Mar242015

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan bagaimanakah Malaysian Automotive Industry (MAI) boleh bekerjasama dengan Persatuan Peniaga Kenderaan Import Melayu Malaysia (PEKEMA) untuk membangunkan usahawan dan tenaga mahir automatif bumiputera terutamanya dalam memanfaatkan pelan tindakan Asean Economic Community (AEC) 2015 selaras dengan pelan tindakan MAI.

final • 10:00 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato' Sri Mustapa Mohamed

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf tidak sempat hendak jawab pantun.

Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Labuan adalah berkaitan dengan kerjasama antara Institut Automatif Malaysia ataupun MAI dengan PEKEMA iaitu Persatuan Peniaga Kenderaan Import Melayu Malaysia. Sebagai latar belakang Tuan Yang di-Pertua, MAI adalah sebuah agensi yang kecil di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ditubuhkan pada tahun 2010. Ia ditubuhkan bagi menyelaraskan, pembangunan industri automatif termasuk merangka Dasar Automatif Nasional, pembangunan tenaga kerja, teknologi dan rantaian bekalan serta menyelaraskan aktiviti selepas jualan.

MAI juga dipertanggungjawabkan untuk menjalankan program pembangunan kapasiti ataupun dengan izin, capacity building selaras dengan Dasar Automatif Nasional yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing industri automatif tempatan. Di antara program yang telah dan sedang dijalankan oleh MAI termasuk program pembangunan modal insan, rantaian bekalan dan juga selepas jualan. Sejak ditubuhkan pada tahun 2010, pihak MAI dengan kerjasama institusi-institusi tertentu telah mengeluarkan seramai 11,463 orang graduan serta pekerja sektor automatif.

Ia bertujuan untuk membina kapasiti dan secara terperincinya adalah seperti berikut:

(i) Industry Led Professional Certificate ataupun IPC – 6,676 orang pekerja mahir dan separuh mahir;

(ii) certification mengenai kejuruteraan AICE namanya – 1,764 orang untuk jurutera dan eksekutif;

(iii) untuk apprentice automotive (AA) – 668 orang khusus untuk pelajar universiti;

(iv) beberapa program customize yang dirangka khusus untuk syarikat-syarikat tertentu – 105 orang jurutera dan eksekutif; dan

(v) khususnya untuk jurutera dan eksekutif – 2,250 orang.

Jadi dalam tempoh empat tahun lebih, hampir lima tahun, 11,463 orang telah berjaya dilatih oleh MAI.

final • 10:00 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato' Sri Mustapa Mohamed

Soalan Yang Berhormat dari Labuan berkaitan dengan kerjasama antara MAI dan PEKEMA. Kami telah mengadakan kerjasama untuk meningkatkan daya saing ahli-ahli PEKEMA. Sehingga kini, dua orang ahli PEKEMA yang telah tamat program IPC dan apprenticeship yang dijalankan oleh MAI melibatkan 10 orang jurutera dan 15 orang juruteknik. Jadi kesemuanya ialah 35 orang ahli PEKEMA ataupun yang bekerja dengan PEKEMA daripada 11,463 orang.

Di samping itu, MAI juga membantu PEKEMA mengenal pasti peluang baru bagi PEKEMA untuk menembusi pasaran eksport kenderaan terpakai yang berpotensi seperti negara-negara Bangladesh dan Sri Lanka yang mengimport kenderaan terpakai. Kita juga bersama-sama PEKEMA sedang mengkaji peluang baru untuk PEKEMA menjadi wakil pengedar di beberapa buah negara ASEAN. Kita tahu ini mencabar, tetapi usaha-usaha sedang dimulakan ke arah itu.

Sebagai rumusan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui MAI akan terus bekerjasama dengan PEKEMA dan pihak-pihak lain untuk membangunkan usahawan dan tenaga mahir automatif bumiputera. Kejayaannya setakat ini adalah membanggakan dan usaha ini akan diteruskan di masa akan datang. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang menyeluruh. Apa yang saya faham, dana yang agak banyak juga telah dikumpulkan melalui fi AP terbuka ahli-ahli PEKEMA untuk empat tahun yang lepas dan insya-Allah untuk tahun-tahun yang akan datang. Soalan saya, adakah patut ataupun tidakkah patut kerajaan dan MAI membantu PEKEMA menggunakan dana ini untuk mewujudkan jenama Malaysia ataupun Malaysian brand yang akan kita mantapkan dengan menggunakan franchises system supaya ia dapat melahirkan banyak peluang perniagaan di Malaysia.

Seterusnya akan diperkembangkan ke negara-negara ASEAN memandangkan kita juga adalah pengerusi ASEAN dan AEC (ASEAN Economic Community) akan bermula tahun ini. Ini tidak semestinya di dalam bidang-bidang yang sudah dijalankan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, tetapi juga mungkin di bidang-bidang automatif yang lain seperti services dalam automotive services atau perkhidmatan dan juga di dalam industri-industri lain yang tidak berkaitan dengan automatif.

final • 10:00 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Seperti yang kita nampak, jenama dari luar Malaysia seperti Petron sudah pun masuk ke negara kita. Jadi saya lihat dengan kekuatan dana yang dikumpulkan ini kita patut membangunkan satu jenama kita sendiri dan seterusnya kita gunakan ini untuk agenda memperkasakan lagi usahawan-usahawan bumiputera memandangkan program perkembangan ini juga selama ini adalah Program Agenda Bumiputera untuk diteruskan pada masa-masa akan datang. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Labuan. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, sejak tahun 2010, kerajaan telah mengenakan fi sebanyak RM10,000 setiap lesen yang dikeluarkan. Ini satu pembaharuan, sebelum itu tidak ada cukai dikenakan dan kira-kira RM300 juta dikutip setiap tahun. Ini merupakan hasil kepada kerajaan yang menyumbang kepada hasil negara.

Yang keduanya, saya ingin maklumkan bahawa setakat ini RM150 juta telah pun disalurkan oleh kerajaan kepada MIDF untuk membantu syarikat-syarikat automatif khususnya ahli PEKEMA dan pinjamannya daripada RM1 juta hinggalah kepada RM5 juta dan setakat ini kira-kira RM40 juta telah pun diluluskan pinjaman kepada 11 buah syarikat.

Jadi, itu sedikit latar belakang tentang bagaimana kerajaan menggunakan wang yang dikutip kira-kira RM300 juta setahun itu untuk membantu usahawan Bumiputera mengembang dan mempelbagaikan perniagaan.

Kedua, berkaitan dengan cadangan jenama tadi. Ini adalah satu perkara yang penting cuma kita perlu menghalusinya. Konsep yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Labuan, memanglah hasrat kita ialah untuk mempromosikan Malaysia termasuklah membantu syarikat-syarikat dalam industri automotif ini kerana kita sedia maklum bahawa penyertaan bumiputera dalam industri automotif adalah kecil dan adalah menjadi hasrat kita untuk menambah peratusan penyertaan bumiputera.

Bukan sahaja menjual kereta, membuat kereta dan terlibat dalam industri perkhidmatan seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat termasuk vendor, dealership

final • 10:10 AM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

dan lain-lain. Jadi mengenai jenama Malaysia ini dalam konteks Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, memang kita promosikan setiap masa peranan kerajaan sama ada perdagangan, pelaburan ataupun pelancongan, kita promosikan jenama Malaysia tapi dalam konteks ini, dalam sektor automotif, kita masih banyak lagi yang diperlukan untuk kita lakukan. Jadi kita akan dapatkan cadangan secara spesifik daripada ahli PEKEMA apa yang dimaksudkan dengan jenama Malaysia yang hendak dipromosikan.

Petron sebuah syarikat yang terlibat dalam pengedaran minyak di negara kita.

Dulunya milik ExxonMobil, sebuah syarikat Amerika Syarikat. Sekarang dibeli oleh sebuah syarikat Filipina dan syarikat ini berkembang dengan agak pesat dengan penjenamaan yang agak agresif. Jadi mungkin ini dapat kita gunakan sebagai kayu pengukur untuk melihat kepada pencapaian syarikat-syarikat automotif Bumiputera dalam negara kita.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Permohonan untuk PEKEMA mengimport kereta-kereta daripada Asian ini adalah tertakluk kepada sama ada kerajaan akan terus menyambung untuk pemberian AP terbuka dan seterusnya. Ini kerana selaras dengan hak keistimewaan Bumiputera Perkara 153 dalam Perlembagaan. Apatah lagi setiap kereta yang diimport, AP tersebut berharga sebanyak RM10 dan memberikan pulangan kepada kerajaan sebanyak RM24 bilion.

Jadi seharusnyalah kerajaan dapat memberikan pertimbangan supaya pemberian AP kereta ini kepada usahawan-usahawan bumiputera dan juga Melayu dapat diteruskan.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah melantik sebuah syarikat bernama Aftas setelah dilakukan satu proses tender terhad untuk membuat kajian terperinci tentang hala tuju dasar mengenai AP terbuka. AP terbuka ini bilangan syarikat pada masa ini ialah 100 buah kesemuanya dan ia dibekukan sejak beberapa waktu yang lalu. Oleh kerana hal ini melibatkan penyertaan Bumiputera dalam industri automotif, maka kerajaan telah mengambil keputusan untuk diadakan kajian terperinci. Kajian ini telah pun hampir muktamad dalam dan tempoh terdekat, kita akan mendengar pembentangan terakhir daripada syarikat dan kerajaan akan membuat keputusan.

Memang benar syarikat-syarikat AP juga menyumbang kepada hasil negara. Dulu tidak ada fi RM10,000 bagi setiap lesen dan sekarang ini kita kutip kira-kira RM300 juta setahun. Tahun lepas umpamanya kita mengutip RM332 juta daripada syarikat-syarikat ini, menyumbang kepada hasil kerajaan. Jadi ini antara sumbangan kepada negara. Selain itu syarikat juga bayar cukai import kereta. Syarikat-syarikat ini mempunyai 4,000 pekerja. Jadi ini semua harus diberi pertimbangan. Itu sebabnya syarikat Aftas telah dilantik dan kerajaan akan membuat keputusan sewajarnya, yang terbaik untuk negara setelah mendengar pandangan daripada syarikat yang telah dilantik untuk membuat kajian terperinci berkaitan perkara ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [Kapar] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) bilangan kanak-kanak yang mendaftar di setiap Pusat Anak PERMATA Negara mengikut pecahan umur, kaum dan jantina sejak ia dilaksanakan iaitu dari 2007 hingga 2015; dan

(b) jumlah peruntukan dana setiap tahun yang telah disalurkan dan bilangan kanak-kanak yang mendaftar untuk Projek Perintis PERMATA Negara sejak ia dilaksanakan iaitu dari 2007 hingga 2015.

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam 1Malaysia kepada semua. PERMATA ini kita ada dua soalan sahaja di Parlimen. Itu sebab kita bagi keistimewaan untuk menjawab supaya tidak pihak yang menyalahgunakan maklumat untuk tujuan-tujuan yang tidak baik.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini seramai 2,317 orang kanak-kanak yang mendaftar di 88 buah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di seluruh negara yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, peribumi Sabah, peribumi Sarawak, Orang Asli, Sikh, Siam dan lain-lain lagi.

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Program PERMATA ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat berbilang kaum menepati dengan tujuan penubuhannya. Sehingga tahun 2015, jumlah peruntukan yang disalurkan adalah sebanyak RM575,010,431.29 iaitu yang meliputi pembangunan, belanja mengurus dan juga rangsangan ekonomi. Walau bagaimanapun, sebahagian besar peruntukan tersebut telah disalurkan kepada agensi-agensi seperti KEMAS, YPKT, JPNIN, UPSI dan lain-lain agensi yang turut melaksanakan Program PERMATA Negara dalam skala yang lebih besar.

Bagi tahun 2015, peruntukan ini digunakan untuk pengurusan pengoperasian 88 buah PERMATA Negara termasuk pembayaran emolumen tenaga pendidik, melaksanakan Program PERMATA Pintar, PERMATA Insan, PERMATA Seni, Perkasa Remaja dan PERMATA Kurnia. Manakala peruntukan pembangunan digunakan bagi membina Pusat Anak PERMATA Negara baharu di Parlimen Jeram, Subang iaitu di TUDM, Gopeng, Kuala Krai dan juga Tanah Merah. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, hasil daripada kajian yang kami lakukan, kami mendapati terdapat lima pusat PERMATA yang tidak dibina walaupun telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan bajet telah diluluskan. Sebagai contoh, pembinaan Pusat Anak PERMATA Negara di Sabak Bernam, kos RM800,000.

Pembinaan Pusat Anak PERMATA Negara di Gombak Setia, kos RM800,000.

Pembinaan bangunan Pusat Anak PERMATA Negara di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar kos RM800,000 juga, pembinaan bangunan Anak PERMATA Negara di Lintang, Kuala Kangsar kos RM800,000 dan pembinaan Pusat Anak PERMATA Negara di Bandar Baharu, Kedah kos RM800,000. Kelima-lima pembinaan ini saya menuntut status terkini daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Pada waktu yang sama Yang Berhormat Menteri, Program PERMATA diketahui secara umum sebagai program hanya setakat kanak-kanak itu berumur 4 tahun. Apakah rasional untuk mendidik kanak-kanak dengan Program PERMATA sehingga umur mereka 4 tahun dan selepas itu kanak-kanak tersebut perlu melalui program biasa ketika mereka berumur 5 tahun atau 6 tahun? Kegagalan menyediakan kesinambungan sesebuah program mencerminkan kegagalan program tersebut secara menyeluruh. Saya berpendapat program ini gagal untuk mendidik kanak-kanak tersebut sebab kita hanya memberi program dengan modul yang cantik sehingga 4 tahun, selepas itu tiada kesinambungan.

Saya menuntut penjelasan yang ikhlas daripada Yang Berhormat Menteri dan bukan sekadar memberi saya modul karangan SPM sebab ini melibatkan masa depan dan pendidikan kanak-kanak ketika mereka masih lagi benih negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menjawab soalan SPM. Saya sudah pun ada PhD ya. Okey.

Pertama sekali, oleh kerana soalannya khusus kepada kawasan ataupun Parlimen yang terlibat dengan pembangunan PERMATA, maka saya akan jawabnya secara bertulis.

Akan tetapi Yang Berhormat, saya hendak maklumkan bahawa tidak mungkin perkara yang begini besar dilaksanakan di atas dasar disengajakan ataupun penyelewengan dan sebagainya. Pasti sudah ada masalah tertentu yang berbangkit, dan ianya dilaksanakan di tempat lain atau lain-lain lagi.

Ini saya akan jawab secara bertulis. Makna kata sebelum pukul 12.00 soalan itu sudah dapat dijawab. Malah sekejap lagi pun soalan ini dapat dijawab, cuma menunggu maklumat yang disampaikan oleh pihak PERMATA.

Untuk makluman Yang Berhormat dan juga rakyat Malaysia yang sedang menonton sekarang ini, saya hendak kena bagi tahu supaya kita tahu bahawa apa itu PERMATA. PERMATA ini kita ada yang pertama sekali dipanggil Program PERMATA Negara yang melibatkan umur 0 sehingga 4 tahun. Yang keduanya PERMATA Pintar yang berumur daripada 13 sehingga 17 tahun iaitu sekarang ini kita ambil daripada Form 3, Form 4 dan Form 5, tetapi sebenarnya dia sepatutnya kita ambil daripada Form 1 iaitu daripada 13 tahun sampai 17 tahun, PERMATA Pintar.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Kemudian yang ketiganya, PERMATA Insan. Ini adalah daripada umur 13 tahun sehingga 17 tahun, kemudian PERMATA Perkasa Remaja, 18 tahun sehingga 25 tahun. Ini adalah untuk remaja yang bermasalah. Yang Berhormat, banyak remaja yang bermasalah selepas umur 18 tahun. Kita lihat mereka tidak ada tempat untuk dididik supaya mereka menjadi manusia yang berguna di masa akan datang, maka PERMATA mengambil daya usaha untuk memperkenalkan Program Perkasa Remaja dan ini dibuat di beberapa tempat di PPR.

Kemudian yang kelimanya ialah PERMATA Seni. Ini ialah khusus untuk anak-anak yang berbakat seni dan pintar. Kemudian PERMATA Kurnia. Ini untuk anak-anak berpenyakit autisme ataupun autisma iaitu dari 2 tahun sehingga 6 tahun. Kemudian yang ketujuh – dan ini dalam proses pembangunan. Ini yang terbesar sekali iaitu Hospital Kanak- kanak PERMATA yang akan dibina di kawasan pembangunan 1MDB nanti.

Jadi daripada sini, Yang Berhormat nampak bahawa sudah ada kesinambungan kepada Program PERMATA di mana anak-anak yang dididik, yang telah pun menjadi pintar selepas umur 4 tahun, mereka ada tempat yang mereka boleh salurkan. Cumanya yang tidak menepati ini ialah mereka yang berumur daripada 0 sehingga 4 tahun, jumlahnya 2,317 orang tetapi program-program lain masih lagi tidak dapat menampung mereka yang selepas PERMATA itu untuk dimasuk ke jenis-jenis PERMATA yang telah saya sebutkan kerana sebagai contoh PERMATA Pintar, 13 tahun sehingga 17 tahun ini, baru 292 orang.

PERMATA Insan, 50 orang. Perkasa Remaja, yang ini ialah kita berdasarkan kepada permintaan ataupun keadaan di mana kalau berlaku remaja yang bermasalah, kita akan anjurkan kem di PPR yang tertentu.

final • 10:20 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

[Bangun]

final • 10:20 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Yang berikutnya ialah PERMATA Seni, 150 orang. PERMATA Kurnia, yang ini ialah mereka yang berpenyakit dan Hospital Kanak- kanak PERMATA. Jadi program untuk yang lepasan selepas 4 tahun itu masih rendah dan ini harus dipertingkatkan.

Jadi makna Yang Berhormat, sila cadangkan...

final • 10:20 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Menteri, minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak boleh, tidak boleh.

final • 10:20 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Soalan saya khusus. Umur 5 tahun, 6 tahun. Yang Berhormat Menteri tidak jawab bahagian itu. Dia jawab yang lain-lain.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya tanya kesinambungan selepas 4 tahun, sebelum masuk Darjah 1. Yang itu Yang Berhormat tidak ada jawab.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 10:20 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Itu yang saya kata kegagalan tadi.

Itu Yang Berhormat Menteri kena jawab.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, duduk Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Saya hendak jawab sekarang. Boleh tidak duduk? Duduklah kamu sebelum kamu didudukkan.

Selepas 4 tahun, dia masuk ke Program Tadika, Tadika Sekolah dan lain-lain lagi.

Jadi 4 tahun sampai 6 tahun dia akan masuk tadika di sekolah ataupun di KEMAS dan lain- lain lagi. Selepas itu, setelah dia melalui sekolah rendah, umur 13 tahun kita mula balik PERMATA seperti yang telah kita aturkan.

Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat untuk kita teruskan 4 tahun sampai 6 tahun tidak ada masalah tapi janganlah ganggu gugat bila kita membuat permohonan untuk belanjawan nanti. Yang masalah besarnya, kita cadang apa pun, semuanya ditentang. Tapi bila sudah jadi elok, baru nampak keelokannya. Jadi terima kasih sebab Yang Berhormat mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan juga 4 tahun sehingga 6 tahun. All right, no problem. Kita akan pertimbangkan dan kita bawa dalam belanjawan nanti.

final • 10:20 AM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya mendengar tadi jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dan saya percaya bahawa pendidikan awal kanak-kanak ini memang sangat penting ke arah menyediakan pendidikan yang berkualiti. Untuk makluman juga, di tempat saya ada juga satu PERMATA iaitu PERMATA Parit Guntong dan saya melihat performance student ataupun pelajar-pelajar yang keluar daripada PERMATA ini memang sangat membanggakan.

Jadi soalan tambahan saya adalah, berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk menaik taraf infra dan juga aktiviti-aktiviti yang dibuat di setiap pusat PERMATA ini dan bagaimanakah pihak kementerian ataupun pihak Yang Berhormat Menteri menepis persepsi negatif oleh pihak-pihak tertentu seperti pihak Yang Berhormat Kapar tadi terhadap program dan juga aktiviti PERMATA Negara? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Soalan yang bagus. Sebenarnya saya tidak perlu tepis sebab ini adalah di antara program yang terbaik yang pernah dianjurkan oleh negara. Jadi kos infrastruktur itu Yang Berhormat, pelbagailah iaitu di antara mungkin RM500,000 ke RM1 juta untuk pembangunan satu-satu pusat. Kemudian tiap-tiap pusat yang kita hendak bangunkan itu mestilah tidak ada masalah dari segi tapak dan sebagainya. Untuk lima tempat Yang Berhormat Kapar sebutkan tadi, lima tempat itu tidak dibangunkan sebab masalah tapak. Jadi saya jawab sebelum lagi saya habis soalan jawab lisan ini. Saya jawab siap-siap.

Kemudian yang keduanya, tadi Yang Berhormat sebut supaya Program PERMATA ini terus nama PERMATA apabila selepas 4 tahun dan 6 tahun. Kita namakan PERMATA tetapi kadang-kadang persepsi daripada pihak lain itu, kalau sebut PERMATA dia ingat macam adalah benda-benda lain. Ianya telah disalah ertikan, disalah tafsir. Sebenarnya kita ada – saya sebut tadi yang peruntukan rangsangan ekonomi itu yang dibagi kepada KEMAS dan juga Jabatan Pendidikan iaitu agensi pelaksana untuk 4 tahun sehingga 6 tahun ialah KEMAS dan juga Jabatan Pendidikan. Sekarang ini kita hendak tingkatkan yang itu, hendak tingkatkan peruntukan supaya KEMAS dan Jabatan Pendidikan meneruskan 4 tahun sehingga 6 tahun. All right. Jadi dengan itu, oleh kerana program ini telah pun ada, maka kita simpulkan bahawa Program PERMATA Negara telah berjaya iaitu di mana kita ada program 0 sehingga 4 tahun yang diuruskan terus oleh PERMATA, kemudian 4 tahun sampai 6 tahun diuruskan oleh Kementerian Pendidikan dan juga KEMAS.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Kita cuma tengok ada perkataan ditulis di situ PERMATA KEMAS, itu PERMATA punya. Kemudian Kementerian Pendidikan dia sebut situ PERMATA Kementerian Pendidikan. Itu PERMATA punya. Cuma kita hendak tambah peruntukan supaya kita dapat tingkatkan PERMATA di tahap empat sehingga enam ini di Kementerian Pendidikan dan juga KEMAS. Jawapan hari ini sekali gus menjawab semua persoalan Yang Berhormat selama dua tahun lebih di Parlimen ini.

final • 10:30 AM

3. Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan perangkaan atau jumlah penduduk yang berstatus tanpa negara (stateless) yang menetap di Malaysia dan apakah tindakan kerajaan dalam mengatasi perkara ini.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih lah soalan, terima kasih lah pantun tapi minta maaflah tidak boleh jawab pantun.

Tuan Yang di-Pertua, jawapan saya ini agak panjang oleh kerana memberi penjelasan sedikit berhubung dengan istilah stateless itu sendiri. Sebagai maklumat, istilah stateless secara umumnya adalah merujuk kepada seseorang pada masa ini ialah seorang yang tidak bernegara iaitu beliau tidak memiliki kewarganegaraan mana-mana negara di dunia ini. Itu dipanggil stateless. Berdasarkan kepada istilah tersebut sepatutnya di Malaysia ini tidak mereka yang berstatus stateless. Ini adalah kerana mereka yang tidak bernegara, tidak dibenarkan masuk ke negara ini kerana tidak ada dokumen perjalanan.

Sementara itu bagi mereka yang sedia ada dalam negara ini pula adalah terdiri daripada warganegara Malaysia ataupun warganegara asing. Bagi anak-anak yang dilahirkan di Malaysia pula, status kewarganegaraan mereka adalah bergantung kepada tahap kewarganegaraan dan tahap pendaftaran perkahwinan ibu bapa mereka dan sah

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

mengikut Perlembagaan Negara. Berdasarkan status ibu bapa tersebut, kanak-kanak ini akan didaftarkan kelahirannya dengan status seperti berikut:

(i) Bertaraf warganegara bagi anak-anak yang salah seorang daripada ibu bapanya bertaraf warganegara atau bertaraf bermastautin tetap. Jadi kalau ibu bapanya warganegara atau bermastautin tetap, anaknya itu akan lahir sebagai warganegara Malaysia; dan

(ii) Taraf bukan warganegara. Anak-anak yang kedua-dua ibu bapanya bukan warganegara. Taraf belum ditentukan bagi status kewarganegaraan ibu bapa tidak diperoleh.

Jadi salah satu fakta utama untuk menentukan taraf kewarganegaraan kanak-kanak ini adalah berdasarkan kepada taraf perkahwinan ibu bapanya. Sekiranya perkahwinan tersebut berdaftar, taraf kewarganegaraan anak boleh mengikut taraf kewarganegaraan salah seorang ibu bapanya, sekiranya kewarganegaraan ibu bapanya berbeza. Bagi perkahwinan yang tidak berdaftar, taraf kewarganegaraan kanak-kanak tersebut adalah mengikut kewarganegaraan ibunya, selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah seksyen 17 Bahagian Ketiga, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.

Oleh sebab itu urusan pendaftaran perkahwinan ibu bapa sangat penting kerana ia bakal menentukan taraf kewarganegaraan anak yang dilahirkan. Berdasarkan kepada penjelasan di atas, maka Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara hanya menyimpan rekod bagi individu yang telah berdaftar bagi urusan kelahiran, kematian, perkahwinan dan perceraian yang bukan beragama Islam dan juga yang telah dikeluarkan kad pengenalan.

Oleh itu, Jabatan Pendaftaran Negara tidak menyimpan rekod bagi individu yang mendakwa dirinya stateless dan pada masa yang sama tidak juga tampil ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri yang bersesuaian sekiranya berkelayakan. Perlu dimaklumkan juga bahawa status bukan warganegara yang tertera dalam sijil kelahiran seorang kanak-kanak yang dilahirkan di Persekutuan juga tidak merujuk kepada stateless.

Status bukan warganegara ini diberikan kerana terdapat rekod dan maklumat ibu bapa yang menunjukkan mereka merupakan warganegara asing. Justeru, bagi kes seumpamanya ibu bapa kanak-kanak berkenaan perlu menguruskan dokumen perjalanan dan dokumen pengenalan dari kanak-kanak tersebut dengan kedutaan negara asal mereka.

Hal ini kerana pengeluaran sijil kelahiran kepada kanak-kanak yang dilahirkan di Persekutuan tidak bermaksud pemberian kewarganegaraan Malaysia secara automatik kepada kanak-kanak berkenaan kerana penentuan kewarganegaraan seorang kanak-kanak yang dilahirkan di Persekutuan adalah bergantung kepada syarat-syarat yang termaktub dalam Bahagian Ketiga Perlembagaan Malaysia. Status perkahwinan ibu bapa dan status kewarganegaraan ibu bapanya, dalam hal ini sijil kelahiran hanya dikeluarkan kepada kanak-kanak berkenaan sebagai rekod bahawa kelahiran telah berlaku di Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kerajaan untuk memberi akses kepada masyarakat untuk mengemukakan dokumen pengenalan diri beberapa tindakan telah dilakukan seperti berikut:

(i) Mengadakan program outreach yang merangkumi program MyDaftar, Program Turun Padang, Program Pendaftaran Bergerak oleh Unit Khas Bergerak di Sabah dan Sarawak untuk memudahkan penduduk di kawasan pedalaman serta unit mobil di Semenanjung Malaysia untuk mendekati pemohon;

(ii) Membuka kaunter-kaunter di ibu pejabat di Jabatan Pendaftaran Negeri, cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) setiap hari, hari Isnin sehingga Ahad;

(iii) Mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara; dan

(iv) Yang belum termasuk di sini ialah satu seminar yang kita mulakan di Sarawak dahulu. Empat tempat di Sarawak dahulu untuk merangkumi semua wakil rakyat, Ahli Parlimen, Senator, ADUN, political secretaries, ketua-ketua masyarakat, pemimpin- pemimpin masyarakat kerana di negeri Sabah dan Sarawak,

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

pemimpin-pemimpin masyarakat adalah juga bertanggungjawab kepada pendaftaran perkahwinan dan juga kelahiran dan kematian dan ini diimplementasikan dahulu di Sarawak. Apabila mendatangkan kesan yang positif nanti, insya-Allah akan kita panjangkan di Semenanjung juga.

Oleh itu, bagi menggalakkan penyertaan semua pihak, Ahli Yang Berhormat adalah dialu-alukan untuk memanjangkan maklumat sebegini kepada mereka yang berkenaan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berpuas hati terhadap jawapan yang telah diberi. Tuan Yang di-Pertua, negara kita sekarang ini terlalu bergantung dengan buruh-buruh asing atau pekerja-pekerja asing dan akibat daripada dasar ini kita sebenarnya berdepan dengan banyak isu kewarganegaraan apabila warga asing ini menetap di negara kita begitu lama. Mula-mula dia ada permit kemudian lama-lama dia tidak renew permit, dia duduk 10 hingga 15 tahun.

Apa yang menjadi masalah hari ini yang saya lihat, sebahagian daripada pendatang- pendatang asing ini, apabila mereka duduk lama dalam negara kita dan untuk memenuhi biological needs mereka, kadang-kadang mereka berkahwin tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan oleh negara kita. Kadang-kadang berkahwin tidak berdaftar ataupun menjalinkan hubungan tanpa ikatan yang sah.

Apa yang membimbangkan saya apabila mereka ini mempunyai anak, anak-anak ini akhirnya menjadi mangsa tidak boleh pergi sekolah kerana kelahiran mereka tidak berdaftar.

Jadi apabila dia tidak boleh pergi sekolah, dia mula-mula bila dia lahir Yang Berhormat Menteri, dia tidak mendaftar tapi bila anak sudah enam atau tujuh tahun masa waktu ketika itu hendak masuk sekolah, baru dia hendak memikirkan macam mana hendak masukkan anak ke sekolah. Jadi sekolah kita punya standard answer, kalau tidak ada pengenalan diri you tidak boleh masuk sekolah. Jadi saya cuba menyelesaikan banyak masalah ini. Akan tetapi masalah ini menjadi satu soalan yang sangat buntu bagi kita kerana saya takut kalau sekolah tidak boleh terima mereka ini dan mereka tidak tahu mana hendak pergi. Emak bapa kadang-kadang sudah meninggal pula.

final • 10:30 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Kemudian ada warga tempatan yang mengambil mereka ini menjadi anak angkat.

Akan tetapi bila hendak ambil jadi anak angkat, menjadi satu beban kepada mereka kerana tidak boleh hantar anak pergi sekolah. Pergi KDN, jammed, tidak tahu hendak buat apa.

Akhirnya, kalau budak-budak ini tidak boleh pergi sekolah, tidak boleh belajar, masuk umur 18 tahun, mana kita hendak hantar dia? Akhirnya kalau yang lelaki, sudah tidak ada kerja lain, menulis tidak boleh, akhirnya jadi penjenayah.

Jadi saya hendak cadangkan kepada kementerian, boleh atau tidak kementerian mempertimbangkan, ini soalan tambahan saya. Sementara kita hendak cari asal usul mereka ini, boleh atau tidak kerajaan mengeluarkan sijil khas bukan untuk ibu bapa mereka, tetapi sijil khas untuk anak tersebut? Satu, pengesahan sijil sementara untuk dibenarkan sijil ini diguna pakai untuk anak-anak ini masuk sekolah. Kemudian, apabila mereka mencapai umur 18 tahun atau 21 tahun, mereka ini boleh diberi peluang untuk menjadi pemastautin tetap. Tidak perlu menggunakan ibu bapa mereka, dia boleh dapat kelulusan untuk menjadi warga tetap. Kemudian selepas 30 tahun, baru kita beri jadi warganegara Malaysia. Akan tetapi paling tidaknya apabila kita convert mereka ini...

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 10:40 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

…Mereka boleh menjadi warganegara kita yang mempunyai pendidikan.

final • 10:40 AM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

Menjawab persoalan berhubung dengan mendaftar seseorang sebagai warganegara Malaysia ini adalah suatu perkara yang kepada negara ini amat sensitif, Yang Berhormat.

Kalau kita lihat apa yang berlaku di negeri Sabah, adalah satu pengajaran yang amat besar kepada kita. Apabila bukan sahaja perkahwinan di antara masyarakat pendatang dengan masyarakat setempat, yang mana perkahwinan tidak didaftar, akhirnya anak tidak didaftar, dan akhirnya anak tidak mempunyai status kewarganegaraan. Akhirnya pula perkahwinan di antara orang asing sesama sendiri, pendatang sama sendiri, yang tidak didaftar dengan

final • 10:40 AM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

embassy masing-masing, kedutaan masing-masing, akhirnya anak ini tidak mempunyai status sebagaimana yang saya sebutkan awal tadi.

Jadi, kalau ada consensus Yang Berhormat, kalau ada consensus di antara kita untuk mendaftarkan anak-anak yang lahir di Malaysia sebagaimana yang kita mengetahui siapa yang lahir di Malaysia, yang ada mempunyai sijil-sijil dan pendaftaran, yang mana statusnya tidak diisytiharkan sebagai warganegara oleh sebab ibu bapanya ataupun kecurigaan berhubung dengan perkahwinannya dan sebagainya. Kalau ada consensus secara politik, kemahuan politik, Kementerian Dalam Negeri akan mendengar saranan- saranan sebagaimana Yang Berhormat itu.

Saya bersetuju bahawa siapa sahaja yang tidak diberikan pendidikan yang sangat baik mungkin semasa mudanya dan bila menjadi orang dewasa akan mencetuskan satu perkara negatif kepada negara kita dan menjadi seorang warganegara ataupun penghuni negara ini yang tidak mendatangkan pulangan kepada negara itu sendiri. Cadangan Yang Berhormat itu baik tetapi sama ada boleh diterima oleh semua pihak ataupun tidak. Akan tetapi keputusan akhirnya Yang Berhormat, akan terserah kepada kerajaan iaitu negara ini ditadbir oleh Kabinet dan Kabinet kena mematuhi keputusan atas saranan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Tuan Yang di-Pertua,

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lanang.

final • 10:40 AM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang sijil kelahiran. Ini kerana dalam perbahasan saya, ada anak bagi seorang warganegara Iban di kawasan saya, tidak mendapat sijil kelahiran kerana ibunya tiada IC. Jadi apabila ibu telah memohon sijil kelahirannya sendiri, dia pun tidak dapat apa-apa balasan daripada JPN.

Jadi soalan saya ialah, jikalau ibu itu mendapat sijil perkahwinan dari rumah panjang dan ibu itu pun mempunyai sijil-sijil sekolah kerana dulu dia belajar di sekolah kebangsaan tetapi sekarang sudah tidak dapat apa-apa sijil kelahiran atau kad pengenalan.

Jadi anaknya menjadi mangsa juga. Apakah cadangan Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimana beliau dapat memohon sijil kelahiran atau mendapat satu sijil supaya anaknya dapat pergi sekolah? Itu saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

Oleh sebab kesedaran yang disebut oleh Yang Berhormat inilah kenapa saya mencadangkan sebenarnya seminar akan diadakan di Sarawak. Satu di Kuching, yang kedua di Sibu, yang ketiga di Miri dan yang keempat di Limbang. Kita akan menjemput pemimpin-pemimpin masyarakat kerana tugas dan tanggungjawab mereka dengan konteks Sarawak di bawah perundangan Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian di Sarawak mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu yang mana pemimpin masyarakat, ketua kampung, tuai rumah, Kapitan Cina untuk melaporkan kepada pihak pendaftaran supaya tiap-tiap kelahiran, tiap-tiap perkahwinan itu dilaporkan kepada pihak pendaftaran.

Perkara ini kalau dilahirkan, perkara yang disebut oleh Yang Berhormat itu tadi tidak akan berlaku.

Walau bagaimanapun, sebagai situasi Yang Berhormat sebut itu tadi, yang pertamanya ibu bapa itu mesti juga dikaji semula sama ada dia rakyat Malaysia ataupun tidak. Ini kerana banyak juga masyarakat yang menyeberangi sempadan, datang ke Sarawak sebagaimana yang berlaku di Sabah dan juga di Semenanjung.

final • 10:40 AM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Yang Berhormat Menteri, bapanya sudah mendapat kad pengenalan.

final • 10:40 AM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Itulah Yang Berhormat. Apa yang saya sebut tadi, awal-awal tadi, Yang Berhormat tidak pernah dengar betul-betul.

Perkahwinan itu penting. Kalau perkahwinan itu, kalau bapanya itu rakyat Malaysia, ibunya bukan rakyat Malaysia, perkahwinan tidak didaftarkan, anak itu lahir di luar nikah umpamanya dan status anak ini mengikut ibu dia. Jadi status ibu itu perlu dikenal pasti dahulu sebelum kewarganegaraan anak ini dapat dikenal pasti.

Ini yang saya sudah sebut daripada awal tadi. Akan tetapi kepastian ini mesti dibuat oleh pihak pendaftaran, bukti-bukti yang nyata daripada pemimpin-pemimpin masyarakat, orang-orang yang tua juga boleh memberi surat sumpah kepada untuk

final • 10:40 AM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

memastikan siapakah ibu ini sama ada dia rakyat Malaysia dari Sarawak ataupun rakyat dari negara-negara lain ataupun dikahwini oleh ini dengan tidak berdaftar.

Ini penting juga Yang Berhormat supaya negara kita tidak dibanjiri oleh orang sewenang-wenangnya. Jadi kepastian ini kalau ada kes-kes yang tertentu, boleh jumpa dengan saya, Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat...

final • 10:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta tambah, Tuan Yang Di-Pertua? Soalan penting.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat. Saya tahu Kinabatangan banyak masalah ini. Di kawasan saya pun banyak, Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh, boleh?

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Akan tetapi, cukuplah setakat dua soalan, Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

4. Puan Teo Nie Ching [Kulai] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan perkembangan dan keberkesanan 30 Per cent Club dan Gender Focal Point setakat ini.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Selamat pagi, salam sejahtera. Tuan Yang Di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU) telah mengambil tindakan susulan menubuhkan 30% Club. Penubuhan kelab ini diharapkan mendapat buy in daripada sektor korporat untuk meningkatkan peratusan wanita di peringkat pengurusan tertinggi dan juga lembaga pengarah.

Berdasarkan pencapaian di Hong Kong dan United Kingdom, peratusan placement wanita di peringkat pembuat keputusan telah meningkat dengan adanya kelab tersebut.

Selain itu, kesedaran mengenai kepentingan gender diversity dalam peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat juga meningkat.

Setakat ini, kementerian bersama PEMANDU memuktamadkan senarai ahli-ahli lembaga pengarah ataupun founding chairs, dengan izin, bagi merealisasikan penubuhan kelab tersebut. Senarai ahli founding chairs akan diumumkan semasa pelancaran 30% Club yang dijangka diadakan pada pertengahan 2015 tahun ini juga. Majlis pelancaran tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan akan turut dihadiri oleh Madam Helena Morissey, pengasas 30% Club United Kingdom.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga dalam Jawatankuasa Kabinet mengenai keseimbangan gender dalam mesyuaratnya 6 Disember 2004 telah bersetuju supaya dilantik pegawai gred 54 dan ke atas sebagai gender focal point ataupun GFP bagi setiap kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan. Dalam hal ini, seramai 24 orang GFP dari semua kementerian dan 12 orang GFP dari agensi yang berkaitan telah dilantik.

Walau bagaimanapun, selaras dengan usaha bagi meningkatkan lagi keberkesanan GFP ini, pelantikan mereka telah dibuat dalam kalangan pegawai peringkat tertinggi, iaitu Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, dan Timbalan Ketua Pengarah jabatan mulai daripada 25 Ogos 2010.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Tujuan pelantikan JFP adalah untuk membantu kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif mengarusperdanakan agenda termasuklah memastikan dasar dan perundangan yang digubal ataupun dipinda mengambil kira perspektif gender supaya perspektif gender diintegrasi dalam semua peringkat perancangan, penggubalan dasar dan pelaksanaan program kerajaan. Semenjak JFP ini dilaksanakan, agenda-agenda dan pemerkasaan wanita telah diterapkan sebagai elemen penting dalam penggubalan dasar dan program di pelbagai peringkat dalam agensi kerajaan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Saya di sini hendak ucap tahniah dan syabas kepada usaha kerajaan untuk mewujudkan 30% Club dan Gender Focal Point. Akan tetapi saya rasa satu aspek yang amat penting ialah penglibatan wanita di bidang politik. Ini sasaran sekurang- kurangnya ada 30% wanita di bidang politik adalah satu sasaran antarabangsa. DAP pada Januari ini telah mewujudkan satu kuota sebanyak 30% untuk wanita dalam pimpinan tertinggi pusat DAP. Akan tetapi kita nampak Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat ada minta bahawa satu kerusi Naib Presiden UMNO diberi kepada wanita...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Akan tetapi permintaan beliau tidak diterima. Jadi saya kesian dia. Jadi soalan saya, soalan saya...

final • 10:50 AM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Wanita dalam DAP pun teruklah.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ya teruskan soalan Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Soalan tambahan saya...

final • 10:50 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Kita tolong Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Ahli Parlimen wanita di Parlimen kita sekarang hanyalah 10%, tetapi purata Ahli Parlimen di seluruh dunia sekarang sudah mencapai 22%.

Jadi kita banyak jauh daripada sasaran 30% ini dan juga jauh rendah daripada purata sedunia. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah rancangan kerajaan untuk memastikan bahawa Ahli Parlimen wanita di negara kita akan meningkat dan supaya jumlah Menteri wanita juga akan meningkat. Sekarang hanya dua orang sahaja. Saya rasa kesian dan minta rakan UMNO, biarlah wanita menjadi Naib Presiden.

[Disampuk]

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Dia campur aduk banyaklah ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Pandai-pandai jawablah Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Politik pun dia masuk. Dalam ini kita bercakap tentang tadi Gender Focal Point 30%, corporate sector.

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Saya sokong Ketua Wanita UMNO.

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Baguslah itu. Kalau you sokong, masuklah UMNO, marilah.

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Saya sokong cadangan.

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Kita sokong sama- sama, sama-sama buat kerja ya, okey. Sama-sama, masuklah, masuk, dibuka. Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

UMNO mana boleh terima orang Cina.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Boleh, boleh.

final • 10:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Orang Siam pun ada.

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Orang Cina boleh masuk UMNOkah?

final • 10:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Orang Siam pun ada.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ya Yang Berhormat, cukuplah fasal politik ini Yang Berhormat. Kembali kepada wanita Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Tuan Yang di- Pertua, ini adalah perkara yang penting. Penglibatan 30% wanita dalam pembuat

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

keputusan adalah satu perkara yang penting. Ini adalah suatu yang mesti sama-sama kita perjuangkan. Ia tidak boleh ditekankan kepada parti UMNO sahaja ataupun DAP sahaja atau PKR sahaja. But kita kena semua bekerjasama untuk memastikan kita akan capai ini.

Jadi dalam hal ini kerajaan sudah ada dasar. Dasar kita sedang dilaksanakan pada ketika ini. Dasar ini mestilah disahut, disambut oleh semua pihak termasuklah parti- parti yang ada di sini iaitu Parti Komponen Barisan Nasional juga, parti daripada pembangkang juga, sama-sama menyahut dan kita buat bersama-sama untuk capai 30% ini. Insya-Allah di pihak kita, pihak kerajaan kita mengkaji semula dasar kita ini. Selepas itu kita akan adakan program-program bagaimana kita akan dapat memastikan wanita-wanita yang berkebolehan ini, yang mempunyai potensi untuk menjadi calon dalam Parlimen, dalam Dewan Undangan Negeri akan kita latih mereka dan kita pastikan mereka akan bertambah visible lagi.

Jadi program ini sedang kita rancang di kementerian. Selepas ini kita akan bawa kepada Kabinet untuk diluluskan dan selepas itu kita akan laksanakan. Harapan kita daripada kerajaan ini, pihak kamu juga akan melaksanakan supaya kita akan capailah di Parlimen 30%. Insya-Allah next Parlimen. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang sungguh menakjubkan. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah 30% Club ini yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri hanya bertumpu kepada pemimpin perniagaan dan bukan kepada pemimpin- pemimpin politik? Pertama. Keduanya kalaulah rakyat Malaysia, wanitanya adalah lebih kurang 50% daripada jumlah populasi, kenapa kita melihat kepada 30%, tidak 50%? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Yang Berhormat adinda saya dari Pengerang. Ya, ini bagus. Tuan Yang di-Pertua, dasar negara kita, kerajaan kita ialah sekurang-kurangnya, saya sebut lagi ya ulang, sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan. Dalam semua sektorlah, termasuk dalam sektor korporat dan Kelab 30% tadi ini adalah untuk dalam sektor korporat.

Sekurang-kurangnya, ertinya kita boleh sampai 50% tidak ada masalah. Oleh kerana itulah kerajaan kita membuat keputusan, kita pun ikut sama macam negara yang lain, kita tubuhkan Kelab 30% ini yang anggotanya nanti bukan sahaja terdiri daripada orang korporat, kadang-kadang orang korporat ini pun ada orang politik juga. Ada ramai juga wanita-wanita yang dalam korporat itu terlibat juga dalam politik, sama ada berjawatan tinggi atau pun tidak. Jadi ertinya dia merangkumi semua kumpulan wanita.

Ingin saya menyatakan di sini bahawa program ataupun 30% kelab ini, sekarang ini pun saya ingin memberitahu kepada Dewan yang mulia ini, walaupun kita baru menubuhkan dalam pertengahan bulan ini yang akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ingin maklumkan kepada negara kita di sini bahawa di kalangan public listed companies ataupun syarikat tersenarai awam sudah ada syarikat- syarikat yang telah mencapai 50% pun Ahli Lembaga Pengarahnya adalah terdiri daripada wanita. Ada sebanyak 10 syarikat sebenarnya dan 65 syarikat secara keseluruhannya telah mencapai 30%. Jadi ertinya kita berkembang bukan setakat 30%, tetapi kita capai 50%.

Mungkin sampai ke atas, terpulanglah. Kalau ada ramai lagi wanita terlibat dalam sektor korporat ini, maka lebih ramai lagi yang menjadi ahli lembaga pengarahnya dan juga memegang jawatan-jawatan yang penting.

Saya ingin maklumkan dan juga mengambil kesempatan ini bahawa sekarang ini adalah 16% sudah berdasarkan data daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 16% iaitu 3513 orang daripada keseluruhan ahli lembaga pengarah di syarikat awam adalah terdiri daripada kaum wanita. Jumlah ini nampaknya bertambah lagi. Terima kasih.

final • 10:50 AM

5. Datuk Juslie bin Haji Ajirol [Libaran] minta Perdana Menteri menyatakan kesahihan laporan Ketua Kumpulan Militan Sulu, Agbimuddin Kiram meninggal dunia akibat masalah jantung di Simunul, Tawi-Tawi di Selatan Filipina dan setakat mana kawalan keselamatan pasukan keselamatan negara di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

final • 10:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, “Jong-jong inai, mak ipong rajawali, sepak tunggul inai berdarah ibu kaki”.

final • 10:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

“Semangkuk ceplok, sepinggan dadar, tidak cukup pulut, tambah buah delima”, jawapan nombor lima. Silap-silap.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Itu sudah tersedia awal Yang Berhormat ya.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Saya rasa-rasa hendak macam menerima pantun ya. Tuan Yang di-Pertua, Ketua Militan Sulu, Agbimuddin Kiram yang juga merupakan Raja Muda dilaporkan meninggal dunia akibat sakit jantung pada 13 Januari 2015. Perkara ini turut disahkan melalui liputan yang meluas daripada pihak media.

Sehubungan itu, Phugdal Kiram yang merupakan salah seorang ahli keluarga Sultan Esmail Kiram II telah dilantik sebagai Raja Muda yang baru. Manakala tahap keselamatan semasa di ESSZONE adalah terkawal.

■1100 Beberapa langkah yang telah dan sedang diambil bagi meningkatkan keselamatan kesejahteraan Pantai Timur Sabah, antara lain langkah-langkah keselamatan yang diambil adalah seperti berikut:

(i) meningkatkan keselamatan di resort-resort, di pusat-pusat ternakan ikan, ladang rumpai laut, ladang-ladang akuakultur yang berisiko di persisiran pantai;

(ii) meningkatkan atur gerak aset-aset darat, laut, udara di sepanjang ESSZONE;

(iii) meningkatkan pengumpulan maklumat dan risikan;

(iv) melaksanakan operasi pembersihan dan penguatkuasaan melalui Ops Gasak, Ops Gasak Khas dan Ops Bersepadu dengan lebih kerap di ESSZONE;

(v) meningkatkan keyakinan rakyat melalui program Gerak Saraf dan Perang Saraf (GSPS) dan engagement dengan komuniti ESSZONE; dan

(vi) meningkatkan kawal selia persempadanan seperti mewujudkan laluan tetap, perintah berkurung, mengisytiharkan pulau-pulau berisiko sebagai kawasan larangan dan menyemak semula pengoperasian pam bot dan barter trade. Lawatan daripada Pesuruhjaya Tinggi British dan Kedutaan Jepun ke ESSZONE bagi tujuan mengkaji semula travel advisory telah berpuas hati dengan tahap keselamatan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh ESSCOM. Sehubungan dengan itu sejak bulan Julai 2014, ketibaan pelancong-pelancong asing mula menunjukkan peningkatan.

Perangkaan data tempahan di pusat-pusat peranginan juga menunjukkan peningkatan ketibaan dan tempahan dalam kalangan pelancong asing mulai minggu pertama Oktober 2014 hingga Disember 2014. Tagline ESSCOM, “Tiada hari tanpa operasi”. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Dominasi semua bandar besar yang dikuasai oleh orang asing.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Pada minggu lepas ada menyatakan bahawa anggota ESSCOM menyembur gas di bawah Pasar Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian PATI. Ini penting kerana ia telah menjadi viral dalam Facebook. Keduanya, apakah yang sudah terjadi dengan perancangan kerajaan dalam menyediakan platform statistik membabitkan pelantar minyak yang sudah tidak digunakan atau kedudukan pulau strategik di Perairan Timur Sabah? Jadi minta Yang Berhormat menjelaskan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, saya telah menjangkakan soalan ini dan ini jawapan rasmi kerana ia telah menjadi viral dalam Facebook oleh pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pada 20 Mac 2015, ESSCOM telah melaksanakan operasi bersepadu yang bertumpu di kawasan pasar dan juga pasar ikan Lahad Datu bagi tujuan membanteras peniaga haram dan juga PATI.

Ketiga-tiga mangsa terbabit dipercayai cuba melarikan diri semasa operasi bersepadu dilaksanakan di kawasan pasar tersebut dan didapati lemas ketika bersembunyi di bawah pasar. Anggota operasi yang berada di lokasi telah menghubungi ambulans dan

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memberikan bantuan kepada mereka. Tiga orang mangsa yang lemas dikenali sebagai Nordin Akang, 16, Lahudin Nasir, 17 dan abangnya Alex Nasir, 18 yang tinggal di Kampung Bakau, Lahad Datu.

Pengarah Hospital Lahad Datu, Dr. Tan Hee Ting memaklumkan hasil siasatan mendapati punca kematian adalah mati lemas berikutan penemuan air dalam paru-paru mangsa. Untuk makluman, ESSCOM telah menafikan dakwaan di media sosial bahawa anggotanya telah menyembur gas di bahagian bawah pasar Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian tiga orang remaja tersebut.

Kedua, yang tidak logiknya kalau kita hendak menyemburkan gas, kita kena pakai peralatan-peralatan tertentu untuk berbuat demikian dan tidak ada peralatan pada anggota- anggota kita apabila kita mengejar dan selepas itu mereka masuk ke bawah terowong sana dan tenggelam.

Kemudian berhubung dengan sea-basing, forward based kita, kita sedang membaik pulih semula agar sesuai dengan keperluan anggota-anggota keselamatan yang akan ditempatkan di sea-basing tersebut di Semporna. Jadi Yang Berhormat, kita sedang repair.

final • 10:50 AM

Datuk Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Ekoran daripada rekomendasi RCI mengenai PTI di Sabah. Selain daripada pelaksanaan operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh ESSCOM, apakah lagi langkah- langkah lain yang telah diambil oleh ESSCOM untuk melaksanakan rekomendasi yang telah dibuat dalam laporan RCI itu. Dalam soal operasi bersepadu, apakah keberkesanan operasi ini setakat ini dan adakah agensi-agensi yang terlibat seperti Kastam dan yang lain-lain itu telah diberikan sumber yang mencukupi untuk melaksanakan tugas mereka. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, ini kebenarannya ialah operasi kita berkesan tetapi kita tidak dapat menafikan bahawa kita ada kekurangan dan Kerajaan Pusat dalam Bajet 2015 yang baru-baru ini telah mencadangkan peruntukan khusus kepada ESSCOM yang selama ini kita tidak ada peruntukan tersebut, khusus untuk meningkatkan aset di kawasan ESSCOM. Jadi inilah kekurangan yang ada tetapi semua operasi yang kita buat mendatangkan kesan yang baik termasuk pengisytiharan darurat.

Hasil kehadiran ESSCOM di kawasan ESSZONE ini, kesannya kita lihat jenayah telah dapat diturunkan dan ancaman dari luar boleh dikatakan dapat dikurangkan dan dalam masa yang sama rakyat dapat hidup dalam keadaan yang lebih tenteram jika dibandingkan pada masa yang lepas. Jadi, tugas utama kerajaan sekarang ialah meningkatkan aset dan juga anggota di kawasan yang berkenaan supaya operasi kita mendapat kesan yang baik dan dalam masa yang sama, kita berusaha supaya aktiviti ekonomi dapat ditingkatkan.

Jadi kawasan ini adalah kawasan pelancongan dan apabila pelancong datang dengan begitu ramai, sudah pasti ia akan meningkatkan aktiviti-aktiviti ekonomi dan pelancong datang dalam keadaan yang lebih besar daripada apa yang kita jangka. Ini adalah satu petanda yang baik bahawa kawasan ini masih berada di hati orang-orang yang suka melancong. Terima kasih.

final • 10:50 AM

6. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:

(a) terdapat berapa buah tapak penternakan babi di seluruh negara dan nyatakan jumlah mengikut negeri; dan

(b) jumlah keluaran daging babi setiap bulan dan adakah ia mencukupi untuk keperluan pasaran dalam negara.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam 1Malaysia, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Yang Berhormat Kota Melaka yang bertanyakan tentang bilangan ladang penternakan babi di seluruh negara. Saya ingin jawab, jumlahnya ialah 737 ladang. Banyak itu. Jumlah ladang mengikut negeri, kalau hendak baca panjang. Saya bagi the top three lah. Pertama sekali Perak – 124 ladang.

Nombor dua Sarawak – 141 dan seterusnya. Akan tetapi daripada segi bilangan pengeluaran yang terbanyak sekali negeri Perak – 505,327 ekor dan kemudian negeri Sarawak – 335,000 ekor dan negeri Pulau Pinang, 322,000 ekor populasi babi di negeri- negeri tersebut.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Yang Berhormat bertanya juga tentang pengeluaran. Pengeluaran sebanyak - dari segi tadi disebut bilangan populasi tetapi dari segi dia punya pengeluaran untuk tahun 2010, 247,000 metrik tan, tahun 2011 – 246,000 metrik tan, I rounded the figurelah. Untuk tahun 2012 – 249,279 metrik tan. It’s about 250,000 matrix tan per yearlah. Secara bulanan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat secara spesifik, sebulan lebih kurang 20,000 metrik tan. Untuk makluman juga, pengeluaran domestik lebih kurang 6%, only about 4% yang diimport daripada luar negara. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri 60% keperluan dalam pasaran negara atau 6% tadi, katakan 60% bukan? Soalan tambahan saya ialah saya difahamkan bahawa kementerian bersama dengan Persatuan Penternak telah melawat beberapa negara yang maju, yang berjaya dalam sektor penternakan babi dan mungkin dengan teknologi yang baru. Ingin saya tanya, adakah bancian selepas lawatan kepada negara ini telah ada satu rancangan untuk membangunkan sektor ternakan babi ini. Dengan bukan hanya dapat mengawal lebih baik pencemaran tetapi dapat mengatasi kekurangan keluaran untuk permintaan pasaran di negara kita. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. As I see, is now dari segi pengeluaran sudah begitu tinggi 66%, 4% pun yang diimport itu sebenarnya, 64% domestic production whereas...

final • 11:10 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

34% imported, no 4%, simple mathematics.

final • 11:10 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Sabar, sabar, sabar, sabar. This morning I’m not in the moodlah.

[Ketawa] To be honest with you.

final • 11:10 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Bagi jawapan bertulis.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tiada niat jahat Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Sabar. No I made the mistake. Actually is 96% domestic production. Only 4% import. Import saya difahamkan you import only a special part your rib, bailey konon, that’s good for Bak Kut Teh, saya difahamkan. Itu sahaja yang diimport, 96% local production. Jadi soalan tadi kita hendak tambah production untuk local is actually small matter because 4% sahaja lagi. It’s almost 100% already.

Lagi satu berkenaan dengan modern pig farming. Jadi kerajaan telah pun membuat pengumuman iaitu kita hendak melihat bahawa ladang-ladang babi ini diberi dalam tempoh tiga tahun to comply untuk mematuhi modern pig farming. Iaitu penternakan babi yang tertutup, bertutup dan juga dia close-up, tidak boleh ada keluar discharge dia, boleh menjejaskan environment. So it’s going to be environmental friendly as well as public friendly. Jadi orang awam pun juga selamat, dia tidak ada masalah bau dan begitu juga persekitaran juga tidak tercemar. So this is a new policy dari segi kementerian untuk melihat modern pig farming. But kita faham, saya pun bincang dengan pegawai iaitu untuk mewujudkan modern pig farming ini is going to be a big investment on the part of the pengusaha, penternak. So in this case maybe I would like to encourage. Saya ingin menyeru kepada pengusaha-pengusaha supaya bergabung and then you pull your resources, financial resources and what other resources yang membolehkan untuk buat investment membina facilities modern pig farming. Akan tetapi kalau secara berseorangan mungkinlah ada masalah kewangan sedikit. Akan tetapi ingin saya sebutkan dalam Dewan ini juga, business babi ini boleh tahan juga dia dekat RM2 bilion setahun tetapi bagi kita orang Islam tidak bolehlah.

So is a good business for you all. You carry on doing it, melaburlah. Kita dalam negara Malaysia ini menghormati walaupun orang Islam tidak makan babi tetapi kita tidak menghalang. Saya pergi kawasan kadang-kadang Chinese dinner, they serve pork at their table but my table of course they know out of respect, tidak adalah babi. But next to next is okay no problem as long as I won’t eat. So ini menunjukkan bahawa bagaimana kerajaan dan pimpinan menghormati pelbagai kaum dari segi pemakanan dan sebagainya. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri Melaka baru mewartakan Kaedah-kaedah Pelesenan Menternak Babi tahun 2013 sebagai usaha untuk menambah baik enakmen yang ada pada 1980. Akan tetapi masalah yang berlaku walaupun 48,000 sahaja ekor babi yang hendak menyamai dengan jumlah pengundi dekat tempat saya yang juga menjadi masalah adalah dari segi pencemaran. Soalan saya, bagaimanakah pihak kementerian memantau pencemaran yang berlaku yang mana sering kali diletakkan bebannya kepada Jabatan Veterinar dan bukannya ada kerjasama erat di antara agensi-agensi lain yang terlibat.

Contohnya Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengaliran dan Saliran kerana apabila masalah ini berlaku sering kali diletakkan bebannya pada Jabatan Veterinar dan mereka hendak kira ini 48,000 tiap-tiap bulan kena lapor pada kerajaan negeri. Betulkah tidak 48,000 ini ataupun sudah terlebih ataupun tidak, dengan bau busuk dan menjejaskan ekonomi, menjejaskan kualiti kesihatan masyarakat sekeliling, menjejaskan produk pelancongan di Masjid Tanah. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Terima kasih kepada Yang Berhormat Masjid Tanah. Tuan Yang di-Pertua, kita di pihak kerajaan dan kementerian, kita sangat prihatin terhadap masalah ini. Dengan sebab itu pegawai-pegawai kita telah menetapkan berbagai-bagai pelan tindakan untuk memastikan ianya sebagaimana yang saya sebutkan tadi environment friendly dan juga public friendly yang bau busuk kata itu.

Kita amat bersimpati dengan kesannya kepada orang awam. Itu sebabnya kita memperkenalkan modern pig farming di mana masalah ini dapat diatasi. Satu jangka masa telah ditetapkan untuk pengusaha-pengusaha atau penternak ini mematuhi peraturan ini.

Kita harap pihak pengusaha ataupun penternak akan memberi kerjasama kepada kerajaan dalam tempoh tiga tahun ini.

final • 11:10 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Selepas itu kalau kerajaan ambil tindakan untuk tutup ladang-ladang babi yang masih lagi tidak comply menyebabkan masalah kepada environment dan juga kepada orang awam, janganlah marah. Now you have enough notice given to all the pig farmers. I hope the politician doesn’t matter- whether his from the other side or this side ya. Janganlah pula kita membela pula nanti. Oh kata, bagilah masa sikit lagilah, itulah, inilah dan pelbagai alasan, you know. No more alasan. Three years from now we will going to close down all those pig farm yang tidak comply dengan modern pig farming. Okey. *That is the guarantee.

Thank you.*

final • 11:20 AM

7. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan:

(a) adakah pihak kementerian menyalurkan geran atau dana bagi pembangunan industri muzik Iban di Sarawak dan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan bagi tujuan tersebut; dan

(b) apakah langkah-langkah kementerian bagi meningkatkan mutu penghasilan muzik Iban dan tempatan Sarawak serta memperkasa penggiat seni di industri kreatif Sarawak.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Jailani bin Johari

Bismillahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sibuti yang menanyakan soalan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon keizinan untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Datuk Nur Jazlan bin Mohamed dari Pulai yang bertarikh pada 1 April 2015 yang turut menyentuh perkara yang sama iaitu berkenaan pembangunan industri kreatif.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Dato’ Jailani bin Johari

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh Kerajaan telah menyediakan Dana Geran Industri Kreatif Negara ataupun DIKN yang diperuntukkan sebanyak RM118 juta bagi merancakkan pembangunan Industri Kreatif tempatan supaya ia mampu bersaing dan lebih kompetitif di peringkat antarabangsa. Jumlah pendapatan yang terhasil dari tempoh tahun 2012 hingga tahun 2014 adalah sebanyak RM556.16 juta.

final • 11:20 AM

Dato’ Jailani bin Johari

Mengenai persoalan pertama yang ditanya oleh Yang Berhormat Sibuti, di bawah DIKN yang diterajui oleh kementerian ini kita telah melaksanakan beberapa projek muzik dari tahun 2012 sehingga tahun 2014 termasuk Projek Perkhidmatan Muzik Video serta penerbitan album etnik kontemporari. Projek ini melibatkan syarikat rakaman dan artis yang membuat permohonan di mana 10 lagu perlu dicipta oleh pemuzik tempatan dan ia perlulah bercirikan kontemporari dan diselitkan unsur-unsur tradisional.

Berdasarkan rekod, keseluruhan geran yang disalurkan bagi kedua-dua projek ini berjumlah RM2.764 juta. Antara artis dari Sarawak yang telah pun lahir di bawah Persatuan Industri Muzik ini antaranya ialah Hafiz, Dayang Nurfaizah dan lain-lain.

Mengenai persoalan kedua oleh Yang Berhormat Sibuti, dalam usaha untuk meningkatkan mutu penghasilan muzik bagi penggiat muzik Sabah dan Sarawak, pihak kementerian telah mewujudkan Projek Geran Sokongan ke luar negara dan Program Akreditasi Muzik bagi tujuan promosi, melahirkan bakat baru dan memperbaiki keterampilan diri. Keseluruhan peruntukan yang disalurkan berjumlah RM1.1 juta.

Mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pulai, pihak kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengambil pelbagai inisiatif bagi membangunkan industri kreatif tempatan memandangkan industri ini berpotensi untuk menjana ekonomi dan hasil pendapatan kepada negara. Di bawah MCMC telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta untuk dana pembangunan industri kreatif di mana sehingga 31 Disember 2014 sejumlah RM67.12 juta telah pun diluluskan bagi membangunkan 128 projek termasuk lapan projek lain di bawah pihak kementerian.

Setakat ini sebanyak 55 projek kandungan kreatif yang terdiri daripada program animasi, dokumentari, aplikasi mudah alih, permainan dalam talian dan e-book telah pun disiapkan. Di bawah program ini juga Program Penerokaan Pasaran telah terbukti berupaya menjana pendapatan negara di mana bagi tempoh Januari 2011 hingga Disember 2014 pemasaran kandungan tempatan telah mencapai hasil jualan sebanyak RM417.9 juta.

Daripada jumlah tersebut sebanyak RM145.01 juta direkodkan bagi tahun 2014 dengan pasaran International Market of Communication Programs dengan izin, menyumbang hasil jualan tertinggi, itu di bawah MCMC.

Manakala di bawah agensi yang satu lagi MDEC laporan ini telah dibuat melalui Program Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu sebanyak RM119.8 juta dan RMKe-10 sebanyak RM150.98 juta.

Sehingga 31 Disember 2014 daripada 2,708 buah syarikat MCMC Malaysia yang aktif sebanyak 334 buah syarikat terlibat dalam kelas kreatif dan multimedia. Di bawah ini kalau saya boleh juruskan di mana syarikat MSC Malaysia di bawah kelas ini telah menyumbang sebanyak RM1.69 bilion kepada KDNK negara. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasihlah kepada pihak kerajaan kerana memberi peruntukan yang begitu banyak sehingga keseluruhannya di belanja lebih kurang RM274 juta.

Apa yang saya hendak katakan di sini Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di- Pertua, lagu melalui cetak pada masa kini susah hendak dijual sebab kebanyakan sekarang mereka menggunakan recording online dan menempah lagu-lagu muzik online. Saya hendak tanya di sini, adakah pihak kerajaan mempunyai program khas untuk lagu-lagu industri bangsa Iban ataupun Dayak dari negeri Sarawak mempromosikannya besar- besaran sehingga ia menjadi lagu industri yang bermutu seperti Bekikis Bulu Betis, Bujang Sarawak, Oh My Suluh Aku. Lagu-lagu begini sangat popular di dalam radio Sarawak dan juga di media TV. Bagaimanakah pandangan Yang Berhormat Menteri?

final • 11:20 AM

Dato’ Jailani bin Johari

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya tiada spesifik daripada segi dana khusus yang kita unjurkan kepada sesuatu etnik. Akan tetapi seperti yang saya maklumkan tadi di bawah geran penerbitan album etnik kontemporari ya, sepuluh lagu yang disediakan oleh pemuzik tempatan itu perlulah diselitkan dalam sebuah album dan dipasarkan dalam pasaran fizikal serta digital.

final • 11:20 AM

Dato’ Jailani bin Johari

Untuk makluman Yang Berhormat Sibuti, sebenarnya di pihak kementerian kita melalui stesen radio Sarawak kita telah menyiarkan siaran yang berbentuk bahasa Iban.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di dalam WOW FM ataupun RTM Kuching jumlah jam keseluruhan adalah 18 jam termasuk bahasa Iban. RTM Sri Aman juga tiga jam. Miri FM tiga jam, Sibu FM tiga jam dan Bintulu FM tiga jam. Jadi memang dikata khusus kepada sesuatu etnik tidak ada.

Makna kata sekiranya ada permohonan dibawa kepada pihak kementerian ini kita boleh mempertimbangkan. Oleh sebab untuk makluman Dewan yang mulia ini juga di bawah Content Malaysia ataupun Pitching Centre yang akan dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri pada 2 April, soft launch ya di mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah dana industri kreatif digital mungkin permohonan-permohonan ini boleh dipertimbangkan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

8. Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan:

(a) bilangan dan senaraikan stesen minyak di Malaysia yang menjual diesel gred Euro 5; dan

(b) apakah syarat-syarat bagi pengusaha stesen minyak untuk mendapat lesen/permit jualan diesel gred Euro 5 serta bilakah Kerajaan Malaysia akan melaksanakan kegunaan diesel gred Euro 5 seperti yang dilaksanakan di Singapura sejak Januari 2014.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah

*Bismillahi Rahmani Rahiim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan oleh Yang Berhormat Kulai pada 31 Mac kerana ia menyentuh isu dan perkara yang sama berkaitan dengan diesel Euro 5.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat sehingga tarikh 2 Mac 2015, sejumlah 13 buah stesen minyak di bawah jenama BHP dan Petronas telah mula menjual diesel menjustifikasikan Euro 5 di negeri Johor.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah

Senarai stesen yang menjual diesel Euro 5 ini adalah seperti berikut:

(i) BH Petrol R&R Pagoh Arah Selatan;

(ii) BH Petrol R&R Pagoh Arah Utara;

(iii) BH Petrol Jalan Tebrau 2;

(iv) BH Petrol Pasir Gudang 3;

(v) BH Petrol Pasir Gudang 1;

(vi) BH Petrol Pasir Gudang 2;

(vii) BH Petrol Plentong;

(viii) BH Petrol Jalan Tampoi;

(ix) BH Petrol Jalan Petaling;

(x) BH Petrol Jalan Tun Teja; dan

(xi) BH Petrol Taman Perling.

Itu daripada jenama BH Petrol dan dua daripada Petronas iaitu:

(i) Petronas Gelang Patah Arah Selatan; dan

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah

(ii) Petronas Pasir Gudang Highway 2.

Mengenai dengan syarat-syarat Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini KPDNKK hanya mengenakan syarat-syarat penjualan produk petroleum sedia ada kepada pengusaha- pengusaha stesen-stesen minyak di negeri Johor yang ingin menjual diesel berspesifikasi Euro 5.

Selain itu, setiap pengusaha stesen minyak perlu mematuhi syarat-syarat am seperti penggunaan warna nozel yang ditetapkan bagi produk diesel berspesifikasi Euro 5 iaitu biru pantone 300. Hal ini bagi membolehkan pengguna membuat perbezaan di antara produk diesel Euro 2M dan juga diesel Euro 5 ketika ingin mengisi minyak. Selain itu, pengusaha juga perlu mengemas kini kebenaran di bawah control and supply, dengan izin, iaitu CSA berkaitan penggunaan dan kapasiti tangki bawah tanah yang digunakan untuk menyimpan diesel Euro 5.

Pada masa yang sama, pengusaha-pengusaha stesen minyak ini juga adalah tertakluk di bawah syarat-syarat pengoperasian mengikut syarikat pembekal minyak masing-masing. Keputusan untuk membekalkan diesel berspesifikasi Euro 5 adalah bergantung kepada kemampuan pembekal tersebut menyediakan bekalan produk ini di negeri Johor. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Setakat itulah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tuan

final • 11:36 AM

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam, dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Rabu, 25 Mac 2015.”

final • 11:36 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:36 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Peraturan mesyuarat.

final • 11:36 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya hendak membangkitkan peraturan mesyuarat. Saya merujuk kepada...

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Peraturan mesyuarat mana, Yang Berhormat?

final • 11:36 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Peraturan Mesyuarat 9(1) – pemberitahuan Mesyuarat dari Setiausaha kepada Ahli Dewan dan sebagainya 28 hari itu

final • 11:36 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

cukup. Akan tetapi isu yang saya hendak bawa di sini ialah berkaitan dengan kedudukan Ketua Pembangkang yang terhalang sampai hari ini untuk tidak dibenarkan oleh pihak penjara hadir. Sedangkan pada hari ini...

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ada usul?

final • 11:36 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Sedangkan pada hari ini...

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ada usul? Saya tanya.

final • 11:36 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Beliau berada di – telah pun dibawa ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Sedangkan mengikut Perlembagaan, seksyen 31(1)(a)...

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya...

final • 11:36 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...iaitu ketua penjara boleh membenarkan kalau ada alasan munasabah.

