Mar182015

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Menteri Kewangan menyatakan peruntukan yang disediakan kerajaan kepada pembinaan Rumah Mesra Rakyat di kawasan luar bandar dan kampung tradisi.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Gerik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, Syarikat Perumahan Negara Berhad

(SPNB), sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan adalah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang/daif. Akan tetapi mempunyai sedikit tanah untuk mendirikan rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Pelaksanaan program Rumah Mesra Rakyat ini sebahagiannya dibiayai melalui subsidi kerajaan iaitu pada kadar RM20,000 seunit dan ditawarkan dengan reka bentuk berkonsepkan rumah sesebuah, berkeluasan 1,000 kaki persegi dengan komposisi tiga bilik tidur dan dua bilik air. Untuk makluman, SPNB telah berjaya menyiapkan 32,948 unit Rumah Mesra Rakyat di seluruh Malaysia dari tahun 2002 sehingga kini.

Merujuk kepada soalan Yang Berhormat Gerik, kerajaan melalui SPNB tidak mengkhususkan pelaksanaan pembinaan Rumah Mesra Rakyat mengikut kawasan, tetapi berdasarkan kepada permintaan daripada pemohon yang memiliki tanah. Tanah itu adalah tanah sendiri dan sekurang-kurangnya berkeluasan 2,800 kaki persegi. Subsidi yang disalurkan oleh kerajaan adalah sebanyak RM20,000 seunit dan peruntukan subsidi bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM169 juta.

Daripada RM169 juta itu RM160 juta adalah untuk subsidi RM20,000 sebuah rumah dan RM9 juta pula adalah untuk subsidi kadar faedah bagi menurunkan faedah sebanyak 2%.

Katalah kalau kadar faedah 6%, pemohon hanya membayar 4%, 2% lagi dibantu oleh kerajaan. Mengikut rekod data SPNB, kebanyakan Rumah Mesra Rakyat dibina di kawasan luar bandar berdasarkan permohonan pemilik termasuk pembinaan Rumah Mesra Rakyat secara berkelompok di kawasan Tanah Rancangan FELDA dan Kampung Tersusun. SPNB juga sentiasa melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh kerajaan, oleh sebab itu selain

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

dari Rumah Mesra Rakyat, SPNB berazam untuk melaksanakan Rumah Idaman Rakyat sebanyak 5,000 unit, Rumah Aspirasi Rakyat 20,000 unit dan Rumah Mesra Rakyat 12,000 unit. Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan.

Selain daripada peruntukan yang diberi kepada SPNB, kerajaan juga memberi satu peruntukan yang besar kepada PR1MA, RM1.3 bilion untuk membina 80,000 unit. Rumah PR1MA ini RM8,000 hingga RM10,000 pendapatan.

Rumah Mesra Rakyat ini RM3,000 dan ke bawah pendapatan untuk seisi rumah.

Selain daripada itu kerajaan juga ada satu lagi skim 26,000 unit Program Perumahan Rakyat Jabatan Perumahan Negara dengan peruntukan RM644 juta.

Satu lagi perkara yang saya ingin maklumkan di sini, SPNB melalui Rumah Mesra Rakyat ini ada dua skim. Skim pertama ialah daripada 2002 hingga 2011, yang mana pemohon hendaklah memohon pada SPNB dan SPNB yang membayarkan keseluruhan. Akan tetapi mulai tahun 2012, kita mengadakan satu skim baru, kelulusan bank hendaklah diperoleh untuk RM45,000 kepada pemohon dan bank yang memberikan kadar faedah yang terendah sekarang ini ialah Maybank Islamic. Setakat ini melalui kaedah yang kedua, kita telah meluluskan dan membina 15,496 buah rumah, skim lama 17,452 buah rumah. Daripada skim lama, secara bulanan mereka membayar RM150 sahaja sebulan. Skim baru melalui bank, tambahan RM20,000 subsidi kerajaan, mereka membayar RM250 sebulan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah menjawab persoalan saya. Kita tahu Rumah Mesra Rakyat ini amat popular di peringkat luar bandar terutama kepada pemilik-pemilik tanah persendirian, yang mana inilah satu-satunya harapan rakyat di luar bandar untuk mendirikan rumah sekali dalam hidupnya di mana diberi oleh kerajaan. Bukan seperti pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat di seluruh negara. Pembelian kerajaan, jet untuk kerajaan pun kata pembelian peribadi. Ini sebenarnya, ini yang baru dikatakan peribadi. Rakyat pinjam, SPNB memberi rumah kepada rakyat dengan ada subsidi RM20,000.

final • 10:00 AM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Soalan saya adakah kerajaan hendak menambahkan lagi peruntukan Rumah Mesra Rakyat di kampung-kampung ini kerana ini menjadi kepeningan wakil rakyat kerana dalam satu Parlimen kadang-kadang dapat dua hingga tiga sahaja kuota untuk diberikan kepada rakyat. Saya berharap supaya dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, peruntukan Rumah Mesra Rakyat yakni boleh beri lebih banyak berbandingkan dengan PR1MA atau lain-lain, yang mana tidak mungkin didapati oleh rakyat miskin di luar bandar.

Kedua, Rumah Mesra Rakyat ini ada satu masalah. Kualiti rumah buat sebulan sudah retak sana, retak sini, kadang-kadang tiang senget, kadang-kadang atap tidak berkualiti. Minta kerajaan buatkan pemantauan supaya rakyat bawah juga boleh menikmati satu rumah yang cantik, boleh tengok untuk rumah tahan berpuluh-puluh tahun. Minta kerajaan jelaskan persoalan saya. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Gerik. Dari segi kualiti, dahulu kita memberikan tempoh tanggungan kecacatan ataupun dengan izin, defect liability period hanya tiga bulan kepada sebuah projek Rumah Mesra Rakyat tetapi sekarang ini kita sudah menambah masanya kepada satu tahun. Daripada tiga bulan masanya tambah kepada satu tahun. Bererti kalau ada masalah apa-apa dalam masa setahun itu kontraktor yang bertanggungjawab kena memperbaiki daripada tiga bulan kepada satu tahun.

Kedua, kita mengadakan rating kepada kontraktor dengan bintang - bintang yang tertentu, five star rating, four star rating supaya kontraktor yang benar-benar boleh melaksanakan, kita berikan kontraktor Kelas ‘F’ tempatan.

Sebuah RM65,000 dibayar oleh SPNB dan juga bank RM20,000 subsidi. Jadi kita

final • 10:10 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

memang mengetahui tentang masalah kualiti itu dan kita berharap kualiti menjadi keutamaan kepada kontraktor-kontraktor tempatan.

Dari segi peruntukan tambahan memang Yang Berhormat Gerik dan Ahli- ahli Yang Berhormat sekalian, kita berharap dan dalam bajet yang akan datang ini kita akan tambah daripada 169 juta tahun ini harapan kita, kita boleh membina 8,000 lagi Rumah Mesra Rakyat kerana 160 juta itu kalau kita bahagi dengan RM20,000 subsidi dapat 8,000 buah rumah dan 8,000 buah rumah ini bolehlah kita agih-agihkan kepada seluruh kawasan Parlimen di seluruh negara dan harapan kita SPNB akan buat segera, Yang Berhormat Mersing, ada Yang Berhormat Mersing? Beliau menjadi pengerusi kepada SPNB ini dan saya yakin kepada keupayaan beliau untuk memastikan semua rancangan Rumah Mesra Rakyat ini dapat kita laksanakan.

Bukan hanya RM20,000 subsidi kerajaan, satu lagi ialah 2% kadar faedah itu juga disubsidikan sebagaimana saya sebut tadi jika 6% peminjam hanya membayar 4% dan 2% lagi kerajaan sudah berikan pinjaman. Harapan kita RM169 juta itu akan ditambah pada tahun-tahun akan datang dia boleh lebih lagi Rumah Mesra Rakyat yang kita bangunkan di seluruh negara.

final • 10:10 AM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kerap kali kita lihat rakyat kita yang memerlukan rumah ini di kawasan pendalaman terutamanya, masalah utamanya ialah hak milik ataupun ownership tanah yang dia tinggal itu sebab ramai yang tinggal di tanah tradisi pusaka, satu nama kemudian lima enam keluarga dan itu menjadi halangan terbesar. Apakah ada cara yang difikirkan oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Mereka kena mendapatkan kelulusan bertulis daripada pemilik-pemilik tanah. Keluasan yang kita perlukan bukan satu hektar pun. Keluasan untuk membina 1,000 kaki persegi rumah itu hanya 2,800 kaki persegi yang kita perlukan. Jadi, kalau ada atas satu geran itu dimiliki oleh empat orang, tiga orang yang lain selain daripada nama dia itu hendaklah memberikan satu kenyataan bertulis membenarkan seluas 2,800 kaki persegi untuk dibina 1,000 kaki persegi itu. Kita memerlukan hanya kaedah yang demikian. Kemudian baki tanah yang lain itu keluarga yang lain boleh gunakan.

Saya kira perbincangan dalam peringkat keluarga masing-masing adalah diperlukan untuk memastikan perkara itu boleh dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Saya rasa itu sahaja tetapi saya hendak maklum di sini Rumah Mesra Rakyat yang sudah siap daripada 32,948 mengikut negeri, Terengganu sudah siap 4,702 unit rumah, Kelantan 4,812 unit rumah, Pahang 2,837 buah, Perak 3,467 unit, Pulau Pinang 255 unit, Kedah 4,150 unit, Perlis 714 unit, Selangor 1,528 unit, Negeri Sembilan 2,683 unit, Melaka 1,689 unit, Johor 4,402 unit. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur saya kira masalah tanah ini cuma 9 buah, Sabah boleh ditambah lagi 770 unit, Sarawak boleh lagi 893 unit setakat ini, Labuan 37 unit, jumlah 39,948 buah. Dalam proses pembinaan pada saat dan ketika ini ada 2,803 unit rumah yang dalam proses pembinaan.

Permohonan semua sekali 74,022 permohonan, yang dilulus 35,751.

Kenapakah antara permohonan itu tidak diluluskan kerana mungkin pendapatan seisi rumah melebihi RM3,000. Pendapatan suami dan isteri digabungkan dia mesti kurang RM3,000 dan ke bawah baru boleh. Kalau tidak, tidak boleh memiliki. Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengingatkan saya tadi saya menyebut rumah PR1MA 80,000 unit itu pendapatan RM8,000 hingga RM10,000, bukan. RM2,500 sehingga RM10,000 pendapatan dibenarkan untuk rumah PR1MA. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:10 AM

Tuan Er Tech Hwa - Bakri

Soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kalabakan.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di-Pertua saya mendengar secara teliti tadi jawapan daripada Menteri.

Rumah Mesra Rakyat RM169 juta. PR1MA RM1.6 bilion, di mana ada keadilan?

Orang kaya diberi peruntukan lebih, orang miskin diberi peruntukan sedikit.

[Tepuk] Jadi, adakah kerajaan mungkin menimbangkan semula projek Rumah Mesra Rakyat ini diberi berbilion-bilion. Ini PR1MA untuk orang kaya, bagi RM100 juta cukup. Adakah kerajaan bersedia untuk tambah SPNB punya peruntukan untuk rakyat jelata?

final • 10:10 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya amat bersetuju supaya kita tambah peruntukan untuk Rumah Mesra Rakyat dan saya akan mengusahakan di Kementerian Kewangan cuma RM169 juta itu tahun ini Yang Berhormat, tahun ini.

Dicampurkan sejak tahun 2002 jumlahnya RM2.1034 bilion sejak tahun 2002.

Manakala 80,000 unit PR1MA ini RM1.3 bilion, dia skim baru dan dia dibina di bandar yang mempunyai kos yang lebih tinggi dan nilai tanah yang lebih tinggi.

RM2.1034 bilion Rumah Mesra Rakyat itu kosnya rendah dan kita bagi subsidi kawasan di luar bandar, jadi itulah dia punya jawapan tetapi saya bersetuju kita mengusahakan tambahan.

final • 10:10 AM

2. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan apakah faktor Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyiapkan proses persempadanan semula kerusi DUN di Sarawak berbanding di negeri- negeri lain di peringkat persekutuan.

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya negeri Sarawak dilaksanakan selaras dengan keputusan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang meluluskan pindaan undang-undang ke atas fasal 2 perkara 14 Perlembagaan Negeri Sarawak. Berhubung dengan komposisi keanggotaan negeri daripada 71 kerusi kepada 82 kerusi pada 11 November 2014 dan telah diwartakan untuk dikuatkuasakan pada 5 Disember 2014. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu sempurna. Cuma, ada beberapa persoalan yang saya ingin tanyakan.

Proses persempadanan ini yang sedang berlangsung sedang dipertikaikan dalam mahkamah. Ada suatu proses semakan mahkamah ataupun judicial review telah dikemukakan dan membawa beberapa isu yang saya rasa amat penting untuk memastikan persempadanan ini berjalan mengikut Perlembagaan dan mengikut keadilan iaitu pertambahan kerusi-kerusi mengikut jumlah penduduk. Apa yang diperhatikan, penambahannya banyak berlaku di kawasan luar bandar yang sudah pun memberikan kesan tidak seimbang di antara kerusi-kerusi di negeri Sarawak.

Jadi, oleh kerana proses mahkamah ini sedang berjalan yang mana penekanannya diberikan kepada proses di mana sempadan negeri ini mengambil atau memakan sebahagian kawasan-kawasan Parlimen, menukar sempadan Parlimen yang mana ini memerlukan kita di Dewan ini yang memutuskannya sebelum dibuat demikian, jadi apakah sebab atau mengapa SPR tidak mahu menunggu proses semakan mahkamah ini yang akan berlangsung esok, Tuan Yang di-Pertua, 19 Mac sebelum mereka meneruskan? Ini kerana apa-apa keputusan yang berpihak kepada pemohon akan menyebabkan seluruh proses ini berbalik kepada step yang pertama. Jadi minta Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, harus baca ini untuk membolehkan kita melihat peraturan yang membolehkan SPR membuat keputusan mengenai persempadanan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dipinda daripada 71 kerusi kepada 82 kerusi.

Selaras dengan keputusan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang meluluskan pindaan undang-undang ke atas Fasal 2 Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sarawak berhubung dengan komposisi keanggotaan Dewan Undangan Negeri daripada 71 kepada 82, SPR perlu menjalankan urusan kajian semula persempadanan bagi bahagian-bahagian pilihan raya negeri Sarawak. Ini adalah selaras dengan peruntukan fasal 3A Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh bilangan ahli-ahli bagi Dewan Undangan Negeri sesuatu Dewan Undangan sesuatu negeri diubah berikutan dengan suatu undang-undang yang diperbuat oleh badan perundangan sesuatu negeri.

Walau bagaimanapun, oleh kerana tempoh lapan tahun bagi negeri Sarawak telah pun mencukupi, maka urusan persempadanan bagi negeri Sarawak ini adalah tertakluk kepada peruntukan fasal 3B Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, SPR akan memulakan urusan kajian semula persempadanan sebaik sahaja Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak berhubung perkara ini dikuat kuasa. Oleh kerana ia melibatkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan di bawah fasal 3B Perkara 113, maka notis persempadanan yang dikeluarkan oleh SPR adalah di bawah Perkara 2 Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Apabila notis ini dikeluarkan, SPR perlu menyiapkan kajian tersebut dalam tempoh tidak melebihi dua tahun daripada tarikh bermulanya kajian.

Keputusan yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak ini adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Sarawak.

Jadi yang paling penting sekarang ini ialah setelah Dewan Undangan Negeri Sarawak membuat perubahan mengikut fasal 3B Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Kalau tidak cukup tempoh lapan tahun, dia akan mengikut fasal 3A Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. SPR ikut proses ini. Dalam proses dua tahun ini, SPR mesti siap dalam masa dua tahun. Akan tetapi kalau sekiranya SPR boleh selesaikan sebelum dua tahun setelah siapnya proses yang kedua, kita ada – di Dewan Rakyat pun kalau kita hendak mulakan, kita kena ikut proses tersebut.

Setelah tamat tempoh kajian SPR, ianya akan dibawa ke Dewan Rakyat untuk dipertimbangkan. Dalam kes Sarawak, ia terpulang kepada SPR. Dalam tempoh dua tahun SPR kena siap dan setelah siap dibawa kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk diluluskan. Selepas itu mereka boleh membuat pilihan raya berdasarkan jumlah kerusi baru yang telah diluluskan. Proses ini diikuti dan semua sekali complaint ataupun bantahan yang dibuat akan diikuti prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh SPR. Empat prinsip utama yang akan dipertimbangkan oleh SPR sebelum membuat apa-apa perubahan.

final • 10:20 AM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah penjelasan SPR bagi merungkai permasalahan nama-nama yang telah memohon untuk menjadi pengundi berdaftar tetapi tidak tersenarai dan ditukar ke kawasan-kawasan lain, boleh diguna istilah sesuka hati, tanpa pengawalan yang telah berlaku seperti di dalam PRU Ke-13 yang lepas? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, ianya tidak berkaitan dengan soalan ini dan saya akan jawab secara bertulis. Saya menghayati apa yang telah berlaku dan insya-Allah, SPR akan ambil tindakan yang sewajarnya. Akan tetapi untuk menjawab secara khusus soalan yang ditimbulkan, saya akan jawab secara bertulis.

final • 10:20 AM

3. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Menteri Pendidikan menyatakan perancangan Kerajaan dalam memperkasakan tulisan jawi di institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi serta adakah kerajaan bercadang menjadikan ia sebagai satu subjek peperiksaan.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor atas soalan yang berkaitan dengan tulisan jawi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha memperkasakan tulisan jawi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memasukkan pelajaran jawi sebagai salah satu bidang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Di peringkat sekolah menengah pula, tulisan jawi digunakan dalam penulisan buku teks dan proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran jawi juga diuji dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain daripada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk memperkasakan tulisan jawi di institusi pendidikan peringkat rendah dan menengah. Antaranya ialah:

(i) membina modul pemulihan jawi dengan lebih mudah dan menarik untuk murid-murid yang lemah jawi;

(ii) pendekatan baru program j-QAF untuk memulih murid yang lemah bukan melalui kelas pemulihan tetapi melalui kem pemulihan jawi yang dirancang dapat diatur dengan lebih sistematik;

(iii) salah satu item soalan Pendidikan Islam dalam SPM berkaitan secara langsung dengan kemahiran dan penguasaan dalam tulisan jawi; dan

(iv) buku teks Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan Quran dan Sunah dikekalkan dalam tulisan jawi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di peringkat pengajian tinggi, tiga institusi pengajian tinggi awam atau IPTA iaitu Universiti Malaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Malaysia Pahang telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasakan tulisan jawi melalui penawaran kursus, program dan pembangunan perisian tulisan jawi.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Selain itu, perisian tulisan jawi juga turut dibangunkan di UMP yang diberi nama AsarFonts. Produk ini telah melalui fasa research and development, dengan izin, dan telah dikomersialkan. Ia juga telah mendapat beberapa pingat di peringkat kebangsaan. Melalui produk ini, proses pembelajaran tulisan jawi menjadi amat mudah kerana ia membolehkan pelajar yang menggunakan tulisan rumi akan ditukar secara automatik ke tulisan jawi apabila pengguna menaip menggunakan perisian Microsoft Office, dengan izin. Penggunaan perisian ini akan memperkasa tulisan jawi kerana ia boleh dikuasai dengan mudah oleh sesiapa yang ingin mengetengahkan tulisan jawi. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan yang telah mengambil inisiatif yang begitu baik. Cuma mengambil kira tulisan jawi ini adalah sebagai satu nilai tamadun yang cukup tinggi khususnya kepada masyarakat kita di Malaysia. Saya ingin mendapatkan sedikit lagi penjelasan daripada kementerian tentang apakah kementerian mempunyai cadangan untuk menambahkan atau meningkatkan peruntukan khas bagi membangunkan tulisan jawi, dan seterusnya adakah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai program-program yang

final • 10:30 AM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

diselaraskan dengan agensi-agensi lain seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga media-media masa?

Oleh sebab, kita dapati pihak media massa seperti Utusan Malaysia dan sebagainya juga ada mengambil inisiatif untuk mengembangkan tulisan jawi. Jadi, sejauh manakah perkara dilakukan secara NBOS iaitu secara National Blue Ocean Strategy, dengan Kementerian Pendidikan. Apakah inisiatif yang telah dilaksanakan untuk menggalakkan minat penghayatan terhadap tulisan jawi sebagai warisan sastera di kalangan pelajar-pelajar bukan Melayu, bukan Islam.

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan berkaitan dengan tiga perkara.

Perkara yang pertama ada berkaitan dengan bajet. Memang pendidikan agama diberi tumpuan dalam Bajet Tahun 2015. Kedua berkaitan dengan kolaborasi dengan agensi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka atau media dan agensi yang lain. Memang kolaborasi diwujudkan, dan saya beri dua contoh yang berkaitan dengan aktiviti di mana kita hendak mempromosikan tulisan jawi iaitu pertandingan tulisan jawi yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selain daripada itu, kita juga ada pertandingan tilawah al-Quran di mana ini dikendalikan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Jadi memang N-BOS juga diaplikasikan dan sekarang kita juga melihat bahawa media juga memainkan satu peranan untuk mempromosikan atau memperkasakan tulisan jawi.

Berkaitan dengan program Pengantar Tulisan Jawi sebagai warisan sastera dan budaya di kalangan pelajar bukan Melayu. Sebenarnya Kementerian Pendidikan Malaysia tidak menghalang untuk murid-murid atau pelajar bukan Islam mempelajari bahasa Arab melalui mengikuti kelas bahasa Arab elektif ini memberi satu pendedahan kepada pelajar yang bukan Islam untuk belajar tulisan jawi. Dengan rujukan kepada data murid yang bukan Islam yang mengambil mata pelajaran elektif Bahasa Arab di sekolah kebangsaan saya boleh melihat bahawa data adalah menggalakkan.

Saya beri satu contoh, untuk Tahun 1 pada tahun 2014 seramai 7720 orang pelajar yang bukan Islam ambil Bahasa Arab dibandingkan dengan seramai 5170 orang murid bukan Islam untuk mengambil Bahasa Cina. Sekian, terima kasih

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin.

final • 10:30 AM

Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin - Bukit Katil

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Hang Jebat Hang Kasturi, Hebat berpencak bila bertempat, Untuk Yang Berhormat Menteri, Soalan saya nombor empat.

final • 10:30 AM

4. Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [Bukit Katil] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, jumlah pekerja OKU terkini di sektor awam dan swasta mengikut kumpulan, iaitu kumpulan sokongan dan pengurusan serta mengikut kategori fizikal, penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Adakah jumlah ini menepati dasar 1% penglibatan OKU dalam sektor pekerjaan.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Boleh tahan pantun orang Melaka.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Bagi pantun Sabah Yang Berhormat, Mat Saleh kah!

final • 10:30 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

[Ketawa] Saya tidak pandai berpantun.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Katil. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat prihatin terhadap cabaran yang dihadapi oleh golongan kurang upaya terutamanya daripada segi peluang pekerjaan.

Menyedari bahawa pekerjaan merupakan aspek yang penting bagi membolehkan seseorang individu termasuklah OKU menjalani kehidupan yang berkualiti dan berdikari serta diintegrasikan dalam masyarakat. Kerajaan telah memperkenalkan dasar 1% peluang pekerjaan di sektor awam kepada OKU pada tahun 1988. Bagi memastikan keberkesanan pencapaian pelaksanaannya, dasar 1% peluang pekerjaan ini telah diperkukuhkan lagi melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16, Tahun 2010 yang mula berkuat kuasa pada 15 Disember 2010. Usaha ini merupakan inisiatif kerajaan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor awam kepada golongan OKU yang berkelayakan.

Walau bagaimanapun, pencapaian dasar ini bergantung kepada permohonan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ataupun melalui pengenalpastian oleh kementerian atau agensi di bawah kementerian masing-masing. Pelantikan OKU dapat dibuat berdasarkan- calon memenuhi syarat-syarat pelantikan yang ditetapkan dalam sesuatu skim perkhidmatan, kesesuaian calon dalam bidang tugas dan jawatan serta juga kemudahan yang disediakan oleh agensi yang berkenaan.

Berdasarkan rekod dari Jabatan Perkhidmatan Awam hingga bulan Disember 2014, seramai 3741 orang penjawat awam ataupun 0.22% dalam kalangan OKU sedang berkhidmat dalam pelbagai kumpulan perkhidmatan di pelbagai kementerian, jabatan, agensi termasuklah juga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri. Daripada jumlah tersebut, seramai tiga orang ataupun bersamaan 0.08% penjawat awam OKU, sedang mengisi jawatan di peringkat Pengurusan Tertinggi Sektor Awam. Seramai 1045 orang berkhidmat dalam kumpulan perkhidmatan Pengurusan dan Profesional, dan seramai 2693 orang lagi berkhidmat dalam kumpulan Perkhidmatan Sokongan di pelbagai kementerian, jabatan, agensi kerajaan termasuklah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Manakala pecahan mengikut kategori ketidakupayaan pula daripada jumlah tersebut, adalah seperti berikut:

Jenis KetidakupayaanJumlah (orang)
Penglihatan733
Pendengaran298
Pertuturan73
Fizikal1998
Pembelajaran31
Mental26
Pelbagai557
Tidak dinyatakan kategori ketidakupayaan25

Berdasarkan rekod Jabatan Perkhidmatan Awam tersebut juga, terdapat lapan buah agensi kerajaan yang telah mencapai sasaran dasar 1% peluang pekerjaan ini iaitu;

final • 10:30 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

(i) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan;

(ii) Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang;

(iii) Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional;

(iv) Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan;

(v) Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri;

(vi) Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji;

(vii) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; dan

(viii) Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Berdasarkan kepada statistik di atas secara umumnya, penglibatan OKU dalam sektor pekerjaan masih belum menepati sasaran dasar 1% OKU di dalam sektor pekerjaan khususnya di sektor awam.

final • 10:30 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Walau bagaimanapun, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendapati terdapat peningkatan yang positif dari tahun ke tahun berhubung penyertaan OKU di sektor pekerjaan. Dalam hal ini, usaha akan terus dipergiatkan lagi oleh pihak kementerian serta agensi kerajaan yang berkaitan bagi membolehkan lebih ramai lagi golongan OKU mendapat peluang dan akses kepada pekerjaan selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam seksyen 29, Akta OKU 2008 dan juga komitmen negara di bawah Artikel 27 konvensyen mengenai OKU yang telah diratifikasi pada tahun 2010.

Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan menggalakkan penggajian OKU dalam pasaran kerja, kerajaan melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia juga telah mewujudkan Sistem Penempatan Orang Kurang Upaya (SPOKU). Sistem ini membolehkan padanan pekerjaan dibuat antara calon OKU dengan jawatan yang sesuai di sektor swasta. Berdasarkan rekod Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bagi tempoh hingga Disember 2014, seramai 4,147 OKU telah berjaya mendapat pekerjaan dan ditempatkan di pelbagai sektor pekerjaan.

Adalah menjadi harapan kementerian, dengan adanya Dasar 1% ini, SPOKU dan juga insentif bagi menggalakkan OKU bekerja sendiri ataupun menceburi bidang perniagaan. Ini akan dapat meningkatkan lagi peluang pekerjaan golongan OKU untuk meningkatkan lagi kualiti hidup mereka dan seterusnya menjadi ejen penyumbang kepada pembangunan negara kita. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dengar dengan teliti tadi dan difahamkan berdasarkan jawapan Menteri, dasar ini mula diperkenalkan pada tahun 1988. Jadi setelah 27 tahun, kerajaan masih lagi gagal untuk mencapai sasaran 1%. Apa yang dimaklumkan tadi hanya lapan buah agensi kerajaan yang pada saya ini menunjukkan ketidakseriusan kerajaan bagi menangani dan membantu warga OKU ini. Salah satu daripada aspek akses kepada pekerjaan ini, saya difahamkan Dasar OKU negara juga menggalakkan OKU untuk bekerja sendiri atau berdikari.

Jadi soalan tambahan saya, apakah peluang-peluang ataupun latihan yang disediakan oleh kerajaan misalnya untuk membantu mahasiswa OKU yang ingin bekerja sendiri? Apakah ada insentif ataupun dana-dana khusus yang diperuntukkan? Saya percaya kalau kerajaan boleh membelanjakan RM465 juta untuk membiayai kapal terbang baru Perdana Menteri, saya ingat boleh juga kerajaan sediakan dana yang mencukupi untuk membantu warga OKU ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil yang begitu prihatin dengan golongan orang kurang upaya ini tetapi tidak payahlah kita campuradukkan dengan kapal terbang.

[Disampuk] Kita bercakap tentang OKU ini betul-betullah, ertinya dengan niat kita yang ikhlas hendak menolong.

final • 10:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat, kapal terbang Presiden Obama pun rakyat Amerika tidak cakap apa-apa pun. Hairanlah Malaysia ini.

final • 10:40 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

[Ketawa] Itulah Malaysia ini. Walau bagaimanapun, kita di kerajaan ini memang amat prihatin dengan pelbagai golongan yang ada dalam negara kita Malaysia ini termasuklah juga golongan orang kurang upaya ini.

Seperti mana yang saya sebut tadi Yang Berhormat, pada tahun 2010 dikeluarkan lagi satu pekeliling untuk meminta supaya semua kementerian, agensi, jabatan kerajaan kita melihat kepada keperluan orang kurang upaya.

Pastikan kita dapat capai 1% ini sekurang-kurangnya. Saya ingin maklumkan bahawa memang sudah banyak kementerian yang sudah hampir-hampir sampai ke situ. Memang ramai tetapi kita tidak berpuas hati. Kita mahu teruskan dan pastikan lagi. Oleh kerana itu, kita ada Jawatankuasa Pekerjaan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya yang telah kita tubuhkan, yang mana diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia dan yang menjadi ahlinya ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Baru-baru ini pada Oktober tahun lalu, JPA telah pun mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasanya semua termasuk JKM untuk membincangkan dan melihat semula kedudukan pencapaian 1% ini. Mereka juga telah bersetuju untuk mengadakan kajian dan soal selidik status pegawai-pegawai OKU dalam perkhidmatan awam dan mengkaji semula mekanisme yang berkesan untuk mencapai 1% peluang pekerjaan di sektor awam kepada OKU. Berertinya kita tidak duduk diam Yang Berhormat. Kita mahu lihat apa yang telah kita putuskan ini, dasar ini, mesti akan dapat kita capai. Jadi Yang Berhormat semua boleh membantu kitalah dalam hal-hal seperti begini.

Dalam itu juga, kerajaan kita melalui Kementerian Sumber Manusia menubuhkan Job Coach yang mana melalui Job Coach ini saya lihat dari Ogos 2010 hingga Disember 2014, jumlah Job Coach yang dilatih ada 1,350 orang.

Petugasnya terdiri daripada pegawai-pegawai di PDK, swasta, JKM, NGO, Jabatan Pendidikan, Tenaga Kerja, PERKESO dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua mereka ini adalah bertanggungjawab untuk mengenal pasti orang-orang kurang upaya ini, membantu mereka dan memberikan mereka latihan yang sesuai, selepas itu membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

Setelah mendapat pekerjaan pun dipantau, memastikan mereka terus lagi bekerja Ini Yang Berhormat, untuk pengetahuan semua Dewan yang mulia ini, berjalan berterusan. Ada kerjasama lautan biru antara kementerian-kementerian berkenaan dan juga agensi-agensi yang berkenaan.

Terbaru ingin saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, selaras dengan Incheon Strategy, to Make the Right Real for Persons with Disabilities in Asia and Pacific 2013, dengan izin. Kita juga sedang buat final draft Pelan Tindakan OKU yang baru bagi tahun 2015 hingga tahun 2022. Ia dijangka ini akan dibawa kepada Jemaah Kabinet tidak lama lagi. Tujuannya ialah pertama, dalam goals kita adalah memastikan dan membantu OKU mendapat pekerjaan dan keluar daripada kepompong kemiskinan ini.

Selain daripada bantuan-bantuan yang sudah pun kita sediakan, Yang Berhormat saya juga ingin memberitahu bahawa memang ada banyak program latihan yang disediakan di bawah kementerian kita, di bawah pusat latihan, di bawah bengkel terlindung kita sama ada dijalankan oleh kementerian dan

final • 10:40 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

dikendalikan oleh kementerian sendiri ataupun dengan kerjasama NGO dan juga ada insentif-insentif yang disediakan oleh kerajaan.

Misalnya di kementerian kita, kita ada Geran Pelancaran tersedia iaitu RM2,300 bagi mereka yang hendak memulakan perniagaan untuk OKU. Tidak kiralah OKU yang dilatih dari pusat latihan ataupun mereka yang telah pun berijazah dan selepas itu, Kementerian Sumber Manusia pula menyediakan lagi geran untuk mereka membesarkan lagi perniagaan.

Saya dimaklumkan bahawa geran yang disediakan ini tidak ada maksimumnya.

Mereka boleh memohon kepada kementerian yang berkenaan bagi membesarkan perniagaan mereka ataupun untuk menggaji orang kurang upaya untuk terlibat dalam bidang pekerjaan. Jadi banyak Yang Berhormat sebenarnya.

Sekarang ini terpulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini untuk mencari orang-orang kurang upaya yang ada di kawasan masing-masing, bawa kepada pihak yang berkenaan sama ada kepada JKM di bawah kementerian kita ataupun kepada Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia. Silakan, terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soal OKU ini amat dekat di hati saya kerana saya di pejabat Parlimen pun mempunyai seorang pekerja OKU. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Timbalan Menteri kerana telah menjawab dan juga telah memaklumkan betapa banyaknya insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Soalan saya telah pun sebenarnya dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi saya ingin bertanyakan soalan lain. Apakah pemantauan yang dilakukan oleh pihak kementerian di dalam berlakunya penyelewengan yang diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mana pada ketika dan waktu ini di hadapan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) telah beraraknya 150 orang ke 200 orang buta dan juga OKU yang menyatakan bahawa penyelewengan telah berlaku dalam persatuan yang melibatkan MAB?

Apakah pemantauan yang dibuat supaya tidak ada orang mengambil kesempitan di atas kesempitan yang dialami oleh pihak OKU? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya ucapkan pertamanya tahniahlah kerana telah pun mengambil tindakan dan langkah yang begitu baik sekali selaras dengan dasar kita menggajikan orang kurang upaya di pejabat Yang Berhormat, tahniah.

final • 10:40 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Berkenaan dengan pemantauan ini, pertamanya kita lebih suka kalau boleh setiap badan ataupun NGO yang terlibat dengan orang kurang upaya ini, mereka ini kata orang sub-supervise ataupun memantau diri mereka sendiri kerana mereka jujur dan telus kerana mereka menerima bantuan daripada pihak kerajaan supaya apa juga yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka ini, mereka gunakan sebaik-baiknya untuk kebajikan dan manfaat kumpulan sasaran mereka ataupun ahli-ahli mereka.

Insya-Allah kita membuat pemantauan daripada laporan-laporan mereka iaitu yang kita minta sebelum kita meluluskan apa-apa peruntukan seterusnya untuk tahun-tahun yang berikutnya. Kita akan minta laporan mereka dan juga akaun mereka yang diaudit supaya sebelum kita meluluskan apa-apa peruntukan yang terbaru kepada mereka, mereka mesti menepati syarat-syarat yang telah kita kenakan untuk meluluskan permohonan tersebut.

Sekarang ini kita telah mendapat maklumat tentang ini dan kita akan membuat pemantauan terhadap apa yang dikatakan berlaku ini. Insya-Allah dan saya minta juga Ahli-ahli Yang Berhormat kalau ada maklumat-maklumat seperti mana yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Masjid Tanah tadi itu,

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

sampaikan kepada pihak kita kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang ada di daerah dan di kawasan Parlimen masing-masing. Terima kasih.

final • 10:50 AM

5. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah projek perumahan yang terbengkalai serta nama projek dan lokasi yang belum diselesaikan oleh kementerian.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Besar dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon keizinan untuk saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Telok Kemang bertarikh 9 April 2015 kerana kedua-dua Ahli Yang Berhormat ini bertanyakan mengenai isu projek perumahan terbengkalai.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sila, Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat dari kawasan Padang Besar, bagi tempoh antara tahun 2009 hingga 31 Januari 2015, sebanyak 216 projek perumahan swasta yang telah pun diisytiharkan sebagai projek terbengkalai di bawah seksyen 11(ca) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 iaitu Akta 118. Daripada jumlah ini Yang Berhormat, sebanyak 164 projek ataupun bersamaan dengan 75.9% telah pun berjaya disiapkan ataupun diselesaikan. Manakala sebanyak 52 lagi projek ataupun 24.1% Tuan Yang di- Pertua, masih lagi belum selesai dan sedang dalam peringkat pelbagaian, peringkat pemulihan yang sedang dilaksanakan oleh kementerian.

Untuk makluman Yang Berhormat Padang Besar juga, pecahan projek- projek yang masih belum diselesaikan dan berada dalam pelbagai peringkat pemulihan adalah seperti berikut. Mengikut negeri dan juga jumlah projek yang dikehendaki oleh Yang Berhormat dalam soalan Yang Berhormat kepada saya.

NEGERIBILANGAN PROJEK
Selangor21
Perak9
Johor8
Pahang4
Negeri Sembilan4
Pulau Pinang2
Kedah2
Kelantan1
Wilayah Persekutuan1
JUMLAH52

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun melampirkan senarai 52, Yang Berhormat kepada Yang Berhormat tadi. Lampiran telah ada dalam tangan Yang Berhormat. Jadi saya minta Yang Berhormat untuk rujuk kepada lampiran saya, penjelasan terhadap 52 mengikut kepada negeri-negeri yang ada.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, secara khususnya kepada soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari kawasan Telok Kemang. Kerajaan telah pun membuat pindaan kepada Akta 118 di Dewan yang mulia ini bagi menambahbaikkan lagi aspek perundangan dan

final • 10:50 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

penguatkuasaan ke atas mana-mana syarikat pemaju yang tidak bertanggungjawab termasuklah tindakan terhadap pemaju yang menyebabkan sesuatu projek pemajuan itu terbengkalai. Melalui pindaan-pindaan ini Tuan Yang di-Pertua, kepada Akta 118 ini, penguatkuasaan terhadap pemaju yang tidak bertanggungjawab dapat dijalankan secara lebih agresif oleh Jabatan Perumahan Negara di peringkat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, pindaan- pindaan tersebut masih lagi belum dapat dikuatkuasakan pada masa ini kerana pindaan ini perlu dikuatkuasakan bersekali dengan Akta Pengurusan Strata 2013 iaitu Akta 757 dan Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 Akta 318. Sehingga kini untuk makluman Yang Berhormat dari kawasan Telok Kemang walaupun dia tidak ada, tidak apa.

Untuk makluman kepada semua Ahli Yang Berhormat termasuklah daripada Padang Besar, setakat ini Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian telah pun mengadakan perbincangan dengan semua kerajaan negeri bagi pelaksanaan Akta 757 ini dalam Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Selain daripada itu ialah untuk semua kerajaan negeri membentangkan satu resolusi di peringkat Dewan Undangan Negeri masing-masing untuk mendapatkan kelulusan dalam Dewan Undangan Negeri negeri-negeri yang berkenaan.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, sementara kita menunggu supaya semua pihak kerajaan-kerajaan negeri membawa resolusi dalam Dewan Undangan Negeri dalam masa terdekat ini kerana ada negeri yang akan bersidang dalam bulan Mei dan sebagainya. Contohnya Pulau Pinang akan bersidang dalam bulan Mei kerana saya berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang memberikan penjelasan tentang Akta 757 ini dan juga dengan beberapa lagi kerajaan negeri.

Kerajaan negeri akan membawa kepada persidangan yang terkini untuk membawa resolusi itu dan supaya resolusi itu dapat dibentangkan dan mendapat kelulusan daripada pihak Dewan Undangan Negeri Tuan Yang di-Pertua, untuk memberikan kuasa kepada Yang Berhormat Menteri melantik presiden dan keanggotaan kepada tribunal pengurusan strata yang ada. Bila itu berlaku Tuan Yang di-Pertua, barulah kita akan dapat menguatkuasakan Akta 118 ini secara bersekali.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, sementara menunggu proses ini berlaku di peringkat kerajaan-kerajaan negeri, maka tindakan yang diambil oleh pihak kementerian terhadap pemaju yang mengakibatkan projek perumahan terbengkalai ialah seperti berikut:

(i) menyenaraihitamkan semua pemaju dan juga ahli lembaga pengarah yang terbabit; dan

(ii) pemaju juga tidak boleh memohon lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan bagi mana-mana projek perumahan baru yang akan mereka bangunkan.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat Telok Kemang juga yang bertanyakan berapakah jumlah projek yang telah pun berjaya dipulihkan oleh pelikuidasi. Untuk makluman Yang Berhormat Telok Kemang, antara tahun 2009 hingga tahun 2012, daripada jumlah projek yang telah pun diselesaikan, sebanyak 14 projek di bawah pelikuidasi yang dilantik oleh mahkamah telah berjaya dipulihkan. Saya akan mengemukakan senarai 14 projek yang telah berjaya dipulihkan di bawah pelikuidasi kepada Yang Berhormat Telok Kemang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab kita lihat daripada saya dekat 30 tahun sudah berpolitik, isu rumah terbengkalai ini tidak habis-habis. Tidak habis-habis dan kita lihat di sini, sampai hari ini, 36,000 bilangan pembelian yang dianiaya oleh syarikat-syarikat pemaju yang tidak bertanggungjawab.

Saya berpuas hati atas penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi kita perlulah mengenakan undang-undang yang lebih keras kerana mereka yang terlibat ini, selepas mereka disenaraihitamkan dalam sesuatu syarikat, mereka tubuhkan syarikat lain dan benda yang sama juga mereka buat. Jadi kali ini kita mintalah kalau boleh diambil tindakan yang keras. Kalau boleh penjara mereka yang sebenarnya terbabit untuk kita hendak menyelesaikan ke depan ini supaya tidak ada lagi isu-isu melibatkan pemaju-pemaju yang menyeleweng dan membuat projek terbengkalai dan menganiaya rakyat.

Satu lagi soalan saya ialah janji pilihan raya kita sebab kita hari ini sudah dekat tiga tahun. KPKT berjanji kita hendak buat rumah rakyat. Saya ingat sejuta rumah rakyat. Jadi sampai hari ini sudah berapa rumah yang kita sudah buat untuk kita bagi kepada rakyat? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat bangkitkan kepada saya ini persoalan berkaitan dengan projek perumahan terbengkalai. Saya boleh jawab Yang Berhormat tentang perumahan satu juta, janji Barisan Nasional dalam manifesto yang lepas. Jangan bimbang.

[Disampuk] Kenapa? Tidak, kita bukan macam negeri Selangor dan lain-lain. Kita selesaikan apa yang kita janjikan.

final • 10:50 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Tuan Yang di-Pertua, [Disampuk] tidak payah, tidak payah. Kalau hendak tahu bangkit dalam perbahasan, saya jawab secara jelas. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Padang Besar, ini dengar ya yang tidak berkaitan sila senyap. Yang Berhormat Padang Besar, dengan adanya pindaan kepada Akta 118 ini, tidak akan berlaku lagi insya-Allah. Setakat yang telah saya nyatakan tadi Yang Berhormat dari tahun 2009 dan semua 216 itu diselesaikan secara berperingkat. Tinggal 52 sahaja dan selepas 52 projek ini selesai, projek terbengkalai ini kita pulihkan Yang Berhormat insya-Allah tidak ada lagi kerana dengan pindaan kepada Akta 118 ini, dia adalah satu akta yang memberikan kekuatan kepada Jabatan Perumahan Negara untuk mengambil tindakan dan kepada pindaan-pindaan yang telah pun diletakkan dalam Akta 118 ini.

Saya tidak fikir ada mana-mana pemaju yang mahu mengambil kesempatan untuk menjadikan projek yang mereka bangunkan itu sebagai projek terbengkalai. Antaranya yang saya hendak sebutkan kepada Yang Berhormat, pindaan yang telah pun kita buat melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) Akta 118 yang saya sebutkan tadi antaranya seksyen 3, tafsiran pemaju perumahan merangkumi pihak pelikuidasi dan juga pegawai penerima.

Seksyen 6, defisit pemajuan perumahan. Dahulu 200,000 Yang Berhormat, tetapi dengan pindaan kepada Akta 118 ini, defisit lesen pemajuan perumahan dipinda daripada RM200,000 kepada 3% daripada anggaran kos pembinaan keseluruhan projek itu termasuk kos yuran profesional Tuan Pengerusi tetapi tidak termasuk kos tanah.

Selain daripada itu juga saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat di bawah seksyen 8, pembeli. Sekarang ini tidak boleh. Pembeli boleh secara individu memohon untuk menamatkan mana-mana perjanjian jual beli pada bila-bila masa sekiranya pembeli mendapati bahawa tidak ada sebarang pemajuan pembinaan secara berterusan di atas tapak yang dibeli oleh mereka selama tempoh enam bulan atau lebih selepas perjanjian itu ditangani. Dengan syarat

final • 11:00 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

perlu mendapat perakuan daripada pengawal perumahan iaitu daripada kementerian dan mendapat persetujuan secara bertulis daripada pihak pembiaya.

Maknanya kalau dalam tempoh enam bulan kita tengok tidak apa berlaku ke atas tapak kita pembeli boleh atas dirinya, boleh membatalkan perjanjian jual beli.

Sekarang ini tidak ada.

Jadi dengan peruntukan 118 ini Yang Berhormat, banyak perkara yang akan memberikan kekuatan kepada pembeli termasuklah subseksyen 16N iaitu tuntutan boleh dibuat di Tribunal Tuntutan Perumahan yang boleh dibuat oleh pembeli yang merangkumi pemaju perumahan yang tidak berlesen sekali. Jadi kalau saya hendak baca ini banyak. Saya akan bagi kepada Yang Berhormat tentang pindaan-pindaan di bawah Akta 118 yang akan dapat memberikan keyakinan kepada pembeli bahawa kita tidak akan membenarkan dan tidak akan meletakkan ruang kepada mana-mana pemaju perumahan untuk mereka mengambil kesempatan dengan menjadikan projek mereka sebagai projek terbengkalai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang dihormati dan budiman.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ya. Kenapa Yang Berhormat Bakri bangun tiga kali pagi ini ya.

final • 11:00 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Selamat pagi dan selamat kembali ke Dewan yang mulia, Bakri amat suka dan gembira dapat bertemu dengan semua orang dalam sesi kali ini. Soalan tambahan Bakri adalah jumlah pemaju dihukum, dilepas, diberi amaran oleh Kementerian Perumahan. Berapakah jumlah pemaju yang dihukum oleh kementerian dan dilepaskan oleh kementerian dan berapa jumlah pemaju yang diberikan amaran oleh Kementerian Perumahan. Sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bakri. Boleh tidak Yang Berhormat ulang balik soalan Yang Berhormat itu.

[Ketawa, riuh] Yang saya dengar tadi Yang Berhormat...

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

...Yang lain itu senyaplah. Ambil ayat Yang Berhormat hendak tanya itu sahaja tanpa karangan awal daripada Yang Berhormat itu.

final • 11:00 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Ok, di sini saya hendak...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri sengaja hendak seksakan Yang Berhormat Bakri.

[Ketawa]

final • 11:00 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tidak apa, kita sama-sama dari Johor. Di sini saya hendak tanya berapa buah rumah yang terbengkalai oleh pemaju dan kementerian memberikan amaran dan dilepaskan dan berapa dihukum oleh kementerian atau dihukum oleh mahkamah, jumlah dia.

final • 11:00 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Barulah jelas. Kita ini Yang Berhormat.... nanti senyap. Apabila hendak jawab soalan, kena dengar soalan itu baik-baik kerana kerajaan yang menjawab kepada soalan Yang Berhormat bangkitkan. Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Bakri. Yang Berhormat, saya hendak sebutkan tadi daripada 2009 sehingga 2014 sebanyak 216 projek terbengkalai. Saya hendak sebutkan dalam soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Besar tadi ada lagi 52 projek sedang dalam tindakan pemulihan. Kalau Yang Berhormat hendak list, saya boleh hantar.

Untuk makluman Yang Berhormat sehingga 2 Mac 2015, sebanyak 1,018 pemaju perumahan telah pun disenaraihitamkan oleh pihak Kementerian KPKT.

Kategori dia projek terbengkalai ada sebanyak 146, gagal membayar kompaun 337, ingkar award tribunal tuntutan pembeli rumah 307, projek sakit ada 131,

final • 11:00 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

pemaju yang disabitkan dengan kesalahan 17, jumlah keseluruhan termasuk pemaju tanpa lesen ialah sebanyak 1,018. Sehingga 2 Mac 2015, apabila pemaju disenaraihitamkan, automatik Ahli Lembaga Pengarah akan disenaraihitamkan juga. Maknanya apabila Ahli Lembaga Pengarah disenaraihitamkan, dia tidak boleh lagi dimasukkan sebagai ahli lembaga kepada mana-mana projek-projek baru yang ada sehingga diselesaikan senarai hitam nama mereka itu.

Sehingga 2 Mac 2015, sebanyak 3,607 orang Ahli Lembaga Pengarah telah pun disenaraihitamkan. Saya sekali lagi Tuan Yang di-Pertua hendak memberikan penegasan bahawa dengan pindaan Akta 118 ini, dia akan memberikan kekuatan perundangan kepada pihak Jabatan Perumahan Negara, Kementerian KPKT untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dan juga untuk memantau mana-mana projek perumahan baru yang akan dibangunkan supaya tidak akan berlaku lagi projek terbengkalai pada masa yang akan datang. Ini jawapan yang jelas, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

6. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan adakah perancangan untuk membina perumahan mampu milik di kawasan Batu. Setakat ini berapa buah projek yang telah diluluskan. Apakah rancangan pihak kementerian untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas di kawasan ini.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batu, sasaran penyediaan Rumah Mampu Milik PPA1M dalam tempoh lima tahun di Wilayah Persekutuan adalah sebanyak 80,000 unit. Sasaran tersebut meliputi Kuala Lumpur sebanyak 50,000 unit, Putrajaya 20,000 unit dan Labuan 10,000 unit atau mengikut keperluan. Pembinaan rumah mampu milik Wilayah Persekutuan atau ringkasnya rumah W1P ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat di Wilayah Persekutuan memiliki rumah sendiri pada harga yang bukan mengikut pasaran semasa iaitu lebih rendah dengan harga siling RM300,000 dan ke bawah.

Sehubungan itu Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengenal pasti beberapa tapak rumah W1P di kawasan mukim Batu. Perancangan pembangunan tersebut antaranya telah mendapat kelulusan Perintah Pembangunan dan sebagainya di dalam perancangan. Antara tapak yang telah dikenal pasti adalah di Jalan Batu Muda Tambahan 3, Mukim Batu yang telah dibuka pada permohonan melalui portal Rumah W1P. Permohonan telah dibuka selama 2 bulan pada 25 Disember 2014 sehingga 23 Februari 2015.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Pihak urus setia akan membuat saringan permohonan yang telah diterima.

Selain itu, pada masa ini juga terdapat beberapa projek yang telah berada daripada peringkat kelulusan dan juga di peringkat pertimbangan jawatankuasa pusat untuk dilaksanakan dan pembangunan rumah mampu milik di kawasan Mukim Batu. Keseluruhan kini terdapat lima Projek Pembangunan RUMAWIP dengan jumlah unit daripada projek tersebut adalah sebanyak 2,795 yang telah merangkumi cadangan tawaran harga seunit tidak melebihi RM300,000.

Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat Batu, DBKL sedang di peringkat akhir untuk melaksanakan satu Projek RUMAWIP yang telah diluluskan iaitu di Lot 146, Mukim Batu, Bandar Baru Sentul dengan jumlah unit sebanyak 250 pada harga kurang daripada RM300,000 seunit.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batu juga, berdasarkan laporan kajian lalu lintas yang disediakan untuk projek-projek pembangunan terdapat pertambahan kenderaan-kenderaan yang dijanakan oleh projek-projek berkenaan.

Oleh yang demikian, pihak pemaju projek-projek bangunan disyaratkan untuk

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

menaik taraf jalan-jalan berhampiran supaya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Di samping cadangan kerja-kerja menaik taraf jalan yang dilaksanakan.

Pengangkutan awam seperti KTM, komuter dan LRT telah pun dilaksanakan di samping projek MRT yang akan juga dilaksanakan bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin dapat penjelasan secara khusus. Bilakah rancangan-rancangan ini dapat diselesaikan yang dikatakan projek-projek yang akan dilancarkan? Bilakah mereka akan diselesaikan? Juga kita – saya dapati dalam website Projek Rumah Mampu Milik di Batu Tambahan ini dalam website sudah ditutup.

Saya ingin tahu sebenarnya berapa ramai yang telah memohon dan di kalangan yang telah tidak berjaya untuk mendapatkan rumah mampu milik ini.

Sama ada mereka ditawarkan dengan projek-projek yang baru dilancarkan atau setiap kali satu projek dilancarkan pemohon-pemohon itu terpaksa masuk ke dalam queue semula. Ini akan menyebabkan kesulitan kepada pemohon- pemohon.

Akhir sekali dalam isu lalu lintas, saya juga ingin dapat satu penjelasan apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab dengan secara umum akan naik taraf jalan dan tambah pengangkutan. Akan tetapi secara spesifik, bagaimanakah Jalan Sentul yang begitu sempit itu boleh dinaiktarafkan untuk menampung kenderaan yang makin bertambah? Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat pada soalan yang pertama itu kami mempunyai lima tahun untuk selesaikan semua projek RUMAWIP sebanyak 50,000 unit atau mengikut keperluan.

Untuk soalan yang kedua pula, jumlah yang memohon. Baru sahaja permohonan ditutup pada 23 Februari 2015. Pihak urus setia sedang membuat saringan dan saya terpaksa beri secara tulisanlah kerana saya tidak ada fakta- fakta ini. Ini kerana melibatkan angka. Syarat pemohon ialah pemohon yang dibenarkan memohon mengikut projek. Ini kerana mereka pilih tempat yang mereka mahu duduki. Oleh itu setiap kali permohonan, mereka kena memohon.

Setiap kali projek dimasukkan dalam portal atau dibuka untuk permohonan, mereka terpaksa pohon. Ini kerana kita tidak tahu apa kehendak mereka. Ini bukan macam perumahan rumah rakyat di mana kita beri mereka di mana ada kekosongan.

Berkenaan dengan jalan, secara spesifik saya boleh beri satu presentation dengan izin, kepada Yang Berhormat Batu jika perlu. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:10 AM

7. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan apakah halangan yang ada bagi kementerian mengadakan pendapatan bulanan minima kepada peserta FELCRA di seluruh negara dan bilakah cadangan untuk mengadakan pendapatan minimum dapat dijalankan.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri. Pengerusi FELCRA berganti sudah?

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

Ya. Hendak Pengerusi menjawab kah?

