Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) Mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah kaedah tertentu yang diguna pakai oleh kementerian dalam mengawal harga ubat-ubat khususnya ubat-ubat untuk penyakit kronik yang perlu diambil untuk jangka masa yang panjang.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan kerana datang dan mengemukakan soalan nombor satu. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan ini secara bersekali dengan satu soalan yang lain, yang menyentuh isu berkaitan harga ubat-ubatan iaitu pertanyaan daripada Yang Berhormat Kampar yang telah menyentuh isu yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini secara dasar ubat-ubatan di Malaysia bukanlah barangan yang dikawal harganya melalui peruntukan undang-undang. Walau bagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia berusaha untuk pemantauan harga ubat-ubat secara berterusan dan telah menyediakan senarai harga runcit yang dicadangkan atau recommended retail price list, yang telah dimuat naik di dalam laman sesawang farmasi www.farmasi.gov.my. Sebagai panduan dan rujukan rakyat apabila mendapatkan ubat-ubatan di hospital swasta, klinik dan farmasi runcit.
Ini dibuat atas kerjasama daripada industri dan kerjasama daripada pengedar- pengedar ubat yang secara sukarela telah memberi kita recommended retail price list. Ini telah dimuatkan sebagai satu panduan kepada mereka yang membeli ubat dari mana-mana pihak atau mendapat ubat untuk memastikan harga ubat itu tidak lebih daripada apa yang telah disarankan.
Pada masa yang sama, pada masa sekarang kita sedang berusaha, satu usaha tambahan yang lain iaitu membuat pelabelan recommended retail price list di kotak ubat- ubatan, apabila dibenarkan oleh peruntukan undang-undang. Secara umumnya cadangan kita ialah perkara ini dibuat kepada– secara permulaan kepada ubat-ubat innovative drugs atau patent drugs yang akan menjadi generic drugs. Akan tetapi sampai sekarang kita tidak mendapat kelulusan daripada segi undang-undang. Khususnya daripada Suruhanjaya Persaingan Malaysia, yang memberi pandangan yang berbeza bahawa apa-apa usaha untuk melabelkan ini mungkin akan nampak sebagai anti-competitiveness.
Ini satu perkara yang kita sedang bincang dengan mereka dan kalau mendapat kelulusan daripada pihak Suruhanjaya Persaingan Malaysia, kementerian akan terus berusaha untuk memastikan semua ubat patented and innovated drugs itu harga recommended retail price list dilabel di dalam kotak-kotak mereka. Itulah langkah-langkah secara ringkas yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia boleh mendapat ubat dengan harga yang berpatutan. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di-Pertua, ini ada kekeliruan. Persoalan saya, orang-orang yang sakit kronik mereka
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
belanja satu minggu RM100, satu bulan RM400. Orang-orang kampung tidak mampu.
Orang kampung tidak mampu. Jangan bilang orang kampung, kita dalam Dewan Rakyat ini sebagai Ahli Parlimen entitled to free ubat dari hospital. Akan tetapi hospital kata, “Kamu beli di luar, kita tidak ada stok”. Jadi macam mana ini kalau entitle percuma pun kita tidak dapat, apa macam orang kampung? Jadi saya cadangkan, soalan saya kalau boleh, kementerian menyediakan ubat-ubat kepada orang-orang yang tidak mampu. Ini kerana kalau tidak, mereka ini nanti akhirnya menunggu mati sahaja.
Jadi saya mahu tanya, kalau boleh tolonglah bikin satu sistem. Ini kerana kalau kita pakai di laman web, kita sahaja yang tahu. Orang-orang terpelajar sahaja yang tahu tengok laman web, harga-harga ubat-ubatan.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Akan tetapi orang kampung tengok internet pun tidak boleh Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, minta Yang Berhormat Menteri supaya menjawab.
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Yang Berhormat. Ada beberapa perkara dalam soalan itu. Pertama ialah tentang apa yang dimaksudkan sebagai penyakit kronik. Dalam bidang perubatan, penyakit kronik termasuk penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan penyakit-penyakit yang memerlukan rawatan sepanjang masa.
Kalau dilihat kepada perkara itu, ubat-ubat biasa yang diperlukan oleh pesakit untuk kencing manis dan darah tinggi atau penyakit lelah dan penyakit-penyakit seperti itu di mana rawatan mesti diambil secara berterusan, dibekalkan oleh kerajaan secara percuma. Untuk satu peratusan yang besar daripada pesakit yang datang ke hospital melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu di mana mungkin pesakit itu tidak mendapat respons kepada ubat yang dibekalkan dan ada ubat baru yang baru dibawa masuk, yang di luar daripada senarai yang sedia ada dalam Kementerian Kesihatan.
Kalau pada masa itu doktor yang merawat patient itu berpendapat bahawa pemberian ubat lain mungkin akan membawa kesan yang lebih baik, dalam keadaan itu dengan menggunakan pandangan peribadi doktor itu, mereka akan mencadangkan bahawa mungkin kalau ubat ini akan diberikan kesan yang lebih baik. Dalam keadaan itu, kalau ubat itu tidak terdapat di hospital kadang-kadang mereka akan memberikan preskripsi supaya ubat tersebut dibeli dari luar.
Akan tetapi saya ingat untuk 95%, 98% daripada pesakit yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit lelah atau sakit yang memerlukan rawatan sepanjang masa, ubat itu disediakan oleh kerajaan dan disediakan secara percuma. Oleh itu isu bahawa mereka ini tidak mampu untuk mendapatkan ubat tersebut adalah tidak berbangkit, selain daripada keadaan-keadaan tertentu sahaja.
Dalam perkara itu pun, saya sebagai Menteri memang bersetuju dengan Yang Berhormat jika kerajaan mempunyai peruntukan yang mencukupi, kementerian boleh memperluaskan ini kepada semua ubat. Akan tetapi kita kena memahami, dalam mana- mana dunia pun, dalam sistem perkhidmatan kesihatan akan mempunyai kekangan tersendiri. Oleh itu, bukan sahaja di Malaysia tetapi dalam semua negara di dunia, mereka mempunyai sistem untuk memastikan peruntukan sedia ada digunakan secara optimum.
Jadi inilah antara beberapa langkah yang diambil oleh kerajaan tetapi saya mahu memberikan jaminan kepada Yang Berhormat bahawa dasar kerajaan ialah untuk memastikan bahawa mereka dalam lingkungan kemiskinan yang tidak mampu mendapatkan bantuan daripada peringkat swasta, hak mereka dijaga secara penuh oleh kerajaan.
Walaupun kadang-kadang ubat ini pasti dibeli dari luar tetapi menggunakan tabung-tabung sedia ada dalam kementerian untuk membantu mereka yang miskin, kita memberikan mereka bantuan dari sudut yang lain supaya mereka boleh mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan yang diperlukan. Jadi, ini adalah pendirian kerajaan, saya ingat Yang Berhormat tidak perlu takut bahawa kerajaan akan lari daripada tanggungjawab untuk menjaga rakyat yang tidak mampu agar mereka boleh mendapat satu perkhidmatan kesihatan yang memuaskan. Terima kasih.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini bukan soal takut Yang Berhormat Menteri, ini soal gusar dan menakutkan.
Maklumat yang diterima dari negara-negara yang telah menandatangani perjanjian TPPA yang menjurus kepada kenaikan dan tidak kawal selia harga ubatan-ubatan menjadi satu igauan buruk kepada rakyat negara tersebut. Jadi soalan saya yang menakutkan ini, apakah langkah kerajaan untuk memastikan apabila perjanjian Pasifik ini ditandatangani tetapi kawalan harga ubat-ubatan keperluan wajib itu dapat dikenal pasti supaya ia tidak membebankan rakyat apabila TPPA itu ditandatangani, apakah guarantee? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Ahli Yang Berhormat, kawan lama saya semasa berada di Kementerian Sumber Manusia kerana bangkitkan soalan yang berbeza daripada hal sumber manusia pada hari ini. Mengenai TPPA, isu yang berkaitan dengan ubat dan farmaseutikal ialah salah satu daripada cadangan oleh mereka dalam perbincangan TPPA untuk menambahkan jangka masa yang telah diberi bagi patented drugs sebelum ubat-ubat boleh dimanufacture sebagai generic drugs, ini satu isu.
Kedua ialah untuk menambahkan lagi tempoh sebelum mana maklumat tentang ubat-ubat itu iaitu data boleh digunakan secara lebih meluas oleh pihak-pihak yang lain untuk membuat atau manufacture ubat-ubat patented yang baru ini. So, kedua-dua isu ini telah membangkitkan kebimbangan kepada semua pihak termasuk kita di mana kita akan kehilangan hak untuk mendapatkan ubat generic secara lebih awal jika TPPA ini memberikan perlindungan kepada ubat-ubat inovatif atau patented drugs untuk satu jangka masa yang lebih panjang. Dalam perkara ini, pendirian Kementerian Kesihatan Malaysia memang jelas.
Saya di dalam beberapa perbincangan TPPA termasuk apabila satu rombongan daripada Amerika Syarikat telah menemui saya dua kali, di mana mereka telah menjelaskan mengapa mereka telah meminta supaya the patented period itu diextended dan the data exclusivity yang mereka ada ditambah. Saya telah memberitahu mereka sebagai sebuah negara di mana kegunaan ubat generic yang telah memberikan perlindungan kepada rakyat kita dan telah memastikan harga ubat di bawah kawalan, kita tidak boleh memberikan sokongan kepada apa-apa perkara lain yang akan menambahkan lagi masa untuk patent drugs dan tidak akan membolehkan manufacturing of generic drugs. Dalam hal itu, pendirian Kementerian Kesihatan, memang jelas.
Dalam semua pentas sama ada dalam atau luar negara, saya telah– ini adalah unshakable stand bahawa dalam perkara ini kita tidak akan membenarkannya. Tambahan pula, saya telah pun membangkitkan bahawa kalau TPPA sebenarnya diuruskan satu arah di mana rakyat akan mendapat manfaat daripadanya, mesti diberikan tumpuan kepada isu generic drugs. Bagaimana rakyat boleh mendapatkan nilai tambah daripada meningkatkan lagi the availability of generic drugs dalam dunia, khususnya dalam negara kita dan membenarkan industri generic drugs dalam negara kita berkembang, so ini akan mewujudkan suasana persaingan yang sihat. Dalam suasana persaingan yang lebih sihat ini, harga boleh diturunkan.
Daripada segi itu, saya memahami perasaan Ahli Yang Berhormat tentang apa kesan yang akan berlaku daripada pelaksanaan TPPA kepada harga ubat. Ini adalah pendirian kita dan ini telah disampaikan kepada our negotiator, semua daripada MITI dan agensi-agensi yang lain. Dalam perkara ini, tidak membenarkan mereka menambahkan lagi the patent period dan tidak membenarkan mereka menambah period of data exclusivity. Ini pendirian kementerian dan TPPA belum dimuktamadkan lagi, saya berharap perkara- perkara ini akan diambil kira. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, tahun 1970-an kita ada satu sahaja sekolah farmasi di USM, sekarang ini kita ada 19 buah farmasi yang melahirkan lebih daripada 1,000 orang graduan farmasi dan dikatakan pada masa sekarang hampir 13,000 orang ahli farmasi di Malaysia.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sejak beberapa minggu yang lepas, heboh diperkatakan bahawa ada kemungkinan pesakit-pesakit terpaksa membeli ubat secara berasingan setelah berjumpa dengan doktor klinik swasta. Jadi inilah yang dikatakan ‘doctor diagnose and pharmacist
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
dispense’. Saya ingin bertanya, apakah situasi sekarang? Apakah perancangan kerajaan untuk melihat perkara ini? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Issue separation of dispensing sedang menjadi satu isu yang hangat baru-baru ini. Ini telah dibangkitkan sebagai satu isu apabila Biro Farmasi Negara telah membentangkan kepada saya beberapa cadangan untuk membuat pindaan kepada akta farmasi yang tersedia ada. Banyak cadangan dan kebanyakan daripada cadangan-cadangan itu ialah untuk meningkatkan lagi taraf pharmaceutical industry di dalam negara kita yang secara langsung akan membantu rakyat.
Di dalam perkara tersebut ada cadangan ini di mana apa yang dipanggil separation of dispensing. Satu perkara yang diamalkan di negara-negara yang lain. Negara- negara yang sudah membangun macam Amerika Syarikat, United Kingdom dan sebagainya memang ini diamalkan. So, perkara ini telah dicadangkan oleh pihak farmasi bahawa mungkin ini adalah satu perkara yang akan meningkatkan lagi the level local prescribing and the standard of prescribing. Akan tetapi apabila perkara ini dibawa kepada pandangan saya, saya secara jelas telah memberitahu kepada Biro Farmasi Kebangsaan bahawa di dalam negara kita, kita telah mengamalkan satu sistem yang berbeza. Ini telah memberi manfaat kepada rakyat Malaysia daripada dua segi. Satu segi daripada convenience iaitu lebih selesa kepada rakyat kerana sama tempat boleh mendapat ubat. Nombor dua ialah cost contain kerana ia sebelahnya memang pastikan harga iaitu bayaran yang dibuat itu ialah munasabah.
Saya telah memberi nasihat kepada mereka perkara ini mesti dibincangkan dengan pihak komuniti perubatan, the medical fraternity. Mereka telah mengambil dan membuat perbincangan. Di dalam perbincangan tersebut terdapat pandangan-pandangan yang berbeza telah dibangkitkan. Kepada pihak kementerian kita belum membuat apa-apa keputusan muktamad tentang perkara ini. Saya sedar bahawa sedang memahami segala isu yang telah dibangkit dan saya segala pandangan yang telah dikemukakan sampai sekarang ini, saya memahami.
Saya boleh memberitahu Dewan ini kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan membuat apa-apa keputusan yang akan membebankan rakyat di dalam apa-apa segi. Khususnya tidak akan menyusahkan mereka daripada apa-apa langkah yang akan kita laksanakan dan tidak akan membebankan mereka dengan tambahan kos kepada mereka. Perkara ini mesti diambil kira.
Kalau pada masa hadapan, apabila sistem perkhidmatan kesihatan sudah ubah, we have transformed health system which is different from apa yang kita ada pada masa sekarang. Kalau pada masa itu ia sesuai untuk dilaksanakan, mungkin pada masa itu we would look at it. Pada masa sekarang tidak ada keputusan dibuat dan perbincangan diadakan kerana di dalam sistem demokrasi tidak ada salah untuk mengadakan perbincangan untuk mendapat pandangan-pandangan yang berbeza. Itu sedang dibuat.
Akan tetapi akhirnya keputusan yang dibuat akan ambil kira rakyat kerana end user hendak hak mereka perlu dijamin dengan apa yang diputuskan oleh kerajaan.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan perkembangan yang sebenarnya cadangan projek insinerator terkini di Taman Beringin, Kepong.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kepong bersekali dengan soalan daripada Yang berhormat Cheras yang bertarikh 1 April 2015 dan Yang Berhormat Serdang bertarikh 9 April. Ini kerana kedua-dua Yang Berhormat ini juga telah pun membangkitkan persoalan yang sama berkaitan dengan isu projek loji Waste to Energy di Kepong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong kerana saya perhatikan pada setiap sesi Dewan Yang Berhormat akan bertanya tentang progress, tentang perkembangan semasa ke atas cadangan yang telah pun diutarakan oleh kerajaan iaitu pembinaan projek loji Waste to Energy (WtE) di Kepong.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat dari Kepong, perkembangan terkini proses tender terbuka antarabangsa yang dilaksanakan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri iaitu UKAS dan JPM bagi projek pembinaan loji WtE di Kepong dilaksanakan melalui tiga peringkat. Perkara ini Yang Berhormat telah pun dijawab seperti soalan Yang Berhormat pada sesi yang lepas.
Jadi saya hendak memperingatkan sahaja kepada Yang Berhormat. Ini adalah proses yang dilaksanakan melalui tiga peringkat iaitu yang pertama ialah pre-qualification questionnaire
(PQQ). Kedua ialah request for proposal (RFP). Ketiga ialah best and final offer (BAFO), dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Dalam proses PQQ telah pun selesai Yang Berhormat dan empat petender telah pun ditawarkan untuk proses seterusnya iaitu proses yang ketiga, request for proposal
(RFP). Sehingga tarikh tutup bagi petender-petender mengemukakan segala dokumen yang sepatutnya yang berkaitan dengan proses yang ketiga iaitu RFP iaitu pada 22 Disember 2014 yang lalu hanya tiga sahaja petender daripada empat yang telah pun mengemukakan segala dokumen yang diperlukan untuk proses RFP ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, ini proses penilaian dokumen RFP ini masih lagi berjalan Yang Berhormat dan dijangka akan diselesaikan dalam bulan April tahun 2015 bulan depan. Pada peringkat RFP ini Tuan Yang di-Pertua, petender-petender ini akan dinilai oleh dua jenis jawatankuasa iaitu yang pertama ialah Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan yang kedua ialah Jawatankuasa Kecil Penilaian Komersial sebelum diputuskan untuk dibawa ke peringkat yang ketiga iaitu Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta (JKAS) yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah UKAS.
JKAS seterusnya Tuan Yang di-Pertua akan memilih dua petender yang layak untuk diangkat ke peringkat yang terakhir iaitu best and final offer (BAFO). Semasa peringkat BAFO ini Yang Berhormat, kerajaan melalui UKAS dan JPM akan mengadakan rundingan dengan kedua-dua petender ini bagi menentukan petender mana yang terbaik sebelum dimuktamadkan dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk diperakukan.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, itu menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong. Menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Cheras, Jawatankuasa Kecil Penilaian Teknikal yang saya sebutkan tadi dianggotai oleh wakil-wakil agensi kerajaan serta pakar-pakar daripada universiti-universiti yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing serta pengetahuan dalam bidang pengurusan sisa pepejal ini.
Senarai keanggotaan bagi Jawatankuasa Kecil Penilaian Teknikal bagi tender tersebut adalah seperti berikut:
(i) Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara selaku pengerusi.
(ii) pengarah bahagian perkhidmatan teknikal Jabatan Pengurusan Sistem Pepejal Negara atau pun saya sebut selepas ini sebagai JPSPN;
(iii) pengarah bahagian kelulusan dan pelesenan JPSPN;
(iv) wakil Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri;
(v) wakil jabatan daripada Alam Sekitar;
(vi) wakil Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL);
(vii) wakil daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ataupun nama baru sebagai SWCorp;
(viii) pakar-pakar dari beberapa universiti tempatan yang juga merupakan ahli jawatankuasa kepada Penilaian Teknologi Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan.
Soalan yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari kawasan Serdang. Saya ingin memaklumkan bahawa proses penilaian dokumen RFP yang saya sebutkan tadi masih lagi berjalan. Sehubungan dengan itu saya tidak dapat memberikan sebarang anggaran bagi kos pembinaan dan juga kos operasi projek loji WtE yang berkapasiti 1,000 tan ini memandangkan proses tender masih lagi berjalan.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan kepada ketiga-tiga Ahli-ahli Yang Berhormat di sini, bahawa kerajaan akan memastikan, Yang Berhormat Kepong, teknologi yang dipilih adalah teknologi yang terbaik dan terbukti dan kosnya adalah kos yang menepati kepada konsep value for money yang sememangnya dititikberatkan oleh kerajaan serta mesra alam.
Terakhir ini, Tuan Yang di-Pertua menjawab kepada- sedikit lagi pada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Cheras, berkaitan dengan pengasingan sisa di punca.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Cheras, kerajaan telah pun memperkenalkan sistem kutipan dua campur satu (2+1) di negeri-negeri yang telah menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 ataupun kita sebut sebagai Akta 672 iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah, bermula pada September 2014 yang lalu.
Kerajaan komited Tuan Yang di-Pertua, untuk melaksanakan pengasingan sisa pepejal dipunca secara mandatori mulai pada September 2015 kepada semua negeri yang saya sebutkan tadi yang telah pun menerima pakai Akta 672.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kempen-kempen, program pendidikan yang berterusan, kementerian melalui JPSPN juga sedang meminda peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di bawah skim bagi sisa pepejal, isi rumah dan juga sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah 2011.
Garis panduan bagi pengasingan sisa pepejal di rumah juga sedang disediakan oleh pihak kementerian- Yang Berhormat, bagi memastikan supaya pelaksanaan usaha ini dapat dilaksanakan dengan secara berkesan dan kita harapkan usaha yang sebenar ini merupakan satu inisiatif yang baik dan tidak seharusnya dipolitikkan. Pelaksanaan peraturan baru ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk kita meningkatkan lagi amalan kitar semula di kalangan rakyat Malaysia yang ada, dan seterusnya mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dilupuskan di tapak-tapak pelupusan.
Dengan itu saya harap saya telah menjawab kepada ketiga-tiga persoalan yang telah pun dikemukakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Adakah Yang Berhormat sedar bahawa janji yang diikrarkan teguh-teguh ini termasuk untuk menilai kajian impak, dan juga untuk memberitahu kepada rakyat jelata terutamanya di kawasan Kepong, apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam kementerian, termasuk pengasingan sampah?
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Yang Berhormat, saya sudah jawab tadi.
Selepas ini Yang Berhormat balik, Yang Berhormat maklum kepada pengundi kawasan Yang Berhormat di Kepong. Itu jawapan berkembangan semasa yang sedang dilakukan oleh kerajaan. Saya tidak boleh menjawab lebih daripada itu Yang Berhormat sehingga selesai proses tender yang ada.
Tentang kajian DEIA yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat sebut tentang DEIA. Untuk kajian DEIA ini Tuan Yang di-Pertua, Mesyuarat Tertinggi Awam-Swasta ataupun kita panggil JPAS yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 21 September 2013, telah pun memutuskan supaya kajian terperinci, impak alam sekeliling ataupun DEIA bagi projek pembinaan WTE di Kepong ini dijalankan terlebih dahulu oleh JPSPN, Yang Berhormat ya, dan diasingkan daripada skop kerja pembida.
Kemudian kajian ini perlu dibuat terlebih dahulu Yang Berhormat untuk kita cepatkan proses perolehan bagi projek ini. It runs concurrently. Memandangkan tempoh penyediaan kajian DEIA ini, hingga ke peringkat kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar, ia mengambil masa antara sembilan hingga 12 bulan.
Selain daripada itu, kajian ini juga akan dapat menentukan sama ada projek ini sesuai atau tidak untuk dilaksanakan. Maka kerana itu, kelulusan DEIA ini merupakan syarat dahuluan yang perlu dipenuhi oleh petender yang berjaya.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Untuk makluman Yang Berhormat juga, urusan yang berkaitan dengan DEIA ini, sedang diuruskan, dan kita telah pun membuat pelantikan perunding (konsultan) DEIA Yang Berhormat. Tempoh kajian antara 24 September 2014, dan sehingga September 2015 Yang Berhormat. Perunding yang dilantik ialah Uni-Technologies Sdn. Bhd. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri bahawa insinerator yang akan dibina ini boleh melupuskan semua sisa pepejal. Bukan seperti yang berlaku di Pulau Pangkor- insinerator, ia merupakan sistem untuk menghapuskan pepejal. Akan tetapi apabila sampah diletak di tempat penghapusan, dipilih-pilih dulu. Asingkan botol, asingkan benda-benda yang boleh dikitar semula. Jadi tujuan asal untuk menghapuskan sisa-sisa pepejal ini jadi lewat. Kesudahannya kita lihat sampah berlonggok-longgok, dan yang dapat dihapuskan berkurangan daripada apa yang disasarkan.
Di Pulau Pangkor setakat 15 tan sahaja. Ini pula yang di Kepong nanti, satu ribu tan. Kalau perangai pekerja-pekerja, ada niat untuk mengasingkan bahan-bahan kitar semula ini, maka saya yakin ia akan menjadi masalah yang lebih besar dihadapi oleh orang-orang di Kepong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Yang Berhormat, pengasingan itu perlu dilakukan.
Untuk makluman Yang Berhormat, saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Lumut. Kajian yang telah pun kita jalankan, menganggarkan jumlah sisa pepejal yang akan dihasilkan oleh rakyat Malaysia pada tahun 2020 sebanyak 30,000 tan Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, kita jalankan kajian sekali lagi. Kajian yang kita jalankan pada tahun 2012, mendapati bahawa sisa pepejal yang sedang dihasilkan oleh negara kita, sisa pepejal yang sedang dihasilkan oleh rakyat Malaysia pada hari ini ia mencapai 33,000 tan sehari Tuan Yang di-Pertua.
Itu bermakna Tuan Yang di-Pertua, bila 33,000 tan sehari, seorang individu akan menghasilkan lebih kurang 0.8 kg sampah yang ada. Maka kerana itu Tuan Yang di-Pertua bagi kawasan Kuala Lumpur terutama di Beringin, projek yang sedang dijalankan di Beringin ini. Ia dibina pada tahun 2000, sebanyak 1,700 tan sampah pada hari ini. Akan tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini Tuan Yang di-Pertua, jumlah sisa pepejal yang dihantar melebihi daripada kapasiti. Ia melebihi hingga mencecah 3,000 tan.
Menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, selain daripada kita uruskan sisa pepejal, pelaksanaan pengurusan sisa pepejal yang aktif ini ia perlu dekat dengan transfer station. Bila dekat dengan transfer station, maka pengasingan itu perlu dilakukan. Selain daripada yang disyaratkan mandatori pada bulan September ini, iaitu pengasingan ‘at source’ daripada rumah-rumah yang ada, termasuk di transfer station, dan kemudian sampah-sampah itu akan dihantar untuk diuruskan di peringkat loji. Ini antara maklumat yang dapat saya berikan kepada Yang Berhormat.
Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Serdang, dan juga Yang Berhormat Cheras. Jangan bimbang Yang Berhormat. Bila kerajaan menyatakan bahawa mahu memberikan yang terbaik kepada rakyat, kita jamin memberikan yang terbaik kepada rakyat. Jadi kita perlukan sokongan daripada rakyat, dan saya sudah sebut daripada awal, jangan dipolitikkan.
Terima kasih.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin mengalu-alukan kedatangan kumpulan pesara TNB Negeri Sembilan, dan juga daripada Parlimen Arau di Dewan Rakyat [Tepuk] Lorek-lorek buah saga, Bunga kantan dimakan kumbang, Tolong jawab YB Menteri soalan tiga, Untuk belia di masa hadapan.
3. Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:
(a) apakah kementerian bercadang melaksanakan Program Fit Malaysia ke seluruh pelosok negara, sebagai contoh seminggu sekali di setiap daerah; dan
(b) adakah kementerian bercadang melaksanakan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan demi mewujudkan budaya gaya hidup sihat di kalangan rakyat.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk Saravanan a/l Murugan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sekijang bersekali daripada dengan soalan daripada Yang Berhormat Masjid Tanah bertarikh 30 Mac 2015, kerana menyentuh isu yang sama iaitu Program Fit Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan Fit Malaysia ke seluruh negara adalah dalam perancangan kementerian bagi tahun 2015 seperti berikut.
(i) Program Fit Malaysia HotSpot dilaksanakan di setiap negeri pada setiap minggu yang berkonsepkan boot camp; dan
(ii) Program Komuniti Fit Malaysia dilaksanakan di setiap daerah dua minggu sekali yang memberi fokus kepada aktiviti seperti berbasikal, berjalan, berlari dan senamrobik.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, mengikut kajian budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia atau IYRES, sehingga Disember 2014, sebanyak 40.8% masyarakat Malaysia yang aktif dalam aktiviti sukan dan fizikal. Ini dapat dilihat dengan sambutan dan penyertaan yang sangat menggalakkan di kalangan rakyat Malaysia dalam aktiviti sukan, kecergasan dan rekreasi yang dianjurkan oleh kerajaan, sektor swasta dan juga korporat.
Untuk makluman juga, Program Fit Malaysia merupakan program yang dilaksanakan dalam jangka masa panjang bermatlamat seperti berikut:
(i) Perpaduan; Memperkukuhkan rakyat Malaysia melalui aktiviti sukan dan kecergasan.
(ii) Kesihatan; Meningkatkan tahap kesihatan rakyat Malaysia melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Lebih penting, kempen kesedaran, tips kesihatan akan dilaksanakan bagi menggalakkan rakyat Malaysia bukan hanya untuk bersenam tetapi memberi fokus kepada aspek pemakanan dan gaya hidup.
(iii) Komuniti; Membina komuniti yang saling memberi motivasi dan inspirasi.
(iv) Inklusif; dan Melibatkan semua kelompok masyarakat tanpa batasan kaum, umur, jantina dan keadaan fizikal. Program Fit Malaysia akan libatkan aktiviti khas untuk golongan wanita dan golongan kurang upaya.
(v) Bakat Sukan.
Meningkatkan jumlah bakat sukan yang boleh dikenal pasti dan digilap menjadi jaguh sukan antarabangsa.
Bagi bahagian kedua soalan Yang Berhormat, kementerian sentiasa melaksanakan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat. Sebagai contoh, melalui pelancaran Fit Malaysia,
Datuk Saravanan a/l Murugan
Kementerian Kesihatan memainkan peranan dengan mengadakan pameran yang kreatif bagi membolehkan masyarakat setempat mendapat maklumat berkaitan penjagaan kesihatan serta memberi khidmat nasihat dan garis panduan amalan gaya hidup sihat terutama dari segi pemakanan. Sekian, terima kasih.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kita tahu Program Fit Malaysia ini mempunyai tarikannya sendiri kerana ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat terutamanya golongan muda. Kita juga tahu Kementerian Belia dan Sukan mempunyai kemudahan yang dinamakan Institut Sukan Negara yang kita tahu ada pengajaran berkaitan dengan sains, berkaitan dengan sukan, dan sebagainya.
Namun begitu, kesemua program yang telah dijalankan ini dianjurkan sendiri oleh pihak kementerian dan kebanyakan program tersebut dijalankan di bandar-bandar utama, terutamanya di negeri-negeri yang menjadi kesukaran bagi rakyat yang tinggal di kawasan yang jauh dari bandar seperti di kawasan-kawasan luar bandar dan sebagainya.
Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah Program Fit Malaysia ada menyediakan geran bagi badan-badan bukan kerajaan ataupun NGO ataupun pertubuhan-pertubuhan belia dan juga pertubuhan-pertubuhan sukan untuk tujuan penganjuran program di bawah branding Fit Malaysia ini, terutamanya NGO-NGO dan pertubuhan belia yang aktif di kawasan selain daripada kawasan-kawasan bandar ini?
Juga, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh pihak swasta dalam menjayakan Program Fit Malaysia ini dan bagaimana penglibatan mereka dalam penganjuran Program Fit Malaysia yang telah diadakan sebelum ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, banyak soalan ya. Boleh jawab satu ya.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan 1,936 program di peringkat daerah bagi tahun 2015 dan 360 buah program di peringkat negeri.
Kesemua program ini memang seperti mana Yang Berhormat sebut tadi, menggunakan peruntukan daripada kementerian sendiri.
Mengambil kira pandangan Ahli Yang Berhormat, buat masa ini kementerian tidak mempunyai sebarang geran ataupun bantuan kewangan. Walau bagaimanapun, cadangan ataupun pandangan Ahli Yang Berhormat adalah cukup penting untuk menambah baik program ini dengan memberi bantuan-bantuan kewangan kepada persatuan-persatuan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkonsep belia. Kementerian akan mengkaji secara mendalam dan sekiranya ada peruntukan, kita akan beri kepada golongan ini.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberi jawapan yang agak baik dan panjang lebar.
Saya hendak dapat penjelasan daripada pihak kementerian apabila dikatakan telah menganjurkan pelbagai program ke arah gaya hidup sihat termasuklah Fit Malaysia ini. Kita lihat di dalam negara kita ini ada satu masalah apabila kita cuba merancang satu- satu perkara termasuklah kesihatan ini iaitu masalah pihak yang boleh mengendalikan program itu dengan baik dan sistematik. Memang kita tahu banyak peralatan misalnya gimnasium yang banyak diwujudkan, kemudian outdoor, alat-alat kesihatan yang diletakkan di taman dan sebagainya, tetapi adakah pihak kementerian merasakan perlu mewujudkan ataupun melahirkan mereka yang berkelayakan untuk memberi latihan, untuk memberi panduan, untuk memberi nasihat kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian? Kita tidak mahu ada alat yang canggih, ada alat yang banyak, tetapi tidak digunakan secara yang sistematik menyebabkan matlamatnya tidak dapat dicapai. Saya mohon penjelasan.
Terima kasih.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Setiap kali ada soalan, tetap ada soalan tambahan dari Yang Berhormat Kota Bharu. Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat.
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat yang menjurus kepada keberkesanan setiap program. Sebagaimana yang saya sebut tadi, Program Fit Malaysia dilaksanakan di setiap negeri pada setiap minggu berkonsepkan boot camp. Apabila saya sebutkan boot camp, boot camp ini konsepnya untuk mengurangkan perbelanjaan. Seperti
Datuk Saravanan a/l Murugan
mana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, ada barang-barang canggih tetapi tiada keberkesanan. Akan tetapi melalui boot camp, aktiviti fizikal yang melibatkan pergerakan secara keseluruhan, otot utama tubuh badan; kedua, kaedah yang digunakan sama seperti aktiviti senaman di gimnasium tetapi tidak menggunakan peralatan; dan yang ketiga, instructor yang mengajar mengguna kreativiti sendiri seperti penggunaan berat badan sendiri dan senaman secara berpasangan. Terima kasih.
4. Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [Indera Mahkota] minta Perdana Menteri menyatakan pemberian gelaran Datuk yang tidak diiktiraf di Malaysia dan apakah kriteria penganugerahan pingat atau bintang kebesaran negeri dan persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, mengikut dasar dan peraturan semasa, kerajaan tidak mengiktiraf sesuatu penganugerahan selain dari yang dikurniakan oleh:
(i) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja dan Tuan-tuan Yang Terutama, Yang di- Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan
(ii) ketua negara ataupun ketua negara asing daripada negara yang berdaulat.
Anugerah yang diberikan oleh pertubuhan, persatuan atau mana-mana institusi dalam dan luar negara yang wujud hanya sebagai pusat kebudayaan dan pemuliharaan adat budaya dan tradisi adalah tidak termasuk dalam kategori penganugerahan yang diiktiraf oleh kerajaan. Mana-mana individu yang menerima anugerah sebegini tidak boleh menggunakannya dalam urusan rasmi atau memakainya semasa menghadiri majlis rasmi di negara ini.
Sebagai langkah kawalan yang berkesan, pada masa ini kerajaan sedang menggubal satu undang-undang khusus untuk membendung penyalahgunaan gelaran darjah kebesaran termasuk penganugerahan yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Dengan berkuat kuasanya undang-undang tersebut, tindakan akan dikenakan ke atas individu yang menerima atau mengguna atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam urusan penganugerahan berkenaan.
Berhubung dengan soalan yang kedua, kriteria penganugerahan sesuatu darjah kebesaran, bintang dan pingat adalah tertakluk kepada penetapan syarat-syarat yang dibuat di peringkat Persekutuan dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan negeri dengan perkenan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja ataupun Tuan- tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri.
Syarat-syarat ini adalah khususnya berdasarkan:
(i) sumbangan cemerlang individu kepada negara dalam apa jua lapangan selama beberapa waktu. Individu juga hendaklah merupakan seorang yang terkenal dan berkedudukan yang tinggi serta berpengaruh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
(ii) kewibawaan individu yang telah memberi sumbangan yang amat bermakna dalam sesuatu jabatan atau agensi dan mempunyai sahsiah serta peribadi yang unggul; dan
(iii) sumbangan individu yang signifikan dan memberi impak dalam sesuatu bidang di peringkat kebangsaan atau antarabangsa yang membawa manfaat kepada negara, bangsa dan agama.
Terima kasih.
Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, saya berpuas hati dengan jawapan. Tidak ada soalan tambahan tetapi saya hendak gunakan jawapan ini sebagai rujukan akan datang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Pendang.
Dato' Wira Othman bin Abdul - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalannya sikit saja. Apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan bagi penerima-penerima Datuk dan darjah kebesaran ke atas yang telah melakukan kesalahan- kesalahan jenayah?
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Kuasa mengeluarkan anugerah ini ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan juga Yang di-Pertua-di-Pertua negeri. Maka sekiranya mereka itu melanggar apa-apa peraturan, maka kuasa yang memberi itu jugalah kuasa yang menarik balik. Banyak laporan yang diterima tetapi ia mesti berdasarkan kepada di mana duduk letak gelaran itu.. Sesetengah orang berkata, ada pencuri balak pun dapat anugerah dan sebagainya. Ini ialah hak negeri-negeri yang menganugerahnya. Kita hanya dapat membuat anggapan dan andaian sahaja. Kalau sekiranya dia melakukan jenayah, jadi gelaran Datuk nya masih belum hilang selagi belum ditarik balik ya.
Jadi kita kena melaporkan kepada Jawatankuasa Darjah Kebesaran dan jawatankuasa ini akan membuat cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong ataupun Raja- Raja ataupun Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri untuk mengambil tindakan selanjutnya terutamanya menarik balik anugerah tersebut.
5. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [Lipis] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan tarikh pelaksanaan projek untuk membina kediaman tetap di bawah Projek Pemajuan Kawasan (PPK) secara berperingkat di beberapa pos penempatan Orang Asli kawasan luar bandar yang dapat memberikan impak terhadap pembangunan ekonomi berasaskan pertanian dan pelancongan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi
Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Projek Pemajuan Kawasan (PPK) yang dilaksanakan adalah bertujuan membangunkan suatu penempatan baru di kawasan luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan ameniti sosial yang lengkap. Ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi penyusunan semula kampung dan pembangunan bersepadu desa terpencil untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar yang terdiri daripada kelompok penduduk kampung, golongan nelayan dan Orang Asli. Lazimnya, komponen pembangunan penempatan baru ini terdiri dari rumah, dewan serba guna, tadika, surau, padang permainan, gerai, bekalan air dan elektrik serta jalan masuk dan jalan dalam penempatan.
Sehingga kini, sebanyak tiga projek yang telah dilaksanakan di bawah Program Pemajuan Kawasan yang dikhaskan untuk memajukan golongan Orang Asli di kawasan luar bandar iaitu:
(i) Projek Pembangunan Bersepadu Desa Terpencil (PROSDET) Kampung Pantos, Daerah Lipis, Pahang yang mula pada 3 Mei 2007 dan siap sepenuhnya pada 30 Jun 2010. Ia bermula 2007 dan siap pada 2010, dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti hidup peserta yang terdiri daripada 173 orang ketua isi rumah Orang Asli;
(ii) Projek Penempatan Tersusun Kampung Sungai Banang, Daerah Batu Pahat, Johor yang mula pada 24 September 2009 dan siap sepenuhnya pada 9 Mei 2011, dengan matlamat untuk menempatkan semula seramai 10 orang ketua isi rumah golongan nelayan Orang Asli yang diancam hakisan pantai, sekali gus meningkatkan kualiti hidup mereka; dan
(iii) Projek Penempatan Semula Kampung Bangkong, Daerah Pekan, Pahang yang mula pada 22 November 2010 dan siap pada 22 April 2013 dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti hidup peserta yang terdiri daripada 119 orang ketua isi rumah Orang Asli.
Dengan pelaksanaan projek-projek ini, impak yang dijangkakan bukan sekadar meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli malah ia turut memberikan impak kepada ekonomi berasaskan pertanian yang diusahakan mereka di sekitar kawasan penempatan
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi
serta menarik pelancong ke kawasan yang telah dimajukan oleh pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon kemukakan soalan tambahan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya terlebih dahulu merakamkan ucapan tahniah kepada KKLW kerana telah dapat melaksanakan projek yang saya kira dapat membangunkan kawasan Orang Asli dalam Daerah Lipis walaupun bukan dalam Parlimen saya, cuma dalam daerah saya sahaja iaitu dalam Parlimen Cameron Highlands yang melibatkan perbelanjaan yang dinyatakan tadi sebanyak RM66.6 juta.
Soalan saya, selain daripada saham-saham yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada Orang-orang Asli ini, adakah perancangan kerajaan untuk membina satu pusat tarikan pelancongan kepada masyarakat yang ingin melancong dan melihat kehidupan masyarakat Orang Asli? Kalau kita tengok daripada segi di Kuala Medang umpamanya, daripada segi pelancongan cukup maju sekali. Jadi inilah kalau kita boleh bawa ke kawasan Orang Asli melihat kehidupan, bagaimana kehidupan Orang Asli itu pula. Mohon kemuka soalan.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Ya soalan itu adalah bagi kementerian satu cadangan yang baik. Jadi jawapannya, kalau ada sesuatu cadangan ataupun program yang dikira boleh membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli, maka kerajaan atau KKLW ini senantiasa boleh menerima cadangan yang baik itu untuk kita laksanakan, untuk kita dapat membela masyarakat Orang Asli. Jadi Yang Berhormat Lipis, untuk cadangan itu, kalau Yang Berhormat Lipis boleh kemukakan cadangan kepada kementerian supaya kementerian dan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), kita boleh teliti dan kalau sekiranya perlu kita mendapatkan peruntukan daripada kerajaan, kita mendapatkan peruntukan supaya cadangan yang baik itu boleh kita laksanakan. Sekian, terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya, pada hakikatnya nampaknya polisi kerajaan mengenai orang asal ini adalah untuk meningkatkan peranan mereka dalam sistem ekonomi tetapi sistem ini lain dari luar bandar, lain dari urban area. Mereka perlu satukan satu holistic attitude yang mana bukan sahaja pembinaan rumah, banyak tempat di mana rumah-rumah telah dibina seperti di Kampung Sungai Bilek di Chenderiang. Saya sendiri melawat kampung tersebut yang mana beberapa tahun dulu, rumah telah dibina tetapi air dan elektrik tidak langsung diconnect di sana.
Apa yang saya hendak tanya, apakah polisi kerajaan? Adakah mereka faham kehendak orang-orang asal ini? Satu di antaranya adalah bila kerajaan memberi mereka lima ekar atau membina satu rumah, tidak memberi manfaat yang tertentu kepada Orang Asli. Walaupun niat itu baik, niat kerajaan untuk menolong tetapi lebih kepada orang-orang yang duduk di bandar untuk membuat rumah dan sebagainya. Mereka ini duduk di hutan dalam dalaman. Jadi, apakah pembinaan ini dapat meningkatkan taraf mereka dan menolong mereka? Ini kerana daripada perbualan saya dengan mereka, mereka kata kerajaan tidak mengiktiraf hari perayaan mereka sendiri. They are most original of the original people in this country. It is not given even basic recognition.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Soalan tadi adakah kerajaan faham.
Jawapannya memang kerajaan faham dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah amat peka dengan keperluan masyarakat Orang Asli. Walau bukan hanya Orang Asli semua, orang asalkah, semua rakyat Malaysia dengan kita khususkan golongan sasaran.
Jadi kita berbincang hal golongan masyarakat Orang Asli ini. Yang Berhormat seharusnya begitu lama sudah di dalam Dewan ini mendengar dalam ucapan penggulungan, jawapan untuk soalan-soalan yang berkaitan dengan kemajuan Orang Asli.
Memang kita ada holistik sekali wholesome daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar program-program dan strategi-strategi bagaimana kita hendak membela masyarakat Orang Asli ini.
Kita bukan sahaja menyediakan perumahan, kita sediakan juga infrastruktur asas, air, elektrik. Kalaulah kampung yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi belum mendapat, kita mengakui mungkin sekarang belum 100% tetapi ini usaha berterusan kerajaan. Jangan risau Yang Berhormat. Jadi kita akan menyediakan yang lain juga
Datuk Alexander Nanta Linggi
pembangunan modal insan mereka. Jadi mungkin pada masa kini saya agak untuk menjawab soalan saya spesifik dahulu.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Hari perayaan orang asal?
Datuk Alexander Nanta Linggi
Tidak apa, tidak apa. Hari perayaan itu kalau dia belum kita iktirafkan kita boleh pertimbangkan tetapi biarlah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli melihat kepada cadangan itu. Tetapi bukan maknanya kita belum iktiraf hari perayaan itu kita tidak membela masyarakat Orang Asli, itu tidak betul. Kita berbelanja banyak berbilion sudah untuk kemajuan masyarakat Orang Asli. Sekian, terima kasih.
6. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:
(a) jumlah sebenar pekerja asing di negara kita; dan
(b) usaha yang dibuat bagi menempat kembali pekerja tempatan dalam pelbagai sektor pekerjaan dan langkah mengurang pekerja asing secara berperingkat.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengucapkan selamat datang kepada pemimpin masyarakat daripada KRT dan juga FELDA Jengka 4, Maran dan juga mungkin Kota Tinggi ada bersama.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Hulu Langat, penduduk negara kita sekarang kurang lebih 30.2 juta. Tenaga kerja workforce, bilangan tenaga kerja ialah lebih kurang 14 juta. Pekerja yang bekerja ialah 10.1 juta lebih kurang. Pengangguran alhamdulillah 2.7%, maknanya cukup rendah. Daripada 10.1 juta pekerja, pekerja awam ialah 1.6 juta dan swasta 8.5 juta manakala pekerja asing ialah 2.07 juta.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini sehingga 31 Disember 2014, berdasarkan statistik dari Jabatan Imigresen Malaysia, jumlah pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara aktif ialah 2.07 juta, saya sudah sebutkan tadi. Bilangan yang lain saya tidak hendak komen, pendatang tanpa izin mungkin ada. Bilangannya macam-macam perangkaan diberikan oleh pelbagai pihak sebab saya ambil yang sah, yang legal. Tuan Yang di-Pertua, kebergantungan negara terhadap pekerja asing ialah antaranya disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
(i) permintaan tinggi daripada majikan di dalam sektor-sektor yang dikategorikan sebagai kritikal dalam keperluan tenaga kerja;
(ii) kekurangan minat mencari kerja tempatan untuk menceburi sektor pekerjaan yang tidak mempunyai nilai komersial;
(iii) kebolehantahanan pekerja tempatan dalam sektor pekerjaan tidak kekal; dan
(iv) majikan lebih selesa kepada intensif berasaskan buruh berbanding kepada mekanisasi dan automasi di samping kos yang lebih murah.
Tuan Yang di-Pertua, langkah utama yang diambil oleh kerajaan dalam menangani isu pekerja asing ini ialah pembentukan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKK-PATI) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang dianggotai oleh 18 kementerian termasuk kerajaan negeri. Dalam usaha mengurangkan kebergantungan pekerja asing, kerajaan telah meletakkan dasar dan syarat-syarat permohonan penggajian pekerja asing yang ketat seperti berikut:
(i) penggajian pekerja asing hanya diluluskan kepada 6 sektor sahaja iaitu sektor pembinaan, pertanian, perladangan, perkilangan dan perkhidmatan ataupun subsektor tukang masak
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
restoran, pekerja-pekerja kebersihan, pencucian dan pekerja resort ataupun pulau peranginan yang melibatkan jawatan pekerja am rendah bersifat 3D, kita bagi pekerja asing untuk 3D punya job, dirty, dangerous and difficult dan juga perkhidmatan domestik;
(ii) kriteria penggajian pekerja asing diselia oleh agensi kawal selia yang menentukan keperluan sebenar pekerja di dalam sesebuah subsektor yang berkaitan. Hanya majikan yang berkeupayaan dan mematuhi standard permohonan seperti pematuhan gaji minimum, menyediakan kemudahan kediaman berserta kemudahan asas dan tiada rekod pelanggaran court case buruh sahaja dipertimbangkan memohon pekerja asing. Keupayaan majikan ditentukan melalui proses saringan dan pemeriksaan Jabatan Tenaga Kerja (JTK); dan
(iii) kekosongan dalam sektor-sektor berkenaan perlulah ditawarkan kepada pekerja tempatan terlebih dahulu, ini syarat kita Tuan Yang di-Pertua. Melalui portal JobMalaysia Kementerian Sumber Manusia, ini syarat. Mana-mana majikan yang hendak pekerja asing dia mesti daftar dengan JobsMalaysia, mesti offer kepada pekerja tempatan terlebih dahulu baru boleh sebelum permohonan pekerja asing dibenarkan.
(iv) tempoh penggajian pekerja asing adalah diletakkan 10 tahun dan pekerja asing tidak dibenarkan bekerja di barisan hadapan.
Manakala usaha lain untuk memikat pekerja tempatan untuk menarik minat pekerja tempatan antaranya ialah promosi dan peluang-peluang pekerjaan ditawarkan melalui pekerja program pekerjaan dan Jabatan Tenaga Kerja. Pelaksanaan gaji minimum yang diadakan sekarang mewujudkan National Optional Scheme Standard (NOSS) sebagai standard bagi melatih pekerja bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan sehingga diploma kemahiran tahap 5 selaras dengan keperluan industri.
Memperkenalkan Sistem Dual Nasional, menyediakan tenaga kerja mahir, penubuhan kira-kira 400 institusi latihan yang antaranya seperti Industri Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara, Kolej Komuniti MARA dan lain-lain yang menyediakan latihan untuk lepasan SPM, SPVM, SPMV merangkumi bidang-bidang mekanikal, elektrikal dan elektronik, seni bina, perabot dan paip dan bukan logam di peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutnya. Yang berikutnya ialah pembiayaan latihan di bawah Sumber Manusia Berhad melalui caruman levi, majikan untuk melatih semula pekerja bagi meningkatkan kemahiran pekerja terutamanya di sektor perkilangan dan perkhidmatan.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi ialah menggalakkan sektor-sektor yang menggunakan insentif buruh beralih kepada penggunaan mekanisasi dan automasi iaitu mesin bagi mengurangkan kebergantungan ke atas pekerja asing bagi mencapai sasaran melahirkan 50% pekerja mahir ataupun skilled workers di Malaysia menjelang tahun 2020.
Pada masa ini pelaksanaan dasar tersebut sedang diperhalusi dari segi kos, penetapan latihan dan sebagainya.
Untuk makluman Dewan yang mulia juga, dasar penggajian pekerja asing sentiasa ditambah baik dari segi penentuan mekanisme pengambilan pekerja asing seperti pelan latihan kemahiran kepada pekerja tempatan untuk menggantikan pekerja asing menetapkan ratio pekerja tempatan dan pekerja asing, menjamin peluang pekerjaan kepada pencari pekerja tempatan, menetapkan kaedah perkhidmatan layan diri di restoran, stesen minyak dan lain-lain. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana jawapan kepada soalan itu cukup lengkap. Walau bagaimanapun kebimbangan kami rakyat Malaysia ini kerana terlalu ramai kehadiran pekerja asing yang bukan sahaja terlibat dalam sektor pekerjaan tetapi juga mereka terlibat dalam perniagaan dan juga sektor hartanah.
Jadi saya sangat bimbang kerana boleh mengurangkan peluang pekerjaan kepada orang-orang tempatan.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Soalan tambahan saya, tidakkah dengan pengambilan pekerja asing ini berlawanan dengan Seksyen 60M Akta Kerja 1955 yang mengharamkan pengambilan pekerja asing dan memberhentikan pekerja tempatan. Bilangan 2.07 juta yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi adakah termasuk yang telah pun melalui proses program pemutihan 6P? Terima kasih.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Buat masa ini kita kira pergantungan kepada pekerja asing masih ada, masih perlu walaupun perlambakan itu ada 2.07 juta. Program 6P sebenarnya di bawah Kementerian Dalam Negeri, saya tidak ada komen kerana usaha telah pun dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri. Walau bagaimanapun, sebagai kementerian yang bertanggungjawab kepada pekerja dan melalui jawatankuasa yang telah pun saya sebutkan tadi Jawatankuasa Khas Kabinet. Baru-baru ini pekerja asing dan pendatang tanpa izin usaha terus dibuat oleh kerajaan bagi kita memastikan supaya pengambilan alih pekerja yang diisi oleh pekerja ini kita lakukan untuk diisi oleh pekerja tempatan.
Umpamanya dalam operasi-operasi yang dibuat oleh kementerian-kementerian yang berkaitan dengan termasuklah KDN dan sebagainya. Jabatan Imigresen cukup aktif dalam melaksanakan operasi untuk memastikan supaya pekerja-pekerja asing ini terutama yang pendatang asing tanpa izin yang bekerja di tempat-tempat kita Yang Berhormat masih ada. Jadi ini usaha yang dilakukan oleh kerajaan.
Bagi Kementerian Sumber Manusia, kita melaksanakan 12 program yang cukup efektif untuk memastikan supaya tempat-tempat yang diisi oleh pekerja asing diisi oleh orang kita. Umpamanya kita adakan portal JobsMalaysia, karnival pekerjaan, penempatan dengan kerjasama APS, temu duga terbuka, program penyesuaian berjaya dan lain-lain lagi yang kita buat secara kolaborasi dengan kementerian-kementerian lain yang saya kira cukup berkesan. Pada tahun ini sahaja sebagai contoh, kita telah menempatkan sejumlah 14,776 pekerja tempatan di tempat kerja-kerja kosong yang ada pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, bagi syarikat apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi kita serius. Jadi bagi syarikat yang melakukan celahan juga membuktikan pekerja tempatan dahulu sebelum pekerja asing tindakan akan diambil. Oleh sebab itulah Yang Berhormat Hulu Langat kalau ada isu-isu seperti ini bagi tahu kita, kita tidak akan lepaskan mereka ini kerana kita akan berikan keutamaan kepada pekerja tempatan. Kenapa harus kita izinkan orang lain menikmati kekayaan negara kita sedangkan rakyat negara kita kebulur. Tidak kebulur walaupun kita hidup selesa tetapi banyak ruang yang boleh kita isi. Jadi terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, Kalau menabung di dahan rapuh, Jangan ditimpa si pohon lada, Cabaran hidup hendak ditempuh, Jangan lekas berputus asa. Soalan tambahan, bagaimanakah pola kemasukan pekerja asing ini diurus dan dilihat oleh kementerian? Apakah program dalam jangka masa lima tahun? Berapa contohnya berapa juta yang kita perlukan? Bagaimana pula kementerian ke arah memperkasakan, meyakinkan rakyat tempatan bahawa pekerjaan buruh di negara kita ini pun boleh mendatangkan pendapatan yang baik kepada mereka. Ini sebab saya lihat Yang Berhormat Timbalan Menteri, negara Malaysia ini tanpa pekerja asing ini kita tidak boleh membangun.