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 11:36 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi, isunya sekarang ini, adakah pergi mahkamah alasan munasabah, hadir ke Parlimen alasan tidak munasabah?

[Tepuk]

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

Usul Yang Berhormat kemukakan melalui Peraturan Mesyuarat 18 telah pun diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:36 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, ya. Betul, betul tetapi saya hendak...

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat melanggar peraturan mesyuarat sekarang ini.

final • 11:36 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya hendak minta penjelasan.

Saya bukan merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18 tetapi saya hendak minta penjelasan.

final • 11:36 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah, sudah, sudah. Saya ingat saya sendiri yang memberitahu kepada Yang Berhormat pada beberapa hari yang lalu...

final • 11:36 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Apakah Parlimen kita sekarang ini sudah begitu rendah daripada satu institusi yang lain?

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

...bahawa usul itu telah pun diputuskan dan ditolak dalam kamar oleh Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:36 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Betul. Saya bersetuju. Saya bersetuju. Sekarang ini memang...

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jadi Yang Berhormat...

final • 11:36 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Kita menanti keputusan yang dibuat terhadap Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang ada membuat rayuan.

Yang Berhormat Sepang ada membuat rayuan tetapi...

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah. Yang Berhormat Sepang pun sudah pun diputuskan hari itu.

final • 11:36 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya hanya hendak meminta penjelasan. Kenapa Parlimen tidak boleh mengambil tanggungjawab untuk memastikan Ahli Parlimen Permatang Pauh...

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, itu yang saya katakan, Yang Berhormat out of order.

final • 11:36 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Ketua Pembangkang, dapat hadir ke Parlimen. Sedangkan ini hak yang diberikan oleh perlembagaan.

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Out of order. Out of order, Yang Berhormat. Cukuplah. Cukuplah. Yang Berhormat, out of order. Saya tidak ada kapasiti untuk mengkaji keputusan Speaker kecuali melalui usul.

final • 11:36 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya bukan minta mengkaji tetapi saya memohon satu rayuan kepada Parlimen supaya Parlimen menyedari bahawa ini sesuatu yang sangat bertentangan dengan Perlembagaan dan sangat tidak demokratik.

Bahawa penjara boleh benar Dato’ Seri Anwar...

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kita ikut peraturan.

Kenyataan itu...

final • 11:36 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...ke Mahkamah Syariah tetapi tidak boleh benar datang ke Parlimen sedangkan dia dipilih oleh rakyat.

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kenyataan itu tidak sesuai, Yang Berhormat. Ia menuduh Parlimen tidak demokratik adalah tidak sesuai. Cukup setakat itu, Yang Berhormat.

final • 11:36 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yalah tetapi saya hendak tegaskan bahawa kita minta supaya kita mempertahankan institusi ini sebagai institusi yang sangat demokratik.

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukuplah setakat itu Yang Berhormat ya. Ya.

final • 11:36 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat. Ya.

final • 11:36 AM
MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Ketiga belas”. [23 Mac

final • 11:36 AM

2015] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:36 AM

Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas usul menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang turut menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Segala cadangan, pandangan dan teguran mengenai isu-isu yang dibangkitkan itu amatlah dihargai dan akan diberi perhatian oleh kementerian ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam sesi perbahasan, beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan pelaksanaan projek jalan Persekutuan. Antaranya ialah Ahli Yang Berhormat dari Labuan yang merayu supaya kerajaan mempertimbangkan semula dan memberi keutamaan terhadap cadangan projek membina dan menaik taraf

final • 11:37 AM

Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

jalan raya di Pulau Labuan dalam senarai projek Rancangan Malaysia Kesebelas. Perkara ini sememangnya diambil maklum oleh kementerian ini. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat telah sedia maklum, penetapan untuk membina dan menaik taraf jalan-jalan utama di negara ini dibuat berasaskan kepada Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya

(HNDP).

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****] HNDP bermaksud Highway Network Development Plan. Walaupun dokumen HNDP ini dianggap sebagai sumber rujukan utama bagi membangunkan sistem rangkaian jalan raya di negara kita, namun ia tidaklah sebegitu rigid, dengan izin. Sebaliknya, ia digunakan sebagai garis panduan untuk tujuan perancangan kerajaan sahaja.

Hakikatnya, hanya lebih kurang 60% sahaja projek-projek jalan raya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini mengikut rekomendasi HNDP. Manakala 40% lagi tiada dalam perancangan asal HNDP. Dengan perkataan lain, di samping dokumen HNDP, kementerian ini turut mempertimbangkan permintaan projek-projek baru yang tidak tersenarai dalam HNDP daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan atau pemimpin-pemimpin setempat.

Dalam konteks untuk Labuan, Kementerian Kerja Raya telah mencadangkan kepada agensi Pusat bagi melaksanakan tujuh projek baru pada Rancangan Malaysia Kesebelas.

Projek-projek tersebut ialah menaik taraf Jalan Pohon Batu ke Panchor Hitam Fasa 2, Jalan Nagalang ke Tanjung Taras, Jalan Kinabenuwa ke Raucha-Raucha, Jalan Tanjung Aru ke Nagalang, Jalan Sungai Bedaun ke Jalan Kinabenuwa, Jalan Mohd. Salleh ke Panchor Hitam dan membina baru dari Taman Pearl ke Raucha-Raucha.

Selain cadangan Jalan Persekutuan di bawah bidang kuasa kementerian ini, Yang Berhormat juga boleh menggunakan saluran Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menambah baik perkhidmatan rangkaian jalan raya di Pulau Labuan.

Ahli Yang Berhormat dari Jasin telah meminta kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan fasa kedua dan ketiga, projek menaik taraf Jalan Bemban–Jasin–Tangkak.

final • 11:37 AM

Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Kementerian ini mengambil maklum tentang kepentingan pelaksanaan projek ini berikutan fasa pertama dan fasa keempat projek berkenaan telah disiapkan pada tahun 2012 lalu. Sehubungan itu, cadangan fasa kedua dan ketiga projek ini akan dipohon untuk dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas.

Ahli Yang Berhormat dari Jerantut pula meminta kementerian ini mengambil tindakan yang lebih tegas berkaitan kelewatan pelaksanaan projek menaik taraf Jalan Benta-Jerantut-Maran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek ini mengalami kelewatan berikutan terdapat dua kontrak projek berkenaan terpaksa ditamatkan pada tahun 2009 dan 2010.

Berikutan itu, kementerian ini telah mengemukakan permohonan kepada agensi pusat untuk melantik kontraktor yang baru. Namun kelulusan peruntukan yang diterima daripada agensi pusat adalah terhad dan mencukupi untuk menggantikan lapan unit jambatan serta memperbaiki struktur jalan di lokasi tertentu sahaja. Projek ini telah diberikan keutamaan yang tinggi oleh pihak kementerian dan kerajaan negeri untuk kelulusan Rancangan Malaysia yang Kesebelas.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Kuala Nerus pula membangkitkan isu pengambilan tanah untuk projek membina jalan baru di Kampung Banggol Donas, Kuala Terengganu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek membina jalan baru ini ialah sebahagian daripada skop projek...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Jasin bangun.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Silakan.

final • 11:40 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah sekurang-kurangnya beri respons tentang apa yang telah saya bangkitkan. Akan tetapi saya memohon Yang Berhormat Menteri, kalau boleh jalan yang saya sebut tadi yang telah tertangguh sejak tahun 2010 semasa kerajaan menyediakan pakej rangsangan. Kalau boleh, kalau Yang Berhormat Menteri tadi akan mempertimbangkan untuk Rancangan Malaysia Kesebelas, kalau boleh berikan ianya keutamaan. It can be dari tahun 2016 sampai 2020. Jangan lambat sangat, kalau boleh berikan keutamaan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Jasin.

Sememangnya kalau ikut senarai keutamaan, kedudukannya berada agak baik. Diharapkan akan dipertimbangkan juga oleh agensi pusat dan kita akan sampaikan kepada agensi pusat, hasrat Yang Berhormat Jasin tersebut.

Jadi, balik kepada Yang Berhormat Kuala Nerus. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek membina jalan baru itu ialah sebahagian daripada skop projek membina jalan dan jambatan dari Jeram ke Kampung Tok Kong ke Bukit Guntung, Kuala Terengganu. Ia merupakan projek kerajaan negeri yang diselia oleh JKR negeri. Pada masa kini, kemajuan keseluruhan projek tersebut telah 90% siap. Namun ia telah tertangguh sejak bulan Oktober 2013 yang lalu berikutan injunksi mahkamah yang difailkan oleh beberapa orang penduduk yang membantah proses pengambilan lot tanah di Kampung Banggol Donas, Kuala Terengganu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini baru sahaja dimaklumkan oleh Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Terengganu bahawa Mahkamah Rayuan pada 11 Mac 2015 yang lalu telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 Jun 2014 iaitu menolak dengan kos bantahan penduduk terlibat. Ini bermakna mengikut prosedur undang-undang, pelaksanaan projek untuk kepentingan awam itu akan dapat disambung semula dalam tempoh masa yang terdekat.

Ahli Yang Berhormat dari Sepanggar pula membangkitkan cadangan pembinaan jejambat yang baru...

final • 11:40 AM

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Menteri, minta laluan sedikit.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Ya.

final • 11:40 AM

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Terima kasih kepada Menteri. Isu yang dibangkitkan oleh penduduk Kampung Banggul Donas, ada banyak isu yang tertunggak yang dibahaskan di peringkat mahkamah hanya satu isu sahaja. Akan tetapi yang kita bangkitkan banyak yang bantahan-bantahan dihantar oleh penduduk kampung antaranya niat di sebalik pengambilan yang kita hantar pada SUHAKAM sebagai contoh. Bagaimana isunya ialah tanah yang hendak diambil, masih ada lagi satu alternatif tanah kosong yang boleh diambil oleh kerajaan tetapi kerajaan bertindak mengambil tanah yang diduduki oleh penduduk dan kalau kita lihat pada jalan pun, jalannya jadi bengkok. Kalau ambil tanah kosong, jalannya itu lurus tetapi diambil tanah orang kampung menjadikan ia bengkok.

Ini menimbulkan persoalan kenapa diambil tanah orang kampung? Bantahan dibuat di peringkat SUHAKAM dan persoalan ini belum dijawab lagi oleh kementerian. Itu yang dijawab tadi isu yang melibatkan mahkamah dan itu antara isu yang berbangkitlah yang saya harap. Kalau kita tengok dalam Laporan Audit Negara sendiri pun menyatakan bahawa cara pengambilan tanah itu tidak mengikut kaedah yang betul. Itu Laporan Audit Negara yang tak boleh kita padamkan report tersebut. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Yang Berhormat Kuala Nerus, yang pertama.

Kalau dikatakan Audit Negara menegur bahawa cara pengambilan tanah tidak betul, perkara ini dah diputuskan oleh mahkamah dan mahkamah memutuskan bahawa pengambilan tanah ini sah dan dengan kaedah yang betul. Maknanya mahkamah akan lebih baik menentukan kaedah sama ada pengambilan tanah itu mengikut lunas undang- undang, prosedur ataupun tidak dan kes ini sudah pun diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi dalam negara kita.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Jadi, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan kaedah pengambilan tanah betul, prosedurnya betul atau tidak telah pun diputuskan oleh mahkamah. Sama ada jajaran yang diambil itu betul ataupun tidak, itu Yang Berhormat nanti melalui Ahli Dewan Undangan Negeri bolehlah bangkitkan di peringkat negeri sebab ianya jalan negeri yang diuruskan di peringkat negeri melalui JKR negeri.

Cuma saya membantu untuk respons kepada persoalan Yang Berhormat bangkitkan dan kalau mengikut apa yang kita lihat bahawa mesti ada sebab mengapa laluan ataupun jajaran ini dipilih, tidak jajaran yang lain. Jadi, itu mungkin boleh dibahaskan di peringkat negeri sebab ianya merupakan jalan-jalan negeri dan saya tak akan dapat memberi detail kepada perkara tersebut melainkan ianya dibangkitkan lebih awal waktu perbahasan Yang Berhormat untuk saya dapat maklumat daripada JKR negeri Terengganu.

Saya balik kepada Yang Berhormat Sepanggar yang membangkitkan berkaitan dengan cadangan pembinaan jejambat yang baru sebagai laluan ketiga di Jalan Tuaran- Inanam, Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan pembinaan jejambat tersebut telah sedia termasuk dalam skop projek menaik taraf Jalan Lintas, Kota Kinabalu fasa 1 yang kini dalam peringkat pembinaan.

Mengenai isu kesesakan dari Teluk Likas ke Indah Permai melalui Jalan Sulaman, Kota Kinabalu. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat dari Sepanggar, berdasarkan kepada Pelan Induk HNDP fasa 2 untuk Sabah dan Sarawak, kementerian ini telah mengenal pasti dua projek untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut seperti berikut:

(i) menaik taraf Jalan Sulaman, UMS, Kota Kinabalu termasuk membina tiga persimpangan bertingkat di persimpangan Jalan King Fisher, persimpangan Jalan UMS dan persimpangan Jalan Sepanggar iaitu Indah Permai; dan

(ii) menaik taraf Jalan Lintas, Kota Kinabalu fasa 2 termasuk membina tiga persimpangan bertingkat di persimpangan Jalan Pintas Penampang, persimpangan Jalan Lido dan persimpangan Lintas Plaza.

Kedua-dua projek ini telah dipohon untuk kelulusan Rancangan Malaysia Kesebelas. Walau bagaimanapun, pelaksanaan kedua-dua projek ini masih tertakluk kepada kelulusan Rancangan Malaysia Kesebelas yang dijangka akan diketahui pada bulan Jun 2015 ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Kalabakan pula telah membangkitkan status pelaksanaan projek Jalan Tuaran-Kudat sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian kemungkinan projek berkenaan telah disiapkan pada bulan Februari 2014. Skop projek ini melibatkan pembinaan jalan empat lorong, dua hala sepanjang 100 kilometer dengan reka bentuk piawaian JKR R5.

Walau bagaimanapun projek ini akan dilaksanakan secara berfasa berikutan ia melibatkan kos yang tinggi iaitu dianggarkan RM1.7 bilion. Kementerian ini telah memohon kelulusan agensi pusat untuk melaksanakan reka bentuk terperinci dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Manakala pelaksanaan projek ini akan dimulakan setelah proses reka bentuk terperinci disiapkan kelak.

Ahli Yang Berhormat dari Kalabakan juga telah membangkitkan mengenai isu status projek membaiki keruntuhan cerun berhampiran jalan lapangan terbang Tawau.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja pembaikan cerun di Kilometer 245.4 Jalan Tawau, Sandakan itu telah dimulakan pada bulan Mei 2014 yang lalu. Projek dengan harga kontrak RM5 juta itu telah mencapai kemajuan hampir 80% dan ianya dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Mei 2015 ini.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

[Bangun]

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Ya, Yang Berhormat Kalabakan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua, yang sebenarnya Menteri mungkin salah diberitahu kerana projek ini sudah lama terbengkalai.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Kita nampak lebih dua tahun. Jadi tidak mungkin bulan Mei ini akan siap. Jadi saya mahu mungkin ambil kata Menteri bulan Mei ini siap. Kalau tidak saya akan bawa balik ke Parlimen ini nanti.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Baik terima kasih Yang Berhormat Kalabakan atas makluman. Saya pun memang merancang untuk pergi melawat kawasan Kalabakan dalam bulan April ini. Bukan sahaja untuk melawat cerun ini tetapi juga ada lagi aduan berhubung kait dengan jalan raya yang sudah siap tetapi kualiti kerjanya kurang memuaskan. Saya akan bersama dengan Yang Berhormat Kalabakan nanti untuk - insya- Allah bulan April.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Labuan bangun.

final • 11:50 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama saya jawab Yang Berhormat Labuan.

final • 11:50 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Itulah tadi terdengar nama-nama jalan Yang Berhormat Menteri sebut yang memang Labuan amat memerlukan. Kita pun sudah memohon dan kita pun sudah tahu bahawa ia tidak akan dilaksanakan pada tahun ini. Jadi saya di sini ingin memberitahu Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua bahawa jalan-jalan ini sebenarnya adalah sangat kritikal, sangat penting. Ia bukan sahaja untuk menambah jalan tetapi sebenarnya ia adalah untuk membolehkan beberapa buah industri lain yang perlu disokong itu berkembang terus.

Contohnya pembukaan industrial area yang mana di Labuan sekarang begitu kekurangan, shortage dan tanpa membina jalan-jalan ini maka kita tidak dapat membuka kawasan-kawasan tersebut. Jadi ia adalah sesuatu yang amat kritikal supaya keluhan pemain-pemain industri ini tidak berpanjangan sebab harga kawasan industri sewanya begitu mahal di Labuan terutamanya di kawasan Ranca-Ranca, Kina Benua dan sebagainya.

Selain daripada itu untuk jalan ke Negalang itu adalah satu jalan yang diperlukan untuk membolehkan adanya satu lagi outlet keluar daripada bandar. Labuan ini bandarnya di Tanjong. Jadi semua datang ke hujung tanjung dan ia akan keluar melalui satu outlet.

Jadi waktu rush hour ia menjadi begitu sibuk dan sekiranya jalan ke Negalang itu dilaksanakan maka kita akan mempunyai dua outlet.

Seterusnya akan membolehkan kita membuka kawasan-kawasan perumahan baru, kawasan perbandaran baru dan segala shortage tempat berniaga, rumah dan juga perhotelan itu akan dapat dilaksanakan. Juga ini satu hari akan menjadi satu kawasan di mana pembinaan jambatan ke Pulau Daat dan seterusnya ke Sabah itu akan diadakan.

Jadi ia memang memerlukan pembinaan secepat mungkin supaya gerakan ke arah itu juga dapat dilakukan secepat mungkin. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Labuan.

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Menteri...

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Saya dapat merasai dan menghargai pandangan Yang Berhormat selaku wakil rakyat di kawasan ini. Saya akan menyampaikan termasuk pegawai-pegawai kami yang berada di sini untuk mengambil maklum akan suara dan hasrat Yang Berhormat Labuan ini dan akan dibawa ke rundingan apabila pembentangan untuk Bajet Rancangan Malaysia Kesebelas nanti akan disampaikan dan untuk kita hujahkan kepada EPU bahawa keperluan ini amat mendesak dan perlu diberi keutamaan dan dapat diluluskan peruntukannya.

final • 11:50 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kebetulan Menteri Wilayah Persekutuan pun baru masuk.

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Menteri...

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Saya rasa Menteri Wilayah Persekutuan pun akan menyokong dan turut bersama dalam hasrat Yang Berhormat sebab ini berada di dalam kawasan Wilayah Persekutuan. Ya, Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Saya ada bangkit lagi dua isu yang mungkin Menteri patut jawab. Satu itu isu berkaitan dengan kos Projek Banggul Donas Jalan Jaya yang kita sebutkan tadi. Kos satu kilometernya bernilai hampir RM30 juta dengan yang asal kosnya ialah RM226 juta telah lulus pada tahun 2010.

Maknanya lebih kurang satu kilometer RM30 juta maknanya lebih mahal daripada kos Lebuhraya LPT2. Kedua tentang isu rundingan terus diberikan kepada syarikat yang mendapat projek jalan raya tersebut.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Yang Berhormat Kuala Nerus, seperti mana yang saya katakan tadi, perkara ini bolehlah Yang Berhormat bawa nanti melalui rakan- rakan Yang Berhormat yang berada di Kuala Terengganu untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci. Ada satu lagi perkara iaitu isu yang dibangkitkan berkaitan dengan LPT2 akan saya jawab kemudian.

Tuan Yang di-Pertua, isu berhubung dengan inovasi penggunaan getah dalam teknologi pembinaan jalan di negara ini telah disentuh oleh Yang Berhormat Sekijang.

Kementerian ini mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat itu.

Sememangnya tidak dinafikan Jabatan Kerja Raya ataupun JKR sebelum ini pernah menggunakan getah sebagai campuran dalam turapan aspal di negara ini.

Teknologi getah sebagai campuran aspal ini sebenarnya telah dilaksanakan JKR untuk jalan-jalan seperti berikut iaitu;

(i) Jalan Kuala Lumpur ke Seremban (Batu 17 ke Batu 18);

(ii) Jalan Kuala Lumpur, Bentong, Batu 14 ke Batu 14 pada tahun 1968 1/4 1/2 lagi;

(iii) Jalan Pelabuhan Klang tahun 1988;

(iv) Jalan Rembau - Tampin tahun 1993;

(v) Jalan Pekeliling KLIA tahun 1955; dan

(vi) Jalan Kuantan ke Gambang tahun 2003.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya mengambil maklum mengenai teknologi mesra alam seperti penggunaan getah asli dalam industri pembinaan jalan. Sehubungan itu melalui kerjasama antara kementerian ini dan Lembaga Getah Malaysia ataupun LGM, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mewujudkan memorandum persefahaman ataupun memorandum of agreement, MOA bagi mengkaji penggunaan getah dalam campuran aspal.

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti prestasi dan mengkaji keberkesanan penggunaan getah untuk turapan jalan. Diharapkan melalui kerjasama ini akan dapat membantu meningkatkan penggunaan getah asli atau dengan izin cup lump rubber dalam industri pembinaan jalan sekali gus membantu untuk menstabilkan harga getah di pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya ialah berkaitan dengan pelaksanaan Jalan Pan Borneo.

final • 11:50 AM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Yang Berhormat Menteri, Sekijang.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Ya sila.

final • 11:50 AM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya membawa tentang hal berkaitan dengan jalan menggunakan teknologi getah ini setelah kita tahu beberapa kajian yang telah dibuat oleh pihak JKR sendiri menunjukkan bahawa jalan yang menggunakan getah ini memang dapat bertahan lama. Oleh sebab di Parlimen Sekijang ada beberapa buah jalan itu telah mengalami kerosakan yang boleh dikatakan teruk kerana dilalui oleh kenderaan-kenderaan yang berat.

Jadi boleh tak saya hendak cadangkan kepada pihak kementerian supaya dapat menggunakan jalan dalam kawasan Parlimen Sekijang untuk kita buat laluan percubaan teknologi jalan ini menggunakan getah. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Apa yang saya nyatakan tadi permulaan awal digunakan ialah menggunakan tayar getah.

Kemudian tayar getah itu diproses dan kemudian dicampurkan sebagai aspal untuk pembinaan. Untuk tujuan memorandum of agreement di antara Lembaga Getah Malaysia

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

dengan JKR ialah menggunakan cup lump rubber ini untuk proses campuran untuk menghasilkan aspal yang ada campuran bagaimana hasilannya. Lembaga Getah Malaysia sudah membuat percubaan pilot projek mereka sendiri dan mereka mengatakan bahawa ia berkesan.

Cuma dalam konteks yang dilaksanakan oleh LGM itu kawasannya agak terhad dan bukan dalam keadaan yang lebih besar projeknya. Oleh sebab itu jalinan antara JKR dan Lembaga Getah Malaysia sekarang ialah bagaimana kita melihat satu daripada material baru untuk campuran. Kedua, kaedah pelaksanaan supaya nanti apabila ia dilaksanakan, ia akan dapat menghasilkan hasilan yang dapat memenuhi kehendak pasaran sesuai dilaksanakan dan akhirnya ia dapat menghasilkan bukan sahaja kaedah yang lebih murah tetapi juga bermutu tinggi dan daya tahan jalan tersebut akan lebih baik lagi.

Jadi hasrat Yang Berhormat Sekijang supaya kawasan Sekijang terpilih, insya-Allah kita akan pertimbangkan. Terima kasih Yang Berhormat Sekijang.

final • 11:50 AM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Yang Berhormat Menteri...

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Ya sila.

final • 11:50 AM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Berkait dengan jalan yang menggunakan getah. Walaupun telah diberitahu mungkin pembinaan jalan yang menggunakan getah ini aspal tadi memerlukan kajian yang lebih teliti kerana kosnya yang tinggi dan juga kaedah yang lebih sukar kalau tengok pada pandangan JKR.

final • 11:50 AM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Apakah masa hadapan, pihak JKR akan buat satu kajian yang terperinci dengan Lembaga Getah bagi memastikan penggunaan bahan getah tadi untuk buat jalan, dan kita hendak mengatasi kerana dalam pemberian pemberitahu mengatakan, kena guna suhu yang cukup tinggi dan ini mungkin melambatkan penggunaan getah tadi, di mana kita wakil- wakil rakyat yang berada dalam kawasan luar bandar, memerlukan harga getah dapat dinaikkan lebih tinggi, dan antara yang boleh membantu seperti mana yang telah Yang Berhormat Menteri jelaskan tadi.

Cuma, minta pandangan Yang Berhormat Menteri, ada kemungkinan tak, boleh diguna getah walaupun sudah ada percubaan tahun 60-an? Dan untuk masa hadapan dengan cara yang lebih ini, kalau kata Yang Berhormat Sekijang tadi hendak, saya pun kalau dapat, Jalan Gerik daripada Kelantan melintasi Gerik ke Kedah tadi, kalau boleh buat yang itu lebih baik kerana sekarang ini pun jalan itu dalam keadaan macam kita naik kudalah, dia melompat-lompat tu bukan? Jadi minta Yang Berhormat Menteri jelaskan kepada Dewan, sekurang-kurangnya memberi satu harapan baru kepada penoreh-penoreh getah. Kalau JKR guna ini, insya-Allah, saya yakin harga getah akan meningkat lebih tinggi lagi. Minta penjelasan. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Menteri Kerja Raya - Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Sememangnya itulah hasrat, bila kita sudah bersetuju antara JKR dan Lembaga Getah Malaysia untuk menandatangani perjanjian, untuk mengkaji dan mendalami teknologi getah ini, dan salah satu terms of reference, dengan izin, ialah untuk mengkaji bahan; kedua, kaedah pelaksanaan; dan akhirnya, kalau dapat akan dijadikan salah satu spesifikasi dalam kontrak-kontrak yang baru nanti, kalau keberkesanan ini dapat dilaksanakan.

Akan tetapi apa pun, kita memerlukan membuat projek rintis dahulu sebab dahulu kita menggunakan tayar. Tayar, proses diambil dari tayar itu untuk diproses sebagai campuran. Akan tetapi sekarang ini menggunakan getah itu sendiri iaitu daripada cup lump rubber itu, untuk digunakan dalam campuran membuat aspal. Jadi ini memerlukan kajian yang lebih terperinci, sama ada dapat dilaksanakan dalam skil yang lebih besar. Ini yang hendak kita tumpukan. Malahan kalau saya hendak masuk ke tajuk yang seterusnya, saya juga sudah berbincang dengan Yang Berhormat Menteri yang berkaitan, iaitu Yang Berhormat Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, untuk melihat sama ada kalau ia dapat dilaksanakan nanti, Pan Borneo adalah salah satu tempat untuk kita laksanakan sebab di Sarawak itu sendiri mempunyai bekalan getah yang begitu banyak. Jadi memang akan salah satu perkara yang kita bincangkan di antara dua kementerian. Terima kasih Yang Berhormat Gerik.

Berbalik kepada isu status Jalan Pan Borneo, Ahli Yang Berhormat dari Sipitang dan Yang Berhormat Tuaran telah membangkitkan mengenai status pelaksanaan projek

final • 12:00 PM

Menteri Kerja Raya - Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Jalan Pan Borneo yang akan dilaksanakan secara penswastaan khususnya di negeri Sabah.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, skop pelaksanaan dan butir-butir terperinci mengenai baki Jalan Pan Borneo yang belum dibina, atau dinaiktarafkan, akan dimuktamadkan setelah Perjanjian Konsesi ditandatangani antara syarikat konsesi dan kerajaan.

Pada masa kini, cadangan penswastaan Jalan Pan Borneo untuk negeri Sarawak dalam peringkat akhir rundingan, dan ia dijangka akan dapat dimuktamadkan dalam tempoh masa terdekat ini.

Manakala untuk negeri Sabah pula ia masih sedang dalam peringkat rundingan awal dengan kerajaan negeri dan pihak-pihak lain yang berkepentingan. Rundingan tersebut turut mengambil kira isu berkaitan penglibatan kontraktor tempatan dalam pelaksanaan projek berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Putatan bangun.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Sila.

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Ini amat penting, saya lama sudah tunggu ini, isu Pan Borneo ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengan sahabat jiran saya Ahli Parlimen Papar juga seharusnya menyuarakan isu Pan Borneo ini.

Walaupun ada fasa yang sedang dilaksanakan terutama sekali di kawasan Putatan. Apabila kami bersemuka dengan Ketua Menteri Sabah, adalah satu-satunya isu yang ditimbulkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, soal Pan Borneo ini terutama siapa yang melaksanakannya.

Walaupun jawapan daripada pihak Yang Berhormat Menteri tadi bahawa ini masih dalam rundingan, ini soal rundingan ini, “rundingan” dengan siapa? Jadi itu yang amat penting sekali sebab kita mahu, ini isu-isu yang paling sensitif, yang viral di Sabah ini sekarang termasuklah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kami, yang mana kontraktor- kontraktor dari luar yang melaksanakan projek Pan Borneo ini.

Daripada Donggongon pergi ke Papar pun belum ada apa-apa tanda yang bahawa ini, walaupun kita suarakan, walaupun telah dijanjikan pada Rancangan Malaysia Kesembilan, Kesepuluh, masih lagi keadaan yang sama sampai sekarang. Isu yang janji ke Kudat semua itu, itu isu sebelum pilihan raya. Isu yang sebelum RMKe-10 dan 11 ini, kita sudah pun mendengar. Pan Borneo daripada Donggongon pergi Papar, sampai sekarang masih keadaan yang sama.

Walaupun kami daripada Putatan dan Papar itu, ada tanda-tanda sudah dilaksanakan, dan itu pun dibagi dengan kontraktor-kontraktor tempatan dengan fasa yang kurang lebih dua, tiga kilometer, empat kilometer, satu kontraktor. Saya mahu tanya dengan Yang Berhormat Menteri, berapa kontraktor yang terlibat yang melaksanakan Pan Borneo ini dan syarikat-syarikat dari mana?

final • 12:00 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Mungkin saya dapat bagi yang pertama dahulu cadangan awal adalah daripada public listed company, dengan izin, yang telah memberi cadangan kepada kerajaan dalam melaksanakan Pan Borneo. Pada peringkat awal, setelah berbincang dengan kerajaan negeri, ia telah dipersetujui secara dasar. Kemudian, ada perubahan di peringkat negeri, melihat sama ada konsortium daripada peringkat negeri itu boleh tidak dibentuk untuk melaksanakan sebagaimana dilaksanakan di Sarawak?

Sekarang ini kita masih menunggu, saya kira di peringkat EPU, dan Kerajaan Pusat masih menunggu cadangan terperinci sebab konsep untuk melaksanakan Pan Borneo ini adalah dengan kaedah PPP. Maknanya, public-private partnership. Sebahagian besar dana akan dibiayai oleh syarikat untuk melaksanakan keseluruhan pelaksanaan Pan Borneo, manakala syarikat nanti akan dibayar balik bila sudah siap, akan dibayar secara apa-apa modal kewangan yang dipersetujui nanti. Jadi cadangan terperinci daripada konsortium yang hendak ditubuhkan ini saya kira belum sampai kepada kami untuk kita nilaikan.

Kalau itulah hasrat kerajaan negeri, memang kita menunggu dan kita akan mempertimbangkan segala cadangan untuk kita memuktamadkan. Apa yang ditawarkan

final • 12:00 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

dahulu, perundingan awal dahulu ialah daripada proposal yang awal, di mana melibatkan kontraktor-kontraktor tempatan. Jadi ini akan kita serahkan perundingan di antara kita di peringkat negeri dan juga Kerajaan Persekutuan untuk dimuktamadkan yang mana sesuai, yang boleh diterima di peringkat Kerajaan Negeri Sabah dan juga rakyat negeri Sabah. Apa yang pasti secara dasarnya, apa yang dihantarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, memang mengehendaki bahawa apa sahaja kaedah untuk melaksanakan, pastikan bahawa kontraktor, konsultan, pembekal tempatan mesti terlibat bersama dalam pelaksanaan projek Pan Borneo. Itu komitmen daripada Kerajaan Persekutuan. Terima kasih Yang Berhormat Putatan.

Mungkin untuk menambah daripada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan untuk Sabah sebenarnya untuk projek Pan Borneo, ada empat projek yang dalam pelaksanaan, yang sekarang ini iaitu menaik taraf Jalan Donggongon ke Simpang Papar Spur, pakej pertama, sepanjang 13.7 kilometer dengan kos RM233 juta. Ini dalam pelaksanaan. Yang kedua, menaik taraf Jalan Petagas ke Lok Kawi, pakej 1A dan 1B sepanjang 6 kilometer dengan kos RM136 juta. Menaik taraf Jalan Tawau-Semporna Fasa 1, 15 kilometer, RM170 juta; menaik taraf Jalan Segama Fasa 1- 5.6 kilometer dengan kos RM108 juta; dan naik taraf Jalan Sepulut-Kalabakan dengan kos RM300 juta. Ini dalam peringkat pelaksanaan.

final • 12:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri...

final • 12:00 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

...Manakala tiga lagi projek iaitu naik taraf Jalan Donggongon ke Simpang Papar Spur, pakej 2 dan 3 - 27.5 kilometer ini dan juga Jalan Petagas ke Lok Kawi, fasa 1C dan termasuklah membaiki tujuh cerun di Jalan Kota Kinabalu-Sandakan. Ini semua projek yang dalam pelaksanaan...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada dua yang bangun.

final • 12:10 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Let me settle with...

final • 12:10 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

It’s related.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Satu lagi penjelasan. Yang Berhormat Menteri punya jawapan tadi itu...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, yang mana satu?

final • 12:10 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Yang Berhormat Putatan.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Putatan, sila.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri sentuhkan tadi, yang sedang melaksanakan projek sekarang ini saya difahamkan dari Putatan sampai Sungai Putatan itu satu kontraktor. Dari Sungai Putatan ke Kem Lok Kawi satu kontraktor.

Di Donggongon, tidak sampai 13 kilometer seperti mana Yang Berhormat Menteri sentuhkan tadi. Dari Donggongon walaupun belum ada kelihatan apa-apa, walaupun Yang Berhormat Menteri jawab sedang dilaksanakan daripada beberapa tahun belum ada, satu kontraktor. Jadi berapa fasa sebenarnya yang diberi kepada kontraktor sampai ke Daerah Papar? Ini saya nampak kena potong-potong macam kena cincang-cincang. Jadi adakah ini bertujuan untuk memberi kepada kontraktor-kontraktor tempatan? Itu soalan yang minta penjelasan.

final • 12:10 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri, berkaitan juga Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Sila.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Penampang.

final • 12:10 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, jalan dari Donggongon ke Jalan Papar lama, signboard pun tidak boleh dilihat di mana-mana. Dia tidak mengatakan bila permulaan dan bila persiapan.

Dengan izin, so many delays, so many months have passed. Kita boleh nampak bahawa mereka dengan tergesa-gesa menyiapkan sekarang.

final • 12:10 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Akan tetapi ada satu masalah Yang Berhormat Menteri, storm drain ataupun drain JKR agak kecil dan ada kemungkinan dia tidak boleh, it will not be able to handle dengan izin, the possible flash flood will reoccurred again di kawasan kami. Please inform us bila persiapan dua fasa itu. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Penampang. Saya ambil maklum semua pandangan Yang Berhormat dan seperti mana yang saya beri komitmen kepada Yang Berhormat Kalabakan tadi dalam lawatan saya ke Sabah nanti, saya akan jemput Yang Berhormat berdua untuk kita perincikan apa yang telah dibangkitkan untuk melihat dari segi pelaksanaan di mana yang perlu kita perbaiki dan tambah baik kalau ada kelemahan dalam peringkat pelaksanaan.

Akan tetapi dalam peringkat pelaksanaan kita lakukan memang secara tender untuk kita kenal pasti dan kita akan jemput sekali kontraktor untuk beri taklimat kepada kita nanti.

Saya harap perkara ini dapat memenuhi kehendak Yang Berhormat berdua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan telah membangkitkan mengenai isu pembatalan pembangunan Projek Lebuhraya Kinrara- Damansara ataupun lebih dikenali sebagai KIDEX oleh Kerajaan Negeri Selangor dan meminta Kerajaan Pusat menghormati pendirian kerajaan negeri itu.

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, perjanjian konsesi Projek Lebuhraya KIDEX telah ditandatangani di antara Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi pada 15 November 2013. Sebelum perjanjian ditandatangani, cadangan projek tersebut telah dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) dan ia telah menerima kelulusan bersyarat pada 23 Februari 2012.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Pusat telah memastikan pihak syarikat konsesi mematuhi semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan pihak kerajaan negeri. Ini termasuklah hasil laporan Penilaian Impak Lalu Lintas (TIA), Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Impak Alam Sosial (SIA) yang telah dikemukakan kepada pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 7 Julai 2014 dan 26 Januari 2015. Di samping itu, kementerian ini menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat konsesi juga telah mengadakan sesi engagement dengan izin, yang dibuat secara berterusan dengan pihak-pihak berkuasa tempatan dan persatuan penduduk yang terlibat.

Namun demikian, permohonan kerajaan negeri untuk mendedahkan dokumen perjanjian konsesi termasuk kadar tol tidak dapat dipenuhi. Ini kerana ia melibatkan aspek confidentiality dengan izin atau kerahsiaan di mana ia memerlukan persetujuan daripada kedua-dua pihak untuk mendedahkan perjanjian tersebut. Di samping itu, cadangan pendedahan perjanjian tersebut memerlukan kelulusan bagi maksud pengklasifikasian daripada jemaah Menteri iaitu seleras dengan klausa yang terdapat dalam perjanjian berkenaan.

Perjanjian KIDEX ini juga masih belum dikuatkuasakan ataupun activate ataupun mempunyai legal kerana syarikat konsesi belum memenuhi semua syarat ataupun condition precedent yang telah ditandatangani. Maksudnya, perjanjian ini masih merupakan conditional agreement yang memerlukan pematuhan syarat oleh syarikat konsesi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek KIDEX ini merupakan sebahagian daripada skim perancangan jangka panjang Kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang di samping pelaksanaan projek MRT yang sedang dan akan dibina. Cadangan pelaksanaan projek KIDEX ini perlu dilihat secara holistik di mana ia bukan sahaja akan mengurangkan masalah kesesakan trafik tetapi ia juga memberikan manfaat dan kesan limpahan sosioekonomi kepada kerajaan negeri dan juga negara secara keseluruhan. Ia juga menepati dasar Kerajaan Pusat untuk mengimbangi perancangan dan pembangunan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang pada masa hadapan dengan mengambil kira pandangan majoriti rakyat.

Ahli Yang Berhormat dari Subang pula telah mendesak supaya kerajaan meminda jajaran projek lebuh raya...

final • 12:10 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Selangor bangun.

final • 12:10 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Ini persoalan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, saya bagi Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, kemudian Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri telah pun bertemu Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor dan dalam pertemuan itu Menteri Besar telah pun menyatakan pendirian yang tegas di mana projek KIDEX tidak dibenarkan diteruskan di Selangor. Ini merupakan kali yang kedua Menteri Besar memberikan kenyataan yang keras. So, saya rasa tidak perlu lagi untuk Kerajaan Persekutuan untuk teruskan KIDEX ini. So, saya hendak tahu pendirian Kerajaan Pusat sama ada hendak teruskan atau batal. Kalau pihak kerajaan negeri tidak setuju untuk teruskan KIDEX, saya tidak nampak Kerajaan Persekutuan boleh teruskan projek ini. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Saya sudah bagi penjelasan bahawa keseluruhan perancangan kita buat, pertama sekali berasaskan engagement. Bila ada cadangan daripada pihak swasta untuk membuat highway, maka kita pertama sekali akan kemukakan kepada kerajaan negeri untuk mendapat kelulusan. Dalam kes KIDEX ini, kelulusan daripada kerajaan negeri, kelulusan dasar telah diperolehi. Dengan itu, perjanjian ditandatangani untuk membolehkan syarikat yang ingin melabur membuat kajian termasuklah kajian-kajian EIA, teknikal dan semua pematuhan yang perlu dipatuhi, syarat- syarat yang ditetapkan dalam perjanjian. Ini sebenarnya masih on going di peringkat syarikat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan semua penduduk setempat. Masih on going.

Keputusan kerajaan negeri untuk membatalkan kelulusan tersebut kita hormati sebab ia memang hak kerajaan negeri. Pada kita, kita akan melaksanakan apa projek yang memberi manfaat kepada rakyat. Kita di peringkat Persekutuan sememangnya menerima aduan daripada rakyat mengatakan bahawa kita kena selesaikan masalah kesesakan yang mereka tempuhi setiap hari. Sebab itulah kita menimbangkan penyelesaian ini yang ditawarkan oleh pihak swasta yang sudah dibentangkan kepada kerajaan negeri dan kalau kerajaan negeri tidak berhasrat untuk melaksanakan, jadi kita terserahlah kepada kerajaan negeri. Akan tetapi pada kita, kita kena melihat kepada kepentingan ramai rakyat kita yang menghadapi masalah.

Kalau kerajaan negeri kata tidak mahu dengan cadangan tersebut, jadi kerajaan negeri carilah penyelesaian bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat di akar umbi sebab kita sudah bagi alternatif cadangan kepada kerajaan negeri dan tidak dipersetujui. Maka memang hak kerajaan negeri sama ada untuk meluluskan ataupun tidak sebab itu dalam bidang kuasa majlis perbandaran. Cuma, kita kena melihat implikasi daripada pembatalan tersebut sebab proses sudah pun berjalan. Bagaimana nanti pelaburan akan datang. Adakah orang akan berani untuk melabur di negeri Selangor untuk membuat lebuh raya, untuk membuat semua perancangan berkaitan dengan public transport. Itu jadi dilema nanti di peringkat pihak swasta.

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tambah sedikit lagi Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sesungguhnya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas usaha untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas terutamanya yang berlaku di Selangor, lebih- lebih lagi saya lihat Yang Berhormat Menteri mendengar sebagaimana yang sering disebut sebelum ini oleh Yang Berhormat Puchong, Ahli-ahli Yang Berhormat yang mewakili kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang amat tinggi.

final • 12:10 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat daripada segi untuk menangani isu kesesakan lalu lintas dengan pembatalan projek KIDEX dan mungkin akan datang juga kerajaan negeri akan batalkan semua projek konsesi yang ada khususnya yang berkaitan dengan lebuh raya negeri Selangor. Adakah dengan kaedah pembatalan ini dapat menyelesaikan masalah kelancaran sistem pengangkutan awam? Saya tidak mahu nanti dengan pembatalan projek ini akan menyebabkan pihak-pihak pembangkang akan mengatakan bahawa isu masalah perkhidmatan awam ini tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini yang saya fikir pertama yang ingin saya tanyakan.

Kedua, adakah bentuk pampasan nanti akan dikenakan? Al-maklumlah, saya lihat keikhlasan Yang Berhormat Menteri bertemu dengan pemimpin utama Kerajaan Negeri Selangor dan saya lihat Kerajaan Negeri Selangor tetap tegas untuk tidak meneruskan

final • 12:20 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

projek ini. Adakah bentuk pampasan akan diberikan kepada syarikat konsesi tersebut?

Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Setakat ini Kerajaan Persekutuan tidak mahu membatalkan projek KIDEX ini kerana satu sebabnya adalah kerana pihak syarikat konsesi KIDEX telah pun berbelanja sebanyak RM30 juta, kalau tidak silap. So, adakah kerana kita hendak consider belanja RM30 juta ini kerana Persekutuan tidak mahu untuk batalkan projek ini dan dengan belanja RM30 juta ini, siapa yang akan bertanggungjawab untuk bayar kepada syarikat konsesi?

Adakah Kerajaan Persekutuan hendak gunakan tax payment untuk bayar kepada syarikat konsesi RM30 juta ini? Terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, sebagaimana saya katakan tadi, kaedahnya ialah pihak swasta yang berminat untuk melaksanakan projek, mereka sudah ikuti segala proses termasuk di peringkat negeri dan juga peringkat Persekutuan. Bila sudah ada persetujuan dasar, maka mereka mengelolakan perancangan untuk membuat kajian terperinci termasuklah engagement dengan public dan ini sedang berjalan. Sama ada persoalannya kita akan membatalkan, pembatalan itu ada dua, satu di peringkat negeri, satu di peringkat persekutuan. Di peringkat Persekutuan, kita boleh batalkan bila mereka tidak mematuhi semua syarat yang ditetapkan.

Dalam kes ini, mereka sebenarnya telah mematuhi keseluruhan syarat dalam perjanjian. Adakah kita boleh batalkan? Akan tetapi kita boleh batalkan bila projek ini di frustrated, dengan izin Tuan Yang di-Pertua oleh keadaan. Dalam keadaan ini, ia being frustrated disebabkan kerajaan negeri membatalkan perancangan awal yang telah diluluskan. Itu keadaan yang boleh kita membatalkan perjanjian. Sebab itu saya kata untuk berhubung kait dengan perjanjian ini, kita kena minta pendapat daripada AG’s office, pandangan dari sudut perundangan, apakah implikasi kalau kita batalkan. Ini perlu kajian yang lebih terperinci tetapi sama ada bila dibatalkan tadi, siapa yang akan bertanggungjawab membayar pampasan. Adakah pampasan perlu dibayar?

Ini bergantung tetapi kalau daripada segi prinsipnya, apa yang mereka telah laksanakan daripada segi kajian dan sebagainya, itu ialah risiko ditanggung oleh syarikat konsesi. Kita tidak akan membayar kalau kita ada asas untuk membatalkan dengan asas yang baik. Kalau kita sengaja hendak membatalkan tanpa alasan yang baik, yang termaktub dalam prasyarat perjanjian itu, mungkin kita boleh didedahkan kepada risiko perundangan. Akan tetapi kalau berasaskan perjanjian dibatalkan, maka tiada apa-apa yang patut kita bayar. Itu kedudukannya daripada segi perundangan.

final • 12:20 PM

Dato' Othman bin Aziz - Jerlun

Hendak sambung sikit tadi Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya dalam konteks cadangan membina sesebuah lebuh raya ini, adakah idea asalnya dinoted ataupun dicadangkan oleh negeri ataupun Pusat. Contohnya, kita sekarang bercakap pasal KIDEX. Baru-baru ini pun dalam bajet, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah pun bercakap, kita akan buat Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH). Apakah benda-benda yang sama mungkin terjadi seperti mana yang berlaku dengan KIDEX terhadap DASH? Terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana saya katakan tadi, cadangan ini sebenarnya ditimbulkan disebabkan ada permintaan daripada rakyat untuk menyelesaikan permasalahan rakyat yang menghadapi lalu lintas yang sesak khususnya LDP. Misal kata di Puchong, di Kinrara memang sesak. Sebab itu di Puchong, di Kinrara memang sangat menyokong KIDEX. Hanya sebahagian kecil di Petaling Jaya Selatan yang saya sendiri sudah jumpa komiti mereka tidak berpuas hati untuk melaksanakan projek atas sebab tertentu. Sebab itu engagement yang berterusan diberikan antara syarikat, LLM dengan penduduk terlibat untuk mencari penyelesaian, bolehkah atau tidak boleh. Sehinggakan bila kita dapat keputusan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor mengumumkan pembatalan cadangan untuk membangunkan KIDEX itu walaupun asalnya telah diberi. Jadi ini kedudukannya.

DASH pun buat masa ini kita belum dapat keputusan muktamad tetapi engagement is still on going. Untuk DASH, sebenarnya keseluruhan jajaran sudah dipersetujui kecuali satu jajaran yang kecil yang melibatkan Damansara Perdana yang mana saya juga telah berjumpa dengan Jawatankuasa ‘Say No to DASH’ ini. Kita sudah buat interaksi dan kita sudah dapat pandangan daripada mereka. Kita sudah berikan semua dokumen pun kepada mereka untuk mereka nilai dan kita sekarang ini memperincikan. Itu juga jawapan saya kepada Yang Berhormat Subang yang sebenarnya mendesak bahawa

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

kawasan jajaran Damansara Perdana ini untuk DASH dibatalkan. Akan tetapi sebenarnya on going, masih on going, dengan izin interaksi di antara syarikat konsesi, Lembaga Lebuhraya Malaysia, majlis perbandaran dan juga penduduk jawatankuasa yang mewakili di kawasan Damansara Perdana tersebut. Akan tetapi dalam keadaan DASH ini, sebenarnya kelulusan dalam development plan pun sudah diluluskan oleh majlis perbandaran.

Tuan Yang di-Pertua, balik kepada Yang Berhormat Kuala Nerus yang membangkitkan isu kualiti...

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, sikit. Sikit, Yang Berhormat Menteri. Boleh?

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Pendek ya.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi saya hendak mengetahui, dengan pembatalan KIDEX ini, secara tidak langsung masalah kesesakan akan terus meningkat di kawasan-kawasan tersebut. Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah ini juga akan menjejaskan penambahbaikan sistem pengangkutan awam terutama sekali dalam Lembah Klang?

Saya tidak mahu nanti ia akan menimbulkan satu persepsi kepada rakyat khususnya di Selangor dengan tiadanya lebuh raya-lebuh raya yang dicadangkan ini akan terus menyebabkan bahawa sistem kesesakan lalu lintas ini akan bertambah dan secara tidak langsung sistem pengangkutan awam juga akan turut terjejas. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Sememangnya kalau kita melihat rancangan yang sudah dibuat, sebenarnya kita di Lembah Klang ini termasuklah di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam, perancangannya ialah untuk mengadakan integrated highways yang boleh menampung keperluan pada masa akan datang. Apabila KIDEX tidak diluluskan, maka ada lagi cadangan lain akan terjejas. Misal kata SKIP akan juga terjejas dan bila highway ini tidak ada, usaha kita untuk menambah baik public transportation sebab bas, teksi dan pengangkutan awam yang lain akan memerlukan lebuh raya. Kalau yang sedia ada ini sudah congested, maka adapun kita tambah bas dengan keadaan yang lebih baik, jalan tidak akan mampu untuk menampung...

final • 12:20 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

...dan apa yang dirancangkan oleh peringkat Kerajaan Negeri Selangor adalah membuat kajian keperluan public transport. Mereka berjanji untuk mendapatkan hasil itu daripada consultant nanti dalam enam bulan yang akan datang. Kita kena tunggu dan lihatlah apa perancangan Kerajaan Negeri Selangor dan bagaimana kita di peringkat Kerajaan Persekutuan boleh membantu sebab fokus kita adalah memberi yang terbaik, menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat kita.

Kita akan cuba lihat bagaimana integrasi lebuh raya the public transport ini dapat kita laksanakan.

final • 12:20 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Menteri, sikit saja.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Sila Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 12:20 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Menteri. Kita cakap tentang orang yang takut melabur, kesesakan lalu lintas.

Saya terfikir apa akan jadi apabila kereta banyak sangat, kesesakan terlampau sangat dan kalau terjadilah kemalangan, kecederaan yang memerlukan rawatan yang cepat ataupun ambulans yang lalu membawa pesakit, ini mungkin berlaku setiap hari dan rawatan yang lambat ini mungkin akan menyebabkan kematian dan mungkin akan ada orang bersalin dalam kereta saja. Benda ini akan jadi setiap hari. Ini akan menyusahkan rakyat.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.

Ini sebahagian daripada aduan yang kita terima. Oleh itu kita cuba mencari penyelesaian dan insya-Allah, kita akan terus usahakan untuk kebaikan rakyat kita. Jadi balik kepada...

final • 12:20 PM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Yang Berhormat Menteri, boleh tanya satu?

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Saya ingat boleh atau tidak saya beralih ke tajuk lain sudah?

final • 12:20 PM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Sikit saja.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Sebab masa sudah agak sikit.

final • 12:20 PM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Okey, okey.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Yang Berhormat Kuala Nerus. Berkaitan dengan LPT2 di mana sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, LPT2 sepanjang 184 kilometer telah dibuka secara keseluruhan kepada pengguna pada 31 Januari 2015. Kualiti turapan di lebuh raya ini secara umumnya adalah baik dan ia mematuhi spesifikasi teknikal yang ditetapkan. Walaupun begitu, kementerian ini telah mengenal pasti beberapa buah lokasi yang agak beralun atau tidak rata iaitu di kilometer 276.5, kilometer 280.6 dan kilometer 413. Keadaan ini disebabkan jajaran lebuh raya itu dibina di kawasan tanah berpaya yang memerlukan masa untuk proses pemadatan tanah. Masalah jalan beralun itu bukanlah melibatkan kegagalan struktur asas jalan tetapi ia merupakan satu kecacatan atau defect, dengan izin sahaja.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek LPT2 ini masih di bawah tanggungan kerosakan oleh pihak kontraktor yang terlibat. Sehubungan itu pihak kontraktor telah dan sedang mengambil tindakan untuk menurap semula lokasi yang terlibat.

Keseluruhan kerja-kerja pembaikan tersebut dijangka akan disiapkan dalam tempoh masa yang terdekat.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Jerantut telah membangkitkan saranan supaya kerajaan memantau...

final • 12:30 PM

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Tolong singkatkan ya.

final • 12:30 PM

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Isu LPT2 ini memang kalau kata laporan itu, jalan itu bagus dan sebagainya tetapi bagi mereka yang melalui sendiri, kalau saya yang selalu berulang tiap-tiap minggu dua kali atau tiga kali, memang kita rasai. Kalau tadi Yang Berhormat Menteri sebut jalan yang 413, 280 dan 236, kalau kita lihat ada satu kemalangan maut di kilometer 313 kerana langgar lopak air menyebabkan kemalangan dan mati budak kecil umur 11 bulan.

Isu yang ditimbulkan oleh pengguna sendiri dan saya sendiri sebagai pengguna ialah bila melibatkan jambatan dan jambatan sangat banyak sepanjang highway yang panjang itu. Bila jambatan, jambatannya lebih tinggi daripada jalan raya menyebabkan keadaan menjadi tidak rata. Kalau kita bawa pada kelajuan 100 kilometer sejam sekali pun, kalau kita langgar jambatan itu, kita boleh terbabas kalau pakai kereta biasa. Kalau kereta mahal pun, kereta yang cantik, elok, BMW pun dah rasa goyang. Apatah lagi kereta seperti Kancil dan sebagainya.

Jadi ini memang ketara sangat, ia jadi macam tajam dan kita boleh melambung, kereta itu akan melambung. Apa yang Menteri sebut tadi dia kata kawasan berpaya bermakna itu tanah rendah dan sebagainya, ini kawasan jambatan. Jadi saya rasa ini benda yang besar, highway dibina tempoh sembilan tahun, kos asas RM1.7 bilion, meningkat sampai RM5.2 bilion tetapi hasilnya ialah apa yang kita lihat pada hari ini. Saya mahu satu perancangan jelas daripada JKR, kementerian tentang perkara ini.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Yang Berhormat Kuala Nerus, saya katakan tadi bahawa bila kita membina jalan, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah jambatan. Jambatan adalah struktur di mana struktur itu ada struktur yang kuat. Manakala jalan, bahu jalan dan sebagainya berada di atas tanah. Jadi oleh sebab itulah bila berlaku di tempat tanah yang lembut, maka adalah dikatakan settlement, mendapan ataupun padatan tanah yang akhirnya akan turun menimbulkan perbezaan di antara kawasan yang strukturnya kuat dengan struktur yang lemah. Maka di situlah timbulnya perbezaan tempat yang menyebabkan lengkungan dan sebagainya.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Ini yang dikatakan tadi memang biasa dalam construction. Jadi sebab itu dalam construction jalan raya ini ada tempoh maintenance, di mana kontraktor nanti akan membuat lagi untuk pastikan ia akan disiapkan. Jadi sebab itu kita dah tetapkan speed limit. Di kawasan jajaran LPT2 ini, speed limit yang tertentu di kawasan tertentu sebab melihat kepada keadaan jalan. Kalau dikatakan itulah punca kemalangannya, kita sebenarnya memantau Yang Berhormat. Untuk statistik kemalangan di sepanjang LPT2 daripada 1 Februari hingga 15 Mac 2015. Faktor kemalangan, keseluruhan kemalangan 152 buah kes.

Daripada 152 jumlah kemalangan disebabkan faktor manusia adalah 97. Ini hasil daripada laporan yang kita terima iaitu memandu dalam keadaan laju, mengantuk, gagal mematuhi arahan keselamatan.

Kedua, persekitaran iaitu sama ada disebabkan masuk binatang ataupun haiwan.

Lembu, babi, monyet berkeliaran melintasi jalan ataupun berada di atas jalan sebab keadaan sebenarnya lembu ini agaknya suka atas jalan raya sebab keadaan jalan yang panas. Yang sedihnya sebab jalan itu walaupun telah dipagar, akan dibuka, ada orang buka jalan menyebabkan haiwan melalui kawasan tersebut. Yang ini ada 44 kes Yang Berhormat.

Akhirnya keadaan kenderaan. Tayar berada dalam keadaan tidak baik, ada 11 kes. Ini kita dapat juga laporan ini daripada rekod statistik yang kita dapat daripada polis dan penyiasatan dilakukan. Jadi mengatakan disebabkan keadaan jalan sebenarnya, mungkin ada tetapi tidak termasuk dalam laporan yang disiasat oleh pihak yang berkewajipan.

Jadi untuk itu Tuan Yang di-Pertua, untuk Ahli Yang Berhormat Jerantut yang telah membangkitkan...

final • 12:30 PM

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Menteri, sedikit lagi Menteri.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Tidak apa, mungkin kita pindahlah.

final • 12:30 PM

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Jangkaannya bila dapat diselesaikan isu yang melibatkan jambatan itu?

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Saya kan dah jawab tadi. Sekarang ini kontraktor sedang melaksanakan sebagaimana termaktub dalam syarat-syarat kontrak mereka iaitu untuk membuat maintenance.

Ahli Yang Berhormat dari Jerantut membangkitkan...

final • 12:30 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

[Bangun]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Temerloh bangun.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

...Isu berkaitan dengan projek kerajaan dikategorikan sebagai sakit atau terbengkalai. Boleh tak saya hendak teruskan ke topik yang lain?

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, JKR terlibat melaksanakan sebanyak 5,076 bilangan projek kerajaan dengan nilai keseluruhan projek sebanyak RM26.8 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,292 bilangan projek atau 84% telah disiapkan, 347 projek sedang dalam peringkat pembinaan dan 437 projek lagi masih dalam peringkat perancangan atau pra pembinaan.

Manakala projek yang dikategorikan sebagai projek sakit pula berjumlah kurang daripada 1% iaitu melibatkan 47 bilangan projek sahaja.

Projek sakit ini merujuk kepada projek yang melebihi tempoh 60 hari atau 20% lewat daripada jadual asal. Kebiasaannya JKR akan mengambil tindakan untuk menamatkan kontrak bagi projek sakit ini serta mengadakan proses perbincangan dan mengeluarkan surat amaran kepada pihak kontraktor. Sehubungan itu projek yang telah ditamatkan itu perlu melalui proses lantikan kontraktor yang baru di mana ia akan mengambil tempoh masa di antara enam bulan hingga satu tahun sebelum kontraktor yang baru dapat dilantik dan memulakan semula baki kerja.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat Jawatankuasa Pengurusan Projek Peringkat Pra Pembinaan dan Jawatankuasa Pengurusan Projek Peringkat Pembinaan yang ditubuhkan secara dalaman oleh pengurusan atasan JKR. Jawatankuasa ini berperanan untuk memantau prestasi projek-projek yang sedang dalam peringkat pra

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

pembinaan dan peringkat pembinaan. Seterusnya membuat intervensi terhadap isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh projek berstatus lewat jadual supaya ia tidak termasuk dalam kategori projek sakit.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Sipitang telah membangkitkan mengenai dakwaan kontraktor kecil di Sabah...

final • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Menteri, sedikit Menteri.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

...Yang telah tersisih ...

final • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Jerantut, belakang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri. Di peringkat awal tadi Menteri ada memaklumkan bahawa dua projek jalan raya di Jerantut akan diberi keutamaan dalam RMKe-11. Salah satu daripadanya itulah yang saya maksudkan iaitu projek yang bukan kata sakit lagi dah Tuan Yang di-Pertua, ini projek mati dah gamaknya kerana projek jalan raya ini dibina sejak tahun 2007 dan sehingga sekarang masih gagal disiapkan.

Jadi oleh itu, saya amat berharap kepada Yang Berhormat Menteri untuk berikan keutamaan kepada jalan ini. Ianya penting kerana ia menyusahkan rakyat terutama dari segi baru-baru ini apabila berlaku banjir, menyebabkan halangan untuk kerja-kerja memindahkan penghuni dan juga memberikan bantuan. Jadi kalau jalan raya ini dapat disiapkan, ia sangat memberi kesan kepada pengguna-pengguna kita. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:30 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Temerloh bangun.

final • 12:30 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Minta sikit Yang Berhormat Menteri.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Saya akan ambil perhatian.

final • 12:30 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Sikit, satu sahaja.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof

Sila Yang Berhormat Temerloh.

final • 12:30 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkait dengan lebuh raya LPT tadi. Satu perkara yang paling merisaukan ialah berkenaan dengan pagar yang Menteri maksudkan tadi.

Pagar itu kita memang dapat lihat dari jauh pun ada di kawasan-kawasan dipotong.

Bagaimana sebenarnya pemantauan sebab terlalu banyak binatang masuk dan kita sebagai pengguna di lebuh raya ini memang mind set kita selamatlah dan tidak ada binatang yang ada di atas lebuh raya. Tiba-tiba dengan kenderaan yang begitu laju, selesa di lebuh raya, ada binatang dan ini punca kemalangan. Maksud saya ialah bagaimana tindakan untuk menyelesaikan perkara ini?

final • 12:30 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Pendekatannya Yang Berhormat Temerloh pelbagai. Pertama kerajaan akan melantik syarikat konsesi untuk membuat maintenance. Bila membuat maintenance sepanjang LPT2, termasuklah memastikan ada badan untuk melihat dan inspect keseluruhan kawasan tersebut, termasuklah pagar-pagar. Kedua, untuk membuat engagement dengan penduduk-penduduk di sepanjang kawasan tersebut supaya menyedarkan mereka bahawa, jangan sesekali memotong pagar. Sebab memotong pagar boleh mendedahkan bahaya kepada orang ramai. Kalau mereka ada haiwan ternakan mereka juga akan kerugian sebab haiwan ternakan mereka akan rugi. Akan tetapi yang lebih besar daripada itu, pemilik haiwan ternakan itu sebenarnya boleh diambil tindakan di mahkamah. Ini perlu kita beri kesedaran kepada orang ramai dan kita nanti akan pantau memastikan pihak konsesi yang bakal dilantik dan juga LLM dan JKR akan bekerjasama menjalinkan hubungan dengan rakyat setempat. Khususnya pemimpin-pemimpin masyarakat setempat untuk memberi kesedaran bahayanya membuka ataupun memotong pagar-pagar di lebuh raya.

Balik kepada Yang Berhormat Sipitang, yang telah membangkitkan mengenai dakwaan kontraktor kecil di Sabah yang tersisih daripada kerja kontrak pusat di negeri tersebut. Beliau memberi contoh, kerja-kerja mekanikal dan elektrik bagi projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Sipitang Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

final • 12:40 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

projek pembinaan IPD Sipitang ialah projek Kerajaan Pusat di mana tender untuk projek ini diuruskan oleh Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur. Oleh itu tender untuk kerja-kerja elektrik dibuat oleh Ibu Pejabat JKR secara kaedah nominated sub-contractor, dengan izin. Ia dibuat berasaskan Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil.2 Tahun 2013. Iklan tender tersebut telah disiarkan di akhbar-akhbar utama termasuk The Borneo Post manakala dokumen tender boleh juga dibeli dan diperolehi di Pejabat JKR kota Kinabalu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kontrak untuk kerja-kerja elektrik IPD Sipitang tersebut telah ditawarkan dan diaward kepada kontraktor tempatan yang beralamat di Kota Kinabalu Sabah. Manakala kontrak untuk kerja-kerja mekanikal pula iaitu bagi sistem pencegah kebakaran, dan sistem penyaman udara dan pengudaraan, telah ditawarkan kepada kontraktor yang memberikan nilaian terbaik dan paling kompetitif. Iaitu secara meritnya, dan benar kontraktor yang diberi adalah dari Semenanjung disebabkan berasaskan the tender process, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Kubang Kerian, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Sipitang telah membangkitkan mengenai isu status pembinaan rumah kekal pada mangsa banjir. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah menubuhkan sekretariat khas bagi mengurus selia pembinaan dan pembaikan rumah mangsa banjir. Sekretariat ini dibantu oleh dua buah Jawatankuasa Kecil iaitu Jawatankuasa Rumah Kekal yang diterajui oleh Kementerian Kerja Raya dan Jawatankuasa Pembaikan Kerosakan Rumah yang diselaraskan bersama oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Sehubungan itu kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara telah meluluskan peruntukan sebanyak RM174 juta kepada kementerian ini untuk membina unit-unit rumah kekal, dan RM40 juta lagi KKLW untuk pembaikan rumah yang mengalami kerosakan.

Untuk mempercepatkan pelaksanaan projek, kerajaan telah membenarkan Kementerian Kerja Raya untuk membuat lantikan terus di kalangan kontraktor tempatan Kelas G1, G2 dan G3 yang berwibawa dan berdaftar dengan CIDB, dengan menggunakan jadual, kadar harga semasa JKR.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga 20 Mac 2015, sebanyak 2,185 unit rumah kekal telah dikenal pasti bagi maksud dibina baru iaitu 1,918 unit di Kelantan, 224 unit di Pahang, 17 unit di Terengganu dan 20 unit lagi di Perak. Daripada 2,185 unit itu 1,497 unit atau 68% yang dibina menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat.

Sebanyak 573 unit atau 26% di bawah peruntukan kerajaan negeri, dan 115 unit lagi atau 5% tidak memenuhi pra syarat rumah kekal yang ditetapkan.

Pada masa kini 172 unit rumah kekal sedang dibina menerusi peruntukan Kerajaan Pusat manakala 1,070 unit lagi belum dimulakan. Ini kerana JKR perlu menunggu maklum balas daripada kerajaan negeri mengenai status tapak sama ada tanah ragu, dan juga ada yang tiada tanah langsung, bagi mangsa banjir yang terlibat.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Pengerang telah membangkitkan isu kos per katil hospital awam dilihat amat tinggi iaitu RM1 juta per katil dan meminta kerajaan untuk mengkaji cadangan mengurangkan kos berkenaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JKR telah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan bagi meneliti aspek-aspek yang membezakan kos pembangunan hospital awam dan hospital swasta di negara ini. Berdasarkan kajian tersebut didapati katil hospital awam lebih tinggi berbanding kos per katil hospital swasta disebabkan faktor-faktor berikut.

Pertama perkhidmatan disediakan di hospital awam adalah lebih komprehensif selaras dengan keperluan penduduk setempat dan juga untuk menangani wabak penyakit seperti denggi, di mana ia memerlukan ruang yang lebih besar.

Kedua, hospital awam menyediakan semua jenis perkhidmatan untuk memudahkan pesakit mendapatkan rawatan. Sebaliknya hospital swasta tidak menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu di mana ia diperolehi secara sumber luaran atau out sourcing.

Ketiga, piawaian sistem kejuruteraan dan peralatan perubatan yang dipasang di hospital awam mempunyai tahap kualiti keselamatan dan daya tahan yang tinggi bagi menampung bilangan pesakit yang ramai. Hospital awam turut menyediakan kemudahan latihan bagi tujuan pembangunan kerjaya untuk setiap lapisan anggota perkhidmatan.

final • 12:40 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan daripada semasa ke semasa sentiasa memperhalusi kaedah untuk mengurangkan kos pembinaan hospital awam. Iaitu melalui kajian semula konsep reka bentuk yang lebih ringkas, dan optimum, tanpa menjejaskan standard keperluan dan functionality hospital, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua akhir sekali bagi Yang Berhormat dari Sik, yang telah membangkitkan mengenai cadangan pemisahan pentadbiran JKR Daerah Sik, Kuala Muda, Kedah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kementerian ini dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah telah mengemukakan Kertas Cadangan Penstrukturan Semula Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) pada Ogos 2014. Cadangan penstrukturan semula tersebut termasuklah permohonan untuk mengasingkan entiti pentadbiran antara JKR Daerah Kuala Muda dan Daerah Sik. Perkara ini sedang dalam peringkat pertimbangan pihak JPA. Oleh itu kementerian ini menerusi Ibu Pejabat JKR bersedia untuk mengisi jawatan pegawai dan kakitangan terlibat jika permohonan oleh kerajaan negeri tersebut diluluskan oleh JPA.

Tuan Yang di-Pertua setakat ini sahajalah penjelasan...

final • 12:40 PM

Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Yang Berhormat sebelum Yang Berhormat menutup, saya tidak ada kesempatan untuk berucap hari itu kerana LIMA. Jadi saya hendak bangkit balik pertanyaan saya dalam sesi yang lepas tentang masalah kesesakan jalan di Pulau Langkawi dari Pekan Kuah ke Jeti...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak apalah Yang Berhormat Langkawi boleh berikan itu kepada Yang Berhormat Menteri. Ini kerana Yang Berhormat Menteri menjawab untuk perbahasan sahaja. Perkara baru tidak.

final • 12:40 PM

Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Bagi chancelah Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Tidak apa Yang Berhormat Langkawi, panjangkan pada saya. Insya-Allah saya akan ambil tindakan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Seperti Yang Berhormat Kuala Krau juga tidak ada peluang untuk berucap.

final • 12:40 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Boleh beri, insya-Allah kita akan bawa dan hantar kepada EPU. Jadi untuk itu...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Seperti Yang Berhormat Kuala Krau dan Yang Berhormat Beluran juga.

final • 12:40 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Semualah Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam perbahasan. Di peringkat kementerian kita akan mengambil maklum dan mengambil tindakan ke atas apa sahaja pandangan yang telah dikemukakan. Mana yang tidak sempat saya akan berikan jawapan secara bertulis. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih. Saya jemput Kementerian Dalam Negeri.

final • 12:40 PM

Kementerian Dalam Negeri - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan secara spesifik, izinkan saya untuk turut sama menjunjung kasih ke atas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Baginda Tuanku yang telah menyentuh secara langsung berkenaan dengan kementerian ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seramai 29 orang Ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang d-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini dari 10 Mac hingga 19 Mac yang lalu yang menyentuh berkenaan dengan KDN.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puchong - walaupun tidak ada di sini ada bertanya sama ada kumpulan Islamic State (IS) benar-benar menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara kita. Untuk makluman Yang Berhormat, kumpulan IS merupakan

final • 12:48 PM

Kementerian Dalam Negeri - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

ancaman kepada keselamatan negara, dan benar-benar berlaku, sedang berlaku. Ini kerana ideologi kumpulan pengganas ini yang ekstrem dan radikal, yang mana tidak sesuai dengan landskap sosiopolitik negara ini yang terdiri daripada kepelbagaian bangsa dan agama.

final • 12:48 PM

Kementerian Dalam Negeri - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ini adalah kerana mereka menghalalkan sesiapa sahaja yang menentang atau tidak menyokong perjuangan mereka sama ada orang Islam atau orang bukan Islam dihukum dan dibunuh. Selain daripada itu, kumpulan ini juga menyebarkan fahaman jihad dan mati syahid yang terpesong daripada landasan agama Islam yang sebenar dan menjanjikan syurga kepada mereka yang berjuang bersama-sama dengan mereka.

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jasin bertanyakan apakah tindakan-tindakan dan langkah- langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa keadaan pengaruh IS yang berleluasa di seluruh dunia terkawal di Malaysia serta apakah tindakan atau respons dengan izin, pihak kerajaan terhadap ancaman ideologi fahaman asing yang ekstrem kerana dan memecahbelahkan perpaduan ini. Selain daripada itu, pemantauan yang dilakukan oleh PDRM terhadap penyebaran dan pengaruh kumpulan Militan IS di media sosial dan saya ingin memberikan jaminan bahawa Malaysia tidak akan pernah dijadikan landasan atau dengan izin transit point kepada kegiatan keganasannya.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dalam menangani penyebaran dan pengaruh IS melalui media sosial di negara ini, tindakan bersepadu dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah dibuat bagi membantu mengesan penularan penyebaran pengaruh IS. Akaun yang disyaki akan dipantau dengan sedalam- dalamnya.

Kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan respons selain memastikan pengaruh IS terkawal serta menghalang penyebaran dan pengaruh IS daripada terus tersebar di negara ini. Selain daripada itu kerajaan juga bertungkus-lumus dalam memastikan negara tidak dijadikan landasan atau transit point bagi pengganas-pengganas ini. Di antara tindakan-tindakan respons dan tindakan pencegahan yang diambil oleh kerajaan adalah:

(i) memperkasakan dan menguatkuasakan undang-undang sedia ada termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) atau dikenali sebagai SOSMA 2012 dan juga menggunakan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959

(Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA);

(ii) kerajaan mengadakan penggubalan undang-undang pencegahan yang khusus untuk menangani kegiatan keganasan rang undang-undang ini insya-Allah saya sendiri akan bentangkan di Dewan yang mulia ini pada sesi kali ini;

(iii) kerajaan menjalinkan kerjasama secara berterusan dengan agensi-agensi perisikan luar negara khususnya ASEAN dari segi pertukaran maklumat perisikan berhubung kegiatan militan sama ada di dalam atau luar negara;

(iv) menyenarai hitam nama-nama mereka yang disyaki terlibat dengan kegiatan keganasan dengan memasukkan nama- nama tersebut ke dalam senarai suspek atau dengan izin suspected list bagi mengesan pergerakan mereka di semua pintu masuk utama di seluruh negara;

(v) melaksanakan program-program penerangan tentang erti jihad yang sebenar melalui seminar, forum, dan ceramah di agensi-agensi kerajaan, swasta dan institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah serta di dalam teks khutbah solat Jumaat bagi mencegah penularan kegiatan militan di Malaysia;

(vi) melaksanakan program pemulihan kepada mereka yang terlibat sedang juga dijalankan bagi tujuan

final • 12:50 PM

Kementerian Dalam Negeri - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

meneutralisasikan fahaman militan yang selama ini yang ada pada mereka; dan

(vii) bagi mana-mana warga asing yang turut terlibat dalam kegiatan pengganas yang berada di dalam negara ini atau dikehendaki oleh negara asal atau mana-mana negara lain, mereka akan ditangkap dan didakwa mengikut undang- undang sedia ada dan mereka akan diusir daripada negara ini.

Seterusnya kita juga sedang berusaha untuk meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa atau badan perisikan antarabangsa terutama negara-negara yang mempunyai elemen perbuatan pengganasan. Senarai mereka-mereka yang terlibat dalam kegiatan pengganas akan disenaraikan dan tidak dibenarkan masuk ke negara ini. Sejak tahun 2014, sehingga kini seramai 62,748 orang telah tidak dibenarkan masuk atas pelbagai kesalahan termasuk orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengganas.

Begitu juga kita melakukan usaha-usaha mengesan dan mengambil tindakan terhadap rangkaian mereka yang ada di negara ini termasuk melalui internet dan media sosial. Begitu juga kita berusaha untuk meningkatkan kempen dan kerjasama memerangi keganasan di peringkat antarabangsa dan serantau. Pihak kerajaan juga sedang dalam usaha untuk melaksanakan program di dalam Jabatan Imigresen Malaysia melalui Advanced Passenger Screening System bagi memantau laporan awal terhadap mereka yang termasuk di dalam senarai syak yang ada pada Interpol.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelutong turut bertanyakan jumlah anggota kumpulan IS yang dalam siasatan direman atau ditahan di penjara. Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa berdasarkan rekod polis hingga 7 Mac, seramai 71 orang telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan elemen kumpulan militan IS ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 24 orang telah didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, enam orang telah dikenakan perintah pengawasan polis di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1999, 20 orang telah dibebaskan, 13 orang telah diusir keluar manakala empat lagi masih dalam siasatan polis.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lumut bertanya siapakah rakyat Malaysia yang telah meletupkan diri mereka di Iraq dan telah menyebabkan lebih 15 orang terkorban.

Yang Berhormat Lumut, secara keseluruhannya seramai tujuh elemen IS warganegara Malaysia telah terkorban. Dua daripada mereka dikenali sebagai pengebom berani mati iaitu Ahmad Affendi Abdul Manaf yang terbunuh di Syria dan Ahmad Tarmimi Maliki yang terbunuh di Iraq. Ahmad Tarmimi Maliki berumur 26 tahun. Bertindak sebagai pengebom berani mati sewaktu melakukan serangan berani mati ke atas ibu pejabat Skuad Pasukan Taktikal dan Senjata Khas (SWAT) di Daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei 2014 hingga menyebabkan seramai 15 orang terkorban.

Tuan Yang di-Pertua, dalam sesi perbahasan yang lalu Yang Berhormat Lembah Pantai juga tidak berada di sini bertanyakan mengapakah polis membuat tangkapan terhadap saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan. Sebagai contoh dalam kes tangkapan Yang Berhormat Nik Nazmi dan Cikgu Faris Musa serta mengapakah Yang Berhormat Nik Nazmi diberikan layanan yang tidak berperikemanusiaan yang bertentangan dengan undang-undang lokap seperti yang telah dinyatakan oleh beliau. Yang Berhormat Nik Nazmi tidak dibenarkan memakai kasut atau selipar.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak polis menjalankan siasatan berkaitan Dang Wangi Report 6124/2015 disiasat di bawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan seksyen 143 Kanun Keseksaan. Kesemua penama tersebut telah ditangkap dan merupakan orang yang dikehendaki dalam siasatan kerana terlibat dalam penganjuran dan juga memberi ucapan dalam perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac 2015 bukannya – saya ulangi ya, bukannya dipanggil sebagai saksi seperti yang didakwa.

Berkaitan dengan dakwaan bahawa layanan yang tidak berperikemanusiaan diberikan kepada Yang Berhormat Nik Nazmi semasa berada dalam lokap kerana tidak dibenarkan untuk memakai kasut dan selipar. Ingin saya katakan bahawa pihak polis akan melayan secara saksama kepada semua tahanan yang berada dalam lokap tanpa mengira kedudukan seseorang yang ditahan. Mengikut kaedah 7, Kaedah-kaedah Lokap (Ordinan L.N. 328/1953) tahun 1993, bagi saya selesaikan dulu, saya akan berikan peluang, sekejap lagi.

final • 12:50 PM

Kementerian Dalam Negeri - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tiada barang selain daripada sepasang pakaian boleh dibawa masuk ke dalam sel lokap dan adalah menjadi satu kesalahan jika barang yang boleh dijadikan senjata atau senjata berbahaya kepada banduan itu sendiri.

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Selipar, selipar. Selipar jenis senjata?

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Atau membahayakan kepada banduan lain.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak akan selipar pun jadi senjata.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Atau berkemungkinan boleh memudahkan lepas lari dari lokap dibawa masuk ke dalam sel lokap.

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Lari lebih cepat daripada polis.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dan perintah Ketua Polis Negara A118 juga tidak menyebut kasut dan selipar sebagai sebahagian daripada pakaian semasa berada dalam sel lokap dan hanya dibenarkan memakai kasut atau selipar sebaik sahaja mereka dibawa keluar dari sel untuk tujuan ke mahkamah atau tujuan lain.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey Yang Berhormat Menteri kita sambung jam 2.30 petang.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan beri peluang kepada sahabat-sahabat saya selepas ini.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baiklah Yang Berhormat kita tangguhkan Dewan kita sehingga jam 2.30 petang.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 2:30 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon untuk menyambung apa yang telah saya lontarkan di Dewan yang mulia ini sebelum tamat jam satu tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebutkan bahawa Yang Berhormat Lembah Pantai turut mempersoalkan bilakah tindakan pasca sebarang siasatan diumumkan seperti laporan polis Yang Berhormat Pandan berhubung 1MDB.

Untuk makluman Yang Berhormat, laporan polis yang dibuat oleh Yang Berhormat Pandan berhubung dengan 1MDB dirujuk dengan lain-lain laporan atau dengan izin refer other reports dan disiasat bersama dengan laporan yang dibuat oleh Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan yang telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 409, Kanun Keseksaan (Kesalahan Pecah Amanah Jenayah Oleh Ejen). Dengan itu siasatan segera sedang dijalankan oleh pihak polis bersama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Jabatan Akauntan Negara.

Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Bagan bertanyakan apakah tindakan polis terhadap kenyataan bekas Timbalan Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang menyatakan “The Chinese community burned the Quran page by page during a prayer ritual”, dan kenyataan perkauman Menteri Pertanian dan Industri Tani terhadap peniaga- peniaga Cina. Siasatan telah dijalankan berkaitan dengan laporan Sentul 20032/2015 bertarikh 5 Disember 2014 di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam di mana kertas

final • 2:32 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 5 Februari 2015 dan menunggu arahan selanjutnya.

Berhubung pula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat ...

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat bangun Yang Berhormat.

final • 2:32 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan kedua-dua Menteri dan Timbalan Menteri ini walaupun disoal siasat tetapi tidak ada apa-apa tahanan dibuat, berlainan dengan Ahli-ahli Parlimen lain yang sangat - perkara-perkara yang tidak serius ditangkap, disimpan satu malam, dua malam, tiga malam. Apakah rasional tindakan pihak polis, apa asas mereka untuk satu perkara yang sama kalau kita tengok Menteri dan Timbalan Menteri, keadaan yang lebih serius di mana racial riot boleh jadi tetapi kepada Ahli Parlimen Pembangkang, keadaan yang sama juga pada asasnya tetapi tahanan dibuat.

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat bertanyakan soalan yang seolah-olah kami memilih bulu di dalam melakukan tindakan tetapi apa yang dilakukan sebenarnya bergantung kepada kes. Kalau sesuatu kes itu memerlukan tahanan di bawah Akta Polis 117, maka tahanan itu hanya perlu dibuat 24 jam dan selepas 24 jam, pihak polis harus membawa permohonan kepada majistret untuk penahanan bukan dengan tujuan tahanan tetapi untuk melakukan siasatan.

Oleh sebab kedua-dua kes Dr Mashitah dan Dato’ Sri Ismail Sabri merupakan kes- kes yang siasatannya telah dilakukan di mana siasatan itu telah dirakamkan melalui pemanggilan kedua-dua personaliti berkenaan dan pihak polis telah dapat menyelesaikan siasatan kurang daripada 24 jam. Jadi tidak benar jika hanya pembangkang yang ditahan dan mereka yang menyokong kerajaan tidak ditahan. Ramai penyokong kerajaan yang turut ditahan dalam perkara ini. Saya fikir pihak polis bertindak secara profesional dan tidak ada elemen-elemen politik dimasukkan dalam unsur penyiasatan yang dilakukan.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 2:32 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Saya dalam soalan yang sama. Yang Berhormat Menteri boleh menjawab bahawasanya tidak ada perbezaan. Akan tetapi persepsi masyarakat berbeza dan saya tidak ada soalan yang hendak saya tanya kecuali saya hendak menyatakan tolonglah Yang Berhormat Menteri menasihatkan kepada pihak polis, be profesional seperti mana pasukan kita - saya hendak katakan Tuan Yang di- Pertua, bahawasanya pasukan polis kita suatu ketika dahulu, we are one of the best daripada segi profesionalisme di Asia. So, saya tidak hendak komen banyak, saya minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh kembalikan keadaan yang sedemikian.

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, the police force is still the best sekarang ini dan…

final • 2:32 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

[Menyampuk]

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bagi saya peluang jawab.

final • 2:32 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

The best macam education lah, kita best juga.

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Beri saya peluang untuk menjawab, memberikan jawapan. Ini soal persepsi. Saya ambil contoh, apabila Ops Cantas dan ops lain dilakukan, kadar jenayah indeks, kadar jenayah pada keseluruhannya menurun kepada 12.5%. Persepsi tidak menurun. Maksud saya persepsi tidak meningkat disebabkan apa?

Disebabkan adanya minda yang masih belum terbuka. Oleh sebab itu, saya fikir kita harus berlapang dada dan berfikiran terbuka terhadap kerja-kerja baik yang dilakukan oleh pihak polis. Dalam perkara ini, insya-Allah selagi saya diberikan pertanggungjawaban berada di tempat ini saya akan mencuba dengan kadar yang sebaik mungkin bagi menentukan bahawa apa yang dilakukan oleh pihak polis dilakukan dengan cara seprofesionalisme yang mungkin.

final • 2:32 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Hah, itu yang saya hendak tahu, terima kasih.

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Itulah tujuan saya buat pun. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puchong walaupun tidak ada di sini tetapi saya ingin

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

menyebutkan bahawa beliau telah memohon penjelasan mengapakah berlaku amalan membebaskan tahanan lokap apabila disogok wang. Kejadian ini berlaku di Klang dan Kuala Lumpur. Itu persoalan beliau. Saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa PDRM memandang serius tentang perlakuan jenayah yang melibatkan pegawai polis.

PDRM mengambil pendekatan untuk tidak bertolak ansur kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam unsur rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Berhubung dengan kejadian membebaskan tahanan di Klang, siasatan telah dijalankan. Berkaitan dengan Klang Report 4025/2015, bertarikh 28 Januari 2013 dan telah disiasat di bawah seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan dan melepaskan tahanan dengan salah. Tiga tangkapan telah dibuat ke atas dua orang anggota dan seorang peguam yang terlibat. Ketiga-tiga suspek telah dituduh di Mahkamah Klang pada 2 Mac 2015.

Yang Berhormat Puchong juga bertanyakan apakah status kes Syed Mohd Azlan Syed Mohd Noor yang ditangkap, ditahan dan dipukul dan kemudiannya meninggal dunia.

Mengapakah sehingga kini tiada maklum balas? Untuk makluman Yang Berhormat, si mati telah ditangkap, sebelum matilah maksud saya ini. Berhubung satu kes siasatan berkait Sungai Rengit Report 1026/2014 untuk tujuan siasatan. Si mati telah dibawa ke Klinik Bandar Penawar kerana mengadu sesak nafas dan telah dimasukkan ke wad kecemasan.

Doktor yang merawat memaklumkan orang kena tahan atau OKT telah meninggal dunia.

Post-mortem telah dijalankan di Hospital Sultan Ismail, Johor dan mengesahkan punca kematian adalah kerana blunt force trauma to the chest. Siasatan telah lengkap dan menunggu laporan dari Jabatan Kimia Petaling Jaya dan makmal forensik PDRM Cheras untuk hasil siasatan.

Yang Berhormat Puchong bertanyakan apakah tindakan yang diambil oleh KDN dalam mengatasi kematian dalam lokap polis sejak sesi Parlimen yang lalu. Untuk maklumat Yang Berhormat, tindakan penambahbaikan telah diambil oleh pihak PDRM untuk mengatasi kes kematian dalam lokap dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut.

Pertamanya pemasangan sistem CCTV dalam sel-sel untuk memantau pergerakan dan aktiviti OKT di dalam lokap. Sebanyak RM6.3 juta telah dibelanjakan untuk pembaikan, naik taraf dan perolehan baru sistem CCTV lokap yang aktif. Pada masa ini PDRM sedang memasang sistem CCTV yang dilengkapi dengan kemudahan video analytic bagi meningkatkan keupayaan pemantauan kepada OKT dan respons time semasa dalam lokap.

Keduanya, mengkaji semula SOP atau dengan izin, standard operating procedure dan memperkenalkan prosedur kualiti pengurusan lokap yang baru dengan memberikan penekanan yang ketat dalam aspek kesihatan kepada para OKT jika didapati OKT mengadu atau pengawal lokap mendapati orang tahanan tersebut cedera atau mengalami kecelaruan mental atau berkelakuan yang luar biasa. Tindakan menghantar ke hospital dengan seberapa segera hendaklah diambil oleh pengawal lokap berkenaan.

Ketiganya, modifikasi pakaian OKT di dalam lokap yang lebih mesra, selamat dan tidak merbahaya yang boleh dijadikan sebagai senjata untuk membunuh diri atau membahayakan tahanan lain yang sedang dalam proses reka bentuk.

Dan keempat, orang tahanan yang perlu mengambil ubat secara berkala, pihak polis membenarkan ubatan tersebut dibekalkan dan dibawa kepada pegawai lokap. Ubatan tersebut akan diberikan kepada orang tahanan seperti mana yang telah ditetapkan oleh pengawal perubatan.

Yang Berhormat Segambut bertanyakan apakah status atau tindakan terhadap laporan polis yang dibuat ke atas penjual syarikat kereta terpakai AX Motors (M) Sdn. Bhd.

yang dikatakan menipu pelanggan. Ya, sila Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya sebenarnya telah juga membangkitkan mengenai kematian di dalam lokap semasa saya bahas. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri telah mengatakan beberapa isu atau mekanisme akan diimplementasikan untuk mengatasi kematian di lokap. Empat perkara. Akan tetapi, with the highest respect, empat perkara itu bukan luar biasa. Ini adalah biasa. Saya ada sendiri buat

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

satu kes di Kampar di mana dikatakan ada CCTV di lokap tetapi CCTV semasa kematian tidak bekerja, tidak berfungsi. Itu adalah satu antara perkara yang kerap kali berlaku.

Akan tetapi adakah Yang Berhormat setuju bahawa kematian, sebelum saya kata sedemikian, I will conceive more than 90+ % PDRM are good and excellent officers. Akan tetapi ada yang di antaranya yang the bad apples. Itu yang menjadi masalah kepada kita.

Kematian di lokap, baru-baru ini saya baru tunjuk sebelum ini di Ipoh, 3 days ago, seorang bernama Sarifi bin Mohd Yunus dalam lingkungan 30 umur semasa di dalam lokap tiba-tiba dikatakan jatuh, masuk ke Hospital Ipoh, meninggal dunia. Got wife and three children, macam mana masalah mereka?

Ini adalah satu antara perkara, bukan it’s on going process, sejak bulan Disember Yang Berhormat Puchong, tanya tetapi sekarang tidak berhenti-berhenti. Adakah kerajaan sudi untuk mengadakan dari empat faktor yang dikatakan, apa yang dikatakan chest video yang digunakan di beberapa buah negara, it’s an additional security supaya semasa menjalankan tugas, pihak polis ada video pada semua masa, di chest mereka, supaya mereka, kita dapat tahu apakah kegiatan mereka, keganasan mereka dan sebagainya.

Akhir sekali, when will death in lock up end? Thank you.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Bukit Katil.

final • 2:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Menteri, saya minta maaf kerana yang saya hendak bangkitkan Yang Berhormat Menteri adalah berkaitan dengan keganasan di peringkat awal tadi yang Yang Berhormat Menteri, sebut tentang strategi kerajaan untuk menangani masalah keganasan. Ada tiga perkara yang saya ingin minta pencerahan.

Yang pertama ialah soal Global Terrorism Index 2014 di mana dalam laporan itu menunjukkan bahawa Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan iaitu pada tangga yang ke-41 daripada segi pengganas atau keganasan. Cuma saya hendak tanya kerajaan apakah pendekatan persuasive yang dilakukan? Yang dibentangkan tadi ialah soal undang semata-mata, dari lensa undang-undang, tetapi tidak daripada segi pendekatan-pendekatan persuasive misalnya prison reform ataupun ‘programme rehab’, program-program yang boleh memulihkan kaunter propaganda dan sebagainya. Itu yang pertama.

Kedua, soal POTA disebutkan tadi secara khusus, Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan. Apakah kita boleh minta pendirian kerajaan supaya oleh sebab rang undang-undang ini penting, untuk mengelakkan ia tidak disalah gunakan kemudiannya seperti mana yang berlaku dalam ISA dan sebagainya. Apakah mungkin kerajaan memulakan by-partisan punya participation, dengan izin. Maknanya kedua-dua pihak dimasukkan dan merangka undang-undang yang komprehensif untuk mencegah keganasan ini.

Ketiga, saya juga bangkitkan dalam ucapan tentang KPN, Ketua Polis Negara.

Saya ingin tahu apakah teguran saya terhadap Ketua Polis Negara agar memberikan tumpuan yang lebih kepada pencegahan keganasan daripada tangkapan kepada mereka yang buat perhimpunan dan sebagainya. Itu yang lebih diutamakan. Apakah teguran saya itu tersasar, ataupun munasabah tidak untuk saya tegur Ketua Polis Negara dalam keadaan negara kita berhadapan dengan masalah keganasan ini untuk Yang Berhormat Menteri juga kalau bersetuju dengan saya, ambil pendekatan yang sama. Kita beritahu kepada Ketua Polis Negara, tumpu kepada usaha untuk memastikan agar keganasan itu diturunkan.

Yang terakhir Yang Berhormat Menteri ialah soal Murad Ibrahim dan Mohagher Iqbal. Ini dua orang individu yang dikatakan sebagai Pengerusi MILF. Walaupun telah ada kenyataan daripada Ketua Pengarah JPN misalnya, menafikan tetapi yang menafikan mereka sebagai rakyat Malaysia. Akan tetapi perkara ini dibangkitkan oleh bekas Setiausaha Menteri Dalam Negeri Filipina. Bekas Menteri itu pada saya merupakan suatu tindakan, ataupun satu pendedahan yang cukup membimbangkan kita. Apakah cukup sekadar penafian, ataupun perlu kita buat usaha-usaha yang terancang? Kerana saya dapat maklumat, Murad ini anaknya juga kononnya saya dapat maklumat, wallahu’ alam ini kerajaan boleh betulkan, mendapat biasiswa daripada kerajaan untuk belajar di sini.

Semua perkara ini saya ingat perlu apa ini, Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Sedikit Yang Berhormat, contoh yang terus berkait. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bercakap tentang gerakan menangani terrorisme, saya hanya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, semasa saya ditangkap dan ditahan di Balai Polis Jinjang, dalam lokap bersebelahan itu telah ditahan seorang gadis berumur 14 tahun atas disyaki akan terbang ke Syria ya, umurnya baru 14 tahun, sudah ditahan selama sebulan, gadis dari Muar. Dan pada saya, adakah ini dianggap sebagai cara untuk menangani keganasan bila masa suspek ataupun sesiapa sahaja ditangkap di bawah syak wasangka sedemikian, kita tidak gunakan pendekatan, how to win their hearts is and mind. Pada saya dalam umur sebegitu, she seems quite able to be persuaded, dengan izin. Jadi bila berkait dengan POTA dan apabila disebut oleh Yang Berhormat Bukit Katil tadi, saya harap Yang Berhormat, bila masa merangka SOP baru, kita tidak boleh tahan juvenile di dalam lokap bersama dengan penjenayah lain atau suspek lain. Itu berlaku, OKT-OKT lain.

Keduanya, adakah Yang Berhormat akan benar-benar mengambil peluang ini sedangkan ramai Ahli-ahli Parlimen jadi tahanan dan sebagainya, diwujudkan satu jawatan kuasa. Kita kaji sama-sama bagaimana hendak memastikan undang-undang baru bukan semestinya POTA, tetapi dapat menyelesaikan masalah dan ancaman keganasan secara bersama. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ketiga-tiga ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan persoalan yang agak berbeza.

Izinkan saya untuk menjawab soalan Yang Berhormat Ipoh Barat dahulu. Saya bersimpati dengan keluarga Allahyarham yang telah meninggal dalam lokap itu. Saya akan mendapatkan salinan laporan polis yang dibuat pada Allahyarham. Saya akan pastikan bahawa jika berlaku penganiayaan terhadap tahanan berkenaan, dan jika ini dilakukan oleh mana-mana pegawai atau anggota, saya pastikan bahawa tindakan akan dilakukan terhadap pegawai berkenaan.

Pihak PDRM, KDN sedang menyusun program supaya ada lokap berpusat, ertinya centralized lockup supaya SOP yang ada diikuti sepenuhnya, bukan hanya sekadar CCTV, tetapi beberapa peraturan yang lain. Ini demi menjaga imej polis yang baik, yang diharapkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi. Ini saya perlukan dokongan bukan sahaja daripada rakan-rakan saya pihak kerajaan, tetapi saya bekerja untuk semua rakyat keseluruhannya, dan saya perlukan sokongan kawan-kawan di sana untuk membantu saya.

Ini kerana, ini adalah untuk kepentingan rakyat keseluruhannya. Saya bersetuju jika ada prosedur-prosedur yang agak telah menjadi peraturan yang kuno, harus kita perbetulkan.

Pagi tadi, apabila salah seorang daripada rakan kita membangkitkan tentang soal selipar tidak boleh pakai di lokap, dan saya bertanya dengan pegawai-pegawai saya tentang peraturan itu yang tidak boleh digunakan dalam lokap, mungkin Yang Berhormat Lembah Pantai pun tidak dibenarkan pakai selipar. Saya tidak ada pengalaman dengan beliau dalam lokap, tetapi saya fikir prosedur yang sama digunakan.

Saya dapati bahawa peraturan itu telah dibuat pada tahun 1953, 62 tahun yang lalu. Tiba masanya pada tahun 2015 dan tahun-tahun mendatang, kita sama-sama ubah peraturan itu, tukar peraturan itu dan kita gunakan mengikut kesesuaian waktu ini. Akan tetapi harus diketahui bahawa, kenapa peraturan itu dikenakan ketika itu adalah bagi mengelakkan, ketika undang-undang itu diadakan pada tahun berkenaan dan tahun-tahun berikutnya bahawa, ada kematian yang disebabkan oleh selipar, dengan menggunakan selipar ketika itu. Akan tetapi saya berfikiran terbuka dan berlapang dada untuk sama-sama kita menggubal peraturan. Jika ia perlu penggubalan perundangan, kita sama-sama perbetulkan.

Untuk Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Berhormat Bukit Katil tadi, saya fikir jawapan-jawapan yang akan berikan apabila saya sendiri akan membentangkan draf POTA dalam sesi kali ini. Insya-Allah atas persetujuan Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan- Timbalan Tuan Yang di-Pertua, kita akan tentukan tarikh mungkin pada minggu terakhir persidangan ini. Ketika itu ada beberapa jawapan yang ditanyakan tadi untuk saya jawab secara detail.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Namun, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Lembah Pantai, tetapi mungkin draf POTA ini boleh saya membincangkan bersama-sama. Perkara-perkara yang perlu untuk dikemaskinikan dalam undang-undang berkenaan sama-sama kita persetujukan.

Oleh sebab masalah menghadapi keganasan ini secara dasarnya bukan masalah kerajaan, masalah kita semua. Saya fikir kerajaan juga berfikiran terbuka untuk mengadakan perbincangan lebih awal sebagaimana kita pernah bahas mengenai POCA dahulu. Alhamdulillah, apabila POCA dilaksanakan jelas bahawa keberhasilannya cukup baik. Insya-Allah saya akan berunding supaya draf POCA ini kita bincangkan juga dengan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang.

Izinkan saya untuk meneruskan...

final • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Sedikit. Yang Berhormat Menteri, saya ada tanya dua hal. Satu, untuk menangani masalah kematian di lokap. Baru-baru ini di Amerika, dan negara-negara lain dia kena chest physio the new type of system. Adakah kerajaan atau kementerian ingat, ini boleh diimplementasikan di negara kita. Soalan saya yang khusus, bilakah kematian di lokap tidak akan jadi lagi. When it will be end?

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Nombor satu, saya bukan Allah SWT untuk menentukan bila, tidak langsung berlaku kematian. Mustahil dalam perkara ini.

Kecuali Yang Berhormat Ipoh Barat lebih - yalah. Jadi dalam keadaan itu proses untuk menjamin supaya tidak berlaku lagi, saya boleh lakukan berdasarkan kepada SOP yang ada. Akan tetapi bila jaminan untuk menentukan tidak ada lagi berlaku kematian, saya bukan Allah SWT.

Namun, saya berusaha apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi, kalau sistem yang terbaik dan terkini, dengan izin, for sake of the heart, kita terbuka untuk melakukan. Tentu kita perlu berunding dengan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan peruntukan membeli peralatan berkenaan. Yes, dalam hal itu kita terbuka.

final • 2:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rujuk terus ya kerana Yang Berhormat Menteri telah buka ruang bila bercakap tentang keperluan SOP baru dan juga keperluan melaksanakan reformasi penjara dan lokap.

Saya dalam lawatan sama ada ditahan atau lawatan biasa jelas mendapat makluman bahawa anggota-anggota polis sekarang, yang bertugas dalam balai polis dan IPK, mereka kekurangan peruntukan dengan begitu serius sekali sehinggakan peralatan meja, kerusi, printer semua mereka terpaksa beli sendiri, from their own pocket, dengan izin. Sehinggakan kalau ada tahanan-tahanan yang terpaksa ditahan bersama anak-anak dalam lokap, yang berlaku di Balai Polis Jinjang itu, mereka sendiri yang keluarkan duit untuk belikan pampers, susu.

Jadi pada saya, you don’t have to wait, hendak tunggu SOP yang terbaik.

Sekarang ini serta-merta isu peruntukan, isu peralatan dalam lokap itu haruslah disiap siagakan, dan kementerian harus memikirkan you have to go down to the ground level, dengan izin. Saya melihat sendiri, kalau pegawai-pegawai pun terpaksa terdedah dengan kesulitan kewangan sampai sedemikian, maka hendak melaksanakan reformasi bagaimana? Saya cakap serius dengan Yang Berhormat di sini. Terus terang pada saya this is immediately, sesuatu yang boleh dibuat serta-merta. Tengoklah di mana-mana balai dan lokap sekalipun. Di mana-mana IPK sekalipun saya boleh beritahu setiap seorang daripada inspektor itu memang ada yang telah keluarkan duit sendiri untuk belikan peralatan bagi mereka hendak laksanakan tugas. Itu pun kalau mereka ada bilik untuk lakukan siasatan. Jadi walaupun saya secara prinsip, kami menolak siasatan atas arahan politik yang tidak profesional tetapi ini satu kepentingan yang harus diambil kira oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, ini memperlihatkan bahawa dalam keterbatasan dan kekangan peruntukan yang kekurangan, pihak polis secara individu masih merasa bertanggungjawab untuk mengeluarkan duit poket sendiri bagi membantu tahanan-tahanan, membantu orang lain. Itu pun polis teruk dikutuk.

Polis tidak profesional, polis tidak baik dan sebagainya...

final • 2:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Yang Berhormat, saya tidak hendak dipergunakan. Yang Berhormat pandai spin. Saya ucapkan tahniah. Tidak apa...

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya faham.

final • 2:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Saya hendak beritahu Yang Berhormat di sini...

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya faham.

final • 2:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Di sini saya minta jawapan yang jelas.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dengar, dengarlah dahulu.

final • 2:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

No, Yang Berhormat. You tengok. Sudahlah kami ini...

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Duduk dulu.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

This is too much.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Duduk dulu.

final • 2:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat keluarkan arahan politik, tangkap kami, salah guna arahan undang-undang yang ada, kemudian dalam forum ini bila masa kita gunakan hendak beritahu bahawa kita prihatin dengan anggota polis biasa, sanggup hendak gunakan peluang untuk apa?

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Duduklah dulu. Duduklah dulu.

final • 2:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Ambil peluang politik untuk minta penghargaan just for yourselves.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Baru sehari.

final • 2:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Bukan soal sehari Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Biar Yang Berhormat Menteri jawab dahulu Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Soalnya salah guna kuasa.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat biar Yang Berhormat Menteri jawab dulu Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Baru sehari Yang Berhormat 24 jam menangis kena tahan buat apa hendak beritahu seluruh Dewan ini.

final • 2:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Eh, tolong sikitlah Yang Berhormat. Jangan hendak hina saya. Saya minta jawapan jelas.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya simpati, saya simpati.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Akan tetapi tunggu jawapan saya.

Dalam keadaan kekangan, kekurangan pihak polis keluar poket sendiri, polis terus dikutuk sedangkan mereka prihatin. Saya faham, saya faham...

final • 2:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kita tidak kutuk semua. Salah guna kuasa sahaja.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Memang PDRM sebagai sebuah jabatan kekurangan peruntukan. Memang ada pondok polis, balai polis, IPD, IPK yang kekurangan. Memang. Akan tetapi tidak semua.

Saya sendiri turun ke bawah. Apabila saya turun ke bawah, saya tidak pergi hanya di kaunter balai atau kaunter aduan. Saya pergi ke lokap. Saya tanya sendiri dan saya lihat sendiri soal ventilation cukup atau tidak. Soal basic human rights untuk seseorang itu ditahan. Jangan menuduh sembarangan. Saya turun ke bawah?

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya simpati dalam perkara ini. Akan tetapi jangan lakukan tuduhan seolah-olah kami lepas tangan dalam soal itu. Insya-Allah, selagi saya berada di situ saya pastikan perkara yang terbaik saya lakukan… [Tepuk] Jangan mudah menuduh. Kesian pegawai- pegawai polis saya yang bekerja 27 hours. Tidak ada penghargaan langsung diberikan.

Semua tuduhan mengatakan ini tuduhan politik, siasatan politik. Lihatlah- apa yang berlaku pada diri sendiri. Kalau kita tuduh begini, empat jari tuduh kepada kita. Tidak boleh begitu.

final • 2:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kenapakah kerajaan ada duit beli private jet untuk Perdana Menteri tetapi tidak ada duit untuk menyelenggarakan balai polis kita?

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jadi, dalam keadaan yang demikian,...

final • 3:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini isu kami hendak tanya.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kekurangan ada?

final • 3:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jangan spin, spin, spin.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seputeh, duduklah.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Seputeh, *this is my floor.

You* bangun tidak ada adab. Tanya betul-betul. Saya akan jawab. Kekurangan dan kekangan memang ada tetapi kita bukan tutup mata. Kita berusaha untuk cari peruntukan supaya balai-balai polis, pondok polis, IPD dan IPK dapat kemudahan dalam semua hal untuk kemudahan semua pihak. Ini komitmen dan janji saya. Insya-Allah saya akan lakukan. Akan tetapi tolonglah jangan kutuk. Jangan kutuk teruk-teruk. Kita boleh berbeza pendapat tetapi dalam soal keselamatan, jangan ada kompromi di kalangan kita. Ini keutamaan kita [Tepuk]

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bagan Serai bangun di belakang, Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jadi, dalam hal itu saya fikir kita rasionallah dalam perkara ini dan jangan emosi. Kita terpaksa menjawab berdasarkan kepada fakta.

final • 3:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya, apabila seseorang yang ditangkap dan dimasukkan dalam lokap, adakah mereka ini diselidiki sama ada sedang mengambil apa-apa ubat untuk penyakit? Contohnya kencing manis, darah tinggi atau jantung ataupun seseorang itu mungkin sedang mengambil rawatan metadon ataupun antiretroviral. Oleh sebab ubat-ubatan ini jika tidak disambung ikut peraturan dan masanya akan menyebabkan rintangan dan juga menyebabkan kawalan penyakit yang tidak baik dan boleh menyebabkan bahaya. Jadi, saya ingin bertanya. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat selepas solat Zohor tadi wirid panjang dan saya telah jawab tadi. Telah melangkah. Saya sebut sekali lagi untuk makluman Dewan yang mulia. Orang tahanan yang perlu mengambil ubat secara berkala, pihak polis membenarkan ubatan tersebut dibekalkan dan dibawa kepada pengawal lokap. Ubatan tersebut akan diberikan kepada orang tahanan seperti yang ditetapkan oleh pegawai perubatan. Insya-Allah polis tidak kejam, Yang Berhormat. Kita lakukan.

Izinkan saya untuk menjawab persoalan oleh Yang Berhormat Segambut yang menyatakan bahawa terdapat laporan polis yang dibuat ke atas syarikat penjual kereta terpakai. Saya sebutkan di sini AX Motors (M) Sdn. Bhd. yang dikatakan menipu pelanggan. Apa yang dilakukan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa PDRM telah menerima banyak laporan berkaitan dengan Syarikat AX Motors (M) Sdn. Bhd. yang beralamat di No.15, Jalan 8-1A, Taman Kepong Indah, 52100 Kepong, Kuala Lumpur.

Siasatan telah dijalankan di bawah seksyen 420, Kanun Keseksaan (Penipuan). Suspek- suspek yang terlibat dalam kes ini telah pun ditangkap dan turut merampas kenderaan- kenderaan mangsa daripada suspek yang terlibat. Siasatan masih diteruskan. Akan tetapi saya ingin memberitahu bahawa 167 laporan telah dibuat terhadap syarikat berkenaan dan 20 buah kereta mewah telah dirampas semula. Kita telah melakukan tangkapan kepada tiga orang suspek berkenaan.

Yang Berhormat Ipoh Barat bertanyakan berkaitan dengan kematian...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Sungai Petani bangun, Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, sebelum pergi ke tajuk lain, saya hendak patah balik tentang bagaimana PDRM dalam keterbatasan aset dan kelengkapan terpaksa menjalankan tugas tanpa mengira masa dan waktu. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, ada kes-kes di mana tanah-tanah PDRM, yang akhirnya dijoint venture dengan pihak-pihak tertentu. Pihak-pihak developer mengambil tanah PDRM dengan menjamin untuk mendirikan IPD dan beberapa buah kompleks yang lain. Contohnya di Sungai Petani, Yang Berhormat Menteri. Pihak developer telah pun mengambil tanah PDRM yang cukup strategik di dalam bandar Sungai Petani dengan menjanjikan pembinaan beberapa IPD.

Tiga daripada IPD itu dijanjikan sementara tanah PDRM yang strategik diambil.

Akan tetapi sehingga sekarang, saya dimaklumkan cuma ada satu sahaja PDRM yang dibina. Yang lain itu tidak dibina. Jadi, bukankah ini menunjukkan bahawa ada pihak- pihak tertentu yang mengambil kesempatan terhadap harta-harta PDRM. Sepatutnya, kalau dibina dan saya kira tentulah memberikan keselesaan untuk petugas PDRM. Apakah tindakan PDRM dan juga kementerian untuk melihat supaya hal-hal begini tidak terlepas pandang dan akhirnya merugikan kerajaan dan juga rakyat. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Sungai Petani itu ada relevansinya dengan apa yang telah berlaku dahulu. Ini kerana ada satu usaha untuk melakukan pertukaran tanah atau land swap. Di mana ketika itu peraturan belum digubal. Daripada tanah itu dicagarkan kepada bank. Kemudian return in kind ataupun pulangan dalam bentuk bangunan ataupun barangan diberikan kepada PDRM ataupun lain-lain jabatan di bawah KDN. Apa yang telah dilakukan dan sedang dilakukan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) sekarang ini, jika mana-mana cadangan untuk land swap, dengan izin, atau pertukaran tanah, tanah berkenaan tidak boleh dicagarkan. Sebaliknya, kemudahan yang ada direlokasikan di tempat lain mesti disiapkan dahulu, barulah tanah yang lama boleh dibangunkan. Itu pun mesti dinilai mengikut harga pasaran. UKAS akan menentukan harga pasaran mesti 20% lebih daripada apa yang ditentukan oleh juru nilai (valuer). Selain daripada itu, jika kawasan itu mahu dibangunkan sebagai commercial center dan sebagai kawasan perumahan, GDVnya, kos pembangunan keseluruhannya dan profit after tax mesti 20% diberikan kepada tuan punya tanah asal. Dalam kes ini, tuan punya tanah ialah Ketua Pengarah Tanah dan Galian (KPTG) tetapi penggunanya ialah PDRM.

Jadi, wang lebihan itu mesti diberikan kepada PDRM bagi membina balai-balai polis dan kemudahan-kemudahan IPD dan IPK yang lain. Ertinya, kita terima in kind. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani. Kes itu sedang dalam siasatan dan tindakan undang-undang sedang dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara untuk menentukan bahawa pengajaran kepada developer ataupun pemaju berkenaan mesti dijalankan. Tidak ada kompromi bagi mereka yang menipu hartanah yang dipunyai oleh kerajaan dan ini memberikan penganiayaan kepada pihak PDRM. Saya beri jaminan bahawa tindakan akan dilakukan.

final • 3:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih jaminan yang telah pun Yang Berhormat Menteri bagi. Cuma kes ini sudah berlarutan hampir 18 tahun, Yang Berhormat Menteri. Adakah time frame yang Yang Berhormat Menteri fikirkan tiga tahun, lima tahun. Paling tidak anggota polis yang bertugas di bawah itu dapat impikan bahawa mereka akan dapat satu IPD dalam masa yang terdekat. Apakah komitmen Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Proses perundangan itu telah berjalan begitu lama dan Yang Berhormat tahu bahawa ia di luar daripada bidang kami. Walau bagaimanapun apabila kami telah mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Peguam Negara, perkara itu telah berada di pihak mahkamah. Walau bagaimanapun, sebagai langkah jangka pendek, kami telah mengusahakan agar satu IPD baru di Sungai Petani dan insya-Allah sempatlah hingga Yang Berhormat tamat sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani. IPD itu akan disiapkan.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Beruas bangun, Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mohon kepada Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan pembinaan balai polis mestilah mengikut keperluan sesuatu tempat. Di kawasan saya, Beruas di mana di Beruas lebih kurang 10,000 orang rakyat tetapi IPD ataupun balai polis besar terlalu besar sehingga ada juga dewan dibina. Akan tetapi di kawasan Ayer Tawar lebih 50,000 lebih rakyat tetapi balai polis amat kecil. Boleh memuatkan tidak sampai 20 orang pegawai polis.

Jadi, ada permintaan dari Ayer Tawar. Harap sebuah balai polis yang lebih besar dapat dibina di kawasan Ayer Tawar.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak kira sama ada kawasan itu kawasan Barisan Nasional ataupun kawasan pembangkang. Jika keperluan itu ada, sebagai kerajaan yang adil kita akan lihat dan kita akan berikan jika ada peruntukan. Kita harus membezakan antara IPD dengan balai. IPD ialah ibu pejabat polis daerah. Ibu pejabat polis daerah berbeza dengan pejabat daerah. Kadang-kadang sebuah daerah mungkin ada dua IPD bergantung kepada jumlah penduduk dan keluasan kawasan.

Insya-Allah, kalau kita ada peruntukan, kita akan lakukan yang terbaik. Bukan sahaja di Ayer Tawar tetapi saya yakin banyak lagi kawasan di tempat Ahli-ahli Yang Berhormat umpamanya di Sabah dan Sarawak, keadaan yang terlalu kecil.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, termasuk kawasan saya Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya telah memberitahu Kementerian Kewangan agar peruntukan itu dapat diberikan. Izinkan saya untuk menjawab Yang Berhormat Ipoh Barat yang bertanyakan mengenai status kematian dalam lokap yang melibatkan C. Sugumar dan Chandran Perumal. Kes kematian OKT bernama Chandran a/l Perumal dalam tahanan pada 11 September 2012 berkait Dang Wangi Report 35719/2012.

Post mortem telah dijalankan dan memutuskan sebab kematian adalah serangan jantung yang dipanggil ischemic heart disease due to coronary artery blockage. Kes kematian OKT bernama Sugumar dalam tahanan pada 23 Januari 2013 berkait Batu 14, Hulu Langat Report 152-2013. Post mortem telah dijalankan dan memutuskan sebab kematian adalah disebabkan oleh saluran darah tersumbat Coronary Artery Disease. Dalam perkara ini saya telah respons kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Bukan hanya dua kes ini sahaja, saya telah dapat menerima laporan yang sama daripada rakan-rakan di sebelah sini dan rakan-rakan di sebelah sana. Saya tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota jika mereka benar-benar terlibat menyebabkan kematian. Akan tetapi kalau kematian itu disebabkan oleh penyakit kepada individu berkenaan, tolong fahami bahawa post mortem telah dilakukan, yang terbaik telah dilakukan oleh pihak PDRM. Saya ingin juga menyentuh…

final • 3:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya, sedikit Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri sebelum ini saya ada bangkitkan mengenai kematian Mohd. Zarafi bin Mohd. Yunus yang di Ipoh lokap pada 13 Mac baru-baru ini. Report itu saya baru serah kepada Yang Berhormat Menteri. Saya harap tindakan diambil. Saya difahamkan keluarga telah berjumpa dengan OCPD di sana yang mana OCPD mengatakan bahawa si mati tiba-tiba jatuh dan mati. Ini adalah satu di antara - macam C. Sugumaran dan sebagainya di mana dia digari, disimpan di luar, tidak ada memberi ubat yang diperlukan, tidak dihantar kepada hospital. Lama-kelamaan kematian berlaku.

Ini adalah satu di antara yang boleh dielak. Saya harap kes ini yang saya baru rujuk kepada Yang Berhormat Menteri, tindakan boleh diambil supaya we can show to the nation that we are transparent. That we are fair, the justice has been fully taken place and lock-up death will end. Thank you.

final • 3:10 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Sedikit Tuan Yang di- Pertua…

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, sebentar ya, one taken.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebentar ya.

final • 3:10 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri, dalam soal yang sama, adakah jaminan daripada kerajaan bahawasanya post mortem itu boleh juga dipanggil oleh pihak yang independent, daripada pihak mangsa.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, biasanya post mortem dilakukan oleh pakar, doktor pakar forensik. Akan tetapi jika family berkenaan tidak berpuas hati, maka pakar forensik yang lain boleh dilantik oleh keluarga berkenaan untuk melakukan post mortem kali kedua, itu boleh dilakukan.

final • 3:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri, satu perkara saya juga ada bangkitkan iaitu mengenai kecacatan Enforcement Agency Independence Commission (EAIC), di mana nampaknya paralysis di negara ini. Public persepsi adalah bahawa ini satu agensi yang betul-betul bukan efektif dan kita dari sebelah sini sudah memberitahu kepada kerajaan, Yang Berhormat Menteri pun tahu bahawa dan rekomendasi Tun Zainuddin report pada tahun 1995 di mana katakan bahawa Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) diperlukan supaya ini akan membawa satu yang independent...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, isu ini sudah dalam sebahagian daripada ucapan Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya, dalam ucapan. Boleh tengok dialog…

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tak perlu berulang.

final • 3:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bukan, dalam ucapan saya ada buat.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tak perlu ulang Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya?

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sekarang Yang Berhormat dalam pencelahan, tak perlu ulang ucapan Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, minta maaflah tetapi ada sedikit…

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Oleh sebab Yang Berhormat mengambil masa yang panjang untuk menghurai balik pencelahan.

final • 3:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Sekali-sekali untuk penghujahan yang lebih cantik, faham Yang Berhormat Menteri pun...

final • 3:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jadi saya hendak kata, bolehkah Yang Berhormat setuju kepada saya bahawa perlu satu mekanisme yang baru, there must be a system, seperti yang dikatakan oleh badan-badan NGO, Bar Council dan lain-lain. Di mana agensi yang sedia ada ini is for good, tidak ada proaktif action. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa satu commission yang baru, mungkin IPCMC seperti yang direkomenkan boleh diimplementasikan? Jika tidak, kenapa tidak?

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, kita ketahui bahawa Dewan yang mulia ini telah meluluskan SIAP untuk menggantikan cadangan IPCMC yang dicadangkan oleh pihak pembangkang. Pihak kerajaan berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh pihak SIAP.

Walau bagaimanapun, undang-undang ini adalah undang-undang yang dicipta oleh manusia. Apa yang tidak boleh ditukar hanya al-Quran dengan hadis sahaja. Undang- undang lain boleh ditukar, insya-Allah ada sokongan daripada kawan-kawan saya di sini dan sana, kita kemas kini SIAP yang juga membuat laporan terhadap, dengan izin, misconduct jika ada di kalangan pegawai dan anggota polis dan berikan keyakinan. Insya- Allah kita akan lakukan yang terbaik.

Walau bagaimanapun, kita perlukan supaya mandat yang diberikan kepada SIAP ini diberikan kepercayaan sepenuhnya agar mereka dapat menjalankan tugas sebenarnya dalam perkara ini. Saya amat yakin bahawa SIAP adalah suruhanjaya yang telah ditubuhkan oleh pihak kerajaan dengan mengambil kira beberapa faktor yang dicadangkan oleh semua pihak termasuk NGO bagi menentukan bahawa apa yang dilakukan oleh pihak polis ini adalah antara yang terbaik termasuklah menubuhkan…

final • 3:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

…Commission.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

JIPS ataupun Jabatan Integriti Polis.

Penubuhan itu dilakukan adalah mengambil kira apa yang dicadangkan dalam IPCMC itu dan sebuah jabatan khas ini diwujudkan. Dalam hal ini Jabatan Integrasi Polis (JIPS) bekerjasama dengan SIAP bagi menentukan bahawa pihak polis melakukan mengikut terms of reference, dengan izin, dan juga SOP yang telah ditentukan.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya berpeluang untuk melakukan beberapa perbincangan dengan pihak polis di negara-negara luar. Saya tahu bahawa agak sukar untuk melakukan enforcement dari luar tetapi saya yakin enforcement dari dalam dan kesedaran serta roh untuk bekerja dengan baik boleh dilakukan dari dalam. Inilah yang sedang kita lakukan dan kita tidak boleh bekerja bersendirian tetapi sebaliknya kita boleh laksanakan jika semua pihak memberikan sokongan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab saya tahu Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia akan menjawab selepas saya tetapi saya cuba ringkaskan dan cuba membuat liputan sebanyak mungkin yang boleh. Namun saya ingin menyentuh mengenai Yang Berhormat Kapar yang membangkitkan isu berkaitan bagaimanakah individu-individu dan kumpulan penjenayah boleh memiliki senjata api dengan begitu mudah.

Sebagai jawapan, saya ingin memberitahu bahawa KDN amat peka tentang apa juga situasi keselamatan dan ketenteraman awam yang berlaku di dalam negara khususnya perlakuan jenayah yang melibatkan penggunaan senjata api. Penggunaan senjata api haram di negara masih lagi terkawal. Siasatan polis mendapati faktor yang menyebabkan senjata api mudah diperoleh adalah seperti berikut:

(i) kaedah penyeludupan senjata api telah berubah daripada penyeludupan secara lengkap, kini menyeludup secara piece-by- piece ke dalam negara ini dan dipasang semula dalam negara ini. Keadaan ini lebih menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesan aktiviti berkenaan terutama senjata api bersaiz kecil seperti pistol dan revolver, walaupun kita mempunyai kawalan yang ketat di pintu-pintu masuk dan kawalan di sempadan;

(ii) terdapat senjata api haram yang disembunyikan oleh penjenayah-penjenayah yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat itu atau EO atau yang telah bebas dari penjara telah digunakan semula oleh penjenayah berkenaan;

(iii) pertelingkahan antara kumpulan kongsi gelap dan gengster untuk merebut kawasan operasi mereka. Selain daripada objek- objek tajam yang digunakan seperti parang, senjata api sering digunakan untuk membalas dendam kerana pada anggapan mereka dengan senjata api, lebih menunjukkan kehebatan dan kekuatan kumpulan tersebut; dan

(iv) selain daripada senjata api yang diseludup, terdapat senjata api buatan sendiri yang digunakan untuk tujuan jenayah atau tujuan lain seperti memburu.

Yang Berhormat Kulai minta penjelasan berhubung dengan isu mengapa pihak...

final • 3:10 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, minta laluan…

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

PDRM…

final • 3:10 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Minta laluan.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Persoalan senjata api?

final • 3:10 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Penjelasan, penjelasan, senjata api. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Apabila saya mendengar pencerahan daripada Menteri berkenaan dengan pengawalseliaan senjata api ini, saya hendak tanya di kawasan saya itu ada sebuah kawasan di pinggir sungai dibuat sebuah tempat menyimpan senjata api yang dibuat di tanah rizab sungai. Kemudian dengan M16 yang banyak dan sebagainya menakutkan keadaan sekeliling kampung itu.

final • 3:20 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Jadi apabila dibuat laporan polis, tindakan polis tidak diambil dan dibuat laporan kepada daerah. Daerah kata haram pembinaan bangunan itu tetapi apabila pergi kepada Polis Shah Alam, Polis Shah Alam kata pembinaan bengkel itu menyimpan senjata. Jadi saya hendak pengesahan bahawa apakah itu juga kategori senjata yang meragukan yang boleh diambil tindakan ataupun keperluan untuk disiasat kilang itu yang menyimpan senjata api itu. Apakah pandangan Menteri dalam soal ini? Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya harap Yang Berhormat tidak menjadi salah seorang pemegang saham syarikat berkenaan atau mempunyai kepentingan.

Cuma ada kepentingan tentang memberikan laporan. Tolong berikan salinan laporan itu kepada saya dan saya akan pastikan bahawa tindakan dilakukan. Tidak daripada IPK atau IPD tetapi dari Bukit Aman akan terus pergi ke tempat berkenaan. Saya berjanji dengan Yang Berhormat Kuala Langat untuk melakukan tindakan. Walaupun berbeza pendapat tetapi akhirnya akan bersama dengan kita.

Yang Berhormat Kulai minta penjelasan berkenaan beberapa isu termasuk isu Yang Berhormat Temerloh yang memohon penjelasan mengapa kerajaan menyatakan indeks jenayah dilihat menurun tetapi statistik jenayah melibatkan juvana pada tahun 2014 berbanding dengan tahun 2013 meningkat 42%. Adakah benar dakwaan MyWatch terhadap kemungkinan PDRM menyembunyikan beberapa kes kecurian motosikal yang merupakan kes jenayah yang tertinggi direkodkan? Adakah kerana jenayah bukan indeks tidak diambil kira maka ia merupakan penurunan?

Jawapan saya secara keseluruhannya jenayah indeks yang dilaporkan pada tahun 2014 sebanyak 128,544 kes berbanding dengan 147,062 kes yang dilaporkan pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2013.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ini menunjukkan terdapat penurunan kadar jenayah indeks pada tahun 2014 berbanding dengan tahun 2013 sebanyak 12.6%.

Daripada jumlah yang dilaporkan tersebut, jumlah jenayah yang melibatkan pesalah juvana sebanyak 7,816 kes bagi tahun 2013 dan bagi tahun 2014 pula adalah sebanyak 10,931 kes telah dilaporkan. Ia menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 39.9% kes jenayah indeks yang dilaporkan melibatkan pesalah-pesalah juvana.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey Yang Berhormat Menteri...

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Antara usaha-usaha untuk mengekang peningkatan dalam jumlah jenayah indeks melibatkan pesalah juvana adalah langkah drastik yang telah diambil oleh pihak PDRM melalui pelaksanaan pelbagai ops yang bertujuan untuk mengekang dan mengawal jenayah seperti Ops Lejang iaitu menumpukan kepada kecurian kenderaan, Ops Rentap bagi jenayah jalanan, Ops Pintu melibatkan pecah rumah dan curi, Ops Lusuh melibatkan curi kabel dan logam, Ops Kesan bagi mengesan dan menangkap wanted person dan suspek yang dikenali melalui cap jari positif di tempat kejadian dan Ops Cantas untuk gengsterisme.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, tentang kadar jenayah ini saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, pertamanya kadar jenayah khususnya di Parlimen Sepang ini ialah di kawasan Putra Perdana yang menyaksikan peningkatan yang besar.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, saya sudah bagi personal note kepada Yang Berhormat Menteri dan pernah tanya soalan bilakah balai polis di Putra Perdana itu yang tapaknya telah ada di sebelah Masjid Putra Perdana akan dibina? Ini kerana polis-polis juga bertanyakan saya, sebagai Ahli Parlimen, minta supaya Menteri mempercepatkan pembinaan itu.

Keduanya, kita lihat kadang-kadang tenaga polis ini patutnya memang untuk membanteras jenayah tetapi saya lihat banyak, terlampau – macam semalam, saya pergi Kelana Jaya, terlampau ramai polis semacam tidak ada jenayah lain sampai mereka harus kacau orang-orang berhimpun secara aman di situ menyebabkan tenaga polis ini saya rasa semalam memang penjenayah celebrate sebab tidak ada polis, polis jaga orang berhimpun secara aman menentang GST ini. Jadi minta kalau boleh nasihatkan kepada polis itu supaya jaga tugas hakiki mereka iaitu lawan penjenayah. Itu kita sokong. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dengan izin...

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Sepang ini mesti ada kelingking berkait. Kalau tidak, bukan Yang Berhormat Sepang lah.

Akan tetapi untuk Balai Polis Putra Perdana, kita telah masukkan ke dalam senarai penyegeraan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan insya-Allah, jika ada peruntukan yang saya perolehi daripada permohonan khas saya, saya akan cuba percepatkan. Beritahu dengan pegawai dan anggota polis berkenaan yang di kawasan Yang Berhormat sana supaya bertindak dengan profesional dan insya-Allah, kita akan lakukan yang terbaik.

final • 3:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya fikir Yang Berhormat agak mengecilkan peranan polis dan menyindir bahawa kononnya polis sepatutnya melakukan pencegahan jenayah dan bukan pergi ke tempat Yang Berhormat berucap. Yang Berhormat sebagai peguam, saya tahu, saya pantau juga. Bukan sekadar politik...

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya tidak berucap semalam.

Saya datang malam sahaja.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat berucap atau Yang Berhormat tidak berucap tetapi kalau Yang Berhormat berucap, saya pun tahu apa yang diucapkan. Jadi jangan khuatir. Kalau tidak buat salah, jangan khuatir, duduklah.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya tidak takut. Buat apa hendak takut.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Gelugor bangun Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Cuma saya minta jangan salah gunakanlah polis ini.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Bukit Gelugor bangun.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dengan izin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Lantaran daripada apa yang telah pun dinyatakan ataupun ditanya oleh Yang Berhormat Sepang, saya ingin mendapat tahu tentang isu yang berlaku semalam khususnya berkenaan dengan allegation Tuan Yang di-Pertua, allegation yang telah pun dibuat pagi ini bahawa pihak polis ataupun pihak FRU, kalau tidak silap saya, telah pun mengambil tindakan ganas terhadap bukan sahaja orang awam tetapi juga terhadap Ahli Parlimen yang telah pun hadir iaitu Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Ahli Parlimen Stampin, Ahli Parlimen Kuala Krai kalau saya tidak silap.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Gelugor, pada peringkat ini isu-isu baru tidak harus dibawa ya. Saya cuma ingatkan. Kalau Yang Berhormat Menteri hendak jawab tidak mengapa Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya setuju dengan Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Kita minta penjelasan memandangkan Menteri sekarang berucap. Ini satu perkara penting yang melibatkan Ahli Parlimen.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya tak cakap tak penting. Saya tahu perkara ini. Akan tetapi mengikut peraturan mesyuarat, Yang Berhormat, Menteri tengah menjawab.

final • 3:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ada tiga orang Ahli Parlimen yang terlibat.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang saya bentangkan mengenai jenayah juvana dan tidak ada juvana yang ditangkap di tempat itu.

final • 3:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Kita minta penjelasan.

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

Sudahlah.

final • 3:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tidak ada penjelasan. Macam mana sudah?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Gelugor...

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, kes jenayah curi motosikal merupakan jenayah yang tertinggi dilaporkan berbanding dengan jenayah lain.

final • 3:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Curi motosikal ini kita boleh bincang nanti. Kita mesti bincang tentang Ahli Parlimen.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sebentar Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ahli Parlimen yang dibelasah semalam. Curi motosikal nanti boleh cakap.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jenayah indeks keseluruhan adalah merujuk kepada statistik indeks yang baru.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Apakah masalah Yang Berhormat ini?

final • 3:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Menteri, saya ada satu isu.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jenayah yang melibatkan curi motosikal...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kita dalam peringkat ini, kita dalam Menteri menjawab perbahasan yang dibuat sebelum ini. Dalam peraturan mesyuarat...

final • 3:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Ini isu...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Stop. Dalam Peraturan Mesyuarat, Menteri terhad menjawab kepada perkara-perkara yang dibangkitkan dalam perbahasan. That’s very clear.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini berkaitan.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Oleh sebab itu apabila Yang Berhormat bercakap tentang perkara baru, saya ingatkan Yang Berhormat untuk tidak membawa perkara yang baru tetapi kalau Menteri hendak jawab, terserah kepada Menteri.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okeylah itu.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Akan tetapi Menteri sudah kata dia tak nak jawab. Perkara baru, Yang Berhormat. Jadi apabila kita bercakap tentang peraturan mesyuarat, tidak payahlah terpekik terlolong di belakang sana, tidak perlu. Not necessary.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir saya tidak sepatutnya membuang masa Dewan yang mulia ini untuk menjawab soalan yang tidak relevan dengan isu yang kita bangkitkan. Daripada segi definisi saya ingin sebutkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa jenayah indeks jenayah yang kerap dilaporkan dan mempunyai signifikasi yang memadai untuk dianggap sangat mustahak sebagai petunjuk kepada keadaan jenayah.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jenayah indeks terbahagi kepada dua bahagian iaitu jenayah kekerasan dan jenayah harta benda. Jenayah bukan indeks pula kes-kes jenayah selain disebut di bawah kategori jenayah indeks dan kekerapan kejadiannya tidak boleh dijadikan pengukur trend jenayah. Melalui pertimbangan ini, maka jenayah bukan indeks tidak dimasukkan dalam statistik jenayah indeks yang dilaporkan pada masa ini sebagaimana yang difahami oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak pernah faham dengan tugas polis dan tidak mahu faham langsung dengan beratnya tugas polis.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Walau bagaimanapun, jumlah jenayah bukan indeks tetap diambil perhatian oleh pihak PDRM. Secara keseluruhannya, sebanyak 71,832 kes jenayah bukan indeks telah dilaporkan pada tahun 2013. Manakala pada tahun 2014, jenayah bukan indeks dilapor adalah sebanyak 78,963 kes iaitu peningkatan sebanyak 7,131 kes atau 99%. Jenayah bukan indeks telah menunjukkan peningkatan kurang daripada 10% dan pihak PDRM tidak pernah mengabaikan tindakan yang perlu diambil dalam mengekang dan mengawal jenayah bukan indeks atau dibiarkan tanpa siasatan. Setiap kes yang dilaporkan kepada PDRM akan disiasat mengikut lunas undang-undang yang telah termaktub.

final • 3:30 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada banyak isu yang telah saya bentangkan dalam ucapan saya tetapi sampai sekarang saya belum dapat apa-apa jawapan.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia belum habis lagi, tidak habis jawab lagi Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ya, ini bukan isu baru Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Menteri, saya sambung.

final • 3:30 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ini dalam isu RCI Yang Berhormat Menteri. Mengikut testimonial...

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya baru nak masuk isu ini, tidak payah tanya.

final • 3:30 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Saya fikir saya lupa. Belum sampai.

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Belum sampai, sabar sikit.

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Menteri sebelum itu, menteri.

Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Menteri, isu ini penting sebab kita ada seorang bernama ‘ayahanda raja provokasi’ yang dikenali sebagai Razak. Kalau tengok facebooknya, dia menghina Yang Dipertuan Agong, dia menghina martabat kerajaan, anggota kerabat Diraja Johor. Selepas itu, dia maki PDRM gunakan perkataan-perkataan lucah. Dia panggil IGP kita sebagai anak haram, anak babi, ini penting, lebih penting daripada motosikal, lebih penting daripada menangkap Ahli-ahli Parlimen dan ADUN. Lepas itu ada juga hari ini yang paling mengejutkan ialah tempat ibadat orang Hindu Batu Caves, letak gambar macam dah kena letup. Ini isu perkauman, menghina kepercayaan kita dan agama kita. Saya harap yang ini lebih penting. Jangan yang tweet-tweet itu kena tangkap.

Ini kalau menteri tidak ada, saya boleh panjangkan tetapi buat siasatan dan tangkapan dalam masa 24 jam.

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya faham, saya faham, cukup Yang Berhormat Kapar. Saya juga dapat laporan yang sama, saya juga mendapat salinan apa Yang Berhormat dapat itu. Saya dapat awal, jangan ingat Menteri Dalam Negeri tidak ada dapat laporan macam itu. Duduk, duduk.

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

So apa yang sedang berlaku?

Boleh terangkan status?

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Boleh, duduk dulu. Itulah sebabnya bukan saja jika mana-mana pihak mengusik agama Islam tetapi jika orang Islam juga, saya ada ini, saya ada ...

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Itu saya punya, itu saya punya, saya yang buat, saya yang buat.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kapar duduk Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Kapar, saya dapat lebih awallah. Waktu makan saya dapat.

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Cuba tengok itu, itu di PC ini, saya yang buat.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, duduk Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat, tidak ada ...

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya sendiri yang buat, exactly the same. Apalah menteri.

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Dekat PC ini, hendak tengok?

Dekat PC ini, exactly the same.

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat, polis dapat lebih awal.

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Come on lah. We are helping you to do something.

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Polis dapat lebih awal daripada Yang Berhormat, tahu.

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Polis dapat apa? Menteri ada sebiji macam saya ada.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Media ada di luar. Come on lah.

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ini tidak ada kelas punya. So dalam perkara itu saya fikir beri kepercayaan kepada kita, kita akan ambil tindakan bukan hanya kepada yang menghina agama Islam, yang menghina agama lain pun kita ambil tindakan.

Inilah kerajaan yang adil, kita ambil tindakan, bukan macam kamu.

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Jangan kamu Yang Berhormat.

PDRM maki IGP, yang itu pun kena cakap.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, duduk Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, kini tiba masanya untuk Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat, menteri hendak teruskan dulu Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Saya hendak siasatan dari penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi yang katakan kalau ada orang lain yang menghina agama lain, tindakan akan diambil tetapi sampai hari ini, kes Mashitah Ibrahim tidak ada apa-apa terjadi.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah jawab tadi Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya telah jelaskan tadi, Yang Berhormat pergi makan lama. Saya dah jelaskan.

final • 3:30 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Tidak ada apa tindakan pun yang diambil terhadap dia walaupun itu dikatakan...

final • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Outdated, outdated, saya tidak mahu buang masa. Ini tidak relevan punya Ahli Parlimen.

final • 3:30 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Menteri cukup relevan ya?

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Kota Kinabalu...

final • 3:30 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Tidak jawab soalan.

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Berkaitan dengan isu laporan RCI.

Beliau bertanya siapakah yang melakukan siasatan? Siapa yang menulis, menerbitkan dan mencetak buku laporan? Mengapakah tidak ada nama pencetak dan penerbit pada buku laporan? Mengapakah tiada sebarang tandatangan? Mengapakah perkataan diraja tiada pada laporan tersebut? Apakah tokoh-tokoh yang dilantik tersebut diakui kandungan tersebut? Mengapa kehilangan sebanyak lima ribu muka surat dalam laporan RCI di Sabah yang dikeluarkan pada 3 Disember 2014 yang lalu dan apakah maklumat yang terkandung di dalam lima ribu muka surat yang hilang dalam laporan RCI dan sebagainya.

Untuk makluman Yang Berhormat, terima kasih atas kesabaran, jawapan yang akan saya berikan. Untuk makluman Yang Berhormat, pada 6 September 2012, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan penubuhan RCI menurut seksyen 21(1)(d) dan seksyen 3(1) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 untuk menjalankan penyiasatan berdasarkan lapan terma rujukan yang telah ditetapkan. Hasil siasatan telah didedahkan oleh kerajaan pada 3 Disember 2014 dan disusuli dengan pengumuman keputusan kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Wang Asing di Sabah.

Walau bagaimanapun, setelah lebih tiga bulan laporan tersebut dikeluarkan, masih terdapat antara pihak-pihak yang mempertikaikan hasil siasatan ini dan membangkitkan isu- isu seperti ketiadaan nama penerbit dan tandatangan oleh ahli-ahli suruhanjaya. Dakwaan kehilangan lima ribu muka surat daripada laporan dan ketiadaan perkataan diraja sebagai tajuk laporan dan sebagainya. Tuduhan ini bukan sahaja tidak berasas tetapi merupakan cubaan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada mengikuti perkembangan-perkembangan positif yang sedang diambil oleh Jawatankuasa Pengurusan Wang Asing di Sabah serta usaha-usaha kerajaan untuk menangani isu tersebut.

Umum mengetahui bahawa pendengaran keterangan lisan oleh suruhanjaya siasatan bermula daripada 14 Januari 2013 dan berakhir pada 9 September 2013 telah dibuat secara terbuka di mana orang ramai dibenarkan hadir memerhati dan mendengar sendiri pendengaran keterangan lisan oleh 211 orang saksi. Selain dari itu, format dan kandungan laporan itu juga tidak relevan untuk dipersoalkan kerana telah disediakan oleh ahli-ahli suruhanjaya dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta telah dicetak oleh Percetakan Nasional Berhad. Justeru tiada nama pencetak atau penerbit tidaklah dalam apa cara sekalipun menjejaskan kredibiliti laporan tersebut.

Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 pula tidak menyebut perkataan Suruhanjaya Diraja dan ketiadaan perkataan tersebut pada laporan juga tidak sesekali menafikan fakta bahawa pelantikan ahli-ahli suruhanjaya telah dibuat atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong juga.

Seterusnya, kerajaan juga ingin menegaskan bahawa tuduhan berhubung kehilangan lima ribu muka surat dalam laporan tersebut sesuatu yang amat serius kerana ia tidak berlaku sama sekali. Laporan suruhanjaya secara jelas menyebut bahawa lima ribu muka surat adalah merujuk kepada keterangan lisan oleh saksi-saksi yang dipanggil yang mana disaksikan sendiri oleh orang ramai yang hadir ke mahkamah dan nyatalah tiada sebab untuk menyembunyikan maklumat tersebut.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan? Setelah pihak penyiasatan mengesahkan bahawa tiada unsur-unsur sabotaj ataupun kehilangan lima ribu muka surat tersebut, apa tindakan yang diambil kepada mereka yang sengaja menimbulkan provokasi melampau, menghasut orang ramai supaya bangkit menentang RCI itu. Adakah sudah siasatan dilakukan dan tindakan diambil kepada mereka yang melontarkan tuduhan-tuduhan liar seumpama itu. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Memang dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pembentukan jawatankuasa induk yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Menteri dan saya dan jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Yang Berhormat Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Term of reference atau terma rujukan ini telah dilakukan dan hasil daripada itu telah diterjemahkan dengan bentuk operasi. Operasi yang dilakukan bukan sahaja oleh pihak ESSCOM tetapi semua enforcement agencies, dengan izin, ataupun agensi-agensi penguatkuasaan setiap hari.

Moto mereka ialah ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bagi menentukan bahawa apa yang telah disarankan dalam RCI ini dijalankan sepenuhnya supaya apa sahaja rekomendasi yang telah dibuat akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kredibiliti kepada suruhanjaya agensi berkenaan tetapi ada juga di kalangan Ahli-ahli Parlimen yang di sana dari Sabah yang memohon supaya mereka yang ditahan itu dilepaskan. Jadi dalam perkara ini jangan kompromi. Saya kata soal keselamatan kita tidak boleh kompromi walaupun rekomendasi daripada Ahli Parlimen sebab mereka juga yang mengatakan bahawa RCI ini harus ditubuhkan. Apabila kerajaan menubuhkan tetapi ada di kalangan mereka yang mempertikaikan soal kredibiliti agensi- agensi penguatkuasaan. saya ingin bersetuju dengan Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri, minta maaf Yang Berhormat Menteri...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Kinabatangan bahawa apa yang kita lakukan adalah untuk kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya terutama rakyat Sabah bagi menentukan bahawa apa yang telah dituduh itu sesuatu yang tidak benar.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 3:40 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan soalan waktu mencelah Yang Berhormat Sandakan. Adakah tuduhan yang dibuat di House of Representative di Manila, Philippines betul ataupun tidak di mana Chairman MILF dan juga Chairman for Peace MILF adalah rakyat Malaysia sebab mereka disyaki memegang pasport dan dokumen Malaysia. Selain daripada itu Yang Berhormat Menteri, kerajaan sediakah membentang laporan RCI ini di Parlimen supaya banyak isu yang kita boleh debatekan, dengan izin. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih. Yang Berhormat saya ingin menjelaskan bahawa Ketua Pengarah Pendaftaran telah saya arahkan untuk melakukan siasatan terhadap tuduhan mengatakan bahawa Murad Ibrahim dan Iqbal merupakan rakyat Malaysia sedangkan mereka pemimpin-pemimpin MILF. Tuduhan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Filipina mewakili ‘Dovel’ dan didapati bahawa Murad Ibrahim bukan rakyat Malaysia. Iqbal juga bukan rakyat Malaysia. Saya tidak berhajat campur tangan dalam soal politik domestik di Filipina tetapi usaha yang dibuat oleh Malaysia tidak ada kepentingan untuk campur tangan.