[Ketawa] Okey, selamat pagi Yang Berhormat Jerantut. Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab soalan pada ketika ini FELCRA belum bercadang untuk memberikan pendapatan minimum kepada peserta secara bulanan. Ini adalah kerana kadar keuntungan hasil tanaman sumber pendapatan peserta adalah bergantung kepada faktor

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

pergerakan harga komoditi dan produktiviti tahunan projek. Sebaliknya FELCRA telah melaksanakan konsep agihan pendapatan kepada peserta melalui bayaran dividen. Berdasarkan kepada luas pegangan setiap orang dengan kaedah pembayaran sebanyak tiga kali setahun. Pembayaran adalah disalurkan terus kepada peserta melalui akaun masing-masing. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Umum mengetahui bahawa peserta yang mengikuti skim FELCRA ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Ada di antara mereka yang berusia emas. Juga di antara mereka ini yang sepenuhnya mengharapkan pendapatan daripada FELCRA. Apakah usaha-usaha yang dibuat oleh pihak FELCRA untuk membantu golongan seperti ini yang ketika pendapatan mereka menjunam.

Sebagai contoh, pada satu ketika pernah FELCRA memberi RM150 untuk tiga bulan. Jadi purata RM50 sebulan. Jadi apakah bantuan-bantuan terus yang boleh disampaikan oleh pihak FELCRA kepada peserta-peserta yang telah saya kemukakan tadi? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Untuk golongan warga emas seperti mana yang ditanya oleh Yang Berhormat Jerantut tadi, FELCRA belum ada kaedah untuk membantu mereka luar daripada dividen yang seperti mana yang telah disebut atau dalam jawapan tadi, yang tiga kali setahun itu. Jadi oleh sebab cadangan itu adalah cadangan yang baik, yang menunjukkan keprihatinan Yang Berhormat dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat di mana FELCRA berada. Maka saya cadangkan ia boleh dikemukakan kepada FELCRA supaya pihak FELCRA boleh mempertimbangkan bagaimana bantuan-bantuan seperti mana yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi boleh dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan FELDA saya ingin menjemput semua Ahli-ahli Yang Berhormat buka Laporan Pengurusan Perolehan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. FELDA, FELDA ini FELDA.

[Disampuk] Yang Berhormat Menteri baru memberitahu Dewan bahawa tiada rancangan untuk bagi gaji minimum.

final • 11:10 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:10 AM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Oh, FELCRA. Okey, FELCRA mungkin ingin memajukan soalan berhubung dengan peruntukan yang diberi untuk gagasan atau gugusan FECLRA Lekir. Oleh sebab kita lihat tiada pembangunan berlaku di gugusan tersebut.

Terima kasih. Maaf, kesilapan saya ingat FELDA fasal geram baca FELDA punya penipuan yang berlaku dalam ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Datuk Alexander Nanta Linggi

Ini mungkin saya jawab kalau ada soalan yang berkaitan dengan FELCRA. Jawapan secara bertulis saya akan majukan sebab...

final • 11:10 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:10 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Ini kerana FELDA itu tidak berkaitan dengan soalan asalnya. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang FELCRA saya diberitahu oleh anak buah saya di satu FELCRA di Pasir Puteh. Dividen mereka hanyalah lebih kurang RM3,000 sahaja untuk satu tahun, untuk sebuah keluarga. Bermakna lebih kurang RM250 untuk sebuah keluarga dan ini memang terlalu rendah. Jadi saya amat bersetuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Jerantut supaya ada peruntukan minimum kepada setiap peserta FELCRA ini.

final • 11:10 AM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Bolehkah pihak kementerian memikirkan untuk memberikan dividen yang paling rendah kepada mereka, lebih tinggi sekurang-kurangnya RM800 seperti mana gaji minimum pekerja? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat sepatutnya sudah tahulah tadi sebab sudah dijelaskan iaitu dividen adalah berdasarkan kepada keuntungan dan juga produktiviti. Jadi buat masa sekarang, kita tidak ada dasar di mana had minimum dividen yang dibayar. Jadi oleh sebab pandangan itu adalah baik seperti mana yang telah saya jelaskan kepada Yang Berhormat Jerantut tadi, kita mintalah bagaimana FELCRA, di peringkat FELCRA boleh mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

final • 11:20 AM

8. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kedudukan kadar jenayah pelbagai jenis di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar lain seluruh negara sepanjang tahun-tahun 2012, 2013 dan 2014 dan jumlah yang melibatkan warga tempatan dan asing.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Yang Berhormat tanya berhubung dengan jumlah, ini semua figures Yang Berhormat ya. Walau bagaimanapun, saya nak bagi sedikit mukadimahlah bahawa pihak kementerian dan Polis Diraja Malaysia sentiasa komited Yang Berhormat, dan proaktif untuk menurunkan kes jenayah selaras dengan objektif kerajaan untuk menurunkan kadar jenayah seluruh negara sebanyak 5% tiap-tiap tahun.

Dalam mencapai objektif ini, pihak PDRM mengambil beberapa strategi baru dalam usaha untuk mencegah dan mengekang kes jenayah daripada terus meningkat. Secara statistiknya, kadar jenayah indeks telah menunjukkan penurunan seluruh negara sejak National Key Result Areas (NKRA) diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Berkaitan kadar jenayah di bandar Kuala Lumpur, telah menunjukkan penurunan iaitu pada tahun 2012 sebanyak 23,022 kes kepada 22,319 kes pada tahun 2013. Penurunan sebanyak 703 kes bersama 3.1% Yang Berhormat. Pada tahun 2014 pula, angka tersebut terus menunjukkan penurunan kepada 18,293 kes. Penurunan sebanyak 4,026 kes bersamaan 18% menurun. Sementara itu bagi bandar besar dikenal pasti mencatatkan kejadian jenayah. Jadi bandar- bandar ini bukan semua bandar di seluruh Malaysia Yang Berhormat. Kita kenal pasti bandar yang mempunyai nisbah jenayah yang tertinggi sepanjang tahun dalam negara juga telah menunjukkan penurunan seperti berikut:

BandarTahun (Bilangan kes jenayah)
201220132014
Petaling Jaya811180676487
Johor Bahru Selatan519645994151
Bukit Mertajam293128932791
Ipoh340127592756
Kuantan277225112397

Sementara yang terbawah sekali ialah Padawan iaitu di Kuching dan juga Kinabatangan di Sabah yang terendah sekali daripada sudut jenayah indeks Yang Berhormat. Jadi kita ucap tahniahlah kepada Datuk Bung Moktar sebab jenayah yang begitu rendah di Kinabatangan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Pembahagian daripada warga tempatan dan warga asing menunjukkan bahawa pada tahun 2012, 2013, 2014; warga tempatan tahun 2012 (3,133), tahun 2013 (6,583), tahun 2014 (6,779) yang ditangkap Yang Berhormat. Warga asing pula pada tahun 2012 (1,120), tahun 2013 (8,277), tahun 2014 (5,525). Jadi jumlahnya kalau kita lihat ialah 4,253 pada tahun 2012, 14,860 tahun 2013 dan 12,304 pada tahun 2014. Kenaikan jumlah ini menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti pihak polis yang mengambil tindakan kepada mereka ini Yang Berhormat.

Jadi secara detailnya Tuan Yang di-Pertua, saya mempunyai detail yang begitu detail sekali sebagaimana yang butiran mengikut jenayah. Saya ada tetapi saya mencadangkan supaya diserah secara hard copylah kepada Yang Berhormat sebab dah panjang sangat. Kalau nak baca, habis masa nanti Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah pasukan mempunyai kekuatan anggota yang cukup untuk mencegah jenayah pelbagai jenis? Saya difahamkan bahawa kekurangan anggota polis boleh melemahkan tindakan mencegah jenayah ini. Apakah usaha untuk menarik lebih ramai orang menyertai pasukan polis melibatkan pelbagai kaum? Memandangkan indeks jenayah ragut pada suatu ketika di Kuala Lumpur yang amat serius dan kes bertambah khususnya di bandar Kuala Lumpur ini, saya ingin tahu sejauh manakah seperti kes ragut ini dapat menangani dan apakah langkah yang akan diambil oleh Kementerian Dalam Negeri untuk membanteras kes ragut ini? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya usaha kerajaan, dahulu pernah saya sebut juga Yang Berhormat di Dewan ini bahawa kerajaan telah meluluskan pelantikan seramai 4,000 anggota pada tiap-tiap tahun. Akan tetapi, apabila pihak kementerian dan pihak jabatan polis PDRM mengkaji semula bahawa tiap-tiap tahun kita ada kehilangan hampir 1,500 ataupun 1,600 tiap-tiap tahun sebab bersara, meletak jawatan, kena dismiss daripada perkhidmatan dan pelbagai lagi. Mereka ini meletak jawatan dan hilang. Kita kekurangan di antara 1,500 ke 1,600 tiap-tiap tahun. Jadi sebab itu kenapa kerajaan bersetuju supaya kita melantik tiap-tiap tahun juga 6,500 sekurang-kurangnya untuk tiap-tiap tahun.

Akan tetapi Yang Berhormat, dalam keadaan yang sedemikian kita juga hendak memperbesarkan. Oleh sebab apa yang berlaku di Sabah khususnya di Lahad Datu, yang mana kita terpaksa memperbesarkan PGA kita. Jadi tumpuan untuk melantik PGA yang juga sebahagian daripada anggota PDRM ini telah mengurangkan perkhidmatan daripada polis-polis biasa. Jadi dalam keadaan sedemikian, saya bersetuju dengan apa Yang Berhormat sebut itu memang ada sedikit kekurangan daripada sudut jumlah anggota polis yang kita lantik tiap-tiap tahun untuk mengisi kekosongan di semua peringkat.

Dalam masa yang sama juga, kita mempunyai strategi-strategi yang lain umpamanya kebolosan sempadan di antara Thailand dan Malaysia dan juga di antara sempadan Kalimantan dengan Malaysia, sempadan Sarawak dan juga di Sabah dan sebagainya. Jadi kita kena menangani masalah ini juga. Ini juga perlukan anggota. Itulah kenapa di dalam bandar kita ada berkurangan. Itu jawapan kepada soalan pertama.

Soalan ragut Yang Berhormat, ada hubung kait dengan jumlah anggota.

Jadi ini kita mengetahui, bahkan saya baru pun mengkaji jumlah ragut seluruh negara sebenarnya baru dua-tiga hari lepas. Hanya figuresnya ada pada saya sekarang, tetapi ia ada dalam ini Yang Berhormat. Sebenarnya kalau Yang Berhormat terima nanti, Yang Berhormat akan terima tengok jumlah ragut itu seluruh negara dan di mana tempat ia menurun.

final • 11:20 AM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sebenarnya ia mendatar, soal ragut ini dia mendatar. Ada bandar-bandar yang berkurangan, ada bandar-bandar yang dilihat kenaikan tetapi ia tidaklah naik begitu mendadak, tak ada. Sebenarnya kebanyakannya menurun sebenarnya.

Walaupun jumlah ragut- tetapi untuk menangani masalah ragut ini banyak. Yang satunya, kesedaran pihak masyarakat juga kena dibuat. Ini polis mengambil tindakan juga. Ada pendekatan-pendekatan yang tertentu dan pihak polis mewujudkan police omnipresence system ini iaitu memperbanyakkan polis bersama operasi sebagai apa yang dikatakan NBOS, atau National Blue Ocean Strategy bersama dengan pihak-pihak lain umpamanya RELA, JPAM dan tentera dan sebagainya tetapi Yang Berhormat, ini belum lagi mendapat kesan yang baik untuk ragut ini khususnya. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

9. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah faktor-faktor yang menjadi keutamaan kerajaan dalam merangka Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menghadapi banjir besar di masa hadapan, dan bilakah ianya dijangka akan dilaksanakan.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan Peraturan Tetap Operasi (PTO) pengendalian bencana banjir sebagai panduan pelaksanaan tugas secara khusus susulan arahan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 3 Januari 2014. PTO yang telah diterbitkan pada tahun 2001 itu, telah disemak serta ditambah baik dengan mengambil kira pengendalian banjir dalam situasi ekstrem atau situasi luar biasa.

PTO tersebut dibentangkan kepada semua agensi di mana peranan dan tindak balas pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana akan diperincikan.

Kandungan PTO berkenaan telah kemudiannya dimaklumkan kepada semua agensi berkaitan melalui jentera jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah, yang dipengerusikan oleh setiausaha-setiausaha kerajaan negeri dan pegawai-pegawai daerah. Selain daripada memperincikan peranan agensi pada fasa tindak balas, PTO tersebut juga turut mengambil kira pengurusan perkara yang perlu dilaksanakan oleh setiap agensi dan jawatankuasa berkaitan, pada setiap fasa pengurusan bencana secara holistik yang meliputi fasa sebelum bencana- yakni pencegahan dan kesiapsiagaan bencana. Fasa semasa iaitu tindak-balas semasa bencana, dan fasa selepas iaitu pemulihan pasca bencana.

PTO yang telah disemak semula ini turut menggariskan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan pada setiap peringkat. Antaranya ialah penyediaan pelan tindak balas bencana tempatan di peringkat negeri dan daerah. Pegawai daerah dan setiausaha kerajaan negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana perlu menyediakan rancangan kesiapsiagaan dan tindak balas yang bersesuaian dalam pengurusan bencana. Persediaan menghadapi bencana hendaklah diperincikan dan didokumenkan dalam satu pelan tindakan supaya setiap petugas mengetahui dan boleh merancang dengan lebih berkesan akan apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil pada peringkat sebelum dan semasa bencana berlaku. Pengurusan bencana di daerah peringkat paling penting memandangkan segala tindakan pelaksanaan pengurusan bencana akan dilaksanakan di peringkat ini, manakala pengurusan di peringkat negeri dan pusat memberi fokus kepada koordinasi pelan tindakan atau operasional yang harus dilaksanakan di peringkat daerah selain daripada memberi bantuan, keperluan aset dan personel.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, peraturan tetap operasi ini merupakan living document, dengan izin, dan proses penambahbaikan pengurusan bencana yang berterusan akan dilaksanakan dengan mengambil kira pengajaran dan cabaran sesuatu bencana. Strategi Lautan Biru dengan rangkaian kerjasama strategik dan perkongsian aset antara agensi serta penglibatan pihak swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu menyediakan keperluan logistik dan sumber manusia, akan digembleng secara berterusan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Setakat itulah sesi soal jawab lisan untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat.]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 8.30 malam, dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Khamis, 19 Mac 2015.”

final • 11:34 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Saya mohon menyokong.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:34 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Ketiga belas”.

[17 Mac 2015]

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, saya jemput Yang Berhormat Parit untuk menyambung perbahasan.

final • 11:34 AM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana diberi peluang untuk menyambung ucapan semalam yang tak habis lagi. Isu yang ditimbulkan semalam ialah isu perpaduan nasional. Untuk mengintegrasikan masyarakat majmuk di negara ini, bukan satu perkara yang mudah. Setiap bangsa telah ditakdirkan untuk menjalani hidup yang terpisah-pisah sejak zaman kolonial melalui konsep pecah dan perintah.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Apabila negara mencapai kemerdekaan, pemimpin politik awal yang mewakili tiga kaum, tiga bangsa utama di negara ini, tidak memilih untuk satu elemen penyatuan umpamanya melalui sistem pendidikan kebangsaan yang tunggal seperti yang dilakukan oleh Thailand dan Indonesia.

Maka berlakulah setiap bangsa mempunyai sistem pendidikan masing- masing. Masyarakat Cina dengan pendidikan sekolah Cina, masyarakat India dengan pendidikan sekolah Tamil dan masyarakat Melayu dengan pendidikan sekolah Melayu. Mereka menggunakan bahasa yang berbeza-beza. Mereka membaca bahan media yang berlainan. Pendekatan sedemikian melibatkan tiada saluran untuk pelajaran berbilang bangsa berinteraksi dan berkomunikasi sejak peringkat sekolah rendah lagi. Pendek kata, hampir tiada titik pertemuan yang membolehkan kita membuat tanggapan positif mengenai masa depan integrasi nasional. Maka dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada kerajaan, apa yang terjadi kepada cadangan untuk mewujudkan sekolah wawasan yang pernah dicadangkan sebelum ini? Kepada saya, sekolah wawasan ini yang akan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai medium pengajaran akan boleh melahirkan rakyat yang memahami hati budi masing-masing-masing dan akhirnya inshaa Allah perpaduan nasional akan dapat tercapai...

final • 11:35 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Minta laluan.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Gopeng, sila.

final • 11:35 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Parit.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Parit, sedarkah bahawa dalam kurikulum SRJK(C) dan SRJK(T), kedua-dua dalam kurikulum masing- masing ada ketiga-tiga bahasa diutamakan. Bahasa Tamil untuk SRJK(T) dan bahasa Mandarin untuk SRJK(C) dan dalam kurikulum kedua-dua itu pun sama dengan sekolah kebangsaan. Jadi isu perpaduan itu tidak sepatutnya jadi masalah.

Dan kedua, tidakkah sepatutnya kerajaan menggalakkan supaya semua rakyat Malaysia boleh secara bebas memilih aliran sekolah mereka inginkan. Jadi kita tak perlu pisahkan sama ada SRJK(C) itu untuk murid Cina dan SRJK(T) untuk masyarakat India tetapi semua sekolah rendah Melayu, murid Melayu boleh masuk, murid Cina boleh masuk, murid India boleh masuk.

Jadi kita akan adakan satu suasana di mana semua rakyat Malaysia ada peluang untuk berinteraksi. Bukankah ini cara yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia demi perpaduan dan satu lagi saya ingin dapatkan pandangan sama ada, ada tak data ataupun sebarang kajian berkenaan dengan mereka yang keluar daripada sekolah kebangsaan, yang ada ketiga-tiga bangsa itu, mereka lebih

final • 11:35 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

ataupun kurang daripada segi ‘anggapan race’ berbanding dengan mereka yang kelulusan daripada SRJK(T) ataupun SRJK(C).

final • 11:35 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Setahu saya, tidak ada sebarang kajian tersebut. Saya daripada SJK(C).

Penguasaan boleh tahan dari segi bahasa Malaysia. I think, ramai antara Ahli Parlimen dalam Dewan ini daripada SJK(T) ataupun SJK(C), tak ada masalah.

Jadi apa yang timbulkan masalah ini? Bukankah ini masalah politik dan bukan masalah pendidikan? Sekian.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Parit. Terpulang kepada Yang Berhormat Parit untuk membenarkan celahan kerana celahan ini kadang-kadang Ahli kita yang lain mengambil peluang untuk berucap.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Ya, ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Gopeng, itulah bermulanya kita berpecah kerana kita berada di bumbung yang berbeza. Kalau kita dalam bumbung yang sama maka akan dapat mewujudkan persamaan dan persefahaman dan kita boleh memahami hati budi masing-masing. Kalau kita bersatu di bawah satu bumbung yang sama, terutama kalau medium yang sama, itu jawapan saya kepada Yang Berhormat Gopeng.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, saya juga berharap kerajaan akan dapat menggerakkan Jabatan Perpaduan Negara agar benar-benar dapat berusaha untuk mewujudkan semangat perpaduan di kalangan rakyat negara ini. Cuma apa yang berlaku pada hari ini Tuan Yang di-Pertua ialah bahawa Jabatan Perpaduan Negara tidak mempunyai pegawai dan kakitangan yang mencukupi. Jadi kalau sekiranya ini diabaikan dan dipandang ringan maka sampai bila-bila pun, masalah perpaduan ini akan timbul pada masa hadapan. Itu perkara pertama.

Perkara kedua yang saya timbulkan Tuan Yang di-Pertua ialah Islam tidak boleh dipersoalkan. Kita sedia maklum bahawa di Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan bahawa agama Islam ialah Agama Rasmi Persekutuan. Walaupun begitu agama lain dibenarkan untuk diamalkan di negara ini. Cuma yang menjadi masalah pada hari ini ialah mengapa sejak akhir-akhir ini banyak sangat isu yang dibangkitkan seolah-olah mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi diperkatakan, termasuklah isu kalimah Allah dan isu mempertikaikan kandungan khutbah di negara ini.

Jadi, saya amat berharap supaya kerajaan perlu bertindak tegas di dalam isu ini kerana kalau dibiarkan ia akan menjadi bahan polemik untuk memecahbelahkan...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ya, Yang Berhormat Parit, ya sekejap.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Segambut.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ya, ya.

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

Tak payah bagi laluan..

final • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Saya hendak tanya Yang Berhormat Parit.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini Yang Berhormat Segambut. Yang Berhormat Segambut, ya Yang Berhormat Segambut.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Tak apa, saya hendak habiskan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

...Untuk memecahkan perpaduan kaum di negara ini. Undang-undang syariah dan peruntukan yang diberi di dalam Perlembagaan negara dan enakmen negeri hendaklah diperkukuhkan. Jika ada ruang kelemahan dalam undang-undang yang sedia ada, saya cadangkan kerajaan mengkaji semula undang-undang tersebut bagi dibuat pindaan kepada perkara-perkara yang penting dan perlu. Kerajaan juga perlu mengambil langkah tegas untuk mempertahankan maqasid syariah dengan meminda mana-mana peruntukan undang-undang bagi menghalang campur tangan Mahkamah Sivil dalam setiap keputusan Mahkamah Syariah selaras dengan Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai Agama Rasmi.

Itu perkara yang kedua.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan guru. Mulai Jun 2014, Kementerian Pendidikan telah mengenakan syarat kepada sesiapa guru yang hendak menjadi pengetua atau guru besar, hendaklah terlebih dahulu mengikuti kursus NPQEL. Saya berpendapat bahawa syarat ini tidak perlu dilaksanakan dan saya mencadangkan supaya kembali kepada dasar yang asal iaitu mengutamakan kedudukan senioriti dalam perkhidmatan. Apa yang berlaku pada hari ini ialah ada guru-guru yang muda yang telah mengikuti kursus dan dilantik jadi guru besar dan timbalan mereka atau guru kanan mereka orang-orang yang lebih senior daripada mereka. Ini menyebabkan keadaan yang terlampau sukar di sekolah masing-masing.

Kedua ialah tentang penempatan guru-guru yang sudah berkahwin.

Sudah hilangkah perasaan belas kasihan, bertimbang rasa oleh Kementerian Pendidikan kepada mereka, guru yang sudah berkahwin? Ada isteri yang bertugas di Sabah dan Sarawak dan suami pula bertugas di Semenanjung. Jadi bila minta bertukar, seorang isteri minta bertukar, jawapannya perlu ada ganti barulah guru itu dapat ditukarkan. Jadi soalan saya sekali lagi, sudah hilangkah rasa belas kasihan dan kemanusiaan Kementerian Pendidikan kepada guru-guru yang terlibat? Kasihanilah mereka, mereka pun hidup sebagai suami isteri dan kalau mereka berjauhan maka hilanglah kasih sayang bersama mereka.

Isu keempat ialah masalah banjir. Saya bercakap dengan masalah banjir kerana pada kali ini banjir berlaku pada tahun sudah, Parlimen Parit pertama kali berlaku perpindahan yang begitu ramai sekali, melibatkan seramai 2,690 orang dipindahkan di 14 buah pusat perpindahan dan ada yang terpaksa duduk di pusat perpindahan lebih daripada 20 hari. Ini merupakan satu jangka masa yang cukup panjang berbanding dengan yang sudah-sudah, hanya dua-tiga hari pindah dan selepas itu balik ke rumah masing-masing.

Apabila ini berlaku Tuan Yang di-Pertua, banyaklah keperluan yang perlu ditambah daripada keperluan sekarang. Umpamanya, bila ramai kanak-kanak di pusat-pusat pemindahan, sepatutnya anak-anak ini dibekalkan dengan bahan- bahan bacaan supaya mereka tidak jemu dan melakukan apa-apa yang baik untuk mereka. Yang keduanya, bahan-bahan bekalan kepada mangsa banjir perlu ditambah lagi seperti umpamanya, kain pelekat, kain batik, pampers dan tuala wanita. Ini merupakan satu keperluan baru. JKM pada hari ini hanya menyediakan makanan, beras, gula, ikan sardin dan sebagainya. Ini maksudnya, perlulah ditambah lagi. Jadi, saya bersetujulah dengan cadangan kerajaan untuk membuat SOP yang baru kepada prosedur pemindahan ini.

Yang ketiganya, kepada pegawai-pegawai kebajikan masyarakat yang bertugas di kawasan-kawasan penempatan hendaklah bertolak ansur dalam menentukan mereka yang patut dibantu dan sebagainya. Bila hari ini umpamanya, ada orang yang tidak berpindah, dipindahkan ke rumah anak dia. Jadi, mereka dianggap tidak berpindah oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi rumah mereka sebenarnya kena banjir dan mereka tidak boleh mencari pendapatan.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Jadi oleh sebab itu, pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat kenalah untuk mengubah prosedur mereka kepada yang lebih baik lagi.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, gulung.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi dengan ini hendak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah meluluskan pembinaan hospital di Seri Iskandar, Perak Tengah. Cuma harapan saya, oleh sebab masalah ekonomi sekarang berlaku, saya hendak ingatkan supaya janganlah nanti ditangguhkan pula pembinaannya sebab ini pernah berlaku di Parit dalam RMKe-10 dan 9, telah diluluskan pembinaan lebar dan lurus jalan Parit ke Seputeh. Lulus dalam RMKe-9 dan RMKe-10 tetapi akhirnya tidak dibuat sampai sekarang oleh sebab alasannya tidak ada duit. Jadi kerana itu saya sekali lagi hendak diingatkan pada kerajaan supaya masalah Hospital di Seri Iskandar ini dapat dibina setelah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan dalam bajet yang lepas.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Maka Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, adinda kepada Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Kapar.

final • 11:50 AM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Mana ini, adik saya hitam.

[Ketawa]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

[Ketawa]

final • 11:50 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Selamat petang, vanakkam, salam reformasi.

final • 11:50 AM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Pagilah abang.

final • 11:50 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini masih lagi pagi ini. Itu teks patutnya semalam. Teks hari ini, pagi lagi.

[Ketawa]

final • 11:50 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tersasul sebab sebelum mula dah ada gangguan daripada Yang Berhormat Baling.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 11:50 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Selamat petang, vanakkam dan salam reformasi.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Selamat pagi.

final • 11:50 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Lagi sekali selamat petang.

[Disampuk] Yang Berhormat Baling jangan kacau, duduk diam-diam.

Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Pagi ya. Vanakkam dan salam reformasi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang saya sanjungi dan saya hormati kerana memberi ruang kepada anak muda Kapar untuk turun membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

final • 11:50 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Hospital Kapar. Isu pertama yang saya ingin sarankan adalah mengenai Hospital Kapar di Parlimen Kapar. Saya dimaklumkan dana sudah diperuntukkan dan lokasi tanah telah dikenal pasti. Sejak diundi menjadi Wakil Rakyat, saya konsisten dalam komitmen saya untuk pembinaan sebuah hospital di Parlimen Kapar. Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kesihatan mengalihkan fokus kepada kerajaan negeri. Ketika itu saya dengan rela telah menawarkan diri untuk menyelesaikan isu hospital di Parlimen Kapar. Namun begitu, isu ini masih terapung-apung tanpa sebarang jawapan yang positif dan konkrit.

Setiap hari ada kematian yang berlaku di Parlimen Kapar dan salah satu punca ialah perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang agak jauh dan kegagalan Kerajaan Persekutuan membina sebuah hospital di Parlimen Kapar. Saya mendesak Kerajaan Persekutuan terutamanya Kementerian Kesihatan agar tidak menjadikan isu kesihatan sebagai isu mainan politik. Saya menuntut penjelasan yang sewajarnya dan munasabah mengenai hospital baru di Parlimen Kapar.

GST. Tuan Yang di-Pertua, saya juga berpendapat bahawa cukai GST tidak patut dilaksanakan pada 1 April 2015 sempena hari April Fool. Dalam kita mengakui bahawa rakyat masih menderita kerana kos barang yang tinggi, bebanan isi rumah yang meningkat, konsep ekonomi seperti tabungan tidak lagi dirasai oleh rakyat, maka saya sendiri meminta agar cukai GST tidak dilaksanakan ketika ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagaimana Kerajaan Persekutuan sanggup melaksanakan cukai GST ketika beratus ribu rakyat merana, menderita kerana musibah banjir. Belum lagi kita pulih daripada kejutan musibah yang paling teruk dalam sejarah Malaysia. Mangsa-mangsa banjir ini belum kembali ke liku-liku kehidupan yang biasa. Hampir kesemua mangsa ini masih mencari-cari hala tuju kehidupan mereka. Adakah kita sanggup bebankan mereka dengan cukai GST?

Ini sekali gus akan meningkatkan kos-kos penyelenggaraan, pemuliharaan dan pembangunan. Jika Kerajaan Persekutuan benar-benar prihatin yang mengutamakan kebajikan rakyat, maka berlandaskan faktor-faktor yang saya jelaskan di atas, Kerajaan Persekutuan sepatutnya memberhentikan pelaksanaan cukai GST ketika ini.

Tambahan kepada itu Tuan Yang di-Pertua, GST akan dikenakan sejak bayi dalam proses kelahiran, semasa bayi itu dilahirkan, semasa menyelami alam kanak-kanak, semasa dunia persekolahan, semasa merentasi alam remaja, semasa menikmati alam pendidikan tinggi, semasa menembusi dunia pekerjaan, semasa duduk meringkuk mengira hari-hari terakhir dan sehingga masuk lubang kubur. Setiap peringkat ada GST, Tuan Yang di-Pertua, daripada tahap proses hendak lahirkan bayi sehingga masuk lubang kubur, Tuan Yang di-Pertua. Maka saya menyarankan pertimbangan kerajaan untuk tidak melaksanakan GST ketika detik-detik tertekan yang dirasai oleh semua pelosok masyarakat.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kapar, buat lubang kubur pun kena GST?

final • 11:50 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ya, keranda, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Perkhidmatan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kalau India lagi teruk, Tuan Yang di-Pertua. Bunga malai, iklan di surat khabar semua GST. Saya memperincikan satu persatu, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Nampak Yang Berhormat Baling sudah tidak sabar hendak berdiri itu.

final • 11:50 AM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya cadang Yang Berhormat kalau boleh jangan mati.

final • 11:50 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Jenayah. Jenayah. Isu seterusnya Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kapar, saya tidak dengar Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 11:50 AM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Saya saja hendak tanya dia. Oleh kerana hendak mati pun banyak sangat kos, kalau boleh jangan mati.

final • 11:50 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Itu susah Tuan Yang di- Pertua. Kehidupan dan kematian ini adalah kurnia Tuhan. Kita tidak boleh tentukan, Tuan Yang di-Pertua. Esok pagi Tuan Yang di-Pertua pun tidak tentu duduk di sana. Saya pun tidak tentu duduk di sini Tuan Yang di-Pertua sebab ini adalah hukum Tuhan.

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan perbahasan saya. Jenayah. Tuan Yang di-Pertua, kini jenayah semakin berleluasa. Setiap hari ada yang mati ditembak oleh individu yang tidak dikenali. Setiap hari badan berkuasa khususnya PDRM hanya mampu membuat laporan. Saya berdiri di Dewan yang mulia ini bukan menyokong mana-mana pihak. Yang saya bicarakan adalah mengenai kes jenayah yang melibatkan senjata api.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat kini dahagakan jaminan keselamatan memandangkan kes-kes senjata api sangat berleluasa. Rakyat kini didedahkan kepada risiko kes jenayah melibatkan senjata api. Bayangkan, Tuan Yang di- Pertua, kita sekarang hidup ketakutan tidak tahu siapa yang ada senjata api.

Nampak gaya ramai yang memiliki senjata api. Amat mengejutkan apabila mengetahui jenayah-jenayah ini berlaku di waktu siang, di ruang terbuka, di hadapan ramai saksi yang menyaksikan. Persoalannya ialah bagaimana individu- individu ini atau kumpulan-kumpulan ini boleh memiliki senjata api dengan begitu senang. Saya menuntut penjelasan daripada pihak polis.

Saya juga ingin menggesa pihak polis agar jangan hanya menangkap Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, aktivis-aktivis atau ahli akademik, wartawan dan juga mahasiswa. Sila tangkap penjenayah di luar yang mengancam martabat negara, merompak dan mencuri yang menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan dan kerisauan. Rakyat tidak takut dengan Ahli Parlimen mahupun mahasiswa, anak muda Tuan Yang di-Pertua, walaupun di pihak sebelah sana mahupun di sebelah sini. Rakyat memang mempunyai hubungan yang rapat dengan kami tetapi penjenayah tetap penjenayah.

Tuan Yang di-Pertua, pihak polis perlu segera memberhentikan segala tindakan provokasi, intimidasi dan gangguan yang sengaja dicungkilkan untuk membantutkan suara kami, suara Ahli Parlimen bagi pihak rakyat demi rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya harga barang. Tuan Yang di-Pertua, isu kenaikan harga barang merupakan isu yang bermain di bibir setiap rakyat Malaysia. Setakat ini, satu-satunya alasan yang diberikan oleh Menteri ialah menuduh peniaga Cina memanipulasikan harga dengan tidak menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah turun. Saya menolak sama sekali penjelasan ini. Hasil kajian saya Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati harga barang keperluan atau harga barang runcit dipengaruhi oleh harga barang import yang dibawa masuk. Harga barang makanan import ini dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu kawalan pasaran melalui permit import, dengan izin, approved permits dan kadar tukaran mata wang selain dari turun naik harga barang makanan di pasaran dunia.

final • 11:50 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, permit import ini menyebabkan hanya orang dan syarikat tertentu sahaja yang boleh mengimport makanan dan ini menghasilkan monopoli yang boleh mengawal harga makanan tempatan.

final • 11:50 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Rakyat perlu mengetahui, ketika ini terdapat 2,428 barang import yang perlu mendapat permit import yang menyebabkan sesetengah syarikat sahaja mengawal pasaran. Saya ulang lagi sekali Tuan Yang di-Pertua. 2,428 barang import. Kedua-dua faktor ini iaitu permit import dan kadar mata wang ialah kesan langsung dari dasar pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang lemah.

Pada 6 Mac 2015, saya telah menerima sepucuk surat terhadap soalan lisan saya yang ditolak dari pejabat Setiausaha Dewan Rakyat. Soalan saya ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat 23(1)(r)(ii), iaitu tidak boleh mengandungi lebih daripada dua atau dua pertanyaan yang berlainan atau gabungan lebih daripada dua pernyataan. Saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua, bahawa soalan saya ditolak atas dasar teknikal dan bukannya pada roh soalan itu sendiri.

Maka, saya menggunakan kesempatan ini, dengan hati yang rendah dan ikhlas, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Menteri terhadap soalan yang sama iaitu senarai terperinci barang keperluan dan atau runcit seperti beras dan gula yang diberikan kelulusan import AP dan nama syarikat seperti nama pengarah bagi setiap pengimportan barang-barang tersebut. Saya harap, Menteri dapat memberi kepada saya senarai terperinci untuk kesemua 2,428 barang. Kalau saya silap, saya harap Menteri dapat memperbetulkannya.

Poin seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Majlis Peguam. Pada 14 Mac 2015, Prosiding Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-69 Majlis Peguam yang diadakan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur mendapat sambutan yang paling hangat daripada pengamal profesion undang-undang di negara ini. Hampir 1,904 orang pengamal undang-undang di negara ini hadir dan dipercayai berikutan terdapatnya usul mencela mantan Presiden Christopher Leong. Ini ialah susulan kenyataan yang mengkritik kehakiman berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan bulan lepas dalam kes Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Dilaporkan bahawa mesyuarat tahunan sebelum ini biasanya hanya menyaksikan kira-kira 700 orang ahli dengan beberapa isu berbangkit. Korum yang diperlukan pula adalah seramai 500 orang.

Tuan Yang di-Pertua, kehadiran kali ini seramai 1,904 orang pengamal undang-undang. Usul menggesa bekas Presiden Christopher Leong ini ditolak dengan disokong majoriti 1,194 undi. Adakah kesemua pengamal undang-undang ini salah dalam tafsiran mereka terhadap keputusan mahkamah? Terhadap keputusan kehakiman? Cuba kita berfikir. Pengamal undang-undang yang mengkritik kehakiman ini ialah profesional, mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri dan mempunyai kelayakan bertaraf antarabangsa. Seorang silap Tuan Yang di-Pertua, tiada masalah. Dua dihasut, tiada isu. Tiga diracuni, masih boleh bicara. Akan tetapi kini kita menyaksikan 1,194 orang pengamal undang-undang yang menyokong kritikan terhadap kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya sempat memetik komen yang menuntut dan mendesak saya berkongsi bersama dalam Dewan yang mulia ini. Ini komen yang saya dapat baca.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, *“I was at the Bar Council AGM on Saturday and I can tell you for a fact that G100's Abdul Aziz Abdul Rahman, if he was present as mentioned by this news report, did not even dare to open his mouth to address the members on the motion that he claims to be supporting. He was as quiet as a dormouse. After the event, just because it is aligned to the establishment, he wants to become the mouse that roars. Criticism of a judgment, even of the Federal Court, is not sedition and neither is it an offence under the Penal Code.

People like Abdul Aziz will only be satisfied if we have a Bar Council that is compliant and silent like him”.*

final • 12:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Selaras dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan bahawa klimaks drama kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini akan bergerak ke arah gelombang kebangkitan. Bak kata pepatah Melayu, ‘Turutkan Hati yang Geram, Hilang Takut Tinggal Berani’. Kalau fahamlah.

[Ketawa] Kalau tidak faham, boleh rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, saya pun tidak pernah jumpalah.

final • 12:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya ulangi sekali lagi disebabkan Tuan Yang di-Pertua tekankan. ‘Turutkan Hati yang Geram, Hilang Takut Tinggal Berani’. Itu pepatah Melayu Tuan Yang di-Pertua. Kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tuan Yang di-Pertua, ayahanda Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh, tatkala ramai yang laung ‘Bebas! Bebas’. Saya pula ingin mempelawa Dewan yang mulia ini untuk menghayati idiom Mahatma Gandhi, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. “Many people, especially ignorant people, want to punish you for speaking the truth, for being correct, for being you. Never apologize for being correct, or for being years ahead of your time. If you are right and you know it, speak your mind. Speak your mind. Even if you are a minority of one, the truth is still the truth”, Mahatma Gandhi.

Pesanan Mohandas Karamchand Gandhi hari ini nampak gaya mengimbaskan kita tentang perjuangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

[Disampuk] [Tepuk] Dalam era kemodenan dengan kewujudan mentaliti generasi Y dan generasi Z yang juga dikenali sebagai generasi I@ the internet generation.

Gelombang kebangkitan amat didahagakan. Apa yang mereka percayakan? Apa yang generasi Y dan Z atau I ini dahagakan? Tuan Yang di-Pertua, apa yang mereka dahagakan adalah ini, ‘Selagi ada sinar mentari menerangi, Selagi itu kebenaran akan menjelma, Selagi ada malam tanpa bintang, Selagi itu kezaliman akan ditentang.’ Tuan Yang di-Pertua, bukan saja pihak kerajaan, pihak pembangkang, termasuk anak-anak muda di luar, “Anwar! Anwar! Anwar!”. Mengapa masih Anwar Tuan Yang di-Pertua? Ini kerana Anwar soal keadilan! Kerana Anwar soal kebebasan! Kerana Anwar soal 1MDB! Anwar soal GST! Anwar soal PTPTN!

Anwar soal PKFZ! Anwar soal rasuah! Anwar soal penyelewengan! Anwar soal perbelanjaan negara! Anwar soal MH370! Anwar soal MH17! Anwar soal Permata!

Anwar soal isu FELDA! Anwar soal Lahad Datu! Anwar soal projek IC di Sabah!

Anwar menyarankan anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya, anak Kadazan anak saya, anak Dayak anak saya! Anwar soal hutang negara! Anwar soal kerakusan! Anwar soal keborosan! Anwar soal kemiskinan rakyat! Anwar soal kebajikan rakyat! Anwar soal penderitaan rakyat! Anwar soal demi rakyat! Anwar mengutamakan pengorbanan! Anwar mengutarakan prinsip perjuangan! Anwar hidup berwasatiyyah! Anwar memartabatkan agama Islam!

Anwar menghormati agama lain! Anwar menolak politik perkauman! Anwar mengkritik politik murahan! Seluruh dunia sanjung Anwar! Seluruh negara Islam hormati Anwar! Hanya segelintir di sini yang menjadi hamba dan melacurkan diri kepada kuasa dan kekayaan, menzalimi, mengecam, mencaci, menghina dan mengaibkan Anwar. UMNO takut! Barisan gementar!

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Anwar tetap Anwar! Anwar reformis Malaysia!

final • 12:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kami anak muda Tuan Yang di-Pertua, berikrar menyahut cabaran masa depan anak-anak muda Malaysia.

final • 12:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar.

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Dengan suara keramat…

final • 12:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Kapar, hendak sedikit penjelasan.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

...Dengan suara kebangkitan Malaysia…

final • 12:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Kapar.

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

...Suara kebangkitan rakyat, suara kebebasan dan keadilan…

final • 12:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Kapar.

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

…Dengan prinsip bersemangatkan kata-kata pedoman Dato’ Seri Anwar Ibrahim, we will never surrender, we will never surrender! We will never surrender.

final • 12:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar, penjelasan.

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Lawan tetap lawan, reformasi! Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nanri, *Xiexie.

[Tepuk]*

final • 12:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Tidak bagi peluangkah?

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya mempersilakan abang kepada Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Sik*.

[Ketawa]* Sila Yang Berhormat Sik.

final • 12:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Abang rendah sikit, abang rendah sikit.

final • 12:10 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Bolehlah. Thambi, thambilah.

[Ketawa]

final • 12:10 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kena semangat macam Yang Berhormat Kapar, ya abang. Kena bela Yang Amat Berhormat Pekan.

[Ketawa]

final • 12:11 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama dalam sesi perbahasan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ketiga Belas.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai mana Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, amat wajarlah kita semua mengakui bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri [Disampuk] telah melakukan yang terbaik sepanjang tahun 2014 dalam aspek pengurusan ekonomi dan pentadbiran negara. Walaupun negara telah menghadapi beberapa keadaan bencana dan kejadian-kejadian yang boleh menggugat ekonomi dan keselamatan negara.

Dalam konteks ini, sokongan yang kuat dari semua pihak sama ada oleh pegawai-pegawai kerajaan, pasukan-pasukan keselamatan, badan-badan bukan

final • 12:11 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

kerajaan, badan-badan korporat dan seluruh rakyat Malaysia jelas menunjukkan bahawa semangat itu dan kerjasama ini mampu menghindarkan negara Malaysia dari diancam dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Walaupun terdapat segelintir pemimpin pembangkang di sebelah sana yang tidak menghargai langsung dan hanya pandai memperlekehkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini.

Tuan Yang di-Pertua…

final • 12:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, abang sudah jawab ini.

final • 12:11 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Dalam keadaan terdapatnya anasir-anasir yang cuba menggugat keselamatan, keharmonian dan pembangunan Malaysia, negara tercatat sejarah pula dengan pemilihan sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi tempoh 2015 hingga 2016 dan pelantikan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 20915. Sesungguhnya pengiktirafan ini adalah kejayaan yang amat besar yang harus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Diharap pengiktirafan ini juga membuka mata semua pihak, terutamanya kepada pihak-pihak yang sentiasa mengkritik Kerajaan Barisan Nasional dan pemimpin-pemimpin Perdana Menteri yang jelas telah membuktikan usaha meningkatkan martabat negara ke tahap yang lebih tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang saya ingin perkatakan di sini ialah berkenaan dengan harga getah. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pekan yang telah memberi subsidi kepada harga getah.

Rakyat di kawasan saya 80% adalah penoreh getah. Saya mewakili mereka menyanjung tinggi ke atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Pekan yang membantu kami dengan memperuntukkan RM100 juta dalam bantuan ini. Terima kasih banyak-banyak Yang Amat Berhormat Pekan. *Thank you very much Sir.

[Disampuk]* Akan tetapi tertanya-tanya apa yang dibuat di peringkat pelaksanaan iaitu kementerian iaitu peringkat Menteri Komoditi. Rakyat mengadu kepada saya di mana dari tahun lepas sehingga sekarang penoreh getah belum dapat merasa pun 30 sen sekilo subsidi kepada setiap kilo getah sekerap yang dijual. Sebabnya ialah harga sekerap di ladang tidak pernah kurang daripada RM1.75 sekilo. Syarat untuk mendapatkan subsidi ialah harga aktif SMR20 jatuh pada nilai RM4.60 sekilo. Ini bersamaan rubber cup lump atau sekerap ialah RM1.75 sekilo. Setakat ini harga sekerap tidak pernah kurang daripada RM1.75.

Jadi, bilakah penoreh akan dapat subsidi 30 sen sekilo ini? Saya minta tolong Menteri Komoditi melihat hal ini. Tuan Yang di-Pertua, orang yang memotong getah ini susah. Bukan setiap hari boleh memotong Tuan Yang di- Pertua.

[Disampuk] Hujan, tidak turun, tidak boleh memotong. Apabila kemarau susu kering. Waktu daun luruh, tidak ada susu langsung.

[Disampuk] Sekarang ini harga getah rendah pula. Buatlah sesuatu. Contohnya, naikkan harga aktif SMR itu kepada lebih kurang RM5.00 sekilo supaya harga sekerap berada pada harga yang munasabah dan pendapatan bulanan mereka juga munasabah. Naikkan harga aktif kepada nilai yang lebih dari RM1.75 sekilo…

final • 12:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Jerlun bangun.

final • 12:11 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Ha, jangan lama sangat ya.

Banyak cakap.

final • 12:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila-sila.

final • 12:11 PM

Dato' Othman bin Aziz - Jerlun

Assalamualaikum Yang Berhormat Sik.

Selain daripada isu harga getah, kita juga kadang-kadang terlupa bahawa dalam usaha untuk meningkatkan hasil torehan itu kita perlu kepada benih-benih yang baik. Adakah Yang Berhormat Sik bersetuju kita perlu untuk mencari jalan, mencari langkah untuk menghasilkan klon-klon yang akan membawa susu yang banyak bagi menampung pendapatan yang berkurangan disebabkan oleh kejatuhan harga getah. Apa komen Yang Berhormat Sik?

final • 12:11 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun atas pendapat. Saya setuju dengan Yang Berhormat Jerlun. Akan tetapi itu dalam jangka masa panjang. Dalam jangka masa yang pendek ini kita tetap memerlukan bantuan, lagipun bantuan itu telah diberikan peruntukan kepada penoreh-penoreh. Saya minta tolong kepada Yang Berhormat Menteri dan LGM bagi perhatian tentang perkara ini. Saya pun kesian pada Yang Berhormat Jasin, Pengerusi LGM, tidak ada dalam Dewan. Dia pun tidak boleh buat apa-apa. Saya harap peringkat pelaksanaan perkara ini supaya tolonglah rakyat yang bergantung kepada pendapatan yang tidak menentu di luar bandar ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua, saya ingin menyentuh Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenaan transformasi sistem kesihatan negara yang akan memastikan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, dapat menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang berkualiti dan perkhidmatan swasta pada caj yang berpatutan. Sejak kebelakangan ini, isu yang hangat diperkatakan adalah berkenaan dengan pengasingan fungsi klinik dan farmasi ataupun, dengan izin, dispensing separation ataupun DS. Untuk senang kita faham, DS ini bermakna doktor membuat diagnosis dan menentukan apakah jenis ubat tetapi ubat itu diberikan oleh farmasi dan bukan oleh doktor itu sendiri.

Menteri pun sudah menjawab banyak soalan sebelum ini dan banyak kali Ahli Parlimen pun sudah berbahas tentang perkara ini. Sebelum saya meneruskan percakapan mengenai DS ini, saya ingin menerangkan dengan perkataan yang mudah difahami bagaimana proses berlaku sehingga sampai ke tahap diagnosis dan pemberian ubat. Apabila seorang pesakit datang berjumpa seorang doktor, yang pertama doktor melihat pesakit itu iaitu membuat observation, dengan izin.

Selepas itu, doktor akan mengambil sejarah yang relevan daripada pesakit. Selepas mengambil sejarah pesakit, seorang doktor akan membuat physical examination ataupun pemeriksaan tubuh badan atau bahagian tertentu tubuh pesakit. Selepas pemeriksaan fizikal dibuat, doktor akan membuat siasatan atau investigation bermula daripada siasatan yang mudah seperti air kencing dan sebagainya kepada siasatan yang lebih canggih seperti x-ray, ultrasound, MRI, siasatan darah dan sebagainya.

Selepas itu, kita perlu prosedur selepas itu jika perlu prosedur-prosedur tertentu sama ada prosedur yang non-invasive atau yang invasive seperti scope angiogram, biopsi dan sebagainya ditentukan. Selepas melakukan observation, history taking, physical examination investigation dan prosedur-prosedur tertentu itu dan berdasarkan semua di atas serta ilmu yang ada pada doktor itu, maka satu diagnosis dibuat. Selepas diagnosis dibuat, maka doktor menentukan apakah ubat yang mesti diambil oleh pesakit. Cara mana ubat itu diambil iaitu makan atau minum, oral or parenteral atau injection. Berapa lama mesti diambil, berapa dosnya.

Jika banyak ubat, maka interaksi di antara ubat-ubat itu mesti dipertimbangkan. Seyogia dijelaskan juga, seorang doktor itu merawat pesakitnya secara keseluruhan dan bukan merawat diagnosisnya. A doctor treating the patient and not treating the diagnosis, dengan izin.

final • 12:11 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, apabila DS ini dilaksanakan atau DS menjadi undang-undang maka doktor membuat satu kesalahan jika dia memberi ubat yang

final • 12:20 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

dia sendiri tentukan kepada pesakitnya. Doktor hanya dibenarkan memberi kertas preskripsi dan bukannya ubat. Dalam konteks yang lebih penting berkenaan dengan DS ialah kesannya kepada rakyat. Kita mesti prihatin ataupun membantu memudahkan dan menyelesaikan masalah rakyat. Kita cuba merasai kesakitan dan kesusahan yang bakal ditanggung oleh rakyat yang sudah jatuh sakit terutamanya di luar bandar. Apabila mereka sudah sakit jadi kita janganlah lagi menambahkan kesakitan dan keperitan kepada mereka.

Sebenarnya DS sudah diamalkan di negara kita sejak merdeka lagi sehingga sekarang. DS dilakukan di hospital-hospital kerajaan dan hospital- hospital swasta cumanya DS tidak diwajibkan di klinik-klinik swasta dan klinik-klinik kesihatan kerajaan di luar bandar. Dengan sistem yang ada ini pun Malaysia adalah negara yang ketiga yang terbaik di dunia dari segi perkhidmatan kesihatan seperti yang dinyatakan oleh Menteri dan Timbalan Menteri pada minggu lalu.

final • 12:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

[Bangun] .

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Krai bangun.

final • 12:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Saya bangun minta penjelasan sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya bersama dengan Yang Berhormat Sik dalam isu ini. Dalam konteks pengamalan penjagaan perubatan swasta terutama di klinik-klinik ini ada ramai pesakit kita dan keluarga mereka mempunyai doktor-doktor bukan kata doktor peribadi tetapi doktor yang cenderung kepada tertentu dan rasi dengan doktor tertentu. Dia akan berkata klinik ini ubat dia bagus.

Jadi suasana ini sudah begitu damai dan berkesan dalam sistem rawatan kita. Jadi kalau kita pisahkan diagnosis dengan dispensing ini tidakkah itu juga timbulkan satu suasana psikologi yang tidak seerat dahulu dan ini mungkin menjejaskan kesan rawatan ke atas pesakit-pesakit itu. Apa pandangan Yang Berhormat Sik?

final • 12:20 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Okey, saya setuju. Saya teruskan dengan perbahasan saya. Persoalannya apakah rasionalnya DS hendak digubal menjadi undang-undang yang ketat, yang menghalang doktor daripada memberi ubat. Apabila DS dilaksanakan pesakit perlu juga mencari farmasi yang sudah tentu yang akan menyebabkan pesakit perlu menanggung pula kos perjalanan dari klinik ke farmasi, kos masa dan seterusnya kos ubat-ubatan.

Bagaimanakah kalau farmasi pertama yang pesakit itu pergi tidak ada ubat yang dipreskripsi untuk pesakit itu dan ditakdirkan farmasi yang seterusnya tidak ada ubat itu, kalau pesakit itu dalam kesakitan sudah tentu ini akan menyakitkan pesakit itu lagi.

Andai kata pesakit pergi ke klinik pada pukul 10 malam, bagaimana untuk mendapatkan ubat memandangkan tiada farmasi yang beroperasi sehingga tengah malam atau beroperasi 24 jam. Saya sendiri kerap dipanggil ke rumah pesakit pada jam 2.00 atau 3.00 pagi. Bayangkan jika pesakit itu perlu ubat yang boleh menyelamatkan nyawa seperti sublingual GTN yang boleh menyelamatkan nyawa dan untuk pesakit jantung ataupun injection intramuscular, injection intravenous dan pada masa itu saya tidak menyimpan ubat itu maka pesakit itu tidak akan dapat diselamatkan pada adatnya boleh menyebabkan kematian.

Sekiranya klinik hanya melakukan pemeriksaan dan mengeluarkan preskripsi maka secara umumnya di Malaysia pesakit perlu menanggung sekitar RM35 hingga ke RM125. Ini adalah harga konsultasi yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan tetapi rata-rata doktor hanya mengenakan caj sekitar RM5.00 ke RM15.00 konsultasi di kawasan luar bandar.

Kemudiannya pesakit menanggung lagi sekitar RM20 ke RM100 bergantung kepada ubat untuk kos ubat-ubatan sedangkan sekiranya klinik yang

final • 12:20 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

mengekalkan ubat-ubatan kos yang ditanggung adalah lebih kurang berdasarkan harga tadi RM40 ke RM60 sahaja disebabkan pihak klinik boleh menetap harga konsultasi dan harga ubat menjadikan kos ubatan itu mampu bayar iaitu kos yang lebih rendah.

Setiap kali kehabisan ubat, pesakit perlu menanggung kos konsultasi di klinik bagi mendapatkan preskripsi ubatan disebabkan oleh undang-undang DS membenarkan farmasi hanya boleh memberi bekalan ubat kepada preskripsi yang diberi oleh doktor kepada kali itu sahaja. Perkhidmatan klinik swasta di Malaysia biasanya berada di semua kawasan termasuk di kawasan luar bandar namun berapa banyak pula farmasi yang berada di kawasan luar bandar. Klinik swasta banyak beroperasi 24 jam tetapi carilah satu farmasi yang beroperasi 24 jam di ibu negara ini.

Justeru itu dalam usaha kerajaan memberi perkhidmatan dan kesejahteraan yang terbaik untuk rakyat maka perlulah diperhalusi cadangan pengasingan ini. Perkhidmatan yang diberikan oleh klinik swasta yang merangkumi pemeriksaan, rawatan, khidmat nasihat serta bekalan ubat adalah seiring dan amatlah bertepatan sekali sebagai mana Titah Seri Paduka Baginda agar rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan swasta dengan caj yang berpatutan di samping turut untuk memudahkan rakyat mendapat rawatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kita utamakan rakyat dari tuan-tuan perniagaan besar super kaya. Saya berharap elakkan juga dari farmasi-farmasi kecil dan klinik-klinik swasta yang selama ini menolong rakyat dari gulung tikar.

