Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, DR 24/2015 Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015, DR 9/2015 Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015, DR 12/2015 Rang Undang-undang Keterangan 2015 dan DR 24/2014 Rang Undang- undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 seperti yang tertera di nombor 8, 9, 10 dan 11 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga dan dibawa ke Mesyuarat akan datang.”
1. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad Wasali [Sipitang] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh mana sambutan terhadap pelaksanaan Pelan Pendidikan Nasional dan apakah langkah-langkah diambil oleh pihak pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menjayakannya.
Menteri Pendidikan II - Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat pada pagi ini.
Pertamanya saya bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara- perkara yang berkaitan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara. Terdapat dua pertanyaan hari ini yang berhubung kait dengan pelan tersebut iaitu Yang Berhormat dari Sipitang dan Yang Berhormat daripada Tenom. Mohon dijawab bersekali, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Penggubalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015/2025, Pendidikan Tinggi ataupun PPPMPT merupakan kesinambungan ataupun continuity, dengan izin daripada Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) sektor sekolah yang telah dilancarkan pada tahun 2013. PPPMPT ini telah dibangunkan secara inklusif dan komprehensif dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang berkepentingan daripada 10,500 orang termasuk 100 pemegang ‘Taro’, 30 pakar daripada tempatan dan juga antarabangsa.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Penggubalan pelan pendidikan ini juga berpandukan laporan kajian yang telah dilaksanakan oleh agensi antarabangsa seperti Bank Dunia, UNESCO dan OECD.
Sebagai langkah-langkah dalam perancangan untuk melaksanakan dan menjayakan PPPMPT ialah seperti berikut. Antaranya ialah untuk mempraktikkan lonjakan pertama pelan tersebut untuk melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Pelan telah memperkenalkan Program Akademik Sarjana Muda berbentuk 2+2 iaitu yang melibatkan pembelajaran selama 2 tahun di kampus dan juga 2 tahun luar kampus ataupun pembelajaran industri. Ini akan melengkapkan lagi pengalaman dan keyakinan pelajar semasa mereka bekerja.
Keduanya, melaksanakan sistem gred purata nilai gred kumulatif yang bersepadu ataupun integrated CGPA yang mana bukan hanya pencapaian akademik semata yang diukur tetapi juga mengukur sumbangan sosial, kemahiran berkomunikasi, kemahiran sosial pelajar-pelajar tersebut.
Ketiganya mewujudkan 4 laluan kerjaya kepada ahli akademik, yang mana ahli akademik boleh memberi tumpuan sama ada mereka ini mengajar, keduanya ingin menyelidik, ketiga menjadi pemimpin di peringkat universiti ataupun kita akan jemput pensyarah-pensyarah profesional dari luar.
Untuk melaksanakan laluan keempat pensyarah profesional dari luar, kita memperkenalkan program CEO @ Faculty, dengan izin ataupun CEO The Faculty bagi perkongsian tokoh-tokoh korporat terkenal contohnya Tan Sri Azman Mokhtar, Khazanah, Tan Sri Tony Fernandez AirAsia, Ketua Eksekutif Shell, Ketua Eksekutif Samsung, Hyundai dan semalam saya ada terima surat daripada Dr. Richard Parker iaitu Director of Research & Technology of Rolls-Royce yang telah bersetuju menyertai program ini.
Selain itu juga terdapat beberapa langkah lain yang turut dilaksanakan seperti memberi autonomi kepada majoriti universiti awam dalam beberapa bidang termasuk tadbir urus, proses pemilihan, sumber manusia dan penawaran kursus, melaksanakan massive online courses, melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat dan juga melahirkan graduan TVET yang berkualiti.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Untuk soalan Yang Berhormat Tenom, baru-baru ini Dr. Irina Bokova Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu ataupun UNESCO, mengatakan bahawa pelan pendidikan ini mampu menjadi penanda aras kepada transformasi pendidikan rantau Asia dan boleh menjadi contoh kepada negara- negara lain. Pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO ini membuktikan hala tuju pendidikan negara berada di landasan yang betul daripada peringkat prasekolah hingga ke institusi pendidikan tinggi.
Saya yakin dengan usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan untuk menjayakan transformasi pendidikan melalui pelan-pelan pembangunan pendidikan, prestasi pendidikan negara akan terus meningkat ke tahap yang lebih baik ataupun dengan izin growing upwards dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Saya juga berharap agar semua pihak khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat terus memberikan sokongan padu bagi menjayakan pelan pendidikan yang telah dilancarkan ini.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab pertanyaan yang begitu menyeluruh. Kita ucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan yang melaksanakan program yang sangat berkesan ini terutama sekali sebagai persiapan untuk menjayakan wawasan negara maju berpendapatan tinggi.
Soalan saya di sini ialah daripada lonjakan pertama, kedua, ketiga dan keempat dan seluruh aspek yang ditekankan dalam pengajian tinggi ini dalam pembangunan pendidikan, bagaimana sambutan universiti IPTS yang lebih banyak kedudukannya dibandingkan dengan IPT awam. Bagaimanakah kayu pengukur kejayaan antara universiti dalam menjayakan misi dan visi PPPM di peringkat pengajian tinggi, terima kasih.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PT ini kita tidak membezakan di antara IPTA dan IPTS. Apabila kita mengadakan IPT, ia merangkumi IPTA dan IPTS. Dengan pelan pembangunan ini akan melihat satu penyatuan di antara IPTA dan IPTS untuk terus menjayakan sistem pendidikan pengajian tinggi di dalam negara kita ini. Memang kita katakan pelan ini ialah berakhir pada 2025 dan
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
ada kayu ukur-kayu ukur yang telah ditetapkan dalam pelan ini untuk memastikan kita boleh melihat prestasi yang boleh dicapai oleh IPT kita.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kepada jawapan yang diberi. Saya hendak tanya mengenai kayu ukur yang sedia ada di mana standard yang kita ada dalam penggunaan bahasa Inggeris sangat teruk. Kebelakangan ini severe drop dalam standard ini. Jadi maka dengan pelan yang dicadangkan, adakah kita juga akan sekurang- kurangnya memperkasakan selain daripada bahasa Malaysia, bahasa Inggeris supaya ia juga akan menjadi satu universal language supaya anak-anak kita apabila berbanding dengan free market, ia akan lebih setaraf dan kompetitif dalam hal ini.
Berkaitan dengan hal ini, saya hairan bahawa kita ada pelan, ada cadangan bahawa two plus two. Satu yang unik satu yang revolutionary. Adakah ini praktikal on the ground kerana ramai di antara graduan yang sedia ada tidak ada kerja. Apabila ada two plus two ramai di antara mereka mungkin tidak dapat tempat untuk menjalankan tugas atau pelajaran mereka. Apa usaha dan apa guarantee yang kerajaan boleh beri supaya apa yang diniatkan oleh kerajaan, dapat diimplementasikan dengan sebagus-bagusnya. Terima kasih.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya memang kalau kita lihat di dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan ini bahasa Inggeris memang diberi penekanan. Bukan hanya di peringkat universiti, tetapi juga di peringkat sekolah lagi. Sebab itu program pemerkasaan bahasa Inggeris sebenarnya di sekolah kita ada beberapa program. Antaranya ialah kita akan melatih sehingga akhir tahun ini 22,500 guru-guru bahasa Inggeris untuk memastikan mereka mencapai tahap CPT C1 ataupun Cambridge Placement Test C1 dan C2 agar mereka boleh mengajar bahasa Inggeris dengan baik.
Tidak kurang juga kita mempunyai 360 native speakers ataupun saya panggil orang putih, orang yang bahasa penuntut jati bahasa Inggeris yang mengajar, mendidik, menjadi mentor 5,000 guru-guru kita. 100 guru ETA, English Teaching Assistant yang sedang berada di sekolah-sekolah kita di samping program-program Teach for Malaysia dan sebagainya yang sedang dilaksanakan untuk memastikan mula daripada sekolah lagi ianya bermula. Untuk kemasukan universiti, kita ada MUET untuk memastikan mereka mencapai tahap bahasa Inggeris yang diperlukan.
Program 2+2 ini adalah satu program yang pernah dilaksanakan di sebuah universiti di Canada sebenarnya. Bukan perkara baru. Dalam kita mengkaji kebolehpasaran graduan-graduan kita, mereka tidak mampu untuk masuk pasaran dengan baik kerana mereka tidak mempunyai kemahiran komunikasi katakanlah antaranya juga bahasa Inggeris, tidak mempunyai kemahiran sosial yang mencukupi. Dengan adanya Program 2+2 ini, mereka didedahkan dengan apa yang dikehendaki oleh pasaran.
Bukan hanya Program 2+2 kita mempunyai Program Integrated CGPA di mana mereka bukan hanya diukur mengikut kemahiran akademik mereka semata-mata, tetapi juga mengikut kemahiran komunikasi mereka, kemahiran sosial mereka dan juga nilai-nilai kepimpinan yang ada pada mereka. Saya jangka dengan adanya program-program yang akan dilaksanakan oleh kementerian ini, tahap kebolehpasaran akan meningkat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kepong sudah berdiri saya panggil, lama saya tidak dengar pendapat Yang Berhormat Kepong. Sila.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah kekangan-kekangan yang wujud dengan pelan yang akan dilaksanakan ini dan setakat mana pihak pentadbir di semua universiti dapat menyambut dan tidak akan mensabotaj.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Memang dalam apa juga pelaksanaan kita daripada mula sebab itu saya katakan tadi kita telah berjumpa dengan pemegang taaruf, kita berjumpa dengan rakyat keseluruhannya dan memang kita ada engagement dengan izin, dengan pensyarah-pensyarah, pentadbir- pentadbir universiti untuk melaksanakan pelan ini. Sehingga kini saya tidak nampak banyak masalah di dalam pelaksanaan dan sokongan yang kita dapati daripada pentadbir- pentadbir universiti untuk melaksanakan pelan ini dengan sebaik-baiknya.
2. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Perdana Menteri menyatakan apakah rasional harga siling rumah PR1MA dinaikkan kepada RM450,000. Berapa peratusan rumah PR1MA dalam kategori tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PR1MA tidak pernah memutuskan untuk menaikkan lingkungan harga bagi rumah-rumahnya. Rumah mampu milik yang disediakan PR1MA, masih kekal dalam lingkungan harga yang telah ditetapkan iaitu di antara RM100,000 sehingga RM400,000 mengikut jenis dan lokasi projek. Keluasan rumah PR1MA yang ditawarkan kepada pemohon adalah antara 800 sehingga 1,600 kaki mengikut jenis rumah.
Rundingan dan perbincangan juga diadakan dari masa ke semasa untuk memastikan harga rumah tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan dengan mengambil kira kemampuan golongan berpendapatan sederhana.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Penyediaan rumah pada harga kompetitif ini diharap dapat mendorong pemaju swasta agar lebih berdaya saing untuk menyediakan perumahan mampu milik yang menepati permintaan pasaran semasa. Sesungguhnya PR1MA amat menggalakkan pemaju swasta untuk menandingi tanda aras yang telah disasarkan demi manfaat rakyat.
Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan. Saya nampak bahawa rumah PR1MA ini, antara sebab-sebab kosnya tinggi, walaupun Yang Berhormat Menteri kata tidak melebihi RM400,000 tetapi kalau katakan RM400,000 itu pun agak susah untuk golongan profesional yang muda, yang families, yang memerlukan rumah. Jadi saya rasa salah satu sebab yang selalu Yang Berhormat Menteri dan juga kerajaan bagi adalah kerana kos tanah yang terlalu tinggi. Saya rasa tanah itu adalah penting kerana sememangnya kerajaan perlu memberi tanah kepada projek-projek rumah, supaya bring down the cost, dan kita tengok di Singapura, banyak tanah itu tanah kerajaan, diberikan kepada HDB untuk membina rumah-rumah PRIMA.
Maka saya hendak tanya kepada kerajaan, berapa tanah kerajaan atau prime land, especially di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang dan juga di Johor Baru? Di mana tanah kerajaan diberikan secara kos yang rendah seperti yang kita bagi kepada 1MDB, iaitu RM64 sekaki? Kalau boleh, kerajaan bagi tanah dengan kos yang begitu rendah, maka kos rumah pun akan turun, dan ia akan menjadikan harga rumah daripada RM400,000 mungkin kepada RM100,000 atau RM150,000 sudah boleh. Jadi saya hendak minta kerajaan bagi statistik, berapakah tanah yang kerajaan bagi, subsidiary kepada PR1MA untuk membina rumah-rumah projek PR1MA? Terima kasih.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab yang diminta ini ialah angka, jadi saya minta notis untuk menjawabnya secara bertulis.
Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga sekarang, Lembaga Pengarah PR1MA telah meluluskan 160,534 unit. Yang ini kita berada dalam pelbagai keadaan, dan kita mengambil kira tanah yang ditawarkan oleh kerajaan negeri dan juga pihak swasta. Dalam masa yang sama, kita juga merundingkan rumah yang sedang dalam pembinaan oleh pihak swasta. Semua ini sekarang kita telah mendapat kelulusan 160,534 unit. Jadi kalau sekiranya tanah itu kerajaan bagi, sudah pasti rumah itu harganya rendah sebab kalau kita dapat tanah percuma, kita tidak meletakkan harga yang tinggi.
Akan tetapi Yang Berhormat sedia maklum bahawa ini konsep rumah untuk mereka yang berpendapatan sederhana. Jadi harga itu, antara RM100,000 hingga RM400,000 itu sesuai. Akan tetapi kita kena ingat bahawa harga rumah di negeri-negeri seperti Kedah, Perlis sudah pasti lebih rendah dibandingkan dengan rumah di Kuala Lumpur. Jadi kita tidak tetapkan seluruh rumah di Malaysia harga yang sama. Kalau kerajaan bagi, harga yang demikian rupa dan sebagainya. Akan tetapi kita akan mengambil kira semua faktor tersebut sebab bukan menjadi tujuan utama PR1MA untuk membuat keuntungan yang luar biasa. Sebab itu PR1MA memberi diskaun, dengan izin, 20% daripada harga pasaran. Jadi saya ingat masih, apabila masuk ke peringkat yang ada sekarang ini, tahun ini dan juga tahun depan, orang nampak bahawa kehadiran PR1MA itu
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
penting, dengan harga rumah yang cukup kompetitif. Ia akan memberi ruang yang lebih kepada rakyat Malaysia untuk memiliki rumah.
Sekarang ini macam-macam pandangan dan macam-macam orang bagi pendapat dan sebagainya. Ada juga kerajaan negeri yang mahu bekerjasama bagi tanah. Ada yang agak kurang sedikit. Walau bagaimanapun, PR1MA akan teruskan kehidupan, dan bila sampai ke peringkat pelaksanaan- sekarang ini kita ada lebih kurang 17,000 dalam peringkat pelaksanaan. Mungkin ke peringkat pelaksanaan 100,000, dan selepas itu orang nampak bahawa rupanya PR1MA cukup bagus untuk mereka yang berpendapatan sederhana.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya melihat cadangan perumahan PR1MA ini sangat baik khususnya bagi menangani masalah pemilikan rumah khususnya bagi golongan kelas pertengahan dan generasi muda terutamanya.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Saya lihat cadangan- cadangan perumahan PR1MA banyak khususnya di kawasan luar bandar dan juga kawasan pinggir bandar. Saya ingin bertanya mengenai cadangan perumahan PR1MA di dalam negeri Selangor. Ini kerana saya mendapat maklumat, antara kekangan dan permasalahan utama pembinaan rumah PR1MA di Selangor ini disebabkan masalah tanah, dan premium tanah yang begitu tinggi sehingga menyebabkan cadangan ini tidak dapat dilakukan. Saya mohon bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri. Sejauh mana keterbukaan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang dalam memberikan tanah percuma, dan juga merendahkan premium tanah bagi perumahan mampu milik iaitu PR1MA ini dapat dijalankan di negeri Selangor? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Baru-baru ini saya telah bentangkan tentang angka rumah yang akan dibina di Selangor dan juga Pulau Pinang. Selepas itu angka itu saya tarik balik sebab atas dasar perniagaan, dan juga kita kena jaga partner kita, dengan izin. Ini kerana banyak projek ini kita buat JV. Kita buat JV dengan mana-mana pihak swasta.
Jadi kalau sekiranya kita bagi tempat yang susah, susah untuk kerajaan negeri bekerjasama. PR1MA akan teruskan tetapi bagaimana PR1MA teruskan dalam bentuk yang kita tidak nampak sangat kehadiran kita, tetapi PR1MA akan memastikan bahawa syarat-syarat yang ditetapkan itu dipatuhi seperti rumah mesti kurang 20% daripada harga pasaran, pendapatan untuk kos sederhana dan juga harga rumah mesti RM100,000 hingga RM400,000. Itu syarat kita. Jadi kalau kita maklumkan angka rumah yang dibina di Kajang, Pandan Jaya, Pandan Indah, Chempaka, Cheras, Cyberjaya, Seri Kembangan, Beranang, sudah pasti ada mana-mana pihak yang mungkin mencemburui PR1MA dan akan cari jalan untuk menyusahkannya sebab kita tahu bahawa banyak pihak mampu menyusahkan kita tetapi kita akan teruskan apa yang telah dirancang.
Sekarang ini, saya sedar bahawa kalau saya sebut secara terbuka untuk kita membina rumah di sesuatu tempat, kita bimbang benda ini mungkin tidak menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat. Akan tetapi kita berdoa semoga dalam masa sekarang ini dan sampai ke peringkat, mungkin siapnya sesuatu projek PR1MA, dan rakyat melihat bahawa PR1MA ini perlu ada bersama rakyat, masa itu kita akan pergi secara terbuka. Sekarang ini nampaknya secara bersulit-sulit sedikit. Hendak sebut kalau mereka tidak mahu bekerjasama pun, saya tidak mahu sebut secara terbuka bahawa mereka tidak mahu bekerjasama untuk mengelakkan pelaksanaannya nanti diganggu sedikit.
Jadi semua negeri, kita sudah tahu kerajaan negeri insya-Allah akan bekerjasama, dan kalau tidak mahu bekerjasama pun, ini ialah soal perniagaan. Cuma PR1MA ini sebab ia badan kerajaan, sudah pasti ditanya dengan begitu banyak di Parlimen. Bagi tempoh sedikit.
Sekarang ini Ahli Parlimen Putrajaya sebagai contoh, bergembira sebab Putrajaya merupakan Parlimen yang pertama kita laksanakan PR1MA, dan mungkin ada sedikit masalah tetapi dia telah mampu untuk menolong PR1MA menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Putrajaya dan dia tidak boleh lagi memberi pandangan-pandangan lain daripada yang saya telah sebutkan. Pada
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
keseluruhannya PR1MA sedang bergerak dengan lancar dan laju. Bagi negeri-negeri yang Yang Berhormat sebutkan tadi insya-Allah saya rasa akan mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri yang berkenaan. Akan tetapi syarikat JV kita berjalan terus dan insya-Allah kita akan lihat di akhir tahun ini ianya menjadi kenyataan. Ini sebab kita sudah bagi tahu bahawa rumah bertingkat kita akan mengambil masa sedikit tiga tahun, rumah landed mungkin dua tahun. Akan tetapi dengan pendekatan pembinaan hala cara baru ini mungkin kita pendekkan proses pembinaan.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua ini soalan penting sekali. Semasa pelancaran PR1MA ini di Putrajaya pada bulan Julai tahun 2011 Yang Berhormat Menteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan harga satu unit antara RM150,000 hingga RM300,000. Kenyataan Yang Berhormat tadi daripada RM100,000 sampai RM400,000 mengikut keadaan tempat. Pada masa itu saya rasa hanya di Klang Valley sama Rawang, Seremban yang diumumkan berjumlah 42,000 unit akan dibina dalam masa setakat itu.
Akan tetapi apabila kita mengetahui selepas itu Langkawi telah pun dilaksanakan projek PR1MA juga. Negeri-negeri lain yang tidak disentuh, maka ada cadangan pada ketika itu bahawa major town, bandar-bandar utama akan juga dilihat untuk dibina. Adakah pihak PR1MA ini bercadang untuk membina rumah PR1MA ini di Kuching dan di Kota Kinabalu? Berapa unit telah pun siap dibina dan berapa unit yang sedang dibina sekarang?
Adakah ketidakpuasan pembeli-pembeli rumah ini dan kenapa? Sila jelas, Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Akan menjawab. Yang Berhormat, untuk Sabah kita telah meluluskan 12,644 dan Sarawak sebanyak 88,347. Rumah-rumah yang di peringkat pembinaan, Sabah ada 1,000 unit dan yang lain dalam peringkat perancangan.
Yang Berhormat, dia kedudukannya macam ini ya. PR1MA membina rumah di kawasan bandar ataupun dalam bahasa yang mudah di pinggir bandar sebab bandar semuanya sudah dipunyai. Jadi kita untuk rumah yang harga begini rendah, kena duduk di pinggir bandar.
Akan tetapi saya sudah maklumkan Dewan ini bahawa pinggir bandar akan jadi bandar, mungkin setengah pinggir bandar menjadi bandar utama mengikut peredaran masa. Contohnya macam bandar di antara Kuala Lumpur dan Seremban. Bandar yang baru buka ini mungkin menjadi bandar utama.
Jadi PR1MA di samping harga yang telah saya sebutkan tadi, ia merupakan aset kepada pembeli PR1MA kerana harga ini akan mendapat harga yang lebih baik dalam masa setahun kita akan lihat. Mereka yang memiliki rumah PR1MA mungkin dalam tiga tahun kalau berdasarkan pergerakan harga sekarang, nilai rumah itu akan menjadi RM1 juta sebagai contoh ya. Jadi di seluruh negara sekarang kita luluskan 160,534 dan negeri- negeri lain sedang berjalan.
Perlis yang kecil pun sudah ada 4,141 unit yang telah diluluskan dan yang paling besar sekali ialah di Pulau Pinang iaitu kita akan luluskan 25,879 dan juga negeri-negeri yang lain yang angkanya ada dengan saya. Jadi Yang Berhormat harga itu kita letakkan demikian rupa untuk membolehkan mereka termasuk dalam kategori kos sederhana. Akan tetapi ada juga PR1MA yang buat bersama kerajaan negeri yang harganya diletakkan bawah RM100,000, ada.
Saya tidak payah sebut negeri berkenaan sebab Yang Berhormat pun tidak tanya soalan. Ada negeri yang meletakkan harga rendah sedikit tetapi ini ialah JV dengan kerajaan negeri, tanah kerajaan negeri. Jadi bila kerajaan negeri minta harga itu diturunkan ke tahap demikian rupa. PR1MA bersetuju sebab PR1MA telah berjanji kepada rakyat bahawa harga kami rendah daripada harga pasaran. Di negeri yang berkenaan saya tidak pasti dari segi angka yang sebenarnya.
Harga sebenarnya ialah RM100,000 tetapi mereka minta supaya harga itu diturunkan RM80,000. Jadi PR1MA tidak ada masalah kerana kita memang kurangkan 20% daripada harga pasaran. PR1MA ialah masa hadapan untuk yang berpendapatan sederhana. Bagi mereka yang berpendapatan rendah kita sudah ada kementerian, kita sudah ada Menteri Bandar Raya. Ini yang kos rendah dan lain-lain mereka buat tetapi kos sederhana kami, PR1MA.
3. Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [Silam] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam memberikan pendidikan pengurusan kewangan kepada masyarakat Malaysia seperti yang digariskan dalam Pelan Sektor Kewangan 2011-2020, untuk menerapkan elemen-elemen pendidikan kewangan dalam ekosistem sekolah.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Ramadan Al-Mubarak dan salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Yang Berhormat Silam. Bank Negara Malaysia telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan ada di sini. Bagi menerapkan elemen pendidikan kewangan ke dalam mata pelajaran teras bagi kurikulum baharu sekolah. Ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang boleh mengurus dan membuat keputusan kewangan dengan lebih bijak.
Sejak tahun 2014 elemen pendidikan kewangan ini telah mula diperkenalkan bagi pelajar Tahun 4. Bermula tahun 2015 tahun ini untuk pelajar Tahun 5 dan sedang dilanjutkan secara berperingkat kepada semua tahun persekolahan yang lain. Ini bagi memastikan semua pelajar didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan sepanjang tempoh persekolahan mereka. Antara elemen pendidikan kewangan yang diterapkan dalam kurikulum sekolah ialah:
(i) wang sumber pendapatan dan kerjaya;
(ii) tanggungjawab dan membuat keputusan kewangan;
(iii) pengurusan dan perancangan kewangan;
(iv) simpanan dan pelaburan;
(v) pengurusan kredit dan hutang; dan
(vi) pengurusan risiko, perlindungan dan insurans.
Di sekolah menengah untuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 sudah ada pilihan untuk mengambil subjek Perdagangan, Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas. Dalam subjek Kemahiran Hidup untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 pula ada elemen pengurusan kewangan dalam tajuk perdagangan, perusahaan, pertanian dan sains rumah tangga.
Di peringkat institusi pengajian tinggi, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
(AKPK) Bank Negara Malaysia sudah melaksanakan modul pengurusan kewangan sebagai subjek pilihan di 52 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta 30 buah politeknik. Selain itu, AKPK juga mengadakan taklimat pendidikan kewangan di seluruh institut pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara. Seramai 732,051 orang telah menghadiri pelbagai program pendidikan kewangan yang dijalankan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit setakat akhir Mei 2015. Terima kasih.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam
Terima kasih kepada Timbalan Menteri Kewangan dan juga terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, pendidikan kewangan seperti yang digariskan dalam sektor kewangan Malaysia 2013-2020 amat penting untuk menghindarkan rakyat terjerumus dalam kes-kes kebankrapan. Kalau mengikut statistik dari Jabatan Insolvensi Malaysia, aliran peningkatan kebankrapan ini merisaukan kita. Daripada 1970 hinggalah 2013 terdapat 134,550 orang yang telah dibankrapkan. Mengikut data dari Bank Negara pada tahun 2013 sahaja, ada setiap hari ada 68 orang diisytiharkan sebagai bankrap.
Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah rancangan daripada kerajaan untuk meminda Akta Kebankrapan 1967 bertujuan untuk memudahkan individu-individu yang muflis itu untuk mendapatkan pelepasan-pelepasan yang mudah dan juga untuk memberi peluang kedua kepada mereka. Juga meminda Akta Kebankrapan itu tahap jumlah kebankrapan itu yang dahulunya dan sekarang ini adalah RM30,000 dinaikkan lagi.
Memandangkan kos-kos barangan, kos-kos perkhidmatan telah meningkat melambung tinggi akhir-akhir ini. Demikian, terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, mengenai kebankrapan ini ia ada kaitan dengan hutang isi rumah dan Yang Berhormat Batang Sadong adalah orang yang lebih layak untuk menjawab segala hal mengenai isu kebankrapan. Walaupun
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
demikian, antara data-data yang saya ada. Misalnya kebankrapan untuk mereka yang berumur di bawah 35 tahun memang meningkat. Pada suku tahun pertama tahun 2015 ini sudah ada 948 orang diisytiharkan bankrap.
| Tahun | Jumlah Diisytiharkan Bankrap |
|---|---|
| 2012 | 4,100 orang |
| 2013 | 5,420 orang |
| 2014 | 5,457 orang |
Di bawah umur 35 tahun sudah bankrap ini payahlah Tuan Yang di-Pertua. Jadi mengenai Akta Kebankrapan ini saya harap Yang Berhormat Batang Sadong boleh memberikan pandangan-pandangannya dalam waktu yang berlainan. Namun akta ini tidak lari daripada mengenai hutang isi rumah Tuan Yang di-Pertua. Contoh, beli rumah PR1MA pun tentunya kita kena berhutang. Tidak ada perkara yang kita beli tunai jika angkanya tinggi. Jadi, kalau saya boleh berkongsi tentang hutang isi rumah ini yang ada kaitan dengan kebankrapan, 87.6% daripada KDNK kita. Jadi agak merisaukan.
Walaupun demikian, 211.4% adalah nisbah aset kewangan kepada jumlah hutang itu. Walaupun mereka berhutang tetapi RM1 hutang bermaksud untuk mendapatkan RM2.11 aset. Jika rumah itu pinjamannya RM100,000, maka nilai rumah yang dipinjam dari bank RM100,000 itu nilainya RM211,000 walaupun hutang RM100,000 tetapi dapat harta RM211,000. Itu maksud purata.
Daripada segi kebankrapan ini juga berkait dengan NPL ataupun Nisbah Pinjaman Terjejas, pinjaman-pinjaman rakyat. Pembelian harta kediaman 47.4% daripada hutang itu.
Bererti hutang beli rumah. Kemudian pembelian harta bukan kediaman 7.6%, pembelian kenderaan pengangkutan 16%, kad kredit 3.7%, pinjaman peribadi 15.1%, pembelian sekuriti dan saham 6.4% dan berkait dengan kebankrapan, apakah nilai NPL tinggi atau tidak tentang hutang isi rumah ini? Nisbah pinjaman Terjejas ataupun NPL ini tinggi atau tidak? Pembelian harta kediaman 1.3% sahaja NPL, pembelian harta bukan kediaman 0.6%, pembelian kenderaan pengangkutan 1.1%, non-performing loan, mengenai kad kredit 1.2%, pinjaman peribadi 1.7%, pembelian saham sekuriti 0.5%. Purata NPL untuk hutang isi rumah ialah cuma 1.1%.
Oleh sebab itu, hutang isi rumah dan kebankrapan pada ketika kita merasakan ia adalah satu perkara besar tetapi ada dua perkara juga yang merasakan ia tidaklah terlalu membimbangkan kerana NPL nya yang rendah dan aset yang diperolehi daripada hutang itu adalah tinggi nilainya. Terima kasih.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu pendidikan kewangan ini merupakan adalah elemen yang penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam sistem sekolah. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, sejauh mana kah penerimaan dan kesesuaian modul ataupun syllabus berkaitan dengan pendidikan pengurusan kewangan yang ingin diterapkan dalam ekosistem sekolah supaya ia mudah difahami dan dipelajari. Adakah pendidikan pengurusan kewangan yang ingin diterapkan ini mampu diadaptasi dengan baik oleh semua masyarakat dalam negara kita? Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Masih belum lagi dapat diadaptasi dengan baik kerana ia masih baru tetapi kita berharap agar pendidikan kewangan bagi orang dewasa juga kita perlu laksanakan. Untuk anak sekolah satu hal dan ia mengambil masa yang panjang. Mereka yang berada pada tahun 4, tahun 5 baru kita mulakan, tahun sudah dan tahun ini. Kemudian di universiti baru kita mulakan beberapa tahun dan tidak berapa ramai yang masuk universiti pun di kalangan rakyat kita.
Oleh sebab itu kita perlu mengadakan pendidikan kewangan bagi orang dewasa Tuan Yang di-Pertua. Apakah yang dibuat oleh Bank Negara untuk memberikan pendidikan kewangan bagi orang dewasa? Sebagaimana saya sebut tadi, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Bank Negara Malaysia. Kita ada kelas percuma Tuan Yang di-Pertua boleh belajar tentang pengurusan kewangan ini. Ada empat bahasa kita ajar dan boleh percuma hadir ke beberapa buah tempat.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ada 12 buah cawangan AKPK separuh daripadanya di seluruh negara mengadakan kelas-kelas yang berkaitan dalam empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan juga bahasa Tamil.
Kita ada Program POWER iaitu POWER itu adalah singkatan kepada ‘Pengurusan Wang Ringgit’ dan online learning portal iaitu portal pendidikan kewangan atas talian.
Semua yang boleh mendapat akses daripada www.akpk.org.my boleh buka sekarang kepada semua penonton di luar sana. Saya ulang www.akpk.org.my. Mereka boleh belajar pendidikan kewangan atas talian.
Bererti atas talian itu untuk semua, sama ada guru, sama ada pelajar, sama ada mereka yang dewasa, sama ada agensi dan AKPK boleh dipanggil, hantar surat kepada AKPK dan kita boleh menghantar penceramah-penceramah untuk mengadakan seminar- seminar dan kursus-kursus pengurusan kewangan di semua tempat.
Hendak bagi kepada JKKK, hendak bagi kepada orang kampung kah, kita boleh memberikan seminar itu dengan tanpa bayaran, kita panggil. Urusan lain itu diuruskan oleh penganjur. Kami bersedia di Bank Negara untuk memberikan ceramah-ceramah pengurusan kewangan bukan hanya untuk pelajar sekolah tetapi juga agensi dan malahan rakyat yang terbanyak. Terima kasih.
4. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan pencapaian Programme Smart Domestic Manager dan apakah cabaran utama yang dihadapi sehingga kini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Ramadan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Maaf saya tidak pandai berpantun, hendak jawab pantun.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Program SMART Domestic Manager masih lagi di peringkat permulaan di mana projek perintis akan dimulakan pada suku ketiga tahun 2015 ini dengan melibatkan 25 orang peserta. Peserta akan dilatih berdasarkan modul- modul latihan pengurus kediaman dengan mengambil kira keperluan semasa dan pandangan daripada pihak swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Peserta juga akan dipadankan dengan majikan yang bersesuaian selepas selesai mereka menjalani kursus. Berdasarkan pelaksanaan Program Home Managers sebelum ini, cabaran utama yang dihadapi adalah seperti berikut. Pertamanya kurang sambutan dari segi penyertaan warga tempatan dan yang kedua peserta program yang kurang berminat untuk bekerja sebagai pengurus kediaman selepas mereka tamat latihan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Kebanyakan peserta yang menghadiri Program Home Manager sebelum ini telah berjaya sebenarnya meningkatkan pendapatan mereka. Namun demikian, peserta tidak bekerja sebagai pengurus kediaman. Sebaliknya mereka bekerja di sektor lain seperti di taska dan industri hotel.
Maka pelaksanaan Program SMART Domestic Manager pada tahun ini telah mengambil kira cabaran-cabaran tersebut dan menitik beratkan aspek pemilihan peserta. Ini adalah selaras dengan hasrat kementerian untuk mengurangkan kebergantungan kepada pengurus kediaman warga asing dengan kerjasama badan berkanun kerajaan yang sesuai.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rantau Panjang. Sebelum mengemukakan soalan tambahan, saya ada satu pengumuman yang singkat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama kita di Dewan yang mulia ialah delegasi dari Parliament of Ghana.
[Tepuk] Yang diketuai oleh Honorable Cletus Apul Avoka selaku Ketua Delegasi berserta delegasi seramai 20 orang.
Kepada Honorable Cletus Apul Avoka dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran mereka ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Honorable Cletus Apul Avoka dan delegasinya ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan antara
Tuan Yang di-Pertua
Parlimen Malaysia dan Parlimen Ghana, *welcome.
[Tepuk] Thank you*. Sila Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kita berterima kasih di atas usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk mengurangkan pergantungan kita yang terlalu tinggi kepada pembantu rumah asing. Jadi soalnya sekarang ialah galakan perlu dibuat untuk memastikan rakyat tempatan berminat dengan kerja yang begini baik sebenarnya untuk memberi keselesaan terutama kepada kaum ibu yang bekerja.
Saya ingin tahu sejauh mana galakan insentif yang telah diberi juga kepada kaum selain daripada kaum Melayu sebab masalah yang ada sekarang ini kita lihat, apabila pembantu rumah Melayu contohnya, bekerja dengan majikannya berbangsa Cina atau lain bangsanya, ia mempunyai masalah dari segi kelainan budaya. Ini juga menyebabkan beberapa tekanan mungkin soal ibadat, pemakaian, pemakanan yang berbeza.
Jadi sejauh mana daripada peserta yang telah dilatih oleh pihak kementerian, penglibatan kaum selain daripada kaum Melayu terlibat dalam latihan ini untuk disesuaikan mereka bekerja dengan majikan yang sama bangsa dengan mereka untuk dari segi keserasian bahasa, budaya, agama dan sebagainya. Minta penjelasan.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Seperti mana yang saya sebutkan dalam jawapan saya tadi bahawa program yang kita panggil SMART Domestic Manager ini adalah masih lagi dalam peringkat perintis iaitu akan kita mulakan pada penghujung bulan Jun tahun ini yang akan melibatkan 25 orang peserta yang sekarang ini kita sedang memilih pun peserta-peserta itu.
Kita bekerjasama dengan NGO yang bernama NAWEM di mana mereka inilah yang akan memilih peserta yang akan terlibat nanti. Mereka juga akan menemu ramah peserta-peserta yang akan terlibat ini. Mereka akan menggunakan kaedah-kaedah tertentu di mana iaitu pertamanya setelah dipilih dan dikenal pasti mereka ini adalah sesuai untuk ikut serta dalam program ini dan mereka ini mempunyai keinginan untuk berkhidmat sebagai Domestic Manager, mereka akan nanti diberikan latihan.
Komponen pertamanya nanti adalah latihan selama 10 hari, 5 hari teori dan 5 hari lagi praktikal untuk menyediakan mereka sebagai SMART Domestic Manager. Ini bererti kita tidak menetapkan bahawa peserta itu mestilah terdiri daripada orang Melayu. Erti, dia can be anybody, dengan izin yang penting mereka itu berminat. Kita ada kumpulan- kumpulan tertentu seperti ibu tunggal, antaranyalah yang akan kita libatkan ini.
Seterusnya itu, mereka juga ini nanti akan dibantu untuk penempatan mereka bekerja. Peserta ini apabila mereka lulus nanti dengan jayanya akan dihantar untuk menjalankan tugas mereka dan tempat bekerjanya akan dikenal pasti oleh sebagai projek perintis ini oleh NAWEM. Kemudian nanti akan dikenal pasti oleh syarikat-syarikat tertentu.
Mereka akan disediakan pengangkutan ke tempat kerja, peserta mereka ini. Mereka tidak akan berjalan sendiri kerana itu menjadi satu masalah dan satu kekangan kepada mereka yang kita lihat pada masa dan ketika ini.
Selain daripada itu, mereka ini pula tidak akan duduk di rumah keluarga itu, mereka tidak akan duduk. Mereka akan datang dihantar ke situ maybe dalam dua jam sebelah pagi, selepas itu dia ke rumah lain lagi. Jadi tidak ada masalah mereka perlu makan di rumah itu, tidak ada masalah ataupun mereka hendak beribadat tidak ada masalah sebab dia akan datang bekerja, selepas itu dia balik. Pengangkutan akan ambil dia balik.
Ketiganya mereka akan diberikan bimbingan dan juga akan dipantau. Bimbingan ini dilakukan secara berterusan. Tujuannya semoga sebab SMART Domestic Manager ini dapat menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan mencapai standard yang ditetapkan dalam kursus ini dan juga bertujuan untuk menjaga keselamatan mereka serta kebajikan peserta ini. Oleh sebab seperti mana Yang Berhormat katakan tadi bahawa kebanyakan mereka ini bermasalah kerana mungkin kebajikan mereka tidak terjaga dan sebagainya, maka mereka terutamanya orang tempatan tidak ingin untuk melaksanakan kerja yang baik ini.
Jadi ini semua akan diambil kira dalam pemantauan dan bimbingan kita supaya mereka akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik. Dalam masa yang sama
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
mereka juga akan terjaga kebajikan mereka dan dapat menambah pendapatan mereka untuk diri mereka dan keluarga mereka. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini soalan tambahan saya, walaupun masih lagi di peringkat perintis, saya rasa program ini perlu kita uar-uarkan.
Jadinya saya hendak minta, my soalan tambahan saya adalah, apakah perancangan kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan lagi kepekaan masyarakat terhadap program ini kerana ramai yang belum lagi maklum mengenai program ini. Adakah kementerian bercadang untuk memberikan insentif galakan untuk individu ataupun syarikat yang bersedia untuk mengusahakan program ini? Terima kasih.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih adinda daripada Parit Sulong. Tuan Yang di-Pertua, program ini masih seperti disebut tadi adalah dalam perintis. Jadi dalam tempoh tertentu ini kita akan lihat bagaimana kejayaannya, bagaimana penerimaannya daripada mereka yang berminat dan bagaimana pula daripada segi keberkesanannya, daripada segi yang dipilih mengikuti kursus ini dan juga pandangan ataupun maklum balas daripada keluarga yang menerima mereka ini bertugas.
