May282015

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [Pulai] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah syarikat pemberi pinjaman berlesen yang aktif beroperasi di negara ini, serta langkah yang diambil bagi mengelakkan syarikat ini beroperasi menjadi seperti Along

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kawasan Pulai, terima kasih Yang Berhormat. Jawapan kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Untuk makluman Yang Berhormat, semua pemberi pinjam wang berlesen di negara ini dikawal selia di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 iaitu Akta 400, Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Pelesenan) 2003 dan Peraturan- peraturan Pemberi Pinjam Wang (Pengkompaunan Kesalahan) 2003. Pemakaian akta ini telah pun diperluaskan kepada negeri Sabah, negeri Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan semenjak 1 Januari 2008.

Untuk makluman Yang Berhormat Pulai, sehingga 30 April 2015, terdapat sejumlah 3,455 pemberi pinjam wang ataupun selepas ini saya sebut sebagai PPW di seluruh negara yang dilesenkan oleh kementerian. Bagi bilangan lesen yang aktif pada tahun 2015, sehingga 30 April 2015, bagi Semenanjung ialah sebanyak 2,445; Wilayah Persekutuan Labuan lima; Sabah 515; dan Sarawak 490.

Bagi memastikan pemberi pinjam wang yang dilesenkan di bawah Akta 400 yang beretika sahaja beroperasi di negara ini Tuan Yang di-Pertua, kementerian dari semasa ke semasa akan menjalankan aktiviti pemantauan dan mengambil tindakan penguatkuasaan seperti berikut.

Pertama, pemantauan berkala dan pemeriksaan mengejut ke atas premis PPW berlesen iaitu semua premis PPW berlesen akan dipantau secara berkala sekurang- kurangnya sekali dalam dua tahun, manakala pemeriksaan mengejut dibuat berdasarkan kepada keperluan dan sekiranya menerima sebarang aduan berasas. Ini bertujuan bagi memastikan supaya aktiviti pinjam wang yang dilaksanakan adalah teratur dan mengikut kepada perundangan Akta 400 serta ketetapan lain oleh pendaftar pemberi pinjam wang.

Bagi maksud ini Tuan Yang di-Pertua, satu senarai semak yang seragam diguna pakai oleh pegawai dalam membuat sebarang pemantauan. Turut diadakan adalah serbuan ke atas PPW berlesen yang didapati melanggar peruntukan di bawah Akta 400 terutama untuk mereka yang menggunakan sebarang kekerasan dalam mendapatkan bayaran balik pinjaman.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, ialah kawalan pengeluaran lesen PPW. Selain daripada itu, bagi memastikan supaya lembaga pengarah syarikat pemberi pinjam wang

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

berlesen adalah terdiri daripada individu-individu yang layak dan sesuai selaras dengan peruntukan seksyen 9 Akta 400, mereka dikehendaki menjalani tapisan polis dan mendapatkan pengesahan status dari Jabatan Insolvensi Malaysia supaya bebas melakukan sebarang kesalahan yang melibatkan penipuan, ketidakjujuran ataupun kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan serta bukan seorang yang diisytiharkan muflis.

Yang Berhormat Pulai, semakan juga dibuat bagi sebarang kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan di bawah Akta 613 berdasarkan senarai yang diedarkan oleh Bank Negara Malaysia. Individu yang gagal pada mana-mana peringkat tapisan tersebut tidak dibenarkan untuk dilantik sebagai pengarah kepada mana-mana syarikat pemberi pinjam wang berlesen di negara ini.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa memberikan perhatian terhadap sebarang aduan yang diterima daripada mana-mana peminjam ataupun daripada orang ramai dengan menjalankan siasatan terhadap tindakan serbuan ke atas syarikat-syarikat PPW berlesen yang didapati melakukan pelanggaran terhadap akta.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kementerian juga menjalankan pemantauan ke atas laporan-laporan transaksi aktiviti kewangan yang wajib dikemukakan oleh syarikat-syarikat PPW berlesen sebelum 1 Februari bagi setiap tahun selaras dengan seksyen 16(1) dan 16(2) di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 iaitu Akta 400.

Tindakan Penguatkuasaan ini Tuan Yang di-Pertua, akan dilakukan ke atas mana-mana syarikat PPW berlesen yang melanggar kepada mana-mana peraturan ini.

Kementerian melalui Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pajak Gadai tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana PPW yang gagal mematuhi peruntukan perundangan yang sedang berkuat kuasa. Di antara tindakan undang-undang yang telah pun diambil terhadap PPW ini untuk makluman Ahli Yang Berhormat kawasan Pulai, iaitu yang pertama, seksyen 17A Akta PPW 1951, kesalahan kadar faedah tinggi, denda tidak melebihi RM20,000 ataupun di penjara selama tempoh tidak melebihi 18 bulan ataupun kedua-duanya sekali. Bagi itu, bilangan kes pada tahun 2013 sebanyak 62 kes dan pada tahun 2014 sebanyak 97 kes.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Bagi peraturan dan seksyen di bawah 5(2) Akta PPW 1951, kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah, denda tidak kurang daripada RM250,000 tetapi tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun ataupun kedua-duanya sekali.

Bagi perkara ketiga, kesalahan di bawah seksyen Peraturan 29B di bawah Akta PPW 1951, kesalahan gangguan ugutan kepada peminjam. Denda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak melebihi RM250,000 ataupun penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan sebatan kes 2013 dan sembilan kes 2014/15.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, panjang sangat Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Memang. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Pulai kerana ini menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan Tuan Yang di-Pertua. Maka dengan itu, saya juga ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, sebarang tindakan kepada mana-mana pemberi pinjam wang tidak berlesen atau dikenali sebagai ‘Ah Long’ terletak di bidang kuasa PDRM. Jawapan kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pulai. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed - Pulai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seperti dimaklumkan, kawasan Pulai bukan ‘Pilai’ ya, terletak dalam bandar raya Johor Bahru. Bandar raya Johor Bahru ini ramai di antara masyarakatnya yang terhimpit dengan kos kehidupan yang tinggi dan banyak terpaksa meminjam wang dengan cara atau

final • 10:10 AM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed - Pulai

kaedah yang diterangkan oleh Timbalan Menteri tadi. Masalahnya bila mereka tidak bayar, mereka guna pelbagai teknik, terpaksa menggunakan ‘Ah Long’ untuk mengutip balik pinjaman tersebut. Jadi kadang-kadang mereka takut dengan keganasan ataupun ancaman yang dibuat oleh ‘Ah Long’ ini.

Soalan tambahan saya, apakah tindakan yang boleh dibuat oleh kementerian untuk menghukum syarikat yang menggunakan ‘Ah Long’ untuk hendak kutip wang ini dan apa lagi tindakan rakyat untuk mereka mendapatkan perlindungan daripada kerajaan mengenai hak individu mereka sekiranya mereka tidak bayar hutang ini? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pulai. Pagi biasalah, kadang tersasul. Selagi ia bukan perkataan yang lain itu, okeylah.

Tuan Yang di-Pertua, jawapan ini kena panjang sikit Tuan Yang di-Pertua kerana saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat Pulai.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ada dua orang lagi akan bangun bagi soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Okey, insya-Allah. Berbangkit kepada apakah bentuk peruntukan perundangan bagi melindungi kepentingan peminjam seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pulai tadi. Saya hendak memaklumkan Tuan Yang di-Pertua, kepentingan peminjam ini adalah merupakan satu keutamaan kepada kementerian terutama kepada kerajaan bagi dilindungi. Maka kerana itu ada Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 iaitu Akta 400 yang saya sebutkan secara detail tadi Yang Berhormat.

Melalui akta ini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun menetapkan perkara- perkara yang perlu dipatuhi oleh semua penggiat industri, pemberi pinjam wang termasuklah kepada kadar faedah yang boleh dikenakan. Dokumen perjanjian standard melarang sekeras-kerasnya penggunaan sebarang kekerasan oleh pemberi pinjam wang kepada peminjam.

Sekiranya pemberi pinjam wang berlesen ini ataupun ‘Ah Long’ yang terlibat dalam mana-mana kegiatan yang menyalahi undang-undang, peminjam boleh membuat aduan terus kepada kementerian ataupun kepada pihak PDRM. Bagi mereka yang melakukan kesalahan ini, boleh dikenakan beberapa tindakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang mengenakan hukuman yang lebih berat ataupun digunakan untuk mendakwa ceti haram atau ‘Ah Long’.

Akta ini telah pun dipinda Tuan Yang di-Pertua, pada Januari 2008 supaya kesalahan melibatkan ‘Ah Long’ boleh disiasat di bawah akta ini dan aktiviti mereka berkaitan dengan pengubahan wang haram akan mengenakan denda maksimum sehingga RM5 juta ataupun penjara lima tahun ataupun kedua-dua sekali ke atas mana-mana ‘Ah Long’ yang didapati bersalah yang digunakan oleh PPW ini. Dua lagi akta yang akan digunakan ke atas ‘Ah Long’ iaitu Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan juga Akta Pencegahan Jenayah 1959. Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 mengenakan denda seperti yang saya sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua, RM20,000 sehingga maksimum kepada RM250,00 ataupun penjara dan sebatan.

Saya hendak memaklumkan kepada Yang Berhormat, sekiranya ada di antara mana-mana peminjam yang disalahgunakan oleh mana-mana syarikat PPW yang ada, boleh datang kepada kementerian, maklumkan ataupun boleh melaporkan kepada pihak PDRM. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya rasa selain daripada pemberi pinjaman berlesen ini yang beroperasi seperti ‘Ah Long’, satu lagi masalah yang mereka timbulkan ialah mereka meletakkan banting dengan nombor telefon mereka di merata-rata tempat. Jadi saya rasa fenomena ini cukup mencolok mata. Jadi saya hendak tanya Timbalan Menteri, apa tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang meletakkan bunting-bunting dan nombor telefon mereka.

Apakah tindakan yang telah diambil sama ada mereka akan disenaraihitamkan atau batalkan lesen mereka supaya mereka tidak sesuka hati letak bunting di merata-rata tempat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kulai. Menjawab kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kulai, apakah tindakan terhadap syarikat PPW berlesen yang mengedarkan iklan-iklan haram.

final • 10:10 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Tuan Yang di-Pertua, salah satu daripada masalah yang dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan adalah iklan haram. Iklan haram tanpa lesen ataupun permit yang dilekatkan di kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatan. Antaranya ialah yang dikeluarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Jadi saya hendak memaklumkan kepada Yang Berhormat, Jabatan Kerajaan Tempatan telah pun mengedarkan surat arahan kepada semua pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri pada 26 Mei 2009. Sekali lagi pada 12 Ogos 2009, supaya pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan, mengenal pasti kesahihan nombor telefon yang dipaparkan dan kemudian menyerahkan kepada tindakan SKMM. Pihak SKMM akan mengambil tindakan untuk membatalkan talian telefon. Sebagai langkah seterusnya, pihak PBT bolehlah mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang dikenal pasti.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, bagi menambah baik proses pembatalan nombor telefon pada iklan haram, JKT dengan kerjasama pihak SKMM telah pun menyediakan SOP yang akan diguna pakai secara seragam oleh semua PBT. SOP ini telah pun dikemukakan kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan Yang Berhormat Kulai pada 25 Ogos 2011 dan mula dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2011.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, tindakan penguatkuasaan juga boleh diambil secara berterusan melalui undang-undang sedia ada seperti yang saya sebutkan dalam jawapan yang panjang lebar tadi iaitu Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 di bawah Akta 400, Undang-undang Kecil Iklan dan juga Undang-undang Kecil Vandalisme. Jika sabit kesalahan, boleh ditahan kerana menampal iklan haram dan boleh dikenakan hukuman denda maksimum sebanyak RM2,000. Ini antara perkara-perkara yang dilakukan oleh pihak kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Nampaknya bila kita dengar jawapan daripada Timbalan Menteri, semuanya indah belaka tetapi yang dalamannya Timbalan Menteri tidak tahu. Di Sabah seperti mana yang dinyatakan tadi, 500 lebih lesen dikeluarkan tetapi kementerian tidak tahu lesen yang dikeluarkan, yang tidak ada lesen pun ada. Jadi saya mahu tahu setakat ini, berapa banyak syarikat atau ‘Ah Long’ yang sudah ditangkap di Sabah? Itu yang saya mahu tahu.

final • 10:10 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, bila kementerian memberikan jawapan terhadap tindakan-tindakan, pemantauan dilakukan.

Saya dah jelaskan tadi secara panjang lebar kepada jawapan iaitu tindakan diambil kepada mana-mana syarikat pemberi pinjam wang (PPW) berlesen dan itu dilesenkan di bawah kementerian. Kepada mana-mana syarikat yang tidak berlesen ini Yang Berhormat, itu adalah di bawah tindakan PDRM. Seperti mana yang telah saya maklumkan tadi, langkah- langkah untuk kita membendung kepada mana-mana pemberi pinjam wang yang tidak berlesen telah pun saya jelaskan secara tepat tadi dan secara jelas kepada soalan yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Buat masa ini, tindakan yang telah pun diambil ke atas syarikat-syarikat yang setakat ini pemantauan, menampakkan bahawa tidak ada masalah ke atas syarikat-syarikat yang telah pun dilesenkan dan mana-mana yang telah melakukan kesalahan Yang Berhormat, telah pun diambil tindakan dari segi peraturan-peraturan yang ada di bawah akta dan saya akan memberikan secara detail kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya rakyat tidak tahu yang berlesen dan tidak berlesen. Mereka tidak tahu.

final • 10:20 AM

2. Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelantar Malaysia Internet Exchange

(MyIX) kita tidak berjaya menarik pengguna-pengguna bandwidth gergasi seperti Facebook untuk pembuatan pautan peering di Malaysia, lantas kini ia lebih menguntungkan ekonomi Singapura.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato' Jailani bin Johari

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong yang menanyakan soalan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Jelutong juga bertarikh 8 Jun kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu berkenaan dengan lebar jalur ataupun bandwidth.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Malaysia Internet Exchange (MyIX) merupakan sebuah infrastruktur natural yang membolehkan trafik internet tempatan terus kekal dalam negara dengan mempromosikan dan membenarkan kerjasama secara terus sesama pembekal perkhidmatan internet (ISP) dan pembekal kandungan internet tempatan dan antarabangsa melalui peering. Sejak dilancarkan pada Disember 2006, MyIX telah mengalami perkembangan yang sangat positif dari segi keahlian dan pengguna lebar jalur.

Pada Mac 2015, sejumlah 78 entiti telah pun membuat pertukaran trafik di MyIX dan mencatatkan bacaan trafik tertinggi iaitu 88.67 gigabit per second. Daripada 78 entiti tersebut, 12 entiti adalah syarikat-syarikat antarabangsa seperti Google Inc., Facebook Inc., Microsoft Corporation, Akamai Technologies dan Amazon Com Inc. Oleh itu, adalah tidak benar dakwaan yang dilontarkan oleh Ahli Yang Berhormat Jelutong, bahkan penubuhan MyIX telah berjaya mengurangkan kebergantungan pihak ISP terhadap lebar jalur antarabangsa dalam mengakses kandungan internet tempatan. Di samping itu, MyIX juga merupakan salah satu faktor untuk syarikat-syarikat antarabangsa seperti Facebook dan Akamai untuk beroperasi di Malaysia.

Pelaksanaan inisiatif rangkaian pusat data ataupun inter data centre dengan izin, fasa satu yang merangkumi pusat data di Cyberjaya mempunyai beberapa objektif penting yang dapat merangsang pembangunan industri pusat data di negara ini. Salah satu daripada objektif tersebut adalah untuk mengurangkan kos bandwidth kepada pengusaha pusat data sebagai galakan kepada penyedia perkhidmatan pusat data di Cyberjaya untuk lebih berdaya saing dan setara dengan pusat data di rantau Asia seperti Singapura dan juga Hong Kong.

Inisiatif rangkaian pusat data di Cyberjaya ini merupakan salah satu cara untuk merangsang penurunan kos bandwidth menerusi aggregation dengan izin dan pembelian secara pukal ataupun bulk purchasing. Inisiatif fasa satu di Cyberjaya ini mampu membentuk satu ekosistem yang mampan dan menarik minat pelabur luar terutamanya pembekal kandungan digital dan perkhidmatan serantau untuk membuat pelaburan dan bekerjasama dengan pusat data. Inisiatif seperti ini akan membantu mencapai hasrat negara kita untuk meletakkan Malaysia sebagai hab pusat data serantau yang merupakan matlamat entry point project dengan izin, EPP di bawah program transformasi ekonomi.

Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat membekalkan statistik dan pecahan yang sepenuhnya mengenai peering yang telah dibuat oleh gergasi antarabangsa seperti Facebook, Google dan sebagainya dari segi pecahan gigabait yang telah dipesan.

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian setuju bahawa faktor daya saing ini merupakan sesuatu yang begitu penting untuk menetapkan bahawa kos pautan backhole dan juga kos bandwidth itu turut dapat membayangkan harga pasaran antarabangsa bukan sahaja di rantau ini ataupun bukan sahaja di Malaysia. Jadi, adakah kementerian setuju bahawa sudah sampai masanya kita membuat rombakan semula kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) supaya unsur-unsur anti kompetitif Competition Act itu dapat dikikis supaya Malaysia akan turut menjadi satu hab kandungan bukan sahaja di rantau Asia Tenggara, malah di seluruh dunia supaya kita menjadi sebuah negara yang berteraskan knowledge economy yang lebih ketara. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Jailani bin Johari

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya lihat ada dua persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jelutong. Pertamanya berkaitan dengan pembekalan statistik, insya-Allah saya akan bekalkan selepas ini kepada Yang Berhormat Jelutong. Pada masa yang sama, ingin saya berkongsi dengan Dewan yang mulia ini bahawa dengan adanya konsep MyIX, ini membolehkan prestasi kita untuk mengakses kandungan internet tempatan dapat dipertingkatkan ke tahap optimum kerana kita tidak perlu melalui antarabangsa. Sebenarnya dengan adanya IDC yang saya maklumkan tadi, pada masa yang sama menurut rekod yang saya dapat ia telah dapat mengurangkan kos. Kalau kita lihat dari segi current market rate yang telah dijelaskan, lebih kurang dalam RM21,000 hingga RM23,000 per gigabyte per second tetapi dengan adanya inter data centre ini telah membolehkan harga berkurangan kepada sejumlah RM6,800 per gigabyte per second.

Persoalan yang ketiga berkaitan dengan pindaan akta. Untuk makluman Yang Berhormat Jelutong, sebenarnya pihak kementerian melalui dengan SKMM, kita sedang duduk bersekali, kita tengah mengkaji secara keseluruhan peruntukan akta yang sedia ada bukan sahaja yang berkaitan dengan media sosial tetapi juga berkaitan dengan aspek- aspek pembangunan termasuklah isu yang berkaitan dengan competition dan sebagainya.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Hasan bin Arifin - Rompin

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya dua perkara. Secara mudahnya percentage ini daripada segi bandwidth penggunaan Malaysia berbanding dengan Singapura dan Hong Kong, berapa percent secara mudahnya.

Kedua, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jelutong, adakah kita ingin mengubah akta kita untuk mengadakan penguatkuasaan secara khusus jika company yang kita rasa patut menggunakan perkhidmatan kita tidak menggunakan perkhidmatan ini. Kita membina highway yang cantik tetapi bila hendak keluar highway, dia keluar ikut tol lain.

Jadi, ini merugikan dari segi industri komunikasi dalam negara kita.

final • 10:20 AM

Dato' Jailani bin Johari

Mengenai persoalan pertama iaitu Singapura dengan Malaysia, saya rasa saya telah menjawab minggu lalu. Berkaitan dengan pindaan keperluan berkaitan dengan pelesenan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya seperti yang saya maklumkan tadi kita dalam proses pindaan akta secara keseluruhan dan dari segi keperluan untuk pendaftaran memang kita perlukan setiap pemberi perkhidmatan yang ingin menawarkan perkhidmatan di Malaysia adalah memerlukan keperluan untuk mendapatkan lesen. Ini kerana kalau kita lihat dari skop akta yang ada, ia ada empat perkara iaitu dengan izin, economic regulation, social regulation, technical regulation dan consumer protection. Dengan adanya empat komponen ini membolehkan dan memerlukan apa-apa perkhidmatan yang disediakan melalui Malaysia memerlukan keperluan pelesenan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Dato' Seri Reezal Merican [Kepala Batas] minta Menteri Pendidikan menyatakan kesan positif yang boleh diperoleh dengan penyertaan Malaysia di dalam UNESCO Executive Board 2015-2019.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas atas soalan yang berkaitan dengan penyertaan Malaysia dalam Lembaga Eksekutif UNESCO. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lembaga Eksekutif UNESCO merupakan badan kedua tertinggi yang bertanggungjawab menggubal dasar UNESCO serta bertindak selaku badan penyelia sekretariat UNESCO dalam melaksanakan program dan aktiviti organisasi tersebut.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Melalui keahlian dalam kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO, Malaysia dapat memainkan peranan yang penting untuk terus membantu negara-negara kurang membangun atau Least Developed Countries dengan izin dan negara kepulauan kecil atau Small Island Developing States dengan izin, serta mengetengahkan amalan terbaik dan

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

usaha-usaha Malaysia dalam bidang kompetensi UNESCO iaitu pendidikan komunikasi, kebudayaan, sains dan sains sosial dalam kalangan negara anggota UNESCO.

Di samping itu, kesan positif yang boleh diperoleh dengan penyertaan Malaysia di dalam UNESCO Executive Board 2015 hingga 2019 adalah seperti berikut; pertamanya untuk meningkatkan visibility dan pengaruh Malaysia di peringkat dunia. Kedua, sumbangan dan penglibatan aktif dua Pusat Kategori 2 UNESCO di Malaysia sebagai antara Pusat Kategori 2 UNESCO yang berjaya iaitu International Science, Technology and Innovation Centre for South - South Cooperation dengan izin dan Regional Humid Tropic Hydrology and Water Resources Centre for South-East Asia and the Pacific (HTC Kuala Lumpur) dengan izin. Kejayaan ini bakal membantu Malaysia meraih sokongan negara anggota G77 serta rantau Asia dan Pasifik; Ketiganya adalah untuk berkongsi amalan baik dan usaha-usaha Malaysia dalam bidang pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pengajian Tinggi (PPPMPT) 2015 hingga 2025.

Keempat, berkongsi idea dan pendapat dengan negara anggota UNESCO berkaitan bidang kompetensi iaitu pendidikan komunikasi, kebudayaan, sains dan sains sosial dan berkongsi pengalaman Malaysia dalam usaha perpaduan antara kaum dan agama. Ini memang selaras dengan matlamat UNESCO untuk mewujudkan inter cultural dialog dengan izin.

Selain daripada itu, keahlian Malaysia boleh mencorak dan mempengaruhi keputusan dasar di UNESCO. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan. Keahlian kita di Executive Board di UNESCO menjadi significant. Kita sudah jadi empat kali sebelum ini tetapi dalam kita hendak memasuki the final lap sebelum tercapai 2020, saya rasa keanggotaan kita ini menjadi cukup significant. Soalan saya ialah apakah kita akan ada ruang untuk meneliti dan melihat sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, best practices yang diamalkan dalam bidang- bidang pendidikan, negara-negara yang boleh dijadikan sebagai sandaran untuk kita ikuti seperti kalau TVET di Germany vokasional dan trainingnya. Kalau di United States of America, daripada segi sekolah yang berteraskan industri seperti Program PiTech di mana IBM menjadikan teras kepada sekolah-sekolah di New York. Kalau di Singapura, Japan dan Hong Kong, kecemerlangan dalam bidang matematik dan sains.

Jadi, apakah Kementerian Pendidikan akan melihat bila adakah kita di UNESCO itu kita akan ada bidang yang dianggap sebagai niche di mana Malaysia akan dinilai dan juga akan dikenali bukan hanya dalam negara tetapi juga untuk membantu negara-negara anggota yang lain seperti mana yang disebut G70 tadi. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Terima kasih Yang Berhormat yang berkaitan dengan kebitaraan Malaysia. Sekiranya kita dapat keahlian dalam Lembaga Eksekutif UNESCO, saya rasa bahawa sumbangan dari Malaysia ada berkaitan dengan kepimpinan dan sistem untuk menjaga kebajikan guru-guru khasnya dalam satu konsep of moving up without moving out dengan izin, dari segi kenaikan pangkat. Memang sistem ini tidak diwujudkan di negara yang lain dan saya masih ingat apabila konsep ini dibentangkan di satu forum guru di Capetown, perkongsian ini menjadi satu perkara yang sangat diminati oleh peserta-peserta. Kementerian Pendidikan negara sudah wujudkan satu sistem yang begitu istimewa untuk menghargai atau memberi penghargaan kepada guru-guru.

Selain daripada itu, kejayaan Kementerian Pendidikan Malaysia ada kaitan dengan mewujudkan satu institusi yang hanya memberi latihan tentang kepimpinan iaitu Institut Aminudin Baki (IAB). Ini memang sudah menjadi satu kebitaraan dan tidak dinafikan bahawa banyak ahli-ahli negara UNESCO sudah hantar pihak pengetua mereka atau pihak guru mereka untuk mengikuti kursus di IAB. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya seperti berikut, salah satu tanggungjawab penting Executive Board UNESCO adalah untuk mencadangkan Sustainable Development Goals untuk United Nation untuk menggantikan Millennium Development Goals yang akan habis pada tahun 2015. Jadi kalau Malaysia berjaya untuk masuk ke Executive Board, apakah cadangan yang Malaysia boleh berikan sebagai salah seorang ahli Executive Board supaya boleh

final • 10:30 AM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

menambah baik dan memberi satu Sustainable Development Goals daripada segi pendidikan yang lebih menyeluruh dan lebih sesuai untuk tahun 2020? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Terima kasih Yang Berhormat, soalan yang berkaitan dengan sustainability. Memang dalam perancangan sekiranya Malaysia mendapat keahlian dalam Lembaga Eksekutif. Jadi, inisiatif yang akan diambil ada berkaitan dengan dalam mengimplementasikan Incheon Declaration yang telah dimuktamadkan semasa dengan izin, World Education Forum 2015 di Incheon Korea pada 19 hingga 22 Mei lalu. Agenda keutamaan Incheon Declaration ada berkaitan dengan sustainability of development dengan izin dan inclusive dan equitable education and lifelong learning for all, dengan izin.

Apabila kita sebut tentang lifelong learning for all, ini juga ada berkaitan dengan satu fokus yang diberikan kepada Technical Vocational Education Training (TVET). Antara program yang sudah dalam perancangan ada berkaitan dengan Ministerial Asia-Pacific Conference on Early Childhood Care and Education dengan izin, yang dijadualkan pada suku tahun pertama 2016 di Malaysia. Justeru, sustainability of development of education on the other basis is definitely in the pipe line if Malaysia gets into the executive chair, dengan izin. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, United Nations Education, Scientific and Culture Organization (UNESCO) memainkan satu peranan yang besar sejak ia ditubuhkan. Akan tetapi berkaitan dengan negara kita, kalau kita tengok purpose di mana ia dimulakan adalah untuk kolaborasi international dan juga pelajaran sains dan culture dan juga untuk memantau dan memberi peranan yang besar kepada hak asasi. Soalan saya adalah apakah peranan kerajaan dan kementerian khususnya kepada anak-anak kita supaya promosi hal ehwal isu hak asasi.

Setakat manakah kita telah mencapai target tersebut dan apakah yang kita telah pelajari dari UNESCO setakat ini?

final • 10:30 AM

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang berkaitan dengan hak asasi. Ini memang merupakan salah satu dasar di UNESCO khasnya dalam dasar EFA dan dasar ini merangkumi education for all.

final • 10:30 AM

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Promosi hal ehwal isu hak asasi yang dapat diaplikasikan. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, saya tidak melihat ataupun Yang Berhormat Sepang tidak berada di Dewan pada ketika ini untuk soalan nombor 4. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

[Soalan No. 4 - Y.B. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin (Sepang) tidak hadir]

5. Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu] minta Menteri Pertahanan menyatakan:

(a) apakah rasionalnya cadangan untuk menerapkan modul kemahiran teknikal dan vokasional di dalam PLKN memandangkan usaha untuk mencapai objektif utamanya menerapkan semangat patriotisme dan jati diri di kalangan generasi muda masih berada pada tahap yang dikehendaki; dan

(b) bagaimanakah perlaksanaan modul ini akan dijalankan memandangkan tempoh masa para peserta berada di dalam program PLKN adalah terlalu singkat.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

bersekali soalan ini dengan beberapa pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit pada tarikh 8 Jun 2015 dan Yang Berhormat Kuala Selangor pada tarikh 11 Jun 2015.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Parit telah membangkitkan isu rasional pihak Kementerian Pertahanan menerapkan modul teknikal dan vokasional dalam PLKN. Sebagai makluman Yang Berhormat, semasa tempoh penangguhan PLKN yang telah dilaksanakan pada tahun ini seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pihak kementerian telah melaksanakan makmal transformasi PLKN bermula pada 22 Februari 2015 hingga 27 Mac 2015 bagi mendapatkan pelbagai pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak untuk menambah baik pelaksanaan PLKN pada masa hadapan. Hasil daripada makmal ini, telah dicadangkan bahawa selain mengekalkan elemen dan teras PLKN, latihan PLKN sedia ada, elemen-elemen kemahiran atau soft skill dan hard skill akan digabungkan di dalam modul latihan PLKN yang baru ini.

Rasional bagi cadangan memasukkan dan menerapkan modul kemahiran teknikal dan vokasional dalam program latihan PLKN adalah sebagai persediaan kepada keperluan kerjaya pelatih sekiranya mereka tidak berpeluang menyambung pelajaran di mana-mana institusi pengajian tinggi sebaik menamatkan latihan PLKN. Pelatih akan diberikan pendedahan berkaitan bidang kemahiran sewaktu di dalam kem dan diberi pilihan untuk meneruskan latihan kemahiran di institusi latihan kemahiran sebaik menamatkan latihan PLKN.

Penerapan modul kemahiran teknikal ini adalah merupakan usaha kerajaan bagi memenuhi keperluan pasaran kerjaya dalam bidang kemahiran. Bagaimanapun, beberapa kajian terperinci berkaitan masih lagi perlu diperhalusi dengan agensi-agensi yang terlibat sebelum cadangan ini dibentangkan dan diluluskan oleh Jemaah Menteri.

Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara yang baru adalah berasaskan kepada dua fasa iaitu fasa pertama ialah program yang dilaksanakan selama lapan minggu di dalam kem PLKN yang melibatkan pelaksanaan modul bersepadu yang merangkumi aspek kepimpinan, soft skill, patriotisme, perpaduan dan juga pembinaan karakter. Pada fasa ini juga pendedahan awal kepada latihan kemahiran akan diberikan dan pihak JLKN akan menjalankan attitude assessment dan membuat profil kerjaya kepada setiap pelatih berdasarkan minat dan kecenderungan mereka.

Manakala fasa kedua pula, pada masa ini, pelatih yang berminat untuk meneruskan latihan kemahiran akan mengikuti latihan yang dilaksanakan di institusi latihan kemahiran yang terpilih dan tempoh latihan adalah bergantung pada bidang serta tahap pensijilan yang ditawarkan oleh institusi latihan kemahiran yang dipilih. Sijil pengiktirafan akan dikeluarkan secara bersama oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara dan institusi latihan kemahiran yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pertanyaan Yang Berhormat Kuala Selangor berkenaan dengan elemen-elemen baru yang ditambah nilai kepada modul PLKN ini, pihak kementerian telah menerima pelbagai cadangan penambahbaikan hasil dari Makmal Transformasi PLKN seperti mana yang saya sebutkan tadi. Antara aspek yang dicadangkan ialah penambahbaikan modul yang lebih komprehensif dan menyeluruh yang diterapkan di semua peringkat aktiviti latihan yang diguna pakai dalam silibus pengajaran di PLKN.

Penambahbaikan modul ini adalah untuk meningkatkan dan mengukuhkan semangat cintakan negara dan perpaduan. Dalam masa yang sama, melahirkan pelatih yang terpilih untuk menjadi pelatih yang berkemahiran dan dapat menyumbang kepada pembangunan sumber modal insan di dalam sektor kerjaya di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang saya jelaskan tadi, modul teras seperti fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti yang mana banyak memberi impak kepada objektif pelaksanaan PLKN telah dikekalkan dan dimurnikan agar selari dengan hala tuju PLKN pada masa hadapan. Adalah diharapkan dengan penambahbaikan modul baru ini akan melahirkan pelatih PLKN yang komprehensif dan menyumbang kepada pertambahan belia yang berkualiti dan merupakan modal insan yang telah dinilai tambah dalam prospek pasaran kerjaya sedia ada. Sekian dan terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri di atas jawapan yang diberikan. Saya melihat penambahbaikan yang sentiasa dilakukan oleh kerajaan dalam program PLKN ini merupakan sesuatu yang sewajarnya. Cuma kebimbangan saya ialah daripada jumlah remaja yang seharusnya layak dipanggil untuk latihan ini yang boleh diberi peluang sekitar 16% ke 20% daripada mereka yang sepatutnya berpeluang menerusi pilihan komputer secara random itu.

Jadi oleh kerana itu, program latihan yang ada itu nampaknya sudah ditambah dengan latihan teknikal dan sebagainya. Saya bimbang PLKN ini tersasar daripada tujuan asal ditubuhkan dulu untuk melahirkan remaja yang punya semangat patriotisme, jati diri dan cintakan kepada negara yang dikehendaki tetapi telah mula menjurus ke arah mengambil alih tugas-tugas institusi latihan. Ini sudah banyak ada sebenarnya. Jadi saya punya pandangan ialah seharusnya kementerian ataupun PLKN ini menumpukan kepada pembinaan negara bangsa, pembinaan golongan remaja yang keterampilan, jati diri dan semangat cintakan negara itu yang perlu diutamakan.

Apakah kementerian melihat model-model negara lain umpamanya di Singapura?

Bukan saya suruh meniru Singapura tetapi harus teliti beberapa modul di negara lain yang ada program yang sedemikian rupa. Kalau di Singapura, semua remaja yang berumur 18 tahun ini pada peringkat awalnya memang diwajibkan menyertai kerahan negara selama setahun ataupun dua tahun dan mereka ditempatkan bersama dengan latihan tentera, polis dan pasukan-pasukan beruniform yang lain selama itu. Kemudian mereka itu akhirnya akan diserapkan dalam sukarelawan ataupun pasukan tentera sukarela, jadi boleh dipanggil bila- bila masa.

Jadi, inilah sebenarnya yang dikehendaki dan diperlukan oleh negara bagi membentuk belia generasi akan datang. Soal latihan teknikal ini saya fikir harus ditimbang semula kerana sudah banyak institusi memberikan latihan ini dan dalam tempoh tiga bulan latihan itu, saya tak fikir kita mampu memuatkan segala-galanya kepada pemikiran remaja ini dalam tempoh yang sedemikian. Jadi, saya minta pandangan dan penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu di atas keprihatinan terhadap isu transformasi PLKN ini. Beberapa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu adalah merupakan perkara yang kita memang telah pun ambil kira di dalam pelan transformasi ini kerana dalam pelan transformasi ini kita telah pun mengadakan satu lab yang melibatkan pelbagai pihak di dalam pelaksanaannya iaitu melibatkan 35 agensi kerajaan, corporate ataupun 24 private companies dan juga NGO yang terlibat yang memberikan pandangan di dalam usaha untuk melaksanakan transformasi ini.

Saya ingin nyatakan di sini bahawa kebimbangan Yang Berhormat itu bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan sesuatu yang berasas kerana saya ingin nyatakan di sini program ini adalah merupakan program yang berasaskan kepada program yang telah pun dilaksanakan sebelum ini. Ia hanya ditambah baik dalam erti kata kalau dahulu mereka mengadakan program ini tiga bulan tetapi pada ketika ini kita mencadangkan hanya kepada dua bulan untuk modul-modul yang melibatkan kenegaraan, pembinaan karakter, fizikal, khidmat komuniti, integrasi, kerohanian dan kolaborasi yang merupakan modul asas PLKN dan ia adalah merupakan sesuatu yang terkandung di dalam akta PLKN itu sendiri.

Akan tetapi dengan mengambil kira setelah sepuluh tahun program ini dilaksanakan dan keperluan semasa pun memerlukan lebih ramai anak-anak muda kita yang menjadi modal insan yang berkemahiran. Ini kerana kalau kita tidak dapat menambah peluang- peluang ini, kita akan ketinggalan khususnya modal insan di dalam negara kita. Oleh sebab itu, kerajaan telah memikirkan bahawa keperluan untuk mewujudkan satu program Ops Shoot iaitu bukan daripada dua bulan yang telah disediakan itu.

final • 10:50 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Cuma dalam peringkat dua bulan itu, dia akan sediakan dari segi pendedahan awal.