Dengan rangkaian farmasi-farmasi kecil dan klinik-klinik swasta yang ada sekarang yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain, hospital-hospital swasta dan hospital-hospital kerajaan di Malaysia sudah menjadi negara ketiga terbaik dalam perkhidmatan kesihatan di dunia. Maka pada pendapat saya kita tidak perlu menggubal undang-undang yang terus berlainan. Cuma kita sekadar ingin kerana...

final • 12:20 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Yang Berhormat, boleh mencelah sedikit?

final • 12:20 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Jangan panjang sangat.

final • 12:20 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Okey, okey. Yang Berhormat Sik hendak tanya sedikit. Cerita berkenaan dengan asingkan idea siapa ini? Tiba-tiba benda sudah jadi elok , tidak ada masalah. Orang pun pergi doktor ambil ubat tidak ada masalah. Tiba-tiba ada idea pula hendak pisah ini. Ini idea siapa ini untuk rakyatkah untuk siapa? Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Ini kita dengar sejak kebelakangan ini cadangan-cadangan untuk mengasingkan, untuk membentang untuk membaca satu rang undang-undang untuk mengasingkan antara pemberian ubat di klinik dan hanya di farmasi sahaja.

final • 12:20 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

[Bangun] .

final • 12:20 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Saya tidak tahu daripada siapa sebab saya...

final • 12:20 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Boleh, boleh saya tambah?

final • 12:20 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Idea kerajaankah?

final • 12:20 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Penggubal undang-undang.

final • 12:20 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Boleh saya tambah sedikit?

final • 12:20 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Jangan panjang sangat.

final • 12:20 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Sedikit, sedikit sahaja. Sebab menjawab soalan Yang Berhormat Padang Besar. Idea ini timbul kerana difikirkan

final • 12:20 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

oleh sesetengah pihak dan Kementerian Kesihatan apabila kita maju maka kita perlu ada pengasingan sebab negara maju membuat pengasingan, itu pertamanyalah.

Keduanya ia dikatakan bahawa pharmacist yang terlatih untuk mendispense ubat, itu ideanyalah akan tetapi ada argument bahawa sebenarnya itu tidak tepat. Setiap negara mempunyai sistem yang sendiri yang unik. Memang ada diamalkan begitu. Itu pendapat terakhir oleh pakar-pakar. Setiap negara ada sistemnya sendiri. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sik sila gulung.

final • 12:20 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Tidak boleh gulung banyak lagi.

Itu tambah masa sedikit Tuan Yang di-Pertua. Itulah sebab saya kata di sini kita hendak membuat cadangan ini cuma sekadar ingin mengikut negara-negara lain yang mana mereka pun setelah melaksanakannya berpuluh tahun ingin kembali kepada dispensing physician. Saya cadangkan apa yang ada sekarang dibuat penambahbaikan dan menambah penguatkuasaan merombak sistem penguatkuasaan supaya kita ini dari tempat yang ketiga terbaik di dunia naik ke tempat yang pertama di dunia.

Tuan Yang di-Pertua, ada satu lagi dalam aspek kesihatan yang ingin saya perkatakan berkaitan dengan hal jururawat. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa peranan jururawat amat penting dalam bidang kesihatan namun beberapa perkara perlu diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan dan kementerian terutamanya berkaitan kenaikan gred.

Terdapat seramai lebih kurang 60,000 jururawat di seluruh Malaysia tetapi dengan keahlian lebih 60,000 jururawat ini diletakkan di bawah Ketua Pengarah Kesihatan di mana Ketua Pengarah Kesihatan adalah seorang doktor perubatan dan bukan seorang jururawat.

final • 12:20 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Gred jururawat yang paling tinggi ialah U54 sahaja dan gred jururawat yang menjaga negeri U44 manakala yang menjaga hospital ialah U42. Bayangkan beban tugas yang sangat banyak dan perlu berhadapan dengan orang ramai serta pesakit yang bermacam-macam kerenah. Mereka juga bertugas di bawah kawalan doktor-doktor telah menyebabkan beban tugas yang dipikul oleh jururawat amat berat. Sebagai sokongan kepada tugas yang dilaksanakan mereka perhatian yang sewajarnya daripada segi skim kenaikan gred atau pangkat jururawat daripada Kumpulan Sokongan ke kumpulan Pengurusan dan Profesional perlulah diperhalusi oleh kementerian. Kenapakah skim jururawat tidak sama dengan jabatan-jabatan lain yang mana walaupun jumlah kakitangan yang sedikit tetapi diberi gred yang tinggi dan mudah untuk kenaikan pangkat?

Sebagai makluman untuk menjadi seorang jururawat perlu mengikuti kursus selama 3+1 tahun dan untuk kenaikan gred U42 perlu mempunyai ijazah sedangkan mereka ketika ini sudah agak berusia untuk mendapatkan ijazah.

Namun mereka ini berpengalaman dalam hal kejururawatan yang boleh disokong kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka dan prestasi mereka.

final • 11:50 AM

Dato' Othman bin Aziz - Jerlun

Yang Berhormat Sik minta laluan sedikit? Fasal jururawat ini penting. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan tajuk jururawat. Tadi Yang Berhormat Sik menyatakan bahawa tentang isu kenaikan pangkat yang dikira mungkin tidak adil bagi mereka walaupun servis sudah lama. Saya lebih tertarik kepada persoalan Yang Berhormat Sik berkaitan dengan pelbagai kursus kolej-kolej yang menawarkan kursus-kursus kejururawatan. Malahan sampai peringkat kemungkinan kita boleh sebut sebagai lambakan jururawat-jururawat yang berkelayakan yang mendapat diploma dan

final • 11:50 AM

Dato' Othman bin Aziz - Jerlun

sebagainya tetapi mereka tidak mendapat tempat untuk bekerja. Malahan di setengah-setengah hospital mengambil kesempatan menjadikan mereka ini sebagai intern kursus mungkin enam bulan sebagai syarat wajib untuk lulus.

Kemudian tidak perlu dibayar gaji, kemudian setelah mereka tamat enam bulan diganti pula intern yang baru, jadi berterusan. Apakah pandangan Yang Berhormat Sik berkaitan dengan isu tersebut? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Bomoh dengan bomoh bolehkan? Saya hendak tanya Yang Berhormat Sik, dilema jururawat ini kerana entry dia masuk JPA melalui SPM. Jadi kursus-kursus yang dibuat oleh yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jerlun itu semua di peringkat diploma. Jadi entry point dia SPM sebab itu gred paling tinggi 54. Bersetuju tidak Yang Berhormat Sik jika dapat perhatian JPA supaya entry point jururawat ini first degree? Jadi ia selaras dengan profesional lain macam jurutera, J41 Yang Berhormat Tampin dia jurutera. Kalau doktor dia U41, kalau Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) N41.

Setuju tidak?

final • 11:50 AM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Okey Yang Berhormat Jerlun dan juga Yang Berhormat Mersing, terima kasih. Berkenaan dengan kelebihan jururawat ini Yang Berhormat Jerlun, ini telah kita sedari lama dan kita sebenarnya kena kawal kemasukan dan kena tengok dengan peluang pekerjaan jururawat.

Saya mungkin boleh mencadangkan kepada kerajaan kelebihan-kelebihan jururawat ini supaya kita adakan satu kursus supaya mereka ini boleh menjadi pembantu klinik. Juga terima kasih kepada Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Mersing saya setuju tetapi ini kena kementerian, Menteri buat.

Saya teruskan, minta tolong Tuan Yang di-Pertua. Dalam usaha kita menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju sebagaimana Titah Yang di-Pertuan Agong meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.

Maka pihak kerajaan haruslah memberi lebih penumpuan kepada kawasan luar bandar ataupun kawasan yang masih tertinggal atau masih terkebelakangan daripada semua aspek ekonomi pembangunan dan sebagainya. Sokongan dari kerajaan amatlah penting bagi memastikan kawasan luar bandar tidak dipinggirkan daripada arus kemajuan dan pembangunan. Kerajaan perlu merangka satu strategi agar kawasan luar bandar seperti mana Parlimen Sik disuntik dengan pemangkin yang mampu menjadikan kawasan luar bandar ini tidak jauh bezanya dibandingkan dengan kawasan bandar.

Sebagai contoh sekiranya kerajaan telah merancang untuk membuat pembinaan universiti-universiti pusat pengajian tinggi, sekolah berasrama penuh dan sebagainya. Maka perlu memberi keutamaan perkara tersebut untuk dibawa ke kawasan luar bandar. Dengan ini ia sudah pasti akan memberi impak positif kepada pembangunan dan ekonomi kawasan tersebut. Selain itu, sokongan kerajaan juga perlu dalam memajukan kawasan luar bandar dengan memberi galakan agar sebarang bentuk pelaburan. Sama ada daripada pelabur dari dalam ataupun pelabur dari luar negara untuk membuat pelaburan diberi insentif sekiranya dilaksanakan di kawasan-kawasan luar bandar. Kawasan luar bandar seperti di Parlimen Sik yang masih mempunyai kawasan tanah yang luas, yang strategik daripada segi geografi dan keadaan muka bumi dilihat amat berpotensi untuk dibangunkan dengan projek-projek tenaga hijau. Contohnya industri solar dan eko pelancongan yang tidak mencemarkan alam sekitar dengan keprihatinan, perhatian dan sokongan kerajaan sahajalah yang mampu mengubah kawasan luar bandar ini. Agar tidak terus berkekalan seperti mana 10, 15 tahun yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, saya pendekkan ucapan saya. Ada beberapa minit lagi Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sudah habis [Ketawa]

final • 11:50 AM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Sudah habis. Okey Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, meningkatkan kualiti hidup dan juga ekonomi serta pembangunan yang menyeluruh sokongan semua pihak amat-amatlah diperlukan. Sama ada daripada kerajaan ataupun pembangkang jangan asyik dan bangkang sahaja. Bersama- sama kita berusaha mengekalkan kenikmatan, mengekalkan keharmonian, harmoni, mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan dalam negara kita. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Sik pun dok bangkang fasal farmasi tadi.

final • 11:50 AM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Itu untuk rakyatlah Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Fasal klinik kau orang kurang pendapatan apa?

final • 11:50 AM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Cukup my floor [Ketawa] Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya juga menarik perhatian beberapa kementerian. Kementerian-kementerian yang saya sebut ini sudah banyak kali saya sebut sebelum ini. Saya juga telah melakukan follow-up. Pertama, saya ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan, apakah status berkaitan pengasingan Pejabat Pendidikan Daerah Baling Sik? Ini sebab daerah Baling Sik, kalau PPD dari Sik, hujung Sik sana dekat Belantik hendak pergi PPD Baling Sik ke Baling dia boleh buat jamak takdim, dia boleh buat jamak takhir. Jamak ‘takyah’ pun siapa-siapa hendak buat, dia boleh buat juga [Ketawa] Jadi terlalu jauh.

Kedua, kepada Kementerian Kerja Raya, apa status pengasingan pentadbiran JKR ke Kuala Muda, Sik?

Ketiga, kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia banyak sangat sudah saya cakap, apa kementerian maklum berkaitan masalah komunikasi dan liputan internet yang berlarutan, serta tidak memuaskan di kawasan Parlimen Sik terutama dari Pekan Sik hingga sempadan Padang Terap dan sempadan Thailand? Ini perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dan tindakan segera.

Saya akhiri ucapan saya Tuan Yang di-Pertua.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Sik mohon menyokong.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Bukit Gelugor tidak bangun ya. Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Bukit Gelugor, minta maaf. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dalam membenarkan saya membahas Titah Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, seperti yang Tuan Yang di-Pertua sedia maklum berkenaan pelantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai Timbalan Pendakwaraya dalam kes Dato' Seri Anwar bin Ibrahim di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Pelantikan tersebut Tuan Yang di-Pertua dibuat selaras dengan seksyen 376, subseksyen 3, dan seksyen 379, Kanun Acara Jenayah. Satu sijil berjudul Sijil Pelantikan Menjadi Timbalan Pendakwaraya dan kebenaran mengambil kerja peguam bela bertarikh 2 Julai 2013 masing-masing dikeluarkan.

final • 12:39 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Pelantikan tersebut dibuat Tuan Yang di-Pertua oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail. Apa yang pentingnya Tuan Yang di-Pertua, apa yang dinyatakan atau disebutkan di bawah seksyen 376(3) tersebut.

final • 12:39 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya bacakan, yang penting dengan izin, “The Public Prosecutor may appoint fit and proper persons to be Deputy Public Prosecutor who shall be under the general control and direction of the Public Prosecutor.” dan seksyen 379 iaitu berkenaan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, employment of advocate. The advocate dalam kes ini, Tan Sri Shafee shall be paid out of the public funds.

Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, Dewan yang mulia telah pun dimaklumkan bukan daripada Menteri Kewangan tetapi daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Nancy Shukri bahawa Tan Sri Shafee telah pun dibayar yuran sebanyak RM1,000 untuk perkhidmatan beliau dalam rayuan-rayuan tersebut. Adakah ini benar? Adalah penting untuk perkara ini disahkan oleh Menteri Kewangan memandangkan apa yang dinyatakan dalam seksyen 379 tersebut bukannya Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ini satu perkara penting Tuan Yang di-Pertua, kerana bayaran untuk perkhidmatan Tan Sri Shafee tersebut adalah dari dana awam, from public funds. Ini perlu diperjelaskan oleh Menteri Kewangan sendiri. Akan tetapi apa yang lebih penting Tuan Yang di-Pertua, adalah sama ada Tan Sri Shafee tersebut merupakan seorang fit and proper person mengikut peruntukan seksyen 376 tersebut untuk dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

Dalam pembelaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tuan Yang di-Pertua, beberapa permohonan telah pun difailkan untuk membatalkan pelantikan Tan Sri Shafee tersebut yang kesemuanya ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan juga dengan izin, on appeal oleh Mahkamah Persekutuan. Salah satu daripada permohonan tersebut Tuan Yang di-Pertua, bertarikh 5 Disember 2013 dibuat di mana beberapa dakwaan berkenaan karakter Tan Sri Shafee telah pun dibangkitkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam afidavit yang diikrarkan oleh beliau dalam permohonan tersebut. Dakwaan-dakwaan tersebut kebanyakannya adalah berdasarkan aduan-aduan yang dibuat oleh bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain bin Ibrahim.

Saya telah pun ataupun beberapa buah afidavit jawapan juga pun telah pun diikrarkan oleh Tan Sri Shafee terhadap dakwaan-dakwaan tersebut termasuk afidavit jawapan yang diikrarkan oleh beliau bertarikh 10 Disember 2013. Saya dimaklumkan bahawa Datuk Mat Zain tersebut telah pun membuat tiga laporan polis bertarikh 15, 18 dan 26 Disember 2013 terhadap beberapa bentuk kandungan dalam afidavit Tan Sri Shafee tersebut.

Antara lain Tuan Yang di-Pertua, laporan polis nombor report PRESINT 7/010437/13. Saya difahamkan bahawa satu kebenaran perintah menyiasat dengan izin, an order to investigate Tan Sri Shafee bertarikh 3 Januari 2014 telah pun dikeluarkan oleh Peguam Negara sendiri yang ditandatangani oleh seorang Timbalan Pendakwa Raya iaitu Ishak bin Mohd Yusuf. Ia berbunyi seperti berikut, Timbalan Pendakwa Raya dengan ini memberi perintah supaya penyiasatan terhadap kesalahan di bawah seksyen 199 Kanun Keseksaan yang dipercayai telah dilakukan di Mahkamah Rayuan Malaysia bagi kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu Rayuan Jenayah Nombor W519012012 sebagaimana laporan yang dibuat oleh Datuk Mat Zain tersebut.

Dalam erti kata lain Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas bahawa seawal 3 Januari 2014, Peguam Negara sendiri telah pun mengesyaki bahawa Tan Sri Shafee telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 199, Kanun Keseksaan oleh Tan Sri Shafee di dalam afidavitnya tersebut. Oleh sebab itu dia mengeluarkan Order to Investigate tersebut terhadap Tan Sri Shafee.

final • 12:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Seksyen 119 Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan izin, false statement made in any declaration which is by law receivable as evidence, dalam kes ini afidavit jawapan yang diikrarkan oleh Tan Sri Shafee tersebut. Di bawah seksyen 193 Tuan Yang di-Pertua, kesalahan di bawah seksyen 199 tersebut mesti dihukum dengan penjara maksimum sehingga tiga tahun dan atau denda.

Adalah penting untuk menekankan Tuan Yang di-Pertua, bahawa permohonan untuk membatalkan pelantikan Tan Sri Shafee tersebut di Mahkamah Persekutuan telah pun didengar sebelum rayuan substantif di Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Persekutuan baru-baru ini. Memandangkan keadaan seperti itu Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas bahawa pada masa pendengaran permohonan untuk membatalkan Tan Sri Shafee di Mahkamah Persekutuan, Peguam Negara memang sedar bahawa Tan Sri Shafee sedang disiasat untuk satu kesalahan di bawah seksyen 119 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dengan penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Persoalan yang timbul Tuan Yang di-Pertua, adalah mengapakah Peguam Negara tidak mendedahkan fakta penting ini di dalam rayuan terhadap permohonan lantikan Tan Sri Shafee di Mahkamah Persekutuan di dalam rayuan substantif di Mahkamah Rayuan pada bulan Mac 2014, dan juga semasa pendengaran substantif di Mahkamah Persekutuan dalam bulan Oktober dan November tahun lepas. Sudah tentu Peguam Negara sedar bahawa sekiranya Tan Sri Shafee dituduh di bawah seksyen 199 Kanun Keseksaan akibat siasatan di bawah Order to Investigate tersebut, sudah tentunya Tan Sri Shafee tidak layak sebagai seorang fit and proper person untuk dilantik untuk mengendalikan rayuan- rayuan tersebut. Adakah penyembunyian fakta penting ini oleh Peguam Negara satu perkara yang disengajakan dengan tujuan menyebabkan Mahkamah tersebut membuat satu kesimpulan bahawa Tan Sri Shafee adalah seorang fit and proper person. Saya menyatakan bahawa perkara ini adalah penting Tuan Yang di-Pertua, memandangkan pelantikan Tan Sri Shafee adalah dibuat dengan menggunakan public funds ataupun dana awam. Oleh yang demikian, Peguam Negara adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara ini atas dasar kepentingan awam.

Saya juga menyatakan Tuan Yang di-Pertua, bahawa perkara ini adalah penting memandangkan pembelaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di mana beliau menyatakan bahawa beliau merupakan seorang mangsa konspirasi oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak. Adalah juga penting untuk ditekankan di sini Tuan Yang di-Pertua, adalah dalam pengetahuan awam bahawa Tan Sri Shafee adalah mempunyai kaitan dengan UMNO. Tidak dapat dinafikan bahawa beliau telah pun terlibat dalam banyak kes yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO di dalam bidang jenayah dan juga sivil.

Beliau sendiri mengakui perkara ini dalam CV beliau bahawa beliau merupakan Penasihat Undang-undang UMNO dan Barisan Nasional sejak tahun 1997.

Memandangkan keadaan tersebut Tuan Yang di-Pertua, tidak memeranjatkan bahawa Tan Sri Shafee berada di rumah Dato’ Sri Najib Tun Razak semasa pengadu dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim- Saiful Bukhari berjumpa dengan Dato’ Sri Najib dua hari sebelum kejadian liwat yang dikatakan berlaku iaitu pada 24 Jun 2008. Perkara ini diakui oleh Tan Sri Shafee sendiri dalam percakapan beramaran beliau bertarikh 1 Ogos 2008 walaupun beliau menafikan apa-apa pengetahuan berkenaan kes tersebut. Sebaliknya beliau menyatakan sebenarnya pada masa tersebut beliau berada dengan isteri Dato’ Sri Najib Tun Razak, Datin Sri Rosmah Mansor.

Persoalan-persoalan yang timbul Tuan Yang di-Pertua, adalah bercabang dua. Pertama, mengapakah Peguam Negara melantik seorang yang diketahui umum mempunyai kaitan rapat dengan UMNO dan Barisan Nasional walaupun Peguam Negara sedar bahawa salah satu pembelaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah bahawa beliau merupakan seorang mangsa konspirasi UMNO. Dengan izin

final • 12:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, apa yang penting adalah justice must not only be done, but must be seen to be done.

final • 12:40 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Boleh mencelah sedikit, boleh mencelah?

final • 12:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Boleh.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya sila.

final • 12:40 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Okey, Yang Berhormat Bukit Gelugor kaitkan dengan UMNO. Jadi, pertama sekali saya hendak minta bukti, bilakah kita melantik Shafee ini sebagai Penasihat Guaman UMNO? Untuk pengetahuan Yang Berhormat Bukit Gelugor, Shafee ini tidak pernah menjadi Ahli UMNO. Saya pun tidak faham juga. Kadang-kadang kita membangkitkan suatu isu- tidak mengapalah, isu mahkamah itu mungkin kita dengar tetapi apabila kita kaitkan dengan UMNO dan kalau sesiapa jadi peguam, adakah mereka tidak boleh berkawan dengan UMNO? Kalau siapa jadi peguam tidak boleh berkawan dengan UMNO. Ini masalah juga Yang Berhormat Bukit Gelugor, bukan? Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya boleh jawab pencelahan itu dengan senang. Kalau you hendak tahu, bagaimana dia dikaitkan dengan UMNO, you tanya Shafee sendiri sebab dia nyatakan perkara ini dalam ‘resume’ beliau sendiri. Beliau sendiri menyatakan, *“Saya Penasihat UMNO dan Barisan Nasional sejak tahun 1997”.

[Tepuk]* Kalau you hendak, ‘resume’ itu saya boleh buat satu salinan beri you...

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Persoalan kedua Tuan Yang di-Pertua yang timbul, adalah mengapakah Peguam Negara melantik seorang timbalan pendakwaraya di dalam rayuan- rayuan Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim walaupun peguam-peguam negara tersebut sedar bahawa Shafee berkemungkinan telah melakukan satu jenayah dan oleh yang demikian jelasnya bukan merupakan seorang fit and proper person. Why did he do that? Dengan izin. Why did he appoint an UMNO-linked lawyer? Why did he appoint somebody he suspected to be or to have committed a crime, to conduct a case against a person who came to be a victim of conspiracy from UMNO itself.

Keadaannya Tuan Yang di-Pertua bertambah serius memandangkan kelakuan Shafee selepas rayuan di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini. Adalah dalam pengetahuan umum bahawa Shafee telah pun menyertai beberapa forum dan perbincangan awam dan juga telah pun membuat beberapa kenyataan rasmi berkenaan dengan fakta-fakta dalam rayuan tersebut yang jelasnya bertujuan untuk mengecam ataupun dengan izin, to condemn Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang kini telah pun dipenjarakan dan tidak ada peluang untuk membela diri. Dia telah pun pergi atas banyak roadshow Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini. Kita tahu. Perlu ditekankan di sini bahawa salah satu daripada forum awam tersebut telah pun dianjurkan oleh UMNO sendiri dan turut hadir oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sepang bangun.

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sedikit sahaja.

final • 12:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Boleh.

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya juga ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor bahawa Tan Sri Shafee juga telah membuat kenyataan, kalau tidak silap saya di Utusan Malaysia dalam satu interview yang mempertikaikan stand yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar bin

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ibrahim yang tidak memberi keterangan secara bersumpah tetapi memilih memberi keterangan in the dock. Apa yang kita tahu ini adalah sebahagian daripada hak seorang tertuduh dan beliau mengatakan sekiranya Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim ini tertakluk kepada pemeriksaan balas, dia akan pengsan dalam kandang salah.

Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor, setuju atau tidak pengadu atau complainant tidak ada hak untuk tidak memberikan keterangan. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim ada hak yang dijamin oleh undang- undang. Apa yang lebih teruk lagi ialah Yang Berhormat Pekan yang di sapina sebagai seorang saksi tidak berani hendak memberi keterangan dan memohon untuk satu perintah mengetepikan sapina. Jadi, yang sebenarnya takut untuk memberi keterangan ialah Yang Berhormat Pekan. Setuju atau tidak Yang Berhormat Bukit Gelugor?

final • 12:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya setuju pada cadangan Yang Berhormat Sepang.

Ada tiga pilihan yang available kepada seorang accused semasa pembelaan iaitu mendiam diri, memberi statement from the dock ataupun keterangan bersumpah.

Ini satu hak substantif yang tidak boleh dipersoalkan. Kelakuan Shafee mempersoalkan tindakan Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim untuk melaksanakan haknya adalah tidak wajar. Betul, Yang Berhormat Pekan telah pun mengetepikan sapina nya yang telah pun dikeluarkan terhadapnya. Kenapakah dia hendak mengetepikan sapina tersebut? Why he did not come to court? Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Be a man, face up to the challenges that are put up to him. Saya kembali Tuan Yang di-Pertua, apa yang mengejutkan di sini ialah kelakuan Shafee menokok tambah fakta-fakta yang telah dikemukakan di mahkamah secara in camera proceeding, dengan izin, yang seorang pelajar undang-undang tahun pertama, a first year law student akan tahu tidak boleh disebarkan secara umum. Contohnya beliau mengatakan Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mencubit puting ataupun, pinch the nipple of Saiful Bukhari di dalam keterangan tersebut. Akan tetapi ini langsung tidak dikatakan oleh Saiful Bukhari sendiri dalam keterangan beliau. Apakah niat Shafee dalam berbohong seperti sedemikian?

Setakat pengetahuan saya Tuan Yang di-Pertua, keputusan untuk mengemukakan keterangan tersebut secara kamera oleh Mahkamah Tinggi tidak pernah diketepikan. Ini bermaksud ruling in camera tersebut masih kekal.

Memandangkan keadaan tersebut adalah jelas bahawa Shafee telah pun menyalahgunakan kedudukannya sebagai seorang timbalan pendakwaraya dan juga kemungkinan telah pun menghina proses mahkamah ataupun dengan izin, being in contempt. Adalah jelas juga bahawa tempoh perlantikannya telah tamat setelah rayuan tersebut. Saya juga percaya Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Yang Berhormat Bukit Gelugor, hendak minta laluan.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 12:50 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya cuma hendak tanya pendapat Yang Berhormat Bukit Gelugor mengenai tingkah laku Shafee ini yang telah pun pergi roadshow dan memberi keterangan yang langsung tidak ada pada mahkamah.

Bila beliau dirujuk kepada Bar Council pada mesyuarat minggu lalu, beliau telah pun ambil satu injunksi untuk memberhentikan beliau disoal dalam mesyuarat itu?

Adakah ini bukan beliau sendiri takut untuk berdepan dengan Majlis Peguam?

Apakah pendapat Yang Berhormat Bukit Gelugor?

final • 12:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur, sudah tentu ini tindakan Shafee...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor boleh gulung, ya.

final • 12:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Sudah tentu merupakan satu tindakan pengecut, he is a coward for not coming and facing his peers at the AGM. Saya try meneruskan Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak ada banyak masa lagi. Saya percaya pendakwa raya Shafee telah pun dilantik dan dalam perlantikan tersebut dia perlu menandatangani surat ‘aku janji’ seperti semua timbalan pendakwaraya yang lain. Untuk mematuhi peruntukan Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu Perintah-perintah Am. Beliau dalam surat itu saya percaya akan mengaku janji untuk sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab. He would have signed the document like any other DPP, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya beliau memungkiri surat aku janji tersebut beliau boleh diambil tindakan disiplin di bawah peraturan-peraturan tersebut sebagai pegawai awam.

Saya mahu tanya Tuan Yang di-Pertua, memandangkan kelakuan Shafee, the disgraceful behavior of Shafee. Post the appeal in the Federal Court. Adakah Peguam Negara akan mengambil tindakan disiplin terhadap Shafee tersebut sebagai seorang timbalan pendakwa raya? Beliau tidak datang ke AGM Bar Council sebab beliau takut. Adakah beliau akan takut kepada Peguam Negara ataupun dalam erti kata lain adakah Peguam Negara berani untuk mengambil tindakan terhadap Shafee?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 12:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ini perkara penting Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab ini perkara yang melibatkan kepentingan awam, perlantikan Shafee mengikut dana awam. Dibuat dengan menggunakan dana awam. We have a right to know if he was or is a fit and proper person. Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua, sekiranya beliau tidak merupakan seorang fit and proper person, ini bermaksud keperluan di bawah seksyen 376(3) dalam perlantikan beliau batal dan tidak sah. Ini juga akan bermaksud keputusan Mahkamah Persekutuan batal dan rayuan juga batal dan tidak sah!

[Tepuk] Oleh itu saya meminta peguam negara mengambil tindakan yang sewajarnya, mengambil tindakan disiplin terhadap Shafee Abdullah.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor, masa...

final • 12:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya ada banyak lagi tetapi memandangkan masa tidak mengizinkan, saya menghabiskan ucapan saya dengan apa yang telah pun saya nyatakan.

Terima kasih [Tepuk]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

final • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kanowit.

final • 2:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya peluang untuk sama-sama membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena perasmian sidang Dewan Rakyat pada 10 Mac yang lalu. Untuk tidak melengahkan masa saya ingin terus menyentuh beberapa isu yang sering menjadi masalah besar kepada rakyat di luar bandar di Sarawak.

Pertama ialah berkenaan dengan infrastructure development di Sarawak.

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih ke atas pembangunan keperluan asas di Parlimen Kanowit yang benar-benar rancak semenjak empat tahun yang lalu di bawah program NKRA dan jelas banyak kawasan yang dahulunya tidak ada jalan, tidak ada jambatan besar, tidak ada bekalan air dan elektrik, tidak ada jalan atau jeti dan lain-lain. Kali ini sudah banyak berubah. Ada juga sekarang ini projek jalan raya dan jambatan besar yang akan melewati Sungai Kanowit sedang dalam pembinaan dan akan siap dua tahun akan datang. Dengan adanya jambatan ini, maka kawasan parlimen di Hulu Rajang dan di Kapit dan persekitarannya akan dapat dihubungi dari Sibu dan Kanowit. Syabas kepada Kerajaan Barisan Nasional. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, masih ada lagi kawasan penempatan dan rumah-rumah panjang di hulu-hulu sungai besar di Kanowit yang belum dapat jalan atau spur road seperti jalan ke kawasan penempatan RASCOM di Nanga Jagau, Hulu Ngemah.

Jalan ini sering dibangkitkan oleh saya dalam soal jawab lisan dan perbahasan di Dewan yang mulia ini. Jalan yang sepanjang 20 kilometer ini sudah lama dalam perancangan iaitu semenjak penubuhan penempatan RASCOM dalam tahun 1972 iaitu 43 tahun dahulu. Ini yang menyedihkan sebab penduduk di sana merasa mereka sudah berkorban untuk negara iaitu supaya masalah komunis pada masa itu diselesaikan dan rancangan kerajaan untuk menempatkan mereka pun sudah berjaya tetapi sampai sekarang kawasan ini masih tidak ada jalan dan pembangunan sosioekonomi pun tidak dapat dijalankan kerana tidak ada jalan perhubungan. Kebanyakan penduduk di sana berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Sibu, Beluran dan Miri untuk mencari rezeki dan menghantar anak- anak ke sekolah.

Kes sebegini perlu diambil kira dengan serius sekarang oleh sebab orang muda dari kawasan tersebut dalam pelbagai WhatsApp group mereka sudah begitu marah dan jelas tidak akan memberi sokongan yang sewajarnya kalau isu ini tidak diselesaikan. Kita difahamkan bahawa jalan ini sudah pun dirancang, alignment sudah pun dibuat, pampasan tanah sudah pun dijelaskan oleh kerajaan negeri tetapi peruntukan untuk pembinaan jalan sepanjang 20 kilometer ini belum ada lagi. Saya menyeru pihak kerajaan atau kementerian yang berkenaan- dengan masalah ini terutamanya Kementerian Kewangan untuk memberi pertimbangan ke atas pembinaan jalan tersebut tahun depan ataupun sebagai priority project di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 yang akan datang.

Kedua yang saya ingin sentuh di sini ialah berkenaan dengan isu capaian internet di sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak terutamanya di kawasan Parlimen Kanowit. Masalah capaian internet atau connectivity internet di sekolah luar bandar di Sarawak menjadi isu besar di kalangan guru-guru terutamanya apabila laporan harian ke atas semua aktiviti sekolah perlu dimaklumkan kepada ibu pejabat Kuching atau terus ke kementerian. Dalam hal ini saya tidak tahu sama ada kementerian sedar bahawa sekolah di pedalaman Sarawak belum dapat internet akses pun. Walaupun kementerian telah cuba membawa pelbagai sistem internet ke sekolah-sekolah ini seperti dahulu bermula daripada SchoolNet menggunakan VSAT, sistem telah gagal. Selepas itu 1BestariNet dari pelbagai sistem, VSAT, streamix dan lain-lain. Sampai sekarang banyak masalah seperti yang akan saya ceritakan sebentar lagi. Yang realiti, semuanya gagal.

final • 2:32 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

1BestariNet sebuah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia yang sedang dijalankan dengan kerjasama YTL Communication. Di bawah projek ini, sebanyak lebih 10,000 buah sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia akan dilengkapi dengan capaian internet berkelajuan tinggi yang membolehkan penyelesaian pembelajaran secara bersepadu. Dengan adanya infrastruktur ini, ia dapat merapatkan jurang digital antara sekolah-sekolah di bandar dan luar bandar.

Ia juga dapat menjadi pemangkin penggunaan teknologi internet dalam usaha melaksanakan sistem pendidikan bersepadu.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aduan yang diterima daripada pengguna-pengguna bestari 1BestariNet ini yang tidak dapat memenuhi keperluan yang sepatutnya. Sebahagian besar sekolah-sekolah di sekitar Kanowit membuat aduan tentang keupayaan capaian internet yang lemah. Susulan dari itu saya telah memohon kepada pihak Astronautic Technology (ATSB), sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan di bawah kawal selia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk melaksanakan satu kajian penggunaan dan prestasi 1BestariNet di sekolah-sekolah di kawasan Kanowit. Pihak syarikat itu telah bersetuju untuk melakukan kajian awal sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka.

Saya juga terlibat langsung dalam kajian ini dan melihat dan memahami sendiri masalah capaian internet di sekolah-sekolah yang kita lawati. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kawasan Parlimen Kanowit di Sarawak mempunyai sebanyak 35 buah sekolah rendah dan tiga buah sekolah menengah.

Hasil daripada kajian itu, 13 buah sekolah telah dilawati dan pihak syarikat mendapati hampir kesemua sekolah di kawasan pedalaman menggunakan teknologi very small aperture terminal (VSAT) sebagai terminal utama untuk mendapatkan capaian internet. Kerajaan juga mendapati sistem VSAT yang dipasang kebanyakannya menggunakan VSAT jalur KU dengan kecepatan- kecepatan purata kurang dari satu megabyte per second. Terdapat dua buah sekolah iaitu SMK Nanga Ungun dan SK Ulu Majau menggunakan VSAT jalur C.

Malangnya VSAT di kedua-dua buah sekolah ini tidak berfungsi dan kakitangan sekolah terpaksa keluar dari sekolah untuk ke kawasan yang mempunyai liputan selular bagi tujuan menyalurkan maklumat ke jabatan berkaitan.

Kita juga mendapati kerja pemasangan yang tidak sempurna oleh pihak kontraktor yang dilantik. Perkara ini berkemungkinan telah mengakibatkan kerosakan awal dan sistem tidak dapat berfungsi.

final • 2:32 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Terdapat juga sekolah yang tidak dilengkapi dengan peralatan VSAT seperti SMK Nanga Dap dan sebagai memenuhi tuntutan kerja guru, pihak sekolah telah mengambil inisiatif sendiri melanggan perkhidmatan internet tanpa wayar CDMA dari Telekom Malaysia. Walau bagaimanapun, capaian internet menggunakan talian CDMA ini tidak stabil dan kecepatan sangat terbatas iaitu sekitar setengah megabit per second dan kerap kali pihak sekolah menghadapi masalah untuk menghantar laporan secara online akibat kekangan ini. Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sambungan internet melalui VSAT jalur KU yang terbaru ini, mereka juga menghadapi masalah capaian terutama pada waktu puncak. Kecepatan purata 1 megabit per second yang diperolehi juga tidak memungkinkan pihak sekolah untuk melaksanakan aktiviti makmal komputer yang berteraskan penggunaan internet secara berkesan.

Kerajaan juga mendapati bahawa penyelenggaraan pencegahan, preventive maintenance yang dilaksanakan sama ada oleh pihak kontraktor ataupun pihak sekolah amat berkurangan. Sebagai contoh, peralatan penstabil voltan di pelbagai SK Jih di Kanowit dikenal pasti telah hampir rosak berdasarkan bacaan output ataupun voltage yang begitu tinggi. Ini merosakkan indoor unit sistem VSAT.

final • 2:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Jadi sebagai kesimpulan saya, secara keseluruhannya, secara asasnya, capaian internet di sekolah di Kanowit adalah sangat rendah dan kelajuan jalur lebar yang diukur semasa lawatan tapak adalah sekitar lingkungan 0.4 ke 1 megabit per second bagi muat turun dan 0.1 ke 0.3 megabit per second bagi muat naik.

Hasil daripada respons, capaian internet yang sangat lemah berlaku pada jam kemuncak iaitu dari jam 9 pagi. Sekolah yang menggunakan teknologi satelit internet atau VSAT dengan teknologi C langsung tidak dapat akses ke internet.

Terdapat sekolah yang tidak dapat menggunakan internet atas sebab-sebab berikut:

(i) peralatan yang sudah rosak;

(ii) pemasangan yang tidak sempurna;

(iii) penyelenggaraan yang tidak berterusan;

(iv) kekangan dari pelbagai penggunaan tenaga elektrik yang terhad atau limited hours;

(v) akses titik atau access point WiFi yang terbuka pada sesetengah sekolah yang tidak menggunakan password untuk keselamatan kepada pengguna-pengguna yang tidak diundang menggunakan internet;

(vi) tenaga kuasa regulator yang tidak stabil dan over voltage; dan

(vii) laporan aduan penggunaan internet yang perlu ditambahbaikkan pada Jabatan Pelajaran ataupun headquarters.

Beribu juta ringgit telah dibelanjakan untuk pelbagai projek internet ini.

Sampai sekarang tidak ada capaian yang sempurna bagi sekolah-sekolah luar bandar. Kalau kita bandingkan dengan bandar-bandar besar di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan di sini, kita sedang menggunakan jalur lebar dengan kelajuan sehingga 150 megabit per second berbanding dengan 0.5 ataupun 1 megabit per second.

Dalam hal ini, saya mohon pertimbangan kementerian untuk membuat kajian sepenuhnya ke atas masalah ini bagi negeri Sarawak dan mungkin juga Sabah supaya masalah dan keperluan internet akses di sekolah-sekolah luar bandar ini dapat diketahui dan seterusnya langkah perlu diambil bagi mengatasinya.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dalam isu pendidikan ini saya juga telah dimaklumkan oleh guru-guru di Sarawak bahawa keputusan SPM tahun 2014, Sarawak menduduki nombor satu terakhir dan Sabah nombor dua terakhir dalam keputusan SPM baru-baru ini. Adakah ini ada kaitan dengan pelbagai kekurangan di sekolah di kedua-dua negeri itu seperti yang saya telah sebutkan tadi? Juga daripada segi kemudahan-kemudahan lain seperti kekurangan bilik darjah dan bilik guru, rumah asrama, rumah guru, computer science lab, kekurangan guru dan sebagainya. Ini menambahkan lagi masalah akibat apa yang telah saya terangkan tadi iaitu internet access sebagai satu kemudahan yang begitu penting.

Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pendidikan juga telah menyuarakan tidak puas hati beliau terhadap prestasi murid kita di peringkat antarabangsa seperti yang telah dilaporkan oleh UNESCO di mana negara Malaysia jatuh dalam ranking paling rendah atau satu ketika di bawah kategori yang paling rendah. Jadi tidak setimpal dengan peruntukan yang begitu besar perkapita kalau dibandingkan dengan negara-negara lain di ASEAN ini.

final • 2:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Tambahan lagi, di dapati daripada segi higher order thinking skill, kajian secara keseluruhannya telah mendapati bahawa anak-anak muda kita didapati tiga tahun lebih muda daripada umur mereka. Bermakna anak kita yang berada di Tingkatan 5, thinking skill mereka adalah seperti masih dalam Tingkatan 2, three years younger. Adakah ini semua berkaitan dengan school curriculum standards ataupun sistem pendekatan pembelajaran, pendedahan atau exposure guru-guru dan sebagainya? Semua ini perlu dikaji dan diambil kira dengan teliti sebelum kita dapat bersaing dengan negara luar dalam standard pencapaian prestasi anak- anak muda kita.

Adakah ini juga memberi opsyen bahawa sekolah primary dan secondary school di negara ini perlu diprivatized supaya mereka menguruskan sekolah sendiri dari semua segi pengurusan, kualiti dan standard pembelajaran ataupun kerajaan negeri sendiri mengambil alih sektor pelajaran ini atau the state government taking over the charge of the education iaitu decentralization. Opsyen- opsyen ini perlu dikaji dan dikira demi kualiti dan standard pelajaran anak-anak kita untuk masa hadapan rakyat dan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Pelajaran telah bersetuju supaya minimum qualification bagi calon SPM dari Sarawak dan Sabah untuk masuk ke kolej perguruan dikurangkan dari minimum 5A. Ini berasaskan bahawa pelajar di kedua-dua negeri tidak diberi level playing field atau mempunyai kebolehan yang secukupnya seperti mana yang didapati di sekolah-sekolah di Semenanjung. Maka entry point mereka untuk masuk ke universiti atau kolej perlulah ditimbangkan sewajarnya atau diberi handicap seperti dalam handicap permainan golf.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang saya sering bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini adalah isu subsidi pengangkutan. Isu subsidi transport ini sering saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini oleh sebab masalah yang timbul beberapa tahun atau pada masa-masa dahulu masih lagi tidak selesai sampai sekarang di mana matlamat utama subsidi ini adalah supaya barang-barang keperluan seperti petrol, LPG gas, minyak masak, beras, gula dan lain-lain dapat dijual dengan harga yang sama di kawasan pedalaman seperti di bandar-bandar besar yang belum ada connectivity jalan raya di mana mode of transport masih menggunakan sungai dan perahu.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Tujuan asal memang bagus.

Beratus juta ringgit dibelanjakan setiap tahun untuk subsidi ini. Akan tetapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, subsidi ini tidak sampai kepada target group atau sasarannya. Maka barang-barang keperluan masih tidak lagi dijual dengan harga yang berpatutan di kedai-kedai runcit di kawasan pedalaman. Di Parlimen Kanowit sebagai contoh, masih ada beberapa buah kawasan penempatan dan rumah- rumah panjang di hulu Sungai Ngemah, Sungai Pui dan Sungai Machan yang belum ada jalan raya dan sepatutnya mendapat subsidi transport ini. Akan tetapi, ada juga kawasan yang sudah ada jalan raya berdekatan dengan bandar Sibu seperti Durin, Machan dan sebagainya juga diberi subsidi ini.

Saya menyeru kepada kementerian untuk menyiasat supaya mengetahui apa yang sedang berlaku atas pelaksanaan projek subsidi ini supaya kerajaan mengetahui yang sebenar. Saya ada memberitahu hal ini kepada Menteri sendiri, kepada pengarah-pengarah negeri, kepada pegawai-pegawai yang berkenaan di kawasan Sibu untuk mereka menyiasat atau memantau apa sebenarnya yang berlaku. Ada juga di kalangan licensee atau konco mereka atau subkontraktor mereka yang tidak puas dengan laporan saya ini supaya ada target group atau sasaran rakyat miskin di hulu sungai ini dapat menikmati harga barangan yang berpatutan mengikut kehendak kerajaan bagi membela nasib rakyat...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Pada tahun lepas, dalam perbahasan Bajet 2015, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya subsidi ini diberhentikan segera oleh sebab mereka yang mendapat keuntungan yang besar adalah transporter atau licensee dan langsung rakyat yang menderita di pedalaman masih membeli barang dengan harga yang mahal.

final • 2:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Saya juga mencadangkan kalau kerajaan benar-benar ingin menolong rakyat di kawasan tersebut, gantilah atau convert this subsidy into subsidi barang keperluan untuk rakyat di luar bandar dan diberi terus kepada mereka atau the target group atau sasaran. Subsidi ini pula diberi kepada keluarga yang benar- benar masih tinggal di kawasan pedalaman yang menghadapi kesusahan ini. Saya melihat tidak banyak lagi rakyat kita yang di pedalaman yang layak untuk subsidi ini, iaitu subsidi diberi terus kepada mereka, untuk meringankan beban mereka ke atas harga barangan yang tinggi dan bukan pada licensee atau transporter yang duduk di bandar-bandar besar dan tidak pernah naik bot pun ke kawasan yang mereka dipertanggungjawabkan. Dengan cara ini, kerajaan boleh menjimatkan perbelanjaan dan ia lebih berkesan untuk golongan sasaran. Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 2:50 PM

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk bersama- sama membahaskan ucapan menjunjung kasih terhadap Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan persidangan Dewan pada 9 Mac yang lepas. Saya akan tumpukan perbahasan ini atas satu isu sahaja iaitu banjir.

Saya mulakan ucapan ini dengan petikan peringatan Allah SWT melalui...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Ayat 51 Surah At-Taubah, “Tidak akan selamanya menimpa kita sesuatu musibah melainkan ia telah ditetapkan oleh Allah SWT. Dialah pelindung kita dan kepada Allah sepatutnya orang-orang yang beriman bertawakal”. Ternyata Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sangat cakna dengan musibah besar yang melanda negara khususnya di negeri Kelantan, akhir tahun 2014 yang lepas.

Daripada segi sejarah, banjir besar sebenarnya bukan kali pertama berlaku di Kelantan. Ia pernah melanda pada tahun-tahun 1927, 1967, 2004 dan yang terakhir baru-baru ini 2014 adalah yang terburuk dengan 80% muka bumi Kelantan ditenggelami air dan hanya jajahan Pasir Puteh dan Bachok yang terkecuali. Banjir sebenarnya adalah sebagai satu peringatan. Benar, banjir ialah musibah yang besar. Pada zahirnya ia menyusahkan tetapi di sebalik segala- galanya ia ialah ujian dan cubaan sama ada untuk mangsa banjir atau bagi mereka yang menguruskan keperluan mereka selepas banjir. Banjir baru-baru ini menyerlahkan banyak perkara sama ada yang positif ataupun negatif. Ia mengajar tentang perancangan yang menyeluruh dan komprehensif yang perlu dibuat oleh kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat, bagaimana menyediakan sistem amaran yang lebih berkesan supaya memudahkan pemindahan mangsa serta sistem saliran yang lebih baik untuk menampung jumlah aliran air yang banyak pada satu-satu masa.

Musibah ini juga menyerlahkan sifat insaniah rakyat Malaysia secara khususnya yang melewati sempadan bangsa, warna kulit, bahasa, parti bahkan agama. Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini menyampaikan penghargaan

final • 2:51 PM

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian

dan terima kasih mewakili rakyat Kelantan khususnya mangsa banjir kepada semua yang terlibat dalam memberikan khidmat dan bantuan semenjak gelombang yang pertama sehinggalah gelombang kedua yang banyak menyebabkan kemusnahan.

Bantuan daripada semua agensi kerajaan negeri dan pusat, NGOs, persatuan, pertubuhan, yayasan, orang perseorangan dan juga parti-parti politik sama ada daripada PKR, DAP termasuklah daripada Barisan Nasional dan UMNO. Cuma sumbangan UMNO saya rasa tidak perlu dibesarkan sangat kerana ia sudah pun mendapat promosi meluas dalam TV walaupun ia tidaklah sehebat yang disangka [Ketawa] Umpama ‘Suara kodok yang sangat kuat tetapi tuannya sangatlah halus’.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan khas kepada beberapa pihak yang sangat banyak menghulurkan sumbangan sama ada berbentuk wang atau tenaga. Cuma perkara ini tidak mendapat liputan meluas dalam media arus perdana, untold story, dengan izin. Pertama, kepada pihak yayasan dan Jabatan AMAL Malaysia yang juga dikenali sebagai tentera merah yang datang dari segenap pelosok negara sejak hari kedua musibah sehinggalah hari-hari selepas banjir untuk menyampaikan bantuan dan sumbangan.

Kedua, penghargaan khusus juga pada Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang. Bukan sahaja Menteri Besar dan Ketua Menterinya menyediakan sejumlah peruntukan yang sangat besar, bahkan Yang Amat Berhormat berdua sanggup pula turun ke lokasi, merasai keperitan mangsa, bahkan lebih awal daripada mana-mana pemimpin besar negara yang lain. Kerajaan Selangor juga telah mengerahkan kekuatan dari Majlis-majlis Bandaraya dan Perbandaran untuk berkampung sehingga beberapa hari di lokasi-lokasi banjir.

Ketiga, pahlawan-pahlawan yang tidak bernama datangnya tidak berjemput tetapi usaha mereka tidak pernah terbantut. Meredah bahaya untuk menyelamatkan mangsa, menyampaikan sumbangan dan bantuan walaupun nyawa dan kepentingan sendiri jadi taruhan. Jauh sekali mendapat upah dan pujian. Namamu mewangi di langit walaupun mungkin tidak pernah dikenali di bumi.

Keempat, para sukarelawan yang tidak kunjung putus semenjak hari kejadian hinggalah ke hari ini. Hanya Allah yang dapat memberikan mereka ganjaran yang setimpal dengan apa yang telah disumbangkan, sekali lagi ucapan jutaan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, banjir juga menzahirkan banyak perkara yang perlu diatasi, dibaiki, dikemas kini dan diberikan suntikan baru. Ia mendedahkan banyak kepincangan dan kelompangan yang perlu ditampung. Ditambah tindakan daripada agensi yang terlibat, dilihat agak kelam kabut seolah-olah ini ialah kali pertama menghadapi bencana yang seumpama. Walaupun sistem pengurusan banjir negara dianggap sebagai yang terbaik dalam dunia, masih banyak yang perlu dikaji semula sama ada yang melibatkan perancangan, prosedur mahupun pelaksanaan.

Misalnya saya masih lagi tidak faham dengan apa yang dinamakan SOP tentera. Adakah mereka boleh memberhentikan operasi penyelamatan dengan alasan tidak bekerja pada waktu malam? Sedangkan itulah waktu yang kritikal dan masih ramai mangsa yang terperangkap. Sudahlah kekurangan kelengkapan menyelamat dan bantuan, kemudahan yang ada pula tidak digunakan mengikut keutamaan. Ada helikopter yang masih menurunkan bantuan di tempat-tempat yang masih boleh sampai melalui jalan darat tetapi tidak pula bergegas ke pusat- pusat yang terkepung dan tidak mampu dihantar kecuali melalui udara.

Saya juga mohon supaya kerajaan boleh menyiasat laporan yang mengatakan ada guru besar yang tidak membenarkan sekolah mereka digunakan sebagai tempat pemindahan mangsa ketika suasana agak kritikal dengan alasan

final • 2:51 PM

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian

ia tidak didaftarkan sebagai pusat pemindahan pada awalnya. Tidak termasuk lagi ada pihak yang sanggup menghalau para petugas sukarelawan daripada berkhidmat di pusat pemindahan tanpa sebab musabab yang munasabah.

Saya juga mengharapkan penaiktarafan pusat-pusat pemindahan yang dicadangkan atau yang akan dibina baru, ia seharusnya lengkap dengan peralatan dan bekalan. Sudah tentu lokasinya juga perlu difikirkan semula apabila banyak pusat pemindahan juga ditenggelami air. Sangat menyedihkan apabila pusat penempatan masih tidak ada sumber air minuman yang baik walaupun ketika itu ia digenangi air yang banyak. Agak mengejutkan juga apabila bekalan elektrik terputus, sistem sokongan TNB hanya menyediakan sebuah sahaja set generator untuk seluruh negeri Kelantan sedangkan berpuluh-puluh yang lain ada di negeri- negeri yang tidak kritikal pun. Saya tidaklah pula mahu menyatakan ini satu lagi bentuk diskriminasi untuk negeri itu walaupun hakikatnya mendedahkan perkara yang menyedihkan.

Samalah juga dengan unit bot penyelamat yang berkuasa seumpama amfibia. Hanya dua buah sahaja yang dipunyai oleh bomba dan penyelamat negeri Kelantan. Inilah juga yang sebenarnya digunakan yang banyak membantu khususnya ketika keadaan yang sangat kritikal di Manek Urai dan Kuala Krai, secara amnya. Dengan begitu banyak kelemahan dan kelam kabut itulah, saya juga masih tidak faham kenapa susah sangat kerajaan mahu mengumumkan darurat bencana supaya segala kekuatan dan kemudahan dapat ditumpukan dan digerakkan ke kawasan kritikal tanpa kecuali melainkan kerajaan masih beranggapan itu hanya bencana biasa dan berlaku pula di negeri Kelantan.

final • 2:51 PM

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian

Namun, ucapan “Alhamdulillah”, segala syukur bagi Allah yang dengan segala kuasa-Nya jua, jumlah mangsa yang meninggal hanyalah 11 orang. Sangat kecil berbanding dengan keseluruhan bencana yang menimpa. Tuan Yang di- Pertua, pembangunan pasca banjir. Umum mengetahui bahawa kemusnahan yang diakibatkan oleh ujian musibah ini adalah sangat banyak. Khususnya, yang melibatkan rumah dan tempat tinggal.

Segala usaha pemulihan saya rasa perlu ditumpukan untuk membina dan membaiki kembali rumah-rumah mangsa. Membiarkan mangsa tinggal lebih lama di dalam khemah-khemah sementara dalam cuaca panas yang agak melampau sekarang ini adalah suatu yang amat tidak masuk akal. Sekali lagi saya hargai usaha yang diberikan oleh semua pihak untuk mempercepatkan perkara ini termasuklah Kerajaan Persekutuan yang sememangnya menjadi tanggungjawab bersama untuk membantu kerana mereka juga rakyat Malaysia yang aman makmur ini.

Komitmen yang diberikan untuk mengembalikan tempat tinggal mangsa sebelum Ramadhan sebagaimana dijanjikan baru-baru ini amat-amat dialu-alukan.

Cuma diharapkan ia tidak hanya menjadi slogan seumpama janji ditepati semata- mata tanpa progress kerja yang benar-benar terjamin. Daripada 1,827 buah rumah yang musnah secara total, saya ingin tanya sebenarnya berapa buahkah yang akan dibina oleh Kerajaan Persekutuan?

Saya rasa ia perlu dijelaskan supaya penyelarasan dengan semua pihak membantu dapat dilakukan dengan lebih baik. Kalau komitmen kerajaan negeri untuk membina 600 hingga 700 buah rumah dengan hanya sembilan buah, saya ulangi dengan hanya sembilan buah yang sedang dibina oleh Kerajaan Persekutuan sekarang ini, adakah matlamat membina hampir 1,100 buah yang lain dapat dicapai sebelum Ramadan? Saya masih menaruh harapan walaupun masanya hanya tinggal tiga bulan.