Selepas itu nanti, sebagai permulaan ini memanglah kita bekerjasama dengan NAWEM. Selepas ini nanti tentunya kita akan mahu buat program ini ke negeri-negeri yang lain juga dan akan nanti dikenal pasti siapakah pihak-pihak yang akan bekerjasama dengan kementerian dalam melaksanakan ini. Jadi kita akan tahu ini setelah kita dapat maklum balas ataupun keputusan daripada apa yang kita lakukan sebagai projek perintis ini.
Insya-Allah perkara itu mungkin diambil kira perkara-perkara yang disebut oleh Yang Berhormat tadi iaitu apakah insentif dan sebagainya. Biasanya insentifnya kalau kita bekerjasama dengan konsultan ataupun mereka yang menyediakan khidmat latihan ini, tentunya mereka ini akan dibayar oleh pihak kementerian untuk menyediakan khidmat latihan ini kepada para peserta kita. Itu salah satunya. Akan tetapi selepas itu pula, kemungkinan juga mereka ini boleh terus untuk menjadi mereka yang bertanggungjawab untuk memantau dan juga mencarikan penempatan kepada peserta-peserta kursus kita ini.
Ertinya, mereka pula manager atas lagilah kepada Domestic Managers kita ini.
Antara lainnya, mungkin Tuan Yang di-Pertua, tetapi kita dalam perintis dan insya-Allah akan banyak perkara yang akan kita ketahui selepas ini, akan banyak masalah, akan banyak isu dan selepas itu akan kita tangani bersama dengan perbincangan dengan pelbagai pihak ini kerana kita akan bekerjasama dengan NGO. Kita juga bekerjasama dengan persatuan. Housekeeping, semua ini akan membantu kita dalam memastikan program yang kita laksanakan ini mencapai objektifnya, insya-Allah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Nyallau anak Badak, Lubok Antu.
Datuk William @ Nyallau anak Badak - Lubok Antu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya membuat pembetulan ejaan perkataan ‘Setungin’. Sebenarnya di barisan empat sepatutnya ejaan adalah Setengin.
5. Datuk William @ Nyallau anak Badak [Lubok Antu] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, setakat mana perancangan kementerian untuk mempercepatkan penyambungan bekalan air paip terawat ke kawasan Setengin dan San Semanju, di Engkili, Lubok Antu.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Untuk menjawab soalan nombor 5, kementerian ini mengambil maklum tentang keperluan pelaksanaan projek penyambungan air paip terawat ke kawasan Kampung Setengin dan San Semanju, di Engkili, Lubok Antu, dan akan menyelaraskannya dengan senarai cadangan pelaksanaan projek bekalan air luar bandar dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya adalah tertakluk kepada senarai keutamaan pihak berkuasa negeri ya, dan kelulusan pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri serta peruntukan yang disediakan oleh kerajaan. Sekian, terima kasih.
Datuk William @ Nyallau anak Badak - Lubok Antu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri, jawapan yang sangat singkat [Ketawa] Sebelum itu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kementerian dan kerajaan kerana telah meluluskan loji baru Lubok Antu, buat masa ini telah siap dengan kos RM49 juta. Dulu sering kali saya menerima aduan bahawa tekanan air di kawasan Lubok Antu dan sekelilingnya telah tidak mencukupi tapi kalau- ini saya masih lagi menerima aduan mengatakan bahawa tekanan air masih kurang disebabkan tekanan graviti kuat, banyak paip sudah pecah kerana paip pun sudah uzur, dan selagi paip itu tidak digantikan sudah tentu program untuk menyalurkan air ke kawasan Setengin, San Semanju dari Lubok Antu, Engkili tidak akan tidak dapat dibuat.
Soalan saya, adakah pihak kerajaan membuat perancangan untuk memasukkan dalam Rancangan RMK-11 untuk projek ini, penyaluran paip ke kawasan, dari Lubok Antu ke Engkili, ‘Puluk’ terus ke ‘Bukung’ dan seterusnya ke kawasan San Semanju dan Setengin.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan tambahan itu telah saya jawab sebab dikatakan tadi cadangan dan seperti mana juga yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Lubok Antu, cadangan ini perlu diselaraskan, dan perlu juga dimuktamadkan oleh pihak berkuasa peringkat negeri. Dan sekiranya begitu, sesungguhnya kita bawa masuk ke dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dan untuk kawasan yang baru, yang disebut tadi, saya cadangkan juga kepada Yang Berhormat Lubok Antu supaya semua tempat yang difikirkan sepatutnya dapat disambungkan paip- paip ini kerana sudah ada projek yang baru siap, loji yang baru itu, buatlah cadangan yang lebih menyeluruh agar lebih mudah untuk pihak berkuasa negeri memanjangkan senarai itu kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar untuk juga kita angkat kepada Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, supaya semuanya dapat kita laksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas nanti. Terima kasih kepada Yang Berhormat Lubok Antu kerana memberi terima kasih juga penghargaan atas siapnya loji baru yang berkos RM49.
Jadi masalah tekanan kurang sekarang kerana paip pecah itu boleh dikatakan masalah yang tidak- dikatakan tidak susah sangatlah sebab sekurang-kurangnya loji baru itu sudah memberi penambahbaikan bekalan air terawat kepada kawasan itu. Jadi sesungguhnya, kita akan mengganti paip-paip lama. Masalah sebegini berlaku juga di kawasan-kawasan lain di mana loji baru dengan tekanan yang kuat, mengakibatkan paip- paip lama itu pecah. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan spesifik Yang Berhormat. Okey, sila.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Ini sama Sarawak juga Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya- saya tahu 2020, lima tahun lagi kita menuju ke negara maju.
Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapa banyak rumah panjang yang telah disalurkan air bersih, dan air terawat bagi tahun 2013, hingga tahun 2015 bagi negeri Sarawak? Sekian, terima kasih.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Saya tidak ada maklumat yang terperinci sebegitu dengan saya sekarang. Biarlah saya menjawab secara bertulis Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Itu sebab daripada awal saya katakan soalan ini soalan spesifik di kawasan Lubok Antu yang berkaitan dengan rawatan air. Jadi kalau tanya soalan sebegitu, manakan Yang Berhormat Menteri boleh jawab secara spontan.
Terima kasih.
6. Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta Menteri Pendidikan menyatakan, langkah-langkah luar biasa membaiki sekolah-sekolah yang uzur, ketiadaan dan kekurangan prasarana asas seperti padang permainan, elektrik dan air bersih, alat bantu mengajar yang kemas kini, terutama bagi sekolah-sekolah luar bandar di Sabah dan Sarawak, dalam usaha hendak mencapai pendidikan taraf dunia menjelang 2020.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin - Timbalan Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat atas soalan yang berkaitan dengan pembaikan infrastruktur sekolah luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin - Timbalan Menteri Pendidikan
Tuan Yang di-Pertua, perancangan infrastruktur mengambil kira semua sekolah termasuk sekolah di luar bandar dan pedalaman dengan penglibatan Pejabat Pendidikan Daerah atau PPD, dan Jabatan Pendidikan Negeri, JPN. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia atau PPPM 2013 hingga 2025 telah menggarisi Pelan Perancangan Pembangunan Infrastruktur di sekolah akan dilakukan mengikut tiga gelombang.
Gelombang yang pertama ada berkaitan dengan asas, dan bermula pada tahun 2013 hingga 2015, dan di bawah gelombang satu, semua sekolah mencapai sekurang- kurangnya keperluan asas yang penting untuk persekitaran yang selamat, bersih dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran seperti bilik darjah, bekalan air terawat, bekalan elektrik dan lain-lain.
Gelombang kedua, berkaitan dengan garis asas yang akan bermula pada tahun 2016 hingga 2020. Hal ini ada berkaitan dengan penyediaan kemudahan asas untuk penyampaian kurikulum dan pedagogi seperti kemudahan sukan dan padang permainan, pusat sumber, perpustakaan dan lain-lain.
Gelombang ketiga berkaitan dengan masa hadapan dan akan bermula pada tahun 2021 hingga 2025. Dan ini akan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik bagi abad ke-21 seperti perubahan reka bentuk sekolah, kemudahan sukan yang lengkap dan lain-lain kelengkapan yang bersesuaian.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peranan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah diperkasa menerusi perwakilan kuasa pegawai pengawal kementerian kepada Pengarah JPN terutamanya dalam aspek menjalankan perolehan. Kedua-dua JPN berkenaan telah diwakilkan kuasa membuat perolehan mengikut had amaun tertentu bagi mempercepatkan proses perolehan. Dengan ini, semua proses kerja dan perkhidmatan termasuk pembaikan padang permainan, bekalan elektrik, air bersih dan alat bantu mengajar dapat dilaksanakan mengikut keperluan sekolah-sekolah.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin - Timbalan Menteri Pendidikan
Langkah-langkah segera yang telah diambil bagi menangani masalah berkaitan sekolah uzur dan kemudahan infra terutamanya bagi sekolah-sekolah di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Bagi tahun 2015, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah memberi keutamaan agihan peruntukan pembangunan kepada sekolah-sekolah uzur di luar bandar dan pedalaman. Contohnya Daerah Baram, Belaga dan Kapit.
Bagi menangani isu bekalan electricity atau elektrik dan air kerjasama telah diwujudkan dengan Jabatan Kerja Raya Sarawak terutama dalam aspek bantuan kepakaran. Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Negeri Sarawak juga telah diwujudkan dan diurusetiakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak bagi menangani isu pembangunan dan projek sakit melalui forum bersama semua agensi yang berkaitan.
Bagi negeri Sabah pula, Jawatankuasa Khas Program Pembangunan Pendidikan Negeri Sabah telah diwujudkan untuk menangani isu-isu pembangunan pendidikan terutamanya projek sakit yang dianggotai oleh semua agensi yang berkaitan. Contohnya SECSB, Jabatan Air Sabah, JKR Sabah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Manakala pemantauan projek pembangunan telah dilakukan bersama-sama dengan ICU atau Implementation and Coordination Unit dengan izin, Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan semua projek pembangunan pendidikan berjalan seperti yang dirancangkan.
Sekian, terima kasih.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita memang mengiktiraf bukan sahaja sebagai pendidik tetapi juga sebagai ibu bapa keperluan mewujudkan sekolah yang mempunyai persekitaran bukan sahaja kondusif tetapi mendorong anak-anak untuk datang ke sekolah. Kita dari sekarang sebenarnya hingga abad yang mendatang persaingan sengit antara sekolah dengan institusi-institusi luar dalam merebut perhatian anak-anak murid kita.
Sering apa yang berlaku, sekolah kalah dalam persaingan ini. Saya ulangi sering sekolah kalah dalam persaingan ini dalam merebut perhatian dan tarikan dan motivasi anak-anak untuk datang ke sekolah terutama sekali di sekolah luar bandar. Kita mengiktiraf cadangan yang dibuat dalam pelan pembangunan pendidikan ini begitu juga dalam
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
rancangan-rancangan pembangunan yang lain Tuan Yang di-Pertua. Perancangannya sangat baik tapi pelaksanaannya bagaimana?
Persoalan yang hendak saya tanyakan yang pertama Tuan Yang di-Pertua ialah bagaimana dan apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan atau telah dilaksanakan oleh kementerian untuk mewujudkan satu perkongsian cita-cita antara perencana dengan pelaksana dan pelaksana ini termasuk kontraktor-kontraktornya? Kalau mereka tidak kongsi, kontraktor hanya mahu fulus. Ada fulus semua lulus sebab itu banyak projek sakit.
Di Sabah misalnya saya dimaklumkan satu ketika dahulu daripada 300 bilik makmal komputer yang dirancangkan hanya satu yang siap. Jadi apakah langkah-langkah...
[Dewan riuh]
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Murid-murid ini tidak sabar. Ini dia tidak belajar dari iktibar Al-Quran, iktibar Nabi Musa belajar sabar mendengar. Jadi apakah langkah untuk perkongsian tadi?
Yang kedua Tuan Yang di-Pertua ialah banyak cita-cita hendak mewujudkan sebuah sekolah abad ke 21 ini banyak projek tergendala misalnya di tempat saya. Tidak payah ambil di Sabah dan Sarawak lagi teruk. Kita dapat laporan Sekolah Menengah Kebangsaan Rengit misalnya bilik guru terbengkalai. Sudah sampai 90% terbengkalai sehingga sekarang. Saya masuk ke bilik guru saya tengok timbunan kertas merata-rata.
Jadi maknanya begini Tuan Yang di-Pertua apakah langkah kementerian untuk memastikan cita-cita yang cantik itu dapat dipaksikan terlaksana supaya kita tidak sampai tahun nanti tahap tiga tahap gelombang nanti kita ditenggelami oleh gelombang besar?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat soalan yang berkaitan dengan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan pelan pembangunan pendidikan dengan berkesan.
Yang berkaitan untuk menggalakkan adik-adik pelajar ke sekolah saya boleh memberi satu contoh yang disebut dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang berkaitan dengan kejayaan sekolah ini yang terletak di pedalaman iaitu di Limbang dan nama sekolah ini adalah SK Ulu Lubai. Kita boleh melihat walaupun begitu susah untuk sampai ke sekolah itu tetapi apabila kita sampai sekolah itu kita boleh melihat satu senario yang begitu berbeza.
Sekolah ini untuk makluman Yang Berhormat, sudah mendapat pengiktirafan antarabangsa UNESCO sudah memberi pengiktirafan kepada sekolah ini atas kejayaan untuk melibatkan ibu bapa dan komuniti untuk kerap bersama untuk menjayakan atau menjamin masa depan anak-anak bangsa di Sarawak. Jadi, saya berharap Yang Berhormat ambil inisiatif untuk membaca apa yang sudah disentuh atau dicatatkan dalam bab yang kedua yang berkaitan dengan struktur sistem dan kita boleh membaca kejayaan sekolah ini.
Sekolah ini sudah memainkan satu peranan sebagai contoh untuk melibatkan ibu bapa dan ahli-ahli komuniti.
Memang sekiranya kita merujuk kepada anjakan sembilan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia kita juga ada menyebut tentang peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dan ahli komuniti dan sekali lagi saya hendak tegaskan bahawa pendidikan atau kejayaan pendidikan bukan hanya atas tangan Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi pendidikan adalah satu tanggungjawab secara kolektif. Jadi ini membawa satu implikasi yang begitu jelas bahawa Yang Berhormat-Yang Berhormat yang duduk di dalam Dewan yang mulia ini sebagai tokoh pemimpin komuniti juga mempunyai satu peranan untuk membantu Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjayakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan.
Yang kedua yang berkaitan dengan pelaksanaan rancangan yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur sekolah. Apa Yang Berhormat sampaikan kepada saya ada barangkali ada berkaitan dengan apa Yang Berhormat melihat sebelum tahun 2013 dan selepas itu tahun 2013 memang tindakan sudah diambil dan seperti yang saya sudah sampaikan.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Baru tengok minggu lepas Yang Berhormat.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
...Seperti yang saya sudah terangkan dalam jawapan saya tadi bahawa salah satu tindakan yang diambil untuk memastikan bahawa pembangunan atau projek dapat dilaksanakan dengan berjaya adalah kita sudah mewujudkan jawatankuasa khas program pembangunan pendidikan. Jadi berilah masa untuk Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merekodkan satu peningkatan daripada apa yang sudah berlaku. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penerangan panjang lebar tadi.
Cuma saya ingin hendak mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batu Pahat iaitu apakah langkah-langkah luar biasa yang diambil oleh kementerian untuk memastikan masalah- masalah yang berkaitan dengan keuzuran, masalah berkaitan dengan kerosakan sekolah- sekolah dan juga asrama serta bekalan air bersih yang masih lagi menghantui sebahagian daripada sekolah-sekolah kita.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar seperti kalau di kawasan Parlimen Jerantut ini, di kawasan pedalaman Ulu Tembeling. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Datuk Yap Kain Ching@Mary Yap Ken Jin
Terima kasih Yang Berhormat.
Apakah tindakan luar biasa yang diambil dan saya hendak sampaikan kepada Yang Berhormat di sini bahawa terdapat satu cadangan pembinaan bangunan sementara atau alternatif untuk sekolah daif atau sekolah yang rosak teruk dan pada 20 Mei tahun ini, satu pembentangan sudah dijalankan atau dibentangkan.
Tujuannya untuk mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Bil.5/2015 pada 27 Mei untuk mengemukakan cadangan pelaksanaan bangunan sementara atau alternatif untuk sekolah-sekolah daif dan rosak. Nampaknya satu contoh sudah diusahakan iaitu di SK Pinang Bawang, Sabah bangunan alternatif sudah disiapkan dalam jangka masa tiga bulan dan dikesan juga bahawa kelestarian atau the sustainability of this building, dengan izin adalah selama 20 tahun.
Jadi kita sekarang sekiranya kita dapat kelulusan daripada EPU, hal ini bermakna bahawa cadangan pembinaan bangunan sementara atau alternatif akan dijalankan. Sekian, terima kasih.
7. Tuan Nogeh anak Gumbek [Mas Gading] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah usaha yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan di antara kementerian dengan kerajaan tempatan di dalam memantau tahap kebersihan di pasar- pasar tani demi memastikan produk yang dijual bersih dan tidak memudaratkan kesihatan pembeli.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera serta salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Mas Gading. Saya mulakan dengan satu pantun. Pantun, boleh ya Tan Sri?
Tuan Yang di-Pertua
Sila. Pokoknya pantun itu ada kena mengena dengan...
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Ada, relevan.
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa] Ada kena mengena dengan tanggungjawab kementerian. Sila.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
*Kalau mandi biar basah, Menjadi amalan anak petani.
Jika tuan-tuan dan puan-puan membeli belah, Jangan lupa kelebihan di pasar tani.*
Tuan Yang di-Pertua
Ada kena mengena.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
[Ketawa]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Bolehlah, bolehlah.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Boleh ya? Terima kasihlah. Yang Berhormat Mas Gading ada bertanyakan soalan mengenai kebersihan barang-barang makanan yang dijual di pasar tani. Sebagai menjawab soalan Yang Berhormat Mas Gading, ingin sukacita saya memaklumkan Tuan Yang di-Pertua, peserta-peserta pasar tani, pertama sekali mesti mengikuti kursus dan kursus yang dianjurkan oleh FAMA adalah wajib bagi peserta pasar tani memahami aturan peraturan pasar tani. Di antaranya ialah berhubung kait dengan pengendalian barang-barang makanan yang dijual di pasar tani itu supaya ia bersih dan berkualiti untuk dijual kepada pengguna-pengguna ataupun pembeli- pembeli.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu ada satu kumpulan sekretariat ataupun jawatankuasa yang dianggotai oleh peserta-peserta pasar tani itu sendiri. Jawatankuasa ini adalah dipertanggungjawabkan untuk memantau pelaksanaan peraturan-peraturan yang dikenakan kepada peserta-peserta pasar tani. Berhubung kait dengan peraturan itu, banyak. Ini ada satu buku yang dikeluarkan oleh FAMA, Tuan Yang di-Pertua, [Menunjukkan sebuah buku] Peraturan Perniagaan Pasar Tani, Pasar Komuniti, Karavan yang telah dicetak dan diedarkan kepada peniaga-peniaga.
Luas skopnya tetapi sebagai membaca yang relevan sahaja kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mas Gading. Di antaranya tadi saya dah sebut kursus, wajib. Kalau dia tak pergi kursus, dia akan dikenakan kesalahan, demerit system, 80 markah dan selain daripada itu, gagal mengemukakan salinan sijil suntikan kesihatan.
Suntikan kesihatan pun wajib. Kalau dia tidak mengemukakan sijil suntikan itu, dia kena sebanyak 40 mata bagi menjamin kesihatan.
Selain daripada itu, tidak menjaga kebersihan tapak semasa dan selepas menjalankan perniagaan, 25 mata. Tidak menjaga kebersihan peralatan atau barangan jualan, 25 mata. Meninggalkan atau membuang sisa-sisa barangan jualan di tapak perniagaan, 25 mata dan ada beberapa lagilah. Panjang, saya tak payah baca. Kesalahan- kesalahan ini akan diberikan markah dan tindakan akan diambil mengikut markah yang diperoleh.
Kalau 15 markah, amaran secara bertulis. Kalau 25 markah ke 50 markah, amaran keras bertulis. Kalau 51 mata sampai 75 mata, penggantungan permit dua kali berturut- turut. Kalau 80 mata hingga 95 mata, penggantungan permit. Jadi maknanya ada sistem di mana tindakan akan diambil kepada peniaga-peniaga yang tidak mematuhi peraturan- peraturan yang dikenakan oleh FAMA bagi memastikan perjalanan pasar tani itu elok dan juga selamat kepada pengguna. Terima kasih.
Tuan Nogeh anak Gumbek - Mas Gading
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang begitu convincing, dengan izin.
Saya melihat kadang-kadang tempat-tempat parkir diambil oleh peniaga-peniaga sendiri dan ini menyebabkan kesusahan untuk pengunjung-pengunjung untuk mencari tempat parkir dan mereka kena berjalan jauh untuk membeli barangan. Soalan tambahan saya, adakah kementerian bercadang untuk menyediakan tempat-tempat parkir yang mencukupi di pasar-pasar tani di seluruh negara. Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita memang prihatin tentang masalah ini dan kalau boleh kita hendakkan keselesaan yang terbaik kepada pengunjung-pengunjung pasar tani tapi masalah yang kita hadapi pada masa ini ialah kawasan, Tuan Yang di-Pertua, tapak. It’s so limited. So, susah nak dapat kawasan yang besar. Kerajaan-kerajaan negeri, kerajaan-kerajaan tempatan payah nak bagi kita kerjasama untuk membenarkan penggunaan kawasan-kawasan yang lapang. Sebab kalau kita berkehendakkan kemudahan parkir yang selesa, kita perlu space.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
We need space. So, we need, kita perlu tapak yang besar, yang luas tetapi malangnya some states, some kerajaan tempatan kerana masalah politik, perbezaan politik
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
kita susah hendak dapat kerjasama. Di Pulau Pinang hendak dapat tapak untuk buat pasar tani langsung tidak lulus, sampai hari ini tidak dapat. Ini fasal ada Yang Berhormat panggil mereka dahulu rakan mereka jugalah, topekongnya [Ketawa] ada di Pulau Pinang itu hendak kena menyembah dia pula.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Siapa, siapa itu? Kenapa cakap macam ini? Siapa itu?
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Siapa cakap hari itu, Yang Berhormat mana itu di sebelah sana juga, he’s your friend.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Mana boleh cakap your friend, your friend ini Menteri?
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Apa yang dia cakap itu, siapa yang cakap itu?
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Apa fasal tidak boleh?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
I mean spesifik lah siapa.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Menteri jawab macam tidak ada standard.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Yang Berhormat Mansor, Yang Berhormat Mansor daripada mana? Did you remember?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
You are saying something, you should remember. You are saying something you should remember.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Yes, I’m trying to remember dia punya kawasan. Yang Berhormat Mansor ya, Timbalan Menteri Besar.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Langsung tidak ada class cakap macam itu.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
You are just wasting time.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Why? Wasting time you don’t want to listen, you get out.
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Why do you talk like that?
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
[Ketawa]
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
You have to answer properly. Get out, get out. Sebenarnya you lah yang get out.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
You pergi minum airlah dekat luar.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Menteri jawab dengan standard sikitlah.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
You, todi pun you boleh minum.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Apa todi?
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
You’re asking for trouble...Why you don’t want to quietly..
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
You answer properly, you learn to answer properly.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Hey you try to provoke me.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Who is provoking?
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Who are you?
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Who is provoking?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Who the hell are you?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri..
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
[Ketawa] No, I was answering very slowly, try to recall. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin I...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, jam 11.32 ini bermakna sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. Sila Setiausaha.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Okey, terima kasih.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan
yang di-pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang dan sehingga selesai ucapan ucapan-ucapan penangguhan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan.”
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Charles Anthony - Klang
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Tuan Yang di- Pertua untuk ulang kaji usul yang telah saya kemukakan sebab wabak denggi sehingga hari ini telah membunuh lebih kurang 144 orang dalam bulan ini. Seramai 144 people have died and 15,000 infection. Ini merupakan satu isu nasional, kecemasan nasional. So, jawapan yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua sebenarnya tidak masuk akal langsung, minta maaf. Sebab bila saya bawa usul ini dalam sesi yang lain.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat.
Duduk, Yang Berhormat. Apabila seseorang Ahli Yang Berhormat tidak menerima keputusan Speaker dan selepas itu mengatakan bahawa jawapan Speaker itu tidak masuk akal, itu bermakna menghina Speaker.
[Dewan riuh]
Tuan Charles Anthony - Klang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat minta maaf, kalau Yang Berhormat tidak meminta maaf kepada saya, saya suruh Yang Berhormat keluar sekarang.
Saya mahu Yang Berhormat minta maaf kepada saya.
Tuan Charles Anthony - Klang
[Menyampuk] Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, minta maaf kepada saya, Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony - Klang
Kalau kita baca...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, minta maaf kepada saya, Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony - Klang
Kalau kita baca surat ini, kalau kita baca surat ini...
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, Yang Berhormat. Minta maaf, tarik balik yang jawapan saya tidak masuk akal.
Tuan Charles Anthony - Klang
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita baca...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, duduk, Yang Berhormat. Oleh kerana Yang Berhormat enggan untuk tarik balik, Bentara sila keluarkan Ahli Yang Berhormat berkenaan.
Tuan Charles Anthony - Klang
Tuan Yang di-Pertua, tolong baca jawapan Tuan Yang di-Pertua sendiri. Adakah ini masuk akal?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tuan Yang di-Pertua, ini isu semalam Tuan Yang di-Pertua benarkan isu air. Ini isu denggi. Kita tidak faham syor dia.
Padahal ini lebih penting.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Kapar, duduklah Yang Berhormat Kapar.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, hendak keluar juga. Yang Berhormat mahu keluar juga. Sila duduk.
Tuan Charles Anthony - Klang
Tuan Yang di-Pertua, 144 orang Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, keluar Yang Berhormat. Bentara, jalankan tugas.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tuan Yang di-Pertua, cannot ugut like this, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak dapatkan sedikit penjelasan perkara-perkara lain iaitu...
Tuan Yang di-Pertua
Nanti, Yang Berhormat. Yang Berhormat yang berkenaan tadi belum keluar, nantilah sekejap.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya.
[Bentara membawa Yang Berhormat Klang keluar daripada Dewan]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1). Apabila keputusan dibuat oleh Speaker di dalam kamar maka ia tidak boleh dibangkitkan balik dalam Majlis Mesyuarat untuk Speaker review balik keputusan. Itu peraturan mesyuarat, jelas.
Jadi apabila seseorang Ahli Yang Berhormat berdiri atas sebab itu, bermakna dia ingkar dengan keputusan. Dia suruh saya review perkara yang saya tidak boleh review, itu mencerminkan apa? Sama ada mengganggu Mesyuarat, tidak faham dengan peraturan
Tuan Yang di-Pertua
mesyuarat ataupun mengaibkan keputusan Speaker. Satu lagi Yang Berhormat tadi berdiri mengatakan bahawa kenapa usul lain saya benarkan.
Saya sering kali tekankan apabila saya mengolah usul ada asas. Masalah denggi adalah masalah yang berterusan. Saya dapat jawapan daripada kementerian yang berkenaan mengatakan usaha-usaha telah dibuat, bermakna berterusan. Adakah kalau saya benarkan usul 18(1) yang dibawa oleh Ahli Yang Berhormat yang berkenaan tadi boleh menyelesaikan masalah denggi lagi dengan begitu sahaja. Jawapan adalah tidak, usaha berterusan. Selagi ada longkang, selagi ada parit, selagi ada kekotoran, selagi ada denggi.
Perkara berterusan tidak layak di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Faham, semua ini.
Jadi bermakna alasan saya masuk akal, mungkin tidak masuk akal untuk Ahli Yang Berhormat yang berkenaan. Sila, Setiausaha.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Apa benda?
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya hendak dapatkan penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua merujuk kepada kertas Order Paper ini iaitu yang ke-26 iaitu usul yang berkaitan dengan Private Member’s Bill yang dibawa oleh Ahli Parlimen dari Marang. Saya ingin mendapatkan penjelasan apakah ianya akan diberikan laluan sebab Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu daripada Jerai pernah menjanjikan di Parlimen ini untuk memberikan ruang jika pihak kami membawa perkara-perkara yang berkaitan dengan meminda Akta 355 dan saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua sebab usul ini telah pun dibawa agak lama tetapi semalam baru diletakkan di dalam Order Paper. Jadi kenapa tiba-tiba semalam baru masuk yang sepatutnya daripada awal dimasukkan mesti di peringkat yang lebih adil untuk mendapatkan penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena.
Oleh kerana Yang Berhormat Pokok Sena terlampau selalu push saya, ini penjelasan saya.
Ingat tidak Yang Berhormat Pokok Sena bahawa saya panggil Yang Berhormat Marang untuk berjumpa saya di pejabat. Selepas itu Yang Berhormat Marang ditemani Yang Berhormat Kota Bharu dan Yang Berhormat sendiri datang.
Saya memberi penjelasan daripada pucuk pandangan saya, sudut pandangan saya dan penjelasan itu saya sudah bagi kepada Yang Berhormat bertiga. Alasan sudah saya beri kepada Yang Berhormat. Tidak perlu orang lain mendengar alasan saya dalam Dewan ini oleh kerana semata-mata mungkinnya Yang Berhormat sendiri mempunyai agenda politik.
Jadi oleh kerana Yang Berhormat bertanya juga, usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Marang ia menepati peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Itu sebab saya masukkan dalam Order Paper sekali lagi tetapi Peraturan Mesyuarat 15 mengatakan, bahawa sesuatu usul daripada usul persendirian tidak akan dibahas selagi agenda-agenda urusan kerajaan di bawah Peraturan Mesyuarat 15 tidak selesai. Jadi maka saya masukkan dalam Order Paper. Kalau usul itu daripada usul persendirian seperti hudud ini, ia disambut oleh kerajaan. Kerajaan itu sendiri hadap usul itu, maka Peraturan Mesyuarat 15 tidak beroperasi, dan barulah boleh dibahas.
Jadi Yang Berhormat bangkitkan satu isu supaya kerajaan menjawab. Ini bukan masanya untuk menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu. Jadi kalau itu jelas, saya harap Yang Berhormat faham. Sila Setiausaha teruskan.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberikan jawapan bahawa memang kerajaan tidak bersedia untuk memberikan laluan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila. Saya tidak mengatakan itu Yang Berhormat. Yang Berhormat yang mengatakan itu. Itu interpretasi Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa hanya apabila pihak kerajaan memberikan laluan. Bermakna bahawa pihak kerajaan tidak memberikan laluan. Oleh sebab itu ...
Tuan Yang di-Pertua
Itu interpretasi Yang Berhormat, bukan saya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya itu maksudnya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya okey jangan libatkan saya Yang Berhormat kerana Peraturan Mesyuarat juga mengatakan bahawa jangan libatkan Tuan Yang di-Pertua dalam mana-mana hujah.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya melibatkan Tuan Yang di- Pertua tetapi cukup jelas, penjelasan yang diberikan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Itu pendirian dan interpretasi Yang Berhormat, bukan saya.
Saya tidak ada sebut itu. Sila.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Itu bukan pendirian kerajaan Yang Berhormat, berhubung pandangan Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, sekarang saya hendak tanya, apakah pendirian kerajaan dalam hal ini?
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Pendirian kerajaan, Yang Berhormat Jerai akan menjawabnya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, kalau hendak jawab hari ini hari akhir sidang. Tak kan hendak tunggu sidang bila? Apakah ini satu permainan yang dipermainkan oleh Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat ...
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Ini adalah private bill.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, ya dahulu pun sudah dimasukkan.
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk tukul] Bolehkan dua Ahli Yang Berhormat duduk? Sila duduk Menteri. Sila Yang Berhormat Pokok Sena. Ahli Yang Berhormat dua yang berdiri, Menteri sila duduk Menteri. Sila Yang Berhormat Pokok Sena duduk. Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sepatutnya mengambil semangat Ramadhan, hari inilah pembentangan ...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Pokok Sena, sudah saya kasi penjelasan Yang Berhormat Pokok Sena. Saya juga telah kasi penjelasan kepada tiga Ahli Yang Berhormat, yang saya panggil di pejabat saya. Jadi jangan budi bicara saya yang begitu ikhlas, dibincang dalam Mesyuarat Dewan yang tidak kena- mengena dengan Peraturan Mesyuarat. Itu adalah gesaan dan tindakan agenda politik Yang Berhormat, Yang Berhormat heretkan saya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Setiausaha.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [17 Jun 2015]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Beruas, dan Yang Berhormat Beruas kalau berhujah cukup panas pagi ini Yang Berhormat Beruas, sejukkan sedikit. Sila.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kebenaran, ataupun laluan untuk saya membahaskan meminda Akta Bekalan Elektrik 1990.
Tuan Yang di-Pertua, selagi perbekalan elektrik dimonopoli oleh TNB, seksyen 37(1) yang memberi kuasa mutlak kepada TNB untuk menentukan sama ada untuk memotong bekalan elektrik atau tidak, tidak boleh diterima. Dan kerana dalam keadaan sekarang ini, TNB mempunyai kuasa sebagai pengadu, penyiasat dan juga hakim untuk menentukan sama ada sesuatu kecurian ataupun tampering telah dilakukan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat.] Ini bertentangan dengan prinsip keadilan, dan ini juga menggalakkan pegawai- pegawai TNB untuk menyalahgunakan kuasa dan menggalakkan rasuah.
Ingin saya jelaskan di sini, memang bukan semua pegawai TNB menyalahgunakan kuasa ataupun mengambil rasuah. Maksud saya, memang berlaku di mana pegawai TNB, kerana kuasa mutlak ini telah menyalahgunakan kuasa, dan kadang-kadang menggunakan kuasa ini untuk mendapatkan rasuah.
Tuan Yang di-Pertua, untuk menambahkan lagi denda yang sedia ada daripada RM100,000, atau RM1 juta, ataupun bagi bukan domestik, boleh didenda sehingga sampai RM5 juta dan 10 tahun penjara ini, bagi saya ini akan memburukkan lagi keadaan.
Sebenarnya denda ataupun hukuman yang sedia ada sudah pun mencukupi.
Perkara yang penting ialah kekerapan enforcement, ataupun penguatkuasaan adalah lebih penting. Kalau kita menambah sahaja denda berlebihan, penjara berlebihan orang ramai akan takut dan akan menggalakkan mereka untuk memberikan rasuah.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Soalan tambahan. Beri laluan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Tanjong bangun. Sila.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Terima kasih. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Beruas, pandangan Yang Berhormat Beruas. Selalunya kita mendapati pihak yang datang memotong elektrik kontraktor lantikan TNB. Adakah kuasa tersebut boleh diturunkan kepada kontraktor dan bukannya kakitangan atau pegawai TNB, dan soalan kedua mengapa pit meter itu dipotong tanpa dapat dibuktikan pada masa dan tempat kejadian, dan hanya dapat ambil balik ke makmal untuk buat ujian baru didapati ada kejanggalan.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong.
Sebenarnya saya akan berucap mengenai perkara ini.
Sebenarnya pada kebiasaannya, siapa yang potong elektrik ini kita tidak tahu kerana senantiasa dibuat tanpa kehadiran tuan punya premis, dan itulah yang menjadi masalah kerana penganiayaan sering berlaku. Dan beberapa kes sudah dibawa ke mahkamah, dan mahkamah pun rasa peruntukan yang sedia ada ini tidak adil langsung.
Sungguhpun perkataan dalam akta ini jelas memberi hak mutlak untuk memotong, tetapi kadang-kadang mahkamah kerana rasa ini tidak adil, ada kes yang menyatakan perlu dibuktikan, there must be a conviction sebelum bil yang dikeluarkan boleh dianggap perlu dibayar.
Di bawah seksyen 38, semua bil yang dikeluarkan oleh pekerja TNB dikatakan prima facie evidence. Itu maksudnya tanpa ada bukti lain, mahkamah mesti menerima apa- apa pun bayaran yang dinyatakan oleh TNB.
Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan di Malaysia ini, di mana TNB merupakan pembekal elektrik monopoli, dan apa yang mereka buat pengguna tidak tahu dan pengguna tidak ada alternatif langsung untuk membuktikan yang TNB ini yang bersalah.
Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun dalam pindaan yang sedang dicadangkan ada satu niat untuk memperbaiki keadaan iaitu memasukkan pegawai daripada Energy Commission atau Suruhanjaya Tenaga sebagai orang tengah tetapi apa yang sedang dicadangkan ini tidak akan menyelesaikan masalah kerana masalahnya kita hendak satu sistem yang adil di mana pengguna akan mempunyai satu revenue untuk mengeluarkan atau membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.
Dalam kes yang dicadangkan di mana perkara ini dirujuk kepada pegawai daripada Energy Commission, ataupun Suruhanjaya Tenaga ini, ia tidak menyelesaikan masalah kerana semua bukti yang akan pegawai daripada Suruhanjaya Tenaga ini, mereka juga ambil daripada pihak TNB. Maka yang saya cadangkan ialah bahawa setiap penguatkuasaan yang dijalankan mestilah dibuat dalam kehadiran pengguna atau wakilnya, dan juga pegawai TNB dan pegawai daripada Suruhanjaya Tenaga ini, Energy Commission ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ini membolehkan bahawa bukti yang ada ataupun bukti yang ditunjukkan dalam kehadiran ketiga-tiga pihak, ini dapat membolehkan sekurang-kurangnya sedikit keadilan dalam keadaan sekarang.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat, boleh mencelah? Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya ingin kongsi satu kedudukan yang sering kali berlaku dengan Yang Berhormat dan minta pandangan Yang Berhormat. Selalu jika kita membuat satu perjanjian tenancy, memang ada minta cagaran atau deposit untuk air dan elektrik dalam satu cagaran deposit semasa mengakhirkan perjanjian ini. Memang itu untuk menjelaskan tunggakan jika ada tunggakan.
Akan tetapi satu kedudukan yang selalu berlaku iaitu semasa penyewa menjalankan perniagaan atau sewaannya dan TNB dengan tidak ada apa-apa sebab yang kita tidak difahamkan membenarkan tunggakan ini terus bertambah sampai satu kadar yang amat tinggi.
Semasa penyewa itu keluar dari perjanjian ini, tuan punya terpaksa membayar tunggakan itu. Jika tidak, tidak dapat disambung balik elektrik itu. Apakah pandangan Yang Berhormat dan apakah cadangan Yang Berhormat untuk mengatasi perkara ini.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Beruas, sedikit, Yang Berhormat Beruas. Sikit lagi sambungan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Terima kasih Yang Berhormat Beruas dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu yang hampir sama saya rasa hendak minta pandangan dari Yang Berhormat Beruaslah. Apakah niat di sebalik tindakan TNB yang bukan hanya memotong sementara bekalan elektrik tetapi memotong terus kepada bayaran yang sekitar RM1,000 sedangkan kalau dipotong sementara, penyewa mungkin sahaja boleh menyambung membayar dan disambung bekalan elektrik.
Akan tetapi dipotong terus sehingga menyebabkan pelanggan terpaksa memohon yang baru dan memerlukan masa yang panjang untuk luluskan dengan bayaran yang lebih tinggi, memerlukan kontraktor-kontraktor yang baru dan menyebabkan kos yang begitu besar kepada para pengguna. Saya rasa ini satu niat jahat terhadap pelanggan dan tidak menjaga hak pelanggan sedangkan TNB menguasai atau memonopoli bidang ini. Tidak ada pilihan bagi pelanggan. Apa pandangan Yang Berhormat Beruas?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Kuala Nerus. Cadangan saya kepada Yang Berhormat Kota Melaka ialah bahawa kita minta penyewa menyambung ataupun mendapat bekalan elektrik terus atas namanya daripada TNB. Akan tetapi malangnya pada satu ketika dulu, sungguhpun kalau pengguna ataupun penyewa premis tersebut, selepas tidak membayar tunggakan, TNB enggan membekalkan elektrik kepada bangunan berkenaan. Itu tidak adil.