Tidak ada kepentingan sosiopolitik tetapi untuk melihat bahawa di kawasan selatan Filipina khususnya di Mindanao itu aman, dapat kita bantu untuk dibangunkan. Itulah sebabnya comprehensive agreement ditandatangani tetapi sebelum dilakukan pengesahan comprehensive agreement itu, ia mesti mendapat kelulusan Kongres dan Senat Filipina.

Oleh sebab mereka mahu menggagalkan comprehensive agreement itu untuk dilaksanakan, maka tuduhan begitu dilakukan supaya kredibiliti Murad Ibrahim dan Iqbal dipertikaikan.

Saya ingin menyebut di Dewan yang mulia ini dan sekali lagi mengesahkan bahawa Murad Ibrahim dan Iqbal bukan rakyat Malaysia, mereka rakyat Filipina.

[Tepuk] Jangan cuba gagalkan perjanjian antara GRF ataupun Government Republic of the Philippines dan juga MILF. Bangsamoro yang lain akan dibawa kemudian. Tuan Yang di-Pertua, saya terlibat secara langsung.

Sebagai Menteri Pertahanan ketika itu saya pergi ke Komato, saya pergi ke Sultan Kudrat malah saya pergi ke perkampungan separatist itu dan saya berjumpa dengan tentera-tentera Filipina dan kami mengadakan perundingan yang baik dan itulah hasilnya tetapi tujuan-tujuan yang baik itu harus difahami. Jadi saya harap rakan-rakan saya pembangkang di sana harus memahami, ini tujuan yang baik. Mana lebih baik die your neighbor. Memberikan kemakmuran kepada jiran kita daripada jiran yang ada masalah akhirnya enslave datang ke negara kita dan kita menghadapi masalah sosioekonomi dan saya fikir comprehensive agreement ini harus diberikan dokongan oleh...

final • 3:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan lagi Yang Berhormat?

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Izinkan saya kalau tidak ada...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu yang bertanyakan sama ada pertambahan etnik Melayu. Ini satu tuduhan.

final • 3:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Sebelum ini Yang Berhormat Menteri...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sandakan duduk dahulu.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Kota Kinabalu yang bertanya sama ada pertambahan etnik Melayu dari tahun 1970 hingga tahun 2000 di Sabah merupakan etnik Melayu yang sebenar dan bagaimanakah pertambahan sehingga berlaku 1,552%. Ini satu tuduhan yang berat.

final • 3:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Sekarang Yang Berhormat Menteri 2,000% sudah.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ini dalam Dewan tidak ada - dakwaan yang menyebut terdapat 303,500 orang Melayu di negeri Sabah pada tahun 2000 dengan kenaikan 1,552% didapati tidak berasas dan tidak masuk akal dan pastinya angka tersebut dipetik tanpa dirujuk dengan pihak yang berkaitan berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara, hanya terdapat 99,394 orang berbangsa Melayu dan statistik tersebut adalah berdasarkan rekod hingga Disember 2014.

Pihak kerajaan juga mendapati kecenderungan sesetengah pihak untuk memetik angka-angka tertentu dalam memperjelaskan dakwaan kenaikan penduduk yang berada di negeri Sabah yang tidak ditentu sahkan oleh pihak yang berwajib. Suruhanjaya dalam laporannya mengambil perhatian tentang angka tidak rasmi yang dikemukakan oleh beberapa orang saksi berhubung perkara ini dan menyatakan bahawa tiada keterangan yang jelas tentang ketepatan atau sebaliknya tentang angka yang diberikan.

Memandangkan angka ini tidak diperoleh dari Jabatan Statistik atau disahkan oleh jabatan tersebut. Ini termasuklah dakwaan yang menyebut kebanjiran warga asing di Sabah telah menyumbang kepada peningkatan warga yang lebih tinggi di negeri Sabah berbanding negeri Sarawak dan juga tuduhan yang menyebutkan berlaku pemberian kewarganegaraan kepada pelarian di Sabah secara sewenang-wenangnya.

final • 3:40 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

[Bangun]

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Walau bagaimanapun, setelah semakan rekod dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Negara, didapati jumlah di negeri Sabah sebenarnya adalah lebih rendah berbanding dengan negeri Sarawak bagi tempoh 1990 hingga Disember 2014 adalah seperti berikut:

Tahun1990 (juta)2000 (juta)2010 (juta)Sehingga Disember 2014 (juta)
Jumlah Penduduk (Sarawak)1.52.022.42.6

Menuduh bahawa penduduk Sabah lebih tinggi daripada penduduk Sarawak satu tuduhan yang amat melulu terutama daripada Yang Berhormat Kota Kinabalu. Saya ingin sebutkan...

final • 3:40 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Ini fakta.

final • 3:40 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Boleh berkaitan Yang Berhormat Menteri?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Nanti sekejap. Saya ingin sebutkan di Sabah seperti berikut:

Tahun1990 (juta)2000 (juta)2010 (juta)Sehingga Disember 2014 (juta)
Jumlah Penduduk (Sabah)1.31.82.32.5

jumpa dengan saya, saya bagi statistik.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Point of order Tuan Yang di- Pertua, point of order. Saya ingin mengusulkan Ahli Parlimen Kota Kinabalu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sebab dia memesongkan Dewan Rakyat ini dengan fakta-fakta yang tidak betul.

final • 3:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

...Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua dia bukan Menteri.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia boleh mewujudkan...

final • 3:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Dia punya kawasan yang paling banyak pendatang tanpa izin punya undi.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Duduk dahulu. Ini point of order.

final • 3:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

...75% dia angkat jadi ‘MP’ pendatang tanpa izin.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Kota Kinabalu duduk. Ini point of order!

final • 3:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, point of order Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

...Sama pun palsu IC.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Duduk! Tidak tahu peraturankah?

final • 3:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Order apa?

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Belajar pun tidak tahu peraturan.

Belajar dengan Yang Berhormat Ipoh Barat. Dia membuat tuduhan-tuduhan liar dan palsu cuba memesongkan Dewan Rakyat ini dengan tujuan menghasut. Jadi saya kemukakan untuk dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat.

final • 3:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya bantah, saya bantah.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Supaya pada masa akan datang…

final • 3:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya juga bantah.

final • 3:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya bantah. Tidak berasas.

final • 3:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya bantah!

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Tidak ada orang hendak sokong.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Duduklah, duduk...

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia memesongkan Dewan.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Apa yang dia...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kalau kenyataan itu direkodkan dalam Hansard, pihak Parlimen akan mengkaji Hansard, dan akan buat keputusan.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, minta laluan, minta laluan.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

He was nearly...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sandakan, apa dia Yang Berhormat. Yang Berhormat hendak mencelah?

final • 3:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Yes.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri hendak bagi jalan Yang Berhormat. Ya.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Terima kasih ya.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

This is proper. Don’t have to shout. Proper ya.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi di sini saya mahu tanya, jadi Kinabatangan dia yang dengan Kota Kinabalu, mislead the House. Apa yang dia mislead, saya mahu tahu?

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Just, mana yang mislead, mana...?

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Satu yang lagi..

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Teruskan Yang Berhormat Menteri. Dia tidak ada soalan pun.

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

The truth always hurts...

final • 3:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Ada, ada.

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Bengap! Bengap!

final • 3:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Yang Berhormat Menteri, saya ingin memberi penjelasan bahawa 5 ribu page itu yang bukan kita pembangkang yang kasi. Ini yang Datuk rujuk kita punya RCI page number 8, dengan izin, RCI page number 8, English version. Saya baca di sini, dengan izin. Sorry ya, my handset jammed...

final • 3:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Itu betul, page number 8...

final • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ahli Parlimen tidak baca.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Itu RCI palsu, RCI palsu Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jangan langgar peraturan Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Sandakan. Duduklah Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

One second, sorry. My handset hang.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, duduklah Yang Berhormat. Boleh bangun kemudian Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dia tidak jumpa.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Bangun kemudianlah Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Ini Tuan Yang di-Pertua saya baca di sini. RCI report number 8 dalam English version. Dia bilang ini, “...in any case, we were able to hear 211 witness by mid September 2013. That everything cover more than 5,000 pages. There were 177 exibits including charge, picture, statistic, letter, official directive, commentary, article etc...”. Ini yang sebut 5 ribu pages bukan kita yang sebut, RCI report yang sebut.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Betulkah Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Just explain Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Dia kena itu. Dia yang kasi Committee...

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya sudah jawab tadi. Mungkin Yang Berhormat tidak faham Bahasa Melayu ataupun tidak mahu faham. Saya sebut di sini, memanglah saya kata laporan itu dalam RCI tapi Yang Berhormat, sebut di sini, Yang Berhormat, sebut mengatakan bahawa 5 ribu muka surat dalam laporan sesuatu kononnya ditiadakan. Kita mengakui bahawa tidak semua laporan itu dan 5 ribu muka surat itu merujuk pada karangan lisan oleh saksi-saksi yang dipanggil di mana saksi sendiri, oleh orang ramai itu hadir di mahkamah. Kita ingin menyebutkan bahawa 5 ribu muka surat itu semua keterangannya ada dalam laporan RCI itu sebab saya sebut, saya ingin ulangi sekali bahawa tuduhan berhubung kehilangan 5 ribu muka surat dalam laporan adalah suatu yang serius, kerana ia tidak berlaku sama sekali.

Manakala laporan suruhanjaya secara jelas menyebut bahawa 5 ribu muka surat adalah merujuk kepada keterangan lisan oleh saksi-saksi yang dipanggil, yang mana disaksikan sendiri oleh orang ramai yang hadir ke mahkamah.

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Masuk Darjah 1...

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Dan nyatalah tiada sebab untuk menyembunyikan maklumat berkenaan.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, boleh tanya sikit.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya dalam perkara ini, saya fikir Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua tidak perlulah kita beri keizinan kepada Yang Berhormat Sepang kerana beliau pasti akan menyelewengkan fakta ini.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, boleh tidak benarkan.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini mengelirukan ini.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin...

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini prasangka jahat.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Belum tanya lagi sudah sangka jahat.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin meneruskan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri...

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Boleh teruskan.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Yang Berhormat Lanang. Yang Berhormat Lanang sudah keluar.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, mana boleh berprasangka jahat macam ini. Saya belum tanya lagi.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Macam mana hendak bagi, tuduh!

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Lanang yang bertanyakan, apa rancangan Kementerian Dalam Negeri...

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri tuduh saya. Berprasangka jahat ni...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

[Bangun]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Kinabalu duduk. Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat .

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Untuk memastikan permohonan Pendaftaran Lewat, kelahiran didaftar lewat, kad pengenalan diproses dengan cepat dan lancar.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, beranilah berhadapan dengan soalan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan, tidak bagi jalan.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Perlu diambil maklum bahawa setiap kelahiran yang berlaku...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Duduk Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Di Malaysia perlu didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara selaras dengan peruntukan undang-undang seperti berikut, bahawa Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1990...

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kes curi punya Menterilah...

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Hoi!

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

....Atau Akta 299 bagi...

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Apa hoi, hoi..!?

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Semenanjung Malaysia. Kedua, Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Bab 1, 2, 3 (No.11, Tahun 1998 bagi negeri Sabah) dan Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Bab 10 (No.6, Tahun 1951 bagi negeri Sarawak). Selain daripada itu, kelahiran yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara tidak akan membawa bersekali bersama anak-anak tersebut. Kelayakan untuk dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia secara automatik kerana Sijil Kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara hanyalah sebagai bukti bahawa kelahiran telah berlaku di Malaysia.

Dalam hal ini penentuan kewarganegaraan masih tertakluk kepada status perkahwinan ibu bapa dan status kewarganegaraan ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan seperti mana yang diperincikan dalam Bahagian 3, Perlembagaan Persekutuan.

Justeru mana-mana kelahiran yang didaftarkan di JPN selepas 42 hari dari hari kanak- kanak tersebut dilahirkan, akan dikategorikan sebagai Pendaftaran Kelahiran Lewat dan Sijil Kelahiran Daftar Lewat akan dikeluarkan kepada kanak-kanak yang layak sahaja.

Yang Berhormat Lanang juga turut bertanyakan tentang SOP dengan izin, Standard Operating Procedure Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftar kelahiran di Sarawak dan Malaysia. Ahli Yang Berhormat juga turut memberi contoh permohonan bernama Lily.

Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa prosedur sepenuhnya telah diikuti oleh JPN Sarawak kerana peraturan JPN Sarawak dan Sabah, adalah berbeza dengan peraturan JPN di Semenanjung, dan kita menghormati peraturan Imigresen dan JPN itu untuk Sabah dan Sarawak, dan saya akan memberikan detail, perincian kepada jawapan ini kepada Yang Berhormat Lanang. Kita jumpa selepas daripada persidangan ini.

Yang Berhormat Ipoh Timur...

final • 3:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, minta laluan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi laluan Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Sekejap, satu soalan saja. Baru- baru Yang Berhormat Menteri ada pergi lawat Sabah, saya nampak ada dalam surat khabar Tan Sri Pairin Kitiangan adalah propose satu special program untuk Sabah namanya “Special IC Programme”. Saya mahu tanya, adakah kerajaan akan bertindak terhadap cadangan RCI Working Committee Chairman, Tan Sri Pairin Kitingan untuk propose special IC di Sabah. Apa cadangan dari Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kita sebagaimana yang sebutkan tadi, kita ada dua Jawatankuasa. Tan Sri Pairin Kitingan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal kepada RCI, dan satu lagi Jawatankuasa Induk, dan semua cadangan daripada Jawatankuasa Teknikal itu akan dibawa kepada Jawatankuasa Induk untuk kita teliti dan jika ia didapati sesuai, kita akan laksanakan. Jika ia tidak dapat dilaksanakan kerana tidak sesuai, kita akan maklumkan kepada umum keseluruhannya. Dalam perkara ini Yang Berhormat, yakinlah kepada saya, saya akan lakukan yang terbaik.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, Jabatan Peguam Negara. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi Yang Berhormat Sepang Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kali ini okey.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Sepang.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah banyak kali persoalkan dalam Parlimen dan tanya dengan Yang Berhormat Menteri bahawa Jabatan Pendaftaran Negara di bawah DUN Sungai Pelek telah ditutup dan juga Jabatan Imigresen. Alasannya tidak boleh bayar sewa.

Saya minta tolonglah Yang Berhormat Menteri, kalau boleh buka semula sebab penduduk- penduduk membuat aduan kepada saya mengalami kesusahan hendak mendaftarkan anak. Dulu ada pejabat di Bandar Baru Salak Tinggi, dua-dua pejabat itu telah ditutup. Saya sudah dapat surat kata, ada masalah kenaikan sewa, tidak boleh hendak bayar...

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Apa itu, kacau itu. Mengganggu.

Saya minta Yang Berhormat Menteri, seperti balai polis tadi. Kalau boleh yang ini tidak payah tunggu RMKe-11 lah. Kalau Yang Berhormat Menteri boleh guna duit sendiri untuk bayar sewa itu. Duit banyak itu. Eh, tolong Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri, boleh minta peluang. Peluang sekejap.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi peluang?

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Nanti kejap saya jawab Yang Berhormat Sepang dulu. Kalau tidak dia tidak akan keluar duit sendiri untuk bayar sewa balai polis.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kenapa Jabatan Pendaftaran itu ditutup? Ini kerana kita telah ada Rural Transformation Centre (RTC) bukan ‘Rahim Tamby Chik’… [Ketawa] bagi menggantikan kepada dua-dua itu. Jadi, kemudahan untuk orang ramai tetap diberikan dan cadangan Yang Berhormat itu saya telah ambil kira. Saya fikir, eloklah kalau Yang Berhormat tulis surat kepada saya supaya unit bergerak dapat berjalan di sekitar kawasan Yang Berhormat agar perkhidmatan bagi kawasan-kawasan yang agak pedalaman itu dapat kita lakukan.

Akan tetapi janganlah menyanggah. Macam mana saya hendak tolong kalau selalu menyanggah. Baik-baiklah sikit dengan saya, bolehlah saya tolong.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan...

final • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Menteri, sikit, sekejap.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya beri, beri. Tolong.

final • 4:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Berkenaan dengan Sijil Lahir Lewat. Ada beberapa kes di Sabah yang mana Sijil Lahir Lewat ini telah dengan izin, forge dan satu yang dikenali sebagai seorang clerk di mahkamah di Sabah yang telah didakwa dan dipenjarakan. Daripada transkrip kes itu, ada lebih 100 ataupun 400, kalau saya tidak salah, Sijil Lahir Lewat telah dikeluarkan dengan cara yang salah. Kalau Menteri tiada data, bolehkah saya dapat jawapan bertulis, apakah terjadi dengan Sijil Lahir Lewat yang dikeluarkan kerana forgery ini dan adakah mereka telah mendapat kewarganegaraan kerana Sijil Lahir Lewat ini masih wujud?

Boleh tambah sikit lagi Menteri? Berkenaan dengan special IC, I think, dengan izin, you must consider this. Lebih-lebih lagi di Sabah, isu ini sudah lama dan telah menjadi satu isu yang sejak tahun 70-an sehingga ke hari ini. Do consider that for the people of Sabah.

Terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Itulah, walaupun pembangkang, ditanya elok-elok. Macam itulah. Jadi saya hendak jawab pun senang. Ini suara tinggi-tinggi macam Yang Berhormat Sepang, buat apa.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini menjolok sarang tebuan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tiada niat jahat, Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya sedar tentang kes berkenaan.

Siasatan telah dilakukan, penangkapan dan tuduhan kepada pegawai berkenaan telah dibuat. Oleh sebab Yang Berhormat perlukan jawapan bertulis Tuan Yang di-Pertua, saya akan berikan jawapan bertulis dan saya akan berikan perincian...

final • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sahabat saya akan menjawab selepas daripada saya...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kemaman.

final • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Last one.

final • 4:00 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Satu spesifik punya hal.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Ipoh Barat sudah. Beri kawan di belakang.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 4:00 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Isu yang dibangkitkan oleh saya iaitu isu anak luar nikah, bermakna ibu ialah warga asing yang tidak dapat kewarganegaraan itu. Adakah kerajaan akan mengambil apa-apa langkah untuk mengatasi masalah ini atau tidak? Sebab dalam ucapan saya, pencelahan saya, saya sudah bangkit isu dan tadi nampaknya Menteri hendak jawab selepas itu...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Isu ini pagi tadi dihurai panjang lebar oleh Timbalan Menteri, Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya, betul. Anak yang dilahirkan di luar waktu yang sepatutnya dilahirkan ataupun anak yang didaftarkan lewat, saya ingin menyebutkan terdapat kategori yang berbeza. Tadi telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri secara detail tetapi saya ingin menyebutkan, masalah ini berlaku kerana dulu apabila Visa on Arrival (VoA) diluluskan, maka berlambak-lambaklah China Doll yang datang. Jadi, berlakulah perkahwinan yang kedua, yang tidak diketahui oleh isteri pertama.

Akan tetapi Yang Berhormat Bung, isteri pertama tahu apabila penambahan cawangan dilakukan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Bung? Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat?

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya. Yang Berhormat Kinabatangan.

Permasalahannya, ini kes yang benar ya. Permasalahannya berlaku apabila maklumat dan Sijil Perkahwinan itu tidak ada dan anak itu bila dilahirkan ditinggalkan oleh ibunya dan kembali ke negara asal. Permasalahannya sekarang, anak-anak itu telah berada di peringkat sekolah rendah dan ada dalam kalangan mereka yang sekolah menengah. Sijil kelahiran boleh dikeluarkan tetapi sah taraf tidak ada kerana perkahwinan tidak didaftarkan dan ibunya juga ialah warganegara luar. Lazimnya, kita akan menggunakan fasal-fasal dalam 15A dalam Perlembagaan, atau 19(1) dalam Perlembagaan untuk membantu anak- anak berkenaan.

Perlu diketahui, walaupun kita berbeza pendapat tetapi dalam kalangan anak- anak, anak-anak itu tidak berdosa. Ibu bapanya yang melakukan kesalahan. Dalam perkara ini, JPN cuba sedaya mungkin yang boleh untuk membantu anak-anak berkenaan. Yang Berhormat Ipoh Timur, ada kes-kes yang telah sampai dan mana-mana kes yang disahkan, kita akan cuba bantu terutamanya untuk kanak-kanak itu menjalani alam persekolahannya.

final • 4:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Boleh bertanya, Menteri?

final • 4:00 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Terima kasih Menteri. Untuk penjelasan lanjut Yang Berhormat Menteri, undang-undang kita sekarang membenarkan ibu bapa ini kemudiannya mendaftarkan perkahwinan mereka. Maknanya selepas anak tersebut dilahirkan tetapi kenapa anak yang tadi Yang Berhormat Menteri katakan tidak ada dosa itu jadi satu victim dan anak tidak diberi kewarganegaraan tetapi ibu boleh tinggal di sini sebab dia sudah sekarang kahwin dengan sah kepada bapa anak tersebut?

Jadi itulah saya hendak rayu di sini, kerajaan patut lihat undang-undang, mengubah undang-undang tersebut sekiranya anak ini boleh disahkan anak kandung mereka secara DNA atau macam mana, patut dipertimbangkan kewarganegaraannya agar dia tidak menjadi stateless. Ini kerana ibunya, bapanya tinggal di sini tetapi anak kena balik kalau macam dari China, kena balik ke China. Siapakah jaga dia di sana?

final • 4:00 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Itulah ketidakadilan ini perlulah kita pertimbangkan dan atasinya. Ubahlah, I mean menggubal atau pinda undang-undang yang sedia ada, menjadikan ia satu bukan hak mutlak tetapi satu cara untuk mereka mendapat kewarganegaraan mereka. Memandangkan mereka ini tidak berdosa dan bukan kesalahan mereka hendak jadi stateless. Adakah kerajaan boleh pertimbangkan langkah sedemikian?

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kita telah mengemukakan cadangan ini dan ulasan sedang disediakan oleh pihak Jabatan Peguam Negara. Kita harap langkah untuk meminda peraturan rang undang-undang yang ada dapat dimuktamadkan dalam waktu yang terdekat. Jangan menuduh kerajaan tidak melakukan keadilan tetapi tanyalah ibu bapa itu kenapa mereka melakukan perbuatan sedemikian. Jangan bebankan - semasa seronok, mereka dua orang seronok. Bila susah, kerajaan terbeban. So dalam keadaan begitu, saya merasakan bahawa, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tetap prihatin terhadap kes-kes yang berkenaan dan saya...

final • 4:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri, sekejap, sekejap.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Izinkan saya meneruskan jawapan saya ini.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh Yang Berhormat. Duduk dulu Yang Berhormat Penampang.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin menyebutkan bahawa ada dua persoalan iaitu Yang Berhormat Seputeh bertanyakan mengapakah Kementerian Dalam Negeri membenarkan perkhidmatan permit pekerja asing dimonopoli oleh MyEG.

Untuk jawapan, saya ingin memaklumkan bahawa sejak 7 Februari 2011 lagi, KDN telah bersetuju untuk melaksanakan secara rasmi pembaharuan pas lawatan kerja sementara

(PLKS) bagi pembantu rumah asing dan selanjutnya skop kerja yang sama telah diperluaskan untuk pembaharuan permit kerja bagi pekerja asing, disusuli dengan perjanjian yang ditandatangani antara Jabatan Imigresen Malaysia dan MyEG pada 24 Februari 2012 bagi pelaksanaan perkhidmatan tersebut.

Bermula 1 Disember 2014, KDN telah bersetuju untuk melaksanakan proof of concept bagi penyeragaman pembaharuan PLKS untuk semua sektor pekerja asing menerusi perkhidmatan atas talian (online). Adalah didapati bahawa kesesakan dan masalah berbaris panjang di kaunter telah dapat dikurangkan sebanyak 50% selepas pelaksanaan tersebut. Walau bagaimanapun, bagi mengatasi beberapa isu dan kekangan yang dihadapi oleh orang awam terhadap penggunaan permohonan online tersebut, Jabatan Imigresen Malaysia masih membenarkan permohonan lanjutan PLKS dibuat melalui kaunter Jabatan Imigresen Malaysia.

Bagi urusan pembaharuan di kaunter, semua majikan atau pengarah syarikat atau pengurus jabatan sumber manusia diwajibkan untuk hadir ke kaunter bagi mengelakkan penglibatan pihak ejen yang tidak sah melakukan pendaftaran lanjutan dan pembaharuan permit-permit berkenaan. Bagi majikan, akan diambil pengecaman biometrik bagi memastikan syarikat adalah sah dan pekerja yang dipohon mengikut peraturan yang ditetapkan yang mana ini melibatkan sesuatu yang agak menggegarkan ejen-ejen yang selama ini menggunakan kesempatan untuk mendapatkan bayaran daripada pihak majikan.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya lihat apabila perkara ini telah dilakukan, pihak kerajaan telah dapat menyelesaikan permasalahan. Saya ingin memberitahu Yang Berhormat Seputeh bahawa apabila MyEG menggunakan bayaran sebanyak RM38 dan telah menimbulkan kekecohan.

Apa yang dilakukan oleh pihak Jemaah Menteri ialah dengan memotong RM125 yang selama ini dikenakan sebagai proses pelanjutan dan pembaharuan permit pekerja asing. Di mana tidak lagi dikenakan kepada majikan berkenaan. Saya ingin memberitahu bahawa bayaran RM38 telah dikurangkan oleh Kementerian Kewangan atas kelulusan Kabinet hanya pada RM35. Akan tetapi yang RM35 juga tidak diambil daripada majikan sebaliknya dipotong dari RM125 yang telah dibayar oleh majikan sebagai proses. Ertinya pihak majikan tidak membayar sesen pun untuk mendapatkan perkhidmatan MyEG.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Langkah-langkah yang begini adalah langkah daripada feedback ataupun maklum balas yang telah diperolehi daripada pihak media dan juga pelbagai pihak termasuk NGO.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh yang telah memberikan cadangan yang baik di dalam media termasuk media sosial yang beliau kuasai. Akan tetapi tidak semestinya saya bersetuju 100% tetapi mana-mana teguran yang baik kita lakukan.

Alhamdulillah sekarang ini tidak ada sebarang bayaran dikenakan, tidak ada ulat-ulat yang berada di kaunter Imigresen dan majikan juga telah menerima kerana mereka tidak dikenakan bayaran malah efficiency telah dapat dipertingkatkan. Ini sekali gus menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang yang bertanya dalam soalan yang sama. Kalau Yang Berhormat Seputeh mahu tanya soalan.

final • 4:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya masih baca dalam surat khabar di mana ada persatuan-persatuan perniagaan mereka ada banyak sungutan kerana sebelum itu MyEG promise heaven. Akan tetapi lepas itu sekarang itu mereka dapati lambat dan sebagainya, ada banyak masalah. Saya rasa Yang Berhormat Menteri mungkin perlu adakan lebih dialog dengan persatuan-persatuan tersebut. Ini kerana tidak dapat dinafikan negara kita ini kita masih perlu pekerja asing dalam pelbagai sektor.

Kedua ialah saya rasa tidak faham ialah kenapakah perkhidmatan yang macam ini yang kementerian perlu outsource kepada sebuah syarikat swasta. Ini merupakan satu bentuk penswastaan. Jadi pegawai imigresen yang selama buat semua perkhidmatan urusan ini sekarang tidak ada kerjalah? Soalan saya ialah kenapa kita perlu penswastaan dalam perkhidmatan seperti ini.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sebenarnya keputusan tersebut telah dibuat begitu lama termasuk dengan JPJ dan termasuk dengan Kementerian Sumber Manusia. Ini is only an extension of services given by them, dengan izin. Tuduhan yang mengatakan rakyat Malaysia tidak ada kerja tidak betullah. Kita berikan tugas di jabatan yang lain tetapi skeleton staff is still there, dengan izin. Apa yang dilakukan lihat efficiency.

Ini kerana ada tuduhan yang tidak adil dikenakan kononnya pegawai-pegawai imigresen meminta wang daripada ejen-ejen berkenaan. Jadi bila kita lakukan yang terbaik dengan memohon cara online pun tidak kena juga kerajaan. Saya fikir ini tidak adil tuduhan yang dikenakan kepada pihak Malaysia. Seharusnya berterima kasihlah Yang Berhormat Seputeh dan lain-lain pada Jabatan Imigresen yang efisien. Tidak kenakan bayaran tetapi efisien sepatutnya terima kasihlah.

Tidak terima kasih pada Menteri pun tidak apalah, terima kasih ke Jabatan Imigresen kerana mereka telah melakukan yang terbaik.

final • 4:10 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Yang Berhormat Menteri, tanya sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam sistem MyEG sebenarnya, kita pun dengar beberapa pendapat. Akan tetapi antara pendapat yang kita terima MyEG ini ada satu program yang cukup baik yang dibuat oleh pihak KDN tetapi diminta bahawa jangan kita mengalu-alukan Ketua Pengarah Imigresen baru ini memberi kenyataan akhbar bahawa dia akan teruskan juga kaunter. Jadi sebenarnya seperti kita lihat kaunter pun jalan seperti mana JPJ, kaunter pun jalan, MyEG pun jalan. Ini adalah cukup baik dan hari ini kita tengok benda yang dibuat di JPJ itu berkesan dan kita harap di imigresen pun berkesan.

Akan tetapi kita minta jangan tutup kaunter dan jangan wujudkan kapitalis. Biar orang lain tidak boleh cari makan hanya satu sistem sahaja boleh cari makan. Itu kita minta. Terima kasih Menteri.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Setakat ini kaunter masih dibuka dan online berjalan dengan sebaik-baiknya. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara sahaja yang ingin saya lontarkan sebelum saya menamatkan. Pertamanya soalan yang di...

final • 4:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Menteri...

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Soalan yang dikemukakan...

final • 4:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ada, saya ada soalan.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Nanti sekejap.

final • 4:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ada.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Tanah Merah yang bertanya mengapakah hanya pendatang asing tanpa izin ditangkap semasa operasi diadakan sedangkan majikan-majikan terlepas. Saya ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa Jabatan Imigresen tidak hanya menangkap pendatang asing tanpa izin

(PATI), malahan majikan-majikan dan pelindung-pelindung serta orang-orang yang bersekongkol dengan pesalah imigresen juga turut ditangkap. Buktinya sepanjang tahun 2014 sebanyak 5,452 operasi berjaya dijalankan dan seramai 96,280 orang telah diperiksa.

Daripada jumlah itu terdapat 30,279 orang PATI dan saya ulangi ya, 513 orang majikan telah ditangkap. Daripada jumlah itu seramai 9,320 PATI dan 353 orang majikan telah didakwa di mahkamah. Ertinya Imigresen menangkap majikan selain daripada PATI.

Akan tetapi saya ingin menyebutkan di Dewan yang mulia ini bukan hanya majikan tetapi ejen-ejen yang menggunakan PATI-PATI ini sebagai barang dagangan mereka harus juga dikenakan tindakan. Kita sedang mencari hingga ke lubang cacing kepada ejen-ejen yang cuba untuk menyembunyikan fakta-fakta dan saya harap dapat sokongan daripada rakan- rakan kita.

Saya juga ingin menyebutkan beberapa perkara yang lain...

final • 4:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Pendatang asing.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat..

final • 4:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya sebut dalam ucapan saya, saya ingin dapat tahu permintaan daripada negara-negara ASEAN yang lain terutama dari Indonesia supaya agar Malaysia menandatangani satu persetujuan yang boleh memberi satu instrument of law untuk membela hak pekerja-pekerja asing ini. Apa yang saya difahamkan telah dibawa oleh Presiden Jokowi semasa lawatan beliau di Malaysia. Saya ingin tahu apakah respons terhadap permintaan ini. Saya banyak soalan lain yang macam Menteri tidak mahu jawab sahaja. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok

...36(6).

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sangkaan jahat.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sangkaan jahat kepada Menteri yang tidak menjawab soalan dia. Saya ingin sebutkan bahawa dalam bilateral dengan pihak Indonesia dan bilateral dengan pihak Myanmar di mana secara kebetulan saya menjadi Menteri pengiring kepada Presiden Jokowi. Perkara-perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batu itu memang telah diperbincangkan dan beberapa langkah proaktif telah kita lakukan untuk memenuhi permintaan dan persetujuan kedua-dua negara. Akan tetapi harus diketahui oleh rakan-rakan di Dewan yang mulia ini bahawa pihak Indonesia agak keberatan untuk menghantar pekerja mereka ke Malaysia sekarang ini. Bukan sahaja di kalangan pembantu rumah tetapi di kalangan pekerja-pekerja dalam pelbagai sektor kerana mereka juga mempunyai gaji minimum yang sama dengan gaji minimum yang dilaksanakan di Malaysia.

Saya khuatir pada suatu hari nanti mungkin kita sukar untuk dapat pembantu rumah asing, sukar juga untuk dapat pekerja-pekerja dari Indonesia. Saya fikir cara jangka panjang yang terbaik dilakukan usaha-usaha automation kepada perniagaan dan kepada industri kita. Itulah langkah jangka panjang yang kita akan laksanakan.

final • 4:10 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya hendak minta penjelasan mungkin saya takut nanti Yang Berhormat terlepas pandang terhadap persoalan yang saya bangkit. Ada dua perkara yang saya bangkit berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri, sebab Yang Berhormat Menteri kata dia hendak habis hendak gulung itu.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Boleh jawab secara bertulis, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya?

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Boleh jawab secara bertulis, kalau tidak terjawab.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak, tidak. Satu ialah perkara penting iaitu berkaitan dengan Parlimen ini, iaitu kegagalan untuk membenarkan wakil Permatang Pauh untuk hadir ke Parlimen. Sedangkan bidang kuasa itu ialah bidang kuasa Ketua Pengarah Penjara yang sepatutnya boleh membenarkan jika ada alasan-alasan yang munasabah. Hari ini ada alasan yang munasabah untuk membawa dia ke mahkamah. Jadi, apakah membawa dia ke Parlimen ini suatu yang tidak munasabah? Apakah institusi Parlimen ini lebih rendah dari Mahkamah Syariah dan sebagainya? Jadi, ini yang sepatutnya diberikan penjelasan oleh Yang Berhormat.

Yang kedua, ialah berkaitan dengan kes Altantuya. Ekoran daripada dakwaan baru yang dibuat oleh Sirul yang mengatakan bahawa dia hanya menjalankan arahan, menjadi ‘kambing hitam’ kepada pihak-pihak tertentu dan hanya menjalankan arahan. Apakah kerajaan bersedia untuk memulakan kembali siasatan baru? Itu juga telah dipersetujui, telah pun diperakui bahawa boleh dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara, suatu siasatan baru oleh pihak polis. Minta.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang Di-Pertua, saya ingin menyatakan, memang mengikut sequence atau gilirannya, saya akan jawab apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Lembah Pantai dalam isu yang sama. Saya ingin menyebutkan sebagaimana yang diketahui bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh telah pun menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh pada 10 Februari 2015, selepas rayuannya di Mahkamah Persekutuan ditolak. Mulai tarikh tersebut, Yang Berhormat Permatang Pauh seorang penghuni penjara sebagaimana yang telah ditaksirkan di bawah seksyen 2, Akta Penjara 1995, iaitu ‘penghuni’ ertinya seseorang sama ada disabitkan atau tidak yang dikurung dalam sesuatu penjara atau berhubung dengan banduan yang disabitkan, termasuklah banduan yang dilepaskan secara parol. Sehubungan dengan itu, pihak Yang Berhormat Permatang Pauh telah membuat permohonan kepada Komisioner Jeneral Penjara bagi memohon kebenaran untuk menghadiri sidang Parlimen bermula 9 Mac yang lalu sehingga 9 April tahun ini.

Walau bagaimanapun, permohonan tersebut telah ditolak oleh Komisioner Jeneral Penjara melalui surat bertarikh 4 Mac 2015. Justeru, keputusan yang dibuat oleh Komisioner Jeneral bukan diperalat atau dipengerusi oleh mana-mana pihak tetapi merupakan keputusan berdasarkan kepada nasihat perundangan yang diberikan oleh Peguam Negara.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya hendak minta penjelasan, Tuan Yang Di-Pertua, maaf. Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas penjelasan. Cuma saya hendak minta penjelasan, apakah alasan untuk tidak boleh bawa ke Parlimen? Kalau boleh dibawa ke mahkamah, jadi mestilah boleh ada alasan yang munasabah yang boleh diterima. Oleh sebab dalam masa yang sama boleh bawa ke mahkamah. Jadi, apakah masalah hendak bawa ke Parlimen? Kalau pihak polis boleh kawal di mahkamah, sudah tentu datang ke sini pun boleh buat kawalan.

final • 4:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

final • 4:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sama dengan soalan yang dibangkitkan.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Menteri, menteri. Saya ada bangkitkan.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Batu, bagi saya jelaskan. Lepas itu tolong - saya akan berikan kebenaran kepada rakan saya, Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Sepang untuk bangun.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Duduk dulu, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Berbangkit dengan isu Yang Berhormat Pokok Sena berkenaan - saya ingin menyebutkan bahawa penolakan permohonan oleh peguam Yang Berhormat Permatang Pauh iaitu Ahli Parlimen kita adalah berdasarkan kepada seksyen 26(1), Akta Penjara 1995 atau yang dikenali sebagai Akta 537. Di dalam akta itu menyebutkan bahawa seseorang penghuni:

(i) yang dikurung dalam sesuatu penjara hendaklah disifatkan sebagai berada dalam jagaan sah pegawai yang menjaga penjara berkenaan.

(b) hendaklah tertakluk kepada tatatertib penjara dan kepada semua undang-undang bertulis berhubung dengan penjara atau banduan dan kepada perintah tetap Komisioner Jeneral dalam tempoh pemenjaraannya sama ada ia berada dalam kawasan penjara atau tidak.

Semasa dalam penjara atau di bawah kawalan seseorang pengawal penjara:

(i) apabila dibawa ke penjara atau dipenjara, apabila dia sedang bekerja di luar penjara, atau selainnya berada di luar batasan penjara, hendaklah disebabkan berada dalam penjara dan hendaklah tertakluk kepada semua keadaan yang sama seolah-olah dia sebenarnya berada di dalam penjara.

Saya ingin menyebutkan dalam perkara ini ya, bahawa dalam hal ini, Ketua Pengarah Penjara telah menyebutkan mengikut Peraturan 270, Peraturan Penjara 2000, iaitu tiada seorang pun pegawai penjara boleh, semasa menjaga orang yang ditahan ataupun inmates di luar kawasan mana-mana penjara meninggalkan banduan-banduan itu walau kerana apa-apa alasan sekalipun dari semasa ke semasa keluar dari penjara hingga mereka pulang ke penjara dan tidak boleh bagi apa-apa maksud memasuki mana-mana rumah serta halaman atau premis yang bukan merupakan tempat yang ditetapkan bagi pekerjaan banduan itu dalam tempoh yang dia ditugaskan menjaga banduan-banduan itu.

Secara rasminya pertimbangan yang dibuat oleh Komisioner Jeneral Penjara iaitu Ketua Pengarah Penjara iaitu menolak permohonan tersebut berasaskan ketetapan dalam hal menguruskan banduan dan tidak berkaitan dengan kelayakan Ahli Parlimen serta tanggungjawab Ahli Parlimen. Berhubung perkara ini seorang banduan yang telah mengemukakan petisyen ke Lembaga Pengampunan Negeri, ia tidak menghilangkan takrifan banduan tersebut sebagai seorang banduan walaupun keputusan belum dibuat oleh Lembaga Pengampunan Negeri.

Takrifan sebagai seorang banduan hanya hilang ketika habis tempoh hukumannya membayar denda pengampunan, peringanan atau remitan iaitu selaras dengan seksyen 45, Akta Penjara 1995. Sungguhpun usul yang dibentangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Sepang dan juga Yang Berhormat Pokok Sena merupakan satu perkara tertentu dan kepentingan orang ramai, tentunya keputusan menolak, tidak menghalang sesi kita pada hari ini dan saya memberikan jawapan ini adalah berdasarkan apa yang telah ditetapkan dalam Akta Penjara.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih. Saya minta dahulu.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tapi Yang Berhormat, sekejap...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan?

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Permatang Pauh pernah diberikan kebenaran...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Seorang, seorang.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Untuk kembali ke rumah dia untuk upacara perkahwinan anak dia oleh pihak penjara. Dia juga kembali ke rumah dia untuk menghadiri...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang lain duduk, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...pengebumian ibu dia yang meninggal. Tak ada masalah. Jadi, kenapa untuk hendak hadir di Parlimen ini, menjadi menimbul satu persoalan yang sukar untuk dibuat keputusan oleh pihak penjara?

final • 4:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd. Akin - Bukit Katil

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Menteri, Menteri, boleh?

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sebentar, sebentar Yang Berhormat, hendak bagi jalan? Ya, Sepang.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih. Ya, Menteri, saya sebenarnya simpati dengan Yang Berhormat Menteri yang agak struggle untuk menjawab soalan ini kerana...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tiada sangkaan, tiada sangkaan Yang Berhormat, ya...

final • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Ketawa] Soalan saya jelas, Yang Berhormat Menteri. Persoalannya, adakah Yang Berhormat Menteri - saya rasa Yang Berhormat Menteri sedar bahawa dalam negara kita ini, kita ada satu undang-undang, dipanggil undang-undang tertinggi dalam Malaysia. Perlembagaan Malaysia. Yang Berhormat Menteri, jawapan Yang Berhormat Menteri yang mengatakan seksyen 26, mungkin Yang Berhormat Menteri lebih baik jawab bagi seksyen 31(1)(a), itu lebih jelas di mana memang jelas Komisioner Jeneral menggunakan kuasa budi bicara. Kalau dia rasa ada alasan tidak munasabah untuk dia tidak benarkan keluar.

Persoalannya Yang Berhormat Menteri, itu yang digunakan untuk menghalang daripada Yang Berhormat Permatang Pauh datang. Persoalan yang datang daripada rakan saya, Yang Berhormat Pokok Sena dan juga undang-undang, very clear. Adakah kehadiran di Parlimen ini satu yang munasabah atau tidak? Jawapannya jelas dan munasabah, kerana dia masih lagi Ahli Parlimen. Kerana apa dia masih lagi Ahli Parlimen?... [Dewan riuh] Tidak faham, diamlah. Tuan Yang di-Pertua, minta Tuan Yang Di-Pertua kacau mereka...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Boleh ringkaskan, Yang Berhormat? Ringkaskan ya.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kalau tidak kacau, ringkas. Soalan saya adalah, bagaimanakah dalam keadaan Perlembagaan mengatakan kerusi beliau tidak boleh dikosongkan. Tidak boleh kosong sebab Speaker pun kata tidak boleh kosong, sebab dia ada rayuan, petisyen. Dalam keadaan begitu, dia sebagai Ahli Parlimen, adakah satu yang tidak munasabah, seorang Ahli Parlimen hadir di Parlimen? Apatah lagi dia masih lagi Ketua Pembangkang? Jadi, kenapakah Yang Berhormat Menteri, seolah-olah hendak ignore Perlembagaan Persekutuan ini, yang undang-undang tertinggi ini.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, cukup.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Minta tolong Yang Berhormat Menteri, advise penjara supaya berikan peluang ataupun hak-hak seorang Ahli Parlimen.

Yang Berhormat Menteri Ahli Parlimen, Yang Berhormat Menteri mesti mempertahankan...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dah, cukup dah Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

...Hak seorang Ahli Parlimen. Ini jelas dalam Perlembagaan. Melainkan kita hendak, dengan izin, kita hendak membuang Perlembagaan ini ke laut dan sebagainya. Ini jelas.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 4:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua. Tadi saya ingin minta penjelasan Yang Berhormat Menteri kerana Yang Berhormat Menteri tadi rujuk secara khusus Akta Penjara, iaitu seksyen 26(1), takrifan tentang seorang banduan.

final • 4:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Akan tetapi kalau Yang Berhormat Menteri teliti seksyen 26(1)(c), takrifan banduan itu, *“Semasa berada dalam jagaan atau di bawah kawalan seorang pegawai penjara:

(i) apabila dibawa ke penjara atau dari penjara;

(ii) bilamana dia sedang bekerja di luar penjara.”* Ini yang saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat Menteri dalam konteks oleh sebab Tuan Yang di-Pertua telah pun membuat ruling. Ahli Parlimen masih lagi sah, tidak kosong, dalam konteks mengikut pemahaman kita Ahli Parlimen itu masih lagi sedang bekerja, masih lagi menjadi Ahli Parlimen dan dibolehkan untuk seseorang banduan itu dibawa keluar, dia sedang bekerja di luar penjara dan kemudian dibawa balik dalam penjara. Jadi, tidak ada satu asas, kalau mengikut tafsiran mudah saya daripada segi pembacaan awam, tidak ada sebab untuk commissioner penjara untuk menghalang.

Misalnya dalam kes-kes mahkamah, kita sebagai peguam kita hanya perlu tulis kepada pegawai penjara minta dibawa ke mahkamah dan dibenarkan, sama juga dalam konteks ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, sudah membuat keputusan, masih lagi Ahli Parlimen. Kalau mengikut peruntukan seksyen 26(1) tidak menghalang banduan itu dibawa keluar bila mana dia masih lagi bekerja sebagai Ahli Parlimen. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih. Saya mengakui bahawa...

final • 4:30 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Yang Berhormat Menteri, sebelum menjawab saya hendak tambah jawapan surat rasmi dari penjara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bersambung dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil, saya rujuk kepada surat permohonan yang dibuat oleh peguam bagi pihak Yang Berhormat Permatang Pauh kepada penjara di mana kita pergi terus kepada seksyen 31, Akta Penjara 1995 yang memberikan kuasa kepada Commissioner General, Ketua Pengarah Jabatan Penjara yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan individu yang dipenjarakan itu dibawa ke tempat yang difikirkan munasabah.

Jawapan balas, kalaupun Yang Berhormat Menteri diperincikan sebab kenapa ditolak, itu kita boleh bincang lagi tetapi masalahnya apabila jawapan diterima oleh pihak kami tidak ada sebab yang diberikan, hanya sekadar penolakan. Jadi, pada saya agak penting bagi Yang Berhormat memahami betapa seriusnya perkara ini. Apa pun pendirian, pendapat politik isunya hak Yang Berhormat Permatang Pauh untuk hadir dalam sidang Parlimen iaitu satu. Kita rujuk kepada undang-undang. Kita rujuk kepada peruntukan yang ada dalam akta penjara.

Kedua Yang Berhormat Menteri, sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab, saya hendak merujuk kepada kes yang berlaku di Ukraine. Pada 11 Oktober 2011, Ketua Pembangkang Ukraine sendiri Yulia Tymoshenko telah dibenarkan walaupun dihukum penjara tujuh tahun, dibenarkan hadir sidang Parlimen negara tersebut. Jadi, pada saya bila masa tidak ada jawapan, tidak ada alasan daripada pihak penjara nampak seolah-olah nampak memberikan gambaran ada campur tangan politik dalam penolakan terhadap kehadiran Yang Berhormat Permatang Puah. Jadi, saya mohon jawapan.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Terima kasih. Saya pun hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Tadi saya dengar dari Yang Berhormat Pokok Sena, dia kata pergi mahkamah boleh, mengapa datang ke Parlimen tidak boleh. Yang Berhormat Menteri bersetuju ataupun tidak bahawa ini dua isu yang berbeza. Pertama, memang dibenarkan di bawah akta penjara, boleh pergi ke mahkamah.

Satu lagi ialah budi bicara ketua pengarah. Ya lah, saya pun hendak tanya Yang Berhormat Menteri, tadi dia kata pergi kenduri, balik kenduri anak, boleh. Tengok ibu meninggal boleh dan saya hendak mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tadi yang mengatakan bahawa kalau mengikut peraturan penjara, apabila seseorang banduan itu dibenarkan keluar, maka banduan itu mestilah seolah-olah berada dalam penjara.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat Menteri bersetuju atau tidak dengan saya bahawa suasana di Parlimen ini berbeza kerana apabila seseorang banduan datang ke Parlimen bahawa banduan tersebut akan dilindungi oleh imuniti kerana di dalam Parlimen kita ada imun.

Malah pegawai penjara pun tidak boleh mengiringi banduan di dalam Parlimen dan adakah hak sebagai seorang banduan boleh bercakap apa sahaja apa dia hendak cakap kerana apabila dia masuk dalam Parlimen, dia sekali lagi dilindungi oleh imuniti bahawa dia boleh bercakap apa sahaja yang dia hendak cakap...

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya juga hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri daripada segi logiknya kalau tuntut hak sebagai Ahli Parlimen, apakah hak Ahli Parlimen ini hanya datang ke Parlimen? Kalau ketua pengarah membenarkan dia datang ke Parlimen yang ada imuniti ini dan apakah nanti jika diminta pula untuk balik kawasan, untuk melawat kawasan juga akan diberi? Jadi, saya nampak pembangkang ini terutamanya Yang Berhormat Pokok Sena, dia cakap dia tidak faham apa yang dia cakap. Ukraine, saya tidak tahu kalau boleh saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Menteri, adakah peraturan penjara Ukraine sama dengan peraturan yang ada di Malaysia yang mengatakan bahawa setiap banduan apabila dia keluar dari penjara mesti dikawal seolah-olah berada di penjara. Kalau dalam Parlimen, mana boleh kita hendak kawal, Parlimen ada imuniti. Dia boleh bercakap apa yang dia hendak cakap.

Jadi hendak minta penjelasan Yang Berhormat Menteri bahawa pembangkang ini bersetuju atau tidak mereka hanya hendak memperbesar-besarkan perkara yang mereka- macam Yang Berhormat Pokok Sena, dia memang tidak fahamlah. Macam Yang Berhormat Sepang dia faham tetapi sengaja hendak memutar-belitkan fakta, terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri, minta sedikit penjelasan.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Baik, terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sebelum itu Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Langat duduk sekejap ya. Masa Yang Berhormat Menteri sudah dua jam dan kita banyak lagi kementerian, jadi kena bantulah kita. Isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, semua faham.

Ahli Parlimen yang bangun pun berucap untuk menanyakan soalan yang sama juga maksudnya, jadi saya kira cukuplah soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat Kuala Langat...

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya hendak direkodkan.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Semasa Speaker bercakap, duduk diam.

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Tidak apa, saya hendak bercakap selepas ini.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, saya ada kuasa. Saya ada kuasa untuk mengehadkan masa.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya tetapi...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam, saya belum habis lagi.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Menteri dia bagi laluan tadi...

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Apa ini?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kalau macam inilah saya rasa banduan punya behavior pun lagi baik.

[Ketawa]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sebab itu isu yang sama. Saya kira Yang Berhormat Menteri pun faham, isu yang sama diutarakan oleh rakan-rakan di sebelah kiri saya. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab dan selepas itu beralih kepada isu yang lain.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih atas kefahaman.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sudah lepas, ini kuasa untuk mengehadkan masa.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat Pokok Sena...

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, saya minta direkodkan Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak merekodkan sebagai...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak perlu, tidak perlu.

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

...Perlembagaan Persekutuan.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak perlu, sama sahaja.

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Perlembagaan Persekutuan. Yang Berhormat Menteri, saya minta laluan, boleh?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Langat, saya sudah sebut isu yang sama dikemukakan dalam perbahasan Yang Berhormat Lembah Pantai...

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Sebab target sekarang dia bawa Akta Penjara.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Langat...

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

...Saya hendak maksudkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk direkodkan...

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya hendak direkodkan.

Yang Berhormat Menteri, benarkan saya baca.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Langat, saya kata cukuplah Yang Berhormat Lembah Pantai. Jadi sila duduk. Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Okey, saya ucapkan banyak-banyak.

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang dan rakan-rakan yang lain. Saya ingin respons bahawa kebenaran hadir ke mahkamah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena berdasarkan perintah mengemukakan OTP yang dikeluarkan oleh mahkamah yang perlu dipatuhi oleh penjara mengikut seksyen 30, Akta Penjara 1995. Apabila disebut oleh Yang Berhormat Bukit Katil mengenai bekerja, ini terdapat dalam seksyen 26(1) Akta Penjara yang menyebutkan bahawa bekerja di sini bermaksud menjalankan latihan yang disediakan oleh Jabatan Penjara, di luar tembok penjara.

Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang mengenai undang- undang yang ada di Ukraine, saya ingin mengesahkan undang-undang di sana dengan undang-undang di sini berbeza. Jadi...

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ukraine bekas negara komunis.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Rakyat Malaysia harus…

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Bekas negara komunis pun boleh hormat hak Ahli Parlimen.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Haruslah...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Menghormati dan mematuhi undang- undang yang ada pada negara ini. Jika ada proses perundangan yang lain umpamanya daripada segi judicial review ataupun ada pengampunan, ikutlah peraturan dan saluran itu.

saya fikir...

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tadi kata budi bicara, maknanya kalau budi bicara boleh.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jadi...

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Masalahnya kenapa tidak dibenarkan?

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jadi...

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ia tidak bercanggah dengan undang- undang...

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:30 PM

Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ia budi bicara.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat Shah Alam ini, dia tidak reti bahasa.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukuplah Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Tanjong Karang, cukup. Jadi saya menggunakan kuasa saya, Peraturan Mesyuarat 37, tidak ada pencelahan lagi dalam isu ini. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kuasa mutlak?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin akhirnya menyebutkan satu isu yang sensitif yang berhubung kait dengan diri saya sendiri selaku Menteri Dalam Negeri. Di mana Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Batu telah banyak membangkitkan beberapa isu berhubung dengan penyebaran salinan surat di internet yang didakwa saya lakukan, dan hantar kepada Federal Bureau of Investigation (FBI) di Amerika Syarikat.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat tanpa mendengar penjelasan yang telah saya lakukan sebelum ini menggambarkan seolah-olah saya cuba melindungi seseorang penjenayah yang sedang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Amerika Syarikat. Sebelum saya menjawab tohmahan dan dakwaan-dakwaan yang dilemparkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan perkara ini, saya ingin menekankan beberapa perkara.

Pertamanya, saya ingin menegaskan bahawa salinan surat tersebut merupakan komunikasi yang rasmi antara saya sebagai Menteri Dalam Negeri dengan pihak FBI. Ia bukan untuk tatapan umum apatah lagi untuk dipaparkan dalam internet. Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab atau mereka yang terlibat mempunyai niat jahat untuk mencemarkan reputasi saya sebagai Menteri Dalam Negeri dan juga Kerajaan Malaysia.

Keduanya, bahawa surat tersebut merupakan dokumen kerajaan. Maka sesiapa yang tidak berkenaan tidak mempunyai akses kepada private and confidential, dengan izin, dan ini bermakna individu atau mereka yang terlibat menyebarkan salinan surat tersebut telah melakukan perbuatan tidak berintegriti kerana membocorkan maklumat kerajaan.

Ketiga, pihak Polis Diraja Malaysia sedang menyiasat perkara ini dan apabila pihak yang bertanggungjawab dikenal pasti, maka tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan lunas undang-undang.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa sekitar bulan November tahun lalu, KDN telah menerima surat daripada pihak Tetuan Shafee & Co., peguam bela dan peguam cara yang mana syarikat ini bersama-sama dengan Tetuan Chesnoff & Schonfelt yang beroperasi di Amerika Syarikat merupakan firma guaman bagi Paul Wei Seng Phua atau Paul Phua dalam satu kes mahkamah di negara tersebut.

Dalam surat tersebut, dinyatakan bahawa Tetuan Chesnoff & Schonfelt bimbang pihak FBI akan melihat kemungkinan penglibatan Paul Phua dalam rangkaian jenayah terancang antarabangsa China yang dikenali dengan nama 14K Triad. Mereka berpendapat andaian ini boleh memberi gambaran tidak baik terhadap kes anak guam mereka yang mana telah menegaskan bahawa Paul Phua bukan anggota kumpulan tersebut.

Sehubungan itu, surat tersebut telah meminta kerjasama pihak KDN untuk membuat penegasan kepada pihak FBI tentang kedudukan sama ada Paul Phua terlibat atau tidak dengan kumpulan jenayah terancang yang dinamakan 14K Triad di Malaysia.

Sebagai respons kepada permohonan tersebut, perkara ini telah dirujuk kepada PDRM untuk siasatan lanjut. Hasil siasatan dan semakan rekod yang dibuat, didapati nama kumpulan jenayah terancang dikenali dengan nama 14K Triad tidak pernah wujud di negara ini. Selain itu, pihak kementerian juga telah menyemak nama kumpulan yang dimaksudkan dalam senarai kumpulan kongsi gelap di Malaysia seperti mana yang diwartakan dalam pewartaan P.U.(A) 272/2013 yang dikeluarkan pada 23 Ogos 2013. Semakan tersebut mendapati nama kumpulan 14K Triad tidak tersenarai sebagai salah satu daripada 49 nama kumpulan yang diwartakan.

Berdasarkan kepada hasil siasatan dan semakan yang dibuat oleh KDN telah mengesahkan bahawa Paul Phua bukanlah ahli kepada kumpulan tersebut. Hasil semakan ini kemudian telah dipanjangkan kepada pihak FBI untuk maklumat mereka melalui sepucuk surat bertarikh 18 Disember 2014.

Berdasarkan semakan kepada rekod Jabatan Pendaftaran Negara, didapati Paul Phua masih merupakan warganegara Malaysia dan rekod juga menunjukkan beliau tidak pernah memohon untuk melepaskan atau surrender, dengan izin, kewarganegaraan Malaysia.

Surat yang dihantar kepada pihak FBI itu atas dasar permohonan yang dibuat oleh Tetuan Shafee & Co., Advocates & Solicitors dan Tetuan Chesnoff & Schonfelt iaitu peguam yang mewakili Paul Phua. Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam kes ini...

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Menteri, boleh tanya soalan?

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Dan tindakan menghantar surat tersebut kepada pihak FBI juga adalah untuk memberi kerjasama seperti mana yang diminta oleh pihak berkenaan.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang minta itu peguam. Kenapakah kita tulis kepada FBI?

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kenapakah tidak tulis kepada peguam? Peguam yang minta.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

I will explain it.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Syarikat peguam yang minta, why do you write to the FBI?

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Wait, I will explain it to you. If you don’t understand Malay, I will speak in English, okay.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

I can understand perfectly well in English or Malay. Jangan Jawa saja. Jawa saya tidak faham.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KDN dari semasa ke semasa sentiasa menerima permohonan daripada pelbagai agensi kerajaan asing untuk membuat pengesahan semakan atau tapisan ke atas rakyat warganegara ini bagi tujuan-tujuan berkaitan keselamatan. Sehubungan dengan itu, saya mohon perkara ini tidak dieksploitasi oleh mana-mana pihak untuk apa-apa tujuan kerana surat tersebut dibuat atas dasar profesional dan bersandarkan pada hasil siasatan yang telah dibuat oleh pihak PDRM.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Biar Yang Berhormat Menteri habis dulu, Yang Berhormat Batu.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya juga ingin menegaskan bahawa pada bila-bila masa pun saya tidak pernah mempunyai hubungan dengan Paul Phua malahan tidak pernah mengenali beliau dan tidak dapat satu sen pun daripada apa yang telah saya tuliskan.

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa ada perjanjian yang telah dibuat antara negara kita dengan beberapa buah negara luar termasuk dengan negara Amerika Syarikat.

final • 4:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

[Bangun]

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ia juga merupakan perjanjian pertukaran maklumat antara Kerajaan Malaysia terutamanya pihak KDN dengan State Department, dengan Home Security, dengan Police Department, dengan FBI dan pelbagai pihak yang lain. Dalam perjanjian-perjanjian yang telah diadakan dan diperbaharui menyebutkan bahawa the Home Minister shall furnish the information to the party who is requesting the information, itu dengan izin.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat...

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dalam perkara ini, saya selaku Menteri Dalam Negeri setelah berbincang dengan penasihat undang-undang dan juga dengan pihak PDRM kerana perjanjian itu menyebutkan the Minister shall furnish the information, maka tindakan itu saya lakukan.

Dalam hal ini, saya minta bahawa sebagai seorang Islam, wallahi wabillahi watallahi, saya tidak pernah dapat kepentingan satu sen pun daripada penjudi berkenaan.

Malah saya tidak pernah bersekongkol dengan orang itu.

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okey, saya...

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dalam perkara ini, isu yang saya cakap ini, tolong jangan...

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

So, memang dia geng penjudilah?

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam. Janganlah ganggu. Biar Yang Berhormat...

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sebarang duit haram saya tidak pernah terima. Kalau Yang Berhormat Shah Alam hendak buat, itu terserah kepada dia. Akan tetapi saya tidak akan pernah terlibat.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Bukan surat daripada Shah Alam [Ketawa]

final • 4:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

[Bangun]

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Manakah satu ini?

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Batu.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Batu. Sila, sila.

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya hendak rakamkan, pihak kami mengutuk sesiapa yang cuba merosakkan nama baik Yang Berhormat Menteri...

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

So, dalam ucapan saya tidak pernah membawa tohmahan atau apa-apa.

Cuma soalan saya secara spesifik untuk Dewan yang mulia ini, apakah perjanjian yang kita tandatangani? Itu satu isu kedaulatan negara. Saya telah tanya dalam soalan ini tetapi tidak dapat jawapan. Saya ingin dapatkan perjanjian dan syarat-syarat yang dijanjikan, bilakah kita tandatangan? Itu satu.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kedua ialah saya juga ingin tahu, semasa semakan itu, adakah pihak PDRM dan juga pihak perisik kita mengetahui bahawa Paul Phua sebenarnya pegang pasport San Marino dan juga memegang jawatan sebagai duta kepada Montenegro? Itulah sebab bila dia ditahan, Paul Phua telah dan peguamnya cuba invoke diplomatik imuniti untuk selamatkan diri. Saya ingin tahu dalam seseorang yang mempunyai status begitu yang...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Pokok Sena sabar lah.

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Jelas dalam undang-undang Malaysia yang dia bukan lagi warga Malaysia dan apakah kewajipan kita untuk bekalkan maklumat? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Manakah satu? Yang Berhormat Shah Alam atau Yang Berhormat Pokok Sena?

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Pokok Sena dulu.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pokok Sena, okey.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih penjelasan yang sangat perfect. Saya percaya rakan saya tidak ada apa-apa kepentingan dan tidak ada apa-apa hubungan dengan mana-mana kumpulan.

Cuma saya hendak tanya, tadi saya pun jadi confuse bila Yang Berhormat Menteri kata bila lawyer itu minta di check senarai, dalam senarai rekod, kumpulan itu tidak wujud di Malaysia. Cuma saya jadi keliru, adakah kumpulan kongsi gelap ini berdaftar dengan KDN?

Ini kerana ada satu senarai untuk membuat satu semakan. Ada nombor pendaftaran dia kah dengan KDN atau dengan polis sekarang ini? Itu saya minta penjelasan itu.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, selepas Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Berilah Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Berilah sikit sahaja.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sebelum Yang Berhormat Shah Alam, elok saya jelaskan bahawa...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Duduk Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Eloklah Ahli Parlimen mengetahui bahawa kita ada satu akta namanya Akta Pertubuhan 1966. Mana-mana pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Akta Pertubuhan, itu namanya pertubuhan haram.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Termasuklah dan apa yang saya sebutkan tadi kalau Yang Berhormat Pokok Sena teliti, 49 buah pertubuhan yang tidak didaftarkan, ertinya haramlah, termasuk kalau menganggotai sebuah organisasi yang tidak didaftarkan. Sebagai perkahwinan politik marriage of convenience, itu pun pertubuhan haram. Jadi dalam....

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Alah, ini politik punya oranglah Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Jawablah Yang Berhormat Menteri. Itu lain.

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Itu Yang Berhormat Kinabatangan bolehlah.

final • 4:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Ini tentang kongsi gelap.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kalau macam ini, buat malulah jawab macam itu. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, very straight forward.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Nombor satu, saya ucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri mengesahkan surat itu surat yang sah dan betul.

Nombor dua, saya hendak mengucapkan terima kasih juga kerana dalam ucapan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri mendedahkan bahawa yang meminta maklumat itu ialah peguam, Shafee Abdullah.

Ada perjanjiankah dengan Shafee Abdullah yang kena jawab apa yang FBI minta?

Tadi Yang Berhormat Menteri kata, “Kita ada perjanjian dengan kerajaan Amerika”. Shafee Abdullah ini Kerajaan Amerikakah? Shafee Abdullah memiliki syarikat guaman swasta yang tidak ada perjanjian. Setahu kitalah, kecuali kalau ada perjanjian kongsi gelap dengan Kerajaan Malaysia, saya tidak tahu.

[Ketawa] Kenapa Yang Berhormat Menteri kena bertindak dan memberi jawapan atas permintaan syarikat peguam dan kenapa memberi jawapan itu direct kepada FBI?

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 4:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tidakkah sepatutnya, kalau hendak beri jawapan sekalipun, berikan kepada yang bertanya.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri faham maksud Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ketiga, saya hendak mengucapkan terima kasih kerana pada penghujung ucapan Yang Berhormat Menteri, dia mengesahkan Paul Phua ini ialah tauke judi. Dia kata dia tidak terima walaupun satu sen daripada tauke judi. Dia mengesahkan bahawa Paul Phua ialah tauke judi yang mana walaupun dikatakan geng kongsi gelap itu tidak wujud...

[Disampuk] Kalau dia kongsi gelap, manalah kita hendak tahu dia wujud ataupun tidak wujud. Itu yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Maka, usaha kita bersusah payah hendak bela tauke judi dan kongsi gelap ialah satu perkara yang minta maaflah, saya rasa tidak layak...

final • 4:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Menteri sikit, sikit Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

...Untuk seorang Menteri terlibat di dalam...

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Okey. Terima kasih...

final • 4:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam yang cukup warak, yang cukup alim. Itulah sebab partinya pun tidak mahu dia...

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Presiden dia pun tidak percaya kepada dia.

final • 4:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Itulah sebabnya...

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Apakah ini? Orang cakap lain dia cakap lain...

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin sebutkan, saya ingin mengesahkan memang Paul Phua seorang tauke judi. Kalau Yang Berhormat tidak buta, apatahlah lagi buta hati, tengok balik surat itu. Adakah saya menyokong Paul Phua? Saya tidak pernah menyokong. Duduk, duduk, duduk. Kalau ada adab, duduk.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya tidak kata menyokong.

Membantu, membantu...

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sudah, sudah. Kalau ada adab, duduk.

Dalam surat itu, saya tidak pernah menyebut sokongan kepada Paul Phua! Saya cuma mengesahkan...

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya tidak kata Yang Berhormat Menteri menyokong.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Duduk, duduk, duduk.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya kata membantu.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya cuma mengesahkan bahawa beliau bukan ahli kongsi gelap 14K Triad of Malaysia sebab pertubuhan itu atau 14K Triad, tidak pernah wujud di Malaysia. Itu sahaja. Duduk, duduk, duduk. Yang minta betul, Shafee & Co. Shafee & Co. ialah sebuah firma guaman yang mempunyai association atau sekutu dengan pihak peguam di Amerika Syarikat. Faham? Peguam itu ialah peguam kepada Paul Phua.

Kenapakah saya tidak tulis surat kepada Shafee dan tidak tulis surat kepada pegawai berkenaan? Ini kerana pihak FBI menghantar satu mesej meminta pengesahan daripada KDN bahawa adakah beliau itu ahli 14K Triad...

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Do not contradict yourself, Yang Berhormat Menteri. Do not contradict yourself...

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Wait, wait, wait!

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tadi Yang Berhormat Menteri sendiri sebut, yang meminta maklumat itu ialah syarikat Shafee Abdullah. Saya kena cakap kena pandang pada Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Betul.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Menteri sendiri yang cakap...

final • 4:50 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, beri rehat pada Yang Berhormat Shah Alam!

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

...Bahawa FBI hantar mesej. Hantar mesej macam mana Tuan Yang di-Pertua, SMS?...

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam, cukup. Yang Berhormat Menteri, saya benarkan sehingga jam 4 petang dan selepas ini, jawab isu ini.

final • 4:50 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Sikit sahaja.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Lima...

[Menunjukkan isyarat tangan]

final • 4:50 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Sikit sahaja, sikit.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ya.

Yang lain duduk. Yang lain duduk.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya hendak minta penjelasan sedikit.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang lain duduk, duduk. Yang Berhormat Menteri, jawab isu ini dan tiada lagi celahan terhadap isu ini dan beralih kepada isu lain dan gulung. Ya.

final • 4:50 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Sikit sahaja Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya tidak benarkan.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya tidak pernah membela mana- mana penjenayah. Apakah tuduhan Yang Berhormat...

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Pandang Tuan Yang di-Pertua, pandang Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Lepas itu saya pandang [Ketawa] Tuduhan Yang Berhormat terhadap Tony Abbott? Di mana dua orang pengedar dadah yang menjadi warganegara Australia, yang dikenakan hukuman gantung di Indonesia. Tony Abbott menulis surat, menelefon kepada Presiden Jokowi, adakah dengan membela pengedar dadah dari Australia itu dianggap membela kepada pengedar dadah...

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tiada kena-mengena. Dua perkara yang jauh beza.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Menteri tidak jawab...

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jadi dalam...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tunggulah...

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin memaklumkan...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukup, cukup Yang Berhormat Batu.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Akhirnya saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukup Yang Berhormat Batu.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Sebagai rumusannya bahawa MoU on Transnational Crime between KDN and Department of Justice, dengan izin, was signed in year 2012 dan MoU on Immigration Matters between KDN and Homeland Security was signed in year 2013. Ini antara yang terakhir perjanjian-perjanjian ini.

Memang menjadi satu kebiasaan apabila bilateral dan multilateral diadakan maka perkongsian maklumat-maklumat ini diberikan. Kita juga pada waktu yang sama memohon maklumat dari US, dari negara-negara lain. Saya minta akhirnya, supaya isu ini ditamatkan dan saya dengan ikhlas telah menjelaskan perkara ini dan jangan pernah dipolitikkan, termasuklah dalam pentas-pentas ceramah oleh Yang Berhormat Shah Alam dan rakan- rakan yang lain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Menteri. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gelang Patah tidak dijawab.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya jemput Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

final • 4:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Menyampuk]

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 4:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Semua tidak dijawab Yang Berhormat Gelang Patah.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Mike KDN, off. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya cuba untuk menjawab seberapa ringkas yang boleh dengan kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat di sini. Saya ingin terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta memberi cadangan dan pandangan terhadap beberapa perkara yang diutarakan berkenaan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang mana seramai 15 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Izinkan saya menamakan bagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Raime Unggi (Tenom), Yang Berhormat Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah (Lenggong), Yang Berhormat Tuan Nasrudin bin Hassan (Temerloh), Yang Berhormat Datuk Liang Teck Meng (Simpang Renggam), Yang Berhormat Dr. Lee Boon Chye (Gopeng), Yang Berhormat Dato’ Hasbullah bin Osman (Gerik), Yang Berhormat Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim (Kuala Selangor), Yang Berhormat Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail (Jelebu), Yang Berhormat Tuan Wilson Ugak anak Kumbong (Hulu Rajang), Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw (Kepong), Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd.

Zaim bin Abu Hasan (Parit), Yang Berhormat Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman (Sik), Yang Berhormat Datuk Wee Jeck Seng (Tanjong Piai), Yang Berhormat Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) dan Yang Berhormat Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum (Kubang Pasu).

final • 4:58 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Izin juga saya tidak membaca satu persatu bagi menjawabnya kerana pada keseluruhan perbahasan dan cadangan yang dikemuka bolehlah saya simpulkan kepada tiga tajuk utama ataupun tiga perkara utama yang dibincangkan iaitu:

(i) berkaitan dengan infrastruktur komunikasi;

(ii) hal yang berkaitan dengan kandungan komunikasi; dan

(iii) berkaitan perkhidmatan komunikasi.

