Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan tentang apakah rancangan kementerian dalam mengawal penggunaan media sosial agar dapat membendung salah laku serta sejauh manakah kesungguhan pihak kementerian dalam menghukum pesalah laku media sosial ini agar gejala fitnah dan hasutan dapat dibendung.
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ucap terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Saya kira ini bukan suatu pertandingan berbalas pantun. Saya isytiharkan Yang Berhormat pemenang bagi pertandingan pantun di pagi hari ini.
Saya pohon keizinan untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Bukit Gantang pada 23 Mac, Yang Berhormat Tanah Merah 25 Mac, Yang Berhormat Jerantut dan Yang Berhormat Kota Samarahan pada 26 Mac serta Yang Berhormat Lanang pada 7 April kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu yang berkaitan isu media sosial dan jenayah siber.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya sila.
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM mempunyai langkah-langkah strategik yang komprehensif yang merangkumi tindakan pencegahan, penguatkuasaan dan penambahbaikan serta mengemas kini peraturan dan undang-undang sedia ada bagi memastikan penyalahgunaan internet dapat ditangani secara lebih baik, holistik dan mapan.
Kementerian ini sedang meminda, sedang mengatur seluruh proses untuk meminda undang-undang dan peraturan sedia ada iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (ASKM) 1998 dengan mengambil kira peruntukan-peruntukan penting mengenai urus tadbir dan penguatkuasaan. Kementerian akan mengadakan beberapa siri libat urus atau engagement bersama pihak-pihak berkepentingan, stakeholders, termasuk badan-badan bukan kerajaan dan pindaan akta tersebut dijangka dibentangkan seawal bulan Oktober tahun ini atau awal tahun depan insya-Allah.
Bukan semua kes atau kesalahan jenayah yang dilakukan di internet terletak di bawah bidang kuasa SKMM. Kandungan yang boleh dianggap menghasut hendaklah dimajukan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948. Walau bagaimanapun kementerian melalui SKMM bersedia memberikan sebarang bantuan teknikal kepada agensi-agensi yang terlibat khususnya PDRM serta yang lain-lain sekiranya diperlukan. Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Menteri, kita melihat bahawa ledakan media sosial memang telah mengatasi media-media kontemporari dan media-media yang lain. Persoalannya kalau kita lihat melalui media sosial banyak orang lontarkan pelbagai perkara yang negatif iaitu berbentuk ancaman, hasutan, penghinaan kepada bangsa, agama, negara, Raja-raja Melayu, provokasi melampau dan juga menyebarkan berita-berita palsu.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau kita lihat di negara Thailand contohnya menghina, menyentuh Raja mereka dengan apa cara sekalipun sama ada melalui media sosial, melalui media peribadi, melalui mulut ke mulut hukumannya mandatori tujuh tahun penjara. Akan tetapi tempat kita, Raja kita Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dicerca, dihina, dimaki hamun. Saya mahu tahu berapa orang sudah kena soal siasat? Berapa orang yang telah dihukum berhubung dengan penghinaan kepada Raja-raja dan hasutan-hasutan? Macam banjir contohnya disebarkan di kampung ini ramai yang telah mati, ramai yang tidak dibantu oleh kerajaan.
Jadi perkara ini amat membimbangkan. Jadi saya amat bersetuju sekiranya mungkin kekangan itu disebabkan oleh undang-undang kita ini tidak mencukupi, faktor-faktor yang kita inginkan.
Oleh kerana itu pada saya sudah tiba masanya kerajaan harus bertindak, the authority. Saya mahu tanya siapa the authority, ada kuasa mutlak untuk melaksanakan undang-undang sedia ada ini. Apakah kementerian ini selaku mengawal media sosial ataupun menyelia ataupun monitor media sosial ini akan terus memperkukuhkan apa juga struktur yang ada untuk memastikan perkara-perkara sebegini tidak berlaku. Oleh sebab negara kita ini Tuan Yang di-Pertua negara majmuk, negara yang dipenuhi oleh penduduk berbilang kaum. Melayu, India, Cina dan berbagai-bagai kaum termasuk Kadazan, Dusun, Murut, macam ini Yang Berhormat Putatan yang selalu bising-bising, Iban.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi kalau tidak kita bendung, sabar Yang Berhormat. Sabar itu kan separuh daripada iman. Kalau kita tidak bendung, maka...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Ini berucapkah Tuan Yang di-Pertua?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Maka ledakan media sosial ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ringkaskan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Akan terus mungkin merosakkan perhubungan kaum di dalam negara kita. Jadi, saya harap dan saya minta Yang Berhormat selaku orang yang rasa saya peka dengan perkara ini mengambil langkah- langkah yang komprehensif untuk memastikan asal ada sesiapa sahaja yang upload di mana-mana media sosial, tangkap mereka, tahan mereka, bagi mereka kaunseling bahawa perbuatan mereka itu adalah tidak betul. Minta pandangan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat sekalian. Saya tengok Yang Berhormat Kinabatangan tiga minit mengambil masa untuk bertanya soalan. Jadi jarang-jarang sekali berlaku dan harap Yang Berhormat lain jangan ikut. Sila.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini kerana soalan saya Tuan Yang di-Pertua, soalan yang bagus-bagus punya.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan. Oleh kerana banyak yang bertanya soalan-soalan yang berkaitan dengan media sosial, yang disebut ledakan media sosial adalah suatu perkara yang menjadi keprihatinan bersama. Saya faham kenapa soalan tambahan itu begitu panjang sekali. Ada beberapa kes di mana mereka yang terlibat dalam soal penghinaan Raja-raja misalnya dibawa ke mahkamah. Saya bagi contoh ada 11 kes.
Fatimah Maisurah dan Fuad Ariff telah didenda sebanyak RM200,000. Muslim Ahmad didenda sebanyak RM30,000. Azrin sebanyak RM10,000 dan pelbagai lagi nama yang lain boleh saya berikan kepada Yang Berhormat. Ada kes seperti Chow Mun Fai.
Dulu dia membuat posting dalam Facebook dan dia mengaku. Misalnya dia menghina soal sambutan Hari Raya Aidilfitri. Beliau telah dipenjarakan selama satu tahun. Ada beberapa kes dalam perbicaraan lagi.
Alvin Tan, Vivian Lee, Hidayat Mohamed dalam perbicaraan, Rajaratnam Arumugam masih dalam perbicaraan. Ada banyak kes lagi yang sekarang ini berada di meja Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan-tindakan yang difikirkan oleh diambil atau tidak dipihak Peguam Negara kerana dalam sistem kita, aduan boleh dibuat kepada SKMM
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
ataupun kepada polis tetapi yang mendakwanya adalah badan yang lain. Jadi, ini antara perkara yang perlu kita fahami bersama.
Namun begitu kita percaya dan saya berkongsi pendapat dengan Yang Berhormat.
Ada beberapa perkara yang perlu kita teliti kembali, apakah undang-undang yang ada mencukupi atau tidak. Menghina Raja-raja, denda sebanyak RM200,000 apakah dianggap sama dengan apa yang dibuat di negara jiran seperti Thailand sekiranya ada orang menghina Raja mereka. Jadi sebab itulah kami sekarang ini dalam peringkat untuk melihat secara menyeluruh tentang akta yang ada kerana akta ini adalah akta tahun 1998.
Rasanya memang sudah sampai waktunya untuk kita melihat, mengkaji dan meminda akta ini untuk melihat dalam semua segi termasuk soal-soal yang berkaitan dengan tadbir urus Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia itu sendiri.
Jadi ini adalah antara perkara-perkara yang kita sedang lakukan proses engagement ataupun berbincang dengan semua pihak untuk mencari yang terbaik, apatah lagi undang- undang yang berkaitan dengan soal media sosial dalam dunia sekalipun berada dalam keadaan yang dipanggil belum settle. Belum lagi dikatakan satu undang-undang yang boleh kita contohi negara mana yang terbaik dalam dunia. Misalnya negara seperti Amerika sendiri, kerajaannya telah meminta Facebook sendiri untuk mengeluarkan laman-laman sebanyak 15,433 sehingga Jun 2014 dalam masa setengah tahun kerana dia sendiri rasa tidak senang dengan apa yang terkandung dalam sebahagian daripada media sosial.
Bukan negara kita sahaja yang berhadapan dengan soal ini.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa apa yang kuat untuk kebaikan adalah juga kuat untuk keburukan. Bagaimana Yang Berhormat dapat menyeimbangkan termasuk usaha untuk ‘pengempangan’ mesej militan IS yang merosakkan negara kita.
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, kita setuju bahawa pandangan daripada dahulu lagi telah dibicarakan. Apabila media sosial ini timbul, orang berbahas apakah ia merupakan suatu rahmat atau blessing di mana kebergantungan orang menggunakan media-media perdana ataupun mainstream, akhbar, televisyen, radio dan sebagainya sehingga semua orang boleh menjadi penerbit, boleh menjadi penyiar. Itu adalah sesuatu yang lebih baik atau tidak. Itu dibahaskan begitu lama.
Akan tetapi hari ini sudah tentu orang mengatakan bahawa ini adalah suatu advantage, suatu kelebihan tetapi dalam masa yang sama, ramai pihak mengambil kesempatan. Ini termasuk menyebarkan fahaman-fahaman yang tidak betul. Fahaman- fahaman yang menggalakkan keganasan. Fahaman-fahaman yang bersifat fitnah, fahaman yang bersifat perkauman, fahaman yang bersifat mempunyai bias gender dan sebagainya.
Ini adalah perkara yang perlu kita tangani bersama.
Sebab itu dalam soal IS dan sebagainya, kita melihat perkara ini secara serius iaitu bagaimana menggunakan laman-laman yang tertentu untuk merekrut orang menyertai kegiatan-kegiatan keganasan. Ini dipantau. Jadi ini kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak Polis Diraja Malaysia. Apakah meminta supaya laman itu ditutup tetapi untuk melihat siapakah yang akses kepada laman tersebut. Ini pilihan yang dibuat oleh pihak Polis Diraja Malaysia. Begitu juga Facebook itu sendiri. Telah mengeluarkan kenyataannya.
Facebook itu sendiri telah mengeluarkan kenyataan sekiranya laman ini digunakan untuk rekrut keganasan, kita boleh melaporkan kepadanya dan dia akan bertindak untuk mengehadkan akses ataupun menyekat akses kepada laman-laman yang berkenaan. Ini adalah perkara yang serius yang perlu kita tangani bersama. Terima kasih.
2. Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid [Lumut] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah had laju kebangsaan kenderaan di lebuh raya boleh ditingkatkan dari 110km/jam kepada 150km/jam memandangkan kualiti dan standard kenderaan yang digunakan sekarang berkualiti dan berkelajuan tinggi. Adalah dicadangkan lorong kiri kelajuan maksima 110km/jam, lorong tengah kelajuan maksima 110-130km/jam dan lorong kanan kelajuan 130-150km/jam.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Lumut di atas soalan yang kemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kriteria penetapan had kelajuan kenderaan di jalan raya dan lebuh raya negara ini ditentukan oleh
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
faktor-faktor seperti reka bentuk geometri jalan, kepadatan aliran trafik dan tahap risiko kemalangan. Faktor-faktor ini perlu diambil kira bagi memastikan reka bentuk sesuatu jalan raya atau lebuh raya itu memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Di samping itu, aspek keselamatan juga merupakan antara faktor utama dalam menentukan had kelajuan di sesuatu lokasi seperti di kawasan berkepadatan tinggi, kawasan menghampiri plaza tol, susur keluar masuk, laluan mendaki, kawasan angin lintang dan sebagainya. Oleh itu untuk mengurangkan risiko berlaku kemalangan, had laju di kawasan-kawasan itu perlu dikurangkan berbanding had laju kebangsaan.
| JENIS JALAN | HAD LAJU (km/j) |
|---|---|
| Lebuh raya | 110 |
| Lebuh raya antara bandar | 90 |
| Lebuh raya dalam bandar dan jalan persekutuan | 90 |
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar had kelajuan yang diwartakan di jalan raya dan lebuh raya negara ini bertujuan untuk memastikan tahap keselamatan pengguna secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, kementerian ini sentiasa berbincang dengan pihak Kementerian Pengangkutan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari semasa ke semasa dan bersedia untuk mengkaji had kelajuan yang diwartakan itu tertakluk kepada nasihat agensi-agensi berkenaan dan kelulusan kerajaan. Sekian, terima kasih.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tuan Yang di-Pertua, saya berpengalaman tinggal di negara maju iaitu Jerman selama lebih kurang 30 bulan pada tahun 1984 dan dikatakan di negara maju. Lebuh raya mereka ataupun dipanggil autobahn tidak ada had laju pun.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Mereka ada Mercedes, ada Porsche Cayenne, ada Porsche Carrera, ada BMW, ada Volkswagen Golf, sama juga macam negara kita. Jadi saya tidak faham mengapa negara kita tidak boleh naikkan had laju pemanduan untuk pemandu-pemandu yang memiliki kereta-kereta seperti ini. Sebenarnya saya simpati dengan mereka. Kalau kita lihat di Parlimen ini pun banyak kereta tersebut. Jadi, di manakah mereka untuk memandu?
Jadi kita mohonlah supaya – sebenarnya soalan saya, saya hendak tujukan kepada Yang Berhormat Kementerian Pengangkutan. Rupanya macam saya jugalah, soalan FELCRA, saya jawab FELDA. Rupanya sama juga kementerian. Soal kepada Kementerian Pengangkutan, Jabatan Kerja Raya jawab. Apa pun, saya hendak minta kalau betul hendak menuju negara maju, kita majukan kelajuan kereta. Kalau tidak boleh sekarang, tahun 2020. Boleh atau tidak? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lumut atas soalan tambahan.
Yang Berhormat, secara hakikinya kita tahu, ini adalah pengetahuan umum, semakin laju kenderaan semakin tinggi risiko kemalangan, Yang Berhormat ya. Kes kemalangan yang tinggi masih lagi berlaku di negara kita. Saya minta izin kepada Tuan Yang di-Pertua untuk berkongsi statistik kemalangan yang menunjukkan jenis kemalangan yang berlaku di lebuh raya, jalan Persekutuan dan jalan negeri untuk tempoh tiga tahun.
Akan tetapi saya tidak sebut semuanya Tuan Yang di-Pertua, hanya yang penting sahaja, iaitu seperti berikut:
Bilangan (orang)
| Jenis kemalangan Maut | 2011 4,798 | 2012 4,753 | 2013 4,684 |
|---|---|---|---|
| Cedera Parah | 3693 | 8430 | 2870 |
| Cedera Ringan | 6474 | 6702 | 4931 |
Ini Yang Berhormat adalah jumlah yang sangat tinggi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, dikatakan highway yang paling lurus adalah di Amerika Syarikat dan Amerika
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
sendiri menetapkan 140 km/jam sahaja. Itu highway yang lurus, Yang Berhormat. Apalagi bentuk jalan dan geometri jalan kita di Malaysia ini yang berbukit-bukau seperti yang kita ketahui.
Cadangan untuk menetapkan had kelajuan berbeza di setiap lorong yang dicadangkan oleh Yang Berhormat juga akan menimbulkan konflik Yang Berhormat, terutama sekali yang melibatkan kenderaan-kenderaan berat. Bayangkan, kenderaan berat kita letak had laju berlainan di lorong sebelah kanan dan sebelah kiri yang lain. Jadi ini akan sudah tentu menimbulkan konflik yang berat, Yang Berhormat.
Yang Berhormat menyebut mengenai Ferrari, Lamborghini dan sebagainya.
Sebenarnya Yang Berhormat, kita boleh katakan hanya sebanyak 10% kereta yang berkuasa tinggi yang beroperasi di negara kita. Malah, jumlah yang besar ini Yang Berhormat, sebanyak 90% buah kereta di negara kita masih lagi di bawah kategori biasa ataupun kegunaan awam, Yang Berhormat. Jika kita meletakkan had kelajuan ini ditinggikan daripada had yang sedia ada, sudah tentu ia membawa implikasi yang bukan sedikit kepada jenis-jenis kenderaan ini, Yang Berhormat.
Oleh itu Yang Berhormat, saya juga ingin nyatakan di sini bahawa reka bentuk jalan di Malaysia ini direka hanya sesuai untuk kelajuan yang tidak melebihi 120 km/jam.
Teknologi, geometri, reka bentuk jalan ini hanya dapat menampung kelajuan yang tidak melebihi jumlah tersebut, Yang Berhormat.
Jadi saya menasihatkan mungkin jika Yang Berhormat ingin membawa kenderaan lebih laju daripada 120 km/jam, kita ada Sepang Circuit, Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat bolehlah menggunakan Sepang Circuit. Ini kerana jalan yang ada di Sepang Circuit itu design atau reka bentuknya sesuai untuk kenderaan-kenderaan yang dengan kelajuan tinggi, Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu kelajuan ini memang boleh membunuh sebenarnya. Oleh sebab itulah minggu lepas Yang Berhormat Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi cadangkan agar semua kenderaan ini dipasang peranti untuk mengehadkan kelajuan. Sebagai contohnya, ada sesetengah kenderaan itu diberikan cut-off, paling laju kereta itu boleh pergi 160 km/jam.
Jadi soalan saya Tuan Yang di-Pertua, sejauh manakah kajian ini telah dilakukan oleh pihak kementerian dalam mengenal pasti keberkesanan peranti ini? Sejauh manakah keseriusan kementerian dalam mempertimbangkan pemasangan peranti ini supaya kenderaan-kenderaan yang ada di dalam negara kita ini, contohnya kereta Ferrari yang laju-laju semua itu kita hadkan supaya dia tidak boleh pergi – paling laju pun 130 km/jam atau 140 km/jam. Terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Saya ingin nyatakan di sini apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat terutama sekali mengenai soal peranti atau teknologi terkini dalam bidang pengangkutan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.
Namun Yang Berhormat, suka saya menyatakan di sini bahawa di antara pihak Kementerian Kerja Raya dan juga pihak Kementerian Pengangkutan berserta dengan Polis Diraja Malaysia dan juga agensi-agensi seperti MIROS dan sebagainya, sering mengadakan mesyuarat-mesyuarat secara berkala mengenai isu-isu keselamatan jalan raya, Tuan Yang di-Pertua. Dalam soal keselamatan jalan raya ini termasuklah dari segi had limit kelajuan kebangsaan dan juga soal-soal yang berkaitan dengan isu-isu keselamatan jalan raya.
Dalam soal ini Yang Berhormat, saya akan maklumkan kepada wakil kementerian kita untuk membangkitkan soal yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat ini semasa mesyuarat yang akan diadakan. Mesyuarat ini sebenarnya Yang Berhormat, berlangsung secara berkala. Kadang-kadang sebulan sekali, mengikut keperluan, dan ini kita akan bangkitkan dan kita juga akan berhubung dengan pihak Kementerian Pengangkutan mengenai isu ini. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3. Dato' Sri Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah langkah-langkah kementerian dalam membantu petani-petani di kawasan luar bandar meningkatkan pengeluaran eksport dan mengurangkan hasil pertanian import daripada negara luar.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Baling yang telah tanya soalan berkenaan pengeluaran barang-barang makanan pertanian.
Saya hendak mulakan dengan kata-kata bahawa kita boleh hidup tanpa politicking dan fitnah dan adu domba, tetapi kita tidak boleh hidup tanpa makanan. We can live with less or even without politicking and adu domba but we cannot live without food. Do you agree with that? Dengan izin.
Dengan sebab itu, food security sangat penting, dan saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Baling kerana bertanyakan soalan ini. Yang Berhormat Baling merupakan seorang yang sangat prihatin pada makanan untuk manusia dan orang ramai. Dengan sebab itu kita lihat beliau berada di mana juga apabila makanan diperlukan.
Di Palestin, di Afrika, di Indonesia dan juga di dalam negara. Waktu-waktu tsunami, banjir, perang saudara dan sebagainya. Beliau mewakili keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional dan rakyat Malaysia.
Itu baru dia punya mukadimahlah, sabar sikit. Saya hendak jawab dengan ringkas sahaja, ringkas sahaja...
Seorang Ahli
Jawablah.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
...Dengan tidak menyebut statistik dan perangkaan yang mana boleh disampaikan secara bertulis kalau sekiranya Yang Berhormat Baling berkehendakkan.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Cuma saya hendak sebut tajuk-tajuk sahaja iaitu peranan kerajaan untuk membantu pengeluaran hasil pertanian ini begitu serius sekali yang mana kita telah mengenal pasti barang-barang, sayur-sayuran, buah-buahan dan juga produk industri asas tani yang boleh dieksport ke luar negara selain daripada pasaran dalam negara. Banyak saya tidak mahu baca panjang lebar.
Bagi tujuan untuk membantu petani, kita ada program memperkasakan modal insan. Kita membantu daripada segi perancangan perniagaan, kita membantu daripada segi modal dan juga membantu daripada segi mewujudkan projek-projek kluster seperti tanaman rambutan di Baling, Kedah dan juga di beberapa buah tempat yang lain. Begitu juga, pembangunan kluster durian serta kluster mangga harumanis di Perlis dan kita juga ada program yang mana kita membantu petani untuk mengamalkan amalan pertanian yang baik dan juga teknologi sayur-sayuran.
Di samping itu yang penting juga ialah kita mengadakan promosi di luar negara yang dianjurkan oleh FAMA dan juga MATRADE dan juga trade fair dengan kedutaan- kedutaan. Jadi maknanya, market access untuk produk pertanian terbuka luas kepada petani-petani kita. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama sekali saya ingin memberi penghargaan tertinggi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana melantik Menteri dan Timbalan Menteri Pertanian yang kita kenali sebagai pejuang hak asasi manusia khususnya kepada petani-petani.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ini puji-memuji ini, ada maknakah?
[Ketawa]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi, kita bercakap...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Jangan lupa Speaker sudahlah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Berlandaskan [Berucap dalam bahasa Arab] bermaksud, bercakaplah kamu benar walaupun pihak sana pedih telinga hendak dengar. Apa pun Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanyakan sedikit
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
soalan saya soalan tambahan kepada kementerian itu sendiri walaupun tajuk saya ini agak lari sedikit kerana saya ini pembela rakyat Baling. Ini kerana rakyat Balinglah, berdirinya saya di Dewan yang mulia ini. Jadi kita pekebun getah. Kalau kita tahu di Baling ini tempat asas pertanian tetapi pekebun getah dan penoreh getah begitu ramai sekali berada di Parlimen Baling.
Oleh sebab itu, saya hendak tanya, bagaimanakah kerajaan melalui Kementerian Pertanian boleh membantu mereka ini menggunakan konsep NBOS iaitu National Blue Ocean Strategy? Bagaimana kita boleh membantu mereka memandangkan harga getah yang masih lagi harga di bawah kawalan iaitu sekarang ini di antara RM2.00 hingga RM2.05 sen? Memang benar, kita tahu kerajaan di bawah Kementerian Kewangan, keprihatinan Yang Amat Berhormat Pekan telah meluluskan RM100 juta. Akan tetapi apabila harga getah turun di bawah paras RM1.75 sen, itu yang rakyat di kampung tidak berapa faham, keliru sedikit.
Mereka sedang berharapkan RISDA dengan LGM datang memberi wang tersebut tetapi memandangkan harga getah sekarang masih di paras RM2.00 hingga RM2.05 sen, saya merayu, saya memohon kepada Kementerian Pertanian, out of box thinking, pemikiran yang di luar kotak untuk bagaimana kita boleh guna pakai NBOS ini untuk memberikan pendapatan tambahan kepada pekebun-pekebun kecil, penoreh-penoreh getah khususnya di kawasan saya Baling dan rakan-rakan Kulim, Padang Terap, Sik dan Kuala Krai, Gerik, Parit Sulong dan juga tempat kalau ada pekebun kecil tempat Tuan Yang di-Pertua, kita minta Dato’ Timbalan Menteri dapat melihat bagaimana kaedah yang bersesuaian boleh membantu mereka. Walau apa pun, Tuan Yang di-Pertua ini terbaik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ini Yang Berhormat Baling menang, ramai mamakkah Yang Berhormat Baling? [Dewan riuh] [Ketawa] Ya, sila.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya dapati di Baling, sudah ada satu projek kluster rambutan yang melibatkan beberapa buah daerah termasuk Baling dan telah pun ramai juga daripada penduduk di sana iaitu seramai 426 orang. Akan tetapi bukan Baling sahaja, termasuk Padang Terap, Sik dan Pendang luar bandar ini yang terlibat dalam projek kluster rambutan yang saya dimaklumkan ada permintaan daripada pasaran Amerika, rambutan ini dan telah pun dieksport. Itu satu contoh yang mana kita dapat membantu pekebun kecil getah yang menghadapi masalah seperti yang disebutkan.
Saya daripada itu, telah bertanya kepada pegawai-pegawai yang mana kita boleh menggalakkan program Jom Bertani kepada pekebun-pekebun getah ini. Apa yang dimaksudkan dengan Jom Bertani ini, iaitu penanaman sayur-sayuran, jagung, tebu dan sebagainya yang boleh ditanam bukan di dalam kebun getah itu tetapi di kawasan-kawasan keliling rumah, mungkin ada setengah ekar, satu ekar tanah lapang. Selalunya di kampung, kawasan perumahan, kawasan rumah kita ini ada tanah yang boleh dimanfaatkan untuk tanaman-tanaman ini.
Selain daripada itu, kita juga menggalakkan dan membantu dengan memberikan bantuan benih dan juga modal yang diperlukan untuk industri asas tani. Umpamanya mengeluarkan produk-produk kuih-kuih seperti baulu, kerepek dan sebagainya yang kita bantu dan pasarannya, pihak FAMA boleh kutip dan menjual barang-barang ini di pasar- pasar tani dan juga ke luar negara. Sebagaimana yang Dewan ini telah dimaklumkan, kita sudah buka Agrobaazar di Singapura. Hari ini pun Menteri saya agaknya di Singapura melihat penjualan barang-barang kita. Sejumlah 160 produk telah dijual di Singapura melalui Agrobaazar ini. Jadi, banyak benda yang kita boleh buat di Baling dan kita sedia untuk bekerjasama sebagaimana Yang Berhormat sebutkan tadi, National Blue Ocean Strategy (NBOS).
Saya dimaklumkan iaitu pihak RISDA ada kerjasama dengan Kementerian Pertanian untuk melaksanakan program-program tanaman kontan dan sebagainya. Jadi, banyak benda yang boleh dibuat. Terpulang kepada how the rubber smallholders respond to the government programme and policy. Saya harap dengan izin, Yang Berhormat selaku wakil rakyat menggalakkan, menyeru kepada penduduk Baling untuk menyambut segala saranan program yang dianjurkan oleh kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, jarang-jarang, Yang Berhormat Pasir Puteh.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh, minta soalan tambahan. Pada banjir yang lepas, kita tahu banjir itu besar dan telah banyak menyebabkan kerosakan kepada petani-petani dan juga PKS-PKS kita yang menghasilkan buatan-buatan daripada hasil tani.
Saya ingin tahu, sudahkah dibuat kajian, khususnya di Kelantan, berapa banyak kah kerugian yang kena kepada petani-petani ini dan apakah usaha-usaha yang sudah diberikan oleh pihak kerajaan untuk membantu mereka?
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Dua soalan iaitu kajian sudah dibuat? Berapa banyak kerugian mereka ini, petani- petani khususnya? Sudah kah diberikan bantuan? Berapa banyak kah bantuan yang telah diberikan? Terima kasih.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Pasir Puteh. ‘Sabo-sabo’ lah kata orang Perak. Ini saya dengar macam-macam permintaan daripada belah sana, semua nak cepat. Kita tidak boleh hendak buat cepat-cepat sangat kan. Kajian memang telah dibuat. Semasa banjir berlaku pun kita sudah arahkan pegawai-pegawai untuk membuat kajian kerosakan-kerosakan dari segi pertanian. Kita belum dapat lagi dia punya jumlah keseluruhan.
Walau bagaimanapun, komitmen pihak kementerian untuk membantu umpamanya kalau tanaman pokok-pokok buah-buahan itu rosak, banyak pokok durian sebenarnya mati disebabkan oleh banjir ini. Jadi kita telah pun berbincang, ada bantuan yang akan kita berikan. Saya tidak boleh umum di sini. Nanti kita serah pada Menteri untuk mengumumkan atau melancarkan program bantuan pokok-pokok buah-buahan yang rosak ini.
Selain daripada itu, kita juga ada program bantuan untuk penternak–penternak lembu umpamanya yang ternakan mereka mati semasa banjir. Kita adalah berapa yang kita nak beri, satu ekor berapa ratus ringgit, maksimum 10 ekor, berapa kita boleh bagi. Ini sudah dibincangkan tetapi belum dimuktamadkan. Biar Menteri saya, bos saya Menteri saya yang buat pengumuman ini. Insya-Allah, keprihatinan pihak kementerian itu ada.
Jangan bimbang. Terima kasih.
4. Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah wang yang diperuntukkan dan diedarkan untuk kerja-kerja pemulihan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang pasca-banjir akhir tahun 2014 mengikut negeri, dan peratusan peruntukan yang diagihkan untuk kampung-kampung orang asli khasnya di Kelantan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pelawat dari pegawai-pegawai Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Langat, 45 orang.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya mohon supaya soalan nombor empat dari Yang Berhormat Gelang Patah, soalan nombor lapan dari Yang Berhormat Rantau Panjang dan soalan nombor 39 daripada Yang Berhormat Pulai untuk dibaca secara bersekali.
Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Terima kasih. Yang Berhormat Gelang Patah bertanya mengenai jumlah wang yang diperuntukkan dan diedarkan untuk kerja-kerja pemulihan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang pasca banjir akhir tahun 2014 dan peratusan peruntukan yang telah diagihkan untuk kampung-kampung Orang Asli khasnya di Kelantan.
Dalam melaksanakan kerja-kerja pemulihan pasca banjir, tumpuan utama diberikan kepada pemulihan keadaan mangsa-mangsa banjir yang terjejas. Bagi tujuan tersebut, kerajaan menyediakan tiga jenis bantuan kepada mangsa-mangsa iaitu bantuan wang ihsan, pembinaan rumah kekal baru dan pembaikan rumah. Untuk pengagihan wang ihsan, seramai 100,835 ketua isi rumah yang merupakan mangsa banjir termasuk Orang Asli telah dikenal pasti layak untuk menerima bantuan wang ihsan sebanyak RM500 seorang di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Pecahan bilangan mangsa yang layak menerima wang ihsan mengikut negeri- negeri berkenaan setakat 9 Mac 2015 adalah seperti berikut:
(i) Kelantan – RM34,885,000 yang melibatkan 69,770 orang mangsa;
(ii) Terengganu – RM6.219 juta melibatkan 12,348 orang mangsa; dan
(iii) Pahang – RM10.814 juta yang melibatkan 21,627 orang mangsa.
Mangsa-mangsa banjir yang kehilangan rumah juga dibantu melalui pembinaan rumah kekal baru. Setakat ini 16 Mac 2015 sebanyak 2,159 permohonan pembinaan rumah kekal baru telah diterima di ketiga-tiga negeri tersebut. Selepas diproses, selepas proses verifikasi dilaksanakan, sebanyak 2,044 buah rumah akan dibina. Kos pembinaan setiap buah rumah adalah RM48,000.
Pecahan bilangan rumah kekal yang akan dibina mengikut negeri adalah seperti berikut:
| Negeri | Pecahan Bilangan Bantuan Rumah Kekal | Jumlah | |
|---|---|---|---|
| Kerajaan Persekutuan (Bilangan) | Kerajaan Negeri (Bilangan) | ||
| Kelantan | 1,346 | 572 | 1918 |
| Terengganu | 7 | 1 | 8 |
| Pahang | 118 | - | 118 |
Setakat 16 Mac 2015, sebanyak 3,318 permohonan telah diverifikasi dan layak untuk menerima bantuan pembaikan rumah daripada 4,216 permohonan yang diterima di ketiga-tiga negeri. Proses verifikasi masih dilaksanakan dan jumlah ini dijangka akan berubah dari semasa ke semasa. Siling bagi pembaikan rumah adalah RM10,000.
Untuk setiap buah rumah, pecahan pembaikan rumah mengikut negeri adalah seperti berikut:
(i) Kelantan - 960 buah rumah termasuk 101 buah rumah orang Asli. Sebanyak 834 buah rumah masih dalam proses verifikasi;
(ii) Terengganu - 178 buah rumah; dan
(iii) Pahang – 2,180 buah rumah termasuk 137 buah rumah orang Asli.
Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan berikut untuk memulihkan keadaan negeri-negeri dilanda banjir. Pertama, RM800 juta untuk memperbaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan. Kemudian yang keduanya menyediakan peruntukan RM893 juta dalam Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir. Untuk peruntukan tersebut disalurkan melalui kementerian yang berkenaan dan agihan mengikut negeri ditentukan mengikut keperluan dan keutamaan.
Berhubung dengan soal pemulihan ekonomi yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang, kerajaan membantu mangsa-mangsa banjir melalui pemberian geran dan juga pinjaman kepada peniaga-peniaga kecil dan usahawan yang terjejas.
Pemberian geran dan pinjaman ini disalurkan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN), Bank Negara Malaysia melalui bank-bank perdagangan dan Perbadanan Jaminan Kredit (CJC), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia dan SME Corp.
Keseluruhan peruntukan yang terlibat dalam pemulihan ekonomi sehingga 9 Mac 2015 ialah RM780 juta. Bilangan penerima geran dan pinjaman setakat 9 Mac 2015 ialah 512 orang. Berhubung dengan pertanyaan dari Yang Berhormat Pulai, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kewangan memperuntukkan RM50 juta ke dalam Tabung Wang Amanah Bantuan Bencana Negara mengikut keperluan yang bagi membantu mangsa-mangsa bencana seperti banjir, ribut dan tanah runtuh melalui pengagihan bantuan wang ihsan, bencana dan juga lain-lain bentuk bantuan kepada mangsa. Terima kasih.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dengan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Bolehkah Yang Berhormat Menteri menerangkan kenapa sampai sekarang lebih daripada dua bulan sudah lepas, selepas malapetaka banjir yang boleh describe sebagai worst in living memory. Akan tetapi semua yang kita dengar ialah bahawa projek perumahan akan dibina, akan dibina. Tempat-tempat ground zero semacam Manek Urai, semacam Kampung Kerangan, Manjor, semua masih menjadi ground zero. Berapa lama Kerajaan Persekutuan sangka boleh memulihkan keadaan sebelum malapetaka itu? Enam bulan? Satu tahun? Kenapa Kerajaan Persekutuan begitu careless dalam pengurusan malapetaka ini sehingga boleh menjadikan satu malapetaka yang begitu besar sungguhpun tidak boleh dielakkan dan tentu boleh dikurangkan kerosakan.
Tentulah tidak masuk akal untuk membandingkan malapetaka banjir itu dengan apa yang berlaku di Jepun tahun 2011, apabila berlaku tiga tragedi, gempa bumi, tsunami dan nuclear meltdown. Bukankah ini satu usaha Kerajaan Barisan Nasional untuk mengelakkan tanggungjawabnya.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang pertama sekarang ini ialah masalah tanah. Kalau siap tanah, kita terus masuk sebab pelantikan kontraktor semua ini boleh dibuat melalui Kelas ‘F’ yang boleh kita buat serta-merta.
Sekarang ini semuanya telah berjalan dengan lancar dan kita beri perhatian setiap hari, bukan setiap minggu, setiap hari kita beri perhatian supaya pembinaan rumah ini dapat disiapkan dengan segera. Jadi untuk sementara waktu, mereka ini tinggal di merata tempat termasuklah di PLKN, di khemah dan juga setengahnya menumpang di rumah saudara- mara. Akan tetapi pada keseluruhannya kita menggerakkan habis-habisan malah Kabinet telah meminta supaya pasukan unit khas ini melaksanakan kalau boleh sebelum bulan puasa yang saya rasa memang agak sukar tetapi mereka sedang mencuba yang terbaik supaya dapat dilaksanakan dengan serta-merta.
Yang Berhormat, sebagai manusia, Yang Berhormat pun manusia, kita tidak mampu melihat kesengsaraan yang begitu rupa. Kita tidak akan biarkan. Habis Parlimen pada hari ini, kami akan terbang ke sana untuk hendak pastikan supaya program pembinaan rumah ini dapat disegerakan. Akan tetapi yang lain-lain yang tidak melibatkan rumah, yang melibatkan perniagaan sebagai contoh, kita segerakan, kita bagi geran dan juga pinjaman mudah sebagaimana yang telah ditetapkan. Hal ini berjalan dengan lancar.
Jadi di samping mereka menunggu rumah, mereka juga terus membina kehidupan.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Berapa lama? Enam bulan, satu tahun untuk membolehkan keadaan sebelum banjir?
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Ya, kalau Yang Berhormat kata bolehlah kot- kot boleh bercakap dengan Kerajaan Negeri Kelantan tetapi sudah pasti agak sukar, kami boleh bercakap dengan Kerajaan Negeri Kelantan, selesaikan masalah tanah dengan cepat, kita akan laksanakan dengan cepat. Ini persoalan besar, masalah tanah kerana rumah yang terlibat di tepi-tepi sungai ini ialah kebanyakannya yang tidak bertanah, banyak juga rumah setinggan dan sebagainya. Jadi kita nak balik di satu tempat...
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Bahagi dualah.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Ya?
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Bahagi dua orang soalan tambahan sebab penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri tengah menjawab Yang Berhormat.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Jadi dengan itu, tempoh itu Yang Berhormat secepat yang mungkin. Saya hendak beritahu Kabinet ini cukup concern dengan izin perkara ini minta dibuat sebelum puasa yang saya rasa agak sukar kerana kita tinggal tiga bulan lagi tetapi jawatankuasa ini confident dan mereka akan cuba sedaya-upaya supaya sekurang-kurangnya kalau tidak boleh siap pun, dia take-off semua jumlah yang telah ditentukan itu boleh bermula kerja serta-merta. Akan tetapi yang lain, yang kerja sedang berjalan sekarang ini Yang Berhormat, sedang berjalan dengan cukup rancak kalau sekiranya tanah telah diselesaikan.
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, hari ini sejarah bagi saya, Rompin 25 tahun Ahli Parlimen. Bila saya baca
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
soalan Yang Berhormat Gelang Patah ini, satu anjakan pada diri saya. Dahulu Yang Berhormat Gelang Patah ini bertanya soalan bandar saja, ini anjakan baru, soalan luar bandar pula. Pembelaan orang Melayu, orang Asli, anjakkanlah sebab ini isu...
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Kita ini rakyat Malaysia, UMNO orang Melayu. DAP semua rakyat Malaysia.
[Dewan riuh]
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Yang Berhormat Gelang Patah duduklah.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Itulah kita ada kemajuan, UMNO tidak ada kemajuan.
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Yang Berhormat Gelang Patah duduklah. Ini my floor.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
That’s the difference.
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Generasi Yang Berhormat Gelang Patah...
Dato' Abdul Manan Ismail - Paya Besar
Pelakon terbaik.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Rompin sudah lama pergi Amerika, sudah lupa.
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Generasi Lim Kuan Yew berkata-kata, you are...
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Tidak ada masalah Melayu, Cina dan India.