Soalannya, bilakah kementerian boleh memperkasakan pekerja-pekerja tempatan ini? Meyakinkan mereka untuk mengambil kesempatan bekerja sebagai pekerja-pekerja kolar biru ini sebab rata-rata tidak ada. Sektor perladangan orang asing, sektor pembangunan orang asing. Yang Berhormat tadi menyatakan pekerja asing tidak boleh di barisan hadapan tetapi rata-rata sekuriti saya nampak di perumahan semua orang asing.
Jadi macam mana ceritanya ini? Terima kasih.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat Yang Berhormat Kinabatangan. Sebenarnya saya sama, pemikiran saya sama dengan Yang Berhormat Kinabatangan. Saya serius kerana saya orang
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
tempatan. Kita perlukan pekerja tempatan mengambil tempat pekerja asing ini walaupun keperluan pekerja asing itu masih ada. Umpamanya kita ada 14 negara sumber yang membekalkan pekerja asing 2.07 juta tadi ialah dibekalkan oleh 14 negara sumber. Paling utama ialah Bangladesh, Nepal, Indonesia dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, kita memang sudah ada peraturan untuk mengambil pekerja asing sebab itulah syarat kita mestilah yang pertama tadi kita daftarkan dengan JobsMalaysia. Mestilah setiap pekerja atau majikan yang hendak mengambil pekerja asing mestilah daftar dengan JobsMalaysia. Dia mesti iklankan dahulu pekerjaan kosong di tempat mereka untuk pekerja tempatan. Lepas itu kalau tidak ada baru dia beri.
Umpamanya saya hendak berikan statistik. Permohonan sijil JobsMalaysia bagi mengkaji pekerja asing di JTKSM hingga 12 Mac 2015. Yang Berhormat Kinabatangan ini ada kaitan sedikit dengan bagaimana kita mengawal supaya pekerja asing dapat kita ketatkan kemasukannya. Jumlah permohonan – 1,246 syarikat, jumlah diluluskan 859 – 69%.
Jadi kita teliti betul, kelayakan yang betul. Kalau syarikat itu perlukan 100 pekerja kadang-kadang kita luluskan kurang daripada 100 supaya biar mereka appeal balik kalau betul-betul mereka perlukan pekerjaan. Jumlah pekerja asing yang dipohon 52,119 orang, jumlah pekerja asing yang disokong, kita sokong sahaja 22,803 – 44% tidak sampai 50%.
Jumlah pekerja asing ditolak – 29,000. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, kita tidak sewenang-wenangnya memberikan izin, memberikan kelulusan. Oleh sebab itulah yang kita hendak pastikan supaya enforcement penguatkuasaan mestilah dilakukan oleh semua agensi yang terlibat dalam pengambilan pekerja.
Saya tidak komen Yang Berhormat Kinabatangan. Kita lihat kadang-kadang di depan ini ada pekerja asing Nepal dan sebagainya bekerja di frontline. Ini ialah peranan kita semua dan harus kita berikan sokongan kepada kerajaan terutamanya di bawah Jawatankuasa Khas Kabinet tentang pekerja asing. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Soalan No. 7 – Yang Berhormat Puan Hajah Normala Abdul Samad (Pasir Gudang) tidak hadir]
8. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan jumlah kutipan derma melalui SMS daripada orang ramai untuk Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang dilancarkan pada 24 Disember 2014 dan bagaimanakah sumbangan tersebut disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato' Jailani bin Johari
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Seremban yang menanyakan soalan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon keizinan untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Kuala Kedah yang bertarikh pada 8 April 2015 kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu berkenaan dengan isu Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya sila.
Dato' Jailani bin Johari
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tabung kemanusiaan ini hanya dibuka pada 24 Disember 2014 dan berakhir pada 31 Januari 2015.
Sebenarnya tidak terhad untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir sahaja. Ia juga akan digunakan untuk mangsa-mangsa bencana alam lain yang akan berlaku pada masa- masa hadapan. Jumlah kutipan tabung kemanusiaan ini setakat Januari 2015 adalah RM2.5 juta dan tabung kutipan SMS ini sebenarnya telah mendapat sambutan daripada orang ramai. Kini dibuka kembali daripada 24 Februari yang lalu sehingga 31 Mac tahun ini juga. Dalam hal ini kutipan SMS yang telah diterima telah pun diaudit oleh Ernst and Young iaitu juruaudit dan jumlah tersebut telah pun diserahkan kepada Majlis Keselamatan Negara
(MKN) pada 18 Februari yang lalu bagi ia diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir dan setiap jumlah SMS yang diterima daripada tersebut pun seperti yang saya maklumkan telah pun diaudit.
Saya juga mengambil peluang pada hari ini untuk menjemput semua rakan-rakan Yang Berhormat sekiranya belum menyumbang ataupun menggunakan khidmat ini boleh menggunakan. Ini kerana cara menyumbangnya senang sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Jailani bin Johari
Pertama kena ada telefon bimbit. Kedua hanya taip banjir jarakkan ia RM1, RM3, RM5, RM10, RM15, RM20, RM30, RM40 ataupun RM50 untuk sumbangan bernilai amaun- amaun yang disebutkan dan dihantarkan kepada 13999. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Pertamanya saya hendak tanya kepada pihak kementerian supaya memperjelaskan dalam Dewan yang mulia ini adakah setiap sen ataupun setiap SMS yang dihantar oleh penderma itu 100% itu didermakan kepada mangsa? Adakah pihak telco mengambil apa-apa komisen daripada derma itu? Ini kerana saya rasa ada ramai pihak penderma yang waswas kalau melalui SMS kebanyakan derma yang melalui SMS ini biasanya telco akan mengambil komisen. Adakah dalam hal ini telco ada mengambil komisen?
Keduanya adakah pihak kementerian memutuskan ataupun mengenal pasti agihan itu bagaimana ataupun ia hanya diserahkan kepada pihak MKN dan MKN sesuka hati bagaimana mengagihkan sumbangan tersebut? Minta penjelasan. Terima kasih.
Dato’ Jailani bin Johari
Terima kasih Yang Berhormat. Terdapat dua soalan Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, bagaimanakah jumlah tersebut telah diambil?
Sebenarnya untuk makluman Dewan yang mulia ini setiap kutipan seperti yang saya maklumkan tadi telah pun diserahkan kepada MKN kerana dua soalan tersebut berkait.
Untuk makluman Yang Berhormat juga dan Dewan yang mulia ini, sebenarnya apabila kita serahkan kepada MKN adalah terpulang kepada MKN untuk mengagihkan dan kita percaya kalau kita lihat keratan akhbar dan sebagainya memang telah pun diserahkan melalui SOP yang sedia ada.
Isu yang kedua berkaitan adakah pihak telco mengenakan apa-apa caj?
Sebenarnya setiap derma yang disalurkan kepada tabung berkenaan tidak ada potongan tambahan kepada amaun yang didermakan. Kalau kita dermakan RM10, RM10 lah. Kalau tidak, seperti saya maklumkan tadilah cuba Yang Berhormat gunakan phone sekarang boleh test ia akan keluar jumlah yang kita nyatakan. Terima kasih.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya ialah adakah pihak kementerian mempunyai perancangan pada masa akan datang untuk memastikan bantuan kebajikan seperti ini akan berterusan dan tidak hanya berhenti pada musim bencana semata-mata.
Kedua, apakah pihak kementerian juga mempunyai mekanisme untuk memastikan bantuan dan juga kaedah perkhidmatan SMS ini tidak disalahgunakan oleh sesetengah pihak dan sebagainya. Terima kasih.
Dato’ Jailani bin Johari
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk soalan yang pertama seperti yang saya nyatakan tadi walaupun tabung sekarang ini dinamakan Tabung Kemanusiaan dan oleh sebab tempoh yang diadakan ialah kerana kita baru sahaja mengalami bencana banjir, jadi kita adakah Tabung Bencana Banjir. Akan tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita tidak akan hadkan kepada banjir tetapi untuk bencana-bencana yang akan datang.
Kedua dari segi mekanisme, untuk makluman Dewan yang mulia ini sebenarnya tabung ini dikelolakan oleh pihak kementerian bersama dengan tiga lagi syarikat telco iaitu Celcom, Maxis dan DiGi. Setiap daripada collection ataupun kutipan yang diterima mengenai jumlah yang dikutip akan dilaporkan kepada pihak SKMM pada penghujung kutipan. Jadi memang telah diwujudkan mekanisme bagi memastikan ketelusan berlaku dan seperti yang saya maklumkan, setiap audit walaupun sekarang ini kita telah laksanakan program sambungan audit yang sama iaitu Ernst and Young akan digunakan untuk mengaudit bagi membuktikan ketelusan dalam proses sumbangan ini. Terima kasih.
9. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah kementerian mempunyai pelan pembangunan strategik untuk membangunkan modul latihan dan subjek kemahiran berasaskan industri spesifik seperti di dalam Industry Oil and Gas yang boleh diajar di kolej- kolej vokasional dan kolej-kolej komuniti yang berdaftar di bawah kementerian.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) pada tahun 2012 telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan National Occupational Skill Standard dengan izin NOSS iaitu Standard Kemahiran Kerjaya Kebangsaan berdasarkan Petronas Occupational Skill Standard (POSS) dengan izin dengan kerjasama Petronas bagi bidang mekanikal, electrical, instrumentation dan operation tahap 1, tahap 2 dan tahap 3.
Bagi maklumat Dewan yang mulia ini terdapat beberapa buah institut di bawah Kementerian Sumber Manusia yang menjalankan latihan berkaitan minyak dan gas iaitu ADTEC Batu Pahat, ILP atau Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, ILP Labuan, ILP Miri, ILP Kuantan dan ILP Kepala Batas. Di samping itu terdapat juga program kerjasama antara JTM atau Jabatan Tenaga Manusia dan Petronas melibatkan program minyak dan gas melibatkan ILP Kota Kinabalu, ILP Miri, ILP Pasir Gudang dan ILP Mersing.
Tuan Yang di-Pertua, mewakili soalan yang berkaitan kolej vokasional dan kolej komuniti ini sebenarnya di bawah Kementerian Pendidikan tetapi kita ada juga kerjasama dengan mereka ini. Bagi kedua-dua program ini melibatkan pembangunan RIM atau Return Instruction Manual dengan izin iaitu kertas ujian, peralatan latihan yang diperlukan bagi menjalankan kursus tersebut, bahan guna habis untuk latihan dan tenaga pengajar yang berkelayakan.
Di samping itu, Institut Latihan Jabatan Tenaga Kerja Manusia juga mengendalikan kursus automotif dengan menekankan kemahiran dalam kerja-kerja servis kenderaan bermotor, automotif termasuk sistem enjin, sistem chassis, sistem transmisi dan lain-lain.
Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada perkembangan teknologi terkini bidang automotif merangkumi teknologi enjin autotronic, reka bentuk, komponen automotif, analysis structure kenderaan, sistem penghantaran kuasa, sistem suspension, chassis kenderaan. Pelajar- pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan penyeliaan dan pedagogi dalam industri automotif.
Kursus ini ditawarkan di institut latihan pengawasan bagi peringkat sijil tahap satu dan tiga dan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi atau ADTEC bagi peringkat diploma tahap 4 dan 5. Tempoh latihan sepenuh masa minimum adalah selama dua tahun dan tiga bulan latihan industri diploma di mana pelajar akan ditauliahkan.
Sijil Kemahiran Malaysia tahap tiga, pelajar-pelajar boleh menyambung untuk tahap 4 dan tahap 5 di ADTEC. Kaedah latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberi jawapan tadi. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana ada framework ataupun kerangka kerja untuk menyediakan tenaga mahir yang tinggi di dalam beberapa kementerian termasuk kolej komuniti. Cuma soalan tambahan saya ialah memandangkan pelaburan itu besar mendatangi negara kita khususnya di bidang oil and gas minyak dan kita tahu ini satu “peak” atau satu keperluan yang secara mendadak dan ia perlu dikonsolidasi dalam masa yang panjang, jadi apakah dan sejauh manakah program-program yang ada saat ini memenuhi keperluan itu.
Saya yakin mesti ada mekanisme tambahan untuk menangani limpahan secara mendadak ini khususnya dalam beberapa tahun akan datang dan saya lihat keperluan ini amat mendesak kerana terjemahan daripada limpahan pelaburan itu mestilah seterusnya kepada manusiawi, ketepatan mesti punya impak yang mesti dapat diterjemahkan dalam bentuk statistik dan kita akan dapat lihat dalam beberapa tahun akan datang.
Jadi soalan saya, sejauh manakah kolej-kolej ini dapat melahirkan pekerja mahir menepati permintaan pasaran atau industri dan khususnya yang spesifik seperti industri minyak dan gas yang sedang dilaksanakan oleh Petronas di PIPC, di Kimanis, di Labuan, di Sipitang atau di bahagian-bahagian lain projek gasification di Lahad Datu. Boleh tak kementerian, mungkin bukan hari ini memberi statistik yang lebih terperinci supaya statistik ini dapat diguna pakai oleh seluruh kementerian dan usaha ini dapat diselaraskan dengan lebih kemas lagi sebab saya rasa masih ada kementerian yang berdasarkan fakta-fakta atau pun statistik yang tidak menterjemahkan pelaburan yang besar ini dalam erti kata kerangka kerja yang lebih mekanisme yang lebih jelas supaya hasilnya dapat kita lihat dalam masa terdekat. Berapa ramaikah penduduk tempatan atau warga Malaysia yang akan terlibat secara langsung, dan saya harap dapat diberikan statistik selepas ini. Terima kasih.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi.
Saya cukup terharu dengan semangat daripada Yang Berhormat Kota Tinggi ini.
Sebenarnya inilah yang sepatutnya kita dedahkan kepada pekerja tempatan kita.
Umpamanya pekerja di dasar laut dengan oil and gas ini, pendapatan cukup besar.
Underwater punya welder ini, gaji berpuluh-puluh ribu tapi kenapa harus kita benarkan orang luar datang ke negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Kota Tinggi, program latihan bagi pelajar Kolej Vokasional (KV), Kementerian Pendidikan Malaysia juga ada dilaksanakan di ILJTM ini. Maknanya di bawah kementerian kita, Kementerian Sumber ini.
Melalui pendekatan National Blue Ocean Strategy, dengan izin, atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan, antara KSM dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada masa ini, seramai 1,518 orang pelajar sedang mengikuti latihan kemahiran di 14 buah Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia, dengan jumlah 19 program latihan. Contoh program yang diikuti antaranya mekatronik, quality assurance engineering, computer numerical control (CNC), metal fabrication, dan lain-lain. Ini semua kursus yang menjurus kepada oil and gas industry, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia juga Jabatan Pembangunan Kemahiran menggunakan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan bagi sektor industri minyak dan gas- kita ada Tuan Yang di-Pertua.
Bagi tujuan melahirkan pekerja separuh mahir dan mahir yang memenuhi kehendak industri sebanyak 5 plus to NOSH, maknanya NOSH ini macam standard yang telah kita buat.
Sektor minyak dan gas telah dibangunkan dengan kerjasama industri minyak dan gas- 51 NOSH Standard telah kita bangunkan. Sehingga Februari 2015, JPK telah mentauliahkan enam buah pusat bertauliah kerajaan, yang menawarkan program bagi industri minyak dan gas, bidang operasi fabrikasi paip. Sejumlah 221 buah sijil telah dianugerahkan kepada pelatih yang berjaya menamatkan program latihan kemahiran bidang tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Tinggi, marilah kita sama-sama memberikan sokongan dan menggalakkan anak watan kita untuk menceburi bidang-bidang yang cukup mencabar, dan cukup berprestij ini, untuk masa depan negara kita. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 8.30 malam, dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Rabu 18 Mac 2015.”
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Ketiga belas”.
[16 Mac 2015]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tebrau menyambung. Baru mula semalam ya.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Satu ayat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Masa 30 minit.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Oleh sebab perkara-perkara yang saya hendak sentuh agak banyak, saya akan terus sentuh perkara yang berkenaan. Seperti biasa saya akan sentuh isu-isu pendidikan dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tebrau, kalau boleh kita ringkas-ringkaskan kerana kita ada masa hari ini, Selasa, Rabu dan Khamis.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Okey saya faham.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Saya hendak maklumkan kepada pihak kementerian bahawa saya terima laporan daripada PIBG tertentu ada sekolah yang setakat ini masih belum terima bayaran utiliti sekolah buat tahun 2013 dan 2014. Jadi di antara sekolah ini, sekolah yang agak kecil dan ini mendatangkan kerumitan kepada pihak sekolah, dan saya juga difahamkan ada sebuah sekolah yang berada di estet dan biasanya estet akan bayar dulu, kemudian dikembalikan kepada estet.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Apabila sudah dua tahun tidak dibayar, estet hendak asingkan meter. Ini akan jadikan masalah kepada pihak sekolah. Jadi saya minta pihak kementerian berikan perhatian kepada ini, dan sebenarnya saya sebelum itu, saya sudah pernah buat cadangan bahawa bayaran utiliti dimasukkan sebahagian per kapita. Pada saya faedahnya kalau kita masukkan sebahagian per kapita ia senang bagi kementerian hendak buat anggaran. Oleh sebab kita akan tahu setiap tahun berapa banyak kita akan bayar. Jadi kedua, saya rasa cara itu adalah adil oleh sebab kalau sekolah besar ramai murid akan diberi lebih, yang kurang akan diberikan kurang.
Jadi pada saya ini adalah lebih munasabah. Kedua, masalah kekurangan guru.
Masalah ini sudah berulang banyak kali begitu banyak tahun. Jadi banyak faktor yang menyebabkan kekurangan itu. Saya rasa bahawa kementerian mesti ada administrative will
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
untuk selesaikan masalah ini- once and for all. Kerajaan kita ada banyak rancangan- jangka pendek, jangka panjang dan saya cadangkan kita buat satu rancangan semata-mata bertujuan untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru. Oleh sebab masalah kekurangan guru itu akan mendatangkan impak besar terhadap kualiti pendidikan negara kita, dan juga kadang-kadang anak-anak kita akan menjadi mangsa.
Ketiga, saya rasa bahawa apabila kita mengambil calon untuk latihan guru, kita kena kenal pasti apakah kriteria, apa jenis guru yang kita perlukan? Ini kerana pada saya, calon-calon yang bakal menjadi guru haruslah mereka yang berjiwa keguruan, yang bersemangat penyayang, cergas, boleh berdikari, kreatif dan inovatif. Dan juga, mereka mesti ada kebolehan mengawal disiplin, dan pentingkan kualiti sambil kita hendak memenuhi kuantiti sahaja. Jangan kita ambil bilangan yang cukup tetapi kualiti yang kurang.
Perkara yang ketiga yang saya hendak sentuh berkenaan dengan kementerian Yang Berhormat ialah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sibuti bangun Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Sibuti, kanan, kanan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Apabila kita mengatakan kekurangan guru, boleh tidak kita mencadangkan, kalau boleh di tiap-tiap negeri di mana kekurangan guru itu, ambillah anak tempatan yang mempunyai kriteria yang diperlukan oleh pihak IPG. Dan tidaklah susah kita hendak menghantar seperti- katakan di Sarawaklah. Guru-guru yang datang ke Sarawak tidak kurang 3,000 dari Semenanjung, sedangkan anak Sarawak ramai yang boleh jadi guru. Boleh tidak kita mencadangkan, apa pandangan Yang Berhormat, ambillah anak tempatan. Kalau di Negeri Sembilan, ambil banyak di Negeri Sembilan; kalau di Melaka ambil banyak di Melaka begitu juga di negeri Sarawak. Terima kasih.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Okey, pada prinsipnya saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sibuti, tetapi saya tidak tahu apa masalah kementerian, jadi ini biarlah Menteri yang menjawab.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Perkara yang saya akan sentuh sekarang ialah penukaran guru pada akhir tahun khususnya bagi kes-kes rayuan. Pada tahun lepas saya dapati bahawa cikgu-cikgu yang memohon untuk ditukarkan kemudian gagal kemudian merayu semula ditukarkan pada saat-saat terakhir. Jadi pada masa itu kebanyakan sekolah sudah habis susun jadual, apabila cikgu ditukarkan, cikgu bukan macam kerani. Kerani satu pergi satu masuk, okey.
Akan tetapi cikgu, dia ada opsyen yang berlainan, dia ada tanggungjawab yang berlainan, jadi ini menjadikan pihak sekolah kelam-kabut pada saat-saat yang terakhir. Kena susun semula jadual waktu kemudian mungkin cikgu yang jaga scouts itu, yang datang tidak tahu tentang scouts atau tentang Bulan Sabit dan sebagainya.
Jadi, saya rasa bukan susah hendak selesaikan, selagi kita awalkan proses itu.
Kalau kita awalkan misalnya kita kata November kita tukar cikgu, kes rayuan kita buat paling lewat pada awal Disember, ini cadangan saya. Sebenarnya kalau kita tukar cikgu pada saat-saat terakhir, bukan sahaja datangkan masalah kepada pihak sekolah, bahkan kepada cikgu sendiri. Last minute dia kena pindah, dia kena urus persekolahan anak-anak mereka.
Kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, saya hendak sekali lagi kemukakan masalah projek rumah pangsa terbengkalai di Taman Mount Austin yang dimajukan oleh pemaju Kong Sun. Saya pernah menyifatkan perkara ini sebagai “Hidup segan, mati tidak mahu.” Oleh kerana ini adalah satu projek rumah pangsa kos sederhana, sales and purchase agreement ditandatangani pada 2004. Kemudian pemaju gagal hendak siapkan projek itu dan pada ketika itu mantan Kementerian KPKT Datuk Wira Chor sudah buat lawatan dan mengisytiharkan projek itu terbengkalai.
Malangnya pemaju membawa kes ini ke mahkamah dan mereka buktikan mereka boleh bayar hutang-hutang mereka. Jadi mahkamah buat keputusan bahawa mereka tidak bankrap dan projek itu bukan terbengkalai. Akan tetapi setakat ini, selepas si projek boleh kata hampir tidak jalan dan pembeli rumah merupakan orang-orang yang berpendapatan rendah. Mereka tidak boleh buat apa-apa terhadap pemaju.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Mereka akan marah kerajaan, mereka akan marah wakil rakyat. Takkanlah kerajaan tidak boleh buat sesuatu untuk bantu kami? Ini sudah berapa tahun, bank hendak kejar bayar ansuran, kita kena bayar sewa lagi. Kemudian kualiti rumah tidak terjamin.
Jadi, saya tengok mungkin akta sekarang kita ada masalah. Saya minta kerajaan lihat kalau akta kita ada kelemahan biarlah kita kuatkan kuasa Menteri mungkin berikan Menteri kuasa yang tertentu. Kalau memang satu projek selepas lima tahun masih tidak boleh disiapkan. Mungkin Menteri boleh isytiharkan secara automatik terbengkalai dan ambil alih pembinaan.
Satu lagi adalah berkenaan dengan gated and guarded community. Sebenarnya konsep gated and guarded community sudah semakin popular. Khususnya di Johor Bahru, boleh kata hampir 80% projek-projek baru merupakan gated and guarded Community.
Masalahnya hanya kepada taman-taman perumahan yang lama yang dahulunya bukan gated and guarded. Oleh kerana masalah keselamatan. Kita dapati bahawa apabila penjenayah itu mereka susah hendak masuk ke gated and guarded community jadi kawasan yang tidak berpagar menjadi mangsa. Mereka akan kerap pergi ke sana. Jadi sekarang kalau kawasan yang bukan asalnya gated and guarded mereka hendak mohon, bukannya senang. Walaupun KPKT telah keluarkan garis panduan tetapi banyak syarat yang susah dipenuhi. Jadi saya minta bahawa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan tempatan tengok semula garis panduan itu dan cuba buat pembaikan supaya lebih mudah penduduk-penduduk gated and guarded community.
Dengan mengadakan gated and guarded community, secara langsung mereka akan bantu kerajaan untuk menjamin keselamatan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang berikut yang saya hendak sentuh ialah pembaharuan permit pekerja asing melalui MyEG. Walaupun kita sedar bahawa kerajaan sudah buat peraturan baru untuk membenarkan majikan terus berhubung dengan Jabatan Imigresen untuk membaharui permit pekerja asing. Malangnya masih ada masalah. Saya ada seorang kawan dia mohon membaharui permit pekerja asingnya pada awal Februari melalui MyEG. Jadi mengikut apa yang dia beritahu saya, melalui MyEG berbeza daripada terus berhubung dengan Jabatan Imigresen. Oleh kerana dia kata apabila pekerja asing itu mempunyai pasport yang baru, dahulu majikan Cuma perlu bawa pasport lama, pasport baru pergi ke sana boleh selesaikan dalam sehari.
Akan tetapi dia ada satu kes seorang pekerja yang ada pasport baru walaupun dia sudah key in dalam komputer nombor pasport lama dan baru dan sebagainya, mereka minta dokumen yang lain diemailkan semuanya dibuat. Bulan Februari sampai sekarang sudah hampir dua bulan pekerja berkenaan masih belum dapat permit. Bermaksud pekerja itu daripada pekerja yang halal menjadi pekerja haram. Daripada pekerja legal foreign worker becomes illegal foreign worker dan apabila dia keluar dia akan menghadapi masalah dengan pihak polis oleh kerana dia sudah menjadi illegal.
Tambahan lagi masalah yang teruk lagi isterinya sakit, dia sudah beli tiket kapal terbang untuk balik ke negara asal, tidak boleh keluar sehingga tiket sudah luput tempoh dan sebagainya. Jadi memang majikan itu memberitahu saya, pegawai-pegawai daripada Myeg itu amat baik hati. Banyak kali mereka call dan berkata mereka akan membantu tetapi malangnya sehingga hari ini pekerja yang berkenaan masih belum dapat permit dan saya percaya ini bukan satu kes sahaja. Mungkin ada banyak kes seperti ini. Jadi saya minta kementerian cuba mengatasi masalah majikan dan juga pekerja.
Perkara yang berikutnya ialah berkenaan dengan saya didekati oleh Persatuan Pengusaha Pusat Hiburan Negeri Johor. Berkenaan dengan isu organisasi pelbagai di bawah kelulusan Malaysia Intellectual Property Organization ataupun MyIPO. Saya difahamkan bawah selepas pindaan Akta 27A bilangan CMO ataupun Collective Management Organizations bertambah daripada dua menjadi empat dengan lima lagi CMO yang masih menunggu kelulusan MyIPO.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Ini bermaksud mungkin lebih daripada empat menjadi sembilan akhirnya. Jadi, penambahan CMO ini yang banyak itu membawa kekeliruan dan beban kewangan kepada pengusaha-pengusaha yang berkenaan. Bayaran kepada Music Authors’ Copyright Protection (MACP) dan Public Performance Malaysia (PPM) masih tetap. Dahulu mereka ada dua CMO dan bayaran kepada CMO itu tidak kurang, masih tetap. Akan tetapi selain daripada itu mereka dikenakan bayaran tambahan kepada dua lagi CMO yang baru.
Jadi ini bermaksud beban kewangan sudah bertambah. Berkenaan dengan hal ini masalah teknikal banyak dan saya tidak akan berhujah panjang lebar oleh kerana saya
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
difahamkan persatuan yang berkenaan sudah kemukakan memorandum kepada Menteri KPDNKK. Saya juga difahamkan bahawa ketua setiausaha ada berjanji pada bulan Oktober tahun lepas bahawa mereka akan sediakan satu SOP untuk menyelaraskan pentadbiran perkara ini. Akan tetapi mereka tunggu sampai sekarang masih belum dapat oleh kerana ketua setiausaha janji dua bulan. Kalau dua bulan sampai Disember. Akan tetapi sampai sekarang sudah hampir setengah tahun.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya akan jawab tuduhan oleh Yang Berhormat Rasah terhadap Yang Berhormat Dato’ Hou Kok Chung bahawa beliau kata kalau kerajaan tidak mengakui UEC, beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang. Memang benar Yang Berhormat Dato’ Hou Kok Chung ada kata demikian tapi DAP secara langsung ataupun tidak langsung memang gagalkan usaha beliau oleh kerana masa itu beliau adalah Timbalan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi dan beliau sudah buat boleh kata sudah 90% siap. Tinggal sedikit. Apabila beliau tidak lagi memegang jawatan itu, memang ada masalah. Walau bagaimanapun, saya hendak kata...
[Dewan riuh]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Dengar dahulu, dengar dahulu. Boleh beri ulasan kemudian. Saya hendak kata bahawa jangan kerana kerajaan belum keluarkan surat untuk menyatakan bahawa mereka mengakui visi, kita kata langsung tidak mengaku. Kita kena tengok kerajaan sekarang benarkan pemegang UEC untuk memohon PTPTN. Adakah ini salah satu langkah? Kalau kita tidak mengaku, tidak akan kita benarkan dia mohon PTPTN.
Ini adalah satu loan. Kalau bank tidak yakin kepada saya, takkan dia berikan pinjaman kepada saya.
Kedua, kerajaan juga benarkan pemegang UEC ini selagi dia ada kredit dalam Bahasa Malaysia di peringkat SPM dan tiga kredit di UEC sudah boleh mohon masuk ke institut perguruan. Jadi ini yang pihak pembangkang dan pihak-pihak yang tertentu pada masa itu kata bahawa kekurangan guru di SJKC adalah disebabkan oleh MCA tidak guna.
Kalau MCA benarkan pemegang UEC masuk ke institut perguruan masalah itu boleh diatasi.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tidak ada orang kata MCA tidak guna.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Jadi mungkin you tidak cakap tapi ramai yang cakap. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak payahlah Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Mengaku pula.
[Ketawa]
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Betul, betul, betul.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Jadi, okey. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu usaha MCA ini apakah yang kita dapat. Saya ada angka pada tahun 2011 teacher reserved 34, yang mohon 11 orang. Tahun 2012 teacher reserved 34, yang mohon menurun kepada 11 orang. Pada tahun 2013 turun lagi kepada tujuh orang. Pada tahun 2014 tinggal dua orang. Saya hendak tanya pihak yang kata bahawa MCA tidak berusaha, apakah usaha mereka untuk bantu...
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Yang Berhormat Tebrau, boleh celah?
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Nanti, nanti. Biar saya habis oleh kerana nanti pukul 12 saya kena keluar.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak payah bising Yang Berhormat.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Apakah usaha DAP dan pembangkang untuk bantu dalam hal ini? Satu lagi...
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Yang Berhormat Tebrau tanya DAP, saya jawablah. Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Nanti, nanti.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dia bukan jawab Yang Berhormat. Sama ada dia hendak bagi jalan atau tidak bagi jalan.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Isu UEC bukan untuk guru sahaja tetapi untuk pengiktirafan UEC.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Satu lagi ialah 1MDB ada tawarkan bursary kepada 50 orang calon UEC yang paling cemerlang...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Jangan lari Yang Berhormat Tebrau. UEC dahulu, UEC.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Kita hendak tanya UEC.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tentang pendidikan SJK(C). Saya hendak tanya tentang peruntukan. Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Jangan lari, jangan takut.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
UEC masih belum direcognize.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tadi hendak cabar DAP kan?
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Okey, don’t drown my voice. You takut saya cakap, oleh itu you cuba cakap.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya tidak takut, mana saya takut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, pada peringkat ini Yang Berhormat hanya minta jalan yang membolehkan Yang Berhormat berhujah.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Jangan takutlah. Kalau tidak takut beri laluan. Takut apa?
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta jalan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta jalan.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Wanita pun takutkah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat Tebrau.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Wanita pun takutkah Yang Berhormat Tebrau?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kulai duduk Yang Berhormat.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Calon itu diberikan bursary sebanyak RM45,000 buat tiga tahun. Jadi batch yang terakhir menikmati faedah itu sehingga tahun 2014. Jadi saya hendak tanya DAP, berapa banyak daripada derma orang ramai digunakan...
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Hendak tanya, saya jawablah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tebrau tidak perlu tanya DAP Yang Berhormat.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
...Untuk bantu masyarakat Cina ataupun pemegang-pemegang UEC.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Yang Berhormat Tebrau, hendak tanya bagi jawablah.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Kita hendak jawab. Tuan Yang di-Pertua kita hendak jawab.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
DAP ini kerajaan atau MCA kerajaan. Itu satu.
Kedua, isu UEC, isu 1MDB bukan sahaja biasiswa atau pengurusan sahaja tetapi pengiktirafan sijil UEC. Itu yang paling penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Boleh habiskan Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Itu sebab MCA jadi 7 Eleven kerana dia juga keliru.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seputeh tidak diizinkan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Wakil rakyat pun keliru. Siapa jadi kerajaan?
[Dewan riuh]
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Kalau DAP...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Satu lagi, satu lagi, satu lagi.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
...Mengaku bahawa bukan kerajaan tidak boleh buat apa-apa jangan kelirukan masyarakat Cina. Kalau tidak boleh buat apa-apa letak jawatan.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Siapa yang kelirukan masyarakat Cina!
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Letak jawapan kerana tidak boleh buat apa-apa oleh kerana bukan kerajaan.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya hendak tanya ini Yang Berhormat Tebrau. Bagi laluan.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Dan satu lagi saya belum tanya....
[Dewan riuh]
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya hendak jawab bagi pihak DAP. Bagi laluan tidak?
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua,.... Saya boleh duduk atau tidak?
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Di Penang kerajaan apa yang dibuat? Di Selangor, kerajaan apa yang dibuat untuk bantu? Tidak adapun. Kelantan apa yang dibuat?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Bagi laluan, bagi laluanlah kepada kawan saya. Bagi laluan sekejap lima minit.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Jangan takut. Satu soalan sahaja.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Sikap kerajaan negeri Cina, berapa banyak untuk UEC? Tidak adapun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Satu soalan sahaja, jangan takut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Okey, Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa pun sudah sampai, jadi saya ucapkan terima kasih dan dengan ini...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Lari ini!
[Dewan riuh]
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
...Dan saya mohon menyokong Usul Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Sudah tutup kedai.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Takut apa?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Ini MCA tahu lari sahaja. MCA tahu lari sahaja.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Cabar DAP tidak bagi laluan kepada wanita! Malulah MCA!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, tidak payahlah berpolitik sangat dalam ini.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Dia tanya apa Kerajaan DAP Pulau Pinang lakukan.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Dia politik apa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak, dia berucap, dia berucap.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Memang politik pun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, dia cabar DAP.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli Yang Berhormat Tebrau sedang berhujah. Yang Berhormat ingin mencelah itu ikut peraturan.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Dia cabar DAP!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dia tidak bagi, jalan duduklah.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Tidak apalah. Dia tidak bagi jalan sebab dia penakut. Penakut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sekarang saya bagi kepada Yang Berhormat Bukit Katil. Tidak perlu. Kalau kita ikut peraturan mesyuarat dia tidak kecoh.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Kecoh sedikit- sedikit perlu Tuan Yang di-Pertua. Bagi panas sikit pagi-pagi ini.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Tentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Parlimen sekalian. Saya ingin mulakan perbahasan pada pagi ini dengan memetik serangkap puisi yang bertajuk, pidato ‘Yang Damonsang’ oleh seorang penyajak terkenal daripada Indonesia bernama Mansur Samin.
Dalam sajaknya yang agak panjang saya ingin petik serangkap sahaja kerana ia mungkin relevan dengan perbahasan pada pagi ini. Beliau menyatakan seperti berikut Tuan Yang di-Pertua iaitu, “Ketika kesukaran tambah menjadi, para menteri sibuk ke luar negeri”. Saya tukar sedikit lah Perdana Menteri sibuk beli jet peribadi tetapi korupsi tetap beraja sebab percaya keadaan berubah, rakyat diam sahaja.
Saya merakamkan setinggi penghargaan atas peluang untuk membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pastinya titah ini memperlihatkan pelbagai aspek yang penting yang diungkap secara menyeluruh dalam kerangka pemikiran Seri Paduka Baginda yang pada hemat Seri Paduka Baginda mampu memperkemaskan agenda pembangunan melalui tata kelola kerajaan yang baik dan telus.
Justeru dalam hal ini saya berpendirian bahawa peranan Ahli Dewan Rakyat ini penting bagi mengetengahkan pandangan dan komen-komen yang mampu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dalam kerangka yang besar dan mestilah diambil serius oleh kerajaan baik ia sokongan mahupun kritikan.
Titah Seri Paduka Baginda ini jika diteliti dan diamati sedalamnya harus memuhasabahkan diri kita dengan makna dan erti sebenar pembinaan negara bangsa ini.
Menerusi sejarah, negara ini dipasak batu asas pembangunan melalui pemasyhuran kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang antara lain menjanjikan Malaysia ini akan kekal sebagai sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyat dan mengekalkan keamanan segala bangsa.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil
Pasak ini bagaimanapun terganggu akibat daripada krisis 13 Mei yang menyaksikan kemudiannya berlaku transisi secara perlahan antara Almarhum Tunku dan juga Almarhum Tun Abdul Razak. Almarhum Tun Abdul Razak dalam meneruskan legasi menyambung transisi ini menganjak atau pun menolak Malaysia ke satu persefahaman baru melalui apa dipanggil sebagai Rukun Negara.
Di sebalik kita hanya menghafal lima Rukun Negara, saya suka untuk mengembalikan ingatan kita Ahli Dewan yang mulia ini dengan pemasyhuran atau preamble Rukun Negara yakni bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak iaitu:
(i) mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat;
(ii) memelihara cara hidup yang demokratik;
(iii) mencipta satu masyarakat yang adil;
(iv) menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi budaya; dan
(v) membina masyarakat yang progresif.
Transisi antara dua orang tokoh dua ulung negara ini memasakkan tiga prinsip yang sama iaitu yang pertama adil, bebas yakni liberal dan juga demokratik. Di sini kita lihat bagaimana Tun Razak yang terkenal dengan gelaran Bapa Pembangunan membangunkan Malaysia dalam satu kondisi yang agak harmonis tanpa mengesampingkan tiga nilai utama yang disebutkan tadi dan tentulah kredibiliti ini menjadi sebutan sehinggalah ke hari ini yang terkenal dengan kepimpinan yang hebat, kerendahan diri dan juga integriti yang tinggi.
Namun betullah kata orang jangankan iman, integriti sang ayah tak mungkin diwarisi ke atas seorang anak. Inilah yang dapat dilihat melalui kepimpinan Yang Amat Berhormat Pekan sekarang ini, jauh sekali berbeza antara beliau dan Almarhum bapanya.
Keresahan rakyat mengenai krisis-krisis yang sedang membarah dalam negara bukan sekadar membelenggu rakyat tetapi turut dikongsi dan dilantun oleh adik-beradik Yang Berhormat Pekan melalui surat terbuka anak-anak Tun Razak seperti yang disebut oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak sewaktu genap 39 tahun pemergian Almarhum.
Di mana Tun Abdul Razak mungkin terkejut melihat negara ditadbir urus sebegini rupa jika dibandingkan satu ketika dahulu. Kekuatan kepimpinan Tun Razak dahulu adalah kerana adanya penasihat yang setia. Penasihat Tuan Yang di-Pertua bukan ‘punah sihat’.
Kelibat Almarhum Tun Dr. Ismail misalnya melengkapkan legasi Tun Razak. Namun, ini tidak berlaku pada ketika ini, saat negara, saat kita membangkitkan skandal 1MDB misalnya Yang Amat Berhormat Pagoh selaku Timbalan dapat dilihat secara terbuka tidak sebulu dengan Yang Amat Berhormat Pekan.
Malah dalam satu aspek elemen collective responsibility seakan-akan tidak wujud.
Kabinet seakan hilang fungsi menyokong seakan membawa rebah, nasihat seperti mendapatkan musibat. Kita lihat krisis ini, krisis keyakinan di kalangan rakyat ini semakin membarah ditambah dengan hilangnya elemen adil, liberal dan demokratik bermula zaman Tun Dr. Mahathir dilengkapkan terus kehilangannya zaman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang. Kita boleh senaraikan pelbagai isu lewat kebelakangan ini. Isu 1MDB saya sebutkan tadi, pelaksanaan GST yang kita tahu akan mengasak rakyat kepada satu keadaan ekonomi yang lebih parah dan tentunya pembelian kapal terbang semalam yang telah dijawab oleh Perdana Menteri hari ini kerana kononnya telah lama dan perlu kapal terbang yang baru.
Ini juga menuntut jawapan dan saya juga ingin ingatkan Dewan ini tentang satu lagi skandal yang besar yang membabitkan majoriti rakyat iaitu FGV Felda Global Ventures ini yang mana kita lihat dan saksikan di dalam FGV sekarang ini, saham yang pada peringkat awalnya dibuka 5.39, sekarang telah merudum kepada 2.82. Menurun lebih kurang 3.8% dan pemilik saham ini termasuk beribu-ribu peneroka yang merupakan rakyat biasa, yang merupakan mereka yang sepatutnya kita sebagai pembuat dasar membelanya tetapi sekarang ini kita saksikan bagaimana peneroka-peneroka di luar sana berhadapan dengan satu risiko yang cukup besar impaknya.
Saya tuntut kerajaan untuk memberikan jawapan apakah perkara-perkara dan tindakan-tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan peneroka- peneroka ini terselamat seperti mana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dalam ucapan beliau iaitu perlu satu tindakan yang komprehensif
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil
memastikan agar harga komoditi sekarang ini yang jatuh dapat membantu meringankan beban peneroka di luar sana.
Kita lihat di atas kertas misalnya, atas sebab penurunan saham ini kerugian sebanyak lebih kurang RM1,730 untuk setiap 1,000 saham yang mana peneroka-peneroka terpaksa menanggung beban. Kenapakah ini berlaku? Kita ingin tuntut jawapan kerajaan.
Kenapakah kemerosotan perniagaan ini berlaku? Kenapa dalam masa yang sama kita berhadapan dengan saham yang jatuh tetapi Pengerusi FGV misalnya, anaknya terlibat dengan skandal kononnya pembelian hotel mewah di London. Sama sahaja konsepnya.
1MDB tetapi beli jet peribadi. FGV tetapi beli hotel mewah. Lebih kurang sama modus operandinya.
Apakah sudah jadi dengan kerajaan ini? Apa Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional tidak mempunyai hati nurani, tidak mempunyai semangat untuk memastikan agar perkara ini dibela? Takkan lah kita hendak lihat struktur negara yang kuat ini hancur lemah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Pekan. Kita tuntut jawapan-jawapan ini dan saya yakin Yang Berhormat Arau sedang serius memerhatikan. Mudah-mudahan beliau boleh berikan nasihat kepada Yang Amat Berhormat Pekan.
Tuan Yang di-Pertua, hari Jumaat yang lalu saya mengambil kesempatan waktu senggang yang ada untuk menziarahi mantan Presiden Indonesia Baharudin Jusuf Habibi atas beberapa hal yang kita bincangkan. Akan tetapi yang paling menarik Tuan Yang di- Pertua ialah bagaimana beliau berkongsi tentang transisi perubahan politik yang berlaku pada tahun 1998 sewaktu berlaku desakan rakyat, desakan mahasiswa, berlaku demonstrasi besar-besaran membabitkan hampir semua kelompok masyarakat menuntut supaya Presiden Suharto waktu itu meletakkan jawatan, kerana masalah ekonomi, masalah pengurusan ekonomi, wujudnya kakean, korupsi-korupsi dan nepotisme yang menyebabkan rakyat Indonesia itu bangkit.
Apa yang menarik dalam proses transisi ini saya hendak sebut apa yang menarik.
Walaupun Presiden Suharto dinasihatkan oleh penasihat-penasihatnya, ada 12 orang penasihat yang memberi nasihat, ‘Bapak jangan mundur, bapak jangan mundur’. Teruskan pegang kerana yang membuat demonstrasi ini hanyalah sebilangan kecil daripada 200 juta orang umat Indonesia.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil
Akan tetapi pada ketika itu Soeharto mempunyai hati nurani. Dia merasakan sudah cukup dia memerintah. Dia merasakan rakyat sudah bangkit melawan dia. Atas sebab itu dia mengundurkan diri dan menyerahkan akhirnya, daripada segi Perlembagaan waktu itu di Indonesia, kepada timbalannya. Ini kerana dia tidak boleh lagi mengawal dan mengurus negara. Dia sendiri sebagai pemimpin memastikan agar negaranya itu dibela, negaranya itu dijaga, maka akhirnya berlaku transisi politik yang agak smooth, yang agak teratur di mana kita menyaksikan beliau mempunyai tanggungjawab untuk mengundurkan diri setelah tidak boleh menjawab pelbagai isu ekonomi yang dibangkitkan pada ketika itu.
Oleh sebab itulah saya ingin tegaskan, dengan political will, timbalannya ataupun Presiden yang baru ketika itu Habibi, mendepani dengan masalah-masalah yang besar.
Beliau mengambil sikap menjulang demokrasi setinggi-tingginya. Meskipun julangan tersebut akhirnya mendorong junaman populariti beliau. Tatkala pidato Presiden beliau tidak diterima oleh Parlimen Indonesia pada ketika itu, beliau secara terbuka mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden walaupun ada sokongan yang hebat di belakang beliau.
Inilah makna kebertanggungjawaban yang kita tuntut daripada Yang Amat Berhormat Pekan. Kalau saya berada di kedudukan Yang Amat Berhormat Pekan, pasti saya tidak akan tunggu lama, saya akan meletakkan jawatan kerana merasakan saya tidak mampu lagi menguruskan negara ini. Negara ini tidak boleh dibina...
[Tepuk] Negara ini tidak boleh hanya berjalan seperti mana auto pilot seolah-olah tidak ada kemudi. Apabila kita saksikan perkara-perkara ini, kita merasakan tidak mampu lagi Yang amat Berhormat Pekan untuk memimpin sebagai Perdana Menteri. This is the time for Yang Amat Berhormat Pekan to resign as Prime Minister of Malaysia, dengan izin.
[Tepuk] Gesaan ini saya yakini dikongsi oleh ramai kepimpinan UMNO dan juga Barisan Nasional. Sewajarnya dipertimbangkan bukan atas alasan kalau Najib memerintah sebegini rupa UMNO atau Barisan Nasional tidak akan menang PRU tetapi atas alasan negara sedang tenat, rakyat semakin penat dan kita tidak mampu lagi bersandar kepada kepimpinan yang kredibilitinya sedang gawat. Yang Berhormat Arau, betul, rambutnya RM1,200. Fikirlah sendiri.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Belum lagi.
Silakan.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih rakan saya dari Bukit Katil yang tadi menyebut bahawa sudah sampai masanya untuk Yang Amat Berhormat Pekan selaku Perdana Menteri to resign, letak jawatan kerana sudah tidak lagi popular dan menimbulkan masalah yang begitu besar kepada negara. Cuma saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, kalau sudah letak jawatan, hendak pilih siapa? Sebab, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pun apabila pergi rasmi Konvensyen UMNO Kedah, dia kata dalam UMNO ini banyak jemuan.
Seorang Ahli
Jemuan?
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jemuan, jemuan. Jadi hendak pilih siapa? Takkan hendak pilih jemuan pula? Jadi yang turun pun jemuan, yang hendak naik pun jemuan, jadi berat lagilah. Saya minta penjelasan Yang Berhormat.
[Ketawa]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar, mengamati hujah-hujah Yang Berhormat tadi. Akan tetapi pada hemah saya, itu ialah pandangan peribadi.
Kita kena akur dengan sistem demokrasi yang kita ada. Apabila kita ada sistem demokrasi, kita ada pilihan raya. Rakyat telah memilih kami untuk memerintah dan hari ini telah ditakdirkan yang pihak sana menjadi pembangkang. Jadi tunggulah pilihan raya umum...
[Disampuk] Eh, Yang Berhormat Kota Melaka diam. Ini bukan Yang Berhormat Kota Melaka punya floor. Saya hendak beritahu, sekarang ini kita tunggulah pilihan raya umum akan datang. Selepas itu biar rakyat yang memutuskan.
Mana boleh kita sebagai pembangkang – memanglah kerja pembangkang sebelum pilihan raya kata sudah menang, 16 September sepuluh kali hendak menjadi Perdana Menteri, tidak apalah lagi. Hari ini apabila kita sudah jadi Perdana Menteri, memanglah kerja pembangkang suruh kita letak jawatan. Kalau boleh Baling pun Yang Berhormat hendak suruh letak jawatan kalau boleh. Akan tetapi itu memang kerja pembangkang. Jadi janganlah dasar pemikiran yang kolot, yang mana pemikiran untuk peribadi dibawa ke Dewan yang mulia ini untuk memesongkan rakyat di luar sana. Ini saya minta penjelasan.
Saya tahu pembangkang bagus tetapi pembangkang buat kerja yang bagus selama ini buat kerja pembangkang. Jangan buat kerja pembangkang suruh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Yang Berhormat Pekan letak jawatan, letak jawatan, tak kerja. Siapa hendak jadi Perdana Menteri?
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Siapa? Tidak ada. Jadi saya hendak beritahu, hendak suruh...
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Tidak ada calon lain kah Barisan Nasional?
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Hendak suruh Yang Berhormat Pokok Sena jadi Perdana Menteri? Lagi jemuan. Habis dekat Pokok Sena itu pun tidak habis jemuan lagi. Hendak suruh siapa? Jadi saya bagi pandangan...
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Kota Kinabalu cadang Yang Berhormat Baling jadi Perdana Menteri.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Eh, apek! Apek jangan kacau saya. Tak, saya beritahu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Kinabalu, yang itu out of order Yang Berhormat Kota Kinabalu. Orang tengah mencelah, kita tidak boleh mencelah.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, hendak bagi lagi? Yang Berhormat Kalabakan, ya.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Katil tidak adil. Takkan satu orang boleh desak Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat undur?
[Disampuk] Tak boleh. Jadi kalau kita berucap di sini, fikir baik-baik. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat sokongan majoriti rakyat dalam Parlimen yang ditentukan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ketiga Belas. Jadi ini tidak adil. Jadi ini perkataan untuk letak jawatan susah juga. Kalau ada di antara kami minta satu daripada Ahli Parlimen pembangkang letak jawatan, bolehkah?
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Tentu tidak boleh. Jadi adil sikitlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sambung Yang Berhormat Bukit Katil ya.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Kalabakan. Tentunya kalau kita jadi kerajaan, saya hendak Yang Berhormat Baling jadi barisan pembangkang. Ini kerana saya yakin Yang Berhormat Baling boleh berperanan sebagai pembangkang.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memberikan saranan ke arah Yang Amat Berhormat Pekan untuk mengambil tanggungjawab, saya telah memberikan beberapa contoh, senario yang mana saya bukan menyatakan secara gelojoh dan gopoh- gapah. Saya membina satu demi satu. Persoalan-persoalan yang dibangkitkan tadi membabitkan bilion, ribuan juta wang rakyat. Bukannya ratus juta. Kalau dahulu skandal NFC mungkin ratus juta. Sekarang ini bilion. Jadi adakah kita akan lelap mata sebagai – katalah sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional Ahli Parlimen yang bertanggungjawab atas konstitusi dan juga parti masing-masing, apakah kerana isu-isu yang saya bangkitkan di Parlimen dan rakan-rakan Ahli Parlimen bangkitkan, adakah kita hanya hendak duduk lelap dan terima sahaja?
Seorang Ahli
Mana boleh.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Tak boleh. Kita mesti bangkit dan nyatakan pendirian. Oleh sebab pembinaan itu, saya – akhirnya apa?
Mesti ada satu kesan. Akhirnya...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Desakan selepas ada keputusan. Ini baru tengah...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tak betul.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Nantilah dulu, saya bagi peluang. Bagi saya habiskan ayat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Baling ini asyik- asyik bangun. Macam rumah dia pula. Tak nampak Speaker dekat depan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dia macam Ahli Parlimen Kluang tadi. Masa Yang Berhormat Tebrau berucap, Yang Berhormat Kluang yang bangun, Yang Berhormat Kulai yang bangun macam itulah, Yang Berhormat Kapar ya.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Ya, ya, tidak ada masalah. Cuma, saya bagi Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Kluang tadi bangun sebab Yang Berhormat Tebrau tidak bagi. Saya bagi tadi. Saya tidak ada masalah, hendak bangun boleh tetapi bagi saya habiskan floor saya dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya jawab soalan Yang Berhormat Kapar sebab Yang Berhormat Kapar tanya dengan Speaker tadi, mengapa berlaku sedemikian.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Baik Tuan Yang di-Pertua, saya terima. Selepas ini Kapar pun jangan ditegur. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tak boleh juga.
Dua kesalahan tidak boleh jadi satu betul, Yang Berhormat.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Baik, saya tadi hendak jawab sedikit tentang Yang Berhormat Pokok Sena sebab Yang Berhormat Pokok Sena bangkit tentang jemuan. Jemuan ini bahasa Kedah.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Baik, kalau begitu pandangan Yang Berhormat Pokok Sena, tidak ada masalah.
Kalau betul Kerajaan Barisan Nasional bertanggungjawab, ya kalau kata tidak boleh Yang Amat Berhormat Pekan letak jawatan, maka kita bubarkan Parlimen dan buat pilihan raya yang baru. Tidak ada masalah. Kita buat kembali kepada proses demokrasi sebenar, saya setuju. Buat pilihan raya baru dan kemudian kita pilihlah. Kita pun dalam pilihan raya yang lalu sudah dapat 52% sokongan. Mungkin kali ini akan naik 3% lagi, mengikut kata Yang Berhormat Pagoh dalam salah satu ucapannya. Kalau menang 3% lagi, kita jadi kerajaan, tidak ada masalah. Biar kita buat kerajaan.
Kenapa saya bangkitkan semua ini? Bukan sebab politik Tuan Yang di-Pertua.
Sebabnya ialah soal negara. Our country is at stake. Negara kita berhadapan dengan masalah besar. Janganlah lelap mata oleh kerana rakan-rakan Ahli Parlimen daripada kalangan Ahli Parlimen barisan kerajaan menyatakan seolah-olah *everything is okay.
Everything is not all right.* Oleh sebab itu kita bangkitkan dalam Parlimen dan kita tuntut Yang Amat Berhormat Pekan sendiri datang ke Parlimen ketika sesi soal jawab, biar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri jawab pelbagai isu yang kita bangkitkan dalam Parlimen ini. Jangan hantar Menteri-menteri untuk jawab. Ini perkara yang pertama.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, ini tentang kes Yang Berhormat Permatang Pauh.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ha, saya suka.
