dalam siasatan ini telah pun disediakan. Sekiranya siasatan telah siap, maka kita boleh memulakan pembinaan. Kelewatan memulakan pembinaan di antaranya disebabkan oleh kekangan pelaksanaan di peringkat awal berikutan ketiadaan tanah-tanah yang sesuai untuk dibangunkan RKB, kos infrastruktur yang tinggi serta proses pengambilan tanah

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

persendirian yang mengambil masa kerana memerlukan verifikasi tapak, pertimbangan dan kelulusan pihak berkuasa.

Selain daripada itu, pembinaan RKB berkelompok baru diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan pada 14 Oktober 2015. Kelulusan menggunakan tanah milik Pesuruhjaya Persekutuan juga baru diperoleh. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana Yang Berhormat Menteri sebut fasal hadis soal aib ini. Saya hendak tambah satu lagi.

[Membaca sepotong hadis] “Barang siapa suka mencari aib-aib saudaranya, nescaya Allah dedahkan aib yang sudah duduk dalam rumah dia.” Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan atas segala usaha. Daripada jawapan tadi, maksud Yang Berhormat ialah kerana kesukaran untuk menyempurnakan kesemua masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir kerana terutamanya bagi yang tidak mempunyai tanah, maka Kerajaan Persekutuan telah mengambil satu langkah ke hadapan sehingga terpaksa membeli tanah individu menggunakan tanah Persekutuan dan sebagainya. Itu adalah satu usaha yang sangat baik dan patut disyukuri. Sesuai dengan surah Ar- Rahman...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Nikmat Allah yang mana lagi yang kita hendak dustakan.” Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat. Dalam keadaan yang sedemikian perbetulkan beberapa plot yang telah dicadangkan awal tidak dapat diteruskan misalannya tanah-tanah di Cenulang, di Dabong dan di Lebir. Katanya tanah yang dicadangkan oleh kerajaan negeri itu merupakan tanah yang melibatkan kos berjuta-juta untuk melaksanakannya. Itu menjadi satu daripada punca utama mangsa yang tidak bertanah tidak dapat dibuat Rumah Kekal Baharu.

Keduanya soalan saya Yang Berhormat, ada dakwaan sekarang ini sedang hebat diperkatakan di Dewan Undangan Negeri Kelantan dakwaan yang dibuat oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri PAS di kawasan Salor yang menyatakan kegiatan menebang hutan-hutan kekal terus dijalankan. Dakwaan daripada ADUN yang berkenaan merupakan bekas Naib Presiden Parti PAS menyatakan ini akan terus menjadi punca bencana yang lebih besar. Maka apakah kesiapsiagaan Agensi Pengurusan Bencana Negara dalam antisipasi bahawasanya kemungkinan akan berlaku lagi banjir yang berat seperti yang dialami pada tahun lalu.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang cukup baik. Pertama sekali, memang tanah yang diberi pada peringkat awal tidak sesuai kerana infranya yang tinggi dan yang keduanya, tempatnya jauh. Sudah pasti orang yang sudah dipindahkan tidak dapat duduk jauh di tempat mereka mencari rezeki.

Keduanya, antara punca besar banjir berlaku dalam bentuk berskala besar ini kerana hutan tidak dapat menampung air sebab pokoknya telah ditebang dan air itu akan bergerak laju dan menyebabkan kerosakan kepada infrastruktur termasuk rumah-rumah.

Penebangan hutan tanpa kawal kerana banyak kawasan hutan yang diberi bukan sahaja di Kelantan dan seluruh Malaysia, pembalak-pembalak membuat penipuan dengan menebangnya secara berlebihan dan tidak mengikut spesifikasi yang mana pokok yang berumur tertentu tidak boleh diambil.

Sekarang ini di sesetengah tempat, bapak dan mak pokok diambil, anak pokok diambil, cucu pokok pun diambil menyebabkan kawasan hutan sudah menjadi kawasan yang mudah melepaskan air begitu sahaja tanpa sekatan. Agensi Pengurusan Bencana Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bersiap siaga di semua peringkat di negeri, daerah dan juga di komuniti iaitu di kampung, taman dan sebagainya. Malah kita mendapat makluman beberapa jam sekali berhubung dengan cuaca di Kelantan, Terengganu dan Pahang sebab monsun timur laut yang bertiup sekarang ini memungkinkan hujan yang lebat. Akan tetapi hujan sekarang ini tidak terlalu lebat kerana El Nino yang dahsyat sedang berlaku di Lautan Pasifik tetapi kita bimbang sebab monsun ini akan melibatkan empat episod.

Episod pertama, kita selamat. Kita ada tiga lagi episod yang kita berdoa semuanya selamat. Rasulullah SAW bersabda, [Membaca sepotong doa] “Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, Allah tidak terima syukurnya”. Jadi sesetengah orang menerima bantuan dan sebagainya dia kata, “Oh! Bantuan ini aku tak kisah. Ini Tuhan bagi”. Maka,

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Allah kira tidak bersyukur. Orang yang bersyukur dan orang yang tidak bersyukur, Allah tidak terima orang yang bersyukur kalau dia tidak berterima kasih kepada manusia.

Contohnya macam saya beri kepada Menteri Wilayah sesuatu barang, dia kata, “Terima kasih, syukur alhamdulillah”. Malah, Allah akan terima syukurnya.

Akan tetapi kalau dia kata “Baja kamu cap Barisan, boleh ‘blah’. Aku bersyukur kepada Allah”. Maka, Allah tidak terima syukurnya.

*[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Terima kasih kepada manusia”.

[Membaca sepotong ayat al-Quran]* Maknanya kalau kita tidak berterima kasih kepada manusia, Allah tidak akan terima syukurnya. Rakyat Kelantan harus berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang bertungkus-lumus untuk membina rumah, terima kasih dan bersyukur kepada Allah. Jikalau terima kasih itu hendak transfer kepada undi, itu yang terbaik. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Syukur kepada Allah. Sila Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 10:10 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada kakanda saya Yang Berhormat Arau dan juga kakanda saya dari Ketereh yang membangkitkan isu yang cukup penting ini. Kita tahu bahawa banjir yang berlaku di Kelantan akhir tahun lepas ini mempunyai hikmat. Antara hikmatnya ialah membuka peluang kepada kita untuk berbuat baik sebagaimana firman Allah dalam al- Quran.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Kita berlumba-lumba untuk membuat kebaikan terutamanya apabila menghadapi bencana seumpama ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon macam satu recognition, satu pengiktirafan juga daripada pihak Kerajaan Pusat bahawa dalam menghadapi banjir ini, kedua-dua pihak telah bersama-sama untuk menyelesaikan masalah ini. Kerajaan negerinya dan juga Kerajaan Persekutuan kita bersama-sama di bawah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Soalan saya dalam perkara ini ialah adalah mengenai apa yang dibangkitkan oleh kakanda saya dari Ketereh bahawa apa yang dikatakan, bukan beliau kata. Ada orang yang mengatakan bahawa penebangan hutan yang tidak terkawal di Kelantan menjadi punca utama kepada banjir yang berlaku ini. Saya ingin mendapat pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri dan juga sedikit maklumat yang saya ada bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan juga Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah mengesahkan bahawa penebangan hutan di Kelantan ialah mengikut catuan yang dibenarkan. Hutan ini bukan boleh sewenang-wenang kita buka mengikut cita rasa kita sendiri. Ia ada penguatkuasaannya dan sebagainya. Memang ada kecurian tetapi adalah dalam keadaan terkawal.

Jadi, saya hendak dapat pengesahan bahawa punca banjir yang berlaku iaitu banjir yang luar biasa, banjir kuning baru-baru ini yang berlaku itu bukanlah satu-satu puncanya ialah penebangan hutan. Keduanya, saya hendak dapat pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai cerita terkini seramai lebih kurang 14 buah keluarga lagi mangsa banjir di ulu Kelantan baru-baru ini khususnya di Kuala Krai, yang masih tinggal di dalam khemah, yang mendapat fokus daripada media elektronik dan juga media cetak.

Sedangkan keadaan sebenarnya ialah mangsa-mangsa ini sendiri telah ditawarkan rumah untuk pindah, telah ditawarkan rumah sementara tetapi mereka ini tidak hendak pergi.

Sebahagian besarnya beranggapan, kalau duduk di dalam khemah ini, ramai orang datang bagi derma. Jadi itu attitude mereka sendiri yang kadang-kadang susah untuk sama ada Kerajaan Pusat atau kerajaan negeri hendak ubah attitude ini. Cuma kita menunggu kepada rumah yang kekal yang akan diberikan kepada mereka. Saya minta pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih banyak.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, kena sebut di sini bahawa punca banjir ini bermula dari Gunung Gagau yang menyebabkan air telah disembur, diturunkan dengan banyaknya ke Terengganu, Pahang dan juga sedikit-sedikit ke Kelantan. Akan tetapi Kelantan ini kebanyakannya berasal daripada Lojing yang telah terbuka begitu luas di peringkat awal yang mana sesetengah tempat yang kerajaan negeri bagi untuk tanam sayur, tetapi mereka buat berlebihan sikitlah. Akan tetapi saya hendak puji Kerajaan Negeri Kelantan kerana telah memberikan kerjasama yang cukup erat.

Kerjasama ini sewajarnya berterusan kerana apa sahaja yang kita minta, mereka memberikan kerjasama.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Contohnya dalam jawatankuasa di peringkat negeri, daerah dan sekarang ini komuniti, mereka beri kerjasama. Malah Menteri Besar Kelantan sendiri menyertai sama- sama jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed. Jadi terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan kita harap kerjasama antara UMNO dengan PAS ini akan berterusan. Jadi orang yang telah meninggalkan PAS itu, akan rugi sikit. Akan tetapi, itu hakikatnya bahawa walaupun di dalam kawalan Yang Berhormat tetapi masih ada mereka yang menyalahgunakannya. Kita kena ingat bahawa bila hutan ini tidak mencukupi untuk menampung air, ia menyebabkan pergerakan air yang begitu laju.

Saya telah berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan dan menawarkan untuk kita memberi pokok untuk ditanam semula kawasan-kawasan yang telah terbuka termasuk membuat pemberhentian serta-merta dan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang telah membuka kawasan yang begitu luas di kawasan Lojing. Jadi, di samping kawalan dan kerjasama kepada pihak kerajaan negeri, kita terima hakikat bahawa ada pencurian hutan yang dibuat oleh pihak tertentu yang menyebabkan hutan kita terbuka sedikit.

Kemudian berhubung dengan khemah, saya setuju dengan Yang Berhormat bahawa mereka ini memang diberi tawaran untuk duduk di PLKN sebagai rumah sementara. Akan tetapi kita lihat, kita tahulah bahawa kalau kita duduk di rumah PLKN, sudah pasti kita berada di unit-unit persendirian. Kalau orang ramai hendak datang, hendak tengok pun, dia kena pergi tiap-tiap unit. Akan tetapi kalau datang ke khemah ini, yang pertama ia dekat dengan jalan, ia terbuka kepada orang ramai, maka simpati orang ramai luar biasa. Khemah dekat itu. Kita ada minta mereka supaya pindah juga ke sana tetapi mereka enggan berpindah ke sana dan mereka berada dalam khemah, apa pilihan kita?

Takkan kita hendak tolak khemah dan sebagainya. Jadi kita terpaksa siapkan rumah kekal ini untuk membolehkan mereka pergi ke rumah kekal dan meninggalkan khemah.

Khemah, saya beritahu bukan salah kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Ini individu sendiri yang lebih seronok tinggal di sana. Malah saya sendiri secara peribadi kalau diberi pilihan, sudah pasti seronok tinggal dalam khemah kerana dekat dengan jalan, selepas itu orang ramai datang untuk memberi simpati. Pemberita, tanpa melihat keadaan sebenarnya, menulis seolah-olahnya duduk di dalam khemah itu teruk. Tidak!

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Sebenarnya, kegembiraan yang luar biasa kerana di situlah tempat tumpuan manusia. Mereka yang duduk di rumah sementara kadang-kadang telah dilupakan yang mereka sebenarnya juga mangsa banjir yang sedang menunggu rumah kekal. Terima kasih kepada soalan yang begini menarik untuk saya terangkan kepada rakyat Malaysia.

final • 10:20 AM

2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Luar Negeri menyatakan pendirian Kerajaan Malaysia terhadap UN Refugee Convention 1951 dan Protokol 1967. Nyatakan komitmen Malaysia bagi menangani isu pelarian Rohingya, Syria, Yaman dan Uighur, serta peranan Malaysia sebagai anggota Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu dan anggota OIC bagi mengatasi konflik perang saudara di Syria.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Reezal Merican

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya pohon izin untuk menjawab soalan ini bersama dua soalan lain yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pandan bertarikh 4 November 2015 dan Yang Berhormat Tumpat bertarikh 24 November 2015 kerana soalan-soalan ini bersangkutan dengan perkara yang sama.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Reezal Merican

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang Dewan yang mulia ini sedia maklum, pendirian Kerajaan Malaysia terhadap Konvensyen Berkaitan Status Orang-orang Pelarian 1951 dan Protokol 1967, dengan izin, Convention Relating to the Status of Refugees 1951 and its Protocol 1967 pernah dan telah pun dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini sebelum ini. Sehingga kini, Malaysia bukan dan tidak berhasrat

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Reezal Merican

untuk menjadi negara pihak atau, dengan izin, state party kepada preparation tersebut buat masa ini.

Namun begitu, atas dasar kemanusiaan, Kerajaan Malaysia telah membenarkan pelarian termasuklah Rohingya dan dari Timur Tengah yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pelarian UNHCR yang memerlukan perlindungan untuk tinggal di Malaysia buat sementara sehingga ditempatkan semula di negara-negara ketiga atau, dengan izin, resettlement to third country atau pulang ke negara asal mereka.

Dari segi kebajikan, mereka tidak dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan di hospital dan klinik-klinik kerajaan dengan diberi potongan caj sebanyak 50% dari kadar yang dikenakan ke atas golongan ekspatriat. Vaksinasi kepada kanak-kanak diberikan secara percuma dan mereka tidak disekat untuk mendapat kemudahan pendidikan formal di sekolah-sekolah persendirian yang dikendalikan oleh sekolah komuniti mereka sendiri atau ditadbirkan oleh badan-badan bukan kerajaan ataupun NGO.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada isu kemanusiaan Syria. Ingin saya maklumkan bahawa Malaysia telah menyumbang sebanyak USD500,000 kepada Syria semasa 2nd International Humanitarian Pledging Conference di Kuwait pada 15 Januari 2014. Sumbangan ini bertujuan untuk membantu warga Syria di dalam dan di luar Syria serta mengurangkan beban negara-negara jiran Syria yang kini menjadi tuan rumah kepada hampir 4 juta orang migran Syria. Terkini semasa Perhimpunan Agung PBB Ke-70 yang berlangsung di New York pada bulan September 2015 baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Malaysia akan menerima seramai 3,000 orang migran Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian.

Menerusi platform OIC pula, Malaysia telah menyertai mesyuarat, dengan izin, OIC Open Ended Executive Committee Meeting on the Syria Refugees Issue yang diadakan di Jeddah pada 13 September 2015. Semasa mesyuarat tersebut, Malaysia bersama-sama negara anggota OIC yang lain telah menerima pakai satu kenyataan bersama, dengan izin, final communique yang menggesa agar semua anggota negara-negara OIC dapat menghulurkan bantuan atau sumbangan bagi meringankan kesengsaraan yang ditanggung oleh rakyat Syria di samping membantu negara-negara yang telah menerima migran Syria.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Majlis Keselamatan PBB, Malaysia menyokong penuh usaha penyelesaian krisis di Syria. Melalui dialog dan rundingan terangkum termasuk usaha oleh oleh TYT Staffan de Mistura, wakil khas Setiausaha Agung PBB bagi Syria. Malaysia juga berpandangan bahawa semua pihak di Syria perlu berunding dan bekerjasama dalam mencari penyelesaian politik kepada krisis dengan disokong oleh masyarakat antarabangsa.

Dari Januari hingga September 2015, Majlis Keselamatan telah menghasilkan sembilan dokumen berkaitan Syria iaitu tiga resolusi, dua kenyataan presiden dan empat kenyataan akhbar yang antara lainnya menggesa supaya semua pihak bertelagah bekerjasama mencari penyelesaian damai berhubung situasi politik dan keselamatan di Syria di samping mengecam penggunaan senjata kimia dan bahan toksik kimia. Malaysia secara substantif telah menyokong dokumen-dokumen tersebut.

Menyentuh isu Rohingya pula, perkara ini telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Luar pada 20 Oktober yang lalu secara panjang lebar. Seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, Malaysia telah mengambil beberapa langkah proaktif di peringkat dua hala dengan Kerajaan Myanmar dan juga di peringkat pelbagai hala menerusi ASEAN, OIC dan kerangka PBB untuk mencari penyelesaian kepada isu pelarian Rohingya.

Malaysia akan terus bekerjasama dua hala secara erat dengan Myanmar dan negara-negara lain di peringkat antarabangsa untuk membantu menangani isu pelarian Rohingya ini. Saya ingin nyatakan dengan jelas bahawa Kerajaan Malaysia sentiasa prihatin terhadap isu kemanusiaan Rohingya, Syria dan juga Yaman. Malaysia akan terus menghulurkan bantuan dan bekerjasama dengan komuniti dan badan-badan antarabangsa untuk mencari jalan penyelesaian kepada isu kemanusiaan di negara-negara konflik tersebut. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan Timbalan Menteri. Saya hendak tanya kerana apa yang difahamkan Malaysia ini memberi perlindungan dan tahu kerana kita mempunyai masalah bagaimana hendak mengimbangi pelarian dan juga bagaimana kita hendak menangani masalah kita. Akan tetapi saya tertarik dengan jawapannya bahawa Rohingya itu kalau ikut Laporan UNHCR, ada 46,581 refugees yang tidak diberikan permit.

Kalau dikatakan mereka mempunyai sekolah ataupun peluang pendidikan, tidak mempunyai cara-cara bagaimana mereka hendak mengendalikan dengan baik untuk anak- anak mereka itu.

Satu lagi soalan yang kedua, tentang apa yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan di Bangsa-bangsa Bersatu bahawa Malaysia terbuka kepada 3,000 pelarian Syria dalam tiga tahun. Apakah ada perbezaan bila pelarian Syria diambil dengan mudah dan pelarian Rohingya apabila hendak landing, dengan izin, tidak dibenarkan.

Bagaimana kita dengan perjumpaan kubur-kubur yang banyak di Perlis? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Timbalan Menteri.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Reezal Merican

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang di atas soalan tambahan tadi. Saya hendak jelaskan bahawa pertama, Malaysia bukan the state party to the Convention of 1951 dan bukan juga to the Protocol 1967. Bererti Malaysia tidak mengiktiraf pelarian atau refugees. Kedua-dua negara yang disebut tadi kalau boleh saya rangkumkan jawapannya iaitu Syria dengan Rohingya mempunyai backdrop yang berbeza.

Sebuah negara di Syria adalah negara yang terlibat dalam perang dalam tahun 2011 yang mengakibatkan berlakunya migran Syria yang keluar seramai 4.2 juta orang, mengakibatkan 250,000, hari ini sudah bertambah, mati dan mengakibatkan 1 juta orang yang cedera dan krisis yang begitu meruncing. Ia telah mengakibatkan bahawa ia menjadi isu yang global dan antarabangsa. Manakala di Rohingya, isunya adalah disebabkan golongan Rohingya tidak diiktiraf warganegaranya dan kemasukan mereka ke dalam negara kita kebanyakan datang melalui illegal means.

Walaupun kita tidak menjadi party to convention, walaupun kita tidak menjadi party kepada protokol tetapi atas dasar perikemanusiaan dan ihsan, kita masih lagi menerima dan juga kita telah melaksanakan tanggungjawab bersama dengan UNHCR untuk memberi dan juga melihat penarafan diberi kepada seramai hampir 50,032 etnik Rohingya. Daripada keseluruhan 153,846 pelarian yang ada ataupun yang diiktiraf ataupun yang diberi penarafan oleh UNHCR. Kepada Syria pula, apa yang ditawarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini adalah atas dasar ihsan dan juga ingin membantu.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Reezal Merican

Saya hendak tekankan bahawa kenapa kita tidak terima jadi parti kepada konvensyen ialah kerana dalam kita menilai untuk menerima dan juga memberi bantuan, kita hendak menilai kepada kemampuan kita. Ada negara-negara di Eropah yang menjadi parti kepada konvensyen tetapi menutup ruang sama sekali untuk menerima. Saya tidak boleh sebut nama-nama negara tersebut, tetapi umumnya mengetahui ada yang sehinggakan membina razor blade fence, pagar-pagar sedangkan Malaysia walaupun tidak menjadi parti to convention, kita masih menerima kerana atas dasar ihsan.

Ini juga bersesuaian dengan apa yang menjadi pegangan kepada Islam. Dalam Islam, kaedah fiqhiyyah yang diguna oleh pemerintah Islam yang lalu disebut sebagai...

[Berucap dalam bahasa Arab] . Kalau kita hendak terima, kata kita hendak lakukan sesuatu tindakan, janganlah ia sampai mudaratkan kita dan tidak mengundang mudarat kepada yang lain. Maka, sebab itulah seramai 3,000 yang dibuat, menerima migran dalam tempoh tiga tahun adalah suatu perlambangan ihsan dan juga komitmen yang diberi kepada OIC sewaktu meeting, sewaktu mesyuarat open ended yang menggesa semua OIC menerima sebagai salah satu lambang kemanusiaan bagi memastikan meringankan isu kemanusiaan yang menimpa dan menghimpit rakyat di Syria atau negara yang konflik di negara Syria.

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mungkin orang hairan kenapa saya berdiri untuk menyoalkan perkara

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

ini, tetapi saya minat kerana tersebut di sini ada Yaman. Yaman, keluarga dahulunya termasuk ayah saya datang dari Yaman.

[Disampuk] Yang Berhormat Baling pun bukan mungkin dari Yaman, dia dari India mungkin tetapi...

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tarik balik.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Terima kasih.

Saya tarik balik.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Baling daripada Maghribi.

[Ketawa]

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Soalan pelarian ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, keluarga kami ada datang di Malaysia untuk belajar. Apabila tamat pembelajaran, tidak boleh balik. Jadi, apa pendirian kerajaan, sama ada mereka ini diberi duduk di sini kalau sekiranya negara Yaman itu berperang sehingga berbelas-belas tahun? Apa kedudukan anak yang sudah ada di sini? Dihantar ke mana atau dibenarkan tetap di Malaysia? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Reezal Merican

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Isu ini pun dekat dengan hati saya kerana saya pun ada darah Yaman.

final • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Reezal Merican

Akan tetapi saya beri confirmation memang Yang Berhormat Baling tidak ada darah Yaman langsung.

final • 10:30 AM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Kashmir, Kashmir mari.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Reezal Merican

Pada soalan yang ditanya tadi, umumnya ialah kalau pada negara-negara yang berhadapan dengan konflik sedemikian, terdapat pemahaman tetapi benda ini sebenarnya di bawah ruang lingkup KDN iaitu kita di pihak kementerian, kita bekerjasama dengan kedutaan. Terdapat kes-kes yang mana kedutaan akan bekerjasama untuk mendapat pemanjangan (extension) tempoh untuk mereka tinggal. Akan tetapi ia lebih bersifat case to case basis. Berdepan dengan kes-kes seperti mereka yang deprived ataupun out of prosecution macam di Yaman, maka mereka akan diberi layanan yang sedemikian.

Namun, ingin saya nyatakan secara jelas bahawa di Yaman tidak ada sangat isu pelarian. Walaupun ia dihimpit dengan isu serangan udara yang diketuai oleh coalition ataupun Saudi Forces Coalition, tetapi yang sebenarnya berlaku di Yaman ialah apa yang disebut sebagai internally displaced people. Mereka yang kehilangan tempat tinggal tetapi kekal dalam Yaman. So, isu pelarian sebenarnya bukanlah isu yang dihadapi oleh Yaman.

Setakat ini yang dilaporkan pada waktu saya bercakap ini, lebih kurang 2.3 juta rakyat Yaman telah dilaporkan sebagai internally displaced people, kehilangan.

Jadi pada umumnya pelarian bukan isu Yaman. Dan kepada mereka rakyat Yaman yang ada di sini, ihsan terutamanya daripada Kementerian Dalam Negeri dalam meneliti case by case untuk dipanjangkan diberi pertimbangan, namun yang selebihnya ia adalah di bawah ruang lingkup bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yaman tidak menjadi isu pelarian kerana seorang sudah menjadi Ahli Parlimen Kalabakan, tauke kari kambing, seorang sudah menjadi Timbalan Menteri.

final • 10:30 AM

3. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah strategi jangka panjang kerajaan dalam menggalakkan lebih banyak syarikat melabur dalam syarikat permulaan teknologi (technological start-up companies) dan penilaian kementerian mengenai pencapaian agensi-agensi kerajaan seperti MAVCAP dan Cradle Fund dalam menggalakkan pelaburan dalam syarikat-syarikat sedemikian.

final • 10:30 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Wilfred Madius bin Tangau

Tuan Yang di-Pertua, bagi menggalakkan lebih banyak syarikat melabur dalam syarikat permulaan teknologi, strategi jangka panjang kerajaan adalah melalui suntikan dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan permulaan ataupun seed fund dan dana modal teroka. Kerajaan melaksanakan pelbagai insentif bagi membantu dan menggalakkan pertubuhan syarikat-syarikat berasaskan teknologi. Pembiayaan dalam syarikat permulaan

final • 10:30 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Wilfred Madius bin Tangau

teknologi ataupun technological start-up companies melalui dana awam telah bermula sejak Rancangan Malaysia Kesembilan sehingga sekarang.

Peranan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ialah membantu syarikat permulaan teknologi dalam bentuk penyediaan dana, kepakaran dan teknologi.

Agensi MOSTI yang terlibat ialah Malaysia Technology Development Corporation (MTDC), Malaysian Biotechnology Corporation (BioTech Corp), SIRIM Berhad, MIMOS Berhad dan Technology Park Malaysia (TPM).

MTDC menyediakan Dana Pengkomersialan Penyelidikan dan Pembangunan atau CRDF dan Dana Perolehan Teknologi atau TF. Dana CRDF menyediakan geran padanan (matching grant) kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk mengkomersialkan produk mereka. Manakala TF menyediakan geran kepada PKS tempatan untuk membeli teknologi dari luar negara bagi mengeluarkan produk. Perolehan teknologi ini akan mempercepatkan kapasiti dan keupayaan syarikat tempatan serta mengurangkan risiko dan kos pembangunan produk.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak 186 projek iaitu CRDF sebanyak 154 dan TF sebanyak 32 projek telah diluluskan dengan dana berjumlah iaitu CRDF berjumlah RM294 juta dan TF berjumlah RM46 juta. Manakala di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh sehingga Ogos 2015, sebanyak 95 projek iaitu CRDF sebanyak 89 projek dan TF sebanyak enam projek telah diluluskan dengan dana berjumlah RM180 juta iaitu CRDF berjumlah RM168 juta dan RM12 juta untuk TF.

MTDC telah berjaya menarik syarikat-syarikat swasta untuk turut melabur dalam syarikat permulaan teknologi sebagai pemegang ekuiti. Sehingga Disember 2014, sejumlah RM125 juta telah disuntik melalui pelaburan oleh syarikat-syarikat swasta ini.

Tuan Yang di-Pertua, Dasar Bioteknologi Negara (DBN) mulai tahun 2005 hingga 2020 dilaksanakan dalam tiga fasa untuk menyediakan ekosistem pembangunan industri bioteknologi negara yang menyeluruh. Fasa pertama dimulakan dengan pembangunan kapasiti iaitu dari tahun 2005 hingga 2010 melibatkan program bina upaya modal insan dan penyediaan fasiliti. Ini diikuti dengan fasa kedua iaitu makmal kepasaran dari tahun 2011 hingga 2015.

Biotech Corp menyediakan bantuan fasiliti dan kemudahan kewangan secara pinjaman mudah melalui Biotechnology Commercialisation Fund dan Bioeconomy Transformation Program. Kedua-dua dana ini berjumlah RM110.5 juta. Sehingga kini, sebanyak 24 syarikat telah dibantu dengan jumlah kelulusan dana sebanyak RM72 juta.

Manakala Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) dan Kumpulan Modal Perdana (KMP) pula membantu syarikat permulaan teknologi dengan suntikan modal teroka iaitu dana Techno Fund yang memberi pembiayaan kepada syarikat di peringkat R&D sehingga prapengkomersialan.

final • 10:30 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Wilfred Madius bin Tangau

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak 286 projek diluluskan berjumlah RM872 juta kepada syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan kolaborasi bersama berbagai-bagai institusi penyelidikan tempatan.

Suka saya jelaskan di sini, agensi MOSTI iaitu SIRIM Berhad melalui teknologi adoption and adaptation programme telah dimulakan dengan membuat audit teknologi untuk menilai tahap teknologi syarikat PKS. Program dimulakan pada tahun 2015 telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan PKS terutamanya syarikat perusahaan mikro. Program ini akan diteruskan lagi kerana ia didapati mampu mempertingkatkan produktiviti dan kecekapan PKS mikro menggunakan automasi dan mekanisasi. Objektif utama ialah untuk melonjakkan mereka ke tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai pengeluaran. Sehingga kini, sebanyak 25 buah syarikat PKS telah mendapat manfaat melalui program ini.

MIMOS Berhad pula telah membangunkan e-Marketplace, sebuah pasar raya maya untuk membantu syarikat-syarikat permulaan teknologi dalam urusan padanan perniagaan ataupun business matching dan teknologi traceability untuk membolehkan kesahihan produk yang dipasarkan. Sebagai contoh, eksport durian musang king ke China menggunakan teknologi traceability. MIMOS telah diperuntukkan dana R&D di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM400 juta dan di Rancangan Malaysia

final • 10:40 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Wilfred Madius bin Tangau

Kesepuluh sebanyak RM260 juta. Mulai tahun 2006, MIMOS memberi fokus kepada aktiviti R&D untuk membantu syarikat permulaan teknologi. Bagi tempoh 2011 hingga 2014, sebanyak 65 buah syarikat telah mendapat manfaat daripada teknologi MIMOS. Syarikat- syarikat ini telah berjaya menerima kontrak melebihi RM1 bilion.

Selain daripada bantuan kewangan, teknologi PAN Malaysia, TPM pula iaitu salah satu daripada agensi di bawah MOSTI menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan inkubator kepada PKS untuk memulakan operasi. Antara kemudahan yang disediakan termasuk premis perniagaan, perkhidmatan pembangunan produk, makmal-makmal pembangunan produk, perkhidmatan pembuatan kontrak, perkhidmatan reka bentuk kejuruteraan dan akses kepada pelbagai rantaian perniagaan dan pasaran. TPM juga telah memperkenalkan Program Angel Chapter pada tahun 2013 dalam mengenal pasti pelabur yang berpotensi untuk melabur dalam syarikat-syarikat permulaan teknologi.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, panjang lagi? Kalau panjang sangat, jawapan bertulis ya.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Madius Tangau

Okey, pendek lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Semenjak penubuhannya pada tahun 1996, TPM telah menempatkan lebih 3,000 syarikat berasaskan teknologi. Pencapaian-pencapaian syarikat di bawah kampus TPM pada tahun 2014 adalah memberangsangkan dan penjanaan pendapatan berjumlah RM6.52 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, ini yang terakhir. Merujuk kepada penyediaan dana teroka, agensi terlibat dari bawah seliaan MOSTI ialah MAVCAP dan GMP. MAVCAP membantu syarikat permulaan teknologi melalui program pelaburan ekuiti secara langsung dan pelaburan dana modal teroka yang dinamakan outsource partners (OSP). MAVCAP telah melancarkan lima buah dana OSP dalam tempoh dua tahun terkini secara usaha sama dan pelabur luar dan sektor korporat bagi tujuan pelaburan di Malaysia dan rantau ASEAN.

Selain itu, kumpulan modal perdana pula melabur dalam syarikat permulaan teknologi sebagai pemegang ekuiti secara purata sebanyak 20%. Jangka masa pelaburan adalah antara lima hingga sepuluh tahun dan matlamat akhir untuk membolehkan syarikat tersebut berjaya disenaraikan dalam usaha saham mulai tawaran awam permulaan bergantung kepada keadaan pasaran dan ekonomi semasa.

Sehingga kini, GMP telah melabur dalam enam buah syarikat teknologi elektrik dan elektronik dengan jumlah pelaburan sebanyak RM50 juta. Tuan Yang di-Pertua, usaha- usaha dan strategi bagi menarik pelabur dalam syarikat-syarikat permulaan teknologi telah menampakkan hasil dan baik dan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.

Kerajaan berpandangan positif bahawa ia akan dapat melonjakkan industri dan teknologi dalam negara ke arah mencapai pembangunan ekonomi yang mampan. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Hari ini jawapan Yang Berhormat Menteri semuanya panjang-panjang. Saya jemput Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 10:40 AM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hitam hari ini. Saya hendak ucapkan terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Kita juga maklum bahawa salah satu ada pada tujuh teras strategik dalam Dasar Sains dan Teknologi negara dua adalah untuk menggalakkan techno entrepreneurship. Jadinya sehubungan dengan itu, daripada apa yang tadi dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri, selain daripada yang diperkatakan adalah kebanyakan adalah bantuan dana.

Jadi saya hendak bertanya kepada pihak kementerian. Apakah ada follow on programme ataupun program susulan yang diberikan untuk memastikan pertumbuhan syarikat ini berterusan seperti coaching, seperti mentoring ataupun training ini dilakukan oleh pihak kementerian dan apakah pihak kementerian juga bercadang untuk berusaha sama dengan pihak universiti terutamanya menggalakkan syarikat setaraf ini melabur dalam R&D innovation? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, silakan Yang Berhormat Menteri. Soalan panjang, jawapan pendek sahaja ya.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Madius Tangau

Pendek sahaja jawapan. Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Parit Sulong. Sememangnya kita buat follow through dan untuk makluman, sebagai contoh di bawah biotechno, kita telah memberi

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Madius Tangau

BioNexus status sebanyak 261 buah syarikat dan daripada 261 buah syarikat ini, kita telah mengenal pasti sepuluh daripada syarikat ini yang boleh diangkat sebagai global player dan kita membuat coaching. Baru-baru ini kita telah menghantar mereka ke Oxford University untuk membuat coaching dan juga pitching bersama dengan SME Corp. Dari situ kita akan dapat lihat syarikat-syarikat yang berpotensi yang boleh diangkat sehingga boleh memainkan peranan di peringkat global.

Berhubung dengan pertanyaan sama ada kita bekerjasama dengan agensi lain seperti universiti dan sebagainya, sememangnya sudah sekian lama kita bekerjasama dan ini akan kita kekalkan. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

4. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilangan kes penyakit anjing gila (rabies) setiap tahun mulai 2010 sehingga kini.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Gopeng. Saya mohon untuk menjawab pertanyaan ini secara bersekali bersama-sama dengan soalan oleh Yang Berhormat Dr.

Haji Noor Azmi dari Bagan Serai pada 30 November, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, penyakit rabies atau anjing gila adalah sejenis penyakit zoonotic yang menjangkiti manusia dari haiwan yang mempunyai virus rabies. Namun begitu, 90% daripada jangkitan rabies kepada manusia adalah disebabkan oleh gigitan anjing. Sehingga Jun 2015, Malaysia adalah bebas daripada penyakit rabies. Kejadian terakhir adalah pada tahun 1998. Namun begitu, selain daripada negara Singapura dan Brunei yang bebas daripada rabies, seluruh negara Asia yang lain memang ada kes-kes sporadic, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, kesiapsiagaan pihak Kementerian Kesihatan terhadap penyakit rabies termasuk penyeliaan vaksin anti rabies bagi manusia dan telah pun dilaksanakan di seluruh Malaysia terutamanya di tiga buah negeri yang positif penyakit rabies iaitu di Perlis, Kedah dan di Pulau Pinang. Sebanyak 14 buah hospital kerajaan di tiga buah negeri tersebut mempunyai bekalan stok yang mencukupi, Tuan Yang di-Pertua termasuk jugaimmunoglobulin..

Selain daripada itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk Jabatan Kesihatan Negeri di Kedah, Perlis dan juga Pulau Pinang serta negeri-negeri lain telah melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan. Antaranya ialah melalui aktiviti berikut, Tuan Yang di-Pertua.

(i) pengurusan kes ataupun pesakit yang terkena gigitan;

(ii) pengeluaran health alert kepada pengamal perubatan kerajaan dan swasta;

(iii) pengukuhan aktiviti surveillance;

(iv) pematuhan pemantauan kes gigitan;

(v) pengukuhan pengurusan kes gigitan anjing;

(vi) penyeliaan stok fail vaksin rabies dan immunoglobulin;

(vii) pengukuhan aktiviti promosi kesihatan; dan

(viii) melaporkan kes gigitan anjing kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan selanjutnya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Tahniah saya ucapkan kerana tidak ada kes rabies sejak 1998.

final • 10:40 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Soalan saya, setakat mana kementerian buat surveillance terhadap anjing liar yang mungkin membawa virus tersebut dan apakah rasional nasihat daripada kementerian untuk

final • 10:50 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

memusnahkan anjing liar khususnya di negeri-negeri yang mana ada jangkitan rabies itu dalam kalangan anjing yang berkaitan? Sekian.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, soalan ini sepatutnya dijawab oleh Jabatan Veterinar tetapi apa yang kita terima ialah kes-kes gigitan anjing. Kes anjing yang menggigit manusia ini, kita bekerjasama dengan veterinary, kita ambil ia dan kita kurung ia, kita observe ia kalau didapati ataupun mati. Ada satu kes yang berlaku di Perlis yang pertama ditangkap, dikurung, selepas seminggu ia mati. Kita ambil sampel otaknya, memang ada rabies. Maknanya, kita kena bekerjasama rapat dengan veterinary dalam hal mengawal anjing-anjing liar dan juga anjing-anjing peliharaan Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, soalan serentak Yang Berhormat Bagan Serai. Sila.

final • 10:50 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Cases rabies yang berlaku baru-baru ini sudah tentu menggegarkan jiwa banyak pencinta haiwan di negara ini. Kes yang terakhir berlaku pada tahun 1999 dan Malaysia telah diklasifikasikan sebagai bebas rabies pada tahun 2012 oleh OIE. Kes yang terbaru ini adalah pada 17 Ogos yang melibatkan tiga buah negeri di utara Malaysia.

Pendekatan kerajaan adalah dengan vaksinasi dan dilihat berlaku pemusnahan kepada anjing liar dan juga awareness program tentang responsible dog ownership, dog bite prevention dan post bite protocols, dengan izin. Negara-negara maju memfokuskan kepada vaksinasi mass vaccination dan juga awareness dan pemusnahan stray dog ataupun anjing liar ini adalah dilihat sebagai bukan langkah yang baik untuk jangka panjang kerana tidak berkesan.

Jadi saya ingin bertanya kepada Menteri, sebenarnya, berapa jumlah anjing-anjing liar yang telah dibunuh dan dimusnahkan dan juga yang divaksinasikan dibandingkan dengan ketiga-tiga buah negeri yang terlibat? Apakah perancangan kerajaan untuk mendapat balik status bebas rabies dalam dua tahun daripada sekarang? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, saya jawab yang kemudian dahulu tentang...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

Sebenarnya, pendahuluan itu yang panjangnya. Soalan pendek sahaja.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Soalan pendek sahaja. Macam orangnyalah juga.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:50 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Bangun]

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak mengapa Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 10:50 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Melaka marah ini. Yang Berhormat Bukit Katil marah.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sebenarnya, Yang Berhormat Bukit Katil masih lagi menunggu soalan dia ini.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, untuk mendapatkan status bebas daripada rabies ini, kawasan berkenaan mestilah bebas daripada wabak ini selama enam bulan. Ambil sampel daripada anjing dan semuanya enam bulan, tiada positive sampel dan selepas itu tunggu dua tahun, kalau didapati tiada kes manusia dan haiwan, maka boleh diisytiharkan sebagai bebas daripada rabies. Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, surveillance is ongoing. Memang kita amat prihatin dan arahan telah dikeluarkan seperti yang saya sebutkan tadi bahawa setiap kes gigitan anjing hendaklah dilaporkan, memastikan notify Tuan Yang di-Pertua. Apabila digigit anjing, semuanya akan kita bagi vaksin. Vaksin ini boleh juga digunakan sebagai ubat, sebagai treatment. Kita beri empat kali. Pertama, semasa kena gigit. Kedua, semasa hari ketiga, dos ketiga pada hari yang ketujuh dan dos keempat pada dua minggu selepas itu. Kos tinggi Tuan Yang di-Pertua. Kos untuk semua sekali ialah RM1,500 seorang. Kalau hendak inject semua orang, memang penatlah.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Jadi dalam hal ini, kita mengambil sikap buat surveillance. Kalau berlaku, kita bagi injection. Setakat ini seperti yang saya sebut tadi bahawa - tetapi kita sudah ada perancangan Tuan Yang di-Pertua untuk memberi suntikan vaksin pencegahan kepada high risk group Tuan Yang di-Pertua seperti animal handler, staf veterinar dan sebagainya yang ada exposure kepada gigitan kepada anjing ataupun haiwan. Ini dalam perancangan kita Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat itu sahaja jawapannya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

5. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad [Mersing] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan jumlah peminjam PTPTN oleh golongan orang kelainan upaya (OKU) dan adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan skim yang berbeza berbanding peminjam bukan OKU.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Terima kasih Yang Berhormat Mersing atas soalan berkaitan peminjam PTPTN oleh golongan orang kurang upaya (OKU). Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, permohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

(PTPTN) terbuka kepada semua warganegara Malaysia termasuk orang kurang upaya

(OKU) tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Bagi merekodkan peminjam mengikut jenis kategori, PTPTN tidak mempunyai statistik khusus bagi kategori OKU. Memandangkan sistem pembiayaan PTPTN sedia ada terbuka kepada semua golongan, PTPTN belum berhasrat untuk mewujudkan skim pembiayaan yang khusus untuk OKU.

Walau bagaimanapun, di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mewujudkan skim Bantuan Kewangan Pelajar OKU di institusi pendidikan tinggi sejak tahun 2006 kepada pelajar OKU. Bantuan ini adalah khusus kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat diploma dan ke atas di universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta, politeknik dan kolej komuniti yang berdaftar dengan KPT sahaja.

Di samping itu, bantuan kewangan juga ditawarkan kepada pelajar OKU yang mengikuti Program Pendidikan Khas (PPK) dalam kategori kecacatan pendengaran dan pertuturan sahaja. Kursus PPK yang ditawarkan adalah Sijil Kemahiran Khas di kolej komuniti dan politeknik sahaja. Bantuan yang ditawarkan adalah berbentuk elaun dan yuran pengajian kepada pelajar yang berkelayakan. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Mengikut jawapan yang diberikan, jelas bahawa dalam database PTPTN tidak mengkhususkan peminjam adalah OKU. Kita semua maklum bahawa mereka ini juga mempunyai keistimewaan-keistimewaan tertentu. Sudah pasti kalau mengikut kelayakan, dia mesti first class honours.

Adakah kerajaan berhasrat untuk merendahkan supaya orang kurang upaya ini di second class upper sudah melayakkan dia untuk dikecualikan daripada pembayaran balik?

Itu satu. Kedua, saya hendak terangkan dalam Dewan ini sedikit sahaja bahawa majikan punya …dengan izin antara orang biasa dengan OKU yang berijazah, sudah pasti dia hendak ambil orang yang normal. Masa untuk mereka mempunyai pekerjaan OKU agak lama berbanding dengan graduan yang normal. Jadi, ada atau tidak pendekatan- pendekatan khusus yang dibuat mengikut ihsan PTPTN supaya mereka ini diberi layanan yang lebih istimewa?

Ketiga, saya ucapkan juga terima kasih kepada PTPTN, bila kita menukar undang- undang, lebih ramai tampil ke hadapan untuk membayar pinjaman mereka.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Saya hendak tanya, ada tidak PTPTN memperkenalkan skim pendidikan kesedaran membayar hutang iaitu sejajar dengan mikro kredit atau di organisasi yang saya jaga iaitu SPNB, kadar bayaran mereka agak tinggi sehingga 94% berbanding dengan PTPTN. Ini kerana mungkin majoriti menganggap bahawa membuat pinjaman atau organisasi yang memberi pinjaman itu wajib, sedangkan membayar balik itu harus sahaja.

Ada tidak kementerian melakukan program pendidikan kesedaran sebelum membuat pinjaman, sewaktu pinjaman diberikan kepada mereka dan engagement terus dilakukan selepas mereka graduate? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Yang Berhormat yang ketinggiannya begini, panjang-panjang soalannya.

final • 11:00 AM

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Yang Berhormat Mersing, saya boleh kesan bahawa ada beberapa perkara yang ditanya. Pertama ada berkaitan dengan rancangan untuk Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengadakan satu perancangan yang lain khasnya untuk OKU seperti yang saya sudah jawab bahawa setakat ini PTPTN belum berhasrat untuk mewujudkan skim pembiayaan yang khusus kepada OKU.

Perkara yang kedua ada berkaitan dengan keistimewaan diberi kepada OKU daripada segi untuk bekerja di industri. Jadi, itu kita pulangkan kepada industri untuk ditimbangkan untuk layanan yang lebih istimewa kepada pihak OKU.

Ketiga, yang berkaitan dengan adakah Kementerian Pendidikan Tinggi mengadakan sesi dengan pelajar untuk pinjaman yang berkaitan dengan PTPTN dan isu integriti untuk membayar balik kepada PTPTN. Memang kaedah mesra pelanggan dapat dijalankan di mana kempen kesedaran melalui media juga dijalankan dan taklimat dijalankan juga di kementerian, agensi kerajaan dan swasta, taklimat bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan agihan buku pengurusan kewangan peribadi secara percuma dapat dijalankan.

Memang saya boleh sampaikan kepada Yang Berhormat bahawa PTPTN juga merekodkan cerita kejayaan atau success story dengan izin. Antara tindakan yang sudah diambil oleh PTPTN adalah berkaitan untuk meningkatkan prestasi kutipan pinjaman adalah berkaitan dengan pembukaan 71 cawangan PTPTN di seluruh negara termasuk di UTC, TESCO dan Giant dengan waktu kerja fleksibel sehingga pukul 10 malam.

Kedua, kemudahan bayaran tanpa tunai melalui Electronic Data Capture (EDC) yang membolehkan peminjam membuat bayaran melalui kad ATM, kad kredit dan kad debit. Jadi dengan tindakan yang sudah diambil, prestasi bayaran balik PTPTN telah menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu daripada RM57 juta pada Mei 2015 kepada RM104.6 juta atau 81% pada September 2015. Jadi, ini adalah satu evidence, dengan izin, bahawa PTPTN sudah merekodkan kejayaan dengan soaring upwards, dengan izin, dalam kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

6. Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [Bukit Katil] minta Menteri Kewangan menyatakan pendirian mengenai pandangan tegas Gabenor Bank Negara yang berpendapat bahawa susutan ringgit boleh dipulihkan dan ekonomi boleh terus berkembang apabila isu yang membelenggu syarikat 1MDB diselesaikan.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya sudah beritahu seangkatan dengannya panjang-panjang. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya ingin menjawab soalan ini bersama-sama dengan 11 lagi soalan kerana semua soalan tersebut menyentuh perkara dan isu yang sama iaitu mengenai punca dan kesan kejatuhan nilai ringgit serta langkah-langkah kerajaan dalam menangani isu tersebut.

Ahli-ahli Yang Berhormat lain yang telah membangkitkan soalan tersebut adalah Yang Berhormat Sarikei pada 4 November, Yang Berhormat Tanjung Manis 16 November, Yang Berhormat Dungun 23 November, Yang Berhormat Alor Gajah 24 November, Yang Berhormat Lenggong 25 November, Yang Berhormat Kudat dan Yang Berhormat Limbang pada 30 November, Yang Berhormat Selayang 2 Disember serta Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Kapar 3 Disember.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 11:00 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyusutan kadar pertukaran nilai ringgit berbanding USD dalam tempoh September 2014 hingga 16 Oktober 2015, ia telah menyusut sebanyak 21.6% terutamanya didorong oleh aliran keluar pelaburan portfolio. Di samping itu, mata wang serantau yang lain juga turut mengalami penyusutan nilai di antara 5.9% hingga 19.5% berbanding Dolar Amerika dalam tempoh yang sama.

final • 11:00 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Faktor-faktor yang berlaku di antaranya ialah yang menyebabkan kejatuhan ringgit kita ini terdapat empat faktor. Faktor yang pertama ialah ia disebabkan oleh jangkaan pelabur-pelabur jangka pendek terhadap kemungkinan kadar faedah di Amerika dinaikkan.

Ini telah menggalakkan minat pelabur terhadap pegangan aset dalam nilai Dolar Amerika, lantas menyebabkan aliran keluar daripada pasaran negara terutamanya pelabur-pelabur asing yang melabur dalam pelaburan jangka pendek.

Kedua, kebimbangan pelabur terhadap pertumbuhan ekonomi serantau yang dicetuskan oleh prospek pertumbuhan lebih perlahan di negeri China telah meningkatkan aktiviti penghindaran risiko oleh para pelabur di pasaran negara membangun pesat berkembang ataupun emerging market. Ketidaktentuan dan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi China serta penurunan Yuan pada bulan Ogos, turut menjejaskan prestasi mata wang serantau termasuk Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, faktor yang ketiga adalah Malaysia merupakan penerima kesan daripada kejatuhan harga minyak dunia. Negara kita merupakan salah sebuah negara mengeksport komoditi ini. Kalau kita lihat kejatuhan harga minyak ini daripada USD100 per barrel pada tahun 2014 jatuh kepada USD48 barrel Oktober 2015 telah menyebabkan pendapatan negara telah berkurang daripada RM64 bilion pada 2014 jatuh kepada RM43 bilion pada tahun 2015 dan dijangkakan akan terus jatuh pada 2016 kepada RM31 bilion.

Akhir sekali, faktor yang keempat iaitu negatif sentimen dalam negara terhadap isu-isu yang dibangkitkan yang membuatkan pelabur-pelabur yang berada dalam Malaysia ini terutama pelabur-pelabur asing merasakan dalam keadaan uncertainty. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang saya tanyakan dalam Parlimen ini adalah soalan yang khusus berkaitan dengan pendirian Gabenor Bank Negara yang mengaitkan bahawa nilai ringgit berlaku penyusutan dan ekonomi berhadapan dengan masalah akibat daripada isu 1MDB. Saya fikir Yang Berhormat Menteri tidak address isu itu secara khusus. Semalam kenyataan daripada pengerusi bank yang kelima terbesar di Asia Tenggara iaitu Nazir Razak, adik kepada Yang Berhormat Pekan. Beliau sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa Malaysia memang sentiasa dilihat stabil daripada segi politik dan ekonomi dan juga sistem serta institusi perbankan yang baik dan teguh. Cuma, imej ini diganggu gugat dengan kejadian semasa. Ini ialah isu pokok dan teras di Malaysia pada hari ini. Itu pandangan pengerusi bank yang utama di Asia Tenggara.

final • 11:00 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil

Jadi sudah tentulah kenyataan-kenyataan ini termasuk yang berkaitan kenyataan Gabenor Bank Negara ini, ini bukan kenyataan Pengerusi Tabung Haji atau Belia 4B dan sebagainya, ini Gabenor Bank Negara. Ini sudah pasti akan menyebabkan kita berhadapan dengan isu yang mesti dijawab oleh kerajaan kerana sekarang ini saja terdapat lima buah negara yang menyiasat kes 1MDB ini. Amerika, Hong Kong, Switzerland, Singapura dan terbaru Australia dan semua ini khusus tentang money laundering dengan izin, illegal fund transfer dan sebagainya. Apakah kerajaan, apakah pendirian kementerian, apakah kerajaan akan memberikan kerjasama untuk membantu siasatan ini ataupun sekali lagi menutup kes ini dengan cara-cara yang tersendiri kerajaan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Saya rasa kita kena lihat konteks penurunan ringgit ini bukan sahaja soal isu 1MDB. Kalau kita hendak menyentuh soal 1MDB, saya percaya bahawa negara-negara seperti Rusia, seperti New Zealand, seperti Australia, Brazil, mereka juga kejatuhan wang ringgit tetapi mereka tidak ada 1MDB. Apa yang saya tekankan dalam jawapan saya tadi ialah empat faktor ini yang menyebabkan ringgit kita jatuh, saya hendak repeat balik iaitu:

(i) sentimen pelabur-pelabur terhadap anticipation akan meningkatnya interest di Amerika;

(ii) dari segi kedudukan ekonomi dunia;

(iii) dari segi komoditi kita iaitu crued oil ataupun harga pasaran minyak; dan

final • 11:10 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

(iv) saya sebut tadi iaitu sentimen negatif. Sentimen negatif ini termasuklah isu yang dibangunkan oleh Yang Berhormat Katil.

final • 11:10 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Bukit Katil.

final • 11:10 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Bukit Katil, okey. Soalan Yang Berhormat Bukit Katil tanya ialah menyentuh bahawa Gabenor Bank Negara menyebut bahawa 1MDB adalah merupakan punca utama kejatuhan ringgit. Saya rasa kalau kita tengok explanation Gabenor Bank Negara, dia memberi beberapa faktor yang menyebabkan currency kita jatuh dan salah satu daripada yang disebut ialah sentimen, negative sentiment. Jadi negative sentiment ini bukan sahaja 1MDB, banyak benda. Contoh undi tidak percaya kepada Perdana Menteri juga menyebabkan negative sentimen. Jadi kerana apabila, sekarang ini begini...

final • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Bagi saya explain dulu. Saya cerita soal negative sentiment. Negative sentiment ini kita tidak boleh relate 1MDB, oleh kerana 1MDB kita kata punca ringgit jatuh. Sebenarnya yang menyebabkan faktor saya sebut tadi salah satunya ialah negative sentiment. Jadi negative sentiment ini banyak benda. Jadi saya hendak beritahu Yang Berhormat Bukit Katil, soal penyiasatan 1MDB ini saya tidak nampak kat mana yang kita stop. Saya rasa kelima-lima buah negara yang sedang menyiasat ini, mereka pun tengah menyiasat. Biar mereka habiskan penyiasatan, kalau lima-lima buah negara ini mendapati ada kes untuk dibawa kepada perhatian kita, kita akan tengok tapi kalau orang tidak habis lagi menyiasat, kalau kita semua hendak buat keputusan, ini susah. Inilah yang menyebabkan negative sentiment yang berlaku dalam negara.

[Tepuk]

final • 11:10 AM

Dato' Hasan bin Arifin - Rompin

[Bangun]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Rompin.

final • 11:10 AM

Dato' Hasan bin Arifin - Rompin

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, semalam bila saya mencadangkan supaya Gabenor Bank Negara ini disambung perkhidmatannya, saya mendapat tepukan yang begitu gemuruh daripada sebelah sana.

Apa pandangan Yang Berhormat Bukit Katil tentang statement Zeti pada hari ini? Dua perkara statement yang penting ya.

final • 11:10 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Boleh tanya kepada pembangkang, pembangkang dah jadi kerajaan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak-banyak.

final • 11:10 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tanya Yang Berhormat Bukit Katil, dia jadi Menteri.

final • 11:10 AM

Dato' Hasan bin Arifin - Rompin

Tidak, sama ada setuju atau tidak setuju.

final • 11:10 AM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Bukit Katil jadi Menteri dalam mimpi belah sana.

final • 11:10 AM

Dato' Hasan bin Arifin - Rompin

Statement daripada – oleh kerana ringgit dia kata tadi ya. Setuju atau tidak setuju statement daripada Bank Negara, Zeti. Saya baca ya, dengan izin.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, peraturan kena jaga. Saya tadi saya perhatikan ada juga yang membaca surat khabar, ada juga melanggar peraturan mesyuarat tetapi saya biarkan tetapi janganlah sampai riuh rendah. Kalau disebut macam pasar, Yang Berhormat marah pada saya. Jadi sila Yang Berhormat Rompin, ringkaskan.

final • 11:10 AM

Dato' Hasan bin Arifin - Rompin

Dua perkara yang penting sama ada, dengan izin, ‘For more than five years now, we have had good growth and we are considered one of the best performing economies. Our macroeconomic fundamentals are strong, we have a solid banking sector and not at any period was credit growth disrupted. If you actually retraced when currency strengthened, the ringgit was one of the earliest to strengthen the most. Of course, given the reversal now, it is also one that experienced the most depreciation. We see more volatility and this is how it is going to be. Everyone has to manage themselves to live in such environment’. Inilah yang saya hendak terangkan semalam. Setujukah statement Zeti?

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, ini sesi soal jawab lisan. Yang Berhormat Rompin mesti tujukan kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Biar saya jawab, saya boleh jawab.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bukit Katil sendiri duduk.

final • 11:10 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Pengerusi PAC pun tidak faham.

final • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Boleh jawab?

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bukit Katil sila duduk.

final • 11:10 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Yang Berhormat Bukit Katil, perasan.

final • 11:10 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Dia tanya soalan pada saya, saya jawablah.

[Ketawa]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani

Yang Berhormat Bukit Katil, nanti dalam perbahasan bajet nanti, boleh lagi tanya soalan, tidak ada hal. Yang Berhormat Rompin, saya bersetuju dengan statement tersebut dan saya rasa apa yang Tan Sri Dr. Zeti sebut itu adalah factual ataupun kenyataan yang tepat. Kita hari ini balik kepada isu penurunan ringgit tadi ini. Penurunan ringgit ini bukan hanya sebab 1MDB kerana ada banyak faktor luaran yang berlaku di luar sana di luar daripada bidang kuasa kerajaan dan juga negara kita. Terima kasih.

final • 11:10 AM

7. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan:

(a) status perancangan pembinaan pusat latihan INFRA Kota Samarahan; dan

(b) keberkesanan program-program pembangunan komuniti di luar bandar khasnya di Kota Samarahan.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Institut Kemajuan Desa atau INFRA melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah meluluskan peruntukan untuk membina kampus latihan di Kota Samarahan yang berjumlah RM48.6 juta bagi fasa yang pertama. Projek pembinaan dilaksanakan secara berfasa iaitu Fasa 1A bagi skop kerja awalan dan kerja tanah pada tahun 2015. Manakala Fasa 1B bagi skop pembinaan bangunan pada tahun 2016 dan dijangka siap pada tahun 2018. Pembinaan dan pemantauan pelaksanaan projek akan dibuat sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, bagi skop Fasa 1A, tender kerja awalan dan kerja tanah telah ditutup dan dalam peringkat penilaian jawatankuasa di JKR. Manakala bagi skop kerja Fasa 1B, penyediaan lukisan konsep pembinaan telah disiapkan oleh perunding yang dilantik. Urusan perolehan Fasa 1B akan dibuat pada bulan Disember tahun ini 2015 oleh pihak JKR.

Tuan Yang di-Pertua, INFRA juga telah melaksanakan pelbagai jenis program latihan kepada komuniti luar bandar khususnya ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) dan seramai 1,116 orang peserta daripada Samarahan telah menghadiri kursus latihan yang diadakan dalam tempoh sejak tahun 2007 hingga tahun 2015. Bidang latihan yang dianjurkan termasuklah pengurusan dan pentadbiran kampung, pengurusan kewangan JKK, pelan tindakan desa, literasi komputer, asas homestay dan juga kursus-kursus kepimpinan.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub

Peserta yang menghadiri latihan tersebut telah berjaya menyediakan profil kampung, menyediakan pelan perancangan tindakan kampung dan juga kita berjaya mewujudkan program Celik Komputer kepada peserta dan ia telah berjaya diiktiraf sebagai pengusaha homestay dan dapat meningkatkan kemahiran daripada segi aspek pengurusan di peringkat kampung masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, program-program latihan yang dianjurkan juga memberi peluang kepada ketua masyarakat, ketua kaum dan juga ahli JKKK mendapat maklumat program pembangunan kerajaan serta memahami dengan lebih jelas peranan dan juga tanggungjawab mereka selaku pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan dan terima kasih atas keprihatinan kerajaan untuk memastikan pembangunan INFRA bagi pembangunan di luar bandar khasnya di Sarawak, di Kota Samarahan. Soalan tambahan saya, adakah program- program yang telah dilaksanakan oleh INFRA telah berjaya mengubah minda warga desa dan kompetensi kepimpinan akar umbi? Adakah INFRA setakat ini atau sepanjang tahun 2015, ada membuat kajian penambahbaikan terhadap program-program INFRA dan adakah program penambahbaikan ini telah dilaksanakan? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kota Samarahan. Tidak dapat dinafikan bahawa program INFRA yang telah dijalankan telah berjaya mengubah minda masyarakat desa, maksud saya. Ini dibuktikan apabila banyak kampung yang telah berjaya menghasilkan pelan strategik desa berasaskan kepada perancangan dari bawah ke atas, bottom to up approach.

Selain daripada itu, ia telah berjaya dan kita telah berjaya membuktikan kejayaan kampung-kampung contohnya dalam pertandingan seperti Anugerah Desa Cemerlang dan juga Anugerah Ilham Desa. Manakala dalam kalangan warga belia desa, mereka telah melibatkan diri dalam program-program anjuran kementerian seperti RBC. Daripada segi kepimpinan JKKK juga, kita telah berjaya melatih dan berjaya untuk membentuk peringkat JKKK ini untuk mentadbir urus kampung dan juga committee mereka masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2014, INFRA telah melaksanakan Kajian Keberkesanan Kursus INFRA dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan latihan- latihan yang telah kita berikan kepada JKKK ini. Kajian ini menyentuh tindakan terhadap kursus kecekapan dan keberkesanan latihan. Kriteria umur kepimpinan, penggunaan GPTK, tugas dan cabaran termasuk tadbir urus di peringkat akar umbi. Bagi tahun 2015, INFRA telah melaksanakan penilaian outcome terhadap program pembangunan INFRA tahun 2015 dengan fokus terhadap kelestarian Ilham Desa Kajian ketiga pemenang utama peringkat kebangsaan 2013. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

8 Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan tentang pengurangan dalam kawasan penanaman padi kerana digunakan untuk perumahan dan industri. Berapa luas kawasan yang terlibat, apakah pendirian kementerian tentang isu ini dan apakah langkah pemulihan yang telah diambil.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Nogeh anak Gumbek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah atas soalan yang dikemukakan. Kerajaan amat menyedari akan kepentingan mempertahankan kawasan padi yang sedia ada walaupun tidak dinafikan aspek pembangunan juga penting dalam memastikan perkembangan ekonomi setempat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kawasan padi di Semenanjung Malaysia telah menunjukkan pengurangan sebanyak 37,553 hektar atau 11.71% dalam tempoh lima tahun iaitu daripada 320,931 hektar pada tahun 2009 kepada 283,378 hektar pada tahun 2013.

Antara langkah pemulihan yang telah diambil kerajaan ialah melalui penggubalan Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (RFN Ke-2) pada tahun 2010 yang mana semua kawasan jelapang padi telah dizonkan sebagai ‘zon tegar’ pengeluaran padi. Dua dasar yang terkandung dalam RFN Ke-2 ini iaitu RFN6 dan RFN7 adalah berkaitan strategi

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Nogeh anak Gumbek

pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan pertanian termasuk kawasan jelapang padi bagi menjamin bekalan makanan dalam negara.

Di bawah RFN6, kawasan pertanian utama perlu dipelihara khusus untuk tujuan pertanian dan pembangunan bandar dalam kawasan tersebut tidak digalakkan manakala di bawah dasar RFN7 pula, sebanyak lapan buah kawasan jelapang padi strategik iaitu Muda, Kemubu, IADA Kerian - Sungai Manik, IADA Barat Laut Selangor, IADA Pulau Pinang, IADA Seberang Perak, IADA Terengganu Utara (KETARA) dan IADA Kemasin - Semerak perlu dipulihara bagi memastikan kelestarian dan pengekalan kawasan sawah padi.

Selain itu di bawah RFN8, kerajaan turut mengambil inisiatif untuk membangunkan tanah padi di luar kawasan jelapang padi yang berpotensi melalui penyediaan infrastruktur yang sesuai bagi membolehkan kawasan ini meningkatkan produktiviti dan pengeluaran.

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Untuk kita meneruskan industri padi yang berdaya saing dan dapat membekalkan beras yang cukup, dua prasyarat iaitu kena ada tenaga kerja yang berminat bersungguh-sungguh, terlatih dan berkebolehan dan keduanya, tanah yang berkualiti. Tidak banyak tanah yang mempunyai kriteria yang baik untuk dijadikan sawah yang menghasilkan penghasilan yang tinggi. Walaupun jawapan tadi jelas, ada usaha mengawal, tetapi seperti di Kedah, kerajaan negeri berubah, dia menukarkan syarat tadi.

Tanah sawah yang digunakan yang berkualiti tinggi diubah oleh kerajaan negeri syaratnya dibenarkan dibuat perumahan.

Soalan saya ialah apakah kita tidak boleh mewartakan satu peraturan atau undang-undang yang mana syarat itu tidak boleh diubah bagi tanah tertentu yang berkualiti tinggi? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Nogeh anak Gumbek

Terima kasih ke atas soalan tambahan. Kegunaan tanah di negeri adalah di bawah dengan izin, jurisdiction negeri. Kita di peringkat nasional memang mencadangkan zon-zon untuk jelapang padi. Akan tetapi kalau ada kegunaan yang lebih terdesak bagi pihak kerajaan negeri, mereka berhak untuk menukar kegunaan tanah itu.

Akan tetapi untuk menjawab soalan tanah yang tidak begitu sesuai, kerajaan juga ada rancangan menambah jelapang padi bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, tetapi juga di Sabah iaitu Kota Belud, di Batang Lupar dan juga di Pekan Rompin. Ini ialah kawasan-kawasan pembangunan pekan bersepadu yang baru untuk menambahkan lagi keluasan tanaman padi di negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Walaupun tanah berkurangan kerana penukaran tanah daripada sawah kepada perumahan, tetapi saya melihat di bawah Menteri yang baru ini, keperluan tanaman padi sebenarnya kita 70% cukup. Jadi hendak tambah 30% lagi supaya padi kita cukup untuk rakyat dan ini merupakan national security.

Soalan tambahan saya - sebab tadi Yang Berhormat beritahu Rompin, Rompin dia jiran dengan Mersing.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Dia kongsi sungai yang sama, Sungai Endau dan di kawasan Endau Johor juga mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai jelapang padi di kawasan ECER. Jadi, apakah pendekatan kementerian? Walaupun tanah kurang tetapi kalau kita serius dan kita boleh tambah hasil daripada- macam Sekinchan sampai 14 metrik tan satu hektar. Akan tetapi di kawasan-kawasan lain mungkin lima atau enam metrik tan. Apakah usaha kementerian untuk menambah produktiviti penanaman padi ini?

final • 11:30 AM

Tuan Nogeh anak Gumbek - Mas Gading

Terima kasih Yang Berhormat Mersing atas soalan tambahan. Ini mengenai self-sufficiency level, dengan izin, setakat ini kita telah mencapai lebih kurang 72% lah. Satu dari cara kita dapat menambah lagi pengeluaran padi adalah untuk mengurangkan wastagelah, dengan izin, iaitu dalam proses kita menuai dan also proses kita memproses padi ini tetapi banyak wastage.

Setakat ini pihak MARDI telah membuat research di mana kita dapat mengurangkan wastage. Dengan cara ini kita juga dapat meningkatkan produktiviti petani-

final • 11:30 AM

Tuan Nogeh anak Gumbek - Mas Gading

petani kitalah. Kedua, kita juga menggalakkan benih-benih yang lebih lagi more disease resistance lah so to speak, dengan izin, dan dengan itu juga kita akan dapat meningkatkan lagi keluaran padi di negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

9. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah pihak kerajaan bercadang untuk memberikan keutamaan kepada Guru Penolong Kanan untuk menjawat jawatan Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Chong Sin Woon

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan yang ditanya khusus untuk pelantikan Guru Besar. Untuk jawapan kepada soalannya, memang menjadi dasar dan polisi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memberi keutamaan pelantikan Guru Besar dan Pengetua di kalangan Penolong Kanan (GPK). Tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan, syarat- syarat umum dan syarat-syarat khusus. Antara syarat khususnya ialah:

(i) telah dinaikkan pangkatnya ke gred DG48 sebagai calon Pengetua atau DG32 untuk calon Guru Besar ataupun gred DG29 untuk calon Guru Besar sekolah kurang murid peringkat B;

(ii) mempunyai pengkhususan dalam bidang umum, teknikal, Pendidikan Islam, Cina dan Tamil;

(iii) lulus Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (MPQEL) atau Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (MPQH);

(iv) mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan mata pelajaran, ketua bidang, ketua kanan atau termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran dan jawatan pentadbiran di Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Bahagian ataupun Institut Aminudin Baki, institut pendidikan guru, kolej matrikulasi;

(v) mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun tempoh perkhidmatan sebelum bersara;

(vi) melepasi tahap kesihatan yang memuaskan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan syarat tersebut semua pegawai perkhidmatan pendidikan yang berkelayakan berpeluang mengisi kekosongan jawatan tersebut termasuk Guru Penolong Kanan yang mempunyai pengalaman dan pentadbiran. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baiklah Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan.

[****Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat****]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:34 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Peraturan mesyuarat.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, peraturan mesyuarat ke berapa?

final • 11:35 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Peraturan Mesyuarat 85. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk merujuk kepada peraturan mesyuarat yang ditimbulkan oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Saya tunggu Tuan Yang di-Pertua mengambil tempat.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

final • 11:35 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk merujuk kepada keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan perbahasan di antara Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dengan CEO 1MDB, di mana telah ditetapkan pada hari Jumaat. Berkaitan dengan satu isu yang telah membelenggu dan menghantui negara, khususnya ekonomi yang menghadapi tekanan yang amat serius kerana skandal tersebut.

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Apa peraturan mesyuarat Yang Berhormat?

final • 11:35 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Peraturan mesyuarat di mana Tuan Yang di- Pertua telah pun menghalang...

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sebut peraturan...

final • 11:35 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Peraturan Mesyuarat 85.

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 11:35 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Di mana Tuan Yang di-Pertua telah pun menghalang Yang Berhormat Petaling Jaya Utara daripada mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut kerana kononnya telah melanggari Peraturan Mesyuarat 85. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita meneliti Peraturan Mesyuarat 85, di mana disebutkan bahawa keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa-siapa Ahli Jawatankuasa itu atau oleh siapa-siapa jua sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis.

Tuan Yang di-Pertua, Arul yang sepatutnya dihadapkan ke PAC belum menghadiri Mesyuarat tersebut. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tidak pun menggunakan sebarang maklumat yang ditimbulkan dalam Mesyuarat PAC. Oleh itu saya rasa itu penting Tuan Yang di-Pertua, kerana tanggapan orang ramai ialah seakan-akan bahawa usaha dijalankan dan ini saya rasa tidak adil, tanggapan tersebut tidak adil. Bahawa usaha sedang dijalankan untuk menghalang perbahasan daripada dijalankan. Ini adalah sesuatu yang mengekang kebebasan bersuara dan untuk mendapat tahu kebenaran tentang skandal 1MDB. Oleh itu saya ingin memohon supaya Dewan Rakyat, khususnya Tuan Yang di-Pertua, tidak dilihat sebagai cuba melibatkan diri dalam satu kontroversi dan skandal tersebut.

Saya ingin mengambil contoh saya sendiri. Saya pernah menjadi Ahli PAC dan semasa saya menjadi Ahli PAC, saya pun ada satu perbahasan dengan bekas Presiden MCA iaitu Yang Berhormat pada masa itu Ong Tee Keat. Semasa Ong Tee Keat berbahas dengan saya Tuan Yang di-Pertua, beliau adalah Timbalan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah, teruskan.

final • 11:35 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Baik. Semasa beliau berbahas dengan saya, ini pada tahun 90-an, beliau adalah Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Pada masa itu Tuan Yang di-Pertua pada masa itu tidak menghalang pun sungguhpun beliau adalah Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Oleh itu saya berharap bahawa jangan dilihat bahawa Tuan Yang di- Pertua melibatkan diri dalam satu isu yang tidak ada kaitan dengan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:35 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Oleh kerana ini adalah berkaitan dengan isu kebebasan bersuara dan demokrasi. Sungguhpun pada masa itu saya adalah Ahli PAC dan ada berbangkit juga isu-isu berkaitan dengan perkara yang dibincangkan dengan PAC tidak menjadi masalah pada masa itu. Saya harap dan saya merayu Tuan Yang di-Pertua benarkan perbahasan ini dijalankan supaya tidak ada sebarang pandangan yang tidak baik terhadap Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak menghalang perbahasan. Apa yang saya kata ialah perbahasan di antara Yang Berhormat Tony Pua, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dengan Arul Kanda Kandasamy selepas laporan PAC dikemukakan kepada Dewan, kepada Majlis. Saya difahamkan bahawa keputusan atau penyata tersebut akan dibuat dalam sesi ini juga.

Kedua, kalau pun ada perkara-perkara yang berlaku dahulu sebagai precedent, saya sebagai Speaker kalau saya memikirkan bahawa precedent itu tidak perlu saya ikuti, saya tidak ikuti. Bukan pasal apa, kerana setiap Speaker itu dia mempunyai kuasa tertentu pada ketika dia jadi Speaker.

Ahli-ahli Yang Berhormat, banyak rujukan yang saya buat mengenai dengan soal ini, bukan saya buat-buat. Yang mula-mula menimbulkan perkara ini dalam Dewan ini, sepanjang ingatan saya, ialah Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, meaning he is the major complainant. Pada masa yang sama, dia juga adalah Ahli PAC. Dalam soal ini, dia mencabar Arul Kanda Kandasamy.

Kalau boleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rujuk kepada satu kejadian yang terjadi di Parlimen Australia pada tahun 1993 di mana seorang Ahli Yang Berhormat yang berhujah dalam Parlimen, bukan dia kompelin, dia berhujah dalam Parlimen mengenai sesuatu perkara yang disiasat oleh jawatankuasa di mana Ahli Yang Berhormat tersebut adalah menjadi ahli, Ahli Yang Berhormat tersebut tidak dibenarkan mengambil bahagian oleh kerana dia ada personal interest. Bermakna, kredibiliti jawatankuasa itu akan terjejas.

Dalam hal debat di antara Yang Berhormat Tony Pua, wakil rakyat Parlimen Petaling Jaya Utara dengan Arul Kanda Kandasamy adalah perkara yang amat relevan.

Yang saya tidak mengerti dalam soal ini ialah kenapa perbahasan itu tidak boleh ditangguhkan sehingga laporan Public Accounts Committee dibuat? Itu satu permasalahan.

Kedua, kalau integriti Parlimen, dan jawatankuasa ini adalah creation of Parliament, saya terpaksa campur hal. Jadi, kalau perkara itu adalah untuk mencerahkan keadaan lagi dan sedemikiannya, itu bukan due process yang harus diikut landasannya.

Landasannya ialah Public Accounts Committee sedang menyiasat.

Bagi peguam-peguam yang faham dengan soal obstruct of justice, kalau ada sesuatu kes yang sedang dibicarakan di mahkamah ataupun pending yang dibicarakan di mahkamah dan seseorang individu atau dua tiga individu telah dikenal pasti sebagai saksi dan keterangan-keterangan yang akan diberi itu akan juga melibatkan ianya akan dikemukakan di mahkamah, dalam soal begitu, tidak dibolehkan oleh kerana ia adalah obstruct of justice. Jadi itu sebab saya campur tangan.

Kalau pun Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tidak mengambil bahagian dalam hal ini, dia tidak mengambil bahagian dalam hal ini, bermakna tidak mempunyai masalah, tetapi statement saya kelmarin ialah Arul Kanda Kandasamy ini adalah juga star witness. Itu sebab saya tidak benarkan. Bukan saya tidak membenarkan perbahasan, saya cuma kata perbahasan itu boleh dibuat setelah penyata dibuat oleh Public Accounts Committee kerana penyata yang dibuat oleh Public Accounts Committee itu, apa pun bentuk penyata itu, ia akan juga dibahas oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini dan perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini akan juga nanti keluar daripada Dewan ini untuk dibahas juga di luar. Saya tegaskan balik, saya tidak menghalang

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

perbahasan. Perbahasan itu harus dibuat selepas penyata Public Accounts Committee dibuat. Itu adalah pendirian saya.

Jadi atas pendirian tersebut, saya berpegang teguh kepada pendirian saya, itu sebab saya mengatakan bahawa kalau ruling saya dalam hal ini tidak juga diterima, maka saya tidak teragak-agak, saya bukan mengugut kerana itu pendirian saya. Saya tidak benarkan. Boleh dibahas selepas penyata dikeluarkan. Kalau juga itu menjadi masalah kepada dua belah pihak, kerajaan mahu juga meneruskan dan pembangkang juga mahu begitu, maka saya rasa tidak boleh saya pertahankan integriti Parlimen sehingga saya dengan sukacitanya meletak jawatan sebagai Speaker.

Jadi saya harap perkara ini berakhir di situ, jangan lagi kita memanjangkan isu ini.

Terpulang kepada kerajaan dan pembangkang untuk buat tindakan. Kalau misal kata diteruskan juga sedangkan saya sudah bagi syarat, itu tindakan yang saya buat. Terpulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sini...

[Merujuk kepada blok kerajaan] Dan sebelah sini...

[Merujuk kepada blok pembangkang] Jadi bermakna, apa pun hujah Yang Berhormat Bagan selepas ini dan orang lain, tidak akan mengubah pendirian yang saya buat.

Terima kasih. Saya kasi peluang kepada Petaling Jaya Utara.

final • 11:40 AM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Seperti apa yang Tuan Yang di-Pertua tahu, saya selalu tertib semasa mendapatkan penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua dan saya kerap akur kepada keputusan Tuan Yang di-Pertua walaupun ada perbezaan pendapat ataupun tidak setuju dengan keputusan yang telah pun dibuat.

Saya hanya ingin di sini berkata bahawa dalam perkara-perkara sebelum ini yang disiasat oleh PAC seperti PKFZ, seperti skandal lembu NFC, seperti KLIA dalam penggal ini, isu-isu telah pun dibangkitkan dan tidak menjadi masalah saya berucap dalam Parlimen ataupun di luar yang tidak mengambil maklumat-maklumat ataupun apa-apa yang berlaku dalam PAC. So, saya rasa kecewa dalam perkara 1MDB di mana hak saya macam tertindas. Saya boleh sebut juga Yang Berhormat Pulai yang ada pada hari ini dan sebelum ini dalam penggal lalu, Yang Berhormat Padang Besar yang menjadi Pengerusi bagi PAC, mereka tahu bahawa saya tak pernah menyalahgunakan apa-apa kelebihan yang saya ada dalam PAC untuk kenyataan-kenyataan yang saya buat di luar.

Oleh sebab itu, saya minta supaya saya tidak buat salah selepas ini, penjelasan berkaitan dengan beberapa soalan yang saya ingin Tuan Yang di-Pertua berikan petua iaitu Tuan Yang di-Pertua sudah kata saya tak boleh bahas dengan Presiden 1MDB dalam perkara ini dan kalau saya teruskan, saya akan terpaksa digugurkan daripada PAC ataupun digantung daripada Parlimen.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak Yang Berhormat. Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat. Yang Berhormat salah anggap. Yang Berhormat duduk.

Dalam ruling saya, saya tidak mengatakan bahawa apabila Yang Berhormat berbahas dengan Arul Kanda Kandasamy bermakna Yang Berhormat digugurkan, saya tidak mengatakan begitu. Yang saya katakan ialah kalau juga mahu berbahas kerana itu ruling saya, saya tidak benarkan kerana menjejaskan imej Jawatankuasa PAC dan Parlimen, saya terpaksa undur diri. Bermakna, ruling saya itu saya pegang sehingga saya hilang jawatan.

