Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin] minta Perdana Menteri menyatakan, langkah-langkah berkesan dalam mengemudikan Model Baru Ekonomi (MBE) ke arah merapatkan jurang kekayaan yang melebar semula sekarang, sebagaimana berjayanya kerajaan di bawah DEB.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, jika diimbas sejarah negara semasa mencapai kemerdekaan, kadar kemiskinan isi rumah adalah pada tahap lebih 60 peratus. Justeru, Dasar Ekonomi Baru (DEB) sudah digubal untuk tujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula struktur sosial masyarakat Malaysia.
Hakikatnya, kadar kemiskinan berkurangan pada 49.3 peratus sewaktu era DEB.
Hampir enam dekad kemudian, mengikut data awalan penyiasatan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah atau HIES 2014, kadar kemiskinan tersebut telah menyusut kepada 1 peratus. Ini bermakna, kemiskinan tegar kini telah hampir disifarkan kesemuanya yang secara langsung telah mengurangkan jurang pendapatan di Malaysia daripada aspek kemiskinan tegar.
Semenjak saya memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, saya telah memperkenalkan Gagasan 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” berlandaskan Dasar Transformasi Nasional (DTN). Ia merangkumi program-program transformasi, khususnya GTP dan ETP dalam usaha kita mencapai matlamat negara maju atau high income advance economy.
Selanjutnya pada tahun 2010, Model Baru Ekonomi (MBE) diperkenalkan. Ia memfokuskan kepada tiga buah komponen utama iaitu pencapaian status negara maju pada tahun 2020, kemapanan ekonomi dan prinsip keterangkuman (inclusiveness) yang memberi fokus kepada isu jurang pendapatan.
Sememangnya Malaysia tidak akan maju sekiranya jurang pendapatan melebar.
Ini kerana setiap rakyat Malaysia perlu memperoleh pendapatan setimpal jika negara kita hendak ditakrifkan sebagai negara maju.
Secara ringkasnya, MBE menyasarkan peningkatan pendapatan negara kasar per kapita Malaysia kepada USD15,000 dan memperoleh USD444 bilion dalam pelaburan menjelang tahun 2020 berpaksikan tiga buah komponen tadi yang termasuk pembangunan yang bersifat keterangkuman (inclusiveness).
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya melalui langkah-langkah ini, Malaysia telah berjaya mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan rakyat secara keseluruhannya. Ini ditunjukkan melalui pengurangan pekali Gini daripada 0.441 pada tahun 2009 kepada 0.431 pada tahun 2012. Berdasarkan data awalan HIES tahun 2014, pekali Gini terus berkurangan kepada 0.42 pada tahun 2014.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Selain itu, ketidakseimbangan pendapatan di kalangan bandar dan luar bandar juga berkurangan. Secara perbandingan, di bandar menurun daripada 0.423 pada tahun 2009 kepada 0.410 pada tahun 2014. Manakala, di luar bandar dalam tempoh yang sama turut berkurangan daripada 0.407 kepada 0.370.
Tuan Yang di-Pertua, meskipun demikian kerajaan telah mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada isi rumah yang berpendapatan 40 peratus terendah termasuk masyarakat Orang Asli, bumiputera minoriti Sabah dan Sarawak dan juga sebilangan komuniti India.
Lanjutan itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program seperti akses kepada pendidikan yang berkualiti, pembangunan kapasiti dan keupayaan melalui program vokasional dan upskilling, pembangunan infrastruktur luar bandar serta program kemahiran dan keusahawanan seperti pembangunan SME melalui kemudahan mikro kredit oleh Amanah Ikhtiar serta TEKUN, program-program latihan bagi golongan khusus untuk Orang Asli, bumiputera minoriti dan golongan OKU dan program-program khas seperti program- program pembangunan FELDA, agropolitan, pekebun kecil serta nelayan.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini melalui Bajet 2015 yang saya telah bentangkan, saya telah memperkenalkan sebuah bajet yang disebut sebagai ‘Ekonomi Keperluan Rakyat’ yang berlandaskan ekonomi pengalaman seharian rakyat. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk satu-satunya bagi memastikan jurang pendapatan negara dapat dikurangkan lagi.
Contohnya, pada masa ini peratusan gaji daripada KDNK yang kini berada pada kadar 32.9 peratus akan ditingkatkan secara beransur-ansur kepada 40 peratus selaras dengan kadar peratusan negara-negara maju.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Oleh yang demikian, ekonomi keperluan rakyat atau istilah people economy pula merupakan ekonomi berorientasikan rakyat, meliputi keutamaan-keutamaan dan kepentingan-kepentingan rakyat seperti kos sara hidup, pendapatan isi rumah, peluang pendidikan, pekerjaan dan perniagaan, kemahiran dan keusahawanan. Pengenalan ekonomi keperluan rakyat pada Bajet 2015 ini akan menjadi titik permulaan kepada dasar- dasar dan langkah-langkah yang kerajaan akan ambil untuk diserapkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.
Ia juga mengambil kira dan memperkasa DEB serta MBE dan dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. Mudah-mudahan segala usaha murni ini akan mencapai matlamatnya demi membina dan mewajah Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya maju, moden, progresif serta pembangunan yang bersifat inklusif, insya-Allah.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri. Terima kasih dan tahniah atas jawapan, penjelasan serta penerangan yang panjang lebar. Selari dengan apa juga kesungguhan kerajaan dalam usaha untuk memperkasakan golongan bawahan terutamanya agenda bumiputera di setiap kementerian dan juga agensi-agensi. Apa yang saya hendak sebutkan di sini, selain daripada kejayaan yang telah dicatat oleh kerajaan terutamanya membasmi kemiskinan yang pada ketika ini kita di antara yang paling baik di dunia, 1.7 peratus dan mengurangkan kadar pengangguran kita yang 3 peratus di antara yang terbaik.
Akan tetapi apa yang saya hendak sebut di sini tentang peratusan bumiputera yang sebanyak 68 peratus. Golongan ini selain daripada pemilikan, penguasaan yang cukup rendah kalau kita bandingkan dengan kaum-kaum lain yang terus menambahkan kekayaan mereka. Seterusnya MBE pula menekankan mesra pasaran, yang demikian tentulah ia menuntut kurang intervensi daripada pihak kerajaan. Justeru ia boleh menggalakkan sistem kapitalisme yang sebenarnya bergerak atas momentumnya sendiri.
Jadi ini lantas akan melebarkan lagi jurang di antara yang kaya dan tidak kaya ataupun lebih melebar. Jadi soalan saya Tuan Yang di-Pertua, apa pendekatan dan dasar kerajaan dalam usaha untuk memastikan supaya kita dapat merapatkan lagi jurang ini dan meningkatkan lagi kekayaan di antara bandar dan luar bandar, di antara kaum dengan kaum dan juga dalam masa yang sama juga kita mahu melihat supaya kita dapat menambah ekuiti bumiputera yang pada ketika ini hanya 23.5 peratus sahaja. Kita menjelang menjadi sebuah negara maju tahun 2020 dan berpendapatan tinggi.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Apa sebenarnya usaha kerajaan dalam merapatkan lagi jurang ini dan melipatgandakan usaha. Kita yakin dengan pertumbuhan ekonomi yang cukup memberangsangkan di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita mempunyai potensi yang cukup baik sekali. Jadi, apakah...?...
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamd Imran bin Abd Hamid - Lumut
Soalan tambahan sahaja.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
...Soalan saya.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Soalan saya yang kedua, boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat kalau saya tidak menegur, bermakna bolehlah itu. Sila Yang Berhormat soalan.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pemilikan ekuiti, yang menjadi persoalan sekarang adalah diversiti dalam konteks human resources iaitu kita hendak melihat kalau boleh terutama daripada segi sumber manusia di peringkat pengurusan dan juga teknikal tertinggi yang banyak dikuasai majoriti oleh sesuatu kaum dalam syarikat MNC dan juga syarikat-syarikat lain bangsa. Jadi kita mahu melihat supaya jurang ini dapat diatasi dan kita mahu melihat supaya ada engagement daripada kerajaan dalam syarikat-syarikat ini akan dapat bersama-sama membantu dalam usaha kerajaan memberikan keadilan kepada semua peringkat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Saya ucap terima kasih Tuan Yang di-Pertua pada Yang Berhormat dari Jasin. Panjang juga soalannya tadi tetapi saya cuba hendak rumuskan. Pertamanya daripada segi prinsip induknya bila kita sebut bahawa apa yang kita lakukan mesti mesra pasaran tidak boleh disalah ertikan. Sebagai kerajaan tidak mahu melakukan intervensi secara positif. Intervensi secara positif melalui Majlis Ekonomi Bumiputera berdasarkan kepada agenda bumiputera akan terus diperkasa oleh kerajaan.
Kedua, saya hendak sebut di sini bahawa, pendekatan kita harus berubah. Saya bagi contoh Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak tolong bumiputera, kita mesti bumiputera yang ada kelayakan ataupun merit. Kalau kita bagi kontrak pada bumiputera dan mereka tidak ada kemampuan, kemapanan, sustainability, maka lepas kontrak itu habis, mereka akan mendesak supaya ditambah lagi kontrak. Ataupun kita bagi syarikat diswastakan pada bumiputera, mereka pinjam hutang besar daripada kerajaan, bila ekonomi merudum mereka terpaksa menjual syarikat mereka itu.
Tuan Yang di-Pertua, jadi model seperti ini tidak sustainable. Apa yang perlu kita lakukan ialah untuk membina keupayaan mereka supaya apa bantuan kita berikan kepada mereka tidak akan disia-siakan. Inilah pendekatan baru yang diamalkan oleh kerajaan berdasarkan kepada Model Baru Ekonomi dan hasrat kita untuk terus memperkasakan agenda bumiputera. Saya yakin dan percaya pendekatan ini Tuan Yang di-Pertua akan membawa kepada keberhasilan yang lebih baik lagi.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Amat Berhormat sedar, hutang terbilang belum langsai, hutang tajak tiba pula.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat belakang sana itu, tolong senyap.