Semua masalah orang Malaysia.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Apa masalah orang Melayu?
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Ini Yang Berhormat Gelang Patah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Rompin duduk sekejap ya.
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Bagilah saya punya floor, saya hendak cakap baru hendak tanya soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, ini sesi jawab lisan. Yang Berhormat Gelang Patah berapa tahun jadi wakil rakyat?
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Lebih dari 26 tahun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Jadi...
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Jangan berat sebelah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Rompin pun 25 tahun. Jadi tidak perlu saya ingatkan lagi.
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Ya, berilah saya hendak bertanya. Saya baru hendak puji dia, dia dah melompat dah. Saya hendak tanya, ini dasar untuk membela luar bandar seperti kita prihatin kepada mangsa banjir, Orang Asli, dasar janji dalam pilihan raya. Betul tak Yang Berhormat Menteri?
[Dewan riuh]
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Saya hendak bertanya, kamu senyaplah. Saya hendak bertanya, kita jadikan ini sebagai janji dalam pilihan raya dan kita buat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Semua duduk di Amerika.
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Soalan pertama saya, dasar-dasar yang kita buat dalam pilihan raya seperti membela luar bandar, kita buat. MCA setuju, GERAKAN setuju. Hendak tanya, yang belah sana janji pilihan raya...
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Ini bukan soalan tambahan, dia langgar peraturan mesyuarat.
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Apa ini? Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya...
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Ini ucapan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
25 tahun pun tidak tahu tanyakah? [Dewan riuh]
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Tanyalah.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
25 tahun inikah soalan berkualiti?
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Saya hendak bertanya adakah Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Rompin. Soalan Yang Berhormat, Yang Berhormat yang baru-baru ini jangan ikut ya.
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Saya hendak bertanya adakah kerajaan dalam isu membela luar bandar seperti banjir dan Orang Asli terus akan mendapatkan banyak lagi peruntukan-peruntukan. Kita buat apa kita janji.
Hendak tanya Yang Berhormat yang belah sana. Yang janji dia, yang jaminan dia, hudud ini, apa dah jadi ini?
[Dewan riuh]
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Langgar peraturan. Mana soalan tambahan?
Langgar peraturan. 25 tahun sia-sia sahaja, buang masa.
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Soalannya, “ada udang di sebalik batu”, ada agenda tersembunyi kerana parti DAP hendak pasti supaya ada pengundi-pengundi orang Melayu seperti Raub...
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Soalan Yang Berhormat Rompin, soalan.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Peraturan mesyuarat.
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Yang kedua, bagilah yang kedua.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Mungkin dia tidak tahu peraturan mesyuarat.
Dato' Abdul Manan Ismail - Paya Besar
Balun Yang Berhormat Rompin, balun.
[Dewan riuh]
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Dulu Tanjong, Gelang Patah, esok Ahli Parlimen Kota Bharu tidak lama lagi. Tidak lama dia akan bertanding Kota Bharu pula nanti.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, mana ada soalan kedua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Rompin sedang mengajukan soalan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
25 tahun.
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Aset-aset baru untuk aset-aset yang berat untuk menghadapi cabaran banjir sebab air laju, air dalam. Ini Yang Berhormat Shah Alam sama, dia sokong siapa? Mana Presiden PAS? Yang Berhormat Pokok Sena senyap saja.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Suruh dia balik Amerikalah, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Peraturan mesyuarat, ini bukan soalan...
[Dewan riuh]
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, ya Yang Berhormat Pokok Sena. Seluruh negara melihat gelagat kita. Sila Yang Berhormat Menteri menjawab dengan bijaksana.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Buat malu Rompin.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah soalan yang cukup baik.
[Ketawa] Di antara yang terbaik.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri sama standardlah dengan Yang Berhormat Rompin.
[Ketawa]
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Yang Berhormat Shah Alam, awak berdosa tau buat macam itu, jangan. Saya berniat baik ini.
Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Yang Berhormat Shah Alam mana tahu dosa pahala, bercampur habis sekali.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya hendak beritahu bahawa kerajaan sekarang, Kerajaan Barisan Nasional tetap membela rakyat. Banjir yang berlaku ini ialah banjir luar biasa yang mana tidak ada peruntukan untuk tujuan tersebut, peruntukan kita RM50 juta untuk menghadapi banjir dan juga lain-lain bencana tetapi ini banjir luar biasa dan kita lihat peruntukan komitmen daripada pihak kerajaan yang telah saya sebutkan angka-angka tadi. Ini adalah komitmen tambahan kerajaan kerana prihatin kepada rakyat. Malah rakyat yang paling banyak mendapat manfaat hasil daripada usaha Kerajaan Barisan Nasional ini ialah rakyat Kelantan.
Jadi kita tidak memilih, mengira parti dan sebagainya. Akan tetapi kepada Ahli Yang Berhormat semua, saya hendak minta kita sebut perkataan ini supaya orang tidak kecewa dengan kita bahawa pihak kerajaan mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi kerajaan dan juga NGO yang bertungkus-lumus untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Saya hendak bagi tahu pengalaman saya selama 44 hari 44 malam tidak balik ke rumah dalam banjir. Saya lihat begitu ramai NGO yang datang dari seluruh negara untuk membantu mangsa banjir termasuk NGO yang cuba hendak perkenalkan alatan-alatan mereka, kenderaan dan sebagainya. Saya ucap terima kasih dan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kenapa perlu NGO kalau kerajaan telah menanganinya dengan baik Yang Berhormat Menteri?
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Mengapa perlu NGO...
Tan Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Yang Berhormat Shah Alam tidak payah ikut undang-undangkah ini? Dia ingat ini Parlimen Shah Alamkah?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya Ahli Parlimen yang baru.
Kenapa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam, tadi kita tegur Yang Berhormat Rompin tidak ikut peraturan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua...
Tan Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Mana tahu peraturan!
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat Shah Alam sebab namanya lebih kurang nama abangnya, jadi saya hendak bagi tahu ayat Al-Quran ini.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Berlumba- lumba buat kebajikan.” Jadi semua orang turun buat kebajikan, agensi kerajaan dan juga NGO. Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah bagaimana mungkin barisan hadapan yang diketuai oleh pegawai daerah menyelaraskan semua bantuan daripada agensi dan juga NGO. Mereka yang berjaya selaraskan benda ini berjalan dengan elok. Akan tetapi apa pun kita terima hakikat bahawa apa yang berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Perak baru-baru ini ialah banjir luar biasa. Paling luar biasa sebab air boleh meningkat dalam masa tiga jam sampai ke lima kaki hingga dan juga enam kaki.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Jadi yang keduanya berhubung dengan aset. Sekarang ini kita tidak menunggu lagi.
Kita sedang berusaha untuk meningkatkan aset bagi jabatan-jabatan yang menjadi jabatan utama. Kita kena ingat bagi sesetengah kawasan, dia lebih comfortable dengan RELA.
Sesetengah kawasan dia comfortable dengan bomba, sesetengah kawasan dia comfortable dengan JPAM, setengahnya dengan pejabat daerah di mana MKN akan salurkan aset tambahan mengikut kehendak dan juga keadaan semasa.
Ini kerana kalau kita pergi rombak-rombak dengan kawasan yang sudah biasa dengan bomba, kita pergi hantar jabatan lain, dia akan timbul masalah. Jadi aset ini akan ditingkatkan termasuk juga aset udara yang saya telah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, untuk membolehkan kita menghantar makanan kepada tempat-tempat yang tidak boleh kita masuk dengan jalan darat.
Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat semua, saya ingat Yang Berhormat mungkin tidak dapat maklumat terdapat dua Pos Orang Asli di Gua Musang sampai hari ini tidak dapat kita masuk dengan jalan darat dan kita terpaksa masuk dengan jalan udara.
Jalan darat boleh, tetapi mereka terpaksa berjalan kaki untuk mengangkut barang di antara enam ke lapan jam. Jadi kita hantar jalan darat bagi mereka yang mampu untuk membawanya dengan berjalan kaki, mereka berbuat demikian dan setengahnya kita hantar dengan jalan udara.
Bantuan ini saya hendak beritahu, saya hendak sebut di Parlimen ini, diberi oleh pihak kerajaan dan juga NGO. Saya bagi tahu NGO itu, apakah nama dia hendak disebutkan, dia kata tidak payah. Bagi tahu NGO cukup. Dia suruh ucap terima kasih. Kalau dia menonton TV sekarang ini, saya hendak bagi tahu sebab kelmarin dia hantar dua tan beras ke dua pos ini dan dia kata sebut NGO sebab nanti orang salah faham dan sebagainya. Terima kasih.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Boleh? Satu? Pokok Sena hendak tanya sedikit. Saya hendak tanya fakta. Saya hendak minta fakta sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Ketereh.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sebab nampaknya terus menerus ada aduan tentang kerajaan tidak cekap dan termasuk pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang ada membuat teguran bahawasanya waktu banjir seolah-olah di Kelantan macam tidak ada kerajaan. Jadi nampaknya aduan ini berterusan dan pada pagi ini pun kita kedengaran nada yang sama.
Saya hendak tanya pengalaman Yang Berhormat Menteri sendiri kerana saya tahu Yang Berhormat Menteri berada di ground zero macam saya juga. Saya berbulan-bulan ada di kawasan berkenaan. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan teguran-teguran, terutama yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawasanya Kerajaan Negeri Kelantan begitu lemah dan sebagainya.
Ini kerana saya sebagai orang Kelantan saya nampak Kerajaan Kelantan telah pun berusaha bersungguh-sungguh dengan kemampuan yang terbatas dan mereka bekerjasama baik dengan Kerajaan Pusat. Apakah mungkin teguran ini ada maksud lain kerana barangkali Kerajaan Kelantan dan UMNO nampak bersetuju tentang hudud yang menyebabkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang rasa resah dan tidak berpuas hati?
Bermaknanya teguran itu mala fide, tidak bona fide punya teguran sebab saya sebagai orang Kelantan, saya berani mengatakan Kerajaan Negeri Kelantan telah berusaha bersungguh-sungguh...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini tanya soalankah, dia jawab soalan dia sendiri Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Ini kerja ‘batu api’ sahajalah. Yang Berhormat Ketereh tidak ada kerja lain. Memalukan sahaja.
Dato' Abdul Manan Ismail - Paya Besar
Yang Berhormat Shah Alam janganlah menyibuk!
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tanya, lepas itu jawab sendiri.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Saya sudah 30 tahun sebab saya hendak kena tunjuk sikit kepada Yang Berhormat Shah Alam ini dia ‘tebolah’ kata orang. Dia tidak tahu apa pun. Jadi saya ulang balik takut dia tidak dengar.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Dia payah hendak dengar Tuan Yang di-Pertua, sebab dia bubuh bluetooth di telinga tidak ‘pecat-pecat’ lagi.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bluetooth ini tidak menghalang saya.
Saya boleh dengar soalannya. Bukan sekadar soalan, siap jawapan. Kalau saya tidak dengar, macam mana saya boleh komen? Tuan Yang di-Pertua, minta dia ringkaskan soalan dan jangan beri jawapan sendiri.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Tuan Yang di- Pertua, saya ulang balik sebab ada gangguan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sebagai seorang Menteri yang berada di ground zero yang tentunya lebih mengetahui tentang tahap kerjasama Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, mengapakah pada pandangan Yang Berhormat Menteri timbul aduan termasuk daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawasanya seolah-olah di Kelantan tidak ada kerajaan waktu adanya banjir, sedangkan saya melihat dari sudut saya pula, saya melihat penglibatan Kerajaan Negeri Kelantan cukup bersungguh-sungguh...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kenapa dia hendak jawab soalan dia?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
...Adakah ini tentang hudud di Kelantan? Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak payahlah jawab soalan sendiri.
Sudah habis soalan, duduklah.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Sendiri soal, sendiri jawab. Dia hendak jadi Menterikah?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini hendak jawab soalan sendiri pula.
[Dewan riuh]
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Sabar. Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan dan juga jawapan itu...
Tan Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Sebelum jawab boleh buat ruling. Yang Berhormat Shah Alam ini PAS atau DAP?
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
...Pertanyaan serta jawapan itu adalah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, bertuah pelawat kita datang ke Parlimen hari ini.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
...Ada kebenaran. Saya hendak beritahu bahawa saya ini, bila saya duduk di bawah sana, saya memahami kekurangan, saya memahami ada juga kelemahan. Akan tetapi saya hendak beritahu bahawa semua jentera memang bergerak masuk dan untuk membolehkah supaya jentera ini diperkuatkan oleh kerana mungkin ada sedikit kelemahan dari segi barisan hadapan, maka Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah panggil Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan yang dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan dan juga menteri-menteri pusat dan di situ kita mulakan penyelarasan. Itu adalah pada hari yang ketiga iaitu pada hari Jumaat. Hari Rabu banjir, hari yang kedua banjir, hari yang ketiga terus kita buat mesyuarat di Pengkalan Chepa di airport dan penyelarasan mula.
Bagi sesetengah tempat yang kita dapati ada kekurangan, cepat-cepat kita ambil alih, kita ganti dengan macam di satu tempat, saya tidak boleh sebut di sini, digantikan oleh tentera yang berpangkat Jeneral. Kemudian di satu tempat kita ganti dengan polis yang berpangkat OCPD di kawasan berkenaan. Dua kawasan ini kita terpaksa ambil alih serta- merta kerana banjir yang datang ini luar biasa dan di luar kemampuan untuk kita menghadapinya. Itu sebab jentera telah digerakkan habis-habisan untuk memindahkan orang dari kawasan ini dan keseronokan kita ialah bila melihat NGO bersama-sama dengan kita.
Jadi berhubung dengan teguran yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Kelantan, memang ada kekurangan tetapi cara tegur seolah-olah macam Kelantan tidak ada kerajaan itu tidak adil. Ini kerana Menteri Besar sendiri hadir bersama menyatakan bahawa dia bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan. Jadi nampaknya kerjasama PAS dengan UMNO ini nampaknya makin erat dan...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Inilah dia, ‘ada udang di sebalik batu’.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
... DAP makin renggang. Akan tetapi itu ialah jawapan yang tidak berapa serius walaupun sebenarnya serius. Akan tetapi saya hendak beritahu memang ada kekurangan, tetapi hendak mengatakan dia tidak bergerak langsung tidak betul. Bukan di semua tempat, di beberapa tempat. Saya boleh sebut satu-satu.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Tuan Yang di- Pertua, saya rasa perbetulkan jawapan Yang Berhormat Menteri tadi.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Macam di Rantau Panjang, dia hantar air, mineral water saya tahu.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Antara G2G sahaja, bukan antara parti.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Yang Berhormat Baling hantar makanan. Apa dia?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Antara G2G sahaja, bukan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak ada kena mengena di antara PAS dan UMNO, G2G. Jangan putar belit.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Shah Alam terasa tu kenapa?
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Katalah nak kata apa. Allah Maha Berkuasa.
Satu hari dia tukar hati kamu sayang kepada kami, tau.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
[Ketawa] Sebab kami sentiasa ikhlas.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Menteri ini syok sendiri kah?
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Kalau sana memikirkan tak ikhlas, itu sesuatu yang tidak elok. Akan tetapi yang lebih penting sekarang ini,
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Fasal sayang lah kita nak tegur, yang tidak betul.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Memang ada kekurangan sedikit di beberapa tempat dan kita ambil alih, hal ini berlaku kerana terdapat juga jentera hadapan yang bercuti, pergi buat umrah dan sebagainya. Dalam keadaan kelam kabut itu, kita berjaya menyelesaikannya dalam masa hari yang pertama dan kedua itu.
Contohnya macam dia berlaku dua kali di Kelantan ini banjir, gelombang pertama dan juga gelombang kedua. Akan tetapi perbezaan di antara dua ini cuma satu hari sahaja.
Orang balik dan esoknya kena pindah balik. Yang kedua itulah yang paling teruk kerana air datang terlampau laju dari Gunung Gagau. Gunung Gagau ini yang sumber air pergi ke Terengganu, Pahang dan juga Kelantan melalui kawasan Lojing dan juga Gua Musang yang mana kita lihat banyak kawasan hutan di situ telah tertebang atau ditebang. Dengan itu, air bergerak dengan laju bersama dengan lumpur.
Jadi, saya hendak beritahu sekali lagi bahawa saya boleh menegur semua orang tetapi saya ingat kita tidak boleh selesai masalah. Sekarang kita hendak cari jalan bagaimana kita hendak selesaikan masalah kekurangan yang kita hadapi. Yang paling penting semua pihak memberi kerjasama yang erat dan kalaupun hendak tegur kerajaan Kelantan, janganlah tegur begitu rupa. Tak manis saya percaya, walaupun G2G, ikutlah cara Kerajaan Persekutuan. Kita tidak kira kerajaan, tidak kira siapa, kita gerakkan jentera kita untuk membantu mangsa banjir.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, saya jemput Yang Berhormat Datuk William @ Nyallau anak Badak.
5. Datuk William @ Nyallau anak Badak [Lubok Antu] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan apa tindakan kementerian untuk mengatasi kegagalan pelaksanaan bekalan elektrik ke Titok, Bunuk Beging, Senibong, Tebarung Merio, Bara, Bukit Tungku di kawasan P.203 Lubok Antu yang begitu lama tidak disiapkan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang Di-Pertua , sebelum saya menjawab saya ingin mengucapkan selamat datang ke Parlimen kepada rombongan ketua-ketua Cawangan UMNO dalam Parlimen Sekijang. Ini jawapan kepada soalan.
Tuan Yang Di-Pertua, sebenarnya projek ini tidak gagal. Ia hanya lewat disiapkan, projek lewat siap atas sebab-sebab tertentu. Dan untuk makluman Yang Berhormat Lubok Antu, pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar di rumah-rumah panjang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat telah dimulakan pelaksanaannya pada bulan Oktober 2014.
Walaupun persetujuan pemotongan pokok kelapa sawit untuk tujuan penanaman tiang elektrik diterima daripada SALRA pada 30 April 2013. Proses koordinasi untuk pembayaran pampasan dan pemotongan pokok kelapa sawit yang terlibat mengambil masa untuk diselesaikan. Di samping itu, pembinaan talian voltan tinggi sepanjang 1.4 kilometer ke Bukit Tunku juga bertindih dengan kerja-kerja pembinaan jalan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak. Dan perkara ini juga menyumbang kepada kelewatan pelaksanaan projek.
Sehingga 28 Februari tahun ini, tahun 2015, kerja-kerja pemasangan talian elektrik di semua rumah panjang tersebut ataupun yang terlibat telah mencapai kemajuan 70% dan kementerian yakin semua projek akan disiapkan sepenuhnya sebelum 30 Jun 2015.
Sekian, terima kasih.
Datuk William @ Nyallau anak Badak - Lubok Antu
Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, kawasan Titok dan Bunuk Beging sehingga ke hari ini – mereka masih bertanya wakil rakyat bilakah projek ini akan dijalankan? Bagi kawasan dilist. Tidak yang akan melibatkan sebanyak 500 keluarga, hanya tiang elektrik sahaja yang terdapat sejak dua tahun lepas sampai sekarang belum lagi habis dipasang dengan wayar. Jadi, bilakah perkara ini mahu diselesaikan? Saya mohon pihak kementerian kalau ada apa-apa masalah, cuba lah berhubung dengan wakil rakyat ataupun pegawai daerah atau tuan residen untuk menyelesaikan masalah kerana pihak residen dan pegawai daerah adalah pegawai pengerusi jawatankuasa pembangunan, bahagian dan daerah.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang telah saya sebut pada menjawab awal tadi, projek ini kita jangkakan siap pada hujung bulan Jun 2015 ini. Yang Berhormat sendiri telah berbincang dengan saya beberapa hari sudah. Kita akan turun padang bersama dalam masa yang sesuai. Saya minta Yang Berhormat sendiri meletakkan tarikh untuk kita pergi bersama pegawai untuk melihat apa dia masalah. Cadangan Yang Berhormat tadi untuk menyelesaikan masalah ini kita perlu berbincang dengan ahli-ahli yang berhormat tempatan, memang itulah kaedahnya kita akan buat dan juga bersama agensi kerajaan ataupun jabatan kerajaan seperti pejabat daerah dan sebagainya.
Jadi, kita meyakinkan kepada Yang Berhormat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini tidak akan melengah-lengahkan dalam usaha kita hendak mempercepatkan persiapan projek-projek yang dilaksanakan di bawah program kemajuan luar bandar.
Untuk makluman, tambahan sedikit kepada Yang Berhormat, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk kawasan Lubok Antu, kawasan parlimen Lubok Antu, RM61.2 juta telah dibelanjakan untuk pelbagai projek. Ada yang sudah siap, ada yang dalam pelaksanaan, dan ada juga yang bermasalah lewat jadual. Jadi kesemuanya, keseluruhannya untuk kawasan Lubok Antu sebanyak RM61.2 juta adalah untuk projek bekalan elektrik luar bandar. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, saya jemput Yang Berhormat Tuan Zairil Khir Johari.
6. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan jumlah gading yang dirampas, bilangan orang yang ditangkap dan didakwa kerana kesalahan menjual gading, serta sama ada gading tersebut disimpan atau dimusnahkan.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Bendera, pada tahun 2011 hingga 2014, 11 kes penahanan consignment gading gajah ditahan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja yang melibatkan 4,624 unit gading.
Perampasan berlaku di pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Butterworth, Pelabuhan Klang dan KLIA. Pihak Kastam dan Eksais Diraja Malaysia tidak dapat menemui dan tidak dapat menghubungi siapakah pengirim dan siapakah penerima kerana nama dan alamat semuanya palsu.
Consignment itu masuk ke Malaysia hanya untuk transit sahaja. Manakala Jabatan PERHILITAN menahan tiga orang dan merampas 43 unit gading. Pertamanya seorang warganegara China yang dihukum penjara dua bulan dan didenda RM250,000 kerana menyimpan dan eksport 16 unit gading tanpa permit.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Kedua, seorang rakyat tempatan. Dia ditahan dan didenda RM200 ribu atau di penjara 36 bulan kerana menyimpan sembilan unit gading. Ketiga, seorang tempatan juga, dia didenda RM2 ribu kerana menyimpan dua unit gading. Satu kes lagi belum dapat diselesaikan kerana ianya masih dalam siasatan. Ini berkaitan dengan 16 unit gading.
Semua gading yang dirampas disimpan sebagai government stockpile. Sekian, terima kasih.
Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera
Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberi. Soalan saya mengenai gading yang dirampas itu mengikut jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri gading itu disimpan sebagai stockpile. Saya ingin bertanya sama ada kerajaan merancang untuk melakukan audit bebas dan kemudiannya memusnahkan gading tersebut secara terbuka seperti yang dilakukan di pelbagai negara seperti Filipina, Hong Kong, Singapura, Perancis dan sebagainya. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya insiden seperti di Uganda apabila gading yang bernilai sebanyak USD500 ribu telah dicuri dari stor kerajaan. Memandangkan negara kita pernah kehilangan jet enjin tentera udara, saya rasa apakah jaminan yang boleh diberi oleh kerajaan bahawa stok gading ini tidak akan dicuri. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Dr. James Dawos Mamit
Terima kasih Yang Berhormat atas pertanyaan tambahan itu. Sememangnya gading-gading itu masih dalam simpanan di stockpile. Akan tetapi seterusnya adalah investigation masih lagi dibuat kerana kita bekerjasama dengan pihak CITES iaitu Secretariat Convention on International Trade in Endangered Species kerana kita masih lagi membuat investigation supaya kita benar-benar boleh mengenal pasti siapakah yang mengirimkan gading-gading ini dan siapa penerima. Oleh sebab penerima gading-gading ini adalah kebanyakan daripada negara China dan juga daripada negara Vietnam.
Selepas siasatan di peringkat antarabangsa selesai nanti, sememangnya kerajaan akan membuat juga audit bebas dan selepas itu memang juga akan dimusnahkan. Tidak perlu disimpan kerana seperti yang disentuh oleh Yang Berhormat tadi, nanti kena curi.
Oleh sebab gading-gading ini memang amat bernilai, amat berharga. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada terbaca dalam beberapa artikel bahawa perniagaan gading gajah khususnya di peringkat Asia Tenggara semakin hari semakin meningkat. Ini sangat membimbangkan lebih-lebih lagi kepada pertubuhan- pertubuhan pencinta alam.
Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh manakah kerjasama yang dilakukan oleh pihak kementerian dengan WWF atau Tabung Hidupan Liar Sedunia dalam memastikan dan membanteras kegiatan seumpama ini.
Adakah pihak kementerian bercadang untuk menambahkan lagi hukuman yang ada dalam Akta Pemeliharaan Hidupan Liar yang telah diwujudkan sebelum ini. Terima kasih.
Dato' Dr. James Dawos Mamit
Terima kasih Yang Berhormat atas pertanyaan tambahan juga. Sememangnya kementerian bekerjasama dengan NGO seperti WWF dan organisasi antarabangsa saya sebut tadi, Sekretariat CITES dan juga bekerjasama dengan negara-negara lain agar gading gajah yang dari Afrika tidak dibawa masuk ke negara mana-mana pun termasuklah negara kita. Oleh itu, kerajaan juga akan mengkaji dan
Dato' Dr. James Dawos Mamit
melihat keperluan denda untuk dinaikkan tetapi ini kementerian sedang menilai dulu bukan hanya untuk gading tetapi untuk trofi binatang-binatang liar atau hidupan seperti kulit harimau dan sebagainya.
Jadi semuanya ini kalau lah diseludup, maka hukuman yang tinggi boleh dijatuhkan kepada mereka ataupun denda yang tinggi. Akan tetapi ini juga terpulang kepada mahkamah untuk menentukannya. Walaupun di dalam Akta PERHILITAN ianya tinggi tetapi kalau dibawa ke mahkamah, mahkamahlah yang menentukan denda yang lebih tinggi lagi. Terima kasih.
7. Dr. Mansor bin Abd Rahman [Sik] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah kerjasama yang boleh dicapai daripada MoU yang telah ditandatangani antara Proton dan sebuah syarikat kereta yang disaksikan oleh YAB Perdana Menteri dan Presiden Indonesia pada 6 Feb 2015 baru-baru ini.
Timbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri - Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sik.
Seperti mana yang sedia maklum bahawa penubuhan Proton sebagai projek kereta nasional membolehkan Malaysia dikenali sebagai salah satu negara di dunia yang berkeupayaan mengeluarkan kereta secara menyeluruh baik dari segi kajian dan pembangunan, pengujian dan persijilan pengeluaran dan pembuatan serta jualan dan khidmat lepas jualan.
Jadi sewaktu lawatan sulung Presiden Indonesia ke Malaysia, dari 5 hingga 7 Februari 2015 baru ini, bagi meninjau peluang kerjasama dua hala antara dua negara, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Presiden Indonesia telah menyaksikan Proton menandatangani memorandum persefahaman bersama sebuah syarikat Indonesia iaitu PT Adi Perkasa Citra Lestari bagi menjalankan kajian kemungkinan untuk membangun dan menghasilkan kereta untuk pasaran Indonesia. Bergantung kepada hasil kajian.
Ini semua bergantung kepada hasil kajian kemungkinan kerana ini adalah MoU kajian kemungkinan yang dijalankan tersebut. Antara kerjasama boleh dicapai adalah:
(i) Kerjasama komersial merangkumi model perniagaan pasaran, kedudukan produk, jualan dan pemasaran serta aktiviti selepas jualan.;
(ii) Kerjasama teknikal merangkumi aktiviti kejuruteraan reka bentuk dan pemindahan teknologi; dan
(iii) Kerjasama pembangunan pembekal tempatan sama ada dari segi komersial mahupun teknikal.
Semua aktiviti kerjasama yang bakal dikenal pasti akan dimuktamadkan melalui sebuah perjanjian usaha sama ataupun joint venture agreement di antara kedua-dua syarikat setelah kajian kemungkinan tersebut selesai dilaksanakan dan dihasilkan, dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Sekian, terima kasih.
Dr. Mansor bin Haji Ahmad - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberi. Soalan tambahan saya ialah bagaimana prospek MoU itu terhadap industri kereta Proton? Adakah ini boleh menjadi perintis kepada cadangan kereta Komuniti ASEAN. Terima kasih.
Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sik. Cadangan untuk menubuhkan kereta ASEAN itu secara tidak rasminya memang ada dibincangkan, tetapi secara rasminya belum dapat dibincangkan kerana perlu mendapatkan persetujuan daripada semua pemimpin negara- negara ASEAN.
Walau bagaimanapun, saya yakin soalan tersebut tadi menjurus kepada prospek berasaskan kepada teknikal ataupun keupayaan Proton yang berjaya membina ataupun membuat kereta secara menyeluruh. Maknanya ada keupayaan dari segi teknikal. Saya yakin pertimbangan berasaskan kekuatan teknikal Proton itu sendiri ia boleh menjalinkan satu usaha sama bagi tujuan yang murni tersebut.
Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Ketiga belas”.
[18 Mac 2015]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, dijemput Yang Berhormat Sibuti untuk menyambung semula perbahasan.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Sekali lagi saya mengatakan apa yang dititah oleh Seri Paduka Baginda…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Hari ini hari terakhir, pandai-pandai menjaga masa ya.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dalam perbahasan.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
…Untuk sama-sama kita membahaskan…
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak ada usul, 5.30 petang. Jadi saya percaya rakan saya akan menetapkan masa.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Sama-sama berbahas menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sibuti ada masa 10 minit.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Oh, aduh.
[Ketawa]
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, pendidikan merupakan salah satu agenda besar bagi membentuk sesuatu bangsa dan negara yang berkualiti. Dengan pendidikan juga rakyat Malaysia dapat membangun negara seperti apa yang telah kita kecapi. Pendidikan juga adalah elemen penting dalam memacu ekonomi negara serta meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Terpaksalah lompat-lompat ini ucapannya.
Pelbagai isu berkaitan dengan pendidikan timbul sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Terbaru adalah berkaitan dengan kekurangan guru terutama sekali guru Bahasa Inggeris yang kita tahu kita terpaksa mengimportnya dari luar negara. Jadi kita mengharapkan semua sekolah di Malaysia ini diberikan guru-guru yang benar-benar terlatih dalam bahasa Inggeris.
Tuan Yang di-Pertua, tuntutan ini tidaklah melampau jika kita katakan guru-guru dari negeri Sarawak tidak dapat bertugas di Semenanjung ini kerana kalau datang di sini tidaklah sama seperti guru-guru dari Semenanjung pergi ke Sabah dan Sarawak. Elaunnya terlalu kecil. Maka mintalah pihak kementerian memerhati dan melihat keadaan yang sebenarnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya terus ke perkara yang lain. Seterusnya adalah berkaitan dengan kesihatan. Perkara yang ingin saya utarakan adalah berkenaan hak rakyat mendapat akses kesihatan yang berkualiti. Negara yang sihat adalah satu elemen penting bagi pembangunan sebuah negara. Maka, saya amat mengalu-alukan usaha kerajaan untuk melaksanakan transformasi kesihatan negara seperti yang dititah oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Kerajaan harus segera melihat keperluan kesihatan terutama sekali kawasan di luar bandar. Seperti di kawasan saya Sibuti, kita telah pun mendapat tanah dan telah pun diluluskan untuk membina hospital, poliklinik ataupun menaiktarafkan klinik-klinik yang ada tetapi sampai sekarang belum ada beritanya. Diharap pihak kementerian mengambil berat perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia terbentuk melalui gabungan tiga wilayah iaitu Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Sehingga kini, gabungan ini telah bersama-sama memajukan negara bagi kepentingan semua kaum dan agama. Perpaduan dan keharmonian adalah merupakan elemen penting dalam mengekalkan Gagasan 1Malaysia.
Akan tetapi, apa yang berlaku kebelakangan ini sangat meresahkan ramai pihak terutama sekali rakyat negeri Sarawak.
Sebab itulah kita berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak yang telah mengambil tindakan supaya tidak ada anasir-anasir yang ingin hendak memecahbelahkan keharmonian negeri Sarawak, datang ke negeri Sarawak dan distopkan di pintu imigresen di lapangan terbang. Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, sejak NKRA mementingkan infrastruktur luar bandar diperkenalkan, kita berterima kasih kepada Menteri dan Timbalan Menteri yang selalu menjenguk kita di luar bandar dengan membangunkan prasarana yang sangat kita perlukan seperti elektrik, air dan jalan raya. Walaupun sedemikian, banyak lagi yang kita perlu untuk dibangunkan di luar bandar untuk menambahkan ekonomi mereka apabila prasarana ini ada di kawasan kita. Ini kerana kebanyakan sekolah kita di luar bandar masih menggunakan generator set.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu juga, agar pihak kerajaan melihat dengan teliti berkenaan dengan sistem pengangkutan awam di negeri Sarawak pada masa ini, kita memohon agar bas-bas yang mempunyai perjalanan yang begitu jauh supaya mereka mendapat pemandu-pemandu yang berhemah dan juga pemandu-pemandu yang tidak membawa diri mereka ke dalam kancah makan dadah. Ini kerana kebanyakan berlakunya kemalangan adalah disebabkan ada yang mengambil dadah. Harap pihak yang berkenaan mengambil berat fasal ini.
Tuan Yang di-Pertua, ingin saya hendak berkongsi kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, RTC di kawasan Sibuti yang pertama di negeri Sarawak telah pun siap dengan sepenuhnya dan lagi banyak agensi yang sepatutnya berada di dalam
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
lingkungan RTC itu belum lagi mengambil tempat mereka seperti bank Agro, JPN, MPOB dan beberapa agensi lain. Kita memohon jasa baik Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri agar apa yang disebutkan saya tadi dapat dipercepatkan dalam RTC ini, sebab rakyat dengan rasa senang hati bahawa RTC telah ditubuh, dapatlah menambah ekonomi mereka.
Seterusnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kita mengharapkan apa yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri supaya tidak ada orang tengah untuk menjual ikan ini ataupun mengaut keuntungan besar.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Ini adalah sangat baik. Kita berterima kasih. Sekarang dapat juga nelayan-nelayan kita memperoleh pendapatan yang lebih daripada ini. Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah bantuan untuk memulihkan rumah mereka. Sebab nelayan ini mereka diami di tepi laut, rumah selalunya rosak ditiup angin. Maka kita mohon kepada pihak MoFkah, siapakah ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menterikah letakkan peruntukan ini di LKIM supaya mereka boleh mengurus, melihat keperluan-keperluan yang dimohon oleh nelayan- nelayan ini. Bantuan-bantuan seperti yang kita tahu, kebanyakan nelayan memerlukan perahu, bot enjin, pukat dan sebagainya.
Satu lagi saya ingin hendak menyentuh di sini ialah Jabatan Perdana Menteri supaya melihat bahawa pendatang-pendatang asing ini, mereka ada yang menjadi nelayan, mereka juga mengaut ikan di laut kita. Maka, nelayan kita tidak dapat dan tidak berani lagi sebab nelayan ini ialah nelayan yang kita dengar adalah nelayan dari Sulu. Mereka hebat, mereka boleh bergerak dengan pantas dan juga mengambil tindakan-tindakan yang berani kepada nelayan kita. Maka, kita mengharapkan pihak APMM mengambil tindakan menjaga laut kita walaupun mereka pernah mempunyai bot-bot yang sudah usang, yang rosak, hanya tinggal satu boleh diguna pakai. Kita mengharapkan pihak Jabatan Perdana Menteri melihat perkara ini dengan seriusnya.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara, oleh sebab saya diberi masa hanya 10 minit, saya hendak mengatakan di sini berkenaan pihak Kementerian Dalam Negeri. kerana kawasan saya di pinggir Bandar Miri, Sibuti dan juga di Miri banyak pendatang asing.
Dahulu hanya 500, 700, 1,000 dan sekarang dikatakan tidak kurang daripada 1,500 orang yang dapat menyewa rumah, yang dapat diami di Miri dengan selesa. Maka keadaan ini, sangat menakutkan kita supaya negeri Sarawak yang luas lautannya mereka boleh masuk bila-bila masa dan dengan kapal ATM yang begitu usang, tidaklah dapat menjaga Lautan China sebab kita berdepan dengan Lautan China. Kapal perang China pun berkeliaran di laut kita. Jadi kita mengharapkan benar-benar ini dijaga dengan betul. Jangan sudah sampai seperti apa yang berlaku di Sabah nanti, baru kita kelam kabut.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Sibuti. Adakah mereka pendatang asing ini datang dengan izin atau tanpa izin? Ada permitkah atau tidak ada permit?
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Tentulah sekali tidak ada permit.
Kalau mereka ada permit, tidaklah berani saya hendak cakap, Yang Berhormat. Kalau ada permit itu nanti mereka gasak saya pula.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh gulung.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kenapa Jabatan Imigresen Sarawak boleh larang saya masuk Sarawak tetapi tidak boleh larang mereka masuk Sarawak dan boleh beli rumah, kerja di Sibuti?
[Dewan riuh]
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih. Ini berlainan. Dengarlah dulu jawapan, Yang Berhormat. Tanpa izin ini, bukan mereka masuk dengan cara betul.
Kita sudah tahu tanpa izin takkan masuk dengan betul. Yang Berhormat, kalau datang negeri Sarawak dengan cara yang baik, tidak memberi apa-apa kata hasutan kepada rakyat yang harmoni di Sarawak, kita akan terima. Sebab itulah saya katakan tadi, hormatilah apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak. Datang dengan baik kita terima.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh habiskan Yang Berhormat. Yang Berhormat Sibuti tidak ada masa Yang Berhormat Sibuti.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya mahu minta Kerajaan Negeri Sarawak tunjukkan bukti saya hasut orang Sarawak tetapi apa-apa ucapan yang merosakkan perpaduan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak payah respons itu Yang Berhormat. Masa sudah habis Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Okey terima kasihlah. Sikit lagi. Saya sekali lagilah - dengan ini saya mohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, saya sudah adjust masa 15 minit seorang, Yang Berhormat. 10 minit saya rasa terlampau singkat, 15 minit. Yang Berhormat Gelang Patah.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya berhasrat menampilkan beberapa isu yang menurut Ahli Parlimen veteran dari Gua Musang ialah membawakan satu historic juncture yang mana keadaan ekonomi dan politik dalam satu gridlock dan dengan izin, teetering on crisis. Pertamanya ialah tangkapan oleh pihak polis terhadap dua orang Ahli Parlimen iaitu Ahli Parlimen Rasah pada hari Sabtu dan Ahli Parlimen Lembah Pantai pada hari Isnin.
Keadaan kedua-dua Ahli Parlimen ini ditahan reman semalam di Balai Polis Jinjang, menunjukkan bahawa pihak polis tidak profesional dan tidak efisien. Pihak polis sudah sedia maklum bahawa Yang Berhormat daripada Rasah dan Lembah Pantai akan hadir di Balai Polis Dang Wangi. Namun pada hari berkenaan, pihak polis langsung tidak melakukan apa-apa untuk merakamkan percakapan mereka selepas kedua-duanya ditahan bagi mewajarkan tahanan reman satu malam bagi kedua-duanya di Balai Polis Jinjang.