Akan tetapi kalau sama-sama kita pertahankan integriti Parlimen, izinkan saya baca dan semak Ahli-ahli Yang Berhormat, Fifth Edition House of Representatives Practice Australia. Dia kata di sini, “In an inquiry by the committee in the same Parliament, a Member who had spoken in the House when the matter was raised, withdrew from the committee for the duration of the inquiry”. Jadi saya kata tidak apalah kalau tidak meletak jawatan tetapi janganlah campur hal dalam penyiasatan Public Accounts Committee mengenai dengan 1MDB.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak mengatakan bahawa Yang Berhormat sendiri yang tidak lagi menjadi.

Saya sendiri yang buat begitu. Jadi kalau saya berani buat begitu Yang Berhormat, salah besar kah kalau misal kata di tempat-tempat boleh buat begitu kerana it is seen bahawa Yang Berhormat ada personal interest kerana Yang Berhormat sendiri yang menimbulkan

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

isu ini daripada awal. Selepas itu Yang Berhormat pula yang membuat cabaran untuk berbahas di luar. Jadi permohonan saya bukan besar sangat. Bolehkah perbahasan itu pada bila-bila masa dan berapa panjang kalau sekiranya PAC buat penyata. Itu saja.

Kalau mahu juga berbahas pada Friday, ini bermakna saya sudah tidak ada tugas on Monday kerana itu adalah pegangan saya. Ini bukan sandiwara Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya tidak kata ini sandiwara.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini mahu lagi diperbahas. Itu pendirian saya. Bermakna saya tidak lagi berganjak dengan pendirian. Kalau begitu kedudukan yang sebenar, terpulang dengan kerajaan kerana ketua kerajaan, chief Whip ada di sini. Lepas ini dia menggulung perbahasan. Jadi biarlah isu ini sehingga di situ saja. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya ada soalan. Please Tuan Yang di-Pertua. I got few other questions. Saya faham apa yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua dan saya tidak mencabar Tuan Yang di-Pertua di sini. Saya tidak mencabar. Walaupun tidak setuju saya tidak mencabar keputusan Tuan Yang di-Pertua.

Saya hanya ingin mendapat penjelasan seterusnya mengenai perkara-perkara yang selanjutnya berlaku selepas peraturan dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua semalam iaitu dalam satu laporan media yang dikeluarkan pagi ini mengenai perjumpaan antara Tuan Yang di-Pertua dengan editor-editor, media akhbar bahawa saya bukan sahaja tidak boleh bahas dengan Presiden 1MDB, saya pun tidak boleh keluarkan sebarang kenyataan tentang 1MDB. Adakah itu benar, betul ataupun apa. Itu nombor satu.

Nombor dua kalau tidak boleh keluarkan kenyataan, adakah juga saya disekat daripada membuat ucapan dalam Dewan juga mengenai isu 1MDB dan nombor tiga, Tuan Yang di-Pertua telah pun membuat petua bahawa kalau presiden 1MDB berbahas dengan saya, beliau juga akan tidak layak untuk datang ke Mesyuarat PAC untuk soal jawab.

Adakah kalau Encik Arul Kanda membuat perbahasan dengan orang lain mengenai isu yang sama, adakah beliau juga sama sekali akan disekat daripada datang ke PAC. So, tiga soalan ini saya rasa terpaksa dijawab berikutan dengan keputusan yang telah pun dibuat semalam. Minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan ketiga sama ada Arul Kanda Kandasamy boleh mengeluarkan kenyataan ataupun berbahasa dengan orang lain dengan soal Public Accounts Committee, saya tidak mempunyai kuasa untuk isu gag order kepada orang- orang yang tidak terlibat dalam Public Accounts Commitee sebagai ahli. Jawapan kepada soalan ketiga. Soalan pertama, sama ada Yang Berhormat boleh turut berbahas dalam Dewan ini mengenai dengan soal 1MDB. Itu boleh Yang Berhormat berbahas. Mengenai dengan soalan ketiga bahawa Yang Berhormat tidak boleh mengeluarkan kenyataan di luar, tertakluk kepada apakah kenyataan yang dibuat itu adalah ekoran daripada apa Yang Berhormat ketahui sewaktu mengikuti mesyuarat Public Accounts Commitee. Yang tidak boleh saya pisahkan di sini ialah pengetahuan ataupun keterangan ataupun apa-apa Yang Berhormat dapat ketahui dalam Public Accounts Committee dan keterangan yang akan Yang Berhormat buat di luar susah untuk bagi saya memisahkan, seperti juga memisahkan manis dengan gula, pedas dengan lada kerana Yang Berhormat adalah ahli Public Accounts Committee. Saya tidak baca tadi satu authority, etika yang harus diikut ialah, tanya kepada diri Ahli Yang Berhormat. Etika ialah kalau sekiranya dinampak bahawa ada personal interest mesti kita tidak melibatkan diri dalam penyiasatan. Personal interest Yang Berhormat di sini you are the most vocal yang timbulkan isu 1MDB pada Yang Berhormat sendiri.

final • 11:50 AM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Begitu, jadi bermakna itu ruling saya Yang Berhormat.

Ruling saya itu, bermakna saya terpaksa stick to my ruling kerana itu adalah prinsip saya yang mempertahankan integriti Parlimen dan Public Accounts Committee. Kalau Ahli Yang Berhormat mempunyai agenda sendiri yang berbahas di luar, saya tidak mahu terlibat dengan itu. Jadi dalam soal ini kerajaan dan pembangkang kalau mahu teruskan perbahasan itu, saya tidak ada kuasa untuk stop. Saya cuma membuat ruling dan kalau itu juga dilanggar ruling saya, maka saya terpaksa meletak jawatan sebagai Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jelas, tidak ada lagi yang perlu diperbahas. Jadi mengenai dengan soal-soal lain itu, itu soal-soal lain. Yang saya campur adalah soal integriti Public Accounts Committee dan integriti Parlimen kerana kalau ini juga dibuat, bermakna buat apa lagi kita menggunakan commitee kerana committe itu adalah creation of Parliament. Jadi tidak lagi saya benarkan dengan soal ini, tidak lagi saya benarkan orang yang berdiri. Kalau ada orang yang berdiri, fasal hal ini bermakna berdegil-degil tidak ikut petua saya dan ...saya.

final • 11:50 AM

Dato’ Negh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah, saya tidak akan berganjak daripada itu.

Setiausaha jalankan.

final • 11:50 AM

Dato’ Negh Koo Ham - Beruas

Peraturan tetap.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

There’s no gag order, dengan izin. Just pencerahan, there’s no gag order on Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Saya rasa itu penting kerana yang disiarkan dalam surat khabar ialah beliau telah ditutup mulut. Tidak boleh cakap langsung di luar tentang 1MBD. Kalau macam ini..

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, itu Yang Berhormat surat khabar cakap.

Yang saya cakap sekarang ini sudah pun saya jawab.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

So, yang ini jelas tidak ada gag...

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bermakna...

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang lain jangan masuk campur.

Cuma Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Dato’ Negh Koo Ham - Beruas

Perintah tetap.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Setiausaha, sila teruskan.

final • 11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2016 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2016

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2016 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh dua bilion ringgit

(RM52,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2016, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau

(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2016, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2015, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [3 November 2015]

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 11:50 AM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Menteri Dalam Negeri

Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas peluang diberikan untuk saya melakukan penggulungan. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada seramai 30 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di Dewan yang mulia ini dari 26 Oktober hingga 4 November yang lalu yang telah menyentuh berkenaan dengan KDN.

Sebelum saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Izinkan saya terlebih dahulu memanjatkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan khasnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas keprihatinan beliau melalui peruntukan sejumlah RM13,092,726,300 bagi peruntukan mengurus dan perbelanjaan pembangunan sepanjang tahun 2016. Insya-Allah KDN akan memanfaatkan sepenuh peruntukan yang disalurkan bagi memberi impak yang maksimum kepada usaha memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat seperkara yang menjadi teras utama kementerian ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya cuba mengubah struktur penggulungan ini dengan tidak merujuk kepada persoalan-persoalan yang dikemukakan berdasarkan kepada ahli Dewan tetapi saya segmentasikan kepada 10 perkara dan saya akan bangkitkan satu per satu 10 perkara itu dan rujuk kepada apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Perkara pertama yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah mengenai hal ehwal keselamatan dan ketenteraman awam. Perkara ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai yang bertanyakan mengapakah pihak kerajaan tidak memberikan keutamaan dalam menangani isu radikalisasi yang semakin menjadi-jadi di Malaysia dengan penahanan 105 orang tahun ini yang terlibat dengan Islamic State.

Untuk maklumat Dewan yang mulia ini dakwaan Yang Berhormat berkenaan bahawa kerajaan tidak memberi keutamaan dalam menangani isu radikalisasi adalah tidak tepat.

final • 11:57 AM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Menteri Dalam Negeri

Sebaliknya, kerajaan memandang serius berhubung tindakan sebahagian rakyat Malaysia, sebilangan rakyat Malaysia yang melibatkan diri di dalam mana-mana kumpulan keganasan.

Justeru, kerajaan melalui KDN dan PDRM sentiasa komited di dalam menjalankan tugas untuk memastikan negara bebas daripada ancaman-ancaman kumpulan-kumpulan keganasan termasuklah IS. Malah, kerajaan juga telah mengambil langkah-langkah pencegahan bagi membendung kejadian keganasan daripada berlaku seperti mana yang berlaku di negara-negara jiran. Ini dapat dibuktikan dengan penahanan seramai 179 orang yang terlibat dengan elemen-elemen keganasan termasuklah seramai 136 orang yang terlibat dalam elemen IS yang mana pihak PDRM sepanjang tahun 2013 hingga 2 November tahun ini telah mengambil tindakan melakukan penahanan pada jumlah pengganas yang telah saya sebutkan tadi.

Pada waktu yang sama Tuan Yang di-Pertua, mana-mana individu yang disyaki sebagai pengganas, yang diperoleh hasil daripada perkongsian maklumat ini, akan dipanjangkan pada Jabatan Imigresen Malaysia untuk disenaraihitamkan dan dimasukkan ke dalam senarai syak atau dengan izin, suspect list bagi menyekat pergerakan mereka di semua pintu masuk atau keluar pemeriksaan imigresen di seluruh negara.

Kerajaan juga sedang dalam proses untuk melaksanakan Advanced Passenger Screening System (APSS) yang merupakan saringan awal ke atas pelancong yang memasuki negara ini sebelum berlepas daripada negara asal mereka.

Terkini, kerajaan secara aktif telah terlibat dengan pelbagai mesyuarat pelbagai hala (multilateral) bagi membincangkan isu-isu berkaitan keganasan di peringkat antarabangsa termasuk menganjurkan ASEAN Special Ministerial Meeting on the Rise of Radicalization and Violent Extremism, dengan izin pada 2 Oktober yang lalu.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Menteri Dalam Negeri

Komitmen kerajaan untuk menangani isu radikalisasi telah dibuktikan dengan pembentangan Kertas Putih oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 26 November tahun lalu. Pembentangan tersebut adalah bagi menerangkan kepada rakyat tentang ancaman yang dibawa oleh kumpulan pengganas IS. Dengan pembentangan itu juga, kerajaan telah bersetuju dan meluluskan Akta Pencegahan Keganasan 2015 atau kita kenali sebagai Prevention of Terrorism Act (POTA) pada sesi Parlimen yang lalu. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, akta ini telah pun dikuatkuasakan mulai 1 September 2015 yang lalu.

final • 12:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Kepong berdiri.

final • 12:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Bolehkah Yang Berhormat terangkan berapa negara yang terlibat dengan Malaysia untuk menukar maklumat mengenai pengganas IS ini?

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terdapat sekurang-kurangnya tujuh buah negara yang terlibat dalam pertukaran maklumat, bukan sahaja mengenai IS tetapi terlibat dalam pertukaran maklumat mengenai transnational crime.

final • 12:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin memohon penjelasan. Berapa seriuskah penetrasi ideologi IS ini dalam Angkatan Tentera Malaysia terutama yang melibatkan unit dan formasi khusus seperti grup Gerak Khas dan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, yang related dalam perkara yang sama. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin dapat penjelasan kerana terdapat beberapa kes yang telah didedah oleh pihak Yang Berhormat Menteri atau pihak polis bahawa ada pegawai-pegawai keselamatan termasuk kakitangan kerajaan awam yang disyaki terlibat dalam kes-kes terrorisme ini.

Adakah kementerian mencari punca kenapa penjawat awam yang terlibat dalam perkara ini? Adakah ini kerana cara IS atau cara pemikiran ekstremisme ini telah berjaya untuk penetrate dalam sistem institusi awam kita? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, soalan daripada Yang Berhormat Bukit Katil dan Yang Berhormat Batu ada kaitan. Saya ingin menyebutkan bahawa biar pun terdapat dalam kalangan anggota angkatan tentera dan pegawai awam yang terlibat, tetapi ia merupakan kes terasing, dalam perkataan lain isolated case.

Mereka sebenarnya terpengaruh dengan IS kerana tiga sebab. Pertama, disebabkan oleh pengaruh peer group ataupun rakan-rakan yang bersama dengan mereka sama ada rakan sepejabat ataupun rakan di luar yang berkongsi bukan soal ideologi tetapi berkongsi minat.

Kedua adalah escapism, dengan izin iaitu dengan ada permasalahan keluarga umpamanya yang lebih besar pengaruhnya berbanding dengan kepercayaan kepada keagamaan. Ketiga adalah masalah kewangan yang dihadapi oleh mereka.

Daripada kajian yang kita lakukan, 87% penglibatan mereka di dalam IS ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang telah saya sebutkan tadi. Cuma hanya kira-kira 13% sahaja Tuan Yang di-Pertua yang berminat atas faktor keagamaan. Ia berlaku apabila di Syria terdapat pertelagahan di antara penganut-penganut agama Islam yang yakin pada mazhab Syiah dan juga Ahli Sunah Wal Jamaah. Itu permulaannya.

Akan tetapi ia kemudian telah menyebarluaskan perbezaan ini dan permasalahan yang timbul dan maklumat yang diberikan kebanyakannya melalui social media. Pengaruh social media ini yang telah banyak menyebarluaskan pengaruh orang-orang yang ditahan ini. Daripada kajian ini memperlihatkan bahawa terdapat pakar-pakar dalam social media ini yang telah lakukan penetrasi sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Katill tadi bagi mempengaruhi minda pengganas itu.

final • 12:00 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sila.

final • 12:00 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri. Saya sangat bersetuju bahawasanya IS merupakan satu bahaya yang kalau sekiranya ia merebak, it is almost impossible to reverse, dengan izin.

Jadi selain daripada langkah-langkah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri, apakah langkah-langkah lain yang benar-benar kita menyedarkan secara menyeluruh daripada masjid, surau hingga ke kampung-kampung di atas bahayanya IS ini?

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Tuan Yang di-Pertua, boleh minta penjelasan sedikit? Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya menyedari kerajaan mempunyai pendirian tegas dalam menangani isu pengganas dan IS.

Senjata utama kerajaan ialah Akta SOSMA. Untuk memastikan SOSMA pada tahun 2012 akta ini dan menepati tujuannya apabila ia digubal, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan akta ini di Dewan yang mulia ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun secara terang menjanjikan akan menubuhkan satu jawatankuasa, a review committee yang terdiri daripada SUHAKAM, Majlis Peguam dan lain-lain untuk memastikan ada recommendation. Ada review untuk memperbaiki akta ini dan salah satu tujuan utama adalah SOSMA tidak disalah gunakan kepada pihak yang tidak bersalah.

Maka persoalan saya pagi ini kepada Yang Berhormat Menteri, bilakah kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa review ini untuk menepati janjinya kepada Dewan yang mulia ini kerana pihak kami telah tunggu lebih daripada tiga tahun, bilakah jawatankuasa ini akan ditubuhkan? Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, boleh?

Sebelum pergi ke sana [Sambil merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat Taiping] Saya pun setuju dengan apa yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Taiping tadi. Cuma saya hendak dapat penjelasan sedikit lagi adalah berapa ramai kakitangan kerajaan termasuk angkatan tentera yang ditangkap sebab disyaki terlibat dalam kumpulan ekstremis ini?

final • 12:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kedua, saya rasa khuatir bila Menteri jawab ini cuma isolated case. Kita menganggap angkatan tentera dan angkatan keselamatan kita yang saya masih ingat Menteri pernah kata, kita harus ada angkatan keselamatan yang zero defect. Kalau zero defect means, maksudnya mentaliti melalui training itu harus dalam keadaan yang paling sempurna sekali sehingga mereka mempunyai daya tahan tidak dipengaruhi oleh fahaman- fahaman sesat ini.

Jadi saya rasa kalau sungguhpun peratusan yang kecil pun, tetapi harus diambil serius kerana ini adalah isu keselamatan negara. Kalau dibenarkan sebahagian kecil pun yang dimasuki dalam sistem keselamatan kita, dia merupakan satu cancerous effect kepada pertahanan kita. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi, saya ingin menyebutkan bahawa antara langkah-langkah yang telah dilakukan termasuk program rehabilitasi ataupun program pemulihan yang dilakukan bukan sahaja oleh Jabatan Penjara Malaysia tetapi oleh pihak PDRM, oleh JAKIM dan beberapa orang pakar psikologi yang melakukan tindakan pemulihan.

Pada masa yang sama dalam jangka panjang, kita melakukan ‘deradikalisasi’, deradicalization dan program ini menjadi satu template kepada banyak negara sebab kita telah berjaya melakukan deradikalisasi ini kepada bekas pengganas komunis dahulu. Oleh kerana apabila darurat telah kita alami pada tahun 1948 hingga tahun 70-an dan SOP yang telah dibentangkan, telah dapat memulihkan tidak kurang daripada 97% daripada mereka yang menganuti fahaman yang di luar daripada norma-norma fahaman politik biasa telah dapat dipulihkan. Pemulihan ini telah digunakan sebagai satu template bagi mengatasi soal radikalisme militancy dan juga terrorism.

Pada 25 dan 26 Januari hadapan, Malaysia akan menjadi tuan utama, tuan rumah bagi mengadakan persidangan antarabangsa mengenai deradikalisasi ini. Ini merupakan

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

satu pengiktirafan daripada peringkat antarabangsa kepada kemampuan Malaysia berdasarkan kepada pengalaman yang lalu.

final • 12:10 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

[Bangun]

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tambah, kempen-kempen kesedaran dan Unit Pencegahan dan Kesedaran Pencegahan Jenayah ini telah berjalan begitu lama bersama-sama dengan NGO. Terdapat tidak kurang daripada tiga NGO yang telah bekerjasama dengan KDN terutamanya NGO yang dipanggil sebagai ASWAJA yang cara sukarela telah turun ke bawah bersama-sama dengan pakar-pakar psikologi dan pakar- pakar keselamatan untuk ke universiti-universiti bagi mengadakan kempen kesedaran.

Untuk soalan Yang Berhormat Taiping, sebagaimana yang telah saya jawab di Dewan yang mulia ini, SOSMA ini adalah undang-undang prosedur. Dalam perkara itu, daripada segi tindakan selanjutnya adalah menggunakan CPC. Akan tetapi saya amat bersetuju bahawa Jawatankuasa Ulangkaji ini harus duduk dan oleh kerana di dalam klausa bahawa kajian oleh jawatankuasa ini akan dibuat setiap 5 tahun, saya fikir ini satu cadangan yang baik. Saya akan berhubung dengan Peguam Negara supaya pembentukan jawatankuasa ini disegerakan dan input-input yang baru dapat diberikan bagi melihat beberapa kelonggaran jika ada di dalam SOSMA itu.

Yang Berhormat Batu bertanya tentang berapa ramai kakitangan kerajaan dan anggota ATM yang terlibat. Setakat ini, tidak lebih daripada 15 orang yang terlibat. Usaha- usaha mengenal pasti mereka yang mempunyai hubung kait dengan mereka yang terlibat ini telah dilakukan dan setakat ini kami sedang meneliti dengan mendalam tentang sejauh mana penglibatan mereka yang boleh menyebabkan penyebarluasan kegiatan keganasan ini.

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat Puchong. Duduk dahulu Yang Berhormat Puchong.

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta maaf, boleh? Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, saya cuma ingin mengingatkan iaitu kita cuma ada tiga hari dalam penggulungan oleh Menteri-menteri. Jadi setakat ini sudah satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, tujuh sudah yang berdiri minta penjelasan. Jadi kalau ini berlarutan, baru saya nampak Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menjawab, baru warming up, mukadimah, sudah ramai yang berdiri.

Jadi yang saya ingin ingatkan ini ialah masa. Kalau perkara-perkara yang hendak ditimbulkan itu sebagai penjelasan amat penting, berdiri. Kalau perkara yang tidak berapa, sabarlah kerana masa itu nanti akan juga catch up with us towards the end. Ada lagi 27 kementerian yang akan menjawab dalam tiga hari. Sila Yang Berhormat Puchong.

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar penjelasan yang diberikan Yang Berhormat Menteri di mana menyatakan bahawa undang-undang SOSMA ini adalah procedure dan ia berbalik kepada CPC. Akan tetapi saya hendak sebut di sini Tuan Yang di-Pertua, walaupun SOSMA itu adalah undang- undang prosedur tetapi ia digubal dan I stand corrected here, saya baca Hansard semasa debat cukup jelas ia digubal untuk digunakan untuk kesalahan-kesalahan terrorism. Masa itu disebut oleh Ahli Yang Berhormat Padang Rengas, menjadi Menteri pada masa ini bahawa ia diperlukan untuk kita menentang ancaman terrorism yang ada.

So walaupun ia procedural, tetapi Yang Berhormat Menteri kena faham bahawa procedural law itu mempunyai impak dan kesan terhadap kebebasan seseorang individu itu.

Jadi dalam kes yang kita ada, kes Khairuddin dan kes Matthias Chang, mereka ini orang biasa, mereka ini bukan terrorist. Mereka bukan orang yang ada ancaman ataupun mendirikan ancaman, terrorism di negara ini. Akan tetapi seorang daripada mereka peguam tetapi digunakan undang-undang SOSMA yang seharusnya reserve Tuan Yang di-Pertua, untuk terrorist dan sebagainya.

Jadi bila kita sebut procedural, ia senang untuk kita sebut procedural tetapi kita kena faham impaknya. Kita kena faham tujuan undang-undang procedural itu diadakan. Ini kerana kalau ada pengganas-pengganas dan sebagainya, kita takut mereka lari dan

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

sebagainya. Jadi justeru itu, kita perlukan undang-undang ini supaya mereka itu dapat ditahan semasa perbicaraan dan juga undang-undang untuk atur cara perbicaraan itu diubah sedikit kerana kedudukan mereka sebagai pengganas. Akan tetapi digunakan untuk rakyat biasa, ahli politik, peguam di mana mereka sekarang oleh kerana digunakan undang- undang ini, terpaksa merana dalam penjara semasa menunggu perbicaraan.

Jadi di situ kita kena faham dan saya minta satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, saya faham Yang Berhormat Menteri sering kali menyatakan procedural law tetapi that’s not the point. Isu dia dan effect of it and impact of it, kenapa ia digunakan terhadap orang biasa, ahli politik dan peguam walhal di dalam Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, dinyatakan dengan cukup jelas oleh Yang Berhormat Padang Rengas, can I stand characters here Tuan Yang di-Pertua, I read it, “Bahawa ia is a reserved only for terrorist and terrorist activity”. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk penjelasan yang dibuat oleh Peguam Negara terhadap soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong dan saya fikir eloklah kita gunakan itu sebagai panduan tentang bagaimanakah SOSMA telah diaplikasikan kepada dua OKT yang berkenaan.

Namun, saya tidak berhajat untuk melanjutkannya kerana saya bukan seorang peguam dan saya tidak berhajat untuk dengan izin, melakukan argument dengan Yang Berhormat Puchong seorang pakar undang-undang yang baik, yang menang banyak kes tetapi kadang-kadang kalah juga. Saya harap perkara ini tidak akan dipanjangkan dan kalau mahu ditanyakan, tanya dengan Menteri atau Timbalan Menteri yang jaga hal ehwal undang-undang. Saya fikir beliau lebih layak untuk melakukan penjelasan. Sila Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 12:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Oleh sebab IS ini dia selalunya dirujuk tentang Islamic State, Islamic State. Apa yang kita tahu bahawasanya perkara yang dirujuk itu ialah apa yang berlaku terhadap fenomena di Iraq dan juga di Syam, Syria. Boleh tidak atau tidak di Malaysia ini kalau kita tidak hendaklah guna perkataan itu kerana perkataan itu seolah-olah mencemarkan satu istilah yang baik.

Oleh sebab apa yang dilakukan oleh IS di Iraq dan juga di Syam, Syria ini kita anggap ini bukan merupakan satu daripada ajaran Islam kerana ini merupakan tindakan tataruf yang melampau sebagai mana Islam ia beritahu tentang Nabi SAW mengatakan [Membaca sepotong hadis] “Awas orang-orang yang melampau kerana binasanya orang yang sebelum daripada kamunya ialah orang yang melampau di dalam agama.” Jadi permohonan saya supaya Malaysia ini kalau boleh tidaklah perlu untuk kita ambil paten IS itu untuk dijenamakan sama di Malaysia kerana ini akan memberikan tanggapan yang tidak baik dari segi ajaran Islam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua saya walaupun berbeza parti politik dengan Yang Berhormat Bukit Gantang tetapi saya telah nyatakan perkara ini ketika persidangan Counter Terrorism di beberapa tempat. Istilah Islamic State ini bererti Daulah Islamiyyah iaitu Kerajaan Islam. Sedangkan mereka melakukan aktiviti bukan berdasarkan pada undang-undang Islam. Saya fikir eloklah Yang Berhormat Bukit Gantang cadangkan di Dewan yang mulia ini apakah istilah yang patut digunakan supaya kita tidak ada dispute dengan izin, dari segi istilah ini.

final • 12:20 PM

Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

[Bangun]

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Asalkan kita bersatu hati, bila orang itu terlibat dalam keganasan kita sama-sama tentang, tidak kira di sana atau di sini. Bersetuju tidak?

final • 12:20 PM

Beberapa Ahli

Setuju.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya fikir begitulah. Nantilah kita bincang di kantin tentang cadangan.

final • 12:20 PM

Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Tuan Yang di-Pertua, IS ini ada satu nama yang masyhur yang kita boleh gunakan. Saya hendak cadangkan nama itu

final • 12:20 PM

Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

iaitu nama ‘Daish’. Saya harap kita boleh gunakan lebih nama ini daripada guna nama IS.

Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, itu pun saya setuju. Saya harap Yang Berhormat Bukit Gantang bersetuju dengan Yang Berhormat untuk menukarkan kepada ‘Daish’.

Tuan Yang di-Pertua Saya ingin pergi ke perkara yang kedua iaitu hal ehwal polis dan kawalan sempadan. Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Seputeh bertanyakan mengapakah pasukan penyelamat mengambil masa yang lama untuk memulakan operasi pencarian tujuh orang kanak-kanak Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Tohoi di Gua Musang yang hilang sejak 23 Ogos tahun ini. Selain daripada itu Ahli-ahli Yang Berhormat juga bertanyakan siapakah yang terlibat dalam usaha pencarian dan mengapakah pasukan penyelamat gagal mencari kanak-kanak ini sedangkan lokasi penemuan mereka adalah berdekatan dengan sekolah berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan dakwaan yang disiarkan dalam media sosial yang menyatakan bahawa usaha mencari dan menyelamat lewat dilaksanakan setelah empat hari kejadian adalah maklumat yang tidak benar. PDRM telah melaksanakan usaha mencari pada hari yang sama laporan dibuat iaitu pada 25 Ogos 2015 dan berterusan sehingga murid-murid itu dijumpai semula pada 7 Oktober 2015 sama ada yang telah meninggal dunia ataupun masih hidup.

Secara keseluruhannya sejumlah 402 orang anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) telah dikerahkan yang terdiri daripada 103 pegawai dan anggota PDRM, 263 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia, 15 pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam, 13 pegawai Bomba, lima pegawai Jabatan Pendidikan dan tiga pegawai daripada JAKOA ataupun Jabatan Kemajuan Orang Asli untuk mengesan dan menyelamat murid-murid yang telah hilang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Seputeh juga mendakwa bahawa PDRM mengamalkan double standard apabila membenarkan Perhimpunan Baju Merah diadakan tetapi tidak membenarkan Perhimpunan Bersih 4.0 diadakan.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Nanti, nanti, nanti.

final • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan.

final • 12:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Orang Asli.

final • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua dengan kebenaran.

Tuan Yang di-Pertua, bila saya bangkitkan hal mengenai Orang Asli di Gua Musang di sana, walaupun satu kerajaan telah mengatakan bahawa immediate action telah diambil tetapi nampaknya di on the ground bukan sedemikian, nombor satu. Nombor dua, bila Menteri memberi jawapan apa dia quantity, the number of people involved memberi satu emphasis. It’s not the quantity, it’s the quality. Dalam penyiasatan ini nampaknya ada beberapa kekurangan.

Satu di antaranya adalah di mana sehingga hari ini kalau sebetul-betulnya kerajaan menyiasat dengan sedalam-dalamnya perkara itu semestinya kalau dua orang yang telah diselamatkan, hanya lebih kurang 501 kilometer dari sekolah tersebut menunjukkan bahawa ada sesuatu kekurangan dalam penyiasatan tersebut.

Kedua, pagar-pagar itu di mana lubang-lubang di mana anak-anak sekolah itu selalu keluar bukan cerita yang baru, sudah lama. Saya difahamkan lebih dari satu tahun.

Jadi apakah tindakan yang diambil terhadap pihak-pihak yang cuai dalam perkara ini. Atau kita akan buat satu seperti biasa cover up dalam perkara ini. Adakah Yang Berhormat Menteri setuju kalau kita perlu mengadakan satu penyiasatan diraja kerana ini satu perkara yang sangat mustahak di mana ramai di antara anak-anak Orang Asli enggan menghantar anak-anak mereka ke sekolah sekarang, at this make a clear time juga.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat, saya sendiri turun.

final • 12:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya sendiri turun…

final • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

After the event.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Of course after the event, dengan izin.

*After – how can I go down before the event? How do I know?

[Ketawa]*

final • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

As a Minister itu adalah satu di antara perkara. Saya cakap lubang-lubang di sana more than a year ago.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Please sit down. Let me explain first because I’m been here dengan izin, bahawa saya sendiri turun dengan Menteri Pendidikan dengan beberapa orang Menteri termasuk Menteri Bencana, Menteri Bencana Negara.

final • 12:20 PM

Beberapa Ahli

Menteri Bencana.

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

[Ketawa] Saya tarik balik.

final • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Itulah bencana.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Menteri yang menjaga bencana.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, laporan dibuat tiga hari selepas kehilangan. Saya ingin bagi tahu. Apabila mobilisasi dilakukan Tuan Yang di-Pertua, ertinya jangan merendah- rendahkan komitmen pegawai-pegawai keselamatan untuk membantu. Ketiga, apabila saya turun dan saya memberikan bantuan peribadi kepada keluarga mereka. Saya dapati bahawa mereka juga yang biasa dengan izin, the whole terrain of the whole area, mereka biasa pun mereka tidak jumpa, ibu bapa pun tidak jumpa.

Apa yang telah saya lakukan, minta maaf dengan izin, I did my abrupt decision. Dengan memanggil pasukan Senoi Praaq, PGA yang dianggotai oleh Orang Asli, Senoi Praaq untuk turun. Oleh sebab Senoi Praaq ini biasa di dalam terrain, hutan dan sebahagian daripada mereka datang dari kawasan Gua Musang sebab itulah ia telah dapat membantu anak-anak itu diperoleh. Apa yang dilakukan tentang pagar yang digunting dan sebagainya, saya telah meminta Menteri Pendidikan supaya memindahkan asrama yang di seberang jalan itu, dijadikan sebagai teacher quarters, sebaliknya asrama itu diletakkan bersama-sama dengan bangunan sekolah. Ertinya ini satu langkah proaktif yang harus dilihat bahawa keselamatan anak-anak itu dijaga dengan baik dan jangan menyebutkan tentang sesuatu itu kerajaan tidak serius, yang penting ada Suruhanjaya Siasatan dan sebagainya.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

[Bangun]

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya. Saya dapat komitmen daripada ibu bapa sendiri. Yang Berhormat, saya juga ada anak dan saya ada cucu. Keprihatinan saya kepada anak-anak ini seperti anak dan cucu saya.

[Tepuk] Jangan ketepikan. Jangan ketepikan kesungguhan kita. Sila Yang Berhormat Baling.

final • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penyiasatan Diraja?

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri, penyiasatan diraja.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Menteri setuju…

final • 12:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Setuju atau tidak Yang Berhormat Menteri dalam konteks Kampung Tohoi di Gua Musang ini khususnya anak Orang Asli ini, banyak sudah kedengaran daripada pihak pembangkang. Setuju atau tidak bahawa bila mana perkara tersebut berlaku, yang bercakap hari ini di Dewan yang mulia ini semua tidak nampak batang hidung.

[Tepuk] Yang pergi di antaranya macam Yang Berhormat Menteri sendiri sebut Yang Berhormat Menteri sendiri, Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Menteri yang menjaga bencana, Biro Kebajikan UMNO Malaysia.

[Tepuk] Yang pergi ke sana pergi berjumpa dengan 453 keluarga bagi bantuan makanan dari rumah ke rumah.

final • 12:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Bagi 7,000…

final • 12:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Baling saya kena betulkan kenyataan Yang Berhormat Baling.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

…7,000. Saya cakap dengan Menteri.

final • 12:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Saya juga pergi ke Pos Tohoi.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat tahu tidak undang-undang dalam Dewan ini? Yang Berhormat cakap dengan Yang Berhormat Menterilah. Saya bukan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat duduk.

final • 12:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Saya juga pergi ke Pos Tohoi, bukan sahaja anda Yang Berhormat Baling.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat ini kata pandai...

final • 12:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Seingat semalam saya sudah beritahu. Yang Berhormat Baling dengar ucapan saya semalam. Memang saya pergi ke Pos Tohoi.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Akan tetapi tidak... Saya sudah beritahu tadi, “Di antara orang yang bangun...”

final • 12:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Saya sudah berjumpa dengan ibu bapa di sana.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

[Disampuk] Eh!

Come on lah. You tahulah undang-undang sikit Yang Berhormat...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

... YB takkan tidak pandai-pandai. Saya bercakap dengan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat hendak, Yang Berhormat cakaplah dengan Yang Berhormat Menteri.

[Disampuk] I am not the Minister. Eh! ‘Apek’. You diamlah, duduklah ‘lu’.

final • 12:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Baling, bila...

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

No, no. Saya hendak beritahu Yang Berhormat...

final • 12:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Baling, when are you going to learn respectful to the Members of Parliament here?

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jadi bila saya hendak beritahu, bila saya beritahu tujuan atau tidak...

final • 12:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

What is ‘apek’?

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Eh! I am talking about this ‘apek’...

final • 12:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

When you will learned to be respectful to the Members of Parliament?

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Kota Kinabalu...

final • 12:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yesterday you use the word ‘pondan’, Yang Berhormat. Today you called Yang Berhormat Kota Kinabalu ‘apek’. What language is this?

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Who are you to protect Yang Berhormat Kota Kinabalu? Who are you?

final • 12:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

I am Members of Parliament here. Who are you?

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

...

final • 12:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

So please respect yourself and please respect this Dewan. Stop using word ‘apek’.

final • 12:30 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

**‘****Apek’, who are you to speak like this ‘apek’?

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

‘Apek’, ‘lu’ pergi balik Tongsanlah you. I hendak beritahu Yang Berhormat Menteri...

final • 12:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, feminist, feminist.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di- Pertua...

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat yang sedang berdiri, tolong duduk. Ahli- ahli Yang Berhormat yang berdiri, tolong duduk.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

I know I will tell. I will explain.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri, tolong duduk. We need a change. Yang Berhormat Baling, teruskan. Jangan ada gangguan.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri...

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti. Duduk dulu, duduk dulu Yang Berhormat Batu.

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya kena suruh dia tarik balik Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu Yang Berhormat Batu, duduk.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jadi dalam...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu duduk dulu, Yang Berhormat Batu.

Apa benda yang mahu ditarik balik itu? Saya tidak dengar tadi.

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Boleh saya ulang? Tadi, Yang Berhormat Baling...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, orang Sabah tidak faham dengan loghat- loghat sini. Macam mana saya hendak buat ruling kalau tidak faham. Itu sebab saya tanya.

Duduk dulu Yang Berhormat Batu.

final • 12:30 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

“...Apek balik Tongsan... ‘Apek’ ini macam jugalah.

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya boleh bantu – Kalau orang Sabah tidak faham, bolehkah kita suruh Yang Berhormat Baling ulang untuk menjelaskan apa tujuan atau apa maksud beliau menyatakan, “You balik Tongsan?”.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, duduk, duduk. Yang Berhormat Baling, berdiri Yang Berhormat Baling. Apa benda yang disebut tadi itu?

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Biar saya balik –Yang Berhormat Batu tidak nampak belakang. Apa

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

yang berlaku di belakang Yang Berhormat Batu tidak nampak. Apabila saya tengah minta bagi pandangan, maklum kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Batu Kawan bangun. Jadi saya kata Yang Berhormat Batu Kawan, saya tengah bercakap dengan Yang Berhormat Menteri. Kalau Yang Berhormat Batu Kawan hendak, cakap dengan Yang Berhormat Menteri. I was very polite, Sir. Yang Berhormat Kota Kinabalu masuk tidak sewenang-wenang, “Hei! Duduklah, duduk”. Asking me to sit down as if I am a bukan Ahli Parlimen, it is ‘unparliament....’ Cara dia datang itu sebab saya respons. Saya bukan kacau atau sengaja panggil dia. ‘Apek’ ini kalau pergi pasar, panggil orang ‘apek’ tidak salah.

Mana ada salah kalau panggil orang ‘apek’.

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tuan Yang di-Pertua, we are not interested in all these things. Cuma satu ayat yang...

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jadi cara dia datang. That way, the way. Cara dia datang itu macam ‘apek’ di pasar. Oleh sebab itu saya kata ‘apek’ sebab dia suruh, “Eh! Duduklah”. Tidak ada kena mengena.

final • 12:30 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

I was talking – saya sedang bercakap dengan Yang Berhormat Menteri.

final • 12:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Baling, semalam Yang Berhormat Baling mencabar Yang Berhormat Shah Alam untuk bertumbuk di luar. Acting samseng, is that acceptable?

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Kinabalu duduk dulu, duduk dulu.

Yang Berhormat Batu duduk dulu. Duduk dulu, yang berdiri itu tolong duduk dulu. Apa sebenarnya makna ‘apek’ ini?

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Eh! Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu. None of your business lah Yang Berhormat Batu*.

You do not know what happened* di belakang. You saw or not?

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu. Duduk dulu.

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya cuma tunggu giliran saya berucap.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Do not try to humiliated Yang Berhormat Batu. I did not disturb you all. I was talking to the Minister. Why Yang Berhormat Batu Kawan want to accuse me? Why this ‘apek’ is coming and “Duduk, duduk”. What for? This is Parliament. It is up to me. None of your business because I did not talk to you. He started first.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri tolong duduk.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jangan melampau sangat.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Sudah kacau kita, kita hendak tegur tidak boleh.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Untuk saya buat ruling kepada sesuatu perkara yang dihujah sama ada unparliamentary atau tidak, saya perlu fahami apa maksud perkataan itu.

Saya mahu penjelasan sekarang, apa sebenarnya maksud ‘apek’?

[Ketawa]

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

‘Apek’ itu kalau di pasar, seorang tua. Dia orang tua. Jadi panggil ‘apek’, panggil ‘ah so’, panggil nyonya.

Macam dia panggil ‘tambi’...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Actually Tuan Yang di-Pertua, yang ayat ialah ‘Balik Tongsan’, bukan ‘apek’.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

... Itu kawasan saya panggil Apek tidak salah.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya. Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Seremban, semua duduk dulu. Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

‘Apek’ hendak jadikan isu, come on lah. You do not tease people lah. You lagi besar punya lah, you ingat you Ketua Menteri you hebatlah? You lagi besar punya oranglah. You know what is all about.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling. Duduk dulu Yang Berhormat Baling. Duduk Yang Berhormat Baling.

final • 12:30 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, order, order.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk. Duduk dulu, duduk dulu.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Okey, yang satu perkataan itu lagi apa?

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

‘Tongsan’.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan dulu - biar apa.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

‘Tongsan’.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apa erti?

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

‘Tongsan’ itu ia adalah percakapan main-main, “Eh! You balik Tongsan lah, you balik Indialah”. Memang melawak, it is a joke. Nothing, there is no serious. Mana ada orang...

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Baling tahulah.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Eh! Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena selalu cakap “Ini Yang Berhormat Baling, hang balik Indialah”. Tidak salah. It is just balik kampung, just a word balik kampung.

Apa salahnya? Asal usul. So, apa masalah?

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey terima kasih, terima kasih.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

...Tidak ada niat tetapi Tuan Yang di-Pertua, yang mula siapa? You must understand...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Siapa yang mula?

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat Baling. Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat mahu saya untuk buat ruling perkataan-perkataan yang sebenarnya saya tidak faham apa maksudnya. Perkataan-perkataan yang dihujah pula itu mempunyai banyak interpretasi daripada Ahli Yang Berhormat sendiri. Ada yang memikirkan dia serius, ada yang memikirkan dia tidak serius. Kalau saya buat ruling untuk Yang Berhormat Baling tarik balik dengan penjelasan sebegitu, maka mula dari saat ini, saya akan beritahu kepada timbalan-timbalan saya, tidak boleh berhujah lebih worst daripada itu. Bermakna, we stick kepada Peraturan Mesyuarat. Kalau juga umpamanya tidak kita hendaki ada reaksi daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak berhujah, seperti yang dibuat oleh Yang Berhormat Baling tadi, cuma bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, selepas itu ada orang yang berdiri, tidak juga mengikut Peraturan Mesyuarat seperti yang diterangkan oleh Yang Berhormat Baling, itu juga saya accept kerana dia sedang bercakap.

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi dalam hal ini, saya tidak perlulah untuk minta Yang Berhormat Baling tarik balik kerana perkataan itu dalam fikiran saya kalau itu niat dia, kalau itu kita maksudkan sebagai unparliamentary di Parlimen ini, bermakna, banyaklah lagi perkataan telah dikeluarkan di sini yang unparliamentary pun saya tidak ambil tindakan.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, tolong duduk Yang Berhormat Batu. Bolehkah Yang Berhormat Batu duduk?

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya, saya boleh...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bolehkah Yang Berhormat Batu duduk? Yang Berhormat Kota Kinabalu sedang berdiri itu juga. Ini kerana Ahli-ahli Yang Berhormat mahu saya buat ruling. Bolehkah Yang Berhormat Kota Kinabalu duduk?

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Padan muka.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau saya juga tidak didengar, saya akan biarkan Ahli-ahli Yang Berhormat bercakap. Saya tidak akan buat komen lagi seperti yang saya buat kelmarin. Yang Berhormat Baling berhujah dengan penuh berhemah. Selepas saya jemput Yang Berhormat Baling untuk berhujah, selepas itu Ahli-ahli Yang Berhormat boleh berhujah dengan penuh hemah. Kalau tidak, saya tidak akan buat ruling. Biarlah kamu sesiapa yang mahu berdiri, berdiri. Tanggungjawab untuk menjalankan masa licin bukan terletak di bahu saya sahaja. Sila Yang Berhormat Baling.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya, niat saya cuma hendak tanya adakah Yang Berhormat Menteri setuju apakah usaha-usaha kita lakukan untuk membantu khususnya masyarakat Orang Asli yang hari itu ada masalah besar di Gua Musang dan pelbagai pihak daripada kerajaan, agensi kerajaan dan juga UMNO itu sendiri datang berkampung, bantu sehingga selesai masalah tersebut? Jadi, itulah yang saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri setuju atau tidak yang kitalah duduk di barisan hadapan dalam semua usaha bukan setakat waktu Orang Asli hilang di Gua Musang, banjir tahun yang lalu, semua masyarakat Orang Asli di situ dibela oleh Biro Kebajikan UMNO itu sendiri. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat.

Peraturan Mesyuarat 36(4). “Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadab) atau membuat pernyataan yang seksis”.

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada dua perkataan yang pertamanya tadi Yang Berhormat Baling belum tarik balik, perkataan ‘balik Tongsan itu’. Saya harap itu perlu ada satu ruling daripada pihak Tuan Yang di-Pertua kerana ‘balik Tongsan’ itu amat sensitif kepada mana-mana masyarakat terutamanya masyarakat kaum Tionghoa di Malaysia ini.

final • 12:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, masa perbahasan berkenaan isu ini semalam di antara Yang Berhormat Batu Kawan dengan Yang Berhormat Baling, semasa Yang Berhormat Batu Kawan berucap. Yang Berhormat Baling telah mengeluarkan satu perkataan yang amat seksis. Beliau mengatakan Yang Berhormat Batu Kawan sebagai ‘pondan’. Perkataan seksis ini tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang yang bergelar Pengerusi Lembaga Tabung Haji Malaysia. Ini saya rasa amat seksis dan amat tidak wajar daripada Pengerusi Lembaga Tabung Haji Malaysia.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham. Duduk Yang Berhormat Seremban.

final • 12:40 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya minta Tuan Yang di-Pertua tarik balik– buat ruling...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Seremban, duduk! Saya faham.

final • 12:40 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya cadangkan...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham! Yang Berhormat Seremban. Duduk!

final • 12:40 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Okey.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah duduk ini tujuh tahun. Saya faham. Saya tadi buat ruling saya kata interpretasi itu berbeza. Penjelasan Yang Berhormat Baling, saya terima. Oleh kerana saya bukan fasih berbahasa dengan apa yang disebut. Ini kerana yang menolak atau menerima itu adalah Tuan Yang di-Pertua.

Kalau juga saya dipaksa untuk suruh Yang Berhormat Baling menarik balik, mulai daripada saat ini tidak ada siapa pun Ahli-ahli Berhormat yang boleh berhujah lagi lebih teruk daripada itu. Ini kerana pernah saya dengar di sebelah ini bercakap ‘binatang-

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

binatang’!

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Saya tahu tarik balik tapi jangan hujah, selepas itu tarik balik sewenang-wenang.

Kita belajar berhujah dengan penuh berhemat. Kenapa harus menyakitkan hati antara satu sama lain? Apa sebab? Kenapa harus seorang yang sedang berhujah diganggu? Apa sebab? Kenapa harus timbulkan kecoh sedangkan Mesyuarat sedang berjalan dengan baik? Apa sebab?

Yang Berhormat Baling, berdiri Yang Berhormat Baling. Yang tadi “balik tongsan” itu saya mahu Yang Berhormat Baling tarik balik unconditionally. Jangan tepuk! Jangan tepuk. Ini kerana mulai dari saat ini, tidak ada siapa lagi yang boleh mengeluarkan hujah dalam interpretasi saya unparliamentary. Sila tarik balik!

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya yang menurut perintah. Saya menarik balik Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Seremban, ingat! Ini kerana Yang Berhormat Seremban adalah Whip. Whip yang lain ingat, tidak ada siapa lagi mulai pada saat ini mengeluarkan hujah yang unparliamentary. Oleh kerana selepas itu saya tidak benarkan lagi tarik balik. Saya akan menggunakan kuasa untuk halau. Faham? Faham?

Sila teruskan Yang Berhormat Baling.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya sudah habis.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat yang itu berlaku kelmarin.

[Disampuk] Itu berlaku kelmarin, bukan saya yang chair tetapi kalau siapa menggunakan selepas ini akan saya suruh tarik balik.

final • 12:40 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, di sini Batu Kawan. Tuan Yang di-Pertua, semalam saya mohon untuk Tuan Yang di-Pertua menyuruh Yang Berhormat Baling menarik balik...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila! Sila! Duduk Yang Berhormat Batu Kawan, duduk!

Yang Berhormat Baling, kalau itu ada dihujah kelmarin ‘pondan’, sila tarik balik.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Okey, Tuan Yang di-Pertua, saya itu saya perlu– sebab tiada, semalam lain forumnya. Saya kena maklum kepada Tuan Yang di-Pertua apa yang berlaku. Tuan Yang di-Pertua pun tidak ada. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Seremban tadi adalah berat sebelah. Tuan Yang di- Pertua, begini...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa, Yang Berhormat Baling kalau tidak dapat– Yang Berhormat Baling...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

No, tidak boleh.

Oleh sebab dia sebut ‘Pengerusi Tabung Haji’. Saya kena defend my case, saya akan tarik balik tapi saya kena sebut ‘why’?

Tuan Yang di-Pertua kena beri saya peluang, it’s not fair kalau Tuan Yang di- Pertua bagi mereka peluang. What happened, Yang Berhormat Batu Kawan berhujah semalam. Tidak ada siapa kacau. Bila cerita pasal Gua Musang, Yang Berhormat Batu Kawan boleh checked Hansard, dia cabar. Bangunlah! Siapa yang ada di sana? Bangun!

Yang Berhormat Batu Kawan suruh bangun. Jadi, dia mencabar kami. Bila mencabar, saya bangun. Saya kata, Yang Berhormat Batu Kawan bagi izin kepada saya. Dia tengok muka saya, ‘Yang Berhormat Baling, no! I’m not giving it to you’. Saya hendak cakap berkaitan yang berlaku. Jadi, saya kata kenapa you are worst than a ‘pondan’, takut. *Yes!

[Ketawa]* Saya sebut. Saya kata ‘you are worst than a pondan’, saya sebut.

final • 12:40 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Baling, saya tidak bagi Yang Berhormat Baling mencelah...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Maksud saya, takut! Kenapa Tuan Yang di-Pertua- sebab saya hendak mencelah kerana dia mencabar.

Yang Berhormat Batu Kawan cabar, ‘Anybody? Bangun! Bangun!’ Macam samseng kampung dusun, dengan izin.

[Ketawa] Jadi, bila– takkan saya hendak biar. Saya hendak biar seorang perempuan mencabar kami, kami bukan dayus atau bacul. Saya bangun! Bila saya bangun, kalau dia sudah cabar, bagilah saya peluang. Saya akan berhujah dengan

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

baik. Akan tetapi bila saya bangun, dia tengok muka saya, ‘Yang Berhormat Baling, I’m not giving it to you!’ Jadi, saya berkata kepada Yang Berhormat Batu Kawan, ‘Kenapa Yang Berhormat Batu Kawan tidak bagi kepada saya?’. No! I don’t want, I don’t want. Saya kata, ‘Kamu lebih takut daripada pondan’, saya tidak kata dia pondan, ‘lebih takut daripada pondan’. I didn’t say, ‘Yang Berhormat Pekan, kamu pondan’. No, I did not say.

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Batu Kawan, kamu penakut, lebih teruk! That’s all.

[Disampuk]

final • 12:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Check Hansard, Yang Berhormat Pekan lebih teruk daripada pondan’.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya kata Yang Berhormat - minta maaflah tersilap. Janganlah itu pun hendak dipertikaikan. Yang Berhormat Batu Kawan, saya tidak sebut pun Yang Berhormat Batu Kawan, no! I did not mention it to her! Jadi, saya hendak masukkan Hansard ini, Yang Berhormat Seremban tadi jangan babitkan Tabung Haji dan sebagainya. Di Dewan yang mulia, saya berbahas sebagai Ahli Parlimen. It’s not fair! Tadi pun Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap, berhujah dengan Yang Berhormat Menteri, why are they distrubing me? That is an ‘unparliamented’. So, macam mana saya sahaja – sebelah sahaja yang unparliamentary, sebelah sahaja salah.

Mereka pun salah, mereka mengganggu. Setiap kali sebelah sini kena minta maaf, tarik!

Tarik! Hari itu panggil binatang, selepas setengah jam baru - itu pun Yang Berhormat tidak minta maaf. Dia tidak minta maaf, dia tarik balik. Itu panggil seorang Menteri sebagai bintang.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham. Sudah Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ya Tuan Yang di-Pertua, saya minta...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Segambut, duduk! Peraturan Mesyuarat 35, seseorang Ahli tidak boleh bercakap melainkan setelah dipanggil oleh Pengerusi. Oleh sebab semua pun ….. peraturan mesyuarat. Siapa yang sengaja langgar ini saya akan arah untuk keluar. Keputusan saya ialah oleh sebab perkara itu berlaku kelmarin iaitu ‘pondan’ dan saya juga dengar juga penjelasan Yang Berhormat Baling, maka tidak payah tarik yang ‘pondan’. Akan tetapi ‘pondan’ adalah unparliamentary. Jangan lagi gunakan. Jadi, teruskanlah perbahasan. Jadi, silalah Yang Berhormat. I’m listening while I’m here. Awas!

final • 12:40 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, itu sebab lain kali- Guru besar ada sini, kena hormat Guru Besarlah. Pengetua ada di sini.

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Yang Berhormat, Menteri...

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kalau tidak ada- duduk dulu, biarlah saya jelaskan dahulu*.

[Memetik ungkapan dalam bahasa Arab]* Dengan izin, kesabaran itu satu keindahan. Sabar sikit!

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Ipoh Barat mencadangkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja dilakukan. Saya fikir kita berikan keyakinan kepada pihak PDRM, siasatan sedang dilakukan oleh mereka, tidak perlu ada Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyelesaikan masalah ini.

Ini kerana dari segi pentadbiran, kita telah banyak menyelesaikan permasalahan ini. Yang Berhormat Seputeh ada apa-apa?

final • 12:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya dalam ucapan saya, saya tanya bilakah polis ataupun pasukan penyelamat mula menjalankan usaha mencari mereka?

Ini kerana ibu bapa Orang Asli tersebut mengadu kepada SUHAKAM bahawa usaha mencari tujuh orang budak yang hilang ini hanya bermula lima hari selepas mereka dilaporkan hilang. Akan tetapi saya hendak dengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, boleh tolong terangkan.

Sebenarnya Yang Berhormat Batu Kawan pernah pergi melawat tempat itu dan juga melawat ibu bapa keluarga mereka.

final • 12:40 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan Menteri. Sedikit lagi berhubung dengan isu ini juga.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Biar saya jelaskan dulu, nanti takut Yang Berhormat Seputeh cakap saya ‘pondan’ pula. Saya akan jawab dulu. Saya akan simpulkan Tuan Yang di-Pertua, bahawa laporan telah dibuat pada 25 Ogos dan usaha pencarian telah dimulakan pada 26 Ogos. Itu sebab saya beritahu tadi 26 Ogos. Ertinya, sebelum itu laporan tidak dibuat. Ibu bapa dan pihak guru mencari sendiri, bila tidak dapat cari baru laporan dibuat kepada polis.

Apabila polis mendapat laporan, terus melakukan pencarian itu pada hari berikutnya. Jadi, tidak benar Tuan Yang di-Pertua, jika lima hari selepas itu. Ini tidak betul.

Ini laporan daripada pihak PDRM. Jangan dengar sangat, ini selalu Yang Berhormat Seputeh ini dikhuatiri memusingkan fakta untuk menarik simpati.

final • 12:40 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Yang Berhormat Kuala Kangsar.

final • 12:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini semua laporan dalam surat khabarlah.

Yang Berhormat Batu Kawan, dia pernah pergi tengok mereka.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Okey, Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 12:50 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kuala Kangsar.

final • 12:50 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung dengan arahan untuk PGA Senoi Praaq dihantar untuk misi mencari dan menyelamat di Pos Tohoi.

Yang Berhormat Menteri membuat lawatan ke Pos Tohoi pada 28 September 2015 dan membuat satu kenyataan bahawa PGA Senoi Praaq akan dihantar pada 29 September 2015. Lebih daripada satu bulan tujuh orang kanak-kanak Orang Asli Temiar hilang.

Saya pasti semua Ahli Parlimen di sini tahu bahawa PGA Senoi Praaq merupakan angkatan yang begitu fasih dengan izin, familiar dengan the terrains of the jungle terutama sekali di kawasan Pos Tohoi.

Saya ingin mendapat penjelasan, mengapa lebih daripada satu bulan baru arahan dikeluarkan untuk PGA Senoi Praaq untuk misi mencari dan menyelamat. Seperti rakan saya Yang Berhormat Seputeh berkata tadi, saya bersama dengan ADUN Damansara Utama telah melawat keluarga kanak-kanak yang hilang dan diberitahu bahawa selepas pihak berkuasa PDRM dan angkatan tentera turun padang untuk menyertai misi mencari dan menyelamat, pihak ibu bapa tidak dibenarkan untuk melakukan misi mencari dan menyelamat mereka. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, we were told the parents were not allowed. They said no, the police came and said, “No, you cannot. Only we will do it”. So they stopped the parents from conducting their own search and rescue.

Juga Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, kami juga diberikan...

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Sudah cukuplah.

final • 12:50 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Siapa yang cakap cukup?

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Sudahlah.

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Dia buat isu sudah.

final • 12:50 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Saya juga hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, takkan sekolah tidak tahu bahawa kanak-kanak itu hilang memandangkan mereka– minta maaf. Takkan asrama SK Pos Tohoi tidak tahu kanak- kanak itu hilang memandangkan mereka menghidangkan makanan setiap hari untuk kanak- kanak tersebut.

Jadi, saya tidak faham bagaimana pihak PDRM, polis, angkatan tentera tidak tahu mahupun Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang menjadi link, dengan izin, dari orang

final • 12:50 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

asal Orang Asli di Pos Tohoi dengan kerajaan. Macam mana maklumat ini tidak disampaikan secepat mungkin. Saya ingin penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya memohon sedikit penjelasan tentang elemen-elemen misteri dan juga mistik yang menjejaskan operasi ini. Ini kerana saya dapat maklumat ini daripada tok batin dari kampung Orang Asli di kawasan saya yang ada kaitan dengan Orang Asli di sana. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pernah jumpa dengan bomoh sebagaimana Yang Berhormat Kuala Kangsar jumpa bomoh berkenaan.

[Ketawa] Ini kerana saya yakin dengan kemampuan unit-unit penyelamat sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batu Kawan tadi bahawa apa yang kita lakukan ialah kita menghantar pasukan-pasukan yang berpusat di Gua Musang dan sekitar Kelantan dahulu.

Apabila saya dapati tidak ada penyelesaian, maka saya mencari jalan setelah mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah tentang apakah langkah yang terbaik yang patut dilakukan. Maka, timbullah idea supaya saya mencadangkan pasukan Senoi Praaq itu dihantar.

[Tepuk] Ertinya, ini satu keprihatinan. Bukan kita mahu melambatkan. Ertinya, usaha itu telah dijalankan lebih awal. Saya berterima kasih kerana Yang Berhormat turut datang tetapi saya tidak pasti berapa ringgit yang telah diberikan untuk membantu ibu bapa berkenaan.

[Tepuk] Berbanding dengan bantuan yang diberikan oleh Biro Kebajikan UMNO dan lain-lain Ahli Parlimen yang telah datang.

Saya ucapkan terima kasih. Bukan kita mahu berbahas dalam perkara ini sebab ini soal kematian, ini soal kemalangan. Kami bersimpati dengan ibu bapa dan kita minta pihak sekolah dan ibu bapa lebih berhati-hati di dalam membuat kenyataan-kenyataan yang akhirnya disalah tafsirkan.

Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Kementerian Pendidikan umpamanya telah mengambil langkah proaktif yang mana anak-anak Orang Asli itu diberikan kemudahan pengangkutan dan dibenarkan untuk pulang lebih kerap lagi. Mungkin ada kerinduan pada ibu bapa, berlaku homesick, dengan izin.

Perkara ini saya fikir eloklah kita ikhlas di dalam melaksanakan tugas kita sebagai Ahli Parlimen dan jangan mempolitikkan walaupun perkara itu tidak seharusnya dipolitikkan.

final • 12:50 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

[Bangun]

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Kangsar, usaha-usaha itu dilakukan oleh pihak ibu bapa. Usaha paranormal memang lazim dilakukan oleh orang di kampung. Mungkin mereka turut berikhtiar dengan kaedah- kaedah yang mereka sendiri tahu. Sila Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kita lihat daripada episod ini, kehilangan kanak-kanak kecil di dalam hutan yang sebenarnya tidak sepatutnya mengambil masa yang begitu lama untuk mencari mereka. Boleh kita samakan juga dengan apa yang berlaku dengan MH370, masih mencari tetapi memang tidak akan jumpa sudah itu. Tidak tahulah jumpa di mana atau tidak jumpa langsung. Akan tetapi alhamdulillah, untuk kanak-kanak ini kita menjumpainya.

Diberitahu juga bahawa di sana unsur-unsur orang bunian. Ini orang Kelantan biasa dengar dan dahulu, zaman-zaman dahulu biasa kita dengar bahawa ramai orang hilang dekat rumah sahaja tetapi tidak ada sesiapa dapat melihat mereka dan mereka itu tidak dapat bersuara untuk memanggil orang lain untuk menyelamatkan mereka. Dikatakan ada makhluk yang ghaib itu. Ini sesuatu yang dipercayai oleh orang kampung tetapi kita diberitahu juga oleh Majlis Agama bahawa jangan kita percaya kepada perkara ini.

Jadi dengan keupayaan kita yang ada ini, kalaulah begitu lama kita mengambil masa untuk mencari kanak-kanak ini sedangkan mereka dijumpai dalam lingkungan yang dekat sahaja, kita terpaksa mempersoalkan keupayaan polis kita atau rescue team kita, adakah mereka ini begitu cekap? Adakah mereka mempunyai anjing-anjing yang boleh

final • 12:50 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

mengesan kanak-kanak ini dengan lebih baik? Adakah kita tidak menggunakan juga.

Biarlah, tidak apalah, gunakan jugalah cara-cara mistik tok-tok guru atau bomoh-bomoh atau ustaz-ustaz yang boleh mendapatkan bantuan daripada alam yang lain untuk membantu kita. Saya tanya Yang Berhormat Menteri, adakah semua usaha ini dilakukan?

Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, lain kali kalau berlaku kehilangan, pakar utama yang kami rujuk ialah Ahli Parlimen Pasir Puteh supaya beliau dapat membantu kita.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membacakan hasil daripada interrogations pihak polis. Ini ada kaitan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Puteh. Dari temu bual murid yang masih hidup, mereka mengatakan mereka telah bersembunyi di bawah akar pokok besar dan hanya keluar untuk mencari makan dan minum dan tidak bergerak ke mana-mana dan menunggu di situ untuk diselamatkan. Pihak mencari dan menyelamat tidak menemui sebarang kesan di kawasan berkenaan dan mempercayai bahawa mereka telah bergerak jauh ke dalam hutan dan oleh yang demikian, usaha mencari diperluaskan dalam kawasan tersebut. Saya fikir ada kebenaran di situ.

Itu sebab saya kata, “Yang Berhormat, silalah beri khidmat yang terbaik” terutama jika ada Ahli-ahli Parlimen yang hilang yang tidak datang selalu ke Dewan yang mulia ini.

[Ketawa]

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak merujuk ke mana-mana Ahli Parlimen tetapi jika ada.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri bermaksud Yang Amat Berhormat Pekan dan sebagainya?

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat maksudkan suruh Yang Berhormat Pasir Puteh cari Yang Berhormat Pekankah?

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jadi khidmat itu harus juga diberikan.

Bukan ini, saya serius ini. Termasuklah jiran sebelah kanan yang baru sampai. Sebelum itu hilang, yang baru bangun itu.

Saya fikir Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini, saya harap kita istiqamahlah. Jangan main-mainkan tentang soal kehilangan anak-anak ini, jangan pernah merendah-rendahkan usaha keseriusan pihak polis, pihak JPAM, pihak RELA dan pelbagai pihak lagi. Kita bukan sahaja tidak memberikan penghargaan kepada mereka, kita kutuk. Saya tidak setuju.

Sebagai Menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal keselamatan terutamanya untuk menjaga PDRM, saya fikir kita hendaklah istiqamah di dalam melakukan sebarang kenyataan. Ucapkan terima kasih kepada yang membantu termasuk Yang Berhormat Pasir Puteh yang akan menggunakan kepakarannya itu untuk berdiskusi dengan orang bunian kalau mereka yang telah menyembunyikannya.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat, sambung penggulungan nanti sebelah petang. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menyambung jawapan.

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung yang dibangkitkan oleh sahabat saya dari Seputeh. Bertanyakan tentang

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

beberapa masalah termasuk tentang apa yang beliau katakan berlaku “double standard” dalam membenarkan pihak polis membenarkan suatu perhimpunan.

Kita merasakan bahawa di bawah APA iaitu Akta Perhimpunan Aman 2012 atau dikenali sebagai Akta 736. Syarat-syarat setiap perhimpunan yang diadakan itu perlu mematuhi beberapa klausa di dalam APA berkenaan.

Bagi perhimpunan Bersih 1.0 hingga 4.0, kita perlu sebutkan di sini beberapa langkah bahawa telah dilakukan oleh pihak PDRM. Secara khusus ingin saya menyebutkan bahawa dalam pengurusan Bersih 3.0 dan 4.0, pihak polis cukup bertoleransi di dalam menangani perhimpunan berkenaan. Walaupun kita, terpaksa membelanjakan banyak kewangan, itu perhimpunan Bersih.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, pihak polis telah membelanjakan kira-kira RM1.8 juta. Untuk Perhimpunan Bersih 2.0, RM2.018 juta, Perhimpunan Bersih 3.0, RM1.667 juta dan Perhimpunan Bersih 4.0, RM2.73 juta. Untuk Perhimpunan Bersih sahaja PDRM terpaksa membelanjakan sebanyak RM8.442 juta. Ini merupakan satu jumlah yang pada hemat saya agak besar dan jika wang ini tidak digunakan untuk mengawal perhimpunan itu tentu boleh digunakan oleh pihak PDRM untuk melakukan aktiviti pembanterasan jenayah.

Yang Berhormat Seputeh juga, nyatakan bahawa pelancong asing tidak datang.

final • 2:32 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat Menteri, hendak bagi jalan?

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sebentar, nanti saya bagi. Bagi saya jawab Yang Berhormat Seputeh dahulu. Kalau tidak rambut dia bertukar warna.

[Ketawa]

final • 2:32 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Ketawa]

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Beliau menyatakan bahawa pelancong asing tidak datang ke Malaysia kerana keadaan di Malaysia tidak selamat dengan berlakunya beberapa insiden seperti empat kes penculikan pada awal 2014 dan insiden pembunuhan anggota polis di Lahad Datu.

Yang Berhormat Seputeh turut mendakwa ramai pelancong asing terutamanya dari China tidak datang ke Malaysia akibat Perhimpunan Baju Merah yang secara tidak langsung menggugat keselamatan pelancong negara tersebut. Sektor pelancongan memberikan sumbangan yang besar pada pendapatan negara daripada segi pertukaran wang asing di samping dapat memperkenalkan negara ini di mata dunia dan KDN memberi perhatian yang serius dan keselamatan pelancong-pelancong yang berkunjung ke negara ini. Sila Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 2:32 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya tentang Bersih, peruntukan untuk mengawal Bersih 4. Antara kewangan itu, apakah breakdown nya? Logistik berapa, apa dia punya- ya kita hendak tengok apa dia punya peruntukan itu, breakdown itu.

Satu lagi ialah tentang Bersih dan perbezaan dengan Perhimpunan Baju Merah.

Baju Merah itu, dia punya organizer sampai saat-saat akhir baru kita tahu siapa persatuannya dan sebenarnya Bersih telah engaged dengan PDRM, telah pergi jumpa dengan datuk bandar ada negotiation kenapa kerajaan tidak memberi permit untuk mereka berhimpun.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya ringkaskan.

final • 2:32 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ada nampak double standard. Ya sikit ya.

Menteri minta boleh tolong jawab. Terima kasih.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bayan Baru. Ringkaskan Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, benar bahawa perundangan dan perbincangan telah diadakan dengan pihak penganjur tetapi pihak polis telah berbincang mengenai pematuhan pada syarat-syarat kepada Akta Perhimpunan

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Aman berkenaan. Namun kita tahu siapakah di belakang penganjuran Bersih satu hingga empat berkenaan.

Maka, kita lihat bahawa pematuhan kepada apa yang terdapat dalam akta itu telah tidak diikuti. Maka itulah sebabnya permit tidak diberikan dan tempoh permohonan telah ditentukan. Itu pun tidak diikuti. Mungkin daripada segi itulah yang pihak polis mengambil keputusan untuk tidak membenarkan permit itu dikeluarkan. Di samping itu, saya memang ada breakdown ada pecahan dengan izin tapi kebetulan tidak ada di sini nanti saya akan berikan kepada Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Seputeh boleh sampaikan kepada Yang Berhormat Bayan Lepas kerana soalan ditanya oleh Yang Berhormat Seputeh ya. Saya ada pecahannya.

Di samping itu, izinkan saya untuk menyambung.

final • 2:32 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Itu sahaja? Yang Berhormat Menteri ini jawapan yang tidak memuaskan.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak perlu cakap macam itu Yang Berhormat Seputeh.

final • 2:32 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang kita tahu yang Bersih tuntutannya jelas sangat tapi yang Baju Merah itu apa mereka mahu? Yang mereka sebelum itu telah buat banyak, “wow”, macam silat dalam YouTube. Bagi orang tengok macam mana apakah jenis keganasan yang akan dilakukan oleh mereka dan banyak ugutan dan juga kenyataan yang berbau perkauman itu dikeluarkan. So, mereka yang pergi ke Petaling Street kerana kononnya situ ada banyak kedai Cina. Semua ini berbaur perkauman, bercanggah dengan slogan 1Malaysia itu dan saya rasa hairan yang PDRM bagi kelulusan kepada Baju Merah tapi yang BERSIH itu, saya hairan juga lihat yang perbelanjaan RM2.73 juta kerana kita tahu ada dua hari itu kami jarang lihat pihak polis, kami hormat pada polis kerana bagi ruang untuk berhimpun bagi kami.

Akan tetapi, saya juga hairan kenapa ia memakan perbelanjaan yang begitu banyak dan suka di sini saya hendak tanya berapakah perbelanjaan polis untuk mengawal keselamatan bila orang Baju Merah adakan perhimpunan di Petaling Street itu.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, perbelanjaannya RM4.7 juta. Ya, kerana jumlah pegawai dan anggota polis yang terlibat itu lebih ramai. Perlu diketahui oleh Yang Berhormat Seputeh, tidak ada ucapan-ucapan sensitif dan perkauman.

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Apa yang ada dalam social media itu adalah tampalan kepada banner di tempat lain. Saya ingin mengesahkan di Dewan yang mulia ini, tidak ada satu banner pun yang berbaur perkauman atau yang menyentuh mana-mana agama. Apa yang ada dalam social media yang diviral kan itu, kami telah melakukan penyiasatan, tidak ada satu banner pun yang ditulis begitu. Ia dilakukan oleh pihak lain. Saya tidak menuduh pihak yang melawan merah itu tetapi saya dapat tahu oleh pihak PDRM bahawa ia bukan datang daripada pihak yang berbaju merah.

Dalam perkara ini saya fikir Tuan Yang di-Pertua, kita sama-sama telah mengetahui bahawa BERSIH membuat perhimpunan empat kali. Merah membuat satu kali.

Kita harus tahu bahawa masing-masing mempunyai alasan-alasan tertentu untuk mengadakan perhimpunan. Tentunya kalau hendak menuduh bahawa polis double standard dan sebagainya, itu tidak adil kepada pihak polis. Saya fikir, cara yang terbaik ialah tidak mengadakan mana-mana perhimpunan supaya tidak ada sensitiviti yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak. Kalau kuning merasakan terasa apabila merah buat, merah pun terasa apabila kuning buat. Jadi dalam perkara ini, itulah saya fikir, kerajaan berpendapat walaupun Akta Perhimpunan Aman ada tetapi jangan diadakan...

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kami minta- sekejap Yang Berhormat, saya akan bagikan. Contohnya Tuan Yang di-Pertua, apabila Akta Perhimpunan Aman diluluskan di Dewan yang mulia ini dan pihak KDN menghantar surat kepada kerajaan- kerajaan negeri dan meletakkan di manakah lokasi yang dibenarkan perhimpunan itu diadakan. Sehingga sekarang, banyak kerajaan negeri terutama yang tidak di bawah

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Barisan Nasional tidak bersetuju perhimpunan Bersih itu diadakan di lokasi mereka. Itu lebih double standard, lebih double standard.

Saya boleh menyatakan dengan rasmi bahawa kerajaan negeri berkenaan tidak bersetuju lokasi untuk mengadakan perhimpunan itu tetapi di Dewan yang mulia ini menjadi jaguh supaya perhimpunan aman diadakan. Dalam perkara ini, siapakah yang double standard? Oleh sebab itu saya mengatakan jangan ada sama ada Bersih kah, tidak Bersih kah. Jadi kita harus rasional dalam membicarakan soal ini. Silakan Yang Berhormat Batu.

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih. Pertama sekali saya bersetuju bahawa mana-mana pihak hendak berhimpun, okey. Cuma tadi Menteri kata “Jangan ada perhimpunan” tetapi Akta Perhimpunan Aman ini adalah digubal di bawah Yang Amat Berhormat Pekan atas nama transformasi yang ingin membenarkan perhimpunan aman supaya menunjukkan Malaysia ini sebuah negara demokrasi yang baik, menghormati hak untuk berhimpun. Saya bersetuju kita tidak ada halangan kalau merah hendak berhimpun secara aman dan kalau boleh tidak mengeluarkan ayat-ayat atau hujah- hujah yang berunsurkan perkauman. Kalau adapun, saya tidak ada halangan selagi aman.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ringkaskan Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Soalan saya ialah isu sekarang ialah orang anggap double standard apabila Nik Nazmi didakwa tiga kali sungguhpun tidak jadi dan selepas itu berkali-kali hendak didakwa. Bersih pun daripada segi apa yang terjadi tidak ada huru-hara, tidak mewujudkan apa-apa kekacauan. Apa perlunya kita mengambil tindakan seolah-olah ia membalas dendam terhadap kumpulan yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 2:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Persepsi ini merosakkan...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Duduk Yang Berhormat Seputeh.

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Kerajaan. Bagi saya, kalau kerajaan ingin menunjukkan satu imej yang baik kepada antarabangsa, sepatutnya berlaku adil kepada semua pihak dan tidak mengambil tindakan dan dakwaan terhadap mana-mana pihak. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan tiru, saya jawab sahabat saya Yang Berhormat Batu ini. Tindakan yang dibuat kepada beliau bukan kerana penyertaan Bersih tetapi tidak mematuhi syarat-syarat yang ada di dalam Akta Perhimpunan Aman. Saya lihat lokasi yang tidak dibenarkan telah digunakan dan tempat- tempat yang telah ditentukan tidak mahu diikuti, tempoh permohonan tidak diikuti. Jadi dalam perkara ini, siapakah yang double standard? Adakah pihak polis atau pihak penganjur sendiri? Kalau tidak mahu ditangkap, jangan buat walaupun Akta Perhimpunan Aman ini ada, tetapi ia tidak ada satu klausa mengatakan bahawa perhimpunan aman ini diadakan atau tidak diadakan, maka jika tidak diadakan, menyalahi etika politik.

Saya fikir dalam perkara ini, kita ketepikan perbezaan-perbezaan dalam kalangan kita.

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Adakan perhimpunan di dewan lebih baik atau lokasi yang dibenarkan, adakan perhimpunan.

final • 2:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan beritahu pihak polis jika lokasi itu dibenarkan, di kawasan yang telah digazet, jangan ganggu. Akan tetapi masalahnya kawasan yang tidak dibenarkan itulah hendak ramai-ramai. Jadi, mustahil. Kita merayakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, mengadakan perhimpunan pada 29 dan 30 hari bulan. Jadi, apakah maknanya? Kalau tidak ada, ‘udang di sebalik batu’ tentulah...

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Itu Hari Malaysia.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, hendak bagi jalan lagi Yang Berhormat?

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja.

final • 2:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Hari Malaysia. Ini menghina Sabah dan Sarawak.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tertib Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dalam hal ini saya fikir beginilah. Kalau hendak menganjurkan, ikut undang-undang, ikut tempat lokasi yang ditentukan, saya rasa tidak ada masalah. Saya ingin mengambil contoh umpamanya dalam Bersih 3.0 dan Bersih 4.0, mana ada water cannons, manakah ada tear gas? Kalau hendak kata polis double standard, saya fikir Yang Berhormat tidak adil kepada pihak polis. Saya mesti pertahankan anak buah...

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, tentang double standard tadi, saya hendak tambah sedikit.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat...

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Nanti sekejap, saya bagi kepada Yang Berhormat Seputeh dahulu.

final • 2:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Apabila saya kata double standard, kita lihat objektif dahulu. Objektif Bersih 4.0, ia adalah jelas:

(i) pilihan raya yang adil dan bebas;

(ii) kerajaan yang telus;

(iii) hak demonstrasi;

(iv) memperkukuhkan sistem Demokrasi Berparlimen; dan

(v) menyelamatkan ekonomi Malaysia.

Ini semua tuntutan dan saya rasa ini sejagat. Akan tetapi kalau kita lihat demonstrasi baju merah, yang pertama menzahirkan amaran keras supaya jangan menghina pemimpin Melayu dan menghormati agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Sekarang ini, siapakah yang menghina pemimpin Melayu? Siapakah yang menghina agama Islam sebagai Agama Persekutuan? Kita lihat yang tuntutan terakhir Baju Merah ialah memastikan tiada lagi perhimpunan seperti Bersih di masa akan datang.

Ini semua seperti kenyataan Yang Berhormat Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO lah. Jadi adakah sebab Kabinet ambil dua standard itu membenarkan orang ramai menyertai perhimpunan baju merah kerana yang menyertai perhimpunan itu ahli-ahli UMNO dan adakah juga kerana semua tuntutan ini yang selalu dilaung-laungkan dalam Perhimpunan Agung UMNO, itu sebabnya dibenarkan? Saya rasa ini menunjukkan Kabinet sendiri sebenarnya telah pun bias daripada segi politik.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Yang Berhormat Seputeh kena berpijak di bumi yang nyata. 4.0 siapa yang ramai?

Bukankah ahli DAP?

final • 2:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Cuba nafikan. Masalahnya DAP...

final • 2:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya menafikan.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Berada di sebalik- Yang Berhormat Batu, sebenarnya ahli DAP mengharapkan pelbagai bangsa menyertai tetapi yang ramai satu bangsa sahaja. Ini apa maknanya?

final • 2:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya berharap parti saya begitu kuat...

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Janganlah...

final • 2:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ada begitu ramai ahli.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seputeh, duduk Yang Berhormat Seputeh.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Seputeh, jangan menuding jari. Berapa peratuskah yang menyertai 4.0 itu terdiri daripada orang bukan Melayu? Saya hendak tanya. Ya...

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Menyampuk]

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dalam perkara itu, jangan. Tun Dr.

Mahathir pun seorang sahaja. Orang muda [Ketawa]

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Pemimpin besar orang Melayu.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tertib Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Pimpinan besar Melayu.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Beliau bukan menyokong. Beliau tersilap masuk dalam kumpulan.

[Ketawa]

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, kalau Cina bukan semuanya DAP yang hadir dalam Bersih 4.0 itu. Kalau ramai itu...

final • 2:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Menyampuk]

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Tidak semestinya...

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Melayu pun bukan semua UMNO, okey. Yang Berhormat kena tahu. Tuan Yang di-Pertua, saya harap saya seoranglah.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Memang pun, tertiblah Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya rasa Bersih 4.0 itu dihadiri oleh semua golongan dan semua jenis kaum...

final • 2:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Saya tidak pernah missed Bersih 1.0, 2.0, 3.0, 4.0, tidak pernah missed, alhamdulillah.

final • 2:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Menyampuk]

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

...Lebih kurang 20%...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ya.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Sebanyak 20% daripada yang hadir dalam BERSIH 4.0 orang adalah daripada kalangan orang Melayu, 40%.

final • 2:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Pasir Puteh pertahankan DAP.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya harap selepas ini kalau ada perhimpunan yang lain selain daripada yang kuning itu, Yang Berhormat Pasir Puteh akan menyeberang ke arah kitalah, inshaaAllah.