Saya dengar dulu.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Eh, duduk, duduk. Belum lagi apa-apa dah bangun.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Dalam membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya lihat semacam ada satu keghairahan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Semenanjung khususnya, daripada sebelah sana khususnya dalam membahaskan rasional penghukuman ke atas Ketua Pembangkang. Sebermula, seingat saya, Yang Berhormat Tanjong Karang sehinggalah Ahli Parlimen Jasin dan Ahli-ahli Parlimen yang lain, kes Yang Berhormat Permatang Pauh masih lagi disentuh.
Ini membuktikan betapa longgarnya kes ini di mata dan juga persepsi rakyat sehingga pelbagai justifikasi digunakan. Tidak cukup dengan road show melibatkan Tan Sri Shafee Abdullah dan juga Yang Berhormat Rembau, ia turut diheret ke dalam Dewan yang mulia ini. Di sebalik berdegar-degarnya UMNO dan Barisan Nasional di luar sana mengatakan Yang Berhormat Permatang Pauh sudah tidak lagi relevan, ironinya Yang Berhormat Permatang Pauh masih menjadi satu subjek yang aktif dibahaskan. Terbukti aura Yang Berhormat Permatang Pauh masih kuat meskipun dipasung zalim oleh sang penguasa di dalam Penjara Sungai Buloh [Tepuk] Saya ingin mempersoalkan kredibiliti peguam yang dibayar kerajaan iaitu Tan Sri Shafee Abdullah. Di mana telah direkodkan secara rasmi dalam Dewan ini dibayar hanya RM1,000 sahaja oleh kerajaan yang saya fikir seperti mana rakan-rakan sedia maklum, Tan Sri Shafee Abdullah ini kalau RM1,000 mungkin duit parking dia sahaja, yang menyebutkan secara terbuka sesuatu yang ditokok tambah daripada perbicaraan secara in camera ataupun tertutup. Dalam etika guaman, ialah merupakan suatu kesalahan untuk menghebahkan secara terbuka apa juga informasi perbicaraan secara tertutup. Sudahlah menghebahkan sesuatu yang tertutup sifatnya, ditokok tambah lagi sesedap rasa [Tepuk] .
Kalau perkara asas sebegini pun masih tidak difahami oleh Tan Sri Shafee yang diiktiraf sebagai peguam kanan, maka wajarlah hanya RM1,000 sahaja yang dibayar kepada beliau...
[Tepuk] [Disampuk] .
Saya mewakili Ahli-ahli Parlimen di sebelah sini, [Merujuk kepada blok pembangkang] menyatakan sokongan terbuka kepada dua Ahli Dewan iaitu Yang Berhormat Segambut dan Yang Berhormat Ipoh Timur yang telah mengemukakan aduan kepada Majlis Peguam Malaysia mengguna pakai seksyen 94, Akta Profesion Undang- undang 1976 atas tingkah laku tidak profesional Tan Sri Shafee ini.
Saya kembali kepada perbahasan saya mengenai Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam bab Indeks Syariah Malaysia, yang mana Indeks Syariah Malaysia ini telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan pada 10 Februari dan tarikh tersebut ialah merupakan tarikh yang signifikan kerana tarikh tersebut merupakan tarikh Yang Berhormat Permatang Pauh dipenjarakan.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut bahawa indeks ini merupakan pertama seumpamanya yang telah dibangunkan di dunia. Akan menilai dan mengukur keseriusan kerajaan dalam mencapai lima aspek maqasid syariah iaitu pemeliharaan agama, pemeliharaan nyawa, pemeliharaan akal, pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut berkata, “Keunikan indeks itu adalah kerana pengukurannya yang lebih menyeluruh kerana pada fasa permulaan ia meliputi lapan bidang utama iaitu perundangan, politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, budaya, prasarana dan persekitaran serta sosial”. Di sini saya menyambut baik inisiatif kerajaan ini. Apatah lagi ia merupakan satu usaha untuk memperkemaskan lagi tadbir urus Malaysia sebagai sebuah negara yang bermajoritikan Muslim. Namun, saya ingin membangkitkan beberapa hal yang sedikit sebanyak bercanggah dengan rasional pelaksanaan sebagaimana yang digariskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sedikit ironi saya sebutkan di peringkat awal tadi, pada hari yang sama indeks ini dilancarkan, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Ketua Pembangkang. Dengan satu set hujah iaitu penuduh ialah saksi yang berkredibiliti.
Saya yakin, kes yang kita bangkitkan di Parlimen ini, misalnya Yang Berhormat Lembah Pantai kerana membangkitkan tentang hakim-hakim, sekarang ini direman di penjara, berada di lokap dan saya hairan kenapa tindakan-tindakan sebegini diambil terhadap beliau. Kalau pada hari ini, dalam Dewan ini saya misalnya mengungkapkan sebuah hadis, “Antara tiga orang hakim, dua orang masuk neraka, satu orang masuk syurga”, adakah saya juga akan dikenakan Akta Hasutan walaupun itu adalah Hadis Nabi Muhammad SAW, hadis sahih? Yang Berhormat Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir boleh perjelaskan [Disampuk] . Sebab itu saya katakan, pelbagai fakta yang telah diperincikan, yang mendatangkan keraguan munasabah ke atas penuduh. Ini termasuklah pengakuan terbuka Perdana Menteri yang pada ketika itu Timbalan Perdana Menteri.
Yang Amat Berhormat Pekan pada ketika itu TPM menemui tertuduh kononnya untuk biasiswa kemudiannya diakui kerana perihal dakwaan penuduh. Ini jelas. Oleh sebab itu saya sebutkan dalam Dewan ini, saya ingin merekodkan bahawa ini bukannya kes biasa.
Kalau kes biasa, kena buat repot polis, siasat. Ini bukan kes biasa. Dia dikatakan kononnya diliwat tetapi selepas itu bukan pergi ke balai polis tetapi berjumpa dengan Timbalan Menteri Perdana Menteri dan apabila wartawan bertanya kepada Yang Amat Berhormat Pekan pada ketika itu, “Betul atau tidak perkara ini berlaku?”. Dia kata, “Tidak betul”. Dia datang untuk meminta biasiswa kerana dia ialah pelajar yang cemerlang, pelajar yang cemerlang.
Akan tetapi kita kemukakan misalnya laporan ataupun transkrip peperiksaannya.
Dalam universiti, pelajar cemerlang akan mendapat 4.0 dan yang kurang cemerlang akan dapat 2.0, yang paling rendah. Dia dapat 1.9, bawah 2.0, mana boleh dapat biasiswa.
Selepas itu apabila ditekan lagi, apabila ditanya kepada Yang Amat Berhormat Pekan pada ketika itu Timbalan Menteri Perdana Menteri, apa benar dakwaan ini? Ini kerana anak ini, penuduh ini bukannya seorang yang pandai dalam peperiksaan? Oh! Dia kata sebenarnya, “Tidak. Dia ialah rakyat Malaysia, saya prihatin, saya TPM, saya pemimpin negara, saya kena dengar”. Kalau begitu, tidak perlulah. Biar semua yang kena liwat selepas ini pergi jumpa TPM dulu, tidak perlu pergi ke balai polis.
Sebab itu saya katakan ini bukan kes biasa. Ini kes politik...
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
[Bangun]
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
...
[Tepuk] dan ini menunjukkan bahawa kerajaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Tinggi bangun Yang Berhormat.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Kota Tinggi hendak bertanya sedikit, boleh?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Boleh, saya bagi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Bolehkah...
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Tinggal dua points. Saya sendiri Tuan Yang di-Pertua telah mengemukakan tuntutan ke atas Mahkamah Syariah untuk mengheret penuduh untuk dibicarakan di bawah jenayah qazaf. Selepas itu
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
saya meminta Yang Berhormat Jerai, sebagai Menteri bertanggungjawab perihal agama dan perundangan syariah. Saya mohon jawapan kerana di dalam Dewan yang mulia ini pada 27 Oktober 2009, Yang Berhormat Jerai menyatakan bahawa jenayah qazaf hanya boleh dibicarakan selepas perbicaraan mahkamah sivil diselesaikan.
Walaupun saya tidak bersetuju dengan pandangan itu kerana sebagai bekas graduan UIA, seorang tokoh profesor Almarhum Syeikh al-Kulliyyah, Ahmad Ibrahim telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan agar ada pemisahan bidang kuasa Mahkamah Syariah sehingga menyebabkan pindaan Artikel 121(1A) kepada Mahkamah Syariah bidang kuasa yang parallel, dengan izin, dengan mahkamah sivil. Akan tetapi kenapa dalam kes ini, ketika Mahkamah Syariah bidang kuasanya dibabitkan tetapi Menteri menyatakan kena tunggu mahkamah sivil selesai? Dalam kes ini, sekarang perbicaraan sivil telah selesai. Kita tuntut atas nama integriti Indeks Syariah yang digembar-gemburkan oleh kerajaan supaya perbicaraan qazaf ini dimulakan pada kadar yang segera [Tepuk] Sila Yang Berhormat Kota Tinggi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bukan seorang peguam tetapi saya hendak bertanya. Sebenarnya apabila kita mengatakan tadi hadis umum sebagai satu peringatan sebenarnya. Peringatan kepada kita supaya kita jangan berbuat salah. Kalau kita kata “Tiga orang hakim, dua masuk neraka”, itu satu perkara yang berat
[Dewan riuh]
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Ya, hadislah. Tadi Yang Berhormat Bukit Katil kata tiga orang hakim tadi, mungkin dua [Disampuk] Jadi saya hendak kata, saya hendak tanya, Yang Berhormat Bukit Katil kata tadi Presiden Indonesia turun dalam keadaan baik sebenarnya sebelum itu gawat.
40 juta orang rakyat Indonesia tidak ada makanan, hendak makan pun susah. Ada kegawatan di sana sampai ada rusuhan dan kematian. Disebabkan itulah salah satu sebab utama kenapa dia meletakkan jawatan. Jadi di situ misleading. Keduanya, kalau betullah tadi sebagaimana Yang Berhormat Bukit Katil kata bahaya atau satu perkara yang salah. Saya hendak cakap kita ini Ahli Parlimen termasuk diri saya dan Yang Berhormat Bukit Katil, kita bercakap ini kena bertanggungjawab. Jangan kita menuduh, kita memberikan satu fitnah, mengadakan benda yang tidak ada diada- adakan dan akhirnya benda salah pun kita kata tidak salah. Saya hendak tanya pendapat, apakah ini juga satu kesalahan yang amat besar yang mungkin kita lakukan tetapi kita tidak terima? Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Bukit Katil.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh gulung Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Saya sebenarnya tidak faham soalan daripada Yang Berhormat Kota Tinggi ini apa tetapi tidak apa.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Yang Berhormat Bukit Katil boleh bagi sedikit?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Saya ambil tanggungjawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah selesai Yang Berhormat.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Saya akan cakap dengan Yang Berhormat Kota Tinggi dalam kafe waktu minum teh. Bagi saya hendak habiskan sedikit sebelum – siapa tadi?
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jelebu, Jelebu.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Sekejap.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Saya ingat soalan jelas. Jangan kita menuduh, jangan kita membuat benda-benda yang tidak ada. Itu lebih besar dosanya daripada apa yang kita kata tadi.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Baik, setuju.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Kena bertanggungjawab, terima kasih.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih, saya faham. Sebab itu dalam Islam menyatakan...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Al- Bayyinah maksudnya apa? Maknanya keterangan, bukti, saksi ke atas orang yang menuduh. Dia kena bawalah buktinya. Kalau dia menuduh dia kena balun di belakang, dia kena bawalah bukti, saksi dan sebagainya. Kalau tidak cukup empat orang saksi, itu maknanya qazaf. Itu cara Islam menjaga integriti, maruah individu. Jangan pandai-pandai hendak menuduh sahaja. Kalau tidak faham, balik mengaji dahulu...
[Dewan riuh]
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Baik...
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jelebu bangun.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Dua soalan pendek saja.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Okey..., Yang Berhormat Bukit Katil.
Yang Berhormat Jelebu. Last, last.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Minta maaf, saya ada lagi satu point besar ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, masa sudah habis Yang Berhormat.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Penjelasan, penjelasan.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua perkara yang ingin diminta penjelasan daripada Yang Berhormat Bukit Katil.
Pertama berkaitan dengan dakwaan kepada Yang Berhormat Lembah Pantai kenapa disiasat di bawah Akta Hasutan itu kerana menyatakan perilaku hakim di dalam Dewan yang mulia ini. Berbanding kalau dia menyatakan hadis itu tadi, kenapakah dia tidak didakwa? Jadi ini saya nyatakan bahawa yang hadis itu umum tetapi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai itu spesifik kepada kes, hakim yang terus. Jadi itu bezanya di antara, apabila menyatakan hadis itu apakah dia akan dikenakan Akta Hasutan itu? Itu satu.
Kedua ialah berkaitan dengan kenapa peguam Shafee ini membuat road show dan menjelaskan. Sedarkah kita atau pun Yang Berhormat Bukit Katil, bahawa sebelum kes Yang Berhormat Permatang Pauh diputuskan, bagaimana Yang Berhormat Permatang Pauh buat road show seluruh negara untuk menyatakan dan preempt keputusan yang bakal dibuat oleh hakim.
Dengan segala kecelaruan dan peluang diberi dalam mahkamah, Yang Berhormat Permatang Pauh tidak manfaatkan sepenuhnya. Akan tetapi membuat preempt dan membuat himpunan sebelum hakim membuat keputusan. Jadi ini mewujudkan satu keadaan yang keliru. Oleh sebab itu selepas hakim memutuskan dan mahkamah yang paling tinggi memutuskan, maka orang yang terlibat dalam kes membuat penjelasan dan penerangan untuk memperjelaskan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dalam road show sebelum keputusan, maka itu saya fikir adil kepada rakyat untuk penjelasan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Katil boleh gulung Yang Berhormat ya.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Ya, sedikit saja Yang Berhormat Jelebu, ada dua perkara yang dibangkitkan tadi soal Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya akan ulas nanti dalam point saya yang terakhir, saya akan jawab sekali Yang Berhormat Jelebu. Akan tetapi yang berkaitan dengan road show, saya fikir begini, saya minta Yang Berhormat Jelebu Google nama “Abu Talib Osman” iaitu bekas Peguam Negara. Cuba baca apa keterangannya supaya kita faham. Apabila kita jadi peguam, janganlah kita sama-sama terlibat dalam road show. Jadi peguam, peguamlah.
Kalau hendak Jadi politik, masuk politik, bertanding...
[Menyampuk] Kalau peguam, peguam, ada etika, ada adab, ada perkara-perkara yang harus kita teliti. Kalau misal kata hendak buat road show, Yang Berhormat Jelebu buatlah road show, buat program biar 10,000 orang dengar ceramah Yang Berhormat Jelebu tentang- tidak ada masalah. Esok
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
kita buat lagi satu ceramah di sebelah tempat yang Yang Berhormat Jelebu buat, tidak ada masalah. Itu cara kita compete dalam political arena. Akan tetapi membawa seorang yang profesional seolah-olah jadi orang politik, baik berhenti masuk politik, bertanding.
Bertanding dekat Permatang Pauh, tidak ada masalah. Kita lawan dia habis-habisan [Tepuk] Baik yang terakhir, yang terakhir..
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat Bukit Katil...
[Dewan riuh]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Mahu tanya sikit.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang terakhir...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
...Mahu tanya sikit penjelasan.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
...Tidak cukup masa. Saya minta awak masa, saya minta awak masa, tunggu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Akan tetapi masa sudah habis Yang Berhormat
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Saya bagi banyak sudah tadi, saya bagi banyak sudah.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sikit saja, sikit, sikit.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terakhirnya ialah soal..
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Hendak penjelasan, penjelasan.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
...Soal berkaitan dengan keganasan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua,
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Penjelasan ini.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Saya sudah bagi [Ketawa] Minta maaf, minta maaf.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Bagi lah sikit.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
...Keganasan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Lembah Pantai ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Katil cakap “keganasan”, Yang Berhormat Setiu kata “penjelasan”. Ia hampir sama [Ketawa]
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Boleh, boleh Tuan Yang di-Pertua, saya bagi minta tambah saya sikit masa. Keganasan ini dua minit saja saya hendak cakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Boleh, silakan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Okey, Yang Berhormat Bukit Katil ada menyebut mengenai tugas peguam ini. Saya hendak tahu tugas peguam ini dalam kita beramal, kalau ikut hadis Nabi itu dua orang hakim kita kata masuk neraka. Jadi peguam yang beramal, yang membela walaupun orang salah sekali pun, penjenayah sekali pun, adakah termasuk juga dalam golongan yang masuk neraka? Satu.
Kedua, kita sebagai peguam. Kita hendak mencerca hakim atau pun kita mengkritik judgment yang dia buat. Kita dalam itu, sebagai seorang peguam, kita tidak boleh hendak lebih daripada itu. Apakah bukti-buktinya kita mencerca hakim? Tidak adil dan sebagainya, korup dan sebagainya. Jadi itu saya hendak katakan bahawa sebagai peguam, apakah sebenarnya tugas? Kita kena baca semua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Judgment yang 116 muka surat itu, berapa ramai yang baca, saya hendak tanya? Berapa ramaikah yang baca? Mengkritik
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
pandai. Akan tetapi bacanya tidak. Saya hendak tahulah- maknanya Yang Berhormat Lembah Pantai baca atau tidak...
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Setiu ini adalah bekas hakim Yang Berhormat ya.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Satu lagi, satu lagi, nanti, nanti, satu lagi, satu lagi...
[Dewan riuh]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Tentang qazaf ini. Saya hendak tahu qazaf ini, qazaf yang sebenarnya, sebenarnya ada dalam enakmen mana-mana tidak qazaf, qazaf ini? Sebab yang saya faham, qazaf ini kita menuduh seseorang wanita berzina. Kalau lelaki sama lelaki, adakah itu termasuk bawah qazaf? Yang sepatutnya dalam berzina lain, liwat lain.
Ini Mahkamah Syariah. Saya hendak tahu di negeri mana memasukkan enakmen mengatakan qazaf ini? Peruntukan tentang qazaf ini di mana sekarang ini, di Mahkamah Syariah mana?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Apa yang saya tahu empat sahaja tidak termasuk qazaf.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, cukuplah Yang Berhormat Setiu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Katil boleh habiskan Yang Berhormat?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Baik, baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkara ini saya ringkaskan sebab soalannya senang.
Perkataan dengan kritik hakim- judgment. Saya yakin Yang Berhormat Setiu telah baca dan ramai juga di kalangan Ahli Parlimen telah pun teliti, cuma saya doa kepada Allah SWT jika Yang Berhormat Setiu menjadi hakim, tidak termasuk dalam golongan yang diungkap oleh hadis, jadi hakim yang adil.
Cuma dalam konteks ini, kerana perbahasan saya pada hari ini ialah jalur Islam.
Kita menghukum pada yang zahir. Apa yang zahir dibawa, itu kita hukum. Dalam konteks ini kenapa saya mempertikaikan tadi ialah kenapa Mahkamah Persekutuan yang paling tinggi dalam negara boleh hanya mengambil keterangan penuduh semata-mata, dan perkara- perkara lain dikesampingkan. Itu point saya. Mungkin perkara yang boleh diulas dalam forum yang lain, tidak di dalam Dewan ini.
Kedua ialah soal qazaf- liwat. Majoriti ulama’ terutama ulama’ Syafie kecualilah kalau mungkin Yang Berhormat Setiu masuk Syiah. Akan tetapi Syafie memperuntukkan bahawa hukum qazaf- liwat ini adalah sama dengan hukum qazaf- zina. Konsepnya sama.
Oleh sebab itu saya boleh maafkanlah kerana saya tahu Yang Berhormat Setiu bukan hakim Mahkamah Syariah, dia hakim mahkamah bukan syariah. Jadi kita tidak mengapa.
Saya hendak bagi pendidikan Islam kepada dia, insya-Allah semoga dia terbuka hati dia.
Konteks itu jelas. Saya tidak kata saya tertutup, saya terbuka juga dengan kritikan.
Sebat itu saya benarkan Ahli Yang Berhormat untuk bertanya.
Baik, akhirnya soal keganasan, saya hendak sebut ini. Keganasan- Yang Berhormat Menteri dan juga kerajaan, negara kita dalam global terrorism index tahun 2014, keganasan berada pada tahap yang membimbangkan. Ranking yang ke-48. Ini tentunya menggerunkan.
Saya baca dalam media hari ini, ada exercise yang dibuat oleh ASEAN, satu contoh yang baik. Cuma saya ingin tegaskan bahawa, saya hendak minta Menteri untuk memberi nasihat kepada Ketua Polis Negara. Buatlah satu tindakan yang boleh mengurangkan keganasan ini. Jangan melihat semata-mata daripada aspek perundangan.
Oh, kalau tidak ada undang-undang tidak boleh tangani keganasan. Tengok bagaimana negara jiran kita buat. Indonesia sekarang ini, ia mengambil pendekatan ini, bukan sekadar undang-undang tetapi holistik menggunakan pendekatan reformasi penjara, program- program pemulihan, kaunter propaganda, dan bukan semata-mata untuk menghukum dan menangkap orang tanpa bicara, tidak.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Di Indonesia mereka dibawa ke mahkamah dan dibicarakan. Akan tetapi yang penting program-program pemulihannya. Janganlah sibuk hendak pergi tangkap pemimpin pembangkang ini. Pergi perhimpunan kena tangkap, cakap dalam Parlimen kena tangkap, ini apa ini? Kemudian hantar tweet...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, habiskan Yang berhormat.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
“Oh, kononnya orang ini- tweet..” Sampaikan kita panggil dia “ketua Twitter negara”. Bukan Ketua Polis Negara! Ketua Polis Negara sepatutnya turun padang, pergi tengok setiap masalah, tangani, gunakan pendekatan, gunakan kuasa untuk memastikan masalah keganasan ini selesai ataupun diturunkan jangan leka hendak tangkap pemimpin pembangkang semata- mata...
[Dewan riuh]
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Ini tidak boleh dibenarkan dalam konteks kita. Kamu ada kuasa, laksanakan dengan penuh amanah. Jangan menggunakan pendekatan-pendekatan yang menekan kita. Oleh sebab kita di sini lagi kita tekan, lagi kita lawan sampai berhabis- habisan. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gua Musang.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
[ketawa] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana beri saya kesempatan untuk menyatakan sedikit pandangan semasa kita membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Pada 30 Oktober tahun lepas, saya mengutus surat kepada setiap Ahli Dewan Rakyat tanpa pengecualian. Suatu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia menitikberatkan kebimbangan saya yang amat sangat terhadap kesejahteraan negara kita yang tercinta serta kedua-dua Dewan yang mulia ini. Saya mengambil tindakan tersebut memandangkan bahawa di dalam sesebuah demokrasi berperlembagaan, Dewan Rakyatlah merupakan institusi terakhir yang bertanggungjawab ke atas keadaan negara dan rakyat jelata.
Di samping itu, sebagai Ahli Dewan Rakyat kita telah bersumpah untuk berkhidmat kepada negara serta menegakkan perlembagaan demi kepentingan rakyat Malaysia.
Seyogia diingat bahawa sumpah setia itu bukanlah kepada parti ataupun pemimpinnya.
Sejak penulisan surat tersebut keadaan ekonomi dan politik dunia telah pun berubah secara mendadak. Barang diingat bahawa setiap negara saling bergantung antara satu sama lain.
Ini bermakna, Malaysia tidak terlepas daripada merasai kesan perubahan ekonomi dan politik yang dialami dunia. Keadaan baru ini memerlukan kita mengambil kira dan menimbang perubahan yang perlu kita buat.
Sekiranya kita hendak menyelamatkan rakyat, apa-apa cadangan kita untuk perubahan mestilah mampu menimbulkan kesan positif untuk mengatasi masalah berat yang melanda negara. Dalam menimbang apa jua perubahan, kita seharusnya memahami keadaan yang sedang melanda negara. Ini yang demikian, saya ingin nyatakan kerisauan saya terhadap keadaan negara sekarang ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa kedudukan hutang negara akan tentukan keadaan dan kestabilan ekonomi kita. Mutu dan gaya hidup rakyat bergantung kepada dua perkara ini. Apa yang saya maksudkan dengan hutang negara ialah hutang kerajaan, hutang sektor korporat dan hutang isi rumah. Kerisauan saya mengenai hutang negara ialah ia telah mencecah paras yang boleh menyebabkan tercetusnya krisis ekonomi dan politik di hari muka. Kita tidak mungkin dapat menelah akan akibat dan kesan daripada krisis sebegini.
Akan tetapi apa yang nyata ialah ia berbahaya terhadap demokrasi berperlembagaan yang mencorakkan kenegaraan Malaysia.
Sekali gus, ini mengarahkan perhatian umum kepada persoalan asas. Lagi penting sama ada Dewan Rakyat mampu bertindak untuk menangani permasalahan semasa demi menegakkan ikrar kita ketika mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.
Berpandukan ikrar tersebut, saya berpendapat bahawa kita berkewajipan untuk mengetahui sebanyak manakah hutang negara itu dan apakah kemungkinan bebanannya terhadap rakyat kelak. Sila maklum bahawa kita dianggap gagal dalam memenuhi ikrar berperlembagaan tersebut sekiranya kita tidak ajukan soalan terpenting dalam menentukan
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
sebanyak manakah hutang tersebut. Dalam hal ini kerajaan haruslah bertindak secara telus serta memberitahu kepada Dewan akan keadaan sebenarnya berkaitan dengan hutang negara.
Oleh sebab kita mengambil berat akan hutang negara, sekiranya rakyat dibebankan lagi dengan hutang, kita berkewajipan untuk memastikan bahawa pendapatan negara digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk pembayaran faedah kepada si piutang dan pemegang bon. Sekiranya terdapat hutang sah dan kita bertanggungjawab ke atasnya, maka kita berhak mendapat maklumat mengenai hutang tersebut. Dengan yang demikian, Ahli Dewan Rakyat adalah menjadi tugas kita dan kita berhak untuk mendapat segala maklumat berkaitan dengan hutang tersebut. Sebagai Ahli Dewan Rakyat, kita juga bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, instrument kewangan dan letters of comfort yang membebankan rakyat jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini.
Cara ini membolehkan kita menilai dengan penuh tanggungjawab sama ada wajar atau tidak rakyat terus dibebankan. Di atas perkiraan inilah saya telah…
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Yang Berhormat Gua Musang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pandan bangun Yang Berhormat. Hendak bagi jalan?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Celahan Yang Berhormat Gua Musang.
Di sebelah sini Yang Berhormat Gua Musang.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Ya, sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Yang Berhormat Mulia Gua Musang ada menyebut tentang segala, dengan izin, instruments of comfort perlulah dibentangkan di dalam Dewan ini. Jadi, saya mahu mendapat pendirian dan juga pandangan Yang Berhormat Mulia sendiri mengenai tindakan kerajaan yang bukan sahaja tidak membentangkan satu letter of guarantee bagi hutang berjumlah RM10 bilion kepada 1MDB, malah berbohong sehingga akhirnya, Hansard Dewan Rakyat terpaksa ditukar balik apabila telah diasak untuk mengaku akhirnya bahawa memang benar kerajaan menjamin hutang tersebut.
Apakah ini pernah berlaku sebelum ini sepanjang pengalaman Yang Berhormat Mulia sebelum pentadbiran yang ada sekarang ini.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Tuan Yang di-Pertua, pada ingatan saya ini adalah perkara baru. Kita biasanya membentangkan segala-galanya kepada Dewan kalau ada kaitan dengan kewangan sama ada letters of guarantee ataupun letters of comfort ataupun letters of understanding. Cara ini membolehkan kita menilai dengan penuh tanggungjawab sama ada wajar atau tidak rakyat terus dibebankan. Di atas perkiraan inilah saya telah cadangkan di dalam surat saya yang bertarikh 30 Oktober 2014 supaya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ditangguhkan.
[Tepuk] Memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi.
Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan. Ini kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat. Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada si piutang dan pemegang bon. Tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan. Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah, kita sebenarnya berlaku tidak adil. Oleh itu, suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini.
Sekiranya sebab musabab perlunya berhutang dibentang di Dewan Rakyat dan ia didapati munasabah, tentu sekali kita dapat bertindak secara wajar terhadap niat baik kerajaan. Bagaimanapun kita perlu berhati-hati mengenai sama ada kerajaan berhak mengenakan beban tambahan ini. Seyogia diingatkan bahawa hutang isi rumah secara rasminya adalah pada tahap 87.4%.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Ini diakui satu-satunya yang tertinggi di Asia. Ini tidak termasuk hutang ceti, hutang along dan sebagainya. Kita juga dibebani hutang korporat dan kita seharusnya mengambil
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
berat akan perkara ini. Malangnya kita tidak dapat tanggapan sebenarnya mengenai masalah ini oleh sebab ketidaktelusan berkaitan dengannya. Apa pun, jumlah hutang isi rumah, hutang negara, dan hutang korporat, seharusnya merunsingkan kita apabila soal masa depan diperkatakan. Juga merunsingkan kita ialah penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membantu institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam pemberian pinjaman kepada perbadanan-perbadanan tertentu.
Dalam hal ini, kita perlu penjelasan daripada Menteri Kewangan, mengenai kedudukan KWSP dan KWAP serta jumlah pelaburan dana di dalam institusi kewangan yang dibebankan dengan pemberian pinjaman. Dengan sendirinya ini membawa kita kepada persoalan tatacara pemerintahan atau dengan izin, good governance yang penting dan perlu dalam pentadbiran kewangan negara kita. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan, dengan izin, conflict of interest. Barang diingat bahawa pertelingkahan kepentingan ini merupakan satu masalah serius bahawa perkara ini mungkin telah diterima oleh Dewan Rakyat, selama ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepadanya.
Satu perkara yang ada hubung kait dengan pertelingkahan kepentingan dan sedikit sebanyak membantu mengatasinya ialah pengisytiharan harta dan liabiliti.
Pengisytiharan ini hendaklah merangkumi ahli kabinet dan ahli parlimen dahulu dan sekarang serta juga mereka daripada sektor awam dan swasta di peringkat mempunyai kuasa membuat keputusan dahulu dan sekarang. Pengisytiharan ini hendaklah dibuat secara berkala dan disimpan oleh sebuah badan bebas yang diwujudkan melalui Akta Parlimen.
Kini kita sedang menghadapi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kemerosotan ekonomi serta institusi yang dipertanggungjawabkan dengan mendaulat dan menegakkan perlembagaan. Melalui undang-undang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kluang bangun.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Mulia, sebagai bekas Menteri Kewangan, adakah Yang Berhormat Mulia bersetuju bahawa Perdana Menteri tidak harus juga jadi Menteri Kewangan dan kita adakan pengasingan di antara Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Terima kasih.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Itu bergantung kepada style pemerintahan [Ketawa] Bergantung kepada cara Kabinet itu hendak dibentuk sememangnya ini adalah prerogatif Perdana Menteri itu sendiri. Kalau dia hendak pegang 10 jawatan pun, itu hak dia...
[Dewan riuh]
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Tinggal lagi kita hendak tahu sama ada kompeten atau tidak kompeten seseorang yang memegang banyak-banyak jawatan ini.
Saya ulangi, kita sedang menghadapi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kemerosotan ekonomi yang serta institusi yang dipertanggungjawabkan dengan mendaulat dan menegakkan pemerintahan melalui undang-undang dan perlembagaan demokratik dan penghakisan perpaduan nasional mendadak sekali dan bertembung antara satu sama lain.
Keadaan ini telah mencetus suatu krisis yang meresap ke akar umbi dan kita kini berada dalam keadaan kesesakan politik dan ekonomi, dengan izin, gridlock economy, gridlock and political gridlock. Keadaan ini memberikan kesempatan kepada Dewan Rakyat untuk memainkan peranan penting dalam perkembangan negara kita. Tidak ada mana- mana institusi baik politik mahupun bukan politik yang dapat menguasai kesesakan ini, mengatasi kesesakan ini, kecuali ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kita sedang mengalami cabaran yang tidak pernah berlaku dalam usaha kita memenuhi ikrar untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Ini adalah kerana kuasa Dewan Rakyat telah beranjak kepada kepimpinan parti politik. Ia merupakan perkembangan di luar perlembagaan. Anjakan kuasa kepada orang perseorangan ini bertentangan dengan peruntukan perlembagaan. Pastilah ia bukannya demokrasi berpelembagaan.
Yang demikian, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian seharusnya membuat keputusan sama ada hendak memenuhi ikrar yang dibuat ketika mula-mula menjadi ahli dewan yang mulia ataupun melepaskan sahaja hak sebagai ahli Yang Berhormat kepada kuasa di luar dewan. Keputusan yang harus dibuat merupakan keputusan asasi untuk rakyat jelata. Ia merupakan detik bersejarah kepada ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
perlu membuat pilihan sama ada hendak berkhidmat serta tunduk kepada kehendak rakyat ataupun hendak bersama kepimpinan parti.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Raub bangun.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Saya hendak habiskan ucapan saya, saya rasa kita ada dua minit sahaja.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak bagi?
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Terima kasih Tuan Yang Di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Mulia Gua Musang. Yang Berhormat Mulia dalam ucapan hari ini memberi rasionalisasi intelektual kepada apa yang dicakap oleh Dr.
Mahathir di ruang luar. Soalan saya dan mohon pencerahan di sini, dengan sikap, pendirian dan prinsip yang dibayangkan oleh Yang Berhormat Mulia Gua Musang, sanggupkah Yang Berhormat Mulia mengambil langkah logikal dan seterus berikutnya melakukan langkah yang kecil tetapi lompatan yang raksasa untuk rakyat sekalian memberi kepimpinan kepada negara kita ini. Will you deliver us from this in insouciant leadership? Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Gua Musang, sedikit sahaja, please. Mic, mic... Yang Berhormat Gua Musang sedikit sahaja saya hendak tambah.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Segala-galanya boleh kita timbang, tetapi kalau akal itu datang daripada yang lain, perlu kita halusi sebelum kita bertindak.
Tuan Yang Di-Pertua....
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Pendekkan Yang Berhormat, jam 1 saya tidak boleh extend masa ya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Mulia Gua Musang kerana saya rasa ini merupakan satu pengakuan yang begitu penting yang perlu kita iktiraf dan perlu kita akui. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Mulia berhubung dengan political and economic gridlock, kita berada dalam keadaan krisis. Akan tetapi selama ini krisis ini dinafikan dan setiap kali bila kita menimbulkan persoalan ini, maka kita mendapat jawapan-jawapan yang bertujuan untuk sweep the problem under the carpet, dengan izin.
Saya mengucapkan terima kasih dan apakah jalan keluar yang boleh kita guna pakai untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Gua Musang, sekejap. Just, just...
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Tidak ada masa...
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua, dan Yang Berhormat Gua Musang. Sebagai orang yang telah “draft” the Petroleum Development Act 1974, setujukah Yang Berhormat Mulia Gua Musang bahawa masa sudah datang untuk review kan PDA 1974 ini dan memberikan royalti yang lebih banyak pada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri yang the current oil producer. Terima kasih.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Saya jawab soalan PDA ini dahulu, saya rasa perkara itu boleh ditimbang dalam majlis yang lain kerana kesuntukan masa tidak dapat saya menjelaskannya yang memenuhi tuntutan yang dikemukakan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Mulia Gua Musang boleh sambung petang, Yang Berhormat.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Untuk menjelaskan pendirian saya berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh wakil dari Shah Alam. Saya rasa apa yang dicadangkan oleh pihak yang lain juga perlu dihalusi. Saya rasa apa yang saya bangkit di sini adalah perkara yang perlu ditimbang oleh kita, Ahli-ahli Dewan Rakyat demi kepentingan rakyat negara. Sebaiknya kita mengguna conscience kita untuk membuat keputusan mengenai kepentingan masa depan rakyat.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Jadi Tuan Yang Di-Pertua, di kesempatan ini izinkan saya nyatakan bahawa dalam usaha kita membuat keputusan sebagaimana saya sebut tadi, yang saya sebutkan itu, kita haruslah berpandukan kepada suara hati, ataupun dengan izin, conscience kita. Ini bermakna kita mesti berani menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat yang kita wakili walaupun mungkin bertentangan dengan kehendak parti kita. Dalam pada itu kita juga bertindak secara berkumpulan dan sebagai satu pasukan demi menghambakan diri untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan penghargaan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin kembali kepada rayuan saya yang pernah saya buat dalam Dewan Rakyat yang mulia ini sejenak saya dilantik sebagai wakil rakyat penggal pertama pada tahun 2008 dulu. Ia berkaitan dengan peruntukan sejumlah RM150 juta bagi Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang, Fasa Kedua yang telah dijanji akan diturunkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan kemudiannya ditunda ke Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Jelutong saya hendak ingatkan, masa saya hadkan 20 minit ya. Sebab ramai, memandangkan ramai lagi Ahli-ahli Yang Berhormat belum lagi berucap. Terima kasih.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Masa 20 minit bermula dengan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih. Saya ambil maklum.
Terpaksalah. Tuan Yang di-Pertua, “Sekali air bah, sekali pasir berubah”. Kini kita berada di ambang Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu 2016 hingga 2020. Akan tetapi peruntukan asal RM150 juta bagi tujuan RTB Sungai Pinang Fasa Kedua yang secara kebetulan terletak di dalam kawasan Parlimen saya di Jelutong. Peruntukan ini walaupun dijanjikan sejak 2006 tidak tersampai-sampai, tidak terjadi-jadi. “Sekali air bah, sekali pasir berubah”. Menteri demi Menteri telah bertukar tetapi janji tidak ditepati. Tahun 2006, Yang Berhormat Menteri yang menjaga Jabatan Parit dan Saliran iaitu di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Adnan Satim telah muncul dan pergi.
Kemudiannya rombakan Kabinet, Menteri pengganti Datuk Azmi Khalid juga telah muncul dan pergi. Tahun 2008 Kabinet baru, Dato Sri Douglas Uggah Embas dilantik Menteri baru. Kemudiannya rombakan Kabinet 2009, di bawah Kabinet baru Yang Berhormat Pekan sekali lagi Dato Sri Douglas Uggah Embas dilantik sebagai Yang Berhormat Menteri, telah muncul dan kini telah pergi. Tahun 2013 Kabinet baru, Yang Berhormat Cameron Highlands. Barangkali kerana sekarang ini banjir besar di MIC, nampaknya peruntukan dalam RMKe-10 itu juga akan tidak akan terjadi. Barangkali akan dipersara ataupun dipusarakan tahun depan juga.
Akan tetapi apa yang paling penting Tuan Yang di-Pertua ialah peruntukan yang dijanji-janjikan untuk kawasan saya, kawasan Parlimen Jelutong bagi tujuan rancangan RTB Sungai Pinang Fasa Kedua ini masih tidak nampak bayangnya.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Jadi, saya ingin merakam dalam Dewan Rakyat yang mulia ini dengan berdasarkan fakta dan saya mengikut rekod yang telah berlangsung di Jabatan Pengaliran dan Saliran Pulau Pinang, 5 Mac mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan Semula Penduduk yang terlibat dalam Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang. Fasa Kedua ini yang telah digunakan berkali-kali oleh kementerian yang berkaitan bahawa itulah masalahnya yang telah melengahkan peruntukan itu diturunkan.
Saya ingin beritahu Dewan Rakyat yang mulia ini bahawa dalam Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang Fasa Kedua terdapat 223 nama yang telah dibanci sebagai setinggan yang harus dikeluarkan daripada kawasan Rancangan Tebatan Banjir dan di antara itu hanya terdapat 120 bilangan binaan dan kos yang terlibat dalam penempatan semula ialah sebanyak RM3.956 juta. Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, kita telah berjaya menyelesaikan semua masalah kecuali 28 orang perseorangan yang terlibat dalam 15 pembinaan dengan kos terlibat sebanyak RM490 ribu yang telah pun disediakan sejak 15 tahun yang lepas bahawa mereka juga telah berjanji untuk keluar ataupun ditempatkan semula ke tempat yang lain supaya Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang Fasa Kedua di kawasan Parlimen Jelutong ini dapat berlangsung.
Jadi, saya ingin membawa usul di sini untuk memberikan perhatian, peringatan kepada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan. Kalaulah kita sudah sebut tentang fakta- fakta daripada segi penempatan semula setinggan yang berada di dua belah tebing sungai Rancangan Tebatan Banjir itu telah pun sampai ke saat-saat yang terakhir. Bagaimana pula janji yang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat supaya peruntukan itu dapat diturunkan dengan secepat mungkin. Saya mahu nyatakan bahawa sekiranya Menteri-Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang terdulu ataupun yang sekarang, kalau tidak mampu mengotakan janji Barisan Nasional, biarlah tenaga kerja di seluruh EPU. Kalau ada sebutan peruntukan memang tentu ada subheadnya dalam peruntukan bagi mana-mana rancangan pembangunan untuk setiap kawasan.
Jadi, saya berpegang kepada EPU supaya EPU dapat menggerakkan jenteranya supaya peruntukan itu dapat diturunkan dengan secepat mungkin. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang ini merangkumi kawasan Parlimen Jelutong dan tempat yang dilanda sebagai impak yang paling hadapan, the direct impact, tidak lain tidak bukan ialah tempat kelahiran dan juga muzium Seniman Agung Negara, Tan Sri P. Ramlee. Itu di tengah- tengah kawasan yang sering dilanda banjir. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin masuk ke bahagian yang kedua, topik saya yang kedua iaitu tentang kontroversi hutang piutang yang ditanggung oleh rakyat Malaysia menerusi 1MDB.
Saya rasa siaran berita The Edge pada 9 Mac 2015 yang mengatakan ada sekurang-kurangnya empat orang perseorangan harus memegang ataupun memikul tanggungjawab kenapa duit sebanyak USD700 juta telah dikeluarkan kepada PetroSaudi Holdings dan kemudiannya jumlah wang tersebut sebanyak USD700 juta itu dimasukkan ke dalam akaun Good Star Limited Seychelles.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Ada empat orang penama disebut-sebut dalam laporan The Edge tetapi sampai sekarang walaupun dua minggu sudah berlepas, saya rasa keempat-empat mereka masih berdiam diri. Saya rasa keempat-empat ini memegang jawatan yang begitu penting dalam agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan mereka tidak boleh tidak menjawab tuduhan di dalam The Edge. Kalau The Edge menuduh secara sembarangan tanpa sebarang sokongan fakta maka harus The Edge dihukum saman. Kalau tidak mereka harus menjawab.
Siapakah yang harus menjawab? Pertama ialah bekas CEO 1MDB Shahrul Halmi.
Kedua ialah bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin. Ketiga ialah Pengerusi 1MDB sekarang Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan ada juga yang terlibat ialah Tan Sri Ismee Ismail, Lembaga Tabung Haji. Keempat-empat mereka harus menjelaskan. Oleh sebab saya lihat, kalaulah 1MDB- belenggu itu, tidak dijawab secara jelas maka itu mendatangkan satu persepsi yang tidak baik kepada Kerajaan Pusat. Bukan sahaja kepada Kerajaan Pusat, ia juga mendatangkan risiko rating yang lebih menyulitkan untuk semua pinjaman antarabangsa oleh negara kita dan juga pemegang-pemegang syer dalam 1MDB.
Apa yang patut saya sebutkan di sini ialah Tuan Yang di-Pertua, sering kita lihat kalau yang dituduh wang USD700 juta dimasukkan ke dalam Good Star Limited dan Good Star Limited dikaitkan rapat ialah sebagai anak syarikat yang mempunyai oleh Jho Low ataupun Low Taek Jho dan setakat ini walaupun Low Taek Jho telah memberi temu ramah kepada South China Morning Post dan juga CNBC tetapi beliau tidak sesekali menjawab
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
soalan bagaimana wang sebanyak USD700 juta itu disampaikan, dimasukkan ke dalam akaun Good Star. Beliau tidak menjawab.
Oleh itu memberikan satu bayangan kepada saya bahawa 1MDB merupakan satu skim Super Ali Baba. Namanya empat orang penama yang saya sebut tadi, Shahrul Halmi, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Tan Sri Ismee Ismail. Itu ahlinya. Kalau yang Baba mesti Jho Low. Syarikat Ali Baba yang super besar. Ini memberi tanggapan yang begitu buruk sekali kepada kami kerana kalau kami balik ke Pulau Pinang kita tahu Jho Low itu memang seorang yang dicaci oleh masyarakat orang Pulau Pinang.
Mereka tidak terima Jho Low sebagai anak Pulau Pinang yang memberi jasa baik kepada negara.
Kalaulah syarikat agensi di bawah MoF dialibabakan, bagaimanakah tempatnya Super Ali Baba ini dalam anggapan keturunan Melayu? Seluruh sumber kewangan daripada negara disalurkan kepada 1MDB. Selepas itu dimainkan oleh babanya. Babanya di sini ialah orang Cina yang tidak direstui oleh masyarakat Cina di Pulau Pinang. Malah masyarakat di Malaysia, dibabakan. Macam mana terletaknya ketuanan Melayu dipermainkan oleh Jho Low. Renunglah serentak, sebenar. Itulah satu perkara yang saya rasa sedih hati.
Saya beralih ke tajuk ketiga Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya masih ada masa, tentang gelaran diraja. Ini ialah satu keperisaian diraja. Ada Polis Diraja, Kastam Diraja, ada Tentera Udara Diraja dan sebagainya. Saya rasa keperisaian diraja itu ialah sesuatu yang harus ditanggung oleh semua patik Baginda supaya nama baik institutional diraja itu tidak disia-siakan.
Akan tetapi apa yang kita lihat ialah Polis Diraja di bawah pimpinan Ketua Polis sekarang macam Raja Twitter. Nampak apa sahaja Twitter. Beri arahan kepada semua Ketua Polis Negeri-negeri lain supaya tindakan dijalankan seperti satu perbuatan harassment. Saya rasa Polis Diraja, kalau diraja itu diangkat sebagai sebuah institusi, saya rasa kita bertaat setia kepada ketuanan Yang di-Pertuan Agong. Kita harus mewarisi segala keagungan institusi diraja itu supaya perkara yang begitu mustahak sebagai mengeluarkan arahan untuk menangkap siapa-siapa haruslah disalurkan menerusi saluran-saluran yang benar, saluran-saluran yang tertentu.
Walaupun kita hendak katakan sekarang zaman Facebook, Twitter dan sebagainya. Semua itu kita hendak gunakan dengan mengambil tindakan secara rentak yang pantas. Akan tetapi kalau hendak sebut tentang rentak yang pantas bagaimana pula rentak yang pantas kalau kita lihat New Straits Times yang mengatakan 5 hari bulan Mac sebanyak 500 Facebook akaun telah digunakan untuk menarik anggota IS. Ini berlaku depan muka kita tetapi asyik juga kita punya Ketua Polis itu Twitter, Twitter, Twitter sahaja.
Tangkaplah mereka yang menggunakan 500 akaun Facebook itu yang merekrut. Membuat rekrut IS.
Saya hendak tanya Ketua Polis dan saya hendak tanya juga kepada Menteri Dalam Negeri bagaimana dengan keadaan sekarang daripada segi bagaimana kita hendak membendung ancaman IS di Malaysia. Kalau di Malaysia digunakan sebagai tempat transit, bagaimana langkah-langkah kita untuk memintas kegiatan yang haram sedemikian. Berapa pula yang telah diletak dalam siasatan ataupun dalam kongkongan di penjara ataupun di reman.
Akan tetapi apa yang kita lihat ini maklumat dan juga informasi tentang penangkapan dan bagaimana kita hendak membanteras ancaman dalaman IS di Malaysia tidak diberi. Apa yang asyik dikeluarkan ialah ancaman Twitter supaya semua pemimpin Pakatan Rakyat ditangkap. Saya rasa apa yang berlaku semalam itu terhadap Yang Berhormat Lembah Pantai ialah ia terdorong daripada satu, satu sahaja yang penting iaitu perasaan hasad dengki terhadap keluarga Anwar Ibrahim.
Oleh itu Anwar Ibrahim, bapa ditangkap, anak pun ditangkap. Kalau kita berpulang kepada – kalau seseorang itu diminta untuk membantu siasatan sebarang kejadian di mana-mana akta sudah tentu seseorang yang itu ialah innocent sebelum di proven guilty.
Apa yang terjadi kepada Yang Berhormat Lembah Pantai beliau diproven guilty sebelum diproven innocent. Jadi beliau di reman. Kenapakah hendak reman? Dia pergi bekerjasama dengan pihak polis. Bekerjasama dengan polis, pergi awal, statement tidak diambil kemudian dilengahkan diberikan satu reman.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
[Bangun]
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Ya, Yang Berhormat Taiping.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cuma Yang Berhormat berhati-hati kita memberikan perbahasan mengikut peraturan kita.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Memohon mencelah. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kalau boleh rujuk 36(8). Kena berhati-hati.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya bangun berkenaan dengan keluhuran perlembagaan. Prinsip pertama Rukun Negara kita.
Setujukah Yang Berhormat Jelutong apabila Yang Berhormat Lembah Pantai berucap di Dewan yang mulia ini beliau dilindungi oleh Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan.
Mengikut Perkara 4, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi di dalam negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Oleh sebab itu saya kata Yang Berhormat Taiping.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Sebab itu saya hendak tanya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Taiping, ini Tuan Yang di-Pertua menegur ini...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Apabila Tuan Yang di-Pertua menegur kita kena duduk diam. Oleh sebab itu saya kata berhati-hati terhadap Peraturan Mesyuarat 36(8).
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Saya akur kepada Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu saya hendak tanya kepada pandangan Yang Berhormat Jelutong. Apabila seorang Ahli Parlimen setiap di sini termasuk sebelah sana, apabila kita berucap di mana hak keistimewaan yang dilindungi oleh keluhuran perlembagaan boleh dicabuli oleh pihak polis. Adakah ini merupakan satu penghinaan kepada Dewan yang mulia ini?
Setujukah, Ketua Polis mesti memohon maaf kepada Parlimen? Memohon maaf kepada Parlimen supaya kejadian sedemikian, pencabulan hak asasi Ahli Parlimen, kebebasan berucap di dalam Dewan ini tidak dicabuli sekali lagi seperti yang berlaku kepada Yang Berhormat Lembah Pantai. Setujukah, dan apakah pandangan Yang Berhormat Jelutong?
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Taiping.
Sebenarnya saya rasa cemas juga. Apabila saya hendak ucap di bawah bumbung Dewan Rakyat yang begitu mulia ini, saya pun takut. Nanti ada akta itu akta ini, selepas itu saya diremankan. Manakah kita punya institusi Dewan Rakyat?
[Tepuk] Manakah dia? Itu telah jadi kucar kacir di dalam rejim Ketua Polis Negara yang angkat sumpah akan taat setia kepada institusi Diraja. Itu yang saya hairan dan saya rasa cemas. Barangkali saya keluar daripada Dewan ini saya dipanggil, direman pula, lepas itu berkaki ayam...
[Disampuk] Tak tahulah. Kita biarkan rakyat jadi hakim. Kita biarkan rakyat jadi hakim dalam pilihan raya yang akan datang. Kita hancurkan mereka [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, point saya yang terakhir tentang JARING. Setahu kita, JARING sebagai pelopor, perintis internet untuk negara Malaysia telah pun diletak di bawah Kementerian Kewangan. Pada tahun 2012, JARING sebagai perintis, pelopor dan jenama yang begitu penting dalam dunia internet Malaysia telah pun dijual kepada salah sebuah anak syarikat, bekas anak syarikat Utusan Berhad iaitu Utusan Printcorp. Apa yang berlaku sekarang ialah di bawah pimpinan Norhisam Mohamed Nor, saya kedengaran akhir-akhir ini bahawa data centre JARING di Kulim Hi-Tech akan dibungkuskan, data centre JARING di Pulau Pinang akan dibungkuskan. Talian penghubung untuk rangkaian internet di USM terjejas kerana JARING akan gulung tikar.
Bagaimanakah negara mewarisi kebesaran internet kita sejak kita melopori menerusi JARING ini, sekarang sampai ke saat-saat yang terakhir, syarikat ini nazak dan tambahan pula anak syarikat yang dibeli oleh saudara Norhisam Mohamed Nor ini di bawah Dawama Berhad, kemudian dimasuk ke dalam Utusan Printcorp dan kemudiannya JARING itu akan digulung tikarkan. Bagaimanakah negara memilih sesuatu- kronikah ataupun sahabat usaha samakah? Bagaimana sesuatu warisan teknikal, warisan gedung kepakaran internet kita diberi macam bunga diberi kepada kera dan ia dirosakkan buat selama-
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
lamanya. Saya minta Menteri Kewangan untuk memberi jawapan bagaimana kita dapat pulihkan lagi kekuatan dan keutuhan JARING sebagai pelopor dan juga seorang pengusaha kepada dunia internet di Malaysia.
Dengan itu saya tamatkan ucapan saya. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon untuk menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Tuaran, 20 minit ya Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk turut serta dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita dijangka akan mencapai negara maju berpendapatan tinggi lima tahun daripada sekarang iaitu tibanya Wawasan 2020. Untuk mencapai ini semua, negara bukan sahaja memerlukan banyak pelaburan yang memerlukan banyak ketenangan untuk mencapainya tetapi negara kita juga memerlukan banyak hasil untuk membiayai pelbagai projek pembangunan. Dalam hal ini, kita memerlukan peningkatan kutipan negara dan saya berpendapat bahawa langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk perkenalkan GST itu adalah tepat.
Sememangnya pelbagai pandangan dan juga kempen untuk mengelirukan rakyat, menakut-nakutkan rakyat dalam pelaksanaan ini. Akan tetapi saya berpendapat bahawa rakyat ini dia khuatir hanya kerana takut harga barang naik. Akan tetapi, kerajaan juga telah melaksanakan langkah-langkah untuk pastikan bahawa rakyat tidak terbeban dengan mensifarkan cukai ke atas lebih 500 barangan. Kita berharap bahawa kutipan hasil dapat ditingkatkan melalui pelaksanaan GST ini. Apa pun persoalan dalam pelaksanaan ini, segala-galanya akan tercapai, terjawab apabila GST ini dilaksanakan pada 1 April.
Dalam hal ini, rakyat sebenarnya mengharapkan dengan peningkatan kutipan hasil nanti bahawa kutipan ini digunakan dengan sebaik mungkin. Di antaranya ialah untuk merancakkan lagi pembangunan termasuklah dalam hal-hal pelaburan dan menyelesaikan masalah pokok yang menyebabkan pembangunan terjejas termasuklah di Sabah dan Sarawak.