Akan tetapi selepas mereka tamat daripada PLKN itu, mereka yang berminat akan diserapkan untuk menyertai program PLKN yang melibatkan aspek-aspek kemahiran ataupun menambah value added kepada modal insan khususnya belia-belia kita yang tidak ada kemampuan untuk menyambung pelajaran ke universiti dan mereka memerlukan karier di dalam hidup mereka.

Jadi, itulah yang saya ingin jelaskan di sini. Cuma Yang Berhormat ada menyatakan bahawa ia harus mungkin meniru daripada negara-negara lain khususnya Singapura. Akan tetapi yang ingin saya jelaskan di sini, matlamat PLKN di Malaysia sememangnya tidak sama dengan negara-negara lain seperti Singapura ataupun Taiwan kerana ia lebih kepada bersifat military conscript bagi maksud pertahanan negara tetapi pendekatan kita adalah lebih holistik. Bukan sahaja untuk melahirkan mereka sebagai insan yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, tetapi mereka juga mempunyai kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan bagi menambah baik kerjaya mereka untuk masa hadapan.

Saya fikir itu adalah merupakan satu pendekatan yang lebih holistik. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberi jawapan. Saya berminat untuk mengemukakan dua soalan berkaitan dengan PLKN ini.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Satu soalan sahaja Yang Berhormat. Tidak boleh lebih.

final • 10:50 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Satu soalan yang digabungkan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, pandai-pandai buat.

final • 10:50 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat PLKN ini dari sudut sistem pemilihannya, dikatakan pemilihan dibuat secara rawak

(random). Satu sistem yang disebut dengan izin, selective technique without replacement

(STWR) di mana peserta-peserta ini dipilih secara random atau secara rawak sahaja.

Apa yang saya hendak dapatkan penjelasan daripada kerajaan dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan sedar pemilihan yang dibuat secara ini menyebabkan berlakunya peserta-peserta yang terpilih itu terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk latar belakang pendidikan, latar belakang sosial, latar belakang keluarga. Apabila mereka berada di kem PLKN ini, pihak kem menghadapi masalah untuk menerapkan modul-modul yang telah ditetapkan, sesetengahnya.

Saya berpengalaman melawat kem yang mana kebanyakan ataupun ramai pesertanya dari kawasan saya. Saya dapati bahawa ada pesertanya yang tidak pernah bersekolah langsung. Sebahagiannya bekerja sebagai buruh, memikul beras-beras yang diseludup dari kawasan sempadan negara menyebabkan apabila mereka berada di sana, mereka menghadapi satu “cultural shock”. Kejutan budaya. Berlaku pergaduhan, berlaku macam-macam perkara yang tidak diingini di kem itu. Soalan saya, adakah kerajaan bersedia mengkaji semula sistem pemilihan ini? Pada masa yang sama, adakah kerajaan bersetuju subjek Tata Rakyat yang sebelum ini diajar di sekolah-sekolah dicadangkan atau hendak dicadangkan diadakan semula. Saya ada tanya soalan ini secara bertulis dan telah ada jawapannya. Ini kerana pada saya subjek Tata Rakyat ini merupakan antara ciri-cirinya sama dengan modul yang diajar di kem-kem PLKN ini. Mohon penjelasan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya, Yang Berhormat Kota Bharu. Untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya di dalam pelaksanaan PLKN sebelum ini, kita mengambil pelatih-pelatih adalah secara random ataupun rawak dengan mengambil jumlah kelahiran 500,000 setahun dan daripada 500,000 itu akan dipilih lebih kurang 100,000 setahun untuk menjalani latihan PLKN. Akan tetapi di dalam program transformasi yang telah pun dicadangkan ini dan saya harap akan dapat diluluskan oleh pihak Kabinet untuk peringkat akhirnya.

Pendekatan-pendekatan baru akan digunakan untuk menambah baik misalnya dalam pengambilan pelatih-pelatih ini, ia disasarkan berasaskan kepada ratio iaitu melibatkan bagi tahun 2016, kita akan mengekalkan 70% compulsory dan 30% lagi adalah secara sukarela. Bagi tahun 2017, 40% sukarela dan 60% compulsory. Bagi tahun 2018 kita harap 50% compulsory dan 50% lagi adalah sukarela. Dalam tahun 2019, kita berharap

final • 10:50 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

dapat mengambil peserta-peserta 100% adalah terdiri daripada mereka yang akan datang secara sukarela.

Tumpuan kita ialah kepada mereka yang tidak ada peluang untuk masuk ke universiti. Tujuan kita adalah untuk membolehkan mereka diberikan peluang di dalam PLKN ini bukan sahaja untuk mendapatkan latihan berkaitan dengan patriotisme dan perpaduan tetapi selebihnya kita gunakan ia sebagai satu tempat bagi mereka mendapatkan latihan- latihan kemahiran seperti mana yang telah kita jelaskan tadi kerana keperluan modal insan kita yang berkemahiran ini amatlah tinggi untuk membolehkan kita menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Sasaran untuk menambah modal insan yang berkemahiran ini untuk mengisi keperluan ekonomi negara kita adalah sangat-sangat kita – yang perlu kita lakukan daripada sekarang. Oleh sebab itu, ia adalah merupakan satu pendekatan baru yang kita harap dapat memenuhi kehendak tersebut.

Seperkara lagi Yang Berhormat telah bangkitkan sebentar tadi ialah berkaitan dengan subjek Tata Rakyat seperti mana yang dinyatakan tadi.

final • 10:50 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Saya percaya subjek Tata Rakyat ini kalau diperkenalkan semula di peringkat sekolah adalah merupakan satu subjek yang baik seperti mana Yang Berhormat cadangkan dan saya percaya Kementerian Pendidikan dapat melihat perkara ini semula. Apa yang kita terapkan di peringkat PLKN ini adalah merupakan elemen-elemen kenegaraan, pembinaan karakter dan juga berkaitan dengan integrasi yang merupakan satu perkara yang penting yang ingin kita lihat rakyat kita supaya mereka ini adalah merupakan warganegara yang baik untuk masa depan negara kita. Ini kerana dalam kita ingin mencapai kemajuan, kita mahu rakyat Malaysia khususnya generasi baru kita mempunyai jati diri yang tinggi dan mampu untuk mengemudi negara kita dengan lebih baik supaya bukan sahaja kita menjadi negara maju tetapi yang penting sekali rakyatnya mempunyai sahsiah ataupun mempunyai disiplin dan mempunyai karakter yang sesuai dengan sebuah negara maju.

Itu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Datuk Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum membuat soalan tambahan, saya ingin mengalu-alukan kehadiran Pergerakan Pemuda UPKO di Dewan yang mulia pada pagi ini.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejak 10 tahun yang lalu, kerajaan telah membelanjakan hampir RM5 bilion dalam PLKN. Saya adalah salah satu ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada ketika Akta PLKN ini digubal dahulu. Kita telah menjelajah di seluruh negara dan juga kita telah melawat beberapa buah negara mempelajari dan melihat apakah elemen-elemen yang harus ada dalam modul PLKN ini.

Setelah 10 tahun, kita lihat bahawa tidak ada apa-apa perubahan, tidak ada kesan PLKN ini. Saya mencadangkan supaya tutup sahaja, tidak perlu. Seperti mana dicadangkan tadi daripada Yang Berhormat Kota Bharu, sebenarnya mata pelajaran Sivik, mata pelajaran Tatanegara itu diperkenal balik di sekolah dan ini barangkali lebih berkesan, lebih murah dalam keadaan sekarang ini keutamaan kerajaan dari segi perbelanjaan kewangan ada yang lebih mendesak, jauh lebih mendesak sebab pungutan hasil kita memerlukan banyak perbelanjaan dalam hal lain. Saya cadangkan tutup sahaja PLKN ini. Saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah ini sesuatu yang wajar yang perlu diambil oleh pihak kerajaan? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Walaupun cadangan Yang Berhormat itu nampak begitu drastik tetapi saya ingin nyatakan di sini bahawa program ini yang telah dibuat semenjak 10 tahun yang lalu sememangnya adalah merupakan satu usaha yang telah dibuat oleh kerajaan bagi memastikan beberapa objektif- objektif dapat dicapai khususnya yang terkandung di dalam Akta Latihan Khidmat Negara yang seperti mana yang saya jelaskan tadi iaitu berusaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia berbilang kaum untuk menjadi satu golongan masyarakat yang bersatu-padu dan juga mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

final • 11:00 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Untuk mengatakan bahawa kita tidak mencapai matlamat itu sebenarnya adalah tidak benar kerana saya ingin nyatakan di sini, dalam tempoh pelaksanaan PLKN, kita juga membuat kajian-kajian dari semasa ke semasa bahawa daripada modul, daripada apa yang telah kita laksanakan ini misalnya yang telah dibuat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, menunjukkan bahawa tahap pencapaian PLKN ini adalah melebihi daripada 80%. Ini adalah asas yang telah kita jadikan untuk membolehkan program ini diteruskan.

Bagi mereka yang tidak pernah atau tidak pun mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan pelatih-pelatih, mungkin mereka tidak mengetahui. Akan tetapi saya telah mengadakan banyak interaksi dengan pelatih-pelatih dan saya mendapati bahawa memang mereka mendapat faedah daripada program ini. Malah, apabila kita mengadakan dalam makmal transformasi ini yang kita juga melibatkan ibu bapa, ramai juga ibu bapa yang mengharapkan supaya program ini dapat diteruskan kerana mereka juga dapat melihat bahawa banyak perubahan positif yang telah berlaku khususnya kepada anak-anak mereka. Belia-belia ini menjadi lebih bertanggungjawab, mereka lebih berdisiplin.

Ini adalah merupakan usaha kita kerana saya ingin nyatakan di sini, program yang kita laksanakan di peringkat sekolah sekarang adalah tidak mencukupi kerana saya difahamkan hanya dalam tempoh satu minggu, mereka hanya dapat didedahkan dengan program ini dalam satu jam sahaja. Itu yang saya diberitahu. Jadi apabila satu jam, apakah yang dapat mereka pelajari?

Satu lagi masalah education system di Malaysia, ia adalah terpisah-pisah. Kita mempunyai sekolah kebangsaan yang terdiri ramai daripada masyarakat bumiputera dan kita juga ada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil yang kebanyakannya menyebabkan rakyat kita terpisah. Oleh sebab itu, peluang di dalam PLKN ini akan memberikan mereka ruang untuk dapat bersama-sama dan itu adalah matlamat kita untuk melihat rakyat Malaysia bersatu-padu dan dapat menjadi rakyat Malaysia yang benar-benar cintakan negaranya.

Jadi, saya tidak bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat untuk menutup PLKN ini. Mungkin cadangan Yang Berhormat itu adalah merupakan cadangan peribadi tetapi kita membuat kajian. Berdasarkan kepada hasil kajian yang kita buat, kita mendapati ia memang berfaedah kepada generasi muda kita di masa akan datang. Terima kasih.

final • 11:00 AM

6. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan strategi-strategi dalam meningkatkan mutu sukan bola sepak di negara kita termasuk pembangunan R&D Sains Sukan, ‘coaching tools’ selain daripada dasar penswastaan liga yang akan berlangsung pada 2016.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pasir Mas bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Hulu Rajang nombor 15 bertarikh 11 Jun 2015 kerana berkaitan dengan perkara yang sama iaitu bola sepak.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sila, Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tugas untuk membangunkan sukan bola sepak adalah di bawah tanggungjawab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Walau bagaimanapun, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan banyak membantu dalam aspek pembangunan dan kewangan dalam meningkatkan lagi keberkesanan program pembangunan bola sepak negara.

Selain penswastaan liga bola sepak Malaysia yang akan dilaksanakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia bermula tahun 2016, sebagai kementerian yang bertanggungjawab kepada pembangunan dan prestasi sukan di negara ini, KBS telah menyediakan satu Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang bertujuan untuk memastikan pembangunan pemain, kejurulatihan, kemudahan dan pertandingan dilaksanakan secara berterusan di peringkat akar umbi. Sasaran utama PPBN ini adalah untuk menyediakan satu landasan bagi menggilap bakat pemain-pemain yang berumur antara tujuh hingga 17 tahun ke arah melahirkan wira bola sepak negara dan memartabatkan pasukan kebangsaan suatu hari nanti.

final • 11:00 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha meningkatkan mutu sukan bola sepak, sehingga kini belum ada R&D spesifik untuk sukan bola sepak. Walau bagaimanapun, kementerian melalui Institut Sukan Negara telah menghasilkan beberapa peralatan dan aplikasi yang boleh membantu semua atlet termasuk atlet bola sepak untuk meningkatkan prestasi dalam bidang latihan, peningkatan prestasi dan pemantauan kemajuan dalam latihan, contohnya peralatan psikologi dan timing gate dengan izin.

Di bawah Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara ini juga, pembangunan kejurulatihan diberikan nafas baru dengan memperkasakan kuantiti serta kualiti jurulatih- jurulatih terutamanya di peringkat remaja berumur tujuh hingga 17 tahun. Minat dan komitmen menjadi faktor penting bagi memilih jurulatih-jurulatih sepenuh dan separuh masa di pusat-pusat latihan PPBN. Mereka yang terpilih di bawah PPBN akan diberi peluang mendapatkan lesen-lesen kejurulatihan AFC dan FIFA. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan.

final • 11:00 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Hari ini soalan saya berkenaan dengan bola sepak dan kita tahu bahawa kita berada dalam keadaan yang agak murung dengan perkembangan bola sepak negara walaupun kita berslogankan ‘Malaysia Boleh’ sejak beberapa lama tetapi bola sepak ini tidak pernah boleh kita. Itu masalah yang kita sedia maklumlah. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Pekan dalam RMKe-11 baru ini, Yang Amat Berhormat ada menyentuh mengenai perkembangan sukan bola sepak di mana dia akan jadikan Universiti Teknologi Malaysia tempat untuk perkembangan bola sepak negara.

Soalan saya, dengan kedudukan ranking yang agak teruk, tidak konsistennya bola sepak negara kita, naik setapak kemudian turun tiga tapak. Begitulah keadaan dia, kita masih belum melepasi tahap konsistensi perkembangan bola sepak negara. Soalan saya mudah Yang Berhormat, untuk tempoh lima tahun ini yang dianggap lonjakan menuju negara maju, mampukah Yang Berhormat Menteri memberi jaminan bahawa dalam tempoh lima tahun ini ada lonjakan untuk bola sepak negara kita supaya kita mampu bergerak semaju negara kita sebagai negara maju pada tahun 2020, lima tahun yang depan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya sendiri setuju dengan pandangan dan pendirian Yang Berhormat terhadap mutu bola sepak negara kita. Kalau kita lihat sejarah ada suatu ketika kita setaraf dengan Korea Selatan ataupun kita lebih baik daripada Korea Selatan dan hari ini kita lihat satu situasi Korea Selatan telah ke pertandingan antarabangsa dan kita masih tidak lepas ranking ASEAN dan Asia. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kalau kita banding dengan negara-negara Barat, negara-negara Barat apabila prestasi sesuatu pasukan bola sepak kebangsaan tidak begitu memuaskan, hanya mereka menuduh atau menunjukkan kemarahan terhadap jurulatih ataupun pemain.

Akan tetapi kedudukan di negara kita jauh berbeza sikit. Di sini inilah satu-satunya negara apabila pemain tidak menunjukkan prestasi cemerlang, jurulatih, pegawai, Yang Berhormat Menteri, pegawai kerajaan semua dituduh, dimarah oleh rakyat. Walau bagaimanapun kita lihat, saya setuju apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, skuad utama bola sepak kebangsaan sedang mengalami kejatuhan prestasi jika diukur berdasarkan ranking ke-166 yang dikeluarkan oleh FIFA pada bulan Mei 2015 yang lalu.

Kejatuhan ranking bola sepak ini adalah disebabkan oleh skuad bola sepak negara kita telah tewas dalam beberapa siri perlawanan persahabatan antarabangsa yang diambil kira dalam perkiraan menentukan ranking bola sepak oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Bagi perancangan jangka pendek, kementerian berharap pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat mengkaji pemilihan pasukan-pasukan yang akan kita hadapi

final • 11:10 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

bagi perlawanan persahabatan antarabangsa sama ada untuk tujuan pendedahan kepada pemain ataupun meningkatkan semula ranking bola sepak negara. Walau bagaimanapun, seperti mana yang disoalkan oleh Yang Berhormat mengenai jaminan di dalam Dewan yang mulia ini, hendak bagi jaminan senang Yang Berhormat tetapi yang penting semua harus memainkan peranan termasuk jurulatih, FAM. Untuk Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga sukan, bukan susah hendak bagi jaminan tetapi ini adalah tanggungjawab bersama semua pemain, jurulatih, pegawai-pegawai FAM dan sebagainya.

Walau bagaimanapun sebagai kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga sukan, kita telah mengambil beberapa langkah positif untuk memastikan kita mencapai sasaran di mana kerajaan telah menubuhkan Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara pada tahun 2010 bagi melaksanakan Program Pembangunan Bola Sepak Negara dan telah dibahagikan kepada dua pelan tindakan iaitu fasa satu dan fasa kedua.

Bagi fasa satu, pelan perancangan yang ditetapkan bagi fasa satu, Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara untuk tempoh 2014 hingga 2020 ialah:

(i) memperkenalkan DNA bola sepak negara;

(ii) memperhebatkan penyertaan dan pertandingan untuk pemain- pemain dari umur 7 tahun hingga 17 tahun;

(iii) menstruktur semula pentadbiran dan pengurusan program pembangunan;

(iv) mempertingkatkan penyelarasan antara pemegang taruh terutamanya KBS, KPM dan FAM;

(v) memperkasakan pembangunan kejurulatihan; dan

(vi) menyediakan kemudahan asas yang mencukupi di semua pusat latihan.

Bagi fasa kedua, tumpuan perancangan fasa dua pembangunan bola sepak negara untuk tempoh 2012 hingga 2030 adalah:

(i) melaksanakan pengauditan dan penilaian pegawai fasa satu;

(ii) melengkapkan ekosistem pembangunan bola sepak sejajar dengan keperluan era profesional; dan

(iii) menstabilkan program bola sepak dengan berteraskan DNA bola sepak negara.

Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jerantut.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah yang menyebabkan bakat- bakat bola sepak yang ada di negara kita berkurangan ada kaitan dengan kemudahan- kemudahan yang ada di seluruh negara? Kalau satu ketika dulu, bola sepak ini diminati sehingga ke ceruk kampung kerana kemudahan yang ada. Jadi persoalan saya, adakah kementerian mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi menggerakkan aktiviti generasi muda khususnya dalam bidang sukan dan permainan termasuk kemudahan-kemudahan sukan dan permainan di luar-luar bandar dan juga di bandar-bandar kecil di seluruh negara.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kini kerajaan telah memberi pelbagai bantuan untuk memastikan kemudahan-kemudahan ataupun keperluan-keperluan asas dilengkapi hampir di setiap daerah. Hari ini kita lihat, buat masa kini kita sudah ada empat buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar, Sekolah Sukan Malaysia Pahang dan Sekolah Sukan Malaysia Sabah.

final • 11:10 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Kerajaan juga telah memberi peruntukan yang besar untuk menubuhkan satu Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari di mana kerajaan telah membina sebuah Akademi Bola Sepak Kebangsaan di Gambang, Pahang dengan kos RM20 juta dalam usaha melahirkan pemain bola sepak negara yang berkualiti. Akademi Mokhtar Dahari telah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan setaraf dengan sekolah berasrama penuh bagi menampung program-program perbelanjaan setempat untuk semua pemain.

Pada masa yang sama, saya yakin dengan menswastakan Liga Malaysia pada tahun 2016, mungkin kelab-kelab sendiri yang akan berdaftar dan melengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti negara-negara Barat kini.

final • 11:10 AM

7. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:

(a) sejauh manakah pelan strategik/penambahbaikan yang bakal dirangka oleh kementerian dalam memfokuskan kepada pembangunan kesejahteraan golongan OKU; dan

(b) berapakah jumlah golongan OKU yang terdapat di dalam Negara.

Daripada jumlah itu berapakah yang mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat ini.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Machang. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya yang telah diluluskan pada 21 November 2007.

Penggubalan dasar ini adalah sejajar dengan konvensyen mengenai hak OKU yang telah ditandatangani oleh negara pada tahun 2008 dan seterusnya diratifikasi pada tahun 2010.

Dasar ini menjadi asas kepada kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dan efektif OKU dalam masyarakat.

Bagi memastikan pelaksanaan 28 strategi yang digariskan di bawah Dasar OKU dengan lebih berkesan, kerajaan kita telah menyediakan Pelan Tindakan OKU. Pelan ini penting kerana pelaksanaan dasar OKU yang diterjemahkan dalam bentuk projek, program dan aktiviti melibatkan pelbagai kementerian, agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan

(NGO), pihak swasta, ahli akademik, pakar perubatan, pekerja sosial dan masyarakat keseluruhannya.

Selaras dengan komitmen terbaharu negara di peringkat antarabangsa melalui penerimaan terhadap The Incheon Strategy to “Make the Right Real” for Persons Disabilities in Asia and the Pacific pada tahun 2012 serta mengambil kira faktor di mana Pelan Tindakan OKU sedia ada telah memasuki tahun ketujuh pelaksanaannya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang di peringkat akhir semakan semula Pelan Tindakan OKU yang sedia ada bagi memperkemaskan lagi strategi pelaksanaannya bagi tempoh 2015 hingga 2022.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Pelan tindakan yang baru dijangka akan diangkat untuk pertimbangan kerajaan pada tahun ini juga. Langkah ini merupakan salah satu strategi kerajaan untuk memperkukuhkan lagi kerangka dasar yang sedia ada dalam usaha kita untuk mengarusperdanakan OKU serta memastikan penyertaan efektif mereka di dalam masyarakat.

Di samping itu, Pelan Tindakan OKU yang baru ini akan menyokong dan memperkukuhkan pelaksanaan program-program di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada 21 Mei yang baru lalu. Dengan hasrat untuk memperkukuhkan lagi kesejahteraan OKU, RMKe-11 antara

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

lain menyasarkan pertumbuhan pertambahan tujuh buah Pusat Kehidupan Berdikari ataupun Independent Living Centre di seluruh negara dengan kerjasama pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memperluaskan akses kepada pendidikan, latihan dan kemahiran kepada golongan OKU.

Selain itu, penyertaan OKU dalam sektor awam juga akan dipergiatkan untuk mengisi lebih 16,000 jawatan dalam sektor awam melalui pertimbangan khas. Komitmen yang diberikan oleh kerajaan ini adalah untuk menggalakkan integrasi serta penyertaan penuh dan efektif OKU dalam masyarakat, seterusnya sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan World Report on Disability 2011 yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia adalah dilaporkan kira-kira 15% daripada rakyat sesebuah negara itu terdiri daripada golongan OKU atau mereka yang hidup dengan ketidakupayaan tertentu.

Berdasarkan kepada jumlah penduduk negara ini pada tahun 2014 iaitu seramai 30.1 juta orang, maka dianggarkan 4.5 juta orang adalah terdiri daripada golongan OKU.

Hingga 7 Mei 2015, OKU yang berdaftar dengan JKM melalui Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) adalah 337,817 orang. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pada pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sekejap tadi, seramai 16,000 orang golongan OKU akan mendapat peluang pekerjaan dalam sektor awam dan kita mengucapkan tahniah kerana langkah ini adalah langkah yang begitu baik oleh kerajaan di dalam usaha membela golongan kurang upaya ini.

Mengikut rekod Jabatan Tenaga Kerja setakat Disember 2014, hanya 4,147 orang OKU mendapat pekerjaan di pelbagai sektor. Soalan saya, adakah jumlah ini sebenarnya telah mencapai sasaran 1% sebagaimana dasar 1% peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan kita dapati hanya lapan buah agensi sahaja yang terlibat di dalam mengambil OKU ini sebagai pekerja mereka.

Daripada jumlah 16,000 orang yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri minggu lepas yang disasarkan oleh kerajaan di dalam tempoh lima tahun Rancangan Malaysia, adakah sebenarnya jumlah ini melebihi daripada tahap 1% ataupun memang mencukupi pada tahap 1% sebagaimana yang disasarkan oleh kerajaan. Terima kasih dan minta maaf Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu saya mengucapkan selamat datang kepada guru-guru KAFA daripada PPD Parlimen Machang. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih kepada Yang Berhormat Machang. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Machang di atas keprihatinan beliau terhadap nasib dan usaha untuk membela orang kurang upaya ini.

Saya pertama ingin menjawab tentang 16,000 itu.

Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, jumlah 16,000 yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pembentangan RMKe- 11 ialah merupakan sasaran 1% keseluruhannya bilangan penjawat sektor awam yang ada pada ketika ini. Kita mensasarkan jumlah 1% itu akan dapat kita capai dalam tempoh lima tahun Rancangan Malaysia Kesebelas ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk kita capai jumlah ini mengikut perkiraan kita, untuk kita capai 1% ini kalau kita tengok bahawa kita akan perlu mengisi 2,586 setahun purata dalam tempoh lima tahun yang akan datang ini. Jika ini dapat kita lakukan, maka kita akan capai 1% itu. Akan tetapi tentulah harapan kita dan hasrat kita di kementerian ini dan kerajaan ini yang kita akan dapat lebih daripada 1% itu.

Sebagai permulaannya, kita perlu memastikan 1% itu kita capai. Apa yang berlaku pada masa ini Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini bahawa apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi ada 4,000. Sebenarnya kita ada setakat ini 3,341 di sektor awam yang telah pun mendapat pekerjaan. Jumlah ini belum lagi mencapai sasaran 1% itu. Di peringkat sektor swasta pula kita juga ada 4,147 orang yang telah pun bekerja. Ini juga adalah satu jumlah yang masih kita rasakan kecil. Ertinya perjuangan kita itu masih jauh lagi untuk kita mencapai 1%.

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Untuk itulah, maka Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberitahu bahawa untuk kita capai ini kita akan menggunakan pertimbangan khas. Pertimbangan khas inilah yang akan kita pastikan nanti, kita akan bincang lagi dengan JPA dan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Insya-Allah kita akan adakan satu pasukan khas dalam kementerian kita untuk bekerjasama, berbincang lagi dengan pihak-pihak tertentu bagi memastikan kita akan dapat capai sasaran kita sekurang-kurangnya 1% itu.

Jadi dalam Dewan ini banyak kementerian, banyak agensi yang ada di sini. Saya bagi pihak kementerian dan bagi pihak OKU mintalah supaya semua ini mengambil kira apa yang telah disebutkan tadi pertimbangan khas ini dan pastikan setiap kementerian selain daripada lapan buah agensi itu. Saya ingin jelaskan di sini bukan lapan buah agensi sahaja mengisi cuma yang lapan buah agensi sahaja yang telah capai 1%. Ada banyak agensi juga yang telah mengisi termasuk kerajaan-kerajaan negeri, cumanya belum sampai lagi 1% itu.

Jadi saya mintalah supaya semua pihak mengambil kira perkara ini dan pastikan isikan, berikan pertimbangan khas kepada semua OKU kita yang telah mendapat pelajaran, yang telah dilatih supaya mereka juga mendapat pekerjaan dalam sektor awam, begitu juga di sektor swasta. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya ingin minta penjelasan atau jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang pusat jagaan OKU atau rumah OKU yang terdapat di Sarawak kerana banyak OKU hanya mendapat bantuan kewangan hanya RM300 dan ini adalah tidak mencukupi.

Saya dapati ada 11 buah pusat institusi untuk melatih dan menjaga OKU di Malaysia tetapi tidak terdapat Taman Sinar Harapan di Sarawak. Saya ingin tanya sama ada kementerian ada rancangan untuk menyediakan perkhidmatan Taman Sinar Harapan di Sarawak untuk Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Yang Berhormat Lanang yang juga prihatin tentang nasib Orang Kurang Upaya di bawah adalah di antara sasaran di kementerian kita. Insya-Allah saya akan teliti nanti sama ada adakah termasuk untuk menubuhkan di negeri Sarawak. Saya yakin oleh sebab Yang Berhormat Menteri datangnya dari Sarawak, beliau akan memberikan juga tumpuan selain daripada seluruh Malaysia termasuk juga negeri Sarawak, insya-Allah.

Beritahu kami jika ada mana-mana institusi yang tidak dapat bantuan daripada kerajaan kerana memang kita memberikan bantuan kepada institusi-institusi orang kurang upaya dan lain-lain lagi yang memberikan latihan. Oleh sebab itulah dalam Rancangan Malaysia Kesebelas in pun kita perhatikan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengatakan kita akan menubuhkan tujuh lagi pusat untuk membantu Orang Kurang Upaya ini berdikari dengan kerjasama pihak NGO.

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Ia menunjukkan bahawa kita memang ingin sangat untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuklah pihak NGO supaya OKU kita ini boleh berdikari. So, jangan bimbang Yang Berhormat Lanang ya. Memang kita menjaga semua rakyat kita di mana jua mereka berada. Terima kasih.

final • 11:30 AM

8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air menyatakan:

(a) perancangan kerajaan untuk membangunkan Kereta Solar Prototaip hasil dari penyelidikan Penyelidik-penyelidik dari Universiti Malaya; dan

(b) pencapaian Pembangunan Kereta Elektrik.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Langat yang bertanya soalan kepada kementerian berhubung dengan kereta elektrik dan perancangan kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah menyediakan peruntukan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi pembangunan pelbagai jenis projek kepada para penyelidik di negara ini. MOSTI melalui sciences fund telah meluluskan satu projek di bawah bidang electric vehicle kepada Universiti Malaya pada tahun 2014.

Projek tersebut adalah berkenaan fuel cell for electric motor vehicle application untuk tempoh 30 bulan penyelidikan dengan peruntukan yang diluluskan sebanyak RM221,000.

Buat masa ini, status projek tersebut adalah dalam fasa kajian awal.

Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya, Dasar Automotif Negara 2014 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menekankan kepentingan pembangunan dan pemasangan kereta elektrik di Malaysia. Ia sekali gus meletakkan sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat automotif serantau bagi kenderaan cekap tenaga, energy efficient vehicle (EEV) menjelang tahun 2020.

Berpandukan kepada aspirasi ini, Proton selaku syarikat nasional telah menjalankan beberapa penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan teknologi kereta elektrik. Berlainan dengan pembangunan kereta konvensional, pembangunan kereta elektrik memerlukan reka bentuk dan platform yang khusus bagi menampung jumlah bateri yang diperlukan untuk memberikan jarak pemanduan yang jauh. Platform terbaru Proton ialah platform model Iriz telah dibangunkan dengan ciri-ciri khusus untuk menampung keperluan pembangunan kereta elektrik nasional.

Hingga kini, pembangunan kereta elektrik Proton masih di tahap prototaip dan sedang melalui beberapa ujian validasi yang intensif bagi memastikan kualiti ciri-ciri keselamatan dan prestasi kereta yang memenuhi piawaian antarabangsa dan kehendak pelanggan serta pada harga yang berpatutan. Proton juga menghadapi cabaran-cabaran yang sering dihadapi oleh syarikat-syarikat pengilang peralatan asal original equipment manufacturer (OEM) yang lain dalam membangunkan teknologi baru seperti yang dihadapi oleh syarikat Nissan yang mengeluarkan Nissan LEAF, begitu juga dengan Mitsubishi dengan kereta elektrik i-MiEV iaitu kos pengeluaran yang tinggi dan tempoh penyelidikan yang lama.

Justeru itu, kerajaan terus menyokong penuh usaha syarikat kereta nasional dalam membangunkan kereta elektrik. Usaha sama yang rapat antara pihak kerajaan, pengeluar kereta elektrik, pembekal utilities dan pihak berkepentingan yang lain sangat diperlukan bagi mempromosikan penggunaan kereta elektrik sekali gus menjadikan Malaysia di antara peneraju dan juga pengeluaran kereta elektrik di negara ASEAN selaras dengan Pelan Tindakan Mobiliti Elektrik Negara yang sedang disediakan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat itu sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
USUL
RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS 2016-2020

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa Dewan ini, Menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh; Merestui usaha kerajaan untuk meneruskan Dasar Transformasi Nasional atau DTN dalam rangka dan merencana Rancangan Malaysia Kesebelas seterusnya; Meluluskan pelaksanaannya bertunjangkan falsafah Dasar Transformasi Nasional dalam ikhtiar menjadi sebuah negara maju pada Tahun 2020 menurut Kertas Perintah 23 Tahun 2015; Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama dan berusaha menjayakan matlamatnya.” [27 Mei 2015]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Tasek Gelugor untuk menyambung 10 minit lagi.

final • 11:30 AM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Semalam saya ada membahaskan perkara yang berkaitan dengan peningkatan kesejahteraan kepada rakyat mengikut Rancangan Malaysia Kesebelas di mana saya telah menyentuh tentang penyediaan rumah selesa dan juga meringankan kos-kos bayaran pengurusan bagi penghuni-penghuni rumah-rumah selesa, rumah-rumah kos rendah dalam bandar supaya pendapatan benar dan pendapatan boleh guna mereka lebih bermakna.

Saya juga telah menyebutkan tentang kerajaan perlu menguatkuasakan pelaksanaan gaji minimum dengan sepenuhnya supaya pekerja-pekerja yang berpendapatan rendah di bandar-bandar dapat menikmati nilai pendapatan benar yang tinggi di samping perlu memperbanyakkan Kedai Rakyat 1Malaysia, Pasar Rakyat 1Malaysia dan sebagainya dalam usaha membantu meringankan bebanan dan mengurangkan kadar kemiskinan dalam bandar.

Maka pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya juga memaklumkan bahawa kita perlu melibatkan GLC (government-linked company) supaya mereka bukan sahaja terlibat dalam perniagaan-perniagaan yang berorientasikan kewangan semata-mata tetapi mereka juga perlu mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dengan menambahkan ataupun mereka melibatkan diri di dalam pengujudan penubuhan IKS-IKS di kawasan-kawasan pinggir dan luar bandar supaya IKS-IKS ini dapat menjamin peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk-penduduk di kawasan luar bandar.

Oleh yang demikian, penghijrahan penduduk-penduduk luar bandar ke bandar akan dapat dikurangkan. Memandangkan kos kehidupan di luar bandar mungkin lebih rendah daripada kos kehidupan di bandar dan ditambah dengan peluang pekerjaan yang disediakan oleh government-linked agency ini, maka taraf kehidupan rakyat kita insya-Allah kita akan dapat pertingkatkan dengan tersusun dan penuh sistematik.

Maka pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya menyambung sedikit lagi perbahasan saya iaitu dengan memberikan penumpuan kepada kakitangan kerajaan terutama sekali pasukan keselamatan iaitu angkatan tentera. Saya ingin melihat di sini

final • 11:35 AM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

apabila kita merangka Rancangan Malaysia Kesebelas, peruntukan bagi keselamatan hendaklah tidak hanya tertumpu pada pembelian aset-aset ketenteraan dan juga persenjataan semata-mata.

Akan tetapi pihak kementerian perlulah menumpukan perhatian kepada kebajikan dan juga taraf hidup anggota-anggota tentera kita terbela, di mana isu-isu yang paling besar ialah dari segi membantu mereka memiliki rumah sama ada angkatan tentera melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera, mengadakan skim-skim khas kepada angkatan tentera seperti pinjaman tanpa faedah dan juga penjualan rumah-rumah mampu milik dengan harga kos kepada angkatan-angkatan tentera sama ada yang masih berkhidmat ataupun yang sudah menjadi anggota veteran. Jadi peluang ini akan dapat memberikan satu keselesaan kepada anggota tentera khususnya, kerana mereka juga mempunyai keluarga.

Apa yang kita lihat ialah apabila angkatan tentera kita sudah pencen, mereka akan balik ke kampung dan di situlah mereka ada yang terpaksa mendirikan rumah di tanah- tanah pusaka dan sebagainya yang menyebabkan ada kebanyakan terlibat dalam perbalahan kekeluargaan dan ada yang langsung tidak mempunyai keupayaan untuk membuat pinjaman untuk membeli rumah dan sebagainya. Jadi, seharusnya kerajaan melihat dalam isu ini.

Selain daripada itu, program baik pulih rumah dan pembinaan rumah bekas-bekas tentera ini perlulah dipergiatkan dan dizonkan sekurang-kurangnya di kawasan utara, di kawasan tengah, di kawasan selatan, di Sarawak dan juga di Sabah supaya tentera-tentera kita apabila pulang ke kampung selepas berkhidmat, mereka mempunyai peluang untuk memiliki rumah sendiri. Di samping itu, saya juga ingin menyarankan kepada kerajaan, kepada Kementerian Pertahanan supaya menaik taraf perumahan askar melalui Projek Army Care di seluruh negara.

final • 11:35 AM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Memang selama ini ada program ini tetapi agak perlahan dan tidak mencukupi peruntukan ia. Oleh yang demikian, kerajaan perlu menumpukan usaha-usaha ke arah melihat kebajikan angkatan tentera kita ini dipertimbangkan. Jadi, menaik taraf rumah- rumah askar di kawasan-kawasan kem-kem tentera dan sebagainya melalui Projek Army Care ini ialah merupakan satu yang perlu diperkasakan lagi oleh pihak Kementerian Pertahanan.