Tuan Yang di-Pertua, kita pindah ke tajuk lainlah. Kita pindah ke tajuk lain.

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sikit, sikit, Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

[Bangun]

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat. Cukup ya.

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Last question, last question, last question. Boleh?

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ada sepuluh isu.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Satu sahaja. Satu soalan sahaja.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ada lapan lagi. Kawan-kawan saya yang lain hendak jawab soalan. Selepas ini kita minum, kita cerita pasal Bersih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bayan Baru, cukuplah Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Selesai masalah!

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Batu Sapi bertanyakan usaha dan langkah-langkah kerajaan untuk menyelamatkan dua orang mangsa penculikan iaitu Puan Thien Nyuk Fun dan Encik Bernard Then Ted Fen yang diculik di Restoran Ocean King, Sandakan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak berkuasa tidak pernah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk menyelamatkan dua orang mangsa penculikan yang berlaku di Restoran Ocean King, Sandakan melalui rundingan dengan Kerajaan Filipina ataupun dengan pihak penculik itu sendiri supaya pembebasan tebusan dibuat atas dasar perikemanusiaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lanang bertanyakan mengapa aktiviti perjudian mesin kuda menular semula di Sibu walaupun banyak operasi telah dijalankan.

Ahli Yang Berhormat juga ingin mengetahui bilangan kes jenayah siber yang telah dibawa ke mahkamah, bilangan suspek yang telah ditangkap serta tindakan yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri dalam menyelesaikan permasalahan ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak Jabatan Siasatan Jenayah PDRM memberi perhatian yang khusus tentang aktiviti perjudian haram terutama yang melibatkan penggunaan internet di seluruh negara. Pihak PDRM sentiasa memantau dan menjalankan operasi secara terancang dan berterusan dalam menangani masalah perjudian ini yang banyak menimbulkan masalah sosial dan menghindari amalan negatif terutama di kalangan golongan remaja.

Saya ingin menyebutkan beberapa langkah yang telah dilakukan di mana kami di PDRM telah melakukan beberapa tindakan. Contohnya, statistik serbuan Ops Siber bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, serbuan yang telah dijalankan sebanyak 149, tangkapan 802, mesin yang telah dirampas sebanyak 2,016 dan wang tunai yang telah dirampas berjumlah RM73,599. Jumlah pendakwaan mesin perjudian berkomputer di daerah Sibu umpamanya di bawah Akta Rumah Judi Terbuka ada 11, enakmen daripada akta itu ada 40, ada no further action, dengan izin, ada tiga tetapi dalam siasatan ada 95.

Saya ingin menyatakan di sini bahawa mereka telah mengubah kaedah melakukan aktiviti perjudian. Dulu mereka menggunakan premis-premis perniagaan, kini mereka berpindah randah terutamanya menggunakan rumah-rumah kediaman untuk melakukan aktiviti berkenaan.

Dalam hal ini, saya fikir pihak berkuasa tempatan (PBT) hendaklah memberikan kerjasama kepada pihak penguat kuasa. Umpamanya apabila sesuatu kawasan itu dipotong api dan air, maka saya harap pihak PBT dapat membantu pihak PDRM. Begitu juga pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga. Namanya pusat hiburan keluarga tetapi digunakan untuk aktiviti perjudian. Pusat hiburan keluarga ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan dalam hal ini jangan hanya meletakkan pertanggungjawaban ini kepada PDRM dan kepada Kementerian Dalam Negeri sahaja. Saya minta semua pihak, terutama kita di kalangan ahli-ahli politik memainkan peranan supaya aktiviti perjudian ini dapat dihentikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan bahawa pada keseluruhan, polis telah merekodkan sejumlah 5,834 serbuan dan berjaya membuat tangkapan seramai 15,154 orang terhadap penganjur serta pemain-pemain judi. Turut dirampas adalah

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

sebanyak 70,149 buah mesin atau komputer yang digunakan untuk perjudian. Secara kasar, rampasan yang telah dibuat berjumlah RM70.1 juta pada anggaran minimum atau purata RM1,000 bagi setiap komputer dan peralatan. PDRM telah mengambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959, jika tiada keterangan yang kukuh untuk dituduh di mahkamah terhadap individu atau sindiket yang menganjurkan perjudian berkenaan.

Sehingga Oktober 2011, seramai 29 orang individu yang terlibat dalam mengendalikan judi online telah disiasat untuk tindakan di bawah akta tersebut. Di samping itu, tindakan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2003 juga telah diambil tindakan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Bendera bertanyakan mengapa jenayah seksual terhadap kanak-kanak di negara ini amat tinggi dan membimbangkan dengan mengambil contoh kes Nurin Jazlin, Nurul Huda Abdul Ghani, Harirawati Saridi dari Sabah dan Nurul Nadirah Abdullah atau Dira. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, PDRM memandang serius terhadap jenayah tersebut dan ini bukan sekadar menyebabkan kecederaan fizikal tetapi turut mencalarkan maruah atau dignity dan menyebabkan trauma yang berpanjangan kepada mangsa terutama kepada kanak-kanak yang terlalu muda dan mentah.

Antara es-kes seksual yang dilaporkan- kesalahan merogol, mencabul kehormatan, hubungan di luar tabii dan perbuatan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang. Hasil siasatan polis didapati antara penyumbang yang dikenal pasti sebagai faktor berlakunya kes-kes jenayah seksual adalah seperti berikut:

(i) terdedah kepada gejala negatif seperti pengaruh media massa dan elektronik;

(ii) pergaulan bebas terutamanya dalam keadaan terdapatnya kelonggaran kawalan dan keluarga;

(iii) nilai moral yang rendah akibat kurangnya bimbingan dan pendedahan kepada ajaran keagamaan;

(iv) sikap terlalu berani atau daring sehingga menimbulkan tindakan ingin mencuba; dan

(v) mangsa mudah mempercayai kepada rakan atau kenalan yang dikenali dan juga yang baru dikenali seterusnya menyebabkan mangsa mudah terpedaya.

final • 2:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puchong. Ada di sini?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Langat bangun, Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri, sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya ingin menyinggung beberapa isu di Pulau Pinang. Seorang pengawal keselamatan didapati merogol dan membunuh seorang pelajar dan pengawal keselamatan ini bekerja di bawah sebuah syarikat keselamatan.

Soalan saya ialah apakah tidak ada satu mekanisme yang membolehkan sesebuah syarikat mengambil pekerja yang dikenal pasti latar belakangnya untuk memastikan integriti dan juga keyakinan umum kepada pengawal keselamatan boleh dikawal selia oleh Kementerian Dalam Negeri. Ini kerana melihat dari sudut ini seolah-olah syarikat-syarikat keselamatan ini tidak dipantau langsung untuk mengambil pekerja-pekerja terutama mereka punya rekod jenayah. Apakah pandangan Timbalan Perdana Menteri dalam soal isu ini?

Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

[Bangun]

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bersemangat sungguh. Bersemangat sungguh Yang Berhormat Kuala Langat. Ini untuk mengelakkan daripada mengantuk selepas lunch.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, pagi pun dia semangat itu Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin menyatakan satu, kita mempunyai syarat-syarat yang terlalu ketat kepada syarikat-syarikat kawalan keselamatan ini Tuan Yang di-Pertua.

(i) kita mensyaratkan bahawa, dengan izin, screening mesti dilakukan tetapi mesti dilakukan kepada semua pekerja-pekerja yang bekerja itu;

(ii) mesti ada ujian air kencing dilakukan; dan

(iii) mesti melalui certified security guard courses ataupun kursus untuk pengawal keselamatan.

Ketiga-tiga ini syarat ketat dan kita pantau. Jadi mana-mana syarikat yang melanggar salah satu syarat, memang kita ambil tindakan untuk menggantung. Itu sebabnya sehari selepas berita itu keluar, surat tunjuk sebab telah dihantar kepada syarikat berkenaan kenapa tidak boleh digantung. Selepas daripada itu, mereka menjawab. Selepas tujuh hari mereka menjawab, mereka kata tidak tahu. Mana majikan tidak tahu. Itu tanggungjawab mereka. Itu sebabnya jangan marah Kementerian Dalam Negeri kalau lesen mereka dibatalkan.

Semangat juga ini hendak jawab soalan Yang Berhormat Kuala Langat yang bersemangat. Jadi Yang Berhormat Kuala Langat dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, kita lakukan yang terbaik dan yakinlah. Itu sebabnya kita tentukan dengan izin Tuan Yang di- Pertua, kita kenakan cap ataupun ceiling. Hanya 800 sahaja syarikat sekarang ini.

Jadi kalau hendak gantikan 800 lagi, mesti syarikat-syarikat itu dibatalkan baru ada penggantian baru. Tidak ada lesen-lesen baru jika cap atau ceiling itu mencukupi. Ini adalah bagi menentukan bahawa hanya mereka yang serius yang menjalankan perniagaan itu melakukannya. Jangan subkan kepada orang lain atau menyewakan senjata kepada orang lain. Kita pantau dan kita tahu. Jangan marah Kementerian Dalam Negeri kalau pembatalan itu dilakukan.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ada yang menyewakan lesen berkenaan pada orang lain dengan tujuan untuk memegang senjata dan senjata itu dilesenkan mengikut prosedur yang benar tetapi melakukan aktiviti yang lain. Jangan khuatir, daripada segi itu kita lakukan yang terbaik.

Yang Berhormat Puchong turut mempertikaikan integriti polis yang mana ada kes melibatkan polis yang bekerjasama dengan kongsi gelap untuk menculik orang awam dan kes kematian semasa dalam tahanan polis. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, PDRM mengambil pendekatan tidak bertolak ansur ke atas warganya yang melakukan kesalahan tatatertib dan rasuah malah akan memastikan amalan disiplin yang tinggi dipatuhi. Mana- mana anggota yang didapati melakukan apa-apa pelanggaran, peraturan dan mengamalkan rasuah, tindakan tatatertib yang tegas akan dikenakan terhadap mereka.

Malah PDRM mengambil pendekatan corrective melalui Bahagian Agama dan Kaunseling yang bertanggungjawab dalam membantu mengenal pasti mana-mana anggota yang memerlukan bantuan daripada segi kaunseling dan pembentukan sikap yang lebih berintegriti dan berhemah tinggi. Selain daripada itu, penubuhan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) membuktikan komitmen pucuk pimpinan untuk merealisasikan hasrat PDRM dalam memperkasakan integriti dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pasukan PDRM.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berkongsi sedikit dengan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap tindakan-tindakan yang telah kita lakukan umpamanya untuk maklumat Yang Berhormat Puchong, kes kehilangan dua orang di Kundang contohnya. Hasil siasatan yang dibuat oleh pihak polis mendapati kedua-dua mangsa orang hilang iaitu Manogaran A/L Raja Krishnan dan Ganasan a/l Vyapuri telah dilarikan oleh beberapa orang lelaki dan mangsa dibunuh. Pihak polis telah membuat siasatan berkaitan pembuat report yang berikutnya.

Pada peringkat awalnya seolah-olah polis yang melakukan kerja berkenaan tetapi apabila siasatan telah dilakukan didapati bahawa seramai empat orang yang melakukan

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

perbuatan itu bersekongkol dengan pihak polis. Untuk itu kami tidak berkompromi malah kami ambil tindakan terhadap empat orang pegawai polis berkenaan yang bersekongkol dengan kes kehilangan itu.

Ambil contoh lagi tentang kes melibatkan pembunuhan Hussain Ahmad Najadi umpamanya. Yang Berhormat Puchong mungkin mengetahui kes ini dan kami juga telah mengambil tindakan terhadap pegawai berkenaan dan kami telah merujuk kes siasatan ke Pejabat Peguam Negara pada 21 Oktober yang lalu dan kita telah mengambil tindakan secara dalaman terhadap polis-polis yang terlibat itu.

Namun dengan izin, black hat ini memang berlaku tetapi jangan tuduh seluruh organisasi itu melakukan perbuatan berkenaan. Saya harap dengan perkara ini integriti polis sama-sama kita bantu supaya bukan kerana perbuatan seorang dua, maka seluruh organisasi itu dikenakan tuduhan.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Puchong.

final • 3:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya rasa ada tiga perkara yang ingin saya bangkitkan. Pertama saya rasa rakyat Malaysia perlu mendapat satu pengesyoran daripada Kementerian Dalam Negeri. Apabila seseorang pegawai polis itu menghadapi mereka, sudah hendak tangkap, adakah risiko bahawa pegawai tersebut itu kemungkinan akan membawanya dan menyerahkan dia kepada gengster-gengster ataupun kumpulan penjenayah ini untuk mereka melaksanakan ataupun rancangan mereka untuk culik mereka ini. Maknanya pihak kumpulan penjenayah ini mengupah pihak polis untuk tangkap rakyat biasa, bawa mereka, serahkan kepada mereka kumpulan penjenayah ini dan kemudiannya kumpulan jenayah ini membunuh ataupun melakukan kecederaan terhadap rakyat Malaysia.

Saya dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa kumpulan ini bersekongkol. Yang Berhormat Menteri ada lima orang tertuduh di Mahkamah Majistret Selayang. Boleh Yang Berhormat Menteri, mengesahkan bahawa di antara mereka terdapat anggota polis, juga seorang anggota polis yang berpangkat. Pada hari kejadian tersebut anggota polis yang berpangkat itu memakai seragam uniformnya dan beliau pergi ke kilang tersebut dan beliau yang tangkap bersama dengan dua orang lagi polis yang lain kedua-dua penama ini Manogaran dan Rajindren, bawa dan serahkan kepada pihak ketiga.

So two issues there, Yang Berhormat Menteri. Satu, apakah jaminan yang diberikan oleh pihak PDRM bahawa kes-kes ataupun tangkapan-tangkapan adalah selamat? Berapa banyakkah kes macam ini yang kita ada? How many reports have been made Yang Berhormat Menteri berkenaan kes-kes sebegini? What is the police doing about it? Selain menyatakan kepada kita ada Jabatan Integriti, kita ada kaunseling dan sebagainya. Itu bagus tetapi persoalannya is it safe? Adakah kes-kes macam ini banyak dan adakah keperluan kepada pihak rakyat jelata untuk mengambil tindakan lain dalam keadaan- keadaan apabila mereka menghadapi polis. Itu nombor satu.

Nombor dua, saya kagum. Saya dengar Yang Berhormat Menteri, sebut berkenaan kes Hussain Ahmad Najadi. Adakah Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa yang ditangkap, yang disebut mastermind dalam kes Hussain Ahmad Najadi itu juga anggota polis? Ataupun adakah kes itu juga melibatkan anggota polis yang bersekongkol dengan kumpulan penjenayah? Itu satu.

Nombor dua, pihak polis yang menyatakan bahawa main suspect arrested tetapi dia dibebaskan. Itu persoalan saya Yang Berhormat Menteri. Kita hendak tahu kenapa.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya ringkaskan.

final • 3:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Yang Berhormat Puchong.

Saya ingin mengesahkan memang kes empat bukan lima, empat orang anggota polis itu yang bersekongkol dan terlibat itu tindakan telah dilakukan dan saya beri jaminan kita tidak akan kompromi jika ada pegawai beruniform atau tidak beruniform atas atau bawah jika mereka melakukan kesalahan kita ambil tindakan.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tidak ada lobi-lobi dalam perkara ini untuk melepaskan mereka dan untuk kes Hussain Ahmad Najadi ini memang tuduhan peringkat awalnya mengatakan bahawa pegawai polis terlibat tetapi setelah siasatan dilakukan secara terperinci- memang tidak ada bukti yang pegawai polis berkenaan terlibat secara langsung.

Saya ingin beritahu Dewan yang mulia ini bahawa apa yang dilakukan sekarang ini kita melihat beberapa contoh oleh pihak polis di negara luar umpamanya dahulu polis department juga mengalami perkara yang sama. Umpamanya bila peratusan jenayah itu menurun, persepsi masyarakat tidak meningkat disebabkan berlakunya dengan izin, active crimes berlaku, rompakan di rumah. Sedangkan organized crime pada keseluruhannya telah menurun.

Dalam perkara ini semalam saya sendiri telah mengadakan engagement dengan persatuan penduduk dan beberapa NGO yang lain supaya mereka menjadi mata dan telinga kepada pihak polis dan tindakan-tindakan boleh dilakukan dengan segera dan kadar persepsi yang meningkat itu juga kami perlukan masyarakat secara keseluruhannya untuk membantu kami.

Oleh yang demikian saya fikir apa yang mampu kita lakukan kita lakukan yang terbaik tetapi tidak mustahil dengan izin, rules for improvement melakukan sesuatu itu masih banyak sebenarnya. Walau bagaimanapun kami ucapkan terima kasih kepada pengurusan atasan PDRM, mereka cukup komited untuk merealisasikan cita-cita saya secara peribadi dan KDN secara rasminya untuk melihat bahawa imej polis ini tidak akan tercalar lagi oleh perbuatan satu atau dua black hat di dalam pasukan berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebutkan tentang Yang Berhormat Tanah Merah....

final • 3:00 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Minta pencelahan sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak balik kepada isu jenayah seksual kanak-kanak tadi Yang Berhormat Menteri membangkitkan. Pada saya antara kelemahan dalam sistem sedia ada kita kekurangan mekanisme untuk memantau dan mengekang pesalah laku seksual khususnya pesalah laku seksual kanak-kanak daripada mendekati ataupun bekerja dalam persekitaran yang mempunyai ramai kanak- kanak seperti tadika ataupun taman permainan dan sebagainya.

Sekurang-kurangnya kalau kita ada satu daftar pesalah laku seksual ataupun sex offender registry, mungkin kita ada mekanisme bagi agensi penguatkuasaan, pihak polis, jabatan kebajikan, jabatan kesihatan untuk memantau dan untuk mengekang gejala pedofilia dan sebagainya. Pohon penjelasan kalau Yang Berhormat boleh pertimbangkan.

Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Memang apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat ini, kita mempunyai senarai dan juga suspect list. Bagi kesalahan-kesalahan seksual bersiri, memang kami ada individu yang berkenaan dan kita lakukan pemantauan. Akan tetapi oleh sebab kesalahan seksual ini bukan hanya dilakukan oleh mereka yang rapat dengan individu berkenaan, malah individu berkenaan yang berjumpa pada pertama kali kadang-kadang terlibat dalam jenayah seksual sebab mungkin mereka ada permasalahan di rumah. Jadi, apabila dalam keadaan kemurungan itu didekati oleh orang atau individu yang mengambil kesempatan, itulah banyak berlaku.

Saya fikir, kerjasama secara Strategi Lautan Biru dengan Kementerian Wanita dan juga dengan pihak NGO telah memberikan keberhasilan yang cukup baik, yang cukup positif yang mana kita dapati kadar jenayah seksual sebenarnya bukan meningkat tetapi menurun. Itu disebabkan kempen kesedaran dan juga kerjasama pihak masyarakat keseluruhannya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi ke persoalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Kangar dan Yang Berhormat Gerik yang meminta supaya KDN mempercepatkan penubuhan agensi tunggal untuk mengawal sempadan. Saya telah umumkan dua hari sudah bahawa Agensi Keselamatan Sempadan telah ditubuhkan. Dahulunya UPP kerana Tampin tidak ada sempadan kecuali dengan

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Melaka tetapi untuk utara Semenanjung ada sempadan. Dahulu ada 909 orang sahaja pegawai penguat kuasa yang dipinjamkan daripada kastam, daripada imigresen dan daripada PDRM.

Sekarang ini bila Strategi Lautan Biru telah diadakan dengan kerjasama PGA, dengan kerjasama kastam, imigresen dan mungkin kita akan dapat kerjasama dari Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara yang juga mempunyai pegawai-pegawai penguat kuasa. Kira-kira 10,000 orang akan berada di dalam agensi baru ini. Kita telah melakukan pendekatan walaupun ia agensi baru dan melibatkan lebih 10,000 orang pegawai dan anggota tetapi tidak ada perbelanjaan tambahan yang diperlukan. Kita menggunakan perjawatan yang ada dan peruntukan yang sedia ada tetapi memperkasakan agensi keselamatan berkenaan dengan langkah-langkah yang proaktif.

Saya ingin menyebutkan di Dewan yang mulia ini bahawa tindakan penguatkuasaan di kawasan sempadan adalah berdasarkan faktor-faktor ancaman aktiviti penyeludupan kepada keselamatan negara dan risiko ketirisan hasil ekonomi negara dan aktiviti penyeludupan tidak hanya berlaku di sempadan Malaysia-Thailand sebaliknya merupakan isu nasional yang berlaku di seluruh negara sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, kerana Tuan Yang di-Pertua datang dari Sabah, kita ingin memaklumkan bahawa undang-undang di Sabah dan Sarawak berbeza dengan undang- undang Malaysia. Oleh sebab itu, agensi persekutuan perlu mematuhi undang-undang yang ada pada negeri berkenaan. Maka, kami akan memohon kerjasama agar kaedah yang sama dilakukan untuk menjaga dan mengawal sempadan itu terutama daripada segi penyeludupan yang dahulunya lorong tikus sekarang ini telah menjadi lorong gajah. Dalam penyataan, saya sebutkan bahawa lebih daripada RM5 bilion nilai barangan telah diseludupkan keluar. Barangan itu termasuk barangan bersubsidi yang sepatutnya digunakan oleh rakyat kita tetapi diangkut keluar kononnya dengan izin, counter trade tetapi sebenarnya adalah penyeludupan barangan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara lain iaitu tentang Bidang Keberhasilan Utama Negara...

final • 3:10 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

Dengan izin...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Alor Star bangun Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

Yang Berhormat Menteri, boleh tanya tentang penyeludupan? Isu smuggling sebelum ini telah pun dihighlight dalam press pada sesi lalu dan saya telah pun membangkitkan isu yang mana satu laporan Special Branch menyatakan mengikut kerja mereka dalam sepuluh tahun, mereka telah pun compile satu report yang mana mereka kata 80% daripada pegawai-pegawai keselamatan di sempadan Thailand, border dan sebagainya adalah ber rasuah dan pada masa itu Yang Berhormat Menteri pun sendiri berkata akan menyiasat atas isu ini.

Sehingga hari ini, kita tidak dapat apa-apa perkembangan. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan apakah siasatan yang dibuat? Adakah mana- mana pihak polis ditangkap dan sebagainya dan apakah tindakan yang telah pun diambil?

Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Alor Star, itulah sebabnya UPP ini ditukar kepada Agensi Keselamatan Sempadan kerana pegawai-pegawai berkenaan bukan pegawai polis. Pegawai berkenaan dipinjamkan daripada perkhidmatan polis, kastam dan imigresen. Saya sebutkan tadi 909 ditempatkan di sempadan berkenaan.

Langkah yang kita lakukan sekarang ialah dengan menyerapkan 10,000 orang daripada PGA dan juga saya mohon bahawa rejimen sempadan Angkatan Tentera Malaysia juga dimasukkan di dalam agensi yang baru ini.

Ini kerana timbul permasalahan apabila seseorang anggota itu berada lebih daripada tiga bulan, mereka melakukan social assimilation, dengan izin, dengan masyarakat tempatan termasuk penyeludup-penyeludup ini. Itulah sebabnya apabila kita besarkan agensi ini, kita akan lakukan rotation, kita akan melakukan giliran dengan izin supaya mereka tidak sempat untuk mengenali orang tempatan yang mungkin menjadi penyeludup atau penyeludup yang mungkin berlagak sebagai orang tempatan. Usaha-

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

usaha ini telah kami lakukan, pendakwaan secara dalaman telah kami lakukan terhadap pegawai-pegawai berkenaan.

Saya ingin beri jaminan bahawa sesuatu yang baik sedang berjalan sekarang ini.

Cuma kita tidak mahu menguar-uarkan di media massa kerana kita ada permasalahan daripada segi imej kepada organisasi yang berkenaan. Itulah sebabnya saya mengambil inisiatif untuk menukarkannya kepada agensi yang lain ini.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, cukup Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

Dengan...

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat mahu bertanyakah atau mahu argue?

final • 3:10 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

No, no, bukan. Hendak tanya sahaja.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tanya okey.

final • 3:10 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

Hendak tanya. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah laporan itu Special Branch yang menyatakan 80% daripada pegawai-pegawai keselamatan itu adakah betul atau tidak betul? Itu yang pertama.

Kedua, dalam laporan yang dikeluarkan pada masa itu, dia tidak hanya menyebut kepada UPP tetapi pelbagai agensi, bukan sahaja UPP.

Ketiga, yang saya masih ingat dalam laporan itu, apa dinyatakan adalah pengabaian kementerian-kementerian ataupun jabatan-jabatan yang berkaitan untuk mengambil nasihat daripada Special Branch untuk mengambil tindakan untuk bertahun- tahun atas rasuah yang sudah dilakukan. Jadi, minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya sendiri telah meneliti laporan berkenaan dan saya harus lakukan pendekatan empirical. Kita tidak boleh secara jamak meletakkan kesalahan kepada sesebuah agensi secara umum begitu dan saya fikir tidak adil kalau melakukan tuduhan yang begitu walaupun oleh sebuah agensi di bawah saya.

Apa yang penting, langkah-langkah positif telah dilakukan dan saya harap selepas ini, beberapa tindakan ini akan memberikan kesan positif kepada agensi baru ini. Walaupun saya tahu ada dalam kalangan ahli-ahli politik yang menulis surat supaya jangan hanya angkat tangan atau pejam sebelah mata atau dua belah mata tetapi saya tidak berkompromi dengan mana-mana ahli politik yang cuba melindungi penyeludup-penyeludup ini. Saya tidak akan berkompromi daripada segi keselamatan, bukan sahaja sempadan tetapi seluruh negara.

Saya harus sebutkan bahawa ini komitmen. Semua pegawai di KDN, semua agensi yang terlibat dan saya memberitahu perkara ini kerana dikhuatiri hanya sebab ‘nila setitik rosak susu sebelanga’ dan perkara inilah yang kita tekankan daripada segi integriti agensi-agensi di bawah kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai hal ehwal anti pemerdagangan orang yang mana Yang Berhormat Sabak Bernam bertanyakan bilangan mangsa pemerdagangan dari tahun 2007 hingga tahun 2015 dan bilangan yang telah didakwa mengikut APTISOM.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 telah mula dikuatkuasakan pada 28 Februari 2008. Kemudiannya dipinda pada 2010 menjadi Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran ataupun yang saya sebutkan tadi APTISOM yang mula dikuatkuasakan pada 15 November 2010.

Mengikut seksyen 21, akta ini, mereka yang diberikan perintah perlindungan atau PO merupakan mangsa sebenar jenayah pemerdagangan orang.

Sejak mula dikuatkuasakan sehingga 30 September yang lalu, seramai 2,200 orang mangsa pemerdagangan orang telah dapat diselamatkan. Dalam hubungan ini, sebanyak 640 kes pemerdagangan orang telah dituduh di mahkamah dan sebanyak 129 kes telah berjaya disabitkan. 147 kes pula telah dilepaskan dan dibebaskan, 50 kes

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

dilepaskan tanpa dibebaskan atau, dengan izin, discharged not amounting to acquittal dan 304 kes masih dalam perbicaraan.

Yang Berhormat Sabak Bernam juga ingin mengetahui langkah kerajaan bagi memperbaiki kedudukan tier atau tahap Malaysia dan sejauh mana keberkesanan APTISOM 2007 dalam mengawal dan membendung pemerdagangan manusia. Saya sebutkan bahawa saya sendiri telah menandatangani perjanjian SPD6 ataupun perjanjian untuk menentukan bahawa soal pemerdagangan dan penghijrahan migran secara haram ini dapat ditangani oleh KDN. Disebabkan oleh masalah negara sumber yang melepaskan mereka ini untuk datang ke negara kita, negara sumber berkenaan malangnya duduk dalam tier 2, dengan izin. Kita duduk dalam tier 3.

Dalam hal ini, beberapa langkah proaktif sudah dilakukan di mana pihak negara berkenaan telah meminta supaya kita mengusahakan agar tier 3 dinaikkan ke tier 2 diusahakan dalam satu tahun. Akan tetapi apa yang telah dilakukan oleh KDN, kita telah berjaya untuk berada di tier 2 dalam tempoh lapan bulan. Ini satu usaha yang melibatkan semua jabatan di bawah KDN dan juga beberapa kementerian. Ada enam kementerian yang terlibat dalam langkah yang telah dilakukan. Saya sendiri telah mempengerusikan, dengan izin, high level committee agar penyelesaian masalah itu dapat dilakukan.

Alhamdulillah pencapaiannya cukup baik.

Yang Berhormat Permatang Pauh ada bertanya berapakah jumlah pekerja asing yang masuk ke negara kita dan bagaimanakah KDN mengusahakan pengurusan sistem...

final • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sikit, sini Batu Kawan. Tadi Yang Berhormat Menteri berkata dalam Trafficking in Persons Report, dengan izin, Malaysia telah dinaikkan dari tier 3 ke tier 2 dalam tempoh lapan bulan walaupun tempoh yang diberikan setahun. Akan tetapi saya pelik Yang Berhormat Menteri kerana dalam tempoh lapan bulan itu juga dua buah kem telah ditemui di Wang Kelian, dengan izin, mass graves of traffic persons. Jadi, saya tidak faham bagaimana Malaysia boleh diupgrade dari tier 3 ke tier 2 yang sepatutnya menunjukkan penambahbaikan dalam usaha-usaha kerajaan untuk menangani isu pemerdagangan manusia. Di samping mass graves, beratusan mayat ditemui, dengan izin, suspected traffic persons di Perlis. Jadi, ini tidak- it doesn’t connect with each other Yang Berhormat Menteri.

So, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh bagi penjelasan dan justifikasi kenaikan dari tier 3 hingga tier 2 ini. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

Yang Berhormat Menteri, isu yang sama, mungkin saya boleh tanya juga.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, seorang-seorang Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kalau sama tidak payah tanyalah, saya jawab itu saja.

final • 3:20 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

Isu yang sama tetapi berbeza sedikit.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tidak apa, saya minta kalau sama jangan buang masalah.

final • 3:20 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

Bukan, untuk kepentingan awam... [Dewan riuh]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat Alor Star duduk Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya mahu melayani seorang tokoh wanita yang bertanya soalan yang berkualiti. Yang Berhormat Batu Kawan, saya hendak bertanya. Adakah Yang Berhormat bersetuju taraf tier 2 diberikan pada Malaysia? Adakah mahu terus supaya Malaysia dikenali dalam tier 3?

final • 3:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

We want tier 1.

final • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ipoh Barat, we want tier 1. Akan tetapi, dengan izin Yang Berhormat Menteri, I don’t see it on the ground especially with the discovery of the death camps in Wang Kelian.

Within that 8 months, it doesn’t justify from tier 3 to tier 2. So, I would like to know...

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, are you not supporting our effort?

final • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

It is not about supporting Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

No, Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, saya ingin jelaskan. Walaupun saya puji atas soal integriti dan soalan yang berkualiti tetapi prejudis, prasangka itu tetap ada pada ahli pembangkang itu. Kita telah mengusahakan, adakah tidak berpuas hati? Ya, kita akan berusaha ke tahap 1 tetapi kita harus dapat sokongan daripada semua. Kita memberikan usaha yang baik tetapi ada di kalangan sana yang memberitahu pihak sana bahawa Malaysia tidak cukup baik, KDN tidak baik, Menterinya tidak baik, Perdana Menteri nya tidak baik. Jadi, apa yang kita lakukan yang terbaik itu, turun ke bawah. Inilah jenis orang-orang yang merosakkan negara kita.

final • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri, ini bukan- saya tidak- Yang Berhormat Menteri...

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dalam hal itu, kita...

final • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri, saya just ingin- sebab dalam lapan bulan ditemui the mass graves.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sebab itu dalam hal ini, kita sama-sama bekerjasama, okey. Kita boleh berbeza pendapat di sini tetapi apabila kita berada di luar negara, tolong jaga maruah dan nama negara dengan elok [Tepuk]

final • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Akan tetapi...

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jangan memburukkan keadaan. Saya tahu Yang Berhormat, saya tahu. Saya dapat laporan. Bila saya cerita benda yang fakta, dia kata ini, tokoh-tokoh yang ini datang dari sana menceritakan buruknya begini-begini.

Kita usaha yang baik, sama-samalah. This is our country, dengan izin, ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’.

final • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Ya, saya setuju dan saya sokong.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Berbeza pendapat boleh tetapi di luar negara...

final • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri tetapi just tempohnya dari lapan bulan ini ditemui mass graves yang sampai sekarang no heads have rolled, dengan izin, Menteri.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya, saya tahu, Tuan Yang di-Pertua, saya tahu. Sila duduk dulu Yang Berhormat, bagi peluang saya menjawab elok-elok. Yang Berhormat tenang-tenang, lepas saya habis menggulung kita minum teh di luar. Dalam hal ini Yang Berhormat, kita bukan orang yang bertanggungjawab dan menggalakkan berlakunya, dengan izin, illegal immigrant. Kita menyelesaikan masalah kerana kita mahu bukan sahaja nama kita baik tetapi kita mahu supaya soal tuduhan kepada kita tidak dilakukan. Bila berlaku komitmen yang tinggi ini, kenapa tidak langsung ada rasa- tak payah puji pun tidak apa, rasa kekitaan, the sense of togetherness among us, ini patut ada.

Berbeza pendapat itu biasalah, suami isteri pun, “sedangkan lidah lagi tergigit”, ini pula yang sana dengan yang sini. Apatah lagi Yang Berhormat Kuala Langat yang sentiasa mengganggu jawapan-jawapan ini. Akan tetapi maksud saya Tuan Yang di-Pertua, hal yang ingin saya sebutkan di sini ialah, dengan izin, please appreciate the effort’s taken by the government. Dalam hal ini saya ingin sebutkan bahawa pegawai-pegawai di KDN dan semua jabatan dan agensinya berusaha sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik.

final • 3:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sila, saya dah lama tak dengar kakak saya cakap.

final • 3:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Mengenai pendatang asing tanpa izin ini. Sebenarnya saya ingat kita menghargai, cuma

final • 3:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

bila kita berjumpa dengan mereka di bawah sana, terutamanya pendatang-pendatang asing yang sudah lama berada dalam negara kita. Cerita mereka ialah there is a syndicate, ada sindiket di mana setiap pecahan kita bertanya macam mana you boleh masuk dan sebagainya, menceritakan bahawa daripada sempadan sampai di sepanjang jalan itu, semuanya ada tempat berhenti yang mana mereka ini kena bayar dan terpaksa bayar.

Perkara ini berlaku bertahun-tahun lamanya. Jadi, itu sebabnya bila Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa kita serius dalam isu ini, keseriusan itu kita tidak nampak. Oleh sebab kita tidak nampak pegawai-pegawai, tidak nampak kakitangan, orang- orang yang membenarkan perkara ini berlaku. So they say, it is about the money trail. Itu sebabnya kerajaan tidak serius untuk menghapuskan kemasukan pendatang-pendatang haram ini kerana ada money trail, rantaian wang di situ kerana ada pihak-pihak yang mendapat manfaat. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat, saya mengalu-alukan pandangan itu sebagaimana mengalu-alukan Yang Berhormat bertukar parti. Saya ingin mengakui memang wujud sindiket, sindiket itulah yang kita banteras. Kita lakukan tetapi sindiket-sindiket ini sindiket. Mereka itu cuba outsmart enforcement, dengan izin.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Akan tetapi janganlah menuduh bahawa sindiket ini seolah-olah diwujudkan oleh kita, adanya persekongkolan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kita, tolong. Tolong, kita cuba lakukan yang terbaik dan itulah sebabnya kita menukarkan sistem permohonan pekerja asing ini tidak lagi melalui ejen. Kita lakukan melalui online application supaya tidak ada ejen, tidak ada sindiket. Kalau benar-benar majikan itu perlukan pekerja, mohon cara online dan kelulusan juga diberikan online. Selepas kelulusan diberikan, bayar levi, bayar proses documentation dan sebagainya.

Jadi saya harap tolonglah fahami, kita mahu yang terbaik sebagaimana Yang Berhormat sebutkan tadi, kita mahu hapuskan sindiket tetapi tolonglah jangan tuduh bahawa pegawai-pegawai kita seolah-olah bersekongkol dengan sindiket. Dengan izin, bad hat tetap ada. Saya tahu tetap ada tetapi tolong kami hapuskan bad hat ini.

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sila Yang Berhormat Kuala Langat.

Mengantuk lagi?

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sedikit sahaja untuk menyelesaikan masalah.

Saya nampak begini, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Isunya ialah, apakah penguatkuasaan dan hukuman itu? Yang Amat Berhormat, ia perlu kita kuatkan. Maknanya kalau syarikat itu, kilang itu ada pekerja haram ini, kita hukum semaksimum bagi dia takut dan kecut. Jadi itu akan memudahkan kita mengawal selia daripada kemasukan pendatang asing yang boleh menekan dan juga tidak mengizinkan pengusaha-pengusaha ataupun syarikat ini mengambil pekerja asing. Apakah pandangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Semangat yang begitulah kita mahu, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Boleh tambah sedikit?

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Semangat yang begitu diperlukan. Ini masuk dalam Kabinet bayangan sebagai Menteri Dalam Negeri kah?

[Ketawa] Sila.

final • 3:30 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya hendak tanya adakah statistik kemasukan warga asing dan juga kaitannya dengan pengambilalihan tempat-tempat perniagaan di dalam negara ini terutamanya dalam sektor peruncitan, restoran dan sebagainya dan apakah yang telah diambil tindakan dan yang akan diambil tindakan seterusnya? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Yang Berhormat.

Masalahnya, rakyat Malaysia juga yang telah bekerjasama dengan mereka. Masalah ini timbul apabila premis perniagaan yang sepatutnya dioperasi oleh rakyat Malaysia

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

disewakan kepada mereka dengan bayaran yang tinggi. Lesen-lesen diberikan kepada rakyat Malaysia tetapi disewakan kepada orang lain. Ada juga rakyat luar yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan menggunakan lesen rakyat tempatan itu untuk melakukan perniagaan.

Jangan hanya salahkan pihak PDRM tetapi soal lesen perniagaan ini ialah pihak PBT, pihak berkuasa tempatan termasuk di Kelantan. Saya tidak pasti di Pulau Pinang tetapi di Selangor wujud perkara ini walaupun Menteri Besarnya tidak ada. Akan tetapi hal yang sebenarnya berlaku ialah kerana, seolah-olah semuanya PDRM, semuanya KDN, semuanya imigresen sedangkan PBT ini ialah pihak berkuasa tempatan yang di bawah kerajaan negeri. Tolonglah, walaupun kita berbeza parti tetapi ini soal nasional. Kita mesti bekerjasama...

final • 3:30 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

[Bangun]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 3:30 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri.

Saya mahu tanya adakah KDN nampak perlunya kita memperkasakan avenue untuk pekerja asing membela diri, right to redress pembelaan apabila ada masalah dengan majikan mereka? Ini kerana saya tengok, itu kelemahan mereka dalam arena itu menyebabkan mereka larikan diri. Jika dia datang sini enam bulan kena buang oleh dia punya majikan, jika balik ke negara mereka pun, susah untuk mereka, tidak boleh bayar hutang mereka.

So, dia terpaksa masuk black market dan itu menjejaskan peluang pekerjaan untuk pekerja kita. Anak muda kita tidak dapat kerja. So, do we see the importance kita kena bagi dia work permit gantian sekiranya mereka bawa kes atas majikan, kita allow them to work dengan majikan yang lain supaya mereka boleh teruskan dengan kes dia dan mereka tidak perlu pergi underground. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Sungai Siput telah lobi soalan itu sebenarnya sebelum sesi 2.30 bermula. Saya amat prihatin terhadap permasalahan itu. Memang benar, terdapat ramai majikan menyalahgunakan pekerja- pekerja asing ini. Pertama, mereka tidak membayar gaji mengikut perjanjian yang telah ditandatangani. Keduanya, tiada liputan insurans, dengan izin, insurance coverage, tidak ada medical insurance yang dibayar.

Akan tetapi, ada majikan ini apabila tidak membayar gaji kepada pekerja berkenaan, pekerja asing, dilaporkan kepada pihak imigresen mengatakan pekerja ini adalah illegal. Dokumen itu dipegang oleh mereka. Jadi apabila kena tahan pekerja itu, terpaksa dihantar pulang. Ini satu penganiayaan.

Itulah sebabnya kita berikan sekarang ini iKad kepada semua pekerja asing mengikut bidang. Umpamanya kalau dalam bidang services, ada iKad merah yang ada biometrik di situ, dan kita boleh lihat ia menggantikan passport. Begitu juga dalam bidang perladangan, warna yang tertentu telah diberikan kepada mereka. Ini semua kita lakukan dengan kerjasama Persatuan Majikan-majikan dan juga dengan beberapa NGO yang lain agar apa yang berlaku di beberapa negara yang menguruskan pekerja asing ini dapat kita ikuti dan saya yakin usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Sumber Manusia dan juga Kementerian Kerja Raya dan MITI serta lain-lain kementerian yang berkaitan bekerjasama dengan KDN untuk melakukan penyelarasan agar tidak ada penganiayaan berlaku kepada pekerja asing.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya berpindah kepada...

final • 3:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, soalan berkaitan dengan pekerja asing. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.

Saya hendak membangkitkan isu berkaitan dengan pembawaan pekerja dari Bangladesh. Pada masa kini, kita dapati bahawa documented migrant workers di Malaysia adalah sebanyak 2.3 juta orang dan juga apa yang dikatakan undocumented workers kita ada lebih kurang empat hingga enam juta undocumented migrant workers di Malaysia. Kita

final • 3:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

dapati ini lebih kurang lapan juta orang pekerja asing di Malaysia yang bersaing dengan pekerja-pekerja Malaysia. Itu satu.

Kedua, Rancangan Malaysia Kesebelas mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia akan cuba untuk menurunkan pergantungan ataupun dependence on migrant workers dan akan mencari langkah-langkah untuk encourage local workers as oppose to bringing foreign workers to Malaysia. Juga baru-baru ini, kementerian Yang Amat Berhormat mengatakan bahawa kerajaan telah meluluskan pelan untuk membawa 1.5 juta orang rakyat pekerja dari Bangladesh untuk bekerja di Malaysia.

Bukankah ini bercanggah dengan komitmen Rancangan Malaysia Kesebelas? Itu satu. Kedua, dengan ada lebih kurang 10 juta orang rakyat asing di Malaysia untuk bekerja, bukankah ini akan menurunkan gaji pekerja Malaysia sendiri? Ketiga, apakah rancangan kerajaan sekarang untuk menghantar balik pekerja-pekerja yang tidak berdokumen iaitu lebih kurang empat hingga enam juta? Minta penjelasan.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Yang Berhormat Klang.

Saya tidak pasti, Yang Berhormat mungkin dapat laporan daripada sumber-sumber tertentu yang tidak disahkan di mana terdapat kira-kira empat hingga enam juta undocumented workers. Saya tidak pasti berapa.

Di dalam enforcement yang saya lakukan bersama-sama dengan agensi-agensi penguatkuasaan, apabila kita turun ke bawah- saya turun ke bawah bukan saya arahkan pegawai dan saya turun ke bahawa bukan siang hari tetapi selepas pukul 12 tengah malam saya turun ke bawah. Saya ambil contoh, Yang Berhormat. Umpamanya pergi sebuah tempat, mereka menggunakan sistem tonto. Apabila saya dan pegawai-pegawai saya turun ke bawah, tempat yang kita pergi itu, dengan izin, ashtray masih berasap, botol minuman baru setengah diminum tetapi orang tidak ada. Ertinya, penguatkuasaan sekuat mana pun, dan berapa kalikah serbuan dilakukan? Akan tetapi kalau masyarakat tidak bersama dengan kita, kalau majikan tidak bersama dengan kita, itulah masalah yang kita hadapi.

Mungkin sistem harus diubah. Apa yang kita sedang lakukan sekarang supaya ada, dengan izin, centralize accommodation untuk mereka.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Semua pekerja mesti duduk di tempat itu kecuali pekerja rumah tanggalah ertinya pembantu rumah. Ini sebab kalau kita izinkan pekerja-pekerja ladang atau pekerja pembinaan duduk dengan tidak ketentuan daripada segi accommodation ini timbul masalah. Bukan sahaja berlaku social illness dengan izin tetapi berlaku masalah asimilasi.

Umpamanya di sebuah tempat saya pergi bila pasukan saya datang saya lihat banyak kepala hitam melihat di celah-celah tingkap. Bila saya pergi dekat sana semua ada dokumen tetapi laporan yang kita dapat sebenarnya pekerja itu tidak ada dokumen.

Kemudian saya dapat laporan daripada ketua kampung dan orang kampung. Oleh sebab di belakang accommodation di situ walaupun decentralize dilakukan terdapat banyak tilam di bawah pokok getah dan pokok kelapa sawit. Saya tidak pasti apakah aktiviti yang dilakukan tetapi kenapa tilam berada di bawah pokok-pokok itu. Ertinya berlaku social illness antara pekerja asing dengan rakyat tempatan. Ini bukan satu tuduhan ini berdasarkan kepada pengamatan yang saya lakukan.

Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat supaya satu rancangan jangka panjang mesti dilakukan untuk mengurangkan kebergantungan pekerja asing. Akan tetapi pada waktu yang sama umpamanya Persatuan Pengusaha Kayu-kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia baru menulis surat dengan saya, perlukan 60,000 orang pekerja.

Saya tanya kenapa tidak ada rancangan untuk pekerja tempatan dia kata ambil pekerja tempatan gaji minimum wage dengan izin dilaksanakan.

Akan tetapi lepas tiga minggu mereka keluar, lepas tiga bulan mereka terpaksa ganti pekerja lain dan keluar lagi akhirnya kilang itu gulung tikar. Jadi apa jawapan Yang Berhormat? Kita hendak gunakan mekanisme daripada segi automation ya kita lakukan tetapi tidak semua bahan boleh dikeluarkan melalui automation, dengan izin. Oleh sebab itu realiti kita sama-sama duduk untuk menentukan supaya kementerian, NGO, majikan bekerjasama. Supaya sistem yang disebutkan oleh Yang Berhormat Klang tadi dapat dilaksanakan begitu juga daripada segi gaji minimum. Gaji minimum bukan hanya kepada pekerja-pekerja tempatan pekerja asing juga ada gaji minimum.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jadi memang saya setuju ini deprive, dengan izin, the opportunities to our local workers tetapi masalahnya turnover terlalu kerap. Pekerja tempatan tidak tahan bekerja dan mahu bertukar kerja selalu. Jadi saya faham permasalahan yang timbul di kalangan majikan pada waktu yang sama juga kita mahu supaya usaha-usaha untuk melatih pekerja- pekerja separa mahir dan pekerja mahir dilakukan oleh pihak Kerajaan Malaysia.

final • 3:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Last question on this. Kerajaan telah membuat Labor Impact Assessment sebelum membawa pekerja dari Bangladesh ke Malaysia. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kita ada sebuah jawatankuasa inter agencies untuk memohon sama ada JKPD atau Jawatankuasa Pegawai Dagang, pegawai dagang ada jawatankuasa bukan KDN sahaja. Ada lima kementerian dan jabatan yang terlibat situ. Begitu juga daripada segi Jaffnese Co-Operative Society Limited JCS dengan izin saya tidak faham apa maksudnya tetapi lebih kurang ertinya ialah mesti ada kelulusan daripada jabatan yang memerlukan pekerja itu. Dia ada cap, dia ada ceiling tertentu dan kalau ceiling itu telah dipenuhi maka tidak diizinkan pengambilan pekerja berkenaan.

Perkara ini dilakukan dengan adanya one-stop centre (OSC) antara jabatan-jabatan dan kementerian yang terlibat.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tadi Menteri ada menyebut bahawa ada majikan-majikan menulis surat untuk mengambil pekerja asing. Saya agak hairan bila Yang Berhormat membuat pengumuman yang akan mengambil 1.5 juta lagi pekerja Bangladesh untuk pekerjaan sektor-sektor tertentu. Apa yang saya tidak faham ialah bukankah Kementerian Sumber Manusia yang ada figurenya yang ada angkanya dan seharusnya bukankah orang kata green light itu datang daripada sumber manusia.

Pihak KDN perlu makna dia mendapat pengesahan daripada Kementerian Sumber Manusia itu sendiri. Jadi saya lagi satu saya tidak nampak sebuah pelan yang komprehensif daripada ‘A’ ke ‘Z’ bagaimana kita hendak menangani kebanjiran pekerja asing. Ia melibatkan pelbagai kementerian dan sektor.

Jadi kalau Menteri mengatakan bahawa mari kita duduk bersama, bekerjasama saya rasa ini tidak ada masalah. Cuma bila orang kata kemasukan pekerja asing ini it is a profitable business, itu yang di sebaliknya. Itu sebab kadang-kadang bila kita berbual dengan rakyat biasa mereka merasakan bahawa ini pendapatan yang amat mudah.

Membawa masuk pekerja asing, satu kepala- RM3,000, 1.5 juta daripada pekerja Bangladesh yang akan bakal masuk beberapa tahun ini kalilah dengan RM3,000, berapa keuntungan yang ada di situ? Hanya dengan perdagangan manusia bagi saya, inilah perdagangan secara legal. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat 1.5 juta belum dibawa masuk. Tanda tangan perjanjian pun belum lagi. Tujuannya ialah supaya pekerja-pekerja yang ada yang so called undocumented ini dapat dihantar pulang. Ini bukan permintaan Kerajaan Malaysia, permintaan daripada persatuan-persatuan majikan dan majikan sendiri.

Ini sebab setakat ini daripada profil workers without prejudice. Loyalty pekerja-pekerja Bangladesh adalah lebih baik daripada pekerja-pekerja negara lain, without prejudice ya.

Kita dapati bahawa amanah mereka kalau jaga kaunter cashier mereka lebih amanah. Kalau jaga kaunter stesen minyak mereka lebih amanah. Itulah sebabnya mereka yang minta bukan KDN hendak masuk. Jangan tuduh 3,000 orang bawa masuk itu sekian banyaknya RM4.5 bilion dan sebagainya seolah-olah ini satu tuduhan pegawai KDN, tidak ada.

Apa yang kita lakukan sekarang ini permohonan daripada majikan secara online kepada BMET iaitu sebuah agensi di Bangladesh dan approval itu diberikan berdasarkan kepada keperluan sebenarnya. Bukan seperti dahulu perlukan kuota 10,000 lulus 10,000 itu yang duduk bawah jambatan itu. Jadi sekarang ini telah dibezakan dan pekerja-pekerja itu dilatih dahulu. Umpamanya kalau perlu dalam bidang perkhidmatan dilatih dalam bidang perkhidmatan di pusat latihan di Bangladesh, diajar cross-cultural communication, dengan izin komunikasi selang budaya supaya mereka mengetahui tatacara dan cara hidup di negara kita. Begitu juga kursus-kursus yang lain yang diadakan, bukan lambak begitu.

Mudah hendak tuduh bahawa this is about money. This is about dengan izin Tuan Yang di- Pertua this is about take it in modern slavery. Mungkin ada yang tuduh begitu walaupun tidak disebut oleh Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya fikir kerajaan berusaha dengan sebaik-baiknya. Itu sebabnya kita melakukan koordinasi dengan pihak Kerajaan Bangladesh. Dahulu stail dia ejen di Bangladesh atau ejen daripada negara sumber yang lain bersama dengan ejen di Malaysia. Saya setuju dengan Yang Berhormat itulah yang berlaku sekarang ini, berlaku ketirisan, kebocoran.

Saya secara peribadi dengan rakan-rakan saya memang mencari jalan supaya tidak berlaku keadaan itu. Jadi yakinlah dengan usaha kami saya minta.

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ramai yang bangun Yang Berhormat, hendak bagi?

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya bagi sahabat saya yang.*..

[Disampuk]* Tidak, tidak, tidak tukar parti sana, tidak tukar parti sini.

final • 3:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya. Tahniah kerana menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Saya hendak dapatkan penjelasan berkaitan dengan program penempatan semula dan penggajian dan penempatan semula PATI dari Indonesia. Ini berkaitan dengan pekerja asing. Bagaimana kementerian boleh melantik sebuah syarikat untuk menguruskan penggajian dan penempatan semula PATI dari Indonesia ini dan dimaklumkan ke Pejabat Kedutaan di Indonesia. Sedangkan syarikat ini tidak mempunyai lesen ataupun tidak didaftarkan di bawah Kementerian Sumber Manusia.

final • 3:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya bimbang apabila syarikat yang dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri ini tidak dilesenkan, bermakna bahawa inilah yang memungkinkan boleh berlakunya keadaan- keadaan yang tidak diingini seperti mana yang disebut oleh rakan-rakan tadi. Saya mohon penjelasan bagaimana boleh berlaku perbezaan antara dua kementerian ini. Apakah KDN tidak boleh check dulu untuk berikan kepada sebuah syarikat itu yang sudah disahkan dan dilesenkan oleh Kementerian Sumber Manusia?

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Mungkin Yang Berhormat salah dapat maklumat. Sebenarnya, koordinasi dilakukan dengan Kedutaan Besar Republik Indonesia daripada segi penghantaran pulang pekerja-pekerja Indonesia yang tidak ada dokumen. Ini berikutan daripada masalah pulang waktu perayaan yang menggunakan kaedah pengangkutan yang tidak diizinkan. Umpamanya, berlaku bot karam kerana tidak melalui saluran yang disediakan oleh Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI).

Tujuannya, dokumen diberikan oleh Kedutaan Indonesia, dokumen perjalanan satu hala. Apabila mereka pulang ke negara asal, di sana mereka ada cooling period untuk sekurang-kurangnya enam bulan bagi mereka mendapat dokumen yang sah dan diizinkan semula untuk bekerja di Malaysia dan syarikat itu dilantik oleh KBRI untuk membantu mereka kerana mereka tidak cukup staf untuk menguruskan daripada segi pengangkutan secara halal sebab saya sendiri lihat dengan mata kepala saya sendiri apabila 22 orang mayat yang terapung di Selat Melaka, kebetulan berhampiran dengan Sabak Bernam dan Bagan Datok.

Saya tanya dengan pegawai imigresen dan pihak polis bagaimana perkara ini berlaku. Ini disebabkan mereka lari daripada pihak penguat kuasa dan itu sebabnya kerjasama daripada KBRI itu adalah bukan untuk legalize tetapi untuk memberikan dokumen satu perjalanan. Saya harap Yang Berhormat dapat maklumat yang benar sebelum membawa ke Dewan yang mulia ini.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, ya. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Ada salinan surat pada saya ini. Saya mempunyai surat daripada Kementerian Sumber Manusia, surat yang ditandatangani oleh Dato’ Wahab Yasin, Timbalan Ketua Setiausaha KDN kepada Kedutaan Indonesia pun ada. Jadi, itu yang saya confuse bagaimana keadaan ini boleh bagi. Saya tidak hendak sebutlah nama syarikat sebab ini berlaku seolah-olah berlaku percanggahan antara dua kementerian, sedangkan sepatutnya memang ia sewajarnya mengikut akta, sesuatu syarikat itu mesti dilesenkan di bawah seksyen 7(1) Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246] tetapi dia tidak ada.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dengan izin ya, kalau menjadi agensi pekerja. To engage the workers to work in Malaysia. Ertinya, mereka menjadi agensi bagi pihak majikan. Apa yang dilakukan oleh KBRI, bukan melantik syarikat itu untuk rekrut

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

pekerja. Ini satu perkara yang berbeza. Cuba baca elok-elok surat itu daripada TKSU saya supaya tidak timbul salah faham. Saya amat masak dalam hal ini, bukan mahu riak atau takbur tetapi saya tahu tentang apa yang baik atau apa yang tidak baik kerana kita mahu membantu KBRI dan beberapa kedutaan yang lain.

Kita menghadapi masalah sebenarnya Yang Berhormat, pekerja-pekerja bukan sahaja Indonesia tetapi Myanmar, Cambodia, Filipina, Nepal, dari India. Itu sebabnya kita selesaikan satu-satu dengan kerjasama kedutaan masing-masing supaya kita tidak dianggap negara yang menzalimi pekerja mereka sebab ada tuduhan yang dibuat kepada sebuah negara di Timur Tengah apabila berlaku 400 kematian setahun oleh pekerja negara berkenaan. Sedangkan perkara itu dilakukan oleh majikan tanpa diketahui oleh pihak berkuasa.

Jadi inilah keprihatinan kami di KDN, bukan soal pertindihan kuasa antara Kementerian Sumber Manusia ataupun dengan KDN sebab daripada segi jasad keseluruhannya, memang Kementerian Sumber Manusia tetapi daripada segi operationalnya ialah KDN. Dalam hal itu, kita tahu bahawa pihak imigresen mengeluarkan dokumen PLKS dan sebagainya untuk pekerja-pekerja berkenaan.

final • 3:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum ini Yang Amat Berhormat Menteri, saya teringat sebelum ini yang dipegang oleh Yang Amat Berhormat Menteri, ada satu sistem yang dipanggil 6P dan pengawal selia untuk pendatang-pendatang asing ini. Apakah setakat ini 6P itu masih apply atau gagal atau perlukah satu lagi sistem yang membolehkan kita kawal selia pekerja asing ini? Ini amat menarik kerana 6P ini dianggap dulu untuk sudah confirm memastikan bahawa pekerja asing dapat dikawal.

Adakah Yang Amat Berhormat Menteri bersetuju dengan saya, supaya satu sistem lagi perlu dicreate untuk memastikan bahawa kawal selia untuk pekerja asing ini dapat dilaksanakan supaya yang haram itu dikurangkan, yang halal itu ditingkatkan?

Bagaimanakah pandangan Yang Amat Berhormat Menteri? Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat, marahkah?

final • 3:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Itu debat orang Perak Yang Amat Berhormat Menteri, debat orang Perak.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Okey, Yang Berhormat. 6P telah tidak ada lagi. 6P ini dulu diberikan selama tiga tahun kepada pekerja asing yang berkenaan kerana lebih baik didokumenkan untuk bekerja di Malaysia. Kalau mereka bekerja tanpa dokumen, ertinya levi tidak dibayar, tidak ada jaminan keselamatan dan tidak ada insurans untuk medical. Jadi, itu sebabnya 6P diadakan ketika itu. Sekarang ini apabila program itu sudah habis, kerajaan memutuskan ia boleh diteruskan selama satu tahun lagi. Ertinya, 3+1. Ini kerana majikan memohon.

Kalau untuk mendapatkan pekerja baru, kemahiran mereka itu terpaksa dilatih semula. Jadi, mereka merayu kepada pihak kerajaan dan itulah sebabnya Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet yang lalu yang tempatnya saya ambil alih sekarang ini, saya berikan kesinambungan sahaja program yang itu sebab daripada segi produktivitinya akan berkurangan kalau pekerja baru diambil.

Jadi, program itu telah dihentikan tetapi tidak mustahil kalau ada sistem lain nanti untuk menentukan supaya penghantaran pulang ini dapat dilakukan, maka apabila pengambilan pekerja-pekerja baru dari luar negara ini, maka sistem baru akan dilaksanakan. Ini termasuk sistem yang saya panggil tadi, dipanggil single window program yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri yang mana semua sistem disatukan dengan one stop agency melakukan permohonan dan kelulusan secara online. Jadi, ini adalah bagi mengelakkan daripada perlakuan-perlakuan yang dibuat oleh agensi-agensi. Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 3:50 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak balik kepada isu majikan mengadu pekerja tempatan tidak hendak kerja. Actually daripada ground, apa kita dapati ialah majikan tidak suka ambil pekerja tempatan. Walaupun terpaksa ambil, dia cari cara untuk kurangkan mereka dengan tidak bagi dia overtime, bertindak keras atas mereka kerana pekerja asing lebih murah, tidak perlu bayar EPF.

final • 3:50 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Katakan dua-dua dibayar gaji minimum RM900 tetapi untuk pekerja Malaysia kena bayar EPF 13% tetapi untuk pekerja asing, levi dipotong daripada gaji dia. Pekerja asing jika tidak bayar overtime dengan 1.5, dia diam sahaja. Pekerja tempatan, dia kompelin. So masalah dia ialah structure labour market kita sekarang, discriminate against Malaysian workers, dengan izin. Inilah masalah dia. So ini saya rasa kita kena tengok. Kita mesti bagi pekerja asing sama, the cost of pekerja asing kepada majikan mesti sama dengan kos untuk pekerja Malaysia. Jika tidak, our youth, our B40 tidak dapat kerja. Okey, terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Itu satu pandangan yang cukup intelektual.

final • 3:50 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Boleh Yang Berhormat Batu Pahat beri pandangan?

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Nanti kejap. Itu pun telah dibincangkan masa lunch time dengan saya, rakan saya. Sila Yang Berhormat Batu Pahat. Boleh menang lagi selepas ini?

final • 3:50 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Dalam Negeri, Tuan Yang di-Pertua. Saya sering menimbulkan dalam soalan bertulis dan juga soalan lisan tentang masalah pekerja asing. Saya fikir, sejak mula masuk sampai sekarang, saya ingat tidak kurang daripada lima persoalan yang saya timbulkan.

final • 3:50 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Saya ingin menanyakan, apa rancangan kementerian dan kerajaan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi untuk mengupayakan belia-belia tempatan dan barangkali kita kena beri perhatian tidak memberikan short cut answers, jawapan ringkas, belia tempatan tidak minat bekerja dan lain-lain seumpamanya. Saya pernah tengok sebuah syarikat, satu rantaian kedai runcit, Sakan kalau tidak silap saya, 100% pekerjanya pekerja tempatan, 100% orang pekerja tempatan. Jadi maknanya bila saya interview dan ambil berat, pergi dari cawangan ke cawangan, tidak ada kompelin tentang pekerja tempatan ini dan tiada masalah dengan majikan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Jadi poin saya Tuan Yang di-Pertua ialah pekerja tempatan boleh diupayakan. Barangkali ada satu program integrated yang kita boleh cadangkan, mengambil alih pekerja asing yang sebenarnya tidak berkemahiran.

Adakan sebuah pusat latihan ala PLKN, ada kerjasama dengan pusat latihan, ada kerjasama dengan kilang dan dibangkitkan daripada keupayaan morale dan self confidence dan self conceptnya dan bina kemahiran. Ada satu ikatan antara kilang dengan juga pusat latihan dan juga PLKN yang membawa kesedaran tentang keupayaan.

Jadi saya fikir, poin saya Tuan Yang di-Pertua ialah we have to take this, dengan izin, mengambil hal ini dengan serius sebab dengan mengambil pekerja asing, kita memandulkan belia-belia tempatan. Pemandulannya itu tidak lama, akan timbul kepada hal- hal yang lain yang diterjemahkan dalam bahasa dengan tidak puas hati mereka dan dengan pekerja asing pula yang macam-macam masalah yang timbul. Kalau hendak disenaraikan, barangkali bukan saja puluhan, ratusan masalah.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

Pencelahan mesti ringkas Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Jadi, saya minta sebuah penetapan dari kementerian ataupun komitmen daripada kementerian, memberikan komitmen kepada mengupayakan pekerja tempatan dan secara pelan-pelan, alon-alon mengetepikan pekerja asing yang banyak masalah kepada Yang Berhormat Menteri dan kepada kita, rakyat jelata.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Pencelahan mesti ringkas dan juga bukan isu baru.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Betul, patutnya ucap dasar masa itu.

Dia tidak datang mungkin.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Semalam dia berucap tengah malam Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tengah malam mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya dari Batu Pahat ini memang sepatutnya berucap di sebelah sini, bukan di sana. Akan tetapi itulah pengalaman sebagai Timbalan Ketua Pengarah BTN yang telah dimurtadkan oleh suasana politik ketika itu. Memang pemandulan berlaku, saya akui itu.

Daripada segi rancangan jangka panjang, kita mempunyai program TVET dengan izin, Technical Vocational Education and Training (TVET) yang dilakukan untuk mengatasi permasalahan yang dipanggil sebagai permasalahan kekurangan pekerja mahir dan separa mahir. Itu dilakukan. Ini merupakan rancangan jangka panjang. Melalui ILP (Institut Latihan Perindustrian), perkara ini juga sedang dilakukan dan berlaku kerancakan penyertaan kepada kedua-dua institusi ini sebab dengan izin, blue collar job banyak diambil alih oleh pekerja lelaki, white collar job oleh pekerja perempuan.

Ambil contoh umpamanya kalau pada minggu orientasi universiti, lebih 60% orang mahasiswa mahasiswi di universiti itu terdiri daripada pelajar perempuan. Hanya 40% orang pelajar lelaki. Kita lihat bahawa pelajar perempuan ini lebih serius dalam bidang akademik, tetapi pelajar lelaki ini mungkin lebih minat untuk memasuki program TVET dan ILP. Oleh sebab itu, janganlah menuduh bahawa kerajaan tidak melakukan program rancangan jangka panjang untuk mewujudkan pekerja mahir dan separa mahir ini.

Kita kena yakin apa yang dilakukan adalah untuk menentukan bahawa permintaan terhadap pekerjaan tempatan ini secara jangka panjangnya akan dapat mengatasi kebanjiran kemasukan pekerja-pekerja luar negara dan hanya mereka yang tertentu sahaja yang akan diizinkan untuk masuk ke dalamnya.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya berpindah kepada tajuk lain...

final • 4:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Sikit lagi.

final • 4:00 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

[Bangun]

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin masuk dalam soal hal ehwal...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat sudah bangun, cukuplah Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Bila masanya saya hendak tanya because dia mengenai pekerja asing lagi.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tanya tempat makan karang.

final • 4:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tempat belakang tidak boleh Yang Berhormat Menteri. Minta sikit, last, soalan akhir.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya kenal Dr. Hakim suami beliau dan beliau yakin dengan saya. Kalau bersembang di luar pun tidak apa. Jadi...

final • 4:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya hendak dengar dalam ini Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri tidak beri jalanlah Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tidak selesai lagi. Saya belum puas hati kerana ada perkara yang saya belum dapat jawapannya.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ramai lagi kawan-kawan lain yang akan menjawab kementerian lain. Saya harus berlaku adil walaupun saya boleh menjawab persoalan-persoalan itu.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sik pun menunggu jawapan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya beralih ke hal ehwal pendaftaran.

Yang Berhormat Ranau bertanyakan apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi pendatang asing tanpa izin di Sabah setelah penubuhan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing atau RCI di Sabah serta melaksanakan semua saranan yang terdapat dalam laporan suruhanjaya tersebut dengan kadar segera.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan telah pun mengambil tindakan terhadap syor Suruhanjaya Siasatan Diraja dengan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah yang terdiri daripada dua tahap atau 2 tier committees, iaitu Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh saya sendiri dan dipengerusikan bersama oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah serta Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah. Di bawah jawatankuasa ini kita telah meneliti semua permasalahan yang telah sampai ke Jabatan Pendaftaran Negara.

Kita dapati sejak Januari hingga 16 Oktober 2015, seramai 23,284 orang pendatang asing telah dihantar pulang ke negara asal mereka setelah RCI ini ditubuhkan.

Yang Berhormat Ranau juga ingin tahu bagaimana pihak Kementerian Dalam Negeri menangani isu pendatang asing tanpa izin yang memiliki dokumen pengenalan diri termasuk MyKad, seterusnya meminta kerajaan membatalkan semua dokumen pengenalan diri iaitu MyKad yang telah dikeluarkan kepada PATI. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, perlu diambil maklum bahawa pengeluaran kad pengenalan MyKad hanyalah kepada warganegara dan peruntukan undang-undang semasa iaitu Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 tidak memperuntukkan berkenaan pengeluaran MyKad dikeluarkan kepada pendatang asing tanpa izin yang dikenali sebagai PATI.

Yang Berhormat Ranau turut bertanya sama ada kerajaan akan membawa serta menghukum mereka yang terlibat dalam pengeluaran projek IC dan pemalsuan dokumen MyKad. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, sebagaimana yang dilaporkan dalam Laporan Suruhanjaya atau RCI, perbuatan orang-orang yang tidak bertanggungjawab dalam mengeluarkan kad pengenalan secara tidak teratur adalah bermotifkan kewangan.

Tindakannya, seramai 94 orang ini telah ditahan di bawah dulunya Akta Keselamatan Dalam Negeri antara tahun 1995-1998 dan 23 daripadanya ialah pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara. Kesemua kakitangan tersebut telah diambil tindakan buang kerja.

Saya juga ingin menyentuh...

final • 4:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

[Bangun]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya juga ingin menyentuh mengenai perkara lain. Yang Berhormat belum tanya lagi, saya izinkan.

final • 4:00 PM

Tuan Nasarudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Cuma saya hendak tahu tentang tadi kawalan dan pencegahan yang telah dibuat terhadap mereka yang memiliki MyKad palsu ini. Setakat ini, keberkesanan langkah yang diambil oleh kerajaan, berapa sebenarnya yang telah berjaya ditahan dan bagaimana pula kawalan yang seterusnya supaya jumlah bilangan pemilikan MyKad palsu ini tidak meningkat dan tidak bertambah selepas daripada ini.

final • 4:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya Yang Berhormat?

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya jawab dahulu. Sebagaimana yang saya nyatakan, 23 ribu orang telah dihantar pulang. Ini hasil daripada pemantauan yang dilakukan. Saya juga ingin menyebutkan di sini sebagai maklumat tambahan, dari tahun 2010 hingga 2 November yang lalu, sebanyak 1,838 operasi penguatkuasaan telah dijalankan di mana seramai 600 orang telah ditangkap dan didakwa di bawah peraturan 25(1)(e), Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990. Itulah tambahan daripada maklumat yang saya berikan. Sila.

final • 4:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pegawai-pegawai yang ditangkap baru ini Yang Berhormat Menteri. Sudah kenal pasti berapa banyakkah IC yang mereka telah palsukan atau genuine IC yang mereka telah jual kepada orang-orang tempatan tanpa izin ini. Menambah juga hingga ke hari ini makin ramai orang pendatang tanpa izin di Sabah. Kalau kita jalan di KK, dia jalan macam mereka orang Sabah. Apakah tindakan yang selanjutnya hingga ke hari ini? Terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara, pihak MKN, pihak PDRM, RELA telah dilibatkan untuk melakukan penguatkuasaan.

Itulah sebabnya saya nyatakan bahawa seramai 23,284 orang dalam operasi itu ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Akan tetapi ada masalah Yang Berhormat.

Yang Berhormat wakil rakyat dari Sabah, bila kita hantar pulang, minggu depan dia masuk balik. Kawalan memang di pantai kawalan dilakukan tetapi saudara mara mereka berada di kawasan berkenaan. Yang Berhormat pun tahu. Tak apalah, tak perlu saya jelaskan. Mereka dilahirkan di tempat itu. Anak-anak mereka dilahirkan di bot atau sampan di situ. Apabila mereka pulang ke negara asal, mereka merasa bahawa mereka tidak kepunyaan negara berkenaan.

Itu sebabnya di sebuah negara jiran kita mengatakan apabila penangkapan dilakukan terhadap mereka yang tinggal di rumah-rumah sampan ini, dikatakan orang negara kita. Sebenarnya bukan orang negara kita, orang daripada negara satu lagi tetapi negara berkenaan kata negara kita. jadi kita harus faham bahawa apa yang dilakukan daripada segi penguatkuasaan tidak ada hari tanpa operasi, kita lakukan. Akan tetapi masalah ini akan diselesaikan daripada segi jangka panjang dan kita harap dengan pelaksanaan Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Ketua Menteri Sabah, masalah ini akan dapat diselesaikan dengan izin, phase-by- phase effort oleh kita.

final • 4:10 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri, adakah IC...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat, untuk makluman, sebentar.

Ahli-ahli Yang Berhormat, dimaklumkan dalam Dewan ini kehadiran The Right Honourable Lord Ahmad of Wimbledon, Parliamentary Under Secretary of State for Transport dan juga Parliamentary Under Secretary of State for Home Office, Minister for Countering Extremism daripada United Kingdom. Dewan mengalu-alukan kehadiran mereka.

[Tepuk]

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin *I would like to welcome Sir Ahmad from Great Britain. He is my counterpart.

[Tepuk]* Dengan izin. *together with him is Her Excellency the British High Commissioner. Welcome.

[Tepuk]* Sebenarnya, sebenarnya saya ada bilateral meeting dengan beliau tetapi kerana banyak sangat soalan-soalan tambahan, beliau mungkin tak percaya saya ini ada di Parlimenkah di tempat lain?

[Ketawa] Beliau tengok sendiri. Jadi walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berpindah kepada tajuk lain iaitu...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya...

final • 4:10 PM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Yang Berhormat...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sepanggar bangun di belakang sana Yang Berhormat. Dia kecil...

final • 4:10 PM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Sikit sahaja.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Rendah sikit, tak nampak ya [Ketawa]

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Soalan kena pendek ya, seperti orangnya [Ketawa]

final • 4:10 PM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah apakah tindakan KDN mengenai

final • 4:10 PM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

dengan IMM13 yang telah pun dikeluarkan kepada penduduk dari Filipina di mana mereka ini sebahagiannya telah pun dikeluarkan IC merah ataupun...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Isu baru Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Ya?

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kalau isu tadi bahas, Yang Berhormat Menteri boleh tak jawab.

final • 4:10 PM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Itulah soalan saya, apakah tindakan kerajaan? Kerana ini begitu rampant berlaku di tempat saya sekarang. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa pengenalpastian dan penguatkuasaan telah dilakukan. Kita telah menahan mereka yang memegang IMM kad tambah pula yang dipalsukan dan kita letakkan mereka di PTS atau Pusat Tahanan Sementara kerana terlalu ramai sangat sekarang ini Kerajaan Malaysia bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah telah menambahkan lagi PTS ini kepada tiga tambahan dan saya fikir apa yang Yang Berhormat sebutkan itu adalah tidak rampant lagi. Yang rampant satu ketika dahulu tetapi apabila ada RCI ini, perkara ini telah dapat diselesaikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berpindah kepada tajuk lain iaitu hal ehwal penjara. Yang Berhormat Kuala Langat, yang telah meninggalkan kerusinya. Ada menzahirkan rasa kecewa dan mendakwa KDN tidak mengambil endah apabila setiap tahun beliau membawa isu gaji pegawai penjara yang amat rendah berbanding dengan pegawai polis dan seterusnya mencadangkan kementerian mengkaji semula gaji pegawai penjara selaras dengan bebanan tugas.

Untuk maklumat Dewan yang mulia ini adalah tidak benar bahawa KDN tidak mengambil endah berhubung dengan skim gaji pegawai penjara. Dari semasa ke semasa saya sendiri selaku Menteri Dalam Negeri mengadakan mesyuarat khusus bersama dengan Jabatan Penjara berhubung dengan semua aspek kepenjaraan termasuklah skim perkhidmatan dan juga kebajikan anggota.

Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Kapar ada?

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih, bagus. Yang Berhormat Indera Mahkota? Tidak ada daya tahan sebagaimana Yang Berhormat Kuala Langat [Ketawa] Ada membangkitkan masalah rawatan kesihatan mantan Yang Berhormat Permatang Pauh yang kini berada di Penjara Sungai Buloh.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, masalah kesihatan Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sentiasa dipantau dengan rapi dan diambil tindakan sewajarnya melalui pemeriksaan serta rawatan berterusan. Ia termasuklah dengan membenarkan pemeriksaan dilakukan oleh doktor yang menjadi pilihan beliau dan keluarga beliau iaitu Dr. Ng Hwei Min dari Pusat Perubatan Universiti Malaya. Walau bagaimanapun, sehingga kini beliau dan keluarga beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung rawatan atau pembedahan yang dicadangkan oleh doktor berkenaan. Berasaskan seksyen...

final • 4:10 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Soalan Yang Berhormat, sedikit boleh ya?

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bagi saya habiskan sedikit, boleh tak?

final • 4:10 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Baik, terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Berasaskan seksyen 14 dan 37 Akta Penjara 1995, ditetapkan rawatan untuk seseorang banduan dilaksanakan oleh pegawai perubatan kerajaan dan di hospital kerajaan. Berdasarkan ketetapan tersebut sebaik sahaja Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim ditahan di Penjara Sungai Buloh, Jabatan Penjara telah memohon kepada Kementerian Kesihatan, pegawai perubatan khas untuk memeriksa dan memantau kesihatan Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Sila Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 4:10 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih juga Tuan Yang di-Pertua. Celahan saya pendek. Saya semalam membangkitkan semasa timbalan Yang Berhormat menjawab soalan yang sama iaitu bila berkait dengan rekomendasi oleh para doktor, doktor Fazil Mohamad, pakar yang dipilih oleh kerajaan sendiri memberikan cadangan bahawa rawatan fisioterapi yang wajib dilalui oleh Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim haruslah dilaksanakan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Dalam rekod, jawapan diberikan sejak pemenjaraan hanya 10 kali sesi fisioterapi telah berlangsung. Bermaksud lebih kurang sekali dalam dua hingga tiga minggu.

Yang Berhormat, adakah boleh ruang di mana sekarang Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim mendapat rawatan seperti yang diberikan rekomendasi oleh para doktor sendiri.

Jadi saya pergi khusus kepada bab ini kerana kita tidak mahu, hendak mengelakkan irreversible damage seperti Yang Berhormat Menteri juga mengalami kecederaan bahu dan mendapatkan rawatan di Munich.

Itu saya dapat makluman ya Tuan Yang di-Pertua. Jadi tentunya dalam bab ini untuk mengelakkan permanent damage jadi saya fikir kewajipan untuk memberi sekurang- kurangnya dua hingga tiga kali seminggu sebelum kita beralih bab pembedahan. Saya mohon jawapan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri boleh saya sambung sikit Tuan Yang di-Pertua?

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Seorang, seorang Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya...

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Pohon sekali.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya bagi pihak kerajaan ingin menyatakan keprihatinan terhadap beliau dan saya akan berbincang dengan Ketua Pengarah Penjara dan juga pegawai perubatan yang dilantik oleh pihak kerajaan untuk mengizinkan rawatan itu diberikan sebagaimana permintaan oleh keluarga beliau. Saya amat menghormati permintaan keluarga beliau itu.

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri terutama terima kasih kerana hadir ke Dewan yang mulia ini untuk memberi jawapan sendiri. Bukan agihkan tanggungjawab kepada Timbalan...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, direct kepada soalan Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua...

final • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya telah membangkitkan tentang Datuk Dr. Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai yang dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri yang telah membawa beberapa pertikaian daripada keluarga Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim mahupun daripada bahagian pembangkang. Saya telah menanyakan hari itu sama ada boleh atau tidak, kita tiada campur tangan politik mahupun gangguan daripada doktor tersebut?

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Minta doktor tersebut digantikan dengan pakar lain, dan sebagainya. Apakah komitmen kerajaan terhadap permintaan saya pada hari itu? Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Bangun]

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bidang kuasa untuk menggantikan doktor berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan juga Ketua Pengarah Penjara. Akan tetapi saya yakin sesuatu sedang dilakukan jika tidak ada kebolehpercayaan daripada pihak keluarga. Saya fikir, Jabatan Penjara akan melakukan keadilan kepada beliau dan Kementerian Kesihatan juga akan mengambil kira terhadap beberapa kekangan yang dihadapi.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat?

final • 4:20 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sangat berminat hendak tanya tentang berkenaan dengan rawatan kesihatan apa-apa penyakit untuk banduan dan SOP yang ada di penjara. Kalau seseorang itu sakit, maka dia akan jumpa dengan di klinik. Di penjara ada pembantu perubatan dan jika sakitnya lebih serius, akan dirujuk kepada hospital dan akan dirawat, dilihat oleh doktor yang bekerja.