Tuan Yang di-Pertua, perlu saya ingatkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa sistem komunikasi kita untuk menyambung rakyat kepada rakyat sama ada dia berada di bandar atau luar bandar adalah merupakan suatu perjalanan dan perjalanan itu adalah merupakan perjalanan yang jauh yang mengambil masa sejak bermulanya sistem telekomunikasi kita pada zaman penjajah British tahun 1874 di mana sistem talian yang pertama yang menyambungkan antara Kuala Kangsar ke Taiping sehinggalah yang berlaku pada hari ini.

Kalau kita lihat bahawa ia mengambil masa, kos dan perubahan teknologi yang begitu besar sekali. Sebab itulah kalau kita lihat pada hari ini bahawa sistem telekomunikasi yang ada dalam negara kita adalah antara yang terbaik. Namun begitu saya sedar bahawa apa yang telah ditimbulkan oleh beberapa orang rakan Ahli Yang Berhormat termasuklah dari Hulu Rajang, Sik, Kubang Pasu dan juga Yang Berhormat Tanjong Piai yang merupakan sebahagian daripada rintihan apabila kita sudah memasuki era baru.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Telekomunikasi bukan sekadar untuk membolehkan kita bercakap di jarak jauh antara satu sama lain tetapi telekomunikasi telah memasuki era baru. Daripada kita bercakap menggunakan talian tetap kepada menggunakan peralatan tanpa wayar

(wireless). Apa yang berubah daripada 2G kepada 3G dan 3G kepada 4G dan hari ini kita bercakap tentang keperluan jalur lebar sebagai salah satu daripada asas yang penting kepada pembangunan negara.

Saya memahami tentang perkara-perkara yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat dari Hulu Rajang, dari Sik dan Kubang Pasu di mana terdapat ada bahagian- bahagian, tempat-tempatnya yang masih belum mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar dan ini adalah antara perjalanan yang akhirnya akan sampai di tempat mereka.

Kita sudah melalui zaman HSBB 1 kepada HSBB 2 yang akan dimulakan projeknya mulai pada tahun ini. Kita akan pergi kepada SUBB 2 yang akan merangkumi kawasan-kawasan yang lebih luas lagi dan merangkumi jumlah penduduk yang lebih banyak lagi dan juga dengan pembinaan menara-menara komunikasi yang sememangnya diperlukan begitu banyak sekali.

Kita katakan dalam konteks pada hari ini menara komunikasi sahaja untuk menyambungkan antara kita melalui sistem tanpa wayar sudah pun ada sebanyak 15,000 hingga 16,000 buah menara keseluruhannya dan pada tahun ini dan tahun depan, Insya- Allah 1,000 lagi akan ditambah. Insya-Allah di tempat-tempat yang belum lagi mendapat liputan akan ditambah lagi tahun-tahun yang akan datang.

Mengenai perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tanjong Piai. Tanjong Piai bukanlah kawasan yang dianggap terlalu jauh di pedalaman kalau dibandingkan dengan beberapa buah kawasan di Hulu Rajang. Isu yang berkaitan ialah bukannya isu soal jarak tetapi ia berkaitan dengan soal bagaimanakah respons ataupun persiapan di peringkat akar umbi untuk menerima sistem ini. Jadi sebab itulah antara perkara yang kita lihat di sini ialah bagaimana untuk menyeragamkan supaya setiap bandar ini di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana setiap bandar di setiap pembangunan baru mestilah menyediakan keseluruhan kemudahan dan infrastruktur komunikasi. Ertinya kita mesti pergi ke zaman untuk menyediakan gentian fiber (fiber optic) bagi memudahkan lagi laluan-laluan sistem telekomunikasi untuk penghantaran data dan sebagainya. Ia mesti disiapkan juga di peringkat pihak berkuasa tempatan.

Sehingga sekarang, banyak negeri dan pihak berkuasa tempatan sudah menerima undang-undang yang berasaskan building by law untuk memastikan bahawa bangunan- bangunan baru, taman-taman perumahan, tempat-tempat bangunan baru menyediakan segala kemudahan ini. Di sinilah kita minta Yang Berhormat daripada Tanjong Piai untuk melihat sendiri apakah persiapan di peringkat kawasan beliau itu.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara lain yang kita katakan menjadi salah satu daripada sebahagian daripada masalah yang berkaitan dengan journey ataupun perjalanan ini ialah apabila kita sudah mempunyai infrastruktur yang berkaitan dengan jalur lebar ini ialah tentang kandungan yang akan mengisi jalur lebar ini. Apabila kita dapat paparan, dahulunya paparan itu kita dapat tonton melalui televisyen atau kita dengar melalui radio. Akan tetapi sekarang ini segala-galanya mudah diperoleh melalui internet.

Melalui jalur lebar. Jadi isu yang timbul bukan sahaja timbul dalam negara kita dan menjadi cabaran kepada banyak negara lain seluruh dunia ialah bagaimana mengendalikan soal- soal berkaitan dengan kandungan. Kita berhadapan dengan ledakan baru, kandungan yang dianggap berbaur fitnah, kandungan yang tidak menyenangkan, kandungan yang boleh mencetuskan pelbagai masalah. Ini merupakan suatu era baru yang terpaksa kita hadapi.

Perlu saya sebut di sini saya tidak ingin mengulang di sini iaitu tentang apakah langkah-langkah yang telah kita ambil. Saya jelaskan dalam berbagai-bagai jawapan- jawapan yang sebelum ini tetapi ingin saya nyatakan sekali lagi bahawa pihak kami melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan serta kita akan bersedia sekarang ini untuk melihat keperluan-keperluan untuk meminda atau memperbaiki undang-undang yang ada pada hari ini. Namun begitu, kita rasakan keterlaluan kalau saya ingin memberi komitmen berasaskan - mungkin ada cadangan kita pergi kepada mengambil contoh negara-negara yang agak berbeza daripada segi pendekatannya.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Contohnya China yang terus menyekat penggunaan aplikasi yang tertentu seperti Facebook, Google dan sebagainya. Saya beritahu kita tidak akan sampai ke situ kerana kita percaya bahawa banyak kebaikan dan perkara-perkara yang positif yang perlu kita ambil dan garap daripada perkembangan ledakan dunia yang dipanggil zaman hyper connectivity pada hari ini.

Ada juga soalan-soalan yang berkaitan tentang soal jenayah siber yang berlaku.

Perkara ini akan diambil bersama antara pihak kami, pihak polis dan pihak yang berkaitan dengan penyalahgunaan media siber ini dan bagaimana untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengatasi soal ancaman yang mungkin berlaku. Namun begitu, saya rasa ingin saya berkongsi di sini bahawa daripada apa yang dipaparkan oleh International Telecommunication Union (ITU) satu badan telekomunikasi yang terbesar dalam dunia telah mengeluarkan satu indeks yang dipanggil Global Cyber Security Index untuk melihat negara manakah yang dianggap mempunyai sistem bagaimana mempunyai daya tahan yang lebih baik berbanding satu dengan lain di mana dalam indeks tersebut telah menggariskan beberapa perkara yang menjadi asas kepada pertimbangan mereka.

Pertama, dilihat daripada segi apakah langkah-langkah undang-undang (legal measures), langkah-langkah perundangan, daripada segi langkah-langkah teknikal

(technical measures) dengan izin, daripada segi langkah organisasi (organizational measures), daripada segi keupayaan (capacity building) dan daripada segi kerjasama dengan semua pihak. Daripada apa yang telah dirumuskan melalui ranking dunia, kedudukan negara pada hari ini berada di tempat yang ketiga. Saya kira lebih daripada 100 buah negara dalam dunia di mana yang pertama ialah Amerika Syarikat. Berada di tempat yang pertama.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Kedua - Kanada, ketiga kita berkongsi dengan Australia dan Oman berada di tempat ketiga. Di bawah kita ialah New Zealand, Norway, Brazil dan banyak negara lain yang berada di bawah kita. Ertinya, daripada apa yang telah disebut ataupun yang telah digariskan oleh pihak ITU bahawa negara kita berada di tempat antara yang boleh kita banggakan dari segi indeks cyber security ataupun keselamatan siber yang berada dalam negara kita. Jadi, ini adalah antara perkara yang kita rasa boleh kita banggakan. Tidak kita nafikan bahawa ada beberapa ancaman...

final • 5:10 PM

Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Menteri, menteri. Yang Berhormat Hulu Rajang, Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, sekarang Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang dan perkembangannya Radio Free Sarawak sekarang dari pukul 6.00 hingga pukul 8.00.

Adakah kementerian mempunyai detector, kenapa Radio Free Sarawak ini mempunyai stesen di luar ataupun di dalam negara. Ini Yang Berhormat Menteri, radio ini selalunya bercakap memburuk-burukkan individual dan kerajaan kita. Jadi, saya minta atas Kementerian Komunikasi dan Multimedia, try to detect and stop it dengan serta-merta kerana radio ini adalah tidak baik untuk rakyat di pedalaman.

final • 5:10 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Kita menyedari bahawa terdapatnya aktiviti di bawah apa yang disebutkan Radio Free Sarawak. Daripada apa yang kita faham bahawa ia menggunakan saluran ataupun frekuensi shortwave yang beroperasi di luar negara kerana shortwave adalah merupakan frekuensi yang boleh sampai ke jarak jauh tetapi ia bukannya berasal daripada negara kita. Jadi, dalam soal ini kita ada perkara-perkara yang tertentu yang berkaitan dengan undang-undang sama ada kerajaan pada hari ini ingin membuat jamming dalam apa yang dimaksudkan tersebut ianya juga terpaksa dibuat kalau ianya mengikut undang-undang.

Sehingga sekarang kita hanya memantau perkara ini dan dalam masa yang sama pihak kementerian dan pihak-pihak yang lain akan terus berusaha untuk mengingatkan rakyat kita, khususnya dengan rakyat Sarawak. Bahawa apa yang disuarakan melalui radio tersebut ada content-content yang bersifat menghasut, ada content-content yang bersifat tidak perlu dipercayai. Ini kerana sudah tentu ada pihak luar yang ingin melihat negara kita ini musnah, negara ini pecah, negara ini tidak lagi kekal sebagaimana yang kita ada sekarang. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang.

final • 5:10 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Ada perkara lain yang saya kira berkaitan dengan saya sebutkan di sini berkaitan dengan perkhidmatan yang ditimbulkan. Sebahagiannya telah saya jawab sebelum ini.

Misalnya, soalan-soalan yang berkaitan dengan perkhidmatan Astro. Saya ingin beritahu bahawa Astro masih lagi dianggap sebagai perkhidmatan premium. Di mana ia memberikan kesempatan pada rakyat kita untuk mendapat content-content yang tertentu yang diperolehi melalui cara pembayaran yang mereka terpaksa juga bayar dengan yang tinggi. Misalnya, content sukan, content movie, content-content yang tertentu yang tidak boleh didapati dengan percuma. Oleh sebab itu, model yang mereka gunakan ialah mereka membeli content tersebut dan mereka mengenakan caj yang tertentu kepada rakyat dalam negara kita.

Dalam soal ini selalu dikatakan bahawa kalau dibanding dengan stesen-stesen satelit yang lain di dalam negara-negara di rantau ini, saya dapati bahawa Astro menggunakan pendekatan-pendekatan yang bersifat hibrid. Di mana ada bahagian- bahagian tertentu ataupun jumlah saluran yang tertentu masih diperolehi secara percuma.

Seperti ada 40 saluran di bawah pakej Njoi yang boleh diperolehi secara percuma. Oleh itu ada bayaran yang dikenakan bagi pakej-pakej yang tertentu. Ada isu yang ditimbulkan tentang soal hak Astro untuk mendapatkan bayaran iklan ataupun ADEX. Dikatakan bahawa Astro berada dalam keadaan yang mungkin ada kelebihan yang tertentu di sini.

Oleh kerana peraturan yang ada membenarkan Astro mengutip dana melalui ADEX ataupun advertisement expenditure. Di mana orang-orang boleh mengiklankan dalam Astro sedangkan Astro itu adalah sebuah televisyen yang berbayar ataupun stesen yang berbayar.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, bahawa ini bukanlah satu perkara baru.

Negara-negara lain juga di mana banyak saluran-saluran ataupun stesen yang berbayar juga telah dibenarkan untuk mengambil pendapatan melalui iklan seperti ini. Cuma perlu kita lihat bahawa dalam konteks di negara kita bahawa kita sedang memerhatikan sejauh manakah peluang yang diberikan ini boleh merosakkan dari segi pasaran dalam negara kita, dari segi apakah implikasinya kepada saluran-saluran yang lain.

Sekarang ini kita tahu bahawa mungkin jawapan yang telah kita lihat, terdapat kecenderungan-kecenderungan baru. Di mana mereka yang memilih untuk mengiklankan barangan mereka, pilihan-pilihan mereka tidak lagi semestinya di kalangan ataupun di dalam saluran-saluran televisyen kerana pada waktu sekarang pilihan lain banyak. Ini termasuk pilihan-pilihan medium digital yang lain melalui internet, melalui Facebook, melalui Google dan sebagainya. Sudah tentu ia memberi kesan kepada pasaran ADEX sebagaimana yang saya sebutkan tadi.

Lain-lain Tuan Yang di-Pertua, ada permintaan daripada Yang Berhormat Hulu Rajang tentang supaya TVi untuk meningkatkan...

final • 5:10 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

[Bangun]

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Padang Serai bangun, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Padang Serai, depan. Sila.

final • 5:10 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, RTM dan juga Radio TV Malaysia seperti yang akan diakui, dibiayai secara penuhnya oleh kerajaan ataupun oleh dana awam. Sejak merdeka, saya rasa tidak pernah ruang diberi untuk pandangan daripada pembangkang ataupun civil society ataupun sesiapa yang tidak sehaluan pendapat dengan pihak kerajaan ataupun Barisan Nasional.

Bolehkah Yang Berhormat Menteri terangkan kenapa suatu organisasi yang dibiayai oleh dana awam digunakan sepenuhnya hanya untuk mengutarakan pendapat daripada pihak Barisan Nasional dan kerajaan sahaja dan tidak ada ruang diberi kepada sesiapa, terutamanya pembangkang. Memandangkan juga bahawa negara ini sepatutnya negara demokrasi. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya rasa sudah saya jawab sebelum ini bahawa kalau disebut tidak pernah itu saya rasa tidak betul. Yang Berhormat tahu bahawa sekarang ini sidang Parlimen sudah disiarkan secara terus menerus. Mungkin yang dipersoalkan ialah kenapa antara jam 10.00 hingga 11.30 sahaja. Akan tetapi sekurang-kurangnya tidak ada editing, tidak ada suntingan, tidak ada apa. Kalau kebetulan antara 10.00 hingga 11.30 pagi Yang Berhormat Padang Serai berucap, akan dikeluarkan. Yang Berhormat dapat tempatnya.

final • 5:10 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Ini tidak berlaku waktu sebahagian daripada rakan-rakan Yang Berhormat duduk dalam kerajaan dahulu, sekarang sudah berlaku. Ini adalah merupakan perkembangan yang kita rasakan bagus saya rasakan.

Begitu juga pada hari ini, Yang Berhormat boleh menggunakan komputer di depan Yang Berhormat itu, pergi kepada RTM mobile dan Yang Berhormat boleh memilih RTM Parlimen. RTM Parlimen sekarang ini, perbincangan kita pada hari ini disiarkan secara live melalui IPTV yang boleh ditonton termasuk rakan-rakan Yang Berhormat yang berada di Amerika, yang berada di Australia, berada di mana sahaja. Ini kerana RTM sedang menggunakan kalau kita lihat satu, dua, tiga, saya rasa hari ini tiga kamera yang sedang mengambil untuk dimasukkan di dalam sistem internet kita pada hari ini dan boleh disiarkan dan ianya tidak ada diedit. Yang Berhormat boleh menonton.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said

Ya, empat kamera termasuk di atas. Atas sekali empat kamera.

final • 5:10 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Oh! Empat kamera, termasuk empat kamera di atas sana yang menggunakan kualiti yang baik.

final • 5:10 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Bukan lagi menggunakan semata-mata CCTV di Parlimen ini supaya apa sahaja yang dibincangkan hari ini, dibincangkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pelbagai soalan yang dikemukakan tadi ini dapat ditonton oleh semua orang. Ini tidak berlaku sebelum ini tetapi ia sudah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Mungkin Yang Berhormat tidak menyedari kalau mengatakan tidak ada langsung peluang melalui RTM adalah suatu pembohongan ataupun Yang Berhormat tidak sedar perkara ini sudah pun berubah dilihat beberapa tahun ini.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Sepang.

final • 5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya bersetuju dengan Menteri memang ada perubahan dibandingkan dahulu sebab memang daripada dahulu pun kerajaan yang sama kecuali kalau dahulu itu kerajaan lain, sekarang kerajaan lain mungkin kita boleh cakap benda yang berbezalah. Daripada merdeka sampai sekarang memang Kerajaan Barisan Nasional sahaja.

Persoalan yang saya hendak tanyakan dan saya pernah suarakan sebelum ini adakah Menteri setuju mungkin RTM tadi Menteri kata hanya bagi satu jam setengah untuk Persidangan Parlimen. Boleh tak Menteri bagi satu jaminan sekiranya mana-mana pelanggan yang melanggan Astro ataupun syarikat-syarikat penyiaran swasta ini seharusnya mereka juga diberi kebebasan untuk mengadakan satu siaran khusus untuk mungkin persidangan Parlimen ini secara live.

Saya nak dapat jaminan daripada Menteri, adakah Menteri bersedia untuk memberikan kelulusan itu sekiranya ada permintaan daripada syarikat-syarikat swasta ini?

Oleh sebab saya rasa apabila pelanggan membayar langganan itu, mereka seharusnya berhak untuk bersuara untuk meminta daripada syarikat penyiar itu untuk sesuaikan dengan taste mereka, dengan preference mereka. Apakah respons Menteri? Terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Tuan Yang di-Pertua, saya kira tidak ada masalah tentang soal ini. Sebenarnya sebagaimana yang saya beritahu bahawa RTM Parlimen adalah merupakan satu saluran yang sudah pun bermula. Satu jam setengah kita dapat tonton melalui TV1 pada hari ini tetapi persiapannya ialah untuk kita mempunyai satu saluran khusus di masa yang akan datang apabila kita masuk ke era pendigitalan.

Era digital di mana suatu platform baru sebab sekarang ini digital ini ada pelbagai platform dalam dunia, sama ada menggunakan platform satelit sebagaimana ASTRO. Kita ada platform kabel sebagaimana HyppTV, ABN pada hari ini dan satu lagi platform baru yang kita katakan platform digital terrestrial yang menggunakan menara-menara sebagaimana telefon kita dan sebagainya dan akhirnya kita akan berubah. Semua akan pergi kepada platform baru ini.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Platform baru ini dianggap lebih economical kerana kita boleh membuka saluran- saluran baru dengan lebih banyak lagi dan dijangkakan bahawa platform baru ini boleh menyediakan sehingga 50 hingga 60 saluran baru di mana melalui RTM sendiri kita akan tambah beberapa saluran. Salah satu daripada saluran yang sedang kita buat persiapan ialah RTM Parlimen itu sendiri supaya kita dapat melihat, mendengar dan menilai apa yang diucapkan dan dibincangkan.

Misalnya dalam platform HyppTV iaitu saluran kabel apa yang disiarkan pada hari ini yang cuma satu jam setengah di RTM1 sebenarnya sudah ada di dalam HyppTV Jadi ertinya dalam soal ini kita tidak ada rasa masalah untuk membenarkan. Jadi ini bukan soal kerajaan lama, kerajaan baru. Sebahagian daripada rakan-rakan Yang Berhormat pun dahulu berada dalam kerajaan dahulu tetapi beliau tidak pernah menyuarakan perkara ini.

Beliau tidak percaya kepada kebebasan bersuara dan mempunyai Parlimen yang telus sebagaimana yang ada sekarang. Kerajaan sekarang, walaupun barisan yang ada sekarang barisan yang sudah tidak ada sebahagian daripada kami dan berada di pihak Yang Berhormat itulah yang menyebabkan kami lebih bebas lagi dalam melaksanakan.

final • 5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sedikit lagi Menteri. Bagaimana pula dengan permintaan daripada kerajaan negeri yang meminta supaya mereka dibenarkan untuk operate stesen radio sendiri. Kerajaan Negeri Kelantan pernah memohon, saya percaya Kerajaan Negeri Selangor juga jika diberi jaminan daripada Menteri bahawa dibenarkan Kerajaan Negeri Selangor boleh ada satu siaran TV sendiri atau siaran televisyen sendiri seperti mana Singapura ada channel NewsAsia yang agak independent.

Jadi saya harap Menteri yang nampak demokratik ini sebab beliau memang wajar demokratik sebab beliau sebelum ini pernah dinafikan hak demokrasi semasa dalam pembangkang. Oleh sebab itu beliau lebih appreciate apa yang kita argue ini dibandingkan dengan Menteri-menteri lain. Oleh sebab apabila Menteri pernah dinafikan hak kebebasan, Menteri akan dapat rasa keperitan tidak dapat hak itu seperti mana di dalam buku Justice Games kata seorang profesor undang-undang, lawyer human rights. Dia kata apabila dia pergi ke mahkamah-mahkamah yang melibatkan European Human Rights Court ini dia kata hakim-hakim daripada blok komunis ini mereka lebih appreciate hujah-hujah berkaitan dengan human right sebab mereka pernah dinafikan hak itu.

Jadi saya hendak minta jaminan daripada Menteri adakah Menteri boleh bagi jaminan kerajaan Selangor, kerajaan Pulau Pinang, kerajaan Kelantan dibenarkan operate TV ataupun radio sendiri. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Menteri...

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terus nak tanya sekali?

Lebih kurang?

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Lebih kurang.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Shah Alam sila.

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya mengucapkan terima kasih atas pengakuan Yang Berhormat Menteri bahawa memang sudah ada banyak perubahan.

Hanya saya tertariklah dengan kenyataan sinis yang kata ada pihak yang dahulu bersama Barisan Nasional, zaman dia pun tidak buat begitu. Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Menteri bahawa Yang Berhormat Menteri sedang menceritakan tentang satu keadaan yang lebih daripada 15 tahun. Semestinya seperti mana Barisan Nasional pun telah berubah sedikit hasil daripada tekanan dan kebangkitan parti-parti pembangkang yang telah bersatu dan berjaya menafikan majoriti 2/3 kepada Barisan Nasional sehingga terpaksa menunjukkan unsur-unsur keterbukaan, begitu juga pasti orang yang ditujukan kenyataan- kenyataan sinis itu telah pun berubah.

Hanya bezanya ialah dia sudah berubah jauh lebih banyak dan jauh lebih baik daripada Yang Berhormat Menteri sendiri yang mana dahulu pun bercakap tentang soal hak demokrasi, kebebasan bersuara dan sebagainya. Akan tetapi sekarang ini setelah berkuasa sekian lama, menjadi Menteri sekian lama masih tidak boleh membawa perubahan seperti mana yang rakyat inginkan. Menteri bangga dengan sejam setengah sedangkan kita tahu bahawa sidang Parlimen ambil masa yang jauh lebih banyak.

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kedua, permohonan Kerajaan Negeri Selangor seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang permohonan Kerajaan Negeri Kelantan, mungkin Pulau Pinang yang inginkan stesen radio sendiri supaya dapat berucap dan menyampaikan mesej mereka kepada rakyat di negeri masing-masing masih tetap dinafikan.

Saya harap bahawa teguran-teguran sinis yang bertujuan untuk mungkin hendak score some political points bukan merupakan kata-kata kosong. Kalau Menteri hendak bawa perubahan, beri deadline bila? Kita minta sebelum PRU Ke-14 biar ada kebebasan di media, biar setiap negeri dan setiap kerajaan negeri mempunyai paling kurang radio sendiri.

Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam, terima kasih Yang Berhormat Sepang sebentar tadi. Ada beberapa perkara yang bersifat teknikal dan ada perkara yang bersifat dasar. Daripada segi dasar, perubahan yang kita buat ialah perubahan yang dibuat oleh kerajaan sekarang dan orang yang dimaksudkan tadi sebenarnya tidak pernah berjuang untuk kebebasan sewaktu dia berada di dalam kerajaan. Dia hanya bercakap selepas dikeluarkan daripada kerajaan. Itu perkara yang normal. Oleh sebab itu kalau kita lihat banyak perubahan yang ada sekarang sama ada Akta Universiti, sama ada ISA, sama ada yang saya sebutkan di sini waktu – dia tidak ada sumbangan ke arah ini.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Ini menunjukkan bahawa waktu berada dahulu, inilah orang yang paling kuat mempertahankan semua undang-undang yang disebutkan draconian sebentar tadi. Ini yang...

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Sebelum saya jawab Yang Berhormat. Beliau tidak ada jasa dari segi untuk mengubah waktu di dalam.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Celahan Yang Berhormat Menteri, boleh?

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Bila di luar baru dia bercakap tentang perkara- perkara yang begini sedangkan peluang diberikan.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Boleh saya respons?

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Ya.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Celahan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Pandan.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Jauh lebih baik sekiranya Yang Berhormat Menteri membuat kenyataan itu dan Yang Berhormat Menteri mendesak Menteri Dalam Negeri untuk membenarkan Ketua Pembangkang untuk hadir. Tak payahlah hendak cakap dalam keadaan dia tidak hadir. Ia merupakan satu pertuduhan dan pukulan below the belt. Kalau benar apa yang dinyatakan, maka saya yakin bahawa dia akan dapat memberikan penjelasan mengapa dan apa yang telah diusahakan selama ini. Akan tetapi bila dia tidak ada, memang sedaplah Yang Berhormat Menteri cakap ikut suka sedap mulut Yang Berhormat Menteri. Be a man, allow the Ketua Pembangkang to be sent here. Jangan pukul orang dalam keadaan tangan digari di belakang. Selama ini, itulah apa yang dilakukan oleh UMNO, pukul orang dalam keadaan tangan diikat di belakang.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Shah Alam.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Dia masih Ahli Parlimen.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Yang Berhormat, saya bercakap tentang sejarah, Yang Berhormat. Saya bercakap tentang sejarah. Ada orang pernah duduk dalam kementerian yang boleh mengubah Akta Universiti tetapi dia tidak ubah. Dia pernah duduk dalam Kementerian Pelajaran, tidak ubah. Kuasa sudah ada. Ini adalah orang-orang yang dilihat bahawa...

final • 5:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Cukup Yang Berhormat, sudahlah. Saya sudah beritahu tadi.

final • 5:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Hendak betulkan. Macam manakah seorang yang berada dalam Kabinet yang ada bos di atas, adakah dia boleh membuat keputusan tanpa kelulusan Kabinet dalam keadaan ketua Kabinet itu terkenal dengan seorang yang banyak membantah segala perubahan itu. Jadi adakah Menteri mengatakan seorang – mungkin setakat Timbalan Perdana Menteri dululah. Sebagai Timbalan Perdana Menteri, apabila beliau ingin melakukan perubahan, sudah tentu beliau perlu dapatkan kelulusan Kabinet yang pada ketika itu berketuakan Perdana Menteri. Jadi bagaimanakah boleh menyalahkan seorang Timbalan Perdana Menteri dalam keadaan ini adalah keputusan yang kolektif. Jadi saya minta Menteri beri penjelasan.

final • 5:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya hendak sambung sikit, sambung sikit.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kita dah nampak.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Saya jawab dulu.

final • 5:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kita dah nampak kesan bila dia lawan Kabinet, kita nampak kesannya. Bila dia lawan Kabinet, dia cuba bawa perubahan, itulah yang berlaku pada tahun 1998...

final • 5:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Walaupun pada ketika itu dia Timbalan Perdana Menteri. He is the second most powerful man in the country tetapi dalam keadaan itu sekalipun dia dikenakan tindakan yang sesuka hati.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Kasihan Yang Berhormat, kasihan saya tengok Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Menteri, sambung sedikit.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya kasihan dengan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Cukup Yang Berhormat. Saya rasa saya bertuah dalam soal ini. Saya tidak perlu jadi Perdana Menteri kalau hendak buat perubahan dalam RTM. Apakah saya kata, “Oh, saya belum jadi Perdana Menteri, hendak berubah”?

final • 5:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini fasal Pakatan Rakyat dah buat.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Pindaan Akta Universiti, ISA, tidak perlu menjadi Perdana Menteri.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Akan tetapi ini orang yang mempertahankan ISA dulu, mempertahankan segala dasar yang dianggap draconian. Hanya dia bercakap apabila di luar tetapi apabila di dalam dia mempertahankan segala-galanya dalam soal ini.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tidak apa, biar Yang Berhormat Pandan jawab.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Celahan Menteri.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Ya, Yang Berhormat Pandan.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak terkejut Menteri, dengan mudah beliau berubah. Dia kata tidak perlu jadi Perdana Menteri untuk berubah kerana dia memang seorang yang cukup mudah berubah. Sebelum ini dalam 46 paling banyak juga menghentam kerajaan, sekarang menjadi kerajaan, paling cepat juga menyokong kerajaan.

Cuma saya hendak tanya Menteri, Menteri sebelum ini semasa keputusan mahkamah dikeluarkan dengan begitu berani mengatakan Menteri akan bagi segala platform kepada sebarang – kalau ada debat mengenai keputusan mahkamah itu. Kenapa Menteri tarik balik tawaran untuk memberikan ruang debat di dalam televisyen secara live setelah bila melihat rakyat marah dengan jelajah yang dibuat oleh Pemuda UMNO dan juga Shafee Abdullah?

final • 5:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Bolehkah Menteri sahkan dalam Dewan ini, kalau betul Menteri kata Menteri tidak takut, Menteri senang berubah tanpa kuasa Kabinet, Menteri sahkan dalam Dewan ini boleh bagi ruang itu untuk satu perdebatan secara live mengenai kes Anwar Ibrahim ini kepada mana-mana wakil, baik daripada Pakatan Rakyat, Barisan Nasional, Kehakiman ataupun mana-mana?

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pandan. Seronok saya dapat bercakap dengan Yang Berhormat Pandan. Saya tahu Yang Berhormat Pandan ini orang Kemaman, Ketua Cabang PKR Kemaman.

Patutnya bertanding di Kemaman, lari ke Pandan.

final • 5:30 PM

[Dewan riuh]

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Balik kampunglah.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

[Bangun]

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Eh, sabar, jangan marah.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Jawab yang saya tanya, jangan cuba hendak pusing-pusing. Malu sikit. Dia tidak boleh jawab, dia pusing.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Seronok saya pertama kali. Kalau di Kemaman itu orang hendak tengok ayam sabung, ayam sabung kena duduk di kawasan bertanding, bersedia menaburkan bakti di tempat sendiri. Tak tahulah...

final • 5:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tak berani jawab lagi mengenai soalan yang saya tanya.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Sabarlah. Saya jawablah.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Ini Menteri yang sama seperti debat tahun 2008, orang tanya lain, dia berbuih cakap benda lain.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Sabarlah. Saya hendak jawablah.

final • 5:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Menteri, tidak ada masalah. Jawab soalan.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Saya kata seronok dapat jumpa orang kampung, ketua cabang parti yang hebat di kampung.

final • 5:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tidak ada kena-mengena dengan soalan. Jawablah soalan Menteri.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Sabarlah.

final • 5:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ada lagi banyak...

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Sabarlah.

final • 5:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Sabarlah.

final • 5:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Sabarlah. Saya hendak tengok kalau hendak sebut anak jantan tak anak jantan, inilah yang lari dari kampung sendiri pergi tempat lain.

Okey Yang Berhormat, saya jawab di sini. Tentang soal debat, tidak ada masalah.

Saya pernah menawarkan apabila – dalam kes mahkamah yang mempertikaikan keputusan mahkamah, yang bermula ialah Bar Council ataupun Majlis Peguam. Presidennya pada waktu itu mempertikaikan. Saya katakan kalau dipertikaikan tentang keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah sepatutnya Majlis Peguam adalah satu badan yang mempertahankan sistem kehakiman kita. Ia ada cara dan kaedahnya, bukannya secara umum, secara public untuk mempertikaikan keputusan begitu.

Okey, saya katakan kalau hendak berdebat, saya sedia untuk menyediakan platform. Nah, kita ajak kepada Presiden Majlis Peguam berdebat dengan Shafee, gunakan platform di...

final • 5:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Celahan Menteri.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Saya tahu dalam soal ini. Saya sebutkan begitu. Jadi yang tidak mahu ialah Majlis Peguam.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Minta maaf, celahan Menteri. Kita ada laporan dan juga rakaman daripada Bernama TV. Tidak betul, bukan begitu tawaran Menteri. Menteri menawarkan kepada sesiapa. Selepas itu setelah melihat bagaimana marahnya rakyat, baru Menteri sempitkan tawaran itu kepada Majlis Peguam dan juga Shafee Abdullah. Sebelum itu, pada 24 Februari saya rasa, Menteri menawarkan kepada sesiapa sahaja yang hendak berdebat dan ada dilaporkan di dalam Bernama TV dan juga laporan Bernama. Kenapa sekarang ini takut dan sempitkan kepada peguam-peguam sahaja?

final • 5:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Menteri, isu debat ini, saya ada terlibat. Terima kasih kepada Menteri. Saya rasa Menteri ada baca statement saya. Saya menerima tawaran debat daripada Tan Sri Shafee. Sekarang ini, hari ini saya minta Menteri tolong menjemput Tan Sri Shafee dengan Ketua Pemuda UMNO untuk berdebat bersama saya dan juga Yang Berhormat Pandan secara langsung di dalam TV tentang isu Yang Berhormat Permatang Pauh ini. Adakah Menteri boleh bagi jaminan akan bersedia untuk mengadakan debat secara langsung itu? Terima kasih Menteri.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Hendak debat, debat. Saya tidak ada masalah.

Saya kata kalau mereka hendak berdebat, saya boleh sediakan platform. Tidak ada masalah. Di sini pun boleh berdebat. Ini tempat kita berdebat.

final • 5:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sini mana Tan Sri Shafee ada.

Dia tak ada di sini.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Okey, saya rasa tidak ada masalah. Jadi sebab itu saya katakan the focus pada hari ini antara peguam dengan peguam di mana Majlis Peguam sendiri takut, tidak berani.

final • 5:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini bukan masalah takut.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Dia tidak berani. Presiden Majlis Peguam melontar batu sembunyi tangan. Dia mempertikaikan keputusan tetapi ...

final • 5:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okeylah, saya Ahli Majlis Peguam, sekarang saya bersedia. Adakah Menteri bersedia? Saya ahli Majlis Peguam, saya adalah Ahli Majlis Peguam.

final • 5:30 PM

[Dewan riuh]

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Biarlah, biarlah. Kalau kita hendak suruh debat, biarlah sepadan.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Kalau tahap Shafee dengan macam ini - Bertanding di Kemaman pun takut. Tidak akan hendak...

final • 5:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Yang Berhormat Menteri, masa Yang Berhormat Menteri lawan Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pun Yang Berhormat Menteri tidak sepadan. Buat malu orang Kemaman sahaja tengok debat macam itu.

final • 5:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini Yang Berhormat Menteri telah bersangka buruk.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

[Ketawa] At least kami tidak takut dalam soal ini.

final • 5:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Air liur, air liur.

final • 5:40 PM

Seorang Ahli

Air liur, air liur.

final • 5:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, kalau Yang Berhormat Menteri rasa begitu, Yang Berhormat Menteri telah mempunyai sangkaan jahat. Sekarang ini kalau katakan Tan Sri Shafee ini hebat, kalau orang hebat lawan saya pun tidak berani. Apa lagi hendak lawan orang lain. Lawan dengan...

final • 5:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

[Bangun]

final • 5:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Dia tengok Yang Berhormat Sepang bukan kelas dia.

final • 5:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, kalau begitu kita berdua lawan. Okey?

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Sekarang kita berdebat, sekarang kita sudah berdebat.

final • 5:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

No, kita berdebat secara langsung tentang kes Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Mengenai apa?

final • 5:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Are you agreeable to the proposal?

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Apa dia hendak tanya sekarang? Apa isu hendak tanya?

final • 5:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Bukan masalah itu. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Walaupun ini bukan bidang kuasa Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri cabar soalan saya tanya.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat Sepang, apa...

final • 5:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Diamlah. Yang ini lagi tidak layak hendak debat. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri.

[Disampuk] Sabarlah. This is my floor, duduk. Peraturan mesyuarat pun tidak faham hendak bangun. Tidak payahlah.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Buang masa.

final • 5:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri, sebagai seorang Menteri yang...

final • 5:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Buang masa. Tadi dia cakap buang masa.

final • 5:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, this is my floor. Relax. Lepas ini boleh bangun. Ini bukan pasal isu udang. So, jangan campur tangan.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Dia kalau udang okey, jangan sotong [Ketawa] . Yang belakang itu sotong, lagi teruk. Biar bela udang, jangan jadi sotong.

Lari. Sotong di belakang itu senyum sahaja.

final • 5:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Ketawa] Bagi dia chancelah. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan tindakan Tan Sri Shafee yang buat road show itu yang terang-terang menuduh Yang Berhormat Permatang Pauh. Antaranya dia mengatakan beliau adalah seorang closet homosexual dan telah juga menyatakan secara jelas menerangkan evidence in camera yang tidak dibenarkan didisclose kepada public dan juga langsung tidak jaga adab undang- undang Islam berkaitan dengan qazaf. Yang Berhormat Menteri sebagai orang Islam, orang Terengganu, setuju atau tidak tindakan ini ialah tindakan yang menunjukkan bahawa UMNO ini merestui perbuatan-perbuatan yang tidak beretika dan tidak beradab ini? Setuju atau tidak?

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Apa kena mengena dengan UMNO ini?

final • 5:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sebab Ketua Pemuda UMNO yang anjurkan, Ketua Pemuda UMNO yang anjurkan.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Yang Berhormat, tadi kata hendak bahas tentang kes mahkamah. Ini hendak bahas tentang perbuatan Shafee pula. Ini cerita yang berbeza.

final • 5:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri sebut beliau menceritakan tentang kes mahkamah.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan satu perkara ini. Tadi sebut pasal qazaf. Qazaf ini adalah sebahagian daripada hudud iaitu kalau kita tuduh orang berzina, maka kena bawa empat orang saksi. Akan tetapi ini juga parti yang tidak setuju hudud.

final • 5:40 PM

[Dewan riuh]

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Bila hudud hendak diperkenalkan, dia pula melenting marah.

final • 5:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Bila diri sendiri dituduh, dia terus kepada qazaf supaya dapat menggunakan satu peraturan ataupun hukum dalam undang-undang hudud itu sendiri iaitu qazaf untuk dikenakan kepada diri dia.

final • 5:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 5:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Yang Berhormat Menteri, pencelahan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Kita ada peraturan. Kita fokus kepada isu kementerian kita yang sedang menjawab. Jadi sebab itulah saya kata Yang Berhormat Menteri duduk.

final • 5:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Dia yang buka.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya sebab itu Yang Berhormat Sepang saya tegur Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri duduk. Adakah saya tidak menghormati Yang Berhormat Menteri? Saya menghormati Yang Berhormat Menteri. Sebab itu saya kata, “Yang Berhormat Menteri, sila duduk”. Yang lain pun duduk. Kita ada peraturan kita, Peraturan Mesyuarat 35(4) - perkara-perkara yang baru. Ini kita sudah jawab, sebelum ini KDN sudah jawab. Jadi tidak perlulah kita panjang- panjangkan ini. Saya percaya Yang Berhormat Menteri sehingga jam 6 petang, ya. Sila Yang Berhormat Menteri beralih kepada isu kementerian.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang. Sekurang-kurangnya saya dapat lihat orang yang tidak berani bertanding di Kemaman dapat bercakap pada hari ini.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya hendak akhiri...

final • 5:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat Sepang pun lawan Tanjong Karang lari juga.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

...Sekali lagi. Tuan Yang di-Pertua, yang akhir sekali saya hendak sebutkan di sini ialah permintaan rakan-rakan dari Sarawak khususnya Yang Berhormat Hulu Rajang...

final • 5:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

...Yang meminta supaya TVi meningkatkan segmen berita bahasa Iban itu kepada 30 minit. Perkara ini akan dipertimbangkan dan perlu dilihat bahawa sehingga sekarang ini, banyak segmen untuk Sarawak melalui radio Wai FM dan juga berita bahasa Iban telah ditingkatkan kepada empat kali satu hari dan apa yang dicadangkan ini adalah satu daripada perkara yang perlu kita lihat. Insya-Allah, kita sentiasa bersama dalam soal ini.

Mungkin berkaitan dengan radio negeri-negeri. Kalau saya sebutkan tadi kerana ia ada kaitannya ialah perlu kita faham bahawa dalam apa yang disebutkan udara kita sekarang ini ialah tentang penggunaan spektrum ataupun frequency, dengan izin yang terbatas. Kita tidak boleh hari ini hendak beri lesen kepada semua orang. Setiap negeri hendak beri kerana frekuensi yang ada tidak mencukupi. Ia seperti tanah. Kalau semua orang hendak duduk di atas tanah di Kuala Lumpur, ia tidak mencukupi dan ini antara perkara yang sukar difahami oleh orang. Dia merasakan bahawa sesiapa sahaja yang hendak buka saluran ataupun stesen radio baru, dia boleh buka begitu sahaja. Akan tetapi kita ada masalah dengan soal spektrum ataupun frekuensi yang terhad dalam soal ini dan perkara ini kita akan pertimbangkan dengan semua pihak.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian atas perbahasan ini.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Wilayah Persekutuan yang telah bertukar giliran dengan Kementerian Kesihatan. Sila.

final • 5:40 PM

Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Bismillahi Rahmani Rahim, [Berselawat ke atas Nabi SAW] . Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Titiwangsa dan Yang Berhormat Setiawangsa telah berbahas isu pembinaan rumah mampu milik serta perumahan awam di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat berhubung dengan isu perumahan terutamanya golongan berpendapatan rendah. Sebagai alternatif, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 45,357 unit rumah PPR MTEN & PA Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk penjualan pada harga serendah RM21,500 hingga ke RM35,000.

Tawaran ini dikhaskan untuk para penyewa sedia ada.

Walaupun tawaran ini telah dibuka sejak tahun 2009, namun prestasi penjualan masih perlahan dan didapati golongan penyewa tersebut masih tidak mampu untuk membeli unit rumah yang sedang mereka diami. Sehingga 28 Februari 2015, hanya 11,587 orang penyewa sahaja yang telah selesai urusan pembelian. Antara fakta yang dikenal pasti menjadi penyumbang kepada status penjualan yang perlahan ini ialah kesukaran untuk mendapat dana bagi membiayai pinjaman perumahan lanjutan daripada status kewangan yang tidak kukuh dan kadar sewaan yang rendah berbanding dengan ansuran pinjaman perumahan yang perlu dibayar jika penyewa memilih untuk membeli unit rumah tersebut.

Selain daripada itu, pembeli juga apabila mereka telah hendak membeli rumah ini, mereka baru sedar bahawa mereka terpaksa membayar penyelenggaraan rumah-rumah ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mereka hanya bayar kadar di antara bermula RM124.50 dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memberi subsidi sebanyak RM250 tiap-tiap satu rumah kepada penyewa-penyewa rumah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini. Inilah masalah yang mereka sedang hadapi.

Apabila mereka mendapat pinjaman, mereka juga terpaksa membayar lebih daripada RM124.50 itu tadi. Akan tetapi bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Wilayah Persekutuan bersama dengan Yayasan Wilayah Persekutuan telah mewujudkan skim pembiayaan khas bagi mengenal pasti masalah pendapatan kemudahan pinjaman bagi penyewa-penyewa. Namun, bilangan pemohon untuk membeli rumah masih di tahap yang perlahan.

final • 5:46 PM

Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Umum sedia maklum dengan kekurangan rumah PPR MTEN dan PA DBKL sedia ada tidak cukup untuk menampung permohonan sewaan yang kian meningkat. Justeru unit- unit yang ditawarkan untuk penjualan tersebut turut dibuka untuk penjualan berdasarkan kekosongan. Selain itu sejumlah 18,452 unit lagi merangkumi 31 kawasan turut dikhaskan untuk penyewaan sahaja dan dikecualikan dari tawaran penjualan. Melihat kepada senario ini, Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang dalam proses mengkaji langkah penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan status penjualan dan sentiasa mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah ini.

Selain itu dalam usaha merancang dan melaksana rumah mampu milik melalui program rumah WIP dan PPA1M, mekanisme yang diguna pakai adalah secara penswastaan, persendirian dan pembangunan semula. Program pembangunan semula merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan persekutuan dengan kerjasama syarikat swasta yang bertujuan untuk mengelakkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan di samping meningkatkan lagi mutu perkhidmatan untuk faedah rakyat. Bangunan semula ini akan mewujudkan suasana persekitaran yang lebih moden dan selesa di mana keseluruhan unit rumah usang yang sedia ada digantikan dengan rumah yang baru, yang lebih sesuai dengan keperluan semua penduduk pada masa akan datang.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, sekiranya kaedah pembangunan semula ini terutamanya perumahan awam dilaksanakan daripada pihak kerajaan dengan peruntukan kerajaan sendiri, ia akan melibatkan kos sebanyak hampir RM5 bilion yang merangkumi 49 kawasan dengan jumlah unit sebanyak 29,245 unit. Oleh itu memandangkan kos yang terlibat terlalu tinggi sekiranya pembangunan semula ini dilaksanakan melalui peruntukan kerajaan, maka penglibatan pihak swasta adalah diperlukan dalam pembangunan semula.

final • 5:50 PM

Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Ini secara tidak langsung membuktikan keprihatinan pihak kerajaan persekutuan dalam memastikan bahawa semua rakyat dapat hidup dalam keadaan yang cukup selesa yang kondusif. Rumah-rumah lama yang hanya mempunyai satu atau dua bilik tidur dengan keluasan lantai antara 400 ke 500 kaki persegi akan diganti dengan rumah-rumah yang mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dengan keluasan yang lebih selesa iaitu berkeluasan tidak kurang daripada 800 kaki persegi.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Titiwangsa bangun. Sila.

final • 5:50 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bersetuju dari segi konsep yang Yang Berhormat Menteri beritahu tadi bahawa kita tidak lagi mahu bergantung kepada kerajaan dari segi membangun atau menyediakan rumah dalam Bandar Raya Kuala Lumpur dan saya juga ingin bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Menteri bahawa rumah-rumah PPR yang ditawar dengan harga RM35 ribu masih terdapat hanya 11,000 saja yang mampu beli sedangkan tawaran yang dibuat oleh pihak DBKL, 26,500.

Apa saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kita kena tengok isu ini dalam dua perspektif. Perspektif yang pertama ialah banyak rumah-rumah perumahan awam hari ini yang didiami oleh penduduk-penduduk ini adalah mereka ini rata-rata majoriti mereka ini datang daripada setinggan. Hari ini, mereka ini masih tinggal dalam kawasan tersebut tapi mereka telah melahirkan generasi kedua. Setinggan yang tidak pernah duduk setinggan tapi waktu ibu bapa mereka duduk dalam rumah perumahan awam ini mereka ini masih kecil. Baru di bangku sekolah, umur baru 11 tahun, 12 tahun. Akan tetapi selepas 20 tahun atau 15 tahun mereka tinggal, mereka telah berkahwin. Umur sudah 25 tahun, 26 tahun, tidak ada tempat untuk mereka dapat tinggal macam mana ibu bapa mereka sewaktu setinggan dipindahkan masuk ke rumah tersebut.

Jadi saya lihat konsep buat rumah melalui swasta ini memang saya setuju sebab ada kalanya kita perlukan private sector driven tetapi kita kena juga melihat bahawa ada sekumpulan kecil dalam Bandar Raya Kuala Lumpur ini yang tidak mampu. Saya bagi contoh, banyak rumah-rumah WIP yang dibina yang harga RM300,000 ataupun RM250,000. Pembayaran installment untuk mereka bayar RM1,800 atau RM1,600. Akan tetapi kalau kita tengok rumah yang ditawar RM35 ribu, hari ini rumah itu 60,000 orang daftar dekat DBKL hendak sewa.

Itu menunjukkan terdapat golongan-golongan yang tidak mampu hendak beli rumah. Kita buat bagaimanapun mereka tidak mampu. Sebab itu dalam ucapan saya, saya tidak pernah menidakkan soal inisiatif Kementerian Wilayah dan juga Datuk Bandar untuk membangunkan rumah-rumah mampu milik ini. Saya sokong tetapi apa yang saya hendak tekankan terdapat lokasi-lokasi sedia ada, rumah perumahan awam ini. Saya hendak cadangkan bahawa rumah-rumah perumahan awam ini adalah tanggungjawab sosial untuk kita cater kepada satu golongan kecil ataupun golongan masyarakat dalam bandar ini yang tinggal yang sudah tentu tidak mampu untuk menyewa atau membuat pinjaman dan membayar ansuran RM1,800.

Jadi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri, boleh tidak kerajaan melihat bagaimana kita membangunkan rumah-rumah perumahan awam yang sedia ada, yang lama-lama ini tetapi kita janganlah buat sekali gus. Kalau kita buat sekali, hendak lancarkan semua, mungkin tidak boleh tapi kita hendak ambil masa mungkin 5 -10 tahun bagaimana kita lihat pembangunan semula ini. Saya takut kalau kita tidak buat benda ini, akhirnya kita tidak boleh menambahkan supply rumah-rumah perumahan awam ini.

Penduduk bertambah ramai, kawasan sudah tidak ada. Jadi mereka yang bekerja berpendapatan rendah dalam bandar tidak boleh tinggal dalam bandar dan mereka tidak boleh mengambil kerja-kerja ini. Akhirnya kita akan bergantung kepada pendatang- pendatang asing.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Menteri. Panjang lebar Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Terima kasih Yang Berhormat daripada Titiwangsa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, yang sebenarnya kita sedang melihat keadaan yang telah Yang Berhormat bangkitkan. Kementerian bersama dengan Dewan Bandar Raya senantiasa memantau dan untuk memastikan bahawa kita akan beri keselesaan kepada rakyat kerana kerajaan ini seperti Yang Berhormat sebagai wakil rakyat Barisan Nasional juga, janji kita, kita akan tepati dan janji kita itu kita tepati ialah untuk memastikan bahawa kita akan menyediakan bumbung kepada rakyat kita di seluruh negara. Bukan saja di Kuala Lumpur.

Itulah sebab berbagai-bagai program telah pun dilaksanakan oleh kerajaan seperti rumah PR1MA, rumah PP1AM, rumah mampu milik, rumah mesra rakyat dan sebagainya.

Percayalah, apa yang kementerian hendak laksanakan akan senantiasa melihat dan membuat satu tinjauan di mana seperti yang telah saya sebutkan tadi bahawa akhirnya walaupun niat kerajaan untuk memberi ruang kepada masyarakat untuk mempunyai hartanah di Wilayah Persekutuan akhirnya daripada tawaran telah kita beri, hanya 11,000 saja yang baru membeli. Jadi kita sedar bahawa kekangan-kekangan kehidupan dalam bandar di mana kemiskinan bandar amat lah ketara daripada kemiskinan luar bandar.

Ahli Yang Berhormat, saya hendak beritahu Ahli Yang Berhormat, saya tidak pernah buat satu kenyataan tapi hari ini kena beritahu Ahli Yang Berhormat bahawa saya telah arahkan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur untuk mengadakan satu revolving fund sebanyak RM250 juta untuk kita bangunkan semula rumah-rumah untuk disewakan kepada rakyat. Bukan untuk dijual tapi untuk disewakan kepada rakyat. Satu, kepada rakyat-rakyat kita khususnya anak muda yang menjadi pekerja-pekerja di service industry seperti hotel di restoran dan sebagainya.

Kedua, untuk memberi peluang kepada masyarakat yang baru bernikah, yang mempunyai anak satu atau dua dapat juga menikmati kehidupan yang lebih selesa dengan penyewaan yang lebih murah memandangkan keadaan kelayakan mereka dan pendapatan mereka. Juga Ahli Yang Berhormat, kita mesti sedar, apa yang kerajaan lakukan ini ialah untuk memberi satu kaedah sementara untuk masyarakat. Harapan kita ialah masyarakat ini akan tingkat ataupun mendapat pendapatan yang lebih tinggi pada masa akan datang dan mereka akan keluar daripada rumah-rumah yang kita sewakan ini supaya yang baru dapat menyewa. Akan tetapi ini berlaku kerana kebanyakan masyarakat kita dia sudah selesa.

Ada yang duduk di rumah RM124 mempunyai Mercedes Benz. Ada juga yang mempunyai aircond dalam rumah dia, mempunyai Astro di rumah mereka.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Ini masalah yang kementerian sedang hadapi. Akan tetapi percayalah Ahli-ahli Yang Berhormat, kita akan teruskan program untuk memastikan selain daripada kita membangunkan perumahan dengan syarikat swasta, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan terus bangun Rumah-rumah Rakyat (RR) ini. Kita juga akan berbincang dengan pihak kementerian KPKT supaya ada bidang-bidang tanah yang kita ada, boleh diberikan kepada KPKT untuk KPKT bangunkan rumah-rumah yang boleh disewa kepada rakyat.

final • 6:00 PM

Datuk Johari Bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Yang Berhormat Menteri, saya agak tertarik dengan cadangan Yang Berhormat Menteri. Mungkin saya boleh tambah satu yang kalau boleh Yang Berhormat Menteri fikirkan. Kita tengok the annual budget yang diberi kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, maka mereka ini membina rumah di Gua Musang, di seluruh negara. Akan tetapi saya tidak nampak bagaimana mereka boleh bina rumah-rumah PPR seperti mana di kawasan-kawasan bandar yang lain, di Bandar Raya Kuala Lumpur kerana kekangan yang mereka hadapi ialah kerana mereka tidak ada tanah. Kebanyakan daripada tanah-tanah yang ada, yang dimiliki oleh Kementerian Wilayah ataupun dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, tanah-tanah ini terlampau strategik untuk diberi kepada KPKT kerana tanah ini bernilai beratus-ratus juta ringgit sedangkan rumah yang nak dibina, rumah murah.

Cuma saya nak minta pandangan Yang Berhormat Menteri, boleh tak rumah- rumah perumahan awam yang sedia ada, yang orang masih menyewa RM124 ini, kita ada mekanisme bagaimana Kementerian Wilayah boleh bekerja dengan KPKT menggunakan bajet KPKT tetapi tanah DBKL. Selepas selesai dibangunkan semula ini, menambahkan unit, kalau empat tingkat boleh jadi 30 tingkat, kalau ada lapan blok kali 30 tingkat, dalam sesuatu kawasan, selepas siap, pulang balik.

final • 6:00 PM

Datuk Johari Bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Sebab saya buat calculation, di Pulau Pinang, UDA buat rumah walaupun tanah itu bukan tanah kerajaan tetapi tanah dimiliki oleh UDA, kita masih boleh menjual RM100 ribu, RM80 ribu. Sedangkan ada tanah-tanah yang dimiliki oleh DBKL masih dijual dengan kadar RM300 ribu. Jadi, kalaulah kekangan yang dihadapi oleh DBKL ini, saya ingat sudah tiba masanya kalau KPKT punya bajet ini boleh allocate pada DBKL. Kalau dia ada RM1.2 bilion atau RM1.8 bilion tiap-tiap tahun KPKT dapat untuk buat rumah untuk mencapai kita punya KPI 1.0 juta unit rumah, jadi kita minta dalam Bandar Raya Kuala Lumpur ini dia agihkan RM200 million tiap-tiap tahun.

Bermakna, kalau masa lima tahun, makna kita ada one billion. RM200 bilion ini sudah cukup untuk bangunkan semula balik rumah-rumah perumahan awam yang hari ini yang kebanyakan hari ini ada yang empat lima tingkat. Jadi, itu saya punya cadangan, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa kerana prihatin terhadap masalah perumahan dalam Bandar Raya Kuala Lumpur dan juga di seluruh negara. Tadi saya dah sebut Yang Berhormat Titiwangsa, barangkali Yang Berhormat Titiwangsa tidak memahami apa yang telah saya sebut. Saya sendiri telah sebut tadi bahawa saya telah arahkan DBKL untuk mengadakan revolving fund sebanyak RM200 juta dan revolving fund ini akan diguna pakai bukan hanya untuk setahun atau untuk sekali jalan, ia akan berulang. Masalah Yang Berhormat telah bangkitkan tadi mudah dicakap, tetapi untuk makluman Yang Berhormat, seperti saya sebutkan tadi, kita sewa RM124, saya subsidi RM250, itu belum lagi termasuk vandalisme yang berlaku dalam kawasan-kawasan perumahan awam.

Belum lagi masalah lif, belum lagi bermacam-macam masalah yang wujud. Ini kekangan yang kadangkala kita harap bahawa rakyat akan bersama dengan kita supaya kita dapat memberikan satu keselesaan. Saya bersetuju apa Yang Berhormat telah sebutkan tadi dan seperti mana yang telah saya sebut, saya tak pernah buat satu kenyataan di dalam Parlimen ini, saya telah buat satu kenyataan yang mengatakan saya telah meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menyediakan RM200 juta sebagai revolving fund untuk kita bangunkan semula kawasan-kawasan perumahan yang ada oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini untuk dibangunkan, khususnya untuk rakyat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sebagai Menteri, saya sentiasa memikirkan masalah rakyat kerana saya merupakan seorang yang suka melihat orang gembira. Bila manusia gembira, saya gembira dan saya suka lihat masyarakat, rakyat Malaysia ini gembira. Itulah Kerajaan Barisan Nasional. Kita nak tengok rakyat gembira, bukan macam yang melalak tadi, sorry.

final • 6:00 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

[Bangun]

final • 6:00 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Saya nak beritahu kepada Yang Berhormat, walaupun kita bangunkan secara dengan swasta, saya pun kadangkala geleng kepala kepada syarikat-syarikat swasta yang telah saya minta mereka bangunkan perumahan-perumahan baru. Di mana ada tempat-tempat yang tertentu, saya masih lagi minta untuk dibangunkan rumah RM42,500 dengan keluasan tidak kurang daripada 750 kaki persegi. Itu satu, begitu juga dengan kawasan-kawasan yang tertentu, perumahan- perumahan yang baru nak dibangunkan juga. Saya minta mereka untuk bangunkan rumah yang di bawah RM188 ribu untuk kadar saiz yang tidak kurang daripada 800 kaki persegi.

Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, terima kasih di atas pandangan Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

[Bangun]

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Setiawangsa bangun.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Biar saya jawab Yang Berhormat Titiwangsa dulu, Yang Berhormat Setiawangsa. Terima kasih untuk pandangan Yang Berhormat dan percayalah kita boleh bekerjasama untuk memastikan dengan kementerian KPKT. Kalau KPKT sanggup untuk membangunkan semula, betul mereka boleh bangunkan beribu-ribu unit dan pulangkan balik kepada DBKL. Bila dia pulangkan balik kepada DBKL, dia bukan hanya satu kebaikan untuk DBKL tetapi kadangkala dia juga menjadi beban kepada DBKL. Oleh kerana kita terpaksa, seperti saya sebut, memberi subsidi melainkan kita boleh tingkatkan kadar sewa.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Sekarang saya juga, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Titiwangsa, kita juga sedang mengkaji dan juga saya sendiri telah membuat pertemuan-pertemuan ataupun town hall meeting, dengan izin, tiap-tiap kawasan Parlimen di seluruh Kuala Lumpur. Di mana saya mulai menanyakan kalau saya hendak naikkan kadar sewa daripada RM124 ini barangkali oleh kerana kawasan ini lebih luas, oleh kerana rumah ini lebih cantik, rumah ini mempunyai kemudahan-kemudahan yang lebih baik, maka difikirkan barangkali kita nak tingkatkan sewaan ini supaya subsidi DBKL ini tidak terlalu banyak, diturunkan dan kita dapat menyewakan rumah-rumah ini di atas kadar dalam RM250 ataupun RM300 sebulan.

Ini juga kita sedang fikirkan.

Jadi sabarlah Yang Berhormat, percayalah. Selain daripada itu, saya juga sedang melihat keadaan demografi kawasan-kawasan. Oleh kerana saya hendak seimbangan.

Saya tidak mahu dalam satu kawasan umpamanya Kepong, semua satu bangsa sahaja yang duduk di Kepong. Melayu duduk kawasan ini, Cina duduk kawasan ini, India duduk kawasan ini. Apa yang saya hendak melihat kerana melambangkan kawasan-kawasan kita ini mempunyai kawasan campuran. Macam Seputeh, semua Cina duduk. Saya tak mahu semua Cina duduk di Seputeh, saya hendak hantar kawan-kawan Melayu duduk di Seputeh. Kawan-kawan India duduk di Seputeh. Jadi, kita melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang bangsa. Itu yang kita niat.

Jadi, percayalah Yang Berhormat, saya akan sentiasa memantau dan kita akan - kalau KPKT ingin bekerjasama dengan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, begitu juga dengan Perbadanan Putrajaya, begitu juga dengan Perbadanan Labuan, kita akan bekerjasama dengan pihak KPKT. Malahan kita telah pun mulai satu program dengan KPKT di Labuan untuk bangunkan rumah murah untuk disewakan kepada rakyat Labuan sebanyak 500 unit telah pun diluluskan. Yang Berhormat Setiawangsa, sila.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 6:00 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya satu perkara, mengenai joint venture yang dilakukan ke atas tapak perumahan awam.

Contohnya, saya ambil dekat kawasan sayalah, Setapak Jaya 1A. Saya agak niat murni iaitu untuk membangunkan balik tempat yang ada di 486 unit mahu dipindahkan ke tempat lain. Cadangannya membina 486 unit itu ke satu tempat di mana mereka ini diberi rumah lebih besar, 800 atau 850 kaki persegi. Soalan saya ialah, JV ini tidak ada penambahan kepada perumahan-perumahan yang boleh disewa. Oleh itu saya ingin mencadangkan bahawa seperti mana Datuk Johari cakap tadi bahawa kawasan perumahan awam ini kalau mahu dibangunkan semula, majoriti daripada unit-unit yang mahu dibangunkan balik di tempat itu mestilah, berbentuk perumahan awam yang boleh balik disewa.

final • 6:00 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Kedua ialah, berapa banyak rumah awam yang dapat disewa disebabkan joint venture yang dilakukan ini yang menyebabkan tambahan kepada perumahan atau unit-unit yang boleh disewa oleh penduduk dalam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur terutamanya di Setiawangsa.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Setiawangsa, apa yang kita laksanakan di dalam kawasan Yang Berhormat walaupun pembangunan tidak dilaksanakan di tempat yang sedia ada tetapi kita pastikan bahawa ia masih lagi di dalam kawasan Setiawangsa. Itu yang pertama.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, seperti Yang Berhormat telah sebutkan, memang untuk sewa lebih mudah, lebih enak kerana RM124.50, 64,000 unit mengikut rekod sehingga 31 Disember 2014, di bawah DBKL sendiri ada 29,245 unit dan di bawah PPR dibina oleh KPKT ialah sebanyak 32,672 unit yang telah diberikan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ini unit yang kita ada dan kita terpaksa menyelenggarakan.

Rumah-rumah ini telah dibangunkan berpuluh-puluh tahun dahulu, maka ia merupakan agak lama dan berada dalam keadaan usang. Ada yang mempunyai masalah elektrik, ada yang mempunyai masalah pipa air, ada juga yang mempunyai masalah resapan-resapan air dari bilik-bilik mandi.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Ini masalah-masalah yang sedang kita lihat. Itulah sebab apa yang kita hendak lakukan ialah untuk memberikan satu kaedah di mana bila pembangunan-pembangunan baru yang akan dibangunkan ini kita akan memastikan bahawa ia merupakan satu pembangunan perumahan yang selesa untuk rakyat. Sekali gus juga untuk mengira bahawa ia tidak memberi tekanan kepada kewangan Dewan Bandaraya untuk memberi subsidi yang begitu terlalu tinggi. Kita sedar bahawa ada di kalangan penduduk-penduduk ini juga menyewakan rumah-rumah ini kepada orang-orang asing. Begitu juga, mereka juga menyewakan rumah-rumah ini dengan kadar yang lebih tinggi sehingga RM700 dan ada juga RM800 di tempat-tempat yang kadar ini berbeza di satu tempat dengan tempat satu yang lain.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita akan pastikan sebaiknya apabila kita bangunkan kawasan yang baru ataupun kawasan yang sedia ini, bila kita hendak bangunkan, kita hendak mereka bangunkan dengan lebih banyak rumah lagi. Kita juga sedang memikirkan seperti apa Yang Berhormat telah sarankan tadi bahawa kita akan cuba menyewakan selain daripada ingin menjual kepada mereka yang ingin membelinya.

Apa yang penting, ialah seperti yang telah saya sebut tadi bahawa kita hendak pastikan bahawa yang benar-benar memerlukan perumahan ini mendapat rumah. Bukan ada segelintir yang sengaja untuk mengambil kesempatan sehinggakan mereka telah pun mempunyai pendapatan yang lumayan tetapi masih lagi bukan menyewa, masih lagi hendak menjadi penyewa tetapi mereka tidak duduk di dalam rumah tersebut tetapi mereka menjadi dalam bahasa Inggeris minta maaf Tuan Yang di-Pertua, dengan izin landlord kepada rumah-rumah yang dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini. Ini kekangan yang sedang kita hadapi. Ia mempunyai berbagai-bagai kekangan.

Kalau Yang Berhormat maklum bahawa apa yang dilakukan oleh Bahagian Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kadangkala saya sendiri sedih dan kesian melihat penjawat-penjawat awam saya, pegawai-pegawai saya di dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini khususnya yang menjaga perumahan ini. Pertama, kekangan pegawai tidak cukup. Kedua, kekangan kadangkala peruntukan yang tidak seperti yang dikehendaki.

Maka mereka terpaksa terlari-lari ke hulu ke hilir, untuk memastikan bahawa kehidupan masyarakat dalam kawasan-kawasan perumahan yang dibangunkan ini mendapat keselesaan yang baik.

Saya akan melihat apa Yang Berhormat telah bangkitkan tadi dan percayalah, saya akan pastikan bahawa apa yang dikehendaki oleh kawasan Yang Berhormat itu akan kita selesaikan dengan sebaik mungkin.

Selain daripada itu, kita juga sedang mengemas kini data-data penyewa. Ini sentiasa dilaksanakan bagi tujuan memastikan mereka memenuhi syarat-syarat perjanjian penyewaan. Antaranya, pendapatan isi rumah dan status menduduki sendiri, bukan sewa atau disewakan kepada orang lain.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga telah arahkan supaya tiap- tiap minggu ada satu dengan izin, task force daripada Bahagian Perumahan Dewan Bandaraya yang memantau semua rumah yang dimiliki oleh Dewan Bandaraya yang disewakan kepada penyewa. Untuk memantau dan menanyakan ataupun mengkaji selidik apa yang sebenarnya, adakah rumah ini diduduki oleh mereka ataupun disewakan. Semua penyewa yang menduduki PA ataupun PPR, mereka diberi status penyewaan secara bertempoh. Ini secara bertempoh kerana kita tidak boleh beri satu kaedah yang mana mereka duduk dalam kawasan ini dengan izin perpetual. Ini adalah satu kawasan yang kita bangunkan untuk mereka dengan izin, barangkali just for transit period we hope, dia transit, dia datang daripada setinggan, kita pindahkan dia dan daripada situ kita harap dia mendapat kehidupan yang lebih baik, mata pendapatan yang lebih tinggi.

Maka kita harap mereka dengan rela hati akan migrate daripada rumah 600 ataupun dahulu 400 kaki persegi, 500 kaki persegi untuk mereka minta daripada DBKL untuk membeli rumah-rumah yang lebih selesa dan sebagainya. Itu adalah harapan kerajaan. Akan tetapi setakat hari ini, saya minta maaf dan saya terpaksa sebutkan ini, barangkali rakyat akan tak senang dengan saya. Masalah rakyat kita ini, dia mengambil mudah. Segala-galanya dia hendak subsidi, segala-galanya dia hendak percuma, segala- galanya sorry, they want the first class service but they do not want to pay first class fee. Ini yang masalah sedang kita hadapi. Kawan sebelah saya kata mahal sangat.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Untuk Yang Berhormat daripada Titiwangsa berkenaan dengan pelan pembangunan Kampung Baru, kita sedar bahawa macam-macam masalah wujud hendak membangunkan Kampung Baru ini walaupun Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu telah pun diwujudkan. Kita telah mengadakan berbagai-bagai sesi dan sehingga hari ini, satu kaedah yang hendak diperkenalkan kepada tuan punya tanah-tanah ini juga memberi masalah.

Walaupun Technical Working Group (TWG) bersama-sama enam orang juru nilai profesional telah bersama-sama, telah mengemukakan cadangan berhubung dengan nilai tanah yang bersesuaian untuk tujuan pembangunan Kampung Baru. Masalah yang kita sedang hadapi ialah nilai tanah yang berbeza-beza dan ada yang hendak nilai yang terlalu tinggi sehingga apa yang kita hendak rancangkan barangkali akan menghadapi maslah.

Untuk makluman Yang Berhormat, pembayaran tunai khususnya bagi zon B, pembangunan komprehensif tertakluk kepada modal kewangan setelah perbincangan dengan pihak dilantik sebagai special purpose equity dimuktamadkan.

Pembangunan secara komprehensif akan mengguna pakai pendekatan transfer of development right. Ini yang kita fikirkan bersesuaian tetapi dengan SPE ini, dengan TDR yang telah saya sebut ini, kita juga sedang menghadapi berbagai-bagai kekangan kerana ada orang-orang yang tertentu di dalam seperti pepatah Melayu katalah, “Rambut sama hitam, hati lain-lain’. Sekejap begini, sekejap begitu tetapi yang pentingnya apa yang kita hendak lihat bahawa kalau kita bersama-sama bersatu untuk membangunkan kawasan Kampung Baru ini, insya-Allah kita akan dapat capai pembangunan yang lebih baik untuk pemilik-pemilik tanah di dalam kawasan Kampung Baru ini.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Jadi, ini yang sedang kita lihat dan saya sendiri akan melihat dan mula memantau apa yang patut dilakukan untuk memastikan hasrat kerajaan untuk membangunkan semula Kampung Baru ini akan tercapai.

Sehingga hari ini untuk makluman Yang Berhormat, saya masih lagi, dengan izin, sceptical, terhadap pencapaian yang ingin kita laksanakan oleh sebab, seperti yang telah saya sebutkan tadi, rambut sama hitam, hati lain-lain, hari ini cakap macam ini, esok cakap macam itu.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 6:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya setujulah. Sebenarnya hendak membangunkan Kampung Baru ini is not easy because tiap-tiap pemilik tanah ini mempunyai keutamaan ataupun prioriti yang berbeza.

Jadi saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri, saya dapat aduan daripada tuan-tuan tanah, sebaik sahaja pelan induk ini dirasmikan, dilancarkan, proses pembangunan tanah Kampung Baru ini tidak seperti sebelum. Kalau dulu, sebelum pelan induk ada tuan tanah hendak bangunkan tanah, tidak ada halangan, tapi hari ini, bila tuan tanah hendak bangunkan tanah mereka, dia ada sekatan pula iaitu kalau tak ada 30,000 kaki persegi tidak boleh bangun.