Di samping itu juga, yang paling penting saya hendak tumpukan di sini yang berkait dengan kawasan saya sendiri, saya ingin memohon kepada Kementerian Pertahanan supaya Kementerian Pertahanan dapat menaik taraf Pangkalan Udara Butterworth dan kuarters, di mana usaha untuk membaiki dan menaik taraf kuarters kepada anggota-anggota TUDM telah pernah dijalankan tetapi mungkin sekarang saya rasa diberhentikan dan tidak diteruskan lagi. Saya mohonlah kalau boleh, pihak Menteri menjelaskan kepada kita tentang status penyambungan pembinaan dan menaik taraf kuarters-kuarters di TUDM Butterworth.

Selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan supaya pihak kementerian dalam usaha kita meningkatkan kesejahteraan rakyat, janganlah kita tinggalkan anggota- anggota tentera kita. Oleh yang demikian, kepentingan dari segi peluang pembelajaran, pendidikan kepada anak-anak anggota tentera juga perlu kita lihat dengan teliti. Saya ingin cadangkan supaya MRSM ATM diperbanyakkan. Sekarang ini difahamkan cuma ada dua sahaja, di Terendak dan di Sungai Besi, MRSM ATM untuk anak-anak anggota Tentera Malaysia. PDRM sudah ada, FELCRA pun ada, FELDA pun ada MRSM, kenapa tidak kita perbanyakkan?

Saya mohon kalau boleh, MRSM ATM ini dibina di dalam kawasan Pangkalan Udara TUDM Butterworth di kawasan yang berbaki di sebelah tepi laut yang begitu baik dan ia akan memberikan peluang kepada anak-anak anggota tentera khususnya di dalam negeri Pulau Pinang dan negeri-negeri berhampiran iaitu Kedah, utara Perak dan juga dari Perlis. Jadi ini sudah tentu akan memberikan satu kegembiraan, motivasi dan semangat yang kuat kepada anak-anak anggota tentera kita untuk mereka berkhidmat dengan lebih cemerlang, dengan kelebihan-kelebihan yang diberikan.

Apa yang paling penting, saya juga hendak bertanya kepada Menteri Pertahanan, bilakah isu TUDM Butterworth ini akan diselesaikan? Sudah lama kita bangkitkan isu ini.

final • 11:40 AM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Kita telah bantah isu ini, isu pemindahan TUDM Butterworth. Sebaliknya kita amat-amat memerlukan TUDM Butterworth ini diperkasakan, ditambah dengan elemen-elemen lain yang boleh mengukuhkan strategik pertahanan udara di TUDM Butterworth tersebut. Jadi, saya amat-amat mengharapkan dalam sidang ini, Yang Berhormat Menteri boleh memberikan penjelasan yang tepat, jelas dan cepat kepada kita rakyat di bawah supaya kita tahu status isu TUDM ini. Di samping itu juga, pihak...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tasek Gelugor, ada dua minit lagi.

final • 11:40 AM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Okey, saya akan habiskan isi saya ini. Pihak kementerian juga...

final • 11:40 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Yang Berhormat Tasek Gelugor.

final • 11:40 AM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Hendaklah mengkaji keberkesanan...

final • 11:40 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Yang Berhormat Tasek Gelugor.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bukit Gantang bangun.

final • 11:40 AM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

...Semangat kenegaraan bagi...

final • 11:40 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Yang Berhormat Tasek Gelugor.

final • 11:40 AM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Kejap, saya hendak habiskan, masa pendek. Selepas ini. Saya mengharapkan kerajaan mengkaji keberkesanan semangat kenegaraan peserta-peserta PLKN melalui modul baru dalam transformasi PLKN. Jadi apabila transformasi PLKN dibuat, kalau boleh mohon Menteri beri penjelasan kepada kita, apakah transformasi dan juga penambahbaikan yang telah dibuat? Kita harapkan penambahbaikan itu dapat memberikan satu tahap semangat kenegaraan tinggi kepada anak-anak kita.

Seterusnya satu Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh di sini tentang perlunya kerajaan memperuntukkan peruntukan dalam tujuan pengukuhan ilmu kepada pendakwah-pendakwah dan juga peruntukan kepada JAKIM untuk menangani isu-isu ajaran salah. Kita perlu ada satu institusi yang membuat pengkajian khusus yang sentiasa mengkaji, memahami dan juga membuat tracking kepada apa juga ancaman-ancaman ajaran salah kepada agama Islam. Selama ini kita melihat satu demi satu kes-kes ajaran salah ataupun ajaran yang menyeleweng yang timbul, terutama sekali ia akan mengancam kepada perkembangan agama Islam dan juga persepsi terhadap agama Islam akan menjadi semakin celaru.

Jadi oleh yang demikian, JAKIM perlu diperkasakan dan kita juga mohon supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjelaskan apakah peranan untuk pengukuhan kepada JAKIM, khusus dalam bidang menangani isu-isu ajaran salah dan juga untuk menyekat. Sama ada pengukuhan itu dari segi peruntukan, perwujudan institusi latihan ataupun institusi yang sentiasa mengkaji tentang perkembangan-perkembangan ajaran salah dan juga bidang penguatkuasaan. Jadi selama ini mungkin institusi ini wujud tetapi terlalu kecil bidangnya, terlalu kecil peruntukannya dan tidak ada tenaga kepakaran yang wujud. Jadi saya mohon, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini perkara-perkara ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan.

Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Walaikumsalam. Ya, dalam senarai Yang Berhormat Kluang. Sila Yang Berhormat Kluang.

final • 11:40 AM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sentuh tiga subjek atau tiga tema. Satu, dalam bahasa Inggeris, show me the money.

Kedua, show me the roads. Ketiga, show me the trains and buses.

final • 11:46 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Ketawa]

final • 11:46 AM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Ramai di sebelah sana dan sini mengadu bahawa tidak ada jalan yang mencukupi, tidak ada hospital yang mencukupi. Satu faktor yang tidak disentuh ialah sebenarnya Rancangan Malaysia Kesebelas ini tidak ada dana yang mencukupi. Tidak ada dana yang mencukupi untuk membangunkan negara kita kerana dana-dana yang sedia ada dimasukkan ke dalam peruntukan untuk pentadbiran.

Apa yang telah diperuntukkan untuk pembangunan dalam bajet-bajet tahunan sebenarnya banyak telah diperuntukkan untuk Jabatan Perdana Menteri.

Saya boleh tunjuk angka-angka yang sedia ada iaitu dalam RMKe-8, jumlah RM170 bilion diperuntukkan, untuk RMKe-9 jumlahnya RM220 bilion dan untuk RMKe-10 jumlah yang diperuntukkan dalam bajet-bajet tahunan untuk pembangunan ialah RM249.2 bilion. Kalau diambil kira inflasi, maka RM260 bilion ini yang diperuntukkan untuk RMKe-11 sebenarnya is declining, lebih kurang kalau diambil kira dengan inflasi.

Dalam bajet tahunan, peruntukan untuk bajet pembangunan telah merosot dari segi peratusan. Pada tahun 2011, peratusan untuk pembangunan ialah 23%, 2012 peratusan untuk pembangunan ialah 22%, tahun 2013 ialah 19%, untuk tahun 2014 ialah 17%, dan untuk 2015 ialah 18%. Bermakna peruntukan untuk pembangunan telah merosot walaupun jumlah peruntukan untuk bajet secara keseluruhan telah menambah dan ini adalah masalah asas. Untuk JPM, pada tahun 2011 JPM dapat 21% daripada peruntukan pembangunan.

final • 11:46 AM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Dalam peruntukkan pembangunan, Jabatan Perdana Menteri dapat 21% pada tahun 2011, untuk tahun 2012 ialah 15%, untuk tahun 2013 ialah 18%, untuk 2014 ialah 23% dan untuk tahun 2015 iaitu tahun ini hanya sejumlah RM50.5 bilion peruntukan untuk pembangunan. Akan tetapi dalam RM50.5 bilion ini, sebanyak RM13 bilion atau 25% diperuntukkan untuk Jabatan Perdana Menteri.

Peruntukkan untuk Jabatan Perdana Menteri ini banyak adalah apa yang saya panggil trust fund. Banyak item-item yang tidak masuk akal, tidak ada penjelasan. Saya sebut seperti ini untuk tahun ini. Untuk tahun ini ada RM2.5 bilion diperuntukkan untuk dana fasilitasi. What is it? In dana facilitation, untuk fasilitet apa? Fasilitet politik UMNO ataupun fasilitet politik apa ini? So, RM2.5 bilion – tidak apa, jangan dengar UMNO ini takut. Ini saya sebut fakta.

Fakta ini sejumlah RM7.8 bilion dalam peruntukkan dalam pembangunan Jabatan Perdana Menteri ini, diperuntukkan untuk item-item yang tidak jelas. Untuk apa, kita tidak tahu. Saya sebut nama ini. Facilitation Fund, Development Program, Special Project, Projek Mesra Rakyat, Projek Untuk Membasmikan Kemiskinan. Ini semuanya tidak jelas. So I say it, kita minta show us the money. Mana wang yang telah disalur untuk pembangunan?

Untuk pembangunan kalau dengan trend-trend yang saya tunjukkan tadi, saya rasa RM260 bilion yang diperuntukkan tadi peruntukkan untuk RMKe-11 ini tidak akan membawa apa- apa sahaja. Kita tidak mengambil kira rasuah pun tidak apa. Akan tetapi RM260 bilion yang diperuntukkan ini tidak mencukupi. Kita perlukan lebih banyak peruntukkan untuk pembangunan dan bukan untuk administration untuk pengurusan.

Saya rasa satu isu yang paling penting kita kena ada satu pengistilahan ataupun reformasi ialah saya minta kawan-kawan dalam UMNO. Kita tidak tahu Yang Amat Berhormat Pekan boleh jadi Perdana Menteri berapa lama. Akan tetapi sesiapa yang muncul sebagai Perdana Menteri baru, saya minta kawan-kawan dalam UMNO minta Perdana Menteri baru jangan juga menjawat jawatan Menteri Kewangan. Itu penting. Itu penting. Ini untuk kawan-kawan dalam UMNO.

Jangan kita ada Perdana Menteri baru yang juga menjawat Menteri Kewangan. Ini saya rasa kita kena semua sokong kerana sistem Kabinet kita jawatan Perdana Menteri dengan jawatan Menteri Kewangan adalah salah satu check and balance. Saya rasa Yang Berhormat Gua Musang memang faham ini. Pakar. Ini satu check and balance di antara

final • 11:50 AM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Perdana Menteri dengan Menteri Kewangan. Kita sudah faham isu 1MDB di mana tidak ada check and balance di antara Menteri Kewangan dengan Perdana Menteri.

Saya juga rasa dalam isu pengendalian ekonomi, kita tidak ada micro economist yang mencukupi dalam isu GST. Kita tidak faham bagaimana ekonomi kita. Walaupun kerajaan hendak meningkatkan revenue, tetapi dalam pengendalian GST ini saya rasa kita akhirnya kerajaan tidak akan dapat hasil yang mencukupi. Kenapa? Ini kerana kalau kita paksakan semua, kita paksakan mereka yang menerima BR1M untuk membayar cukai.

Sebelum ini penerima BR1M ini ramai, 60% dalam ekonomi kita. Sejumlah 60% buah keluarga, household yang mendapat BR1M. Kita sekarang ini memaksa mereka yang mendapat BR1M untuk bayar GST. Kalau kita memaksa mereka yang menerima BR1M untuk membayar GST, kita itu...

final • 11:50 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Kluang.

final • 11:50 AM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Ya.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sedikit sahaja. Seminit. Sikit sahaja.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua, - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 11:50 AM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Okey.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini kita tidak pernah paksa siapa-siapa untuk bayar GST. Inilah masalah. GST ini adalah cukai kepenggunaan dan hanya orang-orang yang membelanjakan pada barang-barang tertentu sahaja yang kena GST.

Jadi yang kata GST tidak dapat, dia buat base punya percukaian, yang kata GST tidak dapat mengumpul kadar yang banyak, itu juga satu kenyataan yang salah. Saya ingat apa pendapat Yang Berhormat Kluang.

final • 11:50 AM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Okey, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya tidak akan masukkan ucapan dalam ucapan saya.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Takut bukan?

final • 11:50 AM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Tidak takut. Saya hendak jelaskan masalah.

final • 11:50 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sikit sahaja. Sikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua, - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Sila, sila.

final • 11:50 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Bagan Serai kata kita tidak paksa orang bayar GST, setuju tidak? Adakah apabila kata tuan-tuan hendak beli lampin dan pampers ini, adakah kita kena paksa diri atau tidak?

final • 11:50 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Botol susu sekali.

final • 11:50 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ataupun pakai kita sekarang ini ada handphone, adakah kita perlu memaksa diri kita untuk beli prepaid? Kalau tidak, tidak boleh pakai handphone. Jadi macam mana? Apa komen daripada Yang Berhormat Kluang?

final • 11:50 AM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Terima kasih saudara Yang Berhormat Sepang.

Isu sekarang ini bukan sahaja rakyat dipaksa bayar GST, yang isu ini kita mungkin mengalami kemelesetan ekonomi kerana GST. Itu yang saya rasa isu yang lebih besar. Our problem is we don’t have micro economist. Mungkin Yang Berhormat Jeli micro economist, tetapi yang lain tidak fikir secara mikro.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua, - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Rompin bangun.

final • 11:50 AM

Dato’ Hasan bin Arifin - Rompin

Itu statement yang cenderung dan tidak boleh diambil kira sebagai faktor.

final • 11:50 AM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Okey, Yang Berhormat Rompin. Terima kasih.

Saya belum jelas lagi. Bagi saya jelaskan. Sabar, sabar, sabar. Yang Berhormat Rompin baru, tidak apa. Apa yang saya hendak jelaskan ialah kita sekarang ini memaksa mereka yang tidak ada keuntungan ataupun pendapatan yang mencukupi untuk membayar cukai.

Kita mengambil cukai mereka, kita jadikan hasil kerajaan dan kita anggap ini adalah cara untuk menambah RM15 bilion net ke dalam hasil kerajaan. Akan tetapi mana RM15 bilion ini? It must be coming from somewhere. Ini hasil yang baru ini kita ambil daripada rakyat jelata. Kita ambil daripada pemasaran kita. We take from the market. Itu bermakna market kita, pasaran kita kekurangan RM15 bilion. RM15 bilion ini masuk ke hasil kerajaan dan untuk beli jet. Isu kita, apa yang kita bimbang ialah...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua, - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Rompin bangun lagi.

final • 11:50 AM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Tidak apa. Saya jelas. Bagi saya jelaskan. Apa yang kita bimbang ialah apabila domestik consumption mengurang. Apabila domestik consumption mengurang, ekonomi kita tidak boleh hanya bergantung kepada eksport ekonomi kerana ekonomi US, Jepun – US mungkin okey tetapi Jepun, Eropah, China, these are main export destinations, tidak begitu menggalakkan.

So, kita ada masalah dengan eksport dan kita ada masalah dengan domestik ekonomi. So, we are forcing our ekonomi into trouble dengan GST dan dengan kemelesetan nilai ringgit. Lagi, kerajaan memang dia ingat dia pandailah. Kerajaan ada menggunakan satu cara, caranya ialah dengan gazet peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Anti-Profiteering Act.

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Kluang salah makan ubat ke pagi ini?

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Margin keuntungan bersih tahun 2014, Anti- Profiteering Act. Sekarang ini idea kerajaan ialah bahawa GST tidak ada masalah.

Masalahnya ialah pedagang-pedagang, orang business ini yang naik harga. Ini teori kerajaan. Teori kerajaan ialah rakyat jangan marah kerajaan kerana GST. Kalau hendak marah, marah pedagang-pedagang dan orang business ini kerana mereka, semua ini naik harga, mereka berniat jahat.

So, dengan teori ini diadakan Anti-Profiteering Act. Akta dan gazet ini Anti- Profiteering Act (Price Control Regulation) 2014, berkata bahawa harga tidak boleh dinaikkan dalam 18 bulan bermula 1 Januari 2015 sampai 30 Jun 2016. Dalam tempoh 18 bulan ini, harga tidak boleh naik selain daripada formula yang diperuntukkan. Apakah masalahnya?

final • 11:50 AM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Masalahnya ialah kos memang naik. Kalau pengangkutan, tayar pun ada GST. Tak payah sebut yang lainlah. Kos akan naik. Syarikat-syarikat ini dipaksa untuk kekalkan harga selama 18 bulan. Itu bermakna keuntungannya akan merosot. Apabila keuntungannya merosot, cukai syarikat akan turun. You are back to square one di mana kerajaan tidak dapat keuntungan yang lebih banyak kerana tax merosot.

Kalau ekonomi kita merosot, ia kerana dua sebab iaitu GST dan kemelesetan nilai ringgit. Ini akan mengakibatkan ekonomi kita merosot. Apa yang mereka kata kalau nilai ringgit merosot akan membantu eksport, saya tidak percaya kerana eksport market kita ke United State, Eropah, Jepun dan China tidak begitu menggalakkan atau memberangsangkan. So, kita ada masalah dan saya harap macroeconomist dalam kerajaan give some thought into it. Jangan jadikan ekonomi kita merosot seperti ekonomi Jepun, selepas cukai sales tax dinaikkan dari 5% sampai 8% dan ekonomi merosot dua quarter. Saya harap kita faham ekonomi secara broad-based dan secara makro.

final • 12:00 PM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Tema kedua saya, ‘Show me the road’. Tunjuk dekat saya mana jalan yang disebut-sebutkan. Saya minta kalau ada buku RMKe-11, tengok bab tujuh, muka surat tiga.

Bab tujuh, muka surat tiga kata, “93,000 kilometer jalan baru dibina dalam tempoh tahun 2010 sampai tahun 2015. Dalam lima tahun yang lalu, sejumlah 93,000 kilometer jalan ditambah.” Dan dalam muka surat lima, dikatakan bahawa, “Panjang jalan raya dianggarkan meningkat sebanyak 68% daripada 137,000 kilometer pada tahun 2010 kepada 230,000 kilometer pada tahun 2015.” Show me the road. Tunjukkan saya di mana? Tunjukkan saya mana jalan ini?

Kalau dalam tempoh lima tahun kita boleh menambah 93,000 kilometer jalan, maka Borneo Highway tidak ada masalah. Borneo Highway tidak ada masalah. Kita sudah ada Borneo Highway. Borneo Highway 3,000 lebih kilometer sahaja. So, where is the road? Tunjukkan saya mana jalan ini? Kalau tidak boleh tunjukkan, saya minta Kementerian Kerja Raya tarik balik kenyataan dalam RMKe-11. Show us the road. Tunjuk dalam Parlimen di mana jalan itu. Kalau tidak boleh tunjuk, minta tarik balik kenyataan dalam bab tujuh. Tak ada, langsung tak ada.

So, saya rasa ini adalah masalah kita yang – kualiti yang mesti kita hadapi, kualiti...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kluang ada dua minit lagi.

final • 12:00 PM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Okey. Show me the track train and buses, subjek ketiga saya. Perdana Menteri di Jepun dengan Menteri Pengangkutan naik train Shinkansen. Perdana Menteri jump the gun kata dia menjemput pihak China, pihak Jepun dan semua datang bid untuk high speed rail.

Saya hendak tanya, mana feasibilities studies yang disiapkan pada Julai 2013 dan dijanjikan akan dibentangkan dalam Parlimen? Mana feasibilities studies? Saya minta feasibilities studies kerana ada ramai pakar lain yang tidak menyokong HSR kata, kalau HSR ini kos tiketnya ialah RM400 dari Kuala Lumpur ke Singapura, tidak ada orang yang akan menggunakan HSR. Mereka akan naik kapal terbang yang lebih murah. So, show us the feasibilities studies. Sebelum ada feasibilities studies, kita jangan masuk buat HSR, masuk bid, jump the gun sebelum ada feasibilities studies. Apa yang lebih penting, saya minta kerajaan sebelum buat MRT, buat bas.

Sebelum buat HSR, minta membaiki KTM. Ini asas. Minta membaiki KTM, minta dengan cara dan dengan speed yang lebih cepat minta perbaiki train di Pantai Timur. Pantai Timur perlukan kereta api tetapi telah mengambil terlalu panjang masa. Juga untuk KTM, ada Automated Fare Collection System (AFC) yang dijanjikan sejak lima tahun yang lalu untuk komuter. Tidak nampak lagi, tidak nampak lagi. So, saya rasa kita mesti bincang tentang KTM dahulu. Kita mesti bincang bas dahulu sebelum kita buat MRT.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kluang.

final • 12:00 PM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Kita boleh ada MRT tetapi tidak ada bas, maka kita masih ada masalah.

Saya minta satu minit lagi untuk tunjuk kepada semua bahawa dalam bab tujuh juga, muka surat 17, dikatakan bahawa modal share untuk pengangkutan awam buat setakat ini ialah 17.1% iaitu hanya 17% rakyat menggunakan pengangkutan awam di Klang Valley, di Greater KL. Sasaran untuk tahun 2020 ialah 40%. So, ini sasaran RMKe-11 di mana dalam lima tahun kerajaan ingin meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di Greater Kuala Lumpur dari 17.1% sampai 40%.

Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat baca muka surat lapan, bab tujuh, dikatakan bahawa pada tahun 2010, peratusan menggunakan pengangkutan awam di Kuala Lumpur ialah 16.9%. Pada tahun 2014 sebanyak 17.1%. Dalam tempoh empat tahun hanya 0.2%

final • 12:00 PM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

pertambahan yang menggunakan pengangkutan awam. Bagaimanakah kita dapat capai sasaran 40% dalam masa lima tahun?

Bukan sahaja Greater Kuala Lumpur. Saya Ahli Parlimen Kluang, kawan-kawan di Johor dan kawan-kawan di seluruh negara, kita minta kerajaan fokus atau tumpukan pembangunan sistem bas di bandar-bandar dan luar bandar supaya membantu semua dan bukan menumpukan terhadap MRT yang bawa banyak kontrak. Apa yang penting ialah pengangkutan awam untuk semua di seluruh negara dan bukannya MRT untuk Kuala Lumpur sahaja. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:00 PM

Dato’ Hasan bin Arifin - Rompin

Boleh saya tanya satu soalan kepada Yang Berhormat Kluang?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sudah habis sudah, Yang Berhormat Rompin. Sila Yang Berhormat Kuala Selangor. Boleh mencelah semasa Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salami sejahtera, salam 1Malaysia.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas.

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Pekan yang mana beliau telah membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas di bangunan Parlimen baru-baru ini. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak tahniah dan terima kasih kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertungkus-lumus membanting tenaga dan fikiran menyiapkan Rancangan Malaysia Kesebelas.

Tuan Yang di-Pertua, sudah pasti pelbagai pihak boleh sahaja mengkritik semberono tanpa mengkaji dan meneliti setiap inti pati Rancangan Malaysia Kesebelas dengan objektif.

final • 12:09 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Perlu disedari penyediaan satu pelan menuju negara maju berpendapatan tinggi, inklusif dan mampan bukan satu kerja yang mudah. Tema RMKe-11 iaitu Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat sudah cukup untuk menggambarkan rakyat diutamakan dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas, apatah lagi kesemua enam teras strategi yang telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah bagi menangani semua keperluan rakyat.

Penyediaan RMKe-11 juga adalah berpandukan kepada strategi pembangunan nasional Malaysia yang memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi berteraskan rakyat dan ekonomi berasaskan modal dengan pelaksanaan program dan projek berimpak tinggi boleh dilaksanakan dengan pantas dan kos yang rendah kepada kerajaan. RMKe-11 berteraskan prinsip bangsa Malaysia yang progresif dan bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan lagi kemakmuran negara untuk rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat berharap kemuncak 30 tahun perjalanan menuju Wawasan 2020 boleh dicapai dengan pembentangan RMKe-11 yang mana telah dibentangkan baru-baru ini. Saya juga amat berharap...

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Tuan Yang di-Pertua., Yang Berhormat, seluruh rakyat sedar pakar-pakar penganalisa ekonomi di luar pun telah membuat komen mereka di muka-muka akhbar, di website dan sebagainya iaitu mengatakan bahawa RMKe-11 ini merupakan satu

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

pembangunan satu jangka panjang yang begitu inklusif dan begitu memberikan penekanan kepada rakyat.

Akan tetapi Yang Berhormat sedarkah yang malangnya rata-rata wakil rakyat pembangkang menyatakan dia tidak ada langsung menyentuh soal kehidupan rakyat. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat berhubung dengan RMKe-11 dengan pendapat yang dikemukakan oleh pembangkang ini amat begitu jumud pemikiran mereka melihat RMKe-11 ini sebagai satu pembangunan yang tidak ada hubung kait dengan rakyat.

final • 12:10 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Pada hemat saya, inilah prinsip yang sering dilakukan oleh sebuah parti pembangkang dalam sesebuah negara. Mereka hanya tahu membangkang tanpa memikirkan dari segi bagaimana untuk meneliti inti pati yang dibentangkan oleh kerajaan baik untuk rakyat dan juga baik untuk negara. Kalau kita lihat dalam konteks negeri Selangor, saya fikir sudah tentu Yang Berhormat Kuala Langat bersetuju dengan saya.

Bagaimana kalau kita di Selangor, isu-isu rakyat harus segera diselesaikan tanpa memikirkan soal-soal politik tetapi kita lihat hari ini isu air pun sehingga hari ini amat membimbangkan rakyat Selangor. Takut nanti khususnya bila berlakunya bulan Ramadan Al-Mubarak, rakyat khususnya umat Islam hidup menderita. Takut nanti dicatu airnya khususnya di rumah-rumah mereka. Jadi selebihnya Yang Berhormat Kinabatangan lebih arif daripada saya tentang konsep ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, pertumbuhan dan pembangunan di Parlimen Kuala Selangor terutamanya amatlah harap disegerakan terutama sekali dengan beberapa cadangan iaitu Rural Transformation Centre

(RTC) yang telah menjadi perbualan khususnya dari segi pemikiran rakyat di Parlimen Kuala Selangor. Begitu juga dengan pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor yang baru, balai bomba baru Kuala Selangor termasuk juga dari segi pembesaran jalan iaitu daripada Berjuntai Bestari ke Asam Jawa yang pernah dipohon dan dibangkitkan dalam Parlimen ini dapat disegerakan.

Di samping itu juga, saya ingin bertanya mengenai status pembinaan Hospital Perubatan UiTM Puncak Alam yang menjadi polemik khususnya di kalangan rakyat Parlimen Kuala Selangor kerana saya difahamkan wujud rancangan khususnya UiTM untuk membangunkan Hospital Perubatan UiTM Puncak Alam.

Tuan Yang di-Pertua, menjurus kepada RMKe-11, saya akui walaupun negara sedang berdepan dengan cabaran semasa berikutan kejatuhan harga minyak mentah yang melemahkan ringgit, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengalami pertumbuhan sekitar 5% hingga 6% dan masih berada dalam dasar yang betul menuju negara membangun menjelang tahun 2020. Ketua Penyelidik MIDF Encik Zulkifli Hamzah berkata, kemampuan Malaysia untuk mencatatkan KDNK yang tinggi pada suku tersebut mencerminkan kebaikan aktiviti ekonomi negara.

Mengikut beliau lagi untuk keseluruhan tahun 2014, pertumbuhan 6.0% adalah satu angka yang positif kerana ada yang menjangkakan KDNK jatuh di bawah paras tersebut.

Sebagaimana yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Pekan dalam RMKe-11, di mana pekali GINI berjaya dikurangkan dari 0.441 kepada 0.401 melepasi sasaran 0.420.

Pendapatan isi rumah B40 berjaya ditingkatkan daripada RM1,440 pada tahun 2009 kepada RM2,537, manakala peratus kemiskinan berjaya dikurangkan daripada 0.6% berbanding 3.8% pada tahun 2009. Pencapaian ini adalah hasil...

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Minta pencelahan.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kapar bangun. Sila.

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kita tahu dalam indicator untuk mengukur paras kemiskinan itu beberapa hari ini kita telah

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

tekankan ia ketinggalan zaman. Sepatutnya kita bawa satu indicator yang terbaru yang merangkumi secara holistik dan menyeluruh. Jika indicator paras kemiskinan itu dinaikkan dan ditambah baik dan diperbaiki, maka 0.06% itu hanya sekadar teori sahaja bukan dari sudut praktikal.

Sebagai seorang pengamal undang-undang, apa pendapat Yang Berhormat sekiranya kita perlu perbaiki indicator itu dan paras kemiskinan itu perlu dikaji dengan gaji minimum, dengan taraf hidup dan kos sara hidup dan sebagainya. Bukan sekadar syok sendiri letak satu paras dan kita katakan kita ini sudah mengatasi paras kemiskinan, sudah berjaya membasmi kemiskinan tegar. Pendapat Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya fikir apa yang disoal oleh Yang Berhormat Kapar tadi sebenarnya angka yang telah saya sebutkan tadi adalah berkaitan dengan statistik yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Negara dan di samping itu ia juga telah disahkan melalui kajian oleh Ketua Penyelidikan MIDF dan sudah tentunya dalam konteks ini apa yang mereka buat kajian merupakan angka rasmi yang telah menjadi satu ukuran di atas pekali GINI yang saya nyatakan sebentar tadi.

Oleh sebab itu bagi hemat saya, yang paling penting sekali ialah bagaimana pencapaian yang khususnya di bawah program-program Rancangan Malaysia Kesepuluh bersama-sama dengan Program Transformasi Kerajaan (GDP) dan Program Transformasi Ekonomi dapat menghasilkan satu lagi anjakan serta faedah ekonomi yang banyak serta memanfaatkan rakyat. Ini yang paling penting. Saya juga amat yakin Tuan Yang di-Pertua, sasaran-sasaran RMKe-11 untuk mengurangkan pekali GINI dari 0.401 kepada 0.385 serta meningkatkan pendapatan bulanan purata isi rumah dari RM2,537 kepada RM5,270 dan menambah pendapatan bulanan menengah isi rumah dari RM2,629 kepada RM5,701 dan sebagainya dapat direalisasikan seperti yang dirancang dengan komitmen pelaksanaan berpaksikan integriti, cekap dan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam RMke-11, Yang Amat Berhormat Pekan juga telah menyebut bahawa dalam mencapai sasaran sosioekonomi yang lebih saksama sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama. Sehubungan dengan itu, sesungguhnya perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah elemen utama di dalam memastikan aspirasi Wawasan 2020 dapat dicapai.

Walau bagaimanapun, sememangnya mutakhir ini semakin banyak perlakuan menghasut di sebalik wajah kebebasan bersuara mempunyai implikasi yang negatif yang amat besar jika ia dibiarkan terus berlarutan. Tahniah kepada kerajaan kerana Dewan ini juga telah meluluskan Rang Undang-undang Akta Hasutan (Pindaan) 2015 yang penting untuk membendung masalah sebegini pada sesi mesyuarat yang lepas.

final • 12:10 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Saya risau Tuan Yang di-Pertua, benih-benih penghinaan sesetengah pihak lebih- lebih lagi melalui media sosial dan sebagainya yang boleh menggugat perpaduan dan dapat menghancurkan masa depan negara yang dibina sejak tahun 1957 lagi. Ini ditambah dengan pihak-pihak atau puak-puak yang cuba memisahkan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Semenjak terbentuknya Malaysia pada tahun 1963, Sabah dan Sarawak bersama dengan Semenanjung Malaysia telah berkongsi suka duka serta menempuh pelbagai cabaran yang menduga keharmonian dan kemuafakatan rakyatnya.

Saya juga ingin memetik kata-kata Yang Amat Berhormat Pekan dalam ucapan Bajet 2014 bahawa pada 16 September 1963, termaktub peristiwa bersejarah penggabungan Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia. Terbukti jelas kebersamaan dan kebersatuan ini telah membawa berjuta rahmat kepada Malaysia. Sesungguhnya semangat perpaduan...

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sepang bangun.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Ya, saya hendak teruskan. Minta maaf, saya hendak teruskan.

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sedikit sahaja.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Saya hendak teruskan dulu ya.

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sedikitlah.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Sesungguhnya semangat perpaduan yang masih kukuh di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum amat membanggakan. Menyedari kepada kepentingan dan pengekalan perpaduan yang sedia ada, pada 25 Februari 2014, Yang Amat Berhormat Pekan telah menyatakan bahawa Rancangan Rekonsiliasi Nasional akan dilaksanakan. Saya percaya Ahli Dewan yang mulia ini khususnya sahabat-sahabat saya di Sabah dan Sarawak sudah maklum mengenai sentimen anti Semenanjung yang dipamerkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu di laman- laman sosial khususnya.

Saya khuatir bahawa sentimen ini boleh mencapai satu tahap yang kritikal yang wajar diberikan perhatian dan tindakan segera. Sekiranya dibiarkan berlarutan, isu ini akan menjadi kanser yang akan memecahbelahkan rakyat Malaysia. Sememangnya ia merupakan satu tindakan yang harus dilakukan dan yang paling penting sekali bagaimana, apakah rancangan kerajaan khususnya dalam memastikan faktor media sosial dalam negara kita tidak akan menjejaskan perpaduan negara.

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Boleh? Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Sepang.

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat, saya agak terperanjat sebagai seorang pengamal undang-undang, Yang Berhormat Kuala Selangor boleh menyokong pindaan ke atas Akta Hasutan. Saya hendak tanya, pertamanya sebagai seorang peguam, adakah Yang Berhormat Kuala Selangor betul-betul memahami pindaan itu? Keduanya sebagai seorang Islam, tidak rasakah Yang Amat Berhormat Pekan telah membuat satu, memungkiri janji?

[Membaca sepotong hadis] Rasulullah kata.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Okey, terima kasih Yang Berhormat Sepang.

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Jadi macam manakah sebagai seorang peguam, seorang Islam, boleh justify apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Pekan ini.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Okey, terima kasih Yang Berhormat Sepang.

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini pelajar Universiti Islam, junior saya ini, malulah.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Sepang.

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Pelajar UIA pun tidak faham.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Saya juga malu kepada Yang Berhormat Sepang yang juga merupakan alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Saya kenal beliau sejak saya jadi mahasiswa satu ketika dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, yang paling penting sekali ialah dan saya amat berharap juga Yang Berhormat Sepang dapat berubah perangai, lebih-lebih lagi beliau akan berkunjung ke Parlimen Kuala Selangor pada 4 hingga 6 Jun yang akan datang nanti.

Selamat maju jaya kepada Yang Berhormat Sepang.

final • 12:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ini perangai...

final • 12:20 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada...

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Siapa yang berubah perangai ini?

Yang Berhormat Kuala Selangor yang berubah perangai, tidak faham-faham lagi.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

...Pihak kerajaan untuk meneliti cadangan untuk membangunkan Indeks Perpaduan Negara. Saya ingin ulangi, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan sebagaimana dalam konteks National Unity ini, saya mencadangkan agar dengan izin, National Unity Index dapat diperkenalkan dalam Malaysia. Ini adalah penting kerana dalam usaha untuk mengambil kira indikator- indikator yang berkait rapat dengan perpaduan dengan mengukur pelbagai dimensi perpaduan nasional, supaya kita mempunyai satu pengukuran saintifik dalam negara mengenai status perpaduan dalam negara.

Indeks yang dimaksudkan ini juga akan menyerupai Australian Unity Wellbeing Index, indeks yang boleh menjadi pelengkap kepada Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia dalam negara serta Indeks Keamanan Global atau dengan izin, Global Peace Index yang seumpamanya di peringkat antarabangsa yang sering dijadikan rujukan.

Saya juga menyokong Yang Berhormat Jasin dalam ucapannya di Parlimen yang mencadangkan supaya dasar induk untuk perpaduan negara untuk membolehkan polarisasi kaum yang semakin ketara dapat ditangani. Dalam konteks ini, saya berpendapat Dasar Kesejahteraan Negara atau Dasar Wassatiyah Negara dapat dirangka dan Indeks Perpaduan Negara dapat dijadikan sandaran dalam merangka dasar baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, selaras dengan matlamat RMKe-11 dan untuk terus memantapkan penyampaian penglibatan integriti khususnya perkhidmatan awam kepada rakyat daripada segi kepantasan khidmat, kecekapan dan integriti, saya ingin menyokong cadangan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dengan izin, Parliamentary Services Act 1963 dengan izin, “Is an act providing for the Parliament of Malaysia to conduct its own administration, staffing and financing”.