Akan tetapi saya rasa pada masa ini sudah ada perubahan dan harap kita pun mesti mempertanggungjawabkan TNB kerana bertindak lambat. Pertamanya tadi Yang Berhormat Kuala Nerus mengatakan kalau ada tunggakan atas apa-apa sebab, TNB mestilah dipertanggungjawabkan supaya mereka bertindak lebih cepat. Kalau satu bulan tidak bayar, mestilah ambil tindakan.
Kita berbalik kepada peruntukan yang...
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Ahli Yang Berhormat dari Beruas.
Wangsa Maju. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Baru-baru ini Ahli Yang Berhormat dari Beruas, ada satu kontroversi tentang meter TNB baru dan meter TNB lama sebab reading berbeza banyak. Kadang-kadang angka naik sampai 50%. Apa pandangan atau komen dari Yang Berhormat Beruas?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju.
Memang itu merupakan satu rungutan dan kompelin yang banyak kita terima. Pada kebiasaannya, harga naik sampai lebih kurang 40%. Memang antara satu sebab ialah kenaikan tarif tetapi bagi saya yang lebih penting ialah meter baru. Dalam Dewan yang mulia ini, Menteri pun sudah memberi jawapan bahawa kadang-kadang dikatakan ada 1% meter yang kita kata tidak tepat. Jadi kalau satu malfunction ini, kalau 1% ini memang banyak kerana kita ada mungkin lebih 10 juta pengguna. Jadi kalau 1% pun sampai ratus ribu.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia kalau meter kita rasa tidak betul, kita tidak ada pihak ketiga untuk mengesahkan ketepatan meter baru yang di pasang oleh TNB.
Begitu juga kalau mana-mana pengguna tidak setuju dengan bil yang dikeluarkan yang kita kata estimated bill yang dikeluarkan oleh TNB, dikatakan meter itu rosak atau tidak tepat.
Kita tidak ada pihak ketiga untuk mengesahkan sama ada bil anggaran itu tepat atau tidak.
Pada kebiasaannya dulu merupakan satu pratik di mana TNB akan mengeluarkan bil untuk jumlah masa dua tahun untuk dipaksa ke atas pengguna. Kalau tidak bayar, potong elektrik.
Tuan Yang di-Pertua, tambahan lagi saya...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Beruas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Beruas, saya hendak bawa satu isu yang baru. Ini berkenaan dengan deposit yang kita bayar. Bagaimana deposit ini digunakan sebab setiap individu kena bayar deposit. Deposit ini tidak tahu macam mana digunakan. Adakah ia dilaburkan.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Kalau dilaburkan macam mana ataupun adakah interest yang mereka kutip atau dapat atau terima daripada wang deposit ini. Setakat hari ini kita tidak dengar apa-apa isu tentang deposit TNB. Saya minta melalui Yang Berhormat Beruas. Hari ini Yang Berhormat Menteri kena jawablah macam mana pengagihan wang deposit ini dilakukan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih. Kalau tidak silap saya, sekarang ini TNB membayar 1% faedah atas deposit selepas kita bantah atau ungkit perkara ini di Parlimen ini. Kalau boleh, berilah faedah bank lebih kurang 3% pada masa ini.
Tuan Yang di-Pertua, sekurang-kurangnya sepuluh kes mahkamah telah memutuskan bahawa satu conviction adalah perlu sebelum pengguna diperlukan untuk membayar anggaran atau bil prima facie yang dikeluarkan oleh TNB. Mohon maaf. Ada empat kes. Sekurang-kurangnya ada empat kes di mana dikatakan conviction disabit kesalahan diperlukan sebelum pengguna diperlukan untuk membayar bil anggaran yang dikeluarkan sebagai prima facie evidence oleh TNB.
Akan tetapi ada juga sekurang-kurangnya sepuluh kes di mana dikatakan conviction is not necessary. Maksudnya kerana perkataan yang begitu jelas dikatakan dalam akta memberi kuasa yang mutlak. Kalau saja dikeluarkan bil anggaran yang dikatakan TNB kerugian, mesti dibayar terus.
Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan di mana undang-undang yang diluluskan oleh Dewan yang mulia ini yang memang tidak mengikut prinsip asas keadilan, sekarang sudah dicadangkan lagi tambahan beban ke atas pengguna seperti seksyen 5A yang baru.
Dikatakan pengguna kalau disabitkan kesalahan mesti membayar holding cost semua barang-barang yang dirampas. Jika untuk semua kes jenayah yang lain di bawah Kanun Keseksaan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Semua barang yang dirampas ataupun yang disita disimpan oleh polis, memang penjenayah tidak dikenakan kos untuk simpanan barang-barang tersebut. Kenapa kerajaan begitu keras terhadap pengguna elektrik sahaja? Kalau disyaki melakukan sesuatu kesalahan seperti yang saya katakan tadi, memang senang disabitkan kesalahan kerana semua bukti di tangan TNB. Merekalah pengadu, merekalah penyiasat, merekalah penentu semua equipment-equipment yang dikatakan telah di tamper ataupun ada kecurian.
Pengguna biasa tidak ada any avenue untuk membuktikan sebaliknya.
Oleh yang demikian saya mohon kepada kerajaan jangan menambahkan lagi hukuman tetapi melipatgandakan penguatkuasaan. Dengan denda yang sedia ada kalau dikuatkuasakan dengan baik, memang pengguna yang mencuri ini sudah pun cukup takut kepada peruntukan yang sedia ada.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua saya hendak katakan bahawa...
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Beruas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Beruas. Saya hendak minta pandangan ataupun komen daripada Yang Berhormat Beruas. Ada laporan daripada Suruhanjaya Tenaga Semenanjung, Malaysian Electricity Supply Industry yang menyebut tentang berlakunya kelebihan ataupun surplus kapasiti di Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2003 sebanyak 56% dan tahun 2009 sebanyak 53%. Maknanya antara hitung panjang berlakunya lebihan penggunaan yang disupplykan oleh IPP ini antara 31% hingga 45%.
Menurut laporan ini TNB terpaksa membayar juga.
Jadi saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Beruas sepatutnya tarif elektrik ini tidak berlaku kenaikan seandainya TNB bijak untuk menguruskan dan IPP ini tidak perlu diadakan dan hanya perlu dibuat oleh TNB supaya penggunanya akan dapat membayar dengan harga yang murah. Minta pandangan daripada Yang Berhormat Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang.
Saya memasukkan cadangan tadi dalam ucapan saya. Memang benar kita dapati kerajaan begitu sayangkan IPP-IPP, penjana-penjana kuasa elektrik ini supaya mereka mengaut
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
untung besar. Akan tetapi apabila didapati kos terlalu tinggi kerana kos beli bekalan elektrik daripada IPP-IPP ini sangat tinggi dia diturunkan kepada pengguna-pengguna dan mereka melakukan begitu keras terhadap pengguna-pengguna yang lebih berjuta-juta ini. Ini kerana mungkin rakyat dianggap tidak ada daya untuk melawan balik kerana monopolinya elektrik. Kita dapati juga baru-baru ini ada cadangan memaksa TNB untuk membeli 11 IPP yang telah 1MDB beli dengan harga tinggi.
Kalau itu berlaku TNB terpaksa naik lagi tarif. Kita rakyat mesti bantah tentang tindakan kerajaan yang tidak merancang dengan baik quantum ataupun jumlah tenaga yang kita perlu. Akan tetapi yang kita nampak kita berikan kontrak-kontrak pengeluaran IPP ini yang mengaut untung besar dan juga kita dapati ini telah menjejaskan ataupun tarif hinggakan rakyat terpaksa membayar tarif yang tinggi.
Kalau kita bandingkan secara purata bil air yang kita bayar ini mungkin tidak sampai 10% daripada bil elektrik setiap rumah dan setiap pengguna. Jadi saya berharap kerajaan mesti memastikan TNB tidak boleh dipaksa memberi kuasa yang berlebihan dan tidak boleh digunakan dan juga tidak dipaksa membeli IPP-IPP dengan harga yang tinggi yang telah 1MDB beli daripada IPP-IPP ini.
Saya pun tidak faham kenapa kerajaan dulu menggalakkan IPP ini mengeluarkan tenaga secara berasingan. Sekarang ini pula bertindak memberikan untung yang banyak kepada IPP-IPP ini membeli balik pula melalui 1MDB. Jadi kalau kerajaan...
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Amat Berhormat Kota Raja bangun.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya sebenarnya hendak mencelah ini bukan mengenai IPP tetapi saya takut terlepas nanti. Saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat Beruas mengenai pembekalan elektrik oleh pemegang lesen ini kepada bangunan-bangunan seperti kilang ataupun gerai-gerai dan sebagainya yang tidak mempunyai kebenaran merancang oleh PBT. Ini kerana berlaku semasa kita mengambil alih negeri Selangor, baru saya sedar bahawa banyak bangunan haram termasuk kilang- kilang, gerai-gerai dan perumahan sekali, perumahan-perumahan yang terbengkalai.
Mereka tidak mempunyai kebenaran merancang tetapi mereka mendapat bekalan air dan juga bekalan elektrik.
Apabila terdapatnya perkara ini berlaku PBT dan pihak berkuasa lain tidak berupaya untuk to stop the development. Ini sebab pihak kilang misalnya akan merayu dan untuk mengambil tindakan terpaksa dibawa ke mahkamah. Jadi kita ada banyak masalah rentetan atas pembekalan elektrik dan air kepada premis-premis yang tidak ada kebenaran merancang. Apakah Yang Berhormat ingat peraturan ini patut kita semak dan mungkin pinda hanya premis-premis yang mempunyai kebenaran merancang daripada pihak berkuasa sahaja boleh menerima bekalan elektrik ataupun air. Terima kasih.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak minta juga pandangan Yang Berhormat Beruas. Sebelum itu Yang Berhormat Beruas telah mengatakan bahawa ada satu paradoks bahawa kerajaan membeli – bukan kerajaan, 1MDB membeli IPP dengan harga yang mahal. Ekoran daripada itu kita terpaksa keluarkan duit untuk bayar dan akhirnya pengguna yang membayar.
Cuma pandangan Yang Berhormat Beruas, adakah ini bermaksud 1MDB membeli jana kuasa IPP ini dengan harga yang mahal walaupun IPP ini didapati telah pun berumur dan jangka hayat agak sudah pendek, masa untuk operate itu agak pendek. Akan tetapi yang lebih penting mereka juga mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh TNB. Maknanya seolah-olah 1MDB membeli lesen itu balik dan ini yang menyebabkan harga itu mahal. Apa pandangan Yang Berhormat Beruas tentang ini? Terima kasih.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Sungai Petani. Berkenaan dengan soalan pertama, saya rasa memang mungkin kerana tekanan politik kadang-kadang kerajaan meminta TNB membekalkan bekalan elektrik kepada tempat-tempat yang tidak di bawah dilulus perancangan, di tempat-
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
tempat squatters area ataupun tempat setinggan. Ini saya faham atas mungkin kerana isu perikemanusiaan tetapi itu tidak boleh menjadikan satu perkara lumrah.
Kalau boleh kita mesti bekerjasama dengan kerajaan tempatan memastikan setinggan baru ini tidak dibenarkan berleluasa ini. Apa yang kita ada sekarang ini mesti dirancang untuk dipastikan tempat-tempat setinggan ini dirancang dengan baik dan dibangunkan secara sistematik. Supaya mereka dapat kelulusan daripada pihak perancang dan juga dapat bekalan elektrik dan air.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, saya mencelah sedikit lagi hendak bertanya. Saya boleh terima alasan untuk perumahan setinggan tetapi saya agak sukar untuk menerima alasan untuk kilang-kilang. Banyak kilang haram yang telah dibangunkan dan juga ada pembinaan rumah pemajuan rumah development oleh syarikat-syarikat besar juga. Ada kita ada satu di Pulau Indah sampai sudah ada masalah tetapi kita hairan macam mana satu pembangunan yang tidak dapat kebenaran merancang boleh dapat pembekalan elektrik itu.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Raja.
Kalau orang hendak mengaut untung tidak hendak bayar cukai pembangunan kepada kerajaan negeri dan tidak mendirikan industri di kawasan yang tidak boleh diluluskan memang saya setuju. Pihak TNB tidak harus bersekongkol dengan mereka melanggar undang-undang.
Berkenaan dengan IPP yang dibeli dengan harga yang tinggi daripada TNB. Kalau kita masih ingat semasa Tan Sri Ani Arope enggan menandatangani surat perjanjian di antara TNB dengan IPP dan sudi meletak jawatan atas prinsip dengan terma-terma perjanjian yang berat sebelah yang akan membebankan rakyat, beliau tidak sanggup menandatangani perjanjian IPP ini. Kita mesti sekali lagi menegaskan kepada kerajaan bahawa semua tindakan sekarang yang diambil oleh kerajaan semata-mata memihak kepada IPP-IPP ahli-ahli korporat ini dan membebankan rakyat.
Saya harap tindakan sedemikian seperti membeli balik IPP dengan harga yang tinggi sesiapa yang bertindak sedemikian menjejaskan hak rakyat patut dipecat dan tindakan tegas diambil terhadap mereka. Ini kerana akhirnya berpuluh-puluh bilion ini, rakyat mesti menanggung. Bukan sahaja menanggung tetapi industri kita kalau tarif elektrik terlalu tinggi, industri kita tidak kompetitif tidak boleh bersaing dengan pengeluar-pengeluar di luar negara hingga menjejaskan ekonomi Malaysia dengan teruknya.
Oleh yang demikian saya berharap fakta-fakta ini mesti dibuat pertimbangan dan harap pihak kerajaan membuat pindaan yang perlu untuk memastikan rakyat tidak terus menjadi mangsa. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin mengucapkan Ramadan Kareem bagi seluruh ahli Dewan dan warga Parlimen yang beragama Islam. Semoga dengan kehadiran Ramadhan ini kita penuhkan dengan amalan dan meningkatkan tahap keimanan kita insya- Allah.
Seperti mana yang telah pun dibahaskan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen sebelum ini, saya percaya bahawa antara perkara penting dalam rang undang-undang ini adalah soal pertimbangan ataupun cadangan kerajaan untuk mengenakan satu penalti yang lebih berat khususnya berkaitan dengan kecurian elektrik, denda sehingga RM1 juta dan penjara sehingga lima tahun bagi pengguna yang didapati bersalah melakukan kesalahan mencuri ataupun mengganggu bekalan elektrik.
Manakala pengguna domestik juga dikenakan dengan kesalahan ataupun tindakan denda yang tinggi iaitu sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun atau kedua-duanya. Dalam pada kita mengambil sikap untuk menyokong sebarang usaha
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
kerajaan bagi mencegah kecurian elektrik ini, saya berpendapat bahawa terdapat dua isu dasar yang penting, yang mendorong kepada pertimbangan kerajaan untuk mengenakan denda yang lebih berat ini.
Pertamanya isu kekangan. Kita lihat apakah punca kecurian elektrik ini. Kalau mengikut laporan berita pada tahun 2014, TNB berhadapan dengan masalah ataupun berhadapan dengan kerugian RM200 juta bagi masalah yang berkaitan dengan kecurian elektrik ini. Saya juga ingin mohon satu statistik daripada kementerian mengenai jenis-jenis kesalahan baik dalam kes kecurian domestik, ataupun kecurian industri ataupun komersial.
Saya percaya mahu tidak mahu kita boleh bersetuju bahawa dalam konteks kecurian elektrik peringkat domestik ini adalah bertitik tolak daripada kenaikan tarif elektrik yang berlaku tahun-tahun kebelakangan ini. Alasan yang diberikan oleh kerajaan adalah alasan-alasan yang sama iaitu satu langkah rasionalisasi subsidi kerana kerajaan telah beli subsidi yang telah banyak untuk sektor kuasa seperti yang dilaporkan di dalam media.
Saya ingin menarik perhatian kementerian bahawa Menteri sendiri telah umumkan tidak akan ada kenaikan tarif elektrik sehingga bulan Jun 2015. Saya ingin dapatkan kepastian apakah selepas ini akan ada lagi kenaikan tarif elektrik kerana diumumkan sehingga 30 Jun 2015. Saya yakin isu kenaikan elektrik ini adalah isu yang cukup mendesak di kalangan rakyat kerana rakyat berhadapan dengan beban ekonomi yang amat tinggi.
Saya ingin tanya kementerian kalau dimaklumkan atau dikhabarkan dalam Parlimen ini terdapat beberapa bentuk subsidi terutamanya dalam usaha kerajaan untuk menangani masalah 6% GST ini dan dimaklumkan bahawa mereka yang mengguna elektrik RM76 ke bawah kalau tidak silap saya, itu tidak akan dikenakan GST ataupun guna elektrik lebih daripada 300 kilowatt. Apabila saya semak di kawasan tanya dengan pengundi- penghuni, mereka complain ataupun yang mereka pertikaikan ialah kalau 6% GST ini diberikan pengecualian, apakah barangan elektrik asas minimum yang perlu ada dalam satu rumah?
Kalau mengikut feedback yang saya dapat, kalau lampu, TV peti sejuk. Ini tiga item Yang Berhormat Menteri kalau dalam rumah itu ada tiga item itu sahaja barulah boleh dapat kenikmatan pengecualian 6% ini. Walhal kita tahu kalau kita berhadapan dengan keadaan di bandar misalnya ataupun semi urban, saya fikir tidak ada rumah yang ada lampu, TV, peti sejuk semata-mata. Mestilah akan ada rice cooker, sebahagiannya ada mesin basuh yang semi auto dan kita lihat seolah-olah tindakan kerajaan ini ibarat ‘melepaskan batok di tangga’.
Memanglah ada pengecualian, tetapi terlalu minimum. Oleh sebab itu saya hendak minta kerajaan supaya melihat sama pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak very clear 47% penurunan. Sekarang ini Menteri bagi jaminan tidak akan ada kenaikan sehinggalah bulan Jun. Maknanya hendak raya nanti akan berhadapan dengan kenaikan.
Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat Menteri, kenaikan elektrik ini memang membebankan. Tadi kita dengan rakan-rakan Ahli Parlimen mencelah terutamanya apabila tidak mampu bayar kena potong dan pemotongan ini cukup segera. Saya ambil contoh saya sendiri Yang Berhormat, rumah saya dua kali kena potong. Tidak bayar baru dua bulan, duit bagi kepada rakyat, tidak cukup duit.
Dalam masa dua bulan potong terus. Saya beritahu kepada pegawai-pegawai TNB, maklumlah dahulu. Gaji baru memang tidak dapatlah. Lambat lagi. Akan tetapi maknanya, kalau itu boleh berlaku kepada saya seorang wakil rakyat, bagaimana yang lain? Ada yang dipotong malam, bergelap sampai subuh. Ini kerana yang dipotong itu kontraktor tidak ada hati perut.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kapar bangun Yang Berhormat.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Ya, silakan.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat, saya difahamkan ada kompleks-kompleks yang besar yang berhutang dengan TNB melebihi RM100,000,
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
tetapi tidak dipotong. Saya hendak tanya komitmen Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada atau tidak perkara begini berlaku. Rakyat biasa dihukum, tetapi sektor korporat dibiarkan.
Saya juga ingin ulasan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya juga ingin menjadikan pandangan Yang Berhormat Kapar sebahagian daripada soalan saya kepada kementerian. Bagaimana kementerian mengendalikan kes-kes seperti ini. Saya hendak balik kepada isu rakyat tadi. Saya ingin tegaskan selain daripada pengecualian GST ada juga subsidi RM20. Saya tanya kepada rakan-rakan yang guna RM20 kadar elektrik. Mereka beritahu kalau guna lampu dengan kipas, itu sahaja sudah RM20.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Jadi seolah-olah nak umum ada penurunan tetapi tidak ikhlas dilakukan walhal Yang Berhormat Menteri pun sedia maklum, TNB baru-baru ini umum keuntungan dia untuk suku kedua ini sampai 2015 kalau tidak silap saya, untung RM2.78 bilion. Untung besar tak ada masalah. Alhamdulillah rezeki banyak, business baik, perniagaan baik. Kalau untung RM2.78 bilion, kakitangan-kakitangan TNB mungkin dapat bonus. Tak ada masalah, beri bonus tetapi jangan lupa bahawa yang menjadi pengguna ini adalah rakyat yang dihimpit sekarang ini dengan beban ekonomi yang cukup mendesak.
Jadi, saya minta kerajaan, komitmen kementerian tolonglah jangan naikkan lagi kadar elektrik ini dan kita dimaklumkan tadi oleh rakan-rakan tentang IPP. Sekarang ini difahamkan hampir kesemua IPP diletakkan di bawah 1MDB. Apakah ini akan ada kesan kepada tarif elektrik di masa akan datang dalam keadaan syarikat 1MDB yang sekarang berhadapan dengan pelbagai persepsi negatif dan sebagainya?
Jadi, saya nak minta kementerian supaya dalam keadaan kita ingin mengekang masalah kecurian elektrik, kita juga mesti kena ada suatu kesedaran bahawa di bawah ini terdapat kecenderungan untuk mereka lakukan di peringkat domestik kerana tertekan dengan masalah yang cukup mendesak iaitu masalah ekonomi. Sebab itu saya nak minta kerajaan juga membuat penelitian terhadap aspek tata kelola sebab kecurian elektrik ini kita tahu serius, RM200 juta saya maklumkan tadi tahun 2014, TNB maklumkan.
Mungkin sebelum ini banyak lagi kecurian-kecurian kabel elektrik dan saya difahamkan, mungkin saya salah, mohon diperbetulkan. Saya difahamkan ada sindiket di belakang perkara ini dan menyebabkannya menjadi satu business, satu perniagaan yang cukup besar yang menuntut kepada kementerian untuk membuat suatu operasi pembersihan sehingga ke akar umbi. Saya nak cadangkan kepada kementerian supaya bawa masuk pegawai-pegawai SPRM, buat operasi besar-besaran kerana kita difahamkan syarikat-syarikat yang besar-besar, kilang yang besar-besar yang mempunyai akses dengan beberapa pegawai yang buat ‘tahi’ ini dalam TNB yang menyebabkan berlaku masalah kecurian ini.
Saya sokong dengan tegas supaya perkara ini diambil tindakan yang tegas tetapi dalam masa yang sama, TNB juga mesti mempunyai satu semangat manusiawi untuk memikirkan bagaimana rakyat berhadapan dengan masalah yang membabitkan kadar elektrik yang cukup tinggi. Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, dalam RMKe-11 yang baru- baru ini, kita bahaskan dalam Parlimen.
Kita dimaklumkan bahawa dalam final lap nak pergi ke negara maju ini, final laplah, pusingan akhir nak pergi negara maju 2020, kita masih lagi berhadapan dengan bekalan elektrik ataupun ketiadaan bekalan elektrik sebanyak 672,000 individu ataupun rumah yang tidak ada bekalan elektrik. Begitu juga dengan air, elektrik pun sama. Jadi dalam masa kita nak pergi ke negara maju, kita masih lagi berhadapan dengan masalah yang cukup besar ini.
Pagi tadi ada satu soalan daripada Yang Berhormat Batu Pahat yang meminta kerajaan menyatakan berapa sekolah yang tidak ada bekalan elektrik? Jadi, kalau kita berhadapan dengan situasi ini, bagaimana kita boleh menyatakan bahawa negara kita sedang menuju ke negara maju walhal kita berhadapan dengan perkara yang paling fundamental dalam masyarakat iaitu perkara berkaitan dengan bekalan elektrik, bekalan air dan sebagainya.
Jadi, saya minta komitmen kerajaan, perancangan kerajaan supaya Yang Berhormat Menteri dapat memberikan unjuran dalam masa lima tahun ini, masalah bekalan
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
elektrik boleh kita selesaikan. Maknanya supaya setiap individu dalam negara ini, setiap rumah mendapat kenikmatan bekalan elektrik.
Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memilih kawasan saya di Air Keroh untuk membuat projek smart meter. Saya tengok dah, meter itu kecil tetapi sekarang ini percumalah. Saya difahamkan percuma, cuma yang akan datang ini saya harap janganlah kenakan deposit yang tinggi pula sebab saya difahamkan itu pilot project, diberikan percuma. Sekarang ini, smart meter ini ada kelebihan, ada kelemahan dia.
Saya minta kementerian kaji dengan betul dan kalau ada laporan tentang perkara ini, tentang perkembangan penggunaan ini kalau boleh dikongsi dalam Parlimen apa kesan yang baik, apa kesan yang buruk dan saya minta jaminan janganlah dengan meter yang baru ini kenakan deposit yang tinggi pula, membebankan lagi rakyat. Sudahlah dibebankan dengan kadar elektrik yang tinggi, kena meter baru bayaran pun baru. Memang susah kita dibuatnya.
Jadi saya nak minta kepada kementerian supaya mengambil kira aspek-aspek ini sementara kita banteras kecurian elektrik ini sehingga ke akar umbi maka kita juga mesti mengambil kira kebajikan yang harus diberikan kepada rakyat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ada yang minat lagi? Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya mengatakan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan rang undang-undang yang sedang kita bincang bersama. Sejumlah 10 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan telah memberi buah pandangan, cadangan dan teguran berkaitan dengan beberapa peringkat dasar mengenai dengan beberapa perkara yang berkait terus. Ada juga yang tidak berkait langsung dengan rang undang- undang yang sedang kita bincang bersama iaitu suatu akta untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990.
Tuan Yang di-Pertua, saya terus kepada perkara-perkara pokok yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Bayan Baru mengambil masa yang cukup banyak dan membangkitkan perkara yang sebenarnya begitu berkenaan terus kepada akta dan perkara-perkara yang sememangnya perlu kita ambil perhatian dengan izin, daripada objektif perbahasan yang dibangkitkan.
Antara perkara yang dibangkitkan oleh beliau ialah berkaitan dengan pemberian projek penjanaan kapasiti yang tidak selari dengan dikatakan objektif utama transformasi bekalan elektrik kerana tidak mengamalkan prinsip seperti bidaan kompetitif. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa selaras dengan objektif utama transformasi industri bekalan elektrik, kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga akan menjalankan bidaan kompetitif bagi projek-projek penjanaan kapasiti baru. Namun begitu, penganugerahan bersyarat telah diberi berdasarkan keperluan permintaan tenaga yang tinggi. Selain itu, jangka masa pendek yang diperuntukkan pembangunan projek juga merupakan faktor bagi penganugerahan bersyarat dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, penganugerahan tersebut dilaksanakan terdapat syarat asas yang telah diperuntukkan untuk Suruhanjaya Tenaga sebelum menganugerahkan projek tersebut kepada secara rasmi dan memanglah dalam kerajaan mengambil tindakan dalam perkara ini, seperti biasa ada tiga choices yang kerajaan ambil kira. Satu, of course, bidaan kompetitif. Kedua, bidaan terhad dan satu lagi ialah direct award. Dalam perkara yang diperkatakan bukan melalui bidaan kompetitif pun syarikat tersebut perlu membuktikan bahawa syarikat mempunyai nilai aset bersih yang dinyatakan oleh Suruhanjaya Tenaga serta mendapatkan sokongan daripada institusi kewangan untuk tujuan pembiayaan projek. Selain daripada itu, pelantikan EPC iaitu Engineering Procurement & Construction Contractor disyaratkan supaya perlu dilaksanakan secara bidaan kompetitif dan on top of that, di atas daripada itu biasanya kementerian bersama dengan Kementerian Kewangan mengenakan return of invested capital (ROIC) ataupun
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
IRR yang berasaskan kepada pemberian penganugerahan projek sebelum tersebut. So, itu dah lari daripada perkara bahawa dia harus memberi tarif yang terendah dan pada masa yang sama, dengan itu tidak membebankan kepada rakyat.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Jadi, perkara yang seterusnya yang telah dibangkitkan ialah mengenai dengan perjanjian pembekalan tenaga penjana kuasa bebas sedia ada. Selain itu perjanjian pembekalan tenaga yang baru dikatakan haruslah secara telus kepada rakyat. Untuk makluman, IPP generasi pertama akan tamat tempoh konsesi di dalam tahun 2015 hingga 2017. Pada tahun 2012, satu bidaan terhad telah dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi pelanjutan tempoh konsesi selama lima atau sepuluh tahun memandangkan sistem grid memerlukan fast track kapasiti.
Melalui bidaan terhad tersebut, suruhanjaya telah meletakkan syarat bahawa bayaran kapasiti perlu dikurangkan sebanyak RM6 kilowatt per bulan bagi sekurang- kurangnya 48 bulan. Selanjutnya TNB dan IPP juga telah memperuntukkan untuk menandatangani perjanjian pembelian tenaga yang baru yang mana telah disemak dan ditanda aras dengan perjanjian pembelian tenaga terkini oleh Suruhanjaya Tenaga. Untuk makluman, di bawah pindaan rang undang-undang kali ini, seksyen 9A telah memperuntukkan sebarang perkiraan ataupun arrangement oleh pemegang lesen hendaklah tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Tenaga.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam bidaan pelanjutan lesen yang saya sentuhkan tadi tiga syarikat sebenarnya iaitu Genting Sanyen Sdn. Bhd apabila dia memenangi bidaan tersebut, kadar tarif asal 40 sen itu dikurangkan kepada 35.35 sen.
Segari Energy Ventures misalnya daripada kadar tarif asal 42 sen kepada tarif baru 36.3 sen per kilowatt. Hasil daripada semakan tersebut, sememangnya ini telah memberi satu tabung yang kita gunakan untuk melindungi pihak pengguna daripada kenaikan tarif khususnya bagi tahun ini misalnya. Jadi, ini adalah perubahan-perubahan antara yang telah pun berjalan di bawah transformasi misi yang saya sentuhkan tadi. Satu tadi...
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Serdang bangun.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Serdang punya belum timbul lagi.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Belum lagi? Okey, saya tunggu.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Belum timbul lagi. Yang Berhormat Bayan Baru juga telah menyentuh mengenai dengan bidaan 1MDB walaupun mengenai dengan 3D. Walaupun terdapat bidaan yang lebih rendah saya ingin menjelaskan di sini bahawa perkara itu adalah tidak betul. Bidaan yang telah dikemukakan oleh konsortium 1MDB Mitsui bagi bidaan terbuka 2,000 megawatt projek 3D telah memenuhi syarat-syarat yang telah diperuntukkan oleh Suruhanjaya Tenaga di dalam document request for proposal RTF, RAP yang bertarikh 3 April 2013 termasuk menawarkan teknologi yang terbukti.
Levelized tarif yang telah ditawar adalah 22.33 dan walaupun yang terendah tawaran bidaan adalah 25.12 sen tapi pembida tersebut tidak memenuhi sepenuh kriteria dokumen request for proposal yang telah ditetapkan bahawa loji kuasa yang ditawarkan hendaklah berasas kepada proven teknologi dan telah beroperasi secara komersial pada boiler steam condition yang dicadangkan oleh pembida. Ini pembetulan yang perlu diambil kira.
Seterusnya, ini boleh sekali gus menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan oleh mereka, juga perkara-perkara yang sama yang mengatakan bahawa kita punya surplus dan margin terlampau tinggi dan seterusnya pada masa sekarang kapasiti penjanaan terpasang di dalam sistem di Semenanjung adalah sebanyak 21,954 megawatt berbanding dengan 20,940 megawatt pada akhir tahun 2014.
Selepas Loji Janakuasa Arang Batu Janamanjung 4 mula beroperasi pada dua bulan yang lalu April 2015. Maka dengan itu, permintaan pada kadar 16,901 megawatt margin simpanan telah meningkat daripada 23.9 kepada 29.9. Jadi for a long time, dengan izin we talk about 30% margin ataupun 16% margin gangguan tadi itu tidak wujud sama sekali.
Bahkan up to dua bulan lalu ia sekadar dalam perkara 24% ataupun 23.9%.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Untuk masa hadapan bagi memenuhi pertumbuhan puncak yang diunjurkan pada kadar purata 2.7% setahun sehingga 2024 sebanyak 11,640 megawatt projek-projek penjanaan baru telah dianugerahkan untuk mula beroperasi bagi tempoh 2015 sehingga 2024 yang melibatkan kos melebihi RM42 bilion. Sebanyak 5,846 megawatt ataupun 50% daripadanya adalah berkapasiti berasaskan gas diikuti dengan 5,100 megawatt ataupun 43% berasas kepada arang batu dan 7% berkapasiti berasaskan hidroelektrik.
Dalam perbincangan yang dibangkitkan itu, saya sedia maklum dengan beberapa Ahli Yang Berhormat yang meneliti perkara ini bahawa sememangnya dari semasa ke semasa kita perlu juga import power. Walaupun dengan kapasiti dan margin yang dikatakan 24% tahun ini syukur ada sedikit sahaja yang telah kita import berbanding pada tahun yang lalu dan itu kerana ada masalah sedikit dengan power plant kita termasuk yang baru yang menggunakan konsep supercritical yang masih khususnya Janamanjung yang baru sahaja dua bulan yang lalu mula beroperasi. Memang ada sedikit hiccup untuk menghalusi beberapa perkara yang berkaitan dengan teknologi tersebut.
Apa yang terjadi pada tahun yang lalu di mana Disember 2014 itu, kita mengimport 22.36 megawatt hour tenaga daripada Thailand dan Singapore 34.47 apabila sekali gus pada perkara itu beberapa turbine di mana kita kehilangan hampir 4,000 megawatt kerana sebahagian stesen tersebut adalah wajib di dalam perkara servicing dan terjadi pula ada masalah yang berkaitan dengan moisture dan air pada waktu itu. Jadi kita sedang mengelakkan semuanya ini tetapi pada any one time ada 24%-25% margin dan seperti mana yang saya katakan dengan Janamanjung baru sahaja commencing telah meningkatkan kepada 30%.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Menteri, penjelasan.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Kita bercadang bahawa we should not be dengan izin because we are only 30%. Singapore as you know, 60% margin.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Sedikit penjelasan Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Serdang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya, saya juga sedar bahawa ada beberapa kali di mana ada power plant yang down dan oleh itu bukan sahaja tenaga mesti bayar lebih untuk menjana kuasa tapi mesti import dari luar negara.
Akan tetapi soalan saya untuk Menteri ialah apabila ini berlaku adakah IPP yang tidak boleh menjana kuasa dan menyebabkan TNB terpaksa beli dari luar negara. Adakah mereka dikenakan fine dan apakah fine ini yang telah dikenakan untuk tahun 2014 dan juga tahun 2013. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Sememangnya semua ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat penjanaan lesen yang telah pun diberi kepada sebuah syarikat penjana tersebut. So, apabila terjadi seperti begitu, mereka gagal untuk membekal sememangnya daripada terma-terma perjanjian dan memang ada accident ataupun kerana poor maintenance, dengan izin semuanya diambil kira. Saya tidak ada data secara direct berapa fine yang telah diberi pada tahun lalu dan tahun ini tapi saya boleh bekal nanti secara...
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Bertulis, jawapan bertulis. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Jawapan bertulis. Yang terakhir daripada Yang Berhormat Bayan Baru adalah berkaitan dengan perkara loji jana kuasa nuklear yang disebut dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Seperti mana yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum memang ini telah terancang sebelum ini bahawa tahun menjelang 2026, pada mulanya 2025, 10 tahun dari sekarang. Perbincangan di Dewan yang mulia ini 2-3 tahun yang lalu bahawa kerajaan di dalam pelan tindakannya bercadang untuk memperuntukkan supaya 10% daripada jumlah kapasiti, that means about dengan izin 2,000 megawatt difikirkan, dirancangkan dari segi pengeluaran nuklear. Tapi dalam perkara ini, ini masih lagi dalam peringkat sekadar
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
perancangan dan pihak kerajaan pada saat ini masih lagi dalam menghalusi pandangan- pandangan ini.
Beberapa engagement telah pun diadakan. Saya dulu sebagai Yang Berhormat Menteri Sains dan Teknologi pernah berdialog dengan Ahli-ahli Parlimen untuk memberi pandangan mengenai perkara ini. Pada keseluruhannya saya katakan tadi bahawa perjalanan dalam perkara ini amat begitu slowlah, perlahan-lahan kerana ada beberapa perkara yang perlu dihalusi. Nombor satu sememangnya ialah perundangan. Perundangan setakat ini masih lagi di dalam proses penggubalan dan perkara ini akan dibawa kepada Parlimen dan baharulah saya rasa hala tuju itu akan menjadi begitu jelas.
Sementara itu Malaysian Nuclear Power Corporation (MNPC) yang terletak di Jabatan Perdana Menteri telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kajian-kajian persediaan negara dan penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan tenaga elektrik selaras dengan garis panduan International Atomic Energy Agency (IAEA) yang sememangnya memantau semua perkembangan ataupun cadangan-cadangan loji dan seterusnya dalam bidang tenaga nuklear.
Jadi saya hanya mahu mengatakan mengenai dengan perihal enam tempat yang telah dikenal pasti. Ini masih di peringkat kajian oleh pihak konsultan dan MNPC. Belum ada laporan-laporan rasmi yang telah sampai kepada pihak kerajaan dan khususnya kepada kementerian. Ahli-ahli Yang Berhormat, seterusnya yang telah berucap kelmarin, Yang Berhormat Pokok Sena telah menyentuh perihal broadband power line yang dicadangkan dalam akta ini. Sememangnya ini sebenarnya sekadar membolehkan perkongsian pintar dari segi infrastruktur yang dapat mengurangkan kos ke hadapan dalam menyediakan infrastruktur komunikasi dan jalur lebar dalam negara dan pihak KETTHA akan berbincang lebih lanjut bersama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia demi memastikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pihak kepentingan diambil kira untuk kesejahteraan rakyat dan negara.
Saya rasa sekadar itu membolehkan mereka memikirkan dan mempertimbangkan penggunaan kita punya transmission untuk penyaluran signal untuk tujuan broadband. Jadi masih awal sekadar untuk membenarkan itu, adakah itu akan mengurangkan kos national broadband agenda dan seterusnya. Saya rasa itu nanti dibincang di peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma saya hendak dapat penjelasan kenapa kerajaan sebelum melakukan projek high speed broadband itu, tidak melihat kepada keperluan, apa yang telah pun dibawa oleh Yang Berhormat Menteri dalam pindaan ini kerana kita sudah ada satu kaedah dan teknologi. Tiba-tiba bila sudah kita laksana high speed broadband baru kita lihat bahawa ini juga boleh membantu kepada meningkatkan lagi komunikasi jalur lebar ini .
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya rasa berkenaan dengan pandangan tersebut. Namun teknologi jalur lebar yang menggunakan transmission ini ada teknologi baru juga. Saya masih lihat MIMOS, waktu saya Yang Berhormat Menteri Sains baru saja tiga tahun dulu ya bahawa ini mulai di teknologi yang terhalus mula keluar.
Jadi saya rasa pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengatakan bahawa sampai masanya dan kita tidak sempat mengubah Rang Undang-undang ini, saya katakan tadi sudah 10 tahun ia belum diubah, jadi ambil peluang kepada hari ini untuk tumpang bersamalah untuk dalam perkara ini.
Nanti Yang Berhormat Pokok Sena minat bolehlah susuli perkara ini dengan kami seterusnya dan khususnya dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat daripada Sandakan telah membangkitkan satu mengenai dengan hukuman ke atas pesalah kesalahan mencuri kabel dari kalangan pendatang tanpa izin dan bolehkah ini dicegah ataupun diambil tindakan di bawah akta yang sedia ada.