Ini tidak memperlihatkan kecekapan dan profesionalisme polis tetapi sikap pendendam, vindictive dan remeh pihak polis yang sangat buruk. Tiada sesiapa yang menyalahkan anggota polis di Dang Wangi untuk salah guna kuasa dan begitu remeh dan penuh dendam, memperlihatkan rasa tidak hormat dan hina terhadap Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Lembah Pantai malah pada institusi Parlimen sendiri. Tidak ada sesiapa yang percaya bahawa pegawai polis biasa mampu berkelakuan remeh dan penuh dendam terhadap Ahli-ahli Parlimen.
Saya tidak percaya bahawa pegawai polis yang lebih senior mahu memperlihatkan sikap sedemikian yang tidak mencerminkan kecekapan dan profesionalisme pihak polis.
Penyalahgunaan kuasa serta rasa benci terhadap Ahli Parlimen terutamanya daripada Pakatan Rakyat hanya boleh hadir daripada arahan seorang individu iaitu IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar. Khalid telah menyalahgunakan kuasa serta jawatannya sebagai Ketua Polis Negara untuk menjalankan peperangan yang tidak terarah terhadap pemimpin PR serta aktivis NGO yang tidak lain merupakan ….. yang menggunakan hak demokratik untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.
Sedangkan sepatutnya beliau mengisytiharkan perang terhadap kumpulan pengganas IS yang sedang menggunakan Malaysia sebagai pusat untuk mengumpan rekrut yang mudah dipengaruh dengan tujuan keganasan yang tidak perikemanusiaan yang dapat dilihat melalui tindakan memotong kepala, hukuman rejam secara terbuka serta pembunuhan beramai-ramai. Namun, penangkapan polis terhadap Yang Berhormat Lembah Pantai berikutan ucapannya di Parlimen ketika perbahasan Titah Diraja pada 10 Mac bagi pihak ayahnya, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh adalah lebih terserlah lagi.
Adakah Ketua Polis Negara begitu jahil sehinggakan beliau tidak tahu bahawa Ahli Parlimen menikmati kekebalan Parlimen untuk apa yang mereka ucapkan di dalam Dewan, kecuali empat perkara: sensitif yang tidak boleh dipersoalkan lantaran pindaan Perlembagaan pada tahun 1971 yang dikira menghasut iaitu peruntukan kedaulatan Raja- Raja Melayu; kewarganegaraan; Perkara 152; dan Perkara 153? Adakah Ketua Polis Negara tidak tahu bahawa ucapan Yang Berhormat Lembah Pantai tidak menyentuh mana- mana daripada empat perkara ini dan mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat 2 Anwar Ibrahim langsung bukan menghasut.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Dengan menangkap Yang Berhormat Lembah Pantai atas alasan hasutan berkenaan apa yang beliau ucapkan tentang keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Kes
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Liwat 2 Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pihak polis sendiri telah melanggar undang-undang seksyen 7 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 yang berbunyi “Tiada ahli boleh dikenakan apa-apa prosiding sivil atau jenayah, ditangkap, dipenjarakan, atau bertanggungan atas ganti rugi disebabkan oleh apa-apa perkara atau benda yang dikemukakan melalui petisyen, rang undang-undang, ketetapan, usul, atau selainnya atau dikatakan olehnya di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa.” Pihak polis sepatutnya mendaulatkan undang-undang tetapi dalam perkara ini pihak polis telah melanggar undang-undang iaitu seksyen 7 *Houses of Parliament
(Privileges and Powers) Act 1952.* Dewan ini telah menubuhkan Jawatankuasa Keistimewaan di bawah Peraturan 80 untuk melindungi kuasa dan keistimewaan Dewan yang mulia. Akan tetapi di sini kita dapati wujud satu kes pelanggaran keistimewaan Ahli Parlimen seperti yang termaktub dalam seksyen 7 Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952.
Saya ingin bertanya apa yang mahu dilakukan oleh Tuan Yang di-Pertua yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak Keistimewaan bersama enam orang ahlinya terhadap serangan ke atas keistimewaan Ahli-ahli Parlimen dan saya meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai leader of the house sama ada beliau bercadang mengusulkan supaya Ketua Polis Negara dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak Keistimewaan kerana telah melanggar keistimewaan Parlimen dalam kes tangkapan terhadap Yang Berhormat Lembah Pantai supaya Jawatankuasa Hak Keistimewaan memanggil Ketua Polis Negara untuk menjelaskan pelanggaran pihak polis terhadap keistimewaan Parlimen.
[Tepuk] Ini adalah kes Parliamentary privilege tidak kira apa parti. Saya masih ingat satu masa dahulu sekitar tahun 1980-an atau 1990-an apabila pihak polis mahu menyiasat saya tentang apa yang telah saya ucapkan di Parlimen, saya beritahu mereka bahawa mereka telah melanggar undang-undang akta Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act dan saya suruh mereka pulang dan dapatkan nasihat daripada Peguam Negara. Pegawai- pegawai polis itu pergi dan tidak kembali lagi.
[Ketawa] Dalam hal ini, Jawatankuasa Hak Keistimewaan patut memanggil IGP untuk meminta IGP untuk menjelaskan kenapa pihak polis melakukan sebuah pencabulan terhadap keistimewaan Parlimen dan menahan Yang Berhormat Lembah Pantai secara salah berikutan ucapan di Parlimen yang tidak menyentuh mana-mana empat isu sensitif dan kemudian memutuskan bagaimana IGP dapat membersihkan atau purge pasukan polis daripada violation of privilege ini.
Kedua, serangan tidak terarah oleh Ketua Polis Negara terhadap pemimpin- pemimpin PR dan aktivis-aktivis NGO pada saat beliau sepatutnya mengisytiharkan perang terhadap kumpulan pengganas IS yang sedang mengelirukan umat Islam untuk menyertai mereka di Iraq dan Syria untuk melakukan kegiatan kejam seperti memenggal kepala, hukuman rejam secara terbuka dan pembunuhan beramai-ramai.
Pada hari Isnin, Wall Street Journal dalam rencananya bertajuk Malaysia's Creeping Authoritarianism berikutan galaknya tindakan polis dan dilihat melalui tangkapan dua orang Ahli Parlimen telah merujuk kepada 19 orang penyokong IS yang telah ditangkap kerana merancang serangan sekitar Kuala Lumpur tahun lalu. Sehingga sekarang rakyat Malaysia tidak dimaklumkan tentang kisah sebenarnya 19 orang penyokong IS yang telah diberkas kerana merancang serangan sekitar Kuala Lumpur tahun lalu.
Akan tetapi ketua IGP yang berTwitter trigger happy nampaknya lebih asyik dengan war terhadap pemimpin PR dan aktivis NGO yang hanya mahu melebarkan, broaden ruang demokrasi demi rakyat Malaysia supaya mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 berbanding rancangan serangan serius kumpulan IS di Malaysia.
Awal bulan ini pihak polis telah mengumumkan bahawa seorang penjawat awam yang dikatakan merupakan anggota IS paling senior di Malaysia bersama seorang suri rumah berusia 29 tahun yang telah merekrut seorang gadis berusia 14 tahun untuk menyertai pergerakan militan itu adalah antara tiga orang individu yang ditahan oleh Bukit Aman. Penjawat awam berusia 39 tahun ini ditahan oleh Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman di Kuala Lumpur manakala suri rumah tersebut diberkas di Muar. Suspek ketiga seorang peniaga berusia 22 tahun turut ditahan di Perak pada waktu yang sama. Penjawat awam tersebut yang disifatkan oleh pihak polis sebagai anggota senior IS yang mempunyai hubungan langsung dengan warga Malaysia di Syria, dipercayai telah menyalahgunakan kedudukannya untuk merekrut anggota bagi memastikan rangkaian pengganas tempatan berjalan lancar. Berita ini amat mengejutkan.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Setakat mana seniority penjawat awam yang ditangkap itu dan siapakah pula pemimpin IS yang lebih senior di Malaysia? Rakyat Malaysia berhak bertanya kenapa pihak polis terus tewas fighting a losing war dalam usahanya membanteras kumpulan militan IS.
Adakah IS telah berjaya membangunkan struktur kepimpinan di Malaysia dengan merekrut sepenuhnya masuk untuk mencari laskar baru bagi menyertai kumpulan pengganas di Syria dan di Iraq?
Nampaknya sementara IGP sibuk melawan bayang-bayang musuh dengan menyisir media sosial, memberikan arahan melalui Twitter kepada anggota polis Unit Hasutan untuk mengganggu dan menyiasat pemimpin PR dan aktivis NGO, beliau nampaknya membiarkan musuh-musuh nyata pemimpin IS dan aktivisnya di Malaysia bebas merekrut laskar pengganas bagi melanjutkan aktiviti ganas IS di Syria dan Iraq.
Adakah pihak polis mengetahui bilangan rakyat Malaysia yang telah terlepas daripada pemantauan pihak polis dan meninggalkan negara untuk menyertai IS di Syria dan Iraq?
Pada bulan Julai tahun lalau Menteri Dalam Negeri yang memberikan jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa ancaman IS terkawal. Beliau berkata bahawa kumpulan-kumpulan militan sedang cuba untuk berpadu tenaga membentuk pakatan pengganas namun mereka tidak akan berjaya di Malaysia kerana pihak berkuasa tidak akan membenarkan kumpulan- kumpulan ini bertapak di Malaysia.
Pada bulan Ogos tahun lalu, pihak polis berkata bahawa antara Januari dan Jun mereka telah menahan 19 orang individu termasuk dua orang wanita kerana terlibat dalam aktiviti militan dan bahawa sekurang-kurangnya 50 orang rakyat Malaysia dipercayai sedang berada di Syria berperang bersama-sama pengganas IS. Bagaimanapun menjelang penghujung Januari tahun ini, sokongan bagi pengganas IS kian meningkat dengan sejumlah 120 orang yang menyokong IS ditahan di Penjara Tapah dan Bentong dan terpaksa ditahan dalam sel khas bagi menghalang mereka daripada menyebarkan ideologi mereka dan melatih yang lain untuk menjadi pengganas.
Pihak berkuasa percaya 67 orang rakyat Malaysia telah menyertai perjuangan IS di Syria dan Iraq. Bulan lalu Yang Berhormat Menteri ada memberikan isyarat bahawa IS begitu tersusun di Malaysia sehingga ia boleh berkomplot untuk menculik hartawan dan melakukan rompakan bank bagi mendapatkan dana dan kini pendedahan terbaru menunjukkan bahawa IS telah mendapat kelebihan dalam struktur dan organisasi di Malaysia dengan penangkapan seorang penjawat awam yang merupakan seorang anggota senior IS.
Semua ini tanda-tanda kegagalan operasi polis untuk membanteras IS dan pada menyebarkan jaringan pengganas di Malaysia. Apa yang paling memalukan bagi seluruh rakyat Malaysia ialah kegagalan dan prestasi menyedihkan pasukan polis dalam memastikan keselamatan negara ini terjadi sedangkan ketua IGP sedang bersenang- senang hati bermain Twitter dan mengganggu pemimpin PR dan aktivis NGO yang sedang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun dan memberikan pendapat secara aman, demokratik dan mematuhi undang-undang sambil membiarkan sahaja mereka yang berpotensi menjadi pengganas dan tidak ada masalah melibatkan diri dalam perbuatan memenggal kepala, menyalib dan merejam pesalah dengan batu secara terbuka.
IGP seharusnya lebih profesional dan berhenti bermain Twitter serta mengganggu pemimpin-pemimpin PR serta aktivis-aktivis NGO di mana kartunis seperti Zunar dan menumpukan kepada ancaman keselamatan oleh IS di Malaysia. Amat menyedihkan sekali apabila Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah mengambil sikap bahawa Ahli Parlimen bukan sahaja perlu menerima tetapi menyokong cadangan POTA kecuali kalau mereka mahu melihat aktiviti pengganas berlaku di sini.
Yang Berhormat Menteri tidak berhak menuntut kebebasan atau blank check dalam menangani IS.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Beliau tidak sepatutnya meragui patriotisme mana-mana Ahli Parlimen atau rakyat Malaysia yang mungkin bersetuju dengan cadangan POTA sebagai cara paling berkesan untuk menangani ancaman keganasan IS. Amat dikesali bahawa walaupun Parlimen telah bersidang selama dua minggu, Ahli Parlimen dan orang-orang awam belum menerima salinan Rang Undang-undang POTA yang dicadangkan, mahupun Rang Undang-undang Foreign Fighters yang kita baca dalam surat khabar. Menteri Dalam Negeri mungkin boleh mengambil mudah para Ahli Parlimen. Take for granted Ahli Parlimen Barisan Nasional,
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
tetapi don’t take for granted Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga akan menyokong sahaja POTA dan Rang Undang-undang Foreign Fighters secara membuta tuli tanpa mendapat taklimat penuh mengenai ancaman pengganas IS serta jaminan bahawa cadangan legislative ini akan berkesan dalam menentang ancaman IS dan juga organisasi pengganas yang lain. Apa yang wajar dilakukan oleh Parlimen hari ini ialah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai keganasan yang bukan sahaja wajar memantau usaha-usaha polis untuk membanteras keganasan, tetapi juga berbincang secara mendalam cadangan POTA dan Rang Undang-undang Foreign Fighters tersebut dan memberi laporan dan cadangan sebelum kedua-dua rang undang-undang ini dibahaskan di Parlimen.
Ketiga, pada hari Isnin, Ahli Parlimen dari DAP, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Tony Phua telah menulis di Twitter ketika sedang marah apabila mendapat berita penangkapan Yang Berhormat Lembah Pantai di bawah Akta Hasutan berikutan ucapan di Parlimen minggu lalu, sedangkan beliau telah menepati temu janjinya untuk ke Balai Polis Dang Wangi bagi merakamkan kenyataan berkenaan perhimpunan ‘Kita Lawan’ di Kuala Lumpur pada 7 Mac. Ini mengundang arahan Twitter daripada IGP berbunyi, “PDRM akan panggil Yang Berhormat untuk menjelaskan apa maksud beliau dengan Royal my foot”.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya takut tidak ada masa Yang Berhormat.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Boleh saya?
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Masa singkat, masa singkat ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Ya, masa singkat. PDRM akan panggil Yang Berhormat ini menjelaskan apa maksud beliau dengan ‘Royal my foot’, adakah ditujukan kepada Raja-Raja Melayu? IGP merujuk kepada tweet Yang Berhormat Petaling Jaya yang berbunyi, “Real bastard. Royal my foot”. Saya setuju bahawa tweet Yang Berhormat Petaling Jaya Utara itu tasteless, not in good taste, namun ia bukan satu jenayah. Adakah tweet Yang Berhormat ditujukan kepada Raja-Raja Melayu? Tidak payah sebut pegawai polis. Saya percaya majoriti murid sekolah dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik pun akan memberi jawapan yang jelas kepada IGP bahawa tweet Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tidak ditujukan kepada Raja-Raja Melayu, tetapi kepada Polis Diraja Malaysia.
Ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pendidikan di negara ini terutama standard Bahasa Inggeris di Malaysia yang kian jatuh sehinggakan Ketua Polis Negara, number one policeman pun boleh tanya sama ada tweet ‘Royal my foot’ oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara ditujukan kepada Raja-Raja Melayu, sedangkan manusia dengan IQ yang minimum pun tidak sedar bahawa ia tidak ditujukan kepada Raja-Raja Melayu. IGP that we have, the English is so bad. Go to English school. I can teach them English.
[Tepuk] Hasilnya, Ketua Polis Negara telah mengarahkan lebih ramai lagi pegawai polis dalam satu usaha sia-sia untuk menentukan sama ada tweet Yang Berhormat Petaling Jaya Utara itu ditujukan kepada Raja-Raja Melayu, sedangkan pihak polis sepatutnya menumpukan kepada usaha menjadikan Malaysia selamat daripada jenayah dan ketakutan jenayah dengan memastikan kadar jenayah sentiasa di tahap rendah dan terkawal serta menumpaskan ancaman pengganas IS yang semakin merebak di negara ini. Bila agaknya IGP akan dapat membetulkan keutamaannya, priority iaitu untuk menjadikan rakyat Malaysia selamat daripada jenayah serta ketakutan terhadap jenayah.
Keempat, kita menghadapi tragedi di mana Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri tidak dapat membetulkan jalan Ketua Polis Negara, memandangkan beliau sendiri mempunyai masalah-masalah peribadi. Kita masih lagi tidak hampir menemukan penyelesaian kepada misteri surat Yang Berhormat Menteri kepada FBI untuk menjamin karakter seorang raja judi antarabangsa tanpa pengetahuan atau kebenaran pihak polis, Kementerian Luar Negeri, Kabinet mahupun Perdana Menteri. Malah seluruh episod ini menjadi bertambah kalut dengan satu lagi putar belit terbaru daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa Kerajaan Persekutuan berpuas hati secara prinsip dengan penjelasan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri mengenai suratnya kepada FBI tentang Paul Phua.
Negara dimaklumkan oleh Wisma Putra selepas mesyuarat Kabinet pada 14 Januari, yang telah mendengar laporan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
suratnya kepada FBI bahawa Kabinet tidak menerima penjelasan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid tetapi sekadar mendengar sahaja. Did not accept, only heard. Ini adalah penjelasan mengenai satu kenyataan yang sebelum itu dibuat oleh Menteri Luar Negeri bahawa Kabinet telah mendengar penjelasan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan bersetuju menerima penjelasan itu.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan beliau telah muncul dengan versi ketiga pendirian Kabinet tentang surat Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri kepada FBI. Mulanya Kabinet pada 14 Januari, telah mendengar penjelasan Yang Berhormat Menteri dan Kabinet telah menerima penjelasan itu, kemudian timbul pula klarifikasi pada hari yang sama bahawa Kabinet sekadar mendengar tetapi tidak menerima penjelasan Yang Berhormat Menteri. Sekarang Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata bahawa Kerajaan Persekutuan berpuas hati secara prinsip, in principle dengan penjelasan Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri merujuk kepada Kabinet? Jika ya, bila pula Kabinet bermesyuarat selepas 14 Januari untuk memutuskan bahawa ia berpuas hati secara prinsip dengan penjelasan Yang Berhormat Menteri. Jika ia bukan Kabinet, maka apakah Kerajaan Persekutuan yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri?
Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa beliau mempunyai sebekas, a stack of surat dan perjanjian yang pernah ditandatangani oleh Menteri-menteri Dalam Negeri sebelum beliau bersama Amerika Syarikat yang hampir sama keadaannya dengan surat beliau kepada FBI untuk menjamin karakter seorang raja judi antarabangsa. Ini sangat mengejutkan terutamanya memandangkan dua pendahulunya, Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dan Tan Sri Syed Hamid Albar telah menafikan secara terbuka bahawa mereka pernah mengutus surat sokongan sedemikian secara unilateral kepada FBI. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pula bertegas bahawa Menteri Dalam Negeri sebelum beliau ada menulis kepada FBI sepertinya. Adakah Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri cuba mengatakan bahawa dua Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sebelumnya telah berbohong kepada orang ramai?
Adakah kita mempunyai penipu, pembohong sebagai Menteri dahulu dan sekarang?
Hal ini telah melangkaui garis perebutan kuasa dalaman sebuah parti. Ini kerana ia kini turut melibatkan bukan sahaja keselamatan negara, bahkan reputasi antarabangsa Malaysia juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh gulung Yang Berhormat ya.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Ya, sekiranya Yang Berhormat Menteri merujuk salah satu sama ada Dato’ Seri Hishammuddin atau Tan Sri Syed Hamid Albar, maka hanya ada satu jalan penyelesaian. Biarlah kebenaran diketahui dengan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri di satu pihak dan on the other hand, Dato’ Seri Hishammuddin dan Tan Sri Syed Hamid Albar dipihak yang lain sehingga salah satu pihak akhirnya akan terpaksa meninggalkan dunia politik atau adakah Yang Berhormat Menteri merujuk kepada Menteri Dalam Negeri sebelum kedua-dua orang ini. Menteri Dalam Negeri sebelum kedua-dua orang ini ialah Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad, Dato’ Azmi bin Khalid, Tun Abdullah dan sebelum beliau ialah Tun Dr. Mahathir sendiri. Biarlah kita mengetahui kebenaran dari mulut Yang Berhormat Menteri apabila menggulung berserta enam Menteri Dalam Negeri sebelum sehingga tiga dekad lampau pada tahun 1986.
Yang Berhormat Menteri telah membuat dakwaan yang mengejutkan mengenai surat dan perjanjian yang ditandatangani pendakwanya terutama sekali selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menambah kepada misterinya dalam jawapan Parlimen kepada Yang Berhormat daripada Segambut dan enggan mendedahkan maklumat tentang raja judi, Paul Phua dan berkata bahawa ia merupakan sebuah rahsia besar di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Sejak beliau menjadi Ahli Parlimen tahun 1969. Inilah kali pertama mana-mana Yang Berhormat Menteri enggan mendedahkan maklumat di Parlimen dengan alasan satu rahsia besar. A huge secret, apakah rahsia besar berkenaan projek keselamatan negara yang melibatkan Paul Phua ini? Sedangkan maklumat tentang perolehan besar-besaran pun tidak pernah dinafikan dengan alasannya ia rahsia besar tetapi sekadar rahsia di bawah OSA.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Namun, dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri tentang surat dan perjanjian yang ditandatangani oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sebelum ini dengan Amerika Syarikat akan mengakibatkan malu yang amat besar sekiranya didedahkan hanya satu tindakan boleh dibuat demi kepentingan negara dan juga demi keadilan buat bekas- bekas Menteri Dalam Negeri daripada Tun Mahathir sehingga Tun Abdullah. Saya menyeru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk declassify surat-surat dan perjanjian, set of letters and agreements yang telah ditandatangani bekas-bekas Menteri Dalam Negeri dengan Amerika Syarikat seperti mana surat Zahid kepada FBI untuk menjamin characters seorang Raja judi antarabangsa dan supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan satu Kertas Putih dan kenyataan Yang Berhormat Menteri mengenai perkara ini di Parlimen. Tuan Yang di-Pertua sebenarnya saya ada banyak lagi kes-kes menunjukkan kenapa kita ada dalam satu economic and political gridlock tetapi oleh sebab masa tidak izinkan, saya mahu sebut sahaja kes-kes itu.
Kelima, reputasi Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat untuk para pelabur. Oleh sebab rule of law dan judiciary sudah jatuh kepada satu tahap yang sangat rendah. Kes sama ada Anwar Ibrahim, kes Altantuya Shaariibuu, kes hakim Hishamuddin tidak dapat elevation kepada Federal Court dan kes the first judicial whistleblower yang perlu High Court Judge Syed Idid yang perlu dipulihkan kedudukan beliau. Kebongkaran oleh Hakim Mahkamah Rayuan K.C. Vohrah mengenai campur tangan miscarriage of justice yang dilakukan oleh Ketua Hakim Negara pada masa itu Eusoff Chin dalam kes Ayer Molek.
Satu lagi kes ialah mengenai apa yang berlaku, ketidakadilan yang berlaku khasnya mengenai ketetapan atau keputusan JAWI hound the General Manager of BORDERS oleh sebab satu buku diharamkan. Sebenarnya masa itu belum diharamkan.
Saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri akan memberi jawapan kenapa ketidakadilan berlaku terhadap Nik Raina, General Manager BORDERS. Oleh sebab kita- patut dalam Malaysia, satu ketidakadilan kepada orang Muslim, seorang Melayu.
Semua rakyat Malaysia pun merasa itu tidak patut. Barulah kalau ketidakadilan seorang Muslim atau seorang Melayu dirasakan oleh rakyat Malaysia bukan Muslim dan bukan Melayu itu tidak patut dan ketidakadilan kepada seorang bukan Muslim, bukan Melayu pun dirasai sama dengan orang Muslim dan orang Melayu. Ini tidak patut berlaku barulah kita boleh kata kita sudah mencapai satu Malaysia.
Apa yang berlaku dalam kes 13 orang PAS, sokongan PAS yang kena 10 bulan penjara oleh sebab satu illegal assembly double standard oleh sebab penyokong- penyokong UMNO yang ada mencerobohi kedaulatan Penang assembly. Mereka difine sahaja, denda RM1,500. Kenapa 13 orang penyokong PAS di penjara 10 bulan selain daripada denda RM5,000? Ini tidak memberi satu gambaran yang baik.
Akhirnya, saya mahu kemukakan satu pindaan kepada usul yang di hadapan ini.
Saya berharap bahawa Tuan Yang di-Pertua boleh buat keputusan dan ini mengenai kes 1MDB. Kita tahu bahawa dalam kes 1MDB Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada kata bahawa Auditor General ada diadakan untuk buat satu siasatan. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada kata bahawa “Tidak ada sebab kenapa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak boleh serta-merta adakan satu siasatan dalam perkara ini dan perlu untuk menunggukan keputusan Ketua Audit Negara.” Saya rasa kita perlulah sokongan cadangan dan pandangan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan kita patut mengarahkan PAC. Dewan yang mulia ini mengarahkan PAC serta-merta untuk menyiasat skandal 1MDB oleh kerana ini satu skandal yang terbesar [Tepuk] The mother of all scandal. Kedua, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang kata bahawa polis pun patut siasat. Oleh sebab ini ada pelanggaran tidak patut menunggu keputusan Ketua Audit Negara dan kita memang sokong. Kita patut sokong bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir dalam perkara ini [Tepuk] Dalam pindaan ini kita mengarahkan IGP, mengarahkan polis untuk menyiasat...
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Lebih 20 minit dah.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Serta-merta jenayah-jenayah ada berlaku dalam kes 1MDB dan tidak perlu untuk tunggu sehingga Laporan Ketua Audit dan kita tahu berapa lama...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Dua tahun, tiga tahun? Itu penting oleh sebab kita tahu bahawa Royal Commission of Inquiry- sepatutnya saya mahu sebut mengenai Royal Commission of Inquiry tetapi tidak sebut. Royal Commission of Inquiry, legal immigrant di Sabah. Sampai sekarang apa yang berlaku Yang Berhormat dari Sabah tahu apa tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin?
Tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Ya, sebab itu kita perlulah Royal Commission of Inquiry into RCI in Malaysia, the truth of RCI. Bukan menjadi satu helah, Satu sebab untuk mengelak daripada accountability. Cadangan pindaan saya ialah untuk memberi notis bahawa saya bercadang menggunakan satu usul ke atas usul menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nama Ahli Parlimen Tanjong Karang seperti berikut, dengan menambahkan perkataan-perkataan berikut iaitu, “Memutuskan bahawa satu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara hendaklah dengan segeranya menyiasat skandal 1MDB”. “Kedua, mengarahkan pihak polis supaya melancarkan dengan segera siasatan ke atas 1MDB tanpa perlu menunggu laporan daripada Ketua Audit Negara”...
[Dewan riuh]
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Saya berharap bahawa Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional tunjuk mereka patriot, cinta negara bukan cinta parti dan sokong usul pindaan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Tidak boleh kemukakan usul dalam bentuk begitu Yang Berhormat. Yang Berhormat sedang berucap bentuk usul dan bawakan kepada Dewan secara proper.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Ikut peraturan mesyuarat. Ini ikut peraturan mesyuarat. Bila-bila Ahli Parlimen boleh buat pindaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak boleh. Kita tidak akan membuat keputusan on the spot. Kita akan terima sebagai satu...
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Mahu terima atau tidak mahu terima itu terpulang kepada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Kemukakan usul.
Tidak apa, kita tidak boleh buat keputusan. Don’t force me to say yes.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Ya, itu keputusan terpulang kepada Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi hak Ahli Parlimen bila-bila untuk kemukakan pindaan kepada usul itu dalam peraturan mesyuarat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sebentar ya. Yang Berhormat Gelang Patah berucap 32 minit. Tidak ada seorang menegur di sebelah sini.
Jadi saya terpaksa bagi 32 minit kepada Yang Berhormat Baling...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Speaker.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Ini senior MP, Yang Berhormat Baling bukan senior MP, tidak boleh macam itu...
[Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Sebelum ini ramai yang berucap, tidak pernah diberikan sama Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Cuma ada satu Ketua Pembangkang yang telah diambil slot oleh...
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
No, No! This is just one case tetapi sebelah sana...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
What is the argument? Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling sebentar.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
This is not fair Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Saya sepuluh minit sahaja.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Tidak adil Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
You are accusing me for not being fair...
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
No, no. Let me, let me…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
That is very wrong of you. I made the decision based...
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Explain to you. What I am trying to say is that...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
...On what happened now. Kita sudah buat keputusan...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
It is very fair, thank you.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tadi 15 minit. Yang Berhormat Sibuti dipaksa untuk 15 minit berucap.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
But this is not applied in…
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Baca standing order, baca standing order. Tuan Yang di-Pertua, boleh memberi had waktu.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
...30 minutes. You have to give more than this.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Who... me? Tuan Yang di-Pertua, boleh mengehadkan masa mengikut peraturan mesyuarat. Itu Yang Berhormat accused me of not being fair, very unfair of you to accuse me of not being fair… [Disampuk] What is wrong?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
You see, keadilan itu bukan pada pihak sini sahaja, semua. Pada pihak saya pun melihat keadilan. Saya lihat keadilan begini, kita ada set masa ikut peraturan mesyuarat.
Can you deny that? I can, I have the power to set the time limit. Can you deny that? Yang Berhormat Sibuti hendak berucap 30 minit pun 20 minit. Semalam dia dipanggil 20 minit, tetapi speaker tadi bagi tahu 10 minit. I have reviewed it because Yang Berhormat Sibuti pun akan 15 minit. So I said 15 minit selepas Yang Berhormat Sibuti*. Fair.
I* tak tegur Yang Berhormat Gelang Patah. I respect him. Dia berucap 30 minit. I want to be fair to everybody. 32 minit, saya bagi 30 minit untuk Yang Berhormat Baling.
Kenapakah pula ditegur? Saya bertindak adil pada perspektifnya. Jangan lihat keadilan pada perspektif Yang Berhormat. Yang Berhormat Baling, sila Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya mewakili rakyat Baling untuk merakamkan ucapan terima kasih Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong pada sesi perbahasan kali ini.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Nasi dimakan berlaukkan ikan; Enak rasanya masakan Midah; Jika bekerjasama dapat didirikan; Segala urusan menjadi mudah. Perpaduan menjana kemajuan negara yang tercinta ini. Jadi don’t talk about fairness here, thank you. Saya selaku Ahli Parlimen Baling, pertama sekali izinkan saya menyatakan hasrat rakyat di kawasan saya yang mana Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong telah menyentuh dalam Titah berkaitan dengan isu pertanian, petani, pekebun kecil khususnya penoreh getah di kawasan saya. Kita telah berbincang, berbahas selama hampir dua minggu. Hari ini, hari terakhir untuk minggu kedua.
Semua rakan di sebelah sini dan di sebelah sana telah berbahas, telah berhujah pelbagai isu. Antara isu yang saya hendak sentuh pada hari ini adalah berkaitan dengan pekebun-pekebun kecil dan penoreh getah yang mana telah memberi sokongan padu dan jitu kepada sistem demokrasi yang kita ada yakni khususnya menyokong Kerajaan Barisan Nasional.
Jadi saya ingin memberi sedikit maklum balas kepada kementerian-kementerian yang berkaitan, Menteri-menteri yang berkaitan, saya merayu agar tiga kementerian khususnya Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pertanian dan Kementerian Luar Bandar melakukan sesuatu dalam masa yang terdekat ini khususnya berkaitan dengan NBOS tadi yang saya sebut pagi tadi iaitu *National Blue Ocean Strategy.
Joint venture* di antara ketiga-tiga kementerian ini harus tampil ke hadapan dalam masa yang terdekat ini untuk membela khususnya pekebun-pekebun kecil dan penoreh-penoreh getah ini. Bukan sahaja daripada Baling, di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang ada pekebun-pekebun kecil dan penoreh getah.
Jadi kalau ini tidak dapat kita bantu, waima hatta apa jua kita perjuangkan akhirnya, rakyat kita di peringkat luar bandar akan terasa hati. Akhirnya saya takut mereka akan mengambil satu keputusan pada pilihan raya umum yang akan datang nanti. Jadi saya harap ketiga-tiga kementerian ini duduk semeja, pastikan, laksanakan sesuatu yang berkesan yang boleh memberi manfaat kepada pekebun-pekebun kecil dan penoreh getah khususnya di kawasan saya di Parlimen Baling ini.
Saya juga di kesempatan ini ingin berhujah sedikit berkaitan dengan banjir iaitu musibah banjir yang telah melanda negara kita...
[Disampuk] Mukadimah pun belum lagi, tunggulah sat. Tidak, penoreh getah. Ini bersangka baik ini ya. Ya, bersangka baik tak apa.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya memang bersangka baik dengan rakan saya daripada Baling sebab kami sekapal.
[Ketawa] Cuma saya cerah sikit, dia gelap. Dia duduk dekat atas tu, saya duduk bawah. Baik terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih rakan saya daripada Baling.
Saya sangat bersetuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Baling tadi yang meminta kerajaan menyegerakan tiga kementerian tadi untuk membantu pekebun kecil khususnya penoreh getah yang tersangat terasa dalam isu kejatuhan harga getah.
Akan tetapi isu ini sudah pun lama, sudah pun lama. Saya fikir bahawa di kawasan saya sendiri pun ada yang datang mengadu, mereka sudah makan sardin, berapa lama sudah ikan sardin tin. Makan telur pun share, beli beras bukan beli sekampit lima kilo, 10 kilo.
Sekali beli, dua kilo, tiga kilo beras.
Jadi saya hendak minta, bersetuju ataupun tidak rakan saya daripada Baling iaitu kerajaan menyegerakan, menyegerakan bantuan bulanan kepada penoreh-penoreh getah ini untuk mengatasi masalah kehidupan mereka yang sangat rendah...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya bersetuju masukkan dalam ucapan saya. Saya kata itu bagus untuk mereka memikirkan bantuan bulanan segera kepada penoreh-penoreh ini sebab penoreh ini pun ada dua. Ada penoreh datang dari luar negara, penoreh rakyat kita.
Kita berilah keutamaan kepada rakyat kita, orang kampung yang mengundi kita khususnya mengundi Barisan Nasional Yang Berhormat Pokok Sena. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya juga ingin berbahas sedikit berkaitan dengan isu banjir. Setiap kali datangnya bulan Disember, saban tahun kita akan menghadapi musim musibah banjir khususnya di Pantai Timur yang mana melibatkan negeri-negeri seperti Pahang, Terengganu, Kelantan malahan Perak juga dan di dua buah negeri di Malaysia Timur seperti di Sabah dan Sarawak juga turut terkesan dengan banjir besar yang telah melanda Malaysia pada tahun ini.
Kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, seperti biasa, saya yang membawa panji-panji bendera parti keramat UMNO sebagai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO yang mana telah diamanahkan oleh Yang Amat Berhormat Presiden kami iaitu Yang Amat Berhormat Pekan telah mengarahkan Biro Kebajikan untuk tampil ke hadapan turun ke bawah membantu tanpa mengira kaum, agama, latar belakang, waima hatta fahaman politik.
Justeru, dengan itu apa yang berlaku, musibah banjir pada tahun ini, kita sudah seawal 18 Disember kita sudah berada di negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Jadi saya hendak menceritakan sedikit bagaimana perkara ini dapat dilaksanakan dan diatasi dalam sudut bentuk bantuan mangsa banjir ini. Bermulanya saya pada 18 hari bulan 11...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Kuantan hendak tanya sedikit, boleh Yang Berhormat Baling?
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sekejap Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kuantankah itu?
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Kuantan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Kuantan, sekejap Yang Berhormat Kuantan. Sekejap lagi saya bagi laluan. Saya belum selesai lagi...
[Disampuk] Oleh sebab Kuantan sudah kurus, lawa. Jadi apa yang saya hendak beritahu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Halus..
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ya, dia sudah halus.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
...Dan sopan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi saya, kalau tanya soalan, berbahas secara pantun saya tadi, insya-Allah saya berjanji saya akan bercakap, bertutur, berbahas dengan cara nada yang lebih baik daripada pihak-pihak di sana. Apa yang berlaku pada 18 Disember di mana banjir mula di kawasan Kuala Lipis.
Saya ingat lagi di kawasan Kuala Lipis yang mana Yang Berhormat Kuala Lipis telah memberi secara terperinci dalam perbahasan beliau dan seterusnya ke Gua Musang.
Gua Musang ke Kuala Krai, Kuala Krai ke Tumpat, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Bachok, Ketereh sampai Pasir Puteh. Ada tiga belas buah rumah keluarga, saya bagi bantuan. Saya tahulah! Bukannya saya seorang bagi. Jadi ini Biro Kebajikan bagi. Saya tahu! Itu sebabnya Yang Berhormat Bachok telah ucapkan berulang kali terima kasih kepada UMNO, kepada saya mengatakan datang bantu.
Terima kasih Yang Berhormat Bachok dan ramai lagi di antara kawan-kawan.
Bukan bantuan ini Biro UMNO Kebajikan sahaja, semua pihak turun. Saya tidak menidakkan kehadiran Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Raub, ramai yang turun. Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Gombak, sebelah saya yang bawa Menteri, Perdana Menteri itu sendiri.
Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Pekan, saya masih ingat lagi, pada 26 hari bulan, kita sibuk cerita benda lain kepada beliau tetapi tak ada orang menceritakan Yang Berhormat Pekan datang ke kawasan Kuala Krai, di kawasan Manik Urai berdiri di atas jambatan Manik Urai yang mana boleh nampak sekolah yang air naik sampai tiga buah tiang, tiga tingkat hendak sampai ke tingkat empat. Nama ustaz yang jaga itu pun nama dia Tok Pa, yang jaga ada lebih 300 lebin pelajar yang sepatutnya hari itu kalau tak diselamatkan, nau’zubillahminzaalik. Yang Amat Berhormat Pekan, untuk makluman Dewan yang mulia ini menitiskan air mata di atas jambatan tersebut.
Saya berada di situ. Kerana mengenang...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Mana Ahli Parlimen dia?
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kerana mengenangkan masa depan rakyat.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tunggulah.
Tunggu sekejap. Yang Berhormat Segambut, tunggu sekejap. Yang Berhormat Segambut duduk dahulu.
Menitiskan air mata...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tak, tak, tak, tolong. Ini saya cerita ini yang benar. Saya tidak mengada-adakan cerita ini, saya tidak mahu tambah. Saya cakap yang betul ya. Lepas itu saya bagi.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Menitiskan air mata untuk memikirkan bagaimana, apakah masa depan rakyat di Kelantan ini? Walaupun beliau tahu, Kelantan bukan milik Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, dan beliau telah mengarahkan kami, Yang Berhormat Arau, Menteri, siang dan malam di situ. Siapakah yang boleh menidakkan kehadiran Yang Berhormat Arau? Siapa yang boleh menidakkan kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di semua kawasan ini? Tidak ada. Semua orang tidak boleh menidakkan.
Tapi, kita bantu.
Dan saya masa itu saya berbisik kepada Yang Amat Berhormat Pekan, saya berada di sisi beliau sebab Pengerusi Biro Kebajikan. Saya menyatakan kepada Yang Amat Berhormat Pekan...