Sila Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Dengan bola sepak di Pahang naik itu, semangat itu tidak reda lagi. Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat terangkan dengan adanya MBE ini dan disebutkan Gini coefficient sekarang 0.4042, hutang macam mana kita selesaikan kerana masih tinggi. Begitu juga kenaikan kos perbelanjaan di sektor awam yang kian meningkat dan juga kos sara hidup. Bolehkah kita selesaikan masalah-masalah seperti ini supaya kita boleh capai MBE. Saya berharap dapat dicapai dan banyak masalah lagi cuma tiga, empat perkara saja.
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, ada dua aspek kalau kita sebut tentang hutang. Satu aspek hutang kerajaan dan hutang kerajaan masih berada di paras 53 peratus, lebih kurang. Maknanya kalau kita bandingkan dengan negara-negara lain memang kita jauh lebih rendah. Saya tidak lihat ini akan mengancam kedudukan ekonomi negara kita. Malah semalam bila saya bertemu dengan Perdana Menteri Netherlands, beliau kata keadaan ekonomi Malaysia jauh lebih baik daripada negara dia, dia kata. Saya gunakan apa disebut, “I envy your economic performance”, dia kata dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Yang kedua tentang household debt. Household debt ini pada peringkat isi rumah yang berada di tahap 80 peratus, tetapi berbeza di Amerika Syarikat yang membawa pada subprime crisis Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Household debt kita ini, sebahagian besar ialah hutang untuk membeli rumah.
Jadi, ada set backing yang tinggi dan aset ini kalau beli rumah terus meningkat. Walaupun pada tahap 80 peratus tetapi kita mesti sedar bahawa sebahagian besarnya kerana hutang untuk membeli rumah dan set ini akan terus meningkat nilainya. Namun, kita harus juga memantau supaya ia tidaklah naik terlalu tinggi dan kita boleh menguruskannya dan menambahkan lagi pendapatan rakyat, insya-Allah.
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Perdana Menteri kerana tidak membantah soalan tambahan saya. Pertama, saya setuju dengan kenyataan kemiskinan dapat dikurangkan di negara kita ini sejak DEB dilaksanakan pada tahun 1970-an. Akan tetapi inequality, dengan izin, tidak dapat dikurangkan dengan berkesan. Malah ada satu kajian yang baru dilaksanakan oleh Universiti Malaya dan juga Institut Penyelidikan Khazanah menunjukkan inequality ini semakin melebar semenjak tahun 1970, semenjak DEB dilaksanakan hingga ke hari ini, usaha-usaha membasmi kemiskinan memang telah pun berjaya, kita boleh kata apa yang dilakukan oleh kerajaan berjaya. Akan tetapi usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum, di antara wilayah, pendapatan isi rumah tidak berlaku seperti yang kita hendakkan. Ini disokong oleh banyak kajian.
Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, saya hairan bagaimana ataupun apakah peranan-peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi pelaksana dalam usaha untuk memantau pelaksanaan program-program ini? Kalau dalam aspek itu boleh Yang Berhormat Menteri menjelaskan peranan dan agensi-agensi ini, apakah agensi-agensinya?
Sama ada MAMPU, EPU, ICU dan juga lain-lain agensi dan sejauh mana kejayaan mereka membentuk sistem pemantauan kepada pelaksanaan program-program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, pada hakikatnya kalau kita lihat dalam konteks sebuah ekonomi yang mengamalkan prinsip ekonomi bebas dan terbuka dan berlandaskan pada pertumbuhan pasaran. Maka pencapaian kita memang begitu menggalakkan. Umpamanya, dalam enam bulan pertama tahun ini, kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah terbaik di kalangan negara-negara ASEAN dan antara yang tertinggi di dunia [Tepuk] Namun, kalau kita lihat daripada segi Gini coefficient antara kaum bertambah lebih baik walaupun tidak begitu ketara tetapi bertambah lebih baik. Antara bandar dan luar bandar pun bertambah lebih baik. Cuma dalam kumpulan etnik itu dia tidak bertambah lebih baik.
Jadi ini yang kita akui, ada juga cabaran-cabaran, bukan tidak ada cabaran.
Kerajaan akui ada cabaran. Akan tetapi pendekatan kita ialah seharusnya untuk memberi tumpuan kepada kumpulan yang saya sebut sebagai B40. Yakni 40 peratus ke bawah dan kita beri bantuan kepada mereka seperti mana yang telah dan akan terus lakukan oleh kerajaan. Langkah ini akan menghasilkan kesan dalam jangka panjang. Akan tetapi kalau kita memperkenalkan capital gains tax umpamanya, seperti yang dicadangkan oleh pembangkang, ini akan membawa kesan yang negatif pada ekonomi negara Tuan Yang di- Pertua.
2. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, jenis-jenis program dan latihan kemahiran yang dijalankan sekarang bagi melatih bumiputera dan bukan bumiputera dalam melahirkan usahawan yang boleh memaksimumkan penggunaan internet sebagai platform perniagaan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah
Bismillahir Rahmanir Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kuala Krai, kementerian giat menganjurkan latihan-latihan keusahawanan dan bertujuan untuk membina keupayaan usahawan tempatan untuk bersaing di pasaran terbuka. Program latihan ini memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan melalui latihan yang bertujuan untuk membina sahsiah diri usahawan serta peningkatan skil dan juga kemahiran.
Ia dirangka dengan mengambil kira elemen yang lebih spesifik kepada sasaran peserta latihan. Antara program latihan yang dilaksanakan ialah Program Latihan Keusahawanan Peruncitan yang menyediakan latihan kepada usahawan mikro kecil dan sederhana dalam bidang peruncitan ke arah meningkatkan tahap perkhidmatan dan penyampaian yang lebih inovatif dan efektif melalui siri seminar dan bengkel.
Kumpulan sasar program latihan kita ialah penjaja dan peniaga kecil, pemilik pasar mini, pengusaha restoran dan katering dan juga pengusaha hotel bajet dan juga homestay. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian juga mengadakan kursus kemantapan penjaja dan peniaga kecil dengan kerjasama dengan SSM dan antara kursus dijalankan ialah seminar pembangunan usahawan industri makanan, kursus hands on kemahiran asas pengurusan restoran dan katering, kursus asas komunikasi perniagaan berkesan, kursus perniagaan pelancongan homestay dan juga bengkel kenali hypermarket dan pelbagai jenis kursus melibatkan pelbagai golongan sasar. Kementerian turut menekankan penggunaan internet sebagai platform perniagaan dalam modul-modul yang ditawarkan. Sejajar dengan pembangunan perniagaan secara internet, kementerian turut menggalakkan usahawan supaya melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan dalam perniagaan secara atas talian bagi perniagaan francais.
Perbadanan Nasional Berhad (PNS) telah mewujudkan PNS Virtual Mall yang menggunakan aplikasi web mudah alih iaitu mobile application, dengan izin, sebagai platform untuk mempromosikan perniagaan-perniagaan francais. PNS juga menggalakkan mereka menggunakan aplikasi web mudah alih ini untuk mengoptimumkan potensi perniagaan mereka, terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan kepada soalan yang sebenarnya distrukturkan khusus untuk mendapat penjelasan mengenai satu perkembangan yang agak meriah sekarang ini dalam talian iaitu perniagaan melalui internet. Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, apa sahaja boleh dagangkan, boleh jual, boleh beli melalui internet, daripada sekecil-kecil barang sampai semahal-mahal barang sampai ke sebesar-besar barang. Beg- beg tangan yang mahal-mahal pun diniagakan melalui internet.
Jadi sudah tentulah ia dapat mengurangkan kos daripada segi pengurusan dan melibatkan lebih ramai orang sebab itu soalan itu ditanya setakat mana perkembangan bantuan kerajaan dalam usaha ini kerana kita dimaklumkan dalam NKEA, salah satu daripada flagship nya iaitu gedung maya. Gedung maya merupakan satu daripada entry point program kerajaan yang berkaitan dengan perniagaan internet ini dan dua buah syarikat telah dilantik iaitu Doorstep Retails Sdn. Bhd. dan Burj Asia Coorporation sdn. Bhd.
Jadi, setakat mana peranan gedung maya ini tidak dikaitkan dalam jawapan Menteri tadi, dalam usaha meningkatkan penglibatan anak kita dalam perniagaan secara talian ini? Apa dua buah syarikat ini telah diberikan tanggungjawab dan peruntukan untuk melatih, untuk membina program-program internet, untuk memudahkan urusan perniagaan, jadi minta Menteri memberikan penjelasan? Terima kasih.
Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Seperti yang saya sebutkan tadi, kementerian kita mengadakan pelbagai program untuk memastikan supaya usahawan-usahawan baru kerana kita begitu memahami sekarang ini dunia dan berubah macam Yang Berhormat sebut tadi, zaman IT dan pergerakan dunia pun sekarang ini berlaku melalui hujung jari sahaja.
Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah
Dan sebab itu kita menyediakan segala keperluan, kemudahan-kemudahan untuk peniaga-peniaga terutama tanggungjawab kepada kementerian KPDNKK ialah peniaga- peniaga ataupun usahawan-usahawan kecil yang saya sebut tadi, penjaja dan peniaga kecil, pemilik pasar mini, pengusaha restoran dan sebagainya.
Jadi sebab itu menjadi tanggungjawab untuk memastikan dalam dunia yang serba moden ini, mereka juga mesti mengetahui mengenai dengan perniagaan melalui online.