Saya hendak tanya, apakah kriteria doktor-doktor ini sehingga ada banduan yang boleh tengok semua pakar? Maknanya semua sakit, semua pakar tengok. Apakah kriteria sebenarnya? How can, bagaimanakah bila seorang banduan yang boleh tengok banyak sangat pakar? Saya hendak tahu, apakah- saya ingat kesaksamaan, SOP dan kesaksamaan. Bagaimana dengan banduan-banduan lain, bilakah banduan-banduan lain pun hendak jumpa dengan pakar? Kalau boleh, dari hujung rambut sampai hujung kaki, pakar...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

...Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Jadi, sudah lama saya hendak tanya soalan ini. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat bantu saya. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, kita harus menghormati hak asasi manusia sama ada orang itu berada di luar penjara atau di dalam penjara. Sesuatu kesakitan itu tidak boleh dirawat oleh seorang doktor yang sama. Kalau pesakit itu memerlukan doktor pakar, maka pihak penjara menghantar doktor pakar.

Dalam hal ini, saya fikir, adalah tidak adil kalau kita menafikan hak kepada mana- mana banduan walaupun banduan itu bukan berprofil tinggi. Saya fikir, kita harus letakkan diri kita di dalam kasut seseorang itu supaya kita dapat merasai keperitan yang dihadapi oleh orang berkenaan. Saya tidak merujuk kepada orang mana-mana.

final • 4:20 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Menteri, boleh tanya sedikit? Adakah pernah mana-mana banduan yang dapat jumpa banyak pakar macam ini?

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya, ya. Saya tidak merujuk kepada mana-mana individu yang ditahan ataupun perlu dapat rawatan tetapi kita harus memperlihatkan kesaksamaan daripada segi rawatan dan ada individu lain yang juga mendapat rawatan daripada pelbagai doktor pakar. Jadi, ini bukan hanya pada seseorang sahaja tetapi kerana orang itu tidak berprofil tinggi, tiadalah soalan itu ditanyakan di Dewan yang mulia ini. Yakinlah bahawa saya berlaku adil. Walaupun kuasa itu bukan kuasa Menteri Dalam Negeri sepenuhnya tetapi mungkin atas nama perikemanusiaan, kita boleh mengadakan perbincangan dengan keluarga ataupun pengurusan tertinggi penjara dan juga doktor-doktor pakar untuk menentukan bahawa keadilan itu dilakukan oleh pihak yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin...

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sedikit, sedikit. Satu, satu soalan.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat. Isu ini cukuplah Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sekejap sahaja. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kata ingin menegakkan keadilan dan ingin berlaku adil kepada semua dan kita dapati bahawa PBB atau United Nations telah mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu arbitrary detect detain and was denied for a fair trail and was jailed for political reasons. Ini telah diisytiharkan oleh PBB. Kalau Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ingin melakukan keadilan, bolehkah Timbalan Perdana Menteri mengangkat isu ini dan membebaskan Datuk Seri Anwar dengan serta-merta...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Seperti yang diseru oleh PBB.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat, kita harus adil kepada diri kita dan orang lain. Kalau Yang Berhormat melakukan tuduhan begitu, Yang Berhormat tidak adil kepada saya secara peribadi dan kepada kerajaan secara amnya. Saya bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika sendiri dan beliau juga mempunyai pendapat sebagaimana Yang Berhormat sebab Yang Berhormat memberikan maklumat yang salah kepada orang-orang yang di sana. Yang Berhormat mengotorkan pemikiran mereka, Yang Berhormat telah memburukkan sistem perundangan dan kehakiman negara kita.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ini tidak adil...

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat telah melakukan sesuatu yang berbeza dengan ...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sila duduk, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ada bukti bahawa saya memburuk- burukkankah atau memberi maklumat yang salahkah? Adakah boleh minta Menteri tarik balik? Ini tidak adil.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat, Yang Berhormat..

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bayan Baru, duduk Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ini tidak adil- tidak ada bukti.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bayan Baru, tertib Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat tidak bertemu dengan tokoh-tokoh berkenaan. Saya bertemu sendiri.

[Tepuk] Saya menyatakan dengan fakta sendiri tetapi jangan menafikan bahawa kerajaan melakukan keadilan dan kesamaan.

Jangan tekan kami sampai dinding. Saya ingin menyatakan bahawa eloklah baca apa yang tersirat juga, jangan apa yang tersurat sahaja ada. Jadi dalam perkara ini, saya minta Yang Berhormat jangan taksub kepada pandangan Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Boleh Menteri? Terus-terang sedikit, terus- terang sedikit.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yakinlah, yakinlah, yakinlah dengan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Yakinlah.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akan tetapi ini PBB.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat..

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

PBB telah meneliti kes ini dan telah membuat ketetapan.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ertinya Yang Berhormat tidak faham apakah ayat-ayat yang telah saya lontarkan. Eloklah belajar balik sebelum masuk ke Parlimen ini. Yang Berhormat, saya ingin masuk ke dalam hal ehwal dadah.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Kapar, dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya sudah masuk tajuk lain.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Satu sahaja.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Sebab saya sudah bangkitkan benda yang sama dalam perbahasan saya.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Benda yang sama tidak payah.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Dalam perbahasan saya ada benda...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sudah kata tidak bagi jalan, tidak bagi jalanlah, Yang Berhormat...

final • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih, Yang Berhormat Kapar.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Takkan Timbalan Perdana Menteri takut saya tanya soalan. Dia sudah boleh agak soalan saya itu.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, duduk, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Dia sudah boleh agak soalan saya itu, dia sudah boleh agak soalan saya itu.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya tidak takut. Kita boleh jumpa di luar.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tidak ada. Saya cuma hendak tanya satu sebab jawapan Timbalan Perdana Menteri tadi ada kaitan dan...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, duduklah, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Soalan saya boleh memperjelaskan. Soalan saya just satu sahaja, tidak ada banyak cerita...

final • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya bukan hendak memperdayakan. Saya hendak minta penjelasan sahaja.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, pencelahan kena minta izin. Kalau Yang Berhormat Menteri tidak bagi izin, kena duduk.

Tertib Yang Berhormat, tertib.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru ada kena- mengena dengan soalan saya. Kalau saya tanya soalan kepada Timbalan Perdana Menteri dan jawapannya, mesti saya akan faham...

final • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Sekarang saya terkeliru. Saya terkeliru. So, saya minta penjelasan. Takkanlah hendak penjelasan semasa minum teh, Timbalan Perdana Menteri. Come on.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, duduk, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

You have done a great job until now, you have done a great job until now...

final • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

. This is very important because you are questioning PBB, dengan izin.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tertib Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

I just wanted to know a few things from you. A very good explanation from you.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Okey, nanti saya jawab di kantin.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tidak boleh, Yang Berhormat Menteri [Ketawa] .

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, duduk, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

This is coming back to the keputusan PBB tadi.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, duduk, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Menteri, no, no Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Duduk. Saya minta Yang Berhormat duduk. Cukuplah...

final • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya minta ... Apa yang Yang Berhormat Bayan Baru tanya ada benda lain. Sekarang saya hendak balik kepada keputusan itu.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukup. Jangan bertelagah dengan Speaker. Speaker minta duduk, duduklah Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Sebabnya Yang Berhormat Menteri, this is very critical.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

You are not listening.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Timbalan Perdana Menteri kata kita memberi fakta yang berbeza.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Menteri, this has to be explained. This- explain coming from Timbalan Perdana Menteri mengatakan kita bawa fakta-fakta yang berbeza. Saya just- minta something from him...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hormat standing order, cukuplah. Saya minta Yang Berhormat duduk, duduklah.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

No. Jawapan daripada Timbalan Perdana Menteri, saya tidak ganggu. Sepanjang perjalanan selepas mencelah tadi, saya langsung tidak ganggu.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak payahlah.

Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Kapar, cukup Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Bila tiba-tiba kita ada Timbalan Perdana Menteri mengatakan, kita bawa fakta-fakta yang berbeza. Kita meracunkan fikiran pihak-pihak luar negara. Saya perlukan penjelasan. Apakah salahnya Yang Berhormat Menteri?

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Okey, terima kasih. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya soalan?

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tidak payah, terima kasih, terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar cukuplah. Cukuplah Yang Berhormat Kapar.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ada kawan-kawan saya hendak menjawab lain ini.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

No, mereka tidak jawab. Ini baru yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri...

final • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar...

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Timbalan Perdana Menteri baru bangkitkan tadi. Saya bangun untuk dapatkan penjelasan daripada apa yang telah dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri...

final • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar. Okeylah Yang Berhormat Kapar... [Bercakap di dalam bahasa Tamil] Yang Berhormat...

[Bercakap di dalam bahasa Tamil]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar.

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

[Bercakap di dalam bahasa Tamil].

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Baling, cukuplah Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Kapar, duduk Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, dia bercakap India pulak dah...

[Ketawa] Parlimen India kah...?

final • 4:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Ini kacau saya, kacau saya. Saya fokus. Saya fokus dalam Dewan yang mulia ini…

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, jangan tidak tertib Yang Berhormat. Dengar Speaker cakap, jangan macam ini. Saya minta Yang Berhormat jangan tidak tertib. Keadaan boleh tanya secara tertib. Kenapakah tidak boleh ikut peraturan?

final • 4:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua…

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Peraturan, sebentar, sebentar Yang Berhormat Sepang belum lagi.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kenapakah hilang tertib tiba-tiba? Menteri kata, dia tidak hendak bagi jalan, tidak bagi jalanlah.

final • 4:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Baling bukan level dia, Menteri tidak hendak layan dia. Tuan Yang di-Pertua…

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dengar! Menteri kata tidak bagi jalan, tidak bagi jalan, that’s standing order.

final • 4:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya minta budi bicara.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah, dengar Yang Berhormat...

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

final • 4:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Selamat meninggalkan Dewan. Tidak tahulah siapa.

final • 4:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tidak payahlah tambi, tambi.

Tuan Yang di-Pertua, bahasa itu! Saya tanya penjelasan.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, tolong Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tolong duduk. Yang Berhormat Kapar duduk. Saya masuk bukan oleh sebab Yang Berhormat Kapar bising. Saya masuk giliran saya 4.30 petang sampai 6.30 petang. Jangan anggap bahawa kalau ada kecoh saya masuk, bukan tugas saya begitu Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Menteri boleh tanya satu soalan tambahan? Sedikit sahaja.

final • 4:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya tanya isu…

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Peraturan Mesyuarat 35 mengatakan bahawa kalau berdiri jangan hujah sebelum dipanggil.

final • 4:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya minta budi bicara…

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang lain sebelah sana itu tolong jangan bising. Awal pagi tadi saya mengatakan bahawa kita cuma ada tiga hari untuk berbahas. Ini Menteri pertama yang menggulung. Malam ini sampai 11.30 malam. Ada lagi 27 kementerian yang akan membalas. Datang masa dia nanti bahawa tidak akan dibenarkan lagi kalau ada Menteri menjawab langsung tidak ada pencelahan oleh sebab Peraturan Mesyuarat 35(7) mengatakan bahawa, “Speaker boleh mengehadkan masa untuk bercakap.” Jangan blame saya dan Timbalan-timbalan saya kalau ada nanti lagi Menteri-menteri tidak ada lagi pencelahan, kerana masa.

Tugas saya memastikan bahawa apabila ditetapkan masa untuk berbahas kita kena habis pada ketika itu, tugas saya, tugas Timbalan-timbalan saya. Sementara tugasan Yang Berhormat ialah mencelah tetapi fikir dengan masak, okey. Peraturan mesyuarat mengatakan, kalau Menteri memberi laluan boleh, kalau tidak, jangan paksa. Apabila paksa, bermakna seperti apa yang berlaku tadi dengan Yang Berhormat Kapar, bermakna melengah-lengahkan perbahasan.

Apabila ditegur oleh Speaker, duduk Yang Berhormat, masih juga berdiri, melanggar lagi satu Peraturan Mesyuarat 43 kerana berdegil-degil. Jadi, bermakna Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tidak kasi laluan, siapa yang berdiri lagi saya tanya, kalau Yang Amat Berhormat kasi laluan, kasi, kalau tidak, masih juga berdiri, saya gunakan kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 44. Yang Amat Berhormat, sila.

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Boleh, boleh?

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua…

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, boleh jelaskan sikit.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

…Terdapat dua isu lagi yang harus saya selesaikan. Pertamanya mengenai hal ehwal antidadah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibuti dan juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam dan Yang Berhormat Tanjong Piai. Saya ingin menyatakan bahawa usaha-usaha telah dilakukan bukan sahaja dalam pembanterasan tetapi pemulihan dan juga pencegahan.

AADK telah menjadi agensi secara langsung yang terlibat dalam hal ehwal berkenaan di samping kerjasama yang telah diberikan oleh PDRM, Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan juga lain-lain agensi, termasuklah pihak Kastam Diraja Malaysia.

Dalam hal ehwal pembangunan dan infrastruktur, sekali lagi Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Tanjong Piai dan Yang Berhormat Lawas bertanyakan tentang beberapa soalan yang berkaitan dengan kemudahan infrastruktur, termasuk balai- balai polis, IPD dan juga check point.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

[Bangun]

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Usaha-usaha sedang dijalankan oleh pihak KDN untuk memohon peruntukan bagi pembinaan kemudahan infrastruktur berkenaan. Yang Berhormat Tanah Merah bertanya mengenai usaha-usaha counter terrorism. Ini telah saya sebutkan pada awal pagi tadi untuk penjelasannya. Yang Berhormat Tanjong Karang juga telah bertanya mengenai statistik kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun yang meninggal dunia bagi tempoh 10 tahun yang lalu.

Beliau bertanyakan mengapa terdapat jurang yang tinggi antara kaum Melayu di mana berlaku kematian kepada 28,151 orang berbanding dengan kaum Cina 4,270. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, KDN melalui JPN bertanggungjawab untuk mendaftarkan kematian yang berlaku melalui pemakluman oleh waris atau mana-mana orang yang layak memberikan maklumat berkenaan sesuatu kematian. Sehubungan itu menjadi tanggungjawab waris atau orang yang mengetahui tentang kematian tersebut untuk melaporkannya ke JPN.

KDN menyambut baik dan mengalu-alukan penyertaan pihak Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh lapisan masyarakat untuk sama-sama meningkatkan kesedaran…

final • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Orang awam mengenai perkara ini.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua…

final • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya, kita mendengar banyak dadah ini telah ditangkap, diperoleh dari masukan sempadan dan daripada airport. Apakah yang saya hendak tanya di sini Yang Berhormat Menteri ialah bagaimanakah kerajaan melupuskan dadah-dadah yang ditangkap ini? Oleh sebab kita tidak mahu dadah ini dikitar semula di dalam pasaran yang menyebabkan ramai belia kita, terutama belia bangsa Melayu yang terjebak dalam dadah. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa kaedah pelupusan. Antaranya pembakaran, bukan pembakaran terbuka.

Pembakaran cara tertutup untuk melupuskan bahan-bahan berkenaan. Bagi bahan-bahan yang berbentuk cairan, terdapat kaedah pelupusannya di mana neutralization, dengan izin, dilakukan agar bahan-bahan berkenaan tidak lagi boleh digunakan. Saya ingin memberikan jaminan tidak berlaku sebarang penyalahgunaan atas sifat mengitar semula. Terutama oleh pegawai-pegawai penguat kuasa dan ini kami lakukan melalui beberapa pemantauan yang telah dibuat.

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir eloklah setakat ini sahaja saya memberikan jawapan. Di mana beberapa jawapan yang telah diberikan mungkin ada yang tidak puas hati tetapi saya ingin memaklumkan jawapan-jawapan secara detail yang diminta tadi akan saya kemukakan. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih…

final • 4:30 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Menteri, Yang Amat Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Atas kesabaran Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan-timbalan Yang di-Pertua lain yang mempengerusikan Mesyuarat kita dan penggulungan ini saya ucapkan terima kasih. Sokongan dan dukungan kepada KDN yang menjalankan tugas sedaya mungkin yang boleh. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:30 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, cuma hendak tanya Yang Amat Berhormat Menteri sama ada yang belum berjawab akan dijawab secara bertuliskah macam mana? Saya tuntut ya, insya-Allah.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Jabatan Perdana Menteri, sila.

final • 4:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Perdana Menteri akan diwakili oleh lapan Yang Berhormat

final • 4:39 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said

Menteri. Jadi, dalam perbincangan saya paling maksimum setiap Menteri mungkin satu jam, seterusnya jawapan bertulis. Dalam kiraannya, Jabatan Perdana Menteri kemungkinan, inshaaAllah kurang daripada lapan jam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2016 yang menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Parlimen Malaysia berserta dengan agensi dan hal ehwal di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya. Memandangkan terdapat beberapa lagi Menteri yang perlu menjawab, maka untuk menjimatkan masa, saya akan menjawab secara lisan yang disebut satu jam.

final • 4:39 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Bukit Katil; Yang Berhormat Bukit Mertajam; Yang Berhormat Bayan Baru; Yang Berhormat Penampang; Yang Berhormat Bintulu; Yang Berhormat Jelutong; dan Yang Berhormat Setiu yang telah membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan Parlimen.

Yang Berhormat Bukit Katil mencadangkan satu Jawatankuasa Parlimen ditubuhkan untuk menilai aset-aset keselamatan kerajaan. Yang Berhormat Bukit Mertajam pula mencadangkan supaya Parlimen menubuhkan Majlis Fiskal Bebas yang dikenali sebagai Pejabat Bajet Parlimen. Ini memberi peluang kepada Ahli Yang Berhormat untuk membincangkan sesuatu isu yang dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan dengan lebih teliti. Namun demikian, sebarang keputusan untuk menubuhkannya memerlukan perancangan yang teliti agar ia dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya baru sahaja menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan yang telah membincangkan pelbagai cadangan kepada pindaan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang selaras dengan hasrat Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin, Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke arah penambahbaikan dan pembaharuan Parlimen Malaysia.

Yang Berhormat Bayan Baru mencadangkan reformasi Parlimen dilaksanakan segera sepertimana yang telah Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Yang di- Pertua Dewan Rakyat mengumumkan untuk melaksanakan reformasi-reformasi ke atas Parlimen. Yang Berhormat Setiu pula bertanya sama ada Parlimen bersedia untuk meminda Akta Parlimen berkaitan isu dalam penambahbaikan peraturan mesyuarat dalam usaha melaksanakan reformasi-reformasi ke atas Parlimen.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa memberikan sokongan dalam memastikan perancangan dan cadangan ke arah penambahbaikan institusi Parlimen ini dapat dilaksanakan. Parlimen Malaysia sedang meneliti cadangan penambahbaikan yang antaranya melibatkan pindaan kepada Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Saya difahamkan beberapa siri mesyuarat Jawatankuasa Dewan telah pun diadakan bagi maksud membincangkan dan mengenal pasti cadangan pembaikan lain selaras dengan agenda pembaharuan transformasi Parlimen Malaysia. Saya akan menunggu untuk semua cadangan yang diperhalusi dan akan diserahkan kepada saya oleh Jawatankuasa Dewan untuk dibawa dan dibentangkan kepada Mesyuarat Kabinet.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat ini diwakili oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional dan juga parti pembangkang yang merangkumi Ahli Parlimen Mersing; Ahli Parlimen Bintulu; Ahli Parlimen Putatan; Ahli Parlimen Padang Besar; Ahli Parlimen Seremban; dan juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Yang Berhormat Jelutong pula telah mencadangkan supaya Akta Perkhidmatan Parlimen dihidupkan semula. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini pihak kerajaan sedang menjalankan kajian sama ada Akta Perkhidmatan Parlimen ini perlu diwujudkan semula. Sekiranya akta ini diwujudkan semula, keperluan semua pihak akan diambil kira bagi memastikan akta ini bersesuaian dan relevan dengan kehendak semasa.

Seterusnya saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu berkaitan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu kepada Yang Berhormat Kota Raja; Yang Berhormat Gopeng; Yang Berhormat Bukit Gantang;

final • 4:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said

Yang Berhormat Rantau Panjang; Yang Berhormat Indera Mahkota; Yang Berhormat Sipitang; Yang Berhormat Ranau...

final • 4:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

...Yang Berhormat Permatang Pauh; Yang Berhormat Sekijang; Yang Berhormat Lenggong; Yang Berhormat Pandan; Yang Berhormat Jerlun; Yang Berhormat Lipis; Yang Berhormat Kulai; Yang Berhormat Kuala Langat; Yang Berhormat Putatan; Yang Berhormat Hulu Rajang; Yang Berhormat Sibu; Yang Berhormat Kuala Krai; Yang Berhormat Parit; Yang Berhormat Parit Buntar; dan Yang Berhormat Pengkalan Chepa...

final • 4:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Berkenaan dengan reformasi Parlimen, sebenarnya Jawatankuasa Dewan telah membuat beberapa mesyuarat dan telah ada satu paper dan juga cadangan rang undang- undang yang telah bersedia untuk dibentangkan untuk menubuhkan Jawatankuasa Dewan dan juga pembaharuan-pembaharuan Dewan.

Jadi, semuanya sudah sedia. Daripada segi pihak Tuan Yang di-Pertua, beliau pun bersedia, daripada pihak pembangkang kita semua setuju dan sekarang Yang Berhormat Menteri pun pernah kata daripada segi kerajaan pun tidak ada masalah, jadi kenapa tidak secepat mungkin bawa undang-undang ini ke Parlimen untuk diluluskan kerana semuanya sudah bersiap-sedia. Sebenarnya kerajaan boleh luluskan. Kita senang sahaja. Kita boleh bahaskan dalam sidang Dewan dan kita luluskan dan Tuan Yang di-Pertua pun boleh rasa senang hati kerana apa yang dicadangkan beliau telah mendapatkan hasil. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, duduk dahulu. Saya tidak akan senang hati juga Yang Berhormat kalau apa yang diluluskan itu walaupun diluluskan sebagai peraturan mesyuarat, begini juga tabiat Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya tidak akan senang hati. Serupa. Sila.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Yang Berhormat Bayan Baru, saya agak terperanjatlah dengan kenyataan Yang Berhormat ya sebab sepatutnya Yang Berhormat boleh berbincang dengan sahabat-sahabat daripada pihak sebelah sana tentang status ya.

Sebenarnya status ini masih dalam perbincangan.

Seperti yang saya sebutkan tadi, tadi masa pukul 1.00 tengah hari saya bermesyuarat dengan beberapa orang wakil daripada parti pembangkang juga dalam Mesyuarat Jawatankuasa yang mana perbincangan ini dipersetujui akan dihalusi semula.

Maknanya, tidak ada keputusan yang final dan konklusif. Jadi saya hendak betulkan dalam aspek klarifikasi yang disebut oleh Yang Berhormat seolah-olah semua sudah siap dan seolah-olah adanya delay dengan izin. Akan tetapi tidak, masih belum siap dan masih dalam peringkat perbincangan.

Dengan izin, saya sambung pada Jabatan Perkhidmatan Awam. Di dalam membahaskan perkara-perkara di bawah naungan JPA, isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat boleh saya pecahkan kepada beberapa kategori. Oleh itu, izinkan saya untuk menjawab perkara yang telah dibangkitkan mengikut beberapa kategori seperti pencen, pembangunan organisasi, elaun perkhidmatan awam, perkhidmatan, pembangunan modal insan dan pengukuhan bahasa Malaysia.

Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Kuala Langat telah menyarankan supaya pencen Ahli Parlimen dikaji semula. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JPA sedang dalam proses menjalankan kajian ke atas cadangan Yang Berhormat supaya pencen Ahli Parlimen dikaji semula. Apa-apa penambahbaikan faedah pemberhentian Ahli Parlimen adalah dilaksanakan berdasarkan kepada pindaan terhadap Jadual Pertama Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237].

Seterusnya saya merujuk kepada saranan Ahli Yang Berhormat Bukit Gantang dan Ahli Yang Berhormat Kuala Langat berkenaan dengan kadar pencen pesara kerajaan disemak semula.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, skim faedah persaraan yang terpakai bagi persaraan kerajaan termasuk pesara Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia adalah komprehensif dan seimbang. Ia adalah kerana seorang pesara akan menerima:

(i) pencen bulanan berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan dan gaji terakhir mereka;

(ii) ganjaran dan gantian cuti rehat berbentuk kewangan yang diterima sekali gus pada tarikh persaraan; dan

(iii) kemudahan perubatan seumur hidup untuk pesara, pasangannya serta anak yang layak.

Di samping itu, kerajaan berpendapat bahawa kenaikan kadar pencen dua peratus setiap awal tahun adalah munasabah dan mencukupi untuk membantu pesara menangani peningkatan kos sara hidup. Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa bersedia untuk mengkaji sebarang cadangan bagi meningkatkan kualiti hidup para pesara dan pelaksanaannya turut bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Seremban berdiri.

final • 4:40 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya cuma hendak mendapatkan sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan pencen mantan ataupun bekas Ahli Parlimen kerana daripada dahulu apabila ada penyelarasan terhadap elaun Ahli Parlimen, maka pencen untuk bekas Ahli Parlimen itu akan dinaikkan serentak. Akan tetapi pada ketika ini apabila kita tahun ini meluluskan satu rang undang-undang pindaan terhadap penyelarasan gaji ataupun elaun Ahli Parlimen, pencen untuk bekas Ahli Parlimen itu tidak naik secara serentak. Jadi ada ramai bekas Ahli Parlimen yang telah pun menyuarakan bahawa mereka tidak mendapat kenaikan tersebut dan kita cuma mengharapkan bahawa pihak kerajaan dapat melihat kepada perkara ini.

Dalam Jawatankuasa Dewan pun kita ada membincangkan perkara ini dan kita harap ini dapat disusuli oleh tindakan daripada pihak kerajaan untuk menaikkan kadar pencen untuk bekas Ahli Parlimen kita yang mungkin bilangannya dalam beberapa ratus orang sahaja. Jadi kita harap kebajikan untuk bekas Ahli Parlimen itu dapat dijaga dan diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Sekali Yang Berhormat Menteri? Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin menyinggung beberapa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi melibatkan persaraan bekas-bekas Ahli Parlimen. Saya didatangi oleh beberapa orang rakan-rakan termasuk Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) yang menyatakan bahawa mereka pencen dalam keadaan mereka miskin dan mereka layak dapat BR1M katanya. Saya menyelidiki perkara ini dengan teliti dan saya dapati betul, pencen mereka adalah sekitar RM2,900.

Jadi Yang Berhormat Menteri, dengan peranan dan tugas mereka lakukan sepanjang tempoh perkhidmatan, mereka memerlukan sedikit sumbangan untuk mereka dihargai. Jadi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri bahawa perlu ada kajian semula untuk mereka ini berseragam dengan apa yang telah pun dilalui sebelum ini untuk mereka juga diangkat martabatnya supaya mereka dihargai jasa budi mereka lakukan.

Saya percaya Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita tidak boleh meminggirkan rakan-rakan kita yang sebelum ini yang memerlukan pembelaan atas tugas dan peranan yang dimainkan. Sekali lagi, saya menyatakan bahawa persaraan pencen mereka ini perlu dinaikkan selaras dengan kedudukan mereka sebelum ini. Terima kasih, Menteri dan Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri minta penjelasan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak perbahasan kepada pihak kerajaan untuk menaikkan kadar pembayaran kepada penerima Seri Pahlawan Gagah Perkasa atau SP ini dinaikkan. Maksudnya sekarang ini mereka

final • 4:50 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

menerima dalam anggaran RM1,500 dan ditingkatkan untuk menjadi sampai RM3,000 dan juga kepada RM5,000.

Ini kerana mereka ini tidak ramai. Memandangkan mereka menyumbangkan tenaga dan berada dalam keadaan suasana yang berbahaya pada waktu itu sehingga bukan senang untuk mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan. Itu permohonan saya dalam perbahasan itu. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu-isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Bukit Gantang dalam isu Ahli Parlimen dan juga kepada mereka yang bekas anggota.

Memang yang saya sebut tadi itu, memang perkara ini telah dibangkitkan bukan sahaja Ahli Parlimen tetapi juga Ahli-ahli Dewan Senate, yang mana saya telah didatangi oleh beberapa di antara mereka yang telah menimbulkan isu yang berkenaan dengan pencen yang mana tidak melibatkan mereka.

Itu sebabnya setakat ini yang saya beri jawapan tadi bahawa mereka menyedari satu isu. Akan tetapi, seperti yang saya sebutkan bahawa kerajaan akan mengkaji perkara ini dan Kabinet akan berbincang bila diadakan kertas untuk perbincangan sebab perkara ini memang kita lihat akan mengambil kira isu kewangan yang begitu besar. Ini sebab, jumlah daripada mereka yang berpencen bukan sahaja dalam kategori orang politik seperti Ahli Parlimen dan juga Ahli Senator.

Akan tetapi juga, mereka yang terlibat pencen yang telah memberikan perkhidmatan kepada kerajaan. Saya memang mengakui bahawa perkara ini memang sentiasa menjadi satu perbincangan dan juga sebutan.

Izinkan saya sambung dalam aspek kategori pembangunan organisasi. Yang Berhormat Indera Mahkota supaya saiz perkhidmatan awam disesuaikan mengikut standard antarabangsa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan amat menitikberatkan saiz perkhidmatan awam yang optimum bagi memastikan produktiviti sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat sentiasa berada di tahap terbaik dan pada masa yang sama tidak menjejaskan fizikal negara.

Bagi tujuan tersebut usaha rasionalisasi perkhidmatan awam telah pun digerakkan melalui pembekuan pewujudan jawatan baru melalui surat edaran kepada pihak berkuasa melantik mengenai inisiatif penggunaan sumber manusia secara optimum pada 22 April 2015.

Surat edaran ini memaklumkan bahawa pewujudan jawatan baru dibekukan bagi semua kementerian dan jabatan berkuat kuasa pada tarikh tersebut. Walau bagaimanapun, pengisian kekosongan jawatan akibat persaraan, peletakan jawatan, kematian dan penamatan perkhidmatan masih boleh dilaksanakan oleh agensi seperti biasa.

Langkah pengawalan saiz perkhidmatan awam yang diperkenalkan pada kali ini pembekuan pewujudan jawatan baru. Ini bertujuan untuk mengawal saiz perkhidmatan awam ke arah penggunaan sumber manusia secara optimum dalam sektor tersebut.

Di samping itu, kerajaan turut melaksanakan kajian semula fungsi institusi sektor awam bagi memastikan tidak berlaku pertindihan fungsi antara agensi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Langkah yang dilaksanakan ini selaras dengan agenda transformasi perkhidmatan awam yang digariskan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 ke arah meningkatkan produktiviti sektor awam.

Saya menjurus kepada kenyataan Yang Berhormat Sibu bahawa ramai penjawat awam membuat pinjaman peribadi sehingga mengalami masalah kewangan yang begitu teruk. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerajaan sememangnya sangat prihatin dengan kebajikan penjawat awam. Oleh itu, pada pembentangan Bajet baru-baru ini kerajaan bersetuju untuk menaikkan gaji permulaan terendah perkhidmatan awam kepada RM 1200 sebulan dan memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred. Kedua-dua faedah ini akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2016.

Di samping itu, mulai 1 November 2015, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar imbuhan tetap perumahan termasuk kepada kumpulan pelaksana pada kadar minimum RM300 sebulan. Bagi pegawai yang mendiami kuarters pula, mereka menerima

final • 4:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

25 % daripada kadar Keraian ITP yang diterima. Kerajaan turut membenarkan penjawat awam kumpulan sokongan untuk melakukan pekerjaan luar dan mematuhi peraturan 5(3) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ketua jabatan masing-masing.

Sebagai langkah pencegahan, kerajaan telah memberikan amaran dengan menggariskan peraturan di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bagi menghindarkan pegawai awam daripada mengalami kesusahan kerana berhutang.

Daripada segi pemantauan Jabatan Akauntan Negara telah menyediakan laporan keberhutangan yang serius dan laporan tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Ketua- Ketua Setiausaha Kementerian. Selain itu, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Bank Negara (AKPK) boleh memberikan khidmat nasihat yang lebih profesional kepada mana- mana pegawai dalam mengurus kewangan termasuk dalam isu keberhutangan kewangan.

Seterusnya, Yang Berhormat Sipitang mencadangkan agar elaun penjawat awam yang bertugas di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan. Untuk memaklumkan Ahli Yang Berhormat, prinsip penetapan sesuatu kadar elaun dalam perkhidmatan awam berdasarkan kepada kriteria seperti:

(i) kemahiran;

(ii) kepakaran;

(iii) tanggungjawab tambahan;

(iv) risiko kerja;

(v) kos sara hidup; dan

(vi) bayaran balik perbelanjaan.

Sementara itu, kelayakan kadar elaun seorang pegawai pula adalah berdasarkan gred dan lingkungan gajinya. Bagi pegawai yang bertukar wilayah, pegawai layak diberi elaun perumahan wilayah yang ditetapkan mengikut lokasi dan berasaskan kadar sewa pasaran yang ditinjau oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan. Penentuan kelayakan kadar adalah berpandukan kepada bandar atau kawasan di mana diletaknya pejabat pegawai.

Secara amnya, kadar sewa di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar sewa di Semenanjung. Oleh hal demikian, wujud kadar EPW yang berbeza berdasarkan kadar sewa semasa di antara bandar di Semenanjung dengan bandar-bandar di Sabah dan Sarawak.

Justeru, berdasarkan prinsip ini penetapan kadar sesuatu elaun perkhidmatan awam tidak membezakan pegawai-pegawai yang berasal dari Sabah dan Sarawak berkhidmat di Semenanjung Malaysia atau pegawai berasal dari Semenanjung Malaysia berkhidmat di Sabah atau pun Sarawak.

Yang Berhormat Sekijang pula telah mencadangkan supaya golongan muda diberikan lebih peluang di peringkat pembuat dasar dalam perkhidmatan awam. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat pada masa ini kerajaan telah menetapkan kuota 20% orang pegawai muda bagi mengisi jawatan penting melalui pelbagai inisiatif. Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah pelan penggantian di bawah Program Laluan Kemajuan Kerjaya Fast-Track. Objektif program ini ialah pembangunan kemajuan kerjaya melalui istimewa dalam peningkatan kompetensi serta kepimpinan bagi membentuk personaliti unggul dan menyediakan kumpulan bakat kepimpinan yang bakal menerajui perkhidmatan awam masa hadapan.

Melalui program ini, dijangka ramai pegawai dapat berada dalam kumpulan pembuat dasar pada usia yang muda. Sehingga kini daripada 593 orang pegawai atasan terlibat dalam pembentukan dasar dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik 6.6% ataupun 39 orang pegawai muda berumur 45 tahun ke bawah.

Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Parit pula menyentuh mengenai isu penetapan 15 tahun perkhidmatan pegawai kontrak untuk dilantik tetap yang dikatakan merugikan pegawai tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan

final • 4:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

telah memutuskan pegawai yang berkhidmat secara berterusan sekurang-kurang 15 tahun dan ke atas layak dilantik tetap dengan memenuhi syarat tertentu.

Pelantikan pegawai tetap ini adalah terhad pada umur persaraan wajib maksimum iaitu 60 tahun. Oleh itu, pegawai kontrak yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan belum mencapai umur 60 tahun iaitu umur persaraan selepas 1 Julai berpeluang dilantik tetap tertakluk kepada syarat-syarat pelantikan yang ditetapkan. Seramai 10,000 orang pegawai lantikan kontrak akan menikmati faedah daripada pelaksanaan urusan pelantikan ini.

Sementara itu adalah tidak wajar untuk menyatakan bahawa pegawai lantikan kontrak mengalami kerugian di sepanjang tempoh perkhidmatan secara kontrak. Ini adalah kerana, semasa dalam perkhidmatan kontrak pegawai telah menerima gaji dan faedah yang ditetapkan dalam kontrak pelantikan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu kerajaan sebagai majikan dan pegawai sebagai pekerja. Pegawai juga sepatutnya menggunakan pengalaman semasa berkhidmat secara kontrak untuk mendapatkan jawatan tetap.

Yang Berhormat Hulu Rajang pula telah menyarankan...

final • 4:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Memetik daripada apa yang telah pun Yang Berhormat Menteri jawab tadi, saya ingin menyentuh tentang apa yang berlaku pada hari ini. Tempoh 15 tahun itu usianya terlalu panjang. Kalau seseorang itu dalam usia 20 tahun mendapat kontrak 15 tahun, bermaksud dalam usia 35 tahun baru dia diconfirmkan ataupun dia telah pun ditetapkan sebagai pekerja tetap. Isunya sekarang ialah 15 tahun itu akan dikira persaraan mereka dan mereka akan mengalami kerugian apabila tempoh itu diberikan.

Jadi saya ingin menyarankan apalah kiranya boleh 15 tahun itu dipendekkan supaya mereka itu tidak mendapat kerugian dalam perkiraan persaraan dan benefit atau faedah-faedah yang didapati daripada pekerja tetap. Maka yang demikian, membolehkan pekerja contract of service ini menikmati daripada segi- akhirnya mereka akan bersara.

Apakah Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan saya supaya 15 tahun itu boleh dipendekkan dan beri manfaat kepada kontrak-kontrak ini? Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat...

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Parit, Parit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya sebutkan kes semalam begini. Mereka yang hendak capai umur 60 tahun dan telah berkhidmat lebih daripada 15 tahun, 16, tahun, 17 tahun, tetapi mereka pencen pada bulan Januari atau Februari 2016. Manakala pelaksanaan skim ini bermula 1 Julai 2016. Jadi saya harapkan supaya mereka ini dikecualikan dan diberikan taraf tetap supaya mereka dapat faedah pencen. Itu sahaja Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Kepada poin yang dibawa oleh Yang Berhormat Parit, saya akan bagi jawapan secara bertulis ya berkenaan dengan kriteria daripada segi umur.

Berkenaan dengan sahabat saya dari Kuala Langat, saya ingin menyatakan, seperti dalam kenyataan bahawa setakat ini bila disebut 15 tahun, kita mengambil kira jumlah yang akan dijadikan pekerja tetap 10,000 orang, makna jumlahnya begitu besar.

Jadi dalam perkara ini memang sebaik-baiknya kalau boleh semua yang kontrak hendak ditetapkan secara automatik, tetapi kenapa kerajaan meletakkan pada definisi kontrak dan definisi tetap atas adanya alasan. Walau bagaimanapun, perlu kita mengambil kira bahawa kerajaan memberikan respons yang positif kepada permohonan mereka dalam kategori sementara. Jadi kerajaan telah menyebut tentang dalam pengalaman bekerja kontrak selama 15 tahun. Maknanya kerajaan memberikan acknowledgement, dengan izin, kepada mereka daripada sementara dijadikan tetap.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Jadi perkara ini apabila Yang Berhormat Kuala Langat menyebutkan pada umur, maaf, pada dalam bahasa Yang Berhormat Kuala Langat supaya kita memberikan definisi kadar itu pada tahap yang lebih rendah daripada 15 tahun bekerja sebagai pegawai kontrak, saya rasa ini tunggulah apabila Yang Berhormat Kuala Langat jadi kerajaan yang memerintah. Kami setakat ini, kami melihat kepada 10,000 yang ditetapkan daripada definisi mereka pekerja sementara iaitu daripada 15 tahun mereka bekerja secara kontrak bersama kerajaan.

Yang Berhormat Hulu Rajang pula telah menyarankan agar kenaikan pangkat ditambah baik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini, beberapa penambahbaikan dalam urusan kenaikan pangkat penjawat awam telah dilaksanakan.

Antaranya adalah:

(i) menambah baik dan memperkukuhkan kaedah kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma menerusi pemendekan tempoh kenaikan pangkat daripada gred DG41 kepada DG54 berdasarkan kepada prinsip time based berasaskan kecemerlangan;

(ii) memperkukuhkan kaedah kenaikan pangkat pegawai kumpulan pelaksana berdasarkan kepada prinsip time based berasaskan kecemerlangan dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang daripada 15 tahun kepada 13 tahun bagi memberi peluang kemajuan kerjaya melalui kaedah kenaikan pangkat tanpa terikat kepada kekosongan jawatan;

(iii) menukar semula jawatan gred 41 kepada gred fleksi 41/44 bagi semua skim perkhidmatan untuk memberi peluang kepada peningkatan kerjaya ke suatu gred yang lebih tinggi bagi pegawai gred 41; dan

(iv) menimbang kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang bagi pegawai-pegawai yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang dan memenuhi kriteria ditetapkan.

Sememangnya kerajaan menyambut baik saranan Yang Berhormat Kota Raja yang menyarankan agar pegawai-pegawai kerajaan meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengutamakan keperluan rakyat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pegawai kerajaan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat. Oleh itu, mereka akan sentiasa membantu rakyat termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri tertakluk kepada dasar, peraturan dan peruntukan yang diluluskan.

Berkenaan dengan pandangan Ahli Yang Berhormat Kota Raja bahawa kekerapan pertukaran pegawai sehingga menjejaskan kesinambungan tugas, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara umumnya pertukaran berlaku disebabkan kenaikan pangkat.

Bermakna, pertukaran oleh pegawai atau pegawai tidak sesuai di penempatan berkenaan.

Mengikut prosedur sekarang, walaupun berlaku pertukaran dalam sesuatu agensi, ia tidak menjejaskan penyampaian perkhidmatan oleh sebab jika pegawai atasan yang ditukar, masih terdapat pegawai di bawahnya yang akan menjalankan tugas di samping adanya nota serah tugas yang akan memperincikan tugas-tugas yang belum selesai yang perlu dilaksanakan. Oleh itu, tidak timbul pertukaran yang berlaku boleh menjejaskan penyampaian perkhidmatan.

Yang Berhormat Pengkalan Chepa telah memberi saranan agar pemberian biasiswa dipertingkatkan untuk kursus profesional bagi memperkasa modal insan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JPA dari semasa ke semasa memperuntukkan pemberian biasiswa untuk kursus profesional bagi memperkasa modal insan demi kepentingan perkhidmatan awam dan negara. Oleh itu, pada masa ini, JPA menyediakan biasiswa bagi pelbagai kursus profesional seperti perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, seni bina dan perakaunan melalui program berikut:

(i) Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis, Jerman;

(ii) Program Universiti Perdana;

(iii) Program Mahasiswa Cemerlang;

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

(iv) Program Lepasan Beseri;

(v) Program Ijazah Dalam Negara;

(vi) Program Cemerlang STPM;

(vii) Program Biasiswa Nasional; dan

(viii) Program Universiti Terkemuka.

Di sini saya ingin menyentuh saranan Yang Berhormat Parit supaya semua kementerian, jabatan dan GLC mengutamakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi, mesyuarat dan sebagainya bagi meningkatkan martabat Bahasa Melayu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan bahasa Melayu diberikan keutamaan dalam urusan rasmi kerajaan sebagaimana termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan [Akta 32] yang memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan dan pentadbiran negara, Jabatan Perdana Menteri pada 22 Disember 2005 telah mengedarkan Surat Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2006: Langkah- langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam yang bertujuan memaklumkan akan langkah-langkah untuk memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik, betul dan santun serta memperluas penggunaannya secara menyeluruh dalam perkhidmatan awam sesuai dengan perkembangan dan kemajuan negara yang pesat pada masa ini.

Bagi mempertegaskan penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam, Jabatan Perkhidmatan Awam pada 28 Oktober 2011 telah mengedarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011: Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam yang bertujuan untuk memberikan panduan mengenai penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi urusan rasmi dalam perkhidmatan awam.

Langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan jabatan dan agensi kerajaan mematuhi Akta Bahasa Kebangsaan [Akta 32] sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan iaitu bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu yang juga diperuntukkan sebagai bahasa rasmi kerajaan, pihak kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengambil beberapa pendekatan untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan dalam sektor awam iaitu perkhidmatan kerjasama dan perkukuhkan dan penggalakan.

Bagi memastikan agensi kerajaan sentiasa mengutamakan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka secara konsisten melakukan program pemantauan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam sektor awam melalui Program Audit Bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam. Matlamat audit ini adalah untuk membuat penilaian terhadap tahap dan mutu bahasa Melayu yang digunakan bagi maksud urusan rasmi dalam negara, urusan rasmi antarabangsa, pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam, perkhidmatan kaunter, maklum balas, aduan dalam akhbar dan isu media massa serta paparan dan peragaan.

Berkenaan dengan cadangan Ahli Yang Berhormat Kuala Kangsar supaya ditetapkan nilai tadbir urus yang baik, good governance dengan izin, dengan pelaksanaan berkesan dalam perkhidmatan awam, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan pada setiap masa memastikan setiap penjawat awam menerapkan nilai-nilai tadbir urus yang mendukung aspirasi kerajaan. Maka, menjadi kewajipan mereka untuk melaksanakan setiap dasar kerajaan sebaik mungkin demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Oleh itu, dalam memastikan pegawai kerajaan melaksanakan setiap arahan, mereka diwajibkan menandatangani surat akur janji. Tujuannya ialah untuk menimbulkan kesedaran di kalangan mereka akan betapa pentingnya melaksanakan tugas dengan setia, jujur, bertanggungjawab, berdedikasi dan profesional.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan perkhidmatan awam yang cekap dan berwibawa supaya negara terus maju dalam suasana yang aman dan harmoni.

Selain itu, berdasarkan peraturan 4(1) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, seorang pegawai hendaklah memberi taat setia pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Berdasarkan peraturan berkenaan, pegawai dalam menzahirkan perilaku taat setia dituntut untuk sentiasa melaksanakan dasar dan arahan kerajaan. Sebarang tindakan yang tidak selaras dengan dasar kerajaan seperti mengkritik dasar kerajaan boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib. Sementara itu, pegawai yang tidak melaksanakan arahan kerajaan boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar peruntukan peraturan 4(1) 1993. Contoh perlanggaran adalah seperti membelakangkan tugas-tugas awamnya demi kepentingan peribadi, menyalahgunakan kedudukannya bagi faedah sendiri, mencemarkan imej perkhidmatan awam, bersikap kurang cekap, kurang berusaha, bersikap tidak jujur atau cuai dalam melaksanakan tugas.

Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu berkaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga Rasah. Yang Berhormat Permatang Pauh mengatakan supaya dipertingkatkan ketelusan sistem pengurusan pilihan raya termasuk urusan pendaftaran pemilih, persempadanan dan menghapuskan undi awal yang tiada pengawasan oleh wakil-wakil politik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai sebuah negara, sebagai sebuah badan bebas dengan izin, yang menjalankan urusan pendaftaran pemilih, persempadanan dan mengendalikan pilihan raya di Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya telah menjalankan amanah dan fungsi-fungsinya dengan penuh tanggungjawab berdasarkan kepada peruntukan Undang-undang SPR. Berhubung dengan perkara itu, SPR sentiasa memantau kaedah dan prosedur pengurusan pendaftaran pemilih sedia ada bagi memastikan kelancaran dan keberkesanannya.

Berhubung dengan urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya, ia dilaksanakan berlandaskan sepenuhnya kepada Perlembagaan Persekutuan. Prinsip-prinsip dan tatacara pelaksanaan kajian tersebut adalah berpandukan kepada Bahagian I, dan Bahagian II dalam Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan...

final • 5:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

[Bangun]

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Mengenai cadangan membasmikan undi awal dan undi pos oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, undi awal merupakan kemudahan yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada pengundi seperti anggota Angkatan Tentera Malaysia dan pasangan, anggota Polis Diraja Malaysia dan pasangan; dan juga kepada anggota Pasukan Gerak Am sebagaimana yang disenaraikan dalam peraturan 27A(1)(a) hingga (d) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilih Raya) 1981...

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Manakah satu Yang Berhormat Menteri? Ada dua berdiri.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terpulang kepada mereka.

final • 5:10 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Kulai dahulu.

final • 5:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya sikit tentang pendaftaran pemilih. Ini kerana dahulunya memang parti politik diizinkan untuk hantar wakil mereka supaya boleh menjadi penolong pendaftar pemilih untuk membantu SPR untuk mendaftarkan lebih banyak pemuda-pemudi supaya mereka boleh mengundi dalam pilihan raya yang akan datang.

Akan tetapi kebelakangan ini kita menghadapi satu masalah, secara tiba-tibanya SPR tidak mengizinkan parti politik untuk menghantar wakil mereka untuk menjadi penolong pendaftar politik. Jadi saya hendak tanya pandangan daripada Yang Berhormat Menteri kita, apa sebabnya parti politik sekarang tidak boleh menghantar wakil ahli mereka untuk menjadi penolong pendaftar politik. Ini kerana ini satu perkhidmatan yang percuma, bantuan daripada parti politik yang percuma. Bukan sahaja DAP boleh hantar wakil kita untuk menjadi penolong pendaftar politik tetapi UMNO, MCA atau rakan semua parti boleh buat kerja ini. Ini usaha daripada semua parti untuk mendaftarkan sebanyak mungkin pemuda- pemudi untuk menjadi pemilih dalam pilihan raya umum.

Jadi saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri dan saya harap bahawa dalam tempoh masa yang pendek ini kita bolehlah biar ini parti politik untuk menghantar wakil mereka untuk menjadi penolong pendaftar lagi. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 5:10 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya sebelum ini saya telah pun ada menanya beberapa kali soalan mengenai status penolong pendaftar pengundi lantikan parti politik. Tahun lepas, jawapan yang saya dapat daripada pihak kerajaan, SPR masih lagi mengkaji mekanisme untuk mendaftar pemilih yang baru.

Akan tetapi tahun ini jawapan yang saya terima, di mana sebenarnya apa yang saya lihat sebenarnya pihak kementerian telah pun membuat keputusan untuk tidak lagi melantik wakil parti politik untuk mendaftar pengundi baru. Cuma dalam perkara ini, sebenarnya saya cuma ingin hendak menyeru kepada pihak kerajaan agar membenarkan semua parti politik untuk sama-sama kita menambahkan bilangan pengundi.

Ini kerana apa yang orang awam, persepsi orang awam adalah kalau kita tidak membenarkan parti-parti politik untuk membuat pendaftaran pemilih baru ini, seolah- olahnya pihak kerajaan sengaja cuba menyukarkan anak-anak muda kita untuk mendaftar sebagai pengundi. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri jikalau kita membenarkan pendaftaran secara automatik kepada semua yang telah pun layak untuk menjadi pengundi? Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang sama.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, pada minggu yang lepas telah berlaku satu pertemuan antara SPR dengan pihak kerajaan negeri di mana telah diberitahu bahawa mulai daripada sekarang, penolong pendaftar pengundi itu hanya boleh dilakukan, boleh diberikan kuasa kepada ahli JKKK sama ada JKKK Negeri ataupun JKKK Persekutuan.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sama ada ini adalah sebuah dasar baru daripada SPR? Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih sahabat-sahabat saya dari Kulai, Rasah dan juga daripada Jelutong. Sebenarnya saya telah menjawab soalan yang lebih kurang sama oleh sahabat saya daripada Seputeh. Saya percaya Tuan Yang di- Pertua, dua minggu lepas. Saya akan beri jawapan yang secara bertulis kepada soalan yang ditimbulkan oleh sahabat-sahabat saya dari Kulai, Rasah dan juga Jelutong.

Akan tetapi sebagai tambahan, ingin saya nyatakan bahawa Yang Berhormat Rasah juga telah dalam perbahasan menyatakan tentang cadangan supaya parti-parti politik dibenarkan melantik penolong pendaftar pemilih seperti sebelum ini bagi meningkatkan lagi pendaftaran pemilih dan ia dibenarkan semula seperti yang berlaku sebelum PRU Ke-13.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada kajian terhadap kaedah dan prosedur pendaftaran berkaitan penolong pendaftar pemilih di kalangan wakil parti politik, SPR berpendapat tiada keperluan untuk meneruskan pelantikan tersebut, pelantikan baru penolong pendaftar pemilih tersebut. Walau bagaimanapun, mana-mana penolong pendaftar pemilih tersebut yang masih sah pelantikannya boleh membuat pendaftaran baru sehingga tempoh pelantikannya tamat. Sehingga bulan Oktober 2015, penolong pendaftar pemilih di kalangan wakil-wakil parti politik yang masih sah pelantikannya adalah sebanyak 49 orang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh SPR untuk menarik lebih ramai warganegara untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Ini termasuklah menyediakan kaunter pendaftaran pemilih dan pameran di pusat membeli- belah, pusat rekreasi, kawasan penempatan penduduk, institut pengajian tinggi awam dan pusat-pusat latihan yang berkaitan.

SPR juga sentiasa terbuka untuk menerima jemputan untuk menyediakan kaunter pendaftaran pemilih dan pameran sekiranya terdapat jemputan bagi penganjuran program- program yang berkaitan. SPR telah mengadakan pelbagai aktiviti kesedaran dengan lebih berkesan termasuk menggunakan pelbagai saluran media dan juga melalui program turun padang- outreach.

final • 5:10 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

SPR juga akan mula menjalankan pendekatan pendaftaran pemilih secara bergerak, mobile dengan menggunakan kenderaan caravan. Dengan adanya kemudahan caravan tersebut, ia akan memberi peluang kepada SPR untuk menjalankan program turun padang- outreach, dengan lebih agresif dan seterusnya memberi kemudahan kepada orang awam untuk mendaftar sebagai pemilih.

Selain itu, individu yang berhasrat untuk mendaftar sebagai pemilih boleh mengunjungi saluran-saluran pendaftaran lain seperti di kaunter pendaftaran pemilih di Ibu Pejabat SPR Putrajaya, pejabat-pejabat pilihan raya negeri, pejabat daerah dan tanah, pejabat pihak berkuasa tempatan dan pejabat-pejabat pos yang terpilih serta kaunter- kaunter bergerak SPR di seluruh negara.

final • 5:10 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 5:10 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Saya hendak tanya penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah rancangan kerajaan untuk menjadi satu automatic voters, tidak perlu pendaftaran bila seseorang itu mencapai umur 21? Kita sekarang sudah ada MyKad yang amat pintar, apa-apa maklumat data boleh masuk pada MyKad tersebut dan ini boleh dilakukan sekarang. Kenapakah kerajaan tidak mengambil langkah untuk menjadikan satu automatic registration?

final • 5:10 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Saya rasa ia akan memudahkan semua orang, tidak perlu registration. Apabila sudah mencapai umur terus menjadi seorang pemilih. Bukankah ini satu kaedah yang lebih cepat dan mudah untuk semua orang. Sebab ramai orang yang tidak mendaftar kerana mereka tidak ada masa untuk pergi berdaftar di pejabat pos atau SPR. Jadi saya rasa kerajaan perlu sekurang-kurangnya ada rancangan untuk melaksanakan satu automatic registration, tidak perlu pergi berdaftar untuk menjadi seorang pemilih. Bolehkah kerajaan memberikan satu penjelasan mengenai isu ini.

final • 5:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada mengatakan bahawa kajian telah pun diadakan. Jadi bolehkah saya minta daripada Yang Berhormat Menteri supaya kita mendapatkan laporan kajian tersebut, bagaimana persempadanan telah dibuat berdasarkan kajian yang telah pun dibuat. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Seputeh, manakah satu?

final • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang sedar Yang Berhormat Menteri telah pun menjawab soalan saya tetapi kalau mengikut jawapan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dua minggu lepas itu, sejak Pilihan Raya 2013 sehingga sekarang, SPR mendaftarkan 373,467 orang. Begitu kurang sekali tidak sampai setengah juta orang pun. Jadi ini semua menunjukkan kegagalan SPR daripada segi pendaftaran pengundi baru. Adakah ini strategi bagi Barisan Nasional hendak menang PRU yang akan datang dengan tidak mendaftarkan orang muda untuk menjadi pendaftar baru?

final • 5:20 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri, boleh ya? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya telah berjumpa dengan Pengarah SPR Negeri Perak beberapa minggu yang lepas dan Pengarah SPR Negeri Perak sendiri telah mengaku bahawa selepas PRU-13 pendaftaran memang terlalu rendah. Dia sendiri mengaku bahawa dahulu apabila penolong-penolong pendaftar daripada parti politik membuat kerja-kerja ini jumlahnya adalah cukup banyak dan mereka juga merasakan bahawa polisi dahulu perlu dikembalikan. Melantik Penolong-penolong Pendaftar daripada parti-parti politik. Saya juga tidak faham apakah rasionalnya, kenapa SPR telah membuat keputusan untuk tidak melantik penolong-penolong pendaftar daripada parti politik, mesti ada sebab tertentu. Kerja untuk membuat pendaftaran pemilih baru ini bukannya susah.

Saya rasa parti-parti politik ini memang layak membuat kerja yang mudah. Kenapakah pula perkara ini perlu dihentikan? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Menteri, cuma sedikit komen dan juga pandangan. Sebenarnya memang pihak SPR ada mewujudkan Program Outreach mereka. Sebenarnya pejabat saya sendiri pernah menjemput SPR untuk mengadakan kaunter. Cuma kalau dahulu ketika parti politik dibenarkan untuk melantik penolong pendaftar, pada masa itu a kami boleh membuat dengan lebih agresif di pasar malam. Kita boleh buat setiap minggu di semua pasar malam di kawasan-kawasan kami. Cuma dengan Program Outreach dari SPR, daripada segi anggota mereka memang tidak mencukupi mungkin satu bulan hanya boleh buat sekali atau dua kali di dalam pasar raya. Jadi saya hanya ingin memohon Yang Berhormat Menteri supaya mengkaji semula keputusan yang telah pun dibuat oleh pihak SPR.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih sahabat-sahabat saya tentang soalan-soalan yang ditimbulkan. Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua kalau saya hendak menjawab tentang SPR, saya memohon sahabat-sahabat saya berfikiran terbuka.

Kalau saya hendak menjawab tentang SPR, mereka melihat seolah-olah macam kata sahabat-sahabat bahawa kononnya Barisan Nasional mempunyai agenda tersirat kah, tersurat, bagi saya macam mana saya hendak jawab sebab kita tidak boleh ada, dengan izin, precocious mind. SPR adalah sebuah suruhanjaya bebas. Tidak ada Menteri yang menjaga SPR.

Saya hanya menjawab bagi pihak SPR. Jadi saya hendak minta sahabat-sahabat saya terutama parti pembangkang menerima hakikat kalau betullah SPR tidak telus, mereka tidak akan berada dalam Dewan pada hari ini sebagai wakil rakyat. Mereka menang kerana SPR telus. Mereka menang kerana telus. Jadi kalau saya hendak jawab jangan kononnya, dengan izin, precocious thinking, Tuan Yang di-Pertua.

Saya sudah cakap dari tadi, kita terangkan tentang apa yang diberi kenyataan oleh SPR. Berkenaan tentang undi automatik yang disebutkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Ipoh Timur. Memang ada negara undi automatik ada negara tidak. Akan tetapi perkara ini saya dimaklumkan bahawa ia memerlukan beberapa pindaan kepada undang- undang dan beberapa implikasi yang mana memerlukan kajian lebih lanjut. Jadi pada sekarang ini kalau Yang Berhormat tanya saya memang kita tidak boleh jawab tetapi saya boleh minta daripada SPR, apakah respons ataupun komen SPR kepada isu tentang apa yang disebut sebagai pengundi secara automatik?

Kemudian tentang yang kita sebut pada hari ini di mana, Yang Berhormat Stampin dan Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Stampin meminta tentang kajian di mana saya kata kajian telah dibuat. Saya kata inshaaAllah, saya boleh berbincang dengan SPR supaya laporan kajian itu diberikan. Akan tetapi daripada segi Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Batu Gajah dan juga Yang Berhormat Rasah- memang kita mengatakan bahawa apabila adanya wakil-wakil politik yang membantu daripada segi sebagai penolong pendaftar pemilih, saya beritahu tadi bahawa setakat ini ada 49 orang yang mana masa mereka belum expired lagi, dengan izin. Akan tetapi dalam perkara ini, tidak ada langsung halangan bagi setiap rakyat yang mempunyai niat dan tanggungjawab kenegaraan mereka sebagai warganegara Malaysia untuk mendaftar sebagai pemilih. Tidak ada dasar menghalang.

Apabila saya sebut tadi bahawa SPR mewujudkan beberapa pendekatan yang lebih proaktif dan moden iaitu mempunyai mobile centre, tempat untuk mendaftar sebagai- tempat pusat membeli belah, pusat rekreasi, penempatan penduduk, institut pengajian tinggi, pusat latihan...

final • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Menyampuk]

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Setakat ini saya dimaklumkan juga mereka mempunyai tempat-tempat seperti di pejabat pos, pejabat SPR. Jadi dalam perkara ini saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tanya soalan kita hendak jawapan. Akan tetapi kalau kita tanya soalan, jawapan diberikan tetapi kita masih syak wasangka dengan jawapan, jangan tanya soalan. Saya pun tidak mahu jawab. Sekarang ini dalam Dewan ini, semua yang memberikan jawapan mesti memberikan jawapan yang telus, we must be honest dalam Dewan. Akan tetapi kalau wakil kerajaan menjawab, pembangkang tidak mahu terima, jangan tanya. Buat apa kita hendak jawab? Semua salah. Kenapakah hendak tanya?

final • 5:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Jangan tanya. Inilah masalah pembangkang, semuanya niat jahat. Kononnya kerajaan jahat, SPR jahat. Kalau kita jahat, tidak menanglah Yang Berhormat Seputeh. Tidak menanglah Yang Berhormat Stampin.

Tidak menanglah Yang Berhormat Rasah. Jadi tolong jangan terlampau emosi dalam isu SPR sedangkan SPR ialah suruhanjaya yang bebas.

final • 5:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Jadi saya rasa itu sahaja saya hendak cakap...

final • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Itu jawapan saya. Sahabat-sahabat saya tidak bersetuju tidak apalah.

final • 5:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Menteri...

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Akan tetapi jawapan saya daripada SPR itulah jawapan mereka.

final • 5:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

...Kami bukan tidak bersetuju, kami cuma ingin membantu...

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Saya menjawab Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

...Menambahkan bilangan pemilih sahaja Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

...Banyak lagi saya hendak jawab. Saya kata tidak ada masalah, saya boleh jawab. Sampai esok pun saya boleh jawab.

final • 5:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

...Janganlah terlalu sensitif Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

...Akan tetapi, you must have positive mind. You must be positive. Tidak adanya undang-undang yang menghalang sesiapa pada umur untuk mengundi untuk mendaftar dengan SPR.

final • 5:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Tidak, saya rasa...

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

...Ia ada banyak agensi bawah pusat membeli belah, kemudian dia membantu proaktif. Hanya kerana wakil parti politik tidak boleh membantu sebagai penolong kepada pemilih, both ways on opposition party, BN party pun tidak boleh.

final • 5:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Maknanya SPR menjalankan pendekatan yang telus. Jadi saya rasa perkara ini kalau kita tanya soalan, itu jawapan SPR, it’s up to you to accept or not to accept.

final • 5:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Saya tidak tahu Tuan Yang di-Pertua.

Hendak saya duduk kah atau hendak saya sambung?

final • 5:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Macam mana saya hendak menjawab?

final • 5:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

...Sedikit lagi sahaja Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Macam mana saya nak jawab?

final • 5:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

...Sedikit lagi.

final • 5:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat...

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

That this answer by SPR, macam mana saya hendak jawab? Tuan Yang di-Pertua macam mana jawab?

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila duduk, duduk. Ahli Yang Berhormat jangan berdiri, duduk dahulu.

final • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...Ini jawapan dia? Ini SPR tidak buat kerja.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebenarnya, saya tidak tahu lagi macam mana apa yang harus saya buat. SPR buat kerja, bilang tidak buat kerja. Speaker buat kerja, bilang tidak adil buat kerja. Itu sebab kenapa sistem kita Ahli-ahli Yang Berhormat dinamakan demokrasi. Kita boleh berbeza pendapat tetapi kita harus menghormati pendapat orang lain.

final • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu sebab kenapa dalam Peraturan Mesyuarat mengatakan bahawa jangan membuat sangkaan jahat. Saya dengar apa Yang Berhormat Seputeh punya soalan iaitu kenapa tidak SPR buat begini adalah kerana memberikan advantage kepada Barisan Nasional, sudah sangkaan jahat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Tadi jawapan Yang Berhormat Menteri saya dengar juga, bahawa parti lain pun daripada Barisan Nasional tidak juga membantu kerana itu yang dikehendaki...

final • 5:20 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, itulah keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang menjadi suruhanjaya.

final • 5:30 PM

Seorang Ahli

Tidak telus, tidak adil.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu pendapat Yang Berhormat, tidak telus. Menteri sudah pun jawab. Jadi jangan lagi panjangkan. Jadi bermakna kempen lagi kuat-kuat waktu pilihan raya akan datang. Buatlah statement yang kuat-kuat mengatakan bahawa itu tidak telus.

Sila, Yang Berhormat Menteri. Teruskan.

final • 5:30 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, you enjoying disturbing the proceeding. Kamu senang dengan ini kerana kamu ingat itu adalah untuk kebaikan kamu.

Ada orang yang tidak suka itu.

final • 5:30 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Menteri, ada satu permintaan. Boleh atau tidak?

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, sila teruskan, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan. Kalau tidak payah mahu kasi laluan, jangan kasi laluan supaya saya boleh gunakan kuasa saya. Masa sudah tidak mengizinkan. Peraturan Mesyuarat 35(7) mengatakan Speaker boleh stop. Yang Berhormat Seputeh, kalau ada orang berhujah, jangan lagi buat komen-komen yang boleh kedengaran. Itu pun sudah mengganggu...

[Disampuk] Kadang-kadang saya tanya, faham. Kadang-kadang saya minta tolong. Itu pun kalau saya suruh duduk, “Yang Berhormat bolehkah duduk?” Bukan saya arah duduk. Saya tanya “Bolehkah.” Tolonglah. Sila, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Seterusnya, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu berkaitan dengan Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh; Yang Berhormat Shah Alam; Yang Berhormat Lumut; Yang Berhormat Lenggong; Yang Berhormat Kuala Terengganu; Yang Berhormat Bukit Katil; Yang Berhormat Kota Tinggi; Yang Berhormat Taiping; Yang Berhormat Pandan; Yang Berhormat Parit Buntar; Yang Berhormat Kapar; dan Yang Berhormat Langkawi.

Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Lumut telah meminta penjelasan berkaitan dengan peningkatan peruntukkan untuk Jabatan

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Perdana Menteri bagi tahun 2016 yang lebih tinggi berbanding kementerian-kementerian yang lain.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, peningkatan peruntukan ini berikutan penambahan untuk perbelanjaan pembangunan. Bagi tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2015, perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan adalah sebanyak RM13 bilion manakala untuk tahun 2016 anggaran peruntukan pembangunan adalah sebanyak RM14 bilion. Manakala peruntukan perbelanjaan mengurus yang diterima bagi tahun 2016 berkurangan sebanyak 0.69% berbanding peruntukan yang diterima pada tahun 2015.

Wajar saya maklumkan juga kepada Yang Berhormat sekalian bahawa peningkatan peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri ini juga berikutan pertambahan jumlah agensi di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri seperti Jabatan Pertahanan Awam dan Agensi Pengurusan Bencana Negara. Di samping itu, untuk makluman Ahli-ahli Dewan, kelulusan projek Lebuhraya Pan Borneo yang dulunya di bawah Kementerian Kerja Raya akan kini diselaraskan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, terdapat 92 buah jabatan ataupun agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan 57 buah jabatan; 10 buah badan berkanun Persekutuan; 13 buah syarikat; lima buah agensi pembangunan koridor; lima buah yayasan; dan dua buah pertubuhan antarabangsa. Antaranya adalah:

(i) Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia;

(ii) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia;

(iii) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;

(iv) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat;

(v) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia;

(vi) Jabatan Perkhidmatan Awam;

(vii) Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia;

(viii) Biro Tatanegara;

(ix) Jabatan Audit Negara;

(x) Parlimen Malaysia;

(xi) Jabatan Perangkaan;

(xii) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia;

(xiii) Jabatan Peguam Negara;

(xiv) Majlis Keselamatan Negara;

(xv) Istana Negara;

(xvi) Eastern Sabah Security Command;

(xvii) Unit Pemulihan Pasca Banjir; dan

(xviii) Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri ini memerlukan lebih banyak dana untuk beroperasi khususnya agensi yang terlibat dalam soal keselamatan dan bencana seperti APMM, MKN, ESSCOM, JPAM dan Unit Pemulihan Pasca Banjir. Lantas peningkatan peruntukkan untuk Jabatan Perdana Menteri adalah munasabah dan tidak patut dijadikan isu.

Yang Berhormat Pandan memohon penjelasan berkaitan dengan kerajaan yang membelanjakan kononnya RM40 juta bagi penggunaan dan penyelenggaraan pesawat rasmi kerajaan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat khasnya Ahli Yang Berhormat Pandan yang tidak ada di sini tetapi saya pun jawab, Tuan Yang di-Pertua. Perbelanjaan RM40 juta untuk pembinaan dan penyelenggaraan pesawat rasmi kerajaan adalah tidak tepat. Kos operasi dan penggunaan pesawat ACJ320 sejak Mei hingga Oktober 2015 adalah sebanyak RM10,612,439.55 yang melibatkan kos monthly firm fixed priced, cost over and

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

above and variable seperti kos minyak, catering, consumer boost dan kos ground handling, overflight navigation. Penggunaan pesawat eksekutif untuk kegunaan ketua kerajaan bukanlah sesuatu yang asing. Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Brunei, Indonesia, Qatar, UAE dan Bahrain juga menggunakan kemudahan yang sama bagi ketua- ketua negara dan kerajaan masing-masing.

Pesawat eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam bangun, Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam berdiri.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rujuk balik kepada jawapan berhubung dengan pertambahan bajet bagi Jabatan Perdana Menteri yang mana jawapan yang diberikan adalah atas sebab bertambahnya agensi-agensi dan bertambahnya keperluan untuk pembangunan yang di bawah jagaan Jabatan Perdana Menteri. Namun yang menjadi agak pelik, mengapakah semua agensi ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri itu sendiri?

Adakah ia atas sebab perasaan bahawa ini semua perlu diuruskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu sendiri sedangkan banyak daripada agensi-agensi ini boleh diletakkan di bawah kementerian-kementerian yang berkenaan seperti Kementerian Pengangkutan, Kementerian Dalam Negeri dan sebagainya? Menambahkan lagi kepelikan apabila dibandingkan dengan peruntukkan-peruntukkan kementerian-kementerian lain yang telah diturunkan hasil daripada bajet yang dikemukakan di mana bidang-bidang yang dianggap jauh lebih penting dan lebih utama untuk persoalan pembangunan negara, masa depan negara seperti pendidikan dan sebagainya telah dikurangkan.

Maka saya dapati bahawa, alasan dan jawapan yang diberikan ini satu alasan yang terlalu, minta maaf, dengan izin, terlalu superficial ataupun terlalu remeh sedangkan persoalan penyusunan bajet dengan priority dan aulawiyat yang lebih tepat perlu mengutamakan kementerian-kementerian yang seperti mana Kementerian Pendidikan dan sebagainya.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih sahabat saya daripada Shah Alam. Saya sebenarnya tidak tahu macam mana hendak jawab Yang Berhormat Shah Alam sebab orang macam Yang Berhormat Shah Alam ini cakap apa pun Yang Berhormat Shah Alam tidak akan percaya tetapi saya jawab sahajalah. Daripada segi kos itu...

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, ini bersangka buruk ini.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Saya jawab, saya jawab, saya jawablah.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, ini sangka buruk ini, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Saya hendak jawablah ini. Janganlah sensitif, Yang Berhormat Shah Alam. Memanglah sudah dekat pukul enam. Janganlah sensitif. Hendak cakap pasal jumlah bajet itu, saya rasa sahabat-sahabat saya daripada Kementerian Kewangan iaitu Menteri Kewangan II dan juga Timbalan Menteri Kewangan boleh jawablah daripada segi jumlah. Daripada segi peratusan perbelanjaan. Akan tetapi daripada segi penekanan saya tadi, Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut tadi tentang jumlah 92 buah jabatan dan agensi.

Yang Berhormat Shah Alam bertanya, kenapakah tidak boleh dimasukkan dalam kementerian-kementerian yang relevan? Yang Berhormat Shah Alam juga seolah-olah bersangka jahat. Seolah-olah kerana Perdana Menteri, semua dia hendak buat. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat Shah Alam, saya ingin menyatakan bahawa bila kita tengok agensi yang saya sebut tadi, kalau Tuan Yang di-Pertua mahu, saya boleh ulang lagi sekali. Antaranya 92 buah agensi; bersama 57 buah jabatan; 10 buah badan berkanun; 13 buah syarikat; lima buah agensi; lima buah yayasan; dan dua buah pertubuhan antarabangsa.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Bila kita tengok tentang suruhanjaya, suruhanjaya ini selalunya kita lihat di bawah Perlembagaan ini ditubuhkan atas kategori bebas. Itu suruhanjaya. Jadi kalau suruhanjaya itu dilihat sebagai kategori bebas, suruhanjaya ini bila diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, saya melihat ia sebagai satu pendekatan yang menyatakan ini adalah pendekatan- pendekatan yang dibuat oleh kerajaan supaya kita dapat memberikan keutamaan bagi perjalanan aktiviti-aktiviti jabatan, badan berkanun, syarikat dan juga agensi.

Saya boleh memberikan satu quote di sini, dengan izin. Petronas. Petronas ini di bawah Jabatan Perdana Menteri. Dilihat sebagai sebuah syarikat, dan Petronas ini boleh dilihat sebagai sebuah syarikat yang begitu gergasi. Dia syarikat, dengan izin, fortune 500 company, dengan izin. Sebuah syarikat yang memang pada tahap antarabangsa.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Kemudian kita tengok kepada kewujudan breakdown. Kita juga ada dalam aspek Malaysian Petroleum Resources Corporation. Kemudian kita ada Malaysian Nuclear Power Corporation, kemudian kita ada Malaysian Industry Government Group for High Technology

(MiGHT). Kemudian dilihat pula Talent Corporation, kemudian TERAJU, Unit Peneraju Agenda Bumiputera, kita tengok Amanah Raya Berhad, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), kita tengok Institut Integriti Malaysia, Yayasan Kajian Strategik Antarabangsa. Ini semua contoh syarikat. Kemudian dalam aspek badan berkanun.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Menteri...

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Apakah Yang Berhormat Shah Alam?...

Saya hendak jawab.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tak, pasal jawapan itu pun tidak berapa betul kerana semua itu since dahulu lagi ia di bawah Jabatan Perdana Menteri.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Saya tidak habis jawab, sabarlah sedikit Yang Berhormat Shah Alam, sabar. Jadi, jangan tanyalah kalau Yang Berhormat Shah Alam tak nak jawapan.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Itu hanya explain. Ia tidak menjawab persoalan yang dikemukakan.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Macam mana saya hendak menjawab kalau saya belum jawab.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Bahagian yang dah dijawab itu tidak menjawab.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Yang Berhormat Shah Alam, habis saya hendak jawab macam mana Yang Berhormat Shah Alam boleh kata saya tidak, itu Yang Berhormat punya masalah.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat. Apabila saya dengar jawapan dari Menteri, yang saya memahaminya ialah agensi-agensi kerajaan ini ditempatkan di bawah Jabatan Perdana Menteri kerana dianggap adalah sebagai agensi-agensi yang penting supaya Jabatan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri boleh memantau. Itu yang saya faham Yang Berhormat Menteri, apa yang dijelaskan tadi.

Begitu kan?

Saya boleh faham itu. Bermakna, ia agensi penting, itu sebab diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kalau ia diletakkan di kementerian lain, mungkin kalau ada tindakan yang dibuat secara mendadak ataupun menggunakan kuasa sebagai Perdana Menteri, lebih baik. Itu pengertian saya.

Jadi, bermakna bagi saya itu sudah jawapan yang memadai yang saya dengar.

Walaupun kamu nampak saya mengantuk-mengantuk dan macam tidak minat. Akan tetapi apabila pemikiran sudah tertutup kepada satu persoalan kerana kita mempunyai... [Dewan riuh] Ahli Yang Berhormat yang lain tolong diam. Akan tetapi apabila kita mengeluarkan satu soalan yang jawapan itu dalam kepala kita tetapi itu pula yang tidak dijawab selaras dengan apa yang kita expect, maka itulah makanya kita terpaksa berdiri lagi. Bukan itu cara Parlimen berbahas.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya perjelaskan? Agensi-agensi ini daripada dahulu sudah berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Maka, apabila semua kementerian lain dikurangkan, mengapakah hak yang Jabatan Perdana Menteri pula satu-satunya yang ditambah? Lainlah kalau ada satu perubahan di mana ditambahkan agensi-agensi yang baru yang mana sekiranya ia berlaku, maka apa sebab ia ditambah di bawah Jabatan Perdana Menteri? Sedangkan sebelum ini ia berada di kementerian-kementerian yang lain? Itu yang saya tanya. Itu yang dia tidak jawab. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Ini saya jawab. Pertama, Yang Berhormat Shah Alam tidak puas hati, tunggulah Yang Berhormat Shah Alam jadi Perdana Menteri.

Betul tak? Tunggu jadi Perdana Menteri, saya tidak boleh cakap apa. Kedua Tuan Yang di- Pertua, saya rasa tadi Yang Berhormat Shah Alam tidak dengar bahawa saya sebut tentang Pan Borneo Highway yang baru diwujudkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang dahulu daripada Kementerian Kerja Raya. Itu satu perkara yang cukup besar. Ini adalah prerogatif Perdana Menteri.

final • 5:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan, minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Biarlah saya jawab Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Menteri, sebut Pan Borneo Highway. Pan Borneo Highway hanya RM800 juta sahaja tetapi yang tambah ini satu perpuluhan lebih bilion. Apa-apa- it doesn’t make any logic. Pan Borneo Highway hanya RM800 juta sahaja.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bandar Kuching, duduk Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Ini masalah Yang Berhormat Bandar Kuching, Pan Borneo Highway itu highway, ia bukan tol. Ada orang ingat tol, ini masalahnya pasal semua confuse. Yang Berhormat Shah Alam bertanya, apa yang baru saya sebut.

Kemudian banjir yang mana Yang Berhormat Arau bertanggungjawab, itu perkara baru.

Saya sebut, kita jawab ada dua buah agensi yang baru diwujudkan. Kemudian kita tengok kepada aktiviti JPAM sebagai contoh, penambahannya banyak. Kalau dia tidak setuju dengan jawapan itu, tidak puas hati, hendak buat macam mana. Tunggulah jadi kerajaan.

Ini jawapan kerajaan hari ini hendak ambil, ambil. Tak nak ambil sudah.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri...

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, they can agree, but we have to agree to disagree. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, duduk dahulu Yang Berhormat Menteri. Ahli Yang Berhormat, macam yang dibuat oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tadi terus berdiri dan meminta penjelasan, itu melanggar peraturan mesyuarat. Kalaulah saya duduk sebelah sana kah, di belakang kah, kalau ada jabatan seperti begitu masuk di Perdana Menteri, saya akan tidak bangun untuk tanya. Oleh sebab melantik Menteri pun prerogatif dia.

Jabatan-jabatan yang kasi masuk dalam dia punya kementerian, itu perkara kecil. Melantik Menteri pun prerogatif Perdana Menteri.

Jadi, kalau saya soal yang sekecil begitu tidaklah saya ternampak. Saya akan diam.

Understood? It is understood. Perkara yang tidak perlu dijawab, understood? Prerogative over Perdana Menteri, what ministry comes under what, who holds the post, prerogatif- yang besar itu yang tidak dinampak. Apa yang kecil macam saya tidak tahu macam kuman itu yang dinampak. Selepas itu terganggu urusan. Sudah Yang Berhormat Shah Alam.

Menteri teruskan.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, yang besar kita nampak, yang RM2.6 bilion itu kita nampak Tuan Yang di-Pertua. Itu besar.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Ini niat jahat ini. Ini Yang Berhormat Shah Alam niat jahat. Yang Berhormat Kapar pula memohon penjelasan...