Parlimen mesti neutral dan bebas untuk mengawal selia aspek pentadbiran dan kewangannya serta tidak terikat dan tertakluk dengan mana-mana pihak lain, yakni selaras dengan pembahagian kuasa dan dengan izin, separation of powers. Tiga cabang utama, eksekutif, legislatif dan kehakiman. Ini seiring juga dengan apa yang dicadangkan oleh Speaker Dewan Rakyat sendiri supaya Parlimen ditambah baik.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama juga saya ingin mengesyorkan supaya Jabatan Audit Negara diasingkan dan diletakkan terus di bawah Parlimen yang boleh dianggap sebagai berkecuali secara keseluruhannya. Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sendiri juga pernah mencadangkan untuk menukar Jabatan Audit Negara kepada suruhanjaya yang mana telah diutarakan oleh Ketua Audit sendiri supaya ia tidak terikat dengan syarat dan peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Untuk rekod, negara lain yang mengamalkan Jabatan Audit Negara sebagai sebuah suruhanjaya ialah United Kingdom dan juga Australia. Walau bagaimanapun, dalam terus menyuarakan kecekapan dan integriti Jabatan Audit Negara yang sememangnya bertindak dengan mendukung prinsip dengan izin, without fear and favor dan berikan laporan yang tiada berat sebelah adalah wajar meletakkannya terus di bawah Parlimen dan juga akan mencantas segala dakwaan dan konotasi negatif yang sering ditimbulkan terhadap jabatan ini. Sekali gus ia berkecuali, telus seperti mana yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Pekan dalam RMKe-11, dalam mencapai sasaran kerajaan untuk membina satu juta rumah mampu milik untuk rakyat, maka pembinaan perumahan mampu milik kepada rakyat dibuat melalui kerjasama antara kerajaan negeri dan sektor swasta. Antaranya menerusi program PR1MA, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, Projek Perumahan Rakyat dan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Dalam tempoh RMKe-10, sekitar 74,300 unit rumah mampu milik telah terbina oleh sektor swasta di pelbagai negeri dan di bawah RMKe-11 pula, sejumlah 653,000 unit rumah lagi akan dibina oleh pelbagai pihak.

final • 12:20 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Setiawangsa.

final • 12:20 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Kuala Selangor, saya hendak tanya mengenai PR1MA yang disentuh oleh Yang Berhormat Kuala Selangor.

World Bank House of Affordability Index dengan izin, kepada mereka yang bergaji RM2,500, kebolehan mereka untuk membeli rumah adalah sekitar RM90,000 harga rumah manakala mereka yang berpendapatan RM7,500, kebolehan untuk membeli rumah ialah pada tahap RM270,000. Akan tetapi rumah PR1MA ini yang sepatutnya menangani isu golongan ini tidak mencerminkan yang ini. Oleh itu, bolehkah Yang Berhormat Kuala Selangor bersetuju dengan saya supaya PR1MA melihat rumah yang kurang daripada RM300,000 untuk menangani isu ini. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Saya berharap agar soalan beliau ini dimasukkan dalam ucapan saya.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, boleh gulung.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya saya ingin menyentuh sedikit lagi iaitu yang mana bagi hemat saya terutama sekali dalam isu perumahan. Saya juga ingin mengutarakan satu realiti hari ini dalam kalangan generasi muda di mana kebanyakan generasi muda termasuk graduan baru yang memasuki pasaran kerja tidak mampu untuk beli rumah kerana menghadapi kekangan mendapatkan pinjaman perumahan dan sebagainya. Saya juga mendapat maklum sekiranya mereka mempunyai akses kepada pinjaman perumahan pada peringkat awal, mereka dapat membayar sejumlah wang yang digunakan untuk membayar sewa untuk bayar balik pinjaman perumahan di mana satu aset jangka masa yang panjang untuk mereka memiliki rumah tersebut di dalam konteks Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin berharap agar kerajaan akan melakukan banyak perkara khususnya untuk memastikan generasi muda di Malaysia dapat memiliki rumah dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, semua rancangan pelan kerajaan tidak mungkin berjaya tanpa komitmen dan kerjasama semua pihak. Maka, saya berharap semua pihak mengetepikan perbezaan masing-masing dan bersama-sama menjayakan Rancangan Malaysia Kesebelas ini.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mohon menyokong Rancangan Malaysia Kesebelas. Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua, Ahli Dewan yang saya hormati sekalian.

final • 12:29 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Rancangan Malaysia Kesebelas dibentangkan dalam suasana ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu lebih-lebih lagi dalam keadaan politik yang tidak stabil terutamanya di sebelah sana. Oleh sebab itu tempat yang terbaik untuk kita mulakan ialah untuk menilai pencapaian-pencapaian yang lepas supaya kita boleh tahu seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Yang Berhormat Kluang sama ada angka-angka yang disasarkan ini sebenarnya mempunyai apa-apa makna kepada rakyat. Saya ingin memulakan dengan sasaran pertumbuhan yang telah ditetapkan iaitu 5.6% bagi tempoh 2016 sehingga 2020.

Kalau kita tengok sasaran Rancangan Malaysia Kelapan bagi tahun 2001 hingga 2005, sasaran pertumbuhan yang ditetapkan oleh kerajaan Barisan Nasional adalah 7.5% tetapi

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

dalam tempoh itu pencapaian purata hanyalah 4.7%. Malah dalam lima tahun itu sepanjang Rancangan Malaysia Kelapan, tidak pernah sekalipun sasaran 7.5% itu dicapai.

Bagi Rancangan Malaysia Kesembilan tahun 2006 hingga 2010, sasaran pertumbuhannya ialah 6% dan dalam tempoh tersebut Barisan Nasional di bawah dua Perdana Menteri telah mengambil dana Petronas sebanyak RM315.6 bilion dalam tempoh itu. Namun, pencapaian pertumbuhannya purata hanya 4.2% sahaja. Terkini Rancangan Malaysia Kesepuluh, sasaran pertumbuhan juga 6%, tetapi daripada 2011 hingga 2015, hanya dalam tahun 2014 sasaran 6% itu dicapai, 2011 tidak capai, 2012 tidak capai, 2013 tidak capai, 2015 hanya disasarkan dan dianggarkan di antara 4.5%, paling tinggi 5.5%.

Maknanya Tuan Yang di-Pertua, dari tahun 2001 hingga 2015 dalam 15 tahun, hanya sekali sahaja sasaran pertumbuhan ekonomi yang dimasukkan di dalam rancangan- rancangan Malaysia ini telah dicapai. Rancangan Malaysia Kesebelas yang menetapkan sasaran 5.6% itu jika melihat kepada prestasi dan rekod pentadbiran ekonomi Kerajaan Barisan Nasional sebelum-sebelum ini, saya juga yakin sasaran 5.6% itu akan tersasar.

Sasaran yang kedua yang dimaksudkan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ialah sasaran purata isi rumah. Sasaran pendapatan purata isi rumah yang disasarkan kepada RM10,540 menjelang tahun 2020. Sebenarnya idea untuk mengubah sasaran perancangan ekonomi ini daripada angka pertumbuhan semata-mata kepada pendapatan isi rumah ialah idea mantan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Saya tidak pernah nampak sebelum ini kalau rakan-rakan daripada Barisan Nasional semak rancangan-rancangan Malaysia sebelum ini ada sasaran pendapatan purata isi rumah.

Sebelum ini, ketaksuban rancangan-rancangan ekonomi Barisan Nasional ialah kepada dua perkara. Pertamanya angka pertumbuhan dan keduanya sasaran pencapaian ekuiti 30% bumiputera. Oleh sebab itu dalam tahun 2011 selepas Buku Jingga dilancarkan, mantan Ketua Pembangkang mencadangkan supaya kebijakan dan perancangan ekonomi ini berubah daripada ketaksuban kepada dua angka itu yang tidak dapat dirasai oleh rakyat di bawah diangkat kepada sasaran pendapatan purata isi rumah. Untuk tujuan itu, mantan Ketua Pembangkang telah mengumumkan dalam tahun 2011, sekiranya Pakatan Rayat menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Pakatan Rakyat akan memastikan pendapatan purata isi rumah minimum bagi keluarga-keluarga di Malaysia mencapai RM4,500 dalam tempoh lima tahun pertama Pakatan Rakyat berkuasa.

Apa maklum balas daripada Yang Amat Berhormat Pekan? Yang Amat Berhormat Pekan kata itu akan membankrapkan negara. Itu juga disokong oleh Yang Amat Berhormat Pagoh dan juga disokong oleh Yang Amat Berhormat Rembau. Ketiga-tiganya kata macam mana hendak naikkan sasaran pendapatan purata isi rumah jadi RM4,500. Hari ini Tuan Yang di-Pertua, sila rujuk kepada Rancangan Malaysia Kesebelas, tiba-tiba yang bankrap bukan rakyat Malaysia, yang bankrap ialah Yang Amat Berhormat Pekan, bankrap idea, dia boleh ciplak idea mantan Ketua Pembangkang masukkan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.

[Tepuk] Saya tidak terkejutlah sebab manifesto Barisan Nasional pun ciplak idea kita juga tentang menurunkan harga kereta. Bezanya, sehingga sekarang harga kereta tidak turun-turun sebab itu saya juga yakin, insya-Allah sasaran yang diletakkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan itu pun tidak tercapai menjelang 2020.

Sasaran yang ketiga ialah tentang pertumbuhan ini akan dipacu oleh pelaburan swasta, maka kerajaan menyasarkan pertumbuhan pelaburan swasta sebanyak 9.4% setahun. Satu cara Tuan Yang di-Pertua, untuk kita menilai ataupun kita rasa sama ada pertumbuhan pelaburan swasta itu betul-betul rancak ialah dengan kita melihat kelulusan projek-projek industri yang telah dibuat oleh MIDA ataupun Lembaga Perindustrian Negara.

Saya membentangkan angka-angkanya. Berikut ialah senarai projek yang telah diluluskan oleh MAIDA dari tahun 2011 hingga 2014.

TahunJumlah projek
2011900
2012846
20138042014787
final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Maknanya dari tahun 2011 hingga 2014, projek-projek perindustrian yang diluluskan oleh kerajaan sendiri sebenarnya menurun. Oleh sebab itu angka yang dimasukkan kononnya pertumbuhan pelaburan swasta akan mencecah 9.4% dan ini akan memacu pertumbuhan ekonomi negara. Itu angka-angka yang tidak disokong oleh statistik projek-projek yang diluluskan oleh kerajaan sendiri. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesebelas sekarang ini sama juga dengan RMK sebelum-sebelum ini yang sarat dengan pengumuman-pengumuman besar dan berita-berita baik, tetapi realitinya indah khabar daripada rupa kerana Barisan Nasional ingat rakyat kita mudah lupa.

Saya bagi contoh, Rancangan Malaysia Kesembilan contohnya, mengumumkan naik taraf pengangkutan awam di Lembah Klang supaya peratusan orang menggunakan pengangkutan awam meningkat dari 16% ke 30%. Malah sebagai sebahagian daripada pengumuman tersebut dalam Oktober 2006, Yang Amat Berhormat Pekan sendiri, sila semak balik pengumuman Yang Amat Berhormat Pekan dalam bulan Oktober 2006, mengumumkan rangkaian LRT baru dari Kota Damansara ke Cheras yang dijangka siap dalam tahun 2012. Sekarang ini tahun 2015, saya tidak nampak pun rangkai baru LRT ini dari Kota Damansara ke Cheras. Tidak ada. Umum sahaja. Sekarang sudah 7/8 tahun tidak adapun, 9 tahun tidak.

Kemudian Rancangan Malaysia Kesepuluh, Yang Amat Berhormat Pekan sekali lagi mengumumkan penubuhan satu agensi pelaburan strategik negara yang cukup terkenal sekarang dengan nama 1MDB, kononnya untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Sekarang tahun 2015, 1MDB yang kita tahu itu bukan sahaja tidak menjadi, tetapi lebih dikenali sebagai agensi menjahanamkan ekonomi negara.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

[Bangun]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Jelebu.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Ada soalan daripada belakang.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Jelebu.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pandan.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Pandan tentang adanya aduan daripada seseorang yang tidak perlu saya sebutkan namanya, telah terpengaruh kepada satu artikel Yang Berhormat, berkaitan dengan untuk mendapatkan sumbangan iaitu program apa yang dinamakan National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW).

Selepas membaca artikel ataupun blog Yang Berhormat itu, orang ini terpengaruh dan dia menyokong usaha dan tindakan Yang Berhormat untuk discredit 1MDB ini. Jadi orang ini menyumbang RM10 kepada akaun tersebut.

Akan tetapi apabila disiasat, didapati NOW ini bukan sebuah pertubuhan tetapi ia merupakan sebuah syarikat sendirian berhad. Bila disemak juga dengan Bank Negara, didapati NOW tidak mempunyai kelayakan atau kebenaran untuk mengutip apa-apa deposit mengikut seksyen 6(4) Akta Bank Negara. Cuma saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat, berkaitan dengan dakwaan dan kedudukan ini di dalam Dewan ini. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Pandan.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tidak apa, saya jawab. Masa singkat Tuan Yang di-Pertua, jawab satu-satu.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sedikit sahaja sedikit.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tidak, tidak. Saya jawab Yang Berhormat Jelebu, kemudian saya teruskan dengan ucapan kerana masa pendek ya.

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Ini perangai-perangai yang ditunjukkan oleh Ahli-ahli Barisan Nasional. Kita membincangkan RM42 bilion duit rakyat hilang, dia sibuk tentang derma RM10 yang diberikan secara ikhlas oleh rakyat*.

[Tepuk]*

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Apa punya jenislah Ahli Parlimen Jelebu ini?

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Ini menipu, menipu.

final • 12:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Sudahlah jangan kacau, jangan kacau.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Jadi kalau Yang Berhormat Jelebu betul- betul prihatin tentang wang rakyat, Yang Berhormat Jelebu sila buat laporan polis terhadap Yang Amat Berhormat Pekan yang sekarang tidak boleh jawab dari mana wang RM42 bilion itu datang. Ini masalah dari segi mentaliti pimpinan Barisan Nasional. Dia tengok kepada BR1M RM300, dia tidak nampak kepada duit rakyat yang dia ambil RM42 bilion.

Betul tidak begitu? Baik saya...

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Bohong! Ini bohong!

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Saya sambung Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Sudahlah, jangan kacaulah.

Duduk, duduk, duduk!

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Orang sudah jawab, dia tidak boleh terima, duduklah. Saya sambung Tuan Yang di-Pertua ya. Baik, saya telah tunjukkan tadi bagaimana segala sasaran-sasaran yang telah dimasukkan di dalam rancangan-rancangan Malaysia sebelum ini tidak dicapai. Jadi sekarang ini kita perlu tanya apa sebenarnya masalah yang mana setiap kali pembentangannya cantik, dengar bagus tetapi lima tahun kemudian tersasar sepenuhnya. Oleh sebab itu saya hendak memetik satu kata-kata Albert Einstein ini yang paling popular dengan izin dalam bahasa Inggeris Tuan Yang di-Pertua, *“Insanity is doing the same thing over and over again and expecting a different result”.

[Ketawa]* Maksudnya, kerja gila ini ialah buat benda yang sama berkali-kali tetapi dia ingat benda yang sama itu akan memberikan hasil yang berlainan. Itu kerja gila atau insanity yang Einstein sebut yang Kerajaan Barisan Nasional buat-buat selama ini.

Baik, jadi saya hendak rumuskan. Saya ada tujuh lapan minit lagi. Saya rumuskan begini Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak ada masalah dengan segala yang ditimbulkan tetapi untuk memastikan ia dapat dicapai, ada tiga perkara asas yang perlu diambil kira yang memerlukan reformasi, yang memerlukan perubahan besar kerana ini adalah asas-asas masalah ekonomi negara kita. Perkara pertama ialah soal tata kelola ataupun dengan izin, governance. Ekonomi kita perlu dipacu oleh pelaburan swasta dan kita juga perlu pastikan pelaburan atau simpanan rakyat itu dapat berkembang dengan baik, barulah mereka akan berbelanja untuk memacu ekonomi negara. Oleh sebab itu bagi pihak swasta baik pelabur domestik atau pelabur asing, keyakinan terhadap kebebasan dan juga keadilan institusi- institusi negara itu cukup penting.

Begitu juga kebolehpercayaan kepada keikhlasan dan integriti pimpinan teratas negara terutamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah cukup penting untuk membina keyakinan pelaburan itu. Kebelakangan ini malangnya, yang kita dapat ialah berita demi berita yang menggoncang keyakinan rakyat, bukan sahaja kepada institusi tetapi juga kepada kredibiliti Yang Amat Berhormat Pekan. Minggu lalu Yang Amat Berhormat Pekan memberi jawapan yang bercanggah daripada jawapan asal dalam sidang yang lalu mengenai sejumlah dana yang berada di bank Singapura. Mulanya beliau berkata dalam jawapan ada wang tunai. Kali ini dia kata tidak ada wang tunai, ada dalam bentuk unit. Sehingga sekarang tidak ada bagi jawapan unit itu maksudnya apa.

Minggu ini Tuan Yang di-Pertua, saya tunjukkan sendiri memorandum pertubuhan, memorandum an article of association 1MDB yang mana dalam artikel 117nya menunjukkan bahawa semua keputusan-keputusan penting 1MDB perlulah mendapat kelulusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terlebih dahulu. Maknanya segala

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

masalah yang berlaku dalam 1MDB bukan soal salah urus oleh pengurusan tetapi berkait rapat dengan keputusan-keputusan Perdana Menteri sendiri*.

[Tepuk]* Jadi Tuan Yang di-Pertua, bagaimana pelabur asing dan pelabur tempatan boleh ada keyakinan untuk menyimpan dan melabur wang di negara ini sekiranya Perdana Menteri kita sendiri Yang Amat Berhormat Pekan kini dikaitkan dengan skandal kewangan terbesar dalam negara ini? Bagaimana reaksi kita kalau contohnya akhir nanti dua tiga tahun dari sekarang dibuktikan ada kesalahan jenayah pecah amanah contohnya. Ini kerana apabila artikel 117 ini mengaitkannya terus dengan Perdana Menteri, ia memberi gambaran Perdana Menteri kita sekarang ini diragui sama ada terlibat atau tidak dengan salah urus tadbir ataupun pecah amanah.

Jadi sebab itu, saya menyokong penuh usaha yang sedang dijalankan Tuan Yang di-Pertua dan yang lain-lain untuk memperkukuhkan kebebasan Parlimen. Ini kerana kita perlukan tiga cabang kerajaan ini bebas supaya dalam keadaan-keadaan begini Parlimen boleh menggunakan kuasa yang ada kepada kita untuk memastikan bahawa kalau betul ada salah urus, kalau betul ada pecah amanah, maka itu dapat ditangani dengan sebaiknya.

Perkara kedua Tuan Yang di-Pertua, yang perlu diperbaiki serta-merta ialah soal pendidikan. Ekonomi negara kita ini berada terperangkap antara ekonomi pertengahan dengan ekonomi yang lebih atas. Keadaan yang dipanggil dengan izin, middle income trap ini memerlukan kita beralih daripada ekonomi berasaskan komoditi kepada ekonomi berasaskan tambah nilai. Bukan lagi soal berapa tan kelapa sawit yang kita boleh hasilkan tetapi soal berapa ringgit keuntungan yang kita boleh dapat daripada setiap tan kelapa sawit yang kita hasilkan.

Oleh sebab itu reformasi pendidikan tinggi dan sekolah adalah terlalu penting dan lebih penting daripada senarai projek-projek yang dimasukkan dalam RMKe-11. Bagaimana kita hendak kembangkan ekonomi negara apabila senarai sekolah-sekolah kita masih lagi disenaraikan dalam keadaan tercorot dari kalangan kedudukan antarabangsa. Kedudukan ranking sekolah kita contohnya, masih berada jauh di belakang Singapura dan Vietnam.

Belakang Singapura saya tidak apa lagi, Vietnam ini Tuan Yang di-Pertua. Saya dahulu selalu masuk keluar masuk ke Vietnam, ada syarikat di sana. Kalaulah Ahli-ahli Yang Berhormat pergi tengok sekolah di Vietnam, sekolah di hulu Sarawak pun lebih kurang sama infrastrukturnya di sekolah Vietnam. Bagaimana mutu dan juga pencapaian sekolah di Vietnam boleh lebih tinggi daripada purata keseluruhan sekolah di negara ini?

Begitu juga dengan kedudukan ranking universiti-universiti yang sehingga sekarang tidak ada satu pun yang masih lagi menduduki tangga 100 teratas di dunia. Jadi maknanya, kalau kita tidak tumpukan kepada reformasi dan baik pulih kedudukan pendidikan kita, maka segala sasaran dan rancangan ekonomi ini tidak akan berlaku. Ini kerana kita memerlukan tenaga kerja yang kreatif, yang bebas, yang pintar, yang faham bahawa GST itu tidak akan menurunkan harga barulah kita boleh memacukan ekonomi.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Perkara yang terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah tentang pergantungan kepada tenaga kerja asing. Kalau kita tengok kepada satu statistik yang dikeluarkan oleh perbendaharaan, saya ambil contoh dengan cepat. Dalam tahun 2014, ada 757,000 kekosongan kerja. Daripada 757,000 kekosongan itu, hanya ada 3,007 untuk pengurus, 21,672 untuk profesional, 13,079 untuk juruteknik dan yang berkaitan. Sebahagian besar daripada kekosongan kerja yang ada dan ini adalah statistik kerajaan sendiri sebanyak 534,887 adalah buruh dalam kerja-kerja asas.

Maknanya apa? Sejumlah 500,000 kerja ini tidak akan diisi oleh pekerja tempatan kerana memang kecenderungan sektor-sektor di negara ini yang suka mengambil pekerja asing untuk mengisi kerja-kerja buruh sebegini. Oleh sebab itu apabila kerajaan

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

mengumumkan bahawa kadar pengangguran hanyalah 3%, kadar itu tidak mempunyai apa- apa makna di bawah kerana rakyat Malaysia yang hendakkan kerja mereka tidak dapat kerja di bidang profesional kerana tidak ada kekosongan. Mereka juga tidak boleh bersaing dengan pekerja-pekerja asing hasil daripada dasar kerajaan yang memang menggalakkan kemasukan pekerja asing.

Satu minit lagi Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu, selagi dasar ini dikekalkan, dasar yang menggalakkan penggunaan pekerja asing ini dikekalkan, ekonomi negara dan sasaran-sasaran di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas tidak akan dicapai. Oleh sebab itu dalam bahagian ini, saya menyokong sepenuhnya Yang Amat Berhormat Pekan untuk melawan Tun Mahathir, mantan Perdana Menteri kerana dasar membawa masuk pekerja- pekerja asing yang murah ini dimulakan oleh Mantan Perdana Menteri.

Jadi saya hendak simpulkan begini. Kalau kita tengok sekarang, segala projek yang disenaraikan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, jika kita tidak berhati-hati, hanyalah projek yang mengagihkan wang tanpa mempunyai sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi apatah lagi menyejahterakan rakyat. Saya berharaplah apabila kita mengkaji semula Rancangan Malaysia Kesebelas ini, dua, tiga, empat tahun daripada sekarang, janganlah kita melihat seolah-olah Rancangan Malaysia Kesebelas ini nanti apabila disemak tidak lebih daripada senarai projek-projek yang dilaksanakan untuk menutup dan menyelamatkan 1MDB daripada kerugian. Saya bimbang projek-projek ini hanya diumumkan untuk memberi nilai dan keuntungan kepada 1MDB supaya dapat menyelamatkan 1MDB tanpa menyelesaikan masalah-masalah pokok yang saya sebutkan tadi kerana itulah kerja-kerja gila yang akan disambung dan dibuat oleh Yang Amat Berhormat Pekan.

Dengan itu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

[Tepuk]*

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 12:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

[Bercakap dalam bahasa Arab] Bismillaahi rahmaanir rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

final • 12:53 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih dekat Tuan Yang di- Pertua dulu.

final • 12:53 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Salam sejahtera dan salam perpaduan. Salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk berbahas Rancangan Malaysia Kesebelas. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah berjaya memberikan dokumen penting, satu dokumen yang crucial, satu dokumen yang bersejarah di lima tahun pusingan akhir sebelum kita menuju kepada negara maju berpendapatan tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, satu dokumen yang datang dengan pelan yang komprehensif, yang menyeluruh. Satu pelan yang sumur yang berpaksikan rakyat, yang memberikan keutamaan kepada rakyat yang melihat kepentingan-kepentingan supaya rakyat mendapat kemakmuran dan kesejahteraan. Tuan Yang di-Pertua, sudah sepatutnya kita sebagai rakyat, sebagai Ahli Parlimen dan juga seluruh rakyat di dalam negara ini bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan bersyukur ini kita dapat lebih lagi nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T.

[Memetik sepotong ayat Al-Quran] Oleh sebab itu penting sekali untuk meneliti dokumen-dokumen yang penting ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat yang pertama sekali, untuk kita mencapai kejayaan kerana ini adalah impian kita. Kalau kita lihat Wawasan 2020 telah diperkatakan daripada tahun 1991 lagi, tetapi kita semacam nampak dan tidak nampak. Akan tetapi apabila dokumen ini dibentangkan, kita melihat kita mempunyai lima tahun lagi pusingan terakhir. Ini adalah impian besar, adalah cita-cita besar rakyat Malaysia dan Kerajaan Malaysia.

final • 12:53 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat pada awal lagi, untuk mencapai kejayaan, kita perlu melihat. Kita mesti ada boleh visualize, kita buat gambaran, kita mesti lihat dekat mana kita hendak pergi. Oleh sebab itulah saya hendak beritahu, kerajaan dan rakyat sepatutnya bersatu hati dan bergabung memikirkan serta melihat ke mana kita hendak pergi. Jadi saya selalu sebutkan kita perlu ada kata-kata dan pandangan yang positif, bukan kata-kata dan pandangan yang negatif. Bukan prasangka, bukan kata tidak bolehlah, bankraplah, susahlah dan macam-macam lagi. Tadi kita dengar Yang Berhormat Pandan kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ciplak RMK daripada buku jingga tetapi pembangkang juga yang menentang habis-habisan. Ini apa ini? Cakap terbalik-terbalik ini?

Jadi inilah fikiran yang negatif. Fikiran yang negatif ini datangnya daripada orang yang berfikiran negatif. Maka kita risaulah mereka ini ada akal-akal yang tidak betul ataupun saya takrif sebagai rosak akal dan juga boleh merosakkan orang lain. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, sangat-sangat penting untuk kita menjayakan dokumen penting ini. Untuk kita menjayakan hasrat dan impian rakyat untuk melihat negara Malaysia yang maju, untuk melihat berpendapatan tinggi, kita patut visualize dan kita patut bersatu hati.

Tuan Yang di-Pertua, yang penting sekali adalah apa yang kita fikirkan. You are what you think. If you think you can, you can. If you think you can’t, you fail now dengan izin. You can now. Itu sebab pembangkang ini dia jadi tidak betul fikirannya.

final • 12:53 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

[Bangun]

final • 12:53 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Otaknya sentiasa fikir yang negatif.

Tuan Yang di-Pertua, what we pay in our brain is very important.

final • 12:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Rasah bangun. Yang Berhormat Rasah bangun.

final • 12:53 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ke mana kita lihat kita hendak pergi.

final • 12:53 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 12:53 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Apa yang kita gambarkan dalam – one minute. I have to finish this first. Bukan kerajaan sahaja tetapi rakyat. Ini yang saya cuba hendak gambarkan di peringkat awal perbahasan ini. Ini perkara yang penting kerana saya melihat untuk kita capai kejayaan negara maju, it is a team work. Ini jemaah. Sama- sama kita usahakan.

[Bercakap dalam bahasa Arab] Bersama-sama ke arah kebajikan dan ketakwaan kepada Allah. Bukan kita mencelah dan menempelak pemikiran dan usaha untuk mendapatkan kejayaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya selalu mengingatkan kepada kawan-kawan di sebelah sana. Oleh sebab kalau kita tidak ada penyatuan ini, fitrah ini, kita tidak boleh capai. Jangan salah kerajaan. Oleh sebab itu rakyat pada hari ini perlu, kita lihat hari ini...

final • 12:53 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 12:53 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Dengan izin, we can force a horse to the water, we can’t force the horse to drink the water dengan izin. Kita tidak boleh paksa.

final • 12:53 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Bagan Serai, bagi sedikit.

final • 12:53 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Itu sebab selagi pembangkang terus menerus menyebarkan diayah ini, memang payah dan susah untuk capai. Akan tetapi kalau kita dapat bersatu hati, bekerjasama membetulkan apa yang belum betul, membaikkan apa yang baik, insya-Allah kita akan capai kejayaan.

final • 12:53 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Bagan Serai. Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:53 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

This is the first believe dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:53 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 12:53 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ini perkara pertama untuk kita capai kejayaan yang kita impikan. Kita bisa, kita boleh melakukannya tetapi kita mesti ada believe yang pertama sekali.

final • 12:53 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 12:53 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Boleh?

final • 12:53 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:53 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Yang Berhormat Bagan Serai, bagi sedikit.

final • 12:53 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Just one minute.

final • 12:53 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Just one minute.

final • 12:53 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Enam strategi. After this. Selepas ini saya bagi. Enam strategi ataupun teras yang telah dibentangkan. Tuan Yang di-Pertua, saya kena sebut strategi ini sebab enam strategi ini dengan enam pemacu yang kita hendak buat supaya kita dapat impian yang kita hendak. Ada pihak pembangkang yang sudah dapat enam sudah? Di awal-awal lagi sudah cari enam perkara negatif ataupun enam jahanam ataupun enam yang hendak bagi orang jahanam. Jadi enam perkara ini, inklusiviti.

Saya akan terangkan nanti. Kesejahteraan, modal insan, pertumbuhan hijau, infrastruktur, inovasi dan produktiviti dengan pemacunya meningkatkan produktiviti, menjana kekayaan melalui inovasi, meningkatkan peratus masyarakat kelas menengah, memperkasakan T-VET, melaksanakan pertumbuhan hijau yang kita sebut tadi, melabur di bandar-bandar berdaya saing. Bila sebut melabur di bandar-bandar bersaing, semalam saya dengar Yang Berhormat Bagan cakap kenapa Penang dianaktirikan. Kenapa Pulau Pinang dianaktirikan. Pulau Pinang bukan dianaktirikan. Pulau Pinang ini anak derhaka, Pulau Pinang ini anak yang tidak kenang budi. Oleh sebab apa? Kita buat...

final • 12:53 PM

Beberapa Ahli Pembangkang

[Menyampuk]

final • 12:53 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kerajaan telah buat Kuala Lumpur, Kuching, mana lagi? Kota Kinabalu dan Johor Bahru. Oleh sebab ini yang memerlukan jana dan dana untuk berdaya saing. Pulau Pinang selama ini sudah diberi macam-macam. Ada airport yang cantik.

final • 12:53 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Masa lompat, masa lompat.

final • 12:53 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ada universiti, ada industri. Pulau Pinang hebat.

final • 12:53 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat dia tidak makan ubatlah.

final • 12:53 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Dengan infrastruktur, dengan Penang Bridge, dengan double tracking, dengan lebuh raya yang baik.

final • 12:53 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Sudah masa makan ubat.

final • 12:53 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Dia masih bermimpi lagi.

final • 12:53 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya cakap sedikit lagi. Saya melihat Pulau Pinang tidak inclusive. Pulau Pinang yang hebatnya di mana? Di mana Pulau Pinang yang hebatnya? Pulau Pinang yang terlampau hebatnya adalah di pulau dan bukan di Semenanjung.

final • 12:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 12:53 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Pulau Pinang memang hebat.

final • 12:53 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ini tidak ada inklusiviti. Jadi kita lihat sebenarnya di Pulau Pinang...

final • 12:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bagan Serai, duduklah Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Bagan Serai, kita makan tengah hari dulu, bagi semangat lebih lagi. Yang Berhormat, kita tangguh sehingga jam 2.30 petang.

final • 12:53 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said)

final • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai, sudah ada tambahan tenaga? Tambah 16 minit lagi. Bukan tambah, baki 16 minit lagi.

final • 2:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang di-Pertua. Apa yang saya nak gambarkan tadi ialah apabila kita hendak mencapai sesuatu kejayaan, kita mesti ada impian, kita mesti nampak, kita mesti hayati. Itulah yang digambarkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri menceritakan kepada kita pada tahun 2020 apa yang kita dapat. Jadi kita lihat...

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bagan Serai, hati-hati mike itu, rosak nanti.

[Ketawa] Sudah kena tepis kiri kanan dia, kesian dia.

final • 2:32 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Jadi apa yang kita nak bahas Yang di-Pertua, pendapatan negara kasar per kapita USD15,000 dengan rakyat yang maju yang holistik, mempunyai sifat yang berakhlak yang cintakan ilmu, yang membaca dan mempunyai minda rakyat negara maju.

Tuan Yang di-Pertua, kita lihat ini. Saya bawa satu laporan daripada World Bank menunjukkan bagaimana per kapita GDP Malaysia dari tahun 1960 hingga 2013. Satu peningkatan yang cukup cantik sebenarnya. Kalau kita lihat peningkatan demi peningkatan dan sejak tahun 2011, kita lihat peningkatan yang meruncing naik atas. Ini laporan daripada World Bank dan laporan yang kita dapat adalah laporan daripada EPU. Mereka ini adalah pakar-pakar ekonomi, bukan duduk pakar cakap hingga kita kata tak tahu mana, datang tak logik dan sebagainya. Kita siapa? Mereka ini adalah pakar-pakar ekonomi. Inilah laporan daripada World Bank. Saya tanya budak-budak, dia nampak ini. Saya hairan kenapa graf yang macam ni ada orang tua tak boleh faham sehingga yang rambut putih pun tak faham lagi ni. Rambut hitam sudahlah tak faham.

final • 2:32 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Bagan Serai, sikit

final • 2:32 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Silakan. Sikit saja.

final • 2:32 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Terima Kasih Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bagan Serai sebut tahun 1970, 1969 pendapatan per kapita sekian banyak dan sekarang bertambah sekian banyak. Sedar tidak Yang Berhormat Bagan Serai, kalau dulu bawa RM10 penuh plastik, sekarang RM100 ringgit tak penuh. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa nilai duit sekarang jauh lebih rendah daripada tahun 1969 dahulu? Sila komen.

final • 2:32 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih.

final • 2:32 PM

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan - Parit

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 2:32 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ha, cepat.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Parit.

final • 2:32 PM

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan - Parit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Bagan Serai, walaupun tadi Yang Berhormat Bagan Serai sebut data dari Bank Dunia tetapi saya rasa mereka menggunakan data dari mana yang bertentangan dengan apa yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan disebut oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi. Terima kasih. Sila.

final • 2:32 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Itulah saya nak sebut tadi, ini data daripada World Bank. Ini data daripada World Bank. Pakar-pakar yang melaksanakan. Mereka bukan datang dari Malaysia. Mereka mengkaji dan melihat – tengok, begitu bagus! Akan tetapi kita hari ini terus kata bermacam-macam.

Tuan Yang di-Pertua, banyak perkara yang perlu kita gambarkan pada tahun 2020 iaitu B40 yang dikatakan 2.7 juta orang akan meningkat akan diusahakan untuk capai dapat RM5,000 sebulan dan kadar tenaga wanita umpamanya, 54% ke 59%, Malaysia akan mencadangkan untuk melaksanakan 1Malaysia Youth City untuk memperkasakan anak muda dan fasiliti untuk warga tua, OKU dan kanak-kanak diperhebatkan dan menyediakan sehingga 16,000 jawatan untuk golongan OKU.

Tuan Yang di-Pertua, 3,000 kilometer jalan berturap di luar bandar, air dan elektrik yang menghampiri 99%. Kalau kita lihat daripada segi kesejahteraan dari segi kesihatan, akan mempertingkatkan hingga 70,000 katil dalam Malaysia, 165 Klinik 1Malaysia, akan mengadakan enam hospital dengan nisbah doktor 1 kepada 400 dan akan menyediakan satu juta rumah mampu milik. Dari segi modal insan pula akan menyediakan 1.5 juta peluang pekerjaan. Kita lihat kerajaan akan berusaha untuk menyediakan infra – ini besar ini. Pan Borneo umpamanya, Central Spine di Pantai Timur, Lebuhraya Pantai Barat akan memudahkan connectivity, landasan berkembar Gemas ke JB dan akan mengadakan Klang Valley MRT, LRT3, High Speed Rail dan juga perkhidmatan jalur lebar. Ini semua untuk memberi gambaran bagaimana Malaysia yang maju berpendapatan tinggi dan Malaysia dengan ekonomi yang maju.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh tentang inclusivity. Inclusivity ini keterangkuman. Perkara ini telah dinyatakan awal-awal lagi dari tahun 2010 dalam MEB, dalam Modal Ekonomi Baru tetapi kita lihat aktiviti-aktiviti yang rancak oleh PEMANDU menumpukan kepada pendapatan yang tinggi. Akan tetapi kini kerajaan sedar, kita lihat bagaimana kerajaan akan mengusahakan supaya keterangkuman terjadi supaya semua orang dapat merasai, tidak seperti ada yang terpinggir dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, itu yang saya terangkan tadi, saya melihat macam di Penang ini, Penang kata dia dianaktirikan. Saya kata dia bukan dianaktirikan, dia anak tak kenang budi macam anak derhaka. Sebab apa, di Penang memang hebat tetapi yang hebat di pulau. Saya masa PRU13, saya pergi ke Permatang Pauh. Permatang Pauh ada high rise building? Permatang Pauh ada rumah-rumah yang berselerak saja. Permatang Pauh tidak ada high rise building. Kalau kita pergi Penang, kita pergi ke Georgetown, kita nampak macam Hong Kong tetapi kalau kita pergi ke Permatang Pauh, kita nampak macam Nigeria.