Jadi persiapan ini kita buat kerana kalau tidak, orang lain akan mengambil ataupun membuat keuntungan yang begitu banyak melalui perniagaan-perniagaan online. Jadi sebab itu kita nak pastikan tugas KPDNKK supaya peniaga-peniaga kecil terutama bumiputera juga melibatkan diri dalam perniagaan online Yang Berhormat sebut tadi kerana sekarang berniaga ini boleh duduk di rumah sahaja dah boleh pasarkan di seluruh negara dan juga kadang-kadang di luar daripada negara kita. Jadi sebab itu peniaga-peniaga kecil bumiputera ini mesti mahir dalam gerakan perniagaan melalui online. Sebab itu, itulah yang kita lakukan selain daripada syarikat-syarikat Yang Berhormat sebut tadi. Terima kasih.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertamanya saya menyambut baik inisiatif oleh pihak kementerian untuk menyediakan bantuan perniagaan dalam talian Malaysia GMBO iaitu Get Malaysian Business Online bagi memajukan perniagaan khususnya usahawan kecil dan sederhana untuk memajukan perniagaan mereka dalam talian atau internet. Secara tak langsung mereka boleh meningkatkan lagi perniagaan mereka dan juga pengiklanan jenama mereka.
Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya juga banyak menerima aduan dan juga rintihan daripada generasi muda khususnya golongan bumiputera yang banyak tertipu dengan perniagaan berasaskan talian. Saya mohon penjelasan oleh pihak kementerian, kaedah pemantauan serta penelitian serta sama ada adakah wujud untuk memastikan penipuan perniagaan dalam talian ini dapat dibendung khususnya dalam internet. Terima kasih.
Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, memang kita mempunyai akta untuk melindungi pengguna yang ditipu melalui perniagaan online ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna iaitu Urus niaga Perdagangan Elektronik 2012 di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang mula dikuatkuasakan mulai pada 1 Julai 2013 kerana perniagaan ini internet ini baru, jadi kita kuat kuasa mulai 1 Julai 2013 dan ia mewajibkan semua peniaga online ini Yang Berhormat, untuk memaparkan maklumat berikut di laman web mereka.
Ini melalui Akta Perlindungan Pengguna kerana kita nak melindungi supaya tidak
ditipu seperti apa Yang Berhormat sebut tadi iaitu dia mesti
(i) nama individu ataupun perniagaan syarikat;
(ii) nombor pendaftaran perniagaan ataupun syarikat;
(iii) e-mel dan nombor telefon atau alamat peniaga;
(iv) ciri utama barangan yang hendak dijual;
(v) harga termasuk kos penghantaran. Dia mesti sebut siap-siap di dalam laman web;
(vi) kaedah pembayaran;
(vii) terma dan juga syarat-syarat; dan
(viii) anggaran masa penghantaran.
Di dalam laman web peniaga-peniaga ini mesti terkandung lapan perkara dan peniaga ini juga mesti menyediakan sistem yang membolehkan pembeli membuat pindaan sebelum mengesahkan pesanan dan mengaku terima secepat mungkin pesanan dan peniaga online yang disabitkan kesalahan, ini melalui akta Yang Berhormat sebut tadi, memang kita akui ada, peniaga online yang sabit kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan tindakan seperti berikut.
Kalau individu, kesalahan pertama ialah denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
ditipu seperti apa Yang Berhormat sebut tadi iaitu dia mesti
Kesalahan kedua dan berikutnya denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. Kalau pertubuhan perbadanan, Yang Berhormat, kesalahan pertama denda tidak lebih daripada RM100,000 dan kesalahan kedua dan berikutnya denda tidak lebih daripada RM200,000. Itu akta Yang Berhormat soalkan tadi.
Untuk makluman, memang ada aduan-aduan yang telah kita terima. Mulai daripada Januari 2014 hingga November, ada lebih kurang 1,047 kes aduan yang kita terima melalui e-Aduan KPDNKK. Jadi bermakna kata dalam tahun ini sahaja aduan penipuan melalui online ini melebihi daripada 1,000 kes dan banyak aduan ini ada yang cerita dalam aduan itu barang tak sampai, barang tak sama seperti yang telah digambarkan di dalam online, jadi bermacam-macam aduan. Bahagian penguat kuasa di kementerian KPDNKK, kita tengok kes-kes ini dan tindakan-tindakan susulan akan kita buat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan:
(a) mengenai cadangan pelaksanaan menaik taraf jalan raya Kg.
Bangkulat-Tongod, Kinabatangan; dan
(b) mengenai cadangan pelaksanaan menaik taraf jalan raya Kg.
Karamuak ke Kg. Kenang-Kenangan, Kinabatangan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan nombor tiga, untuk makluman Yang Berhormat Kinabatangan, siasatan tapak sedang dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah untuk pelaksanaan menaik taraf jalan Kg. Bangkulat-Tongod, Sabah.
Manakala bagi menaik taraf jalan Kampung Karamuak ke Kg. Kenang-Kenangan, projek tersebut tiada dalam perancangan kementerian ini. Oleh yang demikian, pihak kementerian akan berhubung dengan pihak berkuasa negeri Sabah untuk menjalankan siasatan tapak bagi tujuan permohonan kepada pihak Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri untuk pelaksanaan pada Rancangan Malaysia Kesebelas. Walau bagaimanapun, permohonan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Sekian, terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat rakan saya Timbalan Menteri. Jawapan memang cukup jelas cuma masalahnya Tan Sri, jalan raya ini kalau saya tidak silap, Rancangan Malaysia Kesembilan dia dah masuk tetapi Rancangan Malaysia Kesepuluh dia terkeluar. Jadi dia pandai in, pandai out. Jadi saya mahu minta kementerian supaya kalau boleh fokus Tuan Yang di- Pertua ke arah untuk memberi prasarana jalan raya ini sebab jalan raya ini kalau musim hujan Tuan Yang di-Pertua, kampung ini terputus hubungan.
Saya inshaaAllah hari Jumaat ini saya akan konvoi dengan wartawan, dengan pihak-pihak tertentu untuk memberi perkhidmatan kepada sebuah kampung lebih kurang tujuh jam perjalanan, jalan dia lenggok-lenggok tetapi kita beri perkhidmatan kepada rakyat dan kita akan lalui kawasan ini. Jadi saya harap kementerian boleh memberi perhatian.
Saya tahu kementerian banyak membantu sudah Tuan Yang di-Pertua cuma ada lagi jalan- jalan raya ini yang perlu dinaik taraf sebab kalau dia hujan langsung tidak boleh dihubungi.
Terima kasih.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Saya rasa tak ada jawapan untuk saranan untuk kementerian lebih bersungguh untuk membantu di kawasan Kinabatangan. Memang kita ambil perhatian dan kita berharap juga Yang Berhormat Kinabatangan akan berterusan menekankan cadangan supaya seperti mana telah saya sebut pada awal tadi di Rancangan Malaysia Kesebelas yang akan datang yang bermula tahun 2016, kita dapat laksanakan projek jalan-jalan seperti mana yang telah disarankan oleh Yang Berhormat Kinabatangan.
Sekian, terima kasih.
4. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan drastik yang dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap pencerobohan perairan oleh nelayan Vietnam. Berapakah kes yang telah diheret kepada pendakwaan membabitkan penyalahgunaan permit dan lesen oleh pemilik permit dan lesen kalangan rakyat Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh APMM dalam menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia terutamanya di bawah Akta Perikanan 1985 bagi menangani aktiviti pencerobohan nelayan asing terutamanya dari Vietnam di Zon Maritim Malaysia. Agensi ini telah melakukan rondaan dengan kehadiran pengoperasian tujuh hingga sepuluh vessel setiap hari di setiap lima buah wilayah maritim bagi mengawal isu pencerobohan nelayan-nelayan asing tersebut. APMM juga melaksanakan rondaan dan pemantauan udara dengan menggunakan helikopter dan pesawat sayap kaku.
Bagi kes penyalahgunaan permit dan lesen oleh pemilik daripada kalangan rakyat Malaysia pula, sejumlah 206 kes telah didakwa di mahkamah sejak tahun 2006 hingga 30 September 2014. Pecahan terperinci statistik kes krew asing yang melibatkan warga Vietnam, Thailand, dan Indonesia adalah seperti berikut:
| Kawasan | Jumlah Kes | |||
|---|---|---|---|---|
| Wilayah Maritim Utara | 95 | |||
| Wilayah Maritim Selatan | 11 | |||
| Wilayah Maritim Timur | 26 | |||
| Wilayah Maritim Sabah | 59 | |||
| Wilayah Maritim Sarawak | 15 | Jumlah keseluruhan | 206 |
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas jawapan Menteri. Kita tahu bahawa pencerobohan nelayan asing ini sangat kritikal dan berlaku sepanjang tahun dan sudah sangat berleluasa. Saya menerima rungutan dari ramai nelayan yang mereka ini hanya bergantung harap kepada kerja nelayan untuk menampung sara hidup mereka. Jadi kalaulah penangkapan ikan yang menjadi sumber pendapatan mereka ini pun terpaksa kongsi dengan nelayan asing, saya ingat ini satu malapetaka kepada mereka dalam usaha mereka mencari rezeki. Soalan saya yang saya kemukakan semenjak tahun 2006 sehingga 2014, berapa buat bot nelayan Vietnam yang ditangkap dan berapa yang diampunkan oleh kerajaan? Sekian.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, ancaman kita sekarang ini di darat adalah daripada pendatang asing manakala di laut pula nelayan asing. Kerajaan memang memandang serius perkara ini. Ini kerana mereka ini datang setiap hari dan kita membuat operasi juga pada setiap hari tangkapan juga kita buat dari semasa ke semasa.
Kalau dilihat dari tahun 2006 sehingga tahun 2014 seperti yang saya sebutkan tadi, terdapat 353 kes, kesemuanya ialah nelayan Vietnam yang didakwa dan dihukum penjara.