[Disampuk] Dengar! Dengar dulu saya cakap ini betul tak betul, selepas itu baru cakap. Saya beritahu kepada Yang Amat Berhormat Pekan “Sir, Alhamdulillah Sir, we are here still, we can still smile sebab kita tak kutip mayat, Sir.” Saya pergi ke Aceh kutip mayat. Saya pergi ke Fukushima, Ishinomaki di kawasan Jepun, saya pergi ke Brisbane, saya pergi ke Philippines, semua kutip beribu-ribu mayat. “Sir, our country’s still blessed by Allah SWT, Sir. Tak apa, barang-barang ini kita boleh dapat, kita boleh bantu.” Itulah menyebabkan kehadiran Perdana Menteri, Yang Berhormat Pekan telah melihat – sehinggakan Tuan Yang di-Pertua, bukan setakat bagi tilam, bukan setakat bagi dapur, rice cooker, cerek, sampai kuali pun kita beli bagi. Sampai periuk pun, sampai sudip yang nak ambil beras pun kita beli bagi. Ini bukan nak mengungkit. Budaya UMNO, tangan kanan memberi, tangan kiri pun tidak boleh tahu...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tapi oleh kerana dalam Dewan yang mulia ini, rakan-rakan kita- sabar! UMNO tidak minta berterima kasih. No.
UMNO tidak suruh pun wakil rakyat sebelah sini berterima kasih. No, no, we never say that. Tetapi bila mana bangun, berhujah, “Apa perlu mahu berterima kasih kepada kerajaan, apa perlu mahu berterima kasih. Itu duit kita. Ini duit rakyat. Duit kita bayar cukai.” Itu tidak benar. Sebab, ini adalah hasil kutipan derma duit 3,363,000 orang ahli UMNO telah menyumbangkan wang tersebut melalui semua bahagian, cawangan dan sebagainya untuk diagihkan kepada rakyat yang kami sayangi di negeri Kelantan khususnya.
Jadi itu sebab saya nak beritahu di sini, kita tidak pernah suruh terima kasih, cuma kita minta janganlah maki hamun, fitnah, mengata dan sebagainya. Ini saya tidak setuju.
Walau bagaimanapun, sampai sekarang di Kelantan, di Terengganu, waima hatta di Kuantan, semalam lori masih sampai lagi, sedang memberi bantuan-bantuan tilam dan sebagainya. Semalam lori sampai ke Kuantan masih sedang diagihkan.
Ya, Yang Berhormat Kuantan, silakan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih, Saya ingin mengucapkan terima kasih sebenarnya kepada Yang Berhormat Baling kerana bantu...
[Dewan riuh]
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Bantu Kuantan ya. Cuma ralat sedikitlah, banjir Disember 2013, barang- barang sampai satu minggu sebelum banjir Disember 2014. Yang baru sampai ini untuk banjir tahun 2014 tapi yang tahun 2013 itu sampai dah hendak dekat banjir lagi sekali, sampai orang Kuantan takut pula nanti baru dapat fridge nanti rosak, ya. Walau bagaimanapun, kita ucap terima kasihlah.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Saya nak tanya Yang Berhormat Baling, berkenaan dengan selain daripada kebajikan Yang Berhormat Baling ya, saya rasa banjir ini kita harus tangani dengan cara yang lebih holistik. Bukan setakat beri bantuan, bukan setakat ada SOP, tetapi perlu ada preventive measure, mitigation measures. Jadi, saya kira itulah di peringkat kita Yang Berhormat Baling, harus kita bincang berkenaan dengan akta, berkenaan dengan dasar bagaimana kita nak prevent ataupun menghalang daripada banjir sebegitu besar berlaku pada masa hadapan.
Terima kasih Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya, Yang Berhormat Kuantan dah kurus ini Tuan Yang di- Pertua, cantik, cakap pun lembut. Dahulu dia marah-marah saya. Sekarang dia start dengan terima kasih. Sama-sama kasih. Terima kasih kepada UMNO, bukan saya. Saya ini posmen sahaja untuk UMNO...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya nak sambung hujah saya tadi. Di antara...
[Disampuk] Ya, posmen kebajikan, apakah salah? Saya pergi hantar kerja ini bukan- saya mewakili tiga juta lebih ahli UMNO. Bukan saya punya. Ini sumbangan semua ahli UMNO.
Jadi saya nak beritahu...
[Disampuk] Yang Berhormat Arau Menteri, dia bukan posmen.
Yang Berhormat Arau melaksanakan tanggungjawab. Apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Kuantan tadi, Yang Berhormat Arau sudah ambil nota. Insya-Allah, Yang Berhormat Arau akan menjawab bagaimana tindakan susulan persiapan banjir nanti. Itu biar Menteri jawab.
Dalam konteks banjir ini tadi, saya di kesempatan ini saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih, bukan kepada UMNO sahaja, semua agensi kerajaan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) contohnya, orang pertama yang membantu, bomba, polis, askar. Tadi kita dengar Yang Berhormat Gelang Patah kata polis macam-macam tetapi polislah yang datang selamatkan banjir, kalau tidak, sudah ramai orang mati dah. Itu pun Yang Berhormat Gelang Patah tidak berterima kasih kepada polis. Yang tidak betul dia kata, yang betul dia tak cakap.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak apa, tidak apa. Sekejap. Saya tahu.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Sekejap, sekejap. Sedikit sahaja.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sekejap. Saya tidak habis cakap. Nanti saya bagi
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tapi Perdana Menteri pergi Hawaii main golf, macam mana?...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ha, itulah! Itulah.
Saya sudah sebut tadi. Itulah saya sebut tadi. Kalau Yang Berhormat- daripada mana tadi ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Bayan Baru.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Bayan Baru.
Minta maaf. Yang Berhormat Bayan Baru, pantun saya tadi, kalau kita bersangka baik, kita boleh bersatu. Jangan. Hawaii itu pun bukan untuk kepentingan peribadi, untuk kepentingan negara. How many leader in this world can play golf with Obama? You tell me. Tidak boleh!
Suruh Yang Berhormat Permatang Pauh pergi main, suruh Yang Berhormat Gelang Patah pergi main, suruh Yang Berhormat Bagan pergi main, suruh Yang Berhormat Pokok Sena pergi main. Pergilah main golf. Suruh Yang Berhormat Shah Alam pergi. Tak boleh!
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Polis turun padang, JPAM turun padang, tetapi Perdana Menteri pergi main golf? Mana boleh.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Itu tidak relevan.
Saya cerita sekarang ini fasal banjir. Tolong. Jangan ganggu saya. Saya dah sebut tadi. I want to talk in a very proper manner, lemah lembut. Sebagai Pengerusi Tabung Haji, lembut saya nak cakap. Jangan saya pakai uniform satu lagi. Saya pakai uniform satu lagi, Yang Berhormat Bagan tak tahan nanti.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Maintain yang lembut, Yang Berhormat. Jangan terperangkap dengan desakan dia.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Okay. Thank you.
Terima kasih, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks bantuan NGO-NGO...
Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing
Yang Berhormat Baling...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Mersing bangun.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ah, Yang Berhormat Mersing saya punya bos, kena beri. Timbalan BNBBC. Sila Setiausaha.
Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing
Dia Bendahari. Saya Setiausaha. Dia ada benda itu hari-hari, sebab itu dia Bendahari.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Baling, kalau bising-bising daripada belah sana, “Apa yang kerajaan buat, apa yang parti buat”, bermakna apa yang dibuat oleh kerajaan dan parti itu betul. Kalau mereka start puji kita, masalah kita. Adakah Yang Berhormat Baling setuju dengan saya?
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Bersetuju sangat.
Itu sebab saya hari-hari mendoakan mereka menjadi pembangkang, jangan jadi kerajaan, sebab dia layak jadi pembangkang. Sebab, benda baik dia tak pernah sebut. Dia sebut semua benda tak baik. Saya cerita secara holistik berkaitan dengan banjir, bantuan. Dia cerita fasal golf. Nampak sangat. Tadi nasib baik Yang Berhormat Pokok Sena baik, Yang Berhormat Pokok Sena terus bersangka baik berkaitan dengan pekebun kecil dan penoreh getah.
Saya nak sambung ucap terima kasih kepada semua NGO-NGO, ucap terima kasih juga kepada isteri-isteri Menteri, isteri Perdana Menteri, isteri Timbalan Perdana Menteri, BAKTI...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tak, the First Lady. Saya nak beritahu, isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengetuai BAKTI dan juga Pandu Puteri pergi ke negeri Kelantan, masuk di kawasan selut di Kuala Krai, masuk di kawasan Dabong, beri bantuan ke kawasan Terengganu, Pahang, Perak, pergi ke Sabah, pergi ke Sarawak.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Baling...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sabar, tunggulah.
Saya tahu.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jangan lupa Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, DAP, PKR, semua ada bantu.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Nyonya, tadi saya cakap, you tidak dengar.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Akan tetapi bukan dalam senarai...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tadi saya sudah cakap.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Tarik balik, unparliamentary!
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Duduklah botak.
Dia sama saya, abang adiklah. Dia nyonya saya punya sister lah, you jangan campurlah botak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tiada niat jahat, tiada niat jahat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi saya nak beritahu di sini, berkaitan...
[Disampuk] Tak payah. Saya dah ucap terima kasih. Saya dah ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Gombak tadi. Saya dah ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan, saya dah berterima kasih kepada semua tadi. Betul tak betul?
Beberapa Ahli
Betul.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ha, betul. Nyonya tak dengar. Pergi kahwin cepat baru boleh buka...
Jadi saya nak beritahu, berkaitan dengan isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, First Lady, semua orang datang ke Dewan ini selalu cakap yang negatif. Apa salah seorang bangun mewakili di sana, cakap terima kasih Pandu Puteri, terima kasih kepada BAKTI. Sebab, itu inisiatif sendiri yang beliau buat. Bila saya cakap, dia kata, “Ya lah, Yang Berhormat Baling, Yang Amat Berhormat Pekan punya orang, mestilah.” Tak, kita Yang Amat Berhormat Pekan punya orang. Belah sana pun Yang Amat Berhormat Pekan punya orang, belah sini pun Yang Amat Berhormat Pekan punya orang. Sebab Yang Amat Berhormat Pekan, Perdana Menteri.
Jadi di kesempatan yang diberi kepada saya, saya nak ajak semua, perpaduan menjana kemajuan. Saya aktivis perpaduan. Saya aktivis kebajikan. Saya tidak pernah ‘pilih bulu’ dalam bentuk memberi bantuan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Oleh sebab itu, alhamdulillah, di Baling, orang-orang PAS duduk, ahli PAS seumur hidup, undi dia beri saya. Ini disebabkan dia tahu saya buat perpaduan tidak pernah pilih bulu. Saya beri ikhlas. Saya tidak pernah...
[Disampuk] Betul. Jadi sebab itu orang yang di antara ucap terima kasih kepada saya dalam misi bantuan baru-baru ini, Yang Berhormat Raub. Yang Berhormat Raub ini UMNO-DAP tetapi beliau berterima kasih. Dia kata terima kasih...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Maksud UMNO-DAP, dia dulu UMNO, sekarang dia masuk DAP. Itu maksud saya.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya minta tarik balik. Tiada UMNO-DAP.
Sekarang DAP, dulu UMNO. Dulu UMNO, sekarang DAP.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ya, UMNO-DAP.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Ia DAP-DAP, tidak ada UMNO-DAP. DAP tidak pernah, tidak akan bekerjasama dengan UMNO.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Macam you.
Sekarang DAP, esok Yang Berhormat akan jadi MCA, macam itu.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Tidak! Lagi takkan! Tetap DAP! MCA tidak boleh pakai punya.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak apa. Apa pun, saya seorang yang berterima kasih, saya alhamdulillah, syukur. Tidak berterima kasih pun Yang Berhormat, saya tetap tolong. Kalau ada banjir, ada musibah, kalau saya boleh pergi Gaza, Palestin, Somalia, Egypt, buat apa negara saya, saya tidak tolong. Negara saya diutamakan kerana perjuangan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Pekan iaitu Gagasan 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan’ itu amat penting untuk mendengar denyutan nadi rakyat. Itulah kita yang semua memperjuangkan.
Saya tidak pernah kata, saya tidak pernah ungkit. Masa saya di Kuala Krai, siang dan malam, saya tidak jumpa pun wakil rakyat, Ahli Parlimen tidak ada. Saya dapati beliau pergi umrah, alhamdulillah. Saya kata “Tidak apa, mungkin dia berdoa di situ”. Tidak salah.
Saya tidak pernah pun tanya Yang Berhormat Kuala Krai, “Manakah Yang Berhormat masa banjir?”. Ramai Yang Berhormat di sebelah sana... [Merujuk kepada Ahli Yang Berhormat pembangkang] Tidak ada. Akan tetapi saya kata, “Tidak apa. Secara kebetulan, dia pun tidak tahu musibah banjir itu hendak berlaku. Bukan musibah itu telefon, “Helo! Yang Berhormat, kita mahu ada musibah”. Tidak ada. Tidak apalah. Jadi kita mesti- sebab UMNO bersangka baik. Kita tidak pernah “Helo! Helo!”, kita tidak pernah. Kita semua bersangka baik [Ketawa] [Disampuk] Jadi dalam konteks kebajikan, kita jangan politikkan...
[Disampuk] Saya cakap betul. Tengok Yang Berhormat Kapar! Yang Berhormat Kapar suka macam ini. Saya bersangka baik, saya kata, “Helo! Ini banjir hendak berlaku”. Saya tidak kata, “Helo! Helo!”. Dia tengok Kubang Pasu kah, Pokok Sena kah, fasal apa?... Yang Berhormat Kapar ini batu api, tidak ada kena-mengena.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Batu api itu Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong punya. Batu api Yang Berhormat Lenggong punya.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
“Helo! Helo! Banjir tidak berlaku”, saya tidak kata. Tengok apa ini Yang Berhormat Pokok Sena. Jadi saya hendak beritahu berkaitan dengan banjir. Melawak, melawak.
Dalam konteks kebajikan, Ayuh! Let us all be, dengan izin kita on satu meja bulat together unite, kita bantu. Akhirnya, rakyat akan gembira dengan kita. Walaupun dalam Parlimen, dalam Dewan yang mulia ini kita ada perbezaan pendapat, ada macam-macam kita debate, bahas, kadang-kadang abang saya Yang Berhormat Sungai Petani pun ada tikam juga, tidak apa. Itu perbezaan pendapat, tidak apa tetapi when come to kebajikan, perpaduan, let us be unite, let us be together. Itu yang saya minta sebagai aktivis, sebagai pejuang perpaduan, pejuang kebajikan untuk rakyat yang kita sayangi.
Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks banjir ini juga saya ingin- saya sudah cakap apa yang saya hendak cakap dengan rakan-rakan di sana dan sini. Cuma, saya juga hendak ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional yang telah menghulurkan RM500 melalui MKN berdasarkan statistik yang mana hampir RM97 juta telah diagihkan kepada 194,280 orang penerima. Saya juga berharap kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya, di bawah Yang Berhormat Petrajaya yang diberi amanah dan tanggungjawab melalui CIDB untuk kita melakukan, membuat rumah baru ini kepada mereka di kawasan Kelantan khususnya dapat disegerakan. Itu harapan saya.
Saya juga berterima kasih kepada semua rakan sebelah sini... [Merujuk kepada blok kerajaan] Yang Berhormat Ketereh ada bersama-sama dengan saya, Yang Berhormat Jeli ada pada waktu itu, Yang Berhormat Machang, semua.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
‘Dey Thambi!’. ‘Mai’ lah [Ketawa] Okey Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih rakan saya daripada Baling. Sah, malam ini mesti RTM siar punya...
[Ketawa] Maknanya, ini satu pesta puji-memuji. Memang Yang Berhormat Baling bab itu, saya beri ‘A’. Bab tolong orang, bab puji memang ‘A’.
Yang Berhormat Baling, berkaitan dengan pembinaan rumah. Tadi Yang Berhormat dari Arau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ada menjawab bahawa masalah pembinaan rumah itu kerana masalah kelulusan tanah. Kalau kelulusan tanah itu cepat, maka cepat. Akan tetapi, satu persoalan yang harus dilihat ialah bukan semua masalah kelulusan tanah iaitu masalah kelulusan tanah hanya yang membabitkan mereka yang duduk di tepi sungai, yang duduk di atas tanah rizab sungai. Akan tetapi di sana, ada banyak jumlahnya iaitu mereka yang mempunyai tanah persendirian. Jadi saya harap, kalau Yang Berhormat Baling boleh bersetuju dengan saya bahawa yang di tanah persendirian ini mesti dipercepatkan, mesti disegerakan, sebelum Ramadhan, mesti siap.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang itu boleh masuk TV, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya sokong dan setuju. Itu yang saya sedang hujah ini. Saya minta kalau boleh, esok Kementerian Kerja Raya pergi sekali lagi, pastikan tanah-tanah yang sudah ada tuannya, selesaikan selagi mana tidak ada perlu kelulusan kerajaan negeri.
Dalam konteks ini, Yang Amat Berhormat Pekan telah mengarahkan Yang Berhormat Jeli dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar, datangnya daripada PAS, untuk bincang, duduk semeja untuk menyegerakan. Saya sudah melihat hampir 40 buah rumah telah siap khususnya di kawasan Manek Urai Lama sebab di situ yang saya dok pergi. Mereka tengah buat di tempat-tempat, Gua Musang baru lulus dan banyak rumah yang dilakukan di antaranya KESEDAR, FELCRA, FELDA dan semua sudah mula turun padang dan rumah-rumah ini dapat dilaksanakan.
Dalam masa yang sama juga, saya harap sangat kerajaan akan mengadakan satu research center di bawah kementerian ataupun Jabatan Perdana Menteri bagaimana kita boleh melihat masa depan iaitu mangsa-mangsa banjir ini dapat kita atasi. Saya tahu ada kekangan walaupun kita datang sampai awal, ada yang JKM lambat sikit sebab logistik
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
tidak boleh masuk, saya tahu semua. I am with you also. Saya fair tetapi ini semua akan dapat kita atasi insya-Allah pada masa-masa akan datang kerana kesilapan ataupun yang ada kekangan dapat kita atasi. Itulah postmortem saya percaya Jabatan Perdana Menteri khususnya bersama dengan Yang Berhormat Arau telah bincang dan melaksanakan perkara tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin sedikit sebanyak untuk meminta Kementerian Pertanian di bawah Yang Berhormat Bera dan juga Yang Berhormat Pasir Salak untuk meneliti, melihat, bagaimanakah bantuan-bantuan segera ini dapat kita lakukan, laksanakan kepada petani-petani ini? Contohnya, kalau kita tengok ramai petani dan pesawah-pesawah yang menghadapi masalah. Saya tahu kementerian sedang melaksanakan sebaik mungkin ataupun sehabis baik tetapi saya harap ia dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat kerana kita tidak mahu mereka juga merasai bahang. Sudahlah rumah tidak ada, rumah sudah kena banjir, barang-barang dalam rumah sudah tidak ada, jadi mata pencarian pun mereka akan hadapi masalah. Jadi saya harap kementerian ini juga akan memainkan untuk membantu mereka. Saya tahu, hampir RM140 juta dalam konteks kerosakan hasil pertanian yang telah berlaku dan RM99.5 juta dalam infrastruktur yang telah berlaku. Saya harap kementerian ini akan dapat melaksanakannya dalam masa yang terdekat ini.
Saya juga ingin sentuh berkaitan dengan banjir ini tadi, last paragraph pasal banjir.
Saya harap kita duduk semeja untuk bantu bagaimana pada masa-masa akan datang.
Tidak kira, kita mesti sependapat, kita mesti macam ‘Cubit Paha Kanan, Paha Kiri Pun Rasa Sakit’. Apabila bencana-bencana ini berlaku, tidak kiralah Parlimen Kaparkah, Balingkah, sama sahaja. Kita kena bantu. Nauzubillahiminzalik harap-harap tidak berlakulah, kita dapat memantau.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil bahagian sedikit sahaja dalam konteks 1Malaysia Development. Isu ini memang bahas panas, saya banyak bercakap dan sebagainya. Jadi saya cuma minta satu sahaja. Pada saya, saya minta apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan seluruh Kabinet telah memutuskan agar biarlah Auditor General (AG) masuk menyiasat forensik punya penyiasatan, seterusnya memberikan kepada PAC, saya harap kita jangan mengganggu itu buat sementara, tidak lama pun. PAC di sebelah sana... [Merujuk kepada Ahli Yang Berhormat pembangkang] Dan sebelah sini...
[Merujuk kepada Ahli Yang Berhormat kerajaan] Pun ada. Let them do that first. Then if there is anything, we are open for all. Hendak suruh polis, MACC, semua pihak boleh masuk sebab kalau kita mengganggu semua pihak datang memberi statements yang tidak berasas dengan hearsay, dengan tengok Sarawak Today, The New York Times, The Times, Sarawak Report dan sebagainya, ia akan mengganggu gugat. Let it be.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Biar kita tunggu sampai laporan Accountant General ini dan PAC kita akan bawa ke dalam Dewan yang mulia ini untuk kita bincang apakah tindakan susulan. Let us be fair.
Ini bukan sahaja berlaku kepada kerajaan. Kalau berlaku kepada belah sini pun kita bersikap adil benda yang sama. Saya harap ia dapat kita lakukan secara holistik dan istiqamah atas nama perpaduan tadi.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Hendak setuju, hendak setuju ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya Yang Berhormat Baling. Cukup baik hari ini. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Baling tadi tapi masalahnya sekarang ini ialah kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri datang ke Dewan memberikan penjelasan yang menimbulkan masalah keraguan kita yang amat sangat.
Umpamanya wang RM1 bilion lebih yang dibawa balik yang ditebus daripada Cayman Island itu dibawa dan disimpan di bank Singapura. Ini menjadi keraguan. Perdana Menteri kita ini Menteri Kewangan Singapura atau Menteri Kewangan Malaysia? Apakah tidak ada kepercayaan kepada sistem perbankan Bank Negara kita sehingga hendak disimpan di bank Singapura kerana di sana kata Perdana Menteri mudah pengeluaran wang kerana di sini lebih RM50 juta hendak kena dapat kebenaran dan kelulusan dari Bank Negara. Jadi adakah kita tidak percaya ke Bank Negara? Ini persoalannya.
Sepatutnya Perdana Menteri bawa balik duit itu dan simpan kalau betul wang 1MDB itu bawa balik dan simpan di Malaysia.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Itu bukan menyokong, itu menghentam namanya.
Untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena, I think Yang Berhormat Pokok Sena ini keliru sedikit. Keliru berkaitan dengan kehadiran wang tersebut. Dia ada peraturan.
Bila ada peraturan wang tersebut tidak boleh terus masuk. Dia mesti mendapat kelulusan Bank Negara dan sebagainya. Jadi biarlah. Itu sebab saya kata biar AG yang membuat kerja.
Kenapakah kita hendak buat kerja AG? Biar AG yang buat. Ini sebabnya apa Yang Berhormat utarakan tadi sedikit-sebanyak mengelirukan kita Dewan yang mulia ini, wakil rakyat. Apatah lagi rakyat di bawah sana yang naif (innocent). Kita bila tengok “Oh, betullah. Mahfuz cakap itu betul”. Jadi jangan. Itulah saya kata lebih baik kita- orang kampung saya panggil Yang Berhormat ini Mahfuz sebab adik-beradik dia ramai di situ.
Jadi maksud saya tadi bila kita buat apa-apa statement, apa-apa ulasan biarlah kita mesti ada fakta. Kita jangan keliru dahulu. Jadi pada saya yang 1MDB ini saya pohon kepada semua rakan belah sini dan belah sana, let us be very professional on this matter. Kita tunggu. AG sekejap sahaja. Kalau kita dok kacau AG pun takut macam mana hendak *start.
Let us* bagi peluang.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Yang Berhormat Baling.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Bagi peluang kepada AG...
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Pendek sahaja Yang Berhormat Baling.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Oh, kawan saya. Sahabat.
Silakan Yang Berhormat Pandan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Tidak apalah saya hargai itu pendapat Yang Berhormat Baling tetapi saya rasa yang paling sukar untuk kita nasihat supaya jangan komen fasal 1MDB ini bukan anggota Dewan. Yang Berhormat Baling kena pergi jumpa dengan Mursyidul Am UMNO Tun Mahathir macam mana hendak meyakinkan Tun Mahathir yang hari-hari bercakap mengenai 1MDB.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Pandan. Tadi saya terkejut. Yang Berhormat Pandan cakap macam ini okeylah. Saya terkejut bila Yang Berhormat Gelang Patah. Yang Berhormat Gelang Patah musuh azali Mursyidul Am UMNO ini. Hari ini boleh menyokong pula. Nampak sangat politik. Saya menyokong penuh apa yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir. Yang Berhormat Gelang Patah tadi. Dahulu inilah orang yang maki hamun, bergaduh dan sebagainya.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Apakah salahnya?
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat bantah bapa Menteri Besar Kedah.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sekejap. Saya hendak habis sudah. Tunggu saya bagi sekejap lagi.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Baling.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Okey, duduk sekejap. Saya bagi Yang Berhormat Raub.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Raub. Yang lain duduk. Nanti boleh habiskan Yang Berhormat Baling ya.
Dato' Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak mendapat pandangan daripada Ahli Parlimen Baling bila AG buat investigation ini, adakah dia akan panggil Perdana Menteri sendiri.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Pertama sekali saya hendak bagi tahu bila tadi, saya hendak jawab Yang Berhormat Pandan tadilah. Saya tidak hendak emosi. Saya cakap from my heart. Ini membuktikan sistem demokrasi tegur-menegur yang membina dalam parti keramat UMNO wujud. That means Tun Dr. Mahathir tegur, ayah tegur anak and dia tegur untuk pastikan okey, dia hendak tahu. So, tidak ada masalah.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Akan tetapi kita tidak masuk dalam mesyuarat ini fasal ustaz-ustaz inilah jahanamkan parti ini, fasal ustaz-ustaz inilah kang- prang! Kena lempang. Kita tidak ada.
Kita tidak ada lempang melempang, pukul memukul dalam parti kita, pecat, kita tidak ada.
Kita bila Tun Dr. Mahathir tegur, kita terima. Jadi saya...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tembak, bunuh pun ada. Sudah lupakah? Bukan parti UMNOkah...
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Ini dalam parti tidak ada sikap...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Yang Dr. Mohtar Hashim dahulu itu?
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi saya hendak beritahu untuk jawab Yang Berhormat Pandan tadi...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bukan setakat sepuk, pukul, tembak- bunuh pun ada.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Itu tuduh, itu fitnah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Itu sangkaan jahat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Masuk penjara.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Bawa fitnah. Mana bukti?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terbukti di dalam mahkamah. Fitnah apa?
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Cakap kosong buat apa?
Buang masa. Duduklah! This is my floor.
Jadi saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Pandan, biarlah kita bagi kepada AG. Jawapan kepada Yang Berhormat Raub tadi, hak AG, boleh panggil siapa pun.
Hak AG can call anybody. Kalau AG merasakan perlu penjelasan. Kalau hendak panggil Yang Berhormat Pandan where you got all this document, dia akan panggil Yang Berhormat Pandan. Kalau dia hendak panggil Yang Berhormat Raub, dia panggil Yang Berhormat Raub hendak masuk UMNO balikkah, hendak masuk DAP balikkah. Contoh sahaja [Ketawa] Sebab DAP tolak hudud. Jadi kita kena tahulah.
Jadi terima kasih. Saya sudah cukup 1MDB ini sudah habis...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Duduk, duduk Yang Berhormat Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Habis masa sudah Yang Berhormat. Habiskan masa.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Last sekali, last.
1Malaysia sudah habis, sebab saya kata, saya hendak minta semua tunggu, dengar dan lihat. Kita selesaikan secara kekeluargaan, holistik, profesional. Kalau ada salah dan silap kita buka perkara yang baru, tajuk yang baru. As for now our closure, dengan izin, *we wait for AG to settle, PAC to settle.
Last* sekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini akhir sekali. Saya perlu sebab ini cerita tengah panas ini. Pasal isu pembelian jet baru. Saya ingin menyentuh isu pembelian dan perolehan pesawat baru WIP jenis A320 yang tujuan asas adalah bertujuan untuk menggantikan jet kerajaan yang sudah berusia 20 tahun bagi tujuan penggunaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan lain-lain...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Masa cukuplah.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini melalui Jabatan Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa pesawat ini dibeli untuk menggantikan pesawat WIP jenis BBJ 737-700 NG yang telah berusia hampir 20
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
tahun dan memakan kos penyelenggaraan yang begitu tinggi. Penggantian seperti ini amalan biasa dalam perolehan kerajaan sebab di Malaysia ini bukan Perdana Menteri punya atau Perdana Menteri sahaja bukannya VVIP seorang tetapi ada juga Yang di- Pertuan Agong, Raja-raja yang layak menggunakan kemudahan pesawat rasmi kerajaan.
Malahan sebagai pemerintah tertinggi...
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Pencelahan balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak ada masa Yang Berhormat.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Angkatan Tentera Malaysia, Yang di-Pertuan Agong...
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Baca teks, baca teks.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Layak mendapatkan perkhidmatan pesawat yang terbaik daripada segi teknologi dan keselamatan sementara masa yang sama wang rakyat dapat dijimatkan kerana pesawat baru ini tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi seperti pesawat lama yang hampir 20 tahun. Nyawa pemimpin tertinggi adalah utama negara merupakan faktor penting yang seharusnya diambil kira apabila kita melakukan pembelian ini. Pastinya kerajaan tidak mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum membelinya.
Oleh itu, saya kira tindakan Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Bukit Katil bukan setakat mempertikaikan pembelian tersebut malah kurang bijak dengan menjadi model dengan gambar begini tunjuk goyang-goyang semua blog menyatakan beli kapal terbang. Saya hendak bagi tahu...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kejap. Kapal terbang yang kita ada Fokker. Nombor satu, kita beli Fokker sudah hampir 30 tahun lebih. Kita ada Global Express sudah tidak boleh pakai, kita ada Falcon 900, kita ada Airbus dan BBJ. Hendak gantikan BBJ ini tadi Airbus. Ini dua sahaja kapal terbang yang diselenggarakan oleh pihak swasta. Lain semua adalah diselenggarakan oleh TUDM.
Saya juga hendak bagi tahu, nauzubillahiminzalik, saya harap perkara ini tidak berlakulah. Kalau besok Yang Berhormat Pandan jadi Perdana Menteri, Yang Berhormat Kapar jadi Timbalan Perdana Menteri akan naik juga kapal yang sama ini. Ini bukan milik Ahli Parlimen Pekan, Ahli Parlimen Pagoh atau lain-lain. Ini milik penuh kerajaan yang memerintah. Jadi walaupun Yang Berhormat Kapar ‘mimpi di siang hari’ hendak jadi Timbalan Perdana Menteri, tidak akan dapat pakai tapi kalau sudah jadi, boleh pakai.
Silakan, saya bagi peluang sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Boleh? Ada one minute. Yang Berhormat Baling ini. Terima kasihlah kalau Yang Berhormat Pandan jadi Perdana Menteri, saya jadi Timbalan Perdana Menteri, saya kena kata, “Aamiin” dahulu [Ketawa] Pada waktu yang sama, yang saya hendak tanya ini, kita sudah ganti dengan jet baru dan sebagainya. Kita sudah ada lima sudah usang, dan sebagainya. Ada kita jual ini dahulu? Sebelum ini kita ada mantan Perdana Menteri yang jual, lepas itu dia beli. Yang ini macam mana pula?
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Yang Berhormat Kapar- bakal Timbalan Perdana Menteri. Nauzubillahiminzalik! Tidak jadi [Ketawa] Saya hendak bagi tahu, kapal terbang itu bukan boleh mudah jual macam jual basikal dekat Kapar atau jual Honda dekat Kapar. Susah. Akan tetapi memang niat hendak jual ini sudah ada. Memang kita sudah uar-uarkan tapi belum ada. The moment we are going to sell all these kapal terbang, and maintain yang baru, beli dan satu lagi saya hendak beritahu Yang Berhormat Kapar, dan Yang Berhormat Pandan- Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Bukit Katil dengan Yang Berhormat Seputeh, yang keluar gambar hari itu dengan Yang Berhormat Kota Melaka pun ada...
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Lanang tidak ada ya?
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Lanang tidak ada. Balik, dia baru kahwin. Dia baik. Dia baru kahwin. Saya hendak bagi tahu berkaitan dengan kapal terbang ini. Last, last Tuan Yang di-Pertua.
Di US, UK malah Indonesia, Singapura even Thailand for that matter, dengan izin, tidak pernah Ahli Parlimennya mempertikaikan kapal terbang pesawat kegunaan kerajaan pimpinan mereka. Tidak pernah! Even though they have different thought, different pemikiran fasal politik, dia tidak pernah. Kenapa Malaysia? Maksudnya dia sudah tidak ada langsung idea. Jadi kalau modal...
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Baling, *correction!
Singapore* tidak ada jet.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Modal sudah tidak ada janganlah sampai kapal terbang pun hendak ganggu. Jadi untuk itu let us all support demi keselamatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kita sokong. Kita bagi keistimewaan, keselamatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja yang kita sanjung untuk mengguna pakai pesawat tersebut. Dengan itu saya mengucapkan jutaan terima kasih dan Baling menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bayan Baru, belum habis, ya?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Belum mula.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Belum mula? Ya, sila.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi, terima kasih Tuan Yang Di-Pertua.
Terima kasih memberi peluang untuk saya bahas, menjunjung kasih Titah Diraja. Kalau Yang Berhormat Baling telah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kalau hendak bagi peluang ramai-ramai yang lagi berucap, kita hadkan 10 minit.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tadi Yang Berhormat Baling dia ambil masa 50 minit, Tuan Yang Di-Pertua. Okey, Parlimen Malaysia ialah sebuah institusi yang disanjung tinggi. Ini adalah salah satu daripada tiga tunjang demokrasi kepada negara. Ia berfungsi dengan selama ni memenuhi kehendak dan fungsi asas sesebuah Parlimen. Akan tetapi sejak penubuhan Parlimen, dunia telah banyak berubah, demokrasi telah melanda ke setiap pelosok dunia termasuk negeri-negeri komunis, Soviet Union, Latin Amerika, Afrika sehingga ke Asia Tenggara.
Institusi Parlimen di negara-negara tersebut juga berkembang maju. Ada yang telah menjadi lebih maju dari Malaysia. Maka Malaysia juga perlu mengejar arus pendemokrasian dan pembaharuan dunia. Persepsi rakyat Malaysia sama ada betul atau tidak, Parlimen Malaysia gagal menjalankan check and balance yang secukupnya terhadap pihak eksekutif kerajaan. Maka skandal seperti 1MDB menjadi tidak terkawal.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Antara kritikan umum daripada rakyat Malaysia, Parlimen kurang independent daripada cabang eksekutif kerajaan. Parlimen tidak berupaya menjalankan fungsi sebagai policy makers, tetapi hanya bertumpu kepada meluluskan government bills daripada pihak eksekutif. Akhirnya seolah-olah menjadi rubber stamp kepada pihak eksekutif.
Parlimen juga dianggap tidak efektif kerana tidak ada Select Comittee atau Jawatankuasa Tetap yang meneliti setiap rang undang-undang sebelum dibawa ke Dewan untuk dibahaskan. Maka rang undang-undang yang diluluskan mempunyai banyak kelemahan dan terkeluar daripada realiti on the ground. Manakala di serata dunia, Parliament Standing Committee atau Select Committee, unsur utama parlimen menjadi efektif. Contohnya di Indonesia mempunyai 11 Parliament Select Comittee, Cambodia pun ada 10 PSC.
Parlimen juga dianggap tidak menghargai sumbangan daripada ‘His Majesty Loyal Opposition’, iaitu pembangkang. Usul-usul penting daripada pihak pembangkang, 99% ditolak. Pembangkang tidak diberi opposition business stays sehinggakan Perdana Menteri pun tidak hadir ke Dewan mendengar ucapan Ketua Pembangkang dari Permatang Pauh.
Pada hakikatnya, pembangkang atau Ahli Parlimen kerajaan adalah wakil rakyat yang diundi oleh rakyat dan semuanya mempunyai status yang sama. Kebajikan Ahli-ahli Parlimen juga tidak dijaga. Elaun Ahli Parlimen telah lama tidak disemak. Ahli Parlimen tidak diberi research officer untuk membuat kaji selidik rang undang-undang. Ahli Parlimen tidak dibantu membiayai pusat khidmat di kawasan masing-masing. Life insurance Ahli Parlimen mempunyai banyak kelemahan. Kalau di negeri Sarawak, Ahli Parlimen diberi medical card. Kenapakah Ahli Parlimen Malaysia tidak ada? Ini menyebabkan prestasi Ahli Parlimen tidak dapat ditingkatkan. Maka tibalah masanya untuk Parlimen untuk melaksanakan parliament reform atau pembaharuan selaras dengan pendemokrasian seluruh dunia.
Atas sebab tersebut, saya amat menyambut baik satu Jawatankuasa Undang- undang Parlimen, Pembaharuan Undang-undang Parlimen telah ditubuhkan pada tahun 2011 bagi mengkaji penggubalan semula rang undang-undang berkaitan perkhidmatan Parlimen, Akta Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237], dan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 [Akta 347]. Jawatankuasa ini telah bersidang sebanyak lima kali. Ahli-ahli jawatankuasa ini dipengerusikan oleh bekas Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan terdiri daripada Ahli Dewan Rakyat dan juga Ahli Dewan Negara.
Saya ucapkan tahniah kepada jawatankuasa tersebut. Jawatankuasa tersebut mendapati ada keperluan untuk digubal suatu akta berkaitan perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan bagi menjamin suatu Parlimen yang bebas. Kebebasan Parlimen dijangka dapat dijamin dengan adanya suatu sistem dan mekanisme pengambilan kakitangan dan pegawai yang dikawal selia sendiri oleh Parlimen Malaysia.
Di samping itu, dengan adanya Suruhanjaya dan juga Perbadanan yang mengawal selia aspek pentadbiran dan kewangan Parlimen, maka Parlimen tidak akan lagi tertakluk kepada panduan dan arahan mana-mana pihak lain. Maka adalah perlu untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 [Akta 394], Parliament Services Act. Ini juga adalah selaras dengan keperluan semasa dan juga bagi mencapai benchmark yang dibuat oleh Parlimen lain yang juga telah memisahkan perkhidmatan Parlimen mereka daripada perkhidmatan awam.
Isu yang kedua penubuhan beberapa buah Jawatankuasa Parlimen iaitu Parliamentary Select Comittee. Jawatankuasa Pembaharuan Parlimen juga mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Tetap seperti Jawatankuasa Semakan, Jawatankuasa Belanjawan, Jawatankuasa ‘Ways and Means’, boleh membantu melicinkan lagi proses undang-undang di Parlimen yang mana jawatankuasa ini boleh membantu Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam mengenal pasti serta memperhalusi dasar-dasar serta undang- undang yang berkaitan sebelum dibawa ke dalam Dewan bagi tujuan kelulusan.
Pada pendapat saya, Parlimen juga harus menubuhkan jawatankuasa yang spesifik kepada setiap fungsi kementerian juga seperti Jawatankuasa Tetap Kewangan, Jawatankuasa Tetap Pertahanan, Jawatankuasa Pembangunan dan sebagainya. Ini akan memastikan bahawa rang undang-undang yang lebih berkualiti dibincang dalam jawatankuasa tersebut sebelum dibawa ke Dewan.