Tuan Yang di-Pertua, ini yang saya sebutkan sebagai tidak inklusif. Apa yang kerajaan nak buat ialah inclusivity. Ini diletakkan di atas dalam teras kerana kerajaan sedar bahawa kita nak bagi kepada semua rakyat, semua dapat rasa kebaikannya.

Tuan Yang di-Pertua, B40. B40 ini lebih kurang hampir tiga juta oranglah sebenarnya, daripada RM2,000 lebih kepada RM5,000. Saya dengar semalam, saya teliti dalam perbahasan, ada yang kata macam tak mungkin, tak logik. Itu sekali lagi fikiran yang negatif. Kenapa kita mesti ada fikiran negatif? Kita ada satu kerangka yang komprehensif yang semua kita patut laksanakan dengan sebaiknya.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:32 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini Yang Berhormat Bagan Serai, kawan satu kelas

final • 2:32 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Satu kelas, satu kelas juga Tuan Yang di-Pertua, tetapi hari ini Yang Berhormat Kuala Langat kena duduk, saya tidak ada masa lagi dah.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 2:32 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Silakan duduk Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 2:32 PM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Ini abang bomoh nak tanya.

final • 2:32 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Menyampuk]

final • 2:32 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Inilah masalah dengan Yang Berhormat Kuala Langat. Tuan Yang di-Pertua, meningkatkan produktiviti, meningkatkan pendapatan adalah perkara yang asas dalam B40.

final • 2:32 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, celah, celah.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan Serai, kejap Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Mersing pun bangun tu.

final • 2:32 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua tanya itu.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Mersing.

final • 2:32 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Mersing?

final • 2:32 PM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Abang bomoh nak tanya.

final • 2:32 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Mersing abang long. Yang Berhormat Mersing, silakan.

final • 2:32 PM

[Dewan riuh]

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Tak berani Yang Berhormat Bagan Serai. Nanti aku report kat Yang Berhormat Baling.

final • 2:32 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Mersing senior kat universiti. Ini kat sekolah.

final • 2:32 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Dia tak berani. Tak apa, Tuan Yang di-Pertua, nanti saya cakap dengan abang dia Bung Muhaimi, saya cakap dia tak berani.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Ketawa]

final • 2:32 PM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai ini saya kenal 30 tahun dulu. Satu lantai kat sekolah bomoh Universiti Malaya.

Saya tengok dia dulu dia memang slow saja. Masa mula-mula masuk Dewan Rakyat ini pun slow juga.

final • 2:32 PM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Apa tonik dia makan? Tiba-tiba dia punya laju betullah. Tadi saya hendak tanya Yang Berhormat Bagan Serai pencapaian-pencapaian yang Yang Berhormat Bagan Serai bandingkan di antara 1970 dengan pencapaian sekarang dan hendak sampai ke negara maju 2020. Belah sana selalu cakap siapa-siapa boleh buat, itu memang tugas kerajaan dan kerajaan mana-mana pun boleh buat. Itu yang mereka selalu fikir. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Bagan Serai, adakah perkara ini boleh dilakukan oleh mana-mana kerajaan? Boleh tidak tunjuk negara-negara yang merdeka sama dengan kita, mempunyai

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

population yang sama dengan kita, sistem yang sama dengan kita yang membuktikan bahawa apa yang mereka katakan itu tidak benar.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Itu yang saya hendak beritahu tadi sebab kerajaan kita kerajaan yang prihatin.

Kerajaan yang buat kerja sebenarnya tetapi apabila ada kumpulan-kumpulan yang memesongkan fikiran orang, jadi rakyat pun jadi gundah-gulana.

Tuan Yang di-Pertua, ini cerita B40 hendak naikkan ke RM5,000 ini. Ini bukan perkara mustahil. Orang naik RM5,000 ini setahun pun ada naik RM5,000 sebab bergantung kepada kita punya usaha. Kita usaha kuat-kuat kita boleh dapat. Kalau kita tidak usaha, mana kita boleh dapat dan kita jangan salahkan orang kerana income, kerana pendapatan kita kecil. Ini yang sebenarnya yang patut kita lakukan. Semua rakyat kena lakukan.

Jadi saya ambil kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, supaya semua rakyat dapat berusaha. Bukan kita harap kepada kerajaan tetapi kerajaan menyediakan pendidikan universiti, kemudahan untuk B40, kemahiran yang tinggi, sokongan keusahawanan dan juga kerajaan menggalakkan swasta MLC atau multinational company, local big company dengan izin, membuat kilang-kilang di tempat B40 dan kerajaan menyediakan banyak perkara untuk meringankan kos kehidupan contohnya Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Langat sudah lari sudah.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kedai Rakyat 1 Malaysia, kedai kain pun buat, kedai agro pun buat. Saya haraplah kerajaan mengkaji supaya paras garis kemiskinan diteliti.

Tuan Yang di-Pertua, ini satu perkara yang sangat serius yang saya hendak ceritakan tentang percukaian, tentang tax ataupun tentang GST. Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, konsep yang ada hari ini. Konsep yang ada hari ini ialah mereka mengatakan bahawa rakyat dera, menderita, terseksa. Ini tax ini kita menggunakan public goods.

Banyak benda yang disediakan dan ini kepunyaan public, kepunyaan orang ramai dan kita sepatutnya ada rasa ownership. Jadi membayar cukai ini bukan sebagai punishment. Membayar cukai ini satu sharing, satu perkongsian, satu amal jariah sebenarnya.

Kita lihat hari ini kerajaan dengan langkah yang produktif, proaktif dan cepat.

Keputusan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri satu keputusan yang berani, betul, bertanggungjawab dan tepat sekali sebab dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi hari ini harga minyak turun, harga komoditi turun dan masalah geopolitik, kerajaan dengan ikhlas berfikir macam mana hendak bantu rakyat.

Punca ekonomi kita dengan oil and gas dengan izin, 23% tetapi minyak hari ini tidak menentu. Oleh sebab itu kerajaan berfikir bagaimana supaya kita yang hendak pergi negara maju kena ada satu polisi baru, kena ada satu dasar di mana percukaian dapat dilebarkan dan ramai orang juga mengambil bahagian ke dalam percukaian ini. Oleh sebab itu kerajaan melakukan perubahan itu, subsidi pukal kepada subsidi bersasar.

final • 2:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Jasin bangun.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terus kepada BR1M untuk bagi kepada rakyat Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 2:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya. Saya memang menyokong betul apa yang hujah yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat tadi, memang cukup bertepatan. Berlawanan dengan sahabat saya tadi daripada Pandan yang tahu hanya mengutuk kerajaan, yang hanya tahu menghina kerajaan, yang mengeluarkan angka-angka yang sebenarnya salah.

final • 2:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Kalau kita betul-betul amati daripada buku yang kita dapati Buku Laporan Ekonomi itu, angka yang dibagi itu tidak tepat. Dia pula boleh mengatakan, boleh berkata bahawa bekas Yang Berhormat Permatang Pauh yang mengajar kita. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita adalah seorang economist, seorang pemimpin yang cukup hebat yang telah diakui dan diberi pengiktirafan oleh dunia. Hendak meniru kepada bekas Yang Berhormat Permatang Pauh ikut Buku Jingga.

Satu lagi saya hendak sebut Yang Berhormat cakap fasal GST tadi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebenarnya telah membuat satu keputusan yang cukup berani sekali. Walaupun keputusan itu cukup sukar sekali kerana untuk memperkenalkan GST ini kita kena melebarkan tax base kita, asas tax kita kerana hanya satu daripada 10 orang yang membayar cukai. Jadi cukai kita, kita kena kembangkan. Kalau tidak, macam mana kita hendak membangun dan cukai kita GST ini menggantikan perkataan itu SST yang sedia ada. Saya rasa tidak memberatkan bahkan kita mahu kalau boleh kita jangan bebankan kerajaan dan dalam masa kita bersama, kita hendak kalau boleh rakyat juga jangan terbeban. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih. Saya masukkan dalam perbahasan saya. Saya hendak tunjuk satu lagilah, satu laporan daripada World Bank, “Malaysian Economic Monitor, Disember 2014”. Kita lihat bagaimana kenyataan yang dikeluarkan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Malaysia has reduced poverty and vulnerability; inequality is still a challenge”. Ini keterangkuman, inequality.

Jadi kita lihat Malaysia absolute poverty has nearly been eradicated. Vulnerability is limited and declining. Bermakna apa yang saya cuba hendak gambarkan Tuan Yang di- Pertua, B40 ini bukanlah kumpulan yang melepak tidak ada apa-apa. B40 ini mereka juga ada handphone, mereka juga ada kereta, mereka juga ada rumah, mereka juga rumah yang ada aircond dan sebagainya tetapi B40 ini kumpulan yang dinamakan dalam World Bank sebagai the aspirational group that neither poor nor vulnerable and yet to join the middle class community. Jadi kesimpulannya, kumpulan ini yang hendak dibina oleh kerajaan hari ini supaya mereka mencapai tahap yang lebih baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya sekali lagilah...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, boleh gulung.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ya. Kita hendak kehidupan yang baik. Semua 29 juta orang ini hendak kehidupan yang baik. Jumlah yang kerja berapa orang? Jumlah yang kerja lebih kurang 14 juta. Jumlah yang bayar tax berapa orang?

Jumlah yang bayar tax lebih kurang 1 juta. Ini tidak cukup. Untuk apa? Untuk hendak buat pembangunan, hospital, sekolah, lebuh raya, airport, macam-macam yang kita hendak hari ini. Oleh sebab itu datangnya GST. GST bukan membebankan, GSTlah tanda kerajaan bertanggungjawab, prihatin untuk membina masa depan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, 169 buah negara daripada 193 buah negara buat GST. Ini bodohkah? Ini salahkah? Kita hendak beritahu semua orang ini salah. Kita hendak beritahu semua yang keliling Malaysia, ini semua salah. Sebab apa, Filipina buat, Singapura buat, Thailand buat, Indonesia buat, malah mereka meletakkan tax yang lebih, kita hanya 6%.

Tuan Yang di-Pertua, GST lebih efisien, lebih telus, lebih mesra pengguna tetapi telah disalahgunakan dan diertikan.

final • 2:40 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 2:40 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Minta celahan.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya sekali lagi saya tidak setuju dengan Yang Berhormat Pandan tadi sebab apa saya masih berkata preside. Minta maaf Yang Berhormat Rasah. Masa sudah tidak cukup ini, gulung ini.

final • 2:40 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Dari tadi gulung-gulung, tidak habis gulung?

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ya, tengah menggulung...

final • 2:40 PM

[Dewan riuh]

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Hei anak muda, duduk! Anak muda ini orang jumpa enam teras, dia jumpa enam jahanam. Duduk, duduk anak muda.

final • 2:40 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Enam kekecewaan. Kata betul- betul. Bahasa itu tidak betul itu. Jaga bahasa.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Enam jahanam. Itu enam jahanamlah. Duduk, duduk.

final • 2:40 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Apa jahanam? Dia ada di hadapan itu.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, minta maaf.

Dia mengganggu saya. Saya minta lagi sedikit masa untuk gulung. Preside ini berlaku sekejap. Satu kejutan awal macam kita baru hendak puasa. Tidak bangun sahur kita rasa lemah tetapi selepas 15 hari puasa, tidak bangun sahur pun tidak apa. GST ini dengarlah rakyat Malaysia sekalian bahawa dua-tiga tahun ini kita akan bangga macam mana kita buat KLIA. Kita akan bangga macam kita buat Jambatan Pulau Pinang dan sebagainya. Ini GST yang kita bentangkan sekarang ini. Masa itu kita lihat Ahli Yang Berhormat daripada pembangkang pun akan setuju dengan kita.

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya masa sedikit sahaja lagi. Saya hendak cakap fasal Bagan Serai.

final • 2:40 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Gulung maksudnya yang terakhir.

Gulung maksudnya yang terakhir.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Duduk, duduk, duduk.

final • 2:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Bagan Serai. Sedikit, sedikit, Yang Berhormat Bagan Serai, boleh?

Ampang, Ampang!

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, Hospital Daerah Bagan Serai sudah dua kali pilihan raya masih lagi pecah tanah. Saya betul-betul hendak tanya kementerian, saya hendak jawapan. Apakah sudah jadi dengan hospital di Daerah Parlimen Bagan Serai? Bila siap?

final • 2:40 PM

[Dewan riuh]

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya hendak tengok satu hospital, satu hospital...

final • 2:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Apa punya Bagan Serai.

final • 2:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Itulah dia.

final • 2:40 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

GST jangan risau, jangan risau selepas ini dapat. Hospital Bagan Serai mesti dapat.

final • 2:40 PM

[Dewan riuh]

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Duduk, duduk. Saya tanya banyak kali dalam Dewan...

final • 2:40 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Dia bukan Menteri penuh, Menteri Kanan.

[Ketawa]

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya dapat jawapan daripada Menteri hospital tersebut...

final • 2:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Menteri kanan, kiri, semua ada.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

...RMKe-11 pada 2017 ini agak lambat kerana inilah perkara yang sangat-sangat diminta oleh rakyat di Parlimen Bagan Serai kerana klinik-klinik agak padat dan orang sudah semakin ramai.

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi ialah tentang MRSM...

final • 2:40 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Dahulu pernah kata Kapar pernah lupakah. Dahulu, dahulu saya ingatkan dia, dahulu dia kata lapangan terbang.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya melihat pembentangan dalam semakan. Saya mohon Tuan Yang di-Pertua, kepada kementerian untuk melihat sama sebab di Bagan Serai ini ada tempat satu-satu Parlimen di kawasan negeri Perak yang tidak ada MRSM, tidak ada SBP. Kita tidak ada. Jadi rakyat ini sejak saya menang hari itu sampai hari ini, inilah yang mereka menjerit. Ini yang mereka nak sangat. Bagi mereka, ini macam hadiah sangat-sangat besar. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya harap sangat MRSM ataupun SBP di Parlimen Bagan Serai...

final • 2:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Boleh Yang Berhormat Bagan Serai?

final • 2:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Seperkara lagi ialah tentang permohonan Sekolah Menengah Pelangi Perdana. Sikit lagi Tuan Yang di-Pertua, sikit lagi, minta maaf.

final • 2:50 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Speaker, sudah setengah jam.

final • 2:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sekolah di antara Kuala Kurau dan Parit Buntar padat. Budak-budak datang, keluar dari rumah waktu subuh, balik lapan malam dan jauh dari rumah dan mereka terpaksa bayar tambang bas yang banyak. Ini sangat-sangat merumitkan ibu bapa, pelajar dan juga guru-guru.

Saya mohon, kementerian pendidikan memberi perhatian supaya Sekolah Menengah Pelangi Perdana ini, yang 15 ekar tanah yang telah dapat dari tahun 2007 sampai sekarang tidak ada apa-apa berita...

final • 2:50 PM

[Dewan riuh]

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Itu sebab kita kena buat GST. Ha!

Nampakkan? Ha! nampak tak?

final • 2:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya nak minta ulang Yang Berhormat Bagan Serai, semua benda GST. Bagan Serai punya pengundi dengar betul-betul. Besok pilihan raya, tolak dia!

final • 2:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Meningkatkan keadaan prasarana infrastruktur di Kuala Gula untuk destinasi pelancong yang baru di kawasan Parlimen Bagan Serai. Saya nak tanya kementerian, apakah mereka sudah buat? Dulu saya dah cakap. Mereka bagi tahu nak buat ini, nak buat itu. Sekarang saya nak tahu, ke manakah pergi?.

final • 2:50 PM

[Dewan riuh]

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, satu lagi. Saya mendapat gangguan yang banyak.

Yang Berhormat Kuala Langat ini sudah melampau. Saya harap Yang Berhormat Kuala Langat...

final • 2:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Landing mahu nangiskah? Landing mahu nangiskah?

[Ketawa]

final • 2:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

...Berperangai baik Tuan Yang di- Pertua. Tak makan ubat. Saya rasa dia tak makan ubat hari ini! Makan ubat tak?

final • 2:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Tadi puji melambung, sekarang melekat.

[Ketawa]

final • 2:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Biasalah itu BN.

final • 2:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Untuk negara jadi maju perlu ada connectivity yang baik, darat dan juga seaport umpamanya. Saya ingin bercakap sedikit tentang mengadakan satu lagi lapangan terbang di utara. Lapangan terbang di Penang sudah padat. Kita perlu satu lagi di utara untuk meningkat industri perkembangan...

final • 2:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Kan betul tadi Tuan Yang di- Pertua, saya ingatkan dia. Nasib baik saya ingatkan dia. Hampir lupa tadi. Puji-puji, hampir lupa dia tadi.

final • 2:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Jadi, saya mohon sekali lagi permintaan Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2010 untuk mengadakan satu terminal lapangan terbang di kawasan Parlimen Bagan Serai. Mungkin kementerian dapat berfikir dan menceritakan kepada saya, apakah sudah jadi dengan kajian-kajian yang dilakukan?

Terakhir Tuan Yang di-Pertua. Ada satu lagi yang terakhir iaitu Tuan Yang di- Pertua, bising. Last one, last one. Pembangunan lagi satu di Bandar Lembah Beriah. Kita akan mengadakan satu pembangunan yang hebat di sana. Kita memerlukan jalan, access road dari highway kepada pusat yang kita nak lakukan itu lebih kurang 1.8 km. Perkara ini telah dibincangkan dengan pihak swasta dan juga pihak universiti.

Saya harap kerajaan sekali lagi ambil berat tentang perkara ini. Hanya 1.8 km untuk menyambungkan highway dari Alor Pongsu kepada pusat pendidikan yang besar di Lembah Beriah di Parlimen Bagan Serai. Ini akan meningkatkan produktiviti, akan meningkatkan bilangan kerja dan sebagainya. Industri akan menaikkan taraf kehidupan rakyat di Parlimen Bagan Serai, sesuai dengan kita nak pergi negara maju. Jadi, kita terasa nak pergi negara maju dengan pendapatan yang tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, pantun, pantun Tuan Yang di-Pertua. Akhir dengan pantun, Negaraku lagu berkesan, Jadi kebanggaan sepanjang hayat, RMKe-11 penentu wawasan, Merangka pertumbuhan berpaksikan rakyat. Terima kasih. Bagan Serai menyokong Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya minta Yang Berhormat Sibuti bawa Yang Berhormat Bagan Serai pergi minum ya. Ya Yang Berhormat Pengkalan Chepa, sila.

final • 2:50 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Saya ingat Yang Berhormat Bagan Serai nak cakap fasa pertama sahaja. Saya teruja. Akan tetapi bila masuk fasa kedua, dia bercakap jadi contradict habis.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera. Saya nak mulakan dengan sepotong ayat al-Quran Tuan Yang di-Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim...

[Membaca sepotong ayat al-Quran]* Maksudnya, “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam perkara kebajikan dan takwa. Dan jangan sekali-kali kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan kerosakan. Bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah azabnya amat berat”.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan RMKe-11 ini. Pada asasnya Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia sama ada daripada satu, dua sehinggalah ke sekarang, Iia asasnya ialah untuk membangunkan negara dan juga membangunkan rakyat.

Walau bagaimana cara persembahan kita, dengan perkataan-perkataan yang berbeza, namun itulah hakikatnya iaitu untuk membangunkan negara, nak menjadikan negara makmur dan produktif serta membangunkan rakyat. Dengan kata lain, ingin meningkatkan taraf hidup rakyat lebih baik dengan pendapatan yang baik, kemudahan awam yang baik, kesihatan dan sebagainya.

Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, kalau kita perhatikan terutamanya daripada Rancangan Malaysia Ke-8, ke-9, ke-10, kesemuanya tidak mencapai sasaran yang dikehendaki. Kawan-kawan kita telah pun bercakap dalam Dewan ini, telah membuktikan bahawa dengan NKEAkah, NKRA, semuanya tidak mencapai sasaran yang dikehendaki. Di sebalik perancangan-perancangan tersebut, kalau kita perhatikan dalam negara kita, masalah kemiskinan masih membelenggu rakyat kita sama ada kemiskinan di bandar mahu pun kemiskinan di luar bandar. B40, kalau kita tengok semua kaum terlibat tetapi etnik Melayu ataupun kaum Melayu bumiputera golongan miskin teramai meskipun kita telah merdeka menghampiri 60 tahun, 58 tahun kita merdeka. Negeri ini ditadbir urus oleh ramai pimpinan Melayu dan negara ini pula dikawal oleh perlembagaan di mana di sana terdapat

final • 3:05 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

hal-hal berkaitan dengan keistimewaan orang Melayu seperti mana disebut dalam Perkara 89, 152, 153. Perkara ini juga dipersetujui oleh rakan-rakan kita dalam kaum yang lain di dalam apa yang dikatakan kontrak sosial satu masa dan benda itu masih berterusan sehingga kini.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga menyebut bahawa kita ingin meningkatkan pendapatan isi rumah B40, seramai 22.7 juta isi rumah terlibat. Purata pendapatan isi rumah 2012 adalah sebanyak RM5,000 sebulan. Terbaru, sekarang ini saya difahamkan ia adalah sebanyak RM6,100 sebulan. Namun statistik ini yang Tuan Yang di- Pertua, yang dikemukakan oleh HISBA menunjukkan bahawa 40% pendapatan isi rumah adalah antara RM1,800 lebih, 40% RM4,500 lebih, hanya 20% yang melebihi RM12,000. Ini membawa erti bahawa 80% daripada isi rumah kita berpendapatan kurang daripada RM5,000. Itu satu hal mengenai purata.

Tuan Yang di-Pertua, apalah erti pendapatan purata bagi rakyat yang berpendapatan RM700, RM800, RM1,000, RM2,000 mahupun RM3,000. Ini golongan yang ramai yang miskin, yang susah dan mereka ini adalah yang terlalu mudah terkesan dengan apa-apa juga perubahan ekonomi negara. Terlalu mudah. Kenaikan sedikit harga barang melalui apa cara sebab sekali pun akan menyebabkan kuasa beli mereka akan berkurangan. Harga nilai duit mereka akan berkurangan. Apatah lagi dengan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi, berbangga sangat GST.

Apabila GST ini dilancarkan, walaupun pada teorinya dengan penghapusan 10 % ditukar kepada 6% yang sepatutnya harga barangan menjadi rendah, namun pada hakikatnya daripada April sehingga kini, harga barangan makin tinggi. Itu adalah dari sudut perlaksanaan.

final • 3:05 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Yang Berhormat Pengkalan Chepa, minta.

final • 3:05 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Sila.

final • 3:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 3:05 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya nak minta pandangan daripada Yang Berhormat Pengkalan Chepa ya. Oleh sebab setiap kali RMK, antara perkara yang menjadi fokus kepada rancangan kerajaan ialah untuk nak mengurangkan kadar kemiskinan daripada kalangan rakyat di Malaysia, tetapi kalau kita lihat daripada segi perangkaan, mereka yang telah mendapat bantuan BR1M ni yang diperkenalkan pada tahun 2012 iaitu sebanyak 4.2 juta, tahun 2013 pula kepada 6.8 juta dan 2014 pula meningkat kepada 7 juta.

final • 3:05 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Sepatutnya, apabila setiap kali rancangan ataupun setiap kali bajet tahunan yang dikemukakan, ia dapat mengurangkan kadar kemiskinan. Sebaliknya, kalau kita lihat daripada segi fakta penerimaan BR1M ini sudah menunjukkan satu kegagalan pihak kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan.

Keduanya ialah saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Pengkalan Chepa, adakah Yang Berhormat Pengkalan Chepa setuju, kadang-kadang kemiskinan ini seolah-olah macam kita rancang supaya kerana mereka ini merupakan akan menjadi penyokong tegar kepada kerajaan yang sedia ada? Saya minta pandangan.

final • 3:00 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Ada dalam isi perbahasan saya tadi.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini Yang Berhormat Bukit Gantang curi isi, point.

final • 3:00 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Tidak mengapa. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gantang, bahawa kemiskinan kita sehingga kini masih belum dapat diatasi. Saya tidak nafikan bahawa kerajaan berbuat

final • 3:00 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

sesuatu, merancang, merangka dan telah berbuat sesuatu, namun ia gagal. Daripada Dasar Ekonomi Baru, ia semua kita tahu bahawa ia menemui kegagalan.

Dasar Ekonomi Baru ialah untuk meningkatkan pendapatan rakyat, untuk melihat rakyat semakin bertambah baik. Kemudian kerajaan telah membuat PPRT atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin RM800 juta tetapi kita tidak dapat juga menaikkan tahap ekonomi mereka. Dalam perkara PPRT, saya mengikuti satu kajian yang telah dibuat oleh Profesor Madya Shukor Karim dan juga profesor daripada USM. Kenapakah gagal PPRT?

Tidak ada lain sebab kerana masalah urus tadbir yang tidak betul.

Katanya dalam kajian tersebut, PPRT gagal kerana memilih golongan sasar yang tidak tepat, yakni gagal memilih golongan sasar yang tepat. Terdapat peserta yang dipilih adalah bukan daripada golongan sasar, bukan dipilih daripada golongan termiskin, SOP yang longgar dan tidak tegas. Terdapat kelulusan projek dengan peruntukan yang begitu besar menggunakan senarai orang miskin tetapi tidak sampai kepada orang miskin. Ini kajian dan kita tahu juga RM47 juta daripada program PPRT juga melalui kegagalan.

Bayangkan kalau kesemua duit peruntukan ini sampai kepada sasaran, sudah pasti sesuatu keputusan yang lebih baik. Begitu juga sekarang BR1M yang kita banggakan, BR1M. PAC juga menyebut bahawa ia tidak sampai sasaran terpilih. PPRT tadi walaupun istilahnya ialah Program Pembangunan Rakyat Termiskin, kadang-kadang kita boleh kata Program Pembangunan Rakyat Terpilih kerana orang tertentu yang terpilih. Ada sepatutnya yang dapat tidak dapat. Makna, ada pengkhianatan di mana hak orang miskin diambil oleh orang yang tidak sepatutnya diambil. Itulah antara satu kegagalan.

Program 1Azam sama ada Azam Kerja, Azam Tani, Azam Niaga, Azam Khidmat, juga PAC telah menemukan beberapa perkara baru-baru ini bahawa pemilihan peserta yang tidak melalui eKasih yang mana terdapat peserta yang dipilih bukan juga daripada golongan sasar. Terdapat juga peserta yang tidak dapat dikesan dan juga tidak berlaku tegas di dalam SOP yang telah ditentukan.

Mesej yang saya cuba terangkan, yang cuba saya sampaikan kepada Dewan yang mulia ini ialah betapa hebat, betapa canggih, betapa perancangan kita baik untuk kita membangunkan negara dan membangunkan rakyat, apabila aspek urus tadbir yang baik ini tidak diserap, maka kegagalan akan berlaku. Perdana Menteri juga bermula dengan ayat Al-Quran. Ertinya dia seorang Muslim yang patuh kepada Al-Quran.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Al-Quran ada menyebutkan perkataan alqawwiyul amin, inni hafizul ‘alim. Ada perkataan yang menyebut perkataan competency ataupun kebolehan. Di sana ada perkataan yang sinonim dengan perkataan political will, kesungguhan, kehendak, tekad dan di sana ada perkataan amanah, integriti. Jadi, tiga perkara ini sekiranya kita melaksanakan dengan betul, insya-Allah apa sahaja perancangan yang dibuat ini akan menemui sasaran. Kegagalan kita daripada Rancangan Malaysia terdahulu sehingga kini dengan apa cara persembahan kita gagal adalah disebabkan oleh urus tadbir tadi yang sepatutnya kita pertingkatkan, kita mengambil pelajaran daripadanya.

Tuan Yang di-Pertua, bumiputera selain bumiputera teramai ada di Kelantan.

Perdana Menteri juga menyebut dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas ini perkataan inclusivity, inclusiveness dan juga menyebut perkataan pertumbuhan wilayah yang seimbang. Maka, di sini saya ingin menyatakan bahawa bumiputera yang paling ramai ialah di negeri Kelantan dan termasuk negeri yang miskin.

Namun demikian, rakyat negeri ini juga menyumbang sesuatu kepada pendapatan Kerajaan Persekutuan. Atas nama inclusivity, atas pertumbuhan wilayah yang seimbang ini, saya rasa ingin berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah menyebut beberapa program untuk pembangunan ekonomi negeri Kelantan. Umpamanya, dengan menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, MRSM Tanah Merah, tebatan banjir dan sebagainya.

Walaupun jauh di sudut hati saya, Rancangan Malaysia dahulu seperti jalan-jalan raya yang telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan masih belum dilaksanakan, terlepas. Walaupun hati kecil saya merasakan program ini juga terlepas, namun harapan saya mewakili rakyat Kelantan dan khususnya Pengkalan Chepa, di mana saya mewakilinya. Sebaik sahaja tirai Rancangan Malaysia Kesebelas dibuka tahun 2016 ini, maka saya berharap agar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa merupakan projek pertama yang akan dilaksanakan.

final • 3:00 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Kenapakah saya memilih untuk disegerakan? Oleh sebab apabila lapangan terbang ini diperbesarkan, saya sudah difahamkan bahawa ada beberapa buah syarikat yang ingin melabur di sekitar Pengkalan Chepa yang telah memohon tanah daripada kerajaan seluas 20 ekar untuk pembangunan. Jadi ini dengan berlakunya pembesaran terminal lapangan terbang dan juga parking bay serta landasan ini, ia akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sekitar. Secara langsung mahupun tidak langsung ia akan membangunkan ekonomi rakyat dan ekonomi bumiputera dan juga ekonomi negeri Kelantan dan negara secara keseluruhannya.

Saya rasa ini dengan sendirinya akan mencapai hasrat untuk meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat, terutama bumiputera yang terpinggir. Walaupun bangsa- bangsa lain juga terpinggir di bawah B40, tetapi rakyat Melayu bumiputera menjadi orang yang paling ramai masuk dalam suasana miskin. Begitu juga rancangan lain seperti tebatan banjir yang kita akan hadapi banjir pula di akhir tahun ini. Jadi, tebatan banjir Sungai Kelantan seharusnya disegerakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai kod pakaian syarikat penerbangan di Malaysia. Negara Malaysia, agama rasmi negara agama Islam.

Agama Persekutuan Islam dan kita selalu menyebut masalah maqasid syariah, kita selalu menyebut masalah indeks syariah. Namun demikian, kalau kita tengok pakaian pramugari kita mencolok mata. Saya rasa ini adalah satu benda yang tidak kena. Kita seolah-olah mengeksploitasi maruah wanita yang begitu mulia, yang begitu baik dengan pakaian yang begitu tidak baik.

Kenapa pramugara boleh memakai begitu smart, cantik dengan pakaian yang baik? Kenapakah kita benda yang semudah ini pun kita tidak mampu laksanakan? Apakah kita hendak memudahkan perkara yang berkaitan dengan ekonomi yang begitu payah?

Benda yang begitu mudah, hanya panggil, bincang dan arahkan supaya pakaian ini diambil kira sensitiviti agama kita.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit masalah dadah, modal insan. Telah disebut saudara saya Yang Berhormat Kuala Kedah tetapi dia menumpukan di kawasan Kuala Kedah. Tuan Yang di-Pertua, dadah kian membimbangkan. Dadah kita tahu kesannya sangat bahaya kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kita tidak terhitung untuk menyebut bahawa dadah satu benda yang akan meruntuhkan negara, meruntuhkan ekonomi negara. Apabila rakyat terdedah dengan dadah sebegitu rupa ramai, dengan sendirinya kita menghasilkan manusia atau tenaga kerja yang sangat tidak produktif.

final • 3:00 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Kita akan mendapat warga yang tidak produktif apabila makin ramai warga dadah ini. Semakin ramai, maka dengan sendirinya warga tidak produktif itu semakin ramai, begitu juga bebanan kewangan negara untuk rawatan pemulihan dan penjara. Persoalan yang saya ingin bangkitkan, adakah urusan dadah ini rangkaian perniagaan sahaja atau adakah dadah ini juga merupakan agenda kuasa-kuasa tertentu untuk meruntuhkan negara seperti mana sejarah Perang Candu 1, Perang Candu 2 di China dan juga Perang Vietnam, di mana kesemuanya dikalahkan oleh sebab agenda dadah.

Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya rasa yakin dengan kehebatan ataupun kompetensi penguat kuasa kita ataupun Polis Diraja Malaysia dan saya yakin bahawa mereka mempunyai maklumat mengenai taiko-taiko dadah terbesar ini. Cuma adakah kompetensi ini, kebolehan mencari maklumat ini disertakan bersama dengan kesungguhan ataupun political will daripada Menteri Kabinet daripada Perdana Menteri dan seterusnya eksekutif dan sebagainya? Adakah ia diambil sebagai suatu yang benar-benar serius dan benar-benar mengambil tindakan yang sewajarnya, bersungguh-sungguh dan di sana tidak ada penyelewengan atau integriti di pihak penguatkuasaan? Sekiranya ini dapat dilaksanakan, insya-Allah kita akan mendapat modal insan kita yang lebih baik. Saya rasa itu sahaja. Saya menepati waktu saya rasanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

final • 3:10 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada wakil Bandar Tun Razak untuk turut serta membahaskan sesuatu usul Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 21 Mei lalu.

Setelah meneliti pembentangan yang telah dibuat dalam dokumen penuh Rancangan Malaysia Kesebelas bertemakan pertumbuhan berpaksikan rakyat, saya percaya rancangan ini mampu menjadi landasan utama bagi hala tuju pembangunan negara, kemakmuran masyarakat dan kesejahteraan rakyat dalam usaha untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Namun, segala potensi yang ada tidak mungkin dapat direalisasikan secara optimum jika pelaksanaan tidak dibuat dengan cermat dan teliti.

Seperti kelemahan dan kekurangan daripada strategi dan inisiatif dalam Rancangan Malaysia yang terdahulu, Rancangan Malaysia Kesebelas juga gagal memberi keutamaan kepada lima dasar penting yang saya rasa saya akan bincangkan dan pada hemat saya, daripada pengalaman saya ialah prasyarat bagi menjayakan perancangan ini.

Dalam perbahasan ini saya akan memberi tumpuan kepada lima dasar iaitu:

(i) penyalahgunaan subsidi dan perlu ada rombakan subsidi;

(ii) kegagalan penswastaan;

(iii) pembiayaan parti politik;

(iv) prinsip-prinsip urus tadbir yang baik; dan

(v) dasar perumahan mampu milik.

Tuan Yang di-Pertua, kita maklum bahawa subsidi dalam pelbagai bentuk telah menjadi satu perkara utama dalam bajet negara. Walau bagaimanapun, ia merupakan komponen yang sangat besar. Pada tahun 2005, ia merupakan 13% dari Perbelanjaan Mengurus.

Sekarang sudah meningkat kepada melebihi 20% dan angka 20% ini bukanlah kecil iaitu setiap tahun kita membelanjakan hampir RM40,000 juta untuk subsidi. Jadi, apa yang saya lihat bahawa negara maju sepatutnya rakyat mempunyai kuasa beli dan kuasa untuk membiayai tanggungan-tanggungan mereka dengan tidak payah subsidi. Akan tetapi walau bagaimanapun, saya perlu mencari jawapan kepada perkara yang kita hadapi kerana rakyat perlukan juga pertolongan. Daripada pengalaman saya, subsidi jika tidak diberi dengan betul, akan terdapat ketirisan. Ramai rakan yang berbincang tentang bagaimana baja diberi. Jadi orang yang jadi petani jadi tokeh jual baja. Jadi maknanya, bukanlah guna untuk meningkatkan produktiviti.

Jadi satu cara yang saya rasa boleh kita fikirkan dan juga tidak menghilangkan penggunaan RM40 bilion itu tetapi mempunyai satu konsep yang baru yang boleh kita lakukan dan dapat menambah nilai kepada keluaran negara dan juga memberi jati diri kepada mereka yang menerima subsidi, konsep itu ialah dipanggil dengan izin, productivity- link incentive. Maknanya kita akan bagi insentif kepada hasil. Maknanya ia tidak diberi dahulu tetapi diberikan insentif kepada tugas dan kerja yang dilakukan dan kita dapat mengukur hasilnya secara terus.