Manakala peralatan menangkap ikan iaitu bot dan juga peralatan dilucutkan hak.
Sebelum tahun 2013, kita benarkan bot ini dilelong dan selepas itu dikeluarkan lesen kepada nelayan tempatan akan tetapi terdapat penyalahgunaan berlaku sejak tahun 2013, kita tidak lagi benarkan bot ini dilelong tetapi kita tenggelamkan ia untuk dijadikan tukun dan sebagainya.
Pada tahun 2014, tahun ini , APMM telah menahan sebanyak sembilan buah bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara di bawah kesalahan 15(1)(a), Akta Perikanan 1985, yang mana mereka telah menjalankan aktiviti secara haram. Walau bagaimanapun, berdasarkan arahan Peguam Negara pada 19 April 2014, APMM telah menggugurkan pertuduhan terhadap enam buah bot nelayan Vietnam tersebut. Kesemua 58 orang nelayan Vietnam yang ditahan telah diserahkan pada Jabatan Imigresen untuk diusir. Bot serta peralatan dalam proses untuk diserahkan kepada pemilik asal. Ini ialah hasil daripada lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Vietnam dan juga perkara-perkara lain yang ada hubung kait dengan hubungan diplomatik, maka untuk yang kes ini sahaja kes-kes tersebut ditarik balik.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Soalan hampir-hampir spesifik Yang Berhormat, tidak apa, yang di belakang, Yang Berhormat Setiu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri mengenai dengan tangkapan dan pendakwaan sebanyak 206 kes kalau tidak silap saya tadi yang disebut. Apa yang saya hendak tahu, apa hukuman daripada pihak mahkamah kerana dalam Akta Perikanan sendiri tahun 1985, seksyen 15 hukuman boleh dikenakan sehingga RM1 juta kepada tekong jika sabit kesalahan dan penjara setahun. RM100,000 kepada awak-awak jika sabit kesalahan juga dan penjara setahun. Sama ada hukuman yang dikenakan memadai kerana masih berleluasa daripada pihak Vietnam. Terima kasih.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tersebut. Akan tetapi secara khusus saya akan berikan jawapan bertulis. Mengikut rekod kita secara umumnya, pada tahun 2006 sehingga tahun 2014, hasil lelongan yang telah diperoleh ialah sebanyak RM1.8 juta, keseluruhan. Nilai keseluruhan denda ke atas nelayan asing yang didakwa dan dijatuhkan hukuman ialah RM235.3 juta. Hasil pelupusan vessel pula ialah sebanyak RM25 juta iaitu dari tahun 2006 hingga tahun 2012. Tahun 2013 kita tidak lelong lagi akan tetapi kita lupuskan ia.
Sama ada hukuman ini berpatutan ataupun tidak, sekarang ini semua sekali vessel ataupun bot yang ditangkap, kita lupuskan. Kita tidak kenakan denda dan denda ini walaupun saya sebut jumlahnya daripada segi kewangan tetapi denda ini kebanyakannya tidak dikutip sebab mereka ini memilih untuk dipenjarakan. Selepas habis hukuman penjara, mereka balik dan kita tidak dapat kutip wang kerana kebanyakan daripada mereka ialah pekerja.
Kita tidak dapat tangkap tuannya ataupun tauke akan tetapi kita tangkap krew. Jadi krew ini memilih untuk duduk dalam penjara. Walaupun daripada segi kewangannya, kita menyebut jumlah yang banyak tetapi kebanyakannya tidak dapat dikutip. Jadi sama ada ia mencukupi ataupun tidak, saya serahkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menentukannya. Di pihak kami, kita menjalankan penguatkuasaan dan kita tidak bertolak ansur untuk menjalankan tindakan.
Pada masa yang lalu, kita sering kali menyiasat mereka ini di tengah laut.
Contohnya kita minta dokumen dan sebagainya. Sekarang ini kita ambil pendekatan baru.
Kita tangkap, kita bawa ke jeti dahulu, selepas itu kita proses di sana, dan kita harus ambil tindakan dalam masa 24 jam. Kalau lebih dari tempoh tersebut, kita tidak boleh berbuat demikian. Jadi dalam masa 24 jam itu kita akan ambil tindakan untuk menyiasat tentang keadaan mereka. Kita tidak mahu lagi berunding di laut dan tengok di laut sebab kadang kala kita dituduh dengan pelbagai isu kerana kalau mereka mempunyai dokumen yang lengkap, kadang-kadang kita lepaskan begitu sahaja.
Akan tetapi sekarang ini, kita jumpa, kita tangkap. Sebab itulah tangkapan sekarang ini agak tinggi berlaku di seluruh negara. Ini bermakna ancaman nelayan asing ke perairan kita itu tinggi kerana negara jiran menjalankan aktiviti perikanan ini agak rancak dan agak agresif sehingga mungkin sumber ikan tidak banyak lagi di sana. Mereka cukup gemar datang ke sini kerana sumber ikan masih tinggi di kawasan perairan Malaysia.
5. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [Lipis] minta Menteri Kewangan menyatakan usaha Kerajaan untuk membantu pihak Malaysia Airlines (MAS) bagi memperkukuhkan semula prestasi Malaysia Airlines (MAS), termasuk pelan bantuan kepada pekerja-pekerja yang terpaksa diberhentikan.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab secara bersekali pertanyaan-pertanyaan Yang Berhormat Lipis pada hari ini 6 November bersama empat orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu 6 November Yang Berhormat Tenom, 18 November Yang Berhormat Marang, 19 November Yang Berhormat Jelebu dan 20 November Yang Berhormat Shah Alam.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, keutamaan Malaysia Airlines System
(MAS) pada masa ini adalah untuk menumpukan perhatian kepada pelaksanaan inisiatif- inisiatif sedia ada di bawah pelan perniagaan syarikat dengan sasaran untuk meningkatkan kendalian trafik penumpang yang telah terjejas berikutan insiden MH370 dan MH17 yang lalu.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pelbagai strategi dan pelan jangka pendek telah dirancang dan akan dilaksanakan bagi memulihkan imej syarikat serta meningkatkan semula keyakinan penumpang kepada perkhidmatan MAS. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan mengaktifkan semula promosi jualan untuk semua sektor termasuk pasaran di China serta menggiatkan kempen pemasaran taktikal di seluruh dunia melalui pakatan perkongsian sedia ada. Selain itu MAS akan terus komited untuk mengekalkan daya saing serta menyediakan tahap perkhidmatan berkualiti kepada penumpang serta memberi penumpuan kepada inisiatif untuk meningkatkan hasil, mengurangkan kos operasi dan meningkatkan produktiviti dengan mengukuhkan rangkaian perkhidmatan MAS.
Program penggantian pesawat merupakan pemangkin kepada pelan pemulihan MAS melalui inisiatif memenangi semula penumpang dengan adanya pesawat baru seperti A380 Boeing 737-800 dan Airbus A330, MAS dapat mempelbagaikan perkhidmatan bagi memberikan kepuasan kepada penumpang dan mengekalkannya sebagai syarikat penerbangan pilihan. MAS juga menawarkan perkhidmatan berkualiti bertaraf lima Bintang dengan harga kompetitif berbanding syarikat-syarikat penerbangan lain. Pada 29 Ogos 2014, Khazanah telah mengumumkan Pelan Pemulihan MAS. Terdapat 12 rangka kerja:
(i) menubuhkan syarikat baru bagi menempatkan MAS baru;
(ii) menyediakan dana sehingga RM6 bilion untuk penyusunan semula serta pelaburan serta mengurangkan nisbah bersih hutang berbanding dana pemegang saham daripada 290 peratus kepada 120 peratus;
(iii) menetapkan semula model perniagaan yang mampan melalui rangkaian perkhidmatan yang memberi fokus kepada pasaran serantau, struktur kos yang lebih rendah dan penekanan yang lebih kepada pengurusan hasil;
(iv) menyatukan operasi teras dan ibu pejabat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA);
(v) mengukuhkan jaminan integriti dan fungsi keselamatan;
(vi) mengkaji dan merundingkan semula kontrak bekalan;
(vii) memperkukuhkan barisan kepimpinan;
(viii) menyesuaikan saiz tenaga dengan anggaran 14,000 orang kakitangan di MAS baru;
(ix) mengukuhkan perhubungan industri dan penjajaran dalaman;
(x) latihan semula perwujudan pekerjaan dan penempatan semula;
(xi) sokongan kerajaan yang sesuai terhadap inisiatif utama; dan
(xii) komunikasi berterusan dan perhubungan dengan pihak berkepentingan.
Bagi melaksanakan Pelan Pemulihan MAS ini, Khazanah memerlukan dana sehingga RM6 bilion yang akan disalurkan secara berperingkat tertakluk kepada pencapaian syarat-syarat penyusunan semula yang ketat. Antara sasaran yang ditetapkan ke atas MAS adalah seperti penggubalan peraturan kerja dan syarat-syarat pekerjaan berdasarkan penanda aras industri, penyusunan semula proses dan penyelarasan, kajian semula kontrak, penyatuan operasi di KLIA, penubuhan jawatankuasa untuk memudahkan perundingan pekerja, tadbir urus dan etika, kelulusan pelan perniagaan, pembangunan sumber manusia dan pengurusan, kajian semula struktur tadbir urus korporat syarikat dan penetapan petunjuk prestasi utama KPI kewangan dan operasi untuk pemantauan bulanan bagi memastikan pelaksanaan penstrukturan semula. Terima kasih.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan sebentar tadi. Dalam penstrukturan semula organisasi MAS ini bukan satu perkara yang mudah.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Mungkin memerlukan banyak penelitian dan kerajaan pun telah meluluskan sebanyak RM6 secara berperingkat untuk memastikan operasi MAS ini dapat berjalan semula dengan lancar.