Khusus di negeri Sabah, sudah sekian lama rakyat Sabah mempersoalkan tentang pelaksanaan dan pewujudan dasar kabotaj. Pihak kerajaan telah berkali-kali memberi penjelasan mengatakan bahawa sebenarnya dasar kabotaj ini sudah pun direlakskan sebenarnya. Cuma, infrastruktur dan prasarana pelabuhan yang ada sekarang di negeri Sabah belum lagi dapat menarik kapal-kapal besar untuk mengangkut barang-barangan dari negeri Sabah kerana efficiency pelabuhan yang sedia ada belum lagi sebaik seperti mana yang terdapat di Pasir Gudang, juga di Pelabuhan Klang dan sebagainya. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, permohonan Kerajaan Negeri Sabah dalam RMKe-11 ini untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion untuk mempertingkatkan lagi prasarana di Pelabuhan Sepanggar hendaklah ditunaikan, hendaklah dilaksanakan.
Ini juga sejajar dengan kedudukan Malaysia pada hari ini yang telah menjadi Pengerusi ASEAN. Dalam pelantikan itu juga, Malaysia akan melaksanakan apa yang dipanggil sebagai The ASEAN Economic Community di mana adanya free flow of goods and services investment dan sebagainya. Dalam hal ini, kita memerlukan satu transshipment hub di Malaysia Timur khususnya di negeri Sabah. Selama ini apa yang dilihat ialah Pelabuhan Bintulu yang dilihat sebagai satu transshipment hub, hanya barangkali kerana Pelabuhan Bintulu ini sebuah pelabuhan yang ditadbir urus secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan. Semua pelabuhan negeri Sabah ialah ditadbir urus oleh kerajaan negeri dan sebab itu pelabuhan-pelabuhan negeri Sabah tidak mendapat peruntukan dalam bajet tahunan. Oleh sebab itu juga, pada kali ini negeri Sabah memohon supaya dilaksanakan, diberi peruntukan RM1.5 bilion itu untuk pertingkatkan lagi Pelabuhan Sepanggar dan sekali gus menjadikan Kota Kinabalu sebagai transshipment hub. Pada masa yang sama, rangkaian pengangkutan jalan raya di negeri Sabah dan Sarawak begitu penting untuk dipertingkatkan. Saya mahu apabila nanti Kota Kinabalu ini jadi transshipment hub, maka jalan raya yang ada sekarang boleh menampung pengangkutan kontena-kontena sepanjang 40 kaki dan sebagainya di seluruh negeri. Pada masa ini, jalan-jalan raya yang ada tidak dapat menampung sebab sempit, berbahaya dan sebagainya. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Pan Borneo Highway itu
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
perlulah dipercepatkan. Apa jua kerenah pentadbiran yang dilalui setakat ini hendaklah diperkemaskan dan dapat dilaksanakan dengan cepat dan sebaik-baik mungkin.
Satu lagi perkara daripada segi pelaksanaan masalah rakyat yang perlu ditangani setelah nanti kita laksanakan GST ini daripada segi menyamaratakan, menyatukan elaun kakitangan Kerajaan Persekutuan di seluruh negara. Sudah kita nyatakan beberapa kali di Dewan yang mulia ini tentang kenapa kakitangan dari negeri Sabah bertugas di Semenanjung ini elaun perumahannya lebih rendah, jauh lebih rendah berbanding dengan kakitangan daripada Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak.
Baru-baru ini apabila dilaksanakan dasar iaitu dasar pengambilan guru-guru lepasan SPM iaitu hendaklah calon-calon ini mempunyai kelulusan yang semua ‘A’, semua straight ‘A’.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Hanya yang straight ‘A’ sahaja yang boleh memohon sebagai guru pelatih di IPG dan sebagainya. Apabila keluar keputusan SPM baru-baru ini, terbukti bahawa yang mendapat semua ‘A’ dalam SPM negeri Sabah hanya 160 orang berbanding dengan 2,000 orang di negeri Selangor dan beribu lagi di beberapa buah negeri seluruh Semenanjung.
Kalaulah ini yang berlaku akhirnya, yang jadi cikgu ini hanyalah dari Semenanjung, kalau dikira daripada SPM. Kalau dia bertugas di negeri Sabah dan Sarawak, tambah lagi kos elaun perumahannya. Sudah dinyatakan bahawa yang ada di negeri Sabah boleh direlakskan dan kalau dapat 5A ke atas pun boleh. Akan tetapi saya sendiri telah melihat dalam online sebab permohonan secara online dan tidak ada ikon di sana yang menyatakan bahawa yang 5A pun boleh kalau di Sabah dan Sarawak.
Sekali lagi dalam pengurusan urus tadbir Kementerian Pendidikan ini sama ada daripada segi pembangunan sumber manusianya, sama ada daripada segi pelaksanaan prasarananya, saya lihat banyak perlu dipertingkatkan. Kita ambil contoh lagi daripada segi pelaksanaan prasarana. Apa perlu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat beberapa tweets untuk menyelesaikan masalah sekolah-sekolah yang terbakar, yang terkena bencana alam termasuk juga tiga buah sekolah rendah di kawasan saya. Hanya kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuat tweets, maka kesemua kru termasuk KSU daripada kementerian telah turun padang datang ke kawasan saya dan melihat juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk seluruh negeri Sabah.
Kita mengucapkan terima kasih tetapi apakah ini cara pentadbirannya? Apakah kita perlu menunggu sehingga lebih setahun sebelum sekolah-sekolah yang kena bencana alam ini dibina? Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran, ada sesuatu dalam kerenah pentadbiran, birokrasi Kementerian Pendidikan ini yang tidak betul dan perlu diperbetulkan.
Satu lagi apabila kerajaan telah membuat dasar untuk menurunkan kuasa daripada RM500,000 kuasa Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ditingkatkan kepada RM5 juta, sekali lagi pengarah sendiri tidak boleh bertindak kerana tidak ada kakitangan sokongan untuk melaksanakan dasar itu. Akhirnya, pengarah itu juga yang dipersalahkan, mengatakan tidak pandai menggunakan kuasanya sedangkan tidak ada kakitangan sokongan yang membantu untuk melaksanakannya. Kesemuanya perlu diselesaikan sebab pendidikan ini begitu penting sekali dalam mencapai apa yang dikatakan minda kelas pertama. Pendidikan itu penting tetapi kalau daripada segi pengurusan, daripada segi pelaksanaannya, itu yang kita khuatir.
Tuan Yang di-Pertua, dalam hal Titah Ucapan Diraja juga telah menyentuh tentang pentingnya pengurusan komoditi kita. Dalam hal ini juga dinyatakan tentang pelaksanaan gaji minimum termasuk di sektor perladangan untuk memastikan supaya pekerja-pekerja, peluang-peluang pekerjaan yang ada akan diambil oleh orang-orang tempatan. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya fikir pelaksanaan gaji minimum tidak cukup, belum mencukupi untuk memastikan supaya industri dan sektor perladangan ini dapat memberi khidmat, memberi manfaat yang semaksimumnya kepada rakyat kita.
Saya tidak mengagung-agungkan penjajah dahulu, British tetapi ladang-ladang yang ada di negara kita pada ketika itu, kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada kakitangan-kakitangan adalah begitu baik dan begitu menarik sekali. Pada hari ini, rakyat kita, graduan-graduan kita, tidak tertarik untuk berkhidmat di sektor perladangan kerana infrastrukturnya dan juga perks yang diberikan kepada mereka itu tidak menarik.
Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan membuat enakmen tertentu, perundangan tertentu untuk memastikan supaya syarikat-syarikat perladangan ini dipastikan memberi perks yang menarik kepada belia beliawanis kita, graduan-graduan kita
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
untuk berkhidmat di sana terutama di Sabah dan Sarawak. Saya merasa sedih apabila belia-belia Sabah ini datang ke Kuala Lumpur dan hidup melarat, gajinya rendah juga sebab kos sara hidup di Kuala Lumpur tinggi.
Akan tetapi di negeri Sabah ini banyak pekerjaan di sektor perladangan tetapi yang mengambil pekerjaan-pekerjaan ini adalah orang asing. Ini barangkali berlaku kerana di sektor perladangan ini tidak menarik dan kalau boleh dibuat perundangan hendaklah dibuat perundangan untuk mempertingkatkan lagi, membuatkan perladangan itu menarik bagi belia kita untuk bekerja.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh dalam hal pelaksanaan segala rekomendasi dalam RCI mengenai pendatang tanpa izin negeri Sabah. Saya ingin mengulangi kembali cadangan yang telah diberikan oleh parti saya, UPKO supaya IC di negeri Sabah itu kita tarik balik untuk memastikan supaya kesemua IC yang telah diberikan secara rasuah itu dibuang dan diganti dengan yang sahih yang dibuat melalui saluran- saluran mengikut peraturan. Ini bukan sesuatu yang baru sebab negara kita telah menukar kad pengenalan kita sebanyak lima kali sejak tahun 1993. Ini bukan baru dan seharusnya IC yang ada sekarang ditarik balik dan dikeluarkan balik. Terpulanglah kepada individu- individu di negeri Sabah untuk membuktikan mereka ini ialah rakyat Malaysia yang sahih ataupun bona fide Malaysian citizens. Pada masa yang sama juga, apa yang telah ditemui di dalam Laporan RCI itu iaitu terdapat lebih kurang 600,000 IC yang dikeluarkan melalui apa yang dikatakan sebagai Projek IC dan kita mohon supaya ia ditarik balik dan dilupuskan. Sebab dalam laporan itu juga telah memberi beberapa orang saksi yang menyatakan penglibatan mereka secara langsung dalam apa yang dikatakan sebagai Projek IC. Beberapa laporan polis, tidak kurang daripada tujuh laporan polis telah pun dibuat meminta supaya disiasat apakah benar Projek IC itu wujud. Secara khususnya, kepada lima orang yang telah menyatakan penglibatan mereka secara langsung dalam Projek IC itu termasuk Swadi Awi, Hassnar Ebrahim, Mohd Nasir Sungip, Haji Ramli Kamaruddin, Datuk Abdul Rauf dan beberapa lagi telah menyatakan dan dimuatkan dalam laporan.
Saya mohon supaya mereka ini disiasat dengan lebih lanjut lagi apakah benar mereka terlibat dan apakah benar Projek IC ini wujud? Sebab dalam Laporan RCI itu telah menyatakan bahawa there is a high probability that Projek IC existed. Kesimpulan itu telah dibuat kerana ada juga pandangan-pandangan lain yang mengatakan mereka tidak terlibat.
Akan tetapi sebab itu perlu sebab jika ini telah berlaku, maka ini ialah sesuatu kejadian, sesuatu perbuatan yang derhaka kepada negara kita Malaysia.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan boleh? Apakah pandangan Yang Berhormat tentang Laporan RCI yang mana 200 orang...?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Belum panggil lagi.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
... Lebih saksi telah pun memberi penerangan dan taklimat dalam itu tetapi ia begitu nipis sahaja dan tidak ada mana-mana atau sesiapa commissioner letak tandatangannya dalam Laporan RCI. Adakah Laporan RCI haruslah dibahaskan di Dewan Rakyat ini? Apakah pandangan Yang Berhormat?
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Pertamanya saya sedang berbahas. Jadi berbahaslah tetapi dalam soal kenapa hanya beberapa muka surat sahaja.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Pandangan saya begini sahaja, tentu sekali kesemua laporan yang telah dihantar kepada panel ini tidak dapat dimuatkan. Sebagai contoh, kami dalam APCO kami telah menghantar satu wheelbarrow buku 26 jilid. Kajian kami di seluruh negeri Sabah tentang kewujudan IC yang rasuah dan tidak kesemua itu dimuatkan kalau dibuat begitu. Memang susah, mahu dijilidkan pun payah. Jadi, I think it’s quite fair apa yang ada walaupun- tetapi kesemua exhibit, termasuklah exhibit yang telah kita hantar itu adalah satu exhibit yang boleh diguna pakai.
Kalau Yang Berhormat berminat, boleh masuk ke laman web parti saya dan semua ada di situ, boleh dibaca.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Menteri dari Keningau. Bukan menteri.
Yang Timbalan Ketua Menteri dari Sabah itu, sepatutnya dia yang menjadi pengerusi, dia haruslah mendesak kerajaan buat lebih. Akan tetapi dia tak ucap langsung. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat, saya rasa yang masalah parti ini di Sabah ini tidak
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
diselesaikan? So, macam mana kita boleh menyatupadukan orang Sabah, khususnya kita ada Menteri Perpaduan dari Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat. Yang masalahnya, Yang Berhormat sendiri tidak ikut peraturan.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
[Ketawa] Saya fikir dalam apa yang telah dicadangkan dalam RCI...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kota Kinabalu bangun.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Sebentar ya, nanti saya panggil. Nanti saya panggillah, Yang Berhormat. Ada dua jawatankuasa, 1 Jawatankuasa Tetap dan 1 Jawatankuasa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ada dua minit lagi.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Semua pihak pun boleh menghantar cadangan, parti saya pun sudah akan menghantar cadangan yang terperinci dan Yang Berhormat pun boleh bagilah. Saya sebut itu lain terakhir, fasal tinggal dua minit lagi Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Tak payahlah saya ada satu poin lagi.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Ini soalan penting.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Kalau ada masa lagi nanti saya bagi.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Tuan Yang di-Pertua, ini soalan penting pada Sabah. Ini kasi saya 1 second sahaja, 1 second.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Kalau ada masa nanti saya bagi, saya ada 1 perkara.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Dua minit, kasi dua second.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Ada satu lagi, saya ada satu point untuk mahu diucap terima kasih.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Ya lah, satu point ini pun paling pentinglah.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Sudah habislah masa saya.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Saya hanya mahu tanya.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Nanti-nanti.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Bagaimana ya, ya saya mahu tanya...
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Nanti lepas...
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Ini special IC program yang dicadangkan oleh Pairin Kitingan. Apa pandangan Yang Berhormat Tuaran, ini special IC cadangan daripada kita punya menteri ini, Tan Sri Pairin Kitingan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini Yang Berhormat Kota Kinabalu, ini Tuan Yang di-Pertua tidak kasi jalanlah.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Apakah pandangan? Adakah sokongan daripada Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Speaker belum jemput lagi.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Okey, Yang Berhormat Kota Kinabalu, itu kita boleh bincang di luarlah. Itu satu cadangan sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tuaran tolong.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Tuan Yang di-Pertua, terakhir point saya ialah saya dalam kesempatan ini memohon cadang kepada Kementerian Pendidikan untuk memberikan pengajian Diploma Pendidikan Lanjutan (DPLI) termasuklah juga DPLI untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa KadazanDusun di institusi pengajian tinggi. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah amat penting kerana guru-guru yang dilahirkan di IPTA ini digunakan untuk mengajar di sekolah-sekolah menengah. Apa yang dilaksanakan di IPG, termasuk di IPG Kem dan juga IPG Keningau sekarang ini akan digunakan guru-guru yang graduan nanti akan mengajar di sekolah rendah.
Saya juga agak terkilan kenapa DPLI ini telah ditiadakan. Saya mohon mencadangkan di Dewan yang mulia ini supaya perkara ini dikembalikan, termasuk juga bukan sahaja Bahasa KadazanDusun tetapi juga mata pelajaran opsyen yang lain. Jadi, oleh sebab demikian, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Hulu Langat.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, Tuan Yang di-Pertua dan salam sejahtera... [Membaca sepotong ayat al- Quran] Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membaca sepotong ayat Al-Quran... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia. Timbulnya demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.” Ar-Rum 41.
Izinkan saya juga membaca sebahagian daripada petikan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, para 5. *“Beta ingin mengingatkan bahawa bencana alam yang semakin ketara mutakhir ini bukan sahaja disebabkan perubahan iklim semata-mata malah berpunca daripada ketamakan manusia dalam mengeksploitasi alam semula jadi.
Oleh itu, beta menyeru semua pihak supaya sentiasa menyeimbangkan antara keperluan pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar.”* Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong ini selaras dengan ayat yang saya baca tadi dalam Surah Ar-Rum, ayat 41. Kita berharap orang-orang yang pernah terlibat dalam meluluskan projek-projek tertentu dan juga yang melaksanakannya supaya insaf, sedar dan kembali untuk melaksanakan program dalam menyeimbangkan antara keperluan pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar. Saya juga merasa bimbang dan pencinta alam sekitar juga merasa bimbang kerana akhir-akhir ini terlalu rancak pembangunan sama ada perumahan dan premis perniagaan yang dibangunkan di seluruh negara termasuk juga di kawasan saya Hulu Langat, tanpa mengambil kira pemeliharaan alam sekitar dengan menebang pokok-pokok balak, pokok getah atau kelapa sawit. Menolak dan merata tanah dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan risiko yang berlaku seperti banjir kilat yang berulang-ulang sebagaimana yang berlaku di Kajang 2014 lepas. Ini kerana pembukaan tanah tanpa longkang sementara dan kolam takungan yang baik. Kesannya kepada masyarakat yang sudah tinggal lama, tiba-tiba mengalami banjir kilat yang memusnahkan harta benda mereka. Sedangkan pemaju atau agensi kerajaan tidak langsung memberi sagu hati kepada mereka dengan alasan mereka tidak berpindah ke pusat pemindahan dan bukan tanggungjawab kami.
Akan tetapi rakyat bertungkus-lumus membersihkan rumah dan harta benda mereka dan yang memerlukan kos yang tinggi. Ada juga pemaju yang sanggup mengambil tanah yang diwartakan sebagai tapak masjid, sekolah dan tanah lapang untuk dijadikan projek perumahan dan premis perniagaan mereka yang memberikan kesan atau kacau ganggu, bunyi dan gegaran kepada rumah-rumah yang sedia ada dan mengganggu keselamatan mereka. Oleh itu saya berharap Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pihak berkuasa tempatan perlu meletakkan syarat yang ketat sebelum meluluskan sesuatu projek.
Mengawal dan memantau pemaju-pemaju perumahan yang sedang berjalan sekarang supaya mereka lebih berhati-hati dalam pembangunan mereka dan berusaha memelihara alam sekitar dalam usaha menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, projek perumahan Southville City di Bangi tidak terkecuali. Projek ini dibina berhampiran Agensi Nuklear yang mempunyai reaktor nuklear penyelidikan 1 megawatt dan penyinar cobalt-60 60,000 Ci dan sinar-X kuasa tinggi. Sebelum projek ini berjalan, saya sudah bertanya kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Adakah projek ini
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
selamat dan pihak kementerian menjawab ia selamat dan juga kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga tidak memberikan penjelasan yang jelas.
Oleh itu saya ingin bertanya, tidakkah pelanggan atau pembeli berhak mengetahui keadaan sebenar di sekitar perumahan mereka iaitu mereka tinggal berhampiran dengan reaktor nuklear 1 megawatt dan radas penyinaran kuasa tinggi yang diguna untuk pensterilan atau nyah kuman peralatan perubatan dan lain-lain. Pihak pemaju juga tidak mengambil kira aspek-aspek keselamatan berdasarkan perkara-perkara berikut.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
(i) ketinggian bangunan yang akan dibina melebihi 20 tingkat, yang mana sepatutnya tidak boleh di benar di sekitar atau berhampiran kawasan Agensi Nuklear;
(ii) kemungkinan pemaju tidak mematuhi proposal pembangunan awal dan EIA. Ia perlu dibuat tinjauan semula;
(iii) tiada buffer zone untuk kawasan berisiko tinggi;
(iv) kalau pembeli atau pengguna sedar ada reaktor nuklear dan radas penyinaran dan kerajaan tidak membuat apa-apa perjanjian antara pembeli dan kerajaan, kita bimbang masa hadapan, terutama apabila agensi menaik taraf kemudahannya atau berlaku kemalangan seperti berlaku di syarikat penyinaran Synergy di Rawang, nau’uzubillah, mereka akan protes supaya Agensi Nuklear yang kena pindah atau ditutup.
Ini adalah tidak adil kerana ia dibina berhampiran universiti untuk memberi kemudahan pengajaran dan penyelidikan kepada mahasiswa dan pengajar atau penyelidik, pensyarah universiti dengan mengambil kira dibina pada awalnya di kawasan yang jauh daripada perumahan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga, pendidikan khas. Antara matlamat falsafah pendidikan kebangsaan ialah memberi peluang pendidikan kepada semua warga negara Malaysia. KPM memastikan kanak-kanak di Malaysia yang berumur antara empat, ke-lima tahun mendapat pendidikan pra-sekolah sama ada yang disediakan oleh KPM, agensi kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan. KPM memastikan semua guru opsyen prasekolah dan pendidikan awal kanak-kanak mengajar di kelas-kelas prasekolah dan memastikan semua bakal tenaga pengajar di prasekolah agensi kerajaan dan bukan kerajaan mengikuti kursus pendedahan prasekolah. Manakala pendidikan khas pula diwujudkan untuk memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas yang telah dikenal pasti mempunyai kurang upaya penglihatan, kurang upaya fizikal, kurang upaya pelbagai di peringkat prasekolah, rendah, menengah dan lepas menengah.
Persoalan saya, sehingga kini berapa banyak kah sekolah-sekolah atau kelas- kelas pendidikan khas di Malaysia amnya dan khasnya di Selangor dan Hulu Langat?
Apakah perbezaan antara murid keperluan khas dengan murid kurang upaya daripada segi konsep dan ciri-cirinya? Apakah kategori kanak-kanak yang dibenarkan mengikuti pembelajaran pendidikan khas di bawah Kementerian Pendidikan? Ini kerana ada beberapa kategori kanak-kanak OKU yang diberi pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Apakah benar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menyerahkan pendidikan OKU di bawah NGO atau badan bukan kerajaan? Kalau hasrat itu untuk diserahkan kepada NGO benar, maka saya meminta supaya kementerian akan terus bertanggungjawab memberi pendidikan kepada OKU. Terutama daripada aspek kewangannya kerana saya dapati NGO tidak mampu mengendalikan pendidikan OKU, terutama yang berkaitan dengan elaun guru, pembantu guru dan peralatan pengajaran.
Kalau guru pembantu di prasekolah KPM diberi gaji tetap, kenapa pembantu guru pendidikan khas di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat hanya diberi elaun, bukan bergaji tetap? Saya sangat berharap kerajaan akan terus memberi perhatian kepada pendidikan OKU yang kurang daripada segi fizikal tetapi mampu menerima pendudukan daripada segi mental mereka.
Tuan Yang di-Pertua, keempat. Letupan Kimanis, Kimanis explosion. Berdasarkan maklumat dari Pemangku Ketua Polis Lawas, ASP Mutang Nawat, insiden berlaku pada 2 pagi, 10 Jun 2014, berpunca daripada kebocoran Paip Gas Sabah Sarawak atau Sabah
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Sarawak Gas Pipeline (SSGP) kepunyaan Petronas yang meletup di Bukit Beriawan, Lawas, Sarawak iaitu 135 kilometer dari terminal petroleum dan gas di Kimanis Sabah. Paip gas SSGP ini sepanjang 512 kilometer yang bernilai RM4.6 bilion, mulai mengangkut gas dari Kimanis, Sabah ke Kompleks Gas Asli Cecair atau Liquified Natural Gas (LNG) Bintulu, Sarawak mulai Januari 2014. Insiden ini tidak melibatkan kemalangan jiwa kecuali dua orang saudara sepupu ketika memburu yang mengalami cedera ringan. Walau bagaimanapun, berapa ramaikah penduduk di sekitar paip gas yang berlaku insiden telah dipindahkan?
Saya difahamkan Petronas telah menghantar pasukan teknikal dari Bintulu untuk mengkaji punca kemalangan. Saya juga difahamkan Petronas juga telah melantik syarikat atau perunding yang memantau kualiti paip gas ini menggunakan kaedah-kaedah ujian tanpa musnah/non-destructive test (NDT).
Persoalan saya, apakah hasil kajian yang diperolehi? Dewan yang mulia ini perlu mendapat penjelasan dan berapa banyak kerugian yang dialami oleh Petronas? Sejauh mana peranan syarikat perunding yang mempunyai rakaman kebocoran paip. Umpamanya, melalui filem radiografi yang sepatutnya memberi nasihat kepada Petronas supaya operasi ditutup lebih awal. Apakah perancangan yang akan diambil bagi membolehkan SSGP berkenaan supaya operasi boleh diteruskan?
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir. Saya dikunjungi oleh doktor-doktor dari Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) yang menyatakan mereka tidak bersetuju dengan dasar pemisahan despensi yang akan dicadangkan pindaannya dalam RUU Farmasi. Ini kerana ia bertentangan dengan Akta Kemudahan Perkhidmatan Jagaan Swasta 1998 (Pindaan) 2006 dan 2013 yang diguna pakai kini untuk membenarkan doktor klinik swasta menyimpan dan melakukan dispensi ubat di bawah kelolaan mereka.
Amalan yang dibuat ini sebagaimana yang dijelaskan Yang Berhormat Menteri Kesihatan, bahawa amalan kita ini telah mendapat pengiktirafan daripada WHO. Jadi, sekiranya SD ini dilaksanakan, ia akan merugikan rakyat daripada segi kewangan dan masa. Doktor di klinik tidak ada masalah menaikkan masalah yuran konsultasi mengikut piawaian yang ditetapkan. Akan tetapi rakyat perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan ubat.
Kedua...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai bangun pula.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Penjelasan sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya. Sila.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Saya juga mendengar mengenai cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengemukakan rang undang-undang untuk memisahkan pemberian ubat dari klinik ke farmasi. Ini sudah menimbulkan satu perbahasan yang besar di kalangan para doktor dan sudah pasti di kalangan pegawai-pegawai farmasi. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Langat tadi, dunia mengiktiraf sistem perkhidmatan perubatan kita sama ada yang dikendalikan oleh kerajaan mahupun swasta. Kita dikatakan antara yang terbaik. Jadi, kalau kementerian berminat untuk membuat sesuatu repair, ia mestilah sesuatu yang tidak elok, yang broken.
Akan tetapi kalau sistem kita ternyata terbaik dan pesakit mendapat kemudahan begitu baik apabila dirawat oleh doktor yang menyediakan konsultasi dan ubat sendiri, kenapakah perlu kita masuk suatu usaha untuk membuat pemisahan ini? Sehingga menyebabkan beberapa perkara yang menyusahkan pesakit yang sedia sakit untuk mendapat rawatan dan pemberian ubat yang sempurna. Jadi, saya minta Yang Berhormat Hulu Langat kalau adalah terdengar justifikasi mengapa SD ini hendak dibuat, tolong perjelaskan. Terima kasih.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sebenarnya, pagi tadi dalam sesi soal jawab kita telah pun mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengatakan bahawa proposal ini datang dari Persatuan Farmasi untuk meminda Rang Undang-undang Farmasi ini.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Akan tetapi pihak kementerian tidak bersetuju untuk masa ini dan kita berharap ia tidak dilaksanakan dalam masa yang singkat ini. Saya menambah sedikit lagi, kebimbangan para doktor, sekiranya diberi kuasa penuh kepada farmasi, maka kemungkinan Majlis Farmasi yang ada ini tidak mampu memantau semua farmasi di seluruh negara. Mereka juga bimbang kalau ada kesilapan daripada segi dispensinya, siapakah yang akan bertanggungjawab terhadap pesakit yang tersilap mengambil ubat itu?
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Jadi, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Menteri kesihatan yang telah pun membuat pengakuan hari ini bahawa pemisahan dispensing ini tidak akan dilaksanakan dalam masa yang singkat ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lipis.
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kerana diberi kesempatan kepada saya untuk bersama-sama turut serta dalam perbahasan membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas.
Di kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak-banyak tahniah atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini kerana mencakupi banyak perkara yang telah diperbahaskan oleh pihak kita. Di kesempatan ini juga saya ingin menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa banjir seluruh negara kepada khususnya kepada mangsa- mangsa yang terlibat di Pantai Timur dan tidak ketinggalan juga di Parlimen saya sendiri iaitu di Parlimen Lipis.
Ini berlaku banjir yang agak besar dan agak buruk kerana kita tahu banjir yang mungkin kita ingati bermula pada tahun 1970, 1971, 1988 dan sekarang 2014. Boleh dikatakan keseluruhan banjir di negeri Pahang lebih besar daripada tahun-tahun sebelumnya.
Saya di Parlimen Lipis bermula dari hujung sampai ke hujung, lebih kurang 140 kilometer semuanya dipenuhi oleh air. Yang lebih memberi kesan di sebalik bencana ini mungkin ada hikmah disebabkan kita dapat melihat begitu ramai sekali rakyat Malaysia datang membantu. Tidak kira siapa dan lebih terutamanya saya di Parlimen Lipis didatangi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, didatangi oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, didatangi oleh Yang Berhormat Menteri-Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Untung Lipis.
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Yang Berhormat Timbalan Menteri-Timbalan Menteri, Ke bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kuala Krau tidak dapat macam itu.
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang datang ke Lipis pada waktu banjir memberi bantuan sewaktu...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Sebelah sana saya boleh ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena sahaja sebab dia hantar SMS mendoakan supaya banjir cepat surut kepada saya. Yang lain tidak ada. Yang Berhormat Raub pun tidak bantu saya. Jiran yang terdekat. Raub 200 orang sahaja berpindah banjir waktu itu dan semua rakan daripada Barisan Nasional memberi bantuan kepada Parlimen Lipis, sama ada daripada segi bentuk kewangan, barangan dan sebagainya.
Di kesempatan ini saya hendak merakamkan ucapan khusus kepada Yang Berhormat daripada Baling yang datang menghantar lebih kurang lima buah treler barang- barang bantuan banjir. Beliau datang pada permulaan banjir lagi memberi bantuan. Ini
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
yang boleh menyelamatkan dengan bantuan Biro Kebajikan UMNO Malaysia yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim ini dapat membantu mangsa banjir di Parlimen Lipis.
Saya cukup bersyukur Yang Berhormat Baling sendiri sanggup meredah Sungai Lipis yang jauh kira-kira 200 meter, yang sanggup bersabung nyawa untuk menghantar bersama dengan saya kepada mangsa-mangsa banjir ketika itu. Ini yang saya katakan bahawa rahmat yang kita dapat tahu bahawa rakan-rakan di dalam Kerajaan Barisan Nasional ini banyak membantu untuk memastikan keselesaan.
Di kesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri-Yang Berhormat Menteri yang datang. Tidak ketinggalan Yang Berhormat Arau yang datang banyak membantu untuk menyampaikan bantuan. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan meluluskan secara segera jambatan Bailey yang mana ketika itu jambatan telah runtuh di sebuah kampung.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya kerana memberi peruntukan segera meluluskan jalan singkat, jalan pintas kerana jambatan ini runtuh, tidak ada jalan untuk menghubungkan bandar Lipis. Maka Menteri Kerja Raya telah meluluskan jalan sepanjang empat kilometer untuk menghubungkan ke Bandar Lipis.
Maknanya daripada segi kerajaan cukup prihatin untuk membantu supaya keselesaan rakyat sama ada waktu banjir ataupun selepas banjir yang dinamakan pasca banjir telah datang membantu untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Hari ini sedang dalam proses pembinaan ruah-rumah hanyut sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terlaksana dan sedang berjalan sekarang ini. Maka dalam proses pembinaan rumah-rumah baru, pembaikan rumah-rumah bawah RM10,000 telah hampir siap, yang melibatkan di Lipis sahaja 200 lebih dan yang terlibat dengan hanyut terus ataupun total loss, dengan izin, sebanyak 35 buah dalam pelaksanaan dan telah lebih 50% pembinaan itu hampir siap.
Ini usaha kerajaan untuk memastikan rakyatnya. Kerajaan Negeri Pahang dengan mudah untuk mengubah rumah-rumah baru ini kepada tanah baru yang diberikan secara percuma, memberi lot-lot rumah di kawasan tinggi. Mungkin boleh dikatakan kawasan perpindahan banjir baru tetapi dalam soal ini sebagaimana dalam jawapan pada satu pagi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, SOP tentang banjir. Saya ingin menyebut juga SOP ini.
Saya berharap supaya kerajaan lebih memikirkan bagaimana sekiranya berlaku lagi banjir ini dapat diatasi dengan segera. Kita sebenarnya di Lipis, sebagai pengalaman pertama saya walaupun saya menghadapi banjir pada tahun 1988 tetapi ini bekerja secara bersungguh-sungguh selama 32 hari termasuk pasca banjir itu, kita hendaklah menyediakan kemudahan yang lebih baik waktu kita menghadapi banjir.
Ada ketikanya kampung-kampung yang begitu jauh kita tidak dapat menghantar begitu segera, terpaksa kita menggunakan jentera-jentera kerajaan. Kita menggunakan bot- bot tentera, polis, bomba dan sebagainya tetapi walau bagaimanapun saya mendapati rakan-rakan kerajaan ini bekerja bersungguh-sungguh waktu menghadapi banjir ini untuk memberi keselesaan. Rakaman khusus kepada pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja keras waktu banjir yang lalu. Ini saya rakamkan ucapan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya juga ingin menyampaikan kepada tajuk lain saya ingin merakamkan ucapan tahniah juga kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob ataupun wakil daripada Bera. Yang cukup berkesan untuk menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam usaha beliau memastikan harga-harga daripada segi barangan pertanian beliau sudah dapat mewujudkan di kementerian beliau ini melalui berbagai-bagai agensi untuk memastikan hasil-hasil tani yang dipasarkan mestilah dikurangkan kepada orang tengah.
Pengambilan terus daripada peladang-peladang tanpa melalui orang tengah terus kepada pengguna bukan sahaja menguntungkan pengguna dengan harga yang murah tetapi menjamin harga yang lebih baik dan juga kepada pengusaha-pengusaha tani. Sehubungan dengan itu, saya minta Kementerian Pertanian dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Mohon mencelah.
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
...Untuk menjalankan satu lab atau kajian menyeluruh untuk memastikan lebih banyak lagi kaedah-kaedah ...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Dibenarkan mencelah, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terpulang pada Yang Berhormat Lipis.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Sedikit sahaja.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Bagi saya sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tuan Yang di-Pertua belum bangun lagi Yang Berhormat Seputeh.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya hendak tanya Yang Berhormat Lipis benarkan laluan?
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Okey, tidak apa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila, sila.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tadi dikatakan untuk menandingi orang tengah, dikatakan hendak hapuskan orang tengah tetapi apa yang berlaku ialah dengan kekurangan orang tengah akan menjadikan monopoli. Sebenarnya untuk melawan orang tengah ini kita mesti memperbanyakkan orang tengah supaya petani-petani dan nelayan- nelayan ini mempunyai banyak pilihan kerana hasil mereka yang hanya dijual di pasar tani ini pasarannya tidak cukup besar.
Jadi, sebenarnya cadangan saya adalah agar persatuan petani-petani ataupun persatuan-persatuan berkenaan mestilah juga menawarkan menjadi satu daripada orang tengah ini. Jangan semua dijadikan satu menyebabkan monopoli orang tengah. Kalau persatuan ini tidak efisien, satu hari nanti akan berlakunya masalah di mana harga yang ditawarkan oleh persatuan ini tidak tinggi. Jadi, adakah bersetuju kalau hendak menandingi orang tengah kita memperbanyakkan lagi peluang untuk petani-petani menjual hasil mereka?
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya merakamkan ucapan berbanyak-banyak tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian kerana dalam usaha untuk memerangi orang tengah ini, beliau telah menggunakan agensi-agensi. Kalau dahulu kita mungkin tidak tahu soal FAMA tetapi hari ini FAMA cukup bermain peranan untuk menghapuskan orang tengah ini.
Sebagai contoh kalau nelayan umpamanya Kementerian Pertanian telah mendirikan pasar-pasar sendiri umpamanya berhampiran pangkalan. Kalau dengan sayur- sayuran FAMA akan sendiri mengambil ataupun buah-buahan, maka FAMA akan membeli dengan harga mungkin harga lantai. Kalau berada dengan orang tengah mereka mempermainkan harga. Barang tidak baik dia tidak ambil, barang baik diambil. Dia pilih barang. Jadi, barang tidak baik ini hendak jual kepada siapa bila dia sudah ambil barang baik. Akan tetapi FAMA tidak, FAMA akan mengambil secara lump sum, maka hasil petani itu terus diborong habis. Jika dibandingkan sekarang ini kita melihat banyak permainan di antara orang-orang tengah ini.
Saya sendiri pernah melihat bagaimana beliau membeli cili api. Orang tengah membeli cili. Bukan cili api, cili besar. Saya pernah melihat sendiri, dipermainkan orang yang menjual. Orang kampung menjual cili besar, sebab itu kita FAMA memainkan peranan supaya bersungguh-sungguh untuk memerangi orang tengah ini sendiri. Bukan kita tidak membuka. Kalau mereka boleh memberi secara contract farming umpamanya mungkin kita boleh laksanakan.
Akan tetapi mereka tidak pasti orang tengah tidak akan menggunakan contract farming. Mereka akan menggunakan cara mereka sendiri. Jadi, inilah saya merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Pertanian supaya meneruskan usaha-usaha seperti ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebab itu kita minta supaya KPDNKK menubuhkan satu lab untuk menangani masalah ini yang mungkin dinamakan focus group, fokus kepada permasalahan pertanian untuk kepentingan orang kampung itu sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, pada penggal lepas saya juga bercakap soal kepentingan harga getah distabilkan sebaik mungkin. Kebanyakan ekonomi orang-orang kampung
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
masih lagi bergantung kepada hasil getah. Di kawasan saya, saya sudah nyatakan sebanyak 70% adalah datangnya daripada hasil getah. Saya merasakan lebih banyak sepatutnya tumpuan mesti dilakukan kepada ekonomi getah. Sebarang bentuk bantuan baik daripada bentuk subsidi seperti cadangan untuk melaksanakan harga lantai adalah jauh lebih baik jika dibandingkan hanya memberi yang tidak lebih jauh daripada itu. Kalau kita berikan tumpuan umpamanya sebagaimana cadangan oleh pihak Menteri Perladangan, Komoditi baru-baru ini, sejauh mana pelaksanaannya. Kita ingin tahu bilakah pelaksanaan- pelaksanaan seperti itu dilaksanakan?
Tuan Yang di-Pertua, bermula daripada 1 April 2015 kita akan melaksanakan cukai barang ataupun GST yang pada hemat saya mesti dilaksanakan untuk memperkukuhkan kewangan negara, memberi faedah kepada semua rakyat. Sudah pastilah perkara ini yang memberikan faedah kepada rakyat sudah pastilah ditentang oleh sesetengah pihak. Saya sebenarnya pada pagi tadi saya dengar juga ucapan daripada Yang Berhormat Gua Musang yang minta supaya GST ditangguhkan tetapi pada saya tidak perlu. Akan tetapi dengan syarat kita mestilah melaksanakan cara dengan bertanggungjawab untuk memastikan tidak ada berlaku ketirisan dalam hal itu.
Ada yang menyatakan antara tohmahan syaitan, kalau keluar RM100 kita akan dapat RM96. Maknanya GST 6% dari bank. Mana ada, ini maknanya permainan-permainan sama ada dalam blog, mungkin dalam ceramah-ceramah sampaikan duit keluar dari bank pun dikatakan akan dikenakan GST. Jadi, sebagai kerajaan tohmahan-tohmahan seperti ini kita rasa lebih bertanggungjawab untuk melaksanakannya. Kalau sudah 160 buah negara dapat melaksanakannya kenapa kita takut kepada tohmahan-tohmahan ini? 160 buah negara, rakyat dia sudah mungkin awal tohmah seperti ini juga tetapi tidak jadi halangan, tidak jadi masalah, diteruskan dengan baik. Sehingga hari ini 160 buah negara menjalankan GST ini dengan baik sekali, tidak menganiaya rakyat mereka sendiri.
Saya menyeru supaya tanggungjawab kita semua sebagai Ahli Dewan supaya dapat melaksanakan perkara ini sebaik mungkin sebenarnya untuk membantu negara. Kita tidak berpolitik dalam hal untuk membantu negara. Walau bagaimanapun, pelaksanaan GST ini mungkin mengambil masa untuk mereka menerima hal ini. Kepada KPDNKK saya minta supaya KPDNKK dan Kementerian Kewangan melalui Kastam untuk terus melipatgandakan aktiviti penguatkuasaan, harga mesti dikawal, akta-akta yang ada seperti Akta Pencatutan 2013 dan Akta Perihal Dagangan mesti mampu digunakan untuk tujuan penguatkuasaan. Sekiranya ia dirasakan kurang berkemampuan, satu akta yang lebih menyeluruh mesti digubal. Saya minta supaya KPDNKK meneliti perkara ini sehabis baik.
Tuan Yang di-Pertua, KPDNKK juga perlu lebih bijak dengan meluaskan penguatkuasaan melebihi daripada memeriksa peniaga-peniaga di pasar-pasar sahaja.
Peniaga-peniaga di pasar-pasar golongan paling akhir dalam sesuatu jaringan pembekalan.
Tidak banyak yang boleh dilakukan oleh penguatkuasaan pada peniaga-peniaga kecilan ini.
Yang lebih penting pada hemat saya penguatkuasaan daripada peringkat pengeluar, pengilang, pemborong dan pengedar. Ini yang perlu kita ambil kira.
Akan tetapi bersyukur, dalam sehari dua ini kalau di kaca-kaca TV penguatkuasaan telah melaksanakan tugas dengan baik. Mereka telah melakukan pemeriksaan-pemeriksaan di tempat-tempat tertentu untuk memastikan pelaksanaan GST ini dapat berjalan dengan baik.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Lipis gulung.
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Kena gulung ya? Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menyentuh sedikit sahaja lagi iaitu sebagaimana yang diperkatakan oleh rakan saya sebelum saya berbahas tadi iaitu dari Kuala Langat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Hulu Langat.
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Hulu Langat. Berkenaan dengan saya juga didatangi oleh doktor-doktor tentang ubat-ubatan. Saya ingin menyentuh sedikit berkenaan cadangan sebagaimana yang dikatakan tadi iaitu berkenaan dengan pemberhentian penjualan ubat-ubat di klinik-klinik. Saya sedar bahawa dalam hal yang dinyatakan oleh Hulu Langat tadi memang benar negara maju memang telah dilaksanakan di mana pemeriksaan di tempat lain, pemberian ubat di tempat lain.
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Akan tetapi soalnya, banyak perkara yang harus difikirkan. Kalau rang undang- undang ini hendak dibawa ke dalam Parlimen ini, kita mesti berfikir secara lebih baik untuk menentukan rang undang-undang ini. Ini kerana kalau kita fikirkan, kalau sayalah, di bandar Lipis hendak dapat farmasi besar, adakah ada? Sudah pasti tiada. Kalau pergi klinik, bagi ubat jenis-jenis ubat, kemudian pergi ke farmasi kecil, kata ubat ini tidak ada, sedangkan ubat ini adalah ubat yang sangat mereka memerlukan, mungkin boleh membawa maut tetapi kita tidak dapat membeli ubat tersebut, maka menyukarkan dan lebih menyusahkan kepada rakyat. Mungkin daripada segi harganya pun sudah berbeza. Mungkin permainan juga boleh berlaku. Ini yang saya katakan kajian harus dilakukan sebaik mungkin untuk tidak menyusahkan rakyat dan seharusnya fikir panjang daripada segi soal tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk membahaskan beberapa perkara. Tidak dapat banyak dibahaskan, sekurang- kurangnya 25 minit dapat saya laksanakan. Terima kasih sekali lagi, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertama sekali, saya turut juga ingin merakamkan kesalnya ke atas penahanan Yang Berhormat Lembah Pantai semalam yang bagi pihak kami satu ancaman kepada imuniti seorang Ahli Parlimen yang patut kita bersama-sama kutuk kerana sepatutnya kalau seseorang Ahli Parlimen telah melanggar peraturan, itu adalah kuasa Speaker untuk merujuk kepada Hak Kebebasan dan Keistimewaan, bukan pihak polis untuk masuk campur dalam perkara ini.
Ini bukan kali pertama kerana dengan ketidakhadiran Ketua Pembangkang yang telah diisytiharkan bahawa dia masih seorang Ahli Parlimen dan juga Ketua Pembangkang telah dihalang untuk menghadiri Parlimen oleh pihak penguat kuasa atau eksekutif. Ini sekali lagi menunjukkan kita tidak memberi penghormatan yang sewajarnya kepada urusan Parlimen.
Saya ingin rakamkan kekesalan saya terhadap Menteri Dalam Negeri kerana tindakan-tindakan ini telah menunjukkan kepada muka dunia bahawa Malaysia tidak mempunyai kuasa legislatif yang bebas dan independent.
Saya juga turut ingin mendapat penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri di mana pagi ini saya terima satu jawapan bagi soalan saya tentang untuk mengetahui apa perjanjian yang telah kita tandatangani sehingga kita harus membekalkan maklumat kepada pihak Amerika Syarikat tentang aktiviti jenayah kita. Jawapan itu langsung tidak disentuh perjanjian yang ditandatangani oleh Malaysia tetapi sebaliknya saya dimaklumkan bahawa surat kepada FBI itu adalah atas permohonan firma guaman yang mewakili Paul Phua untuk memberikan penjelasan.
Saya ingin tahu kenapa firma guaman yang mewakili Paul Phua dan Paul Phua bukan seorang warga Malaysia yang mewajibkan Malaysia untuk menjelaskan aktiviti atau kegiatan jenayah yang disyaki dilakukan oleh Paul Phua ini? Penjelasan ini tidak diberi dengan alasan maklumat itu adalah di bawah Akta Rahsia Rasmi. Ini sangat mengkhuatirkan kita kerana keselamatan negara tanggungjawab bersama. Kenapakah isu seperti ini tidak dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini? Dan kita masih dalam kegelapan, kenapakah Kerajaan Malaysia membela seorang yang bukan lagi warga Malaysia dalam kegiatan aktiviti di luar negeri?
Dengan ini saya juga ingin dapat penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri.
Baru-baru saja, minggu lalu, kita telah mendapat tahu bahawa beberapa orang anggota polis lebih kurang 17 orang ditangkap di kawasan ESSCOM. Dalam laporan itu hanya menyatakan anggota-anggota polis Indonesia yang telah mencerobohi dan menyerang sebuah balai polis di Sabah ini akan dilepaskan selepas siasatan. Saya ingin tahu, adakah kita mengambil ringan tentang pencerobohan yang berlaku? Kita memang mengalu-alukan persahabatan yang erat dengan pihak Indonesia tetapi bila pencerobohan berlaku sebegitu, kenapakah tidak ada pendirian yang lebih tegas?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya juga ingin turut seru kepada pihak kerajaan kerana white paper yang telah dijanjikan terhadap insiden Lahad Datu sehingga hari ini belum dikemukakan. Pada masa yang sama, banyak lagi yang telah dijanjikan oleh kerajaan belum lagi- kita lihat siasatan MH370 yang dikatakan akan mengadakan satu Royal Commission sehingga ke hari ini belum lagi nampak bayangnya. Isu yang juga kita rasa kesal ialah tentang MH17. Sehingga hari ini kerajaan belum ada pendirian sama ada pihak pemisah Ukraine yang bertanggungjawab, pemisah yang disokong oleh Rusia atau seperti yang didakwa oleh Rusia bahawa Kerajaan Ukraine yang cuai yang menjadikan kemalangan ini berlaku.
Sehingga sekarang, sebagai pemilik MAS, Kerajaan Malaysia tidak ada pendirian langsung dalam perkara ini.
Saya juga terus ingin mengalu-alukan pengisytiharan ASEAN sebagai satu economic community. Ini satu langkah yang bijak dan patut disokong oleh kedua-dua pihak termasuk Pakatan Rakyat. Saya juga rasa lega selepas bertahun-tahun kita berunding, akhirnya pihak Indonesia bersetuju untuk menandatangani agreement on trans-border haze. Diharapkan semoga selepas tandatangan ini, kita boleh melihat ada langkah-langkah konkrit untuk menangani krisis alam sekitar bersama.
Pada masa yang sama, saya juga menyeru kepada kerajaan kerana dengan mewujudkan satu ASEAN Economic Community, pihak Indonesia dan negara-negara jiran kita amat mengharapkan Malaysia juga setuju untuk mewujudkan sebuah instrumen undang-undang yang boleh membela hak asasi pekerja-pekerja asing. Perkara ini saya difahamkan telah dibincangkan semasa perjumpaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Presiden Jokowi dari Indonesia. Kalau kita ingin melihat ASEAN sebagai sebuah komuniti ekonomi yang berfungsi, kita juga harus bukan sahaja daripada segi percukaian dan perdagangan sahaja tetapi kita juga harus ada persetujuan dalam isu yang sangat penting iaitu hak asasi manusia.
Dengan ini, saya juga rasa kesal dan juga malu kerana Malaysia telah melantik Tan Sri Shafee sebagai Pengerusi ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights. Bukan sahaja beliau merupakan orang yang prosecute Ketua Pembangkang dan memegang rekod yang tidak membanggakan tetapi saya juga ingin mengambil perhatian kepada Dewan bahawa Tan Sri Shafee pernah dalam road show memetik satu cerita yang tidak benar yang menghina bapak Republik Indonesia yang menyatakan Presiden Sukarno pernah diperas ugut oleh pihak intelligent Rusia dengan gambar-gambar pornografi.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Akan tetapi setelah siasatan, kita tahu berita itu tidak benar. Tidak pernah ada insiden sebegitu berlaku tetapi ini digunakan, dipetik dalam percakapan Pengerusi ASEAN Human Rights Council. Ini merupakan satu penghinaan kepada negara-negara jiran dan orang seperti ini tidak layak untuk menjadi Pengerusi Commission on Human Rights kita.
Seterusnya saya juga ingin mengambil perhatian, kalau kita ingin mewujudkan satu ASEAN Economic Community yang sihat, kita juga harus membanteras rasuah dan korupsi yang merupakan prioriti kepada banyak negara ASEAN. Sebagai Pengerusi ASEAN untuk tahun ini, negara-negara ASEAN yang lain memandang Malaysia dalam perkara ini.
Akan tetapi jelas dan sangat malang, isu 1MDB ini merupakan satu isu yang mencemarkan imej Malaysia. Sehingga sekarang, kita tidak mendapat satu gambaran yang jelas.
Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan baik oleh pihak Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, sangat mengelirukan kita. Kita telah dikejutkan dengan laporan bukan sahaja Sarawak Report tetapi New York Times dan The Sunday Times tentang pelbagai perkara yang mencurigakan kita tentang integriti sebuah syarikat yang mewakili imej Malaysia di pasaran antarabangsa.
Kita telah mendapat maklum penafian beberapa kali di Dewan ini dan juga di luar Dewan ini bahawa Jho Low tidak ada peranan dalam 1MDB. Datuk Shahrol Halmi, mantan CEO 1MDB pernah menyatakan, dengan izin, zero involvement of Jho Low dalam 1MDB.
Akan tetapi dalam surat yang dikeluarkan oleh peguam yang mewakili Jho Low telah mengatakan bahawa peranan Jho Low dalam 1MDB ialah he was consulted but did not involve in any criminal activity. Kalau dia diconsulted, maksudnya bukan zero involvement. Kalau bekas CEO 1MDB katakan zero involvement, maksudnya dia telah mengelirukan kita atau berbohong dalam perkara ini. Dalam pengakuan Jho Low sendiri dalam emails yang telah didedahkan telah mengatakan Perdana Menteri memberi kelulusan untuk deals yang dilakukan di antara 1MDB dengan PetroSaudi.
Dalam email ini juga ada pengakuan bahawa dia mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menandatangani deal ini kerana Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
meluluskan loan ini dan tidak perlu melalui Bank Negara. Saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada perkara-perkara ini adalah benar atau tidak. Ia harus keluar daripada mulut mantan CEO 1MDB yang patut dipanggil semula sama ada dalam PAC atau di bawah siasatan polis. Dalam perkara yang jelas juga kita mendapati bahawa wang yang telah dipinjamkan telah ditransfer kepada sebuah syarikat yang dinamakan Good Star yang berpangkalan di Seychelles iaitu sebuah negara di Lautan Afrika yang dimiliki oleh Jho Low.
Perkara-perkara ini tidak boleh dijelaskan tanpa kita mendengar daripada Menteri Kewangan sendiri.
Walau bagaimanapun sehingga sekarang, nampaknya polis begitu cekap bertindak terhadap Ahli-ahli Parlimen, kepada pihak-pihak pembangkang tetapi isu yang melibatkan skandal yang begitu besar sekali tidak ada sebarang tindakan yang tegas daripada pihak berkuasa. Ini telah mewujudkan beberapa imej yang agak negatif terhadap Malaysia. Kita juga berasa bahawa sudah sampai masanya konsep 1Malaysia ini yang pada mulanya ialah satu slogan yang cuba menonjolkan bahawa Malaysia ialah sebuah negara yang inclusive, yang harmoni di antara semua masyarakat, tetapi hari ini konsep 1Malaysia ini seolah-olah sudah bankrap dan dicemarkan oleh skandal yang berlaku dalam 1MDB. Dalam keadaan sekarang, nampaknya kita tidak ada pilihan lain selain daripada kita harus menyeru kepada semua yang duduk di Dewan ini, bukan atas kepentingan parti.
Saya sendiri jarang bersetuju dengan Tun Mahathir dahulu. Saya menganggap beliau adalah seorang Perdana Menteri yang telah banyak melanggar hak asasi manusia.
Akan tetapi terdapat perkara-perkara tertentu yang kita juga harus ketepikan perbezaan politik. Saya rasa kalau Tun Mahathir, Tun Daim dan juga ramai lagi tokoh termasuk Yang Berhormat Gua Musang tadi telah menyatakan bahawa sudah tiba masanya kita memerlukan satu perubahan dan Perdana Menteri harus meletakkan jawatan.