Sememangnya seperti Yang Berhormat Beruas telah membahaskan tadi penekanan kepada soal kecurian ini pada kali ini kita telah memperkasakan lagi denda-denda yang ada. Some people think dengan izin maybe it’s a bit too high but experiences all over the world, pengalaman di seluruh dunia pun apabila suatu kesalahan itu terjadi dan penalti itu adalah setimpal dengan the impact is very clear bahawa dia akan mengharukan.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tadi Yang Berhormat Beruas mengatakan kerana kuasa-kuasa yang diberi kepada pegawai-pegawai dan kemungkinan membuka ruang untuk rasuah dan seterusnya. Kita akan meneliti perkara tersebut tapi itu bukan kita rasa antara impak apabila kita pertingkatkan penalti bahawa meningkatlah rasuah dan seterusnya. Harus kecurian berkurang. Hanya saya mahu mengatakan bagi pihak Yang Berhormat Sandakan, kecurian dalam apa jenis, PTI kah, bukan PTI memang didenda di bawah akta ini. Hanya dengan PTI ini di Sabah, di Sandakan, di Tawau, sebahagian di Kota Kinabalu, mereka begitu pakar sekali dan biasanya dia ada tempat setinggan yang tidak dibenarkan untuk dibekal secara rasmi oleh pihak TNB ataupun NCSB.
Jadi kerana tempat tersebut adalah belum diwartakan sebagai satu tempat perkampungan ataupun oleh local authorities. Maka dengan keadaan tersebut, kecurian terjadilah dan mereka begitu champion untuk melakukannya. Pegawai datang buka, kita pasang radio khususnya dengan NCSB, 3-4 jam kemudian, yang macam koboi, dia pegang itu tali, dia buang sana sangkut, boleh sudah collect ambil begitu. Jadi saya rasa ini memerlukan kerjasama semua pihak, bukan saja NCSB, pihak kerajaan tempatan tapi awam untuk memberi laporan dan sama-sama kita mencegah bersama. Yang Berhormat Sandakan dulu dia punya perkara.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ya, Yang Berhormat Menteri, saya sebut tadi Yang Berhormat Menteri pun ada sedikit kefahaman bagaimana tentang PTI ini yang begitu berlaku dia punya kecurian. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Menteri sudah tahu, ini PTI yang begitulah senang dapat ini bekalan kecurian you know. Jadi saya tidak fahamlah mengapa ini tidak ada satu syarat atau undang-undang untuk menghentikan perlakuan ini. Jadi you sudah tahu, macam di Sandakan, terang-terang punya itu yang boleh nampak dawai-dawai yang illegal punya itu dapat ditarik, pikul pergi rumah-rumah setinggan sana. Tetapi mengapa ini tidak boleh berhenti, kenapa tidak boleh tangkap itu sesiapa yang curi. Ini saya tidak faham.
Pegawai yang beritahu yang lain dari Yang Berhormat Menteri sekarang yang beri jawapan. Dia bilang sebab PTI ini tidak ada dokumentasi. Kita tidak boleh hubungi dia, jadi bagaimana. Jadi hubungi saja orang tempatan. Orang tempatan yang curi itu tabur-tabur tapi ini terang-terang daylight robbing, tidak ada masalah, apa macam.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Sandakan kita sedia maklum mengenai perkara ini dan sebenarnya tindakan-tindakan sebelum ini pun diambil juga. Bukan saja kepada rakyat tempatan tetapi termasuk juga rakyat asing. Ada juga yang ditangkap dan ada juga yang telah pun dihukum di peringkat, tapi akta tidak boleh digunakan kepada mereka ini dari segi penaltinya sebab dia berstatus orang asing dan pelarian.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Akan tetapi akta-akta lain dari segi imigresen dan akta-akta lain dari segi pihak keselamatan seperti akta-akta polis boleh diambil kepada mereka. Akan tetapi saya rasa dia maklum, kita perlu perketatkan nanti.
Dari segi pengalaman di Sabah, one percent dijangka adalah about 40 milion satu tahun adalah ‘siphonage’ daripada pencurian power dan pihak kementerian mengambil perkara ini dengan serius dan kita akan berbincang dengan mereka. Saya telah cadangkan saat ini misalnya, SESB membuat yang dikata Ops Trim. Ops Trim ini mahu trimming kayu- kayuan dengan komuniti. So kita bercakap buta Ops tangkap pencurian khususnya di tempat-tempat yang setinggan dan orang asing. Jadi, memerlukan laporan daripada pihak awam dan tindakan tegas dari segi SESB khususnya di Sabah ataupun TNB dan sekali gus pada masa yang sama bersama dengan pihak keselamatan yang lain.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Penjelasan boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, sebenarnya jawapan ataupun solution kepada theft is effective enforcement, penguatkuasaan yang lebih berkesan, bukannya menaikkan lagi denda dan hukuman kerana di kawasan saya tetapi kali adalah berkenaan dengan kabel telekom. Di rumah saya, dua tahun enam kali kena curi. Saya mesti pukul 3 pagi pergi tangkap pencuri.
Masalahnya ialah ada sindiket, jadi untuk menyelesaikan masalah kecurian kabel ialah
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
keberkesanannya ialah penguatkuasaan, bukan naikkan lagi denda dan hukuman hinggakan kalau mana-mana orang ditangkap, kalaupun satu kecurian yang kecil oleh seorang yang memang perlukan wang akan didenda ataupun dihukum tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Jadi harap the right solution to the problem. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Pihak kita sedar itu Yang Berhormat Beruas ya. Akan tetapi beberapa perkara ini penting. Satu, pengawasan, kawal selia dan seterusnya penguatkuasaan itu penting tetapi dari segi tujuan seksyen yang tersebut, khususnya menambah penalti dan seterusnya. Ini adalah khususnya satu bagi industri dan satu bagi domestik sebab saya boleh katakan bahawa about 1%, satu persen adalah keciciran yang daripada pendapatan dan kalau di Semenanjung ini dikira-kira 400 juta. So ini perkara yang serius bagi TNB. So saya sedar, bukan sahaja penalti yang tinggi tetapi pada masa yang sama penguatkuasaan dan seterusnya perlu juga dipertingkatkan dan kita akan membincangkan nanti perkara ini lebih terperinci dengan pihak TNB.
Yang Berhormat Putatan, dia tiada di sini tetapi tak mengapalah Yang Berhormat, dia melaporkan bahawa ini begitu juga orang mencuri talian dan seterusnya dia katakan consider memasang kabel satu, mengurangkan yang kabel di atas dan lebih banyak kabel yang di bawah tanah. Mungkin underground cable dia katakan tadi kerana banyak termasuk sapikah, kerbau mati baru-baru ini di dekat kawasan Yang Berhormat.
Saya hanya mengatakan bahawa perkara ini sentiasa diambil oleh pihak utiliti mahupun TNB ataupun SESB tetapi hanya mengatakan bahawa kos untuk memasang kabel di bawah tanah adalah tiga kali ganda lebih tinggi. Yang Berhormat Sandakan barang kali kalau kita buat kabel di bawah tanah, itu satu mengurangkan peluang untuk kecurian tetapi dia punya kos adalah tiga kali ganda jika kabel tersebut adalah dipasang di bawah tanah dan ini masa ke semasa, pihak TNB melakukan ini ataupun SESB. Untuk makluman, saat ini underground cable bagi tahun 2014 bagi TNB keseluruhan 42.6% dan overhead kabel 47.8. Almost 50%...
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri..
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Untuk Sabah, Yang Berhormat Sandakan Sabah ialah bagi kabel talian atas ialah 45.76 dan kabel talian atas yang bertebatlah, yang covered ini, 40.7%. Di bawah tanah sekadar 6.8% di Sabah.
Mungkin 1,600 kilometer yang di bawah tanah. So di Sabah pun kita pasang juga tertakluk kepada keperluan-keperluan dalam zon tersebut, industri dan seterusnya tetapi kos keseluruhan, tiga kali lebih banyak daripada apa yang...
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Tuan Yang di-Pertua, ada satu soalan Yang Berhormat Menteri belum jawab. Yang pentingnya, itu IPP punya itu.
Sepatutnya macam sebuah IPP, dia yang ada perjanjian membeli 100 megawatt tetapi IPP sentiasa baru kasi separuh atau sebab dia punya enjin-enjin selalu rosak, adakah satu penalti kepada ini IPP atau tidak? Kalau tidak, selalu kita tidak cukup power disebabkan ini IPP selalu, sentiasa punya enjin rosak. And then it takes months to repair you know, dengan izin.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Okey Yang Berhormat Sandakan, saya sebahagian telah jawab juga itu dengan perihal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas tadi bahawa dalam lesen sudah ditetapkan mahu masuk minimum standard dan seterunya.
Apa terjadi kalau mereka tidak dapat menjana tenaga yang telah pun dipersetujui dan memang ada denda-denda tertentu dalam perkara ini. Kalau denda tidak mencukupi dia boleh batal lesen dan itulah antara sebabnya mereka kurangkan kapasiti caj kepada mereka kerana tidak menunaikan dan bagi setiap period ditentukan, kapasiti caj misalnya ini adalah boleh disemak balik oleh pihak utiliti, SESB ataupun TNB. Di Sabah ada yang ditutup sebelum semua ini kerana sudah tidak menjana tenaga seperti mana di dalam, satu adalah dari kos yang munasabah dan seperti mana jumlah penjanaan yang telah pun dipersetujui itu dia tidak dapat bekal. Kalau Yang Berhormat mahu spesifik-spesifik, nanti saya boleh bekallah. Akan tetapi memang syarat-syarat dalam lesen itu adalah tertera.
Sedikit lagi, Yang Berhormat Putatan sudah tiada ataupun selesai.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Serdang pula membangkitkan perkara satu penambahbaikan dikatakan tadi iaitu di bawah seksyen 9 semua ini, 9A, 9E, adakah bagi aktiviti pemegang lesen khususnya yang baru itu, ini akan dikenakan seperti 1MDB, SAPP dan sebagainya.
Selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 29A, sebelum pemberian sesuatu lesen kepada syarikat penjanaan, suruhanjaya bertanggungjawab memastikan bahawa syarikat tersebut memenuhi keperluan-keperluan pelesenan.
Antaranya seperti yang saya jawab dengan Yang Berhormat Sandakan tadi bahawa mempunyai pengalaman teknikal, telah menjalankan aktiviti penjanaan, mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh sepanjang tempoh operasi, memperoleh kelulusan-kelulusan daripada Kerajaan Tempatan bagi pembinaan projek Jabatan Alam Sekitar dan penilaian impak alam sekitar dan seterusnya menandatangani perjanjian pembelian tenaga PPA bersama dengan pembeli tunggal, single buyer yang mana terma- terma PPA sebut perlu kelulusan suruhanjaya, menandatangani perjanjian bekalan api khususnya gas ataupun arang dan dokumen ujian teknikal atas loji jana kuasa yang telah disemak atau ditandatangani oleh jurutera profesional dan seterunya.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini lesen-lesen awam penjanaan masih belum dikemukakan kepada syarikat 1MDB atau pun SAPP bagi projek-projek kapasiti penjanaan yang baru kerana belum memenuhi keperluan syarat-syarat pelesenan.
So, dia follow the standard dengan izin. Protokol dan standard..
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Yang Berhormat Menteri, boleh beri...
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Ya, ...
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Boleh beri status update untuk projek 3D tak kerana itu salah satu soalan yang saya kemukakan.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Ya, I was about to masuk di situ dan juga ditanya oleh dua Ahli yang lain. Mengenai dengan syarikat projek 3D yang pada mulanya dianugerahkan kepada 1MDB dengan kerjasama Mitsui 70%-30%, okay dan baru-baru ini pihak Edrah iaitu syarikat 1MDB yang telah memiliki aset-aset penjana kuasa telah mengatakan bahawa mereka tidak bersedia untuk meneruskan pembinaan tersebut dan untuk makluman, Kabinet telah bersetuju atas permintaan TNB untuk mengambil alih 30% di dalam 3B projek tersebut, okay soal tarif dan seterusnya belum lagi diputuskan tetapi tarif itu sememangnya merujuk kepada tarif asal dan apa-apa semakan adalah tertakluk kepada return to investment yang akan diambil ketetapan oleh pihak kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Yang Berhormat Menteri, yang baki 70% itu bagaimana?
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Kalau perlu masih di tangan Mitsui.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Masih di.. jadi tenaga ambil 30% atau 70%?
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Cadangan adalah 70%.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
70%.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang ekuiti 1MDB tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Menteri, pukul 1 ya. Baiklah Yang Berhormat, kita sambung Mesyuarat kita jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari.]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat.] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sila Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sekadar kali 20 minit begitu kalau tidak banyak gangguan yang dikenakan.
Sambung sedikit. Yang Berhormat Serdang telah bertanya mohon penjelasan mengenai dengan projek sekolah 50 megawatt yang dianugerahkan kepada 1MDB dan kenapa tidak dilaksanakan secara tender terbuka. Begitu juga sentuhan beliau mengenai dengan projek ini di mana pihak kementerian melalui Suruhanjaya Tenaga dalam menyemak semula kadar tarif daripada 41 sen kepada 50 sen.
Saya ingin mengatakan di sini bahawa projek ini projek perintis yang dikemukakan oleh 1MDB kepada pihak kerajaan melalui Economic Council. Apabila pihak kementerian serta pihak ST dan juga TNB meneliti permohonan tersebut, sememangnya ia permohonan yang pertama yang berskala besar. Bagi projek sekolah PV yang dianugerahkan oleh SEDA di bawah program renewable energy dan menggunakan Feed-in Tariff (FIT) sebelum ini sememangnya maksimum itu kira-kira 10 megawatt sahaja. Apabila saya menerajui kementerian ini, kita meneliti bahawa banyak mereka yang mendapati lima, sepuluh itu melebihi 60% atau 70% lewat, macam-macam alasan lah, tidak mahu lah, bertukar lah, shareholders bergaduhlah. Jadi kita tetapkan waktu itu untuk FIT maksimum 1Mg, you prove us 1Mg, you can come back again. Inilah perintis yang 1MDB itu di mana 50 yang dianugerahkan oleh mereka dan setakat ini belum lagi dilaksanakan kerana ada masalah tanah. Akan tetapi saya difahamkan peringkat terakhir ini bahawa tanah telah diperoleh dan dengan harapan bahawa dalam beberapa bulan ini projek ini boleh berjalan. Untuk makluman it is not easy to get land, 1 megawatt untuk unit minimum empat ekar. So, 50 megawatt, 200 ekar dalam kos tanah di perbandaran yang besar atau pun pekan besar bukan senang dapat tempat.
Lagipun pihak 1MDB, pihak Tenaga Nasional lebih suka supaya jangan konsentrasi intermittent power generators ini dalam sebuah tempat, mereka meragui mengenai kestabilan kepada grid.
Jadi cadangan di peringkat kementerian setelah rundingan dengan ST dan juga TNB ialah lebih dengan izin, maybe we spread it out, 10, 20 di satu tempat dan lain-lain tempat memerlukan local injection khususnya kerana ia intermittent power lima jam lebih, empat jam lebih dan malam itu you have to replace the power.
Jadi itulah antara yang dihadapi mereka. Jadi sehingga kini projek ini masih lagi tertunda kerana terdapat syarat di bawah perjanjian pembelian tenaga iaitu perjanjian hak milik tapak projek masih belum dimateraikan antara syarikat Indra Solar dan Darulaman Realty di Darul Aman.
Mengenai dengan tarif ini, saya ingin katakan di sini bahawa semakan tarif daripada 41 sen satu kilowatt hour kepada 50 itu bukan sekadar untuk 1MDB. Ini adalah rayuan daripada pihak swasta keseluruhan bahawa tarif yang diberi iaitu 41 sen kepada 1MDB itu sekadar boleh breakeven price dan pihak swasta meminta pihak ST untuk menyemak semula dan kita telah melakukan itu untuk meletakkan barangkali return to investment atau IRR about kira-kira 9% sampai 11%, tertakluk kepada tanah.
Akan tetapi kos tinggi itu, lain tempat lain lebih mahal. Kami berpendapat bahawa tarif 48 sen sampai 50 sen itu tertakluk kepada tempat adalah munasabah. Ertinya ia kira- kira USD0.14 dan ini comparable dengan tempat-tempat lain walaupun teknologi dari China mengatakan bahawa they can do it cheaper than that and make money, dengan izin. Akan tetapi satu pun lain daripada di bawah kawalan FIT kerana tidak ada yang mampu timbul untuk membuat cadangan dengan purata tarif 41 sen.
Tarif ini adalah untuk industri keseluruhan sekadar bukan untuk 1MDB tetapi memang banyak yang menunggu kalau ada semakan untuk 1MDB punya, itu akan menjadi asas untuk pertimbangan bagi semua pemohon yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Serdang bangun.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Serdang, cukup jelas sudah.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Saya rasa tidak begitu jelas lah Yang Berhormat Menteri kerana apabila Menteri kata ini permohonan pihak swasta bukan sahaja pihak 1MDB. Saya hendak minta penjelasan daripada Menteri, pihak swasta ini pihak mana kerana seperti mana yang saya tahu, seperti mana Menteri yang cakap tadi, 50 megawatt solar farm ini projek perintis. Ini projek yang pertama berskala besar. Projek ini bukan di bawah FIT, bukan di bawah SEDA, ini adalah separate negotiation, dengan di mana Tenaga dan juga 1MDB telah membuat nego dan selepas itu saya rasa ST pun ada sedikit say in this matter dengan izin.
Jadi saya hendak tanya penjelasan daripada Menteri, apa selain daripada 1MDB mana pihak swasta dan jikalau mereka hendak dapatkan FIT rate 50 sen ini, adakah ini bermaksud ada lagi solar farm skala besar 50 megawatt ke atas yang akan dilaksanakan dan didirikan. Adakah ia akan diberikan secara open tender.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Ini kerana saya hendak memberitahu Yang Berhormat Menteri dan juga memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, sekarang di bawah FIT, untuk 10 megawatt dan below 30 megawatt, maksimum rate RM0.4896 or 48.96 cents ataupun 49 sen.
So under Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA), the FIT rate for the maximum 10 megawatt to 30 megawatt is 49 cents. Jikalau ada solar farm yang lebih besar, 50 megawatt, there definitely will be economies of scale.
Apabila kos menjana kuasa elektrik solar ini lebih rendah, kenapa 50 sen ini wajar diberikan kepada 1MDB dan juga pihak swasta. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Serdang, sememangnya rate ini, kadar ini tak boleh dibandingkan dengan rate yang di bawah SEDA.
Oleh sebab SEDA itu- memang lah FIT subsidized rate, saat ini bagi 1 megawatt pun antara kira-kira RM1.00 satu kilowatt-hour. Jadi tidak boleh dibandingkan.
Memang mereka yang telah memperoleh 10 megawatt sebelum ini yang saya katakan. Tidak lagi kita tawar begitu banyak kerana we want to spread out to small entrepreneurs. So, masih 1 megawatt kepada mereka. Ada juga yang memperoleh RM1.00 pada waktu itu.
Jadi untuk saat ini, pihak Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) peringkat nasional yang dipengerusikan oleh Menteri KeTTHA. Kita akan bermesyuarat pada bulan depan sebenarnya dan kita sedang berfikir untuk menentukan kuota-kuota tertentu setiap tahun untuk renewable PV ini.
Seterusnya selepas itu kita boleh tentukan beberapa kuota yang TNB sanggup beri untuk setiap tahun. Maybe, dengan izin, we can consider competitive bidding for those jumlah.
Akan tetapi saat ini memang banyak yang berminat. Tidak kurang lapan di meja Kementerian yang memohon 10 megawatt, 15 megawatt, 20 megawatt. Ada sebahagian bekerjasama dengan TNB, anak syarikat TNB. Ada yang memang bebas, kerjasama dengan suppliers, pembekal dari China dan memohon rate yang melebihi apa yang telah diberi kepada 1MDB pada asalnya. Ada yang meminta 52 sen, 55 sen. Akan tetapi dengan ketetapan yang baru itu, apa-apa kelulusan adalah dalam bentuk kadar yang saya katakan tadi, 48 sen sampai 50 sen. Converting to about 9 IRR sampai 11 IRR, Project IRR and Equity IRR combined. Itu akan menjadi satu guideline utk semua permohonan yang akan datang.
Memang di bawah FIT, pada saat ini Kementerian telah menetapkan tiada permohonan FIT untuk PV Solar melebihi 1 megawatt kerana kita inginkan supaya lebih banyak small entrepreneurs, usahawan yang mengambil bahagian daripada menentukan skala besar peringkat utiliti ini. Akan tetapi, dasar sedang diperbincangkan. Nanti lebih jelas dalam dua bulan ini, beberapa jumlah kuota megawatt untuk renewable solar PV peringkat utiliti. Kita akan fikirkan competitive bidding ataupun anybody within best price or below 48 cents. Kalau ada yang sanggup sebelum 48 sen lah.
Okey Yang Berhormat Serdang, nanti kita boleh bincang dekat kedai kopi sana kalau minat betul-betul atau Yang Berhormat Serdang mempunyai kelayakan untuk renewable energy ini.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Yang Berhormat Menteri, ini bukan perbincangan kedai kopi. Saya rasa ada banyak Ahli Parlimen juga hendak tahu..
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Itu secara ringan lah, di belakang sana. Ini kerana maklumat terperinci nanti saya boleh bekalkan. Barangkali kami pun boleh bantu bagaimana rancangannya.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Yang Berhormat Menteri, boleh beri sedikit penjelasan sahaja tentang projek 1MDB ini. Ini kerana, sepertimana Yang Berhormat Menteri kata tadi, projek 1MDB - projek 3B ini telah diberikan kepada Tenaga oleh sebab salah satu sebab ialah 1MDB tak ada kemampuan daripada segi kewangan.
Jadi saya hendak tanya sekarang, adakah isu yang sama akan berlaku kepada projek 50-Megawatt Solar Farm ini, di mana semua kelayakan dan juga tarif yang memang baik telah diberikan kepada 1MDB, selepas itu mereka jual kepada pihak yang lain dengan alasan kata, “Sekarang saya tak ada wang, tak boleh pinjam wang dari market. Selepas itu saya akan jual kepada pihak yang lain dan dapatkan keuntungan yang besar”. Sila.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Itu baru speculation, dengan izin Yang Berhormat. Jadi belum timbul perkara itu. Dalam perkara ini, jika itu timbul nanti, pihak Kementerian akan meneliti. Ini kerana 50 megawatt sebenarnya itu tidak juga besar.
Jadi kita menunggu laporan daripada mereka untuk mengemukakan fakta-fakta yang betul sebelum wrap up.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Yang Berhormat Menteri, walaupun 50-Megawatt bukan besar, tetapi mengikut pengetahuan saya, 1 megawatt lebih kurang RM8 million to RM9 million, something like that. So if it’s 50-Megawatt, you are talking about almost half-a- billion ringgit. Itu bukan jumlah yang kecil, RM500 juta. Jikalau 1MDB memang menghadapi masalah kewangan, saya rasa RM500 million they also may not be able to borrow. Jadi ini bukan spekulasi. Ini memang satu perkara yang sedang dihadapi oleh 1MDB. Ini bukan spekulasi saya.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Akan tetapi, perkara itu belum timbul lagi. Jadi itulah saya katakan, saya hanya boleh beri penjelasan jika perkara mereka telah- akan tetapi setakat ini..
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Berilah business plan. Di bawah seksyen 9A...
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Setakat ini, mereka belum memohon lagi. Belum tentu jadi lagi.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Di bawah seksyen 9A, ada business plan kan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Seorang, seorang.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Ada business plan kan, di bawah seksyen 9A?
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Setiap permohonan mesti ada business plan.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh paparkan business plan supaya semua Ahli Parlimen boleh meneliti dengan lebih terperinci lagi.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Akan tetapi, itu private sector punya proposal. Jadi, mana boleh kita beri paparan begitu sahaja. Nanti cari geng- geng sana, minta lah. DAP selalu dapat maklumat daripada mereka...
[Ketawa] [Dewan riuh] Okey. Terima kasih Yang Berhormat dari Serdang kerana saya menghargai apa yang telah pun disampaikan.
Yang Berhormat Kapar, yang mengatakan mengenai dengan seksyen 44C ini yang membolehkan Suruhanjaya Tenaga untuk menubuhkan Wang Kumpulan Industri Elektrik.
Selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 44C ini, Suruhanjaya bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus Kumpulan Wang Industri Elektrik dengan membuka akaun secara berasingan untuk kegunaan berkaitan dengan industri bekalan elektrik khususnya dalam mengimbangi impak semasa ulang kaji tarif.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Contohnya, bila terdapat kenaikan kos bahan api yang mendadak. Impak atas tarif elektrik boleh diimbangi dengan adanya kumpulan wang tersebut khususnya bagi mereka di lifeline kategori tarif di bawah 300. Jika Kerajaan berpandangan bahawa mereka ini harus dilindungi daripada kenaikan melalui Imbalance Cost Pass Through (ICPT), maka kerajaan boleh menggunakan wang tersebut untuk tujuan sepertimana yang saya maksudkan tadi.
Proses penggunaan wang ini akan ditadbir urus selaras dengan prosedur kerajaan yang berkaitan. Misalnya, yang disentuh oleh Yang Berhormat Kapar, apa jenis pelaburan dan seterusnya. Seperti dalam peruntukan dalam seksyen 44C ini, proses penggunaan Kumpulan Wang tersebut akan ditadbir urus selaras dengan prosedur kerajaan.
Bagi mendapat pulangan daripada kumpulan wang tersebut, pelaburan akan dibuat secara hemah sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan. So it’s a, dengan izin, standard trust fund that kita hendak tubuh, untuk tujuan melindungi impak tarif khususnya bagi mereka di lifeline band. Supaya does not have to come from the government directly daripada segi subsidi, dan seterusnya konsisten dengan dasar merealisasikan subsidi di negara kita.
Seterusnya Yang Berhormat Jasin, mengatakan perkhidmatan TNB perlu dipertingkatkan dengan System Average Interruption Duration Index (SAIDI) di bandar- bandar utama di Malaysia. Saya ingin mengatakan di sini bahawa prestasi bekalan elektrik setakat Jun tahun ini, diukur daripada segi jumlah SAIDI telah bertambah baik berbanding dengan tahun 2014.
Indeks SAIDI bagi keseluruhan Semenanjung Malaysia tahunan, kalau saat ini diannualized ialah 48.46 minit penggunaan tahun berbanding dengan 56.65 minit penggunaan tahun bagi tahun 2014.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Berdasarkan kepada maklumat pencapaian tahun lalu, KPI Menteri daripada segi menurunkan SAIDI di Sabah dan di Semenanjung telah pun dikeluarkan daripada KPI Menteri. Ini kerana pencapaian yang sememangnya begitu baik, walaupun masih ada ruang untuk terus menurunkan. Manakala bagi bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, 29.64 annualized minute pengguna setahun dan Putrajaya 0.37 kalau diannualized pada saat ini minit pengguna satu tahun. Jadi, ini mencerminkan saya rasa prestasi yang begitu baik walaupun kita tidak harus berpuas hati dengan itu.
Bagi negeri Sabah, prestasi bekalan telah pun bertambah baik juga dengan peningkatan di peringkat penjanaan. Setiap hari saat ini antara 180 sampai 250 margin.
Giving us a margin about 12% bertambah berbanding dengan tahun-tahun yang lalu. Jadi kita berharap, SAIDI di negeri Sabah akan juga berkurangan. Jika penjanaan sudah meningkat, saya melihat cabaran ialah daripada transmission dan khususnya daripada segi pengagihan, distribution yang mana masa itu 70% kabel-kabel di Sabah ini dalam bentuk unbundle, bukan ABC ini, aerial bundled cables. Ini antara sasaran kita untuk menurunkan SAIDI di negeri Sabah.
Setakat ini, Sabah sehingga tahun 2015 ialah 403 minit satu pengguna setahun annualized berbanding dengan 777 pada tahun lalu. Tahun lalu amat sedih, the year before kita capai peratus kira-kira 380 pada dua tahun lalu. Tahun yang lalu pula yang meningkat kerana ada state wide blackout yang menggunakan 250 daripada SAIDI, so menjadi 777.
Akan tetapi bagi tahun ini kita berharap di bawah 450, mudah-mudahan.
Yang Berhormat Jasin juga telah mengatakan isu keselamatan elektrik perlu diadakan dan perlu diberi tumpuan dan taklimat di sekolah-sekolah dengan lebih banyak lagi dan lebih kerap lagi. Saya ingin katakan di sini bahawa ini program berterusan oleh pihak kementerian dan pihak Suruhanjaya Tenaga dan seterusnya TNB dan agensi-agensi lain dalam kementerian untuk mempromosikan hal-hal percekapan tenaga kepada murid- murid sekolah, suri-suri rumah, persatuan-persatuan, pekerja-pekerja industri dan seterusnya.
Saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat pun boleh juga mengambil bahagian dalam program-program seperti ini yang mana memupuk semangat tidak memboros tenaga dan lain perkara keselamatan elektrik. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat berminat untuk mengadakan program bersama dengan TNB ataupun kementerian, kita bersedia untuk membincangkan perkara tersebut.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Jasin telah menyentuh mengenai dengan bayaran GST 6% yang tidak dikenakan kepada kategori lain kerana yang diberi pada saat ini adalah bagi 300 kilowatt lightband itu ke bawah tidak dikenakan GST. Perkara seumpama ini sepatutnya ini perkara di bawah pihak Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam. Pihak kita telah berbincang dengan mereka, rayuan sebelum ini, tetapi apa yang telah diputuskan adalah hanya di bawah 300 ke bawah sahaja yang tidak dikenakan GST.
Begitu juga pandangan mengenai dengan Imbalance Cost Pass Through (ICPT) yang saya katakan tadi, teras pandangan itu bukan di bawah seksyen tertentu akan cuba membantu supaya Imbalance Cost Pass Through (ICPT) pada masa akan datang itu dapat diselamatkan dan tidak disampaikan kepada mereka yang dalam lightband yang seperti sekarang ini. Jadi, saya rasa itu perkara-perkara...
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Ada dua Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Beruas, banyak perkara yang dibangkitkan tetapi saya telah jawab juga apabila saya telah membentang jawapan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bercakap dari semalam lagi. Mengenai dengan seksyen 37...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Serdang Yang Berhormat.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Ada dua isu, belum lagi jawab soalan saya tentang net metering satu. Kedua ialah projek 1MDB untuk power plant yang akan decommission dalam tahun 2021. Itu dua soalan yang belum jawab.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Itu saya sudah jawab sebab earlier yang power plant semua itu, termasuk SIPP yang dikatakan tadi adalah tertakluk dengan syarat-syarat yang baru semua ini. Memang mereka akan tertakluk, bahkan syarat- syarat yang telah disenaraikan sebelum ini akan ditambahkan lagi. Saya telah baca syarat- syarat...
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Isu the net metering?
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Net metering, kita akan bawa kepada mesyuarat akan datang. Sebenarnya net metering sudah dalam peringkat percubaan. Hanya kita perlu buat sebuah dasar mengenai perkara ini sebab ada memang status sekarang ada keraguan sedikit daripada segi TNB dan utiliti yang lain itu. Berapa banyak nanti, optimal amount sebab semua ingin menjadi penjana tenaga. Memang konsepnya bagus, hanya kita perlu daripada segi dasar memperhalusnya dan juga beberapa jumlah megawatt yang harus kita tentukan setiap tahun katakan.
Ini kerana kalau semua mahu menjadi penjana tenaga dengan konsep memasang solar PD di atas rumah, net metering you jual dan malam you pakai, nett you bayar sahaja.
Konsepnya bagus, hanya peraturan-peraturan. Saya berharap dalam dua bulan ini, dasar dan juga peraturan-peraturan dapat kita kemas kini. Kementerian begitu terbuka terhadap perkara ini, tertakluk kepada pandangan-pandangan utiliti yang mengatakan bahawa we may need to go slowly, dengan izin, because memang banyak yang ingin melakukan ini, mengambil bahagian.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang berhormat Kapar, I think sudah jawab tadi. Nanti ada lagi rang undang-undang selepas saya.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Bukan yang itu, yang pemotongan bil elektrik yang saya tanya...
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Nanti saya jawab sekali dengan Yang Berhormat Beruas. Ada dua lagi Yang Berhormat dan saya akan selesai.
Seterusnya penambahbaikan di seksyen 37(1) itu adalah pada saat ini, pemotongan dengan notis not less than 24 hours. Pada saat ini, kita pertambahkan pada kali ini supaya 48 jam yang diperlukan untuk notis. Sekali gus dengan seksyen, dia perlu juga melaporkan kepada ST apa-apa cadangan untuk memotong. TNB mesti mengemukakan juga notis dan maklumat-maklumat tempat dan jam di mana tempat itu akan dilakukan.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Jadi, ini adalah safety tambahan kepada pihak pengguna. Kami rasa ini lebih adil.
Juga di bawah seksyen 23, berkaitan juga dengan seksyen 36 di mana pihak ST boleh menjadi pengadil di tengah-tengah untuk mendengar aduan kedua pihak dan jika perlu, menubuhkan sebuah Jawatankuasa untuk meneliti aduan kedua supaya rundingan boleh diadakan sebelum sebagai muktamad, sebagai langkah terakhir pergi ke mahkamah. Jadi, ini penambahbaikan yang telah dimasukkan dalam akta ini.
Yang Berhormat Beruas juga telah membincangkan mengenai dengan seksyen 37 yang sama, yang saya katakan tadi. Jadi, apa yang dimaksudkan di sini adalah sebagai penambahbaikan, pihak utiliti perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Tenaga dan Suruhanjaya Tenaga boleh memutuskan perkara ini. Jika didapati perkara ini tiada kesalahan yang telah dilakukan, maka pihak ST boleh mengarah supaya bekalan elektrik disambung semula kepada pengguna tertentu.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Pihak Yang Berhormat Beruas juga telah menyentuh mengenai dengan meter yang...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kejap. Boleh perjelaskan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang saya nak dapat penjelasan Suruhanjaya Tenaga ini atas asas apakah mereka boleh putuskan sama ada kecurian atau tampering telah berlaku? Ini kerana kalau pada hemat saya, mereka akan rujuk balik kepada TNB yang merupakan pengadu, yang merupakan penyiasat. Tentulah kalau TNB sudah buat keputusan, mereka akan bagi keputusan yang telah dibuat ataupun investigation yang telah dibuat oleh mereka dan yang saya takut ialah pegawai TNB yang salah guna kuasa.
Jadi kalau atas asas, apakah yang independently for the Suruhanjaya Tenaga ini untuk mengesahkan adakah dari cari lain tidak untuk mengesahkan sama ada apa yang dikemukakan oleh pegawai TNB itu sah atau tidak sah.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Menteri, satu lagi.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya jawab dulu itu. Yang Berhormat tidak berucap awal tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Beruas.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Ini baru Yang Berhormat Beruas. Belakang Yang Berhormat Beruas. Tidak apa. Saya rasa seperti yang saya katakan tadi, jika perlu, pihak suruhanjaya boleh menubuhkan jawatankuasa siasatan dengan rundingan. Di situ saya rasa pihak jawatankuasa apabila kita telah perkemaskini fungsi dan terma rujukan tersebut, boleh memanggil pihak-pihak independent parties daripada segi mengkaji data-data yang di bekal itu melalui profesional ataupun electrician ataupun SIRIM ataupun pihak di peringkat konsultan di universiti sebagai rujukan untuk memberi third party opinion kepada data-data.
ST tidak semestinya terikat dengan apa sahaja yang diberi oleh TNB.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Menteri, cadangan saya boleh diterima tidak? Kalau sebelum dilaksanakan satu kita kata tindakan untuk yang mana-mana kes yang disyaki ada kecurian, saya mohon supaya pegawai TNB dan pegawai daripada Suruhanjaya Tenaga datang bersama dan diminta mesti dalam kehadiran seorang penghuni rumah itu ataupun pengguna itu, atau wakilnya sekurang-kurangnya there are three independent parties yang hadir dan dibuka semua meter ataupun apa-apa rekod equipment yang dikatakan tampered, ambil di depan ketiga-tiga sekurang-kurangnya there is a semblance of fairness yang tidak biased.
Ini kerana undang-undang sekarang ini berat sebelah kerana TNB ada kuasa mutlak untuk potong tanpa perlunya bawa ke mahkamah menunjukkan seseorang itu bersalah ataupun beliaulah yang we call yang buat tampering. Ini kerana tampering boleh
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
dibuat oleh siapa-siapa, boleh dibuat oleh competitor ataupun sesiapa yang iri hati ataupun lain-lain keadaan di mana *tampering we need not proof who is the culprit who tampered.
So, it’s open to a lot of abuses.
So,* cadangan saya kalau boleh Yang Berhormat Menteri terima, when you want to do enforcement, get three parties to be present that I think would be fairer. Thank you.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Nanti pihak kementerian berbincang daripada segi tatacaranya itu dan mengambil kira pandangan Yang Berhormat inilah. Sememangnya pihak kementerian sedia maklum ada kes-kes tertentu seperti yang saya sebut yang dibawa kepada rayuan peringkat kita dan itulah antara arahan yang saya telah beri kepada ST ialah menubuhkan satu tribunal seperti jawatankuasa supaya semua ini boleh di bincang sebelum pun kedua-dua berhabis-habis di mahkamah.
See, sometimes ada laporan bahawa yang membuat, mengganggu meter itu adalah kerana ada pemilik baru. Apabila diterjemah, mereka tukar technicians dan mengatakan technician itulah yang pergi buat itu tanpa pengetahuan pengurusan. Begitu aduan lah.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya tengok ada tidak banyak tetapi ada kes-kes seperti ini yang memerlukan lebih terbuka dan lebih bebas siasatan sebelum ke peringkat mahkamah. Jadi isu tribunal jawatankuasa ini, Yang Berhormat boleh menghantar cadangan-cadangan tertentu kerana kita akan tentukan tatacara dan seterusnya. Terima kasih.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Menteri sedikit.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Kuala Nerus...
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Tentang pemotongan tadi.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat sudah jawab tadi.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Belum, sedikit lagi.
Isu pemotongan elektrik ini Yang Berhormat Menteri. Isunya kalau sekiranya seorang pelanggan mempunyai tunggakan dan dipotong bekalannya sehari ke-dua hari pun dia sudah boleh dapatkan, dia akan bayar dan akan dapatkan balik bekalan tadi sebab dia perlukan bekalan tersebut. Akan tetapi, bila dipotong terus dalam keadaan tuan rumah tidak tahu, mungkin dia musafir keluar sebulan, bila balik tengok tidak ada elektrik, dan bila nak sambung tengok semua sudah cabut semua sudah.
Jadi bila cabut semua kena mohon baru semula. Jadi saya rasa peraturan seumpama ini yang menyebabkan dan menyusahkan para pelanggan sedangkan mereka tidak ada alternatif langsung melainkan TNB sahaja. Maka, sepatut diberi satu remind yang lebih jelas, tempoh yang lebih panjang untuk mereka bayar dan tidak perlu dipotong dan perlu permohonan baru dengan kos yang lebih tinggi sehingga menjangkau RM2,000 hingga RM3,000 kos untuk memasang semula. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Ya, perkara-perkara seperti itu akan diambil kira seperti mana saya katakan sebelum ini memang mereka beri billing, amaran dan amaran terakhir dan selepas itu notis 24 jam. Jadi sekarang kita lakukan notis 48 jam dan pihak TNB mesti membekal kepada ST maklumat-maklumat terperinci dan kes- kes kenapa perlu dipotong tempatnya dan begitu dan itulah earlier Yang Berhormat Bukit Katil mengatakan tiba-tiba malam kena potong.
Seterusnya memang kerja-kerja sebahagian ini dioutsource oleh pihak TNB kerana internal manpower pun tidak cukup untuk technician melakukan. Jadi itu biasa.
Dengan adanya peraturan baru ini memberi notis kepada satu iaitu 48 jam. Kedua, pihak TNB mesti memberi maklumat terperinci kepada ST sebelum pun dibenarkan. Jadi ada ruang untuk mengambil ataupun ...
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Menteri. Satu lagi. Isunya berlaku pada saya sendiri. Saya ada dua buah rumah di tempat saya.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Dua buah rumah kah atau dua buah rumah tangga?
