Oct282015

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan perkembangan usaha yang dilaksanakan oleh kementerian dalam menggalakkan lebih banyak pembangunan pusat ternakan lembu bagi meningkatkan industri pengeluaran bekalan daging lembu serta mengurangkan kebergantungan kepada daging dan lembu import.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Ini lebih hebat daripada kitalah. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Waalaikumussalam.

final • 10:00 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Simpang Renggam bersekali dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Tasik Gelugor.

Bagi menjawab soalan berikut, saya ingin menyatakan di sini bahawa memang negara kita bergantung 70% lebih daripada keperluan daging dalam negara kepada import.

Kita menghadapi berbagai-bagai cabaran untuk meningkatkan pengeluaran daging dalam negara. Nanti kalau tanya, saya jawab detail sedikit tetapi untuk menjimatkan masa saya cuba ringkaskan khusus kepada pertanyaan iaitu apakah galakan, usaha yang dibuat untuk membangunkan pusat ternakan.

Satu daripadanya ialah membangunkan ladang satelit. Sebanyak 67 ladang satelit telah dibangunkan yang mempunyai kapasiti meningkatkan pengeluaran daging sebanyak 1,937 tetapi ini potensilah. Potensi dengan realiti ini dua perkara yang berlainan. Ada banyak satelit ini yang tidak beroperasi sebagai yang kita harapkan. Kalau tanya nanti saya jawab kenapa.

Keduanya bagi tujuan penternakan juga kita membangunkan kawasan padang ragut yang berpotensi sebagai taman kekal pengeluaran rundingan dan bagi tujuan tersebut kita bekerjasama dengan kerajaan negeri-negeri membuka padang ragut. Akan tetapi sebagaimana masalah berhubung dengan ladang satelit, padang ragut pun banyak juga yang terbiar, tidak ada binatang meragut. Padang ragutnya ada. Ada pula yang ditanam dengan kelapa sawit. Ini masalah pengusaha kita. Ada sebablah, bukan salah kerajaan.

Jangan kata ini semua salah kerajaan. Apa pun yang kerajaan buat, perlu ada sambutan.

final • 10:00 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

We may have very good policy program. Akan tetapi kalau tidak ada sambutan, apa yang kita buat selalunya tidak kesampaian.

Selain daripada itu, yang ketiga kita juga menggalakkan penternakan dalam kawasan ladang-ladang sawit atau apa yang disebutkan sebagai integrasi. Sebelum ini kita telah melibatkan 19 buah syarikat. Syarikat perladangan yang besar-besar seperti Sime Darby, FELDA, FELCRA dan lain-lain syarikat swasta tetapi nampaknya di antara syarikat- syarikat ini tidak begitu berminat dengan penternakan lembu atau kerbau kerana remeh barangkali.

Core business yang merupakan ladang sawit lebih senang. Tanam dan tuai.

Tanam, tinggal dan tuai. Kerja senang, hendak untung, senang. Kerja tidak ada susah.

Bela lembu ini susah. So, kita pun menghadapi masalah dari segi sambutan dan kerjasama daripada syarikat-syarikat ladang. Kita tidak ada ladang. Jadi, kita jemputlah syarikat- syarikat yang ada perladangan. Akan tetapi boleh dikatakan kebanyakan daripada syarikat perladangan ini tidak begitu menyambut seruan kita dan tidak berminat. Itu yang ketiga.

Keempat, kita juga ada wujudkan program Transformasi Usahawan Sektor Ternakan yang dipanggil TRUST. Dalam program ini kita bekalkan lembu-lembu dan kerbau kepada pengusaha-pengusaha. 20,902 orang penternak lembu dan 2,270 orang penternak kambing biri-biri.

final • 10:00 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Program ini telah membekalkan sebanyak 35,933 ekor lembu dan 48,368 ekor kambing sepanjang pelaksanaannya di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Ini pun ada juga masalah. Lembu kita bagi tetapi tidak diternak, dijual. Jadi ini pun, Yang Berhormat Kalabakan bagi signal macam itu saya tidak faham, berhati-hati dengan bahasa isyarat.

Tersalah bagi isyarat nanti lain maknanya.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini langkah-langkah yang diambil di antaranya. Selain daripada itu, memandangkan cabaran yang begitu besar kita akan menubuhkan Lembaga Pembangunan Ruminan. Semoga dengan adanya lembaga ini, kita akan dapat mencari jalan bagaimana kita dapat mengatasi masalah-masalah yang kita sebutkan tadi. Dengan izin, I don’t want to tell hendak menyedapkan hati, I don’t want to tell just to impress the Dewan, saya tidak mahu itu, saya bercakap perkara yang benar. Pembangkang...

final • 10:10 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Pembangkang tidak ada, okey saja.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Tidak, I mean you should appreciate that, I’m being truthful, being honest, bukan untuk cerita yang sedap-sedap. Terima kasih banyak.

final • 10:10 AM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dulu kita ada projek NFC dan kerana ada kelemahan timbul di pentadbiran tetapi konsepnya itu sendiri amat bagus kerana kita mahu mengurangkan kebergantungan kepada import dan kita mahu rakyat menikmati daging yang lebih murah. Jadi terutamanya pada musim sekarang, nilai ringgit kita jatuh dan rakyat terpaksa membeli daging dengan harga yang lebih mahal.

Jadi saya ingin tahu apakah kementerian berpandangan bahawa projek sebegini sepatutnya diteruskan. Mungkin kita bukan memberi kepada satu vendor tetapi kita pecahkan ataupun kita mengundang lebih ramai vendor untuk ambil bahagian dalam projek begini supaya rakyat dapat menikmati daging dengan harga yang lebih berpatutan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Menteri.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Simpang Renggam. NFC ini dah tutup, dah tidak beroperasi lagi.

Jadi dengan sebab itu, perancangan kita untuk meningkatkan pengeluaran sebagaimana yang dirancang itu terencat sedikit dan pada hari ini kita cuba melihat kembali bagaimana

final • 10:10 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

caranya untuk kita mengatasi masalah ini tanpa NFC. Ladang-ladang satelit yang telah dibuka sebagai feeder kepada NFC telah pun wujud dan dibuka. So, sekarang ini saya sedang menyeru dan menggalakkan dan menjemput pengusaha-pengusaha yang berminat untuk mengusahakan penternakan di ladang-ladang satelit di mana kemudahan seperti feedlot dan sebagainya telah ada. Kerajaan telah berbelanja banyak duit untuk mewujudkan feedlot ini.

Saya rasa dulu pun saya dah sebut dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua. Kita buka kepada semua yang berminat dan kita bersedia untuk membantu tetapi untuk menternak ini pun memerlukan modal yang banyak. Kalau kata 300 ekor dalam satu kawasan feedlot, modal juga dekat RM600 ribu, RM700 ribu. Seorang penternak kampung, RM500 ribu, RM600 ribu ini kira besar modalnya. So, saya sedang memerhatikan sama ada mereka ini dapat dibantu oleh Agrobank, pinjaman bagi membeli lembu-lembu ini untuk diternak tetapi masalahnya pinjaman boleh diberi.

Cumanya kita hendak pastikan bahawa pinjaman ini dibayar balik. Kalau tidak dibayar balik nanti kita tidak boleh teruskan usaha ini. Jadi hendak menentukan bayar balik ini, biasanya dengan adanya jaminan, collateral dan sebagainya. Ini yang menjadi masalah kepada pengusaha-pengusaha kecil dari kampung-kampung ini.

Collateral mereka tidak ada, jadi atas kepercayaan sahaja dan kepercayaan ini kita hendak wujudkan satu kesedaran di kalangan pengusaha supaya bertanggungjawab dan amanah sebab program bantuan seperti ini sebenarnya telah dibuat pada masa yang lalu iaitu sistem lembu pawah umpamanya di mana kerajaan beri 20 ekor, 30 ekor kepada seseorang pengusaha dengan harapan mereka akan membiakkan ternakan tersebut dan membayar balik kepada kerajaan dalam bentuk ibu-ibunya kepada jabatan.

Akan tetapi apa yang terjadi dalam usaha kita itu, program sistem pawah ini ramai yang tidak bertanggungjawab. Mereka menjual lembu-lembu ini. Ini yang menjadi masalah, sikap pengusaha ini kita perlu ubah supaya usaha kita dapat diteruskan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Bukit Gantang, ada ternakan lembu? Saya ingat ternakan kelip-kelip. Ya, sila.

final • 10:10 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Menurut jawapan daripada Menteri pada tahun 2013 di Parlimen, import makanan kita tahun 2002 hingga 2012 sebanyak RM221.81 bilion. Ertinya lebih kurang RM22 bilion setahun kadar import makan kita termasuklah juga daging dan juga tenusu. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut pernah projek dibuat diberikan kepada pawah ataupun individu tertentu yang dianggap tidak berjaya. Saya rasa ini juga cadangan yang perlu kita buat balik terutamanya kita melihat seperti apa yang pernah dibuat oleh Amanah Ikhtiar pada hari ini yang kita rasakan pinjaman yang dibuat melalui Amanah Ikhtiar ini hampir 97% merekanya bayar balik kerana konsep mereka adalah konsep usrah, ada pertemuan secara regular. Jadi apa salahnya apabila kementerian diberi dengan Blue Ocean Strategy dengan izin, bersama-sama kementerian lain untuk diberikan kepada benar-benar usahawan ataupun termasuklah juga yang dapat eKasih dan juga orang yang 4.7 juta yang memperoleh BR1M ini. Sekurang-kurangnya mereka ini beli dua ekor seorang dan setiap minggu ada pertemuan hendak pastikan lembu ini mereka tidak jual. Ini yang saya rasakan perlu dilakukan.

Kalau tidak kita NFC kita rasa sudah gagal baru ini, satu benda yang agak kita sedih tetapi sebab itu ini cadangan yang saya rasakan salah satu daripada cara untuk kita hendak berikan kail, bukan hendak beri ikan supaya dapat mengurangkan kemiskinan di negara kita. Dapat juga mengurangkan kadar import serta menyenangkan kami juga wakil rakyat, setiap kali Korban terpaksa membeli harga lembu yang semakin hari semakin naik sampai seekor RM4,000 walaupun kurus kering macam not gitar. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga Ahli-ahli sekalian, soalan panjang-panjang, jawapan pun panjang-panjang.

final • 10:10 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Saya pendek sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya mengucapkan terima kasih bagi pihak kerajaan kerana Yang Berhormat memuji Skim Amanah Ikhtiar, satu skim yang dibuat oleh kerajaan untuk membantu rakyat, peniaga-peniaga. So, you have recognized that, kita ucap banyak-banyak terima kasih.

[Disampuk] Hai, kita ucap terima kasih pun marah.

Yang keduanya, saya pun hendak ucapkan terima kasih sebab Yang Berhormat Bukit Gantang bersetuju dengan Blue Ocean Strategy. Itu pun satu dasar Kerajaan Barisan Nasional. Jadi diterima baik.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Semalam Presiden pun sudah sokong.

final • 10:20 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Itulah, saya hendak pergi ke situlah itu.

Jadi maknanya ada tanda-tandalah itu. Jadi, rakan-rakan dalam Pakatan Harapan perlulah buat persiapan untuk menghadapi cabaran politik baru negara kita. Kita doakan kerjasama antara dua belah pihak, PAS dan UMNO akan menjadi kenyataan. Boleh gitu?

[Tepuk] Apa salah? Kita berjuang untuk yang sama - agama Islam, orang Melayu. Bukan satu perjuangan yang menyimpang.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

DAP peduli apa, mereka bukan ada perjuangan untuk orang Melayu.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah jauh ini.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 10:20 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Yang Berhormat Ipoh Barat hendak ambil bahagian ini. Ha, boleh, sila. Hendak bertanya, boleh mencelah? Tak ada mencelah, kan?

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukup, cukup.

final • 10:20 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Sebagai menjawab soalan ataupun cadangan daripada Yang Berhormat Bukit Gantang, kita sambut baik dan, insya-Allah, kita akan usahakan sebagaimana Yang Berhormat cadangkan itu, cadangan yang sangat baik.

Terima kasih banyak.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

[Bangun]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kalabakan minat? Ringkas dan padat dan jawapan juga ringkas dan padat. Satu minit sahaja.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Kalabakan tadi beri syarat bukan kepada Menteri.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Soalan, soalan.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Tetapi oleh kerana itu, saya bangunlah untuk soalan tambahan. Kita bercerita pasal - soalan ini pasal lembu. Saya mahu tanya pasal kambing pula. Sebab apa, semua Ahli Yang Berhormat tahu saya ini pakar masak kari kambing.

[Tepuk] Jadi saya nampak bukan sahaja lembu yang

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

harganya meningkat setiap tahun, kambing di Sabah di Semenanjung ini pun seekor mahu RM1,000. Jadi saya minta kalau boleh kementerian, kalau boleh nanti kita namakan anak- anak bumiputera kita dibagi kambing yang bersubsidi seorang seratus ekor atau dua ratus ekor supaya lain kali kalau kita cari kambing, dia tidak begitu mahal sekali. Jadi kalau kementerian bersetuju, saya akan namakan syarikat-syarikat untuk dibagikan subsidi supaya mereka bela dan kemudian kita dapat kambing yang murah. Boleh bersetuju atau tidak?

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Setuju atau tidak?

final • 10:20 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Setuju. Kita akan usahakan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

2. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] minta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menyatakan:

(a) perkembangan terkini atau status yang terbaru terhadap pengisytiharan Vivekananda Ashram di Brickfields sebagai bangunan warisan; dan

(b) bangunan-bangunan lama di negeri-negeri lain yang turut dipertimbangkan oleh Kerajaan sebagai Bangunan Warisan

final • 10:20 AM

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, pada 15 Julai 2015, Pesuruhjaya Warisan telah membuat keputusan untuk menetapkan bangunan Vivekananda Ashram di Briekfields sebagai tapak warisan menurut seksyen 31 Akta Warisan Kebangsaan 2005. Pemunya tapak serta pihak berkuasa tempatan telah pun dimaklumkan mengenai keputusan Pesuruhjaya Warisan tersebut. Pemunya tapak telah membuat rayuan kepada Yang Berhormat Menteri mengenai perkara ini di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Setelah segala pertimbangan diambil kira, peruntukan kuasa Menteri telah membuat keputusan untuk menolak rayuan yang dikemukakan daripada pemunya tapak. Maka dengan ini bermakna bangunan Vivekananda Ashram akan terus ditetapkan sebagai tapak warisan.

Tuan Yang di-Pertua, pertimbangan untuk menetapkan mana-mana bangunan lama di Malaysia sebagai tapak warisan dinilai sekiranya mempunyai warisan kebudayaan yang penting. Jelasnya, tidak semua bangunan lama boleh dipertimbangkan sebagai tapak warisan menurut Akta Warisan Kebangsaan 2005. Sehingga 5 Oktober 2015, sebanyak 45 bangunan di seluruh Malaysia telah diisytiharkan sebagai warisan kebangsaan manakala sebanyak 109 bangunan pula telah ditetapkan sebagai tapak warisan di seluruh Malaysia di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada keputusan yang baik, relevan dan bertepatan dengan kehendak orang ramai dan rakyat di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun ianya telah dimulakan proses untuk gazet ini pada tahun 2008 saya difahamkan, tetapi telah mengambil masa kerana ada beberapa bantahan.

Juga, sebelum ini saya difahamkan trustee ingin menjual tanah tersebut. Maka dengan keputusan yang dibuat hari ini yang diberitahu oleh Yang Berhormat Menteri, bolehkah kita dapat tahu apakah proses yang akan dibuat selepas ini dan bilakah ia akan diwartakan dan sebagainya? Juga, apakah pertolongan dari segi kewangan dan advice yang berkenaan akan diberi oleh kementerian supaya ia menjadi bukan sahaja tempat warisan tetapi satu tempat di mana menjadi tempat utama untuk orang tourism di tempat tersebut dan untuk dinikmati oleh orang ramai? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, di bawah seksyen 96, apabila rayuan telah dibuat kepada Menteri, maka apabila Menteri membuat keputusan,

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

keputusan itu adalah muktamad. Tidak ada lagi rayuan kepada mahkamah. Semua proses telah pun diikuti.

Pada masa-masa yang lepas, saya faham perkara ini telah dibangkit pada tahun 2008, tetapi pada ketika itu ada kemungkinan Menteri Wilayah Persekutuan pada ketika itu belum lagi memberi keputusan iaitu Menteri Wilayah pada ketika itu, tetapi ianya boleh menjadi kenyataan hari ini dan berbanyak-banyak terima kasih kepada Menteri Wilayah sekarang. Apabila segala...

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya. Segala tapak bangunan untuk menjadikan tapak warisan memerlukan keputusan daripada negeri. Jadi kalau di Wilayah Persekutuan, Menteri Besarnya ialah Menteri Wilayah kitalah. Jadi apabila dia membuat keputusan, maka semuanya adalah mudah. Sebab itu pada hari ini kita dapat memuktamadkan keputusan ini. Jadi, selepas ini ianya akan digazet.

Walau bagaimanapun, saya kena bagi tahu, iaitu walaupun ianya telah menjadi tapak warisan, tetapi segala penjagaan di atas perkara harta tapak warisan ini adalah khusus kepada pemunya tapak. Jadi, tidak ada apa-apa bentuk bantuan dari segi kewangan yang diberi secara automatik, tidak ada. Melainkan, apabila kita mengisytiharkan sebagai tapak warisan, maka ianya adalah terhalang daripada apa-apa bentuk bangunan yang dilakukan terhadap kawasan itu.

final • 10:20 AM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu pemuliharaan bangunan serta tapak warisan adalah termaktub di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Apabila sebuah bangunan bersejarah hendak dipelihara, aspek utama menjadi matlamat dan nilai pada projek adalah kepentingan budaya, sejarah seni bina untuk bangunan tersebut. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah terdapat penglibatan daripada pihak swasta dalam usaha pemuliharaan tersebut? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Pemunya tapak adalah swasta seperti contoh, pemunya tanah kepada Ashram ini adalah swasta. Jadi, seperti yang disebut sebentar tadi walaupun dinamakan sebagai tapak warisan, namun segala pengurusan di atas tapak warisan itu adalah terletak pertanggungjawabannya kepada pemunya tapak.

Jadi, masih lagi bermakna kalau hendak ditanya apakah penglibatan daripada pihak swasta, memang ianya melibatkan pihak swasta dan terpulanglah kepada pemunya tapak untuk mendapat apa-apa bantuan daripada pihak swasta.

final • 10:30 AM

3. Datuk Aaron Ago anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan dasar dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memantau dan menangani masalah media sosial yang sangat melampau terhadap kerajaan dan individu atau ahli politik di negara ini.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato' Jailani bin Johari

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kanowit yang menanyakan soalan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon keizinan untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Mukah, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Pasir Gudang yang bertarikh pada 2 November dan 3 November kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu berkaitan dengan isu media sosial.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 10:30 AM

Dato' Jailani bin Johari

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan saya agak panjang sedikit Tuan Yang di-Pertua kerana lima tetapi saya ambil peluang juga untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini daripada perspektif digital ekonomi. Kadar

final • 10:30 AM

Dato' Jailani bin Johari

penembusan jalur lebar negara ini telah mencapai 72.2% di mana bilangan pengguna internet adalah melebihi 20.1 juta dengan 16.8 juta daripadanya aktif dalam sosial media.

Jadi kita boleh rumuskan bahawa rakyat menggunakan internet untuk melayari media sosial, menonton video, bermain permainan, enjin pencari dan juga perbankan internet. Jadi, kalau kita lihat secara keseluruhannya rakyat di Malaysia ini telah bersedia ke arah gaya hidup dan ekonomi digital. Ini juga dikuatkan dengan pengumuman Yang Berhormat Perdana Menteri dalam bajet baru ini iaitu kita ingin memperkasakan gaya hidup melalui inisiatif e-Rezeki dan e-Keusahawanan dengan peruntukan sejumlah RM100 juta.

Program MYCyberSale di bawah kementerian ini juga iaitu di bawah MDeC selama lima hari telah mencatatkan keuntungan jualan dalam talian sejumlah RM117 juta.

Jadi, kalau kita lihat tadi itu adalah contoh-contoh nilai positif yang terhasil daripada penggunaan sosial media. Akan tetapi pada masa yang sama terdapat juga segelintir pihak yang mengambil kesempatan untuk menyebarkan fahaman dan kandungan berbentuk fitnah perkauman, keganasan dan sebagainya.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak kementerian melalui MCMC sentiasa komited dalam menangani penyalahgunaan media sosial, pemantauan berkala sentiasa diadakan. Sekiranya terdapat kandungan yang bercanggah dengan akta, tindakan penguatkuasaan akan diambil. Walau apa pun, sebarang kesalahan yang dilakukan menggunakan platform internet, termasuklah penyebaran fitnah di media sosial adalah tertakluk kepada undang-undang sedia ada. Termasuklah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan dan juga Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Suka juga untuk saya berkongsi di Dewan yang mulia ini bahawa kuasa untuk menjalankan siasatan dan kuasa mendakwa di mahkamah adalah dua kuasa yang berbeza dan terletak kepada dua organisasi yang berbeza. Ini penting agar setelah siasatan dijalankan, kertas-kertas siasatan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan dan arahan lanjut.

Tertakluklah kepada sifat kesalahan dan berdasarkan kepada keterangan yang diperoleh daripada hasil siasatan. Jabatan Peguam Negara akan memutuskan kes-kes yang dikemukakan akan didakwa di bawah peruntukan undang-undang yang bersesuaian.

Dalam hal ini pihak MCMC sentiasa memberi kerjasama dan bantuan teknikal kepada pihak PDRM dan agensi penguat kuasa lain seperti KPDNKK, JAKIM dan sebagainya.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi tempoh Januari hingga September 2015 sebanyak 10 kes telah didakwa di mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia, termasuklah kesalahan di platform sosial media. Selain daripada itu, sebanyak 1,263 laman sesawang telah disekat akses atas pelbagai kesalahan di bawah peruntukan undang-undang Malaysia sedia ada.

Mengenai persoalan berkaitan dengan kes buli siber pula, adalah didapati bahawa salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah penggunaan internet yang tidak berhemah. Sebagai contoh, sikap pengguna kita ini sering mendedahkan maklumat peribadi, terutama di laman sosial yang akan memberi peluang kepada orang yang tidak bertanggungjawab untuk menyalahgunakan maklumat tersebut untuk tujuan yang negatif.

Ini kerana bila dia ada di situ, dia akan stay sehinggalah kita hendak menurunkan dia.

Jadi, menyedari hakikat bahawa undang-undang yang sedia ada dan juga bukanlah satu penyelesaian secara total. Jadi, pihak kementerian melalui MCMC, kita mengambil langkah proaktif dengan menggalakkan para pengguna internet mengamalkan kawalan kendiri, dengan izin, self regulatory, di mana mendidik penggunaan internet secara positif.

Jadi, kita fokuskan kepada empat isu utama. Pertamanya, dari segi penyebaran maklumat palsu. Kedua, buli siber. Ketiga, tabiat over sharing ataupun terlebih kongsi maklumat dan penipuan kewangan internet dengan kerjasama polis dan juga Persatuan Bank-bank Malaysia. Pada masa yang sama, bukan semua tanggungjawab harus diserahkan kepada pihak kerajaan. Para ibu bapa juga perlulah memainkan peranan dalam mengawal aktiviti anak-anak mereka di internet. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Terima kasih atas jawapan Menteri yang panjang lebar. Akan tetapi saya masih tidak pasti ataupun faham sama ada maklumat-maklumat peribadi berkaitan dengan sesiapa yang menggunakan internet atau sosial media ini telah diberi atau diperhati oleh kementerian. Ini sebab budaya memfitnah ini dan pembohongan ini adalah budaya yang tidak dapat dikawal, terutamanya apabila disebabkan oleh sosial media. Jadi, adakah kementerian sudah mempunyai maklumat peribadi seseorang yang menggunakan sosial media dan internet ini supaya ianya mereka ini tidak dapat lari daripada perbuatan mereka yang memfitnah atau memberi pembohongan di dalam sosial media. Maklumat ini juga saya ingat boleh diakses oleh polis dan sebagainya. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Jailani bin Johari

Terima kasih Yang Berhormat Kanowit. Isunya adalah mengenai maklumat peribadi. Seperti saya maklumkan tadi, masyarakat ini terlampau fascinated, terlampau terikat dengan untuk memberikan terlampau banyak maklumat di dalam internet. Terutamanya sebagai contoh, ada satu konsep yang dipanggil don’t feed the troll. So, kalau kita sediakan satu maklumat dan apabila kita jadikan satu maklumat yang boleh menarik mana-mana pihak untuk mengikuti laman-laman kita. Kita akan memberi pendedahan satu kepada mereka.

Jadi, kita tidak boleh menyatakan kemudian bahawa tidak ada sebarang tindakan yang diambil. Jadi, itu yang penting kita sebagai pengguna internet harus ada kawalan kendiri. Jadi, untuk menjawab soalan Yang Berhormat, tidak semua maklumat yang di dalam internet adalah dalam bidang kuasa kementerian ataupun pihak SKMM. Ini kerana maklumat tersebut adalah bersifat peribadi kepada setiap pengguna internet. Melainkan kita expose ourselves, itu yang menyebabkan kita terdedah. Apabila berlakunya sebarang permasalahan, itu yang menimbulkan masalah apabila pihak yang merasakan dirinya teraniaya, haruslah mengambil tindakan sama ada untuk menutup dan sebagainya.

Maknanya, penting kepada pihak tersebut sendiri. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat faham bahawa yang kuat untuk kebaikan adalah juga kuat untuk keburukan.

[Disampuk] Apakah program untuk mendidik semua lapisan, terutamanya budak-budak sekolah?

final • 10:30 AM

Dato' Jailani bin Johari

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Seperti yang saya perjelaskan di jawapan-jawapan saya sebelum ini, sebenarnya pelbagai program yang telah dicadangkan, dilaksanakan oleh pihak kementerian melalui MCMC dan juga pihak industri. Antara programnya iaitu Program Klik Dengan Bijak. Kita tahu dunia tanpa sempadan ini, terutamanya adalah semuanya di hujung jari.

final • 10:30 AM

Dato' Jailani bin Johari

Jadi, bukan hanya program-program ini harus dipertanggungjawabkan kepada pihak kementerian ataupun pihak kerajaan. Akan tetapi sebagai ibu bapa, kerana anak- anak kita, kita juga harus memantau kerana kita tidak tahu perkara sekarang ini, apabila mereka pulang ke rumah dan sebagainya, mereka tutup pintu dan apa yang berlaku di sebalik pintu, kita tidak tahu. Jadi adalah perlu peranan yang harus dimainkan oleh kita selaku ibu bapa memastikan juga dan pada masa yang sama, seperti yang saya maklumkan tadi, program pencerahan, buli siber dan sebagainya memang telah dilaksanakan dan kita biasanya difahamkan oleh pihak kementerian melalui MCMC, bekerjasama dengan pihak-pihak sekolah. Ada satu program yang dinamakan awareness program yang sedang dilaksanakan, masih berterusan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

4. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah tambahan persediaan bagi menghadapi banjir akhir tahun 2015 ini memandangkan banyak situasi tahun 2013 dan 2014 lepas terutamanya di pantai timur menunjukkan banyak kelemahan menghadapi situasi banjir dan juga kerja- kerja pemulihan selepas banjir.

final • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu saya mengalu-alukan tetamu-tetamu. Saya tidak dapat maklumat tetamu dari mana. Selamat datang ke Parlimen yang mulia ini.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, dari Maran.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Dari Maran. Selamat datang ya.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar soalan ini dijawab bersekali dengan soalan-soalan berikut memandangkan ia ialah mengenai perkara yang sama. Nombor 8, Yang Berhormat Rantau Panjang pada 29 Oktober 2015; Nombor 34, Yang Berhormat Ketereh pada 2 November 2015; Nombor 45, Yang Berhormat Setiu pada 2 November 2015; dan, Nombor 10, Yang Berhormat Kuala Krai pada 1 Disember.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, sila.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 29 Julai 2015 telah bersetuju supaya fungsi pengurusan bencana dikeluarkan daripada fungsi Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Susulan daripada itu, pada 26 Ogos 2015, Jemaah Menteri telah bersetuju terhadap cadangan penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) di bawah JPM selain bersetuju kepada perubahan dalam mekanisme pengurusan bencana negara. Pada 1 Oktober 2015, surat kuasa waran perjawatan telah dikeluarkan oleh JPA.

Dengan kuat kuasa pada tarikh tersebut, APBN telah ditubuhkan secara rasmi.

APBN JPM ditubuhkan bagi memperkemaskan struktur pengurusan bencana negara serta mewujudkan sinergi antara agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana termasuk agensi tindak balas. Agensi ini seterusnya mengambil alih peranan MKN sebagai agensi peneraju national focal point dalam pengurusan bencana negara di peringkat ASEAN, Asia dan seluruh dunia.

Selari dengan transformasi pengurusan bencana negara, mekanisme pengurusan bencana telah diperkemas yang mana Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan menjadi sekretariat dan urus setia bagi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana di peringkat pentadbiran pusat, negeri, daerah dan menjadi peneraju di peringkat komuniti.

Penglibatan JPAM sebagai first responder di peringkat komuniti akan mengurangkan masa tindak balas apabila menghadapi bencana. JPAM turut dipertanggungjawabkan untuk menerajui penubuhan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam atau civil defence emergency response team (CDERT) bersama-sama organisasi seperti JKKK, KRT rukun tetangga atau setara bagi menyokong jentera pengurusan dan bantuan bencana kepada masyarakat setempat.

Tuan Yang di-Pertua, prinsip Arahan MKN No. 20 masih diguna pakai untuk tujuan penyelarasan dalam fasa tindak balas selain daripada agensi-agensi terbabit perlu mematuhi satu SOP tindak balas bersepadu unified command di bawah seliaan setiausaha kerajaan negeri dan pegawai daerah selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana di peringkat negeri dan daerah.

Di samping itu, bagi mempertingkatkan keupayaan agensi-agensi tindak balas, kerajaan sedang dalam proses perolehan tambahan aset-aset bencana seperti trak berkeupayaan tinggi, bot penyelamat pelbagai saiz dan enjin mengikut kesesuaian kawasan berisiko. Kesemua aset bencana akan ditempatkan lebih awal di tempat-tempat yang bersesuaian bagi mempercepatkan masa tindak balas.

Dalam aspek pengurusan pusat perpindahan yang terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 5,161 pusat perpindahan telah disediakan untuk menampung perpindahan 1.5 juta mangsa dalam satu-satu masa.

Sehingga itu, JKM telah menyediakan lima buah depot simpanan keperluan bencana mengikut zon iaitu di Kemumin, Kelantan, Marang, Terengganu, Bedong, Kedah, Sungai Buloh, Selangor dan juga Muar di Johor. Di samping itu, JKM telah mewujudkan 547 pangkalan hadapan serta melantik 1,069 pembekal setempat bagi memastikan bekalan makanan dan keperluan asas mangsa dapat dibekalkan dengan segera. Dalam hal ini,

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

JPAM telah mewujudkan depot simpanan bantuan bencana di lokasi-lokasi terpilih terutamanya di kawasan yang berisiko berlakunya bencana banjir.

Bagi memastikan kebajikan mangsa-mangsa bencana di pusat-pusat perpindahan, JPAM akan menyokong pihak JKM untuk melancarkan pengurusan terutama dalam aspek pendaftaran kemasukan mangsa ke pusat perpindahan dan menyelia pasukan-pasukan bukan kerajaan (NGO) yang turut membantu. Sehubungan dengan itu, bagi memantapkan pengurusan penyampaian bantuan bencana, APBN selaku penyelaras utama telah menyediakan platform induk bagi menghubungkan rangkaian kerjasama di peringkat pusat bersama NGO untuk mengenal pasti keupayaan dan bentuk sumbangan bantuan yang boleh digembleng bagi membantu kebajikan mangsa-mangsa bencana.

Kerajaan telah menganjurkan sesi khas bersama NGO dan badan-badan korporat yang berkeupayaan untuk menyumbang dan menyelaras penglibatan mereka di kawasan- kawasan sasaran. APBN dan JPM turut mengadakan sesi dialog bersama badan korporat dan NGO pada 15 Oktober 2015 dan 23 Oktober bagi mendapatkan persefahaman dalam meningkatkan keberkesanan usaha penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa bencana yang amat memerlukan. Jawapan yang komprehensif ini saya ingat tidak perlu soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

[Ketawa] Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 10:40 AM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya merujuk khusus kepada apa yang berlaku di muka Kuala Sungai Terengganu yang mana JPS telah daripada awal lagi tidak bersetuju dengan penambakan besar-besaran dan pada banjir tahun lepas, telah berlaku penakungan air atau banjir selama dua minggu yang tidak pernah berlaku di kawasan Kuala Terengganu sebelum pada ini. Sebelum pada ini, hanya dua hari tetapi kali ini berlaku sehingga dua minggu. Ini menunjukkan kesan yang amat besar daripada perbuatan manusia.

Di sini saya ingin bertanya, apakah persediaan atau baik pulih sejak berlakunya banjir yang airnya tidak turun selama dua minggu tahun lepas sehingga sekarang? Ini kerana kita memandang serius perbuatan manusia ini boleh melakukan keadaan luar biasa.

Sama juga apa yang berlaku di Kelantan yang mana banjirnya disebabkan oleh perbuatan dan perubahan muka bumi. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, soalan ini cukup baik tetapi oleh kerana terlampau khusus, saya akan jawab secara bertulis.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih. Yang Berhormat Pendang.

final • 10:40 AM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri sekarang ini ialah Menteri yang bertanggungjawab tentang bencana alam, banjir. Saya hendak tanya, apakah Yang Berhormat sedar atau mengetahui bahawa kemudahan-kemudahan asas di tempat penempatan terlalu daif, terlalu daif?

Tempat tidur hanya di atas lantai biasa sebab saya mengendalikan setiap tahun. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab, apakah Yang Berhormat bercadang untuk memperbaiki ataupun menambahkan kemudahan-kemudahan di tempat penempatan-penempatan banjir ini? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, soalan juga bagus.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya?

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Soalan pun bagus.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Soalan juga bagus, ini boleh dijawab.

Kemudahan asas utama yang diberi perhatian sekarang ialah pembinaan bilik air tambahan

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

dan juga tempat mandi. Menteri Wilayah tanya, adakah ‘bilik rahmat’ disediakan?

[Ketawa] Itu tidak disediakan tetapi katakanlah kalau banjir itu melebihi 10 hari, kita boleh fikirkan bersama. Akan tetapi kemudahan asasnya ialah bilik air, tempat mandi dan sekarang ini macam sekolah-sekolah di Kelantan, dibina bilik air tambahan, tempat mandi, bangunan khas tetapi tempat perpindahan ini masih seperti biasa. Kita tidak menyediakan katil tetapi kita akan bagi tilam yang sebagai contohnya yang berjenama TOTO dan juga selimut kepada mangsa banjir semasa banjir berlaku.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Dia timbul sebab beberapa keadaan di mana terdapat kekurangan bahan-bahan ini pada hari yang pertama tetapi selalunya kita akan selesaikan pada hari yang kedua kerana kita tidak dapat jumlah sebenar orang yang berpindah mungkin Jabatan Kebajikan sediakan benda itu untuk jumlah mangsa yang tertentu. Akan tetapi yang hadir mungkin lebih jadi dia tertangguh sedikit tetapi bagi tiap-tiap keluarga sudah pasti mereka akan mendapat kemudahan asas seperti yang telah saya sebutkan.

final • 10:50 AM

5. Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [Langkawi] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan terdapat lebih 1,500 orang nelayan yang berdaftar dan berlesen di Pulau Langkawi. Tetapi masih terdapat lebih dari 2,000 orang nelayan yang belum berdaftar sebagai nelayan tetapi mereka merupakan nelayan tulen di mana pekerjaan mereka hanyalah sebagai nelayan. Apakah perancangan kerajaan bagi membantu agar semua nelayan tulen didaftarkan sebagai nelayan berlesen dan layak menerima elaun bulanan sara hidup nelayan.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada Yang Berhormat Langkawi. Sebenarnya bilangan nelayan yang didaftarkan di Langkawi ini lebih daripada 1,500 sebagaimana Yang Berhormat sebutkan itu. Jumlahnya ialah 1,980 sehingga tahun 2014.

Pertanyaan Yang Berhormat, kenapa ada 2,000 lagi nelayan tulen di sana yang tidak berdaftar, tidak didaftarkan. Secara ringkas ingin saya sebutkan di sini iaitu kalau mereka ini tulen kita daftarlah tidak ada masalah. Akan tetapi ada sebahagian daripada mereka tidak mengemukakan permohonan, Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak dapat mengesahkan sama ada mereka tulen atau tidak. Jaminan kerajaan mereka yang berdaftar akan mendapat insentif dan bantuan sara hidup dan sebagainya.

Dalam pada itu, saya pun tidak puas hati juga dengan jawapan pegawai yang mengatakan bahawa tunggu surat permohonan, saya kata proaktif sedikit. Macam saya buat di Pasir Salak walaupun dahulu saya ADUN biasa, bila ada nelayan-nelayan ini mereka tidak ada berdaftar, saya panggil semua isi borang. Kejap-kejap itu juga isi borang.

Kita kena turun padang. Jadi apa yang saya hendak beritahu insya-Allah di masa yang akan datang ini saya akan arahkan pegawai-pegawai supaya pergi kepada mereka bukan nelayan pergi kepada pegawai. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Soalan tambahan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya dapati bahawa sejak dahulu nelayan kita ini sampai sekarang berada di dalam keadaan tahap yang sama dengan bot yang kecil, enjin yang kecil dan keadaan ini akan sampai ke bila. Mungkin 20 tahun lagi nelayan ini masih dalam keadaan kehidupan mereka yang macam itu juga.

Jadi soalan saya ialah apakah perancangan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup nelayan untuk menjadi lebih hebat, lebih baik dengan peralatan yang lebih canggih menggunakan electronic dan sebagainya untuk menangkap ikan di samping dapat meningkatkan pendapatan mereka di masa hadapan.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Saya bersetuju, terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Langkawi. Saya sangat bersetuju

final • 10:50 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

dan dengan concern, keprihatinan yang ditunjukkan iaitu kita rasa begitu tidak puas hati dengan keadaan hidup nelayan pada hari ini yang sudah berpuluh-puluh tahun menjadi nelayan tetapi taraf hidup macam itu juga.

Saya rasa bukan denial atau defensive tetapi kerajaan telah melakukan macam- macam program bantuan, insentif serta polisi yang tepat untuk menggalakkan mereka menjadi nelayan yang berjaya. Mereka kebanyakan daripada nelayan kita terutama bumiputera masih tradisional tangkap ikan sedikit-sedikit, cukup makan sudah. Tidak ada jadikan satu perusahaan atau komersial.

Jadi ini yang menjadi masalah. Kita hendak membuat satu perubahan di mana nelayan mesti jadi businessman, pengusaha, entrepreneurs, komersial. Satu daripada caranya yang perlu dilakukan mereka hendaklah pergi ke laut dalam. Untuk kemudahan dari segi bot, bagaimana hendak membiayai bot atau kapal atau versanya saya rasa tidak jadi masalah kerajaan telah tubuhkan Agrobank.

Agrobank ini saya selalu ingatkan jangan lupa tujuan Agrobank ditubuhkan oleh kerajaan untuk bantu petani, bukan membantu peniaga besar. Petani termasuklah nelayan juga. Biayailah keperluan pembiayaan petani, nelayan kita. Kadang-kadang kita tegur ini mana yang agak-agak kalau sudah tersimpang sedikit itu menyimpang. Ada kesedaran itu di peringkat kepimpinan dan kita mengawasinya.

Akan tetapi apa yang perlu sekarang ini nelayan kita mesti sambut ini. Sambut seruan ini, sambut program ini. Kalau ada masalah dengan kewangan, pembiayaan dengan bank, Agrobank dan sewaktu dengannya kita bersedia untuk campur tangan membantu, bukan sahaja menyokong tetapi membantu menyelesaikan permasalahan mereka.

Itu kuncinya untuk kejayaan mesti ada semangat di kalangan nelayan untuk menjadi pengusaha yang lebih besar lagi dan soal pemasaran pun begitu. Kita hendak kita wujudkan satu konsep pasar nelayan. Nelayan jual dia punya tangkapan itu, jangan jual kepada peraih. Jual pada peraih, peraihlah ambil untungnya. But these practice has been going on. Walaupun kita berkempen habis-habisan tidak ada – nampak sambutan kurang juga. Saya harap kalau di Langkawi kita boleh buat program bersama dengan Yang Berhormat timbulkan revolusi ini, revolusi mental. Revolusi mental ini perlu ubah kebudayaan kita, pemikiran kita, mindset kita perlu berubah. Terima kasih.

final • 10:50 AM

6. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan tentang pelan pembangunan semula bandar Kuala Kedah. Bagaimanakah perkembangan rancangan pembangunan Pekan Kuala Kedah tersebut.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada kawasan Kuala Kedah. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat daripada kawasan Kuala Kedah Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Alor Setar yang komprehensif bagi tempoh perancangan 10 tahun iaitu sehingga tahun 2020 telah pun disediakan dan telah pun diwartakan pada 29 Disember 2011.

Ia telah pun mengambil kira perancangan pembangunan Mukim Kuala Kedah di bawah Blok Perancangan 2 daripada 6 blok perancangan yang disediakan di bawah Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Alor Setar. Untuk makluman Yang Berhormat daripada kawasan Kuala Kedah, bagi memperincikan pembangunan Blok Perancangan 2 Kuala Kedah di dalam Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Alor Setar, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah telah pun menyediakan satu pelan komprehensif Kuala Kedah 2020.

Penyediaan pelan komprehensif ini Tuan Yang di-Pertua, adalah penting sebagai panduan kepada pihak berkuasa perancangan tempatan supaya semua bentuk

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

pembangunan semula Kuala Kedah adalah lebih jelas, teratur, menjamin kesejahteraan rakyat dan yang paling penting untuk dilaksanakan dengan baik.

Pelan komprehensif tersebut telah pun siap pada 31 Januari 2013 dan telah pun diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri Kedah pada 1 Ogos 2013. Tambahan, untuk makluman Yang Berhormat daripada kawasan Kuala Kedah pelaksanaan pelan pembangunan ini, Tuan Yang di-Pertua telah pun dipecahkan kepada dua fasa iaitu fasa pertama ialah bagi tahun 2013 hingga tahun 2017. Pembangunan projek termasuklah naik taraf pasar-pasar, Pasar Komuniti Rakyat (PAKAR), Terminal Pengangkutan Bersepadu Kuala Kedah, naik taraf dan bina jalan baru serta penempatan semua jeti nelayan.

Bagi fasa kedua, bagi tahun 2017 hingga tahun 2020, pembangunan projek meliputi pembangunan Kuala Kedah, outlet, Pusat Bandar Maritim, Promenade Kuala Kedah, zon industri ringan dan zon penyelidikan dan pembangunan.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Bagi pelaksanaan projek-projek ini Yang Berhormat ia bukan saja melibatkan kepada Kementerian di bawah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa tetapi dia melibatkan beberapa buah agensi dan juga Kementerian Kerajaan Persekutuan dan negeri serta pihak swasta. Antaranya ialah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan Tinggi, pemaju- pemaju dan juga Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.

Perkembangan terkini bagi maklumat Yang Berhormat kawasan Kuala Kedah, projek naik taraf pasar komuniti dan karavan ataupun PAKAR telah pun siap dilaksanakan oleh FAMA pada tahun 2015. Seterusnya cadangan Terminal Pengangkutan Bersepadu Kuala Kedah telah pun dibentangkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kedah kepada Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri pada 7 September 2014 dan sekarang kajian flexibility sedang dijalankan di kawasan pinggir pantai sepanjang Kedah dan Perlis bagi menyokong pembangunan tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 11:00 AM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang komprehensif. Cumanya saya hendak menyebut di sini bahawa pelan ini mengambil masa untuk diselesaikan dan kos yang agak banyak. Sementara ini ancaman terbesar kepada kesejahteraan dan juga pembangunan sosioekonomi Kuala Kedah ialah banjir, banjir kilat terutamanya yang tidak pernah selesai.

Ini melibatkan terutamanya terminal feri yang merupakan pintu masuk ke destinasi pelancongan penting negara, Langkawi juga Pekan Kuala Kedah dan kawasan berdekatan.

Soalan saya ialah sementara kita menunggukan penyelesaian yang tuntas terhadap masalah ini, bolehkah kita adakan penyelesaian sementara. Sekurang-kurangnya mengurangkan tekanan banjir tadi kerana ini akan memberikan kesejahteraan dan kebaikan yang banyak kepada penduduk dan juga pelancong dan juga segala aktiviti ekonomi.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Cadangan terhadap penyelesaian permasalahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dari Kuala Kedah itu akan saya ambil untuk tindakan. Terima kasih banyak.

final • 11:00 AM

7. Tuan Wilson Ugak Kumbong [Hulu Rajang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sekiranya pihak kementerian ada cadangan untuk membina pos kawalan di Long Busang, Belaga, di Long Singgut dan di Bukit Mabong, Tunoh, Sungai Mujong di Kapit, Sarawak.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Tuan Masir Anak Kujat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tumpuan cadangan untuk membina pos kawalan di sepanjang sempadan utara negeri Sarawak dengan Kalimantan, Indonesia perlu mengambil kira kawasan yang telah di senarai dalam Basic Arrangement on Border Crossing between Malaysia and the Republic of Indonesia 1969, dengan izin dan Perjanjian mengenai Lalu Lintas Batas di antara Kerajaan Malaysia dan Republik Indonesia 2006.

Sehingga kini beberapa buah kawasan telah dicadangkan untuk pembinaan pos kawalan Imigresen yang baru termasuk di Long Busang dan juga Long Singgut dalam Daerah Kapit. Pembinaan pos kawalan imigresen yang baru ini dapat memudahkan pegawai memantau, mengawal dan merekod pergerakan keluar masuk di kawasan berkenaan. Pada masa yang sama ia juga membantu dalam memastikan keselamatan dalam kawasan berkenaan. Namun begitu, cadangan tersebut masih belum dapat dilaksanakan memandangkan ketiadaan tapak yang sesuai bagi pembinaan pos-pos tersebut. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian juga telah mengambil maklum tentang cadangan pembinaan pos kawalan di kawasan Bukit Mabong, Tunoh dan juga Sungai Mujong di Kapit, Sarawak.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Hulu Rajang.

final • 11:00 AM

Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menjawab soalan yang ditujukan kepada Kementerian Dalam Negeri. Keselamatan ini adalah satu perkara yang begitu penting sekali. Jadi di kawasan Hulu Rajang Tuan Yang di-Pertua, border nya berdekatan. Saya difahamkan di sebelah Kalimantan Barat, semua border post dan pasukan kawalan telah ditetapkan. Jadi kita di sebelah kawasan Hulu Rajang berdekatan ini belum ada lagi. Jadi persiapan mesti kita sediakan dan kementerian mesti ambil tindakan begitu berat.

Di kawasan Long Busang dan di kawasan Kapit, kita ada tiga buah aset yang terpenting iaitu Murum Dam, yang kedua Bakun Damdan yang ketiga di Sarawak ialah Batang Ai di kawasan Lubok Antu. Ini adalah aset yang penting dan berharga berbilion ringgit tetapi dalam segi keselamatan, kita tidak ada pasukan yang khas untuk menjaga keselamatan kita. Jadi saya mintalah Kementerian Dalam Negeri, apakah ada perancangan untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi menjaga keselamatan aset mega projek yang tersebut dan bilanya akan ditubuhkan atau dimulakan. Sekian, terima kasih

final • 11:00 AM

Tuan Masir Anak Kujat - Timbalan Menteri Dalam Negeri

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Memang soalan itu agak baik kerana kawasan saya juga memerlukan keselamatan terpelihara untuk menjaga keselamatan secara am. Walaupun demikian, kita memang tahu melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam membina pos kawalan keselamatan sempadan secara tetap terutama sekali di kawasan Hulu Rajang iaitu di Panggar Tapak Megah, Long Busan, Kapit. Buat masa kini penugasan dilaksanakan secara gabungan di antara Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan juga Jabatan Imigresen Malaysia.

Satu lagi langkah ialah meningkatkan hubungan kerjasama di peringkat antarabangsa dalam bertukar dan berkongsi maklumat risikan seperti Badan Kordinasi Keamanan Laut Republik Indonesia di bawah payung Malaysia-Indonesia General Border Committee ataupun Malindo GBC dan juga dengan negara ASEAN yang lain. Pada masa kini juga kita memang tahu aset yang penting perlu dijaga kita. Jadi oleh yang demikian, kerajaan bercadang dengan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain seperti Kastam, PDRM, ATM dan juga Maritim yang penting tapi untuk kita di Sarawak memang kita khas untuk PDRM, ATM dan juga imigresen untuk menjaga keselamatan kita.

Jadi saya ingin memberitahu semalam ada keluar surat khabar, memang kita perlukan peranan Kementerian Pertahanan terutama sekali untuk menempatkan sekurang- kurangnya satu garrisan ataupun batalion ATM untuk ditempatkan di kawasan seperti yang dinyatakan Yang Berhormat. Selain dari ini kita juga ada SOSEK Malindo di mana kerajaan negeri dan Kerajaan Indonesia sering mengadakan mesyuarat untuk mengenal pasti

final • 11:00 AM

Tuan Masir Anak Kujat - Timbalan Menteri Dalam Negeri

masalah-masalah yang timbul di kawasan sempadan kita yang begitu luas. Sekian saja, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Labuan.

final • 11:00 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah adakah kementerian sedar terutamanya bagi pihak imigresen bahawa ia ada kaitan juga dengan keselamatan, Labuan ini dia macam pintu yang mudah untuk PATI ke Semenanjung sebab PATI yang datang dari Sabah, kalau yang ada di Sabah, masuk ke Labuan, ia tidak ada pemeriksaan imigresen dan apabila dia terbang dari Labuan ke Semenanjung sebabkan oleh Labuan mungkin sebahagian dari Wilayah Persekutuan, maka tidak juga perlu terbang menggunakan pasport.

Kalau mereka terbang dari Sabah mereka menggunakan pasport, kalau mereka terbang ke Sarawak mereka perlukan pasport tapi terbang ke Kuala Lumpur, mereka tidak perlukan pasport. Ini adalah di antara concern dengan izin oleh ramai pihak yang banyak menyuarakan kepada saya dan saya mengambil peluang untuk menyampaikannya di sini.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Masir Anak Kujat

Terima kasih Yang Berhormat Labuan, saya kurang pasti sama ada kita mempunyai Jabatan Imigresen atau tidak di Labuan tapi walaupun demikian, saya akan membawa perkara ini dan saya akan semak dengan Jabatan Imigresen. Kalau tidak ada kita terpaksa mencari jalan untuk menempatkan pegawai- pegawai untuk mengawal kemasukan PATI ke kawasan Labuan dan seterusnya ke Semenanjung Malaysia. Terima kasih.

final • 11:00 AM

8. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan bilangan kematian setiap tahun di industri pembinaan sejak 2006 dengan pecahan nasionaliti mangsa. Apakah ganti rugi yang dibayar sebagai hilang upaya sementara dan juga hilang upaya kekal kepada pekerja migran yang dicedera dalam kemalangan semasa bekerja.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Mutallib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam 1Sejiwa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang baik budi, terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Mutallib

Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada pemimpin-pemimpin masyarakat bekas pasukan keselamatan daripada Parlimen Maran ke Parlimen ini. Terima kasih banyak.

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sungai Siput, kemalangan industri ataupun kehilangan pekerjaan sama ada di tempat kerja ataupun semasa ulang-alik bekerja akan memberikan kesan kepada struktur pekerjaan di negara kita. Ini kerana ia bukan sahaja kehilangan pekerja yang telah pun kita latih, kemudian kerugian kepada majikan, kerugian kepada kerajaan dari segi ekonomi negara dan juga perbelanjaan yang terpaksa kita keluarkan, begitu besar sama ada mereka ini pekerja tempatan ataupun pekerja asing.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Siput, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) amat komited dalam usaha-usaha untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor termasuklah sektor pembinaan.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Mutallib

Tuan Yang di-Pertua, minta maaf, kurang sihat sikit. Antara peruntukan undang- undang yang perlu dipatuhi oleh sektor pembinaan berkenaan dengan kebajikan pekerja adalah:

(i) seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang berkaitan kewajipan majikan;

(ii) seksyen 25 Akta Kilang dan Jentera 1997 yang berkaitan peruntukan kebajikan pekerja;

(iii) peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) 1970; dan

(iv) peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rekod Kementerian Sumber Manusia, bilangan kes kematian yang direkodkan bagi pekerja asing dalam sektor pembinaan dari tahun 2006 hingga 30 September 2015 adalah sebanyak 518 orang. Kita ada lebih kurang 1.9 million pekerja asing yang berdaftar. Pekerja-pekerja asing dari negara Bangladesh merekodkan kematian yang tertinggi dalam sektor pembinaan. Ini dalam sektor pembinaan sahaja dalam soalan ini. Iaitu seramai 216 orang manakala pekerja asing dari negara Indonesia merekodkan jumlah kedua tertinggi iaitu seramai 64 orang. Bilangan kes kematian di sektor pembinaan dari tahun 2006 hingga 30 September 2015 adalah seperti berikut.

Tuan Yang di-Pertua, agak panjang statistik yang ada pada saya. Seperti jumlah tadi, cuma saya hendak sebutkan di sini, jumlah pampasan yang kita bayar kepada pekerja- pekerja ini ialah RM10,751,197.10. Ini bagi pekerja asing yang terlibat dengan kemalangan di sektor pembinaan. Ini tidak termasuk di sektor lain. Untuk makluman Dewan yang mulia, pekerja-pekerja asing yang meninggal dunia semasa bekerja layak menerima wang pampasan sebanyak RM18,000.

Walau bagaimanapun, melalui perintah pampasan pekerja Skim Pampasan Pekerjaan Insurans 2005, tanggungan si mati layak mendapat sagu hati tambahan sebanyak RM7,000. Di samping itu jumlah bayaran yang dibuat kepada orang yang terbencana bagi kes Hilang Upaya Sementara (HUS) adalah bergantung kepada bilangan hari cuti sakit yang diberi oleh pengamal perubatan yang berdaftar. Manakala jumlah bayaran pampasan kepada hilang upaya kekal adalah bergantung kepada bilangan hari cuti sakit bahagian anggota yang cedera kekal dan peratusan kecacatan kekal yang telah disahkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mahu tanya berkenaan dengan apakah tindakan yang diambil terhadap majikan daripada kes 518. Berapa majikan yang dihadapkan ke mahkamah?

Berapa ramai didenda? Dan siapakah majikan yang dipenjarakan kerana mereka cuai?

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sungai Siput, apabila ada undang-undang, sudah tentulah ada enforcement atau penguatkuasaan. Penguatkuasaan ini dibuat melalui tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak kementerian kita.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai mengambil tindakan undang-undang bagi majikan, kementerian mengambil tindakan undang-undang bagi majikan yang gagal mematuhi peruntukkan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Sehingga September 2015, sebanyak 3,670 jumlah tindakan perundangan telah diambil oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kementerian Sumber Manusia ke atas sektor pembinaan merangkumi notis, kompaun, kes pendakwaan di mahkamah. Antaranya Tuan Yang di-Pertua ialah bilangan tindakan undang-undang yang kita ambil seperti berikut.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

TahunBil. NotisBil. KompaunBil. Kes PendakwaanJUMLAH
20115915756704
201297067361073
201394961551065
20143482131573670
Sehingga Sept. 20154896367845340

Dari statistik menunjukkan bahawa tindakan semakin agresif kita ambil untuk memastikan supaya majikan ataupun pekerja-pekerja ini kita jamin keselamatan dan kesihatan mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya ini, di bawah peraturan 25(1), Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera, kontraktor utama hendaklah melantik penyelia keselamatan tapak bina bagi menjalankan penyeliaan keselamatan ke atas aktiviti di tapak itu. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah penyelia ataupun site officer untuk setiap pembinaan ini mempunyai green book? Dan berapa kalikah dalam seminggu inspection ataupun siasatan dibuat? Daripada 1.9 juta buruh luar yang digunakan untuk tapak pembinaan, berapa peratuskah anggaran pekerja-pekerja asing ini yang mempunyai pasport yang sah dan yang tidak sah. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Tuan Yang di-Pertua, 1.9 juta pekerja asing itu saya sebutkan tadi ialah yang legal. 1.9 juta. Yang illegal saya tidak mahu komen, mungkin lebih daripada itu. Berkenaan dengan tapak kerja, sebenarnya antara langkah yang kita ambil, seperti mana yang saya sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat yang bertanya, sebenarnya banyak langkah lain yang kita ambil bagi memastikan supaya pekerja kita selamat di tapak bekerja. Sebab itulah bagi mereka yang menjalankan tanggungjawab penyeliaan keselamatan seperti Yang Berhormat sebutkan tadi, mereka disyaratkan mesti mempunyai kad hijau ini. Mereka tidak dibenarkan bertugas kalau mereka tidak ada kad daripada kita. Ini tegas. Kita tegas.

Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, antara langkah lain yang kita buat, kita menubuhkan Jawatankuasa Majlis Pembangunan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang kita libatkan berbagai-bagai agensi termasuklah CUEPACS, MTUC, MAF, perkilangan dan sebagainya. Pakar-pakar daripada kementerian dan juga menjalankan pendaftaran dan pemeriksaan berkala seperti yang saya sebutkan tadi. Mengambil tindakan undang- undang yang telah pun saya bentangkan tadi. Menjalankan pemeriksaan tapak bina secara mengejut. Saya ingat statistik Yang Berhormat minta akan berikan kemudian kerana saya tidak dapat dan akan dapatkan daripada pegawai saya. Menjalankan operasi tapak bina, mengadakan taklimat keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kalau kita tengok setiap kali kita mengadakan majlis di bawah kementerian khususnya, kita akan berikan taklimat keselamatan supaya pekerja dan orang yang terlibat dengan pekerja di tempat kerja itu juga kita jaga umpamanya pembinaan.

Walaupun pemandu kereta lalu jalan yang selamat tetapi apabila ada pembinaan di situ, kita hendak pastikan mereka juga selamat dan kita tidak mahu mereka teraniaya kerana kecuaian kita menjaga keselamatan di tempat kerja ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:10 AM

9. Datuk Wee Jeck Seng [Tanjong Piai] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah kementerian berhasrat untuk memperluaskan zon larangan merokok di seluruh negara. Apakah usaha kementerian bagi memastikan perlaksanaan ini tercapai dan pada masa yang sama tidak mengundang implikasi negatif terhadap masyarakat.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Datuk Wee, Yang Berhormat Tanjong Piai.

Soalan ini adalah berkenaan dengan larangan merokok di seluruh negara.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun merancang untuk memperluaskan zon larangan merokok di seluruh negara sejajar dengan Artikel 8, Perjanjian WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) iaitu melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok.

Di bawah Artikel 8, perjanjian ini, semua tempat yang mempunyai akses kepada orang awam hendaklah dijadikan tempat larangan merokok. Sehingga kini KKM telah pun mewartakan 21 tempat larangan merokok termasuk tempat Rehat dan Rawat (R&R) di semua lebuh raya serta taman permainan di kawasan tersebut seperti mana termaktub di dalam Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

KKM juga telah mengumumkan untuk mewartakan semua taman awam dan Taman Negara bermula pada Januari 2016. Di bawah Pelan Strategik Kebangsaan bagi kawalan tembakau, perancangan berperingkat untuk mewartakan tempat-tempat awam yang lain termasuk hotel, kedai makan tidak berhawa dingin, pasar awam dan lain-lain telah pun dirancang.

Bagi memastikan usaha ini tercapai Tuan Yang di-Pertua, KKM telah pun membuat perancangan bagi memperkukuhkan aktiviti penguatkuasaan di kawasan yang diwartakan. Pihak KKM akan mempertingkatkan penglibatan agensi lain dengan menjalankan proses penurunan kuasa bagi mengeluarkan notis kesalahan merokok terutama kepada agensi-agensi yang berkaitan di tempat yang diwartakan.

Penurunan kuasa ini akan memperkukuhkan lagi tanggungjawab mereka sebagai tuan punya premis selaras dengan tanggungjawab tuan punya premis seperti dalam Peraturan 12, Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Selain daripada itu, KKM akan mempergiatkan lagi usaha advokasi ke arah memperkasakan masyarakat untuk menolak budaya merokok dan berani menegur perokok yang melakukan kesalahan di tempat larangan merokok, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, Bahagian Kawalan Penyakit KKM telah melaksanakan program berhenti merokok semenjak tahun 1998 demi membantu masyarakat mengatasi tabiat merokok ini. Jadi saya ingin tahu, sejauh manakah keberkesanan Klinik Berhenti Merokok yang ditubuhkan oleh kementerian dan nyatakan jumlah perokok yang mengikut program ini dan modul pelaksanaannya.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, memang kementerian memang berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan tabiat merokok ini Tuan Yang di-Pertua tetapi memang pencapaian kita agak kurang memuaskan. Setakat ini memang kita lihat angka yang ada, memang 43% daripada rakyat Malaysia, 43% laki-laki daripada 18 tahun ke atas, 43% perokok dan wanita pun ada, one point five, 1.5% wanita juga merokok.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan telah pun mengadakan 486 Klinik Berhenti Merokok di seluruh Malaysia dan juga yang terlibat 44 hospital juga ada Klinik Berhenti Merokok. Akan tetapi kejayaan kita setakat ini hanya 18% sahaja daripada mereka yang datang merokok. Kalau ikut amalan ataupun pengalaman yang kita dapat, memang perokok ini dia cuba berhenti. Dia cuba berkali-kali.

On the average dengan izin Tuan Yang di-Pertua, tiap-tiap perokok, dia sehingga lapan kali dia pergi ke klinik merokok, barulah dia boleh berhenti merokok. Memang kalau

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

ditanya perokok ini semuanya 70%, dia ingin berhenti merokok tetapi memang susah untuk berhenti merokok Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, ada yang tukar daripada merokok kepada vape. Jadi kesan dia sebenarnya dia tukar ke vape dia kata dia boleh berhenti merokok. Akan tetapi sebenarnya dia akhirnya dia hisap dua-dua sekali. Vape hisap, rokok pun dia hisap.

[Ketawa] Ada yang pergi ke shisha dan sebagainya tetapi dia susah hendak berhenti. Jadi sebab itu, kita daftarkan ataupun wartakan berbagai-bagai tempat untuk larangan merokok ini, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah kita melihat kesan merokok cukup besar, bukan sahaja kepada perokok tetapi juga orang di sekitar. Apa lagi melibatkan pelajar dan kanak-kanak sekolah.

Saya ingin tahu sejauh mana keberkesanan kempen Tak Nak Merokok dan berapa belanja yang telah dikeluarkan oleh kerajaan setakat ini dan sejauh mana kita melihat, Ahli- ahli Parlimen kita sendiri, ramai yang merokok. Jadi macam mana kalau kita di peringkat penggubal dasar tak boleh tinggal rokok dan suruh rakyat di bawah jangan hisap rokok.

Minta penjelasan.

final • 11:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, dalam ini saya bersetuju dengan Yang Berhormat Rantau Panjang, dalam hal Ahli Parlimen juga merokok ini.

Memang sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, memang di kalangan pelajar sekolah pun juga didapati merokok. Memang dia start dengan vape. Sekarang ini sudah ada usaha dia keluarkan shisha pen yang harga dia RM10. Kalau kita dewasa hendak pergi beli, dia tak jual. Dia hendak jual kepada kanak-kanak sekolah. Ini berlaku dan memang kita cuba, di pihak Kementerian Kesihatan hantar orang beli, dia tak mahu jual. Hantar budak beli, dia jual. Maknanya juga ada usaha untuk hendak melibatkan kanak-kanak sekolah supaya akhirnya dia juga merokok.

Ini yang kita bimbang Tuan Yang di-Pertua sebab dia mula dengan shisha jenis pen ini, kemudian dia pergi ke vape, selepas itu dia akan mula merokok. Ini yang berlaku.

Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada perangkaan untuk berapa kes yang sudah pun berhenti merokok dan kempen yang disebut tadi Kempen Tak Nak Merokok ini lama dan kos dia saya pun tak dapat. Boleh, saya akan bagi dengan secara bertulislah.