Saya agak itu satu seruan yang tepat sekali dan kita rasa bukan kita tidak sabar untuk tunggu pilihan raya yang akan datang. Sudah tentu dengan pelbagai skandal dan penyelewengan yang berlaku, banyak bahan untuk Pakatan Rakyat menyerang Barisan Nasional untuk pilihan raya akan datang. Akan tetapi untuk menyelamatkan keadaan, saya rasa tidak boleh menunggu lagi dua tahun atau tiga tahun membiarkan keadaan menjadi lebih buruk dan sudah sampai masanya Barisan Nasional harus menonjolkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Baling bangun.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Seorang pemimpin yang baru...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Dan kita boleh menjadikan asas...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Untuk kita bersama-sama menyelamatkan negara ini.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Batu, correction. Correction Yang Berhormat Batu. Tadi semasa Yang Amat Mulia Gua Musang berbahas saya tidak perasan Yang Berhormat Batu ada, saya ada di sini. Yang Mulia Yang Berhormat Gua Musang tidak pun menyuruh Yang Berhormat Pekan meletakkan jawatan dalam teks perbahasan beliau. Jadi saya rasa...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya tidak suruh Yang Berhormat masa itu...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Batu menyebut tadi ada kata...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya kata saya jarang bersetuju dengan Tun Mahathir...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Mengelirukan rakyat, mengelirukan Dewan yang mulia, saya minta Yang Berhormat Batu tarik balik.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya minta Yang Berhormat Batu tarik balik...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Okey, saya jelaskan, saya ingin menjelaskan...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Berkaitan dengan Yang Mulia Gua Musang kata Yang Amat Berhormat Pekan letak jawatan. No, no.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Okay, okay this is my floor.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
You kena dapat jalan, mislead, tidak boleh. Ini point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
This is my floor.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Dia mengelirukan Dewan, dia mengelirukan Dewan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Let me jelaskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Baling...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Batu tadi, dia mengelirukan Dewan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya jelaskan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Bila...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya tidak menyebut...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Menyebut nanti dalam YouTube mereka.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Nanti, nanti.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Mengatakan Yang Mulia Yang Berhormat Gua Musang telah menyatakan...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Apa dia? Ini floor saya. Peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Baling...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
...Bagi peluang kepada Yang Berhormat Batu untuk menjelaskan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya ingin menjelaskan, saya tidak menyebut Yang Berhormat Gua Musang suruh Yang Amat Berhormat Pekan untuk meletakkan jawatan. Saya kata...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Check Hansard, check Hansard balik.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Dalam keadaan perkara yang kita setuju...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Bahawa negara kita dalam keadaan krisis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Dan saya terus sahaja menyatakan...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Cakaplah Yang Berhormat Batu punya pandangan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Jarang saya bersetuju dengan Tun Mahathir dengan Tun Daim...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Bukan Yang Mulia Yang Berhormat Gua Musang punya pandangan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
..Akan tetapi saya rasa sudah tiba masanya semua pihak termasuk Barisan Nasional menyedari keseriusan keadaan sekarang dan kita rela untuk bekerjasama atas kepentingan negara. Kita menyeru supaya insaflah Barisan Nasional untuk menonjolkan seorang pemimpin yang baru yang mempunyai imej yang bersih dan boleh meyakinkan rakyat bahawa...
[Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, gulung.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya sebut- jarang Yang Berhormat Gua Musang mengeluarkan ayat-ayat yang kritikal terhadap Barisan Nasional.
Akan tetapi saya tidak misquote Yang Berhormat Gua Musang, bahawa beliau seru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri letak jawatan. Saya jelaskan. Kalau itu menyebabkan kekeliruan, saya ingin memperbetulkan. Yang penting sekarang, bukan sahaja...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tarik baliklah.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Bukan sahaja...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Dia kena tarik balik.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Bukan sahaja pihak Barisan Nasional...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Batu, kalau sudah silap, tarik balik. Apakah masalah dia?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Mempunyai tokoh-tokoh yang seru supaya Yang Amat Berhormat Pekan letak jawatan, ribuan rakyat di luar setiap hari berhimpun untuk...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak betul. Itu semua tipu, tidak betul.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ini floor saya, ini floor saya. Saya menyatakan...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Akan tetapi kalau tipu, Yang Berhormat kalau mengelirukan rakyat, hak saya sebagai Ahli Dewan dalam Dewan yang mulia ini untuk membetulkan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Lebih ramai lagi rakyat akan bangkit untuk menyeru supaya Yang Amat Berhormat Pekan letak jawatan.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Tuan Yang di-Pertua, saya keliru ini floor siapa ini?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Percaya atau tidak, kita akan lihat lebih ramai rakyat tidak akan bersabar lagi dan itulah nasihat pihak kami...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Batu, gulung.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Bahawa Barisan Nasional atas kepentingan negara kita, kita bersama-samalah dan kita tidak ada niat untuk potong jalan.
Tidak ada niat untuk tonjolkan sebarang Ahli Parlimen dari sini untuk memegang jawatan.
Mandat kepada Barisan Nasional itu tetap. Kita ada Yang Berhormat Pagoh yang mungkin ada kewibawaan, kita ada Yang Berhormat Bagan Datok.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tak payahlah jadi batu api! Betulkan Yang Berhormat Permatang Pauh itu dulu! Yang Berhormat Permatang Pauh itu selesai dulu!
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Bolehlah ambil alih. Apalah takut?
Mereka mempunyai kewibawaan. Nobody is indispensable. So, sesiapa pun berhak untuk
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
mengambil alih tetapi saya ingin tegaskan kerana keadaan sekarang tidak boleh dibela lagi.
Way beyond rescue. Kita harus secara jujur menghadapi realiti. Realitinya ialah sekarang- belum lagi kita sebut tentang Mongolia, belum lagi kita sebut tentang Sirul...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Yang boleh melepaskan diri.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
This is a provocation Yang Berhormat. Ini provokasi, lari tajuk. Bahas ikut tajuklah.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Berada di Australia. Apakah kita boleh dapat penghormatan dari negara lain apabila kita tidak boleh menguatkuasakan undang-undang? Yang kita berani...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kalau kita sebut Yang Berhormat Permatang Pauh, sana semua bulu roma naik semua! Cakap Sungai Buloh, bulu roma naik semua!
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Tangkap Ahli Parlimen, yang kita berani, kita siasat...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Cakap fasal Yang Amat Berhormat Pekan, kita mahu diam, tidak bolehlah. It’s not fair.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
What is not fair?
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
*Be a gentleman.
When we speak about* Yang Berhormat Permatang Pauh...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
This is my floor, you sit down.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
I know, but don’t irritate us. Do not irritate us.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
I tengah ucap.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak betul, you mengelirukan Dewan.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Floor siapa ini Tuan Yang di- Pertua? Floor siapa ini, saya keliru.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Okey, saya mahu gulung. Saya mahu gulung.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya tegaskan sekali lagi, kita harus menghadapi realiti bahawa negara kita mempunyai masalah. Baik pun di luar negara, imej kita tercemar. Saya tidak ada masa untuk sebut tentang isu Mongolia, isu Sirul yang kini berada di luar negara. Macam mana sebagai sebuah negara yang menjaga perundangan, boleh membenarkan seorang pembunuh untuk melepaskan diri. Kita begitu cekap boleh tangkap Ahli Parlimen tetapi kita tidak boleh menjaga penjenayah kita. Ini menjadikan negara kita laughing stock. Ini semua berlaku. Dalam pemerintahan Perdana Menteri kita sekarang, tidak kurang daripada 15 Ahli Parlimen disiasat atau ditangkap untuk pelbagai aktiviti.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Batu cukup.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
[Bangun]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tidak lagi ADUN-ADUN lagi. All these things merupakan satu perkara- okey.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Boleh terang sikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Batu...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua, sikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya sudah benarkan lima minit lebih ini.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Setengah minit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sepatutnya tidak payah celahan ini.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ini penting ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Semua pun penting.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Baling pun mengaku penting. Tuan Yang di-Pertua, kita di awal sidang Dewan ini kita telah membuat satu usul untuk mengarahkan Ketua Polis Negara memastikan semua bentuk laluan bagi perjalanan mana-mana Ahli Parlimen kita ke Dewan ini tidak dihalang. Ini bukan sekadar dihalang, dilokap lagi. Jadi, apakah ini bermakna Ketua Polis Negara yang telah diarahkan oleh Parlimen ini, telah membuat satu tindakan yang contempt ke atas Parlimen kita? Ya, Yang Berhormat Batu, macam mana?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya amat mengharapkan Tuan Yang di-Pertua bertindak ke atas perkara ini. Bagi saya ini satu penghinaan kepada autonomi legislative council ini. Saya ingin tamatkan sekali lagi, perkara-perkara yang saya bangkitkan itu bukan kepentingan parti. Ini satu perkara yang kita rayu kepada semua supaya kita sedar bahawa negara kita dalam keadaan yang krisis ini dan kita perlu bertindak bersama. Oleh itu, saya ingin seru supaya kita bersama-sama menolak teks ucapan ini dan juga menolak rang undang-undang pindaan pada bajet yang akan datang.
Supaya memberi tanda yang unanimous kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Yang Berhormat Pekan bahawa sudah sampai masa untuk undur diri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Jelebu.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin bersama-sama mengambil bahagian membahaskan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Untuk rekod, yang berbunyi “...emm, emm...” itu Yang Berhormat Kuala Langat, bukan Tuan Yang di-Pertua. Sila [Ketawa]
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Untuk sama-sama mengambil bahagian dalam membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong pada 9 Mac yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, semasa Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ketika 9 hari bulan yang lalu Tuanku ada menyentuh kaitan dengan doktrin pemisahan kuasa yang diamalkan di dalam negara ini. Jadi, doktrin itu merupakan satu doktrin yang mula diperkenalkan oleh Montesquieu, iaitu seorang ahli sains politik dalam bukunya The Spirit of Laws yang diterbitkan pada tahun 1784. Jadi, mengikut beliau, bahawa dalam pemerintahan terdapat tiga sumber kuasa yang perlu diasingkan untuk mencapai kebebasan politik iaitu di antara badan perundangan, pentadbiran dan kehakiman bagi bertujuan untuk mengelakkan kezaliman. Jadi, inilah yang menjadi amalan kita sebagai sebuah negara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
Jadi, doktrin ini mengikut perlembagaan kita dan ia menjadikan pemerintahan ini tersusun demikian rupa dan melahirkan mengikut segmen-segmen kehakiman eksekutif dan legislatif ini mewujudkan instrumen-instrumen kerajaan bagi melicinkan pentadbiran sebuah negara. Jadi, di sana akan lahir instrumen yang menjadi alat kepada kerajaan dalam pemerintahan. Jadi, penubuhan polis umpamanya, badan kehakiman umpamanya, SPR dan ini merupakan institusi-institusi kerajaan yang menjadi alat kepada kerajaan dalam mentadbir negara. Institusi-institusi ini memainkan peranan besar. Dalam membangunkan negara, dalam menjaga keselamatan negara, dalam menjaga keharmonian negara untuk sekian lama.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jadi akhirnya, kekuatan ini harus dipertahankan. Mempertahan institusi oleh seluruh rakyat tidak kira daripada fahaman politik, merupakan usaha dan juga tindakan mempertahankan perlembagaan. Ini kerana institusi-institusi ini lahir daripada perlembagaan...
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Welcome back Yang Berhormat Nurul.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kita mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini peraturan mana ini?
[Dewan riuh]
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Itulah kadang-kadang kita bercakap soal Rule of Law, peraturan. Akan tetapi apabila sampai diri kita sendiri, kita tidak mahu lagi mengikut aturan dan peraturan.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Orang disuruh ikut peraturan, diri sendiri tidak tahu ikut peraturan...
[Disampuk] [Ketawa] Jadi institusi ini merupakan institusi yang telah menyumbang banyak dan ia dibentuk dan diwujudkan dari sumber kuasa perlembagaan itu. Sebab itulah peranan mereka sangat besar. Institusi ini boleh dikritik, bukan tidak boleh. Akan tetapi kritikan itu mestilah bertujuan untuk memperbaiki, menambahbaikkan dan memberi keberkesanan dan sebarang kritikan itu kalau tidak dibawa bersama substance dan sokongan yang substantial dengan izin, maka kritikan itu boleh kita anggap sebagai fitnah dan pembohongan.
Jadi oleh sebab itulah institusi ini kita harus pertahankan kerana mempertahankan institusi merupakan sebahagian daripada sistem bernegara, merupakan usaha mempertahankan perlembagaan sebagaimana yang telah kita ikrarkan ketika kita hari pertama di Parlimen dulu. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua akhir-akhir ini kita dapati sama ada sedar ataupun tidak, kita telah cuba untuk menghakis- pihak-pihak tertentu telah cuba untuk menghakis keyakinan rakyat dan kepercayaan orang ramai terhadap institusi-institusi ini.
Jadi ini merupakan sesuatu tindakan yang sangat berbahaya. Merupakan suatu tindakan yang boleh memudaratkan negara. Apabila institusi ini tidak diyakini, umpamanya apabila institusi kepolisan mula dipertikaikan, mula dihasut orang ramai supaya tidak percaya dan melontarkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kepada polis, menjadikan polis satu keadaan mengambil tindakan dikatakan salah, tidak ambil tindakan pun salah dan ini dicipta dan ini merupakan sesuatu yang berbahaya kepada negara.
Jadi sebab itulah institusi kehakiman yang diserang begitu hebat akhir-akhir ini, institusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang diserang begitu hebat juga, tetapi apabila diminta pembuktian, apabila diminta mengemukakan mengikut saluran dan sistem kita, ia tidak dilakukan dan saya yakin dan percaya ini merupakan tindakan terancang yang mahu menjadikan institusi dan sistem kita tidak diyakini. Kalau ini berlaku ia menyebabkan institusi yang ada tidak boleh berfungsi seperti mana yang dikehendaki oleh perlembagaan.
Oleh sebab itulah bahayanya tindakan yang sedemikian rupa, saya menyeru kepada kerajaan supaya mengambil tindakan yang lebih tegas kepada tindakan ataupun kegiatan-kegiatan yang seumpama ini. Ini kerana ia sama sahaja dengan tindakan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong kerana ini merupakan naungan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Jadi sebab itulah saya menyeru dan meminta kepada kerajaan yang bertanggungjawab, kementerian yang bertanggungjawab supaya mana-mana pihak yang secara sedar ataupun tidak yang berusaha ke arah untuk meruntuhkan keyakinan institusi di dalam negara ini dan tidak dapat membuktikan kesalahan-kesalahannya yang jelas dan mengikut undang-undang dan keluhuran perlembagaan itu, maka diambil tindakan setegas- setegasnya kerana kita perlu mempertahankan institusi ini kerana institusi inilah yang telah mempertahankan dan membawa negara ke satu tahap kemajuan yang kita nikmati sehingga hari ini.
Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada soal banjir. Banjir yang melanda negara baru-baru ini merupakan satu musibah yang dikatakan tidak pernah berlaku dan suatu yang sangat menyedihkan. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada semua mangsa banjir yang terlibat. Walaupun kerajaan membuat persiapan bagi menghadapi
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
banjir, tetapi persiapan itu ada banyak yang perlu dikemaskinikan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri sudah memberi jaminan bahawa sebarang kekurangan dan kelemahan yang ada kepada Jawatankuasa Banjir akan diperkemas dari semasa ke semasa.
Jadi sewajarnya Majlis Keselamatan Negara membuat beberapa perancangan dan beberapa option bagi menghadapi musibah bukan sekadar banjir, tetapi malapetaka- malapetaka yang tidak diduga di mana sistem dan missionary boleh berjalan secara automatik dalam keadaan-keadaan yang sedemikian. Jadi banyak belanja, banyak harta yang telah musnah. Saya cuma ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, bahawa yang perlu difikirkan sekarang ialah soal akan datang. Jadi ada yang menyatakan bahawa antara punca kejadian banjir ini ialah kerana kegiatan ekonomi yang tidak terkawal di kawasan-kawasan tadahan dan di kawasan-kawasan hutan sama ada kegiatan pembalakan ataupun kegiatan perlombongan.
Jadi untuk masa depan saya mencadangkan kepada kerajaan supaya kawasan- kawasan tadahan hujan ataupun tadahan air di seluruh negara dan kita tahu air ini di bawah kuasa negeri. Jadi Kerajaan Pusat di bawah kementerian yang berkaitan wajar untuk melihat aspek ini bukan penyelesaian untuk sekarang tetapi penyelesaian untuk jangka panjang. Sebab air merupakan sesuatu yang kita tidak boleh cipta, tetapi ia makin mula dikatakan satu resource yang semakin berkurangan. Sebab itu kawasan-kawasan tadahan yang sudah pun digazet. Saya ingin tahu daripada kementerian ataupun berapa luas kawasan ini yang ada di seluruh negara? Kawasan ini mesti dijaga dan tidak boleh dicompromisekan dengan apa juga bentuk pembangunan di masa akan datang.
Harus difikirkan bagaimana hendak kawal dan jaga kawasan ini supaya ia tidak boleh diusahakan, diceroboh dan sebagainya atas alasan apa sekalipun. Saya nyatakan ini kerana kalau kita tidak mengawalnya daripada sekarang, saya khuatir di masa akan datang kita akan menghadapi krisis air yang lebih teruk, sebab sumber tidak ada. Sebab sumber yang ada kawasan tadahan mungkin sudah diteroka. Akan tetapi isu yang timbul ialah kerajaan-kerajaan negeri menyatakan mereka terpaksa ataupun perlu membangunkan kawasan ini untuk menjadikan pendapatan. Ini satu elemen yang harus dipertimbangkan oleh Kerajaan Pusat. Kalau kerajaan negeri mahu meletakkan sumber-sumber air takungan ini untuk dijaga dan dikawal oleh daripada pembangunan, maka kerajaan mungkin boleh memikirkan bagaimana kita boleh conserve, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua kehilangan hasil ataupun hasil yang boleh dijana oleh kawasan-kawasan yang sudah direservekan sebagai takungan air untuk masa akan datang.
Jadi tindakan sedemikian rupa merupakan tindakan preventive. Kita bertindak awal untuk menjimatkan perbelanjaan dan kita bertindak awal untuk menghalang banjir yang sedemikian rupa yang berpunca daripada pembangunan yang tidak terancang dan yang seterusnya kita dapat memastikan sumber air untuk generasi akan datang kekal pada tahap yang sepatutnya. Jadi inilah perkara yang harus difikir oleh kerajaan berkaitan dengan hikmah daripada banjir ini supaya kita dapat merancang sesuatu yang lebih baik bagi masa akan datang.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya ingin beralih kepada soal cyber ataupun laman sosial yang menjadi alat kepada penyebaran fitnah kepada penyebaran fahaman- fahaman melampau dan juga tempat yang boleh memudaratkan. Ini merupakan fenomena baru dalam negara kita. Saya fikir beberapa penyelarasan harus dibuat. Kita percaya kita tahu bahawa penularan ISIS ataupun IS umpamanya. Pelampau Islam juga disebarkan melalui media sosial yang sedemikian rupa dalam merekrut ahli-ahli mereka.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Rakyat kita ramai yang dikatakan terpengaruh melalui dakyah ataupun melalui laman sosial atas usaha pihak-pihak IS ini untuk rekrut. Banyak kes sudah dibuktikan dan banyak sudah dinyatakan oleh ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan perkara ini. Saya cuma hendak menarik perhatian kepada Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Komunikasi dan multimedia di mana kita agak meragui keberkesanan penguatkuasaan khusunya yang berkaitan dengan soal tindakan pendakwaan dan pembuktian bagi kes-kes yang berlaku di laman sosial berkaitan dengan fitnah dan sebagainya itu.
Oleh sebab itu, kita lihat macam ada pertindihan dan tidak jelas daripada segi bidang kuasa itu, di mana Kementerian komunikasi dan Multimedia sewajarnya mengambil tanggungjawab berkaitan dengan akta daripada segi pembangunan dan kawal selia, pembangunan komunikasi di negara ini. Akan tetapi bahagian penguatkuasaan, penyelarasan dan pemantauan kegiatan-kegiatan yang ada kaitan dengan fitnah,
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
penyebaran dakyah dan sebagainya yang menyalahi undang-undang, itu harus dipindahkan ke dalam Kementerian Dalam Negeri.
Oleh sebab itu, tidak timbul soal untuk mencari pembuktian itu terletak pada Kementerian Komunikasi dan Multimedia tetapi untuk melakukan penguatkuasaan itu berada di bawah kementerian yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Saya mendengar Yang Berhormat Jelebu menyatakan mengenai perkara yang berkaitan dengan fitnah dan juga beberapa perkara yang berkaitan dengan keharmonian dalam media sosial termasuk juga tentang elemen penguatkuasaan.
Saya hendak bertanya pandangan Yang Berhormat Jelebu, kalau dilihat daripada segi elemen penguatkuasaan, adakah bagi pandangan Yang Berhormat Jelebu apa yang dimaksudkan sudah sampai masanya agar elemen penguatkuasaan ini di bawah SKMM, sama ada diletakkan di bawah AG ataupun diletakkan terus di bawah KDN. Saya mohon pandangan.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya tidak dapat menyatakan secara spesifik, di mana yang sewajarnya tetapi kuasa itu harus diletak di bawah satu kekuasaan, sama ada di bawah AG atau di bawah Kementerian Dalam Negeri. Akan tetapi dia akan memberi sesuatu kekuatan bagi menjamin bahawa sebarang fitnah, sebarang dakyah yang melanggar undang-undang boleh diambil tindakan dan ia dilihat berkesan kerana undang-undang yang cantik tetapi penguatkuasaan tidak dapat disempurnakan dalam tempoh yang cepat dan berkesan maka kita tidak dapat memberikan jaminan kepada undang-undang itu menjadi sesuatu yang lebih baik.
Jadi di bawah AG atau di bawah KDN, itu tidak menjadi soalan besar. Asalkan dia boleh dilaksanakan dengan tegas, kalau hendak mencari pembuktian, dia cari sendiri.
Kalau hendak mendakwa, dia mendakwa sendiri dan sebagainya.
Ini termasuk akaun-akaun yang berada di luar negeri. Ini juga harus diselesaikan.
Dalam negeri dan luar negeri, maknanya undang-undang kita harus membolehkan bahawa akaun-akaun yang beroperasi dari luar negara juga mesti tertakluk kepada bidang kuasa dan kuat kuasa undang-undang. Ini penting kerana keselamatan negara dan ancaman negara bukan terletak kepada soal serangan luar fizikal macam dahulu. Akan tetapi serangan di alam siber ini, media baru ini merupakan sesuatu yang sangat sofistikated dan dia merupakan sesuatu elemen yang baru dan sesungguhnya undang-undang dan pembuktian dalam kes ini bukan semudah yang kita fikirkan. Namun begitu, ia tidak harus menjadi halangan kepada kita untuk mengawal dan menyelamatkan negara dalam jangka panjang dan untuk generasi yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri penyampaian setakat itu dan saya mohon menyokong, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Seputeh.
[Disampuk] Ya, sudah panggil, Seputeh [Ketawa]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Lupa kawasan Yang Berhormat?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya, ya, ya memang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun lepas Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Bentong daripada MCA menjadi Menteri yang paling banyak dikritik kerana penguatkuasaan ke atas plat nombor kenderaan oleh JPJ. Akan tetapi pada permulaan tahun ini Menteri Dalam Negeri Yang Berhormat Bagan Datok pula menjadi menteri yang paling banyak dikritik disebabkan pembaharuan permit pekerja asing melalui laman web diikuti dengan penghentian perkhidmatan pembaharuan permit di kaunter imigresen iaitu satu tindakan yang amat tidak adil dan kurang bijak.
Kementerian Dalam Negeri kemudian membuka Kaunter Imigresen berikutan kritikan hebat daripada orang ramai tetapi tiada siapa tahu bilakah perkhidmatan permohonan dan pembaharuan pekerja asing di Kaunter Imigresen akan ditutup lagi.
Menteri Dalam Negeri haruslah jawab banyak soalan tentang penswastaan perkhidmatan
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
ini dan kenapakah membenarkan perkhidmatan ini dimonopoli oleh MyEG? Soalan pertama ialah kenapakan MyEG mengenakan bayaran tambahan RM38 setiap permohonan sementara majikan masih dikehendaki membayar RM125 bayaran pemprosesan di bawah struktur fi untuk memperbaharui permit pekerja asing.
Soalan kedua ialah kenapakah perkhidmatan ini mesti diswastakan ataupun outsource? Pada 2 Mac, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Ayer Hitam membuat kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Cina bahawa keinginan kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan permit melalui MyEG ialah demi mengawal bilangan pekerja asing di negara kita melalui mendapat statistik kemasukan dan keluaran pekerja asing dengan lebih berkesan. Kenyataan Yang Berhormat Ayer Hitam yang mempertahankan MyEG ini adalah amat tidak meyakinkan dan tidak masuk akal. Sekiranya kerajaan perlukan sistem online demi mendaftar dan memperbaharui permit pekerja asing, ini boleh dilakukan oleh Jabatan Imigresen dan kerajaan tidak perlu menswastakan perkhidmatan ini.
Pada 10 Januari 2015, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan yang menyatakan tujuan kerajaan untuk memperbaharui pekerja asing melaui MyEG ialah demi menyemak penyalahgunaan pelbagai pihak. Demi memendekkan proses permohonan kepada satu atau dua hari berbanding dengan dua hingga empat minggu sekarang demi mengurangkan kesesakan di kaunter Jabatan Imigresen. Kementerian Dalam Negeri tidak sebut alasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam seperti apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam. Jadi, saya memang tidak faham kenapakah Yang Berhormat Ayer Hitam keluarkan alasan yang mana tidak sehaluan dengan Kementerian Dalam Negeri.
Tuan Yang Di-Pertua, Yang Berhormat Ayer Hitam juga dilaporkan berkata bilangan pekerja asing telah melebihi populasi kaum India di negara kita. Jika kerajaan tidak mempunyai sistem yang baik untuk memantau dan mengawal bilangan pekerja asing maka bilangan pekerja asing akan melebihi populasi kaum Cina di negara kita. Saya pernah mengeluarkan kenyataan akhbar dan bertanya Yang Berhormat Ayer Hitam, kenapakah bangkitkan keperluan mengawal populasi pekerja asing dari sudut kaum? Akan tetapi beliau menuduh saya memutar belitkan kenyataannya melalui media yang dikawal oleh MCA.
Walaupun beliau tidak berani menuduh akhbar Cina yang membuat laporannya.
Saya ingin mengingatkan kerajaan bahawa objektif utama apa-apa bentuk penswastaan perkhidmatan haruslah dilakukan dengan objektif menyediakan perkhidmatan yang lebih murah dan lebih berkesan kepada orang ramai. Kerajaan seharusnya mendengar suara dan rungutan majikan dan menghapuskan RM38 yang dikenakan oleh MyEG dan membenarkan pembaharuan permit pekerja asing terus diadakan di kaunter imigresen.
Tuan Yang Di-Pertua, letupan yang berlaku di lombong Batu Arang di Selantik, Seri Aman, Sawarak pada 22 November 2014 menyebabkan kematian tiga orang pekerja asing dan seorang di antaranya adalah dari Korea Utara.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Insiden ini membukakan mata orang ramai bahawa terdapat pekerja dari Korea Utara, sebuah negara komunis yang mengamalkan pemerintahan kuku besi yang bekerja di negara kita. Saya ingin tahu, apakah kerajaan telah mengadakan perjanjian dengan Kerajaan Korea Utara untuk membenarkan pekerja Korea Utara untuk bekerja di Malaysia.
Saya difahamkan terdapat 300 orang pekerja Korea Utara hamba abdi, slave labor, bekerja di lombong Sarawak. Terdapatnya cadangan untuk menggaji 5,000 lagi pekerja Korea Utara dalam pembinaan Jana Kuasa Tenaga Bintulu ataupun Bintulu Power Station di Sarawak.
Malaysia sekarang ialah anggota dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu, Korea Utara yang mengancam keamanan dunia dengan program nuklear dan missile dan kesemua ini merupakan isu yang dibincangkan dalam Majlis Keselamatan PBB. Jadi mengimport lebih pekerja Korea Utara dan memberi bayaran kepada syarikat milikan Korea Utara memang mencabuli Resolusi Majlis Keselamatan 2094 (2013) dan akan menjejaskan nama baik Malaysia di dunia antarabangsa. Jadi saya ingin menyeru kerajaan memberi satu pendirian dalam isu ini.
Tuan Yang di-Pertua, Kuala Lumpur telah menjadi semakin sesak sekarang dan pengangkutan awam seperti bas jarang kita nampak. Ini dibuktikan dengan kesesakan yang kita sebagai Ahli Parlimen mengalami semasa datang ke Parlimen pada waktu pagi. Saya telah banyak kali menyuarakan isu kelulusan projek pembangunan yang mempunyai kepadatan yang tinggi tanpa ambil kira trafik dalam ucapan Parlimen saya. Dalam satu
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
mesyuarat di antara Ahli Parlimen Kuala Lumpur dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, kami diberitahu bahawa kerajaan ingin meningkatkan lagi penduduk di Kuala Lumpur sehingga dua juta orang.
Jadi DBKL dikehendaki meluluskan lebih projek perumahan yang mempunyai densiti yang tinggi demi mencapai objektif ini. Persoalan saya ialah kenapakah kerajaan ingin menetapkan dua juta orang penduduk sebagai sasaran yang haruslah dicapai oleh DBKL ataupun di Kuala Lumpur. Apa kebaikan untuk mengumpulkan lebih penduduk sehingga 2 juta tanpa penambahbaikan pengangkutan awam sehingga semua penduduk, pekerja, pelancong di Kuala Lumpur selalu terpaksa terperangkap dalam situasi kesesakan di jalan raya?
Tuan Yang di-Pertua dalam mesyuarat dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan Ahli Parlimen saya berpeluang tahu tentang satu projek lapan buah blok pangsapuri yang mempunyai 2,000 unit rumah mampu milik di kawasan Bukit Jalil. Kononnya projek ini adalah di bawah PR1MA dan akan dijual kepada pegawai kerajaan dengan harga RM150 ribu iaitu projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Saya amat terkejut untuk lihat projek raksasa yang mempunyai 2,000 unit rumah pangsa ini didirikan di Bukit Jalil kerana saya tidak dapat membayangkan betapa sesaknya keadaan di mana semua jalan di Bukit Jalil apabila 2,000 hingga 3,000 pegawai kerajaan keluar daripada rumah pangsa PR1MA tersebut dengan kereta sendiri dan menuju ke arah pusat bandar. Bukit Jalil sekarang mengalami pembangunan yang pesat. Selain itu sekiranya terdapat program atau permainan bola sepak di Stadium Bukit Jalil ataupun padang Bukit Jalil, ke semua jalan di Bukit Jalil, Seri Petaling dan malah Puchong akan menjadi sesak. Begitu juga keadaan dalam bulan Ramadhan di mana yang seluruh kawasan di sekitar Bukit Jalil ini memang kereta tidak boleh, seolah-olah menjadi satu car park yang besar.
Apa yang akan berlaku di Bukit Jalil sekiranya DBKL meluluskan lagi pangsapuri PR1MA yang mempunyai 2,000 unit tersebut. Jadi saya ingin tahu, merayu Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengurangkan densiti projek tersebut. Kalau tidak rumah pangsa itu akan menjadi tempat yang menyeksa pegawai kerajaan yang duduk di rumah pangsa tersebut. Sehubungan dengan itu saya juga ingin cadangkan supaya bahagian SPAD yang menguruskan trafik di Kuala Lumpur diletakkan di bawah DBKL supaya DBKL ataupun Kementerian Wilayah Persekutuan boleh mengawal kesesakan trafik di Kuala Lumpur dengan lebih berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, sejak Yang Amat Berhormat Pekan pegang jawatan Perdana Menteri, beliau telah keluarkan satu slogan yang menarik iaitu 1Malaysia. Selepas itu kita juga lihat kerajaan menggunakan berjuta-juta ringgit untuk mempromosi slogan 1Malaysia. Akan tetapi kesannya pemimpin Barisan Nasional termasuk Menteri Kabinet sendiri yang merosakkan jiwa perpaduan dan juga merosakkan slogan 1Malaysia ini.
Dua bulan yang lepas seluruh masyarakat Malaysia terkejut apabila Yang Berhormat Menteri Pertanian, Yang Berhormat Bera mengeluarkan kenyataan dalam Facebook yang meminta orang Melayu boikot syarikat Cina seperti Old Town Cafe di mana beliau juga menuduh yang Old Town Cafe adalah dimiliki oleh Yang Berhormat Taiping dan Yang Berhormat Beruas yang mana satu dakwaan yang tidak betul.
Kami rasa kesal selepas seluruh masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Cina minta beliau mohon maaf termasuk juga MCA tapi kita lihat beliau sebagai seorang Menteri Kabinet tidak tarik balik kenyataannya dan juga tidak mohon maaf. Walaupun Ketua Polis Negara telah mengarahkan siasatan ataupun rakaman kenyataan ke atas beliau tetapi kita juga lihat double standard yang diamalkan oleh PDRM dalam isu ini. Pihak polis boleh menahan Yang Berhormat Lembah Pantai semalam di bawah Akta Hasutan selama satu malam selepas rakamkan kenyataan beliau dan masukkan dalam lokap satu malam.
Akan tetapi kita lihat yang ucapan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai itu ada dibuat dalam Parlimen yang sepatutnya kita ada imuniti. Akan tetapi beliau boleh diheret oleh polis masuk dalam lokap satu malam tapi kita yang Menteri Kabinet dalam Facebook kita lihat apa yang beliau tulis dalam Facebook nya. Polis rakam kenyataannya dan siasatannya tapi beliau tidak dimasukkan dalam lokap polis seperti Yang Berhormat Lembah Pantai yang kenyataan beliau itu dalam Facebook ini tidak ada imuniti.
Jadi saya rasa kesal yang double standard yang diamalkan oleh pihak polis dan yang mana kita tahu yang Ketua Polis Negara ini memang melakukan satu perkara yang salah, yang amat menyalahi undang-undang dengan menahan Yang Berhormat Lembah
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Pantai di dalam lokap. Saya juga minta Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri boleh jawab tentang ini dan memohon maaf kepada Yang Berhormat Lembah Pantai dalam isu ini.
Tuan Yang di-Pertua, yang akhirnya satu isu kerana saya diberi 20 minit yang saya rasa Yang Berhormat Arau harus beritahu kita, apakah yang berlaku di bangunan Parlimen kita? Apakah pelan pengubahsuaian Parlimen kita sekarang? Bila Ahli Parlimen, bila kami diminta pindah dari bangunan lama ke bangunan ini pada tahun 2010 atau 2011, kami diberitahu bahawa projek pengubahsuaian bangunan Parlimen akan ambil 5 tahun untuk siapkannya.
Sekarang kita telah masuk ke tahun 2015 dan kita lihat tidak banyak progress yang dijalankan dan sekarang tempat letak kereta menjadi lebih kurang lagi dan keadaan sekarang adalah begitu tidak seronok bagi kita di Parlimen dan kita sudah mengalami proses ini selama 5 tahun. Apakah yang berlaku pada Parlimen? Saya kasihan kepada Tuan Yang di-Pertua, sekarang Tuan Yang di-Pertua terpaksa pindah dari pejabat yang canggihnya dan masuk ke bangunan atas ini...
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Toilet pun tidak ada. Kasihan kepada Tuan Yang di-Pertua dan kasihan kepada Yang Berhormat Senator kita yang juga Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara kita. Kita juga hendak tahu apakah yang berlaku?
Berapakah kosnya? Berapakah variation order sekarang? Adakah kos pengubahsuaian telah pun meningkat? Bilakah akan siap? Apakah yang berlaku kita lihat pagar diletak sana sini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sungai Petani bangun Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya sila.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua kalau kita jalan kaki di kawasan Bangsar ataupun di kawasan di ibu negara ini, kita tengok pekerjaan berlaku dalam pembangunan ini 24 jam. Maknanya di kawasan pembangunan- pembangunan ini orang kerja 24 jam. Kita di Dewan ini kita tengok orang mundar-mandir macam tidak ada apa berlaku. Jadi saya tidak jangka 10 tahun lagi pun siap. Apa pendapat Yang Berhormat Seputeh seolah-olah tidak ada urgency dan kita didera begini sekali. Apa pendapat Yang Berhormat Seputeh tentang ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih. Ya memang saya setuju.
Yang hari itu ada seorang VVIP dari Australia, Senator kah, sesiapa datang ke Parlimen.
Tengok, kita pergi ke Parlimen Australia, wah, begitu besar, canggih, ada banyak bahagian Research Unit dan sebagainya tetapi di sini kita lihat...
[Disampuk] Ya, mungkin tempat ini hanya sesuai untuk Yang Berhormat Baling lah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Akan tetapi memang kalau kita hendak naikkan taraf yang jadikan Parlimen kita- saya tidak mahu sentuh tentang software dan apa yang disebut oleh Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Parit Buntar.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Parit Buntar semalam tentang ada select committee yang lebih banyak. Ini saya tidak mahu sentuh tetapi saya rasa yang hardware yang kita lalui sekarang yang menunjukkan yang kerajaan kita, yang kontraktor kita, JKR ini memang amat tidak berkesan. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua juga bersetuju pada kenyataan saya walaupun Yang Berhormat tidak boleh berucap sekarang dan saya rasa saya hendak minta Yang Berhormat Arau berikan satu taklimat kepada kita semua tentang apa yang berlaku supaya kita tahu dan kita boleh prepare berapa lama kita perlu tahan keadaan kita sekarang.
Jadi adakah setelah semua pengubahsuaian ini siap, adakah kita akan ada satu keadaan atau environment yang lebih baik? Macam sekarang kita kalau ada visitor hendak jumpa pelawat asing atau ada orang hendak jumpa kita sebagai Ahli Parlimen di Bangunan Parlimen ini, memang tidak ada tempat. Jumpa di mana? Kita terpaksa pergi ke Lake Club
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
lah, pergi kelab lainlah untuk berjumpa orang kerana sini Parlimen memang tidak ada tempat bagi kita untuk berjumpa sesiapa, termasuk juga Speaker.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini Yang Berhormat Baling kita tidak tahulah, Yang Berhormat Baling dia merayau-rayau di seluruh dunia pergi menyelamatkan dunia macam Superman, itu dia tidak perlu ada di Dewan Rakyat inilah. Jadi saya rasa kita perlu ada satu suasana yang lebih kondusif bagi kita untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai Parlimen supaya daripada segi at least fizikal, saya tidak kata software, kita boleh ada satu keadaan yang mana lebih baik dan kondusif kepada pegawai kerajaan kita dan kita Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini. Okey, ini ucapan saya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Hulu Rajang.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya ruang dan kesempatan ini untuk menyertai perbahasan ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dari Semporna yang telah bertanggungjawab ke atas MRSM atas tindakan pantas beliau dalam menyelesaikan isu yang berkaitan peraturan kolej yang sukar diterima pakai lebih-lebih lagi di negeri Sarawak. Ini menunjukkan komitmen yang tinggi kerajaan yang sentiasa berpegang teguh kepada dasar menghormati dan menjaga sensitiviti sesama bangsa, agama yang akhirnya semua pihak telah bersetuju tiada lagi masalah berbangkit yang telah timbul. Saya percaya segala lapisan masyarakat di Malaysia ini perlu diberi peluang untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi rujukan kita sebagai seorang rakyat Malaysia.
Pendidikan, Tuan Yang di-Pertua. Saya amat menyanjung tinggi konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar masyarakat berbilang kaum, agama, bangsa, budaya dan adat resam, masyarakat bandar dan luar bandar mempunyai hak yang sama rata dan tiada wujud isu warganegara kelas kedua lagi.
Namun demikian, pengambilan guru ke Institut Pendidikan Guru (IPG) sedikit sebanyak meresahkan saya sebagai Wakil Rakyat. Justeru itu, konsep 1Malaysia, Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya dijadikan panduan dalam pengambilan guru pelatih ke IPG supaya rakyat Sarawak dan Sabah dapat mengimbangi jumlah guru pelatih dari Semenanjung.
Pepatah Melayu mengatakan, “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”.
Walau bagaimanapun, pepatah tersebut tidak diamalkan oleh guru-guru kita dari Semenanjung yang ditempatkan di Sarawak, tidak tahu pula ceritanya di Sabah. Bukan semua tetapi ada setelah ditempatkan di sekolah pedalaman seperti di kawasan Hulu Rejang dan di Parlimen Kapit. Ada yang merayu Tuan Yang di-Pertua, agar dipindahkan dan ada juga tidak sabar menunggu bulan Jun untuk mengetahui sama ada rayuan dipindahkan itu diluluskan. Ada juga mohon dipindah sama ada permohonan dipindah itu dilulus dengan secepat mungkin. Mengapa, Tuan Yang di-Pertua, sewaktu ditemu duga mengaku sanggup mengajar walaupun di mana sahaja sekolah yang ditempatkan? Inilah kesan pengambilan berlebihan guru ke IPG berbanding Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, sekecil zarah pasir sekalipun saya tidak bermaksud tidak menghargai sumbangan guru-guru dari Semenanjung. Akan tetapi saya percaya sekiranya guru-guru Sarawak adalah daripada kalangan rakyat Sarawak sendiri, maka guru-guru ini akan memahami budaya dan keadaan pelajar-pelajar di Sarawak terutamanya mereka yang berada di luar kawasan atau pedalaman.
Kedai Rakyat 1Malaysia, Tuan Yang di-Pertua, telah memberikan banyak manfaat kepada pengguna dengan menawarkan harga yang murah berbanding tempat-tempat lain.
Rakyat di Kapit berterima kasih dan berasa bersyukur kerana pihak kementerian telah pun membuka cawangan pertama pada tahun lepas. Tidak dinafikan polisi kerajaan di dalam
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia idea yang terbaik, namun, pada peringkat pelaksanaannya masih terdapat beberapa kelemahan.
Penduduk di Pekan Kapit berhadapan situasi di mana barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia sering kali kehabisan dan tidak sampai seharipun dan menimbulkan tanda tanya kepada pengunjung yang melihat rak-rak sentiasa kosong.
Terdapat dakwaan daripada pengguna yang menyatakan peruncit-peruncit atau pasar- pasar raya yang telah sedia ada di Pekan Kapit mengambil kesempatan atas penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia ini dengan tanpa perlu berbelanja untuk menghantar barang yang dipesan. Dalam erti kata mudah Tuan Yang di-Pertua, bantuan ataupun subsidi ini tidak sampai kepada golongan sasaran yang diperlukan.
Tuan Yang di-Pertua, pinjaman kewangan perumahan kerajaan. Berkenaan dengan pinjaman kewangan perumahan yang melibatkan pasangan suami isteri yang masing-masingnya bekerja dengan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, saya mendapati ramai pasangan suami isteri mengadu tidak boleh berkongsi untuk membuat pinjaman menggunakan skim pinjaman rumah atau joint loan yang ditawarkan. Jika ia benar Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan daripada pihak Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, lantas ingin mencadangkan agar mengkaji semula akan polisi ini dengan menyelaraskan setiap urusan yang terlibat agar tidak menyukarkan pasangan suami isteri yang ingin membeli rumah untuk masa depan mereka, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, di Sarawak, industri perusahaan getah kian merudum disebabkan saingan getah sensitif dan juga faktor cuaca. Jika di Semenanjung, ada saya difahamkan penoreh-penoreh getah yang mengalami kerugian ini ada diberikan bantuan berupa subsidi daripada pihak kerajaan dan akan dapat meringankan beban mereka. Tuan Yang di-Pertua, akan tetapi di negeri Sarawak, penoreh-penoreh getah ini tidak mendapat bantuan daripada kerajaan seperti mana dengan rakan-rakan kita di Semenanjung.
Ini selari dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang inginkan kerajaan sentiasa membantu pekebun-pekebun kecil supaya pendapatan rakyat tidak terjejas, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon kementerian dapat mengkaji semula ketidaksamaan ini dan mencadangkan kepada pihak kementerian agar bantuan subsidi ini diberi kepada penoreh-penoreh di Sarawak juga.
Hospital Kapit, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan pelaksanaan transformasi sistem kesihatan negara. Saya ingin mengutarakan isu berkenaan dengan Hospital Kapit. Sudah beberapa kali dalam Dewan ini saya menyatakan bahawa Hospital Kapit amat memerlukan perkhidmatan doktor pakar dan penambahbaikan bangunan. Akan tetapi, saya masih lagi belum mendapat makluman balas yang memuaskan.
Atas desakan penduduk yang kian bertambah, keadaan Hospital Kapit tidak lagi sesuai untuk menerima pesakit-pesakit yang semakin meningkat saban tahun, Tuan Yang di-Pertua. Hospital Kapit yang juga turut menerima pesakit dari Daerah Song dan Belaga ini memerlukan penambahbaikan lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi kecemasan. Lebih membimbangkan lagi apabila perkhidmatan yang amat diperlukan masih belum disediakan dan pesakit lazimnya akan dirujuk ke Hospital Sibu.
Apabila dirujuk ke Hospital Sibu, ia memakan kos belanja yang besar buat keluarga pesakit dan sekiranya ada kes pesakit yang meninggal dunia, kos ditanggung untuk membawa si mati itu pulang juga akan meningkat lagi, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon agar pihak Kementerian Kesihatan lebih prihatin dan mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi sejak bertahun-tahun lagi.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Saya juga mewakili penduduk di kawasan saya dan Parlimen Kapit, juga ingin mencadangkan agar Hospital Kapit ini dapat diubah bagi memenuhi keperluan ataupun sebuah hospital baru dapat dibina di bahagian Kapit, Tuan Yang di-Pertua.
Jaringan jalan raya di kawasan Parlimen Hulu Rajang dan juga di Kapit, Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan telah menyatakan perancangan untuk membina sebuah empangan hidro di kawasan Ulu Baleh yang mana ia terletak di kawasan Parlimen Hulu Rajang. Meskipun ia masih pada peringkat perancangan, namun rakyat di kawasan Baleh sudah tertanya-tanya akan apakah sudah ada sebarang perancangan yang membina jaringan jalan raya di sepanjang Sungai Batang Baleh Kiri bagi menghubungkan kawasan- kawasan utama yang mempunyai ramai penduduk rumah panjang terletak di sepanjang Sungai Batang Baleh, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Rakyat di Baleh tidak mahu situasi yang sama terjadi seperti mana dialami penduduk di sepanjang Batang Balui di Belaga suatu ketika dahulu apabila mereka terputus pengangkutan air lebih kurang enam bulan berikutan daripada pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun. Oleh itu saya mohon agar kementerian dapat menjelaskan sejauh mana perancangan untuk membina jaringan jalan di sepanjang Batang Baleh ke Hidro Putai nanti, Tuan Yang di-Pertua.
Masih menyentuh isu berkenaan jalan. Pada tahun 2013, saya pernah menyuarakan kepada Dewan ini untuk membina jalan menghubungkan Rumah Juntan ke Sungai Sut, di Sungai Sut ke Rumah Bengau, Nanga Sut sepanjang 13 kilometer. Juga Nanga Mujong ke Nanga Gaat sepanjang 37 kilometer. Untuk perhatian pihak KKLW, ingin saya tegaskan bahawa jalan tersebut bukan terletak di bawah jalan SCORE seperti yang telah dinyatakan dalam jawapan bertulis kepada saya di Dewan ini, Tuan Yang di-Pertua.
Ini kerana jalan ini terletak di sebelah kanan mudik Sungai Batang Baleh.
Tambah pula, Sekolah Menengah Kebangsaan Baleh dan Klinik Kesihatan Desa Nanga Gaat dan yang sedia ada terletak di sebelah kanan Batang Baleh. Oleh itu, kepentingan untuk membina jaringan jalan di sebelah kanan mudik amatlah bersesuaian dengan facilities kerajaan yang telah sedia ada. Kalau KKLW tidak tahu di mana jalan tersebut Tuan Yang di-Pertua, tanya kepada saya sebagai wakil rakyat. Jawab, jangan jawab sesuka hati sahaja. Kalau sepatutnya banyak pegawai dari Sarawak dan Sabah boleh menolong di manakah tempat-tempat yang telah disebut, yang telah dipungut oleh wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, kita sudah 50 tahun merdeka dan lima tahun lagi kita menuju ke arah Wawasan 2020. Akan tetapi, rakyat masih belum mendapat pembangunan jalan di kawasan seperti di kawasan saya Hulu Rajang, Tuan Yang di-Pertua. Juga mengenai projek naik taraf bekas jalan kayu balak negeri Sarawak fasa ketiga. Menyentuh berkenaan dengan peruntukan naik taraf jalan tersebut di kawasan saya, baru-baru ini saya amat terkejut setelah mendapat tahu bahawa tiada senarai projek naik taraf jalan balak di Parlimen Hulu Rajang dan termasuk Parlimen Kapit, Yang Berhormat Timbalan Menteri KKLW.
Apa yang pastinya, senarai projek naik taraf jalan itu di kawasan Parlimen Hulu Rajang dan Kapit telah pun dihantar dan melalui Pejabat Residen dan Pejabat Daerah Kapit ke KKLW sebelum ini. Saya mohon agar pihak KKLW dapat mengkaji semula permohonan naik taraf jalan ini kerana seperti di kawasan-kawasan yang lain juga, kawasan saya amat memerlukan pembangunan. Rakyat menginginkan kerajaan bawa pembangunan yang saksama ke kawasan Hulu Rajang, Tuan Yang di-Pertua.
Projek terbengkalai iaitu solar hybrid. Semasa mengadakan lawatan ke Long Kajang dan Lusong Laku, saya mendapati terdapat projek terbengkalai untuk membina facility solar hybrid bagi membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk di kawasan saya di Hulu Rajang. Lebih mengecewakan, projek tersebut telah memulakan pembinaan semenjak tahun 2009 lagi dan sehingga kini, ia masih terbengkalai menunggu disiapkan. Ini memberikan imej-imej yang kurang sihat kepada pihak kerajaan kerana ‘Setitik nila rosak susu sebelanga’. Saya juga merasa terkilan kenapa masih belum ada sebarang jalan penyelesaian diambil bagi mengatasi masalah projek terbengkalai ini kerana ia salah satu pembaziran, mendatangkan kerugian kepada kerajaan kita. Mohon pihak kementerian dapat mengambil serius akan permasalahan ini dengan secepat mungkin.
Pembangunan di kawasan Empangan Bakun Tuan Yang di-Pertua. Dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga menyebut berkenaan dengan sektor pelancongan dan industri grafit. Saya sekali lagi senada dengan apa yang dititahkan oleh Baginda berkenaan dengan pelan pembangunan Empangan Bakun dan mempromosikan Hulu Rajang sebagai sebuah tempat yang penuh dengan aktiviti culture, adventure dan nature (CAN), Tuan Yang di-Pertua dengan izin.
Empangan Bakun menjanjikan tempat yang indah seperti Empangan Kenyir dan berpotensi besar untuk dibangunkan dengan pelbagai aktiviti sosioekonomi seperti ternakan ikan dalam sangkar, pelancongan, meredah hutan (jungle trekking), sukan air dan sebagainya. Begitu juga Baleh-Kapit Raft Safari yang diadakan pada setiap tahun di kawasan Kapit atau kawasan Hulu Rajang. Di mana ia turut mendapat penyertaan yang ramai dari dalam dan luar negara. Saya berharap agar Kementerian Pelancongan akan dapat bekerjasama dengan Tourism Task Force di bahagian Kapit supaya mencetuskan satu idea yang menarik bagi membangunkan kawasan luar bandar seperti di Hulu Rajang sebagai sebuah destinasi pelancongan negara kita.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Tuan Yang di-Pertua, semasa Bakun dibangunkan sebagai satu hidro kita, janji- janji kepada rakyat tempatan kita supaya rakyat tempatan diberi kerjasama yang setanding dengan jawatan-jawatan ataupun pekerja-pekerja dari luar. Jadi, janji ini mesti ditepati.
Rakyat tempatan juga janji mesti ditunai Tuan Yang di-Pertua dan jawatan kosong mesti diberi sama rata. Jangan berat sebelah, Tuan Yang di-Pertua. Anak-anak tempatan apa kurangnya. Mereka juga mempunyai kelulusan pendidikan yang tinggi. Juga saya ingin menyeru kepada Hidro Bakun supaya memberi sama rata kontraktor-kontraktor tempatan juga. Mereka juga setanding dengan rakyat-rakyat dari luar kawasan di Bakun itu.
Menara telekomunikasi, Tuan Yang di-Pertua. Sebahagian besar kawasan di Hulu Rajang masih jauh ketinggalan daripada segi penyediaan perkhidmatan telekomunikasi.
Banyak lagi menara telekomunikasi perlu dibina di kawasan pedalaman Sarawak berikutan muka buminya yang berbukit bukau, lantas menyukarkan beberapa buah kawasan yang tidak mendapat resepsi jaringan telekomunikasi. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian agar dapat dipertimbangkan untuk bina menara telekomunikasi di Long Urun, Uma Samuk, Punan Sama dan di Malinau kawasan Mujong iaitu Bukit Sesinat.
Ini penting kerana tempat-tempat ini mempunyai populasi penduduk yang ramai dan memudahkan perhubungan bagi kawasan jauh di pedalaman. Di sini juga saya ingin mencadangkan agar menara telekomunikasi yang bakal dibina ini kelak dapat dijana kuasa elektrik dengan mengenakan teknologi solar. Ini kerana sekarang ini semua menara telekomunikasi dijana dengan menggunakan set generator yang menggunakan minyak diesel untuk beroperasi. Sekiranya set generator ini kehabisan minyak, maka perkhidmatan telekomunikasi di kawasan tersebut akan tergendala, menunggu diisi semula oleh pihak kontraktor yang bertanggungjawab.
Masih menyentuh berkenaan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Rakyat di Sarawak majoritinya yang fasih berbahasa Iban termasuk berbahasa Bidayuh, Orang Ulu dan sebagainya, ingin mohon agar siaran Berita Iban saluran TVi dapat ditambah tempoh dari 15 minit kepada 30 minit, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon agar pihak kementerian dapat menyalurkan informasi penting kepada pendengar dan secara tidak langsung mempromosikan Sarawak ke dunia luar.
Stesen bomba di Sungai Asap, Tuan Yang di-Pertua. Sungai Asap mempunyai bilangan penduduk yang kian bertambah dan rata-ratanya tinggal di rumah panjang yang dibuat daripada kayu. Atas keperluan yang mendesak, pekan Sungai Asap amat memerlukan sebuah stesen bombanya sendiri bagi memberikan perkhidmatan keselamatan dan kecemasan di kawasan Sungai Asap. Ini adalah penting bagi perkhidmatan bomba yang terdekat adalah terletak jauh dari Sungai Asap. Saya sendiri pernah menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke kawasan Sungai Asap. Beliau pasti sedia maklum akan keperluan untuk membina sebuah stesen bomba di Sungai Asap. Mohon dipertimbangkan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Peluang pekerjaan warga tempatan. Kebanjiran pekerja asing tanpa izin ini telah menutup peluang anak-anak tempatan yang tinggal di rumah panjang untuk bekerja.