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya ada dua buah rumah, jadi ada rumah yang saya tidak balik. Bila kita balik tengok, rumah sudah kena potong, bila saya memasang semula, sampai minggu ini sudah satu bulan masih belum lagi boleh dapat bekalan elektrik. Sebulan rumah dibayar sewanya sebulan, tidak boleh masuk rumah. Ini kesan kepada saya sendiri. Kalau rakyat macam mana? Cuma saya tidak hendak buat aduan lah, saya sebut di sini sahaja.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Okey, kes-kes seperti ini kita ambil catatan aduan. Dulu difahamkan kenapa dipotong tengah malam kerana kalau siang tidak dibenarkan masuk. Tidak dibenarkan dalam premis dan seterusnya. Akan tetapi sekarang lebih transparent, lebih teratur. Saya yakin bahawa ini akan menambah baik keadaan dan kalau tidak mencukupi nanti kita tengok apa lagi regulation yang perlu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar bangun Yang Berhormat.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Menteri saya nak sambung sedikit.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Kapar?
Sudah Yang Berhormat Kapar. Sudah Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Sambung itu Menteri, sambung itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, berapa biji rumahkah Yang Berhormat?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Saya satu sahaja. Setia.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Kapar banyak ini. Di Kapar lagi.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Menteri...
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Okey, last one. Saya mahu tutup sudah.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Last one. Baik minta dua-dua sekalilah. Yang pertama adalah tentang outsource ini. Mereka ini datang ke rumah kadang- kadang kata hendak check sebab meter rosak dan sebagainya, masuk dalam cabut meter.
Saya pun mangsa itu. Sampai mak saya pengsan dulu. Saya buat laporan kepada TNB, mereka datang rumah saya minta maaf dan sebagainya.
So, benda ini di Kapar sekarang setelah saya jadi Ahli Parlimen pun ada aduan yang sama. Outsourcenya okey, saya faham kekurangan pekerja dan sebagainya. Akan tetapi, kaedah yang mereka buat. Saya difahamkan ada komisen kalau bawa meter itu balik. Saya tidak tahu lah. So macam mana yang itu.
Kedua, tadi saya ada tanya sektor korporat ini yang ada tunggakan sampai RM100,000 tetapi tindakan hendak potong itu tak diambil. Akan tetapi, macam di kawasan Kapar yang tadi baru saya berjumpa dengan Yang Berhormat Subang pun mengatakan benda yang sama. Rumah-rumah yang Projek Perumahan Rakyat (PPR) ini memang selalu kena potong. Mereka orang-orang yang paling miskin di Malaysia- di Kapar, di Subang dan saya rasa di tempat-tempat lain pun sama. Akan tetapi, rumah macam itu kita kena potong tetapi yang sektor-sektor korporat ini kita ada levy pula, ada leeway. Kita bagi dia ruang. So, saya menuntut penjelasanlah daripada Menteri. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Kapar, saya rasa laporan itu kita ambil perhatian. Akan tetapi, dengan adanya perubahan kepada seksyen-seksyen tertentu ST akan memastikan dia satisfied puas hati dengan alasan untuk memotong barulah dibenarkan untuk memotong.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Mengenai dengan kompleks tadi itu tidak ada pilih kasih kecil atau besar asal berhutang dan sudah diberi amaran dan diberi notis semua kena hanya kompleks ini ada kompleks sedikit kerana banyak pengguna. Banyak pengguna dan apabila billing systemnya itu adalah sekadar satu atau dua dan ditutup satu shopping complex perlu ditutup akibat daripada masyarakat dan seterusnya yang luas jadi TNB sedang membuat dan ST membuat supaya beberapa peraturan supaya disegregasikan.
Apabila banyak pengguna dalam sebuah tempat itu bahawa metering system suruh kita boleh potong mana-mana sahaja bahagian di dalam kompleks ini yang sedang difikirkan tetapi betul ada pengalaman seperti begitu oleh sebab impak pemotongan satu itu barangkali ratusan pengguna ada di dalam sebuah kompleks. Jadi ini antara yang sedang kita perbaiki.
Baik, Yang Berhormat Bukit Katil tetapi dia tiada di sini sudah. Dia membangkitkan perkara tidak ada kenaikan pada enam bulan pertama dan mengikut prinsip ICPT memang kajian hujung bulan ini untuk tujuan enam bulan yang akan datang. Kita masih dalam proses tersebut tetapi jaminan telah kita keluarkan bahawa bagi tahun ini ertinya bagi Julai sampailah ke bulan Disember ini, pihak kerajaan kerana Kerajaan Barisan Nasional begitu prihatin dengan keadaan supaya tidak ada kenaikan untuk dari mid of the year. Okey tidak ada kenaikan saya beri jaminan dalam perkara tersebut jika ada kenaikan mengikut ICPT punya estimation maka kerajaan akan terpaksa tanggung dan kalau ada kes untuk penurunan maybe there even be penurunan tetapi tetap tidak ada kenaikan kalau ada perlu mengikut prinsip ICPT ini akan ditanggung oleh kerajaan. So, saya rasa Tuan Yang di-Pertua, sekadar ini ulasan saya kepada semua lebih 11 yang telah membahas serta juga gangguan-gangguan yang telah diberi dan saya menghargai input dan kita mengambil perhatian. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 42** diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang
di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh seksyen 11, subseksyen 2, Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut Bil. ST.51, ST.69, ST.70, ST.71 dan ST.72 tahun 2015 disahkan”.
(i) Perintah Kastam Duti Anti Lambakan Sementara nombor dua 2014.
PUA 302/2014 bertarikh 13 November 2014. Kertas Statut Bilangan ST.51. Perintah ini diwartakan bertujuan untuk mengenakan duti anti lambakan sementara ke atas polyethylene terephthalate (PET) yang diimport dari Negara China, Indonesia dan Korea pada kadar 2.87% hingga 20.09% bagi tempoh selama 120 hari mulai 14 hari bulan November 2014 hingga 13 hari bulan Mac 2015. Sementara menunggu hasil siasatan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sama ada lambakan PET yang berasal daripada negara terlibat benar-benar mendatangkan kemudaratan material kepada pengeluar tempatan.
(ii) Perintah Kastam Duti Anti Lambakan nombor 2, 2015 PUA 45/2015 bertarikh 13 Mac 2015 Kertas Statut Bilangan ST.69. Perintah ini diwartakan bertujuan untuk mengenakan duti anti lambakan secara muktamad ke atas polyethylene terephthalate (PET) yang diimport dari Negara China, Indonesia dan Korea pada kadar nil hingga 14.91%. MITI menjalankan kajian dan mendapati bahawa kemasukan PET dari negara-negara terlibat telah mendatangkan kemudaratan material kepada pengeluar PET tempatan. Oleh itu penggunaan duti anti lambakan muktamad ini adalah untuk melindungi industri tempatan yang terbukti terjejas. Pengenaan duti ini adalah selaras dengan peraturan di bawah Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993 dan berkuat kuasa selama 5 tahun mulai 14 Mac 2015 hingga 13 Mac 2020.
(iii) Perintah duti kastam barang-barang di bawah rangka kerja bersama ekonomi komprehensif antara ASEAN dan China. Tatanama tarikh berharmonis ASEAN dan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN
(Pindaan) 2015 PUA 44 yang diwartakan pada 19/2015. Kertas Statut Bilangan ST.70. Pindaan di bawah perintah ini merupakan consequential amendment, dengan izin, pada Perintah Duti Kastam Barang-barang Berasal dari Negeri-negeri ASEAN tatanama tarif berharmonis ASEAN perjanjian perdagangan barangan ASEAN pindaan 2015. Ini kerana perjanjian rangka kerja komprehensif antara ASEAN dan China telah menggunakan kod tarif 10 digit versi HS 2012 ASEAN Harmonized Tariff Nomenclature.
(iv) Perintah Duti Kastam Pindaan 2015 PUA 39 yang diwartakan pada 5 Mac 2015. Kertas Statut Bilangan ST.71. Perintah ini bertujuan untuk mengurangkan kadar duti import ke atas 177 baris kod tarikh produk kepingan besi keluli daripada 20% kepada 15% yang telah berkuat kuasa mulai 10 Mac 2015. Keputusan ini dibuat bagi membantu syarikat tempatan yang menggunakan produk berkenaan dalam pengeluaran mereka untuk mengurangkan kos perniagaan di samping meningkatkan daya saing syarikat prasarana antarabangsa.
Langkah ini juga dilaksanakan bagi menghadapi proses liberalisasi perdagangan secara berperingkat dan terancang.
di-Pertua, saya mohon mencadangkan
(v) Perintah Duti Kastam Barang-barang Berasal dari Negara-negara ASEAN tatanama tarikh berharmonis ASEAN dan Perjanjian Perdagangan ASEAN pindaan 2015 PUA 43 yang diwartakan pada 19 Mac 2015. Kertas status bilangan ST.72. Perintah ini dipinda kerana terdapat pindaan jadual pertama berhubung NX 3, Product Specific Roles (PSR) dan pindaan Jadual Kedua melibatkan penambahan kod tarif pindaan Jadual Pertama berhubung NX 3 PSR dibuat kerana transposisi mengikut versi kod tarif HS 2012.
Pertambahan baris kod tarif dalam chapter yang dikenal pasti bertujuan mengatasi isu pertindihan kod tarif bagi membolehkan transposisi buku-buku Perjanjian Perdagangan Bebas FTA versi kod tarif HS 2007 dengan 9 digit kod tarif kepada versi tarif HS 2012 HTN dengan 10 digit kod tarif. Selain itu pindaan ke atas perintah ini juga merupakan pindaan susulan consequential bagi menurunkan duti import ke atas produk kepingan besi keluli iaitu sama seperti dalam Perintah Duti Kastam Pindaan 2015. Ia bertujuan untuk memberi layanan yang sama bagi pengimportan daripada negara ASEAN.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.
[Tiada perbahasan]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 2 yang telah dibentangkan sebagai kertas Statut bilangan ST51, ST69, ST70, ST71 dan ST72 tahun 2015 disahkan hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang Penerbangan Awam (Pindaan) 2015 untuk dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Parlimen dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 telah meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 untuk menubuhkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia sebagai badan kawal selia ekonomi industri penerbangan awam negara melalui peruntukan undang- undang mengenai fungsi dan kuasanya.
Rang Undang-undang Penerbangan Awam (Pindaan) 2015 yang akan dicadangkan ini merupakan pindaan berbangkit dengan izin, consequential amendments kepada Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta). Lanjutan daripada penubuhan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia atau dengan izin, Malaysia Aviation Commissions (MAC) bagi mengelakkan berlakunya pertindihan bidang kuasa di antara MAC dengan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Dengan penubuhan MAC, dengan izin, Malaysia Aviation Commission ini terdapat beberapa kuasa dan fungsi Menteri Pengangkutan serta DCA akan diambil oleh MAC seperti berikut:
(i) pemberian Lesen Perkhidmatan Udara, dengan izin, Air Service License (ASL),
(ii) pemberian Permit Perkhidmatan udara, dengan izin, Air Service Permit (ASP),
(iii) pemberian Lesen Pengendalian Darat atau, dengan izin, Ground Handling License (GHL),
(iv) pemberian Lesen Pengendalian Aerodrome atau, dengan izin, Aerodrome Operating License (DOL),
(v) penetapan caj-caj aeronautical antaranya, dengan izin, Passenger Service Charge (PAC), fee pendaratan dan fee parkir, dengan izin, landing dan Malaysia parking charge,
(vi) memperuntukkan hak trafik udara; dan
(vii) mengurus dan mentadbir laluan obligasi perkhidmatan awam, dengan izin Public Service Obligation (PSO).
Walau bagaimanapun, pengawal seliaan daripada aspek teknikal dan keselamatan penerbangan awam masih dikekalkan di bawah bidang kuasa DCA. Dalam hubungan ini terdapat keperluan bagi Kementerian Pengangkutan untuk melakukan pindaan berbangkit kepada Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3] bagi mengelakkan pertindihan bidang kuasa dan fungsi seperti yang dinyatakan sebentar tadi.
Rang undang-undang yang dicadangkan juga perlu dikuatkuasakan dan diwartakan bersekali dengan rang undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 bagi memastikan kelancaran pelaksanaan semua undang-undang yang berkaitan penerbangan awam.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi beberapa pindaan berbangkit dan satu bahagian baru yang dirangkumkan di bawah 9 Fasal. Peruntukan- peruntukan dalam rang undang-undang ini adalah seperti berikut, Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa, pindaan kepada Akta 3 ini akan mula berkuat kuasa pada suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri Pengangkutan.
Fasal 2 merupakan pindaan am yang dibuat kepada teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan padang terbang kepada aerodrome bagi tujuan keselarasan memandangkan rang undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 menggunakan rujukan kepada aerodrome Fasal 3 mengandungi pindaan kepada seksyen 2, Akta 3 iaitu berhubung dengan tafsiran-tafsiran antaranya seperti berikut;
(i) menggantikan tafsiran aerodrome supaya selaras dengan tafsiran aerodrome dalam Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015,
(ii) menggantikan tafsiran airport supaya selaras dengan tafsiran airport dalam Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015,
(iii) memasukkan tafsiran hire or reward memandangkan terdapat rujukan kepada perkataan hire or reward dalam peruntukan seksyen 5 dan seksyen 3(2)(a) Akta 3,
(iv) mengeluarkan tafsiran krew dalam teks bahasa kebangsaan memandangkan perkataan krew tidak lagi dirujuk dalam mana- mana peruntukan dalam Akta 3. Perkataan krew dalam teks bahasa Inggeris akan dirujuk sebagai anak kapal dalam teks bahasa kebangsaan dan
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
(v) mengeluarkan tafsiran padang terbang dan padang terbang kerajaan dalam teks bahasa kebangsaan memandangkan padang terbang digantikan dengan perkataan aerodrome.
Fasal 4 mengandungi tiga pindaan kepada seksyen 3(2), Akta 3 seperti berikut;
(i) perenggan 3(2)(a) dengan meminda kuasa Menteri Pengangkutan daripada membuat peraturan berhubung sistem pelesenan bagi penggunaan kapal udara, dengan izin, use of aircraft untuk sewa atau upah kepada sistem persijilan, dengan izin System of Certification. Ini kerana pemberian lesen berhubung penggunaan kapal udara untuk upah dan sewa iaitu ASL dan ASP kini berada di bawah bidang kuasa MAC. Walau bagaimanapun DCA masih mempunyai kuasa daripada segi kawal selia teknikal berhubung penggunaan pesawat untuk sewa atau upah melalui pengeluaran Sijil Perakuan Pengendali, dengan izin, Air Operator Certificate
(AOC),
(ii) perenggan 3(2)(n) dengan meminda kuasa Menteri Pengangkutan dalam penetapan caj dan fee di bawah Akta 3 dengan mengecualikan caj dan fee yang telah diperuntukkan di bawah Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015,
(iii) dengan memotong perenggan 3(2)(m)(n) memandangkan kuasa Menteri Pengangkutan untuk menetapkan caj dan fee bagi perkhidmatan yang disediakan di lapangan dirangkumkan, dengan izin, covered by di bawah pindaan kepada perenggan 3(2)(n), Akta 3.
Fasal 5 mengandungi pindaan kepada seksyen 5a Akta 3 iaitu berhubung dengan kuasa Menteri Pengangkutan untuk memberi kebenaran kepada syarikat melalui pengeluaran lesen untuk menubuhkan, menyelenggara dan mengendali aerodrome.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Berdasarkan fasal 38, Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, MAC telah diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen pengendalian aerodrome, dengan izin, aerodrome operating licenses bagi sesuatu aerodrome yang digunakan bagi pelepasan dan pendaratan mana-mana kapal udara yang terlibat dalam pengangkutan penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah. Memandangkan MAC telah diberi kuasa tersebut, makan pindaan kepada seksyen 5A, Akta 3 perlulah dibuat. Di bawah fasal 5, pindaan juga dibuat antara lain seperti berikut;
(i) memasukkan seksyen 5A(3) iaitu peruntukkan berhubung hukuman bagi kegagalan untuk mendapatkan kebenaran atau lesen di bawah seksyen 5A(1). Pindaan dibuat dengan menaikkan hukuman sedia ada iaitu denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua- duanya berbanding hukuman asal iaitu denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun bagi individu dan denda tidak melebihi RM100,000 bagi syarikat. Pindaan ini dibuat supaya setara dan selaras dengan hukuman mengenai kesalahan kegagalan untuk mendapatkan ASL di bawah fasal 35, Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015; dan
(ii) memasukkan seksyen 5A(4) iaitu peruntukan berhubung hukuman bagi kegagalan untuk mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan di dalam kebenaran atau lesen yang diberikan di bawah seksyen 5A(1). Pindaan dibuat dengan menaikkan hukuman sedia ada iaitu denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya berbanding hukuman asal iaitu denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun bagi individu dan denda tidak melebihi RM100,000 bagi syarikat. Pindaan ini dibuat supaya setara dan selaras dengan hukuman mengenai kesalahan kegagalan untuk
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
mematuhi terma dan syarat yang dikenakan pada lesen sebagaimana yang ditetapkan di bawah fasal 40(3) Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
Fasal 6 mengandungi pindaan kepada seksyen 24A, Akta 3 iaitu berhubung dengan kuasa Menteri Pengangkutan untuk mengeluarkan lesen kepada mana-mana syarikat yang dinamakan kerajaan untuk menjalankan fungsi-fungsi DCA atau menyediakan apa-apa perkhidmatan di dalam lapangan terbang atau selainnya. Seksyen 24A, Akta 3 ini telah digunakan oleh Menteri Pengangkutan dalam memberikan lesen. Antaranya kepada pengendali lapangan terbang seperti Malaysia Airport Holding Berhad dan Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd.
Berdasarkan fasal-fasal 37 dan 38 Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, MAC telah diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen pengendalian aerodrome, dengan izin, aerodrome operating licenses kepada mana-mana orang yang mengendalikan suatu aerodrome yang digunakan bagi pelepasan dan pendaratan mana-mana kapal udara yang terlibat dalam pengangkutan penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah serta lesen pengendalian darat, dengan izin, ground handling licenses. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di bawah kedua-dua lesen tersebut adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan di dalam lapangan terbang memandangkan MAC telah diberi kuasa tersebut. Maka seksyen 24A Akta 3 perlulah dipinda.
Fasal 7 mengandungi pindaan kepada seksyen 24F iaitu peruntukkan berhubung hukuman bagi kegagalan syarikat yang dilesenkan di bawah seksyen 24A untuk mematuhi terma yang dikenakan pada lesen. Pindaan dibuat dengan menaikkan hukuman sedia ada iaitu denda tidak melebihi RM500,000 berbanding hukuman asal iaitu denda tidak melebihi RM100,000. Pindaan yang dibuat adalah selaras dan setara dengan hukuman mengenai kesalahan kegagalan untuk mematuhi terma dan syarat yang dikenakan pada lesen sebagaimana yang diperuntukkan di bawah fasal 40(3) Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
Fasal 8 mengandungi pindaan kepada seksyen 24K(3) iaitu dengan menggantikan perkataan dengan izin, “designated airport” kepada, dengan izin “aerodrome” bagi tujuan keselarasan.
Fasal 9 memasukkan bahagian baru ke dalam Akta 3 iaitu bahagian 8B yang mengandungi lapan seksyen berhubung peruntukan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan dan perkara yang berkaitan dengannya. Cadangan memasukkan bahagian 8B ke dalam Akta 3 bukanlah merupakan sebahagian daripada pindaan berbangkit kepada penubuhan MAC tetapi ia merupakan penambahbaikan kepada kuasa kawal selia pihak DCA untuk menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan dan penyiasatan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah Akta 3 supaya selaras dengan kuasa yang diberikan di bawah Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, dengan cadangan rang undang-undang ini, pertindihan bidang kuasa di antara Malaysia Aviation Commission (MAC) dengan Kementerian Pengangkutan dan DCA akan dapat dielakkan dan seterusnya industri penerbangan negara dapat dikawal selia sepenuhnya dari pelbagai sudut perundangan melalui cadangan rang undang-undang ini dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Penerbangan Awam 1969 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Stampin.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja yang saya ingin bangkitkan iaitu saya akan terus masuk kepada huraian iaitu fasal kedua di mana fasal 2 bertujuan untuk meminda teks Bahasa Kebangsaan Akta 3 dengan menggantikan perkataan, “padang terbang”, dengan perkataan “aeordrome”, dan seterusnya dan juga fasal 4, fasal 5, fasal 8 dalam huraian.
Pertama, definisi “aerodrome”. Daripada pindaan ini, definisi “aerodrome”. Pindaan ini mengatakan bahawa ertinya mana-mana kawasan tanah atau air termasuk apa-apa lapangan terbang. Lapangan terbang kecil termasuk lapangan terbang kecil air, lapangan helikopter, bangunan, pemasangan dan kelengkapan untuk digunakan secara keseluruhan atau sebagainya bagi pendaratan, pelepasan atau pergerakan kapal udara. Jika kita memerhatikan rang undang-undang, maksud atau erti kapal udara iaitu sebelum pindaan yang dikenali sebagai pesawat udara, ertinya membawa maksud sebuah mesin yang boleh mendapatkan daya angkat di atmosphere ataupun aerodynamic force, dengan izin, daripada tindak balas udara selain tindak balas udara terhadap permukaan bumi.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Jadi itu maksud kapal udara. Daripada pindaan ini adakah dia membawa maksud bahawa di mana kawasan ataupun lapangan di mana digunakan untuk pelepasan ataupun pendaratan. Contohnya microlight, glider, ultralight ataupun *Unmanned Aerial System
(UAS)* ataupun lebih dikenali sebagai drone adalah di bawah classification aerodrome dan perlu lesen. Jadi itu soalan saya kerana kalau kita perhatikan buku panduan daripada United Kingdom CAA iaitu Scap-793 Safe Operating Practices at Unlicensed Aerodromes. Ada definisi bagi unlicensed aerodrome dan saya fikir ini diperlukan kerana jika saya baca apa yang terdapat di United Kingdom ini bahagian yang kelima dengan izin. Legal provision for training at unlicensed aerodromes ini adalah dibenarkan. The ‘ANO’ makes provision for flying training to be carried out from unlicensed aerodromes using aeroplanes under 2,730 kg and helicopters/gyroplanes under 3,175 kg provided that both aerodrome operator and the pilot in command of the aircraft are satisfied on reasonable grounds that the aerodrome is suitable for the purpose dan seterusnya.
Kalau kita perhatikan apa yang dekat Australia, Queensland, ini guidelines bagi planning for aerodromes and others aeronautical facilities. Mereka juga ada satu bahagian specifically untuk unlicensed aerodromes. Unlicensed aerodromes are those used by aircraft with a maximum seating capacity of 30 passengers or less dan seterusnya dan seterusnya.
Jadi saya rasa kita perlu ada satu definisi unlicensed aerodromes, bukannya kerana dalam pindaan yang saya nampak itu, lapangan apa juga yang digunakan untuk pelepasan dengan apa-apa mesin yang menggunakan ‘aerodynamic force’ perlukan license. Sesiapa yang tidak ada lesen akan dikenakan hukuman up RM2 million ataupun penjara kalau tidak salah saya dekat pindaan sini 10 tahun.
Begitu juga dengan drone. Sekarang kita tahu bahawa perkembangan yang pesat dalam teknologi drone di mana banyak kita punya teknologi trainer kita punya saintis-saintis ataupun kita punya perusahaan kecil mereka menggunakan drone untuk membuat kerja. Ini kerana dalam rang undang-undang ini kalau kita membaca definisi perkhidmatan pengangkutan udara dia membawa erti adalah suatu perkhidmatan udara komersial yang dikendalikan bagi maksud pengangkut orang barang peribadi, bagasi, barangan ataupun kargo dalam suatu pesawat udara di antara dua tempat.
Jadi adakah dia membawa maksud jika kita ada technopreneur mereka membeli satu drone mengambil photograph untuk usahakan business ini, mereka juga perlukan lesen. Kalau tidak, mereka akan dikenakan denda sebanyak RM1 million ataupun dipenjarakan selama 10 tahun. Jadi saya rasa sesuatu perlu di – we have to do something dengan izin, supaya kita tidak akan menjadi penghalang utama dalam perkembangan teknologi-teknologi dan tidak menjadi halangan utama untuk tidak menggalakkan General Aviation (GA) di Malaysia. Ini kerana General Aviation ini ada banyak ruangan untuk berkembang lagi. Saya takut bahawa dengan adanya undang-undang ini dia akan menjadikan satu halangan untuk rakyat Malaysia untuk perkembangkan dalam sektor aeroangkasa.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Soalan saya yang kedua iaitu peranan DCA saya faham tadi Yang Berhormat Menteri ada memberi definisi. Peranan DCA membandingkan begitu banyak kuasa setelah pun DCA ada dan dibawa kuasa DCA. Kenapakah kita perlukan suruhanjaya ini dan kita seperti apa yang Menteri katakan bahawa banyak kuasa akan diambil alih oleh suruhanjaya. Jadi apa gunanya DCA sekarang? Adakah DCA sekarang menjadi redundant? Bukankah lebih baik jika kita menguatkuasakan lagi DCA berikan mereka lebih kuasa serta gunakan peruntukan yang kita gunakan untuk menubuhkan suruhanjaya ini berikan kepada DCA to empower them. Ketiga, kalau kita baca rang undang-undang yang terdapat dalam suruhanjaya aviation ini, MAC yang Menteri katakan. Salah satu fungsi suruhanjaya adalah menggalakkan persaingan iaitu juga katakan bahawa dalam akta ini dia kata persaingan, penyalahgunaan kedudukan dominan adalah dilarangkan. Jadi saya khuatir bahawa suruhanjaya ini sendiri akan menjadi persaingan kepada para pengusaha aeroangkasa.
Kenapa saya katakan begitu? Ini kerana kita dalam akta undang-undang ini kita dapati bahawa Pengerusi Eksekutif ini adalah dilantik oleh Perdana Menteri. Juga tidak kurang daripada empat atau lebih daripada enam orang anggota lain juga dikehendaki dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Perdana Menteri. Silakan.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Stampin. Saya ingin mengetahui pendapat Yang Berhormat Stampin mengapa tiba-tiba saya rasa secara terburu-buru kita sedang mengambil kuasa daripada Department of Civil Aviation (DCA) dan diberikan kepada Menteri. Saya tidak faham mengapa kita perlu berbuat sedemikian sebab baru-baru ini pun kita ada akta yang kena mengena dengan penerbangan diluluskan.
Dalam masa yang singkat kita bawa dan kita nampak kuasa DCA cuba ditarik balik. Kalau rang undang-undang ini diluluskan, kita sedang bagi Menteri dan suruhanjaya mempunyai kuasa tetapi DCA sudah tidak ada kuasa. Mengapa pada pendapat Yang Berhormat Stampin benda ini boleh berlaku? Terima kasih.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sila masukkan sebahagian daripada ucapan saya. Saya pun khuatir kenapakah ini berlaku.
Itulah sebabnya saya katakan kebimbangan saya, saya takut ini akan membuka satu ruangan untuk adanya penyalahgunaan kuasa. DCA bagi pendapat saya telah menjalankan tugas yang begitu baik as a third party. Jadi kenapa Menteri perlu terlibat? Kita juga tahu kita ada. Saya bagi contoh kita juga tahu kita ada konsortium, UAV Consortium. Kita terdapat tiga local company ini dalam konsortium ini iaitu CTRM, Systems Consultancy Services dan Ikramatic dalam pembuatan UAV.
Adakah dengan adanya suruhanjaya ini ia boleh, kita buka satu ruangan di mana penyalahgunaan kuasa boleh digunakan untuk menyekat syarikat yang lain untuk membangunkan teknologi UAV. Itu boleh memberi satu ruangan penyalahgunaan kuasa, itu saya takut. Saya juga khuatir suruhanjaya ini akan menjadi seperti yang saya katakan tadi satu persaingan. Mereka sendiri akan menjadi satu persaingan dan bukan untuk menghalang persaingan. Jadi adakah benar bahawa maksud konsortium ini kita perlu bubarkan? Ini kerana konsortium ini bagi saya ia adalah satu persaingan dominan yang perlu dibubarkan. Ini kerana dalam konsortium itu apa-apa juga kontrak kerajaan ataupun military dalam pasar Unmanned Aerial System (UAS) perlu menerusi konsortium ini. Jadi itu jelas satu persaingan. Kita juga boleh nampak di mana bukti-bukti di mana banyak dana telah pun dibagikan kepada company-company ini tetapi tidak adapun perkembangan yang dilakukan.
Jadi saya harap Menteri boleh menelitikan perkara tersebut. Tahukah Yang Berhormat Kapar dalam rang undang-undang ini terdapat satu seksyen mengatakan perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang, saya baca, ”Tiada tindakan guaman pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat, dalam mana-mana mahkamah terhadap suruhanjaya atau mana-mana anggota suruhanjaya atau jawatankuasa mana-mana pekerja ataupun agen suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keengkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati...” Begitu subjektif suci hati. “...atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.”
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Wah! ini macam satu imuniti bagi anggota suruhanjaya. Jadi ini adalah satu ruangan yang begitu besar untuk menyalahgunakan kuasa. Jadi saya...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
[Bangun]
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Silakan.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Stampin ada mengatakan bahawa ada dua tiga perkara yang harus diperhalusi termasuk fasal 5 dan juga fasal 6 di mana rang undang-undang ini akan memberikan kuasa yang lebih kepada Menteri untuk memberikan lesen kepada pengendali aerodrome dan juga lesen kepada mereka yang mengendalikan lapangan terbang all the facilities dan sebagainya.
Jadi saya hendak tanya buat regime sekarang terdapat dua syarikat gergasi yang mengendalikan aerodrome di Malaysia. Satu ialah Malaysia Airports Holdings Berhad dan kedua ialah Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd. Kalau kita lihat dalam industri komunikasi sebelum regime dan sistem suruhanjaya diperkenalkan, jadi masing-masing pengendali ada lesen yang berlainan.
Akan tetapi apabila sistem suruhanjaya itu diperkenalkan dan dilaksanakan, jadi semua pelesen yang asal itu akan dibawa masuk kepada rejimen yang baru. Adakah bermaksud Malaysia Airports Holdings Berhad dan juga Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd itu akan ditarik balik lesen yang sedia ada dan diberikan lesen yang baru supaya syarat-syarat yang akan memenuhi semua kehendak menerusi MAC dan juga rang undang- undang yang terbaru ini mengenai penerbangan awam itu akan dikekalkan. Maksudnya kedua-dua syarikat yang mengendalikan aerodrome itu akan dilesenkan semula menerusi syarat-syarat yang baru untuk secocok kepada kehendak-kehendak rang undang-undang yang kita hendak buat pindaan. Yang Berhormat Stampin.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Itu soalan yang begitu baik sekali. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberikan satu jawapan yang terperinci terhadap soalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Jelutong dan sila masukkan dalam pembentangan saya.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar bangun lagi Yang Berhormat.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Sila.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini perkara yang tidak boleh bisik-bisik Yang Berhormat Parit Sulong, perkara penting. Yang Berhormat Stampin sudah sebut Yang Berhormat Kapar tadi. So, saya terpanggil untuk menanya soalan ini. Saya tengok fasal 9, pegawai diberi kuasa.
Tuan Yang di-Pertua, Ketua Pengarah boleh secara terus memberi kuasa mana- mana pegawai Jabatan Penerangan Awam untuk menjalankan kuasa pengawasan di bawah akta ini. Bermaksud Ketua Pengarah diberi kuasa sepenuhnya, dia boleh melantik seorang pegawai dan pegawai ini diberi kuasa mempunyai segala kuasa pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah. Apabila saya baca ini baru Tuan Yang di-Pertua pun sedang baca. Bermaksud saya sudah dapat perhatian daripada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, bukan itu sahaja kalau baca fasal-fasal seterusnya kuasa untuk mengehendaki maklumat, kuasa untuk menjalankan pemeriksaan, kuasa untuk menyiasat terlalu luas kita bagi kuasa kepada seorang pegawai yang dipilih secara bertulis oleh Ketua Pengarah. Bermaksud sekarang pun macam-macam hilang dengan kuasa macam ini kita buka lagi lompang dia sejauh yang boleh. Saya rasa saya tidak faham rasional Menteri kemukakan undang-undang sebegini. Kita perlu kawal. Ini seolah-olah kita percaya dengan sorang insan yang dipilih oleh Ketua Pengarah, kita bagi dia kuasa untuk buat sesuka hati. So, saya kurang yakin dan tidak faham rasional di sebalik undang-undang ini. Yang Berhormat Stampin, silakan.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat Kapar...
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat Lembah Pantai bangun Yang Berhormat.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Silakan.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini berkait dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kapar. Saya dengar tadi Yang Berhormat Stampin mengatakan pindaan yang bakal diperkenalkan ini akan memberikan kuasa kepada Menteri mengambil ataupun render the DCA perhaps irrelevant dengan izin. Saya hanya mahu sebut di sini perkara pokok yang harus kita bimbangkan kerana memperlihatkan pengalaman saya sendiri semasa berlakunya masalah di mana sistem radar kita tidak berfungsi pada 13 September 2012.
Mengambil masa lebih tiga tahun dan tiga Menteri sebelum saya dibekalkan laporan audit yang dilakukan oleh DCA.
Jadi persoalan yang saya bangkitkan bukan lebih kepada adakah kita perlu memberi lebih kuasa kepada DCA ataupun kementerian, tetapi isunya tidak ada akauntabiliti. Ini harus diselesaikan bukan menerusi perbahasan yang pendek pada hari akhir hari pertama Ramadhan pada hari ini, tetapi sebenarnya cadangan saya diberikan dan saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Stampin supaya diwujudkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Keselamatan Penerbangan Awam.
Kita di Parlimen bila masa ada sahaja struktur-struktur sebegini sehaluan dengan hasrat reformasi berparlimen, tentu dapat kita bincangkan dengan para pakar dengan lebih lanjut sebelum kita tergesa-gesa meminda, meluluskan sebarang pindaan dan cadangan.
Saya mohon pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya amat bersetuju. Kalaulah kementerian betul-betul serius, sila mengambil baik pandangan dan cadangan Yang Berhormat Lembah Pantai. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kapar, saya khuatir, saya takut suruhanjaya ini dengan adanya organisasi di mana lantikan juga daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan begitu banyak cadangan yang begitu baik contohnya daripada Yang Berhormat Lembah Pantai tidak diambil kisah, ini akan membawa bahaya kepada pengguna-pengguna kapal terbang kerana tiada keyakinan terhadap kementerian memberi kompetensi yang diperlukan untuk menjaga suruhanjaya ini.
Dia juga membuka satu ruangan yang lebih besar untuk menyalahgunakan kuasa.
Seperti apa Yang Berhormat Kapar bangkitkan tadi, mereka ada kuasa untuk menyiasat dan no ‘justice’ ada imuniti lagi. Seolah-olah mereka macam King. Kalau kita terpilih orang yang salah, they are like the King, they can do anything they want, dengan izin. Jadi tidak akan mempunyai lebih banyak red tape, mempunyai ruang, membuka ruang untuk menyalahgunakan kuasa. Sila Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil lagi sekali untuk menyatakan pendapat saya. Saya rasa akta ini ada udang di sebalik mee. Di satu bahagian kita bagi suruhanjaya seolah-olah ada superficial power.
Akan tetapi Menteri ada kuasa yang lebih berat sebab saya tengok isu yang penting adalah pemberian lesen. Itu diberikan kepada Menteri. Akan tetapi kita letak suruhanjaya pula di satu bahagian. So, betul-betul saya nampak benda ini ada sesuatu yang tidak kena mengena. Pendapat Yang Berhormat.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Yang Berhormat. Itu pun saya takut akan berlaku. Jadi saya harap jawatankuasa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai akan ditubuhkan secepat mungkin kalau Yang Berhormat menteri betul-betul serius dalam menangani isu ini.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Stampin, Tuan Yang di- Pertua. Saya terdengar daripada Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Stampin dan Yang Berhormat Lembah Pantai terguris dalam hati kenapa kita telah meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Awam dan ia sedang dalam proses gazet dan sekarang ini baru kita diberitahu bahawa menerusi rang undang-undang ini, Menteri akan diberikan kuasa yang melebihi bidang kuasa suruhanjaya.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Kalau kita lihat industri yang lain, industri tenaga, industri communication and multimedia di mana regimen seperti suruhanjaya telah diperkenalkan terlebih dahulu, di situlah terletaknya kuasa untuk memberi lesen kepada para pengendali. Akan tetapi kes yang tertentu di sini di mana kuasa pemberian lesen itu terletak di atas tangan Menteri dan bukan pesuruhjaya ataupun pengerusi suruhanjaya. Saya khuatir ini ialah double standard.
Adakah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kapar itu kita dapat sokong.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Saya memang sokong apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Kapar.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Jadi saya harap Menteri boleh nanti memberi satu jawapan yang begitu jelas kenapa ini diadakan? You owe it to the citizen to give the answer, dengan izin dan juga Tuan Yang di-Pertua, tahukah bahawa kita terdapat banyak companies, syarikat-syarikat yang baru yang dibangunkan? Mereka telah pun membazirkan begitu banyak duit, ratusan ribu dengan jutaan juta.
Begitu banyak investment dalam teknologi perkembangan UAS iaitu Unmanned Aerial System dan adakah membawa maksud bahawa dengan adanya suruhanjaya ini, mereka perlu lesen daripada kementerian? Ada satu di mana unfair, persaingan yang begitu tak adil akan diwujudkan di mana sekarang mereka perlukan lesen. Macam mana?
Kita tahu bahawa perkembangan teknologi UAS ini adalah dalam lingkungan puluhan bilion USD dalam jangka masa lima tahun sehingga sepuluh tahun seperti yang dipaparkan di media internasional. Jadi adakah ini akan jadi satu halangan di mana hanya syarikat yang di mana menteri pilih bagi lesen diberikan?
Jadi saya harap kalau ada syarat-syarat, sila tuliskan juga syarat-syarat tersebut macam mana lesen itu boleh diambil. Jadi saya harap ada satu ruangan di mana specifically direserve, dengan izin bagi perkembangan US. Jadi, itu sahaja saya punya perbahasan dalam pemindaan Suruhanjaya Aviation. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ada yang minat selepas Yang Berhormat Kuala Krai? Okey, Yang Berhormat Bayan Baru ya? Okey, sila.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya sedikit sahaja ingin meminta penjelasan daripada kementerian sesuai dengan pindaan yang dicadangkan ini dengan memberikan definisi-definisi aerodrome dan sebagainya. Saya ingin menarik perhatian kementerian kepada beberapa keadaan yang trendylah dengan izin, pada hari ini di mana kita mempunyai tokoh-tokoh korporat ataupun individu-individu yang kaya-kaya yang mempunyai kapal terbang sendiri, helikopter sendiri dan kelihatannya sudah mula membina aerodrome sendiri. Saya pasti dan saya jangka mereka mempunyai kelulusan-kelulusan mengikut peraturan dan undang-undang yang tertentu. Cumanya berikutan dengan beberapa insiden khususnya kemalangan helikopter, yang terdekat kita pun masih ingat rakan kita dalam Dewan ini pun merupakan ataupun kehilangan nyawa akibat peristiwa ini.
Penerbangan helikopter sudah menjadi semacam satu keperluan bagi orang yang mampu dan juga kakitangan ataupun pegawai-pegawai tinggi kerajaan termasuk menteri- menteri dan kita tidak menolak keperluan ini kerana dengan keadaan lalu lintas yang ada di kota dan juga jarak-jarak jauh yang melibatkan jalan raya yang kurang elok, maka orang yang berkemampuan akan memilih perjalanan yang lebih selesa dengan menggunakan helikopter.
Apa yang saya nak sebut di sini, seperti juga di tempat-tempat lain saya kira, helipad ataupun tempat pendaratan helikopter sudah mula muncul di atas bangunan- bangunan tinggi yang ada di kota raya khususnya. Mungkin ini semua mengikut peraturan tetapi saya ingin penjelasan, adakah syarat-syarat tertentu yang dikenakan mengenai lokasi
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
bangunan-bangunan ini sama ada mereka boleh membina helipad di atas bangunan yang berdekatan dengan kawasan-kawasan perumahan ataupun pada bangunan-bangunan yang mempunyai ketinggian-ketinggian yang tertentu sahaja atau boleh sahaja di mana- mana asalkan mereka ada kawasan lapang yang boleh dijadikan helipad?