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, nanti dahulu Menteri. Ahli Yang Berhormat, dalam Parlimen ini bukan semua harus dipolitikkan. Itu maksud saya. Saya benarkan kamu

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

untuk berbahas tetapi ikut peraturan mesyuarat. Masing-masing kita ada tugas. Tugas saya duduk untuk mendengar. Kadang-kadang hujah Yang Berhormat itu kadang-kadang apabila saya balik masuk tandas, kadang-kadang saya mahu muntah.

final • 5:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, ini unparliamentary Tuan Yang di-Pertua. Unparliamentary. Mengatakan “hendak muntah”, ini macam menghina kami. Unparliamentary, tarik balik.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kalau saya belum lagi arah Yang Berhormat keluar, lebih baik Yang Berhormat duduk. Bermakna, cuma saya mengatakan bahawa saya dan Timbalan-timbalan saya mendengar. Kamu tidak kerana sewenang-wenang tadi tiga Ahli Yang Berhormat berdiri mengenai dengan soal satu perkara iaitu registration through the computer or registration dibantu oleh parti-parti. Tiga Ahli Yang Berhormat, selepas satu, satu, satu, soalan yang sama, repetitive. Peraturan Mesyuarat 43 pun kita benarkan.

Menteri sila.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Yang Berhormat Kapar memohon penjelasan berkaitan dengan jumlah OKU yang bertugas di bawah Jabatan Perdana Menteri pada ketika ini. Saya amat mengalu-alukan keprihatinan Yang Berhormat Kapar terhadap peranan warga OKU sebagai antara penyumbang kepada tenaga kerja negara.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pada ketika ini jumlah OKU yang bertugas di bawah JPM adalah seramai 147 orang. Yang Berhormat Kapar juga telah membangkitkan mengenai jumlah Menteri dan Timbalan Menteri yang terlalu ramai. Untuk maklumat Yang Berhormat Kapar, pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah di bawah prerogatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengikut keperluan.

Pembayaran gaji dan elaun Menteri adalah berdasarkan kepada Akta Saraan Ahli Parlimen, Akta 237. Maklumat tambahan akan disertakan.

Yang Berhormat Taiping telah membangkitkan mengenai pindaan OSA 1956 untuk memastikan ketulusan dan integriti kerajaan dipertingkatkan. Untuk maklumat Yang Berhormat, Official Secret Act 1956 telah digabung dengan enakmen dan Ordinan Rahsia Rasmi yang lain dan dibuat pindaan sesuai mengikut kehendak semasa.

Walau bagaimanapun, ia telah pun dimansuhkan dan diganti dengan Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta 88. Setakat ini Akta Rahsia Rasmi 1972 dapat membendung masalah berkaitan kebocoran atau ketirisan maklumat rahsia kerajaan. Di mana seseorang yang membocorkan maklumat rasmi atau rahsia rasmi kerajaan jika disabitkan kesalahan, maka boleh dikenakan hukuman penjara mandatori sehingga tujuh tahun.

Merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Taiping untuk meminda akta ini, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan pindaan mana-mana peruntukan dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun cadangan pindaan akta tersebut tetap dalam perhatian kerajaan bagi meningkatkan keberkesanan berkaitan kawalan maklumat rahsia rasmi kerajaan yang akan dibaca bersama arahan keselamatan.

Dalam hal ini, pelaksanaan ke arah pindaan Akta 88 memerlukan kajian menyeluruh bagi mengkaji kesesuaian setiap peruntukan supaya ia tidak akan meletakkan kerajaan dalam serba salah dengan mengambil kira konteks ketulusan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu berkaitan dengan Jabatan Audit Negara, khususnya Yang Berhormat Permatang Pauh yang mempersoalkan mengenai kelewatan pembentangan Laporan Audit Negara dengan saranan agar Laporan Audit dapat dibentangkan sebelum bajet mula 2017.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2016, Siri 1 Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti kementerian dan jabatan 2015 dijadualkan dibentangkan pada sesi Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Ke-13, bulan Jun 2016 iaitu sebelum Bajet 2017 dibentangkan pada Sesi Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat, bulan Oktober 2016. Seperti yang termaklum, LKAN telah dibentangkan tiga kali setahun bermula pada tahun 2013 pada setiap Sesi Parlimen bersidang. Laporan-laporan ini boleh digunakan sebagai rujukan bagi tujuan perbahasan Bajet.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Saya seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu berkaitan dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan iaitu Yang

final • 5:50 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Berhormat Taiping; Yang Berhormat Tasek Gelugor; Yang Berhormat Lawas; dan Yang Berhormat Kanowit.

Yang Berhormat Taiping telah memohon penjelasan mengenai perincian mengenai peruntukan RM309 juta untuk Projek Khas dan Projek Mesra Rakyat yang mendapat peruntukan sebanyak...

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, panjang lagi?

final • 5:50 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said

Saya rasa lagi dua perenggan saya habis.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey, terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Khas dan Projek Mesra Rakyat merupakan projek-projek kecil fizikal dan pembekalan yang disediakan oleh kerajaan sebagai supplement dan complement kepada peruntukan Rancangan Malaysia lima tahun. Ia digunakan untuk membiayai pelaksanaan projek-projek kecil fizikal seperti pembinaan menaik taraf jalan, jeti, jambatan, rumah-rumah ibadat, masjid, surau termasuk pembekalan peralatan.

Selain itu, ia juga digunakan untuk membiayai program-program kemasyarakatan, sukan dan sosial termasuk sumbangan kewangan kepada NGO. Projek-projek yang dilaksanakan projek touch point yang dapat memberi impak segera kepada peningkatan taraf hidup rakyat. Peruntukan di bawah Projek Khas dan Projek Mesra Rakyat diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Negeri dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU).

Dana fasilitasi pula merupakan pembiayaan insentif dalam bentuk geran yang disediakan oleh kerajaan bagi merancakkan lagi pelaburan swasta termasuk syarikat- syarikat swasta bumiputera di dalam negara. Misi dan objektif dana fasilitasi adalah untuk merangsang pelaburan swasta dalam bidang-bidang keutamaan, strategik dan berpotensi memberi impak yang signifikan kepada pembangunan ekonomi negara.

Antara projek-projek yang dipertimbangkan bantuan dana fasilitasi adalah meliputi bidang-bidang di bawah NKEA seperti minyak dan gas, perkilangan, pembuatan, pendidikan, kesihatan, pelancongan dan teknologi hijau. Dana fasilitasi juga digunakan bagi membiayai kos pengambilan tanah bagi projek yang melibatkan kerjasama awam swasta.

Dana ini diuruskan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri (UKAS JPM).

Kesimpulannya Tan Sri Speaker. Maaf, kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Doakan saya ya.

final • 5:50 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said

Ya?

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Doakan saya.

final • 5:50 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said

Doakan. Doakan bukan sahaja Tan Sri tetapi Tun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Memandangkan masa tidak mengizinkan, maka saya noktahkan ucapan penggulungan saya setakat ini. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Sebarang pertanyaan yang tidak sempat saya bentangkan akan saya jawab secara bertulis. Dengan ini saya simpulkan ucapan penggulungan peringkat dasar Belanjawan 2016 dan saya mengucapkan ribuan terima kasih.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ya, saya jemput Yang Berhormat Menteri daripada Jerai.

final • 5:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2016 di peringkat dasar yang menyentuh perkara-perkara berkaitan hal ehwal Islam. Saya telah meneliti semua isu yang dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran, dan cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin memberikan penjelasan mengenai isu persijilan halal. Yang Berhormat Parit Sulong meminta pencerahan apakah usaha-usaha JAKIM bagi mengatasi kelewatan pengeluaran Sijil Halal.

Sebagaimana penjelasan saya beberapa kali di Dewan yang mulia ini pada persidangan yang lalu, bahawa tempoh proses pengeluaran persijilan halal yang disasarkan dalam sesuatu permohonan adalah selama 30 hari bekerja daripada tarikh bayaran diterima dengan syarat bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dan tiada notis ketidakakuran semasa audit pematuhan dijalankan. Bagi mempercepatkan proses pensijilan halal, kerajaan turut menyediakan beberapa inisiatif dengan mekanisme-mekanisme berikut.

Pertamanya ialah pembangunan sistem Halal Verified Engine (HVE) iaitu sistem semakan sijil pengesahan halal bagi bahan ramuan kritikal yang diimport dari luar negara dan telah disahkan halal oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf. Sistem ini telah dibangunkan mulai tahun 2012. Sehingga kini, data sebanyak 97,574 jenis produk atau pun 28,674 buah sijil pengesahan halal boleh didapati daripada sistem berkenaan.

Kedua, pemprosesan segera iaitu kelulusan Sijil Halal dalam tempoh tujuh hari bekerja bagi pemohon pembaharuan tanpa pertukaran bahan ramuan atau pembekal dan bayaran persijilan halal dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja.

Ketiga. pemprosesan segera iaitu kelulusan Sijil Halal dalam tempoh tujuh hari bekerja bagi permohonan kontrak pengilangan OEM yang melibatkan produk sedia ada yang telah disahkan halal dan bayaran sijil persijilan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja.

Namun demikian, dalam kebanyakan kes permohonan yang terpaksa mengambil masa yang lama untuk diselesaikan adalah disebabkan faktor-faktor berikut:

(i) kurang kefahaman di pihak pemohon berkaitan prosedur permohonan persijilan halal Malaysia, standard Malaysia yang berkaitan, syarat-syarat dan keperluan persijilan;

(ii) pemohon membuat permohonan tanpa persediaan dan juga perancangan yang teratur; dan

(iii) tiada komitmen oleh pemohon untuk mengambil tindakan pembetulan, corrective action, dengan izin, terhadap notis ketidakakuran yang telah dikeluarkan semasa pemeriksaan dijalankan.

Peranan untuk membimbing pihak industri ini telah diberikan mandat oleh kerajaan kepada Halal Development Corporation atau pun HDC sebagai badan yang bertanggungjawab dalam pembangunan industri halal di negara ini.

Di samping itu, bagi memantapkan pengurusan dalam persijilan halal Malaysia, usaha-usaha berikut telah dirancang dan dilaksanakan iaitu, pertama, cadangan penstrukturan semula Bahagian Hab Halal JAKIM dengan mengambil kira penambahan kakitangan yang mahir dalam setiap bidang yang berkaitan dengan industri halal.

Penambahan tenaga kerja ini bukan sahaja yang mahir dalam aspek syariah malah termasuk juga terdiri daripada pegawai teknologi makanan dan pegawai sains yang berkemahiran.

Kedua, penubuhan Pusat Analisis Halal Malaysia, Malaysia Halal Analysis Center

(MyHAC) di Bandar Baru Enstek, Nilai, Negeri Sembilan yang akan beroperasi pada penghujung tahun 2015. Ia juga turut melibatkan pengambilan kakitangan yang berkemahiran dalam sains kimia serta teknologi makanan. Pusat Analisis Halal ini ialah bagi

final • 5:53 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom

menganalisa produk dan ramuan kritikal dalam proses persijilan halal dan JAKIM tidak lagi bergantung secara sepenuhnya kepada pihak ketiga bagi proses penganalisaan produk.

Mengenai kepakaran staf JAKIM, dimaklumkan bahawa mengikut prosedur persijilan halal Malaysia, setiap pemeriksaan bagi tujuan persijilan halal Malaysia dijalankan oleh sekurang-kurangnya dua orang pegawai iaitu seorang pegawai hal ehwal Islam dan seorang pegawai sains. Setiap pegawai yang dilantik sebagai pegawai pemeriksa oleh JAKIM dan JAIN atau Jabatan Agama Islam Negeri merupakan pegawai yang berkelayakan dan kompeten dalam menjalankan pemeriksaan persijilan halal Malaysia.

Setiap pegawai perlu melepasi satu tahap kompetensi yang ditetapkan sebelum layak menjalankan pemeriksaan persijilan halal Malaysia. Pegawai-pegawai ini telah dilatih dan didedahkan dalam semua aspek meliputi pengetahuan berkaitan syariah, teknologi pemprosesan dan pembuatan, analisa makmal dan perundangan yang berkaitan.

Ahli Yang Berhormat juga bertanya apakah bentuk pendidikan dan promosi yang dijalankan oleh JAKIM bagi mendidik keperluan pelbagai kaum agar memahami produk halal dan menjadikan produk halal sebagai way of life, dengan izin.

Suka dijelaskan bahawa persijilan halal yang dilaksanakan sekarang adalah berasaskan konsep halalan toyyiban yang merangkumi produk yang halal, bersih, selamat dan berkualiti. Konsep inilah yang telah menarik minat termasuk masyarakat non Muslim terhadap halal. Bukan sahaja untuk menjadi pengeluar malah turut menjadi pengguna produk yang dipersijilkan. Mengikut data pemegang sijil pengesahan halal Malaysia tahun 2014, sebanyak 71.6 peratus daripada jumlah pemegang sijil pengesahan halal Malaysia golongan non Muslim manakala 28.4 peratus golongan Muslim.

Sesungguhnya promosi dan kempen kesedaran persijilan halal Malaysia terus giat dijalankan oleh JAKIM bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dari semasa ke semasa.

final • 5:53 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom

Pelancaran kempen “Yakini Halal Malaysia” pada 22 Ogos 2015 yang lalu telah menyemarakkan lagi promosi persijilan halal. Ia diikuti dengan pelbagai kempen seluruh negara yang disertai oleh JAKIM. Antaranya oleh Mentari Halal Fest, Ekspo Halal Perlis, Karnival Halal Fest Selangor, Karnival Halal Toyyiban Kedah, Program Halal Fun Ride Putrajaya dan seminar Yakinilah Halal Malaysia di Kelantan. Pada tahun 2016, JAKIM telah mengatur pelan perancangan untuk mempergiatkan promosi dan kempen berkaitan halal Malaysia kepada semua masyarakat.

Selain itu, JAKIM juga menganjurkan kursus dan latihan persijilan halal bagi memberi bimbingan kepada pengusaha-pengusaha yang ingin mendapatkan sijil halal.

Kursus ini dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi pembimbing seperti mana MARA, HDC, SNI Malaysia, Urus Setia Khas Memperkasakan Usahawan India (SEED), Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME), Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), YaPEIM dan institusi pengajian tinggi (IPT). Di samping yang sama, promosi juga dibuat menerusi media-media cetak dan elektronik bagi mempromosikan persijilan halal.

final • 6:00 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Sila Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 6:00 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab Malaysia ini walaupun kita tidak lagi menerima untuk TPPA tetapi kita yakin dan percaya mungkin sama ada terima atau tidak, Wallahualam. Akan tetapi, apa persiapan yang dilakukan oleh pihak JAKIM di dalam menangani soal persijilan halal haram kerana kita tahu apabila TPPA ini dilaksanakan, sudah tentulah standard yang diguna pakai oleh pihak Amerika terutamanya, ia mempunyai kelainan. Adakah ini ia mempunyai piawai yang ditentukan oleh pihak JAKIM ini akan diguna pakai ataupun kita terpaksa mengguna pakai piawai yang dibuat oleh pihak Amerika ataupun dengan negara yang menandatangani TPPA ini. Minta penjelasan.

final • 6:00 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gantang berkaitan dengan Sijil Halal. Ia Sijil

final • 6:00 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom

Halal sahaja Yang Berhormat Bukit Gantang, ia bukan Sijil Halal- haram. Sijil haram tidak ada. Yang ada Sijil Halal sahaja yang dikeluarkan untuk semua barangan dan product, dengan izin, daripada negara kita dan juga negara luar. Berbalik kepada perkaitan persoalan TPPA, oleh sebab TPPA ini tidak termasuk lagi dalam apa yang dibentangkan sama ada diterima ataupun tidak.

Namun sebagai persiapan Yang Berhormat, untuk maklumat sebagai persiapan kalau berlaku dan sebagainya, di peringkat kita telah pun membincangkan bahawa di peringkat nasional dan juga di peringkat perbincangan kita mempertahankan bahawa apa sekali pun persetujuan untuk menerima, sijil halal kita ini adalah sebagai merupakan sebagai salah satu daripada faktor untuk tujuan menentukan. Lebih-lebih lagi dalam bentuk barangan-barangan yang bersifat makanan terutamanya yang berkaitan dengan daging dan sebagainya. Jadi maknanya dalam erti kata yang lain, pemudahannya ialah apabila berlaku sama ada perjanjian ataupun tidak, ini satu hal yang lain tetapi kita mengguna pakai piawai Malaysia sebagai kayu ukur bagi tujuan perkara-perkara berkaitan halal. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Panjang meminta penjelasan mengenai cadangan penambahbaikan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 165 Akta 355. Sesungguhnya usaha ke arah memartabatkan undang-undang syariah sentiasa menjadi keutamaan kerajaan selaras dengan fasal 1, Perkara 3, Perlembagaan negara yang memperuntukkan bahawa Islam agama bagi Persekutuan. Dalam hal ini, kerajaan dengan kerjasama negeri-negeri sentiasa berusaha bagi memastikan undang- undang syariah dapat dilaksanakan melalui cadangan untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah, menaik taraf sistem kehakiman syariah dan menyemak semula kedudukan Hakim-hakim Mahkamah Syariah.

Buat masa sekarang, kerajaan meneliti cadangan pindaan Akta 355 yang bertujuan untuk memperluaskan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah yang sedia ada ini. Ini adalah untuk memastikan cadangan pindaan pada Akta 355 tersebut dibuat secara teratur mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada isu berkaitan zakat...

final • 6:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Penjelasan sedikit.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 6:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Penelitian yang dibuat oleh kerajaan sebelum membawa pindaan-pindaan 355 ini, tentunya ada step-step nya. Apa tidak boleh Yang Berhormat Menteri pada hari ini menyatakan langkah-langkah yang akan dan sedang diambil peringkat demi peringkat, kelulusan pihak mana yang perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum ia dikemukakan ke Dewan ini untuk dibahaskan? Terima kasih.

final • 6:00 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Berkaitan dengan tahap-tahap perjalanan menjadi SOP kerajaan ataupun standard operation procedure yang harus dipatuhi selaku Kerajaan Persekutuan di mana hal yang berkaitan dengan agama mengikut Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan dan juga mengikut senarai negeri. Hal-hal agama adalah terletak di bawah kuasa negeri dan khususnya di bawah Sultan dan juga Raja-Raja negeri masing-masing dan kalau dalam konteks negara kita Malaysia, 9 buah negeri kecuali 5 buah negeri yang tidak mempunyai Sultan dan Raja iaitu Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Labuan dan juga Kuala Lumpur termasuk Melaka dan juga Sabah dan Sarawak. Ini di bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Jadi dalam konteks SOP, kerajaan haruslah mendapat yang pertama sekali ialah perkenan ataupun mendapat persetujuan di peringkat Majlis-Majlis Agama Islam negeri- negeri iaitu di mana setiap negeri harus diberikan penerangan, penjelasan dan juga untuk mendapat komen dan pandangan mereka untuk mendapat persetujuan. Biasanya dalam pengamalan ini, ada beberapa buah negeri yang dipengerusikan sendiri mesyuarat Majlis- majlis ini oleh Raja-Raja negeri masing-masing.

Selain daripada itu juga, bagi yang dipengerusikan oleh Raja Muda ataupun yang menjadi pengerusi pada masa tersebut akan menunggu perkenan dan kemudian memaklumkan. Barulah dibawa kepada peringkat Majlis Raja-Raja kemudiannya. Jadi ini

final • 6:00 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom

perjalanan sesuatu pindaan-pindaan yang berkaitan dengan hal yang berkaitan Mahkamah Syariah.

Selain daripada itu juga, saya merasakan bahawa pindaan 355 adalah merupakan pindaan yang, saya mengambil kesempatan ini untuk memberikan penjelasan mudah ialah perkara-perkara yang sedang berada dalam Mahkamah Syariah pada hari ini yang tidak melibatkan mana-mana pihak yang lain melainkan yang berkaitan dengan umat Islam sahaja. Jadi Pindaan 355 yang berkaitan dengan yang pertama sekali qazaf, kedua ialah minum arak, zina dan keempatnya yang berkaitan dengan murtad. Jadi keempat-empat perkara 355 ini ialah setelah sedia pun ada, telah pun berjalan dan cumanya apa yang memerlukan kepada pindaan ialah peningkatan daripada jumlah sebatan.

Kalau di sana ada sebatan yang telah ditetapkan maksimum kepada 6 kali rotan.

Maka kalau sekiranya ingin melihat dalam konteks ketepatan hukuman yang berkaitan syariah, kalau minum arak itu 40 ke-80 kali rotan. Maka pindaan perlu untuk tujuan keselarasan ini sesuai dengan kehendak syariah. Begitu juga dengan hal-hal yang lain dan sebat ini juga harus difahamkan kepada termasuk dalam Dewan iaitu ialah sebatan syariah, bukan sebatan sivil sebagaimana yang ada di luar sana tetapi ialah sebatan syariah yang tidak sampai kepada mencedera dan menyakitkan.

final • 6:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri, boleh ya. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya belum panggil lagi.

final • 6:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, boleh?

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Sepang.

final • 6:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang nampaknya memang mengidam jawatan Tuan Yang di-Pertua ini. Kita doakan.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya minta tarik baliklah.

final • 6:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, tarik baliklah.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sepang, kerana Yang Berhormat Sepang menyakitkan hati saya, saya tidak benarkan pencerahan.

final • 6:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya tarik balik.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Menteri. Saya tidak benarkan, saya tidak benarkan.

final • 6:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya tarik balik. Tadi Menteri yang kata doakan.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Duduk, saya tidak benarkan.

final • 6:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ala, takkan lah.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya tak benarkan. Sila Menteri.

final • 6:10 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya menyentuh soal berkaitan zakat, Yang Berhormat Kuala Krai menyarankan supaya pihak berkuasa agama negeri membenarkan dana zakat digunakan untuk membiayai sepenuhnya pendidikan sehingga pendidikan tinggi bagi anak-anak asnaf.

Sebagaimana Yang Berhormat yang sedia maklum, di bawah Bahagian I Senarai II Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan Hal Ehwal Agama Islam termasuklah urusan zakat, terletak di bawah bidang kuasa negeri yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Maka pelaksanaan aktiviti agihan zakat adalah mengikut dasar dan

final • 6:10 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

pertimbangan pihak berkuasa agama negeri masing-masing dan Kerajaan Persekutuan tidak boleh mencampuri urusan dalam pelaksanaan berkenaan.

Oleh itu, persoalan mengenai mekanisme pelaksanaan agihan zakat di negeri- negeri perlu dirujuk kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing. Kerajaan negeri sentiasa mengambil tindakan terbaik bagi mengendalikan dan meningkatkan perkhidmatan pengurusan zakat masing-masing terutamanya dalam aspek agihan kepada mereka yang berhak.

Tuan Yang di-Pertua, salah satunya isu berkaitan Lembaga Tabung Haji. Yang Berhormat Tanah Merah berharap supaya Tabung Haji mengadakan rundingan secepat mungkin dengan Kerajaan Arab Saudi bagi memastikan pampasan kepada keluarga dan waris berikutan insiden kren yang tumbang dapat dilaksanakan. Sebagaimana jawapan saya semasa pertanyaan lisan di Dewan yang mulia ini pada 21 Oktober lalu bahawa kerajaan khususnya pihak Tabung Haji membuat susulan berkenaan pampasan seperti mana yang diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi mewakili waris-waris mangsa terkorban dan tercedera demi kebajikan dan kepentingan mereka. Dimaklumkan juga senarai nama semua mangsa terkorban dan tercedera telah diserahkan oleh kerajaan kepada Kerajaan Arab Saudi. Kini kerajaan masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak Kerajaan Arab Saudi mengenai mekanisme pembayaran pampasan dan bantuan tersebut.

Ahli Yang Berhormat juga mencadangkan supaya dibenarkan pencarum KWSP menggunakan Akaun 2 sepenuhnya untuk menunaikan haji. Tabung Haji mengalu-alukan cadangan tersebut namun pelaksanaan cadangan ini adalah tertakluk kepada KWSP.

Dalam kesempatan ini ingin saya jelaskan bahawa semenjak 2012, Tabung Haji bekerjasama dengan KWSP dalam melaksanakan pendaftaran haji ahli KWSP. Inisiatif ini merupakan suatu kemudahan yang membolehkan seseorang pencarum beragama Islam yang mempunyai caruman Akaun 1 KWSP sekurang-kurangnya RM1,300 membuat pendaftaran haji tanpa perlu mendepositkan simpanan minimum RM1,300 dalam akaun Tabung Haji. Pencarum hanya perlu hadir di mana-mana cawangan Tabung Haji, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa kad pengenalan, MyKad dan penyata ahli KWSP. Kemudahan ini dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan giliran menunaikan haji sahaja bukannya untuk tujuan pengeluaran caruman.

Sebagai tambahan kepada inisiatif tersebut, mulai tahun 2013 pihak KWSP membenarkan para pencarumnya yang telah terpilih dan memperoleh surat tawaran menunaikan haji pada tahun semasa dapat mengeluarkan caruman hingga maksimum RM3,000 daripada Akaun 2 KWSP bagi tujuan mencukupkan bayaran haji mereka. Para pencarum perlu membawa surat tawaran menunaikan haji kepada pihak KWSP semasa membuat permohonan pengeluaran. Pihak KWSP akan membuat pembayaran terus kepada Tabung Haji bagi mengelak sebarang penyalahgunaan wang tersebut oleh para pencarum. Walau bagaimanapun, inisiatif berkenaan pengeluaran caruman KWSP untuk menunaikan haji adalah tertakluk kepada bidang kuasa dan peraturan semasa KWSP. Bagi Tabung Haji, cadangan di atas adalah disokong dengan syarat diluluskan oleh pihak KWSP.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab. Mana-mana yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri khususnya agensi-agensi yang berkaitan. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Menteri daripada Ahli Parlimen Pensiangan. Setengah jam Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Kurang daripada itu, Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih. Kalau lebih setengah jam, saya berhentikan ya.

final • 6:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Setuju Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ini kuasa Speaker.

final • 6:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya tegur di sebelah sini [Merujuk kepada blok pembangkang] dan saya tegur di sebelah sini.

[Merujuk kepada blok penyokong kerajaan] . Okey, sila.

final • 6:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah yang membangkitkan isu perkauman yang menjadi permainan politik pelbagai pihak. Yang Berhormat, untuk makluman, adalah menjadi aspirasi dan harapan kerajaan agar setiap warganegara Malaysia keseluruhannya hidup dalam suasana mesra, bersatu padu, bekerjasama dan saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang sosioekonomi.

Izinkan saya untuk memetik titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tunku Abdul Halim Mua’dzam Shah sempena Hari Keputeraan Baginda yang menyatakan bahawa, “Rakyat perlu mempertahankan kestabilan dan perpaduan negara bagi memastikan negara terus mengecap kemajuan dan kemakmuran berterusan. Jika memilih untuk berbalah dan berpecah hanya untuk kepentingan masing-masing, di akhirnya nanti tiada siapa yang untung. Oleh itu kita wajib bersyukur ke hadrat Allah kerana negara kita masih dikurniakan keamanan dan kemakmuran.” Seterusnya saya juga ingin memetikkan kata-kata Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di mana beliau berkata, “Setiap kita harus hormat hak dan perasaan masing-masing, bertolak ansur dengan agama orang lain, adat dan tabiat kerana menerusi kepelbagaian itu kita boleh mendapatkan perpaduan yang sebenar”.

Ketiga, yang saya ingin memetikkan di sini ialah ungkapan Tun Abdul Razak di mana beliau berkata, *“Rukun Negara kita memberi jaminan mengekalkan tradisi-tradisi kebudayaan yang pelbagai corak di mana anggota-anggotanya bebas untuk mengamalkan tradisi agama dan adat resam masing-masing. Tujuan kita pada akhirnya ialah membina satu masyarakat yang progresif dan yang bergerak maju selaras dengan kemajuan sains dan teknologi.

Tanpa amalan, Rukun Negara akan menjadi secebis surat dokumen yang tidak mempunyai makna.”* Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, setiap kita, setiap rakyat seharusnya sentiasa mengingati saranan oleh pemimpin terdahulu. Dengan jelas bahawa mereka mahukan keharmonian dan perpaduan yang telah wujud ini terus dikekalkan. Namun terdapat pelbagai pihak yang cuba mencetuskan perasaan tidak harmoni di kalangan rakyat. Keadaan ini amat membimbangkan kerana jika tidak dibendung, ia boleh menjurus kepada perpecahan dan ketegangan yang boleh memudaratkan negara.

Sehubungan itu, ideologi nasional iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara seharusnya menjadi pegangan utama bagi semua rakyat, semua warganegara dalam usaha mewujudkan perasaan saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasan kaum lain. Di dalam memelihara hubungan kaum dan perpaduan di negara ini kita semua termasuklah ahli-ahli politik, sebelah sini atau sebalah sana sewajarnya tidak menjadi wira atau hero dalam memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum masing-masing. Dengan izin, tidak mementingkan sesuatu kaum masing-masing, at the expense of destroying our precious unity with we have built so far.

final • 6:14 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Kita semua ahli politik perlu lebih bersikap rasional dan profesional dalam membantu kerajaan untuk membangun negara. Kelompok-kelompok tertentu tidak sewajarnya bersikap negatif dan meniupkan api perkauman, walaupun kewujudan parti- parti politik di negara ini berasaskan kaum. Perkara utama yang sepatutnya jadi perhatian adalah bagaimana untuk menyeimbangkan kehidupan dan sosioekonomi semua kaum yang ada di negara ini.

Prinsip penerimaan dan keadilan sosial yang diperkenalkan melalui Gagasan 1Malaysia itu sewajarnya dijadikan sebagai salah satu asas untuk memajukan semua kaum secara adil dan saksama. Sekiranya semua pihak bekerjasama dalam perkara ini, saya percaya bahawa keyakinan rakyat akan terus utuh terhadap kerajaan dan pemimpin-

final • 6:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

pemimpin untuk mengukuhkan perpaduan dan keharmonian nasional dalam usaha mencapai negara maju Wawasan 2020.

Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk menterjemahkan perpaduan nasional bukanlah kerja sehari dua, tetapi memerlukan kesungguhan yang berterusan tanpa noktah oleh setiap rakyat khususnya pemimpin-pemimpin politik. Dengan itu saya bersetuju dengan saranan Yang Berhormat Batu Gajah, agar semua pemimpin menghormati supaya tidak membangkitkan isu-isu perkauman yang boleh mewujudkan kegelisahan rakyat dalam usaha memperkukuhkan perpaduan nasional. Sekian, terima kasih.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri daripada Arau. Saya bagi masa satu jam sahaja. Lebih satu jam, jawapan bertulis. Kalau berdegil-degil juga diminta berehatlah.

[Ketawa]

final • 6:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Hentilah kamu sebelum kamu dihentikan. Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2016 peringkat dasar yang menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). Kita ucap terima kasih atas pandangan, teguran dan saranan daripada Ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lahad Datu ingin penjelasan mengenai melalui Ops Gasak untuk membanteras masalah pendatang tanpa izin di bawah kuasa ESSCOM dan PDRM. Berapakah jumlah tangkapan yang telah dilakukan dan adakah tangkapan ini tidak dapat memasuki negara kita apabila dihantar pulang ke negara mereka.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tahun 2015, pihak ESSCOM telah melaksanakan sebanyak enam Operasi Gasak dalam skala yang besar dengan melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa persekutuan dan negeri seperti PDRM, Jabatan Kastam, imigresen, Jabatan Hutan, Sabah Electricity, Jabatan Bekalan Air, pejabat daerah dan juga majlis daerah. Melalui operasi-operasi tersebut, sebanyak 6,406 orang telah diperiksa.

Hasilnya, 1,118 orang telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut dan sebanyak 328 orang telah ditangkap dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk proses dokumentasi sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka.

Yang Berhormat Keningau mencadangkan isu keselamatan termasuk kawasan ESSCOM di Sabah perlu ditambah kekuatan aset darat, udara dan laut, peralatan teknologi maklumat yang canggih hendak ditambah. Yang Berhormat Batu Sapi mencadangkan supaya mempertingkatkan kekuatan dan kelengkapan ESSZONE bagi mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah, sekali gus meningkatkan ekonomi termasuk industri pelancongan. Yang Berhormat Simpang Renggam mencadangkan supaya agensi-agensi yang menjaga sempadan negara seperti ESSCOM perlu diperkukuhkan. Penerangan bajet pada pertahanan di dalam Bajet 2016 perlu diberikan justifikasi sewajarnya.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebanyak 11 inisiatif telah dilaksanakan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sehingga 11 Ogos lalu dalam usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan tersebut. Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) menguatkuasakan perintah berkurung di tujuh daerah dalam kawasan ESSZONE;

(ii) membina kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Beluran;

(iii) membina pangkalan maritim bagi APMM di Semporna;

(iv) menambah bilangan kenderaan utiliti pelbagai guna;

(v) menambah peralatan operasi ESSCOM dan agensi-agensi pasukan keselamatan lain di ESSZONE;

(vi) meningkatkan kapasiti radar;

final • 6:22 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

(vii) mempertingkatkan jumlah anggota keselamatan di kawasan ESSZONE;

(viii) mempertingkatkan kehadiran anggota keselamatan ESSCOM di sepanjang perairan ESSZONE;

(ix) mewujudkan pangkalan-pangkalan operasi hadapan seperti sea basing dan mother ships di lokasi-lokasi strategik bagi mempertingkatkan kehadiran pengawasan dan juga respons; (x) memperoleh kelengkapan dan teknologi seperti sistem pengawasan radar UAV dan penggunaan teknologi satelit dalam mewujudkan kesedaran persekitaran menyeluruh, complete domain awareness. Dalam Bajet 2016, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM523 juta bagi memperkemaskan aset dan teknologi ketenteraan serta untuk membangunkan kem Tentera Darat briged ESSCOM di FELDA Sahabat, Lahad Datu Sabah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil daripada predictive intelligence yang telah dilaksanakan oleh ESSCOM juga telah berjaya menggagalkan sebanyak sembilan cubaan menculik yang telah dirancang oleh penjenayah rentas sempadan sehingga kini.

Walau bagaimanapun, bagi memperkukuhkan lagi keberkesanan usaha menjamin keselamatan kawasan pantai timur Sabah, komitmen dan penglibatan semua pihak termasuk komuniti ESSZONE dan pihak berkuasa Filipina adalah sangat diperlukan.

Kerajaan sedang berusaha untuk mewujudkan platform bagi membincangkan kerjasama ini bersama dengan Kerajaan Filipina.

Agensi Pengurusan Bencana Negara. Saya akan cuba habis di luar jangkaan pada hari ini. Yang Berhormat Kuala Krai membangkitkan berkenaan dengan pembinaan rumah bagi mangsa banjir di Kuala Krai yang lewat disiapkan. Tuan Yang di-Pertua, sehingga 28 Oktober 2015, Kerajaan Persekutuan telah mengenal pasti sebanyak 928 unit rumah kekal baru yang perlu dibina untuk mangsa-mangsa banjir di jajahan Kuala Krai. Setiap pembinaan rumah-rumah berkenaan adalah seperti berikut:

(i) 175 unit telah siap sudah diserahkan kepada mangsa yang layak;

(ii) 11 unit rumah transit yang dibina oleh NGO telah siap dinaiktarafkan kepada RKB dan telah diserahkan kepada mangsa yang layak;

(iii) 205 unit dalam peringkat pembinaan dan semuanya dijangka siap dalam bulan Disember 2015;

(iv) 118 unit masih dalam siasatan untuk menentukan kelayakan.

Walau bagaimanapun ,tapak untuk pembinaan unit-unit ini telah disediakan.

final • 6:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Seremban bangun.

final • 6:22 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat Seremban, ini Kuala Krailah. Bolehlah juga.

final • 6:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Seremban.

final • 6:22 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan kepada Menteri bencana. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri ...

final • 6:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, janganlah keluar perkataan begitu. Tadi sudah ditegur.

final • 6:22 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Bukan, bukan. Menteri menjaga bencana sebab Yang Berhormat Bagan Datok cakap tadi. Saya hendak tanya sebab angka-angka ini, saya rasa tiap-tiap hari ada jawapan yang berlainan. Semalam, hari Isnin saya ada soalan daripada Yang Berhormat Arau tetapi dijawab oleh Yang Berhormat Batang Sadong.

Ini angka bagi berlainan. Dikatakan setakat 28 Oktober, Kerajaan Persekutuan akan membina 1,123 unit rumah kekal baru di Kelantan, tadi kata 900 lebih. Di sini kata sehingga

final • 6:22 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

kini sebanyak 183 unit RKB yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan telah siap dan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir yang layak, tadi kata 127. Jadi, mana angka yang betul? Tiap-tiap hari angka yang berlainan. Saya hendak tanya ini, penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, mengapa angka rumah kekal baru walaupun sudah satu tahun, hampir satu tahun banjir ini berlalu, setakat hari ini Kerajaan Persekutuan masih tidak dapat kenal pasti berapa sebenarnya rumah yang terlibat dan berapa rumah yang akan dibina itu. Jadi, mohon penjelasan dengan sejelas-jelasnya. Terima kasih.

final • 6:22 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat Seremban ini kawan saya, tetapi hari ini saya kena taruk sedikit. Yang Berhormat saya baca tadi, kalau Yang Berhormat dengar betul-betul saya baca Kelantan ke Kuala Krai? Saya baca Kuala Krai tadi. Yang kelmarin dijawab oleh Yang Berhormat Batang Sadong, Kelantan, ini Kuala Krai Yang Berhormat. Kasihan, kasihan. Tidak sempat hendak dengar habis.

[Ketawa] Angka ini tidak berubah. Kecuali sekejap lagi saya akan sebut tentang ada sedikit angka yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan yang juga Pengerusi bersama pengurusan banjir di Kelantan di mana angka untuk mereka yang tinggal di PLKN dan yang tinggal di khemah. Sekarang saya maklumkan, tidak ada perbezaan di antara saya dengan Yang Berhormat Menteri. Cuma tadi saya sebut mereka akan ditempatkan di RKB seramai 14 keluarga. Saya akan sebutkan sekejap lagi Yang Berhormat. Akan tetapi tidak apa, saya sengaja menyebut saya harap Yang Berhormat menerimanya bahawa yang tanyanya Yang Berhormat Kuala Krai, jadinya di Kuala Krai. Kalau ditanya tempat mana, saya akan jawab sebab saya ada angka yang tepat dan saya telah kira Yang Berhormat dari semalam. Sampai pukul 3 pagi saya kira, saya takut silap angka.

118 unit masih dalam siasatan untuk menentukan kelayakan. Walau bagaimanapun, tapak untuk pembinaan unit-uit telah disediakan. 118 ini masih lagi dalam perbincangan, tetapi kita standby tapak. Kalau sekiranya mereka ini layak, maka kita akan bina rumah kepada mereka. 487 unit lagi telah disediakan tapak untuk dimulakan pembinaan dengan sebahagian besarnya bermula pada 22 Oktober 2015 berikutan terdapat tanah-tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, milik KESEDAR dan milik persendirian yang perlu diperoleh menerusi pengambilan tanah. Tanah-tanah tersebut adalah seperti berikut. Yang Berhormat Seremban boleh catat ya.

TanahUnit
Tanak milik persendirian148
Kampung Telekung90
Tanah Kementerian Pertanian26
Tanah Kementerian Sumber Manusia20
Tanah Kementerian Pengangkutan55
Tanah Kampung Prial40
Kampung Manjur35
Tanah Kemubu yang diambil alih Kerajaan Persekutuan dan individu33

Pemilihan 487 unit rumah-rumah ini dijangka akan siap pada bulan Februari 2016.

Kelewatan memulakan pembinaan adalah disebabkan oleh kekangan pelaksanaan di peringkat awal berikutan ketiadaan tanah-tanah yang sesuai untuk dibangunkan RKB. Kos infrastruktur yang tinggi serta proses pengambilan tanah persendirian yang mengambil masa kerana memerlukan verifikasi tapak, pertimbangan dan kelulusan pihak berkuasa.

Selain itu, pembinaan RKB berkelompok baru diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan pada 14 Oktober 2015. Hari ini 14 Oktober, kelulusan menggunakan milik Persekutuan juga mesti diperoleh.

final • 6:30 PM

Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar

[Bangun]

final • 6:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

[Bangun]

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

yang Berhormat Menteri, ada dua Ahli Yang Berhormat bangun. Yang Berhormat Kangar dan Yang Berhormat Kuala Krai. Yang mana satu?

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Siapa yang bangun dahulu?

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang mana satu?

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Kita bagi Yang Berhormat Kangar sekejap, selepas itu Yang Berhormat Kuala Krai ya. Dia jarang bangun, tiba-tiba dia bangun.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kangar selepas itu Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Menteri sudah habis 10 minit.

final • 6:30 PM

Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya cuba hendak menyentuh tentang banjir ini berkenaan dengan rancangan tepatan banjir. Sebenarnya rancangan tepatan banjir ada kalanya menyebabkan banjir berlaku. Sebagai contoh di kawasan, saya rancangan tepatan banjir sudah tiga tahun dalam proses pembinaan, tetapi dalam masa tiga tahun ini beberapa kali banjir sudah berlaku termasuk banjir kilat. Jadi ini adalah kerana rancangan tepatan banjir tersebut tidak mengadakan laluan alternatif ataupun tidak mengadakan longkang-longkang ataupun parit-parit yang dapat mengalihkan air ke kawasan yang lain. Jadi saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Menteri. Adakah patutnya rancangan tepatan banjir ini diletakkan di bawah agensi pengurusan banjir? Terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sebelum Yang Berhormat Kuala Krai, suka saya ingatkan tadi Yang Berhormat Menteri menjawab khusus bagi kawasan Kuala Krai. Yang Berhormat Kangar bercakap pasal isu tebatan banjir, itu isu yang baru. Jadi saya rasa elok fokus kepada Kuala Krai dan jawapan bertulis boleh diberi kepada Yang Berhormat Kangar. Sila Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 6:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri atas jawapan. Nampaknya jumlah yang perlu dibina di Kuala Krai sebanyak 928. Ini jauh lebih rendah daripada estimate asal kita kalau tidak silap saya 1,200. Jadi mungkin ada beberapa lagi seperti tadi 118 dalam siasatan. Saya ingin bertanya, kita mempunyai Jawatankuasa Bersama Kerajaan Pusat, kerajaan negeri yang telah menyenarai pendekkan rumah-rumah ini daripada awal lagi. Satu daftar non partisan.

Jadi mengapa sampai di peringkat ini masih ada lagi 118 yang memerlukan siasatan kerana kes-kes ini adalah straight forward. Sepatutnya kita sudah boleh membina.

Satu pengajaran Yang Berhormat Menteri yang saya rasa kita harus belajar.

Selepas 10-11 bulan banjir berlaku, masih ada lagi rumah yang baru mula dibina dikatakan tadi pada tanggal 22 Oktober. Jadi saya rasa bagi sebuah negara hampir maju macam Malaysia ini, kelewatan ini tidak seharusnya berlaku apatah lagi di peringkat awal kita sudah satu persetujuan bersama antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Jadi kalau ada alasan-alasan perbezaan pandangan dan peraturan ataupun kelulusan sudah tentu jawatankuasa ini sepatutnya lebih proaktif dan dapat menyelesaikan.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Krai, jangan panjang-panjang untuk pencelahan.

final • 6:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Saya khuatir kalau tidak diberikan keutamaan kepada yang dalam khemah Tuan Yang di-Pertua, masih dalam khemah. Dua minggu dalam khemah mungkin berkelah, sebulan pening, 8-10 bulan dalam khemah ini suatu penganiayaan yang saya rasa tidak dapat dimaafkan. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Menteri?

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat, oleh kerana Yang Berhormat tidak bersama dengan Kerajaan Kelantan sekarangkan? Akan tetapi kami bersama tahu, UMNO. Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat, tetapi soalan Yang Berhormat pun ada termasuk soalan Yang Berhormat Kangar pun termasuk dalam jawapan sekejap lagi. Akan tetapi saya hendak jawab awal supaya semua orang melihat benda ini secara positif, bukan secara negatif. Kita jangan melihat angka itu kenapa jawatankuasa yang dipengerusikan

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan juga Menteri Besar dan di peringkat daerah, kenapa mereka tidak boleh selesaikan benda ini. Ini bukan benda yang kecil. Mereka juga bukan orang kecil. Orang hebat dan ternama. Sudah pasti ada masalah yang agak sukar untuk diselesaikan.

Yang Berhormat untuk 118 kes ini permohonan bertindih. Yang Berhormat kena ingat rakyat ini begitulah keadaannya. Permohonan bertindih, yang khemah sekejap saya jawab. Bukan sahaja permohonan bertindih, ada yang permohonan mak sudah dapat, anak pun minta. Jadi kita kena ingat angka itu bukan sembarangan. Jawatankuasa ini kena perinci sebab kita bukan sahaja bertanggungjawab kepada rakyat dan juga kerajaan, tetapi kita bertanggungjawab di akhirat. Kita silap bagi, kita akan tanggung dengan begitu berat, Yang Berhormat. Saya hendak bagi tahu bahawa walaupun RM1 di akhirat ia adalah satu yang cukup berat untuk kita jawab.

Yang Berhormat Shah Alam bagi saya jawab sedikit Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat boleh bangun. Tidak ada masalah Yang Berhormat Shah Alam, sebab saya ada masa yang cukup panjang sekarang. Kalau Tuan Yang di-Pertua tegur, saya ingat itu masa kecederaan, Tuan Yang di-Pertua kena ambil masa itu saya ambilkan masa yang saya catitkan sini ya. 12 minit...

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masa ditentukan oleh Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Ya Speaker ada kuasa yang cukup mutlak sekarang ya.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, kerana semua Ahli Yang Berhormat minta Speaker bertegas. Jadi kita menerima signal minta Speaker bertegas dan kita akan bertegas.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Saya sokong 100% tetapi Yang Berhormat ....

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Daripada muka manis jadi muka masam.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Senyumlah sedikit. Yang Berhormat ini handsome, senyum lagi handsome ya. Yang Berhormat Kuala Krai juga mencadangkan supaya sebahagian daripada RM500 juta yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2016 disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir Kuala Krai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan keseluruhan pembentangan Bajet 2016 untuk pengurusan bencana adalah sebanyak RM970 juta yang melibatkan pecahan perbelanjaan seperti berikut.

RM180 juta untuk pengukuhan pengurusan bencana alam termasuk penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jadi Jabatan ini sekarang bernama Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBM). Jadi janganlah sebut saya Menteri bencana, saya Menteri yang menguruskan bencana. Yang Berhormat tidak pernah kena bencana, kena bencana esok cari saya baru tahu ya. RM330 juta untuk projek rancangan tebatan banjir seluruh negara.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Ini Yang Berhormat Kangar sebut tadi, kenapa dimasukkan di bawah Agensi Pengurusan Bencana pada hal rancangan tebatan banjir ini duduk di bawah kementerian yang berlainan. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, semua penubuhan agensi baru tentulah ada kekurangan di mana-mana yang kita akan perbaiki dari semasa ke semasa.

Seperti Yang Berhormat telah sebutkan tadi iaitu berhubung dengan elaun Ahli-ahli Parlimen. Dia tentu ada anomaly yang harus diperbaiki dari semasa ke semasa.

Yang Berhormat, bila ia ditubuhkan, baru kita nampak dia punya ruang-ruang dan lubang-lubang. Bukanlah saya hendak kata bahawa setengah daripada agensi patut masuk dalam Agensi Pengurusan Negara dan sebagainya. Saya tidak mahu kata apa lagi tetapi saya hendak sebutkan di sini bahawa memang ada perkara-perkara yang perlu diperbincangkan dengan lebih teliti supaya jangan jadi overlapping dengan izin di antara kementerian dan juga agensi. RM60 juta untuk Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara serta Pembangunan Sub-Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional di Sabah.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, seramai 16,774 ketua isi rumah mangsa banjir di jajahan Kuala Krai telah menerima bantuan wang ihsan sebanyak RM500 untuk setiap KIR dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM8.37 juta.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Selain dari itu mangsa-mangsa jajahan Kuala Krai juga diberi bantuan lain mengikut kelayakan seperti berikut:

(i) Tabung Bantuan Bencana Agro Makanan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Seramai 384 petani dan penternak yang terjejas banjir telah menerima bantuan berjumlah RM679,692;

(ii) Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN), seramai 785 mangsa banjir yang layak telah menerima bantuan bernilai RM10.83 juta;

(iii) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), seramai 1,209 mangsa banjir yang layak telah menerima bantuan bernilai RM7.38 juta; dan

(iv) MIDF, seramai tiga orang mangsa banjir yang layak telah menerima bantuan bernilai RM300 ribu.

Jumlah keseluruhan bantuan-bantuan tersebut adalah sebanyak RM19.19 juta.

Cukup besar Yang Berhormat. Kita berharap orang-orang Kuala Krai berterima kasih kepada kerajaan yang telah membantu mereka dan walaupun Yang Berhormat Kuala Krai tidak berada masa banjir hebat, selepas itu baru berada tetapi kita bagi bantuan yang cukup luar biasa kepada semua.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat Shah Alam dibenarkan, tidak ada masalah tapi jaga mulut mu.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Ketawa] Yang Berhormat Menteri ini pun kena jaga mulut dia. Ini kalau saya tersilap, jangan kasihanlah. Tidak payah kasihan- kasihan ini. Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya pun cukup bersetujulah bahawa perlu teliti di mana ada pertindihan, di mana kalau dulu satu rumah lepas itu emak pula pohon, lepas itu anak pula pohon, hendak ambil kesempatan daripada keadaan banjir itu memang ia merupakan satu perkara yang tidak wajarlah untuk dilakukan tetapi yang ditanya oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi ialah berhubung dengan keluarga- keluarga yang masih lagi berada dalam khemah. Adakah daripada jawapan Yang Berhormat Menteri boleh kita simpulkan bahawa yang berada dalam khemah-khemah itu adalah mereka yang membuat tuntutan bertindih.

Sekiranya tidak, maka soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Kuala Krai masih lagi tidak diberikan satu jawapan yang memuaskan hati. Saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh mengambil berat tentang keadaan keluarga-keluarga yang terpaksa hidup di dalam khemah dan diberikan satu pendekatan penyelesaian yang segera kerana mereka sudah hampir setahun. Saya rasa Yang Berhormat Menteri pun kalau duduk dalam khemah setahun, mungkin datang hendak buat lawak dekat sini pun sudah tidak larat.

So, saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh memberitahu pada Dewan ini, keluarga-keluarga yang masih hidup di dalam khemah itu berapa jumlah mereka dan mengapa mereka tidak dapat diberikan bantuan secara yang lebih berkesan dengan cara yang lebih segera. Terima kasih. Saya jaga mulut dengan sebaik mungkin tadi.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya Tuan Yang di-Pertua, saya ini orang Barisan Nasional, kalau cakap kita akan tunaikan janji. Jadi saya akan tunaikan janji untuk menjawab yang khemah penghabisan sekalilah Yang Berhormat. So, jangan bimbang bahawa saya mengetahui apa yang di kepala Yang Berhormat dan Yang Berhormat cakap TV pun buat coverage tadi dengan elok. Kalau saya tidak jawab lagi bahaya ya. Okey, mari pergi balik, tadi Yang Berhormat Kuala Krai menyebut ini negara maju, 1001 tahun dan sebagainya. Pertama tadi saya sebut tuntutan bertindih.

Kedua Yang Berhormat, ini masalah tapak. Kita kalau berlaku banjir, manalah kita tahu bahawa banjir akan berlaku di Kuala Krai dengan begitu teruk. Dengan itu tapak telah pun disediakan dengan hebatnya dengan itu kita terus pergi buat rumah. Yang Berhormat

final • 6:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

bukan begitu ya. Yang Berhormat Kuala Krai itu kedudukannya. Bila berlaku banjir kita kena cari tapak. Bukan main terus buat, Kerajaan Persekutuan cari tanah-tanah Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri terpaksa bagi tanah tapi yang peringkat awal itu agak jauh.

Kemudian, kita terpaksa beli tanah individu. Yang Berhormat, kita bertungkus-lumus. Jadi Barisan Nasional seperti yang telah disebutkan bahawa sebuah kerajaan yang tetap akan menunaikan janji walaupun dalam keadaan yang cukup ‘terik’ ya.

Jadi Yang Berhormat saya akan jawab kejap lagi. Sabar dan Yang Berhormat akan dijawab dengan baik. Yang Berhormat Tanah Merah mencadangkan dua perkara mengenai pengurusan bencana iaitu supaya kerajaan membuat pengurusan awal banjir dengan membuat banci penduduk yang mungkin terlibat dengan banjir bagi membolehkan penyaliran dan pengurusan lebih berkesan dan supaya diwujudkan pusat pengumpulan barang-barang makanan dan keperluan asas atau one stop centre di negeri-negeri yang berisiko dilanda banjir.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah turut dihadiri oleh JKK dan juga pengerusi. Antara langkah persediaan yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah mengenal pasti kawasan yang berisiko banjir di daerah berkenaan. JKK seharusnya mempunyai senarai bancian penduduk di kawasan tanggungjawab mereka sebagai langkah pencegahan awal sebelum berlaku banjir bagi membolehkan penyaliran dan pengurusan bantuan dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan.

Seperti kita sedia maklum, berdasarkan kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diberi peranan untuk membuat persediaan dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain bantuan. JKM turut bertanggungjawab untuk membangun, menyedia dan menyelaras pengoperasian fasiliti penyimpanan barangan bantuan bencana di seluruh negara. Antara fasiliti yang perlu dibangunkan adalah depoh simpanan keperluan bencana, stor bekalan negeri, stor bekalan daerah, pangkalan hadapan, stor bekalan pusat pemindahan dan lain-lain fasiliti yang berkaitan.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Bagan Serai bangun.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Fasiliti yang telah disediakan oleh JKM adalah lima. Satu…

final • 6:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Depoh simpanan keperluan bencana mengikut zon iaitu Kemumin-Kelantan, Marang-Terengganu, Bedong-Kedah, Sungai Buloh- Selangor dan Muar-Johor. Bagi tujuan penyelesaian JKM dan pusat kawalan operasi bencana, hendaklah mengenal pasti dan menentukan pusat-pusat pengumpulan barangan, sumbangan sama ada dari negara seperti sumbangan daripada pihak swasta dan badan- badan NGO atau daripada negara-negara luar dan juga organisasi antarabangsa supaya penyelarasan penghantaran barangan ini dapat dilaksanakan dengan lancar kepada mangsa. Tuan Yang di-Pertua, ada apa tadi?

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bagan Serai bangun.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat Bagan Serai, silakan.

final • 6:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya tentang RTB tadi boleh, Rancangan Tebatan Banjir? Saya lihat peruntukan yang diberikan dalam bajet ini RM730 juta, Projek Rancangan Tebatan Banjir untuk seluruh negara, semua negeri-negeri. Kalau kita lihat, saya hendak tanyalah RTB contohnya di Parlimen Bagan Serai, bermula pada tahun 2012 RM480 juta dikongsi oleh tiga negeri, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan sebenarnya kalau kita ikut apa yang saya difahamkan, memang peruntukan ini tidak cukup.

Banyak komponen seperti rumah pump dan sebagainya, ketinggian ban banjir ini tidak mencukupi dan akhirnya kita lihat banjir tetap jadi juga dan kadang-kadang ia menimbulkan banyak persoalan oleh rakyat. Ada yang kata ini, “Buat ini betul kah, soalan ketirisan kah ataupun melepaskan batuk di tangga kah?” Jadi saya bimbang, saya tengok

final • 6:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

RM730 juta untuk seluruh negara. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, agak- agak cukup kah ini.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, tak cukup. Selepas itu tidak cukup. Kalau tidak cukup, kita akan berbuat sesuatu, insya-Allah. Apa yang penting ialah rancangan tebatan banjir ini harus diberi keutamaan. Saya kena berbincang dengan kementerian yang bertanggungjawab berhubung dengan tebatan banjir ini untuk perancangan seterusnya.

Jadi Yang Berhormat, lain-lain saya akan menjawab secara bertulis. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, sebab saya sudah melanggar 20 minit sebab diganggu. Yang Berhormat Shah Alam, jangan keluar lagi, tolong dengar jawapan ini ya dan jangan bangun semasa saya bercakap, duduk elok-elok.

[Ketawa] Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bertanggungjawab dalam membentukkan Pasukan Tindakan Kecemasan Peringkat Komuniti atau Community Defense Emergency Response Team (CIDER) bersama organisasi berkaitan seperti Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung, kawasan rukun tetangga atau yang setara bagi menyokong jentera pengurusan dan bantuan bencana kepada masyarakat setempat.

Dalam urusan penyampaian bantuan kepada komuniti, JPAM bersama-sama dengan pejabat daerah telah ditugaskan untuk mengenal pasti pangkalan hadapan di kawasan-kawasan yang berisiko bencana untuk tujuan menempatkan barangan keperluan.

Yang Berhormat adalah sebagai yang pergi mengukur baju pada hari ini tahulah ini adalah sebenarnya ialah urusan di peringkat komuniti atau pun di peringkat komuniti itu sendiri.

Seterusnya, pertanyaan Yang Berhormat Ranau berhubung dengan kerosakan-kerosakan kesan banjir dan gempa bumi di Ranau diagih dan dilaksana dengan segera bagi membaiki infrastruktur bangunan, masjid dan sekolah yang rosak. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi tujuan membaik pulih kawasan Gunung Kinabalu selain RM8 juta bagi pembinaan semula masjid Ranau yang rosak teruk akibat kejadian gempa bumi. Bagi memperbaiki 33 buah sekolah yang rosak, kerajaan juga telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi tujuan tersebut. Yang Berhormat Ranau, kita telah selesaikan banyak masalah.

Sekarang kita kembali sebelum saya masuk PR1MA yang terakhir sekali dalam masa 10 minit. Saya hendak ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dato' Sri Mustapa telah mengumumkan beberapa perkara. Pertama, dia mengumumkan bahawa mengenai 127 keluarga yang masih tinggal di Kem Program Latihan Khidmat Negara Etnobotani di Gua Musang. Hanya 94 keluarga adalah mangsa banjir, manakala 33 keluarga lagi bukan mangsa banjir. Beliau berkata pihak PLKN membenarkan 94 keluarga itu untuk tinggal di kem tersebut sehingga Mac sebelum mendiami RKB yang telah saya sebutkan akan siap pada akhir bulan Februari.

Manakala 33 keluarga lagi ialah bukan mangsa banjir dan mereka telah diminta untuk pulang.

Ini ialah kenyataan yang telah dikeluarkan. Sementara dalam khemah sekarang, sebab apa? Yang Berhormat pun tak pergi sana, jadi Yang Berhormat agak-agak laporan media. Dalam keluarga di sana kita ada 14 keluarga sahaja Yang Berhormat. Daripada 14 keluarga itu, sembilan memang layak setelah diputuskan oleh jawatankuasa itu memang layak. Kemudian satu tuntutan bertindih. Emak dia sudah dapat, jadi anaknya belum berkahwin. Jadi, anaknya belum berkahwin kena tumpang emak dia, dia tak boleh minta berasingan. Kemudian, empat lagi nama itu telah pun disahkan. Walaupun Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa menyebutkan 12 buah keluarga. Di sini kita ada 13 keluarga.

Hal itu saya ingat boleh diselesaikan di peringkat kami untuk melihat angka yang sebenarnya.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang duduk di dalam khemah itu, kita lihat sudah ada keputusan yang dibuat mengenainya dan insya-Allah seperti yang telah disebutkan mereka ini akan mendapat RKB apabila RKB siap dalam bulan Februari.

Mereka boleh duduk dalam bulan Mac yang akan datang. Terima kasih, selesai dah...

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada dua yang bangun.

final • 6:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri. Merujuk kepada...

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada dua yang bangun, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Shah Alam. Yang mana satu?

final • 6:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Mula-mula Yang Berhormat Shah Alam bangun, selepas itu Yang Berhormat Kuala Krai. Kita bagi adil ya?

final • 6:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kuala Krai dulu.

final • 6:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Akan tetapi jangan bergaduh di antara dua kamu sebab dua-dua kamu telah keluar dari PAS masuk parti baru, okey?

final • 6:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kalau Amanah, kita ikut umur, orang tua dahulu.

final • 6:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila, sila Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 6:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya berharap Yang Berhormat Menteri merujuk kepada yang 14 ini merujuk di Kuala Krai.

Kuala Krai ya, yang 14 itu, 14 buah.

[Disampuk] Gua Musang yang 100 lebih itu.

[Disampuk] Kalau begitu Yang Berhormat Menteri tak menjawab lagi yang khemah di Kuala Krai ini kalau masih lagi Gua Musang. Saya difahamkan tadi yang 14 itu masih lagi di Kuala Krai. Jadi, Yang Berhormat Menteri pun kata Ahli Parlimen pun tak pergi menengok.

Parlimen mana itu? Mungkin Shah Alam, Shah Alam pun pergi tengok.

final • 6:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Eh, dua-dua pergi tengok.

final • 6:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ya, yang Kuala Krai itu saya tahulah khemah itu sebab khemah itu saya yang menyediakannya. Jadi, baru ini dalam dua bulan yang lalu 38. Sekarang mungkin kurang kepada 14, itu satu kemajuanlah. Akan tetapi saya mintalah yang 14 ini didahulukan apa-apa hal pun. Oleh kerana pertamanya, mereka tinggal di kawasan padang, padang awam yang perlu digunakan oleh masyarakat.

Mungkin mereka menyangka dua bulan boleh tahan lagi tetapi sudah begitu panjang, jadi saya harap tidak ada lagi isu. Yang bertindih itu kita inilah, kita ada dulu yang bertindih ini Yang Berhormat Menteri, kata SPRM akan ambil tindakan. Mana-mana permohonan yang dilihat bertindih, SPRM akan bertindak. Dulu sedemikian, saya harap perkara ini tidak berulang lagi dan minta disegerakan apa-apa hal pun. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya...

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih. Untuk peringatan kepada Yang Berhormat Arau, saya pun mantan calon di Kuala Krai. Lalu memang adalah...

[Disampuk] Yalah, lawan dengan Menteri. Tak apalah. Hanya saya terkejutlah bila dengar jumlah yang tinggal hanya 14. Takkanlah yang 14 sampai setahun tak boleh selesai? Ini yang peliknya. Dia kata okey, 10 sudah disahkan. Kenapa lambat sangat? 10 sahaja. Selepas itu ada yang bertindih 1, yang bertindih satu ini kerana emaknya sudah dapat, anaknya duduk di khemah. Maka, kenapa anaknya masih duduk di khemah kalau emak dia sudah dapat. Sedangkan sebelum ini dia duduk bersama dengan emak dia. Lalu mesti ada sebab bukan? Saya harap benda macam ini pokoknya hendak kena ada penyelesaianlah.

Saya pun hendak tambah satu lagi soalan Yang Berhormat Menteri, pasal saya pun tadi oleh sebab Yang Berhormat Menteri dok komen-komen, saya pun terlupa hendak tanya, pasal naik gagaplah kita, pasal macam-macam lah komen. Suruh jaga mulutlah, apalah. Saya hendak tanya tentang soal program dan di antara projek untuk ketebatan banjir ini, ketambatan banjir ini.

[Disampuk] Tebatan, ketebatan banjir ini, minta maaf ya, ketebatan banjir ini ada satu power hydro punya plant yang kalau tak silap saya dinamakan sebagai Nenggiri Hydro Power Plant. Apa status pembinaan power plant itu? Sejauh mana

final • 6:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

kesan dan keberkesanannya dalam soal hendak mengurangkan kesan banjir itu dengan pembinaannya? Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menjawab. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tak apa, saya layan Yang Berhormat Shah Alam. Sebab pasal Nenggiri itu saya kena bagi- saya kena minta notis ya untuk bagi laporan bertulis.

Yang Berhormat, pasal yang 14 ini. Mereka ini telah pun dibagi tawaran untuk duduk di tempat sementara di PLKN. Jadi, mereka menolak, saya sudah menjawab pagi tadi, mereka tolak, mereka tak mahu duduk. Mereka suka duduk dalam khemah lagi.

Dalam khemah kita tahu sebagaimana kita sedia maklum bahawa dalam khemah ini mereka tak payah panjat tangga kah, dia duduk dalam khemah di kawasan yang dekat jalan dan sebagainya. Jadi, hal-hal lain saya sudah jawab pagi tadi iaitu mereka tidak mahu berpindah. Mereka duduk dalam khemah sehingga menunggu untuk RKB siap. Itu pun RKB yang layak kita akan bagi, yang tak layak kita tak dapat bagi.

Nenggiri akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, pegawai sudah hantar. Akan tetapi Yang Berhormat...

final • 6:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ini yang bertindih itu, apa tindakan terhadap mereka-mereka yang membuat tuntutan palsu? Ada tak? Ataupun begitu sahaja? Tadi Yang Berhormat Kuala Krai pun ada timbulkan.

final • 6:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Dia bukan, yang bertindih ini- jadi, mereka pun ada di situ. Jawatankuasa sedang mempertimbangkan hak mereka. Jadi, kita maklumkan permohonan yang bertindih, kita tak payah buatlah. Habis cerita. Bukan tuntutan palsu, kita hendak buat rumah Yang Berhormat. Tak ada tuntutan palsu. Dia kata, saya layak mendapat rumah. Kita kata, kamu tak layak. Jadi, tidak bertindih apa-apa dan tidak ada implikasi kewangan apa-apa, cuma dari segi permohonan.

Yang Berhormat ini, Yang Berhormat Kuala Krai, bila yang terakhir Yang Berhormat balik ke Kuala Krai?

final • 6:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Minggu lepas.

final • 6:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Minggu lepas? Yang Berhormat nampak tidak khemah? Ada khemah?

final • 6:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Khemah pun milik Yang Berhormat Kuala Krai itu.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tak, bukan. Yang Berhormat kata balik minggu lepas ke Kuala Krai. Saya tidak mahu, saya tidak suka menggunakan Parlimen ini untuk memperkecilkan kawan-kawan, itu bukan stail saya sebab saya ini ialah jurulatih tomoi ya. Jadi, saya lebih suka berlawan berdepan.

Akan tetapi saya hendak beritahu Yang Berhormat, tidak ada khemah di Kuala Krai, yang ada di Gua Musang. Kalau ada khemah-khemah yang, Yang Berhormat sebutkan itu, itu tidak termasuk dalam senarai kami. Senarai yang kami buat ialah khemah yang kami sediakan ialah di Gua Musang. Tidak ada di Kuala Krai, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat kata Yang Berhormat balik minggu lepas, mungkin Yang Berhormat...

final • 7:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Mesej yang saya dapat ada empat lagi ditempatkan di kami punya di Pahi. Pahi ini di Kuala Krai. Empat buah khemah lagi.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Akan tetapi rekod saya menunjukkan bahawa tidak ada ataupun orang Sarawak cakap ‘sik ada’ di Kuala Krai. Yang ada cuma di Gua Musang. Jadi Yang Berhormat, Yang Berhormat dapat mesej...

final • 7:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Orang Kuala Krai kata still available, dengan izin.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat, oleh kerana Yang Berhormat cuma dapat mesej, jadi saya cadangkan Yang Berhormat balik atau Yang Berhormat ikut saya pergi ke Kuala Krai hari Jumaat ini, saya boleh bawa Yang Berhormat, Yang Berhormat tengok sendiri betul atau tidak ada khemah. Khemah cuma ada di Gua Musang, Yang Berhormat. Sejumlah 14 buah khemah itu di Gua Musang. Yang Berhormat

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

cakap itu di Gua Musang. ‘Hok’ yang lain semua telah ditempatkan di rumah-rumah sementara dan juga yang dapat RKB ditempatkan di RKB.

Untuk Kuala Krai yang saya jawab yang itu sahaja, Yang Berhormat. Yang lain adalah di Gua Musang. Jadi, tidak ada yang berada di dalam khemah yang berdaftar di Kuala Krai.

final • 7:00 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Bukan, bukan. Kuala Krai saya sudah jawab sudah berapa yang kita akan buat dan sebagainya tetapi bila Yang Berhormat sebut khemah, khemah ini hanya di Gua Musang. Yang Berhormat Kota Melaka, di Gua Musang bukan di Kuala Krai. Gua Musang itu G-U-A M-U-S-A-N-G, Gua Musang.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Menteri..

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Maka dengan itu saya bagilah Yang Berhormat relax-relax sedikit. Tetapi tidak apa, Yang Berhormat Kuala Krai saya minta supaya hadirkan dirimu untuk kali terakhir di Kuala Krai sebab selepas ini kita akan ambil alih tempat itu.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Elok isu PR1MA Yang Berhormat Menteri. Isu PR1MA.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya, kita baru 20 minit, Tuan Yang di- Pertua. Saya ada satu jam tetapi saya tidak mahu, saya hendak ambil setengah jam hari ini ya.

Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi...

[Disampuk] Saya bukan buat lawak, saya bagi dia orang relax sedikit sebab saya tahu bagaimana tertekannya manusia. Daripada soalan-soalan Yang Berhormat bagi itu, saya boleh hentam balik dalam bentuk Yang Berhormat terbelengkok dibuatnya...

final • 7:00 PM

[Dewan ketawa]

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tetapi saya ini jenis manusia tidak sampai hati buat begitu.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Menteri.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Kalau orang itu sudah jatuh, Yang Berhormat, saya tidak akan pukul lagi. Saya biarkan.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, saya hormat Yang Berhormat Menteri adalah guru tomoi tetapi saya yang menjaga masa. Ya, sila.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya. Saya ikut Khalid ibn al-Walid. Khalid ibn al-Walid bila dia pukul seseorang itu jatuh, dia tidak sampai hati hendak tetak bagi putus kepala. Dia biarkan. Dia pukul Amr ibn Muaz jatuh daripada kuda tetapi dia tidak pergi hentam. Kalau tidak, sejarah tidak akan berlaku Bani Umaiyah dan sebagainya. Yang Berhormat, itu saya beritahu kepada puak-puak Syiah ya berhubung dengan Khalid ibn al- Walid.

Tuan Yang di-Pertua, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, perumahan mampu milik yang disediakan PR1MA adalah khusus untuk golongan berpendapatan sederhana. Di kalangan pembangkang ini yang faham ini adalah Yang Berhormat Kota Melaka, cukup faham tentang PR1MA. Terima kasih banyak di atas pujianmu. Saya harap lebih ramai kawan-kawan akan mengikuti jejak Yang Berhormat untuk melihat PR1MA ini untuk golongan berpendapatan sederhana.

Di kampung kita bantu ibu bapanya untuk dapat rumah PPRT tetapi bapanya tidak boleh bantu anaknya untuk dapat rumah di bandar kerana anaknya mungkin kerja sebagai kerani dan sebagainya. PR1MA datang untuk memberi perlindungan kepada mereka yang berpendapatan sederhana. Jadi jangan kacau PR1MA untuk suruh buat rumah kos mampu milik dan sebagainya. Itu tugas kementerian lain.

Golongan ini didefinisikan sebagai golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan antara RM2,500 sehingga RM10,000 sebulan. Rumah mampu milik yang disediakan PR1MA adalah dalam lingkungan harga RM100,000 sehingga RM400,000 bergantung kepada jenis dan lokasi. Harga rumah PR1MA ini adalah diasaskan kepada tahap kemampuan ataupun affordability level dan sekurang-kurangnya mesti 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran bagi projek di kawasan dan spesifikasi yang sama.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, PR1MA sedang mengadakan sebuah program berskala besar yang menjelajahi bandar utama di negeri-negeri di seluruh Malaysia. Program yang dinamakan Ekspo Rumah PR1MA 2015 ini bertujuan untuk mendekatkan rakyat khususnya masyarakat setempat bagi mempromosikan projek-projek rumahnya dan perkhidmatan yang lain yang disediakan.

Selain itu, PR1MA turut mengadakan majlis undian terbuka semasa ekspo bagi projek-projek yang telah bersedia untuk diundi kepada pemohon. Pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri proses undian terbuka yang dijalankan di samping mendapatkan khidmat nasihat secara langsung berkenaan rumah PR1MA, pembiayaan perumahan dan sebagainya.

Sebagai permulaan, Ekspo Rumah PR1MA 2015 telah diadakan dengan jayanya di negeri Kedah dan Melaka.

final • 7:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

[Bangun]

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Sekejap. Bagi saya habiskan ayat ini ya, Yang Berhormat. Kedua-dua ekspo tersebut masing-masing telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka.

Sambutan yang diterima daripada penduduk setempat dan kawasan-kawasan sekitarnya juga amat memberangsangkan. Silakan.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 7:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, memandangkan tanah-tanah untuk pembinaan ini memang amat kurang atau terhad di negeri-negeri seperti Melaka, telah dicadangkan oleh PR1MA pada awal mengatakan kemungkinan satu peluang untuk bekerjasama untuk membangunkan perumahan yang terbengkalai dijadikan salah satu projek PR1MA. Apa perkembangan ini? Adakah ia telah dalam rundingan atau masih hanya satu cadangan sahaja?

final • 7:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 7:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak minta penjelasan sedikit sahaja.

Peruntukan untuk tahun 2016 ini RM1.6 bilion. Kalau kita tengok untuk tahun 2015 sebanyak RM1.3 bilion, tahun 2014 sebanyak RM1.9 bilion. Cuma saya hendak tahu, boleh Yang Berhormat beri, tidak secara terperinci pun secara umumlah, peruntukan duit ini diguna untuk apa? Diguna duit ini untuk apa? Saya difahamkan memang pembinaan itu dibuat oleh syarikat dan kemudiannya rumah itu dibeli melalui pinjaman bank dan sebagainya. Akhirnya duit itu diguna untuk apa dan adakah duit peruntukan ini akan diperoleh balik oleh PR1MA?

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat bertanya soalan yang menarik. Yang Berhormat Kota Melaka dan juga Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Kota Melaka sama ada kita terlibat untuk meneruskan pembinaan kepada rumah-rumah terbengkalai dan Yang Berhormat Pokok Sena bertanya duit ini untuk apa?

Kedua-duanya akan dijawab di akhir jawapan tentang PR1MA ya, Yang Berhormat.

Sebagai permulaan, ekspo rumah- saya akan jawab perhabis, Yang Berhormat.

Saya tidak boleh berbohong dan tunjuk macho di sini. Saya kena bagi penjelasan yang tepat. Jadi saya memerlukan support daripada pegawai-pegawai saya di belakang sana.

Sebagai permulaan, Ekspo Rumah PR1MA 2015 telah diadakan dengan jayanya- maaf. Bagi meneruskan hasrat pembeli ini, PR1MA dijangka akan mengadakan Ekspo Rumah PR1MA 2015 Kuala Lumpur pada penghujung bulan November. Ekspo terbesar di Kuala Lumpur ini dijangka akan menjadi tumpuan utama sepanjang penganjuran Ekspo

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Rumah PR1MA 2015. Insya-Allah, PR1MA akan menganjurkan ekspo yang sama di lokasi- lokasi yang lain di seluruh negara. Yang Berhormat Ahli Parlimen semua dijemput hadir ke ekspo PR1MA ini. Beberapa orang Menteri juga akan hadir menjadi tetamu utama dan kita akan lihat bagaimana PR1MA sentiasa bersama dengan anda ataupun PR1MA dan anda berpisah tiada.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kelana Jaya telah membangkitkan tentang subsidi rumah PR1MA yang bagi penetapan harga rumah 20 peratus lebih rendah. Yang Berhormat Kelana Jaya juga turut menyatakan harga sebenar rumah PR1MA selepas subsidi sepatutnya RM46,000 sebuah. Selain itu, Yang Berhormat Kelana Jaya turut menyatakan bahawa rumah PR1MA adalah rumah murah untuk rakyat termiskin.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PR1MA tidak menyediakan subsidi secara langsung kepada pembeli-pembelinya. Perkiraan harga rumah menggunakan peruntukan kerajaan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat juga adalah tidak tepat. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, peruntukan yang diberikan oleh kerajaan digunakan untuk memastikan harga rumah PR1MA kekal di antara RM100,000 sehingga RM400,000 seunit bergantung kepada jenis dan lokasi. Ini juga menjawab sedikit persoalan Yang Berhormat Pokok Sena ya.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Selain itu PR1MA juga memastikan harga rumahnya secara purata adalah 20% lebih rendah berbanding dengan harga pasaran bagi rumah yang mempunyai spesifikasi dan lokasi yang sama. Jadi petang ini saya ingin melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Tinggi atas pemahaman yang mendalam Yang Berhormat Kota Tinggi berkaitan dengan PR1MA. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi kehadiran PR1MA dalam pasaran semasa bertujuan untuk menstabilkan harga rumah semasa.

Jadi kehadiran PR1MA juga banyak menolong rakyat kerana PR1MA akan menetapkan harga 20% rendah daripada harga pasaran. Dengan itu developer dengan izin, akan - kita berharap mengikuti apa yang dibuat oleh PR1MA. PR1MA tidak menyediakan rumah kos rendah kepada golongan berpendapatan rendah hanya kerana program sedia ada oleh Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta agensi-agensi di bawahnya adalah banyak menumpukan kepada pembinaan rumah kos rendah kepada golongan miskin.

Sebaliknya rumah PR1MA yang disediakan adalah rumah yang berkualiti dan selesa khusus untuk golongan berpendapatan sederhana.

Golongan sasaran bagi rumah PR1MA adalah berpendapatan isi rumah seperti yang saya sebutkan tadi iaitu RM2,500 sehingga RM10,000. Golongan yang telah dikenal pasti menghadapi dilema pemilikan rumah yang serius di kawasan bandar dan juga pinggiran bandar. Yang Berhormat Tanah Merah mencadangkan pembinaan rumah PR1MA mampu milik seperti PR1MA, perumahan rakyat dan sebagainya hendaklah diadakan juga di kawasan luar bandar termasuk di kawasan Tanah Merah.

Yang Berhormat Sabak Bernam juga mencadangkan supaya projek-projek perumahan seperti PR1MA, perumahan rakyat dan kebajikan dibina di Sabak Bernam.

Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Sabak Bernam atas sokongan yang diberikan terhadap PR1MA. Sesungguhnya PR1MA komited dalam usaha pelaksanaan projek-projeknya demi kepentingan rakyat. Cadangan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Sabak Bernam adalah satu cadangan yang amat dialu-alukan. Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai sebarang cadangan, ia bolehlah mengemukakan kepada PR1MA untuk diperhalusi dan diteliti keseluruhannya.

Faktor spesifikasi permintaan pemohon dan kesesuaian lokasi projek perlu diambil kira sebelum sebuah cadangan pembangunan PR1MA dapat direalisasikan. Yang Berhormat Bukit Katil…

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pasir Gudang bangun.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Ya, makcik, sila..

final • 7:10 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Terima kasih, makcik pun makciklah ya.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Bergurau sahaja.

final • 7:10 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Kita hendak sampaikan maklumat ini.

final • 7:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Arau itu pun atuk.

final • 7:10 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, saya ini hendak sebut sedikitlah fasal cakap kalau ada maklumat yang satu tentang PR1MA di Pasir Gudanglah dikatakan sejak tahun 2013 akan dibina di kawasan Masai, tetapi sehingga di kawasan saya sehingga hari ini tidak ada lagi tanda-tanda akan dibina.

Keduanya saya mohon dibetulkan kerana dalam laporan mengeluarkan Bandar Layangkasa di Zon Pasir Gudang ini rumah yang dibina ini bukan dalam Parlimen Pasir Gudang tetapi dia jatuh dalam Parlimen Tebrau. Jadi untuk rekod sehingga hari ini belum ada rumah PR1MA dalam Parlimen Pasir Gudang dan orang Pasir Gudang minta Menteri tolonglah bantu bila dapat dibina di Pasir Gudang. Terima kasih. Ini kerana rumah yang ada sekarang semua bergantung kepada kerajaan negeri, Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri Johor. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Terima kasih. Saya panggil makcik itu sebab bahasa kami makcik itu macam – dia ada pakcik, makcik kemudian maksu dan paksu. Jadi makcik itu pertengahanlah. Kalau ngah itu tengah sikit..

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Menteri dalam rumah memang ada pakcik, makcik tetapi teruskan jawapan.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Ya.

final • 7:10 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 7:10 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Macam Speaker ini pakciklah.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Macam saya abang ya.