Dengan alasan, mereka ini tiada pengalaman. Padahal pekerja tanpa izin tersebut pun tidak mempunyai sebarang pengalaman sebagaimana yang diperlukan. Disebabkan keadaan tersebut, anak-anak tempatan terpaksa berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari rezeki masing-masing dan meninggalkan kampung halaman mereka, Tuan Yang di-Pertua.
Tambahan lebih membimbangkan pekerja-pekerja asing ini diambil tanpa ada memohon sebarang permit dari Jabatan Tenaga Kerja. Sesetengahnya ada yang bekerja dengan menyalahgunakan visa lawatan yang telah tamat tempoh, Tuan Yang di-Pertua.
Saya mohon pihak kementerian agar dapat menyiasat dakwaan ini kerana syarikat-syarikat ini lebih cenderung untuk mengambil pekerja asing tanpa permit. Wujud keadaan diskriminasi di mana syarikat-syarikat pembalak lebih memilih dan mengutamakan pekerja asing berbanding dengan anak tempatan.
Saya mohon agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja dapat bekerjasama untuk membanteras pekerja-pekerja tanpa izin ini. Begitu juga kisah di sepanjang Jalan Tubau, Sungai Asap di mana lori-lori hantu Tuan Yang di-Pertua, yang mengangkut kayu haram ini sesuka hati, menggunakan kemudahan jalan raya sehingga rosak dengan berani melanggar bar hump tinggi yang baru sahaja dibinakan. Saya
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
berharap kegiatan melanggar undang-undang seperti ini dapat dibanteras dengan kerjasama pelbagai pihak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Boleh gulung Yang Berhormat.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Boleh gulung Tuan Yang di- Pertua? Boleh sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Boleh.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Tuan Yang di-Pertua, ini mengenai masyarakat suku kaum Penan. Jika di Semenanjung, Orang Asli sebagai suku kaum peribumi asal, di Sarawak pun orang Penan merupakan penduduk kaum asal negeri Sarawak. Jadi, saya mohon Orang Asli ditadbir sebaik-baiknya, dapat diberi tindakan dan diberi kemudahan seperti Orang Asli di Semenanjung ini. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin menyentuh tentang Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah menyebut dalam Titah Tuanku tentang pentingnya pemisahan kuasa antara pihak eksekutif, legislatif dan badan kehakiman. Hari ini sebenarnya kita melihat banyak pertindihan kuasa di antara ketiga-tiga badan ini. Sebenarnya, Malaysia ini berlebihan rang undang-undang yang ada tetapi berpilih-pilih dalam penguatkuasaannya. Itulah realiti hari ini.
Saya ingin bermula dengan isu di bibir setiap bibir rakyat Malaysia iaitu isu 1MDB yang telah menjadi isu utama di kalangan semua, baik di kalangan parti-parti pro-kerajaan, rakyat biasa ataupun Pakatan Rakyat tentang masalahnya. Jumlah hutang dan kerugian 1MDB telah menarik perhatian bukan hanya rakyat Malaysia tetapi juga masyarakat antarabangsa kerana ia merupakan syarikat 100% di bawah Kementerian Kewangan dan Kerajaan Malaysia.
Rakyat susah untuk mempercayai syarikat 100% milik kerajaan mempunyai modal lebih kurang RM5 bilion, sekarang menanggung liabiliti RM42 bilion dalam satu waktu yang begitu singkat. Di sini saya ingin mendedahkan, sebenarnya tragedi ini tidak akan berlaku dan tidak patut berlaku jika pihak kerajaan mengambil iktibar dari fiasco kecelaruan penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA) dan telah mengambil sikap good governance iaitu pentadbiran kerajaan yang bertanggungjawab.
1MDB telah ditubuhkan bagi menggantikan TIA di peringkat nasional, kononnya untuk menyelamatkan TIA daripada masalah-masalah yang telah dialami daripada peringkat awal. Akan tetapi apa yang berlaku ialah mimpi yang ngeri yang berulang kembali. Isu pertama, sepatutnya ada penyenaraian daripada masalah TIA di mana masalah ini tidak patut berulang. Ia telah ditubuhkan atas idea Perdana Menteri sendiri, Kerajaan Negeri Terengganu dengan Dato’ Shahrul sebagai CEO dan Jho Low sebagai penasihat utamanya walaupun dikatakan bukan seorang pengarah.
TIA ditubuhkan mencontohi Norway Sovereign Fund iaitu Tabung Pelaburan Norway yang merupakan contoh terbaik di dunia, pelaburan wang minyak negara untuk generasi akan datang. Seperti sovereign fund lain di dunia, dana diperolehi daripada keuntungan cash hasil minyak dan bukanlah daripada pinjaman bank. Perbezaan TIA dananya dari future income, pendapatan masa depan, dari minyak dan wang pinjaman. Masalahnya juga, TIA sudah tidak lagi dapat royalti sejak tahun 1999 setelah PAS memerintah tetapi hanya diberi wang ihsan.
Sudah cukup dan jelaslah sebagai pengajarannya, TIA dengan modal aset permulaan RM5 bilion telah mengalami masalah dari awal lagi kerana perancangan yang lemah dan tidak cekap sehingga 1MDB ditubuhkan untuk menyelamatkannya. Apakah kolateral dan cagaran untuk RM5 bilion ini? Inilah persoalan oleh rakyat-rakyat Terengganu.
Bagaimana TIA boleh ditubuhkan, kononnya dengan pledge atau future earning, pendapatan masa hadapan royalti minyak. Ini kerana Kerajaan Barisan Nasional sendiri
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
telah membatalkan perjanjian royalti dan telah menggantikan dengan konsep wang ihsan dan di situlah bermulanya segala masalah.
Bagaimana mungkin wang ihsan boleh diambil kira pendapatan akan datang atau future earning kerana ihsan adalah ihsan. Tidak ada satu angka atau jumlah yang ditetapkan. Inilah sandiwara dalam justifikasi penubuhan TIA dan segala masalahnya. TIA menghadapi berbagai masalah cash flow, di mana masih belum ada projek dikenal pasti walaupun dana RM5 bilion telah dipinjam.
Kerajaan Terengganu lebih bijak membatalkan pelaksanaan TIA apabila menyedari bayaran faedah sahaja RM800 juta setahun tanpa projek dikenal pasti atau dilancarkan.
Dalam proses penubuhan TIA, beberapa orang individu VVIP telah menjadi kaya-raya dengan komisen beratus juta. Di sini juga rakyat Terengganu dan rakyat Malaysia ingin tahu bagaimanakah segala liabiliti ini akan dibayar dan siapakah yang akan menanggungnya. Di sinilah permulaannya tangan-tangan ghaib dan penglibatan Jho Low yang masih berusia 28 tahun semasa itu. Fiasco kedua bernama 1MDB telah bermula dan rakyat ingin juga tahu di manakah datangnya kepercayaan yang begitu tinggi kepada seorang individu rakyat Malaysia yang tidak bermastautin di sini pun.
Sebenarnya, TIA merupakan full dress rehearsal atau latihan raptai penuh yang tidak boleh dilaksanakan tetapi sebahagiannya telah mengaut keuntungan beratus juta sebagai komisen. 1MDB pula pelaksanaan sepenuhnya dan melengkapkannya dengan komisen RM250 juta dan hutang-hutang RM42 bilion telah dialami dengan begitu cepat. Soalannya di sini, kalau negeri Terengganu yang begitu kecil, dengan tidak ada kemudahan sofistikated dan sebagainya dan Kerajaan Malaysia dengan kemudahan MOF, Bank Negara dan segala ahli korporat, Terengganu boleh mengatasi masalah dan menjangkakan masalah ini. Mengapakah Kerajaan Malaysia tidak menjangkakan masalah yang kita hadapi hari ini? Di sinilah banyak persoalan yang kita tidak dapat menerima penjelasan yang diberi pada hari ini.
Isu kedua, Kerajaan Malaysia telah melanggar undang-undang sendiri. Pada tahun 2014, semasa kita membentangkan di Parlimen, pindaan Anti Money Laundering Act, pindaan Akta Penggubahan Wang Haram, kerajaan melalui 1MDB sendiri telah memindahkan RM2.5 bilion wang ke Cayman Island, ibu negara pusat wang haram. Di sinilah pusat wang haram yang...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sedikit. Saya ingin dapat pandangan daripada Yang Berhormat. Jho Low telah pernah dalam temu duga dengan Focus Malaysia mengatakan, dengan izin, “I was involved in the setting up of TIA from January 2009 to mid- May 2009. The Yang di-Pertuan Agong was kind enough to ask me to assist, given my relationship with the Middle East.” Saya ingin tahu, kalau seseorang itu buat claim seperti ini, telah mengheret nama Diraja, adakah ini telah patutnya disiasat sama ada claim itu benar atau tidak.
Kalau tidak, sepatutnya dianggap sebagai menghasut dan menghina istana.
Terima kasih.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Ya, terima kasih Yang Berhormat Batu. Ya, saya rasa tuduhan seperti itu patutlah diberi perhatian yang sepatutnya kerana ini merupakan satu tuduhan yang amat berat. Kalau kita lihat pada hari ini modus operandi atau sistemnya, konsepnya lebih kurang sama kerana apabila ada pinjaman yang disalirkan melalui PetroSaudi ada juga keluarga diraja di Saudi terlibat dalam skim sedemikian rupa. Jadi kita dapat lihat secara beroperasinya adalah menggunakan bukan hanya jawatan kerajaan tetapi juga keluarga utama diraja dan sebagainya. Ini saya rasa memang patut diberi perhatian oleh IGB kita yang sekarang ini banyak menumpu kepada pembangkang dalam negara.
Saya ingin menyambung bahawasanya kalau orang-orang kampung sedar bahawasanya Cayman Island ini merupakan pusat wang haram di mana wang judi, dadah dan jenayah dikumpulkan saya rasa sudah tentu mereka tidak redha kerajaan memindahkan wang-wang pembayar cukai dan sebagainya kepada pusat yang sedemikian rupa. Akan tetapi dalam isu kedua ini 1MDB perkara sama yang berlaku commission yang dikatakan 700 juta telah dibayarkan.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Terlibat juga seorang individu yang bernama Tarik Ubai yang dinamakan melalui Sarawak Report yang ada kaitan juga dengan keluarga diraja di Arab Saudi. Ini merupakan satu tuduhan yang dicatat di dalam email yang telah dikesan. Inilah yang kita hendak nyatakan di sini kenapa saat kita mengadakan undang-undang tambahan untuk menakutkan orang daripada membuat money laundering tetapi kerajaan sendiri memindahkan wang kepada pusat money laundering. Ini seolah-olah sebagai ayah hendak mengajar anak ketam berjalan straight tetapi dia sendiri masih berjalan mengiring.
Inilah masalah yang kita hadapi di mana wang Malaysia telah dibawa ke Cayman Island di luar kawalan dan juga pemantauan Bank Negara yang merupakan pusat yang patut menjaga kepentingan kewangan kita. Saya ingin merujuk persoalan saya di Parlimen tahun lepas kepada Timbalan Menteri Kewangan di mana saya bertanya kenapa kita pindah wang kita kepada pusat penggubalan wang haram dunia. Jawapan didapati adalah yang saya perolehi adalah short term. Saya bertanya kenapa, bukan kena lama mana.
Pada hari ini saya ingin bertanya kalau short term adakah wang ini telah dikembalikan ke bumi Malaysia kerana ini sudah melebihi lebih kurang setahun.
Kita baru-baru ini mendengar bahawasanya ada sebahagian wangnya telah dikembalikan tetapi tidak sampai di bumi Malaysia, diletakkan di Singapura. Kononnya kerana regulation, dengan izin, Bank Negara. Di sini letak anehnya kerana Jho Low melalui email komunikasi yang telah didapati oleh Sarawak Report menyatakan untuk mengeluarkan USD700 juta ke PetroSaudi tidak memerlukan kelulusan Bank Negara. Dia boleh uruskan dengan kelulusan dengan orang atas. Itu hendak bawa keluar tapi hendak bawa masuk susah pula. Inilah satu perkara yang amat ajaib yang kita dapati pelbagai helah diberi untuk mengembalikan wang kita kembali ke Malaysia. Inilah yang menjadi satu pertanyaan besar kepada pihak yang menguruskan.
Soalan di sini kita mempunyai dua setup atau dua syarikat diterajui oleh tiga orang yang sama dan masalahnya lebih kurang sama tetapi berpindah daripada sebuah kerajaan negeri yang kecil kepada Kerajaan Pusat yang lebih sofistikated dan masalah berkali ganda besar dan sehingga hari ini masih belum diatasi. Itulah masalah yang rakyat ingin mendapat satu penjelasan yang lebih terperinci daripada pihak berkuasa. Saya beralih sedikit daripada isu orang atasan dan orang-orang yang begitu mewah daripada segi perbelanjaannya kepada pihak yang termiskin iaitu masalah nelayan Malaysia.
Pada beberapa minggu yang lepas, kita telah diberi berita tentang tindakan kerajaan Indonesia di bawah Presiden Jokowi yang meletupkan sebuah kapal pendaftaran Malaysia. Akan tetapi sebenarnya kapal pendaftaran Malaysia itu mempunyai anak kapal Myanmar dan tuan punya bukanlah merupakan nelayan biasa kita tetapi tauke-tauke yang begitu senang dan begitu mewah statusnya sebagai VIP. Kita sangat memuji kerajaan Indonesia yang telah mengambil tindakan yang begitu tegas di mana patut dicontohi oleh kerajaan kita yang banyak memberi alasan berbagai-bagai tentang penyelarasan, agensi dan sebagainya sejak merdeka lagi.
57 tahun masih tidak dapat membela masalah nelayan biasa kita yang bersaing dengan nelayan-nelayan Vietnam dan juga Thailand. Jokowi hanya beberapa bulan telah dapat mengambil tindakan tegas dengan political will nya. Indonesia kita mesti ingat mempunyai 18,000 buah pulau dan dia dapat menguatkuasakan kedaulatan negara dan rakyatnya dengan begitu baik kenapa tidak kita. Inilah terletaknya political will nak tak hendak. Satu lagi pihak nelayan di Pantai Timur khususnya telah dijanjikan oleh menteri berkenaan untuk mengatasi masalah bot-bot nelayan asing dengan pukat tunda yang haram sebagainya dengan janjinya untuk membatalkan lesen-lesen bot demikian.
Sehingga hari ini, tidak dilakukan lagi walaupun janji telah lama dibuat. Sebagai contohnya pada tahun 1997 kementerian yang sama telah membatalkan beratus-ratus lesen, bot laut dalam. Ini menunjukkan ada political will pada waktu itu tetapi kenapa tidak sekarang. Tetapi malangnya pada tahun 1997 lesen-lesen yang telah dibatalkan itu tidak diberi kepada nelayan yang miskin secara individu tetapi kepada syarikat korporat yang besar di mana sekali lagi satu monopoli yang tidak menguntungkan rakyat biasa telah mengaut segala keuntungan.
Ada banyak lagi contoh-contoh di mana Malaysia berlebihan rang undang-undang tetapi berpilih-pilih dalam penguatkuasaan tentang pendakwaan. Ia ditunjukkan dalam Malaysia begitu banyak undang-undang seperti Akta Hasutan yang tidak digunakan oleh negara-negara lain lagi. Sebenarnya, banyak undang-undang lain yang boleh digunakan tetapi kenapa kerajaan telah berjanji tetapi membatalkan hasrat untuk memansuhkan akta kuno ini. Ia seperti menggunakan kapak yang besar yang digunakan untuk menebang pokok untuk memotong sebatang mancis. It’s over kill. Sangat jelas kebelakangan ini
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
mangsa Akta Hasutan mempunyai kaitan motif politik di mana bukan hanya ahli politik menjadi mangsa tetapi mahasiswa, pensyarah dan ahli akademik yang menegur kerajaan didakwa.
Anak muda hari ini memerhati sikap memilih bulu secara selektif ditunjukkan dengan keengganan pihak berkuasa mendakwa pihak pro kerajaan yang dengan jelas dan jahat menghasut kebencian terhadap kaum dan agama lain. Ini termasuk seorang Menteri yang mengesakan boikot dan kemarahan kepada komuniti Cina atas kononnya harga barang yang tinggi disebabkan oleh kaum Cina. Ini disiarkan dengan begitu meluas melalui media perdana. Gambar Menteri berkenaan menunjukkan kebanggaan beliau dengan penyokong-penyokong berhala kanan disiarkan berhari-hari di akhbar hadapan.
Tiada apa-apa tindakan oleh pihak polis diraja. Ada juga seorang bekas Menteri membuat tuduhan palsu seorang bukan Islam kononnya membakar Al-Quran sehingga kini tidak ada juga tindakan. Semasa segala kekuasaan kerajaan dikenakan terhadap pihak pembangkang termasuk perkara seperti demonstrasi aman yang tidak mencederakan sesiapa pun. Jenayah dahsyat pembunuhan kejam diambil sikap lebih kurang dan seolah- olah tidak perlu penyiasatan lanjut dan terperinci. Kes pembunuhan Altantunya menunjukkan sikap sedemikian di mana motif pembunuhan dikatakan tidak penting atau perlu. Walaupun mangsa ditembak dan bom dikenakan pada badannya sehingga berkecai jasadnya tidak ada rayuan pun dibuat oleh pendakwa. Pertuduh utama boleh dibenarkan keluar negara.
Kenapa jenayah dahsyat dibenarkan dan tidak diambil tindakan yang sebagainya tetapi demonstrasi anak muda yang aman diberi segala tumpuan dan tekanan pihak berkuasa. Ini persoalan masyarakat muda hari ini. Inilah sikap sistem undang-undang keadilan yang terpilih yang berkuasa terus diberi keistimewaan dan yang lemah seperti mahasiswa diburu hingga ke lubang cacing sampai ke rumah dan passport mereka dipegang atas sebab-sebab kecil seperti lambat membayar hutang pelajaran dan sebagainya.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Lepasan universiti...
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Satu minit, satu minit. Saya hendak tumpang soalan dalam perbahasan Yang Berhormat Kuala Terengganu. Mengapa Ahli Parlimen Hulu Selangor ditumbuk oleh seorang guru yang kononnya ahli UMNO, Ahli Parlimen Hulu Selangor pun sudah buat laporan polis. Akan tetapi sampai sekarang tiada tindakan jenayah yang dibuat? Saya tumpang soalan dalam perbahasan, terima kasih.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Itu adalah soalan yang relevan dan berkaitan dengan apa yang saya bincangkan di sini. Kenapa tindakan berpilih- pilih? Ada yang instant, ada yang tertangguh-tangguh. Ini merupakan masalah. Lepasan universiti juga menyoalkan mereka yang baru bekerja diburu dan disekat penggunaan pasport antarabangsa atas pinjaman kecil. Sementara penjenayah besar dan ahli korporat yang menyeleweng beratus juta dan berbilion diberi segala kebebasan dan kemudahan.
Malahan seorang rakyat Malaysia yang merupakan orang yang di dakwa Kerajaan Amerika atas kesalahan jenayah diberi surat sokongan oleh seorang Menteri Kanan Malaysia bagi membantu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Boleh gulung Yang Berhormat.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
...Meringankan kes tersebut. Sedikit lagi. Walaupun beliau telah memiliki kerakyatan luar tetapi masih diberi sokongan. Anak muda hari ini tidak boleh dikekang fikiran dan dahaga mereka untuk maklumat dan kebenaran amatlah membara. Kita telah melahirkan generasi dinamik dan progresif. Mereka melihat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dipenjarakan dengan hairan setelah mengikut dan meneliti perbicaraan beliau.
Sekarang mereka melihat pula anak Yang Berhormat Permatang Pauh, Nurul Izzah generasi mereka dipenjarakan setelah berucap di Parlimen. Anak muda hari ini, mereka tersentak dan amat marah. Nurul Izzah merupakan generasi mereka dan merupakan simbol atau ikon perjuangan atau struggle mereka. Di sinilah kita meminta
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Kerajaan Malaysia menghormati segala generasi yang sedang menaiki tompok atau tapak - pemerintahan melalui pemuda-pemuda dan persatuan-persatuan NGO.
Saya akhiri dengan menyebut di sini tentang Malaysia hari ini menjadi Pengerusi ASEAN dan kita telah menunjuk contoh yang buruk dan memalukan. Kita melaungkan wasatiyyah tetapi bergelumang dengan tindakan rakus keterlaluan atas rakyat sendiri.
ASEAN dan wakil-wakilnya yang berpusat di Kuala Lumpur memerhati. Kita mendabik dada akan menjadi negara maju 2020 tetapi menjurus ke belakang dengan sikap feudal penggunaan akta hasutan yang lebih kuno daripada penduduk gua dari zaman batu.
Yang Berhormat Gua Musang telah menyebut tentang economic and political gridlock. Saya ingin menambah kita juga menghadapi moral gridlock. Kita tidak dapat mengeluarkan diri kita daripada masalah moral yang tidak dapat memandang kelemahan dan kesalahan besar di negara kita sendiri. Rakyat tidak boleh menerima ini semua. Saya mencadangkan kerajaan kaji semula matlamat dan konsep negara maju 2020 dan kemajuan masyarakat bukan terletak kepada kebendaan semata-mata, US15000 adalah segala-galanya. Akan tetapi kemajuan sebenarnya dari aspek Islam dan juga semua agama lain dunia adalah kerajaan yang adil beramanah dan bijaksana yang mana Malaysia sangat jauh ketinggalan dari segi semua aspek. Saya mohon dipertimbangkan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk bersama-sama membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya merafak sembah dan menjunjung kasih ke bawah Duli yang Maha Mulia kerana telah mencemar duli bagi merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas.
Tuan Yang di-Pertua, “Berat mata memandang berat lagi bahu memikul”. Inilah kejadian peristiwa sedih MH370, MH17 dan diakhiri pada tahun lepas dengan peristiwa banjir besar yang melibat hampir 200,000 orang dan menyebabkan perbelanjaan hampir RM2 bilion. Di katakan banjir ini telah terjadi atas beberapa sebab dan sebab yang penting adalah kerana perubahan iklim dan juga pembalakan yang berleluasa. Ini adalah ketentuan Allah SWT. Yang Berhormat Bagan Serai turut rasa bersimpati dan sedih dan mendoakan agar semua mereka yang terlibat bersabar dengan ujian Allah SWT… [Berucap dalam bahasa Arab] Ini sepatutnya masa untuk kita bermuhasabah, untuk kita duduk dan berfikir, apakah signal, apakah tanda-tanda yang Allah SWT bagi kepada kita. Bagi mereka yang terkena bencana ini mereka patut bersabar dengan ujian ini. Akan tetapi bagi mereka yang tidak kena, inilah masanya untuk kita berfikir bagaimana kita dapat menolong mereka, bagaimana kita juga dapat merasa kesedihan yang dialami oleh mereka ini. Banjir besar ini terjadi di beberapa negeri dan Bagan Serai juga terlibat dengan banjir ini.
Seramai 321 orang dipindahkan ke dua pusat penempatan yang melibatkan 96 keluarga. Walaupun agak kecil tetapi banjir tetap banjir. Kerugian harta benda, tanaman, ternakan, infrastruktur dan juga kesedihan yang dialami oleh mereka ini adalah sama juga di mana-mana tempat yang terkena banjir. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah mengambil tindakan yang cepat dan semua yang terlibat.
Terutamanya di Daerah Kerian yang melibatkan orang besar jajahan, pegawai kerajaan, MKN, JKM, JPS, JKR, PDRM, ATM, JPAM, RELA, Bomba, TNB, PPD, penghulu, ketua- ketua kampung, ahli-ahli politik, NGO, pihak swasta dan ramai sukarelawan. Ini satu petanda baik di mana kita dapat berusaha bersama-sama menolong kawan-kawan yang lain yang terkena banjir. Jadi, yang inilah yang kita katakan bersama-sama membantu bukan masanya kita menuding jari dan cari kesalahan sesiapa… [Berucap dalam bahasa Arab] Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun kejadian yang dahsyat ini, kejadian yang banyak memberi kesedihan dan perbelanjaan yang banyak ini, kerajaan patut melihat pada pengurusan bencana yang ada perlu diperkemaskan dan perlu diperbaiki. SOP yang ada ini perlu dikemaskan dan perlu dihayati balik supaya kalau ada kejadian-kejadian yang akan datang kita tidak akan menjadi hura-hara dan sebagainya. Saya mengucapkan
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
tahniah pada kerajaan kerana semalam Timbalan Perdana Menteri telah berada di Jepun dan telah berkata bahawa kita boleh belajar daripada modul pengurusan bencana di sana dan berkata kerajaan akan menghantar pegawai-pegawai untuk mengkaji kesesuaian dan sebagainya untuk membawa program yang lebih baik.
Kita dapat lihat hari ini kita patutnya membuat pendidikan awal lebih kemas tentang kesihatan supaya tidak terkena penyakit seperti leptospirosis, cirit-birit dan sebagainya semasa banjir dan juga keselamatan supaya kita dapat menghindarkan kematian dan kehilangan nyawa.
Pengurusan aset, bot-bot dan alatan yang mencukupi, penyelarasan bantuan beras, pakaian dan sebagainya supaya benda itu direkodkan dengan baik, tidak ada kecurian, tidak ada ketirisan dan juga perlu ada penempatan khas. Saya mencadangkan diadakan apartment yang tinggi dan apartment ini boleh digunakan untuk program-program lain semasa tidak ada banjir, tidak ada bencana. Hari ini kita lihat apabila mereka dipindahkan ke sekolah-sekolah yang mungkin tidak ada kemudahan-kemudahan yang asas, yang baik. Saya lihat ada juga keluarga-keluarga, ada ibu-ibu yang menyusukan anak terpaksa tidur di surau-surau sahaja di kawasan banjir.
Seperkara lagi ialah tentang bantuan duit. Apakah kriteria-kriteria yang digunakan untuk memberikan bantuan duit ini? Adakah orang yang kena banjir yang dikatakan air naik sahaja dia dapat bantuan ataupun air yang naik di rumah dia, yang menenggelamkan separuh dari rumah dia, dia dapat bantuan. Jadi, kriteria ini perlu diperkemaskan Begitu juga usaha-usaha pasca banjir. Bagaimana rumah dapat dinaiki, bagaimana mereka yang hilang pendapatan dan bagaimana kesihatan orang-orang tua dan sebagainya yang mengalami banjir ini.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Yang Berhormat Bagan Serai, sedikit sahaja. Minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setuju atau tidak Yang Berhormat Bagan Serai, pengurusan banjir negara kita ini nampaknya tidak terurus sedangkan banjir ini sudah berlaku boleh dikatakan saban tahun. Akan tetapi pengurusannya tidak terurus. Sepatutnya sudah ada satu SOP terutama dari segi penyediaan macam Yang Berhormat Bagan Serai menyebut terpaksa ibu yang menyusu anak di hadapan orang ramai dan sebagainya.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Sepatutnya macam berlaku di Jepun dan di Korea dia ada macam satu khemah dan sebagainya walaupun diletakkan di dalam bangunan supaya dapat diasingkan di antara lelaki dengan perempuan.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Kita mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana kerajaan telah bertindak cepat dengan SOP yang ada. Saya memberikan cadangan tadi supaya SOP ini diperkemaskan dan diperbaiki. Kita lihat sudah ada. Hari ini Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri berada di Jepun untuk memikirkan bagaimana kita dapat mengambil kira modul pengurusan bencana di Jepun untuk kita bawa balik ke sini.
Tuan Yang di-Pertua, harga barang menjadi perbualan yang hangat di beberapa bulan yang lepas. Kita hari ini dapat melihat satu paradoks dengan izin dalam harga barang. Apabila minyak naik, semua mengatakan barang-barang telah naik. Ramai orang buat bising minta minyak diturunkan supaya harga barang turun tetapi apabila minyak betul- betul turun sampai ke tahap USD40 satu barrel, harga petrol pun turun tetapi harga barang tidak turun. Apakah yang sebenarnya yang mempengaruhi harga? Apakah ketidakanjalan ini memberitahu kita hari ini? Kita lihat hari ini anjal naik tetapi cukup liat untuk turun. Flexi upwards dengan izin and very sticky downwards. Apakah sebenarnya punca-puncanya?
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Beruas bangun.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ini manusia-manusia yang mengambil kesempatan yang menjadikan harga petrol sebagai alasan. Inilah orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Di manakah sepatutnya fokus kita? I have to finish this.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Just one clarification boleh?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sebentar, sebentar.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Oleh sebab RM sudah turun 18%. Jadi barangan masih tinggi.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Biar saya habiskan ini dahulu. Di manakah fokus kita? Kalau kita lihat pada rantaian bekalan, tahap persaingan yang sebenarnya menjadi ukuran. Kita mesti cuba untuk huraikan kuasa-kuasa monopolistic yang boleh menimbulkan manipulasi harga.
Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah mengadakan usaha- usaha seperti kawalan harga, kempen menurunkan harga barang, jihad memerangi orang tengah dan kuasa pengguna. Akan tetapi usaha-usaha ini adakah ia akan bertahan lama?
Adakah usaha-usaha akan benar-benar menurunkan harga barang-barang ini?
Jadi kalau kita lihat di rantaian perbekalan contohnya saya ambil sayur. Kalau orang tanam sayur dan orang tengah bawa sayur ke Kuala Lumpur dan di pasar ada orang jual sayur, kita lihat sini ada pengeluar, sini ada orang tengah dan sini ada peruncit. Di mana dalam rantaian ini sebenarnya ada kuasa monopolistic. Di manakah sebenarnya ada kuasa- kuasa untuk menentukan harga?
Saya melihat isunya sebenarnya bukan tengah atau kanan atau kiri tetapi pihak yang memanipulasikan harga mungkin di hujung ataupun mungkin di huluan. Jadi saya mencadangkan usaha-usaha kerajaan adalah baik. Apa kata kalau kaedah dan mekanisme yang patut diperincikan. Apa kata kalau kita tukarkan daripada jihad kepada orang tengah kepada jihad kepada pihak yang memanipulasikan harga. Menimbulkan pihak yang mengadakan kuasa monopolistic yang memanipulasikan harga. Ini mungkin di tengah, mungkin di huluan ataupun mungkin di hiliran dan juga kuasa pengguna. Elok kita berganjak daripada konsep kita memboikot kepada konsep pengguna yang berpendidikan, pengguna yang berhemah yang membuat keputusan yang bijak untuk mengatur perbelanjaan dengan informasi yang diberikan oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, tahun ini Malaysia menjadi pengerusi kepada ASEAN dengan tema dengan izin Our People, Our Community and Our Vision. Saya mengucapkan tahniah dan ini merupakan satu tanggungjawab kepada kerajaan kerana pada hujung tahun ini akan diformulizekan dengan izin Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pada tahun ini juga. Ini satu pengiktirafan yang tinggi untuk Kerajaan Malaysia. Pada tahun lepas saya menghadiri satu forum ekonomi dunia di Filipina pada bulan lima. Forum Ekonomi Dunia Asia Timur di Manila bersama dengan MITI. Saya melihat bagaimana negara-negara ASEAN memberikan penghargaan, memberikan pengiktirafan, memberikan harapan yang tinggi pada Malaysia. Saya melihat bagaimana mereka memberikan tumpuan apabila Yang Berhormat Menteri MITI memberikan ucapan dan memberikan pendapatnya mengenai AEC ini.
Kini negara Malaysia Pengerusi ASEAN. Kita dapat lihat pada awal tahun lagi. Pada 28 Februari hari itu ada Pemukiman Menteri Ekonomi ASEAN di Kelantan dan banyak juga mesyuarat-mesyuarat yang akan diadakan di Malaysia. Contohnya pada 26 April akan ada sidang kemuncak ASEAN ke-26. Pada 26 Mei akan ada ASEAN SME Showcase and Conference dengan izin untuk menentukan tiga tonggak ASEAN ini iaitu politik dan keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya berjaya dilaksanakan.
Apa pun kehadiran ASEAN dan kehadiran AEC ini kita mengharapkan fokus yang utama diberi menghapuskan semaksimum halangan dalam ASEAN bagi memudahkan aktiviti-aktiviti ekonomi. Cuba kita bayangkan rakyat di negara Malaysia lebih kurang 30 juta dan apabila AEC diadakan kita mempunyai 620 juta orang. Cukup besar itu. Besar mana dagangan yang akan berlaku? Besar mana pelaburan yang akan berlaku? Cuba kita bayangkan. Kita mengharapkan halangan-halangan dalam aktiviti di ASEAN contohnya doktor, peguam, guru dapat bekerja di negara-negara ASEAN. Kita juga berharap PKS akan dapat berkembang dengan baik. Kita harap juga banyak business dapat dilakukan dengan baik di negara-negara ASEAN.
Tuan Yang di-Pertua, integrasi ini satu benda yang baik mewujudkan pasaran tunggal, membuka pasaran satu permulaan kepada peluang yang sangat besar. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak dapat melayang. Kalau kita menang itu tidak akan datang bergolek. Kita perlukan satu strategi yang jelas untuk kita berusaha dengan efektif dan mendapat apa yang kita katakan win-win situation dengan izin. Sepuluh buah negara yang bergabung ini, semua hendak menang. Jadi kita kena fikirkan ini apakah bidang ataupun sasaran. Adakah ia automotif ataupun electrical ataupun pertanian. Baru kita boleh strategize dengan baik dan produk apakah sasaran kita.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Satu lagi keterbukaan pasaran ini akan secara net dengan izin akan memberikan keuntungan. Akan tetapi adakah kemungkinan kesan-kesan negatif kepada sektor-sektor tertentu. Kita dapat lihat hari ini kalau hujan pun turun ada orang untung, ada orang tidak untung. Kalau orang yang buka kedai dobi hujan turun dia takut bajunya basah. Akan tetapi kalau hujan turun untuk orang-orang pertanian ini perkara yang sangat baik. Jadi kita kena fikirkan apakah langkah mitigasi untuk kurangkan kesan-kesan kepada sektor-sektor yang tertekan.
Seperkara lagi Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan platform kerjasama fokus ekonomi sub regional dengan izin. Contohnya IMT-GT yang ditubuhkan 1993 dan BIMP- EAGA yang ditubuhkan 1994. Ini usaha-usaha fokus ekonomi untuk tumpu kepada kawasan-kawasan yang khas umpamanya di Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan sebagainya. Ini aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan ekonomi pelancongan business dan connectivity.
Saya melihat dengan ada ini perlunya lapangan terbang yang baik yang international supaya fokus kepada pelaburan antarabangsa dapat berlaku. Kita dapat lihat kalau di satu tempat itu ada lapangan terbang yang baik maka senang peluang-peluang pelaburan dan business datang dari luar negara. Jadi saya dapat lihat hari ini kalau kita bincang tentang di utara umpamanya negeri Perak pada tahun 2012 telah memohon untuk membuat lapangan terbang dengan perbincangan bersama dengan Sime Darby dan juga AirAsia.
Saya ingin tahu apa sudah jadi dengan permintaan ini? Saya hendak tahu apa sudah jadi adakah benda ini akan dijadikan? Oleh sebab di utara kita lihat Lapangan Terbang Pulau Pinang sudah padat dan kemungkinan pelaburan pelancong akan banyak, perniagaan antarabangsa akan banyak lagi wujud dengan kehadiran ASEAN ini maka kita perlukan satu lapangan terbang satu lagi di utara Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, kita lihat di negeri Perak pesisiran pantai landasan kereta api dan highwaynya adalah antara yang terpanjang di negara ini. Jadi sudah pastinya kita perlukan satu lagi lapangan terbang di negeri Perak. Saya ingin memberikan gambaran bagaimana pertumbuhan yang tidak seimbang seumpamanya. Di Pulau Pinang pertumbuhan sudah pesat tetapi pertumbuhan tidak tersebar dan dirasai oleh negeri-negeri di utara Malaysia.
Dengan kehadiran infra baru hari ini, dengan kehadiran jambatan kedua yang sudah siap double track dengan izin yang hampir siap dan juga highway yang akan turun di kawasan Parlimen Bagan Serai umpamanya, kita sudah ada peluang-peluang di mana perhubungan dapat dikekalkan.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jadi, saya mencadangkan supaya destinasi pelancongan, umpamanya di Kuala Gula di Parlimen Bagan Serai, dibangunkan dengan hebat supaya kita dapat juga merasai kejayaan apabila AEC ini ditubuhkan nanti.
Contohnya, potensi pelancongan di Kuala Gula di Bagan Serai persinggahan yang hebat burung-burung hijrah. Saya sudah beritahu dahulu sekali, persinggahan burung- burung ini yang datang dari Siberia, Mongolia yang datang kepada negara merupakan satu destinasi antarabangsa bagi burung-burung ini. Juga, kehadiran hutan paya bakau dan kehidupan marin yang cukup indah di sini. Pada minggu lepas saya diberitahu kelihatannya 10 hingga 15 ekor ikan lumba-lumba di kawasan perairan Kuala Gula. Jadi ini boleh menjadikan satu tempat kajian bagi universiti-universiti dan pelancongan bagi pelancong- pelancong antarabangsa dan juga di dalam negara ini.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, seminit dua lagi Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Kesihatan harta. Transformasi kesihatan adalah sangat penting untuk menjamin kualiti kesihatan ini. Jadi kerajaan hari ini akan meningkatkan kualiti kesihatan atau membantu orang miskin supaya mendapat kesihatan yang baik dan juga untuk memberikan supaya swasta tidak mengenakan caj yang sangat tinggi. Usaha-usaha untuk meningkatkan facility daripada segi kesihatan di bandar dan di luar bandar ditingkatkan.
Saya ingin bertanya apakah perkembangan tentang Hospital Daerah Kerian yang sudah lama dikatakan akan dibuat? Apakah perkembangannya hari ini? Saya ingin sekali lagi memohon Klinik Kesihatan Matang Gerdu di kawasan Bagan Serai yang mana ada
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
permohonan wujudnya Klinik Kesihatan Matang Gerdu. Klinik di Bagan Serai dan juga di Kuala Kurau sudah padat dan pesakit terpaksa menunggu begitu lama.
Hari ini kita dapat lihat dalam dua, tiga minggu ini perbahasan tentang dispensing separation ataupun DS sudah menjadi begitu hangat sekali. Doctors diagnose and pharmacist dispense. Tuan Yang di-Pertua, tiga perkara mungkin akan berlaku jika ini dilaksanakan. Pertama, ini akan menyusahkan dan membebankan rakyat dan juga akhirnya kerajaan. Kedua ialah masalah kesihatan jangka panjang akan berleluasa dan yang ketiganya adalah monopolistic giant, gergasi dalam farmasi.
Susah dan membebankan rakyat kerana rakyat terpaksa membayar dua kali, rakyat terpaksa parking dua kali. Harga ubat mungkin naik, harga konsultasi mungkin naik dan masa yang diambil untuk doktor mungkin lama. Apa akan jadi pada warga emas dan orang-orang kurang upaya? Juga, kita dapat lihat hari ini tidak cukup lagi farmasi untuk dijadikan DS ini satu kenyataan dan juga tidak ada kita lihat farmasi yang 24 jam di negara kita ini.
Masalah kesihatan jangka panjang kerana Malaysia are not ready, Tuan Yang di- Pertua, dengan izin. Orang Malaysia tidak bersedia kerana ilmu kita, pengetahuan kita tentang penyakit, tentang ubat tidak begitu tinggi seperti yang terdapat di negara-negara maju. Apa yang akan jadi ialah self-medication, dengan izin. Rakyat akan menjadi doktor- doktor, dia betul play doktor-doktor, dia akan self-medicate dan prescription yang dihantar kepada farmasi mungkin ubat itu tidak ada di farmasi, mungkin dosnya tidak ada di farmasi, mungkin farmasi akan mengubah dosnya.
Kalau ubatnya tidak ada, adakah farmasi akan menyuruh pesakit pergi ke doktor itu balik atau pun pergi ke farmasi yang lain balik? Ini akan menyebabkan banyak masalah.
Itu belum kita kira lagi tentang bagaimana follow up atau pun susulan untuk mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, asma, jantung dan sebagainya. Ini kerana doktor lebih memahami pesakit dia. Daripada pemeriksaan fizikal, pemeriksaan darah daripada ubat-ubatan dan cara-cara pesakit mengambil ubat telah diterangkan oleh doktor.
Seperkara lagi adalah tentang confidentiality. Bagaimana dengan penyakit- penyakit STD dengan izin, atau sexually transmitted diseases? Bagaimana dengan confidentiality ini dan juga bagaimana tentang pesakit-pesakit yang datang batuk tetapi ada TB atau pun pesakit yang datang demam dengan ada denggi atau pun pesakit datang sakit perut, dia pun tidak tahu rupanya ada ectopic pregnancy dengan izin, dan juga pesakit- pesakit yang sakit gigi yang datang macam sakit gigi tetapi sebenarnya ada kena sakit jantung. Kita tidak tahu kalau mereka datang hanya kepada farmasi. Apa yang akan berlaku ialah rakyat Malaysia akan bertindak untuk jadi doktor-doktor. Maka, dia sendiri akan self- medicate. Sebab apa? Hendak murah. Sebab apa? Hendak mudah dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, habiskan ya.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jadi, pada ketika ini Malaysia tidak bersedia untuk perkara ini. Habis dah Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Habis Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sedikit lagi pun tidak boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah tambah dah sedikit.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ya lah. Sedikit, gulung, gulung.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, gulung.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Akhir sekali ialah saya hendak tekankan tentang GST. Pertamanya, definisi yang diberi oleh mereka ini rupanya tidak tepat. Kita kena fikir tentang percukaian. Percukaian ini bukan adalah punishment, bukan hukuman. Percukaian adalah sharing sebenarnya kerana kita menikmati pembangunan, menikmati keistimewaan di negara ini duit yang datang daripada cukai dan cukai yang dikutip ini adalah untuk rakyat. Jadi, GST ini bukanlah benda baru tapi cukai kepenggunaan yang akan kena banyak pada orang kaya kerana orang kaya punya taste yang tinggi yang akan membeli barang yang banyak.
Jadi, pada 1 April ini kita pun seronok, excited sebenarnya. Sebab apa? Kita sudah menuju selangkah lagi. Kita ini negara yang mempunyai pendapatan yang sederhana tinggi,
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
kita bukan negara yang miskin sebenarnya. Jadi, polisi-polisi 70-an dan 80-an perlu diganti dengan polisi-polisi baru yang lebih sesuai dengan kita. Kita lihat hari ini GST lebih efisien, lebih efektif, lebih telus, lebih mesra perniagaan. Sebanyak 160 buah egara sudah buat, mereka tidak bodoh mereka buat. Kita dapat lihat hari ini ada 28 buah negara yang lebih miskin dari Malaysia tetapi mereka melaksanakan GST. Pernah kita nampak economic disaster? Pernah kita nampak kejatuhan yang teruk? Ini tidak terjadi.
Juga, ada barang yang kena dan ada barang yang tidak kena. Kita lihat barang- barang yang kita selalu makan, buah-buahan, roti, mi dan sebagainya...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tun Mahathir kata jangan buatlah.
Tun Mahathir sudah kata jangan buat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Hari ini kita lihat ubat-ubat 320 jenis, 2,900 jenama dan 30 penyakit. Tuan Yang di-Pertua, kekeliruan ini menakut-nakutkan rakyat ini, menyusahkan rakyat ini fikiran dan usaha segolongan manusia.
Saya hendak beri sedikit ceritalah sebelum saya berhenti. Ini macam cerita hantulah. Masa kita kecil-kecil dahulu atau pun kita lihat orang menakutkan anak-anak kecil, dia kata di belakang kerusi itu ada hantu, ha, itu ada hantu, itu ada hantu. Apabila dia besar kita tanya dia, dia sudah takut dengan hantu tetapi mana dia hantu? Dia pun tidak pernah jumpa hantu. Jadi hari ini rakyat sudah panik kerana orang kata GST ini menyusahkan, GST membebankan. Jadi, rakyat sudah takut.
Sebenarnya kita ini hendak menempa kejayaan. Dahulu kata Jambatan Pulau Pinang tidak bagus tetapi hari ini Jambatan Pulau Pinang yang kedua sudah ada. Seronok pula naik. Dahulu KLIA tidak bagus tetapi hari ini KLIA2 sudah ada. Happy pula naik. Jadi saya rasa Tuan Yang di-Pertua, GST hari ini yang ditakutkan oleh segolongan ini, oleh ejen-ejen hantu ini, saya rasa dalam dua tiga tahun lagi negara kita akan lebih maju, lebih stabil, masa itu dia kata eloklah kita buat GST1 dan GST2.
Tuan Yang di-Pertua, dengan ini Bagan Serai menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih. Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, dia tidak boleh GST1, GST2. Dia mungkin naik pergi 7%, 8%. Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa isu yang saya ingin bangkitkan. Satu di antaranya masalah pelarian di negara ini di mana kita perlu ambil perhatian yang serius mengenai situasi yang sangat rumit di negara ini di mana beribu-ribu pelarian yang ada di negara ini dan mereka perlukan – satu kesalahan di mana bolehkah mereka bekerja di sini walaupun kita tidak menandatangani konvensi-konvensi yang tertentu. Maka kita perlu fikir adakah masa telah datang supaya kita menandatangani konvensi-konvensi tersebut.
Sebulan dahulu Tuan Yang di-Pertua, satu mesyuarat yang telah diadakan di Parlimen di antara kokus Sri Lanka dengan beberapa expert dalam pelarian yang telah datang ke negara ini untuk memberi briefing kepada kokus tersebut di mana kami difahamkan bahawa masalah pelarian-pelarian adalah sangat serius sehingga ada ramai di antara mereka menghadapi beberapa masalah kesihatan, melahirkan anak dan sebagainya dan juga ada ramai di antara penganggur atau bekerja tetapi tidak dapat gaji yang munasabah dan sebagainya.
Ini diketahui oleh kerajaan tetapi nampaknya tidak ada keseriusan untuk menyelesaikan perkara ini. Saya berharap satu new thought can be taken into account supaya mencari jalan dan ramai di antara mereka pelarian-pelarian dari Sri Lanka dan negara-negara lain yang perlukan satu penyelesaian dengan seberapa cepat yang boleh.
Ada di antara pelarian-pelarian ini lebih dari 15 tahun telah berada di negara ini, fasih bercakap dalam bahasa Malaysia, ada anak-anak mereka di sini tetapi tidak ada peluang untuk mempelajari di sekolah-sekolah.
Apakah kerajaan akan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini yang diketahui dan saya difahamkan expert-expert ini telah berjumpa Menteri-menteri dan juga pegawai-pegawai untuk mengatasi masalah ini dan pandangan telah diberi untuk mencari jalan mengenai mengatasi masalah ini.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini dua kali KTM ada masalah yang teruk di kawasan Sungai Teman, Kuala Lipis yang mana dua kali trek itu tergelincir dan berjuta-juta ringgit telah rugi atas double track ini di sana. Kenapakah ini berlaku dan kenapa dua kali berturut-turut? Saya difahamkan bahawa railway track di antara Gemas ke utara di sebelah Kelantan sangat teruk hingga tidak ada laluan yang tetap dan banyak kali yang mana had laju pun dikurangkan. Apakah masalah tertentu yang dihadapi? Adakah sesuatu yang tidak kena dan satu penyiasatan yang menyeluruh diperlukan dalam perkara ini?
Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan bahawa pemasangan laci pada lori pengangkutan yang sebelum ini dibenarkan oleh JPJ pada masa Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik ini telah diubah sekarang apabila perbincangan jabatan dengan SPAD diadakan pada hujung 2013. Kenapa tiba-tiba polisi yang sedia ada, yang diguna pakai untuk beberapa tahun boleh berubah hingga menyusahkan transport industry dalam hal ini?
Apakah long-term dan short-term planning supaya pemandu-pemandu lori ini tidak akan mengadakan masalah? Ini kerana saya difahamkan beribu-ribu telah dibelanjakan oleh pembawa lori dan juga syarikat-syarikat berkenaan untuk mengadakan satu sistem yang baru untuk mengambil barang yang lebih yang telah diluluskan oleh JPJ. Akan tetapi sekarang SPAD mengambil tindakan untuk mengehadkan perkara ini dan tidak dibenarkan.
Saya difahamkan mungkin akan diberhentikan. Adakah kerajaan akan mengambil tindakan supaya perbincangan dibuat dengan stakeholders dalam hal ini untuk mengatasi masalah ini?
Berhubung dalam hal yang berikut, ialah Tuan Yang di-Pertua mengenai sebuah sekolah baru cina di Bercham, Ipoh yang mana walaupun perkara ini telah saya bangkitkan beberapa tahun di Parlimen. Sekarang ada sebidang tanah yang tertentu di Bercham yang mana jaraknya adalah lebih kurang lima minit dari Bandar Baru Bercham yang telah dikhaskan untuk sekolah. Saya difahamkan Kerajaan Negeri Perak pun bersetuju untuk memberi tanah tersebut kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina sebuah sekolah Cina yang baru di tempat tersebut.
Adakah kerajaan rela untuk mengambil persetujuan kerajaan negeri? Jika boleh membina sebuah sekolah cina baru, sekolah menengah dan sekolah rendah di sana. Jika tidak, sekurang-kurangnya memberi lesen kepada orang lain yang ingin mengusahakan, membina dan membenarkan anak-anak kita untuk belajar di sekolah tersebut memandangkan sekolah yang sedia ada di Bercham ini sangat teruk. Di mana tidak ada cukup tempat untuk anak-anak belajar, too overpopulated dalam sekolah tersebut, sekolah yang terbesar di negeri Perak yang berada di Bercham.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, adalah mengenai custodial death di lokap yang mana perkara ini kerap kali diketahui oleh kerajaan. Akan tetapi baru-baru ini nampaknya kematian meningkat di lokap dan sebagainya. Baru-baru ini koroner Rozi Bainun telah membuat satu keputusan terhadap pihak PDRM mengatakan bahawa penangkapan C. Sugumar di luar dan digari hingga tidak mengambil kira keadaan beliau dan telah meninggal dunia, an extension oleh custodial death.
Satu perkara yang dapat dielak dengan senang. Satu lagi ialah Chandran Perumal pada 16 Januari, telah mati di lokap. Ini juga satu perkara yang sangat serius yang mana kerajaan dan PDRM kurang mengambil inisiatif dan satu sistem yang baru perlu ada. Saya telah mengatakan pada statement saya pada 17 September dengan izin, “*I will not be surprised if any member of public says that he is not shocked to hear the news that Chandran’s death was due to police‘s negligence because there had been past custodial deaths where the police have been confirmed to be the culprits in causing the deaths.
However, the shocking part was how inhumane the police officers were towards Chandran, resulting in his death from a heart disease after being deprived of his medication”.* Ini ialah satu perkara yang boleh dielak dan apakah Royal Commission Tun Zainuddin, cadangan- cadangan mereka. Satu di antaranya ialah mengadakan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC).
Akan tetapi keengganan pihak polis untuk mengimplementasikan cadangan tersebut dan kerajaan pun takut untuk membawa undang-undang tertentu supaya kita ada satu sistem bebas untuk menyiasat atau sekurang-kurangnya menghalang terjadinya perkara-perkara ini. Nampaknya walaupun Tun Zainuddin commission sudah lebih dari 15 tahun, walaupun cadangan-cadangan itu cadangan yang konkrit dan kita di Pakatan Rakyat setuju 100% kepada IPCMC tetapi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar bangun Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Ini mengenai kes-kes kematian di dalam lokap.
Ada beberapa kes yang telah dirujuk ke mahkamah inkues. Mahkamah inkues telah memutuskan bahawa memang ada kecuaian pada pihak polis. Akan tetapi yang menjadi persoalan sekarang ialah kes-kes ini yang mana ada bukti menunjukkan kesilapan dan kecuaian pihak polis tetapi tidak dibawa untuk siasatan oleh IGP dan dirujuk ke mahkamah.
Saya tengok isu-isu tahanan dalam lokap ini terbantut setakat inkues. Tidak ada isu diteruskan selepas itu. Maka saban hari, perkara ini memang berlaku. Tidak ada satu penekanan yang drastik daripada kerajaan. Apakah pendapat Yang Berhormat? Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Betul pandangan Yang Berhormat Kapar.
Akan tetapi saya boleh jawab perkara itu dengan satu sentence yang saya tulis sebelum ini, “Something is seriously wrong with the police training when professionally trained personnel who are responsible to protect lives of people commit such inhumane behaviour”. Ini satu di antara yang mana setakat koroner inkues tidak cukup seperti yang kita dengar di beberapa jawapan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa apabila perkara- perkara ini terjadi, pihak polis akan diarahkan untuk berjumpa dengan keluarga victim tersebut.
Akan tetapi saya ada satu kes Tuan Yang di-Pertua di Ipoh, yang mana saya telah menjalankan, yang mana seorang pegawai polis bernama Taufik Abdullah, seorang ketua inspektor telah membawa sepucuk pistol semasa bekerja, telah pergi ke kedai pajak dan semasa berbual-bual, tiba-tiba mengambil pistol dan menembak mati penjual emas tersebut. Selepas penyiasatan dibuat, didapati dia ada kaitan dengan kematian tersebut.
Walaupun dia ingin dan cari jalan untuk mengelak daripada ditangkap tetapi selepas itu dia telah dicharged di Mahkamah Tinggi untuk pembunuhan tersebut.
Akan tetapi itu cerita lain. Itu yang telah dibuat oleh PDRM, bagus. Akan tetapi hakikatnya, keluarga si mati itu, apakah yang tinggal kepada mereka? Sehingga sekarang sudah hampir empat tahun saya telah menjalankan kes tersebut dan setakat ini akan habis.