Persoalannya jangkaan daripada 20,000 orang pekerja akan dikurangkan kepada 14,000 orang. Bererti lebih kurang 6,000 orang pekerja akan ditamatkan perkhidmatannya.
Apakah jaminan kerajaan kepada 6,000 orang ini? Apakah bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada 6,000 orang kakitangan yang mungkin terlibat dalam penamatan perkhidmatan mereka sebagai kakitangan MAS? Jadi langkah-langkah seperti ini perlu dilihat oleh pihak kerajaan dan apakah dengan langkah sedemikian rupa dengan suntikan RM6 bilion, berapa pula dengan langkah membuang pekerja dan sebagainya melalui penstrukturan semula, berapakah keuntungan yang dijangka dapat diperoleh dalam masa berapa lama sementara MAS ini dipulihkan?
Satu perkara daripada penelitian yang kita lihat, banyak perkara yang boleh dilaksanakan untuk mendapatkan kembali keuntungan MAS. Rasanya semua Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini pernah menaiki MAS tentu banyak perkara yang kita lihat dan boleh kita restructure semula termasuklah adakah dengan membina kembali ikon negara ini bagi tema pembaikan semula. Adakah kita akan mengubah pakaian, daripada segi pakaian sekarang kepada pakaian menutup aurat, mungkin bertudung umpamanya.
Adakah kita masih hendak membekalkan minuman keras di dalam kapal terbang sedangkan kapal terbang kita ini ialah kapal terbang dari Malaysia Airlines System, di mana pandangan saya tidak perlu lagi dibekalkan minuman keras di dalam syarikat penerbangan tersebut. Pekerja yang menuangnya orang Melayu dan mungkin yang meminumnya pun orang Melayu. Jadi saya nampak perkara-perkara ini juga harus diambil kira daripada segi organisasi yang bertemakan negara kita sebagai negara yang bertemakan Islam itu sendiri.
Soalan saya.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Mengenai pekerja. Jika kita membandingkan nisbah sebuah pesawat dengan pekerja di syarikat penerbangan yang lain. Sebagai contoh Lion Air seramai 31 orang pekerja untuk sebuah pesawat, JetBlue Airways seramai 77 orang, American Airlines seramai 91 orang, Delta Airlines seramai 95 orang pekerja sebuah pesawat, United Airlines seramai 123 orang, Cathay Pacific seramai 125 orang, Singapore Airlines seramai 138 orang, Air China seramai 143 orang, China Eastern Airlines seramai 158, Malaysia Airlines seramai 183 orang, johan. Akan tetapi ada lagi di atas kita Thai Airways seramai 251 orang. Itu yang paling tinggilah. Malaysia kedua daripada segi jumlah pekerja dibandingkan dengan nisbah sebuah pesawat.
Ini bererti Malaysia Airlines, setelah membuat kajian perlu mengurangkan 30 peratus daripada jumlah pekerjanya seramai 20,000 orang dan terpaksa memberhentikannya dengan kaedah-kaedah yang diguna pakai dan standard antarabangsa seramai 6000 orang. Kita ada pusat khas dengan izin, dinamakan Outplacement Centre (OPC) untuk memberikan sokongan penempatan selari dengan proses penyusunan semula yang sedang dilaksanakan.
Outplacement Centre ini menyediakan khidmat sokongan berkaitan yang diperlukan oleh kumpulan pekerja termasuk sokongan profesional, emosi dan kewangan. MAS juga menubuhkan sebagai Pusat Latihan Semula Korporat (CRC) yang ditubuhkan bagi penyusunan semula dan sokongan perkhidmatan. Tujuannya supaya mereka yang berhenti itu dapat mengikuti kursus perancangan kewangan, persaraan, panduan kerjaya, kaunseling, penjalinan hubungan dengan majikan dan perkara-perkara yang seumpamanya. Kemudian saya juga ingin memaklumkan di sini Khazanah telah menandatangani tiga MOU. Ini berita baik kepada mereka yang akan diberhentikan, berhenti atau memilih berhenti itu.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sebuah syarikat bersetuju untuk mengambil 2,000 orang pekerja, sebuah syarikat lagi bersetuju mengambil 1,500 orang pekerja dan sebuah syarikat lagi 1,000 orang pekerja. Seramai 2,000 campur 1,000, 3,500 campur 1,000 ,maka 4,500 daripada 6,000 itu.
Ada tiga buah syarikat sudah bersetuju untuk mengambil pekerja jika sesuai dan MoU telah pun ditandatangani. Daripada segi pakaian dan minuman keras, itu cadangan yang baik.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya secara peribadi pun bersetuju tetapi kita pulangkan kepada pengurusan MAS untuk memikirkannya dengan teliti cadangan-cadangan yang pelbagai yang diterima daripada awam dan juga daripada pihak yang berkaitan. Terima kasih.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih rakan saya Yang Berhormat Menteri. Cuma saya hendak dapat penjelasan daripada apa yang telah disebut tadi. Nama syarikat-syarikat yang telah pun dibuat MoU dengan Khazanah yang akan mengambil pekerja-pekerja tadi. Kita hendak tahu nama syarikat, jenis perniagaan dan sebagainya. Ini kerana kita tidak mahu nanti timbul pula masalah bila 1,000 orang masuk tinggal 2,000, syarikat itu juga mengalami lebihan pekerja, akan berlaku pula permasalahan pemberhentian dan sebagainya.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya hendak dapat penjelasan. Kenapakah perlu syarikat baru untuk penerbangan Malaysia ini? Apakah masalah dengan syarikat lama?
Adakah 12 buah pelan pemulihan MAS yang telah pun dilancarkan baru-baru ini disebut oleh Perdana Menteri hanya boleh dilaksana dan dicapai melalui syarikat baru. Tidak boleh dilaksana, tidak boleh dicapai dalam syarikat yang sedia ada? Saya pun agak peliklah, kenapakah perlu syarikat baru? Apakah masalah dengan syarikat sedia ada? Apa problem syarikat yang sedia ada ini sehingga kita perlu macam istilah kita tutuplah syarikat ini, tutup kedai. Tutup kedai buka kedai baru. Apakah masalah? Ini kerana kerajaan hanya sebut begitu tetapi tidak menyebut kepada kami.
Kemudian akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan kejuruteraan MAS, Unit Kejuruteraan MAS. Dalam 12 buah pelan itu saya tidak lihat secara jelas kedudukan kejuruteraan MAS sama ada akan terus dikekalkan dalam MAS baru nanti ataupun dia itu akan dipindahkan dijadikan sebuah syarikat persendirian yang lain. Ini kerana bagi saya bahawa kejuruteraan MAS ini telah banyak menampung sebahagian hasil MAS itu sendiri. Ini kerana kalau kita lihat bahawa hasil RM475 juta, bermakna bahawa dia telah menampung gaji dan elaun untuk pekerja-pekerja MAS sebanyak RM420 juta satu tahun untuk keseluruhan. Jadi, kalau kita lihat sekarang ini kejuruteraan MAS ini macam sudah pihak-pihak luar...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Syarikat penerbangan ini macam tidak ada keyakinan, seolah-olah macam banyak syarikat luar yang dapat khidmat dahulu ini, lari daripada kejuruteraan MAS.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Cukuplah itu.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi, apakah masalahnya?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih. Nama syarikat. Pertama, CICOM Berhad di Kuala Lumpur iaitu 2,000 orang ini mengenai komputer dan sebagainya sebab dia bawah Multimedia Super Corridor (MSC). Kedua, Sutherland Global Services, ia tidak ada kaitan dengan penerbanganlah. Satu lagi, Tech Mahindra ICT Services (Malaysia) Sdn. Bhd. Bagi Sutherland Global Services itu 1,500 orang dan Tech Mahindra ICT Services itu 1,000 orang.
Akan tetapi kita akan terus mencari lagi syarikat-syarikat lain. Tidak semestinya pekerja-pekerja itu minat untuk menyertai syarikat-syarikat yang berkaitan. Oleh sebab itu kita sudah ada tiga MoU, mungkin lepas ini ada banyak lagi MoU. Jadi, sedang diusahakan oleh Khazanah untuk memastikan rakyat kita yang 6,000 itu dapat pekerjaan.
Kita juga melatih daripada segi keusahawanan. Pusat yang saya sebut tadi juga melatih keusahawanan dan memberikan sedikit sebanyak ilmu-ilmu keusahawanan kepada mereka. Satu lagi yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat, bertanyakan tentang 12 buah pelan itu. Sekejap lagi saya akan bagi kepada Yang Berhormat. Bentara boleh bagi. Untuk Yang Berhormat, bacalah ya dengan detail. Terima kasih.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak jawab soalan saya, saya tanya fasal apa perlu syarikat baru? Kenapakah hendak tutup syarikat sedia ada? Adakah 12 buah pelan itu hanya boleh dilaksanakan dalam syarikat baru, tidak boleh dicapai dengan syarikat yang sedia ada?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Okey, baca buku itulah Yang Berhormat.
Akan tetapi saya hendak maklumkan, daripada RM6 bilion itu, RM3 bilion kita bagi kepada syarikat lama untuk menyelesaikan beberapa perkara.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Antaranya RM1.2 bilion untuk mengadakan Voluntary Separation Scheme (VSS), dengan izin. Kemudian untuk membeli saham minoriti berjumlah RM1.4 bilion. Daripada segi kaedah pengurusan syarikat RM3 bilion itu kita beri kepada syarikat lama untuk menyelesaikan segala permasalahan di situ. Kita mulakan dengan syarikat baru dengan azam baru, dengan kaedah baru dan kita bagi RM3 bilion lagi untuk syarikat ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, yang dokumen tadi diserahkan kepada Yang Berhormat Pokok Sena kalau boleh saya minta sesalinan. Terima kasih.
6. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan jika kerajaan akan kaji balik undang-undang yang sedia ada berkenaan dengan “Animal Cruelty” dalam (Animal Act 1953) dan adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menggubal undang-undang khusus mengenai kekejaman kepada haiwan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Penampang yang bertanyakan sama ada kerajaan akan mengkaji Akta Binatang 1953. Jawapannya, memang kita mengkaji dan telah pun dibuat pindaan berhubung dengan akta ini pada tahun 2013 berkaitan dengan penalti yang dikenakan kepada mereka yang melakukan kekejaman kepada haiwan. Kalau mengikut peruntukan sebelum ini, maksimum hanya RM200 tetapi dengan pindaan itu ia telah dinaikkan kepada RM50 ribu maksimum ataupun satu tahun penjara maksimum, either one or kedua-duanya sekali, bergantung kepada kesalahan yang dilakukan terhadap binatang.
Pertanyaan Yang Berhormat Penampang bahagian yang kedua sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk menggubal undang-undang khusus mengenai kekejaman kepada haiwan. Ini jawapannya ialah kerajaan telah pun memulakan usaha untuk menggubal satu undang-undang baru sejak tahun 2011 lagi. Proses penggubalan ini telah mengambil masa beberapa peringkat di mana pandangan dan pendapat, teguran daripada pihak-pihak tertentu telah dilakukan.
Sama ada agensi-agensi kerajaan ataupun kementerian yang berkenaan dengan hal ehwal ini telah diminta untuk memberi pandangan. Termasuk juga pihak dari Sarawak dan Sabah dan semuanya ini telah diambil kira dan satu akta baru telah digubal. Pada masa ini pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah pun menyiapkannya dan diserahkan pada Jabatan Peguam Negara. Kita menunggu jawapan daripada Peguam Negara, persetujuan mereka, selepas itu akan dibentangkan di Parlimen ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Kita tahu Yang Berhormat Menteri bahawa undang-undang itu sedang dikaji oleh Attorney General. Banyak kekejaman yang berlaku sekarang dan saya cadangkan kepada kerajaan untuk mempercepatkan undang-undang itu, lebih-lebih lagi untuk menyuntik budaya baru berkenaan dengan kindness to animal, dengan izin.
Di Sabah kita ada kes-kes yang belum selesai, lebih lagi 14 pygmy elephant yang mati dan banyak soalan sampai hari ini berkenaan dengan kejadian itu. Soalan saya Yang Berhormat Menteri adalah adakah cadangan kerajaan untuk menyeragamkan undang- undang Federal dan juga State Ordinance di Sabah supaya hukum denda itu akan dinaikkan di Sabah seragam di Semenanjung. Begitu juga soalan terakhir bolehkah Yang Berhormat Menteri mencadangkan dalam akta yang ada pada hari ini untuk yang disabitkan kesalahan to serve community services atau pun khidmat masyarakat bersama animal shelter atau pun SPCA. Tterima kasih.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita cuba menyeragamkan Akta Binatang ini dan telah pun mengemukakan kepada pihak berkuasa di Sabah dan Sarawak.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah mempunyai pandangan atau pun keinginan untuk menggubal ordinan mereka sendiri. Namun begitu, mereka sedia untuk menyerapkan cadangan-cadangan yang telah kita masukkan di dalam Akta Kebajikan Haiwan yang dicadangkan seperti mana yang saya sebutkan tadi.
Selain daripada itu, Yang Berhormat tadi juga menyebutkan bahawa banyak kejadian, kesalahan, kekejaman yang dilakukan pada masa ini yang belum selesai. Kita amat menyedari perkara ini dan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak ada masalah. Kita hanya menunggu daripada pihak Peguam Negara dan sepantas itu kita akan mengemukakan kepada Parlimen untuk dibentangkan. Memang kita menyetujui pandangan Yang Berhormat untuk mewujudkan budaya caring kepada binatang. Ini untuk menjadi sebuah negara maju, pembudayaan ini penting. Akan tetapi walau bagaimanapun, jangan sampai buat macam program “I Want To Touch a Dog”. “I Want To Touch a Dog” itu lain sedikit. Itu caring yang tidak begitu sesuai dibuat untuk masyarakat Islam, orang Islam.
Terima kasih.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kesedaran awam dan NGO tentang terhadap kebajikan haiwan ini telah meningkat dewasa ini dan mungkin ini ada di antaranya kesan daripada program World Animal Day pada 4 hari bulan 10 yang diadakan di dunia ini. Jadi, bagi menangani isu-isu seperti ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah banyak melakukan program-program mempromosikan amalan penjagaan haiwan yang baik dan juga kempen-kempen untuk menyayangi haiwan. Walau bagaimanapun, kita juga mendengar berita-berita tentang kekejaman yang dilakukan terhadap haiwan. Ada juga yang dengan sengaja mengambil video dan disebarkan pada semua untuk melihat. Terlonjak-lonjak, suka sangat seksa haiwan ini. Ini golongan yang tiada akallah.
Jadi, persoalan saya, Yang Berhormat Menteri apakah bentuk-bentuk kelakuan yang ditakrifkan sebagai kekejaman terhadap haiwan di Malaysia ini? Berapa kes-kes kekejaman yang telah dibicarakan dan dihukum mengikut Akta Haiwan 1993? Saya juga ingin tahu apakah reaksi kerajaan terhadap program, “I Want To Touch a Dog” ini sebenarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Keprihatinan kerajaan terhadap masalah ini bukan sahaja daripada segi untuk menggubal satu undang-undang baru, tetapi juga sehubungan dengan itu kita telah menyediakan pelan strategik untuk kebajikan haiwan, Pelan Peringkat Kebangsaan, National Plan untuk jangka masa 2014 kepada 2020. Pelan Strategik dan juga dengan akta yang dicadangkan itu nanti sangat menyeluruh daripada segi untuk menjaga kebajikan haiwan.
Yang Berhormat bertanya perbuatan yang macam mana yang dikatakan menyeksa haiwan dan mana yang tidak menyeksa. Ini pun kena berhati-hati kerana orang Australia kata, Australian menyembelih lembu cara kita, orang Islam itu dikatakan menyeksa, Tuan Yang di-Pertua. So, lembu yang diimport dari Australia kita mula-mulanya tidak diberi import sebab kita menyeksa, jadi tidak dibagi import. So, masalah kita tidak dapat bekalan daging dari Australia dan dia mewajibkan ikut dia punya cara penyembelihan.
Akan tetapi bagi kita orang Islam, menyembelih lembu itulah cara kita yang diajar oleh agama kita, hukum Allah SWT, iaitu kena sembelih sampai kerongkong dan keluar darah. Daripada segi saintifiknya, saya sudah bertanya tadi, minta maaf Tuan Yang di- Pertua ini bercakap sedikit perkara ilmiah sedikit. Oleh sebab orang yang bukan Islam mungkin dia tidak faham ini. Memang hukum Islam kita sembelih begitu caranya, bukan boleh orang kata main-main sahaja. Kena keluar darah. Darah itu daripada segi saintifiknya, mengikut pegawai saya, bila dia sudah disembelih, keluar darah itu, maka menyebabkan dagingnya lebih berkualiti daging lembu. Kalau darah masih ada di dalam badan daging lembu itu, ia menjejaskan kualiti daging. Itu satu.
Lagi satu aspek saya diberitahu juga. Ini saya sampaikan sahaja di Dewan yang mulia ini, iaitu darah ini adalah juga punca bakteria dan penyakit. Jadi, kalau darah ini masih ada di dalam daging-daging binatang yang kita sembelih itu, ia mungkin membawa masalah penyakit kepada kita yang memakannya. So, hukum Allah SWT ini begitu baik sekali. Ada dia punya kebaikannya yang kadang-kadang orang Australia tidak faham. Jadi, itu bukan penyeksaan, tetapi kalau kita pukul, pukul, pukul tidak tentu fasal, itu hukumnya melakukan kekejaman.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Jadi, satu soalan yang akhir Tuan Yang di-Pertua this is very sensitive question regarding touch dog. Touch dog, banyak ustaz sebelah sana boleh bantu sayalah.
Memang kita sokong program untuk menyayangi binatang termasuk juga anjing. Tidak ada masalah dan Allah SWT ada mengajar kita bahawa ada satu peristiwa di mana seorang itu beri minum kepada anjing yang kehausan, dia masuk syurga. Begitu baik contohnya sekali.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Akan tetapi itu dalam konteks untuk menyayangi secara Islam tetapi kita tidak bolehlah menyayangi sehingga kita boleh menyentuhnya, menimbulkan masalah daripada segi hukumnya. Islam tidak suruh kita touch dog dan jadikan dog itu pet. Pet ini ialah binatang kesayangan, boleh bawa dalam bilik tidur sama, tidur sama duduk di atas katil, dia boleh pula jilat-jilat tuannya. This is not Islamic. Tidak boleh sayang binatang anjing begitu cara. Akan tetapi orang yang bukan Islam mungkin dia tidak faham. Kalau sayang anjing boleh peluk, boleh cium, boleh bawa tidur, boleh bawa atas katil, bawa peluk. So, those people non Muslim don’t teach Muslim how to be kind to dog. Only the Muslim people knows how to be kind to dog. Itu sahaja jawapan saya, terima kasih.
Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, ini editor Star pandai-pandai hendak mengajar kita orang Islam. Dia kata kenapa dibangkitkan isu touch the dog ini, padahal itu satu program yang baik, caring dan sebagainya. Lagi seorang penulis saya minta maaflah, kena sebut juga, banyak kali ini fasal saya membaca selalu. Marina Mahathir ini, seorang lagi.