Pembaharuan Parlimen juga harus memberi ruang dan masa yang secukupnya kepada urusan pihak pembangkang. Usul pihak pembangkang harus diberi masa. Parlimen
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
harus melengkapkan hari-hari tertentu untuk Opposition Day, seperti di Parlimen UK. Saya juga menyambut baik Jawatankuasa Pembaharuan Parlimen yang mencadangkan kenaikan gaji allowance.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya percaya jawatankuasa tersebut telah meninjau dengan teliti rasionalnya untuk kenaikan tersebut, tetapi kita juga harus membantu Ahli-ahli Parlimen dengan membiayai Parlimen research officer dan pembiayaan Pusat Khidmat Parlimen Kawasan.
Kalau di negara-negara seperti Nigeria pun, Nigeria Ahli Parlimen mereka dibiayai dua buah pusat khidmat di kawasan masing-masing. Kalau mereka pun boleh biayai pusat khidmat, kenapakah Malaysia tidak boleh? Jadi, ini harus dimasukkan ke dalam agenda apabila pembentangan semakan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, nanti.
Pembaharuan Parlimen atau Parlimen reform haruslah komprehensif dan mengambil kira cadangan daripada pihak kerajaan, cadangan daripada pihak pembangkang dan NGO-NGO harus juga dipertimbangkan. Maka saya ingin tanya kerajaan, apakah tindakan seterusnya selepas Jawatankuasa Pembaharuan Parlimen membentangkan laporan dan cadangan mereka kepada pihak kerajaan pada tahun 2011?
Adakah syor-syor tersebut akan dijalankan dan sila juga jawab syor-syor lain dicadangkan oleh saya pada petang ini.
Isu yang kedua yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan dengan persempadanan semula kawasan oleh SPR. Persempadanan semula kerusi Parlimen dan DUN, isu yang sangat penting dan dengan melukis sempadan-sempadan tertentu, SPR sudah menentukan kalah menang sesebuah parti. Maka SPR harus bertindak secara independent dan impartial apabila ingin mengemukakan sebarang cadangan baru pertambahan Kerusi.
Tuan Yang di-Pertua, kami menyeru SPR mencadangkan persempadanan semula dengan mematuhi dua prinsip utama iaitu persempadanan adil, dan kedua, Parlimen efektif.
Daripada segi persempadanan adil, SPR harus menjaga prinsip satu orang, satu undi, satu nilai. ‘1man, 1vote, 1value’ dalam persempadanan semula pilihan raya. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada tahun 2012 telah mencadangkan dalam kawasan pilihan raya mengambil kira wajaran kawasan luar bandar dan juga memenuhi prinsip satu orang satu undi. SPR mesti akur kepada syor Parlimen ini dan menghapuskan gejala pembahagian tidak sekata, malapportionment dan persempadanan tidak adil gerrymandering.
Daripada segi prinsip Parlimen efektif pula, kalau kita ingin tambah bilangan kerusi, ia harus ditentukan oleh wakil rakyat dan tidak semestinya hendak tambah kerusi.
Kebanyakan negara tidak mengubah bilangan kerusi dalam badan perundangan, Parlimen, Kongres, DUN dan sebagainya. Satu contoh adalah di Amerika Syarikat, House of Representative di Amerika Syarikat dalam Kongres mempunyai 435 buah Kerusi pada tahun 1911 dan tetap 435 pada hari ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, boleh gulung.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
... Sungguhpun saiz penduduk telah menjadi tiga kali ganda. Begitu juga di India, kekal 552 Kerusi dan kita tidak mahu Parlimen, kalau kita tambah kerusi, jika masa persidangan kekal sama, setiap wakil rakyat akan mendapat kurang masa berbahas dan menyoal dan juga peruntukan kepada setiap kawasan juga akan berkurangan. Cadangan pertambahan bilangan wakil rakyat harus ditentukan oleh Parlimen, bukan SPR. Walau bagaimanapun, kita amat kesal kerana dalam kes persempadanan semula SPR di negeri Sarawak tidak melihatkan prinsip ‘1pengundi, 1undi, 1nilai’.
Daripada 11 Kerusi baru yang ditambah, kerusi baru Gedung ada 6,340 orang pengundi. kerusi baru Batu Kitang ada 20,107 orang pengundi. Perbezaan antara kedua- dua kerusi baru ini sebanyak 200.15%. Kenapa perbezaan yang begitu besar, begitu ketara berlaku? SPR harus menjawab kepada Dewan yang mulia ini. Kerajaan juga harus menjawab kedudukan parah SPR dalam Electoral Integrity Project (EIP) yang dikeluarkan oleh Harvard University dan Sydney University, dua buah universiti yang tersohor di dunia.
EIP melaporkan Malaysia berada ditangga 114 daripada 127 buah negara daripada segi integriti pilihan raya EIP. Mengikut laporan sama juga dalam kategori persempadanan, Malaysia berada di tangga terakhir di dunia daripada ke semua 127 buah
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
negara yang dikaji. Itu sebab kita bangkitkan isu persempadanan dan malapportionment dan gerrymandering kerana kita paling teruk di dunia.
Selain itu dalam kategori authority pilihan raya juga, SPR juga berada di tangga 117 daripada 127 buah negara dikaji. Kalau benar laporan ini, dia akan memberi impak negatif kepada sistem demokrasi dan sistem pilihan raya di Malaysia. Sistem pilihan raya Malaysia sekarang sama status dengan negara-negara gagal, fail states seperti Pakistan, Egypt, Angola dan Zimbabwe. Kita memandang serius tentang isu ini kerana pada tahun 2012, PSC Pembaikan Pilihan Raya telah membentangkan laporan dan syor cadangan komprehensif untuk merombak status pilihan raya di Malaysia.
Sepatutnya kedudukan sistem pilihan raya akan bertambah baik jika syor-syor tersebut telah dilaksanakan. Maka saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah ini bermaksud usaha kerajaan dan SPR untuk menambah baik proses pilihan raya melalui laporan PSC telah gagal atau sama sekali tidak dijalankan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
1 minit sahaja. Tinggal dua tiga perenggan.
Saya ingin minta kerajaan memberi penjelasan kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan seluruh Ahli-ahli Dewan Rakyat yang meluluskan laporan PSC tersebut. Saya percaya jika syor-syor laporan tersebut dijalankan dengan jujur, kedudukan tidak akan seteruk demikian. Kami juga terkejut apabila SPR hanya memberi kuasa kepada JASA, KEMAS dan JKKP untuk menjadi penolong pendaftar SPR. Ini amat berbeza dengan pendirian kerajaan untuk menambah lebih banyak pengundi muda dalam proses pendemokrasian.
Ada NGO-NGO yang ingin mendaftarkan diri mereka sebagai penolong pendaftar ditolak.
Saya ingin desak kerajaan jangan main politik dan hanya memberi kuasa kepada kumpulan UMNO, Barisan Nasional daftar sebagai pengundi. Kalau hendak lawan, lawan dengan cara yang adil dan gentleman.
Akhir sekali isu Dato’ Seri Anwar. Sekarang negara sudah berpecah-pecah kerana isu politik, kerana penganiayaan dan sistem yang tidak adil yang berlaku kepada Dato’ Seri Anwar. Kita mahu sebuah negara yang menyatupadukan semula dan Dato’ Seri Anwar telah dipenjarakan kerana satu penganiayaan daripada UMNO Barisan Nasional.
Cukuplah dengan ini, cukuplah. Hendak pecahkan negara sampai bila? Hendak hantar berapa ahli-ahli pembangkang ke dalam penjara? Sudah 35 Ahli-ahli Dewan Rakyat, profesor, student dan juga aktivis di charge dalam Akta Hasutan. Cukuplah. Sekarang masanya untuk kita fokus kepada isu-isu yang lebih penting seperti ekonomi, seperti pembangunan dan juga pendidikan. Jangan main politik hari-hari seperti UMNO. Jadi sekarang saya hendak menyerulah, dalam segi pardon untuk Dato’ Seri Anwar, cukuplah.
Kita kena satukan balik negara.
Jadi kita menyeru supaya Pardon Board buat keputusan secara pardon tanpa apa- apa syarat untuk Datuk Seri Anwar keluar supaya kita boleh bekerja untuk membangunkan negara kita semula dan fokus kepada isu-isu yang lebih penting, ekonomi, pendidikan dan pembangunan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sepanggar.
Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Yang Di-Pertuan Agong. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang perlu dititik beratkan oleh pihak pemerintah kerana ia sangat mendesak dan memerlukan tindakan serta perhatian serius untuk memperkasakan sikap kepedulian kita dalam melestarikan kehidupan rakyat.
Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar
Saya tidak hairan jika sebelum ini Yang Berhormat Kalabakan telah membangkitkan isu gerakan pemisah yang didalangi oleh kumpulan yang menggelar diri mereka SSKM, di mana ia di dokong dan disokong oleh generasi muda serta golongan
Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar
profesional. Saya bersependapat dengan Yang Berhormat Kalabakan dan mencadangkan agar pihak kerajaan mengambil pendekatan engagement dengan izin dan bukannya terus menghukum mereka. Sekiranya kita menghukum dan mengheret mereka ke muka pengadilan natijahnya sifat dendam dan kebencian akan terus membara dan menular menjadi anti kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya pernah bersemuka dan berbincang dengan kumpulan ini serta cuba untuk memahami apakah perjuangan mereka sebenarnya. Hasilnya, kelompongan dan kelemahan dalam sistem penyampaian kerajaan dari sudut pembangunan sosial dan ekonomi jadi agenda mereka. Sebagai contoh DUN Inanam yang terletak dalam kawasan Sepanggar mempunyai 52 buah kampung yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air graviti. Malangnya apabila tiba musim kemarau sumber air graviti ini amat terhad dan walhal DUN Inanam ini di bawah rating area Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Saya bertanya kepada pihak Kementerian Luar Bandar dan Wilayah mengenai bajet bekalan air kerana ia telah pun disenaraikan dalam perancangan tahun ini tetapi jawapan yang saya terima amat mendukacitakan. Seperti yang kita maklum, bekalan utiliti amat penting kepada manusia. Persoalan saya sekiranya kerajaan mampu membiayai projek mega kenapa tidak projek bekalan paip air yang mana kosnya tidaklah mencecah sampai berbilion-bilion ringgit. Saya mohon Yang Amat Berhormat Pekan dapat mempertimbangkan serta menyalurkan peruntukan kepada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah agar projek ini seperti disegerakan demi kepentingan rakyat.
Baru-baru ini Yang Berhormat Kimanis telah menjadi hos kepada satu forum mengenai pembentukan Malaysia yang berjaya menghimpun ribuan penonton. Baik daripada penyokong kerajaan, pembangkang, NGO dan juga student. Walaupun ada berpendapat mengatakan bahawa, Yang Berhormat Kimanis menyediakan pentas untuk pihak pembangkang menghentam Kerajaan Pusat akan tetapi saya amat tertarik dengan satu isu yang telah dibincangkan iaitu kutipan cukai Sabah mengikut Perlembagaan Malaysia. Forum ini dikejutkan oleh satu pendapat yang menyatakan bahawa, Kerajaan Pusat perlu mengembalikan sebanyak 40% daripada jumlah cukai yang dikutip di negeri Sabah kepada negeri Sabah.
Sekiranya kita mengimbas kembali dari tahun 1963 sehingga kini, agaknya berapa jumlah tunggakan Kerajaan Pusat perlu serahkan kepada negeri Sabah. Kenapakah isu kemerdekaan Malaysia 1963 dibangkitkan? Begitu juga isu SSKM dan juga isu tanah adat.
Kenapakah perkara-perkara ini sering kali dikaitkan? Jawapannya sudah tentu ada penyelewengan dan pemesongan terhadap hak-hak rakyat dan negeri Sabah.
Wujudnya kroni dalam sistem pentadbiran dan penyampaian Kerajaan Pusat mahupun kerajaan negeri. Pihak kerajaan mengambil tanah adat penduduk kampung dengan memberi alasan perkampungan tersebut merupakan kawasan hutan simpan, walhal kawasan tersebut dipenuhi oleh tanaman orang kampung, bukannya kayu balak.
Apa yang lebih mendukacitakan serta menghairankan sebaik sahaja penduduk kampung diusir daripada tanah adat mereka, ada syarikat yang mendapat kebenaran dan kelulusan untuk mengusahakan tanaman sawit. Jika kita lihat dalam kawasan Tenom, kes seumpama ini ada berlaku sehingga penduduk kampung diheret ke mahkamah dan dipenjarakan. Kelompongan seperti inilah yang menjadi punca utama rakyat memberontak dan menentang kerajaan. Suka saya memetik kata-kata Yang Berhormat Kalabakan “Kita ini...” Dengan izin. di mana kaedah yang diguna pakai adalah siapa bantah masuk penjara.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah, kerajaan hendaklah melestarikan kehidupan rakyat bukannya merampas tanah adat dan menyumbat mereka ke dalam penjara. Tuan Yang di-Pertua, lestari bermakna sejahtera dan sustainable, dengan izin, kekal berterusan. Setelah 52 tahun membentuk Kerajaan Malaysia, Sabah masih lagi tercari-cari kehidupan yang lestari. Apa yang saya lihat di sini setiap pembangunan di dalam kawasan bandar, setinggan pasti menjadi mangsa. Setiap pembangunan di kawasan hutan, tanah adat sentiasa diperkosa.
Majoriti peniaga dan pengusaha kawasan Sepanggar juga memerlukan hab pendidikan, perindustrian dan pelancongan pembangunan pesat hasil daripada transformasi luar bandar. Penghijrahan luar bandar ke bandar yang menyebabkan kehidupan menjadi satu persaingan. Tekanan hidup dan survival akan meningkat di mana ia bermula dengan kos sara hidup yang tinggi, pendapatan yang rendah, kesesakan lalu lintas serta bencana alam menjadi lumrah di kawasan Sepanggar.
Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar
Justeru itu, saya minta kerajaan dan Dewan yang mulia ini dan kementerian- kementerian yang berkenaan agar dapat menyegerakan kelulusan ke atas permohonan projek berikut:
(i) Jabatan Parit dan Saliran Negeri Sabah telah pun memohon peruntukan sejak tahun lepas yang berjumlah RM150 juta untuk melebar dan mendalamkan Sungai Rempayan dan Sungai Mensiang di kawasan Parlimen Sepanggar; dan
(ii) Jabatan Kerja Raya Sabah untuk membina laluan ketiga jambatan jajaran jalan Tuaran-Inanam dan pembinaan bertingkat atau flyover di Teluk Likas ke Indah Permai di kawasan Sulaman Bypass; Semua permohonan ini bertujuan untuk melestarikan kehidupan rakyat seperti mana Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Akhir sekali saya ingin bangkitkan isu permohonan kad pengenalan dan daftar lewat sijil kelahiran.
Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 2009, Jabatan Pendaftaran Negara Sabah menguatkuasakan peraturan bahawasanya kes daftar lewat ini harus mendapat pengesahan mahkamah. Walau bagaimanapun apa yang menjadi isu ialah mahkamah mengambil masa terlalu lama sehingga tiga empat tahun untuk menyelesaikan satu-satu kes. Mahkamah sendiri mempunyai backlog dengan izin, yang begitu panjang. Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan pewujudan mahkamah khas bagi tujuan pengesahan dan penetapan proses tersebut tidak melebihi 60 hari.
Antara kes yang rumit melibatkan mereka yang berkahwin dengan bukan warganegara ataupun PTI. Tuan Yang di-Pertua jodoh bukan pilihan kita. Bangsa pun bukan pilihan kita. Kalau cinta tidak mengenal siapa. Maka ada di antara warganegara kita sama ada lelaki ataupun perempuan telah berkahwin dan bernikah dengan warga asing.
Apabila dokumen sebelah pihak itu tidak menepati peraturan yang ada dalam jabatan tersebut maka mereka ini terpaksa kahwin di depan imam ataupun kadi yang tidak bertauliah. Contohnya kalau sebelah Semenanjung ini dia nikah di Siam.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini yang menjadi masalah kerana mereka tidak berani membawa dokumen isteri ataupun suami mereka yang tidak memenuhi syarat itu dan akhirnya anak-anak mereka yang lahir itu dengan sijil lahir yang daftar lewat. Apabila daftar lewat dia kena rujuk ke mahkamah. Ada kes-kes tertentu di mana anak ini daripada Darjah 1 sampai ke Tingkatan 3 terpaksa diberhentikan kerana pihak sekolah mahukan kad pengenalan. Akan tetapi kad pengenalan ini tidak dapat diproses kerana mahkamah tidak mengesahkan. Apa yang sedihnya Tuan Yang di-Pertua, apabila kes-kes itu ditolak oleh mahkamah mereka tidak mempunyai peluang lagi untuk merayu.
Beberapa kes berlaku di Sepanggar di mana orang tempatan yang berkahwin dengan warga asing anaknya masih lagi dalam tahanan pada hari ini. Daripada umur 14 tahun sampai umur 20 tahun. Jadi bayangkan kalau anak ini dihantar sama ada ke Philippine, Indonesia atau ke mana sahaja, bayangkan anak ini akan teraba-teraba.
Mengikut Konvensyen Geneva setiap kanak-kanak wajib mendapat pendidikan.
Kita tidak kisah latar belakang familynya akan tetapi apa yang penting anak-anak ini harus diberikan pendidikan. Oleh sebab itu saya mohon Dewan yang mulia ini dan juga jabatan berkenaan mencari kaedah, mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan kes- kes ini yang bukan sahaja berlaku di Sepanggar malah ia di berlaku seluruh negeri Sabah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sepanggar...
Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali.
Setiap minggu saya balik kawasan, saya balik ke Sabah. Saya perhatikan pegawai-pegawai keselamatan, polis keselamatan di airport ini membuat pemeriksaan masih lagi menggunakan tangan. Main raba-raba. Kalau kita tengok, Cambodia pun sudah moden.
Walaupun negara itu mundur tetapi mereka menggunakan alat yang canggih. Ini main raba- raba ini susah sikit walaupun antara lelaki dengan lelaki. Pernah berlaku satu kes, yang diraba ini lelaki, yang meraba itu, yang memeriksa itu juga pegawai lelaki tetapi yang di
Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar
depan itu marah. Rupanya kawan ini dia gay boy. So ini pun jadi satu masalah juga. Sebab itu kita minta supaya kerajaan dan kementerian berkenaan melihat perkara ini.
Akhir sekali, saya juga bersimpati dengan anggota-anggota keselamatan di airport ini yang mana mereka apabila pencen, gaji mereka cuma RM300. Cubalah kita mencari kaedah bagaimana kita menetapkan gaji pegawai-pegawai ini selepas mereka bersara kelak.
Dengan demikian, Sepanggar mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
*Bismillahi Rahmani Rahiim...
[Membaca sepotong doa] Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Allah menyebutkan...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin daripada kalangan kamu. Maka jika kamu bertelingkah, berselisih dalam satu-satu perkara, kembalikanlah kepada Allah dan Rasulnya jika kamu beriman kepada dengan Allah dan hari akhirat, dan itu adalah sebaik-baik jalan penyelesaian.” Dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pertamanya berkait dengan kesedihan yang kita rasai daripada kehilangan pesawat MAS penerbangan MH370 dan juga MH17, kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku ini.
Bagaimana dalam kita melihat peristiwa yang berlaku kepada pesawat penerbangan MH17 apabila ditembak jatuh. Bagaimana mayat-mayat yang ada dan kita hormati sehingga pakar-pakar DNA dari Malaysia terbang ke Amsterdam dan seterusnya ke Donetsk untuk mencari dan memastikan bahawa cebisan-cebisan mayat yang ditemui itu adalah daripada warganegara Malaysia dan kita bawa pulang kembali dengan penghormatan negara.
Satu perkara yang penting untuk kita ambil ingatan ialah bagaimana sepatutnya kita menghormati manusia pada masa hidupnya dan walaupun selepas matinya. Oleh sebab itu, dengan penghormatan negara itulah kita bawa pulang mayat-mayat yang ditembak jatuh itu daripada penerbangan MH17 supaya kita berikan penghormatan ini dengan melihat kepada manusia secara keseluruhannya dan itu telah kita lakukan.
Lalau bagaimana kalau kita melihat apabila ada mayat manusia yang diletupkan dan dihilangkan dan dipadamkan kemasukannya daripada data imigresen di KLIA? Ini membuktikan ada masalah yang berlaku dalam kes yang melibatkan yang semua kita maklum. Oleh itu, apabila berlakunya pendedahan yang dibuat oleh Koperal Sirul Azhar di Australia, mengapakah kita tidak mengambil kepentingan untuk menyelesaikan perkara ini?
Kita perlu tahu kerana dalam kaedah yang berlaku apabila pembunuhan yang dilakukan secara tidak benar, secara jenayah, maka antara aspek utama yang akan dilakukan ialah dihilangkan mayat tersebut.
Kita merujuk kepada peristiwa di dalam Al-Quran sendiri daripada ayat 27 hingga 31 Surah Al-Maidah. Bagaimana apabila dua orang anak Adam, Qabil yang membunuh Habil yang akhirnya daripada peristiwa itu kita melihat tiga perkara yang dinyatakan oleh Allah dalam ayat tersebut. Pertama, apa motif pembunuhannya iaitu kerana berebut adik- beradik yang melibatkan pasangan perkahwinan. Kedua ialah alat yang digunakan untuk membunuh iaitu dua buah batu besar yang dihempapkan oleh Qabil kepada kepala Habil.
Ketiga ialah bagaimana Qabil hendak menghapuskan, menghilangkan mayat Habil.
Peristiwa ini dinyatakan oleh Allah supaya kita juga sebagai manusia yang mempunyai kehormatan dan maruah diri mengambil perjalanan daripada pendedahan ini.
Tidak boleh didiamkan. Ini kerana apabila melibatkan jenayah, kita mestilah mengambil perjalanan untuk menyelesaikannya. Kita sebuah negara yang dihormati dalam soal yang melibatkan undang-undang. Maka kita mesti juga melihat kepada apa yang disebut daripada peristiwa ini.
Kedua, daripada peristiwa penerbangan MAS MH370 yang masih tidak ditemui sehingga hari ini. Kita melihat bagaimana apa sahaja yang ditemui dalam proses search and rescue itu yang terbaru yang melibatkan tisu yang ada lambang MAS pun tetap juga
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
disemak sama ada ia daripada penerbangan MH370. Apa sahaja yang ditemui, semuanya mesti disahkan ia adalah daripada penerbangan MH370 dan sehingga hari ini tidak ditemui bukti-bukti tersebut. Menunjukkan bagaimana sulitnya untuk kita menetapkan sesuatu yang menjadi beban pembuktian terhadap pesawat MAS MH370 yang hilang ini.
Akan tetapi sebaliknya berlaku perubahan apabila melibatkan Ketua Pembangkang. Semua yang ditemui menjadi bahan bukti. Ini sangat pelik. Mengapa kita lihat daripada proses awal, apa yang ditemui, berus gigi menjadi bahan bukti, sabun menjadi bahan bukti, tisu menjadi bahan bukti, sapu tangan menjadi bahan bukti, tilam menjadi bahan bukti, padahal kita sebagai seorang layman, bukan law man pun kita melihat dengan hairan dan pelik mengapa perkara ini boleh berlaku.
Ini sepatutnya kita letakkan asas. Dalam kita menilai sesuatu mestilah berasaskan kepada apa yang sepatutnya menjadi dasar-dasar utama dalam kita meletakkan diri kita sebagai manusia yang mempunyai pengetahuan, yang mempunyai pengalaman, yang mempunyai kehebatan dalam soal kita meletakkan asas. Oleh sebab itu, saya sangat ingin memberikan penekanan supaya kita letakkan asas ini berdasarkan kepada apa yang disebut oleh Allah SWT.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
Yang Berhormat Setiu ada menyebutkan ayat ini yang saya bacakan di awal mukadimah ucapan saya. Akan tetapi kita tidak boleh ambil untuk kepentingan kita sahaja, suruh “...taat kepada pemimpin daripada kalangan kamu”. Ayat ini mesti dilihat secara keseluruhan kerana pernah berlaku di satu zaman, seorang khalifah memanggil seorang alim. Ketika mana dibacakan ayat ini kepadanya iaitu “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin daripada kalangan kamu. Mengapakah tidak taat kepada aku yang merupakan pemimpin daripada kalangan kamu?”. Lalu orang alim tersebut menjawab, “Mengapakah tidak dibaca kesemua ayat?”...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Maka jika betul ingkar dalam satu-satu perkara yang kecil sekalipun...” [Membaca sepotong ayat al-Quran] “...kembali kepada Allah”, duduk semeja, buka al-Quran, warrasul dan sunah Rasul-Nya. Ini tidak dilakukan, sebaliknya ...
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
Sila.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya minat dengan ayat yang disebut oleh Yang Berhormat Dungun. “Taatlah kamu kepada Allah...”, ulang. “Taatlah kamu kepada Rasul...”, tidak dulang. “Taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan ulil amri”. Saya yakin bahawasanya taat kepada Allah, tidak ada sekatan. Taat kepada Rasul, tidak ada sekatan tetapi tidak diulang taat kepada ulil amri. Pada pandangan saya adalah kerana ada klausa yang boleh taat dan boleh tidak taat. Saya minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya selepas ini Yang Berhormat Dungun gulung.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
Benar Tuan Yang di-Pertua kerana ketaatan kepada Allah ialah ketaatan yang mutlak. Oleh sebab itulah disebut ati’ullah dan ketaatan kepada Rasul juga ialah ketaatan yang mutlak. Oleh sebab itu disebut dengan waati’urrasul. Akan tetapi ketaatan kepada pemerintah tidak dimasukkan kerana syarat taat kepada pemerintah ialah disyaratkan seperti apa yang disebut oleh Sayidina Abu Bakar ati’uni ma ata’ullahawarasulah, “Kamu taat dan patuh kepada aku selagi aku patuh kepada Allah dan Rasul”. Apa yang saya ingin untuk nyatakan di sini ialah bagaimana bila berlaku pertelingkahan di antara kerajaan dengan rakyat, pemimpin dengan rakyat. Maka di sini, mesti dikembalikan kepada kaedah iaitu rujukan. Ini tidak berlaku, sebaliknya ditangkap, ditahan dan dimasukkan ke penjara. Mengapakah tidak diadakan rundingan? Hatta kalau kita belajar dalam masalah bughah sekalipun, penderhaka kepada kerajaan yang mempunyai suatu kedudukan yang sangat kuat, kerajaan mesti hantar wakil, dengar apa yang dikehendaki oleh bughah, pembangkang ini, penderhaka ini. Kalau betul, kerajaan
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
kena perbaiki tetapi ini tidak berlaku. Akan tetapi apabila baca ayat yang hanya suruh patuh dan taat kepada pemimpin.
Kita mesti faham. Oleh sebab itu sebagai peringatan terakhir saya hendak gulung, saya hendak minta kita ambil peringatan apa yang disebut oleh Nabi SAW... [Membaca sepotong hadis] Antara maksudnya, nanti akan datang kepada manusia suatu masa di mana kerajaan mereka umpama singa dan menteri-menteri mereka seumpama serigala dan hakim-hakim seumpama anjing. Pada ketika itu, rakyat seumpama kambing.
Bagaimana mungkin kambing hidup di tengah-tengah singa, di tengah-tengah serigala dan di tengah-tengah anjing.
Rakyat memerlukan pembelaan. Maka mereka rujuk kepada kerajaan, mereka rujuk kepada Menteri-menteri, mereka rujuk kepada hakim-hakim tetapi dapatkah mereka pembelaan yang adil. Inilah yang saya hendak peringatkan supaya kita ambil peringatan bahawa suatu masa kita akan bertemu dengan apa yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW ini. Maka, marilah kita menjadi orang yang benar-benar menegakkan keadilan berdasarkan kepada perintah dan kehendak Allah SWT.
Ingat! Bukan kita sentiasa berada di tampuk pemerintahan. Ada masanya ia akan bertukar kepada orang lain. Oleh sebab itu, marilah kita mengambil peringatan ini untuk kita benar-benar meletakkan diri kita, menjadikan diri kita mengambil peringatan supaya kita menjadi sebuah kerajaan yang adil, kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan yang amanah. Ini kerana saya hendak mengingatkan pesan yang disebut oleh Ibrahim bin Adham, seorang ahli hikmah dalam ajaran Islam...
*[Berucap dalam bahasa Arab] “Setiap kerajaan kalau tidak adil, dia dengan perompak sama taraf”...
[Tepuk]* Dia akan merompak harta rakyat, mengambil harta rakyat dan akhirnya, apa yang disebut ini, kita akan dapati menjadi suatu yang benar. Sudah lama kerajaan mengutip cukai daripada rakyat. Berbagai- bagai cukai yang dikutip dan terbaru yang akan dilakukan pada 1 April 2015 ini ialah GST.
Marilah kita melihat kepentingan perbelanjaan, bukan sahaja kita mengutip tetapi juga kita membelanjakannya dengan amanah dan tanggungjawab. Pesanan Sayidina Umar yang sangat penting, “Takutlah apabila pemerintah sudah menyeleweng, tidak beramanah dan bertanggungjawab. Harta mereka tetap harta mereka, harta rakyat akan menjadi harta mereka”. Di manakah? Pada ketika mana mereka hendak mengutip cukai daripada rakyat, mereka boleh mengenakan berbagai-bagai akta untuk mengutip hasil dan cukai daripada rakyat. Apabila sudah menjadi hasil, mereka boleh berfikir pula bagaimana pula untuk mendapatkan daripada sumber kemasukan yang telah ada dalam kutipan mereka, menyebabkan kadang-kadang harga projek RM10 juta diletakkan RM20 juta. Harga projek RM1 bilion diletakkan RM2 bilion.
Ini semuanya ialah supaya berjaga-jaga. Oleh sebab itulah pernah anak Nabi Syu’aib pesan kepada Nabi Syu’aib apabila hendak pilih seseorang... [Bercakap dalam bahasa Arab] “Kalau engkau hendak pilih orang yang menjaga apa-apa urusan, mestilah seorang yang kuat dan orang yang amanah”. Sangat penting kerana orang yang amanah, harta mereka ialah harta mereka, harta rakyat ialah harta rakyat dan mereka akan menjadi pemegang amanah yang sangat bertanggungjawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberikan ruang untuk saya turut berbahas bagi ucapan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Dewan, kita melihat dalam ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menyentuh tentang perlunya kita menjaga kesejahteraan rakyat, menjaga perpaduan dan menjaga kesinambungan kehidupan yang penuh dengan kemuliaan.
Justeru itu, saya ingin membawa kita untuk melihat kepada satu aspek kesejahteraan rakyat yang mungkin jarang disebut-sebut iaitu berkenaan dengan isu perumahan khusus kepada bekas-bekas angkatan tentera kita. Apabila angkatan tentera kita bersara daripada perkhidmatan mereka sama ada pada peringkat umur muda ataupun umur yang dibenarkan, kita dapat melihat bahawa ramai daripada mereka yang tidak
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
mempunyai rumah. Mungkin kerana disebabkan mereka berpindah-pindah di antara kem ke kem, jadi menyukarkan mereka menentukan di mana mereka patut membeli rumah.
Kemudian yang keduanya, pendapatan mereka juga mungkin tidak begitu mencukupi untuk menyebabkan mereka membeli rumah dan apatah lagi selepas pencen mereka tidak sempat membeli rumah, maka mereka seterusnya tidak memiliki rumah. Jadi, apa yang berlaku pengalaman saya melihat ramai lagi rakan angkatan tentera yang telah pun tamat perkhidmatan, mereka pulang ke kampung dan mereka tidak mempunyai rumah.
Mereka terpaksa berkongsi tanah dengan saudara-mara dan kadangkala berlakulah pergeseran, pergolakan dan sebagainya kerana harta yang tidak mencukupi atau tanah yang tidak mencukupi untuk membina rumah dan sebagainya.
Jadi pada saya, saya menganggap ini ialah satu perkara yang tidak baik kepada angkatan tentera kita yang telah pun menyumbangkan masa dan tenaga mereka untuk berbakti kepada negara, malah nyawa mereka juga kadangkala ada yang tergadai kerana mempertahankan negara. Justeru itu, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya kerajaan mempertingkatkan lagi usaha untuk membantu para angkatan tentera kita terutama yang sudah tamat perkhidmatan, malah yang masih dalam perkhidmatan pun untuk mereka memiliki rumah sendiri.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Kita boleh membuat sasaran bahawa setiap seorang tentera, mereka mesti mempunyai sebuah rumah mereka sendiri. Jadi kalau sasaran ini ditetapkan, saya yakin bahawa angkatan tentera kita merasai bahawa perkhidmatan mereka dihargai. Lalu bagaimana kita boleh buat. Mungkin sekarang pihak Lembaga Tabung Angkatan Tentera atau pihak Kementerian Pertahanan memang ada melaksanakan skim-skim perumahan tertentu dan sebagainya tetapi jumlah itu masih tidak mencukupi.
Justeru, dengan sebab itu saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan di mana tanah-tanah milik Kementerian Pertahanan kerana banyak tanah milik Kementerian Pertahanan dan juga tanah milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Boustead di bawah Angkatan Tentera dimajukan untuk perumahan yang dikhususkan kepada Angkatan Tentera. Jadi kalaulah katakan angkatan tentera mempunyai tanah seluas 30 ekar yang tidak digunakan dan sebagainya, maka bangunkanlah. Apa yang paling penting, kerajaan hendaklah memberikan subsidi kepada projek pembangunan perumahan tersebut supaya harga rumah itu dapat dijual dengan jauh lebih murah berbanding dengan harga pasaran.
Kedua, rumah-rumah tersebut juga dibolehkan angkatan tentera kita sama ada yang sedang berkhidmat ataupun telah tamat perkhidmatan, mereka boleh membuat pinjaman secara extended loan. Pinjaman yang boleh disambung daripada pinjaman mereka sendiri. Kalau tidak habis tempohnya, disambung oleh waris atau anak-anak mereka. Jadi bila tempoh pinjaman itu agak panjang, maka jumlah bayaran bulanan terhadap pembelian rumah itu dapat direndahkan, di samping harga asas rumah itu juga telah pun dikurangkan. Mungkin 30% ke 40% berbanding dengan harga market value. Jadi inilah satu-satunya kaedah. Kalaulah tanah seluas 30 ekar, mungkin kita boleh bina lebih daripada 2,000 atau 3,000 unit rumah low-medium cost (LMC), maka insya-Allah askar- askar kita, tentera-tentera kita.
Malah saya juga ingin panjangkan cadangan ini bukan sekadar kepada tentera tetapi juga kepada anggota-anggota keselamatan yang lain. Kita berikan keutamaan supaya setiap seorang anggota tentera yang mencukupi syarat-syarat tertentu, maka mereka ini akan memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah. Amat sedih Tuan Yang di- Pertua bila kita melihat angkatan tentera yang sudah berkhidmat 15 tahun ada, 20 tahun ada, 10 tahun ada tetapi mereka terpaksa menyewa rumah dan berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat. Ditambah pula dengan keadaan mereka yang kadangkala tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
Jadi kenapa tidak kerajaan memperuntukkan kewangan dan dasar yang cukup untuk menentukan anggota keselamatan ini mendapat pembelaan yang sepatutnya. Jadi saya mohon penjelasan daripada Kementerian Pertahanan menyatakan kepada Dewan yang mulia ini apakah perancangan-perancangan yang telah dibuat oleh pihak kementerian dan pihak Lembaga Tabung Angkatan Tentera khusus untuk pembangunan yang memberi penumpuan kepada kebajikan angkatan tentera. Kita tidak mahu dengar cerita tentang kementerian ataupun Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang membangunkan tanah-
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
tanah milik angkatan tentera tetapi untuk tujuan-tujuan komersial, tujuan-tujuan pembangunan rumah-rumah yang dijual dengan harga mewah yang anggota tentera sendiri pun tidak dapat membelinya.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon dalam Dewan yang mulia ini. Pihak kementerian yang berkaitan terutama sekali Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menyatakan tentang kedudukan eKasih ini kerana kita melihat eKasih telah pun dilaksanakan lebih daripada lima tahun. Berapa ramaikah penama-penama dalam senarai eKasih ini yang telah pun dapat keluar daripada senarai eKasih? Ini kerana yang kita alami dalam urusan kita ialah penerima-penerima yang sama terus menerus mendapat sumbangan daripada pihak kerajaan.
Walaupun sudah lima atau sepuluh tahun mereka berdaftar dalam daftar kebajikan dan tidak ada nampak sikit pun perubahan bahawa mereka telah berjaya dipulihkan. Jadi kalau mereka tidak berjaya dipulihkan, tidak dapat dikeluarkan daripada senarai eKasih, maknanya di situ ada kegagalan dalam sistem kita. Ada ketidakberkesanan di dalam setiap program yang kita anjur. Maka kita perlu menyemak semula perancangan-perancangan, program-program pembasmian kemiskinan ataupun pembangunan sosioekonomi khususnya di kalangan orang-orang miskin ini. Jadi kita tidak boleh terlalu selesa mengatakan bahawa kita berjaya menguruskan masyarakat kita dan hanya berpandukan kepada pangkalan data eKasih sedangkan pangkalan data eKasih itu tidak pernah kita buat satu revision dengan izin. Tidak pernah kita buat satu penilaian semula dan penarafan semula terhadap penerima-penerima eKasih tersebut.
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa perhatian kita untuk melihat kepada satu isu iaitu satu kolej universiti swasta, AUCMS yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang yang diasaskan pada tahun 2002. Jadi kolej universiti ini telah pun mengalami satu krisis kewangan yang amat tenat dan difahamkan telah pun diarahkan tutup. Jadi macam-macam masalah telah timbul. Pelajar-pelajar terpaksa diasingkan, ditempatkan semula di kolej-kolej universiti lain melalui jawatankuasa yang ditentukan oleh Jabatan Kesihatan dan Kementerian Pendidikan dan sebagainya.
Jadi masalah kedua ialah masalah kakitangan. Ada 500 orang kakitangan AUCMS ini dan mereka sekarang ini begitu menderita sekali kerana tidak ada pekerjaan, diberhentikan kerja, hutang-hutang mereka pun tidak dapat dibayar. Ada yang suami isteri bekerja di tempat yang sama. Kedua-dua suami dan isteri terpaksa diberhentikan kerja.
Jadi apakah pembelaan terhadap mereka ini? Kita juga hendak dapatkan penjelasan daripada Kementerian Sumber Manusia untuk menjelaskan apakah tindakan yang telah dibuat untuk membela nasib-nasib pekerja-pekerja termasuk daripada pensyarah, pentadbir dan juga pekerja-pekerja am di AUCMS ini.
Satu perkara yang lebih penting ialah apakah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Gulung ya. Gulung.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Okey sikit sahaja. Apakah yang kerajaan telah buat supaya memastikan apa yang berlaku kepada AUCMS ini tidak akan berulang lagi di mana-mana institusi pengajian tinggi.