Akan tetapi yang mustahak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tidak ada interest- Yang Berhormat as the defense council.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
No. Saya ingin merujuk kepada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri yang mana Yang Berhormat Menteri mengatakan “I am not going to...” saya mengatakan victim tersebut seperti kes yang saya bangkit, PDRM akan jumpa dengan keluarga tersebut. Sehingga sekarang sudah empat tahun Tuan Yang di- Pertua. Tidak ada apa-apa perjumpaan. No apology, no effort made, nothing done to go and see the family. Keluarga, anak mereka dan sebagainya. Apa? No meaning, tidak ada makna langsung. Macam mana ini boleh terjadi? Walaupun satu jawapan telah diberi dalam Dewan ini yang mana Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa satu hasrat kerajaan, hasrat PDRM masalah-masalah ini, very clear cut cases, PDRM akan berjumpa dengan keluarga si mati disebabkan kematian oleh PDRM.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kenapakah ini tidak terjadi? Kenapa enggan sedemikian? Keluarga Leong dan family mereka, saya sendiri bertanya kepada mereka. Mereka bertanya kepada saya, kenapakah tidak ada satu orang pegawai daripada PDRM pun. Walaupun saya bersetuju Tuan Yang di-Pertua, saya perlu mengatakan bahawa out of ten apples, hanya satu atau setengah apple yang betul-betul rotten. Ramai di antara PDRM adalah orang yang ikhlas dan baik tetapi perkara ini kita mesti ‘nip it at the bud’. Satu antara caranya adalah untuk mengimplementasikan rekomendasi Royal Commission of Tun Zainuddin supaya IPCMC dapat dilancarkan. Saya berharap tindakan dapat diambil.
Saya ingin pergi kepada masalah pendidikan tinggi. Di mana baru-baru ini di Kepala Batas, sebuah universiti, Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) di mana lebih kurang 450 orang pelajar yang belajar di sana untuk jurusan perubatan, tiba- tiba kolej ini ditutup. Ramai di antara mereka telah mendapatkan pinjaman dari bank, PTPTN dan sebagainya. Di mana bayaran telah pun dibuat. Ramai di antara penuntut-
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
penuntut telah membayar kepada kolej tersebut RM180,000-RM150,000. Itu semua sudah dibayar, tiba-tiba ditutup. Sekarang sudah habis belajar foundation selama satu tahun, tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana kolej tersebut sudah ditutup.
Soalan saya, bagaimana Yang Berhormat Menteri Pendidikan boleh membenarkan sebuah kolej beroperasi tanpa mengambil kira sedalam-dalamnya latar belakang kolej-kolej tersebut. Sewenang-wenangnya approved kolej-kolej ini. This is not a mechanical approval, perlu ada judicial, perlu ingat, ambil kira apakah kolej-kolej itu mempunyai latar belakang yang baik atau tidak dan adakah mereka berfungsi dengan baik, itu yang pertama.
Kedua, sehingga kini ramai di antara pelajar-pelajar tidak mendapat tempat di kolej ataupun universiti-universiti yang lain. Kenapakah ini terjadi, walhal situasi yang sama di mana anak-anak kita yang belajar di Egypt, Syria dan sebagainya, semua telah mendapat tempat. Kapal terbang dihantar ke Syria dan Egypt untuk membawa mereka dan memberikan tempat di sini. Apa orang kata, ‘Gajah depan mata tidak nampak, kuman seberang laut nampak jelas’. You can see clearly the thing that is far away but not the near one, kenapa? Ini pelajar-pelajar pun anak-anak kita juga.
Mengapa tidak memberikan keutamaan kepada mereka? Walhal terdapat kolej- kolej medical yang boleh mengambil mereka yang menghadapi masalah financial dan sebagainya. Perlu mengambil tindakan. Lagi satu, saya perlu tahu siapakah pegawai- pegawai yang memberikan kebenaran untuk memulakan kolej ini di Kepala Batas sehingga menjadi muflis and cannot be operative. Walhal tidak ada penyiasatan yang menyeluruh dalam hal ini.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan matriculation. Di mana ada disebutkan dalam pilihan raya, Yang Amat Berhormat Pekan telah berjanji kepada masyarakat India untuk meningkatkan placing of untuk belajar dalam matrikulasi. Daripada 556 kerusi, meningkatkan kepada 1,556 kerusi itu. Itu adalah tiga tahun dahulu tetapi sampai sekarang janji itu tidak ditepati langsung, never fulfilled. Tahun dahulu, kurang daripada 1,300, sebelum itu 900, sebelum itu 800, apakah yang terjadi?
Setiap kali Yang Berhormat Menteri Pendidikan kata, “Oh, kita membuka ruang kepada pelajar-pelajar tetapi tidak ramai di antara mereka yang apply”, ini semua menipu!
That is not true! Kalau sedemikian, saya kata ikhlas beritahu dalam senarai- you make it open dalam website. Siapa yang apply dan kenapa mereka tidak dapat? If you open, transparent tidak ada masalah. Tidak ada. Ramai di antara yang memohon, dapat A+ dan sebagainya. 9A, 8A dan sebagainya, tidak dapat-dapat dalam matrikulasi walaupun janji telah dibuat oleh Menteri tersebut. Apakah yang terjadi?
Ini adalah satu antara sebab di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selalu mengatakan nambikee, have full trust in the government, in Tamil dia kata nambikee.
How to have full trust? This is misleading and satu yang tidak betul kerana statistics cannot lie. Statistics you can check through apa terjadi. Berkaitan dengan ini adalah apa yang dikatakan department, kementerian telah ditubuhkan di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan Special Implementation Taskforce for Indians (SITF) pun satu task force yang baru, mengatakan akan mengagihkan lebih daripada RM180 juta untuk accelerate progress business community di antara masyarakat India, tidak jadi! Ramai yang memohon, macam-macam yang dijanjikan oleh SITF di antara menteri-menteri tidak take in place. Saya difahamkan Special Implementation Taskforce is more special dead than alive. Ini adalah SITF(D) pun sama juga keadaan. Walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengesyorkan bahawa berjanji, memberi aku janji mengatakan nambikee dan sebagainya. All these are just rhetoric. Apa-apa pun on the ground, no real effect.
Ramai di antara mereka mengatakan bahawa ini adalah janji semasa pilihan raya. Adakah ini benar dan adakah kerajaan menyeleweng, bercakap tidak benar dalam hal ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh gulung Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, mengenai death penalty project. Kerajaan telah memberitahu beberapa tahun dahulu bahawa death penalty akan diabolish di negara ini. Apakah yang terkini mengenai perkara tersebut? Death penalty project telah mengadakan satu survey di negara ini di mana, dengan izin, Human Rights Commission of Malaysia sendiri mengatakan is in favour of Malaysia joining a list of countries which have outlawed the mandatory death sentence, especially on drug traffickers. It is optimistic that officers of the Attorney-General's Chambers, who are
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
currently undertaking a comprehensive study on the matter, will come up with a positive recommendation by year-end. Ini dua tahun dahulu. Let's hope something positive will happen. Dalam perkara ini ramai di antara mereka memerlukan satu jawapan, satu inisiatif yang baru mengatasi bagi masalah ini. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai standing, pandangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sembilan baru-baru ini. Di mana menukar agama dan sebagainya memerlukan satu statutory of declaration bahawa dia telah habis semua perkara berkaitan dengan perkahwinan beliau sebelum menukar agama adalah suatu yang baik, pendirian yang baik. Adakah Kerajaan Persekutuan akan mengambil kira mengenai perkara itu dan mengimplementasikan perkara itu dalam negara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya juga ingin merujuk kepada seksyen 30(a), regulation iaitu Akta Rahsia Rasmi. Apakah regulations yang telah diluluskan di bawah akta ini? Adakah ia telah digazet dan apakah yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri? Akhir sekali, International Criminal Court dan Arms Trade Treaty di mana dua-dua konvensi tersebut di mana pada tahun 2011, kerajaan telah bersetuju. Kabinet bersetuju untuk menjadi anggota ICC tetapi sehingga sekarang apakah yang terkini mengenai isu tersebut?
Mengenai Arms Trade Treaty, pada tahun dulu September, kerajaan telah menandatangani konvensyen tersebut tetapi belum ratify Arms Trade Treaty (ATT). Apakah yang terkini mengenai perkara tersebut? Apakah yang menjadi penghalang? Adakah kerajaan tahu bahawa satu kesilapan telah dibuat apabila kita tidak menandatangani accession to the International Criminal Court? Kita telah hilang satu keupayaan untuk mengambil tindakan apabila kapal terbang MH17 ditembak di Ukraine. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Setiu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang telah memberikan peluang kepada saya dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya sebenarnya banyak isu yang saya hendak bahas. Akan tetapi saya cuba limit kan kepada apa yang dititahkan oleh Tuanku iaitu dengan pemisahan kuasa tiga badan tertinggi kerajaan iaitu legislatif, eksekutif dan juga judiciary. Jadi harus kita ingat bahawa Badan Kehakiman ini adalah satu badan yang bebas yang mendukung kedaulatan undang- undang dan bertindak mengikut lunas undang-undang.
Jadi saya terpanggil untuk membahaskan perkara ini kerana saya dapati begitu ramai sekali mereka yang tidak bertanggungjawab dengan begitu lantang mengkritik dan juga menghentam Badan Kehakiman tanpa sebarang sempadan. Jadi harus kita ingat bahawa sebenarnya apa yang berlaku di mahkamah ini, saya rasa kalau yang peguam- peguam yang berguam dalam hal-hal jenayah ini, dalam kes-kes jenayah, saya rasa fahamlah. Apa keadaan di mahkamah ini. Ia secara terbuka, transparent. Perbicaraan boleh buat secara transparent, dibacakan mula-mula dibawa oleh pihak polis kepada pendakwa raya-pendakwa raya dibawa kepada mahkamah, dibacakan pertuduhan, diterangkan sama ada hendak mengaku atau pun hendak bicara. Di beri pilihan-pilihan tertentu ya.
Jadi kalau hendak bicara tentulah tugas hakim hanyalah mendengar apa yang dikemukakan oleh pihak pendakwa. Tugas peguam juga untuk menyoal balas dan sebagainya. Begitu juga tugas sebagai seorang tertuduh. Kalau hendak bercakap pun boleh tetapi tidak lah lebih daripada apa yang dibenarkan. Akan tetapi apa yang berlaku baru-baru ini nampak gayanya tertuduh Yang Berhormat Permatang Pauh ini dia begitu hebat menyelar Institusi Kehakiman ini. Dia menyelar Institusi Kehakiman ini yang dia dakwa sebagai satu rakan subahat jenayah dan apa yang dikatakan telah membunuh kebebasan kehakiman dan integriti.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Dalam prosiding rayuan kes liwatnya pada 10 Februari baru-baru ini, dia mendakwa panel lima orang hakim tersebut telah menjual jiwa mereka kepada syaitan dan sebagai tukaran dalam mendapatkan pulangan dan kedudukan. Saya tidak faham apa yang cuba diberitahu. Tidak ada langsung apa-apa bukti. Tidak ada bukti mengatakan bahawa hakim-hakim tersebut menerima panggilan daripada pihak atasan dan sebagainya.
Mengarah untuk membuat begitu-begini. Hanya satu tohmahan semata-mata.
Jadi dengan apa yang dikatakan tersebut, pada saya begitu keterlaluan sekali.
Tidak cukup dengan itu, ia telah diulangi pula oleh anak beliau sendiri di dalam Parlimen yang mulia ini, diulangi semula. Saya katakan bahawa perkara ini memang jelas telah melanggar Peraturan Mesyuarat 36(8). Tuan Yang di-Pertua selalu menegur mengenai perkara ini. Bila dia melanggar, ia timbullah mengatakan bahawa kenapa beliau ditangkap oleh pihak polis dan pihak polis telah menyalahkan kuasa. Dia katakan bahawa dia kebal di Parlimen. Akan tetapi pada saya kebalnya adalah tidak mutlak. Ini kerana kebalnya tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 63, kalau Peraturan Mesyuarat 63(2) betul lah kebal.
Akan tetapi kalau baca Peraturan Mesyuarat 63(4) pasti tidak kebal. Ini kerana kalau dituduhkan dengan di bawah Akta Hasutan, maka tidak kebal lagi.
Pihak polis ada kuasa untuk menyiasat bila ada laporan. Laporan pun bukan orang lain yang buat, bekas rakannya sendiri, Datuk Zulkifli Noordin. Bekas rakan, bekas peguam.
Jadi dia boleh bercakap. Dia boleh buat report dan polis terima report tersebut. Bila terima report, di bawahkan ke Akta Jenayah, bawah Peraturan 105, Peraturan 103, Peraturan 104, Peraturan 105, Peraturan 110, semua menceritakan boleh menangkap. Kalau hendak siasat, siasat. Kalau tidak hendak siasat pun kena buat laporan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Lenggong bangun Yang Berhormat.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Itu yang dinyatakan.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Setiu.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Setiu seorang yang pakar dalam undang-undanglah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, former judge.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Hari ini terutama rakan- rakan saya di sebelah sini, dia termasuk yang belakang ini. Dia kata bahawa tindakan yang dibuat oleh polis menangkap individu tertentu menyalahi peraturan Akta Tribunal Amal dan sebagainya, Akta Hasutan.
Saya lihat sebahagian rakan kita ini dia mentafsir undang-undang yang ada ini berasaskan kepada kepentingannya sendiri. Dia bukan atas semangat undang-undang itu.
Jadi itu menjadi celarunya Yang Berhormat Setiu. Mentafsir undang-undang atas kepentingan mereka sendiri mengikut selera sendiri. Ini masalah kepada kita dan diviralkan kepada umum kononnya mereka lah betul. Sedangkan yang mereka buat itu salah. Ya, sama lah Yang Berhormat Sepang dan semua ini.
Apa yang menjadi masalah kepada kita, macam Yang Berhormat Sepang ini dia faham undang-undang. Samalah macam Yang Berhormat Beruas dia faham undang- undang tapi dia tafsir atas kepentingan dia. Ini yang menjadi masalahnya. Macam mana Yang Berhormat Setiu yang peka mengenai undang-undang ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Setiu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya bersetujulah dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lenggong sebentar tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ada dua orang bangun Yang Berhormat, Yang Berhormat Beruas dan Yang Berhormat Pasir Puteh.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Belum jawab lagi sudah hendak soal? Saya baru cerita fasal kuasa polis. Menangkap, menyiasat. Jadi kalau ada bersangkutan dengan kuasa itu okeylah.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
... Kes sama. Boleh ya.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ya, okey lah.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu sebagai hakim dan pengalaman banyak tentang penghakiman
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
dan undang-undang. Saya doktor tidak reti sangat dengan perundangan ini. Saya hendak tahulah Yang Berhormat Setiu dalam pengalaman Yang Berhormat Setiu atau pengalaman mahkamah di Malaysia ini, adakah kes-kes liwat yang lain yang ada precedent sebagai mana kes Anwar ini yang mana dijatuhkan hukuman seperti ini dan bukti-bukti seperti ini.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, dia kena tanya dengan Yang Berhormat Setiu. Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Yang Berhormat Beruas.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kalau ikut pengalaman saya ada satu kes liwat. Seorang budak berumur 21 tahun meliwat seekor kambing.
[Ketawa] Ya, liwatlah itu belakang, mana ada depan.
[Ketawa] Jadi kalau kes lain, saya tidak pernah.
Pengalaman saya tidak pernah dengar. Pengalaman saya tidak ada. Jadi saya hendak beritahu kambing, sehingga kambing itu mati. Saya bagi hukumannya 20 tahun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Beruas bangun, Yang Berhormat.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Itu dia, 20 tahun ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak, adillah soalannya pengalamannya Yang Berhormat Setiu. Dia jawab pengalamannya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya pun mahu tanya Yang Berhormat Setiu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Setiu. Di bawah Perlembagaan Persekutuan yang kita sudah janji untuk pertahankan, memang diberikan satu jaminan seseorang itu tidak boleh ditahan melebihi 24 jam. Sebenarnya polis mesti hanya boleh menahan seseorang itu kalau ada syak wasangka yang munasabah seseorang itu melakukan kesalahan dan tidak boleh ditahan melebihi 24 jam tanpa kebenaran daripada tuan majistret.
Jadi apakah pendapat Yang Berhormat Setiu? Bukankah salah guna kuasa pihak polis suntuk hari ditahan tidak diambil apa-apa statement atau siasatan langsung hinggakan terpaksa memaksa Ahli-ahli Parlimen ditahan dalam lokap memakai...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ringkaskan Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi soalan saya ialah setuju atau tidak pihak polis ini sudah salah guna kuasa kerana undang-undang memerlukan mereka menjalankan siasatan dengan secepat mungkin, setuju atau tidak?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Peruntukan diberi boleh menahan sehingga 24 jam untuk tujuan siasatan. Makna kalau tidak selesai dalam masa 24 jam, makna tidak ada salah guna kuasa. Siasatan ini… [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat] Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Maksudnya kalau 24 jam sudah jalankan siasatan bukannya satu salah guna kuasa? Kalau itu undang-undang Barisan Nasional mentafsir, matilah rakyat Malaysia.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Dia kena ingat bukan satu kes sahaja yang ada penahanan dan sebagainya. Kes-kes lain pun hendak disiasat juga. Jadi kalau kebetulan ditangkap itu ada lagi kes lain, dia kena siasat kes lain dulu. Takkan tangkap yang itu, yang itu juga yang dia hendak siasat. Itulah yang saya cuba beritahu, bahawa tidak ada salah guna 24 jam ya. Manakala lebih daripada 24, itu memang salah guna sehingga mendapat perintah daripada majistret. Tohmah-tohmahan lain juga adalah yang mengatakan tohmahan konspirasi politik dan sebagainya. Kalau kita baca betul-betul fakta kes. Saya bacakan sedikit fakta kesnya.
Seorang Ahli
Tidak payahlah, sudah… [Ketawa]
Seorang Ahli
Baca, baca, baca.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Habis, kalau masa yang lain bercakap saya tidak ganggu…
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sebut Yang Berhormat Setiu sebut, dia orang sudah panas itu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ya. Dia panas, dia panas ini.
Okey pada 28 Mac 2008, mangsa Saiful ya, ditemani oleh bapa saudaranya Tuah bin Mohamad Ali telah pergi ke Hospital Tawakal di Jalan Pahang tetapi gagal untuk berjumpa dengan mana-mana doktor kerana kerja separuh hari. Jadi, mangsa kemudian pergi ke Hospital Pusrawi, hospital swasta di Jalan Tun Razak di mana beliau berjumpa dengan Doktor Than Aung ataupun Muhammad Osman bin Abdul Hamid. Mangsa memberitahu Doktor Than yang beliau sakit perut dan rasa sakit di duburnya.
Doktor Tan memeriksa mangsa dan semasa beliau memasukkan sesuatu dalam dubur mangsa, mangsa beritahu bahawa beliau telah diliwat. Dia tidak beritahu siapa yang meliwat dia dan perlukan pemeriksaan. Jadi bila mendengarnya, jadi Doktor Than telah tiba-tiba berhenti. Tengah periksa itu berhenti. Beliau telah memberitahu mangsa bahawa Pusrawi tidak mempunyai kemudahan untuk pemeriksaan secara forensik. Jadi mangsa juga diberitahu bahawa apa-apa laporan perubatan dari hospital swasta tidak boleh digunakan sebagai keterangan di mahkamah. Jadi, mangsa kemudian diarah untuk pergi ke hospital kerajaan dan dicadangkan Hospital Kuala Lumpur. Jadi mangsa pun terus pergi ke Hospital Kuala Lumpur dan didaftarkan sebagai pesakit luar.
Masa itulah lebih kurang 3.00 petang, beliau dirujuk kepada Doktor Daniel dan beritahu kepada Doktor Daniel bahawa beliau mahu diperiksa sebab beliau telah diliwat oleh seorang yang bernama Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Jadi bila mendengarnya Doktor Daniel pula keluarkan surat dan arahkan mangsa pergi ke One Stop Crisis Centre (OCSS) dan di bahagian kecemasan sehinggalah pukul 3.30 petang, kemudian telah diperiksalah.
Ini menunjukkan bahawa tidak ada skrip daripada awal. Kalaulah ini perancangan kerajaan, maka takkan ada benda-benda macam ini berlaku. Sudah pergi ke hospital swasta tidak diterima. Kenapa tidak terus uruskan untuk pergi ke hospital kerajaan? Takkan kerajaan seorang pun tidak tahu benda macam ini, kalau itulah benar skrip daripada pihak kerajaan.
Jadi, saya katakan bahawa tidak ada langsung konspirasi dalam kes liwat Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tidak cukup dengan itu ada lagi perkara lain ya, pertuduhan yang dibuat ke atas pihak penjara dan sebagainya. Di pihak penjara ini saya hendak baca sedikitlah tentang perkara 42, kuasa pengampunan di bawah 42. Ini kuasa pihak penjara. Kuasa Komisioner Jeneral ini dia memerintahkan pembukaan dalam hal-hal tertentu.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Yang Berhormat Setiu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Jadi Komisioner Jeneral ini…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pasir Puteh bangun.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Sekali lagi hendak tanya penjelasan sedikit.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sudah hendak masuk yang lain sudah.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Tidak apa, sedikit sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu interval atau tempoh masa di antara kes dia diliwat dengan dia pergi berjumpa doktor.
Berapa hari? Terima kasih.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Diliwat pada 26 hari bulan, dua hari sahaja. Dalam dua hari lebih kurang ya.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Kalau pengalaman saya, kalau kes liwat ini dia pergi selalu. Dia tidak tunggu dua hari. Tidak pernah berjumpa lagi manusia simpan dua hari semen dalam perut dia, kemudian dia pergi berjumpa doktor.
Tidak pernah jumpa lagi.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ha! Itulah. Akan tetapi masalah logik daripada pihak sana.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Tidak logiklah. Terima kasih.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ini pula logik daripada pihak kita pula. Saya bercakap logik daripada pihak kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini bukannya perbicaraan ulang bicara.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ha! Macam perbicaraan pula ini.
[Ketawa]
Seorang Ahli
Hendak jadi peguam bela.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya hendak sebut Yang Berhormat Setiu, ini bukan ulang bicara kes ya.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ha! Saya tidak ulang bicara.
Akan tetapi hendak – Maknanya apa-apa yang dikatakan begitu pada saya… Saya ini bekas, saya tahulah apa yang saya rasa. “Cubit sebelah kanan, terasa juga sebelah kiri”.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bangun]
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Yang contoh kes... tadi macam mana?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Jadi, bawah seksyen 31 ini, Akta Penjara ini, 31(a) “Komisioner Jeneral boleh setelah berpuas hati bahawa terdapat alasan yang munasabah yang menghendaki kehadiran seorang banduan di mana-mana tempat di Malaysia”. Bermakna kuasa adalah kuasa budi bicara kepada Komisioner Jeneral. Tidak lebih daripada itu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sedikit. Boleh, sedikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sepang, boleh?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Tidak habis lagi ini, hendak cepat ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Bolehlah sedikit, sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada rakan bijaksana saya Yang Berhormat Setiu, kawan lama. Saya hendak tanya Yang Berhormat Setiu, seksyen 31 ini memang seperti mana yang dibacakan oleh Yang Berhormat Setiu memang betullah, dia ada budi bicara. Akan tetapi budi bicara ini seperti mana Yang Berhormat Setiu faham, tengok dalam kes Sri Lempah Enterprise ya, di mana Raja Azlan Shah mengatakan discretion ini that there is no such thing as absolute discretion. Absolute discretion is contradiction in terms. Absolute power corrupts absolutely. Itu diambil daripada Lord Acton.
Saya tanya, kalau sebagai seorang pengamal undang-undang, saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Setiu, setuju tidak dengan saya selagi mana kerusi Yang Berhormat Permatang Pauh dari segi perlembagaannya belum kosong, tidak boleh dikosongkan. Ini keputusan Speaker kata tidak boleh kosong sebab itu tidak boleh buat pilihan raya kecil. Bermakna beliau dari segi constitution nya adalah seorang Ahli Parlimen.
Jadi bagaimanakah seorang Ahli Parlimen tidak boleh masuk Parlimen?
Seorang Ahli
Masuk penjara.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Itu yang masalahnya. Kamu tidak faham dari segi prinsip undang-undang. Apabila beliau seorang Ahli Parlimen bermakna…
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Fasal apa pula “kamu” ini?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sebab yang cakap itu tidak sebut nama. Dia macam hantu, tidak tahu siapa. Saya cakap kamulah. Kalau saya cakap ‘hang’ lagi teruk. Kalau hendak bangun betul-betul bangun supaya jelas nampak siapa dia punya individu itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ini tidak bolehlah bangun macam itu, celah mencelah ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Dia mencelah, dia kata kenapa panggil kamu sebab orangnya tidak wujud, tidak tahu dekat mana. Mungkin bawah kerusikah kita tidak tahu.
[Ketawa] Okey, Yang Berhormat Setiu, soalannya ialah kehadiran beliau sebagai Ahli Parlimen yang masih sah belum dikosongkan adalah munasabah sebab seksyen 31 kata “Kecuali ada alasan munasabah”. Makna tidak ada alasan. Adakah setuju dengan saya? Ahli Parlimen hadir di Parlimen adalah alasan munasabah sebab ini hak perlembagaan. Bagaimanakah seksyen 31 mengatasi boleh mengatasi Perlembagaan?
Takkan tidak faham lagi Yang Berhormat Setiu.
Dulu sebelum jadi hakim faham, bila dia masuk UMNO terus tidak faham. Macam mana ini.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ini masalah bertanyakah atau hendak apa ini? Hendak mengutuk ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Dua sekalilah. Hendak tanya dan bantai sekalilah.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Inilah sudah bagi peluang untuk mengutuk juga. Sudah pandai sangatkah? Sudah pandai sangatkah?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sabar, relaks sedikit.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya tahulah…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang bangun…
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya tahu macam mana ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tanjong Karang bangun. Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Tanjong Karang bangun.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Jawab dahulu boleh, jawab dahulu.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Sepang ini dia bukanlah lawyer hebat.
Kalau dia hebat tentulah termasuk senarai 14 peguam yang dilantik oleh Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya memang…
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tidak termasuk.
[Ketawa] Ini apa?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya sebenarnya… Tidak, saya hendak kata, ini tidak betul itu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Semasa di High Court, I was one of the lawyers, you tidak tahu benda itu. Kalau tidak tahu jangan cakaplah.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat punya standard ke High Court lah...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kalau tidak pernah ke mahkamah diamlah. Tidak pernah sekali pun pergi mahkamah, hendak cakap fasal lawyer, sorrylah.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Pergi Mahkamah Persekutuan sudah tidak ada standard.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat tidak pernah pergi Mahkamah Majistret, tidak pernah pergi mahkamah semua, tidak payah ikut lah.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Sepang, ini floor siapa ini?
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Sepang...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Tidak ada peraturan langsung.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Langsung tidak ada peraturan.
Saya tengok senarai 14 lawyers yang ditahan jadi peguam bela Yang Berhormat Permatang Pauh, tidak ada nama Yang Berhormat Sepang pun. Hebat tengah mana? Tidak ada hebat. Dia saman saya, kalah dua kali. Hebat tengah mana?
[Ketawa] . Saman sahaja, fitnah dia kalah. Mahkamah Tinggi dia kalah, Mahkamah Rayuan pun dia kalah dengan saya.
Jadi saya hendak tanya, ini, saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Setiu, ini mengenai tafsiran yang diberi oleh Yang Berhormat Sepang ini, dia mungkin terlupa Akta Penjara ini. Akta Penjara ini jelas mengatakan istilah banduan. Bila sudah masuk di dalam penjara, dalam definisi banduan, maka tidak kiralah sama ada Ahli Parlimen atau VVIP, setelah masuk penjara, dia adalah banduan. Bila banduan, tertakluk kepada Akta Penjara.
Jadi bila tertakluk Akta Penjara, betul lah Yang Berhormat Setiu cakap tadi. Budi bicara Ketua Pengarah. Jadi ini dia membaca undang-undang ini separuh-separuh. Itu sebab dia tidak layak jadi peguam bela kepada Yang Berhormat Permatang Pauh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu boleh gulung ya.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Banyak lagi yang hendak cakap ini, Tuan Yang di-Pertua. Okey, soalan Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Tanjong Karang ya. Sebenarnya status Yang Berhormat Permatang Pauh ini adalah sebagai banduan sebenarnya. Dia tetap kekal walaupun sedang menanti proses rayuan pengampunan. Rayuan pengampunan sebenar pun tidak tahu siapa yang buat. Keluarga.
Jadi, dia telah disabitkan dengan satu kesalahan. Jadi dia tidak membatalkan dia punya status dia sebagai banduan. Langsung tidak batal. Jadi maknanya apa yang saya hendak katakan bahawa syarat ketiga sahaja, di bawah 48(1)(e) itu, dia yang ketiga. Pertama dan kedua sudah dipatuhi. Ketiga belum dipatuhi, okey.
Jadi saya hendak katakan bahawa...
[Disampuk] Habis janganlah bertanya kalau tidak hendak bagi jawab. Ini yang susah ini. Panas ke, macam mana? Mak lampir ini pun bising sahaja.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Apa dia cakap?
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Mak lampir.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Jadi kuasa yang ada apa yang terhad sebenarnya kepada seorang banduan ini, Ahli Parlimen yang kuasa terhad hanya untuk menerima elaun wakil rakyat sahaja dan juga hak kerusinya kekal. Itu sahaja. Sama juga tiada pilihan raya kecil boleh diadakan. Itu tiga perkara. Jelas. Jadi hak untuk hadir ke Parlimen, tertakluk kepada Akta Penjara. Ada akta yang khas.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] .... Tidak cukup kot.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Susahlah.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia tidak jumpa ....
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia pusing ....
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ingat Yang Berhormat Sepang tidak mengaji habis la bab ini.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kemudian dari segi, saya hendak sentuh sedikit dari segi pengampunan. Saya hendak rujuk kepada pengampunan sepatutnya dibuat oleh tertuduh sendiri sepatutnya, banduan sendiri. Oleh sebab dalam petisyen bawah peraturan 113, dia kata seseorang banduan boleh jika dikehendakinya membuat petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong. Petisyen yang dibuat masalahnya oleh isteri. Jadi bila petisyen oleh isteri, saya tidak tahulah, dia kata pula, isterinya kata pula, dia bukan buat petisyen kerana kesalahan. Saya tidak faham. Kalau bukan kesalahan, you hendak minta ampun apa?
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Tidak salah, buat apa hendak minta
ampun? Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
You minta ampun kalau you bersalah. Oh, maaf bukan saya. Saya tidak bersalah. Eh, bukan itu bangang namanya itu.
[Dewan riuh]
ampun? Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Sumbang. .... sumbang. Sudah buat kerja sumbang.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Tidak faham saya kadang- kadang. Apa masalah. Tidak bersalah tetapi minta ampun. Apa masalah dia?
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Sudahlah buat kerja sumbang.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kalau betullah...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Sudah memang boleh dinyatakan kerana kehakiman yang tidak adil. Itu asas dia.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Cukuplah meeting bawah pokok.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Banyak lagi lah perkara-perkara yang sebenarnya. Ini pihak sana minta rakyat jadi hakim dan sebagainya. Saya ini kena belajar empat tahun hendak jadi hakim. Ini terus boleh bawa hendak pergi ke jalan-jalan, hendak jadi hakim, terus lantik jadi hakim. Siapa kuasa melantik saya tidak tahu. Ini pun satu bangang juga namanya. Tidak tahulah. Hendak jadi hakim konon. Belajarlah dulu.
Tidak boleh lepas empat tahun, pun tidak boleh jadi hakim terus. Dia kena pergi majistret dulu, kadang-kadang kena jadi pendakwa raya dulu, baru boleh dapat jadi hakim. Sudah berpuluh-puluh tahun baru dapat. Itu sahaja.
Kemudian satu lagi yang dia bawa penyokong-penyokongnya ke jalan raya dan juga ke Sogo yang baru-baru ini di Sogo. Pergi ke Sogo ini, kadang-kadang kita hendak tunjukkan bahawa hebatnya sokongan. Padahal tidak ramai pun, dalam lebih kurang 4,000 orang. Masalahnya bila pergi ke Sogo, kita tengok yang selalu hari Ahad dan hari Sabtu itu biasanya yang mencari makan dekat situ OKU. OKU yang cari makan, main gitar, menyanyi dan sebagainya. Bila sudah kumpul ramai-ramai dekat sana, habis, sudah tidak ada lagi sudah. Dia cari makan, untuk cari makan yang halal dan sebagainya. Itulah masalah yang timbul bagi pihak sana ini.
Satu lagi saya perasan, semasa perhimpunan itu hari, ada yang bawa payung colour pelangi. Ha ini, siapa yang tahu? Payung pelangi ini adalah sebenarnya kumpulan- kumpulan LGBT. Jadi payung ini harga dia tidak mahal, 9 pound sahaja, 9.49 pound sahaja dibawa sama. Ha, inilah kumpulan-kumpulan yang mengikuti. Kalau siapa yang hendak beli payung itu, boleh order dengan saya. 9.49 pound.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Sepang banyak itu. Dia ejen.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ejen ke?
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat Sepang jual payung itu.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
LGBT.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya juga dapat maklumat bahawa perhimpunan itu hari juga telah dibayar. RM150 setiap individu yang hadir.
Kalaulah penginapan,...
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Kaya.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
...Penginapan pula ditambah lagi RM250.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Mana ambil duit itu?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Bermakna RM400 kalaulah 2,000 orang cukup sudah, kali dengan RM400 kaya pihak sebelah sana rupanya.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Bukan kerajaan tetapi...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Begitu kaya, hebat.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Elaun Ahli Parlimen Kecil.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Dalam – saya balik kepada perbicaraan di Mahkamah Rayuan. Hakim dia sendiri pun sudah 40 tahun sudah, Hakim Mahkamah Persekutuan ini 40 tahun sudah dia beramal. Tidakkanlah ada lagi apa-apa yang hendak diberi, hendak kedudukannya. Apa kedudukan? Ketua Hakim Negara. Apa lagi yang dia hendak kedudukan dia? Sudah Ketua Hakim Negara. Yang lain semua
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
hakim... Seorang Presiden Mahkamah Rayuan. Tiga lagi, Hakim Mahkamah Persekutuan.
Apa lagi yang mereka hendak?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sikit boleh?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Buktikanlah. Kalau tidak ada bukti kenapa tuduh secara melulu?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sentuh sedikit sahaja, sedikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Setiu...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
[Bercakap dalam Bahasa Arab]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Sepang dengan Yang Berhormat Setiu ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya, masa sebenarnya sudah habis untuk Yang Berhormat Setiu ini. Akan tetapi sudah bagi laluan kepada Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey, Yang Berhormat Setiu.
Yang Berhormat Setiu kata Ketua Hakim Negara apa yang dia hendak lagi? Kalau kita guna logik yang sama, semasa kes Likas, Hakim Datuk Kamil Awang mengatakan Ketua Hakim Negara pada masa itu mengarahkan dia, untuk tolak petisyen yang dikemukakan oleh pihak pempetisyen. Masa itu dia sudah jadi Ketua Hakim sudah. Apa yang dia hendak lagi.
So, maknanya kalau ikut daripada Yang Berhormat Setiu ini, kerana dia Ketua Hakim, dia tidak boleh buat apa-apa silap, dia tidak ada apa-apa kepentingan lagi. Kalau kita guna logik itu, tidak berlaku kes Likas dulu. Ketua Hakim Negara arahkan hakim bawah.
Ini Yang Berhormat Setiu tidak pernah bercakap langsung. Fasal isu Air Molek, isu justice in jeopardy semua ini, kena cakap benda ini semua.
Baru-baru ini didedahkan fasal kes Air Molek daripada Hakim KC Vohrah dan sebagainya. Ini patut kita kena cakap juga. Kalau setakat cakap fasal kambing ini, cakap dekat Yang Berhormat Setiu, bolehlah. Terima kasih.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Ha, siapa kambing?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ini yang masalah bila dengan Yang Berhormat Sepang ini. Dia cerita orang lain yang terdahulu. Cerita logik sahaja ceritanya. Yang realitinya dia kena buktikanlah.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kalau betul dia ada kepentingan, buktikan. Takkan dengan cakap, “Oh, kerana dulu buat, sekarang buat”. Apa punya bangang ini? Masalah. Ini tidak betul caranya. Kalau macam itu ramailah – kalau punya pengikut pun, oh, bos buat, pengikut pun buat. Bos meliwat, anak- anak pun meliwat, macam itu? Itu dia masalah dia.
[Disampuk] Okey last, last, tidak ada sudah. Saya sudah tidak sentuh lagi sudah. Saya hendak sentuh sedikit berkenaan dengan maqasid syariah yang menjadi asas utama di dalam melaksanakan suatu perkara. Dengan Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, segala tanggungjawab dan juga janji dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat melalui kaedah pengukuhan seperti yang dikenakan sebagai petunjuk prestasi utama iaitu KPI dan bidang keberhasilan utama atau NKRA, Program Transformasi Kerajaan atau GTP dan lain-lain lagi. Lihatlah apa yang dilaksanakan oleh pemerintah pada hari ini demi menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan keturunan serta harta. Semuanya berasaskan kepada kepentingan rakyat dan negara.
Justeru, sebagai rakyat, kita hendaklah bersyukur di atas segala nikmat dan berterima kasih kepada pihak pemerintah. Maka, faham-fahamlah ya, menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat memberikan taat setia kepada, lebih-lebih lagi kita sebagai umat Islam – terutama umat Islamlah. Kalau yang bukan pun ada kena taat juga.
Telah diajar supaya taat dan patuh kepada pemerintah. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 59...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Jadi maknanya, maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman...” – kalau tidak taat itu tidak berimanlah ‘kot’. “Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan taatlah kamu kepada ulil amri dari kalangan kamu, dan kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalilah ia kepada Allah dan Rasulnya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya.” Akhir kata, saya pohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan saya peluang untuk membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk tahun 2015.
Perkara pertama yang saya hendak sentuh ialah tentang peranan pembangkang dalam sistem demokrasi berparlimen dan juga isu Parliamentary immunity. Tuanku pada permulaan titah telah menyuruh Ahli-ahli Parlimen membuka lembaran muka baru dengan niat dan tekad yang positif setelah negara mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang tahun 2014.
Saya setuju dan menyokong seruan Tuanku bahawa kita perlu mengadakan satu tetapan minda yang baru supaya negara ini dapat menggunakan pendekatan yang lebih matang dalam melaksanakan demokrasi. Perubahan pertama yang diperlukan ialah untuk mengakui bahawa pembangkang mempunyai peranan yang penting dalam sistem westminster bagi melaksanakan Demokrasi Berparlimen.
Sejak tahun 1826, pembangkang telah dilihat sebagai bahagian yang melengkapkan demokrasi berparlimen apabila Parlimen di United Kingdom menggambarkan Ahli-ahli Parlimen yang bukan daripada pihak kerajaan sebagai His Majesty’s Loyal Opposition atau Pembangkang Taat Diraja. Parlimen di Kanada berkata tanpa pembangkang yang berkesan, pemerintahan yang zalim akan berleluasa. Mungkin yang kelihatan di mata kasar hanya hak pembangkang yang diketepikan tetapi kerosakan sebenar ialah legitimasi parti pemerintah untuk mentadbir dan ia akan membawa kepada kemusnahan hak demokratik dan kebebasan awam.
Demokrasi politik yang mutlak tidak akan ada tanpa pilihan raya yang bebas dan adil dan juga bila pembangkang tidak diberikan kemudahan dan ruang untuk memainkan peranan mereka dan berfungsi dengan sepenuhnya. Pihak pembangkang perlu ada hak untuk menjaga kepentingan rakyat daripada ditekan dan diceroboh. Ia patut diberikan ruang untuk menawarkan politik alternatif, meningkatkan mutu Parlimen dalam membuat keputusan melalui perbahasan dan pemeriksaan menyeluruh, diberikan ruang untuk menyoal dan memantau perbelanjaan kerajaan dan mendedahkan kepada orang awam ketirisan, pembaziran dan kesalahan supaya pentadbiran dilaksanakan dengan lebih legitimasi, accountability dan ketelusan.
Sudah tiba masanya untuk kita sedar bahawa perbahasan di antara kerajaan dan pembangkang mempunyai nilai praktikal dan untuk kebaikan masyarakat. Perlu dilihat bahawa kerajaan dan pembangkang bukanlah musuh tetapi sebaliknya rakan kongsi yang saling melengkapi untuk sebuah demokrasi yang berfungsi. Maka perlu untuk diperbetulkan persepsi terutamanya sesetengah pihak berkuasa bahawa pembangkang merupakan musuh negara dan boleh dicabul haknya, ditahan dan dipenjarakan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang bangun.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Boleh bagi jalan?
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Ya, sila.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Terima kasihlah Yang Berhormat Selayang. Semalam pun saya dengar pembangkang ‘dok’ cakap fasal peranan pembangkang di UK. Hanya saya hendak tanya Yang Berhormat beza pembangkang di Malaysia dengan UK. Sebagai contoh, waktu jadi pembangkang, pembangkang membuat
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
fitnah seperti mendiang Karpal Singh, waktu Yang Berhormat Permatang Pauh jadi Timbalan Perdana Menteri, dia yang pertama sekali menuduh Timbalan Perdana Menteri ketika itu melakukan liwat. Tetapi peliknya pula, bila Yang Berhormat Permatang Pauh jadi pembangkang, Karpal Singh pulanya boleh jadi peguam bela dan pembangkang pula mengatakan Yang Berhormat Permatang Pauh tidak terlibat di dalam liwat.
Jadi yang memulakan isu liwat ini bukannya daripada pihak kerajaan tapi pihak pembangkang. Jadi ini pembangkang jenis apa ini? Pembangkang yang jenis untung kepada dia, itu buat baik. Yang mana tidak kena dengan dia sebab dia dulu kerajaan, oh, liwat. Bila dia sudah masuk pembangkang, oh, dia tidak liwat. Ini pembangkang standard apa ini?
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Kalau saya tidak salah, ini telah dijelaskan bahawa Karpal Singh tidak menuduh Yang Berhormat Permatang Pauh. Apa yang dibuat oleh Karpal Singh ialah meminta siasatan penuh dibuat dan inilah yang sebenarnya.
Seorang Ahli
Ya.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Sudah, sudah, Yang Berhormat. Tidak apalah, Yang Berhormat...
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Saya tidak ada masa lagi.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya masa itu sudah jadi Ahli Parlimen. Saya pun berdebat dengan... Saya sudah Ahli Parlimen masa itu. Saya mempertahankan Timbalan Perdana Menteri saya ketika itu. Pembangkang tuduh dia macam-macam. Ini pembangkang jenis apa ini Yang Berhormat hendak cakap ini?
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Kita boleh melihat tentang Hansard...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Pembangkang macam seperti anjing menyalak bukit sajalah.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Maka saya memohon supaya kerajaan mempertimbangkan beberapa cadangan. Pertama sekali, saya mencadangkan supaya kerajaan dan Dewan ini memansuhkan Akta Perhimpunan Aman 2012. Ini adalah kerana mahkamah rayuan di dalam kes Nik Nazmi bin Nik Ahmad melawan PP yang telah dilaporkan di dalam [2014] 4 MLJ muka surat 157 mengisytiharkan bahawa seksyen 91 dan 5 melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan tidak perlembagaan. Maka adalah tugas badan perundangan untuk menerima keputusan mahkamah tersebut dan memansuhkan akta tersebut.
Akan tetapi malangnya, sehingga hari ini akta yang telah diisytiharkan tidak sah masih digunakan untuk menyiasat, mendakwa dan menahan dengan reman ramai lagi termasuk Ahli-ahli Dewan ini dan wakil-wakil rakyat yang telah dipilih seperti Yang Berhormat Pandan dan Yang Berhormat Rasah.
Kedua, saya memohon kerajaan terus memansuhkan Akta Hasutan dan tidak menghidupkan semula ISA di bawah nama yang baru iaitu Akta Anti Keganasan.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Perdana Menteri, ketika mengumumkan agenda transformasi telah berkata bahawa masa sudah sampai bahawa akta-akta yang zalim patut dimansuhkan. Akan tetapi malangnya Perdana Menteri menukar fikiran dan Akta Hasutan bukan sahaja sekarang tidak akan dimansuhkan tetapi pula diguna pakai untuk mengekang perbezaan pendapat.
Terdapat kira-kira 40 orang ahli politik pembangkang, mahasiswa, aktivis, ahli akademik dan juga kartunis telah disiasat, didakwa dan dihukum di bawah Akta Hasutan termasuk seperti yang dikatakan oleh mendiang Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor sebelum ini, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Batu, aktivis muda Adam Adli, pensyarah Azmi Sharom, kartunis Zunar dan ramai lagi.
Maka Ahli-ahli di Dewan yang mulia ini yang berbahas juga tidak terkecuali dari Akta Hasutan di bawah Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan. Semalam Yang Berhormat Lembah Pantai yang dengan sukarela dan penuh bekerjasama telah hadir di balai polis untuk memberi kenyataan tetapi telah ditahan dan direman di bawah Akta Hasutan atas ucapan yang telah diberi dalam perbahasan di Dewan ini. Bagaimana Dewan yang mulia ini akan melaksanakan dan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan demokrasi jikalau Ahli-ahli Dewan yang mulia ini terpaksa berbahas di bawah bayang Akta Hasutan?
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Ketiga, saya memohon kerajaan membuat satu undang-undang bagi melindungi Ahli Parlimen daripada penindasan dan pencabulan. Di beberapa buah negara Eropah terdapat undang-undang yang menghalang larangan atau pembubaran parti-parti politik dan menyediakan perlindungan Parlimen kepada ahli-ahli daripada pendakwaan sivil dan jenayah dalam bentuk ketidakbolehan cabulan Parlimen, dengan izin Parliamentary Immunity dan Parliamentary Indelibility.
Badan asing seperti Suruhanjaya Eropah untuk demokrasi melalui undang-undang dalam sidang ke-84 pada bulan Oktober 2010 merumuskan bahawa demokrasi Eropah telah sampai ke satu tahap yang mana mereka bersedia untuk mencari jalan supaya peranan pembangkang di Parlimen dapat dilaraskan dan dilindungi. Adalah wajar supaya Malaysia menerima pakai perlindungan serupa bagi pihak pembangkang.
Sejak 30 tahun, critic telah mendakwa kerajaan telah menggunakan undang- undang yang menindas untuk menakut-nakutkan dan menjatuhkan lawan politik dan pada masa yang sama telah memberikan kesan kepada keyakinan orang awam terhadap badan kehakiman. Ini telah membawa kepada keresahan berulang kali untuk mengubah dan mengembalikan kehakiman yang bebas, menghormati hak asasi manusia dan demokrasi penyertaan yang lebih baik seolah-olah bukan hanya seorang individu sahaja yang dibicarakan tetapi juga seluruh sistem perundangan dan sistem politik di Malaysia dan demokrasi kerajaan turut dipersoalkan.
Dalam kes liwat pertama Yang Berhormat Permatang Pauh, perbicaraan telah menjadi satu pertarungan antara pihak pembelaan dan pendakwa yang mana pihak pembelaan cuba untuk mengemukakan bukti konspirasi politik dan pendakwa pula cuba untuk menghalang bukti sedemikian daripada dimasukkan. Cubaan dibuat untuk menggambarkan Yang Berhormat Permatang Pauh sebagai penjenayah biasa dan perbicaraan tersebut hanyalah proses undang-undang yang biasa. Akan tetapi akhirnya Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa pengakuan yang dibuat oleh orang yang kononnya rakan subahat tidak dibuat dengan rela hati, sebaliknya diperolehi oleh penderaan dan paksaan.
Dalam kes liwat yang baru-baru ini, terdapat fakta-fakta dan kejadian yang menyokong teori bahawa pendakwaan itu hanyalah satu konspirasi politik. Saya tidak sentuh tentang keputusan kehakiman kerana ada satu usul tetapi untuk konspirasi politik, kita dapati tidak ada jawapan yang kekal bahawa pada 24 Jun 2008, pengadu telah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Pekan. Pada hari yang sama, pengadu telah berjumpa dengan Timbalan Pesuruhjaya Kanan, Datuk Mohd Rodwan bin Mohd Yusuf di Hotel Melia di Jalan Imbi. Datuk Mohd Rodwan juga pegawai yang terlibat dalam kes liwat pertama. Pada 25 Jun 2008, pengadu telah menghubungi Ketua Polis Negara, Musa Hasan. Pada 27 Jun 2008, pengadu telah berjumpa Senator Mohamad Ezam Mohd Noor dan pada hari yang sama, pengadu telah bertemu dengan Datuk Mumtaz Begum binti Abdul Jaafar.
Apabila pemimpin-pemimpin pembangkang didakwa, memang ini akan memudaratkan pembangkang tetapi yang lebih memudaratkan ialah kerajaan dengan membuatkannya kelihatan rejim yang menindas dan berkuku besi. Maka saya berharap supaya kerajaan akan mempertimbangkan dengan serius cadangan saya untuk menyediakan perlindungan Parliamentary Immunity dan Parliamentary Indelibility kepada Ahli-ahli Parlimen dan parti-parti politik supaya perkara-perkara ini tidak akan timbul lagi.
Perkara yang kedua ialah tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan kerajaan. Perdana Menteri telah mengumumkan pada 20 Januari 2015 bahawa kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan sehingga RM5.5 bilion akibat hasil yang dikurangkan disebabkan penurunan harga minyak dan kadar mata wang ringgit.
Saya ada beberapa soalan untuk meminta penjelasan.
Pertamanya ialah kalau harga minyak dan kadar mata wang ringgit terus turun, adakah kerajaan sedia untuk mengurangkan perbelanjaan lagi atau akan meminjam lagi kerana hutang kerajaan sudah lebih tinggi kerana harga minyak sedang turun dan juga mata wang kita?
Kedua adalah sama ada kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan mengambil langkah-langkah untuk menguruskan simpanan antarabangsa dan hutang luar negara jangka pendek. Hutang luar negara adalah sebanyak RM744.7 bilion pada 2014 iaitu 69.6% KDNK dengan juga harga komoditi yang telah turun dengan hutang kerajaan, hutang isi rumah dan juga hutang luar negara yang tinggi yang mana pada hari ini, 44% pasaran Malaysia dipegang oleh pelabur-pelabur asing dengan adanya quantitative easing, aliran
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
keluar dana akan menjadi lebih tinggi dan akhirnya kita akan mengadakan satu situasi yang mana kos sara hidup akan naik. Oleh yang demikian, saya setuju dengan apa dikatakan oleh Yang Berhormat Gua Musang untuk menangguhkan GST.
Perkara yang ketiga ialah tentang FELDA Global yang kita tahu bila disenaraikan di Bursa Malaysia, harga ialah RM5.40. Pada masa sekarang sebelum Februari harga telah turun kepada RM2.82. Seorang peneroka FELDA telah hilang RM1,730 bagi setiap 1,000 unit saham FGV yang mereka beli dan mereka yang telah meminjam bernasib lebih malang kerana mungkin mereka terpaksa menjual saham untuk membayar hutang atau hendak memberikan lebih banyak cagaran.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Saya memohon kerajaan memberikan penjelasan tentang beberapa perkara.
Pertamanya ialah dikatakan harga telah turun sebab ladang adanya pokok-pokok yang tua.
Saya meminta kerajaan memberikan penjelasan mengapa perkara ini tidak dijelaskan kepada peneroka FELDA apabila mereka diminta untuk meluluskan pertukaran 51% pegangan saham di FELDA Holdings untuk saham FGV. Peneroka FELDA berhak tahu fakta ini untuk membolehkan mereka membuat keputusan sama ada hendak memberikan persetujuan kepada mengambil saham FGV. Kedua ialah apa sebab FGV telah membeli Asian Plantations Limited dengan harga GBP2.20 satu saham yang mewakili 5.4% premium terhadap nilai bersih saham. Ini lebih tinggi dari nilai pengurusan terkini estet-estet kelapa sawit muda seperti APL di Sarawak.
Ketiga ialah apa sebab FELDA membeli Grand Plaza Serviced Apartments di Bayswater, London dengan harga lebih kurang 500 juta? Kenapa FELDA telah membayar lebih apabila estet agen harta tanah seperti Savills dan Knight Frank telah menilaikan harga sebagai GBP80 juta atau RM400 juta. Keempat ialah apakah sebabnya dan apakah terma- terma rundingan semula yang dicadangkan untuk perjanjian pajakan tanah, dengan izin, land leased agreement selama 99 tahun di antara FGV dan FELDA? Adakah rundingan dan terma-terma ini untuk menjaga kepentingan peneroka FELDA atau FGV?
Kesimpulannya, saya memohon kerajaan memberikan pertimbangan yang wajar pada cadangan saya dan mengambil tindakan untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi negara kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Putatan.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga bersama-sama dengan sahabat yang lain untuk turut berbahas menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang semasa perasmian pembukaan Parlimen ini pada minggu yang lepas. Saya hanya menyentuh perkara-perkara isu-isu semasa Tuan Yang di-Pertua. Daripada masalah pencerobohan Kampung Tanduo di Sabah, masalah musibah pesawat MH370, MH17 dan baru-baru ini diteruskan juga masalah terhempas kapal AirAsia di kawasan Indonesia. Banyak lagi isu- isu yang sengaja diviralkan oleh pihak di sana, sebelah pembangkang. Isu 1MDB, isu baru- baru ini kapal terbang, isu kegawatan ekonomi kita yang telah mata wang kita telah menurun. Jadi, kalau saya melihat Titah Baginda bahawa kita digalakkan untuk bersatu padu dan to address secara berhemah, berdebat secara waspada tentang isu rakyat ini.
Jadi, saya mohon juga bersama-sama dengan pihak pembangkang supaya bekerjasama, tidak kira apa political inclination. Kita sama-samalah menangani masalah rakyat, terutama sekali rakyat kita di luar bandar. Saya ingin menyentuh perkara yang amat viral sekali, isu-isu berkenaan dengan Sabah ini yang telah dimainkan, yang telah diapi- apikan, yang telah meracuni perasaan dan sentimen rakyat negeri Sabah dan Sarawak.
Apabila isu Malaysian Agreement, Perjanjian Malaysia pada tahun 1963 disebut-sebut oleh pihak pembangkang.