Saya juga telah membaca beberapa buah kertas kerja yang mengapa BR1M dicadangkan oleh beberapa orang ahli profesional, mereka cadangkan sebab daripada memberi benda, baik diberi cash. Jadi penggunaan cash adalah lebih baik. Akan tetapi itu bukan jawapannya, itu bukan jawapannya. Jawapannya ialah kita mesti menunjukkan setiap ringgit duit rakyat dikembalikan kepada rakyat itu akan mendatangkan hasil oleh rakyat tersebut. Jadi oleh sebab itu saya berharap dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini, kita mula memikirkan bagaimana productivity link incentive ini boleh kita lakukan.

final • 5:12 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Jadi semua orang akan dapat kerja sebab bila dia bekerja, kita bagikan. Jika sebuah keluarga mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 atau RM4,000, jadi kita boleh ambil mereka untuk bekerja di syarikat dan kerajaan memberikan subsidi kepada kerja tersebut untuk dibayar gaji. Perkara ini sudah mula dilakukan. Saya ingat di Britain sudah mula dilakukan dan beberapa buah negara juga mula melakukan perkara ini sebab mereka rasa pemberian subsidi tidak akan mendatangkan hasil yang lebih banyak daripada cara yang kita lakukan.

Kedua, kita juga boleh memberi. Saya difahamkan subsidi seperti kita memberi oven untuk membuat roti,sebab kita sudah tahu dia hendak buat roti, kita bagi. Sebenarnya kita tidak boleh memberi dengan secara terus. Kita memberinya dengan berasaskan produktiviti. Bererti dipinjam oven kita tetapi kalau dia sudah keluarkan berapa ratus keping roti, kita baru bagi dia insentif untuk mendapat perkara itu. Saya harap perkara ini mesti kita bincangkan sebab ia lebih RM200,000 juta kita sudah bagikan subsidi dan masih lagi orang marah kepada kerajaan termasuk kumpulan dari bukan kerajaan pun tetapi hasilnya pun tak ada.

final • 5:12 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Jadi oleh sebab itu, mula kita fikirkan tentang beberapa cara supaya produktiviti link insentif ini khusus kepada usaha. Dia tidak mengurangkan pemberian kepada rakyat tetapi dia akan memberikan satu cara untuk menentukan rakyat akan dapat manfaat dan berdikari dengan usaha itu dan berasa bangsa kerana they earn their living - that means they earn their kids. Perkara yang kedua saya hendak nyatakan bahawa saya dapati salah satu penyebab masalah kekurangan dana kerajaan dalam usaha kerajaan untuk membangun, ia ada satu konsep iaitu memindahkan beban kewangan yakni kos perbelanjaan Capex atau pembangunan kepada pihak swasta. Jadi cara yang dikenali ialah penswastaan. Jadi penswastaan ini walaupun kajian menunjukkan di negara-negara yang maju juga menggunakan konsep penswastaan, tetapi ia sangat terasing di Malaysia pada zaman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir hinggakan model penswastaan itu dipanggil ‘”Mahathirism”, dalam beberapa kajian ilmiah yang mana bukan sahaja kita gagal mencapai tujuan tetapi kerajaan juga menambahkan beban kewangan.

Jadi konsep ini saya hendak cadangkan supaya dalam Rancangan Malaysia Kesebelas untuk perkara-perkara mengenai prasarana infrastructure, kita tidak payah gunakan konsep penswastaan. Jadi kerana konsep ini tidak akan menolong sebab kita boleh tender ataupun tenderkan projek-projek tersebut dengan harga yang terbaik. Dengan cara itu, kita akan mendapat dan menolong kita mencari usaha supaya dapat kos untuk melakukan pembinaan itu dapat dibuat.

Jadi oleh sebab itu, saya rasa pengalaman saya di negeri Selangor juga telah menunjukkan projek infrastructure terutama kepada rakan-rakan dari PAS pun bersetuju.

Untuk buat masjid pun kita dapati kosnya berubah. Jadi kalau kita buat secara tender, kita akan dapat bina masjid RM5 juta tetapi dengan cara yang negotiation atau dengan cara apa pun, bersalam dan berpeluk tetapi harganya RM7 juta hingga ke RM9 juta. Jadi cara ini sangat penting kerana saya dapati banyak kes yang menunjukkan apabila projek tidak berjaya, kerajaan menerima beban. Apabila projek sudah berjaya, pengusaha meminta supaya dibayar berlipat-lipat kali...

final • 3:20 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Yang Berhormat Bandar Tun Razak boleh sentuh sikit?

final • 3:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Boleh.

final • 3:20 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Tentang konsep penswastaan, saya amat tertarik juga. Tuan Yang di-Pertua, tentang konsep penswastaan memang telah terbukti ada kebaikannya. Akan tetapi dalam keburukannya kerana konsep ini dilihat daripada konsep ‘Pandang Ke Timur’ yang mana bersifatkan kepada kroni kapitalisme yang telah berjaya mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang

final • 3:20 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

begitu baik di Jepun dan juga di Korea dan ditiru oleh Malaysia pada ketika itu. Saya yakin Yang Berhormat Bandar Tun Razak pun salah seorang hasil daripada konsep ‘Pandang Ke Timur’ ini. Maknanya program penswastaan itu telah berjaya dilaksanakan. Namun, ada juga perkara yang tidak begitu baik dalam konsep penswastaan. Apakah pandangan Yang Berhormat Bandar Tun Razak? Terima kasih.

final • 3:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Saya terima kenyataan tetapi kita dapati di Jepun, penswastaan tidak secara alam Mahathir. Jadi maknanya - jadi kalau...

final • 3:20 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Terutamanya di Korea kerana ia...

final • 3:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Korea, saudara...

final • 3:20 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Ia mengikut kepada Chaebol dan juga mengikut figures ya, something untuk family.

final • 3:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Saudara Yang Berhormat tahu. Kalau Yang Berhormat mengkaji sejarahnya, sekarang Presiden Korea ialah seorang wanita. Ayahnya terpaksa digantung kerana penswastaan dan juga apa - Jadi Yang Berhormat kena tahu bagaimana Korea menyelesaikan masalah penswastaan. Jadi saya harap kita boleh kaji ayahnya digantung kerana penipuan yang berlaku. Ini kerana penswastaan ini saya akan terus terangkan, menggalakkan apa yang kita tidak hendak ialah the privatization of profit. Maknanya kita swastakan keuntungan.

Mana pengusaha yang tidak suka untung. Jadi kalau kita swastakan keuntungan, kalau saya berjumpa untuk berbincang, saya kata saya akan rugi sebab saya hendak untung lebih banyak lagi. Jadi oleh sebab itu, cara ini mesti kita ubah dan kita pula ada konsep iaitu apabila kerajaan meminta melakukan perkara ini, pengusaha akan meminta kerajaan guaranty hasilnya.

Jadi oleh sebab itu kita mesti alihkan usaha ini menjadi tidak lagi menjadi privatization of profits dengan izin, and nationalization of losses. Itu yang saya minta sebab ada RM240 bilion. Jadi bayangkan RM240 bilion, ini akan menyebabkan salah satu daripada kajian yang menyebabkan serupa juga di Korea dan mana-mana, ada yang dipanggil kumpulan rentier class. Rentier class ini ialah satu kumpulan yang berusaha lebih baik daripada kumpulan lobbies daripada Amerika untuk mendapatkan projek ini sebab hasil daripada projek ini sangat lumayan.

Maknanya oleh sebab sangat lumayan, menjadi satu profesion bagi orang pergi melobi untuk mendapatkan projek ini dan ia ada expertise dalam hal ini. Jadi oleh sebab hal itulah saya cadangkan untuk kebaikan rakyat. Kalau kita untung banyak pun, kita salurkan kepada rakyat. Jadi kalau kos untuk membina jalan raya RM100 juta dan kita boleh dapatkan RM90 juta, RM10 juta itu kemudiannya kita boleh gunakan untuk membina jalan raya yang lain.

Kedua, kita juga - jika kita kenakan tol pun, kita hanya bayar untuk RM90 juta bukan untuk harga yang lebih tinggi. Jadi oleh sebab itulah saya cadangkan supaya kita fikirkan supaya dalam bajet-bajet yang akan datang, sebab saya dapati kalau kita bersetuju bahawa salah satu daripada kekurangan kerajaan ialah kekurangan dana untuk mengumpul modal untuk buat kapital aset. Akan tetapi sekarang kerajaan mula mencuba GST untuk mengumpulkan. Akan tetapi duit itu mestilah kita gunakan untuk pembangunan yang telus.

Jadi, tidak boleh ada sebab mengapa kita tidak ada dana.

Jadi oleh sebab itulah saya rasa perkara ini mesti salah satu daripada strategi pemikiran sebab kelemahan Rancangan Malaysia Ketiga sampai ke Rancangan Malaysia Kesebelas sebab saya juga terlibat dalam beberapa dalam rancangan sebelum ini ialah kita asyik tertarik kepada konsep dan hasil dan lupa bahawa pelaksanaan itu dilakukan oleh mereka yang tidak sejiwa dan sama dengan kita. Jadi oleh sebab itulah terdapat beberapa penyelewengan yang berlaku.

final • 3:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Ketiga, oleh sebab masa. Saya juga dapati daripada pengalaman saya ialah supaya kita bersetuju supaya ada dasar pembiayaan parti politik. Boleh jadi mungkin saya tidak berminat lagi tetapi saya rasa ramai perlu kita perhatikan sebab kos untuk

final • 3:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

menjalankan aktiviti politik adalah sangat tinggi. Saya dapati sesetengah daripada Ahli-ahli Parlimen sendiri terpaksa mencari jalan lain untuk menambah untuk kos untuk ini. Jadi sebab itulah kita tidak boleh marahkan rentier class ataupun orang-orang yang akan melobi untuk mendapat sebab mereka terpaksa berkongsi dengan ahli-ahli politik untuk hal ini. Jadi kita tidak boleh marah mereka sebab ini aktiviti, kerana menang akan mendapat laba yang lebih baik.

Oleh sebab saya dapati perkara ini, itu sebab ada kalanya dalam perbincangan- perbincangan penswastaan dan perbincangan berkenaan projek, semua tutup mulut sebab semua akan berkongsi tentang hasil. Jadi oleh sebab itulah saya...

[Disampuk] Ya, saya...

[Ketawa]

final • 3:30 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Bandar Tun Razak,

final • 3:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Okey, Sila.

final • 3:30 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Saya hendak tanya Yang Berhormat Bandar Tun Razak disebabkan Yang Berhormat Bandar Tun Razak juga merasai bahawa ini suatu kekangan. Ini bermakna adakah Yang Berhormat Bandar Tun Razak bersetuju atau tidak bahawa kenaikan elaun kita yang kita telah luluskan baru ini tidak cukup ataupun sekiranya cukup, diberi tambahan yang lain kepada pentadbiran pejabat dan sebagainya supaya mereka ini lebih efisien untuk mengelakkan seperti mana yang Yang Berhormat Bandar Tun Razak ini?

final • 3:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Saya terima kasih kepada Yang Berhormat Setiawangsa, seorang akauntan yang tahu mengira duit dan bagaimana kos untuk membiayai. Akan tetapi saya ada jawapan, saya ada jawapan.

Justeru itu, demi mengekang kuasa dan pengaruh...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua, - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam, kawan lama.

final • 3:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Okey.

[Ketawa]

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

Saya tidak berapa setuju walaupun kawan lama, kerana bagi kami, perjuangan yang kami bawa ini memang memerlukan pengorbanan. Walaupun sebelum kami menjadi Ahli Parlimen, kegiatan politik yang kami lakukan tidak pernah kami merasakan perlu kami berada sebagai rentier class. Masalah yang kita hadapi sekarang ini ialah apabila politik itu dilihat sebagai sumber perniagaan dan sumber pendapatan.

Oleh sebab itu, saya tidak boleh terima apa jua alasan yang hendak diberikan untuk menjustifikasikan wujudnya rentier class yang sebegini rupa. Hakikatnya, perjuangan politik mesti merupakan satu perjuangan yang berasaskan idealisme dan principal yang mana menyebabkan seorang itu sanggup berkorban untuk mencapai cita-cita politiknya.

Sekiranya kita menerima bahawa rentier class itu terpaksa dilakukan oleh sebab bila masuk politik perlu banyak duit dan sebagainya, maka inilah justifikasi yang digunakan oleh UMNO-Barisan Nasional selama ini.

Dalam Pakatan Rakyat sama ada DAP, PKR ataupun PAS, kami baru sahaja dapat kerajaan. Baru sahaja tubuh Selangor, baru sahaja Pulau Pinang. Sebelum ini tidak ada kerajaan. Namun, tidak ada kerajaan sekalipun dan tidak ada sumber kewangan sekalipun, kami terus berjuang. Inilah sebenarnya semangat yang mesti wujud. Tidak boleh kita memberikan alasan privatization, penswastaan terpaksa dilakukan oleh sebab gaji Ahli Parlimen tidak cukup tinggi dan sebagainya. Ini masalahnya. Selagi mana kita tidak ada falsafah yang sebegini, saya merasakan ia akan merosakkan ekonomi negara kerana bila sudah ada kuasa, inilah yang dibuat.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua, - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih. Apakah pandangan Yang Berhormat Bandar Tun Razak?

final • 3:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Pengalaman saya lebih banyak kepada ekonomi dan business tetapi dalam politik, saya cakap - bercakap bukan senang. Itu sebabnya. Kadang-kadang kita berjanji “tidak melakukan”, tetapi kita lakukan. Saya rasa ini bukan untuk UMNO - Barisan Nasional, Pakatan Rakyat pun ada juga. Bukan semua orang yang seikhlas Yang Berhormat Shah Alam. Tidak ada.

Tidak ada. Saya boleh bercakap secara pengalaman. Jadi oleh sebab itu, saya rasa kita mencari jalan tengah untuk menyelesaikan perkara ini.

Jadi satu kaedah mekanisme iaitu mengekang kuasa pengaruh politik yang saya gambarkan tadi, saya menyeru agar satu sistem pembiayaan awal. Ini bukan memalukan tetapi itu dilakukan bagi politik dan calon pilihan raya dilaksanakan sebelum pilihan raya yang akan datang. Boleh jadi kita ada joint antara Pakatan Rakyat dan UMNO Barisan Nasional.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua, - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini Yang Berhormat Shah Alam tidak setuju ini.

final • 3:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Tak apa, dia boleh satu undi.

[Ketawa]

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Maaf, maaf. Apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak sebenarnya Pakatan Rakyat sudah lama minta.

Hanya apa yang saya sebut ialah soal justifikasi terhadap amalan rentier ataupun amalan kronisme. Ini lain. Akan tetapi memohon supaya Kerajaan Pusat memberikan peruntukan kepada parti-parti politik, ia bukan benda yang baru.

Mungkin bagi Barisan Nasional hidup dalam gua tersendiri, dia tidak sedar tetapi di negara-negara lain memang sudah lama sudah. Malahan Thailand sendiri pun sudah amalkan. Belum lagi yang kita hendak bandingkan dekat Germany, dekat Amerika dan sebagainya. Semua ada peruntukan untuk parti politik. Itu kita boleh terima. Kroni kapitalisme, mana penswastaan dan sebagainya demi hendak dapat duit untuk parti politik, ini saya tidak setuju. Baik. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Tak apalah, ini saya rasa ini bukan satu perkara baru. Setelah mekanisme dan kaedah digunakan, kita boleh kajilah. Ada setengah termasuk di Germany kita ada, dia sangat meluas, berpuluh- puluh tahun sudah dilakukan. Australia, Mexico, Jepun, Belanda dan kita kaji prosesnya dan kita buat supaya semua akan telus. Maknanya perkara ini akan telus dan penggunaannya akan telus dan jika ada kumpulan hartawan dan sesiapapun ingin memberi sumbangan, dia juga akan telus. Dia akan tidak menyorok-nyorok dan dia akan diberi ketetapan berapa banyak yang dia boleh lakukan dan kalau dia membayar lebih, kita boleh tambahkan cukai untuk rakyat. Jadi ini satu perkara yang perlu saya rasa, dalam membuat rancangan.

Saya hendak nyatakan di sini jumlah yang Ahli Parlimen bincangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 ini. Kita bukan cakap juta lagi, bukan cakap ribu juta, kita cakap tentang trilion. Maknanya satu peratus perbezaan itu juga terlalu banyak. Itu sebab bila orang bercakap tentang RM240 bilion kontrak, semua mata besar sebab satu peratus sahaja jadi ejen untuk kontrak itu sudah dia jadi jutaan seumur hidup.

Jadi saya rasa ini yang perlu kita atasi dan kita tidak boleh marahkan satu sama lain tetapi kita mencari satu jalan yang lebih efektif. Ini mesti disulami dengan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik. Saya rasa ini tidak bolehm- maknanya ketelusan tatakelola yang betul dan kompetensi seperi rakan saya yang berucap sebelum tadi, ketelusan dan pertanggungjawaban dan kecekapan ini mesti kita lakukan.

Kedua, saya hendak mencadangkan kita mesti sanggup mengadakan usaha sama dengan negara-negara supaya dapat membanteras masalah kekurangan good governance.

final • 3:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Umpamanya sebagai contoh, saya telah berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menerangkan kepada beliau, negara China telah mengadakan satu badan yang membanteras apa yang kita katakan rasuah, salah guna kuasa. Negara China juga akan membuat pelaburan yang sangat besar di seluruh tenggara Asia. Untuk menunjukkan bahawa Malaysia inginkan pembangunan dengan cara yang terbaik, telus, dan berkepentingan rakyat, badan kita di Malaysia bergabung dengan badan di negara China untuk menentukan semua urus niaga dan kontrak-kontrak yang kita lakukan ini sampai ke satu tahap yang kita rasa bahawa hasil semua ini adalah untuk kepentingan rakyat yang seperti yang kita nyatakan di sini. Kita boleh.

Malam tadi saya juga dapat melihat bagaimana FIFA telah dapat dijaga supaya tidak lagi berlaku penyelewengan di mana Amerika dan Switzerland bergabung untuk menyelesaikan masalah penangkapan orang yang membuat beberapa penipuan daripada segi penyalahgunaan kuasa. Jadi perkara ini kita lakukan dan kita tidak boleh setiap tahun asyik berbahas, berbuih-buih juga tentang Laporan Audit Negara, tetapi Laporan Audit Negara itu kadang-kadang tiga tahun sudah baru kita bincangkan. Maknanya perkara- perkara itu sudah habis sudah, pegawainya pun tidak ada sudah. Jadi oleh sebab itulah saya rasa ini perkara yang penting. Saya tak hendak mengambil masa...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 3:40 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Akhir sekali.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 3:40 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Iaitu dasar perumahan hak milik. Saya fikir kita mesti memikir secara meluas iaitu satu konsep kediaman untuk semua, bukan menyediakan rumah untuk dibeli. Saya faham Yang Berhormat Titiwangsa menunjukkan data-data yang kita membuat mampu milik tetapi orangnya tak mampu membelinya oleh sebab pendapatan. Jadi, kita kena bahagikan. Oleh sebab itu, di England ia ada Council Housing yang mana di Bandar Tun Razak ataupun juga di Titiwangsa kita boleh adakan Council Housing. Selepas itu kita juga adakan rent-to- own untuk selama 25 tahun dan 30 tahun.

Daripada pengalaman saya di negeri Selangor, kos untuk pembinaan 1,000 kaki persegi iaitu rumah yang tiga buah bilik apa semua itu, boleh kita lakukan bawah RM150,000. Jadi oleh sebab itulah kita mesti cari jalan, kita tak bolehlah jual RM150,000.

Boleh jadi kita jual RM180,000 dan kita khaskan untuk mereka dan kita cari jalan. Jadi maknanya bukanlah...

Kedua, saya fikir ada juga kita ingat berkongsi dengan pihak swasta. Pengalaman saya, apabila berkongsi, dia juga akan mengambil keuntungan daripada kos rendah dan dia juga minta pula, dia buat lebih banyak rumah kos yang tinggi supaya dia dapat untung lebih lagi. Jadi oleh sebab kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan dan kita yang ramai tidak berapa mahir daripada segi keuntungan dan kerugian, ada kalanya mereka terpengaruh tentang cara yang dibuat. Jadi oleh sebab itu, konsep yang kerajaan kena lakukan ialah mesti ada kediaman untuk semua. Untuk mereka yang berada, mereka boleh beli dan mereka yang tidak berada, kita adakan beberapa stage of developmentlah untuk keluarga.

Tuan Yang di-Pertua, saya simpulkan. Saya telah meminta supaya konsep apa yang dipanggil productivity based incentive ini digantikan kepada subsidy. Saya rasa itu perlu sebab sekurang-kurangnya 40 juta terlibat. Kedua, saya minta kajian tentang penswastaan ini dan berharap infrastructure tidak digunakan sebagai alat penswastaan.

Kemudian, saya juga meminta supaya kita fikirkan pembiayaan political parties dan prinsip- prinsip tadbir urus yang baik dan berkongsi pengalaman dengan negara-negara yang kita akan mengadakan perhubungan. Akhirnya, rumah mampu milik mesti dijual dengan harga yang sangat berpatutan mengikut kadar dan keupayaan masyarakat. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih. Yang Berhormat Tebrau.

final • 3:40 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan terus kepada perkara-perkara, oleh sebab saya akan ambil peluang ini untuk utarakan projek-projek yang saya berharap akan dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.

Jadi, projek yang pertama ialah satu projek yang bukan besar sangat. Saya minta bahawa jeti di Kampung Kong Kong Laut yang ada sekarang yang merupakan jeti sementara yang dibina pada tahun 2010 apabila jeti lama itu sudah usang dan merbahaya kepada para nelayan. Jadi jeti sementara itu merupakan jeti kayu dan selepas lebih kurang lima tahun atau enam tahun, ia pun sudah rosak. Oleh sebab jeti itu digunakan oleh para penduduk, khususnya nelayan yang bergantung kepada jeti itu untuk menyara hidup dan yang juga menggunakan jeti tersebut termasuklah pelancong-pelancong, peminat memancing, pegawai-pegawai Jabatan Laut dan juga pegawai-pegawai Kastam, saya berharap bahawa kerajaan ambil perhatian ini sebab baru-baru ini sudah ada dua kes orang jatuh oleh sebab keadaan uzur jeti tersebut. Jelas sekali jeti itu bukan sahaja penting kepada penduduk, bahkan kepada ekonomi tempatan juga kerana ia digunakan oleh pelancong dan sebagainya.

Projek yang kedua yang saya minta ialah projek pelebaran Jalan Kong Kong- Masai sepanjang kira-kira 4 kilometer sahaja, dari Lebuhraya Senai-Desaru ke Kong Kong.

Jalan yang sedia ada sekarang itu tersangat sempit dan juga gelap. Jalan tersebut digunakan oleh banyak kenderaan berat, aktiviti-aktiviti perdagangan dan pelancongan yang semakin pesat membangun di Kampung Kong Kong Laut menjadikan jalan tersebut semakin sibuk dengan kenderaan yang semakin banyak. Orang-orang kampung memang amat berharap bahawa Jalan Kong Kong itu dilebarkan dengan seberapa segara.

Ketiga, ada kaitan dengan jalan yang sama juga ialah sepanjang Jalan Kong Kong ini dari Ladang Keck Seng sampai ke Kampung Kong Kong itu, sebahagian besar gelap- gelita pada waktu malam. Panjang jalan yang langsung tiada lampu jalan itu hanya lima kilometer sahaja. Saya kena berusaha meminta PBT memasang dan mohon daripada TNB.

Malangnya TNB sekarang, dia tidak mahu menanggung sebarang kos. Dia hendak kita bayar semua. Jadi saya berharap bahawa kerajaan akan bantu penduduk di situ supaya Jalan Kong Kong itu menjadi lebih selamat dipakai pada waktu malam.

Kemudian berkenaan dengan balai bomba. kawasan Ulu Tiram dan Taman Kota Masai merupakan kawasan yang berkependudukan ramai dan juga sedang pesat membangun.

final • 3:46 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Kini balai bomba yang paling berhampiran terletak di Taman Johor Jaya yang melebihi 12 kilometer dari pekan Ulu Tiram dan melebihi 20 kilometer dari Taman Kota Masai. Jadi oleh sebab keadaan lalu lintas yang selalunya sesak, kawasan Ulu Tiram dan Kota Masai masing-masing memerlukan balai bomba dan penyelamat yang berhampiran. Sekarang nasib baik di Ulu Tiram ada satu pasukan bomba sukarela yang amat aktif di kawasan tersebut, tetapi saya rasa bahawa kita masih perlu membina balai bomba yang baru untuk Ulu Tiram dan untuk Kota Masai. Saya juga berharap bahawa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan harus menghargai dan juga membantu melengkapkan lagi pasukan sukarela bomba demi memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang di kawasan setempat.

Saya juga minta bahawa Kementerian Pendidikan membina Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang yang baru. Kini Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Sri Kota Puteri 4 dan PPD Pasir Gudang merupakan satu PPD yang besar Ia menjaga 36 buah sekolah menengah dan lebih kurang 70 buah sekolah rendah. Bilangan guru di bawah pentadbiran PPD Pasir Gudang hampir 7,000 orang dan bilangan murid lebih kurang 116,000 orang. Oleh sebab kawasan Tebrau merupakan kawasan yang sedang membangun, pada tahun-tahun yang akan datang lebih banyak kawasan perumahan yang akan dibuka dan lebih banyak lagi sekolah rendah dan menengah akan dibina, saya rasa bahawa PPD Pasir Gudang amat memerlukan bangunan

final • 3:50 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

sendiri untuk melicinkan lagi pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah di bawah urusannya. Maka saya rasa bahawa PPD Pasir Gudang amat memerlukan bangunan sendiri.

Keenam, saya hendak minta kerajaan menambah sekolah jenis kebangsaan Cina di kawasan Tebrau. Sekarang ada lima buah SJK(C) sahaja di kawasan Tebrau dan jumlah bilangan murid melebihi 10,000 orang pada masa sekarang. Ia dijangka akan meningkat kepada 11,000 menjelang tahun 2017. Tiga buah daripada lima buah sekolah tersebut mempunyai enrolmen melebihi 3,000 orang masing-masing di antara tiga buah yang mempunyai enrolmen yang besar itu. Ada dua buah tapak sekolah amat kecil oleh sebab dahulu sekolah itu merupakan Sekolah Kampung Baru dan masing-masing seluas lebih kurang tiga ekar sahaja. Hampir semua sekolah tersebut kekurangan padang dan ruang untuk bersukan.

Dengan keadaan sedemikian, konsep “Satu Murid, Satu Sukan” akan amat sukar untuk dijalankan di sekolah-sekolah berkenaan. Seperti yang saya sebut tadi bahawa kawasan perumahan di kawasan Tebrau semakin bertambah dan populasi kaum Cina juga semakin ramai. Oleh itu, Tebrau amat memerlukan penambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina untuk mengatasi overcrowding sekolah-sekolah yang sedia ada termasuk sekurang-kurangnya oleh sebab dalam Rancangan Malaysia Kesebelas disebut bahawa sekurang-kurangnya 80 buah sekolah baru akan dibina di seluruh negara dalam tempoh dua tahun pertama. Jadi saya berharap bahawa di antara 80 buah sekolah itu, sekurang- kurangnya beberapa buah sekolah Cina akan dibina di Tebrau.

Saya juga mengalu-alukan usaha kerajaan ingin menaiktarafkan akademi seni budaya. Johor Bahru sebagai pintu masuk selatan Malaysia, amat memerlukan sekurang- kurangnya sebuah balai kebudayaan yang sekarang langsung tidak ada. Kita memang memerlukan sama ada balai kebudayaan ataupun teater yang sesuai yang persembahan muzik dan kebudayaan bertaraf kebangsaan ataupun bertaraf antarabangsa. Saya percaya pembinaan balai kebudayaan di Johor Bahru akan meningkatkan imej Johor Baharu dan juga kawasan ekonomi Iskandar.

Tuan Yang di-Pertua, Taman Kota Masai yang saya sebut tadi selain daripada memerlukan balai bomba, ia juga amat memerlukan sebuah klinik kesihatan oleh sebab Taman Kota Masai itu merupakan taman yang amat besar di dalam kawasan Parlimen Tebrau dan jumlah penduduknya sangat ramai. Saya tidak tahu figurenya tetapi daripada kita tengok dia ada dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah, kita tahu taman itu taman yang amat besar. Klinik kesihatan kerajaan yang terdekat terletak di pekan Masai yang berjarak lebih kurang lapan kilometer dari Taman Kota Masai. Jadi, penduduk setempat memang amat berharap bahawa sebuah klinik kesihatan kerajaan dibina di situ.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa bahawa untuk generasi muda kita perlu membina taman-taman rekreasi, stadium mini dan juga pusat belia di lokasi-lokasi yang sesuai agar memberi kemudahan kepada golongan muda bersukan dan menjalankan program kegiatan dan berinteraksi. Kemudahan-kemudahan rekreasi dan bersukan itu semoga akan menjauhi golongan belia daripada tabiat dan cara hidup yang kurang sihat. Kini didapati banyak pertubuhan belia yang kekurangan tempat menjalankan program dan aktiviti kerana tiada dana untuk menyewa ataupun membeli premis untuk kegiatan mereka. Kerajaan harus membina Wisma Belia di kawasan-kawasan yang strategik agar memberi ruang kepada para belia dan pertubuhan-pertubuhan untuk menjalankan kegiatan dan program. Saya percaya bahawa dengan adanya Wisma Belia, juga akan menggalakkan para belia pelbagai kaum bercampur gaul dan juga berinteraksi, saling faham memahami demi perpaduan negara.

Selain daripada itu, saya juga mencadangkan bahawa kerajaan memberikan peruntukan tertentu berdasarkan kepada kegiatan-kegiatan yang dirancang dan dijalankan oleh pertubuhan-pertubuhan belia itu. Pertubuhan belia yang aktif daripada segi program dan kegiatan diberi peruntukan yang lebih banyak daripada yang wujud atas nama sahaja.

final • 3:50 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya membuat lawatan ke Hospital Sultan Ismail di kawasan saya dan saya dibawa untuk melawat mini stadium ataupun kawasan rekreasi di hospital tersebut. Yang Berhormat Tenggara memberitahu saya bahawa kawasan itu sebenarnya merupakan monsoon rain. Akan tetapi oleh sebab monsoon rain ini tidak pernah banjir, jadi air tidak pernah sampai ke tebing. Jadi, tebing monsoon rain itu digunakan untuk tempat rekreasi. Pada saya, saya rasa ini merupakan satu idea yang baik.

Selama ini kita biasanya pergi ke hospital apabila kita sakit sahaja. Saya rasa selain daripada mendapatkan rawatan, mungkin orang ramai perlu disedarkan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Kalau di hospital ataupun di klinik kita juga boleh menyediakan tempat untuk mereka bersenam, bersukan, pada saya, saya rasa ini sesuatu yang baik. Oleh itu, saya mencadangkan bahawa lebih banyak taman rekreasi senaman sukan ataupun stadium ini di kawasan klinik kesihatan yang diadakan dan orang awam harus digalakkan untuk menjaga senaman dan sukan pada masa yang sesuai.

final • 3:50 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Tuan Yang di-Pertua, ramai orang anggap kawasan Tebrau sebagai kawasan bandar. Akan tetapi sebenarnya kawasan Tebrau merupakan kawasan yang mempunyai pelbagai jenis kawasan. Memang betul banyak taman perumahan, banyak tempat perniagaan dan banyak juga kawasan industri tetapi selain daripada kawasan-kawasan seperti itu, di dalam kawasan Tebrau ada juga kampung-kampung baru Cina, kampung tradisional Melayu, kampung nelayan yang saya sebut tadi. Kampung Kong Kong Laut itu merupakan sebuah kampung nelayan dan juga kampung Orang Asli, misalnya Kampung Pasir Salam.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat.] Apa yang tidak diketahui ramai orang ialah di dalam kawasan Tebrau masih ada tempat yang belum ada bekalan air bersih. Jadi contohnya, Kampung Seri Perdana dan Kampung Pasir Salam merupakan tempat yang masih belum mendapat bekalan air bersih.

Penduduk setempat masih bergantung pada perigi dan air bawah tanah untuk kegunaan harian. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan dalam ucapan beliau semasa membentangkan RMKe-11 bagi bekalan air bersih dan terawat melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar pula, sukacita dinyatakan lebih RM11 bilion akan diluluskan. Maka, saya berharap bahawa sebahagian kecil daripada RM11 bilion itu akan memanfaatkan penduduk-penduduk di Kampung Seri Perdana di Sungai Tiram dan juga di Kampung Pasir Salam. Saya mohon kerajaan berusaha untuk membekalkan air bersih kepada penduduk kedua-dua kampung itu dengan seberapa segera. Jadi saya berharap apabila negara kita mencapai status negara maju, kita tidak ada lagi kampung yang tidak ada air bersih.

Satu lagi projek yang saya sebutkan tadi merupakan projek yang bukan besar sangat tetapi ini ada satu projek yang lebih besar sedikit ialah projek tebatan banjir Lembangan Sungai Tebrau. Cuaca yang tidak menentu dan juga hujan lebat selalunya menyebabkan kejadian banjir kilat dan hakisan tebing sungai sepanjang Sungai Tebrau.

Kejadian banjir boleh mengakibatkan kerugian kepada mangsa-mangsanya, termasuk penduduk dan industri kerana kehilangan harta benda dan kerosakan infrastruktur. Saya selalu dibawa oleh penduduk ke tebing, tengok tebing yang sudah runtuh, yang akan runtuh dan ada bangunan yang berhampiran dengan tebing, termasuk sekolah dan sebagainya.

Jadi, kesan buruk akibat banjir termasuk keruntuhan tebing sungai yang menyebabkan pemilik tanah kehilangan tanah dan keruntuhan bangunan di atas tanah berkenaan, saya terpaksa menggunakan peruntukan saya untuk membuat sesuatu untuk mencegah runtuhan tebing itu.

Memandangkan beberapa buah kampung, taman perumahan dan kawasan industri di kawasan Parlimen sering dilanda banjir, impak ekonomi agak besar termasuklah keyakinan para pelabur akan terkikis. Saya difahamkan bahawa JPS Johor Bahru ada memohon RM150 juta untuk projek rancangan tebatan banjir Lembangan Sungai Tebrau.

Saya berharap bahawa peruntukan tersebut diluluskan dalam tahun pertama Rancangan Malaysia Kesebelas sebelum akibat yang tidak diingini berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan agenda pemilikan perumahan rakyat.

Saya memang memuji usaha kerajaan untuk cuba mengatasi masalah perumahan, khususnya di bandar dan luar bandar. Kerajaan kita mensasarkan untuk membina satu juta buah rumah mampu milik untuk rakyat sejak 2013. Akan tetapi dalam perhatian saya, saya dapati kadang-kadang orang yang mohon rumah mampu milik itu bukan sahaja dia

final • 4:00 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

perlukan rumah mampu milik, bahkan dia perlukan rumah mampu milik yang berhampiran dengan tempat kerjanya. Oleh sebab kalau dia kerja di sebuah tempat tetapi rumah yang dia dapat lebih 10 kilometer dari tempat tinggalnya, memang susah bagi dia hendak pergi kerja. Jadi saya berharap bahawa apabila kita bina rumah mampu milik itu, kita ambil consideration lokasi-lokasi yang strategik.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Boleh gulung Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja. Saya mohon menyokong. Oleh sebab saya rasa bahawa siapa-siapa yang cinta negara dan berharap Malaysia maju dan berjaya, harus menyokong Rancangan Malaysia Kesebelas.

Maka Tuan Yang di-Pertua, saya merupakan orang yang sayang Malaysia. Oleh itu, saya sokong sepenuhnya Rancangan Malaysia Kesebelas. Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya pun sayangkan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesebelas 2016 sehingga 2020.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa selepas pelaksanaan GST pada 1 April, sebenarnya seluruh negara tak kira peniaga ataupun rakyat jelata, mereka telah pun merasai impak pelaksanaan GST di mana ia sebenarnya memberi setiap barang terpaksa dikenakan 6% cukai GST. Walaupun ada barangan keperluan harian yang dikecualikan tetapi saya lihat dalam pelaksanaan sistem cukai GST ini, sebenarnya rakyat jelata memang berasa agak susah. Bagi peniaga pula saya lihat dalam laporan surat khabar, banyak peniaga telah pun menghentikan perniagaan mereka sebab mereka tidak sanggup membeli sistem ataupun tidak memahami bagaimana menggunakan sistem baru yang mengutip sistem cukai GST ini. Jadi dalam perkara ini saya rasa pihak kerajaan, khususnya pihak kementerian yang berkenaan haruslah mengambil kira perkara ini.

Saya lihat baru-baru ini walaupun sistem cukai GST ini baru dijalankan tidak sampai dua bulan, saya ada lihat pihak di sebelah sana khususnya kenyataan daripada Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri, menyalahkan pihak peniaga. Hari- hari menyalahkan pihak peniaga, kononnya pihak peniaga yang tidak bertanggungjawab yang menaikkan harga barang dan menyebabkan semua rakyat menghadapi masalah harga barang. Akan tetapi kalau kita imbas kembali sebelum Pilihan Raya Ke-13 iaitu ketika tahun 2010, saya masih ingat lagi walaupun semasa itu saya belum jadi Ahli Parlimen.