[Ketawa] Yang Berhormat Seputeh boleh panggil saya abang ya. Okey, Yang Berhormat Bukit Katil ingin mengetahui berkenaan dengan permintaan untuk perumahan PR1MA yang melebihi penawaran. Permintaan rumah PR1MA adalah sebanyak 1,016,000 unit dan penawaran hanya 346,000. Jumlah permohonan pinjaman untuk PR1MA yang ditolak juga adalah tinggi iaitu sebanyak 29% sehingga 35%. Seperti Yang Berhormat sedia maklum golongan berpendapatan sederhana menghadapi dilema pemilikan rumah yang kritikal khususnya di bandar dan juga pinggiran bandar. Sehingga kini Sistem Pendaftaran Nasional PR1MA telah mencatatkan sebanyak 1,050,000 orang pemohon di seluruh negara.

Permintaan ke atas rumah-rumah yang berkualiti dan selesa pada harga mampu milik ini sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. PR1MA sedang giat melaksanakan mandat untuk merealisasikan sasaran penyediaan 500,000 unit rumah pada 2018. PR1MA komited dan percaya bahawa sasaran ini mampu dicapai dengan sokongan padu Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta agensi-agensi di bawahnya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemohon yang berjaya semasa proses undian terbuka bolehlah menguruskan sendiri pinjaman perumahan melalui panel bank PR1MA. Namun begitu pada masa ini PR1MA tidak mempunyai sebarang laporan rasmi berkenaan jumlah permohonan pinjaman perumahan yang dibeli oleh rumah PR1MA.

Walau bagaimanapun sekiranya pembeli menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman perumahan PR1MA, seterusnya bolehlah memohon untuk mendapatkan Skim Sewa Rumah PR1MA iaitu skim rent-to-own. Ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah umumkan iaitu skim rent-to-own ialah untuk mereka yang gagal membuat pinjaman selepas itu mereka akan memasuki skim rent-to-own, mereka sewa dan mereka dikira ansuran beli bila tempoh masanya. Semua sewa itu dikira juga ansuran untuk mereka membayar membeli rumah PR1MA. Yang Berhormat Sepanggar mencadangkan supaya agensi-agensi seperti PR1MA membina sekurang-kurangnya 10,000 unit rumah di Sepanggar di dalam RMKe-11. Ia mampu menyelesaikan isu penempatan 10,000 orang penduduk setinggan di sekitar Kota Kinabalu.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar atas keprihatinan Yang Berhormat.

untuk makluman Ahli Yang Berhormat setakat ini anggota Perbadanan PR1MA telah meluluskan sebanyak 23,990 unit rumah untuk dibina di negeri Sabah. Daripada jumlah tersebut sebanyak 1,200 unit rumah akan dibina di sekitar di kawasan Sepanggar dan 816 unit rumah lagi di Kota Kinabalu. Jumlah ini dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa bersesuaian dengan permintaan setempat serta cadangan pembangunan yang bersesuaian. Semoga dengan sokongan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan menjadi pemangkin usaha PR1MA untuk menggiatkan pelaksanaannya.

Saya akan menjawab semua soalan Yang Berhormat sekejap lagi di peringkat terakhir. Yang Berhormat Pasir Puteh ingin tahu berkenaan dengan jumlah pembinaan rumah PR1MA yang akan dilaksanakan untuk dibina di Kelantan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat setakat ini anggota Perbadanan PR1MA telah meluluskan sebanyak 3,292 unit rumah PR1MA yang terdiri daripada empat buah projek untuk dibina di seluruh negeri Kelantan. Antara lokasi yang telah dikenal pasti adalah Pasir Puteh dan Pasir Mas. PR1MA masih lagi giat menjalankan usahanya untuk mengenal pasti lebih banyak tapak projek dan lokasi yang bersesuaian untuk membangunkan projek di negeri Kelantan selaras dengan mengambil kira faktor permintaan pemohon.

Sekiranya mana-mana pihak mempunyai sebarang cadangan projek PR1MA terbuka untuk meneliti cadangan tersebut serta memperhalusinya. Yang Berhormat Kota Melaka tanya tentang rumah terbengkalai. Saya ingin bagi tahu bahawa kita tengok kepada kesesuaian projek tersebut. Kalau projek tersebut ada bersesuaian, ada permintaan dan sebagainya PR1MA akan masuk menyertai bersama. Berhubung dengan Yang Berhormat Pokok Sena tanya, duit ini buat apa? Peruntukan ini di antaranya digunakan untuk kos tanah dan juga penyediaan infra.

Jadi Yang Berhormat yang lain-lain itu saya akan jawab bertulis kepada Yang Berhormat kerana perjanjian saya dengan Speaker tidak lebih pada yang telah ditentukan.

Berhubung dengan Yang Berhormat Pasir Gudang. Yang Berhormat Pasir Gudang Bandar Layangkasa, Pasir Gudang dalam pembinaan 2% dan Masai dalam proses perancangan dan Bandar Layangkasa, Pasir Gudang dalam proses perancangan. Yang Berhormat telah sebutkan bahawa ia tidak termasuk dalam Parlimen Yang Berhormat. Am I right? Jadi kita akan perbetulkan dengan sewajarnya.

Ini adalah kita berdasarkan kepada permohonan di peringkat awal iaitu Layangkasa, Pasir Gudang – 475,000 unit. Di Masai – 1,200 unit dan juga di Langkasa, Pasir Gudang juga. Di sini disebut 1,995 unit. Dia tidak termasuk dalam Parlimen Yang Berhormat, kita akan perbetulkan. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat…

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 7:10 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Menteri, saya hendak tahu Masai. Saya hendak tahu Masai bila? Terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Masai, Masai Yang Berhormat, Masai 1,200 unit, rumah strata dalam proses perancangan.. Jadi dalam Parlimen dalam Parlimen Yang Berhormatlah, tapi saya akan perbetulkan dari semasa ke semasa. Jadi tidak ada apa. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara dalam tanggungjawab saya yang sempat saya jawab.

Mana-mana perkara yang tidak sempat saya jawab perkara tersebut akan dicatat dan akan diambil perhatian serta tindakan yang sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih yang bercakap mengenai perkara-perkara yang saya bertanggungjawab adalah yang terbaik. Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri. Dalam masa 57 minit.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Menteri dari Batang Sadong, 15 minit.

final • 7:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu berhubung agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri di bawah seliaan saya semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2016 peringkat dasar dari 26 Oktober sehingga semalam, 3 November. Sesungguhnya saya bagi pihak Jabatan Perdana Menteri amat menghargai pandangan, cadangan dan teguran yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan.

Pertama, saya hendak menyentuh mengenai perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat Jerantut yang telah mencadangkan agar kemudahan dinaiktarafkan dan dibina kompleks mahkamah yang baru di Daerah Jerantut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aspek penting yang diberi perhatian dalam menyenaraikan keutamaan projek-projek pembinaan mahkamah adalah berdasarkan peningkatan bilangan kes di sesuatu daerah atau keadaan fizikal bangunan mahkamah sedia ada yang tidak kondusif.

Laporan statistik kes sivil dan jenayah yang dikendalikan oleh Mahkamah Jerantut bagi tempoh tahun 2010 hingga tahun 2015 tidak menunjukkan peningkatan yang ketara dan hanya melibatkan penggunaan Mahkamah Majistret sahaja. Walau bagaimanapun sukacita dimaklumkan bahawa cadangan pembinaan sebuah mahkamah baru di Jerantut akan turut disenaraikan dalam permohonan projek baru dalam Rancangan Malaysia Kesebelas untuk dipertimbangkan semula semasa semakan sasaran keutamaan projek- projek yang dijalankan pada setiap tahun dan tertakluk kepada ketersediaan ataupun dengan izin, availability peruntukan kerajaan.

Seterusnya dari Yang Berhormat Tebrau yang telah mengutarakan pertanyaan berhubung jenis kenderaan baru yang ingin didaftarkan untuk digunakan sebagai teksi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), telah melancarkan Pelan Transformasi Teksi yang menambah baik mutu perkhidmatan teksi di negara kita. Antara inisiatif yang telah diperkenalkan adalah program migrasi ke Teksi 1Malaysia (TEKS1M). Antara kriteria bagi TEKS1M ini adalah penggunaan kenderaan yang mempunyai spesifikasi keluasan tertentu bagi ruangan kepala, kaki dan bagasi.

Di awal program ini, Proton Exora iaitu kenderaan yang lebih besar berbanding kereta biasa telah digunakan sebelum ini, seperti Proton Wira atau Proton Persona.

Pemilihan model ini adalah berdasarkan kepada beberapa faktor utama seperti ia memenuhi spesifikasi kenderaan yang dikehendaki serta harga jualan yang lebih murah berbanding spesifikasi yang setaraf dengannya. Kini permohonan pemandu teksi untuk menggunakan jenis kenderaan yang serupa spesifikasinya seperti Toyota Innova turut dibenarkan.

Seterusnya, saya terus ke perkara yang disentuh mengenai timbalan pendakwa raya di SPRM. Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan tuduhan berhubung dengan pertukaran timbalan pendakwa raya di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sebelum saya menjawab lebih lanjut, ingin saya nyatakan kepada Dewan yang mulia ini dan juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu berhubung tuduhan ini bahawa kenyataan pertukaran keluar timbalan pendakwa raya, Ahmad Sazilee dari SPRM adalah satu fitnah. Ia adalah fitnah yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan sekiranya ia dibuat oleh media tidak keterlaluan untuk saya katakan ia adalah melanggar etika media.

Oleh itu, saya minta semua pihak memberi perhatian dan mendengar penjelasan saya berhubung isu ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, timbalan pendakwa raya, Ahmad Sazilee telah ditukarkan secara pertukaran sementara kepada Bahagian Operasi Khas atau dikenali sebagai BOK SPRM mulai daripada 1 Julai 2013 bagi tempoh dua tahun atas gred 54 jawatan terbuka. Di mana pemegang jawatan tersebut akan mendapat kelayakan sebagai pemegang gred 54. Akan tetapi beliau tidak boleh disahkan grednya atas alasan gred berkenaan adalah gred jawatan terbuka. Untuk makluman, gred hakiki beliau ketika ditukarkan dan sehingga kini adalah gred L52. Tempoh beliau di BOK SPRM selama dua tahun tersebut telah tamat pada 30 Jun 2015. Jabatan Peguam Negara telah bersetuju dengan permintaan pihak SPRM untuk melanjutkan tempoh beliau di BOK

final • 7:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

sehingga 30 Jun 2017. Perlu ditekankan di sini bahawa pertukaran sementara ini tidak melibatkan kenaikan pangkat bagi beliau kerana jawatan berkenaan adalah terbuka.

Walau bagaimanapun baru-baru ini, beliau telah diberi kelulusan untuk dinaikkan pangkat ke gred hakiki L54 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan

(SPKP). Sehubungan dengan itu, Jabatan Peguam Negara telah memutuskan bahawa beliau akan diberikan kenaikan pangkat tersebut dan akan terus kekal berkhidmat di SPRM tetapi tidak di bawah BOK. Ini kerana jawatan di bahagian berkenaan adalah jawatan terbuka gred 54 dan beliau tidak akan boleh disahkan ke jawatan L54 selagi beliau terus memegang jawatan di bahagian itu. Sekiranya beliau kekal di jawatan sekarang, beliau akan hilang peluang kenaikan pangkat. Dalam hal ini, memandangkan beliau masih lagi ditempatkan di SPRM, khidmat beliau masih boleh digunakan oleh mana-mana bahagian atau unit di SPRM termasuklah BOK pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.

Oleh yang demikian, adalah tidak benar sama sekali dakwaan bahawa beliau telah ditukar keluar daripada SPRM. Saya ingin mengingatkan bahawa dalam perkhidmatan awam atau dengan izin civil service Arahan Pertukaran atau dengan izin Transfer Order adalah rahsia atau embargo sehingga ia dikeluarkan. Dalam perkara ini, saya dan Jabatan Peguam Negara terpaksa memaklumkan arahan dalaman ini kepada semua pihak bagi menangkis tohmahan dan fitnah pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Malah di sini saya hendak tunjukkan Ahmad Sazilee sendiri telah tweet, dikatakan di sini, “Sukacita saya tegaskan bahawa saya tidak membuat sebarang komen mahupun berkata “I was shocked” seperti dilaporkan dalam The Star Online”. Ini Twitter Ahmad Sazilee.

Jadi dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengulangi sekali lagi, tidak berlaku sebarang arahan pertukaran keluar daripada SPRM membabitkan pegawai berkenaan seperti yang diuar-uarkan. Saya juga ingin memetik petikan daripada akaun Twitter itu tadi yang saya sebut di mana beliau sendiri mengatakan beliau tidak pernah bercakap, memberi komen atau beliau pun tidak pernah mengatakan, “I was shocked” seperti mana yang telah ditunjukkan dalam akhbar The Star Online.

Jadi oleh itu Ahli Yang Berhormat, saya menyeru cukuplah berpolitik tanpa rasa jujur. Tidak perlulah mengambil tuduhan dan tohmahan dan seterusnya mengapi-apikan rakyat di luar sana untuk menimbulkan rasa syak terhadap kerajaan. Cukuplah dan saya ingin berpesan, kita haruslah menyemak kesahihan sesuatu berita terlebih dahulu sebelum menyebarkan seolah-olah ia adalah fakta yang sahih.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam bangun.

final • 7:20 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Jawapan untuk itu sudah habis kalau hendak tanya mengenai perkara itu, sila.

final • 7:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya hendak tanya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 7:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya hendak tanya Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Menteri. Sekiranya tidak dilakukan penafian seperti mana yang dibacakan dalam Twitter itu, tidakkah apa-apa komen berhubung dengan pemindahan beliau boleh menyebabkan beliau dikenakan tindakan disiplin? Ini kerana apa-apa aduan yang dibuat berhubung dengan pertukaran yang dikenakan ke atas beliau secara terbuka sudah pasti akan dilihat sebagai satu tindakan yang melanggar disiplin perkhidmatan awam. Maka sekadar membaca tulisan beliau dalam Twitter yang menafikan dakwaan kononnya menyatakan bahawa beliau shocked adalah bagi saya kurang meyakinkan.

final • 7:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kita kena akui dan pihak kerajaan pun perlu akui bahawa timbulnya kesangsian itu ada sebab-sebab yang tertentu. Jangan kita cuba menafikannya, saya melihat Tuan Yang di-Pertua. Selagi mana kita menafikan masalah yang asal, the main problem dengan izin, maka persoalan ini, kesangsian ini akan berterusan.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Shah Alam. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Saya rasa saya sudah faham soalan itu. Cuma ada nyatakan Yang Berhormat tadi menyatakan he was shocked. Dia cuma merujukkan kepada apa yang dikatakan dalam Star Online. Bukan dia yang mengatakan I was shocked, tetapi itu yang di dalam Star Online. Soalan Yang Berhormat tadi mengatakan ‘sekiranya’.

Kita bercakap mengenai fakta di sini.

Sebenarnya beliau memang sudah pun dalam lineup hendak dinaikkan pangkat.

Niat kerajaan baik untuk menaikkan pangkat beliau, mengeluarkan beliau dari BOK supaya beliau diberi peluang untuk naik pangkat dalam skim ‘L’ beliau. Dalam BOK, beliau tidak ada peluang. Jadi, ini adalah niat baik yang disangka jahat oleh pihak-pihak tertentu. Saya rasa cukuplah. Saya tidak mahu membuang masa, saya hanya diberi 15 minit.

final • 7:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Macam niat baik terhadap Pengerusi PAC. Niat baik terhadap Pengerusi PAC. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, saya hanya diberi 15 minit.

final • 7:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sedikit. Yang Berhormat Menteri, isu yang berkaitan. Isu yang berkaitan Yang Berhormat Menteri.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya ingin mendapat kepastian. Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 7:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Menteri. Saya hendak tanya sebab tadi Yang Berhormat Shah Alam mengatakan, dia ada sejarah-sejarah yang memberi satu gambaran bahawa adanya unsur-unsur campur tangan daripada kerajaan terhadap pemindahan pegawai-pegawai. Saya hendak minta Menteri kerana sejarah memang – Baru-baru ini dalam dua atau tiga bulan yang lalu, Datuk Bahri Mohamad Zin iaitu SPRM Operation Director dan juga Datuk Rohaizad Yaakob iaitu SPRM Strategic Communication Director juga tiba-tiba dipindahkan.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Bayan Baru, pencelahan.

final • 7:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Selepas rakyat memberi tekanan, selepas kita memberi tekanan, barulah dia ditransfer balik. Jadi, minta Menteri jawab juga kenapa berlaku perkara-perkara sebegini.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, saya ingatkan kalau kes atau fakta yang baru tidak perlu dijawab.

final • 7:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Ya, itu satu perkara yang baru. Akan tetapi yang dikatakan itu adalah kalau tidak diberikan tekanan itu, satu fitnah. Jadi tidak ada kena mengena dalam hal ini. Itu pun yang ditanya tadi pun sudah jawab, fakta itu sudah dijawab sebelum itu oleh pihak berkenaan.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Menteri, boleh saya minta pencelahan?

final • 7:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Is it related to this as well dengan izin.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, pindahan pegawai dan sebagainya.

Terima kasih.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Puchong.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, saya setuju bila Yang Berhormat Menteri sebut supaya tidak dipolitikkan isu berkenaan dengan perpindahan ataupun removal of certain officers dalam kerajaan. Itu satu perkara yang penting.

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, saya khuatir kerana terdapat atau wujud keadaan di mana pertanyaan yang dibangkitkan itu ada asas. For example berkenaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Gani Patail. Beliau dikeluarkan dari pejabat atas alasan Yang Berhormat has issued answers, atas alasan beliau sakit.

Pertama, beliau kata beliau tidak dimaklumkan berkenaan isu sakit itu. Kedua, kita semua rakyat Malaysia melihat semalam beliau hadir di satu forum di Bar Council di mana beliau

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

sihat. Beliau mengatakan bahawa beliau sihat. Ketiga Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat kenyataan dikeluarkan oleh Yang Berhormat Kota Belud sebagai Strategic Officer Barisan Nasional, BN Strategic Officer. Apa yang dikatakan, dia kata Ahli Parlimen Pekan apabila tahu berkenan dengan kewujudan satu charge sheet, maka beliau perlu ambil atau take out certain person in order to maintain his position.

Jadi, ini adalah perkara-perkara yang berasas. There is basis for Malaysian to believe and that is interference. Ia dilakukan secara spesifik untuk memastikan bahawa Yang Amat Berhormat Pekan masih dalam kuasa. This is abuse of power. Itu berbangkit juga kepada isu berkenaan dengan laporan yang saya buat, seksyen 23 Yang Berhormat Menteri, very clear. If the Prime Minister uses his position and makes the decision for the removal of the AG, then don’t show his not charge. This is abuse of power.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Puchong.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Jadi saya minta penjelasan, kenapa kita di sini keadaan yang jelas di hadapan kita. Quite obvious Yang Berhormat Menteri. Perhaps an explanation Yang Berhormat Menteri on this.

final • 7:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih. Yang Berhormat tadi kita menyentuh mengenai soalan yang telah disoalkan, jadi saya telah menjawab apa yang dipersoalkan. Cuma secara umumnya Yang Berhormat bertanya ada asaslah untuk membawa perkara ini dan oleh sebab ada asaslah kita membawa perkara ini dijawab supaya kita menjelaskan isu yang berkaitan. Berkaitan bermakna I am talking about issues yang pegawai di BOK di SPRM ini. Jadi yang isu-isu lain, Yang Berhormat pun saya sudah bagi jawapan. Yang Berhormat menyentuh mengenai Mantan AG berada di dalam satu talk semalam, saya tahu. Dahulunya pada masa itu beliau selalu pergi dialisis. Itu sebab kita menjawab daripada segi kesihatan. Apa yang pentingnya Yang Berhormat, apa-apa yang berlaku ia mengikut peraturan undang-undang.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau dilakukan secara tidak jujur, kalau kita sebut, kita sebut Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Daripada segi kejujuran atau tidak jujur, itu adalah satu andaian Yang Berhormat...

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You know what’re you doing. Kalau kita sebagai Menteri memberi jawapan mengatakan dia tidak sihat, tetapi dia sihat. That is a lie.

final • 7:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Sekarang dia sihat.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dia sihat. He said all the time he was…

final • 7:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Pada masa itu memang beliau pergi dialisis tiga kali seminggu...

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Menteri, that answer was not correct. Itu jawapan tidak betul. That is why people raised this issues kerana orang tahu.

People know.

final • 7:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...sudah lama dia ada pergi dialisis.

final • 7:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, yang penting ia mengikut peraturan undang-undang.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Peraturan undang-undang, di mana jawapan yang diberikan, Tan Sri sendiri yang mengatakan bahawa beliau sihat, boleh menjalankan tugas. That was done for...

final • 7:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja. Ya, sekarang.

Ya, sekarang Yang Berhormat. Sekarang Yang Berhormat. Sekarang, isu kita kata...

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Menteri.

final • 7:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

To protect the Prime Minister. He was - No charge or people against him. You are lawyer yourself. Kita tahu dalam undang-undang...

final • 7:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri]

Sekarang isu kita lain. Yang Berhormat, kita menyentuh mengenai soal yang dibawa sebelum ini...

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bagaimana kita boleh keluarkan Peguam Negara dalam satu keadaan sedemikian? tuan Yang di-Pertua, saya mohon satu penjelasan.

final • 7:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri, Menteri kena tanya diri sendiri. You have to answer your cautious...

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya mohon satu penjelasan. Kita kena jawab soalan ini, soalan yang cukup penting. Semua rakyat Malaysia...

final • 7:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ikut cautious.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat. Yang Berhormat. Semua duduk.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Semalam peguam-peguam semua nampak...

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Puchong, sila duduk. Yang Berhormat lain semua duduk. Sila duduk semua. Saya ingin mendapat penjelasan, Yang Berhormat Menteri sudah habis?

final • 7:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Ya, sudah habis.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih.

final • 7:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Why are you doing like this?

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Macam mana boleh, kita Ahli Parlimen bangkitkan isu. Something wrong here.

final • 7:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Selalu macam ini.

final • 7:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Bangkitkan isu, kena jawab. Nothing to hide.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Please have a cautious answer. You can’t just remove the Peguam Negara like that to maintain your position.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Puchong, peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Puchong.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak boleh. Tidak boleh. Tuan Yang di- Pertua, please be fair. I want an answer.

final • 7:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ada sesuatu yang tidak kena mengena...

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Senator Jabatan Perdana Menteri, sila.

final • 7:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua mempertahankan satu jawapan.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kapar, saya minta tarik balik. Jangan libatkan saya. Saya minta Yang Berhormat Kapar tarik balik. Yang Berhormat Kapar, saya minta tarik balik. Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

No. Kita minta penjelasan tadi.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Kapar, you don’t have a press conference, kenapa hendak bincang di sini?

final • 7:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Okey, saya tarik balik.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

No point. They don’t answer us.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat lain, saya minta duduk diam. Yang Berhormat Kapar, saya minta tarik balik.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, the whole Malaysian is looking at us.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Puchong sila duduk diam.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Mereka semua boleh nampak apa yang berlaku sekarang. Semua orang boleh nampak. Semalam semua peguam nampak, semua tahu.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Jawapan sekarang sebelum ini, we have - I waited here the whole day today. Saya ada di sini.

final • 7:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tunggu untuk jawapan, 15 minit!

Bagaimana dengan isu SOSMA? Kita ada dua orang, seorang peguam dalam penjara sekarang merana. Saya minta jawapan Menteri, kenapa tidak ada jawapan? Tuan Yang di- Pertua, be fair to us.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Puchong, janganlah berdegil. Sila duduk. Yang Berhormat Menteri sudah habis menjawab.

final • 7:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Macam mana boleh...

final • 7:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jawapan tidak boleh hendak terima. Jawapan orang sihat dikatakan tidak sihat.

final • 7:30 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Tidak jawab. Menteri tidak jawab. Menteri tidak jawab soalan kita.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Nanti, Yang Berhormat Menteri sekejap ya. Yang Berhormat Kapar, saya minta tarik balik melibatkan diri saya.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak ada guna pun cakaplah.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Puchong berhati-hati.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

No point saying. No point. That is why I mentioned…

final • 7:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Datuk Seri, Kapar. Minta maaf.

Pertembungan saya bukan dengan Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 7:40 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Pertembungan saya dengan Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab itu saya tarik balik. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tak, Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pokok Sena jangan berdegil-degil.

final • 7:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya hendak kata Yang Berhormat Menteri telah pun mengelirukan Dewan.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 7:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Peguam Negara Tan Sri Gani Patail waktu itu sihat, tiba-tiba kata tidak sihat.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya tak benarkan Yang Berhormat Pokok Sena berdiri dan berucap. Saya tak benarkan.

final • 7:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Itu mengelirukan Dewan.

final • 7:40 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

She’s hiding under the carpet of power.

final • 7:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Menteri mengelirukan Dewan.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Duduk Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Pokok Sena. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri ada satu jam ya. Okey,sila.

final • 7:40 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2016 yang menyentuh bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri khususnya Unit Perancangan Ekonomi, Unit Kerjasama Awam Swasta, TERAJU, TalentCorp dan PEMANDU. Antara perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat adalah berkaitan dengan isu-isu ekonomi, pengagihan, projek pembangunan dan modal insan.

Saya ada 36 isu yang perlu dijawab dan insya-Allah saya akan cuba menjawabnya terutama kepada mereka yang berada di dalam Dewan yang mulia ini.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 7:40 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan isu ekonomi. Beberapa orang Ahli Yang Berhormat antaranya Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Kuala Terengganu dan Yang Berhormat Jasin ingin mengetahui adakah sasaran pencapaian pertumbuhan 6% setahun KDNK negara sehingga tahun 2020 benar-benar mampu dicapai memandangkan keadaan ekonomi semasa yang tidak stabil. Justeru itu apakah langkah dan juga perubahan serta reformasi ekonomi yang diambil agar sasaran itu dicapai.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai sebuah ekonomi yang kecil dan terbuka, tidak dinafikan bahawa ekonomi negara kita terdedah kepada risiko kelembapan dan ketidaktentuan ekonomi di peringkat global. Dalam menangani persekitaran luar semasa yang tidak menentu seperti kejatuhan harga komoditi dan tekanan ke atas nilai ringgit, ekonomi negara kita masih berdaya tahan.

Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah mempelbagaikan struktur ekonomi negara di mana kita tidak terlalu bergantung kepada mana-mana subsektor, komoditi mahupun pasaran. Ini termasuklah mengurangkan kebergantungan kepada sektor pertanian dan perlombongan kepada 18% daripada KDNK pada tahun 2014. Kita juga telah mengurangkan kebergantungan sumber kewangan negara kepada hasil minyak dan gas dari 40% pada tahun 2009 kepada 30% pada tahun 2014.

Langkah mempelbagaikan struktur ekonomi serta pelaksanaan program transformasi ekonomi telah membolehkan Malaysia terus mencapai sasaran ramalan

final • 7:40 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

tahunan KDNK yang telah ditetapkan. Melalui sokongan permintaan dalam negeri yang kukuh, kita telah berjaya mencapai pertumbuhan KDNK yang menggalakkan iaitu 6% pada tahun 2014 melangkaui ramalan pakar ekonomi dan bank dunia yang menjangkakan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.7% pada tahun 2014. Ekonomi negara terus berkembang pada kasar 5.3% untuk separuh tahun pertama pada tahun 2015 dan kita percaya mampu berkembang antara 4.5% hingga 5.5% untuk keseluruhan tahun 2015.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, kerajaan sentiasa mengambil langkah yang bersesuaian. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan beberapa strategi jangka sederhana dan jangka panjang di Dewan yang mulia ini pada bulan Mei yang lepas semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas. Strategi tersebut adalah untuk mengukuhkan lagi daya tahan ekonomi ke arah pembangunan yang mampan dan inklusif.

Enam teras strategi tersebut adalah:

(i) meningkatkan produktiviti untuk memastikan pertumbuhan yang mampan;

(ii) meningkatkan pembangunan modal insan termasuk mengupayakan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional;

(iii) menggalakkan pelaburan swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;

(iv) meningkatkan eksport untuk menambah baik imbangan perdagangan;

(v) meningkatkan fleksibiliti dasar fiskal untuk memastikan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan yang lebih mampan; dan

(vi) meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk meningkatkan taraf hidup isi rumah B40 ke arah masyarakat kelas menengah.

Di samping itu, langkah-langkah proaktif juga seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan pada 14 September 2015 yang lepas sedang dilaksanakan bagi melindungi ekonomi kita daripada kesan ketidaktentuan semasa. Langkah-langkah ini telah diperkukuhkan lagi dengan inisiatif-inisiatif yang diperincikan dalam Bajet 2016 untuk memperteguhkan lagi ekonomi negara supaya terus berdaya tahan.

Berdasarkan kepada langkah dan strategi yang saya sebutkan tadi, kerajaan yakin negara mampu untuk terus mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta berada di landasan untuk mencapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

final • 7:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Seterusnya Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 7:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri tadi Yang Berhormat Menteri jawab dengan pelbagai jargon dan juga reading from the text.

Sebenarnya itu it rings hollow sebab rakyat di luar sana mereka sekarang merasai tekanan hidup walaupun GDP berapa kah, 5% sampai target yang tertentu tetapi rakyat di sana rasa mereka tertekan dengan segala barang naik, kenaikan tol, dengan GST, dengan pemotongan semua subsidi, kenaikan dan potongan terhadap universiti dan sebagainya.

Mereka rasa. Sebenarnya what the question we should ask is are we better than five years before? Kalau Yang Berhormat Menteri tanya sebarang orang di luar, dia akan kata “We are worse off five years before”.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi Yang Berhormat Menteri, soalannya sekarang, dengan kejatuhan ringgit dengan begitu teruk 20% to the extent of 26%,

final • 7:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

bolehkah kita masih mencapai high income society, high income nation sebab projection itu sudah off dengan 20% reduction kejatuhan ringgit.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bayan Baru, adalah tidak benar kalau disebutkan bahawa kita worse off berbanding dengan lima tahun yang lalu.

Ini jelas kalau kita lihat dari segi bukan sahaja perkembangan ekonomi kita, kalau kita lihat dari segi peningkatan pendapatan isi rumah rakyat kita yang telah meningkat.

Sebagai contoh, kalau kita lihat peningkatan pendapatan isi rumah untuk mereka yang tergolong dalam golongan B40 itu 40% terendah, kita dapat melihat bahawa pendapatan purata mereka sebulan telah meningkat daripada RM1,440 sebulan pada tahun 2009 telah meningkat kepada RM2,537 sebulan pada tahun 2014. Ini berdasarkan kepada kajian pendapatan dan perbelanjaan isi rumah tahun 2014 yang telah dinyatakan. Tahun ini sudah naik...

final • 7:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, kos sara hidup telah naik Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah Yang Berhormat. Tertib.

final • 7:40 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Kalau kita lihat dari segi kos sara hidup ini, kita berpandukan kepada Indeks Harga Pengguna yang mana kalau kita lihat secara purata dalam period yang sama dengan izin, ia sebenarnya kurang daripada 3% setahun.

Untuk itu kalau kita lihat apabila peningkatan pendapatan isi rumah melebihi peningkatan harga barang, ini bermakna rakyat secara amnya lebih mendapat manfaat berbanding masa dahulu. Cuma apabila pendapatan isi rumah ini meningkat biasanya trend perbelanjaan mereka berubah. Kalau dahulu mereka hanya mempunyai telefon bimbit yang basic, apabila pendapatan mereka meningkat mereka akan berbelanja menggunakan telefon pintar termasuklah iPhone, Samsung dan sebagainya. Begitu juga dengan pemilikan kereta. Kalau dahulu mereka hanya mampu untuk membeli kenderaan seperti Proton Saga, apabila mereka meningkat pendapatan mereka, mereka mahu Proton yang lebih baik seperti Pesona dan sebagainya dan ada juga yang mempertingkatkan penggunaan kepada kereta-kereta yang diimport.

Berkenaan dengan soalan Yang Berhormat Bayan Baru tentang status negara maju. Kita apabila sebut tentang ekonomi berpendapatan tinggi atau high income economy adalah berdasarkan kepada threshold ataupun tahap yang telah ditetapkan oleh Bank Dunia. Bank Dunia pada tahun 2013 telah menetapkan bahawa threshold untuk ekonomi negara maju adalah pada kadar USD12,746 dan kita measure dalam USD.

final • 7:40 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Pada tahun 2014, sebenarnya ia telah berkurangan kepada USD12,736 kerana ia mengambil kira exchange rate atau kadar pertukaran mata wang asing antara Dollar Amerika dengan yang lain. Jadi kita tidak boleh hanya mengambil kira kadar dalam mata wang Ringgit. Lagipun tidak semua rakyat yang mempunyai perbelanjaan dalam mata wang Dollar Amerika sebab kebanyakan rakyat Malaysia ini membelanjakan dalam mata wang Ringgit.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan meneruskan. Memandangkan Yang Berhormat Pasir Mas tidak ada, saya akan meneruskan kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, juga tidak ada. Yang Berhormat Jelutong tadi ada, sekarang tiada. Yang Berhormat Bukit Mertajam?

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tiada Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Tiada. Saya akan sediakan jawapan bertulis nanti.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 7:50 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Jadi Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya teruskan berkenaan dengan isu pengagihan. Isu ini telah mendapat perhatian ramai Ahli-ahli Yang

final • 7:50 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Berhormat. Oleh sebab isu pengagihan adalah luas, saya akan rangkumkan jawapan pada dua pecahan iaitu isu jurang pendapatan dan keduanya, isu pembangunan Bumiputera.

Pertama, isu jurang pendapatan. Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Termeloh, Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan Yang Berhormat Batu Gajah telah membangkitkan isu jurang pendapatan. Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Termeloh, Yang Berhormat Pengkalan Chepa telah menyatakan kesenjangan pendapatan dan kekayaan masih melebar sama ada di peringkat individu mahupun di peringkat negeri. Seterusnya, ingin tahu pemberian BR1M dapat menyelesaikan isu tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah tidak benar bahawa kesenjangan pendapatan dalam kalangan rakyat di negara ini masih melebar kerana perangkaan tahun 2014 berbanding dengan tahun 2009 menunjukkan sebaliknya. Terutama sekali dari segi Pekali Gini telah berkurang daripada 0.441 pada tahun 2009 kepada 0.401 pada tahun 2014. Keduanya, nisbah ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi berbanding isi rumah berpendapatan 40% terendah telah menurun daripada 6.9 kali ganda kepada 5.6 kali ganda. Ketiga, agihan pendapatan isi rumah B40 kepada jumlah pendapatan telah pun meningkat daripada 14.3% pada tahun 2009 kepada 16.5% pada tahun 2014. Ini jelas menunjukkan jurang pendapatan dalam kalangan rakyat Malaysia didapati semakin mengecil dan adalah positif.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan komited untuk terus menangani ketidakseimbangan pendapatan yang wujud. Ini termasuklah langkah-langkah berterusan untuk menstrukturkan semula sosioekonomi dalam kalangan rakyat khususnya melibatkan isi rumah berpendapatan 40% terendah ataupun B40 melalui pelbagai langkah terutamanya dalam bidang pendidikan, pengajian tinggi dan latihan kemahiran serta keusahawanan.

Komitmen berterusan kerajaan dalam menstrukturkan semula sosioekonomi dapat dilihat dalam inisiatif Rancangan Malaysia Kesebelas adalah pertama sekali meningkatkan pendapatan dan kekayaan isi rumah B40 dengan mengurangkan kadar keciciran pelajar dalam kalangan isi rumah B40. Memastikan akses pendidikan dan latihan kemahiran tinggi, meningkatkan produktiviti dengan menggalakkan penggunaan teknologi moden, meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, meningkatkan sokongan keusahawanan secara padu, membangunkan perusahaan berasaskan komuniti dan sosial, menggalakkan pelaburan di kawasan majoriti isi rumah B40 dan memperluas program pelaburan bagi meningkatkan pemilikan kekayaan.

Keduanya adalah menangani kos sara hidup yang meningkat dengan memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan peraturan berkaitan dengan kawalan harga. Meningkatkan penyediaan rumah mampu milik, meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan, memperkenalkan sistem jaringan perlindungan sosial yang bersepadu dan komprehensif dan meningkatkan program pengurusan kewangan dan hutang.

Selain itu, agenda pemerkasaan bumiputera juga merupakan sebahagian daripada langkah penstrukturan semula sosioekonomi rakyat dan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas lima strategi utama telah digariskan untuk memperkukuh peluang ekonomi dan peningkatan pemilikan kekayaan bumiputera menjelang tahun 2020. Strategi tersebut antara lainnya pertama sekali adalah memperkasa modal insan bumiputera dengan memperluaskan latihan kemahiran tinggi dan program profesional bertauliah seperti Program Peneraju Skil dan Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Keduanya, meningkatkan penguasaan efektif bumiputera dan mengekalkan pemilikan korporat melalui pelaksanaan inisiatif seperti membenarkan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja digunakan untuk pembelian Amanah Saham Bumiputera 2.

Ketiga, memperluaskan syer pemilikan kekayaan bumiputera melalui pelaksanaan inisiatif seperti Dana Pusingan Hartanah Komersial dan tabung “clawback” dengan izin bagi membantu Bumiputera memperoleh hartanah komersial dan membina lebih banyak lagi rumah mampu milik. Selain itu juga, organisasi pembangunan usahawan seperti MARA, TEKUN dan PNB akan terus mendapatkan ruang niaga yang strategik untuk disewakan kepada usahawan bumiputera.

final • 7:50 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Keempat, memperkasa komoditi ekonomi bumiputera dengan mempergiat pelaksanaan program pembangunan keusahawanan yang bersepadu meliputi pembangunan modal insan, bantuan pembiayaan dan premis perniagaan serta khidmat nasihat.

Kelima, mengukuhkan keberkesanan penyampaian program berorientasikan bumiputera bagi mengukuhkan pembangunan agenda bumiputera termasuk pembangunan pangkalan data bersepadu dan juga pembentukan Petunjuk Prestasi Utama ataupun KPI.

Sebagai contoh, pagi tadi dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Kita telah membincangkan progress prestasi KPI pelbagai kementerian setakat suku tahun ketiga tahun ini. Dengan pelaksanaan, inisiatif di atas kerajaan yakin jurang pendapatan di kalangan rakyat Malaysia akan dapat dikurangkan dan seterusnya mencapai sasaran nilai Pekali Gini pada kadar 0.385 menjelang tahun 2020.

Berkenaan dengan isu Bantuan Rakyat 1Malaysia, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga dalam pelaksanaan penyiasatan pendapatan isi rumah 2014, pendapatan isi rumah turut mengambil kira pemberian pindahan tunai ataupun “cash transfer” seperti BR1M. Ia merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh isi rumah berpendapatan rendah.

Pemberian tersebut turut sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah serta mengurangkan jurang pendapatan isi rumah kaya dan miskin.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pandan tiada di sini. Yang Berhormat Kuala Nerus telah menyatakan bahawa kadar kemiskinan yang diumumkan kerajaan.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Nerus pun tiada Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Yang Berhormat Kuala Nerus tiada? Okey. Isu pembangunan bumiputera, Yang Berhormat Permatang Pauh tiada.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tiada. Ya, Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 7:50 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini berkenaan dengan kadar-kadar kemiskinan yang disebut dalam bajet sebagai 0.6% saya telah bawa isu itu dalam ucapan saya. Di mana saya soal, adakah paras garis kemiskinan kita di peringkat RM832 untuk Semenanjung? Adakah itu satu yang realistik? Jika kawasan Sungai Siput pun, semi-rural saya rasa itu tidak cukup.

Untuk anak pergi ke sekolah, yuran bas sekolah dan untuk tuisyen memang tidak cukup.

So, bila kita ada masalah, when we fixed it so low macam itu, jika macam ibu tunggal pun yang kerja sekarang dengan gaji minimum mereka tidak dapat bantuan welfare.

final • 7:50 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

So, ini ada kesan buruk. If we fixed so low, ini ada kesan-kesan buruk ke atas orang miskin. So, saya tidak tahu kenapa kita fixed kita punya garis kemiskinan begitu rendah, di mana negara-negara maju fixedkan garis kemiskinan mereka pada kadar 60% pada median income. Jika kita fixed macam itu lebih kurang RM2,500 kita punya garis kemiskinan and here’s 25% daripada population kita di bawah paras itu, tolong komen.

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Tuan Yang di-Pertua, isu ini juga telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Kalau kita lihat untuk makluman Yang Berhormat, model pendapatan garis kemiskinan yang kita adakan ini adalah dikemaskinikan melalui penyiasatan pendapatan isi rumah yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Metodologi pengukuran pendapatan garis kemiskinan ini kita telah kaji semula pada tahun 2005 dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, pakar-pakar nutrition dan UNDP selaras dengan amalan antarabangsa.

Berdasarkan kepada penyiasatan dan pendapatan isi rumah tahun 2014, pendapatan garis kemiskinan nasional adalah pada tahap RM950 sebulan. Dengan itu,

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

insiden kemiskinan nasional berkurangan kepada tahap 0.6%. Berdasarkan kepada metodologi PGK ini serta mengambil kira harga semasa, pengukuran kemiskinan negara yang ditunjukkan adalah produktif dan juga reliable. Ini berdasarkan kepada fakta. Walau bagaimanapun, kerajaan menyedari keterbatasan pengukuran kemiskinan berasaskan PGK ini dalam memberikan gambaran sebenar kadar kemiskinan negara. Sebab itulah kita telah memperkenalkan Model Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi ataupun Multidimensional Poverty Index dalam Rancangan Malaysia Kesebelas bagi melengkapi pengukuran kemiskinan berasaskan PGK.

Multidimensional Poverty Index (MPI), dengan izin, mengambil kira bukan sahaja pendapatan isi rumah tetapi juga mengambil kira akses kepada pendidikan, kesihatan dan juga perumahan.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ampang bangun.

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Walau bagaimanapun model Multidimensional Poverty Index ini masih dalam penelitian kerajaan dengan mengambil kira pandangan semua stakeholders, dengan izin, sebelum ia diguna pakai.

final • 8:00 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Yang Berhormat Menteri, soalan...

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ampang.

final • 8:00 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana tadi Yang Berhormat Menteri menjawab dengan pemberian BR1M akan dapat mengatasi masalah jurang kemiskinan dengan one-off RM900, RM1,000 whatever yang telah dijanjikan. Soalan kedua adalah dengan keadaan cara calculation atau formula paras kemiskinan dan sebagainya, bagaimana Yang Berhormat Menteri fikir pada tahun 2020 kita belum mencapai tahap negara maju dengan pendapatan yang tinggi kalau inilah kadar benchmark yang digunakan sekarang untuk mendapatkan garis kemiskinan.

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Tentang taraf garis kemiskinan ini, kalau kita sebut daripada segi pendapatan ataupun status negara maju yang berpendapatan tinggi, ini merujuk kepada gross national income per capita yang saya sebutkan tadi benchmarknya adalah World Bank yang untuk tahun 2014 pada kadar USD12,736. Itu secara ekonomi. Akan tetapi kita perlu translatekan itu kepada pendapatan isi rumah. Dalam langkah kita dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh kita telah berjaya meningkatkan pendapatan kita di mana sekarang ini purata pada kadar RM6,141 dan mediannya adalah RM4,585 sebulan.

Hasrat kita adalah untuk mempertingkatkan lagi pendapatan isi rumah ini pada kadar yang lebih tinggi menjelang tahun 2020. Kita juga memfokuskan kepada bottom 40%, dengan izin. Mereka yang tergolong dalam golongan 40% terbawah ini kita mensasarkan agar pendapatan mereka dapat kita gandakan daripada RM2,537 kepada RM5,270 menjelang tahun 2020. Apa dia yang kita sebut tentang pendapatan ini bukan sahaja pendapatan yang didapati melalui pekerjaan ataupun perniagaan tetapi juga melalui bantuan untuk mereka yang masih berpendapatan rendah. Inilah di mana cash transfer ataupun direct income support, dengan izin, seperti BR1M digunakan, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di kebanyakan negara-negara lain, termasuklah negara-negara maju.

Ini merupakan satu langkah untuk membantu mereka sementara kita upgradekan, dengan izin, pendidikan, skil dan keusahawanan mereka supaya mereka mendapat pendapatan yang lebih lumayan. Saya rasa saya sudah jawab kedua-dua soalan. Terima kasih.

Maaf Tuan Yang di-Pertua, saya hendak try recover balik yang tadi– Yang Berhormat Parit Buntar tiada. Yang Berhormat Parit Sulong...

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jawapan bertulis Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Bertulis okey.

final • 8:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Saya wakil dengar.

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Saya jawab bertulislah.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan tentang isu projek pembangunan. Ia telah menarik perhatian beberapa orang Ahli Yang Berhormat, antaranya Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Bandar Tun Razak, Yang Berhormat Setiawangsa dan Yang Berhormat Bintulu.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Setiawangsa ada dalam Dewan.

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Yang Berhormat Setiawangsa sahaja yang ada.

Yang Berhormat Rantau Panjang tidak ada. So, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Kota Tinggi...

final • 8:00 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak, boleh bertulis, bukan tidak jawab.

final • 8:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, sering kali kita menerima nasihat daripada Tuan Yang di-Pertua bahawa isu yang telah disebut oleh Ahli Parlimen lain tidak payah ulangi lagi. Oleh itu banyak isu yang telah disebutkan oleh rakan-rakan kita, kita tidak hendak bangkitkan lagi...

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 8:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

...tidak mahu ulangi lagi. Oleh itu tidak adillah untuk semasa Yang Berhormat Menteri menjawab...

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia bukan tidak jawab..

final • 8:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

...katakan orang yang sebut tak datang sini, tidak payah jawab. Kita yang lain di sini pun tunggu menunggu jawapan yang akan diberi.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Bukan tidak hendak jawab. Ini sesuai dengan keadaan, masa...

final • 8:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tidak apalah, asal sahaja sampai masa tamatlah.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kita pun tertinggal banyak masa Yang Berhormat. Sepatutnya 10 buah kementerian hari ini.

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan juga tidak ada di sini. Yang Berhormat Penampang...

final • 8:00 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

...pun tiada. Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Pasir Puteh...

final • 8:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

...telah memohon supaya kerajaan mempertimbangkan, meluluskan dan melaksanakan beberapa projek pembangunan yang boleh meningkatkan kesejahteraan Kelantan dan negara seperti jalan raya, lapangan terbang dan pengangkutan rel. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan kesejahteraan rakyat Kelantan melalui pelbagai projek pembangunan dalam setiap rancangan Malaysia. Tumpuan Kerajaan Persekutuan

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

telah diberikan bagi memperbaiki dan mempertingkatkan sistem perhubungan jalan raya untuk manfaat kepada rakyat.

Berhubung jalan raya yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kota Bharu, pada masa ini Kerajaan Persekutuan sedang dalam perancangan untuk melaksanakan projek pembinaan Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai yang meliputi jajaran kira-kira 74 kilometer dan Projek Central Spine Road yang menghubungkan negeri-negeri di zon pantai timur dengan panjang jajaran kira-kira 400 kilometer. Walau bagaimanapun pelaksanaan projek ini dibuat secara berfasa, mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan pada tahun semasa.

Kerajaan juga memberikan tumpuan kepada pembinaan jajaran jalan raya baru yang kritikal dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas bagi menggalakkan pembangunan kawasan baru yang memberikan impak sosioekonomi yang lebih besar. Projek-projek ini dijangka akan menjadi pemangkin pertumbuhan kawasan sekitar jajaran dan memberikan impak dari segi ekonomi dan sosial kepada rakyat Kelantan secara khususnya.

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Bagi menambah baik lapangan terbang pula, dalam tempoh RMKe-11, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dengan kos sebanyak RM450 juta dan sebanyak RM30 juta telah disediakan pada tahun 2016 bagi tujuan kerja-kerja awalan termasuklah reka bentuk. Jangkaan projek akan siap pada tahun 2019. Kapasiti terminal sedia ada lapangan terbang tersebut akan ditingkatkan bagi menampung pengendalian penumpang daripada 1.5 juta penumpang kepada empat juta penumpang setahun dan dijangka mampu bertahan sehingga tahun 2028. Kerajaan berharap penaiktarafan serta peningkatan kapasiti Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra akan memberikan keselesaan kepada penumpang dan pengunjung.

Bagi pengangkutan berasaskan rel pula, pada masa ini kerajaan tiada rancangan untuk membina sistem kereta api laju ke Pantai Timur. Tumpuan kerajaan buat masa ini adalah untuk menambahbaikkan perkhidmatan kereta api dari Gemas ke Tumpat dengan menaik taraf dan membaik pulih landasan sedia ada.

Sehubungan ini, pada tahun 2016, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM267.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf landasan termasuk yang terjejas akibat banjir pada tahun lepas. Projek naik taraf ini akan memastikan rakyat terus mendapat akses kepada perkhidmatan kereta api yang lebih cekap dan lancar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pada masa ini kerajaan tiada rancangan untuk mengaktifkan semula laluan kereta api Rantau Panjang, Kelantan yang turut menghubungkan Malaysia ke negara Thailand melalui Stesen Sungai Golok. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, perkhidmatan ini telah dihentikan berikutan isu keselamatan sempadan. Sehubungan itu, kerajaan berpandangan pelbagai aspek perlu diteliti semula sebelum membuka laluan tersebut.

Berhubung permohonan mengenai pembinaan pelabuhan yang baru di Tok Bali, perkara ini memerlukan penelitian terperinci oleh kerajaan. Pada masa ini, kerajaan sedang melaksanakan kajian bagi menyediakan Dasar Pelabuhan Kebangsaan bagi memastikan pembangunan pelabuhan yang sistematik dengan kadar pertumbuhan yang sihat. Ia akan menyediakan rangka kerja perundangan di samping memperkemaskan fungsi dan peranan setiap pelabuhan bagi mewujudkan satu sistem pelabuhan yang saling melengkapi dan holistik.

Sementara itu, bagi projek tebatan banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran telah siap melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir Jajahan Pasir Puteh yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan pada tahun 2011. Selain itu, Program Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kelantan pula telah siap dilaksanakan dalam RMKe-10 iaitu pada tahun 2014. Dalam RMKe-11 pula, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 1 telah diluluskan untuk dilaksanakan dan dijangka siap pada tahun 2020.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Pasir Puteh bangun.

final • 8:10 PM

Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tentang rel di Kelantan, bila agaknya ia akan dipulihkan dan dibuka untuk perjalanan kerana masih lagi dalam pembaikan. Itu yang pertama.

final • 8:10 PM

Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Kedua tentang pelabuhan. Pelabuhan ini dalam kajian ini berapa lama agaknya dikaji? Kami mengharapkan, insya-Allah, di Kelantan akan dipersetujui oleh pihak kerajaan dimasukkan untuk diluluskan sahaja untuk diadakan satu pelabuhan khususnya di Tok Bali.

Itulah harapan kami. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf landasan termasuk yang terjejas itu, ini sedang dilaksanakan.

Saya minta maaf sebab saya tidak pasti bila sebenarnya ia akan disiapkan. Tentang kajian pelabuhan nasional itu, ini setahu saya sedang dibuat oleh pihak MoT dan kami akan memberikan maklum balas secara berasingan kepada Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, ada satu lagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya skip dan berikan secara bertulis.

Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak ada Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Abdul Wahid Omar

Tidak ada.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Oh, Yang Berhormat Sabak Bernam ada, ada.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Abdul Wahid Omar

Yang Berhormat Sabak Bernam, Tuan Yang di- Pertua, ingin tahu jaminan dan status Projek Lebuhraya Pantai Barat kerana ia penting untuk keselesaan penduduk bagi kawasan yang terlibat.

Untuk makluman, perjanjian konsesi Lebuhraya Pantai Barat yang ditangani dengan Syarikat West Coast Expressway Sdn Bhd telah pun ditandatangani pada 2 Januari 2013 dan tarikh kuat kuasa perjanjian konsesi tersebut adalah pada 20 Disember 2013.

Projek ini melibatkan jajaran lebuh raya sepanjang 233 kilometer dan kini proses pengambilan balik tanah sedang giat dilaksanakan. Kerja-kerja pembinaan pula sudah bermula sejak 25 Ogos 2014. Berdasarkan kepada perjanjian konsesi, ia dijangka siap pada tahun 2018.

Yang Berhormat Kuala Krai menyatakan pembinaan High Speed Rail antara Singapura dan Kuala Lumpur menyebabkan kos yang tinggi kepada kerajaan sedangkan faedahnya mungkin lebih dinikmati oleh Singapura. Oleh itu, dicadangkan supaya dialih Projek High Speed Rail tersebut kepada tempat lain yang lebih memerlukan termasuk di Sabah dan Sarawak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedua-dua negara Malaysia dan Singapura akan menikmati faedah daripada pembinaan Projek High Speed Rail ini. Daripada pelaburan kerajaan ke atas projek ini, HSR dijangka akan menjana impak ekonomi kepada Malaysia sebanyak RM100 bilion dari segi keluaran dalam negara kasar atau pun GDP hasil daripada peningkatan aktiviti ekonomi industri hartanah, pelancongan dan juga sektor perkhidmatan antara lainnya.

Kajian juga menunjukkan bahawa badan-badan perantara di Malaysia akan menikmati peningkatan manfaat sosioekonomi terutama kawasan berdekatan dengan stesen-stesen transit HSR iaitu di Nusajaya, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Seremban.

final • 8:10 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya bagaimanakah pembiayaan ke atas High Speed Train ini? Adakah melalui private initiative atau pun government initiative? Terima kasih.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, dari segi modalnya, kita sekarang ini sedang memperincikan struktur operasi projek ini. Sekarang ini melalui satu proses request for information, dengan izin, sedang dilaksanakan dengan Kerajaan Singapura. Kalau kita ikutkan intention, dengan izin, asal kita adalah supaya ia dilaksanakan secara PPP di mana kita melihat jumlah perbelanjaan pembangunan yang boleh dibiayai secara komersial berdasarkan kepada pendapatan daripada operasi HSR tersebut dan bakinya di mana tidak boleh ditampung oleh pendapatan komersial ini akan memerlukan peruntukan daripada kerajaan.

Jadi, model kita adalah Kerajaan Malaysia akan bertanggungjawab untuk membina infrastruktur di dalam negara kita dan Kerajaan Singapura bertanggungjawab untuk

final • 8:10 PM

Datuk Seri Abdul Wahid Omar

menyediakan infrastruktur di kawasan mereka dan kita gunakan model pendapatan untuk menampung sebahagian daripada kos tersebut.

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

[Bangun]

final • 8:10 PM

Datuk Seri Abdul Wahid Omar

Ia partial PPP reflex.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Tinggi bangun, Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Penjelasan sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

RAPID dan Iskandar complement Singapore dan dalam pembangunan oil and gases hub membantu RAPID complement Jurong dan Pulau Bukom. Sama macam Antwerp, Rotterdam dan Amsterdam. Jadi, adakah kerajaan bercadang dengan banyak di Johor ini berlaku kita akan promote HSR ini sebagai join destination untuk commerce industry dan tourism, dengan izin? Terima kasih.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, memang apabila kita menghubungkan Singapura di Jurong East dengan stesen- stesen dalam negara kita termasuklah di Nusajaya, lepas itu di Batu Pahat dan juga Muar, ini bakal mempertingkatkan accessibility dan mampu mempertingkatkan lagi aktiviti ekonomi di kawasan-kawasan tersebut.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Abdul Wahid Omar

Dari segi promosi destinasi, dengan wujudnya hubungan HSR ini antara Singapura dengan Kuala Lumpur di mana jarak perjalanan disingkatkan kepada 90 minit. Jadi apa juga aktiviti promosi akan boleh membantu kedua-dua pusat dan termasuklah mana-mana juga stesen ini.

Jadi kita boleh mengadakan promosi bersama malah kalau kita lihat sekarang ini pun dalam Iskandar Malaysia Joint MinisterialCommitteeataupun IMJMC yang dipengerusikan bersama oleh saya dan juga menteri di sebelah Singapura kita ada banyak program kolaborasi. Ini termasuklah bersama-sama cuba menarik pelaburan yang mana kalau mereka memerlukan sumber tenaga yang lebih dan juga sumber kawasan tanah yang lebih besar, mereka bersedia untuk refer projek tersebut di kawasan Iskandar Malaysia.

Ini adalah antara manfaat kerjasama kita dengan Kerajaan Singapura di mana kita bersetuju bersaing pada keadaan tertentu dan juga bekerjasama dalam keadaan yang tertentu.

final • 8:20 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

[Bangun]

final • 8:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

[B2angun]

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Kuala Krai bangun Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Yang Berhormat Sekijang.

final • 8:20 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya hendak tanya tentang high speed rail ini macam mana dengan urusan pengambil belian tanah (PBT)? Adakah sudah selesai atau masih lagi dalam proses dan siapa yang akan menguruskan pembayaran PBT ini nanti? Terima kasih.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Tentang pembelian tanah ini kita sekarang ini sedang finalize dengan izin alignment dan proses ini akan diteruskan dan berdasarkan kepada konsep kita di mana Kerajaan Malaysia bertanggungjawab membina infrastruktur di sebelah Malaysia, ini bermakna pengambilan balik tanah ini akan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Ini proses seperti biasa termasuklah dalam projek-projek yang lain juga proses untuk mengambil balik tanah ini akan dilaksanakan seperti biasa. Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 8:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya masih lagi ingin menyuarakan pandangan berbeza daripada segi manfaat high speed rail ini. Pertamanya jarak yang akan dicover antara Kuala Lumpur Singapura ini lebih kurang 300 lebih kilometer dan penjimatan masa itu obvious daripada tiga jam ke 90 minit pada hari ini.

final • 8:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Akan tetapi adakah kita serius menganggap penumpang dari satu hujung ke hujung Kuala Lumpur Singapura, Singapura ke Kuala Lumpur akan mengambil kesempatan untuk berhenti di beberapa buah stesen di antara kedua-dua tersebut? Oleh sebab tujuan memendekkan perjalanan ini adalah antara dua buah terminal yang hujung.

Jadi apakah kerajaan serius melihat akan benar-benar dapat dimanfaatkan oleh beberapa stesen di antara Singapura dengan Kuala Lumpur dari segi sudut pembangunan kawasan sekitar stesen ataupun inter land stesen berkenaan. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Tuan Yang di-Pertua, mungkin ada sedikit silap pemahaman. Daripada segi length, dengan izin jarak adalah 330 kilometer lebih kurang dan ia memendekkan masa perjalanan. Kalau sekarang ini lebih daripada empat jam kepada 90 minit. Biasanya kalau kita lihat dalam pembangunan high speed rail di mana-mana tempat di dunia, jarak 330 kilometer ataupun 90 minit ini boleh dianggap sebagai satu sweet spot dengan izin di mana kita membuat perbandingan bukan sahaja dengan perjalanan menggunakan highway ataupun kenderaan biasa, kita juga membandingkan dengan perjalanan melalui udara yang mana kalau kita ambil kira masa menunggu di lapangan terbang dan kesemuanya akan mengambil masa lebih daripada dua setengah jam.

Ini merupakan satu manfaat yang tinggi untuk high speed rail ini. Ada dua perkhidmatan yang akan dibuat. Satu perkhidmatan ekspres yang membolehkan penumpang berhubung antara Singapura dan Kuala Lumpur dan satu lagi adalah perkhidmatan transit. Bagi mereka yang hendak stesen ekspres ini memang ia akan terus 90 minit all the way dan yang servis transit ini untuk mereka yang tinggal sebagai contohnya di Melaka ataupun di Muar ataupun di Batu Pahat untuk pergi ke Singapura dan begitu juga untuk pelancong-pelancong daripada Singapura yang mana hendak pergi melawat kebun mereka di Muar ataupun hendak pergi melancong ke Melaka yang merupakan satu destinasi pelancongan yang amat baik.

Ini membolehkan mereka menaiki transit. Jadi train ataupun stesen-stesen intermediate ini bukan untuk mereka yang hendak berjalan dari Singapura ke Kuala Lumpur tetapi untuk mereka yang mahu menuju destinasi perantara. Ini serupa dengan konsep ERL Express RailLink di mana kita ada ekspres servis dan kita juga ada transit servis Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Langkawi ada?

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Langkawi tidak ada Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Yang Berhormat Jerlun.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak ada Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Yang Berhormat Rasah.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak ada Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Yang Berhormat bandar Tun Razak.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tiada.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Yang Berhormat Setiawangsa dan Yang Berhormat Bintulu.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Setiawangsa.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Yang Berhormat Setiawangsa dan Yang Berhormat Bintulu juga telah mencadangkan supaya perjanjian-perjanjian konsesi lebuh raya sedia ada disemak semula bagi mengurangkan kadar tol dan Yang Berhormat Bintulu juga turut bertanyakan tentang kos pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan akan menghormati terma dan syarat perjanjian konsesi termasuklah kadar tol yang telah

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

dipersetujui dan bayaran pampasan sekiranya tidak membenarkan syarikat konsesi mengenakan tol pada kadar yang telah dipersetujui.

Walau bagaimanapun kerajaan sentiasa berbincang dengan semua syarikat konsesi berhubung dengan cadangan-cadangan penstrukturan semula kadar tol masing-masing.

Penstrukturan semula ini akan dilaksanakan melalui persetujuan bersama berlandaskan kepada perjanjian konsesi. Sebagai contoh kerajaan telah bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula kadar tol oleh Kumpulan MTD Group Berhad yang melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 yang mana kadar tol ditetapkan adalah lebih randah serta menghapuskan tol Lebuhraya Hubungan Timur Barat di Cheras.

Begitu juga dengan penstrukturan semula kadar tol bagi lebih raya yang dimiliki oleh Plus Ekspres Berhad yang melibatkan lima konsesi lebuh raya yang mana kadar tol telah distrukturkan semula supaya ia lebih rendah daripada kadar tol asal dan bagi Jambatan Pulau Pinang pula kadar tol telah ditetapkan pada kadar rata iaitu tiada kenaikan kadar tol sehingga tamat tempoh konsesi pada tahun 2038.

final • 8:20 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Menteri, saya hendak tanya sama ada semasa konsesi itu berapa kali kenaikan yang dibenarkan dalam setiap konsesi itu dan bolehkah dimaklumkan kepada kita setiap konsesi yang kita beri itu berapa kali kebenaran diizinkan dan berapa kali peningkatan untuk diberi maklum kepada kita lebih awal daripada kita merasakan macam kenaikan in tidak berkesudahan lima kali kah, enam kali kah, sepuluh kali. Bolehkah kerajaan melakukan demikian?

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Tuan Yang di-Pertua, daripada segi berapa kali kenaikan ini diizinkan ia adalah berdasarkan kepada perjanjian konsesi sebab sebelum syarikat tersebut bersetuju untuk membina lebuh raya tersebut, mereka perlu mengetahui berapakah kos pembinaan lebuh raya tersebut, berapakah kadar tol yang boleh dikenakan, berapakah period ataupun tempoh konsesi tersebut. Ini semua akan diperincikan dalam perjanjian konsesi.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Ia berbeza antara satu konsesi dengan satu konsesi yang lain. Ada konsesi yang memperuntukkan agar kenaikan ini diadakan setiap tiga tahun, ada juga yang telah diperuntukkan untuk dinaikkan setiap lima tahun. Ia juga berkait rapat dengan profil pembayaran balik hutang yang perlu diambil oleh syarikat konsesi tersebut. Biasanya apa yang diperuntukkan dalam perjanjian konsesi ialah sekiranya kerajaan tidak membenarkan mereka menaikkan kadar tol pada kadar yang telah diizinkan sebelum ini, maka mereka layak untuk mendapat pampasan daripada pihak kerajaan kecuali apabila terdapat persetujuan bersama di mana kita strukturkan semula kadar tersebut seperti yang telah berlaku pada PLUS Expressway Berhad dan juga berlaku kepada MTD sebagai contohnya.

final • 8:30 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

[Bangun]

final • 8:30 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Saya rasa kalau saya sedar tentang soalan itu, mungkin kita boleh membentangkan apakah kadar yang telah dipersetujui untuk masa- masa hadapan dan ini akan memudahkan pengguna lebuh raya mengetahui bila the next increase dengan izin dan sebagainya. Adakah saya menjawab soalan?

final • 8:30 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Ya, ya.

final • 8:30 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Mengenai tol ini, kita faham memang perjanjian sudah di sign daripada dulu lagi. Konsesi mungkin 25 tahun kah, 15 tahun ataupun 20 tahun. Akan tetapi isu ini dalam masa itu, kemungkinan orang tidak perasan traffic volume dengan izin boleh naik, meningkat begitu cepat. Kemungkinan masa itu traffic volume kita kurang. Itulah masa begitu panjang. Hari itu saya berbahas isu ini. Rakyat pun tanya.

Sekarang kita berapa banyak trafik sudah ada. Macam mana vehicle kita bertambah. Lagi tol bertambah. Kerajaan kenapa tidak kaji semula? Panggil konsesi-konsesi ataupun dalam masa itu kemungkinan ini kesilapan kita. Tiada kontrak di sana. Itu masa dulu punya sign pun bukan Yang Berhormat Menteri punya salah. Akan tetapi dulu sudah sign. Akan tetapi sekarang become the burden dengan izin kepada rakyat. Rakyat bising, rakyat tidak faham. Dia tanya sama saya. Saya pun tidak tahu macam mana mahu jawab.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini kerana traffic volume, kita nampak North-South Highway begitu banyak kereta. Dulu tiada. Tahun 90-an saya datang sini. Baru berapa buah kereta lalu masa itu.

So, sekarang sudah tiba masa mesti mahu panggil semua konsesi duduk berbincang. Kalau mereka sayang dengan negara kita, so everybody must be win-win situation. Everybody mesti mahu duduk berbincang. Kita pegang hati kita. Kira berapa masa concession cost, sekarang sudah kutip berapa? Tinggal kiraan berapa? So we need to have the solution. Kalau macam itu, kalau kita tidak buat satu penilaian balik semula, sebelah sini tuduh sana. Hari-hari dia maki sama kita. Itulah. Ada duduk sini itu hari, dia pun ada dalam Barisan Nasional. Itu masa mungkin dia setuju. Sekarang dia duduk sebelah sana dan tidak setuju. Dia maki pula sama kita. That is a point I want to address in the House here dengan izin. Kita mahu minta kaji balik semula. Duduk meneliti sedalam- dalamnya because this is concession another – ada lagi sepuluh tahun, 15 tahun, rakyat tidak boleh tahan. So, saya minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih.

final • 8:30 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Menteri, Kota Tinggi hendak sambung sikit boleh? Mencelah sikit. Sama.

Soalan sama.

final • 8:30 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Okey.

final • 8:30 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Bintulu. Sudah sampai masanya. Adakah kerajaan bercadang untuk melihat semua konsesi ini dan melihat kos versus revenue yang ada sekarang dan kita start initiate atau memulakan program lima tahun hingga tujuh tahun untuk slowly kita take over sebagaimana Pan Borneo tiada tol. Kita harap satu hari kita pun tidak ada tol.

Adakah kerajaan bercadang berbuat begitu? Terima kasih.

final • 8:30 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu dan Yang Berhormat Kota Tinggi. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu sedar bahawa modal penswastaan ataupun public-private partnership ini telah bermula sejak hujung tahun 80-an lagi dan kita mengambil kira pengalaman kita sejak itu. Seperti projek-projek IPP juga, kita ada first generation, second generation. Begitu juga dengan projek penswastaan lebuh raya ini di mana kalau kita lihat perjanjian konsesi generasi pertama dulu, dia banyak terma-terma yang mungkin melebihi kepada sektor swasta. Contohnya terdapat traffic volume guarantee dan sebagainya dengan izin.

Akan tetapi dari semasa ke semasa kita telah pun mengkaji semula. Lebuh Raya Utara Selatan contohnya, di mana saya sendiri telah terlibat sebagai pembiaya dan juga kemudiannya pada tahun 2001 sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan UEM yang memiliki PLUS ini. Setiap kali kita menstrukturkan semula, mengambil kira unjuran trafik yang baru dan kita mengambil kira perbelanjaan. Sebagai contohnya, kebelakangan ini kita menstrukturkan semula perjanjian konsesi ini berdasarkan kepada keperluan untuk PLUS menambah jumlah lane. Ini memerlukan mereka membelanjakan banyak lagi program pembangunan dan berdasarkan kepada jumlah dibelanjakan itu, kita lanjutkan lagi tempoh konsesi dan mereka juga setuju untuk mengurangkan kadar tol. Oleh sebab itulah yang terkini...

final • 8:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

[Bangun]

final • 8:30 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

...Kadar peningkatan tol itu telah dikurangkan daripada 10% peningkatan setiap tiga tahun telah dikurangkan kepada 5% setiap tiga tahun. Ini merupakan satu peningkatan saya rasa lebih baik berbanding dengan yang dulu.

final • 8:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:30 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Kalau boleh bagi saya habiskan sekejap. Untuk perjanjian konsesi yang baru dan yang terkini, kita ada membuat peruntukkan di mana kita tetapkan kadar pulangan ekuiti mereka. Sekiranya trafik itu lebih baik dan pulangan mereka lebih, kita ada profit sharing mekanisme dengan kerajaan dan ini boleh digunakan untuk mengurangkan kadar peningkatan untuk masa-masa yang akan datang. So ini adalah pendekatan baru kita.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kota Tinggi, sebenarnya sebelum kita memutuskan untuk membenarkan syarikat-syarikat konsesi ini menaikkan kadar tol mereka

final • 8:30 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

menurut perjanjian, kita telah berunding dengan mereka dan melihat adakah ruang untuk kadar tersebut dikurangkan dan apa juga terma-terma. Kalau kita lihat dari segi kebanyakan konsesi ini, biasanya jumlah trafik sebenar adalah kurang daripada unjuran pada asalnya kebanyakannya. Jadi, it is not as what they have expected dengan izin.

final • 8:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Ya, Yang Berhormat Menteri.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, panjang lagi Yang Berhormat? Sudah masuk sejam, ya.

final • 8:30 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Sedikit. Cuma ada satu lagi selepas ini.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, kalau tidak boleh jawab bertulis yang lain, Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Yang Berhormat Menteri, soalan saya tempoh hari semasa perbahasan ialah untuk bertanya kepada kerajaan berkenaan dengan subsidi tol dan subsidi gas untuk IPP dan gas untuk teksi. Soalan ini ditimbulkan sebab kita di Sarawak tidak mempunyai tol dan kita tidak ada subsidi. Sama dengan gas untuk IPP dan selama berpuluh tahun ini, di Semenanjung ini telah pun menikmati subsidi ini. Jadi soalan saya ialah berapakah jumlah tol tiap-tiap tahun kerana ia ada bearing kepada peruntukkan yang dapat diberikan kepada negeri-negeri. Terima kasih.

final • 8:30 PM

Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, Jerlun. Isu yang sama.

Saya melihat seperti yang saya berbahas membantu Yang Berhormat Jasin itu hari, saban tahun kerajaan terpaksa meletakkan satu allocation contohnya macam 2016 sebanyak RM593 juta telah diletakkan untuk pampasan tol.

final • 8:30 PM

Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun

Jadi dalam masa yang sama, kalau peruntukan untuk maintenance Jalan Persekutuan F1, F2 apa semualah antara negeri-negeri di utara sampai ke selatan termasuk Sabah hanya dalam RM640 juta. Jadi Yang Berhormat Menteri melihat sejauh mana, selama manakah kemampuan kerajaan untuk nak membuat pampasan kepada konsesi. Kalau kita tengok apa yang telah dibuat bersama dengan PLUS, di mana telah dipanjangkan concession period dan memanjangkan pula tahun ataupun jangka masa kajian semula kenaikan harga tol, saya ingat ini banyak membantu. Apa yang menjadi masalahnya apabila setiap tiga tahun sekali masa Menteri membuat kajian, maka sudah tentulah ia membebankan kerajaan dan juga tentu membebankan rakyat. Terima kasih.

final • 8:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Menteri.

final • 8:40 PM

Dato' Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, tentang Yang Berhormat Kanowit dan juga Yang Berhormat Jerlun. Kalau dari segi jumlah pampasan antara tahun 2008 hingga tahun 2013, jumlah pampasan seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya baru-baru ini adalah sebanyak RM1.109 bilion. Untuk tahun 2014 sahaja, jumlah pampasan yang telah dibayar adalah sebanyak RM403 juta. Jadi, ini merupakan satu kita katakan subsidi yang tidak wajar diteruskan kerana ia merupakan satu subsidi yang pukal, ia bukan targeted. Tentang isu ini akan dibincangkan lagi kemudian oleh Kementerian Kewangan semasa mereka menggulung nanti.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan...

final • 8:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Yang Berhormat Menteri, satu soalan di sini.

final • 8:40 PM

Dato' Sri Abdul Wahid Omar

Memandangkan sudah dekat sejam.

final • 8:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Menteri, Menteri, banyak peluang sudah bagi kepada Barisan Nasional, satu peluang untuk sinilah.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak boleh cakap macam itu Yang Berhormat.

final • 8:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Bolehkah Yang Berhormat Senator? Saya sudah berdiri lama.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, boleh tetapi jangan cakap macam itu, seolah-olah ada ketidakadilan.

final • 8:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Tidak, tidak kerana saya sudah beratur, beratur secara bersabar tetapi tadi Yang Berhormat Jerlun dia cut queue.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat, boleh tetapi jangan cakap macam itu.

final • 8:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:40 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Diamlah Yang Berhormat Bintulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Lepas ini debat dengan Yang Berhormat Bintulu ya.

final • 8:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Ya betul, nanti pukul 10. Saya hanya hendak tanya sedikit.

final • 8:40 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Diamlah Yang Berhormat Bintulu, biar saya cakap, minta pandangan daripada Menteri dulu boleh tidak? Saya memang hendak minta sedikit pandangan daripada Yang Berhormat Menteri kerana saya rasa memang kita cakap bahawa tahun ini 18 lebuh raya bertol naik kadar. Saya hendak tanya tahun depan, berapa banyak lagi? Bukan itu sahaja, untuk tahun depan satu peruntukan sebanyak RM593 juta telah diperuntukkan untuk pampasan. Jadi saya hendak tanya di sini, saya hendak beri satu contoh untuk membantu kerajaan untuk mengkaji semula bagaimana kita boleh mengatasi masalah lebuh raya bertol ini.

Saya bagi contoh Lebuhraya Kajang–Cheras. Sekarang Lebuhraya Kajang– Cheras ini, 49% syer saham adalah dimiliki oleh EPF dan 51% punya saham adalah dimiliki oleh Taliworks Corporation. Jadi lebih baik kalau kerajaan belilah 51% saham dari Taliworks ini dengan harga yang tidak melebihi RM120 juta dan kita bolehlah dapat balik lebuh raya ini dan pada tahun hadapan ataupun pada masa yang akan datang, tidak perlulah naikkan tol lagi dan tidak perlulah kita bayar pampasan.

Walaupun RM120 juta ini nampaknya, dengarnya tinggi tetapi pada hakikatnya sampai tahun 2012, pampasan yang telah dibayar oleh kerajaan untuk syarikat konsesi ini sudah melebihi RM284 juta. Jadi kalau kita mampu bayar pampasan yang hampir RM300 juta ini kepada syarikat konsesi, lebih baik kita menggunakan RM120 juta ini untuk beli syarikat ini, acquire the company dengan izin, supaya kita boleh selesaikan isu ini secara selama-lamanya. Terima kasih, minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 8:40 PM

Dato' Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Tuan Yang di- Pertua, saya dulu pernah tinggal di Kajang. Sebelum Lebuhraya Cheras–Kajang itu dibina, kita memang sengsara dengan jem yang begitu teruk, berjam-jam hendak keluar dari Kajang hingga ke Kuala Lumpur. Apabila lebuh raya ini dibina, ia memberikan satu manfaat yang amat besar kepada penduduk yang tinggal di Kajang, di Cheras dan sebagainya.

Mereka tidak ada masalah biasanya untuk membayar tol pada kadar yang berpatutan.

Walau bagaimanapun, kerajaan juga telah menstrukturkan semula di mana kalau kita ingat dulu setiap satu hala itu ada dua plaza tol dan kerajaan telah memansuhkan satu.

Jadi yang tinggal cuma satu tol each way dengan izin, pada kadar yang kita rasa munasabah. Kita berpandukan kepada konsep user pay, bermakna mereka yang menggunakan lebuh raya tersebut, mereka membayarnya. Tentang cadangan Yang Berhormat Kulai, mungkin Yang Berhormat Kulai lupa bahawa selain daripada ekuiti itu, ada juga hutang yang dipinjam oleh syarikat konsesi. Jadi it is not as simple dengan izin, dengan amaun yang disebutkan tersebut.

final • 8:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Tidak apa, kita boleh kutip tol lagi. Kita boleh kutip tol lagi. Setiap tahun keuntungan syarikat ini adalah lebih kurang RM20 juta. Jadi dalam tempoh masa 10 tahun, kita boleh selesaikan kesemua ini.

final • 8:40 PM

Dato' Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih.

final • 8:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 8:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya ada...

final • 8:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Menteri, adakah Pan Borneo akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri? Pan Borneo Highway yang saya sebut bangkitkan dalam perbahasan saya. Itu syarikat LBU yang dianugerahkan kontrak itu.

final • 8:40 PM

Dato' Sri Abdul Wahid Omar

Itu akan dijawab oleh Kementerian Kerja Raya.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kementerian lain Yang Berhormat.

final • 8:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya?

final • 8:40 PM

Dato' Sri Abdul Wahid Omar

Kementerian Kerja Raya.

final • 8:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Akan tetapi itu di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bukankah?

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak payahlah. Dia kata JKR akan jawab. JKR akan jawab.

final • 8:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri...

final • 8:40 PM

Dato' Sri Abdul Wahid Omar

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah melebihi masa satu jam yang telah ditetapkan.

final • 8:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya...

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat.

final • 8:40 PM

Dato' Sri Abdul Wahid Omar

Kalau dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ada isu terakhir tentang isu modal insan. Ini telah ditanyakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai yang ingin mengetahui apakah kedudukan semasa TalentCorp. dan adakah ia berjaya membawa balik pakar-pakar tempatan di luar negara atau kerajaan sekadar membuat smart networking dengan mereka di luar negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan program dan inisiatif yang diterajui oleh TalentCorp. dikategorikan berdasarkan kepada tiga pecahan segmen bakat dalam usaha mengurangkan jurang perbezaan kemahiran dalam memacu ekonomi selaras dengan hasrat ETP. Pertama sekali, tenaga bakat dalam negara yang merangkumi pelaksanaan program kebolehpasaran graduan ataupun graduate employability, latihan industri berstruktur ataupun structured internship program, up skilling dan program penglibatan kembali wanita dalam kerjaya ataupun women in the workforce, dengan izin.

Keduanya adalah tenaga bakat profesional Malaysia di luar negara yang merangkumi pelaksanaan inisiatif scholarship talent attraction and retention, dengan izin dan program kepulangan pakar ataupun returning experts program. Ketiganya ialah tenaga bakat asing berkemahiran tinggi yang merangkumi pelaksanaan Pas Residen-Bakat ataupun Residence Pass-Talent dengan izin.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi usaha berhubung dengan kumpulan sasaran profesional Malaysia di luar negara, usaha ini tidak terhad kepada hanya mengenal pasti kumpulan sasaran bersesuaian melalui temu seru secara fizikal. Ia juga turut diperkasakan dengan memanfaatkan platform secara virtual bersama agensi kerajaan, dewan perniagaan ataupun chambers of commerce serta Persatuan Komiti Malaysia di luar negara.