Jadi saya rasa, kalaulah sudah tidak boleh kita hendak bangunkan tanah ini, kita hendak paksa satu ribu lebih atau lima ribu lebih pewaris ini hendak bersatu setuju dengan kerajaan punya master plan, kalau sudah ada orang yang punya tanah hendak bangunkan kawasan dia daripada kelihatan seperti setinggan, hendak bangunkan dia punya pembangunan, tak ada tanah 30,000 kaki persegi tapi dia ada 10,000 kaki persegi atau 15,000 kaki persegi, kita bagilah. Kalau kita tahan pembangunan dia, maka akhirnya kawasan mereka ini akan lebih teruk daripada setinggan. Jadi kalau dulu sebelum ada Perbadanan Kampong Bharu, sebelum ada master plan ini, ada juga orang Kampung Baru perlahan-lahan dia bangunkan kawasan dia. Akan tetapi hari ini dia tak boleh, sebab saya difahamkan, kalau tak sampai 30,000 kaki persegi tak boleh buat pembangunan.

final • 6:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Jadi saya ingat kalau kita sudah tidak boleh buat, kita beri kepada orang yang boleh buat. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri boleh tengok benda ini kerana banyak pemilik tanah Kampung Baru ini, walaupun mereka tak duduk dalam kawasan tersebut, dia datang jumpa saya beritahu, “Apakah janji kerajaan hendak bangunkan Kampung Baru?” Saya cakap, “Kerajaan cuma facilitate”. Dia cakap, “Macam mana you facilitate? Sebab you sudah keluar master plan, you sudah beri GDV, you sudah beri GDC, lepas itu bila kita tanya tanah value, you tidak boleh beritahu. Lepas itu bila kita bincang dengan investor, investor cakap “What is your land value?” Tak boleh beri. Macam mana you tidak boleh beri, you sudah ada GDC?” So isu-isu macam inilah yang menyebabkan orang Kampung Baru bertambah marah. Dulu sewaktu sebelum kita ada pelan induk ini, saya ingat orang Kampung Baru tak ada bising pun. Hendak bangun, you present you punya plan, hantar DBKL, kalau sesuai, approve. Akan teapi sekarang ini oleh sebab ada pelan induk ini, jadi orang semua jadi macam marah, kerana hendak buat tak boleh, lepas itu tunggu kerajaan, tak tahu lagi formula macam mana. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri, kalau boleh, kita tengok benda ini.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Terima kasih Yang Berhormat dari Titiwangsa.

Seperti saya sebut tadilah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Pagi ini cakap macam ini, petang cakap lain. Yang kita beri pelan induk adalah satu garis panduan yang kita fikirkan untuk dibangunkan satu kawasan di dalam ibu kota. Itu satu.

Dan seperti yang telah saya bercakap dengan tuan punya tanah di Kampung Baru, saya telah beritahu kepada mereka bahawa kita akan mulakan kawasan-kawasan sebagai catalyst. Kita telah mulakan dengan satu kawasan yang dipanggil, di Jalan Raja Abdullah, di mana ada tiga buah bangunan, dan sekarang ini Quill telah pun mulai untuk baik pulih dan telah mulakan satu tempat shopping complex, dengan izin, dalam kawasan tersebut. Itu terkeluar daripada Kampung Baru. Kita harap dengan ada itu, dia akan menjadi pemangkin ataupun catalyst kepada pembangunan.

Jadi kerajaan telah mengambil satu kaedah di mana kita bangunkan semula Pasar Raja Bot. Kita juga bangunkan semula Pasar Minggu atau Pasar Pekan Ahad dulu. Ini niat kita ialah untuk menjadi pemangkin dan kita berharap ada juga pengusaha-pengusaha hartanah Melayu yang akan ke hadapan untuk menjadi pemangkin bagi membangunkan Kampung Baru.

Seperti yang telah saya sebutkan tadi, master plan tersebut adalah satu garis panduan. Kita hendak dan kita harapkan kalau boleh semua yang mempunyai tanah yang kecil ini digabungkan supaya mereka akan mendapat pulangan yang lebih baik daripada apa yang mereka ada pada hari ini.

Saya bersetuju dengan Ahli Yang Berhormat bahawa dengan kawasan ataupun saiz yang kecil, kita tidak boleh bagi plot ratio yang begitu tinggi. Apa yang kita minta mereka ‘amount demanded’ dengan izin, sampai 30,000 kaki persegi kerana kita boleh bagi mereka plot ratio of 10, dengan izin, yang kita hendak buat. Ini kerana bahawa PKB tidak pernah dan tidak akan menghalang bahkan kita hendak menggalakkan jika ada orang- orang yang ingin membangunkan. Hanya yang akan memberi satu kaedah menjadi seperti saya sebut tadi, menjadi pemangkin ataupun catalyst kepada pembangunan Kampung Baru.

Seperti yang telah saya sebut dalam pertemuan-pertemuan saya dengan kawan- kawan saya di Kampung Baru, saya pun anak Kampung Baru, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya sebutkan tadi pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Saya hendak beli semula tanah tumpah darah saya di Kampung Baru. Akan tetapi pagi harga RM500, petang harga sebanyak RM2,500 kerana dia tahu saya hendak beli. Jadi ini masalah yang sedang dihadapi PKB yang sebenarnya. Tanah hanya 16,800 kaki persegi. Imagine, kalau dia letak harga sebanyak RM2,500, maka RM42 juta, saya kata tidak payah belilah. Saya pun tidak ada duit hendak beli RM42 juta. Sebanyak RM500 pun susah hendak beli, RM2,500 macam mana hendak beli. Jadi ini masalah yang sedang dihadapi.

Akan tetapi seperti mana yang telah saya sebut tadi, bahawa walaupun master plan telah pun kita utarakan, kita telah pertontonkan kepada masyarakat Melayu tuan punya tanah di Kampung Baru dengan harapan bahawa mereka akan bersama-sama dengan perancangan yang ingin kita lakukan demi untuk kebaikan bangsa Melayu itu sendiri di Kampung Baru.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Seperti saya sebut tadi, kita tidak pernah menghalang. Hanya bila dia hendak bangunkan rumah-rumah ataupun pembangunan-pembangunan di atas saiz yang kecil seperti janji dalam PKB, kita tidak boleh bagi plot ratio yang begitu tinggi.

final • 6:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi saya ingat communication ini perlu kita beri kepada tuan-tuan tanah sebab persepsi di bawah ini menganggap bahawa kalau tidak ada 30,000 dia tidak boleh bangunkan kawasan itu. Jadi saya ingat kita kena ada buat communication dengan pemilik- pemilik tanah ini. Kalau tidak dapat 30,000, kalau dia ada 10,000 atau 15,000 dia masih boleh bangun tetapi mungkin plot ratio bukan 10. Apa yang saya hendak tekankan supaya kawasan itu tidak nampak lama-kelamaan lebih teruk daripada setinggan.

Kedua Yang Berhormat Menteri, saya rasa kita hendak kena ada dateline. Kena beritahu sebab master plan yang telah dilancarkan oleh PKB dan juga kementerian ini memang kalau dari segi konsep memang saya cukup bersetuju. Akan tetapi masalahnya, kita sahaja bersetuju tidak cukup kalau tuan tanah tidak bersetuju. Jadi kebanyakan daripada tuan tanah ini dia bersetuju untuk bangunkan tanah dia tetapi dia hendak tengok kalau master plan yang kita lancarkan ini, berapakah nilai tanah yang kita letak.

Jadi bila kita sudah letak nilai tanah, kemudian kalau katakanlah letak RM800 atau RM1,000 atau RM500, or whatever figures, kemudian kita pergi ke bawah pergi tanya mereka, “Okay, this is the price, will you agree or not?” Kalau mereka ramai-ramai tidak setuju, hendak buat apa kita simpan kita punya master plan? Kita fikir strategi lain pula.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Terima kasih.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Panjang lagi kah?

final • 6:20 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Sikit saja. Hendak habis sudah.

Terima kasih. Yang tanya Ahli-ahli Yang Berhormat daripada BN yang prihatin, yang jaga rakyat. Saya terpaksa jawab Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila, sila.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Untuk makluman Yang Berhormat, apa yang PKB hendak lakukan ialah hendak membuat satu penjualan di atas NFA, at the plot ratio, bukan di atas nilai tanah. Ini kerana kalau kita fikir nilai tanah hari ini, seperti saya sebut tadilah, ada kawasan yang kita boleh beli dengan harga RM300, macam saya sebut tadi tempat tanah tumpah darah saya di Jalan Hale dulu sekarang ini, Jalan Raja Abdullah.

Waktu pagi dia minta RM500, bila waktu kata saya hendak beli, RM2,500.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Jadi ini masalah-masalah yang sedang dihadapi seperti saya sebut tadi Ahli Yang Berhormat, kita mesti bersama-sama membuat satu kaedah ataupun membuat penerangan kepada mereka. Sebenarnya penerangan telah pun dilakukan oleh pihak PKB...

final • 6:30 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Yang Berhormat Menteri, boleh hendak mencelah sedikit? Kuala Kangsar.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Yang Berhormat Kuala Kangsar pun campur Kampung Barukah? Ada tanah di Kampung Barukah?

final • 6:30 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Bukan.

Selain daripada kita melihat sebagai jualan langsung ataupun direct buying and selling, tidak bolehkah kita memikirkan kaedah-kaedah lain? Seperti mana tuan tanah ada 10,000 kaki persegi, ditawarkan 100 ekar di tempat lain. Mungkin kerajaan negeri lain boleh berperanan – ini satu timbal balas yang lebih menguntungkan dan boleh diterima mungkin oleh penduduk Kampong Bharu. Kalau mereka ada 5,000, mereka akan dapat 50 ekar di tempat lain. Maknanya, tanah itu digabungkan dengan kerajaan negeri setelah kita diberi timbal balas oleh kerajaan negeri, sebagai contoh.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Kita ini berhadapan dengan manusia. Manusia ini mempunyai cita rasa dan juga pemikiran. Kalau mereka boleh ditawarkan semudah apa Yang Berhormat telah sebutkan tadi, kita sanggup tawarkan tetapi tidak mungkin mereka akan berkehendakkan apa yang kita kehendaki mereka laksanakan. Kita juga sedang melihat kaedah-kaedah yang lain seperti kaedah-kaedah lease, owners lease dan macam-macam kaedah yang sedang kita lihat bagaimana kita dapat laksanakan kerana tanah ini merupakan tanah rizab Melayu dan juga tanah sultanate alienation, dengan izin. Ini masalah-masalah yang sedang dihadapi yang kadangkala mereka tidak faham apabila mereka minta harga dengan begitu tinggi berbanding dengan jalan – kalau Jalan Raja Muda itu sendiri, di sebelah kiri, Kampong Bharu dan di sebelah kanan, bukan tanah Kampong Bharu, harganya sendiri telah pun berbeza. Macam juga di kawasan Mont Kiara.

Kalau di kawasan Mont Kiara, di sebelah kiri, highway, harganya berbeza dan di sebelah kanan, harganya berbeza. Ini masalah yang sedang dihadapi. Akan tetapi walau bagaimanapun untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Kangsar, saya mengucapkan terima kasih atas cadangan yang telah diberikan dan kita akan lihat bagaimana kita dapat mengatasi masalah yang telah dibangkitkan. Apa yang penting ialah apa yang kita hendak lakukan supaya tuan tanah mendapat pulangan yang maksimum. Itu yang kita hendak buat dan ini yang kita lakukan. Itu pasal saya sebutkan, kalau kita hendak jual NFA, maknanya kita menjual plot ratio yang dia dapat. Walaupun ia 10,000 kaki, 6,000 kaki campur dan sebagainya tetapi kita hendak jual mereka dengan lebih. Apabila kita kira NFA akhirnya, barangkali harga yang dia minta tadi, RM2,000 kah atau RM1,000 untuk satu kaki persegi akan tercapai. Ini yang kita hendak lakukan. Itu yang PKB sedang melihat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat semua dari Wilayah Persekutuan khususnya daripada Yang Berhormat Titiwangsa, saya juga sedang melihat cara, kaedah untuk memberikan satu cara supaya Kampong Bharu ini marketable, dengan izin. At this moment, it is not marketable.

final • 6:30 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:30 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Ia dalam mesyuarat perhubungan dia sudah tahu tetapi dia tanya, saya pun tidak tahulah.

final • 6:30 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

[Bangun]

final • 6:30 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Dia tanya, saya jawab sahajalah kerana tugas sebagai Menteri, dia wakil rakyat, dia tanya kerana dia hendak beritahu kepada rakyat, dia prihatin. Dalam mesyuarat perhubungan negeri, semua telah ditanya dan telah dijawab tetapi rakyat tidak tahu. Saya berterima kasih. Apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Setiawangsa dan juga Yang Berhormat Titiwangsa, saya ucapkan terima kasih kerana ini hendak beritahu rakyat kerana mereka bekerja, bukan mereka tidak bekerja. Mereka selalu menanyakan soalan-soalan seperti apa yang telah mereka tanyakan tadi tentang perumahan murah, tentang Kampung Baru, tentang penyewaan, tentang masalah bangsa Melayu, masalah bangsa Cina yang kurang berkemampuan, orang India yang kurang kemampuan – semua ditanyakan oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional kerana Barisan Nasional merupakan wakil rakyat yang prihatin.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Labuan bangun Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Labuan lagi yang hendak bertanya.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 6:30 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, di Labuan kita ada mempunyai banyak tanah yang dimiliki oleh pihak swasta yang berada di kawasan bandar yang mana tidak dibangunkan. Pada masa yang sama, banyak pemaju ataupun developers, dengan izin yang ingin membuat pembangunan di Labuan. Adakah patut untuk kementerian untuk membeli tanah-tanah tersebut supaya ia dapat dibuat pembangunan yang lebih terancang? Terima kasih.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Tanah ini milik persendirian ataupun milik orang-orang yang tertentu? Kita juga sedang lihat bukan hanya di Labuan tetapi juga di Kuala Lumpur yang mana tanah-tanah yang tidak dibangunkan dan tanah-tanah yang menjelikkan mata memandang. Memang kita ada satu undang-undang kaedah tanah yang mana kita boleh membuat force acquisition, dengan izin.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Kita akan menggunakan kaedah ini jika terdesak dan kita akan bertemu dengan pemilik-pemilik tanah ini dan menanyakan kepada mereka apa yang ingin mereka lakukan dan apa yang mereka bangunkan. Akan tetapi kalau dengan nasihat kita, kalau dia tidak ingin melaksanakan apa perancangan yang mereka hendak lakukan, barangkali kita akan fikirkan cara seperti yang telah saya sebutkan tadi. Insya-Allah, kita akan fikirkan apa yang telah disarankan oleh Yang Berhormat.

Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Nerus berkenaan dengan Kampung Chubadak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut draf pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 telah menzonkan kawasan Kampung Chubadak Tambahan untuk zon kediaman. Perdagangan tempatan, kemudahan pendidikan dan kawasan lapang awam berdasarkan pelan susur atur yang diluluskan pada tahun 2003. Tanah yang disebutkan itu didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan sebenarnya tidak dirampas tetapi tanah berkenaan akan dibangunkan sebagai projek perumahan rakyat (PPR) sebanyak 500 unit. Jadi ini tidak dirampas.

Untuk menjawab Ahli Yang Berhormat daripada Seputeh berkenaan dengan kepadatan tinggi di bandar raya Kuala Lumpur. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut Rancangan Fizikal Negara Ke-2, hampir enam juta tambahan penduduk bandar diunjurkan di Semenanjung Malaysia sepanjang tempoh 2010 hingga 2020. Dengan kadar perbandaran sebanyak 75% menjelang tahun 2020 atau bersamaan dengan 20.9 juta orang penduduk bandar, oleh itu dicadangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyasarkan jumlah penduduk Kuala Lumpur seramai 2.2 juta orang pada tahun 2020 adalah selaras dengan taburan penduduk negara yang dicadangkan dalam Rancangan Fizikal Negara Ke- 2.

Sasaran penduduk 2.2 juta orang di Kuala Lumpur adalah untuk mengoptimumkan penggunaan tanah dan memaksimumkan penggunaan pelaburan infrastruktur secara efisien. Kuala Lumpur juga perlu menyediakan kawasan kediaman dan kemudahan yang mencukupi bagi menampung pertambahan penduduk yang pesat dengan jumlah kawasan yang boleh dibangunkan yang terhad. Oleh itu, Kuala Lumpur perlu dibangunkan berasaskan kepada tinggi dan ia adalah selaras dengan konsep compact city yang akan menyokong penyediaan sistem pengangkutan awam seperti pelaksanaan projek-projek rangkaian MRT, BRT dan LRT.

final • 6:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:30 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Sabar Yang Berhormat. Dia akan datang, MRT, LRT, BRT. Saya sendiri telah berbincang dengan pihak SPAD supaya melihat bagaimana kawasan Seputeh, Kepong dan Segambut yang tidak ada jajaran ini termasuk kawasan Batu untuk mengadakan jajaran-jajaran MRT, LRT, BRT ataupun satu kaedah untuk memudahkan masyarakat pergi ke bandar dan balik ke bandar tanpa membawa kereta mereka.

final • 6:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Akan tetapi bila ini akan dibuat? Sekarang belanjawan untuk tahun ini pun sudah kerajaan potong, saya tidak lihat bila MRT semua ini akan diadakan.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Yang Berhormat, janganlah kerana perbelanjaan telah dipotong. Untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak tengok kita potong perbelanjaan OE, OE dipotong, DE tak dipotong. Development expenditure tak dipotong. Hanya kita sedang merancang dan melihat apa yang kita perlu untuk laksanakan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kita juga sedang melihat apa yang patut dilaksanakan untuk memberi satu kaedah penyesuaian kegunaan public transport, dengan izin. Saya sedar dan saya sendiri telah masuk dalam kawasan Yang Berhormat berkali-kali dan kita juga sedang melihat bagaimana hendak memastikan bahawa dengan izin, the flow of traffic is conducive for the rakyat, insya-Allah. Tuan Yang Di-Pertua, Kementerian Wilayah Persekutuan sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

final • 6:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Itu sahaja? Eh, ada satu yang saya tanya tentang itu lapan blok yang apa itu, kondominium untuk pegawai kerajaan di Bukit Jalil itu.

Lapan blok, 2,000 unit yang dikatakan akan dijual pada RM150,000 satu unit. Kalau lapan blok, saya duduk di kondominium, saya tahu keadaan. 2,000 unit, kalau semua pegawai kerajaan, sekurang-kurangnya 4,000 kereta keluar masuk pada waktu yang agak sama, macam mana dengan keadaan Bukit Jalil sekarang? Yang Berhormat Menteri bila kalau ada pertandingan bola sepak di Stadium Bukit Jalil ataupun kalau ada mana-mana film star atau singer yang datang, ada konsert seluruh tempat itu terutama sekarang ini telah pun sesak, begitu sesak dan ia bad flow kepada KESAS Highway, Sri Petaling dan sebagainya.

Jadi saya hanya hendak minta mungkin kementerian boleh mengkaji semula dengan kelulusan 2,000 unit untuk satu kondo lapan blok itu. Bila saya dibentangkan dengan yang projek ini, saya pun rasa macam mana keadaan di sana bila projek ini diluluskan. Jadi, mintalah...

final • 6:40 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Terima kasih, Terima kasih pandangan Yang Berhormat. Pembangunan PP1AM ini ialah untuk dibangunkan untuk penjawat awam untuk Kuala Lumpur. Mereka tidak berkemampuan untuk beli rumah yang begitu tinggi. Kondominium seperti Yang Berhormat beli, barangkali RM400,000, RM500,000 dan RM300,000 dalam kawasan Yang Berhormat yang berdekatan. Bila kita bangunkan PP1AM ini di Bukit Jalil, kita juga telah membuat traffic impact study. Kita akan pastikan Traffic Impact Assessment (TIA) ini akan memastikan bahawa kaedah-kaedah untuk memastikan bahawa susur keluar dan sebagainya akan diatasi.

Akan tetapi seperti mana yang telah saya sebut kepada Yang Berhormat tadi, Yang Berhormat sebut tadi, sebut berkenaan dengan di Stadium Bukit Jalil. Sebenarnya ada LRT. Saya minta bantu Yang Berhormatlah, beritahu kepada rakyat gunakanlah.

Gunakan the public transport. Everyone of us, dengan izin, hendak bawa kereta kalau boleh kereta itu naik ke kondominium ke atas pun, dia nak bawa naik ke atas. It’s the mentality. Jadi, we got to teach, Ahli-ahli Yang Berhormat dalam kawasan Seputeh, saya sarankan kalau Yang Berhormat sendiri bawa kereta atau lihat kiri kanan kita, macam-macam kaedah telah kita perkenalkan. Di mana kita dapat lihat satu kereta, satu orang.

Padahal kita sediakan Rapid system, kita sediakan LRT, kita sediakan monorel, ini dan kita harap memang saya sedar bahawa ada juga jajaran-jajaran ini masih lagi terputus dan bila MRT siap dan bila sistem pengangkutan bas Rapid ini dapat dilaksanakan, saya hanya boleh berdoa atau boleh mengharapkan bahawa rakyat akan menggunakan this public transport untuk memastikan bahawa traffic congestion tidak wujud di Kuala Lumpur.

Kita juga sedang juga memikirkan barangkali pada masa akan datang, kita akan kenakan bayaran yang tertentu untuk masuk ke dalam CBD area. Ini pun sedang dalam perancangan, masih lagi difikirkan, tetapi ini belum lagi dapat dilaksanakan oleh sebab waktu ini kalau kita laksanakan, dengan izin, it’s not being fair because there is still some part of the public transport system is not connected. So we are trying to solve that problem first, then only kita akan sesuaikan apa-apa yang telah saya sebut tadi.

Dan untuk makluman Yang Berhormat, saya sedar bahawa Yang Berhormat telah sebut rumah barangkali kepadatan dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun dia lapan blok kah, enam blok kah, 10 blok kah, perancangan DBKL ataupun bahagian Jabatan Perancangan DBKL tahu dan bila kita hendak benarkan kelulusan pembangunan, kita akan lihat seperti apa yang telah saya sebutkan tadi, the TIA, dia punya kawasan space dan juga segala keperluan-keperluan ataupun undang-undang yang telah kita tetapkan di dalam sesebuah perancangan pembangunan.

final • 6:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri. 2,000 unit yang dalam satu kondominium, kalau ada apa-apa kemalangan misalnya kebakaran berlaku, ini susah. Saya juga pernah lihat di banyak PPR, rumah pangsa PPR, yang mana selalu ia disewa kepada pendatang asing. Jadi bagi saya kalau hendak pegawai kerajaan kita ini pergi duduk dalam satu kondominium yang begitu padat dan penuh dengan orang, penuh dengan kereta, dan semua keluar pada waktu yang sama pada waktu pagi, balik pada waktu yang sama, saya rasa ia adalah keadaan yang begitu menyeksakan bagi mereka.

final • 6:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jadi saya sudah lihat banyak yang PPR ini tidak berjayalah, itu sebab saya hendak nasihat Yang Berhormat Menteri, mungkin boleh kaji semula. Turunkan kepadatan itu.

Kalau 1,000 pun sudah cukup horrible kita kata, bagi sesiapa yang duduk dalam kondominium seperti itu. Ada lif rosak dan sebagainya. Saya telah pun menjangka mungkin ada banyak masalah akan berlaku dan susah bagi COB untuk menangani semua masalah dalam satu kondominum yang mempunyai 2,000 unit itu. Saya hanya hendak minta Yang Berhormat Menteri mengkaji semula tentang itu.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat. Seperti yang telah saya sebutkan tadi, sebelum kita beri kelulusan kepada pembangunan rumah-rumah, dia akan kita pastikan mengikut segala undang-undang yang telah kita tetapkan. The green area, dengan izin, the Traffic Impact Assessment, semua ini telah kita pastikan. Yang Berhormat hanya melihat barangkali secara fizikal ataupun secara pemandangan mata, yang sebenarnya Yang Berhormat tidak sedar barangkali kita ada minta kawasan ini dibangunkan satu designated jalan untuk masuk dan sebagainya.

Begitu juga dengan kawasan-kawasan letak kereta, kita juga sedang fikirkan khususannya di kawasan-kawasan CBD. Banyak ibu kota ataupun kota-kota raya lain seperti di Melbourne, Sydney, negara-negara Eropah di mana dia tidak benarkan bangun car park. Malahan kalau pemaju hendak bangun car park, dia terpaksa bayar kepada local authority, because dia tidak mahu kereta masuk dalam bandar-bandar. Ini yang juga sedang kita lihat apa yang kita hendak lakukan, apa yang patut kita lakukan untuk memberi satu kaedah supaya selepas jajaran public transport dengan izin telah selesai, barangkali kita akan fikirkan apa yang terbaik untuk kita ketengahkan kepada rakyat.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, pembangunan yang kita bangunkan di Bukit Jalil ini, kalau kita lihat pembangunan-pembangunan yang lain yang ada di Bukit Jalil, harganya terlalu tinggi. Barangkali saya takut ada developer telah bertemu dengan Ahli Yang Berhormat, yang telah sebut dengan Yang Berhormat supaya jangan projek ini dapat dilaksanakan. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, harga yang kita jual kepada penjawat awam, 1,000 kaki persegi – RM150,000. 1,200 kaki persegi, dengan harga RM180,000 tak silap saya, sorry, minta maaf kalau silap, dan untuk 1,500 kaki persegi, bawah daripada RM300,000. Jadi yang pemaju-pemaju lain yang membangun dalam kawasan tersebut juga telah terasa terdesak.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Selain daripada itu, ada juga satu lagi pembangunan telah kita luluskan untuk bangun rumah RM300,000. Rumah rakyat, rumah mampu dimiliki. Jadi, mereka sudah mulai rasa terdesak, barangkali mereka telah bertemu dengan Yang Berhormat, Yang Berhormat telah menyuarakan. Akan tetapi percayalah apa yang kita hendak lakukan adalah untuk memberi keselesaan. Percayalah apa Yang Berhormat telah sebutkan tadi kita akan ambil kira dan kita akan lihat bagaimana kita dapat mengatasi masalah-masalah Yang Berhormat telah sebut.

Begitu juga dalam kawasan Yang Berhormat. Saya hendak beritahu di sini untuk makluman Yang Berhormat, segala pembangunan Yang Berhormat tidak setujui, khususnya di kawasan-kawasan yang padat dan sebagainya, kita telah minta supaya pemaju-pemaju ini kerana mereka tuan punya tanah. Harga tanah meningkat tinggi. Jika Yang Berhormat tidak mahu pembangunan, saya kata, minta pandangan daripada Yang Berhormat Seputeh untuk beritahu, kalau dia setuju, kita boleh pertimbangkan. Kalau Yang Berhormat Seputeh tidak setuju, saya tidak akan mempertimbangkan. Itu yang sedang saya lakukan.

Begitu juga dengan wakil-wakil rakyat saya yang lain, di kawasan-kawasan yang lain juga kita minta kaedah sedemikian rupa. Khususnya di kawasan-kawasan yang terlalu padat dan terlalu memberi cabaran. Khususnya untuk pemandu ataupun pengguna jalan raya. Okey. Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Titiwangsa bangun lagi Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Saya sudah tutup sudah ini.

final • 6:50 PM

Datuk Johari Bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Sorry, sorry. Yang Berhormat Menteri, saya hendak Yang Berhormat Menteri. Di satu projek yang dibangunkan di Kampung Pandan, saya difahamkan ramai penduduk di Kampung Pandan minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri tengok projek ini. Oleh kerana projek ini dibangunkan 2,620 unit dengan harga RM300,000. Kemudian Yang Berhormat Menteri juga telah menyuruh developer bangunkan 300 unit dengan harga RM42,000. Maknanya, 2,620 unit dengan RM300,000 dan 300 unit dengan RM42,000.

Apa yang penduduk di situ minta kepada saya, sebab saya pun tidak tahu ianya semua RM300,000. Jadi, kalau macam itu punya unit banyak, kalau boleh minta kepada developer pertimbangkan. Kita ambillah setengah daripada 2,620 itu RM300,000 dan sebahagian daripada itu kita follow kerajaan punya harga tadi. Oleh sebab tanah ini adalah tanah DBKL. Jadi, saya ingat kalau boleh Yang Berhormat Menteri tengok perkara ini sebab saya dikunjungi oleh ramai pembeli yang berstatus bumiputera ini, mereka tidak mampu beli RM300,000.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Ya, sebenarnya saya telah berbincang dengan pihak pemaju kaedah yang sebaik mungkin untuk pembangunan di kawasan Kampung Pandan ini. Sebenarnya pemaju juga, saya takut pemaju ini juga akan mengalami kerugian. Ini kerana satu, saya minta dia bangun untuk jualkan kepada setinggan yang lama kepada kawan-kawan kita yang berbangsa India sebanyak RM42,000.

Kedua, dia hendak bangunkan rumah yang lebih tinggi daripada RM300,000, saya tidak benarkan. Saya kata limitnya RM300,000. Bila kita beri kelulusan seperti yang saya jawab kepada Yang Berhormat Seputeh tadi, kita telah membuat kajian-kajian dan juga melihat terhadap undang-undang yang telah ditetapkan oleh Dewan Bandaraya untuk dibangunkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar tanah yang kita jual kepada dia terlalu tinggi. Itu adalah satu masalah lagi yang telah bangkit. Walau bagaimanapun, percayalah saya akan cuba bercakap dengan mereka. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, daripada 2,000 lebih unit yang telah dibangunkan ini, saya telah dapat maklum balas daripada RUMAWIP ataupun yang dipantau oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, lebih daripada dua pertiga telah pun dijual. Dua pertiga telah pun dijual.

final • 6:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Menyampuk] Belum bina sudah jual?

final • 6:50 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Which one you are talking about?

final • 6:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Menyampuk] .

final • 6:50 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

No, no. Dia telah mulai bangun dan telah pun mulai dijual. Dijual pun dua pertiga daripada unit telah pun dijual. Walau bagaimanapun, saya akan cuba berbincang dengan pihak pemaju untuk menanyakan, bolehkah mereka lagi memikirkan bagaimana hendak mengurangkan harga.

Saya juga minta kalau boleh pihak Yang Berhormat juga, Pengerusi UDA, macam di Pekan Ahad. Kalau kita bangunkan dulu, kita hendak jual harga RM300,000. Akan tetapi bila UDA bangun, UDA hendak jualkan RM400,000. But, kerana kita sedar, kita tahu dengan harga pembelian tanah kita jual kepada Yang Berhormat, dengan masalah cavity yang berada di bawah tanah, cerucuk yang patut dilakukan, jadi Yang Berhormat tidak boleh jual dengan harga kurang daripada RM400,000. Itu kita sedar.

final • 6:50 PM

Datuk Johari Bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, fasal yang Kampung Pandan itu saya nampak tanah itu sebenarnya 12 ekar. Jadi, kalau betul kita tidak beri pada swasta pun, at least kalau kita tengok benda itu semula.

Oleh sebab itu tanah-tanah DBKL. Macam di Kampung Baru ini sebenarnya kalau Yang Berhormat tahu konsepnya ialah tanah kita beli RM48 million kepada DBKL ini kerana kita hendak gunakan itu sebagai catalyst kepada pembangunan Kampung Baru supaya tanah- tanah Kampung Baru yang sekitar itu juga akan turut naik harga.

Akan tetapi tanah yang di Kampung Pandan itu apabila 2,620 unit, apabila orang tanya saya, tidakkan saya semua 2,620 unit RM300,000. Yang itu saya tidak boleh jawab.

Saya ingat cuma 700,000 unit sahaja. Baru sahaja ini saya dapat tahu mereka beritahu saya 2,620 unit RM300,000. Jadi, bila mereka hendak pergi beli, RM30,000 hendak bayar deposit tidak boleh bayar, kemudian banyak orang luar datang beli kawasan tersebut.

final • 6:50 PM

Datuk Johari Bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Jadi, itu yang saya rasa saya hendak beritahu Yang Berhormat Menteri. Takut Yang Berhormat Menteri tidak perasan benda ini. Oleh sebab kalau Yang Berhormat Menteri boleh buat di kawasan Bukit Jalil RM110,000 dan RM150,000, saya tidak nampak kenapa kawasan itu tidak boleh buat. Itu saya ingat kalau belum terlewat lagi, saya boleh beritahu Yang Berhormat Menteri, kalau katakan kawasan itu kalau masih belum terlewat, saya ingat UDA pun boleh bangunkan untuk RM150,000.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Yang Berhormat, RM150,000 itu pun ialah untuk rumah penjawat awam. Di Bukit Jalil itu kita akan jual kepada penjawat awam sahaja. Orang luar tidak boleh beli. Oleh sebab itulah harga sedemikian rupa. Itu pun saya telah mengambil satu kaedah di mana kita telah bincang dengan pihak pemaju seperti apa yang selalu dilakukan untuk PP1M ini, kerajaan akan sum facilitation grant.

Akan tetapi untuk kawasan Bukit Jalil ini, apa yang diberi kepada penjawat awam di Putrajaya tidak diberi kepada pemaju seperti apa yang telah dimajukan di Putrajaya. Jadi, macam-macam kekangan yang kita hadapi Yang Berhormat. Akan tetapi percayalah, tanah yang kita jual ini pun saya tidak tahu berapa kerana saya tidak ada dia punya harga.

Barangkali saya akan beritahu kepada Yang Berhormat pada masa akan datang, bahawa harga yang kita jual pun harga market price, dengan harga paling tinggi. Selain daripada itu, dia juga terpaksa diarahkan untuk membangun rumah yang pasti akan mengalami kerugian 42,500 seunit, satu rumah. Sekurang-kurangnya Yang Berhormat sendiri seorang developer, Yang Berhormat sendiri tahu berapa yang dia akan rugi satu unit. Dengan RM300,000 itu pun saya tidak pasti, saya takut developer ini pun akhirnya akan lari. Oleh kerana dia tidak boleh jual lebih daripada RM300,000. Malahan kita minta dia jual kurang daripada RM300,000. Maksimum siling is RM300,000.

Kita dapat lihat dan saya sedar apa Yang Berhormat telah sebut. Untuk makluman Yang Berhormat, kita telah pun tanda tangan dengan pihak pemaju. Saya akan bincang dengan pihak pemaju ini bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah yang telah dibangkitkan Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat hendak, kita juga boleh buat satu kaedah di mana kita hanya boleh jual kepada orang-orang yang duduk di kawasan tersebut ataupun satu kaedah yang saya lakukan dalam kawasan Parlimen saya. Saya tidak mahu reveal di sinilah. When I see you, I will talk to you, dengan izin.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Petani. Hendak beri Yang Berhormat?

final • 6:50 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Okeylah, kawan saya.

final • 6:50 PM

Dato’ Johari Bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini bukan cerita rumah, cerita sampah.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Oh, sampah.

final • 6:50 PM

Dato’ Johari Bin Abdul - Sungai Petani

Rumah itu okeylah. Ini, kita bandar raya ini terkenal di seluruh antara dunia. Orang datang berduyun-duyun tengok Twin Tower kita dan sebagainya. Sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa baru-baru ini Alam Flora keluarkan notis kepada kebanyakan rumah-rumah di Wilayah Persekutuan, Alam Flora hanya akan kutip sampah dua kali sahaja seminggu.

Ini, ini sampah basah ini. Ini kepala ikan – Yang Berhormat Jerlun, kepala ikan ada, perut lembu ada, ayam semua. Yang Berhormat Menteri, kalau dua kali seminggu pasti berulat. Jadi, kadang-kadang saya duduk sebelah jiran saya itu orang Egypt. Dia kata di Egypt, mereka kata mereka kutip sehari dua kali.

final • 6:50 PM

Dato’ Johari Bin Abdul - Sungai Petani

Saya hendak sebut seminggu dua kali pun saya malu. Akan tetapi ceritanya Yang Berhormat Menteri, dua kali seminggu memang tidak masuk akal. Tidak masuk akal sebab kalau rubbish domestic ini kalau kita simpan more than 48 hours, dia tentu busuk. Tambah pula orang Asia ini dia makan macam-macam, ikan keringlah, budu, belacan. Macam- macam dia makan. Kepala ikanlah. Selepas itu kalau dua hari, Yang Berhormat Menteri, saya ingat kena review baliklah. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya, untuk masalah rubbish dan Alam Flora ini saya minta Yang Berhormat tanya kepada KPKT. Itu tidak ada kena mengena dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jadi Yang Berhormat kena tanya dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

final • 7:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak yang mereka kutip dua kali seminggu itu?

final • 7:00 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Kita tahu dan kita juga berbincang dengan pihak KPKT. Kadangkala...

final • 7:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri kata apa? Yang Berhormat Menteri kata apa?

final • 7:00 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Kadangkala kita berbincang dengan pihak KPKT di peringkat pegawai. Kita juga kadangkala bila masalah terdesak kerana kita tidak ada satu kuasa di mana kita boleh mengimplementasikan untuk mereka mengutip dengan lebih kerap lagi. Ini adalah apa yang dikehendaki oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bukan kena mengena dengan DBKL.

final • 7:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Ini yang saya sebut. Kementerian Wilayah Persekutuan buat kerja bagus. Orang seluruh dunia suka bandar raya kita. Akan tetapi bila bab sampah ini, kementerian lain yang buat rosak, Yang Berhormat Menteri juga yang nampak hendak rosak. Nampak leceh.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Yang Berhormat, jangan salahkan KPKT. Saya hendak beritahu bahawa ini semua dilaksanakan oleh Alam Flora. Kontrak yang telah diberi oleh KPKT ataupun Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal yang telah beri kepada Alam Flora. Kita selalu membuat complaint dengan izin, kepada pihak-pihak ini untuk memastikan bahawa keresahan, kegelisahan rakyat akan disampaikan kepada mereka. Terima kasih atas apa Yang Berhormat telah sebut dan kita akan beritahu Yang Berhormat...

final • 7:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seputeh, cukuplah Yang Berhormat Seputeh. Hendak habis sudah.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

...Bahawa kita akan maklumkan kepada pihak Alam Flora.

final • 7:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Cadangan, cadangan.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Saya hendak tahu kawasan mana Yang Berhormat? Kawasan mana, Yang Berhormat?

final • 7:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Twin Tower bukan?

final • 7:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Taman Melati belakang TAR College.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Taman Melati belakang TAR College. Okey, insya-Allah.

final • 7:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

…Tempat foreigner banyak itu.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Okey, insya-Allah. Saya akan beritahu kepada pihak yang berkenaan untuk melihat dan memberi satu perkhidmatan yang baik. Setakat hari ini...

final • 7:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri terus tulis itu. Saya tengok. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Terima kasih.

final • 7:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Sudah mahu habislah.

final • 7:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

No, no! Berkenaan dengan masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani itu. Yang Berhormat Menteri sekarang tahu kebijaksanaan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang enggan serah kutipan sampah itu kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Yang Berhormat, Selangor lebih teruk.

final • 7:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jadi mungkin DBKL mahu kaji semula tentang sistem ini. Tidak bagus.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

This is not fair. No, no, no. Yang Berhormat tidak – you are not being fair. Selangor lebih teruk dari Kuala Lumpur untuk makluman Yang Berhormat. Lebih teruk daripada keadaan yang telah dibangkitkan oleh kawan saya tadi. Seminggu sekali barangkali tidak dikutip pun. Kadangkala kontraktor pun tidak bayar duit. Kita harap bahawa Selangor berilah kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal untuk menguruskan masalah sampah ini. Please lah. Terima kasihlah Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua…

final • 7:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya rasa PBT hanya tidak ada hak untuk menguruskan kutipan sampah.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah Persekutuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Segala teguran, pandangan dan cadangan yang membina daripada Ahli-ahli Yang Berhormat semua amatlah kami hargai dan kami akan manfaatkan untuk kepentingan bersama. Sekian, terima kasih.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

final • 7:00 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah memberikan perhatian khususnya terhadap perkembangan sektor pertanian negara sepanjang perbahasan ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada kali ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 20 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam membahaskan pelbagai isu yang menyentuh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Terima kasih sekali lagi diucapkan. Sesungguhnya kementerian ini menghargai segala pandangan, teguran dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut.

Yang Berhormat Jerantut telah membangkitkan isu pemulihan paya terbiar dan kawasan baru di luar jelapang padi. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini kementerian tidak bercadang untuk membangunkan keseluruhan kawasan paya terbiar sebagai kawasan tanaman padi. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada kesesuaian- kesesuaian tersebut. Berkenaan dengan peruntukan Skim Pembelian Jentera dan Skim Padanan untuk pembelian jentera bagi tahun 2015, sejumlah RM500,000 telah diluluskan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk Skim Pembelian Jentera Kecil kepada petani manakala sebanyak RM300,000 telah diluluskan bagi tahun 2014. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 67% pemberian peruntukan oleh kerajaan.

Pelaksanaan program ini dilaksanakan secara geran padanan ataupun matching- grant dengan nisbah 50:50 di mana 50 dibiayai oleh kerajaan manakala 50% lagi dibiayai oleh petani. Ini menunjukkan bahawa peruntukan skim padanan ini tidaklah dikurangkan bahkan bertambah demi kepentingan petani. Walau bagaimanapun, kita amat memahami bahawa peruntukan ini masih terlalu kecil. Dengan itu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam cadangan bajet Rancangan Malaysia Kesebelas telah pun memohon sebanyak RM22 juta dan kita mengharapkan kelulusan.

Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kuala Terengganu dan Yang Berhormat Kubang Pasu telah membangkitkan isu pencerobohan nelayan asing. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan Akta Perikanan 1985 di mana ia tidak membenarkan vessel penangkapan ikan asing menangkap ikan di perairan Malaysia. Saya juga ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa pada tahun 2004 telah pun diwujudkan Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang mana di bawah akta ini, autoriti yang mengawal laut telah pun diserahkan kepada APMM iaitu single authority. Walau bagaimanapun, jabatan-jabatan lain termasuklah Jabatan Perikanan membantu APMM di dalam menjalankan tugas mereka. Pada tahun 2006, akta ini telah pun mula dilaksanakan.

final • 7:04 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

(APMM) telah menangkap sejumlah 390 vessel perikanan asing yang menceroboh di perairan negara. Vessel asing tersebut terdiri daripada nelayan daripada negara Thailand, Vietnam, Indonesia dan Brunei. Saya beri pecahan di bawah APMM untuk pengetahuan

final • 7:04 PM

Yang Berhormat di bawah APMM terdapat

TAHUNBILANGAN TANGKAPAN
2010104
201169
201259
201362
201474

Lain-lain adalah di bawah jabatan-jabatan lain yang membantu termasuklah Jabatan Perikanan, PDRM dan sebagainya.

Pada tahun 2011, Jabatan Perikanan telah menjalankan program pemutihan terhadap vessel laut dalam. Sehingga kini, sejumlah 379 buah vessel telah dibatalkan lesen vessel mereka dan peralatan menangkap ikan kerana tidak mematuhi dasar dan prosedur pelesenan jabatan atau melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Saya juga ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya tentang soalan ini bahawa dasar baru kementerian, pajakan sepenuhnya kepada nelayan Vietnam tidak dibenarkan. Kita akan membatalkan lesen mereka jika kita tahu mereka memajak sepenuhnya kepada nelayan Vietnam. Seperti kita tahu, banyak nelayan kita menggunakan lesen tempatan tetapi akhirnya memajak kepada nelayan Vietnam.

final • 7:04 PM

Yang Berhormat di bawah APMM terdapat

Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga hari ini apabila dasar ini diperkenalkan, sebanyak 127 lesen pemajak yang memajakkan kepada Vietnam ini telah pun dibatalkan.

Jabatan Perikanan juga sedang dalam proses memperkasakan program pemantauan dan pengawasan dalam zon ‘A’ melalui peningkatan keupayaan anggota dan bot-bot peronda dengan kuasa kuda yang lebih tinggi. Saya ingin juga memaklumkan kepada Yang Berhormat, seperti kita tahu, APMM mempunyai tanggungjawab yang amat besar. Bukan sahaja mengawal nelayan tetapi mengawal perkara-perkara yang lebih besar seperti ancaman keselamatan negara dan sebagainya. Jadi saya hendak memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa pihak Kementerian Pertanian sedang membuat Kertas Kabinet untuk mencadangkan kepada Kabinet supaya di kawasan zon A diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk mengawal perkara-perkara yang melibatkan pencerobohan dan juga hal ehwal yang berkaitan dengan nelayan.

Yang Berhormat Kuala Nerus telah menyentuh isu pendapatan nelayan Pantai Timur di negeri Terengganu. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan pendapatan masyarakat nelayan.

Di antara program yang dilaksanakan di negeri Terengganu ialah, pertama, Skim Dana Nelayan iaitu pinjaman untuk membeli peralatan seperti sampan, pukat dan lain-lain.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta yang telah diluluskan sehingga tahun 2014 yang mana seramai 33 orang dan empat pertubuhan nelayan kawasan telah pun menerima skim ini.

Kedua, elaun sara hidup nelayan sebanyak RM200 seorang. Hampir 4,000 orang setiap bulan dengan melibatkan peruntukan hampir RM9.6 juta setahun menerima elaun sara hidup. Seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu membentangkan Bajet 2015, nelayan ini akan mendapat tambahan kepada elaun sara hidup iaitu sebanyak RM300 untuk zon A iaitu naik RM100 daripada RM200 sebelumnya.

final • 7:10 PM

Yang Berhormat di bawah APMM terdapat

Begitu juga dengan yang ketiga, Bantuan AZAM Tani. Dari tahun 2010 hingga tahun 2014, seramai 1,150 peserta terlibat dengan peruntukan sebanyak RM11.5 juta.

Dengan Program AZAM Tani ini, kita sudah mampu untuk mengeluarkan nelayan yang berada di bawah garis kemiskinan untuk keluar daripada garis kemiskinan iaitu daripada pendapatan mereka sebanyak RM300, kita tambahkan menjadi lebih daripada RM760 iaitu keluar daripada paras kemiskinan. Daripada 1,150 peserta tersebut, 43% telah berjaya kita keluarkan daripada paras kemiskinan.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Terengganu bangun.

final • 7:10 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya habiskan yang nombor empat dahulu.

Keempat, bantuan projek khas perumahan nelayan iaitu baik pulih rumah bermula dari tahun 2012. Jumlah nelayan yang terlibat ialah seramai 1,415 orang melibatkan peruntukan RM12.8 juta. Silakan.

final • 7:10 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Kita mengakui bahawa banyak undang-undang yang telah wujud untuk mengendalikan masalah perikanan di laut Malaysia. Akan tetapi yang menjadi masalah utama ialah dari segi penguatkuasaan di mana antara jabatan-jabatan berkenaan, Jabatan Perikanan, PDRM dan Jabatan Laut, masih lagi tidak mempunyai koordinasi yang sepatutnya setelah begitu lama mereka wujud dan ada berbagai-bagai jawatankuasa yang berkenaan. Ini telah menimbulkan banyak kompelin dan juga masalah yang telah diutarakan oleh nelayan-nelayan.

Satu daripadanya adalah tentang penglibatan bot kargo. Lesen dikeluarkan di bawah bot kargo tetapi bekerjasama atau bersubahat dengan bot-bot nelayan untuk membawa peralatan-peralatan yang tidak dibenarkan seperti pukat tunda dan sebagainya di mana mereka melakukan rendezvous dengan izin, di tengah laut dan masalah ini masih berterusan. Sehingga hari ini masih tidak ada kesudahan bagaimana komplot ini boleh diatasi walaupun banyak kompelin telah diutarakan tentang penglibatan bot kargo yang tidak sepatutnya membawa peralatan-peralatan tersebut.

Ketiga adalah tentang apa yang Yang Berhormat sebutkan tadi tentang bot-bot Vietnam. Kita masih lagi mendapati banyak bot ini singgah di Pantai Timur. Bukan itu sahaja, pergerakan anak-anak kapal warga Vietnam begitu bebas di pelabuhan-pelabuhan Terengganu dan Pantai Timur lain dengan tiada kawalan langsung– pasport, imigresen atau apa-apa dokumen perjalanan. Inilah yang menjadi rintihan atau desakan daripada pihak nelayan Pantai Timur untuk menguatkuasakan undang-undang yang ada. Kita tidak menyoal tentang cukup atau tidak undang-undang, tetapi kuat kuasa undang-undang ini masih dipersoalkan dan begitu lama berterusan tanpa nampak satu solusi yang efektif.

Sekian, terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga memahami apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Misalnya mengenai kapal kargo tadi, memang kita dapat tahu, kita dapat laporan yang ada di antara kapal kargo itu juga menjalankan kerja-kerja penangkapan ikan, penundaan dan sebagainya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kargo ini lesennya adalah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan dan kita sentiasa bekerjasama, apabila mendapat laporan, memaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan supaya tindakan membatalkan lesen mereka dapat dilaksanakan.

Begitu juga dengan kehadiran nelayan Vietnam dan sebagainya yang dikatakan berada di darat dan sebagainya. Ini juga merupakan kuasa di bawah kementerian lain iaitu di bawah Jabatan Imigresen. Insya-Allah, saya bersetuju supaya koordinasi akan patut diperkuatkan. Kita akan mengadakan perbincangan, pegawai kita sentiasa mengadakan perbincangan dengan jabatan-jabatan lain dari segi penguatkuasaan tersebut. Insya-Allah, kita akan lakukan yang terbaik.

Yang Berhormat Jerlun telah pun menyentuh beberapa isu di bawah sektor pertanian iaitu isu pakar-pakar di dalam bidang pertanian. Untuk makluman Yang Berhormat, pegawai penyelidik dari MARDI yang terlibat dalam kajian tanaman padi mempunyai kepakaran khusus mengikut bidang major masing-masing. Seramai 12 orang dalam bidang major perlindungan tanaman, 12 orang dalam bidang major pembiakbakaan dan genetik, dan 17 orang dalam bidang major pengeluaran tanaman.

final • 7:10 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Di samping itu, mereka turut terlibat untuk membantu menentukan penyelesaian masalah berkaitan tanaman padi di lapangan apabila diperlukan. Pegawai penyelidik dibangunkan dan dilatih untuk menjadi pakar dalam bidang tanaman padi dilaksanakan secara berterusan melalui program lanjut belajar ke peringkat sarjana dan PhD serta kolaborasi penyelidikan dengan institut penyelidikan seperti Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa.

Bilangan pegawai penyelidik dalam bidang padi yang berkelayakan PhD ialah seramai enam orang dan sarjana sejumlah 22 orang. Pemantauan berkala sentiasa dijalankan oleh pakar-pakar entomologist dan pathologist dari MARDI bagi setiap musim di petak penyelidikan MARDI di kawasan MARDI dan juga stesen Seberang Perai. MARDI juga aktif memberi khidmat nasihat melalui ceramah dan taklimat di kawasan yang terlibat.

Selain itu, Jabatan Pertanian juga mempunyai pakar-pakar dalam bidang entomologi, patologi tumbuhan dan agronomi. Terdapat banyak faktor yang menyumbang dalam masalah serangan perosak yang berlaku setiap musim. Pengurusan masalah ini bukan hanya bergantung kepada berapa ramai entomologist, tetapi perlu diambil langkah yang bersepadu sama ada di peringkat agensi terlibat ataupun di kalangan petani bagi menangani semua faktor berkaitan yang menjadi punca masalah.

Yang Berhormat Jerlun dan Yang Berhormat Kangar telah menyentuh isu penyelidikan terhadap penyakit tanaman padi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MARDI sentiasa menjalankan penyelidikan membangunkan variety yang rintang penyakit utama seperti karah, hawar seludang, hawar daun, hawar daun bakteria dan penyakit merah virus.

final • 7:10 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Contoh varieti yang telah dihasilkan ialah MR 219, MR 220, MR 232, MR 253, MR 263 dan MR 269. Pembangunan varieti baru akan dilaksanakan secara berterusan. Benih asas padi bagi varieti tersebut dijamin kualiti, dihasilkan melalui prosedur MS ISO. Kajian yang dilaksanakan turut merangkumi bidang pengurusan penanaman padi iaitu:

(i) pembangunan amalan ekonomi yang dapat mencegah dan mengawal penyakit;

(ii) kajian penggunaan ejen kawalan biologi antagonistik untuk mengawal penyakit;

(iii) kawalan serangga perosak dan penyakit padi secara bersepadu merangkumi pengurusan secara Amalan Pertanian Baik atau amalan kultura, kawalan biologi dan kawalan secara kimia; dan

(iv) membangunkan teknologi early warning system untuk kawalan penyakit.

Para petani juga adalah digalakkan untuk mengamalkan Amalan Pertanian Baik ataupun GAP yang berkonsepkan mesra alam sekitar, menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Dalam pada itu, pengurusan perosak bersepadu merupakan elemen penting dalam GAP. Program ini menerapkan pendekatan pengurusan perosak secara bersepadu kepada petani sebagai alternatif dalam penggunaan kawalan racun secara berjadual.

Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Sabak Bernam telah membangkitkan isu kecukupan bekalan makanan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan telah mengambil beberapa langkah dan tindakan untuk memastikan kecukupan bekalan makanan. Dasar Agromakanan Negara yang digubal bagi tempoh 2011 hingga 2020 bertujuan memastikan bekalan makanan khususnya makanan asas penduduk Malaysia seperti beras bukan sahaja mencukupi tetapi selamat dan mampu diperoleh oleh rakyat.

Dasar ini merangkumi langkah jangka masa pendek dan langkah jangka masa sederhana yang melibatkan pelaksanaan sehingga tahun 2020. Kerajaan juga telah menambah insentif kepada pengusaha-pengusaha pertanian bagi menampung sebahagian daripada peningkatan kos yang dihadapi dan meningkatkan pengeluaran serta produktiviti sayur-sayuran, buah-buahan, daging lembu, kambing serta akuakultur melalui program seperti tanaman kekal pengeluaran makanan dan juga zon industri akuakultur.

final • 7:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Program tanaman semula buah-buahan misalnya, telah diperkenalkan bagi menggalakkan pengeluaran buah-buahan tempatan, Program Jom Bertani diperkenalkan bagi meningkatkan pengeluaran sayur dan sebagainya. Pembukaan empat jelapang padi baru juga iaitu di Pekan dan Rompin, Pahang dan Batang Lupar untuk meningkatkan pengeluaran padi negara. Kita mempunyai sasaran, Yang Berhormat. Kita mempunyai sasaran untuk meningkatkan SSL di dalam negara kita.

final • 7:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

[Bangun]

final • 7:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Sekejap Yang Berhormat. Misalnya padi. Kita menyasarkan keluaran padi untuk SSL sepenuhnya pada tahun 2020. Bagi pengeluaran daging, pada hari ini, kita masih di peringkat 30% dengan mengimport sebanyak 70%.

Sasaran kita adalah pada tahun 2020, SSL sebanyak 50% import, 50% keluaran dalam negara.

Untuk memperbanyakkan ternakan lembu dalam negara kita, Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan memperkenalkan tanaman kekal pertanian veterinar khusus untuk veterinar.

Begitu juga dengan sistem pawah yang ada padi hari ini akan dikaji semula supaya ditambahkan pemberian lembu bagi peserta-peserta yang mendapat sistem pawah ini. Kita dalam yang sama juga, kita akan bekerjasama dengan pihak GLC supaya mereka yang mempunyai modal yang besar dapat terlibat dalam projek pengeluaran lembu dan sebagainya.

Jadi itu antara perkara-perkara yang akan kita laksanakan untuk meningkatkan pengeluaran makanan. Kita juga pada tahun ini telah pun memutuskan bahawa setiap jabatan sama ada Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian dan juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengeluarkan produk di bawah jabatan masing-masing, meningkat 10% berbanding dengan tahun-tahun selepasnya. Ini juga bagi memastikan makanan dapat kita tambah. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, selepas kegagalan National Feedlot Corporations yang menyaksikan bahawa kerajaan rugi dalam satu jumlah yang banyak dan juga Menteri sebut bahawa kita masih mengimport daging-daging dari luar negara dengan jumlah yang begitu banyak.

Dua soalan saya di sini. Adakah Menteri bercadang untuk memperkenalkan konsep yang sama sekali lagi, mungkin modified sana sedikit supaya akhirnya ada corporation lain yang diwujudkan untuk membela lembu dan akhirnya memberikan sumbangan kepada negara kita? Itu satu.

Kedua ataupun macam saya katakan tadi, sistem pajak. Sebab saya rasa sistem pajak ini lebih praktikal kerana kita lihat di negeri-negeri dan di daerah-daerah pun semuanya ada Jabatan Pertanian dan juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Jadi kalau sekiranya orang kampung diberikan jumlah lembu yang secukupnya dengan kawalan dan juga monitoring serta bantuan makanan dan juga perubatan kepada mereka, saya rasa itu lebih memberikan faedah daripada kita bagi pada satu corporation. Kalau corporation itu collapse, kita rugi. Akan tetapi kalau kita bagi kepada orang kampung yang banyak, mungkin 10% collapse kita masih lagi ada 60%. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua, boleh?

final • 7:20 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya minta laluan.

final • 7:20 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ada tiga orang bangun.

final • 7:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey saya kena tulis ini. Saya takut lupa.

final • 7:20 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Boleh? Okey.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 7:20 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Kalau kita tengok dalam negara kita ini, anugerah Allah. Allah kurniakan bumi yang begitu subur.

Maknanya untuk pertanian, kita mempunyai bumi yang luas dan subur.

final • 7:20 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Soalnya sekarang adalah masih banyak tanah yang terbiar. Apa usaha kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan makanan dan kebergantungan tinggi kita kepada import dalam menyelesaikan isu ini?

Saya ingin tahu, apakah sebenarnya halangan-halangan untuk kita mencapai keperluan bekalan makanan negara ini sehingga kita tidak perlu begitu tinggi bergantung kepada import? Apa halangan sekian lama sehingga kita gagal, sampai tahap ini kita masih mengimport hampir 70% bekalan makanan negara? Terima kasih.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Gantang. Selepas Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Batu Pahat. Hendak beri Yang Berhormat Batu Pahat dahulu?

final • 7:20 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Seperti mana yang kita maklum bahawasanya import makanan negara kita ini agak tinggi. Hampir RM23 bilion setahun yang kalau kita buat akaun panjang hampir RM93 juta sehari yang terpaksa dibelanjakan oleh pihak kerajaan.

Cumanya kita melihat satu memang galakan yang diberikan oleh pihak kementerian untuk tanam tetapi timbul kemusykilannya adalah daripada segi pemasaran. Saya rasa pihak kementerian kena serius bab ini. Kalau kita turun ke bawah, kita lihat ramai petani yang berhasrat untuk hendak tanam tetapi mereka mengalami masalah untuk memasarkan barang yang mereka tanam. Jadi akhirnya mereka give up dan mereka tutup buku. Banyak kalau kita tengok kejayaan macam pemeliharaan ayam. Kebanyakan yang berjaya hari ini ialah yang membuat contract farming. Itu agak berjaya kerana mereka tentu ayam yang mereka pelihara tadi sudah ada orang yang mengambil. Kebanyakan yang buat sendiri ini akhirnya memang terpaksa tutup sarang ayam tadi.

Saya hendak balik kepada soal pemasaran ini. Saya mengambil contoh, mungkin Menteri boleh contohlah kalau tidak pun kita arahkan pegawai tengok. Di tempat saya ada satu tempat yang namanya Kepala Bukit. Ada di situ kedai pemborong dan dia telah pun mengambil inisiatif sendiri iaitu dia membeli semua sayur yang ditanam oleh penduduk yang berada di sekitar itu, sedangkan di tempat saya ada Lembaga Pertubuhan Peladang

(LPP), FAMA.

final • 7:20 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Akan tetapi kita tengok tidak berfungsi. Inilah kita lihat gagalnya agensi kerajaan untuk menangani soal berkenaan dengan hal pemakanan ini. Saya yang paling takut sekali ialah seperti yang kita selalu sebut soal pertanian ini mesti kita sebut sebagai food security. Kalau dengan keadaan yang berlaku, apa akan terjadi kepada negara kita kalau negara lain tidak mahu import atau berlaku beberapa musibah bencana yang menyebabkan, menimbulkan masalah dari segi pemakanan kita. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani sahabat saya tadi, kita akan korban nanti, kita tahu harga korban ini selalunya lembu korban meningkat sampai RM1,000 berbeza dengan harga biasa. Saya sembelih minggu lepas harga lebih kurang kita dapat dalam RM2,800. Untuk korban hampir dekat dengan RM4,000 seekor.

Jadi sebab itu saya harapkan supaya pihak kementerian dapat mengatasi masalah ini dan seperti mana kita buat tentang beri konsep pawah kepada orang kampung, miskin dan sebagainya. Itu salah satu cara yang boleh untuk mengatasi, tinggi ini 70% kita import ini agak tinggi sebenarnya yang menyebabkan berlakunya aliran wang keluar negara kita.

Terima kasih.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 7:30 PM

Datuk Mohd. Idris bin Jusi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya punya soalan agak spesifik berkaitan dengan penerimaan masyarakat terhadap galakan untuk bertani. Mereka rajin bertani khususnya kawasan saya di Batu Pahat. Batu Pahat, Johor ini terkenal dengan nanas. Jadi dalam masa berada dalam Parlimen ini ada pegawai khas saya hantar WhatsApp menunjukkan yang ladang-ladang nanas ini buahnya tidak berpetik, tidak ada pembeli. Jadi soalan pemasaran ini yang agak meruncing dan sekarang ini ada ratusan ekar nanas buahnya tidak dipetik di Batu Pahat. Saya fikir ini penyakit yang menyeluruh tadi soal pemasaran.

final • 7:30 PM

Datuk Mohd. Idris bin Jusi - Batu Pahat

Jadi kalau Yang Berhormat Menteri dapat melihat agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membeli. Agensi ini banyak ‘indah khabar dari rupa’, kita hendak bercakap pun tidak sedap sebenarnya tetapi cuba selesaikan masalah ini supaya petani tidak dirisikokan dengan soal pemasaran ini. Mereka belanja, mereka keluar duit sendiri, mereka tidak ada cara lain untuk menampung belanja-belanja yang dikeluarkan, akhirnya produk yang mereka keluarkan tidak ada orang hendak beli. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Menteri sedikit, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 7:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya terdengar tadi 70% daging diimport, maknanya satu angka yang besar. Saya terfikir apa sebenarnya masalah di Malaysia ini. Cuacanya bagus, tanahnya luas, kerajaan pun banyak bagi bantuan. Jadi kenapa penternakan jadi gagal dan kenapa tidak ada ramai orang yang ambil bahagian dalam penternakan. Apa masalah sebenarnya? Terima kasih.

final • 7:30 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat, ada lima pertanyaan. Kepada Yang Berhormat Sungai Petani, memang kita ada seperti yang saya sebut tadi kita merangka program untuk menambahkan pengeluaran ternakan termasuk secara fidlot, integrasi dan juga pawah. Saya cuma nak, oleh kerana Yang Berhormat tekankan sistem pawah ini dan Yang Berhormat Bukit Gantang pun tekankan sistem pawah ini. Kita akan buat sedikit perubahan Yang Berhormat. Kalau dulu sistem pawah ini jumlah lembu yang diberikan kepada orang kampung tidak banyak. Katakan tiga ekor.

Jadi itu yang akhirnya berlaku, penjualan lembu itu sebab bagi mereka bila dapat tiga ekor katakan mereka tidak ada pekerjaan lain, untuk bergantung hidup dengan tiga ekor itu tidak mungkin. Kalau kita bagi kepada orang muda misalnya untuk terlibat dalam pertanian. Kalau setakat tiga ekor, no point. Dia tidak akan jaga lembu punya. Jadi bagi dia, dia buat short cut sahaja, juallah lembu itu, dapat cash. Jadi itu kita nampak salah satu punca kegagalan.

Jadi sebab itu kita akan buat pindaan kepada sistem pawah tersebut. Kita akan beri supaya mereka boleh bergantung hidup sebagai pemelihara haiwan ternakan lembu tersebut. Misalnya kita akan pastikan, kita akan buat kajian supaya pendapatan mereka sekurang-kurangnya RM4,000 atau RM5,000 katakan sebulan. Jadi kalau dalam sistem pawah, kita akan bagi mungkin sebanyak 30 hingga 40 ekor supaya mereka boleh concentrate, jadikan itu sebagai pekerjaan harian mereka. Kalau mereka jual pun, mereka dapat pendapatan RM2,000 RM3,000 atau RM4,000 sebulan dan sebagainya, baru mereka boleh concentrate ataupun menumpukan kepada bidang ternakan tersebut.

Ini yang akan kita lakukan dan kita akan mencadangkan kepada pihak kerajaan melalui Bajet RMKe-11 dan saya doakan supaya bajet ini dapat diluluskan supaya program pawah ini benar-benar berhasil. Biasanya selama ini kita menyalahkan orang kampung kerana jual dan sebagainya. Saya pun tidak mahu menyalahkan mereka kerana akhirnya tidak ada sebab mereka hendak menumpukan kepada ternakan semata-mata.

Salah satu isu besar yang dihadapi oleh, tadi ditanya oleh rakan kita dari Bagan Serai. Salah satu isu yang besar yang dihadapi oleh penternak ini adalah dari segi makanan. Makanan terlalu mahal dan sebagainya. Jadi sebab itulah kita sekarang telah pun mengarahkan, saya telah mengarahkan NAFAS ataupun Pertubuhan Peladang Kebangsaan untuk terlibat sendiri dalam pengeluaran makanan haiwan ini kerana pada hari ini makanan haiwan merupakan salah satu isu yang besar. Misalnya sistem fidlot, kenapa fidlot kurang berjaya. Ini kerana makanan adalah makanan yang diimport, kita tidak mampu hendak mengeluarkan sendiri. Jadi dengan pengeluaran sendiri, saya percaya kita boleh mengurangkan harga makanan sebanyak 15% hingga 20%. Ini mungkin akan memberi lebih ruang kepada pihak penternak untuk menternak sendiri lembu mereka. Okey. Ada lagi?

final • 7:30 PM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

Cuma nak respons kepada Yang Berhormat Menteri tadi. Saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri bahawa kalau orang kampung ini diberi tiga empat ekor lembu, maka jadi kerja itu kerja sampingan. Akan tetapi kalau dia betul-betul menjadi satu industri untuk dia, contohnya 30-40 ekor, dia jadi koboilah, koboi kampung, makna koboi jaga lembu.

final • 7:30 PM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

Jadi dia akan ada semangat untuk jaga lembunya. Kemudian mungkin bila pawah ini, makna 50% daripada hasil itu dia punya, kemudian dia akan jaga elok-elok sebab itu pengalaman kita di PKNK dulu di Kedah, bila kita bagi jumlah yang banyak, dia hidup tetapi kalau bagi tiga empat ekor, memang dia jual.

Isu yang kedua saya hendak bangkitkan Yang Berhormat Menteri ialah saya tengok di Kemboja. Kita ada banyak jerami. Lepas tuai padi, jerami banyak. Kalau di Kedah, jerami itu dibakar, itu yang jadi pollution problem itu. Jadi saya tengok di Kemboja, bagaimana mereka gunakan jerami padi ini untuk beri makan kepada lembu. Saya tidak tahu macam mana dia buat. Mungkin dia bubuh vitamin ke apa, saya tidak tahulah. Akan tetapi isunya, ia menjadi salah satu makanan yang memang lembu makan. Ini menyebabkan petani-petani yang jaga lembu ini, dia juga buat bendang, at the same time dia bagi makan dengan jerami.

Keduanya, daun-daun kelapa sawit juga jadi makanan. Jadi nampaknya kalau ini selesai, bermakna MARDI dengan jabatan-jabatan lain dapat buat kajian bagaimana jerami ini kalau bakar ia habis tetapi kita gunakan untuk makanan, saya rasa banyak selesai masalah makanan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi.

Terima kasih.

final • 7:30 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat. Memang benar, jerami padi pun digunakan untuk makanan haiwan. Begitu juga kelapa sawit tadi, PKC dan sebagainya tetapi PKC ini, kelapa sawit ini pun syarikat-syarikat dalam negara kita pun mengeksport produk ini dan harga pasaran dunia mahal. Jadi dari segi CSR ini agak kurang walaupun syarikat-syarikat agensi kerajaan pun. Biar saya cakap di sini secara terbuka di dalam Parlimen ini, syarikat-syarikat agensi kerajaan seperti FELDA dan sebagainya yang sepatutnya tidak menjual harga di dalam negara seperti harga di luar negara tetapi mereka masih lagi melihat ini sebagai satu produk komersial yang menguntungkan mereka. Jadi saya sebenarnya akan berbincang dengan pihak agensi di bawah kerajaan seperti FELDA, FELCRA, Sime Darby, GLC dan sebagainya supaya kalau boleh tidak mengikut harga luar supaya dapat dijual kepada penternak-penternak kita dengan harga yang lebih murah.

final • 7:30 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Kalau ini dapat dilakukan, saya percaya harganya murah dan penternak-penternak tentu sahaja dapat menjalankan aktiviti ternakan dengan lebih selesa dan sebagainya.

Saya hendak bercakap fasal Yang Berhormat Rantau Panjang tadi. Yang Berhormat Rantau Panjang sudah keluar? Sembahyang ya? Akan tetapi saya bolehlah rekodkan kerana sudah soal. Yang Berhormat Rantau Panjang sebut tentang halangan-halangan.

Sebenarnya banyak halangan dalam bidang pertanian ini. Seperti yang kita tahu antara halangan yang besar ialah tanah pertanian menjadi semakin berkurangan kerana pembangunan yang begitu pesat, penduduk semakin bertambah.

Kita jangkakan pada tahun 2020 nanti penduduk Malaysia meningkat sehingga 32 juta kalau tidak silap saya dan mereka bukan sahaja memerlukan makanan tetapi memerlukan perumahan. Jadi, banyak kawasan pertanian pada hari ini telah pun, dengan izin, diconvert kepada kawasan perumahan. Paling popular sekali untuk convert jadi kawasan perumahan adalah kawasan sawah padi. Oleh sebab sawah padi ia sudah level kalau berbanding dengan hendak potong bukit yang memerlukan belanja yang besar, lebih baik digunakan sawah padi sebab sawah padi telah pun dilevel dan sebagainya. Jadi, lebih mudah. Jadi, sebab itu banyak kawasan negeri-negeri yang telah pun menukarkan kawasan sawah padi kepada kawasan perumahan dan sebagainya.

Sebenarnya, di dalam beberapa bulan lepas, mesyuarat Menteri-menteri Besar ada satu paper telah pun dibentang supaya kerajaan negeri tidak lagi meluluskan projek-projek perumahan di kawasan tanah padi dan sebagainya. Saya berharaplah Ahli-ahli Yang Berhormat yang datang dari negeri-negeri sawah padi, tolong bangkitkan juga kepada kerajaan negeri supaya jangan senang meluluskan conversion untuk sawah menjadi perumahan dan sebagainya.

Begitu juga dengan terlampau banyak penyakit yang menular di dalam negara kita.

Kita sebenarnya pernah menjadi pengeksport beberapa produk penting seperti betik dan sebagainya. Akan tetapi kerana penyakit, akhirnya kita tidak lagi menjadi pengeksport.

Begitu juga dengan global warming yang berlaku hari ini, dengan izin. Baru-baru ini kawasan pertanian dimusnahkan oleh banjir yang begitu besar.

final • 7:40 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Pada hari ini, selepas banjir besar, kita pula menghadapi musim panas yang mungkin akan menjadi kemarau yang teruk juga walaupun mungkin tidak seteruk 2014.

Akan tetapi ini juga akan merencatkan dari segi tumbuhan pengeluaran makanan dan sebagainya. Jadi, itu antara halangan-halangan besar.

Yang Berhormat Bukit Gantang, pun keluar juga.

final • 7:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 7:40 PM

Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob

Yang Berhormat Seputeh mana ada tanya?

final • 7:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tanyalah, boleh tanya?

final • 7:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kota Tinggi hendak tanya sedikit boleh?

final • 7:40 PM

Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob

Dari segi pemasaran ini saya kena jawab.