Jadi berakhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapatkan sedikit penjelasan daripada kerajaan kenapakah isu pengampunan Yang Berhormat Permatang Pauh itu tidak disegerakan statusnya? Kita mendapat macam-macam pandangan. Ada yang mengatakan bahawa permohonan pengampunan itu tidak viable. Ada yang kata permohonan pengampunan itu boleh dipertimbangkan. Jadi dia mengelirukan. Jadi boleh atau tidak kalau kerajaan membuat satu tindakan yang segera menjelaskan kepada masyarakat kita. Kalau tidak viable, tolak sahaja permohonan tersebut. Kalau viable, perlu diberikan keputusan.
Ini kerana saya melihat di sini selagi ada ruang, selagi keputusan tidak dibuat, pihak pembangkang selalu menggunakan ruang ini untuk menyalahkan kerajaan, untuk meraih simpati dan untuk menuduh institusi kehakiman dengan pelbagai tuduhan yang bukan-bukan sedangkan semua prosedur penghakiman telah pun dijalankan dengan sempurna. Semua dalil-dalil penghakiman telah pun dibentangkan. Akan tetapi masih ada lagi suara-suara yang tidak puas hati, yang merasakan bahawa orang yang dituduh bersalah itu seolah-olah tidak bersalah.
Jadi saya mohon melalui Dewan yang mulia ini, pihak kerajaan dan pihak berwajib, Lembaga Pengampunan dan sebagainya, buat keputusan ini dengan segera. Jangan kita
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
tangguhkan dan lewatkan. Kalau perlu ada pilihan raya kecil di Permatang Pauh, buat segera kerana ramai juga wakil-wakil daripada PKR hendak sambung tugas jadi Ahli Parlimen di situ. Jadi jangan ditangguhkan. Jangan dibiarkan rakyat rasa ternanti-nanti dan tertanya-tanya apa yang sebenarnya.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Jadi kalau masa ini terluang banyak, maka keadaan-keadaan unsur-unsur yang negatif akan memesongkan lagi pemahaman rakyat tentang isu ini. Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam berbahas hari ini. Pada 5 September tahun yang lalu, Mahkamah Rayuan telah membuat satu keputusan mengenai kes Teoh Beng Hock. I quote, “The death of Teoh Beng Hock was caused by multiple injuries from a fall from the 14th floor of Plaza Masalam, a result of which was accelerated by an unlawful act or acts of person unknown, inclusive of Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) officers involved in the arrest and investigation of the deceased.” Walaupun Mahkamah Rayuan telah membuat satu keputusan sebegini pada September tahun yang lalu, sudah enam bulan tetapi kita tidak nampak pihak PDRM atau Jabatan Peguam Negara mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka yang sepatutnya dipertanggungjawabkan terhadap kematian Teoh Beng Hock. Akan tetapi terlebih-lebih pula, kita ada dua orang pegawai SPRM iaitu Hishammuddin Hashim dan Mohd Anuar Ismail yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock bukan sahaja tidak dikenakan apa-apa tindakan disiplin ataupun hukuman, tetapi mereka dinaikkan pangkat.
Hishammuddin Hashim ini dulunya Timbalan Pengarah SPRM Selangor, sekarang telah menjadi Pengarah SPRM Sabah. Kalau di dalam laporan RCI ini mengenai kematian Teoh Beng Hock, beliau disifatkan sebagai seorang ketua yang angkuh. Saya hendak baca daripada laporan RCI ini, perenggan ke-176, ini merujuk kepada panel-panel RCI, “Kami mendapati bahawa dia seorang yang angkuh, bercakap bohong, tidak jujur dan tidak akan bertolak ansur mengenai pendiriannya. Pembohongannya khusus tentang beliau tidak terlibat dengan aktif dalam seluruh operasi pada masa material didedahkan melalui pernyataannya yang bertentangan yang dibuat olehnya di hadapan kami. Akan tetapi, yang lebih menarik perhatian ialah pengesahan daripada dua pegawainya sendiri iaitu Azim dan Azian yang sangat berani membuat pendedahan menjunjung peringkat prosiding kita yang lebih...” .
Kemudian mengenai peranan sebenar Hishammuddin Hashim dalam operasi ini.
Walaupun Hishammuddin Hashim merupakan pegawai atasan mereka, menurut mereka Hishammuddin Hashim terlibat secara aktif dalam seluruh operasi dari mula. Beliaulah yang memberikan semua arahan dan perintah tentang sebagaimana saksi perlu ditemu bual, disoal siasat dan oleh siapa. Hishammuddin Hashim cuba untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab ini dan sebaliknya memindahkannya semua kepada Anwar. Hishammuddin Hashim telah mengadakan satu mesyuarat pada petang 16 selepas kematian Teoh Beng Hock ini laporan RCI juga diketahui bagi pegawai daripada SPRM, semua yang terlibat dalam operasi berkenaan untuk memberikan taklimat mereka mengenai perkara berkenaan.
RCI ini juga percaya bahawa untuk mengatasi kekecewaan atas hasil negatif yang diperoleh daripada saksi sehingga ke peringkat tersebut, Hishammuddin Hashim pastinya mengambil jalan keluar dengan menjalankan soal siasat yang bersifat peribadi dan lebih agresif ke atas Teoh Beng Hock. RCI juga percaya bahawa Hishammuddin Hashim telah dibantu oleh Anwar dan Arshad dalam penglibatan singkat ini. Tindakan yang dilakukan oleh ketiga-tiga orang itu berkemungkinan besar berbentuk soal siasat secara intensif sekali lagi ke atas Teoh Beng Hock untuk memaksanya membuat pernyataan bahawa Yang Berhormat Eng Yong yang mengarahkannya untuk melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Sesi soal siasat yang keempat ini pada pemikiran RCI telah menjadi faktor pencetus yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock. Ini semua daripada laporan RCI. Ini adalah keputusan dan kesimpulan RCI. Jelasnya Hishammuddin Hashim bertanggungjawab bagi perkara yang berlaku di SPRM Selangor semasa tempoh yang dipersoalkan itu dan berdasarkan pada fakta ini, penghujahan peguam bagi SPRM adalah meleset sama sekali.
Laporan RCI ini jelas telah menyatakan bahawa Hishammuddin Hashim ini adalah seorang pembohong. Dia membohong dalam prosiding RCI dan juga minta pegawai- pegawainya berbohong dalam prosiding RCI. Akan tetapi sekali, sekarang AG kita tidak ada tindakan, SPRM mempromosikan dia, naik pangkat dia untuk menjadi seorang Pengarah SPRM Sabah. Saya hendak tanya, SPRM tidak ada orang yang lebih capable lagikah? Ini Hishammuddin Hashim seorang pegawai yang tidak beretika, seorang pembohong tetapi SPRM mampu untuk menjadikan dia seorang pegawai, sekarang Pengarah SPRM Sabah.
Saya rasa ini dahsyat sangat.
Saya di sini hendak tanya, kerajaan kita, Peguam Negara kita demi keadilan Saiful, mereka mampu untuk melantik seorang peguam peribadi iaitu Mohd Shafee untuk menjadi pendakwa raya. Jadi sekarang saya hendak tanya, Peguam Negara kita berani tidak melantik Ahli Parlimen Puchong untuk menjadi pendakwa raya untuk mendakwa Hishammuddin Hashim ini di dalam mahkamah?
[Dewan riuh]
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Berani tidak? Kenapa Saiful ini begitu istimewa? Untuk dia, kita pakai ini Mohd Shafee, Bayar peguam ini RM1,000 lagi.
Saya berani cakap di sini, Ahli Parlimen Puchong 1 sen pun tidak perlu. Sebanyak 1 sen pun tidak perlu. Kita hanya minta AG kita lantik Ahli Parlimen Puchong, dakwa ini Hishammuddin Hashim di mahkamah. Ini barulah adil.
Isu kedua, saya hendak sentuh tentang seorang guru yang dipecat oleh Kerajaan Barisan Nasional kerana dia mengandung. Guru ini namanya Noorfadilla Ahmad Saikin. Dia bekas guru ganti tetapi telah ditamatkan perkhidmatannya hanya kerana beliau mengandung. Sebenarnya Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun yang lalu telah menetapkan bahawa kerajaan kita perlulah bayar beliau ganti rugi sebanyak RM300 ribu.
Akan tetapi sampai sekarang kerajaan kita tidak mahu bayar ini RM300 ribu. Mereka failkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Saya hendak tanya, ini adalah hak dan tanggungjawab seorang perempuan atau wanita untuk mengandung dan melahirkan anak. Kalau Barisan Nasional ini memanglah hendak membela nasib wanita, kenapa memecat dia pada mulanya? Sekarang tidak mahu langsung untuk membayar pampasan untuk guru ini. Barisan Nasional mampu memberi USD700 juta kepada Syarikat Jho Low tetapi untuk seorang guru, guru wanita, seorang guru Melayu juga, RM300 ribu mereka tidak mahu bayar. Saya rasa ini cukup dahsyat.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Masa minta sign agreement.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Cukup jahat. Siapa, siapa? Kalau hendak tanya, bangunlah. Yang Berhormat Tasek Gelugor berminat? Saya cakap...
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Dia isu macam ini, Yang Berhormat Tasek Gelugor cakap. Isu macam itu guru sementara, guru sementara dia ada sign agreement. Jadi ikutlah law dia. Kalau tidak, ini dia sue court, court jawablah. Apa fasal hendak bawa dalam Dewan ini? Tidak payah...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Mahkamah sudah putuskanlah. Jangan tidur di Parlimen.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Mahkamah sudah buat keputusan.
Fahamkah tidak faham?
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Ini adalah kontrak kerajaan yang menyatakan bahawa seorang wanita yang mengandung tidak berhak kerja untuk Barisan Nasional, ini cukup untuk menunjukkan diskriminasi Barisan Nasional terhadap golongan wanita. [Dewan riuh] Sekarang Mahkamah Tinggi sudah buat keputusan.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Ini prosedur kementerian, hendak politikkan buat apa?
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Hormatlah keputusan Mahkamah Tinggi. Akuilah bahawa Barisan Nasional telah menghina wanita.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, mahkamah telah pun membuat keputusan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Apakah status Yang Berhormat Tasek Gelugor untuk mempersoalkan mahkamah?
Adakah Yang Berhormat Tasek Gelugor tidak menghormati mahkamah? Tolong jawab habis.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tak faham, tak belajar lagi.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Okey, saya sekarang hendak pergi ke isu ketiga.
Saya hendak jawab cabaran yang dibuat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kulai masa sudah cukup.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Ya, ya, ya. Tadi pun ada masa tambahan, saya hendak minta sedikit sahaja. Hari itu, Yang Berhormat Tebrau dalam ucapan dia, dia tanya, dia cakap, “1MDB ada tawaran biasiswa untuk murid-murid UEC”. Itu benar tetapi saya cakap ini untuk memancing undi sahaja. Kalau 1MDB punya tawaran ini memang serius, memang ikhlas, kenapa berhenti selepas PRU Ke-13? Kenapa untuk tiga tahun sahaja?
Jadi jangan cakap ini adalah jasa MCA. Peruntukan untuk sekolah Cina, sekolah Tamil telah dikurangkan daripada RM100 juta kepada RM50 juta sahaja. adakah ini adalah jasa MCA juga?
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Yang sebenarnya, sejak Pakatan Rakyat – kami menjadi kerajaan di Penang, di Selangor...
[Dewan riuh]
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tiap-tiap tahun, kita memberi RM2 juta kepada sekolah SMP(C). Jadi, ini barulah kita cakap yang effort, jasa yang konsisten.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Pulau Pinang pun 2 juta. Pulau Pinang pun 2 juta setahun.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Yang Berhormat Tebrau sekarang hendak tanyakah? Kenapa hari itu tidak beri laluan?
[Ketawa]
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Bukan tak beri laluan.
[Dewan riuh]
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Hari itu tak beri laluan, sekarang hendak minta laluan! Malulah, malulah Yang Berhormat Tebrau ini.
[Dewan riuh]
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Bukan tak boleh lawan.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Akhirnya, akhirnya, hari itu tak berani beri laluan, hari ini hendak minta laluan daripada wanita. Malulah Yang Berhormat Tebrau. Isu terakhir okey, ini tentang Asia Petroleum Hub di mana kerajaan telah menyumbangkan RM100 juta.
Sepatutnya projek ini disiapkan pada tahun 2009. Sekarang ini hanya disiapkan dengan 60% sahaja. Saya hendak tanya, apa status kepada Asia Petroleum Hub ini dan sama ada kerajaan kita akan terus menyumbang dengan lebih banyak duit untuk menyiapkan projek ini?
Saya amat khuatir kerana projek ini keluasannya hanyalah 40 hektar. Walaupun dia hanya 40 hektar, Kerajaan Pusat tak mampu untuk siapkan projek ini tetapi sebaliknya mereka sekarang hendak buatkan satu projek lagi iaitu projek pusat petroleum bersepadu dan taman marin di tempat yang sama dan kali ini keluasannya adalah sebanyak 1,411 hektar.
Satu projek seluas 40 hektar pun tak mampu siapkan, sekarang hendak buat satu lagi projek yang lagi besar di tempat yang sama. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan, apa status terhadap Asia Petroleum Hub ini dan juga terhadap Projek Pusat Petroleum Bersepadu dan Taman Maritim di Tanjung Piai? Saya hendak tahu sama ada kerajaan memang mampu untuk menyiapkan projek ini? Sekian sahaja terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
[Bangun]
Seorang Ahli
Tidak ada orang, disqualified.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ha?
Disqualified? Ya, Yang Berhormat Sungai Siput.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana bagi saya peluang ambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ada beberapa perkara saya hendak bawa. Pertama ialah isu polisi tenaga negara. Saya telah baca jawapan daripada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air daripada sesi yang lalu. Dia menyatakan bahawa sumbangan kepada National Energy Grid daripada Arang Batu akan meningkat daripada 42% pada tahun yang lalu kepada 62% pada tahun 2020. Ini ialah satu isu yang amat membimbangkan kerana batu arang jika kita bandingkan dengan gas ataupun dengan lain sources untuk sumber menjana electricity, batu arang adalah lebih mencemarkan alam.
Kita tahu ada masalah pemanasan iklim. Ini adalah satu isu yang begitu besar dan pada masa ini Malaysia adalah satu negara dengan penurunan yang sangat tinggi dibandingkan dengan per kapita kita. Pada tahun 2010, kita keluarkan 7.7 metrik tan per kapita untuk tahun itu berbanding dengan 1.8 di Indonesia. Kita 7.7, Indonesia 1.8, Filipina 0.9 metrik tan per kapita. Kita ada tinggi sangat dan jika kita teruskan dengan batu arang untuk menjana electricity, ini akan naikkan lagi. Dalam carta yang dikeluarkan dalam jawapan Yang Berhormat Menteri, daripada tenaga yang boleh diperbaharui, dia hanya 3% pada tahun 2020.
Jika kita banding dengan negara-negara lain macam di New Zealand pada masa ini, 65% daripada penjana electricity adalah daripada sumber-sumber yang renewable. So, saya rasa ini kita kena kaji baliklah, kita kena bertindak secara yang lebih bertanggungjawab dan saya harap dalam RMKe-11, kita ada satu master plan yang beri garis panduan bagaimana kita hendak tambahkan tenaga yang boleh diperbaharui dan kurangkan batu arang kerana ini satu masalah yang besar.
Isu kedua yang saya kena sentuh, tak ada masa banyak hendak bahas, adalah berkenaan dengan tibi. Bulan lalu ada keluar satu artikel dalam majalah Persatuan Perubatan Malaysia dan menyatakan, I baca dengan bahasa Inggeris dengan izin, “The notification rate has gone up since 1990 from 61 per 100,000 population to 81 per 100,000 population in 2014”. Jadi ertinya, kadar kes baru tibi telah naik 30% dalam 15 tahun ini.
Saya ingat satu fakta yang sebabkan ini adalah kita punya Kementerian Kesihatan, mereka abaikan prinsip-prinsip kesihatan umum.
Saya bagi satu contoh, dalam satu surat pekeliling yang dikeluarkan pada tahun 29 Disember 2014, dikeluarkan oleh timbalan Ketua Setiausaha dalam Kementerian Kesihatan dalam seksyen, poin number 10, dia menyatakan macam ini, “Pelaporan pendatang asing tanpa izin yang datang ke hospital kesihatan dan klinik.” So, dia minta, sesiapa PATI yang datang ke hospital kerajaan, jika dia tak ada dokumen yang sah, hospital ataupun klinik mesti beritahu kepada pihak berkuasa yang berkenaan seperti Jabatan Polis, Jabatan Imigresen.
Jadi ertinya, jika ada seorang sekarang PATI yang ada batuk, mungkin dia ada tibi, dia akan takut pergi ke hospital kerajaan. Dia akan rawat sendiri dan dia akan terus batuk di tempat kerja dia, di tempat duduk dia, dalam bas kita dan ini akan merebak orang lain.
Jika you hendak tangkap orang tanpa dokumen, tangkaplah, tangkap luar.
Akan tetapi jangan campur dengan rawatan mereka kerana prinsip dalam public health ialah orang yang sakit, kita kena kenal pasti, kita kena bagi ubat yang berkesan, dia tak akan merebak. Bila you campur polisi Jabatan Imigresen dengan kesihatan, that is the wrong way to go. So, it is quite, it is amat mengecewakan kerana kita tengok kita punya Kementerian Kesihatan, ada pakar-pakar yang belajar di Harvard, belajar di Oxford, Cambridge datang balik tetapi dia amalkan satu program macam ini, yang begitu mengecewakan kerana ini akan membawa kepada the spread of tibi. Okey, saya sudah hantar surat berkaitan ini kepada Yang Berhormat Menteri.
Saya harap dia akan jawab saya ataupun dia akan tukar polisi ini. Saya ingat rawatan di hospital tidak boleh dikaitkan dengan penguatkuasaan undang-undang Imigresen. Kita mesti buka hospital kita untuk semua pesakit termasuk imigran, termasuk PATI supaya kita dapat cegah penyakit-penyakit yang berjangkit. Okey, isu ketiga yang saya akan sentuh adalah satu private member’s bill yang saya telah kemukakan kepada Speaker dan kepada Setiausaha Dewan. Ini berkaitan dengan pindaan pada Kanun Tanah Negara atau National Land Code.
Di National Land Code kita ada satu seksyen 214A yang sekarang ada, dia mewajibkan pertubuhan satu jawatankuasa di tiap negeri untuk memantau pemecahan tanah
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
perladangan supaya jaga kepentingan pekerja estate. Ini pada masa fragmentation supaya orang estet tidak dihalau daripada rumah-rumah mereka. Ia ada Estate Land Board di tiap negeri.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
So, saya tiru kaedah itu dengan mengadakan 214B, ini pindaan saya, untuk tubuhkan satu lagi jawatankuasa tanah untuk memantau pelupusan tanah kerajaan kepada pihak-pihak lain. Tanah-tanah kerajaan yang dipakai oleh petani kecil ke pihak lain. Pada masa ini di Perak, ada 800 petani kecil yang tanam sayur yang diancam oleh pembangunan. Tanah mereka di alienate, dilupuskan kepada syarikat-syarikat swasta dan petani yang sudah pakai tanah ini untuk satu generation, dua generation, mereka diusir keluar. Ini bawa masalah untuk petani itu dan juga dia bawa masalah pada tahap sara diri kita dalam sayur-sayuran. Pada masa ini hanya 60% daripada sayur yang kita makan di Malaysia ditanam di Malaysia. Lain semua kita import.
So, saya telah bawa pindaan ini untuk bawa seksyen 214B supaya satu jawatankuasa baru boleh ditubuhkan untuk memantau, untuk menjaga hak kepentingan petani kecil dan pastikan jika tanah mereka diambil, mereka diberi tanah yang lain. Akan tetapi, apa yang amat mengecewakan ialah usul saya masih belum disyorkan dalam agenda mesyuarat kita walaupun diberi pada 11 Februari tapi sampai sekarang sudah sampai hampir dua minggu dalam Parlimen, usul itu masih belum disenaraikan dalam list kita.
Saya pun sudah hantar satu surat kepada Speaker dua hari dulu. Saya tanya kenapa macam ini? Saya sudah ikut semua peraturan and met all the time limits. So saya rasa ini pentinglah. Kita katakan world class parliament. Akan tetapi, jika legislator tak boleh bawa ke Parlimen satu idea untuk dibahas, then apa ertinya world class? Kita sekarang hanya bincang isu yang dibawa oleh eksekutif. Jika legislatif bawa – saya tak kata kita mesti meluluskan dalam kaedah yang saya bawa. Akan tetapi, kita mesti buka untuk perbincangan dan mungkin kita akan dapat idea yang lebih baik untuk menangani masalah ini. So, saya haraplah minggu depan saya boleh nampak dalam agenda kita usul yang saya bawalah.
Isu keempat yang saya akan sentuh – saya ada lagi satu dua minit – ialah saya mahu cakap terima kasihlah kepada IGP kita, Ketua Polis Negara, kerana tindakan beliau dalam menangkap Yang Berhormat Lembah Pantai dan tahan dia semalaman itu memberi kita satu peringatan penting pada masa ini bahawa kita harus waspadalah. Dalam 10 hari saya rasa, kita akan dengar rang undang-undang Prevention of Terrorist Act (POTA) di mana kerajaan minta lagi kuasa untuk polis untuk tahan tanpa dibincang di mahkamah, tahan dua tahun, sambung lagi dua tahun macam ISA dia akan minta. Dia kata ini untuk keperluan negara.
Jika polis profesional, jika polis telus, kita boleh bagi. Akan tetapi, dalam akta ini – bila Yang Berhormat Lembah Pantai pergi ke balai, kenapa tak ambil statement, lepas itu hantar dia balik? Saya tahu polis ada kuasa untuk tahan dan tangkap orang. Memang ada kuasa. Bila tangkap orang memang ada kuasa untuk tahan satu malam sebelum panggil majistret itu untuk reman. Akan tetapi, kuasa itu kena dipakai secara yang baik, secara yang profesional untuk buat siasatan. Bukan untuk hukum, bukan untuk seksa orang dan bukan untuk ugut dan takutkan orang ramai.
So, polis tunjuk mereka tak profesional, mereka boleh pakai kuasa dia dalam sistem politik. Kita kena tengok adakah kita ini berani bagi mereka lebih kuasa bila mereka tidak ada self control. Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Boleh sedikit ya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Yang Berhormat Sungai Siput, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Sungai Siput. Setuju dengan saya apabila seseorang ditahan ya, dipanggil oleh polis untuk beri statement di bawah seksyen 112 Kanun Kesalahan Jenayah, orang yang dipanggil itu berhak untuk berdiam diri. Dia berhak untuk tidak mahu menjawab apa-apa soalan apabila soalan itu implicate dia. Pada kebiasaannya, kebanyakan ahli politik yang ditahan ini dia tak nak beri statement pun.
Maknanya, the most you boleh tahan mungkin dalam tak sampai satu jam pun.
Kalau dalam Akta Hasutan pun apa lagi you nak siasat selain daripada ambil statement? Itu yang saya hairan sampai nak reman tiga hari, sampai nak tahan 24 jam ini. Setuju dengan
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
saya, ini satu benda yang langsung tidak munasabah kecuali nak harass orang yang ditahan itu. Setuju atau tidak?
Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sungai Siput, gulung.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Ya, saya gulung. Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya ingat betul sebab ini jelas membuktikan polis kita tidak boleh diberi lebih kuasa kerana mereka tidak tunjuk kematangan dan sikap profesional.
Saya gulung dengan poin yang terakhir. Saya hanya nak sentuh sahaja. Kita ada 80,000 orang Rohingya. Daripada itu, setengah mereka sudah dapat pengiktirafan daripada UNHCR sebagai orang pelarian. Akan tetapi masalah di Malaysia, kita tak asingkan pelarian daripada pendatang asing tanpa izin. Ini walaupun mereka dapat status pelarian, mereka tak dapat kerja secara yang sah. So mereka kena curi-curi kerja, mereka tak dapat perlindungan daripada undang-undang dan mereka dibuli.
So, saya rasa walaupun kita tak mahu sign convention UN berkaitan pelarian, at least kita boleh bantu dia sedikitlah kerana mereka Rohingya ini di negara mereka, mereka didera. Mereka ada banyak masalah. Datang sini pun kita tak beri mereka layanan yang baik. So, saya haraplah kita boleh kaji balik. Mungkin bagi mereka permit kerja. Kita ada dua juta lebih pekerja asing. Kita bagi mereka juga permit kerja. Terima kasih.
Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana turut diberi peluang untuk berbahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membawa Dewan yang mulia mendengar satu petikan daripada sejarah silam Sulalatus Salatin...
*[Membaca petikan] “Hatta berapa lamanya berjalan itu datanglah ke negeri Langgiu.
Dahulu negeri itu, negeri kotanya daripada batu hitam. Sekarang lagi ada kota itu di Hulu Sungai Johor. Adapun nama asalnya Langgiu itu dengan bahasa Siam ertinya perbendaharaan permata. Maka, adalah nama rajanya Chulan akan baginda ini raja besar. Segala raja-raja di bawah angin dan hukumnya.”* Dalam teks ini dikatakan bahawasanya terdapat sebuah kota berbatu hitam di Hulu Sungai Johor. Sejauh manakah perkara yang diungkapkan dalam Sulalatus Salatin itu adalah benar?
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Tun Sri Lanang telah dititahkan oleh Raja Abdullah, adinda Sultan Allaudin untuk menyusun kitab Sulalatus Salatin atau sejarah Melayu pada 13 Mei 1612 Masihi. Sultan Johor beri amanat membukukan kisah serta riwayat raja Melayu dan adat istiadat supaya tidak hilang sampai kiamat. Benarkah bahawa tempat yang dimaksudkan di dalam Sulalatus Salatin itu sebenarnya merujuk kepada Kota Gelanggi? Beberapa tahun yang lalu, terdapat berita-berita yang menakjubkan berikutan dengan penemuan tinggalan-tinggalan bangunan bersejarah di Kota Gelanggi. Sejauh manakah perkara ini benar dan apakah tindakan serta usaha kerajaan untuk menonjolkan sejarah silam itu kepada rakyat Malaysia?
Pada bulan Jun 2008, akhbar Star memaparkan penemuan Kota Gelanggi sebagai tajuk utama, “Lost city believed to found in Johor". Ini merupakan satu berita yang cukup menarik mengenai sejarah silam tanah air ini. Kota lama yang berusia 1,000 tahun itu kemungkinan besar sebuah kota yang lebih tua daripada Angkor Wat di Cambodia dan Borobudur di Indonesia telah ditemui di kawasan hutan padat di negeri Johor. Dipercayai tempat ini adalah Kota Gelanggi ataupun perbendaharaan permata seperti yang telah diungkapkan oleh Tun Sri Lanang.
Saya meminta penjelasan terperinci daripada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mengenai penemuan kota bersejarah ini dan langkah-langkah yang telah
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
diambil oleh kerajaan untuk mendedahkan fakta sebenar yang mungkin boleh mengubah landskap sejarah negara ini.
Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara ketika itu, Dato’ Adi Taha, pernah berkata satu ekspedisi arkeologi akan dibuat untuk mengenal pasti lokasi kota yang hilang itu dan memperuntukkan ekspedisi ini akan dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Adakah ekspedisi ini telah dilaksanakan? Berapakah jumlah wang telah dibelanjakan dan apakah hasil penemuan ekspedisi tersebut?
Penulisan Raimy Che-Ross telah diterbitkan dalam Journal of The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 2004. Dalam kertas kerja beliau, dinyatakan bahawa tempat ini telah diserang dan ditawan oleh Raja Rajendra Chola I daripada Dinasti Chola India Selatan dalam lingkungan tahun 1025 selepas Masihi.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua. Sistem pendidikan negara kita semakin hari semakin merosot. Setiap orang yang mempunyai kepentingan dan minat dalam bidang akademik, maklum akan kebenaran ini. Ini termasuk ibu bapa, guru-guru, kakitangan akademik, pensyarah-pensyarah, majikan-majikan dan badan-badan ikhtisas, amat sedar akan kelemahan sistem pendidikan negara kita.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Sejak sepuluh tahun kebelakangan ini, sistem pendidikan negara kita tidak menunjukkan prestasi yang menggalakkan. Walaupun kita lihat ramai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat UPSR, SPM dan STPM, namun ini tidak bermakna sistem pendidikan kita telah mencapai tahap kecemerlangan. Bilangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang seperti memperoleh A dalam semua mata pelajaran meningkat setiap tahun tetapi ini tidak menjamin mutu pelajaran yang boleh dibanggakan.
Jika sistem pendidikan kita tidak ada standard, maka keputusan cemerlang yang diperoleh oleh pelajar-pelajar itu juga tidak bermakna langsung. Pada masa ini, agak sukar untuk membezakan di antara pelajar yang berprestasi baik dan pelajar yang berprestasi cemerlang. Ini kerana kedua-dua pelajar tersebut boleh mendapat A dalam semua mata pelajaran.
Baru-baru ini, Menteri Pendidikan terkejut apabila beliau disedarkan bahawa prestasi pelajar-pelajar negara kita amat rendah dan lemah di peringkat antarabangsa.
Saya juga turut terkejut kerana Menteri Pendidikan tidak mengetahui tentang tahap ataupun prestasi pendidikan negara kita selama ini. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa mengaku hal ini kerana ini bukanlah rahsia yang boleh ditutup. PISA telah membuat penilaian ini pada awal bulan Disember 2013 dan merumuskan bahawa prestasi pendidikan Malaysia adalah pada kategori satu pertiga ke bawah di peringkat antarabangsa. Walaupun jutaan ringgit dibelanjakan untuk bidang pendidikan tetapi tidak menunjukkan hasil yang membanggakan. Ini bukanlah kegagalan pelajar-pelajar kita tetapi kegagalan Menteri Pendidikan untuk meningkatkan prestasi pendidikan ke tahap yang lebih cemerlang. Adalah memalukan apabila prestasi pendidikan Thailand lebih baik dari Malaysia.
Adakah Tuan Yang di-Pertua tahu bahawa seorang pelajar berumur 15 tahun di Malaysia ketinggalan empat atau lima tahun pendidikan berbanding dengan pelajar yang berusia sama di Singapura dan Korea Selatan? Menteri Pendidikan pernah menyebut bahawa anak-anak kita mendapat pendidikan yang lebih baik jika dibandingkan dengan anak-anak di Amerika Syarikat, Britain dan Germany. Saya tidak tahu sama ada beliau masih berani mengulangi kata-kata ini sekali lagi di Dewan yang mulia ini. Menteri Pendidikan II pula pernah menyebut sistem pendidikan Malaysia adalah world class tetapi Times Higher Education pula membuktikan bahawa Menteri Pendidikan II kita masih bermimpi walaupun kelambunya terbakar.
Dalam World Reputation Rankings 2015, Malaysia gagal menempatkan namanya di senarai seratus universiti terbaik di dunia. Saya minta Menteri Pendidikan II nyatakan di manakah kedudukan universiti-universiti negara kita di peringkat antarabangsa. Dua daripada universiti negara jiran kita, Singapura termasuk dalam senarai seratus universiti
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
terbaik iaitu National University of Singapore dan Nanyang Technological University. Walaupun kita mempunyai 31 buah IPTA dan 1,413 program yang telah mendapat perakuan akreditasi dan ratusan IPTS tetapi adalah memalukan apabila institusi-institusi pengajian tinggi ini tidak mendapat tempat dan pengiktirafan di peringkat global. Negara kita mempunyai dua orang Menteri untuk pendidikan tetapi gagal untuk membuktikan tahap kecemerlangan pendidikan.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen Tanjong Karang telah menghina Majlis Peguam di Dewan Rakyat dalam ucapannya minggu lepas. Majlis Peguam Malaysia ditubuhkan di bawah Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara 1947 yang kemudiannya digantikan oleh Akta Profesion Undang-Undang 1976. Pada masa ini, Majlis ini dianggotai oleh lebih daripada 15,000 orang ahli. Majlis Peguam merupakan satu badan yang sangat dihormati dan mempunyai status yang disegani oleh semua. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Tanjong Karang telah membuat kenyataan-kenyataan yang cukup menghina dan menggugat maruah organisasi tersebut. Beliau berhujah seolah-olah pemimpin- pemimpin Majlis Peguam adalah bodoh dan diperalatkan oleh pihak pembangkang. Beliau berkata Majlis Peguam telah tersasar jauh dan menjadi juru cakap parti-parti pembangkang.
Ini ialah satu kenyataan yang tidak berasas dan mempunyai niat jahat untuk memburukkan imej Majlis Peguam Malaysia. Pemimpin-pemimpin Majlis Peguam ialah golongan cendekiawan dan profesional, tidak patut dihina dengan kata-kata yang boleh mencemarkan nama baik badan itu. Majlis Peguam mungkin mempunyai pendapat ataupun pandangan yang sealiran dengan pembangkang dalam beberapa isu. Ini tidak bermakna Majlis itu menjadi jurucakap pihak pembangkang. Majlis Peguam menjalankan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.
Untuk mencapai matlamat itu, Majlis Peguam berusaha untuk membetulkan yang tidak betul terutamanya mengenai perkara-perkara yang melibatkan undang-undang negara. Bukan sekadar menjaga kepentingan ahli-ahli, malah Majlis Peguam juga harus menjalankan peranannya sebagai satu badan yang menjadi alat semak dan imbang, check and balance dalam apa jua salah laku dalam sistem perundangan di negara kita. Ini juga merupakan tanggungjawab penting badan itu yang tidak boleh dianggap sebagai anti- establishment.
Majlis Peguam tidak menghina mahkamah apabila badan itu mempersoalkan isu penghakiman yang dibuat terhadap Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim. Majlis Peguam membuat kritikan yang membina supaya badan kehakiman negara tidak diperalatkan oleh pihak Eksekutif untuk kepentingan politik. Yang Berhormat Tanjong Karang harus sedar bahawa Majlis Peguam juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga nama baik dan integriti badan kehakiman. Ini adalah penting untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman kita yang sudah jauh tersungkur.
Yang Berhormat Tanjong Karang juga memberi cadangan kepada Dewan Rakyat untuk meluluskan satu undang-undang supaya diwujudkan satu lagi badan peguam untuk melumpuhkan Majlis Peguam yang sedia ada. Saya pasti beliau mempunyai niat jahat untuk menubuhkan satu lagi badan peguam pro Barisan Nasional untuk bersaing dengan Majlis Peguam yang sedia ada.
Kenyataan beliau juga membuktikan ketakutannya kepada Majlis Peguam yang lantang menyuarakan beberapa isu kontroversi seperti kes Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, isu kalimah Allah dan Akta Hasutan yang masih tidak dimansuhkan. Saya ingin mengatakan di Dewan yang mulia ini, Majlis Peguam ialah badan bebas yang mempunyai hak untuk menegakkan keadilan di negara kita. Teguran, pandangan, bantahan dan tindakan badan itu adalah sejajar dengan amalan demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kebebasan bersuara, berpersatuan dan berhimpun.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan telah melancarkan projek NAAM untuk membantu belia-belia India dalam bidang pertanian terutamanya dalam penanaman cili. Saya ingin mengetahu, berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan setakat ini untuk melaksanakan program tersebut? Saya juga ingin mengetahui, berapakah wang peruntukan itu disalurkan kepada belia-belia yang berminat menceburi bidang penanaman cili? Saya agak tertarik apabila mengetahui bahawa pembiayaan projek penanaman cili ini sebenarnya disalurkan ataupun dipinjamkan melalui TEKUN. Jika belia-belia mendapat pinjaman daripada TEKUN, bagaimanakah wang yang diperuntukkan melalui NAAM itu pula akan digunakan? Adakah NAAM membiayai pinjaman TEKUN? Jika ya, nyatakan mekanisme transaksi di antara NAAM dan TEKUN. Setakat ini,
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
berapakah jumlah wang yang telah disalurkan daripada NAAM kepada TEKUN untuk membantu belia-belia India?
Tuan Yang di-Pertua, sebuah sekolah Tamil di kawasan Parlimen Batu Gajah iaitu SJK(T) Menglembu memerlukan peruntukan untuk membina bangunan baru. Saya telah membangkitkan isu ini sejak tahun 2008 di Dewan Undangan Negeri Perak dan juga melalui media massa. Saya juga pernah membangkitkan ini kepada pihak Kementerian Pendidikan beberapa kali. Saya mendapat maklumat daripada pihak tertentu bahawa kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang untuk membina bangunan baru sekolah tersebut pada tahun ini. Saya ingin Menteri Pendidikan menyatakan berapakah jumlah wang yang telah diperuntukkan untuk pembinaan sekolah tersebut dan bilakah projek ini akan dimulakan? Adalah baik jika Menteri dapat memberi penerangan terperinci tentang struktur bangunan yang dicadangkan.
Saya juga ingin mengetahui status sekolah Tamil baru yang dijanjikan di kawasan Serendah. Saya diberitahu bahawa terdapat masalah di antara Lembaga Pengelola Sekolah dan Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Hulu Selangor dalam isu pelantikan perunding dan kontraktor. Saya mohon penjelasan Timbalan Menteri Pendidikan mengenai perkara yang dibangkitkan. Pada masa yang sama, saya juga ingin mengetahui projek-projek pembinaan sekolah-sekolah Tamil yang baru dan projek-projek membaik pulih sekolah-sekolah Tamil yang lama yang sedang dilaksanakan di seluruh negara pada tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2014, Malaysia telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran. Misteri MH370 dan letupan MH17 telah menjadi kenangan pahit yang tidak mudah dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Kehilangan nyawa penumpang-penumpang kapal terbang ini telah menjadi isu yang teramat besar dan menjadi perhatian seluruh dunia.
Akan tetapi, kita perlu sedar bahawa ratusan malah ribuan nyawa juga terkorban di jalan raya setiap tahun di negara kita. Perkara ini tidak menjadi isu utama ataupun tajuk perbualan hangat dalam kalangan kita. Pihak media melaporkan kemalangan jalan raya hampir setiap hari tetapi perkara ini tidak dipedulikan langsung oleh kebanyakan daripada kita. Nyawa orang yang mati di jalan raya juga sama nilainya dengan nyawa orang yang mati dalam malapetaka kapal terbang.
Walaupun terdapat usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutamanya pada musim perayaan tetapi masalah ini masih tidak dapat ditangani dengan baik. Kemalangan yang melibatkan bas juga kerap berlaku semasa musim perayaan. Kalau kita melihat kepada statistik, sebanyak 140 kes kemalangan yang melibatkan bas telah berlaku sejak tahun 2007 iaitu dalam tempoh lapan tahun.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Secara purata 18 kes kemalangan yang melibatkan bas berlaku setiap tahun di negara kita. ini adalah satu angka yang amat memeranjatkan dan menggerunkan.
Kementerian Pengangkutan harus merangka rancangan-rancangan khas dan menggariskan pelan-pelan strategik yang berfungsi untuk memastikan kemalangan seperti ini dikurangkan atau tidak berlaku lagi. Kerajaan melalui semua agensi yang bertanggungjawab menjaga keselamatan di jalan raya harus memberi iktibar mencari jalan terbaik supaya tahun 2015 bebas daripada insiden kemalangan yang melibatkan bas.