Pelaksanaan smart networking yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat, merupakan antara usaha yang dibangunkan TalentCorp. dalam mencapai kumpulan sasar serta memastikan pematuhan perbelanjaan berhemah yang disarankan kerajaan. Justeru itu, Portal Global Malaysian dibangunkan hasil kolaborasi bersama My Store Job dan pemain industri utama negara bagi maksud mendedahkan peluang pekerjaan tersedia dalam negara kepada profesional Malaysia di luar negara. Antara smart networking lain yang telah dilancarkan adalah kolaborasi bersama Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) di United Kingdom, CPA di Australia dan CMA di United Kingdom.

final • 8:40 PM

Dato' Sri Abdul Wahid Omar

Program meningkatkan profesion perakaunan dan kelayakan profesional bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan perakaunan. Kita juga ada kolaborasi bersama Jobstreet.com, kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga kolaborasi bersama dengan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW). Ini berkenaan dengan program wanita dalam kepimpinan Malaysia yang memupuk gaya kepimpinan versi gabungan bengkel kerja, kumpulan pembelajaran dan juga sesi mentor bersemuka selama lapan bulan kerana kumpulan sasaran pengurusan wanita kanan.

Untuk makluman Yang Amat Berhormat juga, sejak pelaksanaan Program Kepulangan Pakar ataupun Returning Experts Program ini oleh TalentCorp. yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2011 dengan pendekatan yang lebih holistik. Lebih 3,600 profesional warga Malaysia telah diluluskan untuk kembali pulang berkhidmat di Malaysia.

Jumlah ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan jumlah 1,130 orang rakyat Malaysia berkemahiran tinggi yang telah diluluskan dalam tempoh satu dekad sebelum itu iaitu di antara tahun 2001 hingga 2010.

Pelaksanaan inisiatif-inisiatif lain yang telah dilaksanakan oleh TalentCorp termasuklah program Graduate and Probability and Upskilling menyebabkan 3,662 orang participants dengan izin, program latihan industri berstruktur ataupun structured internship program melibatkan 12,852 orang, flexible working arrangement – 684 orang, initiative scholarship talent attraction and retention melibatkan 1,006 orang dan Residence Pass- Talent melibatkan 1,007 orang.

final • 8:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Yang Berhormat Menteri, boleh ya Tuan Yang di-Pertua? Boleh Yang Berhormat Menteri?

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 8:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Terima kasih. Banyak angka yang disebut tetapi saya tak hendak tanya banyak, saya cuma tanya satu sahaja. Tadi ada 3,600 yang telah diluluskan program untuk kembali, saya hendak tahu berapa peratus adalah wanita.

final • 8:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri...

final • 8:50 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Maaf Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada maklumat tersebut mengenai ini. Terima kasih.

final • 8:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas penjelasan yang diberikan panjang lebar dan saya hendak bertanya sedikit sahaja. Jumlah yang respons kepada program ini katanya berganda berbanding dengan dekad sebelum ini. Itu saya rasa memanglah menjadi satu perkara yang biasa apabila kita memberikan penumpuan. Cuma saya hendak tanya dari segi berbanding dengan kita punya hasrat ataupun perancangan awal, adakah jumlah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri itu mencapai sasaran ataupun nombor sahaja. Itu kita tidak pasti sama ada ia bertepatan dengan sasaran yang telah ditetapkan. Kalau kurang, apa inisiatif yang hendak dibuat? Terima kasih.

final • 8:50 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Tuan Yang di-Pertua, kita mengadakan program ini sebagai satu program untuk memadankan antara permintaan dan juga supply. Maknanya kita bukan sahaja membawa mereka pulang semata-mata tetapi kita berdasarkan kepada permintaan oleh employers dengan izin, majikan. Kalau kita lihat dari segi mereka ini biasanya dalam bidang sebelum ini minyak dan gas, bidang business services, dengan izin dan juga bidang perubatan yang khusus ataupun specialize medical professionals. Biasanya kita padankan kedua-dua ini.

Di peringkat awal memang terdapat banyak permintaan dan kita dapat melebihi sasaran yang telah kita tetapkan. Cuma untuk tahun 2014 ini, apabila kita telah memperketatkan lagi program kita, kita dapati bahawa terdapat pengurangan daripada jumlah mereka yang mengambil bahagian dalam program ini. Jadi untuk tahun 2014 ini jawapannya adalah kita kurang berbanding dengan sasaran kita. Untuk tahun 2015, kita jangkakan kurang juga memandangkan sektor minyak dan gas ini mengalami kejatuhan harga minyak. Walau bagaimanapun, kita akan terus berusaha untuk memastikan apa juga

final • 8:50 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

keperluan yang diperlukan oleh syarikat-syarikat Malaysia ini untuk mendapat talent atau bakat yang sesuai dari luar negara, kita akan membantu untuk memudah cara.

final • 8:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya ada...

final • 8:50 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan sudah satu jam izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan mengemukakan...

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah habis Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

...pandangan serta saranan untuk perhatian kerajaan semasa perbahasan Belanjawan 2016 di Dewan yang mulia ini. mana-mana isu yang telah dibangkitkan tetapi tidak dirangkumi dalam jawapan penggulungan ini dan mana- mana perkara yang tidak sempat dijawab, ingin saya maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa perkara tersebut telah dicatat dan diambil perhatian serta tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri dan untuk mereka yang tidak ada di Dewan tadi, saya akan kemukakan jawapan bertulis. Terima kasih.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya penjelasan. Kalau Yang Berhormat ingin memberikan jawapan bertulis, boleh tidak ia diberi tempoh kerana pada committee state are they speaking the same things. This… nonsense.

Kalau Yang Berhormat Menteri kita tunggu sampai sekarang, it’s easy for him can come and go. Bagaimana dengan keadaan kita?

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak apalah Yang berhormat. Saya setuju Yang Berhormat, mana-mana yang berjanji untuk menjawab secara bertulis kita mintalah untuk...

final • 8:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Seberapa segera yang boleh. Tuan Yang di- Pertua, perkara kedua, saya difahamkan giliran kedua patut dijawab oleh Menteri dari Telok Intan mengenai perkara yang saya bangkitkan Hindu and... Dia tidak ada di Dewan, apa cerita ini?

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukup sampai di sini. Sudah habis. Tunggu Yang Berhormat. Saya jemput...

final • 8:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tunggu bila?

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

...Seterusnya Yang Berhormat Menteri kawasan Ayer Hitam.

final • 8:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Piai yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2016 dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan Kampung Baru.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Tanjong Piai telah meminta penjelasan mengenai jumlah peruntukan dan pecahan kegunaan Bajet 2016 bagi tujuan pembangunan Kampung Baru. Bajet 2016 yang bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ merupakan bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas dengan memperlihatkan komitmen kerajaan yang berterusan ke arah memperkasakan daya tahan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk masyarakat di Kampung Baru. Berdasarkan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2016, jumlah anggaran perbelanjaan pembangunan yang telah diperakukan ialah RM89.5 juta untuk membiayai program aktiviti Projek Kampung Baru bagi tahun 2016.

Daripada jumlah peruntukan tersebut, sebanyak RM60.7 juta telah dicadangkan kepada projek-projek pembangunan infrastruktur asas Kampung Baru, RM20 juta dicadangkan kepada Program Pinjaman Mikro Penduduk-penduduk Kampung Baru dan

final • 8:57 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

projek baik pulih rumah-rumah daif di Kampung-kampung Baru dengan anggaran peruntukan RM88.8 juta.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan telah memperkenalkan satu program baik pulih besar-besaran yang bersasarkan 400,000 buah rumah di kawasan kampung dan luar bandar. Sebanyak RM5,000 hingga RM10,000 akan diperuntukkan kepada setiap rumah. Dalam hal yang demikian, sukacita saya maklumkan bahawa RM88 juta telah dicadangkan khususnya dalam program baik pulih rumah Kampung Baru bagi Bajet 2016. Meskipun peruntukan RM88 juta tidak besar jumlahnya dan mungkin tidak dapat menampung keperluan 607 kampung baru di seluruh Semenanjung Malaysia.

Akan tetapi saya yakin bawah peruntukan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu kes-kes mendesak iaitu penduduk-penduduk Kampung Baru yang memerlukannya terutamanya golongan warga emas, uzur, kurang upaya, ibu bapa tunggal yang kurang mampu dan mempunyai tanggungan yang ramai. Program baik pulih rumah Kampung Baru ini dijangka akan memberi impak kepada hampir 1,000 buah rumah.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan telah membenarkan Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru atau PKBC bagi membantu penduduk Kampung Baru khususnya bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan dalam membiayai premium tanah kediaman, menjalankan perniagaan kecil dan menaik taraf rumah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk Kampung Baru.

final • 8:57 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Dana berbentuk pusingan sebanyak RM100 juta telah disediakan dan dilaksanakan melalui Bank Simpanan Nasional. Sejak bermulanya pelaksanaan PKBC pada tahun 2011 hingga 30 September 2015 seramai 5,052 orang penduduk kampung telah berjaya mendapat pinjaman bernilai RM165.04 juta di bawah program ini. Di mana 99.68% adalah digunakan untuk menjalankan perniagaan mikro di kawasan Kampung Baru.

PKBC sebenarnya merupakan sebuah program yang baik yang mana ia telah membantu meningkatkan akses penduduk kampung kepada pinjaman mudah. Justeru itu, kerajaan telah bersetuju supaya program ini diteruskan di bawah RMKe-11 dan peruntukan sebanyak RM20 juta telah pun dicadangkan dalam tahun 2016. Tuan Yang di-Pertua, setakat itu sahaja jawapan-jawapan saya kepada apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat...

final • 9:00 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang Berhormat Menteri.

final • 9:00 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sila.

final • 9:00 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Kita nampak peruntukan untuk RMKe-11 begitu berkurangan dengan begitu ketara sekali. Jadi saya nampak tadi Menteri ada buat pecahan itu. Saya ingin tahu dalam perancangan ataupun peruntukan yang berkurangan ini adakah ia menjejaskan dalam pembangunan Kampung Baru ini terutama saya tahu Kampung Baru ada satu master plan yang telah dirancang dengan begitu rapi untuk membolehkan mencapai tahun 2020 dengan kemajuan negara kita. Jadi, saya nampak kekurangan ini bagaimana boleh membantu atau memang dapat membantu dalam pembangunan Kampung Baru ini?

final • 9:00 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai.

Sebenarnya kalau kita lihat keseluruhan RMKe-10, jumlah peruntukan untuk pembangunan infrastruktur Kampung Baru ialah RM265.45 juta maka puratanya lebih kurang RM53 juta.

Kalau kita lihat semata-mata untuk tahun depan, peruntukan untuk pembangunan asas atau infrastruktur untuk Kampung Baru ialah RM60.7 juta. Ini bermakna ada peningkatan dan itu adalah antara perkara yang perlu diberi penekanan dan kita mengubah cara kita dan kita serahkan kepada JKK dengan cara yang paling economical. Untuk mereka membuat secara gotong-royong tanpa melibatkan pihak orang tengah ataupun kontraktor yang dilantik mengikut sistem birokrasi kita. Jadi saya rasa dalam cara ini orang kampung juga turut terlibat dan menyumbangkan tenaganya, kepakarannya boleh digunakan maka kita dapat sedikit penjimatan.

Apa Yang Berhormat bangkitkan tentang master plan, new villagers master plan itu, ada 31 cadangan yang telah termaktub dalam pelan tersebut. Kita masih lagi mengikuti

final • 9:00 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

ataupun menggunakan ianya sebagai satu rujukan dan kita akan perhatikan satu persatu.

Adanya dalam pelaksanaan kita tidak melibatkan jumlah wang yang terlalu banyak.

Sebagai contoh, kalau kita hendak wujudkan industri dalam setiap kampung maka ianya memerlukan sokongan daripada pihak berkuasa tempatan. Ianya juga dapat sokongan daripada kerajaan negeri dan kita akan turun untuk menyediakan infrastruktur yang terbaik untuk mereka mengadakan satu persekitaran yang kondusif. Itu sebagai contoh.

Apa yang penting ialah kalau kita memasarkan kampung itu dengan cara yang lebih teratur ianya dapat menarik khususnya kalau untuk kita hendak memajukan sektor pelancongan dalam kes untuk Kampung Baru. Saya rasa itu sahaja jawapan saya kepada Yang Berhormat. Sekian terima kasih.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Seterusnya Yang Berhormat Menteri dari kawasan Muar.

final • 9:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim

Bismillahir Rahmanir Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh salam sejahtera salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung sesi penggulungan bagi pihak Jabatan Perdana Menteri atas perkara-perkara yang melibatkan beberapa agensi iaitu Unit Pembangunan Penjaja, Peniaga Kecil dan Wakaf, FELDA dan SPRM. Sebelum menjawab persoalan yang dibangkitkan saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas keprihatinan cadangan dan pandangan yang telah diutarakan.

Yang Berhormat Ipoh Barat mencadangkan supaya satu rang undang-undang digubal bagi memperhalusi kewujudan dan pelaksanaan Hindu Endowments Fund yang sekarang ini hanya terdapat di Pulau Pinang agar dapat diperluaskan ke negeri-negeri lain.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan pada tahun 1905 berdasarkan ‘Ordinan Wakaf Hindu’, Ordinan 17.

Oleh yang demikian sekiranya mendapat permintaan dari negeri-negeri lain dalam penubuhan Lembaga Wakaf Hindu perkara ini sewajarnya diajukan kepada pihak kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perdana Menteri hanya memantau di bawah Akta Tugas-tugas Menteri 1969 dan membentangkan laporan tahunan dan penyata kewangan Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang kepada Jemaah Menteri dan Parlimen.

final • 9:04 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan. Yang Berhormat Menteri saya rasa perlu ambil tahu bahawa akta itu is a federal act maka Kerajaan Persekutuan yang terlibat dalam perkara ini. Kalau kita tengok dari awal-awalnya ia walaupun merangkumi hanya negeri Pulau Pinang tetapi ia boleh diguna pakai, akta itu boleh dipinda supaya diguna pakai untuk semua negeri-negeri yang lain. Itu adalah hasrat masyarakat yang terlibat. Saya tidak faham kenapa ia perlu kebenaran mana-mana negeri.

final • 9:04 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Boleh saya sambung pada isu yang sama? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya pun sama pendapat dengan Yang Berhormat Ipoh Barat sebab ini fahaman saya. Tajuk Hindu Endowment ini ataupun Endowment Board di sini disebut dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan.

Bermaksud itu adalah di dalam bidang kuasa federal dan bukan dalam bidang kuasa negeri. Oleh sebab itu walaupun sebuah negeri berhasrat untuk gubal undang- undang sedemikian ini perlu dibuat melalui kuasa persekutuan. Mungkin pada masa Pulau Pinang buat memang pada masa itu Perlembagaan telah wujud dan memang dibuat melalui undang-undang federal seperti disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat.

Jadi penjelasan yang saya minta sekarang sekiranya ada negeri-negeri yang berhasrat membawa, melaksanakan satu skim Hindu Endowment Board. Adakah kerajaan sanggup membincang dan lepas itu menghalusi satu cadangan undang-undang dan membentang di Dewan yang mulia ini?

final • 9:04 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Bagi kedua-dua soalan yang dibangkitkan saya sudah nyatakan tadi bahawa jika ada permintaan daripada mana-mana negeri untuk melakukan perkara yang sama. Ini sebab betul Yang Berhormat cakap mengenai perkara ini

final • 9:04 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

dinyatakan di dalam Perlembagaan tetapi buat masa ini Ordinan 17 ini hanya digunakan penubuhannya di Pulau Pinang. Pengutipan dana hanya berlaku di Pulau Pinang. Jadi maknanya memang tidak ada berlaku di negeri lain. Oleh sebab itu dinyatakan bahawa jika ada permohonan daripada negeri-negeri lain maka Kerajaan Persekutuan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya.

final • 9:04 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya berterima kasih kepada pandangan ini kerana mungkin negeri-negeri boleh memohon. Akan tetapi saya hendak buat sedikit pembetulan kepada jawapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa Hindu Endowment Board hanya adalah ditugaskan untuk kawal selia mengenai kewangan.

That is not true. Itu adalah dari segi semua aspek kuil-kuil di sana. Itu adalah satu antara hasrat masyarakat India bahawa keperluan kerajaan untuk mengadakan satu sistem yang sama. What is good for Pulau Pinang semestinya also good for other places for Hindu on this country. Itu adalah rasional dia.

final • 9:04 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Saya tidak faham yang mana jawapan saya yang hendak dibetulkan sebab lantikan kepada pemegang jawatan juga mengenai di Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama. Saya tidak kata benda itu salah. Berkaitan penajaan, sumbangan yang diberikan oleh kerajaan negeri maksudnya negeri Perak tidak beri kepada wakaf ini, itu maksud saya. Maknanya segala aktiviti yang ada buat masa ini, satu badan yang ditubuhkan sejak tahun 1905 negara pun belum wujud waktu itu adalah untuk negeri Pulau Pinang. Itu yang saya jawab tadi.

Kita membenarkan perkara itu sampai hari ini cuma buat masa ini Kerajaan Persekutuan di bawah Akta Tugas-tugas Khas Menteri kita hanya menyelia dan mengemukakan kepada Dewan ini apa juga perkara, aktiviti yang dilakukan oleh Wakaf Pulau Pinang itu tadi. Saya juga memberitahu bahawa jika ada kerajaan negeri yang berhasrat untuk meniru kerana benda itu baik seperti Yang Berhormat nyatakan bolehkah kemukakan untuk diberikan pertimbangan yang sewajarnya. I did not say more or less than that. Terima kasih Yang Berhormat.

Mengenai FELDA. Yang Berhormat Bukit Gantang telah bertanyakan soalan mengenai Kilang Lurah Bilut. Yang Berhormat Bukit Gantang, tidak ada.

final • 9:04 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Yang Berhormat Raub bertanyakan soalan mengenai peruntukan infrastruktur FELDA. Yang Berhormat Raub? Okey. Yang Berhormat Bukit Gantang. Okey, saya jawab Yang Berhormat Bukit Gantang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kilang getah Lurah Bilut-Felda Rubber Industry Sdn. Bhd (FRISB) mula beroperasi pada tahun 1970 iaitu lebih kurang 45 tahun yang lalu. Kapasiti pengeluaran kilang ini adalah sebanyak 1,500 metrik tan sebulan dengan seramai 60 orang pekerja merangkumi eksekutif, bukan eksekutif dan pekerja am.

Kilang ini telah diberhentikan operasi pada 30 September 2013 atas sebab untuk mengurangkan kos pengeluaran syarikat dan menjadikan syarikat lebih kompetitif dalam pembelian bahan mentah. Notis pemberhentian operasi kilang telah dikeluarkan pada 17 Jun 2013 dengan menawarkan kepada para pekerja untuk bertugas di kilang syarikat FRISB yang lain. Namun begitu, terdapat pekerja yang ingin bersara awal. Daripada 60 orang pekerja yang terlibat, seramai 37 orang telah mengambil voluntary early retirement scheme (VERS), manakala baki seramai 23 orang pekerja telah ditempatkan di kilang- kilang Kumpulan Felda dan jumlah pembayaran pampasan kepada pekerja yang memilih voluntary early retirement scheme adalah sebanyak RM816,632 yang telah dibayar pada November 2013.

Manakala mengenai soal perpindahan rumah pula, notis kebenaran mendiami rumah telah dikeluarkan pada 18 November 2013, di mana tempoh menduduki rumah adalah pada asalnya sehingga 30 April tahun lepas, 2014. Sehingga kini, seramai 30 orang bekas pekerja masih mendiami rumah tersebut. Perjumpaan bersama bekas pekerja pada 6 Ogos yang lalu telah diadakan apabila FRISB perlu menyerahkan semula tanah kepada FELDA. Persetujuan telah dicapai iaitu notis 90 hari mengosongkan rumah telah dikeluarkan, di mana tempoh lanjutan bagi menduduki rumah adalah sehingga 5 November 2015. Walau bagaimanapun, atas rayuan bekas pekerja pada 16 Oktober 2015, pihak FELDA telah bersetuju untuk melanjutkan masa pengosongan rumah sehingga 31 Januari tahun hadapan.

final • 9:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Persoalan saya ialah berkenaan dengan yang saya dimaklumkan, daripada 30 orang itu, 10 orang sahaja yang dijamin untuk mendapat rumah generasi kedua dari tapak itu. Jadi, saya hendak merayu supaya dan mereka juga meminta supaya sekurang-kurangnya mereka itu diberi keutamaan untuk mendapatkan rumah untuk tapak generasi kedua ini untuk mereka miliki.

Memandangkan umur mereka sudah tua dan mereka pun sudah lama duduk di situ dan mereka juga merupakan anak generasi kedua FELDA. Saya merayu sangat- sangatlah supaya mereka ini diberi keutamaan. Ada yang datang itu yang telah ada cacat dan sebagainya yang memiliki anak dan keluarga. Saya yakin kalau hendak bekerja di tempat lain pun mereka tak mampu. Sebab itu saya harapkan supaya dapat diberikan pertimbanganlah, terima kasih.

final • 9:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Faham. Terima kasih Yang Berhormat. Walaupun FELDA ini di kawasan Yang Berhormat Menteri dari Bentong tetapi sebab dibangkitkan oleh Yang Berhormat kerana mereka datang jumpa Yang Berhormat. Saya boleh beritahu, ada di antara mereka sudah memiliki rumah. Ada dalam 30 ini yang memang tidak memiliki rumah, ada di antara mereka ini anak peneroka, menantu peneroka, ada yang tidak langsung terlibat dengan peneroka ataupun bukan di kalangan generasi FELDA.

Sebab itu pertimbangan paling awal kita kena bagi kepada mereka yang tidak memiliki rumah dan juga merupakan anak peneroka. Walau bagaimanapun, rumah yang dibuat/dinyatakan itu belum lagi dibina. Buat masa ini, yang diberi jaminan itu adalah atas kriteria yang dikeluarkan oleh pihak FELDA kepada siapa yang layak untuk menduduki rumah generasi kedua FELDA. Saya tidak boleh beri jaminan semua boleh dapat hanya kerana perkara itu dibangkitkan kerana ramai yang memohon. Kita telah memberitahu bahawa antara syarat untuk memiliki rumah generasi kedua FELDA adalah;

(i) Mereka anak FELDA; dan

(ii) Mereka tidak mempunyai rumah.

Saya ada senarai mereka yang memohon, malahan sebab Yang Berhormat dengan kita pun rapat, malahan parti politik sokongan dia pun ada kita ada dan itu bukan kriteria untuk kita menentukan sama ada dia datang daripada parti politik yang mana. Asal sahaja dia menepati yang saya cakap daripada awal, mereka telah diberi jaminan untuk memiliki rumah yang baik. Terima kasih banyak ya.

Yang Berhormat Raub? Tak ada. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab persoalan yang dibangkitkan berkaitan SPRM dan izinkan saya untuk memberi fokus kepada empat perkara yang telah dibangkitkan iaitu yang pertama, isu berkaitan pentadbiran dan bajet SPRM pada tahun 2016 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Gopeng. Dua-dua tak ada ya?

final • 9:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 9:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Tak ada, ramai lagi hendak jawab lepas ini. Kalau saya jawab, saya tak adil pula kepada yang lain hanya kerana layan yang tak hadir. Yang Berhormat Seputeh ada soalan dalam ini, hendak dengar jawapannya tak? Okey, terima kasih. Isu berkaitan penambahbaikan, Yang Berhormat Taiping pun tak ada. Yang Berhormat Raub bertanyakan tentang benchmarking. Ini kalau hendak, saya pun hendak jawab ini tetapi sebab dia tak ada, tak adil pada yang lain. Soalan ini bagus untuk saya jawab supaya kita boleh kongsi maklumat tetapi nanti saya bagilah jawapan dekat Yang Berhormat Raub itu.

final • 9:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jawablah.

final • 9:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Tak ada masalah hendak jawab. Yang tak ada, saya bagi kemudianlah ya. Perkara yang keempat, siasatan kes SPRM yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Seputeh membangkitkan dan bertanyakan soal siasatan terhadap kes pembelian bangunan MARA di Australia berjumlah AUD63.5 juta kerana mendakwa ada berlaku penyelewengan. Untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, isu ini sedang dalam siasatan SPRM dan butiran tidak dapat saya dedahkan kerana ia tertakluk di bawah seksyen 29(4), Akta SPRM.

final • 9:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Yang Berhormat Puchong membangkitkan isu mengapa SPRM masih belum memanggil Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung kes RM2.6 bilion untuk soal siasat. Untuk makluman Yang Berhormat, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat masih dalam siasatan pihak SPRM dan pihak SPRM telah menegaskan bahawa setiap saksi dan individu yang berkaitan dengan kes ini akan dipanggil bagi tujuan siasatan, termasuklah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila tiba masanya kelak. Antara perkara yang diberi pertimbangan kerana kompleksiti sesuatu kes dan sebahagian daripada saksi berada di luar negara.

final • 9:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Persoalan yang dibangkitkan itu, saya tahu pihak SPRM kata bahawa dalam siasatan. Akan tetapi siasatan itu sudah berapa bulan. Kita juga ada special task force yang didirikan, kita ada empat pejabat yang terlibat. Sehingga sekarang tidak ada dipanggil penama dalam mana wang tersebut akaunnya ada. Ini cukup senang kalau akaun itu dalam atau wang itu dalam akaun Yang Berhormat Muar, kita akan panggil Yang Berhormat Muar untuk sahkan sama ada ataupun tidak wang itu ada.

Kita tunjuk akaun, kita tanya dia dan lepas itu kita tanya dia wang itu datangnya daripada mana. Fokus siasatan adalah kepada pihak dia. So, di sini what are we investigating? Akaun itu kita tahu. Hendak tengok sahaja dalam akaun itu ada atau tidak jumlah itu. Kalau ada jumlah itu, soal yang perlu ditujukan adalah kepada tuan punya akaun itu daripada mana datang wang itu. Jadi, kenapa sampai sekarang tidak ditanya soalan itu, Yang Berhormat Menteri?

final • 9:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, kalaulah saya ada ruang ataupun kebenaran untuk berkongsi semua perkara yang sedang disiasat, sebenarnya ada banyak perkara yang kita assume tidak diambil tindakan. Saya atau mana-mana anggota pentadbiran tidak dapat melihat fail siasatan. Itu adalah kebebasan pihak SPRM tetapi apabila kita memanggil untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, ia ada limitation.

Makna, saya sendiri pun tak tengok seperti assumption Yang Berhormat sebut.

Saya percaya dalam penerangan yang diberikan kepada pihak kami untuk memenuhi soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, ada lebih daripada bayangan kita terhadap apa yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak SPRM. Kalau Yang Berhormat boleh memberikan kepercayaan kepada saya, mereka sebenarnya melakukan yang terbaik dalam melaksanakan siasatan ini.

final • 9:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Menteri, maknanya sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri tak tahu tetapi datang ke Dewan ini dan kata bahawa kita seharusnya yakin and we should assume that everything is alright. Sebenarnya saya tak ada maklumat...

final • 9:10 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Itu bukan soalan ya, tapi tidak apa, saya jawab.

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak, tidak.

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Yang Berhormat tidak boleh suruh saya buat satu perkara yang tidak boleh dibuat oleh mana-mana anggota pentadbiran. Yang Berhormat hendak suruh saya tengok fail itu, mana boleh.

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak.

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Kalau saya hendak tengok fail, saya sudah mencampuri urusan. Nanti Yang Berhormat kata kita campur pula.

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau tak tengok fail, cakap tak tengok fail.

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Saya sebut tak saya tak tengok fail?

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta kepada kita supaya tanya SPRM terus. Jangan datang ke sini kata, “Please, I give you assurance everything is okay”. Kalau tak tengok fail, macam mana you tahu everything is okay?

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

You want me to look at the file?

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yes, if you can. If you cannot, be honest, say you cannot...

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

That’s why I said I cannot look at the file.

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Correct. Kalau tidak boleh, jangan kata everything is okay. You don’t know.

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Okay, you sit down. My floor, you sit down. Enough. I tell you, you sit down.

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

I will sit down.

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

I will tell you. Why I asked you? Just because saya beritahu saya dapat privy kepada some- of course kiranya bila ditanya, kena beritahu. Tapi untuk tunjuk dokumen dalam kes siasatan, saya pun tidak ada hak untuk melihat. Kalau tidak, ia berlaku interference. Yang Berhormat hendak suruh saya langgar peraturan macam Yang Berhormat biasa buat? Saya tak akan buat benda Yang Berhormat langgar.

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang saya sentuh....

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Jangan ajar saya buat benda salah.

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You are in no position to assure this House that everything is okay because you have not seen the file. Cakap begitu saja. Apa susah sangat? Hendak datang sini...

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

I just plea. I don’t expect you to believe me. You never believe me anyway.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

Yang Berhormat, seorang-seorang cakap...

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau belum melihat fail itu, macam mana?

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Sebab itu saya plea.

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Be honest. Kalau tidak tahu sebut tidak tahu. Saya akan terima.

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

I am being honest, that’s why I said I didn’t look at the file.

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yalah. So, you are not in the position to state that everything is okay.

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Saya cakap Yang Berhormat bodoh, Yang Berhormat marah tapi saya dah sebut.

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Apa ini? Tak tengok fail tapi everything is okay.

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Apa salah saya?

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong. Seorang-seorang, Yang Berhormat. Seorang-seorang.

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minister, might as well don’t answer the question, Mr. Minister.

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Good, good. You are not happy anyway. Sebelum Yang Berhormat sebut, saya yang sebut dulu bahawa saya tidak ada kedudukan untuk melihat fail siasatan.

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau tidak lihat fail, jangan datang kata semua okey. Kalau tak tengok fail...

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Saya tidak kata semua okey.

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Simple isn’t it? Your own answer, you get caught. Why can’t you answer easily?

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

No, no. Saya sebut plea. Saya sebut plea. Kalau saya boleh guna apa yang diberitahu kepada saya tentang siasatan yang dilakukan- and please sit down properly, you don’t spoil the Chair. Come on, duduk betul-betul. *You’re big enough, I can see you. Okay?

So,* Tuan Yang di-Pertua, saya sudah beritahu tentang kedudukan perkara siasatan and the intensity seriusnya SPRM dalam melakukan siasatan tersebut dan tempoh masa untuk melakukan siasatan bergantung kepada intensity satu kes. Kalau kita cepat sangat, justice delay, justice denied. Ini Yang Berhormat tahu, Yang Berhormat peguam.

Jadi kalau kita rush satu perkara pun, kita mungkin akan jeopardize kes-kes dalam siasatan sehingga tidak dapat memberikan satu yang cukup untuk dipertimbangkan oleh pihak AG Chambers. Jadi, berilah peluang untuk kita melaksanakan ataupun SPRM melaksanakan siasatan hal-hal berkaitan dengan RM2.6 bilion kerana jaminan telah saya beri, sampai masa kita akan panggil seperti Yang Berhormat tanyakan.

final • 9:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, kalau katakan SPRM masih menjalankan siasatan tetapi apa yang kita dapati adalah bahawa sebenarnya ada satu charge sheet yang telah disediakan oleh SPRM dan saya hendak quote kan bahawa dalam The Star pada 23 Oktober baru-baru ini yang bertajuk, “MACC: We never denied authenticity of draft charge sheet”. Jadi ini bermaksud bahawa memang charge sheet itu telah disediakan. We never deny the authenticity of draft charge sheet yang tersebar luar di dalam Sarawak Report. Jadi ini bermaksud bahawa SPRM telah mempunyai prima facie case untuk mendrafkan charge sheet tersebut kepada Yang Amat Berhormat Pekan. Jadi kita hendak tanya adakah itu sudah membuktikan bahawa MACC sudah siap siasatan dan sudah bersedia untuk ambil tindakan terhadap Yang Amat Berhormat Pekan? Terima kasih.

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Yang Berhormat boleh terus untuk percaya kepada laporan Yang Berhormat baca. Untuk jawapan saya, pertama, untuk charge, kita buat siasatan dan yang buat pendakwaan ialah Pejabat Peguam Negara. Saya tidak pasti Yang Berhormat tadi rujuk disediakan oleh SPRM. Kita sediakan kertas siasatan dan kita akan serah kepada Peguam Negara. Kalau pun wujud dan Yang Berhormat hendak percaya dengan laporan itu, Tuan Yang di-Pertua, biasanya pendakwaan akan ditimbangkan oleh pihak pendakwa raya, bukan pihak SPRM. Terima kasih.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Habis Yang Berhormat?

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi lagi Yang Berhormat?

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Bagi, bagi.

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Yang Berhormat Muar, saya hanya hendak betulkan dua isu. Satu, apa yang disebut tadi kebiasaannya dalam SPRM investigation, charge sheet disediakan oleh pegawai SPRM dan ianya kemudiannya dikemukakan kepada AG Chambers dan AG Chambers yang buat keputusan sama ada hendak caj atau tidak. So, itu betul. Saya rasa itu perlu dibetulkan.

Perkara yang keduanya yang saya bangkitkan, I think Yang Berhormat Muar remember my speech, berkenaan dengan laporan MACC yang saya buat terhadap Yang Berhormat Pekan, di mana dinyatakan bahawa ada orang-orang tertentu yang dikeluarkan daripada jawatan untuk memastikan bahawa tidak ada pertuduhan dibawa terhadap Yang Berhormat Pekan. Itu dinyatakan bukan oleh saya, tetapi dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud.

Saya buat laporan MACC kerana cukup jelas ini adalah satu kesalahan di bawah seksyen 23 Akta MACC, clear cut case. A person who is in power cannot make a decision on something that affects him. Itu clear cut. Jadi soalan saya, saya buat laporan polis dan laporan itu sampai sekarang tidak ada apa-apa tindakan, saya pun tidak dipanggil untuk

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

percakapan langsung. So, what is the status of that report, Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Saya tak pasti benda ini baru atau tidak. Pertama, saya hendak bagi tahu siasatan sedang berlangsung ya. Sama ada charge sheet dan hendak mendakwa itu cerita lain ya. Saya hendak beritahu sedang dan kita tengah panggil.

final • 9:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, penjelasan sikit ya.

Adakah charge itu ada atau tidak ada? Simple question. Because, MACC keluar statement itu. Adakah tidak ada?

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Dia keluar dekat mana, itu yang saya kata kalau Yang Berhormat hendak terus percaya, percayalah and saya tidak jawab yang itu.

final • 9:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Maksudnya saya percaya, saya percaya. In The Star.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tertib ya. Boleh buat dengan tertib.

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Source, source.

final • 9:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Boleh clarify kerana statement itu dikeluarkan MACC.

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

No, no. Ada banyak dokumen yang keluar dalam...

final • 9:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Statement...

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bayan Baru...

final • 9:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Statement yang dikeluarkan oleh SPRM,

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Siapa MACC itu? Beritahu saya.

final • 9:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi, ada kah tidak ada?

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

No, siapa MACC yang buat macam itu?

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, jangan buat macam itu. Duduklah. Kalau hendak tanya duduklah Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Tak boleh stated MACC macam itu. Kalau adalah kenyataan rasmi dibuat, okey, saya akan jawab. Tapi kalau setakat based on hearsay, based on this, based on that, banyak sangat repot zaman sekarang.

Yang Berhormat Puchong, saya cuma hendak clarify. Yang Berhormat kata membuat laporan. Laporan polis atau laporan kepada SPRM? Kalau dari segi perjawatan, SPRM tidak mendengar laporan tentang perjawatan ini tapi kalau perlu siasatan terhadap apa yang dilaporkan itu mungkin bawah polis.

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Lagi satu, saya tidak pasti dia bangkit atau tidak dalam perbahasan sebab saya tidak ada bahan yang ditanyakan Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya rasa Tuan Yang di-Pertua ada dengar dan dia ada di sini masa itu.

Yang Berhormat Menteri, saya buat laporan di SPRM. SPRM ada tulis satu surat kepada saya kata telah terima laporan itu. So, macam mana mereka tidak tahu berkenaan dengan perkara ini?

[Disampuk] Yang Berhormat Arau? Apakah yang berlaku kepada...

[Disampuk] Saya sebut kerana Yang Berhormat Arau ada sana. Itu saja. So, memang ada laporan tersebut. Saya boleh bagi tarikh semua. Saya juga bagi kepada Pegawai SPRM seksyen 23, saya bagi hujahan bertulis. Everything is there, clear cut case, why is the Prime Minister not call up for questioning until now.

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Dari segi Pegawai SPRM kah fasal Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ditanya ini?

final • 9:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Laporan itu berkisar kepada dua pihak.

Satu kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Kota Belud sebagai Strategic Director of Barisan Nasional or something like that, dan keduanya memang terhadap Yang Berhormat Pekan kerana dinyatakan oleh Strategic Director beliau bahawa beliau telah pun remove certain people or take out certain people when there was a rumor of charge sheet. So, itu kepada saya clear cut section 23. Dato’ Seri Anwar Ibrahim’s case in 1999, reported MLJ I can give you tomorrow, clear cut when he was Deputy Prime Minister, he was convicted sentence to six years. Similar offence. So, I just want to know what happen to our case, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih.

final • 9:20 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Sewaktu penyediaan jawapan ini, perkara yang disebut Yang Berhormat oleh Puchong tidak ada pada saya sekarang. Perkara seperti ini tidak boleh diandaikan. Saya percaya perkara ini sangat mustahak. Malahan satu laporan telah dibuat. Saya minta SPRM untuk menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong atas status yang diminta itu.

final • 9:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri. Saya sudah dapat petikan surat khabar tersebut bahawa ini adalah...

final • 9:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

“MACC: we never denied authenticity of draft charge sheet” yang dikeluarkan oleh MACC Investigation Director, Datuk Azam Bakri.

final • 9:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi kita hendak Yang Berhormat Menteri sahkan adakah ini benar, statement ini benar dan juga adakah charge sheet itu benar atau tidak? Terima kasih.

final • 9:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa dalam peraturan mesyuarat kita memetik laporan dalam surat khabar itu bukan satu authority dan peraturan.

Ini peraturan yang kita buat.

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

You kena keluarkan daripada SPRM. Ini isu SPRM, kita tanya Yang Berhormat Menteri.

final • 9:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

You punya report tidak...

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

It is a part of the question..

final • 9:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Tidak rujuk sumber.

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya. I show you...

final • 9:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Ia banyak..

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Berita yang shows you. They name of the director yang keluarkan statement

final • 9:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Kalau luar surat khabar itukah mungkin saya boleh jawab, tetapi kalau untuk tanya tentang perkara yang dari source surat khabar..

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tetapi Yang Berhormat Menteri boleh pergi check dulu...

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat..

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Pergi check dulu, boleh Yang Berhormat Menteri?

final • 9:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Ya, I just got one. Saya tak nak beri Yang Berhormat.

Saya hanya beri jaminan kepada Yang Berhormat Puchong untuk saya jawab kepada yang dibangkitkan.

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tak mahu jawab? Tak mahu jawab?

final • 9:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Bukan tak mahu jawab.

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tak mahu jawab, kata tak mahu jawab.

final • 9:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Saya tak nak bagi kerjasama itu sebab diambil daripada surat khabar. Sudah tidak perlu benda itu.

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

It is a source of information.

final • 9:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Untuk lebih senang, saya boleh jumpa Yang Berhormat bila saya ada jawapan untuk beri jaminan dalam Dewan saya mesti bagi jaminan saya takkan bagi macam saya bagi Yang Berhormat Puchong.

Saya akan bagi kepada Yang Berhormat Puchong dia dapat jawapan apa yang dia hendak sebab dia berasaskan kepada dokumen dan fakta yang betul.

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ini berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan SPRM.

final • 9:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Dalam peraturan mesyuarat...

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, jangan dikeluarkan macam itu Yang Berhormat...

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Takkan kata tidak sah kenyataan dikeluarkan oleh SPRM, itu fakta. Fakta yang sah.

final • 9:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Kalau hendak selesai masalah kita ini Yang Berhormat, saya kata boleh kata, nanti saya bagi tetapi tak sebab Yang Berhormat merujuk kepada satu perkara yang ada dalam peraturan mesyuarat.

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 9:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

I am legal profesion.

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri tak mahu jawab?

final • 9:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Untuk merujuk daripada kenyataan akhbar.

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Mana...

final • 9:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam perbahasan untuk JPM dan saya mengucapkan pandangan dan saranan yang diberikan itu sebagai baik dan insya-Allah dalam bajet akan datang kita akan cuba laksanakan perkara-perkara yang telah pun digariskan dalam pembentangan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang giliran Kementerian Pengangkutan. Saya jemput Yang Berhormat Menteri.

final • 9:30 PM

Menteri Pengangkutan - Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada 20 orang ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 yang menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan.

Bagi menjawab isu-isu dan pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat, pertama saya ingin menyentuh berhubung dengan isu lapangan terbang.

Yang Berhormat Bagan telah membangkitkan mengenai status permohonan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Untuk makluman Yang Berhormat, kapasiti sedia ada Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas adalah sebanyak 6.5 juta orang penumpang setahun manakala jumlah trafik penumpang yang dikendalikan di lapangan terbang tersebut pada tahun 2014 adalah sebanyak 5 juta.

final • 9:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ada keputusan awal tadi yang tak ada dalam Dewan. Boleh jawab secara bertulis.

final • 9:32 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Oh, okey. Saya...

final • 9:32 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri saya minta. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri saya minta jasa baik Menteri jawab soalan itu kerana itu di kawasan saya.

final • 9:32 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Saya jawab bertulis ya, boleh? Ya. Saya jawab Yang Berhormat Bayan Baru ya. Yang Berhormat Bayan Baru membangkitkan mengenai pembinaan sebuah shopping complex yang akan dibangunkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sedangkan lapangan terbang tersebut mengalami masalah kekurangan tempat letak kenderaan. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak MAHB sememangnya menyedari akan masalah kekurangan tempat letak kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Bilangan 666 lot yang ada sekarang tidak lagi mencukupi. Oleh yang demikian MAHB akan membina satu kemudahan tempat letak kereta bertingkat untuk meningkatkan kapasitinya kepada 3,000 lot khususnya untuk memenuhi keperluan penggunaan pengguna-pengguna lapangan terbang tersebut dan ini isu pembinaan sebuah shopping complex di tapak tempat letak kereta tersebut adalah tidak timbul di mana apa-apa rancangan komersial seperti outlet park adalah di kawasan luar tempat letak kereta tersebut. walau bagaimanapun, adalah ditegaskan bahawa sebarang cadangan pembangunan komersial akan bergantung kepada hasil kajian impak trafik yang dijalankan.

So, berhubung dengan Yang Berhormat Silam, yang mencadangkan pembinaan sebuah lapangan terbang baru yang lebih besar di Lahad Datu bagi membolehkan pesawat Airbus dan Boeing beroperasi, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan sememangnya telah mengemukakan permohonan bagi pembinaan sebuah lapangan terbang baru di Lahad Datu di bawah cadangan projek Rancangan Malaysia Kesebelas. Sebagaimana kita sedia maklum, peruntukan yang perlu diagihkan untuk pembinaan dan pembangunan lapangan terbang adalah terhad. Maka Kementerian Pengangkutan akan memohon semula cadangan pembinaan lapangan terbang baru Lahad Datu di bawah ruling plan yang kedua RMKe-11.

Yang Berhormat Kuala Terengganu, ada?

final • 9:32 PM

Seorang Ahli

Ada.

final • 9:32 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ada, Yang Berhormat Kuala Terengganu dalam perbahasan telah membangkitkan mengenai perancangan pembinaan KLIA2 oleh pihak Malaysia Airports Berhad.

Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Terengganu, perubahan pelan induk KLIA oleh MAHB yang meminda tapak KLIA2 dari utara ke barat adalah berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh perunding KLIACS dan NACO JV yang juga telah dipantau ahli jawatankuasa khas terdiri daripada Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Lembaga Pengarah dan Pengurusan Malaysia Airports Berhad.

Hasil daripada kajian dilakukan, pelan induk lapangan terbang asal tahun 1992 telah ditukar pada tahun 2008 berdasarkan cadangan atau nasihat daripada pakar perunding NACO JV.

Justifikasi perubahan reka bentuk daripada konsep finger terminal kepada terminal satellite concept adalah berdasarkan kepada faktor-faktor berikut yang merangkumi:

(i) Akses jalan yang lebih efisien;

(ii) Kemudahan lebih baik bagi peruntukan penumpang di antara airside dan land side;

(iii) Infrastruktur pembangunan terminal yang lebih integrasi;

(iv) Kemudahan pengendalian pesawat di aircraft stand yang lebih fleksibel; dan

(v) Sistem kapasiti landasan yang lebih efektif.

Berhubung perubahan reka bentuk asal dua tingkat kepada lima tingkat pula, ia adalah selaras dengan permintaan pihak berkepentingan seperti:

(i) Permintaan oleh pihak kerajaan, Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan pengasingan penuh bagi penumpang yang tiba dan berlepas untuk penerbangan antarabangsa atas sebab- sebab keselamatan negara;

final • 9:32 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

(ii) Keupayaan transfer syarikat penerbangan yang sebelum ini tidak mengadakannya di LCCT.

Berhubung dakwaan Yang Berhormat Kuala Terengganu bahawa pihak MAHB tidak berunding dan berbincang dengan penggiat industri adalah tidak benar sama sekali.

Sebenarnya kebanyakan ciri-ciri yang terdapat di KLIA2 adalah berdasarkan kepada permintaan daripada penggiat industri sendiri. Contohnya bilangan gate dan contact stand adalah keperluan pihak tersebut.

Pihak MAHB telah mengadakan rundingan secara menyeluruh dengan semua pihak berkepentingan dalam pembangunan KLIA2.

Selain daripada itu, Yang Berhormat Sepang dalam perbahasan telah membangkitkan mengenai isu-isu keselamatan yang mengancam keselamatan..

final • 9:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Terengganu bangun Yang Berhormat.

final • 9:32 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

I habiskan yang ini ya dan penumpang KLIA. I habiskan KLIA2 dan kita tanya, ya? Dan penumpang di KLIA2 dan mempersoalkan mengapa pihak yang bertanggungjawab yang menyebabkan berlakunya isu-isu keselamatan ini tidak dibawa ke muka pengadilan.

Adalah ditegaskan di sini bahawa Kementerian Pengangkutan memberi perhatian yang sangat serius terhadap dakwaan ini. Adalah dimaklumkan bahawa sebelum pembukaan KLIA2, ia telah menerima beberapa perakuan dan pensijilan keselamatan seperti berikut:

(i) Certify of Completion of Compliance (CCC) untuk bangunan terminal pada 17 April 2014 dan mengesahkan terminal itu selamat untuk beroperasi;

(ii) Perakuan pematuhan piawaian daripada DCA untuk pematuhan ICAO Annex 14 dan Airports Standard Directive pada 23 April 2014 merangkumi landasan tiga parking apron, taxiways, struktur bangunan terminal dan kawasan berhampiran;

(iii) Penilaian isu keselamatan KLIA2 untuk IKRAM, premier consulting merangkumi landasan lapangan terbang, taxiway dan parking apron, struktur bangunan terminal dan kawasan berhampiran;

(iv) Laporan projek ICAO untuk compliance of the apron, runway dan taxiway and associated movement area at KLIA2.

Sehingga akhir bulan September ini sebanyak 35.5 juta orang penumpang dengan 245,000 pergerakan pesawat telah menggunakan KLIA2 tanpa apa-apa isu keselamatan.

Walau bagaimanapun, MAHB dan syarikat penerbangan mengadakan pemantauan setiap hari dan mesyuarat mingguan yang dianggotai oleh DCA, MAHB dan syarikat penerbangan untuk memastikan tindakan ke atas isu keselamatan ditangani dengan sebaik mungkin.

final • 9:32 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Di samping itu, untuk meyakinkan lagi semua pihak saya sendiri telah mengarahkan satu lagi audit khas dilakukan atas aspek keselamatan KLIA2. Pasukan bebas ini baru sahaja menyiapkan tugasnya dan laporannya dijangka di bentang kepada Kabinet dalam masa yang terdekat. Tambahan pula Jemaah Menteri juga telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menilai semula isu-isu berhubung dengan pembinaan KLIA2. Sila, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 9:40 PM

Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya atas justifikasi apakah pertukaran tapak asal daripada utara ke barat dibuat kerana kosnya terlalu tinggi hanya di atas earthwork ataupun kerja tanah yang asalnya RM35 juta telah naik sehingga RM850 juta iaitu 25 kali ganda.

final • 9:40 PM

Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Apabila kita bertanya kepada pihak-pihak yang mengguna KLIA2 hari ini dan konsultan-konsultan yang terlibat dengan baik pulih kerja yang setakat ini kita tahu telah makan belanja lebih kurang RM76 juta setakat ini sahaja. Tanah ini memerlukan lebih kurang lima tahun lagi untuk settle betul-betul atau orang kata stabilized dan pihak berkuasa tahu bahawasanya kawasan asal utara adalah tanah yang keras dan kuat dan tanah yang sebelah barat yang menimbulkan berbagai-bagai masalah adalah tanah gambut yang berpaya dan begitu lembik.

Kos yang akan di incur oleh kerajaan tidak dapat dipastikan kerana masalah masih timbul dan yang paling terkini adalah kebocoran minyak, aviation fuel yang amat-amat berbahaya. Ini disebabkan oleh settlement apabila paip minyak di bawah tanah telah patah atau rosak dan minyak-minyak ini telah timbul ke surface, crack dan ini hanya memerlukan satu spark untuk timbulkan satu masalah atau kebakaran yang amat dahsyat. Masalah ini amat teruk apabila hujan tiba dan ponding dan minyak bercampur dengan air. Minyak aviation fuel ini merebak ke merata-rata tempat.

Ini merupakan masalah fundamental di mana tapak yang begitu bermasalah bukan hanya menimbulkan masalah daripada awal tetapi orang kata recurring dan sekurang- kurangnya minimum lima tahun lagi.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat.

final • 9:40 PM

Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Jadi saya hendak bertanya sebagai sebuah projek yang begitu mahal dan begitu high profile kenapakah tidak ada kepakaran untuk mengenal pasti masalah ini dan juga untuk remedy masalah ini?

Bukan hanya dari segi kos tetapi sekarang ini dengan aviation fuel leaking, it is a very highly combustible and hazardous area. Saya mohon dimaklumkan tentang solusinya. Terima kasih.

final • 9:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

[Bangun]

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 9:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menambah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu. Kita juga dimaklumkan tadi oleh Menteri bahawa pemantauan dibuat setiap hari menunjukkan bahawa sana memang ada masalah dan audit baru telah ditubuh dan sedang menunggu keputusan. Kita juga telah dimaklumkan bahawa runway 3 yang digunakan untuk pengguna KLIA2 menjalani baik pulih setiap malam.

Setiap malam baik pulih pada jam 11.00 hingga 6.00 dan runway itu ditutup. Jadi apakah ini tidak bermakna ada sesuatu yang sangat tidak kena di dalam proses pembinaan runway KLIA2 ini? Terima kasih.

final • 9:40 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Terengganu dan Yang Berhormat Kuala Krai. Berhubung dengan persoalan Yang Berhormat Kuala Terengganu perubahan pelan kenapa daripada utara tukar ke barat, yang telah saya jelaskan bahawa kerana kajian yang telah dilakukan oleh perunding KLIACS dan juga NACO JV yang telah pun membuat perancangan perubahan pelan dan termasuk juga pelan induk lapangan terbang asal tahun 1992 telah ditukar pada tahun 2008. Pelan 1992 yang telah ditukar pada tahun 2008 berpandukan kepada kajian yang dibuat oleh pakar perunding.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****] Walau bagaimanapun, apa yang berlaku dalam pembinaan KLIA2 ini kerana dalam masa yang singkat dua tahun membina KLIA2 dan selepas itu timbulnya masalah settlement. Saya sendiri telah pun mengarahkan satu Jawatankuasa Audit Keselamatan untuk memeriksa keadaan di sini dan telah pun siap laporannya dan kita akan pastikan bahawa keselamatan KLIA2 diberi keutamaan dan buat masa sekarang tidak ada masalah

final • 9:40 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu tadi bahawa amat berbahaya.

Kita tidak akan mengkompromikan atas isu keselamatan. Sekiranya bahaya kita terpaksa tutup lapangan terbang tersebut. Apabila ada leakage, oil spillage tersebut maka kita terus tutup Q10 dan Q12 untuk pastikan bahawa isu keselamatan diberi keutamaan dan kita akan pastikan bahawa pembaikan dilaksanakan dengan segera.

Buat masa ini pembaikan dilakukan dari semasa ke semasa dan berhubung apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi bahawa runway 3 dibuat setiap malam, itu tidak benar. Tidak benar kalau runway tutup tiap-tiap malam, tidak mungkin runway itu dipakai setiap hari kerana apabila resurface dia perlu ada masa untuk diguna pakai. Saya telah arahkan bahawa apabila ada apa-apa settlement ataupun masalah isu keselamatan perlu dilaporkan dan pihak DCA akan memantau isu keselamatan ini dari semasa ke semasa. Yang Berhormat Kuala Terengganu hendak cakap lagi.

final • 9:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

[Bangun]

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 9:40 PM

Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Terima kasih. Saya hendak sambung bagaimana pihak kementerian hendak memastikan bahaya kebocoran itu dapat di contain kerana pengetahuan kami, tempat atau sumber kebocoran itu belum dikenal pasti lagi. Mereka masih meraba-raba dan ini telah memakan masa begitu lama malahan tiap-tiap hari ada pengguna, ada kebocoran dan tiap-tiap hari akan ada risiko.

Jadi kalau hendak kata contain, kita mesti tahu di mana ianya berlaku dan setakat ini belum dikenal pasti.

Kedua, masalahnya bukan hanya tentang keretakan dan juga kebocoran aviation fuel, runway pun bermasalah dan kita difahamkan tidak lama lagi runway 3 mungkin akan ditutup keseluruhannya kerana terlalu bahaya. Terlalu banyak masalah settlement ongoing. Satu lagi adalah tentang parking apron bermasalah dan ada insiden di mana kapal terbang apabila telah di park, passenger disembarking sementara mereka negotiate aerobridge, kapal terbang itu boleh slide dan ini berlaku hampir tiap-tiap bulan. Ini merupakan risiko kepada keselamatan penumpang.

Jadi bahaya ini bukan confine kepada satu atau dua tempat terlalu banyak area, apron, runway dan juga aviation fuel leaking. Saya rasa it is a very big problem dan konsultan perlu didakwa kerana mereka tidak memberi assessment yang menyeluruh apabila menukar design dan sebagai. Siapakah yang accountable or liable atas masalah yang begini luas dan besar? Terima kasih.

final • 9:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Kota Tinggi hendak mencelah sedikit.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, sila.

final • 9:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya kebetulan ada juga pergi dua, tiga kali pergi dekat situ. Sudah pergi to the ground. Memang ada settlement, saya tidak jauh juga Menteri tetapi saya rasa depiction yang diberi oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu saya ingat hanya satu perkara yang tidak berapa tepat ini. Saya fikir kalau betul, tahun ini year to year increase passenger is 8.5% dan saya difahamkan increment daripada 112,000 square meter to 250,000 square meter tadi menyebabkan pertambahan passenger up to 32 million MPPA, sudah sampai sudah, sudah mencapai lebih.

Jadi kalau sebagaimana Yang Berhormat Kuala Terengganu cakap itu, saya ingat memang tidak boleh jalan kapal terbang ini. Tidak akan ada volume sebagaimana ini, jadi saya macam curiga sedikit.

final • 9:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan atas lawatan saya, saya tengok memang ada kawasan settlement sebab kawasan itu memang ada settlement and ongoing settlement sebab ongoing settlement itulah dia buat continues maintenance service yang dibuat. Kalau masanya ada wind settlement sebab

final • 9:50 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

paip bocor, there must be isolated dan boleh dikenal pasti, dia tidak menyeluruh macam itu.

Kalau tidak, the whole airport must be shutdown. Jadi saya rasa ini first time saya dengar, saya terperanjat. Saya cakap ini bukan hendak pertikai, saya terperanjat adakah begitu sekali.

final • 9:50 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

[Bangun]

final • 9:50 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, kalau dengan pertambahan passenger yang kita ada the last year sampai sekarang, in fact saya mula-mula hendak ucapkan tahniah pada MAHB because kita expect by 2025 kita ada 45 million mppa. Sekarang projection 2021 sudah penuh. Sekarang pun sampai 32 million. Kalau kita tidak buat dulu airport ini, dalam masa sekejap not only we will losing the business, we won’t get. Sekarang sudah 32 *million.

I think nine years, ten years even before that* kalau hendak buat satu lagi, it costs much more than that. Jadi saya rasa ada sedikit mencurigakan…

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Pendekkan Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 9:50 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi soalan saya, saya macam tidak yakin apa yang pembangkang cakap ini. Terima kasih.

final • 9:50 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

[Bangun]

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Sungai Petani macam ini, ya. Yang Berhormat yang lain duduk dahulu. Saya kiranya Yang Berhormat Menteri sila jawab dulu, selepas itu kalau ada isu timbul baru pencerahan. Sila.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Okey, terima kasih kepada…

final • 9:50 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Kalau tahu masalah, di mana Tuan Yang di-Pertua? Cuba bagi tahu di mana.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu biarkan Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya hendak maklumkan bahawa jangan orang kata terlalu hanya hendak memperbesarkan isu yang sedia ada. Kita tahu isu ini serius. But kita ambil tindakan segera termasuk kumpulan audit yang kita telah buat. Laporan sudah siap dan laporan juga akan saya maklumkan kepada semua Ahli-ahli Parlimen.

Oleh sebab itu saya yakin bahawa tindakan telah diambil dan keselamatan penumpang diberi keutamaan yang tinggi. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi memang benar bahawa isu itu isu settlement memang berlaku. Mana-mana airport yang baru juga berlaku isu settlement tanah. Akan tetapi berapa seriusnya itu perlu diambil tindakan dan juga pakar-pakar sedang membuat tinjauan. Saya rasa ini isu yang kita ambil berat dan kita akan terus memantau perkembangan seterusnya. Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 9:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak jawab sikit tentang pandangan Yang Berhormat Kota Tinggi tadi.

final • 9:50 PM

Seorang Ahli

Hendak jawab kenapa, bukan Menteri.

final • 9:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Responds, sorry I respond it. Menteri, bahawa kita dapat taklimat dua kali. Sebelum AirAsia masuk ke KLIA2, AirAsia minta untuk Ahli Parlimen mendengar rintihan mereka sebelum dia orang masuk dulu, bahawa mereka kenal pasti isu-isu yang akan mereka hadapi termasuklah kerja-kerja yang dianggap substandard. Mereka tahu, kerajaan kata don’t have problem. Masuk dahulu, kalau ada problem kita repair dan sekarang terjadi.

Isunya apa dia Menteri? Isunya setiap kali repair yang pertama ia ganggu the whole entire operation AirAsia. Keduanya semasa berlaku repair itu, kadang-kadang ada

final • 9:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

benda-benda yang dangerous can happen. Kapal terbang macam-macam boleh jadi.

Makna sebab itu AirAsia minta supaya settlekan isu-isu yang belum disettle tetapi kerajaan force mereka juga. Akhirnya mereka masuk dan terbukti benar bahawa mereka ada masalah. Setiap kali shutdown sana sini dan mereka menghadapi masalah-masalah operation. Isu yang kedua ialah dua tiga hari yang lepas, sekali lagi AirAsia menjemput Ahli Parlimen untuk mendengar masalah mereka. So, untuk menyatakan bahawa kita exaggerating cerita ini, tidak betul. We got it from a source bila mereka cerita dan sebab itu kita sampaikan di Parlimen. This is the best place untuk beritahu. Kita nothing to hide. Menterilah orang yang paling layak untuk kami cerita. Kalaulah kami hendak cerita dekat luar surat khabar, tidak fair. We are telling you these are the problems. So we are not exaggerating the problem. Thank you Menteri.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya hendak jelaskan, I’m not avoiding the issue. Saya tidak katakan bahawa ini tidak ada isu. I said it’s an issue. I even say this is a serious issue. I admit that it’s a serious issue…

final • 9:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Thank you very much.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Dan kita telah ambil tindakan yang dikatakan tadi bahawa yang mengganggu operation. It’s not really true mengganggu operation sehinggakan berhentinya penerbangan AirAsia. But kita ada 68 gates. So whatever affected now especially a few spillage, it’s only two gates. Affected two gates. Kita tahu walaupun dia ada pemindahan daripada segi fuel menggunakan lori dan sebagainya, tetapi kita pastikan bahawa operasi AirAsia tidak terganggu sangat dan perlu berbincang.

Saya telah arahkan MAHB perlu berbincang dengan AirAsia, all the airlines bagaimana untuk memudahkan perkhidmatan MAHB beri pada airline agar tidak terganggu perkhidmatan penerbangan kita. Walau bagaimanapun, sekarang kerajaan, Kabinet telah wujudkan satu lagi jawatankuasa untuk review balik semua isu termasuklah cost overrun, termasuk safety audit telah dibuat, tambahan lagi dengan isu-isu lain masih lagi disiasat dengan sepenuhnya.

So, saya hendak beri keyakinan pada semua, saya akan bentangkanlah laporan kepada semua Ahli Parlimen.

final • 9:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, sikit.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, saya kira isu ini Yang Berhormat Menteri sudah jawab. Kalau kita panjang-panjang nanti, kementerian lain masih lagi menunggu Yang Berhormat Menteri.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya, saya terus hendak pergi kepada Lapangan terbang Sandakan. Yang Berhormat Batu Sapi ada? Kalau tidak ada, saya pergi ke Yang Berhormat Lawas.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Juga tiada.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ini kerana Tuan Yang di-Pertua tadi sudah beritahu saya, Yang Berhormat yang tidak ada saya tidak payah jawab.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Jawab secara bertulis. Jawapan secara bertulis.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Jawab secara bertulis. Yang Berhormat Kota Bharu?

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Juga tiada.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Tidak ada. Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 9:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ada, ada.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Bandar Kuching bangkitkan mengenai surcaj penerbangan Sarawak dan telah mencadangkan kerajaan dapat mengeluarkan arahan supaya syarikat penerbangan tidak boleh sewenang-wenangnya mengenakan surcaj ke atas pelanggan. Untuk makluman Yang Berhormat Bandar Kuching, perkhidmatan MASwings merupakan perkhidmatan udara luar bandar di mana kerajaan perlu memberi

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

subsidi untuk menanggung kos operasi yang tidak menguntungkan. Surcaj bahan api telah dikenakan semasa harga minyak itu tinggi. Buat masa ini memandangkan harga minyak telah pun menurun, kerajaan sedang meneliti semula keperluan surcaj yang dikenakan.

Oleh itu, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching itu kita akan ambil tindakan.

Yang Berhormat Kuala Langat, ada?

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Juga tiada dalam Dewan.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Tiada. Yang Berhormat Julau?

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ada.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Julau telah memohon pihak kerajaan untuk menambah kekerapan penerbangan MASwings yang menghubungkan Kuching dan Kota Kinabalu. Untuk makluman Yang Berhormat Julau, buat…

final • 9:50 PM

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

Tuan Yang di-Pertua…

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baru hendak mula Yang Berhormat.

final • 9:50 PM

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

Bukan Kota Kinabalu, Sibu.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Sibu. Oh, saya diberitahu adalah Kuching dengan Sibu ya? So perjalanan dari Kuching dengan Sibu. Untuk makluman Yang Berhormat Julau, buat masa MASwings tidak beroperasi dari Kuching ke Sibu. Is it?

final • 9:50 PM

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

Ada.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ada.

final • 9:50 PM

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menerangkan sedikit berkenaan dengan perkara ini iaitu pada dulunya MASwings ada penerbangan pukul 6.15 dan 7.00 pagi dari Kuching ke Sibu dan kemudiannya beberapa penerbangan. Akan tetapi pada masa ini, MASwings hanya ada penerbangan pukul 6.15 pagi dan kemudiannya 10.50 pagi.

Keadaan ini menyukarkan penumpang-penumpang yang sering menggunakan MASwings ke Sibu. Sibu bukanlah bandar begitu kecil. Mungkin ada unsur-unsur memberi peluang kepada AirAsia untuk memonopoli route tersebut. Justeru, saya cadangkan sekiranya pengurusan MAS tidak dapat menguruskan route ataupun perjalanan-perjalanan tersebut, maka serahkanlah saja MASwings kepada kerajaan negeri yang mohon untuk menguruskan atau memiliki saham dalam MASwings. Terima kasih.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan perkhidmatan MASwings dari Kuching ke Sibu ini, memang kita memberikan subsidi kepada penerbangan laluan luar bandar MASwings Kuching ke Sibu. Akan tetapi kita dalam proses mengkaji balik kerana kita faham sekarang bahawa Kuching dan Sibu bukan lagi satu penerbangan yang tidak menguntungkan. Kita perlu kaji balik sama ada kita perlu memberi subsidi kepada MASwings dalam laluan tersebut. Kita akan menggalakkan perkhidmatan- perkhidmatan lain, airlines lain untuk juga menggunakan laluan-laluan yang diberikan. Tidak akan dimonopoli oleh mana-mana sebuah syarikat penerbangan.

Yang Berhormat Kota Kinabalu ada?

final • 10:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan. Mengenai tadi isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Julau mengenai saham-saham MASwings diambil alih oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Isu ini telah disebutkan beberapa kali oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan saya ingin tahu sama ada rundingan telah dijalankan atas perkara ini dan apakah hasrat Kerajaan Pusat atas perkara ini?

final • 10:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya tidak ada maklumat kerana ini perkara baru. Saya akan selidik dan bagi secara bertulis ya.

final • 10:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Kota Kinabalu telah mencadangkan supaya kerajaan membina rangkaian kereta api yang menghubungkan negeri Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Kinabalu, perancangan berkaitan pembangunan rangkaian landasan kereta api menghubungkan bandar-bandar utama di Sabah adalah terletak di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa Kerajaan Negeri Sabah, khususnya Kementerian Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah. Pada masa sekarang, Kerajaan Persekutuan belum menerima sebarang cadangan daripada Kerajaan Negeri Sabah berhubung dengan pembangunan rangkaian landasan kereta api baru sebagai tambahan kepada rangkaian kereta api sedia ada di bawah kendalian Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) yang menghubungkan Tanjung Aru dengan Beaufort seterusnya ke Tenom.

Walaupun begitu, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan kepada JKNS bagi kerja-kerja pemodenan jangka pendek rangkaian landasan kereta api sedia ada pada tahun 2005 sebanyak RM335 juta yang terdiri daripada RM133.8 juta bagi sektor Tanjung Aru – Kimanis dan RM201 juta bagi sektor Kimanis – Tenom sehingga Alor Gilat.

Lanjutan kepada kerja-kerja pemodenan jangka pendek ini, kerajaan juga sedang dalam proses mempertimbangkan kerja pemodenan jangka pendek bagi seksyen Halogilat ke Tenom di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. So, kita akan tambah lagi peruntukan untuk naik taraf landasan kereta api daripada seksyen Halogilat ke Tenom.

Untuk makluman Yang Berhormat Kota Kinabalu, sebarang cadangan pembangunan kemudahan kereta api termasuk di sambungan kereta api antara Sabah dengan Sarawak perlu dikaji kesesuaian yang mengambil kira kos yang perlu dibelanjakan serta bilangan daripada segi bilangan penumpang serta jumlah barangan freight yang dijangkakan dan akan diangkut oleh perkhidmatan kereta api yang ingin dibangunkan.

Kajian ini perlu memastikan bahawa negara memperoleh pulangan yang setimpal dengan pelaburan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam membangunkan sesuatu kemudahan rel tersebut di atas.

Yang Berhormat Rantau Panjang ada? Yang Berhormat Rantau Panjang telah mencadangkan supaya membuka laluan...

final • 10:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri minta laluan.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 10:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya tidak dengar ada jawapan to returning Rapid Bus di Kota Kinabalu, tiada jawapan RM1 bilion peruntukan sedia dalam bajet. Kedua, tiada jawapan mengenai KKIA, satu, extension program. Two, 16 million passenger capacity, tiada jawapan Yang Berhormat Menteri. Minta penjelasan.

final • 10:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Saya tidak ada jawapan di sini barangkali pegawai tidak mencatat. Walau bagaimanapun saya akan beri secara bertulis. Untuk makluman Yang Berhormat, KKIA kita akan pindahkan AirAsia ke terminal 1.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, duduk dulu.

final • 10:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Kemudian, apabila kapasitinya terus meningkat kita akan terus meningkatkan stesen ataupun lapangan terbang tersebut. Kita tahu bahawa kapasiti Lapangan Terbang KKIA ini meningkat dengan cepat. Kita ada tanah yang lebih kurang 40 ekar lagi membolehkan kita membuat pembesaran lapangan terbang tersebut.

final • 10:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, saya mahu tanya juga. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri...

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini Yang Berhormat Kota Kinabalu isu yang telah ditimbulkan masa perbahasan atau isu baru?

final • 10:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ada dalam perbahasan saya isu-isu ini tetapi tiada jawapan Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, masa itu yang cerita masa itu. Jadi saya...

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya ingat Batu Sumpah sahaja, yang lain saya tidak ingat.

final • 10:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Batu Sumpah itu- ini Ministry of Transport ya. Bagaimanapun saya mahu tanya Yang Berhormat Menteri satu kali lagi.

Bilakah kementerian akan bina... Ini tidak apalah tidak payah jawab, sudah jawablah. Akan tetapi selain itu bilakah new extension KKIA bina from present 9 million passenger capacity per annum to 16 million capacity and what will be the total estimated cost, dengan izin. Bila sistem BRT Kota Kinabalu akan bermula dengan bajet RM1 bilion? Ketiga, adakah Terminal Bas Putatan dalam bina BRT. These are the questions I want to ask additional. So that you can jawab dengan tulisan pun boleh. Thank you Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Berhubung dengan Rapid Bus itu adalah bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan ini. Ia adalah di bawah bidang kuasa LPKP Sabah, bukan bawah Kementerian Pengangkutan.

KKIA saya sudah jawab tadi, kita akan membuat pembesaran sekiranya ia mencapai 9 juta orang penumpang. Sekarang baru 6 juta orang penumpang. Ada kapasiti lagi. Ya, ada lagi?

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 10:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ada sikit. Tuan Yang di-Pertua, saya ada menyentuh mengenai rangkaian kereta api di Sabah dan Sarawak dalam ucapan saya tetapi tidak dijawab lagi, mungkin terlepas pandang. Jadi saya ingin sekali lagi menekankan mungkin pada andaian kita satu projek rangkaian kereta api yang panjang ini mungkin melibatkan kos yang tinggi. Akan tetapi sebenarnya ia adalah satu pelaburan jangka panjang. Kalau tidak takkanlah sistem kereta api hari ini di negara kita semakin diperkembangkan dengan double tracking, dengan high speed rail. Jadi saya bersetuju kalau satu kajian dibuat daripada segi passenger volumenya dan trade volumenya akan tetapi kena serius sebab saya merasakan untuk jangka masa panjang bagi Sabah dan Sarawak ini merupakan satu pembangunan pengangkutan awam yang sangat berkesan.

Terima kasih.

final • 10:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Itu saya pun sudah bersetuju bahawa kita akan buat kajian feasibility study sebelum kita laksanakan perancangan ini.

Yang Berhormat Rantau Panjang mencadangkan supaya rangkaian kereta api yang menghubungkan Thailand melalui Rantau Panjang dan Sungai Golok dibuka semula.

Kementerian Pengangkutan bersedia untuk merancang serta memulakan kerja-kerja membaik pulih jajaran Pasir Mas, Rantau Panjang sehingga situasi di sempadan Malaysia- Thailand dinilai berada di tahap selamat untuk operasi kereta api rentas sempadan antara Malaysia dengan Thailand di Rantau Panjang.

Pada Disember 2012, satu mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara telah diadakan bagi membincangkan cadangan dari Thailand untuk mengaktifkan semula laluan kereta api daripada Sungai Golok, Thailand ke Tumpat, Kelantan. Lanjutan mesyuarat tersebut Majlis Keselamatan Negara berpandangan bahawa situasi di selatan Thailand belum sesuai untuk membenarkan pengaktifan semula perkhidmatan kereta api antara Malaysia dengan Thailand melalui Rantau Panjang dengan Sungai Golok.

final • 10:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Apabila situasi di sempadan Malaysia-Thailand dinilai berada di tahap selamat untuk beroperasi maka operasi kereta api merentas Malaysia-Thailand di Rantau Panjang akan dimulakan. Kementerian Pengangkutan bersedia untuk merancang serta memulakan kerja-kerja membaik pulih jajaran Pasir Mas, Rantau Panjang seterusnya mengaktifkan semula perkhidmatan kereta api antara Malaysia dengan Thailand melalui Rantau Panjang dan Sungai Golok. Yang Berhormat Pasir Puteh ada?

final • 10:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta penjelasan sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih di atas perhatian yang diberikan oleh pihak kementerian. Cuma saya ingin tahu apakah masalah keselamatan yang disebutkan? Kalau kita lihat pintu masuk di sebelah utara dan selatan dapat beroperasi.

Kalau lihat di Padang Besar juga, berhubung dengan Thailand juga melibatkan sempadan negara dengan Thailand.

Akan tetapi, apakah isu-isu utama yang dikenal pasti oleh pihak kementerian yang menyebabkan masalah keselamatan dijadikan isu? Ini sebab kalau kita tengok isu keselamatan melalui lorong-lorong pangkalan haram itu terlalu banyak. Begitu juga melalui

final • 10:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

jambatan muhibah yang ada sekarang. Sedangkan apa yang kita hendak di sini ialah supaya dari sudut infrastruktur untuk memudahkan perkembangan terutama dari sudut menjana ekonomi penduduk setempat. Begitu juga dalam import, eksport lebih menyerlah lagi. Jadi, saya ingin penjelasan detail, apakah masalah keselamatan yang menjadi utama menyebabkan sekian lama kereta api tidak dapat berhubung antara Malaysia dan Thailand di sebelah Pantai Timur? Terima kasih.

final • 10:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada butiran yang terperinci tapi kita dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara memang dari segi keselamatan tidak membolehkan kita melaksanakan perkhidmatan ini. Antaranya ialah kebocoran dari segi penyeludupan dan juga dari segi keselamatan terrorism dan lain-lain.

Kita akan kaji semua dari semasa ke semasa, apabila suasana membolehkan kita melaksanakan perkhidmatan rail ini kelak. Kementerian Pengangkutan akan membuat susulan dengan Majlis Keselamatan Negara untuk mengkaji balik keadaan sekarang. Itu pada end of year 2012, 2013, sekarang 2015 dan kita boleh mengkaji balik keadaan sekarang di Rantau Panjang dan Sungai Golok.

Yang Berhormat Pasir Puteh memohon penjelasan mengenai status baik pulih landasan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Tumpat. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Puteh, Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah melakukan kerja- kerja sementara pemulihan landasan kereta api secara berperingkat mulai Mei 2015 lagi di beberapa lokasi yang terjejas teruk akibat banjir.

Kerja-kerja pemulihan ini adalah bagi memulihkan access pengangkutan kepada sebahagian besar penduduk yang terputus hubungan dan terjejas kehidupan mereka akibat bencana banjir yang melanda pada Disember 2014. Hasil daripada kerja-kerja pemulihan sementara ini perkhidmatan train, railway tempatan dan express di Pantai Timur telah disambung semula secara berfasa iaitu fasa pertama bermula 12 dan 13 Julai 2015 bagi sektor Kemubu-Kuala Krai, Kemubu-JB Sentral dan Gua Musang-JB Sentral.

Seterusnya, fasa kedua iaitu perkhidmatan train shuttle bagi sektor Tumpat-Kuala Krai-Tumpat telah beroperasi semula pada 31 Ogos 2015. Untuk kerja-kerja naik taraf landasan tersebut, Kementerian Pengangkutan juga telah melaksanakan kerja projek naik taraf landasan kereta api di Pantai Timur Gemas-Tumpat. Projek ini dibahagikan kepada tiga pakej. Di mana untuk pakej sektor Gemas-Mentakab ia akan dilaksanakan selewat- lewanya pada Disember 2015 dengan jangkaan tempoh siap selama tempoh 36 bulan.

Manakala bagi sektor Jerantut-Gua Musang dan Gua Musang-Tumpat sedang dalam proses lantikan kontrak dengan jangkaan tempoh siap selama 30 bulan. Yang Berhormat Pasir Gudang ada?

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, tiada.

final • 10:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Menteri, boleh saya minta penjelasan? Terima kasih. Berkaitan dengan baik pulih landasan kereta api. Saya ingin tahu sejauh manakah kajian dibuat terhadap jambatan-jambatan kereta api. Ini sebab saya dimaklumkan dalam Dewan yang mulia ini, jambatan yang menghubungkan antara Tumpat dengan Gua Musang itu kebanyakannya sudah melebihi 60 tahun sejak penjajah. Dari sudut keselamatan, bukan soal landasan sahaja, jambatan yang uzur. Jadi ini menjejaskan dan melibatkan nyawa penumpang. Mengikut kajian kementerian, berapa tahun lagi kemampuan bertahan dengan keuzuran yang ada itu dan tahap keselamatan yang macam mana?

final • 10:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih, Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya sudah sebut tadi bahawa kementerian telah meluluskan projek naik taraf landasan kereta api Gemas ke Tumpat keseluruhannya, tiga pakej! Gemas ke Mentakab, Mentakab ke Gua Musang, Gua Musang ke Tumpat. Tiga pakej ini akan dibangunkan pada akhir tahun ini.

Kita telah melantik kontraktor. Yang Berhormat Pasir Gudang tiada?

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, tiada dalam Dewan.

final • 10:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Keningau?

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Juga tiada.

final • 10:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Sepanggar.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sepanggar ada.

final • 10:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Sepanggar dan Yang Berhormat Sandakan dalam perbahasan telah memohon kepada pihak kerajaan menaikkan taraf Pelabuhan Sepanggar dengan membantu pihak Sabah Ports Authority membina infrastruktur yang lebih baik di Pelabuhan Sepanggar. Untuk makluman Ahli-ahli berhormat, Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) telah mengemukakan cadangan projek menaik taraf kemudahan-kemudahan Pelabuhan Sepanggar di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan bersedia untuk membantu Kerajaan Negeri Sabah dalam menjayakan pelan pembangunan Pelabuhan Sepanggar tersebut.

Kita yakin apabila Pelabuhan Sepanggar dinaiktaraf, ditingkatkan keberkesanannya, perkhidmatannya bertambah baik dan lebih banyak cargo akan sampai ke Sabah. Kita harap melalui naik taraf Pelabuhan Sepanggar ini kita juga dapat meningkatkan ekonomi di negeri Sabah.

final • 10:10 PM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya juga mengaitkan soalan menaik taraf pelabuhan dengan Kabotaj Polisi. Saya ingin tahu apakah tindakan kementerian setakat ini mengenai isu Kabotaj Polisi ini yang dikaitkan dengan punca kenaikan harga barang di Sabah. Terima kasih.

final • 10:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Untuk makluman Yang Berhormat, saya telah jelaskan beberapa kali berhubung dengan Dasar Kabotaj Polisi ini tidak menjejaskan secara langsung ataupun terlalu menjejas harga barangan di negeri Sabah.

Faktor yang menyebabkan kos barangan meningkat ini antaranya adalah harga pengangkutan dalam di negeri Sabah, harga di pelabuhan kerana kurang efisien pelabuhan tersebut, masa menunggu yang lama. Kita juga telah mengusahakan untuk memantau harga tersebut. Di mana Yang Berhormat Keningau telah pun mencadangkan sebagai Timbalan Ketua Menteri negeri Sabah yang menjaga pelabuhan-pelabuhan di negeri Sabah telah pun mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk mewujudkan satu Regulatory Council atau Majlis Kawal Selia Peringkat Menteri. Antara Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah dan Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sarawak. Tiga pihak untuk memantau kita memantau harga supaya tidak ada harga dimonopoli oleh mana-mana pihak untuk meningkatkan harga barangan di negeri Sabah dan negeri Sarawak.