She is too liberal, does she understand religious knowledge about this? Dia salahkan kerajaan, salahkan orang menegur pihak yang menganjurkan. Dia kata, “This boy is a good boy. He has been doing charity work and helping a lot of people”, dengan izin. Doesn’t mean you are good, being charitable, you can do this kind of thing. Bukan makna bila you bersedekah banyak kepada orang you boleh buat perkara haram, tidak boleh. Haram is haram. So, we have told this people, Star ini jahat. Editor Star, I hendak tegur banyak-banyak. Banyak betul songeh dia. Banyak lagi isu berkenaan dengan Star ini. I want to talk, if the reporter want to ask me, I want to say it outside. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan nombor tujuh tidak dapat dijawab secara lisan memandangkan Yang Berhormat Datuk Madius Tangau tidak ada hadir dalam Mesyuarat untuk mengemukakannya. Yang Berhormat Tuan Ooi Chuan Aun, Jelutong.
[Soalan No. 7 – Y.B. Datuk Madius bin Tangau (Tuaran) tidak hadir]
8. Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah perkembangan terkini mengenai projek digitalization bagi Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dijangka siap menjelang 2012. Apa tarikh siap yang baru, serta berapa kos perbelanjaan setakat ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Jelutong atas soalan yang dikemukakan. Soalan ini kalau dilihat secara spesifik bertanya tentang projek pendigitalan bagi RTM.
Sebenarnya daripada segi RTM, RTM sudah bersedia untuk memancarkan apa- apa rancangan digital. Kalau dilihat daripada segi persiapan studio, kamera dan sebagainya tetapi yang belum siap lagi ialah platform di DTV dan digital terrestrial television broadcasting yang akan mengambil masa sedikit lagi, yang dijangkakan inshaaAllah akan mula operasi percubaannya pada pertengahan kedua atau ketiga, pertengahan ketiga tahun hadapan. Persiapan infrastruktur pada keseluruhannya inshaaAllah akan dijangkakan pada tahun 2016. Pihak kita mengharapkan supaya siaran analog akan dapat dihentikan sekitar tahun 2017 ataupun 2018. Terima kasih.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya kutip daripada siaran-siaran daripada jurnal-jurnal industri yang mengatakan, kalau di Malaysia memang kita hendak jalankan digitalization dan ini pun telah pun diumumkan oleh Menteri yang sama pada Kabinet yang lain.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Di mana tarikhnya permulaan digitalization siaraya broadcast untuk RTM ialah 2012. Maksudnya kita telah lewat lebih kurang 4 tahun.
Setahu saya selari dengan digitalization RTM dengan menggunakan standard DVB terrestrial kita juga selari akan mengadakan rancangan analog switch off dan analog switch off itu dibahagikan dalam 3 fasa. Fasa permulaannya adalah pada 2007 sehingga 2015. Jadi, kalau Yang Berhormat Menteri mengatakan 2017 baru kita hendak mula analog switch off, maaf maka rancangan kita itu macam telah jadi porak-peranda. Jadi, apakah komen Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tambahan yang dikemukakan. Saya setuju bahawa program pendigitalan kita sebenarnya agak ke belakang. Sasaran awal dahulu ialah tahun 2012 tetapi kita juga mesti faham bahawa fenomena yang sama berlaku dalam negara-negara jiran kita kecuali Singapura yang bersedia pada bila-bila masa tetapi negara-negara lain seperti Thailand, Indonesia dan sebagainya juga berhadapan dengan masalah yang sama. Mereka juga mengambil masa untuk memulakan siaran digital mereka dan juga untuk menutup siaran analog.
Sudah tentu apabila dalam proses pendigitalan ini yang pertamanya ialah untuk membina infrastruktur, tender dan sebagainya telah kita keluarkan, telah diberikan. Syarikat yang berkenaan sudah pun memulakan kerja-kerja untuk memberikan tender-tender kecil untuk memasang keseluruhan infrastruktur, dimulakan dengan fasa yang pertama, negeri- negeri Pantai Timur kemudian Sabah, Sarawak. Kemudian pergi ke negeri sebelah utara dan akhir sekali barulah di Lembah Klang atas faktor-faktor yang tertentu.
Semasa infrastruktur sudah siap dipasang di sebelah utara Pantai Timur dan sebagainya, kita akan berlaku waktu transisi di mana siaran analog masih disiarkan dan dalam masa yang sama siaran digital sudah bermula dan ini peringkat pilot. Jadi, ini semua berlaku dalam semua negara yang melalui proses pendigitalan mereka melalui proses transisi di mana berlakunya simultaneous casting, dengan izin Tuan Yang di-Pertua iaitu dilakukan secara bersama dan ini memerlukan sedikit masa. Sebenarnya tempoh masa yang diberikan untuk kita siap tahun 2017 ialah masa yang singkat dan kita mengharapkan ia dapat dipenuhi sebagaimana yang direncanakan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya yang kesepuluh.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan 10 atau saya minta soalan tambahan, kalau ada lagi [Ketawa] Tiada soalan tambahan kepada soalan nombor 8. Yang Berhormat, soalan 9 begitu juga tidak boleh dijawab secara lisan memandangkan Yang Berhormat Datuk Seri Noh Haji Omar tiada untuk mengemukakannya. Sila Yang Berhormat Tuan Julian Tan Kok Ping, Stampin.
[Soalan No. 9 – Y.B. Datuk Seri Haji Noh bin Omar (Tanjong Karang) tidak hadir]
10. Tuan Julian Tan Kok Ping [Stampin] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan status perkembangan satelit RazakSAT-2. Senaraikan secara terperinci milestone yang telah dicapai mahupun sedang dijalankan daripada segi peruntukan, jangkaan siap serta pencapaian objektif setiap langkah tersebut sejak program itu dimulakan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Ewon Ebin
Tuan Yang di- Pertua, satelit RazakSAT-2 masih lagi di peringkat pemilihan rakan teknologi dengan mengenal pasti program ‘offset’ yang boleh ditawarkan oleh calon rakan teknologi yang akan dipilih. Aktiviti ‘offset’ merupakan satu keperluan mandatori bagi semua agensi kerajaan yang membuat perolehan bernilai tinggi dan strategik. Milestone yang telah dicapai, kajian keperluan pengguna, mission analysis dan juga due-diligence on RazakSAT teknikal dan program implementation yang merupakan milestone bagi Fasa 1.
Bagi Fasa 2 pula milestone seterusnya dijangka bermula dalam tahun 2015 selepas pemilihan rakan teknologi dimuktamadkan. Milestone berkenaan adakah seperti berikut:
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Ewon Ebin
(i) system design review;
(ii) preliminary design review;
(iii) critical design review;
(iv) qualification readiness review;
(v) operation readiness review;
(vi) flight readiness review; and
(vii) in orbit acceptance review ataupun IOAR.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Ewon Ebin
Keseluruhan peruntukan satelit RazakSAT-2 ini RM271.9 juta. Projek dijangka mengambil masa selama dua hingga tiga tahun. Tarikh sebenarnya pelancaran adalah tertakluk kepada peluang pelancaran yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan RazakSAT-2 ini dijalankan untuk beroperasi di orbit dalam tahun 2017. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat. Pendekkan.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri terhadap jawapan yang diberikan. Soalan saya, mengapa rakan research partner masih dalam proses pemilihan. Akan tetapi duit telah pun diperuntukkan dan bukan saja diperuntukkan tetapi juga dinaikkan kepada RM270 million seperti yang dipaparkan di akhbar. Soalan saya yang seterusnya adakah kita akan menggunakan pakar-pakar kita hasil daripada pembuatan satelit RazakSAT-1? Jika ya, macam mana mereka boleh contribute terhadap pembangunan satelit RazakSAT-2 dan bolehkah Yang Berhormat Menteri bagi senarai rakan-rakan research partner sekarang yang dalam pertimbangan dan apakah companies ini dipertimbangkan.
Soalan yang terakhir ialah bagaimana dengan hasil pungutan RazakSAT-1 terutamanya kepada 1,000 lebih gambar yang telah pun diambil walaupun ia tidak boleh digunakan tetapi since it is using public tax money, dengan izin, saya rasa kita harus mempamerkan gambar-gambar tersebut supaya rakan research yang lain boleh membuat research lanjutan supaya kita- in the research community can share what happen to the pictures, kenapa ia tidak dapat mencapai objektif supaya lebih banyak jurnal yang boleh dikeluarkan memandangkan ratusan million telah pun dibazirkan dalam program RazakSAT-1. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Ewon Ebin
Okey Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan tambahan tadi. Untuk makluman yang kita sedia maklum bahawa kegagalan satelit RazakSAT-1 itu adalah merupakan sebagai satu perkara yang harus kita ambil perhatian. Jadi apabila kita ingin memilih rakan teknologi ini, kita terpaksa berhati-hati, melihat apa yang terbaik dan kita tidak akan tergopoh-gopoh untuk memilih rakan teknologi bagi RazakSAT-2.
Inilah sebabnya kenapa kita lambat sedikit walaupun peruntukan itu sudah ada di sana. Itu mana yang saya hendak nyatakan tadi. Soal pakar tempatan ini memang kita sedia untuk menerima pegawai-pegawai tempatan. Oleh sebab ini adalah baik untuk jangka panjang bagi negara kita. Soal gambar-gambar tadi itu kita sudah menyimpannya sebagai rujukan kita walaupun satelit RazakSAT-1 itu telah mencapai matlamatnya tetapi itulah gambar-gambar yang dinyatakan oleh Yang Berhormat itu kita masih ada dalam simpanan kita. Saya harap itu merupakan sebagai satu rujukan kita di masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Ini saya mahu ingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau tanya soalan tambahan, peraturan mesyuarat kita iaitu Peraturan Mesyuarat 24(2) iaitu apa-apa pertanyaan tambahan tidak boleh terdiri daripada beberapa pertanyaan atau gabungan beberapa perkataan. Ini memandangkan bahawa apabila kita benarkan, panjang sangat pertanyaan soalan tambahan itu. Berkemungkinan Yang Berhormat Menteri yang berkenaan tidak bersedia apatah lagi soalan itu tidak ada hubung kait langsung dengan soalan asal. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.