Akan tetapi yang penting ialah masyarakat kita kena ada kesedaran tentang bahaya merokok, bahawa bukan hanya kepada diri dia tetapi mereka yang menghisap, yang mendapat rokok basi ini. Termasuk juga vape ini Tuan Yang di-Pertua juga ada nikotin. Juga akan melibatkan orang sekeliling dia itu. Ada argument dengan izin, ada argument mengatakan vape ini dia bukan asap. Dia vapour, tetapi vapour ini pun juga dia ada nikotin. Kalau tak ada nikotin, dia tak ada kick dia. Jadi oleh sebab itu bila dia ada nikotin, makna juga terlibat dengan orang lain juga. Orang lain pun juga akan dapat hidup asap itu dan juga akan risikonya sama.

Ada juga yang argument dia juga mengatakan, “Oh, kalau rokok ini dia ada 7,000 bahan kimia dalam rokok ini dan 87 daripada bahan itu juga karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser”. Vape juga ada bahan yang melibatkan kanser, formaldehyde. Bila dia nak dapat vapour banyak, dia kena taruh banyak lagi propylene glycol dalam itu dan dia punya voltage dia kena ditingkatkan lagi dia dapat asap yang lebih banyak.

Jadi dia akan convert propylene glycol kepada formaldehyde. Formaldehyde bahan awet yang digunakan untuk mayat ini bagi keras, bagi mayat ini dia tahan lama dia...

[Disampuk] Itu bahan dia yang kita hisap, yang vapour ini yang vape ini hisap. Jadi kesan dia sama. Dia juga karsinogenik. Jadi saya harap semuanya termasuk Ahli Parlimen berhenti merokok. Terima kasih.

final • 11:20 AM

10. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng] minta Perdana Menteri menyatakan usaha kerajaan untuk membantu pemandu teksi dan pengusaha teksi yang menghadapi saingan daripada perkhidmatan “Uber”.

final • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, Parlimen juga mengalu-alukan anak-anak yang berbaju cantik ini ke Parlimen kita pada hari ini. Daripada mana tak tahu, ya.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab lebih lanjut, izinkan saya untuk turut menjawab soalan oleh Ahli Yang Berhormat Sepang bertarikh 3 November 2015, nombor 51 kerana menyentuh perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat banyak aplikasi telefon pintar atau dengan izin, smartphone yang boleh digunakan oleh orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan teksi seperti MyTeksi, Taxi Mongol dan Easy Taxi. Aplikasi ini boleh digunakan pengguna untuk meminta atau memesan perkhidmatan teksi tanpa perlu menahan teksi di tepi jalan seperti kebiasaannya. Aplikasi-aplikasi ini digunakan secara meluas di kalangan pengguna kerana mudah untuk mendapatkan perkhidmatan teksi dan turut digunakan oleh pemandu teksi sendiri kerana memudahkan mereka meluaskan akses untuk mendapatkan penumpang yang lebih. Oleh yang demikian, penggunaan aplikasi ini sebenarnya membantu kedua-dua pengguna dan pemandu teksi dan penggunanya adalah sah di sisi undang-undang.

Walau bagaimanapun, penyedia perkhidmatan iaitu pemandu kenderaan yang menggunakan aplikasi-aplikasi ini adalah tertakluk kepada permit kenderaan yang dibenarkan sahaja. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu menggunakan aplikasi MyTeksi atau Uber untuk mendapatkan penumpang dan kemudiannya menggunakan kenderaan persendirian ataupun kenderaan yang tidak mempunyai permit yang sah untuk membawa penumpang berkenaan, beliau telah melakukan kesalahan iaitu membawa penumpang dengan menggunakan kenderaan yang tidak mempunyai permit dan bukannya kerana menggunakan aplikasi tersebut.

Perkhidmatan tempahan teksi melalui aplikasi adalah dibenarkan selagi mereka menggunakan kenderaan berlesen dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan di negara ini.

final • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Namun tempahan melalui aplikasi Uber yang memadankan pengguna dengan pemandu teksi yang tidak berdaftar dan tidak berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menggunakan kenderaan persendirian atau disewa merupakan satu kesalahan. Penggunaan kenderaan persendirian adalah untuk tujuan peribadi dan ia tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial, untuk menjana pendapatan melalui upah atau tambang. Penggunaan-penggunaan kenderaan berkenaan untuk perkhidmatan teksi adalah satu kesalahan berdasarkan peruntukan seksyen 16, Akta pengangkutan Awam Darat 2010 yang meletakkan bahawa hanya mereka yang memiliki lesen pengendali boleh mengadakan perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam.

Selain daripada menjalankan tindakan dan penguatkuasaan yang berterusan, SPAD telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi menangani masalah ini. Antaranya adalah melakukan beberapa sesi mesyuarat bersama Uber serta rakan kongsinya bagi menerangkan bahawa penggunaan aplikasi hendaklah hanya menggunakan kenderaan yang dilesenkan. Selain daripada itu, peringatan bertulis telah diberikan kepada pengendali berlesen yang terlibat untuk tidak terus menjalankan sebarang perkhidmatan yang melanggar syarat-syarat lesen yang ditetapkan.

Bagi langkah jangka masa panjang SPAD juga sedang dalam proses untuk meminda akta dan merangka polis baru bagi mengawal selia dan memantau sistem tempahan teksi melalui aplikasi pintar atau mudah alih serta memastikan industri teksi di Malaysia berupaya menyediakan perkhidmatan terbaik, selamat dan memuaskan kepada pengguna, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

[****Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat****]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:33 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2016 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2016

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2016 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh dua bilion ringgit

(RM52,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2016, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau

(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2016, yang

final • 11:33 AM

dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2015, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [27 Oktober 2015]

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya jemput Yang Berhormat Silam untuk menyambung berucap. Yang Berhormat Silam ada 20 minit. Seperti mana yang telah diputuskan Tuan Yang di-Pertua semalam, kita hadkan masa sehingga 20 minit bagi setiap Ahli yang berucap, sila Yang Berhormat Silam.

final • 11:33 AM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambung perbahasan yang terhenti semalam ataupun malam semalam berhubung dengan Lapangan Terbang Lahad Datu. Saya mengatakan semalam bahawa mungkin ada hikmahnya kedatangan Tentera Jepun ke Lahad Datu pada tahun 1941, di mana bukan sahaja rakyat Lahad Datu telah mengubah persepsi mereka berhubung dengan Penjajahan British tetapi Tentera Jepun selepas dua tahun berada di Lahad Datu telah membina sebuah lapangan terbang. Saya yakin lapangan terbang itu telah digunakan sehingga ke hari ini.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua pada 3 Jun 2009, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan juga Pejabat Daerah Lahad Datu telah mengadakan satu kajian feasibility study berhubung dengan kemungkinan membina sebuah lapangan terbang baru di Lahad Datu.

Keputusannya adalah positif. Selain daripada itu, didapati bahawa penduduk Lahad Datu yang menggunakan penerbangan udara ataupun pengangkutan udara lebih kurang 100,000 setiap tahun yang terbang melalui Lahad Datu sendiri, Tawau dan Sandakan. Jadi ini telah menunjukkan bahawa memang sudah layak Lahad Datu dibinakan sebuah lapangan terbang baru yang boleh menampung pesawat-pesawat besar seperti Boeing 737 dan Airbus 320. Permintaan rakyat Lahad Datu ini bukanlah untuk bermegah-megah untuk mendapatkan sebuah lapangan terbang baru yang besar tetapi setakat untuk mendapatkan sebuah lapangan terbang yang boleh menampung pesawat-pesawat yang besar iaitu pesawat Boeing 737 dan juga Airbus 320. Ini kerana apabila pesawat-pesawat seperti ini boleh mendarat di Lahad Datu, maka syarikat-syarikat penerbangan seperti AirAsia, Malindo dan juga MAS boleh mendarat dan tiket-tiket tambang murah boleh ditawarkan.

Dengan itu maka, penduduk Lahad Datu serta penduduk-penduduk di kawasan lain boleh menikmati tambang-tambang murah.

Sekarang ini tambang-tambang murah boleh diperoleh daripada Tawau dan Sandakan tetapi apabila penduduk Lahad Datu menggunakan khidmat ini, tambang murah itu bertukar menjadi tambang mahal sebabnya daripada Lahad Datu ke Tawau, pergi dan balik, akan terpaksa membayar RM300 sebagai tambang teksi. Demikian juga dari Lahad Datu ke Sandakan. Ini bermakna tawaran-tawaran tambang murah itu tidak berbaloi.

Demikian juga pelajar-pelajar dan pekerja-pekerja yang banyak belajar dan bekerja di Semenanjung, mereka terpaksa bermalam di Kota Kinabalu apabila hendak balik ke Lahad Datu sebabnya penerbangan terpaksa dipatahkan dan terpaksa bertukar pesawat kecil untuk pergi ke Lahad Datu. Keperluan untuk diadakan lapangan terbang baru juga adalah disebabkan Lahad Datu merupakan sebuah kawasan perindustrian kelapa sawit.

Kerajaan negeri telah memutuskan untuk membina sebuah taman perindustrian kelapa sawit, hiliran kelapa sawit iaitu Palm Oil Industrial Cluster Sabah Sdn. Bhd.

final • 11:33 AM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Ini menunjukkan satu prestasi yang amat baik dan para pelabur yang datang ke Lahad Datu untuk membeli tanah bagi melabur untuk membina kilang-kilang di kawasan perindustrian ini tidak minat untuk menggunakan ATR di Kota Kinabalu, sebaliknya mereka lebih berminat, kalau boleh terbang dari Kuala Lumpur langsung terus ke Lahad Datu. Jadi, ini adalah permintaan daripada para pelabur.

Demikian juga industri pelancongan. Industri pelancongan adalah amat baik.

Lahad Datu mempunyai potensi pelancongan dan destinasi-destinasi pelancongan yang amat menarik. Salah satu daripadanya adalah Lembah Danum yang terkenal di seluruh dunia dan juga Tabin Wildlife Reserve yang dikunjungi oleh pelancong-pelancong daripada luar negara. Ini juga memerlukan pesawat-pesawat besar kerana travel agents ataupun agen-agen pelancongan tidak mahu membawa pelancong-pelancong dengan menggunakan pesawat MASwings ataupun pesawat ATR kerana pertama, tambangnya terlalu mahal. Dari Kota Kinabalu hampir sama tambangnya dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur apabila menggunakan tambang murah.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak economical bagi tour agent ataupun agen-agen pelancongan ini menggunakan ATR kerana penumpangnya adalah sedikit dan merugikan kepada mereka. Itu sebabnya mereka meminta supaya pesawat besar seperti Boeing yang boleh mendarat di Lahad Datu. Jadi, saya merasakan apalah ruginya jika kerajaan membina sebuah lapangan terbang yang boleh menampung pesawat- pesawat Boeing dan juga airbus ini. Kalau dibina sekarang, sudah tentu harganya lebih murah jika dibandingkan apabila dibina 10 tahun daripada sekarang.

final • 11:33 AM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Jadi pertanyaan saya ialah bilakah lapangan terbang ini akan terbina? Ini kerana, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dalam ucapan balasnya dalam perbahasan pada awal tahun ini, perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas, telah memperakui bahawa Lapangan Terbang Lahad Datu ini akan dibina dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Jadi pertanyaan saya, bilakah lapangan terbang ini akan dibina? Ini kerana apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan atau membaca bajetnya baru-baru ini, saya melihat hanya Lawas dan Mukah sahaja yang diberikan peruntukan untuk dibina lapangan terbang baru.

Sedangkan, sebenarnya Mukah di Sarawak hanya mempunyai penduduk lebih kurang 57,000 orang dan juga Lawas hanya mempunyai 40,000 orang, sedangkan Lahad Datu mempunyai hampir-hampir 300,000 orang penduduk. Itu hanya dari Lahad Datu sahaja, tidak lagi masuk Tungku dan Kunak yang kalau dicampurkan hampir-hampir 500,000 orang penduduk di kawasan Parlimen Silam.

Jadi ini Tuan Yang di-Pertua, saya amat mendesak sebab inilah harapan daripada rakyat Lahad Datu. Semoga harapan mereka ini dapat ditunaikan, dilaksanakan dengan segera kerana perkara ini merupakan harapan rakyat di kawasan Silam yang memberi kepercayaan penuh kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, seperkara yang telah diminta oleh rakyat Lahad Datu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lahad Datu. Perkara ini sebenarnya telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat ataupun bekas Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah berkunjung ke Lahad Datu pada 21 Ogos 2010 dalam program berbuka puasa di hadapan lebih 5,000 orang penduduk Lahad Datu. Beliau telah mengumumkan bahawa sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lahad Datu akan dibina di Lahad Datu tetapi sehingga hari ini sekolah itu belum lagi dibina.

Saya juga membaca bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Jumaat yang lalu bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lahad Datu tidak tersenarai untuk dilaksanakan tahun depan tetapi saya melihat di Kelantan sahaja ada dua buah MRSM dibina di negeri Kelantan untuk tahun depan. Jadi saya merayulah kepada kerajaan sebab ini adalah satu janji pilihan raya dan saya mengharapkan janji itu mesti ditepati supaya rakyat tidak akan kehausan. Ini bahasa Sabah, kehausan ya. Maknanya marahlah.

final • 11:40 AM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menekankan bahawa saya berharap sangat sebabnya peruntukan yang diberi kepada Kementerian Pendidikan untuk perancangan untuk tahun 2016 ini adalah RM41.3 bilion. Jadi saya rasa apalah juga RM70 juta atau RM80 juta diberilah sedikit kepada Lahad Datu untuk membina sebuah sekolah menengah kebangsaan agama yang telah tersedia tapaknya untuk dibina.

Satu perkara kenapa kita memohon sekolah menengah kebangsaan agama ialah sebenarnya di Kunak dan juga di Semporna dan juga di Tawau ada sekolah menengah agama tetapi sekolah-sekolah ini adalah sekolah menengah negeri dan masalah yang dihadapi ialah mereka kekurangan guru dan prasarana yang kurang baik. Oleh sebab itu, hasil ataupun keputusannya kurang menarik. Jadi penduduk-penduduk Lahad Datu tidak minat datang bersekolah di sekolah-sekolah ini.

Begitu juga di Semporna, sekolah menengah agama di sana ada juga tetapi ditutup pada hari Sabtu dan Ahad. Maknanya budak-budak terpaksa balik ke Lahad Datu pada hujung minggu. Ini sebenarnya amat menyusahkan kepada ibu bapa sebabnya mereka tidak mampu dan ramai juga ibu bapa berjumpa dengan saya mengadu masalah- masalah yang dihadapi mereka iaitu tidak mampu membayar keperluan-keperluan anak- anak mereka bersekolah.

Tuan Yang di-Pertua, di Sabah ada lapan buah sekolah menengah agama termasuklah tiga buah sekolah menengah agama negeri yang ada di Semporna, Kunak dan Tawau. Kita tahu penduduk yang beragama Islam di Sabah telah meningkat begitu pesat.

Pada tahun 1960, dengan jumlah penduduk di Sabah hanya 400,000 orang sahaja, penduduk Islam adalah 12 peratus iaitu lebih kurang 48,000 orang.

Akan tetapi pada tahun 2014 bilamana penduduk Sabah menjangkau tiga juta orang, penduduk Islam adalah lebih kurang 50 peratus. Ini bermakna lebih kurang 1.5 juta orang penduduk Islam pada tahun 2014. Jadi, oleh sebab dengan adanya ramai penduduk yang beragama Islam di Sabah, saya merayu supaya kerajaan memberi pertimbangan yang sewajarnya untuk membina sebuah sekolah menengah kebangsaan agama di Lahad Datu.

Tuan Yang di-Pertua, ada seperkara juga yang telah menghantui rakyat di Lahad Datu iaitu projek banjir kilat di Sungai Sepagaya. Sungai Sepagaya ini adalah satu daripada tiga batang sungai yang telah dirancang di bawah projek Tebatan Banjir Lahad Datu yang bermula pada tahun 2004 tetapi reka bentuknya dibuat pada tahun 2000. Akan tetapi malangnya, hanya Sungai Sepagaya belum lagi projeknya dapat dilaksanakan atas sebab- sebab yang saya difahamkan kekurangan kewangan. Akan tetapi kami berterima kasih, rakyat Lahad Datu berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan sebab Sungai Pancuran dan Sungai Tabanak telah siap projek tebatan banjirnya dan tidak lagi berlaku banjir kilat di dua buah sungai itu.

Akan tetapi Sungai Sepagaya setiap tahun berlaku banjir kilat. Kadang-kadang tiga kali setahun, kadang-kadang dua kali setahun. Banjir kilat ini amat tidak baik dan merosakkan banyak harta. Saya melihat sebuah masjid tua yang ada di Kampung Sepagaya sentiasa dibanjiri air yang masuk ke dalam masjid dan masjid tidak boleh pakai.

Apabila ada banjir, ia tidak boleh digunakan dalam seminggu hingga dua minggu. Kawasan- kawasan yang terlibat dalam banjir kilat Sungai Sepagaya ini ialah Kampung Sepagaya sendiri, Taman Harapan, Taman Gabungan, Taman Aman 1 dan juga Jalan Lahad Datu- Tawau dan juga Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Lahad Datu. Kawasan-kawasan ini sering dilanda dengan banjir.

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang juga merunsingkan penduduk Lahad Datu ialah bekalan elektrik. Saya amat gembira kerana pada belanjawan untuk tahun depan, tahun 2016, Yang Amat Berhormat telah mengumumkan bahawa Sabah akan mendapat RM515 juta untuk Sabah sahaja untuk menaik taraf bekalan elektrik di seluruh Sabah. Jadi saya mengharapkan dengan adanya peruntukan ini, maka dapatlah diatasi bekalan elektrik yang selalu putus-putus di Pantai Timur Sabah.

Ini masalahnya ialah grid Pantai Barat dan grid Pantai Timur begitu jauh yang saya difahamkan adalah yang terpanjang di seluruh Malaysia dan bekalan yang boleh disalurkan melalui grid ini hanyalah 50 hingga 150 megawatt, tidak lebih daripada itu sebab memang

final • 11:40 AM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

begitulah tahapnya. Sedangkan, keperluan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah adalah 160 megawatt. Pantai Timur Sabah termasuk Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan lain-lain bandar kecil. Jadi ini amat tidak dapat mampu untuk menampung keperluan di Pantai Timur Sabah. Itu sebabnya di Pantai Timur Sabah kita sering mengalami bekalan elektrik yang terputus-putus, dicatu dari semasa ke semasa.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga merayu sebabnya bekalan elektrik di Sabah ini ada dua yang menawarkan atau mengeluarkan bekalan elektrik iaitu SESB sendiri dan juga IPP.

final • 11:40 AM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Kedua-dua syarikat ini hanya dapat mampu mengeluarkan 1,154.7 megawatt sedangkan keperluan yang diperlukan oleh rakyat di Sabah, penduduk Sabah ada 897 megawatt. Walaupun dia kecil tetapi apabila berlakunya masalah, bekalan elektrik tidak boleh di- terputus, maka reservenya terlalu kecil untuk menampung masa-masa kecemasan. Jadi, inilah yang dirisaukan.

Jadi, saya juga di Lahad Datu adalah begitu juga dan saya mengharapkan, difahamkan dalam permohonan saya apabila Menteri berkenaan telah menjawab permintaan saya pada awal tahun ini. Menteri telah perakui bahawa peruntukan peralatan diminta untuk menyediakan genset-genset yang baru di Lahad Datu supaya yang boleh mengeluarkan 38 megawatt. 38 megawatt ini boleh digunakan untuk masa-masa kecemasan. Sekiranya terputus bekalan dari Kota Kinabalu, maka 38 megawatt ini boleh digunakan untuk sementara waktu untuk Daerah Lahad Datu sahaja. Ini telah dijanjikan dan saya merayu kepada pihak kementerian supaya melaksanakan projek ini dalam tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat gembira sebabnya dalam Bajet 2016 ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Sabah sahaja akan mendapat RM877 juta untuk bekalan air yang bersih di Sabah. Jadi, di Lahad Datu saya amat menekan bahawa dua loji bekalan air di Lahad Datu iaitu loji Sepagaya dan loji di Sungai Segama.

Kedua-dua ini hanya boleh menawarkan 68 juta liter air sehari. Sedangkan keperluan di Lahad Datu ialah 91.5 juta liter sehari. Jadi, keperluannya memang banyak, lebih daripada yang mampu ditawarkan oleh Jabatan Air Sabah. Jadi, saya merayu kepada kementerian supaya dibina sebuah lagi loji air di Lahad Datu dan permintaan ini telah dijawab oleh Menteri berkenaan. Pada awal tahun ini apabila kita membahas Rancangan Malaysia ke-11 dan dia memperakui bahawa sebuah loji baru akan dibina di Lahad Datu untuk menampung keperluan yang begitu meningkat.

Di dalam projection of water demand for Lahad Datu District dari tahun 2013 sehinggalah 2025, menunjukkan bahawa setiap tahun akan meningkat 42.5 juta liter sehari.

Jadi, ini sebetulnya kalau tidak ada tindakan yang dapat diambil dalam tahun ini– tahun depan kalau tidak ada tindakan yang diambil, maka saya rasa dalam tiga tahun kawasan Lahad Datu akan mengalami krisis air yang amat besar yang tidak boleh diatasi dalam tempoh masa yang singkat.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga merayu oleh sebab Menteri berkenaan telah memperakui pembinaan...

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Silam, masa Yang Berhormat Silam.

Masa.

final • 11:50 AM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Ya. Sedikit lagi Tuan Yang di- Pertua. Maka, saya merayu kepada Menteri berkenaan oleh sebab untuk membina loji air baru ini di Lahad Datu. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga merayu supaya Jalan Tengah Nipah yang ada di Lahad Datu ini boleh dinaiktarafkan. Oleh sebabnya akhir-akhir ini Jalan Tengah Nipah telah mengalami banyak kemalangan.

Baru-baru ini, minggu lepas sekeluarga telah habis maut sebab kemalangan yang berlaku. Jadi, saya meminta kepada JKR Malaysia untuk mempertimbangkan untuk menaik taraf jalan ini. Walaupun jalan ini adalah jalan negeri dan JKR Malaysia sepatutnya tidak

final • 11:50 AM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

menaik taraf jalan ini. Akan tetapi saya merayu sebabnya kerajaan negeri mempunyai priority-priority yang tertentu untuk mereka laksanakan. Jalan Tengah Nipah bukanlah satu priority kepada kerajaan negeri sebab jalan sudah memang ada.

Mereka berpendapat tidak perlu dinaik taraf. Akan tetapi oleh sebab kemalangan sering berlaku di tempat-tempat kawasan yang padat. Maka, saya mengharapkan supaya kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan boleh membantu. Sebagai satu contoh, Jalan Jerokoh. Jalan Jerokoh ini adalah jalan kepunyaan negeri tetapi apabila suatu ketika jalannya rosak, lori-lori membawa kelapa sawit melalui Jalan Jerokoh ini dan mereka merayu kepada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukkan untuk menaik taraf jalan ini. Ini sebetulnya jalan negeri tapi peruntukan Persekutuan telah digunakan. Saya merayu kalau Jalan Jerokoh boleh dilaksanakan menggunakan peruntukan Persekutuan, kenapa pula tidak Jalan Tengah Nipah.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi ruang kepada saya berucap untuk membahas Projek Bajet 2016 dan saya menyokong bajet berkenaan. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Silam. Yang Berhormat Batu. 20 minit.

final • 11:50 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin terus dengan ucapan saya dengan menegaskan bahawa kita harus menunjukkan keberanian untuk mengakui bahawa negara kita menghadapi masalah yang sangat kritikal. Itulah sebab pendirian kami adalah kita harus berani untuk menolak bajet ini.

Kalau kita berterusan dengan penafian ini, kita tidak lain daripada kita mengakui bahawa negara kita tidak ada kaedah untuk menyelamatkan diri sendiri dan kita hanya terus membohongi diri sendiri. Keadaan sekarang ini tidak beza daripada keadaan seolah- olahnya seorang maharaja yang tidak berpakaian dan berarak di tengah pekan tetapi hanya diberitahu dengan cerita-cerita bahawa bajunya yang agak mewah dan tidak ingin mengaku bahawa kita dalam keadaan yang telanjang.

Saya ingin teruskan dengan menyatakan bajet ini tidak ada arah tuju yang untuk menyelesaikan masalah krisis nasional. Dari mana ini berlaku, kita sedia maklum kita pernah telah banyak berbahas tentang isu 1MDB. Bagaimana 1MDB itu lebih daripada setahun pihak sini Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Petaling Utara telah banyak kali bertanya-tanya. Akan tetapi tidak dapat penyelesaian dan tidak ada jawapan dengan keangkuhan pegawai-pegawai dan pengurusan-pengurusan 1MDB seperti Shahrol Halmi, Arul Kanda dan lain-lain lagi.

Mereka bukan sahaja memberi maklumat yang mengelirukan Dewan ini tetapi juga menyalahkan pegawai-pegawai awam atas maklumat yang tidak tepat ini. Akan tetapi hari ini kita tidak lagi, saya sedar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata ada sehari akan menjawab segala-gala ini. Akan tetapi perkara ini bukan lagi isu 1MDB dan persoalannya dijawab. Akan tetapi isu sekarang ini ialah cara 1MDB ini di tangani dan telah secara total kehilangan keyakinan orang awam terhadap negara kita, kepimpinan negara kita.

Pada 2 Julai, kita harus ingat, Wall Street Journal telah menyiarkan satu artikel yang secara konkrit telah menyatakan wang dari SRC International telah dipindahkan dalam Gandingan Mentari kemudian di dalam Ihsan Perdana dan wang juga sebahagian wang daripada Tanore seperti Tanore Finance telah dipindah dari Singapore masuk ke dalam akaun peribadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sehingga hari ini, tidak ada penafian terhadap itu.

final • 11:56 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Isu sekarang seperti yang saya sebut tadi ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai peluang pada saat yang pertama untuk mengambil cuti supaya satu buah badan yang bebas untuk menyiasat perkara ini. Ini bukan sahaja dicadangkan oleh

final • 12:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

pihak pembangkang atau pihak-pihak NGO termasuk Tun Musa Hitam, mencadangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, cara yang paling baik adalah memberi satu buah badan yang neutral untuk menyelesaikan segala persoalan dan keraguan rakyat terhadap skandal ini.

Akan tetapi sebaliknya tidak berlaku. Sebaliknya kita melihat satu crackdown yang sangat intensif berlaku. Bukan sahaja terhadap media, bukan sahaja terhadap suara-suara yang kritikal daripada pembangkang, tetapi juga terhadap pegawai-pegawai kerajaan seperti SPRM, seperti Deputy Public Prosecutor (DPP), mereka bukan sahaja diganggu kerjanya termasuk juga kita lihat bagaimana struktur kerajaan telah dipinda dan distrukturkan semula hanya seolah-olah dalam pandangan dunia untuk menutup atau mengelakkan penjelasan daripada perkara ini.

Hari ini kita lihat negara kita telah bermula dengan Yang Amat Berhormat Pekan telah menjanjikan kita bahawa beliau ingin membuat reformasi supaya negara kita menjadi demokrasi yang terbaik. Akan tetapi sehingga Tuan Yang di-Pertua sendiri pun mengadu ingin Parlimen ini didemocratizekan, tetapi kita masih menanti-nantikan apakah langkah- langkah yang konkrit ke arah begitu.

Akan tetapi secara nyatanya kita telah melihat badan-badan dunia termasuk Inter- Parliamentary Union (IPU) telah menyenaraikan Ahli-ahli Parlimen yang telah disiasat atau didakwa di bawah pelbagai undang-undang yang draconian, yang menindas.

Semalam, kita ada Human Rights Watch telah mencetak satu buku yang menyatakan dengan title ‘Creating a Culture of Fear’. Kita telah melihat bukan sahaja apa yang telah dijanjikan untuk menjadikan negara kita lebih bebas dan demokratik telah diarah ke satu arah yang reverse daripada apa yang dijanjikan.

Inilah sebahagian daripada hujah kita, kenapa kita harus hentikan trend ini dengan mendesak supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meletak jawatan dan membolehkan satu reform yang lebih tepat boleh dilaksanakan.

Apa yang hari ini kita hadapi sekarang ialah kita tidak ada lagi mempunyai satu kesungguhan untuk melakukan sesuatu. Bajet ini ialah buktinya kesungguhan ini tidak ada selain daripada ini sebahagian besar daripada satu buku tebal untuk public relations (PR) exercise, dengan izin.

Saya ambil contoh dengan isu-isu antarabangsa kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita banyak cuba mengharumkan negara kita dengan pelbagai janji di pentas dunia. Dengan pelbagai skandal yang ada, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 2 Oktober 2015 di Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mungkin dengan satu cara untuk membaiki imej antarabangsa kita, negara kita janjikan untuk mengambil 3,000 orang pelarian dari Syria.

Akan tetapi sehingga sekarang, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun kata belum sedia ada tempat lagi. Kita baca dengan teliti, dengan buku ini, dengan bajet ini, kalau kita ingin ambil 3,000 orang pelarian Syria dan juga pelbagai pelarian daripada Rohingya dan pelarian yang sudah ada di Sabah dan lain-lain lagi, sepatutnya komitmen ini harus dicerminkan dalam bajet ini.

Akan tetapi di mana perginya bila kita janji kita akan beri perumahan, kita akan beri pekerjaan, kita akan beri pelbagai kemudahan atas perikemanusiaan. Saya sokong terhadap ini sebab seluruh dunia dihantui oleh masalah krisis pelarian. Saya tidak menolak kalau kerajaan memberi komitmen untuk menunjukkan kita sebahagian daripada masyarakat antarabangsa untuk menyelesaikan krisis ini.

Akan tetapi kita tidak boleh menjadikan ini seolah-olah sebagai satu seperti yang sebut tadi dengan izin, PR exercise tetapi kita tidak tunjukkan komitmen kita. Apa yang lebih dekat dengan kita ialah kubur beramai-ramai yang didapati di Perlis ini yang sebanyak 139 buah. Baru-baru ini sahaja dapat satu lagi. Apakah komitmen kita untuk menyelesaikan masalah?

final • 12:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Apa yang kita lihat ialah kita membuat beberapa tindakan window dressing, dengan izin, untuk Amerika Syarikat membenarkan kita sign Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). Akan tetapi seperti yang saya sebut tadi, kita tidak ada benda-benda yang real yang boleh kita selesaikan untuk krisis ini.

final • 12:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat Batu, sedikit boleh?

final • 12:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit.

final • 12:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu. Isu pelarian merupakan isu kemanusiaan yang cukup serius.

Sebenarnya, sebelum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri setuju untuk ambil 3,000 orang pelarian dari Syria - mengikut United Nations High Commissioner for Refugees

(UNHCR), telah terdapat lebih kurang 158,000 bilangan pelarian dari Rohingya dan lain-lain negara yang telah diterima dan menetap di Malaysia. Kerajaan Malaysia berjanji menawarkan peluang pendidikan, pekerjaan dan perlindungan kepada mereka.

Akan tetapi setujukah Yang Berhormat Batu setelah saya mengupas isi kandungan bajet ini, masalah yang sedia ada dengan 158,000 orang pelarian yang kini menetap di Malaysia pun tidak dapat diselesaikan dengan baik, malahan hendak terima lagi 3,000 orang baru. Di manakah sumber kewangan kita, di manakah political will kita untuk menyelesaikan masalah ini? Apakah pandangan Yang Berhormat Batu? Sekian terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Itulah point yang hendak saya bangkitkan. Kalau kita ingin melakukan sesuatu, kita do the right thing. Bukan do it for the sake of tunjuk publisiti. Lagi kelakar adalah semasa kita kata hendak terima pelarian, kita pula kata hendak pilih-pilih, hanya profesional sahaja yang kita hendak ambil dalam kalangan pelarian Syria. Saya tidak tahulah JAKIM hendak pastikan tidak ada orang Syiah yang datang dari Syria menetap di sini.

Saya agak sudah sampai masa kita melakukan satu kaedah yang sistematik. Kita telah banyak kali mendesak supaya kerajaan menandatangani UN Convention dalam pelarian ini kerana jangan kita teruskan mitos bahawa UN Convention ini akan menarik lebih ramai pelarian. Di negara-negara jiran, India dan China telah menandatangani konvensyen ini tetapi tidak kelihatan penambahan yang lebih, termasuk Cambodia juga lebih. Negara yang tidak tanda tangan, Malaysia. Kita berhadapan dengan krisis ini.

Akan tetapi saya hendak pindah sedikit ke isu yang lebih meluas iaitu imej antarabangsa kita. Kita tidak boleh menafikan bahawa pelbagai publisiti yang negatif terhadap skandal 1MDB dan juga cara kita menangani kewangan negara ini, tidak membantu untuk memulihkan keyakinan. Bank Negara atau institusi kewangan negara kita berkali-kali mengatakan fundamental kita kuat tetapi fundamental ini juga ia tidak dibantu dengan persepsi yang negatif terhadap kita.

Dengan kepimpinan yang tidak ada arah tuju, kita tidak dapat handle isu-isu international. Baik pun satu isu yang sangat kecil iaitu dalam isu Kedutaan China yang melawat Jalan Petaling, kita dengar suara yang berbeza-beza datang daripada Menteri.

Ada yang kata ini telah melanggar protokol, ada yang kata hendak ambil tindakan tegas, ada pula yang kata China tidak melanggar apa-apa, itu adalah sebahagian daripada tugas dia. Kita tidak dapat satu suara yang tetap untuk menjaga maruah negara kita. Saya tidak kiralah apa ketetapan kerajaan tetapi sekurang-kurangnya konsisten dalam satu pendirian terhadap satu kuasa besar.

final • 12:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kita tidak ada respond, bila Singapore dan Swiss yang cuba menyatakan mereka cuba siasat dalam isu ini, dalam isu skandal kewangan kita. Saya juga hendak ambil kesempatan ini untuk mendapatkan penjelasan daripada Menteri Luar dan juga Menteri Pertahanan. Saya pernah tanya angkatan tentera kita yang berpangkalan di Saudi sekarang. Telah dinyatakan dan beri jaminan kita tidak menyertai persekutuan yang mengebom dan menyokong dan menyerang Yaman.

final • 12:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Semalam kita dengan sedihnya mendengar sebuah hospital yang diurus oleh medicine of frontier atau doctor without frontier telah dibom oleh tentera Saudi. Saya dapati bahawa tentera kita masih di Saudi. Saya tidak faham apakah tugas kita bila dikatakan ini untuk evacuate, untuk membawa balik rakyat Malaysia. Akan tetapi berapa ramai lagi rakyat Malaysia berada di sana? Kalau kita terus kita berada di sana seolah-olah kita memberi kerestuan terhadap kezaliman yang telah dilakukan oleh angkatan tentera Saudi telah mengebom orang awam yang tidak berdosa ini.

Saya rasa sudah sampai masa kita menyatakan secara lantang pendirian kita dalam isu-isu international ini. Bukan seolah-olah kita pergi untuk menyenangkan hati kuasa-kuasa besar supaya kita mengurangkan tumpuan terhadap perkara-perkara yang negatif terhadap negara ini.

Saya ingin sentuh isu yang sangat hangat dibahaskan yang berhadapan dengan negara ini yang juga menunjukkan oleh sebab kepimpinan yang lemah dan juga tidak ada arah tuju ini menyebabkan perpaduan negara kita terancam. Perpaduan negara kita terancam oleh kerana ada pemimpin yang rasa tidak selamat telah mengungkit isu-isu perkauman di kalangan rakyat Malaysia dan sehingga kita syak wasangka terhadap satu.

Tidak pernah ada seorang Perdana Menteri yang menyerang satu NGO bersih secara terbuka dan juga mengugut bahawa membawa orang ramai untuk membalas terhadap satu perhimpunan yang aman. Ini bukan sahaja unbecoming, ini adalah satu tindakan tidak wajar bagi seseorang pemimpin. Ini juga adalah merupakan satu langkah yang sangat bahaya dan membawa negara kita berhadapan dengan risiko perpecahan.

Saya juga nampak kita dalam bajet ini, banyak cuba menyenangkan hati daripada rakyat Sabah dan Sarawak...

final • 12:10 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Penjelasan.

final • 12:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit lagi...Dengan Sabah dan Sarawak pelbagai “gula-gula”...

final • 12:10 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Sedikit sahaja.

final • 12:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit saya habiskan ini dahulu – dengan pelbagai “gula-gula”, dengan peruntukan lain-lain. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Keningau. Saya cakap isu sekarang ialah, kalau kita ingin membaiki isu federal dan state bukan sahaja “gula-gula” yang kita bagi tetapi kita harus menjawab soalan-soalan yang sangat kritikal dalam perjanjian Malaysia, perhubungan persekutuan dengan negeri dan lain-lain lagi.

Saya ambil contoh dalam Pan Borneo Highway. Kita dalam bajet ini diberitahu Pan Borneo Highway ini akan disiapkan pada tahun 2021 dan kos yang telah diperuntukkan ialah RM28.9 bilion kalau mengikut bajet speech. Akan tetapi sebelum ini, kita dengar bahawa Pan Borneo Highway akan mendapat RM 27 bilion. Akan tetapi jarak yang telah disebut telah berubah. Kali ini telah dikatakan Pan Borneo Highway ini sepanjang 1,090 km.

Sebelum ini jarak Pan Borneo Highway adalah 1,633 km. Saya agak Tuan Yang di-Pertua pun keliru, di mana pergi 573 km yang sebelum ini dijanjikan.

Kalau kita ikut “ongkosnya” dia telah bekali ganda setiap kilometer. Kalau ikut bajet yang baru ini adalah sekurang-kurangnya RM26 juta sekilometer tetapi sebelum ini janji yang telah dikatakan RM27 bilion ini, “berongkosnya” RM16.5 juta sekilometer. Dengan tidak konsisten ini, saya nampaknya tidak ada tanda kesungguhan untuk melaksanakan projek ini...

final • 12:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Boleh tanya? Penjelasan...

final • 12:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Projek ini telah dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia. Ini bukan satu projek yang baru. Bagi saya dia tidak menunjukkan kesungguhan. Bagi saya lebih baiklah, kalau kita committed kepada devolution. Lebih baiklah kita bagi balik 20% royalty kepada Sabah dan Sarawak. GST ini yang kita sangat bangga kita katakan kita telah kutip banyak, why not kita keluarkan satu formula, di mana

final • 12:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

GST yang telah dikutip di Borneo ini dikembalikan sebahagian besar kepada negeri-negeri Sabah dan Sarawak supaya mereka boleh menguruskan kewangan mereka. Mungkin dengan projek Pan Borneo Highway ini diserah balik kepada negeri, mereka akan lebih mempercepatkan untuk construction yang ada. Saya bagi sedikit.

final • 12:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya hendak tanya – terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya sebab figure yang diberi oleh Yang Berhormat Batu ini macam mengelirukan sikit. Kalau Sarawak itu, campur kedua-dua RM28 bilion, Sabah dan Sarawak. Sarawak 1,000 kilometer lebih dan Sabah 600 kilometer. Jumlahnya 1,600 kilometer. Takkan Yang Berhormat Batu tidak nampak figure ini. Jadi kalau bahagi 1,000 tentulah figurenya naik. Jadi saya hendak Yang Berhormat Batu, cuba tengok balik figure ini sama ada sengaja atau tidak sengaja, atau sengaja hendak mengelirukan Dewan. Kalau mengelirukan Dewan tarik balik. Kalau betul tidak apa, saya terima.

final • 12:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya, yang keliru ini, okey...

final • 12:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya, minta penjelasan. Walaupun telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Pan Borneo Highway akan memakan kos RM28.9 bilion dan ini akan memperhebatkan pembangunan Sabah dan Sarawak. Akan tetapi adakah Yang Berhormat Batu sedar bahawa dalam Bajet 2016, hanya RM800 juta sahaja yang diberikan untuk projek ini. Ini tidak sampai 3% daripada total project cost untuk tahun 2016.

final • 12:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

[Bangun]

final • 12:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Kalau sekiranya kerajaan benar- benar hendak menghabiskan – complete projek itu pada tahun 2021, bagaimana hendak sampai –

final • 12:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membuat penjelasan balik. Yang Berhormat Bandar Kuching jangan mengelirukan Dewan...

final • 12:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

3% of the project only for year 2016. Saya tanya Yang Berhormat Batu. Saya bukan tanya Yang Berhormat Kota Tinggi.

Saya tanya Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Kota Tinggi, duduklah!

final • 12:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya minta penjelasan. Jangan kelirukan Dewan. Jangan kelirukan Dewan. Jadi saya minta Yang Berhormat Batu sebut balik. Kalau 1,000 kilometer lebih di Sarawak campur dengan 600 kilometer di Sabah, 1,600 km.

final • 12:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okey, saya faham, saya faham.

final • 12:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi soalannya, tidakkan Yang Berhormat Baru tidak tahu. Jadi jangan kelirukan Dewan. Saya tanya balik. Yang Berhormat Bandar Kuching lari daripada topik. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya faham soalan ini. Saya tidak mahu...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, lepas response daripada Yang Berhormat Kota Tinggi dan juga Yang Berhormat Bandar Kuching, terus gulung ya. Oleh sebab mengambil masa.

final • 12:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya tidak mahu menumpu kepada figure ini. Bagi saya Kerajaan Pusat langsung tidak serius dalam perkara ini. Setiap kali ada bajet sahaja Pan Borneo Highway, Pan Borneo Highway.

final • 12:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ini satu perkara yang sangat awal sekali dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia. Sehingga hari ini highway tidak dinampak.

final • 12:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Akan tetapi bagi saya semua figures yang telah diberi komitmen beberapa bilion ini, ini hanya merupakan satu sweetener yang juga mengelirukan orang-orang Sabah dan Sarawak.

Bagi saya kalau kita serius sebut tentang devolution dengan izin, kita lakukan seperti apa yang kita saksikan di Scotland. Di mana kita buatlah satu Scotland Act pada tahun 2012, di mana kita menyatakan secara jelas dengan menyemak semula dalam perjanjian Malaysia apakah kuasa-kuasa yang patut diserah kepada kerajaan negeri termasuk pembangunan dan pembangunan Pan Borneo Highway. Kita tidak mahu Dewan ini setiap kali ada rakan-rakan kita dari Sabah dan Sarawak untuk menyatakan jalan ini berlubang, jalan sudah dijanjikan tidak habis, bolehkah kita move on bagaimana kita membaiki hubungan di kalangan negara kita untuk memupuk lagi perpaduan yang lebih substantial. Bukan sahaja kita datang sini minta sedekah, minta untuk buat jalan, buat pembangunan, buat jana elektrik dan lain-lain lagi.

final • 12:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Itu saya sebut, inilah masa yang paling baik kita tunjuk bahawa sama ada dari Sabah dan Sarawak dan juga daripada pihak kita kepada Yang Amat Berhormat Pekan, bukan terhadap peribadi dia tetapi terhadap kita ingin menyatakan satu pendirian. Kita harus meletakkan satu precedent. Apabila seseorang pemimpin melakukan tindakan yang disyaki ada unsur-unsur jenayah, kita harus berani untuk meletak jawatan. Harus juga Dewan ini meletakkan precedent, kita tidak bertoleransi dengan any doubt of compromising integrity. Saya agak, bagi saya Dewan ini pada saat ini, telah menghadapi satu perkara yang sangat kritikal. Saya banyak kali tegaskan, ini isu. Bukan isu kepartian. Saya berdiri ingin menyatakan termasuk semasa saya masuk politik, sebelah sana ramai juga ada hero-hero saya.

final • 12:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Mereka kini telah banyak kali menunjukkan...

final • 12:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya tidak ada masa. Saya hendak landing. Mereka telah pernah menunjukkan, mereka telah berani untuk menyatakan apa yang benar. Ini sebahagian daripada warisan sejarah politik negara kita, di mana Barisan Nasional malah UMNO bukan sebuah parti yang semuanya disertai oleh ‘pak turut’ yang tidak berani untuk bersuara. Ini saya ingin nyatakan yang betul kita setuju.

Oleh sebab ada keberanian daripada pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang dahulu, sedikit sebanyak negara kita tidak jatuh seperti diktator seperti negara-negara komunis atau negara tentera. Akan tetapi saat ini, kita harus lagi ingat, too worst, sedunia telah memandang kepada kita dan sejarah akan merakamkan apakah kita ada keberanian untuk melakukan sesuatu yang benar.

Saya sendiri tidak mahu percaya di kalangan kita tidak ada 25 dari sebelah sana yang berani untuk melakukan apa yang benar. Saya tak hendak mengatakan kepada diri saya bahawa pandangan saya pesimis sangat, yang kita tidak dapat 25 daripada sebelah Barisan Nasional untuk menyatakan keberanian, kesungguhan mereka untuk melakukan apa yang betul. Saya merayu bahawa kita tidak ada pilihan lain. Kalau kita tidak boleh tetap berhadapan dengan untuk menutup dan menjaga kedudukan seorang pemimpin dengan Sedition Act, dengan Akta Hasutan, dengan pelbagai ugutan terhadap Ahli-ahli Parlimen sehingga kita...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu.

final • 12:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak menjawab kepada

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu. Masa, masa.

final • 12:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, ya. Tidak dapat menjawab kepada generasi yang akan datang. Saya dengan ini, sekali lagi saya mohon Dewan ini tolak bajet untuk menyatakan pendirian. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kalabakan. Yang Berhormat Kalabakan, sebelum Yang Berhormat Kalabakan berhujah, saya ingin ingatkan balik kepada Yang Berhormat, masa kita telah tetapkan 20 minit seorang Ahli Yang Berhormat yang berhujah.

Jadi sudah tiga Ahli Yang Berhormat yang saya dengar, saya duduk di sini berhujah lebih daripada itu. Kadang-kadang saya sendiri serba salah untuk berhentikan. Jadi sila Yang Berhormat Kalabakan, kalau boleh dengan sebaiknya 20 minit. Begitu juga Ahli-ahli Yang Berhormat seterusnya yang berhujah. Silakan Yang Berhormat Kalabakan.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Saya akur Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya berdiri untuk bersama-sama membahaskan Bajet 2016. Dalam senarai yang pertama di sini mengenai GST.

Tuan Yang di-Pertua, GST ini tujuannya baik tetapi banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata. Ini kerana kita fikir ada perkara-perkara yang peniaga-peniaga mengambil kesempatan. Ada yang berdaftar, yang tidak berdaftar pun mengambil kesempatan. Dahulu sudah saya suarakan dalam Dewan, GST ini kalau kita mahu gunakan, tentu sekali kita ada banyak penguatkuasaan. Akan tetapi sekarang Tuan Yang di-Pertua, apabila kita mahu melaporkan, kita mahu pergi kastam. Jadi kalau mahu melaporkan pergi kastam, mungkin satu hari queue lebih 1,000 orang untuk melaporkan.

Jadi, rakyat tidak mampu untuk tunggu lama.

Jadi, saya sudah cadangkan supaya GST ini dia punya outlets lain tempat melapor banyak ditempatkan di seluruh negara, di Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu dan lain-lain tempat. Ini kerana kalau tidak, macam juga beras bersubsidi. Beras bersubsidi bukan orang Sabah makan, orang luar makan. Jadi, GST ini pun hanya untuk keuntungan tauke-tauke besar, pengilang-pengilang. Jadi, kita minta kerajaan supaya kenal pasti tempat-tempat yang boleh melapor.

Tuan Yang di-Pertua, waktu pembentangan bajet, tambahan nilai kad kredit ini tidak ada GST. Akan tetapi kalau kita pergi ke tempat-tempat outlet di mana orang-orang muda tambah nilai, ada 6%. Di mana mereka dapat tuntut balik? Mahu melapor, tidak ada tempat mahu melapor. Sebab apa, pergi kastam, kastam tidak ada outlet yang tempat-tempat boleh melapor. Jadi minta kerajaan, GST okey tetapi jangan mengambil kesempatan.

Dahulu Timbalan Menteri Kewangan ada janji bahawa benda-benda banyak yang tidak kena GST. Akan tetapi kalau kita pergi kedai untuk makan, ada GST. Bererti semua barangan makan ini ada GST. Mahu lapor, ke mana lapor? Saya lapor di sini sebab semua orang boleh dengar, rakyat boleh dengar, kerajaan boleh ambil tindakan. Kalau tidak, macam saya katakan tadi. GST tinggal GST, orang banyak mengambil peluang, yang tidak daftar pun ambil kesempatan katakan mahu juga GST. Mereka kata resit atau tiada resit. Ini persoalannya. Di mana mahu lapor?

Tuan Yang di-Pertua, jadi kita minta supaya kerajaan mengambil tindakan yang serius. Bukalah tempat-tempat yang banyak untuk rakyat mengadu. Kalau tidak, yang beban adalah untuk rakyat. Pihak pengeluar-pengeluar, kilang-kilang besar, mereka bertambah kaya sebab mereka boleh dapat balik daripada kerajaan. Akan tetapi peniaga- peniaga yang kecil pun mengambil kesempatan juga. Jadi kita minta dalam Dewan yang mulia ini, kerajaan mengambil tindakan supaya memperbanyakkan tempat-tempat rakyat jelata mengadu.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Bajet 2016, kita nampak TERAJU diberi peruntukan RM150 juta melalui Bank Simpanan Nasional. Seingat dahulu di Sarawak dan Sabah,

final • 12:24 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

kerajaan dikatakan Sabah dan Sarawak akan diberi autonomi. Jadi saya mahu tahu, apa yang diautonomikan? Jadi saya cadangkan di sini, RM150 juta ini jangan letak di Kuala Lumpur. Letak di Sabah dan di Sarawak. Kuasa untuk negeri Sabah, kuasa untuk negeri Sarawak untuk beri pinjaman kepada peniaga-peniaga bumiputera. Itu baru kita boleh katakan ‘teraju’. Kalau disimpan di Kuala Lumpur, Bank Simpanan Nasional, orang-orang yang berniaga dari Sabah dan Sarawak ini, berpuluh-puluh kali datang ke Kuala Lumpur, belanja begitu besar, pinjaman baru RM1 juta, akhirnya tidak lulus juga.

final • 12:24 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Jadi baguslah di Sarawak dan Sabah beri kepada mereka. Macam di Sabah, Bank Pembangunan Sabah, kalau sekiranya kita bagi Sabah bank pembangunan, ada penyelewengan untuk kelulusan, tangkap mereka yang beri kelulusan tanpa betul-betul. Ini saya punya cadangan, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, dalam bajet ada saya nampak MRSM ada empat buah. Itu semuanya di Semenanjung. Semuanya di Semenanjung, Tuan Yang di-Pertua. Janji pilihan raya Yang Berhormat Kalabakan pun mahu MRSM, ada tanah, ada kemudahan tapi tidak ada. Jadi saya minta untuk Sabah, berilah satu di kawasan saya, Kalabakan. Ini kerana tidak terlalulah kalau saya minta satu daripada empat yang dibagi, tambah satu untuk Kalabakan. Itu saya memohon Tuan Yang di-Pertua.

Tadi kawan-kawan saya daripada Silam ada mengatakan air luar bandar dan air dalam bandar. Tuan Yang di-Pertua, di kawasan Tawau ada kawasan-kawasan perumahan terpaksa satu minggu tidak ada air, angkat air untuk mereka gunakan. Jadi kerajaan negeri ada memohon pinjaman untuk buat satu empangan yang besar di Tawau. Jadi kalau pinjaman, saya minta Menterinya janganlah ditahan-tahan kewangan untuk pinjaman.

Bagilah supaya projek boleh dimulakan sekarang dan waktu pilihan raya nanti orang puji kita. Kalau waktu pilihan raya tidak ada air, orang kata jangan undi Barisan Nasional kerana air pun dia tidak boleh bagi.

[Tepuk] Jadi kita minta pinjaman bukan peruntukan untuk dibagi. Pinjaman. Kalaupun pinjaman besar, berperingkat-peringkat beri kepada kerajaan negeri untuk buat empangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, jalan Pan Borneo disebut oleh Yang Berhormat Batu. Saya tidak soal fasal peruntukan berapa. Berapa panjang jalan? Akan tetapi apabila Menteri Kewangan kata jalan ini tidak ada tol. Orang semua puji, orang semua kata, “Oh tidak ada tol.” Memang tidak ada tol, Tuan Yang di-Pertua kerana jalan yang kita ada di Sabah ini, dari Tawau ke Lahad Datu ke Semporna ke Kota Kinabalu melalui Sandakan, na’uzubillah dia punya jalan. Na’uzubillah dia punya jalan. Satu lane, berlubang-lubang itulah kita nampak banyak accident, banyak kematian.

Jadi kita minta kalau boleh selain dari Pan Borneo ini, jalan daripada Tawau, Lahad Datu, Semporna, Sandakan dan Tawau ini kita buat dual carriage way. Dual carriage way, makan berapa banyak belanja? Berapa banyak belanja? Kita sudah merdeka begitu lama. Dari tahun 1963 sampai sekarang tidak akan belanja untuk bikin jalan pun tidak boleh.

final • 12:30 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Kalabakan...

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Jadi kita minta supaya Dewan yang mulia ini Menteri yang bertanggungjawab ambil catatan. Oleh sebab kalau tidak diambil catatan, tidak dapat jawapan yang memuaskan, tentu sekali akan datang saya bawa lagi. Saya bawa lagi, saya bawa lagi. Jadi berapa kali mahu datang ke Dewan ini bawa fasal hal Sabah, pembangunan jalan di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, cuma mungkin saya tidak boleh beri jalan kerana kepada Yang Berhormat Sungai Petani kerana saya 20 minit.

final • 12:30 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Okey, terima kasih.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Jadi tidak boleh beri jalan. Ini kerana kalau saya bagi jalan, Yang Berhormat Sungai Petani mahu hujahkan itu, saya sudah tahu. Akan tetapi tidak apa lah, saya teruskan, saya teruskan.

final • 12:30 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

[Ketawa] . Hebatnya brother saya, dia boleh baca kita. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua, kita ada banyak pekerja asing. Pekerja asing yang dari Nepal semua jadi security guard di pusat-pusat pembelian. Semua. Mereka ini tidak pandai bahasa, dan tidak pandai bahasa Inggeris. Jadi, apa macam kawalan yang kita boleh buat kalau mereka ini tidak tahu pun, tidak kenal pun, adab tidak ada pun. Mereka halau sahaja, tidak apalah. Kalau saya dihalau, tidak apa. Oleh sebab saya mengerti. Akan tetapi kalau orang lain dihalau tentu dia marah. Dia kata, “Eh, kurang ajar pekerja asing ini. Dia datang dia tidak hormat kita orang Malaysia. Patutnya dia berhemah.” Jadi kita minta supaya tuan-tuan punya supermarket atau tuan-tuan punya orang dari Nepal ini, ajar adat istiadat kita. Resam kita di Malaysia ini, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya bercerita fasal Airport Tawau. Saya sudah bawa dahulu dalam Dewan, Airport Tawau ini, jijik dan kotor. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua kita nampak bawah dia punya roofing semua tidak ada siling. Mungkin itu cara baru. Akan tetapi banyak burung-burung yang membuat rumah di atas sana sehingga orang makan soto pun jatuh tahi burung ke dalam soto. Jadi di mana kementerian ini? Check. Sudah saya suarakan dulu. Carilah jalan. Jadi kita malu kalau kita dapat orang-orang datang daripada luar, tourist kita. Dia datang dia nampak. “Eh, apa macam ini. Kerajaan in pun tidak boleh ambil kira.” Jadi kita minta kerajaan supaya bertindaklah kerana ini memalukan, bukan kita sahaja bahkan orang yang pelawat pun datang mengata sama kita, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, visa on arrival. Saya sudah cakap sama Menteri. Kita punya Menteri Kewangan pun sudah kata, ini visa on arrival kita boleh bagi. Pergi internet and print, boleh dapat visa. Menteri pun saya sudah kata, dia kata, cakaplah dalam Parlimen supaya ini jadi kenyataan kerana Menteri dulu sudah bawa pergi Kabinet, supaya visa on arrival ini dikuatkuasakan tetapi akhirnya imigresen tidak mahu dengar. Imigresen tidak mahu dengar. Jadi yang mana berkuasa? Kerajaan, Kabinet atau imigresen?

Jadi kita minta visa on arrival dikenal pasti kerana kita ini Tuan Yang di-Pertua, wakil rakyat orang jumpa. Ejen-ejen jumpa. Susah datang bawa tourist dari China kerana ini masalah, itu masalah. Jadi mereka minta saya bawa di sini. Ribu-ribu rakyat China mahu melawat Sipadan, Ligitan dan Tawau. Akan tetapi masalahnya visa. Jadi kita minta apa yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan, kita janji ditepati. Jangan ada masalah lagi yang kita hadapi di masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, RM70 juta untuk Sabah dan Sarawak. Sebanyak 50,000 rumah tanpa faedah. Jadi saya mahu tahu. Ini dalam bajet. Siapa yang tentukan pinjaman ini? Saya mahu tahu itu, siapa yang tentukan. Kalau kita anggap macam TERAJU juga disimpan di Bank Simpanan Nasional, tidak usah bagilah kerana susah. Kenapa tidak bagi kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak?

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Mereka yang tentukan siapa boleh dapat, siapa tidak dapat. Mungkin senang bagi kami di Sabah jumpa kerajaan negeri sahaja. Tak perlu lagi jumpa Kerajaan Persekutuan.

Jumpa kerajaan negeri, kalau kerajaan negeri tidak buat kerja yang baik, kami bawa ke mari lagi. Ini Tuan Yang di-Pertua tolong, ini kita akan usahakan kalau boleh.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang saya nyatakan berapa kali bahawa di dalam Dewan yang mulia ini Menteri-menteri yang jaga kepentingan negara ini tolong bagilah peruntukan yang lebih untuk Sabah, dengarlah suara-suara kami dari Sabah, ada Menteri Kemajuan Luar Bandar banyak bantu jadi kita minta bantuan itu diteruskan dan supaya kita dapat menyejahterakan Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya habis saya tahu Tuan Yang di-Pertua sudah jeling-jeling, saya tidak mahu panjangkan ucapan saya. Saya menyokong Bajet 2016.

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan dia janji 20 minit, betul-betul 20 minit. Dalam 20 minit banyak yang boleh diperkatakan kalau perbahasan

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

ditumpukan kepada poin-poin khas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera, 20 minit sila.

final • 12:40 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016. Tuan Yang di- Pertua, di tengah-tengah kemeriahan kota peranginan Batu Ferringhi, Pulau Pinang terdapat sebuah kampung yang tenang dan damai dinamakan Kampung Mutiara, kampung seluas tiga setengah ekar ini terdiri daripada hampir 80 isi rumah. Penduduknya sudah lama menetap di Batu Ferringhi. Mereka rata-rata terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah dan bergantung kepada ekonomi pelancongan di kawasan sekitar untuk menampung kehidupan.

Pada awalnya moyang mereka merupakan nelayan yang menerokai pesisiran pantai, namun bila kerja pembinaan bagi bangunan yang kini dikenali sebagai Hotel Park Royal dimulakan pada lewat tahun 1980-an penduduk di kawasan tersebut telah dipindahkan kepada tanah Lot 39 dan 40, Seksyen 1, Bandar Batu Ferringhi, Daerah Timur Laut iaitu kawasan yang menjadi tempat tinggal mereka sehingga ke hari ini. Malangnya kesentosaan Kampung Mutiara direngkuh berikutan penghakiman mahkamah bertarikh 3 Julai 2012 diikuti dengan perintah bertarikh 20 April 2015 writ milikan 25 Jun tahun ini dan akhirnya notis keluar pada 9 Julai tahun ini. Kini berhadapan dengan tindakan pengusiran, nasib penduduk Kampung Mutiara bagai telur di hujung tanduk. Kes mahkamah di antara tuan tanah dengan penduduk telah bermula pada tahun 2007 apabila pemiliknya telah membeli tanah tersebut melalui lelong bank pada tahun 1951 mengambil keputusan untuk mendapatkan milikan kosong ataupun vacant possession. Setelah melalui segala proses mahkamah keputusan mutakhir mahkamah pada bulan Julai bermaksud bahawa penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka tanpa sebarang pampasan. Sudah tentu keadaan ini amat membimbangkan. Sebagai wakil rakyat kawasan, saya bersama dengan ADUN tempatan telah pun membuat sidang akhbar bersama penduduk pada 10 Ogos di mana kami boleh membantah keras pengusiran tanpa pampasan. Pada masa yang sama kami juga mengumumkan akan menolak sebarang pelan perancangan di atas tanah tersebut sekiranya penduduk tidak diberi pampasan yang adil.

Namun begitu, tuan tanah telah berkeras meneruskan tindakan pengusiran. Mujur pada 24 Ogos, tindakan pengusiran berjaya ditangguhkan hasil kerjasama penduduk, wakil rakyat, wakil kerajaan negeri dan juga pelbagai parti politik termasuk DAP dan UMNO yang membuat benteng manusia untuk menyekat tindakan tersebut. Jadi kerjasama DAP-UMNO ada juga yang berlaku ya. Akan tetapi ini bukan isu politik.

Ekoran daripada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri mengeluarkan kenyataan menekankan bahawa kerajaan negeri tidak akan meluluskan sebarang pembangunan di atas tanah tersebut selagi penduduk tidak diberikan pampasan yang adil. Walaupun kes ini merupakan kes persendirian di antara tuan tanah dan penduduk tidak membabitkan tanah kerajaan negeri langsung, namun kerajaan negeri menzahirkan keprihatinan dan tekad untuk membantu penduduk yang teraniaya.

Pendirian Ketua Menteri ini adalah sejajar dengan dasar kerajaan negeri sejak tahun 2008 yang mensyaratkan bahawa penduduk yang sudah lama menetap di suatu kawasan harus diberikan pampasan sebelum pelan pembangunan diluluskan. Malah contoh terdekat, kampung bersebelahan Kampung Mutiara iaitu Kampung Ceti di mana setiap rumah diberikan pampasan satu rumah unit rumah kos sederhana rendah.

Pampasan ini adalah hasil daripada rundingan penduduk dan pihak pemaju dengan kerajaan negeri sebagai fasilitator pemudah cara. Walaupun pendirian dan usaha kerajaan negeri jelas dalam perkara ini namun terdapat pihak-pihak tertentu yang masih menabur fitnah kononnya kerajaan negeri tidak membantu penduduk. Saya amat kesal

final • 12:41 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

tuduhan-tuduhan yang tidak berasas ini dan menyeru agar tenaga yang dikerah bagi membantu penduduk dan bukannya untuk menyebarkan tohmahan.

Dalam kes Kampung Mutiara sumbangan kerajaan negeri konsisten dan telah diiktiraf oleh UMNO sendiri apabila Datuk Ahmad Ismail pemimpin UMNO Bukit Bendera telah secara terbuka menyatakan penghargaannya kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas usaha untuk membantu penduduk kampung. Sebagai wakil rakyat, saya pun menghargai usaha semua pihak yang membantu dan bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa pun termasuk Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan kemelut Kampung Mutiara. Justeru saya ingin menarik perhatian kerajaan kepada pengumuman yang dibuat oleh Datuk Ahmad Ismail beberapa hari selepas peristiwa tindakan pengusiran yang tidak menjadi.

Menurut beliau Kerajaan Persekutuan melalui anak syarikat Kementerian Kewangan iaitu JKP Sdn. Bhd. akan membuat tawaran untuk membeli tanah tersebut daripada tuan tanah. Maka saya ingin bertanya apakah status tawaran itu dan jika tidak ada maklum balas daripada tuan tanah apakah tindakan seterusnya oleh JKP atau mana-mana agensi persekutuan untuk membantu menyelamatkan penduduk di sana. Sejauh manakah komitmen Kerajaan Persekutuan harap pohon dapat penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, penyeludupan gading isu kedua saya merupakan satu kebimbangan global yang makin serius. Ini kerana perdagangan ini telah menyebabkan banyak haiwan seperti gajah dan badak menjadi terancam akibat pemburuan haram.

Misalnya populasi gajah Afrika yang berjumlah 1.3 juta ekor pada tahun 1979 sudah berkurangan sehingga tinggal kira-kira 400,000 lebih pada hari ini. Antara tahun 2010 dan tahun 2012, lebih daripada 100,000 ekor gajah dibunuh bagi perdagangan gading haram.