Saya agak khuatir kerana berdekatan dengan kawasan yang saya tinggal hanya sekitar lebih kurang 100 meter dari kediaman saya, satu bangunan mempunyai helipad di atasnya dan bangunan ini adalah sebuah bangunan yang dimiliki oleh salah satu syarikat helikopter Westar tetapi yang diperhatikan, bangunan ini tidak menjalankan perniagaan penerbangan yang mana Westar terlibat tetapi salah satu daripada industri yang ataupun perniagaan yang terlibat yang melibatkan syarikat ini ialah perniagaan kereta-kereta Honda.
Jadi, bangunan ini digunakan sebagai tempat services dan juga sales kereta Honda.
Jadi bagaimana kita boleh memberikan kebenaran satu bangunan yang dekat dengan perumahan, kawasan perumahan di Hulu Klang, dekat dengan Taman Melawati, dekat dengan Taman Zooview dekat zoo lagi? Maka setiap kali helikopter ini datang, panda-panda kita akan terkejut dan ini boleh menimbulkan stress kepada panda-panda ini, kemungkinan. Kalau pun tidak panda, maka kami yang tinggal di sekitar bangunan tersebut akan berhadapan dengan suasana bunyi bising dan kerisauan kerana bangunannya bangunan tidaklah tinggi, sekitar belas tingkat sahaja.
Jadi, memang paras penerbangan mereka hampir sama dengan paras rumah- rumah kami. Jadi kekhuatiran ini bukan tidak bertempat, bukanlah kerana kita dengki dan sebagainya tetapi tentulah ada syarat-syarat tertentu untuk membina aerodrome ini seperti yang didefinisikan mana-mana tanah, air kemungkinan bangunan di mana ada pendaratan dan juga naik sama ada kargo ataupun manusia.
Jadi, saya inginkan kepastian sama ada perkara ini dibuat begitu mudah ataupun agaknya dengan meminda rang undang-undang ini akan memudahkan lagi mana-mana pihak untuk membina helipad, helipod, helipadlah khususnya yang berkenaan. Berkaitan dengan perkara yang sama juga, saya ingin bertanya kepada kementerian, kalau penerbangan Fixed Swing ini, mereka ada laluan-laluan yang tertentu, bagaimana tentang helikopter?
Saya boleh menerima bahawa helikopter yang dikendalikan oleh PDRM misalnya pasti memerlukan laluan yang tidak terhad dalam mengawal suasana, menjaga trafik dan juga memantau demonstrasi-demonstrasi tetapi helikopter-helikopter swasta dan personal helicopter, bagaimanakah laluan mereka ini? Adakah terkawal atau mengikut sesuka hati mereka sahaja? Kerana kalau kita melihat insiden yang berlaku kemalangan helikopter yang terbaru, laluan itu nampaknya tidak ada sesuatu yang fixed dan akhirnya kita mendengar peristiwa-peristiwa yang tidak kita ingini.
Jadi, saya nak tahu sama ada pindaan kepada rang undang-undang ini ada kaitan dan boleh juga memberikan kawalan dan juga meyakinkan kita bahawa industri penerbangan helikopter ini akan menjadi selamat kepada rakyat kita.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sungai Petani bangun.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, sila.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Kuala Krai, oleh kerana saya juga duduk tak berapa jauh dengan rumah Yang Berhormat Kuala Krai, itu yang menjadi soalan saya kepada Yang Berhormat Kuala Krai kalau boleh Yang Berhormat Kuala Krai masukkan juga soalan ini kepada menteri ialah inilah yang menimbulkan kerisauan kita. Kalau dalam rang undang-undang ini dikatakan menteri, kuasa itu sekarang ini diberikan kepada menteri, jadi kalau isu helipad tadi ini ya, maknanya adakah ianya juga tertakluk ataupun ia jatuh, fall dalam kuasa yang diberikan kepada Menteri.
Maknanya, kalaulah Menteri ada kuasa untuk memberikan location helipad ini, maknanya kita takut-takut, maknanya akan ada satu suasana di mana kadang-kadang menteri juga terpaksa memberikan oleh sebab-sebab tertentu ataupun pressures tertentu maka helipad itu akan diadakan di mana-mana ataupun di kawasan-kawasan yang kadang- kadang kita rasa tidak masuk akal untuk diadakan helipad ini. Apa pendapat Yang Berhormat Kuala Krai tentang ini? Terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya juga ingin meminta penjelasan Menteri atas perkara yang sama kerana kalau kita tidak ada satu kawalan maka akan tumbuh bagai cendawan kawasan-kawasan helipad ini terutamanya yang boleh menjejaskan kehidupan kita seperti yang saya sebutkan tadi tidak sampai 100 meter dari rumah saya. Dengan rumah yang terdekat lagilah dekat mungkin 50 meter. Jadi munasabahkah sebuah helipad berada 50 meter daripada kawasan perumahan awam.
Kalau helipad di hospital ataupun di padang-padang sekolah yang kadang-kadang digunakan sekali-skala dalam masa kecemasan itu kita tidak hairan tetapi bagi kemudahan tokoh-tokoh perniagaan ini bergerak dari satu tempat ke satu tempat tetapi menjejaskan suasana kehidupan masyarakat yang lain saya rasa ia memerlukan satu peraturan yang ketat dan memberikan kuasa kepada Menteri dalam hal ini Yang Berhormat Sungai Petani.
Saya rasa akan menambahkan lagi risiko bahawa banyak lagi helipad ini akan tumbuh bagai cendawan.
Jadi saya minta penjelasan daripada Menteri sama ada rang undang-undang ini ada kaitannya dengan usaha ke arah membina lebih banyak helipad ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ambil maklum bahawa rang undang-undang ini merupakan satu consequential amendment seperti mana yang dikatakan oleh kerajaan kepada rang undang-undang yang telah diperkenalkan pada sesi yang lepas di mana Suruhanjaya Penerbangan Awam ataupun MAC itu telah ditubuhkan. Akan tetapi apa yang saya khuatir di sini ialah dari segi pemberian kuasa. Kalau kedua-dua rang undang-undang itu MAC dan juga Rang Undang- undang Penerbangan Awam itu dibentang dan dibahas dalam satu sesi yang sama, barangkali kita dapat baca dengan lebih jelas apa tujuan kerajaan sementara hendak memperkecilkan lagi bidang kuasa DCA dan sekarang diwujudkan satu rejim menurut arus perdana dalam semua lapisan dalam perindustrian pengangkutan.
Jadi, kalau suruhanjaya ditimbulkan maksudnya kita telah memberikan pecahan kuasa dengan lunas-lunas yang tertentu dan jelas. Jadi pihak kerajaan ataupun Menteri yang mewakili kerajaan itu akan memainkan peranan sebagai penggubal dasar di mana suruhanjaya merupakan regulator dan di bawah regulation itu semua pengendali dan juga pengelola kegiatan-kegiatan aerodrome dan juga lapangan terbang itu diberikan lesen- lesen tertentu dan mereka menjadi pelesen.
Jadi, kita ada satu sistem yang lengkap. Ada penggubal dasar iaitu kerajaan dan Menteri dan kita ada regulator iaitu Suruhanjaya Penerbangan Awam dan kita ada pelesen- pelesen di bawah suruhanjaya itu. Tetapi apa yang terdapat di sini seperti yang saya timbulkan tadi dalam celahan saya ialah kenapa Menteri mengambil alih ataupun hijack bidang kuasa suruhanjaya dan juga pengerusi suruhanjaya tersebut. Jadi ini ialah satu pertanyaan saya. Saya harap kita dapat satu jawapan yang lebih jelas daripada pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, yang kedua itu saya rasa apa yang kita hendak buat menerusi pindaan ini adalah satu yang menepati arus perdana dalam industri penerbangan seluruh dunia di mana aerodrome diberikan takrif yang betul dan tepat dan juga terkini dan sistem pelesenan kepada pengendali biar di udara ataupun di darat itu diberikan definisi dan takrif yang begitu tepat sekali. Akan tetapi di sini saya hendak bawa satu perkara di mana kalau tertimbulnya kawasan yang kabul mengenai bidang kuasa Menteri sebagai penggubal dasar dan regulator iaitu di bawah bidang kuasa suruhanjaya.
Jadi, kita lihat kalaulah bidang Jabatan Penerbangan Awam itu telah di downsize kan jadi di sini kita tidak dapat hendak baca menerusi rang undang-undang MAC yang terdahulu dan juga Rang Undang-undang Penerbangan Awam yang sekarang di mana mutu perkhidmatan yang disyaratkan ke atas semua pengendali aerodrome ataupun
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
pengendali lapangan terbang itu tentang jaminan quality of service. Itu tidak ditakrifkan secara jelas dan juga tanpa kawasan-kawasan yang boleh menimbulkan sengketa.
Jadi saya hendak timbulkan satu perkara yang sering berlaku di lapangan terbang KLIA iaitu mengenai sesuatu pengendali di mana mereka masih belum dikenakan syarat- syarat yang lebih ketat menerusi kehendak-kehendak suruhanjaya seperti mana yang kita hendak ukirkan menerusi pindaan rang undang-undang ini. Apa yang kita lihat ialah dari segi aerobridge. Aerobridge merupakan sebahagian satu komponen yang tidak boleh dipisahkan daripada pengelolaan sebuah aerodrome yang begitu canggih yang dikatakan merupakan aviation hub bagi mana-mana rantau, bagi mana-mana negara. Tetapi apa yang berlaku di Malaysia ialah aerobridge itu sering kali terjadi persengketaan di antara pelesen ataupun pengendali aerodrome dan juga DCA dan juga syarikat penerbangan.
Saya hendak kutip daripada pengalaman diri saya sendiri di mana ada pesawat yang telah tiba ahead of time dan pilot pun telah membuat hebahan menerusi public address system dalam pesawat itu mengatakan we are glad to announce that we arrived at KLIA 20 minutes ahead of time. Apabila kita mendarat sudah kita hendak tunggu pasangan aerobridge tetapi aerobridge itu tidak sampai-sampai ataupun tidak buka-buka. Kenapa begitu? Jadi saya pernah membuat pertanyaan kepada pegawai-pegawai DCA dan mereka memberikan jawapan begini.
Dia kata, saya minta izin. “Late operations of aerobridges in KLIA has been a long outstanding common deficiencies. One, aircraft gate allocation often is done by MAHB’s flight operation centre (FOC). Number two, MAHB’s FOC (Flight Operation Centre) is responsible for the information display on aircraft arrival on the screen. Three, the respective airlines aerobridge operator is responsible to operate the aerobridge.” Saya repeat ya, saya ulangi. “The respective airlines aerobridge operator is responsible to operate the aerobridge. Four, unsolved common issues on the delay in aerobridge operations” apa yang kita dapat ialah “MAHB’s FOC will often blame MAS and MAS will often blame MAHB” dan kadangkala mereka blame kepada DCA.
So, itulah sesuatu yang saya katakan, kalau bidang kuasa itu kita hendak bagi takrif yang begitu betul tetapi dari segi implementasinya tiada badan mana yang dapat mengawal dan kalau terdapat kesilapan yang kerap berlaku siapa pula yang akan mengenakan tindakan penalti dan sebagainya ke atas pesalah-pesalah. Jadi daripada segi aerobridge sahaja satu komponen yang begitu asasi dalam pengendalian aerodrome kita tidak menepati piawaian antarabangsa.
So, this is something that I’m going to ask. Hendak tanya kepada pihak kerajaan, kepada Menteri supaya kita memberikan satu jawapan yang jelas, apakah bidang kuasa yang kita hendak buatkan takrifnya begitu tepat tetapi di sini timbul bidang kuasa dari segi kawal seliaan mutu dan juga kualiti perkhidmatan ke atas pelesen itu tidak tercatat dalam rang undang-undang ini dan perkara yang begitu pun tidak disebut-sebut dalam rang undang-undang semasa kita membahaskan MAC.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya hendak rujuk kepada fasal 5 iaitu bertujuan untuk meminda seksyen 5A [Akta 3] untuk memberi Menteri kuasa untuk membenarkan mana-mana orang untuk menubuhkan aerodrom di Malaysia. Menubuhkan aerodrom Malaysia, adakah itu satu perintis supaya pengendalian aerodrom lapangan terbang di Malaysia itu akan diswastakan secara lebih meluas lagi? kalau itu ialah hasratnya, kita membuat pindaan itu, saya minta kerajaan itu berilah penjelasan yang lebih kukuh supaya dapat memberikan alasan-alasan yang lebih munasabah.
Tuan Yang di-Pertua, fasal 6, bertujuan untuk meminda seksyen 24A [Akta 3] untuk memberi Menteri kuasa untuk memberikan lesen kepada suatu syarikat yang dinamakan oleh kerajaan dan sebagainya dan di sini ialah lebih tepat lagi sekali ia adalah berkaitan dengan pengendalian aerodrom yang tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
Jadi di situlah kupasan saya ialah saya membangkitkan perkara ini berkali-kali.
Adakah satu dasar yang baik kita telah munculkan menerusi pindaan rang undang-undang ini supaya Menteri masih diberikan kuasa untuk supersede untuk mengatasi bidang kuasa suruhanjaya yang baru kita satu suara dan kita telah luluskan dalam Dewan ini. Adakah itu
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
satu percanggahan yang berlaku secara accidental ataupun itu ialah satu percanggahan yang kita sengaja rekakan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana membawa rang undang-undang ini. Saya amat menyahut hujah-hujah dari Yang Berhormat Jelutong kerana ada banyak isu yang perlu dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri terutamanya bidang kuasa antara Suruhanjaya Penerbangan Malaysia dengan juga - apa yang di - akta ini, Akta Penerbangan Awam yang diberikan kepada kementerian dan Menteri kerana saya masih ingat bahawa apabila kita debatkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, kita debat sampai stop the clock, sampai pukul 1a.m., sampai pukul 1.30 a.m. Pada masa itu Tuan Yang di-Pertua yang mempengerusikannya, bukan?
Jadi kita ada banyak isu yang kita bawa dan saya masih ingat, salah satu isu yang saya bawa ialah pemberian kuasa yang amat besar kepada Perdana Menteri kerana Perdana Menteri dalam bidang kuasa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, sebenarnya Kementerian Pengangkutan memberi kuasa yang sangat besar kepada Perdana Menteri untuk melantik Commissioner, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia di mana kuasa telah diserahkan kepada Jabatan Perdana Menteri dan juga Perdana Menteri. Maka kuasa kementerian menjadi kurang dan sekarang ini dia kembali. Menteri mempunyai kuasa pula untuk memberi lesen kepada sesuatu syarikat untuk operate dan aerodrom dan juga memberi lesen untuk mana-mana untuk menubuhkan satu aerodrom di Malaysia di mana- mana tempat.
Saya nampak ada kontradiksi di mana - mungkin ini ada kuasa yang cuba merebut kuasa, I tak tahu. Mungkin Perdana Menteri mahu kuasa lebih di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia dan sekarang Menteri pula mahu kuasa juga. Jadi ini macam ada satu konflik yang saya nampak perlu dijelaskan oleh kementerian di mana letaknya kuasa sebenar.
Adakah ia di Suruhanjaya Penerbangan Malaysia atau di bawah kementerian?
Kedua, adalah isu tentang Menteri yang telah disebut tadi tentang kuasa untuk menubuhkan sesuatu aerodrom di mana-mana tempat di bawah Menteri, Menteri mempunyai kuasa yang begitu luas. Adakah ini merupakan suatu protect kepada further privatization, kepada semua aerodrom di Malaysia kerana kita tahu bahawa sekarang kebanyakan aerodrom di Malaysia adalah dikendalikan oleh MAHB dan MAHB merupakan licensees. Sekarang kita hendak tahu bahawa adakah pada masa depan, apabila pasaran ini dibuka seluas-luasnya untuk licensees yang lain untuk masuk ke Malaysia untuk bid open competitive biding untuk operate aerodrom-aerodrom. Contohnya, MAHB atau di tempat- tempat lain dan di negara-negara lain seperti di Britain, airportnya dibuka untuk competitive bidding dari semua syarikat di seluruh dunia di mana saya masih ingat ada syarikat dari Malaysia juga cuba. Saya tak pasti betul atau tidak, MAHB pernah buat bidding di negara- negara lain untuk operate airport-airport mereka, aerodrom-aerodrom mereka. Jadi adakah Malaysia akan menuju ke sana dengan privatization. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri jelaskan, apakah kontrak antara MAHB dengan Kerajaan Malaysia? Adakah ia - kontraknya selama-lamanya, 30 tahun, 20 tahun atau 10 tahun? Bagaimana arrangementnya dengan Kerajaan Malaysia? Adakah selepas tamat tempoh licensenya, ia akan open for competitive bidding dari semua syarikat di dunia? Inilah persoalan yang saya ingin penjelasan oleh kementerian.
Merujuk kepada pindaan seksyen 24A di mana Menteri boleh memberikan lesen kepada sesuatu syarikat dinamakan oleh kerajaan. Boleh memberi lesen kepada sesuatu syarikat yang dinamakan oleh kerajaan. Saya nampak ada kontradiksi kerana Menteri boleh memberi lesen. Menteri itu kerajaan dan kemudian boleh memberi kuasa kepada syarikat yang dinamakan oleh kerajaan. Kerajaan mana satu? Menteri bukan kerajaankah? Jadi siapa yang akan - apakah takrifan syarikat yang dinamakan oleh kerajaan?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Akhir sekali ialah isu tentang drones. Drones sekarang menjadi satu industri yang sangat popular dan walaupun ia kecil dan ia juga something like - ia ada industri yang berkembang dan ia mempunyai banyak fungsi. Apakah regulations di mana kuasa mana untuk operate drones? Saya minta pencerahan dari Yang Berhormat Menteri...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya, okey?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi.
Baru saya teringat dalam suatu perkara yang saya tercicir semasa perbahasan saya iaitu mengenai bahagian 8B yang disebut dalam rang undang-undang ini ialah dari segi pegawai yang diberi kuasa, kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan dan juga kuasa untuk menghendaki maklumat.
Tuan Yang di-Pertua, ini memang merupakan satu soalan yang sering dibawa oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Hari ini dia tak ada dekat sini, jadi saya bagi pihak. Saya pernah tegur sapa dengan dia juga bahawa saya akan bawakan perkara ini iaitu mengenai sistem pemeriksaan security sebelum kita masuk ke kawasan larangan di dalam aerodrom di airport. Apa yang berlaku sekarang ialah kalau kita ambil misalan di pelepasan domestik KLIA dan juga pelepasan domestik di Pulau Pinang, itu ialah kebiasaan saya, sering kita diraba-raba semasa menjalani pemeriksaan security.
Jadi saya tanya kenapakah kita tidak menggunakan sistem yang dipergunakan secara begitu meluas di negara-negara lain di mana meter, mekanikal ataupun elektronik dipakai supaya dapat mengesan bahan-bahan yang berbahaya ataupun bahan-bahan logam. Apa yang diberikan kepada saya sebagai jawapan ialah memang syarikat pengendali aerodrom itu ada alat-alat sedemikian. Jadi saya tanya kenapa tidak digunakan kalau telah dipesan? Itulah satu jawapan yang saya hendak tanya. Apa yang berlaku di Malaysia, di kawasan perlepasan domestik, di kawasan KLIA dan juga Pulau Pinang ialah pegawai-pegawai keselamatan itu kebiasaannya ialah auxiliary police.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Siapakah yang mengupah auxiliary police? Adakah di bawah pelesen yang bakal diberikan lesen di bawah rang undang-undang ini iaitu kalau di Pulau Pinang dan KLIA memang MAHB. Adakah auxiliary police itu dibiayai oleh MAHB sebagai pengendali aerodrome ataupun masih di bawah upahan DCA?
Akan tetapi apa yang kita lihat ialah semasa pemeriksaan sekuriti dijalankan, ada juga terdapat pegawai-pegawai keselamatan yang merupakan auxiliary police itu mereka bergurau-senda, mereka tidak menjalankan sesuatu kerja screening for security yang secara yang diperketatkan walaupun ada ancaman IS dan sebagainya. Mereka legar sahaja. Jadi saya hendak tanya siapa yang akan menentukan, Yang Berhormat Bayan Baru ya. Agensi mana yang dapat menguatkuasakan ataupun mengetatkan penguatkuasaan sekuriti dan keselamatan di semua aerodrome di Malaysia? Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya minta supaya hujah-hujah Yang Berhormat Jelutong itu dimasukkan ke dalam ucapan saya.
Saya juga ingin membangkitkan tentang kuasa yang diberikan kepada pegawai yang dilantik, tentang kuasa menyiasat dan sebagainya yang amat besar dan luas sebab dia ada kuasa untuk arrest without warrant. Ini macam ISA, dia boleh arrest without a warrant. Kita pun tidak tahu berapa panjang, walaupun kita tahu bahawa mungkin ada ancaman- ancaman terrorist dan sebagainya. Saya rasa perlu ada control ke atas kuasa yang diberikan kepada pegawai-pegawai polis dan auxiliary police. Itu sahaja daripada saya.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Kuala Selangor. Selepas Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Sepang dan selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam Ramadhan al-Mubarak. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Penerbangan Awam (Pindaan) 2015.
Tuan Yang di-Pertua, sejak penerbangan pertama di negara ini dilakukan oleh G.P.
Fuller yang mendaratkan pesawat Antoinette Monoplane miliknya di lapangan lumba kuda di Ampang pada tahun 1911, industri penerbangan negara terus mengalami pelbagai perubahan dan transformasi yang membanggakan. Ia meletakkan industri penerbangan kita setaraf dengan United Kingdom dan Amerika Syarikat. Di sebalik pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh industri penerbangan negara, tidak dapat dinafikan banyak kejayaan dengan rekod cemerlang telah ditempa oleh industri penerbangan negara.
Antaranya KLIA tersenarai di lima teratas lapangan terbang di dunia serta terpilih empat kali bagi kategori Lapangan Terbang Terbaik Dunia. Manakala Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pula dipilih sebagai pusat penerbangan Asia Pasifik sebagai Lapangan Terbang Tambang Murah bagi tahun 2006. MAS pula meraih lebih 100 anugerah pelbagai rekod amalan dan perkhidmatan sejak sedekad yang lalu. AirAsia pula mengalami kemajuan drastik dan kini memperluaskan liputan destinasi ke seluruh dunia dan banyak lagi kejayaan yang membanggakan.
Industri penerbangan negara secara global mengalami pertumbuhan pesat di rantau Asia Pasifik iaitu mencecah 50% dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini dan dijangka terus meningkat sehingga 200% untuk 20 tahun lagi. Dengan peningkatan pesat industri penerbangan ini, Malaysia berpotensi menjadi satu hab lagi penerbangan di rantau ini.
Apatah lagi industri ini dapat memberi kesan berganda kepada ekonomi dunia termasuk juga Malaysia memandangkan permintaan terhadap penumpang dan kargo udara di negara kita semakin meningkat.
Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, industri penerbangan negara bukan sahaja mampu menyumbang kepada hasil ekonomi negara malahan ia adalah merupakan kebanggaan negara selepas kemerdekaan. Apatah lagi selepas tragedi MH370 dan MH17, industri penerbangan dilihat sebagai amat penting untuk dipertingkatkan agar mampu menghadapi pelbagai cabaran di masa akan datang.
Seperti yang dikatakan oleh Menteri Pengangkutan, Malaysia adalah laluan pilihan utama, logistik ke Asia dan kini berusaha meningkatkan kedudukan sebagai 10 tertinggi bagi indeks prestasi logistik Bank Dunia menjelang tahun 2020. Situasi ini memberi peluang untuk industri kita mencapai pertumbuhan tahunan sebanyak 8.5% bagi sub sektor pengangkutan dan penyimpanan dan sekali gus mampu mewujudkan 146,000 peluang pekerjaan tambahan.
Langkah seperti penubuhan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia atau Malaysian Aviation Commission untuk mengawal selia perkara ekonomi yang berhubungan dengan industri perhubungan awam adalah satu langkah penting dalam proses mentransformasikan industri penerbangan negara dalam proses memulihkan semula imej penerbangan negara.
Sehubungan dengan itu, pindaan kepada Akta Penerbangan Awam 1969, Akta 3 ini adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pertindihan bidang kuasa dan fungsi- fungsi Menteri Pengangkutan dan DCA yang akan diambil oleh Malaysia Aviation Commission. Hal ini sangat penting Tuan Yang di-Pertua sebagai langkah penubuhan Malaysian Aviation Commission secara dasarnya juga melengkapi Dasar Penerbangan Nasional yang bakal digubal oleh kerajaan di mana Yang Amat Berhormat Pekan semasa membentangkan Bajet 2014 telah mengumumkan akan menggubal satu Dasar Penerbangan Nasional yang bertujuan untuk mengukuhkan ekosistem dan rangkaian perkhidmatan dalam industri penerbangan. Apatah lagi kita dalam sasaran untuk menarik 28 juta ketibaan pelancong antarabangsa. Maka setiap elemen yang berkaitan dengan industri penerbangan mahupun MAC atau Malaysian Aviation Commission mesti diambil kira secara menyeluruh dan holistik.
Pindaan-pindaan terhadap seksyen 2, seksyen 3, seksyen 5A, seksyen 24A, seksyen 24F dan seksyen 24K adalah selaras dengan matlamat rang undang-undang ini.
Pindaan seksyen 2 untuk menggantikan perkataan ‘padang terbang’ kepada ‘aerodrome’
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
dalam teks bahasa kebangsaan dan seksyen 3 yang berkaitan dengan kuasa untuk menguatkuasakan Konvensyen Chicago dan mengawal selia penerbangan awam yang termasuk membuat peraturan berhubung sistem pelesenan bagi kegunaan pesawat dan penetapan caj dan fee di aerodrome adalah antara pindaan penting untuk meningkatkan lagi daya saing industri penerbangan serta memastikan konsistensi dengan rang undang- undang MAC 2014 ini.
Pindaan seksyen 5A berkaitan dengan kuasa Menteri iaitu membenarkan sesuatu syarikat yang mempunyai lesen menubuhkan, menyelenggarakan dan mengendalikan aerodrome yang turut merangkumi pindaan hukuman bagi kegagalan mendapatkan kebenaran atau lesen dan hukuman, kegagalan memenuhi terma dan syarat adalah sangat bersesuaian dan penting dalam mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan dan juga pengendalian aerodrome.
Pindaan seksyen 24A pula berkenaan dengan kuasa Menteri untuk memberikan lesen bagi mengadakan perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan dan pindaan seksyen 24F untuk menaikkan hukuman sedia ada iaitu denda tidak melebihi RM500,000 berbanding dengan hukuman asal iaitu denda tidak melebihi RM100,000 selaras dengan seksyen 43 Rang undang-undang Malaysia Aviation Commission 2014.
Saya juga menyokong Fasal 9 yang bertujuan untuk memasukkan bahagian baru iaitu VIIIB untuk mengadakan peruntukkan mengenai penyiasatan dan penguatkuasaan dan perkara yang berkaitan di mana Ketua Pengarah boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana kepada pegawai Jabatan Penerbangan Awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di akta ini.
Memandangkan pegawai diberikan kuasa, hendaklah mempunyai segala kuasa polis tidak kira apa jua pangkat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah Akta 953 kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran berhubung dengan penguatkuasaan pemeriksaan dan penyiasatan.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Maka Tuan Yang di-Pertua, adalah penting pegawai yang diberi kuasa ini mempunyai pengalaman atau menunjukkan keupayaan serta profesionalisme yang tinggi serta memegang kepada prinsip berkecuali semasa menjalankan kewajipannya bagi memastikan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan yang dilakukan adalah bebas dan telus daripada sebarang pengaruh. Yakni juga penting bagi memastikan industri penerbangan negara menjadi industri yang dinamik dan progresif untuk semua syarikat penerbangan.
Ini juga selaras dengan komitmen Kerajaan yang memberi jaminan bahawa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia akan menjalankan tugas dan fungsinya dengan telus dan tidak berpihak kepada mana-mana industri penerbangan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap, semangat yang akan ditunjukkan dalam rang undang-undang ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sekijang bangun.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Tadi Yang Berhormat Kuala Selangor ada menyebut tentang peri pentingnya pelantikan pegawai yang boleh diberikan kuasa untuk melaksanakan apa juga perkara berkaitan dengan Akta Penerbangan Awam ini. Kalau saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor, pada peristiwa pada bulan Mac yang lepas, di mana sebuah dron telah memasuki kawasan aerodrom tanpa kebenaran dan setelah laporan dibuat oleh pihak DCA kepada pihak polis, pihak polis mengatakan bahawa mereka tidak ada kuasa ataupun mereka tidak ada kemampuan untuk menyiasat tentang perkara ini. Jadi apabila perkara ini berlaku, maksudnya mereka yang telah menceroboh tersebut telah tidak dapat diambil tindakan, Jadi, apabila akta ini dipinda nanti, setelah pegawai ini diberi kuasa kelak, setuju kah Yang Berhormat Kuala Selangor jika penguatkuasaan ini nanti akan dapat dilaksanakan secara bersama dengan pihak polis. Terima kasih.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Sekijang kerana yang paling penting sekali ialah bagaimana kalau sebelum ini, sebelum akta ini dipinda, khususnya dari segi penguatkuasaan dan juga penyiasatan, ianya harus seiring juga dengan kuasa polis. Supaya yang paling penting sekali, setiap aduan, setiap insiden itu ada punca untuk dari segi kaedah penyiasatan dan sebagainya.
Jadi sebab itu Tuan Yang di-Pertua, bagi hemat saya, sudah tentunya hasrat pindaan Akta ini adalah selaras dengan Rang Undang-undang Malaysian Aviation Commission yang telah dibentangkan baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya berharap Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah drastik dan efektif secara khususnya supaya segala aspek menetapkan dasar dan juga pembangunan sektor penerbangan secara keseluruhannya untuk terus menjadikan industri penerbangan negara akan terus berkembang maju serta menjadi hab penerbangan utama di rantau ini akan terus dipertingkatkan selaras dengan pindaan dalam akta pada petang ini.
Dengan itu saya mohon menyokong Rang Undang-undang Penerbangan Awam
(Pindaan) 2015. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil bahagian tetapi tidak panjang. Cuma ada beberapa perkara sahaja yang ingin saya sentuh.
Pertamanya tadi saya mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor dan saya rasa ada sedikit yang saya rasa Yang Berhormat Kuala Selangor sepatutnya berkata dalam – memasukkan ke dalam ucapan skrip beliau tadi itu, iaitu beliau mengatakan bahawa Malaysia menjadi hab, MAS. Beliau langsung tidak menyentuh tentang MAS ini telah rugi, dan sudah bankrap pun. Sepatutnya mungkin skrip itu patut disediakan sebelum MAS bankrap lah agaknya, tanpa adjustment.
[Ketawa] Akan tetapi, bagaimanapun saya di sini, yang keduanya saya lihat ada beberapa perkara khususnya ke seksyen 5A fasal 5 itu yang memasukkan, kata rewrite ya seksyen 5A itu, dengan izin, saya bacakan; “*The Minister may—
(a) authorize any person to establish an aerodrome in Malaysia for the take-off and landing of any aircraft engaged in the carriage of passengers, mail or cargo for the hire or reward; and
(b) authorize any person to establish, and license any person to maintain or operate, etc.”* Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah, kenapakah pindaan ini daripada satu pindaan yang begitu drastik. Di mana kalau kita lihat pada seksyen 5A yang asal, pertama tajuknya. Tajuknya di sini “Establishment, Maintenance and Operation of Aerodrome”. Sedangkan dalam yang asal itu bagi saya ia lebih all encompassing, lebih menyeluruh. Ini kerana ia menerangkan tentang kuasa Menteri untuk establish, maintain and operate and the tambah etc. Ia ada lagi, bukan setakat tiga perkara sahaja. Akan tetapi sekarang ini ia fokus kepada tiga sahaja.
Kemudiannya, dalam seksyen 5A yang asal sebelum pindaan ini, Menteri hanya boleh beri – membenarkan the licensed company. Tiba-tiba sekarang ini, authorized any person. Saya cuba melihat seksyen yang lama sebelum pindaan. Dalam seksyen 2 itu berkaitan dengan pentafsiran, saya tidak menjumpai apa yang dimaksudkan any person yang dirujuk dalam seksyen 5A ini. Akan tetapi kalau dalam seksyen 5A yang asal itu, Menteri hanya diberi kuasa untuk mana-mana orang untuk establish, maintain and operate aerodrom itu kepada company yang telah dilesenkan. Sudah tentulah saya rasa, dalam
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
seksyen 2 akta itu menyatakan company yang dilesenkan sepertimana yang dinyatakan dalam seksyen 24A (1), yang Menteri telah lesenkan.
Jadi bagaimanakah kita macam seolah-olah ke belakang? Saya percaya, sudah tentulah untuk memastikan aeroplane ini dibina, dimaintain, dengan izin, dan dioperate dengan lebih cekap, sudah tentu kita memberikan kepada syarikat-syarikat yang ada, yang telah dilesenkan, yang bagi saya itu sebagai impliednya, sebagai tersiratnya, syarikat yang ada pengalaman, ada track record.
Tiba-tiba kita completely, dengan izin, abolish itu. Kita beri kepada person, seseorang. Seseorang pula tidak dinyatakan seseorang yang ada lesen atau adakah seseorang yang macam mana? Jadi bagi saya, ia akan menimbulkan banyak keraguan dan apatah lagi dalam keadaan kita tahu aviation industry Malaysia ini, sekarang dalam keadaan sering dipersoalkan setelah berlakunya tragedi-tragedi itu, sudah tentulah kita – saya tak nampak apakah rasional Menteri sekarang ini boleh dibenarkan memberi lesen dan memberikan keizinan untuk seseorang, bukan untuk satu company yang dilesenkan untuk operate, maintain dan establish aerodrome. Itu yang pertama.
Keduanya Menteri, saya juga ingin bertanya kepada Menteri. Oleh kerana kita telah pun dengan izin, completely abolish the old seksyen 5A itu, kita rewrite baru ini. Apa status kepada syarikat-syarikat yang sekarang ini authorized, ataupun maintain and operate aerodrom itu. Jadi saya ingin tanyakan, apakah status mereka?
Mungkin Menteri boleh terangkan kepada saya, berapa banyak syarikat yang telah pun terlibat dalam establishment ataupun maintenance – tadi kata dua tadi lah. Adakah apabila kita letakkan kepada orang ini, adakah ini hasil daripada permintaan yang ramai atau daripada individu-individu tertentu? Itu saya hendak tanya lah.
Seterusnya Menteri, berkaitan dengan fasal 6 yang memperkenalkan pindaan kepada seksyen 24A. Kalau kita lihat kepada seksyen 24A yang asal, memang Minister boleh “Grant license to a company nominated by the Government of Malaysia”. Memang ada. Cumanya bezanya kali ini ialah ayat “Under this section to provide any services within an aerodrome or otherwise". Sedangkan permission yang asal menyatakan bahawa “Minister may grant a license to a company nominated by the Government”, untuk dengan izin, “Carry out any function of the department of the Civil Aviation, to provide any services”.
Jadi nampaknya sekarang ini seksyen 24A ini hanya confined kepada untuk memberikan lesen berkaitan dengan penyediaan servis within an aerodrome or otherwise.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sedangkan yang asal itu lesennya lebih luas iaitu dia boleh menjalankan kuasa- kuasa yang dijalankan oleh Jabatan Penerbangan Awam ini. Jadi saya ingin tanya, apakah rasionalnya dipinda seksyen ini? Kemudiannya saya ingin juga tanya, oleh sebab seksyen ini dihadkan, apa kesan kepada subseksyen (2)(a) sampai (f) tidak silap saya. Ini kerana apabila kita telah confined kepada within aerodrome sahaja, sedangkan yang asal itu lebih luas lagi dan kita tidak pinda pula seksyen yang berikutan dengan itu iaitu subseksyen 24A(2).
Jadi saya rasa seolah-olah pindaan itu tidak selaras. Di atas dengan di bawah tidak sama. Sepatutnya bila kita hendak meminda suatu seksyen yang besar itu, kita harus juga meminda the following subseksyen itu supaya selaras dengan hasrat yang kita hendak pinda itu. Jadi saya nampak seolah-olah pindaan ini dia tidak dibuat dengan hati-hati, sehinggakan pindaan yang pertama dibuat tanpa meminda subseksyen yang berikutnya.
Jadi, saya risau akan menyebabkan nanti ada halangan-halangan daripada segi enforcement itu, daripada segi pelaksanaan ini. Jadi saya hendak tanya kepada Menteri, adakah kerajaan merasakan tidak perlu meminda subseksyen (2), 24A. Apa yang ada sekarang dia delete, delete paragraph (2)(c) sahaja, sedangkan (a), (b), (c), (d) itu saya rasa ada kesan terhadap pindaan di bawah seksyen 24A(1) ini. Adakah Menteri rasa ia satu benda yang tidak– Saya takut nanti akan menimbulkan ‘akta violence’ dan sebagainya.
Jadi, saya rasa itu dua perkara yang saya ingin sentuh. Jadi, saya harap Menteri dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati kita supaya kita boleh menyokong akta ini. Terima kasih.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Tuan Yang di- Pertua, mengenai apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Stampin, yang membangkitkan peranan DCA yang semakin berkurangan selepas penubuhan MAC.
Sebenarnya MAC adalah pengawal selia ekonomi, manakala DCA adalah pengawal selia teknikal berhubung penerbangan awam. Peranan DCA sebagai pengawal selia teknikal kekal dan penambahbaikan ini adalah bagi pembangunan policy making, planning and regulatory function. Seterusnya, sama ada terdapat pertindihan kuasa antara MOT, DCA dan MAC.
Sebenarnya tiada pertindihan kuasa kerana MAC akan mengawal selia aspek ekonomi industri penerbangan. Antaranya perlindungan pengguna, penyelesaian pertikaian dan persaingan. Kedua, MOT berperanan untuk menetapkan dasar dan pembangunan sektor penerbangan negara secara keseluruhan. MOT akan terus menetapkan dasar berhubung peruntukan had trafik udara, laluan obligasi perkhidmatan awam dan juga merundingkan perjanjian perkhidmatan dengan negara-negara lain. Manakala DCA berperanan mengawal selia perkara-perkara berhubung dalam aspek teknikal dan keselamatan.
Seterusnya, Yang Berhormat Stampin juga...
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh ada soalan terhadap MAC dengan DCA?
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Ya.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan tadi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa DCA lebih cenderung kepada bahagian teknikal, bukankah ia lebih baik kalau DCA yang mengeluarkan lesen bagi aerodrome perkhidmatan udara dan sebagainya? Kalau kita lihat negara yang lain, contohnya CAA. CAA yang membuat audit kepada aerodrome dan perkhidmatan udara dan bukannya suruhanjaya. Terima kasih.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Yang Berhormat, aerodrome ini juga perlu mendapat kebenaran dari segi teknikal daripada DCA. Maknanya, dalam melesenkan aerodrome ini, DCA juga terlibat bagi memastikan keselamatan teknikal untuk penggunaan aerodrome ini.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh sekejap sahaja. Memandangkan bahawa DCA yang membuat pemantauan keselamatan, jadi biarlah DCA mengambil hak untuk mengeluarkan lesen dan bukannya through suruhanjaya lagi. Tidak perlu buat double work.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Untuk makluman Yang Berhormat, dalam aerodrome ini dia melibatkan banyak perkara, ground handling dan juga traffics semua diurus oleh MAC. Ini dalam konteks ekonomi.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
[Bangun]
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya MAC ini adalah diusulkan oleh pihak industri, bukan oleh pihak kerajaan. Ini kerana pihak industri merasakan perlu ada Malaysian Aviation Commission yang lebih adil dan ia lebih kata orang itu lebih neutral, sedangkan DCA adalah kerajaan. Maka MAC, dianya akan dilantik daripada orang-orang profesional dan dianya diharap akan memberikan keadilan kepada semua industri dalam negara kita.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, yang aerodrome itu lebih daripada teknikal, kita ada REDA, kita ada IOS, kita ada NDB, VOR, semua itu teknikal. Jadi, saya rasa apa Yang Berhormat kata itu lebih baik kita ada satu definisi lebih tepat lagi bagi peranan DCA untuk mengeluarkan lesen itu. Ini kerana aerodrome itu, keselamatan aerodrome lebih daripada teknikal. Jadi, bahagian ekonomi itu kita perlu ada definisi yang baru under suruhanjaya dan bukannya mengambil alih peranan DCA. Terima kasih.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Menteri.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Yang Berhormat, seperti saya katakan tadi, ia tiada pertindihan kuasa. MAC akan mengawal selia aspek ekonomi industri penerbangan seperti
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
perlindungan pengguna, penyelesaian pertikaian dan juga persaingan-persaingan.