Maka, itulah satu isu yang membolehkan pihak pembangkang supaya rakyat memberi perhatian kepada pembangkang. Jadi, saya mengharapkan kerajaan supaya dapat memberi penjelasan yang sedalam-dalamnya semasa kita menubuhkan satu negara yang dipanggil Malaysia, yang mana kita dianggap sebagai satu negeri. Bahkan, pada ketika itu kita adalah satu negara, negara Singapura, Sabah, Sarawak untuk membentuk satu dan Malaya, membentuk Kerajaan Malaysia.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Jadi, itu satu tanggapan kepada kumpulan-kumpulan yang tidak senang hati. Ini kerana apa yang berlaku sebenarnya isu-isu yang telah berlaku, yang tidak pernah timbul semasa dahulu, tiba-tiba sekarang makin panas. Siapa yang memanaskan ini? Adalah pihak-pihak daripada Selangor, pemimpin-pemimpin dari Selangor, terutama sekali di Pakatan Rakyat, daripada DAP, daripada PAS, isu agama yang kian menjadi satu ketidaksenangan hati, Tuan Yang di-Pertua, kepada rakyat negeri Sabah dan rakyat negeri Sarawak, rakyat Malaysia daripada dua-dua state ini. Jadi, apabila kita melihat isu-isu ini sebenarnya tidak begitu betul pendapat saya apabila mendengar bahawa dia orang ini mahu bawa Sabah dan Sarawak ini keluar Malaysia. Tidak betul, tidak betul. Apa yang sebenarnya hanya Yang Berhormat Menteri, hanya minta attention. Apa minta attention? Minta perhatian, itu sahaja.
Cuma kalau kita tanya, kalau ada pihak-pihak berkuasa daripada pucuk pimpinan kita untuk mendengar, actually keluhan dan rintihan kumpulan-kumpulan ini. Saya rasa 30% daripada isu-isu yang dibawa oleh mereka ini kita boleh selesai dengan just membawa mereka ini kepada lunch, makan ataupun minum kopi. Jadi, bukannya ramai sangat kumpulan ini. Hanya segelintir sahaja yang diseru oleh pihak pembangkang untuk mengapi- apikan.
Jadi, orang-orang ini bukannya orang yang bodoh, orang ini ada rancangan untuk minta perhatian kerana- kerana apa? Wakil rakyat, apabila kita menyuarakan dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang apa yang kita minta itu tidak didengari, tidak didapati seperti mana Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh, Kalabakan dan Yang Berhormat Kinabatangan sebutkan tadi itu.
Jadi, saya bukannya menyebelahi. Memang dalam perkara perenggan Perlembagaan Persekutuan kita, perkara 7 ini, Perjanjian Malaysia ini memang tidak boleh kita lari dari Malaysia, memang tidak boleh. Jadi, orang-orang ini tahu, bukannya bodoh.
Golongan-golongan ini bukannya bodoh, dia tahu. Jadi, saya mengharapkanlah isu-isu yang kita minta pada- saya jadi Ahli Parlimen pada penggal berapa, tiga? Dari dahulu kita minta menarik taraf bangunan, Yang Berhormat Menteri. Isu-isu sekolah di luar bandar, asrama, masih lagi uzur. Infra-infra di luar bandar di Sabah masih memerlukan bantuan daripada Kerajaan Pusat.
Saya ingin menyentuh kenyataan apabila Menteri Luar kita berjumpa dengan segelintir pemimpin, termasuklah pemimpin-pemimpin dari Kuala Lumpur.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Dia menyatakan kita mahu negeri Sabah maju. Saya memetik kenyataan Dato’ Seri Anifah supaya setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung. Kita juga mahu memastikan hak-hak seperti Perkara 20 IGC Perjanjian Malaysia tahun 1963 dan Perlembagaan ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini kenyataan Dato’ Seri Anifah.
Kalau kita melihat perbahasan penjelasan...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Beruas bangun.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Sila duduk, nanti saya bagi.
Penjelasan Tunku Abdul Rahman pada ketika sewaktu beliau Perdana Menteri Malaysia.
“With the Borneo territories become part of Malaysia, they will cease to be a colony of Britain and they will not be a colony of Malaya. I thought I had made it clear. They will be partners of equal status..” Ini kenyataan perbahasan Parlimen pada 28 April 1962. Ini kenyataan Perdana Menteri pada ketika itu. Jadi isu soal Tuan Yang di-Pertua soal keluar Malaysia ini tidak timbul sama sekali asalkan kita dengar rentetan keluhan rakyat Malaysia dari Sabah dan Sarawak.
Oleh sebab itu saya tidak teragak-agak menyoalkan kenapa Ahli Parlimen Malaysia seperti Yang Berhormat Seputeh ditegah masuk ke negeri Sarawak. Kita mahu setiap kawan walaupun dia datang ke Sabah itu mahu mengheboh-hebohkan, merosakkan keharmonian negeri Sabah, rakyat negeri Sabah itu, kita tegah sebab itulah. Jadi saya juga kalaulah terdapat Yang Berhormat Seputeh membuat ‘huha-huha’ ataupun memberi kekacauan di negeri Sabah, saya tidak teragak-agak untuk melawan Yang Berhormat Seputeh tetapi saya tiada dengar.
Itulah satu juga kemarahan rakyat kita Malaysia daripada negeri Sabah. Tahanan SSKM kononnya membuat satu hasutan. Sembilan orang di Tuaran ditahan oleh polis dan dilokap dan dibebaskan dengan bail RM20,000 dan deposit RM10,000. Sama juga di Lahad
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Datu, orang-orang ini hanya di sana berjumpa orang, untuk berjumpa kumpulan-kumpulan yang tertentu. Tidak ada macam di SOGO yang bersorak seperti Yang Berhormat Shah Alam, mengganggu ketenteraman awam, patut didakwa di mahkamah. Bukan yang empat ini hanya berjumpa orang mahu buat tandatangan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Putatan ada hadir tak di SOGO? Mereka yang tidak datang buat bising.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Ini sepatutnya orang yang mengacau perniagaan di SOGO semua ini patut ditangkap dan dilokap. Orang ini mengacau ketenteraman awam. Ini orang yang empat orang itu tidak kacau.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Putatan. Dua orang yang bangun. Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Beruas. Mana satu?
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Shah Alam duduk dahulu. Yang Berhormat Beruas dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersimpati dengan Yang Berhormat Putatan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Putatan dan saya dari negeri Perak pun rasa terpencil juga. Kita nampak macam pengagihan wang pembangunan ini hanya tertumpu di Kuala Lumpur sahaja. Kita kalau negeri Perak, Sabah dapat RM5 bilion ini kita amat gembira. Satu tahun pun tidak sampai RM5 bilion tetapi kita nampak projek-projek besar macam Bandar Tun Abdul Razak, TRX di bawah 1MDB berpuluh bilion, RM20 bilion ke RM50 bilion. Putrajaya Holding berpuluh-puluh bilion juga.
Hendak bina Putrajaya dahulu hendak gunakan sampai RM200 bilion untuk seluruh Putrajaya. begitu juga dengan Khazanah Holding jumlah berpuluh-puluh bilion, PFI Sendirian Berhad.
Setuju kah kalau kita minta Kerajaan Persekutuan untuk agihkan wang pembangunan ini ke tempat pedalaman?
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Okey Yang Berhormat Beruas saya faham Yang Berhormat Beruas. Ini Yang Berhormat Beruas kalau menjadi batu api, saya setuju kalau batu api. Saya faham itu.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bukan batu api. Ini pembangunan asas sekolah, jalan ini memang kalau ada RM1 bilion boleh bina banyak sekolah. Setuju?
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Saya faham. Jalan di Perak, jalan pergi Sungai Yong, jalan simposium pun belum di perbaiki lagi. Jalan Sungai Siput belum, Orang Asli belum juga.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Setuju kah kalau polisi kerajaan mesti ditukar untuk agihkan?
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Jadi tanggungjawab Ahli Parlimen Beruas ini patut disuarakan dalam perbahasan Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Betul, betul.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Saya memperjuangkan kawasan Sabah. Jadi ini tanggungjawab Yang Berhormat Sabah perjuangkan nasib Orang Asli di Perak.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya setuju juga dengan Sabah. Saya sokong Yang Berhormat Putatan. Saya sokong juga Yang Berhormat Putatan untuk minta pembangunan kepada pedalaman. Setuju tak mesti berikan lebih kepada tempat pedalaman? Itu sahaja soalan saya. Tidak ada niat jahat.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Okey duduk.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Setuju tak?
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Sudah terjawab sendiri. Ya Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya sila.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Putatan.
Saya sebenarnya bukan apa, saya tengok setiap tahun inilah Yang Berhormat Putatan berucap duduk mengeluh, mengeluh Sabah, Sarawak, Sabah Sarawak. Sebenarnya yang kita buat dekat SOGO itu kita hendak tuntut keadilan untuk semua. Ia merupakan satu usaha yang murni. Tidak ada masalah. Yang Berhormat Putatan ini pun tidak ada di situ hendak cakap, hendak buat macam-macam tuduhan. Kalau hendak tahu apa yang berlaku dekat SOGO, tanyalah orang yang hadir. Jangan tanya orang tidak hadir. Orang yang tidak hadir pula yang banyak bercakap.
Bagi kita, kita pergi tidak ada masalah. Polis pun jaga dengan baik. Tidak ada pun apa-apa terbakar, dipecahkan atau dirobohkan dan sebagainya. Sepatutnya Yang Berhormat Putatan mengakui selama ini sudah tuntut supaya Kerajaan Barisan Nasional ini bertindak dengan adil, tidak juga. So sepatutnya sokong usaha yang hendak bawa perubahan, lebih pertanggungjawaban, more accountability kepada rakyat jelata.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Okey Yang Berhormat Shah Alam.
Sudahlah itu Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini yang kita hendak usahakan, yang hendak kutuk tentang soal kerja kita, dia orang tidak bising, Yang Berhormat Putatan pula hendak bising. Kita tahulah dekat Putatan SOGO tidak ada.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Shah Alam, yang berdemonstrasi depan mahkamah itu baik kah di mata rakyat?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Macam mana?
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Di luar mahkamah pun berdemonstrasi. Ini kepada judiciary system yang berdemokrasi di SOGO itu jalan raya kena block, orang berniaga kena ganggu. Jadi Yang Berhormat Shah Alam ini seolah-olah ....
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Apa masalahnya? Judicial system Tuan Yang di-Pertua prinsip. Tidak ada masalah, orang tidak complain. Ala buat Le Tour de Langkawi lagi teruk jem, tidak adapun orang bising. Kita pun kena fahamlah, itu perkara biasa.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Shah Alam, ini floor saya, sila duduk. Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi dekat Putatan tidak adalah SOGO. Itu kita fahamlah itu.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Itu Yang Berhormat Shah Alam punya teks dia sengaja kacau. Memang tugas Yang Berhormat Shah Alam ini dia punya culture, budaya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor. Kami tidak mahu itu sebab itulah Yang Berhormat Seputeh ditegah masuk ke negeri Sabah. Kalau Yang Berhormat Beruas datang Sabah untuk memberi satu sokongan yang betul kepada rakyat negeri Sabah kita tidak tegah. Kalau datang sana mengacau bilau, mengganggu-gugat keharmonian rakyat Sabah, jangan sama sekali. Saya orang di airport jaga kau. Saya tidak mahu benarkan masuk.
Jadi Tuan Yang di-Pertua soal saya ulangkan lagi ini. Isu-isu yang pentadbiran ini pelaksanaan apa sahaja. Kita punya pihak usahawan, kita menggalakkan usahawan termasuk usahawan Bumiputera. Mahu berurusan terpaksa pergi Putrajaya, mahu minta lesen terpaksa pergi Putrajaya. Sabah dan Sarawak. Jadi bagaimana kita hendak menyahut seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memperkasakan usahawan- usahawan ini kalau satu kali pergi Putrajaya dapat terus lesen, dapat terus projek itu tidak mengapa, okeylah. Dia tinggal hotel berapa harga, berapa hari tinggal sini, tambang kapal terbang berapa. Bukan seorang mahu jumpa, dua tiga orang. Pakai teksi pergi Putrajaya.
Kalau empat, lima kali pergi balik dapat okeylah, untung sedikitlah tetapi bagus kalau dapat projek. Kalau gagal, semua jutawan Sabah dan Sarawak bankrap. Oleh sebab itulah
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
keluhan Tuan Yang di-Pertua orang-orang Sabah ini. Jadi soal isu-isu yang memaksa yang dilaksanakan oleh NGO tidak tahulah mungkin juga daripada NGO-NGO PAS ini, ‘peh-peh’ pergi ke Sabah untuk pergi ke luar bandar. Sasarannya orang-orang miskin, orang saya di bandar.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Janji RM400 tetapi sebelum dapat duit, masuk Islam dahulu. Ini satu agenda yang ‘memelayukan’ native dari negeri Sabah. Kalau jadi Melayu mesti jadi Islam. Jadi itulah, tetapi kalau janji nya RM400 janganlah selepas itu bagi RM100 sahaja. Ini satu penipuan, ini satu ajaran yang tidak baik, tindakan yang tidak baik. Jadi, itulah satu-satunya isu yang tidak disenangi oleh rakyat negeri Sabah. Bagaimana kita mahu memenangi pada pilihan raya akan datang? Kerajaan tidak membantu pemimpin-pemimpin di Sabah...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Putatan, pasal sebut PAS tadi.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Untuk menarik pengundi- pengundi kita untuk mengundi kita. Yang kerajaan bantu sebenarnya pembangkang sebab mereka ini datang sini mengapi-apikan, menghasut rakyat negeri Sabah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Putatan.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Apa lagi Yang Berhormat Shah Alam?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak, pasal tadi Yang Berhormat Putatan ada sebut pasal PAS.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Itu pair.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Pair atau PAS? Cakap betul-betul.
Kalau hendak cakap terus terang, jangan main pair lah, PAS lah.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Okey.
[Ketawa]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Itu bukan kerja PAS dan NGO PAS.
Ini merupakan amalan yang PAS tidak ikut daripada dahulu lagi. Yang berlaku ini lama daripada dahulu lagi, dilakukan oleh Barisan Nasional.
[Dewan riuh]
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Ada pemimpin-pemimpin PAS...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak ada kena mengena dengan PAS.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Saya tahu sebab pemimpin PAS yang ikut sama.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
PAS tidak sebarkan agama Islam begitu. Mananya? Tunjuk, kalau betul buat satu aduan, buat satu aduan.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Dia orang sudah buat aduan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Mana? Jangan cakap sahaja.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Saya jadi wakil rakyat, telinga kepada rakyat, mata kepada rakyat...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak, kamu cakap di sini, Yang Berhormat Putatan bawa kenyataan, satu tuduhan yang tidak bertanggungjawab.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Dan otak kepada rakyat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Mana boleh tuduh PAS sedemikian rupa, terus cakap macam itu, bagi duit. Mana PAS ada duit hendak bagi.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Sebab ini kita mendengar, kita melihat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang dapat kontrak yang berbilion- bilion itu 1MDB, bukan PAS. Dia orang lah yang edar-edar ini. Ini daripada dahulu lagi.
Bukan Yang Berhormat Putatan tidak tahu. Sebelum pakatan rakyat wujud juga.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Sebab apa yang saya lihat, apa yang dikatakan oleh orang yang beri saya maklumat itu termasuklah Ahli-ahli...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Putatan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Putatan jangan main-main kalau tidak ada bukti.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Apa yang saya tahu masa Yang Berhormat Putatan sudah habis.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Belum lagi, baru 12 minit. Saya start pada pukul 7.20 tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
7.12 minit.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh perkara-perkara yang masih lagi tergantung atau tertunggak. Isu-isu PTI ini. Inilah satu isu-isu yang dilontarkan kepada wakil-wakil rakyat apabila kita menghadiri majlis-majlis perkahwinan, pergi majlis orang meninggal. Isu-isu PTI yang diberi kewarganegaraan. Ini isu belum lagi diselesaikan. Isu-isu yang menyatakan pengurusan- pengurusan yang kononnya peruntukan kewangan, peruntukan kepada projek-projek di Sandakan di Sabah tetapi semua dicontrol oleh Putrajaya.
Jadi, bagaimana pula kerajaan negeri dapat membantu Kerajaan Pusat untuk melaksanakan projek-projek persekutuan. Jadi, saya berharap Kerajaan Pusat melihat perkara ini yang penting sekali, supaya memberi satu kelegaan rakyat negeri Sabah supaya menyebelahi kita. Jadi, saya menyeru Kerajaan Pusat memberi perhatian kepada dua negeri ini dari Sabah dan Sarawak supaya rintihan, keluhan soal SSKM ini dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin. Jangan biarkan, ini viral. Lebih kita menahan, lebih kita menangkap ini lebih lagi menjadi satu ketidaksenangan hati, kebencian kepada kerajaan.
Saya berharap perkara ini janganlah menganggap NGO-NGO ini, aktivis-aktivis ini sebagai satu penjenayah. Jadi, saya mengharapkan, melepaskan mereka dan dengar.
Kalau tidak dapat selesai... saya rasa kita dapat memberi satu penjelasan yang baik dan mereka ini akan menyokong balik kepada kerajaan. Itu sahaja permintaan saya. Jangan tangkap-menangkap, masuk lokap keluar lokap. Jadi, ini isu yang susah bagi wakil rakyat dari negeri Sabah untuk memberi penjelasan. Isu-isu yang lain saya tidak mahu sentuh sebab masa amat suntuk sekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Ya, sila Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua iaitu saya hendak bangkitkan berkenaan dengan isu kualiti pendidikan di negara kita. Laporan pada bulan Disember 2014 mengenai PISA yakni Program Penilaian Antarabangsa Pelajar dan Pengajian Antarabangsa Matematik dan Sains (TIMSS) meletakkan pencapaian kita ini yang agak teruk di peringkat antarabangsa. Malahan tercorot dari Vietnam.
Menjadi satu perkara yang misteri kerana bajet di negara kita ini untuk 2015 sahaja sebanyak RM56 bilion. Ertinya 21% daripada bajet tahun 2015 ialah diperuntukkan untuk Kementerian Pendidikan. Malahan UNESCO meletakkan Malaysia antara negara yang banyak melabur dalam bidang pendidikan tetapi persoalannya, result nya begini keadaannya. Di manakah letaknya kelemahan ini? Adakah berpunca daripada guru, daripada pensyarah, daripada pegawai, daripada Menteri, daripada pelajar ataupun sebagainya?
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat trend di Malaysia ini berlaku keadaan demikian kerana tidak menentu dan berubah setiap kali Menteri bertukar, dasar bertukar. Kadang- kadang sekolah itu belum lagi khatam, arahan lain pula datang. Contoh terbaru kita melihat tentang berkenaan dengan PT3. Mungkin Tuan Yang di-Pertua sendiri isterinya seorang guru, dia tahu. Pentaksiran Tingkatan 3. Pada mulanya kita lihat PT3 ini telah berjalan waktu Tingkatan 1, Tingkatan 2. Guru yang membuat penilaian melalui PBS atau Penilaian
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Berasaskan Sekolah. Ia diukur oleh guru, ertinya guru sendiri yang buat soalan mengikut tahap yang ada di dalam setiap kelas masing-masing.
Setelah berjalan dua tahun, masuk tahun ketiga pelajar ini Tingkatan 3 untuk dinilai pada PT3. Hampir pertengahan tahun, datang satu arahan pula oleh kerana ibu bapa comment, dia kata anak-anak dia tidak belajar, pasal budak-budak ini tidak ada peperiksaan, dia mainlah, dia tengok TV, dia WhatsApp, dia Facebook, dia internet. Jadi, emak ayah ini sudah runsing menyebabkan dia comment kepada sekolah. Akhirnya, buat pula peperiksaan. Maka, pada mulanya guru sahaja yang buat penilaian dan buat soalan ini dan diberi markah sendiri. Maka, soalan pula diarahkan buat pula dengan berasaskan tinggi yang disebut sebagai KBAT dan guru-guru pula diarahkan untuk tanda kertas itu agak strict markahnya. Keputusannya, markah jatuh baru-baru ini. Maka, boleh dikatakan semua sekolah keputusan PT3 nya jatuh. Guru pening dan juga anak murid tertekan.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan sekali lagi berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan soal kelulusan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran SPM tahun 2016 yang akan dikuatkuasakan pada tahun depan. Saya hendak tanya di pihak kementerian, berapa ramai guru-guru yang berada terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan sebagainya?
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Saya hendak tanya adakah mencukupi untuk membolehkan pelajar-pelajar yang menduduki SPM pada tahun 2016 nanti mereka ini mampu digarapkan bagi membolehkan mereka wajib lulus SPM pada tahun 2016.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
[Bangun]
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Ketiga isu MUET. Pada tahun 2015 tahun ini kemasukan pelajar...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kuala Langat bangun.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sementara Yang Berhormat Bukit Gantang bercakap berkenaan dengan SPM ini, saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Bukit Gantang bahawa guru-guru yang membuat kertas kerja peperiksaan SPM ini sampai ke hari ini tidak dibayar elaun mereka.
Jadi saya mohon supaya Kementerian Pendidikan memikir seseriusnya, orang sudah buat kerja itu bayarlah, jangan tidak bayar kerana mereka telah bertungkus-lumus untuk menyediakan kertas peperiksaan. Mereka perlu dibayar dengan setimpal elaun yang telah pun menjadi hak mereka perlu dibayar segera. Apakah Yang Berhormat Bukit Gantang setuju dengan Kuala Langat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Sangat bersetuju, masuk sebahagian daripada ucapan saya. Itu tidak apa Yang Berhormat Kuala Langat, ini ada satu arahan pekeliling pentadbiran daripada kementerian bilangan 1 tahun 2015. Cuba bayangkan mesyuarat untuk Kementerian Pendidikan makan dia dua jenis kuih dan satu jenis air, untuk makan pagi, tengah hari dan petang. Nasi berat tidak ada, hendak jimat. Ini keadaan yang berlaku. PT3 ini, guru-guru tidak dibayar untuk hendak tanda kertas. Dahulu dibayar oleh guru luar, sekarang tidak bayar. Wang yang sepatutnya dibayar kepada guru wallahualam ke mana meresapnya.
Saya hendak bangkitkan berkenaan dengan isu MUET pada tahun 2015.
Terutamanya di dalam soal untuk mendapat Band 5 bagi mereka hendak mengikuti kursus kedoktoran dan juga peguam ataupun di bidang perundangan seperti mana Tuan Yang di- Pertua. Dia hendak dapat Band 5. Saya tanya kepada seorang guru yang mengajar sudah tujuh tahun MUET ini. Sepanjang dia mengajar tujuh tahun, pelajar yang mendapat Band 5 ini tiga orang sahaja. Cuba bayangkan, nanti pelajar ini excellent dengan izin cemerlang dalam pelajaran lain, tetapi mereka tidak dapat untuk menjadi doktor dengan sebab kerana mereka tidak lulus MUET ini. Sepatutnya perkara ini boleh dipelajari di universiti dahulu melalui tahap-tahap yang ada di pusat bahasa di universiti sebenarnya. Kalau gagal pula kena bayar lagi RM100. Kena bayar untuk RM100.
Isu yang keempat berkenaan dengan pembantu guru. Guru-guru ini kena ada pembantu. Biar guru-guru ini hanya menumpukan pada P&P sahaja. Untuk mereka ini ajar anak kita betul-betul. Sekarang hendak key in data, hendak tanda kertas satu hal.
Kemudiannya pula kena masuk data kena buat kerja perkeranian dan sebagainya. Saya mohon sekali lagi, saya ada minta dahulu, menteri jawab duit tidak ada. Ini soal pendidikan
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
yang kita tidak boleh kompromi sebenarnya, kerana maju mundur sebuah negara ini ialah soal berkenaan dengan untuk kita membangunkan modal insan ini cukup penting.
Oleh sebab itu isu berkenaan pembantu guru ini mesti diberikan perhatian dengan baik. Apa salah ambil pelajar-pelajar yang lulus. Perkeranian sahaja, yang bayar gaji bahagian perkeranian boleh main dari segi komputer untuk dia masuk data bagi membantu guru-guru kita di luar sana.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bawa berkenaan dengan satu isu hal yang berkaitan dengan soal pasar minggu Changkat Jering di bawah kendalian Koperasi Pasar Minggu, Changkat Jering Taiping. Pasar minggu ini antara pasar minggu yang paling lama.
Kalau tuan-tuan yang pergi ke Changkat Jering keluar tol Changkat Jering, sebelah kiri, lebih kurang 1 kilometer, ada pasar minggu kalau hari Sabtu. Pasar sudah lama, anggaran dia pada tahun 1922 lagi. Saya pun tidak ada lagi, duduk di alam malakut, alam lahud mana lagi.
Tahun 1922. Dia dikendalikan oleh Koperasi Pasar Minggu Changkat Jering yang ditubuhkan pada tahun 1958 lagi. Pasar minggu yang diniagakan lebih kurang 70 orang peniaga dan mempunyai nilai sejarah di situ. Baru-baru ini dapat arahan untuk mereka pindah atas alasan tapak itu terlibat dengan pembinaan Lebuh Raya Banting-Changkat Jering. Tiba-tiba projek itu tidak jadi. Akan tetapi mereka diarahkan untuk pindah ke bangunan baru yang di baik pulih, bukan bangunan baru. Dibaik pulih sebanyak nilainya RM4.3 juta yang siap pada April 2014 dan dikenakan sewa sebanyak RM100 hingga RM120. Peniaga tidak mahu pindah.
Dia kata tempat itu kecil tidak sesuai untuk mereka hendak berniaga dan sehinggakan kes ini dibawa ke Tribunal Koperasi. Tribunal Koperasi mengikut maklumat yang sampai kepada saya mengarahkan supaya peniaga ini tidak pindah dan boleh berniaga di sana. Saya dapat maklumat ada campur tangan daripada pimpinan politik tempatan di situ supaya diarahkan juga berpindah.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi ialah berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan soal peraturan terbaru yakni tangkapan ikan yang mesti diturunkan di 42 jeti seluruh negara seperti ditetapkan oleh kementerian untuk diberikan subsidi nelayan bagi mengatasi tuntutan subsidi palsu. Saya menyokong tindakan untuk menghapuskan penipuan ini. Akan tetapi sebelum dilakukan benda ini eloklah dikaji dahulu dengan teliti kerana hendak mengatasi masalah tuntutan palsu ini tiba-tiba nelayan yang menjadi mangsa.
Cuba bayangkan nelayan di kawasan saya dan di kawasan Beruas dia ada dua tempat untuk tuntutan nelayan ini. Satu di Kampung Acheh yang ada dalam Parlimen Beruas dan Kuala Kurau dalam Parlimen Parit Buntar. Ertinya nelayan di kawasan Parlimen Bukit Gantang terpaksa pergi ke Kampung Acheh ataupun pergi ke Kuala Kurau. Hendak tuntut sedikit sangat. Orang panggil tali lembu lebih mahal daripada lembu. Maka sebab itu saya memohon supaya perkara ini dikaji semula supaya diberikan menurut keadaan setempat memudahkan nelayan di sana.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Okey, sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang.
Saya dapati Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sudah melakukan banyak keputusan yang memberi kesan kepada petani dan nelayan tanpa membuat penyelidikan yang mendalam sebelum melaksanakan polisi baru. Sebagai contoh tahun lepas apabila pukat tunda mencerobohi kawasan lima nautika, tidak ada penguatkuasaan yang dibuat dengan berkesan. Oleh kerana rasuah, kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini sudah meluaskan tempat di mana pukat tunda tidak boleh menangkap ikan ditetapkan lapan nautika mile.
Jadi masalahnya nelayan yang tadi bersalah menjadi mangsa kerana bot-bot mereka tidak cukup besar untuk ke laut dalam, lebih jauh dari lapan nautika mile. Jadi akhirnya yang tidak bersalah menjadi mangsa.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Begitu juga dengan kes di sini, saya faham kementerian ingin menyelesaikan masalah di mana tuntutan subsidi 20 sen sekilo oleh nelayan-nelayan secara palsu. Jadi
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
untuk memperketatkan tuntutan subsidi ini, dikatakan perlu semua nelayan seluruh negara pergi ke 42 jeti yang ditetapkan. Di negeri Perak hanya dua jeti yang ditetapkan iaitu satu di Kuala Kurau dan satu di Kampung Aceh tetapi malangnya di Kampung Aceh sahaja yang merangkumi banyak tempat di mana lebih daripada 2,000 bot nelayan perlu menuntut pada setiap masa hanya boleh menampung enam bot sahaja. Jadi terpaksa tunggu berjam-jam dan juga adanya kos mendarat ikan, memilih ikan dalam tong-tong dan juga bot pendaratan. Macam-macam. Kalau datang jauh dari Telok Intan, dari Pantai Remis ke Kampung Aceh, didapati kos diesel pun melebihi daripada maksimum subsidi yang mereka boleh dapat daripada kerajaan.
Jadi adakah setuju Yang Berhormat Bukit Gantang bahawa saya minta kementerian mempertimbangkan semula cara mereka menangani masalah tuntutan palsu subsidi ini dan minta juga kementerian supaya sebelum melaksanakan apa-apa polisi baru mesti disiasat dan dibuat kajian teliti sebelum dilaksanakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bukit Gantang ada tiga minit lagi. Cuma Yang Berhormat sekalian, kalau hendak mencelah itu, jangan berucap. Saya tengok Yang Berhormat Beruas tiga minit ambil masa Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Jadi extra saya itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak ada extra.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Cadangan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Beruas tadi kita harapkan dapat diatasi untuk memudahkan para nelayan. Walaupun matlamatnya baik tapi cara hendak menyusahkan nelayan itu kita rasa perlu difikirkan oleh pihak kementerian.
Isu yang terakhir ialah berkenaan dengan pemisahan, pengasingan klinik dengan farmasi. Kita harapkan supaya perancangan ini ditolak kerana saya dihubungi oleh beberapa persatuan doktor yang telah pun minta kita bercakap.
Pertamanya kenapa rancangan ini perlu ditolak iaitu sistem kesihatan negara kita ini sudah baik, sama ada di sektor awam ataupun di sektor swasta. Ini diakui sendiri oleh WHO. Kedua alasannya ialah perkhidmatan klinik swasta di negara ini berkonsep one stop centre, dengan izin, maknanya di bawah satu premis sahaja di mana diberikan kemudahan kepada pesakit atau rakyat untuk hendak mendapat khidmat rawatan. Ketiga, dasar pengasingan dispensari ini akan menimbulkan keraguan terhadap jaminan keselamatan pesakit seandainya diagnosis dilakukan di kaunter farmasi atau oleh pihak yang tidak berkelayakan yang kemungkinan berlakunya deskripsi yang tidak dipatuhi atau dipalsukan.
Alasan yang keempat dasar pengasingan dispensari ini akan meningkatkan kos kesihatan terhadap pesakit atau rakyat yang menjadi beban dalam realiti rakyat Malaysia yang majoritinya berpendapatan rendah. Kelima, negara tidak memerlukan pelaksanaan dasar ini kerana telah terlihat banyak kelemahan dan kegagalan seperti mana yang diamalkan Jepun, Korea dan lain-lain.
Maka sebab itu, harus diteliti secara lebih mendalam dalam usaha untuk meningkatkan tahap kecekapan sistem penyampaian dan tenaga kerja kesihatan kepada rakyat agar kos optimum untuk rakyat mendapat rawatan terbaik dapat disediakan. Akhir sekali, kita bimbang dasar ini ialah ada udang di sebalik batu atau wujudnya kapitalis- kapitalis dalam industri kesihatan di negara ini yang akan terbuka kepada monopoli melalui bidang farmasi.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih. Yang Berhormat Silam.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengikuti perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam
Dalam titahnya, Tuanku telah menekankan betapa pentingnya perpaduan di kalangan rakyat untuk menjamin kemajuan negara. Sambutan perayaan Maal Hijrah peringkat kebangsaan tahun lepas bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’.
Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada pelbagai budaya, bangsa dan agama. Hubungan yang harmoni yang terjalin antara kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan aset yang perlu dipelihara dan dikekalkan.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini isu perpaduan bukan sahaja cenderung kepada isu perkauman tetapi ideologi politik melampau telah mengheret negara Malaysia ke arah perpecahan. Kerajaan telah berusaha mengambil pelbagai tindakan untuk memupuk semangat perpaduan ini. Namun, sekiranya ia tidak diikat dengan sesuatu undang-undang atau akta yang boleh mengekang tindakan mereka, maka saya yakin usaha ini tidak akan ke mana.
Syukur, alhamdulillah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948 malahan berhasrat untuk menambah baik peruntukan-peruntukan yang sedia ada dan menambah satu lagi peruntukan yang menjadikan satu kesalahan jenayah kepada sesiapa yang menghasut rakyat untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, tujuan dan matlamat badan-badan NGO seperti Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan Sarawak Sovereignty Movement (SSM) adalah jelas iaitu bertujuan membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. Kenyataan-kenyataan Doris Jones, Ketua SSKM di dalam blog dan FBnya jelas menunjukkan SSKM bertujuan untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia. Kita tidak perlu lagi bertolak ansur dengan kumpulan minoriti yang berniat jahat ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak sependapat dengan rakan saya dari Putatan.
Saya amat bersetuju dengan tindakan tegas yang diambil oleh pihak polis terhadap ahli-ahli SSKM di Tuaran dan Lahad Datu baru-baru ini kerana mereka menghasut dan mempengaruhi penduduk di kawasan berkenaan untuk mengikuti matlamat dan tujuan mereka. Kita tidak boleh memberi muka kepada kumpulan ini sebab jika diberi kelonggaran, mereka akan bertambah berani. Alasan mereka tidak berpuas hati dengan pembangunan di Sabah dan Sarawak hanya alasan sahaja kerana tujuan mereka sebenarnya adalah untuk membangkitkan semangat kebencian di kalangan rakyat kepada Malaysia supaya rakyat di Malaysia akan membenci penubuhan Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri kerana telah berjaya menganjurkan sebuah forum di Kota Kinabalu pada 7 Mac yang lalu yang membincangkan Perkara 20 dan penubuhan Malaysia. Forum yang mendapat sambutan amat baik ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri sendiri dan dihadiri oleh antara lain pemimpin-pemimpin pembangkang di Sabah seperti Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Yong Teck Lee, bekas Ketua Menteri Sabah. Apa yang menarik perhatian saya ialah semua panel bersependapat bahawa membawa Sabah keluar dari Malaysia bukanlah satu pilihan walaupun mereka berpendapat bahawa penubuhan Malaysia telah tidak memenuhi semua syarat-syarat asal penubuhannya.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam
Tuan Yang di-Pertua, kelmarin Yang Berhormat Bagan telah mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri Sabah menghalang individu-individu tertentu daripada masuk ke negeri Sabah dan beliau mendesak agar Kerajaan Negeri Sabah memberi sebab mengapa individu berkenaan dihalang. Tuan Yang di-Pertua, kuasa Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak terhadap imigresen adalah antara syarat-syarat yang telah diminta oleh pemimpin- pemimpin Sabah termasuklah Allahyarham Tun Mustapha dan juga Allahyarham Tun Mohammad Fuad Stephens semasa penubuhan Gagasan Malaysia pada 1963.
Syarat-syarat yang dinamakan Perjanjian 20 Perkara ataupun 20 points di Sabah telah dibincangkan dan diterima oleh Intergovernmental Committee dan kemudiannya dimasukkan sebagai sebahagian daripada peruntukan dalam Akta Malaysia 1963. Akhirnya 20 Perkara ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Sabah tidak perlu memberi apa-apa alasan atau sebab menghalang mana-mana individu masuk ke dalam Dewan dan ini termasuk juga Ahli-ahli Dewan Rakyat ini.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Limbang bangun.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Silam. Apakah sebab kita tahu yang menyuarakan tentang Sabah dan Sarawak keluar Malaysia ini bukan hanya NGO di dalam negara kita tetapi juga nama-nama daripada di peringkat antarabangsa? Apakah perancangan yang dibuat ini, suara-suara ini adalah merupakan tip of the iceberg, dengan izin kepada mungkin kepada satu perancangan yang lebih besar yang ingin melihat negara kita ini kucar-kacir? Terima kasih.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam
Ya. Itu satu pandangan yang baik dan betul dan saya memang bersetuju dengan saudara saya daripada Yang Berhormat Limbang bahawa berkemungkinan ramai lagi di luar negara ini yang bersembunyi yang menghasut kumpulan-kumpulan di Sabah dan Sarawak ini supaya keluar daripada Malaysia. Mungkin ini disebabkan oleh kepentingan-kepentingan masing-masing.
Tuan Yang di-Pertua, hak ini hak untuk menghalang sesiapa sahaja masuk ke Sabah dan Sarawak ialah satu hak mutlak Kerajaan Negeri Sabah. Tiada siapa yang boleh mengenakan syarat-syarat baru kepada hak keistimewaan Sabah dan Sarawak ini. Hak-hak keistimewaan ini akan berkuat kuasa sampai bila-bila masa sehinggalah Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sendiri meminda atau mengubah hak-hak ini melalui Dewan Undangan Negeri masing-masing. Demikian juga dengan hak-hak keistimewaan Sabah dan Sarawak yang lain seperti menghalang peguam-peguam dari Semenanjung Malaysia daripada mengamalkan profesion mereka di Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Bajet 2015, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Lahad Datu bagi membolehkan pesawat TUDM yang berkapasiti tinggi mendarat di lapangan terbang tersebut. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan juga telah membuat lawatan ke Lahad Datu baru-baru ini untuk melihat dan meninjau Lapangan Terbang Lahad Datu. Namun sehingga hari ini, projek tersebut belum dijalankan. Apakah progress yang telah dijalankan oleh pihak kementerian terutama dalam memastikan perkampungan yang terlibat dalam pelebaran lapangan terbang ini dapat dipinda? Bilakah projek pelebaran lapangan terbang ini dapat dimulakan?
Saya juga memohon kepada pihak kerajaan untuk menilai dan memberi peruntukan kepada kawasan saya dalam membina lapangan terbang baru yang boleh digunakan oleh orang awam bagi tujuan penerbangan komersial yang boleh mendaratkan pesawat-pesawat Boeing 737 dan Airbus A320. Kerajaan Negeri Sabah telah bermurah hati dengan menyediakan sebidang tanah seluas 800 ekar untuk pembinaan lapangan terbang baru di Lahad Datu.
Tuan Yang di-Pertua, keperluan industri kelapa sawit yang pesat menunjukkan aras pendapatan nilai tinggi kepada negara terletak di kawasan Lahad Datu. Maka sudah semestinya pelabur dan industri ini memerlukan satu lapangan terbang yang membolehkan mereka mendarat secara terus kepada beberapa destinasi terpenting dalam negara. Mahu atau tidak, Lahad Datu telah menjadi fokus utama pelabur dalam industri hiliran kelapa sawit. Sekiranya kawasan ini gagal memberi infrastruktur yang bersesuaian dengan keperluan industri dan masyarakatnya, sudah tentu usaha untuk menjadikan industri sawit sebagai pendapatan terpenting negara akan terbantut disebabkan kekangan infrastruktur yang gagal dipenuhi.
Tuan Yang di-Pertua, dalam aspek pembangunan negeri Sabah, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan bekalan elektrik di Sabah yang masih di tahap rendah.
Mengikut laporan daripada SESB, sistem jana kuasa di Sabah hanya membekalkan 940 megawatt dengan jumlah permintaan 897 megawatt. Lebihan kira-kira 43 megawatt tidak boleh menampung apabila masalah gangguan elektrik. SESB merupakan syarikat di bawah TNB hanya mampu membekal 30% daripada bekalan elektrik di Sabah. Selebihnya, 70% dijana oleh pihak IPP. Tentunya bekalan elektrik akan terus mengancam negeri Sabah secara keseluruhannya. Tahun ini sahaja, Sabah telah tiga kali mengalami gangguan elektrik yang mengakibatkan hampir 70% penduduk di negeri ini bergelap selama tiga jam.
Perkara ini akan menyebabkan kerugian besar kepada kilang-kilang dan pelabur di dalam negeri yang melibatkan pembuatan dan pengeluaran produk kerana terpaksa juga akan
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam
memberi persepsi buruk kepada pelabur-pelabur sekiranya infrastruktur asas seperti ini masih belum dapat dicapai untuk memenuhi permintaan pelabur.
Tuan Yang di-Pertua, isu bekalan air di kawasan Parlimen Silam juga merupakan satu masalah yang sering kali menjejaskan rakyat di kawasan saya. Mengikut data daripada Jabatan Air Lahad Datu, air bersih yang mampu dihasilkan daripada dua buah loji air jabatan hanyalah 68 juta liter sehari. Sedangkan jumlah keperluan air di Lahad Datu ialah 91.5 juta liter sehari manakala Non-Revenue Water adalah 43%. Jabatan Air Lahad Datu terpaksa membuat catuan di beberapa buah kawasan perumahan dan perkampungan di Lahad Datu disebabkan kurangnya bekalan air terutama di kawasan Tengah Nipah dan Tungku. Perkara ini amat membebankan rakyat di kawasan saya kerana tidak mendapat akses terhadap keperluan asas seperti air bersih. Perkara ini juga akan membantutkan industri yang sedang berkembang pesat di kawasan Lahad Datu. Maka saya memohon kepada pihak kementerian yang bertanggungjawab untuk mengkaji keperluan air di kawasan saya dengan menambah lagi sebuah loji penapis air yang baru bagi memenuhi permintaan rakyat dan keperluan industri di kawasan Parlimen Silam.
Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya iaitu Parlimen Silam, saya mendapati permintaan terhadap sekolah menengah agama di Parlimen Silam adalah sangat tinggi.
Desakan dan permintaan untuk mewujudkan sekolah menengah ini datang daripada ibu bapa yang ingin melihat keperluan sekolah menengah agama ini dibina di Parlimen Silam. Perkara ini juga pernah diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia yang pernah mengumumkan untuk membina sekolah menengah agama di Parlimen Silam semasa majlis berbuka puasa di Masjid Ar-Raudhah, Lahad Datu pada 28 Ogos 2010. Maka saya lihat komitmen kerajaan untuk membina Sekolah Menengah Agama Lahad Datu ini adalah perlu bagi memenuhi aspirasi rakyat yang ingin menghantar anak- anak mereka bersekolah di sekolah menengah agama.
Sekiranya kita lihat secara keseluruhan, sekolah menengah agama yang ada di negeri Sabah ialah terlalu sedikit berbanding permintaan pelajar untuk memasuki sekolah menengah agama.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam
Kita tidak mahu potensi anak-anak kita dalam bidang pembelajaran agama tersekat disebabkan keperluan sekolah ini tidak dapat dipenuhi di kawasan yang memerlukan sekolah agama. Maka, perlu untuk kita melihat keperluan sekolah agama menengah ini sebagai asas untuk kita memenuhi aspirasi dan pendidikan negara.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, lembaga pelawat hospital diwujudkan di hospital-hospital di seluruh negara untuk menjadi perantara di antara penduduk dan pihak hospital. Telah terbukti bahawa melalui lembaga pelawat hospital ini telah berjaya menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh pihak pelanggan dan juga pihak hospital. Malangnya, semenjak Yang Berhormat Menteri baru mengambil tempat sebagai Menteri Kesihatan Malaysia, pelantikan ahli-ahli lembaga telah dihentikan. Atas desakan penduduk di kawasan saya, saya merayu agar kementerian menghidupkan semula lembaga pelawat hospital ini demi kepentingan rakyat jelata. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kepong. Sila.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, tali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing. Kejahatan yang cukup ketara, kita nampak di Syria dan Iraq daripada militan IS. Memerlukan kita berhati-hati dan mengambil langkah yang sesuai. Oleh sebab itulah saya mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi dan Multimedia boleh jadi satu kementerian yang cukup mampu untuk menyediakan mesej-mesej di dalam media sosial untuk menentang IS. Ini kerana IS pandai menggunakan media sosial untuk menyebar fahamannya untuk menarik pemuda-pemudi dari Malaysia, di seluruh dunia untuk menyertai pergerakan mereka di Syria dan Iraq. Saya berharaplah cadangan saya dapat diterima kerana itu penting. Setakat ini saya nampak pihak Kementerian Dalam Negeri pun ada cadangan untuk mengadakan rang undang-undang baru dan lima pindaan ke atas undang- undang yang lama untuk menentang militan ini.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Pertamanya, dipanggil Prevention of Terrorism Act (POTA) dan juga Foreign Fighters Act (FFA). Kedua-duanya kita perlu. Di negara sesiapa pun, di negara mana pun, kita perlukan undang-undang yang hebat untuk menentang pengkhianat, untuk menentang militan. Saya setuju, kita mesti adakan. Akan tetapi yang penting sekali bukan sahaja kita adakan itu akta seumpama ini, kita mesti memastikan undang-undang yang begitu hebat itu tidak disalahgunakan, Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itulah saya ulang di sini supaya rang undang-undang yang begitu hebatnya boleh digunakan dengan tepat, persis dan jitu.
Mengenai wanita, dalam dunia kita, kita ada 3.5 bilion orang wanita. Baru-baru ini kita ada Hari Wanita Antarabangsa. Di sini Tuan Yang di-Pertua, menurut WHO terdapat 33% orang wanita di seluruh dunia yang jadi mangsa penganiayaan termasuk penganiayaan di rumah. Sebanyak 7% berisiko untuk dirogol. Ini bermakna berjuta-juta wanita menghadapi masalah seumpama ini. Di Malaysia pada tahun 2012, angka yang terakhirlah kita dapat di dalam Dewan yang mulia ini pada 2012. Kes penganiayaan, kes keganasan ke atas wanita di rumahnya, 3,488 dan kes rogol 2,998. Kita pun tahu daripada WHO, bagi setiap kes rogol yang dilaporkan, ada 9 kes tidak dilaporkan. Begitu juga dengan kes penganiayaan di rumah. Ini bermakna, di Malaysia sahaja mungkin ada puluhan ribu kes penganiayaan di rumah ke atas wanita dan juga berpuluh ribu kes rogol yang tidak dilaporkan.
Kita nampak ada dua orang wanita sekarang. Mungkin mereka pun boleh ambil perhatian. Bukan sahaja mengenai insineratorlah, bahkan juga kes-kes penganiayaan ke atas wanita. Ini tidak bermakna penganiayaan ke atas lelaki tidak berlaku, memang berlaku juga. Akan tetapi saya berharap kita tidak mahu suami menganiayai isteri, sebaliknya isteri janganlah juga melakukan keganasan ke atas suami. Ini bukan kes untuk diketawakan. Di Amerika Syarikat ada angka, di sini kita tidak. Malulah kerana dia tidak berani untuk melaporkan. Di Amerika Syarikat ada kes di mana bilangan penganiayaan ke atas lelaki pun hebat. Sama dengan wanita dianiayai. Kes pembunuhan kadangkala ke atas suami itu lebih daripada suami ke atas isteri.
Di dunia, menurut WHO ada 38% pembunuhan ke atas wanitanya dilakukan oleh suami. Sebanyak 38 kes pembunuhan. Akan tetapi di Malaysia kita tidak terangkan sama ada pembunuhan ini dilakukan oleh suami ataupun tidak. Mungkin kita perlu mengambil perhatian mengenai hal ini. Oleh sebab itulah saya mencadangkan supaya pihak kerajaan mengambil tindakan dengan menyeluruh. Bukan sahaja daripada segi undang-undang dipinda supaya boleh dikuatkuasakan dengan lebih berkesan, bahkan juga di pelbagai aspek termasuk di hospital. Ini kerana bagi mangsa yang enggan melaporkan di balai polis, dia pergi ke hospital. Memang perlu pergi ke hospital mendapat rawatan. Di situlah kita– saya mencadangkan kita adakan jabatan khas di hospital, terutama hospital yang besarlah itu, khas untuk wanita yang dianiayai. Untuk rawatan khas, untuk kaunseling, untuk mendapatkan bantuan yang lain dan sebagainya.
Ada lima minit lagi ya Tuan Yang di-Pertua? Saya tidak ambil masa lebih daripada yang diberikan pada saya.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya nampak PEMANDU di bawah Jabatan Perdana Menteri. PEMANDU diberikan mandat untuk menjadi pemangkin perubahan di negara ini.
Kita sering dengar di dalam Dewan ini ada angka-angka yang mengatakan PEMANDU ini sudah membantu di dalam tiga tahun ini melaksanakan melalui ETP sejumlah 196 buah projek yang dilancarkan di bawah NKEA dan mencakupi sejumlah RM219.3 bilion pelaburan dan sebagainya.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, yang pentingnya PEMANDU, apabila melakukan apa sahaja termasuk memperuntukkan untuk badan-badan tertentu mesti berhati-hati.
Misalnya saya diberitahu bahawa pihak PEMANDU sudah memberikan RM100 juta untuk clinical trial dipanggil. Itu satu eksperimen clinical trial ke atas pesakit-pesakit dengan stem cell terutamanya yang berkaitan dengan sendi lutut dan sebagainya. RM100 juta diberikan.
Di sini saya hendak bertanya dengan pihak PEMANDU sama ada pihak yang menerima RM100 juta ini ada syarat-syarat yang cocok dengan standard antarabangsa. Ini kerana clinical trial ini memang ada standard-standardnya.
Sebab stem cell ini Tuan Yang di-Pertua bukan main-main, kita pun tidak tahu setakat mana boleh berjaya dan sebagainya. Maksud mereka ini hendak menggunakan stem cell untuk memulihkan trauma ke atas sendi dengan cepat seperti mana diberikan kepada Datuk Lee Chong Wei. Datuk Lee Chong Wei sudah diberikan rawatan seumpama ini termasuk steroid yang diterima dan akhirnya dihukum. Saya pun hendak tahu sama ada
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
pihak yang menerima RM100 juta ini juga memberikan rawatan kepada Datuk Lee Chong Wei, ini penting.
Sebab itulah saya berharap pihak PEMANDU – saya bertanya dalam soalan saya tetapi dia kata kerana peraturan tetap itu, kita hanya boleh bertanya satu perkara sahaja.
Apabila saya menambahkan satu lagi, sudah tidak boleh, yang lain boleh yang ini tidak boleh. Ini kerana kita hendak tahu sama ada RM100 juta ini benar-benar menjadi pemangkin kepada perubahan dalam negara ini sama ada ini ada nilai dan makna yang boleh diterima antarabangsa ataupun wang ini akan dibuang dengan begitu sahaja. Itu perlu jawapan daripada pihak PEMANDU untuk memberitahu kepada rakyat jelata setakat mana wang yang digunakan itu digunakan dengan tepat, bersih dan jitu.
Tuan Yang di-Pertua, ‘Hari redup membuat gambar, Gambar dibuat dengan cermat, Hidup kita mahu sabar, Baru kita dapat selamat’ Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Parit.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pertama terima kasih kerana memberikan peluang untuk berucap bagi menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 9 Mac yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, isu utama yang saya hendak sebut ialah isu perpaduan. Perlu diingat bahawa bagi sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum perpaduan nasional amat penting bagi Malaysia. Malah dianggap sebagai suatu kepentingan yang negara yang amat perlu diberikan perhatian agar sebarang halangan dan rintangan yang meranjauinya tidak akan menggugat kestabilan, kemakmuran, keharmonian dan jaminan keselamatan yang di kecapi oleh rakyat selama ini.
Negara pernah menempuh sejarah hitam akibat peristiwa 13 Mei 1969 yang telah meragut banyak nyawa dan kehilangan harta benda. Oleh itu, jangan jadikan isu-isu yang sensitif dan boleh membakar perasaan antara kaum boleh menyebabkan berulangnya sekali lagi peristiwa hitam itu. Kalau selama ini Malaysia disanjung kerana masyarakatnya yang berbilang kaum dapat hidup dengan harmoni dan aman damai serta dijadikan model oleh kebanyakan negara, maka sikap toleransi yang telah lama disemai itu hendaklah diteruskan.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titahnya mahukan rakyat Malaysia sentiasa hidup dalam perpaduan dengan mengetepikan segala unsur fitnah dan hasutan yang boleh memecahbelahkan keharmonian dan kerukunan hidup rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan budaya. Dalam perkara ini, saya mendapati terdapat pihak yang berusaha untuk merosakkan perpaduan negara semata-mata untuk mencapai cita-cita politik mereka. Malah tingkah laku mereka mengheret masalah dalam negara dengan melibatkan negara luar amat menjengkelkan dan mencemarkan imej negara. Dengan menggunakan alasan bahawa tiada keadilan hak asasi manusia seperti mempertikaikan isu-isu beragama, kedaulatan raja-raja dan hak bumiputera, golongan ini menyebarkan pelbagai dakyah dan hasutan untuk memecahbelahkan masyarakat Malaysia.
Dewasa ini penggunaan media sosial telah melampaui batas penggunaannya bagi tujuan menghasut dan mencaci antara satu sama lain sehingga sukar dikawal lagi. Jika tidak dibendung, saya percaya perpaduan yang di kecapi begitu lama akan hancur lebur dan akan mewujudkan suasana tidak tenteram sehingga boleh menyebabkan kacau bilau serta menggugat keselamatan negara. Oleh itu, saya mendesak kerajaan supaya bertindak tegas terhadap mereka yang menyalahgunakan media sosial untuk menghasut dan mencaci antara kaum. Jika keadaan masih tidak juga boleh dikawal, saya rasa sudah tiba masanya supaya kerajaan mengambil tindakan yang drastik dengan menutup perkhidmatan saluran media sosial ini seperti yang dilakukan oleh kerajaan negara China.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Tuan Yang di-Pertua, untuk mengintegrasikan masyarakat majmuk di negara ini bukan proses yang mudah. Setiap bangsa ditakdirkan untuk menjalani kehidupan yang berpisah-pisah sekian zaman kolonial melalui konsep pecah dan perintah. Apabila negara mendapat kemerdekaan pemimpin politik awal yang mewakili tiga bangsa utama di Semenanjung tidak mencadangkan suatu elemen penyatuan umpamanya melalui sistem pendidikan kebangsaan yang tunggal seperti yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Parit, hubaya-hubaya Shah Alam bangun.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Bagilah saya habis sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Hendak bagi tidak?
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Tidak usahlah bagi, hendak habis dah pun. Seperti dilakukan oleh kerajaan Thailand dan Indonesia., maka berlakulah setiap bangsa mempunyai sistem pendidikan masing-masing. Masyarakat Cina dengan pendidikan sekolah Cina, masyarakat India dengan pendidikan sekolah Tamil dan masyarakat Melayu dengan pendidikan sekolah Melayu. Mereka menggunakan bahasa yang berbeza-beza. Mereka membaca buku-buku yang berbeza-beza.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Parit, hendak habiskan hari ini atau sambung esok?
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Esoklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Esok?
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sebab kalau hendak habiskan hari ini saya bagi peluang lagi. Esok? Okey.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 18 Mac 2015.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.30 malam]