Pada tahun ini sahaja, dianggarkan lebih 24,000 ekor gajah yang telah dibunuh kejam. Pada tahun 1989, perdagangan gading telah diharamkan oleh Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perdagangan antarabangsa spesies flora dan fauna yang terancam. Sekatan ini telah berjaya mengurangkan pemburuan haram namun peningkatan permintaan mutakhir ini khususnya daripada China telah merancakkan kembali perdagangan gading dan menyebabkan berlakunya peningkatan bekalan. Malah menurut sesetengah anggaran pemburuan haram dan perdagangan gading kini berada pada paras tertinggi dalam tempoh 25 tahun dengan kira-kira 170 tan yang diperdagangkan antara tahun 2009 dan tahun 2014.

Hal ini sangat relevan kepada Malaysia. Sebab negara kita kian dikenali sebagai hab pemindahan, transshipment hab dan penyeludupan antarabangsa bagi perdagangan hidupan liar dan barangan hidupan liar haram. Baru dua tahun lalu, saluran berita satelit antarabangsa Al-Jazeera telah membuat pendedahan besar mengenai operasi penyeludupan liar terancang yang berpangkalan di Malaysia dan didalangi oleh Raja Cicak ataupun Lizard King, Anson Wong. Sejak itu nama Malaysia makin terjebak dalam lubuk penyeludupan hidupan liar global. Akhir tahun lepas umpamanya pihak berkuasa Thailand telah menangkap seorang warga Malaysia berhubung dengan rampasan 135 kilo gading gajah di Wilayah Surin.

Manakala pada bulan April tahun ini, laporan berita mendedahkan bahawa sebanyak 110 kilo gading yang sedang menuju ke Malaysia berjaya dipintas oleh perkhidmatan Kastam dan perlindungan sempadan Australia. Saya pernah membangkitkan isu ini di dalam Dewan yang mulia ini dan telah dimaklumkan oleh Mantan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bahawa 4,624 unit gading gajah telah berjaya dirampas antara tahun 2011 dan tahun 2014.

final • 12:41 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Berdasarkan anggaran daripada laporan media, nilai gading yang dirampas ini hampir RM20 juta. Timbalan Menteri juga memberitahu Dewan bahawa empat individu telah didakwa dan tiga kemudiannya didapati bersalah. Gading yang dirampas pula disimpan dalam stok simpanan kerajaan atau pun government stockpile kerana siasatan sedang dijalankan ke atasnya. Di sini saya ingin tahu status penyiasatan terhadap gading yang dirampas? Apakah sudah selesai dan jika tidak bila?

final • 12:50 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Saya juga ingin tahu apa yang dilakukan dengan gading tersebut setelah selesai siasatannya. Ini kerana pelbagai pihak telah pun menimbulkan keraguan mengenai keselamatan stok simpanan yang sangat berharga ini. Memandangkan pernah berlaku kes pencurian gading daripada stok simpanan di negara lain umpamanya di Uganda. Jadi, di negara kita pula apabila Tentera Udara Diraja Malaysia sendiri boleh kehilangan enjin jet yang bernilai RM50 juta. Jika enjin jet yang dikawal tentera pun boleh hilang apatah lagi gading gajah.

Justeru, bagi mengelakkan syak wasangka dan sebarang potensi kecurian stok simpanan kerajaan ini, saya ingin mengesyorkan agar kerajaan segera membenarkan audit bebas oleh badan pemerhatian antarabangsa seperti TRAFFIC iaitu sebuah NGO yang memantau perdagangan hidupan liar ke atas semua gading dalam milikan PERHILITAN.

Setelah diaudit stok gading ini harus dimusnahkan secara terbuka seperti yang diamalkan di banyak negara di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Filipina, Hong Kong, Singapura, Kenya, Tanzania dan Congo. Jika begitu banyak negara boleh melupuskan gading yang dirampas di hadapan khalayak ramai tidak ada sebab mengapa Malaysia perlu menyimpannya selama bertahun-tahun.

Memandangkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kini mempunyai Menteri dan Timbalan Menteri yang baru, maka saya harap komitmen tegas dapat dizahirkan bagi memulihkan nama negara kita di mata dunia. Hanya dengan bersikap bertanggungjawab dan telus boleh kita meyakinkan dunia bahawa Malaysia serius dalam menangani gejala penyeludupan hidupan liar dan barangan hidupan liar yang mengancam pelbagai spesies haiwan di seluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang terakhir saya kes jenayah seksual terhadap kanak- kanak di negara ini sebagaimana juga di negara lain sudah pasti menimbulkan kegemparan. Menurut statistik setiap tahun tidak kurang daripada 2,000 orang kanak- kanak bawah umur 18 tahun dirogol dan ini hanya mengambil kira kes yang dilaporkan.

Sudah tentu terdapat banyak lagi kes yang akan kekal senyap dan akhirnya lenyap bersama hayat mangsa. Saya pasti ramai lagi yang masih ingat kepada kes Nurin Jazlin yang berusia 8 tahun ketika hilang berdekatan rumahnya di Wangsa maju. Mayat adik Nurin kemudiannya dijumpai lemas setelah dirogol. Sehingga ke hari ini, pelakunya belum diketahui.

Selain adik Nurin banyak lagi kes jenayah seksual kanak-kanak yang menyayat hati. Umpamanya kes Nurul Huda Abdul Ghani, Harirawati Saridi dari Sabah. Kedua- duanya berusia 10 tahun serta Nurul Nadirah Abdullah yang dikenali sebagai Dirang yang berusia lima tahun sahaja. Ini sekadar yang kita tahu. Hakikatnya terdapat ribuan lagi mangsa yang lain.

Ramai yang kehilangan nyawa, ramai lagi yang terpaksa hidup dengan parut zahir dan luka batin untuk seumur hidup mereka. Kanak-kanak ini biar siapa pun mereka, biar apa pun latar belakang mereka pada hakikatnya mereka juga adalah anak-anak kita.

Setiap kali berlaku kejadian kes rogol kanak-kanak kita akan menyaksikan masyarakat mencemuh kekejaman ini sambil mencurahkan simpati. Keluarga mangsa pula menaruh harapan ke atas undang-undang untuk melindungi anak mereka dan memastikan keadilan ditegakkan.

Namun, kita pernah lihat beberapa kes di mana pelaku yang didapati bersalah telah diberikan hukuman ringan atau pun dilepaskan dengan perintah berkelakuan baik, good behavior bond. Berikutan itu, mereka bukan sahaja dilepaskan malah dibenarkan untuk menjalankan kehidupan harian seperti biasa termasuk bekerja dalam persekitaran yang mempunyai ramai kanak-kanak. Lantas memudahkan mereka untuk mengulangi perilaku jijik mereka. Di sini jelas terdapat kelemahan dan kekurangan dalam undang- undang sedia ada di negara kita. Justeru, sebagai ahli badan perundangan tertinggi banyak yang kita boleh usahakan untuk memastikan gejala ini dapat dibendung dan dikurangkan.

Sebagai contoh perkara 17(2)(c) Akta Kanak-kanak 2001 menyatakan bahawa kanak-kanak yang teraniaya dari segi seks atau yang terlibat dalam apa-apa aktiviti yang berunsurkan seks harus diberikan perlindungan. Namun begitu, akta ini bukan bersifat

final • 12:50 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

pencegahan dan tidak ada peruntukan untuk pemantauan atau pengawalan ke atas mereka yang didapati memiliki sifat atau kecenderungan terhadap pedofilia iaitu kecelaruan psikologi di mana orang dewasa memiliki tarikan seksual terhadap kanak-kanak.

Satu kes yang tidak mungkin kita boleh lupa adalah pelajar Malaysia tajaan MARA di United Kingdom yang ditangkap dan dipenjarakan atas kesalahan pornografi kanak- kanak. Kes ini mendapat perhatian antarabangsa kerana pelajar dalam bidang matematik yang menuntut di Imperial College London telah didapati memiliki 30,000 gambar dan video termasuk yang membabitkan penderaan seksual kanak-kanak. Pada ketika itu, ada pula pihak yang menyeru agar beliau diberikan peluang kedua untuk menyambung pengajiannya di Malaysia setelah habis menjalankan hukuman penjara di UK. Meskipun saya tidak menolak keperluan untuk memberikan peluang kedua, saya yakin tidak ada mana-mana pun ibu bapa yang akan rasa selesa jika tahu bahawa anak mereka akan menuntut bersama-sama dengan seorang pesalah laku jenayah seksual yang begitu melampau.

Malangnya sebaik sahaja beliau kembali ke tanah air, beliau akan bebas tanpa sebarang pengawasan ke atas kegiatannya. Ini kerana negara kita tidak mempunyai undang-undang yang dapat memastikan mereka yang mempunyai kecenderungan pedofilia dapat dipantau agar tidak diberi peluang untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Oleh itu saya harap agar Akta Kanak-kanak 2001 boleh dipinda bagi melarang atau mengekang pergerakan pelaku jenayah seksual agar mereka tidak mendekati kawasan-kawasan seperti sekolah, pusat penjagaan, taman permainan dan sebagainya atau pun bekerja dalam persekitaran yang membabitkan kanak-kanak. Cuba bayangkan kalau mereka menjadi guru dan sebagainya.

Namun, undang-undang begitu tidak mencukupi jika tiada mekanisme untuk memantau dan mengawal mereka yang disabitkan atas kesalahan seksual khususnya yang membabitkan kanak-kanak. Justeru, saya mencadangkan agar satu daftar pelaku jenayah seksual atau pun sex offender registry juga diwujudkan untuk tujuan ini. Dalam hal ini terdapat dua jenis daftar Tuan Yang di-Pertua sama ada yang terbuka seperti di Amerika Syarikat atau pun yang tertutup seperti di kebanyakan negara lain. Pada hemat saya adalah tidak wajar daftar terbuka digunakan kerana ia akan menimbulkan kebimbangan pencabulan kebebasan awam.

final • 12:50 PM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 12:50 PM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, setuju kah Yang Berhormat Bukit Bendera dengan saya bahawa isu ini ialah isu yang besar tetapi nampaknya kerajaan tidak begitu memandang serius apabila tidak menggunakan pihak media untuk memberikan penerangan lanjut kepada masyarakat khususnya dalam media elektronik sama ada TV atau pun dalam bentuk-bentuk lain supaya menceritakan berkali- kali, berulang-ulang supaya akhirnya rakyat dan juga masyarakat umum tahu bahawa ada satu jenis penyakit manusia yang sebegini. Oleh kerana sekarang ini nampaknya apabila dia keluar dalam media printed surat khabar, barulah masyarakat exited. Kemudian, terus mati begitu.

Maknanya tidak ada usaha yang berterusan oleh pihak kerajaan untuk menceritakan perkara ini berkali-kali agar masyarakat lebih jelas tentang penyakit yang dihadapi oleh mereka. Apa pandangan Yang Berhormat Bukit Bendera tentang hal ini?

final • 12:50 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Ya, terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya setuju sangat dengan pendapat Yang Berhormat Sungai Petani, tidak ada usaha oleh kerajaan dalam hal ini. Sama juga dalam undang-undang sebab undang- undang kita memang terdapat banyak kelemahan dalam hal ini yang membiarkan gejala ini berterusan. Sebagai contoh saya harap daftar pelaku jenayah seksual atau sex offender registry dapat diwujudkan supaya daftar begitu digunakan secara sulit dan dicapai oleh pihak berkepentingan seperti polis, jabatan kesihatan dan kebajikan dan sebagainya. Pada ketika ini kita mempunyai Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 tetapi ia hanya meliputi kesalahan seperti rogol, perlakuan liwat dengan haiwan dan persetubuhan di luar tabii.

final • 12:50 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Walau demikian daftar sedia ada ini tidak memadai kerana tidak ada daftar khusus bagi pedofilia atau pun pelaku jenayah seksual kanak-kanak. Saya harap ia dapat dipertimbangkan dengan serius. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi sudut yang perlu diberi perhatian adalah pornografi. Berdasarkan satu kajian yang dibuat di Malaysia pada tahun 2007, seramai 90 orang perogol yang disabitkan telah disoal selidik dan hasilnya menunjukkan bahawa pornografi merupakan antara faktor utama yang mendorong mereka untuk melakukan rogol.

Dalam hal ini saya rasa penting kita menghayati perbezaan antara pornografi umum dengan pornografi kanak-kanak sebab walaupun tidak semestinya orang yang menonton pornografi kanak-kanak itu mempunyai tarikan seksual terhadap kanak-kanak.

Namun ia dapat mengaburkan pemikiran dan penilaian mereka serta mengurangkan kesekatlakuan atau pun inhibitions mengenai tingkah laku seksual yang boleh diterima terhadap kanak-kanak hatta membangkitkan nafsu seks seseorang itu terhadap kanak- kanak walaupun mereka pada asalnya mungkin tidak mempunyai tarikan begitu. Oleh itu pornografi kanak-kanak adalah satu kesalahan yang sangat dahsyat dan harus dicegah.

Pun begitu undang-undang kita juga gagal membezakan antara pornografi umum dan pornografi kanak-kanak. Malahan, seksyen 292 kanun jenayah hanya merujuk kepada objek lucah atau pun obscene objek secara umum dan tidak mentakrifkan pornografi dengan jelas apatah lagi pornografi kanak-kanak. Saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua, kita perlukan undang-undang yang bukan sahaja mentakrifkan serta membezakan pornografi kanak-kanak daripada bahan lucah lain tetapi juga memperkenalkan hukuman yang berat ke atas mereka yang mengedar dan menghasilkan pornografi kanak-kanak.

Akhir sekali, kita juga Tuan Yang di-Pertua memerlukan kerangka undang-undang untuk menangani gejala online grooming iaitu orang dewasa yang berkawan dengan kanak- kanak melalui internet umpamanya melalui media sosial seperti Facebook dan sebagainya dengan tujuan mengambil kesempatan ke atas mereka dari segi seksual. Kes seperti ini makin kerap berlaku kerana teknologi memudahkan komunikasi antara pedofilia dengan kanak-kanak.

Walaupun seksyen 372(b) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi sesiapa yang mencari pelanggan atau pun solicit atau mendesak bagi tujuan pelacuran atau aktiviti tidak bermoral dan seksyen 377(e) menghukum sesiapa yang menghasut kanak-kanak bawah usia 14 tahun untuk berlaku cabul. Ia tidak mencukupi untuk melindungi anak-anak kita daripada online grooming. Dalam hal ini undang-undang harus diperketatkan lagi.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang bapa saya percaya bahawa jenayah seksual kanak-kanak tidak boleh diambil ringan dan yakin bahawa Ahli-ahli yang lain juga turut bersetuju. Justeru saya menyeru agar kerajaan segera mempertimbangkan cadangan-cadangan di atas agar kita dapat sama-sama membasmi gejala yang sungguh menjijikkan ini. Dengan itu, sekian sahaja ucapan saya terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang. Terima kasih.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tebrau.

final • 2:30 PM

Tuan Koo Soo Seang - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, tema Bajet 2016 adalah ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’. Ini adalah satu tema yang amat tepat sekali oleh kerana apabila rakyat memilih sebuah kerajaan, mereka memang mengharapkan bahawa kerajaan yang dipilih itu akan menyejahterakan kehidupan mereka. Ini telah dicerminkan di dalam Bajet 2016.

Tuan Yang di-Pertua, MCA bukanlah sebuah parti politik yang hanya mengkritik selepas Bajet 2016 dibentangkan. Bahkan, kami mengambil langkah-langkah positif dan proaktif untuk mengemukakan cadangan-cadangan bernas untuk pertimbangan kerajaan sebelum ia dibentangkan. Sukacita bahawa sebahagian cadangan MCA telah diterima dan dimasukkan ke dalam Bajet 2016 walaupun bukan semuanya.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit tentang pendidikan. Bagi pendidikan, anggaran perbelanjaan pembangunan adalah sebanyak RM2 bilion dan MCA ada memohon RM100 milion untuk membina hospital latihan doktor-doktor pakar bagi Universiti Tun Abdul Razak ataupun UTAR. Selain daripada UTAR, MCA juga ada beberapa buah institusi pendidikan termasuk Kolej Universiti TAR, VTAR dan sebagainya.

Sukacita saya dengar bahawa kerajaan merancang membina 30 buah sekolah rendah, 27 buah sekolah menengah, empat buah MRSM dan lima buah sekolah berasrama penuh dalam tahun 2016. MCA memohon dana permulaan sebanyak RM5 million untuk membina 11 buah SJK(C) baru di seluruh negara. MCA juga memohon Kementerian Pendidikan meluluskan perpindahan sekolah-sekolah rendah Cina yang kurang murid ke kawasan ataupun lokasi yang memerlukan penambahan SJK(C). Menurut sumber maklumat kami, sebanyak 10 buah SJK(C) telah diizinkan perpindahan dan 10 lagi menunggu kelulusan KPM.

Bagi kawasan Tebrau, saya hendak memohon bahawa Kementerian Pendidikan meluluskan penambahan sebuah SJK(C) di sekitar Bandar Dato’ Onn dan Adda Heights.

SJK(C) yang paling berhampiran dengan kawasan tersebut adalah SJK(C) Foon Yew 5 di Taman Mount Austin. Enrolmen sekolah tersebut adalah mencecah seramai 4,000 orang dalam 85 buah kelas. Bermaksud, puratanya 46 hingga 47 orang murid sekelas. Ini nyata bahawa tiada kemampuan untuk menambah lagi. Oleh kerana begitu dan satu lagi sebab- sebab yang penting adalah Bandar Dato’ Onn dan Adda Heights itu merupakan kawasan perumahan yang baru dan sedang berkembang, mereka masih menambah bilangan rumah.

Oleh itu, bilangan murid akan semakin bertambah yang memerlukan tempat di SJK(C).

Selain daripada dua projek perumahan itu, ada Setia Tropical yang berhampiran juga tidak ada SJK(C) dan juga ada beberapa projek perumahan yang baru yang akan dibina di sekitar taman-taman tersebut. Jadi saya memang berharap bahawa permintaan kami akan diluluskan dengan secepat mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, anggaran perbelanjaan mengurus bagi Kementerian Pendidikan adalah sebanyak RM39.3 bilion. Berkenaan dengan ini, saya hendak sentuh tentang bantuan utiliti sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Saya difahamkan bahawa banyak sekolah bantuan kerajaan sehingga sekarang masih dihutang bantuan utiliti dan oleh itu mereka masih berhutang kepada TNB, SAJ dan sebagainya dan belum dapat dijelaskan.

Mungkin ini disebabkan oleh masalah teknikal yang tertentu tetapi saya merayu kepada Kementerian Pendidikan agar membayar tunggakan bantuan utiliti ini dengan seberapa segera. Saya juga berharap bahawa bagi tahun depan, peruntukan yang secukupnya disimpan, diriseb untuk pembayaran bantuan utiliti ini supaya ia tidak lewat.

Berkenaan dengan kenaikan gaji satu mata dan pemberian insentif one-off sebanyak RM500 kepada kakitangan kerajaan. Oleh kerana guru-guru juga merupakan kakitangan kerajaan, jadi bagi pihak para pendidik, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan.

Satu perkara yang saya dah banyak kali sentuh ialah berkenaan dengan beban kerja bukan profesion bagi guru-guru. Mereka sekarang selain daripada - sebenarnya saya dapati bahawa masa yang mereka gunakan untuk mengajar kurang daripada masa yang mereka gunakan untuk membuat kerja-kerja perkeranian. Apabila ini berlaku, saya percaya

final • 2:32 PM

Tuan Koo Soo Seang - Tebrau

bahawa akan menjejaskan efficiency tugas pengajaran dan pembelajaran mereka. Saya difahamkan bahawa baru-baru ini Menteri Pendidikan ada sebut bahawa akan ambil tindakan lima langkah untuk mengatasi masalah itu dan saya berharap kali ini ia betul-betul dilaksanakan.

Semalam saya dihampiri oleh seorang Ahli Parlimen Belia yang buta penglihatan.

Dia beritahu saya bahawa ada cikgu-cikgu yang ada masalah seperti buta, pekak dan sebagainya tetapi apabila mereka dihantar, mereka dihantar ke sekolah yang salah.

Misalnya kalau orang pekak, dihantar ke sekolah yang untuk ajar murid-murid OKU dan sebagainya ataupun yang buta ajar yang pekak. Mereka langsung tidak boleh menjalankan tugas mereka.

final • 2:32 PM

Tuan Koo Soo Seang - Tebrau

Jadi, saya tidak tahu apakah masalah dan saya berharap bahawa perkara itu diatasi. Berkenaan dengan pengangkutan Tuan Yang di-Pertua, MT ada mencadangkan projek Gemas ke Johor Bahru...

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Putatan bangun.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Sebelum beralih kepada pengangkutan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta penjelasan sedikit kepada Yang Berhormat Tebrau soal permintaan Dong Zhou berkenaan dengan certificate unified, Certificate of Education yang mana yang kita tahu negara Britian pun recognize pengiktirafan UEC ini. Jadi, apakah Yang Berhormat ini sebagai mewakili Parti MCA meneruskan perjuangan itu supaya kerajaan kita dapat mengiktiraf certificate UEC ini. Oleh sebab kalau kita di Sabah dan Sarawak ini, Ketua Menteri Sarawak pun ada meminta bahawa ada antara majoriti daripada murid yang menuntut di sekolah jenis kebangsaan Cina ini terdiri daripada 8% bumiputera. Minta penjelasan Yang Berhormat Tebrau.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Terima kasih. Saya berharap bahawa ucapan tersebut dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. MCA memang selama ini berjuang untuk UEC diakui oleh kerajaan. Akan tetapi walaupun pihak kerajaan belum secara terbuka kata mereka mengakui menerima UEC tetapi kita nampak pelajar-pelajar UEC boleh dapat PTPTN. Kalau ada kredit dalam Bahasa Malaysia, boleh masuk ke Maktab Perguruan dan sebagainya dan satu ketika mereka diberikan biasiswa oleh 1MDB.

Jadi, kita tidak boleh kata bahawa kerajaan langsung tidak mengaku UEC. Akan tetapi sebenarnya secara prinsip kalau tidak mengakui UEC, takkan bagi loan, takkan bagi biasiswa dan sebagainya.

final • 2:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seputeh bangun, Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Okeylah, saya tak cukup masa.

final • 2:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Bukan, bukan Yang Berhormat. Saya hendak buat satu pembetulan. Mengikut jawapan yang saya terima daripada Parlimen...

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

MCA juga mencadangkan penguatkuasaan yang lebih...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tebrau tidak bagi Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yalah, saya hendak update Yang Berhormat sana. Dia...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan, tidak bagi jalan. Duduklah Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, peraturan mesyuarat.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Peraturan mesyuarat kita bagi jalan, Yang Berhormat kena duduk.

final • 2:40 PM

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini memesongkan Dewan kerana memang saya terima jawapan berkenaan dengan UEC daripada pihak kerajaan.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Saya hanya ada 20 minit, tetapi isu yang saya hendak cakap banyak. Sorry, kalau hendak cakap, cakap di luar. Tidak apa.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Duduk Yang Berhormat Seputeh, duduk.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Saya boleh berbahas dengan Yang Berhormat di luar, bukan di sini.

final • 2:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Memang mengelirukan Dewan.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

MCA ada mencadangkan Projek Gemas-Johor Bahru Electric Double Track dan kami percaya projek tersebut akan memanfaatkan negeri Johor untuk menjadi hub ekonomi rantau selatan selepas Lembah Klang. MCA juga mencadangkan pemberian insentif untuk meningkatkan kecekapan Lapangan Terbang Domestik Antarabangsa dari segi pengurangan masa, pengendalian kargo dan pemeriksaan Kastam.

Kami yakin cadangan kami sekiranya diterima akan mendatangkan impak yang positif kepada para pelancong dan pengguna lapangan terbang. Kami mencadangkan bahawa penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap teksi-teksi yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang. Sebaliknya kerajaan juga harus mewujudkan skim insentif untuk menggalakkan pemandu-pemandu teksi yang mendapat rating yang tinggi.

Perkhidmatan bas yang baik...

final • 2:40 PM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

[Bangun]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kluang bangun Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Perkhidmatan bas yang baik dan tepat pada masanya...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bagi Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

...akan menggalakkan orang ramai menaiki bas dan menurunkan penggunaan kenderaan sendiri.

final • 2:40 PM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Saya hendak tanya sedikit sahaja.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kalau tidak bagi, duduk Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Sorry, saya hanya ada 20 minit. Maka, MCA juga mencadangkan skim insentif untuk perkhidmatan bas yang baik dan tepat pada masa.

Cadangan-cadangan berikut adalah datang dari diri saya. Pertama, perkhidmatan shuttle train antara Johor Bahru dan Singapura terbukti amat digemari oleh individu-individu yang kerap berulang balik dari Johor Bahru ke Singapura. Jadi, kini saya difahamkan bahawa hanya 14 trip setiap hari dan kami memohon bahawa bilangan trip itu ditambah oleh kerana sekarang kalau hendak beli tiket pun susah.

final • 2:40 PM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

[Bangun]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kluang bangun lagi Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Selain daripada itu adalah dicadangkan mengadakan perkhidmatan feri di antara Pearl Harbour dan Singapura untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di link kedua JB-Singapura pada masa-masa kemuncak.

Berkenaan dengan teksi Tuan Yang di-Pertua, saya terima aduan daripada pengusaha teksi yang ingin menukar kereta baru. Mereka dinasihatkan untuk menggunakan Toyata Innova yang berharga RM85 ribu ataupun Proton Exora yang berharga RM70 ribu.

Ramai yang mohon tukar kepada Proton Persona yang berharga RM46,000 ditolak ataupun tidak diluluskan. Sebenarnya, kereta-kereta yang dimohon, misalnya Persona juga merupakan kereta Proton. Saya berpendapat bahawa mereka seharusnya diberi pertimbangan. Bahkan, sampai Proton Inspira yang berharga hampir RM80 ribu pun tidak dibenarkan.

Saya juga difahamkan bahawa kalau sekiranya semua permohonan untuk kereta yang saya sebut tadi ditolak, tidak apalah, adil. Akan tetapi ada yang diluluskan, ada yang ditolak. Jadi, saya pun berharap difahamkan, apakah kriteria pertimbangan? SPAD seharusnya bersikap adil dan telus kepada semua permohonan agar tidak menimbulkan pelbagai buruk sangka terhadap SPAD.

Tuan Yang di-Pertua, perumahan merupakan satu masalah besar di Bandaraya Johor Bahru. Harga rumah di Johor Bahru memang sekarang di luar kemampuan mereka yang bergaji rendah ataupun sederhana rendah. Saya bercadang bahawa kerajaan memastikan bahawa harga rumah adalah di dalam kemampuan rakyat jelata. Berkenaan dengan pembinaan rumah kos rendah atau sederhana rendah, ini sebenarnya amat diperlukan. Lokasi rumah kos rendah dan sederhana rendah satu masalahnya ialah kadang-kadang ia dibina jauh daripada lokasi pekerjaan mereka yang memohon. Jadi, kalau mereka kerja di Johor Bahru dan rumah mereka yang ditawarkan di Pasir Gudang, jadi memang sukar bagi mereka walaupun ditawarkan pun susah hendak terima.

Satu lagi masalah yang berlaku di kawasan Tebrau yang saya sudah bangkitkan banyak kali ialah berkenaan dengan projek sakit ataupun projek terbengkalai, khususnya Projek Khong San di Taman M. Austin. Jadi, sebenarnya projek tersebut sudah selama, kalau tidak silap saya, 14 tahun, belum diserahkan kunci. Oleh kerana rumah pangsa itu adalah rumah kos sederhana rendah dan mereka yang memohon itu adalah orang yang bukan berpendapatan tinggi.

Jadi, saya tahu masalah kementerian KPKT oleh kerana ada court case dan dari segi undang-undang KPKT pun tidak boleh buat apa-apa. Akan tetapi saya bercadang bahawa KPKT seharusnya kaji semula undang-undang yang sedia ada supaya diberikan kuasa kepada Menteri, supaya kes seperti itu, boleh diambil tindakan untuk selamatkan pembeli yang kurang berkemampuan.

Berkenaan dengan kesihatan Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa projek perpindahan Klinik Kesihatan Ulu Tiram telah diluluskan. Akan tetapi baru-baru ini apabila saya bertanya tentang projek itu di Jawatankuasa Tindakan Daerah Johor Bahru, saya difahamkan bawah projek itu menghadapi masalah teknikal yang tertentu. Saya tidak tahu apakah masalah teknikal tersebut. Saya hendak tanya Kementerian Kesihatan tentang masalah itu. Apakah perkembangan terkini dan apa juga cara penyelesaian ataupun rancangan alternatif? Saya juga ingin tahu sama ada projek perpindahan Klinik Kesihatan Ulu Tiram itu dimasukkan ke dalam projek untuk tahun 2016.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Satu lagi topik yang hangat ialah berkenaan dengan jualan dan penggunaan vape ataupun rokok elektronik. Saya difahamkan daripada beberapa orang pendidik, pengetua- pengetua sekolah menengah tentang masalah itu di sekolah menengah. Walaupun ia mungkin tidak berlaku di dalam kawasan sekolah tetapi pelajar-pelajar sekolah menengah yang terlibat. Kononnya oleh kerana rokok ini mudah dipesan, ditempah secara online dan

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

ada ramai pelajar yang beli secara online dan jual dengan untung. Walaupun untung mungkin hanya RM10 sebatang, sudah cukup untuk mereka.

Oleh kerana itu, penggunaan vape itu menjadi semakin berleluasa. Saya juga difahamkan bahawa walaupun dikatakan bahawa kandungan nikotin kurang daripada rokok yang sebenar tetapi oleh kerana murid yang menggunakan itu, mereka akan menggunakan lebih kerap daripada rokok kerana murah. Jadi, mungkin jumlah nikotin yang mereka serap itu jauh lebih banyak daripada rokok. Jadi saya berharap bahawa Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Pendidikan look at this matter seriously walaupun ia mungkin berlaku di luar kawasan sekolah, kita pun mesti ambil tindakan demi kesihatan generasi muda kita.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa hari ini apabila saya tengok hujan lebat di KL, saya pun khuatir tentang kawasan Tebrau. Tadi saya telefon kepada kawasan saya, bertanya ada hujan lebat atau tidak? Saya hendak ucapkan terima kasih kepada JPS yang sudah mengatasi masalah banjir di beberapa tempat di Tebrau sehingga sudah selama tujuh tahun atau lapan tahun yang tidak berlaku banjir lagi. Akan tetapi masih ada kawasan...

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Masih ada kawasan yang masih banjir.

Misalnya pada bulan lepas di Pasir Gudang, mereka menghadapi catuan air, dua hari tidak ada air, sehari ada air. Akan tetapi di Tebrau, hampir 200 buah rumah dilanda banjir dan pada masa itu saya fikir, kalau saya boleh sambung paip, saya boleh jual air kepada Pasir Gudang.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa sudah suntuk, jadi yang lain mungkin saya akan gunakan masa lain. Dengan ini saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang dan ruang. Saya dengan sukacitanya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2016. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Temerloh.

final • 2:50 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

*Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca sepotong ayat al-Quran]* Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan keizinan kepada saya untuk turut sama dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 pada hari ini. Di kesempatan ini saya ingin menyentuh beberapa substantif penting yang konstruktif untuk memberikan kemaslahatan kepada agama, negara dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya, insya-Allah. Dalam kesempatan masa yang terbatas ini, saya akan fokus kepada dua segmen perbahasan saya. Pertama ialah berkait dengan konsep dan juga prinsip ekonomi yang sepatutnya dan yang kedua ialah berkait dengan isu-isu ekonomi semasa yang berbangkit dan juga cadangan penyelesaian untuk mengatasinya.

Tuan Yang di-Pertua, prinsip sesebuah belanjawan negara ialah untuk kita memastikan imbangan pengurusan ekonominya dalam keadaan stabil, mantap dan juga berkeupayaan bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara. Sekali gus membebaskan negara daripada kemelut inflasi dan juga kesan yang parah ekoran daripada ketidaktentuan graf ekonomi di peringkat dunia. Dalam masa yang sama, belanjawan juga adalah sepatutnya untuk membantu dan juga memelihara serta menyelamatkan rakyat daripada penderitaan, kesengsaraan angkara penyelewengan dan juga kepincangan ekonomi ataupun kepincangan pengurusan dalam ekonomi. Termasuklah juga dalam perkara memulangkan hak kepada mereka yang berhak untuk memilikinya.

Saya membaca satu hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abi Said Al- Khudri dengan izin.

[Membaca sepotong hadis] Maksudnya, “Sesiapa sahaja yang

final • 2:53 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

mempunyai lebihan tenaga, maka hendaklah dia memberikan kepada orang yang tidak memiliki tenaga. Kepada siapa yang memiliki lebihan bekalan, maka hendaklah ia berikan kepada mereka yang tidak memiliki bekalan”. Hadis satu lagi disebut oleh Nabi kita Muhammad SAW ialah...

[Membaca sepotong hadis] “Berilah makan kepada mereka yang lapar dan bebaskanlah mereka daripada penderitaan dan kesengsaraan daripada tekanan dan juga kekangan hidup”. Tuan Yang di-Pertua, belanjawan ini, ia bukan bermaksud semata-mata belanja wang tetapi ia turut menggarap satu perancangan strategik bagi membangunkan tamadun yang hebat dan juga sumber manusia yang berkualiti tinggi dengan nilai akhlak ekonomi dan berpaksi kepada kehendak pembiaya ekonomi dunia ini iaitu Allah SWT. Allahulwahab, Allah Tuhan yang Maha Mengurniakan, Allahu Razzaq, Allah Tuhan yang Maha Memberikan rezeki kepada kita semua.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana itu belanjawan ini mestilah juga bersifat memburu kekayaan, mencari kekayaan, mengaut keuntungan setelah mana tugas mengabdikan diri ataupun tugas amanah dan tanggungjawab kita kepada Allah SWT diselesaikan terlebih dahulu. Jangan hanya nanti kita mencari kekayaan, kita mengaut keuntungan tetapi dalam masa yang sama, ketaatan kita ataupun kepatuhan kita kepada perintah-perintah Allah khusus dalam pengurusan ekonomi, dalam pentadbiran politik dan seumpamanya terabai.

Akhirnya nanti ia akan hilang keberkatan sedangkan keberkatan itu maknanya [Berucap dalam bahasa Arab] “Bertambah kebaikan”. Apabila hilang keberkatan ini bahaya kepada ekonomi negara sebab nantinya macam-macam pelan dilaksanakan, macam- macam perancangan dilakukan oleh kerajaan. Akan tetapi akhirnya gagal untuk mencapai kejayaan dalam pelan yang telah digariskan kerana hilangnya keberkatan. Memanglah perkataan ‘berkat’ ini tidak ada dalam kamus ekonomi kapitalis ataupun ekonomi Barat yang ada pada hari ini.

Saya mengambil penegasan apa yang disebut oleh Allah dalam al-Quran dalam Surah al-Jamaah ayat 10 hingga ayat yang ke 11.

[Membaca ayat al-Quran] Maksudnya, “Apabila kamu telah tunaikan solat iaitu ketundukan dan kepatuhan kamu kepada Allah, [Berucap dalam bahasa Arab] Pergilah ke serata muka bumi untuk berniaga, untuk mencari keuntungan, untuk mengaut kekayaan dan carilah kurniaan-kurniaan kelebihan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT”. Dalam masa yang sama, [Berucap dalam bahasa Arab] “Ingat kepada Allah banyak-banyak”. Ertinya, jangan sampai dalam melaksanakan urusan mencari kekayaan dan keuntungan dalam urusan ekonomi itu, kita melakukan perkara- perkara yang dimurkai oleh Allah SWT. Ini kerana kelak bukan sahaja hilang keberkatan, kita akan diancam oleh kemurkaan dan juga azab daripada Allah SWT.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang cuba saya sebutkan ini ialah untuk mewujudkan keseimbangan dalam pelaksanaan ataupun orientasi ekonomi negara kita seimbang antara unsur ukhrawi dan juga unsur duniawi. Ini kerana kita kena ingat, belanjawan ini tidak boleh terhenti hanya semata-mata atas data agihan dan juga jana pendapatan yang berasaskan kepada manhaj materialisme semata-mata. Akan tetapi wajib bertolak daripada tanggungjawab rabbani yang saya meletakkannya pada tiga asas.

final • 2:53 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Pertama ialah ekonomi taqwa. Ekonomi taqwa ialah ekonomi yang bebas daripada dosa. Ekonomi yang tidak mencetuskan kemurkaan Allah, ekonomi yang mencetuskan kemurkaan Allah, yang mengundangkan dosa hanya menggelapkan masa depan negara kita.

Kedua ialah ekonomi qana’ah. Ekonomi qana’ah ini ialah ekonomi yang tidak membazir, yang tidak tamak, yang tidak melakukan pembaziran yang berleluasa dalam masa yang sama juga tidak boros, tidak tamak dalam melaksanakan urus niaga ataupun orientasi ekonomi dalam negara kita. Kemudian yang ketiga ialah ekonomi barakah. Memanjangkan kebajikan kepada rakyat dan juga ketaatan kepada Allah SWT. Ekonomi barakah ini adalah suatu yang akan menggandakan pendapatan. Dia akan menggandakan

final • 3:00 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

perolehan negara dan akan menyuburkan pertumbuhan ekonomi dalam negara kita sama ada dalam peringkat domestik ataupun juga di peringkat antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana itu saya mengajak semualah termasuk diri saya sendiri supaya kita menginsafi peringatan ataupun penegasan daripada Allah SWT.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Jika sekiranya ahli sesebuah negara, penghuni, penduduk di sebuah negara itu beriman dan bertakwa kepada Allah SWT...”

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Indera Mahkota bangun.

final • 3:00 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Belakang, belakang ini.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Belakang sana.

final • 3:00 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Sila.

final • 3:00 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya mengikuti ucapan Yang Berhormat Temerloh. Saya hendak tanya Yang Berhormat Temerloh, setuju tidak dengan saya bahawasanya kalau Imam Ghazali kata baiknya ummah bila baiknya umarak, baiknya umarak bila baiknya ulama. Munasabah tidak kita sebagai negara yang saya rasa dikurniakan nikmat yang melampau daripada Allah SWT, kita menzahirkan satu council yang dinamakan The Council of Ulama yang semua ulama daripada semua warna dan kalau boleh ada juga daripada antara dunia yang datang bersama-sama memberi garis panduan kepada kita di dalam melaksanakan kalau kita hendak buat belanjawan dan sebagainya, sebagai penasihat. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih. Saya setuju dengan pandangan itu dan masukkan ucapannya dalam ucapan saya, Tuan Yang di-Pertua dan selayaknya begitulah sebab apa yang disebut oleh Allah SWT sebut, yang saya bacakan tadi, jika sekiranya penduduk sesebuah negara itu beriman dan juga bertakwa kepada Allah SWT [Membaca petikan ayat Al-Quran] Maksudnya, Nescaya kami, kata Allah, akan bukakan pintu keberkatan itu seluas-luasnya yang datang daripada bumi dan juga yang turun daripada langit untuk menggandakan perolehan dan pendapatan sesebuah negara itu.

Akan tetapi malangnya firman Allah...

[Membaca petikan ayat Al-Quran] Maksudnya, “Mereka mendustakannya dan akhirnya akibat daripada itu, Allah timpakan musibah dan azab kepada mereka terhadap apa yang telah mereka lakukan”. Azab ataupun musibah ini bukan berlaku dalam bentuk bencana alam semata-mata tetapi boleh berlaku dalam bentuk kemelesetan ekonomi dan juga ketidakstabilan politik yang menyebabkan negara kita hilang keyakinan daripada pelabur-pelabur luar dan juga hilang keamanan dan juga kemakmuran di peringkat dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, segmen saya yang kedua ialah berkait dengan isu-isu berbangkit ataupun semasa dalam ekonomi negara kita. Memandangkan keterbukaan ekonomi dan juga kewangan Malaysia terhadap pasaran global, Malaysia sering kali dilihat terkena tempias terhadap ketidakstabilan ekonomi ini sejak daripada tahun 70-an lagi.

Kalau kita tengok pada kejutan minyak yang pertama, krisis kenaikan minyak pada tahun 1973-1974 yang menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara kita hanya meningkat pada 0.8% sahaja yang disebut sebagai paras terendah pada kurun tersebut.

Kedua ialah pada tahun 80-an dengan kejatuhan harga komoditi dunia yang mana harga komoditi dunia ini telah pun jatuh yang menyebabkan Malaysia berdepan dengan defisit fiskal sehingga 16% pada tahun 1982. Ini mengakibatkan kerajaan terpaksa membuat pinjaman yang lebih tinggi. Lebih memburukkan lagi keadaan, Malaysia mengalami defisit berkembar pada tahun 1985-1986 dan disusuli pula dengan kadar pengangguran yang begitu tinggi meningkat daripada 55.4% pada tahun 1984 melompat ataupun menambah kepada 85% kadar pengangguran pada tahun 1985.

Akan tetapi walau bagaimanapun, kita lihat akhir 80-an sekitar 1988 sehingga pertengahan 90-an, tahun 1988 hingga ke tahun 1996, berlaku sedikit pemulihan ekonomi

final • 3:00 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

dalam negara kita. Akan tetapi krisis kewangan Asia pada 1997-1998 turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada negara kita selepas daripada itu. Termasuklah pada tahun 2007-2008, negara kita pula diuji sekali lagi dengan krisis ekonomi ini berikutan dengan krisis subprima yang berlaku di Amerika Syarikat yang mengakibatkan berlakunya kemelesetan yang ketara dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, kitaran ekonomi yang berlaku macam ini sejak daripada tahun 70-an, 80-an, 90-an sampai ke saat ini sebenarnya ini adalah boleh saya sebut sebagai sunnatullah, sebagai proses yang akan berlaku. Fenomena ini sebenarnya turut digambarkan oleh Allah dalam Al-Quran nil-Karim. Kalau kita rujuk dalam surah Yusuf ayat yang ke-43 sehingga ayat ke-49, bagaimana Allah ceritakan kisah pemimpin Mesir yang bermimpi tujuh ekor lembu yang gemuk makan tujuh ekor lembu yang kurus dan juga tujuh tangkai yang begitu subur dengan tujuh tangkai yang kering. Akhirnya mimpi itu telah pun ditakwilkan oleh Nabi Yusuf Alaihisallam. Takwil Nabi Yusuf itu telah dianggap sebagai satu teori ekonomi yang dinamik dan juga efektif dipakai bukan sahaja pada zaman kuno tetapi termasuk zaman moden kita pada hari ini.

Saya ambil contoh sebagai contoh penganalisis pasaran saham, Simon Sim yang telah mengeluarkan sebuah buku yang bertajuk ‘The Joseph Cycle’ yang mana dalam buku ini pada tahun 2004 yang lalu, dia telah menyebut bagaimana pandangannya dan juga sikapnya terhadap teori ekonomi yang sebegini. Persoalannya ialah di Malaysia kita hari ini, apakah negara kita bersedia untuk menghadapi kitaran ekonomi yang sedemikian rupa yang ada masa kita kaya, ada masa kita miskin, ada masa kita subur, ada masa kita lemah.

Jadi dengan kitaran-kitaran ekonomi begini, bagaimana persiapan dan persediaan yang efektif yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku pada sepanjang tahun 2014 dan tahun 2015 ini, kita mestilah menanggapinya dengan penuh berhemah walaupun pada hari pembentangan bajet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menitipkan enam pencapaian utama ekonomi negara sepanjang bergelut dengan krisis ekonomi yang berlaku pada hari ini. Maka hari ini saya ingin mengemukakan pula enam kedudukan yang saya kira kedudukan buruk ekonomi negara kita pada hari ini yang mana ini perlu saya sebut untuk sama-sama kita muhasabah dan mesti diberikan perhatian yang serius oleh pihak kerajaan.

Pertamanya ialah kedudukan hutang kerajaan, hutang Kerajaan Persekutuan yang saya kira telah pun meningkat 52.7% pada tahun 2014 kepada 54% pada tahun 2015 sehingga kedudukan hutang negara pada hari ini ialah RM627.5 bilion berbanding RM582.8 bilion pada tahun 2014. Itu yang pertama, situasi yang pertama.

Kedua ialah kesenjangan pendapatan, yang mana saya lihat ini telah semakin hari semakin luas jurangnya sama ada di peringkat individu ataupun di peringkat negeri-negeri yang mana kalau saya lihat di sini ialah berlakunya satu kepesatan yang tak seimbang di negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Pantai Timur dan juga Utara Semenanjung Malaysia tidak termasuk Pulau Pinang. Di mana kita lihat kesenjangan pendapatan ini sebenarnya serius. Kalau kita lihat dulu pernah berlaku kebangkitan Arab Spring dan juga Occupy di Wall Street. Ini juga adalah kalau kita lihat pada antara sebab kenapa berlaku kebangkitan dan penentangan rakyat ini, adalah ekoran daripada kesenjangan pendapatan ataupun jurang pendapatan yang terlalu lebar.

Kedudukan yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, rakyat dibebani dengan pakej kenaikan harga barang dan juga perkhidmatan yang sangat ketara. Ini bermula dengan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam, kemudian impak kepada pelaksanaan GST yang mana walaupun saya dengar juga sebahagian daripada kalangan pihak kerajaan, Menteri juga menjawab bahawa GST ini sebenarnya tidak membebankan rakyat.

Akan tetapi realitinya apa yang berlaku di luar sana sebagai contoh, dua hari lepas saya menerima satu memorandum daripada Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung

(GAMIS) yang menyerahkan satu memorandum yang menunjukkan bagaimana rakan- rakan kita di kalangan anak-anak muda mahasiswa-mahasiswi, mereka mungkin tertekan dengan ekoran daripada pelaksanaan GST ini ditambah pula dengan peningkatan kos sara hidup dan seumpamanya.

final • 3:00 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Kemudian kenaikan harga petrol dan juga harga gas LPG dan terbaru ialah kenaikan tol di Lembah Kelang. Semua ini dirasai bebannya, dirasai tekanannya sama ada kelompok masyarakat M40 ataupun B40 yang mana mereka turut merasai kekangan ini.

Yang keempat kadar pertumbuhan KDNK yang turut bergantung kepada permintaan ataupun perbelanjaan domestik yang mana hutang isi rumah di Malaysia bersamaan dengan 87% daripada jumlah KDNK Negara dan ini merupakan yang tertinggi di Asia.

Sebanyak 60% daripada jumlah itu digunakan untuk membayar kereta dan juga membayar rumah dan kos belian kereta sangat tinggi disebabkan dengan pelbagai cukai. Ada cukai eksais, ada cukai import, ada cukai jualan dan seumpamanya.

Malaysia kita ini disenaraikan di tempat yang kedua jualan kereta termahal di dunia selepas daripada Singapura manakala harga rumah pula meningkat sebanyak 137% daripada 10 tahun yang lalu dan ini menjadikan ianya bebanan yang menimpa rakyat dalam negara kita untuk menghadapi hari-hari hidup mereka.

Kemudian kedudukan yang kelima ialah jumlah pengurangan pekerja di Malaysia yang mencatat sejumlah 10,000 orang sejak Julai 2015 yang lalu. Ini menurut Malaysian Employers Federation yang angka yang saya dapat ini Julai 2015, 10,000 dan kadar pengangguran 2.9% adalah pada tahun 2014 tetapi menurut jangkaan Maybank Investment Bank Research yang mana daripada jangkaan ini disebut bahawa kadar pengangguran akan meningkat 3.1% pada tahun ini. Jadi jumlah pengangguran keseluruhannya ialah 430,800 orang pada bulan Mac 2015, itu kedudukan yang kelima.

Keenam yang terakhir...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Boleh habiskan ya, Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Bengkel Mengarusperdana Pertanian dalam Model Ekonomi Baru 2010. Malaysia mengalami defisit makanan daripada RM1.4 bilion pada tahun 1999 kepada RM10.9 bilion pada tahun 2009. Baik, kedudukan yang saya sebutkan ini adalah 6 kedudukan buruk ekonomi negara kita tetapi malangnya saya meneliti ucapan bajet tidak disentuh oleh pihak kerajaan dalam pembentangan itu bagaimana secara objektif dan secara efektif untuk menangani dan juga menyelesaikan perkara ini.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh habiskan, Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya atas kesedaran ini setelah kita melihat tekanan hidup dan juga jurang pendapatan yang begitu lebar saya ingin mencadangkan supaya sebarang jenis cukai yang melibatkan orang miskin terutamanya jenis cukai kepenggunaan seperti GST semua sekali ini dimansuhkan dan kita kena ingat bahawa mengambil harta rakyat terutamanya golongan miskin adalah merupakan satu penindasan, satu penganiayaan, satu kezaliman dan pastinya bercanggah dengan syarak. Jadinya pada masa yang sama kalau kita dapat hapuskan ataupun mansuhkan cukai ini kita dapat merapatkan kembali jurang kaya miskin itu.

Satu daripada gantian ataupun penyelesaiannya saya cadangkan di sini supaya dikenakan cukai itu hanya kepada lebihan simpanan orang-orang yang memiliki kekayaan bukan dikenakan semua kepada masyarakat tidak kira miskin dan juga mereka yang fakir dan juga boleh dikenakan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai modal pusingan yang besar ini sebanyak 2.5% setahun dan hasil cukai tersebut Tuan Yang di-Pertua, kita satukan dan diagihkan secara berfokus kepada golongan fakir dan golongan miskin dengan kadar sekurang-kurangnya 30% untuk diagihkan.

Walaupun kita dianggarkan mungkinlah dengan mansuhkan GST itu kita akan kehilangan RM30 bilion tetapi saya yakin jika kita dapat ganti dengan cukai ke atas lebihan simpanan dan juga atas pemilikan kekayaan negara kita sebab negara kita ini jurang yang kaya, orang-orang yang kaya ini terlalu tinggi meninggalkan orang-orang miskin. Jadi saya yakin kalau kita dapat laksanakan itu kekurangan atau kehilangan RM30 bilion itu kita boleh

final • 3:10 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

ganti balik. Kita boleh ganti balik dengan mendapat sumber yang kompetitif daripada hasil cukai atas simpanan tersebut.

Jadi akhirnya Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kami sangat komited. Komited untuk mengharamkan atau memansuhkan cukai kepenggunaan ini sebaliknya menyeru supaya dilaksanakan cukai atas simpanan yang saya kira selari dengan prinsip Islam sebagaimana Allah berfirman dalam Al-Quran.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Supaya harta kekayaan negara itu tidak berlegar hanya di kalangan orang-orang yang kaya di kalangan kamu semata-mata” dan saya bersama dengan rakan-rakan daripada PAS, insya- Allah Tuan Yang di-Pertua bersedia untuk berbincang dengan lebih lanjut bagaimana kita untuk mengetengahkan konsep cukai ke atas simpanan ini dan mudah-mudahan dia akan mengundang keberkatan daripada orientasi ekonomi negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya ambil satu, dua minit lagi?

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah lebih sudah, Yang Berhormat. Sudah 4 minit lebih Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Sedikit sahaja lagi kalau saya tidak sebut ini saya rasa tidak selesa untuk saya mengakhiri ucapan. Ini sebab saya tengok dalam bajet mengambil kesempatan inilah ada disebut dalam bajet bagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan peruntukan kepada rumah panjang di Sarawak dan juga pembangunan Sabah dan Sarawak jadi saya hendak ambil kesempatan ini supaya pihak kerajaan juga melihat satu masalah yang juga berpanjangan. Tidak apalah yang Sarawak itu saya setujulah walaupun ada setengah menganggap ini bajet pilihan raya.

Ya, kalau berhenti setakat itu dia akan jadi bajet pilihan raya lah hanya untuk menggula-gulakan rakyat tetapi kalau betul untuk berikan kemajuan dan pembangunan kepada rakyat tidak apa saya boleh bersetuju untuk rakyat Sarawak tetapi juga negeri- negeri lain tolong beri perhatian.

Antara contohlah kita hendak bangkitkan yang sangat urgent sekarang ini ialah di negeri Pahang sebagai contoh. Isu yang mengancam kesejahteraan puluhan ribu orang rakyat setempat dengan isu toksik yang sedang heboh di negeri Pahang khususnya di Kuantan dan juga pencemaran Sungai Pahang yang sangat dahsyat mutakhir ini dengan aktiviti lombong pasirnya, tumpahan sisa perlombongan besi dan seumpamanya yang mengancam nelayan-nelayan sungai di sepanjang Sungai Pahang termasuklah kawasan saya Temerloh.

Jadi sebab itu saya hendak sebutkan perkara ini semoga mudah-mudahan ia dapat diberikan perhatian mungkin ada jalan oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini dengan peruntukan yang ada dalam bajet tersebut. Terima kasih banyak kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan keizinan kepada saya untuk turut sama.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tasek Gelugor.

final • 3:10 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas kejayaan beliau membentangkan bajet bagi tahun 2016 ini. Bajet 2016 adalah merupakan bajet rang yang pertama dalam rantaian 5 bajet Rancangan Malaysia yang Kesebelas yang bertemakan, “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”. Ia sangat sesuai dengan keadaan sekarang dengan memberi penekanan terhadap 5 keutamaan demi memastikan rakyat sentiasa diutamakan oleh kerajaan.

Saya rasa apa yang disebut oleh Yang Berhormat Temerloh tadi semangat mengagihkan pendapatan dan kekayaan sebenarnya kalau disentuh secara mendalam dalam tema ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ yang mana bajet ini yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini.

final • 3:18 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, tahun 2015 adalah merupakan tahun yang penuh dengan liku dan cabaran getir kejatuhan mata wang ringgit, penurunan harga pasaran komoditi, kesan bencana banjir besar yang berlaku pada penghujung 2014, kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah dan sekarang ini masalah pencemaran jerebu pula.

final • 3:18 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Ucapan tahniah patut kita berikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan keseluruhan kerajaan kerana masih berjaya mentadbir negara dengan baik. Buktinya, jika kita lihat pada separuh pertama tahun 2015 menunjukkan ekonomi negara mampu berkembang sebanyak 5.3%. Malah pertumbuhan KDNK dijangka dapat berkembang pada kadar 4% hingga 5% pada tahun 2016. Kadar kemiskinan telah berjaya berkurang daripada 3.8% pada tahun 2009 kepada 0.6% bagi tahun 2014. Sebenarnya kemiskinan tegar telah hampir berjaya kita sifarkan.

Inilah bukti yang sepatutnya dilihat yang diambil perhatian oleh pihak pembangkang khususnya dan perlu membuka mata seluas-luasnya, bersifat adil dan juga amanah di dalam mempertimbangkan kejayaan pengurusan ekonomi negara tersebut.

Jangan asyik kita melihat faktor-faktor dan kesalahan-kesalahan sehingga kita melupakan bahawa kita telah berada pada satu tahap yang sudah begitu baik sebenarnya dan mampu dan kita menjadi resistance dalam mempertahankan ekonomi negara kita. Kita patut melihat kepada apa yang diingatkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Allah mengingatkan kepada kita supaya kita sentiasa bersyukur kepada nikmat Allah, bersifat qana’ah sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Temerloh tadi, merasa cukup dan bersyukur, berterima kasih. Maka jiwa kita akan menjadi tenang, kita akan menjadi lebih fokus. Allah memberikan peringatan kepada kita sekiranya kita tidak bersyukur, Allah berfirman...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sesungguhnya azab aku adalah amat pedih.” Bagaimana dikatakan kita tidak bersyukur? Kita sentiasa menyatakan rasa tidak puas hati, kita mencari salah sesama kita, kita memperbesarkan kelemahan dan kesalahan dan kita lupa tentang kebaikan-kebaikan yang kita kecapi selama ini. Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Boleh tanya sikit?

final • 3:20 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Masa tidak cukup. Tuan Yang di- Pertua, sudah terang lagi bersuluh...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bagi Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

...Sejak merdeka hampir 58 tahun pentadbiran kerajaan sedia ada pada hari ini...

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Hendak tanya fasal syukur boleh?

final • 3:20 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

...Telah berjaya melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu rakyat.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Fasal syukur hendak tanya.

final • 3:20 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, saya ingin memberi penekanan terhadap beberapa masalah yang dihadapi oleh rakyat untuk kerajaan pertimbangkan, menyemak dan membuat pembetulan ataupun pengukuhan iaitu di antaranya ialah masalah peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat saban hari. Walaupun ianya berlaku di atas sebab-sebab dan faktor-faktor yang di luar kawalan kita, jadi secara lumrahnya kita tidak boleh lari daripada masalah yang kita hadapi ini.

Namun begitu kadar inflasi di negara kita masih lagi terkawal dan di antara 2% sehingga 3% sahaja. Melalui penambahbaikan cukai GST, penstrukturan kadar pelepasan cukai, bantuan RM100 kepada pelajar sekolah, Program Baucar Buku 1Malaysia, RM250 kepada pelajar IPT, peningkatan jumlah BR1M, malah dengan menambah jumlah gaji

final • 3:20 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

minimum, ianya mampu membantu serba sedikit meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat. Ini semua adalah sebahagian daripada usaha progresif kerajaan dalam memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih selesa. Saya yakin dengan jumlah kutipan GST nanti, rakyat bakal menikmati hasil pulangan yang akan dikembalikan kerajaan kepada rakyat.

Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, perkara ini perlu terus dipandang serius oleh kerajaan dan rakyat itu sendiri. Kerajaan wajar meningkatkan pelbagai program dan juga dana dalam memberi peluang kepada rakyat untuk meningkatkan pendapatan per kapita mereka sendiri. Oleh sebab itu dalam hal ini, kita juga perlu melihat tentang isu pendapatan benar dan pendapatan boleh yang dibolehkan dibawa pulang ataupun take home pay yang perlu kita nilai semula. Mungkin gaji RM1,000 sebagai gaji minimum RM1,000 nampaknya seperti mencukupi. Akan tetapi kalau kita lihat secara lebih teliti tentang gaji sebenar yang boleh dibelanjakan, mungkin itu adalah merupakan satu jumlah yang terlalu kecil.

Justeru dengan sebab itu, kerajaan perlu, malah kementerian-kementerian kita perlu untuk merancang dengan lebih praktikal lagi, menyediakan peluang-peluang kepada rakyat untuk menambahkan pendapatan benar mereka. Bukan hanya menambahkan pendapatan di dalam slip gaji tetapi menambahkan pendapatan benar mereka. Dalam hal ini saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertingkatkan lagi peluang- peluang keusahawanan contohnya sama ada dalam bidang trading, jual beli ataupun bidang pertanian ataupun dalam bidang-bidang teknikal, dalam bidang-bidang vokasional supaya mereka boleh menggunakan kemahiran ini dan disokong dengan peluang yang disediakan, mereka boleh meningkatkan jumlah pendapatan melalui pencarian nafkah. Kita perlu mencari bidang-bidang baru yang boleh diterokai, yang boleh menjana kepada pendapatan.

Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya peningkatan peluang keusahawanan ini ditumpukan kepada golongan muda. Sekarang ini banyak bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan sebagai contohnya bantuan dalam bentuk 1AZAM, AZAM Tani, AZAM Bandar dan macam-macam azam lagi tetapi ianya banyak ditumpukan kepada golongan-golongan yang sudah berumur, yang sudah tidak begitu kuat untuk menghasilkan produktiviti baru.

Jadi kalau boleh kita kena tumpukan kepada generasi muda. Apabila mereka berumur 18 tahun, sama ada mereka tamat sekolah menengah ataupun mungkin umur 21 tahun apabila mereka tamat pengajian di institusi pengajian tinggi, kita kena buka peluang yang lebih luas supaya mereka boleh terus menceburkan diri di dalam bidang perniagaan, dalam bidang pertanian dan sebagainya.

Apabila mereka yang masih muda ini diberikan peluang, bermakna mereka akan lebih berdaya maju dan kerajaan akan membantu dalam jangka masa yang panjang apabila kita bantu orang muda, maka orang muda ini dia ada masa untuk berkembang, untuk maju dan mereka akan menjadikan negara kita ini lebih realistik dari segi pembangunan dan juga negara maju. Sebagai contohnya kalau pada usia 18 tahun, mereka sudah ada perniagaan sendiri, sudah ada usaha sendiri, sudah dibantu, sudah ada pendapatan sekurang- kurangnya RM3,000 atau RM4,000 satu bulan. Sudah pasti lagi dua tahun mereka akan menambah pendapatan RM5,000. Lagi 10 tahun mereka mungkin berpendapatan RM10,000 kerana dia sempat berkembang kerana mereka ini kita beri peluang dan kita tumpukan sejak daripada usaha muda.

Oleh sebab itu semua kementerian yang terlibat dalam pembangunan ekonomi dan juga peningkatan pendapatan rakyat, sila tumpukan golongan-golongan muda untuk kita berikan latihan dan peluang. Jangan sampai mereka ini menjalani tempoh pengangguran dari umur 18 tahun. Umur 40 tahun baru mereka mendapat peluang dalam perniagaan dan sebagainya. Jadi masa yang berbaki kepada mereka untuk mereka terus maju sudah begitu pendek.

Kita kerap kali membantu, bukan saya katakan di sini kita tidak perlu membantu, tetapi kita banyak tumpu bantuan kita kepada orang atau usahawan yang umur sudah 50 tahun atau 60 tahun. Dalam masa yang sama yang umur 20 tahun kita take for granted.

final • 3:20 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Kita rasa mereka ini masih muda, mereka belum ada tanggungjawab dan sebagainya. Jadi kita tidak tumpukan sangat terhadap pembinaan generasi entrepreneur yang berusia muda.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang perlu diberi penekanan juga ialah isu pengangguran dan juga peluang pekerjaan. Mengikut statistik terdapat 400 ribu orang yang masih belum mendapat pekerjaan.

final • 3:20 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Daripada jumlah tersebut, seramai 161,000 atau 88% belia berusia antara 20 tahun sehingga 24 tahun yang masih belum mendapat pekerjaan. Justeru, dengan ini saya yakin sebenarnya kerajaan tidak mengabaikan rakyat. Saya yakin bahawa usaha telah diperkenalkan oleh kerajaan terutama dalam memberi peluang kepada mereka ini.

Antaranya melalui Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Ia dilihat mampu memberi peluang kepada mereka untuk memajukan diri. Justeru, kerajaan menyasarkan agar dapat melatih 15,000 peserta dengan peruntukan sebanyak RM250 juta pada tahun 2015. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada kerajaan, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana prihatin dan melihat dari sudut untuk menyediakan peluang-peluang kerja yang baru kepada anak-anak muda kita.

Namun begitu, saya juga ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan memperkasakan agensi-agensi khususnya di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti FAMA. Perkasakan FAMA. Bagi peruntukan yang agak banyak kepada FAMA supaya FAMA boleh melatih usahawan-usahawan tani yang baru, yang muda macam mana yang saya sebutkan tadi. Beri peluang kepada mereka untuk berniaga.

Kalau mereka itu graduate, beri peluang perniagaan yang sesuai dalam bidang pertanian sesuai dengan ijazah mereka. Kalau mereka itu lulusan sekolah menengah ataupun diploma, sediakan peluang.

Maknanya di sini, kita perlu buat penerokaan tanah-tanah baru untuk menghasilkan tanaman. Kita mungkin boleh mengambil konsep sebagaimana bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dahulu membuka tanah-tanah baru FELDA. Kenapa tidak hari ini kita cari jalan buka tanah-tanah baru. Kita bukan hanya setakat tanam sayur-sayuran tetapi kita boleh menanam hasil-hasil komoditi dan komoditi-komoditi baru seperti gaharu dan sebagainya selain daripada komoditi-komoditi biasa.

Beri peluang ini. Berikan hak ini kepada rakyat supaya mereka bukan hanya bergantung kepada kerja di dalam pejabat tetapi mereka boleh menceburkan diri, menggunakan kemahiran untuk bekerja di tanah-tanah yang baru dibuka. Jadi biarlah kita belanja sedikit wang untuk menyediakan tapak-tapak baru bagi peluang pekerjaan kepada rakyat dan kita berikan tawaran kepada anak-anak muda yang ingin menyertai projek-projek ataupun program-program pembangunan pertanian, industri makanan dan juga pertanian dan sebagainya.

Jadi agensi-agensi kita sekarang ini cukup dari segi jentera dan jumlah agensi.

Sudah cukup. Tidak perlu ditambah tetapi yang perlu kita buat ialah memperkasakan agensi itu. Berikan peruntukkan yang cukup. Bukan sekadar, “melepaskan batok di tangga”. Berikan peruntukan yang cukup. Biar agensi-agensi kita menjadi catalyst, dengan izin. Menjadi pemangkin untuk membentuk peluang-peluang pekerjaan yang baru kepada masyarakat kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya kalau kita dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing juga, maka jumlah 400,000 penganggur dapat kita kurangkan.