Tambahan pula dengan kos pembinaannya hanya RM40,000 hingga RM48,000 untuk sebuah rumah, kerajaan hanya perlu menyediakan lebih kurang

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian

RM53 juta sahaja. Jauh lebih kecil daripada harga sebuah kapal terbang persendirian yang baru dibeli yang saya faham harganya lebih kurang RM465 juta.

Sekadar makluman, Kerajaan Negeri Kelantan yang disifatkan tidak mampu lakukan apa-apa tanpa bantuan Pusat lebih-lebih lagi bantuan daripada UMNO, sebenarnya telah mula membina 40 buah rumah kekal untuk mereka.

Ditambah dengan sumbangan daripada pelbagai pihak yang membantu, saya mengharapkan akan lebih banyak dan cepat pembinaan itu akan direalisasikan.

Terima kasih khusus saya tujukan kepada sebuah NGO yang bernama Cakna UT yang telah mengambil sebuah kampung Pasir Tumboh di Gua Musang sebagai kampung angkat untuk di baik pulih rumah-rumah rosak yang semuanya berjumlah 68 buah.

Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan berapakah sebenarnya yang kerajaan peruntukan untuk bantuan bencana ini? Adakah ia RM50 juta, RM97 juta atau RM500 juta sebagai mana yang diumumkan oleh PM ataupun RM800 juta yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan. Berapa pula yang akan jatuh yang akan sampai kepada rakyat Kelantan?

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seremban bangun Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Kubang Kerian, saya nak mencelah dan mendapatkan penjelasan. Sedarkah Yang Berhormat bahawa Perdana Menteri pada hari Isnin lepas dalam Dewan yang mulia ini telah menjawab bahawa kerajaan memperuntukkan RM800 juta untuk pemulihan banjir, khususnya di Kelantan.

Akan tetapi jawapan yang saya terima dari Jabatan Perdana Menteri mengatakan bahawa ada tiga program. Yang pertamanya, projek untuk membina rumah-rumah yang rosak. Kesemuanya ada dalam lingkungan 2,000 buah rumah dan peruntukan yang diberikan adalah dalam lingkungan RM194 juta.

Program kedua ialah program pembaikan rumah-rumah yang rosak. Itu dalam RM60 lebih juta dan program yang ketiga ialah pemberian wang ihsan RM500 kepada mangsa-mangsa. Itu berjumlah dalam RM97 juta. Jadi, saya buat kira-kira dan mendapati bahawa tiga program itu hanya dalam lingkungan RM340 juta. Akan tetapi diperuntukkan RM800 juta, RM400 juta lebih itu masih belum diaccountedkan, belum diumumkan bagaimana gunanya. Saya bimbang kalau lebih RM400 lebih juta ini yang telah diperuntukkan tetapi tak ada satu program khusus, ini akan disalahgunakan. Apakah pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian?

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian

Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Masukkan soalan itu dalam ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang perlu tindakan segera ia membaiki kemudahan perhubungan sama ada jalan raya ataupun kereta api. Dengan terputusnya jambatan kereta api di Kemubu dan tenggelamnya kepala dan gerabak kereta api di Dabong, saya ingin menanyakan bilakah pihak KTMB dapat menjangkakan kemudahan ini dapat beroperasi semula?

Saya juga ingin mencadangkan supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan perkhidmatan bas secara alternatif segera di laluan-laluan Dabong- Gua Musang, Dabong-Kuala Krai dan juga Dabong ke Jeli. Ada pihak yang katanya sudah bersetuju tetapi memerlukan kelulusan daripada pihak SPAD dan harap ia dapat disegerakan. Selain membina semula Jambatan Pulau Setelu yang menyambung laluan utama ke Gua Musang yang telah runtuh sama sekali, juga Jambatan Kampung Pemberian, Jambatan Kuala Pertang dan lain-lain yang menjadi penghubung utama untuk kemudahan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir yang saya ingin tanyakan ialah apabila keputusan peperiksaan SPM diumumkan baru-baru ini, pencapaiannya dilaporkan menurun. Saya ingin tahu adakah di sana kertas-kertas jawapan pelajar yang

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian

terlibat atau musnah akibat banjir? Jika ada, berapa peratus kah dan bagaimana kerajaan mencari penyelesaiannya? Adakah dengan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan atau bagaimana? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Labuan.

final • 3:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia. Terima kasih Datuk Seri Dr. Speaker kerana memberi laluan dan peluang untuk saya sama-sama membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari pembukaan Parlimen 2015, baru-baru ini.

Tahun 2015 satu tahun yang sangat penting di mana GST akan dimulakan. Saya mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana telah membuat persiapan dengan membuat kajian daripada banyak negara-negara yang telah memulakan lama dulu sistem GST dan saya yakin kita akan dapat melaksanakannya dengan baik. Sebenarnya, saya tidak sabar untuk melihat ia dimulakan tidak lama lagi iaitu pada 1 April. Selepas itu kita akan membuat seterusnya, dengan izin, fine tuning untuk memastikan ia terus berjalan lancar dan ia akan dapat membantu negara untuk memastikan kesejahteraan rakyat.

Tahun 2015 juga tahun di mana negara kita Malaysia menjadi Pengerusi kepada ASEAN. Jadi, ini peluang untuk negara kita menunjukkan kewibawaan akan kelayakan negara kita untuk menjadi negara yang boleh menerajui ASEAN.

Bukan sahaja pada tahun ianya menjadi pengerusi tetapi juga pada masa-masa akan datang. Di mana keadaan ekonomi global sekarang menjadi semakin mencabar, maka kita perlukan kesatuan ataupun kerjasama yang lebih baik dan lebih erat di antara ahli-ahli ASEAN.

Juga dengan perundingan TPPA yang sedang rancak diadakan, saya yakin negara kita dan saya berharap pihak eksekutif melaksanakan dengan baik.

Supaya negara kita dapat mengambil peluang yang diberikan untuk kita menjadi sebahagian daripada TPPA ini yang mana saya melihat ia akan membawa ataupun memberi, dengan izin, advantage yang lebih dibandingkan disadvantage. Di mana sebagai salah sebuah negara yang di hadapan di dalam ASEAN.

final • 3:07 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Maka sebagai ahli TPPA yang awal, Malaysia akan boleh menjadi gateway ataupun negara yang akan mempunyai kelebihan dalam perdagangan global. Tuan Yang di-Pertua, kita terdengar bunyi-bunyi yang mengatakan bahawa rakyat ataupun beberapa pihak di sebelah Sabah dan Sarawak yang merasakan perhatian yang diberikan tidak mencukupi dalam pembangunan negara seperti yang kita dengar dibahaskan oleh beberapa rakan Ahli Parlimen baru-baru ini.

Jadi saya melihat bahawa Kerajaan Pusat patut mengambil peluang dengan adanya Labuan sebagai Wilayah Persekutuan yang terletak di kawasan Malaysia Timur ataupun di sebelah Borneo. Maka Kerajaan Pusat patut mengambil peluang untuk membuktikan bahawa Kerajaan Pusat tidak menganaktirikan kawasan tersebut seperti yang diperkatakan walaupun ia tidak benar. Kita dapat melihat bajet yang begitu besar diturunkan di Sabah dan Sarawak tetapi ia boleh diperbaiki dengan kita mengambil peluang untuk membangunkan Labuan.

Labuan diserahkan ke Wilayah Persekutuan, kepada Kerajaan Pusat sebagai Wilayah Persekutuan. Sebenarnya dengan objektif ataupun dengan tujuan supaya ia dijadikan sebagai pusat pembangunan, pusat perbandaran yang kalau kita ada Kuala Lumpur di sebelah sini, maka sepatutnya kita ada Labuan di

final • 3:10 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

sebelah sana. Alhamdulillah memang pun Labuan jauh lebih maju, rancak pembangunan sejak ia dijadikan Wilayah Persekutuan. Akan tetapi seperti saya perkatakan tadi ini peluang. Sepatutnya kita lonjakkan dengan berganda dan pembangunan itu akan memberi manfaat kepada bukan sahaja rakyat Malaysia di Labuan ataupun rakyat mana-mana yang akan berhijrah ke Labuan mengambil peluang. Akan tetapi seterusnya akan memberikan limpahan ekonomi ke Sabah dan Sarawak.

Labuan ini sebenarnya mempunyai banyak kekuatan. Ia terletak di sebuah lokasi yang begitu strategik. Memang pun dari dulu Labuan ini sebuah pelabuhan dan memang pun Labuan potensinya adalah untuk menjadi pusat logistik ataupun logistical hub. Di mana pada masa ini memang ia sedang rancak membangun, alhamdulillah disebabkan oleh aktiviti minyak dan gas yang rancak di kawasan perairan daripada Utara Borneo sehinggalah ke Pantai Timur Semenanjung di mana Labuan mempunyai lokasi yang begitu baik. Pada masa yang sama ia juga sebuah pelabuhan bebas cukai. Maka pembangunan jadi begitu rancak sehinggalah kita dapati banyak dengan izin, bottleneck, kekangan-kekangan yang mana kalau dibiarkan ia akan bukan sahaja merugikan Labuan tidak mencapai potensinya tetapi ia juga merugikan negara.

Jadi sepatutnya Kerajaan Pusat mengambil peluang dengan menjadikan Labuan sebuah pelabuhan utama yang akan menjadi hab kepada pelabuhan- pelabuhan lain di sebelah Malaysia Timur. Kalau kita ada Pelabuhan Klang di sebelah sini, kita sepatutnya ada Pelabuhan Labuan di sebelah sana. Jadi pelabuhan yang ada sekarang pelabuhan yang sudah berdekad-dekad yang mana ia sudah menjadi begitu sesak dan ia perlu dibangunkan semula di kawasan yang lebih sesuai. Kalau kita ingin menjadikan Labuan sebagai pusat logistik maka sudah tentu Pelabuhan Labuan itu sebuah pelabuhan yang akan memberikan khidmatnya bukan sahaja untuk Labuan tetapi untuk seluruh rantau terutamanya Selatan Sabah dan Utara Sarawak.

Maka dengan itu Tuan Yang di-Pertua, Labuan perlu dihubungkan dengan kawasan yang terdekat di Pulau Borneo atau pun di pulau utama itu dengan jambatan. Ia bukan jauh sangat pun. Dari Labuan ke sebuah pulau di antara Labuan dengan Sabah ini cuma lima kilometer dan dari Pulau Daat ke Menumbok cuma dua kilometer. Satu jarak yang sangat pendek tetapi manfaatnya begitu besar. Bukan sahaja untuk memudahkan orang yang menyeberang yang mana di Labuan mempunyai penduduk 100,000 orang sekarang ini, sebanyak 30,000 mereka yang datang dari Sabah dan Sarawak yang mana ingin cross ataupun balik ke kawasan masing-masing di masa hujung minggu ataupun perayaan sehingga membuatkan Labuan sekarang ini mempunyai tiga feri dan akan datang lagi dua feri dalam pembinaan.

Jadi bayangkanlah betapa pentingnya jambatan tersebut. Itu sebenarnya baru sebahagian daripada keperluan jambatan. Apa yang lebih penting adalah untuk merealisasikan Labuan itu sebagai pusat logistik. Di mana pelabuhan ini akan menjadi pelabuhan kepada Kuala Penyu, pelabuhan kepada Lawas, Sipitang, Beaufort. Kawasan-kawasan yang seperti ini juga akan secara automatik mempunyai airport, di mana Labuan sudah mempunyai airport dan airport ini sepatutnya adalah untuk semua.

Ini akan memberikan limpahan ekonomi yang baik kepada seluruh kawasan ini termasuklah pembangunan yang rancak yang akan berlaku di seberang sebelah Menumbuk dan Kuala Penyu di mana di Labuan sekarang ini kita mempunyai kekurangan perumahan dan harga hartanah yang begitu tinggi.

Dengan adanya jambatan ini, maka kawasan di seberang akan dapat memberikan alternatif dan membuatkan harga hartanah juga akan transfer ke sebelah sana seperti yang berlaku di Seberang Perai ataupun Johor Bahru.

Seterusnya di Labuan kita perlukan bermacam-macam pembangunan yang akan membolehkan Labuan itu menjadi pusat pembangunan kepada seluruh

final • 3:10 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

rantau ini termasuklah juga sepatutnya Labuan yang mempunyai industri shipyard ataupun pembuatan kapal dan juga pembaikan kapal. Repair and building of ship or repair of ship di mana Labuan Shipyard ini adalah satu limbungan kapal yang kalau tidak silap saya adalah yang kedua terbesar ataupun yang ketiga terbesar dan yang terbesar di Malaysia Timur.

Jadi ia perlu dibangunkan. Sekarang ini apa yang kita perlukan adalah untuk industri ini membangun di mana cluster of industry ataupun sokongan- sokongan kepada industri ini akan dapat membangun sekiranya shipyard ini diberikan sokongan awal atau sokongan dengan memberikan kerja yang konsisten. Jadi saya lihat MINDEF atau Kementerian Pertahanan yang mempunyai capital ships yang perlu dimaintain, perlu dibahagi dua, separuhnya dibuat di Lumut dan separuhnya sepatutnya dibuat di Labuan.

final • 3:10 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Ini akan membolehkan industri itu akan berkembang di Labuan dan seterusnya shipyard ini akan menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing.

Seterusnya ia akan menjadi industri yang akan dapat membantu pembangunan minyak dan gas di mana di Labuan adalah antara tempat yang rancak untuk logistik ataupun fabrication dan sebagainya.

Jadi ini adalah satu sebenarnya keputusan yang strategik yang perlu dilihat oleh kerajaan. Secara untuk defends pun ia juga satu langkah yang strategik di mana kapasiti untuk membaiki dan membuat kapal itu, ada satu di Semenanjung dan ada satu di Malaysia Timur. Sekarang ini threat itu nampaknya lebih di Malaysia Timur. Jadi sebenarnya ini sesuatu yang amat penting yang saya berharap kementerian yang terbabit kena memberi perhatian yang sewajarnya.

Labuan juga sepatutnya layak diberi sebuah universiti, full fledge university sebab orang Sabah kata Tuan Yang di-Pertua, kita bagi Labuan yang free of charge. Kalau Selangor banyak kena bayar. Jadi sebenarnya mereka ingin melihat yang mana keputusan menyerahkan Labuan itu kepada Federal Government sesuatu keputusan yang berbaloi. Kita bukannya tidak bersyukur, kita amat bersyukur tetapi ini sesuatu yang amat penting yang akan membuatkan orang Sabah dan orang Sarawak merasa perhatian seadilnya diberikan.

Jadi untuk kita membangunkan seluruh kawasan Sabah dan Sarawak yang begitu luas bukan senang, tetapi kita perlukan pembangunan di kawasan urban yang mempunyai potensi supaya nanti mereka yang ingin belajar, mereka yang bekerja, mereka yang ingin diberi training tidak jauh, mereka mempunyai tempat. Seterusnya yang penting limpahan ekonomi di mana peluang-peluang pekerjaan dan peluang-peluang perniagaan akan terus dapat dikecapi oleh rakyat Malaysia di sebelah sana. Labuan mempunyai penduduk seramai 100,000 orang sekarang ini.

Sebenarnya juga kita memerlukan kolej komuniti. Kolej komuniti pun belum ada, mudah-mudahan akan dibuat dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dan maktab perguruan. Lepas itu juga kita sebenarnya sebagai sebuah- Labuan ini air force bases di mana ia sebuah pangkalan yang memberi sokongan kepada ESSCOM.

Jadi sebenarnya sebagai sebuah pangkalan tentera udara, ia juga kawasan yang sensitif kepada security threat. Jadi saya melihat, sepatutnya Labuan juga diberikan battalion infantry supaya bukan sahaja kita boleh back front line di ESSCOM tetapi juga kita mempunyai kekuatan yang cukup di ground supaya kawasan yang sensitif ini yang di mana bukan sahaja ia kawasan air force, tetapi mempunyai aset-aset ekonomi yang banyak supaya ia terus menjadi kawasan yang dilihat mempunyai sekuriti yang tinggi dan ia adalah sebagai deterrent kepada percubaan-percubaan yang mungkin akan dibuat oleh musuh.

final • 3:20 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Selain daripada itu juga, Labuan sebagai pulau, pusat minyak dan gas, pusat kewangan antarabangsa, saya melihat di antaranya dan memang pun adalah satu yang amat ditunggu-tunggu oleh penduduk Labuan, rakyat Labuan sebuah hospital pakar yang cukup. Buat masa ini sudah pun jambatan belum dibuat, rakyat terpaksa bergantung kepada sebuah hospital yang cuma minor pakar dipanggil, yang mana ramai masih terpaksa direfer ke Kota Kinabalu untuk sakit-sakit yang tertentu dan mereka terpaksa terbang.

Kepada yang tidak mampu terbang, mereka terpaksa melalui bot, feri, bas dan sebagainya. Jadi kepada orang yang sudah tua ataupun yang sudah sakit, ia adalah sesuatu yang amat membebankan dan berat. Saya difahamkan juga, klinik kesihatan ini dia punya ratio 50,000 orang penduduk sebuah klinik kesihatan.

Labuan, 100,000 orang penduduk, masih satu juga klinik kesihatan. Jadi kita perlukan sebiji lagi, sebiji lagi untuk Labuan, klinik kesihatan.

Untuk memastikan potensi sebagai logistical hub sebagai hab minyak dan gas di Labuan, kita perlukan beberapa buah jalan baru untuk membolehkan kita membuka kawasan-kawasan perindustrian. Ia sudah pun dipohon ke Kementerian Kerja Raya dan saya dengar Kementerian Kerja Raya pun memang bersetuju ia diadakan, tetapi masih menunggu kewangan daripada EPU.

Jadi saya berharap kalaupun tidak 2015, saya sudah diberitahu memang tidak diberi pada tahun 2015, maka tahun pertama rolling plan 2011 sepatutnya ia diberikan. Kalau tidak, sewa tanah dan perindustrian di Labuan akan terus menjadi sesuatu yang menjadi kemarahan kepada syarikat-syarikat sama ada daripada tempatan ataupun dari luar negeri yang terpaksa menyewa dengan begitu tinggi di Labuan. Mereka terpaksa berada di Labuan sebab di sanalah dia punya logistical hub dan mereka sudah pun mempunyai kontrak-kontrak dengan syarikat minyak cari gali dan sebagainya.

Untuk Kementerian Sumber Manusia, Labuan kita mempunyai sebuah ILP yang sudah diconvert menjadi ILP oil and gas dan ia memang kapasitinya sudah tidak dapat menampung permintaan. Apa yang kita harapkan adalah untuk Kementerian Sumber Manusia supaya membesarkan lagi dia punya kapasiti.

Kalau boleh sebenarnya, kita ada tanah tiga ekar yang bersebelahan dengan ILP ini supaya ia diambil alih dan perancangan pembesaran terus diadakan secepat mungkin.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Okey, sebelum saya mengakhiri ucapan saya Tuan Yang di-Pertua, juga penting Labuan yang kekurangan rumah terutamanya kepada mereka yang berpendapatan rendah. Terima kasih kepada KPKT yang telah meluluskan sebuah pakej PPR, tetapi sebenarnya ia jauh daripada cukup. Kita perlukan PPR disewa juga sebenarnya. Ramai orang di sana yang juga nelayan, pekerja-pekerja bawahan yang tidak mampu. Harga rumah menjadi terlalu tinggi disebabkan kekurangan tanah dan permintaan yang tinggi disebabkan oleh kerancakan pembangunan ekonomi pada masa sekarang ini.

Jadi terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya sudahi dengan wabillahi taufik wal hidayah, assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 3:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

saya ingin juga mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Yang di-

final • 3:28 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Pertuan Agong dan saya minta izin untuk memetik satu perenggan dari Titah Tuanku iaitu mengenai dengan bencana alam terutamanya banjir-banjir pada hujung tahun 2014 yang Tuanku ada katakan, bahawa kita mesti mengambil pengajaran daripada bencana ini.

Tuanku mengingatkan bahawa bencana alam yang semakin ketara mutakhir ini bukan sahaja disebabkan perubahan iklim semata-mata, malah berpunca daripada ketamakan manusia dalam mengeksploitasikan alam semula jadi. Oleh itu, Tuanku menyeru semua pihak supaya sentiasa menyeimbangkan antara keperluan pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh menafikan bahawa kemungkinan pembalakan secara haram atau tidak dapat dikawal yang salah satu punca utama mengakibatkan bencana seperti banjir begitu teruk di negeri Kelantan.

final • 3:28 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Saya juga ingin memberitahu kepada Dewan yang mulia ini, saya ingat kita tidak boleh tidak mengambil berat tentang projek-projek tambak laut yang besar-besaran ini, yang mengikut banyak pandangan mengatakan ini pun boleh menjadi satu punca yang mengakibatkan bencana alam terutama banjir. Saya ingin merujuk kepada satu jawapan yang saya terima iaitu di negeri Melaka, berdasarkan maklumat daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka, keluasan yang telah diluluskan untuk projek tambak laut 7331.7 hektar dan seluas sebanyak 2177.7 hektar sudah ditambah.

Jika kita membandingkan dengan keluasan yang akan ditambah, mungkin itu untuk negeri Melaka ada kebaikannya, keluasan tanah negeri Melaka agak besar jika dibandingkan dengan sebelum ia ditambah. Akan tetapi apa akan terjadi selepas projek tambak laut ini? Kita sedia maklum bahawa jika ada projek tambak laut yang besar-besaran, kita perlu mengadakan kajian terutama kajian seperti detail EIA Report dan juga social impact report dan lain-lain.

Mengikut jawapan yang saya terima, kajian ini telah dijalankan pada tahun 1998 untuk projek penambakan Pulau Kembar iaitu sekarang dinamakan Pulau Melaka dan juga ada EIA Report yang telah dijalankan pada tahun 1999 iaitu cadangan untuk tebus guna tanah dan termasuk juga pada tahun 1994 iaitu untuk tambak laut antara Telok Mas ke Klebang di Melaka.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini projek tambak laut mula lagi besar- besaran di negeri Melaka terutamanya di antara perairan di Kampung Portugis.

Kita sedia maklum bahawa projek tambak laut ini untuk satu projek mega iaitu projek Melaka Gateway yang akan ada tambak laut seluas 608 ekar. Mengikut siasatan kita, syarikat ini atau pemaju ini masih belum jalankan atau memohon EIA Report, detail EIA Report dan difahamkan mereka gunakan kajian terdahulu iaitu tahun 1998. Memang ini tidak boleh diterima bahawa selepas 17 tahun banyak telah berubah dan syarikat-syarikat ini tidak boleh menggunakan EIA Report yang lama untuk mereka jalankan projek tambak laut.

Dalam EIA Report pada tahun 1998 dengan jelasnya mengatakan mereka perlukan satu jarak di antara kawasan tambak laut dengan hadapan pantai Kampung Portugis iaitu sekurang-kurangnya 760 meter tetapi sekarang kita difahamkan mereka akan tambak laut sampai 200 meter. Jika kita benarkan projek ini diteruskan maka saya amat bimbang bahawa Kampung Portugis akan kehilangan identitinya sebagai satu living heritage. Kita juga sedia maklum bahawa Kampung Portugis mempunyai penduduk seramai 1,200 orang yang hanya sebuah kampung nelayan kaum Portugis di Rantau Asia, yang mereka masih dapat maintain dengan izin, bukan hanya bahasa mereka, cara hidup mereka dan budaya mereka.

Jadi sebab itu saya tidak faham mengapa kita sentiasa jalankan kerja tambak laut dan kita biarkan beberapa buah tanah terbiar di luar bandar negeri

final • 3:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Melaka tidak dimajukan. Jadi sebab itu saya harap pihak kementerian dapat memandang berat tentang bantahan dan pandangan yang telah dikemukakan oleh banyak pihak tentang projek ini. Adakah akan minta kerja tambak laut diberhentikan supaya satu kajian yang lebih mendalam dijalankan.

Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan dalam perbahasan ini ialah tentang projek PR1MA. Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana projek PR1MA di Melaka sudah dapat dilaksanakan. Saya sudah dapat memastikan ada projek termasuk pembinaan akan mula dengan beberapa bulan yang akan datang. Memang kita sedia maklum ini masih lagi jauh daripada matlamat PR1MA iaitu untuk membina rumah untuk rakyat terutama untuk yang berpendapatan sederhana supaya dapat membeli rumah di bandar atau di pinggir bandar. Salah satu sebab PR1MA menghadapi masalah ialah kerana kos tanah dan dengan kos tanah ini susah untuk pemaju atau partner atau kontraktor yang berusaha sama dengan PR1MA dapat membina rumah mampu milik yang harganya mungkin di antara RM250,000 ke RM400,000 kerana kos tanah.

Bagaimana kita hendak pada masa yang sama untuk membina rumah untuk RM150,000 ke bawah? Kos tanah ini satu masalah yang penting. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Titiwangsa yang pada masa perbahasannya mengatakan kita kena nampak di bandar dan pinggir bandar ada kawasan atau projek kos rendah atau kawasan rumah pangsa kos rendah yang sedia ada. Pada 20 tahun dahulu mungkin itu agak sedikit hulu atau tidak mencukupi dengan keperluan infrastruktur tetapi sekarang mereka sudah lengkap. Lokasinya sudah jadi sebuah lokasi yang saya ingat paling sesuai untuk penduduk-penduduk dari bandar atau pinggir bandar untuk mempunyai rumah atau kediaman yang saya boleh katakan menaikkan cara hidup, living standard of mereka.

Jadi saya ingat kerajaan kena mulakan satu program seperti dicadangkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa iaitu kita gunakan kawasan itu. Ada kawasan memang cukup untuk dibangunkan semula sebagai satu apartment yang middle upper dan preference atau keutamaan diberi kepada penyewa atau pemilik yang sedang tinggal di kawasan situ. Saya ingat, kalau kita tengok contoh di Singapura, mereka upgrade kan banyak rumah pangsa supaya bukan hanya naiktarafkan cara hidup, tahap kehidupan penyewa itu tetapi mereka juga dapat menawarkan lebih unit kepada yang berminat. Saya ingat ini memang perlu diambil berat oleh pihak kementerian.

Satu lagi, saya ingin tanya Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bagaimana semasa meluluskan pelan pembangunan, bagaimana mereka dapat mengagihkan beberapa unit shop, rumah kedai dan berapa untuk rumah kediaman? Satu masalah di Melaka, saya rasa mungkin ini juga berlaku di negeri-negeri yang lain iaitu kita dapat melihat bahawa rumah kedai atau shop houses, kita boleh nampak begitu banyak kosong, bukan to let, for sale, langsung kosong. Pintu semua dipecahkan, window semua hilang tetapi di persekitaran rumah kediaman itu penuh, ada percent of occupancy. Jadi, mengapakah kita luluskan begitu banyak shop lot? Kita gunakan apa kiranya untuk mengagihkan, to provide the number of shop lots? Saya mintalah Yang Berhormat Menteri dapat berikan satu penjelasan tentang ini.

final • 3:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Juga, kita difahamkan pemaju, mereka untuk mengelak projek itu dikawal dalam Akta Perumahan, sebab itu mereka lebih minat untuk memajukan secara komersial. Sebab itu banyak dikatakan shop office, gunakan shop office dan membina rumah-rumah, boleh katakan rumah pangsa bertingkat yang dari bawah rumah kedai dan empat tingkat atau lima tingkat. Yang atas itu memang kosong.

Kita mesti tahu dia punya market demand. Tak banyak orang nak buka office di tingkat tiga, tingkat empat. Sebab itu dibiarkan ia kosong dan kita boleh nampak di Melaka banyak sudah jadi rumah burung walet atau jadikan kuarters haram untuk pekerja asing.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Saya percaya bahawa kementerian pun sedia maklum tentang keadaan ini dan apakah program atau cadangan yang akan dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk kita mengatasi ini? Bolehkah tidak kita longgarkan syarat supaya pemilik shop office ini boleh dapatkan kebenaran daripada pihak kerajaan tempatan atau PBT supaya mereka dapat ubahsuaikan shop office yang tingkat dua, tingkat tiga, tingkat empat ini supaya jadikan apartment dan dapat disewa atau dijual kerana ini semua mempunyai strata title. Oleh sebab itu saya minta satu penjelasan atau kita dapat mungkin cadangan yang lebih baik daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada titah Yang di- Pertuan Agong tentang sektor pelancongan. Saya amat setuju dengan titah Tuanku iaitu tepat sekali sektor pelancongan adalah di antara penyumbang utama kepada pendapatan negara. Selain dari tempat dan tapak-tapak pelancongan baik pun oleh swasta atau oleh kerajaan atau agensi kerajaan yang berjaya, saya ingin juga mengingatkan kementerian bahawa masih terdapat banyak projek pelancongan yang kerajaan sudah berbelanja berpuluh juta tetapi projek ini bukan terbengkalai atau sudah siap bina tetapi tinggalkan sahaja atau tidak dapat beroperasi dengan sempurna. Saya ingin jemput Yang Berhormat Menteri kalau dapat luangkan masa untuk melawat kelima-lima projek yang dikatakan projek ini memang projek yang besar, saya katakan projek mega pelancongan di negeri Melaka dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Lima projek pelancong seperti berikut iaitu: projek pembangunan landskap dan kemudahan pelancongan di Taman Botanikal dengan peruntukan berjumlah RM30 juta; projek pembangunan Perkampungan Hang Tuah dan persekitaran Sungai Duyung dengan peruntukan RM35 juta. Kedua-dua projek ini dikatakan sudah siap pada tahun 2013. Berikutnya: projek pembangunan kemudahan pelancongan di Tasik Cincin, Jasin dengan peruntukan RM25 juta; projek pembinaan monorail di persisiran Sungai Melaka yang peruntukan berjumlah RM13.2 juta; dan projek pembangunan kemudahan pelancong di Air Panas iaitu Cendana Putih dengan jumlah peruntukannya sebanyak RM1.5 juta. Semua ini dikatakan pelaksanaan dijangka siap menjelang akhir tahun 2014.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya. Tuan Yang di-Pertua, kelima- lima projek ini saya jemput Menteri buat satu round tengok bagaimana dengan keadaan atau kedudukan projek ini. Memang projek ini saya rasa kita amat sedih.

Ada yang sudah siap dan saya anggap ini memang boleh menjadi satu tarikan pelancong tetapi tidak dapat orang yang menguruskan dan dibiarkan di sana untuk rumput, saya ingat tidak kurang ketinggian saya.

Yang akhir sebelum saya mengakhirkan ucapan saya, saya ingin bawa satu perkara yang kita sedia maklum pada bulan September 2012, sebuah majlis perkahwinan memecahkan rekod Malaysia, Malaysian Book of Records dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam. Kita sedia maklum ini ialah sebuah majlis perkahwinan anak perempuan bekas Ketua Menteri Melaka, Yang Berhormat Tan Sri Senator sekarang, Mohd Ali Rustam.

Tuan Yang di-Pertua, pada 29 Mac ini di PWTC, Kuala Lumpur, majlis persandingan atau perkahwinan yang saya percaya ini mungkin dapat memecah rekod Tan Sri Senator Mohd Ali Rustam. Saya ingat ini satu rekod baru kerana majlis perkahwinan ini ialah tak lain tak bukan perkahwinan anak perempuan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cuma perkara-perkara yang melibatkan tugas sebagai wakil rakyat boleh didebatkan dalam Dewan. Yang personal itu tak payahlah Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya, saya bukan personal sebab saya ingin nak tanya. Ini satu soalan. Saya ingin nak tanya dan saya percaya ini majlis yang besar. Oleh sebab itu, saya nak tahu berapakah agensi kerajaan atau jumlah anggota kakitangan yang akan terlibat untuk membantu menjayakannya?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, cukuplah Yang Berhormat. Habiskanlah ya.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Jangan cepat sangat Tuan Yang di- Pertua suruh saya- saya nampak jemputan kita terima. Bukan saya tapi ADUN saya di Melaka pun terima juga.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya ada kata tadi, kalau nak persoalkan Yang Berhormat Pekan, cuma tugas dia sebagai wakil rakyat dan Perdana Menteri, Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya, saya hanya nak Pejabat Menteri kalau dapat jawab, adakah itu dibantu...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang itu peribadi, peribadilah.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ditaja oleh mana, kementerian mana, dan berapa pihak? Saya ingat ini tak salah.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Baiklah, masa Yang Berhormat pun dah habis, Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya, kita pun bangkit ini di Dewan Undangan Negeri ini kita dapat jawapan.

final • 3:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Kota Melaka, cari isu lainlah. Ini pun nak bawa kah?

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Apa fasal..., ini sensitif kah?

final • 3:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Bukan sensitif, standard lah sikit. Ini isu apalah. Carilah isu rakyat di Melaka, jalan tak siap, banyak lagi isu.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ini satu majlis yang semua kita kemungkinan akan dijemput.

final • 3:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Bawa isu kawasan Parlimenlah...

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masa dah habis Yang Berhormat. Habis dah Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Samalah itu Yang Berhormat Lanang. You nasihat sikit you punya kawan ini, Yang Berhormat Lanang. Yang Berhormat Lanang, you cakap sama kawan you. Ini isu pun nak cakap kah?

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Overreact, overreact.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Helo Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Lanang kahwin pun kena jemput semua orang, tahu?...

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Saya tak faham mengapa ini sudah jadi satu isu yang begitu hangat. Saya hanya...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dalam Dewan, Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Kota Melaka...

final • 3:40 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

You punya anak kahwin, you pergilah tokong sana. Tak ada orang bising. You punya anak kahwin, lu angkat pergi tokong sana kasi gong gong sana.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tak apalah, cukuplah. Cukup, cukup. Yang Berhormat Baling, cukup. Yang Berhormat Baling ada terima ini?

final • 3:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Menyampuk]

final • 3:40 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Hei, itu Yang Berhormat Lanang kahwin itu hari, 20 ekor ayam potong tahu?

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Okey baiklah, terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bintulu.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dia kalau potong, sembelih 20 ekor ayam tak ada masalah.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dah, dah.

Saya panggil Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini masalah jauh lebih besar. Ini soal duit rakyat, integriti. Sejauh mana ada kemungkinan berlaku salah guna kuasa.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Bintulu. Yang Berhormat Shah Alam...

final • 3:40 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Eh, suka hati dialah.

Dia nak kahwinkan anak dia. Yang nak sibuk pasal anak orang ini kenapa?...

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Menyampuk]

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

Jangan sangka buruk orang. Islam apa ini sangka buruk orang?

final • 3:40 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Kahwin anak orang pun nak sibuk. Jaga anak sendiri dululah.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Eh, kalau guna duit rakyat, hak kitalah nak tanya kalau guna duit rakyat.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tegur tadi berdasarkan kepada peraturan mesyuarat. Kalau nak tanya Yang Berhormat Pekan, soal-soal yang rasmi. Yang itu tak perlu tanya dalam Dewan...

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tugas sebagai Ahli Parlimen...

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Rasmi itu, sebab ia melibatkan agensi kerajaan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak, janganlah Yang Berhormat. Do not do that.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

He was…

final • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

...Soalan bodoh! Yang Berhormat Pokok Sena pun... bodoh.

final • 3:50 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tadi itu DAP juga…

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tidak payah jadi nasi tambah. Kami tahu.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya putuskan Yang Berhormat, tidak payahlah…

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena, you jawab DAP buat kenyataan tadi.

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara buat kenyataan di luar tadi, jawablah.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Sibuk, kahwin anak orang pun hendak main bukti. Tidak payahlah kahwin anak orang pun ‘mai’ masuk Dewan. Banyak orang tahu.

final • 3:50 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

DAP pun buat kenyataan.

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Sudah!

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

...Bentang dalam Dewan nanti.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat kahwinkan anak...

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Guna duit PTPTN kah?

final • 3:50 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang ini hendak cakap…

final • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Eh! Yang Berhormat Permatang Pauh kahwinkan anak- baru lagi. Yang Berhormat Permatang Pauh kahwinkan anak kami ada cakap...

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini guna duit Tabung Haji kah?

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Duduklah. You orang pun salah juga...

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Sebab dia tanya kahwin.

final • 3:50 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

DAP baru sahaja buat kenyataan mengenai rang undang-undang di ... Senyap, tidak boleh cakap.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tidak kisah, dia kahwin… Maksud saya sekarang ini dia kahwinkan anak….

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

He was asking question!

final • 3:50 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Pokok Sena tidak berani cakap. Jawablah!

final • 3:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Apakah ini?

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat duduklah, duduk.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tanya soalan pun tidak boleh...

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tidak ada ‘teluq’!

final • 3:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Fitnah! ...64

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bintulu.

final • 3:50 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang itu tidak berani cakap.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua…

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bintulu, sebentar. Ahli-ahli Yang Berhormat, duduklah. Tidak payahlah macam ini.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih…

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat…

final • 3:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Hah! Api-apikan. Hah! Ini api-api, batu api.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya menegur tadi Yang Berhormat. Yang Berhormat…

final • 3:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang pokoknya…

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak ada.

Sebentar Yang Berhormat. Duduk, duduk.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tanya soalan pun tidak bolehkah?

final • 3:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kita hendak tanya pasal hari itu majlis pertunangan sudah sekian banyak belanja sudah.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Suka hati dialah!

final • 3:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Menggunakan peruntukan kerajaan...

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Suka hati dialah!

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena, duduk Yang Berhormat Pokok Sena!...

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Suka hati dialah, hak dia. Dia kerja untuk anak dia.

final • 3:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

La ini kita mengumpat apa macam ini, Apa ini tukang kipas. Kipas sate di pasar malam Tasik Gelugor.

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Apa!

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

...Yang Berhormat Bintulu.

final • 3:50 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Pasal apa pening, marah sangat Yang Berhormat Pokok Sena? Itu isu kecil. Isu besar ialah bila DAP buat kenyataan mengenai rang undang-undang yang dibentangkan di Kelantan.

Tidak bercakap pun, tutup mulut.

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tanya soalan pun tidak bolehkah?

final • 3:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Apakah ini? Tidak ada kena mengena.

final • 3:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

‘Depa’ ini, Tasik Gelugor sibuk lawan kipas sate...

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

DAP punya hallah. Ini batu api! Ini batu api.

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Perangai.

Yang Berhormat, yang ini tidak ikut peraturan mesyuarat. Saya tegur tadi secara baik. Cuba tengok Yang Berhormat 36(9), yang rasmi. Saya tegur secara baik.

Tidak perlulah. That is your nature to dispute whatever it is said. Saya buat interpretasi mengikut 36(9). Tidak perlu tanya pada Menteri berapa duit belanja untuk kahwin. Tugas Perdana Menteri yang rasmi sahaja kita bahas dalam Dewan. Kalau hendak buat statement di luar, tanya di luar itu urusan lain. Ini dalam Dewan saya kena tegur.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua sedikit.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sama ada Yang Berhormat hendak ikut kata, terserahlah. Saya cuma tegur. Tugas saya untuk invoke 36(9).

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, That’s all. Cukuplah. Ya ,Yang Berhormat Bintulu.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah cukuplah, tidak payah lagi! Ya.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terserah.

Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak jawab, terserah. Akan tetapi saya sebagai Speaker kena beritahu Yang Berhormat kena caution.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, that is why. Tidak perlulah, saya kata tidak perlu. Then again, Speaker boleh buat keputusan. That’s all.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

But the question…

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak perlulah dispute sampai begini. Ya, Yang Berhormat Bintulu.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kita sudah letihlah. Hantar dia rehat dulu, esok baru balik. Itu Yang Berhormat Pokok Sena sama Yang Berhormat Sepang [Ketawa]

final • 3:50 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua beri peluang sama saya berucap sempena ucapan Titah Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, saya di sini hendak sentuh

final • 3:53 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

beberapa perkara. Perkara pertama, kita memang dalam hujung tahun yang lepas dan awal tahun ini, negara kita cukup teruk kena banjir.

final • 3:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, 20 minit, maksimum Yang Berhormat.

final • 3:53 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang aku belum bermula lagi Tuan Yang di-Pertua sudah mahu beri. Nanti sama-sama pening [Ketawa] Ini hujan lebat tetapi kita punya infrastruktur saya rasa kita mesti mahu timbang balik semula. Berapa kali saya sentuh di Dewan yang mulia ini, saya nampak Kementerian Sumber Asli belum cukup ambil perhatian atas isu ini. Kita – saya tidak tahu Kelantan apa jadi ini. Kelantan, Yang Berhormat Pokok Sena tidak berminat beri selesai. Dia tidak soalkan.

Contoh macam di Sarawak, ada beberapa isu ini kena banjir. Masalahnya, kita perparitan mahu naik taraf dan sungai-sungai mahu didalamkan. Ini isu sudah banyak kali dibangkitkan. Saya nampak Kementerian Sumber Asli tidak ambil serius perkara ini. Pasal kalau hujan lebat, air tidak dapat dikeluarkan. Contoh macam di Bintulu, kalau mahu keluar, memang laut di luar pun tinggi tetapi sungai dalam pun sudah kena siltation, tidak mendalamkan, inilah jadi banjir.

Saya mahu minta kementerian dan juga Jabatan Perdana Menteri mesti mahu kaji balik. Ini perkara yang serius. Contoh macam tahun ini, berapa kita sudah kerugian? Walaupun kita ada bantu rakyat termasuklah kita memberi rumah satu keluarga- kira satu rumah kita beri RM5,000 tetapi rakyat tidak puas hati termasuklah kita bina rumah baru bagi mereka, mereka pun tidak puas hati. Ini kerana mereka punya barang-barang semua habis. Kita mesti ingat, walaupun kita mestilah mahu beri jumlah yang besar untuk mendalamkan atau menaik taraf infrastruktur tetapi bolehlah pergi peringkat ke peringkat, fasa ke fasa. Kita boleh selesaikan masalah ini. Kalau kita tidak mula, sampai bila isu ini tidak akan selesai.

Jadi saya mintalah Kementerian Sumber Asli ini, saya mahu tahu di Bintulu sudah ada beberapa peruntukan tersedia untuk Bintulu dan juga di seluruh Sarawak...

[Disampuk] Itu memanglah dia bertanding, tetapi dia punya hak. Akan tetapi ini rakyat punya masalah mesti mahu selesai. Jadi saya mahu minta kementerian dan juga Jabatan Perdana Menteri, mestilah rakyat menunggu, kita mesti mahu lihat rakyat tunggu mahu minta selesaikan masalah. Mereka tidak mahu bantuan kerajaan selepas banjir. Mereka mahu sebelum itu, mahu minta kerajaan membantu mereka. Janganlah mereka kena sekali lagi, dua kali. Saya minta perkara ini diambil serius.

Tuan Yang di-Pertua, saya sentuh isu kedua iaitu GST. GST ini bulan depan kita hendak laksanakan. GST ini memang sekarang di bawah huru-hara.

Pasal GST memanglah GST yang baik. Sebanyak 100 lebih negara sudah masuk GST. Akan tetapi masalahnya pelaksanaan, banyak kelemahan. Saya beri contoh.

Macam stationery. Macam mana Kementerian Kewangan ataupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, mereka tidak lihat dan tidak faham. Budak-budak sekolah pun mahu guna colour pencil. Colour pencil pun mahu kena GST.

Contoh macam cutter ataupun sharpener untuk pensel ataupun cutter pencil punya knife pun kena GST. Contoh macam eraser, budak-budak sekolah pakai pensel memang mahu eraser, bukan mahu GST.

final • 3:53 PM

Beberapa Ahli

Ya.

final • 3:53 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini medicine…

final • 3:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ada dua orang bangun Yang Berhormat.

final • 3:53 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat Bintulu boleh? Celah sedikit.

final • 3:53 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Sekejap, sekejap. Ini medicine, ubat. Ubat batuk pun kena. Rakyat kata orang miskin barulah pergi kedai…

final • 3:53 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Betul.

final • 3:53 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

…Beli ubat batuk. Kalau macam ini pembangkang kaya-kaya dia pergi jumpa specialist. Ini pun kena GST.

[Disampuk] Memang kaya.

final • 3:53 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Sedikit, sedikit boleh? Minta celah sedikit.

final • 3:53 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Boleh tahan jugalah. Sekejap, sekejap.

final • 3:53 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Okey, terima kasih. Terima kasih… Yang Berhormat Bintulu sedikit.

final • 3:53 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Nanti, sekejap-sekejap. Satu minit saya beri. Macam kondom pun kena GST. Rakyat miskin tanya pada saya…

final • 3:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Apa dia Yang Berhormat?

final • 3:53 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

…Kita orang miskin tidak dapat membela banyak anak, kita gunakan kondom.

final • 3:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Apa yang- Yang Berhormat, apa yang kena GST Yang Berhormat?

final • 3:53 PM

Seorang Ahli

Kondom, kondom.

final • 3:53 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kondom, kondom.

final • 3:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Oh! Oh!

final • 3:53 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Dia kata kondom, bukan kondo.

final • 3:53 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Janganlah tidak dengar betul- betullah [Ketawa]

final • 3:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak dengar Jauhlah Yang Berhormat.

final • 3:53 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Speaker, you faham, saya faham, sudahlah. Jangan pronounce betul-betul punya [Ketawa]

final • 3:53 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat Bintulu punya pronounciation memang tidak boleh pakai [Ketawa]

final • 3:53 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini kondom, orang kaya tidak beli.

Dia boleh banyak-banyak anak pun tidak apa. Orang miskin susah, dia mahu family planning.

final • 3:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya dengar kondo tadi, kondo ya.

final • 3:53 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat Bintulu.

final • 3:53 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Nantilah kondo saya cerita, nantilah.

final • 3:53 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat Bintulu boleh celah?

final • 3:53 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini perkara serius, ini termasuklah Speaker, mungkin tidak guna kondom juga...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini betul-betul serius.

final • 4:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini orang miskin, mereka kata macam mana kerajaan kita ini tidak ambil perhatian atas ini isu.

final • 4:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit boleh, boleh Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini apa, siapakah?

final • 4:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Taiping.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Bagi itu Yang Berhormat Sungai Petani dahulu baru Yang Berhormat Taiping.

final • 4:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ini saya hendak tanya Yang Berhormat Bintulu ini. Yang Berhormat Bintulu cakap sini, cakap sini, cakap sini, akhirnya kerajaan buat juga. Yang Berhormat Bintulu cakap sini, cakap sini, balik Bintulu rakyat hentam Yang Berhormat Bintulu juga.

Sepatutnya Yang Berhormat Bintulu kena tekan. Ini isu-isu yang melibatkan rakyat. Benda-benda kecil ini tidak payah kutip daripada rakyat yang miskin. Ambil benda yang besar ini. Kenapalah benda-benda pensel, buku, kondo pun nak kena juga. Yang Berhormat Bintulu boleh keluar dari sini tetapi bila rakyat hentam Yang Berhormat Bintulu esok bila kena esok bawah. Macam mana pandangan Yang Berhormat Bintulu.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ya, saya jawab dahulu nanti saya takut saya lupa. Ini Yang Berhormat Sungai Petani. Inilah saya ucap terima kasih, you setuju GST kan? Akan tetapi kita ada kelemahan di sini kita memperbaiki. Ini pegawai-pegawai tidak cukup ambil perhatian, inilah kita mahu kaji di sini. Kita berucap di sini, kita mesti mahu minta buat, kita bukan cakap seronok.

Pembangkang jangan belajarlah seronok punya bahas. Kita mesti mahu syok punya. Betul-betul mahu buat punya. Faham tidak, Yang Berhormat Sungai Petani? Terima kasihlah...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bintulu.

final • 4:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Okey, terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya mengalu-alukan keprihatinan Yang Berhormat Bintulu ke atas pelaksanaan GST. Akan tetapi sebelum itu apabila pembentangan GST ini, ingat lagi dalam Dewan yang mulia ini, pihak di sebelah sana kerajaan kata, GST tidak membebankan. Akan tetapi daripada kata-kata Yang Berhormat Bintulu, jelas menunjukkan GST ini bukan sahaja ubat kena, baju sekolah, kerusi roda, artificial limb, semua kena, semua akan kena. Oleh sebab itu saya kata, GST ini ‘government suka tipu’.

Oleh sebab itu saya di sini bersama dengan Yang Berhormat Bintulu, sekiranya kerajaan kita boleh tidak kita sepakat, meminta kerajaan tangguhkan pelaksanaan GST, tangguhkan...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Jika kerajaan tidak tangguh, Yang Berhormat Bintulu keluar daripada Barisan Nasional...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat Taiping, terima kasih Yang Berhormat Taiping. Yang Berhormat Taiping ini buat provoke tidak guna.

final • 4:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Ini suara rakyat, suara keramat.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Sekejap, rakyat suara saya tahu.

Saya pun dengar rakyat punya suara. Itulah hari ini kita berbahas sekarang.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Pertama kali kita bila mahu melaksanakan GST. Memang kita ada faham, banyak barang tidak masuk tetapi hari ini masuk, saya pun tidak tahu siapa punya kesilapan. Ini kesilapan kita buat, membaiki. Inilah kita kerja Barisan Nasional.

Kita Yang Berhormat Taiping, bukan macam Yang Berhormat Taiping ini...

final • 4:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan, minta penjelasan.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Saya habis dahululah Yang Berhormat Bandar Kuching. Apakah ini kongkalikung?... Duduklah.

final • 4:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Minta penjelasan.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini Yang Berhormat Taiping ini...

final • 4:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat Bintulu, jangan kongkalikung lah macam ini. Keluar daripada Barisan Nasional sudahlah...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini hendak provoke sama saya tidak guna.

final • 4:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ini bukan provoke, ini bukan provoke.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Saya cakap Yang Berhormat Taiping, lu cakap Yang Berhormat Bandar Kuching. Itulah cakap Yang Berhormat Bandar Kuching kongkalikung.

final • 4:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Bintulu...

final • 4:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Bintulu sedikit, sedikit. Bagi Yang Berhormat Batu dahulu.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Saya mohon penjelasan.

final • 4:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Serius, serius.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat Taiping dahulu.

Yang Berhormat Batu, nantilah, jangan kepala batulah...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tunggu dahulu. Saya minta Yang Berhormat Taiping, kita mari bersama-sama, kita persoalkan mana kita punya kelemahan, mana kita patut rakyat tidak boleh dikenakan GST, kita suarakan. Kita membaiki ini kelemahan daripada kita pegawai kerajaan tidak dengar betul-betul. Ini Timbalan Menteri Perdagangan sudah mari.

Minta jalankan tugas, turunkan pegawai pergi bawah. Lihat betul-betul apa suara rakyat ini mahu tegur.

final • 4:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Bintulu...

final • 4:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Bintulu, minta jalan sedikit sahaja.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya ada soalan sedikit sahaja. Sedikit sahaja.

final • 4:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Bandar Kuching dahulu orang Sarawak.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Batu.

final • 4:00 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Siapa, siapa?...

[Ketawa]

final • 4:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu saya perkara yang serius. Saya hari ini saya dapat berita London Metal Exchange yang menyatakan oleh kerana GST belum jelas, mereka mungkin pull out daripada storage di Malaysia. Saya boleh dapat kah persetujuan Yang Berhormat Bintulu supaya kita ada 12 hari lagi, kita jelaskan perkara ini supaya kita tidak kehilangan satu investment yang sangat penting.

So, perkara ini saya tidak politikkan kerana banyak pekerja dan investors yang terlibat. So, saya hendak dapatkan Yang Berhormat Bintulu sebab Yang Berhormat Bintulu saya tahu dia prihatin tentang isu international ini.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Inilah you belum dengar saya habis ucapan, semua orang mahu kacau. You belum tahu akhir lagi apa saya mahu cakap...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Inilah saya cakap ini kongkalikung. Nanti saya beritahu.

Ini Tuan Yang di-Pertua, saya bagi contoh lagi barangan bersihan.

Pembersihan tandas pun kita bagi GST buat apa? Orang miskin punya rumah tandas pun mahu kena cuci, bukan orang kaya punya. Kenapakah ini berus pun kita mahu kasi GST? Sabun mandi pun kena GST. Orang miskin, orang income sederhana itu tiada guna sabun? Orang kaya pakai shampoo. Faham tidak, Yang Berhormat Timbalan Menteri faham tidak?

final • 4:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Bintulu.

Yang Berhormat Bintulu, minta penjelasan.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kenapakah ini pun kita kasi GST?

Rakyat marah.

final • 4:00 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Yang Berhormat Bintulu, itulah kami dah kata, income dia was too big.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Diamlah, Yang Berhormat Bandar Kuching...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kita lah mesti ambil atas perhatian ini serius. Kalau kita tidak serius, saya bagi satu contoh lagi, rakyat sudah marah. Daripada kita punya kementerian, bila kita GST punya masa, kita tidak pergi buat betul-betul punya tawaran. Advertisement sana, macam-macam ada. Kita kena tengok- “*GST Sales!

Best buy before GST!”… [Merujuk keratan iklan]* Inilah bagi semua takut sama rakyat. Kenapakah kementerian kita tidak ambil tindakan? Kenapa tidak tangkap ini outlet ini semua.

Macam mana kamu punya kementerian punya pegawai semua tidurkah, apa fasal? Inilah kita claim political punya mileage bagi dia orang politikkan, terutama seperti Yang Berhormat Bandar Kuching punya macam...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kita akan tengok ini! ”Premium Sales Pre-GST”...

[Merujuk keratan iklan] Semua buat, macam mana penguat kuasa tidak tahu? Manakah you punya penguat kuasa pergi? You punya Menteri pergi mana? Macam mana dia boleh tidak tahu?

Ini satu lagi Tuan Yang di-Pertua, pening! Dia bagi sama saya, saya tidak faham. Ini perempuan banyak marah. Saya pergi pusing satu Sarawak, wanita marah sama saya. Dia cakap dia punya ‘kotak’ pun kena caj GST!...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Saya harap Speaker fahamlah. Kalau guna betul-betul, saya pening nanti.

final • 4:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Apa itu, tidak faham...

[Ketawa]

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Itu wanita banyak marah sama saya.

final • 4:00 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Yang Berhormat Bintulu, itu ‘Kotex’, bukan ‘kotak’...

[Ketawa]

final • 4:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Bintulu, betul-betullah cakap apa barang.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lenggong tidak fahamlah Yang Berhormat...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini Yang Berhormat Lenggong kan, memang kongkalikung punya. Ini Kotex lah, you fikir saya tidak tahukah?...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini serius, wanita marah. Wanita kata, saya bulan-bulan ada caj.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Mana, Yang Berhormat Tenggara tidak marah pun. Yang Berhormat Parit Sulong tidak marah pun.

Sekarang ini lelaki pula mahu marah...