Ketika tahun 2010 10 Mac, Dewan yang mulia ini telah pun menangguhkan Rang Undang- undang GST. Selepas itu dari 2010 sampai 2013, Kerajaan Barisan Nasional satu perkataan GST pun tidak berani sebut, termasuk ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13.

Selepas itu, Kerajaan Barisan Nasional, pemimpin tertinggi Yang Amat Berhormat Pekan telah pun mengumumkan bahawa jikalau Barisan Nasional dapat kekalkan kuasa di Putrajaya, Kerajaan Barisan Nasional, perkara pertama yang mereka akan selesaikan menangani kos sara hidup rakyat. Akan tetapi pilihan raya telah pun berlaku dua tahun, apakah yang kita lihat? Kos sara hidup rakyat ini sebenarnya tidak diselesaikan tetapi rakyat kini telah pun dibebankan dengan lagi 6% sistem GST ini. Saya rasa dalam perkara ini juga selepas Yang Amat Berhormat membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas, saya boleh katakan di sini sebenarnya kebanyakan rakyat Malaysia, mereka telah pun sedikit sebanyak hilang keyakinan kepada pihak Kerajaan Barisan Nasional. Oleh sebab dalam perkara ini, mereka telah pun lihat sebenarnya pihak Kerajaan Barisan Nasional tidak mampu menepati janji mereka.

final • 4:06 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil satu contoh lagi. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini masih ingat lagi ketika hari guru tahun 2014 iaitu 15 Mei 2014, Menteri Komunikasi dan Multimedia telah pun mengumumkan bahawa setiap warga guru iaitu 400,000 orang warga guru akan dihadiahkan satu netbook 1Malaysia sebagai tanda penghargaan kepada warga guru atas sumbangan mereka kepada negara.

Akan tetapi setahun sudah pun berlalu dan beberapa minggu yang lepas saya pun ada bertanya soalan ini secara terbuka. Saya buat sidang akhbar. Saya tanya kepada pihak kerajaan, di manakah 400,000 unit laptop 1Malaysia yang telah dijanjikan? Sebelum itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia telah pun mengumumkan 48 orang pembekal telah pun dilantik dan kos untuk laptop tersebut RM400 juta.

Tuan Yang di-Pertua, jawapan yang saya dapat daripada Menteri Pendidikan hadiah kepada guru ini telah pun dihentikan, tidak akan diteruskan dengan alasan stok tidak cukup. Tidak apa. Stok tidak cukup tidak apa. Selepas itu, ada diberi angka-angka berapakah netbook ataupun laptop 1Malaysia yang dibekalkan kepada sekolah dan kalau warga guru hendak pakai laptop 1Malaysia, boleh pinjam daripada sekolah. Soalan saya, itu janji yang telah pun dijanjikan oleh pihak kerajaan tetapi sampai hari ini janji tidak dapat ditunaikan dan yang paling pelik jawapan yang saya terima daripada Menteri Pendidikan ialah 126,000 unit laptop 1Malaysia disimpan sebagai stok gantian. Maksudnya kerajaan beli komputer 126,000 unit untuk simpan sebagai stok. Kalau cikgu ada masalah dengan laptop dia, dia boleh tukar serta-merta.

Tuan Yang di-Pertua, ini menunjukkan apa? Ini menunjukkan sebenarnya pihak kerajaan tidak mempunyai tanggungjawab untuk menyimpan stok sebegini. Pihak yang menyimpan stok, yang buat after sales service pembekal-pembekal dan di sini saya ingin memohon kementerian yang berkenaan, tidak kiralah daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia ataupun pihak Kementerian Pendidikan memberi satu jawapan yang munasabah di mana pergi 400,000 laptop 1Malaysia yang nilainya berjumlah RM400 juta.

Saya rasa ini satu perkara yang perlu dijelaskan kepada Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam RMKe-11, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebut kita bersyukurlah di Seremban ada satu Malaysia Vision Valley. Kalau di translate kepada Bahasa Malaysia “Lembah Wawasan Malaysia”. Lembah Wawasan Malaysia merangkumi Seremban, Port Dickson dan juga Nilai. Saya difahamkan pembangunan yang bersepadu akan ada, beberapa cluster baru akan diadakan.

Akan tetapi dalam isu Malaysia Vision Valley ini, saya hendak sekali lagi menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa sebenarnya rakyat di Negeri Sembilan, kita memang tidak ada apa-apa harapan hendak ada apa-apa valley. Akan tetapi apa yang rakyat Negeri Sembilan lebih prihatin ataupun kita lebih fokus, satu masalah persekitaran yang dihadapi oleh seluruh rakyat Negeri Sembilan iaitu di Negeri Sembilan kita mempunyai satu-satunya kilang memproses sisa toksik di Malaysia iaitu Pusat Kualiti Alam.

Di sini saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa sebenarnya saya bersama dengan Yang Berhormat Seremban dan juga semua rakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat, kita telah pun membuat satu kempen tandatangan dan berjaya mengutip sebanyak 13,131 tandatangan daripada seluruh penduduk di Seremban dan juga di Negeri Sembilan. Memorandum ataupun tandatangan ini telah pun dihantar kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan menyambut baik cadangan kita.

Beliau memberi alasan bahawa sebab kerajaan negeri terpaksa menerima kewujudan kilang proses sisa tersebut kerana lesen kilang proses sisa tersebut adalah diluluskan oleh Kerajaan Pusat iaitu di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pada masa yang sama, selain daripada memberi tandatangan tersebut kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di Negeri Sembilan, saya sendiri telah mengetuai rombongan dan telah pun menghantar memorandum dengan 13,000 tandatangan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Amat kesal sekali jawapan yang saya baru terima di Dewan yang mulia ini pada minggu lepas telah pun sekali lagi menyatakan lagi kilang memproses sisa toksik ini akan terus kekal di Negeri Sembilan selama 15 tahun lagi.

Tuan Yang di-Pertua, kilang ini telah pun wujud di Negeri Sembilan pada tahun 1995 dan sebenarnya pihak Kerajaan Pusat dan pihak kerajaan negeri telah pun berjanji bahawa kilang tersebut cuma beroperasi selama 20 tahun iaitu sampai tahun ini, 28

final • 4:10 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Februari 2015 tetapi satu hari sebelum kontraknya tamat satu kebakaran yang teruk telah pun berlaku di kilang sisa toksik tersebut. Pada masa itu saya masih ingat lagi pihak bomba telah pun memberi amaran kepada seluruh rakyat di Negeri Sembilan, khususnya mereka yang tinggal di Seremban supaya jangan mendekati kawasan tersebut dalam radius dua kilometer. Jadi, ini menunjukkan apa?

Sebenarnya kewujudan kilang tersebut merupakan satu time bomb yang dikhuatiri oleh seluruh rakyat di Negeri Sembilan. Oleh sebab itu, kita mendapat sokongan daripada rakyat Negeri Sembilan menurunkan tandatangan untuk mendesak pihak kerajaan tutup kilang tersebut dan saya rasa kewujudan kilang tersebut memang tidak adil kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan. Bagi saya juga, saya menganggap pihak Kerajaan Pusat menganggap Negeri Sembilan ini seolah-olah tong sampah. Seluruh Semenanjung Malaysia, semua negeri buang sisa toksik ke Seremban. Saya rasa ini semua, wakil Ahli Yang Berhormat dari Seremban, kita memang tidak bersetuju dan di sini saya sekali lagi ingin menyeru kepada pihak Kerajaan Pusat, carilah tempat yang lebih sesuai. Carilah tempat yang lebih jauh daripada tempat perumahan untuk adakan pelan memproses sisa toksik ini.

Tuan Yang di-Pertua, RMKe-11 telah pun menyentuh banyak perkara di mana pembangunan infrastruktur juga ada menyebut fast train ke Singapore. Di sini saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa sebenarnya di Negeri Sembilan kecuali Seremban sebab Seremban mempunyai satu perkhidmatan kereta api dari Johor sehingga Padang Besar, kalau tidak silap. Cuma landasan di sebelah Pantai Timur iaitu juga melalui Timur Negeri Sembilan iaitu di kawasan Bahau, sebenarnya perkhidmatan KTM ataupun perkhidmatan kereta api ini telah pun dihentikan sejak Januari tahun 2015.

Jadi dengan ketidakwujudan perkhidmatan kereta api di kawasan Timur Negeri Sembilan yang menyambungkan dengan Kemayan, Temerloh Pahang dan juga Kelantan, ia telah pun menyebabkan kesulitan terhadap penduduk-penduduk yang tinggal di sekitarnya. Dalam perkara ini, saya memang amat berharap pihak kerajaan boleh melakukan sesuatu. Ini kerana apa yang saya faham ketika banjir berlaku di Kelantan, kebanyakan daripada landasan telah pun rosak ataupun perlu dibaiki. Itu saya faham. Akan tetapi bagaimana dengan landasan-landasan yang berada di Mentakab, Temerloh dan selepas Temerloh dan ke tempat-tempat yang tidak rosak akibat banjir? Saya berharap perkhidmatan kereta api tersebut dapat diteruskan ke tempat-tempat ataupun ke stesen- stesen yang tidak dipengaruhi oleh banjir.

final • 4:10 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut satu perkara lagi iaitu projek pembangunan kita ataupun RMKe-11 kita memang mempunyai satu fokus di mana kita hendak menjamin kesejahteraan rakyat. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, sebenarnya di Negeri Sembilan di kawasan Seremban, ada sekumpulan penduduk kampung Ulu Temiang lebih kurang 100 buah keluarga daripada mereka kemungkinan akan kehilangan tempat kediaman mereka disebabkan oleh pengambilan tanah oleh pihak pemaju. Sama juga di kawasan Bahau iaitu hometown saya juga mempunyai satu kampung namanya Kampung Baru Chuat, tanah ataupun rumah lebih kurang 40 buah keluarga juga akan diambil alih oleh pihak pemaju. Satu lagi tanah penanaman yang berada di Kampung Jakol iaitu berada di Jelebu juga akan diambil alih oleh pemaju untuk projek-projek tertentu.

Di sini saya ingin menyeru kepada pihak Kerajaan Pusat, walaupun saya faham urusan tanah memang di bawah jagaan kerajaan negeri tetapi dalam perkara ini saya rasa pihak Kerajaan Pusat ataupun kementerian yang berkenaan sekurang-kurangnya perlu memberi sebanyak bantuan yang boleh kepada penduduk-penduduk ini kerana ia melibatkan lebih daripada 100 buah keluarga akan kehilangan kediaman mereka. Jadi dalam perkara ini, saya mohonlah pihak kerajaan kalau boleh saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat yang duduk di sebelah sana, khususnya Menteri-Menteri yang berkenaan boleh turun padang...

final • 4:20 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Ipoh Timur bangun Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Untuk meneliti apa yang sedang berlaku...

final • 4:20 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Boleh minta celah sedikit, pencelahan. Yang Berhormat setujukah dengan saya, kebanyakan kes ini berlaku apabila kerajaan negeri mengurniakan tanah, memberi hak milik kepada pemaju tanpa syarat untuk pemaju ini menyelesaikan masalah-masalah penduduk ataupun setinggan-setinggan yang ada berada di situ. Jadi, adakah ia lebih baik kalau kerajaan kita boleh buat satu polisi di mana ada pengurniaan tanah ataupun memberikan hak milik pemaju bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sebelum mereka ini dibenarkan untuk membangunkan tanah-tanah tersebut. Setuju atau tidak dengan saya?

final • 4:20 PM

Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Rasah.

final • 4:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Saya amat setuju dengan Yang Berhormat Ipoh Timur dan masukkan ucapan Yang Berhormat Ipoh Timur dalam ucapan saya.

final • 4:20 PM

Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Yang Berhormat Rasah boleh sedikit?

final • 4:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Ya, sila Yang Berhormat Jelebu.

final • 4:20 PM

Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya terpanggil untuk bertanyakan ataupun menjelaskan sedikit kepada Dewan berkaitan dengan tanah Gatco yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah. Tanah Gatco ini di kawasan Parlimen saya. Tanah ini asalnya dimajukan oleh NUPW tahun 1970-an. Lama sudah kes ini. Jadi dimajukan secara swasta dan membuat pinjaman. Ini purely business. Jadi apabila NUPW tidak mampu membayar pinjaman, maka tanah itu sudah dilelong dan dibeli oleh pihak tertentu. Maka, tanah itu menjadi milik syarikat yang berjaya. Kerajaan tiada kuasa berkaitan tanah itu. Namun begitu, kerajaan negeri sudah mengambil inisiatif. Sedikit ya Yang Berhormat Rasah ya.

final • 4:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Boleh, boleh, sila.

final • 4:20 PM

Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Sudah mengambil inisiatif untuk mengekalkan sesuatu untuk kepentingan peneroka asal walaupun ia di luar bidang kuasa kerajaan negeri tetapi kebijaksanaan Menteri Besar, dia sudah membantu menyelesaikan.

Penyelesaiannya ialah peneroka asal diberi empat ekar dan peneroka yang keduanya.

Kategori kedua ialah mereka membeli tanah itu daripada peneroka asal dan mereka diberi dua ekar. Ini atas ihsan dan persetujuan syarikat berkenaan dengan jasa baik Kerajaan Negeri Sembilan khususnya Menteri Besar.

Akan tetapi malangnya, pihak yang membeli tanah iaitu peneroka kelas yang kedua tadi menolak. Ini yang menjadi isu dan ia merupakan satu yang di luar kuasa kerajaan tetapi jasa baik Menteri Besar dan ihsan syarikat itu sahaja. Syarikat itu mahu mengorbankan sebahagian daripada hak dia kepada kumpulan peneroka ini. Itu yang saya faham dengan kedudukan. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Jelebu. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jelebu tadi memang benar. Memang ada janji-janji yang menjanjikan enam ekar ataupun empat ekar kepada penduduk ataupun peneroka yang sedia ada. Akan tetapi masalah sekarang tidak ada sebarang black and white ataupun peneroka-peneroka di situ mereka memang kurang yakin terhadap janji-janji tersebut. Saya rasa dalam perkara ini kita boleh bekerjasama untuk memastikan satu win- win situation boleh dicapai agar kesejahteraan peneroka-peneroka di situ dapat dijamin.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara mengenai pengiktirafan sijil UEC. Dalam RMKe-11 ada menyebut tentang pembangunan pendidikan di negara kita. Bagi sijil UEC ataupun Sijil Peperiksaan Bersepadu, sebenarnya sijil ini diterima oleh universiti-universiti terkemuka di dunia ini. Akan tetapi amat malang sekali, sampai hari ini sijil UEC masih tidak lagi boleh diterima secara rasmi sebagai kelayakan kemasukan universiti kerajaan. Pada masa yang sama, graduate UEC juga tidak dibenarkan untuk memohon pekerjaan di sektor kerajaan.

final • 4:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Jadi dalam perkara ini, bagi negara yang memandang berat ataupun memandang serius terhadap modal insan yang telah pun kita membangunkan, yang telah pun kita groom mereka, saya rasa negara kita seharusnya menghargai kewujudan mereka dan memberi pengiktirafan kepada mereka agar mereka ini tidak akan terus belajar di luar negara ataupun bekerja di luar negara. Saya mohonlah pihak Kerajaan Pusat supaya juga dapat menunaikan janji mereka iaitu sebelum PRU13, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun berjanji bahawa pihak Kerajaan Barisan Nasional akan mengarahkan Kementerian Pengajian Tinggi pada masa itu untuk mengkaji macam mana 100% mengiktiraf sijil tersebut.

Jadi saya mohonlah demi pembangunan pendidikan di negara kita, saya memang amat berharap yang pihak kerajaan boleh mengamalkan satu, menunjukkan keterbukaan pihak kerajaan supaya pelajar-pelajar kita tidak perlulah susah payah belajar di luar negeri, selepas itu pelajar di luar negeri terus bekerja di luar negeri. Oleh sebab ini akan merupakan satu brain drain di mana pakar-pakar kita ataupun profesional-profesional kita akan terus meninggalkan negara kita. Sampailah sehingga negara kita adakan TalentCorp untuk menarik balik ataupun mencari mereka, menarik mereka balik untuk berkhidmat di negara kita. Saya rasa daripada peringkat awal, pihak kerajaan boleh melakukan sesuatu untuk mengelakkan brain drain ini terus berlaku.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya rasa rakan-rakan Ahli Yang Berhormat di sebelah Pakatan Rakyat, kebanyakan daripada kita ini dalam ucapan ada menyentuh isu 1MDB. Cuma dalam isu 1MDB ini bagi saya, saya cuma ada satu cadangan di mana saya rasa cadangan itu kalau diambil oleh pihak kerajaan, saya cukup yakin ia sekurang-kurangnya boleh meyakinkan rakyat Malaysia terhadap pemimpin- pemimpin negara kita di mana saya memang memohonlah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Pekan dapat turun diri sendiri di Parlimen untuk menjawab segala persoalan yang ditimbulkan mengenai 1MDB. Saya rasa dengan cara ini, ia akan sebanyak sedikit kembalikan sedikit keyakinan.

Akhir sekali saya memang menyokong sepenuhnya cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk pecatkan mereka yang berada di tertinggi di dalam 1MDB itu agar duit rakyat Malaysia dapat diselamatkan. Sekian daripada saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Lipis.

final • 4:30 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya turut serta dalam perbahasan pada petang ini.

Saya merakamkan ucapan terima kasih. Pertamanya, saya ingin juga turut serta merakamkan ucapan tahniah atas pembentangan dan turut serta dalam membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas pada kali ini.

Saya melihat daripada beberapa perbahasan sebentar tadi, saya kira ada yang tidak berapa adil kerana membuat perbandingan tahun 1969, tahun 1970 dan perbandingan sekarang. Kalau kita melihat daripada perbandingan tahun 1969 umpamanya, saya kira saya berbahas pada hari ini, saya tidak dapat menyampaikan perbahasan tersebut kerana pada tahun 1969, saya masih kanak-kanak. Jadi saya tidak ingat waktu tahun 1969. Kalau saya melihat dari tahun 70-an ataupun tahun 80-an sehinggalah tahun 2000, maknanya negara kita telah mengorak langkah yang begitu maju sekali.

final • 4:31 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Kita setiap rancangan, sepuluh rancangan telah diselesaikan di bawah kepimpinan beberapa Perdana Menteri yang terdahulu. Daripada Allahyarham Tunku Abdul Rahman sehinggalah sekarang ini, Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib, sentiasa memikirkan soal rakyat. Kalau tidak maju lagi, tidak mungkin kita dapat membina MRT, high speed train umpamanya, yang begitu ketara sekali. Akan tetapi dalam soal ini, dalam soal memajukan negara ini, kita banyak juga melihat daripada segi beberapa kesan utama. Kalau kita melihat dari segi kesan di bandar sahaja umpamanya, kita melihat atas kemajuan tersebut kerana mempunyai tren laju tetapi dalam soal ini, kita juga kena memikirkan beberapa persoalan khususnya kepada masyarakat luar bandar.

Kalau saya menyentuh soal masyarakat saya sendiri iaitu di dalam Parlimen Lipis, kebanyakannya, beberapa kali saya menyebut, kebanyakannya 70% orang petani. Dalam soal hari ini, kita selalu menyebut, beberapa Ahli Parlimen sudah menyebut tentang soal harga getah yang begitu rendah sekali. Maknanya, walaupun ada sedikit peningkatan pada hari ini tetapi dalam soal ini, kita kena memikirkan bagaimana kita hendak membantu mereka iaitu masyarakat luar bandar ini.

Saya juga merakamkan ucapan tahniah kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana telah mengorak langkah kepada melaksanakan program perusahaan kecil dan sederhana iaitu program yang telah dibawa ke luar bandar.

Maknanya program ini seharusnya dipertingkatkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya kita dapat mewujudkan IKS ini di luar-luar bandar supaya mereka dapat berdikari. Selain daripada pertanian itu sendiri, mereka boleh mengusahakan langkah- langkah tersebut bagi memastikan pendapatan mereka di mana sasaran kita menjelang tahun 2020 iaitu USD15,000. Bukan satu perkara yang mudah sebenarnya. Bukan satu perkara yang mudah kalau kita hendak melaksanakan perkara tersebut.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak memberi contoh. Kalau mengambil contoh Central Spine Road (CSR) yang telah menghubungkan dari Kuala Krai ke Simpang Pelangai, Pahang dan sehinggalah ke Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, sudah pasti memberi kesan yang positif kepada masyarakat setempat. Akan tetapi dalam soal itu, saya juga tidak ketinggalan untuk menyebut soal pembangunan di dalam kerajaan negeri saya sendiri, Kerajaan Negeri Pahang khususnya dalam pembangunan di kawasan Pahang Barat yang melibatkan antara Lipis, Raub, Bentong, Jerantut, Kuala Krau, Cameron Highlands yang meliputi Pahang Barat, sudah pastilah pembangunan-pembangunan ini amat diperlukan.

Saya menyebut tadi soal kesan dari laluan tersebut. Laluan tersebut amat penting tetapi beberapa buah laluan yang lain masih diperlukan. Oleh sebab ini Rancangan Malaysia Kesebelas, saya mengambil kira beberapa faktor. Ingin saya sebutkan lagi.

Sebelum ini saya sudah beberapa kali saya sebut dan nyatakan tetapi walau bagaimanapun, saya berharap supaya dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini, tempat kami ini tidak ketinggalan khususnya antara jalannya ialah Tanjong Malim-Raub, Lipis- Krambit, Mela-Jerantut, Jerantut mungkin sambung ke Kuala Krau, Temerloh dan sehinggalah ke Kuantan. Menaik taraf jalan perhubungan yang sangat baik kepada satu perusahaan yang utama iaitu di Cameron Highlands, jalan antara Berchang-Sungai Koyan yang juga melibatkan supaya kita dapat membantu kawasan-kawasan persisiran itu boleh menambah pendapatan dengan beberapa perkara yang boleh mereka mungkin bangunkan untuk mengusahakan diri mereka itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut daripada segi soal kepentingan masyarakat juga. Umpamanya daripada segi kepentingan masyarakat, banyak perkara yang harus dihalusi oleh pihak kerajaan dalam menghadapi cabaran yang sangat penting menjelang tahun 2020 dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini, beberapa perkara utama. Walaupun saya tahu pihak pembangkang juga akan mengatakan perkara yang sama tentang pembangunan khususnya di luar bandar, masih terdapat kawasan-kawasan yang menghadapi bekalan air umpamanya. Bekalan air ini bukan saya katakan bekalan air ini tidak dapat dinikmati tetapi bekalan air ini apabila berlakunya kemajuan dalam kawasan kita, kalau dahulu sasaran JBA - kalau nama lamanya di Pahang JBS tetapi sekarang ini PAIP. Sasarannya hanya untuk 100 buah rumah sahaja tetapi sekarang telah meningkat kepada hampir 200 hingga 300 buah rumah. Maka paip-paip tersebut perlu diganti. Ini permohonan daripada saya kerana ia amat penting. Berlaku kekerapan putusnya air di kawasan-kawasan di Kuala Lipis itu sendiri.

final • 4:31 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Maka saya memohon supaya dipertingkatkan peruntukan untuk membaiki permohonan air tersebut untuk membaiki loji-loji yang sudah lama, untuk membaiki paip- paip yang mungkin suatu ketika dahulu kecil, sekarang diperlukan lebih besar. Daripada dua inci mungkin kepada enam inci supaya seluruh kampung ini tidak tergendala oleh bekalan air ini sendiri. Jadi saya memohon supaya pihak kerajaan mengambil satu daya inisiatif untuk memastikan bekalan air dalam kawasan Parlimen Lipis khususnya dan juga di dalam negeri Pahang seperti Raub yang telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Raub, yang telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Jerantut sebelum ini. Kita sangat penting sekali soal air ini.

Saya juga mengharapkan supaya pihak kerajaan - pernah saya nyatakan supaya kita memantau kawasan-kawasan bukit khususnya Cameron Highlands. Baru-baru ini kita digemparkan dengan pencerobohan haram. Jadi sekarang ini Cameron Highlands ini telah membekalkan kami air yang keroh yang menyebabkan sungai-sungai ini tidak dapat diproses untuk menjadi air bersih. Jadi saya mengharapkan supaya pihak kerajaan dan pihak Menteri yang berkenaan, sebagaimana saya pernah mencadangkan supaya helikopter-helikopter tidak menggunakan pemandu supaya dapat memantau kawasan- kawasan seperti ini yang mana berlaku pencerobohan haram, mencuri balak haram dan sebagainya yang haram, meneroka tanah haram, perkara-perkara haram ini dapat dipantau dengan lebih baik.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal agenda ini, saya juga ingin membangkitkan beberapa perkara dalam membincangkan agenda mempertingkatkan potensi belia. Saya tidak dapat lari daripada mengidamkan sebuah penempatan pendidikan yang lebih baik di kalangan golongan belia. Saya di Lipis umpamanya, kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak 1,200 ekar tanah untuk dibina pusat pengajian tinggi iaitu suatu ketika ada perancangan telah diluluskan sebuah UiTM untuk dibina di Lipis tetapi malangnya telah dibina di Raub. Di Raub walaupun bukan dalam kawasan Parlimen Barisan Nasional tetapi kerajaan tidak memikirkan soal itu, telah dibina di Raub.

Saya mencadangkan supaya sekiranya UiTM tidak lagi berhajat untuk membina, saya mencadangkan supaya ia diberi kepada pusat pengajian tinggi lain untuk membina universiti di dalam kawasan ini. Perkara ini sebenarnya telah dimaklumi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, telah mengetahui hal ini. Mungkin dalam perancangan beberapa buah universiti lagi untuk dibina seperti universiti pertahanan, mungkin boleh dibina di kawasan tersebut memandangkan Lipis ini juga merupakan kawasan yang dikelilingi hutan. Mungkin boleh dapat membantu daripada segi aspek membangunkan dalam kawasan Lipis ini yang saya kira kalau mengharapkan zuriat daripada penduduk Lipis ini, rasanya sudah tidak boleh hendak ramai sangat.

final • 4:31 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Zuriat daripada penduduk Lipis yang hanya ada 90,000 penduduk yang mungkin expired pun dah banyak tetapi kita mengharapkan supaya dengan universiti ini, dapatlah masuk satu kemasukan yang besar manusia ke dalam kawasan kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kepada Tuan Yang di-Pertua supaya juga beberapa perkara yang dapat dilakukan umpamanya. Saya tidak lain tidak bukan merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Menteri yang telah dalam program banjir di Lipis baru-baru ini, telah dapat diusahakan hampir sepenuhnya siap. Jadi beberapa perkara yang masih diperlukan untuk menghadapi musim banjir akan datang seperti penempatan-penempatan perpindahan yang melibatkan juga beberapa tempat supaya dapat dibina seberapa segera kerana banjir ini saya percaya boleh berlaku pada bila-bila masa. Dalam keadaan suasana yang balak sudah habis untuk daya tahan bukit dan sebagainya, maka saya percaya banjir ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon supaya banyak perkara yang harus dapat kita lakukan seperti rakan-rakan tidak lari daripada membangkitkan soal GST. Kaedah penguasaannya, kaedah dan sebagainya. Mungkin dahulu perkara ini banyak yang telah dinyatakan oleh sama ada pihak sana ataupun pihak sebelah sini. Jadi saya berpendapat

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

beberapa perkara yang harus juga kita mengambil langkah daripada segi pihak kerajaan sendiri menyatakan berapakah jumlah tangkapan yang dibuat, menyatakan berapakah rondaan, berapakah kita telah mengenal pasti kedai-kedai yang dapat melaksanakan dengan baik. Adakah ini semua dapat kerajaan lakukan untuk memastikan bahawasanya GST ini dapat berjalan dengan baik walaupun kita tahu ada portalnya dalam Kementerian Kewangan berkenaan GST tetapi walau bagaimanapun, kita kena melihat daripada segi aspek beberapa perkara.

Saya tak nafikan sebenarnya kalau tadi Yang Berhormat Rasah mengatakan kerajaan banyak menyalahkan pihak pekedai. Mungkin ada juga kesilapan daripada kerajaan tetapi ada juga dari kedai. Kalau saya mengambil contoh, saya sendiri berlaku.

Sebelum 1 April 2015, satu barangan yang memang setiap kali saya pergi ke kedai tersebut, saya membeli. Saya nak sebutkan harganya, harganya RM3.50 barangan tersebut sebelum GST tetapi pada 1 April 2015, tepat 1 April 2015, saya pergi beli. Saya beli dengan harga RM3.80, kemudian dalam resit ada lagi GST. Inilah maknanya yang kerajaan katakan kedai-kedai ini mengambil kesempatan. Naikkan 30 sen, dalam resit ada GST lagi.

Maknanya berapa kali dia nak ambil? Sudahlah dinaikkan harga, GST tetapi ditulis. Saya beli satu barang lagi, RM6.50 dia naik RM6.80, dalam resit ada lagi tulis GST.

Maknanya ini yang dikatakan kedai-kedai tersebut, kartel-kartel tersebut tidak langsung endah apa yang hajat kerajaan supaya menjadi kebaikan kepada rakyat. Memang betul sepatutnya harga semakin murah apabila kita tolak SST, GST campur balik GST. Kalau RM10 kita jimat 40 sen tetapi tidak berlaku. Maka saya mengharapkan supaya kerajaan untuk memantau sehabis baik dan tangkap, dibicarakan, didenda kerana kita telah memberi maklumat-maklumat ini begitu lama sekali.

Jadi saya mengharapkan supaya kerajaan mestilah meningkatkan penguatkuasaan. Kalau tak cukup, kita tambah. Mungkin boleh di kalangan NGO, kita melihat sebenar. Saya melihat di Lipis sendiri kekurangan rondaan, banyak yang mengadu mengatakan berbagai-bagai perkara kepada saya dan saya sendiri pergi semak. Memang ada ketikanya benar apa yang diperkatakan oleh mereka ini. Maknanya saya katakan kerajaan berhasrat baik untuk melaksanakan GST tetapi bagaimanakah sikap kartel-kartel ini sendiri...

final • 4:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Mencelah.

final • 4:40 PM

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

...Untuk mengambil kesempatan daripada perkara tersebut.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 4:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lipis beri saya ruang sikit. Saya tertarik pasal GST tadi ini. Sebenarnya GST ini banyak membantu daripada segi memberi harga yang sepatutnya dibeli oleh rakyat. Contohnya baru-baru ini kita dulu tak pernah dengar 50 tahun ini orang jual bendi lebih kena dakwa. Kita tak pernah dengar orang meniaga makanan di hotel di Shah Alam dia kena dakwa. Baru-baru ini di AEON di Melaka, RM1.20 naik RM1.50, akhirnya didenda berjumlah RM150,000 dan saya tak pernah dengar selama ini 600 lebih tengah menunggu nak didakwa ini sebab suka-suka hati naik harga.

Saya ingat kalau inilah kesannya, akhirnya harga akan turun dan rakyat akan mendapat sebenar-benarnya hasil daripada GST ini. Di samping tambah cukai, harga pun dapat dikawal. Jadi saya ingat ini tambahan dua ini, satu cukai akhirnya rakyat dapat dan juga harga dapat dikonsolidasikan dengan yang sepatutnya. Jadi adakah ini sebenarnya yang selalu patut kita uar-uarkan, bukannya perkara-perkara yang negatif. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Lipis? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi. Sebut kena betul.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

[Ketawa]

final • 4:40 PM

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Sebenarnya saya sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ayat mana yang nak sebut betul-betul Yang Berhormat?

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kawasan dia Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Oh, kawasan.

final • 4:40 PM

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Kawasan dia, saya tak benarkan Yang Berhormat Parit menyebutnya.

final • 4:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Sebenarnya itu yang kita harapkan. Oleh sebab itu saya katakan tadi, penguatkuasaan. Adakah penguatkuasaan tidur? Tidak dapat melaksanakan tugas ataupun tidak mencukupi kakitangan? Saya bercakap mungkin agak keras kerana seharusnya kekerasan ini dilakukan. Perdana Menteri kita orang yang sangat baik, orang yang sangat lembut, orang yang sangat bertolak-ansur.

Kita tidak mahu menyerang antara satu sama lain tetapi dalam soal ini, dalam soal yang mereka menyerang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita seharusnya mempertahankan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu sendiri.

[Tepuk] Itu sebenarnya kepimpinan yang dipilih. Tidak boleh ketawa Yang Berhormat Seputeh, ini kepimpinan yang telah dipilih. Kita wajib menerima sebaik mungkin kepimpinan terpilih ini. Kalau telah dipilih orang lain kemudian, kita juga menerima. Itu kepimpinan masa itu. Jadi sekarang ini kita soal, kita pertahankan. Yang Amat Berhormat hendak melaksanakan benda yang baik, perkara yang baik, sebab itu untuk kemudahan rakyat.

Mungkin dia punya pelaksanaan sahaja yang tersilap, mungkin boleh dibaiki. Mana ada 162 negara GST dibuat terus selesai masalah, tak selesai. Setahun makan masa baru selesai.

Maknanya dalam masa setahun atau dua tahun ini, mestilah pihak penguatkuasaan ini mestilah melakukan perkara yang terbaik untuk demi kesejahteraan rakyat.

Saya sangat yakin sebenarnya sebab itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pernah berkata, beri kita kesempatan untuk memperbaiki kesilapan. Begitu juga dengan 1MDB umpamanya. Kalau ikutkan ada Ahli PAC dalam Dewan ini bercakap di luar sedangkan sudah termaktub di dalam Perlembagaan itu sendiri di bawah 85, siapa Ahli PAC tidak boleh menghujahkan di dalam Parlimen.

[Tepuk] Ini masalahnya, ini masalah yang timbul yang sepatutnya tidak boleh. Dia sebagai ahli, dia bangkitkan boleh meragukan dalam siasatan PAC kepada 1MDB tersebut sebab 1MDB ini kita biarkan dulu, beri keyakinan. Selepas PAC...

final • 4:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak sentuh sikit tentang Public Accounts Committee. Sepatutnya di luar negara, Public Accounts Committee ini, perkataan “public” ini perlu dipublickan. Bukan disimpan secara rahsia dan sebagainya.

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

Standing order, standing order.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kalau, kalau. That is why, saya faham standing order, saya faham. Dengarlah, ini masalahnya. Dengar dulu. Tadi beberapa hari ini kita sedang cakap tentang Parliamentary reform. So salah satu reform yang kita perlu lakukan adalah juga kepada standing order tersebut di mana PAC sepatutnya boleh membuat pengumuman secara terbuka.

final • 4:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

It is because, we go back to the spirit of the Public Accounts Committee itself. So setuju atau tidak Yang Berhormat, dalam perangkaan kita, perincian kita untuk memperbaiki Parliamentary reform, standing order yang kena-mengena dengan PAC itu pun perlu diperbaiki. Apa pendapat Yang Berhormat?

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya mengambil daripada perundangan negara kita. Kita tidak mengambil perundangan negara lain. Saya mengambil pandangan saya sendiri.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Standing Order 85 Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Ya, dalam Perkara 85, “The evidence taken before any Select Committee and any documents presented to such committee shall not be published by any members of such committee, or by any other person, before the committee has presented its report to the House.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya minta pandangan untuk memperbaiki. Parliamentary reform. Itu saya boleh baca, saya tidak ada masalah. Saya akur, saya faham. Saya minta pendapat, adakah Yang Berhormat terbuka untuk Parliamentary reform, the spirit of Parliamentary reform? Banyak dekat sini bercakap tentang Parliamentary reform. Apa salahnya kita duduk, bukan sahaja memperbaiki dan memperkukuhkan semangat Tuan Yang di-Pertua, sebagai satu separation of powers, kita juga memperbaiki Standing Order 85 itu. Apa salahnya? Itu pendapat yang saya hendak.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Okey, terima kasih. Dalam soal ini, saya bercakap pada hari yang saya berdiri ini. Saya bukan bercakap soal hari esok. Hari esok kalau Yang Berhormat Kapar hendak bawa usul ini, bawalah, tidak ada masalah.

Kalau kita rasakan pendapat itu baik, kita menyokong.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Buat masa ini tidak ada pendapatlah?

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Buat masa ini saya berdiri atas - yang saya pegang ini atas perlembagaan yang ditunjukkan oleh Tuan Yang di-Pertua tadi.

Saya berpegang kepada itu.

final • 4:50 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

You are not allowed to have your opinion; you are not brave enough to make your own opinion today. You are not brave enough.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Sekarang ini tidak.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

So simple said, you are not brave enough.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Sekarang ini tidak.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kapar. Duduk Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Okay fine, thank you.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Sekarang ini Yang Berhormat Kapar kena faham dalam keadaan situasi saya sekarang ini, tidak.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

‘Situasi saya’, bermaksud dia tidak berani commit kepada Parlimen ini. Apa situasi kalau dia tidak berani untuk Parliamentary reform? Okay, fine. Thank you Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, tidak payah macam itu.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Saya itu sebenarnya, kadang- kadang kita tidak menghormati...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Timur bangun Yang Berhormat. Bagi?