Sekarang ini kalau kita lihat, kajian pada November tahun lepas mendapati pekerja asing sama ada yang sah atau haram dianggarkan mencecah 6.7 juta orang. Kebanyakan mereka ini terlibat dalam sektor perindustrian dan pembinaan dan juga dalam bidang pertanian. Kerajaan perlu melihat perkara ini dengan serius agar jumlah ini tidak membebankan kita. Bukan kita tidak perlu kepada tenaga pekerja asing tetapi kita perlu mengawal dan kita perlu mengehadkan sektor-sektor mereka dengan lebih terperinci dan dengan lebih bersungguh-sungguh.

Hari ini, pekerja-pekerja asing bukan sekadar bekerja dalam sektor-sektor yang disebutkan tadi tetapi mereka sudah membuka kedai-kedai runcit. Mereka sudah membuka

final • 3:30 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

pusat-pusat dobi dan macam-macam pekerjaan lagi kerana kelemahan ataupun kealpaan kita dalam mengawal pergerakan pekerja-pekerja asing yang berada dalam negara kita.

Kalau kita boleh mengawal, mengurang dan melihat di mana perlu sahaja tentang khidmat pekerja asing, maka baki daripada ruang dan peluang pekerjaan itu akan dapat kita gunakan untuk membangunkan rakyat kita sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam sistem pembinaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan juga untuk menurunkan kos terutamanya sekali di dalam harga rumah. Dalam bidang pembinaan, baru-baru ini dalam pembentangan peruntukkan Bajet 2016, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menyatakan sokongan kerajaan untuk menggalakkan penggunaan sistem Industrialised Building System (IBS) melalui peruntukan dana khas sebanyak RM500 juta di bawah SME Bank sebagai pinjaman mudah kepada pemaju dan kontraktor kategori G5 dan ke bawah. Ini adalah satu inisiatif yang tepat dan kena pada masanya. Kita banyak membincangkan tentang masalah kualiti rumah, kita bincang tentang masalah harga rumah yang begitu tinggi dan sebagainya namun inisiatif yang kita buat belum ada.

Justeru dengan sebab itu, apabila penggalakan penggunaan IBS, maka kualiti kepada rumah yang dibina itu akan lebih terjamin kerana bahan-bahannya telah dibuat di kilang dan dipindahkan ke tempat ataupun ke tapak dan dibina dengan penuh pengawasan dan di situ kita lihat kualiti terjamin. Kos bahan yang dibina juga adalah jauh lebih murah daripada kaedah-kaedah konvensional. Dalam masa yang sama, yang paling penting, masa dapat dijimatkan, buruh juga dapat dijimatkan. Maka kita akan dapat menurunkan kos pembinaan sesebuah rumah yang dibina. Jadi sesuai dengan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan sokongan supaya projek pembinaan rumah dan bangunan menggunakan IBS ini diteruskan dan diberikan suntikan oleh kerajaan untuk kita bangunkan dan insya-Allah harga rumah boleh kita sekurang-kurangnya kita bertahan. Dia tidak terus meningkat ataupun lebih baik, kita dapat kurangkan kos.

Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh bahawa kerajaan perlu melihat beberapa kaedah lain supaya harga rumah tidak terus meningkat. Apa yang berlaku ialah satu persefahaman di antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri perlu ada dalam merancang pembangunan sesuatu tempat. Walaupun sekarang kita katakan kuasa tentang tanah adalah di bawah kerajaan negeri, dasar tentang rumah-rumah yang hendak dibina juga merujuk kepada kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan mengawal melalui agensi-agensinya seperti di bawah KPKT, di bawah Jabatan Bomba dan IWK dan macam-macam lagi.

Namun begitu, ada beberapa pertentangan yang tidak diselaraskan. Kerajaan negeri benarkan sekian-sekian cara. Kerajaan Persekutuan kata kami tidak setuju dengan keadaan begini. Kenapa kita tidak ada satu dasar yang jelas, yang sekata, yang dipersekutukan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Sebagai contoh, Rumah Mampu Milik. Nilai Rumah Mampu Milik, ada yang kata RM250,000 ke bawah. Ada negeri lain kata Rumah Mampu Milik itu RM150,000 ke bawah. Tidak diselaraskan dan dasar-dasar juga tidak diselaraskan terutama sekali dari segi fees. Bayaran-bayaran yang dikenakan. Bagi saya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenakan kadar premium kepada cukai tanah yang begitu tinggi untuk tujuan pembangunan dan menggunakan caj untuk setiap kaki persegi keluasan bangunan, ditambah lagi cajnya dan macam-macam caj lain yang telah dikenakan. Begitu juga mungkin di negeri-negeri lain seperti di Selangor dan sebagainya.

Apabila tidak ada penyelarasan ini, maka harga rumah di bandar-bandar dan di negeri-negeri tertentu meningkat begitu tinggi. Bila diperiksa, ia bukan disebabkan oleh harga barangan, harga-harga bahan tetapi ia disebabkan oleh fees atau bayaran-bayaran yang dikenakan oleh setiap pentadbir sama ada kerajaan negeri ataupun mana-mana pihak yang berkaitan. Jadi rakyat yang menjadi mangsa. Sebab itu saya cadangkan di sini untuk menyejahterakan rakyat dari segi peruntukan sama ada Persekutuan atau negeri, kerajaan perlu mengadakan satu persetujuan persekutuan, persidangan meja bulat membincangkan tentang isu perumahan negara.

final • 3:30 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Walaupun kita ada Suruhanjaya Perumahan Negara tetapi kita kena bincangkan isu ini dengan lebih mendalam lagi. Saya juga ingin mencadangkan supaya kerajaan memberikan peruntukan-peruntukan yang khusus yang lebih kepada agensi-agensi di bahawa kerajaan yang terlibat di dalam pembangunan perumahan ini. Sebagai contohnya UDA, kalau saya di Pulau Pinang, PERDA. Kita adalah agensi untuk membangunkan kawasan-kawasan tanah kerajaan dijadikan kawasan-kawasan perumahan yang disubsidikan dan begitu juga dengan beberapa agensi lain.

Kerajaan patut melihat, beri sumber-sumber bantuan kepada agensi-agensi ini untuk kita terus membangunkan rumah-rumah yang mampu milik, rumah yang penuh kualiti. Jadi selain daripada suntikan dana yang diperlukan, kita juga mengharapkan kerajaan dapat mempromosikan jualan secara sewa beli kepada rakyat untuk mereka memiliki rumah.

Sekarang ini kita tahu masalah hendak memiliki rumah yang pertama, slip gaji tak ada. Keduanya, tak ada back up dari segi akaun bank. Tak ada itu, tak ada ini, hendak bayar 10% bayaran awal pendahuluan juga tak ada. Maka akhirnya, rakyat yang benar- benar memerlukan rumah, mereka sebenarnya tak ada keupayaan langsung, tak ada ability langsung untuk memiliki rumah tersebut.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Siapa yang beli rumah...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat ya...

final • 3:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Okey, sedikit sahaja. Jadi dalam hal ini kerajaan kena galakkan sistem sewa beli yang berkenaan supaya rakyat boleh menyewa kemudian selepas setahun tahun yang berikutnya, 10 atau 15 tahun mereka boleh membeli rumah-rumah tersebut daripada kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir sekali ingin saya sentuhkan di sini ialah tentang permintaan daripada penduduk-penduduk di kawasan saya di kawasan Parlimen Tasek Gelugor malah di kawasan-kawasan yang berhampiran iaitu Padang Serai, Kulim, Kepala Batas dan juga Bukit Mertajam. Mereka minta supaya kereta api ETS ini berhenti di stesen kereta api Tasik Gelugor. Sekarang ini kereta api ATS telah pun bergerak daripada Padang Besar ke Kuala Lumpur. Dia berhenti di Arau, Padang Besar, Arau, Alor Star, Sungai Petani, Butterworth, Bukit Mertajam dan Parit Buntar.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, di Tasek Gelugor, stesen kereta api itu telah dibina baru, besar, cantik, sebelum pilihan raya dulu kita datang, kita pergi ke kawasan- kawasan kita kata, “Syukur, alhamdulillah. Inilah hasil tuan-tuan mengundi Barisan Nasional, tuan-tuan akan dapat banyak kemudahan. Sekarang ini stesen kereta api dalam kampung, dalam kawasan kita. Tuan-tuan hendak pergi Kuala Lumpur, tuan-tuan boleh naik di sini sahaja dan tuan-tuan boleh sampai dalam jarak tiga jam setengah ke Kuala Lumpur.” Orang-orang Tasek Gelugor bagi undi pada Parlimen Tasek Gelugor, saya menang mewakili Barisan Nasional.

Sekarang ini tuan-tuan, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak balik kawasan pun malu Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa] Kami tengok sahaja kereta api lalu, punya laju. Geleng kepala “Ish, ish, ish”. Memang hebat kereta api laju. Tak singgah! Frust, hati ini punya frust Yang Berhormat.

[Disampuk] [Ketawa] Malu lagi dekat rakyat. Ini saya nyatakan sendiri.

Kementerian Pengangkutan terutamanya...

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sedikit bolehkah?

final • 3:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Berilah perhatian...

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Seminit sahaja, terima kasih.

final • 3:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Yang Berhormat Bagan Serai nak juga.

final • 3:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Nak juga, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Saya hendak tanya Yang Berhormat Tasek Gelugor, macam mana perasaan saya pula, Bagan Serai? Stesen cukup cantik, cukup indah, cukup besar, kereta api tak berhenti dah sekarang ini dan keliling saya semua kalah.

Saya tengah-tengah sahaja yang menang. Macam mana perasaan saya bila jumpa rakyat?

final • 3:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Saya rasa perasaan Yang Berhormat Bagan Serai dengan saya ini kita boleh berkongsilah perasaan ini. Tuan Yang di-Pertua…

final • 3:40 PM

Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun

Yang Berhormat Tasek Gelugor.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jerlun bangun Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun

Kalau semua stesen kena berhenti, dia kata ini ETS tau.

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Tak, dia macam ini. Rakyat ini, kita kena faham sensitiviti rakyat. Rakyat ini dia bukan hairan sangat ETS, tak ETS itu. Dia hairan ini pasal apa kereta api tak berhenti? Stesen ada tak boleh naik. Tengok sahaja tepi, ‘mai’ berhenti kereta bawa anak dia, inilah kereta api baru, tunggu. Sedangkan ETS punya kereta api ini berhenti tiga minit pun tak sampai. Takkan tiga minit tak boleh berhenti di Tasek Gelugor?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat..

final • 3:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Di Tasek Gelugor itu Yang Berhormat, dia cover orang Parlimen Kepala Batas, Parlimen Tasek Gelugor, Parlimen Kulim-Bandar Baharu dan Parlimen Padang Serai. Berapa besar itu? Sehingga sekarang pada hari weekend, hari Sabtu dan Ahad, lebih daripada 500 orang menggunakan stesen kereta api Tasek Gelugor. Akan tetapi ke mana? Mereka hanya boleh pergi ke Padang Besar. Jadi kami ini hanya boleh pergi Tasek Gelugor ke Padang Besar, Padang Besar balik Tasek Gelugor. Takkan tiap-tiap minggu hendak pergi Padang Besar?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, habiskan...

final • 3:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya merayulah, merayu sungguh-sungguh walaupun sudah menang kawasan Barisan Nasional di situ, saya hendak merayu kepada Kerajaan Barisan Nasional, tolonglah, tolong berhenti tiga minit sahaja. Maka saya rasa saya ada hujah untuk saya pertahankan kerusi Parlimen Tasek Gelugor dalam Barisan Nasional. Akan tetapi kalau tiga minit ini tak boleh bagi…

final • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Undi, undi...

final • 3:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Saya hendak kempen esok pun tak boleh dah. Nanti orang kata saya tipu. Jadi tolong ya, saya minta itu Tuan Yang di- Pertua ..

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Dan…

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

Saya sokong!

final • 3:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Ini kira merayu ini, kalau boleh menangis pun hendak menangis ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat, habiskan…

final • 3:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Jadi untuk menghormati masa, jadi sebelum saya mengakhiri perbahasan saya pada hari ini, izinkan saya untuk menyampaikan serangkap pantun.

Rotan dicari di dalam hutan; Niatnya kerusi hendak diperbuat; Bajet 2016 penuh ketelusan; Bukti Perdana Menteri utamakan rakyat.

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Dengan ini, Tasek Gelugor menyokong penuh rang undang-undang perbekalan 2016 dengan hati yang penuh terbuka. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Di Beluran, tak ada kereta api, tak ada stesen Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 3:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Jadi, apa yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor saya memang setujulah. Ada beberapa perkara yang telah saya sebut.

Cuma hendak tambah, semasa Yang Amat Berhormat Pekan menjadi Perdana Menteri, inilah benda-benda yang diingat oleh rakyat sekarang. Pertama, ETS tak berhenti dekat Tasek Gelugor. Kedua, tiga kapal terbang komersial jatuh. Satu hilang, satu ditembak jatuh. Kemudian, nilai ringgit jatuh dan terburuk dalam sejarah. Kenaikan harga barang yang tidak terkawal. Jerebu paling lama sekarang ini. Banjir terbesar dalam sejarah Malaysia. Kehilangan 1MDB yang paling besar dalam sejarah, satu skandal terbesar dalam sejarah iaitu RM42 juta. Kita bersyukur satu sahaja iaitu bagaimana seorang Arab telah pun memberikan Perdana Menteri kita RM2.6 bilion, yang itu kita patut bersyukur.

final • 3:47 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun masukkan satu soalan kepada Kementerian Kewangan berhubung dengan isu sejak nilai Ringgit Malaysia jatuh menjunam pada tahun 2015 ini, apakah implikasi terhadap pertumbuhan ekonomi negara? Tuan Yang di-Pertua, jawapan yang saya terima ada dua. Panjang jawapannya tetapi saya hendak baca isinya sahaja. Jawapannya, dalam tempoh September 2014 sehingga Oktober 2015, nilai ringgit menyusut sebanyak 21.6% terutamanya didorong oleh aliran keluar portfolio. Itu jawapan pertama.

Jawapan kedua, selain itu faktor domestik dan sentimen yang lemah turut menyumbang kepada kemerosotan nilai ringgit. Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh ini kita menyaksikan bahawa nilai Ringgit jatuh sebanyak 21.6%. Bermakna Yang Berhormat Bagan Serai, kalau kita ada seringgit, nilai kita hari ini tinggal tujuh ‘kupang’ dan lapan ‘kupang’ sen sahaja, 78 sen. Oleh sebab itu seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, dia baru-baru ini pergi China. Di China, money changer dengan hotel pun tak mahu terima duit Malaysia dah. Di Thailand kita pergi baru-baru ini, kita pi Thailand, bukan? Baru-baru ini peniaga-peniaga yang jual tomyam, dia duit Malaysia tak mahu. Dia suruh tukar dulu dengan duit Siam dan bayar dekat dia. Maknanya begitulah nilai kita di mata dunia, orang tidak mahu terima.

final • 3:47 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Di London tidak ada masalah Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Eh, banyak masalah dia, Tuan Yang di- Pertua, pasal dia mahal nilai pertukarannya.

final • 3:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit ini bersekali dengan isu-isu 1MDB yang disebutkan sebagai faktor domestik dan sentimen, saya ingin menyebut bahawa inilah yang menyebabkan keadaan kita yang kucar kacir.

Harga barang naik disebabkan oleh dua isu ini. Kita perhati di kampung-kampung khususnya, hampir 70 peratus daripada barang-barang yang kita gunakan sama ada barang-barang keperluan harian ataupun makanan, 70 peratus ialah barang-barang yang kita import. Sebutlah Tuan Yang di-Pertua, sama ada beras, ikan, gula, tepung, susu, sardin, pakaian termasuklah pampers dan juga tuala wanita, hampir kesemuanya kita import. Oleh sebab nilai mata wang kita yang jatuh ditambah dengan GST, sudah pasti, tanyalah orang yang tidak pergi universiti pun, dia akan tahu bahawa inilah yang menyebabkan harga barang-barang kita melonjak naik.

Tuan Yang di-Pertua, saya kadang-kadang ‘dok’ teringat juga kawan-kawan di sebelah sana. Kalau dahulu semasa kita SST, kita mengenakan cukai kepada orang-orang kaya, orang-orang yang ada duit dan berbelanja lebih ataupun orang-orang kaya yang kenakan income tax yang lebih dan kebanyakan mereka ini ialah orang-orang bukan bumiputera khususnya orang Cina yang ada duit. Dan pemimpin-pemimpin UMNO akan mengatakan kita mempertahankan kedudukan orang Melayu, kedudukan bumiputera. Akan tetapi dengan memperkenalkan GST, bukan sahaja orang-orang yang kaya raya yang kena tetapi juga orang kampung, orang Melayu, bumiputera yang miskin juga kita kenakan.

Maknanya di sini, orang yang kita pertahankan dahulu untuk memberikan kenikmatan kepada mereka akhirnya kita mengenakan cukai kepada mereka. Sebab itu saya kata bahawa ada isu yang sebenarnya rakyat tidak tahu bahawa akhirnya mereka yang memberikan sokongan kepada kerajaan selama ini tetapi kerajaan tidak berlaku adil kepada mereka.

Isu kedua yang saya hendak bawa, Tuan Yang di-Pertua ialah isu yang berlaku kepada saya.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Sungai Petani, sikit boleh?

final • 3:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Bagan Serai, sekejap dahulu. Saya habiskan ayat ini dahulu.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tentang GST ini.

final • 3:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Bagan Serai dah bercakap lama, duduk dahululah.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

GST itu mengelirukan. Itu menipu rakyat.

final • 3:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Bagan Serai, saya tidak bagi Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Dia tipu, Tuan Yang di-Pertua.

Dia bagi keliru rakyat.

final • 3:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Saya kata sekejap lagi, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Itu yang tidak senang itu.

final • 3:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Isu 1MDB bagi saya ialah isu yang amat berhantu. Malah, isu ini saya anggap isu malapetaka. Saya masih ingat lagi pada tahun 2013, di sini juga, semasa dalam persidangan Bajet 2013, orang yang pertama membawa isu ini ialah bekas atau mantan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Hari ini dia di penjara, Tuan Yang di-Pertua. Walaupun tangannya sakit teruk, tidak dapat rawatan kesihatan, tidak apa, itu isu lain. Isunya, dialah orang yang mula-mula bercakap tentang 1MDB tapi akhirnya dia dipenjarakan.

final • 3:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Kedua, isu ini juga dibawa oleh Yang Berhormat Pagoh. Dibawa oleh Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Semporna. Apa jadi? Isu 1MDB, kena pecat.

Isu 1MDB juga, laporan lengkap dibawa kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Apa yang terjadi kepada dia? Kena pecat. Kena pecat, kena pecat. Alasannya apa dia? Alasannya dia sakit walhal dia tidak tahu pun dia sakit. Dia sendiri tidak tahu dia sakit. Dia digantikan Tuan Yang di-Pertua dengan seorang AG baru yang umurnya hampir- hampir 65 tahun sembilan bulan. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, penjawat awam boleh bekerja sehingga umur 66 tahun plus six month, itu Perlembagaan, 66 plus six months. Ini penjawat awam, AG kita yang baru ini sudah berumur 65 tahun sembilan bulan. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, tidak tahulah dia mungkin lebih hebat daripada Tan Sri Abdul Gani Patail tetapi isunya apa? Isu 1MDB.

final • 3:50 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 3:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador, tak ada pasal-pasal apa pun, bukan apa pun, ditukar ke JPM. Pasal apa? Pasal sebut pasal 1MDB sahaja. Itu sahaja. Dihantar ke mana, Tuan Yang di-Pertua? Hantar ke JPM. Saya check dengan JPM, ada jawatan tidak dekat JPM.

Dia kata jawatan pun tak ada lagi. So, hantar dahulu mereka ke sana. Kerana apa? Kerana 1MDB.

Tujuh orang pegawai SPRM dipanggil oleh polis termasuklah Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas dan seorang lagi ialah Tan Kang Sai. Tan Kang Sai termasuklah di antara tujuh orang daripada jabatan ini, SPRM, yang disiasat oleh polis. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, polis menyiasat SPRM. Isu apa? 1MDB.

Kemudian tidak habis lagi itu, tidak habis lagi. Jessica Gurmeet Kaur, Pegawai Undang-undang dipecat dari Jabatan Peguam Negara dan taraf pemastautin tetap beliau dibatalkan. Dia ini orang Singapura. Selepas itu dia dihantar baliklah. Penasihat SPRM, Tan Sri Datuk Rashpal Singh ditahan sehari oleh polis.

Tidak habis lagi, Tuan Yang di-Pertua. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti, Gabenor Bank Negara mengesahkan pada 31 Ogos yang lalu, tujuh orang pegawainya juga disiasat oleh polis. Kemudian, dua orang pegawai SPRM ditukarkan ke JPM tanpa sebarang alasan.

Pertama, Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan kedua, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.

Itu mereka yang menerima malapetaka kerana menyebut isu yang semua orang tahu, seluruh dunia tahu, 1MDB. Ada empat orang yang mendapat rahmat daripada isu ini.

Saya kena sebut juga dalam Dewan ini. Tadi itu malapetaka, yang ini rahmat.

Pertama, Pengerusi PAC, Ahli Parlimen Pulai menjadi Timbalan Menteri.

Sepatutnya dia ini bukan Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Orangnya qualified, full minister nothing less, plus-plus tetapi tidak apalah. Kedua, Ahli Parlimen Tuaran. Yang ini dapat full minister, memang layak pun. Ketiga ialah Ahli PAC dari Kepala Batas dan keempat, Ketua Puteri UMNO, Yang Berhormat Masjid Tanah yang juga menjadi Timbalan Menteri. Sepatutnya saya tengok list ini Tuan Yang di-Pertua, yang layak sebenarnya Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Jasin, kalau tengok list inilah, sebab mereka ini lebih senior tetapi tidak tahulah.

Isunya apa? Isunya kerana inilah orang-orangnya yang duduk dalam PAC. Yang saya hendak sebut ini apa dia, Tuan Yang di-Pertua? Yang saya hendak sebutkan ini, bagaimana kita lihat di negara kita walaupun isu ini dipercakapkan di seluruh dunia, walaupun isu ini seluruh dunia, di London kah, di New York kah, di merata-rata, tetapi di Malaysia, business as usual. Apa jadi pun, jadilah, tidak apa. Asalkan apa? Asalkan rakyat tenang, tidak akan berlaku apa-apa kerana rakyat menerima, pasrah, bersyukur, tak apalah apa nak jadi.

final • 3:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

[Bangun]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar bangun Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Sekejap, sekejap. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, sebentar Yang Berhormat Kapar.

final • 3:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Sekejap, sekejap.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi?

final • 3:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Saya bagi Yang Berhormat Indera Mahkota, selepas itu Yang Berhormat Kapar.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 3:50 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Terima kasih. Saya hendak tambah sedikit sahaja. Antara senarai yang dalam SPRM itu adalah seorang yang bernama Tan Sri Johan Jaaffar yang dia adalah pengerusi panel kepada satu panel yang mengawasi SPRM. Dia antara yang vokal menyatakan protes dia terhadap penangkapan pegawai- pegawai SPRM dan apabila tamat sahaja tempoh dia, tidak disambung.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, Yang Berhormat sedar tidak bila KSN menyatakan bahawa AG diberhentikan kerana sakit, saya melalui personal experience, seorang pegawai kerajaan hendak meminta medical board is not an easy thing? Akan tetapi yang ini, dia pula kena cabar, awak sakit, awak kena berhenti. Ini nak minta medical board pun berbulan-bulan. Macam mana pandangan Yang Berhormat?

final • 3:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya ingin bahawa perhatian Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat kepada isu soalan 1MDB tadi.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya ingin membawa perhatian kepada Dewan ini, amat mengecewakan dan menyedihkan apabila Dewan ini sendiri telah menolak tujuh soalan yang berkaitan dengan 1MDB. Kalau tempat ini pun kita tidak dapat penjelasan dan seolah-olah di luar pun tidak ada penjelasan. Saya dapati isu 1MDB ini tergantung, tidak ada apa-apa penyelesaian. Kita harap benda itu disoal dan dijawab di Dewan yang mulia ini tetapi Dewan yang mulia ini pun menolak tujuh soalan yang berkaitan 1MDB. Apa pendapat Yang Berhormat?

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Yang Berhormat Sungai Petani, sikit boleh?

final • 4:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Okey, sekalilah.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Sekalilah. Soalan yang sama, berkaitan.

final • 4:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Silakan, silakan.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Sungai Petani tentang yang dikatakan beberapa orang ahli PAC itu mendapat habuan dengan kenaikan pangkat Menteri dan Timbalan Menteri. Ini kerana...

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

Rahmat, rahmat.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Rahmat? Apalah tetapi habuan rahmat dengan kenaikan pangkat Menteri dan Timbalan Menteri. Jadi, yang saya hendak

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

tanya ini sikit sahaja Yang Berhormat Sungai Petani, kalau sekiranya kerana menyebut isu 1MDB Yang Berhormat Pekan memberi pangkat kepada mereka yang di PAC itu, asasnya apakah mereka ini mempertahankan Yang Berhormat Pekan di dalam PAC? Kalau mereka mempertahankan Yang Berhormat Pekan dalam PAC, maknanya Yang Berhormat Pekan harus kekalkan mereka di PAC sehingga PAC selesai membuat kajian. Akan tetapi ini ialah rombakan biasa tetapi saya fikir Yang Berhormat Sungai Petani cuba memesongkan fakta.

[Disampuk] Terima kasih. Saya cuba minta penjelasan.

final • 4:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Baik. Yang Berhormat juga ahli politik, saya juga ahli politik ya. Jadi, saya rasa saya– tidak faham masing-masing.

Kalau hendak diikutkan qualification Yang Berhormat, Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Jasin lah orang yang terbaik. Kalau hendak ikutkan pengalaman senioriti tetapi oleh sebab mereka ini tidak berada dalam PAC. Jadi, sebab itu saya cadangkan mereka yang akan berada dalam PAC ini, insya-Allah bersedia untuk memiliki tie dan kot baru, akan juga naik pangkat. Insya-Allah.

Baik. Adapun saya minta ucapan kedua-dua Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Indera Mahkota tadi dimasukkan dalam ucapan saya kerana saya bersetuju sangat.

Isu kedua saya hendak bangkitkan Tuan Yang di-Pertua ialah tentang special grant for Sabah. Ini isu yang saya rasa amat dekat di hati teman-teman di Sabah dan Sarawak. Cumanya ada kawan-kawan sebelah sana tidak berani sebut. Mereka bisik kepada saya Tuan Yang di-Pertua, “Sebut kuat-kuat sikit”. Saya pada ucapan dalam bajet yang lepas saya sebut, saya sebut. Saya hendak sebut di sini ialah– saya hendak baca Tuan Yang di-Pertua, “Under the Federal Constitution, section 2, under part IV of the 10th schedule. 40% of the fairer revenues collected in Sabah were to be return to the State government.” Isu yang di depan kita Tuan Yang di-Pertua ialah teman-teman di Sabah khususnya, melihat bahawa...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Singapore berapa Yang Berhormat? 60 kan Singapore?

final • 4:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

That’s right. Bagaimana Singapore dapat, Singapore dapat? Jadi, apakah yang menjadi penghalang yang tidak boleh Kerajaan Federal setelah yang termaktub – ini schedule, ini bukan cerita wish list seperti setengah Minister kata, “This is wish list”. This is not wish list. Ini ialah termaktub dalam Federal Constitution, jelas. Amat jelas kalau kita buka Federal Constitution, apa yang termaktub di sini. “Bahawa Sabah dan Sarawak mesti mendapat 40% of the fairer revenues collected in Sabah” dalam kes ini.

Maknanya, cukai-cukai yang dikutip sama ada import atau eksport, income tax kah, GST kah, minyak kah, balak kah, lain-lain kah, mesti 40% goes back to Sabah.

Daripada mula-mula pembayaran pertama Tuan Yang di-Pertua, going back 1963 sampai sekarang, Sabah cuma dapat RM26.7 million a year. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, dalam bahasa Inggeris dia panggil peanuts, tidak mungkin Kerajaan Sabah tidak dapat menghasilkan satu jumlah yang besar. Ini kerana 40% of 100% hanyalah RM26.7 million.

Oleh sebab itu berkali-kali kita katakan Sabah is not one of the states in Malaysia.

Sabah ialah sebahagian dan sebagai wilayah yang menyertai Malaya untuk menjadikan Malaysia. Saya orang Islam Tuan Yang di-Pertua, saya orang Semenanjung tetapi saya juga ada tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia mempertahankan orang Sabah dan Sarawak kerana they are our brothers. They are our brothers.

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Kalau Tuan Yang di-Pertua berjalan di Tenom, saya pernah pergi ke Tenom, budak-budak – no, no, betul. Yang Berhormat pergi ke Tenom, Yang Berhormat Tenom ada di sini. Dua kilometer...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

Saya boleh panggil Yang Berhormat Tenom selepas ini. Dia berhujah perkara yang sama.

final • 4:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Betul. Budak-budak ke sekolah menjinjing kasut kalau hari hujan. Di sini Tuan Yang di-Pertua, budak sekolah kalau bas

final • 4:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

tidak datang, bapa dia hendak hantar dengan motor pun dia tak naik, di Semenanjung. Di Sabah menjinjing kasut dua kilometer dan kita harapkan anak-anak Sabah bangun sebagai orang-orang yang pintar dan bijak. Tidak mungkin, tidak mungkin itu akan berlaku. Oleh sebab itu saya amat-amat meminta kepada teman-teman dari Sabah dan Sarawak, this is the best time, this is the best time untuk teman-teman di sebelah sana leverage dengan Kerajaan Persekutuan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya seronok Yang Berhormat, saya seronok dengar ucapan tetapi masa sudah habis Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Ya.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

20 minit sudah habis.

final • 4:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Saya minta teman-teman dari sana, kita tidak mahu jatuhkan Kerajaan Barisan Nasional, tidak apalah kita tunggu sampai general election. Akan tetapi teman-teman dari Sabah dan Sarawak, inilah waktu untuk leveragekan, inilah masanya untuk demand. Kita minta Yang Berhormat Pekan letak jawatan, kita boleh naikkan Yang Berhormat Pagoh. Kita boleh naikkan Yang Berhormat Bagan Datok atau kita boleh naikkan Yang Berhormat Gua Musang sebagai...

final • 4:00 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Tidak bolehlah itu.

final • 4:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Boleh, tiada masalah.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah habis masa...

final • 4:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Akan tetapi isu– Yang Berhormat Tanjong Karang kah...

[Disampuk] Kita di sini akan sokong, tidak ada masalah. Kita...

final • 4:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Saya sokong Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 4:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Siapa? Yang Berhormat Tanjong Karang pun boleh, tidak ada masalah. Tidak apa, tidak apa.

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Atau Yang Berhormat Pasir Salak pun tidak apa, No problem. Asalkan Yang Berhormat Pekan mesti letak jawatan. Mesti.

[Tepuk]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

[Bangun]

final • 4:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Oleh sebab itu– sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua. Bersama-sama rakyat Malaysia lah...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sandakan, duduk Yang Berhormat Sandakan. Masa sudah habis.

final • 4:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Bersama-sama kami- jangan bersama- sama kami, bersama-sama rakyat Malaysia untuk mendesak supaya Yang Berhormat Pekan letak jawatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 4:00 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Sudahlah.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tenom, saya bagi Yang Berhormat Tenom. Ya, Yang Berhormat Tenom.

final • 4:00 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang dalam membahaskan bajet pada tahun ini di Dewan Rakyat yang mulia ini.

final • 4:08 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Dalam suasana begini saya berharap dan mendoakan ekonomi Malaysia terus kekal, berdaya tahan walaupun berhadapan persekitaran luar yang mencabar pada tahun ini. Cabaran ini termasuk pertumbuhan global yang menyederhanakan dengan kadar pemulihan yang sederhana di negara maju dan pertumbuhan perlahan dalam kalangan pasaran pesat berkembang dan ekonomi membangun.

Justeru itu, saya berharap pada tahun hadapan Tuan Yang di-Pertua, ekonomi dunia dapat semula menaikkan harga komoditi, memperkasakan pasaran kewangan di samping pengimbangan daripada ketidaktentuan normalisasi kadar faedah di Amerika Syarikat. Di peringkat serantau, saya juga berharap ekonomi China dapat mencari rentak daya saing lebih baik pada tahun depan dalam usaha pengimbangan semula ke arah pertumbuhan yang lebih mampan sekali gus memberi kesan positif kepada rakan dagangan terutama kepada negara kita, negara Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili suara rakyat Sabah ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Pusat. Sudah 52 tahun Sabah menganggotai Persekutuan Malaysia. Sejak Rancangan Malaysia Ke-2 dilancarkan pada tahun 1971, banyak program pembangunan dijalankan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat negeri ini.

final • 4:08 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam masa 52 tahun yang lalu, kualiti hidup rakyat Sabah berjaya dipertingkatkan ke tahap yang hampir sama dengan kualiti hidup rakyat di sini walaupun kedudukan demografi dan geografi Sabah yang unik serta rakyatnya terletak berselerak di kawasan pedalaman, menjadi satu cabaran kepada kerajaan dalam merancang pelan pembangunan yang dilaksanakan dapat mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, sebab itu kalau kita lihat hari ini, kadar kemiskinan Sabah, ia berjaya diturunkan daripada 70% pada tahun 1970 kepada aras 16% pada tahun 2007 kepada paras 8.1% pada tahun 2013. Kadar pengangguran pula dapat diturunkan pada 5.2% pada tahun 2013. Dalam konteks pembangunan ekonomi, nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah telah meningkat daripada RM602 juta pada awal tertubuhnya Malaysia pada tahun 1967 kepada RM44.4 bilion pada tahun 2013 iaitu satu peningkatan yang hampir 70 lebih kali ganda, Tuan Yang di-Pertua. Pendapatan per kapita Sabah telah meningkat daripada RM1,770 pada tahun 1970 kepada RM19,010 pada tahun 2013.

Jumlah rakyat yang bekerja juga telah meningkat daripada 38,000 pada tahun 1970 kepada 1.5 juta pada tahun 2013.

Dalam mengambil kira setiap pembentangan bajet dan Rancangan Malaysia, saya ingin membangkitkan soal jawatankuasa khas untuk mengkaji semula tuntutan 40% daripada pendapatan bersih yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan bagi negeri Sabah. Ini penting Tuan Yang di-Pertua, bagi merancakkan pertumbuhan pembangunan di negeri Sabah, Kerajaan Persekutuan perlu mengembalikan 40% hasil cukai yang diperoleh di Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah. Saya yakin kerajaan kita ialah kerajaan yang sering mengutamakan kepentingan rakyat. Dengan pengembalian hak 40% daripada hasil bersih yang diperoleh oleh Kerajaan Persekutuan pastinya akan meningkatkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan kerajaan sekarang dengan mengutamakan kebajikan rakyat.

final • 4:10 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Yang Berhormat Tenom.

final • 4:10 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Tuntutan 40%...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat Tenom?

final • 4:10 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Nanti.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya. Duduk Yang Berhormat Sandakan.

final • 4:10 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Tuntutan 40% daripada hasil bersih yang diperoleh oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah adalah selaras dengan laporan IGC

final • 4:10 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

dalam Bab 3 perenggan 24(8) yang mana “Kerajaan negeri seharusnya menerima 40% hasil bersih daripada Kerajaan Persekutuan setiap tahun”.

Perkara ini juga tercatat dalam pelan Perjanjian Malaysia 1963 dalam ‘Annex A Malaysia Bill Jadual Kelima Bahagian IV Perenggan 2(1a) dan (b) kali terakhir Kerajaan Negeri Sabah menerima bayaran ialah pada tahun 1974. Saya berani mengulanginya dalam Dewan Rakyat yang mulia ini kerana pembentukan jawatankuasa ini telah pun dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak pada 15 Julai 2015 tahun ini.

Justeru, penghargaan dan ucapan terima kasih buat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana bersetuju untuk membentuk jawatankuasa khas ini dan akan direalisasikan awal bulan Disember ini. Keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam menangani perkara ini ialah bukti beliau seorang yang prihatin dan mengutamakan kehendak rakyat.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:10 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Satu soalan sahaja Yang Berhormat Tenom.

final • 4:10 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Sekejap. Sekejap Yang Berhormat Sandakan.

final • 4:10 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Tentang ini 40% punya kutipan.

final • 4:10 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Nanti.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan dulu atau tidak?

final • 4:10 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Saya bagi peluang nanti. Saya juga hendak membangkitkan soal persepsi rakyat Sabah yang masih menganggap federalism sebagai unitary sehinggakan ada pihak tertentu masih hendak mengapi-apikan suasana khususnya di alam siber kononnya Sabah itu sebuah negeri mengikut Perjanjian Malaysia 1963. Lebih lanjut lagi usaha dikatakan kempen mendapat tandatangan, ceramah dan juga seminar.

Soal sebegini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Apatah lagi setiap kali menjelang 31 Ogos, 16 September ia akan diprovakasikan.

Justeru sebagai seorang Ahli Parlimen Tuan Yang di-Pertua, saya harap agar kita perlu merujuk kembali apa yang terkandung dalam laporan Inter-Government Committee

(IGC) report Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Malaysia bagi menapis tanggapan-tanggapan tersebut. Jadi saya berharap, Kerajaan Persekutuan perlu memperjelaskan secara baik, tiada unsur-unsur unitary yang diperkatakan oleh pihak-pihak tertentu. Saya bimbang ada pihak-pihak tertentu cuba mengembangkan agenda bahawa Sabah itu ialah sebuah negeri dalam negara. Ya, Yang Berhormat Sandakan.

final • 4:10 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang ini satu jawapan saya dapat dari Parlimen tentang 40% punya kutipan cukai itu. Ini dia sebut, “Berhubung dengan kenyataan pihak majoriti Sabah mengenai 40% yang boleh dikutip dari cukai pendapatan. Kenyataan tersebut adalah tidak benar kerana tidak terdapat peruntukan khusus mengenai perkongsian hasil di bawah Perjanjian Malaysia 1963”. Ini jawapan dari kerajaan. Apakah pandangan Yang Berhormat Tenom?

final • 4:10 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Saya sudah jelaskan awal tadi bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersedia untuk mewujudkan satu jawatankuasa, untuk melihat perkara-perkara yang telah dibangkit termasuklah yang saya sebutkan tadi. Saya yakin di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bersama dengan kepimpinan di negeri Sabah kita, akan dapat memastikan setiap aspirasi, setiap cita-cita rakyat Sabah akan dapat dipenuhi menurut dalam perjanjian yang telah kita meterai semasa kita bersama-sama untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, perkara...

final • 4:10 PM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Yang Berhormat Tenom, sekejap.

Boleh? Yang Berhormat Sepanggar.

final • 4:10 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Okey.

final • 4:10 PM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Apakah pandangan Yang Berhormat Tenom sekiranya memorandum yang telah pun dikemukakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan permintaan cukai 40% dipulangkan kepada Sabah? Jika ia diluluskan oleh Kerajaan Pusat, maka pilihan raya akan datang, Barisan Nasional akan sapu bersih semua kawasan Parlimen di negeri Sabah. Apakah pandangan Yang Berhormat Tenom?

final • 4:10 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Saya berfikir, saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua, sudah tiba masanya kita mesti pandang ke hadapan. Soalnya, itu nanti tunggu pilihan raya. Akan tetapi, apabila keprihatinan kerajaan kita, kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melihat perkara ini, sudah tentu Yang Berhormat Sepanggar, saya percaya Barisan Nasional akan confirm dapat sapu bersih dalam pilihan raya yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, perkara sebegini berlaku sewaktu Singapura di dalam Malaysia yang mana mendiang Lee Kuan Yew melakukan lawatan ke luar negara. Kuan Yew mengamalkan konsep negara dalam negara. Dia membahasakan dirinya sebagai Perdana Menteri walaupun dia tahu Perdana Menteri itu ialah Tunku Abdul Rahman. Dia memperkenalkan pegawai-pegawainya di luar negara sebagai duta-duta. Walhal, Singapura bukanlah sebuah negara pada ketika itu.

Jadi, saya percaya pemimpin dahulu seperti Tun Datu Mustapha dan Tun Fuad Stephens semasa mereka memimpin negeri Sabah telah meletakkan asas yang kukuh untuk rakyat Sabah hidup aman, bahagia di dalam Malaysia dengan termeterainya Perjanjian Malaysia 1963. Sebab itu kali ini saya syorkan kepada Kerajaan Persekutuan Tuan Yang di-Pertua, untuk menyenaraikan dan mendedahkan kepada rakyat negeri Sabah dengan lebih terperinci jumlah peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dan juga projek- projek di kawasan masing-masing. Dengan itu, rakyat di Sabah boleh melihat sendiri jumlah peruntukan yang telah disalurkan di seluruh kawasan mereka. Kita mesti terbuka kerana rakyat kita hari ini semakin bijak. Dedahkan butir-butir bajet itu secara terperinci pada tiap- tiap kawasan, bukannya secara jumlah yang besar. Barulah rakyat di Sabah merasai pembangunan di kawasan mereka dan tidak dianaktirikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung dengan pengumuman beliau yang mengatakan bahawa 90% tenaga kerja dalam bidang pendidikan terdiri daripada warga Sabah ketika dalam ucapannya merasmikan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September pada tahun ini di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Pengumuman ini sangat dialu-alukan oleh rakyat Sabah, khususnya dalam memperkasakan bidang pendidikan di Sabah dan sebagai satu langkah ke arah proses borneosasi serta memberi peluang kepada rakyat Sabah memenuhi jawatan dan peluang pekerjaan di Sabah.

final • 4:10 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Selain itu saya berharap agar sektor lain turut lain diberi peluang yang sama. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya berharap juga pengambilan guru-guru di Sabah dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah itu sendiri. Biarlah Jabatan Pendidikan Negeri yang menentukan. Soal ini penting bagi memudahkan Jabatan Pendidikan Negeri dapat mengenal pasti anak-anak Sabah yang terbaik dalam sektor pendidikan. Jadi saya syorkan supaya pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi mengambil kira dalam hal ini.

Perlu ada juga sedikit kelonggaran dan penambahbaikan dalam soal autoriti dan pekeliling, barulah pergerakan atau usaha-usaha anak-anak Sabah yang hendak mengajar di negeri sendiri boleh direalisasikan dengan segera.

Di samping itu, sejarah amat penting bagi kita menghayati dan menghargai perjuangan-perjuangan pemimpin kita yang terdahulu dalam membina bangsa dan negara.

final • 4:20 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Namun Tuan Yang di-Pertua, sejauh manakah sejarah pembentukan Malaysia ditekankan dalam bidang pendidikan kita ketika ini sejak dahulu sehingga kini menjadi persoalan.

Kita melihat dan membaca subjek Sejarah yang diajar di sekolah lebih banyak menitikberatkan sejarah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu berbanding dengan sejarah pembentukan Malaysia 1963.

Saya yakin dan percaya bahawa Malaysia terbentuk dengan persetujuan Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu untuk sama-sama membentuk Malaysia dengan terhasilnya Perjanjian Malaysia 1963. Apa yang kita mahu ialah penekanan subjek Sejarah seharusnya mengambil kira sejarah Sabah dan juga Sarawak kerana Malaysia terdiri dari tiga buah entiti.

Justeru itu, saya berharap Kementerian Pendidikan dapat memperbetulkan fakta sejarah yang diajar di sekolah baik di sekolah menengah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Ketidakseimbangan dalam subjek Sejarah mengenai Sabah sangat ketara sehingga Sabah dilihat sebagai tidak menyumbang apa-apa dalam Malaysia.

Kita perlu memberi fakta yang sebenarnya pada generasi sekarang kerana soal kemerdekaan dan pembentukan Malaysia tidak seharusnya dipandang ringan. Bagaimana kita menyebut kita Malaysia sedangkan fakta sebenar dalam Inter-Governmental Committee Report (IGC) dan Perjanjian Malaysia 1963 tidak ditekankan dalam bidang pendidikan kita. Itulah sejarah pembentukan Malaysia.

Jadi perkara-perkara sebegini Tuan Yang di-Pertua, perlu diambil perhatian dalam memastikan rakyat Sabah terus memberi sokongan kepada kerajaan dan juga dapat menyumbang kepada negara.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Bajet 2016 dengan tema “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” menunjukkan bukti kerajaan prihatin dan komited membantu meringankan bebanan rakyat terutama dalam menangani beban peningkatan kos sara hidup bagi kumpulan berpendapatan rendah dan juga sederhana.

Malahan pemberian langsung kepada golongan sasar berpendapatan rendah B40 yang telah ditingkatkan dalam bajet kali ini adalah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah jumlah BR1M ditingkatkan kepada 5% kepada RM1,000, dan bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 dan RM4,000 sebulan akan mendapat RM800 daripada RM750 iaitu peningkatan sebanyak 7% Tuan Yang di-Pertua.

Kalau di Sabah, satu kaji selidik mengenai kos sara hidup menunjukkan bahawa sebanyak 56% individu yang bekerja di Bandaraya Kota Kinabalu menerima gaji di bawah RM2,500 sebulan manakala 32% lagi RM3,000 sebulan. Malahan menerusi kajian yang dijalankan oleh Junior Chamber International (JCI) ke atas individu berumur di antara 25 tahun hingga 40 tahun itu turut menunjukkan bahawa kos sara hidup di Bandaraya Kota Kinabalu memerlukan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kita masih melihat royalti perlu mendapat perhatian oleh pihak kerajaan kerana ia merupakan hak dan keperluan sesebuah negeri pengeluar minyak dalam membangunkan kemudahan dan juga bagi kemajuan negeri tersebut.

Kita sedar royalti yang diberikan oleh pihak Petronas merupakan satu angka yang kecil berbanding dengan keuntungan yang diperoleh. Oleh yang demikian, adalah perlu bagi kita untuk menilai semula kepentingan untuk mengkaji kadar royalti yang perlu dibayar kepada negeri pengeluar minyak yang baru.

Saban tahun Tuan Yang di-Pertua, kita sering mendengar dan juga membaca permintaan untuk kenaikan royalti yang diberikan oleh Petronas kepada Sabah. Kalau kita lihat dalam Laporan Tahunan Kewangan berakhir 31 Disember pada tahun 2014, Petronas telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM47.6 bilion. Yang menjadi persoalannya, berapakah royalti yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan negeri selaku antara negeri pengeluar minyak utama di dalam Malaysia.

final • 4:20 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Seperti yang diketahui umum Tuan Yang di-Pertua, bahawa Petronas hanya membayar 5% hasil daripada minyak dan gas yang diperoleh dari Sabah. Namun sebenarnya tanggapan 5% royalti tersebut adalah tidak betul Tuan Yang di-Pertua. Sama sekali dan rakyat Sabah boleh dikatakan telah ditipu dalam hal ini kerana 5% merupakan pembayaran tunai daripada hasil jualan kasar dan ini merupakan perjanjian yang telah dimeterai antara Petronas dan juga kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, perjanjian antara kerajaan negeri dan Petronas mengenai pembayaran tunai sebanyak 5% adalah berdasarkan kepada jualan kasar dengan syarat royalti tidak dituntut adalah terhapus atau tidak sah apabila darurat telah dirungkai melalui pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun 2011. Oleh itu kita harus merujuk kembali kepada IGC juga Malaysia Agreement 1963 dan juga Perlembagaan Malaysia yang berkaitan dengan pembayaran royalti hasil minyak dan juga gas kepada Sabah.

Justeru itu, sudah tiba masanya Tuan Yang di-Pertua untuk kita memandang serius perkara ini. Setelah 52 tahun kita bersama-sama dalam Malaysia, sudah jelas tiba masanya Sabah diberi hak pemberian royalti yang sewajarnya.

Saya ingin menarik perhatian dalam Dewan yang mulia ini, cuba kita rujuk Laporan IGC, Inter-Governmental Committee Report dalam muka surat 8, dalam Bab III Perenggan 24(d), jelas menyatakan bahawa Sabah seharusnya mendapat 10% hasil daripada royalti atau duti eksport. Saya yakin dan percaya Tuan Yang di-Pertua, sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan mengembalikan hak yang sepatutnya menjadi milik rakyat Sabah untuk melihat pembangunan dari segi kemudahan infrastruktur sama ada di bandar ataupun di luar bandar.

Memandangkan bajet yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tuan Yang di-Pertua, amat mengutamakan rakyat, maka sudah tiba masanya kerajaan melihat pembayaran royalti oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai salah satu langkah yang perlu diberi perhatian kerana ia akan menerima kebaikan dalam hal ini adalah rakyat yang selama ini sentiasa menyokong dasar dan juga matlamat kerajaan kita, Kerajaan Barisan Nasional.

Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong bajet yang diumumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang Berhormat Tenom menyokong.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seputeh.

final • 4:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bajet 2016 dibentangkan dalam tempoh kegawatan ekonomi sekarang, tetapi kesannya bajet ini gagal mengatasi banyak masalah di negara kita khususnya masalah dan persepsi yang banyak menjejaskan pelaburan dan kedatangan pelancong ke negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, nilai mata wang Ringgit Malaysia yang lemah berbanding dengan negara jiran kita sepatutnya menggalakkan lebih ramai pelancong asing untuk melawat negara kita. Akan tetapi mengikut laporan yang disiarkan dalam The Malay Mail pada 21 Oktober 2015, beberapa hari yang lepas ini, ia melaporkan Malaysia sedang mengalami penurunan pelancong pada kali pertama dalam beberapa dekad.

Menurut laman web Tourism Malaysia, ketibaan pelancong asing pada bulan Januari pada tahun ini telah jatuh 6.4% berbanding dengan tahun lepas. Ini diikuti dengan penurunan sebanyak 8% pada bulan Februari dan 11% pada bulan Mac. Penurunan kedatangan pelancong asing yang berlaku pada tahun ini selepas kempen Visit Malaysia Year 2014 dan kempen Malaysia Year of Festivals 2015 (MyFEST) dengan slogan “Endless Celebrations”, yang fokus kepada kepelbagaian perayaan kebudayaan di Malaysia.

Penurunan kedatangan pelancong ini menunjukkan usaha Kementerian Pelancongan dan

final • 4:28 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kebudayaan ini tidak mendatangkan impak yang kekal di kalangan pelancong asing sehingga kita melihat keadaan ini berlaku.

final • 4:28 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Mengikut Laman Web Pelancongan Malaysia penurunan pelancong dari negara China adalah paling serius sekali. Kadar kejatuhan pelancong dari negara China ialah 28.5 % berbanding dengan penggal yang sama pada tahun lepas. Keadaan ini adalah amat membimbangkan kerana pelancong dari China merupakan golongan pelancong yang paling banyak shopping ataupun beli-belah berbanding dengan pelancong dari negara lain.

Mengikut akhbar dari Street Times walaupun negara Thailand mengalami pergolakan politik yang berikutan dengan rampasan kuasa oleh pihak tentera pada Mei 2014. Akan tetapi negara Thailand merekodkan peningkatan pelancong asing sebanyak 29.5% dan peningkatan seramai 14.8 juta orang pelancong asing pada penggal pertama tahun ini.

Saya berpendapat sebab pelancong asing tidak datang ke Malaysia adalah kerana yang pertama, imej tentang keselamatan di Malaysia. Empat kes penculikan pada awal 2014 dan pembunuhan anggota polis di Pantai Timur di Sabah menimbulkan persoalan tentang keselamatan bagi pelancong yang ingin melawat Sabah.

Sehubungan itu, Perhimpunan Rakyat Bersatu ataupun Perhimpunan Baju Merah yang menyebarkan mesej yang penuh dengan baur perkauman dan ugutan terhadap keselamatan orang Cina pada 16 September tahun ini, juga menghantar mesej bahawa Malaysia adalah tidak selamat bagi pelancong asing khususnya bagi pelancong daripada negara China.

Selain itu, kenyataan yang berbaur perkauman yang dibuat oleh Menteri Kabinet seperti Yang Berhormat dari Bera yang menyalahkan peniaga Cina yang menipu pelanggan Melayu di Low Yat Plaza dan juga Timbalan Menteri dari Pasir Salak yang ingin menampar orang Cina yang buat complaint di luar negara dan siri kenyataan yang lain telah menjejaskan slogan ‘Malaysia Truly Asia’ dan imej Malaysia sebagai negara yang aman dan harmoni.

Saya ingin memuji Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan kerana mengambil langkah yang proaktif untuk berjumpa dengan Duta negara China selepas Duta negara China membuat lawatan di Petaling Street sebelum 16 September. Saya percaya Yang Berhormat Menteri faham tentang persepsi pelancong dan juga warga di China terhadap Malaysia selepas berlakunya kehilangan kapal terbang MH370 pada 8 Mac tahun lepas. Siri penculikan pelancong di Sabah yang juga melibatkan pelancong dari negara China, skandal 1MDB, Himpunan Rakyat Bersatu ataupun Perhimpunan Baju Merah yang mengeluarkan ugutan berunsur keganasan terhadap orang Cna di Malaysia dan juga siri laporan yang negatif terhadap Malaysia oleh media antarabangsa termasuk juga media di negara China.

Saya berharap Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan juga anggota Kabinet yang lain, yang sensible menasihati rakan-rakan anggota Kabinet tentang kenyataan yang berbaur perkauman mereka dan juga double standard PDRM terhadap perhimpunan orang ramai, dimana Perhimpunan Baju Merah yang memainkan isu perkauman diberi kebenaran oleh pihak polis, manakala polis menafikan kelulusan bagi Perhimpunan Bersih 4 yang menuntut pilihan raya dan pentadbiran yang bersih dan telus.

Kesemua ketidakadilan ini dan juga arahan yang double standard ini pun menjejaskan imej kerajaan dan juga nama baik Malaysia di masyarakat antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa masalah kedua ialah masalah bagi pelancong dari negara China untuk mendapatkan visa pelancongan ke Malaysia.

Menurut Pengerusi Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia, pelancong dari negara China dikenakan charge service untuk visa ke Malaysia. Manakala negara jiran di rantau ASEAN mengenakan dasar tanpa visa bagi pelancong dari negara China. Selain itu, pusat sehenti ataupun one stop centre bagi pelancong asing seperti Ultra Kinrara di Beijing hanya mempunyai 10 kakitangan untuk memproses 1,500 permohonan visa setiap hari.

final • 4:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Keadaan ini juga mengecewakan ramai pelancong negara China sehingga mereka pilih melancong ke negara jiran kita dan tidak datang ke Malaysia.

Saya ingin tanya apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Kerana kita lihat satu kementerian bersungguh-sungguh untuk menarik pelancong asing khususnya dari negara China untuk datang ke Malaysia tetapi nampaknya agensi kerajaan negara China ini tidak memberikan kerjasama.

Sehubungan dengan itu, saya juga mencadangkan kerajaan menyahut seruan daripada Presiden Malaysia Association of Tour and Travel Agents, Datuk Haji Hamzah Rahmat yang menyeru kerajaan memberi potongan cukai kepada agensi pelancongan yang mampu membawa masuk 700 orang pelancong asing ataupun 1,000 pelancong tempatan.

Saya berpendapat ini adalah ini adalah cadangan yang harus diambil perhatian oleh kerajaan supaya lebih insentif diberi kepada agensi pelancongan di negara kita untuk menarik pelancong asing.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota bangun.

final • 4:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Siapa itu?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Indera Mahkota. Belakang, belakang.. Ahli Dewan: Belakang, belakang.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kawan sama Pakatan.

final • 4:30 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat adakah benar dalam keadaan ekonomi yang gawat, kemasukan pelancongan ke negara kita akan mendatangkan hasil yang banyak dan ini boleh neutralize, dengan izin kejatuhan wang ringgit, adakah itu benar? Terima kasih.

final • 4:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Memang, kerana sekarang kita menghadapi, saya rasa kita menuju ke arah krisis ekonomi. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Menteri Pelancongan yang mengatakan penurunan mata wang ringgit sebenarnya boleh menggalakkan pelancong asing datang untuk membeli-belah untuk melancong di Malaysia. Tapi sekarang ialah orang politik termasuk anggota Kabinet sendiri yang menyuarakan kenyataan yang tidak patut yang betul-betul perkauman. Macam mana kita hendak galakkan orang asing, pelancong asing datang ke Malaysia? Mereka rasa yang Malaysia ini nampaknya ada rusuhan kaum, rasanya tidak selamat. Itu sebab mereka tidak datang.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan dengan isu kehilangan tujuh orang budak Orang Asli yang belajar di Sekolah Kebangsaan Tohoi. Saya merasa kesal bahawa usul tergempar saya yang dibentangkan pada hari pertama sidang Dewan Rakyat ini ditolak oleh Speaker dalam kamar dan tidak dibahaskan untuk Dewan ini. Kehilangan tujuh orang budak Orang Asli yang belajar di Sekolah Kebangsaan Tohoi di Gua Musang sejak 23 Ogos tahun ini dan lepas itu kita mendapati 43 hari kemudian lima orang mati dan telah pun menggoncangkan masyarakat seluruh dunia. Apa yang mengejutkan masyarakat umum ialah budak-budak ini dijumpai di kawasan hutan dalam lingkungan jarak satu kilometer daripada Sekolah Kebangsaan Tohoi iaitu sekolah asrama mereka.

Ini menimbulkan persoalan, tentang usaha yang telah dilakukan oleh pasukan penyelamat untuk mencari kanak-kanak orang asli ini. Terdapat media yang melaporkan bahawa ibu bapa kanak-kanak tersebut pernah mengadu kepada SUHAKAM bahawa mereka tidak pernah diberitahu secara rasmi oleh pihak sekolah tentang anak-anak mereka yang hilang tersebut. Tambahan pula, usaha mencari kanak-kanak yang hilang ini hanya bermula lima hari selepas mereka dilaporkan hilang.

Di samping itu, terdapat laporan media yang menyatakan budak-budak Orang Asli ini mendapat layanan yang buruk di Sekolah Kebangsaan Tohoi. Mereka terpaksa tidur di

final • 4:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

atas lantai simen dan selalu dipukul oleh guru mereka sehingga mereka takut untuk pergi ke sekolah.

Saya ingin tanya soalan berikut kepada pihak kementerian dan saya minta Menteri memberi jawapan yang pertama ialah bilakah pihak polis ataupun pasukan penyelamat ini mula menjalankan usaha mencari mereka? Siapakah yang terlibat dalam usaha pencarian?

Apakah usaha yang telah dilakukan oleh pihak polis dan pasukan penyelamat untuk mencari kanak-kanak Orang Asli ini? Kenapakah pasukan penyelamat gagal mencari mereka, sebenarnya berada di tapak yang begitu dekat dengan SK Tohoi? Adakah itu benar aduan ibu bapa Orang Asli kepada SUHAKAM bahawa usaha untuk mencari budak- budak ini hanya bermula lima hari selepas dilaporkan hilang.

Soalan yang kedua ialah apakah benar pihak sekolah pecat mereka daripada sekolah pada keesokan hari selepas mereka tidak kembali ke sekolah? Dan apakah benar tentang penganiayaan terhadap kanak-kanak ini? Apakah itu benar bahawa pihak sekolah tidak pernah memberitahu ibu bapa budak-budak berkenaan rasmi selepas budak-budak ini hilang, kenapakah no alert tidak dicetuskan oleh pasukan penyelamat selepas tujuh orang budak dilaporkan hilang.

Saya ingin mencadangkan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa khas yang bebas yang terdiri daripada tokoh yang berwibawa dan berkaliber untuk mendengar dan menyiasat kes ini.

final • 4:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Rakyat berhak tahu sama ada semua dakwaan oleh NGO, media dan ibu bapa Orang Asli tersebut tentang kelalaian agensi-agensi kerajaan ini adalah benar ataupun tidak.

Tuan Yang di-Pertua, pada waktu bila skandal 1MDB dibincangkan dengan hangatnya di dalam dan di luar Parlimen, saya juga hendak tanya pihak kerajaan khususnya SPRM, apakah siasatan telah dijalankan terhadap isu pembelian Dudley House oleh MARA Inc. dengan AUD22.5 juta, manakala harga sebenarnya ialah AUD17.8 juta sahaja.

Mengikut laporan The Edge di Australia, perbezaan antara harga pembelian dan harga sebenar Dudley House sebanyak AUD4.75 juta telah dijadikan sebagai introduction and consultancy fees ataupun kickbacks dan disalurkan kepada satu shelf company di Singapura yang berkaitan dengan Pengerusi MARA Inc. iaitu Datuk Mohammad Lan Allani dan CEO MARA iaitu Dato’ Abd. Halim A. Rahim.

Selain itu, National Oversight and Whistleblowers (NOW) juga mengadu selain daripada kes Dudley House, MARA juga menggunakan shelf companies yang lain untuk membeli tiga hartanah yang lain di Melbourne iaitu 746 Swanston Street, 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street dengan jumlah nilai sebanyak AUD63.5 juta. Dalam artikel bertajuk, “Strong Sabah connection in MARA’s Aussie buys” yang disiarkan dalam Free Malaysia Today pada tarikh 25 Jun 2015, Yang Berhormat dari kawasan Parlimen Ketereh mengesahkan bahawa cadangan yang diluluskan oleh Lembaga MARA juga diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan selepas itu dihantar kepada Kementerian Kewangan ataupun National Economic Council.

Kenyataan Yang Berhormat kawasan Ketereh ini menunjukkan bahawa keputusan pembelian hartanah yang melebihi harga pasaran di Australia ini memang diketahui dan diluluskan oleh semua agensi kerajaan. Memandangkan kes pembelian hartanah melebihi harga pasaran dan pemberian kickbacks ini telah luas dilaporkan oleh media di Australia, saya ingin tahu apakah langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan dan SPRM berkenaan segala tuduhan yang disiarkan di media di Australia ini? Apakah hasil siasatan dalam kes ini? Apakah kerajaan akan mendakwa pihak yang terlibat ini ke mahkamah?

Tuan Yang di-Pertua, saya telah banyak kali menyuarakan ketidakpuasan saya terhadap cara DBKL yang meluluskan banyak kondominium dan bangunan komersial yang mempunyai kepadatan yang tinggi tanpa mengambil kira isu trafik dan kawasan lapang bagi penduduk di Kuala Lumpur. Sekarang saya juga ingin menyuarakan kebimbangan saya

final • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

terhadap dasar DBKL yang baru dengan mengurangkan 30% tempat letak kereta di projek komersial yang baru.

Alasan DBKL ialah demi menggalakkan orang ramai guna pengangkutan awam.

Saya ingin minta Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menyenaraikan projek dan lokasi kesemua bangunan komersial yang dikurangkan tempat letak kereta sebanyak 30% ini di Dewan yang mulia ini. Saya ingin nyatakan bahawa saya amat tidak setuju dengan langkah DBKL ini. Masalah sekarang adalah ramai orang ingin menggunakan pengangkutan awam, tetapi banyak tempat di Kuala Lumpur dan Selangor masih tiada LRT dan juga bas.

Walaupun pihak DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan berkata banyak tempat akan disambung dengan sistem LRT dalam beberapa tahun yang akan datang, tetapi kita juga mesti tahu sistem LRT masih belum dapat memasuki banyak kawasan kediaman. Jadi, dasar DBKL yang mengurangkan tempat letak kereta di projek komersial baru ini hanya membayangkan perancangan yang kurang rapi dan menyusahkan rakyat.

Saya ingin minta DBKL dan kementerian mengkaji semula dasar yang tidak mesra rakyat ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin minta DBKL mengehendaki pemaju yang ingin memajukan apa-apa tempat untuk memberi pampasan kepada setinggan sebelum projek mereka bermula. Saya terima aduan dari setinggan yang telah pun duduk berpuluh-puluh tahun di tapak di Chan Sow Lin iaitu di...

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...Geran 37713, Lot 260 Seksyen 92, Kuala Lumpur dan juga Geran 25272, Lot 3240 Seksyen 92 di Kuala Lumpur di mana mereka dihalau oleh tuan tanah yang enggan membayar apa-apa ganti rugi ataupun kos pemindahan. Walaupun kita tahu setinggan ada hak daripada segi undang-undang...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Seputeh.

final • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...Tetapi saya harap DBKL boleh menunjukkan keprihatinan kepada rintihan golongan miskin seperti ini di Kuala Lumpur.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Wangsa Maju bangun.

final • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya?