[Ketawa]

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kasi rehat Yang Berhormat Pokok Sena dahulu.

final • 4:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Dia punya isteri tidak pakai itu, dia tidak pakai lagi [Ketawa]

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua, wanita beritahu exactly the words dia beritahu, saya sampaikan. Harap semua ada wanita duduk sini jangan marah. Wanita kata, ’Saya tiap-tiap bulan mahu kena caj. Saya bagi saya punya laki, saya tidak caj, macam mana kerajaan boleh caj sama saya?...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Saya pun tidak tahu apa mahu jawab. Ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, faham kah tidak faham?...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Bukan lagi pegawai, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Dahulu kita janji iaitu barang harian semua tidak ada GST. Kita mesyuarat, kita berdialog setuju tetapi hari ini semua banyak barang kena caj dan lain-lain semua banyaklah. Barang makanan, rakyat kata orang miskin baru makan biskut, orang kaya tidak makan biskut. Kena caj GST. Sos tomato, sos cili kena caj. Kaum Indiakah, Melayukah, Cina, semua bagi tahu. Mereka selalu guna ini tomato sos atau cili sos.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Itu semua kena caj...

[Disampuk] Then, rakyat soal berbahaya punya tempat, dia belakang taruk lagi dan lain-lain. Apakah yang lain-lain? Kita diterangkanlah, kalau tidak nanti pegawai-pegawai salah guna lagi. Cakap ini ada GST you kena bayar, sana ada GST you tidak ada bayar.

Ini isu satu lagi. Saya mahu tanya ini, ini kita mahu melaksanakan GST kita hendak menjalankan sepatutnya menjalankan satu pelaksanaan yang baik.

Kita ada lihat kah, tidak? Minta dia orang kedai runcit termasuk. Kita kata mana satu atau turnover setahun RM500,000 mesti mahu isi. Tauke tanya sama saya, *“Yang Berhormat, you pandai kirakah tidak pandai kira? Setahun RM500,000.

Sehari saya baru buat meniaga RM1,000 lebih sahaja. Berapa keuntungan saya ada? Saya mahu cari seorang akauntan lagi tolong saya buat ini GST semua, saya tinggal seluar dalam pun tiada. Macam mana mahu itu? Kalau saya melebihi RM500 saya tidak lapor, saya kena. Saya ini orang tidak belajar macam mana saya mahu buat ini GST? Saya punya anak bukan mahu tolong saya, pun tidak tinggal sama saya. Macam mana saya buat?” So,* kita sekurang-kurang set itu target tinggi sedikitlah. Kedai runcit ini tiada untung berapa. Kita selalu kata bantu orang miskin. Inilah kedai runcit orang miskinlah baru buka. Kalau macam Timbalan Menteri memang tidak buka kedai runcit, betul tidak? Kita buatlah apa patut. Jangan bagi peluang pembangkang balun sama kita. Macam Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Bandar Kuching itu semua kongkalikung punya. Dia memang ada ini modal, balun sama kita habis-habis! Kita sendiri salah! Kita tidak lihat betul-betul. Sekarang kita suruh itu...

final • 4:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Nanti saya kata, duduk dahulu...

final • 4:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Beberapa kali you sebut saya.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Nanti saya kasi, bagi saya sekejap lagi. Saya mahu bagi tahu kita sekarang ada lihat satu. Suruh sundry shop itu orang buka kedai kecil sahaja. Kita suruh dia orang mahu daftar. Sekarang, satu komputer tauke kata mahu caj dia RM6,000, RM7,000 di Bintulu, software RM2,000, RM3,000. Kira-kira paling murah pun mahu RM10,000. Pergi masuk GST, kita janji dahulu kita kasi free kos sama dia orang. Sekarang you bagi semua pergi jalan. Seorang caj RM1,500. Kita hendak bantu, kasi mati dia. Macam mana kita cerita tidak tunai apa kita janji dahulu. Kita dapat maklumat kita balik bagi tahu, kita kena sekarang. Macam mana kita hendak jawab? Sekarang rakyat kata saya belum meniaga, saya kena keluar RM10,000 dahulu.

Kita contohlah. Sebab itu mana-mana barangan kalau macam contoh dia kata ini kotak punya import punya, kita cukai import duty sana, selesailah. Siapa guna siapa punya cukai, kira dia kena bayar cukai apa. Apa lagi? Don’t complicate the thing, dengan izin.

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

Batalkan GST.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Saya di sini, bukan- Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

final • 4:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Over already, boleh minta penjelasankah?

final • 4:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Sekejap ya. Saya cakap saya kasi, saya kasilah you Yang Berhormat Bandar Kuching. You peguam mesti faham. Saya mahu mencadangkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri pun ada sini. Saya mahu tolong minta sampaikan. Saya mahu mencadangkan ini GST melaksanakan di peringkat. Kalau itu mewah-mewah punya luxury punya, hotel punya, itu coffee house punya restoran besar punya semua itu kasi laksanakan dahulu. Di bawah punya kita selesai dahulu.

Kita mesti mahu pastikan dahulu. Itu mana-mana kelemahan kita membaiki dahulu baru masuk satu lagi peringkat. Kita tahu GST bagus tetapi pelaksanaan kita sekarang kelam kabut. Ada punya custom pegawai tanya dia, dia pun tidak faham. Kita masuklah peringkat. Kalau itu hotel lima star, empat star dia orang pergi duduk sana memang itu orang faham. Bukan? Kalau masuk beli luxury punya goods itu barang dia orang masuk angkat, dia orang faham.

Sekarang macam ini wanita beli Kotex ini, dia tidak faham kenapa mahu GST. Bulan-bulan dia pun kena, makan biskut pun kena. Kita lihat betul-betullah.

Budak-budak sekolah mahu guna color pencil pun kena, sharpener pun kena.

Patut dahulu janji ini barang tiada. Kenapa hari ini ada? Ini pegawai-pegawai tiada guna dia punya otakkah fikir betul-betulkah? Dia pun ada anak juga. Kenapa ini barang-barang ada masuk? Haiya. Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 4:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Sedarkah Yang Berhormat Bintulu itu tujuan GST ialah untuk broaden the tax base iaitu dari dahulu sudah kita pembangkang sini sudah kata ini akan membimbangkan rakyat. Tujuannya untuk mentaxkan, mengenakan cukai atas semua orang. Sekarang ini bukan kesalahan pegawai-pegawai yang menjalankan tugas. Itu kesalahan polisi itu yang menganiayai orang yang miskin.

Kalau Yang Berhormat dari Bintulu amat bertimbang rasa dan prihatin atas rakyat yang miskin itu bolehkah kita bersama-sama membuat usul supaya GST ditangguhkan. Atau sekurang-kurangnya tax rate diturunkan, threshold dinaikkan sehingga RM1 juta, RM2 juta atau tax rate GST diturunkan sampai 3%, 2%. Lebih

final • 4:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

baik kita tangguhkan hingga kakitangan-kakitangan kerajaan siap dahulu. Hingga custom mereka tahu, bagaimana hendak melaksanakan GST. Bolehkah setujukah? Jangan mempersalahkan pegawai-pegawai, itulah kesalahan polisi Barisan Nasional.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Itulah saya cakap kongkalikung punya. You dengar dahulu. Ini polisi tidak kena mengena ini polisi, cuma pelaksanaan. Ini GST bukan kita punya negara sahaja, semua negara ada- 100 lebih negara yang ada. Cuma sekarang ada punya barang kita sepatutnya itu barang harian jangan masuk. Membantu kita rakyat income sederhana dan orang miskin. Kita mahu jaga. Macam Yang Berhormat Bandar Kuching ini kaya tidak apa you kena sama. Yang Berhormat Bandar Kuching mesti mahu faham, kita ada 28 juta orang. Kita cuma ambil tahu daripada kita punya Income Tax Department, cuma kurang-kurang ada dua juta lebih orang bayar cukai.

final • 4:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Bintulu.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Saya tidak tahulah kita ini pembangkang sini ada berapa orang bayar cukai.

final • 4:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Saya bayar cukai. Boleh minta bagi jalan?

final • 4:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Nantilah Yang Berhormat Stampin, you duduk dahulu. Orang cakap satu pun mahu masuk campur. Ini profesor pun kongkalikung [Ketawa] Kita mesti ambil tahu mana kelemahan kita membaiki. Ini masuk-masuk ini saya rasa kalau periksa ini semua bukan orang politik. Pegawai dia masuk. Mana ada kesilapan kita membaiki, patutlah macam ini. Jangan kita hentam condemn sahaja semua mahu condemn buat apa.

final • 4:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

[Bangun]

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Stampin bangun lagi Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Saya ada cadangan.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Gua belum bagi, dia duduk.

final • 4:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Sekejap.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kita mesti mahu tahu dua juta orang bayar cukai untuk 28 juta orang pakai. Kita mesti mahu tahu bukan? Kita pun tahu banyak orang curi cukai tetapi pelaksanaan kita mesti mahu betul. Kita mesti mahu jaga nasib orang miskin terutamanya. Kita mesti mahu jaga mana- mana rakyat- kita tanggung. Kita mestilah buat ikhlas. Jangan kita sebut satu, buat lain. Yang Berhormat Stampin.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya boleh gulung Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Bintulu katakan bahawa lebih 100 buah negara telah pun implement GST, betul itu. Jadi saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Bintulu. Negara seperti negara Jepun dengan negara Singapura, apabila mereka pertama kali mengadakan GST bukan terus 6%. Malaysia tidak ada pengalaman terus straight away 6%. Kita punya capital income pun tidak sebanyak Jepun ataupun Singapura apabila mereka pertama kali mengimplementkan GST.

final • 4:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Jadi saya katakan tangguhkan GST seperti apa Yang Berhormat katakan.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini Yang Berhormat Stampin buang masa saya sahaja. Dalam perbahasan dia sendirilah bahas. Ini mesti tahu, itu macam contoh Singapura berapa puluh tahun dia masuk walaupun GSTnya 3%.

Saya rasa kalau Singapura melaksanakan sekarang, dia pun tinggi juga. Itu masa...

final • 4:20 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Berapa mereka punya income per kapita? Bila mereka mulakan?

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Satu... di Sarawak 50 sen, sekarang RM2. Ini profesor pun tidak faham, macam mana profesor ajar.

final • 4:20 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya boleh habiskan, boleh gulung Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Yang Berhormat...

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Secara kongkalikung semua kacau macam mana ini?

final • 4:20 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Yang Berhormat, boleh tanya sedikit?

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Boleh.

final • 4:20 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat Stampin sedar atau tidak bahawa Singapura sebelum mereka melaksanakan GST, mereka langsung tidak ada cukai tetapi kita mula dengan SST 10%, itu lain. Singapura ia akan meningkat 3% serta-merta, kita tidak.

final • 4:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

[Bangun]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Stampin tidak boleh mencelah Yang Berhormat. Ya Yang Berhormat Bintulu.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Itulah tadi saya kata Yang Berhormat Stampin ini profesor.

final • 4:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Boleh saya jawab tak Yang Berhormat Bintulu?

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Sudahlah. Saya tidak gulung lagi, nanti habis. So saya sekali lagi memohon jasa baik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri tolong ambil perhatian atas isu ini. Ini perkara serius. Itulah saya mahu mencadangkan kita masuk peringkat ke peringkat. Kita jangan bagi peluang pembangkang dalam masa sekarang. Pilihan raya Sarawak mahu sampai, mesti mahu pergi sana kacau, goreng habis-habis kasi pening rakyat. Ini saya tahu Yang Berhormat Bandar Kuching apa dia mahu buat. Kitalah masuk peringkat ke peringkat. Kalau sekarang bulan April kita masuk dahulu, luxury kita masuk dahulu, barulah belakang tidak masuk lain-lain punya barang. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 4:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga minta izin tambah masa 30 minit sebab Yang Berhormat Bintulu tadi guna 20 minit. Boleh?

final • 4:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak payah macam itu Yang Berhormat. Biarlah budi bicara Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:23 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tadi saya bagi banyak peluang kepada kawan-kawan Yang Berhormat. Sekarang kongkalikung juga.

final • 4:23 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih.

final • 4:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebelah sini pun ada extra time masa saya chair dahulu, dua tiga hari yang lalu, Yang Berhormat Kota Kinabalu pun extra time, Yang Berhormat Sepang pun ada extra time. Tidak perlu jadi isulah Yang Berhormat.

final • 4:23 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Ya, terima kasih. saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai cadangan Kerajaan Pusat untuk membina loji tenaga nuklear dalam tempoh 10 tahun. Cadangan tersebut memberi ura-ura bahawa Kerajaan Persekutuan ingin membina loji jana kuasa tenaga nuklear dan menjadikan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga alternatif di negara kita ini.

Biarpun menyaksikan krisis yang melanda beberapa buah loji jana kuasa tenaga nuklear termasuklah insiden letupan di Marcoule di Perancis dan Fukushima, Daichi di Jepun pada tahun 2011. Kita tidak lupa juga insiden maut di Chernobyl pada tahun 1986 yang meragut beratus nyawa akibat daripada radiasi nuklear. Kesan radiasi nuklear juga mengakibatkan penyakit kanser dan juga penyakit kulit di sekitar kawasan Chernobyl.

Ini cukup membunyikan penggera terhadap keselamatan, kemudahan penjana tenaga nuklear. Alasan bahawa kebergantungan kepada arang batu, malah arang batu import sebagai sumber dalam penjanaan tenaga nuklear yang semakin meningkat merupakan faktor tenaga nuklear dijadikan pilihan sebagai sumber tenaga yang mapan adalah kurang meyakinkan bagi merasionalisasikan keperluan pembinaan loji jana kuasa tenaga nuklear dalam negara ini.

Pada pengamatan saya, wujud sikap ketidaksanggupan pemerintah untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripada pengalaman negara-negara lain yang jauh lebih maju dari Malaysia sama ada daripada segi ekonomi mahupun daripada segi pencapaian inovasi dan teknologi. Lebih membimbangkan, rakyat Malaysia telah pun banyak kali menyaksikan tragedi akibat kecuaian dan kelalaian dalam projek pembinaan. Misalnya runtuhan bumbung stadium, siling hospital, malahan lebuh raya. Baru-baru ini beberapa kemalangan di tapak projek MRT, yang mana runtuhan landasan konkrit MRT telah meragut beberapa nyawa pekerja.

Adakah negara ini berkemampuan menangani kemalangan yang tidak berbau sedemikian sekiranya berlaku apa-apa ketidaktentuan di loji rektor nuklear yang mana mungkin disebabkan oleh retakan dinding, mendapan tanah ataupun banjir ataupun runtuhan bumbung seperti mana yang berlaku dalam projek-projek di bawah pengendalian dan pemantauan pemerintah Malaysia.

Izinkan saya merujuk kepada laporan analisa Pentadbiran Informasi Tenaga Amerika Syarikat iaitu US Energy Information Administration (EIA) dengan izin, yang dikemaskinikan pada September 2013 mengenai penjanaan elektrik dan kapasiti di Malaysia. Laporan tersebut menunjukkan bahawa sebahagian besar kapasiti penjanaan tenaga adalah bergantung kepada gas asli, biarpun ia turut memberi penekanan bahawa kekurangan gas asli di Semenanjung Malaysia dan permintaan tenaga elektrik semakin meningkat kebelakangan tahun ini telah merangsang penggunaan bahan api lain seperti arang batu, diesel dan hidro elektrik. Namun, gas asli masih merupakan penyumbang terbesar dalam penjanaan tenaga elektrik.

Laporan tersebut jelas membuktikan arang batu dan gas asli menyumbangkan hampir 90% daripada jumlah kapasiti tenaga yang dijana di Malaysia, khususnya gas asli mencakupi kira-kira 51% daripada jumlah bekalan

final • 4:23 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

tenaga pada tahun 2012. Ini menurut data PFC Energy dan 43% pada tahun 2011 menurut data TNB. Dalam hal ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air perlu memberi penjelasan dan membekalkan dan secara terus berhubung penggunaan bahan api untuk tujuan penjanaan elektrik.

Hal ini bukan sahaja mustahak bagi mengarahkan hala tuju dasar strategik tenaga agar memastikan bekalan tenaga yang mencukupi, efisien lagi selamat, malahan bagi menjustifikasikan keperluan membina loji jana kuasa tenaga nuklear sebagai punca bekalan tenaga elektrik baru. Lebih-lebih lagi memandangkan Jerman yang merupakan antara pengguna tenaga terbesar di dunia menduduki tempat keenam dalam penggunaan tenaga global dari tahun 2004 hingga tahun 2007 juga bertekad menghentikan kesemua penjanaan dan penggunaan tenaga nuklear menjelang tahun 2022 dan digantikan dengan tenaga yang boleh diperbaharui.

Tidak dapat dinafikan bahawa penjanaan tenaga dengan menggunakan sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti bahan api fosil sekarang digantikan dengan beransur. Akan tetapi loji jana kuasa tenaga nuklear bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Sebaliknya teknologi dan kaedah yang mengguna pakaikan sisa pepejal sebagai sumber penjanaan tenaga yang mana lebih umum dikenali sebagai waste to energy ataupun energy from waste dengan izin, patut diberi pertimbangan dan perhatian yang terlebih dahulu, khususnya memandangkan sisa pepejal yang semakin meningkat akibat kegagalan Projek 3R iaitu recycle, reuse dan reduce dengan izin, untuk mendapatkan sambutan hangat di kalangan masyarakat.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, teknologi waste to energy adalah satu bentuk pemulihan tenaga di samping kemudahan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang merawat sisa di mana tenaga elektrik dan haba mahupun komuniti bahan api seperti diesel akan dihasilkan secara langsung melalui pembakaran. Berbanding dengan menghantar sisa pepejal ke tapak pelupusan ataupun incinerator untuk dimusnahkan begitu sahaja, teknologi seumpama mampu mengubah dan memanfaatkan bahan buangan itu yang pada asalnya beban kemudian dirawat dan dijadikan aset dan sekali gus menyumbang kepada pemulihan dan pemeliharaan alam sekitar serta kesihatan.

Saya ingin menekankan bahawa usaha tersebut tidak harus berhenti pada peringkat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam sahaja, tetapi sepatutnya diterapkan dalam Dasar Tenaga Negara agar ia berpeluang memainkan peranan yang lebih penting bagi mempengaruhi dalam sektor penjanaan tenaga seperti yang dibuktikan kelebihannya di luar negara termasuk Denmark, Jerman, Singapura dan sebagainya.

final • 4:23 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Meninjaukan keadaan di Malaysia, adalah amat dukacita dimaklumkan bahawa Malaysia pada ketika ini mencatat kadar kitar semula antara 3% hingga 5% sahaja sedangkan sampah yang dijana sehari mencecah 33,000 tan. Satu angka yang berlipat ganda dalam tempoh kurang daripada satu dekad. Malaysia menjana 17,000 tan sisa pepejal sehari secara purata pada tahun 2005. Hal ini mengakibatkan sebanyak 95% sehingga 97% daripada sisa pepejal yang dikutip di Semenanjung Malaysia terpaksa dibuang ke tapak pelupusan begitu sahaja.

Manakala sekadar kira-kira 3% hingga 5% diproses di kilang kitar semula.

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah loji jana kuasa nuklear diperlukan sebagai sumber tenaga alternatif dalam negara ini sedangkan berpuluh-puluh ribu tan sisa pepejal yang dijanakan sehari tidak dimanfaatkan sepenuhnya sebagai akses punca penjanaan tenaga?

final • 4:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****] Adakah pemerintah begitu berkeyakinan dalam menghadapi ketidaktentuan yang mungkin berlaku pada loji jana kuasa nuklear? Seterusnya, menangani akibat dari pencemaran dan tidak terukur keparahannya yang juga gagal ditangani oleh negara besar maju seperti Jerman dan Jepun. Persoalan-persoalan seumpama ini harus diambil pertimbangan serius dan sewajarnya sebelum keputusan dibuat.

Tuan Yang di-Pertua, sisa-sisa nuklear selepas tenaga nuklear dijanakan tidak begitu mudah dilupuskan. Ia memerlukan beratus-ratus ataupun beribu-ribu tahun untuk meluput. Ia memerlukan tempat yang kukuh dan selamat untuk menyimpan sisa-sisa nuklear ini untuk satu tempoh masa yang agak panjang untuk menyimpan sisa nuklear ini.

Selain itu, apa yang perlu kita utamakan ialah faktor kesihatan akibat daripada radiasi yang terhasil daripada kebocoran akibat letupan ataupun kecuaian semasa penggunaan tenaga nuklear ini. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap cadangan penggunaan tenaga nuklear untuk jana kuasa nuklear boleh dipertimbangkan semula. Saya mahu kerajaan supaya menghentikan usaha ini, supaya kita tidak perlu untuk mencadang penggunaan tenaga nuklear ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengalih pandangan kepada satu lagi isu yang dekat dengan kawasan Parlimen saya iaitu pembinaan Lebuhraya KIDEX.

Bagi pihak penduduk Petaling Jaya dan kawasan sekitarnya, kami amat bersyukur kerana Kerajaan Negeri Selangor dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak meluluskan Lebuhraya KIDEX. Lebuhraya LDP dan SPRINT sebelum itu yang dibina sebelum ini terbukti gagal dalam menangani masalah kesesakan lalu lintas.

Bagi menangani kesesakan lalu lintas, Lebuhraya KIDEX bukanlah penyelesaiannya. KIDEX hanya menyelesaikan permasalahan kesesakan di sepanjang Lebuhraya Damansara-Puchong iaitu LDP tetapi tidak ada data atau bukti yang menunjukkan bahawa trafik yang melanda berpunca daripada penduduk dari Bandar Kinrara yang menggunakan LDP untuk pergi ke Petaling Jaya.

Laporan KIDEX Traffic Impact Assessment (TIA) hanya menyatakan jumlah kenderaan yang menggunakan LDP yang mana jumlah kenderaan yang besar kemungkinan berlegar di kalangan penduduk Petaling Jaya sahaja. Maka sekiranya kesesakan di Petaling Jaya mahu dikurangkan maka ia haruslah meninjau permasalahan berpunca daripada LDP dan bukannya membina sebuah lagi lebuh raya. Yang Berhormat Menteri Kerja Raya dalam kenyataan beliau menyatakan, “Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah lalu lintas di Petaling Jaya sekiranya Kerajaan Negeri Selangor tidak meluluskan KIDEX?” Apa yang lebih mustahak dalam mengatasi masalah lalu lintas bukan sahaja di Petaling Jaya tetapi juga di tempat-tempat lain ialah dengan menggalakkan rakyat menggunakan sistem pengangkutan awam bagi memberikan galakan.

Tanggungjawab Kerajaan Persekutuan sekarang ialah memperbaiki sistem pengangkutan yang dapat menghubungkan taman ke taman juga dari satu lokasi ke satu lokasi yang mudah.

Tempoh masa perjalanan juga harus mengikut jadual yang dirangka dan jadual tersebut mestilah tepat dan tidak memberi kelewatan dalam sistem yang efisien. Saya tidak dapat memberi alasan lain mengapa rakyat kita tidak menggunakan pengangkutan awam. Dengan itu saya minta Yang Berhormat Menteri Kerja Raya supaya menghormati keputusan penduduk Petaling Jaya dan

final • 4:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

juga keputusan Kerajaan Negeri Selangor supaya kita membatalkan Lebuhraya KIDEX Akhir sekali tentang isu yang dibangkitkan oleh – saya menerima aduan daripada satu sistem pelaburan. Skim Pelaburan Kayu Gaharu Kemboja yang melibatkan pelaburan lebih RM15 juta, yang mana sindiket ini memberi jaminan bahawa dapat pulangan 30% dalam satu tahun. Saya rasa setakat ini, hampir setahun ramai pelabur tidak mendapat balik pulangan yang mereka janjikan.

Pelabur-pelabur ini sudah pun membuat laporan kepada polis dan laporan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Bank Negara tetapi malangnya sampai sekarang tiada siasatan dan juga orang yang terlibat dipanggil. Syarikat ini dikendali oleh seorang CEO iaitu Yap Kim Piow @ Dr. Nixon Yap, dibantu oleh dua orangnya iaitu fund manager yang digelar Yang Mulia Raja Izan, royal family. Satu lagi, ia melibatkan Senator dari Cambodia, namanya Mr. Chik Kim Yit.

Pelaburan ini memberi banyak alasan dengan keuntungan pulangan yang hebat, 30% pulangan setiap tahun. Ramai yang terperangkap dan jumlah pelaburan yang terlibat adalah lebih daripada 15 juta. Saya berharap kementerian yang berkenaan atau Bank Negara dapat mengambil tindakan yang segera terhadap Yap Kim Piow @ Dr. Nixon Yap ini kerana sampai sekarang dia gagal untuk menemui semua pelabur untuk selesaikan masalah ini.

Akhir sekali, saya hendak bangkit isu Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Permatang Pauh. Dalam soalan saya bertanya Menteri Kementerian Kesihatan tentang pemantauan Kementerian Kesihatan terhadap Ketua Pembangkang iaitu Ahli Parlimen Permatang Pauh di mana dengan tekanan darah yang amat rendah sekarang iaitu 87/50 berbanding dengan normal 120/80 hingga 140/90.

Dengan tekanan darah yang amat rendah ini adakah beliau sesuai dan masih dipenjarakan? Saya rasa beliau perlu segera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Dengan tekanan darah 47/57 saya hendak beri sedikit pandangan, ini satu tekanan darah yang amat rendah. Saya rasa Ketua Pembangkang tidak sesuai lagi duduk di lokap atau penjara.

Dia perlu segera diberi rawatan dan saya hendak Kementerian Kesihatan mengambil inisiatif dan membuat pemantauan terhadap kesihatan– memantau Ketua Pembangkang kita ini sama ada masih sesuai untuk duduk di penjara atau segera masuk ke hospital. Sekian, terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Masjid Tanah.

final • 4:30 PM

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya bersama-sama berbahas bagi menjunjung kasih di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa perasmian Dewan yang mulia ini pada 9 Mac yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, saya turut sama ingin menyentuh sebagaimana yang telah disentuh oleh sahabat saya di sebelah sana berkenaan dengan – daripada Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk juga – terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan kerana membuat dengan panjang lebar tentang isu yang telah disentuh oleh Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong berkenaan dengan memperkasakan industri bekalan elektrik di negara kita.

final • 4:38 PM

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya mohon untuk pihak kementerian jelaskan dan bentangkan kepada kita semua dan juga rakyat tentang perancangan strategik dalam menguruskan tenaga elektrik di pihak penggunaan berbanding hanya di pihak pembekalan sahaja.

Pengguna-pengguna elektrik, insentif seperti sektor industri dan juga bangunan komersial yang merupakan 70% pengguna tenaga elektrik.

Akan tetapi sejauh mana mereka melaksanakan langkah-langkah kecekapan tenaga yang mengelakkan pembaziran tidak dikawal kerana peruntukan undang- undang yang sedia ada agak begitu longgar. Dasar-dasar tenaga yang sedia ada cuma menumpukan kepada liabiliti dan juga adequacy of supply tetapi tidak ada dasar yang jelas dalam penggunaan tenaga sebagaimana yang ada di negara Thailand, Singapura, Vietnam dan juga Jepun.

final • 4:38 PM

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sepatutnya kita perlu menguruskan penggunaan tenaga dengan cekap.

Maka tidak perlulah membina janakuasa-janakuasa elektrik yang baru termasuk daripada sumber nuklear yang kos serta risiko keselamatan serta alam sekitar yang amat jauh lebih tinggi. Saya juga mohon agar kementerian dapat bentangkan perbandingan kos-kos pembiayaan yang kita perlukan, faedah-faedah ekonomi serta alam sekitar di antara pembinaan janakuasa-janakuasa baru dan juga pelaksanaan program kecekapan tenaga di peringkat nasional secara holistik.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kementerian dan juga ucapan tahniah kerana hasil-hasil yang dijalankan oleh pihak KeTTHA sebagaimana yang dijawab dalam Parlimen pada sesi perbahasan yang lepas menunjukkan keseriusan yang amat positif sekiranya Pelan Induk Kecekapan Tenaga dilaksanakan untuk sepuluh tahun yang akan datang ini dapat ditangguhkan lagi keperluan untuk membina janakuasa-janakuasa baru dengan kapasiti 3,000 megawatt.

Juga, konsultasi yang telah dibuat pada tahun lepas yang mana saya pun sudah dapat jawapan daripada pihak kementerian yang mana telah pun ada bengkel yang dibuat bersama dengan pihak pemegang taruh untuk membincangkan perkara ini dengan lebih teliti. Saya juga mohon agar perkara- perkara yang dibangkitkan dapat dilihat dan dipertimbangkan agar kita dapat menjaga kesejahteraan, selain daripada dapat meningkatkan kecekapan tenaga, dapat juga tanpa membuat sebarang risiko yang tinggi kepada masyarakat di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan tokoh-tokoh seperti Allahyarham Profesor Datuk Dr. Ismail yang merupakan Senator pertama yang merupakan OKU dilantik di Malaysia yang juga merupakan seorang pakar ekonomi. Begitu juga dengan Saudara Alice Chan yang mendapat Anugerah Dekan di USM walaupun terdapat kekurangan pada diri beliau dan juga terdapat penyakit yang membabitkan otak. Begitu juga dengan saudara Mohd.

Zarif, seorang ikon belia yang mendapat Anugerah Belia Perdana pada tahun 2011 yang disifatkan seorang yang begitu aktivis dalam soal kemasyarakatan. Dia juga adalah merupakan seorang belia yang kudung kedua-dua belah tangan.

Mereka ini semua adalah insan-insan, orang kelainan upaya tetapi mempunyai semangat luar biasa lebih daripada orang biasa.

Jadi kita melihat kepada Dasar OKU dan Pelan Tindakan OKU yang diluluskan pada 21 November 2007 yang mana menggariskan 28 strategi yang merangkumi 15 bidang iaitu antaranya advocacy, accessibility, kesihatan, pemulihan, pendidikan dan juga pekerjaan. Walau bagaimanapun, terdapat dua perkara yang saya ingin bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini.

Pertama, meningkatkan accessibility kemudahan awam dan pengangkutan awam untuk golongan orang kurang upaya. Saya pohon agar pihak KPKT yang menjaga di bawahnya terdapat banyak pihak berkuasa tempatan

(PBT) di Malaysia agar dapat memastikan penyediaan persekitaran bebas

final • 4:40 PM

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

halangan termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruang awam dan juga pengangkutan awam.

Sehubungan itu, selaras dengan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya yang semua PBT perlulah menjalankan audit akses ke atas kemudahan dan juga di dalam serta luar bangunan, kawasan perumahan serta ruang awam dan juga pengangkutan awam, maka pihak PBT perlulah melaksanakan tindakan susulan ke atas audit ataupun dapatan yang telah pun dijalankan.

Keduanya, sebagaimana yang telah kita dengar siang tadi, bagi meningkatkan peluang pekerjaan kepada golongan orang kurang upaya dan sebagaimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pagi tadi, yang telah menjawab bahawa sebenarnya memang kurang lagi daripada 1% sebagaimana selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010 dan pencapaian ini masih lagi rendah.

Oleh yang demikian, saya amat benar berharap agar kementerian bersama-sama dengan agensi dapat mempertingkatkan lagi kempen supaya dapat ditimbulkan kesedaran kepada orang ramai untuk sama-sama menghargai, mengambil partisipasi dan bukan hanya mengharapkan kepada agensi kerajaan seratus peratus agar matlamat ini tercapai. Kita faham bahawa orang kelainan upaya ini adalah insan yang perlu kita hargai, orang yang perlu kita sayang, orang yang perlu kita lindungi dan sikap kepedulian kita perlulah tinggi agar kita sama- sama dapat memastikan agar tidak ada lagi insan seperti adik Firdaus yang dijumpai di sebuah rumah flat pada tahun lepas dalam keadaan yang begitu menyedihkan.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat lagi ramai mangsa keganasan rumah tangga yang enggan tampil ke pihak berkuasa kerana kebanyakannya kurang pasti cara-cara untuk melaporkan kes berkenaan ataupun prosedur yang perlu dibuat setelah mereka membuat laporan. Saya mencadangkan agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk meningkatkan lagi kempen serta kesedaran terutamanya kepada kaum wanita betapa beratnya kes ini dan bagaimana undang-undang dapat melindungi mereka.

Sekiranya penerangan yang diberikan secara konsisten dan bukan bermusim dan dalam bentuk yang mudah difahami agar mereka yang tidak celik undang-undang pun dapat memahami hak serta peranan yang boleh mereka mainkan supaya kita dapat memastikan bilangan mereka yang terlibat dalam keganasan rumah tangga ini akan dapat berkurangan.

Statistik menunjukkan dari tahun 2000 hingga 2012, sebanyak 42,499 kes yang mana statistik ini amat tinggi dan membimbangkan. Itu yang dilaporkan.

Yang tidak dilaporkan kita tidak tahu. Saya ingin mencadangkan agar diperbanyakkan lagi video-video penerangan dalam bentuk semua bahasa dan diviralkan kepada semua saluran media. Ini adalah satu keadaan yang serius yang mana perlu kita beri perhatian.

Kadang-kadang orang itu kita nampak baik daripada luarannya, memakai songkok dan sebagainya tetapi sebenarnya dia merupakan kaki pukul isteri di rumah. Bayangkan, jikalau ahli keluarga kita, adik-adik kita, makcik ataupun sesiapa sahaja sahabat baik kita turut sama diperlakukan sedemikian rupa. Ramai wanita kurang tahu bahawa keganasan rumah tangga bukan hanya deraan fizikal tetapi sebenarnya turut melibatkan penderaan terhadap mental.

Kini sudah tiba masanya untuk kita sama-sama berganding tangan, berganding bahu untuk sama-sama, sama ada lelaki ataupun wanita sama-sama diberikan penerangan, diberikan pendidikan, diberikan jawapan agar hak mereka dan patut mereka lakukan sekiranya mereka dilayan sebegitu rupa. Keganasan rumah tangga ini sebenarnya bukan hanya memberi kesan kepada wanita tetapi juga kepada anak-anak. Pastinya kita tidak mahu melihat anak-anak kita

final • 4:40 PM

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

membesar dalam keadaan yang ketakutan, dalam keadaan yang trauma sehingga menjejaskan prestasi mereka di sekolah.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 4:40 PM

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tidak mustahil keadaan ini akan dapat melahirkan sikap negatif di dalam diri mereka.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor bangun.

final • 4:40 PM

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya sungguh tertarik tentang perbahasan Yang Berhormat Masjid Tanah mengenai kes-kes keganasan rumah tangga yang melibatkan isteri yang dipukul ataupun didera oleh suami. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Masjid Tanah.

Ini isteri yang didera dan juga dipukul oleh suami. Bagaimana pula kalau suami pula, dalam konteks lelaki pula didera dan dipukul oleh isteri? Ini bukan bermaksud saya tetapi saya juga mendengar beberapa rintihan juga daripada kaum lelaki yang telah SMS saya sebentar tadi. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Selangor terlibatkah?

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Tidak melibatkan saya.

final • 4:40 PM

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Daripada gaya Yang Berhormat Kuala Selangor itu saya dapat pastikan bahawa dia tidak terlibat dalam ini. Saya tidak tahulah pula yang sebelah sana.

Akan tetapi dalam kes ini, maksudnya semua sama. Pendedahan, penerangan dan juga hak-hak yang perlu dimaklumkan kepada semua, tidak melibatkan wanita sahaja. Sudah pastinya bilangannya ada tetapi dalam statistik yang amat rendah sekali. Sekiranya Yang Berhormat Kuala Selangor memerlukan bantuan, ada pihak-pihak ini, saya boleh sama-sama turun padang untuk sama memberikan penerangan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin memetik artikel Free Malaysia Today bertarikh 17 Mac 2015 yang mana saya terpanggil untuk memberi peringatan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat terutama sekali di sebelah sana agar lebih peka dan juga menghormati kedudukan Yang Berhormat Speaker Dewan Rakyat.

final • 4:40 PM

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ini kerana kedudukan beliau adalah merupakan kedua tertinggi selepas Yang di-Pertuan Agong dan seharusnya beliau dikecualikan dalam apa-apa perbalahan politik yang mana saya tahu, beliau telah pun mencuba sehabis baik untuk memastikan institusi Parlimen kita, Dewan yang mulia ini dalam keadaan yang baik dan juga berada dalam tahap integritinya yang tinggi dan juga menjadi contoh bukan hanya di Malaysia, untuk rakyat di Malaysia mahupun rakyat di peringkat antarabangsa. Adalah tidak adil untuk kita menilai seorang Speaker yang neutral, adil dan berpengalaman luas serta berintegriti tinggi seperti Yang Berhormat Tan Sri Speaker dikecam dan dikacau setiap kali beliau cuba menjalankan amanah yang telah diberikan.

Kita faham sikap segelintir Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sana [Merujuk kepada blok pembangkang] yang tidak berpuas hati dengan mana-mana keputusan yang tidak berpihak kepada mereka. Sekiranya diputuskan di

final • 4:50 PM

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

sebaliknya, mereka harap maka akan bermulalah dendangan palu-paluan tuduhan bahawa mereka telah pun dizalimi. Kita harus ingat bahawa dunia ini tidak semuanya kita dapat apa yang kita mahukan dan kita ialah Ahli-ahli Yang Berhormat yang diberikan kepercayaan penuh oleh rakyat di kawasan kita yang kita wakili.

Kita juga ialah merupakan harapan negara, harapan masyarakat setempat, harapan semua pihak untuk membawa perubahan ke arah kebaikan generasi akan datang. Jadi, seharusnya kita sebagai Ahli Yang Berhormat perlulah menjaga baik nama institusi Parlimen ini dengan menghormati kerusi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat kerana ia ialah merupakan maruah bersama.

*‘Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga, Yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa.

‘Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa’.* Tahukah Yang Berhormat sekalian akan pentingnya kita sebagai manusia menjaga tatasusila, percakapan lebih-lebih lagi sebagai Ahli Yang Berhormat kerana kita merupakan ikon ataupun contoh kepada masyarakat di luar sana. Kita melambangkan bukan sahaja sebagai bangsa tetapi juga sebagai pemimpin negara Malaysia. Tidak kisahlah sama ada di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang. Jadi adalah penting untuk kita sama-sama menjaga tata tutur kata dan tingkah laku kita di mana sahaja kita berada apatah lagi di dalam Dewan yang mulia ini.

Maka seharusnya apa yang terjadi pada Yang Berhormat Lembah Pantai yang sedia maklum akan risiko yang bakal dihadapi, telah dengan lancar menuduhnya semua hakim Mahkamah Rayuan menjual diri mereka kepada syaitan dan bermacam-macam lagi tuduhan yang tidak mampu saya nyatakan di sini. Perlu kita ingat, mereka juga mempunyai keluarga, mereka juga mempunyai anak-anak, mereka juga mempunyai sahabat-sahabat, mereka mempunyai maruah, mereka mempunyai integriti. Apabila dikecam sebegitu rupa, bagaimana mereka hendak mempertahankan diri?

Bagi saya, kes itu pun sudah selesai, sudah pun mendapat penghakiman.

Sama-samalah kita menghormati keputusan tersebut. Dalam tempoh tujuh tahun sebanyak 66 kali penangguhan, rakyat sudah bosan. Jadi, sebagaimana yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Setiu semalam dengan panjang lebar, bukannya ada konspirasi politik dan sebagainya, sama-samalah kita menghormati dan sama-samalah kita faham. Saya harap di atas itu, saya rasa kita sama-sama menghormati antara satu sama lain dan dengan itu, saya Masjid Tanah, mohon menyokong. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih.

final • 4:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Raja tidak ada ya? Yang Berhormat Kuala Krai. Dalam senarai Yang Berhormat Kota Raja.

final • 4:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Lebih kuranglah itu, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kota Raja.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 4:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya turut sama berbahas untuk menyatakan pandangan kita mengenai Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Majlis Perasmian Dewan. Sesungguhnya, perkara yang disentuh awal dalam ucapan tersebut adalah berkenaan dengan malapetaka yang menimpa negara kita sepanjang tahun 2014, peristiwa kehilangan MH370, kes MH17 dan yang terbaru atau yang terakhir dalam tahun tersebut ialah banjir besar yang melanda banyak tempat dalam negara kita khususnya negeri Kelantan dan bagi negeri Kelantan khususnya kawasan saya di Kuala Krai.

Saya rasa, Malaysia belum pernah mengalami malapetaka sebesar peristiwa banjir yang lepas. Walaupun banjir setiap tahun berlaku, malah setiap sepuluh tahun akan berlaku banjir yang besar ataupun setiap 40 tahun akan berlaku banjir yang lebih besar, tetapi pada kala ini skala yang berlaku tidak dapat dibayangkan. Saya rasa negara kita belum berpengalaman berhadapan dengan suasana yang mana kemusnahan 2,000 lebih rumah dalam satu malapetaka sebelum daripada ini. Kita tidak pernah mengalami suasana tersebut.

Kita biasa mendengar kesan daripada ribut taufan di Filipina, gempa bumi di Pakistan atau di Indonesia, jiran kita tetapi kita belum sendiri mengalaminya.

Malah peristiwa Tsunami Aceh pada tahun 2004 pun walaupun sampai ke bumi Malaysia, tidaklah menyebabkan kerosakan yang teruk. Jadi, apabila berhadapan dengan suasana ini jelas kelihatan bawah kita tidak bersedia untuk menghadapi banjir ketika banjir berlaku, termasuk juga suasana pasca banjir.

Pada saya, bagi tempat yang mengalami kerosakan terbesar dengan 1,800 buah rumah yang hilang keseluruhannya, total loss, tentulah kita berhadapan dengan suatu kegawatan. Semenjak tarikh banjir berlaku 22 Disember, hari ini sudah hampir tiga bulan, beberapa hari lagi sudah cukup tiga bulan. Keseluruhan mereka masih belum mendapat gantian rumah.

Saya tidak mahu mengandaikan bahawa menggantikan rumah yang hilang ini ialah perkara mudah. Akan tetapi, kita harus berfikir secara serius kerana tiga bulan duduk di dalam khemah adalah suatu keseksaan yang hanya menunggu kesannya daripada segi fizikal, daripada segi psikologi. Daripada segi fizikal berhadapan dengan cuaca yang panas. Semenjak banjir, apabila banjir surut, hujan sehari dua, sampai hari ini, sebelah Kelantan menghadapi kemarau.

Jadi bagaimana agaknya tinggal di bawah khemah selama tiga bulan ataupun menumpang di rumah saudara-mara untuk tempoh yang lama? Dua tiga hari orang akan menerima kita sebagai tetamu. Lebih daripada itu, kita sudah menyebabkan kesusahan kepada tuan rumah.

Jadi, kita minta keseriusan dalam menangani isu ini. Kita menerima bantuan daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO), cukup banyak. Kita amat berterima kasih kerana dalam tempoh kecemasan dan tempoh pasca banjir ini, masih lagi pihak-pihak NGO ini datang membantu kita. Bukan hanya di Kelantan, bukan hanya di Kuala Krai tetapi di semua tempat termasuk Kuala Krau tempat Speaker kita pun, mendapat bantuan.

final • 4:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih.

final • 4:54 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Cuma saya tidak berkesempatan pergi ke sana kerana tempat sendiri pun tidak dapat hendak diselesaikan.

final • 4:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Menteri Besar Selangor hadir.

final • 4:54 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Begitu juga di Kuala Krai.

Jadi, setakat mana yang kita boleh menyerahkan pemulihan pasca banjir ini kepada NGO? Setakat satu atau dua buah bangunan, satu atau dua buah rumah bagi setiap NGO, bolehlah mereka bantu tetapi akhirnya sangat bergantung kepada usaha kerajaan. Kerajaan telah mengumumkan pembinaan 2,600 buah rumah dibahagikan antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

Koordinasi sepatutnya sudah mula berjalan dengan lancar. Saya yakin, apabila mereka menyebut jumlah itu, wangnya sudah disediakan. Apa yang susah sangat untuk kita mendapatkan gerak kerja, menawarkan tenderkah ataupun menyelesaikan isu-isu tanah kalau ini dianggap serius. Akan tetapi kalau kita tidak menganggapnya serius, maka proses pembangunan semula ini akan mengikuti suatu perkembangan secara natural sahaja.

final • 4:54 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tidak ada satu usaha tergesa-gesa atau usaha yang disegerakan. Kalau menunggu proses semuanya berjalan seperti biasa, saya tidak yakin kita akan dapat memberikan jawapan kepada masalah penduduk sana...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tumpat bangun.

final • 5:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Dalam masa terdekat ini.

Ya, sila.

final • 5:00 PM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Tumpat juga mengalami banjir walau tidak seteruk yang dilalui oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Saya mendengar pandangan dan ucapan Yang Berhormat tadi tentang betapa perlunya kita benar- benar menyegerakan usaha untuk membina rumah-rumah untuk 2,700 lebih buah rumah yang musnah dan perlu diganti baru di Kelantan dan mungkin ada juga di negeri-negeri yang lain. Pimpinan Pusat kita difahamkan bersama-sama dengan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan mempunyai hasrat. Malah menjanjikan untuk rumah-rumah ini disiapkan sebelum bulan Ramadan bermula. Bulan Ramadan akan bermula lebih kurang tiga bulan lagi, mungkin kurang pun.

Jadi, adakah Yang Berhormat yakin ini akan dapat kita laksanakan dalam suasana yang hari ini rasanya tidak sampai sepuluh biji rumah yang sudah pun siap terbina. Ataupun kalau ini tidak meyakinkan kita, adakah Yang Berhormat bersetuju pada cadangan-cadangan yang pernah ditimbulkan? Betapa perlunya darurat bencana alam diisytiharkan. Mungkin dalam suasana darurat bencana alam ini, beberapa kekangan, perundangan, Undang-undang Tanah dan sebagainya boleh kita bereskan dengan lebih baik atas suasana ia darurat bencana alam. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Krai?

final • 5:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ya, kalau kita dengar jawapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Isnin yang lepas, beliau menolak pengisytiharan darurat bencana alam ini kerana tidak mahu ia hanya melibatkan agensi-agensi Kerajaan Pusat. Beliau mahu bekerjasama ataupun tindakan yang sama daripada kerajaan negeri, bagus. Saya yakin tanpa darurat pun mereka. Kedua-dua kerajaan pun telah bekerjasama dalam membuat satu senarai yang tidak bertindan.

Ini kerana di Kelantan ini Tuan Yang di-Pertua, ada dua buah kerajaan.

Ada dua buah institusi di peringkat daerah dan juga di peringkat kampung.

Jawatankuasa yang berbeza dan dikuasai oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Jadi, kalau kita biarkan ini mungkin kita akan dapat dua senarai rumah yang runtuh ataupun overlap dan tuntutan-tuntutan yang tidak wajar. Akan tetapi apabila disatukan kita dapat senarai yang saya rasa agak cantik.

Akan tetapi kalau itu telah dapat kita adakan, tidak dapat juga menyelesaikannya, maka ertinya hasrat untuk tidak mengadakan pengisytiharan

final • 5:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

darurat itu tidak mencapai maksudnya. Mungkin kalau begitu cadangan Yang Berhormat Tumpat supaya– katalah untuk membina rumah, biar pihak tentera masuk membuat rumah. Ini kerana tentera ada keupayaan untuk membangunkan perumahan, kita sudah dengar. Membangunkan atau membina jalan raya, membina jambatan. Kalau macam itu, baik. Walaupun telah terlambat mungkin cadangan Yang Berhormat Tumpat itu boleh dipertimbangkan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, masalah yang dihadapi oleh penduduk di sana bukan hanya perumahan, perumahan satu hal. Kita ada satu sistem pengangkutan awam, Yang Berhormat Tumpat tentu tahu Keretapi Tanah Melayu, dari Gemas sampai ke Tumpat terputus selepas Gua Musang di tempat bernama Kemubu kerana runtuh jambatan kereta api yang telah dibina sejak tahun 1936 akibat besarnya bencana tersebut. Itu kita tidak dapat hendak buat apa-apa. Mungkin mengambil masa dua tahun untuk membina semula sebuah jambatan besi yang sebegitu hebat.

Akan tetapi perjalanan masih boleh diteruskan dengan pembaikan- pembaikan di tempat di mana landasannya rosak kecil. Batu-batu landasan ataupun kayu yang dibawa air, boleh diperbaiki. Maka, perjalanan KTM dari tempat di mana keruntuhan itu bermula, misalnya di Kemubu. Kita boleh bermula di Kemubu sampai ke Tumpat. Ertinya, local train services boleh diteruskan. Ini kerana saya yakin masih ada koc yang berada di sebelah Kelantan, masih boleh digunakan. Gerabak-gerabak yang masih elok, yang ada sekarang ini tersadai di Dabong dan sebagainya. Dari Gua Musang ke Gemas masih boleh diteruskan.

Kenapa kita harus menjadikan alasan jambatan satu itu yang rosak, maka kita kena menunggu selama dua tahun? Sehingga perkhidmatan tersebut dipulihkan.

Jadi, saya menyeru dan meminta pihak kerajaan yang menguasai KTM ini, minta tolonglah dikembalikan perkhidmatan tempatan kereta api dari Kemubu atau Dabong. Ini kerana ia adalah akses yang digunakan oleh ramai penduduk termasuk para pelajar untuk pergi ke sekolah. Jadi, kalau ini dapat dimulakan, cukup baik.

Seterusnya, pengangkutan juga. Dari Dabong untuk keluar ke tempat- tempat yang lain, kereta banyak yang rosak. Masih banyak kereta yang tersadai dan tidak dapat dibaiki. Lalu pengangkutan awam tidak ada. Jadi, kalau boleh minta belas ihsan daripada Prasarana untuk memberikan khidmat Rapid misalnya.

Bawa 10 atau 20 buah bas ke sana untuk berulang alik dari Dabong, contohnya keluar ke Kuala Krai ataupun ke La’Loh yang sekitar 45 kilometer. Ataupun dari Dabong pergi ke Jeli, ataupun Kuala Balah. Untuk memudahkan pergerakan.

Kalau boleh dalam tempoh darurat ini beri perkhidmatan percuma. Saya rasa tidak menjejaskan balance account Syarikat Prasarana ini ataupun Rapid services ini.

Ini kerana ia bukan satu perkara yang akan berterusan untuk tempoh masa yang sementara ini. Supaya mereka dapat menggunakannya dan bergerak.

Juga beberapa buah jambatan kecil, jambatan kereta api yang runtuh tadi juga digunakan oleh penunggang motosikal, basikal dan pejalan kaki untuk menyeberang sungai. Tanpa jambatan itu, proses perjalanan itu terhalang. Jadi, saya juga meminta kalau boleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah contohnya, menyediakan pengangkutan bot yang selamat. Kini memang ada, bot yang memberikan khidmat. Tambang RM1 ataupun 50 sen pergi balik, tidak mahal tetapi kita jangan bermain-main dengan air sungai.

Air sungai ini Tuan Yang di-Pertua, memakan korban dekat tiga, empat orang sudah, selepas banjir. Semasa banjir di Kuala Krai hanya ada satu kehilangan jiwa, seorang anak setahun yang dibawa air. Akan tetapi selepas banjir, kematian sudah tiga, empat orang. Ertinya, kalau penduduk di situ terpaksa menggunakan pengangkutan air yang tidak selamat, tidak ada jaket keselamatan, tidak ada sebuah bot yang sesuai dengan saiznya untuk mengangkut. Saya khuatir kemalangan-kemalangan jiwa ini akan makin bertambah.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Berlari Yang Berhormat Seremban dari luar. Sila.

final • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Memang saya tahu Kuala Krai antara tempat yang paling teruk dilanda banjir. Cuma saya hendak tanya, soalan ini saya pun tanya tadi pada Yang Berhormat Kubang Kerian. Sedarkah Yang Berhormat Kuala Krai, banyak peruntukan ada. Cuma peruntukan itu tidak sampai kepada bawah.

Saya difahamkan dan hari itu dalam Hansard, jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa ada RM800 juta. Akan tetapi jawapan dari pada Yang Berhormat Arau kepada soalan saya, bagaimana peruntukan RM800 juta itu dibelanjakan. Setakat ini, tiga program itu hanya makan belanja dalam RM300 juta lebih. Ada baki RM400 juta lebih itu belum accounted for. Saya hendak tanya, di manakah RM400 juta itu? Kalau RM400 juta lebih itu boleh disalurkan dengan cepat, saya rasa masalah-masalah yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai itu, jambatan, bot dan sebagainya semua boleh diselesaikan dalam masa cepat. Peruntukan sudah ada tetapi wang itu tidak sampai. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Krai?

final • 5:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Dia tanya Menteri yang ini pula ya. Ya, janji. Nanti giliran Menteri jawab panjang-panjang sikit ya? Janji kerajaan untuk menyediakan RM800 juta itu sekurang-kurangnya memberikan satu semangat pada mangsa-mangsa. Akan tetapi kalau dengan RM800 juta kita masih lagi melihat perkara-perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan, tidak selesai. Maka, timbul persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seremban tadi.

Kita juga ingin bertanya, agak ke mana perginya? Yang ini Yang Berhormat Menteri kena jawab dan ini kena ambil serius Yang Berhormat Menteri.

Oleh kerana apa, semasa kita buat senarai nama mangsa yang hilang rumah satu list, yang rosak rumah satu lagi list. Asalnya 2,600 orang Yang Berhormat Menteri tetapi apabila masuk SPRM, ini peranan SPRM boleh main ya. Jumlah mereka yang menuntut kehilangan rumah mendadak turun. Oleh kerana apa? Berlakunya pertindanan, dua orang dalam satu keluarga memohon dua rumah sedangkan mereka hanya perlu satu rumah.

final • 5:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Jadi saya minta untuk duit RM800 juta ini disiasat.

final • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Kena audit. Audit.

final • 5:10 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Diaudit ke mana perginya.

Saya tahu RM800 juta ini bukan hanya untuk Kuala Krai atau Kelantan tetapi untuk seluruh negara. Akan tetapi tentulah proportion untuk kawasan yang teruk ini seperti Kuala Krai mestilah lebih diberikan. Saya ingin juga menyebut on record Yang Berhormat Seremban ini dan juga tentulah Yang Berhormat Arau pun dan ramai yang lain datang ke Kuala Krai ini. Yang Berhormat Seremban sahaja dekat 4-5 kali. 7 kali sampai jemu kita tengok muka dia ya. Datang bukan berlengganglah, datang dengan bantuan.

final • 5:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Arau ada pergi kah?

final • 5:10 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Arau kata ada.

final • 5:10 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Lepas banjir.

final • 5:10 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Masa banjir – kita banjir lama lagi banjir ya. Kita punya Yang Berhormat Seputeh pun. Tak dijemput pun datang juga dan bantuan-bantuan diberikan oleh rakan-rakan semua cukup banyak ya termasuk di kedua-dua belah pihak. Sebab itu saya tidak ingin mempolitikkan keadaan ketika itu seperti yang kita dengar daripada kawan-kawan daripada sebelah sana ya.

Jadi, saya berharap kita mengambil sedikit keseriusan dalam membantu dan Kementerian Luar Bandar tak payah tunggulah wakil rakyat menyenaraikan jalan-jalan yang rosak, jambatan-jambatan kecil dan sebagainya. Hal ini kerana kita sudah ada satu struktur pentadbiran di peringkat luar bandar ini untuk menaikkan segala laporan ini. Terlalu banyak jalan-jalan yang runtuh yang memerlukan rawatan segera. Cerun-cerun yang runtuh ya. Jadi diminta supaya jentera kerajaan ini digerakkan untuk mengelakkan tempat-tempat tersebut mengalami kesusahan.