Sedangkan DCA, dia menjaga teknikal dan keselamatan. Oleh sebab hari ini industri penerbangan berkembang begitu maju, maka perlulah ia seiring dengan perkembangan sedia ada. DCA sebenarnya perlu memberi certification kepada teknikal dan keselamatan aerodrome tersebut.
Seterusnya Yang Berhormat, saya teruskan ucapan...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Menteri, berkaitan dengan apa yang diucap...
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Tidak. Saya ingat saya berucap dahulu. Selesaikan ucapan...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Nanti beri peluang. Terima kasih.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Ya. Seterusnya mengenai drone, sama ada drone perlukan lesen kerana drone termasuk dalam takrif kapal udara. Setiap penerbangan drone perlu mendapatkan kelulusan daripada DCA. Sekiranya drone tersebut beroperasi untuk upah dan sewa, maka dianya perlu mendapatkan permit daripada MAC.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
[Bangun]
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Seterusnya Yang Berhormat Bayan Baru...
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
I finished first. Yang Berhormat Bayan Baru juga membangkitkan mengenai perundangan drones. Ketua Pengarah DCA ada mengeluarkan perundangan di bawah seksyen 240 Akta Penerbangan Awam 1969 iaitu Aeronautical Information Circular 04/2008 iaitu Unmanned Aerial Vehicle operation in Malaysia airspace.
Perundangan tersebut memperuntukkan berhubung syarat-syarat dan pengendalian UAV, termasuk drone.
Seterusnya, pihak Yang Berhormat Stampin juga tadi membangkitkan peranan DCA yang semakin berkurangan selepas penubuhan MAC. Saya pun telah terangkan tadi, MAC adalah pengawal selia ekonomi, manakala DCA adalah pengawal selia teknikal berhubung penerbangan awam.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Peranan DCA sebagai pengawal selia teknikal kekal dan penambahbaikan ini adalah bagi pembangunan policy making dan planning dan juga regulatory functions.
Seterusnya Yang Berhormat Bayan Baru...
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat Menteri kalau boleh kerana saya tak mahu lagi tersesat keluar daripada tajuk yang saya nak bangkitkan kalau boleh.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Okey.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat. Saya ada dua soalan yang saya nak bangkitkan. Bolehkah kementerian memberikan jaminan jika dari segi teknikal aspek DCA memberi approval dan tiada canggahan ekonomi, suruhanjaya akan memberi lesen? Itu satu. Bolehkah jaminan itu diberikan?
Kedua yang terhadap dron itu. Apa definisi yang diberikan oleh kementerian itu saya faham. Kalau dron yang digunakan untuk komersial under DCA, ianya bersama dengan kategori light aircraft. Jadi saya berani berkata bahawa dron-dron yang ada sekarang yang dipakai oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil ini, mereka tidak akan mendapat pengisytiharan kerana mereka tidak akan mendapat pengisytiharan ataupun mendapat approval daripada segi dia punya spesifikasinya bersamaan dengan light aircraft. Jadi kalau betul apa yang Menteri cakap itu, boleh katakan berpuluh-puluhan syarikat yang wujud sekarang di Malaysia ini mereka tidak boleh menjalani operasi dron termasuk apa yang – dron yang dibeli oleh kementerian semasa berlakunya gempa bumi di Sabah bahawa ada satu department beli tiga dron. Itu pun tidak mematuhi spesifikasi DCA.
Jadi itu pun tidak boleh dijadikan.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Jadi saya rasa perlu kita ada satu definisi di mana supaya kita tidak akan menghalang – saya ghairah tidak akan menghalang, tidak akan menggalakkan perkembangan trend ini. Tidak memberi sokongan kepada pencipta inovasi, innovation ya untuk berlangsung. Jadi saya harap ada satu definisi untuk protect this industry terima kasih, yang lebih adil.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi juga bangun.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk berbahas. Saya rasa perbincangan, perdebatan mengenai dron ini ataupun aerodrome ini sebenarnya bersekitar tentang rang undang-undang yang kita bincang. Pada pandangan saya, DCA mempunyai tanggungjawab yang besar dan hari ini kita lihat dengan pertambahannya air traffic dan bidang-bidang kuasa yang memerlukan pemantauan yang besar, maka DCA akan kita lebih baik ataupun mungkin terjurus lebih kepada memantau keperluan-keperluan teknikal yang sentiasa berkembang dengan pesat.
Bila ditubuh MAC, saya ingat ini satu langkah yang baik kerana ia juga menjuruskan kepada bidang-bidang yang boleh membantu mengembangkan industri penerbangan aviation ini dalam bentuk yang lebih holistik dan tidak perlu mengambil kira atau membebankan bidang-bidang tugas yang terpaksa dilaksanakan oleh DCA. Hari ini helikopter makin banyak, kapal terbang makin banyak, bangunan tinggi makin banyak jadi skop-skop baru akan lebih terjurus kepada keselamatan, mesti dititikberatkan.
Jadi pembangunan MAC ini amatlah bertepatan sekali. Cuma tadi saya sebut tentang keperluan dron. Itulah maksudnya Yang Berhormat Stampin. Bagi saya peluang bercakap dulu, ini masa saya. Jadi kita lihat hari ini dron bertambah banyak. Hari ini mungkin seratus, mungkin tahun depan dua ribu. Kita pernah ada satelit sampai seribu lebih. Ada yang jatuh, ada yang tak pakai. Silap-silap ada satelit jatuh kita, tempat kita, negara kita ini.
Begitu juga dron. Kadang dron ini ada baiknya. Akan tetapi boleh juga jadi tak baik. Kalau dron ini tak diguna, tak dikawal selia dengan cara baik. Itu sebabnya dron-dron ini kalau kena dengan MAC ini dan juga DCA sebagai pengimbang, saya ingat itu langkah baik untuk memastikan kegunaan dron ini tidak dapat disalah guna dan kalau ada keperluan yang mendesak, kita kena lihat keperluan kedua ini dengan lebih terperinci untuk masa-masa depan. Jadi – saya tak habis lagi Yang Berhormat Stampin.
Saya lihat dari segi keperluan-keperluan lain...
Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sekejap Yang Berhormat Kota Tinggi. Yang Berhormat Stampin, ini masa Yang Berhormat Menteri menjawab dan Yang Berhormat Kota Tinggi mencelah...
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Saya berdiri sahaja tunggu turn.
Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya. Yang Berhormat Stampin, ingat saya tak faham kah Yang Berhormat Stampin. Tak payah lah menegur Speaker.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri dan tunggu sahaja.
Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Speaker tengah memberitahu.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Minta maaf.
Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri tengah menjawab dan Yang Berhormat Kota Tinggi mencelah. Jadi tak payahlah Yang Berhormat Stampin bangun. Ini bukan Yang Berhormat Kota Tinggi berucap, mencelah, ya.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nak habis dah. Jadi Yang Berhormat Stampin kacau lah Yang
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Berhormat Stampin. Jadi tak apalah kita faham drone tadi. Jadi saya ingat saya hujah saya mengatakan dengan ada keperluan-keperluan yang mendesak yang berkembang dengan keadaan yang sangat dinamik, jadi saya rasa segregation atau teknikal di antara DCA dan juga keperluan melihat secara holistik oleh MAC yang mana didorong oleh keperluan industri.
Saya ingat ini langkah yang baik untuk mengembangkan lagi industri aviasi dalam negara dan dengan itu saya menyokong. Keperluan dron itu tadi sememangnya ada keperluan. Saya setuju juga dengan Yang Berhormat Stampin tadi. Akan tetapi Yang Berhormat Stampin kita kena lihat skopnya akan berkembang. Jadi jangan kita limitkan atau kita bataskan skop-skop yang ada pada MAC supaya akhirnya menggagalkan usaha kita mewujudkan MAC itu sendiri. Jadi kita kena melihat dari sudut holistik untuk pengembangan aviation industry di negara. Itu pandangan saya terima kasih.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Menteri, kalau boleh sekejap sahaja. Satu lagi.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Bagi saya jawab lah ya.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Okey.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi dan juga Yang Berhormat Stampin. Mengenai dron ini, sebenarnya memang kita menggalakkan dan kita tidak pernah kata orang itu penalize sehingga hari inilah kegiatan dron di Malaysia. Apa yang seperti saya sebutkan tadi bahawa memang telah ada perundangan mengenai dron.
Maknanya kita menggalakkan just register. Daftar dengan pihak DCA dan pihak DCA senantiasa memberi kerjasama untuk mendaftarkan semua individu ataupun syarikat- syarikat yang memiliki dron di Malaysia ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat kalau saya cakap 30 saat sahaja – dron-dron.
Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya sebenarnya terpulang kepada Menteri. Akan tetapi 30 saat kalau 10 kali 30 saat, itu terpulang kepada Menteri lah.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat Menteri, yang ini tentang dron. I think – saya rasa ini penting.
Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Stampin sekejap.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
If you want to ask anything on drone, so let me...
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Just give me 30 seconds. Can? Terima kasih Menteri.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Okey, okey.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi dan terima kasih juga apa jawapan yang diberikan oleh Menteri. Saya memang sangat happy lah apa yang diberikan oleh Menteri. Itulah saya cakap. Kita perlukan satu kategori specifically ya untuk menangani kegunaan dron. Itulah saya setuju dengan apa dikata Yang Berhormat Kota Tinggi ini kerana sekarang kita tidak ada satu spesifikasi kategori yang specifically to deal with dron. Itu dia masalahnya. Ada orang yang boleh menyalahgunakan dron ini dan kawasan ini sangat blur. Jadi pada sekarang apa yang kita ada ya memang dron-dron yang dijual dekat market ini adalah salah, tidak boleh digunakan. Jadi saya harap ada kita boleh mintalah profesional-profesional to look into this category supaya kita mempunyai peraturan- peraturan yang melindungi seperti apa yang Menteri katakan seperti apa Yang Berhormat Kota Tinggi katakan supaya kita tidak akan menjadi halangan.
Ini kerana dari segi sekarang ada undang-undang yang ada ini di adalah satu halangan kepada operasi dron. Terima kasih Menteri.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Pandangan Yang Berhormat Stampin saya akan mengambil kira dan memang kita akan meningkatkan lagi perundangan dan kemudahan-kemudahan untuk mengakomodasikan industri dron dan teknologinya sekali.
Seterusnya Yang Berhormat Jeluntong dan juga Yang Berhormat Kapar ada membangkitkan sama ada pindaan seksyen 5(A) memberi kuasa lebih kepada Menteri untuk memberikan lesen. Untuk makluman, pindaan tidak memberikan kuasa lebih kepada Menteri. Sebaliknya kuasa Menteri untuk memberikan lesen kepada syarikat untuk menyelenggarakan atau mengendalikan sesuatu aerodrome untuk pelepasan dan pendaratan kapal udara yang terlibat dalam membawa penumpang mail dan kargo untuk sewa atau upah, diberikan kepada MAC.
Jadi maknanya kuasa Menteri berkurangan. Seksyen 5(A) yang dipindah hanya memberi Menteri kuasa penubuhan aerodrome dan melesenkan orang untuk menyelenggarakan atau mengendalikan aerodrome bukan untuk sewa atau upah.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Maknanya, Menteri hanya ada kuasa memberi kebenaran kepada private aerodrome. Sebagai contoh, kita bagi kepada Petronas di Kerteh, itu adalah private aerodrome. Dia tidak terlibat dengan sewa atau upah.
Jadi dalam konteks ini, saya hendak maklumkan bahawa...
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Tumpat bangun.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tentang aerodrom, pengendalinya dan sebentar tadi tentang drone. Dalam tafsiran tentang aerodrome ini, disebutkan termasuklah lapangan terbang, lapangan terbang kecil, seterusnya lapangan helikopter. Yang saya ingin bertanya ini ialah bahawa kita tahu helikopter mempunyai fleksibiliti untuk mendarat di tempat-tempat lapang yang biasa. Yang saya hendak tanya ialah adakah selepas ini ia akan dikawal? Ini kerana sebagaimana yang kita tahu, bekas Yang Berhormat Rompin kemalangan helikopternya, katanya salah satu sebabnya ialah kerana helikopter itu rosak dan kerosakannya berpunca daripada selepas ia mendarat di suatu padang di Kuantan selepas berlepas dari Pekan dan kerosakan berlaku kerana tanah lembap, sayap belakangnya terkena tanah dan terhantuk dan sebagainya.
Jadi soalan saya, adakah selepas ini dan memandangkan kepada pengalaman seperti itu, tempat-tempat pendaratan helikopter yang sudah pun termasuk dalam takrif aerodrome ini akan dikawal? Bukan lagi helikopter boleh mendarat kecuali dalam keadaan kecemasan di mana-mana padang tanpa ia disahkan oleh MAC ataupun DCA ini tempat yang boleh helikopter itu mendarat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, tadi ada sentuh tentang Jelutong. Jadi ada sedikit saya hendak minta tunjuk ajar.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Boleh atau tidak jawab yang helikopter itu dahulu sebelum itu supaya jelas dahulu.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Okey, okey.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Yang Berhormat Jelutong, banyak saya hendak jawab, Yang Berhormat ya.
Mengenai helipad yang disebut oleh Yang Berhormat Tumpat, memang selepas ini MAC akan mengurus semua atau melesenkan aerodrome yang ada di negara kita yang mana helipad ini juga adalah dalam kategori aerodrome. Selepas ini mana-mana penubuhan aerodrome ataupun helipad perlu mendapat kebenaran daripada Menteri dan kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada pemeriksaan yang akan dijalankan oleh DCA iaitu dari aspek teknikal dan keselamatan. Saya juga hendak menghubungkan dengan Yang Berhormat Kuala Krai yang juga mengenai helipad ini. Penerbangan helikopter juga perlu melalui laluan yang telah ditetapkan oleh pihak DCA. Untuk makluman Yang Berhormat Tumpat, tempat pendaratan helikopter sememangnya dikawal oleh pihak DCA.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Persoalan yang disebut oleh Yang Berhormat Jelutong ialah *aerobridge operation.
Aerobridge operation* adalah sebahagian daripada perkhidmatan darat ataupun ground handling services yang akan dikawal selia oleh pihak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.
Yang Berhormat Bayan Baru yang bertanyakan mengenai kontrak MAHB dengan Kerajaan Malaysia. Kontrak ini akan diteruskan seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 104 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 di bawah peruntukan pengecualian dan peralihan.
Mengenai imuniti MAC...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya apakah kontrak antara MAHB dengan Kerajaan Malaysia? Berapa lama lagi kontraknya? Adakah aerodrome-aerodrome di Malaysia selepas tamat kontrak dengan MAHB akan dibuka untuk competitive bidding daripada syarikat-syarikat operasi yang lain? Terima kasih.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Ini Yang Berhormat, saya tidak dapat maklumat ini.
Saya akan jawab secara bertulis tetapi untuk makluman Yang Berhormat, memang kementerian ada merancang untuk memberi ruang kepada syarikat-syarikat mengendalikan lapangan terbang di Malaysia. Ini dalam perancangan.
Seterusnya mengenai...
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, tentang pengendali lapangan terbang aerodrome tadi itu. Saya ingin bertanya, mungkin tidak disentuh lagi, iaitu bahawa adakah kerajaan berhajat untuk mempunyai takrif yang jelas iaitu sama ada lapangan terbang ini lapangan terbang antarabangsa atau lapangan terbang ini lapangan terbang domestik ataupun lapangan terbang ini mungkin kebiasaannya hibrid? Saya bertanya ini kerana saya tidak nampak ciri-ciri yang jelas.
Misalnya di Lapangan Terbang Subang kita sahaja, penumpang-penumpang antarabangsa dengan penumpang-penumpang domestik kebanyakan keadaannya bercampur aduk sama ada semasa berbaris untuk pemeriksaan keselamatan ataupun ketibaannya. Lorongnya, biliknya sama. Tinggal lagi kalau kita faham kita ini domestik, kita ambil lorong yang sebelah kanan. Kalau kita faham kita ini antarabangsa, kita ambil lorong sebelah kiri. Contoh di Subang.
Contoh satu lagi, Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
Oleh sebab politik yang jelas oleh pihak kerajaan, tidak mahu dinamakan lapangan terbang antarabangsa tetapi penerbangan antarabangsa agak banyak dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu itu. Tinggal lagi perbezaannya, dibina tiba-tiba satu dinding baru cermin untuk kononnya memisahkan yang ini adalah tempat menunggu untuk penumpang-penumpang antarabangsa. Selain daripada itu, sekali lagi tidak ada perbezaan, tidak ada pemisahan di antara penumpang-penumpang antarabangsa ataupun penumpang-penumpang domestik.
Jadi adakah kementerian berhajat untuk mempunyai cara-cara yang tertentu yang lebih jelas daripada sudut keselamatannya, dari sudut berbagai-bagai lagi antara lapangan- lapangan terbang yang ada dalam negara kita ini? Terima kasih.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Yang Berhormat Tumpat dan Tuan Yang di-Pertua.
Mengenai lapangan terbang ini, dalam negara kita, kita ada dua kategori. Satu, lapangan terbang antarabangsa dan satu lagi lapangan terbang domestik. Walaupun lapangan terbang domestik dipanggil domestik tetapi ia juga boleh menampung penerbangan antarabangsa sekiranya ada keperluan dan demand seperti di Pengkalan Chepa. Ia juga mengendalikan penerbangan antarabangsa kalau tidak silap saya antara Pengkalan Chepa, Kota Bharu–Singapura. Begitu juga lapangan terbang yang lain.
Mengenai sekuriti ini, pemisah yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi, ia sebenarnya atas permintaan daripada pihak industri dan juga pihak keselamatan kerana daripada pihak industri, ianya supaya memudahkan penerbangan mengikut jadual yang ditetapkan. Jadi kalau dia sudah dipisahkan dengan orang yang telah boarding, maka dia tidak perlu mencari-cari penumpang yang berselerak di sebuah lapangan terbang tersebut.
Maka dalam konteks ini, memang kita di Malaysia sedang menguruskan supaya hendak ada segregation antara penumpang antarabangsa dan juga penumpang domestik
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
dan juga penumpang yang tiba dan penumpang yang pergi. Ini kerana kita tidak mahu memberi ruang kepada pemerdagangan manusia.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Seterusnya Yang Berhormat Kapar ada membangkitkan soal immunity MAC.
Sebenarnya perlindungan yang diberikan kepada MAC bukanlah kekebalan mutlak.
Perlindungan yang diberikan di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia kepada suruhanjaya hanyalah jika perbuatan suruhanjaya dilakukan dengan hati suci dan atas sifat rasmi menurut akta. Apa-apa perubahan suruhanjaya MAC berlanggaran dengan akta tidak akan dilindungi.
Seterusnya Yang Berhormat Bayan Baru, mengenai - saya hendak recap tadi perjanjian dengan MAHB adalah - ini perjanjian antara MAHB dengan kerajaan merupakan perjanjian yang confidential. Seterusnya...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, berapa lama lagi kontraknya? Sampai bila?
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Saya...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Confidential juga?
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Saya kena dapatkan maklumat. Ini tidak ada pada saya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
[Ketawa] Yang Berhormat Menteri, kalau semuanya confidential, apakah ketelusan? Kita kena ada ketelusan dari - kalau kita semua sokong rang undang-undang tetapi kerajaan tidak mahu terus terang dengan kita, mana boleh. Kami sebagai pembangkang kita kena ada check and balance. Yang Berhormat Menteri kena jawab terus terang. Tidak akan semua confidential sahaja. What’s the point of Parliament, semuanya confidential.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
I will get the maklumat dari MOF, ya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
MOF, okey. Written, nanti beri jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Seterusnya Yang Berhormat Sepang, ya. Yang Berhormat Sepang ada membangkitkan mengapakah pindaan seksyen 5A memberikan kuasa kepada Menteri untuk membenarkan dan melesenkan ‘Any person’. Sebaliknya akta asal adalah company. Perkataan ‘Any person’ di bawah Akta Tafsiran 1948/47 adalah termasuk perbadanan.
Seterusnya Yang Berhormat Jelutong juga ada membangkitkan security check atau pun body check. Security check atau body check adalah diperlukan untuk beberapa perkara yang tidak dapat dikesan melalui screening machine. Sebagai contoh, hand grenade yang seramik. Seterusnya Yang Berhormat Jelutong juga membangkitkan mengenai auxiliary police di bawah siapa? Auxiliary police sebenarnya adalah di bawah MAHB. Jadi pegawai polis ini adalah tertakluk kepada disciplinary yang dikawal oleh MAHB.
Seterusnya Yang Berhormat Bayan Baru juga membangkitkan perkara security di aerodrom dijalankan oleh pegawai-pegawai pengendali aerodrom misalnya MAHB dan pegawai ini adalah auxiliary police dan dibayar gaji oleh pengendali aerodrom tersebut.
Maknanya kalau MAHB, MAHB, kalau Senai airport, Senai airport. DCA adalah badan kawal selia untuk perihal security di aerodrom-aerodrom dalam Malaysia.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, soalan pokok saya tadi mengenai keselamatan dan security screening itu ialah saya tanya sama ada meraba- raba itu merupakan satu standard operating procedure. Kalaulah seseorang penumpang itu disyaki bahawa dia barangkali dia akan membawa barangan yang sukar dikesan oleh mesin elektronik, jadi search secara the bodily search akan dilakukan tetapi apa yang kita nampak di lapangan terbang kita, auxiliary police itu menggunakan meraba-raba itu sebagai satu standard operating procedure. Itulah yang saya tanya. Harap dapat penjelasan.
Saya buat kutipan daripada hujah Menteri yang mengatakan tentang bidang kuasa MAC, pelesenan dan sebagainya. Saya rasa di sini kita lihat pada segi dua rang undang- undang yang kita luluskan MAC dan juga sekarang Penerbangan Awam, nampaknya dalam industri aviation ini terdapat terlalu banyak stakeholders di mana MAC di letak di bawah
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Jabatan Perdana Menteri. DCA di letak di bawah MOT. Pelesen-pelesen yang bakal di bawa ke dalam rejim Suruhanjaya Penerbangan Awam itu akan diletak di bawah MAC/JPM.
Terdapat juga syarikat-syarikat penerbangan yang menjadi pelanggan kepada aerodrom atau pun lapangan terbang itu, landing right dan sebagainya terletak di MOT di mana syarikat penerbangan yang harus memiliki ASP katakan, aviation service provider license itu akan dikeluarkan oleh MAC. Padahal AOC pula the airline operators certificate, itu akan dikeluarkan oleh DCA. Jadi bagaimana kita hendak menangani dan menguruskan stakeholders yang begitu banyak tetapi diletakkan di kementerian, agensi yang berlainan, yang ‘bercerabuk’ di situ Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat telah mendapat salah maklumat. MAC sebenarnya di bawah MOT. Di bawah kawalan Kementerian Pengangkutan bukan JPM. Ini telah dijelaskan semasa Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
Seterusnya, mengenai apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang, seksyen 24A. Mengapa subseksyen I di pinda tetapi subseksyen II tidak dipinda?
Subseksyen II tidak dipinda oleh kerana tiada keperluan untuk dipinda. Seterusnya Yang Berhormat Bayan Baru membangkitkan arrest without warrant. Pegawai penguat kuasa DCA tidak diberikan kuasa untuk menangkap tanpa waran. Fasal 24AB amat jelas tentang hal ini dan ini boleh dilihat daripada perkataan ‘kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran’.
Yang Berhormat Jelutong juga membangkitkan sama ada pindaan seksyen 24A merupakan perpindahan kuasa dengan MAC. Tiada pertindihan kuasa memandangkan pengecualian pemberian lesen perkhidmatan pengendalian darat dan pengendalian aerodrom telah dinyatakan secara jelas dalam pindaan seksyen 24A. Perkhidmatan dalam aerodrom yang boleh dilesenkan oleh Menteri Pengangkutan antaranya adalah seperti flight collaboration services dan air navigation services.
Yang Berhormat Lembah Pantai ada mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Penerbangan Awam. Untuk makluman tiada keperluan ditubuhkan jawatankuasa tersebut kerana peranan DCA dan juga Bahagian Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) adalah memadai untuk memastikan keselamatan penerbangan ini.
Seterusnya, Yang Berhormat - saya fikir saya sudah cover semua, ya.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat, Yang Berhormat Stampin.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Ya.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, ada satu soalan lagi mungkin tercicir ya. Saya rasa Yang Berhormat Menteri pun setuju bahawa dengan memandangkan dengan adanya suruhanjaya ini, Jadi suruhanjaya ini penting bukan sahaja untuk kegiatan-kegiatan aviasi komersial seperti peringkat AirAsia kah atau Malaysian Airlines tetapi juga peringkat yang bawah yang menjalani aktiviti-aktiviti ultralight atau pun paragliding dan semuanya.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Jadi soalan yang saya tanya itu yang saya cadangkan dalam perbahasan saya iaitu kita adakan satu kategori yang seperti juga drone tadi, kita akan adakan satu kategori panggil unlicensed aerodrome. Nama unlicensed itu bukan maksud dia sembarangan sahaja. Maksud unlicensed aerodrome itu dia adalah aerodrome yang kecil terutamanya mengendalikan kapal terbang-kapal terbang seperti ultralight paragliding ataupun home build aircraft. Dekat negara Australia, dekat negara UK, mereka ada satu kategori dia unlicensed aerodrome yang saya bacakan tadi dalam perbahasan saya contohnya daripada Queensland ini dia kata unlicensed aerodrome, “Those used by aircraft with maximum seating capacity of 30 passengers or less dan sebagainya dan seterusnya to audit by CAA dan daripada segi pemakaian di Malaysia dia boleh diaudit oleh DCA.
Jadi saya rasa ini penting. Dengan adanya suruhanjaya ini we must give protection as well untuk inovasi-inovasi untuk home build aircraft untuk general aviation supaya mungkin kita adakan kategori unlicensed aerodrome ini supaya kita tidak akan menghalang
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
perkembangan aeroangkasa di Malaysia. Saya harap cadangan saya ini boleh diterima baik. DCA atau kementerian boleh refer to CAA dekat UK ataupun Australia. Terima kasih.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Yang Berhormat saya amat menghargai pandangan Yang Berhormat mengenai unlicensed aerodrome.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Unlicensed aerodrome.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Jadi saya akan menyarankan kepada pihak DCA untuk mengambil kira ini seterusnya membuat, memberi perkembangan kepada industri teknologi drone ini. Pada masa ini pun sebenarnya banyak drone yang ada di Malaysia ini is unlicensed.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Maaf bukan *drone, aerodrome.
Unlicensed aerodrome.* Maksudnya lapangan terbang unlicensed. Maksudnya kalau kita ada satu keping tanah, kita hendak jadikan ia sebagai lapangan terbang ia boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat banyak maklumat tentang isu ini. Di dalam Parlimen ini kita terbatas dengan peraturan mesyuarat. Mana-mana perkara yang bukan dipinda sebenarnya tidak boleh dibahas dengan panjang lebar ya.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Okey saya mengambil pandangan Yang Berhormat dan saya akan membincangkan dengan pihak kementerian. Terima kasih.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, hendak bagi jalan lagi Yang Berhormat Menteri?
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Okey, satu lagi, satu lagi.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, stick kepada peraturan, perkara-perkara yang dipinda sahaja Yang Berhormat.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Saya membuat kutipan daripada hujah Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi mengenai penggantian seksyen 5A dan juga pindaan seksyen 24A, very specific di mana Menteri memberi kuasa untuk mengeluarkan lesen.
Tadi kita buat kutipan bahawa penubuhan MAC itu adalah sebagai pengawal selia bagi aspek-aspek ekonomi dalam industri dalam penerbangan.
Jadi kita bertolak dari situ, saya lihat kuasa untuk memberikan lesen itu dia mempunyai sifat-sifat dan juga nilai-nilai ekonomi di mana sesuatu lesen yang dikeluarkan akan menarik balik fi yang akan ditentukan oleh suruhanjaya, itu yang pertama. Fi yang masuk ke dalam Perbendaharaan.
Kedua ialah dengan lesen yang dipegang oleh mana-mana pengendali ataupun pelesen ia dapat mengaut keuntungan ekonomi sekiranya business nya berjalan lancar dalam bidang aviation yang berkaitan. Jadi soalan saya ialah begini kalau Suruhanjaya MAC itu kuasanya ialah untuk mengawal selia aspek ekonomi dan pemberian lesen itu merupakan satu kegiatan bersifat ekonomi bernilai ekonomi kenapa pula kuasa itu tidak diberikan kepada suruhanjaya.
Itulah matlamat kita untuk menubuhkan suruhanjaya untuk mengawal selia aspek ekonomi. Akan tetapi sekarang ia diberikan kepada Menteri dan pemberian kuasa kepada Menteri untuk mengeluarkan lesen itu telah dijadikan sebagai komponen-komponen pindaan dalam rang undang-undang ini. Itulah persoalan saya.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelutong saya ingat dia membuat salah tafsiran. Memberi lesen ini diambil daripada kuasa Menteri beri kepada MAC, bukan kuasa Menteri lagi. Kuasa suruhanjaya. Kuasa Menteri hanya memberi yang tidak ada economic value. Macam tadi kuasa Menteri hanya memberi kebenaran kepada private aerodrome yang tidak ada kena-mengena dengan hire or reward.
Jadi mungkin you got confused on that.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Saya hendak petik. Saya baca mentah-mentah daripada pindaan Seksyen 24A, Tuan Yang di-Pertua. Dia kata Seksyen 24A akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen dengan subseksyen yang berikut. Dipinda dengan subseksyen berikut dan subseksyen ini dia kata, satu, Menteri boleh memberi lesen kepada sesuatu syarikat dan sebagainya. Itulah yang saya tersasul minta penjelasan.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Untuk makluman, Menteri hanya boleh beri lesen kepada private aerodrome yang tidak ada element hire or reward. Jadi mungkin di sini tidak jelas tetapi seperti jawapan yang saya jelaskan daripada awal tadi, kuasa Menteri hanya untuk kepada entiti yang tidak berkaitan dengan ekonomi. Seperti yang saya sebutkan tadi contohnya kepada Petronas. Dia ada aerodrom di Kerteh, that is private. Dia tidak mengendalikan penumpang. So, I hope you tidak confuse. Jadi itulah penjelasan saya.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, - Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu satu akta untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara berkaitan atau bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Akta Perlindungan Pengguna 1999 digubal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna. Penubuhan Majlis Penasihat Pengguna Negara dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Akta Perlindungan Pengguna 1999 adalah terpakai berkenaan dengan semua barang dan perkhidmatan yang ditawarkan atau dibekalkan kepada seorang pengguna atau lebih secara perdagangan termasuk apa-apa urus niaga perdagangan yang dijalankan melalui secara elektronik. Akta Perlindungan Pengguna 1999 diwujudkan secara umumnya untuk melindungi pengguna daripada amalan perdagangan yang tidak adil, perlakuan yang mengelirukan, fermentasi palsu, standard keselamatan perkhidmatan dan barang
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, - Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah
pengguna, hak dan guarantee barang, terma tidak adil dan hak mendapatkan ganti rugi di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Akta ini turut diperuntukkan bidang kuasa tribunal untuk mendengar tuntutan pengguna dalam lingkungan akta ini termasuklah tuntutan mengenai apa-apa barang-barang dan perkhidmatan yang baginya tidak ada mekanisme tebus rugi yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang lain.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Akta Suruhanjaya Penerbangan 2015 telah diluluskan oleh Parlimen pada 22 April 2015 dan dijangka akan berkuat kuasa pada masa yang terdekat. Akta Suruhanjaya Penerbangan 2015 ini pada amnya digubal bertujuan untuk mengawal industri penerbangan awam. Suruhanjaya penerbangan ini mempunyai fungsi yang antara lainnya mewujudkan mekanisme perlindungan pengguna termasuklah mekanisme bagi menyelesaikan aduan pengguna dan juga mekanisme bagi penyelesaian pertikaian antara pihak yang terlibat dalam industri penerbangan.
Sehubungan itu, pindaan susulan kepada Akta Perlindungan Pengguna 1999 perlu dibuat.
Bertujuan untuk membataskan bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia berkenaan dengan apa-apa tuntutan oleh pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan.
Tuan Yang di-Pertua, Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 12 Jun 2015 antara lain juga telah bersetuju agar Akta Perlindungan Pengguna 1999 dipinda berdasarkan kepada Akta Suruhanjaya Penerbangan 2015. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat cadangan pindaan Akta Perlindungan Pengguna 1999 akan menumpukan kepada peruntukan seksyen 99 pindaan kepada subseksyen 99(1) seperti berikut:-
Seksyen 99 dipinda dengan memasukkan perenggan (Ca) ke dalam subseksyen 99(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi membataskan bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia berkenaan dengan apa-apa tuntutan oleh pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan 2015. Tuntutan pengguna berhubung dengan penerbangan kini akan diuruskan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan 2015.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
[Tiada Perbahasan]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.] [Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.] [Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.] [Majlis Mesyuarat bersidang semula.] [Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana sedia maklum Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia (BPP) berkongsi menguruskan Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan yang dibiayai oleh Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan tertakluk kepada Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 1971, Akta 42. Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015, (Akta LPPSA) 2015, Akta 767 yang telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen membolehkan BPP beroperasi sebagai badan berkanun diasingkan saraan dan dibebaskan sepenuhnya dengan kuasa autonomi penuh dalam tadbir urus kewangan dan sumber manusia. Seksyen 25 Akta LPPSA 2015 menetapkan bahawa lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi memungut dan mendapatkan bayaran balik kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.
Pembayaran balik kemudahan pembiayaan adalah dibuat melalui potongan gaji atau pencen atas persetujuan semasa mendapatkan pembiayaan. Persetujuan tidak boleh batal atas dengan izin irrevocable bagi membenarkan pemberi pinjam membuat potongan ansuran bulanan daripada gaji bulanan atau pencen telah diberikan oleh peminjam dalam salah satu dokumen perjanjian yang ditandatangani olehnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri
Potongan daripada pencen dan apa-apa faedah yang diterima oleh peminjam bagi maksud membayar balik pembiayaan perumahan boleh dibuat sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang. Akta Saraan Hakim 1971 [Akta 45] memperuntukkan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk memotong pencen atau faedah lain bagi maksud pembayaran apa-apa hutang kepada atau tuntutan oleh Kerajaan Persekutuan.
Apabila lembaga mengambil alih pemberian kemudahan pembiayaan perumahan daripada BPP, lembaga akan turut mengambil alih hutang pembiayaan perumahan daripada Kerajaan Persekutuan. Dalam hal ini, hanya Akta Pencen 1980 yang membenarkan potongan pencen, ganjaran atau faedah persaraan lain bagi hutang kepada badan berkanun seperti lembaga.
Walau bagaimanapun, Akta Saraan Hakim 1971 hanya membenarkan Kerajaan Persekutuan sahaja untuk membuat potongan pencen atau faedah lain bagi maksud membayar hutang dengan Kerajaan Persekutuan. Memandangkan lembaga adalah suatu badan berkanun, maka potongan oleh lembaga adalah tidak dibenarkan. Sehubungan dengan itu, pindaan perlu dibuat kepada akta tersebut bagi membolehkan pemotongan pencen atau faedah lain oleh lembaga dibuat tanpa kekangan. Oleh itu Akta Saraan Hakim 1971 [Akta 45] perlu dipinda dengan menggantikan seksyen 13 bagi memperuntukkan kuasa perundangan untuk membolehkan lembaga membuat potongan pencen atau faedah lain bagi maksud kutipan bayaran balik pembiayaan perumahan hakim.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Akta Saraan Hakim (Pindaan 2015) mengandungi dua fasal seperti berikut. Pertama, fasal mengenai tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Kedua, fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 13 [Akta 45] untuk membenarkan pencen atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta 45 diserahhakkan atau dipindahkan atau ditahan di asingkan atau dilevi bagi atau berkenaan dengan apa-apa jua hutang yang kena dibayar kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 [Akta 767] berkenaan dengan kemudahan pembiayaan perumahan yang diberikan oleh lembaga itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan, terima kasih.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971 dibacakan kali kedua dan terbuka untuk dibahas.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Confine kepada pindaan sahaja Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Baik Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum saya membahaskan rang undang-undang ini, saya hendak minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua, sama ada kita boleh sentuh tentang sifat hakim ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak boleh.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Tidak boleh hendak buat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang dipinda itu pasal pencen.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Saya hendak bangkitkan satu hal.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Seksyen 13 Yang Berhormat. Kalau minta kebenaran seperti itu dan kalau Speaker membenarkan bermakna Speaker melanggar peraturan mesyuarat Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi saya tidak sentuhlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak sentuh, baguslah.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Apakah sebenarnya tujuan rang undang-undang ini telah disebut untuk membolehkan pindah serah hak dan sebagainya.
Untuk memastikan bahawa pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh hakim-hakim ini dibayar balik. Tidak boleh kerana pencen dia tidak payah bayar balik. Saya ingin bertanya, teruk sangatkah keadaan hakim ini sampai ada yang tak bayar. Tidak mampu kah ataupun tidak ada pemotongan automatik, agaknya payah bagi hakim-hakim ini untuk membuat pembayaran secara sukarela, memotong atau membayar bulanan. Jadi, ini saya rasa kalau betul berlaku, sangat-sangat unbecoming, dengan izin...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Sila.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya hendak dapat pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Krai. Saya khuatir Yang Berhormat Menteri tidak dapat jawab sebab kalau ini kita bahas mungkin menyentuh sifat hakim. Ini yang jadi masalah sampai hakim pun tidak mematuhi undang-undang, hutang tidak bayar. Terpaksalah kita di Parlimen ini kena buat satu pindaan undang-undang yang akhirnya kita kena wajibkan melalui dengan izin compulsion untuk menjadikan- Saya juga khuatir imej hakim kita mungkin akan terjejas. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Batu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itulah kekhuatiran kita sebab kita meletakkan hakim di satu kedudukan yang sehingga ada dalam peraturan mesyuarat kita tidak boleh menyentuh perihal hakim ini. Jadi kita mengandaikan perkara ini tidak sampai ke peringkat kita mengkanunkan suatu undang-undang untuk memastikan pembayaran balik ini. Saya harap pandangan saya ini tidak keterlaluan. Tetapi sebagai suatu peringatan...
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
[Bangun]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Sila.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, saya pun merasa bimbang kerana kita sudah sampai ke tahap yang mana kita perlu melalui undang-undang, malah meminda undang-undang untuk memastikan bahawa para hakim membayar pinjaman-pinjaman perumahan mereka. Kalau ini berlaku, adakah implikasinya jika hakim- hakim merasa tertekan kerana tidak boleh bayar dan tidak mampu bayar pinjaman perumahan, maka ia akan mempengaruhi kemampuan hakim-hakim ini untuk menjadi orang-orang yang dapat menilai kes-kes di hadapan mereka ini dengan seadil-adilnya tanpa kerisauan, kebimbangan, tekanan emosi dan masalah kewangan yang mengganggu manusia biasa ini, nampaknya sudah terkena kepada para hakim juga. Adakah ini kebimbangan yang kita perlu juga faham apabila melihat pada pindaan ini.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerisauan Yang Berhormat Tumpat itu bertempat. Jadi itulah yang kita hendak cuba elakkan supaya para-para hakim ini apabila mereka melaksanakan tanggungjawab mereka menghakimi kes-kes yang berada di hadapan mereka, berada dalam keadaan tenang, tidak tertekan kerana masalah hutang ataupun perkara-perkara lain.