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Wangsa Maju.

final • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Okey, sila.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta komen dari Ahli Yang Berhormat Seputeh, baru-baru ini DBKL walaupun ekonomi gawat, ada satu flat hendak dirobohkan di Wisma PKNS dan bangunkan semula atau bina semula dengan satu bangunan yang canggih dan sangat mahal. Apa komen Ahli Yang Berhormat Seputeh.

final • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Seputeh, boleh gulung ya.

final • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, saya gulung. Apa yang saya baca dari surat khabar ialah Datuk Bandar yang baru ini iaitu Datuk Haji Mohd. Amin telah pun mengumumkan bahawa bangunan yang canggih 52 tingkat itu tidak akan dijalankan kerana kegawatan ekonomi. Saya berharap ini boleh disahkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan di Dewan yang mulia ini.

final • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya cepat sahaja, dua isu. Satu ialah saya rasa kesal yang mana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, mereka pandai untuk mengharamkan laman web Bersih 4.0, Sarawak Report dan lain-lain yang memaparkan isi kandungan yang mengehendaki ketelusan bagi kerajaan. Akan tetapi saya sudah buat beberapa laporan polis dan juga laporan kepada MCMC berkenaan siri tweet palsu yang dibuat atas imej akaun Twitter saya.

Ini termasuk tweet palsu yang pada 15 Ogos tahun ini yang berbunyi, “Rapists, robbers, kidnappers, housebreaking is usually done by one of the races in Malaysia - apparently done by Malay.” Tweet kedua ialah 20 Ogos tahun ini, “Sokong Yang Berhormat Azmin naik tarif air Selangor. Amat wajar untuk elakkan pembaziran air terutamanya pada hari Jumaat.” dan mesej tweet palsu 20 Ogos tahun ini, “Orang Melayu bangsa yang suka merogol, merompak, menculik dan pecah rumah dan Teresa Kok mahu duit zakat negeri Selangor diserahkan kepada Cina kerana orang Cina juga bayar cukai.” Semua ini saya tidak pernah mesej tweet seperti ini tetapi dibuat atas imej akaun Twitter saya dan disebarkan dengan luas.

Saya pernah juga tulis surat kepada Pengerusi MCMC, tetapi tidak ada apa-apa jawapan. Saya juga baca bahawa Yang Berhormat Bagan juga buat laporan polis pada 6 Oktober berkenaan mesej tweet palsu yang menggunakan imej akaun Twitternya yang berbunyi, *“Larangan pembesar suara di masjid dan surau dalam Pulau Pinang muktamad.

Mereka yang tidak setuju tidak layak tinggal dalam negeri ini, sila keluar.”* Ini semua ini tidak benar.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang memang adanya lama web yang membenarkan orang awam untuk keluarkan tweet palsu atas akaun orang lain. Laman web ini adalah simitator.com, lemmetweetthatforyou.com, tweetfake.com. Saya cadangkan MCMC haramkan laman web yang membenarkan orang hantar mesej tweet palsu atas akaun Twitter orang lain ini. Ini apa yang perlu dibuat oleh kementerian dan MCMC, tetapi tidak buat. Mereka ambil sikap pilih kasih apabila bila mereka hendak haramkan ataupun halangkan mana-mana laman web.

Akhir sekali ialah berkenaan dengan Yang Berhormat dari MCA yang berucap tadi dengan kedudukan sebenar UEC. Saya tanya satu soalan Parlimen dan apa yang saya dapat daripada pihak Kementerian Pendidikan ialah memang UEC tidak diiktiraf oleh- Saya baca sini, “Sijil UEC tidak boleh diguna pakai sebagai kelayakan masuk universiti awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi memandangkan ia tidak diiktiraf oleh KPM...” dan juga bagi kemasukan ke perkhidmatan awam, jawapannya ialah “Ia tidak diterima bagi tujuan pelantikan ke jawatan perkhidmatan awam kerana ia adalah kelayakan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan memandangkan ia tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan”. Saya hanya hendak tanya satu soalan, kita baca banyak tentang kenyataan yang terbuka dari Ketua Menteri Sarawak yang kata Kerajaan Sarawak akan mengiktiraf UEC.

final • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Akan tetapi jawapan yang saya terima daripada kerajaan ialah ia tidak diiktiraf dari segi pengambilan kakitangan perkhidmatan awam dan juga tidak diiktiraf untuk masuk ke universiti awam. Jadi adakah Ketua Menteri ini membuat janji kosong kepada masyarakat di Sarawak ataupun sebenarnya ini masih dalam perundingan dan sebagainya. Saya rasa yang khususnya masyarakat Sarawak yang tengah tunggu pilihan raya di Sarawak ini mahu tahu jawapan sebenar dan juga pendirian sebenar Kerajaan Pusat terhadap sijil UEC ini.

Sekian, terima kasih. Saya tolak Bajet 2016.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Bajet 2016 pada petang ini. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang merangkap Menteri kewangan yang telah pun membentangkan Bajet 2016 dengan tema ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ dan kita lihat bajet ini telah pun mendapat sambutan yang baik di kalangan rakyat walaupun pihak pembangkang tetap menolak bajet yang begini baik sekali.

Saya mewakili pesawah-pesawah Tanjong Karang, saya hendak ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah menaikkan subsidi harga padi daripada RM248.10 ke RM300. Ini sudah lama kita perjuangkan dan alhamdulillah hari ini menjadi kenyataan dan berita yang baik kepada pesawah-pesawah padi bukan sahaja di Tanjong Karang tetapi saya percaya di seluruh negara, lebih 555,000 kalau tak silap saya pesawah-pesawah padi.

Namun yang demikian, Tanjong Karang rasa kecewa sebab saya baru dapat SMS tadi. Tapak sewa pasar malam yang dahulunya sewa RM24 setahun, tetapi hari ini dinaikkan sebanyak RM144 setahun. Berapa kali ganda naik? Yang menaikkan cukai ini tentulah pihak berkuasa daripada kerajaan negeri. Yang itu mereka tak sebut. Saya nak beritahu, ini beza di antara Kerajaan Barisan Nasional dan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam kita memberikan pembelaan kepada rakyat.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana hasil daripada walkabout yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Hospital Kajang tempoh hari. Hasil walkabout tersebut hari ini telah pun diumumkan bahawa pembangunan semula Hospital Kajang akan dilaksanakan. Namun demikian, saya harap pembangunan Hospital Kajang ini benar-benar dilaksanakan. Jangan jadi macam Hospital Tanjong Karang. Dalam Dewan yang mulia ini, Bajet 2013 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan pembinaan baru Hospital Tanjong Karang. Hari ini sudah lebih dua tahun, Hospital Tanjong Karang belum menjadi kenyataan.

Saya hendak bertanya kepada pihak yang berkaitan, JKR kah, Kementerian Kesihatan, mengapa begini lambat melaksanakan Hospital Tanjong Karang. Saya dimaklumkan bahawa bajetnya RM250 juta. Akan tetapi apabila dibuat kajian, mereka bajet RM256 juta, lebih RM16 juta. Mungkin sebab itu, hospital ini lambat dilaksanakan. Namun demikian saya hendak mendesak kalau tidak cukup, jikalau tak dapat tambahan RM16 juta ini, ayuh teruskan. Bangunkan ia dengan peruntukan dengan sedia ada. Buatlah bangunan itu dahulu. Peralatan-peralatan kita kira kemudian. Siapkan bangunan dahulu untuk membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional kerajaan yang menepati janji.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh isu GST. Pihak pembangkang saya lihat memang menolak GST. Akan tetapi kita lihat 165 negara mengamalkan GST.

Kalu GST ini tidak baik, takkan negara-negara tersebut masih melaksanakan GST walaupun kita lihat ada di antara negara-negara tersebut bertukar kerajaan yang memerintah. Namun kerajaan baru yang memerintah, terus melaksanakan GST. Daripada laporan yang ada pada kita, kita lihat hari ini kalau hendak mengharapkan dividen petrol sahaja, dividen hasil minyak, tahun 2014 kita dapat RM29 bilion. Akan tetapi tahun 2015 turun kepada RM26 bilion. Tahun depan, 2016 hanya tinggal RM16 bilion dividen minyak.

Nasib baik kita ada GST yang kita lihat mulai April yang lepas, kita dapat RM27 bilion dan insya-Allah tahun 2016, kita akan dapat RM39 bilion.

Ini menunjukkan langkah kerajaan memperkenalkan GST ini sudah betul. Hanya hari ini yang kita persoalkan ialah daripada segi pelaksanaannya yang ramai dan kalau kita bangkitkan. Kita akui dasar ini dasar baru. Mungkin pihak yang berkenaan, pihak kerajaan masih tidak dapat melaksanakan dengan sebaik mungkin. Kenaikan harga barang kita tidak boleh nafikan. Kalau dahulu, kenaikan harga barang ini dikaitkan dengan kenaikan harga minyak. Akan tetapi hari ini bila kita lihat harga minyak adakalanya diturunkan, harga barang masih tidak turun. Dan hari ini dikaitkan pula dengan GST. Kononnya sebab GST lah harga barang-barang ini dinaikkan.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya tidak menafikan bahawa kenaikan barang-barang ini memang berlaku, on the ground. Saya mengambil satu contoh, Tuan Yang di-Pertua. Ini ramai kawan saya sebelah sana yang...

final • 4:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Tanjong Karang, sedikit sahaja.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya akan bagi habis. Yang kita pergi makan di kedai MZ ini. Ini kedai budu ini, ramai kawan yang sebelah sana pun makan. Saya pergi, saya tanya tauke MZ ini, macam mana dia berniaga. Dia kata berniaga teruk, Datuk. Fasal apa? Harga ikan, dahulu katanya sekotak ikan baru harganya RM80.

Hari ini sekotak ikan yang sama, naik sampai RM130. Ini bermakna RM50 satu kotak. Dia pakai ikan empat kotak sehari. Ertinya RM200 dia terpaksa belanjakan untuk beli ikan yang sama. Padahal, kalau kita lihat senarai-senarai yang dikecualikan daripada GST, termasuk ikan, sayur dan bagaimana kena GST. Akan tetapi yang bagaimana ikan sekotak boleh naik sampai RM50? Ya, saya beri laluan.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 4:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Tanjong Karang lah. Isu GST ini telah ditentang dengan begitu hebat oleh pembangkang dan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terus melaksanakan GST dengan begitu berani dan kita jangkakan begitu betul sekali. Apa yang jadi hari ini ialah kemelesetan ekonomi dunia, GST telah dapat menampung. Cuba, saya hendak tanya Yang Berhormat Tanjong Karang, apa akan jadi kalau kita dengar cakap pembangkang hari itu, kita tidak laksanakan GST.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Kalau kita dengar cakap pembangkang, maka kita tidak boleh memberi dan menyediakan bajet yang baik. Ini yang mereka harap. Bila kita tidak dapat menyediakan bajet yang baik, maka mereka terus mengatakan bahawa kita tidak reti mentadbir. Ekonomi kita makin teruk. Jadi bila dasar kita sudah betul, hari ini mereka masih tidak boleh menerima kenyataan.

Jadi saya hendak balik kepada GST. Saya lihat masalah yang timbul GST ini ialah daripada segi pelaksanaan dan juga penguatkuasaan. Kerana itu saya hendak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri yang telah pun mengumumkan bahawa untuk menggerakkan anggota RELA seramai 3.6 juta orang untuk dilantik menjadi mata telinga dan juga memantau kenaikan harga barang-barang. Namun demikian, kita harap apa yang diumumkan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri ini akan menjadi satu kenyataan kerana kita lihat sudah banyak kali kenyataan-kenyataan sebegini diumumkan tetapi tidak menjadi kenyataan.

Saya ambil sebagai contoh, bahawa KPDNKK pernah mengeluarkan kenyataan pada tahun 2014 untuk membenarkan JKK dan juga JKKP untuk memantau harga semula semua barang-barang kawalan, 2014. Pada April 2015, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pula mengeluarkan kenyataan bahawa JKK akan dilantik untuk memantau kenaikan barang. Dua Menteri buat kenyataan. Akan tetapi saya dimaklumkan di Selangor, tidak ada satu JKKP lagi dilantik sebagai pegawai untuk memantau kenaikan harga barang-barang.

Kita akui hendak mengharapkan penguat kuasa KPDNKK ini mereka tentu tidak mampu kera tenaga mereka tidak sampai 2,000 orang. Masakan mereka boleh mengawal kenaikan harga barang.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Oleh kerana itu saya ingin mencadangkan bahawa kenyataan pelantikan RELA dan juga pelantikan pengerusi JKKP yang ada lebih kurang 3,000 di seluruh negara ini mesti dilaksanakan dengan segera. Sekurang-kurangnya mereka ini boleh membantu memantau kenaikan harga seperti mana yang saya nyatakan tadi bagaimana ikan yang

final • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

sama boleh naik harga sampai RM50 satu kotak. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya kenaikan harga – untuk kita memberikan kemudahan kepada GST ini saya ingin mencadangkan supaya kluster rakyat-rakyat tertentu dikecualikan daripada GST. Kita tidak nafikan bahawa beribu barang-barang pun telah disenaraikan sebagai zero GST...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Ampang kalau hendak bersuara, sila bangun. Terima kasihlah Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Kita juga tahu bahawa baru- baru ini pun ditambah lagi. Beratus lagi barang ubat-ubatan dikecualikan daripada GST.

Oleh sebab itu mungkin kerajaan memikirkan kumpulan-kumpulan rakyat yang miskin ini hanya berbelanja membeli barang-barang yang dikecualikan daripada GST. Namun demikian, saya hendak cadang kalau selama ini kerajaan memberikan tumpuan kepada mengecualikan barang-barang tertentu daripada GST saya rasa sudah sampai masanya kerajaan kena memberikan pengecualian pula kepada kumpulan-kumpulan rakyat yang ada di dalam negara kita.

Pelajar-pelajar sebagai contoh, mereka patutnya dikecualikan daripada GST kerana mereka memerlukan dan membeli barang-barang yang dikenakan GST. Senarai eKasih mereka yang dalam eKasih ini yang kita berikan pelbagai bantuan dan kita bagi bantuan kepada mereka dan mereka pula kalau membeli barang-barang yang kena GST mereka pula kena GST. Seperti warga emas, seperti OKU, mereka ini semuanya ada dalam senarai. Saya percaya semua kementerian ada senarai-senarai mereka ini, maka dalam zaman IT ini maka boleh dirancang supaya kumpulan-kumpulan pelajar, golongan eKasih, OKU, warga emas dan kumpulan-kumpulan yang lain yang difikirkan sepatutnya boleh dikecualikan daripada GST ini.

Isu yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan isu tol. Kita tidak nafikan bahawa kenaikan tol memang tidak boleh dielak. Ini kerana kalau kita lihat kenaikan tol ini sepatutnya telah bermula pada tahun 2008. Bila tahun 2008 tol sepatutnya naik tapi tidak naik. Kerajaan kena membayar pampasan kepada syarikat konsesi. Saya tengok daripada 2008 RM56 juta, tahun 2009 RM73.6 juta, tahun 2010 RM164, 2011 RM261 juta dan bila sampai 2015 bermakna RM1.1 bilion kerajaan kena membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi. Kalau kerajaan membelanjakan sampai RM1.1 bilion, apakah ini adil kepada rakyat yang tidak pernah menggunakan tol? Ada rakyat di luar bandar, mereka tidak perlukan tol tetapi mereka terpaksa menanggung kerana kalau RM1.1 bilion ini dibelanjakan kepada semua rakyat maka rakyat akan banyak faedah.

Akan tetapi bila kita hantar pampasan kepada tol, maka hanya orang-orang yang menggunakan tol sahaja yang mendapat faedah. Oleh kerana itu saya lihat bahawa kenaikan tol memang kita tidak boleh nafikan namun demikian walaupun tol naik tetapi saya lihat kesesakan masih lagi berlaku. Berlaku di waktu-waktu peak hours. Waktu kemuncak, queue nya panjang, jadi saya hendak cadangkan supaya kerajaan perkenalkan dua sistem bayaran tol. Satu, di waktu puncak. Mungkin 7.30 pagi sampai 10 pagi. Ini okey, gunakan tol yang standard. Akan tetapi di luar waktu puncak sepatutnya diberikan kurang bayar. Jadi ini boleh mengelakkan bagi mereka yang tidak terlibat dengan aktiviti waktu puncak mereka boleh keluar selepas pukul 10. Hendak balik sebelah petang mungkin pukul 5 sampai pukul 7.30 itu waktu puncak.

Siapa pun sudah lepas 7.30 okey, bayar kurang. Jadi siapa hendak bayar kurang tol boleh balik lewat sikit, juga di waktu public holiday. Saya tadi Yang Berhormat Seputeh cakap fasal pelancongan, betul kita kena menggalakkan pelancongan dalam negeri. Ini kadang-kadang kalau kita lihat hari cuti hendak datang Kuala Lumpur, kalau dari Selangor hendak masuk Wilayah Persekutuan pergi Kuala Lumpur, saya tak nampak mana jalan yang tak kena tol. Daripada Tanjong Karang hendak sampai ke Shah Alam saya kena melalui 5 tol. Lima tol kena bayar, sudah naik harga pula. Kalau dulu hanya bayar RM8.20 sekarang naik RM10.70 sehala.

Jadi kerana itu kalau kita boleh memberikan pengecualian ataupun kurangkan kadar tol waktu public holiday memberi peluang kepada rakyat-rakyat di luar bandar untuk

final • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

bersama-sama keluarga untuk bercuti, untuk melancong datang ke Lembah Klang. Saya juga hendak mencadangkan supaya ada tol-tol yang sudah lama ini patut ditutup seperti tol di Federal Highway. Hari ini tol Federal Highway kalau kita lihat sejarah bermula tahun 1992 sudah 23 tahun masih lagi beroperasi. Hendak banding dengan tol Jalan Kucing, baru 16 tahun, tol Jalan Kucing telah ditutup. Akan tetapi mengapa tol di Federal Highway masih lagi beroperasi? Bukannya satu tol, dua tol daripada Sungai Rasau kalau dari Klang dua kali kena bayar tol. Daripada Sungai Rasau kena sudah masuk lagi dari Shah Alam pun kena sedangkan tol ini sudah pun lama.

final • 5:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Sejarah tol ini juga dari Federal Highway, hanya diupgrade. Saya difahamkan sebabnya tol ini tidak boleh dibatalkan kerana tol ini bukan di bawah PLUS. Bila letak bawah PLUS konsesi ia sama seperti jalan daripada Utara ke Selatan. Ini bermakna pengguna-pengguna tol di Federal Highway terpaksa menanggung kos kepada pengguna-pengguna jalan daripada Utara dan Selatan. Jadi saya ingat sudah sampai masa kerajaan kena lihat, ini sebab orang Selangor marah. Itu sebab Selangor kita kalah betul.

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Betul! Orang Selangor memang marah. UMNO sendiri telah beberapa kali buat memorandum...

final • 5:00 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Setuju tidak...

final • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Kita buat memorandum, kita buat demonstrasi tetapi tidak dipandang...

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Buat demonstrasi...

final • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Oleh pihak kerajaan kerana tol itu diletakkan sekali dengan konsesi PLUS yang saya ingat tidak ada kena-mengena.

Sebab apa orang Selangor lalu Federal Highway kena menanggung kos yang digunakan oleh tol Utara-Selatan. Kalau tidak boleh tutup semua Tuan Yang di-Pertua, tutup separuh jadilah. Okey, hendak pergi Kuala Lumpur...

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kalau tak boleh tutup pun…

final • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Sungai Rasau tutup, Batu Tiga tutup. Jadi hendak pergi kerja sudah tak ada jem. Balik boleh kena tol. Kalau tidak ada tutup semua tutup separuh pun saya ingat sudah cukup baik.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Tanjong Karang, ada tiga yang bangun. Yang Berhormat Setiawangsa...

final • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Pendek-pendek sahajalah saya kejar masa, banyak lagi hendak cakap.

final • 5:00 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Disebabkan itu adakah Yang Berhormat Tanjong Karang bersetuju bahawa sudah sampai masa kerajaan menetapkan sebahagian daripada peruntukan tiap-tiap tahun untuk mengambil alih konsesi-konsesi tol ini seperti mana yang berlaku di Pan Borneo yang kita boleh bayar tanpa tol, sebanyak berbilion-bilion ringgit ini tanpa tol. Sudah sampai masanya saya ingat Yang Berhormat Tanjong Karang bersetuju dengan saya, kerajaan juga set aside some of budget every year untuk mengambil alih tol-tol ini.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang boleh gulung. Ya sila, ya Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 5:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya tertarik dengan isu bantahan tol yang tegas. Cuma semalam Menteri Kerja Raya dalam program di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein telah menyatakan bahawa kalau rakyat tidak mahu bayar tol maka pengguna lebuh raya harus mencari jalan alternatif. Apa pandangan Yang Berhormat Tanjong Karang? Terima kasih.

final • 5:00 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Okey terima kasih. Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Setiawangsa dan betul. Saya juga baca kenyataan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan daripada Titiwangsa mengatakan bahawa kalau income kita, harga minyak naik, pendapatan negara naik mungkin kita boleh mengatasi masalah tol. Jadi, saya setuju kita belilah, kita belikan konsesi itu supaya kita dapat meringankan beban kepada rakyat tetapi yang daripada Yang Berhormat Bukit Katil ya, saya tidak baca kenyataan itu. Akan tetapi saya tengok-tengok kalau dari Selangor hendak masuk Shah Alam saya rasa, saya rasalah tidak ada jalan yang tak ada tol. Semua jalan ada tol. Jadi, sebab itu ...

final • 5:00 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Jalan kakilah.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Bukan saya tidak bagi, masa saya tidak ada.

Seterusnya ialah isu perumahan. Saya masih hendak ulang masalah isu perumahan pekerja-pekerja ladang. Kita kena akui bahawa orang-orang India, kaum-kaum India yang bekerja di ladang, mereka menganggap ladang itu kampung mereka. Akan tetapi apa yang berlaku ialah syarikat-syarikat perladangan ini memberi mereka kuarters. Apabila mereka ini bersara, mereka tidak boleh duduk dalam kuarters melainkan ada anak mereka bekerja di ladang tersebut.

Jadi, saya hendak cadangkan, ambil pandangan ini serius supaya orang India juga merasa mereka juga ada kampung asal mereka. Maka, sudah sampai masanya kerajaan mewajibkan mana-mana syarikat perladangan mesti memperuntukkan tanah untuk membuka bandar-bandar kecil, apa salahnya, buat rumah untuk pekerja ladang daripada membuat kuarters. Jual rumah ini kepada pekerja-pekerja mereka. Saya percaya mereka mampu membeli. Daripada kita beri kuarters tetapi apabila pencen mereka terpaksa keluar daripada ladang yang mereka tinggal begitu lama.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat terkejut hari ini apabila saya mendapat jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri. Soalan saya hari ini minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa ramai rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun ke bawah yang telah meninggal dunia sejak 10 tahun yang lepas mengikut pecahan kaum. Saya cukup terkejut kerana mengikut pecahan kaum, yang ramai meninggal ialah orang Melayu iaitu seramai 28,151 orang. Akan tetapi orang Cina hanya 4,270 orang. Saya tidak tahu sebab apa jauh sangat beza ini.

Adakah budak-budak Melayu bawah 12 tahun ini memang tidak cukup makan kah, dapat penyakit, ramai yang meninggal, dan orang Cina ini pula mungkin kesihatan dia baik?

Atau pun, orang Melayu bila dia meninggal dia kena buat pendaftaran. Kalau tidak buat pendaftaran, susah hendak dapat tanah perkuburan. Ini saya baca perangkaan, ini bukan perkauman. Saya hendak bagi tahu. Adakah kemungkinan- saya tidak tahu. Adakah bila meninggal tidak dibuat pendaftaran, sebab itu bilangannya sedikit. Saya hendak minta pihak yang berkenaan buat kajian mengapa jurang Melayu yang seramai 28,151 orang daripada Cina yang seramai 4,270 sahaja yang meninggal. Mengapa jurang itu begitu tinggi?

Bila saya bercakap macam ini Tuan Yang di-Pertua, saya bukan perkauman. Yang Berhormat Seputeh kata pasal perkauman. Kena jelas erti perkauman. Apa salahnya Baju Merah yang mendapat permit polis yang ada kelulusan yang mereka bercakap mempertahankan hak-hak Melayu di dalam Perlembagaan? Itu tidak salah. Yang salah tadi itu yang dicakapkan tadi itu, yang dikatakan fitnah, menuntut perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan. Itu yang dikatakan perkauman. Apa salahnya? Dan kita mendapatkan kelulusan. Bukan macam Bersih.

Eh, kalau Bersih baju kuning suruh buat dekat Padang Merdeka, tak nak. Nak pergi buat di Dataran Merdeka yang melibatkan hari menyambut kemerdekaan. Mereka lagi menghina Hari Kemerdekaan. Apakah itu tidak menghalang pelancong-pelancong untuk

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

melihat Hari Kemerdekaan memandangkan mereka telah mengugut hendak membuat satu demokrasi haram? Jadi, jangan tengok kesalahan orang.

Tadi disebut suruh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri letak jawatan. So, apa hendak letak jawatan? Kita ada peraturan kita. Jangan create satu precedent mendesak seseorang pemimpin letak jawatan. Sampai bila pun tidak selesai. Hari ini suruh letak jawatan. Ganti orang lain, letak jawatan lagi. Lihat apa yang berlaku di negara-negara di Timur Tengah apabila pemimpin sering bertukar.

Isu 1MDB.

final • 5:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Nanti dahulu. Isu 1MDB.

Sebab apa hendak bising? Tadi saya dengar diungkit lagi. Apakah kita tidak percaya kepada PAC kita yang terdiri daripada pembangkang pun ada di dalam PAC? Apakah kita tidak percaya kepada Ketua Audit Negara kita? Saya bersetuju isu 1MDB ini mesti diselesaikan dengan segera. PAC mesti mulakan kerja, Audit mesti mulakan kerja.

Jawatankuasa yang telah ditubuhkan dahulu yang terdiri daripada AG, daripada polis, daripada Bank Negara, daripada SPRM mesti diwujudkan, mesti bergerak, selesaikan segera isu 1MDB.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Beza saya dengan pembangkang, pembangkang membuat keputusan lebih awal. Saya kata tunggu dahulu, perkara sedang siasat.

final • 5:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okey, okey. Boleh?

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Jangan membuat kesimpulan lebih awal selagi belum selesai. Saya hendak bagi Yang Berhormat Batu. Sedikit, sedikit lagi.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masa sudah sedikit sebenarnya, Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 5:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya tidak panjang.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Batu, sekejap ya.

final • 5:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang selalu...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Batu, duduk sekejap. Sebenarnya Yang Berhormat Tanjong Karang masa sudah cukup, tidak perlu laluan lagi lah.

final • 5:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Satu ayat sahaja, satu ayat.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tidak apa, tidak apa. Kita habiskan, bagilah sedikit satu ayat. Bagilah Yang Berhormat Batu.

final • 5:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya hendak dapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Tanjong Karang. Sebenarnya, yang saya anggap sering tukar Perdana Menteri, yang sering tukar pemimpin itu dilakukan oleh Barisan Nasional. Bagi saya, itulah yang menjadikan demokrasi kita masih sihat, tidak menjadi diktator. Yang banyak kali tukar itu dalam UMNO sendiri.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Okey. Mana ada tukar? Kita tidak ada tukar. Kita tidak macam Pakatan Rakyat di Selangor, sanggup paksa ADUN tidak bersalah suruh letak jawatan, buat pilihan raya baru. Eh, kasihan Yang Berhormat Bandar Tun Razak ini. Apa salah Yang Berhormat Bandar Tun Razak? Kerana Yang Berhormat Bandar Tun Razak tidak akur kepada kehendak Pakatan Rakyat, kerana Yang Berhormat Bandar Tun Razak membuat perjanjian air tidak rujuk kepada pimpinan PKR.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Ini saya hendak cabar ini. Saya baca kenyataan Menteri Besar Selangor telah menandatangani tiga kos highway yang katanya tidak merujuk kepada Majlis PKR. Ini double standard. KIDEX dibatalkan.

final • 5:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak betul. Itu tidak tepat itu.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Nanti dahulu. KIDEX dibatalkan, perjanjian yang ini ditandatangani. Kalau itu prinsip mereka- saya tidak tahu, saya bukan PKR. Kalau satu keputusan penting dibuat mesti dirujuk kepada Majlis PKR sepertimana yang kena kepada Yang Berhormat Bandar Tun Razak sign air tidak rujuk pada Majlis PKR dia kena pecat, hari ini saya hendak cabar, kalau betul dibuat perjanjian tanpa merujuk kepada Majlis PKR, Menteri Besar Selangor mesti dipecat. Buatlah ‘Rawang Move’ lagi sekali.

final • 5:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Boleh jawab sekarang? Itu tidak betul.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Apa tidak betul?

final • 5:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak betul.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Apa yang tidak betul?

final • 5:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang tidak betul itu ialah tidak ada isu tidak merujuk kepada parti. Cuma, apa yang disebut oleh media, mungkin ada sedikit silap, ialah Presiden minta MB Selangor untuk jelaskan perkara ini secara langsung kepada rakyat Selangor. Itu sahaja.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Itu masalah PKR. Saya ini baca kenyataan daripada Yang Berhormat Pandan, Setiausaha Agung. Jangan hendak pusing-pusing cakap. Yang Berhormat kata tadi kita tukar Perdana Menteri. Siapa yang tukar pemimpin, Menteri Besar? Kasihan Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Sudah jadi Menteri Besar yang baik, lepas itu tiba-tiba baru lepas pilihan raya, menang lebih banyak lagi- dahulu kita menang, BN dahulu kita ada 20 kerusi. Kebijaksanaan Yang Berhormat Bandar Tun Razak, kami tinggal 12 kerusi sahaja. Begini hebat Menteri Besar pun tapi kerana tidak akur, kerana tidak taat kepada pemimpin, pecat, pecat! Hendak kira zalim, Pakatan Rakyat lebih zalim! Saya menyokong usul ini. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tarik balik...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, saya jemput Yang Berhormat Bukit Katil. Ya, saya ingatkan jaga masa 20 minit. Kalau salahkan Yang Berhormat Tanjong Karang tetapi kita juga yang mencelah. Dalam masa yang sama, saya dapat bisikan daripada ahli yang lain, Tuan Yang di-Pertua tolong jaga masa. Sila Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 5:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil

Terima kasih.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam reformasi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mulakan perbahasan pada petang ini dengan mengungkapkan beberapa bait puisi yang telah pun dikongsi oleh Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkarnain Kamisan kalau tidak silap saya, di mana puisi itu adalah puisi yang ditulis oleh Kiai Haji Mustofa Bisri yang bertajuk, “Kau Ini Bagaimana Atau Aku Harus Bagaimana”.

*Aku ini bagaimana?

Aku kau suruh membangun, aku membangun kau merosakkannya...*

final • 5:17 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Parit Sulong, sila dengar puisi dari Ketua Bahagian Parit Sulong.

final • 5:17 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil

Kalau tidak betul, Yang Berhormat Parit Sulong boleh betulkanlah.

*Aku kau suruh menabung, aku menabung kau menghabiskannya, Kau ini bagaimana?

Kau suruh aku jujur, aku jujur kau tipu aku.

Kau suruh aku sabar, aku sabar kau injak tengkukku.* Puisi ini panjang. Saya tidak mahu habiskan masa dengan puisi ini.

final • 5:17 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bukit Katil tujukan kepada siapa? Ahli Parlimen Parit Sulong kah?

final • 5:17 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil

Mengikut tafsiran dan telahan saya, puisi ini mungkin ditujukan kepada Yang Amat Berhormat Pekan kerana kita maklum bahawa Johor berlaku pergolakan politik.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:17 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Parit Sulong bangun.

final • 5:17 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil

Nanti. Saya baru hendak masuk perenggan pertama ini.

final • 5:17 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Saya celah juga. Tuan Yang di- Pertua, ini cerita lain ini. Mana ada macam ini. Dia buat spekulasi masukkan apa yang didiscuss dalam - mesyuarat itu dia tidak hadir sama pun, dia bukan orang UMNO pun.

Macam mana ini pembangkang sibuk hendak masuk kaki dia dalam urusan kami di peringkat bahagian.

final • 5:17 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Jadinya, tidak boleh hendak buat tuduhan-tuduhan seperti begitu Yang Berhormat Bukit Katil, sebab saya tengok Yang Berhormat Bukit Katil walaupun berdiri pun saya tidak perasan, tengok macam duduk juga.

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Ini Dewan ini, tarik balik.

[Ketawa]

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bukit Katil, kalau Yang Berhormat Parit Sulong berdiri sama sebelah dengan Yang Berhormat Bukit Katil, saya ingat sama tinggi.

final • 5:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Saya tinggi sikit.

Tidak apalah kalau itu tujuannya untuk itu, saya tarik baliklah. Cuma sajak itu penting untuk dihayati kerana tidak ramai ahli-ahli politik ini yang berminat dengan Mustofa Bisri, seorang tokoh ulama yang antara puisi-puisi lain ialah bertajuk Amplop (Envelope), menceritakan tentang korupsi, rasuah dan penyelewengan. Saya fikir ini satu perkara yang cukup baik dan insya-Allah kita akan cuba bincang agar Kerajaan Negeri Selangor nanti boleh bawa, Mustofa Bisri ini dibawa ke sini dan memperkenalkan kepada ahli-ahli politik di sini.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia pada hari ini berhadapan dengan cabaran besar di dalam bidang ekonomi. Ini hakikat yang mesti kita akui. Hadir dengan mengakui realiti masalah yang dihadapi, kita boleh mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Kegagalan berlaku jujur dalam menghadapi masalah atau lebih parah keengganan untuk mengakui kewujudan masalah itu dengan harapan ia akan berlalu, bakal menjerumuskan kita ke dalam jurang masalah yang lebih parah.

Pembentangan Belanjawan 2016 yang lalu menjadi bukti bahawa Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri sekarang ini menghadapi, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, denial syndrome. Simptom lain beliau menderita penyakit ini ialah pendekatan beliau menangani mala petaka dan bencana 1MDB. Sekadar membuat pengumuman ia

final • 5:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan dan kemudiannya enam bulan lagi tanpa sebarang perancangan yang teratur adalah semata-mata taktik melengah-lengahkan atau, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, buying time yang akhirnya akan memaksa negara dan rakyat menanggung beban yang semakin hari semakin besar.

Saya dengan ini mengulangi gesaan Yang Berhormat Pagoh agar Yang Amat Berhormat Pekan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. Ini akan membolehkan satu siasatan yang bebas dilaksanakan bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan dan seterusnya merangka satu pelan penyelesaian yang menyeluruh terhadap isu ini. Semua ini tidak seharusnya dilakukan di dalam bilik-bilik mesyuarat tertutup atau kapal-kapal layar mewah dan dirahsiakan daripada pengetahuan Dewan yang mulia ini dan rakyat seluruhnya.

Rakyat mempunyai hak sepenuhnya untuk mengetahui keadaan sebenar kerana duit rakyat yang digunakan untuk this crazy adventure, dengan izin, yang dinamakan 1MDB ini dan rakyat juga yang akan menanggung beban hutangnya nanti.

Oleh yang demikian, sebarang tindakan untuk merahsiakan perkembangan siasatan ini harus dihentikan, termasuk tidak meneruskan pelaksanaan sumpah kerahsiaan di dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. Keengganan bersikap telus dalam hal 1MDB ini Tuan Yang di-Pertua, telah merobohkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia, sekali gus menyebabkan kejatuhan nilai ringgit dan terus menjerut kehidupan rakyat.

Rasuah mempunyai kesan yang besar terhadap ekonomi dan kewangan negara. Ada kos yang terpaksa ditanggung. Perbelanjaan besar berbilion-bilion ringgit membuka luas ruang untuk perlakuan rasuah dan salah guna kuasa.

Saya hendak memetik Laporan Centre for Strategic and International Studies on Prosperity and Development yang bertajuk The Cost of Corruption: Strategies for Ending a Tax on Private-sector-led Growth. Disebut bahawa bagaimana ekonomi negara membangun terkesan berikutan cost of corruption ini. Dengan izin, the control risk group ini menyebut bahawa negara membangun seperti Malaysia kehilangan hampir USD1 trilion berikutan fraud, corruption and shady business transactions, peningkatan 13.7% daripada tahun 2010. Ini jelas apa yang telah saya sebutkan awal tadi isu-isu seperti 1MDB, derma RM2.6 bilion dan sebagainya jelas menepati tiga elemen, fraud, corruption and shady business transactions yang akhirnya mendorong kepada kitaran ketidakpercayaan yang membawa kepada kehancuran kepercayaan awam iaitu public trust.

Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan peruntukan lebih RM17 bilion untuk ATM, Angkatan Tentera Malaysia membeli aset-aset keselamatan. Saya yakin beliau selaku bekas Menteri Pertahanan mempunyai pengalaman dalam pembelian kapal selam.

Kita faham dulu menjadi satu isu besar, kapal selam tidak boleh menyelam dan amat faham bagaimana kos yang dibayar jauh melebihi kos sebenar sekiranya pembelian diuruskan terus dengan syarikat pembekal dari luar negara tanpa melalui orang tengah dan jurubahasa. Penglibatan orang tengah ini memasukkan corruption cost yang saya sebutkan tadi, dengan izin, yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Saya yakin aset-aset yang dicadangkan oleh ATM untuk dibeli adalah perlu untuk memastikan keselamatan negara, khususnya pesisiran pantai Malaysia yang panjang.

Namun, saya menggesa agar perhatian yang teliti diberikan bagi memastikan kos yang terpaksa dibayar adalah seminimum mungkin. Keadaan di mana kita terpaksa membayar lebih tinggi berbanding negara lain untuk mendapatkan aset yang sama, bukan sesuatu yang boleh kita banggakan. Sekiranya terdapat keperluan untuk sokongan teknikal dan latihan, kita seharusnya menghantar anggota tentera kita untuk mendapatkan kemahiran yang diperlukan tanpa melibatkan orang tengah.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebahagian ikhtiar kita memastikan cost corrupcy ataupun kos rasuah dalam perbelanjaan negara ini, khususnya pembelian aset keselamatan. Saya ingin cadangkan agar satu Jawatankuasa Parlimen diwujudkan untuk memantau dan meluluskan pembelian aset-aset bernilai tinggi oleh kerajaan dan syarikat- syarikat yang berkaitan dengan kerajaan. Jawatankuasa ini seharusnya berkuasa meneliti cadangan untuk membuat pinjaman berskala besar sebelum ia dilakukan. Saya percaya ini

final • 5:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

selari dengan hasrat untuk melaksanakan reformasi Parlimen yang menyeluruh yang telah pun dicetuskan oleh Tuan Yang di-Pertua.

Dalam Laporan Government Defense Anti Corruption Index tahun 2012, satu indeks diperkenalkan oleh Transparency International untuk menilai tahap rasuah dalam sesuatu negara, khususnya aspek pertahanan. Malaysia telah mencatatkan gred yang sangat memalukan iaitu D+, sama taraf dengan negara Bangladesh. Hasil dapatan laporan indeks ini menyatakan bahawa pendedahan kepada rasuah politik adalah sangat tinggi.

Proses sekarang di mana Menteri Kewangan hanya mendapatkan kelulusan umum untuk membelanjakan satu jumlah wang melalui Rang Undang-undang Perbekalan adalah amat tidak memadai. Bagi perbelanjaan berskala besar, kementerian-kementerian terlibat tidak seharusnya mempunyai peranan tanpa pengawasan. Parlimen harus memberi perhatian yang lebih teliti dan dekat bagaimana ia dibelanjakan. Kita harus mendapat nilai yang maksimum untuk wang yang dibelanjakan atau value for money, dengan izin. Alasan kerahsiaan dan keselamatan tidak seharusnya terus diperalatkan sebagai alasan untuk melindungi amalan komisen dan korupsi.

Tuan Yang di-Pertua, kejatuhan harga minyak pasaran dunia memberi kesan yang serius terhadap negara-negara pengeluar minyak seperti Malaysia. Kita tidak lagi menikmati zaman mewah yang dibiayai oleh dividen besar Petronas. Meski kita gagal berjimat cermat di zaman senang sebagai persiapan untuk zaman sukar, tidak bermakna kita boleh terus berbelanja besar di bidang-bidang yang tidak sewajarnya.

Yang Berhormat Kota Belud tidak ada di dalam Dewan tetapi saya ingin membaca Twitter nya mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah masa lalu. Akan tetapi saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa selaku bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar telah membentangkan belanjawan lebihan tahun demi tahun. Ini tidak pernah sekali pun diulangi oleh tiga orang Perdana Menteri yang menjadi Menteri Kewangan selepas beliau. Janji demi janji untuk membentangkan belanjawan berimbang dilakukan tetapi sudah 18 tahun janji tidak ditepati. Justeru, saya ingin mengingatkan Ahli- ahli Parlimen di seberang sana jangan sombong dan takbur. Ambil pengajaran daripada sejarah kerana Datuk Seri Anwar dalam merangka belanjawan lebihan mengambil iktibar daripada sejarah untuk berjimat cermat ketika senang sebagai persiapan menghadapi masa depan yang sukar. Beliau mengungkapkan kisah pengurusan ekonomi Nabi Yusuf seperti mana yang dirakamkan dalam Al-Quran semasa membentangkan belanjawan. Bukankah beliau melihat kepada sejarah untuk membuat keputusan semasa dan perancangan masa depan. Justeru, jangan kita buta sejarah kerana seharusnya dijadikan panduan untuk memandu kita pada masa-masa hadapan, termasuk masa sukar sekarang ini.

Ternyata bakat dan kemampuan beliau dihalang dengan fitnah jahat. Untuk apa?

Semata-mata untuk membolehkan mereka yang kurang berbakat tetapi mempunyai nafsu politik yang besar dan buas meraih kuasa. Akibatnya, negara menanggung kerugian. Saya punya keyakinan penuh Tuan Yang di-Pertua, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan, beliau tidak akan membiarkan 1MDB menanggung hutang RM40 bilion dan mengheret ekonomi negara kepada kegawatan. Saya percaya sekiranya beliau diberi kepercayaan untuk menguruskan ekonomi Malaysia sekali lagi, pendekatan berprinsip dan terbuka beliau akan mampu menyelesaikan masalah yang kita hadapi akibat kerakusan 1MDB. Akan tetapi Yang Amat Berhormat Pekan mempunyai pendekatan yang ternyata berbeza, beliau menyorok dan berahsia dengan harapan enam bulan lagi masalah akan selesai.

Bagaimana mungkin beliau mencari jalan penyelesaian sedangkan keputusan untuk mengemukakan saman terhadap Wall Street Journal masih belum bertemu hari Selasa yang dimaksudkan. Saman terhadap Tun Ling Liong Sik juga masih difikirkan.

Kegagalan untuk membuat keputusan ini adalah kelemahan yang menyebabkan beliau tidak sesuai menjadi Perdana Menteri. Oleh kerana itu, saya menggesa Dewan ini, saya menggesa Tuan Yang di-Pertua, agar disegerakan usul Yang Berhormat Ketua Pembangkang agar dilakukan undi tidak percaya untuk menguji sama ada Yang Berhormat Pekan mendapat sokongan majoriti Dewan yang mulia untuk terus menjadi Perdana Menteri.

final • 5:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan mengangkat tema menyejahterakan rakyat. Akan tetapi kita lihat yang sejahtera ialah Jabatan Perdana Menteri yang mendapat peruntukan terbesar lebih RM20 bilion.

final • 5:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Tindakan mewujudkan kerajaan dalam kerajaan sebegini adalah sama sekali tidak sihat. Kenapa dipusatkan aktiviti-aktiviti utama dalam JPM? Justeru, apa guna menteri- menteri yang lain? Takkan Menteri jaga tiang sahaja Tuan Yang di-Pertua? Tambahan pula, kementerian yang dipotong peruntukan misalnya Kementerian Pengajian Tinggi yang begitu penting kepada pembangunan negara. Perumahan dan pengangkutan awam menjadi tema besar yang diulang-ulang dalam belanjawan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kita dengar tadi Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional mengungkapkan masalah yang sama, isu yang sama iaitu perumahan dan pengangkutan awam. Sekali imbas...

final • 5:30 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

[Bangun]

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sungai Petani bangun.

final • 5:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Ia seolah-olah menjadi kerajaan prihatin terhadap keperluan dan kesejahteraan rakyat. Akan tetapi pada hemat saya, dua tema ini diangkat sebagai tema utama hanya semata-mata meletakkan seolah-olah kerajaan prihatin tetapi sebenarnya “ada udang di sebalik mi’. Silakan Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 5:30 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Bukit Katil, sedarkah Yang Berhormat Bukit Katil bahawa negara jiran kita, walaupun ramai yang tidak suka, tetapi saya hendak buat contoh bahawa dalam negara jiran kita, classroom budak-budak, murid-murid di classroom hanyalah 25 orang, ada satu sesi dan bilik darjah mereka mempunyai air cond? Mereka masuk pagi, balik petang, tetapi ada air cond. Sedangkan di Sungai Petani, saya tidak tahu di tempat lain, Sabah dan Sarawak saya tidak tahu. Akan tetapi di Sungai Petani, ada kelas yang sampai 48 orang, kipas tidak berjalan, pelajar belajar dalam keadaan yang amat panas. Sedarkah Yang Berhormat Bukit Katil tentang perkara ini? Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih banyak atas maklumat ataupun laporan tentang perkara ini dan ia cukup memalukan. Kita akan jadi negara maju pada tahun 2020 tetapi sekarang ini, seperti mana yang dimaklumkan oleh Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak khususnya, kita masih lagi berhadapan dengan masalah prasarana yang cukup memalukan. Jadi saya fikir, perkara ini bukan satu retorik politik, tetapi mesti dilakukan reformasi dan perubahan. Saya minta ucapan dan pandangan Yang Berhormat Sungai Petani menjadi sebahagian daripada ucapan saya.

Seterusnya, saya hendak tumpu kepada rumah mampu milik. Pembinaan rumah mampu milik dengan harga sehingga setengah juta menimbulkan persoalan mampu dimiliki oleh siapa. Apakah ia mampu dimiliki oleh keluarga yang pendapatan bulanannya RM5,000? Saya menyokong pandangan agar tumpuan diberikan kerajaan kepada penyediaan rumah kos rendah. Kerajaan tidak perlu bersaing dengan pemaju-pemaju swasta untuk membina rumah berharga melebihi RM250,000. Kerajaan seharusnya memberikan tumpuan yang serius kepada penyediaan rumah secukupnya untuk golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Pada masa yang sama memberikan ruang kepada pemaju swasta memenuhi keperluan perumahan golongan berpendapatan tinggi.

Kerajaan seharusnya bertindak sebagai pengawas bagi memastikan tidak berlaku aktiviti spekulasi dan mengaut untung berlebihan. Kerajaan juga bertanggungjawab memastikan pembeli tidak tertipu akibat projek terbengkalai dan sebagainya.

Saya ingin meminta supaya kerajaan meneruskan ikhtiar untuk memastikan perumahan ini benar-benar diselesaikan. Misalnya, saya hendak ambil satu sahaja fakta yang di tangan saya tentang permintaan terhadap perumahan PR1MA. Seperti mana yang dimaklumkan di dalam media baru-baru ini terhadap perumahan PR1MA sahaja adalah 1,016,000 rumah, permintaan. Manakala penawaran terhadap perumahan mampu milik

final • 5:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

melalui bajet yang dibentangkan ialah dianggarkan berjumlah 346,000 unit. Jadi kalau kita kira begitu, amat jauh tersasar rumah yang sepatutnya dibina oleh kerajaan dalam bajet ini.

Kita lihat dari jumlah pembina rumah mampu milik PR1MA sahaja dari tahun 2016 hingga 2018 ialah tidak dapat menyejahterakan rakyat Malaysia secara keseluruhan kerana jumlah perumahan mampu milik yang dibina tersebut adalah mewakili 34% atau 1,016,000,000 orang adalah jelas permintaan adalah melebihi penawaran malah melepasi 50% sasaran. Sebab itu saya minta juga kerajaan campur tangan misalnya kaji selidik oleh REHDA, kadar penolakan pinjaman perumahan sangat tinggi iaitu 29% hingga 35%.

Saya ambil contoh pengalaman saya sendiri membeli rumah yang pertama.

Sebagai wakil rakyat, saya beli rumah yang pertama. Buat perjanjian. Sebelum buat perjanjian, berjumpa dengan Lembaga Penilai untuk menilai rumah. Lembaga Penilai memberitahu, kena buat perjanjian dahulu, barulah boleh menilai. Saya kata ini cara yang salah sebab apabila kita buat perjanjian, kena bayar deposit 10%. Kalau rumah itu tiba-tiba harganya tinggi yang tidak mampu kita miliki, akhirnya deposit RM10,000 itu habis hangus.

Ini menyukarkan kakitangan kerajaan, apatah lagi saya sebagai Ahli Parlimen. Ini menyebabkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan cara kita mengendalikan projek untuk membesarkan perumahan ini.

final • 5:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Maknanya membesarkan ruang lingkup kita untuk memberikan perumahan. Silakan.

final • 5:30 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Ya.

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Yang Berhormat Bukit Katil...

[Sambil menunjukkan isyarat kepada dirinya sendiri]

final • 5:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Ya, sila.

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Saya khusyuk mendengar Yang Berhormat Bukit Katil membicarakan tentang soal perumahan terutama sekali dalam konteks perumahan mampu milik.

Setujukah Yang Berhormat Bukit Katil kalau kita kaitkan dengan perumahan mampu milik? Kita ambil contoh di Selangor kerana antara isu-isu yang utama bagi syarikat perumahan di negeri Selangor untuk membangunkan perumahan mampu milik ialah masalah kos tanah termasuk juga premium yang begitu tinggi dari tahun demi tahun.

Adakah Yang Berhormat Bukit Katil setuju, sudah sampai masanya perlu ada bentuk kawalan terutama sekali bagi premium dan cukai-cukai tanah termasuk juga charges yang dikenakan sama ada pihak kerajaan atau pihak swasta untuk dikawal supaya kita boleh mengawal spekulasi supaya harga rumah yang ada khususnya di Selangor itu jauh lebih murah dibandingkan dengan harga-harga pasaran yang lain? Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 5:30 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 5:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Sila Yang Berhormat Bukit Gantang, sila.

final • 5:30 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Setuju atau tidak ialah satu pandangan kerana dalam mengatasi masalah kenaikan harga rumah hari ini, kita mencadangkan supaya GLC yang memiliki modal yang agak besar supaya dapat memecah monopoli daripada segi sudut bahan-bahan binaan. Biar GLC ini beli dan jadi satu konsortium supaya semua kontraktor ini dapat mengambil barang daripada konsortium ini, secara tidak langsung kita akan dapat memecah monopoli bahan binaan ini, dengan harapan supaya harga rumah dapat dikawal terutama kepada golongan B40 yang kita bincang yang berada di bandar- bandar besar pada hari ini yang mengalami masalah untuk membeli harga rumah.

final • 5:30 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Ini kerana kita tahu gaji yang bekerja di bandar ini, 1/3 ialah diperuntukkan untuk harga sewa rumah. Maka dengan sebab itu kita membuat perkara ini salah satu daripada pendekatan untuk kita memecah monopoli dari kalangan pembina-pembina yang mengaut keuntungan mereka tanpa memikirkan belas ihsan kepada golongan B40 ini. Apa pandangan daripada Yang Berhormat Bukit Katil?

final • 5:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Tuan Yang di- Pertua, lima minit lagi?

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Boleh gulung.

final • 5:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Boleh gulung, baik. Pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor dan pandangan Yang Berhormat Bukit Gantang, saya fikir ada pro and cons nya. Sebab itu saya cadangkan tadi agar ada satu tindakan susulan yang lebih komprehensif agar kerajaan dalam hal ini sepatutnya berjiwa besar dan memanggil kedua-dua pihak sama ada pembangkang dan juga kerajaan untuk bersama-sama menangani permasalahan rumah ini kerana kalau kita bercakap tentang kesejahteraan rakyat, tetapi tidak boleh unjurkan program perumahan yang baik, maka tidak ada gunanya kita beretorik tentang kesejahteraan rakyat.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja saya hendak sentuh tentang projek public transport. Saya hendak quote ataupun hendak berkongsi dengan Dewan tentang laporan Bank Dunia pada bulan Jun tahun ini yang bertajuk Malaysia Economic Monitor: Transforming Urban Transport yang menyatakan bahawa hanya 17% rakyat di Kuala Lumpur yang menggunakan pengangkutan awam berbanding dengan 62% di Singapore dan 89% di Hong Kong dan penduduk di Kuala Lumpur terpaksa menghabiskan 250 juta jam setahun dalam kesesakan lalu lintas.

Jadi saya fikir, kita mesti ada suatu perancangan yang teliti dan perkara ini tidak dapat saya lihat dalam belanjawan ini. Malah di luar bandar, kalau mengikut laporan ini, ada 1.2 juta penduduk luar bandar yang masih lagi belum dapat nikmat daripada program Public Transport yang telah diumumkan sejak zaman Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri sampai sekarang tidak diaddress dengan begitu komprehensif.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bawa sedikit isu kawasan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pekan mengumumkan kononnya akan buat kajian mengenai Lapangan Terbang Batu Berendam. Saya hendak maklumkan kepada Dewan, Lapangan Terbang Batu Berendam ini - saya percaya Ahli Parlimen Tangga Batu pun ada dalam Dewan ini dan boleh confirmkan, kita membelanjakan RM300 juta untuk pelebaran dan pembesaran lapangan terbang ini. Akan tetapi, selepas belanja RM300 juta, ada dua sahaja pesawat yang mendarat setiap hari berbanding dengan Kota Bharu, Kelantan.

final • 5:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Sekarang ini kita hendak kaji lagi, hendak kaji apa lagi? Saya hendak fikir kadang- kadang it doesn’t make sense dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Saya baca dalam Facebook Ketua Menteri umumkan baru-baru ini akan ada satu lagi lapangan terbang baru di Melaka. Melaka negeri kecil tetapi ada dua lapangan terbang, ada satu lagi di Sungai Rambai untuk yang kecil punya. So kata kita hendak jadi - ya lah bagus-bagus betullah tetapi untuk siapa? At the expense of the people money. Itu masalah yang besar yang saya ingin – sebab itu saya katakan tidak ada priority, tidak ada keutamaan dalam perbelanjaan ini. Kalau prioritynya, keutamaannya ialah untuk rakyat maka seharusnya kita kemukakan apa keutamaan untuk rakyat.

Baik, saya hendak tutup dengan derma RM2.6 bilion. Tiga soalan saya hendak utarakan kepada Kementerian Kewangan. Pertama, adakah RM2.6 bilion ini dianggap halal? Adakah ia telah melepasi indeks syariah seperti mana yang diumumkan kerajaan?

Ini sebab kalau sudah anggap halal maka dia dianggap remittance. Justeru tertakluk kepada cukai sebanyak 25%. Persoalannya adakah Perdana Menteri bayar cukai?

Sebanyak 28%. Sekiranya tidak bayar maka telah melakukan kesalahan mengelakkan cukai, hukumannya penjara.

final • 5:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Kalau benda itu haram, kalau ia bukan remittance maka terbukalah floodgates sumbangan yang tidak perlu dilaporkan atau diisytiharkan. Maknanya semua orang boleh derma tetapi tidak payah umum maka kerajaan melalui Hasil Dalam Negeri mesti pinda akta atau undang-undang berkaitan percukaian, untuk memasukkan peruntukan membenarkan sumbangan tanpa cukai untuk menyelamatkan kedudukan Yang Amat Berhormat Pekan.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 5:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Baik. Sebagai jalan keluar maka diciptakan satu strategi kononnya kita mesti mewujudkan undang-undang mengurus sumbangan politik. Saya fikir pelbagai wacana, dialog semua dibuat kononnya, “Oh! Perlu ada satu undang-undang”, Kemudian tanya pembangkang setuju tidak. Jangan tanya kita setuju tidak, tanya Yang Amat Berhormat Pekan dia setuju tidak hendak buat undang-undang baru? Takut dia pun hendak lari daripada undang-undang ini.

Oleh sebab itu pada saya Tuan Yang di-Pertua kenapa rakan-rakan agak emosi dan merasa dengan penuh sentimen menolak belanjawan ini, kerana kita merasakan kerajaan main-main dalam isu belanjawan untuk rakyat ini. Kita tahu pengumuman demi pengumuman hanyalah omongan kosong dan retorik. Kalau kita boleh quantify secara detail dari segi perbelanjaannya ianya tidak munasabah langsung. Sesuailah belanjawan ini dibakulsampahkan dan tidak perlu dilayan dan sedia ditolak oleh semua Ahli-ahli Parlimen. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Langkawi. Selepas Yang Berhormat Langkawi saya benarkan Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Ya sila. Tolong jaga masa ya.

final • 5:40 PM

Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Ya. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua Ahli Dewan yang dimuliakan. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk saya berdiri di sini dan turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbelanjaan 2016 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa hari yang lalu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama berbahas.

Sebelum saya melanjutkan perbahasan saya dengan lebih jauh, pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 tempoh hari dengan sangat baik dan cemerlang. Saya melihat Bajet 2016 kali ini meliputi segenap lapisan masyarakat daripada yang tinggal di bandar, luar bandar, Sabah, Sarawak, golongan berpendapatan tinggi, menengah, rendah dan lain-lain lagi kelas penduduk yang ada di Malaysia tanpa membezakan warna kulit, bangsa dan agama.

Walaupun ada suara-suara sumbang yang memperkatakan bahawa bajet kali ini adalah bajet yang tidak baik serta menekan rakyat, akan tetapi sesungguhnya bajet kali ini adalah bajet yang terbaik dalam ekonomi negara yang kurang memberangsangkan disebabkan oleh kejatuhan harga minyak, getah dan kelapa sawit yang menjadi sumber pendapatan negara sekian lama.

Negara merasai keperitan yang amat sangat apabila pendapatan daripada hasil minyak menurun dengan mendadak bila mana harga minyak yang berlegar antara USD115,120 per barrel telah merudum dengan begitu dahsyat sekali sehingga mencecah USD45 hingga USD50 satu tong. Atau dengan lain perkataan harga minyak menjunam lebih 60% disebabkan oleh faktor-faktor yang di luar kawalan negara kita seperti penggunaan teknologi fracking di Amerika, lambakan minyak dari RS di kawasan yang mereka kawal dan juga dari minyak Rusia. Penurunan harga minyak yang amat ketara ini sudah tentu memberikan impak yang dahsyat kepada sumbangan dividen dan tax korporat dari Petronas kepada negara kita. Sebagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

final • 5:42 PM

Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

menyatakan ketika harga minyak purata USD100 per barrel Petronas menyumbangkan RM62 bilion setahun. Akan tetapi Petronas hanya mampu menyumbang RM44 bilion sahaja pada tahun ini bila harga minyak menjadi USD50 per tong. Pada tahun 2016 akan lagi berkurang menjadi RM31.7 bilion.

Ini memberi maksud kekurangan pendapatan negara yang maha besar daripada RM62 bilion tolak RM31.7 bilion bermakna kekurangan sebanyak minus RM30 bilion. Nasib baiklah negara ini dilindungi oleh Allah SWT kerana tanpa kita mengetahui minyak akan jatuh pertengahan tahun ini, kerajaan dengan beraninya telah melaksanakan pertukaran rejim cukai kita dari SST ke GST pada April 2015.

Pendapatan GST tahun depan ialah RM39 bilion seperti mana yang disebutkan oleh rakan-rakan berbanding sekiranya SST RM18 bilion. Memberi erti peningkatan pendapatan negara sebanyak RM21 bilion hasil daripada perubahan rejim percukaian SST ke GST. Nasib baik kita ditolong oleh Allah SWT yang kedua ialah apabila minyak turun menjadi murah, kerajaan mampu pula melaksanakan apungan harga minyak dalam negara bersamaan dengan harga dunia tahun lalu. Maka sebanyak lebih RM24 bilion subsidi minyak dapat diselamatkan.

Dengan dua faktor nasib baik ini iaitu satu pelaksanaan GST, kedua pelaksanaan apungan minyak harga dunia hapus subsidi maka negara kita masih mampu meneruskan pengurusan pentadbirannya pada tahun hadapan dengan keadaan yang cukup-cukup makan, semput tetapi masih mampu memberi kebaikan kepada rakyat dan negara. Petang semalam 27 hari bulan, Yang Berhormat Kelana Jaya ada menyatakan bahawa GST membebankan rakyat dengan pembuktiannya wang bertambah daripada RM18 bilion kepada RM39 bilion.

Dari mana ianya datang sudah tentu dari rakyat biasa. Saya ingin menafikan pembuktian pengiraan beliau. Sebenarnya beliau tersilap. Data itu bukan membuktikan rakyat tertindas tetapi data itu membuktikan banyak kes penipuan SST dan lubang-lubang clearance cukai haram sebelum ini dipalam dengan sempurna oleh sistem GST yang lebih efisien dan sempurna.

Sebelum ini penipuan berlaku dipanggil black economy seperti di dua sumber utama iaitu yang pertamanya di kilang pengeluar dan yang kedua di pelabuhan import masuk barang. Di kilang pengeluar, kehilangan pendapatan negara adalah melalui tanpa membayar SST iaitu yang pertama under declare quantity di kilang. Keluar RM1,000 declare RM500 boleh jadi. Kedua under value harga barang di kilang. Katakan harganya RM100 tetapi declare RM80. Ketiga, pelarian cukai kastam dengan kautim pegawai. Kalau keluar RM1,000 tidak bayar terus RM1,000 jadi rugi...

final • 5:42 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Langkawi sekejap boleh, celahan.

final • 5:42 PM

Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Boleh.

final • 5:42 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey.

final • 5:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, sila.

final • 5:42 PM

Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Masa, masa.

final • 5:42 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Langkawi kerana memberi peluang. Saya hendak perbetulkan sedikit fakta-fakta yang diceritakan oleh Yang Berhormat Langkawi. SST sebenarnya barang-barang yang dikenakan cukai SST itu terhad tetapi GST ini diperluaskan kepada semua barang. Maka sekarang kerana semua rakyat terpaksa bayar GST barulah kutipan GST itu jauh lebih besar daripada SST. Jadi Yang Berhormat Langkawi fakta kamu tidak betul.

final • 5:42 PM

Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Baik terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Sebenarnya untuk SST semua barang kena dan ada juga sedikit yang tidak kena. Akan tetapi kebanyakannya kena 5% atau 10%, dicampur pula dengan ..

final • 5:42 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 5:42 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Nanti ya, sabar, sabar.

final • 5:42 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tak betul itu Yang Berhormat Langkawi, itu sebab kita kena perbetulkan. Buatlah research dahulu, buatlah research dahulu.

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Saya bagi tahu SST kebanyakan barang kena. Kalau you kata you ambil barang katakan tisu, tisu kena. Kalau you ambil pen, pen kena. Kalau you ambil apa barang sahaja yang you pakai, kena SST. Pasal apa yang tak kena? Cuba buktikan yang mana yang tak berapa kena? Dalam GST juga, ada barang yang tak kena malah ada ribu-ribu barang tak kena.

final • 5:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Langkawi.

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Saya minta maaf Yang Berhormat Sepang, saya hendak teruskan. Bagi saya habis dahulu.

final • 5:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Satu minit, satu minit sahaja.

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Saya hendak minta maaf, sekejap lagi habis saya, cakap.

final • 5:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Satu minit, satu minit. Boleh?

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Tak ada, tak ada. Lepas ini, lepas ni.

final • 5:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sebab salah itu, saya hendak betulkan.

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Sementara juga berlaku kebocoran bayaran cukai SST di pelabuhan. Under declare quantity diimport, under value harga barang, bayaran cukai kastam yang kawtim dan penyeludupan. Dengan adanya GST, semua masalah penipuan oleh peniaga dan pengilang dapat dipalang dan dihapuskan dan kerajaan mendapat balik cukai yang sepatutnya. Ini telah membuktikan kepada negara bahawa sebelum ini dengan SST, sebanyak lebih 50% iaitu 39 bahagi 18 kali dengan 100 daripada pendapatan bercukai negara telah ditipu oleh peniaga terhadap kerajaan.