Saya ingin menyentuh, menegur sedikit mengenai ramalan cuaca kita.

Kita dimaklumkan tiga hari hujan di Hulu Kelantan. Jumlah taburan hujannya tiga hari atau empat hari itu sama dengan 64 hari hujan hari-hari biasa. 64 hari. Turun dalam tiga hari, empat hari. Jadi Tuan Yang di-Pertua kalau pihak Jabatan Kaji Cuaca tak nampak ini sebagai suatu malapetaka in waiting, saya tak tahulah apa peranan tukang-tukang ramal cuaca ini.

Sepatutnya dimaklumkan memang banjir ini tidak akan naik katalah dua meter dalam masa setengah jam. Dia akan naik beberapa jam. Sempat melarikan diri, sempat menyelamatkan nyawa. Akan tetapi kalau tidak diberikan ramalan bahawa banjir kali ini bandar Kuala Krai yang selama ini tiap-tiap tahun tak kena, habis dua tingkat bangunan. Ertinya kehilangan barangan perniagaan melampaui batas. Kehilangan barangan di rumah-rumah tak pernah dapat dibayangkan oleh penduduk.

Jadi kalau ada amaran awal bahawa banjir kali ini sangat-sangat teruk dengan jumlah hujan tersebut, tentulah sedikit sebanyak mereka boleh bukan hanya menyelamatkan diri, menyelamatkan harta benda. Jadi saya minta dalam SOP seperti yang disebut oleh Perdana Menteri akan diperbaiki supaya ramalan kaji cuaca ini dapat memberikan satu ramalanlah. Ramalan tetap ramalan tetapi biarlah sesuatu yang lebih mendekati kepada realiti akhirnya. Kita bergerak...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tumpat bangun. Selepas Yang Berhormat Tumpat bangun, boleh gulung ya.

final • 5:10 PM

Dato’ Kamaruddin bin Jaffar - Tumpat

Sebab Tumpat tak ada peluang dah nak berucap, esok tidak ada di sini, jadi kita agaknya bolehlah kongsi...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila-sila.

final • 5:10 PM

Dato’ Kamaruddin bin Jaffar - Tumpat

...Atas isu yang amat penting.

Apa Yang Berhormat Kuala Krai sebut akhir tadi itu, SOP, isu ramalan cuaca dan sebagainya. Nampak pada pengalaman mungkin Yang Berhormat Kuala Krai dan saya sendiri bahawa tidak ada suatu jabatan atau unit khusus dalam negara kita ini yang menumpukan tentang bencana alam.

Padahal Yang Berhormat Menteri baru saja memberitahu saya dia balik dari Tokyo lah, ada sidang Bangsa-bangsa Bersatulah tentang bencana alam dan sebagainya. Jadi ada tidak mungkin kita ingin memikirkan kemungkinan ada beberapa orang pakar di sebuah jabatan atau unit kah yang melihat dan memikirkan dan merancang dan mengkoordinasi apabila berlaku bencana alam.

Pengalaman saya di Tumpat, bomba dia penyelamat tetapi dia pun apabila banjir datang, dia pun tak tahu benar-benar macam mana nak pergi menyelamat dan menggunakan kemudahan yang dia ada. Jadi adakah perlu kita cadangkan kita

final • 5:10 PM

Dato’ Kamaruddin bin Jaffar - Tumpat

ada unit ataupun jabatan yang khusus untuk melihat dan mengendalikan bencana alam dalam negara kita?

final • 5:10 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat, terima kasih atas pandangan tersebut. Bak kata orang putih I will be surprised if there isn’t ya? Ini kerana perkara ini bukan perkara yang one-off banjir ini. Okey, banjir besar ini one-off lah. Akan tetapi banjir ini sudah tentu suatu yang kita boleh jangkakan, boleh kita hadapi dan persediaan yang mencukupi. Ertinya persediaan itu bukan satu level sahaja. Kalau level satu itu biasa. Level yang paling teruk pun, itu yang kita bangkitkan semasa Perdana Menteri ada hari itu, pelan kontingensi bila berhadapan dengan suasana yang teruk ini.

Saya dimaklumkan Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, saya tidak nak salahkan pasukan bomba kah ataupun JPAM kah kerana bila berhadapan dengan suasana yang gawat begitu, mereka pun dengan persiapan yang ada, ada bot besar double enjin yang besar, agak gerun berhadapan sampai mendapat complaint yang banyak daripada penduduk. Malah yang banyak melakukan gerakan menyelamat ini ialah anak-anak muda kampung yang hanya menggunakan sampan kecil berdayung dan menyelamatkan seorang demi seorang berulang kali menghantar ke bukit. Penyelamat yang kita harapkan bukan kerana kegerunan dan tidak pernah berhadapan dengan suasana tersebut. Jadi kalau nak hantar latihan kalau ada peristiwa besar hantar mereka supaya dapat merasai suasana yang betul-betul mereka boleh hadapi ya.

Jadi sebagai penggulungannya, saya berharap janji kerajaan untuk mempertingkatkan standard operating procedure kita itu betul-betul mengambil kira semua kemungkinan ya yang bertahap ini. Persediaan banjir akan datang ini biarlah meyakinkan kita dalam apa juga suasana kita tidak boleh berasa terlalu confident yang kita akan berhadapan dengan suasana ini, dengan mudah ya. Ini kerana apa yang telah berlaku menjelaskan bahawa kita masih lagi di peringkat belum bersedia. Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Tanjong Piai. Ya, Yang Berhormat boleh singkat-singkatnya bagi peluang ramai lagi ya.

final • 5:10 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut serta dalam membahas usul Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyampaikan titah ucapan pada majlis perasmian pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-13 pada hari Isnin lepas.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya bermula dengan isu yang pertama bagi pihak Malaysia Furniture Council berkaitan dengan isu pekerja asing yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha industri berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini terdapat banyak rintihan daripada peniaga-peniaga dan industri mengenai isu pendaftaran pekerja asing melalui MyEG. Rentetan daripada isu MyEG ini, kerajaan seharusnya mengembalikan keyakinan pemain-pemain industri berhubung dengan keresahan yang dihadapi terutama mengenai cabaran memenuhi keperluan pekerja asing.

Tuan Yang di-Pertua, industri berasaskan kayu kayan juga tidak lari daripada menghadapi isu kekurangan pekerja asing untuk mengembangkan dan meningkatkan kemampanan industri ini. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, industri berasaskan kayu adalah industri penting yang menyumbang kepada ekonomi negara. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan khas telah menyatakan bahawa kejatuhan dalam sektor komuniti akan diimbangi oleh

final • 5:17 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

pendekatan eksport bahan buatan yang termasuk produk-produk berasaskan kayu.

Pada masa ini negara kita mengeksport produk-produk berasaskan kayu pada 191 negara dengan tiga segmen yang terbesar adalah kepada Jepun (21%), Amerika Syarikat (12%) dan Kesatuan Eropah (9%). Dasar Perindustrian Kayu Negara (NATIP) telah meletakkan sasaran eksport bagi pendapatan tahunan produk berasaskan kayu kepada RM53 bilion pada tahun 2020 dengan lebih pendekatan kepada aktiviti hiliran yang ditambah nilai. 60% daripada pendapatan eksport yang bernilai RM31.8 bilion dijangka akan disumbangkan oleh industri perabot dan produk hiliran yang lain.

final • 5:17 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Di antara produk berasaskan kayu, perabot merupakan penyumbang utama terhadap eksport negara.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia merupakan salah satu dari salah sebuah negara pengeksport perabot dunia. Nilai eksport telah meningkat dari RM7.4 bilion pada tahun 2013 kepada RM8.01 bilion pada tahun 2014 iaitu peningkatan sebanyak 8.9%.

Menurut Majlis Promosi Perabot Malaysia, pemain industri perabot ini dengan mata wang USD yang semakin kukuh, Malaysia dapat menyaksikan pertumbuhan dua angka tahun ini. Bagi menjana pertumbuhan yang dijangka ini, bekalan pekerja asing menjadi kunci utama bagi industri perabot. Memandangkan industri perabot menekankan kualiti perabot yang mempunyai nilai tinggi, pekerja asing diperlukan untuk meletakkan kemasan terakhir pada produk perabot yang boleh memenuhi permintaan tinggi pasaran negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Walaupun kerajaan menekankan peri pentingnya automasi di dalam sektor pembuatan, di mana sektor perabot yang memerlukan kerajinan atau nilai seni yang tinggi untuk automasi dengan mesin tidak boleh digunakan sepenuhnya kerana tidak menghasilkan kekemasan yang bermutu tinggi. Oleh yang demikian, pemain industri perabot telah membuat satu permohonan supaya pekerja asing dari Bangladesh boleh diambil semula bagi industri perabot.

Tuan Yang di-Pertua, menurut industri perabot, pekerja Bangladesh merupakan pekerja asing yang paling sesuai untuk bekerja di dalam industri ini kerana banyak faktor. Akan tetapi., kemasukan pekerja Bangladesh telah dibekukan kecuali pekerja yang berkemahiran. Ini telah mengekang pertubuhan dan peningkatan nilai eksport perabot. Antara faktor yang menyumbang terhadap kesesuaian pekerja asing dari Bangladesh adalah seperti berikut.

Pertama, pekerja Bangladesh telah berada di dalam industri selama lima hingga 10 tahun. Dua hingga tiga tahun dari tempoh mereka tinggal di sini digunakan untuk melatih pekerja asing untuk menghasilkan mutu kerja dan penelitian di dalam kerja tangan. Pekerja dari Myanmar dan Nepal berada di dalam industri hanya selama dua hingga tiga tahun secara purata.

Kedua, persekitaran pembuatan perabot merupakan persekitaran dengan izin, 3D iaitu difficult, dirty dan dangerous. Kesukaran persekitaran yang berdebu dan membahayakan merupakan faktor utama ramai pekerja tempatan tidak tahu bekerja di dalam sektor ini. Akan tetapi, pekerja asing dari Bangladesh mempunyai kesanggupan yang tingi untuk bekerja di dalam persekitaran 3D. Di samping itu, pekerja Nepal yang bekerja hanya menjadikan Malaysia sebagai ‘batu loncatan’ untuk bekerja di negara lain.

Ketiga, oleh kerana pekerja asing Bangladesh merupakan penganut Islam, mereka tidak ada atau kurang bermasalah daripada segi pengambilan arak dan masalah mabuk.

final • 5:20 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Keempat, dari segi masalah sosial, peluang kerja bagi masyarakat tempatan tidak akan terjejas kerana pekerjaan yang ditawarkan kepada pekerja asing merupakan kerja yang paling bawah di dalam carta organisasi. Dengan adanya pekerja asing dari Bangladesh, lebih ramai rakyat tempatan boleh mengambil tempat di dalam kerja-kerja penyediaan.

Ada juga pandangan bahawa pekerja Bangladesh lelaki akan menjalankan hubungan dengan wanita Muslim tempatan dan menyumbang kepada masalah sosial dan moral. Di dalam konteks sektor pembuatan perabot, kemungkinan untuk masalah sosial ini berlaku amatlah tipis. Ini adalah kerana di dalam persekitaran 3D, tidak ada atau jarang pekerja wanita akan bekerja di kilang-kilang perabot iaitu hampir 1% pekerja adalah lelaki. Tambahan pula, kilang-kilang perabot berada di dalam cluster atau kelompok di daerah-daerah tertentu iaitu di Muar, Sungai Buloh, Klang dan kesemua cluster ini terpisah dari kawasan perumahan. Masa bekerja juga panjang dan pekerja-pekerja asing ini tinggal di asrama yang disediakan oleh majikan.

Kelima, pekerja Bangladesh lebih bersikap disiplin dan menurut kata majikan berbanding pekerja dari negara lain. Ini adalah penting kerana masa untuk melatih pekerja tersebut boleh dikurangkan. Justeru itu, meningkatkan nilai dan keuntungan industri perabot.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya keperluan yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu hanya pekerja asing Bangladesh yang mahir sahaja boleh diambil patut disemak semula supaya bukan saja pekerja mahir dapat diambil, tetapi pekerja tidak mahir juga dapat diambil pada semua peringkat.

Ini adalah kerana keperluan pekerja yang tidak mahir lebih mendesak dan diperlukan oleh industri perabot.

Selain daripada itu, terdapat ramai pekerja Bangladesh yang bekerja di Malaysia yang menghampiri had 10 tahun bekerja. Apabila mereka tamat tempoh bekerja di Malaysia menjelang tahun 2016, terdapat banyak kekosongan pekerja terlatih yang membimbangkan industri. Oleh itu, saya memohon kepada kerajaan supaya mempertimbangkan tempoh lanjutan bagi pekerja Bangladesh yang sudah terlatih ini atau membenarkan pengambilan pekerja asing Bangladesh baru.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengemukakan isu-isu di kawasan Parlimen Tanjong Piai iaitu berkaitan dengan pembinaan sistem kumbahan di perkampungan Kukup Laut dan Kampung Air Masin. Tuan Yang di- Pertua, isu ini pernah saya kemukakan di Dewan yang mulia ini, tetapi hingga kini masih belum ada cara penyelesaian. Isu tersebut adalah di bawah ke Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada 18 Mac 2012 yang lalu, mantan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah menyampaikan hak milik lot kediaman kedai dan chalet kepada lebih 400 buah rumah penerima di kawasan perkampungan Kukup Laut dan Kampung Air Masin Pontian yang merupakan penempatan di atas air dan merupakan pertama di Malaysia kurniaan seumpama ini. Walaupun perkampungan tersebut telah mendapat geran hak milik, tetapi oleh kerana perkampungan tersebut yang berasal dari sebuah penempatan tradisional di atas air, maka banyak kemudahan asas seperti laluan keluar masuk dan khasnya sistem kumbahan tidak berada dalam keadaan yang sempurna dan memuaskan.

Perkampungan Kukup Laut merupakan sebuah destinasi pelancongan yang popular dan berkembang maju. Setiap hujung minggu dan cuti sekolah belasan bas pelancong datang ke perkampungan tersebut untuk merasai pengalaman tinggal di chalet atau rumah di atas air selain daripada menikmati makanan laut yang bajet. Oleh itu, sebuah sistem kumbahan yang dapat menjamin keselesaan dan kesejahteraan penduduk tempatan mahupun pelancong asing amat diperlukan sesuai dengan peranan sebagai destinasi pelancongan selain dari

final • 5:20 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

pintu masuk serta melalui Jeti Antarabangsa Kukup yang hanya terletak beberapa meter daripada jambatan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah bersetuju satu pelan tindakan pembangunan sistem pembetungan yang lebih menyeluruh dibangunkan bagi penyediaan infrastruktur kemudahan rawatan kumbahan. Pihak kementerian yang berkenaan juga telah memohon peruntukan penyediaan kajian dan tapak sistem pembetungan di perkampungan tersebut. Sehubungan dengan itu, saya meminta kementerian berkaitan dapat memuktamadkan kajian menyeluruh kaedah dan pendekatan sesuai bagi menaik taraf sistem kumbahan dan sanitari agar dapat dibina sebuah sistem kumbahan yang mesra alam dan menjadi contoh kepada penempatan sedemikian yang ada di seluruh negara.

Saya juga difahamkan baru-baru ini Menteri Pelancongan telah melawat perkampungan atas air Kukup pada 12 Mac 2015 yang lalu. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan yang telah meluangkan masa untuk berkunjung ke Kukup. Dengan kesempatan ini juga saya memohon agar Kementerian Pelancongan Malaysia dapat menyalurkan peruntukan yang sesuai bagi membangunkan dan menambah baik kemudahan prasarana pelancong di kawasan berkenaan. Sebagai contoh, tandas awam adalah di antara kemudahan pelancong yang sangat diperlukan di kawasan tersebut. Pada masa sekarang, pelancong hanya menumpang tandas di kedai-kedai persendirian yang sudah tentu tidak mencapai mutu kebersihan yang sepatutnya.

Selain daripada itu, kementerian boleh membantu pertubuhan pelancongan di Kukup melalui penyediaan billboard bersaiz besar untuk menggamit pelancong datang ke Kukup atau lain-lain promosi yang sesuai.

Dengan yang demikian, kawasan pelancongan Kukup yang juga sebagai pintu masuk menggunakan jalan air dari Selatan diharap dapat berkembang maju dan sekali gus menjadi tempat menjana ekonomi penduduk.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang seterusnya ialah berkaitan dengan pemindahan pulau buatan di Tanjung Piai. Pembangunan projek berskala besar di Tanjong Piai telah memberikan impak ekonomi dan sosial kepada masyarakat di Tanjong Piai. Kesan positif tentulah peluang pekerjaan dan penambahan peluang ekonomi kepada masyarakat memang tidak dapat disangkal.

final • 5:20 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Saya difahamkan sebuah lagi projek berskala besar iaitu sebuah hab logistik petrokimia akan dibangunkan dengan membina pulau buatan seluas 1,000 ekar di laluan Selat Tanjong Piai. Sudah tentu projek tersebut akan memberi impak kepada sistem ekologi yang akhirnya memberi kesan kepada pendapatan nelayan pantai. Difahamkan projek tersebut telah mendapat kelulusan mesyuarat oleh Jabatan Alam Sekitar. Oleh sebab itulah kerja awal telah dimulakan.

Pengalaman lalu nelayan pantai dengan projek seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas, projek jana kuasa arang batu Tanjung Bin dan petrokimia jelas memberikan impak negatif yang sangat ketara di mana pendapatan nelayan pantai jelas terjejas. Justeru, adakah perkara ini diberi perhatian dalam fikiran semua pihak yang terlibat dengan projek mega tersebut. Saya ingin tahu, apakah langkah-langkah jangka pendek dan panjang yang disediakan bagi membantu nelayan yang terjejas supaya kehidupan mereka mendapat pembelaan agar kumpulan ini tidak menjadi mangsa pembangunan.

Isu yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan talian telefon tetap atau internet. Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir ini merupakan kemudahan asas yang utama pada hari ini ialah jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air bersih dan sistem telekomunikasi. Pada hari ini sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat, keperluan sistem telekomunikasi menjadi keperluan yang sangat

final • 5:30 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

utama. Keperluan daripada talian telefon dan internet sama pentingnya dengan keperluan elektrik dan air.

Tanpa talian telefon dan internet akan menjejaskan banyak aktiviti masyarakat. Walaupun kemudahan telefon mudah alih mungkin ada, namun keperluan-keperluan seperti urusan menghantar dokumen melalui faks masih memerlukan talian tetap. Ketiadaan talian telefon juga menjejaskan produktiviti syarikat dan turut menjejaskan peluang pelabur untuk melabur di sesuatu kawasan.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat dan aduan orang ramai, masalah ketiadaan talian telefon di kawasan perumahan baru sangat mengecewakan masyarakat. Sudah sampai waktunya pihak berkuasa tempatan mengenai peraturan yang hanya akan mengeluarkan sijil kelayakan menduduki premis atau CFO sekiranya pemaju perumahan menyediakan infrastruktur bagi talian telefon.

Saya juga ingin mendapat penjelasan, sejauh mana penekanan yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan khasnya majlis daerah dalam menangani isu ketiadaan pelaksanaan talian telefon seperti yang berlaku di Taman Kiara 1, Pekan Nanas dan di sebahagian Taman Sri Sentosa Pekan Nanas supaya tidak terus menjadi rungutan dan aduan rakyat di taman-taman perumahan dalam pembinaan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, susulan daripada masalah ketiadaan talian telefon di taman-taman perumahan baru, isu kualiti perkhidmatan TM juga menjadi rungutan orang ramai. Majoriti aduan hari ini adalah berkaitan dengan perkhidmatan internet. Ia berkisar kegagalan sistem, ketiadaan capaian internet, kadar capai yang rendah dan melambatkan proses memuat naik atau memuat turun dan sistem internet yang tidak stabil untuk talian tetap.

Kesemua ini menjadi rungutan ramai, keperluan internet pada hari ini sudah menjadi kemestian terutamanya kepada generasi Y. Hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat menjadi celik IT dan menggunakan segala kemudahan aplikasi yang ada tidak akan tercapai kalau perkara asas tidak dilaksanakan. Dunia telah bercakap tentang fiber optic tetapi majoriti talian yang ada masih kabel lama yang usang. Sehubungan itu, di Dewan yang mulia ini, saya ingin membangkitkan pertanyaan, apakah langkah-langkah yang akan dilaksanakan oleh agensi seperti Telekom Malaysia dalam menyesuaikan keperluan prasarana komunikasi alaf sekarang?

Akhir sekali, saya memohon agar segala isu yang dibangkitkan dapat diberi perhatian oleh kerajaan. Saya mohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Lanang.

final • 5:30 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin membawa satu isu dokumentasi pengenalan atau identification documentation yang telah ditujukan ke pejabat saya, ke Dewan yang mulia ini.

Seorang bapa yang bernama Sudin anak Berangkut mengadu bahawa anak-anaknya tidak dapat daftar masuk sekolah. Isterinya pula Lily anak Pasang, seorang Iban dari rumah panjang di Sungai Pasai, Sibu tidak mempunyai kad pengenalan kerana ibu bapanya tidak mempunyai kad pengenalan semasa dia dilahirkan. Pada tahun 2007, bapanya Pasang anak Lasau, telah memohon dan memperoleh kad pengenalannya semasa umur beliau 42 tahun. Lily sendiri telah

final • 5:34 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

memohon untuk surat kelahiran supaya dapat memohon kad pengenalan pada Julai 2014 dan sehingga kini masih tiada sebarang maklumat daripada JPN.

Oleh sebab Lily tiada kad pengenalan, taraf kewarganegaraannya masih adalah satu tanda tanya dan secara langsung, ini telah menyebabkan keempat- empat anaknya tidak mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia. Semasa anak sulung Lily dilahirkan, dia diberi satu sijil cabutan dari Jabatan Pendaftaran Kelahiran yang mempunyai nombor kad pengenalan di ruang atas sebelah kanan dalam sijil tersebut. Anak kedua pula mempunyai sijil daftar kelahiran yang tidak mempunyai nombor kad pengenalan.

Anak ketiga Lily dilahirkan di Kuching dan langsung tiada rekod atau sijil cabutan dari daftar kelahiran dan anak bongsunya yang dilahirkan di Sibu mempunyai sijil daftar kelahiran seperti anak keduanya. Saya ingin tahu, apakah SOP yang terdapat di JPN untuk mendaftar kelahiran di Sarawak dan juga di Malaysia? Kenapa di Sibu dan di Kuching pula mempunyai SOP yang berbeza?

Tuan Yang di-Pertua, anak sulung yang berumur sembilan tahun sekarang dapat masuk sekolah rendah kerajaan oleh sebab dia mempunyai nombor kad pengenalan dan anak kedua yang berumur tujuh tahun tidak diterima masuk sekolah kerana tidak mempunyai nombor kad pengenalan walaupun mempunyai sijil kelahiran. Bapanya telah cuba untuk memasukkan permohonan daftar masuk sekolah tetapi diminta untuk memohon sebagai bukan warganegara. Untuk permohonan murid bukan warganegara, dia perlu mengisi borang dan perlu melampirkan banyak dokumen untuk mengesahkan permohonan beliau untuk anaknya. Beliau dikehendaki untuk melampirkan pasport serta menyatakan negara asal anak dan sebagainya. Okey...

final • 5:34 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Ya, Yang Berhormat Lanang, hendak minta penjelasan.

final • 5:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 5:34 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Ini isu berkenaan dengan kewarganegaraan yang telah pun juga saya bangkitkan pada sesi yang lalu di mana kes anak luar nikah kedua-dua ibu bapa di mana ibu adalah seorang warga asing. Anak tersebut tidak akan mendapat warga negara walaupun selepas kelahiran kedua-dua ibu bapa mendaftarkan perkahwinan mereka. Jadi masalah itu sudah bangkit seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat lanang ini, ia menimbulkan masalah persekolahan. Mereka tidak dapat masuk ke sekolah kerajaan dan juga jika perlu rawatan di hospital, mereka diklasifikasikan sebagai warga asing.

Walaupun kemudiannya ibu bapa mereka mendaftarkan perkahwinan mereka, mereka langsung tidak akan diberikan kewarganegaraan. Adalah satu ketidakadilan kepada mereka kerana ia adalah satu isu teknikal sebab ada ibu bapa yang tidak tahu dan tidak mendaftarkan perkahwinan mereka dan jika ibu adalah warga asing maka anak mereka juga adalah seorang warga asing.

Jadi saya tanya Yang Berhormat Lanang, setujukah dengan saya, perlu kerajaan memberi prihatin dan perhatian kepada isu ini dan selesaikan masalah ini, bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, di semenanjung Malaysia juga banyak kes sedemikian. Kenapa kerajaan tidak hendak berikan kewarganegaraan kepada mereka? Setuju atau tidak?

final • 5:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Ipoh Timur, itu pun isu yang sedang diutarakan oleh Yang Berhormat Lanang.

final • 5:34 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Saya amat setuju dengan Yang Berhormat Ipoh Timur. Jadi masukkan ucapan Yang Berhormat Ipoh Timur ke dalam ucapan saya. Untuk memohon daftar masuk sekolah bukan warganegara,

final • 5:34 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

beliau diminta untuk mengikuti satu pemeriksaan kesihatan termasuklah x-ray dan sebagainya yang berharga RM400 di poliklinik. Dalam keadaan kekangan kewangan, si ayah tidak dapat membayar kos pemeriksaan kesihatan serta yuran bagi pelajar bukan warganegara. Oleh itu anak kedua ini sekarang tidak bersekolah.

Tuan Yang di-Pertua, saya menerima jawapan bertulis yang bertarikh 11 Mac 2015 iaitu minggu lepas. Dimaklumkan bahawa permohonan daftar lewat kelahiran dan kad pengenalan bagi kelahiran yang berlaku di rumah panjang, proses pengeluaran sijil daftar lewat kelahiran akan mengambil masa selama satu hingga tiga bulan bekerja.

final • 5:34 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Bagi permohonan daftar lewat kad pengenalan pula yang merujuk kepada pemohon yang berumur 16 tahun dan ke atas yang masih belum memohon kad pengenalan, permohonan tersebut akan diproses dan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan bermula daripada tarikh permohonan lengkap diterima dan dirujuk kepada panel daftar lewat kad pengenalan.

Akan tetapi dalam kes ini, Lily belum lagi menerima apa-apa maklumat daripada JPN Sibu walaupun selepas lapan bulan. Nasihat Pegawai JPN adalah tunggu sahaja. Akibat kelewatan pengeluaran sijil kelahiran dan MyKad dari JPN kepada Lily telah mengakibatkan kesengsaraan bukan sahaja untuk Lily tetapi anaknya yang tidak dapat mendaftar masuk ke sekolah. Kini peluang pendidikan anaknya telah dirampas oleh JPN. Persoalan saya adalah apakah rancangan KDN untuk mengelakkan kes ini daripada berlaku lagi? Apakah usaha KDN untuk memastikan proses permohonan pendaftaran lewat kelahiran dan kad pengenalan dapat dijalankan dengan lebih cepat dan lancar?

Pada masa yang sama, saya juga minta kerajaan supaya mengurangkan kos pemeriksaan kesihatan kepada kaum Iban dan semua yang ditimpa nasib yang sama yang masih tidak mempunyai kad pengenalan supaya ia tidak lagi menambah kepada penderitaan mereka. Selain itu, saya juga minta Kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan borang khas bagi mereka yang belum ada MyKid tetapi merupakan anak kelahiran Malaysia supaya mereka tidak dihalang masuk sekolah dan mendapat peluang pendidikan awal seperti kanak-kanak kelahiran Malaysia yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa permohonan kad pengenalan baru tidak diwajibkan sekiranya mikrocip kad pengenalan yang ada masih berfungsi dengan baik. Akan tetapi, berdasarkan beberapa aduan yang telah saya terima, semasa seseorang ingin memperbaharui pasportnya di Jabatan Imigresen Malaysia di Sibu, permohonan mereka ditolak atas sebab kad pengenalan baru dengan mikrocip baru diwajibkan.

Dari Jabatan Imigresen Malaysia ke JPN untuk memperbaharui MyKad diberitahu pula tidak payah kerana mikrocip dalam kad lama masih berfungsi dengan baik. Saya tidak pasti sama ada insiden ini berlaku di sebelah Semenanjung Malaysia ini tetapi ini membawa kesulitan kepada semua warga Malaysia dalam memohon untuk pasport baru dan sebagainya. Saya ingin minta penjelasan daripada KDN sama ada permohonan kad pengenalan baru diwajibkan atau tidak dan adakah kad pengenalan baru diperlukan untuk permohonan pembaharuan pasport.

Isu yang seterusnya, saya ingin minta kerajaan supaya menangguhkan pelaksanaan GST kepada satu tarikh yang belum dan tidak dapat ditentukan lagi.

Saya rasa semua rakyat Malaysia belum bersedia dengan pelaksanaan GST.

Nampaknya kerajaan sahaja yang beria-ia ingin mengimplementasikan GST.

Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bagan, banyak kedai telah tutup, telah gulung tikar kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat GST yang ditentukan oleh pihak kerajaan.

final • 5:40 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Bagan kerana banyak kedai runcit atau mini supermarket di Sibu bercadang tutup sebelum 1 April 2015 berdasarkan perbualan saya dengan mereka baru-baru ini. Kos untuk memenuhi syarat-syarat GST membawa banyak kesulitan kepada pemilik-pemilik tersebut dan melibatkan kos yang tinggi juga.

Sekali lagi saya memohon kerajaan supaya mengecualikan semua ubat- ubatan daripada GST kerana rakyat tidak ada pilihan untuk sama ada berada dalam keadaan sihat atau sakit. Keadaan kesihatan seseorang bukanlah dalam tangan mereka sendiri. Seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat kata caj GST 6% juga dikenakan ke atas Kotex. Jadi saya juga harap...

final • 5:40 PM

Seorang Ahli

Apa?

final • 5:40 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Kotex, tuala wanita. Jadi saya juga bercadang untuk meminta kerajaan supaya mengecualikan semua brand tuala wanita kerana kita pun tidak ada pilihan sama ada kita mahu menggunakan tuala wanita atau tidak.

Selain itu, saya juga telah menerima aduan daripada rakyat berhubungan dengan cukai GST 6%...

final • 5:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Lanang, saya hendak tanya sikit.

final • 5:40 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Saya tidak ada masa. Nanti.

final • 5:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Bagilah masa sikit.

final • 5:40 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Nanti, nanti.

final • 5:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ubat Yang Berhormat Lanang, bukan tuala wanita.

final • 5:40 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Nantilah, nantilah.

final • 5:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sikit saja. Nanti dah lari topik.

final • 5:40 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Selain itu, saya juga...

final • 5:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Lanang, nanti dah lari topik.

final • 5:40 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Nanti. Ke atas transaksi pengeluaran wang dari ATM yang bukan dari bank mereka. Cek yang dikeluarkan dikenakan 50 sen sejak 2 Januari 2015 dan akan dikenakan 6% GST mulai 1 April 2015. Walaupun caj interbank transfer atau IBG telah diturunkan dari RM2 kepada 10 sen, tetapi cukai 6% akan tetap dikenakan ke atas caj transfer. Apa yang membimbangkan rakyat selain daripada cukai GST adalah betapa selamatnya IBG transfer. Apakah rancangan kerajaan untuk menjamin keselamatan IBG dan apakah rancangan kerajaan ke atas phishing site yang masih banyak di talian supaya rakyat tidak terperangkap dalam laman-laman web tersebut.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Bangun]

final • 5:40 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Saya izinkan.

final • 5:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Lanang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Lanang, sebenarnya ubat ini, yang untuk pesakit-pesakit yang datang ke hospital kerajaan dan juga swasta tidak dikenakan GST. Cuma yang mendapat rawatan dari hospital swasta dengan pakar-pakar sahaja dikenakan GST dan mereka pun layak dan mampu untuk bayar.

final • 5:40 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Saya faham tetapi banyak lagi ubat yang dikenakan GST terutama ubat penyakit barah, mereka tidak ada pilihan.

Kadangkala di hospital...

final • 5:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ubat penyakit barah tidak kena, Yang Berhormat Lanang. Yang Berhormat Lanang baca buku mana ini?

final • 5:40 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Ada banyak ubat di hospital, mereka suruh pesakit beli di luar dan hospital tidak membekalkan ubat-ubatan.

final • 5:40 PM

Seorang Ahli

Buku Jingga

final • 5:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Oh, Buku Jingga.

final • 5:40 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Tuan Yang di-Pertua, isu yang seterusnya adalah isu BR1M. Saya telah menerima banyak aduan bahawa mereka yang telah menerima BR1M 1, BR1M 2, BR1M 3 kini tiba-tiba tidak layak mendapat BR1M tahun ini. Apabila dihubungi, mereka mendapati bahawa status mereka masih dalam proses. Ada juga yang telah diluluskan tetapi masih belum menerima duit mereka. Saya sendiri telah membantu seorang pemohon untuk mengemaskinikan maklumat beliau seperti nombor akaun serta maklumat akaun simpanan bank beliau tetapi beliau telah menerima surat bahawa maklumat tidak diterima dan pemohon diminta pergi ke bank untuk menuntut bayaran BR1M nya.

Saya ingin bertanya di sini, apakah rancangan kerajaan untuk memastikan permohonan BR1M diterima secara automatik dan pemprosesan dapat dijalankan dengan lebih lancar dan tidak lagi membawa sebarang kesulitan kepada rakyat yang layak menerimanya? Bilakah tarikh tutup untuk mereka memasukkan rayuan apabila permohonan mereka ditolak?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa isu harga gas ke Dewan yang mulia ini. Adakah kementerian sedar bahawa gas setong di Sibu dijual pada harga RM33 walhal harganya RM26.60 mengikut maklumat dalam akhbar baru- baru ini. Saya ingin tahu sama ada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyiasat atau mengkaji perkara ini. Saya juga ingin tahu sama ada kementerian menetapkan satu harga maksimum untuk setong gas termasuk handling charges yang akan dikenakan.

Selain itu, kekurangan petrol RON97 atau kehabisan stok petrol sering berlaku apabila harga petrol turun. Apakah yang telah dilakukan oleh kementerian untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang dan apakah inisiatif kerajaan untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang lagi?

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini tiada maklum balas daripada KPDNKK apabila aduan dibuat. Rakyat berasa tidak puas hati apabila aduan mereka tidak dilayan dan ia seakan kerajaan tidak ada kuasa untuk menangani masalah ini apabila rakyat ditipu terutama membeli barangan. Saya mohon penjelasan daripada KPDNKK.

Akhir sekali, saya ingin minta penjelasan daripada Menteri Kewangan sama ada penempatan kerja di LHDN atau Lembaga Hasil Dalam Negeri mempunyai syarat-syarat tertentu dalam penempatan pegawai baru.

final • 5:40 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Sebagai contoh, adakah pegawai baru yang berasal dari Sibu ditempatkan untuk bekerja di Kuching dan pegawai dari Kuching ditempatkan di Miri dan sebagainya? Bukankah ia lebih menjimatkan kos sekiranya mana-mana pegawai ditempatkan di pejabat LHDN dari kawasan yang lebih dekat dengan tempat asal mereka? Ini sudah tentu akan menjimatkan elaun yang perlu dibayar apabila mereka bekerja di tempat lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di sini sebagai wakil rakyat dari Lanang yang diberi mandat oleh warga Sarawak untuk membawa suara pengundi saya ke

final • 5:50 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Parlimen. Saya berharap pihak kerajaan akan memberi penjelasan bagi kesemua persoalan saya di Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Samarahan.

final • 5:50 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya juga ingin hendak mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk turut serta membahas Usul Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang merahmati dan memberkati Baginda dan juga negara yang kita cintai.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya bermula dengan merakamkan ucapan rasa simpati rakyat Kota Samarahan khususnya kepada mereka yang terlibat dalam bencana banjir baru-baru ini. Semoga Allah SWT terus meletakkan kita di bawah naungan limpah rahmat-Nya dan menjadikan hati kita kekal utuh menerima ujian dari-Nya. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa bangga atas usaha dan kerjasama yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik, agama, kaum dan pangkat untuk sama- sama turun membantu mangsa banjir yang telah berlaku baru-baru ini.

Di sini saya ingin hendak mengambil kesempatan dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rombongan BNBBC yang diketuai oleh Tan Sri Shahrir dan juga Yang Berhormat Baling yang turut membantu mangsa-mangsa banjir di Sarawak, khasnya di kawasan saya. Terima kasih rombongan BNBBC. Dalam kejadian yang berlaku ini, banyak iktibar dan pengajaran yang boleh diambil. Antara yang paling penting ialah hikmah pemupukan perpaduan antara rakyat dalam negara kita sendiri yang sama-sama bersatu padu dalam usaha kita menangani banjir baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, menurut perangkaan Majlis Keselamatan Negara, menunjukkan jumlah mangsa banjir yang terlibat di seluruh negara mencapai hampir 200,000 orang. Oleh itu, saya merasakan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri perlu bersama-sama untuk mengenal pasti sebab dan faktor yang menyebabkan berlakunya banjir dan sekurang-kurangnya mencari resolusi dan penyelesaian yang terbaik bagi menangani masalah ini, seperti menyediakan sistem perparitan yang baik ataupun mendalamkan sungai-sungai ataupun mengawal aktiviti-aktiviti manusia yang telah menyebabkan dan menggalakkan bencana banjir pada kali ini.

Saya ingin membawa perhatian Dewan kepada masalah yang berlaku di Kota Samarahan. Masalah banjir yang berlaku di Kota Samarahan ini saban tahun atau setiap tahun berlaku. Kita mendapati isu utama yang menyebabkan banjir adalah masalah penyelenggaraan sungai, masalah penyelenggaraan longkang, masalah penyelenggaraan saliran yang tidak diurus tadbir dengan baik oleh pihak- pihak yang bertanggungjawab, yang mana apabila hujan melebihi turun telah menyebabkan limpahan air dengan begitu cepat sekali di kawasan kita.

Oleh itu, saya menyeru kepada kerajaan supaya dapat mempertimbangkan permohonan-permohonan penyelenggaraan- penyelenggaraan sungai yang terdapat khasnya di Sarawak khususnya di Kota Samarahan yang mana banyak sungainya yang telah cetek, saliran-saliran yang tidak diselia dengan baik. Misalannya di kawasan saya yang terjejas teruk oleh banjir baru-baru ini, penyelenggaraan sungai yang perlu antaranya ialah Sungai Stigang, Sungai Tuang, Sungai Rembus, Sungai Moyan Laut dan sebagainya.

Saya dimaklumkan oleh pihak ataupun agensi yang berkaitan bahawa peruntukan penyelenggaraan sungai dan saliran untuk negeri Sarawak adalah

final • 5:51 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

terhad. Saya dimaklumkan tahun lepas hanya RM17 juta sedangkan kita tahu Sarawak ini satu muka bumi yang luas, yang banyak sungai dan sistem salirannya dan sudah semestinya memerlukan peruntukan yang banyak bagi memastikan sistem saliran kita lebih teratur pada masa akan datang.

Bagi saya, jika proses penyelenggaraan sungai ini dilakukan dengan baik dan sistematik, isu banjir dapat kita elakkan ataupun kita kurangkan. Oleh itu, saya amat menyeru kepada kerajaan dan juga kementerian untuk mengambil serius perkara ini dan perlu diberi peruntukan yang besar untuk kerja-kerja penyelenggaraan yang telah saya sebutkan tadi.

Begitu juga saya bersetuju dengan beberapa orang Ahli Parlimen yang memberi cadangan agar SOP untuk menghadapi bencana banjir ini kita kaji semula. Banyak aspek yang boleh kita perkemaskan pada masa akan datang terutamanya daripada sudut delegation of power. Seperti Ahli Parlimen yang lain saya bersetuju menyatakan MKN ini hanya satu badan yang terdapat di negeri.

Kalau di Sarawak, satu sahaja Majlis Keselamatan Negara tetapi kalau ada delegation of power diberi kepada pegawai daerah, kepada residen, saya rasa pengurusan banjir yang lebih sistematik dapat dilaksanakan dan usaha-usaha menyelamat ataupun usaha-usaha membasmi banjir ini dapat diselia dengan begitu baik sekali pada masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang ingin saya hendak bawa di sini ialah berkaitan dengan GST. Kita seperti sedia maklum, GST dapat meningkatkan hasil pendapatan negara dan sekali gus memperbaiki kedudukan fiskal negara. Cukai GST, kita sudah tahu satu sistem percukaian yang telus, satu cukai yang efisien dan bukanlah satu cukai yang baru. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bagan yang menyatakan GST ialah cukai kepenggunaan. Banyak kita guna barangan dan perkhidmatan, banyak kita dikenakan cukai. Jadi secara tidak langsung, orang-orang yang kurang berkemampuan, yang kurang peluang untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan secara tidak langsung tidak terkesan oleh GST.

Tuan Yang di-Pertua, dengan pelaksanaan GST, saya percaya ekonomi negara akan lebih rancak dan tersusun dari sudut kutipan cukai. Namun apa yang saya rasa lebih penting adalah bagaimana hasil yang diperoleh nanti dimanfaatkan semaksimumnya untuk kepentingan rakyat. Di peringkat awal, saya pasti ada sedikit kekeliruan dan ketidakaturan apabila GST dilaksanakan nanti.

Apabila telah stabil, insya-Allah, masalah berjaya dikenal pasti, saya pasti GST akan menampakkan manfaatnya terhadap negara. GST merupakan satu komitmen daripada semua pihak sama ada kerajaan, peniaga mahupun pengguna dan situasi ini memerlukan win-win situation dengan kesemua pihak yang terlibat.

Jadi dengan ini, saya cuma mengharapkan kerajaan dapat mengkaji ataupun menilai semula kaedah-kaedah ataupun saluran-saluran penyampaian maklumat yang tepat tentang GST di peringkat akar umbi khasnya di luar bandar terutamanya di negeri Sarawak.

final • 5:51 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Kita berharap pemahaman terhadap cukai ini akan memberi satu impak yang besar, satu kefahaman yang besar kepada masyarakat dan mampu menyokong arah kerajaan pada masa ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketiga yang ingin saya kemukakan di sini ialah berkaitan dengan isu pendidikan. Sistem pendidikan negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan juga kemampuan negara. Dalam evolusi tersebut terdapat banyak isu dan cabaran yang telah berlaku dalam pendidikan di negara kita. Jadi, tahniah kepada kerajaan dan juga kementerian akan kejayaan demi kejayaan yang telah tercapai dalam aspek pendidikan ini.

final • 6:00 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga menyedari pelaburan dalam bidang ini adalah prasyarat untuk sebuah negara yang makmur dan pembangunan rakyat yang sejahtera. Setiap tahun menyaksikan peruntukan besar diberikan kepada bidang pendidikan dan didapati hasil yang diperoleh tidak setara dengan pelaburan yang telah ditetapkan. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan bahawa sesungguhnya sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak masih memerlukan penambahbaikan infrastruktur dan prasarana yang lebih lengkap dan lebih baik pada masa ini dan masa akan datang.

Bagi kemudahan pendidikan, kerajaan perlu meningkatkan lagi kemudahan infrastruktur di sekolah bagi memudahkan proses pengajaran dan proses pembelajaran agar dapat berjalan dengan selesa. Misalnya, di Kota Samarahan. Jumlah sekolah menengah yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelajar yang berlebihan.

Oleh yang demikian, saya sebagai wakil rakyat Samarahan, ingin memohon kepada kerajaan untuk mempertimbangkan membina sebuah sekolah menengah baru di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. Ini menampung keperluan pelajar yang ramai dan juga keperluan jumlah kepadatan penduduk yang bertambah di Kota Samarahan. Begitu juga bagi sekolah rendah. Pihak kita juga masih mempunyai bangunan-bangunan sekolah yang usang, yang daif, yang rosak dan juga uzur strukturnya yang perlu penambahbaikan dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, saya amat berharap pihak kementerian dapat memperbaiki prasarana ini bagi keselesaan dan juga keselamatan guru dan pelajar dalam menjamin kemudahan pembelajaran di sekolah berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, isu kedua pendidikan yang ingin saya utarakan di sini ialah berkaitan dengan penempatan-penempatan guru-guru tempatan anak Sarawak. Pada 9 Februari 2015, Menteri Pendidikan II, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Idris Jusoh pada sidang media selepas menghadiri sesi pendengaran awam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di Dataran Putra Universiti Malaysia Sarawak telah menyatakan, Sarawak masih kekurangan guru tempatan.

Sekali gus, terpaksa bergantung terus kepada tenaga pelajar dari Semenanjung Malaysia.

Bagi tahun ini, Sarawak memerlukan 2,432 guru dan hanya 600 orang guru tempatan sahaja yang dipilih untuk mengajar di Sarawak pada tahun ini.

Pada 13 Februari 2015 yang lalu Menteri Pendidikan telah mengumumkan bahawa Kementerian Pendidikan akan menggubah dasar baru berhubung pengambilan guru menjalani latihan di institusi pendidikan guru dan penempatan guru dari Sabah dan Sarawak. Sebagai wakil rakyat dari Sarawak, saya amat bersetuju dan menyokong penggubalan dasar ini. Kita amat berharap lebih ramai lagi pengambilan guru-guru anak-anak Sarawak dan Sabah untuk menampung keperluan yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, penempatan guru tempatan bagi Sabah dan Sarawak amat penting. Bukan sahaja memberi keselesaan kepada guru dan pelajar, malah mereka lebih tahu selok-belok dan sensitif kepada hasrat dan keperluan penduduk tempatan. Tambahan melalui kaedah ini, dapat membantu kerajaan menjimatkan kos menghantar guru Semenanjung bertugas di Sabah dan Sarawak dengan menggunakan perbelanjaan dan peruntukan tersebut kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih memerlukan seperti meningkatkan infrastruktur dan prasarana pendidikan.

Bagi saya, masalah untuk mendapatkan guru-guru tempatan tidaklah sukar kerana setiap tahun kementerian menerima lebih 70,000 permohonan untuk memasuki bidang perguruan. Oleh itu saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Pendidikan, sejauh mana tindakan terhadap penggubalan isu ini telah dilaksanakan? Adakah kuota pengambilan guru-guru anak Sarawak dapat dipertingkatkan pada masa hadapan?

final • 6:00 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga pendidikan yang ingin saya utarakan di sini ialah saya juga ingin menyentuh berkenaan IPTS yang tumbuh bak cendawan dan tutup pun bak cendawan. Terkini di Sarawak, sebuah IPTS diuar-uarkan akan tutup dan membuat pelajar menjadi mangsa dan dalam keadaan gantung tidak bertali. Ramai pelajar yang terkontang-kanting apabila IPTS ini ditutup. Mereka yang sedang berada dalam semesta awal dan akhir, tidak tahu ke mana arah tuju.

Masalah ini juga menimbulkan kebimbangan dan keraguan di kalangan ibu bapa-ibu bapa mereka. Apa yang mendukacitakan lagi apabila pelajar-pelajar ini terpaksa menanggung beban hutang pelajaran seperti PTPTN dan lain-lain lagi.

Dalam hal ini, saya ingin hendak bertanya kepada pihak kementerian. Apakah tindakan kementerian terhadap isu ini? Apakah yang dilakukan oleh kementerian dalam membantu pelajar-pelajar yang menjadi kerakusan dan ketamakan segelintir pihak yang mengejar keuntungan semata-mata? Selain daripada pelajar, para pensyarah pun menjadi mangsa. Bagaimana kerajaan membantu pensyarah ini menghadapi isu sebegini? Apakah pelan jangka masa panjang bagi mengelak perkara seperti ini berlaku pada masa datang? Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:00 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Yang Berhormat Kota Samarahan.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sekijang bangun.

final • 6:00 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Kota Samarahan. Setuju tidak kalau kita minta supaya pihak Kementerian Pendidikan memantau kolej-kolej swasta ataupun IPTS-IPTS yang ada ini. Terutamanya yang mengalami masalah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Kalau berlaku permasalahan berkaitan dengan kewangan dan sebagainya di peringkat IPTS ini supaya jika berlaku perkara tersebut mungkin pihak kementerian boleh mencadangkan pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah ini untuk kita pindahkan ke IPTS lain ataupun di IPTA yang ada di sekitar tersebut. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Terima kasih pandangan daripada Yang Berhormat Sekijang. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Sekijang, boleh masuk dalam ucapan saya.

Sebenarnya ini antara cadangan-cadangan yang saya hendak kemukakan kepada pihak-pihak tertentu sebelum ini bagi menyelamatkan pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah daripada jadi mangsa keadaan.

Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya yang ingin saya utarakan di sini ialah infrastruktur luar bandar. Sebagaimana dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Baginda telah menekankan bahawa pentingnya infrastruktur dan kemudahan di luar bandar agar pembangunan dapat berjalan seiring antara bandar dan luar bandar bagi memantapkan keselesaan dan kesejahteraan.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada kerajaan dan kementerian yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha memastikan kelengkapan prasarana- prasarana ataupun kelengkapan-kelengkapan di luar bandar seperti ini.

final • 6:00 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Namun begitu sebagai wakil rakyat di Sarawak kita masih lagi mengharapkan bantuan berterusan berkaitan dengan permohonan jalan-jalan kampung. Sarawak merupakan satu negeri yang amat luas. Tanpa peruntukan yang banyak, permohonan-permohonan untuk pembinaan jalan kampung ini sukar kita laksanakan. Walaupun berlaku peningkatan-peningkatan dalam kilometer pembinaan jalan kampung, masih lebih banyak lagi kampung-kampung yang belum mempunyai kemudahan jalan yang lebih sempurna. Oleh itu saya memohon kepada kementerian untuk memfokuskan lagi permohonan-permohonan keperluan jalan-jalan kampung, keperluan jalan-jalan kebun untuk mengeluarkan

final • 6:10 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

hasil tani dan juga keperluan-keperluan kemudahan seperti jambatan dan sebagainya untuk kemudahan penduduk khasnya di Kota Samarahan.

Begitu juga isu berkaitan dengan bekalan elektrik. Pihak kita juga ingin menarik perhatian pihak kementerian dan bertanya kepada kementerian, bagaimana dengan status permohonan RES kita yang saya rasa banyak yang belum dipertimbangkan. Keperluan, keinginan untuk mendapatkan perkhidmatan bekalan elektrik luar bandar ini amat tinggi di Sarawak terutamanya di kawasan saya. Oleh itu saya mohon pihak kementerian untuk melihat dan mempertimbangkan lagi permohonan bekalan elektrik luar bandar dan juga bekalan air luar bandar bagi kawasan-kawasan khasnya Kota Samarahan umumnya di Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir yang saya ingin hendak kemukakan di sini adalah berkaitan dengan kesihatan. Kita sedia maklum kesihatan adalah satu aset yang penting untuk kehidupan kita. Dengan populasi penduduk di Kota Samarahan...

final • 6:10 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

[Bangun]

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Sekijang bangun lagi? Hendak balik, ingat hendak mencelah.

final • 6:10 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Dengan populasi penduduk di Kota Samarahan hampir mencecah 100,000, saya ingin memanjangkan permohonan rakyat Samarahan untuk menikmati kemudahan Hospital Daerah Samarahan. Setakat ini perkhidmatan hospital kita gunakan ialah Hospital Umum Sarawak. Kita tahu kapasiti kemampuan Hospital Umum Sarawak amat terhad, amat sesak masa ini. Kita merasakan dengan jumlah penduduk yang begitu ramai kita memerlukan satu sistem kesihatan yang lebih terurus dan lebih baik. Apatah lagi dengan kawasan kita dipenuhi dengan IPTA, IPTS yang memungkinkan pelbagai keperluan kesihatan di kawasan ini. Jadi saya amat mengharapkan agar kementerian memberi pertimbangan untuk pembinaan Hospital Samarahan ini dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.

Kita juga mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia dalam keadaan yang sihat semuanya. Kita mengharapkan hospital ini dapat memberi perkhidmatan kesihatan terbaik untuk kawasan Samarahan. Saya juga ingin hendak mencadangkan kepada pihak kementerian, agar mempelbagaikan lagi program-program kesedaran kesihatan di kawasan luar bandar terutama dalam memberi maklumat yang tepat tentang kepentingan kesihatan kepada penduduk-penduduk di luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya yakin lagi optimis dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berharap pelaksanaan nasihat dan cadangan Baginda akan meningkatkan lagi pembangunan negara dan rakyat.

Dalam memacu keseragaman kehidupan yang lebih baik. Saya pasti dengan sebuah gagasan besar yang menganjak perubahan untuk seluruh rakyat Malaysia di kota metropolitan dan bandar raya satelit mencakar langit mahupun di kampung dan di desa terpencil, hutan belantara yang tebal berkabus dan di laut samudera yang terbentang luas. Ini dapat dijadikan petanda dalam mengukuhkan kestabilan negara dalam memacu ke arah negara yang maju. Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mohon menyokong.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Lumut.

final • 6:10 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Alhamdulillah, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Membaca sepotong

final • 6:15 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

ayat Al-Quran] Tuan Yang di-Pertua, dalam memperbahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Berkenaan dengan insiden kehilangan MH370, seperti Baginda sesungguhnya kita semua bersimpati dan terkesan pada hari mengingati kehilangan pesawat tersebut pada 8 Mac yang lalu.

Walau bagaimanapun, saya lihat ia tidak memberi significance yang besar kepada waris-waris mangsa kerana kedudukan sebenar pesawat tersebut masih belum diketahui. Lantaran itu sama seperti mereka saya tidak dapat terima kenyataan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera pada 11 Mac 2014 yang mengatakan bahawa MH370 berpatah balik sedangkan MH370 hilang pada 8 Mac 2014.

Soalnya mengapa mereka mengambil masa sehingga tiga hari dalam mengumumkan jika mereka benar-benar yakin dengan maklumat tersebut?

Dalam hal ini saya minta kerajaan tunjukkan kepada Dewan ini rekod video radar sama ada daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ataupun Jabatan Penerbangan Awam menunjukkan MH370 berpatah balik.

Jika kerajaan gagal berbuat demikian kami minta diberi ruang untuk menyoal siasat petugas pengawal lalu lintas udara DCA atau TUDM yang bertugas pada malam kejadian. Supaya dapat kami yakinkan bahawa MH370 benar-benar berpatah balik. Jika tidak dilakukan saya anggap kenyataan Panglima Tentera Udara dan juga Panglima Angkatan Tentera yang sibuk di Langkawi ketika ini telah mengelirukan dunia dan saya desak supaya mereka menarik balik kenyataan tersebut.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai militan IS ataupun militant Islamic State. Saya minta supaya Perdana Menteri memaklumkan kepada Dewan ini siapakah rakyat Malaysia yang telah meletupkan diri mereka di Iraq yang telah menyebabkan lebih 15 orang terkorban. Ini beliau umumkan pada satu perhimpunan pagi di Putrajaya tetapi tanpa memberi nama pengebom tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak fikir rakyat Malaysia sanggup atau berani berbuat demikian. Meskipun tidak berpuas hati dengan tindak tanduk Kerajaan Malaysia yang dianggap zalim dan menindas.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, hasrat dan langkah Perdana Menteri memerangi rasuah amat saya sanjung dan sokong. Soalnya mampukah atau beranikah Perdana Menteri mengarahkan supaya semua wakil rakyat, Menteri termasuk Perdana Menteri sendiri sebagaimana yang disarankan oleh Yang Berhormat Gua Musang mengisytiharkan harta masing-masing kepada SPRM mulai sekarang. Sebagai tanda pemula, beliau benar-benar perang melawan rasuah. Jika ini tidak berani dilakukan maka tidak payahlah Yang Berhormat Pekan cakap mengenai membanteras rasuah.