So, buat masa ini pegawai Kementerian Pengangkutan sedang mengadakan mesyuarat dengan agensi-agensi kerajaan, negeri dan juga industri logistik di Sabah dan Sarawak untuk meninjau dengan lebih terperinci isu-isu berhubung dengan terma-terma rujukan bagi mewujudkan Majlis Kawal Selia tersebut.

final • 10:10 PM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Yang Berhormat Menteri, dasar kabotaj ini memanglah penyumbang utama kepada kenaikan kos harga barang kerana semua barang yang masuk ke negeri Sabah harus melalui Port Klang dahulu. So, ini melibatkan double handling, satu. Yang kedua sebagai contoh, produk yang dikeluarkan di Sabah hendak dieksport ke Brunei, ia harus melalui either Singapore ataupun Port Klang. So, adakah tidak ini very funny? Brunei sebelah dinding sahaja and yet kita tidak boleh eksport langsung ke Brunei. Harus melalui Pelabuhan Klang. Tidakkah ini melibatkan kos yang tinggi?

Sebab itulah kita minta pihak kementerian mengambil serius ini kerana ia telah pun berlarutan selama bertahun-tahun. Terima kasih.

final • 10:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Saya sudah nyatakan tadi bahawa Cabotage Policy negara kita, kita telah liberalize sudah. Apa yang dikatakan itu silap bahawa barang hendak pergi ke Sabah kena melalui Port Klang. Tidak betul. Contohnya, kapal daripada Hong Kong hendak pergi ke Sabah, boleh. Terus dari Hong Kong sampai ke Sabah. Tak perlu sampai ke Port Klang baru hendak sampai ke Sabah. Tidak ada. Ada yang sampai ke Port Klang kemudian hendak pergi ke Sabah, kita selalunya kalau tidak ada kapal tempatan hendak pergi ke Sabah, kita juga luluskan kapal asing juga boleh sampai ke Sabah.

final • 10:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Saya hendak jelaskan, saya boleh adakan satu sesi khas bagi Ahli-ahli Parlimen ataupun termasuk pengusaha di Sabah untuk menjelaskan sekali lagi isu kabotaj ini. Saya rasa banyak yang telah pun disalahfahamkan Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu saya akan ambil isu ini secara serius untuk bagaimana mengatasi juga isu kabotaj di negeri Sabah.

Yang Berhormat Kangar ada?

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tiada dalam Dewan.

final • 10:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Tidak ada. Okey, kalau tidak ada Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja jawapan saya.

final • 10:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Minta maaf Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Bukit Katil. Batu Berendam?

final • 10:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Tidak ada.

final • 10:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Saya sudah bangkit dalam perbahasan.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, jawapan secara bertulis.

final • 10:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Tidak boleh jawab depan sahaja kah? Tolong jawab Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh ada tiga soalan Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh benarkan tiga soalan sahaja untuk dimasukkan nanti dalam jawapan bertulis.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 10:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Pertama, saya bangkitkan dalam perbahasan tentang kajian pembesaran yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya ingin tanya kepada kementerian, kajian ini berapa kos yang akan ditanggung oleh kerajaan? Soalan pertama. Kajian pembesaran Lapangan Terbang Batu Berendam. Berapa kos? Yang kedua, kerajaan telah belanja lebih kurang RM300 juta untuk pembesaran lapangan terbang sebelum ini. Saya ingin tanya apakah dibuat penilaian value for money, berapa kapal terbang yang mendarat? Saya difahamkan sekarang ini ada empat sahaja penerbangan seminggu. Adakah itu value for money?

Yang ketiga, bagaimana pula dengan cadangan untuk buat satu lagi lapangan terbang baru di Melaka? Jadi, sekarang ini ada satu yang jarang guna atau kadang-kadang dan buat lagi satu yang baru. Apakah itu berbaloi dari segi density population, dengan izin, di negeri Melaka? Sekian, terima kasih.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, jawapan bertulis. Saya jemput Yang Berhormat Kementerian Pendidikan Tinggi.

final • 10:20 PM

Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucapkan terima kasih kepada 31 orang Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan bajet untuk Kementerian Pendidikan Tinggi.

Saya menyanjung pandangan-pandangan dan teguran-teguran yang telah diberi oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat dan kita akan mengambil dengan cara yang positif.

Kita lihat yang utama yang ditanyakan dalam peruntukan bajet Kementerian Pendidikan Tinggi oleh Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Kuala Langat ialah berhubung dengan pengurangan bajet. Adakah ia akan memberi kesan kepada kementerian.

Sebenarnya ini tidak menjadi satu perkara yang mengejutkan kepada kementerian kerana jelas kita tahu bahawa pergantungan universiti awam kepada kerajaan begitu tinggi sekali. Sekarang, kebergantungan universiti awam kepada kerajaan di antara 75% sehingga 95%. Jika dibandingkan dengan UK dan US yang kebergantungannya hanya peringkat 30% hingga 40% sahaja. Thammasat Universiti di Thailand, jiran kita,

final • 10:23 PM

Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

kebergantungannya hanya 30%. Sebab itu dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) ataupun dalam Lonjakan Kelima Blueprint Kementerian Pendidikan Tinggi dalam Kemampuan Kewangan memang telah dijelaskan agar universiti awam kita harus lebih perlu mengurangkan kebergantungan mereka kepada kerajaan.

Dengan ini ada beberapa perkara yang sebagaimana yang ditanya oleh Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Lembah Pantai. Apakah yang akan dilaksanakan oleh universiti untuk memastikan mereka mempunyai peruntukan bajet yang mencukupi?

Antaranya ialah memastikan mereka meningkatkan produktiviti di universiti itu sendiri. Antara cara-cara untuk meningkatkan produktiviti ialah dengan meningkatkan graduate on time iaitu agar graduan-graduan kita mendapat ijazah mereka dalam masa tertentu. Jikalau ijazah mereka empat tahun, mereka bergraduat dalam masa empat tahun.

Jadi, ini mengurangkan bebanan kepada kerajaan. Juga dengan pengenalan massive open online courses ataupun kita panggil sekarang MOOCs iaitu di mana kita banyak menggunakan pembelajaran online. Seterusnya ialah dengan meningkatkan kecekapan kita, menjimatkan penggunaan utiliti dan menjimatkan apa juga perkara yang perlu dijimatkan. Seterusnya ialah untuk meningkatkan dana pendapatan universiti. Kalau kita lihat di universiti kita bahawa commercialization of ideas perlu ditingkatkan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dalam bidang perundingan, dalam bidang penyelidikan dan juga untuk memaksimumkan potensi aset.

Kita lihat ada beberapa universiti awam kita letaknya dalam keadaan aset yang begitu baik sekali yang mana jika aset itu digunakan sepenuhnya, ia akan mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada mereka. Ada juga yang bertanya tentang bajet penyelidikan. Sebenarnya, untuk bajet penyelidikan yang diberi kepada universiti adalah RM476 juta, kurang RM6 juta sahaja daripada tahun dahulu. Saya akan pastikan kementerian akan menambah pengurangan RM6 juta itu agar bajet penyelidikan ini tidak akan dikurangkan langsung. Yang Berhormat Kuala Krai juga bertanya tentang cadangan agar alumni sumbang dana kepada universiti dan ia juga kita alu-alukan. Kerajaan melalui seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 memang memberi pelepasan cukai tidak melebihi 7% kepada individu dan juga 10% kepada syarikat.

Apa yang berlaku pada kali ini merupakan satu norma baru dalam kedudukan dikatakan frugal economy ini di mana kita melihat agar kemampanan ataupun sustainability universiti kita akan diteruskan. Ini kerana kita lihat apa yang berlaku ini bukan satu perkara yang asing bagi kita. Yang dalam kategori kedua ada yang bertanya tentang ranking universiti.

final • 10:23 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:23 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri, sebelum masuk ke perkara kedua.

final • 10:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada dua yang bangun. Yang mana satu? Yang Berhormat Kuala Krai, sila.

final • 10:23 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ucap terima kasih atas penjelasan yang diberikan, antaranya cara menambah pendapatan bagi IPT dan juga meningkatkan efficiency. Saya tidak mendengar tadi salah satu caranya yang tidak disebut ialah dengan menaikkan yuran. Jadi, adakah saya boleh simpulkan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan yuran di universiti sebagai langkah untuk menambah pendapatan. Terima kasih.

final • 10:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 10:23 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga, Yang Berhormat Menteri sudah beri pelbagai alasan bahawa kerana perlulah jana dana sendiri dan sebagainya untuk IPTA. Akan tetapi saya dasar ini tidak betul. Oleh kerana di negara-negara yang maju, bukan sahaja kita refer kepada US tetapi harus juga kita rujuk kepada Jerman dan juga Scandinavian countries. Di mana keutamaan polisi kerajaan adalah pendidikan.

Memberikan pendidikan yang percuma daripada preschool sampai ke universiti.

Umpamanya seperti Jerman, semua universiti percuma sampai ke PhD. Jadi mereka mempunyai pakar-pakar dan mereka melabur dalam talent-talent mereka supaya negara menjadi kuat seperti Germany.

final • 10:23 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kita tidak boleh ikut US yang commercialization of high education itu terlampau di mana setiap pelajar yang keluar sahaja daripada universiti menanggung puluh ribu USD punya student loan. Ini sekarang semakin berlaku di Malaysia. Satu laporan bahawa Malaysia. Yang terbaru adalah Malaysia is unaffordable. It’s university, student fees pun unaffordable. Ia the top world, top five paling mahal kalau dikira income per kapita di negara ini. Jadi saya rasa polisi kerajaan salah dari segi bab ini. Juga, mengikut OECD, kalau kita melaburkan RM1 dalam higher education, kerajaan pada masa yang akan datang akan dapat pulangan RM6. So, I think we have to invest into our student, invest into our higher education. Jadi saya minta supaya kerajaan reverse this kind of- this is wrong. It is totally wrong policy dan saya minta supaya Menteri fight for tambahan bajet untuk IPTA. Minta penjelasan.

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Krai.

Sebenarnya telah beberapa kali saya mengatakan bahawa tidak akan ada peningkatan yuran untuk pelajar-pelajar undergraduate. Sudah saya katakan beberapa kali sudah, beberapa kali sudah keluar dalam surat khabar.

Akan tetapi, saya juga seronok mendengar ulasan daripada Yang Berhormat Bayan Baru. Saya hendak tanya Yang Berhormat Bayan Baru sama ada Yang Berhormat Bayan Baru tahu tidak tahu berapa tax bracket, income tax untuk Jerman dan negara Scandinavia? Boleh saya dengar jawapan tersebut? Saya hendak tahu, bila Yang Berhormat mendapat makluman dengan membaca surat khabar mengatakan bahawa yuran kita pun paling tinggi, pernah tidak Yang Berhormat Bayan baru membuat semakan sama ada betul tidak betul fakta tersebut? Dua soalan saya hendak tanya Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 10:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini saya bukan Menteri tetapi saya sanggup jawab. Tak apa, tak apa. Boleh, boleh.

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Saya tidak mahu Yang Berhormat cakap boleh benda itu.

final • 10:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, kita boleh, boleh.

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Bila kita hendak cakap benda ini Yang Berhormat...

Kalau Yang Berhormat kata percuma tapi kena lihat berapakah tax bracket negara tersebut...

final • 10:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey.

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

...Untuk membuat comparison, perbezaan.

final • 10:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya hendak beritahu Yang Berhormat Menteri..

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Saya hendak tanya Yang Berhormat Bayan Baru tahukah tak tahu berapa?

final • 10:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya hendak maklum kepada Yang Berhormat Menteri, tax bracket dekat US dengan Europe almost the same, okay. Itu adalah polisi. US commercialize higher education. Jadi walaupun tax bracketnya tinggi tapi dia pun masih mengenakan high tuition fees terhadap universiti mereka. Jadi, it is not about tax or whatever tapi adalah polisi..

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Tinggi tapi berapa peratus Yang Berhormat Bayan Baru?

final • 10:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri, Menteri, saya hendak jawab sikit ya.

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Ya. Ya.

final • 10:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, kerajaan telah memotong lebih kurang RM1.3 atau RM1.4 bilion daripada IPTA. RM1.4 bilion katakan. Tapi kerajaan telah dapat RM39 bilion GST...

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Yang Berhormat tidak jawab soalan saya. Saya tanya senang. Soalan senang. Yang Berhormat tahukah tak tahu berapa cukai negara Scandinavian dan Jerman? Itu sahaja soalan.

final • 10:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Betul. Tapi saya hendak compare kepada Menteri...

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Nothing. Jawab soalan sahaja.

final • 10:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ini dah arguing, out of my arguments.

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Sebab Yang Berhormat Bayan Baru bercakap tentang Jerman dan juga Scandinavian. Saya hendak tanya Yang Berhormat, tahu tidak tahu berapa cukai...

final • 10:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Jangan tunjuk pandailah. Duduk, duduk.

final • 10:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Betul. Tapi Yang Berhormat Menteri, kerajaan sudah dapat RM39 bilion GST. Boleh kah pakai untuk higher education?

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Yang Berhormat, jangan tanya saya.

final • 10:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

It is just about how do you make money.

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Kalau Yang Berhormat Bayan Baru hendak buat komen... Ha, duduk. Tak tahu, duduk.

final • 10:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Nanti, relaks lah. Kita boleh argue intellectually, we can be cool.

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Sit down, sit down. Saya tak benar.

final • 10:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kenapa Menteri tak boleh cool? Kita minta satu pandangan daripada Menteri.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Bayan Baru...

final • 10:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tanya saja. Bagi jawab.

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Sit down, sit down. Tak tahu, duduk.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Bayan Baru, duduk, duduk. Tak elok macam ini, Yang Berhormat. Kita ada peraturan. Sila Yang Berhormat Menteri teruskan dengan jawapan.

Silakan.

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Okey, bila tidak tahu, inilah masalahnya. Kita dalam Parlimen buat perkara-perkara yang kita tidak tahu, ini merosakkan. Kita tahu tax bracket Germany 55 peratus, kita baru sampai 20 peratus sahaja. Sebab itu kalau kita lihat perkara- perkara tersebut, bila hendak buat perbandingan, janganlah banding yang 55 peratus dengan 20 peratus, tak adil. Kalau tidak tahu, cakaplah tidak tahu. Duduk sana goyang sana sini tapi tak betul.

Okey, tadi yang dikatakan kos tertinggi, berapa tinggi kos institusi awam kita?

Universiti awam kita dalam RM2,000 sahaja. Engineering di UM kosnya RM2,000 sahaja, Business RM1,500 sahaja. Kalau lihat pada angka, memang betullah keluar dalam surat khabar The Star itu hari tapi kita telah jawab pada dua tiga hari telah jawab mengatakan yang fakta itu tak betul. Bila fakta tak betul, jangan guna dalam Parlimen. Bila tengok oleh sebab surat khabar keluarkan, dah kita terus jawab. Tengoklah dulu fakta tersebut kerana ikut pendapatan kita memang di Malaysia tidak tinggi. Itu sahaja saya hendak jawab.

Okey, saya balik kepada yang seterusnya.

final • 10:30 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Menteri, minta kebenaran.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Ada dua yang bangun.

final • 10:30 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Menteri.

Saya cuma ingin tanya, dengan penurunan bajet kepada IPTA dan juga IPTS lah kerana PTPTN sudah dikurangkan dan sebelum ini pun kita ada dengar bahawa yuran PTPTN itu tidak ditanggung semuanya lagi, tidak diberi seratus peratus, jadi kena top up

final • 10:30 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

oleh penuntut itu sendiri, ini pun mereka sudah mengalami kesusahan untuk top up especially B40 dan mungkin juga M40. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, dengan pemotongan ini, berapakah anggaran dropout rate yang mungkin penuntut- penuntut kita tidak dapat hendak teruskan kerana pengurangan dalam peruntukan PTPTN?

Terima kasih.

final • 10:30 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Yang Berhormat Menteri, hendak tambah sedikit.

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Nanti. Saya nak jawab dulu.

final • 10:30 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Soalan yang sama. Soalan yang sama.

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Nanti, nanti. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak sampai lagi. Sekarang saya pergi mengikut kelompok-kelompok kategori. Saya jawab PTPTN selepas ini. Tapi tanya soalan itu biar berasas. Jangan tidak berasas, tanya sahaja.

final • 10:30 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Sebenarnya saya nak sokong. Saya hendak sokong Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Okey, okey, dah. Saya hendak pergi kepada ranking.

Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Lembah Pantai, Kuala Terengganu dan juga Bagan Serai yang bercakap tentang ranking universiti.

Yang Berhormat Lembah Pantai walaupun tidak ada di sini tapi saya jawablah, mengatakan bahawa pengiktirafan diberi kepada UM sebab rankingnya naik. Tapi ada juga Yang Berhormat lain mengatakan mengapa ranking UM menyedihkan. Jadi, di pihak sebelah sana pun ada statement yang berbeza. Satu kata mengapa tidak beri pengiktirafan, satu lagi mengapa menyedihkan. Tapi tak apalah, saya jawab dua-dua.

Kita lihat dari segi pengiktirafan yang diberi di mana kalau kita lihat baru-baru ini, kita ada di UM Profesor Ulung iaitu Profesor Dr. Harith Ahmad. Memang apabila mereka menyumbang kepada kenaikan ranking universiti, mereka akan diberi pengiktirafan. Sama juga dengan kita ada performance budget yang akan kita laksanakan di universiti di mana universiti akan diberi peruntukan yang bertambah bergantung di atas prestasi mereka.

Baru-baru ini kita melihat di mana Thomson Reuters telah memberi pengiktirafan kepada 14 pensyarah-pensyarah kita di mana citation mereka merupakan yang satu peratus tertinggi dalam high index journal ISI dan memang mereka ini juga akan diberi pengiktirafan oleh universiti masing-masing.

Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa UM telah meningkat prestasinya, telah menerobos sempadan 150 ataupun ranking 150 barrier dengan menduduki tangga yang ke-146 kerana ada Yang Berhormat mengatakan masih lagi 151.

Sebenarnya ia telah berubah. Kalau kita lihat, UM di tangga ke-146, USM di tangga ke-249 dan UPM di tangga ke-331. Ini merupakan research universiti kita, universiti penyelidikan kita merupakan yang satu peratus terbaik di dunia.

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Saya hendak mengatakan lebih kurang 30,000 buah universiti seluruh dunia dan universiti penyelidikan kita UM, USM, UPM, UTM dan UKM merupakan universiti kedudukannya 1% terbaik di dunia. Itu daripada segi ranking universiti. Daripada segi subject ranking pula kita lihat universiti kita memang teratas terutama dalam bidang engineering, kejuruteraan. Ketiga-tiga universiti ini, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia dan juga USM. Di antaranya dalam bidang kejuruteraan merupakan universiti yang ke-100 terbaik di dunia. Tidak kira dalam bidang environmental science dengan izin, USM merupakan ke-31 dalam dunia, developmental studies UM ke-32 dalam dunia dan pertanian UPM ke-54 dalam dunia.

Kita mempunyai seramai 537 orang pensyarah yang datangnya daripada 20 buah universiti terbaik di dunia. Insya-Allah, kita akan memastikan pada tahun 2020 nanti, sekurang-kurangnya satu ataupun dua buah universiti kita akan dapat memecahkan barrier 100 menjadi dua buah universiti dalam 100 terbaik di dunia.

Yang Berhormat Bagan Serai juga bertanya tentang saranan 100% untuk mencapai top 100 in the world, adakah ia akan terjejas. Sebenarnya saya katakan tadi universiti boleh menggunakan kepakaran mereka dan aset-aset yang ada pada mereka untuk memastikan agar mereka dapat menampung bajet-bajet keperluan mereka.

final • 10:40 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Ada juga yang bertanya tentang penglibatan kita bukan hanya dalam bidang QS tetapi universiti kita juga terlibat dalam ranking THE iaitu UTM, UKM, UPM, USM, UiTM dan juga UM melibatkan diri dalam ranking ARWU dan juga U21. Apa yang kita lihat apabila global competitiveness index kita meningkat. Baru-baru ini daripada 20 kepada 18, kita lihat di mana universiti kita memainkan peranan yang hebat untuk memastikan agar global competitiveness index kita akan meningkat yang mana kita lebih baik sekarang dari Australia dan juga Perancis.

Berhubung dengan hasil R&D, Yang Berhormat dari Tanah Merah...

final • 10:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Menteri, boleh tentang ranking sekejap?

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 10:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Tuan Yang di- Pertua, saya hendak tanya ringkas sahaja. Saya hendak mendapatkan pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri. Kalau tadi Yang Berhormat Menteri, Times Higher Education. Saya baca laporan The Star menyatakan bahawa universiti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi rankingnya daripada 600 kepada 800 band apakah ini benar dan how to improve perkara ini. Diberitahu juga Universiti Malaya actively exclude daripada perkara ini, adakah itu sengaja dibuat ataupun ada strategi yang lain, terima kasih.

final • 10:40 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Terima kasih. Kita baru bermula, tahun dahulunya universiti kita berkecimpung dalam QS Rankings. Akan tetapi untuk TH Ranking memang dikatakan – UTM sudah bermula. UTM memang top 500 dalam THE rangking dan juga dalam top 800 ialah UKM, UPM, USM dan UTM. Memang benar kata Yang Berhormat tadi bahawa UM memang melibatkan diri dalam ARWU dan memang tidak masuk TH ranking by choice. Ini kerana mereka mengatakan cara mereka lebih selesa dengan ARWU dan bukan dengan THE.

Saya sambung lagi dengan apa yang dikatakan tentang hasil R&D oleh Yang Berhormat Tanah Merah. Di mana dikatakan bahawa dana penyelidikan seperti yang saya katakan tadi telah berkurangan sebanyak RM6 juta daripada RM476 juta tahun lalu kepada RM470 juta tahun ini. Insya-Allah, kementerian akan memastikan tidak ada pengurangan, kita akan cari sumber-sumber lain untuk memastikan dana R&D akan ditambah sebanyak RM6 juta lagi agar ia cukup sebagaimana tahun lalu.

Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Jerlun yang mengatakan bahawa hasil komersialan kita adalah agak rendah. Sebenarnya hasil komersialan kita ada di peringkat 4.2%. Kadar antarabangsa adalah 5%. US adalah 4.7%, jadi kita 4.2% hanya kurang 5% daripada US. Walau bagaimanapun kita tidak selesa dan kita akan memastikan agar komersialan kita akan ditambah.

Sebenarnya universiti tidak terlibat dalam komersialisasi, universiti hanya terlibat dalam penyelidikan fundamental dan bukan komersialisasi. Bahagian komersialisasi ini adalah di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Universiti bukan hanya bercakap tentang penyelidikan fundamental tetapi kita juga memastikan agar kita mendapat banyak pendapatan daripada komersialisasi idea dalam bentuk latihan, konsultan dan juga contract research. Yang Berhormat Bukit Gantang juga bertanya tentang kajian-kajian OKU yang melibatkan OKU memang ada beberapa kajian yang melibatkan OKU di mana kita lihat Universiti Malaya memberikan kaki bionik kepada OKU, Azman Yeop Akhil yang mana Azman Yeop Akhil boleh berbasikal sejauh 1000 kilometer menggunakan kaki bionik yang dicipta oleh Universiti Malaya. Akan tetapi ia memang terhad kerana tidak mungkin semua OKU dapat terlibat dengan penyelidikan.

Dalam TVET pula kita lihat Yang Berhormat Sekijang bertanya bagaimana kita meningkatkan kemahiran di institusi-institusi. Bagaimana kerajaan akan sudah mewujudkan satu majlis – sebenarnya akan mewujudkan satu majlis di mana semua industri dipanggil dalam satu majlis yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri untuk memastikan penawaran dan permintaan itu akan selaras. Itu untuk memastikan kemahiran-kemahiran di peringkat industri akan terus ditingkatkan.

final • 10:40 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Yang Berhormat Menteri...

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya sila Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 10:40 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada atau tidak berkenaan dengan perancangan daripada kementerian kerana memberikan beberapa keistimewaan antaranya ialah soal kemasukan pelajar-pelajar OKU ke pusat pengajian tinggi yang mana mereka ini sudah tentu piawai mereka itu tidak boleh disamakan dengan mereka yang tidak terdiri di kalangan orang OKU atau adakah atau tidak dari segi keistimewaan diberikan kepada mereka berbeza dengan pelajar-pelajar yang bukan OKU tadi.

final • 10:40 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Memang ada Yang Berhormat. Terima kasih kerana – memang saya pun hendak pergi kepada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tentang bidang kemahiran TVET untuk OKU dan sebagainya. Kita memang cuba memberikan laluan mudah kepada OKU untuk memasuki universiti tetapi kita lihat kemudahan yang terhad. Akan tetapi kita memastikan di USM katakanlah memastikan pelajar-pelajar OKU ini menggunakan kerusi roda diberikan keutamaan untuk masuk USM dan juga untuk UM untuk mereka yang cacat penglihatan.

Apa yang menarik apabila saya membuat lawatan ke UM baru-baru ini di mana walaupun hanya ada 40 orang pelajar OKU, ada 250 orang sukarelawan yang membantu mereka. Saya amat tersentuh melihat ada seorang pelajar membantu pelajar PhD dalam economic. Siswazah undergraduate yang membantu, mengatakan saya rasa pelajar undergraduate itu patut diberikan PhD apabila pelajar buta itu mendapat PhD ekonominya.

Ini menunjukkan kita cuba meningkatkan tetapi masih terhad dengan kelengkapan- kelengkapan infrastruktur yang ada di universiti-universiti tersebut.

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, panjang lagi?

final • 10:40 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Okey, saya pendekkan.

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, saya bercadang hendak habiskan sehingga Kementerian Komunikasi dan Multimedia malam ini.

final • 10:40 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Okey. Untuk jawapan kepada Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Simpang Renggam tentang PTPTN. Kita lihat walaupun kerajaan menghadapi masalah tentang dana pembiayaan kerana kita lihat ramai yang tidak membayar. Akan tetapi walau bagaimanapun, tindakan-tindakan akan diambil untuk meningkatkan kutipan. Sejak tiga, empat bulan yang lalu, sejak bulan Mei kita lihat kutipan telah meningkat dan apabila kutipan dapat dikutip dengan baik barulah kita laksanakan apa-apa saranan yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi.

final • 10:40 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Berhubung dengan kebolehpasaran juga dan disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Kuala Krai...

final • 10:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Yang Berhormat Menteri, tadi hendak tanya tentang PTPTN dan juga saya hendak sokong Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk kepada study di mana...

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Serdang tidak perlu minta kepada Speaker?

final • 10:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Maaf, Speaker.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 10:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rujuk kepada kajian yang telah disenaraikan dalam study di mana Malaysia dikatakan adalah top five atau nombor lima daripada sepuluh. Saya rasa kajian itu memang tidak begitu tepat kerana kemungkinan yang besar, fee yang dirujuk adalah fee untuk IPTS dan bukannya IPTA. Saya beri angka yang tepat iaitu USD18,000 untuk kursus tiga tahun. Saya rasa itu adalah lebih kurang fee untuk kursus di IPTS dan bukan di IPTA. Jadi, saya terimalah apa penjelasan yang diberikan oleh kementerian di laman Facebook tetapi pada masa yang

final • 10:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

sama tidak boleh dinafikan bahawa fee structure di IPTS itu memang adalah sesuatu yang membebankan dan tambah lagi sekarang PTPTN telah dikurangkan sebanyak 15% untuk pelajar dari IPTS.

Jadi bukan sahaja saya rasa Yang Berhormat Menteri mesti menjawab soalan tentang cabaran untuk menanggung kos di IPTA tetapi pada masa yang sama, IPTS juga adalah satu masalah yang besar. Memandangkan bahawa di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk pengajian tinggi, anggaran kementerian ialah pelajar IPTS akan menambah lebih banyak lagi.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Serdang.

final • 10:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Jadi apakah penjelasan Yang Berhormat Menteri?

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya hendak ingatkan Yang Berhormat, pencelahan bukanlah isu baru dan bukannya untuk berbahas. Sila, Yang Berhormat Menteri. Kalau isu baru tidak perlu jawab.

final • 10:50 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Okey, tidak perlu jawablah. Akan tetapi terima kasihlah kerana menolong membetulkan angka yang telah dikatakan oleh kawan kita Yang Berhormat daripada Bayan Baru tadi yang kurang faham tentang angka tersebut. Okey.

final • 10:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Saya tolong Yang Berhormat Menteri jawablah.

Jawablah soalan PTPTN.

final • 10:50 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Kita memang simpati dengan semua pelajar. Ini pun jawapan lamalah. Saya jawablah Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu jika PTPTN dapat meningkatkan kutipan mereka, kita memang hendak bantu sebab itulah dahulunya pinjaman ini hanya untuk IPTA. Dibukakan kepada IPTS agar kita boleh membantu pelajar- pelajar daripada IPTS. Yang Berhormat kena tolong bantu PTPTN supaya lebih ramai membayar. Memang kita lihat ada beberapa lagi yang telah diungkit oleh Yang Berhormat- Yang Berhormat tentang kebolehpasaran pelajar-pelajar Sabak Bernam. Insya-Allah dengan adanya pelan pembangunan dan pelaksanaan iCGPA atau Integrated Cumulative Grade Point Average ini yang memberi penekanan kepada lapan domain dan bukannya hanya akademik yang akan meningkatkan komunikasi, penggunaan bahasa Inggeris.

Insya-Allah kita akan melihat ia akan meningkatkan lagi kebolehpasaran pelajar-pelajar kita apabila mereka graduate kelak.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Krai bangun, Yang Berhormat.

final • 10:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, sikit. Tadi Yang Berhormat Menteri bermula dengan satu perenggan baru tetapi tidak sambung sebab dicelah oleh Yang Berhormat Serdang. Ini kerana saya ada dengar tadi beberapa Ahli Parlimen menyebut termasuk Kuala Krai. Ada satu perenggan yang Yang Berhormat Menteri hendak sebut sebelum perenggan ini.

final • 10:50 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Tidak ada. Mungkin sudah sebut. Memang sudah sebut.

final • 10:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Belum, belum.

final • 10:50 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Saya tahu. Saya ada ini.

final • 10:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Baru sebut tadi tetapi apabila Yang Berhormat Serdang mencelah, dia tergantung. Tergantung tadi.

final • 10:50 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

PTPTN. Gantung, saya sudah sambung balik. Jadi tidak gantunglah. Sambung balik sudah.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Itulah, banyak dikatakan kita perlu ubah kurikulum agar lebih bercorak kepada apa yang diperlukan oleh industri. Oleh sebab itu memang Yang Berhormat Kota Tinggi ada mengatakan bahawa perlu diberi penekanan kepada hospitaliti dan juga oil and gas. Memang masa kini ada sembilan universiti yang

final • 10:50 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

menawarkan kursus pelancongan di universiti awam dan juga tujuh universiti awam yang menawarkan kursus dalam bidang oil and gas. Baru-baru ini kita lihat kolej komuniti memberi latihan dalam bidang terowong dan juga oil and gas dengan kerjasama syarikat- syarikat untuk menambahkan kebolehpasaran pelajar-pelajar kita.

Itulah antara perkara-perkara yang saya hendak jawab pada malam ini dengan cara ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil...

final • 10:50 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukuplah, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 10:50 PM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

...Bahagian dalam perbahasan bajet baru-baru ini.

Sekian, terima kasih.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

final • 10:50 PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Jailani bin Johari

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjawab pada malam ini. Di sini saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan memberikan pandangan serta saranan yang menyentuh bidang tugas Kementerian Komunikasi dan Multimedia sepanjang sesi perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan 2016.

Seramai lebih kurang 19 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan perkara- perkara di bawah tanggungjawab kementerian ini. Sebelum saya memberi maklum balas kepada isu-isu yang dibangkitkan, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah mencadangkan peruntukkan sebanyak RM1.8 bilion pada tahun 2016 kepada pihak kementerian dengan pengagihan sebanyak RM517,721,700 bagi perbelanjaan pembangunan dan RM1,288,425,000 bagi perbelanjaan mengurus. Peruntukan yang disalurkan ini adalah pertambahan sebanyak RM68,362,500 atau 3.93% berbanding peruntukkan tahun 2015.

Semasa membentangkan usul Rang Undang-undang Perbekalan 2016, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah juga meluluskan tiga projek utama yang melibatkan pihak kementerian ini seperti berikut:

(i) projek jalur lebar luar bandar, National Fiber Backbone, infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut, sejumlah RM1.2 bilion;

(ii) projek pendigitalan penyiaran nasional berjumlah RM250 juta; dan

(iii) projek e-Rezeki ataupun e-Keusahawanan yang berjumlah RM100 juta.

Sekarang izinkan saya memberi maklum balas kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat. Yang Berhormat Putatan tidak ada. Yang Berhormat Tanah Merah, ada. Yang Berhormat Bukit Bendera dan Yang Berhormat Seputeh, ada.

Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Setiu. Akan tetapi saya cuba rangkumkan. Ia berkaitan dengan penyalahgunaan media sosial. Pihak kementerian telah mengambil tindakan bagi mengawal atau mencegah penyiaran berita ataupun artikel yang berbaur fitnah, lucah, mempunyai sentimen perkauman dan keagamaan atau isu-isu yang mewujudkan ketidakstabilan dalam masyarakat.

Bagi tempoh Januari hingga September 2015, terdapat sebanyak sepuluh kes pendakwaan atas kesalahan-kesalahan di bawah Akta 588 iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia termasuklah kesalahan di platform media sosial. Di samping itu, tindakan telah pun diambil untuk menyekat lama sesawang yang menyalahi undang-undang. Sebanyak

final • 10:55 PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Jailani bin Johari

1,263 laman sesawang bagi kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang sedia ada telah pun disekat. Memandangkan penguatkuasaan terhadap isu penyalahgunaan media sosial melibatkan pelbagai akta di bawah agensi yang berbeza, pihak kementerian memperkukuhkan kerjasama dengan agensi penguat kuasa seperti PDRM, KPDNKK, JAKIM dan lain-lain agensi penguat kuasa yang berkaitan.

Sebagai contoh, kes-kes hasutan di media sosial akan ditangani melalui Akta Hasutan 1948 di bawah bidang kuasa pihak PDRM dengan bantuan teknikal daripada pihak SKMM. Pelbagai pihak juga turut mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan para pengguna internet mengamalkan kawalan kendiri melalui Program Klik Dengan Bijak, Karnival Jalur Lebar, CyberSAFE dan melalui promosi kesedaran di televisyen dan juga di radio. Pihak kementerian juga akan melaksanakan program baru iaitu Malaysia Inklusif Negara Digital ataupun ‘MINDA@Community’. Pengisian program ini antara lain akan memberikan tumpuan kepada membina kesedaran rakyat tentang penggunaan media sosial secara positif dan berhemah.

Manakala persoalan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Hulu Rejang, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Tanjong Piai yang telah membangkitkan isu berkenaan perkhidmatan telekomunikasi. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi, pihak kementerian telah melaksanakan beberapa projek. Untuk perluasan liputan selular, pada tahun 2015, pihak kementerian sedang membina sebanyak 400 menara iaitu 40% daripada seribu menara telekomunikasi yang telah dirancang. Baki 600 menara lagi insya-Allah akan dibina secara berperingkat sehingga tahun 2017.

Manakala isu berkaitan dengan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi ataupun dengan izin high-speed broadband, pada masa kini telah pun meliputi 31% daripada isi rumah negara.

final • 10:55 PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Jailani bin Johari

Untuk meningkatkan lagi liputan, pihak kementerian sedang melaksanakan high speed broadband dengan izin, fasa kedua dan Jalur Lebar Pinggir Bandar ataupun SUBB.

Mengenai pelaksanaan projek kabel dasar laut yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, ia telah pun mencapai 28% dan dijangka siap insya-Allah pada tahun 2018.

Di samping itu, pihak kerajaan sentiasa memantau tindak balas pasaran terhadap caj perkhidmatan pakej langganan komunikasi. Kebanyakan pembekal perkhidmatan komunikasi telah pun menurunkan harga perkhidmatan internet. Daripada kajian yang dijalankan, adalah didapati bahawa caj perkhidmatan komunikasi di negara ini sentiasa menunjukkan tren yang menurun. Sebagai contoh pada tahun 2012, caj perkhidmatan internet telah pun menurun sebanyak 18% dan pada tahun 2013 ia telah pun menurun sebanyak 33%.

Mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong yang membangkitkan tentang harga penggunaan domain .my, harga semasa domain .my ialah RM80 setahun. Harga tersebut meliputi pendaftaran penyelenggaraan dan sokongan teknikal yang disediakan kepada pengguna domain .my tanpa sebarang caj tambahan.

Sehingga September 2015, sebanyak 4,712 buah kampung tanpa wayar ataupun dikenali sebagai WiFi Komuniti telah pun diwujudkan. Pihak kementerian telah pun melaksanakan satu program yang dikenali sebagai connecting the unconnected dengan izin, yang menyasarkan kawasan-kawasan yang tidak mempunyai liputan komunikasi untuk mendapat perkhidmatan komunikasi asas. Berkaitan dengan pusat internet...

final • 11:00 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

[Bangun]

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Parit Sulong bangun.

final • 11:00 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab.

Tadi Yang Berhormat ada menyatakan mengenai harga yang dikenakan untuk melanggan domain .my. Saya hendak bertanya kepada pihak kementerian melalui Yang Berhormat, sama ada Yang Berhormat ada atau tidak membuat perbandingan dengan .com dan

final • 11:00 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

mengapa masyarakat Malaysia ini lebih gemar kepada penggunaan .com kalau kita bandingkan dengan .my, sedangkan .my ini adalah identiti Malaysia ini sendiri dan perlu mungkin dibuat lebih promosi. Apa pandangan Yang Berhormat mengenai perkara ini?

final • 11:00 PM

Dato’ Jailani bin Johari

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Parit Sulong, berdasarkan perbandingan harga daripada kalangan pentadbir nama domain negara-negara sekitar seperti Indonesia .co.id lebih kurang RM35, Singapura .com.sg RM169, Thailand .co.th lebih kurang RM104. Didapati harga domain Malaysia adalah kompetitif seperti yang saya jelaskan tadi sekitar RM80.

Sebagai perbandingan .com iaitu GTLD paling tinggi pendaftarannya di dunia ditawarkan pada harga RM67.

Jadi kalau kita lihat, kita harap supaya harga yang ditawarkan sekarang dikekalkan. Walau bagaimanapun untuk makluman Yang Berhormat, kajian berkala akan dilakukan mengikut perkembangan industri.

final • 11:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Menteri, sedikit boleh?

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 11:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ada dua soalan. Pertamanya tentang kampung tanpa wayar. Saya ingin tanya, apakah kampung tanpa wayar ini nantinya akan bersifat high speed internet connection dengan izin, ataupun menggunakan dengan kelajuan biasa?

Kedua daripada segi unjuran kerajaan seperti mana dilaporkan oleh Bank Dunia, pembangunan itu akan berlaku peningkatan 1.3% sekiranya berlaku 10% kemajuan daripada segi ICT. Apakah unjuran ini diamati oleh kerajaan dan apakah perkara ini bersedia untuk kita lakukan dalam usaha ataupun langkah-langkah untuk mencapai high income commission pada tahun 2020? Terima kasih.

final • 11:00 PM

Dato’ Jailani bin Johari

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Ada dua persoalan. Pertamanya daripada segi kelajuan yang ditawarkan oleh program di bawah projek kampung tanpa wayar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya Program Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia ataupun yang dikenali sebagai WiFi Komuniti adalah satu program di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat. Ia telah dimulakan pada tahun 2010.

Sebenarnya apabila pihak kerajaan melaksanakan program ini, adalah merupakan satu program yang memberi kesedaran ataupun peluang kepada masyarakat terutamanya yang berada di luar bandar untuk mengakses internet kerana kadar ataupun bandwidth dengan izin, yang ditawarkan hanyalah di antara sekitar antara 4 megabit per second. Jadi di sini saya akan menjawab di mana pihak kementerian sedang melaksanakan satu program yang dinamakan Pusat Internet 1Malaysia, di mana sekarang ini kita telah membina lebih kurang sebanyak 597 pusat internet yang telah dibangunkan.

Pusat internet ini akan kita aktifkan dengan penjenamaan semula sebagai pusat hub-and- spoke dengan izin, untuk menyediakan kawasan-kawasan terpencil dengan kemudahan internet asas. Di sini kita akan menyediakan komputer lebih kurang sejumlah 20 buah, 10 buah untuk latihan dan 10 lagi untuk pengajian.

Insya-Allah bagi menjawab persoalan Yang Berhormat berkaitan dengan unjuran, jadi insya-Allah dengan program-program yang dilaksanakan seperti yang saya telah maklumkan sebelum ini berkaitan dengan High Speed Broadband 1, yang mana kita telah berjaya melaksanakan di mana setakat ini seperti yang dimaklumkan telah meliputi lebih kurang 31% daripada isi rumah negara.

Sekarang kita telah melaksanakan ataupun sedang melaksanakan High Speed Broadband Fasa 2 dengan izin dan Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) di mana seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dalam tempoh tiga tahun ini insya-Allah kita akan meningkatkan kadar bandwidth daripada 20 megabait kepada 100% high speed broadband dan juga daripada 3 atau 4 megabait kepada 20 megabait per second. Insya-Allah benda ini akan meningkatkan lagi unjuran negara ini.

final • 11:00 PM

Dato’ Jailani bin Johari

Jadi berbalik kepada isu monopoli perkhidmatan internet di Malaysia yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu. Saya tahu dia tidak ada tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya isu ini adalah...

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya fikir yang tidak ada dalam Dewan, jawapan bertulis sebab saya ingin menghabiskan kementerian ini sehingga jam 11.30 malam.

final • 11:00 PM

Dato’ Jailani bin Johari

Ya boleh. Sebenarnya saya sudah hendak habis Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah hampir hendak habis.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

KPKT bersedia ya.

final • 11:00 PM

Dato’ Jailani bin Johari

Jadi saya ada lagi satu soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Penampang. Seperti yang dinasihatkan oleh Tuan Yang di-Pertua, beliau tidak hadir dan saya akan jawab secara bertulis. Jadi pihak kementerian mengucapkan banyak terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016...

final • 11:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya ada. Yang Berhormat, saya hadir.

Saya tunggu jawapan saya. Saya Seputeh.

final • 11:00 PM

Dato’ Jailani bin Johari

Saya sudah jawab tadi.

final • 11:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tidak ada. Tidak jawab langsung.

final • 11:00 PM

Dato’ Jailani bin Johari

Saya sudah jawab tadi. Yang Berhormat dengar tadi.

final • 11:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tidak jawab langsung.

final • 11:00 PM

Dato’ Jailani bin Johari

...Membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Kementerian mengambil perhatian dan akan mengambil tindakan susulan terhadap isu-isu yang dibangkitkan bagi menambah baik perkhidmatan di bawah bidang kuasa kementerian. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih. Saya jemput Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ya Yang Berhormat Seputeh, sila duduk.

final • 11:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya tunggu jawapan sampai waktu sekarang. Ini low standard punya jawapan.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sudah jawab Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya buat ucapan betul-betul, saya tulis banyak surat. Ini jawapan daripada Menteri. Apakah harapan yang boleh kita letak kepada kementerian ini? Tidak serius kepada segala tuduhan dan juga aduan yang kita buat.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey Yang Berhormat. Saya jemput Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 PM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abdul Rahman Dahlan

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat dasar, terutama sekali kepada Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu semasa serta yang berkaitan dengan bidang tugas kementerian saya sepanjang tempoh perbahasan. Saya amat menghargai pandangan dan saranan yang telah diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Tuan Yang di-Pertua, isu berkenaan harga rumah masih menjadi perbualan hangat bukan sahaja di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi rakyat di negara ini.

Kerajaan sentiasa berusaha untuk menstabilkan harga rumah dan seramai lapan orang Ahli

final • 11:08 PM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abdul Rahman Dahlan

Yang Berhormat telah bertanyakan tentang soal ini dan telah membahaskan mengenai masalah dan memberikan pandangan serta cadangan untuk mengawal harga rumah.

Kenaikan harga rumah dipengaruhi oleh faktor. Antaranya peningkatan permintaan rumah dalam pasaran, kos tanah, kos bahan binaan dan buruh serta aktiviti spekulasi.

Walaupun Malaysia mengamalkan sistem pasaran ekonomi bebas yang turut melibatkan sektor hartanah, kerajaan tidak melupakan masalah golongan rakyat yang tidak mampu untuk memiliki rumah disebabkan corak kenaikan harga rumah yang tidak konsisten.

final • 11:08 PM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abdul Rahman Dahlan

Baru-baru ini Khazanah Research Institute (KRI) telah membentangkan hasil kajian mereka yang bertajuk dengan izin Making House Affordable. Kementerian menerima baik kajian berkenaan dengan fakta dan hujah-hujah yang diutarakan dalam kajian berkenaan sedikit sebanyak telah mengesahkan bahawa usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional adalah di landasan yang betul dan tepat pada ketikanya dalam memastikan rakyat mampu memiliki rumah. Inilah Kerajaan Barisan Nasional sentiasa berfikiran jauh dan mengutamakan kesejahteraan rakyat dan kecemerlangan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2013 telah memperkenalkan pelbagai bentuk inisiatif dan insentif termasuk dasar-dasar fiskal yang strategik bagi menstabilkan semula harga rumah di pasaran dan mengawal spekulasi.

Antaranya ialah seperti berikut:

(i) menaikkan kadar kenaan cukai keuntungan harta tanah;

(ii) menaikkan penetapan harga minimum hartanah yang dijual kepada warga asing iaitu daripada RM500,000 seunit kepada RM1 juta seunit;

(iii) mensyaratkan pemaju untuk mempamerkan secara telus dan terperinci terhadap harga jualan rumah termasuk semua manfaat dan insentif yang bakal dinikmati oleh pembeli;

(iv) melarang pemaju melaksanakan DIBS ataupun Developer Interest Bearing Scheme dengan izin yang boleh memperdaya pembeli dan pada masa yang sama memberi peluang pemaju mengaut keuntungan berlipat kali ganda;

(v) mewajibkan pemaju melaporkan setiap pembelian pukal melebihi empat unit hartanah dalam satu pemajuan oleh mana-mana individu mahupun syarikat; dan

(vi) mengeluarkan panduan loan-to-value dengan izin, bagi pembelian rumah ketiga dan ke atas di mana ia hanya membenarkan pinjaman sehingga 70% sahaja yang akan diberikan. Selebihnya perlu ditanggung sendiri oleh pembeli tersebut.

Sejak langkah-langkah bagi mengawal harga rumah dan mengelakkan spekulasi harga rumah dilaksanakan, ia telah menampakkan kesan positif berdasarkan maklumat daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) pada suku kedua tahun 2015 telah mencatatkan perubahan indeks harga rumah pada tahap 5.9% dengan purata harga rumah pada RM305,075 berbanding pada suku kedua tahun 2014 iaitu pada 8.4% dengan purata harga rumah sebanyak RM302,716. Ini menunjukkan bahawa penurunan sebanyak 2.5% dalam indeks harga rumah di negara ini.

Menurut laporan Khazanah Research Institute yang merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, pemilikan perumahan di Malaysia adalah sebanyak 72.5% berbanding di beberapa negara maju seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ini petanda positif Tuan Yang di-Pertua dan untuk itu kerajaan akan melaksanakan usaha-usaha untuk memastikan harga rumah di pasaran kekal stabil untuk kemudahan generasi akan datang.

Selain itu, kementerian juga mengambil inisiatif supaya unit-unit rumah yang diperuntukkan di bawah kuota bumiputera dalam sesuatu pemaju perumahan tidak dilepaskan dengan mudah. Untuk itu selepas tamat tempoh pegangan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri, pihak pemaju perlu memberi peluang selama tiga bulan sebagai

final • 11:10 PM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abdul Rahman Dahlan

cooling off period dengan izin kepada kementerian untuk menjual unit-unit bumiputera berkenaan sebelum ia dilepaskan dalam pasaran bebas. Ini memberi peluang kepada kementerian mencari pembeli yang layak dan rumah berkenaan dapat dijual kepada mereka dengan harga tawaran asal.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Sabak Bernam, Tebrau, Bukit Katil, Setiawangsa, Sepanggar, Kota Tinggi, Kota Samarahan, Gerik, Kuala Kangsar, dan Pasir Puteh telah membahaskan mengenai penyediaan perumahan oleh kerajaan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan juga berusaha untuk melimpahkan bekalan rumah dalam pasaran negara bagi memastikan hak setiap rakyat Malaysia untuk memiliki rumah tercapai selaras dengan deklarasi UN-Habitat 2009. Bagi memastikan sasaran tersebut dicapai kementerian ini telah menubuhkan Jawatankuasa Perumahan Negara

(JPAN) dan Majlis Perumahan Negara (MPN) untuk merangka strategi dan pelan tindakan secara menyeluruh, menyelaras aspek perundangan dan mekanisme harta hartanah serta memastikan penyediaan rumah secara lebih efektif dan efisien.

Yang Berhormat Bukit Katil, Lenggong dan Setiawangsa mencadangkan supaya kerajaan hanya membina rumah pada nilai RM250,000 dan menetapkan kadar harga rumah maksimum. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah kerajaan untuk semua kerajaan tidak melihat kepada nilai rumah tetapi kepada pendapatan rakyat yang perlu diberi bantuan dan perhatian supaya mereka turut dapat menikmati hidup yang baik. Fokus kerajaan pada ketika ini adalah untuk memperkasakan rakyat dalam golongan M40 dan B40. Untuk itu Kerajaan Persekutuan melalui pelbagai agensi telah merangka program perumahan untuk mereka yang berpendapatan rendah sehingga RM10,000. Pada masa yang sama kerajaan juga harus berlaku adil dalam mengamalkan ekonomi bebas di mana harga rumah ditetapkan melalui permintaan dan penawaran. Melalui mekanisme ini harga rumah akan berbeza mengikut lokasi dan juga dasar kerajaan negeri yang berkenaan.

Untuk kementerian saya dalam Bajet 2016, kementerian dipertanggungjawabkan untuk membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat dengan peruntukan sejumlah RM863 juta di seluruh negara.

Berkenaan cadangan Ahli Yang Berhormat Sabak Bernam dan Gerik supaya kementerian membangunkan projek perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat di kawasan masing-masing, ingin saya jelaskan di sini perancangan pembangunan projek PPR adalah dirancang berdasarkan kepada permintaan kerajaan negeri, kedudukan setinggan dan golongan berpendapatan rendah di sesuatu kawasan. Kementerian mengambil maklum akan cadangan-cadangan tersebut akan dipertimbangkan untuk pelaksanaan projek di masa hadapan.

Ahli Yang Berhormat Sepanggar dan Ahli Yang Berhormat Kota Samarahan semasa berbahas telah mencadangkan supaya peruntukan pembinaan perumahan disalurkan kepada agensi kerajaan negeri untuk dilaksanakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun kementerian tidak menyalurkan peruntukan kewangan kepada kerajaan negeri tetapi kementerian sentiasa berunding dengan kerajaan negeri termasuklah dalam pemilihan lokasi tapak dan lain-lain sebelum sesuatu projek dilaksanakan.

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Bukit Katil bangun.

final • 11:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak, tanya Yang Berhormat Menteri tadi telah menjelaskan ada beberapa inisiatif dilaksanakan. Antaranya penubuhan Majlis Perumahan Negara. Ada dua perkara yang saya ingin dapatkan penjelasan. Pertama, ada research atau pun kajian penyelidikan hartanah, airmoney.my. Sebab itu saya jelaskan yang menyatakan bahawa golongan muda dan belia terpaksa berhutang sehingga 35 tahun. Jadi kalau umur 30 beli rumah, umur 65 baru selesai. Adakah perkara ini di address dalam Majlis Perumahan Negara? Itu yang pertama.

Kedua, soal dalam keadaan ekonomi sekarang ada penolakan yang tinggi apabila suatu pinjaman dimasukkan untuk membeli rumah. Apakah perkara ini juga diambil tindakan oleh Majlis Perumahan Negara? Terima kasih.

final • 11:10 PM

Datuk Abd Rahman Dahlan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya isu mengenai kenaikan harga rumah ini memang menjadi satu keprihatinan kepada kerajaan. Kita membincangkan dengan panjang lebar bukan sahaja dalam Majlis Perumahan Negara tetapi juga dalam Kabinet. Kita mahu memastikan supaya ada cooling

final • 11:10 PM

Datuk Abd Rahman Dahlan

off sebab itu kalau Yang Berhormat meneliti ucapan awal saya tadi, kita telah memberikan beberapa dasar baru atau pun keputusan yang dibuat, tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan seperti menaikkan kadar Cukai Keuntungan Harga Tanah (CKHT).

Ini penting untuk memastikan tidak ramai yang membeli rumah untuk spekulasi.

Dengan cara ini kita boleh memberikan peluang kepada orang muda atau pun harga itu turun kerana permintaan yang tidak begitu banyak. Saya faham apa Yang Berhormat katakan dan ini adalah satu fenomena yang berlaku hampir di seluruh dunia, bukan sahaja di Malaysia. Kenaikan harga rumah berlaku di bandar-bandar besar di seluruh dunia.

Sebab itu kita sedang berusaha untuk memastikan walaupun kita tidak mahu harga rumah itu turun kerana itu juga akan memberikan kita masalah yang berlainan, deflation dan sebagainya. Pada masa yang sama yang kita mahu ialah supaya kenaikannya itu lebih mampan, sustainable dan sebab itu kalau kita tengok daripada statistik yang kita terima pada suku tahun kedua tahun 2015 telah mencatatkan perubahan indeks harga rumah hanya pada tahap 5.9% dengan purata harga RM305,075 dan kalau dibandingkan setahun yang lepas suku kedua tahun 2014 kenaikannya adalah pada tahap 8.4%.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit satu statistik. Tahun 2012 kenaikan harga rumah di negara kita ini ialah 12.2% sehinggalah kepada 2013. Selepas itu bila kita memperkenalkan beberapa tindakan seperti CKHT tadi, maka daripada 12.2% kenaikan harga rumah pada suku kedua tahun 2015 hanyalah pada 5.9%. Ini menunjukkan bahawa tindakan kerajaan yang sistematik, yang konsisten telah menyebabkan kenaikan harga rumah menurun hampir setengah daripada peratusan kenaikan pada tahun 2013.

So, you can get that Tuan Yang di-Pertua dengan izin tetapi banyak yang diperlukan dan sebab itu kita tambah lagi Yang Berhormat tawaran dalam industri perumahan.

final • 11:10 PM

Datuk Abd Rahman Dahlan

Seperti mana yang saya katakan dulu, sebelum ini kerajaan banyak menumpukan usaha dan tenaga kepada mengurus permintaan, demand side dengan izin. Akan tetapi sejak dua hingga tiga tahun kebelakangan ini kita telah mengambil keputusan untuk juga mengurus dan meninjau semula apa sebenarnya perlu kita buat untuk kita menambah supply of housing. Oleh sebab itu PR1MA diwujudkan, SPNB diwujudkan dengan SPNB turut mendapat bajet yang lebih besar. PPR contohnya mendapat 34% kenaikan bajet untuk tahun 2016 berbanding tahun ini.

Jadi, sementara kita mengawal permintaan, kita juga menambah supply ataupun bekalan rumah di dalam pasaran supaya kita dapat mengimbangi harga rumah yang begitu naik dan ternyata dua hingga tiga tahun kebelakangan ini harga rumah telah naik dengan keadaan yang lebih mampan.

final • 11:20 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan cooling off measure yang telah diambil untuk mengawal harga rumah adalah sesuatu yang baik tapi masalah sekarang bukan harga rumah, masalah sekarang banyak pembeli rumah menghadapi masalah pinjaman daripada pihak bank khususnya mereka yang hendak beli rumah harga sederhana rendah, mereka tidak dapat pinjaman itu. Ini telah menghantui mereka. Lebih kurang 30% atau sampai 50% yang menghadapi masalah sedemikian. Manakala mereka yang ada rumah, mereka dengan senangnya boleh dapat pinjaman kedua. Saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri macam mana masalah ini boleh diselesaikan.

final • 11:20 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong.

final • 11:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Saya sambung Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Ya.

final • 11:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Perumahan menjadi tajuk dan isu utama penduduk-penduduk pada ketika ini. Apa yang terjadi di negeri Melaka pada ketika ini Yang Berhormat Menteri, kita ada tiga kategori perumahan. Pertamanya, tanah- tanah di bawah milik MCL yang dipergunakan untuk negeri Melaka dan negeri Pulau Pinang menggunakan Akta1952. Kedua-dua negeri ini, tanah tersebut dan perumahan di sana tertakluk kepada hak milik orang Melayu sahaja dan warga negara Malaysia. Sementara kedua ialah Kod A iaitu hak milik tanah yang diberikan dan perumahan diberikan kepada bumiputera di seluruh Malaysia dan tidak boleh dipindah milik kepada sesiapa. Makna

final • 11:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

bukan bumiputera tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri. Sementara Kod B dan Kod BB adalah semua kaum.

Apa yang terjadi pada ketika ini Yang Berhormat Menteri, setiap kali apabila perumahan bermasalah dari lelong, maka terjadilah satu perkara yang cukup menakutkan sekali di mana pihak mahkamah telah membenarkan serta perkara ini telah diperturunkan kepada pihak berkuasa negeri untuk membenarkan bukan bumiputera untuk membeli rumah-rumah dan tanah yang Kod A tadi. Jadi, saya mahu mendapat pengesahan daripada pihak kerajaan sama ada sebenarnya kerajaan memahami perkara ini atau memang mengetahui perkara ini atau membenarkan perkara ini berlaku? Kalau perkara ini kita teruskan berlaku, kita takut Yang Berhormat Menteri nampaknya pegangan Kod A di mana dikhaskan untuk bumiputera ini walaupun setelah dibeli oleh yang bukan bumiputera dan tidak boleh dipindah milik lagi kepada orang yang lain, kita akan hilang hak. Jadi saya hendak kepastian daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 11:20 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum saya pergi kepada Yang Berhormat Jasin, saya baru hendak menjawab Yang Berhormat Bukit Katil tadi tapi Yang Berhormat Tanjong sudah berdiri untuk bertanyakan soalan. Berkenaan dengan isu yang mengatakan bahawa ramai yang tidak mendapat pinjaman perumahan.

Saya hendak maklumkan di sini Tuan Yang di-Pertua bahawa sebenarnya statistik yang kita dapat ialah hanya 20% sahaja yang gagal untuk mendapatkan permohonan. Ini yang kita dapat daripada Bank Negara seperti mana yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Abdul Wahid Omar iaitu hanya 20% sahaja pinjaman perumahan yang tidak lulus.

Sebanyak 80% lulus dan yang tidak lulus ini pula bukan kerana Bank Negara mengetatkan syarat, mereka tidak layak. Pemohon tidak layak kerana tidak mempunyai dokumen yang mencukupi dan sebagainya.

Oleh sebab itu kita ambil pendekatan bahawa dalam beberapa program perumahan yang kita ada seperti PR1MA dan juga PPR, kita gunakan kaedah rent-to-own.

Maknanya rent itu nanti akan ditukar sebagai sebahagian daripada duit yang dibelanjakan untuk membeli rumah tersebut. Jadi tidak benar kalau mengatakan bahawa Bank Negara mengetatkan syarat kerana dalam statistik Bank Negara, hanya 20% yang ditolak dan itu pun adalah kerana yang memohon itu tidak mempunyai kelayakan dari segi paper kelayakan. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jasin. Kita ada bincang juga isu ini. Ini adalah satu perkara yang amat serius bila mana pertukaran ataupun rumah yang sepatutnya di pegang oleh bumiputera itu telah bertukar tangan melalui proses pintu belakang dan ini amat serius dan selalu juga dibincangkan dalam Majlis Perumahan Negara tetapi sudah tentu ianya adalah bidang kuasa kerajaan negeri.

Saya hendak maklumkan di sini Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita juga telah membuat satu dasar baru bahawa mana-mana pemajuan, pemaju perumahan yang ingin melepaskan kuota bumiputera, unit bumiputera, kita tidak benarkan walaupun tempoh yang diberikan itu 6 bulan atau setahun, kalau unit bumiputera itu tidak terjual, mereka mempunyai hak untuk meminta kebenaran kerajaan negeri untuk melepaskan unit bumiputera ini ke pasaran biasa. Kita telah meminta kerajaan negeri untuk memberikan peluang kepada kementerian ini, kementerian saya untuk tiga bulan selepas tamat tempoh mereka dengan kerajaan negeri, memberikan peluang kepada kementerian saya untuk menjual rumah-rumah ini kepada pembeli-pembeli bumiputera. Kerana apa Tuan Yang di- Pertua, kita dengar banyak keluhan pembeli-pembeli rumah bumiputera ini mengatakan bahawa unit-unit bumiputera ini tidak wujud lagi ataupun habis dijual.

Pada masa yang sama pula kita mendengar keluhan pemaju perumahan yang mengatakan unit-unit bumiputera mereka tidak dapat dijual. Jadi saya ambil – ini cerita tuduh menuduh. Pemaju kata tidak dapat dijual, tidak ada pembeli. Pembeli kata dia hendak beli tapi tidak ada unit bumiputera. Jadi kita buat keputusan, saya buat keputusan dalam kementerian kalau beginilah caranya. Biar kementerian saya pula dalam masa tiga bulan menguar-uarkan, mengiklankan rumah-rumah unit bumiputera ini dan kita akan pastikan rumah-rumah ini dapat dibeli oleh pembeli bumiputera sebelum dilepaskan kepada pasaran biasa.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sepanggar, semenjak PPR mula dilaksanakan pada tahun 1998 sehingga sekarang, Kerajaan Persekutuan telah menyiapkan 20 projek dengan bilangan unit sebanyak 15,456 di negeri Sabah. Dalam pembinaan sebanyak 11 projek lagi dengan bilangan unit sebanyak 6,243 unit. Dalam perancangan, sebanyak 5 projek dengan 2,566 unit dan jumlah keseluruhan bagi negeri

final • 11:20 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Sabah adalah 36 projek dengan unit 24,265. Saya ingin menekankan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan keperluan perumahan bagi rakyat negeri Sabah.

Berkenaan pertanyaan Ahli Yang Berhormat Sepanggar mengenai dua ribu unit rumah PPR yang kononnya telah dibatalkan pembangunannya. Pertama sekali, jumlah sebenar unit yang dicadangkan untuk dibangunkan di kawasan berkenaan adalah seribu unit sahaja. Kementerian sebenarnya telah mengeluarkan surat setuju terima (SST) kepada syarikat berkenaan. Suatu tempoh telah diberikan kepada syarikat berkenaan untuk menyelesaikan isu tanah tetapi syarikat masih gagal berbuat demikian sehingga tamat tempoh sah laku SST berkenaan.

Walau bagaimanapun untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Sepanggar, kementerian sedang membina dua lagi projek iaitu di Kota Warisan 485 unit dan sebuah lagi di Kionsom Besar sebanyak seribu unit yang akan siap pada Disember 2015. Kota Warisan itu telah siap tapi yang Kionsom Besar itu akan siap pada Disember 2015. Seterusnya Ahli Yang Berhormat Pasir Puteh telah bertanyakan mengenai projek PPR di negeri Kelantan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak seribu unit PPR telah siap dibina di Gua Musang, Kelantan. Kementerian juga sedang merancang pembangunan projek-projek baru di negeri Kelantan dan memaklumkan setelah senarai dimuktamadkan kelak.

Ahli Yang Berhormat Kota Tinggi dan Yang Berhormat Tanah Merah telah membangkitkan usaha kerajaan bagi membantu pembeli rumah terutamanya pembeli pertama. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan maklumat yang diterima seperti mana yang saya katakan tadi, hanya 20% sahaja daripada jumlah permohonan bagi mendapatkan pinjaman daripada pihak bank yang terpaksa ditolak kerana tidak layak.

Walau bagaimanapun bagi memudahkan rakyat berpendapatan rendah, Jabatan Perumahan Negara telah menjalankan kajian bagi melaksanakan program rent to own bagi projek-projek PPR. Insya-Allah kementerian akan membuat cadangan ini kepada kerajaan untuk mendapatkan kelulusan pada Januari 2016 ini.

final • 11:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, hendak sambung atau hendak habiskan? Elok sambung.

final • 11:30 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Sekejap lagi ini hendak habis, ada 15 minit.

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Boleh kalau cukup masa.

final • 11:30 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Insya-Allah habis, 15 minit habis.

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 11:30 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Insya-Allah kementerian akan membuat cadangan ini kepada kerajaan untuk mendapatkan kelulusan pada Januari 2016 ini. Kementerian juga melalui pembentangan Bajet 2016 tempoh hari telah diperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi melaksanakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit. Ini Tuan Yang di-Pertua, adalah satu skim baru untuk membantu pembeli rumah pertama dengan kerajaan memberikan peruntukan sebanyak RM200 juta. Detailnya akan kita maklumkan setelah bajet ini diluluskan nanti, kelayakan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Tebrau semasa berbahas juga ada bertanyakan mengenai status pemulihan projek perumahan Taman Mount Austin Johor.

Untuk makluman, projek Taman Mount Austin ini adalah projek perumahan kos rendah yang telah diisytiharkan sebagai projek terbengkalai berdasarkan peruntukan seksyen 11(ca) Akta Pemajuan Perumahan. Walau bagaimanapun, Syarikat Kong Sun Enterprise Sdn. Bhd, pemaju asal projek berkenaan pada 2 Ogos 2013 telah berjaya dalam rayuannya untuk mengetepikan perintah penggulungan yang telah dikenakan oleh pelikuidasi. Lanjutan itu, projek tersebut kini sedang dipulihkan oleh pemaju asal dengan jangkaan siap dipulihkan keseluruhannya pada penghujung tahun 2016.

Saya perhatikan Tuan Yang di-Pertua, isu ini dibawa oleh Yang Berhormat Tebrau pada setiap kali Dewan bersidang bagi mendapatkan perkembangan terkini projek berkenaan. Bagi memudahkan Yang Berhormat mendapat maklumat, saya telah meminta

final • 11:30 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Jabatan Perumahan Negara memaklumkan secara langsung mengenai status projek berkenaan setiap tiga bulan terus kepada Yang Berhormat daripada Tebrau.

Terima kasih kepada tujuh Ahli Yang Berhormat yang telah membicarakan isu berkaitan dengan peranan perkhidmatan bomba. Ahli Yang Berhormat Tanah Merah telah mencadangkan supaya kerajaan melihat semula elaun-elaun dan bantuan-bantuan bagi menjaga kebajikan anggota-anggota bomba kita. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sedar terhadap risiko yang dihadapi oleh pegawai-pegawai bomba semasa menjalankan tugas. Oleh yang demikian, kerajaan telah meluluskan empat jenis elaun kepada pegawai-pegawai bomba yang layak iaitu pertamanya Bantuan Insentif Bomba

(BIB) kepada pegawai-pegawai bomba yang bertugas dalam shift 12 jam sebanyak RM110 sebulan dan shift 24 jam sebanyak RM220 sebulan. Kedua, bayaran insentif menyelam kepada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) sebanyak RM100 sebulan. Ketiga, bayaran insentif kepada pasukan khas Hazardous Materials (HAZMAT) sebanyak RM100 sebulan dan keempat, bayaran insentif rawatan kecemasan kepada pasukan khas Emergency Medical Rescue Services (EMRS) sebanyak RM100 sebulan, elaun tanggungjawab khas pemandu kepada pemandu kenderaan bomba sebanyak RM150 sebulan dan yang keenam, anggota bomba juga diberikan perlindungan insurans takaful berkelompok bernilai RM18,000 daripada kerajaan. Selain daripada itu, pegawai-pegawai bomba juga mendapat faedah daripada Kumpulan Wang Amanah Kebajikan Bomba sekiranya ditimpa musibah atau kecelakaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah mengemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, tiga lagi permohonan elaun bagi menambah baik kebajikan anggota bomba untuk dipertimbangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Permohonan elaun tersebut adalah seperti berikut:

(i) elaun khas skim bomba seperti mana yang dinikmati oleh badan beruniform lain seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia;

(ii) pemanjangan elaun kerja di luar waktu bekerja biasa kepada pegawai bomba yang menghadiri operasi tanpa mengira masa sama ada sebagai komander operasi, pegawai operasi, pegawai penyiasat punca kebakaran ataupun bantuan kejuruteraan segera di lokasi; dan

(iii) kenaikan kadar bayaran insentif bomba bagi anggota bomba yang bertugas dalam shift 12 jam dan 24 jam.

Ahli Yang Berhormat Sabak Bernam semasa berbahas mencadangkan supaya sebuah jeti dibina di kawasan beliau bagi kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Saya bersetuju dengan cadangan Ahli Yang Berhormat, maka dengan ini cadangan itu telah diluluskan, pembinaan sebuah jeti seperti yang dicadangkan. Saya telah meminta jabatan kerajaan tempatan untuk berurusan dengan PBT yang berkenaan.

Ahli Yang Berhormat Jerantut mencadangkan supaya keupayaan keanggotaan di Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut ditingkatkan dan pembinaan sebuah lagi balai bomba untuk kawasan taman negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penentuan keperluan sesebuah balai bergantung kepada analisis risiko yang berterusan dan bukan berdasarkan penilaian kepada satu kejadian bencana sahaja. Berdasarkan analisis yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, menunjukkan terdapat keperluan untuk menambah bilangan anggota bomba di balai berkenaan. Sekarang ini Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut mempunyai 21 orang pegawai bomba yang bekerja mengikut shift 24 jam. Pihak jabatan akan menambah bilangan anggota dengan mengambil anggota bomba bantuan. Dengan penambahan anggota berkenaan, mereka dapat bekerja dengan sistem shift 12 jam. Seterusnya berkenaan cadangan pembinaan sebuah balai kategori D di Taman Negara. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Pahang secara prinsipnya telah bersetuju untuk menyediakan tapak yang bersesuaian untuk pembinaan balai bomba kategori D di dalam RMKe-11.

Seterusnya cadangan Ahli Yang Berhormat Jerlun supaya sebuah balai bomba dibina di kawasan Jerlun. Kementerian menerima baik cadangan supaya sebuah balai bomba yang baharu di kawasan Yang Berhormat. Pada masa ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang mengenal pasti tapak dan permohonan akan dibuat kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk persetujuan.

final • 11:30 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Ahli Yang Berhormat Tanjong Piai juga ada membangkitkan mengenai cadangan membina sebuah balai bomba di Air Masin, Pontian Johor. Berdasarkan kajian risiko yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, terdapat keperluan untuk mewujudkan sebuah balai bomba bagi kawasan Kukup dan Air Masin. Pihak jabatan sedang mengenal pasti tapak yang sesuai dan dijangka dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Buat masa ini untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kawasan Air Masin mendapat perlindungan kebombaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Alsagoff, Pontian dengan jarak perjalanan hanya 16 kilometer.

Ahli Yang Berhormat Kapar semasa berbahas juga bertanyakan mengenai status pembinaan balai bomba di kawasan Meru, Selangor. Untuk makluman, projek pembinaan balai bomba dan penyelamat di Meru dijangka akan siap pada penghujung tahun 2017.

Pada masa kini, ia dalam proses kelulusan pelan bangunan oleh Majlis Perbandaran Klang manakala kerja awalan melibatkan pembersihan tapak sedang dijalankan. Beralih kepada...

final • 11:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat.

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Kapar belum balik lagi ya? Sila, sila.

final • 11:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Anak muda Kapar berwawasan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya hanya hendak pastikan lokasi sebenar pelan pembinaan perancangan kita.

Lokasi sebenar di mana, kalau Yang Berhormat boleh jelaskan.

final • 11:30 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Saya bagi secara bertulis nanti Yang Berhormat, saya tidak mempunyai nama lokasi.

final • 11:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Okey, terima kasih.

final • 11:30 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

All right. Saya ada hanya lapan perenggan lagi Tuan Yang di-Pertua. Beralih kepada pertanyaan Yang Berhormat Tanjong Piai mengenai status pelupusan sistem pepejal Pekan Nanas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan projek pembinaan tapak pelupusan sampah di Kampung Hulu Choh Mukim Jeram Batu, Pontian telah mendapat tentangan daripada penduduk setempat. Kerajaan Negeri Johor juga telah menyatakan pendirian iaitu tidak bersetuju dengan tapak berkenaan berikutan bantahan penduduk. Kerajaan negeri mencadangkan agar tapak projek dipindahkan ke lokasi tapak pelupusan sedia ada di Kampung Air Putih.

Walau bagaimanapun, pertukaran lokasi ke Kampung Air Putih tidak sesuai kerana telah penuh dan tidak economical untuk dibangunkan. Sehubungan itu, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara merancang untuk membina sebuah transfer station bagi menguruskan sistem pepejal di kawasan yang terlibat. Melalui transfer station ini, semua sisa pepejal daerah Pontian akan dihantar ke Tapak Pelupusan Sanitari Seelong. Untuk makluman, peruntukan di bawah RMKe-11 bagi perolehan tanah untuk pembinaan transfer station berkenaan telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, seramai tiga orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Lanang dan Yang Berhormat Kota Raja telah membangkitkan isu yang telah acap kali dijawab dalam hampir setiap perbahasan iaitu mengaktifkan semula pilihan raya kerajaan tempatan. Ingin saya tegaskan sekali lagi, Kerajaan Persekutuan tidak berhasrat untuk melaksanakan pilihan raya bagi kerajaan tempatan buat masa ini dan insya-Allah apabila tiba waktu dan ketika yang sesuai, semua pihak berkuasa tempatan di negara ini telah bersedia daripada segi kewangan dan sebagainya, kementerian sendiri akan mengusulkan kepada kerajaan supaya pilihan raya kerajaan tempatan ini dapat dilaksanakan. Sebelum itu, kementerian akan menumpukan kepada program-program bagi pemerkasaan penyampaian perkhidmatan di setiap PBT selaras dengan kepentingan dan sumbangan PBT selaku agensi barisan hadapan yang kerap berurusan dengan penduduk setempat termasuk juga pelanggan yang terdiri daripada peniaga, pemaju dan pelabur.

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Raja bangun.

final • 11:30 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya sebenarnya mengenai kerajaan tempatan ini...

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kalau panjang-panjang, kita sambung esok.

final • 11:30 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tidak, sekejap. Bolehkah sambung esok? Menteri sanggup datang lagi esok? Cumanya begini, logiknya begini, sekarang ini Yang di-Pertua dan juga Datuk Bandar, ketua-ketua jabatan semuanya adalah kakitangan kerajaan. Dalam sistem kita ini, wakil rakyat ini dikatakan boleh menyelesaikan banyak masalah.

final • 11:30 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Jadi apabila PBT gagal menyelesaikan masalah rakyat ataupun menimbulkan kontroversi dalam tindakan-tindakan mereka, yang dipertanggungjawabkan untuk menjawabnya adalah wakil rakyat, Ahli Parlimen. Kami tidak ada apa-apa kuasa tetapi kita yang disalahkan. Jadi konsepnya adalah rakyat membayar cukai, jadi bila dibayar cukai maka mesti ada kebertanggungjawaban di situ, dan kakitangan kerajaan tidak perlu menjawab, tidak ada apa-apa tindakan boleh diambil atas mereka sekiranya mereka tidak menyelesaikan masalah rakyat. Misalnya banjir, perparitan dan sebagainya, tidak betulkan bertahun-tahun tetapi yang kena jawab wakil rakyat. Inilah logiknya saya bawa perkara ini.

Terima kasih.

final • 11:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Terima kasih Yang Berhormat. Sekali lagi, Yang Berhormat tidak begitu tepat. Sebenarnya di Kota Raja lantikan semuanya adalah Kerajaan PKR, Pakatan Harapan di Selangor.

final • 11:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Apa itu Menteri?

final • 11:40 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

No, no. The council...

final • 11:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Council can’t do anything. They just got...

final • 11:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

The councilors adalah lantikan daripada kerajaan negeri. That is for the fact. Oleh sebab itu saya katakan kalau parti Yang Berhormat merasakan ini dibebankan kepada Kerajaan Persekutuan, tidak betullah. Pastikan councilor, YDP yang dipilih oleh kerajaan Yang Berhormat sendiri supaya kerajaan Yang Berhormat sendiri bertanggungjawab. Jika PBT tidak melakukan- banyak, seperti di Sepang, masalah sampah, ada masalah di Selangor denggi yang tinggi. Banyak masalah, Yang Berhormat. Akan tetapi kalau boleh, jangan bebankan kepada kita.

Oleh sebab itu saya katakan saya bekerja mengikut akta yang telah diluluskan oleh Parlimen. Parlimen telah meluluskan untuk memansuhkan pilihan raya kerajaan tempatan. So, ambillah juga beban itu, Yang Berhormat. Jadi saya teruskan...

final • 11:40 PM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri, untuk hendak betulkan sedikit fakta. YDP are government officer and they are PTD officer di Selangor.

Terima kasih.

final • 11:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

The councilors, the councilors...

final • 11:40 PM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

Councilor yes but the YDP are the government officers.

final • 11:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Betul, the councilors. Akan tetapi hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat, semalam baru saya bagi banyak award kepada PBT di kawasan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Actually they quite good, cuma mungkin ada isu-isu tertentu, Yang Berhormat. Akan tetapi akhirnya, akta itu mesti dibawa ke Parlimen, Yang Berhormat. Akta untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan dibawa ke Parlimen.

Kalau semua orang bersetuju, maka luluslah.

final • 11:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Bawalah.

final • 11:40 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Jadi Yang Berhormat, seperti mana yang saya katakan, kementerian- tetapi saya membuat transformasi, Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, enam PBT telah bersetuju untuk menyahut cabaran saya untuk menyiarkan secara langsung perjalanan Mesyuarat Council mereka melalui internet. Enam PBT. Kita telah membuat banyak transformasi dan kita akan lancarkan pada Januari. Insya- Allah, kita akan bagi taklimat kepada Yang Berhormat kalau Yang Berhormat perlu mengenai transformasi PBT yang akan kita lakukan.

final • 11:40 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Saya ucapkan ribuan terima kasih juga kepada Timbalan Menteri saya, bekas senior Exco Kerajaan Tempatan di negeri Johor daripada Tenggara yang telah membantu saya banyak dalam usaha untuk mentransformasikan PBT ini. Insya-Allah. Seperti mana yang saya katakan tadi dalam Dewan yang mulia ini, kementerian melalui Jabatan Kerajaan Tempatan sedang merangka Program Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan. Program transformasi ini diwujudkan bagi menambah baik dan meningkatkan kemampuan PBT supaya lebih berdaya maju dan kekal relevan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Kementerian akan melancarkan Program Transformasi PBT ini dalam tempoh yang terdekat.

Kementerian juga dalam proses untuk melaksanakan beberapa penambahbaikan seperti Mesyuarat PBT dibuat secara live streaming. Ini sebahagian daripada Pelan Transformasi PBT yang sedang dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir, daripada Ahli Yang Berhormat Sibu yang bertanyakan mengenai lesen pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai di kawasan Sibu.

final • 11:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan untuk satu minit sahaja. Berkaitan dengan transformasi PBT.

Saya mencadangkan supaya setiap PBT untuk satu Parlimen sebab contohnya dalam kawasan saya, satu PBT mewakili dua Parlimen. Justeru, sudah tentulah dari sudut kesan pembangunan ke bawah terutama dari segi pendapatan, peruntukan tambahan dengan gaji minimum dan sebagainya. Saya harapkan perkara ini diambil kira dalam penambahbaikan. Insya-Allah.

final • 11:40 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Boleh, Yang Berhormat.

final • 11:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri, saya hendak...

final • 11:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Suruh Kerajaan Kelantan untuk mengusulkan kepada kita. Ini bukan kerja kita, kerajaan negeri punya hal.

final • 11:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri, kawasan saya ada tiga PBT.

final • 11:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Sudah 11.45 malam, sambung esok, sambung esok.

final • 11:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ya.

final • 11:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Saya hendak habis ini.

final • 11:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya tidak ada kuasa hendak tambah Yang Berhormat.

final • 11:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tak ada kuasa, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Oh, dah habis?

final • 11:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kita sambung esok Yang Berhormat.

final • 11:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Okey, yang lain itu nanti saya bagi secara bertulis.

Akhir itu cuma satu sahaja, Yang Berhormat Sibu, saya akan bagi bertulis.

final • 11:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sudah habis Yang Berhormat, habis. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 5 November 2015

final • 11:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 11.45 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026