Ternyata tambahan pendapatan tax ini bukannya daripada rakyat biasa tetapi daripada peniaga dan pengilang. Maka pembuktian yang dibawa oleh Yang Berhormat Kelana Jaya itu adalah salah.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak sentuh apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pandan pagi semalam bahawa GST membebankan orang biasa kena bayar RM17 sehari pada barang-barang berGST. Amat malang sekali pengiraan itu tidak tepat dengan menggunakan perkataan orang biasa. Bagi saya, orang biasa ialah mereka yang berpendapatan RM4000 ke bawah. Kalaulah RM17 sehari dibelanjakan untuk bayar GST, beliau membelanjakan bermaksud RM283 untuk membeli barang-barang berGST tiap-tiap hari. Kalau kita darabkan dengan 30, bermaksud sebulan perbelanjaannya ialah RM8500 sebulan untuk membeli barang-barang yang berGST sahaja. Itu belum lagi termasuk barang-barang lain yang tidak kena GST. Mana ada logiknya sekiranya gaji beliau RM4000 sebulan membeli barang lebih RM8500 sebulan.

final • 5:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat.

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Tiap-tiap bulan, dia akan berhutang RM4500 ataupun satu persepuluh daripada sumber gaji bulanannya. Ini saya rasa tidak tepat.

final • 5:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Peraturan Mesyuarat.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Yang Berhormat Langkawi.

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Sesungguhnya tanpa GST, kita tidak tahu berapa sebenarnya syarikat membuat pendapatan dan keuntungan sebenarnya.

Lantas berlaku penipuan pembayaran cukai korporat ...

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Langkawi.

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Saya hendak teruskan. Yang Berhormat Sepang, nanti saya bagi.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Langkawi, ada Peraturan Mesyuarat.

final • 5:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Peraturan Mesyuarat.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Peraturan Mesyuarat berapa Yang Berhormat Sepang?

final • 5:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Peraturan Mesyuarat 36(12) sebab beliau mislead the House. Tadi beliau mengatakan bahawa SST semua kena cukai barang. SST base on principal semua barang adalah tidak dikenakan cukai kecuali dikenakan sedangkan GST, semua barang kena cukai kecuali tidak dikenakan cukai, so dia base on default presumption. So sekarang ini apabila Yang Berhormat Langkawi mengatakan semua SST kena barang sama macam GST, ini telah mislead the House.

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Okey, tak apa.

final • 5:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Boleh tarik balik tak?

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Tak, tak tarik balik pasal saya bagi kata tadi bahawa semua barang ada kena SST dan ada yang tak kena SST, ha. Tak, saya tak kata semua barang kena SST, saya kata barang ada kena SST dan ada yang tak kena SST. GST pun begitu juga tetapi masalahnya ...

final • 5:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Lain.

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

... kerana GST dan SST mempunyai konsep format pelaksanaan yang berbeza.

final • 5:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kalau begitu, tak payahlah buat GST.

final • 5:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tak betul.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sepang.

final • 5:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Dia mislead the House.

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Tak, tak, saya tak misleading.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Langkawi.

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Dalam keadaan ekonomi yang baik ini, kerajaan masih dalam memikirkan tentang kebajikan rakyat seperti kata Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid iaitu ‘dalam kepayahan, masih ada keprihatinan’. Sebagai contoh, wang Bantuan Rakyat 1Malaysia masih lagi diberikan kepada rakyat serta ditambah baik dengan peningkatan wang BR1M misalnya bantuan untuk keluarga dinaikkan kepada RM1000 daripada RM950 serta ditambah baik dengan kepada penerima yang tersenarai dalam e-Kasih yang berpendapatan RM1000 ke bawah akan menerima RM1050. Di samping itu bagi skim khairat kematian, dengan pemberian RM1000 masih lagi diteruskan. Ini membawa erti walaupun pendapatan negara berkurangan tetapi YAB. Menteri Kewangan masih mampu memberi lebih lagi kepada rakyat berbanding tahun lalu. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, cara penggunaan duit ini oleh pengguna BR1M perlu dikawal. Contohnya duit BR1M ada digunakan untuk membuat

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

benda-benda yang tidak memberi kebaikan. Membeli rokok ataupun membeli benda-benda yang tidak baik. Saya mohon mencadangkan agar kerajaan melaksanakan sistem pemberian BR1M menggunakan debit kad khas yang boleh diletakkan had jenis pembelian barang yang dibenarkan seperti beras, gula, kopi, susu, pakaian, makanan agar ia tidak disalahgunakan dan lari daripada tujuan asal bantuan BR1M. Teknologi hijau..

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor bangun.

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Ya.

final • 5:50 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya mendengar mengenai soal BR1M itu, saya ingin minta pandangan Yang Berhormat Langkawi. Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Langkawi khususnya sudah sampai masanya kerajaan mewujudkan debit atau menggunakan kad pengenalan untuk memastikan setiap perbelanjaan bagi mereka yang menerima BR1M itu boleh membeli barangan asas terutamanya di kedai-kedai rakyat, kedai-kedai yang dikaitkan dengan kawalan kerajaan.

Setujukah Yang Berhormat Langkawi sekiranya pelaksanaan ini dapat dilakukan, ia juga akan memastikan bahawa segala bentuk aduan yang mungkin kita selaku Ahli Parlimen terima bila seorang ketua isi rumah menerima BR1M, ada kalanya wujud rungutan-rungutan terutama sekali bagi isteri atau anak-anak mereka yang mana mereka menerima BR1M tetapi dapur tidak berasap. Jadi dengan kaedah ini boleh memastikan dapur juga dapat berasap dengan kaedah dikatakan oleh Yang Berhormat Langkawi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Saya sangat bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Langkawi, kalau di kawasan tidak ada Kedai Rakyat 1Malaysia, macam mana?

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Maksudnya kita boleh buat perubahan, lantik kedai-kedai di situ yang boleh menggunakan kad tersebut. Saya mohon Yang Berhormat Kuala Selangor punya komen tadi dimasukkan dalam ucapan saya. Saya amat mengalu-alukan hasrat dan niat kerajaan untuk menjadikan Malaysia menuju ke arah pertumbuhan hijau dengan membudayakan teknologi hijau bagi meningkatkan kemampuan dan daya tahan dalam keutamaan kedua Bajet 2016. Oleh sebab agenda hijau ini sangat penting dan telah dilancarkan sebagai salah sebuah dasar yang ingin dilaksanakan oleh negara, saya memohon untuk merakamkan ucapan berbilion-bilion terima kasih, kalau setakat juta tak cukup. Berbilion-bilion terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

2.6 bilion.

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

[Ketawa] . Lebih, lebih, 10 bilion.

Kepada YAB. Perdana Menteri Malaysia yang telah mengisytiharkan Langkawi sebagai low carbon island yang pertama di rantau ini dengan menjadikan Pulau Jeju di Korea sebagai benchmark ke arah Program Low Carbon Agenda. Ini adalah selaras dengan janji negara kita oleh YAB. PM pada 20 Disember tahun 2009 di Copenhagen, Denmark di dalam Meeting Conference of Parties yang ke-15 bahawa Malaysia akan mengurangkan CO2 emissionsehingga kepada 40% pengurangan pada tahun 2020 berbanding level 2005 dengan syarat ada bantuan kewangan dan teknologi dari negara membangun.

Kami sangat teruja kerana selama ini ekonomi pelancongan di Langkawi hanya digerakkan atas dua paksi utama iaitu ecotourism dan geotourism bersandarkan kekayaan, kecantikan alam semula jadi yang menarik dan penganugerahan ecopark pertama di rantau ini oleh UNESCO. Dengan adanya agenda low carbon ini, sudah tentu ia akan menjadi tonggak utama bagi meningkatkan lagi eco dan geo tourism Pulau Langkawi. Pemilihan Langkawi untuk menjadi pilot project bagi membentuk sebuah bandar hijau amatlah bersesuaian dengan keluasannya yang kecil, tempatnya yang terasing, penduduknya yang peramah dan memberi kerjasama tinggi dan suasananya yang nyaman.

final • 5:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Saya amat mengalu-alukan dan pembinaan projek ke arah alam hijau di Pulau Langkawi oleh sama ada kerajaan atau swasta dan berjanji akan memberi sepenuh kerjasama bagi menjayakan agenda ini menjelang 2030. Langkawi dengan mudahnya dapat dibangunkan renewable energy seperti solar, biogas, biomass, angin, kuasa arus laut dan lain-lain bagi mengurangkan kebergantungan kepada teknologi tenaga sosial yang memudaratkan di samping boleh melaksanakan teknologi smart-grid system dan smart watering kerana sistemnya terasing dari tanah daratan dan menjadikan Langkawi sebagai Smart Green City sepenuhnya menjelang 2030.

Sementara itu Tuan Yang di-Pertua, keluasannya sedikit kecil daripada Singapore dan dua kali ganda Pulau Pinang amat sesuai untuk memperkenalkan kenderaan hijau yang menggunakan teknologi hijau sepenuhnya seperti kereta elektrik dan hidrogen fuel- cell. Namun pun begitu saya ingin merakamkan di Dewan yang mulia ini bahawa walaupun apa sahaja impian kerajaan, namun penduduk-penduduk tempatan janganlah dipinggirkan.

Penduduk anak watan Langkawi sendiri sepatutnya diberi penerangan atau awareness programme, kursus dan pemahaman mendalam tentang apa itu low carbon ion dan apakah yang patut mereka beri bantuan dan sokongan. Tanpa sokongan dan bantuan daripada penduduk tempatan, saya rasa amat sukar agenda ini untuk dilaksanakan dengan licin dan berjaya. Maka sikap dan amalan hidup rakyat tempatan wajib diubah menjadi green attitude dan green habit.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Langkawi, masa sudah cukup.

final • 6:00 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Saya gulung sedikit lagi, sekejap. Di samping itu saya mahu perjuangkan peluang-peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan peluang perniagaan dan teknologi hijau yang akan dilaksanakan di Pulau Langkawi sewajibnya diberikan sekurang-kurangnya 30 ekuiti untuk rakyat Langkawi. Contohnya LADA telah sasarkan dengan blueprint pelancongan Langkawi dalam masa lima tahun dapat wujudkan 4,000 pekerja pendapatan tinggi melebihi RM2,000 sebulan dan telah pun tercapai.

Demi untuk memastikan hak pendudukan watan Langkawi dalam agenda hijau ini tidak dipinggirkan, saya dengan ini mendesak kerajaan di bawah kementerian ataupun Jabatan Perdana Menteri untuk menubuhkan sebuah yayasan khas penduduk Langkawi yang boleh dinamakan Yayasan Low Carbon Island Langkawi dengan mendapatkan satu geran permulaan dalam anggaran RM30 juta.

Saya ingin menyentuh sedikit tentang kawasan saya lagi, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sektor pelancongan merupakan sektor yang paling berpotensi menjana ekonomi negara dalam terhadap persekitaran negara kini. Untuk tahun 2016, kerajaan telah menyasarkan 30.5 juta pelancong dengan pendapatan RM103 bilion. Langkawi telah pun mencapai 3.6 juta pelancong tahun lalu, memberi sumbangan sebanyak 11.8% kepada jumlah pelancong yang datang ke Malaysia.

Langkawi untuk datang ke sana ada dua cara. Pertama melalui kapal terbang yang nampaknya sudah okey dengan 280 penerbangan seminggu ataupun 1,120 penerbangan sebulan. Akan tetapi yang menjadi isu di Langkawi ialah rungutan pelancong- pelancong berkenaan dengan perkhidmatan feri dan juga produk yang disediakan untuk feri itu.

Oleh itu bagi merancakkan lagi kehadiran pelancong dan menyelesaikan masalah yang menjadi rungutan terutamanya pelancong asing daripada negara ASEAN dan juga local tourist daripada Malaysia, saya mohon kepada kerajaan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk meluluskan satu projek istimewa iaitu memohon supaya dibina satu jambatan kereta api laju dari Arau, Perlis ke Langkawi yang hanya boleh membawa penumpang dan kargo yang tidak jauh jaraknya kerana dalam 28 kilometer bersamaan dengan Second Bridge of Penang.

final • 6:00 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Di samping itu sudah tentu jambatan ini akan dapat menyelesaikan masalah- masalah yang wujud sekarang seperti mana perkhidmatan feri hanya 12 jam dari 7 pagi hingga 7 malam. Dengan adanya kereta api laju yang 15 minit setiap satu akan dapat memberi perkhidmatan 24 jam. Sebelum ini, ini kira landing Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan Blueprint Pelancongan Langkawi 2011/2015 yang telah pun memberi sumbangan yang cukup besar kepada pelancongan Langkawi. Oleh kerana demikian, pada tahun ini telah tamat blueprint tersebut saya memohon agar kerajaan dapat melaksanakan tambahan kepada lanjutan kepada Blueprint Pelancongan Langkawi untuk kali kedua untuk 2016 ke 2020.

Di samping itu saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memberi bajet sebanyak RM320 juta untuk Kerajaan Negeri Kedah membina Kedah Rubber City yang akan sudah tentu membawa peluang pekerjaan dan sejumlah pelaburan yang besar dalam RM10 bilion daripada pihak swasta ke negeri Kedah yang saya rasa akan menjadi kenyataan dan sudah tentu akan memberi kebaikan kepada rakyat negeri Kedah. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

final • 6:00 PM

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada wakil Bandar Tun Razak untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan 2016 atau Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan pada 23 Oktober lalu.

Keadaan ekonomi yang tidak mantap, kita semua maklum akan kelesuan ekonomi dunia hari ini dengan prospek di bawah par pada tahun 2016, sementara pertumbuhan ekonomi Republik China, Jepun dan Eropah dijangka kekal lembap. Negara-negara pengeluar komoditi seperti Rusia dan Brazil pula masih gagal pulih dalam keadaan kemelesetan. Negara anggota ASEAN terutama Singapura, Thailand, Malaysia dan Indonesia juga tidak dijangka menunjukkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang memberangsangkan jauh di bawah trend jangka panjang.

Justeru dalam merencana pertumbuhan ekonomi Malaysia pada masa hadapan, kita perlu teliti dan cermat tentang penggunaan sumber dalam apa jua jenis dan bentuk.

Untuk tujuan tersebut saya cadangkan kita kembali kepada perkara-perkara asas, dengan izin go back to the basic kerana tidak boros dan tidak banyak berbelanja perkara yang tidak sepatutnya.

Dalam proses penetapan dasar dan penggubalan undang-undang, terdapat dua perkara saya fikir asas yang harus kita lakukan. Pertama, memastikan setiap penggunaan sumber dan perbelanjaan dana menitikberatkan aspek pulangan atau hasil dalam bentuk potensi penjanaan pendapatan yang menentukan pendapatan dan peningkatan produktiviti, yakni keberkesanan sumber yang digunakan dan dana yang dibelanjakan.

Kedua, memastikan setiap keputusan yang dibuat mengambil kira semua aspek berkaitan kos seperti nilai atau jumlah dan strategi pengawalan. Amatlah mengecewakan apabila saya dapati kedua perkara asas ini sering kali dikesampingkan ataupun diabaikan, semasa sebarang keputusan berkaitan dasar dan perbelanjaan dibuat menyebabkan pembaziran sumber dan ketidakberkesanan perbelanjaan yang akhirnya mengakibatkan ketirisan dan kerugian yang besar.

final • 6:06 PM

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Keadaan ini perlu diperbetulkan dengan kadar segera melalui langkah-langkah antaranya kita boleh menggunakan badan yang sedia ada seperti PEMANDU iaitu akan

final • 6:10 PM

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

membincangkan perkara-perkara kos dan perkara-perkara penggunaan supaya pentadbiran dapat menjalankan kerja mereka dengan penuh tanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan satu perkara yang saya ingat sangat penting kerana kita perlu melihat semula semua perjanjian konsesi dan penswastaan. Walaupun tidak dapat dinafikan model penswastaan yang digunakan sejak tahun 80-an memainkan peranan dalam pembinaan infrastruktur dan serta penyediaan kemudahan awam dan perkhidmatan utiliti terutama lebuh raya, jambatan, perkhidmatan industri air, pembetungan, pelupusan sisa pepejal dan pembekalan tenaga.

Kesan buruk sampingan adalah rakyat terpaksa menanggung beban kos yang sangat tinggi. Fenomena sebegini berlaku kerana perjanjian konsesi yang dimeterai antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi iaitu pihak swasta amat berat sebelah dan berpihak kepada pemilik konsesi ataupun tauke-tauke di mana terma dan syarat terkandung dalam kontrak menghalalkan konsesi-konsesi ini mengaut keuntungan berlipat ganda sedangkan rakyat dikenakan beban bayaran.

Jika diteliti dengan lebih mendalam lagi, model penswastaan di Malaysia yang berteraskan unjuran jualan atau pendapatan, kerajaan sebenarnya menganugerahkan kontrak atau projek bebas risiko. Satu, projek atau kontrak bebas risiko kepada pemegang konsesi kerana mereka mendapat perlindungan secara total daripada risiko perniagaan.

Mekanisme perlindungan risiko ini bukanlah sukar untuk difahami. Kerajaan bertanggungjawab membayar pampasan kepada pemegang konsesi jika pendapatan seperti mana yang diunjurkan gagal diraih, kononnya demi mengelakkan kerugian dan sebagai tarikan untuk menambat minat pelabur.

Namun hakikatnya, pengalaman penswastaan di Malaysia menjadi bukti bahawa unjuran pendapatan itu sejak awal lagi tidak realistik, malah banyak kes di mana pemegang konsesi sebenarnya berjaya meraih pendapatan melebihi unjuran. Sudah tentu situasi seperti ini hanya menguntungkan pemegang konsesi kerana menurut perjanjian, pihak kerajaan tidak ada hak terhadap lebihan pendapatan tersebut. Sekiranya satu projek yang telah diswastakan terbukti gagal, sehingga kerajaan terpaksa pula mengambil alih kos pengambilan atau dengan izin bail out lazimnya adalah jauh lebih tinggi daripada unjuran pendapatan yang dijadikan asas bagi perjanjian konsesi.

Akhirnya rakyat tetap di pihak yang rugi kerana dana awam digunakan untuk membayar lebih dari apa yang sepatutnya. Fenomena seumpama ini kita telah dan sedang mengalami dalam proses penyusunan semula industri air yang saya ada pengalaman merangkumi aktiviti ekstraksi rawatan dan juga bekalan. Pemegang konsesi sewenang- wenangnya menuntut bayaran pampasan, pengambilan ekuiti dan juga berlipat ganda melebihi nilai yang sewajarnya. Berdasarkan metodologi, melebihi nilai yang termeterai dalam kontrak walaupun keuntungan mereka sebenarnya sudah dijamin oleh kerajaan dan melangkau risiko yang diambil.

Oleh kerana saya dapati juga beberapa pengumuman yang telah dibuat, kalau kita hendak menyelesaikan masalah penswastaan ataupun mengambil balik perjanjian kita mengenai Lebuhraya Utara-Selatan, angka-angka yang disebut ialah melebihi RM400 bilion. Ini bererti kita boleh buat jalan-jalan yang baru dan tidak payah membeli yang ada sekarang. Jadi, saya telah melihat perkara ini. Di negara Eropah, European Community, telah berjaya mengubah perkara ini dengan mengambil semula dan mengadakan satu review tentang perjanjian-perjanjian yang dibuat. Antaranya kita dapati satu kes di mana pengenaan bayaran kepada penggunaan WiFi dan di Eropah dan dapat diturunkan harganya sebab keuntungan yang didapati itu sangat melampau.

Jadi itu boleh dilihat dalam undang-undang. Saya boleh baca law of restitution and unjust enrichment iaitu satu undang-undang yang mengembalikan dan memberikan pengayaan yang tidak adil. Jadi oleh sebab itu, tiba masanya, oleh kerana saya melihat jumlah yang kerajaan kena bayar kalau ikut perjanjian melebihi beratus-ratus juta atau bilion. Jadi oleh sebab itu kerajaan sendiri menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen untuk membuat kajian adakah perjanjian-perjanjian ini sesuai untuk negara kita dan kita membetulkannya.

final • 6:10 PM

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Bukan bererti kita merugikan mereka tersebut tapi mereka tidak boleh meraih keuntungan yang sangat berlipat. Jadi oleh sebab itu kita perlu melihat ini sebab kalau tidak rakyat akan dikenakan bayaran kalau katalah kena RM400 bilion untuk Lebuh Raya Utara Selatan, bererti rakyat sudah terhutang RM400 bilion yang akan dibayar melalui bayaran tol.

Kalaupun rakyat tidak membayar, kerajaan juga akan membayar dengan membayar secara duit cukai. Apa yang perlu kerajaan buat ialah Parlimen mengadakan satu Jawatankuasa Khas mengkaji adakah perjanjian-perjanjian yang kita lakukan ini adalah satu perjanjian yang munasabah. Kalau kita dapati tidak munasabah, kita ubah sebab kita juga ada mempunyai kuasa mengubah kerana kalau kita tertipu oleh kerana cash flow yang diberikan mereka itu tidak betul dan mereka dapat keuntungan kerana membuat satu cash flow yang akan menguntungkan mereka. Kita boleh berbicara.

final • 6:10 PM

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Kita boleh membawa ke mahkamah untuk mengatakan ini ialah satu unjust enrichment. Jadi, saya rasa itu perlu kita lakukan dalam keadaan ekonomi kita ataupun dalam keadaan kerajaan memerlukan dana-dana yang beratus atau berbilion juga untuk membuat projek-projek yang akan datang. Saya cadangkan penswastaan yang akan datang akan tidak mengambil kira cara-cara yang kita buat yang dahulu. Bentuk perjanjian penstrukturan yang baru perlu dibuat berdasarkan cash flow ataupun aliran tunai yang dijanjikan oleh pemegang konsesi di mana pihak kerajaan juga mempunyai hak terhadap lebihan pendapatan di samping option membatalkan atau paling tidak memendekkan tempoh konsesi jika margin keuntungan terlalu lumayan melebihi satu paras yang ditetapkan. Satu lagi alternatif yang boleh dipertimbangkan ialah...

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Selangor bangun, Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Okey, silakan.

final • 6:20 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Sewaktu Yang Berhormat Bandar Tun Razak menjadi Menteri Besar Selangor dan semasa pengumuman bajet yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak sewaktu menjadi Menteri Besar, Yang Berhormat Bandar Tun Razak telah mengumumkan tentang pembinaan beberapa highway di Selangor termasuk juga kalau dikaitkan dengan Kuala Selangor, DASH dan sebagainya.

Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Sudah tentunya Kerajaan Negeri Selangor akan diberikan consultancy atau bincang dengan Kerajaan Persekutuan sebelum sesuatu dimeterai atau dimaktubkan. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Adakah Yang Berhormat Bandar Tun Razak meneliti setiap perjanjian ataupun taklimat sebelum Yang Berhormat Bandar Tun Razak confidence atau yakin dan membuat pengumuman tersebut di sidang Dewan Undangan Negeri sewaktu Yang Berhormat Bandar Tun Razak menjadi Menteri Besar? Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Terima kasih. Perkara itu saya buat. Dalam perjanjian yang akan datang untuk negeri Selangor, saya telah masukkan satu klausa atau clause yang mana apabila syarikat-syarikat konsesi tersebut telah dapat mencapai tahap cash flow yang telah diunjurkan, mereka akan ditentukan sama ada konsesi itu boleh dipendekkan atau dipulangkan balik kepada kerajaan. Nampaknya itu semasa dibincangkan di negeri Selangor, diterima tetapi sampai ke Kerajaan Persekutuan, masih kelabu lagi. Itu masih kelabu lagi tetapi saya sudah buat di negeri Selangor. Saya kata, kalau di Selangor, salah satu daripada perkara yang perlu kita tentukan supaya konsesi ini tidak berat sebelah.

Saya juga melakukan satu perkara iaitu masih lagi belum selesai tentang penyusunan semula industri air di mana sebuah syarikat sudah mendapat keuntungan dari

final • 6:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

hasil kontrak membuat projek empangan dan mendapat keuntungan lebih daripada RM800 juta tetapi duit itu dikeluarkan secara dividen. Jadi, saya bila hendak membeli ekuiti syarikat tersebut, saya masukkan pulangan dividen yang RM800 juta tersebut dan sekarang mereka rasa itu tidak betul kerana itu adalah duit mereka tetapi saya kata itulah keuntungan yang mereka sudah dapati dan kerajaan negeri bercadang tidak akan membayar lagi. Jadi itu satu perkara yang saya rasa banyak perkara yang boleh sekarang kita bincangkan dalam Parlimen ini melalui panel supaya perkara-perkara ini kita beringat.

Saya dari kumpulan tidak menghalang syarikat-syarikat membuat keuntungan.

Saya pula daripada kumpulan yang suka untung. Akan tetapi saya juga menghalang syarikat yang sepatutnya hanya boleh untung 20% dapat untung 200%. Jadi itu yang perlu kita perhatikan.

final • 6:20 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

[Bangun]

final • 6:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Ini adalah satu masalah yang terbesar. Silakan.

final • 6:20 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Bandar Tun Razak, adakah disebabkan perkara ini yang menyebabkan Splash sampai sekarang ini tidak mahu menjual konsesi? Tidak lagi dapat bersetuju dengan kerajaan tentang harga penjualannya?

final • 6:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Ya, boleh jadi dia tidak bersetuju tetapi kita tidak. Bagi pihak untuk rakyat, kita akan kembali kepada rakyat supaya kita tanya rakyat sama ada dia bersetuju untuk membayar lebih RM2,000 juta daripada apa yang sepatutnya. Jadi saya hendak terangkan di sini bahawa ini peluang kita. Dalam belanjawan masa akan datang oleh kerana kita tidak lagi berada di zaman mewah di mana kita boleh boros atau dalam keadaan ketirisan. Kita tidak ada lagi. Jadi oleh sebab itu kita berbalik semula kepada basic, tengok perjanjian-perjanjian yang kita ada. Betulkan dan pada mereka yang sudah untung, kita katakan terima kasih banyak- banyak, yang lebih itu kita akan pulangkan balik kepada rakyat.

Jadi tidaklah payah kita bergaduh pasal kenaikan tol ataupun kenaikan harga elektrik dan seterusnya. Jadi ini satu perkara yang perlu kita lihat dalam bajet ini supaya saya tengok, kita terpaksa berhutang berbaris untuk menyelesaikan masalah pembangunan infrastruktur dan akhirnya kos kita lebih tinggi daripada biasa yang dilakukan oleh sesetengah negara-negara yang lain.

Jadi itu satu perkara. Saya ingin mengambil dua perkara yang lain iaitu penambahbaikan dari segi usaha kita ialah kita juga mesti menentukan kita ada prinsip benchmarking. Saya ingat benchmarking selalu digunakan tetapi dalam bajet kita masa yang akan datang, kita mesti benchmark sebab kalau tidak, kita nampak macam setuju hendak buat tetapi apabila sudah buat, sudah tidak betul, tidak elok sebab standard kita tidak ada. Ini benchmarking dan prestasi dan produktiviti yang saya rasakan untuk kita tentukan kualiti kerja yang kita adakan.

Seterusnya, saya juga dapati bahawa dalam keadaan ekonomi yang menurun ini dan oleh kerana negara telah ditadbir oleh lebih daripada 1.6 juta warga kerajaan, ini satu angka yang sangat besar. Oleh sebab itu, saya rasa kerajaan sudah tentu tidak akan dapat menambah begitu banyak lagi warga kerja. Jadi tumpuan bajet kita ialah untuk mengadakan satu keadaan yang meningkatkan keusahawanan. Jadi oleh sebab itu, kalau kita tengok, berapa peratus yang kita gunakan dalam projek ini untuk membangunkan usahawan sebab kalau kita dapat membangunkan keusahawanan, kita akan dapat menentukan lebih banyak mereka yang dapat bekerja di sektor swasta.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bandar Tun Razak boleh gulung.

final • 6:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Okey. Akhir sekali saya juga ingin membuat komen tentang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia. Saya rasa itu walaupun sudah dipersetujui, saya ingat itu satu pembaziran kalau tidak ada produktiviti.

Jadi saya percaya untuk memberi mereka BR1M oleh kerana mereka perlukan, oleh kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan, jadi mereka mempunyai masa. Kita gunakan

final • 6:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

pemberian BR1M untuk juga mereka memberi sumbangan kepada masyarakat seperti menjalankan aktiviti sukarelawan. Khidmat seperti menjaga wad kanak-kanak, anak yatim dan seterusnya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 6:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Jadi maknanya, there is a return for service dan juga pemberian. Saya harap konsep-konsep ini dapat diperbincangkan supaya dapat kita menentukan dana rakyat ini digunakan dengan sebaik-baiknya. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 6:30 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Pekan kerana membentangkan suatu Bajet 2016 yang cukup menarik sekali gus memastikan Malaysia sentiasa berada di landasan yang betul dalam menuju ke arah status negara maju.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, setelah mendengar, meneliti dan menganalisis secara mendalam isi-isi belanjawan yang bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’, saya yakin bahawasanya kita mampu menggalas dan melaksanakan transformasi untuk menjadi sebuah negara maju yang sentiasa mengutamakan dan mendahulukan rakyat sekali gus menyejahterakan rakyat. Realitinya, kerajaan komited dalam membawa Malaysia ke dalam arus peredaran global seiring menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada Wawasan 2020.

Tuan Yang di-Pertua, adalah juga amat wajar untuk kita melihat prospek ekonomi tahun 2016 di mana menurut Kementerian Kewangan, KDNK dijangka terus berkembang kukuh pada kadar antara empat hingga lima peratus walaupun kita menyaksikan ekonomi global terus berada dalam keadaan kelembapan.

Di samping itu, penguncupan defisit fiskal pada tahun 2015 adalah hanya 3.2 peratus dan pada tahun 2016 dijangka menjadi 3.1 peratus. Ini membuktikan di saat dunia dilanda kelembapan ekonomi, kerajaan masih mampu dan sedaya upaya untuk berusaha meningkatkan ekonomi Malaysia yang tercinta sekali pun ada pihak yang cuba memomokkan bahawa kelembapan ekonomi adalah penghujung kepada Malaysia yang mana ia adalah salah sama sekali.

Kemampuan kerajaan dan pengalaman kerajaan dalam memacu negara bukanlah bersandarkan pada fitnah-fitnah atau khabar angin, sebaliknya berpaksikan sikap profesionalisme dan sokongan padu kerajaan dan juga rakyat.

Antara tahun 2011 dan tahun 2013, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan dengan KDNK dicatatkan pada 5.2 peratus setahun. Bagi separuh pertama tahun 2014, KDNK pada 6.3 peratus didorong terutamanya oleh pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan, pembinaan dan pertanian dan pencapaian ini menempatkan kita sebagai yang paling tinggi di kalangan negara ASEAN dalam tempoh separuh pertama tahun 2014.

Inisiatif transformasi dan langkah bijak kerajaan telah berjaya mengurangkan impak ke atas ekonomi domestik dan mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan

final • 6:30 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

sebanyak 5.3 peratus pada separuh tahun pertama 2015 dan pertumbuhan ini adalah melalui pelbagai program dasar transformasi negara yang mana program ini telah memperkukuhkan kewangan awam dengan membangunkan struktur ekonomi lebih pelbagai dengan memastikan permintaan domestik sebagai pemacu utama pertumbuhan.

Kerajaan terus komited untuk meneruskan dasar fiskal yang kukuh dan telah mengambil pelbagai pendekatan sebagai serampang ke arah mencapai bajet berimbang pada tahun 2020. Tekad kerajaan dalam memantapkan tadbir urus fiskal di saat persekitaran yang terumbang-ambing, kerajaan telah melaksanakan satu program rasionalisasi subsidi dan ini merupakan antara kaedah yang dilakukan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang ingin saya fokuskan ialah mengenai kos sara hidup iaitu kewajaran BR1M.

Tuan Yang di-Pertua, merealisasikan subsidi tanpa membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana adalah perkara sukar yang dihadapi oleh kerajaan.

Antara rasionalisasi, selain pelaksanaan GST, mekanisme pengapungan terkawal bagi menentukan harga runcit RON95 adalah perlu. Mekanisme terkawal ini, subsidi minyak dihapuskan dan setiap penjimatan ini disalurkan kepada program-program sosial dan juga pembangunan. Melalui GST pula, sistem percukaian menjadi lebih telus, cekap dan berkesan.

Rasionalisasi subsidi ini mengakibatkan penekanan terhadap kos sara hidup.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan tetap ada penyelesaian dan tidak sama sekali membiarkan rakyat dibelenggu keresahan.

Pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah antara satu langkah baik kerajaan dalam meringankan beban rakyat. Namun, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan niat baik kerajaan tetapi bagi membantu meringankan beban rakyat terutama sekali dalam Parlimen saya, Kuala Selangor, ia adalah amat sangat penting. Apa yang terpenting dalam konsep BR1M ini ialah meringankan beban rakyat, bukannya menyara penghidupan rakyat. Namun, keikhlasan kerajaan dalam memastikan keperluan asas rakyat dapat dinikmati tanpa rasa terbeban telah disalah erti.

Tuan Yang di-Pertua, pemberian BR1M ini perlu diberi mekanisme tertentu agar tetap kepada kumpulan yang disasarkan. Selain daripada itu, individu-individu harus tahu menguruskan pemberian BR1M ini ke arah keperluan sahaja. Sehubungan dengan ini, mekanisme baru harus diwujudkan bagi menjadikan tujuan sebenar BR1M ini mencapai matlamat iaitu meringankan beban rakyat.

Saya ingin memberi cadangan dalam penambahbaikan pemberian BR1M ini.

Antaranya, kumpulan sasaran pertama pemberian BR1M kawasan bandar perlu ada pengehadan ataupun terbentuk satu kajian bagaimana hanya ditumpukan kepada barangan pembelian keperluan asas sahaja. Kedua, kedai pusat pembelian barangan BR1M perlu diwujudkan atau dilantik menjadi wakil. Sebagai contoh, Mydin, Kedai Rakyat 1Malaysia dan sebagainya. Ketiga, pembayaran hanya melalui elektronik, sebagai contoh, sama ada menggunakan kad pengenalan, Touch n Go, MyKad dan sebagainya.

Keduanya, bagi penerima BR1M bagi kawasan luar bandar iaitu pengehadan barangan pembelian keperluan asas sahaja yang mana ia dijuruskan dengan kedai-kedai atau pusat pembelian barangan BR1M diwujudkan atau dilantik jadi wakil. Sebagai contohnya, bagi mana-mana tempat atau kawasan yang tidak mempunyai Kedai Rakyat 1Malaysia, mungkin peruncit kecil yang berdaftar oleh kerajaan diberikan peluang untuk menjadi wakil. Saya...

final • 6:30 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Sedikit Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 6:30 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Ya.

final • 6:30 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:30 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Yang Berhormat Kuala Selangor, saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat Kuala Selangor setuju tak kerana tadi kawan-kawan daripada Barisan Nasional juga ada menyebut tentang BR1M ini sistemnya harus diperkemas dan sebagainya dan ada juga yang dapat BR1M dapur tak berasap tetapi orang lelaki berasap. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor sekiranya, seperti apa yang pernah saya cadangkan dahulu, bahawa separuh daripada peruntukan BR1M itu diberikan kepada suri rumah yang mengendalikan dapur untuk memastikan bahawa wang BR1M yang ditujukan untuk membantu rakyat dapat digunakan sebaik mungkin oleh ibu-ibu dan suri rumah tangga untuk keluarga? Terima kasih.

final • 6:30 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya lihat itu mungkin antara satu cadangan yang boleh diutarakan pihak Kementerian Kewangan. Cuma bila dikaitkan dengan penerima ataupun yang telah menerima BR1M adalah merupakan ketua isi rumah, sudah tentunya kalau ketua isi rumah itu bertanggungjawab, beliau tidak akan membiarkan warga ataupun keluarganya dalam keadaan yang terhimpit.

Jadi ini mungkin antara mekanisme yang sepertimana yang saya sebutkan tadi yang mana dalam konteks falsafah dan juga kaedah BR1M- falsafah itu sebegitu baik, cuma kaedah itu harus dikemas kini terutama untuk memastikan sasaran itu adalah benar.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, mengenai gaji minimum. Gaji merupakan elemen penting sebagai upah atau kadar bayaran yang dibayar pada had tertentu berdasarkan jawatan atau tugasan yang diberikan.

Negara New Zealand dan Australia adalah merupakan antara dua buah negara yang terawal di dunia yang melaksanakan undang-undang gaji minimum iaitu sejak awal abad ke-19. Kini Amerika Syarikat adalah negara besar dunia yang amat aktif dalam pelaksanaan sistem ini.

Di negara kita Malaysia, Perintah Gaji Minimum 2012 telah diwartakan pada 16 Julai 2012 dan telah pun dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2013 bagi majikan yang menggaji enam orang pekerja atau lebih.

final • 6:30 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Tarikh penguatkuasaan ini juga terpakai kepada majikan yang menjalankan aktiviti-aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja. Berdasarkan Perintah Gaji Minimum 2012 itu, kadar di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan atau RM4.30 sejam sementara di Sabah dan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam. Melalui pembentangan Bajet 2016 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, bermula 1 Julai 2016, gaji minimum untuk pekerja swasta akan dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan daripada RM800 kepada RM920 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Perintah gaji minimum ini adalah amat penting bagi bertujuan untuk melindungi hak golongan pekerja, terutamanya yang berpendapatan kecil dan juga berpendapatan rendah. Hal ini juga dikait kaedah untuk memastikan jurang agihan pendapatan di sebuah negara dapat dipastikan. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, bila kerajaan melaksanakan perintah ini, bagaimanakah kaedah pengawalan terutama sekali pekerja asing yang ada di negara kita. Sampai bilakah ataupun adakah siling pekerja asing? Oleh kerana bagi hemat saya, dalam sebuah negara maju ia jangan hanya diukur dengan jumlah pekerja asing yang ramai tetapi harus diukur dengan jumlah rakyat tempatan yang bekerja dalam sesuatu sektor. Ini harus difikirkan secara serius untuk memastikan gejala-gejala yang mungkin ketika ini berlaku seperti demam kepialu dan sebagainya tidak akan berlaku dengan lebih dahsyat lagi pada masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga iaitu kerjaya. Malaysia mempunyai sejumlah 14 juta tenaga kerja dengan lebih 400,000 orang mencari pekerjaan pada setiap masa.

Kerajaan telah menetapkan sasaran 7% graduan yang akan mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas mereka tamat belajar. Lebih 53,000 graduan yang mempunyai diploma

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

atau ijazah termasuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) mendapat manfaat daripada Program Skim Latihan 1Malaysia yang diperkenalkan sejak tahun 2011.

Bagi golongan muda dan belia di Malaysia adalah golongan yang paling bertuah kerana memiliki banyak kelebihan berbanding golongan yang sama di negara sedang membangun yang lain. Golongan belia mewakili 49.5% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia yang hampir mencecah 30 juta orang penduduk ketika ini. Jika kita lihat di negara membangun seperti Greece, Sepanyol dan sebagainya, kadar pengangguran belia di bawah umur 40 tahun mencapai hampir 40% kerana peluang pekerjaan yang terhad Akan tetapi di Malaysia hanya 3% sahaja. Kira-kira 75 juta belia di dunia masih menganggur tetapi kira-kira sejuta warga belia yang berumur 18 hingga 30 tahun di Malaysia menganggur, bagi Sepanyol pula kira-kira 56% warga belia yang tidak bekerja di Sepanyol.

Tuan Yang di-Pertua, ini antara beberapa perkara yang saya fikir penting.

Bagaimana dalam konteks Bajet 2016 ini seperti mana yang disebut oleh ramai Ahli-ahli Parlimen, bagaimana kaedah untuk melahirkan golongan usahawan di negara kita menjadi antara perjuangan yang sangat penting bagi kerajaan. Saya akui dengan jumlah kakitangan awam yang mencecah 1.6 juta, sudah tentunya memungkinkan peluang-peluang dan juga pendekatan baru. Terutama sekali melahirkan golongan usahawan di kalangan generasi muda harus menjadi antara agenda yang sangat penting, terutama sekali bagi sebuah negara seperti Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks itu saya mengambil peluang ini mengucapkan tahniah kerana kesungguhan pihak kerajaan untuk memperkenalkan skim yang berkaitan dengan latihan kemahiran. Termasuk juga TVET yang merupakan antara elemen penting untuk memastikan bahawa ia akan menjadi satu kenyataan melahirkan di samping mereka yang boleh bekerja tetapi melahirkan golongan generasi baru dalam konteks menjadi pekerja mahir. Insya-Allah ini merupakan antara perkara yang menjadi fokus.

Selain daripada itu, harus difikirkan penambahbaikan, terutama sekali bagaimana ia boleh menjadi satu elemen pendaftaran dalam konteks skim kemahiran dan kerjaya sama ada Pusat Latihan 1Malaysia boleh dipromosikan lagi terhadap golongan belia yang bakal bergelar graduan atau bakal menamatkan pengajian. Bagi hemat saya, skim-skim yang dinyatakan ini boleh dikhususkan kepada golongan belia dan pihak-pihak yang lain, terutama sekali pendaftaran secara talian. Sebagai contoh, pendaftaran menggunakan portal yang dikaitkan dengan link Kementerian Belia dan Sukan, pertubuhan belia dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya iaitu berkaitan dengan kenaikan harga rumah. Saya lihat tidak mustahil suatu hari nanti rumah teres, khususnya di tempat saya di Kuala Selangor akan mencecah hampir RM1 juta menjelang tahun 2020 nanti sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media massa. Saya fikir ini satu perkara yang harus difikirkan secara serius. Oleh kerana harga purata khususnya rumah di negara kita adalah 4.4 kali lebih tinggi berbanding gaji tahunan sebenar rakyat Malaysia.

Kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati harga itu sangat tidak mampu dimiliki atau sangat mahal berdasarkan piawaian antarabangsa. Di sini saya memuji peranan yang dimainkan oleh KPKT dalam usaha untuk mewujudkan dasar-dasar dan juga perancangan bagi memastikan golongan muda dapat memiliki rumah dalam usia yang muda. Cuma saya ingin mengharapkan agar Kerajaan Negeri Selangor contohnya. Saya lihat saban hari jumlah rumah ataupun harga rumah di Selangor semakin hari, semakin meningkat. Di tempat saya pada tahun 2011 dan 2012, harga rumah teres hanya mencecah maksimum siling RM150,000. Akan tetapi hari ini telah mencecah hampir RM250,000 hingga RM370,000. Ini sangat membebankan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ambil contoh juga purata harga rumah teres sederhana...

final • 6:40 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Kuala Selangor, minta laluan.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 6:40 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya berminat untuk mengemukakan satu persoalan kepada Yang Berhormat Kuala Selangor mengenai dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi mengenai harga rumah. Saya bersetuju KPKT sebagai sebuah kementerian yang in charge bidang perumahan ini perlu mengambil kira harga rumah ini. Terutamanya kepada golongan yang baru memulakan bidang pekerjaan yang mempunyai gaji yang sedikit.

Saya ada terbaca dalam satu kajian di mana satu ketetapan piawaian yang dibuat oleh Bank Dunia, mengenai apakah yang dimaksudkan dengan affordable house ataupun rumah mampu milik. Saya terbaca bahawa piawaian yang dibuat oleh Bank Dunia tentang affordable house ini bermakna harga rumah yang bersamaan dan tidak melebihi daripada 30 kali gaji seseorang itu. Sebagai contohnya, seorang pegawai muda, eksekutif muda yang bergaji RM3,000 satu bulan. Jadi, rumah yang sepatutnya dijual kepada mereka ataupun ditawarkan untuk mereka beli adalah tidak melebihi 30 kali gaji. Maknanya, 30 darab dengan RM3,000 berjumlah RM90,000. Jadi, harga rumah yang sepatutnya ditawarkan kepada golongan ini adalah sekitar RM90,000 dan tidak melebihi itu. Kalau harga itu mungkin melebihi, kerajaan perlu memikirkan bagaimana cara untuk membantu golongan ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor? Terima kasih.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih kakanda saya dari Kota Bharu. Kami jawatankuasa yang sama dalam SPRM. Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Kota Bharu sebentar tadi, tentunya beliau juga bersependapat dengan saya untuk memastikan pemilikan, khususnya rumah dan juga kediaman harus menjadi antara keutamaan bagi generasi muda pada kali ini. Pada hemat saya, kalau kita kaitkan dengan apa yang beliau sebutkan, saya terbaca antara beberapa penulisan dan juga kajian. Sebagai contohnya syarikat perunding hartanah C H Williams Talhar and Wong Sdn Bhd telah membuat satu kajian yang mana dari rumah teres boleh mencecah RM800,000 seunit berdasarkan unjuran purata kenaikan harga rumah sebanyak 7% setahun. Selepas mengambil kira harga terbaru rumah teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah dan jika dibandingkan dengan purata gaji penduduk di Malaysia, nisbah harga purata rumah teres sederhana ini tidak masuk akal sekalipun.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Oleh sebab itu saya ingin bertanya kepada pihak kementerian - saya hendak ambil contoh Selangor kerana di Selangor ini saya lihat banyak pemaju juga bertanya kepada saya. Sebagai contohnya, harga rumah naik di Selangor kerana ada wujud caj tambahan sebanyak 30% dikenakan oleh Kerajaan Selangor kepada setiap rumah yang disiapkan oleh pemaju di Selangor. Maksudnya, sekiranya rumah itu disiapkan dengan harga RM400,000, rumah itu akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM120,000, sama dengan harga sebuah kereta Honda Civic yang dijual dan keseluruhannya, berjumlah RM520,000.

Ini mungkin antara sebab harga rumah di Selangor semakin melambung.

Oleh sebab itu saya ingin mengharapkan agar perlu ada keterbukaan, ia untuk memastikan bahawa setiap skim yang diperkenalkan terutama sekali bagi memastikan generasi muda dapat memiliki rumah, harus diterima baik tidak kiralah mana-mana kerajaan sekalipun. Ini kerana bagi hemat saya apa yang dilakukan oleh KPKT untuk memastikan hasrat khususnya harapan generasi muda adalah untuk memastikan mereka dapat memiliki rumah.

Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya...

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh gulung Yang Berhormat ya.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkara seterusnya yang terakhir ialah mengenai pendidikan. Warga

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

pendidik merupakan profesion yang unik menurut Puan Noran Fauziah dan juga Encik Ahmad Mahdzan dalam bukunya, “Profesion perguruan adalah bidang yang memberikan perkhidmatan yang unik, tetap dan diperlukan oleh masyarakat”. Keunikan hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion perguruan sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan yang terbaik kepada masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian selaras dengan apa yang telah dinyatakan untuk memastikan persekitaran yang baik. Saya ingin berharapkan agar semua bilik guru yang ada di sekolah-sekolah yang ada di Malaysia terutama sekali sekolah kebangsaan dinaiktarafkan menjadi bilik guru yang mesra dan juga selesa untuk warga guru. Ini harus sangat penting. Juga berkaitan dengan kawasan saya, saya ingin bertanyakan tentang status pembinaan Pejabat PPD Kuala Selangor termasuk juga status pembinaan sekolah baru, Sekolah Menengah Saujana Utama di Saujana Utama, Kuala Selangor. Ini adalah sangat penting terutama sekali untuk memastikan bahawa ia menjadi antara perkara yang menjadi harapan rakyat.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ada terbaca mengenai dakwaan daripada Ahli Parlimen Pandan mengenai pembinaan Hospital Perubatan UiTM Shah Alam.

Ini perkara yang sangat serius yang ingin saya nyatakan. Ini kerana pada hemat saya, Hospital Perubatan UiTM Shah Alam ini, Yang Berhormat Pandan menggambarkan harganya RM8.2 bilion. Setelah saya kaji tentang kohort pembinaan sebuah hospital dan setelah saya membaca dokumen Hospital Perubatan UiTM Shah Alam, rakyat Kuala Selangor tertunggu-tunggu hospital ini.

Ini kerana bagi hemat saya, kesihatan adalah antara perkara yang harus menjadi keutamaan dalam kesejahteraan sebuah bajet. Apabila saya baca kos yang dinyatakan dan ditunjukkan kepada saya, harga kos Hospital Perubatan UiTM Shah Alam hanyalah RM599 juta. Akan tetapi Yang Berhormat Pandan menyatakan RM8.2 bilion. Ini satu tuduhan yang tidak adil bagi rakyat dalam Parlimen Kuala Selangor dan warga UiTM. Oleh sebab itu saya amat mengharapkan agar bila kita buat dakwaan dan juga tuduhan...

final • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak ada masa Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sikit, sikit sahaja.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak payah, tidak payah.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Okey. Saya berharap agar bila membuat dakwaan dan juga tuduhan harus bertanggungjawab. Jangan menjadikan rakyat terutama sekali...

final • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, sikit sahaja. Sikit sahaja.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

...Rakyat di Kuala Selangor menjadi mangsa.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya sudah kata tidak payah. You will extend his time.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas peluang yang diberikan dan akhir kata, saya menyokong Rang Undang-undang Pembekalan 2016 ini. Sekian, terima kasih.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 6:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih memberi peluang kepada saya.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang baru-baru ini terjadi di Gua Musang iaitu kematian Orang Asal anak-anak yang berusia antara 7 hingga 11 tahun menjadi satu tragedi dan soalan-soalan yang timbul. Apakah sebabnya ia terjadi? Adakah perkara ini dapat dielak dan kenapa dalam pencarian mereka mengambil sangat banyak masa? Kematian yang berlaku di Gua Musang baru-baru ini merupakan tragedi yang tidak boleh diterima oleh mana-mana masyarakat.

Seramai tujuh orang murid yang berusia dalam lingkungan umur antara 7 hingga 11 tahun dari Sekolah Kebangsaan Tohoi telah dilaporkan hilang sejak 23 Ogos. Polis hanya menjalankan siasatan pada beberapa hari selepas berlakunya. Mangsa pertama yang hidup hanya dapat ditemui pada 7 Oktober iaitu 46 hari kemudian selepas dilaporkan hilang. Untuk makluman, lima orang kanak-kanak telah dilaporkan mati setakat ini. Maka terhilanglah kepercayaan yang diakibatkan oleh keselamatan kepada anak-anak di sana.

Saya di sini ingin sentuh yang mana saya difahamkan pagar sekolah itu ada lubang-lubang besar yang mana anak-anak sekolah yang belajar di sana kerap kali keluar untuk bermain dan sebagainya diketahui tetapi tidak ada apa-apa tindakan diambil.

Walaupun perkara ini bukan baru tetapi telah berlaku lebih berbulan-bulan hingga satu tahun atau dua tahun. Apakah perkara ini berlaku dan kenapa tindakan tidak diambil?

Sehingga kini, apakah tindakan yang telah diambil terhadap pihak-pihak yang cuai dalam hal ini?

Seorang bernama Dendi Johari yang selaku Pengerusi Belia Orang Asal Kelantan mengulas bahawa sesungguhnya kerajaan telah berjanji dan meluluskan peruntukan tertentu dalam setiap bajet, namun masyarakat orang asal tidak mendapat peruntukan yang sepenuhnya pada setiap tahun. Masyarakat orang asal ini masih mengalami masalah ketiadaan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air.

Penderitaan, penyeksaan serta pergelutan hidup yang menimpa mereka memang tidak dapat diduga. Bertitik tolak daripada manifesto kerajaan ini, saya boleh menyimpulkan bahawa masyarakat orang asal tidak menerima dana atau peruntukan yang sepatutnya mereka terima dari kerajaan. Adakah terdapat unsur-unsur rasuah atau kalangan pegawai- pegawai tinggi kerajaan dengan jabatan-jabatan yang berkenaan terhadap masyarakat orang asal?

final • 6:54 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

[Bangun]

final • 6:54 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kesimpulan, mengenai masalah...

final • 6:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Petani bangun Yang Berhormat.

final • 6:54 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya.

final • 6:54 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Ipoh Barat, selain daripada peruntukan yang tidak mereka dapat, apakah pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat tindakan kerajaan tidak mobilizekan tentera yang ada dan polis yang ada untuk cone the area begitu lama mereka - tindakan agak slow dan sehingga berhari-hari barulah jumpa? Sedangkan kalau mereka menghantar jumlah tentera dan para polis secepat mungkin, mungkin mereka dapat diselamatkan. Apa pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat tentang perkara ini?

final • 6:54 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya setuju dengan Yang Berhormat Sungai Petani. Ini adalah satu perkara yang mana kecuaian yang sangat serius. Saya hairan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengatakan jangan tuding jari kepada pihak-pihak yang betul-betul berusaha untuk mencari anak-anak tersebut. Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena. Itulah sebab kami bercadang supaya satu inquiry untuk penyiasatan Diraja ditubuhkan supaya perkara ini senang dapat dijalankan sedalam-dalamnya dan bukan… the whole issue under the carpet as a cover up act.

final • 6:54 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini patut dielakkan dan satu perkara yang boleh dielakkan. Kalau kita tengok, ramai di antara orang asal mengatakan masa sudah tiba untuk – bukan orang asal, tetapi orang-orang yang bekerja di Jabatan Orang Asli seperti Director General dan sebagainya mengatakan bahawa mungkin orang asal patut menjawat jawatan-jawatan tertinggi di sana.

Ini bukan perkara yang baru. Lama telah dibentangkan, telah dihujahkan di sini tetapi tidak ada tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya ingin merujuk kepada isu yang mana pada tahun dulu, National Conference on Growth & Inclusiveness yang mana Yang Berhormat Senator Wahid telah menghadiri conference tersebut yang mana saya pun menghadirinya – mengenai masyarakat India terutamanya dan pandangan dan cadangan yang telah dibuat. Perkara ini apabila saya merujuk tahun dulu, Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa sedang menunggu beberapa resolusi dari working committee itu.

Saya difahamkan working committee itu telah pun menghantarnya kepada Yang Berhormat Menteri dan saya ingin tahu, apakah tindakan susulan yang diambil dalam mengatasi masalah yang mereka kenali? Di antaranya adalah yang mana the bottom 40 yang dikatakan oleh semasa bajet dibentangkan dan kita dapati bahawa ramai di antara masyarakat termiskin di negara ini adalah masyarakat India yang mana lebih dari 15% mendapat pendapatan kurang dari RM1,500.

final • 6:54 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Akan tetapi walaupun sedemikian, ramai di antara mereka walaupun layak untuk mendapat bantuan dari eKasih tidak mendapatnya. Apakah mustahil di sini? Apakah terjadi kepada perkara ini? Ini kerana ini adalah satu perkara yang tidak dapat dielak di mana komuniti-komuniti lain senang untuk mendapat bantuan eKasih. Akan tetapi, masyarakat India dielak untuk mendapat eKasih bantuan ini.

Saya perlu satu jawapan mengenai perkara ini kerana kalau kita tengok dari dalam National Conference tersebut, di mana kakitangan kerajaan the top notch EPU pun menghadiri di sana. Di antaranya, kita dapat tahu bahawa pada tahun 2013 di mana kerajaan telah berjanji untuk mengagihkan sebanyak RM50 juta untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India bagi memperlengkapkan mereka dengan kemahiran. Itu adalah pada tahun 2012. Sekarang sudah tahun 2015, tiga tahun, 3,000 angka itu pun belum dicapai.

Tahun dulu bila saya tanya soalan kerajaan mengatakan dalam proses hanya lebih kurang 800 orang sahaja di mana tindakan telah diambil untuk memberi bantuan ini. Apakah kelengahan-kelengahan ini?

Selain dari itu, pada Bajet 2013 sebanyak RM50 juta telah diagihkan untuk TEKUN. Saya difahamkan belum lagi turun ke bawah, walaupun dasar-dasarnya telah diumumkan oleh kerajaan tetapi sebenarnya tidak get down to the bottom of the issue. Juga untuk sekolah-sekolah pada tahun dulu dan tahun sebelum itu, di mana RM100 juta dijanjikan tetapi wang itu belum lagi diagihkan. Dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua, lagi satu RM150 juta telah diagihkan disediakan dalam bentuk simpanan SME untuk perusahaan SME masyarakat India dan RM100 juta disediakan untuk pinjaman mikro kredit. Ini pun tidak lagi diagihkan untuk masyarakat India walaupun telah dijanjikan, telah diberitahu di Bajet 2013. Juga lagi, RM50 juta pada tahun dulu untuk 45 sekolah lagi belum diagihkan.

Saya hendak tahu pada tahun 2010, kerajaan telah menubuhkan Special Implementation Taskforce di mana diketuai oleh Menteri Yang Berhormat Segamat, Menteri Kesihatan. Saya hendak tahu apakah proses dalam betul-betul menganalisis dan mengambil tindakan supaya masalah yang tumbuh yang kita ketahui tetapi apakah cara yang telah dibuat untuk mengatasi masalah tersebut. Ini kerana janji-janji yang dibuat, janji- janji ini semua bukan sahaja direalization end of the day. Tidak menjadi perkara yang betul- betul dibuat oleh kerajaan. Hanya setakat mulut sahaja just an oral promise. Akan tetapi bila dapat pada masa mengimplementasikannya ia tidak dilakukan.

Itulah sebab diketahui bahawa ramai di antara masyarakat India yang urban poor, disebabkan dalam masalah yang rumit ini ramai di antara mereka terlibat dalam arena jenayah. Ini dapat dielakkan kalau kerajaan sebetul-betulnya membuat apa yang mereka janji sekurang-kurangnya the minimum yang perlu mereka buat adalah mengikut apa

final • 7:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

pandangan yang dibuat dalam kongres ini dalam National Conference on Growth and Inclusiveness – Transformation Of Malaysian Indian Economy Beyond 2020 yang dianjurkan oleh kerajaan sendiri. Di mana kerajaan telah memberi iktiraf kepada pandangan-pandangan yang ada di sini untuk B40 dan sebagainya. Hingga sekarang tidak dilaksanakan walaupun telah dijanjikan.

Ini menjadi masalah yang rumit Tuan Yang di-Pertua kerana kalau kita tengok masalah-masalah yang berkaitan adalah macam di estet-estet di mana wang telah diagihkan untuk pembinaan rumah-rumah untuk kakitangan pekerja estet. Akan tetapi, tahun dulu bila saya tanya satu soalan kita nampak bahawa orang yang layak yang memohon tetapi mendapat hanya lebih kurang 10 orang sahaja. In the whole country – tidak masuk akal.

Kita ada Tun Abdul Razak Sheme pada tahun 1970, pun tidak ada implementasikan ada kegagalannya tertentu. Bila ia ditimbulkan di Parlimen, kerajaan kata estet-estet adalah dikawal oleh pihak swasta. Sebenarnya ini bukan – betul Tuan Yang di- Pertua kerana lebih kurang 70% estet-estet yang dikatakan estet-estet swasta sebenarnya adalah estet-estet GLC. The right hand doesn’t know what’s the left hand is doing. Right hand controls the left hand. Ini adalah betul, ini adalah estet Sime Darby dan sebagainya. Semua adalah berkaitan dengan milik share yang besar oleh kerajaan. Maka, ini boleh dibuat tetapi tidak ada inisiatif yang tertentu. Ini juga kepada sekolah-sekolah Tamil yang ada di ladang- ladang, di mana tidak cukup tempat dan sekolah-sekolah Tamil di sana macam kandang lembu di mana suasana yang tidak sesuai untuk anak-anak belajar di sana. Akan tetapi ini walaupun ini perkara yang diketahui, perkara telah dibangkit di sini tetapi tidak ditangani ataupun tindakan tidak diambil.

Pada tahun 2013, kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berjanji bahawa peruntukkan kerusi di belajar di matrikulasi dinaikkan dari 596 ke lebih 1,000 menjadi 1,500 lebih. Sudah lebih kurang empat tahun. Satu tahun pun tidak ada. Di mana 1,500 pelajar dari masyarakat India di ambil. Setiap kali ada alasan-alasan yang tertentu. Di antara mengatakan tidak ada pemohon yang cukup sebenarnya tidak benar kerana ramai di antara pemohon-pemohon yang mendapat 10A, 11A selalu membawa cerita ke surat khabar, ke TV dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa tidak ada inisiatif, tidak ada real touch on the ground oleh pihak-pihak yang tertentu.

Jadi itu, soalan yang tertimbul adalah apa yang dibuat oleh Special Implementation Taskforce. Lebih baik kalau ia dibubarkan lebih cantik they just surrender katakan tidak bila membuat kerja-kerja ini kerana bila ia ditubuhkan sebagai satu kawal selia untuk semua urusan di negara ini. Akan tetapi, nampaknya kegagalannya sangat serius. Apa tindakan yang diambil setakat ini? Setiap kali bila kita bangkitkan perkara ini nampaknya hanya janji- janji dibuat tetapi tindakan yang susulan tidak diambil.

Selain dari itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengingatkan bahawa beberapa tahun dahulu kerajaan telah memberi janji bahawa jika perlu satu sekolah tinggi jenis kebangsaan Cina akan dibina di Bercham di Ipoh di mana adalah satu di antara kawasan yang dalam tempoh 30 tahun mempunyai masyarakat Cina yang sangat besar di seluruh negeri Perak berbanding dengan tempat-tempat lain. Satu sekolah Cina primary yang sedia ada, yang terbesar juga lebih kurang 3,000 pelajar. Sekarang ada tempat untuk pembinaan sekolah tinggi tersebut. Apakah pendirian kerajaan supaya sekurang-kurangnya memberi kebenaran memandangkan pada masa dahulu tidak ada tanah tetapi sekarang ada tanah di sana yang telah dikenal pasti oleh Yang Berhormat Bercham, Yang Berhormat Chong Chee Khin yang tahu yang telah beritahu kepada kerajaan negeri dan saya juga terlibat dalam perkara tersebut.

Adakah nombor satu, kerajaan rela untuk membina? Kalau tidak sekurang- kurangnya adakah kerajaan rela untuk memberi lesen supaya masyarakat di sana dan saya sendiri ingin menyumbang untuk pembinaan sekolah tersebut kerana ramai yang di antara masyarakat yang duduk di sana, yang tinggal di sana adalah daripada golongan yang rendah di mana mereka perlukan banyak masa untuk menyediakan anak-anak mereka pergi ke pekan dalam Setiu untuk anak-anak mereka belajar di sana. Jika sekolah ada

final • 7:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

terdekat dengan rumah mereka, dengan pekan tersebut mungkin ia akan menyenangkan semua orang.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari itu saya juga ingin bangunkan apakah pendirian kerajaan mengenai Hindu Endowment Fund di mana satu akta yang khusus untuk kuil-kuil hindu yang sekarang guna pakai untuk negeri Pulau Pinang sahaja.

final • 7:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Adakah kerajaan rela supaya ia merangkumi dan diguna pakai untuk semua kuil- kuil Hindu di negara ini supaya ada banyak negeri-negeri lain seperti Selangor, lain-lain negeri yang katakan, jika dibenarkan satu rang undang-undang dibawa supaya membuat beberapa perhalusan dalam rang undang-undang Hindunia Board, akta tersebut supaya ia merangkumi dan diguna pakai di lain-lain kawasan di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa perkara di mana kerajaan telah meluluskan membawa 1.5 juta orang Bangladesh ke negara ini, di mana sebuah syarikat telah dikenal pasti, shortlisted, dibenarkan untuk memproses dan membawa pekerja- pekerja dari negara Bangladesh.

Nombor satu, pada 30 September 2015 Tuan Yang di-Pertua, DAP dengan Malaysian Trade Union Congress (MTUC) dan lain-lain union telah menganjurkan satu seminar kolokium di Ipoh di mana ramai di antara yang datang untuk menghadiri forum tersebut memberi pandangan bahawa membawa pekerja-pekerja asing ini sebanyak ini pada masa ini di mana berlaku slowdown di negara ini adalah tidak masuk akal, no rationale, kenapa kita perlu membawa pekerja-pekerja ini. Adakah ini pekerja-pekerja ini dibawa supaya the market trend di mana gaji pekerja-pekerja di negara ini dengan force menyimpan sekurang-kurangnya, there’s artificial... to allow foreign workers to come here and work, so that more workers on the grounds that the 3D, dangerous, dirty and difficult – kerja-kerja ini merupakan kerja-kerja yang tidak diingini oleh pekerja-pekerja di negara ini.

Ini amat tidak betul. Kalau kita nampak di Australia, New Zealand dan negara- negara barat, ada warganegara mereka ingin bekerja kalau gaji yang berpatutan, if appropriate salary. Ini adalah yang perlu kita fikir kerana adakah syarikat yang telah dishortlisted untuk membawa pekerja-pekerja itu adalah syarikat yang ada kebolehan, mereka pernah ada membuat atau it’s a two dollar 33 company.