Sekejap, saya jawab pemasaran dahulu Yang Berhormat Seputeh. Seputeh bukan ada padi pun. Saya jawab fasal ini dahulu.

final • 7:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kota Tinggi.

final • 7:40 PM

Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob

Yang Berhormat Bukit Gantang, saya hendak perbetulkan. Yang Berhormat Bukit Gantang kata kita import RM23 bilion. Sebenarnya, besar daripada itu. Kita mengimport RM35 bilion pada hari ini dan kita mengeksport RM21 bilion. Jadi, defisit dia terlampau besar. Dari segi pemasaran, ini memang merupakan isu besar. Penduduk kita di luar bandar memang mampu untuk menanam pokok dan sebagainya tetapi bila sampai kepada pemasaran, inilah kelemahan yang dihadapi oleh mereka.

Jadi, kita sekarang ini sedang memperbanyakkan ruang ataupun peluang untuk produk-produk petani dan nelayan ini dapat dipasarkan. Misalnya, kita memperbanyakkan pasar tani. Pada hari ini, kita sudah ada 580 pasar tani di seluruh negara. Sasaran kita adalah sebanyak 1,000 pasar tani di seluruh negara supaya produk-produk dari hasil pertanian dapat dipasarkan terus ke pasar tani oleh petani. Akan tetapi saya tahu persoalan daripada Ahli Yang Berhormat, tidak semua petani akan menjual produk mereka di pasar tani kerana mungkin pengeluaran mereka tidak banyak, volume tidak besar.

Sekarang ini kita mewujudkan pusat-pusat pengumpulan supaya produk-produk petani yang tidak banyak dan yang tidak berminat untuk berniaga sendiri boleh dikumpulkan di pusat-pusat pengumpulan. Kita mensasarkan sebanyak 200 pusat pengumpulan di seluruh negara iaitu hampir setiap Parlimen nanti akan mempunyai pusat-pusat pengumpulan yang akan dikendalikan oleh FAMA dan juga oleh Pertubuhan Peladang Kawasan. Tadi ada Ahli Yang Berhormat yang bangkitkan tentang peranan PPK dan sebagainya.

Kita juga akan mewujudkan Agrobazaar yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 3 Mac nanti. Agrobazaar Rakyat ini iaitu kita akan upgrade kedai-kedai yang sudah ada pada hari ini yang dimiliki oleh Pertubuhan Peladang, Persatuan Nelayan dan sebagainya. Bukan sahaja menjual produk-produk keperluan harian biasa tetapi juga menjual produk-produk segar seperti sayur, ikan dan sebagainya. Ia juga direct daripada peladang-peladang dan sebagainya. Kita juga telah pun mengeluarkan satu arahan baru kepada pasar-pasar tani.

Sekarang ini peniaga-peniaga pasar tani ada dua kumpulan. Satu yang ambil direct, ambil terus dari ladang, satu yang ambil melalui pasar-pasar borong dan sebagainya. Jadi, mulai dari 1 Jun kita tidak lagi membenarkan peniaga-peniaga yang mengambil dari pasar borong berniaga di pasar tani. Bermakna, mereka mesti mengambil daripada peladang- peladang ataupun nelayan-nelayan secara terus. Ini juga untuk meluaskan pasaran produk nelayan dan juga petani-petani.

Yang Berhormat Batu Pahat, tadi sebut fasal nanas tidak boleh dijual. Saya agak hairan juga. Saya baru balik dari Johor Bahru, melawat ladang di Kulim Berhad dan sekarang ini produk nanas kita iaitu nanas MD2 merupakan satu produk yang paling popular di setengah-setengah negara. Korea baru membuka negara mereka untuk pasaran nanas, Jepun saya percaya akan buka dan China. Ini salah satu tempat yang paling besar, China dijangka akan membuka kepada pasaran nanas MD2. Kalau China buka saya lebih takut apabila China buka ini. Oleh sebab apabila mereka order, mereka order dengan kuantiti yang sangat besar. Yang saya takut kita tidak mampu untuk supply kepada negara China dan sebagainya.

final • 7:40 PM

Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob

Jadi, saya akan beralih kepada seterusnya iaitu mengenai stok penimbal. Stok penimbal...

final • 7:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

[Bangun]

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 7:40 PM

Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob

Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 7:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Boleh tanya tidak sebelum pergi stok penimbal?

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada beberapa perkara, pendek sahaja saya hendak bertanya. Ia berkaitan. Pertamanya, saya sangat bersetuju dengan Yang Berhormat Bukit Gantang dan Yang Berhormat Sungai Petani tentang sistem pawah. Kita hendak share, mungkin Yang Berhormat Menteri ada sejarah kita buat sistem pawah ini tiga empat orang. Kalau mungkin ada sistem yang lebih baik, saya cadangkan itu boleh diberi satu pertimbangan yang baik.

Keduanya, trend consumption kita Yang Berhormat Menteri. Kadang-kadang kita sudah ada pelancong 28 juta, ada dua juta rasa lain. Kita ini belajar makan kentang, makan brokoli, makan pistasio yang kebanyakan trend makan ini bukan di dalam negara kita. Kita terpaksa import. Mungkin ada satu supaya galakkan consumption makanan tempatan supaya mengimbangi import dan eksport ini.

Ketiganya, saya lihat dari segi konsep 50% hijau. Tadi Yang Berhormat Rantau Panjang ada cakap fasal banyak luas. Pokok kita tebang-tebang ini pun jadi masalah juga.

Jadi, RSPO kelapa sawit dan sebagainya dan kita terpaksa sustain, seimbangkan berapa banyak pokok yang kita tebang dengan pokok hutan yang kita hendak simpan. Baru-baru ini di kawasan kita Kota Tinggi Yang Berhormat Menteri, kita tanam kelapa sawit, kita masuk kawasan gajah. Akhirnya, setiap hari kita ada masalah gajah. Baru-baru ini ada rakyat saya mati kena pijak gajah, 13 kaki punya gajah. Jadi, kita hendak pindah. Hendak pindahkan gajah ini pula, sanctuary beribu ekar. Jadi, kita seimbang antara kawasan hijau, kawasan liar dengan pokok-pokok komoditi dan pokok-pokok cash crops macam disebut oleh Yang Berhormat Rantau Panjang tadi.

Jadi, saya rasa kena ada satu keseimbangan yang mana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kena lihat bagaimana benda ini dapat diseimbangkan dan keadaan tanah kita yang tidak berapa besar. Kalau ada hutan-hutan di Sarawak pula terlampau jauh ke dalam. Tidak ekonomik pula kita hendak buat kawasan pembangunan. Jadi, ini pun satu aspek yang saya ingat kementerian kena tengok. Satu lagi commodity based.

Kebanyakan di negara kita, kita banyak jual kelapa sawit, kelapa, getah. These are big commodity plantation yang mengambil begitu besar acreage.

final • 7:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kita pun cuba hendak buat integrasi dengan lembu di kawasan pokok kelapa sawit. Tidak jadi juga. Pokok kelapa sawit effected. Lembu makan racun, baja dan sebagainya. Jadi tidak boleh percaya. Jadi saya ingat mungkin juga tadi faktor climate dan faktor kita buat keputusan hendak buat komoditi based yang besar menyebabkan penternakan ini tidak berapa berjaya dan skalanya tidak jadi besar. Tidak besar selama.

Jadi saya pun pelik. Mungkin kita kena tengok secara holistik apakah dasar yang kita hendak buat untuk memastikan penternakan ini boleh dibuat skala besar dan akhirnya dapat mengimbangi RM35 bilion dan RM21 bilion tadi Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi saya berpendapat kalau kita kena import RM13 bilion defisit atau RM14 bilion defisit sebab import barang-barang ini, disebabkan pertambahan tourism ataupun permintaan yang tinggi ataupun cara consumption kita yang perlu dilihat semula atau keputusan ekonomik untuk mengadakan komoditi yang besar, plantation yang tidak melibatkan penghasilan makanan yang lebih optimum. Maka saya ingat kerajaan kena melihat keseluruhannya apakah yang kita hendak dan kalau kita mungkin terpaksa import lebih tetapi tanpa mengganggu gugat komoditi besar ini. Mungkin itu satu jalan tengah yang mungkin kita buat. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

final • 7:50 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Sedikit Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Jerantut. Saya amat menyokong cadangan pihak kementerian untuk menambah bilangan ternakan bawah tadi. Cuma saya hendak menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, satu ketika dulu negeri-negeri ada menandakan tanah-tanah untuk diberi kepada haiwan dijadikan kawasan padang ragut.

Jadi, bersempena dengan hasrat kementerian untuk meningkatkan bilangan ternakan ini, saya bimbang akan berlaku keperluan guna tanah yang mungkin terhad.

Apakah cadangan kementerian untuk memastikan tanah-tanah yang telah diberikan ataupun ditandakan untuk kegunaan ternakan haiwan itu seperti padang ragut tadi dan sebagainya masih lagi boleh kita gunakan bagi membantu petani-petani apabila mereka mempunyai hasrat untuk membesarkan ternakan mereka. Ini kerana saya bimbang ada kawasan-kawasan yang telah ditandakan untuk padang ragut itu telah digunakan untuk tujuan lain seperti kata Yang Berhormat Menteri tadi mungkin digunakan untuk kawasan perumahan dan sebagainya.

Jadi tanah-tanah yang telah digunakan atau ditandakan untuk keperluan padang ragut ini saya rasa perlu dipastikan miliknya, diberi kepada kementerian untuk digunakan bagi membantu meningkatkan bilangan ternakan negara kita. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di- Pertua. Negeri Perak melalui veterinar peringkat negeri telah membantu kaedah baru padang ragut terutama saya melihat di kawasan Parlimen saya, di mana bantuan diberi pagar rumput dan juga lembu pawah. Saya melihat pendekatan baru yang dibuat oleh pihak veterinar ini nampaknya memberi satu keuntungan kepada masyarakat yang mewujudkan kelompok.

Cumanya Yang Berhormat Menteri, dari segi menternak lembu saya melihat jangka pendek dan jangka panjang. Cuma yang jangka pendek kelompok tadi mendapat bekalan hendak beli lembu dari luar negara hari ini harganya naik. Bagaimana kementerian boleh membantu di peringkat padang ragut tadi? Kalau yang bagi lembu pawah tadi, itu jangka panjang dan saya tengok kalau ini diberi penekanan, padang-padang ragut yang ada di seluruh negeri Perak tadi yang keluasannya antara 100 ekar hingga 600 ekar setengah-setengah itu, ini juga sebenarnya boleh memberi pendapatan yang tinggi.

Saya tengok satu padang ragut di Pengkalan Hulu. Ada 18 orang buat kelompok pendapatan sebulan setelah dijual waktu Hari Raya Korban, RM2 ribu. Jadi inilah yang saya hendak minta tolong supaya kementerian tengok, jangka pendek tadi macam mana kita boleh bagi lembu yang sudah berumur dua tahun yang boleh kita penuhi pasaran dalam negara. Itu pun kita terpaksa import dari luar negara. Jadi minta pandangan Yang Berhormat Menteri, bagaimana kita hendak memperkasakan semula padang ragut seperti mana yang Yang Berhormat Jerantut sebut tadi. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Tinggi tadi. Itu di bawah Program Pertanian Lestari iaitu dalam kita membangunkan projek pertanian, kita tidak boleh memusnahkan alam sekitar dan sebagainya dan juga cadangan Yang Berhormat untuk melihat secara holistik dari segi pembangunan ini. Mengenai padang ragut ini, sebenarnya memang kita mempunyai kita padang ragut di setiap negeri yang telah pun kita kenal pasti dan penggunaan tanah itu telah pun diluluskan oleh kerajaan negeri sebenarnya. Walau bagaimanapun saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi bahawa walaupun kita mempunyai padang ragut yang telah pun diluluskan dari segi kegunaan dia, tetapi banyak padang-padang ragut ini sebenarnya telah pun diceroboh dan sebagainya.

Saya tahu di Pahang, di tempat saya sendiri beberapa padang ragut telah bertukar menjadi kebun kelapa sawit dan sebagainya dan penceroboh itu adalah penduduk di kawasan sekitar dan akhirnya akan menimbulkan masalah dari segi masalah politik dan sebagainya apabila kita hendak rampas tanah tersebut untuk keluarkan mereka. Ini yang kadang-kadang menyebabkan berlaku masalah dan sebagainya.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Gerik juga. Dari segi untuk mendapatkan lembu, memang kita akan ambil daripada – kita akan import daripada negara-negara luar dan sebagainya. Pada hari ini kita sedang berbincang dengan negara terdekat iaitu Myanmar misalnya kerana Myanmar mempunyai lembu yang banyak dan mereka bersedia untuk menjual kepada kita dan sebagainya. Selain daripada Australialah.

final • 7:50 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Australia mungkin lebih kepada fidlot untuk simpan 2-3 bulan, gemukkan dan akhirnya kita sembelih dan sebagainya. Saya mohon izin untuk pergi ke isu lain, fasal banyak lagi. Kalau kita sangkut.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah hampir satu jam Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Itulah. Stok penimbang beras akan dapat memastikan langkah kebersihan jangka pendek bagi memenuhi keperluan beras dalam negara sekiranya berlaku bencana. Stok penimbang tersebut telah ditetapkan pada tahap 292 ribu tan metrik dan boleh bertahan selama 45 hari. Walau bagaimanapun mengambil kira pegangan semua stok beras yang melibatkan trading stok oleh BERNAS, pemborong dan pengilang dalam satu-satu masa, jumlah beras dalam negara dianggarkan melebihi 700 ribu tan metrik. Jumlah ini mampu menampung keperluan beras dalam negara untuk tempoh empat hingga lima bulan. Dalam konteks ini susulan daripada bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada tahun 2014, kerajaan telah giat memperkasakan jaringan rantaian nilai daripada segi akses kepada makanan yang mencukupi dan mampu dimiliki.

Ini adalah bagi memastikan bekalan makanan dapat disalurkan kepada kawasan terjejas banjir. Bekalan makanan yang disalurkan adalah dari kawasan pengeluaran makanan di seluruh negara yang tidak terjejas oleh bencana banjir. Yang Berhormat Parit Sulong telah menyentuh isu pengusaha kecil industri asas tani yang sukar mendapat pensijilan halal. Kementerian menyedari bahawa bagi meluaskan pasaran produk industri kecil dan sederhana ke peringkat yang lebih besar termasuk untuk memasuki pasaran tempatan, setiap produk perlu mempunyai pensijilan halal yang dikeluarkan oleh JAKIM dan Sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagi mendapatkan sijil halal, setiap produk perlu memenuhi dua syarat iaitu berkaitan syariah dan teknikal. Dari segi syariah, setiap produk yang dihasilkan mestilah menggunakan bahan mentah yang halal dan daripada sumber disahkan halal oleh pihak JAKIM. Dari aspek teknikal pula, premis usahawan perlu memenuhi pensijilan MeSTI terutama berkaitan dengan keselamatan makanan dan kebersihan premis pengeluaran dan kemudian akan diaudit oleh pihak JAKIM.

Pada masa ini kerajaan negeri telah pun menyediakan beberapa pusat pemprosesan halal di negeri masing-masing di samping beberapa premis yang dibangunkan oleh agensi kerajaan untuk disewa dan digunakan oleh para usahawan. Di pihak FAMA, terdapat beberapa buah premis yang kurang digunakan sebagaimana fungsi asalnya juga telah diubahsuai untuk dijadikan sebagai pusat pengeluaran produk makanan oleh usahawan terutama usahawan mikro supaya mereka dapat mengeluarkan yang memenuhi standard minimum sijil halal yang ditetapkan oleh JAKIM. Walau bagaimanapun jumlah bangunan dan premis yang dimiliki adalah agak terhad sedangkan bilangan usahawan adalah ramai yang berselerak menyebabkan tidak ramai yang dapat dibantu.

Namun begitu, bagi membantu usahawan mengatasi masalah ini...

final • 7:50 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

[Bangun]

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Parit Sulong bangun, Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya masukkan dulu, mungkin jawapan saya dah ada.

Namun begitu, bagi membantu usahawan mengatasi masalah ini, kementerian menerusi agensi di bawahnya termasuk FAMA telah menyediakan dua bentuk geran bantuan bagi membolehkan usahawan menambah baik kilang atau premis pengeluaran masing-masing iaitu:

(i) geran projek berimpak tinggi yang bernilai maksimum sehingga RM200 ribu untuk membolehkan usahawan menambah baik premis dan membeli mesin pengeluaran; dan

(ii) geran chain-up product yang menyediakan bantuan maksimum sebanyak RM60 ribu untuk membaik pulih premis atau bengkel pengeluaran produk makanan para usahawan kecil.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Melalui bantuan yang disediakan ini, kementerian berharap ia dapat membantu usahawan IKS makanan berjaya mendapatkan sijil halal dan Sijil MeSTI di samping membantu mereka meningkatkan pengeluaran dan pendapatan. Silakan.

final • 8:00 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri.

Saya kagum dengan apa yang cuba dibawa oleh Yang Berhormat Menteri melalui kementerian Yang Berhormat dalam usaha untuk memastikan usahawan-usahawan industri asas tani ini terutamanya, mendapat certification halal. Walau bagaimanapun, masalah- masalah yang mengenai kelewatan ini mungkin disebabkan pelbagai kementerian yang bertanggungjawab mengenai cara, mekanisme dan juga prosedur untuk mendapatkan certification halal ini, Yang Berhormat Menteri.

Mengapa tidak kementerian sendiri, memandangkan industri asas tani ini asasnya adalah pertanian dan bercirikan makanan. Bila makanan itu, ianya terletak di bawah kementerian Yang Berhormat. Bila kementerian Yang Berhormat, bermakna untuk menentukan ataupun memastikan bahawa mereka ini sama ada qualified kah, tidak kah untuk mendapat certification halal ini adalah kementerian Yang Berhormat itu sendiri.

Mengapa tidak Yang Berhormat mengusahakan supaya adanya kerjasama daripada pihak kementerian Yang Berhormat dengan JAKIM itu sendiri dalam untuk memastikan bahawa certification ini lebih mudah didapati oleh pengusaha-pengusaha industri asas tani ini.

Keduanya Yang Berhormat, mengenai pusat pengumpulan halal ini sendiri.

Kesukaran mereka untuk mendapatkan sijil halal ini, antaranya Yang Berhormat juga maklumkan tadi adalah mengenai spec yang ditentukan oleh MeSTI itu sendiri. Walau bagaimanapun, penting untuk mereka ini, kalau mereka nak berkembang dengan lebih lanjut lagi, penting untuk mereka mendapat MeSTI dan juga halal ini untuk pergi lebih jauh.

Apa lagi Yang Berhormat ada juga buat Agrobazaar di luar negara.

Jadinya, mengapa tidak kementerian mengusahakan pusat pengumpulan ini dibuat secara berskala besar dan banyak yang diusahakan dan dipantau oleh pihak Yang Berhormat sendiri dan kemudian boleh disewakan kepada usahawan-usahawan, walaupun Yang Berhormat kata ada tetapi buatlah berskala besar, dengan harganya yang sewa itu mudah ataupun tidak mahal. Ada yang disewa tetapi terlampau mahal, Yang Berhormat, dan menyukarkan pengusaha industri asas tani dan jauh dari tempat mereka. Jadi kalau ianya dibuat secara berkelompok, satu tempat, satu tempat, tapi di bawah pemantauan kementerian Yang Berhormat itu sendiri tetapi...

Soalan saya yang terakhir dan saya menyokong sekiranya certification ataupun mendapatkan halal ini adalah di bawah kementerian Yang Berhormat sendiri iaitu Kementerian Industri Asas Tani ini sendiri. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dah makan malam Yang Berhormat?

final • 8:00 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Lepas ini saya tunggu Tuan Yang di- Pertua belanja saya.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Oh, bertuah Tuan Yang di-Pertua. Okey, saya ucap terima kasih di atas kepercayaan Yang Berhormat Parit Sulong kepada kementerian dengan cadangan supaya certification halal diberi atau dikeluarkan oleh kementerian. Akan tetapi di bawah akta, tak dapat saya sebutkan apakah aktanya, pihak Kabinet telah pun memutuskan bahawa authority mengeluarkan sijil halal diserahkan kepada hanya JAKIM.

final • 8:00 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Bukan, bukan itu, bukan. Maksud saya, saya faham. Yang itu saya faham, tapi kita ada satu yang memasarkan iaitu – saya minta maaf. Walaupun saya Pengerusi MATRADE dan HDC adalah agensi yang setara dengan kami, tapi saya kira HDC ini patut diletakkan di bawah kementerian Yang Berhormat itu sendiri. Bukannya saya sentuh yang pasal JAKIM itu tadi ya.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey, terima kasih.

final • 8:00 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tapi saya nak sambung ya, Yang Berhormat.

Pertamanya saya berterima kasih kerana minta certification halal tadi. Kedua, nak berterima kasih sekali lagi kerana keyakinan Yang Berhormat nak letakkan HDC di bawah kementerian saya. Terima kasih banyak.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Cuma yang halal tadi kalau boleh Yang Berhormat sokong, walaupun single authoritynya mengeluarkan sijil itu di bawah JAKIM tetapi proses untuk mendapatkan sijil itu diberi juga kepada Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN). Saya rasa kalau dengan sokongan daripada Ahli Yang Berhormat sekalian, kalau memproses produk-produk pertanian ini diberikan kepada Kementerian Pertanian untuk memproses mendapatkan sijil halal dan kita mencadangkan kepada JAKIM, JAKIM cuma keluarkan sijil, saya rasa mungkin lebih cepat.

Kita proses pasal kita tahu produk di bawah kementerian kita dan lepas itu kita serahkan kepada JAKIM. Sijil memang kita hendak satu sahaja supaya kita tak nak macam dulu, ada enam sijil halal di negara kita, huru-hara semua. Penguat kuasa pun tak tahu yang mana satu betul, mana satu tak betul. Jadi sebab itu kita keluarkan satu sijil halal.

Akan tetapi yang pentingnya bukan sijil itu, proses ini yang memakan masa lama. Kadang- kadang enam bulan, setahun dan sebagainya.

final • 8:00 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Setahun.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ha, setahun. Kalau setuju, mungkin saya boleh mencadangkan dan harap dapat sokongan daripada Yang Berhormat sekalianlah.

Dan pusat pengumpulan berskala besar itu saya setuju. Kita akan bawa dalam mesyuarat kementerian kita.

Yang Berhormat Lawas telah membangkitkan isu projek ekonomi di kawasan pedalaman. Kementerian mengambil maklum akan keperluan pembiayaan projek ekonomi di kawasan pedalaman. Kementerian sedang dalam proses meneliti permohonan projek- projek ekonomi daripada jabatan dan agensi di bawah kementerian untuk dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.

Yang Berhormat Sabak Bernam telah menyentuh isu berkaitan jumlah import beberapa komoditi pertanian seperti beras, sayur, buah-buahan dan daging. Hasil import daripada komoditi tersebut adalah seperti berikut:

KomoditiNilai (RM bilion)
Beras1.41
Buah-buahan2.12
Sayur-sayuran2.90
Ternakan2.69

Yang Berhormat juga membangkitkan tentang persediaan menghadapi cuaca panas. Saya memaklumkan, antara langkah-langkah jangka pendek yang sedang diambil adalah:

(i) mempertingkatkan amalan kultur dan pengurusan tanaman yang baik dan strategik seperti penggunaan sungkupan pengairan titis dan konservasi penggunaan air termasuk penyelenggaraan berkala dan sistem saliran air;

(ii) pembinaan telaga-telaga air bumi ataupun tube well sebagai sumber air alternatif yang kini sudah ada 25 tube well yang kita bina;

(iii) menyediakan pam-pam mudah alih ataupun backward pump yang setakat ini sebanyak 450 pam telah pun disediakan; dan

(iv) penjadualan semula bekalan air pengairan di kawasan jelapang dan luar jelapang padi.

Yang Berhormat Lipis telah mencadangkan untuk diadakan lab atau kajian yang memberi fokus kepada permasalahan pertanian. Kementerian menyambut baik cadangan ini.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat juga telah meminta supaya diberi perhatian terhadap isu orang tengah. Sehubungan dengan itu, kementerian ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memasarkan hasil pertanian secara terus dan tidak lagi bergantung kepada orang tengah seperti mengadakan ladang kontrak, membuka pasar tani, membuka pasar nelayan, membuka pusat pengumpulan, pertubuhan peladang kawasan diarahkan untuk membeli secara terus padi daripada petani, FAMA diarahkan membeli terus buah-buahan ataupun sayur-sayuran daripada pengeluar. Saya nak maklumkan bahawa mulai tahun depan, pihak kementerian bercadang untuk menetapkan harga lantai untuk produk buah-buahan dan sebagainya supaya sewaktu lambakan pun petani tidak akan mengalami kerugian dan sebagainya.

Melalui Program Jihad Orang Tengah ini, tier lapisan pasaran dapat dikurangkan dan pengeluar dapat pulangan yang munasabah sebanyak 60%. Malah, pengguna juga mendapat pengurangan harga sebanyak 5% hingga 20%.

Yang Berhormat Bagan Serai telah menyentuh keberkesanan Program Jihad Memerangi Orang Tengah. Daripada aspek penurunan harga, antara impak yang dapat dirasai hasil daripada Program Jihad Memerangi Orang Tengah setakat ini ialah para pengguna mendapat bekalan yang lebih segar dengan harga yang lebih murah, manakala pendapatan petani, nelayan dapat kita tingkatkan.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Untuk makluman Dewan, peningkatannya adalah seperti berikut. Untuk pendapatan pesawah, pendapatan mereka meningkat kepada 9%; kepada nelayan zon ‘A’ iaitu nelayan pantai, pendapatan mereka meningkat 10% hingga 20%; kepada pengeluar sayur, peningkatan pendapatan sebanyak 145%; dan peningkatan pendapatan bagi pemasar buah-buahan sebanyak 109%. Apa yang lebih penting adalah bukan sahaja pendapatan dapat ditingkatkan, harga dapat dikurangkan, harga pengguna dapat dikurangkan di antara 5% hingga 20%.

Yang Berhormat Bukit Gantang…

final • 8:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan sedikit Yang Berhormat. Bolehkah? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya minta maaf, tadi saya pergi solat dulu. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan untuk menambah pendapatan para petani dan disebutkan tadi beberapa, tetapi tidak disebutkan dalam sudut ternakan. Saya mencadangkan supaya kerajaan komersialkan iaitu penternakan rusa yang mempunyai nilai komersial yang tinggi dengan harganya yang tinggi dan sejauh mana usaha ini dibuat oleh pihak kerajaan.

Apakah kerajaan akan mempromosikan Program Bumi Hijau sebagai mana satu masa dulu pernah dihighlightkan dalam negara kita?

Jadi untuk menangani segala isu yang ada pada hari ini dan sejauh mana pemantauan terhadap daging-daging palsu. Saya dapat maklumat, ada daripada kajian analisa yang dibuat, import daging palsu. Maksud saya contoh, daging rusa tetapi sebenarnya apabila dianalisa ialah daging kerbau muda. Jadi macam mana perkara ini boleh berlaku? Kita seharusnya mengambil kesempatan atas permintaan yang begitu banyak terhadap daging rusa untuk kita meningkatkan pendapatan para penternak. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan ambil cadangan Yang Berhormat itu untuk ternakan rusa ini. Saya percaya kalau ternakan rusa ini harganya lebih baik daripada lembu dan sebagainya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Program Bumi Hijau ini kita teruskan, sudah teruskan. Cuma kita buat rebranding sahaja. Daripada Bumi Hijau dulunya, kita namakan Program Jom Bertani, telah pun dilancarkan pada tahun lepas, yang mana kita dalam Program Jom Bertani ini, kita akan memberikan benih-benih pokok dan sebagainya untuk ditanam di kawasan rumah dan sebagainya.

Mengenai daging palsu ini, saya rasa bukan daging palsu agaknya. Ia daging yang sebenarnya tetapi dia kata daging lain. Sebenarnya bila ada kekeliruan seperti ini, kita boleh laporkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana soal penipuan perkara-perkara seperti ini di bawah mereka. Saya kalau dapat spesifik daripada Yang Berhormat, saya akan laporkan kepada KPDNKK.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Bukit Gantang telah membangkitkan isu peraturan baru pendaratan ikan di seluruh negara. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah mengumumkan bahawa bermula 1 Mac 2015, insentif pendaratan ikan hanya akan diberikan kepada nelayan yang membuat pendaratan di 45 kompleks pendaratan LKIM dan 14 jeti persatuan nelayan.

Walau bagaimanapun, berikutan dengan jumlah kompleks LKIM yang tidak mencukupi, sebanyak 200 buah lagi yang terdiri daripada 164 jeti LKIM yang diuruskan oleh persatuan nelayan dan 36 buah jeti kerajaan yang telah dikenal pasti bagi membolehkan pengisytiharan dibuat mulai 1 April 2015. Sehubungan dengan nelayan di kawasan Parlimen Bukit Gantang, mereka boleh mengisytiharkan pendaratan mereka di jeti-jeti persatuan nelayan iaitu di Sungai Kerang dan di Kampung Menteri. Bukan kampung saya ya, nama kampung, Kampung Menteri.

Yang Berhormat Kapar telah menyentuh isu approved permit (AP) untuk bahan makanan. Untuk makluman Yang Berhormat, tidak semua komoditi bahan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan sebagainya memerlukan kuota kebenaran mengimport. Setakat ini, hanya ada beberapa komoditi makanan mentah sahaja yang memerlukan AP. Jadi saya hendak beri penjelasan supaya Dewan faham, kerana ramai yang masih berjumpa saya minta AP bawanglah, AP cili dan berbagai-bagai AP lagi.

Senarai di bawah ini sahaja yang memerlukan AP iaitu:

(i) kubis bulat;

(ii) kelapa tua, biji;

(iii) biji kopi mentah;

(iv) susu cair segar dan UHT;

(v) produk haiwan iaitu keratan ayam, ayam bulat, ayam super, daging babi dan sapling pig, daging dan ‘opal’ lembu, kerbau, kambing dan biri-biri; dan,

(vi) haiwan hidup iaitu lembu, kerbau, kambing dan bebiri.

Itu yang memerlukan AP.

Yang Berhormat Tanjong Piai telah membangkitkan isu nelayan pantai yang terjejas akibat pembangunan projek berskala besar di selat Tanjong Piai. Bagi membantu nelayan yang terjejas akibat aktiviti penambakan laut Tanjong Piai Maritime Industrial Park, kementerian melalui Jabatan Perikanan dan LKIM bersama Kerajaan Negeri Johor telah mengambil langkah jangka pendek dan jangka panjang seperti berikut:

(i) bayaran ex gratia kepada nelayan dan penternak adalah berasaskan kepada aktiviti yang mereka lakukan sebagai sagu hati kerana terjejas atau hilang punca pendapatan;

(ii) mewujudkan tabung pembangunan nelayan melalui sumbangan syarikat pemaju berasaskan keluasan kawasan tambakan;

(iii) mewujudkan peluang baru seperti ekopelancongan, perikanan, akuakultur dan restoran makanan bagi menjana pendapatan nelayan;

(iv) mentransformasikan komoditi nelayan merangkumi agroperikanan dagang, industri agromakanan, agrobelia, agropelancongan dan agropelancongan serta pembangunan penyelidikan dan inovasi;

(v) menyediakan pelan pembangunan semula nelayan dan pengusaha akuakultur bagi tujuan menyusun semula sosioekonomi nelayan terlibat; dan

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

(vi) pembangunan sumber dari kawasan baru yang mana dicadangkan nelayan dan penternak dipindahkan ke kawasan lain bagi mengusahakan sumber baru. LKIM juga sedang membina sebuah jeti pendaratan ikan termasuk pondok pam minyak dan ruang pemunggahan ikan yang bernilai RM1 juta di bawah peruntukan ICU Jabatan Perdana Menteri di kawasan yang berhampiran dengan Sungai Pontian Kecil.

Yang Berhormat Kangar telah menyentuh beberapa isu seperti isu lambakan padi, projek kelompok MADA dan Automatic Identification System (AIS). Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sentiasa memantau perkembangan industri padi agar pengeluaran beras dalam negara adalah terjamin dan kepentingan pihak berkaitan terutamanya petani dapat dijaga.

Mengenai lambakan padi baru-baru ini di Perlis adalah terkawal dan aktiviti pemantauan dan pemeriksaan sentiasa dijalankan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat ia melibatkan antara Business to Business (B2B), yang mana pengilang mendapat padi daripada BERNAS dan mereka jual kembali kepada BERNAS. Akan tetapi setelah dikilangkan, padi yang dikeluarkan daripada segi spesifikasinya tidak berkualiti tinggi. Jadi BERNAS tidak mahu membelinya dan sekarang ini dalam proses untuk menyelesaikan dan kita percaya semuanya dapat diselesaikan sehingga bulan Jun nanti. Kalau tidak silap saya bulan Jun nanti, semuanya dapat kita selesaikan secara sepenuhnya.

Isu projek berkelompok MADA. Fokus pelaksanaan projek NKEA EPP10 adalah mentransformasikan pengurusan sawah secara individu kepada pengurusan aset padi secara berpusat. Pengurusan berpusat ini membolehkan penyeragaman keseluruhan aktiviti sawah mengikut jadual penanaman yang telah ditetapkan. Kesemua 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), MADA telah dilantik sebagai operator utama untuk mengurus semua estet padi yang terlibat dalam projek ini.

Semua pengurusan sawah di kawasan projek bermula daripada peringkat penyediaan dan penuaian mampu dikawal mengikut keperluan dan mematuhi jadual penanaman padi yang telah ditetapkan. Pihak MADA telah menetapkan tiga fasa pengairan yang ditetapkan pada setiap jadual penanaman padi bagi setiap musim. Perbezaan antara fasa tersebut secara puratanya dua minggu, bertujuan untuk membolehkan aktiviti penanaman padi dilaksanakan secara berperingkat dan seterusnya mengelakkan aktiviti dijalankan secara serentak.

Isu Automatic Identification System (AIS). Jabatan Perikanan Malaysia mewajibkan penggunaan alat AIS ke atas semua vessel pukat tunda zon ‘B’ dan ‘C’ berkuat kuasa 1 Jun 2014. Pemasangan sistem AIS di atas vessel pukat tunda zon ‘B’ dan zon ‘C’ boleh membantu pihak kerajaan dalam menguruskan sumber perikanan dengan lebih berkesan terutamanya daripada dieksploitasi oleh aktiviti pencerobohan dan penangkapan ikan secara illegal, unreported dan unregulated. Penggunaan sistem AIS ini juga dapat memberi perlindungan kepada nelayan terutamanya semasa berlaku kecemasan semasa beroperasi di laut.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Dianggarkan kos pembelian adalah sebanyak RM4,500 seunit. Namun begitu di atas keprihatinan pihak kerajaan, kos pembelian dan pemasangan alat AIS terhadap kesemua vessel tersebut telah dicadangkan menggunakan jumlah peruntukan yang telah diperakukan semasa pembentangan Bajet 2015 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia sewaktu membentangkan Bajet 2015.

Berdasarkan data perangkaan di Jabatan Perikanan pada tahun 2013, bilangan vessel pukat tunda zon ‘B’ dan zon ‘C’ di Negeri Perlis yang akan terlibat di dalam pemasangan AIS adalah sebanyak 171 vessel iaitu zon ‘B’ – 107 vessel, zon ‘C’ – 64 vessel. Para nelayan akan diberikan latihan dan taklimat secara in-situ semasa pemasangan dibuat.

Yang Berhormat Bachok telah mengemukakan beberapa cadangan bagi menghadapi masalah kehilangan hasil padi bermula daripada sistem penuaian. Yang Berhormat Bachok saya ucapkan terima kasih kerana membangkitkan isu ini. Memang isu ini merupakan isu yang besar kepada penanam padi kerana post-harvest losses ataupun kerugian lepas tuaian ketika ini di dalam negara adalah sebanyak 28.5% bersamaan dengan 730 metrik tan dengan nilai RM918 juta setahun.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya sebutkan pecahan post-harvest losses ini iaitu sewaktu penuaian – 9%, sewaktu pengangkutan ke kilang – 6%, sewaktu penstoran – 4%, sewaktu pengeringan – 3.5%, sewaktu pengisaran sebanyak 6%. Pihak kementerian akan memberikan tumpuan untuk memastikan post-harvest losses ini akan dapat dikurangkan.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Panjang lagi Yang Berhormat?

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Sudah hendak habis sudah.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Okey.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Sibuti, dia ada jumpa saya dekat luar, dia minta saya jawab. Saya ringkaskan sahaja. Yang Berhormat Sibuti menyentuh isu bantuan kepada nelayan untuk di Sibuti. Untuk makluman Yang Berhormat, LKIM telah menyalurkan pelbagai bantuan kepada nelayan yang memerlukan bantuan seperti berikut.

Bantuan bencana alam pada tahun 2014 untuk seluruh negeri Sarawak sebanyak RM246,150 yang melibatkan 136 orang. Peruntukan khas rumah nelayan. Bantuan baik pulih rumah nelayan di Sarawak sebanyak 3,722 yang telah diluluskan peruntukkan bernilai RM38.46 juta. Untuk kawasan Sibuti kita sebutkan tahun 2012, sebanyak 56 buah dengan nilai RM672,000. Tahun 2013 sebanyak 9 buah dengan RM108,000 manakala tahun 2014 belum ada kelulusan. Program touch point pembasmian kemiskinan tahun 2015 di Sarawak sebanyak RM500,000, di Sibuti seramai 21 orang dengan jumlah RM190,000 dan untuk elaun sara hidup nelayan di Sibuti sebanyak 318 dengan RM63,000 sebulan.

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat saya ada beberapa lagi kalau Yang Berhormat beritahu saya suruh saya jawab bertulis, jawab bertulis.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kalau panjang lagi boleh jawab bertulis Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya ada dua Yang Berhormat lagilah. Yang Berhormat Baling dengan Yang Berhormat Kuantan.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Habiskan lah Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Habiskan. Untuk Yang Berhormat Baling telah membangkitkan isu mengenai kerjasama atau pun Blue Ocean Strategy antara Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar bagi membantu pekebun kecil getah. Saya menyambut baik cadangan ini. Insya- Allah kita akan adakan kerjasama terutama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar kerana Kementerian Luar Bandar juga mempunyai banyak projek yang telah pun diumumkan yang ada kebanyakannya melibatkan projek-projek pertanian.

Antara projek pertanian yang sesuai dijalankan oleh pekebun kecil getah ialah projek tanaman seperti sayur-sayuran, tanaman kontan termasuk jagung, pisang, betik, tembikai, nanas dan sebagainya. Projek ternakan seperti projek integrasi, ternakan di kebun getah, projek perikanan, projek industri hiliran seperti memproses pengeluaran makanan tradisional dan sebagainya.

Yang Berhormat Baling juga menyentuh tentang isu bantuan banjir. Untuk makluman Yang Berhormat jumlah bantuan banjir di bawah tabung bencana, agromakanan yang akan disalurkan kepada petani yang terjejas akibat banjir adalah sebanyak RM45.55 juta di seluruh Malaysia. Manakala di kedah sebanyak RM4.36 juta.

Yang Berhormat Batu Gajah membangkitkan isu peruntukan oleh TEKUN kepada belia India yang terlibat dengan projek penanaman cili melalui Yayasan NAAM. Untuk makluman Yang Berhormat program ini masih di peringkat perbincangan antara TEKUN, NAAM dan SEED JPM sehingga kini tidak ada sebarang perjanjian ditandatangani.

Perbincangan kali pertama diadakan pada 3 Mac lalu menjurus kepada peruntukan yang akan digunakan untuk menyalurkan pinjaman kerana faedah pelaksanaan projek. Secara prinsipnya ketiga-tiga pihak bersetuju untuk memberikan pinjaman kepada peserta yang dikenal pasti oleh NAAM sebanyak RM40,000 untuk setiap usahawan.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Kuantan telah menyentuh isu berkaitan penggunaan racun yang telah diharamkan yang masih dikesan digunakan dalam tanaman sayuran di Cameron Highlands. Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan ingin menegaskan bahawa adalah tidak benar berlaku penggunaan racun makhluk perosak DDT dalam tanaman sayuran di Cameron Highlands.

Racun makhluk perosak ini telah pun dibatalkan pendaftarannya sejak tahun 1999 dan untuk pengetahuan racun perosak ini memang kekal lama, berpuluh-puluh tahun di alam sekitar dan residu yang dikesan dalam air di Cameron Highlands mungkin akibat daripada penggunaan yang melampau.

Yang Berhormat untuk pengetahuan, setiap tahun Jabatan Pertanian menjalankan hampir 500 aktiviti penguatkuasaan seperti serbuan premis jualan dan sebagainya.

Daripada tangkapan yang dibuat tidak adapun tangkapan mengenai racun DDT ataupun kumpulan organoklorin ini. Jadi..

final • 8:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat, oh ada lagi.

final • 8:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, untuk bahagian lesen import tadi untuk MP Kapar. Saya minta jasa baik Yang Berhormat Menteri beri jawapan bertulis.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey, jawapan bertulis sebab saya pun sudah melangkaui yang lain.

final • 8:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 8:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Yang di-Pertua, itu saja jawapan daripada saya. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat yang telah pun membahaskan isu yang berkaitan dengan kementerian dan juga celahan-celahan dan juga pandangan-pandangan yang telah diberikan sewaktu saya menjawab tadi. Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Kementerian Luar Negeri.

final • 8:20 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Seramai 14 Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam membahaskan isu- isu Kementerian Luar negeri terutamanya Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Tanjong dan Yang Berhormat Gombak.

Tahniah juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sangat berminat dengan isu- isu ASEAN. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, tema yang telah dipilih untuk kepengerusian kita pada tahun ini ialah ‘Warga Kita, Komuniti Kita, Visi Kita’ yang selaras dengan inti pati pengerusian ASEAN 2015 iaitu untuk mewujudkan ASEAN yang berpaksikan rakyat.

Sukacita saya maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa sebagai Pengerusi ASEAN 2015, Malaysia akan memainkan dua peranan utama. Pertama, memastikan pelaksanaan bagi garis tindakan dan memuktamadkan pelan hala tuju Komuniti ASEAN 2009 hingga tahun 2015. Kedua, membangun dan memuktamadkan visi Komuniti ASEAN pasca 2015 dan dokumen-dokumen iringannya.

Untuk pengetahuan semua Ahli Yang Berhormat yang berada di sini, Malaysia telah mengenal pasti sebanyak lapan keutamaan bagi kepengerusian ASEAN pada tahun 2015. Kelapan-lapan keutamaan yang telah ditetapkan untuk kepengerusian kita adalah berkait rapat dengan fokus ASEAN untuk mewujudkan dengan rasminya Komuniti ASEAN pada akhir tahun ini. Komuniti ASEAN merupakan kemuncak kepada usaha pembinaan rantau ASEAN yang telah bermula sejak lima dekad yang lalu.

final • 8:27 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Hamzah bin Zainudin

Penubuhan komuniti ASEAN akan memberi impak positif kepada 625 juta warganya. Komuniti ASEAN digambarkan sebagai suatu komuniti yang hidup dengan aman dan stabil dan makmur. Dalam usaha Malaysia untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai komuniti ASEAN, Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama beberapa kementerian dan agensi serta badan-badan korporat dan NGO telah mengadakan beberapa program seranta di sekolah-sekolah, pusat-pusat pengajian tinggi, kementerian dan agensi-agensi kerajaan serta kepada orang awam bagi meningkatkan penglibatan dan kesedaran orang ramai terhadap kefungsian ASEAN 2015 dan penubuhan Komuniti ASEAN.

Malaysia juga telah menyusun beberapa inisiatif yang melibatkan seluruh lapisan masyarakat sepanjang tahun ini termasuk golongan belia, usahawan kecil dan sederhana dan juga wanita. Ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada stakeholders, dengan izin, untuk terlibat dan bekerjasama dengan lebih rapat dengan pihak kerajaan. Selain itu, aktiviti-aktiviti sedemikian juga dapat merapatkan lagi hubungan ASEAN agar dekat dengan hati setiap warganya. Ia juga memberikan peluang untuk semua warga ASEAN untuk memperoleh manfaat langsung daripada proses integrasi ASEAN menjurus kepada penubuhan komuniti ASEAN.

Semasa kepengerusian Malaysia juga, Malaysia akan berusaha untuk membawa isu-isu semasa yang berkepentingan kepada rantau ini. Walau bagaimanapun Malaysia menghormati prinsip asas ASEAN yang saling menghormati dan tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara ahlinya. Termasuklah dalam isu-isu seperti Rohingya, Selatan Thailand dan sebagainya. Namun begitu, ini tidak bermakna Malaysia tidak prihatin kepada penderitaan rakyat di negara-negara berkenaan. Perkembangan di Myanmar dan Thailand contohnya, telah dibincangkan oleh ASEAN serta rakan-rakan dialog ASEAN dari semasa ke semasa dan juga peringkat dua hala.

Mengenai dengan Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia atau ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR), kefungsian ASEAN 2015, Malaysia juga merupakan pengerusi bagi ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia yang saya sebutkan tadi. Ini merupakan sebahagian komponen penting dalam usaha pembinaan komuniti ASEAN. Fokus AICHR pada tahun 2015 adalah untuk mengemudi pelan kerja lima tahun 2016-2020 yang merupakan kesinambungan pelan kerja lima tahun 2010 -2015 dan juga merancang program keutamaan AICHR bagi tahun 2016.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara-perkara tersebut telah dibincangkan oleh wakil-wakil ASEAN ke AICHR yang baru sahaja bermesyuarat pada 21 hingga 24 Mac 2015.

Wakil Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah sebagai Pengerusi AICHR sepanjang tahun ini menggalas tanggungjawab berat untuk memastikan AICHR dapat merealisasikan keutamaannya tahun ini. Latar belakang dan pengalaman luas beliau dalam isu-isu berkaitan dengan hak asasi manusia selain pengetahuan beliau dalam bidang perundangan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee mempunyai kelebihan untuk memacu hala tuju AICHR dan memastikan kepentingan Malaysia di AICHR dapat diketengahkan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan rantau ASEAN sebagai Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak. Saya ingin memaklumkan bahawa konsep dan semangat ZOPFAN yang diilhamkan oleh pemimpin ASEAN pada tahun 1971 telah diterapkan ke dalam Piagam ASEAN. Piagam ASEAN yang dimaktubkan pada tahun 2007 adalah komprehensif dan meliputi segala aspek termasuklah politik, keamanan, keselamatan, kestabilan, hal ehwal peri ekonomi serta aspek sosiobudaya. Dalam masa yang sama segala deklarasi ataupun perjanjian yang telah diterima pakai oleh ASEAN sebelum itu turut diserapkan dalam piagam tersebut.

Saya ingin memaklumkan bahawa ASEAN sentiasa memastikan kepaksian ASEAN atau, dengan izin, ASEAN centrality di dalam mengendalikan segala isu yang melibatkan kepentingan ASEAN. Hubungan ASEAN dengan negara-negara lain dan rakan dialog termasuklah Amerika Syarikat dan Republik Rakyat China adalah juga berdasarkan kepada prinsip ini. Kepaksian ASEAN akan memastikan rantau Asia Tenggara tidak akan menjadi medan atau, dengan izin, theatre persaingan merebut pengaruh antara negara.

final • 8:30 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Hamzah bin Zainudin

Isu Laut China Selatan Tuan Yang di-Pertua. ASEAN sentiasa memberikan perhatian kepada isu Laut China Selatan. Ini bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan, khususnya dan di rantau Asia Tenggara amnya, dapat dikekalkan. Keseriusan ASEAN mengendalikan isu ini dapat dilihat, antara lainnya melalui tindakan Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN mengeluarkan, dengan izin, ASEAN Foreign Ministers' Statement on the Current Developments in the South China Sea. Semasa Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN yang diadakan di Naypyidaw Myanmar, 10 Mei 2014. Sesi Permukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN, ASEAN Foreign Ministers' Retreat di Kota Kinabalu, Sabah pada 28 Januari tahun ini, 2015 juga telah membincangkan isu Laut China Selatan.

Bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan di kawasan Laut China Selatan terus berkekalan, usaha-usaha membina kesalingpercayaan dan mengelakkan konflik sentiasa dijalankan. Ini termasuklah pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan atau Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DoC) yang ditandatangani oleh negara-negara ASEAN dan China pada 4 November 2002 serta usaha-usaha ke arah merealisasikan Kod Tata Laku di Laut China Selatan, Code of Conduct in the South China Sea, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, dengan negara-negara ASEAN dan Republik Rakyat China bersepakat untuk memastikan pelaksanaan DoC dan mengekalkan momentum rundingan dalam merealisasikan pewujudan CoC, code of conduct. Di peringkat negara, Malaysia sebagai negara berdaulat tidak akan sesekali berkompromi di dalam perkara-perkara kedaulatan negara, termasuklah isu Laut China Selatan.

Seperti yang telah dimaklumkan dalam Dewan yang mulia ini, Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan Republik Rakyat China kerana ia tidak selaras dengan peruntukan undang-undang antarabangsa termasuklah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut, dengan izin, United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) 1982. Malaysia juga secara konsistennya telah menekankan bahawa isu Laut China Selatan, khususnya yang melibatkan tuntutan bertindih perlu diselesaikan secara aman berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa termasuklah UNCLOS 1982.

Mengenai dengan UNAC...

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil bangun.

final • 8:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 8:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang Declaration on Conduct (DoC) yang ditandatangani pada tahun 2002. Lewat kebelakangan ini terdapat laporan yang membimbangkan tentang proses penambakan atau, dengan izin, reclamation yang dilakukan oleh China terhadap beberapa buah kepulauan di South China Sea ini. Misalnya, terdapat struktur-struktur yang sekarang dibina di kepulauan Johnson South dan sebagainya. Ini tentunya bercanggah dengan beberapa prinsip penting dalam Declaration on Conduct (DoC).

Saya ingin tanya pendirian Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, apakah approach kita sebab ada laporan-laporan yang menyatakan pendekatan Malaysia lebih kepada berunding secara terus, tidak dimasukkan sebagai satu ASEAN team untuk berunding dengan China, itu yang pertama. Kedua, tentang kepengerusian Tan Sri Shafee sebagai Chairman AICHR. Saya telah membangkitkan dalam perbahasan, cuma apabila saya teliti wakil-wakil negara lain, mereka memilih Menteri ataupun pegawai tertinggi di dalam kerajaan untuk mewakili negara.

Saya tidak tahu apakah Kementerian Luar mempunyai pendapat yang terlebih canggih terhadap Tan Sri Shafee ini sehingga memungkinkan beliau mewakili negara.

Sedangkan negara-negara lain membawa pemimpin, Menteri dan sebagainya yang memahami betul-betul, yang berada dalam kerajaan atau apakah ini dianggap sekadar satu hadiah kerana beliau terlibat dalam kes Yang Berhormat Permatang Pauh? Ini mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu tentang perkara ini, terima kasih.

final • 8:30 PM

Dato’ Hamzah Bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, tentang Laut China Selatan. Saya sudah jelaskan tadi bahawa pendekatan yang kita buat untuk menangani masalah ini adalah untuk memastikan keamanan di rantau ini. Kita bawa isu ini juga dalam mesyuarat melalui ASEAN Foreign Ministers. Kita keluarkan statement melalui ASEAN Foreign Ministers sendiri yang saya sebutkan tadi, terutamanya yang telah pun dibincangkan di Naypidaw, Myanmar pada tahun lepas.

final • 8:30 PM

Dato’ Hamzah Bin Zainudin

Baru-baru ini juga kita telah mengeluarkan sekali lagi melalui ASEAN, yang dalam perbincangan ASEAN Foreign Ministers’ Retreat di Kota Kinabalu pada Januari baru-baru ini, kita juga telah bangkitkan. Dalam waktu yang sama, kita juga oleh sebab hubungan yang rapat dengan China, Malaysia dengan China juga berbincang tentang isu ini, bilateral antara kedua-dua negara, hubungan yang rapat ini, boleh kita bawa isu ini dan kita bincangkan masalah di antara kita dan China. Manakala dalam waktu yang sama, tuntutan melalui ASEAN juga kita buat bersama. Jadi itu kedua-duanya dan tidak betul lah mengatakan bahawa kita mempunyai sikap yang berbeza daripada ASEAN. Tidak benar kerana statement yang kita buat melalui ASEAN Foreign Ministers itu adalah merupakan declaration bersama yang dibuat melalui semua Menteri-menteri luar yang hadir ketika itu.

Berkenaan dengan pelantikan Tan Sri Shafee ini, saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat Bukit Katil, buat apa hendak jolok sarang tebuan? Saya hendak beri maklum, isu pelantikan Tan Sri ini kita telah buat daripada term yang lepas lagi iaitu dua tahun yang sudah. Tak timbul isu oleh sebab beliau menjadi peguam kita atau prosecutor. Saya hendak jelaskan juga bahawa penglibatan beliau bukanlah baru. Beliau telah dilantik sebagai wakil Malaysia sejak wujudnya lagi terma rujukan AICHR itu. Jadi memikirkan bahawa Malaysia akan menjadi Pengerusi AICHR pada tahun 2015 jadi kita berpendapat pelantikan beliau adalah satu pertimbangan yang wajar untuk memberikan kesinambungan daripada pelantikan dia masa term yang lepas. Maka sebab itu kita merasakan adalah menjadi suatu logical steps dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, untuk kita melantik beliau sekali lagi dan seterusnya mempengerusikan sementara kita menjadi Pengerusi ASEAN pada kali ini. Jadi tidak timbul tentang hadiah dan sebagainya, Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak masuk kepada isu UNHC. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu dalam kita mencapai kejayaan memperoleh jumlah undi yang tinggi daripada negara-negara anggota PBB untuk memenangi kerusi ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB tersebut jelas memperlihatkan pengiktirafan dan kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap kewibawaan serta keupayaan Malaysia dalam memainkan peranan aktif untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dan meletakkan kepercayaan yang tinggi bahawa Malaysia mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dan sekali gus meningkatkan imej dan profilnya di persada dunia. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Majlis Keselamatan PBB merupakan badan antarabangsa utama yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara keamanan dan keselamatan sejagat. Sebagai ahli Majlis Keselamatan PBB, Malaysia mempunyai hak mengundi yang akan membolehkan Malaysia memainkan peranan secara langsung dalam usaha-usaha Majlis Keselamatan PBB. Ini adalah peluang yang baik bagi Malaysia untuk terus mengetengahkan dasar negara dalam menggalakkan keamanan dan keselamatan sejagat melalui pendekatan kesederhanaan dan pengantaraan bagi menyelesaikan apa-apa pertikaian.

Tentang isu yang dibangkit oleh Tuan Yang di-Pertua, mengenai status penyertaan Malaysia ke instrumen-instrumen hak asasi manusia antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah menjadi negara pihak kepada instrumen-instrumen hak asasi manusia antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu seperti berikut:

(i) Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak atau Convention of the Rights of Child (CRC). Malaysia telah menerima pakai CRC pada 17 Februari 1995;

(ii) Konvensyen Berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita atau Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women

(CEDAW). Malaysia menerima pakai CEDAW pada 4 Ogos 1995; dan

final • 8:40 PM

Dato’ Hamzah Bin Zainudin

(iii) Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya atau Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD).

Malaysia telah menandatangani konvensyen ini pada 8 April 2008.

Manakala ada 6 lagi konvensyen di mana instrumen-instrumen hak asasi manusia yang masih atau belum lagi diterima pakai. Sebelum Malaysia menyertai mana-mana instrumen hak asasi manusia antarabangsa, persediaan dan kajian menyeluruh perlu dilaksanakan terutamanya dalam memastikan semua peruntukan yang terkandung di dalam instrumen berkenaan boleh diaplikasikan melalui rangka perundangan negara yang sedia ada.

Manakala mengenai isu ICC pula Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara yang menghormati undang-undang antarabangsa, Malaysia sememangnya berhasrat untuk menjadi pihak kepada ICC. Secara ringkasnya dalam usaha Malaysia untuk memuktamadkan langkah seterusnya untuk menyertai Rome Statute, masih terdapat beberapa isu penting yang sedang diperhalusi oleh kementerian dan agensi yang berkaitan.

Ini adalah bagi memastikan negara memenuhi kesemua peruntukan yang ditetapkan di bawah statute berkenaan. Antara isu tersebut ialah:

(i) menyesuaikan takrifan 4 kategori jenayah, di bawah bidang kuasa ICC, iaitu jenayah pembunuhan beramai-ramai atau genocide, jenayah terhadap kemanusiaan atau crimes against humanity, jenayah perang atau war crimes dan jenayah pencerobohan atau crimes of aggression yang bersifat sangat menyeluruh dengan takrifan yang bersesuaian dengan undang- undang negara;

(ii) menyesuaikan sistem perundangan negara yang berbeza dengan sistem perundangan di bawah Statute Rome;

(iii) mengikut perkara 120 di bawah Statute Rome, sesebuah negara yang ingin menjadi negara pihak atau state party tidak boleh membuat sebarang kenyataan pengecualian atau reservation terhadap mana-mana peruntukan di bawah statute berkenaan.

Keadaan sebegini memerlukan Malaysia untuk meminda peruntukan tertentu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan beberapa akta yang berkaitan. Dalam hal ini, pihak kerajaan perlu terus melakukan kajian yang teliti dan mendalam bagi menangani isu jurang perbezaan antara undang-undang antarabangsa dan undang-undang tempatan. Perkara- perkara sebegini memakan masa yang panjang. Justeru itu, pihak kerajaan akan terus berusaha ke arah merealisasikan hasrat Malaysia untuk menyertai ICC.

Manakala Arms Trade Treaty yang dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat, untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, pewujudan treaty perdagangan senjata atau Arms Trade Treaty merupakan salah satu usaha masyarakat antarabangsa untuk membanteras jenayah dan aktiviti keganasan dengan mencegah pemindahan senjata konvensional secara haram ke tangan, dengan izin, non-state actors, termasuklah kumpulan pengganas. Treaty ini juga menggariskan piawaian-piawaian antarabangsa bagi mengawal pemindahan senjata konvensional yang bersifat mengikat atau mengikat secara perundangan, atau legally binding. Treaty ini telah berkuat kuasa pada 24 Disember 2014 yang lepas. Malaysia telah menandatangani treaty ini semasa berlangsungnya Perhimpunan Agung Ke-68 di New York yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 26 September 2013.

Di rantau Asia Tenggara selain Malaysia, Kemboja, Singapura, Thailand dan Filipina juga telah menandatangani treaty ini. Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri, Kementerian Luar Negeri merupakan agensi yang menerajui perbincangan antara agensi bagi menyelaras proses ratifikasi ATT ini atau Arms Trade Treaty sehingga satu agensi bertanggungjawab ke atas pelaksanaan treaty ini diputuskan.

Secara umumnya dalam usaha Malaysia untuk memuktamadkan keputusan untuk meratifikasi treaty masih terdapat beberapa isu yang sedang dilihat dan diteliti bagi memastikan negara memenuhi kesemua peruntukan yang ditetapkan di bawah treaty ini.

final • 8:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, sekejap ya.

final • 8:40 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Ya, Yang Berhormat Sepang.

final • 8:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, minta maaf ya. Yang Berhormat Menteri ada sebut fasal kita sudah ratify CEDAW ya. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri ya, sejauh manakah selepas kita membuat ratifikasi ini, kita dapat translate principle itu ke dalam undang-undang negara kita khususnya dari segi hak-hak seorang wanita. Sebagai contoh, kalau seorang wanita Islam mereka ada hak untuk berpakaian menutup aurat, sebagai contoh. Itu hak mereka.

final • 8:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Akan tetapi kalau sekiranya ada dalam bidang pekerjaan mereka dinafikan hak- hak tersebut, adakah hasil daripada kita rectify CEDAW ini dia boleh membantu dari segi menjaga hak pekerja-pekerja wanita itu? Ini sebagai contohlah. Mungkin ada contoh-contoh lain. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh bagi sedikit contoh-contoh hasil positif yang kita dapat daripada ratifikasi CEDAW ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 8:50 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya telah jelaskan tadi bahawa isu tentang beberapa instrumen tentang human rights ini, tiga instrumen telah pun kita ratifikasikan termasuklah CEDAW tadi. Saya juga telah jelaskan bahawa apabila kita menandatanganinya, ada beberapa isu perundangan yang kita rasa sudah sesuai untuk kita rectifykan beberapa instrumen tadi.

Maka dalam isu CEDAW ini, kita mengikut perlembagaan dan perundangan dalam negara kita. Maka tidak timbul isu tentang masalah hak seseorang wanita yang tidak menutup aurat dan sebagainya atau tidak sesuai dalam amalan kita sebagai orang Islam.

Akan tetapi dalam Perlembagaan sudah menentukan bahawa hak itu diberikan kepada wanita tersebut. Jadi tidak timbul isu ini Tuan Yang di-Pertua.

Jadi saya hendak teruskan kepada isu Islamic State...

final • 8:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat, sekejap Yang Berhormat Menteri. Saya bangkitkan tadi sebab...

final • 8:50 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Saya...

final • 8:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sikit sahaja. Saya hendak supaya apabila kita rectify benda ini, dia boleh sedikit sebanyak memberi harapan kepada hak-hak wanita. Ini kerana apabila contoh tadi dia kata kita ada Perlembagaan... Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat duduklah kalau boleh.

final • 8:50 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Ya, teruskan.

final • 8:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, contohnya dalam kes yang melibatkan seorang pramugari MAS yang apabila dia mengandung, kalau tak silap saya, dia telah dibuang kerja. Walaupun dalam Perlembagaan kita telah meminda Artikel 8 yang kita masuk tidak boleh discrimination dari segi jantina. Itu satu yang kita telah pinda di dalam Parlimen ini. Akan tetapi dari segi realitinya, oleh kerana dia bekerja di sektor swasta, maka perlindungan tidak ada.

Jadi soalan saya, setelah kita rectify CEDAW ini, bukankah ni sepatutnya berjaya melindungi hak pekerja ini? Sekarang ini hak itu telah dinafikan dalam mahkamah walaupun ada dalam Perlembagaan, walaupun kita rectify CEDAW. Tiba-tiba mahkamah kata, so sorry, sebab you pekerja swasta, you are not protected. So, saya hendak tanya, sejauh manakah CEDAW ini telah memberikan harapan yang positif kepada pekerja wanita?

final • 8:50 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak jelaskan tentang Konvensyen Berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita atau Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) yang dibawa oleh Yang Berhormat Sepang ini. Saya hendak jelaskan bahawa perlindungan yang kita buat itu adalah mengikut instrumen antarabangsa ini dan sama seperti yang ada dalam perundangan yang ada dalam negara kita.

Akan tetapi kalau ada diskriminasi tentang beberapa syarikat swasta dalam negara kita, itu adalah isu yang berbeza. Ini kerana saya tidak jelas tentang perjanjian di antara seorang yang telah pun diterima sebagai pekerja mana-mana syarikat dan sebagainya, di mana ada perjanjian yang tertentu yang mungkin telah pun diterima oleh kedua-dua pihak sama ada employer dan employee. Itu adalah berbeza dengan keseluruhan diskriminasi yang dibawa dalam instrumen hak asasi manusia itu sendiri.

final • 8:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah sedikit?

final • 8:50 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Ya.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Rantau panjang.

final • 8:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Ya, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Maknanya itu adalah hak sebuah syarikat swasta, maknanya bergantung kepada perjanjian.

Akan tetapi kita kena ingat, syarikat-syarikat yang tertakluk di bawah kerajaan kita, kalau kerajaan menentukan dasar dan polisi untuk menentukan sesuatu peraturan dalam negara, isu yang berkaitan dengan hak asasi ini adalah isu yang sangat penting. Saya pernah mendapat aduan bagaimana pramugari yang tidak dibenarkan memakai tudung terpaksa mendedahkan aurat semasa bekerja dan balik rumah pergi ke pasar, dia bertudung balik. Akan tetapi dia bekerja kerana hendak menanggung nafkah keluarga. Jadi dalam keadaan begini, itu adalah menjejaskan hak keperluannya sebagai seorang Muslim.

Jadi di sinilah saya harap kalau perkara itu mungkin tidak ada satu polisi yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk memastikan condition ini dipatuhi, saya harapkan supaya pihak kerajaan meletakkan suatu dasar polisi yang memastikan tidak ada diskriminasi hak kepada semua pihak terutamanya berkaitan dengan hak wanita Islam dari semua perkara, tidak kira dari swasta ataupun kerajaan. Minta penjelasan.

final • 8:50 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang.

Saya hendak jelaskan bahawa inilah polisi kerajaan supaya tidak ada diskriminasi bagi mana-mana pihak dalam negara kita. Dalam Perlembagaan ini pun tercatat bahawa ada hak masing-masing. Akan tetapi, mereka juga mempunyai kehendak masing-masing.

Apa pandangan Yang Berhormat tadi kita akan lihat untuk mengkaji secara mendalam sama ada polisi ini boleh diterima pakai di pihak swasta.

Untuk isu yang seterusnya ialah Islamic State, Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Malaysia menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan keganasan oleh mana-mana pihak termasuklah dengan izin, Islamic State (IS).

Malaysia sama sekali tidak mengiktiraf IS, malah telah mengisytiharkan ia sebagai sebuah pertubuhan pengganas atau terrorist organization dengan rasminya pada 27 September 2014.

Kerajaan telah, sedang dan akan terus berusaha untuk mengekang penularan pengaruh IS di Malaysia. Langkah-langkah kerajaan berhubung hal ini adalah seperti yang digariskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Kertas Putih bertajuk “Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State” yang beliau bentangkan di Dewan ini pada 26 November 2014 yang lalu.

Mengenai tindakan-tindakan khusus di peringkat domestik atau dalam negeri, agensi-agensi pusat seperti Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara telah, sedang dan akan melaksanakan langkah-langkah yang wajar termasuk menangani gejala penglibatan warganegara Malaysia dengan IS.

Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh dan juga Yang Berhormat Tanjong mengenai pekerja dari Korea Utara. Resolusi 2094 merupakan salah satu daripada empat resolusi mengenai sekatan bersasar ataupun targeted sanction yang dikenakan oleh Majlis Keselamatan PBB ke atas Korea Utara sejak tahun 2006. Sekatan berkenaan dikenakan berikutan keengganan Korea Utara untuk menghentikan program senjata nuklearnya seperti yang dituntut oleh Majlis Keselamatan PBB.

Secara ringkasnya, terdapat empat jenis sekatan bersasar atau targeted sanction yang perlu dilaksanakan oleh negara-negara anggota PBB ke atas Korea Utara. Resolusi- resolusi Majlis Keselamatan PBB yang dimaksudkan tidak menghalang pergerakan atau aktiviti mana-mana warganegara Korea Utara atau entiti Korea Utara yang tidak dikenakan sekatan oleh Majlis Keselamatan PBB.

final • 8:50 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Kementerian Luar Negeri sentiasa memantau senarai nama, individu dan entiti yang dikenakan sekatan di bawah resolusi-resolusi berkenaan dan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan negara mematuhi peruntukan yang termaktub di bawah resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Manakala isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Limbang adalah masalah rakyat Malaysia di Brunei. Saya hendak jelaskan di sini Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai ramai rakyat yang berada atau bermastautin di negara Brunei Darussalam.

Jumlahnya hampir 30,000 kesemuanya. Oleh yang demikian, kebajikan rakyat Malaysia semasa berada di negara tersebut adalah sentiasa dalam perhatian Kementerian Luar Negeri. Sebagaimana Yang Berhormat Limbang bangkitkan kes-kes mengenai dengan untuk membantu rakyat Malaysia mendapat rawatan secara khususnya di hospital di Brunei, Kementerian Luar akan sentiasa cuba untuk membantu warga kita ini.

final • 8:50 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Walau bagaimanapun, kita harus sedar, lebih realistik dalam menaruh harapan untuk kerajaan menampung kos-kos rawatan perubatan di luar negara yang terlalu tinggi. Tuan Yang di-Pertua, itulah isu-isu yang telah dibangkitkan...

final • 9:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Boleh saya tanya? Tanya sikitlah. Tidak ada orang tanya, tidak ada orang kacau.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 9:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin hendak tanya sama ada kerajaan...

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Seputeh baru masuk. Tiga orang yang telah mencelah. Termasuk Speaker, empat orang.

final • 9:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tidak ada wanita yang mencelah.

[Ketawa]

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Wanita, Yang Berhormat Rantau Panjang mencelah.

final • 9:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Oh! Yang Berhormat Rantau Panjang ada?

Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah Malaysia ada apa-apa perjanjian termasuk mengambil pekerja dari Korea Utara untuk datang bekerja di Malaysia?

Macam negara kita, kita ada perjanjian dengan Bangladesh, dengan Indonesia dan sebagainya. Apakah pendirian Malaysia ini sejajar dengan PBB yang mana kita juga akan ada sekatan terhadap Korea Utara?

final • 9:00 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya sudah jelaskan bahawa Resolusi 2094 PBB jelas ia ialah sekatan yang targeted sanction. Maknanya bukanlah menyeluruh. Biar saya terangkan satu per satu:

(i) tentang sekatan pergerakan keluar masuk beberapa jenis barangan yang disenaraikan sama ada dari atau ke Korea Utara;

(ii) halangan terhadap penganjuran atau latihan teknikal, khidmat nasihat, perkhidmatan atau bantuan yang berkaitan dengan program nuklear;

(iii) pembekuan kewangan dan aset serta sekatan pergerakan terhadap individu dan entiti yang dikenakan sekatan; dan

(iv) sekatan pergerakan masuk ke negara-negara lain atau transit oleh individu ataupun entiti yang dikenakan sekatan atau yang menjalankan aktiviti bagi pihak individu atau entiti yang dikenakan sekatan.

Daripada itu, terbukti bahawa warga atau rakyat Korea Utara yang tidak ada kena- mengena dengan empat sekatan ini boleh bekerja, sementara mereka juga mempunyai mission mereka di sini. Malah wakil mereka di sini, wakil mereka, mission mereka, embassy mereka di sini dan kita juga ada embassy kita di sana.

final • 9:00 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Maka hubungan itu, boleh kita membawa rakyat mereka bekerja di sini tanpa mana- mana perjanjian seperti negara-negara lain yang boleh juga kita bawa warganegara untuk bekerja mengikut spesifikasi kerja-kerja, mengikut kepakaran mereka. Itu yang kita buat bersama dengan Korea Utara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:00 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Yang Berhormat Menteri.

final • 9:00 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Itulah jawapan saya bagi soalan-soalan atau pandangan yang dibangkitkan oleh...

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Limbang.

final • 9:00 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Limbang.

final • 9:00 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Okey, Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:00 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih atas pencerahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Saya ingin lebih spesifik, Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu kita faham memang di Brunei banyak rakyat Malaysia yang telah bermastautin tetapi yang menimbulkan keresahan kita sedikit, khusus kepada rakyat kita yang bukan bermastautin di Brunei tetapi yang di Limbang, di Miri. Mereka bukan duduk di Brunei tetapi terjadilah sebab kita di Limbang seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu juga bahawa kita tidak boleh elak. Pergi utara, kena masuk daerah juga. Pergi selatan pun hendak pergi Kuching kena masuk daerah dia juga.

Jadi inilah kadang-kadang yang bukan bermastautin di Brunei ini, nasib tidak baik, kadang-kadang dalam perjalanan. Ambil contoh hari itu yang saya beri contoh itu Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu tentang very specific case. Dia sakit. Dihantar oleh Hospital Limbang ke Miri. Sembuh dan baik di Miri. On the way back hendak balik ke Limbang, jatuh sakit balik. Masuk hospital sampai dua bulan. This is the... bukan yang bermastautin yang di Brunei tetapi yang bermastautin we do not expect, kita faham juga tetapi yang ini jarang-jarang berlakulah. Nasib tidak baiklah kata orang, memang sudah takdirnya macam itu barangkali. Akan tetapi inilah kadang-kadang kita faham juga, memang kita faham perbelanjaan.

Is it possible atau tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri sekiranya perkara ini, yang kes-kes yang bukan bermastautin tetapi kebetulan sahaja ini mungkin buat apa-apa dalam bilateral meeting. Kalaulah sekiranya apa-apa terjadi supaya kos ini tidak membebankan bahagian kerajaan kita. Kita faham sana mahal. Mungkin kalau ada apa-apa terjadi, automatik kah dihantar either ke Miri atau ke Limbang supaya jangan ditahan di sana berbulan-bulan. Ini akan membebankan kerajaan dan juga keluarga dan sebagainya.