Tuan Yang di-Pertua, tahukah Tuan Yang di-Pertua mengikut data yang diberikan oleh World Resources Institute (WRI) 25,810 hektar kawasan hutan paya bakau telah digondolkan dalam jangka masa dua belas tahun. Luas kawasan yang dimaksudkan ini adalah lebih besar daripada keluasan keseluruhan kota raya Kuala Lumpur. Jumlah kehilangan ini dikatakan tiga kali lebih besar daripada aktiviti penebangan hutan paya bakau di peringkat global. Malaysia telah kehilangan 4.6% hutan paya bakau dari tahun 2001 hingga tahun 2012 berbanding dengan peringkat global iaitu hanya 1.38% yang melibatkan 192,000 hektar kawasan hutan paya bakau dalam tempoh yang sama.
Sekurang-kurangnya 1,000 hektar tanah paya bakau lenyap di bumi Malaysia setiap tahun dengan mencatatkan jumlah tertinggi pada tahun 2009 iaitu seluas 4,052 hektar.
Doktor Atleg Satyamurti dari Universiti Malaysia Terengganu pula mendakwa kehilangan kawasan hutan paya bakau mungkin lebih besar daripada yang dibongkarkan oleh World Resources Institute. Penggondolan hutan paya bakau secara berleluasa dan tidak terkawal akan membawa banyak masalah dan malapetaka akibat ribut dan banjir
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
besar. Pada masa yang sama, binatang liar tertentu juga akan hilang habitat akibat gangguan ekologi. Saya tidak tahu bagaimana kerajaan boleh menutup mata dan membiarkan perkara ini berterusan walaupun kita mempunyai pelbagai perundangan dan agensi penguat kuasa tetapi masalah ini dibiarkan berlanjutan. Pada masa ini, terdapat 551,333 hektar hutan paya bakau di negara kita. Kita harus selamatkan hutan ini supaya anak cucu kita dapat menikmati kebaikan daripadanya. Apakah langkah-langkah serius yang akan diambil oleh kerajaan untuk melindungi hutan yang masih ada itu?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengetahui apakah tujuan sebenar pihak-pihak tertentu mencetak dan mengedar naskhah Al-Quran secara percuma kepada orang-orang bukan Islam. Adakah naskhah Al-Quran itu juga akan diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah seperti yang di propaganda oleh pihak-pihak tertentu?
Ketua Pengarah JAKIM pula berkata buku suci Al-Quran diedarkan oleh Malaysia Reverted Muslim (MRM) kepada orang ramai yang datang mendekatinya untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Islam. Beliau menambah lagi buku suci yang diterjemahkan itu diedarkan tanpa memaksa mana- mana pihak. Pertama sekali, saya ingin mengetahui benarkah MRM terlibat dengan projek mengedar kitab suci Al-Quran itu seperti yang didakwa oleh Ketua Pengarah JAKIM.
Isu pengagihan 1 juta naskhah Al-Quran yang diterjemahkan dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil kepada orang bukan Islam tersebar luas dalam media komunikasi sosial. Saya ingin mengetahui kebenaran fakta yang disebarkan itu.
Mesej yang diedarkan itu menimbulkan kebimbangan dan rasa tidak selesa di kalangan orang-orang bukan Islam. Saya juga ingin mengetahui sama ada benar atau tidak Yayasan Maklumat dan Khidmat Islamik telah mencetak terjemahan kitab suci itu untuk diedarkan kepada orang-orang bukan Islam. Saya juga difahamkan usaha terjemahan Al-Quran itu adalah program yang dinaungi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Adakah ini juga benar?
Kitab suci Al-Quran harus dihormati oleh semua orang. Saya risau pelbagai masalah boleh timbul jika kitab itu diedarkan kepada bukan Islam yang mempunyai amalan dan kepercayaan yang berlainan. Kita harus menghormati hak kebebasan agama orang bukan Islam yang dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan. Pada hemat saya, adalah baik untuk semua pihak jika dapat kita elakkan isu-isu kontroversial terutamanya yang boleh menyinggung perasaan pelbagai pihak. Ini merupakan satu isu sensitif yang mudah diputarbelitkan. Oleh yang demikian, ia perlu ditangani dengan berhati-hati dan penuh bertanggungjawab.
Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme berpendapat bahawa penerbitan Al-Quran dalam empat bahasa itu bakal menggugat kepercayaan penganut bukan Islam. Oleh yang demikian, saya ingin mengetahui pendirian rasmi kerajaan dalam isu yang dibangkitkan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Boleh gulung Yang Berhormat.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, pegangan aset di kalangan kaum India adalah paling kecil jika dibandingkan dengan bumiputera dan kaum Cina. Walaupun sudah lebih 50 tahun kita merdeka namun kaum India masih tidak mempunyai hala tuju meningkatkan pegangan aset mereka. Mungkin ada segelintir usahawan India yang berpengaruh telah berjaya memiliki aset yang mengagumkan tetapi milikan mereka itu tidak memberi gambaran sebenar pegangan aset kaum India secara keseluruhannya. Sebilangan besar daripada orang-orang India tidak memiliki apa-apa aset lebih-lebih lagi aset-aset komersial yang tidak boleh dimimpikan langsung oleh kaum tersebut.
Saya terpaksa mempersalahkan Kerajaan Barisan Nasional dan pihak MIC yang kononnya memperjuangkan untuk kaum India tetapi gagal meningkatkan pegangan aset di kalangan kaum India yang ketinggalan jauh ke belakang. Adalah amat menyedihkan kerana setakat ini tidak ada apa-apa rancangan ataupun program tertentu untuk meningkatkan jumlah aset kaum India di negara ini. Kerajaan telah gagal mewujudkan agenda pemerkasaan ekonomi kaum India. Kaum India hanya dilihat sebagai fixed deposit apabila tiba pilihan raya umum. Setiap kali kita pilihan raya pelbagai janji kosong ditaburkan untuk memikat hati orang-orang India. Sejurus selepas pilihan raya kaum India tidak dipedulikan dan dibiarkan tanpa sebarang bantuan.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Kaum India tidak pernah dimasukkan dalam agenda utama ekonomi negara walaupun golongan ini amat memerlukan dan mengharapkan bantuan kerajaan. Setakat ini saya tidak nampak apa-apa hasrat murni kerajaan untuk membantu masyarakat India menambah nilai pegangan aset mereka. Saya juga tidak nampak apa-apa langkah yang telah diambil bagi tujuan tersebut. Masyarakat India cukup kesal dan kecewa dengan slogan ‘Nambikai’ Perdana Menteri yang sudah jadi menjadi tembikai kini. Sekian, terima kasih.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tarik balik, tarik balik!
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tarik balik apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dah berucapkah belum? Yang Berhormat Tanah Merah belum?
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Machang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Machang sudah belum?
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Belum, tidak ada. Masuk sahajalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya Yang Berhormat Machang.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Ya, belah sana sudah, belah sini balik. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan untuk saya turut sama berucap membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Terlebih dahulu saya ambil kesempatan di sini hendak merakamkan setinggi penghargaan tahniah kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan kerana semalam telah pun meluluskan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) sebulat suara di Dewan Undangan Negeri yang mendapat sokongan penuh daripada wakil- wakil rakyat daripada UMNO.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang diperkatakan oleh ramai Ahli Yang Berhormat dalam perbahasan ini berkaitan dengan banjir di Kelantan, maka saya pun hendak sentuh berkenaan dengan banjir ini kerana kawasan saya Machang juga merupakan antara salah satu kawasan yang paling teruk dilanda banjir antara empat jajahan yang teruk yakni Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Machang.
Dalam kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, 4,920 keluarga yang telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan atau rumah saudara-mara dan keseluruhan mangsa 20,000 orang mangsa. Jadi kesempatan ini sebelum saya lupa saya hendak ucap terima kasih kepada semua pihak Kerajaan Pusat, kerajaan-kerajaan negeri, bukan sahaja satu negeri tetapi banyak negeri yang datang membantu, Biro Kebajikan UMNO Malaysia yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Baling, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Saya kena sebut. Dia bantu, dia turun. Dekat kawasan saya tidak kurang daripada 10 kali dia pergi. Dalam hujan lebat, dalam selut, dalam banjir. Agensi-agensi kerajaan, NGO...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Yang Berhormat Gelang Patah pun turun.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
...Individu dan juga semua pihak yang telah mengambil satu langkah yang begitu prihatin. Ini Tuan Yang di-Pertua soal kemanusiaan.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Jadi, sehubungan dengan ini juga saya amat kesal kalau Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengatakan bahawasanya Kerajaan Kelantan tidak berbuat apa-apa. Ini saya yang terlibat dengan banjir ini, saya tahu. Siang malam. Kerajaan Negeri Kelantan mencuba sedaya upaya untuk membantu mangsa. Akan tetapi seperti mana kenyataan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri Besar Kelantan, bahawasanya mereka
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
tiada keupayaan dan kemampuan mereka amat terhad dan terbatas untuk membantu mangsa-mangsa banjir di dalam keadaan banjir luar biasa ini.
Maka, kita memuji sikap keterbukaan yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan, arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk segera mewujudkan jawatankuasa bersama yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan dan juga Yang Berhormat Jeli mewakili Kerajaan Persekutuan yang mana kita lihat melalui jawatankuasa ini suatu bentuk kerjasama dapat dirangka dan akhirnya dapat dilaksanakan, termasuk soal membina rumah-rumah kepada mangsa-mangsa banjir ini yang mana rumah yang musnah 100%, lebih kurang 3,000 rumah yang musnah tetapi rumah ini, mangsa banjir ini yang ada tanah sendiri, okey kita bina. Di Machang sendiri dan beberapa kawasan lain di negeri Kelantan, pembinaan sedang dijalankan. Mana-mana pemilik rumah, mangsa ini yang tidak ada tanah ini, maka kerajaan negeri sudah pun berjanji akan menyediakan tapak-tapak.
Maka, kita ucap terima kasih juga kepada kerajaan negeri.
Yang Berhormat Rantau Panjang ada menyebut Tuan Yang di-Pertua, bahawasanya kerjasama ini G2G, kita faham antara kerajaan dengan kerajaan. Antara Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri. Walaupun G2G, tetapi sebelum ini tidak adapun bentuk kerjasama G2G begini. Akan tetapi ini soal apabila berlaku musibah sebegini, maka barangkali ia suatu permulaan yang baik untuk membentuk kerjasama selain daripada banjir ini, barangkali kerjasama-kerjasama lain dapat diteruskan. Kalau kita hendak berlari 1000 langkah, 10,000 langkah, kita mesti mulakan dengan langkah yang pertama. Maka saya lihat langkah yang pertama semalam sudah berlaku di Dewan Undangan Negeri Kelantan yang mana hudud ini, Jenayah Syariah (II) ini sudah pun mendapat persetujuan bersama antara kerajaan negeri dan juga wakil rakyat-wakil rakyat UMNO daripada Kerajaan Pusat. Tak payah masuk PAS, PAS kena masuk UMNO.
Tuan Yang di-Pertua, berbangkit baru-baru ini adalah suatu malapetaka yang terbesar di dalam tempoh satu abad. Tidak pernah berlaku. Daripada saya kecil sampailah usia sekarang ini, kita biasa melalui fenomena alam begini. Akan tetapi banjir yang sebegini besar tidak pernah berlaku. Bayangkan air naik dengan begitu cepat. Dalam masa 1 jam, air boleh meningkat naik sampai 5 kaki ataupun 6 kaki. Mangsa tidak sempat hendak mengemas barang-barang keperluan mereka, barang-barang dokumen-dokumen yang penting, tidak sempat. Mereka hanya menyelamatkan nyawa, keluarga, anak-anak ke tempat yang tinggi dan tempat yang lebih selamat. Kadang-kadang kita merasakan tempat yang kita berpindah itu Tuan Yang di-Pertua, sudah tinggi. Tiba-tiba air yang tidak pernah sampai sebelum ini pun sampai ke tempat yang begini tinggi.
Jadi, yang menjadi persoalannya ialah kita tahu ini adalah kehendak daripada Allah SWT. Taburan hujan yang turun ini begini lebat dalam tempoh seminggu. Akan tetapi yang menjadi persoalannya ialah banjir kali ini ialah banjir lumpur. Banjir lumpur, air-air selut, lumpur yang dibawa dari kawasan-kawasan pedalaman yang tanah-tanah telah digondolkan untuk dijadikan kawasan pertanian ini dibawa ke hilir dan akhirnya telah menyebabkan banjir lumpur yang begini hebat. Maka di sini juga kita hendak minta kalau boleh Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri melihat apakah pendekatan yang boleh kita ambil dan kalau boleh soal lesen-lesen pertanian yang dikeluarkan ini hendaklah dihentikan dan dikaji semula.
Kalau sudah diluluskan tetapi belum lagi ditebas tebang, dikaji semula kalau boleh untuk kalau kita cakap soal tarik balik ini, mungkinlah suatu perkara yang mungkin menyalahi undang-undang. Akan tetapi mesti dicari suatu pendekatan Tuan Yang Di- Pertua, agar kawasan-kawasan ini dapat baki-baki yang belum ditebas tebang ini dapat dipelihara untuk mengelak banjir lumpur ini berlaku. Kita tidak tahu, mungkin banjir untuk tahun ini ataupun tahun depan, taburan hujan juga akan turun dengan banyak, maka akibatnya banjir lumpur akan terus berlaku dan kerugian dianggarkan hampir RM1 bilion, ratusan juta, hampir RM1 bilion termasuklah prasarana dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, apabila melihat soal banjir baru-baru ini, apa yang saya lihat ialah soal hospital. Hospital Kuala Krai terkepung. Hospital Kuala Krai duduk di atas bukit, terkepung. Hospital yang berhampirannya ialah Hospital Machang dan Tanah Merah.
Tanah Merah juga terkepung. Pada suatu ketika, saya terpaksa membantu pihak Hospital Kuala Krai untuk menghantar 1,000 liter minyak diesel untuk generator di sana. Maka di sini juga saya memohon dengan pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan untuk mengkaji semula, menaik taraf hospital di Machang kerana saya tengok helikopter yang membawa pesakit lalu lalang atas udara Machang. Berpuluh-puluh sehari, terpaksa membawa pesakit-pesakit yang tenat ini ke Hospital Kota Bharu. Malangnya dalam masa
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
yang sama, Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu juga dinaiki dan ditenggelami air.
Maka di Machang ini, Bandar Machang tidak terlibat, yang terlibat ialah kawasan penduduk dan kawasan kampung yang berdekatan dengan sungai sempadan dengan Tanah Merah. Maka saya minta di sini untuk kepentingan rakyat, di tiga atau empat jajahan dan kawasan ini agar kerajaan mengkaji balik supaya hospital di Machang ini dinaik taraf daripada segi peralatan dan wad, saya rasa daripada segi katil juga sudah agak mencukupi.
Daripada segi peralatan dan juga doktor-doktor pakar boleh ditempatkan di hospital-hospital di Machang ini.
Tuan Yang Di-Pertua...
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Boleh mencelah?
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Banjir?
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Banjir. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Machang. Yang Berhormat Machang, saya hendak tahu, memang banjir yang berlaku baru-baru ini suatu yang luar biasa. Cuma apakah Yang Berhormat Machang setuju pandangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengatakan bahawasanya Kerajaan Negeri Kelantan itu gagal menangani masalah banjir yang di Kelantan. Adakah setuju pandangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengatakan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS telah gagal menangani isu banjir?
Kedua, saya hendak tahu jugalah apa pandangan kerjasama antara Pusat dengan negeri, apa pandangan kerjasama ini di mana saya difahamkan, kita difahamkan jumlah rumah yang musnah akibat banjir ini lebih dekat 2,600. Apa yang dibuat kerajaan oleh negeri hanya lebih kurang 500 hingga 600, yang selebihnya, 2,000 lebih dibuat oleh Kerajaan Pusat. Jadi, apakah pandangan mengatakan kalaulah yang dinyatakan Kerajaan Pusat tidak membantu itu benar atau tidak? Terima kasih. Dua soalan sahaja.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Sebenarnya soal yang pertama tadi, saya sudah sebut dalam ucapan saya, mungkin Yang Berhormat Tanah Merah baru masuk. Kedua ini, soal membantu ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kalau ada orang mengatakan bahawasanya kerajaan pusat ada diskriminasi dalam soal membantu, ini tidak tepat dan tidak benar.
Barang-barang yang telah dihantar oleh Biro Kebajikan UMNO Malaysia khususnya, kita bagi semua. Contoh di kawasan Tanah Merah, saya tahu sempadan. Di Machang pun sama. Kita arahkan barang-barang ini mesti diagihkan kepada mangsa- mangsa yang rumah ditenggelami air. Kita tidak kira, soal ia parti PAS, ia pengikut PKR, sudah tentulah UMNO sendiri walaupun barang-barang ini barang UMNO. Kalau kira kita bagi pada ahli-ahli UMNO pun okey, orang lain tidak boleh nak kata kerana ini bukan barang kerajaan. Akan tetapi kita mengambil keputusan sebagaimana arahan yang kita terima dan memang itu pun niat kita. Ini soal kemanusiaan Tuan Yang di-Pertua. Kita hendak membantu semua mangsa banjir ini, tidak kira dari parti mana sekalipun dan percayalah apabila kita berniat baik dan melakukan sesuatu yang baik, akhirnya saya rasa rakyat akan terbuka pintu hati untuk menilai siapakah yang terbaik di kalangan yang terbaik ini.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin sentuh soal ancaman militan IS ini.
Ancaman ini adalah suatu ancaman yang besar, suatu ancaman yang patut ditangani segera, tanggungjawab mesti diambil bersama dan sasaran mereka kita lihat antaranya ialah negara-negara yang mengamalkan demokrasi.
Organisasi militan ini adalah untuk menyebarkan dakyah sesat mereka dengan menganggap negara demokrasi tidak mengikut syariat Islam yang sebenarnya dengan mengamalkan fahaman salafi jihadi ini yang menghalalkan pembunuhan terhadap sesiapa saja termasuklah ahli keluarga yang mana – bagi mereka yang menganggotai organisasi ini. Ingin saya mencadangkan di sini Tuan Yang di-Pertua, agar pendidikan Islam perlu diteruskan sebagai suatu subjek teras bukan sahaja di peringkat persekolahan tetapi juga di peringkat universiti kepada pelajar-pelajar Islam, tidak diwajibkan juga kepada pelajar- pelajar yang bukan Islam, kepada pelajar-pelajar Islam.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Ini kerana jika pendidikan Islam dijadikan satu objek teras di universiti, pelajar akan dapat memahami dengan lebih jelas pengertian setiap ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran. Kita yakin bahawasanya kerana kurangnya fahaman daripada kalangan mereka inilah yang menyebabkan mereka ini terlibat di dalam IS. Oleh itu pembelajaran usul fiqah ini di peringkat universiti perlu dijalankan Tuan Yang di-Pertua. Usul fiqah bermaksud pengetahuan terhadap hukum-hukum syarak yang bersangkutan dengan amalan mesti diambil kira daripada segi penjelasan dan juga kajian dalil-dalil secara terperinci.
Melalui pembelajaran ini pelajar dapat mengenal pasti maksud serta penghayatan sebenar ayat-ayat tersebut dan tidak mudah untuk dipengaruhi oleh organisasi militan yang berleluasa pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini pada tahun lepas, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengadakan lawatan kerja ke China, Beijing, Shanghai. Antara perkara yang telah dibangkitkan ialah yang dinyatakan dalam kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Pendidikan ialah hendak mewujudkan satu Fakulti Bahasa Melayu di dalam proses mengantarabangsakan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa, di Beijing.
Jadi, saya hendak bertanya pada Kementerian Pendidikan, sejauh manakah status program ataupun proses ini berjalan? Adakah belum dimulakan ataupun sudah dimulakan?
Kedua, adakah pihak kerajaan dan kementerian bercadang untuk melebarkan lagi ke negara-negara yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari serata dunia untuk belajar di mana-mana negara tersebut untuk kita terus mengembangkan bahasa Melayu ini dan dalam proses mengantarabangsakan bahasa Melayu ini dan yang kedua...
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Yang Berhormat Machang, boleh tanya?
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Mana ini? Oh! Yang Berhormat Gerik. Sila.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Kementerian Pendidikan ada bercadang pada tahun 2016 untuk pelajar-pelajar yang mengambil SPM mesti dapat kredit dalam bahasa Inggeris. Apakah sudah bersedia pelajar-pelajar kita di seluruh negara yang mana ketika ini tidak diambil kira kelulusan bahasa Inggeris tadi untuk lulus dalam SPM kecuali zaman kita dulu. Kalau dapat setakat lulus saja baru boleh satu, dua atau tiga, gred SPM masa kita dulu kan. Akan tetapi hari ini selepas suatu ketika dulu, lulus atau tidak lulus bahasa Inggeris, boleh dapat kelulusan SPM. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Machang? Sudah bersediakah pelajar-pelajar kita di seluruh negara untuk mendapat kredit dalam bahasa Inggeris untuk memastikan lulus dalam SPM.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Boleh gulung Yang Berhormat. Boleh habiskan.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Jawab dulu sedikit kemudian saya gulung. Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya melihat bahawasanya antara mata pelajaran yang sering kali menjadi killer subject kepada pelajar-pelajar SPM ini ialah bahasa Inggeris terutama bagi kawasan-kawasan luar bandar. Kalau kita tengok daripada segi pencapaian maka jawapannya bagi saya pelajar-pelajar belum bersedia. Memang belum bersedia. Jadi, kerajaan mesti melihat perkara ini secara serius kerana bahasa Inggeris ini ialah suatu bahasa yang penting, antarabangsa. Pihak kerajaan mesti melihat kemampuan dan perlu melakukan suatu penambahbaikan terhadap sistem pembelajaran bahasa Inggeris ini di sekolah-sekolah terutamanya kebolehan tenaga pengajar yang berada di luar negara. Kalaulah ianya dikuatkuasakan, mata pelajaran ini mata pelajaran wajib maka saya yakin ramai yang akan terkandas. Maka terima kasih kepada Yang Berhormat Gerik.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, kesimpulan yang saya hendak sebutkan di sini, soal IS yang saya sebut, soal banjir, apa-apa saja. Soalnya adalah kadangkala kita mesti ada sifat kebersamaan di kalangan kita. Kalaulah apa yang kerajaan buat baik maka seharusnya sebelah sana memberi sokongan kepada kerajaan, sebagaimana contoh yang ditunjukkan di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Kalaulah kerajaan melakukan kesilapan, maka bukan saja tanggungjawab pembangkang untuk menegur kerajaan dan kita yakin kita di sebelah kerajaan sendiri yang di sebelah sini pun, kita juga mengambil langkah dan sikap yang sama kerana kita juga bertanggungjawab di sini, mewakili rakyat dan untuk menegur kerajaan.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut dua perkara secara ringkas sahaja. Pertamanya ialah saya hendak memohon kepada pihak Kementerian Pendidikan agar dapat mewujudkan Pejabat Pelajaran Daerah Machang kerana Pejabat Pelajaran
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Daerah Machang ini masih menumpang di Sekolah Kebangsaan Tok Bok. Itu yang pertama.
Kedua sebuah sekolah Tingkatan Enam diperlukan, tambahan sekolah menengah Tingkatan Enam. Tanah pun sudah ada, tiga hingga empat lokasi sudah ada agar ianya dapat disegerakan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, kedua-dua ini di dalam first rolling plan kalau boleh dan minta boleh. Sekali lagi akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut berkenaan dengan hospital, seperti mana dalam ucapan saya, saya tegaskan lagi di sini saya minta kementerian, kerajaan dan Kementerian Kesihatan agar mempertimbangkan sehabis baik supaya dinaik tarafkan Hospital Machang ini dengan kelengkapan dan juga tenaga-tenaga doktor pakarnya sekiranya berlaku musibah seperti yang berlaku pada tahun lepas.
Maka sudah tentulah Hospital Machang ini adalah merupakan hospital utama yang boleh dianggap sebagai hospital penyelamat. Terima kasih di atas ruangan masa yang diberikan kepada saya. Saya menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuantan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang bagi saya untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, kita akui bahawa Kuantan antara kawasan yang pertama dilanda banjir sebelum banjir-banjir besar berlaku tempat lain. Kita belajar daripada kelemahan-kelemahan di Kuantan dan saya ingin mengucapkan terima kasih, tahniah kepada Menteri yang menjaga kebajikan, JKM, ‘a credit is due whenever it’s due’ dengan izin kepada Menteri yang menjaga JKM yang mendengar kepada saranan-saranan.
Apabila berlaku di Kuantan banjir, pusat penempatan banjir semuanya diuruskan oleh JKKK. Kita bagi tahu janganlah, tolonglah, jangan diuruskan oleh JKKK dan tahun lepas saya lihat ada penambahbaikan. Ada pusat yang diuruskan oleh Majlis, ada pusat yang diuruskan oleh pejabat daerah dan sebagainya. Kita lihat rata-rata dari segi pengurusannya lebih profesional dan lebih baik dan saya harap ianya dapat dikekalkan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Tuan Yang di-Pertua, cuma, apa yang harus kita tekankan bukan dari segi bagaimana kita membawa aspek kebajikan sewaktu banjir, bantuan ataupun bantuan pasca banjir ataupun SOP, tetapi apa yang lebih penting ialah kita lihat kepada bagaimana kita hendak membanteras ataupun mencegah banjir ini daripada berlaku.
Apa yang saya lihat Tuan Yang di-Pertua, ialah apabila pembangunan itu tidak seiring dengan infrastruktur, development ataupun pembangunan yang tidak lestari, jadi infrastruktur itu tidak dapat menampung pembangunan yang begitu pesat. Saya bagi contoh di Kuantan, di mana ada Jambatan Tanjung Lumpur. Jambatan Tanjung Lumpur itu wujud pada tahun 1994, mula digunakan pada tahun 1994. Tahun 1992 ia mula dibina. Ahli-ahli Yang Berhormat lain kalau pergi ke Kuantan, pergi makan ikan bakar di Tanjung Lumpur.
Akan tetapi tahukah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa selepas daripada jambatan itu hinggalah ke Kempadang, tidak ada sistem perparitan terancang. Sudah 20 tahun, dekat ya 20 tahun, tidak ada sistem perparitan terancang. Jadi air itu tidak ada tempat hendak mengalir. Kalau ada perumahan di situ, air mengalir ke dalam semak dan kemudian tidak ada hendak menghala ke mana. Perkara beginilah yang antara penyebab- penyebab banjir, punca kepada banjir. Infrastruktur itu tidak seimbang dengan development.
Jadi ini satu perkara yang saya pohon sangat Menteri menjawab kenapa perkara seperti sistem perparitan terancang tidak membangun sekali dengan jambatan yang dibina di mana development selama 20 tahun ini dengan tempat medan ikan bakarnya, dengan rumahnya, dengan hospitalnya, dengan pelbagainya tapi tidak ada sistem perparitan terancang. Jadi itu yang saya lihat berkenaan dengan banjir.
Cameron Highlands juga di Pahang mengalami banjir lumpur yang teramat teruk yang meragut nyawa. Walaupun ada di antaranya bukan nyawa warga Malaysia tetapi still
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
masih lagi meragut nyawa. Jadi ini yang kita lihat di Cameron Highlands. Timbalan Perdana Menteri menjadi Pengerusi Jawatankuasa pun tidak dapat hendak selesaikan masalah di Cameron Highlands. Hendak melihat kepada masalah kenapa jadi macam ini, kenapa ada pembangunan yang begitu pesat, ada tarahan di bukit-bukit, ada pekebun-pekebun haram dan sebagainya, Timbalan Perdana Menteri pun surrender angkat tangan, tidak boleh hendak buat apa. Jadi ini satu perkara yang amat membimbangkan, Tuan Yang di-Pertua.
Bercakap tentang Cameron Highlands, baru-baru ini ada laporan di dalam akhbar pada 7 Mac hasil daripada satu seminar yang menyatakan bahawa air di Cameron Highlands tercemar dengan pestisid yang diharamkan, banned pesticides, yang telah pun diharamkan daripada tahun 1990-an. Kita semua pergi ke Cameron Highlands bercuti, oh, beli sayur segar kononnya tetapi banned pesticides ataupun racun serangga yang telah diharamkan daripada tahun 1995 yang seingat saya, DDT masih lagi digunakan.
Didapati Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja di dalam air sungai tetapi di dalam air tadahan, catchment area, kawasan tadahan air dan juga di dalam air minum di Cameron Highlands. Tiga sumber air yang diselidik oleh pakar-pakar daripada universiti tempatan, didapati bahawa air minum, air tadahan, water catchment area dengan izin dan juga air sungai semuanya dicemari dengan racun serangga yang telah pun diharamkan, banned pesticides, dengan izin.
Ini satu perkara yang amat-amat merunsingkan kerana pestisid DDT ini dan pestisid yang diharamkan ini daripada golongan yang kita panggil persistent organic pollutants ataupun POP. Persistent organic pollutants ini Tuan Yang di-Pertua, saya bacakan dia punya ini, dengan izin, “Organic compounds that are resistant to environmental degradation through chemical, biological and photolytic process”. Maksudnya dia tidak lupus. POP ini adalah satu chemical, bahan kimia yang amat membahayakan dan dalam jangka masa panjang ia boleh ada kesan kepada manusia, tisu-tisu dalam manusia dan binatang. Dia juga ada kesan terhadap sistem endokrin di mana tidak lama lagi generasi, mungkin dua generasi akan datang, anak-anak yang lahir boleh cacat. Apabila sistem endokrin dan imun sistem ini rosak disebabkan oleh POP ini Tuan Yang di-Pertua, ia boleh merosakkan zuriat generasi akan datang.
Ini satu trap. Pada saya ini satu trap, satu ancaman yang amat besar kepada negara kita, kepada rakyat kita, kepada generasi akan datang. Kita ada Akta Pestisid 1974, kita ada EQA 1974 tetapi kita tidak boleh mengawal kegunaan racun serangga begini, pestisid yang telah diharamkan begini, yang akan mencemari bukan sahaja air, makanan, sayur dan alam sekitar kita. Saya bercakap dengan pakar daripada universiti tempatan dan mereka beritahu, it will find its way, dengan izin, kepada ekosistem dan kepah, kupang dan makanan laut, ikan dan sebagainya ada traces, sudah pun dijumpai racun-racun ini, POP ini di dalam ekosistem kita. Bukannya yang lama tetapi juga yang baru. Maksudnya kesan itu berterusan, accumulative, akan ditambah berterusan sekiranya kita tidak buat apa-apa.
Ini saya pohon sangat pihak eksekutif melihat kepada pindaan akta ataupun akta baru kalau perlu. Kita sekarang ini buat akta-akta yang menyusahkan rakyat. Kita buat GST, susahkan rakyat. Cubalah buat akta yang senangkan rakyat. Cubalah fikirkan tentang akta yang boleh membina rakyat, yang boleh selamatkan rakyat, yang lihat kepada macam mana hendak pastikan banjir tidak berlaku, hendak lihat bagaimana POP ini ataupun pestisid yang diharamkan ini tidak masuk ke dalam ekosistem kita. Ini saya minta sangat pihak eksekutif, pihak Menteri yang bertanggungjawab untuk menjawab hal ini.
Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk bertanya kepada pihak kementerian berkenaan dengan bauxite mining di Pahang. Baru-baru ini, satu syarikat HDL Global dan juga Borneo Oil and Gas Corporation (BOG) bekerjasama untuk satu kerja eksklusif mining work di Pahang selama 20 tahun untuk melombong mineral seperti bauxite dan juga bahan-bahan seperti emas. Pahang ini kaya, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi sekarang ini dengan perlombongan bauxite, kereta sudah macam celup tepung ya, penuh dengan debu warna merah. Rumah, anak-anak yang asma semuanya sudah terkena dengan kesan perlombongan bauxite. Baru-baru ini saya dedahkan berkenaan dengan run off daripada lombong yang masuk ke punca air di Sungai Kuantan. Kemudian dihentikan sekejap operasi lombong bauxite yang pada ketika itu di Bukit Gong, kemudian disambung balik.
Sekarang ini diberi pula 20 tahun ya, eksklusif mining work di Pahang. Ini saya amat risau…
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
…Dengan apa yang berlaku ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Boleh celah sikit?
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Kuantan, sedar tidak dalam masalah yang dikatakan celup tepung ini, dalam kawasan pelabuhan ada satu kampung dinamakan Kampung Selamat Pelabuhan dan ketua kampungnya adalah Ketua UMNO. Dia sendiri Ketua UMNO dan ketua kampung ada anak dua orang mati kerana lung problem. Juga satu lagi cucu yang juga mati kerana lung problem. Apakah Yang Berhormat sedar bahawasanya ini sedikit sebanyak mesti ada kaitan dengan apa Yang Berhormat sebut tadi.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota, sebenarnya ada banyak laporan yang mereka jumpa kita tetapi tidak berani hendak expose, tidak berani hendak bagi tahu, takut nanti mereka dipindahkan dan sebagainya. Malah laporan berkenaan dengan Lynas pun kita dapat tahu bahawa di Gebeng, di Sungai Ular memang ada masalah dengan pernafasan. Dia ada masalah dengan respiratori, masalah pernafasan di sana. Jadi betullah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota itu. Sama ada ia ada kaitan atau tidak, perlu ada kajian lanjut. Namun, it cannot be too coincidental.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Jadi ini yang saya tahu bahawa lesen untuk melombong diberikan oleh kerajaan negeri. Cuma saya hendak tahu daripada segi kementerian, apa dia penguatkuasaan? We have lax environmental laws, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Bagaimana kita hendak perketatkan, perkemaskan akta-akta, undang-undang kita, supaya dalam penguatkuasaan nanti kita boleh kawal perkara ini daripada berlaku. Sebab mereka gali tidak kira mana, mereka gali di belakang rumah orang pun mereka gali. Di tepi sungai pun mereka gali, air run off itu masuk ke dalam sungai dan akan mencemarkan sumber air dan kita minum pula.
Jadi, saya minta sangat Ahli-ahli Yang Berhormat dari Pahang yang sama-sama Rompin ada di sini, Kuala Krau kah, Bera kah, Lipis kah, Maran kah, sama-samalah kita perjuangkan nasib. Memanglah ada orang kaya daripada projek begini, tetapi mintalah kita fikirkan rakyat, kita fikirkan tentang masa depan generasi kita. Tadi sudah POP nya, banjirnya, bauxitenya dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, ini satu ancaman yang amat besar kepada alam sekitar kita, ekosistem kita, generasi masa depan kita. Kita harus berdiri di sini dengan tanggungjawab kerana kalau kita tidak buat apa-apa pada hari ini, tentu sekali generasi akan datang tidak perlu banyak. Saya baca dia kata dalam decades. Maksudnya, dua generasi pun sudah akan datang birth defects. Sebab dia akan effect endocrine system dan immune system. Bukan sahaja birth defects, tentu sekali masalah-masalah lain seperti kanser sebab 53 POP itu kebanyakannya ada karsinogen penyebab kepada kanser.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini saya hendak tunggu apa kementerian hendak cadangkan daripada segi penguatkuasaan perlombongan bauxite ini. Memang orang Kuantan sudah penat sangat, mereka penat sangat sudah sebabnya cuci kereta pagi, petang, sudah kotor balik. Sebab debu daripada lombong ini memang sudah tidak tahan. Itu yang kita nampak, yang kita tidak nampak, udara yang kita hidu dan mencemarkan kita punya paru-paru itu kita tidak boleh tunjuk. Akan tetapi kalau lalu di tepi highway itu, daripada exit Gambang ke exit Kuantan itu, tengoklah pokok-pokok kelapa sawit di tepi jalan itu. Pokok-pokok kelapa sawit itu sudah merah dah, merah pokok-pokok kelapa sawit.
Sungai warna tomato, warna jus tomato Tuan Yang di-Pertua, yang telah dicemari dengan aktiviti perlombongan ini. Jadi ini kita hendak tahu daripada segi kementerian, bagaimana penguatkuasaan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya ini permintaan orang Kuantan dan saya hendak sebut dan bila saya study balik, memang betul tidak ada akta untuk melindungi mereka.
Saya rasa bukan sahaja orang Kuantan bermasalah, orang di tempat lain pun bermasalah
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
tetapi mungkin wakil rakyat mereka tidak hendak sebut pasal perkara ini. Berkenaan dengan gores dan menang.
Gores dan menang ini daripada kita sudah study pelbagai akta dan kita tengok tidak ada akta yang boleh menangkap mereka yang terlibat dalam menipu orang ramai berkenaan dengan gores dan menang. Dia tahan orang ramai, makcik-makcik selalunya kena, pakcik-pakcik, dia suruh gores, lepas itu dia kata dapat hadiah, dapat hadiah TV lah, dapat hadiah vacuum lah tetapi tidak boleh dapat di situ, kena pergi satu tempat. Pergi di satu tempat itu dia kata untuk dapat hadiah ini kena beli ini, kena beli ini, kena beli ini.
Jadi makcik-makcik itu tidak ada duit, tidak hendak beli tetapi dia buat seolah-olah macam pressure, tekan sehinggakan makcik-makcik ini rasa takut, rasa macam kena beli.
Jadi banyak cara yang mereka gunakan. Ada mereka guna cara good, ada mereka guna cara macam menipu dan sebagainya. Akhirnya, makcik-makcik ini seolah-olahnya macam kena pukau, beli dan kemudian dapatlah hadiah yang dijanjikan tetapi setelah membeli barang harga RM3,000.
Apabila kita bincang berkenaan dengan akta-akta untuk melindungi orang ramai ini, tidak ada akta yang boleh melindungi mereka. Jadi ini juga satu lagi yang saya hendak dengar daripada pihak kementerian. Apakah yang akan disarankan untuk memastikan bahawa tidak ada lagi mangsa-mangsa gores dan menang?
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali sebelum saya gulung. Saya mendapat aduan dan saya tahu bukan juga di Kuantan sahaja masalah ini. Saya sudah tanya Menteri ‘Hal Ehwal Pengguna’ di luar Dewan sebab saya rasa tidak perlu dibawa dalam Dewan tetapi Menteri tidak mahu jawab. Jadi saya terpaksa jawab di dalam Dewan.
Berkenaan dengan kekurangan gas memasak. Aduan daripada suri rumah, orang ramai, tidak cukupnya gas memasak yang dibekalkan kepada orang ramai. Bukan sahaja kepada orang ramai yang kompelin tetapi peruncit juga kompelin sebab mereka kata mereka tidak dapat bekalan.
Akhirnya orang ramai terpaksa beli gas black market. Gas yang RM26.60 beli RM31 tepi jalan. Sebab mereka terpaksa masak. Mereka kata anak mereka balik sekolah tidak ada benda hendak makan. Mereka terpaksa masak, mereka terpaksa beli RM31 kah, RM32 kah mereka beli. Ini apabila saya tanya Menteri, Menteri tidak hendak jawab. Jadi terpaksalah saya bawa ke dalam Dewan dan saya pohon penjelasan, mengapakah perkara ini berlaku? Ini kerana yang setahu saya tidak ada masalah daripada segi bekalan. Akan tetapi masalahnya, tidak ada gas itu. Daripada segi production, tidak ada masalah tetapi ada masalah. Peruncit kata tidak ada, pengguna kata tidak ada.