Kenapa satu buah syarikat diberi untuk membawa 1.5 juta orang. Apakah rasional? Apakah keputusan ini dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri walhal Kementerian Sumber Manusia yang sepatutnya tahu mengenai perkara ini tidak memberi apa-apa pandangan mereka. Malaysian Trade Union Congress bantah kepada pandangan, cadangan untuk membawa pekerja-pekerja ini.

Dalam seminar yang kita adakan di Ipoh, kita dapat tahu dari beberapa orang yang datang untuk memberi pandangan mereka mengatakan bahawa tidak ada asas langsung untuk membawa pekerja-pekerja ini memandangkan, number one slowdown of economy.

Nombor dua, kita ada pekerja yang cukup. Nombor tiga, kalau kita meningkatkan gaji untuk 3D ini, sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan to depend kepada pekerja-pekerja dari Bangladesh.

Ini adalah perkara yang mustahak kerana, nombor satu Tuan Yang di-Pertua, kita memberi ruangan yang terlampau untuk middle-man untuk cari makan dan ini patut dielakkan.

final • 7:10 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

[Bangun]

final • 7:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Lagi satu perkara Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Siput bangun Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat sudah habis Yang Berhormat ya.

final • 7:10 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat dan Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat tahu, jika kita bawa ramai orang

final • 7:10 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

pekerja asing masuk Malaysia, pekerja Malaysia yang rugi, mereka tidak dapat kerja. So, siapakah pihak yang berfaedah daripada ini? Satu, middle-man. Lagi siapa lagi yang berfaedah daripada ini? Kenapa ini dipush? Siapa yang push ini?

final • 7:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, to say tidak cukup pekerja adalah satu perkara yang tidak boleh diterima. Yang sebenarnya saya rasa ada pihak-pihak dalam kerajaan dan ada kroni-kroni yang mereka ingin mengkayakan, maka ini memberi lesen. It doesn’t make sense at all. No other country in this when we are slowing down dan membawa pekerja-pekerja ini. Saya harap mungkin bila Menteri menjawab kita boleh tanya soal perkara itu.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, adalah mengenai dua perkara. Satu adalah, pagi ini di mana Menteri mengatakan Vivekananda Ashram akan digazet. Itu perkara yang bagus. Akan tetapi satu perkara yang perlu kita fikir, saya harap kementerian akan ambil tahu bahawa di mana nombor satu, tidak akan memberi apa-apa financial assistance kepada mana-mana yang diwartakan sebagai harta warisan. Ini perlu diubah suai atau satu pemikiran yang baru perlu diambil. Nombor dua adalah di mana kerajaan perlu proaktif mengambil tindakan supaya bila kenal pasti ada sesuatu harta itu adalah harta warisan, maka ia perlu ada kuasa untuk mengambil alih tanah tersebut jika ada bantahan daripada pemilik tersebut. Ini kerana kalau untuk public purposes, the National Acquisition Act ada.

Kenapa ia tidak boleh dipakai di sini?

Perkara yang kedua adalah mengenai perkara the Civil Law Act di mana ganjaran pembayaran pampasan kepada kes-kes kemalangan. Semalam kita dengar dalam surat khabar Court of Appeal membuat satu keputusan di mana suami isteri tetapi isteri tidak mendaftarkan perkahwinan beliau, tiba-tiba suami meninggal dunia. Walaupun disalahkan oleh defendan, tetapi pampasan langsung tidak dibayar kepada isterinya kerana perkahwinan mereka tidak didaftarkan.

Ini adalah sesuatu yang ancient stand. Walaupun akta ada common law marriages, realistik dalam negara ini di mana non-Malays are quite different. Ramai di antara mereka duduk sesama. Ramai di antara mereka juga ada anak di luar nikah. This is something accepted by the community. Maka the Act of Parliament should also follow. So are the judges. The judges cannot be dogmatic, cannot be thinking backwards. Apa terjadi kepada this kind of wives who are innocent, nothing to do but they are caught in the circumstances. Saya harap perkara ini dapat diambil tindakan. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jerantut.

final • 7:10 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut bersama dalam membahaskan Bajet 2016.

Saya hendak mulakan perbahasan saya dengan menyebut ayat Al-Quran dalam surah Yunus ayat 36.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud, “Dan kebanyakan mereka tidak mengikutinya kecuali sangkaan sahaja. Sesungguhnya sangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan”. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini bagi mewakili rakyat Jerantut keseluruhan merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pekan yang telah mengumumkan akan membina sebuah sekolah berasrama penuh di Jerantut yang mana sekolah ini memang sangat lama ditunggu-tunggu oleh masyarakat Jerantut, baru kini kami mendapatnya.

Tuan Yang di-Pertua, bajet yang bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” satu bajet yang berimbang mengambil kita pelbagai faktor termasuk dalam dan luar negara demi kelangsungan sebuah negara merdeka.

final • 7:17 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Bajet yang berakar kepada lima faktor utama iaitu pertamanya memperteguh ketahanan ekonomi Malaysia, kedua meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, ketiga mempersiaga modal insan, keempat memperkasakan agenda bumiputera, kelima meringankan kos sara hidup.

Tahniah kepada kerajaan serta seluruh kakitangan Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri dan semua pihak yang telah menjayakan sehingga terhasilnya sebuah bajet untuk rakyat pada tahun ini.

Walaupun ada pihak yang mencemuh tambah memperlekeh serta memfitnah dan dilabelkan dengan pelbagai tafsiran oleh kumpulan-kumpulan yang merasakan mereka lebih pakar walaupun tidak berpengalaman untuk menguruskan sebuah negara. Mudah- mudahan kita tetap terus bersama untuk membina sebuah negara yang cemerlang.

final • 7:17 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai orang baru dalam Parlimen ini melihat rentetan serangan kepada kerajaan tidak pernah luput daripada rakan kita dari sebelah sana. Saya ingin mengajak Ahli-ahli Dewan ini meninjau ke belakang, bermula selepas pilihan raya isu yang dibawa oleh rakan kita pihak pembangkang khususnya menggelarkan diri mereka Pakatan Harapan bermula dengan isu black out, kemudian ditambah dengan pengundi hantu. Kemudian ada lagi pengundi “bangla”, undi popular. Minyak naik, barang naik, GST, 1MDB, tukar kerajaan, Bajet 2016 dan terkini dan mutakhir tukar Perdana Menteri.

Selepas ini kita tidak tahu apa lagi, yang hendak dilakukan oleh mereka. Biarlah mereka mengharap dan kita sangat mengharapkan agar rakyat tidak mudah tergoda dengan apa yang dipujuk oleh pihak pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua, saya bawa contoh-contoh yang mengajak rakyat menempelak Bajet 2016 yang kita dengar daripada Pakatan Harapan, dulu dengan PAS mereka sebut Pakatan Rakyat, kemudian rakyat tolak mereka dan buat Pakatan Harapan.

Tahniahlah, kepada rakan-rakan PAS yang telah mula nampak akan temberang mereka.

Pertama saya hendak bawa apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Bagan tentang dia mengatakan Bajet 2016 Kerajaan Pusat, boleh dikatakan menipu rakyat Pulau Pinang. Mengambil cukai daripada Pulau Pinang tetapi tidak memberi apa-apa kepada Pulau Pinang. Setelah saya meneliti bajet secara menyeluruh tidak ada rakyat di mana- mana negeri Malaysia ini yang terlepas daripada jangkauan bajet ini.

Cuma mungkin kali ini Pulau Pinang, tidak mendapat projek yang besar. Tetapi sebelum ini kita lihat, kalau tidak ada Kerajaan Barisan Nasional yang memberikan Jambatan Pulau Pinang siapakah yang memberikan kepada mereka? Apakah ini bukan peruntukan daripada Kerajaan Pusat? Apakah ini Kerajaan Pusat menzalimi rakyat Pulau Pinang? Jadi kita mintalah wakil-wakil rakyat di sebelah sana berfikir secara terbuka. Kita tidak mengatakan yang kita ini tidak ada kecacatan, ada kelemahan di mana-mana tetapi kita mencuba yang terbaik untuk rakyat.

Kita rela, bagi saya Yang Amat Berhormat Pekan rela menerima pandangan dan kritikan tetapi bukan tohmahan yang membuta tuli. Saya mengambil contoh kalaulah dikatakan apabila kita tidak mendapat perkara-perkara yang besar, pembangunan- pembangunan yang besar, kita terus melabel bahawa kerajaan zalim. Bagi kami masyarakat di Jerantut baru ini kita mendapat sebuah sekolah berasrama penuh sedangkan di daerah-daerah lain sudah banyak. Apakah ini satu kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Sudah pasti tidak saudara-saudara.

Tidak cukup dengan itu, Yang Berhormat Permatang Pauh dalam pembentangan bajet Yang Berhormat telah menyatakan seolah-olah peruntukan begitu banyak dilonggokkan di Jabatan Perdana Menteri. Seolah-olah Perdana Menteri mengaut segala- galanya lebih banyak daripada kementerian-kementerian lain untuk menggunakan secara peribadi. Walhal, kalau kita lihat di bawah Jabatan Perdana Menteri sendiri ada 93 jabatan yang sudah pastilah Perdana Menteri berhasrat untuk memastikan jabatannya sebanyak 93 ini memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Kita juga didendangkan oleh Yang Berhormat Pandan yang turut mengelirukan.

Tadi sahabat saya daripada Langkawi turut menyatakan, saya telah membaca Hansardnya, dia mengatakan setiap hari rakyat Malaysia tanpa mengira siapa mereka, membayar sebanyak RM19 sehari secara purata. Ini dikatakan RM19 sehari. Kalau kita melihat secara terus, ini lagi satu penipuan bagi saya. Sebab kalau membayar RM19 sehari, mereka ini membelanjakan sebanyak RM316 sehari perbelanjaan yang membolehkan jumlah GST RM19 dibayar. Apakah ini satu pengiraan yang dibuat oleh orang yang waras pemikirannya? Tidak mungkin rakyat di kampung di Jerantut ini membelanjakan sebanyak RM316 sehari, dan juga jumlah kalau di kira RM9,480.

final • 7:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Jerantut.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan. Sekejap, okey.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Tunggulah sekejap, saya bagi.

Sabar. Sabar, tidak apa. Tenang dengar saya dulu. Dan kalau kita lihat rata-rata pendapatan di bawah B40 ini tidak mencapai RM3,000 tetapi pengiraan secara langsung dibuat RM9,480. Inilah kaedah mereka untuk memutarbelitkan kenyataan supaya menghasut rakyat. Kalau tidak fikir panjang, mereka akan termakan dengan pujukan yang penuh dengan penipuan.

final • 7:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Jerantut, boleh.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Dan…

final • 7:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Jerantut, sekejap.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Sabar, saya kata sabar. Inilah pembangkang ini, kita “cuit” sikit dah mula dah tidak sabar. Yang selama ini kita dengar.

Saya dengar, saya tidak pernah pun bangkang, saya bagi. Sabar.

[Disampuk] Hah! Cakap- cakap begitu tidak baik. Kita ini penggubal undang-undang sepatut tahu pada peraturan.

Sedangkan Yang Berhormat sudah lama jadi wakil rakyat pun tidak reti patuhi.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seputeh sudah empat penggal.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Berapa penggal sudah, Sya baru masuk sahaja. Yang Berhormat Gopeng pula menuduh Parlimen menutup mulut kepada MP, tidak boleh mengatakan sesuatu dan menuduh seolah-olah Speaker menyalahgunakan kuasa apabila menghalau Yang Berhormat Gelang Patah keluar daripada Dewan. Kita Ahli- ahli Parlimen memang nyata dan jelas, bagi mereka yang berada di dalam Dewan pada hari tersebut Yang Berhormat Gelang Patah dengan nyata menyatakan Speaker menyalahgunakan kuasa.

Setelah kita tahu diberikan peluang untuk meminta maaf. Perkara ini mudah, maaf diberi peluang, tetapi tidak maaf. Kalau tidak maaf, hukumannya ada. Saya merasakan mereka seolah-olah suka bahawa ia keluar Dewan dan boleh diputarbelitkan lagi mengatakan bahawa Dewan ini tidak berfaedah lagi kepada Ahli Parlimen yang kononnya yang membawa kebaikan kepada rakyat.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, bagi saya biarlah mereka ini sesat, biarlah mereka ini mencipta beberapa kekeliruan lagi yang pentingnya kita tidak terikut-ikut dengan mereka.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sesat bukan ini Tuan Yang di- Pertua?

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Tuan Yang di-Pertua inilah, tidak bagi jalan pun lagi, sudah bangun, inilah kaedah...

final • 7:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tak, bukan peraturan mesyuarat.

final • 7:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Jerantut, sudah lama sudah tunggu. Terima kasih, boleh?

final • 7:20 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Tidak, ini peraturan.

final • 7:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini saya hendak Peraturan Mesyuarat ini 36(4), bolehkah menggunakan perkataan sesat ini? Eh, apa, eh apa? Tidak, saya hendak dapatkan penjelasan…

final • 7:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Diam boleh, sesat tidak tahu.

final • 7:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sebab ada menjadi kesalahan menggunakan bahasa kurang sopan. Sesat ini connotation dia ini negatif Tuan Yang di- Pertua.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Apa perkataan yang lebih baik Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ya?

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Apakah perkataan yang lebih baik.

final • 7:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tersilap.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tersilap, tersilaplah ya.

final • 7:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okeylah, sesat is too…

final • 7:20 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Tuan Yang di-Pertua…

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak apalah saya terima sebagai kesilapan.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat Sepang ini, inilah sikap mereka yang tidak sabar. Saya tidak habis lagi, tidak habis lagi ulasan. Sesat dalam perjalanan, balik ke pangkal jalan.

[Ketawa] Bukan saya menuduh mereka sesat. Saya saja…

final • 7:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

[Ketawa]

final • 7:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak apalah saya pun kesian.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Tuan Yang di-Pertua, saya saja menunjukkan kepada Dewan ini, inilah buktinya mereka tidak sabar, kurang sabar apabila kita lontarkan sikit sahaja tentang kelemahan mereka.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tiada pelanggaran Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakam setinggi tahniah dan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan yang mendapat peruntukan yang tertinggi dalam bajet yang dibentangkan Yang Amat Berhormat Pekan. Semoga dengan peruntukan ini akan membolehkan Kementerian Pendidikan dapat merealisasikan apa yang telah dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Negara.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Cuma saya ingin mengharapkan kepada Kementerian Pendidikan, khususnya Yang Berhormat Menteri yang saya ketahui berlatarbelakangkan kepada seorang guru yang punyai penuh pengalaman tentang pendidikan, agar dapat melihat semula beberapa kelemahan yang ada dalam kementerian ini khususnya dalam projek 1BestariNet yang berjumlah RM4.7 bilion.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Seperti mana yang kita tahu, projek ini tidak mencapai sasaran atau lebih mudah kita perkatakan, projek ini gagal dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah. Tambahan lagi, sekolah-sekolah yang berada di pedalaman yang langsung saya kira tidak mendapat faedahnya. Jadi wajarlah pihak kementerian menilai semula, melihat di mana kelemahannya. Kita mengharapkan agar setiap ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan berjumlah RM4.7 bilion ini, siapa juga yang bertanggungjawab dalam kegagalan ini, perlu kita bawa ke muka pengadilan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga membawa perhatian Ahli Dewan ini kepada peristiwa kehilangan anak-anak murid kita dari Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang yang baru lalu yang mana kita tahu mengejutkan seluruh negara kita. Ini berkaitan dengan anak-anak yang tinggal di asrama. Sepanjang pengalaman saya, bagi anak-anak yang tinggal di asrama ini, pihak kementerian atau sekolah melantik warden yang terdiri daripada guru. Malangnya, kebajikan warden ini tidak begitu diberi perhatian.

Diberikan elaun, pada pandangan saya tidak memadai dengan tugas mereka menjadikan tugas warden asrama ini yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak- anak murid kita, ada ruang boleh jadi ia sedikit terabai. Ini kerana macam yang saya katakan tadi, setiap warden yang dilantik ini mereka duduk di asrama, mendapat sedikit kemudahan tempat tinggal tetapi elaun perumahan mereka dipotong. Jadi ini memungkinkan guru-guru tidak berminat terhadap jawatan ini dan membuka ruang kepada sedikit pengabaian terhadap tugas ini. Jadi, saya mengharapkan agar kementerian dapat mengadakan satu jawatan khusus bagi warden asrama ini yang tidak lagi disandang oleh guru-guru supaya warden ini dapat memberikan perhatian yang sebaik mungkin kepada anak-anak kita yang duduk di asrama.

Seperkara lagi Tuan Yang di-Pertua, bawah Kementerian Pendidikan ini, saya ingin mengajak kepada pihak kementerian agar melihat semula tentang pelantikan pengetua dan juga pegawai-pegawai di pejabat pendidikan daerah. Apa yang menjadi amalan sekarang ini, pengetua yang hendak dilantik mesti menyertai kursus NPQEL dan bagi mereka yang tidak menduduki kursus ini, tidak diberikan keutamaan.

Di sini sekali lagi saya mengharapkan kementerian melihat semula kerana ada di antara mereka ini kurang pengalaman dan tidak pernah menjawat jawatan guru penolong kanan, terus dilantik kepada jawatan pengetua. Ini memungkinkan sekolah itu tidak dapat diuruskan dengan lebih cemerlang, berbanding dengan kalau lantikan ini kita ambil daripada guru penolong kanan, kemudian diberikan kursus dan terus dilantik kepada jawatan pengetua atau guru besar.

Ada juga sebahagian dari negeri yang sekarang ini melantik jawatan Pegawai Pendidikan Daerah yang terdiri daripada pengalaman yang jauh lebih junior daripada pengetua-pengetua yang ada di sekolah-sekolah dalam sesuatu PPD. Jadi saya mengharapkan agar pihak kementerian, khususnya di pejabat pendidikan negeri agar dapat melihat, memberikan keutamaan jawatan Pegawai Pendidikan Daerah itu kepada pengetua yang jauh lebih senior daripada mana-mana pegawai bagi menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Daerah.

Mengenai seperkara lagi lantaran promosi pendidikan vokasional ataupun TVET, tahniah kepada kerajaan yang memberikan ruang kepada TVET ini untuk kita perkasakan.

Mudah-mudahan sasaran untuk 380,000 pelatih dapat direalisasikan. Apabila kita memfokuskan balik kepada TVET ini, sudah pastilah lepasan ataupun graduan TVET ini walaupun mereka tidak mendapat pekerjaan dengan kerajaan ataupun sektor swasta, mereka mempunyai pengalaman untuk membuat ataupun mengadakan perniagaan sendiri ataupun menggunakan kemahiran itu untuk bekerja sendiri, seterusnya mendapatkan pekerjaan secara persendirian.

Beberapa perkara lain yang perlu kita ambil perhatian dalam TVET ini iaitu keselarasan antara agensi yang mengendalikan TVET ini. Kita tahu Tuan Yang di-Pertua, TVET ini melibatkan agensi daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia. Kadang-kadang berlaku pertindihan daripada segi pelaksanaannya. Kementerian Sumber Manusia dengan mungkin institut latihan perindustrian dan Kementerian Pendidikan dengan aliran vokasional dan juga teknik.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Ada ketikanya berlaku pertindihan dan ini merugikan peruntukan. Kalau boleh, kedua-dua ataupun mana-mana agensi lain lagi yang terlibat dengan teknikal ini perlu dibincangkan bersama supaya kita membentuk satu sistem vokasional dan teknik yang benar-benar boleh melahirkan graduan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan negara yang mempunyai kerjaya yang jelas.

Kita lihat contoh seperti negara Jerman. Negara Jerman ini, dia punya teknologi berasaskan kepada teknik dan vokasional yang begitu tinggi dan dia consistent dengan izin, terhadap bidang ini. Tidaklah seperti kita, misalnya kalau dalam lingkungan pendidikan, dahulu kita ada mata pelajaran Seni Perusahaan, kita ada Maktab Perguruan Teknik untuk melatih guru-guru dalam bidang teknikal bagi mengajar di sekolah-sekolah. Kemudian satu ketika, kita lupuskan bidang ini. Berapa banyak kerugian yang ada di kementerian, yang ada di maktab-maktab, yang ada di sekolah-sekolah, peralatannya. Kini kita kembali, berbalik semula kepada bidang ini. Jadi seolah-olah macam kita tidak ada kesinambungan dalam program ini dan ini tentulah merugikan kita.

final • 7:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 7:30 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Ya Yang Berhormat Shah Alam.

Sekejap satu minit. Kalau lebih satu minit, saya potong.

final • 7:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya, ya. Baik, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya pun rasa saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jerantut. Semasa saya di sekolah menengah dahulu memang ada kelas Industrial Arts dan kita belajar seni tukang dan sebagainya. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Jerantut, apa alasan yang dikemukakan dahulu apabila bidang vokasional ini telah diketepikan ataupun dipandang remeh dan ditamatkan? Adakah alasan mengapa ia dihentikan dan digantikan dengan pendekatan yang lain pernah diperjelaskan di dalam Parlimen ini untuk kita memahami?

Saya rasa cukup bersetujulah bahawa ia merupakan satu kerugian. Apabila saya pergi ke sekolah lama saya, saya nampak semua kelengkapan yang industrial arts itu dahulu semua sudah tidak ada. Guru-guru yang hendak ajar pun semua sudah tidak ada. Ia sudah dilihat sebagai satu bidang yang tidak bermanfaat dan ia semestinya diiktiraf sekarang sebagai satu kesilapan daripada segi dasar pendidikan yang telah kita laksanakan. Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Minta komen.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya seronok kalau tanya begini. Memang Yang Berhormat Shah Alam ini penuh bersopan.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam itu mungkin ada kebenaran, tetapi fokus kerajaan kita berbeza. Mungkin sebelum ini kerajaan memfokuskan kepada bidang sains dan apabila kita telah pun boleh dikatakan berjaya dalam bidang sains, maka kerajaan merasakan bidang teknik dan vokasional ini perlu diperkasakan semula. Jadi mungkin ini antara sebabnya pada pandangan saya, walau bagaimanapun insya-Allah Menteri akan boleh memberikan penerangan yang lebih jelas.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang memperkasakan belia.

Tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan yang mendapat RM930 juta dalam peruntukan untuk memperkasakan belia. Mudah-mudahan dengan peruntukan sebanyak RM30 juta akan dapat menggalakkan belia menjadi usahawan melalui program yang bersesuaian dengan kehendak belia, bukan hanya bersesuaian dengan kehendak kementerian.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Ini kerana apa yang saya lihat setakat ini hasil daripada pemerhatian saya, ada program-program yang tidak bersesuaian dengan kehendak dan keperluan belia. Ada sesetengah daripada agensi-agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan didapati macam kurang bersungguh-sungguh untuk membantu, membina dan menyokong apa yang dicadangkan, apa yang dikehendaki oleh para belia.

final • 7:40 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri ada pengalaman yang didatangi oleh seorang belia yang terlibat dalam program pengangkutan. Beliau ada syarikat, hendak buat syarikat pengangkutan. Belia, dia sudah cari pengalaman, sanggup turun sendiri bekerja dengan syarikat pengangkutan bas. Akhirnya buat satu syarikat dan mohon pinjaman malangnya pinjamannya tidak dapat dibantu oleh sebuah bank yang memang dikhususkan untuk membangunkan syarikat-syarikat atau untuk membantu peniaga-peniaga. Lebih malang lagi, pegawai-pegawai bank ini menasihatkan agar anak muda ini pergi kepada pihak swasta yang menawarkan pembelian bas dengan faedah 8% setahun. Sedangkan bank ini memberikan pinjaman hanya dengan 4% setahun. Kalau beginilah bagaimana anak-anak muda kita untuk bersama dengan kerajaan.

Agensi-agensi kerajaan yang sepatutnya memberi bantuan dan pertolongan kepada para belia ini untuk berdikari tidak dapat memberikan pertolongan. Tuan Yang di- Pertua, jadi saya mengharapkan agar kerajaan melihat balik perkara yang sebegini, mudah- mudahan rintihan golongan belia ini dapat kita bantu. Selain daripada itu, saya mengharapkan agar kerajaan mengadakan perumahan untuk belia terutamanya di kawasan-kawasan bandar kecil yang mungkin setakat ini kalau kita tengok perumahan khas belia ini mungkin ada hanya di bandar-bandar besar sahaja. Saya juga mengharapkan kepada kerajaan agar mengadakan kuota khas untuk para belia bagi setiap projek perumahan terutama perumahan yang melibatkan agensi kerajaan .

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas ingatan itu. Saya sedikit sahaja lagi, mungkin dalam dua minit, nak baca untuk keperluan kawasan saya.

Tuan Yang di-Pertua, di Jerantut ada stadium mini. Akan tetapi setakat ini dia memang betul-betul jadi mini. Tidak ada kemudahan, yang adanya hanyalah pagar dan sedikit grandstand serta padang rumput biasa, tidak ada track untuk kegiatan bersukan.

Jadi diharapkan kepada Kementerian Belia dan Sukan agar dapat memberikan pandangan dan perhatian untuk membantu anak-anak yang ada di Jerantut ini.

Mengenai dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, bandar Jerantut ini dari segi keperluan mendapat bekalan air mentah. Walaupun duduk di tepi Sungai Pahang, tetapi bekalan airnya perlu diproses dan buat masa ini loji utama di bandar Jerantut ini yang ada memberikan perkhidmatan kepada 20,000 akaun, loji sedia adanya hanya bertahan sehingga 2015 dan telah menjalankan kerja mereka secara 24 jam tanpa rehat. Kalau sekiranya tidak diberikan peruntukan untuk membina loji baru, maka saya yakin akan berlaku krisis bekalan air yang mungkin berlaku di kawasan Jerantut ini. Saya amat berharap agar peruntukan yang ada pada tahun 2016 ini dapatlah diberikan perhatian untuk kemudahan sumber bekalan air di Jerantut.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan agar kerajaan agar kerajaan dapat membuka pejabat cawangan JPJ di Jerantut kerana untuk berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, masyarakat di Jerantut terpaksa meredah jarak sejauh 110 kilometer untuk ke pejabat cawangan JPJ yang berhampiran. Sebuah bangunan mahkamah yang baru amat diperlukan kerana mahkamah yang sedia ada ini sangat daif dan tidak tahu ke mana pintu untuk keluar sudah sebab disambung, lepas sambung, sambung.

Saya juga tidak jemu untuk menyuarakan hasrat anggota polis di Jerantut dengan IPD sedia ada yang dibina 1976, yang begitu tidak selesa. Saya mengharapkan agar kerajaan memberi perhatian kepada IPD ini dan juga kepada balai bomba daerah Jerantut agar dapat ditingkatkan dari segi bilangan anggota. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Jerantut ini adalah daerah yang sangat sensitif kepada banjir iaitu kawasan utama yang akan dilanda banjir seperti daerah sahabat saya di Parlimen Lipis dan juga Parlimen Kuala Krau. Peralatan-peralatan keperluan untuk penyelamat atau pemindahan banjir ini sangat perlu diperbanyakkan di kawasan seperti Jerantut, Lipis dan juga Kuala Krau.

final • 7:40 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Saya mengharapkan agar dapatnya dibina sebuah balai bomba gred D pun tidak apa di Taman Negara Jerantut yang jaraknya 80 kilometer dari pekan Jerantut. Jadi sebarang malapetaka yang berlaku dapatlah dibantu oleh pejabat bomba yang kita akan bina nanti.

Satu lagi yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, jalur lebar yang ada di Jerantut ini ada jalur tapi tidak lebar. Jalur pun kadang-kadang hilang. Diharapkan agar dapatlah diberi perhatian dengan peruntukan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, Jerantut mohon menyokong. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 7:40 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.

[Berucap dalam bahasa Arab]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk sama-sama dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa hari yang lepas. Kalau boleh saya letakkan tema perbahasan saya dalam masa yang agak singkat ini, saya akan tumpukan kepada satu perkataan iaitu perkataan sejahtera yang menjadi tema bajet kita “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”.

Izinkan saya mulakan dengan membawa dan membacakan sepotong ayat al- Quranul Karim. Semoga memberkati Dewan yang mulia ini daripada Surah Ar-Ra’d, juzuk ke-13, ayat yang ke-11.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Firman Allah SWT yang bermaksud, *“Bagi setiap manusia masing-masing ada malaikat yang silih berganti menjaganya daripada hadapan dan daripada belakangnya, mengawasi dan menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum, sehinggalah mereka sendiri mengubah apa yang ada dalam diri mereka.

Apabila Allah menghendaki untuk menimpakan bencana ke atas sesuatu kaum, maka tiada siapa pun yang mampu untuk menolaknya lagi dan tiada siapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya”.

[Berucap dalam bahasa Arab]* Tuan Yang di-Pertua, negara kita Malaysia begitu bercita-cita besar untuk berubah dengan Wawasan 2020 yang kita canangkan semenjak lebih 20 tahun. Kita impikan untuk bergerak menganjak diri kita daripada sebuah negara membangun menuju sebuah negara maju. Di awalnya kita nampak sinar itu begitu cerah tetapi di pertengahannya kita mula melihat tanda-tanda yang agak samar. Pada hari ini dengan berbaki lima tahun, kita semakin tidak yakin. Di hadapan kita kabur, di hadapan kita jerebu dan saya yakin Dewan ini sendiri mula sangsi dengan keupayaan kita untuk mencapai taraf negara maju. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ayat di atas ada memberikan beberapa jawapan. Ayatnya pendek, saya akan bawa tiga pengajaran yang dibawa oleh para ulama kita.

final • 7:46 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Pertama, perubahan mestilah bermula dari dalam diri sendiri. Kalau saya buruk, saya mesti berubah dari dalam, barulah Allah Taala mengubah diri saya menjadi baik.

Kalau saya baik, saya kena kekal diri saya dalam keadaan baik, barulah kebaikan itu akan kekal. Begitulah sebuah kerajaan yang menjadi petunjuk kepada ayat ini yang menyebut perubahan sesuatu kaum. Jika kerajaan ingin berubah, ingin beranjak dengan begitu besar, maka tidak dapat tidak, kerajaan mestilah melakukan perubahan daripada diri kerajaan sendiri, barulah kita akan melihat kejayaan itu dalam negara, dalam kehidupan rakyat di hadapan kita.

Kedua, ayat ini mengisyaratkan perubahan yang begitu diperhatikan oleh Allah Taala dalam diri kita. Allah Taala memulakan ayat ini dengan menyebut bahawa Allah Taala mengutus para malaikat Allah bersilih ganti untuk melihat tubuh setiap manusia berlaku atau tidak perubahan di dalam diri mereka.

final • 7:50 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Ketiga ialah peringatan di akhir ayat ini yang disebut oleh para ulama tafsir yang menyebut bahawa hendaklah kita beringat bahawa kita tidak boleh kekal di atas perkara yang dibenci oleh Allah Taala, bimbang kelak nanti datang hukuman Allah Taala, bencana yang kita tak boleh hendak tolak lagi apabila Allah Taala murka kepada kita.

Tuan Yang di-Pertua, tugas kita Ahli Dewan yang mulia ini terutama sekali pihak kerajaan adalah memegang amanah, kuasa dan amanah kekayaan negara untuk kita cari bagaimana kita hendak memperolehinya, bagaimana untuk menyusunnya dan bagaimana untuk mengagihkannya kepada rakyat. Apabila kita menyebut rakyat, kita mesti menyebut dua yang utama iaitu golongan fakir dan miskin yang menjadi tunjang apa yang Allah Taala sebutkan di dalam Al-Quran Nur Karim apabila membicarakan mengenai sesebuah kaum ataupun sesebuah negara.

Perlu kita ingat bahawa hubungan negara adalah hubungan di antara orang-orang yang kuat dengan orang-orang yang lemah. Negara adalah hubungan di antara orang kaya dengan orang-orang yang miskin. Wujud mereka adalah menjadi sunnah Allah Taala di muka bumi. Tidak ada negara yang tidak ada orang miskin dan tidak ada negara yang tidak ada orang kaya. Justeru, apabila kita bercakap mengenai sesebuah negara, kita mesti bercakap mengenai kekayaan dan kemiskinan dan hubungan di antara keduanya.

Lebih menarik Tuan Yang di-Pertua, kemiskinan adalah satu kemuliaan. Oleh sebab itulah Allah SWT telah melahirkan Rasulullah SAW dalam keadaan dia menjadi anak yatim, dan dalam tempoh yang sekejap, baginda menjadi anak yatim piatu. Juga, Allah Taala menyebut rahmat ini apabila Allah Taala menukar Rasulullah SAW daripada miskin kepada kekayaan. Kekayaan jiwa dan kekayaan apabila baginda memperoleh sebuah kerajaan untuk menyusun kehidupan rakyat di dunia sampailah hari akhirat. [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Dan Dia dapati engkau wahai Muhammad dalam keadaan miskin, dalam keadaan fakir, lalu Dia telah mengayakan kamu wahai Muhammad.” Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah dalam perbincangan buku-buku ekonomi oleh para pakar ekonomi, antara yang menariknya disebut ialah sesebuah negara akan menjadi bahagia dan berjaya apabila pengurusan politik terutama sekali pengurusan ekonominya diuruskan dengan cara berfikir orang miskin. Apabila orang kaya menguruskan sebuah negara, maka dia tidak akan mampu membawa negara tersebut kepada kejayaan dan kebahagiaan. Itulah nilai kemiskinan yang ada pada sesebuah negara yang perlu kita tatang, yang perlu kita bincang dalam perbincangan kita dalam bajet negara kita.

Saya rasa adalah betul kalau kerajaan meletakkan golongan 40 peratus terbawah menjadi tumpuan. Sekarang mari kita melihat adakah kerajaan telah berjaya untuk menghubungkan kekayaan kepada kemiskinan, menghubungkan kekuatan kepada kelemahan golongan 40 peratus terbawah ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara umat Islam, negara kita Malaysia, yang berketuakan seorang Perdana Menteri Muslim, adalah wajar dan sebenarnya mudah untuk kita memimpin ke arah perubahan yang kita impikan. Sebab yang utama ialah kerana kita adalah umat yang memiliki contoh 1,400 tahun yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang, membina tamadun yang menjadi rujukan kepada seluruh manusia.

Dalam bercakap mengenai sistem percukaian Islam, Imam Syatibi, seorang ulama besar, semua orang kenal dia, Al-Imam As-Syatibi, dia menyebut bahawa perbincangan mengenai percukaian ini tidak disebut oleh ulama-ulama di peringkat awal kerana tidak ada cukai di awal kerajaan-kerajaan Islam pada masa itu disebabkan oleh kekayaan Baitulmal yang mencukupi diambil daripada sumber-sumber asas sesebuah negara iaitu sumber zakat, sumber jizyah, kharaj dan sebagainya. Akan tetapi, perbincangan itu berlaku kemudiannya dan dibahaskan oleh para ulama apabila negara semakin membesar dan kewajipan-kewajipan sesebuah negara mula membesar, barulah perbincangan mengenai cukai itu dibincangkan oleh para ulama dan juga dilaksanakan di dalam negara-negara Islam.

Yang saya hendak sebut ialah, inilah wujudnya contoh yang besar dalam sejarah Islam bagaimana menguruskan sebuah negara yang telah mencapai satu tahap kesejahteraan rakyat yang dahsyat yang begitu besar sehingga sebuah negara itu tidak lagi memerlukan cukai tambahan selepas dilaksanakan sistem Islam yang lebih mudah iaitu

final • 7:50 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

mengambil zakat daripada orang-orang kaya dan juga jizyah daripada orang-orang bukan Islam pada masa itu. Saya sebut sejarah lepas.

Jadi, tinggal lagi ialah adakah kita bersedia, adakah kerajaan hari ini bersedia untuk beriman, untuk yakin, untuk melihat kepada sistem Islam yang baik ataupun kita masih lagi waswas, masih lagi dalam keadaan keliru sama ada untuk menoleh ke depan kepada Islam ataupun kita menoleh kepada Barat ataupun Timur?

Bajet 2016 walaupun saya tidak kata bajet yang buruk, ada positif, dan saya tidak akan sebut kerana pihak kerajaan telah banyak menyebut mengenai perkara-perkara positif, tetapi saya hanya ingin menyebut bahawa saya masih kekal berkeyakinan bahawa ia bukanlah satu perubahan yang akan membawa kejayaan kepada negara kita hari ini.

Bagi saya, Bajet 2016 tidak lebih daripada seperti permainan kerajaan menghadiahkan rakyat dengan bunga api, satu majlis bunga api besar-besaran di sebelah malam sehingga apabila dilancarkan bunga api tersebut, semua rakyat akan berkata, “Wow, alangkah cantiknya bunga api tersebut”, tetapi di dalam beberapa minit sahaja, apa yang dia tengok adalah kegelapan di sebelah malam. Langit gelap dan yang ada hanyalah bintang-bintang yang jauh untuk dicapai. Inilah bajet, bajet bunga api atau bajet panadol kalau saya buat satu perumpamaan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk bercakap mengenai sejahtera, ia adalah satu perbincangan yang menarik dalam dunia ekonomi hari ini yang melihat keruntuhan negara- negara maju, melihat kepada keruntuhan negara-negara kaya yang sentiasa bercakap untuk mendapat pendapatan yang paling tinggi sebuah negara. Semua itu telah berakhir.

Ahli-ahli ekonomi mula bercakap bahawa negara yang benar bukanlah negara yang berpendapatan tinggi. Negara yang benar adalah sebuah negara yang menjadikan kehidupan negara tersebut adalah sebuah kehidupan yang makmur, sejahtera dan bahagia rakyatnya.

Maka, kita tidak boleh mengukur kejayaan pada pendapatan negara yang tinggi.

Bahkan, pada pendapatan per kapita pun kita tak boleh ukur kerana ia cukup mengelirukan.

Jika tidak, kita akan melihat perbelanjaan yang besar- Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebut mengenai kejayaan GST dapat mengimbangi hasil kesan daripada turunnya harga minyak, nampak gembira, tetapi berbelanjalah banyak mana pun tetapi kita akan terus melihat rakyat semakin hari semakin tertekan hidup mereka dan dalam kesempitan yang meragut kebahagiaan hidup mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut mengenai beberapa ukuran atau indikator yang disebut oleh para ulama ataupun para sarjana ekonomi bagaimana untuk menjadi sebuah negara yang sejahtera, sebuah negara yang mampu membahagiakan rakyat.

final • 7:50 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Pertama ialah mesti dilihat pada kadar pengangguran. Ia adalah sebagai petunjuk sebuah negara yang berjaya mempelbagaikan sumber rezeki yang luas untuk rakyatnya.

Kita ada bincang banyak mengenai kadar pengangguran di negara kita.

Kedua ialah jurang atau pun kesenjangan pendapatan ekonomi antara golongan kaya dan golongan miskin. Ia adalah sebagai petunjuk wujudnya ihsan dan wujudnya agihan yang adil dalam sumber pendapatan negara.

Ketiga adalah tahap kuasa beli, purchasing power atau pun pendapatan boleh guna rakyat. Ia menjadi petunjuk kebebasan rakyat untuk berbelanja apa yang mereka mahu tanpa bebanan hutang dan ikatan.

Yang terakhir yang keempat ialah kadar jenayah dalam negara yang boleh kita sebut sebagai dua. Pertama, jenayah dalam masyarakat dan yang kedua, jenayah di kalangan kolar putih atau pun di kalangan pemimpin di peringkat atas. Ia sebagai petunjuk benarnya atau pun betulnya pekerjaan atau pun sumber rezeki, halalnya sumber rezeki yang dijana oleh rakyat. Ini termasuklah jenayah kolar putih, corruptcy yang melanda pegawai atasan dan pemimpin politik.

final • 8:00 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Apa yang saya ingin sentuh Tuan Yang di-Pertua ialah kerajaan kita Malaysia gagal dan agak teruk dalam memenuhi dan menepati indicator petunjuk di atas. Saya boleh sebut kalau kita baca surah yang pendek dalam al-Quran Allah Taala menyebut keempat-empat indicator ini dalam surah yang pendek iaitu surat Quraisy. Izinkan saya membaca.

[Membaca ayat al-Quran] Ayat ini menyebut bagaimana nikmat Allah ke atas negara Makkah di atas Kota Mekah, pada masa itu Quraisy sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Allah Taala mengungkitkan nikmat-Nya iaitu keupayaan untuk berbelanja, keupayaan untuk mencari rezeki. Walaupun musim panas mereka boleh berniaga.

Walaupun datang musim sejuk, mereka boleh berniaga, pergi ke Yaman, naik ke Syam dan Allah Taala berfirman bahawa keupayaan mereka untuk membeli untuk mendapatkan sumber makanan.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Hendaklah kamu, mereka menyembah Tuhan Kaabah ini kerana Allah Taala telah menyediakan mereka makanan dan yang kedua, Allah Taala mensejahterakan mereka dengan keamanan di Kota Makkah.

Semua ini telah disebut oleh al-Quran dan diulang balik oleh para sarjana ekonomi untuk membuat ukuran bagaimana kejayaan sesebuah negara tersebut. Pertama, saya hendak sebut ialah mengenai angka kadar pengangguran yang walaupun disebut oleh kerajaan agak rendah di negara kita tetapi kajian yang lebih mendalam menunjukkan bahawa anak muda negara kita berhadapan dengan isu pengangguran yang agak rumit.

50,000 penganggur...

final • 8:00 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

[Bangun]

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Batu Gajah berminat untuk mendapatkan pencerahan. Sila.

final • 8:00 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya agak tertarik dengan hujahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi, terutamanya berdekatan dengan empat indicator yang menentukan kesejahteraan rakyat. Saya juga terpanggil untuk mendapatkan pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan indicator ketiga iaitu berkaitan dengan pendapatan boleh guna. Pendapatan boleh guna ini adalah pendapatan yang diterima oleh seseorang itu selepas menolak semua perbelanjaan yang penting. Pendapatan boleh guna ini adalah wang yang boleh digunakan oleh seseorang itu untuk perkara-perkara lain selepas ditolak cukai dan sebagainyalah.

Pada pandangan saya, kalau pendapatan boleh guna ini kalau jumlahnya besar, maka kayalah dia. Kalau pendapatan boleh guna itu rendah, maka miskinlah dia itu. Jadi...

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Batu Gajah teruskan.

final • 8:00 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Saya hendak tanya, dalam ucapan pembentangan bajet Perdana Menteri, dia mengatakan bahawa negara kita kadar kemiskinan adalah pada tahap 0.6% sahaja dan kadar kemiskinan tegar adalah hampir 0%.

Saya tidak tahu sama ada ini adalah benar atau pun tidak. Angka-angka ini adalah benar atau pun tidak? Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Mas sebab saya rasa ini tidak realistik jumlah ini.

final • 8:00 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Ya, terima kasih.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pasir Mas, panjang sangat Yang Berhormat Batu Gajah. Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Tiga minit sahaja lagi Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 8:00 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Saya cuba insya- Allah. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Batu Gajah dan saya sambung. Saya juga akan menyebut beberapa poin berkaitan dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Saya sebut tadi mengenai pengangguran. Isu kita ialah kita saling bertengkar

final • 8:00 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

mengenai angka yang disebut oleh kerajaan dengan kajian-kajian yang dibuat di peringkat rakyat yang menunjukkan sebaliknya.

Kita ada penganggur berjumlah 50,000 dengan 70% daripadanya adalah pemegang ijazah. Itu satu isu. Kedua ialah yang sudah dapat kerja, anak muda berijazah terpaksa bekerja dengan gaji yang lebih rendah berbanding dengan kelulusan mereka.

Maknanya, tawaran pekerjaan adalah cukup sedikit walaupun kepada para anak muda kita yang mendapat ijazah yang tinggi.

Kemudian, yang kedua ialah mengenai jurang yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi. Kita ada jurang yang agak dahsyat. Disebut di rantau kita ini, di peringkat Asia kita berada pada jurang kaya miskin yang paling teruk. Dalam negara kita, kita berhadapan dengan jurang kajian yang menyebutkan jurang di antara orang Cina dengan orang Melayu teruk. Orang Melayu dengan India pun teruk. Orang India dengan Cina pun teruk. Maknanya, pengagihan sumber rezeki yang gagal ditangani oleh pihak kerajaan.

Kemudian mengenai pendapatan boleh guna kita berhadapan dengan kenaikan harga barang yang mencekik pengguna hari ini. Kerajaan tidak mampu untuk memberikan sebarang solusi bagaimana untuk menyelesaikan kenaikan harga barang. Begitu juga hutang isi rumah yang besar. Bukan sahaja mereka payah, agak sukar untuk membayar rumah yang mereka beli, bahkan agak sukar sekarang ini untuk anak muda mendapatkan sebuah rumah sehingga mereka terpaksa hidup dalam rumah kotak yang sempit.

Terakhir mengenai indicator ini, saya ingin menyebut mengenai kajian yang dibawa oleh Frost & Sullivan yang dilantik oleh pihak kerajaan sendiri menunjukkan bahawa indeks rasa selamat negara hanyalah berada pada tahap 39%. Yang lebih malang lagi hanya 10% orang awam percaya kadar jenayah di Malaysia menurun. Maknanya, walaupun pihak keselamatan mengunjurkan turunnya jenayah tetapi di sisi rakyat, kajian menunjukkan hanya 10% rakyat percaya apa yang disebut oleh pihak kerajaan tersebut.

Perkara ini berlaku, saya hendak sebut beberapa perkara. Ini gagal kerana kerajaan melakukan banyak kesalahan besar. Yang pertama yang saya hendak sebut mengenai perjanjian yang dibuat oleh kerajaan dengan pihak syarikat-syarikat besar.

Malang, kita sebagai kerajaan, syarikat-syarikat ini sebagai anak. Akan tetapi apabila perjanjian diadakan, anak mengikat ayah. Bukan ayah mengikat anak. Isu yang pertama ialah konsesi lebuh raya yang sampai hari ini hari-hari rakyat bercakap mengenai kenaikan harga tol. Baru ini tol naik lagi dan ia menggambarkan janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah gagal bahawa kerajaan akan menyelesaikan isu tol. Begitu juga perjanjian dengan syarikat IPP yang menyebabkan kenaikan harga elektrik isi rumah yang tinggi.

Hari ini yang terakhir mengenai perjanjian yang akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia. Perjanjian yang lebih besar, TPPA yang ditakuti akan terus mengikat negara kita dan bahang panas itu pasti akan dirasai oleh rakyat nanti. Saya ingin menyebut mengenai cukai GST. Sedikit lagi. Saya akan sebut GST dan saya akan masukkan isu Kelantan.

Saya ingat saya sempat 20 minit, rupanya tidak sempat.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

20 minit ini.

final • 8:00 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Ya, ya faham.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tetapi...

final • 8:00 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Tuan Yang di- Pertua, dalam Islam apa yang menarik kita bercakap pasal cukai ini, apabila sebuah kerajaan mengenakan cukai, orang yang paling gembira ialah orang miskin. Ini dalam Islam kerana apabila cukai dikutip, bermakna kerajaan ingin memenuhkan Perbendaharaan mereka kerana tidak cukup. Mereka yakin Perbendaharaan itu, hasil itu akan dihantar balik kepada orang miskin. Akan tetapi di negara kita sebaliknya.

Hari Jumaat lepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri begitu gembira dengan pelaksanaan GST. Akan tetapi adakah kegembiraan dia dikongsi oleh rakyat?

final • 8:00 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Saya yakin 80% tidak gembira dengan kegembiraan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Asas dalam Islam ialah...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Diambil cukai itu daripada orang kaya dan dihantar balik kepada orang miskin”. Jadi sebab itulah GST ini adalah tidak dibenarkan oleh Islam dan ia lebih teruk daripada SST yang juga mempunyai konsep yang hampir sama.

Akhir sekali saya hendak sebut fasal Kelantan. Allah! Kena langkau banyak ini.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah semakin mengurangkan tekanan politik ke atas negeri Kelantan yang seharusnya tidak boleh diwarisi lagi daripada politik dendam lama oleh kepimpinan terdahulu. Walau bagaimanapun, rakyat Kelantan masih lagi menunggu sesuatu yang lebih besar bagi melihat pertumbuhan ekonomi Kelantan yang lebih pesat. Rakyat Kelantan sudah bersedia dengan ilmu, skil dan kekuatan untuk menjadikan Kelantan sebagai titik ekonomi penting dalam negara kita. Maju Kelantan, insya-Allah, majulah negara Malaysia.

Rakyat Kelantan menuntut hari ini Tuan Yang di-Pertua, pertama, lebuh raya yang selesa di antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur. Kedua, naik taraf lapangan terbang ke peringkat international. Ketiga, pembinaan pelabuhan. Saya dimaklumkan oleh seorang pegawai bank yang terlibat bahawa kajian telah dibuat oleh pihak kerajaan zaman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum Yang Amat Berhormat Pekan, telah ada kajian bagi projek pembinaan kereta api laju di antara Kelantan-Kuala Lumpur melalui Terengganu dan Pahang. Walaupun kosnya disebut mungkin lebih besar daripada kereta api laju Kuala Lumpur dan Singapura, saya mengharapkan ia dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Saya hendak sebut, rakyat Kelantan terus yakin bahawa royalti minyak ialah hak rakyat Kelantan dan kami akan terus berjuang untuk mendapatkan royalti minyak tersebut.

Akhir sekali untuk Pasir Mas, saya ucapkan terima kasih. Hari ini jambatan kedua yang saya sebut dalam Parlimen sebelum ini, dalam Dewan yang sebelum ini, jambatan kedua Pasir Mas-Salor telah dalam pelaksanaan. Terima kasih kepada Perdana Menteri. Janji jalan raya empat lane, Pasir Mas–Rantau Panjang yang merupakan laluan pelancongan, dijanjikan oleh Perdana Menteri dan akhir sekali, saya mohon supaya Stadium Mini Pasir Mas macam Jerantut tadi supaya dapat upgrade sama stadium ini, Pasir Mas stadium kedua di negeri Kelantan. Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, saya percaya kita hendak dengar suara wanita. Saya percaya Yang Berhormat Parit Sulong tidak sampai 20 minit. Selepas Yang Berhormat Parit Sulong, pembangkang, selepas itu saya bagi Yang Berhormat Setiawangsa. Sabar Yang Berhormat Setiawangsa ya. Yang Berhormat Parit Sulong, sila.

final • 8:10 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga bersama dengan rakan-rakan lain ingin mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama berbahas dalam menyokong Rang Undang- undang Perbekalan 2016 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan yang bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ yang bertunjangkan lima keutamaan.

Tuan Yang di-Pertua, bajet yang menjelaskan keseimbangan di antara capital economy dan people economy ini dilihat dapat membolehkan negara mencapai pertumbuhan yang bersifat inclusive, sustainable dan membina sebuah negara yang kompetitif, progresif, bersahsiah dan morally strong dalam satu kehidupan masyarakat yang saling berpadu. Dalam waktu yang sama, saya tidak nafikan juga di bawah PKS yang dalam usaha untuk memperkasakan ekonomi bumiputera, sudah semestinya memainkan satu peranan yang sangat penting dalam membangunkan rantaian nilai perniagaan ataupun value chain yang merupakan backbone kepada ekonomi negara.

Jadinya berdasarkan perangkaan yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2014 mengenai sumbangan PKS kepada KDNK negara, mencatatkan peningkatan

final • 8:13 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

setiap tahun. Sebagai contoh pada tahun 2012, PKS menyumbang sebanyak 32.7% dan pada tahun 2013, ia meningkat kepada 33.1%. Sehingga bulan Mei 2015, 914 buah syarikat telah menyertai program TERAS dan sebanyak RM1 juta pembiayaan melalui dana TERAS telah diluluskan. Bagi program SUPERB pula, sebanyak RM27 juta diperuntukkan untuk membiayai perniagaan permulaan pada tahun 2014.

Sementara itu Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2005, kebanyakan PKS menghadapi masalah seperti menghadapi persaingan daripada syarikat gergasi yang lain yang sesetengahnya pula tidak mampu untuk memperoleh pinjaman, sesetengahnya pula sukar untuk mendapatkan tenaga kerja mahir. Kemudian mereka pula menghadapi persaingan daripada syarikat- syarikat besar dan kurang sokongan daripada segi mendapatkan bantuan kewangan.

Terdapat juga masalah lain yang dihadapi oleh PKS ini iaitu mereka ini sesetengahnya masih menggunakan cara tradisional, menghadapi masalah kekurangan modal, selepas itu dia mempunyai masalah beban hutang akibat pinjaman-pinjaman bank dan masalah pusing ganti pekerja yang tinggi.

Di dalam mana-mana perniagaan, perkara yang penting ialah rangka kerja perniagaan yang mampu menjamin kelangsungan perniagaan tersebut. Antara faktor yang menyumbang kepada kurangnya kejayaan perniagaan ini adalah kurangnya pengetahuan dalam pengurusan kewangan dan pengurusan rangkaian perniagaan. Oleh itu, saya mohon supaya kementerian yang berkenaan untuk menyatakan apakah sistem dan mekanisme yang kementerian telah gunakan untuk memantau pencapaian dan kelangsungan syarikat- syarikat yang telah menerima bantuan daripada TERAJU atau mana-mana agensi yang dikhususkan untuk membantu usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga bumiputera.

Seperti yang kita selalu dengar, barangan buatan Malaysia selalunya persepsinya ialah ia dikaitkan dengan kualiti yang tidak memuaskan. Akan tetapi pada saya, walaupun persepsi ini telah lama diperkatakan tetapi kita telah dapat melihat bahawa banyak barangan Malaysia telah banyak diterima di luar negara dan telah banyak dihargai terutamanya di luar negara. Justeru itu, saya ingin juga memohon kementerian ataupun pihak kerajaan untuk menyatakan apakah usaha baru yang dirancang terutamanya oleh KPDNKK dalam usaha untuk menghapuskan persepsi-persepsi negatif terhadap barangan buatan Malaysia ini yang sangat berkualiti, yang mampu untuk pergi ke peringkat antarabangsa. Saya fikir, perlu ada satu komitmen yang serius daripada semua peringkat supaya mengubah persepsi ini untuk sama-sama kita menggunakan produk dan juga barangan Malaysia.

Dulu kita ada satu kempen dinamakan, ‘Buy Malaysian Product’ tetapi saya kira kalau sekiranya pihak kementerian boleh membuat satu program yang lebih kurang sama seperti ‘To Promote Malaysian Product’, dengan izin ini tetapi mempunyai kelainan dengan fokus kepada mungkin barang-barang yang berkualiti, insya-Allah, saya percaya ia boleh dilakukan dalam usaha untuk kita menjimatkan tenaga ataupun usaha kita untuk membantu usahawan-usahawan yang melahirkan produk-produk yang berkualiti ini.

Saya juga dalam waktu yang sama ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mempelbagaikan dan menginovasi lagi bantuan dan juga program sedia ada agar industri PKS bumiputera ini bukan sahaja dapat meneruskan perniagaan mereka, malah mereka juga dapat bersaing dengan syarikat-syarikat yang lebih besar. Saya kira, masalah utama yang telah dikenal pasti seperti yang saya nyatakan tadi adalah untuk mendapatkan bantuan modal pusingan untuk meningkatkan pengeluaran mereka. Justeru itu, dimohon agar pihak bank ataupun pihak yang berkaitan dapat memberikan kemudahan pemberian dan juga pinjaman modal pusingan kepada pihak-pihak ini terutamanya syarikat yang bersedia dan telah menerima tempahan dan juga mereka ini dilihat mampu untuk membayar balik kemudahan itu.

Tuan Yang di-Pertua, penggunaan e-dagang dalam urusan perniagaan semakin popular dan mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia sebagai salah satu daripada cara untuk meningkatkan taraf sosioekonomi sama ada di bandar dan juga di luar bandar.

E-dagang di Malaysia ini banyak digunakan oleh perniagaan-perniagaan bersaiz mikro dan dalam kalangan IKS. Akan tetapi ia masih belum lagi meluas walaupun penggunaan

final • 8:13 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

internet di Malaysia ini semakin meningkat. Peniaga boleh menjalankan perniagaan e- dagang ini tanpa perlu mempunyai modal permulaan yang tinggi tetapi pasarannya pula boleh menjangkau tanpa sempadan. Jumlah urus niaga e-dagang pada tahun 2009 dalam rantau Asia ini memang sangat memberangsangkan iaitu berjumlah USD459.5 juta.

final • 8:13 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Ini satu jumlah yang besar kalau kita bandingkan dengan Eropah yang berjumlah USD337.9 juta sementara di US pula nilainya adalah USD210.6 juta. Ini bermakna dalam usaha kerajaan menggalakkan aktiviti peningkatan pendapatan, e-Dagang ini boleh kita lihat sebagai satu cara dan satu ruang untuk masyarakat di Malaysia ini terutamanya mereka yang mempunyai syarikat-syarikat bertaraf mikro untuk menambahkan dan meningkatkan pendapatan mereka.

Jadi sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menubuhkan dana pinjaman mudah SME Technology Transformation Fund sebanyak RM200 juta di bawah SME Bank. Saya kira ini dapat meningkatkan kecekapan dan juga kepantasan urusan niaga atas talian seperti yang saya sebutkan tadi.

Walau bagaimanapun, peniaga atas talian sering juga menghadapi masalah yang menjadikan perniagaan mereka itu kurang berkesan disebabkan beberapa perkara.

Antaranya termasuklah kecekapan dan harga Internet yang tinggi dan juga faktor keselamatan seperti penipuan cyber.

Soalan saya pada pihak kerajaan adalah berapakah jumlah kes penipuan yang telah dilaporkan pada tahun lepas? Berapakah jumlah urus niaga kerugian pengguna akibat daripada penipuan perniagaan di e-Dagang ini? Apakah tindakan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kes penipuan dalam urus niaga atas talian ini? Apakah peranan kementerian dalam usaha mendidik masyarakat untuk lebih menggunakan e-Dagang ini.

Seterusnya soalan saya kepada pihak kementerian pula adalah apakah cadangan dan usaha pihak kerajaan untuk mengurangkan kadar harga penggunaan internet dan juga harga penggunaan domain Malaysia iaitu “.my.” Jadi sehingga kini pula saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak kementerian, berapakah jumlah pusat komuniti dan juga kampung tanpa wayar di seluruh negara? Untuk tahun 2016, berapa banyak pula tambahan yang dirancang?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu yang berkaitan dengan persijilan halal dan promosi produk halal itu sendiri. Ini kerana kerajaan telah menetapkan satu sasaran untuk menjadikan Malaysia ini sebagai Hub Halal Global pada tahun 2020.

Untuk mencapai tahap ini, kerajaan saya lihat sedang melakukan pelbagai usaha. Antara usaha-usaha yang telah dilakukan adalah Program Transformasi Perniagaan Halal (HBT) dan juga Halal Industry Development Cooperation (HDC).

Jadi pelbagai bantuan kewangan dan juga pelbagai pameran produk-produk halal di peringkat antarabangsa ini juga telah dilakukan. Di antaranya adalah Program Ikon MIHAS dan juga Forum Halal Dunia yang terus dilaksanakan dalam usaha untuk merangsang industri halal ini. Setakat ini sebanyak 130 syarikat telah beroperasi di 21 taman-taman halal di seluruh negara dengan jumlah pelaburan mencecah RM8.5 bilion.

Walau bagaimanapun, daripada jumlah ini RM2.6 bilion ataupun 32% sahaja yang dimiliki oleh pelabur tempatan. Dengan anggaran populasi penduduk Islam Asian yang melebihi 300 juta orang di samping permintaan produk halal di peringkat antarabangsa terutamanya dari negara besar seperti di China, ini dilihat sebagai potensi pembangunan dan permintaan pasaran produk halal yang sangat besar. Walau bagaimanapun, setakat April 2014 nilai eksport barangan halal hanyalah sebanyak RM37.7 bilion ataupun 4.92% daripada jumlah eksport negara.

Pada tahun 2014 hanya 4,118 sijil pengesahan halal sahaja yang layak diberikan daripada permohonan diterima sebanyak 6,064 oleh JAKIM dan juga Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Walau bagaimanapun, Malaysia memang terkenal sebagai leader dalam halal certification dan berpotensi untuk pergi ke lebih jauh. Akan tetapi antara faktor utama

final • 8:20 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

yang saya tengok yang boleh memastikan negara ini berjaya sebagai halal hub di dalam pengiktirafan sijil halal negara ini memang potensinya besar, tetapi banyak juga keluhan yang kita dengar daripada pihak bawahan terutamanya daripada pihak IKS mengenai kelewatan proses pengesahan sijil halal ini. Kita maklum pelbagai prosedur harus dipenuhi bagi mendapat pengesahan sijil halal ini. Mereka juga perlu untuk memenuhi keperluan standard halal MS 1500.

Walau bagaimanapun, kelewatan ini terutamanya kepada pengusaha IKS sedikit sebanyak membantut usaha pemasaran produk mereka terutamanya ke peringkat lebih besar. Perkara ini juga harus dilihat dengan lebih serius memandangkan wujudnya pesaing- pesaing, pengeluar produk halal dari luar negara iaitu dari Pakistan daripada negara ASEAN yang lain seperti Singapura dan Thailand yang kini memberi keutamaan kepada pengeluaran dan pemasaran produk halal mereka dan persijilan halal.

Kita dimaklumkan terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan proses pengesahan sijil halal ini mengambil masa yang begitu lama iaitu antaranya adalah kekurangan kakitangan yang mahir dalam memproses persijilan halal ini. Kemudian sekiranya ada kakitangan, kakitangan yang ada juga kurang memahami beberapa aspek yang lain yang berkaitan dengan keperluan pengesahan sijil halal seperti aspek dokumentasi, memahami aspek kualiti ataupun kebiasaan tempat pemprosesan, pelesenan, pengesahan halal bagi bahan mentah dan lain-lain.

Justeru itu saya ingin memohon pencerahan daripada pihak JAKIM mengenai apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kelewatan pengesahan sijil halal ini terutamanya bagi meningkatkan tahap kepakaran staf JAKIM seperti yang saya nyatakan di atas.

Seperti yang kita maklum juga, perkembangan dan permintaan terhadap produk halal ini memang bukan setakat dari Malaysia sahaja tetapi juga begitu memberangsangkan di peringkat antarabangsa. Malahan beberapa negara seperti China, permintaan produk halal mereka sangat tinggi. Antara faktor utama kepada perkembangan ini adalah masyarakat ini bukan semata-mata menggunakan produk halal ini tetapi menjadikan produk halal ini sebagai sebahagian daripada kehidupan harian mereka ataupun mereka mempunyai apa yang kita panggil halal lifestyle. Jadinya mereka yakin produk halal ini bukannya mematuhi syariah semata-mata tetapi juga di dalam produk halal ini mempunyai kualiti sumber produk yang baik, aspek kebersihan sama ada daripada bahan mentah, proses pembuatan ataupun suasana kilang dan pekerja semestinya terjamin kebersihannya.

Justeru itu saya juga hendak penjelasan daripada pihak JAKIM mengenai apakah bentuk pendidikan dan promosi yang dijalankan oleh pihak JAKIM bagi mendidik pelbagai kaum agar benar-benar memahami produk halal dan menjadikan produk halal ini sebagai a way of life. Apakah usaha dan kerjasama yang telah dilakukan oleh pihak kementerian, agensi ataupun NGO bagi tujuan mempromosikan penggunaan produk halal ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan wanita. Iaitu yang pertamanya mengenai bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pembangunan dan Kesejahteraan Sosial dan Masyarakat mempunyai hubungan langsung dalam kualiti hidup rakyat. Ianya bukan sahaja memberi tumpuan terhadap aspek penyediaan barangan, perkhidmatan, bantuan ataupun pemulihan, tetapi juga kepada aspek yang lebih kuas dalam komuniti dengan matlamat untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup setiap masyarakat. Justeru, kerajaan harus memastikan masyarakat terutamanya kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya perlu mendapat pembelaan sewajarnya.