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

...Perlembagaan yang kita junjung...

final • 4:50 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Yang Berhormat Ipoh Timur bangun hendak minta penjelasan.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Saya tidak benarkan.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak dibenarkan.

Duduk Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Oleh sebab saya sudah tinggal lagi beberapa minit sahaja, Tuan Yang di-Pertua akan memberhentikan. Saya tidak takut, saya boleh duduk tetapi masa saya tinggal beberapa minit saja lagi.

final • 4:50 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Yang Berhormat...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bagi Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Kalau Tuan Yang di-Pertua beri kebenaran kepada saya 10 minit lagi, saya duduk.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak boleh Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Tuan Yang di-Pertua tidak benarkan. Maknanya, saya hendak beritahu saya berpegang kepada prinsip yang saya berdiri sekarang ini daripada buku tersebut.

final • 4:50 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Yang Berhormat, hendak minta penjelasan standing order yang telah dibangkitkan oleh anda.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Saya mengikut Perlembagaan di bawah 85.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Saya tak nak menjawab soalan Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Timur, perbahasan Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Akan tetapi saya hendak beritahu itulah soalnya, kita yang menjunjung perlembagaan dalam Parlimen ini. Kita yang menjunjung, mestilah kita mengikut peraturan ini. Kenapakah kita harus melanggar peraturan ini? Kalau tidak suka atas perkara itu, letak jawatan.

final • 4:50 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Bagi saya peluang minta penjelasan Yang Berhormat Lipis.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia tidak bagi.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Saya tidak bagi sebab masa sudah tinggal beberapa minit.

final • 4:50 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Yang Berhormat, sebab Yang Berhormat tengok TV bercakap tentang Standing Order 85. Saya hendak tanya fasal ini, singkat sahaja. Satu soalan sahaja. Bagi?

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Saya tidak benarkan sebab saya berpegang kepada prinsip saya mengatakan bahawasanya kita berpegang kepada perlembagaan yang ada pada hari ini. Tidak ada perkataan lain yang selain daripada itu.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya itu adalah penghujahan akhir saya sebenarnya. Akan tetapi cuma dalam beberapa perkara yang kita bangkitkan dalam soal ini.

Itu sebab saya katakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah mengumumkan, beri dia sedikit masa. Jadi, kita beri sokongan kepada Yang Amat Berhormat untuk memperjelaskan perkara ini sehabis baik dan insya-Allah dia akan hadir dalam Dewan ini memberi penjelasan sehabis baik tentang perkara 1MDB tersebut. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Gopeng.

final • 4:50 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk memberi peluang kepada saya untuk turut bersama dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas. RMKe-11 adalah satu pelan strategik yang melakar perjalanan pembangunan masa hadapan Malaysia demi mencapai matlamat sebagai sebuah negara yang maju dan inclusive. Pelan ini seharusnya memberi hala tuju yang jelas untuk mengubah dasar dan memberi panduan peruntukan sumber.

Kita mengharapkan dokumen RMKe-11 ini sebagai satu dokumen yang serius dengan fakta yang betul dan jelas serta unjuran yang realistik. Malangnya, dokumen RMKe- 11 lebih merupakan satu alat propaganda yang disediakan oleh pihak konsultan dan bukan dokumen rasmi dari pakar-pakar ekonomi. Rumusan saya berlandaskan kepada tiga fakta.

Pertama, kegagalan dokumen tersebut untuk mengulas dan mengkaji prestasi RMKe-10 dan rancangan lima tahun sebelum ini dengan objektif. Kedua, pencapaian semasa RMKe- 10 diperbesarkan melalui statistik yang mengelirukan. Ketiga, ada percanggahan antara objektif dan pelan yang dirangka.

Kita lihat kepada prestasi RMKe-10 dan rancangan lima tahun sebelum ini.

Pencapaian atau kegagalan RMKe-10 seharusnya dikaji dengan teliti dan objektif. Kayu pengukur yang paling penting untuk menilai pencapaian RMKe-10 adalah pertumbuhan ekonomi mengikut KDNK. Pagi tadi kita telah dengar daripada Yang Berhormat Pandan berkenaan dengan prestasi sebelum ini.

Mengikut RMKe-10, sasaran pertumbuhan KDNK sepanjang RMKe-10 adalah 6%.

Akan tetapi purata pertumbuhan KDNK untuk tahun 2011 hingga tahun 2015 adalah sekadar 5.3%. Kebetulan jurang perbezaan yang ketara antara yang disasarkan dan dicapai di setiap rancangan lima tahun sebelum ini sudah menjadi perkara biasa. Sebagai contoh, sasaran pertumbuhan RMKe-7 adalah 8%, pencapaian 4.7%. Sasaran RMKe-8 7.5% tetapi pencapaian 4.5%. Sasaran RMKe-9 6%, pencapaian 4.2%. Mungkin kita boleh salahkan krisis kewangan Asia semasa RMKe-7, krisis Dot.Com semasa RMKe-8, krisis subprime semasa RMKe-9 tetapi semasa sepanjang RMKe-10, kita gagal walaupun tidak ada sebarang krisis ekonomi di dunia ataupun di rantau. Adakah seterusnya unjuran pertumbuhan ekonomi pada purata 5% hingga 6% KDNK sehingga tahun 2020 akan menjadi realiti memandangkan rekod sebelum ini?

Kalau kita lihat kepada defisit semasa RMKe-10, kerajaan janji akan kurangkan defisit bajet daripada 5.3% KDNK pada tahun 2011 kepada 2.8% pada tahun 2015. Akan tetapi defisit untuk tahun 2015 berada di tahap 3.2% KDNK. Di manakah disiplin fiskal kerajaan? Bolehkah kita percaya bahawa perbelanjaan seimbang akan tercapai menjelang tahun 2020?

Kita lihat dalam RMKe-10 juga senaraikan langkah membanteras rasuah sebagai satu dari enam NKRA. Langkah seperti Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 telah diluluskan dan dikuatkuasakan. Saya ingin tanya Yang Amat Berhormat Pekan, berapakah orang pemberi maklumat yang telah dilindungi mengikut akta tersebut sejak tahun 2010? Di sebalik semangat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, tindakan penguat kuasa untuk mendakwa Yang Berhormat Pandan di bawah Akta BAFIA 1989 kerana mendedahkan skandal Projek Pusat Feedlot Nasional serta siasatan pembocoran dokumen pembelian tanah Tabung Haji dari 1MDB telah menunjukkan bahawa pemberi maklumat bukan sahaja tidak dilindungi tetapi menjadi mangsa selepas pendedahan salah guna dana awam.

final • 4:54 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Oleh sebab itu, walaupun kedudukan Malaysia berada di tempat ke-47 pada tahun 2008 mengikut CPI di bawah Transparency International, kini duduk di tempat ke-50.

final • 5:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Mengikut kaji selidik Asia Pasific Ford Survey Series 2013 oleh Ernst & Young yang dilaporkan pada tahun lepas, Oktober 2014, di antara pemimpin business antarabangsa, Malaysia dikelaskan antara negara yang paling corrupt di rantau ini. Jadi sekiranya kita gagal mempelajari dari kelemahan dan kesilapan yang lampau, pasti kesilapan tersebut akan berulang. Ingin saya dengan izin Tuan Yang di-Pertua, memetik apa yang disebut oleh bekas Perdana Menteri Britain dan wira Perang Dunia Kedua iaitu Sir Winston Churchill, dengan izin, “those that failed to learn from history are doomed to repeat it.” Kalau kita lihat statistik yang saya sebutkan tadi, statistik yang kelirukan untuk membesarkan pencapaian RMKe-10. Saya rujuk kepada muka surat 8-3 dalam pengisytiharan pencapaian RMKe-10, sumbangan mengikut sektor khususnya sektor perkhidmatan disenaraikan sebagai jumlah RM2,550 bilion. Ini kebetulan adalah jumlah untuk lima tahun semasa RMKe-10. Sejak bilakah statistik ekonomi dilaporkan mengikut jumlah lima tahun dan bukan mengikut setiap tahun? Ini jelas merupakan satu usaha pihak konsultan yang menyediakan dokumen ini untuk kelirukan rakyat.

Kebetulan kalau kita lihat pertumbuhan sektor perkhidmatan gagal mencapai sasaran RMKe-10. Pencapaian sektor perkhidmatan semasa RMKe-10 adalah purata pertumbuhan 6.3% iaitu jauh lebih rendah daripada 8.8% seperti mana yang disasarkan.

Kalau kita rujuk kepada muka surat 6-3 berkenaan dengan projek tebatan banjir. Sebanyak 194 projek tebatan banjir telah dilaksanakan sepanjang RMKe-10 dan sejuta rakyat dikatakan dilindungi daripada banjir semasa RMKe-10. Saya pasti kepada 300 ribu mangsa banjir dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Kangsar dan Kampung Gajah di Perak, kenyataan tersebut bagai letak garam atas luka yang dalam. Mereka pasti tertanya-tanya kenapa banjir masih berlaku walaupun berbilion-bilion ringgit dibelanjakan untuk tebatan banjir.

Kalau kita lihat berkenaan dengan objektif RMKe-10 dan pelan yang bercanggah.

Sebagai contoh untuk carbon footprint, intensiti pelepasan gas rumah kaca. Dalam RMKe- 11 telah mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca sebanyak 40% pada 2020 berbanding paras pada tahun 2005. Akan tetapi apabila kita merujuk kepada unjuran sumber tenaga, khususnya tenaga boleh baharu mengikut sumber muka surat 6- 17, menunjukkan dasar RMKe-11 membelakangkan tenaga solar walaupun potensi sumber solar begitu besar. Untuk tahun 2014, jumlah kapasiti pelepasan untuk solar photovoltaic adalah 160MW iaitu 66% dari jumlah 243MW keseluruhan kapasiti terpasang tenaga boleh baharu. Manakala sasaran untuk tahun 2020 adalah sekadar 9% daripada jumlah 2,080MW iaitu 187MW dan ini merupakan penambahan sebanyak 17% sahaja ataupun 27MW sehingga tahun 2020 Pasti sebahagian besar penambahan tersebut akan diberikan kepada solar farm besar-besaran yang dimonopoli oleh syarikat besar seperti 1MDB. Bagaimanakah rakyat biasa dapat menyumbang dan menikmati industri solar ini walaupun mereka menyumbang kepada tenaga boleh baharu melalui bayaran 1.5% dari bil elektrik sebagai dana SEDA?

Saya menyeru kerajaan supaya mengkaji semula kuota yang diberikan untuk tenaga solar yang merupakan satu-satunya sumber tenaga boleh baharu di mana rakyat biasa boleh terlibat secara langsung. Kalau kita lihat kepada campuran penjanaan elektrik muka surat 7- 38, peratusan penggunaan arang batu akan meningkat sebanyak 10% daripada jumlah sumber kuasa iaitu dari 43% kepada 53% menjelang tahun 2020.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Bayan Baru bangun Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Biar saya habiskan ayat ini. Ini diiringi penurunan penggunaan gas asli sebanyak 11%. Walaupun kerajaan janji akan kurangkan carbon footprint, kenapa gas asli diganti oleh arang batu? Bukankah arang batu jauh lebih mencemar dibanding dengan gas asli? Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 5:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Gopeng, saya difahamkan bahawa setiap kali kuota untuk rakyat biasa untuk mendapatkan photovoltaic solar feed-in-tariff, lepas buka saja dalam satu hari, ia sudah habis kuotanya.

Selalunya kuota untuk rakyat biasa susah dapat. Maksudnya tadi, satu hari sudah habis tetapi kuota untuk industri selalunya gagal dilaksanakan. Selalunya ada yang sudah mendapat daripada company-company besar, mereka projek ditunda atau gagal dilaksanakan.

Saya hendak tarik perhatian kepada Yang Berhormat Gopeng adalah di kawasan Taiwan yang saya pernah lawat, solar farm, mereka memberi kepada SME yang lebih kecil, kepada rakyat ada, kepada peniaga-peniaga kecil dan mereka open tender untuk mendapatkan rate yang - kerajaan akan dapat rate yang lebih bagus daripada service provider. Kerajaan dapat keuntungan yang besar dan company kecil pun boleh mendapat feed-in-tariff. Jadi, saya minta pandangan Yang Berhormat Gopeng tentang kaedah tersebut.

final • 5:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Saya setuju sangat. Oleh kerana kalau kita lihat pengagihan kuota untuk solar photovoltaic ini khususnya saya lihat misalannya SEDA, peruntukkan kuota 5MW kepada 1MDB tanpa tender, melalui rundingan terus. Untuk rakyat biasa, kita terpaksa merebut untuk kuota yang terhad.

Kita juga tahu bahawa kita sedang membangunkan industri solar photovoltaic di beberapa negeri di Kedah, di Selangor dan sebagainya. Kenapa tidak dipertingkatkan kuota untuk solar photovoltaic, khususnya untuk rakyat biasa? Jadi, ini tiga sebab yang saya katakan tadi, di mana saya rasa untuk dokumen RMKe-11 ini lebih kepada dokumen propaganda dan bukan satu dokumen ekonomi ataupun satu dokumen pelan strategik yang objektif.

Sebelum saya akhir, saya ingin merujuk kepada sektor kesihatan. Walaupun RMKe-11 menyatakan hasrat untuk mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan berkualiti, tidak ada komitmen yang spesifik dari segi penambahan peruntukan untuk penjagaan kesihatan. Jumlah bajet Kementerian Kesihatan pada tahun 2013 adalah RM23.3 bilion dan ini merupakan 8% daripada jumlah keseluruhan bajet nasional.

final • 5:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Ini kalau banding dengan purata global sebanyak 12%, memang tidak mencukupi walaupun 52% dari jumlah perbelanjaan untuk kesihatan seluruh Malaysia adalah dari pihak kerajaan. Jumlah keseluruhan tersebut untuk kesihatan di Malaysia adalah sekadar 4.2% daripada KDNK iaitu jauh lebih rendah daripada 8% sebagai purata global. Jelas sekali bahawa perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan agak kekurangan.

Sekiranya Malaysia ingin mencapai status negara maju, pasti keperluan untuk kesihatan akan meningkat dan sumber tersebut harus datang daripada sektor awam untuk memastikan keberkesanan kos. Maka, RMKe-11 sepatutnya memberi komitmen menambah peruntukan serta sekurang-kurangnya 12% dari jumlah bajet menjelang tahun 2020. Ini jumlah minimum dan saya telah buat pengiraan, kalau kita darab 12% ke unjuran revenue tahun 2020 iaitu RM326.4 bilion, kita dapat RM39 bilion. Ini sepatutnya menjadi sasaran supaya kita harapkan peruntukan untuk Kementerian Kesihatan akan meningkat sehingga RM39 bilion pada tahun 2020.

Saya tidak menafikan bahawa memang ada pencapaian semasa RMKe-10 kalau kita lihat muka surat, kalau kita rujuk kepada misalannya peratusan tenaga kerja kaum wanita telah meningkat daripada 46.4% kepada 53.6% pada tahun 2014, dijangka akan sampai 55% pada tahun ini. Kalau kita lihat bekalan elektrik telah meningkat khususnya untuk kawasan desa, meningkat kepada 98% dan bekalan air untuk kawasan desa meningkat sehingga 94%.

Akan tetapi sekiranya jika kerajaan ingin ‘Take the bulls by the horns’ dengan izin, kerajaan seharusnya jujur dan berani mengakui kelemahan dan kegagalan supaya kerajaan boleh memimpin dan membantu kita untuk terus bergerak ke hadapan. Jangan jadikan dokumen RMKe-11 sebagai alat propaganda tetapi satu pelan strategik yang betul-betul menjadi, satu pelan strategik yang boleh membantu mencapai matlamat negara maju dan inclusive. Cadangan saya mohon dipertimbangkan.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Gerik.

final • 5:10 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin berbahas berkenaan dengan Rancangan Malaysia Kesebelas yang kita rasakan pembentangannya kesinambungan daripada rancangan Malaysia yang sebelum ini. Kita mengharapkan pada tahun 2020, rancangan tersebut sedikit sebanyak akan berjaya dan memberi kesan kepada penduduk-penduduk di negara ini.

Saya lebih tertumpu kepada Parlimen saya iaitu Parlimen Gerik iaitu yang pertama, saya minta supaya dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini pihak Kementerian Pendidikan mengkaji semula proses kenaikan pangkat menjadi pengetua dan guru besar yang mensyaratkan mesti ambil kursus NPQEL. Sebenarnya yang kita hendak bentuk manusia. Pelajar-pelajar juga manusia, maka berlakulah pelbagai rungutan. Pihak penolong kanan tidak boleh naik. Seharusnya Kementerian Pendidikan kena tengok semula, biar dilantik sebagai pengetua dan guru besar. Selepas mereka dilantik sebagai pengetua dan guru besar, pergilah berkursus. Ini boleh memastikan prestasi mereka sebagai pengetua dan guru besar tadi dalam hendak membentuk modal insan yang baik, minda kelas pertama pada tahun 2020.

Perkara yang kedua, saya berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan juga kerana telah memilih dalam Parlimen saya di kawasan Orang Asli dua sekolah, Sekolah Kebangsaan RPS Kemar dan juga Sekolah Kebangsaan Banun menjadi K9 dengan maksud sekolah rendah dan sehingga tingkatan tiga. Harapan saya dalam hendak menuju tahun 2020 supaya terutamanya di Sekolah Kebangsaan RPS Kemar terus diwujudkan satu sekolah menengah untuk membolehkan masyarakat Asli tidak berulang ke tempat yang lebih jauh tetapi mendapat pendidikan sehingga Tingkatan 5 dalam perkampungan mereka.

Perkara yang seterusnya yang saya ingin kemukakan supaya dalam Parlimen Gerik tidak ada sekolah asrama penuh yang mana memberi kesan prestasi daerah. Mana- mana pelajar yang berada di sekolah rendah yang mengambil UPSR dapat 5A akan keluar belajar di luar daerah dan bermakna yang tinggal yang kerodak-kerodak sahaja yang tidak cemerlang. Oleh sebab itu, kalau ada lebihan daripada Kementerian Pendidikan nanti, kita boleh sediakan tanah untuk membina satu sekolah berasrama penuh di dalam Parlimen Gerik.

Begitu juga saya berharap kolej vokasional yang ada dalam Parlimen Gerik diperluaskan dari segi bangunannya, pengambilan pelajarnya kerana anak-anak kita yang berada di Tingkatan 3 nampaknya semakin nampak hala tuju untuk masuk ke kolej vokasional. Itu harapan saya supaya Kementerian Pendidikan melihat kolej vokasional di Gerik supaya diperbesarkan lagi.

Dalam masa yang sama, dalam daerah kecil Gerik ada kolej komuniti walaupun berada dalam Parlimen Lenggong. Sya mempunyai satu pandangan supaya Kolej Komuniti Gerik diperluaskan iaitu kursus pelancongan untuk melahirkan pemandu-pemandu pelancong. Ini kerana saya yakin di Hulu Perak ada dua produk yang terbesar iaitu Hutan Royal Belum dan juga Perak Man yang membolehkan orang-orang tempatan masuk ke kolej komuniti dan boleh menjadi pemandu pelancong.

Seterusnya saya mempunyai satu pandangan yang saya cadangkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk kepentingan Royal Belum supaya kerajaan mengkaji untuk membina landasan kereta api yang menghubungkan Kelantan dengan Kedah melalui Gerik kerana dengan adanya kereta api ini, dia boleh meningkatkan kawasan pelancongan di Royal Belum. Begitu juga pihak SPAD buat sementara waktu, beberapa kali kita cadangkan supaya bas-bas ekspres yang bergerak dari Kelantan ataupun Terengganu, Kedah, Pulau Pinang yang berhenti di Gerik boleh diberi special kelulusan untuk

final • 5:13 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

mengangkut pelancong-pelancong yang datang ke Gerik hendak pergi ke Royal Belum.

Diharapkan perkara ini menjadi kenyataan.

Begitu juga saya merasakan dalam Parlimen saya pengangkutan awam bas agak kurang memuaskan walaupun ada kemasukan beberapa bas yang ada berbandingkan kita lihat kawasan bandar-bandar yang hebat dengan kereta api, LRT dan pelbagai lagi. Akan tetapi kita di kawasan luar bandar juta merasa ingin mendapat nikmat untuk mendapatkan pengangkutan awam yang selesa, cantik sedangkan kawasan-kawasan yang diberi kemudahan tinggi ini majoriti pengundinya tidak pernah berasa bersyukur untuk memberi undi kepada Kerajaan Barisan Nasional.

final • 5:13 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Dalam pada itu juga, bila berlaku pembangunan yang pesat, berlaku pelbagai perkara matlamat dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, kita hendak membekalkan air bersih. Oleh sebab jumlah hutan yang luas digazetkan kepada Jabatan Hutan, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan supaya menggazetkan kawasan-kawasan tadahan air terutama macam di negeri Perak di mana kawasan tadahan air ini merupakan sumber air yang akan masuk ke kawasan sungai, takungan dan pelbagai lagi. Kita harap kawasan-kawasan ini tidak diberi kelulusan untuk pembalakan.

Bukan kita tidak setuju untuk diluluskan untuk pembalakan tetapi kalau kawasan tadahan air yang tidak dirizabkan kita beri pembalakan, bukan sekadar pencemaran kepada sungai tetapi menimbulkan masalah kepada penduduk-penduduk yang duduk di sekitar.

Berlakulah semacam hari ini. Bila berlaku satu kelulusan pembalakan, mulalah mendapat penentangan daripada penduduk-penduduk tempatan kerana dikhuatiri pelbagai perkara bila setelah pembalakan diberi kepada pengusaha-pengusaha pembalakan.

Oleh sebab itu saya mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan berpakat dengan kerajaan negeri, beli, rizabkan tanah tadi tiap-tiap tahun, Kerajaan Persekutuan bayar hasilnya kepada kerajaan negeri. Kalau macam Perak, bajet setahun pun lebih kurang RM1 bilion. Kalau semua ini tadi Kerajaan Persekutuan bayar kepada kerajaan negeri, seolah-olah boleh membantu belanjawan negeri di tiap-tiap negeri di seluruh negara.

Dalam pada itu, saya juga hendak minta tambahan peruntukan tebatan banjir di sekitar pekan Gerik. Walaupun Gerik berada di kawasan tanah tinggi, tetapi berlaku juga banjir. Saya selalu melihat bagaimana banjir tadi berlaku. Saya merasakan masalah perparitan, pembangunan yang tidak seimbang dengan kemudahan yang ada. Oleh sebab itu, saya minta supaya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melihat peruntukan tersebut, mengkaji dan memastikan langkah pencegahan banjir walaupun di Gerik bukan banjir yang akan jadi terlampau lama, banjir kilat, tetapi kita boleh memahami bahawa rakyat yang ada walaupun banjir kilat, kedai, rumah, kerugiannya sama macam mendapat banjir yang lebih besar.

Begitu juga dalam Parlimen Gerik, kerajaan negeri memberi kelulusan satu kawasan di Klian Intan untuk perlombongan bijih timah. Satu-satunya kawasan perlombongan dalam negeri Perak. Saya merasakan, Kementerian Sumber dan Alam Sekitar mesti berbuat sesuatu. Mungkin kita buat tuduhan, bahan kimia datang dari kilang tersebut, daripada operasi bijih timah. Akan tetapi dalam gambaran yang saya melihat, sebenarnya sungai-sungai yang dialirkan air daripada bijih tadi tidak dijaga. Dengan sebab itu, kelodak dan juga kotoran melekat di dasar sungai. Bila sekali mari hujan, ia akan menyebabkan ikan-ikan di dalam sungai tadi akan pengsan kerana selut-selut tadi masuk dalam insang.

Apa yang berlaku, Sungai Rui yang menghubungkan daripada Klian Intan yang melintasi sampai ke Gerik, di sinilah satu tempat ikan lumba boleh naik. Waktu air keruh, ikan lumba akan naik dan penduduk tempatan akan sauk ikan-ikan tadi dan ikan tadi akan dibuat pekasam. Oleh sebab itu kalau perkara ini boleh dibantu oleh pihak kerajaan, saya yakin sedikit sebanyak masalah perlombongan tadi diteruskan tetapi kawasan sungai perlu kita jaga.

Seterusnya, dari segi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar juga.

Dalam sidang yang lalu, sering saya katakan kerana di Royal Belum, jalan dari Gerik hendak ke Kelantan, kalau waktu hujan di sebelah malamnya, kelompok-kelompok gajah akan berada di tepi jalan kerana gajah tadi hendak dapatkan panas dari jalan. Apa yang

final • 5:20 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

membimbangkan saya ialah bukan soal gajah tadi, yang membimbangkan saya ialah kerana gajah tadi sudah biasa di tepi jalan, yang saya khuatir ialah pemburu haram.

Oleh sebab itu, langkah pencegahan di samping gajah tadi memberi ancaman kepada kampung-kampung berdekatan ialah kita membuat sanctuary gajah. Saya tidak faham di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri, siapa yang sebenarnya ini?

Dahulu beria-ialah kita cari kawasan untuk mendapat menjadikan kawasan sanctuary gajah, bukan?

Oleh sebab itu saya amat berharap kementerian ini duduk balik dengan kerajaan negeri supaya mewujudkan satu sanctuary gajah di mana kawasan hutan simpan yang luas di sebelah Royal Belum tadi bolehlah dijadikan kawasan rayau gajah tersebut. Walaupun kita selalu sebut kawasan rayau ini untuk Orang Asli, tetapi sekurang-kurangnya gajah tadi pun perlu kita pertahankan.

Dalam pada itu, saya amat berharap ekoran daripada tindakan pemburu-pemburu haram, saya berharap pihak penguat kuasa kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan mesti bersepadu untuk menangani pemburu-pemburu haram. Saya berharap tidaklah ada pula pendatang-pendatang Rohingya berada di dalam hutan Royal Belum.

Seterusnya, Kementerian Pelancongan. Saya berharap juga pihak Kementerian Pelancongan membantu setelah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melakukan lawatan ke kawasan Royal Belum dan mengumumkan kawasan Royal Belum akan menjadi kawasan warisan yang diiktiraf oleh UNESCO. Maka, banyak peluang yang boleh kita keluarkan produk untuk menarik pelancong ke Royal Belum.

Antara yang saya cadangkan kepada sana, ini NCER pun bolehlah duduk bersama dengan Taman Negeri dan Royal Belum, tengok produknya antaranya ialah jungle tracking daripada Royal Belum masuk ke Kampung Belum Lama yang mana Kampung Belum Lama telah ditinggal oleh orang-orang kampung lebih daripada 100 tahun akibat serangan komunis dahulu. Maka kalau kita berjalan kaki tidak berhenti-henti, mengambil masa tujuh jam. Saya cadangkan buat empat hari tiga malam. Kita ada kem-kemnya, boleh melihat suasana tempat yang cantik dan menarik, tengok pokok getah yang besar. Satu pemeluk, dua pemeluk dan pelbagai lagi kawasan hutan yang lama. Jadi ini boleh menarik pelancongan datang ke Royal Belum.

Dalam masa yang sama, saya meminta juga pihak pengurusan mewujudkan sanctuaries ikan di kawasan Royal Belum supaya orang yang biasa dengar di mana kita boleh letakkan sanctuary ikan kelah, sanctuary ikan toman, sanctuary ikan tengas, sanctuary ikan temoleh, sanctuary ikan sebarau. Jadi, bukan sesetengah daripada kita pandai sebut ikan sungai tetapi tidak tahu jenis dia lagu mana, bukan? Kalau datang ke Gerik, ini memang special. Kalau kata setakat ini di Tasik Temenggor, ada ikan baung.

Kalau buat masak lemak, bubuh pula belimbing itu, memang sedap rasanya bukan?

[Ketawa] Jadi saya pun rasa meleleh sudah air liur bila teringat cerita yang itu.

Dalam pada itu, saya juga melihat ada satu lagi produk yang itu yang saya kata daripada pemburu haram.

final • 5:20 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Satu kampung, di situ sekelompok harimau belang. Sekarang ini kalau ikut maklumat yang saya dapat, terdapat lebih daripada 120 ekor. Sebab satu ekor harimau ini yang orang tembak secara haram, dia boleh jual dalam pasaran tak kurang daripada RM90,000. Kalau masyarakat Cina pula, dia suka buat sup harimau ini kalau datang ke Gerik dahulu.

final • 5:30 PM

Seorang Ahli

Tak ada...

final • 5:30 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Ada tak ada, tepuk dada tanya selera, saya tahu. Saya orang Gerik, jangan hendak kelentong dengan saya. Saya bukan orang dari tempat lain, saya duduk di Gerik, saya tahulah. Restoran mana pun saya tahu. Itu sebab saya tahu. Pada saya, inilah yang saya hendakkan penguatkuasaan supaya boleh – dapat ini ya.

final • 5:30 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Dalam satu lagi...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 5:30 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Ya.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang poin-poin itu sambung nanti 8 hari bulan, Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Boleh ya?

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Boleh.

final • 5:30 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Boleh beri saya sambung?

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sambung Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih. Saya sambung minggu depan.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ada lagi 10 minit Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Bulan depan Yang Berhormat ya. Peraturan Mesyuarat 16(3), saya jemput Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM
MENANGGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M 16(3) Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Datuk Ir. Haji

Hamim bin Samuri]: Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.

final • 5:30 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon menyokong.

final • 5:30 PM
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN
Kesilapan Isu Dalam Buku Teks Sejarah Darjah Lima

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati. Berat sebelah yang amat nyata di dalam buku teks Sejarah Darjah Lima di negara ini.

Saya dimaklumkan dan dipaparkan di beberapa surat khabar dan media di negara ini bahawa terdapat banyak kesilapan isu sejarah kita pada buku teks Sejarah Darjah Lima yang diterbitkan pada tahun 2014. Berat sebelah yang amat ketara ke arah satu kumpulan yang memilihkan etnik dan agama tertentu dan memandangkan kurang penting peranan kumpulan etnik dan agama lain ialah satu trend yang berterusan yang bermula pada tahun 1990-an. Buku teks Sejarah Darjah Lima semasa tahun 1970-an dan 1980-an mempunyai bab yang berasingan yang merangkumi Tamadun India-Hindu, Buddha dan warisan di Malaysia. Walau bagaimanapun, buku teks Sejarah itu mempunyai hanya satu ayat di dalam halaman 14 pada masa kini.

Selain itu, buku teks itu juga tidak membangkitkan peranan Yap Ah Loy dalam membangunkan Kuala Lumpur. J.M Gullick berkata, “Yap Ah Loy adalah Encik Kuala Lumpur”. Ini secara tidak langsung telah menjelaskan sumbangan masyarakat Cina dalam pembangunan industri perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Fakta ini dipandang ringan beberapa orang dalam buku teks Sejarah Darjah Lima pada halaman 42. Penerbit buku dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah gagal untuk menyebut bahawa pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu telah berkembang dengan semakin maju dengan penglibatan orang Cina dan kaedah perlombongan mereka jauh lebih hebat berbanding kaedah basuh dulang tradisional.

Saya berpendapat bahawa sumbangan orang Cina, orang India dan bangsa- bangsa lain tidak seharusnya dinafikan dan diabaikan sekali-kali. Mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan negara kita. Kemajuan negara kita pada hari ini adalah hasil daripada banyak pengorbanan dan sumbangan pelbagai kumpulan etnik dan bukannya sumbangan dari satu kumpulan etnik sahaja. Semua bangsa harus diberi keutamaan dan dilayan berdasarkan prinsip equality, berdiri sama tinggi duduk sama rendah.

Buku teks Sejarah sepatutnya menyifatkan fakta-fakta benar dan menerangkan asal-asal atau perkara yang betul-betul telah berlaku pada masa dahulu. Sejarah asal negara kita tidak harus dimansuhkan sewenang-wenangnya. Sebaliknya, ia perlu diwariskan secara turun temurun agar sejarah negara kita dapat difahami dan diingati oleh generasi muda pada masa akan datang. Jangan sekali-kali mengubah sejarah sebenar kita dan memutarbelitkan perkara yang sebenar. Semoga Kementerian Pendidikan dapat memberi tumpuan dan perhatian yang penuh terhadap masalah ini dan mengubahsuaikannya. Terima kasih.

final • 5:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:31 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat atas keprihatinan Yang

final • 5:35 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan

Berhormat Ipoh Barat terhadap isu-isu pendidikan termasuklah berkaitan fakta dalam buku teks Sejarah Tahun Lima seperti yang dibangkitkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya telah menjawab isu buku teks di Dewan yang mulia ini pada 26 Mei 2015 yang lepas.

Di kesempatan ini, saya akan mengulas perkara yang ditimbulkan sekali lagi.

Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan menyemak, meneliti dakwaan dan persepsi tersebut dengan merujuk kepada Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah yang terdiri daripada enam orang pakar dalam bidang sejarah iaitu Profesor Dr. Datin Paduka Datuk Ramlah binti Adam dari Universiti Malaysia Perlis sebagai Pengerusi, Profesor Dr. Ooi Keat Gin dari Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr. Sivachandralingam Sundara Raja dari Universiti Malaya, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Ismail bin Ali dari Universiti Malaysia Sabah, dan Profesor Madya Datuk Haji Sanib bin Haji Said dari Universiti Malaysia Sarawak.

Pakar Rujuk Kurikulum dan Buku Teks Sejarah yang dilantik oleh Menteri Pendidikan Malaysia ini terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada ahli akademik universiti dan juga mewakili persatuan sejarah daripada pelbagai kepakaran dalam bidang ilmu sejarah, sama ada sejarah negara mahupun sejarah negara luar, bagi memastikan semua fakta dapat diterima secara sepakat memandangkan sejarah mempunyai teori dan fakta yang pelbagai dari sumber dan pegangan individu atau pengkaji sejarah.

Pembentukan panel ini bertujuan memastikan fakta sejarah negara dalam penerbitan buku teks Sejarah adalah tepat dan benar berdasarkan sumber dan bahan sejarah yang sebenar. Kandungan buku teks Sejarah juga mencerminkan usaha pelbagai kaum yang diterajui dan diwakili oleh tokoh tertentu untuk memperjuangkan kelangsungan negara kita berdasarkan garis masa.

Penelitian yang dijalankan oleh Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah ini secara keseluruhannya kandungan buku teks Sejarah sedia ada telah dapat mencerminkan dan menterjemahkan matlamat, objektif dan kandungan kurikulum sejarah tanah air sejak sebelum dan selepas kemerdekaan.

Bermula dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penulisan buku teks Sejarah sekolah rendah perlu berasaskan kepada kaca mata, aspirasi dan pandangan masyarakat Malaysia, Malaysian-centric dengan izin, serta memberi penekanan kepada unsur patriotisme, penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Penulisan buku teks Sejarah adalah mengikut kehendak kurikulum berdasarkan rentetan kronologi, masa dan peristiwa. Penglibatan dan sumbangan pelbagai kaum disentuh mengikut tajuk dan peristiwa berdasarkan garis masa sejarah negara iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Kurikulum dan buku teks Sejarah juga digubal dan disusun berdasarkan peruntukan masa pengajaran di sekolah iaitu hanya satu jam seminggu. Oleh itu, buku teks Sejarah di peringkat sekolah rendah hanya menyentuh sejarah negara secara ringkas bersesuaian dengan peruntukan masa yang diberikan.

Dalam penggubalan buku teks Sejarah, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak pernah menafikan sumbangan setiap kaum dalam sejarah negara. Oleh kerana buku teks Sejarah ditulis mengikut kronologi, peranan serta sumbangan kaum Cina dan India disentuh secara lebih terperinci dalam buku teks Sejarah Tahun Enam.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia, tumpuan Unit 4 iaitu kekayaan hasil bumi negara kita dalam buku teks Sejarah Tahun Lima adalah kesan sosioekonomi hasil campur tangan dan penjajahan kuasa asing khasnya penjajah Inggeris di Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Sabah dan Sarawak.

Justeru itu, peranan Yap Ah Loy tidak ditonjolkan dalam unit ini kerana keutamaan diberikan kepada pembangunan Kuala Lumpur, bukannya peranan tokoh-tokoh yang terlibat dalam pembangunan Kuala Lumpur. Tokoh seperti Yap Ah Loy disentuh secara ringkas sahaja. Bahkan, pemerintah tempatan lain seperti Raja Abdullah juga tidak dihuraikan secara terperinci termasuk gambar-gambar mereka.

Kementerian berpendapat, jika murid ingin mendapatkan pemahaman yang lebih lanjut berhubung ketokohan Yap Ah Loy, mereka boleh mendapatkannya daripada pelbagai

final • 5:35 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan

buku rujukan atau jurnal di pasaran dan bukannya dimuatkan dalam buku teks yang bersifat umum dan terhad bilangan muka suratnya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi hari Isnin, 8 Jun 2015.

final • 5:35 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.40 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026