Jadi mungkinlah kalaulah perkara ini dapat dipertimbangkan antara kerajaan kita dengan kerajaan negara jiran kita. Mungkin buat some sort of whatever arrangement untuk memudahkan dan meringankan beban. Bagi kita perkara ini di sana ia adalah big thing for us. Mungkin tempat lain di Malaysia ini tidak ada apa-apalah itu. Terima kasih.

final • 9:00 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan tadi saya sebut ada lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang bermastautin di Brunei. Itu tidak termasuk angka mereka yang keluar masuk ke Brunei.

Pertama, kita kena realistik tentang isu rakyat Malaysia yang masuk ke hospital luar negara ini. Perbelanjaannya tinggi. Bukan hanya di Brunei tetapi juga di Singapura.

Selalunya di antara border, dengan izin, sempadan di antara Malaysia dan negara-negara lain. Kita kena realistik kerana kalaulah kita bayar wang perbelanjaan hospital untuk mereka yang berada di Brunei. Begitu juga dengan apa masalah kita yang berada di Singapura.

Sebab itu kena realistik dan tidak mungkin kerajaan boleh membayar kos perbelanjaan mereka yang masuk ke hospital. Walau bagaimanapun, oleh kerana pandangan Yang Berhormat Limbang itu satu pandangan yang agak praktikal. Maksudnya, kalau dengan secara tidak semena-mena dia masuk ke hospital, kita minta supaya dengan secepat mungkin ada arrangement untuk dihantar pulang, saya rasa mungkin dapat mengurangkan perbelanjaan itu. Insya-Allah boleh kita buat antara hubungan baik antara Malaysia dengan Brunei. Insya-Allah kita akan bincang dan kita bawa dalam perbincangan dua buah negara nanti.

final • 9:00 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, itulah jawapan saya untuk semua yang telah dibangkitkan dalam Dewan ini. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya jemput Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

final • 9:00 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tujuh orang Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pelbagai perkara dan isu di bawah tanggungjawab kementerian ini. Kami sangat menghargai dan insya-Allah, kementerian saya sentiasa prihatin dan mengambil inisiatif-inisiatif bagi memastikan kesejahteraan kumpulan sasarnya iaitu golongan wanita, keluarga, kanak-kanak, warga emas, OKU, orang papa, pertubuhan sukarela kebajikan dan juga mangsa bencana.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjelaskan beberapa yang telah dibangkitkan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu daripada Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Masjid Tanah dan juga Yang Berhormat Parit.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai wanita yang menyentuh work life balance. Kerajaan memang menyediakan sistem sokongan bagi membantu golongan wanita mengimbangi antara tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya mereka. Antara sistem sokongan yang sedia ada iaitu yang pertama untuk mewujudkan pusat jagaan dan taman asuhan kanak-kanak adalah penting bagi membantu wanita-wanita yang mempunyai anak supaya kekal dalam pasaran pekerjaan. Hingga bulan Februari tahun ini, sebanyak 3,802 buah taska yang dibuka telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Di samping itu, enam buah taska OKU yang diuruskan oleh pihak NGO juga telah ditubuhkan.

final • 9:08 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Insya-Allah, satu kajian komprehensif akan diadakan untuk kita menambah baik segala urusan kebajikan dan kesejahteraan taska di Malaysia sebab kita telah mengadakan banyak engagement dan kita akan memastikan dan membuat sebaik mungkin untuk apa- apa juga kekangan yang dilalui oleh taska-taska di Malaysia ini sama-sama dapat kita tangani.

Kedua adalah untuk melaksanakan aturan kerja anjal (flexi work) yang merupakan kemudahan yang dapat membantu pekerja wanita yang mempunyai anak. Di bawah Bajet 2014, majikan dicadangkan melaksanakan aturan kerja anjal yang memberi kelonggaran tempoh, tempat dan waktu berada di tempat kerja dan bagi menarik lebih banyak lagi syarikat Malaysia melaksanakan aturan kerja anjal, perbelanjaan latihan dan juga fi konsultasi yang ditanggung oleh majikan dalam melaksanakan skim ini diberi potongan cukai tambahan di bawah Bajet 2014.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai memperkasakan ekonomi wanita, kerajaan melaksanakan...

final • 9:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan Yang Berhormat.

final • 9:10 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Saya hendak tanya, okey.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, dua yang bangun.

final • 9:10 PM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim]

Dua? Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 9:10 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Parit Sulong, sila.

final • 9:10 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan apa Yang Berhormat Menteri tadi nyatakan mengenai sistem waktu anjal.

Saya ingin menyokong langkah yang dibuat oleh pihak kerajaan mengenai perkara ini dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai lagi wanita untuk menyertai tenaga kerja negara kita. Akan tetapi, saya tengok Yang Berhormat Menteri, penyertaannya masih lagi rendah. Kalau kita bandingkan dengan negara-negara lain, mungkin sudah tiba waktunya Akta Pekerja itu, mungkin pihak kementerian berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) agar Akta Pekerja itu boleh dikaji semula untuk memasukkan peruntukan waktu kerja anjal itu sendiri, sebab kalau tidak, ia boleh menjadi satu galakan tetapi tidak, there is nothing in it jadinya, dengan izin. Sebab itulah buat pun tak apa, tak buat pun tak apa. Saya hendak minta pendapat Yang Berhormat Menteri mengenai perkara ini.

final • 9:10 PM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima kasih, oh sekali? Sama, sama.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Rantau Panjang pula.

final • 9:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menyentuh iaitu saya ingin penjelasan. Pertama ialah berkaitan dengan sistem sokongan.

Saya ucap terima kasih dan tahniah atas usaha kerajaan. Cuma saya ingin penjelasan, sejauh mana sistem sokongan kepada pekerja wanita terutama yang OKU sebab kita kena tahu, pekerja OKU ini memerlukan sokongan yang berbeza dengan orang biasa dari sudut sejauh mana pelaksanaannya sendiri ini dan begitu juga dari sudut elaunnya sebab dia terpaksa berbelanja lebih untuk menggaji pembantu dan memerlukan kenderaan yang khusus. Jadi berbeza dengan orang awam yang biasa. Jadi sejauh mana selain daripada sistem sokongan yang lain.

Kedua, berkaitan dengan sistem kerja anjal. Saya ucapkan tahniah atas usaha.

Sejauh mana juga saya ingin tahu pelaksanaannya terhadap kakitangan kerajaan khususnya guru, para guru sebab kita tengok majoriti para guru di negara kita ini adalah guru wanita. Jadi sejauh mana pelaksanaan ini dipraktikkan dalam sistem pelaksanaannya di mana kita melihat bagaimana sebelum subuh mereka terpaksa sudah keluar rumah terutama kalau di bandar-bandar. Jadi bagaimana masanya yang begitu berkejar masanya dan begitu juga sejauh mana keprihatinan pihak kementerian dari sudut terutama ketika mereka menghadapi musibah kematian suami.

Oleh sebab kita tengok dalam Islam apabila seorang isteri yang kematian suami, dia perlu ada idahnya. Jadi sejauh mana kalau dalam Islam, kematian suami empat bulan 10 hari. Mungkin bukan itu maksud saya kena cuti sepenuhnya begitu, maksudnya perlu kepada tempoh yang panjang sedikit untuk dia mengurus rumah tangga dengan keadaan kematian suami, dengan keadaan banyak mungkin harta pusaka dan sebagainya yang perlu diselesaikan. Jadi sejauh mana kepekaan pihak kementerian untuk memastikan kebajikan pekerja wanita terutama dalam berdepan dengan isu-isu yang saya maksudkan demikian. Terima kasih.

final • 9:10 PM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Sulong dan juga Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya ingin memaklumkan bahawa mengenai aturan kerja anjal, pada masa ini di kementerian saya, kita sedang mengadakan percubaan atau pioneer sebab betul, Yang Berhormat Parit Sulong mengatakan ini mesti diselaraskan sekali bersama dengan Akta Pekerjaan. Akan tetapi kami mengadakan satu pioneer trial di mana kita telah mewujudkan sistem pekerjaan anjal di mana kita telah memberi keistimewaan kepada pekerja-pekerja yang mendapat appraisal 85% ke atas, sebab bermakna ini adalah satu pengiktirafan kepada pekerja-pekerja yang terbaik.

Oleh sebab banyak mengenai aturan kerja anjal ini memang memerlukan satu disiplin yang kuat supaya mereka dapat melaksanakan kerja dan kita pilih tiga cara:

(i) bekerja dari rumah;

(ii) adalah untuk mereka memilih flexi hours. Bermakna kata dia datang lambat sikit, tetapi dia balik juga lambat sikit atau dia hendak bermula dari petang sikit, jadi dia lambat sikit atau dia kerja pagi, tetapi balik cepat. Ada, ada cara dia; dan

final • 9:10 PM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

(iii) adalah kita compress kan waktu bekerja satu minggu kepada masa-masa yang kata dia hendak ambil cuti atau off pada Jumaat, jadi empat hari itu dia perhabiskan kerja satu minggu, dia compress. Jadi kami membuat percubaan insya-Allah selama tiga bulan iaitu dari 16 Mac baru-baru ini supaya kami hendak melihat keberkesanan bagaimana sistem ini dapat berjalan dan kita akan membuat penambahbaikan dan selepas itu kita insya-Allah hendak memanjangkan kepada kementerian lain, jabatan lain dan juga termasuk pihak swasta.

Mengenai apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Parit Sulong, memang betul dan sebenarnya aturan kerja anjal ini kami membuatkan sebenarnya bersama dengan PEMANDU sebab kita lihat di negara lain, ia boleh dilaksanakan dan ia memberi banyak ruang untuk kita balance, mengimbangi kerja dengan – I mean sebagai seorang pekerja wanita dan seorang untuk kita menguruskan kerja-kerja di rumah atau rumah tangga.

Jadi, insya-Allah banyak sebenarnya Yang Berhormat, terima kasih tetapi kami berharapkan sama-samalah memberi satu semangat kepada kami supaya insya-Allah kita akan mencari jalan yang terbaik dan di mana Yang Berhormat tadi telah mengatakan beberapa perkara yang harus diperhalusi termasuk mengenai pekerja-pekerja wanita Islam yang banyak mengalami musibah dan sebagainya, apakah flexibility yang boleh mereka dapat.

Jadi sebab ini Yang Berhormat bukan sahaja kementerian kami tetapi seharusnya seperti Yang Berhormat Parit Sulong mengatakan, kami terpaksa bekerjasama dan berbincang dengan terperinci bersama dengan beberapa jabatan lain untuk kita dapat.

Akan tetapi terima kasih di atas membawakan hal ini supaya kami dapat memperincikan dan terima kasih juga Yang Berhormat, satu Yang Berhormat, kami dapati sebab kami pun ada berbincang bersama JPA. Ada jenis pekerjaan yang tidak dapat menggunakan aturan kerja anjal.

Jadi kami tengok Yang Berhormat yang guru ini, guru, jururawat, yang macam ini Yang Berhormat. Jadi mungkin kita melihat dari aspek lain. Mungkin ada masa-masa rehat yang lebih, off yang lebih dan sebagainya atau macam mana sebab guru ini hari-hari kena bekerja kalau banding dengan jururawat katakan, dia boleh aturkan. Akan tetapi terima kasih Yang Berhormat .

final • 9:10 PM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Mengenai OKU pun sama Yang Berhormat, kecuali bagi pekerja wanita OKU, kita melihat lebih kepada accessibility. Kita melihat lebih kepada keselesaan dalam tempat kerja. Sama juga ini kita harus menjalankan satu jalinan kerjasama bersama dengan jabatan dan kementerian yang sebenarnya ada urusan mengenai pekerjaan.

Akan tetapi dari segi elaun Yang Berhormat, satu elaun ini mungkin di dalam Skim Perkhidmatan yang mereka bekerja itu. Akan tetapi kalau daripada segi OKU bekerja, kita tidak kira wanita atau lelakinya, memang kita ada elaun untuk OKU bekerja. Oleh sebab ini sebagai satu insentif sebab mereka walaupun OKU atau cacat tetapi dia ada satu effort untuk mereka bekerja.

Kami selalu ditanya dalam Dewan yang mulia ini pun dikata kenapa terbalik? Mereka yang bekerja bagi lebih banyak elaun tetapi yang tidak bekerja kurang elaun. Akan tetapi bukannya itu. Mereka yang bekerja kami dapati seperti Yang Berhormat katakan tadi, teksinya, maintenance kerusi rodanya lebih sebab dia kena keluar bekerja. Jadi, kami bagi lebih elaun kepada mereka untuk membantu menambah dan selain daripada gaji.

Akan tetapi yang tidak bekerja, kami bagi juga elaun untuk membantu sedikit sebanyak tetapi pernah ditanya di dalam Dewan yang mulia ini. Jadi Yang Berhormat, memang banyak lagi yang perlu sebab perkara ini tidak dapat sekali tetapi sebab kita kena mengadakan banyak lagi rundingan. Kerja tidak habis Yang Berhormat, memang banyak.

Satu-satu kita cari jalan dan insya-Allah ini juga apa-apa cara kita hendak memperkasakan wanita dan saya masuk sekali lagi kepada memperkasakan ekonomi wanita.

Jadi, kami hendak mengoptimumkan kebolehan wanita. Di antaranya Yang Berhormat, kepada ibu tunggal biasalah didengar ialah Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I- KIT), selepas itu Inkubator Keusahawanan Wanita, kita teruskan. Oleh sebab walaupun program ini telah berjalan lama tetapi masih ada sambutan. Sehingga Disember tahun 2014, kami telah melatih 4,834 orang ibu tunggal dalam keusahawanan. Untuk keusahawanan wanita pula, kita juga telah melatih 6,892 orang wanita.

final • 9:20 PM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Selepas itu kita tambah dengan program yang kita namakan dengan Program Mama Care sebab ini adalah satu semula jadi. Wanita kita yang tidak ada berapa sangat berpendidikan tetapi dia pandai urut mengurut secara tradisi. Jadi, kita latih supaya dia dapat sijil. Apabila dapat sijil, dia boleh masuk ke pasaran yang lebih besar dan mendapat pendapatan yang lebih baik sebab ada sijil.

Jadi, syukur alhamdulillah MamaCare ini lebih kepada penjagaan selepas bersalin secara tradisional dan juga moden. Memang daripada segi permintaan itu memang tinggi.

Ketiga Yang Berhormat, ini adalah...

final • 9:20 PM

Dato’ Noraini Binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat, minta maaf. Kalau saya tanya lagi sebagai tambahan. Saya tertarik juga tadi dimaklumkan ada lebih kurang 5,000 orang yang telah dilatih. Saya tengok memang banyak program dalam usaha kita hendak menggalakkan kaum wanita kita untuk menambahkan pendapatan mereka ataupun bergantung kepada diri sendiri. Maksudnya, mereka bekerja dan segala-galanya.

Akan tetapi apa yang saya mungkin kementerian boleh lakukan, mungkin telah ada tetapi kalau telah ada mungkin Yang Berhormat Menteri boleh kongsi bersama dengan kita seperti jumlah yang dilatih ini saya hendak tahu ada atau tidak pemantauan? Oleh sebab ia berbeza, jumlah yang kita latih dengan hasil daripada apa yang kita latih.

Bermaksud, kita hendak orang yang kita latih itu ada kesinambungan. Kalau pendapatannya ada, berapa banyak dan kemudian itu berapa lama yang ada latihan? Oleh sebab tidak guna- Pernah ada satu kes, saya pergi satu tempat, dapat bantuan daripada pihak kementerian Yang Berhormat. Sebelum saya sampai, dia sudah duduk depan pintu kemudian dia pula yang tanya saya, mana saya hendak pergi belajar kelas jahit sebab saya dapat mesin jahit? Itu yang kita tak nak.

Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh maklumkan kepada kita bahawa bukan setakat latihan sahaja tetapi ada kesinambungan dalam usaha untuk tujuan asalnya iaitu penambahan pendapatan kepada golongan wanita. Terima kasih.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Hajah Rohani Binti Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat. Mereka yang kita latih ini macam-macam, yang menjahit itu satu, apa semua. Mana-mana program yang kita boleh cadangkan selepas dilatih, kita maklumkan juga ada program lagi satu untuk kita memberi daripada segi mesin dan sebagainya, atas apa yang kita latihkan.

Sebenarnya Yang Berhormat, kita memantau.

Banyak kali kalau saya pergi ke pameran-pameran dan sebagainya, saya nampak mereka ini dan dia sangat berbesar hati. Dia pula yang kata, sebab kita pun sudah kira tidak ingat juga. Dia kata, terima kasih, ini yang dibantu. Dia jual barang, dia jual kerepek. Akan tetapi Yang Berhormat, ada juga- ini hendak cakap juga. Ada juga yang kita latih, dia tidak ada menunjukkan minat apa-apa. Akan tetapi dia masuk kepada kursus kita tetapi insya- Allah Yang Berhormat, kita tidak mahu seperti Yang Berhormat katakan, kita mahu dia dilatih dan dia bertindak. Kalau tidak, tidak perlu dia masuk kursus latihan sebab ramai lagi yang lain yang perlu dilatih.

Akan tetapi terima kasih juga Yang Berhormat. Seperti juga yang saya katakan, saya hendak memperkukuhkan lagi sebenarnya sistem-sistem, itu saya hendak masukkan.

Selepas ini saya hendak ceritakan. Akan tetapi sebelum itu, saya hendak cakap ada satu lagi program yang kita olahkan tahun ini. Oleh sebab ini adalah setelah kita mendapat banyak maklum balas mengenai susah hendak mendapatkan pekerja untuk bekerja di rumah.

Jadi, oleh yang demikian kami insya-Allah tahun ini akan mengadakan program latihan Smart Domestic Managers. Kita kena bagi nama-nama yang cantik sedikitlah. Kita namakan Smart Domestic Managers, di mana kita memberi latihan kepada peserta wanita ini untuk menjadi pengurus kediaman yang berkemahiran. Nama itu kena cantik dan kita kena ada latihan-latihan yang tertentu. Oleh sebab ini insya-Allah kita hendak menarik supaya ia menjadi skim yang menarik. Dari segi nama itu kita jenamakan nama itu menarik sebab memang ada di kalangan wanita kita, anak gadis kita tidak berapa academically. Akan tetapi dia...

final • 9:20 PM

Tuan Idris Bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

[Bangun]

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang minat.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Hajah Rohani Binti Abdul Karim

Yang Berhormat Bukit Gantang, oh minat.

final • 9:20 PM

Tuan Idris Bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Hendak tanya sedikit.

final • 9:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Bin Abdul Rahim - Baling

Dia minat apa itu?

final • 9:20 PM

Dato’ Wira Othman Bin Abdul - Pendang

Dia minat menteri.

final • 9:20 PM

Tuan Idris Bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih walaupun saya bukan wanita tetapi oleh kerana isteri saya wanita, saya kena cakap. Yang Berhormat Baling tak pa, dia dua.

final • 9:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Bin Abdul Rahim - Baling

Mana ada. Tarik balik.

[Ketawa]

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said

Saya baru tahu Yang Berhormat Baling dua.

[Ketawa]

final • 9:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Bin Abdul Rahim - Baling

Tarik balik.

final • 9:20 PM

Tuan Idris Bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sekarang ini untuk wanita yang bekerja pada hari ini menghadapi masalah untuk mendapat pengasuh. Satu hendak dapat, sekarang ini sekurang-kurangnya RM8,000 untuk dapat permulaan bagi seorang pengasuh di rumah. Saya hendak mencadangkan supaya pihak kementerian meletakkan supaya ada satu agensi ataupun satu institusi yang memastikan setiap pejabat itu ada tempat untuk mengasuh. Petugasnya ialah mesti daripada kalangan orang tempatan yang kita boleh latih sama ada melalui daripada Institut Kemahiran MARA ataupun GIATMARA atau pun melalui vokasional ERT. Memang mereka ini terlatih dan mereka ini ada pencen, gaji bulanan yang agak stabil. Kita letakkan seseorang pengasuh tadi mungkin dalam tiga orang atau lima orang yang dibayar juga oleh ibu bapa yang menghantar anak ke situ. Sebahagian lagi merupakan tanggungjawab sosial daripada pihak kementerian untuk hendak memastikan bahawa satu ialah hubungan kasih sayang.

Mungkin daripada segi konsep untuk hendak kempen penyusuan ibu terhadap anak itu akan berlaku. Soal psikologi, mak ayah yang duduk jauh, dekat dengan tempat kerja, dia agak lebih baik apabila memikirkan keselamatan anak dekat dengan pejabat.

final • 9:20 PM

Tuan Idris Bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Ini perkara yang saya rasa perlu difikirkan. Kalau tidak, ramai di kalangan wanita yang terpaksa meletakkan jawatan, berhenti oleh kerana sukar untuk mendapat pengasuh yang berwibawa dan boleh dipercayai. Itu satu cadangan kepada kementerianlah. Terima kasih.

final • 9:30 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, kalau macam ini, seronok Yang Berhormat sebab feedback, jadi memberi idea tetapi sebenarnya Yang Berhormat Bukit Gantang, saya ingin nak maklumkan, yang pertama, terima kasih. Memanglah sebab tadi, untuk mendapat pengasuh di rumah itu… [Disampuk] Jadi RM8,000 Yang Berhormat. Memang saya dengar, ada itu lagi mahal. Oleh sebab itulah Yang Berhormat, kita datang kepada satu program latihan ini, kita namakan, kita jenamakan dia elok-elok sebab kadang-kadang anak-anak gadis kita itu kalau dia nak masuk bekerja itu, dia nak satu tahap pengiktirafan termasuk skim gaji. Itu tadi dan kita dah tentukan mungkin kadar dia ikut berapa jam, sejam berapa kadar, macam itu pun ada.

Jadi oleh yang demikian, tadi Yang Berhormat masuk kepada taska. Taska tempat kerja. Sebenarnya Yang Berhormat, memang itulah yang kami kehendaki. Setiap majikan mesti ada taska tempat kerja untuk mengasuh bayi-bayi daripada empat tahun ke bawah.

Bermakna kadang-kadang itu ada yang umur beberapa bulan pun ada tetapi ini kami mohon majikan tetapi Yang Berhormat, ada kekangan-kekangan seperti sekarang ini bomba meluluskan sehingga tingkat tiga.

Jadi ada majikan tampil kepada kami, dia kata “Kami tingkat satu, dua, tiga tak boleh sebab tempat letak kereta tapi kami ada tingkat tujuh.” Jadi kami kena rujuk sebab ini bukan sahaja kementerian saya, kementerian saya daripada segi pengasuhan, daripada SOP taska tetapi daripada segi keselamatan, kebakaran dan sebagainya bomba. Lepas itu Kementerian Kesihatan pun check daripada segi kesihatan. Dia macam-macam kementerian. Jadi, bila sampai tahap macam itu, bomba tak dapat lulus sebab kita pun faham bukan bomba suka-suka tak luluskan tetapi keselamatan sebab nak membawa bayi ini. Bayi sampai umur empat tahun itu dia punya ciri keselamatan itu memang lebih.

final • 9:30 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Jadi oleh yang demikian, kami masih juga. Macam-macam Yang Berhormat nanti sebelum sampai situ, macam-macam insentif kepada majikan supaya dia mengadakan taska di tempat kerja. Betul Yang Berhormat katakan tadi, untuk memastikan wanita berada di pasaran pekerjaan atau mereka kekal bekerja walaupun sudah berumah tangga. Jadi insya-Allah, itu saya kata tadi Yang Berhormat, kita insya-Allah akan membuat kajian yang menyeluruh termasuk segala aspek itu. Kalau majikan tak dapat tingkat tiga ke bawah, jadi kami nak cadangkan mungkin sewa di sebelah itu dan sebagainya sebab ciri-ciri keselamatan ini memang penting sangat.

Yang Berhormat, satu saya ingin nak maklumkan di sini bahawa sebenarnya apa- apa urusan wanita, kami betul-betul berterima kasih sebab betul-betul banyak champion.

Kami ada 23 kementerian yang menjadi champion kepada pembangunan wanita, jabatan, agensi, NGO-NGO yang menjalankan aktiviti-aktiviti untuk wanita. Jadi, walaupun di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat nampak programnya macam sedikit tetapi sebenarnya champion sebab kami menggunakan champion ini sebagai strategic partner macam SME Corp. Yang Berhormat Parit Sulong tahu ya, banyak program wanita mereka buat. Jadi insya-Allah semua champion ini telah menjalankan… [Disampuk] Eh! MATRADE bukan SME Corp. Jadi mereka masing-masing menjalankan tugas untuk memperkasakan wanita.

Oleh yang demikian, kami di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat insya-Allah, kita akan mewujudkan satu sistem pengumpulan data dan juga laporan supaya kita boleh membangunkan satu data bank atau satu laporan yang menyeluruh, yang menunjukkan betapa champions ini masing-masing memainkan peranan.

Insya-Allah kita akan melantik focal person di setiap kementerian, jabatan, agensi, NGO- NGO untuk sentiasa mengemaskinikan data dan laporan supaya tempat macam Dewan yang mulia ini, saya boleh menghuraikan atau melaporkan apa yang dilakukan oleh champions ini untuk mempertingkatkan lagi atau memperkasakan wanita. Jadi, ini akan kita adakan dalam masa yang terdekat. Pegawai-pegawai saya telah mengadakan banyak perbincangan supaya kita dapat satu gambaran yang menyeluruh.

final • 9:30 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu daripada segi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang smart domestic manager, yang disebutkan tadi pengurus dalaman yang mana ini adalah satu program yang cukup baik.

Saya ingin tahu setakat ini apakah prosedur yang telah ditetapkan oleh kementerian, syarat-syarat kemasukan dan sebagainya? Apa yang kita lihat selain daripada anak-anak muda yang perlu kita beri latihan, sebenarnya program ini perlu kita libatkan juga orang yang dewasa seperti ibu-ibu tunggal seperti mana Yang Berhormat Menteri sebut tadi bagaimana kita dah ada dalam senarai hampir 5,000 orang ibu-ibu tunggal yang dilatih.

Mungkin kita boleh kembangkan lagi sebab dalam isu berkaitan dengan masalah pengasuhan anak-anak ini, wanita yang ada pengalaman mempunyai anak, mereka lebih memahami macam mana cara nak mendidik anak dengan kasih sayang, dengan cara yang lebih sesuai berbanding dengan anak-anak muda yang mungkin dia tidak ada pengalaman dengan anak-anak kecil. Jadi, mungkin itu boleh digabung jalin tenaga lama dan baru yang mungkin ini akan memantapkan lagi program yang akan dibuat oleh kementerian. Minta penjelasan.

final • 9:30 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Memandangkan ini adalah satu latihan yang terbaru, kita namakan program latihan smart domestic manager. Memang kita juruskan ia kepada – dan kita kata untuk mengurus kediaman yang berkelayakan, cekap dan berpengetahuan. Sebenarnya kita menjurus kepada wanita berpendapatan rendah yang selama ini dia nak menampungkan lagi, nak menambah pendapatan, suri rumah dan juga ibu tunggal.

Kita sebagai percubaan, kita hendak memilih 100 orang peserta dan kita pilih pula lima negeri dahulu iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Kita pilih lima ini di mana cara-cara kita membuat pengisian program adalah kita akan mengadakan ceramah, kita ada role play, kita ada perbincangan, ada simulasi betul- betullah dalam rumah dan kita buat latihan. Yang pentingnya adalah latihan. Tempoh program ini adalah empat hari, tiga hari teori. Mengajar dia pakai vacuum, vacuum cleaner.

Semua perkakas-perkakas yang moden dan satu hari praktikal. Termasuk kita juga menentukan berapa kadar sebab kita hendak ini menjadi satu benchmark. Lebih boleh, jangan kurang.

final • 9:30 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Jadi, pembersihan lantai, pembersihan tingkap, permaidani, mengemas bilik tidur, ruang dapur, masak, mengurus pakaian semua diajar ini. Peralatan elektrik, membersihkan bilik mandi dan sebagainya supaya mereka insya-Allah boleh menjalankan tugas-tugas ini di mana-mana yang memerlukan dan tak perlu live in maid, dengan izin. Kita hanya mendapat perkhidmatan dan dua, tiga jam dia balik tetapi kita bayar ikut kadar-kadar. Jadi Yang Berhormat, ini kita juga teruja. Kita hendak memastikan bahawa ini akan berjaya supaya kita memberi lebih banyak lagi ruang dan insya-Allah masa itu kita tak perlu lagilah untuk mendapatkan pekerja-pekerja dari luar negara, insya-Allah. Yang Berhormat, saya masuk kepada keganasan terhadap wanita. Kerajaan melaksanakan program-program khusus untuk menangani keganasan terhadap wanita kerana ianya bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang terlibat malah kepada keluarga, masyarakat serta negara keseluruhannya. Jadi antara program-program yang kita laksanakan adalah program literasi undang-undang, tahu hak-hak kita. Wanita anti jenayah, ada sedikit self defense, wajar. Pengurusan emosi dan bimbingan serta kaunseling kepada yang memerlukan.

final • 9:30 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Jadi pada tahun 2013, Jabatan Pembangunan Wanita telah mengadakan Kempen 60 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita bermula 12 Oktober hingga 10 Disember 2013. Akan tetapi tahun lepas, tahun 2014, kita lanjutkan tempoh. Kita rasakan 60 hari tidak cukup, jadi tahun lepas kita lanjut kepada 90 hari dengan melaksanakan lebih banyak lagi aktiviti di seluruh negara bersama rakan-rakan strategik Jabatan Pembangunan Wanita sebab kita hendak menguar-uarkan kepada seramai yang mungkin, tak perlu ada keganasan terhadap wanita.

final • 9:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 9:40 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Tuan Yang di-Pertua...

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kepong minat wanita. Sila Yang Berhormat Kepong.

final • 9:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Dengan hendak menguar-uarkan itu, bolehkah Yang Berhormat terangkan angka yang diketahui keganasan ke atas wanita di negara ini tahun lepas.

final • 9:40 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat dari Kepong, ada. Saya kena buka satu-satu. Memang ada.

[Disampuk] Ha, tunggu sampai situ. Ia ada.

Yang Berhormat, tahun 2014 ada 8,960 kes keganasan terhadap – sebenarnya dia kata wanita dan lelaki, tetapi lebihnya Yang Berhormat, kalau ikut sini, lelaki pun ada Yang Berhormat yang kena. Jadi spesifik sebab saya kena tolak campur, tolak campur ini takut tidak ada masa tolak campur, tapi keganasan terhadap wanita dan lelaki ialah 8,960 kes.

Yang lelakinya boleh tahan juga ramai Yang Berhormat. Entah apa terjadikan. Ini statistik PDRM, Yang Berhormat. Keganasan terhadap wanita dan lelaki tahun 2014 kalau dari segi rogol ada 2,349 kes. Kalau cabul kehormatan untuk perempuan ada 1,560 kes. Lelaki pun ada, 30 kes. Tak tahu kenapa. Lepas itu luar tabii, perempuan sebanyak 102 kes, lelaki lagi teruk, 112 kes. Lepas itu keganasan rumah tangga – boleh tahan. Lelaki ada 1,262 kes, perempuan, 3,545 kes.

Jadi Yang Berhormat, untuk makluman, jangan panik. Kita sekarang...

final • 9:40 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 9:40 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

...Kita menggalakkan supaya lelaki yang kena kasari dan ganasi juga tampil ke hadapan supaya kami boleh mengambil langkah-langkah melalui program intervensi. Ini kerana kalau mereka tidak tampil ke hadapan, kami pun tidak tahu apa intervensi. Jadi saya sudah mengadakan beberapa kali seminar yang saya namakan ‘Kesejahteraan Lelaki’. Hanya lelaki yang hadir dan di situ dia bercerita sedikit-sebanyak apa yang berlaku dan insya-Allah, kita akan mengambil langkah- langkah intervensi.

final • 9:40 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Boleh saya tanya?

final • 9:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 9:40 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Yang mana ini?

final • 9:40 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Kuala Kedah.

final • 9:40 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Yang Berhormat Kuala Kedah dahulu Yang Berhormat.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 9:40 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menambah sedikit. Sebahagian besar daripada yang disebut lelaki yang kena keganasan seks itu ialah yang disebut sebagai transgender, yang saya lihat dalam praktis saya lepas. Ini kerana di kad pengenalannya masih lelaki tetapi golongan ini biasanya memang menjadi mangsa serangan seks dan mangsa pencabulan. Itu juga satu isu besar yang mungkin kita ada masa lain untuk bahaskan tapi transgender itu satu masalah besar. Kebanyakan mereka itu memang menjadi mangsa selalu. Terima kasih.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kepong.

final • 9:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan lagi. Saya tak tahu bagi hampir 9,000 ini bagi setiap kes yang dilaporkan, ada berapa lagi yang tidak dilaporkan terutama dengan lelaki? Yang Berhormat Parit Sulong pun tahu bila lelaki dibelasah, dia tidak akan laporkan.

final • 9:40 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Kenapa babitkan saya?

final • 9:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Yang Berhormat Pendang pun tahu.

[Disampuk] Oh, kalau dia lapor, dia akan diseksa lagi. Begitu teruknya. Daripada itu pun, berapa yang dibunuh? Keganasan bukan setakat mencedera tetapi membunuh pun ada. Lelaki membunuh isteri dan isteri membunuh suami.

final • 9:40 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat, boleh tak saya pun hendak tanya juga tapi tidak ada. Yang Berhormat Kepong jangan risau. Saya cuma hendak tanya daripada statistik tadi sebab saya tengok Yang Berhormat ada tengok stats itu. Boleh Tuan Yang di-Pertua, saya tanya?

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 9:40 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Saya hendak tanya sebab ada sesetengahnya ini bukan sahaja kena attack secara fizikal tapi secara emosi. Saya hendak tahu juga sama ada kementerian ada tidak menerima report, mendapat maklumat mengenai mereka yang didera secara emosi? Sesetengah orang, macam lelaki berleter teruk sangat, jadi itu emosi kepada wanita, Yang Berhormat Kepong. Jadi perkara macam itu pun sangat mendukacitakan dan kalau Yang Berhormat Menteri ada maklumat seperti itu mungkin boleh dikongsi bersama dengan kita juga di dalam Dewan ini. Terima kasih.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Parit Sulong ada video fasal dera budak ya.

final • 9:40 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Saya tadi ada juga hantar kepada Yang Berhormat Menteri mengenai satu video tapi kita tidak tahu di mana video itu diambil.

Saya dapat daripada rakan korporat saya. Kalau boleh diambil tindakan sebab itu budak- budak kecil didera oleh satu lelaki. Dirotan semuanya.

final • 9:40 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Yang Berhormat, saya terima video itu dan sekarang sedang di dalam siasatan. Ini kerana kita hendak mencari tempat itu because saya nampak daripada video itu macam taska atau tadika, dan memang saya tidak sanggup melihat budak-budak dibuat macam itu.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang pakar video ini cuba tanya Yang Berhormat Kapar.

final • 9:40 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

[Ketawa] Akan tetapi ini serius Tuan Yang di-Pertua, sebab kita menghantar anak kita untuk diasuh dan saya pasti ini berbayar, tapi kalau anak kita didera macam itu, saya memang tidak boleh terima. Saya nampak itu saya tidak boleh terima. Tadi pegawai kami tengah menyiasat sebab kami hendak tahu di mana ini dan kita juga telah merujuk juga kepada MCMC, hendak trace.

final • 9:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Menteri, bercakap mengenai taska-taska dan tadika ini...

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kapar, saya puji pasal Yang Berhormat Kapar tidak balik dari pagi sampai ke malam. Tidak keluar-keluar. Saya perhatikan. Sila.

final • 9:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Boleh Tuan Yang di-Pertua?

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 9:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya hendak bagi cadangan. Taska dan tadika ini banyak kes yang melibatkan guru-guru atau pendidik yang mendera atau mencederakan kanak-kanak. Saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri boleh buat kunjungan secara mendadak, suspense visit atau surprise visit, mengejut. Kadang-kadang terus pergi buat spot check, bincang dengan kanak-kanak and boleh kita dapat kepastian sebab saya rasa banyak taska dan tadika ini lari daripada garis panduan dan tidak mengambil berat tentang amanah yang sepatutnya dijaga. Pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 9:40 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Untuk makluman, saya baru dapat ini, rupanya gambar itu memang kejadian penderaan. Ia berlaku di Timur Tengah Mesir.

final • 9:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ya, itu saya setuju. Baru tadi saya beritahu Yang Berhormat Parit Sulong itu bukan dekat negara Malaysia. Dia yang cabar saya. Betul.

final • 9:40 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Syukur alhamdulillah kalau ya.

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Memang kita ada buat spot check secara mengejut.

Dia berkala. Berkala itu memang kita check segala dokumen tapi yang mengejut juga, khususnya kalau kami dapat maklum balas bahawa ada sesuatu yang berlaku di certain tadika, jadi memang lebih kerap lagi. Jadi ada.

final • 9:40 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Namun terima kasih. Ini adalah satu kebimbangan dan concern dan syukur alhamdulillah, ia bukan di negara kita. Kalau tidak itu adalah satu yang saya memang tidak boleh terima. Kasihan betul saya melihat ya tetapi video itu viral. Tadi mana sebab ramai sangat sudah, bukan?

Yang Berhormat Parit Sulong kata dera emosi. Yang Berhormat Kepong kata lelaki memang ramai lagi yang tidak dilaporkan. Ini boleh kata yang kira tidak boleh tahan lagikah, atau apakah. Sebab itu tadi polis yang saya baca tadi. Selepas itu, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah sebab Yang Berhormat Kuala Kedah kata berkemungkinan lelaki ini sebab IC dia masih lelaki tetapi ini transgender. Juga saya tidak role out berkemungkinan.

final • 9:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Saya tidak nafikan. Akan tetapi tadi Yang Berhormat Parit Sulong tanya penderaan emosi. Saya cuba baca betul-betul. Saya tahu, saya terbaca, memang ada penderaan emosi dan kita sudah masuk juga penderaan emosi. Dulu kita hanya penderaan fizikal, pukul dan sebagainya. Sekarang kita termasuk juga penderaan emosi, juga kita boleh ambil tindakan. Di sini, ia macam-macam penderaan tetapi kalau dapatlah Yang Berhormat mungkin saya beri ini sebagai kepada Yang Berhormat Parit Sulong untuk melihat.

final • 9:50 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Tuan Yang di-Pertua, boleh atau tidak saya kalau boleh hendak dapatkan maklumat itu secara bertulis juga daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Ya, mengenai statistik ini? Statistik kepada jabatan. Tadi polis 8,000 tetapi kalau pergi direct kepada Jabatan kita, setakat tahun 2014 kita menerima 2,480 laporan yang datang kepada kita, yang kita pecah- pecahkan kes daripada keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak, macam rogol, cabul, gangguan seksual dan bermacam-macam tetapi jumlahnya 2,480 pada tahun lepas.

Bermakna tinggi juga jumlah itu. Ini kepada jabatan kami. Akan tetapi tadi yang saya baca 8,000 itu kepada PDRM dan mungkin ada duplication. Dia pergi polis juga, dia pergi pada kami juga. Akan tetapi ini statistik yang saya ada, ya Yang Berhormat.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Jadi selepas itu, terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Sulong sebab Yang Berhormat Parit Sulong banyak bertanya mengenai di peringkat ASEAN pula. Saya hendak bercerita sikit. Malaysia sentiasa prihatin dalam menjaga kebajikan wanita di segenap peringkat, baik di bandar, luar bandar, dalam negara mahupun di luar negara. Di peringkat ASEAN, Malaysia merupakan ahli kepada Jawatankuasa ASEAN Mengenai Wanita (ACW) dan memainkan peranannya secara aktif dalam usaha membangunkan serta melindungi hak wanita. Malaysia telah menjadi Pengerusi ACW selama dua tahun iaitu tahun 2013 dan 2014.

Jadi, komitmen Malaysia dalam memperjuangkan hak wanita di peringkat ASEAN juga diterjemahkan melalui penerbitan buku berjudul Good Practices: Eliminiting Violence Against Women and Children (EVAWC) yang menekankan amalan baik bagi membendung jenayah terhadap kedua-dua golongan berkenaan. Buku ini turut mengandungi inisiatif yang digerakkan negara-negara ASEAN bagi membendung keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Selepas itu Malaysia juga melalui kementerian akan mengetuai projek untuk menghasilkan buku Guidelines on Social Enterprise di bawah ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (ACWC). Buku ini mengumpulkan program dan amalan terbaik dalam kalangan negara ASEAN yang terlibat dalam bidang social enterprise dan projek ini dijangka selesai insya-Allah pada September tahun ini.

Ketiga, selain daripada itu Malaysia juga akan menganjurkan ASEAN Regional Workshop on Gender Issues in Climate Change and its Adaptation sebagai satu usaha dan komitmen Malaysia dalam mengkaji keperluan-keperluan wanita dalam menghadapi arus pembangunan dan juga perubahan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai skim bantuan. Bagi memastikan kadar skim bantuan adalah relevan dengan keadaan semasa, pihak JKM mengguna pakai kriteria kelayakan berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Dalam hal ini, pemberian bantuan JKM bukan hanya berdasarkan PGK tetapi juga mengambil kira faktor-faktor lain seperti bilangan tanggungan, tahap ketidakupayaan ketua keluarga dan faktor-faktor lain yang munasabah yang boleh memberikan gambaran sebenar kedudukan kewangan dan perbelanjaan pemohon atau keluarga.

Setiap permohonan bantuan akan disiasat dan diberi pertimbangan sewajarnya dan dalam masa yang sama, meneliti potensi yang ada pada setiap penerima bantuan untuk hidup berdikari. Mengambil perhatian mengenai isu kemiskinan bandar, pihak JKM adalah dalam usaha mengkaji semula semua syarat dan kriteria pemberian bantuan dengan mengambil kira PGK per kapita semasa mengikut kawasan bandar dan juga luar bandar sebab lain sikit di bandar ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya berbalik tadi Yang Berhormat Rantau Panjang yang OKU ini. Jadi sebenarnya memang insya-Allah, kita cukup prihatin dan kita juga ada beberapa inisiatif untuk kita mengadakan latihan yang lebih kepada golongan OKU berdasarkan potensi mereka untuk berdikari dan memang kita ada satu tempat yang kita mengadakan program khusus iaitu Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan juga di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan di Bangi dan juga Bengkel Daya di Klang. Ini memang khusus untuk memberi latihan kepada OKU supaya mereka berdikari dan boleh menjalankan pekerjaan macam orang lain.

Peluang pekerjaan juga Yang Berhormat, kita mengadakan kerjasama yang baik antara Japan International Cooperation Agency (JICA) untuk kita memperkenalkan satu skim kita nama Job Coach. Job Coach ini berperanan sebagai penghubung antara majikan dengan pekerja OKU serta bertindak membantu mereka membuat penyesuaian kepada persekitaran kerja dengan mengambil kira keupayaan OKU agar dapat bekerja dalam keadaan yang selesa dan produktif. Jadi, ini lebih supaya majikan lebih memahami dan mewujudkan satu tempat kerja yang betul-betul OKU-friendly, dengan izin. Jadi sekarang ini, kita telah melatih sehingga Disember tahun 2014, seramai 1,350 orang yang telah mengikuti latihan Job Coach ini supaya memudahkan mereka dapat menyesuaikan dengan tempat kerja.

Tuan Yang di-Pertua selaras dengan komitmen kami, sekarang saya hendak masuk kepada Dasar Warga Emas Negara yang digubal pada tahun 1995 dan juga Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara tahun 1998.

final • 9:50 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

[Bangun]

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 9:50 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat Menteri masuk kepada warga...

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Sebelum saya masuk warga tua.

final • 9:50 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Ya, pasal OKU tadi, Pusat Latihan Komuniti. Jadi saya ada bangkitkan soalan ini kerana saya dengar pusat latihan ini hendak diswastakan atau diserah kepada NGO. Jadi, adakah benar? [Yang Berhormat Menteri menggeleng kepala] Tidak? Okey. Jadi sebab saya pergi sendiri melihat tempat ini untuk melatih OKU yang mungkin daripada segi fizikalnya agak lemah, memerlukan kos yang tinggi dengan peralatan yang baik. Oleh sebab itu saya berterima kasih kerana pihak kementerian tidak menyerahkan kepada NGO.

Boleh tambah sikit Tuan Yang di-Pertua? Sepatutnya saya dengar tadi daripada Yang Berhormat Menteri menyebut ekonomi wanita. Jadi saya tunggulah kerana saya hendak tanya, wanita ini banyak mendapat bantuan daripada Amanah Ikhtiar, SkimSel ataupun mikro kredit. Kemudian, bantuan modal daripada zakat.

Adakah pihak Kementerian Wanita ada database semua wanita yang telah berjaya setelah mendapat bantuan yang saya sebut tadi iaitu Amanah Ikhtiar, Skim Mikro Kredit dan juga bantuan modal daripada zakat? Terima kasih.

final • 9:50 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat, satu PDK – Pemulihan Dalam Komuniti tidak ada langsung perancangan untuk diswastakan tetapi melibatkan komuniti setempat. Malah Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat, setiap tahun insya-Allah kita akan buka dua puluh PDK setiap tahun. Sekarang ini kita ada 508 PDK, tidak mencukupi sebab keperluan itu memang ada tetapi insya-Allah setiap tahun kita dapat bajet untuk membuka 20 setiap tahun. Kita hendak memperlengkapkan lagi PDK ini supaya ini adalah sesuatu yang memberi perkhidmatan yang terbaik kepada OKU setempat sebab ini melibatkan komuniti, mak bapa dia sendiri, adik-beradiknya sendiri supaya mengadakan pemulihan.

Jadi bila OKU ini, peserta atau pelatih kita namanya pelatih, kita juga bagi elaun kepada dia. Kita pastikan bahawa segala kemudahan dan juga latihan itu kita sampaikan.

Jadi setakat ini Yang Berhormat, memang tidak ada tetapi kita mengalu-alukan kalau ada pihak swasta hendak membantu. Itu kita alu-alukan.

final • 10:00 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Yang Berhormat.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sibuti di belakang.

final • 10:00 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Yang Berhormat, mungkin saya database sedikit ya. Database ini memang Yang Berhormat tadi saya kata champion ini begitu ramai tetapi saya hendak memaklumkan saya sekarang ini tengah membangunkan satu sistem supaya saya dapat capture semua database apa yang dibuat oleh Amanah Ikhtiar, apa yang dibuat oleh TEKUN, apa yang dibuat oleh pihak-pihak lain. Berapa ramai, berapa orang dilatih supaya bila kita dapat satu database yang kita selaraskan ini, jadi kita boleh synchronize dengan program-program yang ada. Atau ada orang datang ke kementerian, saya kata ada di sini, ini dibuat oleh Amanah Ikhtiar, ini dibuat oleh TEKUN, ini dibuat oleh MATRADE dan sebagainya.

Jadi insya-Allah kita hendak membangunkan sebab champion untuk wanita ini Yang Berhormat memang ramai sangat. Jadi saya merasakan sebagai Kementerian Wanita, seharusnya semua database ini, pelaporan sampai kepada kami supaya nanti bila kita buat dasar atau pelan tindakan, kita tahu apa yang sedang dibuat dan apa lagi kepompong yang memerlukan penambahbaikan bila kita dapat segala database ini.

final • 10:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 10:00 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Yang Berhormat Sibuti dulu.

final • 10:00 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya dengar tadi bahawa kebanyakan OKU dilatih untuk mengurut dan kemudian untuk mendapat pendapatan yang lebih. Apa yang saya musykil di sini, adakah pihak kementerian melatih untuk mengurut OKU, tangannya, kakinya yang tidak dapat diluruskan supaya yang mengurut ini betul-betul dan benar boleh membaiki seolah-olah macam motosikal kita baiki supaya dapat berjalan dengan betul. Kadangkala kita melihat OKU ini hendak memegang satu barang tidak boleh kerana jarinya kekok.

Bolehkah kita mendapat tahu adakah tukang urut yang betul-betul boleh mengurut membantu OKU ini. Terima kasih.

final • 10:00 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat daripada Sibuti. Sebenarnya di PDK-PDK memang kita ada latihan tersebut dan dia melihat kepada jenis OKU. Rupa-rupanya Yang Berhormat, saya pun bila masuk di kementerian ini baru saya sedar bahawa ada macam-macam jenis OKU. Jadi satu daripadanya memang yang mesti menjalani pengurutan yang khusus. Saya dah lupa namanya yang satu teknologi pengurutan ini. Dosohau ke namanya? Ini memang specialize untuk jenis-jenis.

Jadi pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat mesti melihat dan dia pula buat recommendation kepada ibu pejabat atau mana yang ada kepakaran ini untuk turun.

Jadi adanya kita buat di PDK tetapi adanya kita mesti menggalakkan mak bapa itu pergi ke jabatan sebab mendapat latihan yang khusus tetapi memang ada Yang Berhormat.

Jadi untuk Yang Berhormat katakan tadi, saya minta maklumat mungkin dapat saya memaklumkan kepada pegawai saya untuk melihat apakah sebenar Yang Berhormat Sibuti katakan dan kalau kita dapat membantu, syukur alhamdulillah. Akan tetapi saya dapati OKU ini intervensi awal sangat penting supaya dia masih dapat kita perbaiki, kita aturkan supaya kanak-kanak ini insya-Allah sekurang-kurangnya dapat intervensi dia boleh kita lembutkan sedikit mana-mana tempat yang dapat kita buat pemulihan. Itu yang dinamakan pemulihan tadi.

Jadi penuaan ya, saya masuk kepada penuaan. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa negara kita ini akan menjadi negara tua, namanya tidak berapa cantiklah. Kita akan mencapai status negara tua ataupun aged nation pada tahun 2030 iaitu di mana 5.2 juta orang penduduk Malaysia mencapai atau melebihi umur 60 tahun ke atas iaitu dalam 15% jumlah kependudukan. Jadi ini memerlukan juga banyak program dan inisiatif supaya kita dapat bersiap sedia untuk menangani cabaran-cabaran penuaan. Yang Berhormat.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kepong.

final • 10:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya pun gembira Yang Berhormat bangkitkan hal ini kerana kita semua wakil rakyat pun menghadapi masalah itu warga emas yang tidak mampu sara hidup sendiri. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa sumbangan kepada KWSP hampir 67% tidak dapat sara hidup semasa bersara. Sebagai pesara, dia tidak mampu. Daripada simpanan di dalam KWSP ini tidak mampu untuk sara hidup. Dengan demikian, apakah kementerian akan buat untuk menyediakan Malaysia ini daripada menghadapi malapetaka ini?

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Menteri, panjang lagi?

final • 10:00 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Sikit, sikit saja. Yang Berhormat Kepong, ia bukan malapetaka, kita kena menghadapi. Kita kena terima hakikat. Tidak apa Yang Berhormat ya. Jadi satu daripadanya Yang Berhormat, bantuan orang tua itu diteruskan. Kadar-kadar itu terpulanglah kepada kemampuan negara tetapi sekarang ini RM300 sebulan kepada warga emas yang layak. Selepas itu kita mewujudkan lebih banyak pusat aktiviti untuk warga emas, ada tempat mereka berekreasi supaya mereka dapat menjalankan aktiviti sosial, riadah, hobi-hobinya yang dulu-dulu tidak sempat buat, jadi sekarang ini boleh. Jadi kita akan insya-Allah wujudkan lebih banyak pusat rekreasi atau pusat aktiviti warga emas.

Selepas itu, bagi Rumah Sri Kenangan, kita memberi kepada betul-betul penjagaan perlindungan kepada warga emas yang daif, yang tidak ada keluarga, tidak ada yang menjaga tetapi kami lebih suka bahawa semua warga emas ini berada di rumah, di kampung masing-masing. Bermakna bersama dengan keluarga dan kita boleh memperluaskan khidmat bantu di rumah atau home help services untuk menjenguk, untuk bersama-sama dengan mereka, untuk menjalinkan satu kemesraan supaya mereka tidak merasa kesunyian.

final • 10:00 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Oleh sebab itu adalah satu fenomena penuaan. Kesunyian atau emptiness.

Kosong, kosong. Empty, empty. Dah tua kan, dah semakin tua. Selepas itu, kita hendak meningkatkan perkhidmatan kesihatan di mana kita akan bersama dengan Kementerian Kesihatan iaitu pakar geriatrik, di mana kita sasarkan 700 orang pakar geriatrik perubatan warga emas menjelang tahun 2020.

Selepas itu, kerajaan telah mengecualikan caj pendaftaran dan rawatan pakar dan pengurangan caj pesakit kelas tiga sebanyak 50% dengan caj maksimum RM250 bagi setiap kemasukan ke wad berkuat kuasa 1 Mei tahun 2012 yang lalu. Di bawah National Blue Ocean Strategy, kita ada satu program yang kita namakan 1Malaysia Family Care di mana kita mengadakan perkhidmatan saringan kesihatan serta rawatan untuk warga emas yang tinggal di institusi, terlantar di rumah serta latihan kepada penjaga warga emas yang terlantar di rumah untuk kita menambahbaikkan.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah merangka garis panduan perancangan fizikal bagi warga emas yang menumpukan kepada pembangunan fizikal bagi penempatan warga emas serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan. Friendly, bermakna friendly kepada warga emas. Jadi kementerian menyahut baik cadangan untuk mengadakan satu rumah warga emas bagi setiap daerah dan Parlimen dan insya-Allah kami boleh memberi kerjasama dari segi menyediakan statistik dan sebagainya untuk kita mewujudkan apa yang disarankan oleh Ahli Yang Berhormat.

Akan tetapi, kita juga ada pusat aktiviti warga emas untuk kita sama-sama memberi satu tempat untuk mereka beriadah dan berekreasi. Yang Berhormat Parit Sulong juga ada bertanya mengenai KL Declaration on Ageing 2015 di mana draf deklarasi ini yang bertajuk Kuala Lumpur Declaration on Ageing, Empowering Older Person in ASEAN menyatakan komitmen antaranya untuk memperkasakan golongan warga emas yang merangkumi sokongan kepada persekitaran penuaan yang sihat, aktif dan produktif, memperkukuhkan kolaborasi antara kementerian, agensi kerajaan dalam isu penuaan serta pemerkasaan warga emas dan memperkukuhkan jaringan serta kerjasama strategik di kalangan negara ASEAN dan stakeholders. Semua komitmen ini mencerminkan dasar dan pelan tindakan warga emas negara. So, ini adalah satu daripada program yang di mana kita adalah Pengerusi ASEAN.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 10:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Tahniah Yang Berhormat Menteri di atas segala usaha yang dibuat. Cuma saya ingin cadangkan satu program yang sangat penting untuk warga emas. Selain daripada pelbagai program untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan kesihatan warga emas ialah pembelajaran ilmu sepanjang hayat. Ini adalah akan mengisi jiwa warga emas supaya tidak ada kekosongan.

Jadi sejauh mana penghayatan ini dalam usaha kementerian?

final • 10:10 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Memang Yang Berhormat, ini di bawah Kementerian Pelajaran dan kita bekerjasama malah kita sering dipanggil untuk kita memastikan bahawa program ini sentiasa berlanjutan dan saya tahu ada biasiswa tertentu yang diberikan supaya ini sangat memudahkan pembelajaran sepanjang hayat.

final • 10:10 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

[Bangun]

final • 10:10 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Saya tahu ada beberapa universiti khususnya universiti-universiti yang besar di negara kita yang menawarkan program- program ini.

final • 10:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat, saya tambah sedikit. Maksud saya bukan semata-mata untuk dapat sijil. Akan tetapi ialah ilmu yang boleh melengkapkan dirinya di saat usia tua terutama ilmu yang berkaitan dengan fardu ain, keperluan ilmu-ilmu yang keperluan hidupnya. Jadi bukan semata-mata untuk mendapat sijil. Maknanya kita mengharapkan program-program di rumah orang tua dan sebagainya dijadikan agenda utama adalah pengisian ilmu. Okey.

final • 10:10 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Oh, yang itu memang ada Yang Berhormat. Itu memang diteruskan. Bahkan kita ada ustaz-ustaz, ustazah-ustazah yang memang kita bekerjasama rapat daripada JAKIM. Dia pergi ke rumah-rumah Seri Kenangan kita, dia ada kelas-kelas, dia mengajar dan sebagainya. Begitu juga agama lain, ada.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 10:10 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Kita memang melibatkan.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 10:10 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Saya tertarik untuk memberikan sedikit sumbangan dalam pendidikan sepanjang hayat untuk orang tua. Sebenarnya sistem ini sudah wujud di beberapa tempat di Kelantan, khususnya di pondok-pondok yang mana orang-orang tua sudah berada di sekitar masjid, dididik oleh guru dan mereka itu mempunyai satu kehidupan yang agak tenang jika nak dibandingkan dengan yang duduk di rumah-rumah Kenangan dan sebagainya. Jadi saya nak tanya, adakah di pihak kementerian mempunyai sokongan kepada mereka ini? Pondok-pondok ini, khususnya orang-orang tua yang tinggal di pondok-pondok ini? Terima kasih.

final • 10:10 PM

Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, nak sambung sedikit sahaja. Terima kasih. Saya juga menyokong Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya sebenarnya pun nak cakap macam di Kedah dengan Kelantan ini lebih kurang sama. Kita pun banyak pondok dan ramai golongan warga emas terutama ibu tunggal yang menghabiskan sisa hidup tinggal di sekolah pondok dan mereka tinggal di pondok yang betul pondok ini, kecil yang ada dapur, yang boleh makan begitu lah. Adakah Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh pergi buat kajian dan bagilah bantuan RM100, RM200, RM300 macam dok bagi kepada warga emas dalam kampung itu? Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

final • 10:10 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat. Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat, seperti saya katakan, bantuan-bantuan kepada warga emas ini memang pohon kepada jabatan.

Jadi insya-Allah, kalau mereka memenuhi segala syarat, memang dapat RM300 sebulan itu. Akan tetapi ini Yang Berhormat adalah, saya rasa Yang Berhormat kata untuk membantu di pondok-pondok ya.

Jadi insya-Allah macam ini lah Yang Berhormat ya, saya pun kita tak boleh putuskan di sini tetapi saya akan ambil maklum ini sebab ini adalah khusus daripada Yang Berhormat tadi, dua tempat di Kelantan, di Kedah sebab memang saya juga mengetahui ada banyak pondok, jadi sama-samalah kita melihat. Sebab kita memang hendak mewujudkan sebab Dasar Warga Emas sudah ada tetapi seperti saya katakan, dengan peredaran masa kita seharusnya sentiasa mencari jalan untuk menambah baik. Kita tak mahu ada ketinggalan. Jadi inclusivity. Jadi terima kasih Yang Berhormat, saya akan bawa ini kepada pegawai saya dan pegawai saya ada di belakang sana untuk mencatat. Jadi Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Menteri, KAR1SMA boleh? Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 10:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Menteri, saya pernah bawa isu di mana yang memohon KAR1SMA lepas itu dah lulus mendapat KAR1SMA, bantuan kewangan daripada KAR1SMA ini. Akan tetapi, selepas setahun dua tahun, mereka diberhentikan, mereka tak dapat bantuan. Saya difahamkan daripada pihak Menteri bahawa ada kalanya ada pihak yang salah guna. Ada pemohon itu meninggal dunia lepas itu saudara mara pula ambil duit. Itu saya dah dimaklumkan.

Akan tetapi, apa yang berlaku sekarang bila kita ada pemohon begitu datang balik ke pejabat Parlimen kami, kami difahamkan mereka kena buat permohonan lagi sekali.

Semuanya seperti benda yang sama, dengan lampiran dan sebagainya. Padahal rekod dah ada. Bila pemohon ini pergi ke jabatan, tunjuk yang dia masih lagi ada, dia masih lagi perlukan bantuan, saya rasa benda itu perlu automatik. Yang datang ini orang-orang yang miskin, yang memang tua. Saya rasa membebankan mereka.

Rekod dah ada. Saya rasa bila mereka dah boleh pergi kat sana, benda ini sepatutnya automatik. So, saya minta kerjasama. Timbangkan balik polisi ini sebab ini amat merumitkan. Terima kasih.

final • 10:10 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat. Lagi baik kalau Yang Berhormat dapat bagi nama ya Yang Berhormat sebab insya-Allah bagi kami di Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita nak memudahkan. Kita tak nak menyulitkan.

Akan tetapi, Yang Berhormat pun juga maklum dengan keadaan-keadaan perseorangan dan sebagainya.

Akan tetapi, insya-Allah Yang Berhormat sebab seperti saya katakan kami bagi kita itu adalah sesuatu yang kalau mengikut turutan dah ada rekod dan sambung sahaja dan sebagainya, tengok setakat di mana. Akan tetapi, tak apa Yang Berhormat. Yang Berhormat bawa, sebab feedback macam inilah sangat diperlukan.

final • 10:10 PM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Sebab kami ini bukan– saya akui bukan segala-galanya perfect seperti yang kita hendak ya Yang Berhormat. Akan tetapi tidak mengapa, seperti saya katakan saya maklumkan kepada pegawai saya, KSU, ketua-ketua pengarah dan TKSU semua, kita sentiasa mencari jalan untuk memudahkan, buatlah kementerian ini sebagai kementerian yang memberi satu harapan kepada rakyat.

Jadi, saya maklumkan ini kepada pegawai-pegawai saya silalah buat yang terbaik sebab yang kita jaga ini orang susah. Tengok kalau saya sebutkan tadi semua ini orang susah. Apabila orang susah itu mereka memerlukan pembelaan, dia memerlukan satu pengharapan daripada kita. Jadi kalau adalah Yang Berhormat seperti Yang Berhormat itu, maklum supaya kami dapat selaraskan sebab itulah saya katakan tadi kalau saya menerima feedback macam ini memang saya cepat tersentuh. Bukannya apa, saya hendak membetulkan keadaan di dalam kementerian ini, di jabatan supaya kita memberi yang terbaik kepada rakyat yang memerlukan.

Yang Berhormat, saya berharap apa yang saya cuba terangkan daripada perbahasan yang telah berlaku itu dapat sedikit sebanyak menjawab dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kalau ada yang tidak sempat saya jawab, bolehlah maklumkan kepada saya supaya saya boleh menyampaikan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Jadi sekian, terima kasih.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

final • 10:20 PM

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Dato Sri Douglas Uggah Embas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi cadangan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang kuasa kementerian semasa perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu kejatuhan harga getah dan usaha-usaha kerajaan untuk menangani isu ini termasuk pelaksanaan insentif pengeluaran getah telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Lipis dan Yang Berhormat Jerantut.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat harga getah seperti komoditi utama lain bergantung kepada pasaran antarabangsa. Ia bergantung kepada stok getah dunia apabila pengeluaran melebihi permintaan maka harga turun. Dalam tempoh tahun 2011, tahun 2013 pengeluaran telah melebihi penggunaan dan keadaan ini telah mengakibatkan harga getah jatuh. Pada tahun 2012, kelebihan stok ialah 590,000 tan berbanding – kini telah pun meningkat pada 687,000 tan pada tahun 2013. Keadaan ini telah menyebabkan kejatuhan harga getah di pasaran dunia. Di samping itu pertumbuhan ekonomi yang perlahan di negara-negara pengimport terutama China yang dijangka mencatat pertumbuhan keluaran negara kasar 68% dan kejatuhan harga minyak mentah turut menyumbang kepada senario harga pasaran getah yang lemah pada masa ini.

Sehubungan dengan itu Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Getah Malaysia telah pun melaksanakan beberapa langkah domestik dan antarabangsa untuk menangani isu penurunan harga getah dengan harapan untuk mengurangkan impak negatif akibat kejatuhan harga getah.

final • 10:21 PM

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Dato Sri Douglas Uggah Embas

Antara langkah domestik yang pertama ialah pada tahun 2014, kerajaan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM130 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk memberi bantuan sebanyak RM500 secara one-off di bawah program bantuan khas kejatuhan harga getah. Melibatkan kira-kira 260,000 pekebun kecil termasuk penoreh. Ini adalah langkah segera untuk meringankan beban pekebun kecil di seluruh negara.

Kedua, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta sebagai dana awal untuk melaksanakan program Inisiatif Pengeluaran Getah (IPG) yang akan diaktifkan apabila paras harga SMR 20 FOB berada pada RM4.60 sekilogram dan ke bawah.

Pelaksanaan IPG melibatkan pemberian inisiatif pengeluaran seperti berikut:

(i) sebanyak 30 sen bagi setiap kilogram cuplumps;

(ii) maksimum 90 sen bagi setiap kilogram lateks berdasarkan peratusan KGK; dan

(iii) maksimum 60 sen bagi setiap kilogram getah unsmoked sheet. Sebagai persediaan pelaksanaan IPG, MPIC telah melaksanakan lebih 100 siri taklimat di seluruh negara. Ini termasuk kepada pemimpin-pemimpin masyarakat...

final • 10:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 10:21 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

[Bangun]

final • 10:21 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Pekebun kecil, pihak berkuasa. Saya minta selesaikan ayat ini.

final • 10:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 10:21 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

(RISDA), Jabatan Pertanian Sarawak, Lembaga Industri Getah, FELDA dan FELCRA.

final • 10:21 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin penjelasan berkaitan dengan masalah penurunan harga getah dan kebajikan para pekebun getah terutamanya mangsa banjir. Isu yang ada di depan sekarang ini bukan sahaja getah harga murah tetapi pengeluaran susu yang berkurangan akibat kemarau.

Tekanan lagi kepada terutama mangsa-mangsa banjir ialah kebun-kebun getah mereka mati akibat banjir. Jadi, saya hendak tahu sejauh mana usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk membantu pekebun-pekebun kecil ini yang mereka putus pendapatan hasil daripada pokok getah yang mati, susu getah yang berkurangan dan harga getah yang rendah dengan keadaan tekanan kos barang yang mahal dan tekanan hidup mereka semakin tinggi. Jadi untuk tahun 2015 ini apakah perancangan untuk membantu pekebun-pekebun kecil yang menghadapi musibah seperti ini?

final • 10:21 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Terima kasih Yang Berhormat walaupun ini perkara baru tetapi saya jawab lah. Memang kita sedar masalah yang dihadapi oleh pekebun kecil akibat dari banjir baru-baru ini. Kerajaan telah pun meluluskan peruntukan kepada Lembaga Getah Malaysia untuk memberi bantuan seperti mana yang telah digariskan. Saya tidak ada maklumat terperinci di sini tetapi perkara ini memang diambil perhatian oleh kerajaan.

Hasil taklimat ini kita telah mengeluarkan 156,000 permit autoriti transisi getah daripada jumlah 283,700 pekebun kecil. Bakinya 127,500 akan didaftar menjelang akhir tahun ini. Di samping itu LGM juga telah membekalkan peralatan mesin pengeluaran padi kepada negeri Sabah dan Sarawak dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil di dua buah negeri ini. Semasa taklimat tersebut semua pihak yang terlibat telah memberi maklum balas positif terhadap pelaksanaan IPG memandangkan mekanisme ini akan dapat mengurangkan beban pengurangan pendapatan pekebun kecil getah semasa harga getah merudum.

Langkah ketiga ialah kerajaan telah melaksanakan mekanisme penetapan harga di ladang. Tujuan ini ialah supaya pekebun kecil mendapat harga yang munasabah sebanyak 64 buah koperasi telah bersetuju untuk melaksanakan program ini bersama dengan LGM.

Bagi program ini kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM64 juta sebagai modal pusingan kepada koperasi-koperasi untuk tujuan urus niaga.

final • 10:21 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, selain langkah-langkah tersebut di peringkat antarabangsa pula Malaysia akan menganjurkan mesyuarat di peringkat Menteri Association Natural Rubber Producing Countries dengan izin, pada 8 Mei 2015 ini di Kuala Lumpur. Mesyuarat ini bertujuan antara lain untuk membincangkan kaedah mengimbangi penawaran dan permintaan getah asli dunia.

Dalam hal ini negara-negara NRPC yang dianggotai antara lain oleh Thailand, Indonesia, Vietnam, China, India, Malaysia, Sri Lanka, Filipina, Kemboja, Papua New Guinea menghasilkan hampir 93% pengeluaran getah asli dunia. Di samping itu Malaysia juga meneruskan kerjasama di bawah rangka International Tripartite Rubber Council yang turut melibatkan Thailand dan Indonesia. ITRC telah bermesyuarat pada 26 dan 27 Februari tahun ini dan beberapa langkah telah dipersetujui.

(i) meningkatkan penggunaan getah di kalangan negara TIM atau Thailand, Indonesia, Malaysia pada kadar 10% setiap tahun;

(ii) pertukaran maklumat data dan berkongsi hasil penyelidikan dalam penghasilan produk baru getah dari semasa ke semasa; dan

(iii) berdialog dengan Cambodia, Laos, Myanmar dan Vietnam untuk bekerjasama dalam negara-negara ITRC bagi mengukuhkan harga getah. Ini adalah kerana memandangkan negara-negara ITRC, CLMB menghasilkan 77% pada pengeluaran getah asli dunia.

Kerjasama ini akan mewujudkan sentimen positif kepada pasaran getah.

final • 10:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri. Ya Yang Berhormat Menteri, panjang lagi?

final • 10:30 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Tidak panjang. Saya fikir boleh selesai.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Berapa minit?

final • 10:30 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Dalam 10 minit.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 10:30 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Jerantut dan Yang Berhormat Sik supaya kerajaan menaikkan paras harga pengaktifan IPG iaitu SMR20 dari harga RM4.60 kepada RM5.00, saya ingin memaklumkan di sini, kementerian sekarang telah pun membentangkan kertas kepada Jemaah Menteri untuk menimbangkan cadangan seperti yang dicadangkan itu tadi. Ini adalah hasil daripada maklum balas yang kita dapat apabila kita berjalan menjelajah ke seluruh negara.

Berkenaan cadangan Yang Berhormat Lipis untuk kerajaan melaksanakan harga lantai, kerajaan berpendapat skim IPG adalah lebih sesuai.

Yang Berhormat Jerlun bertanyakan tentang hasil klon-klon yang menghasilkan pengeluaran susu getah. Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Getah Malaysia melakukan penyelidikan ke arah menghasilkan klon-klon getah yang termaju dan berkualiti tinggi bagi meningkatkan produktiviti. Usaha penyelidikan ini berjaya mengesyorkan klon LGM 2013 dan berbagai-bagai klon dan ini berupaya menghasilkan sehingga 2,000 kilogram sehektar setahun. Klon-klon ini telah pun diedarkan kepada pekebun kecil dengan agensi-agensi seperti RISDA.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sekijang menyarankan supaya penyelidikan secara berterusan dibuat sehingga menghasilkan teknologi baru bagi prosedur dalam pembinaan jalan raya menggunakan getah. Saya mengucapkan terima kasih atas sokongan Yang Berhormat dalam usaha ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya atas kesediaan dan sokongan untuk mengadakan kerjasama dengan kementerian saya dalam perkara ini. Saya berharap MoU di antara Lembaga Getah Malaysia dan JKR yang akan ditandatangani dalam bulan April ini akan mencapai kejayaan yang dihasratkan.

final • 10:30 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, LGM telah pun menjalankan penyelidikan dan hasil daripada penyelidikan ini, sebatang jalan sepanjang satu kilometer telah dibina.

Saya juga telah berbincang dengan Menteri KKR dan kita bersedia untuk bekerjasama membangunkan jalan menggunakan getah. Adalah menjadi harapan kementerian saya agar dalam Rancangan Malaysia Ke-11, sekurang-kurangnya lima hingga 10 peratus dari jalan baru yang dibaiki adalah menggunakan campuran getah dan bitumen.

Tuan Yang di-Pertua, itulah perkara-perkara yang telah ditimbulkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Sekiranya kalau ada apa-apa perkara yang saya tidak jawab, saya akan menjawab secara bertulis. Terima kasih.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 25 Mac 2015.

final • 10:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 10.33 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026