Sebagaimana kita lihat Tuan Yang di-Pertua, Laporan Jawatankuasa Kira- kira Wang Negara mengenai pengusahaan perolehan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 2010, 2011 dan 2012 melibatkan RM1.2 bilion.

Ini dilaporkan oleh PAC didapati FELDA telah melaksanakan perolehan tanpa melalui kelulusan jawatankuasa dan diluluskan oleh pegawai yang tidak mempunyai kuasa.

FELDA juga telah membuat perolehan yang telah di pecah kecil oleh kerana siling jawatankuasa RM1 juta di pecah kecil. Sebagai contohnya untuk dekorasi dalam Menara FELDA kosnya RM3.65 juta. Oleh kerana kuasa jawatankuasa hanya RM1 juta dipecah kecil sehingga lima kontraktor dan diberi kepada kontraktor yang sama.

final • 6:15 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Ini menunjukkan penyalahgunaan kuasa berlaku di FELDA. Tuan Yang di- Pertua, dalam hal ini saya memohon supaya SPRM melakukan siasatan ke atas FELDA berhubung laporan PAC ini.

Keempat Tuan Yang di-Pertua, dalam menyampaikan rungutan warga ATM, saya minta jawapan Kementerian Pertahanan mengapa tindakan memotong gaji mengikut arahan kerajaan dilakukan dengan cepat. Contohnya yuran sukan, tetapi bila diarahkan membayar imbuhan mengapa perlu menunggu perintah Majlis Angkatan Tentera dan ini mengambil masa dan meresahkan warga angkatan tentera. Dalam hal ini kita minta supaya Kementerian Pertahanan mewujudkan satu sistem yang boleh dirasai selesa kepada warga tentera.

Kelima Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu apakah faedah yang diperoleh oleh Mejar Zaidi selepas diberhentikan selepas 26 tahun berkhidmat dalam Tentera Udara Diraja Malaysia dengan cemerlang. Sudah sepatutnya saya harap Kementerian Pertahanan mengambil faktor itu hendaknya setelah menjatuhkan hukuman ke atas beliau diberhentikan daripada perkhidmatan.

Keenam Tuan Yang di-Pertua, berhubung penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), sudah semestinya ia menjejaskan pengusaha kem-kem PLKN. Dalam hal ini, saya harap kementerian dapat melaporkan implikasi keseluruhan kepada tindakan ini. Soalan saya, benarkan penjimatan RM600 juta dapat dilakukan oleh kementerian atas tindakan ini?

Ketujuh Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat jawapan daripada kementerian berhubung status kontrak pembinaan dua buah kapal latihan Tentera Laut Diraja Malaysia oleh NGV Tech. Sdn. Bhd. yang kini menghadapi masalah kewangan yang kronik yang memungkinkan TLDM atau kerajaan tidak akan dapat kapal tersebut untuk satu tempoh yang lama. Maka, saya harap Kementerian Pertahanan dapat memberi laporan yang terperinci supaya kerajaan atau rakyat tidak dibebankan kerugian yang berpanjangan dan berterusan.

Kelapan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu penjawat awam Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung yang telah menjawat jawatan tersebut lebih daripada 8 tahun. Ini berbanding dengan penjawat Ketua Polis Daerah dan Pegawai Daerah yang telah dua, tiga kali bertukar tangan. Biasanya Tuan Yang di-Pertua, jika seseorang itu cemerlang, maka beliau akan dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi dan jika seseorang itu teruk prestasinya atau melantung, pegawai itu akan ditukar ke tempat yang lain tetapi lain halnya dengan YDP Manjung ini. Diharap Menteri dapat memberi penjelasan yang telus dan jujur kepada soalan ini sebagaimana dijanjikan oleh Yang Berhormat Arau tahun lepas, malangnya sehingga hari ini saya tidak lagi mendapat jawapan bertulis.

Kesembilan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga membangkitkan isu mengenai pembinaan perumahan PR1MA yang telah tertangguh setelah ditawarkan kepada Koperasi Pembangunan Hartanah Putrajaya Berhad yang ternyata bukan syarikat pembinaan rumah. Dalam hal ini, saya minta kerajaan tawarkanlah projek ini kepada firma pembina rumah yang wibawa dan asli. Tuan Yang di-Pertua, jika tidak, rakyat akan terus menanggung akibatnya.

Kesepuluh Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini saya ingin sampaikan pertanyaan pekerja Telekom Malaysia Berhad yang mencapai usia lebih 50 tahun sama ada bolehkah mereka ditawarkan dengan VSS (voluntary separation scheme) jika meletak jawatan pada masa ini agar sedikit pampasan boleh dibayar kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Ini kerana tidak mahu mengambil risiko memanjat tiang kerana usia mereka dan ini akan membahayakan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kesebelas saya ingin tahu, bagi rakyat biasa yang mahu meneruskan pengajian ke peringkat PhD, apakah jenis bantuan

final • 6:20 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

pengajian yang mereka boleh pohon dan peroleh oleh kerana mereka telah melihat dan meninjau ia tidak tersenarai dalam Bajet 2015. Kesebelas Tuan Yang di-Pertua, guru kelas KAFA juga ingin tahu, apakah guru-guru sekolah KAFA, sekolah agama rakyat ini boleh meneruskan pengajian di peringkat diploma di IPTS atau IPTA? Adakah mereka boleh ditawarkan bantuan pelajaran yang boleh membantu meringankan beban kewangan mereka sepanjang tempoh pengajian?

Saya harap Menteri di Jabatan Perdana Menteri dapat memberi pencerahan yang sejelas-jelasnya agar dapat melegakan guru-guru yang terlibat.

Terakhir yang kedua belas Tuan Yang di-Pertua, sebelum menutup, saya ingin memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong jika boleh ataupun Tuan Yang di-Pertua. Apa yang berlaku pada hari keputusan rayuan Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim ataupun Yang Berhormat Permatang Pauh di Mahkamah Persekutuan tempoh hari, saya berada di sana, saya mendengar dan saya lihat Tuan Hakim membacakan hujahan mengenai DNA Dato’ Seri Anwar dalam dubur pengadu selama hampir satu jam, tetapi peliknya tidak menyebut pula bagaimana dan apa cara DNA tersebut boleh berada dalam dubur pengadu sedangkan Doktor Osman Hamid yang membuat siasatan telah mengesahkan bahawa tiada tusukan yang berlaku.

Oleh kerana itu, percayalah rakan-rakan Yang Berhormat bahawa ini merupakan tuduhan konspirasi politik dan ia tidak berlaku. Oleh kerana kalau kita percaya, kita bersubahat. Maka, tidak fasal-fasal kita dapat dosa kering. Maka sebab itu, jangan percaya. Ini merupakan fitnah dan insya-Allah, kita dengan doa kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan secepat mungkin. Sekian, Assalamualaikum. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 6:20 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut serta dalam perbahasan menyokong Titah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang telah disebut oleh Yang di-Pertuan Agong. Pertama sekali berhubung dengan gaji minimum. Seperti yang telah dimaklumkan, gaji minima ini sudah mula dikuat kuasa pada Januari 2014 yang lepas, tetapi kita masih lagi mendapati syarikat- syarikat swasta yang tidak mengamalkannya. Ada disebut dengan jumlah sebanyak 587 syarikat yang tidak mengikut, tetapi tidak pasti jenis tindakan yang telah diambil kepada mereka.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk meminta pihak kementerian melihat secara teliti berhubung kait gaji minimum dan keberkesanannya terhadap pengambilan pekerja-pekerja asing. Apa yang dapat kita lihat, sebenarnya ia tidak memberi kesan significant pada kebergantungan negara terhadap pekerja asing di Malaysia. Malahan perkara ini telah menyebabkan mereka makin berpusu-pusu datang berminat bekerja di negara kita.

Ini tidak menjadi masalah jika semuanya berada di tahap kelulusan yang telus dan benar, di mana mereka diambil masuk bekerja dengan permit. Apa yang membimbangkan, kita mempunyai jumlah yang tidak kurang ramainya yang tidak mempunyai permit kerja. Apa yang menjadi masalah seperti yang biasa saya bangkitkan sebelum ini berhubung dengan gaji minimum ini ialah tentang nasib pekerja-pekerja tempatan kita, di mana anak-anak kita yang pergi bersekolah, yang mempunyai kelulusan, malahan mereka yang telah bekerja 10 tahun dengan

final • 6:27 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

gaji semasa mereka bekerja mungkin RM600 atau RM700. Akan tetapi bila gaji minimum ini diperkenalkan, semua yang baru masuk dengan tiada pengalaman pun telah diberi, dibayar dengan gaji yang minimum.

Itu tidak menjadi masalah. Kita sedia maklum seperti yang telah disuarakan bahawa masalah kenaikan gaji adalah masalah majikan, budi bicara majikan. Akan tetapi pihak kementerian yang telah memberi cadangan dan dipersetujui secara bersama dengan persatuan-persatuan untuk mengadakan gaji minimum seharusnya dibincangkan juga soal kenaikan yang sewajarnya diberikan, dipertimbangkan kepada pekerja-pekerja tempatan yang telah lama bekerja di dalam sesebuah syarikat.

Berhubung kait dengan gaji minimum, saya juga ingin menyampaikan tentang keluhan dan perasaan sedih para pekerja-pekerja PPMS daripada KEMAS, Taman Bimbingan Kanak-kanak atau KEMAS di mana mereka ini masih lagi dibayar dengan gaji RM400 sebulan.

final • 6:27 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Elaun sahaja secara kontrak. Kerja mereka ini bermula seawal 7 pagi lima hari seminggu jaga kanak-kanak, memasak, berkebun dan kadang-kadang mengajar seperti guru-guru juga apabila guru-guru tiada. Jadi saya rasa sewajarnyalah pihak kementerian yang terbabit melihat perkara ini secara serius.

Masukkanlah mereka dalam senarai pekerja-pekerja tetap kerana mereka ini kebanyakan sememangnya sudah bekerja agak lama. Tidak wajar kalau kita mengambil berat soal pekerja asing, memastikan kita seimbang di sana sini tetapi pekerja tempatan kita yang menjaga anak-anak kita daripada kecil ini, anak-anak prasekolah ini tidak kita ambil kira.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Hal ini juga diperakui oleh banyak pihak dan rata-rata tempat yang saya pergi dan berjumpa, mereka memang meminta saya menyampaikan perkara ini dan merayu supaya mereka diberi perhatian yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan kos sara hidup. Saya juga telah membangkitkan perkara ini. Saya memohon kepada kementerian yang berkaitan sama ada pihak ICU atau sebagainya untuk melihat semula kadar takrif kemiskinan yang ditetapkan sebagai pra syarat menerima wang bantuan kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jadi, kita lihat kalau RM730 ini tidak seimbang dengan gaji minimum. Kita kena dengan izin, standardize. Kalau kita kata gaji minimum RM900, semua pun kena bermula RM900. Keadaan kos kehidupan sekarang memang sangat tinggi walaupun ada penambahan-penambahan yang telah dibuat seperti bayaran OKU dan sebagainya tetapi kita masih perlu lagi bantuan-bantuan sebegini kepada mereka yang sememangnya miskin di dalam masyarakat kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyampaikan hasrat yang ingin disampaikan oleh ibu bapa berhubung dengan GST. Kita tahu keperluan kerajaan, keperluan kita untuk GST, kita tahu secara umumnya tentang kebaikan GST tetapi mohon diperincikan untuk memberi pelepasan kepada buku-buku rujukan. Mohon juga diberi pelepasan kepada ubat- ubatan yang dijual di farmasi-farmasi. Memang di hospital dikecualikan tetapi di farmasi ubat-ubat, ramai yang pergi membeli ubat-ubat di farmasi. Jadi kita mohon pihak kerajaan untuk mengambil kira perkara ini.

Berhubung dengan sektor pelancongan yang telah disebut juga oleh Yang di-Pertuan Agong, saya juga ingin mengambil kesempatan supaya pihak kerajaan

final • 6:30 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

mengambil kira tentang gaji yang dibayar kepada mereka yang bekerja di hotel ini.

Kita sedang menggalakkan dan sentiasa menggalakkan pelancongan tetapi kalau kita pergi hampir kesemua hotel di dalam negara kita, susah kita hendak jumpa anak-anak warga tempatan kita bekerja. Saya sudah ulang perkara ini banyak kali.

Apakah sebabnya? Saya tahu di bawah Akta Buruh, mereka ini tertakluk kepada staggered work hours dengan izin, di mana mereka ini empat jam bekerja ada rehat dan kemudian bersambung. Jadi, kebanyakan rakyat tempatan merasakan bayaran yang diberi kepada mereka ini tidak mencukupi dan perkara ini sangat lumayan bagi pekerja-pekerja luar tetapi bukan untuk pekerja tempatan. Tidak eloklah kita menggalakkan orang datang ke dalam negara kita tetapi dekat hotel, dekat resort itu penuh dengan orang lain.

Saya minta fresh water, saya cakap “Can you give me plain water” dengan izin, minta air kosong dia faham, minta plain water pun dia tidak faham. Ada sampai sebegitu. Jadi, anak-anak kita yang sudah belajar hospitaliti ini di IKM, di ILP, di politeknik dan di universiti-universiti ini akhirnya pergi kedai mana kerja?

Tidak ada kerja mereka, mereka belajar duit ibu bapa keluar tetapi tidak pergi bekerja di sana dengan alasan masa kerja yang terlalu panjang begitu juga dengan gaji yang sangat kurang.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin menambah soal gaji minimum tadi tentang meluaskan semakan kepada syarikat-syarikat, kedai-kedai kecil ini. Anak- anak kita yang kerja di kedai baju, di kedai runcit, di restoran masih lagi tidak dibayar dengan gaji minimum. Jadi, saya harap pihak kementerian tidak berlengah di dalam melaksanakan tugas-tugas ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara dalam kawasan saya. Saya ingin menyentuh soal pembinaan Hospital di Pasir Gudang.

Perkara ini telah banyak kali saya bangkitkan dengan kepadatan penduduk yang melebihi 250,000 orang di dalam kawasan saya sememangnya hospital ini dibina dan tempat semua sudah ada, pecah tanah pun sudah dibuat, kelulusan difahamkan dalam RMKe-11.

Saya mohon dan saya merayu bagi warganegara Pasir Gudang bagi rakyat Pasir Gudang yang kebanyakannya 70% daripada mereka adalah berpendapatan sederhana dan rendah, kebanyakannya pekerja kilang, kebanyakan pekerja yang boleh dikatakan kurang kemampuan dalam keadaan ekonomi sekarang supaya dapat dimasukkan di dalam rolling plan yang pertama. Ini adalah janji-janji yang mesti kita tunaikan untuk memastikan rakyat kita sentiasa diutamakan.

Saya juga ingin menyentuh soal penempatan semula perkampungan Orang Asli di dalam kawasan saya. Sudah beberapa kali saya sebutkan perkara ini. Saya pergi ke kawasan mereka, saya sendiri sedih sebagai Ahli Parlimen. Walaupun mereka Orang Asli, memang mereka suka duduk di kawasan itu tetapi saya memohon permasalahan-permasalahan hasil tangkapan mereka, dengan keadaan pembangunan. Masalah penempatan dan ternakan yang mereka lakukan ini dapatlah diatasi dan dibawa berbincang di bawah jabatan supaya masalah mereka dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang masalah COLA yang diminta oleh ramai pekerja terutama daripada pekerja-pekerja swasta. Cost of Living Allowance dengan izin, sememangnya saya tahu pihak kementerian memberitahu ini adalah budi bicara majikan. Kita tahu semua, selain apa yang termaktub di dalam Employment Act 1955 dengan izin, Akta Buruh 1955, selain apa yang ada dalam buku itu, dalam kitab pekerja ini semuanya adalah budi bicara majikan.

Kita sedia maklum tidak ada majikan, kurang sangatlah majikan dengan rela hati akan memberi apa yang patut diberi kepada pekerja. Tambahan kos berniaga sekarang bukan makin kurang, makin naik hari demi hari. Kos buang sampah sahaja kerana ada monopoli dalam pembuangan sampah ini semakin naik. Kalau

final • 6:30 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

dahulu di kilang saya sendiri bekerja daripada sebulan cuma tidak sampai RM10,000 sekarang sudah naik RM25,000. Jadi, majikan mengambil kira perkara ini jika mereka hendak buat penambah naik gaji, penambahan kepada kebajikan kepada pekerja-pekerja mereka.

Jadi fikirkanlah sesuatu. Saya pun telah mencadangkan supaya beberapa insentif diadakan bagi memastikan pekerja-pekerja ini terbela. Keadaan kehidupan memang sangat membimbangkan. Anak-anak muda kita dengan gaji di bawah RM3,000 sekarang tidak mampu membeli rumah. Dengan pembinaan rumah- rumah RM150,000 hingga RM200,000, cuba tengok ambil kalkulator kira. RM500, RM600, RM700 untuk bayar rumah, kemudian bayar kenderaan kerana keadaan pengangkutan awam yang agak kurang banyak di dalam kawasan kita menyebabkan mereka untuk hidup seharian agak sempit.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh di sini dari sudut konteks perubatan di mana telah dibangkitkan oleh beberapa orang rakan saya daripada kedua-dua belah pihak. Kita minta sangat pihak kerajaan, pihak kementerian janganlah kita terlampau banyak dewasa ini menambah perkara-perkara baru.

Selesaikanlah masalah-masalah yang ada ini. Masalah tentang khidmat kesihatan kita, kekurangan doktor kita, kekurangan nurses, kekurangan hospital, kekurangan pusat kesihatan.

Jadi tidak payahlah kita hendak pergi kepada tentang pengasingan khidmat klinik dan farmasi ini. Ini sesuatu yang kita lihat pengamal-pengamal di negara luar bukan semuanya memberi komen yang positif tentang perkara ini. Kita kena fikirkan apakah sebenarnya rasional cadangan ini, siapakah yang bakal dapat keuntungan? Adakah memberi kesan jangka panjang yang baik atau sebaliknya.

final • 6:30 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Ini saya lihat kebanyakan daripada doktor-doktor sedia ada pun, saya pun tak kenal mereka tapi mereka dapat number, mereka hantar SMS ke WhatsApp dengan saya, dia kata, “Minta tolonglah Yang Berhormat sampaikan kepada pihak kementerian, jangan dilaksanakan perkara ini kerana sesungguhnya ia tidak mendatang kesan positif kepada rakyat”. Antaranya ialah, “Apa jadi kalau rakyat tiada duit? Mereka tidak boleh pergi beli dekat farmasi ini”. Jadi, kita ingat nak kurangkan kos perubatan kerana tak payah kerajaan yang bagi, dia pergi dekat farmasi tapi farmasi jual lagi mahal ubat. Tambahan pula, ada tambahan- tambahan kos dari segi ubat. What if dekat kawasan itu tak ada farmasi, jauh nak pergi, tak ada duit tambang? Dia tak boleh pergi juga. So nanti kita merry-go- round. Hati-hatilah di dalam kita membuat dasar-dasar baru ini. Dengarlah suara- suara kami ini kerana suara-suara kami adalah suara-suara rakyat yang mendengar secara dasar daripada akar umbi tentang kepentingan-kepentingan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi ialah tentang perkhidmatan. Saya menyerulah kepada semua pihak dan pihak yang menjaga – soal pekerja asing ini saya nak ulang sikit. Baru-baru ini Persatuan Pengilang-pengilang bagi pihak majikan berjumpa dengan saya. Mereka mengeluh kerana kos pekerja asing bukan murah, mahal nak ambil seorang pekerja asing. Ada undang-undang baru, MyEG ini pula tambah setiap pekerja asing kalau dia nak ambil – ada satu badan lagi macam FOMEMA dulu. For no reason, kita pergi dekat klinik pun kita boleh buat juga medical check-up. Akan tetapi sekarang ini, dah ada pula MyEG untuk nak keluarkan visa. Kita kena fikir perkara ini secara teliti. Adakah kita akan menyerahkan pasport-pasport yang sepatutnya sangat bernilai ini kepada sebuah agensi untuk menguruskannya bagi mendapatkan visa-visa yang sekarang ini berada di tahap kawalan yang boleh dikatakan sangat baik di pihak imigresen tapi dengan bayar kos tambahan RM38, syarikat ini boleh pula menguruskan.

Jadi mintalah perkara ini pun diambil kira secara teliti supaya tidak diteruskan hasrat ini kerana tidak nampak sebarang kebaikan. Tambahan pula

final • 6:40 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

kalau boleh MD sendiri diminta datang ke kaunter. Jadi apa jadi dengan pengurus- pengurus yang telah diamanahkan ini? Mereka tidak boleh pergi, tidak boleh nak buat renewal visa itu. Dia minta MD atau CEO datang. Itu hari bising-bising, dia kata GM pun boleh buat. Kita dah ada pengurus di kilang-kilang untuk mengurus perkara ini. Jadi biarlah mereka buat kerja mereka. Takkanlah MD hendak berdiri pukul 5 pagi hendak beratur, hendak buat pasport, hendak renew visa dan sebagainya.

Telitilah, hati-hati sebelum buat sesuatu. Jangan bila sudah bising, orang sudah bising, and then kita betulkan balik. Sudah bising kita betulkan balik. Biar lambat asal selamat. Akan tetapi, orang tidak boleh cari peluang dengan kita. Kita tahu orang sentiasa mencari peluang. Baik macam mana pun kita buat, tidak baik juga yang dapatnya.

Sebagai sebuah negara, kita ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi tahniah kepada semua, bermula daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan semua sekali mereka yang telah membantu dengan bersungguh-sungguh semasa banjir besar di dalam negara kita ini. Tidak ada langsung saya rasa fahaman politik diambil kira. Ini adalah sebuah negara yang berdaulat, kita nak negara kita terus maju dan kita berharap biarlah kita membangun bersama-sama. Lihat kepada perkara-perkara yang positif dan baik seperti yang telah disarankan dalam titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Itu sahaja yang saya kira sangat penting yang ingin saya sampaikan.

Terima kasih sekali lagi kerana memberi saya ruang ini dan saya pun hendak bagi juga ruang kepada kawan-kawan lain biar semua dapat cakap. Terima kasih.

Sekian, saya mohon menyokong.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sandakan.

final • 6:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya menyertai perbahasan ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada sesi Parlimen ini.

Saya ada beberapa isu ingin disentuh di sini. Pertamanya isu perpaduan dan perkauman di negara kita. Sememangnya negara kita adalah dibina dan ditubuh di atas prinsip keharmonian dan perpaduan antara kaum dan bangsa.

Slogan Satu Malaysia yang dibangkit oleh Perdana Menteri memang haruslah dipegang dan dihormati oleh semua Menteri dalam Kabinet. Tiada siapa-siapa boleh melunaskan perpaduan antara kaum yang kita amalkan selama ini.

Namun begitu, semua rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah berasa amat sedih dan geram apabila mendengar Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Asas Tani kita yang menyalahkan harga barang yang melampau tinggi kepada peniaga Cina serta menghasut orang Melayu memboikot barangan orang Cina dan memainkan politik perkauman. Itu bukan sahaja memecah-belahkan hubungan dan perpaduan kaum, malah kenyataan ini telah membuktikan slogan Satu Malaysia hanya kata kosong.

Tuan Yang di-Pertua, jika Kerajaan Barisan Nasional ini memang ikhlas dan serius untuk mentadbir negara ini di atas prinsip Satu Malaysia dan mengikut konteks berbilang kaum seperti di hujah dalam Perlembagaan dan mementingkan perpaduan perkauman, Perdana Menteri seharusnya memberi arahan yang tegas supaya Menteri itu harus dipecat dari Kabinet dan meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia.

final • 6:44 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, ia bukan sahaja dikritik oleh pihak pembangkang tetapi secara umum ia juga dikritik oleh pemimpin dari Barisan Nasional juga termasuk UMNO seperti Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah merangkap Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Timbalan Pengerusi LDP Sabah, Speaker Sabah merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Sabah dan juga termasuk Tun Dr. Mahathir. Setelah kita membaca respons daripada pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional, kita sudah pasti bahawa Menteri itu sememangnya salah dan tidak bertanggungjawab tetapi beliau masih enggan menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf. Ini menunjukkan sikap yang angkuh dan tidak bertanggungjawab Menteri ini. Akan tetapi malangnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membela beliau tanpa membetulkan perkara ini. Ini amat mengecewakan.

Justeru itu, saya menuntut Menteri itu, act as a responsible leader dengan izin, menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia di dalam Dewan ini. Kalau tidak, seharusnya dia dipecat dari Kabinet ini.

Kita mahu seorang Menteri yang untuk semua Malaysia, bukan untuk satu kaum sahaja. Saya ingin mengingatkan Menteri itu, jika beliau betul-betul ikhlas untuk berjuang demi rakyat, yang paling mustahak ialah menurunkan semua harga bahan mentah seperti beras, gula dan sebagainya yang dikawal dan dimonopoli oleh kroni, bukan sahaja menyalahkan peniaga-peniaga kecil dan bukan menyalahkan apa-apa kaum.

Isu yang kedua, keadaan Sabah. Tuan Yang di-Pertua, walaupun Malaysia baru ditubuhkan 52 tahun yang lalu tetapi Sabah kini masih merupakan negeri yang paling miskin di negara ini. Saya merasa amat dukacita kerana Sabah bukan sahaja miskin, infrastruktur di Sabah teramat ke belakang. Walaupun Sabah mempunyai sumber asli yang begitu kaya dan tiap-tiap tahun telah menyumbang banyak sumber kepada Kerajaan Persekutuan tetapi rakyat Sabah masih tinggal dalam kesusahan dan penderitaan.

Saya ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa tanpa Sabah, tiada Malaysia. Sabah merupakan rakan kongsi di dalam Malaysia. Ia sama taraf dengan Sarawak dan Malaya dalam perjanjian pertubuhan Malaysia. Sabah diberi jaminan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mendapat pembangunan yang seimbang dengan Malaya tetapi jelasnya janji itu tidak ditepati dan kita lihat baru- baru ini masih ada seorang Sabah di Pitas, guna kerbau menarik satu troli kayu angkat pesakit sebagai ambulan menghantar pesakit ke hospital di pekan.

1850 Mereka bukan sahaja tidak ada jalan yang baik, tidak ada bekalan air dan elektrik. Sudah 50 tahun berlalu, kenapa masih ada masalah begini? Katanya, Malaysia akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tetapi rakyat Sabah masih guna kerbau sebagai ambulans. Ini merupakan laughing stock di seluruh dunia. Mana ada negara yang kononnya maju tetapi masih ada orang guna kerbau sebagai ambulans. Walaupun kita sudah bersuara panjang berkali-kali tetapi Kerajaan Persekutuan masih tidak mengambil perhatian terhadap kesukaran dan penderitaan orang Sabah. Ini adalah kerana pembahagian sumber yang tidak adil dan tidak sama tara antara timur dan barat Malaysia. Walaupun sumber di Sabah kaya dan sudah pun diberi kepada Kerajaan Persekutuan tiap-tiap tahun tetapi kita masih tidak nampak pembangunan yang seimbang di Sabah berbanding dengan Semenanjung.

Tuan Yang di-Pertua, pembahagian yang tidak seimbang itu ialah masalah sistem pentadbiran negara ini. Salah satu masalah ialah Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa yang terlampau besar dan bertumpu. Ini menyebabkan kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa kewangan untuk menyelesaikan masalah di Sabah. Ini telah disebut oleh pemimpin UMNO Sabah merangkap Speaker Sabah bahawa walaupun peruntukan ada disediakan untuk pembangunan Sabah tiap-tiap tahun tetapi kerajaan negeri...

final • 6:44 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 6:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun, Yang Berhormat.

final • 6:44 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Sokong.

final • 6:44 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Cepat ya.

final • 6:44 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Saya rasa Yang Berhormat Sandakan begitu bersemangat sekali memperjuangkan nasib orang Sabah dan baru-baru ini saya berkesempatan pergi ke Tawau dan pergi ke kepulauan di Semporna. Saya nampak negeri Sabah sememangnya sebuah negeri yang kaya bukan sahaja dengan sumber asli tetapi kalau kita tengok keperluan-keperluan di Semporna itu, this is a gold mine of tourism. Billion, multibillion dollar tourism industry, dengan izin.

Namun masalahnya, tahukah Yang Berhormat Sandakan bahawa negeri Sabah mempunyai purata gaji yang paling rendah sekali di seluruh Malaysia? Ini bermakna, gaji orang Sabah ialah gaji yang paling rendah kalau dibandingkan dengan tempat-tempat lain iaitu gaji di Sabah sebulan puratanya adalah hanya RM1,400 berbanding dengan Putrajaya RM3,100. Jadi, apa pendapat Yang Berhormat Sandakan? Adakah ini berpunca daripada kepincangan yang - Yang Berhormat Kalabakan pun hari itu cakap kepincangan dalam pentadbiran Barisan Nasional?

final • 6:44 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

100% correctlah yang ini. Pendapatan kita yang paling rendah di seluruh negeri tetapi barang kita yang paling mahal. Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan bila, bagaimana dan apa rancangan yang akan dijalankan. Saya harap agar sistem ini boleh dibaiki dan dipinda supaya lebih menghormati semangat persekutuan, Perjanjian Malaysia dan juga autonomi Sabah dan Sarawak kerana Sabah dan Sarawak bukan negeri. Mereka ialah wilayah yang sepatutnya mempunyai kuasa autonomi yang lebih tinggi dan juga decentralization haruslah diberi kepada kedua-dua wilayah.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, apabila harga minyak antarabangsa naik, kerajaan kata hendak menaikkan tarif elektrik. Pada tahun 2014, tarif elektrik SESB di Sabah dinaikkan sebanyak 16.9% manakala tarif elektrik TNB di Semenanjung dinaikkan hanya 14.89%. Apabila harga minyak antarabangsa menurun baru-baru ini, kerajaan hanya mengumumkan penurunan sedikit 3.5% di Sabah manakala penurunan di Semenanjung adalah 5.8%. Ini apa macam? Mana ada keadilan.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberi penjelasan kenapa tarif elektrik di Semenanjung menurun lebih banyak daripada tarif elektrik di Sabah sedangkan tarif elektrik di Sabah dinaikkan paling tinggi di seluruh negara dan juga di Sabah, breakdown yang sentiasa tinggi.

Sudah pun orang Sabah miskin tetapi kerajaan langsung tidak prihatin dengan kesusahan mereka dan terus mengenakan polisi yang tidak adil antara timur dan barat Malaysia. Ini tetap, tidak sementara dan tidak adil.

Baru-baru ini, ada satu bukti menunjukkan ketidaksamarataan antara timur dan barat Malaysia. Rumah capital contribution yang dikenakan oleh SESB ke atas pemaju di Sabah adalah jauh lebih tinggi daripada Semenanjung. Sebagai contoh, satu unit rumah dikenakan capital contribution sebanyak RM3,300 manakala di Semenanjung hanya RM250. Perbezaan sebanyak 13 kali ganda.

Mengapa ini boleh berlaku? Ini jelas satu polisi yang mengeksploitasikan Sabah.

Saya minta Yang Berhormat Menteri yang berasal dari Sabah boleh memberi penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa semua alasan adalah berkenaan SESB mengalami kerugian tetapi janganlah kita lupa bahawa SESB

final • 6:44 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

merupakan anak syarikat di bawah TNB yang mempunyai 80% saham dan TNB telah mencatatkan keuntungan yang besar hanya dalam tahun 2014. Ia telah mencatat keuntungan sebanyak RM6.1 bilion. Oleh itu, ia seharusnya mempunyai tanggungjawab ke atas SESB untuk membantu SESB dalam semua aspek. Di samping itu, kita juga mendapat tahu SESB telah mencatat keuntungan sebanyak RM16 million pada tahun lepas. Jadi ini didapati sangat tidak munasabah. Kalau SESB hendak mengenakan caj yang begitu tinggi atas pemaju dan pembeli rumah, saya ingin tegaskan di sini, DAP, TNB ini bukan satu syarikat beli parti yang seperti sendirian berhad biasa. Ia merupakan syarikat yang bersifat natural, monopoli dan membekalkan satu keperluan yang paling asas kepada semua rakyat. Ia mempunyai tanggungjawab masyarakat atau social responsibility. Justeru, saya minta Yang Berhormat Menteri mengambil isu ini dengan serius dan mengendalikan isu elektrik Sabah dengan adil. Janganlah terus membuli orang Sabah. Tolonglah! Beri Sabah keadilan dan kesaksamarataan.

Tuan Yang di-Pertua, polisi kabotaj ialah salah satu faktor yang penting menyebabkan harga barangan dan harga bahan mentah di Sabah lebih tinggi.

Saya yakin bahawa Menteri-menteri dari Kabinet seharusnya – Menteri Pengangkutan sedia maklum mengenai masalah ini. Saya ingin bertanya Menteri, bilakah polisi tersebut akan dimansuhkan atau dipindahkan? Ini sudah selama 30 tahun. Ini telah dijanji akan dikaji semula oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dengan menubuhkan satu jawatankuasa dalam Kabinet untuk mengkaji sama ada polisi tersebut dipinda atau dimansuhkan pada tahun 2012. Ia juga dijanjikan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan bahawa isu ini akan dikaji semula. Saya ingin tahu, bilakah janji tersebut ditunaikan? Memandangkan kini harga barangan di Sabah adalah tertinggi berbanding Semenanjung dan GST akan dikenakan, pun akan dibayar lebih tinggi dari Sabah. Ini tidak adil. Selain itu saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan perbezaan yang double standard terhadap muatan lori dan cukai jalan raya di Sabah dan Semenanjung.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat Sabah tidak dilayan adil berbanding dengan rakyat di Semenanjung. Sebagai contoh, muatan lori maksimum di Sabah hanya 38 tan jauh berbeza jika dibandingkan dengan muatan lori di Semenanjung Malaysia sebanyak 53 tan. Akan tetapi cukai jalan raya (road tax) itu untuk lori di Sabah lebih tinggi daripada Semenanjung. Ini adalah amat tidak adil. Kenapakah pengusaha lori di Sabah harus menanggung cukai jalan raya yang lebih tinggi dengan muatan yang lebih rendah? Ini satu perkara yang kita tidak boleh ambil.

Jadi, isu ketiga ialah laporan RCI. Tuan Yang di-Pertua, Laporan RCI yang telah dikeluarkan adalah amat mengecewakan. Walaupun kita sudah menanti selama beberapa tahun tetapi ia merupakan nutshell dan langsung tidak nampak apa-apa kesimpulan menyatakan apakah faktor menyebabkan pendatang asing tanpa izin mendapat IC di Sabah.

final • 6:44 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Diumumkan RCI sejak tahun 2012 sehingga pengeluaran laporan ini. Ia telah menggunakan masa yang panjang selama dua tahun dan prosiding RCI itu telah menggunakan masa hampir satu tahun untuk mendapat semua maklumat dan testimoni daripada sebanyak 211 witness. Ia sepatutnya satu laporan yang paling tebal dan mempunyai sama kandungan dan lengkap dengan isi kandungan yang lebih besar dan banyak dalam sejarah negara. Akan tetapi ia hanya mempunyai 360 muka dan tidak ada hasil dan tidak ada solution untuk menyelesaikan satu masalah ini.

Secara keseluruhan, laporan ini menunjukkan tidak ada keikhlasan dari Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah ini. Nampaknya laporan ini langsung tidak membantu masalah yang kini dihadapi oleh rakyat Sabah dan merupakan hanya wayang kulit sahaja. Selain itu, laporan itu disyaki kemungkinan tidak ada persetujuan daripada panel RCI kerana langsung kita tidak nampak ada

final • 7:00 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

tandatangan yang sahkan oleh ketua panel dan ahli panel lain. Juga tajuk di atas buku laporan sepatutnya Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja tetapi perkataan ‘Diraja’ itu dihilangkan di atas buku laporan.

Saya ingin bertanya, kenapa perkataan yang begitu penting akan dihilangkan? Perkataan ’Diraja’ adalah penting kerana laporan ini adalah disahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebagai penghormatan, ia harus ditajukkan atas laporan tersebut. Jelasnya, kehilangan perkataan itu seolah-olah menghina institusi Diraja. Saya minta penjelasan. Di dalam laporan ini tidak ada satu cadangan yang solid untuk menyelesaikan masalah parti. Hanya satu cadangan iaitu menubuhkan jawatankuasa khas memberi pandangan. Ia masih tidak akan membantu mengatasi masalah ini.

final • 7:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tahukah Yang Berhormat Sandakan, bahawa baru-baru ini di Philippines, House of Representatives. Seorang representative bernama Carlo Allexinno Gales telah mendedahkan seperti mana yang di terbit dalam Manila Standard bahawa ada dua orang yang telah disyaki sebagai orang Malaysia iaitu Pengerusi Moro Islamic Liberation Front, Al Haj Murad Ebrahim dan Peace Panel Chairman MILF, Mohagher Ikbal.

Ia didedahkan bahawa mereka adalah memegang pasport Malaysia dan adalah orang rakyat Malaysia. Adakah orang ini ataupun dua orang ini hasil Projek IC Sabah seperti mana yang juga dilaporkan telah wujud dalam RCI report.

Bukankah Perdana Menteri patut bentangkan Laporan RCI secepat mungkin dalam sesi ini. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh gulung Yang Berhormat ya.

final • 7:00 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Saya setuju.

Masukkan dalam ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, mengenai satu jawatankuasa yang ditubuh, yang di cadang dengan laporan tersebut, untuk makluman Dewan yang mulia ini, jawatankuasa ini dipimpin oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Menteri Sabah. Di bawahnya ada satu lagi jawatankuasa yang dipimpin oleh Yang Berhormat Keningau, telah mencadangkan mengeluarkan semula semua IC kepada rakyat Sabah. Ini merupakan cadangan yang baik dan harus dilaksanakan secepat mungkin dan ini sekali gus menyelesaikan masalah ini.

Dengan mengeluarkan semula IC Malaysia di Sabah, semua pendatang asing tanpa izin atau PATI yang telah mendapat IC ini secara haram akan ditarik balik IC mereka. Jika mereka berniat bekerja di Sabah, mereka boleh memohon permit melalui undang-undang dan peraturan yang sedia ada. Ini tentu akan lebih efisien untuk membantu kita mengawal pendatang asing di negeri kita jika levi yang dikenakan ke atas pekerja asing akan membantu kerajaan meningkatkan pendapatan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri, saya ingin meluahkan perasaan kecewa kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun. Saya berasa sedih kerana sekali lagi terbukti Malaysia tidak mempunyai sistem kehakiman yang adil dan neutral. Jelasnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan mangsa politik di bawah jaminan Kerajaan Barisan Nasional, UMNO ini. Bukan sahaja pihak pembangkang telah mengkritik keputusan tersebut tetapi yang ini dikritik seluruhnya, internationally. Negara seperti US, UK, Kanada, Australia, New Zealand, Switzerland, International Parliamentary Union sebanyak 122 parti politik antarabangsa telah bergabung dan menghentam keputusan ini.

Tambahan pula kini, United Nations pun telah mengeluarkan kenyataan untuk memberi perhatian ke atas kes tersebut. Ini adalah memalukan semua rakyat Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai laughing stock di dunia dan

final • 7:00 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

demokrasi. Kita dianggap lebih teruk daripada Myanmar dan banyak negara di Afrika. Ini memang membuangkan muka kita di seluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita menghadapi banyak kesusahan dan cabaran di hadapan tetapi saya tetap yakin cabaran itu akan menguatkan kita dan rakyat akan terus bersama kami memberi sokongan yang terus kukuh kepada kita.

Meneruskan perjuangan kita sampai keadilan, kesamarataan dan demokrasi akan menimpa di negara yang kita sayangi ini. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kangar.

final • 7:00 PM

Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama berbahas menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Saya ingin menyentuh beberapa perkara yang membabitkan pertanian serta perikanan, bencana banjir yang luar biasa yang melanda negara kita pada penghujung tahun lepas. Tidak lupa juga kepada isu-isu yang berlaku di sempadan Perlis dan negara jiran yang kian meruncing, yang perlu diberi perhatian demi kesejahteraan bersama.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya menyuarakan kebimbangan dan keprihatinan berhubung dengan isu lambakan padi di negeri Perlis. Saya telah turun meninjau lambakan stok beras di sebuah kilang padi swasta yang dianggarkan berjumlah lapan ribu tan yang telah memenuhi keseluruhan kawasan kilang padi tersebut. Perkara ini telah mencetuskan kebimbangan kepada para petani dan pemborong beras. Bagaimana nasib stok padi yang telah siap dituai sedangkan kilang tidak mampu ataupun tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk menyimpan stok-stok baru akibat lambakan stok yang sedia ada.

Jadi, bagaimana kilang-kilang padi tersebut hendak membeli padi sedangkan stok beras yang memenuhi setiap ruang telah berada dalam jangka masa yang lama di kilang tersebut. Di Perlis sendiri terdapat lima kilang beras swasta yang telah dilantik oleh BERNAS untuk membeli dan memproses padi yang dibeli daripada petani dan seterusnya diproses sehingga menjadi beras di kilang-kilang ini sebelum dibeli semula oleh BERNAS untuk dijual di pasaran.

Proses ini sepatutnya mengambil masa yang singkat. Kemungkinan dua tiga minggu ataupun empat minggu dan bukannya disimpan sehingga setahun dua.

Pokoknya, sejauh manakah kawal selia dan pemantauan yang dibuat oleh kementerian dan agensi yang berkenaan bagi menyelesaikan isu ini? Apakah mekanisme yang telah dirangka bagi membolehkan stok-stok beras ini dapat dikeluarkan di pasaran dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh BERNAS?

final • 7:07 PM

Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar

Sejauh manakah projek kelompok pesawah di bawah seliaan MADA membantu dalam memastikan tempoh matang tanaman padi yang sesuai dan berskala? Agar isu lambakan ini tidak lagi mencetuskan kebimbangan kepada petani. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian kerana memberi perhatian dan harapan yang positif kepada masalah yang telah dibangkitkan.

Dalam pada itu, saya juga ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan penyakit tanaman padi yang mana kini pengurusan perosak telah dilaksanakan melalui pelbagai kaedah. Akan tetapi penyakit padi masih lagi tidak dapat dikawal dan ancaman perosak ini mengakibatkan daun padi menjadi kuning, merah layu.

Malahan ada kes pokok tersebut terbantut menjadikan tanaman tidak menjadi. Hal

final • 7:10 PM

Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar

ini tentunya mengakibatkan kerugian kepada pesawah. Sudahlah isu lambakan beras yang saya bangkitkan sebentar tadi merunsingkan mereka, ditambah pula dengan penyakit-penyakit yang tidak dapat dielakkan.

Besarlah harapan saya sekiranya para penyelidik daripada MARDI atau gabungan daripada universiti-universiti mampu menghasilkan formula bagi mengatasi masalah penyakit padi pada hari ini. Tidak hanya bergantung kepada penggunaan bahan kimia semata-mata, mungkin kita boleh mengorak langkah mencari formula organik yang bersifat dua dalam satu yang mana boleh mengekang ancaman perosak dan pada masa yang sama tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

Tidak lengkap rasanya jika saya tidak menyentuh sedikit berkaitan dengan para nelayan khususnya di Perlis yang kini berjumlah kira-kira 3,409 orang. Saya difahamkan mulai 1 September 2014, kerajaan telah mewajibkan pemasangan kotak hitam ataupun disebut Automatic Identification System (AIS) kepada nelayan-nelayan di zon Pantai Barat. Alat ini adalah bertujuan sebagai alat pengesan untuk membantu nelayan mengenal pasti kawasan berpotensi. Ia sekali gus meningkatkan hasil tangkapan, membantu mengurangkan kos operasi dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan nelayan. Malahan alat ini boleh membantu nelayan dalam aspek keselamatan dan juga membendung kegiatan jenayah yang berkemungkinan boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga.

Seperti yang telah berlaku Januari lepas, Maritim Wilayah Utara telah menahan sebuah bot nelayan yang membawa kargo tanpa lesen kira-kira lima batu nautika dari Kuala Perlis. Bukan sahaja pencerobohan perairan negara malahan bot pukat hanyut berkenaan juga telah diubahsuai. Hal ini juga mengancam aktiviti nelayan tempatan yang sudahlah kawasan tangkapan mereka agak terhad di Perlis.

Berbalik kepada kotak hitam AIS ini difahamkan kos pemasangan alat AIS ini adalah kira-kira RM4,000 seunit. Berhubung dengan perkara ini, Yang Amat Berhormat Pekan juga telah membuat pengumuman bahawa sejumlah wang telah diperuntukkan untuk pemasangan alat ini. Ingin saya mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri, berapa ramaikah nelayan di Perlis yang telah mendapat manfaat daripada inisiatif ini. Apakah bentuk-bentuk latihan dan bimbingan berkenaan kotak hitam AIS yang telah diberikan oleh jabatan berkaitan bagi memberi panduan kepada para nelayan? Agar golongan ini tidak lagi terpinggir dan memanfaatkan sepenuhnya insentif yang telah dikhususkan kepada mereka.

Menyentuh berkenaan perkara ini, saya juga ingin mencadangkan kepada kementerian agar tidak mewujudkan ruang monopoli kepada syarikat tertentu dalam aspek penyelenggaraan alat AIS ini. Adalah lebih wajar sekiranya lantikan agen pengendali AIS ini diwujudkan mengikut zon dan wilayah dengan seliaan bersepadu daripada LKIM dan Jabatan Perikanan Negeri khususnya. Melalui lantikan agen yang berkaitan dengan penempatan nelayan, kos penyelenggaraan dan baik pulih dapat diminimumkan sepenuhnya. Dengan adanya pusat servis yang berdekatan, golongan nelayan tidak perlu menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk tujuan penyelenggaraan kelak. Saya amat berharap agar dengan adanya kotak hitam AIS ini ia dapat memberi manfaat kepada semua nelayan di negara ini kelak.

Tuan Yang di-Pertua, mengambil mandat Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari, saya mewakili suara rakyat Kangar ingin merakamkan rasa simpati dan turut sama merasa tertekan ekoran musibah banjir luar biasa yang telah melanda beberapa negeri khususnya di Pantai Timur serta beberapa negeri di utara tanah air dan Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2014 yang lalu. Lanjutan daripada banjir besar yang tidak diduga ini, menurut kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kemusnahan melibatkan infrastruktur dianggarkan mencecah RM2.9 bilion dan kira-kira 400,000 orang mangsa yang terjejas. Keprihatinan pelbagai pihak yang tampil dalam

final • 7:10 PM

Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar

membantu mangsa-mangsa ini juga perlu diberi penghargaan. Kerajaan pusat telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta ke tabung Majlis Keselamatan Negara dan jumlah keseluruhannya RM787 juta. Malahan peruntukan sebanyak RM800 juta juga telah diberikan bagi tujuan membaik pulih infrastruktur awam seperti sekolah, hospital dan jalan raya.

Tidak lupa juga bantuan yang telah diberikan khusus kepada mangsa- mangsa banjir seperti bantuan pembinaan semula tempat tinggal serta bantuan ihsan bagi meneruskan kehidupan. Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan yang diterajui Yang Amat Berhormat Pekan. Ekoran daripada peristiwa ini, kita perlu mengambil iktibar dan sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal melanda kehidupan seharian kita. Misi bantuan yang dihulurkan bukan sahaja melalui agensi-agensi di bawah kementerian, namun turut disokong oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, syarikat swasta malahan NGO turut sama berganding bahu, turut membantu mangsa yang memerlukan.

Tuan Yang di-Pertua, namun begitu persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini ialah sejauh manakah agihan dan bantuan daripada pelbagai pihak ini boleh diselaraskan agar semua mangsa menerima bantuan yang sewajarnya. Ambil kira agihan bantuan yang diberikan perlulah mengikut keperluan semasa mangsa dan mestilah seimbang dengan situasi yang dialami pada ketika itu. Dengan harapan isu bekalan makanan tidak sampai dan kekurangan bahan asas dapat diminimumkan dalam menangani bencana pada masa-masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan skim-skim bantuan pembiayaan sama ada untuk tujuan perniagaan mahupun berbentuk peribadi yang ditawarkan melalui agensi-agensi kerajaan. Masing-masing peruntukkan sebanyak MR100 juta melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan institusi kewangan melalui pinjaman peribadi berjumlah RM500 juta di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir diuruskan oleh PROKHAS. Mohon makluman sehingga setakat ini berapakah jumlah permohonan yang telah diterima dan berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan oleh agensi terbabit? Apakah mekanisme yang terbaik bagi membolehkan mangsa-mangsa ini berupaya memohon bantuan, namun dalam masa yang sama tidak membebankan masa depan mereka kelak?

Bayangkanlah, sudahlah perlu menyara keluarga, membayar pembiayaan pinjaman yang sedia ada dan ditambah lagi dengan kesan daripada bencana banjir ini. Besar harapan saya agar kerajaan dapat meneliti permasalahan rakyat ini khususnya golongan yang kurang berkemampuan agar nasib mereka terus terbela dan terjamin.

final • 7:10 PM

Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar

Tuan Yang di-Pertua, sering kali saya bangkitkan berkaitan dengan masalah yang melanda berkaitan dengan persempadanan. Tidak dinafikan ianya sukar dihapuskan namun masih boleh dielakkan. Tiga permasalahan pokok yang ingin saya suarakan di Dewan yang mulia ini pada hari ini berkaitan dengan isu dokumentasi, penyeludupan dan kemasukan warga asing ke negara ini umpama wabak yang menular tiada kesudahan.

Tuan Yang di-Pertua, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan.

Bila dah dekat lagilah mudah terpikat. Begitulah situasi bila bersempadan dengan negara jiran. Ini menarik ini. Perkahwinan campur bukanlah perkara luar biasa di negara ini, terutamanya di sempadan Perlis, Kedah dan Thailand. Namun, isu pendaftaran perkahwinan yang membimbangkan saya. Difahamkan di DUN Kuala Perlis sahaja iaitu dalam Parlimen Kangar, terdapat 500 kes yang membabitkan kanak-kanak tidak berpeluang mendapat pendidikan meskipun lahir di negara ini.

Hal inilah yang merisaukan saya. Sudahlah perkahwinan ibu bapa tidak didaftarkan, anak-anak yang lahir pula tidak didokumentasikan. Apakah nasib anak-anak ini pada masa hadapan tidaklah dapat saya bayangkan dalam era

final • 7:20 PM

Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar

moden sekarang. Negara menuju ke Wawasan 2020 ke arah negara maju, namun ada kanak-kanak yang masih dinafikan haknya untuk mendapat peluang pendidikan yang telah diberikan oleh kerajaan untuk semua rakyatnya.

Saya amat berharap agar pihak Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara mengambil serius akan masalah dokumentasi yang melibatkan perkahwinan yang tidak berdaftar dan juga kanak-kanak yang dinafikan haknya ini.

Setakat hari ini, berapakah jumlah kes seumpama ini yang telah dikenal pasti di negeri Perlis dan apakah tindakan lanjutan bagi menanganinya? Apakah ada kaedah pemudah cara untuk mengatasi masalah ini? Mohon maklum daripada kementerian yang berkaitan.

Untuk mengetahui kegiatan penyeludupan yang berlaku di Padang Besar, Thailand bukanlah isu yang baru di negeri Perlis. Langkah penguatkuasaan, tindakan bersepadu telah diambil oleh pihak berkenaan. Ini tidak dapat kita nafikan. Sekalung penghargaan buat Jabatan Perdana Menteri, KDN dan KPDNKK dan agensi berkaitan yang tidak jemu-jemu mengekang ketirisan ini.

Sepanjang tahun 2014, KPDNKK telah membuat 123 rampasan membabitkan 138,863 liter petrol, 8,818 liter diesel dan 96 tong gas petroleum cecair bernilai RM390,492 yang mana menyaksikan kompaun dan denda sebanyak RM216,700 telah dikeluarkan.

Kita ada Unit Pencegah Penyeludupan di bawah KDN yang juga merupakan strike force yang memainkan peranan yang sangat penting bagi membendung jenayah penyeludupan. Namun begitu, amat menyedihkan kerana situasi ini tidak banyak berubah malah masih ramai tali barut, taiko-taiko besar di sebalik kegiatan ini. Mungkinkah kita tidak konsisten dalam menangani masalah ini? Mohon penjelasan sewajarnya daripada pihak berkenaan kenapa masih berlaku lagi kegiatan penyeludupan di sempadan?

Saya juga ingin mendapatkan kepastian daripada KPDNKK, sejauh manakah pelaksanaan kaedah pengapungan harga minyak yang telah kita lakukan sepanjang tiga bulan ini mampu mempengaruhi kadar penyeludupan diesel ke negara jiran? Apakah langkah ini dilihat sebagai satu mekanisme yang mampu membanteras kegiatan penyeludupan yang kerap kali saya bawakan di Dewan yang mulia ini. Sudahlah kita sentiasa dihantui dengan kegiatan penyeludupan yang tidak berkesudahan, ingin juga saya kongsikan senario di pasar-pasar di sekitar Perlis kini.

Kadangkala saya sendiri keliru apabila pergi ke pasar di Perlis sama ada saya di Kemboja atau di Burma. Ramainya rakyat mereka di negeri saya memang mendatangkan kerunsingan. Sudahlah negeri kami yang kecil, didatangi pula warga asing yang memonopoli perniagaan dan sebagainya. Sampaikan ada pasar-pasar yang dipanggil pasar Kemboja. Pernahkah pihak berwajib membuat siasatan ke atas premis-premis ini? Besar harapan saya agar kita sama-sama mengambil serius isu kebanjiran warga asing, khususnya yang monopoli perniagaan di negara kita.

Janganlah kita memukul canang ke arah negara maju berpendapatan tinggi, namun peluang perniagaan dikuasai oleh rakyat luar. Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Bachok.

final • 7:20 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada saya membahaskan Titah Seri Paduka

final • 7:26 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ke-13 tahun 2015.