Jadi, saya mengandaikan bahawa membawa rang undang-undang ini ke Dewan adalah satu perkara yang boleh juga menjejaskan moral para hakim ini. Walaupun kita tahu dan kita telah meletakkan premis tadi bahawa hakim ini dengan kedudukannya, dengan kehebatannya, dengan ganjaran daripada kerjayanya pun agak baik, sudah tentu merekalah orang pertama yang tidak akan melanggar mana-mana perjanjian yang dibuat.
Jadi saya inginkan penjelasan daripada pihak Menteri, apa sebenarnya di sebalik mengetengahkan rang undang-undang ini.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Katil ketuk mikrofon.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Krai bahawa kita berada pada tahap yang gak kritikal apabila pindaan ini terpaksa dibuat melalui Parlimen.
Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Krai, adakah Yang Berhormat Kuala Krai sedar bahawa Malaysia sekarang ini di peringkat dunia, yang terbaru adalah laporan Rule of Law Index, kedaulatan undang-undang.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Kalau dahulu tahun lepas 35, sekarang ini 39. Maknanya menurun dan ini tentunya berkait rapat dengan performance hakim-hakim sama ada di bidang di dalam kes jenayah dan kita tahu banyak kes-kes yang diputuskan itu begitu kontroversi dan tidak mengikut ‘roh’ yang sebenar macam kes Yang Berhormat Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar dan sebagainya. Akan tapi dalam konteks ini, saya ingin minta penjelasan Yang Berhormat Kuala Krai, setuju atau tidak kita tanya kerajaan untuk beritahu berapa ramai sebenarnya hakim-hakim yang berhadapan dengan masalah ini dan apakah hutang yang mereka tak bayar. Biar kita boleh tahu secara spesifik apakah masalah, apakah perlu kita naikkan gaji- gaji mereka supaya mungkin kes-kes yang berkaitan dengan rasuah dan penyelewengan yang mereka boleh lakukan di mahkamah itu boleh halang, kalau mungkin berlakulah. Saya tidak tuduh tapi kalau mungkin berlaku kerana sampai satu-satu tahap, kita terpaksa gunakan Parlimen ini untuk memaksa hakim-hakim ini melunaskan hutang-hutang mereka.
Ini satu perkara yang tidak baik. Dalam keadaan kita final lap ini untuk pergi ke menjadi sebuah negara maju. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Saya terpesonalah dengan indeks yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil dan penurunan yang berlaku. Cuma kalau boleh Yang Berhormat Bukit Katil macam biasalah bila kita bercakap tentang indeks ini, kita nak compare dengan Zimbabwe, Laos, Myanmar baru kita tahu kedudukan kita. Walau apa pun, ianya suatu summation dengan izin, kepada prestasi sistem perundangan kita dan sistem perundangan kita nasib baik bukan hanya berkisar tentang hakim tetapi ada juga tentang pihak guamannya, tentang pihak pendakwaannya jadi mungkin ada faktor-faktor yang lain tetapi saya rasa wajar soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil untuk dijawab oleh Menteri.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Berapa serius kah isu kegagalan untuk melunaskan pinjaman perumahan khususnya dalam bab ini ataupun hutang-hutang lain kepada kerajaan. Hutang yang kena bayar kepada kerajaan, mungkin pinjaman kenderaan ke ataupun rawatan perubatan ke atau sebagainya.
Jadi kita minta penjelasan daripada pihak kerajaan dan saya bersetuju juga dengan pandangan Yang Berhormat Bukit Katil. Kalaulah tekanan terhadap hakim ini cukup tinggi, jadi walaupun saraan mereka agak baik tetapi masih lagi oleh kerana tekanan sosial, cara hidup mereka dan sebagainya, mungkin kita harus melihat semula tangga gaji mereka supaya tidak menambah kesusahan dan membolehkan mereka bertindak di mahkamah secara yang cukup adil dan tepat seperti yang diharapkan oleh masyarakat. Jadi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Batu, lepas itu Menteri boleh jawab.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya nak sambung sedikit sahaja daripada concern yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Kuala Krai sebab bila kita nak pinda rang undang-undang ini, kita rasa agak keberatan kerana seolah-olah golongan yang masyarakat kita harapkan untuk memegang integriti undang-undang kita terpaksa pinda undang-undang supaya mereka bayar hutang.
Jadi, saya ingin tahu adakah cara yang lain daripada cara ini untuk mendapatkan supaya kerajaan dapat balik hutang mereka dan juga kita harus ingat ramai di kalangan kakitangan kerajaan yang lain mungkin undang-undang tidak dipinda, mereka pun ada hutang.
Apakah cara kerajaan untuk dapatkan hutang sama ada ini hanya merupakan satu permulaan kemudian kita akan lihat series undang-undang pindaan yang akan mewajibkan pelbagai segmen masyarakat ini akhirnya juga ada pindaan ini yang membolehkan kita ambil daripada pencen. So, ini agak kita khuatir. Kalau tidak, kita hanya hadkan kepada hakim, golongan lain yang tidak ada. Apakah tak adil nanti pihak swasta sama ada kita juga boleh pinda undang-undang untuk ambil daripada KWSP atau daripada kakitangan kerajaan dalam KWAP dan lain-lain lagi. Ini saya ingin dapat penjelasan sebenarnya apa tujuan dan motif yang terutama untuk pindaan ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri
Saya amat kesallah mendengar apa ....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Mic.
Beberapa Ahli
Mic, mic.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri, ya.
Puan Hajah Nancy binti Shukri
Saya, Tuan Yang di-Pertua, hari pertama kita berpuasa, saya mohon maaf. Saya harap yang berbahas itu membaca rang undang- undang tersebut kerana kita terlalu banyak berpolitik sehingga kita tak faham apa yang dikatakan dalam rang undang-undang ini. Ini tidak ada kena mengena dengan hakim, tidak ada kena mengena dengan tekanan terhadap hakim. Apa yang kita kemukakan pada hari ini ialah selama ini semua mengenai pembiayaan pinjaman, perumahan ke apa semua fungsinya diuruskan oleh Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Jadi kita meminda undang-undang ini kerana dalam Akta Saraan Kehakiman kalau kita lihat Akta Saraan Hakim pada tahun 1997, ia memperuntukkan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk memotong pencen atau faedah lain bagi maksud pembayaran apa-apa hutang kepada atau tuntutan oleh Kerajaan Persekutuan, itu yang dinyatakan dalam undang-undangnya.
Maka dengan itu, kita sekarang ini memindah kuasa itu kepada Lembaga. Jadi, sebab itu Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang telah kita gubal dan lulus di Parlimen juga pada tahun 2015 ini juga. Jadi oleh kerana itu, kita meminda Akta Saraan Hakim 1971, hanya meminda Seksyen 13 untuk membolehkan lembaga ini mengambil alih tugasnya. Tidak ada kena mengena dengan hakim. Saya amat kesal yang tadi dari Bukit Katil pun lawyer pun takkan tak faham. Hari ini hari pertama kita berpuasa pun tak terfikir ke? Mohon maaflah. Jadi itu sahaja, tak ada kena mengena dengan hakim
Puan Hajah Nancy binti Shukri
tertekan, tak ada kena mengena dengan hakim berhutang, tak ada kena mengena. Jadi tak payahlah buat cerita untuk confuse kan dengan izin, rakyat di luar sana. Mohon maaf.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Minta penjelasan sikit sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Puan Hajah Nancy binti Shukri
Jadi itu sahaja ceritanya.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, ya. Setuju, saya bersetuju.
Sebab itu kita minta penjelasan. Tak ada tuduhan apa-apa tapi saya terkilan dengan menteri semasa mic belum buka tadi, minta maaf hari yang pertama puasa. Ini tidak ada kaitan dengan hari kita berpuasa. Di mana-mana dalam Parlimen pun, hari apa pun bila kita minta penjelasan, kita kemukakan.
Puan Hajah Nancy binti Shukri
Cukup, cukup. Cukup, Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi tak payahlah menyinggung ke arah itu.
Puan Hajah Nancy binti Shukri
Betul. Saya pun, sebab itu saya pun rasa terkilan.
[Dewan riuh]
Puan Hajah Nancy binti Shukri
Sebab ini tak ada kena mengena dengan hakim berhutang, tak ada kena mengena dengan hakim tertekan. Jadi sebab itu saya rasa amat kesal dengan cara itu.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Lain kali tak payah bahaslah apa- apa pun.
Puan Hajah Nancy binti Shukri
Cuma bacalah.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Cakap pun tak boleh.
Puan Hajah Nancy binti Shukri
Bacalah rang undang-undang yang hanya satu sahaja pindaan. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Fasal 1 dan 2 - Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Tumpat.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Fasal 1 dan 2 Yang Berhormat ya?
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Ya, saya ingin bertanya oleh sebab Akta Saraan Hakim 1971 Akta 45 dan kemudiannya Akta 767 sudah pun diluluskan kata Yang Berhormat Menteri tadi pada tahun 2015 dan rang undang-undang ini terpaksa dibawa dan dipinda untuk melaksanakannya.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Jadi saya hendak tahu, adakah ada jurang masa yang mana sebelum – sebab kita tidak boleh kutip Yang Berhormat Menteri oleh kerana akta ini belum ada, belum dipinda.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Berapa bulan yang tidak terkutip ini selepas Akta 767 diluluskan, katanya tahun 2015 dan sudah tentu tidak dalam masa sebulan dua yang lalu ini. Ada jurang masa mana tidak terkutip dan apakah jumlah yang tidak dikutip, oleh kerana akta ataupun rang undang- undang ini lambat dibawa ke Parlimen. Mungkin ia sepatutnya dibawa sekali dengan Akta 767 yang lalu tapi hari ini baru dibawa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya ia belum lagi dilaksanakan kerana semasa ini ia masih belum berkuat kuasa sehingga kita meluluskan ini. Selama ini memang ia masih di bawah Bahagian Perumahan. Jadi sebab itu apabila ini diluluskan, barulah lembaga mengambil alih. Pelantikan lembaga pun belum dibuat, Yang Berhormat. Jadi tidak ada isu jurang masa ataupun tunggakan. Terima kasih.
[****Fasal-fasal 1 dan 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Timbalan Menteri dalam Negeri - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2015 dibacakan kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang selepas ini dipanggil LPPSA telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen. Seksyen 25 Akta LPPSA menetapkan bahawa LPPSA hendaklah bertanggungjawab memungut dan mendapatkan bayaran balik kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam. Bagi memastikan LPPSA membuat kutipan bayaran balik kemudahan pembiayaan pinjaman perumahan sektor awam, beberapa pindaan selari terhadap tiga undang-undang lain turut dibuat termasuk Akta Polis 1967.
Pindaan-pindaan yang dibuat kepada akta tersebut adalah merupakan pindaan berbangkit atau consequen ial amendment iaitu bertujuan untuk memberikan kuasa untuk memotong gaji, pencen, ganjaran atau apa-apa faedah persaraan lagi bagi maksud pembayaran balik apa-apa hutang kepada atau tuntutan oleh Kerajaan Persekutuan kepada LPPSA dan menurut seksyen 19 Akta Pencen 1980 yang membenarkan Kerajaan Persekutuan memotong gaji, pencen, ganjaran atau apa faedah persaraan lain bagi maksud pembayaran balik kepada hutang atau tuntutan oleh Kerajaan Persekutuan.
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam akan mengambil alih pemberian kemudahan pembiayaan dan hutang-hutang daripada Kerajaan Persekutuan. Pindaan akta- akta tersebut perlu kerana LPPSA adalah badan berkanun dan pada masa ini tidak dinyatakan di bawah akta-akta tersebut menyebabkan lembaga tidak dibenarkan melakukan apa-apa pemotongan seperti Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.
Pindaan seksyen 33(2) Akta Polis 1967 akan membolehkan pemotongan gaji, pencen, ganjaran atau faedah persaraan lain oleh LPPSA dibuat tanpa kekangan.
Peruntukan Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2015. Elemen utama dalam rang undang-undang ini memperuntukkan seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Timbalan Menteri dalam Negeri - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Fasal 2 bertujuan untuk meminda subseksyen 33(2) Akta Polis untuk membenarkan gaji dan elaun seseorang pegawai rendah polis atau konstabel diserahhakkan atau dipindahkan, atau ditahan, diasingkan atau dilevi bagi atau berkenaan dengan apa-apa jua hutang yang kena dibayar kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam berkenaan dengan kemudahan pembiayaan perumahan yang diberi oleh lembaga itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Polis 1967 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ini macam yang tadi Yang Berhormat ya, subsequence.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya faham. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma, saya hendak tanya Timbalan Menteri tentang huraian. Buka page sebelah itu di bahagian huraian. “Fasal 2 bertujuan untuk meminda subseksyen 33(2) atau 344 untuk membenarkan gaji dan elaun seorang pegawai rendah polis atau konstabel...” Jadi soalan saya ialah what happened to the gazetted officer? Adakah dalam kes ini Timbalan Menteri, gazetted officer, inspector and above, tidak termasuk dalam kes ini dan adakah telah di cover di bawah undang-undang lain ataupun akta-akta lain yang membolehkan pencen mereka dipotong? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Timbalan Menteri, silakan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih. Sebenarnya seksyen 33 Akta Polis 1967 itu menghalang gaji-gaji polis pangkat rendah daripada pangkat konstabel sehingga subinspektor dipotong, dilevi, diisythar bankrap dan sebagainya dan tidak boleh dipotong atas apa sebab sekalipun.
Bahkan, hakim tidak boleh mengarah gaji polis dipotong, di garnish dan sebagainya. Tidak ada hukuman yang boleh mengarahkan polis pangkat rendah diisytihar bankrap. Itulah kenapa peruntukan ini perlu diadakan untuk memotong gaji polis pangkat rendah sahaja bukan polis pangkat yang tertinggi. Maknanya dengan sendirinya gaji polis pangkat rendah is protected salary.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [****Majlis bersidang dalam Jawatankuasa****] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Fasal-fasal 1 dan 2 - Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tumpat.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Maaf Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mungkin mengulangi soalan yang sama daripada sahabat saya Yang Berhormat Sungai Petani bangkitkan tadi, sebab pengalaman daripada rang undang-undang yang baru kita luluskan tentang persaraan hakim ini dan hujah Yang Berhormat Menteri sendiri sebutkan tadi, satu sahaja alasan untuk meminda ini iaitu dengan penubuhan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam iaitu melalui Akta 767.
Maknanya selepas ini hanya LPPSA sahaja yang boleh ambil, kutip pinjaman perumahan daripada semua pegawai polis tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tadi dalam menjawab kepada Yang Berhormat Sungai Petani, ia hanya terkena kepada pegawai rendah polis. Adakah itu fahaman, ataupun sekali lagi di hari Ramadan pertama ini kita silap faham. Terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya hendak dapat penjelasan yang sama tetapi pemahaman saya tadi ialah pegawai-pegawai kecil di bawah ini dahulu dianggap sebagai protected dengan cara apa pun kita tidak boleh ambil daripada wang persaraan mereka tetapi kita hendak tahu dengan pindaan ini, adakah bermaksud mereka tidak lagi protected?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Itu yang saya keliru sedikit dan dengan itu saya juga hendak dapatkan sedikit penjelasan, sebab saya mungkin agak ignorance dalam perkara ini dengan izin kerana semasa kita buat undang-undang dulu, yang menjadikan pegawai-pegawai ini dianggap sebagai protected. Apakah kebijaksanaan waktu itu yang menjadikan undang-undang dibuat begitu? Is there any philosophy behind? Dan saya dapat pencelahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bukan hendak tahu dia punya legality ya tetapi saya hendak tahu dia punya implikasi.
Berapa ramai pegawai polis bawahan yang hasil daripada apabila akta ini diluluskan akan mendapati bahawa gaji mereka mungkin sudah tinggal 50% ataupun dia punya pencen tinggal hanya separuh dan sebagainya. Apakah impak daripada itu ataupun adakah ianya akan menimbulkan masalah yang lain khususnya terhadap polis-polis pencen yang berjawatan rendah itu? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, ada tiga persoalan yang relevan lah Yang Berhormat. Terima kasih lah tanya, bagi peluang saya menjawab. Pertama, gaji polis itu akan tetap. Bila saya sebut polis ini, polis pangkat rendah lah ya. Gaji polis pangkat rendah itu akan sentiasa terjaga, protected tapi khusus untuk pembiayaan pembayaran perumahan, kalau anggota polis itu membeli rumah. Sebab dia di bawah seksyen 33 ini, kalau hutang dengan kerajaan, hutang itu boleh dipotong, gaji polis itu boleh dipotong, gaji berpangkat rendah juga boleh dipotong untuk membayar kepada kerajaan. Tapi istilah kerajaan ini adalah limited kepada kerajaan itu saja.
Jadi dalam lembaga ini mungkin ada pertikaian nanti berhubung dengan status lembaga itu. Jadi itulah kenapa pindaan ini perlu dibuat supaya mana-mana pegawai polis pangkat rendah yang mahu membeli rumah boleh dipotong gajinya secara terus oleh pihak pentadbiran polis dan kerajaan untuk membayar perumahan yang dia beli. Jadi itu
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
menjawab persoalan Yang Berhormat. Jadi makna gaji itu masih protected ya. Dia tidak terbuka terus. Hanya untuk purposes of paying this house only, yang dia beli.
Kedua, jawapan kepada Yang Berhormat Shah Alam, memang betul kata Yang Berhormat. Apabila seseorang pegawai polis hendak membeli perumahan, gajinya juga dinilai, sama ada dia mampu membayar berlandaskan gaji diterimanya atau tidak perumahan yang bakal dijual kepadanya. Kalau rumah itu boleh dijual kepadanya dan kalau dia pencen nanti pun boleh juga dipotong gaji dan tidak membebankan dia begitu sangat, barulah pihak pentadbiran polis boleh membenar dia membeli rumah ini. Kalau tidak, dia tidak boleh membeli rumah ini Yang Berhormat, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sebenarnya yang saya tanya tadi ialah berhubung dengan jumlah, berapa ramai? Saya yakin bahawa akta ini, pindaan ini dicadangkan oleh kerana kita menghadapi satu keadaan di mana mungkin ramai anggota polis yang sudah pencen, yang ada hutang rumah kah, apakah dan tidak boleh diambil tindakan. Lalu saya hendak tahu berapa ramai yang terlibat. Berapa banyak kes hingga menyebabkan akta ini perlu diluluskan. Ada tidak statistik yang sebegitu?
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sebenarnya statistik tidak ada tapi penilaian sedemikian rupa telah dibuat daripada dulu lagi. Apabila pegawai polis hendak membeli rumah, dia dinilai dahulu sama ada bila sampai ke pencennya dia mampu membayar hutang rumahnya itu. Oleh kerana kenaikan gaji polis sekarang, saya cukup yakin Yang Berhormat, bahawa tidak ada masalah dari sudut pencen pegawai-pegawai yang lama itu membayar perumahannya yang dibeli pada tahun yang awal daripada ini.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya punya soalan tadi, akta ini dicadangkan oleh kerana ada masalah ini ya. Ada hutang tidak boleh dikutip oleh bank oleh kerana gaji polis bawahan ini protected. So yang saya tanya itu ialah berapa ramai anggota polis yang sekarang ini, hutang rumah dia, dia bermasalah dan tidak boleh bayar sehingga memerlukan akta ini ya. Makna adakah 100 orang, adakah 200 orang, 300 orang, seribu, berapa ramai. Itu yang saya tanya. Terima kasih. Basically what’s the practical implication for this law.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dengar jawapan saya ya. Badan- badan lain, kalau tidak ada undang-undang ini, selain daripada kerajaan, tidak boleh memotong gaji pencen polis. Itu sebab dia. Bukan sebab masalah. Sebab dia gaji dan pencen polis pangkat rendah tidak boleh dipotong selain daripada kerajaan. Tapi perumahan yang bakal dijual nanti adalah diambil alih oleh lembaga. Makna dia dengan sendiri lembaga, walaupun dia mencukupi, dia tidak boleh berhak memotong gaji polis ataupun mendapat pemotongan dari pencen polis itu lagi. Itulah sebab perundangan ini walau bukan ada sebab-sebab masalah. Tetapi walau bagaimanapun saya baru dimaklumkan bahawa ada 50,436 peminjam aktif daripada Jabatan Polis Diraja Malaysia sekarang.
Tetapi bukan bermakna, bermasalah Yang Berhormat ya. Bukan bermakna masalah, tidak ada masalah. Masalahnya ialah kuasa untuk memotong gaji polis selepas ini kalau lembaga mengambil alih perumahan. Itu sebabnya. Terima kasih.
[****Fasal-fasal 1 dan 2** diperintah jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa suatu rang undang-undang untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di- Pertua , untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, susulan daripada Rang Undang-undang Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini, maka terdapat pindaan yang berbangkit atau consequential amendment kepada Akta Angkatan Tentera 1972.
Cadangan pindaan yang dibuat ini adalah bagi membolehkan potongan dibuat kepada pencen anggota tentera bagi maksud pembayaran pinjaman perumahan kepada LPPSA. Dengan pindaan tersebut maka sekiranya terdapat anggota tentera yang membuat pinjaman perumahan dan pinjaman tersebut masih belum selesai dibayar selepas mereka pencen atau bersara, maka sebahagian daripada pencen atau gratuiti atau apa-apa lain yang diterima oleh anggota tentera itu boleh dipotong untuk menyelesaikan pinjaman perumahan tersebut kepada LPPSA. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang akta yang dicadangkan ini bertujuan untuk meminda seksyen 185 [Akta 77] kepada Akta Angkatan Tentera 1972.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Cadangan rang undang-undang ini mengandungi perkara-perkara seperti berikut; Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda subseksyen 185(1) Akta 77 untuk membenarkan pencen ganjaran dan pembiayaan lain yang kena dibayar di bawah Akta 77 diserahhakkan atau dipindahkan bagi maksud menjelaskan apa-apa hutang yang kena dibayar kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 [Akta 767] berkenaan dengan kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang diberikan oleh Lembaga itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Lumut.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Sebenarnya Akta Angkatan Tentera 1972 biasanya mengurus tadbir Angkatan Tentera. Akan tetapi pada hari ini dibangkitkan berhubung dengan pencen pula ini. Sebenarnya saya sudah tahu alasan, sama dengan alasan Majlis Hakim tadi, begitu juga dengan Akta Polis. Ini merupakan kutipan.
Sebelum itu mungkin saya ingin bacakan akta ibu kepada akta yang akan dipinda 185(1).
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, akta ibu tak boleh dibahas Yang Berhormat.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Bukan bahas, hendak baca. Selepas itu mengapa kita tambah yang akta pindaan ini.
Untuk maklumat semualah. Sama sahaja dengan akta yang hakim tadi dengan Akta Polis.
185(1) – sesuatu pencen, ganjaran atau pemberian lain yang kena dibayar di bawah Akta ini tidak boleh diserah hak atau dipindah milik, kecuali bagi maksud menjelaskan (a) suatu hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Persekutuan atau kepada Kerajaan mana-mana negeri.
Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kewangan bertanggungjawab untuk mengutip pencen-pencen ini. Akan tetapi oleh sebab perangai kerajaan mewujudkan...
[Disampuk] Ya, Suruhanjaya SPAD, wujudkan SPAD untuk laksanakan penguatkuasaan dan sebagainya. Sama juga MAC tadi, wujudkan MAC. Nanti, pengerusi dia kita tahu dah, bekas Menteri akan jadi pengerusi dia. Sama juga dengan kewujudan lembaga ini.
Kita percaya nanti bekas Menteri akan jadi pengerusinya untuk mengambil alih kerja-kerja ini. Jadi saya faham, memang kalau tidak diwujudkan dengan wujudnya akta ini, kerajaan tak boleh ambil duit daripada orang-orang pencen, baki hutang mereka. Jadi kerajaan mewujudkan akta ini untuk mengutip pencen orang-orang pencen dengan alasan hendak bagi kerja kepada bekas-bekas Menteri yang tak ada jawatan. Itu yang saya faham.
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, ringkaskan Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kita ada tiga rang undang-undang yang berkaitan. Tujuannya ialah untuk membolehkan pencen dan gaji dipotong untuk membayar balik pinjaman kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam kerana dalam undang-undang yang sedia ada, undang-undang ibu, peraturan ialah tidak boleh diambil, dipotong melainkan hutang kepada kerajaan Tuan Yang di-Pertua ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Hutang pada kerajaan bolehlah.
Jadi soalan saya, apa perlunya dipinda kerana hutang kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ini, bukan kerajaan punyakah, soalan saya. Ini hutang kerajaankah atau hutang swasta atau hutang satu badan lain yang bukan kerajaan?
Kalaupun badan berkanun, ia masih lagi di bawah kerajaan ini boleh lagi.
Jadi kenapa? Adakah, agak-agaknyalah, hari puasa yang pertama ini tak boleh buat andaian katanya. Persepsinya, ada cadangan untuk lembaga ini akhirnya menjadi suatu badan swasta. Adakah ini tujuannya? Kalau ini masih lagi badan kerajaan, maka akta ibu terpakai, termasuklah dalam saya baca dalam Akta Saraan Hakim tadi, memang hakim ini, hutangnya kepada kerajaan mesti dibayar. Jadi soalan saya, adakah lembaga ini luar daripada kawalan kerajaan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin menjawab kedua-dua soalan itu yang saya anggap merupakan persoalan yang dibangkitkan berdasarkan kepada prasangka ataupun persepsi semata-mata*.
[Ketawa]* Jadi tidak ada seperti mana yang telah jelaskan tadi bahawa pindaan ini adalah merupakan consequential amendment akibat penubuhan Lembaga LPPSA dan pembayaran balik ini akan dipindahkan daripada kerajaan kepada LPPSA. Jadi tidak ada perkara-perkara yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sebenarnya soalan Yang Berhormat itu dikemukakan ketika membahas usul yang penubuhan lembaga itu, bukan sekarang.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Ya, seperti mana yang saya ingin jelaskan juga bahawa LPPSA ini adalah merupakan satu badan berkanun yang telah ditubuhkan di bawah satu akta Parlimen dan ia adalah merupakan satu entiti yang berbeza daripada kerajaan. Itu sahaja, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini merupakan hari akhir bagi sesi Parlimen kali ini yang telah bersidang selama 16 hari.
Saya bagi pihak Tuan Yang di-Pertua ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang telah memberi kerjasama kepada Dewan, pegawai kerajaan, kepada kakitangan Parlimen yang telah bertugas sepenuh masa dengan dedikasi untuk memastikan kelancaran perjalanan Dewan pada kali ini.
Kepada Ahli-ahli Parlimen, saya mengucapkan selamat kembali ke destinasi masing- masing. Kepada semua yang beragama Islam, saya mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa dan seterusnya selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut sebulan daripada sekarang.
Peraturan Mesyuarat 16(3), sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, selamat berpuasa dan selamat berbuka. Semua sekali, kita harap kita dapat berbuka bersama-sama sekejap lagi.
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang”
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Lama saya tunggu. Dengar baik-baik ya.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Seputeh, tidak mahu dengarlah. Saya mahu balik lah. Yang Berhormat Seputeh tidak mahu dengar lah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, saya telah beberapa kali membangkitkan pertanyaan...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Seputeh nanti teks itu bagi ya.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tentang status Sekolah Kebangsaan Danau Perdana di Taman Danau Desa yang telah dikosongkan sejak tahun 2005 demi bangunan sekolah yang tidak selamat. Mengikut jawapan Parlimen daripada Kementerian Pendidikan pada 12 Jun 2014, saya difahamkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyerahkan kes ini kepada Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (KLRCA) pada 21 November 2012 yang KLRCA telah menolak tuntutan daripada pihak penuntut iaitu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur terhadap Kerajaan Malaysia.
Lanjutan daripada keputusan itu, Kerajaan Malaysia dibenarkan membuat tuntutan balas Kerajaan Malaysia terhadap pihak penuntut sedang dikendalikan oleh kamar Jabatan Peguam Negara. Jawapan Parlimen pada 12 Jun 2014 juga menyatakan Kementerian Pendidikan Malaysia sedang dalam proses pelantikan perunding bagi tujuan menilai tuntutan ganti rugi kerosakan bangunan SK Danau Perdana. Peruntukan juga telah disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi urusan penempatan kawalan keselamatan dan perkhidmatan pembersihan kawasan sekolah berkenaan secara berkala iaitu tiga bulan sekali bagi mengelakkan kawasan berkenaan dicerobohi dan dikotori. Kebersihan di tapak berkenaan juga akan dipantau sehingga proses timbang tara antara pihak kerajaan dan kontraktor selesai.
Tuan Yang di-Pertua, satu tahun telah berlepas daripada jawapan Parlimen tersebut. Penduduk di sekitar Danau Desa masih menunggu keputusan timbang tara KLCRA dan perkembangan terbaru. Seorang penduduk di Taman Danau Desa adalah:
(i) Apakah status ataupun hasil timbang tara di antara Kerajaan Malaysia dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di KLCRA;
(ii) Apakah status tapak SK Danau Perdana di Taman Danau Desa tersebut? Apakah tanah tersebut telah dikeluarkan suratan hak milik berasingan? Apakah ia telah dizonkan sebagai dana pendidikan?; dan
(iii) Apakah rancangan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap tanah SK Danau Perdana tersebut? Apakah kerajaan masih kekalkan tapak ini sebagai tapak sekolah pendidikan atau pun telah ditukar kepada status tanah perumahan atau pun komersial.
Memandangkan kebanyakan penduduk di Taman Desa dan Danau Desa amat berharap Kementerian Pendidikan Malaysia boleh menukar sekolah itu kepada sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. Apakah kementerian akan mempertimbangkan permohonan mereka? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Seputeh berhubung status Sekolah Kebangsaan Danau Perdana di Taman Danau Desa off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Di kesempatan ini, izinkan saya menjawab beberapa pertanyaan berhubung sekolah tersebut.
Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, tapak SK Danau Perdana adalah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dizonkan sebagai tanah pendidikan bagi kegunaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Mengenai hasil timbang tara seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, ianya telah digugurkan dan penuntut dikehendaki untuk membayar kos yang ditanggung oleh responden dalam proses timbang tara yang berkenaan.
Berhubung dengan status sekolah berkenaan, pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia
(JKR) telah melantik pasukan pakar pada 12 Mei 2015 bagi melaksanakan kajian dan menyediakan laporan penilaian kerosakan untuk dilaporkan kepada pihak timbang tara.
Status SK Danau Perdana akan diputuskan setelah pihak timbang tara menilai laporan kerosakan yang disediakan oleh JKR.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, tapak tersebut digunakan sebagai tapak sekolah kebangsaan. Sehubungan itu, selaras dengan dasar pembinaan sekolah untuk kegunaan semua kaum keutamaan adalah membina sekolah aliran perdana. Sekian, terima kasih.
Pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo
Tuan Wong Ling Biu - Sarikei
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo merupakan satu projek yang memang dinanti-nantikan oleh penduduk-penduduk di Sarawak dan Sabah sejak pembentukan Malaysia. Apa yang selalu mengecewakan penduduk Sarawak dan Sabah adalah Kerajaan Pusat tidak mengambil langkah atau inisiatif yang meyakinkan rakyat Sarawak tentang pembinaan lebuh raya tersebut.
Sungguhpun Kerajaan Pusat telah mengumumkan bahawa Kerajaan Pusat telah bermula untuk membina lebuh raya tersebut dengan peruntukan sebanyak RM27 bilion dalam Bajet 2015. Wajah Sarawak masih dalam keraguan, bilakah projek pembinaan lebuh raya tersebut akan tamat. Sehubungan dengan itu, saya sebagai salah seorang Ahli Parlimen dari Sarawak ingin merayu kepada Kementerian Kerja Raya supaya menjelaskan dengan lebih terperinci tentang projek pembinaan lebuh raya tersebut. Kerajaan Pusat dikehendaki memaklumkan kepada rakyat Sarawak dan Sabah nama syarikat-syarikat yang telah berjaya mendapatkan tender projek pembinaan lebih raya ini.
Selain itu Kementerian Kerja Raya perlu menerangkan dengan lebih mendalam berkenaan dengan cara untuk memulakan projek tersebut. Apakah pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo menggunakan jalan raya yang sedia ada atau pun satu lebuh raya yang baru.
Tambahan pula saya juga ingin merayu kepada Kementerian Kerja Raya menjelaskan sama ada mempunyai sebarang kontraktor di Sarawak dan Sabah yang bertugas untuk membina lebuh raya tersebut. Adalah tanggungjawab Kementerian Kerja Raya untuk menerangkan kepada rakyat sekiranya terdapat juga syarikat-syarikat dan kontraktor- kontraktor dari Sarawak dan Sabah.
Rakyat Sarawak dan Sabah tidak mahu tengok projek tersebut dimonopoli oleh syarikat-syarikat atau kontraktor-kontraktor dari Semenanjung Malaysia.
[Disampuk] Terima kasih.
[Ketawa] Thank you. Saya sebagai Ahli Parlimen Sarikei, sangat mengharapkan bahawa pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo akan dilaksanakan dan disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan demi kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak. Kerajaan Pusat perlu memastikan supaya tidak mengetepikan atau mengabaikan kepentingan rakyat lagi sedangkan negeri Sarawak dan Sabah telah banyak menyumbangkan kepada
Tuan Wong Ling Biu - Sarikei
Kerajaan Pusat sejak pembentukan Malaysia. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sarikei. Tuan Yang di- Pertua, sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum Jalan Pan Borneo merupakan rangkaian laluan darat utama yang menghubungkan di antara bahagian Kalimantan, Indonesia ke Sarawak ke negara Brunei, Darussalam dan terus ke Sabah.
Dari sedutan sejarah, Jalan Pan-Borneo ini telah dibina sebagai jalan piawaian mulai tahun 1963 iaitu sebaik sahaja pembentukan Malaysia antara Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah dan Sarawak. Pada peringkat awal sebahagian besar Jalan Pan- Borneo terdiri daripada laluan batu kerikil dan berstatus gravel road sahaja dengan izin.
Kerja-kerja untuk menaik taraf dan menurap keseluruhan Jalan Pan Borneo telah dimulakan pada tahun 1968 menerusi Rancangan Colombo daripada 1973 barulah kerja turapan menggunakan kaedah flush ceiling dengan izin dibuat dan disiapkan pada akhir tempoh Rancangan Malaysia Kelapan iaitu dari tahun 2001 hingga tahun 2005.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Tuan Yang di-Pertua, Hari ini Jalan Pan-Borneo bermula dari Teluk Melano, di bahagian barat negeri Sarawak, melalui Bandar Kuching. Seterusnya ke Serian, ke Sri Aman, ke Sarikei, ke Sibu, ke Bintulu, ke Miri, ke Limbang, melalui negara Brunei Darussalam, seterusnya ke Lawas dan seterusnya bersambung ke negeri Sabah melalui Sipitang, ke Beaufort, ke Papar, ke Kota Kinabalu, ke Sandakan, ke Tawau, ke Serudong, di sempadan Kalimantan, Indonesia.
Projek membina dan menaik taraf Jalan Pan-Borneo ini dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaan, melibatkan jarak keseluruhan sepanjang 2,239 kilometer.
Daripada jumlah tersebut, 1,166 kilometer berada di negeri Sabah, sementara 1,073 kilometer lagi di negeri Sarawak.
Setakat ini, jajaran Jalan Pan-Borneo yang telah dinaikkan taraf kepada laluan empat lorong dua hala ialah sepanjang 251 kilometer, iaitu 114 kilometer di Sabah dan 107 kilometer di Sarawak.
Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, kerajaan telah meluluskan tujuh projek baru Jalan Pan-Borneo dengan nilai keseluruhan projek sebanyak RM1.52 bilion. Projek- projek ini dilaksanakan menerusi kontrak secara konvensional, bukan penswastaan iaitu seperti berikut:
(i) Menaik taraf jalan dari Simpang Nyabau ke Jalan Simpang Bakun, Sarawak sejauh 43 kilometer;
(ii) Menaik taraf Jalan Batu 10 ke Batu 15 Jalan Kuching ke Serian, Sarawak 8 kilometer;
(iii) Membina 22 lorong memotong di Sarawak;
(iv) Menaik taraf Jalan Donggongon ke Simpang Papar Spur, Sabah
(Pakej 1) 13.7 kilometer;
(v) Menaik taraf Jalan Pedagas ke Lok Kawi, Sabah (Pakej 1A dan Pakej 1B) 6 kilometer;
(vi) Menaik taraf Jalan Tawau ke Semporna dari Persimpangan Lapangan Terbang Tawau ke Pekan Semporna, Sabah (Fasa 1) 15 kilometer; dan
(vii) Menaik taraf Jalan Segama, Lahad Datu, Sabah (Fasa 1) 56 kilometer.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Mengenai pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo, sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan semasa pembentangan Bajet 2015 lalu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek Lebuhraya Pan-Borneo di negeri Sarawak akan melibatkan cadangan membina dan menaik taraf jalan sepanjang 936 kilometer. Skop projek ini melibatkan gabungan menaik taraf jalan sedia ada iaitu anggaran 85% daripada jarak keseluruhan dan 15% lagi melibatkan pembinaan jalan yang baru.
Perkara ini telah diputuskan setelah Kerajaan Pusat berbincang dan berunding dengan Kerajaan Negeri Sarawak. Geometri reka bentuk projek ini akan mengambil kira ciri-ciri keselamatan dan keselesaan pengguna termasuklah meluruskan laluan yang berselekoh dan menaik taraf kawasan-kawasan kerap berlaku kemalangan ataupun black spots, dengan izin.
Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan-Borneo di Sarawak ini akan dibuat secara dua fasa. Fasa 1 melibatkan laluan dari Teluk Melano ke Sematan, ke Kuching, ke Serian, ke Sibu, ke Bintulu dan seterusnya ke Miri. Manakala fasa 2 pula melibatkan laluan di bahagian Limbang dan Lawas yang dijangka akan dimulakan pada tahun 2018. Pembinaan projek berskala besar ini akan turut melibatkan pengagihan kontrak kerja kepada kontraktor-kontraktor tempatan termasuk juru perunding dan juga pembekal bahan binaan dari Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa kini, projek kick-off Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak telah dimulakan pada 31 Mac 2015 yang lalu, iaitu melibatkan laluan dari Nyabau ke Bakun sepanjang 43 kilometer. Projek kedua pula melibatkan laluan dari Teluk Melano ke Sematan sepanjang 33 kilometer, di mana ia dijangka akan dimulakan pada bulan Oktober 2015 ini.
Manakala segmen-segmen laluan yang lain untuk fasa pertama ini akan di laksanakan secara berperingkat mulai tahun hadapan, iaitu 2016. Keseluruhan projek Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak akan mengambil tempoh 8 tahun untuk disiapkan iaitu dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2023. Untuk Lebuhraya Pan- Borneo di negeri Sabah pula, skop projek ini melibatkan projek membina dan menaik taraf Jalan Pan-Borneo sedia ada di negeri Sabah dengan jarak keseluruhan sepanjang 727 kilometer. Namun ini masih belum dimuktamadkan.
Pada masa kini, fasa rundingan dengan kerajaan negeri dan pihak-pihak yang berkepentingan telah memasuki pusingan baru iaitu mengambil kira cadangan balas daripada pihak Kerajaan Negeri Sabah. Perjanjian konsesi Lebuhraya Pan-Borneo di Sabah akan dimuktamadkan selewat-lewatnya pada akhir tahun ini. Pembinaan fizikal pula dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan. Ia dijangka akan mengambil masa selama 6 hingga 8 tahun untuk disiapkan secara keseluruhan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah memutuskan untuk tidak mengenakan tol di Lebuhraya Pan-Borneo di kedua-dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak.
Ini kerana tiada laluan alternatif kepada Lebuhraya Pan-Borneo yang merupakan laluan perhubungan utama kepada pengguna di Sabah dan Sarawak. Apabila siap kelak, lebuh raya ini bakal menjadi pemangkin untuk merancakkan lagi pembangunan sosioekonomi di kedua-dua negeri tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.56 petang]