Jadinya saya ingin mencadangkan sebab saya tengok daripada data yang diberikan ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapat peruntukan yang kurang dari tahun lepas. Jadinya saya kira peruntukan ini tidak harus dikurangkan jumlahnya. Kalau tidak boleh dinaikkan, ianya paling kurang pun sama dengan peruntukan yang diterima pada tahun ini iaitu tahun 2015. Ini kerana apabila ada pemotongan ataupun kekurangan

final • 8:20 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

terutamanya daripada segi bantuan-bantuan yang diberikan kepada masyarakat yang memerlukan.

final • 8:20 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Kemungkinannya pihak yang berkenaan tidak akan dapat meluluskan apa juga kes baru dan juga mungkin akan berlakunya exit policy yang akan bertambah. Apabila perkara ini terjadi sudah semestinya bantuan-bantuan itu akan berkurangan. Ini bermaksud bahawa apabila mereka pada tahun ini dapat tetapi pada tahun depan mereka tidak dapat, dia akan menimbulkan satu kemarahan kepada kerajaan. Jadi saya harap pihak kementerian ataupun pihak kerajaan dapat mempertimbangkan perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam waktu yang sama saya hendak mengucapkan terima kasih ataupun tahniah kepada Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga kerana banyak program telah dilaksanakan. Secara tidak langsungnya memang banyak membantu kaum-kaum wanita terutamanya golongan ibu tunggal dan wanita luar bandar keluar daripada kepompong kemiskinan. Sebagai contoh, Program Usahawan Wanita yang telah dimulakan pada tahun 2009 sehingga Ogos 2014 telah berjaya melahirkan 5,700 usahawan wanita.

Kemudian adanya juga Kumpulan Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) yang merangkumi beberapa program seperti jahitan, kecantikan, asuhan kanak-kanak dan sehingga Jun 2014 seramai 4,445 orang ibu tunggal telah dilatih. Jadinya selain daripada itu juga Program IkUnita ini juga melibatkan seramai 6,142 orang peserta, Program MamaCare juga telah berjaya memberi pendapatan yang tinggi kepada peserta mereka sejak ianya mula dilancarkan tahun 2012.

Jadinya ada follow-up yang saya perlu dapatkan daripada pihak kementerian iaitu saya hendak mohon penjelasan. Bagaimanakah kementerian dalam banyak-banyak program yang dilakukan ini, bagaimanakah kementerian memastikan semua wanita yang terlibat dalam program-program ini mempunyai daya tahan untuk meneruskan ataupun meningkatkan kejayaan dalam perniagaan mereka dan terus berkembang sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Kemudian, apakah hala tuju program-program keusahawanan ini? Adakah ianya sekadar untuk keluar dari garis kemiskinan ataupun hanya memenuhi keperluan keluarga semata-mata ataupun hanya hendakkan kuantiti yang menunjukkan bahawa kementerian telah train ramai orang tetapi tidak ada keputusan ataupun result daripada apa yang mereka lakukan. Banyak sebenarnya daripada program dilaksanakan ini diukur, saya tengok kejayaannya daripada jumlah penyertaan peserta. Namun kita kurang dimaklumkan daripada segi kualiti peserta yang terlibat.

Sebagai contoh peserta Program 1AZAM terdapat 163,213 peserta yang terlibat.

Akan tetapi mereka ini kebanyakannya berjaya meningkatkan pendapatan sekurang- kurangnya 300 orang. Jadinya kalau sekiranya saya cuba hendak tahu, apakah hala tuju kelompok ini? Hendak bentuk mereka ke arah mana? Adakah terdapat program-program susulan ataupun pemantauan dilakukan terhadap peserta program ini. Seperti mungkin pihak kementerian boleh melihat potensi usahawan wanita itu agar ianya dibentuk untuk pergi lebih jauh. Ataupun mungkin apa yang saya hendakkan adalah saya ingin meminta pihak kementerian untuk menyatakan success story yang boleh dijadikan contoh bagi program-program yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian itu sendiri.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini ada dikhabarkan mungkin dalam perbincangan mengenai gaji pembantu rumah yang sekarang ini disahkan sekitar RM700 hingga RM800 melalui saluran sah, Agensi Pembantu Rumah. Kemudian ada dicadangkan supaya ianya dinaikkan sebanyak RM1,200. Berita ini walaupun ianya masih lagi di peringkat cadangan namun ianya telah banyak memberikan kegelisahan dan persoalan kepada rakyat negara ini terutamanya kepada ibu bapa yang bekerja.

Jadinya saya hendak bertanya apa kemahiran pembantu rumah ini sehingga gaji mereka hendak dinaikkan ataupun dicadangkan supaya dinaikkan ke paras RM1,200. Ini sebab RM1,200 ini kalau kita tengok ianya setara dengan gaji pemegang diploma di

final • 8:30 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Malaysia. Kita juga maklum bahawa ramai pembantu asing yang tiba ke rumah majikan mereka tanpa kemahiran asas. Kebanyakannya adalah bersekolah setakat sekolah dasar ataupun yang setara dengan sekolah rendah di Malaysia ini.

Jadi, apakah jaminan apabila harga ini ataupun harga gaji ini dicadangkan untuk dinaikkan ini akan merangkumi daripada aspek kualiti kerja. Ataupun jaminan bersyarat jika pembantu rumah ini lari daripada majikan jaminan membolehkan potongan gaji pembantu rumah sebagai contohlah ke atas kos penginapan dan seterusnya.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Parit Sulong, sudah?

final • 8:30 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey ada ...

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Isu kawasan.

final • 8:30 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Isu kawasan.

[Ketawa] Ada Tuan Yang di-Pertua banyak ini dekat sebelah saya ini sampai dua Tuan Yang di-Pertua, sana Tuan Yang di-Pertua, sini Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Dua minit sahaja dua minit sahaja.

final • 8:30 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey kawasan, kawasan, okey diam- diam. Okey ini isu kawasan. Baru-baru ini pada 27 September 2015 ada satu kejadian yang mana ada sebuah barge ataupun tongkang. Tongkang ini kira-kira 20 meter dihanyutkan oleh arus dan terus melanggar Jambatan Batu Pahat. Jambatan Batu Pahat ini dekat kawasan Peserai, kawasan Peserai ini adalah kawasan saya. Jadinya kejadian ini menyebabkan struktur jambatan berkenaan mengalami sedikit keretakan. Walaupun saya dimaklumkan oleh JKR bahawa ianya selamat untuk digunakan dan saya sendiri pun telah membuat lawatan sebanyak dua kali.

Jadi saya hendak ambil kesempatan dan mengucapkan terima kasih jugalah kepada JKR Daerah, Ketua Pengarah JKR pun datang, lepas itu Jabatan Laut yang turut sama bersama dengan saya dan juga maritim yang telah membantu. Mereka bukan sahaja membantu untuk menyelesaikan masalah ini tetapi mereka juga membantu untuk menarik barge itu yang tersangkut itu keluar dari Jambatan Batu Pahat.

Jadi, sehubungan itu saya hendak mendapatkan maklum balas daripada pihak yang berkenaan iaitu pihak JKR mengenai tindakan yang telah diambil terhadap tuan milik barge ini ataupun tongkang ini yang merosakkan harta awam atas kecuaian ini telah menyebabkan kerosakan kepada Jambatan Batu Pahat. Tuan Yang di-Pertua Jambatan Batu Pahat ini satu-satunya jalan ataupun laluan yang mana orang dari Muar kalau hendak pergi ke Daerah Batu Pahat itu sahajalah satu-satunya jambatan. Jadinya...

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya ringkaskan Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey, okey, jadi saya hendak tanya juga kepada pihak kementerian bila hendak buat jambatan yang kedua? Banyak kali sudah saya nyatakan dalam persidangan yang sebelumnya juga saya pun sudah nyatakan, surat pun sudah hantar. Jadi saya hendak tahu status pembinaan jambatan kedua ini.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya kasut Yang Berhormat Parit Sulong semasa lawatan pun rosak.

[Ketawa]

final • 8:30 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Buaya makan hari itu. Jadinya jambatan itu pula sempit. Jadinya saya tengok memang tibalah masanya. Lagi satu ini hendak landinglah ini Tuan Yang di-Pertua, kawasan saya lagi satu ini jalan. Jalan ini pula ini sudah banyak kali juga saya bangkitkan FT50, eh sorry FT005, nanti kawasan lain pula yang dapat. FT005 stretch daripada Parit Guntong hingga ke Peserai. Lepas itu bukan sahaja keadaannya yang berlubang-lubang, tiap kali betulkan tidak betul lagi segalanyalah yang itu pun perlu dibaik pulih. Saya dimaklumkan dia tidak boleh baik pulih tetapi dia kena

final • 8:30 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

bongkar the whole jalan, itu yang satu, patutnya ada. Lepas itu saya hendak tanya juga pada pihak JKR di sebelah saya ini ada juga mikrofon ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:30 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Saya juga dengan pohon...

final • 8:30 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Jadi lagi satu saya hendak tanya mengenai lampu jalan federal. Selalunya lampu jalan ini dia berhenti setakat Parlimen Muar sahaja. Kawasan Parlimen Batu Pahat dia gelap, kawasan Batu Pahat ini pun menyala balik. Jadi saya hendak tanya apa status permohonan mengenai lampu jalan federal di FT005 ini yang mana orang telah turun, sudah tengok tetapi saya hendak tahu apa statusnya sekarang. Jadinya itu sahajalah permohonan saya dan saya harap apa yang saya bangkitkan terutamanya untuk kawasan saya dapat dipertimbangkan. Bukan sahaja dipertimbangkan tetapi diluluskan dan dibuatkan dengan segera. Dengan itu saya menyokong terima kasih banyak-banyak Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Terengganu. Jaga masa ya Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 8:40 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

*Insya-Allah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahun 2015 telah menyaksikan suasana negara yang makin tidak menentu baik daripada aspek ekonomi dan juga politik. Tahun 2016 pula dijangka akan menjadi lebih mencabar dengan kemelesetan ekonomi yang buruk pada pertengahan tahun depan dan juga dengan kejatuhan nilai ringgit kerana hilang kepercayaan masyarakat antarabangsa kepada Malaysia.

Dengan kemurungan suasana negara hari ini di bawah pimpinan Perdana Menteri sekarang, masa hadapan negara sepatutnya disandarkan kepada anak-anak muda kita.

Bagaimana ini akan dapat dicapai dengan pemotongan hampir 18% daripada peruntukan Kementerian Pendidikan. Golongan muda antara mangsa utama Bajet 2016. Anak-anak muda juga mahasiswa menghadapi cabaran yang amat hebat hari ini.

Mutu pendidikan negara terus di tahap menyedihkan dengan Universiti Malaya di ranking 151 dan Universiti Kebangsaan Malaysia di tangga 259. Baru-baru ini pula MARA telah membatalkan beberapa biasiswa pelajar-pelajar bidang perubatan setelah mereka siap sedia untuk berlepas ke luar negara. Dalam masa yang sama, skandal penyelewengan pembelian bangunan-bangunan untuk pelaburan MARA di Australia dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran belum lagi dapat pengadilan yang sepatutnya.

Mahasiswa anak muda dikorbankan masa depan mereka sementara pemecah amanah wang MARA sehingga hari ini masih belum dibawa ke pengadilan. Di manakah priority kerajaan dan MARA membela masa depan anak muda kita. Dengan rendahnya mutu pendidikan di dalam negara, mahasiswa, anak-anak muda kita yang ingin belajar di luar negara juga dihampakan hasrat mereka untuk pengajian berkualiti di luar kerana kejatuhan nilai ringgit.

Untuk anak-anak mereka yang maha kaya yang telah berada di luar negara, mereka tidak merasai masalah-masalah yang dihadapi rakyat biasa. Pemimpin-pemimpin kita memang terpisah daripada realiti sebenarnya masalah dan denyutan nadi rintihan rakyat. Telah kedengaran baru-baru ini cerita yang menyedihkan mahasiswa-mahasiswa yang terpaksa makan sisa-sisa lebihan makanan orang lain. Dalam waktu mahasiswa mengutip cebisan makanan orang lain, berita kemungkinan yuran universiti pendidikan tinggi menakutkan pelajar-pelajar dan ibu bapa mereka. Bolehkah anak-anak muda menerima pemotongan begitu besar peruntukan pendidikan mereka sementara peruntukan Jabatan Perdana Menteri dinaikkan sebanyak RM1 bilion. Dalam masa yang sama, peruntukan pelajar-pelajar miskin diturunkan kepada RM10 juta daripada peruntukan asal, RM200 juta.

final • 8:40 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

JPM pula mempunyai 12 orang Menteri yang menjadi rekod dunia sementara prestasi kerajaan makin merosot tahun demi tahun. Apakah justifikasi 12 orang Menteri di JPM jika tiada peningkatan produktiviti dan penjagaan kebajikan rakyat terutamanya di kalangan muda dan belia, di mana masalah sosial makin bertambah.

Untuk membantu mahasiswa tempatan, sepatutnya pendidikan percuma diadakan.

Kalau tidak pun menambahkan biasiswa untuk mereka. Apa yang dihadapi mahasiswa dan graduan anak-anak muda hari ini adalah tekanan yang berlebihan dengan ramai yang menghadapi status muflis, masalah credit-worthiness dan kos sara hidup yang begitu tinggi.

Mereka yang bernasib baik mendapat kerja selepas keluar universiti tetapi terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah apabila mula bertugas. Ramai yang tidak mampu untuk mendirikan rumah tangga dan hari ini sahaja terdapat lebih 400 ribu graduan yang menganggur.

Apabila mereka, anak-anak muda ini membantah secara terbuka, mahasiswa- mahasiswa seperti Adam Adli, Safuan Anang dan Khairul Najib digantung, ditarik biasiswa dan dipenjarakan di bawah berbagai-bagai akta lama dan baru. Tekanan dan kekangan ke atas mahasiswa ini amat ketat seolah-olah kerajaan ingin melahirkan graduan-graduan yang bisu, pekak dan buta tanpa kebolehan intelek yang segar dan cerdik tetapi mereka adalah masa depan negara.

Sekarang ini, menjemput pensyarah ke universiti-universiti pun menyebabkan mahasiswa ini digantung pengajian mereka kalau pensyarah ini tidak disetujui oleh pihak- pihak tertentu. Mahasiswa dan anak-anak muda pula sudahlah ditekan dengan hebat, peruntukan pendidikan mereka pula dirampas. Pendapatan keluarga Malaysia terlalu rendah. Sejak 1990 lagi, perbezaan pendapatan rakyat amat tinggi dengan izin, very wide income disparity atau inequality. Mengikut badan kajian London Expert Market, keluarga Malaysia belanja 55% daripada pendapatan mereka bagi setiap anak untuk menamatkan pengajian tinggi mereka. Ini adalah yang kelima tertinggi di dunia. Ini disebabkan gaji pekerja negara masih rendah dengan puratanya di tahap RM2,050 sebulan. Tanpa biasiswa atau pinjaman, ibu bapa kehilangan lebih daripada 50% pendapatan mereka untuk kos pengajian anak-anak mereka.

Dengan kenaikan kos sara hidup, berapalah yang tinggal untuk keluarga-keluarga lain. Satu peristiwa yang menyedihkan berlaku baru-baru ini apabila saya menunggu di lokap polis Jinjang pada jam 2 pagi untuk mahasiswa yang ditangkap di bawah seksyen 124 kerana protes berkhemah di luar bangunan Parlimen ini. Seorang ibu yang datang kerana anaknya ditangkap menceritakan masalah dia sebagai seorang ibu tunggal. Anak yang ditangkap berada pada tahun ketiga fakulti perubatan dan bagaimana dia bimbang anaknya akan digantung atau dibuang universiti serta akan hilang biasiswa. Inilah dilema anak muda yang ingin menuntut hak mereka serta ibu bapa mereka yang susah. Anak-anak muda berhak bersuara kerana Malaysia akan diwarisi oleh mereka.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan kebelakangan ini menguar-uarkan kesediaan untuk mengamalkan segala aspek pentadbiran dan pengurusan kewangan mengikut tuntutan syariah. Adakah kerajaan bersungguh-sungguh dan ikhlas atau are they willing to walk the talk, dengan izin. Bercakap tentang nilai-nilai Islam dan mengamalkannya adalah dua perkara yang amat berbeza. Tahun lepas saya telah bertanya di Parlimen, kenapa kerajaan menghantar lebih RM2 bilion ke Cayman Islands, pusat penggubalan wang haram dunia kalau kerajaan mengambil atau mengamalkan polisi syariah compliance. Ironinya semasa itu juga kita sedang membahas pindaan Akta Pengubahan Wang Haram. Ketika kita bahas akta tersebut wang haram, dalam masa yang sama kerajaan membuat pemindahan ke Cayman Islands. Adakah ini diluluskan oleh penasihat syariah kerajaan? Saya memohon jawapan kerajaan satu lagi persoalan besar ialah 1MDB mengeluarkan Islamic Medium Term Note atau IMTN pada tahun 2009 dan penggunaannya mestilah syariah compliance iaitu mengikut syariah. Bagaimana ianya dimasukkan ke dalam Good Star Limited di bawah Jho Low.

Adakah ini memenuhi syarat syariah compliance. Saya sekali lagi memohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Kenapa tiada tindakan daripada Securities Commission apabila 1MDB tidak mengikut syarat-syarat pihak berkuasa. Satu lagi

final • 8:40 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

persoalan, adakah syarikat Bridge Partners di Hong Kong syariah compliance company seperti yang diperlukan yang melibatkan dana-dana berkenaan. Saya meminta penjelasan daripada pihak kerajaan, kenapa Securities Commission tidak bertindak atas kes-kes tersebut di atas. Rakyat perlu kerajaan menepati kata-kata mereka tentang janji kerana syariah compliance adalah harapan rakyat dan mereka perlu tahu. Kami daripada Pakatan Harapan tidak akan membenarkan ini berlaku secara berterusan dan akan memastikan apa yang didakwa syariah compliance mesti betul-betul menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Bagaimana Malaysia akan boleh mencapai status negara maju dengan pendapatan US15 ribu sementara ekonomi yang tenat dan kejatuhan mata wang yang begitu teruk dengan kejatuhan 17% US Dollar, 11% Singapore Dollar dan 15.6% UK Pound.

Kadar pertumbuhan negara begitu lemah dan mengikut jangkaan ETP PEMANDU, Malaysia memerlukan pertumbuhan GDP setinggi 6% setiap tahun untuk mencapai sasaran negara maju 2020.

final • 8:40 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Ini tidak mungkin boleh dicapai. Kejatuhan ringgit ada kesan besar terutamanya atas pengguna biasa atas kos tinggi makanan. Kita hari ini mengimport 100% dari barangan dapur susu dan 70% dari daging.

Kerajaan hari ini masih dalam keadaan self denial masalah sebenar negara. Hari ini saya juga ingin mencadangkan cara menambah wang negara tanpa mengambil RM1 pun dari rakyat. Walaupun ada usaha meningkatkan pendapatan negara setiap tahun ia mesti diiringi juga dengan usaha mengurangkan dan akhirnya membasmi ketirisan dan rasuah sepenuhnya. Bagaimanapun, tidak ada petanda-petanda menunjukkan ini akan atau boleh berlaku dalam waktu terdekat.

Contoh-contoh kebelakangan ini menunjukkan ketirisan dan pembaziran makin bertambah dan jumlah wang yang terlibat makin meningkat dan contoh terbesar dan terburuk merupakan projek KLIA2. Projek ini memberi contoh seolah-olah tidak ada limit to bad governance, dengan izin. Dia melanggar hampir kesemua peraturan dan garis panduan perjalanan projek dan good governance. Apakah perancangan yang begitu lemah yang menyebabkan bangunan asal dua tingkat KLIA2 menjadi lima tingkat? Tiadakah kepakaran perunding yang terlibat atau adakah kerajaan menukar reka bentuk sesuka hati tanpa mengambil kira implikasi kos seolah-olah open cheque book exercise dibenarkan, dengan izin?

Walaupun ketetapan pelan induk KLIA 1992 oleh Anglo Japanese Corporation Berhad menyatakan bahawa tanah untuk pembinaan KLIA2 sepatutnya dibina di utara tapak KLIA kerana tanah di situ kuat. Mengapa kerajaan membuat keputusan membina di barat yang tanahnya diketahui mempunyai tanah paya gambut yang terlalu lembap dan memerlukan kerja-kerja kejuruteraan yang berat dan amat mahal untuk memulihkannya?

Akibatnya memang sudah boleh dijangka dan amat dahsyat. Kos kerja-kerja tanah asas sahaja yang pada mulanya hanya kos RM35 juta menjadi RM860 juta. Ini hanya kerja tanah. Ini melibatkan kenaikan 25 kali ganda. Kenapa kerajaan mencari kawasan yang diketahui bermasalah dan berpenyakit yang perlu kos yang begitu tinggi untuk dirawat?

Dalam proses perancangan dan pembinaan MAHB tidak melibatkan AirAsia dalam merancang reka bentuk KLIA2 untuk ambil kira keperluan dan permintaan industri syarikat penerbangan tambang murah. MAHB juga tidak mengadakan apa-apa rundingan secara berkala dengan pihak berkepentingan seperti jabatan-jabatan dan agensi kerajaan.

Keputusan MAHB mengadakan terlalu banyak pakej-pakej untuk pembinaan KLIA2 telah menimbulkan banyak masalah pemantauan ketika waktu pembinaan. Dengan sendirinya ini menaikkan kos dengan lebih tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, seolah-olah ini semua tidak mengambil kira the practice of good governance, dengan izin yang diabaikan dengan sengaja untuk memberi lagi banyak kerja-kerja dengan kos yang lebih tinggi kepada berbagai-bagai pihak tertentu. Sampai bilakah budaya ini yang tidak sihat akan diteruskan. Wang rakyat terus dibazirkan dengan begitu mudah.

final • 8:50 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Tentang TPPA pula kami di Parlimen telah lima tahun meminta untuk mengkaji Perjanjian TPPA dan sehingga hari ini masih tidak diberi peluang. Memandangkan kemungkinan besar kerajaan akan bulldoze, dengan izin dan memaksa Parlimen meluluskan Perjanjian TPPA, tidak ada peruntukan khusus untuk membantu dan menyelamatkan nelayan-nelayan serta petani-petani dari persaingan negara-negara asing dalam Bajet 2016.

Nelayan dan petanilah yang akan merupakan golongan termiskin yang akan terus ditindas dan tidak lama lagi tidak boleh bersaing dengan kemasukan tangkapan laut dari luar negara. Dengan persetujuan TPPA, tangkapan laut dari Jepun, Australia dan pelbagai negara Barat akan bebas masuk dan akan bersaing dengan hebat dengan nelayan-nelayan kita yang sudah pun berada di tahap kemiskinan yang amat menyedihkan.

Syarikat-syarikat pembinaan dan profesional pula di bawah TPPA iaitu syarikat tempatan akan didominasi oleh syarikat-syarikat asing yang boleh menggunakan undang- undang antarabangsa jika berlaku masalah perundangan. Ini mencabar kedaulatan undang-undang kita. Akan lengkaplah penjajahan ekonomi Malaysia oleh negara asing pada masa itu. TPPA adalah isu terbaru yang akan menimpa rakyat selepas GST, 1MDB, KLIA dan segala perkara lain yang menyebabkan penderitaan rakyat dan di situlah pentingnya kerajaan lebih peka tentang perlunya bertindak untuk memberi lebih banyak perlindungan kepada rakyat tempatan.

Saya ingin menyentuh tentang isu tempatan kawasan iaitu tentang hampirnya atau menjelmanya musim tengkujuh atau musim banjir di mana kawasan saya sendiri di Kuala Terengganu dan isu ini telah saya sebut tidak kurang daripada tiga kali dalam dua tahun lepas tentang masalah penambakan di muka kuala Bandar Kuala Terengganu di mana kita telah menjangka telah ada satu masalah dan telah terbukti pada banjir tahun lepas kawasan Kuala Terengganu terutamanya kawasan Losong dan Pulau Rusa telah dinaiki air dan tidak surut-surut selama dua minggu.

Perkara ini belum pernah terjadi dahulu dan ini merupakan kali pertama ia berlaku dan ini telah diramalkan oleh bukan hanya kami tetapi juga perunding dan juga JPS yang tidak bersetuju dengan projek kerajaan ini. Apa yang telah dibuat adalah kerajaan telah mengetepikan pandangan dan juga penjagaan JPS di atas projek tersebut dan menugaskan JKR yang tidak biasa menjaga projek tersebut.

Atas sedemikian rupa untuk menjaga dengan satu akibat yang amat menyedihkan dan menakutkan dan kita telah nampak contoh apa yang telah dan boleh terjadi dan apa akan terjadi. Jika tahun ini musim tengkujuh akan menjadi lagi kronik atau lagi berat, adakah apa-apa kajian atau tindakan yang telah dilakukan sejak 12 bulan yang lepas kerana tiap-tiap tahun kita mendengar kenyataan daripada kerajaan persiapan telah dilakukan, segala kelengkapan telah diadakan tetapi tiap-tiap tahun juga masalah tidak sedia dan sebagainya akan berterusan.

Ini adalah masalah buatan manusia, penambahan ini yang patut boleh dielakkan dan patut boleh diatasi kalau ada kepekaan dalam sikap kerajaan. Akan tetapi kita tidak nampak apa-apa tindakan yang dilakukan atas situasi ini walaupun ia merupakan masalah yang dibuat sendiri. Sama jugalah kalau saya boleh menyentuh tentang apa yang berlaku di Kelantan. Banjir yang begitu dahsyat adalah diakibatkan sebahagian besarnya perubahan muka bumi atau landskap dengan perbuatan manusia jua tetapi apakah yang kita telah belajar daripada apa yang berlaku pada tahun lepas. Itulah yang pentingnya.

Akhirnya saya ingin menyebut bahawasanya keseluruhan perbelanjaan Tahun 2016 hanya bertujuan untuk menyelamatkan kerajaan sekarang dan tidak ada formula untuk memajukan negara secara jangka masa panjang dan ini amat membimbangkan.

Bukan hanya untuk kita tetapi untuk generasi-generasi yang akan datang kerana itulah didapati lebih ramai anak muda bangkit, lagi ramai anak muda akan berarak di jalanan kerana kebimbangan mereka tidak ada long term plan yang diusahakan oleh kerajaan untuk memberi kepercayaan kepada mereka bahawasanya negara kita ini di dalam tangan yang boleh dipercayai dengan confident. Itulah masalah yang kita hadapi dan saya dengan ini tidak berhasrat untuk menyokong perbelanjaan 2016. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Setiawangsa.

final • 8:50 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Tuan Yang di-Pertua, masa tidak cukup.

Bismillahi Rahmani Rahim. Ucapan tahniah kepada kerajaan atas kejayaan membentangkan sebuah bajet yang menyeluruh dan mengambil kira kepentingan golongan bawahan, menengah, industri kecil dan sederhana, petani, pengilang dan segenap lapisan masyarakat dalam masa dalam ekonomi dunia terutamanya di Eropah dan China mengalami? Pertumbuhan ekonomi ditambah dengan kekangan pendapatan negara disebabkan permintaan dan penurunan harga minyak yang ketara daripada USD100 lebih kurang USD 48 hingga USD 50 sekarang.

final • 8:59 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Dengan komoditi getah dan juga kelapa sawit yang menurun yang menyebabkan pendapatan negara menurun dengan begitu ketara. Sebagai contohnya, purata USD100 per tong, pendapatan dari cukai dan dividen kepada kerajaan adalah berjumlah sebanyak RM62 bilion tetapi apabila jatuh ke paras USD50 se tong, pendapatan daripada hasil dividen dan cukai kepada kerajaan jatuh kepada RM44 bilion pada tahun 2015. Penurunan sebanyak RM22 bilion. Ini bukan disebabkan oleh tadbir urus atau 1MDB.

Harga minyak dijangka rendah sepanjang 2016 dan kutipan dianggar sekitar RM31.7 bilion atau penyusutan pendapatan kerajaan melebihi RM20 bilion. Perlu diingatkan di dalam Dewan ini bahawa 22% daripada pendapatan kerajaan datang daripada minyak dan sekiranya harga minyak jatuh seperti sekarang ini, pendapatan negara akan merosot dengan begitu ketara seperti sekarang ini. Ini kerana mengikut Bloomberg, satu agensi internasional dunia menyatakan kebanjiran minyak dengan izin, oil glut yang paling lama dalam masa 30 tahun kebelakangan ini. Amerika Syarikat juga mengeluarkan minyak dengan lebih daripada supply yang sepatutnya.

Kata sesetengah politik dan media di negara ini bahawa negara Malaysia ini diambang muflis dan berada di dalam krisis ekonomi atau failed state. Ingin saya maklumkan di Dewan yang mulia ini negara yang dikatakan di dalam krisis ini berkembang sebanyak 5.3% pada separuh tahun pertama 2015. Dianggarkan mencapai 4.5% hingga 5.3% meskipun ekonomi dunia hanya berkembang pada kadar perlahan tahun ini iaitu 3.1%. Manakala pada tahun 2016 pula, pertumbuhan negara berkembang pada kadar 4% hingga 5%. Ini jauh lebih baik daripada tahun 1998 di mana perkembangan negara semasa itu menguncup kepada 7.4% dan wang ringgit dibandingkan dengan US pada kadar RM4.88.

Kadar kemiskinan juga turun daripada 3.8% ke 0.6% pada tahun 2014 dan kemiskinan tegar hampir disifarkan. Pengurangan pada 2009 dan kerajaan berjaya mewujudkan sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan dan banyak lagi. Ini bukanlah contoh kepada negara yang mengalami krisis ekonomi atau failed state seperti yang dikatakan.

Kalaupun ada krisis, ini adalah krisis pemandangan mereka. Sekiranya kalau ada failed state this is because they’re failing of their memory, bukan failed of state. Pelaburan asing sebanyak RM22.4 bilion untuk setengah tahun pertama 2015. Indeks Bursa Saham mencatat 1,705 mata, nilai pasaran RM1.675 juta trilion pada 22 Oktober 2015, sekali lagi menunjukkan bahawa negara ini bukan negara gagal ataupun failed state. Ingin saya tegaskan di sini kerajaan tidak sekali-kali merasa malu atau takut untuk memaklumkan rakyat bahawa GST lah yang menyelamatkan negara ini daripada dilanda krisis ekonomi. Walaupun ada setengah-setengah pembangkang tidak bersetuju untuk saya mengatakan ini, 160 negara daripada 193 negara dalam dunia tidak mungkin silap ataupun ditindas disebabkan GST. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, negara dalam dunia ini mempunyai sebanyak 193 negara. Kalau dimasukkan Vatican dalam negara tersebut maka dunia ini mempunyai 194 negara. Negara yang berada dalam GST ini 160.

final • 9:00 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Ini bermakna 82% daripada seluruh dunia ini telah masuk dalam sistem ini. Maka isu tentang rakyat-rakyat di negara di negara tersebut didera ataupun dianiaya tidak benar.

Kerajaan terpaksa meminjam untuk membayar gaji sekiranya kita tidak menjalankan GST yang mendapat tambahan negara sebanyak RM21 bilion ini. Penarafan kredit negara akan jatuh sekiranya kita tidak menambah pendapatan negara. Ini akan menyebabkan semua kos yang melibatkan pinjaman peribadi, perniagaan, rumah dan lain- lain meningkat. Kerajaan ini berani melakukan dan implement GST ini walaupun ianya tidak popular tetapi ianya satu perkara yang mesti. Pengamatan setengah-setengah pihak contohnya daripada Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Permatang Pauh tentang kejatuhan ringgit ini amat jauh tersasar daripada kebenaran dan lemah dari segi hujahnya.

Nilai ringgit berbanding USD tidak mungkin terikat atau bergantung kepada tadbir urus hanya kepada sebuah syarikat contohnya 1MDB walau bagaimana besar pun hutang mereka. Mengikut Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz dengan izin, “No one single entity will pose systemic risk.” Ini bermakna walau bagaimana besar pun masalah yang dihadapi oleh 1MDB ini dan kita berharap ia dapat diselesaikan di mana kita juga mahu ia diselesaikan, tidak mungkin mempunyai effect yang besar untuk menyebabkan mata wang kita jatuh.

Bahkan beliau berkata kejatuhan Ringgit Malaysia ini berbentuk sementara dan ketidaktentuan ekonomi global yang menyebabkan kejatuhan Ringgit Malaysia. Bukannya 1MDB.

Bahkan rating agensi antarabangsa Moody, ekonomi Malaysia, sistem perbankan Malaysia dan kewangan negara are not under systemic risk daripada apa yang berlaku daripada 1MDB. Beberapa kesan luaran yang menyebabkan jatuh wang ringgit ini adalah kerana harga minyak yang jatuh disebabkan oil glut sekali lagi saya bagi tahu, limpahan kepada, kebanjiran kepada minyak dunia disebabkan Amerika sendiri juga telah mengeluarkan lebih daripada demand. Kebanjiran ini adalah yang terpanjang semenjak 30 tahun yang lalu.

Sehingga ini ekonomi Amerika pun mengalami kebanjiran minyak ini yang menyebabkan harga turun begitu ketara. Harga komoditi seperti kelapa sawit juga turun, getah juga turun. Ekonomi Eropah, China tidak menentu, prospect of interest rate increase di US juga tidak menentu. China devalue duit mereka menyebabkan other Asian countries merana dan penurunan ringgit Malaysia kerana devaluation of Yuan menyebabkan USD naik menyebabkan kita tertekan. Tuan Yang di-Pertua, pengumuman Perdana Menteri dalam Bajet 2016 telah mewujudkan kategori M40 adalah satu langkah yang bijak menangani peningkatan kos sara hidup yang rakyat hadapi terutamanya golongan menengah.

Golongan M40 merujuk kepada kelompok pertengahan 40% isi rumah berpendapatan antara RM3,860 hingga RM8,319 yang kebanyakannya tinggal di dalam bandar. Sesungguhnya ini merupakan satu pencapaian dan keprihatinan kerajaan kepada golongan M40 kerana mereka merupakan di antara pembayar cukai yang terbanyak di negara ini dan kita tidak dapat nafikan peranan dan sumbangan besar mereka terhadap pembangunan negara. Contohnya di kawasan saya Setiawangsa, demografi antara golongan B40 dan M40 ini dianggap dengan nisbah 30% hingga 70%. Ini menyebabkan saya mempunyai kewajipan yang besar untuk juga mempertahankan supaya hak mereka tidak diketepikan.

Golongan miskin bandar dengan pendapatan sederhana bukan hanya generasi muda yang baru tamat pengajian, pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga dan orang muda yang bekerja di kawasan bandar-bandar utama, malah yang telah bekerja lebih lima tahun masih belum dengan izin make ends meet dengan peningkatan kos sara hidup.

Sebahagian daripada golongan M40 ini jatuh di dalam kategori miskin bandar dengan isi rumah di antara lima orang hingga tujuh orang.

Saya mohon mencadangkan kepada kerajaan untuk memperbanyakkan lagi insentif untuk golongan M40 ini selain daripada tambahan, pelepasan cukai seperti pelepasan cukai terhadap anak penjagaan dan perubatan ibu bapa serta yuran pengajian seperti yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2016. Pelepasan cukai ini memberi penjimatan sebanyak RM400 hingga RM600 setahun.

final • 9:00 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Langkah kerajaan untuk menyediakan Skim Perumahan Belia dan juga pembiayaan deposit rumah pertama di bawah KPKT sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit juga dilihat dapat mengurangkan beban golongan miskin bandar ini. Kesukaran dan peningkatan kos untuk mengambil pembantu rumah daripada negeri jiran memaksa golongan M40 untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak swasta. Pusat jagaan kanak- kanak swasta yang mengenakan yuran mahal menyebabkan kesukaran untuk menyimpan wang di tengah-tengah kenaikan kos hidup lain seperti makanan dan perumahan. Adakah sebarang penetapan harga dikenakan kepada pusat penjagaan swasta kanak-kanak ini?

final • 9:00 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Saya meramalkan, dengan keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji minimum daripada RM900 kepada RM1,000 yang bakal dilaksanakan dan imbuhan tambahan untuk penjawat awam, ia akan turut meningkatkan yuran pusat-pusat penjagaan kanak-kanak swasta ini. Bagaimana kerajaan dapat membantu untuk menetapkan harga siling ini?

Saya mohon mencadangkan agar pihak kerajaan mengambil langkah untuk menetapkan harga siling untuk yuran penjagaan anak-anak swasta ini kerana saya tahu ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh M40 suami isteri yang bekerja untuk mengurangkan beban keluarga.

Pembinaan lebih banyak rumah untuk rakyat tetap pada kadar yang murah.

Kerajaan telah mengumumkan akan membina sebanyak 315,500 unit rumah dengan peruntukan sebanyak RM4.1 bilion sangatlah dialu-alukan. Ini termasuk yang dibina oleh PR1MA sebanyak 175,000 unit, SPN sebanyak 10,000 unit, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diletakkan RM830 juta dengan membina 22,800 unit rumah apartmen dengan 9,800 unit rumah teres, PR1MA akan membina 5,000 unit rumah-rumah di sekitar LRT dan sebagainya. Akan tetapi saya mempunyai kerisauan.

Sesiapa juga yang ingin mendapatkan kontrak-kontrak ini, kerajaan mesti memastikan kalaupun hendak bagi kepada bumiputera atau sesiapa sekalipun, mestilah dipastikan mereka ini berkebolehan untuk melakukan kerja ini dan siap pada waktunya.

Kerajaan mestilah berkebolehan untuk menolak mana-mana lobi-lobi yang menyebabkan akhirnya mendapatkan projek ini tetapi gagal menyiapkan. Tidak apalah kita kecewakan sebilangan kecil ini tetapi kita dapat menggembirakan rakyat dengan mendapatkan rumah ini tepat pada waktunya.

Selain daripada mengharungi kos sara hidup yang tinggi ini, isu rumah terus menjadi masalah di kalangan golongan miskin bandar. Ramai yang tidak mampu lagi memiliki rumah akibat harga yang semakin mahal atau ridiculous. Justeru, saya memohon kerajaan untuk merubah atau menetap semula apakah yang ditakrifkan sebagai rumah mampu milik.

Tadi beberapa di antara MP ini telah membangkitkan kebolehmampuan untuk membeli rumah ini adalah mungkin 30 kali ganda daripada gaji. Contohnya, sekiranya gaji mereka RM3,000 sebulan, bermakna kebolehmampuan untuk memiliki rumah sebanyak RM90,000.

Itulah kemampuannya.

Oleh itu, bagi maksud rumah mampu milik ini, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya mentakrifkan semula rumah mampu milik ini untuk memberi reflection atau cerminan kepada kemampuan yang boleh dicapai oleh golongan menengah ini.

Memandangkan julat perbezaan antara RM3,860 hingga RM8,320 ini dianggap sebagai M40 adalah jauh, perlu diadakan beberapa kategori rumah mampu milik untuk memenuhi mereka golongan bawahan, pertengahan dan atasan.

Majlis-majlis perbandaran yang terlibat mestilah terlibat bersama-sama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memainkan peranan lebih besar dalam menetapkan harga kadar maksimum untuk harga rumah bagi memenuhi pelbagai golongan dalam kumpulan M40. Jangan biarkan sahaja para pemaju menetapkan harga tersebut. Instrumen harga ini perlu ditetapkan kerana kita tidak mahu rakyat dibebankan oleh harga rumah yang meningkat akibat spekulasi ini.

final • 9:10 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Saya akui kerajaan merancang untuk membina lebih banyak kawasan perumahan di lokasi strategik yang dekat dengan pengangkutan awam LRT dan MRT. Apa kata kalau kita memanjangkan kawasan ini ke suburban memandangkan Kuala Lumpur sudah terlalu sesak dengan pelbagai pembangunan seperti kondominium, pejabat dan sebagainya dan juga jaringan pengangkutan seperti MRT dan LRT. Sudah tiba masanya kerajaan memikir sesungguhnya untuk mempertimbangkan pembangunan kawasan-kawasan di pinggir bandar.

Kita lihat kawasan suburban seperti mana yang telah dilaksanakan di Putrajaya di mana kerajaan telah membina infrastruktur bersepadu seperti jaringan lebuh raya dan juga pengangkutan awam, ETS, ERL bagi memudahkan rakyat berjalan dari Putrajaya ke Kuala Lumpur dan sebagainya. Begitu juga dengan Nilai dan Seremban yang pesat membangun di mana terdapat pekerja di Kuala Lumpur sekarang ini menetap di sana. Untuk ke tempat bekerja begitu mudah dengan adanya sistem pengangkutan awam seperti perkhidmatan bas dan komuter. Kita juga lihat bagaimana pesatnya pembangunan di Bandar Rawang yang kini telah menjadi koridor utara Zon Metropolitan Kuala Lumpur yang boleh dihubungi oleh beberapa lebuh raya dan pengangkutan kereta api KTM.

Bagi merealisasikan pelan ini, saya mencadangkan kerajaan untuk meningkatkan kerjasama dengan pemaju dengan memberi segala insentif, contohnya penyediaan infrastruktur seperti jalan raya dan pengangkutan dan kemudahan awam bagi menggalakkan lebih ramai pemaju membina rumah di kawasan suburban. Konsep plug and play ini penting untuk dilaksanakan oleh kerajaan kerana ia boleh dianggap sebagai satu insentif untuk menarik minat lebih ramai pemaju melabur di kawasan pertumbuhan baru dengan menambah bahawa pihak pemaju mungkin kurang berminat untuk melabur di kawasan-kawasan yang tidak dilengkapi jaringan pengangkutan dan kemudahan awam.

Di negara-negara maju seperti London, kerajaan telah menyediakan skim bantuan rumah kos rendah di samping para pemaju memberi tawaran bilik rumah yang menarik bagi membolehkan golongan miskin bandar memiliki rumah dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik di kawasan yang dihubungi dengan pengangkutan awam seperti kereta api.

Pertubuhan perumahan seperti housing association di sana, di London, menjual dengan harga subsidi kepada pemilik rumah pertama dan para pembeli tidak kira swasta dan kerajaan, tidak perlu membayar deposit.

Saya ingin menyokong langkah kerajaan untuk memperuntukkan lebih RM1.5 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan B40 dalam Bajet 2016. Dalam usaha meringankan kos sara hidup rakyat, peruntukan seperti RM100 juta kepada institut latihan kemahiran swasta dan badan bukan kerajaan, RM50 juta kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya serta Program Peningkatan Pendapatan, tambahan peruntukan RM200 juta kepada dana sedia ada untuk Amanah Ikhtiar bagi kemudahan, dan RM600 juta kepada TEKUN untuk usahawan bumiputera India dan Cina bukan sahaja dapat membantu golongan B40, malah termasuk golongan individu bujang penerima BR1M.

Kita akui dalam usaha kerajaan untuk menyejahterakan kehidupan rakyat dalam situasi ekonomi yang mencabar ini, kita telah menyaksikan beberapa syarikat di Malaysia telah menghentikan pekerjanya seperti MAS, Modenas, CIB dan sebagainya. Ia menyukarkan lagi golongan sasaran untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Cuma, saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah yang akan diadakan untuk mempromosikan segala skim ini bagi memudahkan golongan yang memohon ini?

Akhir kata, saya sekali lagi ingin memohon kerajaan untuk melihat semula ataupun revisit semua agreement toll concessionaire ini supaya dapat kita lihat supaya sekiranya ia boleh untuk mengurangkan kos bebanan rakyat yang sedia ada ini. Sekiranya boleh, kerajaan untuk mengagihkan atau set a side sebilangan wang supaya tiap-tiap tahun kerajaan boleh mengambil alih tolls concessionaire ini.

Dengan ini, saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2016. Sekian, terima kasih.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 9:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana saya tinggal sepuluh minit sahaja, jadi saya ingin restructure saya punya perbahasan hari ini.

Terlebih dahulu, saya ingin membangkitkan satu isu yang perlu saya bangkitkan iaitu ExxonMobil Exploration and Production Malaysia. Baru-baru ini, ia telah menjual kontrak Seligi Oil Field di South China Sea dan the PM8 Production Sharing Contract kepada EnQuest PLC Malaysian Unit. Saya hendak terangkan sedikit tentang production sharing contract. Biasanya apabila Petronas memberi satu oil field kepada katakan ExxonMobil, mereka akan bagi tempoh katakan 40 tahun. Selepas 40 tahun, ExxonMobil kena do good dan mengembalikan oil feild tersebut kepada Petronas. Sepanjang 40 tahun itu, mereka akan profit sharing. Jadi sekarang, apa yang berlaku adalah ExxonMobil dalam beberapa tahun yang terakhir, dia telah menjual kontrak tersebut kepada EnQuest PLC.

final • 9:18 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tinggal beberapa tahun sahaja. Sepatutnya dia kembalikan kepada- dia akan diugut, dia akan belanja lebih kurang RM1 bilionkah, a few hundred millions selepas itu membuat oil field tersebut kembalikan ke asal. Selepas itu baru kembalikan kepada Petronas. Petronas dengan itu barulah buat satu kontrak yang baru kepada syarikat- syarikat lain. Jadi, kalau Exxon mahu buat short circuit Petronas macam ini , maka yang rugi adalah Petronas. Oleh kerana Petronas tidak mendapat oil field yang baru, yang Exxon Mobile baik pulih. Terpaksa pula apabila inkues kontrak yang baru, mereka pulangkan kepada Petronas. Dia mungkin extend lagi kepada syarikat yang baru.

Jadi, kerugian itu berada pada Petronas. Jadi, sebagai rakyat Malaysia, saya rasa kita perlu, kerajaan kena perhatikan mengapa gejala yang baru. Ini adalah kes yang baru- baru ini di mana melibatkan lebih kurang berbilion-bilion ringgit. Kita minta kerajaan jawab kenapa perkara ini berlaku dan kita pun dengar ada banyak lagi oil fields macam ini akan dikontrakkan kepada short circuit Petronas dan dikontrakkan kepada orang lain.

Isu yang kedua yang saya ingin bangkitkan adalah isu di kawasan saya iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Baru-baru ini saya didengarkan bahawa di depan airport yang sekarang tapaknya adalah tapak parking yang telah penuh dan mereka kekurangan car park. Tapak tersebut sekarang akan dibangunkan. Dibangunkan untuk demi apa? Adalah untuk membina satu shopping complex. Shopping complex dan car park dan oleh sebab tapak itu agak kecil, mungkin lebih kurang dua ekar atau dua setengah ekar, airport tersebut sekarang telah kekurangan car park.

Oleh kerana dia di kawasan flight control, jadi dia tidak boleh terlalu tinggi. Maka, kalau kita bina shopping complex dan selepas itu bina car park, maka dia tidak cukup untuk car park. Kita sudah tahu bahawa shopping ini di kawasan Bayan Baru sudah banyak. Ada banyak tempat membeli-belah. Tak payahlah kita bina lagi shopping di depan airport dan kita minta supaya kerajaan untuk meneliti dan memberi maklumat balas tentang isu ini. Isu yang ketiga adalah- okey, jadi saya hendak ingin masukkan ke dalam perbahasan saya yang utama. Saya harap saya boleh habis secepat mungkin.

Saya memerhati perbahasan antara Yang Berhormat Rompin dan Yang Berhormat Kelana Jaya semalam. Isu yang utama adalah soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Mengapa Korea boleh memulihkan dengan cepat selepas krisis kewangan tahun 1998 dan sekarang Korea mencatat GDP 4.5 kali ganda lebih tinggi daripada Malaysia.

Yang Berhormat Rompin berkata, pada tahun 1998, kerajaan memilih pendekatan insulation from our economy, from global shocks. Manakala Korea memilih pendekatan

final • 9:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

IMF yang painful dan drastik. Dua pendekatan ini ada kebaikan dan keburukannya. Jadi, implikasi tersebut sekarang selepas 17 tahun barulah kita boleh nampak dengan lebih jelas selepas 17 tahun.

Apabila Malaysia insulate ekonomi kita dalam jangka masa yang pendek, ia menstabilkan ekonomi, betul. Kita pegkan Ringgit Malaysia dengan USD dan syarikat- syarikat ada suasana yang lebih predictable. Akan tetapi ia juga melambatkan atau postpone reform. Reformasi-reformasi kritikal yang perlu dijalankan untuk memperbetulkan punca-punca yang menyebabkan kegagalan atau krisis ekonomi. Tadi saya dengar Yang Berhormat Setiawangsa bahas tentang isu sekarang Malaysia jauh lebih baik daripada dulu.

Sekarang first quarter, GDP Malaysia tumbuh secara 5% dan kita bukan dalam keadaan krisis. Betul. Akan tetapi kalau kita ingat tahun 1997, first quarter kita pun sangat baik.

Malah lebih baik daripada sekarang, 9% GDP growth. Akan tetapi dalam a short span of times, ia akan menjunam kepada negatif 7% kerana krisis ekonomi ini ia datang dengan cepat. Walaupun sekarang rasanya okey, rasanya masih- tetapi kita sudah tahu bahawa the storm is coming. Jadi, ini adalah isu yang pertama. Kalau kita dalam menjelang satu krisis ekonomi yang kita jangkakan akan berlaku pada tahun depan, maka kita perlulah buat sesuatu. Kita tidak boleh insulate cara yang dulu, peg Ringgit, protect the economy, protect the company, stabilise interest rate. Betul, itu betul short term. Akan tetapi kalau kita diikuti dengan reform reform terhadap institusi, terhadap syarikat, terhadap kita punya management, maka dia akan membawa kesan yang lebih baik. Akan tetapi oleh sebab kita tidak buat sesuatu, pada masa itu kita hanya stabilise ekonomi, selepas itu dibiarkan, kita tidak betul-betul buat reform, maka sekarang kita masih sedikit merasa kelembapan ekonomi yang tertinggal sejak tahun 1998.

Jadi pada pendapat saya, masalah-masalah yang dihadapi oleh Malaysia bukan semata-mata masalah ekonomi sahaja. Institusi politik, demokrasi, pentadbiran negara juga memainkan peranan yang penting. Hal ini kerana sebahagian besar ekonomi negara kita dipacukan oleh kerajaan atau GLC-GLC atau syarikat-syarikat yang rapat dengan kerajaan. Dalam bahawa ekonomi, ekonomi Malaysia adalah stake driven economy di mana kerajaan memainkan peranan yang cukup besar. Maka, kalau kita bincangkan dasar ekonomi dan Bajet 2016, kita harus membicarakan reformasi dan transformasi dan pembaharuan institusi pentadbiran politik dan demokrasi negara.

Francis Fukuyama yang merupakan akademik tersohor di dunia dalam buku terbarunya, Political Order and Political Decay, bertulis. All political systems past and presents are liable to decay as older institutional structures fails to evolve to meet the needs of a changing world. The fact that a system once was successfull and stable liberal democracy does not mean that it were remain so in perpetuity. Dengan izin.

Ini bermaksud bahawa sistem yang dulu kita pakai, sistem ekonomikah atau politik atau institusi negara, pentadbiran negara yang dulu kita pakai yang berjalan dengan baik tidak semestinya boleh terpakai sekarang. Jadi, kita perlu ada perubahan, reformed from time to time. Maka, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan melaksanakan beberapa pembaharuan yang penting. Oleh kerana dulu kita close the door semasa ekonomi tahun 1998, kita tidak buat reform. Maka, negara kita tumbuh pada kadar 3%, 4%, 5%.

Sebenarnya, fundamental kita cukup baik.

Kita ada minyak, kita ada kelapa sawit, kita ada macam-macam dan pekerja kita rajin. Jadi, kita missed out the opportunity kerana kita tidak buat reform. Rasuah masih berleluasa, ketirisan berlaku dan pelbagai check and balance tidak dapat dijalankan, maka kerajaan membelanjakan berbilion-bilon ringgit. Akan tetapi ketirisan itu kerana rasuah dan ketirisan itu berlaku, maka rakyat tidak mendapat manfaat yang selebihnya kerana yang rasuah itu pemimpin–pemimpin besar yang telah dapat duit itu dan telah hantar duit ke luar negeri. Jadi, ini adalah salah satu sebab kenapa apabila Global Integrity Report mengatakan bahawa illicit outflow ke luar negara di Malaysia adalah di tangga kedua terbanyak di dunia selepas China.

Jadi, ini adalah isu yang kita perlu buat reform supaya kita boleh menangani, mengelakkan krisis ekonomi yang akan datang. Perkara yang pertama, saya ingin

final • 9:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

memulakan dengan institutional reform iaitu dari segi Parlimen. Oleh kerana pada bulan Mei yang lalu Speaker Dewan Rakyat telah dilaporkan kecewa dengan pengurusan dan kewibawaan Parlimen.

final • 9:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Beliau berkata “Parlimen seolah-olah rubber stamp”. Akan tetapi beliau menarik balik surat peletakan jawatan selepas Perdana Menteri menjanjikan melaksanakan parliament reform. Jadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Azalina juga dilaporkan berkata “Kerajaan komited kepada agenda perubahan” dan beliau akan membawa isu pembaharuan Parlimen ke Kabinet. Antara cadangan Parliament reform yang

final • 9:30 PM

dicadangkan oleh Tuan Yang di-Pertua kepada kerajaan adalah seperti berikut

(i) memansuhkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal Parlimen;

(ii) mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 [Akta 394] dan menggubal Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa);

(iii) menubuhkan Jawatankuasa Tetap Parlimen atau Parliamentary Select Committee;

(iv) meningkatkan infrastruktur Parlimen ke tahap seperti bangunan di Putrajaya atau Palace of Justice; dan

(v) mengadakan sesi soal jawab Perdana Menteri atau Prime Minister’s question time. Memandangkan bahawa sekarang Speaker, Perdana Menteri, Menteri dan juga Ahli-ahli Parlimen pembangkang semuanya menyokong penuh agenda perubahan Parlimen, maka tibalah masanya kerajaan melaksanakan janji-janji perubahan yang telah dijanjikan.

Pada mesyuarat Kabinet pada 2 April 2015, Kabinet juga telah membincangkan isu ini dan melantik Timbalan Perdana Menteri untuk melaksanakan cadangan-cadangan yang telah diluluskan. Jadi memandangkan semua pihak telah bersedia menyokong pelaksanaan pembaharuan Parlimen, maka saya ingin mendesak Yang Berhormat Pengerang, Menteri, membentangkan undang-undang yang membawa pembaharuan Parlimen dalam sesi Parlimen ini untuk diluluskan. Senang sahaja, kita semua sokong. Yang Berhormat Pengerang juga jangan risau. Selepas ini, Menteri mungkin dipromosikan, dipromotekan ke kementerian yang lain seperti yang berlaku ke atas Yang Berhormat Padang Rengas.

Tuan Yang di-Pertua, hendak continue kah atau esok?

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada enam minit lagi. Sila habiskan.

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tidak sempatlah.

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masa ada 20 minit sahaja.

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kedua, dalam Bajet 2016, saya juga terkejut dengan pemotongan RM2.4 bilion Kementerian Pendidikan Tinggi. Pemotongan bajet kepada IPTA secara purata ialah 16.5%. Maka timbul persoalan, adakah yuran universiti akan dinaikkan? Kalau tidak dinaikkan, apakah potongan-potongan yang akan berlaku ke atas IPTA? Jabatan manakah potongan yang dijangka akan berlaku? Contohnya di Universiti Malaya, pemotongan ialah sebanyak 27.3%. Jadi kita hendak tanya di mana – kerana pemotongan terlalu besar dan peningkatan pelajar setiap tahun meningkat, jadi, bagaimanakah universiti boleh membiayai pemotongan bajet tersebut? Kita juga sedia maklum bahawa IPTA adalah penting dalam pembangunan negara. Mengikut laporan OECD, setiap peruntukan RM1 kepada pendidikan tinggi, akan memulangkan RM6 dalam cukai pada masa depan. Jadi saya minta supaya bajet ini ditambah semula.

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya juga ingin bertanyakan Menteri, kerana dalam kemasukan pelajar, kita tahu setiap tahun memang ada pelajar cemerlang yang tidak dapat masuk ke universiti. Kita tahu Menteri mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa yang paling rendah CGPA mereka adalah 2.00 untuk masuk ke universiti dan tahun ini saya hendak tanya, berapa pelajar yang mempunyai CGPA dalam STPM atau matriks yang terendah, yang berjaya masuk ke universiti? Ini kerana kita tahu bahawa ada pelajar-pelajar yang walaupun mendapat result yang cemerlang, lebih daripada three point something tetapi masih tidak dapat masuk ke universiti. Saya inginkan penjelasan, apakah kriteria-kriteria untuk memilih pelajar-pelajar ini?

Ketiga, Perdana Menteri pernah berjanji untuk menjadikan Malaysia demokrasi yang terbilang di dunia, the best democracy in the world. Sekali lagi, janji ini tidak dapat ditunaikan. Semakin banyak pemimpin pembangkang, social activist, pensyarah, pelajar, wartawan dan pelukis kartun yang didakwa di bawah undang-undang seperti Akta Hasutan, SOSMA dan Akta Perhimpunan Aman. Pendakwaan di bawah Akta Hasutan telah bertambah 1,000% sejak tahun 2013. Ini kerana dahulu hanya ada tiga kes sahaja tetapi selepas tahun 2013, ia naik mendadak kepada 300 kes siasatan dan dakwaan. Jadi, bekas Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Beliau adalah the Chief Opponent kepada Yang Amat Berhormat Pekan tetapi dipenjarakan.

Jadi Human Rights Watch telah menerbitkan sebuah laporan mereka yang terbaru iaitu ‘Creating a Culture of Fear: The Criminalization of Peaceful Expression in Malaysia’, dengan izin. Laporan ini telah mencatatkan semua kes yang melanggar hak asasi manusia di Malaysia dan Malaysia harus kembali ke landasan demokrasi dan rule of law bukannya rule law of the jungle. Tekanan ke atas pembangkang telah menjatuhkan nama baik Malaysia kepada satu tahap yang sangat rendah. Ini tidak baik untuk meyakinkan pelabur- pelabur luar, asing untuk melabur di Malaysia kerana mereka put the very high standard on the human rights records. Apabila Yang Amat Berhormat Pekan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia pada bulan April 2009, beliau berjanji akan melaksanakan transformasi ekonomi yang akan memartabatkan rakyat Malaysia sebagai masyarakat berpendapatan tinggi. Beliau mengumumkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) untuk memerangi rasuah yang berleluasa. Beliau juga berjanji untuk menjadikan Malaysia demokrasi yang terbilang di dunia, the best democracy in the world dan...

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bayan Baru boleh habiskan ucapan.

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, boleh, dalam tiga minit. Menjanjikan 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat Malaysia. Beliau mempunyai peluang yang sangat baik dan saya rasa ramai rakyat di luar menyokong beliau pada tahun 2009. Akan tetapi selepas enam tahun di bawah pimpinan beliau, Malaysia sekarang mengalami krisis sosial, politik dan ekonomi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Kita nampak secara jelas bagaimana institutional decay atau institutional failure yang berlaku di institusi negara melalui skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Kedua-dua skandal ini adalah yang terbesar dalam sejarah Malaysia dan Yang Amat Berhormat Pekan terpalit dalamnya. Kita minta penjelasan, siasatan kerajaan adalah perlahan dan diselubungi dengan kerahsiaan. Peguam Negara yang menjalankan siasatan telah digantikan secara tiba-tiba. Pasukan bertindak task force 1MDB telah digantung dan sekarang sudah lama tidak ada mesyuarat.

Saya hendak tanya, mesyuarat yang terakhir task force 1MDB telah dijalankan bila? Penyiasat SPRM sama ada ditangkap atau dipindahkan dan surat khabar digantung atas sebab laporan tentang perkara tersebut. Yang Amat Berhormat Pekan juga telah mengakui bahawa menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya tetapi enggan berterus terang tentangnya. Siapakah yang memberikan wang itu dan mengapa memberikan wang itu kepada beliau? Sekarang, ke manakah wang itu telah pergi?

President of Transparency International, José Ugaz berkata, segala tindakan beliau setelah skandal RM2.6 bilion terbongkar bukannya perbuatan seorang Perdana

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri yang memerangi rasuah. Terdapat kegagalan institusi di peringkat tertinggi di Putrajaya. Jadi kita merenung secara teliti, kesedaran suara hati kita atau our conscious, tidak membenarkan masa depan berjuta-juta rakyat dibelakangkan oleh skandal ini. Jadi kepada semua rakan Ahli Parlimen, baik daripada di sana atau di sini kalau usul tidak percaya diluluskan untuk pengundian, maka setiap daripada kita berhadapan dengan satu undi kesedaran suara hati atau vote of conscience.

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kita boleh memilih untuk mengekalkan jawatan seseorang yang telah terbukti gagal teruk. Kita boleh memilih untuk mengekalkan jawatan seseorang yang menjejaskan institusi negara untuk menjaga kepentingan dirinya. Kita boleh memilih untuk mengekalkan seorang yang senang hati ketika demokrasi kita dimusnahkan atau kita boleh memilih untuk mengundi dengan kesedaran suara hati atau with our own conscience. Maka saya jemput semua Ahli Parlimen tidak kira daripada sebelah kerajaan atau pembangkang untuk sama- sama membuang undi yang tidak percaya kepada Yang Amat Berhormat Pekan. Sekian, terima kasih.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Hulu Rajang.

final • 9:40 PM

Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya turut ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2016. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang amat menunjukkan keprihatinan beliau terhadap warga Malaysia untuk terus membangun. Juga tidak dilupakan perhatian beliau kepada masyarakat pedalaman di negeri Sabah dan negeri Sarawak. Pembentangan Bajet 2016 sangat menyentuh jiwa saya sebagai Ahli Parlimen. Kekerapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia melawat Sarawak jelas diterjemahkan beliau di dalam Bajet 2016.

Pinjaman tanpa faedah pembinaan rumah panjang Tuan Yang di-Pertua.

Masyarakat Dayak khususnya yang tinggal di pedalaman sangat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memperuntukkan RM70 juta di dalam Bajet 2016 ini bagi pinjaman tanpa faedah untuk membina rumah panjang dan amaun pinjaman dinaikkan daripada RM10,000 hingga ke RM50,000 bagi setiap pintu.

Sukacita saya turut ingin memaklumkan kepada kerajaan kelulusan yang telah diberi kepada memiliki rumah panjang adalah melalui Ketua Masyarakat atau Tuai Rumah yang sah dilantik oleh kerajaan negeri dan kolaborasi di antara Bank Simpanan Nasional dan kerajaan negeri sangat dialu-alukan bagi mempercepatkan permohonan pinjaman tersebut. Adalah harapan saya agar terma-terma dan syarat-syarat pinjaman tidak perlu diketatkan. Paling penting ialah syarat perlu diambil kira adalah surat pengesahan daripada Tuai Rumah untuk menyokong permohonan pinjaman tersebut.

Program Khas Bumiputera Sarawak dan Sabah. Peruntukan RM30 juta untuk permintaan tanah adat sungguh dialu-alukan oleh penduduk peribumi di negeri Sarawak.

Seperti yang sedia maklum isu tanah di Sarawak hangat diperbincangkan sama ada di dalam media sosial mahupun di media massa. Adat yang baik sangat rapat dengan kaum Dayak sama ada Islam atau bukan Islam. Sentuhan negatif terhadap adat boleh mengundangkan reaksi negatif. Oleh itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri faham tentang keadaan itu. Beliau ingin permintaan tanah adat asal dipercepatkan.

Pembangunan facilities pendidikan Tuan Yang di-Pertua, untuk pembangunan modal insan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memperuntukkan RM500 juta untuk membangun dan menyelenggarakan facilities pendidikan untuk masuk sekolah.

Sehubungan itu, sukacita sekiranya Kerajaan Pusat menyalurkan lebih banyak peruntukan ke negeri Sarawak dan negeri Sabah memandangkan di kedua-dua buah negeri itu mempunyai majoriti sekolah memerlukan perhatian serius sekali. Setiap permohonan peruntukan sekolah harus diluluskan dengan segera. Untuk makluman, turut akan

final • 9:40 PM

Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

memohon bagi sekolah-sekolah SK Bantuan Methodist Nanga Mujong dan juga saya ingin memohon untuk berikan peruntukan kepada SK Bantuan Methodist Kapit di bahagian Kapit, Tuan Yang di-Pertua.

Peruntukan RM5.776 bilion kepada Kementerian Kerja Raya. Kementerian Kerja Raya adalah diperuntukkan RM5.776 bilion. Saya difahamkan bahawa KKLW diperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion bagi pembinaan dan naik taraf jalan untuk lebih kurang 700 kilometer jalan-jalan di luar bandar. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kawasan Parlimen saya P216 Hulu Rajang dan DUN56 Baleh adalah satu-satunya kawasan pendalaman yang masih memerlukan pembangunan infrastruktur yang sempurna.

Ini tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Hulu Rajang.

final • 9:40 PM

Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Ya.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kita sambung esok ya?

final • 9:40 PM

Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada 15 minit lagi esok.

final • 9:40 PM

Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Okey, terima kasih.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 29 Oktober 2015.

final • 9:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada jam 9.45 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026