Tidak tahu di mana masalahnya, apakah masalahnya? Sebab saya bercakap mewakili rakyat, saya bercakap mewakili suri rumah, saya bercakap mewakili bapa-bapa, anak-anak yang tengok anak kelaparan sebab tidak ada gas untuk memasak, jadi saya pohon penjelasan daripada Menteri. Jadi dengan itu, saya ucapkan terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya di akhir-akhir ini untuk turut serta dalam ucapan menjunjung kasih daripada ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
Saya hanya akan menyentuh dua, tiga perkara iaitu pertama sekali ialah berkenaan dengan masalah yang berkali-kali saya bercakap di dalam Dewan ini ialah yang pertamanya ialah berkenaan dengan masalah dadah negara kita ini, ancaman dadah yang melanda negara hari ini yang saya rasa banyak dalam kalangan kita di sini tidak berapa berminat mungkin. Ini kerana tidak banyak yang membahaskan soal ini maka saya berdiri pada hari ini untuk bersama-sama.
Saya gembira kerana dapat melihat sahabat saya, Yang Berhormat Kepong yang juga dalam Jawatankuasa PEMADAM Kebangsaan. Sekurang-kurangnya mengambil berat juga tentang masalah dadah hari ini. Pada tahun 1983, kerajaan telah mendapati bahawa dadah ini ialah satu masalah iaitu ancaman sosial yang boleh menggugat keselamatan negara. Justeru itu pada ketika itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
mengisytiharkan hari melancarkan Hari Antidadah Kebangsaan dan menyiarkan dadah adalah sebagai musuh nombor satu negara kita.
Ini dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Ekoran daripada itu, pada tahun 2004, Jawatankuasa Kabinet telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet membanteras gejala dadah di semua peringkat yang mana beberapa buah majlis dan jawatankuasa telah ditubuhkan. Namun demikian, kita masih dapati bahawa banyak lagi masalah yang kita hadapi dalam usaha kita untuk membanteras masalah dadah ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada ketika menjadi Perdana Menteri telah mengisytiharkan bahawa tahun 2015 ini Malaysia akan menjadi negara sifar dadah. Tidak ada lagi dadah di negara kita ini.
Akan tetapi malangnya sampai hari ini, kita masih menghadapi masalah yang cukup besar mengenai masalah penyalahgunaan dadah dan juga yang melibatkan belia- belia di negara kita. Di dalam statement yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri bahawasanya kebanyakan banduan yang ada di dalam penjara adalah lebih kurang 46%.
Mereka yang terlibat dengan jenayah ini adalah mereka yang terlibat dengan penagihan dadah. Saya selaku Yang di-Pertua juga mewakili PEMADAM, mewakili 162 buah daerah PEMADAM di seluruh negara berharap bahawa kerajaan mesti mengambil satu langkah yang tegas dalam usaha untuk memerangi dadah ini.
Kita mempunyai jawatankuasa di peringkat Kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia kita.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Kita ada juga di peringkat negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar di daerah- daerah, dipengerusikan oleh pegawai-pegawai daerah. Namun demikian masalah ini tidak dapat juga diselesaikan. Jadi saya berharap supaya kerajaan memandang serius dalam soal ini kerana kita lihat hari ini keadaan ini makin hari makin mudarat kepada rakyat dan juga masalah keselamatan di negara kita ini.
Saya lihat sekarang ini kalau kita tengok hari-hari berkenaan rampasan dadah, hari ini bukan berkurangan tetapi makin berlipat ganda jumlahnya dan juga rampasan yang begitu besar yang dibuat oleh pasukan keselamatan yang melibatkan pintu-pintu masuk di negara kita terutama sekali di Airport KLIA dan juga di sempadan negara kita. Jadi saya nampak bahawa usaha ini mestilah ditingkatkan.
Tuan-tuan dan puan-puan. Minta maaf, Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ini bukan kempen Yang Berhormat.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Kempenlah, kempen. Ahli- ahli Yang Berhormat, saya memohon kerjasama daripada semua pihak supaya kita mestilah bersama-sama dalam usaha kita untuk memerangi masalah dadah ini kerana dadah ini tidak kira anak siapa sama ada kita ini daripada parti mana sekalipun. Sama ada kita daripada DAP, daripada UMNO dan sebagainya. Jadi kita harap semua pihak memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam usaha kita membanteras masalah dadah ini.
Saya lihat sekarang ini contohnya di Kedah sekarang ini kita sedang menghadapi satu masalah iaitu air ketum. Ini masalah yang saya rasa paling serius sekali. Saya biasa merasmikan PIBG di sebuah sekolah. Sekolah menengah di dalam kawasan saya. Guru besar telah mengadu kepada saya bahawasanya sekolah yang berkenaan tandas lelaki sumbat. Biasanya tandas perempuan sumbat tetapi tandas lelaki telah sumbat. Apabila dibaiki didapati bahawa tandas yang sumbat itu adalah kerana plastik air ketum yang dibuang ke dalam tandas tersebut.
Pada dua tahun lepas saya sekali lagi hadir ke sekolah yang berkenaan iaitu sekolah menengah di dalam kawasan saya. Saya berasa terkejut apabila pengetua sekolah berkenaan dalam ucapan perasmian PIBG tersebut mengatakan bahawa sekolah itu telah menjalankan saringan atau urine test yang dibuat bersama dengan AADK yang melibatkan hanya 30 orang pelajar sekolah berkenaan. Daripada 30 orang pelajar sekolah yang berkenaan, enam orang adalah mereka yang telah didapati positif syabu. Maknanya daripada air ketum, mereka hari ini telah menjadi penagih syabu. Ini daripada 30 orang pelajar. Ini saya rasa satu masalah yang besar.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Jadi oleh sebab itu dalam Dewan yang mulia ini saya berharap bahawa pertama sekali Kementerian Pelajaran terutamanya di negeri Kedah mestilah membuat pemantauan yang teliti mengenai mereka pelajar kita yang terlibat dengan masalah gejala air ketum yang menjadi makin hari makin serius dan hari ini mereka daripada penagihan air ketum mereka telah terlibat dengan penagihan dadah. Jadi kita harap kementerian mestilah membuat kajian yang serius dalam perkara ini berapa ramai pelajar-pelajar di sekolah- sekolah terutamanya di utara negara kita iaitu di Kedah, di Perlis dan juga di Perak Utara dan sekarang ini masalah air ketum ini telah sampai ke negeri-negeri lain.
Selain daripada itu juga, saya berharap supaya akta-akta yang saya pernah kemukakan di Dewan ini iaitu akta membendung bagaimana kita boleh ambil tindakan kepada pengusaha-pengusaha air ketum itu disegerakan kerana benda ini sudah berkali- kali kita kemukakan di dalam Dewan ini tetapi sampai hari ini hanya saya difahamkan ia akan dibawa oleh Kementerian Kesihatan di mana hukumannya tidaklah setanding dengan hukuman di bawah Akta Dadah Berbahaya. Jadi saya harap supaya KDN melihat kembali berkenaan akta-akta yang lebih sesuai yang perlu kita guna untuk membanteras masalah salah guna pokok ketum ini.
Selain daripada itu juga iaitu isu yang kedua ialah berkenaan dengan pemeliharaan sumber pertanian iaitu khasnya di laut. Kita dapati bahawa akhir-akhir ini kebersihan sumber laut makin menjadi-jadi terutamanya mengenai penggunaan pukat-pukat yang terlarang seperti pukat tunda, pukat rawa surung, pukat-pukat lain yang hari ini diusahakan oleh nelayan-nelayan yang tidak bertanggungjawab.
Saya mengucapkan tahniah terutama sekali kepada kementerian, kepada Menteri Pertanian kerana telah mengisytiharkan bahawasanya pukat tunda akan diharamkan dalam beberapa tahun akan datang iaitu kalau tidak silap saya pada tahun depan. Jadi, saya ucap tahniah. Namun demikian kita dapati bahawa kita juga walaupun pukat tunda kita haramkan, kita memerlukan satu pengawasan yang lebih teliti iaitu di kawasan dalam 8 batu nautika di dalam kawasan pantai kita di mana sekarang ini penguatkuasaan di bawah APMM.
Saya dapati bahawa pihak APMM hanya membuat tangkapan kepada usaha-usaha yang telah dibuat oleh pihak nelayan dalam menangkap ikan menggunakan kaedah-kaedah yang tidak betul tetapi dalam penjagaan sumber pertanian ini iaitu sumber perikanan ini mereka tidak terlibat. Jadi sebab itu kita minta supaya kerajaan melihat balik supaya diperkasakan Jabatan Perikanan di mana mereka dibekalkan dengan aset-aset yang cukup untuk memantau kawasan-kawasan di mana ikan dan juga spesies laut membiak.
Sekarang ini kita tengok kita sukar untuk mendapatkan ikan seperti ikan senangin, ikan terubuk dan sebagainya. Dahulu kalau kita tengok di Langkawi, kalau kita pergi ke Pekan Kuah pun nelayan kita boleh menangkap ikan terubuk tetapi sekarang ini spesies ini sudah tidak ada lagi. Jadi oleh sebab itu penjagaan sumber laut ini amat penting. Jadi maka itu kita harap supaya kementerian atau kerajaan melihat balik perkara ini supaya diperkasakan kembali Jabatan Perikanan supaya usaha-usaha memelihara sumber laut ini dapat kita buat bagi memastikan bahawa rakyat kita atau generasi yang akan datang akan terus mendapat bekalan ikan yang mencukupi untuk keperluan kita.
Selain daripada itu juga penguatkuasaan mengenai bot-bot asing. Sekarang ini rungutan walaupun perkara ini berkali-kali dibangkitkan oleh nelayan tetapi perkara ini masih lagi berlaku iaitu pencerobohan nelayan-nelayan asing khasnya mereka yang menggunakan lesen orang tempatan iaitu menggunakan bot Vietnam iaitu nelayan pengusaha-pengusaha kita menggunakan atau mereka memajak lesen mereka kepada pengusaha-pengusaha Vietnam dan mereka telah menceroboh di kawasan kita iaitu terutamanya di Pantai Timur yang menyebabkan kerugian yang besar kepada negara kerana ikan yang mereka tangkap di dalam perairan kita semuanya di bawa balik ke negara mereka.
Jadi ikan yang mendarat di negara kita ialah ikan-ikan yang tidak mempunyai kualiti.
Oleh sebab itu pemutihan mesti dibuat oleh Jabatan Perikanan kepada pengusaha- pengusaha laut dalam ini yang menggunakan vessel dari Vietnam ini kerana banyak penipuan yang berlaku. Sekiranya didapati mereka tidak mengikut peraturan-peraturan atau mendarat ikan seperti mana yang sepatutnya, lesen mereka ini perlu diharamkan atau perlu ditarik balik.
Selain daripada itu juga, mereka ini menggunakan kaedah menangkap ikan dengan menggunakan dua buah bot atau double trolling yang mana telah memusnahkan banyak ekosistem di dalam kawasan laut Pantai Timur ini. Oleh sebab itu sekarang ini kalau kita
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
pergi ke Terengganu atau di Kuantan kita sukar untuk melihat penyu bertelur pada waktu- waktu yang tertentu seperti mana yang lepas.
Jadi saya harap Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani khasnya di bawah Jabatan Perikanan kita perlu dikaji semula berkenaan dengan kuasa yang telah dilepaskan kepada APMM di mana saya rasa perkara ini overload di mana soal pengusahaan, soal pemeliharaan sumber ini.
Selain daripada itu juga, saya ingin membangkitkan berkenaan dengan satu perkara lagi ialah berkenaan dengan keselamatan di sempadan.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Oleh kerana Parlimen Kubang Pasu berada dekat dengan sempadan iaitu saya langkah masuk sudah ke Bukit Kayu Hitam dan Bukit Kayu Hitam masuk ke Thailand. Saya dapati bahawasanya keselamatan di sepanjang sempadan terutamanya di Bukit Kayu Hitam, di Padang Besar amatlah longgar di mana hari-hari kita tengok pencerobohan oleh mereka yang terlibat dengan penyeludupan sama ada manusia atau benda-benda yang dilarang seperti dadah dan sebagainya. Kita tengok hari ini banyak kelemahan yang ada di Bukit Kayu Hitam.
Walaupun kita mempunyai jabatan dan juga unit penguatkuasaan yang begitu banyak, tetapi kita nampak bahawasanya masih lagi bolos berkenaan dengan penyeludupan dan sebagainya. Saya berharap supaya KDN melihat balik supaya pembinaan pagar iaitu mendirikan pagar konkrit supaya ia dapat memberi satu kesan yang lebih baik supaya penyeludupan tidak berlaku di kawasan-kawasan di sempadan kita.
Selain daripada itu juga, saya tengok kelemahan yang ada di Wang Kelian di mana pada hari minggu, orang boleh keluar masuk antara Malaysia dengan Thailand tanpa menggunakan dokumen. Saya nampak benda ini adalah satu kelemahan yang patut dikaji semula oleh pihak KDN supaya mengetatkan semula masalah keluar masuk di Wang Kelian ini. Ini kerana di sempadan, saya difahamkan bahawa penduduk-penduduk yang tinggal di sempadan diberikan kemudahan untuk memohon border pass dan border pass ini boleh dibuat dalam masa satu jam dan harganya hanya RM10. Dia boleh tahan sampai enam bulan. Jadi, ini adalah kelonggaran yang diberi kepada penduduk-penduduk yang tinggal di sempadan iaitu dari Perlis, Kedah, Perak dan juga Kelantan. Jadi kita sudah beri kemudahan. Jadi tidak ada sebab kita boleh membenarkan pintu keluar masuk begitu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh gulung Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Cepat juga.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan lain-lain perkara iaitu satu lagi ialah berkenaan dengan TPPA. Saya berharap bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dapat memberi penjelasan berkenaan dengan perkembangan TPPA sekarang ini, bagaimana di peringkat yang terakhir sebelum dimuktamarkan. Ini banyak dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu berkenaan dengan kedudukan Malaysia selepas TPPA kalau Malaysia sign. Banyak kekeliruan yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berhubung dengan perkara ini. Jadi, saya harap bahawa MITI perlu memberi penjelasan kepada Dewan ini dan juga kepada rakyat di negara kita ini berkenaan dengan kedudukan Malaysia selepas TPPA ini ditandatangani. Kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, kedudukan state-owned enterprise iaitu syarikat seperti Petronas dan sebagainya. Apa akan terjadi kepada mereka ini. Jadi benda ini mestilah diberi penjelasan yang sejelas-jelasnya.
Akhir sekali ialah berkenaan dengan GST. GST ini pun kita tengok banyak kekeliruan di kalangan rakyat kita yang tidak faham. Oleh sebab itu, saya harap supaya rakyat diberi penjelasan yang sejelas-jelasnya berkenaan dengan GST ini kerana ramai di kalangan mereka yang tidak berapa faham lagi. Selain daripada itu juga, kerana ada pihak- pihak seperti pembangkang yang sentiasa mengambil berat tentang perkara ini untuk mengambil kepentingan daripada isu GST ini untuk mendapat political mileage untuk mereka.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Selain daripada itu juga ialah berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh ramai kawan kita yang bercakap sebelum ini, berkenaan dengan isu Telekom iaitu berkenaan dengan internet di kawasan luar bandar. Macam saya di Kubang Pasu pun kita tengok banyak kawasan tertentu yang tidak dapat coverage yang baik berbanding dengan di bandar, di mana kita mempunyai kemudahan yang begitu baik berkenaan dengan internet dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bintulu bangun Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu kerana bagi peluang kepada saya mencelah. Ini mengenai telekomunikasi issue ini. Bukan di kawasan luar bandar, di kawasan bandar di Bintulu pun begitu susah. Dapat Streamyx tidak apa, broadband, macam-macam perkhidmatan. Telefon fixed line pun susah. Inilah saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Kubang Pasu. Macam mana rakyat tidak marah. Kita punya masalah ini, kawasan Bandar Bintulu kalau keluar, dua kilometer keluar, memang susah mereka hendak memohon Streamyxkah, WiFikah. Memang susah.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Soalan?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Amboi Yang Berhormat Putatan. Tengok di Sabah ini. Ini kongkalikung punya. Inilah saya minta pandangan. Bukan sekarang kawasan pedalaman hendak nampak kita ada bandar di Semenanjung ataupun kawasan pedalaman pun ada internet. Kemungkinan Kubang Pasu jauh sikit, dia tidak dapat. Jadi keluarga daripada ibu bapa macam mana mereka punya fikiran. Budak-budak sekolah kita cakap ada bagi internet, bagi budak-budak belajar, bagi cikgu semua menggunakan, tetapi bandar sekarang pun tidak dapat, di Bintulu. Begitu susah. Memohon selalu tidak dapat kelulusan, tetapi Telekom janji demi janji daripada kementerian. Saya hendak minta pandangan sedikit daripada Yang Berhormat Kubang Pasu. Sekian, terima kasih.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya setuju sangatlah berkenaan dengan Bintulu itu. Saya dapati bahawa bukan sahaja di Bintulu, tetapi di merata-rata tempat kita menghadapi masalah ini.
Jadi kita harap kementerian dan juga yang terlibat dan saya jadikan sebagai sebahagian daripada ucapan saya.
Selain daripada itu ialah berkenaan dengan – Jadi ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri MITI yang ada pada hari ini. Yang Berhormat, kita masih dengar macam-macam cerita berkenaan TPPA. Jadi sebagai Ahli Parlimen, kita berasa benda ini perlu diberi penjelasan yang sejelas-jelasnya terutama sekali benda ini sering dibangkitkan sendiri oleh mantan bos saya dulu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan saya amat sayangi beliau. Jadi, kadang-kadang kritikan-kritikan ini kadang-kadang boleh membawa negatif kepada kita walaupun kita tahu usaha-usaha seperti ini sedang dibuat oleh pihak kementerian di bawah Tan Sri.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Boleh soalan sikit?
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Boleh.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini mustahak. Tuan Yang di-Pertua muka macam marah. Ini mustahak untuk rakyat kita. Ini kita faham. Kita faham One China Policy. Kita selalu terlupa Taiwan pun mustahak untuk kita atas perdagangan antarabangsa. Terlibat rakyat kita. Yang Berhormat Kubang Pasu setujukah kita ini perdagangan, pelabur-pelabur ini jangan kita terlibat dalam politik. Kita terlibat dalam economy growth untuk negara kita dan juga kita jaga kepentingan rakyat kita.
Sekurang-kurangnya kita mesti ada understanding ataupun economic collaboration agreement kita mesti mahu ada. Kalau tidak, kita punya manufacturer semua tidak boleh compete. Ada dari Singapura, dari Jepun, daripada New Zealand, mereka sudah ada sign agreement TPPA sama Taiwan. Itulah kita punya kepentingan rakyat. Kita kena jaga. Kalau tidak, kita tidak dapat mengadakan certain understanding ataupun agreement ditandatangani. Yang Berhormat Kubang Pasu setuju atau tidak? Ini hari Yang Berhormat Menteri ada. Kita beritahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kubang Pasu boleh habiskan Yang Berhormat ya.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya masukkan juga dalam sebahagian daripada ucapan saya.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Jadi Yang Berhormat Bintulu sekarang ini sebagai spesial Duta Khas Jepun dan juga Korea. Jadi, saya rasa dia lebih memahami masalah yang dihadapi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Bertaraf Menteri Yang Berhormat.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Bertaraf Menteri Yang Berhormat.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Ya, bertaraf Menteri.
[Ketawa]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Jadi, itulah saya ucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah memberi peluang kepada saya dan saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Kita ada 10 minit lagi Yang Berhormat. Jadi, saya cuma boleh panggil seorang. Saya minta persetujuan Ketua Whip, Yang Berhormat Subang. The last speaker, Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Pembahas yang ke- 100 Yang Berhormat.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Seating lepas pun macam ini, terlepas...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi ruang untuk slot yang terakhir untuk perbahasan kita atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Dalam masa yang diberikan, saya cuba sebut beberapa perkara. Saya ingin mula dengan isu pesawat MH370 yang telah terhilang lebih satu tahun. Ulang tahun pertama telah berlalu pada 8 Mac. Satu laporan telah dikeluarkan oleh pasukan yang dinamakan Safety Investigation Team dan dalam laporan itu, 600 muka surat. Ada beberapa fakta yang telah dikemukakan. Saya ingin sebut di sini beberapa fakta yang di sana adalah mengejutkanlah daripada segi apa yang berlaku pada 8 Mac tahun lepas apabila pesawat itu memutus, memecahkan hubungannya dengan KLIA di mana ia bermula.
Apa yang didedahkan dalam sini, walaupun laporan ini adalah laporan just fakta sahaja tidak ada pandangan sahaja ialah kita dapati tiga agensi yang berasingan, yang beroperasi berasingan. Satu ialah MAS Operations Centre dengan izin. Kedua ialah Department Civil Aviation (DCA) dan yang ketiga adalah Tentera Udara kita. Nampaknya daripada masa pesawat ini terhilang pada skrin radar di DCA pada jam 1.21 pagi. Apa yang mengejutkan ialah fakta yang didedahkan di sini menunjukkan reaksi daripada ketiga-tiga agensi ini dan tindak balas mereka menunjukkan kecuaian yang cukup ketara.
Apa yang lebih mengejutkan ialah kalau sebuah agensi buat kecuaian mungkin kita boleh terima. Kalau ada kesilapan, I mean kita manusia. So, manusia dari semasa ke semasa kita tidak sempurna. Kita ada buat kesimpulan. Akan tetapi apa yang sangat mengejutkan di sini ialah tiga buah agensi yang bertindak secara berasingan tetapi pada malam itu tidak buat reaksi yang sewajarnya kepada satu fakta yang cukup penting. Apabila tanda pesawat ini terhilang pada skrin dan apa reaksi mereka?
Jadi, kita nampak – saya ingin mula dengan agensi DCA dulu. DCA yang pertama nampak ia hilang. Akan tetapi ada protokol di sini di mana disebut di muka surat 97 bahawa, “Apabila pesawat tidak diterima daripada the next point dengan izin, dalam waktu – dengan tempoh setengah jam ini patut dilaporkan kepada military, kepada Tentera Udara untuk tindakan.” So, soalan saya kepada Kementerian Pertahanan dan juga Kementerian
Tuan R. Sivarasa - Subang
Pengangkutan ialah sama ada ini berlaku? Sama ada DCA ada lapor kepada Tentera Udara tentang kehilangan tanda pesawat itu dalam skrin mereka.
Kedua, apa yang ada dalam laporan ini ialah MAS. MAS Operations Centre adalah tracking dia yang berasingan dan dalam laporan ini dikatakan MAS bagi maklumat kepada DCA bahawa mereka ada contact dengan pesawat ini. Mereka bagi maklumat bahawa pesawat ini ada di Cambodia dan ada hubungan, ada contact. Itu pun tidak masuk akal.
Macam mana MAS Operations Centre boleh bagi maklumat itu padahal DCA sudah nampak pesawat itu sudah hilang.
Ketiga, ini yang sangat pelik juga. Ini laporan tentang apa yang – bertajuk Malaysian Military Radar. Saya baca dengan izin, “The military data provided more extensive detail of what was called as the ‘air turn back’.” Apa yang disenaraikan di sini saya boleh baca semua sebab tidak ada masa. Radar tentera udara kita telah ikuti pesawat ini, mereka nampak daripada 1.21 pagi pesawat ini ada pusing. They did the constant left turn dan selepas itu, military radar ada ikut pesawat ini untuk satu jam. Semua disenaraikan di sini. Sampai 2.22 pagi itu di mana akhirnya signal daripada pesawat ini terhilang dekat waypoint MEKAR. Waypoint MEKAR itu Barat daripada Phuket. Jadi Tuan Yang di-Pertua, soalan saya kepada Kementerian Pertahanan ialah apakah yang dibuat oleh Tentera Udara semasa dia ikuti pesawat ini?
Jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Sembrong ialah pada masa itu pesawat ini dikenal pasti sebagai pesawat civilian. Selepas itu tidak ada apa-apa tindakan. Bagi saya jawapan itu tidak mencukupi sebab soalannya bukan sama ada ia pesawat civilian atau tidak. Soalannya ialah ini pesawat civilian di tempat yang di authorized, tempat yang diluluskan. Oleh sebab kalau tidak civilian flight ini mungkin telah dihijack ataupun mungkin telah digunakan sebagai senjata seperti yang berlaku pada 11 September. Jadi soalan saya kepada Kementerian Pertahanan ialah adakah Tentera Udara laporkan ini kepada DCA untuk bertanya? Adakah pesawat ini ada di tempat yang diluluskan oleh DCA, ada dalam flight track yang diauthorized? Dengan izin. Kalau ada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Apakah jawapan? Siapa itu, sorry?
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Terima kasih, short one?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Silakan.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Selain daripada tiga buah agensi tersebut, setujukah Yang Berhormat bahawa pada muka surat 94 laporan interim tersebut ada disebut di mana Vietnam ataupun Ho Chi Minh Air Traffic Control Centre telah pun melanggar satu perjanjian antarabangsa iaitu Operational Letter of Agreement di mana jika unit penerima tidak dapat berkomunikasi dengan kapal terbang mereka kena maklum balas dalam lima minit. Akan tetapi dalam kes ini 20 minit berlalu sebelum Vietnam memberi maklum balas. Ini adalah satu perlanggaran ataupun breach of international protocol. Jadi, ini perkara serius.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Memang saya setuju dan saya minta dimasukkan dalam ucapan saya, mereka pun lewat. Akan tetapi selepas kita dapat tahu pesawat itu hilang dan pesawat itu adalah pesawat negara kita, yang mengejutkan daripada maklumat di sini ialah banyak persoalan timbul. Jadi, saya ingin syorkan bahawa kita tidak perlu tunggu untuk siasatan itu dilengkapkan oleh pasukan daripada ICAO ini. Perkara-perkara yang disebut di sini menunjukkan kita ada banyak persoalan yang perlu dijawab oleh tiga buah agensi ini.
Jawapan kepada soalan ini tidak bergantung kepada sama ada kita dapat black box pada suatu hari nanti, kita belum tahu. Kita tak boleh bagi jawapan, kita hanya akan lengkapkan siasatan dan bagi laporan apabila black box diterima atau didapati sebab ada kemungkinan memandangkan keadaan pesawat ini ada kemungkinan black box tidak akan dijumpai bila-bila pun.
Jadi, saya ingin syorkan kepada kerajaan kita perlu satu independent inquiry dengan izin. Sebuah badan yang khusus untuk siasat apa yang berlaku pada beberapa jam yang awal pada awal pagi itu. Oleh sebab kita nampak kalau katakan sebagai contoh, Tuan Yang di-Pertua, kalau Tentera Udara ada hubungi DCA atau DCA ada hubungi Tentera Udara dan ada jet kita yang pergi untuk berjumpa dengan pesawat ini pada masa itu tentu
Tuan R. Sivarasa - Subang
hari ini kita tahu apa yang telah jadi pada pesawat. Tidak ada apa masalah sekarang yang kita tidak tahu mana arah perjalanan pesawat itu dan mana dia pergi ke Indian Ocean dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun, Yang Berhormat.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Badan penyiasatan itu tadi.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Baik.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Ya, sebab badan penyelidik untuk interim report telah berkata mereka akan teruskan siasatan. Setujukah kalau kita cadangkan supaya sebuah Jawatankuasa Pilihan Parlimen ataupun Parliamentary Select Commitee ditubuhkan untuk memantau badan penyelidik bebas ini?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, itu boleh jadi satu cadangan. Bagi saya, perkara ini adalah cukup serius sebab apa yang saya nampak, kegagalan tiga agensi atau kecuaian yang berlaku pada malam itu daripada tiga agensi yang berasingan memerlukan satu badan siasatan yang mungkin saya syorkan kita pun ada RCI atau Royal Commision Inquiry adalah wajar ditubuhkan untuk siasat apa yang berlaku pada malam itu. Siasatan itu adalah berasingan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya panjangkan 10 minit yang dibenarkan, Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya syorkan itu sebab perkara ini adalah sangat penting. Ada ramai keluarga penumpang- penumpang yang hilang daripada pesawat itu yang masih menunggu jawapan dan sampai sekarang belum dapat apa-apa jawapan.
Jadi itulah syor saya Tuan Yang di-Pertua, berkaitan hal ini dan saya minta sama ada jawapan daripada kerajaan sama ada kerajaan sedialah untuk menubuhkan badan siasatan itu dan bukan sahaja tunggu ataupun bergantung pada ICAO ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada perkara yang kedua yang saya ingin sebut dan saya ucap terima kasih atas perlanjutan masa itu. Ini adalah berkaitan kes Yang Berhormat Permatang Pauh sebab kes itu telah disebut oleh beberapa Ahli Yang Berhormat daripada pembangkang dan juga daripada Barisan Nasional. Ada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Barisan Nasional khususnya saya masih ingat pandangan daripada Yang Berhormat Pengerang dan beberapa yang lain yang telah memberi gambaran seolah-olah kita mesti terima penghakiman yang diturunkan oleh Mahkamah Persekutuan.
Pihak Pakatan Rakyat telah masuk satu usul dan kita menunggu perbahasan usul itu berkaitan dengan kelakuan atau tingkah laku lima hakim yang terlibat dalam kes itu.
Hujah Yang Berhormat Pengerang adalah bahawa Pakatan Rakyat mesti terima penghakiman itu dan contoh yang diberikan adalah kita sudah menang satu, dua kes dan kenapa tiba-tiba kita kata dalam kes ini, badan kehakiman tidak bertindak secara bebas dan sebagainya. Itulah pendirian kita. Memang kita kata, dalam kes ini, badan kehakiman telah diperalatkan untuk memenjarakan secara zalim Yang Berhormat Permatang Pauh.
Saya ingin sebut di sini, saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai yang telah sentuh perkara ini dalam ucapan beliau. Saya ingin sebut ini, ini bukan pandangan Pakatan Rakyat sahaja. Apa yang saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini melihat ialah apa yang kita kata telah disentuh, telah disebut oleh hampir seluruh dunia.
Saya ingin sebut di sini, saya mula dengan contoh badan IPU atau Inter- Parliamentary Union yang mana kita semua adalah ahli sebagai Parliamentarian dengan izin. Inilah pandangan daripada IPU. Dalam komen mereka tentang keputusan Mahkamah Persekutuan, mereka kata, ini adalah flawed judicial proceeding, pandangan mereka. “It is a blow, not only to Mr. Anwar personally, but also to Malaysia’s democracy”, dengan izin.
Apa alasan mereka kata itu? Mereka kata – ini dalam laporan yang lebih detail. Dengan izin, saya baca Tuan Yang di-Pertua, “Frankly the judgement was unconvincing and lack a detail analysis of the facts on which it was based”. Ini penghakiman Mahkamah Persekutuan. “It rested on two conclusions. Firstly that Mohd Saiful was a credible witness
Tuan R. Sivarasa - Subang
and should be believed. Secondly, there is allegation was corrobarated by an independence evidence and in particular the DNA material”. Akan tetapi inilah komen mereka. “In reaching this conclusions, the court rejected or ignored evidence that raised serious doubt about the credibility of the complainer and the reliability of the evidence upon which the prosecution relied.” Jadi, inilah pandangan daripada badan IPU. Bolehkah kita kata badan ini bodoh, badan ini tidak faham undang-undang, badan-badan ini tidak memahami atau, you know, fakta kes ini? Mereka tahu.
Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja badan ini, badan-badan lain seperti ICJ – ICJ ini adalah Intenational Commission of Jurists, satu badan NGO yang terkenal di dunia, dihormati di seluruh dunia. Apa pandangan mereka? Saya baca dengan izin, “This judgement certainly casts doubt on the independence and impartiality of the Malaysian judiciary and tarnishes the reputation of the country’s legal system.” Inilah yang kita kena faham. Apabila kita peralatkan sistem kehakiman untuk niat politik kita untuk memenjarakan Yang Berhormat Permatang Pauh dengan cara yang kita sudah nampak, inilah effect kepada sistem kepada negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sistem kehakiman tidak boleh dikritik. Orang-orang yang melaksanakan keadilan, polis, Raja, *under P.M.36(8).
Careful, be careful with that,* ya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yes, I will go to specific judges. But I’m mindful of the... Akan tetapi kita berhak untuk sentuh pada effect kepada negara kita. Inilah effect dia.
Jadi untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah kata kita mesti terima, kita tak boleh persoalkan keputusan itu, keputusan itu rasional, inilah jawapan saya. Bukan sahaja pandangan Pakatan Rakyat, inilah pandangan hampir seluruh dunia. Badan-badan yang berwibawa.
Amnesty International telah berkata, inilah “An oppressive rulling”, “This is a deplorable judgement” dan sebagainya. “The Malaysian judiciary missed an opportunity to demonstrate its independence from political interference.” Bukan sahaja badan-badan begitu Tuan Yang di-Pertua, kita nampak juga kerajaan-kerajaan lain telah mengkritik apa yang berlaku dengan penghakiman itu. Saya mula dengan kenyataan oleh Prime Minister of Turkey, Perdana Menteri Turki, Abdullah Gul. Dia kata, “As a long standing friend of Anwar Ibrahim, I find the charges brought against him very difficult to believe.” Ini pandangan dia. Adakah kita akan kata, “Oh, Abdullah Gul ini adalah orang yang bodoh. Tak tahu langsung tentang Malaysia, tak tahu langsung tentang kes itu”?
Pandangan dari Kanada, “The conviction of Anwar Ibrahim raised a serious question about judicial independence and selective prosecution in Malaysia.” Pandangan daripada Amerika Syarikat, “The decision to prosecute Mr. Anwar has raised a serious concern about the rules of law and the independence of the court.” Jadi bila Pakatan Rakyat sebut mahkamah kita, mahkamah-mahkamah kita, institusi kehakiman telah diperalatkan untuk niat politik, untuk satu percubaan untuk menamatkan karier politik Yang Berhormat Permatang Pauh, ini memang berasas sebab ini bukan pandangan Pakatan Rakyat sahaja. Jadi saya ingin sebut di sini, kita boleh...
Sila, silakan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, kalau ini pandangan-pandangan pemimpin dunia dan beberapa badan dunia, sebagai a trading nation bagi Malaysia, adakah ia memberikan implikasi di masa hadapan? Maknanya the confidence of the others on our juridiciary system akan effect kita punya negara sebagai a trading nation. Apa pandangan Yang Berhormat Subang? Terima kasih.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Bagi saya, apabila dunia melihat institusi kehakiman kita boleh diperalatkan – dalam kes ini untuk niat politik. Mungkin kes lain untuk niat ekonomi, ada financial motivation juga dengan izin. Itu memang akan ada impak kepada pelaburan dari luar. Ini biasa. Biasa pelaburan berkembang apabila orang luar ada keyakinan dalam sistem kita. Kalau kita dengan kes-
Tuan R. Sivarasa - Subang
kes macam contoh Yang Berhormat Permatang Pauh, kalau keyakinan itu dirosakkan, memang itu ada impak.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Jadi saya rumuskan perkara ini, topik ini Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin kata di sinilah. Jangan kita cuba pertahankan apa yang telah– kezaliman yang telah dilakukan dalam kes Yang Berhormat Permatang Pauh. Kita boleh butakan mata kita sendiri. Kita boleh cuba tipu diri kita sendiri. Akan tetapi, rakyat Malaysia tahu, dunia pun tahu, dunia faham. Jadi, inilah rayuan saya kepada semualah ya.
Jangan kita teruskan seolah-olah seperti mana beberapa orang sudah buat. Tan Sri Shafee Abdullah cuba buat di luar untuk pertahankan kualiti kehakiman itu bukan dalam berapa muka surat. Kita boleh tulis 300 muka surat pun tetapi dunia tidak akan percaya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya secara ringkas, saya akan sebut dua tiga perkara sahaja.
Satu, ini adalah kepada Kementerian Kerja Raya tentang projek DASH ataupun Lebuhraya DASH dalam kawasan di Selangor yang jajaran sekarang adalah di peringkat akhirnya melalui Damansara Perdana dan Mutiara Damansara iaitu kawasan-kawasan yang padat dengan perumahan dan pembangunan komersial. Ada permohonan untuk mengalih jajaran itu dan sebab ada bantahan yang kuat daripada penduduk-penduduk di sana, saya minta penjelasan atau jawapanlah daripada Kementerian Kerja Raya sama ada kerajaan sanggup mengarahkan pemaju atau pembina lebuh raya ini untuk menggunakan jajaran yang kurang menyusahkan penduduk di sana ataupun kalau tidak ada apa-apa pilihan, buat lebuh raya itu bawah tanah daripada peringkat terakhirnya.
Satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua yang penting. Pada 20 Januari tahun ini, Perdana Menteri telah mengumumkan belanjawan kerajaan akan dikaji semula. Beliau mengumumkan bahawa perbelanjaan kerajaan yang kita luluskan pada bajet tahun lepas pada bulan Oktober akan dikurangkan dengan jumlah RM5.5 bilion. Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa defisit yang mula-mula diramalkan oleh kerajaan pada masa itu, tahun lepas, sekarang akan diadjustkan, dengan izin kepada 3.2% daripada angka yang asal. Jadi selepas pengumuman itu, memang ada ekspektasi bahawa kerajaan akan bentangkan satu bill untuk dapat kelulusan untuk belanjawan yang sudah dikaji semula ini.
Jadi soalan saya kepada Jabatan Perdana Menteri dan kepada Perdana Menteri ialah bilakah kerajaan akan bentang bill yang baru ataupun bill untuk meminda apa yang belanjawan luluskan di Dewan yang mulia ini pada tahun lepas?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, last minute Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
I cannot extend after 45 minutes. No extension.
Tuan R. Sivarasa - Subang
So, itulah soalan saya. Kita tidak boleh hanya ada pengumuman sahaja oleh Perdana Menteri bahawa angka-angka yang penting khususnya angka perbelanjaan – kita sudah luluskan perbelanjaan satu jumlah tahun lepas. Sekarang Perdana Menteri kata kita akan kurangkan perbelanjaan itu, jumlah RM5.5 bilion. Dewan yang mulia ini berhak tahu dan luluskan dimanakah kekurangan itu akan berlaku. Di kementerian yang mana, jumlah yang mana dan sebagainya, mana kita akan cut back, dengan izin belanja yang kita lulus pada tahun yang lepas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Jadi itulah soalan terakhir saya Tuan Yang di-Pertua.
Saya ucap terima kasih dan saya akhiri dengan menerima pakai pandangan daripada Yang Berhormat Gua Musang apabila dia kata sebab kita kena ingat ucapan Titah Diraja ialah ucapan yang ditulis oleh pihak kerajaan, bukan ditulis oleh Seri Paduka Baginda. Itulah sebenarnya pandangan kerajaan yang dibaca oleh Tuanku. Ada pandangan bahawa ucapan itu ada beberapa kekurangan dan akhirnya bila kita sokong atau tidak sokong, kita mesti ikut conscious kita.
[Disampuk] What is the word? ‘Dhamir’. Itu perkataan yang saya
Tuan R. Sivarasa - Subang
cuba ingat. Jadi, itulah saya akhiri dengan ulang dan menerima pakai seruan daripada Yang Berhormat Gua Musang. Marilah kita semua pada hari kita undi itu gunakan dhamir kita masing-masing. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Isnin 23 Mac 2015.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.45 petang]