Saya mulakan bicara ini dengan memetik sepotong ayat. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berkeprihatinan dan kesungguhan dalam membantu negeri Kelantan menghadapi Bah Air Kuning 2014, terutamanya kebangkitan pergerakan masyarakat sivil, NGO dalam membantu menghadapi musibah ini. Begitu juga keseriusan Kerajaan Pusat dalam memberikan bantuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Namun, janganlah bantuan yang dihulurkan nanti untuk memperlekehkan kemampuan dan juga pertolongan dan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Kelantan. Saya agak tidak senang apabila ada sebahagian daripada Ahli Parlimen, tidak termasuk Yang Berhormat Baling ya.

final • 7:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lenggong?

final • 7:26 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Yang mengatakan bahawa Kerajaan Kelantan tak buat apa-apa dan tak mampu buat apa-apa. Firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Jangan kamu batalkan pahala sedekah dan sumbangan kamu dengan menghina dan juga mengherdik dan serta memperlekehkan orang lain.” Kalau semua buat macam Yang Berhormat Baling, alhamdulillah. Yang Berhormat Baling buat kerja dengan penuh keikhlasan, Yang Berhormat Arau dan yang lain-lain lagi yang tidak mahukan kepada nama termasuk juga kakanda Yang Berhormat Ketereh dan semua.

final • 7:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Machang bangun Yang Berhormat.

final • 7:26 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Relaks dulu, nak habis poin ini dahulu. Nak buat masuk poin ini. Kemudiannya saya nak respons kepada cadangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi membina tebatan banjir dan empangan yang pada saya menyambut baik dan mengharapkan dengan nada nasihat supaya perlu disemak dengan teliti agar tidak berlaku pembaziran dan menjadi peluang dan ruang untuk korupsi dan benar-benar dapat mengatasi masalah banjir dengan berkesan, bahkan dibimbangi pembinaan tebatan nanti akan mendatangkan masalah-masalah yang lain.

Doa daripada Nabi Nuh a.s. yang saya bacakan di mukadimah tadi bukan setakat merapatkan kita kepada Pencipta, bahkan mengajak kita berfikir bagaimana kita berinteraksi dengan alam dalam menghadapi banjir. Ia mencabar kita bagaimana boleh bumi menelan air dan langit menghentikan hujan dan teguran buat mereka yang melakukan kezaliman. Saya ingin merujuk kepada satu Proceedings of International Workshop on The Role of Bamboo in Disasters yang diadakan di Equador dan beberapa kajian pendekatan lestari dalam menghadapi bencana banjir.

final • 7:26 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Ini kerana yang lain-lain sudah disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang banyak bercakap tentang isu banjir dan cadangan penyelesaian.

Penggunaan buluh sebagai kaedah menghadapi banjir sudah terbukti keberkesanannya ribuan tahun lamanya yang diamalkan di negara Jepun, China, Amerika Latin dan juga Asia Tenggara. Banjir di Kelantan tahun 2014 dianggarkan melibatkan mangsa lebih daripada 250,000 orang yang kesemuanya berada berdekatan dengan sungai Kelantan. Oleh kerana kawasan bencana adalah melibatkan kawasan sungai maka penyelesaian secara lestari sangat diperlukan bagi mengurangkan risiko banjir di masa hadapan.

final • 7:30 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah kawasan saya Bachok tidak terlibat dengan banjir kerana barangkali tidak berada pada jajaran Sungai Kelantan yang membawa arus yang kuat dan juga membawa air yang banyak.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Machang bangun Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Bachok sebelum masuk ke tajuk lain, tajuk banjir. Saya setuju dengan Yang Berhormat Bachok sebenarnya. Tidak adil kalau kita katakan bahawasanya Kerajaan Negeri Kelantan tidak membuat apa-apa. Memang pihak kerajaan negeri berusaha untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Akan tetapi di dalam satu forum di Kuala Lumpur yang ahli panelnya Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri Besar Kelantan mengakui bahawasanya Kerajaan Negeri Kelantan tidak berkemampuan untuk menangani masalah banjir yang berada pada tahap luar biasa ini.

Jadi Kerajaan Persekutuan mengambil suatu langkah yang lebih daripada kerajaan negeri di dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Bachok sebenarnya apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah mengarahkan untuk mewujudkan satu jawatankuasa bersama di antara Yang Berhormat Jeli bagi pihak Kerajaan Persekutuan dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan.

Tidakkah ini suatu bentuk kerjasama yang akan memberi kebaikan kepada seluruh rakyat terutamanya mangsa banjir ini.

Alangkah eloknya saya rasa kalau bermula dengan kerjasama banjir ini kita teruskan kerjasama-kerjasama yang lain di dalam suatu semangat perpaduan dan ukhuwah di dalam menuju suatu matlamat yang kalau tidak sama pun hampir sama, berbanding dengan berada di dalam suatu kelompok dan kumpulan yang menuju kepada suatu jalan yang sudah berbeza, walaupun masih berada di dalam kapal yang sama. Apakah pandangan Yang Berhormat Bachok?

final • 7:30 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Lenggong, boleh?

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lenggong bangun.

final • 7:30 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Sila.

final • 7:30 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya ucap terima kasih dan tahniahlah kepada Yang Berhormat Bachok atas semangat beliau berkaitan dengan isu bencana ini. Memang benar ia dibuktikan dengan kita wujud satu jawatankuasa yang dipengerusikan bersama dan adapun, dipengerusikan oleh Tok Pa dan juga Menteri Besar Negeri Kelantan.

Banyak projek terutama sekali pembinaan rumah yang melibatkan kerjasama dua pihak. Cuma kita tentu harap bahawa semua pihak berganding bahu kerana isu yang kita hadapi ini isu rakyat yang mesti ditandatangani secara menyeluruh. Yang Berhormat Baling dengan segera gerombolan Biro Kebajikan Pemuda UMNO kena puji sebab saya timbalannya dan NGO agensi lain, kementerian semua turut membantu.

Akan tetapi yang mengkritik dalam Dewan ini Yang Berhormat Bachok ialah Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan yang mempertikaikan, kata kerajaan negeri tidak buat apa-apa. Saya lihat rakan-rakan di sebelah sini tidak ramai yang menyebut begitu, yang menyebut ialah Yang Berhormat Bagan. Oleh sebab itu nampak ada semacam tidak sehaluan umpama tadi pun buat kenyataan media di luar mempertikaikan rang undang-undang yang telah dibentangkan di Dewan Negeri Kelantan hari ini. Nampak macam tidak sehaluan ini, macam mana Yang Berhormat Bachok? Tanya pandangan lah.

final • 7:30 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Machang dan juga Yang Berhormat Lenggong.

Itulah sememangnya, sepatutnya dalam sistem federalisme ini kita mengutamakan hal kepentingan rakyat. Saya mohon kepada pihak kerajaan supaya bukan setakat dengan isu banjir sahaja bahkan dalam semua perkara mesti memberikan hak kepada Negeri Kelantan ini dan seluruh rakyat dalam negara kita di atas semangat federalisme ini. Sebagai mana seorang ayah yang...

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Petani bangun Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Sebagaimana seorang ayah yang menolong anak. Jadi itu sudah satu keperluan dan kewajipan. Jadi tidak bolehlah ayah nanti ungkit apa yang dia bagi pada anak. Bapak tidak boleh buat begitu. Kalau buat begitu, itu bukan bapak, itu kepala bapaklah.

[Ketawa] [Dewan riuh] Akan tetapi saya sebut itu bukannya...

final • 7:30 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Anak tidak boleh jadi anak derhaka ya. Anak kena jadi anak baik.

final • 7:30 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:30 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Saya nampak memang cantik Yang Berhormat Bachok. Saya rasa Kerajaan Persekutuan juga...

[Disampuk]

final • 7:30 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Cara bekas BTN macam itulah.

final • 7:30 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Sedang memikirkan bahawa royalti Kelantan juga akan diberikan insya-Allah selepas ini, selepas ini. Walaupun berbeza pendapat tetapi saya yakin paling lewat pun Jun akan berikan. Apa pendapat Yang Berhormat Bachok tentang hal ini?

final • 7:30 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Cara bekas penceramah BTN memang macam itu, jolok saja.

final • 7:30 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 7:30 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Ya, saya setuju bukan setakat Jun, Mei itu insya-Allah akan diberikan.

final • 7:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Kita minta supaya diberi.

[Ketawa] Saya mencadangkan juga kepada Kerajaan Pusat supaya bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mengusahakan penyelidikan dan penanaman pokok buluh sepanjang Sungai Kelantan. Ini saya rasa boleh difikirkanlah kepada pihak yang berkenaan.

Pokok buluh terbukti dalam memainkan peranan sebagai tebatan banjir semula jadi dan juga empangan atau kolam takungan semula jadi. Ia berkemampuan menjadi benteng semula jadi daripada arus deras banjir sebagaimana yang melanda kampung Manik Urai. Pokok buluh mampu menyerap air hujan sehingga 90% bahkan ia juga dapat mengurangkan kesan impak air hujan ke atas tanah. Bagi mengurangkan hakisan ia boleh menggunakan kesan air banjir lumpur sebagai mana yang berlaku di Kelantan baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit teguran kelemahan MKN dalam menangani masalah banjir adalah suatu yang perlu diberi perhatian daripada sebesar-besar perkara yang melibatkan keselamatan nyawa dan harta benda penduduk hinggalah kepada kelemahan MKN dalam mengemas kini Portal Bencana banjir.

Nombor telefon bilik gerakan banjir yang salah dan terbaru kebakaran di gudang bekalan makanan MKN di Pengkalan Chepa. Ini juga menimbulkan tanda-tanya.

Saya pohon pihak kementerian yang berkaitan supaya memberikan penjelasan dan juga menyediakan laporan dan apakah punca berlakunya kebakaran tersebut? Ini kerana timbul pelbagai tanggapan dan persepsi. Rakyat

final • 7:30 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Kelantan tahu bahawa rupanya banyak lagi makanan-makanan disimpan sehingga musnah dalam kebakaran tersebut dan sepatutnya diagihkan secara terus kepada mangsa-mangsa tersebut.

Sudah sampai masanya saya merasakan bahawa Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar walaupun negeri itu diperintah oleh PAS dan juga Pakatan Rakyat. Jika tahun lepas hanya Kelantan, Terengganu dan beberapa buah negeri lain sahaja dilanda banjir. Namun hari ini ke mana sahaja kita pergi rakyat membicarakan tentang 1MDB. Rakyat Manik Urai membicarakan 1MDB. Rakyat Lahad Datu membicarakan 1MDB. Pengunjung Starbucks Bukit Bintang berbicara tentang 1MDB. Peserta himpunan, ketua bahagian UMNO pun membicarakan soal 1MDB. Bahkan banduan penjara Kajang pun membicarakan 1MDB. Betul sekali apa yang dilakarkan oleh kartunis Zunar “1MDB, 1Malaysia Dah Banjir”. Lebih kartun lagi daripada lukisan Zunar adalah kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyebut akan menunggu laporan penuh PAC atau Jabatan Audit Negara sebelum bertindak. Begitu sekali pantas SPRM bertindak hingga terpaksa menunggu dahulu laporan PAC dan Jabatan Audit Negara. Saya gesa SPRM menyiasat segera skandal 1MDB tanpa perlu menunggu laporan penuh PAC dan juga Jabatan Audit Negara. Begitu banyak sekali para pelakon yang beraksi di kaca televisyen bagi meyakinkan rakyat tentang betapa bagusnya GST ini. Bahkan sampai mengulang-ulang kenyataan tidak masuk akal bahawa GST akan membuat harga barangan menjadi lebih murah.

Apa yang ingin saya bangkitkan suara kemarahan rakyat dibawa berkaitan GST ialah ia merupakan cukai yang memerah segala semua kecuali yang maha kaya. GST tidak terkesan kepada individu terkaya seperti tokoh-tokoh individu kaya dalam negara kita. Ini kerana hanya cebisan belanja hidup mereka itu hasil daripada wang dan juga harta yang mereka miliki.

final • 7:30 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Justeru, saya menyokong kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang supaya menangguhkan pelaksanaan GST, bahkan adalah lebih baik ia dibatalkan.

final • 7:40 PM

Seorang Ahli

Ya, ya, betul.

final • 7:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Tuan Yang di-Pertua, saya memetik cerita yang berlaku pada zaman Kerajaan al-Malikul Zahir apabila diminta kepada al-Imam an-Nawawi rahimahullah supaya mengeluarkan fatwa tentang keharusan mengutip cukai tambahan daripada rakyat. Waktu itu Kerajaan Islam berdepan dengan Kerajaan Tartar Monggol dalam Perang Salib. Ini soal keselamatan negara. Ini soal menjaga agama dan sebagainya.

Tiba-tiba al-Imam an-Nawawi rahimahullah enggan mengeluarkan fatwa tentang keharusan mengutip cukai daripada rakyat. Apabila dipanggil oleh pemerintah pada waktu itu, Imam Nawawi mempertegaskan bahawa aku tidak akan mengeluarkan fatwa tentang kebolehan dan keharusan mengutip cukai daripada rakyat selagi mana kerajaan yang ada tidak menjual sebahagian besar hamba-hamba wanita yang mempunyai barang-barang kemas yang banyak, hamba-hamba lelaki yang mempunyai perhiasan yang banyak untuk dimasukkan ke Baitulmal. Kalau sudah itu dilaksanakan, penjimatan di peringkat kepimpinan negara sudah diselesaikan, barulah harus kutip cukai daripada rakyat.

Kita dikejutkan dengan kegawatan ekonomi negara sehingga alasan untuk dilaksanakan GST bagi mengukuhkan dasar fiskal negara. Tiba-tiba ada pembelian jet yang sangat kita dukacitalah sedangkan sudah ada beberapa jet yang sudah pun... Ini bukan sahaja saya bercakap bagi pihak saya kerana saya pembangkang tetapi juga saya mendengar rintihan daripada sahabat-sahabat kita di sebelah sini juga yang agak tidak bersetuju dengan tindakan ini.

final • 7:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Tuan Yang di-Pertua, pelancaran Indeks Syariah Malaysia oleh Perdana Menteri pada 10 Februari yang lalu secara luaran adalah dilihat sangat bertepatan dan juga satu tindakan yang sangat baik. Namun menimbulkan persoalan yang banyak adalah integriti dan kredibiliti kerajaan. Bak kata Almarhum al-Maududi, sistem yang terbaik sekalipun dilaksanakan oleh orang yang tidak baik, maka ia akan tidak berjaya. Banyak berlaku pemerintah yang tidak adil memperalatkan agama dan juga bagi menutup kejahatan dan juga kezaliman.

Terbaru, apabila Mufti Besar Mesir berfatwa mengesahkan bahawa Mohammed Badie, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan...

final • 7:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Kepong tidur.

final • 7:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Tiga belas anggota lain layak dihukum mati. Ini fatwa yang songsang daripada Mufti Kerajaan Negeri Mesir yang barangkali sudah menjadi barua kepada kerajaan kuda hitam Mesir.

Saya melahirkan kebimbangan indeks syariah ini hanya menjadi alat bagi menutup segala kelemahan yang ada. Saya juga mengharapkan supaya...

final • 7:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Boleh penjelasan?

final • 7:40 PM

Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

[Bangun]

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Tinggi bangun.

final • 7:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Sikit saya hendak habiskan.

final • 7:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Bachok, penjelasan sikit. Indeks syariah sahaja. Boleh tak? Sikit sahaja saya hendak tanya.

final • 7:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Tak, saya hendak habiskan poin. Selepas itu saya bagi peluang.

final • 7:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Sebelum masuk topik lain.

final • 7:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Saya pernah beberapa kali menyuarakan di sini tentang kerajaan dalam menangani isu MH370 dan juga MH17 dan pihak Menteri berkaitan beberapa kali menyebut supaya kerajaan akan melihat ini secara holistik. Saya hendak tanya apa holistik yang dilihat oleh kerajaan kalau sekiranya apa yang disuarakan oleh Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan sebahagian daripada sahabat-sahabat saya di sebelah sini, saya ingat Yang Berhormat Setiu dan beberapa orang yang lain, Yang Berhormat Machang, yang bersetuju untuk dihilangkan hidangan arak dalam penerbangan MAS, tiba- tiba sampai ke hari ini masih lagi menjadikan hidangan arak itu sebagai sebahagian daripada daya penarik untuk orang naik kapal terbang MAS.

Beberapa hari lepas, saya terlepas kapal terbang. Saya menghubungi nombor yang diberikan. Dalam queue menunggu giliran untuk bercakap dan untuk buat urusan untuk ambil tiket yang lain, didendangkan dengan muzik-muzik dan didendangkan dengan iklan-iklan. Antara iklan yang mengejutkan saya apabila diiklankan bahawa dalam kapal terbang MAS antarabangsa ini ada hidangan wain yang menjadi hidangan yang mendapat banyak anugerah di peringkat antarabangsa. Masih lagi diiklankan sebegitu rupa. Saya bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri yang menjanjikan akan membawa perkara ini kepada Kabinet pada sesi sidang yang lepas, maka apa keputusan Kabinet terhadap perkara ini?

final • 7:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Ya, saya minta penjelasan.

final • 7:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Sila Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 7:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya dulu ya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta sedikit penjelasan tadi. Saya tertarik sebab bila Yang Berhormat Bachok bermula dengan satu ungkapan yang menarik perhatian saya sebab ingatan itu teramat baik tentang kerjasama. Akan tetapi selepas itu dia berubah jadi skrip-skrip yang sama yang stereotaip yang saya ingat contrary dengan apa yang disebut pada peringkat awal.

Saya hendak tanya sedikit fasal indeks syariah tadi. Sebenarnya indeks syariah ini sefaham saya, mungkin dibetulkan kalau salah, ialah satu usaha untuk menilai sejauh manakah kita telah mencapai pencapaian – menilai pencapaian yang dibuat dalam usaha-usaha memperkasakan nilai Islam. Usaha-usaha baik bank kita, education kita. Akan tetapi saya ingat Yang Berhormat Bachok memberi gambaran yang jauh tersasar seolah-olah ini satu perkara yang negatif.

Sepatutnya saya mengharapkan Yang Berhormat Bachok kata ini inisiatif yang baik dan dia menyokong supaya diperkasakan lagi.

Jadi saya terkeliru sedikit Yang Berhormat Bachok, daripada mula sampai pertengahan dan akhirnya skrip itu dia jadi jauh. Jadi sila jelaskan.

final • 7:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Ya, sila.

final • 7:40 PM

Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Indeks syariah dalam bahasa Arab disebut maqasid syariah. Maqasid syariah maknanya matlamat-matlamat yang akan terhasil daripada pelaksanaan hukum-hakam syarak. Apa yang saya lihat ialah kerajaan ingin mengambil maqasidnya sahaja, indeksnya sahaja tetapi meninggalkan syariatnya sedangkan maqasid tidak akan tercapai melainkan dengan melaksanakan syariat. Apa pandangan Yang Berhormat Bachok?

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Tinggi dan Yang Berhormat Kuala Nerus. Yang Berhormat Kuala Nerus bagi itu ialah jawapan kepada Yang Berhormat Kota Tinggi. Saya tak perlu ulas lagi untuk dua kali.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu tentang...

final • 7:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Bachok, tadi pasal indeks syariah...

final • 7:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Saya tak ada masa, hendak gulung.

final • 7:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Tak, dia bukan... Ini indeks syariah menilai pencapaian enam tujuan dalam maqasid...

final • 7:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Ya, saya faham maksud Yang Berhormat..

final • 7:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi, saya ingat itu lain itu ya, Yang Berhormat Kuala Nerus. Terima kasih..

final • 7:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Ya, saya faham. Takkan kita hendak dengar perkara yang seronok bagi kita sahaja? Kena dengar juga yang tak seronok ini, walaupun permulaan tadi Yang Berhormat memuji kerana saya puji kerajaan dan juga memuji pihak sebelah sana. Jadi kena dengar dua- dualah.

final • 7:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang isu pengeluaran dan pendapatan penanam padi. Laporan MARDI menyebut 30% hasil padi kita hilang bermula daripada proses penuaian sehinggalah sampai di kilang. Angka 30% ini jika dapat dikurangkan kepada 1% hingga 3% seperti mana negara-negara maju dalam penanaman padi, sudah membolehkan kita tidak lagi menjadi pengimport kepada beras.

Sebagai usaha mengurangkan masalah kehilangan 30% ini, saya cadangkan kerajaan memberi tumpuan kepada penggunaan mesin penuai yang bersaiz kecil, penggunaan jumbo bag yang boleh mengurangkan tumpahan padi semasa kemasukan padi ke dalam lori dan juga perjalanan ke kilang, juga penggunaan robotik di kilang padi. Penggunaan mesin solar bubble dryer ataupun mesin pengering padi bertenaga solar yang diguna pakai secara meluas di Filipina juga boleh difikirkan bagaimana kita boleh memperkukuhkan ekonomi petani kecil.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit yang berkaitan dengan kawasan saya tentang pembinaan hospital di Bachok yang saya sering kali sebut dan suarakan dalam Dewan. Jawapan daripada pihak Menteri agak menghiburkan kerana diletakkan tarikh-tarikh tertentu akan dilaksanakan termasuklah Hospital Bachok ini yang kalau ikutkan sekarang sudah dimulakan operasi pembinaannya. Namun, saya tidak melihat. Dan saya menggesa kerana ini berkaitan dengan soal kepentingan awam dan juga soal strategiknya kawasan Bachok ini bila berlaku musibah dan bencana banjir.

Bayangkan, satu Kelantan terlibat dengan semua jajahan terlibat dengan banjir. Yang berjiran dengan saya, Pasir Puteh, agak sedikit jumlahnya. Namun, Bachok tidak ada langsung terlibat dengan banjir, pada gelombang kedua yang besar-besaran itu. ramai di kalangan pesakit yang terpaksa dipindahkan ke hospital-hospital yang berdekatan. Namun kalaulah sekiranya ada Hospital Bachok ini, barangkali ini boleh memberi keselesaan kepada pesakit-pesakit kerana pada musim banjir baru-baru ini, ada pesakit yang bersalin terpaksa hanya dihampar dengan plastik sahaja di atas lantai untuk proses bersalin di Hospital Universiti Sains Malaysia.

Begitu juga yang berkaitan dengan kawasan saya, satu kepentingan yang saya rasa perlu juga diberi perhatian oleh pihak kementerian atas asas kerjasama yang baik di antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri pada hari ini iaitu sebuah jambatan yang runtuh pada musim tengkujuh tahun 2012 di Parlimen saya, Jambatan Pengkalan Haji Ali, dekat dengan rumah mertua Yang Berhormat Tasik Gelugor. Dia pun ‘dok’ sebut dekat saya, bila hendak buat jambatan ini?

Saya kata mintalah dengan PM ataupun Kerajaan Pusat. Yang runtuh sampai sekarang tak dibuat baru dan ini juga perkara yang perlu diberi perhatian.

final • 7:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Begitu juga, saya pohon untuk menaiktarafkan jalan dari Bekelam, kawasan saya Pengkalan Cina dan juga Pantai Irama yang sudah lama dan sudah banyak berlaku kerosakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah yang saya boleh sebutkan. Mudah- mudahan akan diambil perhatian oleh pihak kerajaan. *Wallahualam.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Paya Besar.

final • 7:50 PM

Dato' Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berkat hari yang mulia ini, saya diberi peluang dan ruang untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam

final • 7:50 PM

Dato' Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Dewan Rakyat yang mulia ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi- tinggi junjung kasih ke sisi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana berkenan berangkat menyampaikan titah ucapan di Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas pada 9 Mac 2015 yang baru lalu.

Bencana banjir. Banjir besar baru-baru ini menyebabkan sebahagian besar dalam kalangan Ahli Parlimen terkesan akibat musibah ini. Mana tidaknya, kawasan membabitkan Parlimen Pantai Timur, beberapa buah tempat di utara Semenanjung, Sabah dan Sarawak mengalami banjir berkenaan. Tidak terkecuali di kawasan Parlimen Paya Besar turut terkena tempias bah besar ini. Saban tahun berlaku dan paling teruk ialah kejadian yang menimpa pada akhir tahun 2014 lalu sehingga memberi kesan mendalam kepada kami selaku Ahli Parlimen dan mangsa banjir sehingga kini.

Apa pun, ingin saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas bantuan Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, NGOs dan para sukarelawan. Ini termasuklah keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Saya juga menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Mulia Tengku Mahkota Pahang dengan Tengku Puan Pahang yang telah turut serta bersama-sama merasai perit dan getir mangsa-mangsa banjir, bukan sahaja pada tahun yang lepas, malah saban tahun apabila berlakunya banjir di kawasan Parlimen Paya Besar. Junjung kasih juga ke sisi Kebawah Duli Yang Mulia Tengku Puan Pahang kerana telah mencemar duli memasak kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Parlimen Paya Besar. Setelah masakan dihidangkan, Kebawah Duli Yang Mulia Tengku Mahkota Pahang dan anakanda-anakanda Baginda turut sama melayani mangsa-mangsa banjir yang makan di pusat pemindahan tersebut.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Baling kerana telah memberi sumbangan dan turut serta bersama-sama untuk turun padang sejak hari pertama kejadian banjir berlaku sehingga surutnya air. Kegigihan kedua-dua Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Baling, saya menyanjung tinggi kerana Yang Berhormat Arau berulang dengan helikopter sementara Yang Berhormat Baling berulang dengan treler, mengagih-agihkan bantuan.

Saya risau apabila Yang Berhormat Arau terbang pada waktu malam.

Saya tanya juruterbang tersebut, “Adakah penerbangan ini selamat?”. Juruterbang beritahu “Selamat”. Saya bertanya lagi, “Bagaimana laluan yang akan dilalui?”.

Juruterbang mengatakan bahawa “Kami berpandu kepada lampu-lampu lebuh raya ataupun laut”. Jadi, saya rasa sekalung tahniah kepada Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Baling.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan penyelamat bomba yang turut sanggup meredah banjir sehingga ke paras dada untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Begitu juga penghargaan terima kasih kepada anggota-anggota tentera Malaysia yang telah membantu dalam memasak makanan untuk dihidangkan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan bencana alam ini.

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, seramai enam orang penyelidik dan tenaga pengajar dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah bersama-sama membuat liputan, tinjauan ketika keadaan banjir berlaku dan pihak UMP telah membuat keputusan untuk melakukan kajian yang terperinci terhadap punca berlakunya bencana banjir di kawasan Parlimen Paya Besar. Tanpa bantuan daripada kerajaan pimpinan Barisan Nasional, kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Jadi sebab itu, kita harus bersyukur kerana negara ini masih mempunyai kerajaan yang prihatin dan membantu.

final • 7:50 PM

Dato' Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengesyorkan supaya Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan ‘Indeks Risiko Banjir Kebangsaan’ bagi mengenal pasti kawasan berisiko tinggi dilanda bencana banjir itu di seluruh negara. Indeks Risiko Banjir ini sangat diperlukan pelbagai pihak terutamanya Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mendapatkan data lebih terperinci berhubung dengan peratusan kawasan yang dijangka ditenggelami banjir. Kalau kita lihat ketika bencana banjir sebelum ini, semua agensi yang terlibat hanya menggunakan pengalaman lalu untuk mengenal pasti kawasan yang pernah ditenggelami banjir.

Jadi sekarang ini, kita memerlukan data saintifik yang lebih tepat bagi membolehkan ia membantu pelbagai pihak seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta Jabatan Pembangunan Persekutuan dalam membuat keputusan menyalurkan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan daripada terus membazir. Malah, data ini juga boleh digunakan untuk persediaan kepada pihak kerajaan dalam mengurus bencana banjir dengan lebih tersusun pada masa akan datang.

Baru-baru ini pun, sudah ada Persidangan Pengurusan Bencana Banjir Kelantan di Universiti Sains Malaysia (USM). Dalam persidangan itu saya difahamkan, MKN akan mengguna pakai hasil pembentangan lebih dua puluh orang pakar dalam bidang sosial, ekonomi serta alam sekitar bagi membantu mewujudkan ‘Akta Pengurusan Bencana’ di negara ini. Saya sokong kalau ia membawa kebaikan bersama. Malah saya berharap, akta ini perlu dirangka bagi memastikan ia dapat menguruskan bencana dengan lebih baik pada masa akan datang memandangkan Malaysia tersenarai di antara negara yang dilanda bencana.

Soalnya sekarang ialah apabila berlaku banjir begini, MKN hanya mempunyai arahan, MKN nombor dua puluh yang digunakan ketika banjir baru- baru ini. Namun, ia garis panduan dan mengurus krisis bencana di negara ini. Jadi saya berharap, dengan mewujudkan ‘Akta Pengurusan Bencana’ ini seperti di negara-negara lain, pengurusan bencana dapat dilakukan dengan lebih teratur dan sistematik, selain mampu mengurangkan risiko atau kesan kepada mangsa seperti mana yang saya katakan pada awal tadi.

Saya juga ingin mengemukakan cadangan kepada kerajaan setelah kajian rambang dilakukan oleh beberapa orang pakar. Cadangan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, kerajaan kena menumpukan kepada projek water highway. Water highway ini bermaksud, sungai-sungai perlu didalamkan dan dilebarkan. Dengan cara itu, air-air banjir ini cepat mengalir keluar dari kawasan-kawasan yang dilanda banjir. Saya ambil contoh, Sungai Kuala Kenau di Sungai Lembing terutamanya. Kalau dulu tahun 50-an semasa bijih timah banyak di Sungai Lembing, itulah jalan pengangkutan bagi mengeluarkan bijih timah dari Sungai Lembing ke Sungai Kuantan dan seterusnya dieksport ke negara-negara luar.

final • 7:50 PM

Dato' Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Jadi, menunjukkan bahawa sungai itu dalam pada ketika itu. Akan tetapi sekarang ini kalau kita lihat, pasirnya telah pun mencecah ke paras tebing. Jadi, itu sebab berlakunya hujan lebat empat jam sahaja, Sungai Lembing akan dilanda banjir. Oleh itu saya berharap kerajaan mengambil iktibar daripada yang lepas dan cadangan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang itu perlu diambil kira.

Pada soalan lisan saya bertanyakan berapakah perbelanjaan yang dibelanjakan kerajaan akibat banjir ini, kalau mengikut peruntukan yang telah diluluskan bagi tahun 2015, peruntukannya sebanyak RM2.9 bilion. Jadi, saya rasa adalah lebih baik peruntukan sedemikian digunakan untuk membaiki, mendalami sungai-sungai yang ada di seluruh negara.

final • 8:00 PM

Dato' Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Penipuan gores dan menang. Saya ingin beralih kepada soal gores dan menang ini. Rakyat kita sangat taksub untuk mendapatkan sesuatu. Lagi banyak penerangan dibuat, lagi banyak kes yang dikesan dan ditipu. Kalau tengok pada tahun 2013 umpamanya, jumlah aduan gores dan menang yang diterima ialah sebanyak 762 aduan. Walaupun ada penurunan yang drastik pada 2014 iaitu 465 aduan, namun kegiatan gores dan menang masih giat dijalankan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab walaupun ia telah diharamkan pada 3 Disember 2007 oleh kerajaan. Aktiviti gores dan menang yang berselindung dengan pelbagai helah dan taktik licik yang sentiasa berubah-ubah serta teknik pemasaran yang sangat meyakinkan pengguna menyebabkan ia sukar dikesan dan dibanteras oleh pihak berkuasa.

Saya dimaklumkan bahawa banyak aduan yang telah diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (MCCC) yang mengaitkan syarikat-syarikat jualan langsung ataupun orang perseorangan yang giat menjalankan aktiviti gores dan menang, di mana mangsa mengalami kerugian melebihi puluhan ribu ringgit.

Jadi, saya ingin tahu setakat mana Akta Perlindungan Pengguna 1999 dikuatkuasakan secara efektif? Sekarang ini pun bukan sahaja syarikat-syarikat jualan langsung yang menjalankan kegiatan ini, malah juga orang perseorangan turut terlibat dan ini merumitkan lagi tugas pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan ini. Malahan ada aduan-aduan yang diterima mendapati kerana sikap tamak pengguna bukan menjadi punca utama tetapi lebih kepada helah dan taktik yang menggunakan remaja lepasan sekolah sebagai umpan untuk meraih simpati mangsa ke premis operasi mereka. Setiba di premis operasi, pengguna sering gagal menepis gesaan, paksaan dan helah yang kononnya untuk menyemak baki akaun kad kredit atau kad ATM, seterusnya berakhir dengan caj yang dikenakan ke atas kad kredit.

Setelah bayaran dibuat, pihak tersebut akan memaksa mangsa untuk membawa balik barangan yang tidak bermutu dan tidak sepadan dengan harga yang dibayar. Apabila mangsa enggan menerima barangan yang diberikan, barulah mangsa diberitahu bahawa bayaran telah pun dicaj melalui kad kredit atau ATM yang diserahkan kepada mereka. Sehubungan dengan itu, pihak Bank Negara Malaysia mengambil serius dalam melihat perkara ini termasuklah mengambil tindakan membatalkan kemudahan mesin transaksi kad pihak-pihak yang didapati mengendalikan kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang GST.

Saya menyokong GST ini dilaksanakan mulai 1 April 2015. Bagaimanapun, rakyat berpendapatan rendah masih keliru dengan pelaksanaan ini kerana mereka termakan dengan diayah songsang yang diuar-uarkan bahawa GST ini membebankan rakyat berpendapatan rendah dan harga barang akan naik.

final • 8:00 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Bintulu yang buat diayah songsang itu. Yang Berhormat Bintulu tadi diayah songsang.

final • 8:00 PM

Dato' Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan melaksanakan GST ini secara berperingkat-peringkat dimulai dengan barang-barang mewah sama seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bintulu sebentar tadi. Setelah kerajaan dapat mengawal harga barang, barulah peringkat kedua dilaksanakan.

final • 8:00 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Siapa yang keliru ini Tuan Yang di-Pertua?

final • 8:00 PM

Dato' Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Ini adalah kerana pihak-pihak berwajib telah mahir dalam pelaksanaan GST ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya mohon menyokong.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, terima kasih Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Paya Besar kena GST bagi lebih sikit.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tanjong.

final • 8:00 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang bagi saya menyertai perbahasan ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam Dewan yang mulia ini. Kebelakangan ini saya telah dijadikan sasaran polis di bawah Akta Hasutan 1948 di mana suatu report polis nombor Mak Mandin 58615 telah dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda MCA Negeri Pulau Pinang, Ang Chor Keong terhadap saya pada 16 Februari 2015 terhadap sebuah artikel yang saya tulis dan disiarkan dalam surat khabar Kwong Wah Yit Poh.

Saya pun berasa aneh dengan tindakan polis tersebut. Kenapa sesuatu artikel yang boleh dibenarkan disiarkan dalam surat khabar boleh dikatakan bersifat hasutan. Saya merujuk artikel yang sama kepada beberapa peguam dan semuanya tidak berasa artikel tersebut berbau hasutan.

final • 8:06 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 8:06 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Ya.

final • 8:06 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Laporan polis dibuat, ada tindakan mahkamah tak?

final • 8:06 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Belum lagi.

final • 8:06 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Baik.

final • 8:06 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Artikel tersebut hanyalah berkongsi pandangan saya semata-mata terhadap perkembangan politik semasa dalam negara Malaysia dan Gerakan Reformasi yang telah saya saksikan semasa belajar di Universiti Malaya pada tahun 1998. Sememangnya termaktub di bawah seksyen 3(2)(b), Akta Hasutan “An act, speech, words, publications or anything or other thing shall not be deemed to be seditious by reason only that it has a tendency to point out errors or defects in any Government or constitution as by law established or in legislation on in the administration of justice with a view to the remedying of the errors or defects”. Maka, adalah sahih bagi kami membuat sebarang kritikan jikalau terdapat sebarang kelemahan pentadbiran kerajaan atau terhadap sistem perundangan atau terhadap sistem kehakiman. Saya telah dimaklumkan oleh pihak polis bahawa siasatan perlu dilakukan sebaik sahaja ada report dibuat terhadap saya.

Akan tetapi adakah siasatan yang dilakukan perlu berdasarkan fakta dan merit kes? Adakah siasatan masih perlu dilakukan jikalau report polis yang dibuat terhadap saya berniat jahat, palsu atau tidak berasas? Adakah ini juga suatu pembaziran tenaga dan masa pasukan polis jikalau laporan yang dibuat itu tidak berasas?

Saya telah membuat satu report balasan terhadap report polis yang dibuat terhadap saya dan saya berharap pihak polis juga bertindak adil dengan menjalankan siasatan yang sewajarnya terhadap pihak Pemuda MCA. Bagi saya, siasatan sebegini adalah tidak diperlukan. Di mana artikel-artikel bersifat komentari yang disiarkan dalam surat khabar setiap hari.

Kita perlu menghormati pandangan yang diutarakan oleh setiap penulis.

Tidak kira persepsi atau analisa yang dibuat itu betul atau tidak, disukai atau tidak

final • 8:06 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

oleh pihak pemerintah. Jadi, ianya tidak harus dijadikan satu asas bagi siasatan polis dijalankan terhadap penulis tertentu selaras dengan artikel 10, Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bercakap dan bersuara.

Pada zaman lampau pemerintahan China, terdapat penulis-penulis yang tidak disukai oleh seseorang maharaja akan dikurung dalam penjara kerana kesalahan yang direka-reka. Hanya berlandaskan penulisan seseorang.

Pendekatan sebegini dikenali sebagai penjara tulisan dan tidak harus diwujudkan semula dalam zaman yang moden ini. Dengan ini, jikalau sebarang siasatan perlu dijalankan terhadap saya, siasatan polis tersebut haruslah dijalankan secara profesional. Jangan hanyalah berlandaskan teks, perkataan atau istilah tertentu sahaja dan perlunya mengambil kira konteks keseluruhan artikel tersebut.

final • 8:06 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Saya akan bertanggungjawab kepada artikel saya tetapi jangan sampai ke tahap membuat sebarang tanggapan yang tidak tepat dan tidak berasas terhadap konteks artikel tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, dalam satu tahun yang lepas selepas insiden MH370 terdapat sekurang-kurangnya 7 insiden sama ada penerbangan MAS, AirAsia atau Firefly yang terpaksa patah balik selepas berlepas dari lapangan terbang yang asal. Kes pertama berlaku pada 24 Mac 2014 melibatkan MH066 yang ingin berlepas dari Kuala Lumpur ke Incheon di Seoul tetapi akhirnya terpaksa mendarat di Hong Kong. Insiden kedua 21 April 2014 melibatkan MH192 yang ingin berlepas ke Bangalore tetapi akhirnya tayar bocor dan terpaksa patah balik mendarat di KLIA. Insiden ketiga 24 April 2014 melibatkan FY1002 iaitu kapal terbang Firefly yang ingin berlepas dari Pulau Pinang ke Kota Bharu tetapi masalah dia mendarat terpaksa berpatah balik dan mendarat di Lapangan Terbang Bayan Lepas.

Insiden keempat 23 Ogos 2014 melibatkan MH70 yang ingin berlepas dari KL ke Narita, Jepun tetapi atas masalah tekanan udara dalam kabin kapal terbang, terpaksa berpatah balik selepas 50 minit. Insiden kelima 13 September 2014 melibatkan MH198 yang ingin berlepas dari Kuala Lumpur ke Hyderabad, India masalah sistem autopilot terpaksa membuang minyak dan mendarat di KLIA.

Insiden keenam 15 November 2014, MH387 ingin berlepas dari Shanghai ke Kuala Lumpur tetapi selepas 15 minit berlepas terdapat tiga kali bunyi kuat dari sayap kanan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di Shanghai. Insiden yang ketujuh 8 Februari yang terkini pada 2015 melibatkan D7172 yang itu kapal terbang AirAsiaX yang ingin berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Saudi Arabia tetapi kerana masalah salah satu autothrust yang tidak dapat berfungsi menyebabkan kapal terbang terpaksa membuat beberapa pusingan di atas Selat Melaka dan akhirnya terpaksa mendarat di KLIA selepas lima jam berlepas.

Sebelum insiden MH370 dan MH17 rekod penerbangan MAS adalah antaranya yang paling selamat di dunia di mana insiden maut terakhir berlaku lebih daripada 30 tahun dahulu. Akan tetapi dalam tempoh setahun yang lepas sudah banyak kali penerbangan MAS termasuk juga AirAsia dan Firefly yang terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang. Setiap kali berlakunya insiden sebegini syarikat penerbangan akan diarahkan untuk membuat siasatan tetapi tidak pernah sekalipun laporan siasatan yang seperti ini dapat diumumkan kepada pihak awam. Adakah sesuatu yang tersembunyi di sebalik insiden-insiden tersebut? Benarkah siasatan dijalankan atau sebarang tindakan diambil terhadap pihak pengurusan, terhadap pihak jurutera termasuk juga Azhari Dahlan, CEO Kejuruteraan MRO bagi MAS yang pada masa pelantikannya tidak memiliki kelayakan nominated post holder yang diiktiraf oleh DCA Malaysia.

final • 8:10 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Tahniah kepada negara Malaysia kerana dipilih sebagai Ahli Tidak Tetap dalam Majlis Keselamatan PBB dengan 187 undi sokongan di kalangan 192 negara yang telah membuang undi. Ini adalah kali keempat negara Malaysia dilantik ke dalam Majlis Keselamatan PBB. Saya berharap dengan peranan Malaysia yang baru di Majlis Keselamatan PBB kita dapat memberi komitmen yang lebih penting di persada antarabangsa khususnya dalam membawa keadilan kepada mangsa-mangsa MH17 dan ahli-ahli keluarga mereka.

Baru-baru ini sebuah kumpulan penyiasat German telah mengeluarkan satu laporan bahawa MH17 yang kesemua 298 penumpangnya nahas dalam Julai 2014 adalah ditembak oleh BUK surface-to-air missile launcher yang dioperasi oleh 53rd Russian Air Defense Brigade. Banyak bukti yang terkumpul dapat meyakinkan kami bahawa BUK surface-to-air missile launcher adalah dibekalkan oleh Rusia di mana tujuannya adalah untuk melindungi kereta-kereta kebal Rusia yang sering menghadapi serangan udara dalam konflik yang tercetus selepas military yang disokong oleh Rusia telah menduduki beberapa bangunan kerajaan di Donbas sejak April 2014.

Dalam pendek kata, pemberontak-pemberontak yang menyokong Rusia merupakan pihak-pihak yang harus bertanggungjawab dalam insiden tersebut.

Dengan penemuan-penemuan yang terbaru ini adakah tindakan susulan akan diambil oleh Kerajaan Malaysia. Adakah Malaysia akan merujuk kes tersebut kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau ICC supaya pemberontak yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan. Mesyuarat Kabinet pada 18 Mac 2011 telah bersetuju untuk Malaysia menandatangani Rome Statute of the International Criminal Court bagi membolehkan negara kami menyertai ICC.

Dengan Malaysia menyertai ICC, kita dengan senangnya dapat merujuk sebarang insiden kepada ICC. Walaupun Malaysia sebagai Ahli Bukan Tetap dalam Majlis Keselamatan PBB, boleh merujuk kes kepada sedemikian kepada ICC melalui Majlis Keselamatan PBB. Akan tetapi ia kemungkinan besar akan divetokan oleh Rusia. Jadi dengan itu, usaha bersama juga perlu diambil bersama dengan Ukraine supaya Ukraine juga dapat membuat sesuatu deklarasi di bawah Artikel 12(3) Statute Rome bagi membolehkan negara-negara yang bukan parti menandatangani Statute Rome juga dapat menerima pelaksanaan bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa ke atas kes-kes yang ingin dirujuk kepada ICC.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini dilaporkan bahawa Bousted Holding Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera berminat untuk mengambil alih konsesi AES daripada Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Automated Traffic Enforcement System (ATES) Sdn. Bhd. melalui suntikan modal 50% dan 49.17% ke dalam sebuah syarikat yang dikenali sebagai Irat Properties Sdn. Bhd.

Sebelum ini Dewan yang mulia ini telah meluluskan satu usul untuk sebuah syarikat yang dikenali sebagai AES Solution Sdn. Bhd. dibentuk dengan modal berbayar RM10 juta. Usul tersebut juga kami sokong supaya Kerajaan Persekutuan dapat mengambil alih dengan serta-merta serta dengan sendirinya beroperasi sistem tersebut. Kenapa kerajaan secara tergesa-gesa ingin mendaftarkan sebuah syarikat yang baru walaupun proses pengambilalihan belum dapat diputuskan pada masa tersebut?

Mengapakah kes sedemikian perlu dibawa ke Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration dan belum dapat diselesaikan sehingga ke hari ini? Jikalau konsesi AES akhirnya dapat diambil alih oleh sebuah syarikat swasta seperti Irat Properties Sdn. Bhd., adakah ini merakamkan hasrat rakyat supaya sistem tersebut dapat dioperasi oleh Kerajaan Persekutuan? Mengapakah perjanjian yang berat sebelah serta merugikan Kerajaan Persekutuan dapat ditangani sebelum ini?

Difahamkan Kerajaan Persekutuan mungkin perlu memberi bayaran pampasan sejumlah RM500 juta kepada setiap syarikat yang terlibat. Jadi

final • 8:10 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

mengapakah perjanjian tersebut tidak dikaji secara teliti oleh pihak Jabatan Peguam Negara sebelum ia ditandatangani. Sehingga hari ini kita masih menerima kompaun-kompaun AES yang dihantar melalui pos laju ke rumah kami tetapi tiada tindakan mahkamah diambil. Kebanyakan orang juga tidak ingin membayar dan saya berharap Kerajaan Persekutuan dapat membatalkan kompaun-kompaun tersebut sebelum operator yang baru bagi konsesi AES dapat diputuskan nanti.

Tuan Yang di-Pertua, cruise tourism merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam mempromosikan pelancong di Pulau Pinang di mana Swettenham Pier Cruise Terminal merupakan pintu masuk utama bagi cruise utama seperti Star Cruise, Amusement World, Royal Caribbean dan Norwegian Cruise Line. Terminal tersebut telah beroperasi sejak tahun 2010 dengan adanya berth, tempat tambatan yang sepanjang 170 kilometer dengan kedalaman 12 meter untuk menangani cruise-cruise yang besar yang menambat di Pulau Pinang.

Pada tahun 2010, terminal tersebut telah menangani 1.1 juta penumpang dan angka tersebut telah bertambah ke 1.29 juta iaitu meningkat sebanyak 17.6% pada tahun 2013.

final • 8:10 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Akan tetapi berth yang sepanjang 470 meter ini tidak dapat menampung dua cruise yang besar yang panjangnya 300 meter setiap satu untuk melabuh pada masa yang sama. Jikalau terdapat cruise yang besar yang kedua yang ingin melabuh, jadi cruise yang pertama perlu keluar dari terminal dan singgah di tengah laut sehingga ke saat cruise yang kedua meninggalkan pelabuhan tersebut.

Terminal Cruise Pelabuhan Swettenham dibina dengan sebuah bangunan terminal utama yang dilengkapi dengan sebuah aerobridge untuk penumpang naik dan turun dari cruise. Akan tetapi jejantas tersebut tidak dapat digunakan oleh kebanyakan cruise atas sebab ketinggiannya tidak sepadan dengan ketinggian cruises yang berlabuh menyebabkan penumpang terpaksa turun kapal melalui paras yang terbawah, kemudiannya perlu memanjat tangga ke bangunan terminal utama tersebut dan selepas itu turun lagi dengan menggunakan eskalator yang disediakan.

Ini adalah antara dua kelemahan ketara yang ada pada Pelabuhan Swettenham. Siapakah yang harus bertanggungjawab untuk menangani masalah tersebut? Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Kewangan atau Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ataupun Penang Port Sdn Bhd yang kini telah diambil alih oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary?

Kelemahan sedemikian merupakan masalah yang sudah wujud lama dan tindakan segera haruslah diambil supaya tidak mendatangkan imej yang negatif kepada pelancong-pelancong yang datangnya dari luar negara. Kebanyakan pelancong menaiki cruise dari Singapura ke Pulau Pinang dan kemudiannya ke Pulau Langkawi, Pulau Phuket atau Krabi. Terminal tersebut juga menangani perkhidmatan feri yang berulang alik di antara Pulau Pinang dengan Langsa di Aceh, Pulau Langkawi ataupun Pulau Paya di Kedah dan sebagainya. Jadi, adalah penting tindakan-tindakan segera dapat diambil untuk menangani masalah tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, difahamkan bahawa terdapat lebih kurang 300 warganegara Korea Utara yang kini bekerja sebagai buruh di lombong-lombong Sarawak dan terdapat juga rancangan untuk memasukkan 5,000 lagi warganegara Korea Utara bagi projek pembinaan Loji Jana kuasa Bintulu di Sarawak. Malaysia kini merupakan negara ahli bukan tetap dalam Majlis Keselamatan PBB. Adalah tidak wajar untuk Malaysia menjalankan hubungan yang lebih erat dengan Korea Utara atas sebab Korea Utara sering dilihat sebagai ancaman terhadap

final • 8:20 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

keselamatan dunia dengan program-program nuklear dan peluru-peluru berpandu yang sedang diusahakan.

Sebarang pembiayaan kepada syarikat-syarikat milikan kerajaan Korea Utara adalah bercanggahan dengan resolusi Majlis Keselamatan 2094 pada 2013, Supplementary Convention on the Abolition of Slavery 1956 dan ILO Forced Labour Convention 1930 di mana reputasi Malaysia juga akan terjejas jikalau hubungan dengan Korea Utara masih dijalinkan. Jikalau bukan berlakunya kes letupan lombong arang batu di Selantik, Sri Aman pada 22 November 2014 di mana terdapatnya seorang warganegara Korea Utara yang meninggal dunia dan tujuh lagi dari Korea Utara yang tercedera, kita pun tidak perasan sudah adanya warganegara Korea Utara yang sudah dibawa masuk sebagai buruh untuk bekerja dilombong-lombong Sarawak. Apakah sebab warganegara Korea Utara dibawa masuk, khususnya ke negeri Sarawak? Adakah ini disebabkan kerana kos buruh Korea Utara lebih rendah? Difahamkan bahawa buruh dari Korea Utara tidak dibenarkan dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia, tetapi mengapa mereka dibenarkan untuk bekerja di negeri Sarawak? Walaupun kita menghormati autonomi yang dinikmati oleh negeri Sarawak dari dasar-dasar imigresen, tetapi kemasukan buruh-buruh Korea Utara ke negeri Sarawak akan mendatangkan risiko terhadap reputasi negara Malaysia di persada antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, pada 16 Mac 2015, terdapat lima orang pelabur dari Johor Bahru termasuk seorang Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Johor Bahru telah mati dan seorang dihantar ke hospital untuk rawatan setelah menghisap gas beracun yang bocor daripada sistem penyaman udara di sebuah kondominium di Nanning, China. Keenam-enam orang tersebut didapati menyertai satu skim pelaburan yang dikenali sebagai Pure Capital Investment in Nanning yang dikatakan berasal dari wilayah Guangxi, China. Sebenarnya skim tersebut lebih merupakan Nanning scam di mana hampir setiap hari terdapatnya pelabur- pelabur yang terpedaya dan menyertai rombongan lawatan ke Nanning atas nama untuk meninjau perniagaan yang telah dilabur oleh mereka di Nanning.

Skim tersebut telah wujud di Malaysia sejak tahun 2008 dan bergerak aktif semula dalam dua tahun kebelakangan ini. Ia paling aktif di negeri Johor dan juga aktif di wilayah utara dan tengah Malaysia. Untuk menyertai skim tersebut, seseorang perlu melabur RM40,000 serta merekrut tiga orang pelabur yang baru dan beliau akan dijanjikan pulangan RM4.3 juta dalam tempoh masa dua tahun.

Skim tersebut membuatkan satu lagi skim berbentuk piramid yang tujuan akhirnya adalah untuk menipu wang yang telah dilaburkan oleh peserta-pesertanya.

Pihak pemerintah di Nanning, China pernah mengesahkan bahawa skim sebegini sebenarnya tidak wujud dan tidak dibenarkan oleh Kerajaan China.

Terdapat seorang peniaga Malaysia berpangkat Datuk telah ditangkap oleh polis China atas penglibatannya di Nanning dalam Nanning scam dan kemudiannya dihukum penjara 10 tahun pada penghujung tahun lepas. Kebanyakan harta kepunyaannya juga disita oleh Kerajaan Negeri China. Jadi, mengapakah masih tiada sebarang tindakan diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terhadap mereka yang terlibat dengan Nanning scam sehingga skim tersebut telah dapat terus bergerak aktif dan akhirnya menyebabkan sesetengah pelabur terpedaya dan akhirnya menggadaikan nyawa mereka semasa menyertai rombongan lawatan ke China.

Tuan Yang di-Pertua, Jeti-Jeti Clan yang telah wujud di Pengkalan Weld, George Town sejak tahun 1882 dan kini merupakan satu tarikan unik bagi tapak warisan sedunia Georgetown. Kini masih terdapat enam Jeti Clan yang wujud dan dikenali sebagai Lim Jeti, Chew Jeti, Tan Jeti, Lee Jeti, Mix Surname Jeti dan Yeoh Jeti di mana rumah-rumah papan tersebut didirikan di atas laut dan bersebelahan dengan jeti-jeti tersebut. Jeti-Jeti Clan yang dapat dikekalkan untuk selama-lamanya selepas George Town dinobatkan oleh UNESCO sebagai tapak warisan sedunia. Akan tetapi, najis yang dibuang oleh penduduk hanya dapat

final • 8:20 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

disalurkan terus ke dalam laut sehingga hari ini atas sebab tiada sistem kumbahan yang disediakan dan seterusnya menjejaskan kualiti alam sekitar dan kesihatan penduduk serta ekosistem laut juga terjejas. Jadi adalah perlu suatu sistem kumbahan yang komprehensif disediakan bagi kawasan tersebut.

Sebenarnya Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air melalui Jabatan Perkhidmatan Pembetungan telah melantik perunding Pinang Sdn Bhd pada 27 Disember 2013 sebagai perunding bagi menjalankan kajian tadahan pembetungan di Clan Jeti Pulau Pinang dengan kos kajian RM190,888. Suatu inception report telah dihasilkan dan telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan pada awal tahun ini.

Kesimpulannya adalah sistem kumbahan perlu dilaksanakan dengan secepat mungkin dan boleh dilaksanakan secara berperingkat-peringkat tertakluk kepada bajet Kerajaan Persekutuan. Jikalau projek tersebut perlu dilaksanakan secara berperingkat, maka keberkesanan sistem kumbahan yang baru boleh diperbaiki dan dinaiktarafkan dalam fasa-fasa terkemudian. Laporan perunding bercadang supaya sistem kumbahan jenis vakum boleh terpakai supaya najis-najis yang disalurkan keluar dari setiap rumah dapat diserapkan oleh suatu stesen pam jaringan (network pump station) yang dirangkumi oleh sewerage catchment strategy of George Town kepada suatu manhole di Lebuh Armenian dan seterusnya disambungkan kepada sistem kumbahan berpusat...

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Okey. Akhir sekali, sebelum ini saya mendapat satu jawapan dari Menteri bahawa belum ada sebarang peruntukan yang disediakan dan belum ada idea untuk sistem tersebut. Jadi, memang ini tidak dapat dilewatkan lagi dan diharapkan satu peruntukan segera dapat diluluskan dengan cepat. Sekian, terima kasih.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sibuti.

final • 8:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

final • 8:29 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sambung esok Yang Berhormat.

final • 8:29 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 8:29 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 19 Mac 2015.

final • 8:29 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.30 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026