Yang Berhormat Arau usul di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1).
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat.]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran semua kementerian menjawab perbahasan di peringkat dasar Rang Undang- undang Perbekalan 2015 dan diputuskan bacaan kali yang kedua dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Isnin 10 November 2014. Terima kasih.”
Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2015 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau
(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [5 November 2014]
Tuan Yang di-Pertua
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyambung kembali perbahasan saya yang telah pun dimulakan pada malam semalam.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin kepada mana-mana Ahli Yang Berhormat yang tidak ada dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua saya akan jawab secara bertulis.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri, nampaknya Yang Berhormat Bakri tidak ada, saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Kepong? Tidak ada, saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Tanjong Piai? Tidak ada, saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Raub, ada?
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat.] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Juga tidak ada.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Tidak ada. Terima kasih saya akan jawab secara bertulis. Bila saya kata saya akan jawab secara bertulis Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri minta jawapan semalam Yang Berhormat Johor Bahru sebab Yang Berhormat Johor Bahru ada dalam Dewan. Ada Yang Berhormat Menteri?
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Tidak ada, saya hari ini hendak teruskan kepada isu-isu yang lain Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey, terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Saya mohon maaf kepada Yang Berhormat Johor Bahru dan masalah RPGT yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru itu supaya ia boleh disambungkan selepas lima tahun ke tahun keenam, ketujuh dan sebagainya, Yang Berhormat Johor Bahru, akan dibawa untuk perbincangan dengan pihak Kementerian Kewangan kerana RPGT ini Yang Berhormat Johor Bahru ia adalah di bawah tanggungjawab kepada Kementerian Kewangan. Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Johor Bahru itu dan kementerian akan bawa untuk perbincangan atas cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Johor Bahru.
Saya harap mudah-mudahan kita dapat menjawab sedikit saja persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru semalam. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat, sila.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Bila saya menjawab secara bertulis Tuan Yang di-Pertua maknanya jawapan sudah ada Yang Berhormat. Jangan pula ingat bila saya kata jawab secara bertulis, itu tidak ada lah itu, jawab secara bertulislah itu. Jawapan semua ada akan tetapi oleh sebab semua Yang Berhormat sebahagiannya tidak ada, saya akan jawab secara bertulis.
Saya teruskan kepada Yang Berhormat Batu Gajah, ada hari ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak ada.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Tidak ada. Isu penyelenggaraan rumah saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Ampang? Tidak ada. Isu berkaitan dengan tapak Highland Tower untuk brown field, saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Klang?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Juga tidak ada dalam Dewan.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Yang Berhormat Klang berkaitan dengan isu SPAH. Isu SPAH ini Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun menjawab dalam soalan lisan.
Sebenarnya saya dalam jawapan ini pun saya akan jawab yang akan merujuk kepada soalan lisan saya.
Yang Berhormat Tanjong? Tidak ada, berkaitan dengan isu permit dan lesen, saya akan jawab secara bertulis. Lain kali kalau bangkitkan soalan, bila hendak dapat jawapan hadirlah. Yang Berhormat Johor Bahru ada semalam di luar, saya minta maaf Yang Berhormat Johor Bahru kerana semalam saya terus saja, yang lain semalam ramai yang tidak hadir.
Okey saya teruskan kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Juga tiada dalam Dewan.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Tiada, jawapan bertulis. Yang Berhormat Hulu Langat?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Hulu Langat ada.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Ada, terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Kalau tidak penat saja aku menyediakan jawapan.
Tuan Yang di-Pertua, menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat iaitu menguatkuasakan peraturan yang telah ditetapkan oleh PBT dengan mengenakan hukuman yang ketat ya Yang Berhormat kepada pemaju yang lalai mengikut kepada peraturan yang telah pun ditetapkan. Ini antara isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat. Menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Hulu Langat Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memaklumkan selaras dengan kuasa yang telah pun diperuntukkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu Akta 133, Yang Berhormat Hulu Langat.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Pihak berkuasa tempatan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap sebarang pelanggaran kepada peraturan yang telah terjadi pada mana-mana peringkat pembinaan sama ada sebelum dibina, semasa dibina ataupun selepas dibina. Sebagai contoh Yang Berhormat, selaras dengan seksyen 71 [Akta 133] bagi kegagalan bangunan atau kerja tanah, jika sabit dengan kesalahan denda yang dikenakan ialah sebanyak RM500,000 atau penjara sepuluh tahun ataupun kedua-duanya sekali.
Di bawah seksyen 30 [Akta 171] pula Yang Berhormat, memperuntukkan kuasa kepada Datuk Bandar ataupun kepada Yang di-Pertua pihak berkuasa tempatan bagi mengarahkan apa-apa kerja dilaksanakan segera untuk keselamatan nyawa ataupun harta yang boleh mengarahkan perbelanjaan ditanggung oleh Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan terutamanya untuk menguruskan mana-mana bencana alam akibat dari ketidakpatuhan kepada peraturan yang telah pun dikenakan. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Yang Berhormat Tanjong Manis ada?
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Boleh tambah sedikit? Boleh dapat penjelasan sedikit Tuan Yang di-Pertua?
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Ya, jemput Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Sila.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Apabila berlaku umpamanya banjir kilat, yang jelas disebabkan oleh kesalahan pemaju, pihak PBT kompaun ataupun denda kepada developer, pemaju dengan katalah contoh- tidak tahu mungkin akta ini, RM300,000.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Akan tetapi yang menjadi mangsanya penduduk yang ada di sekitar itu, katalah 20 buah rumah atau 30 buah rumah dan dijanjikan untuk dibayar pampasan tetapi tidak diberi pampasan, bolehkan penduduk membawa kes ini setelah perbincangan tidak berjaya, dibawa ke mahkamah untuk kerugian yang dihadapi? Terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk penjelasan tadi, saya sudah sebutkan bahawa di bawah Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan yang telah dikenakan ke atas mana-mana peruntukan kepada pihak pemaju.
Jadi sekiranya berlaku apa-apa pelanggaran kepada peraturan yang termaktub dalam akta di bawah seksyen yang saya sebutkan tadi, maka wang yang telah diletakkan di Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan itu boleh digunakan dengan segera untuk menyelesaikan mana-mana persoalan yang berkaitan dengan keselamatan nyawa ataupun harta kepada mana-mana pembeli yang ada.
Sekiranya Yang Berhormat, kalau pembeli tidak berpuas hati ke atas peruntukan yang telah pun diletakkan di bawah seksyen yang berkenaan, mungkin pembeli boleh failkan kes ke mahkamah dan sebagainya. Jadi itu terpulang kepada budi bicara pembeli dalam pada pihak berkuasa tempatan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya untuk menentukan supaya pemaju dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana kesalahan yang melanggar kepada mana-mana peraturan di bawah seksyen yang saya nyatakan di bawah akta yang berkenaan. Yang Berhormat, terima kasih banyak.
Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjong Manis ada?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, tiada dalam Dewan.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Tidak ada. Yang Berhormat Tanjong Manis membangkitkan isu gerai khas OKU. Saya akan jawab secara bertulis. Kemudian, saya teruskan kepada Yang Berhormat Tanjong Karang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Juga tiada dalam Dewan.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Tidak ada. Beliau telah membangkitkan isu NBOS yang melibatkan bomba. Saya akan jawab secara bertulis. Nampaknya saya habis cepat hari ini Tuan Yang di-Pertua. Selama ini tidak pernah habis cepat macam ini.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Batu Gajah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tentang apa itu?
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tadi Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri, boleh?
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Boleh jawabkah soalan saya, Yang Berhormat Menteri?
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Yang Berhormat Batu Gajah ini, betullah.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Oleh sebab tadi saya baru masuk. Boleh saya mohon Yang Berhormat Menteri jawab soalan tadi?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sudah lepas ini.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Sudah lepas Yang Berhormat, saya jawab secara bertulis.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tidak apalah, belum habis lagi.
Seorang Ahli
Tidak payah, tidak payah.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Ganggulah Yang Berhormat ini. Lain kali masuklah cepat.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Saya mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri jawab soalan saya juga, ya. Terima kasih.
Seorang Ahli
Tidak payah, tidak payah. Pagi esok.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Okey, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Berkaitan dengan tanah runtuh berlaku pada 30 Mei 2014, di laluan Gerbang Meru, Indah 5A Jelapang, Ipoh ya, Yang Berhormat? Untuk makluman Yang Berhormat, atas isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kejadian tanah runtuh di laluan Gerbang Meru, kementerian telah pun menyemak perkara ini Yang Berhormat dengan Majlis Bandaraya Ipoh dan untuk makluman Yang Berhormat sekali lagi, Majlis Bandaraya Ipoh telah pun melantik kontraktor bagi kerja pembaikan cerun runtuh secara sementara dahulu pada 23 Oktober 2014, Yang Berhormat balik nanti semak.
Dengan kerja-kerja baik pulih dan akan dilaksanakan menggunakan peruntukan di bawah Majlis Bandaraya Ipoh sendiri.
Pada masa yang sama Yang Berhormat, pihak Majlis Bandaraya Ipoh turut melantik konsultan iaitu Kumpulan Ikram Sdn Bhd untuk mengkaji dan mereka bentuk semula cerun tersebut. Hasil daripada cadangan pihak Kumpulan Ikram Sdn Bhd ini, pihak Majlis Bandaraya Ipoh akan mengambil tindakan untuk penambahbaikan secara menyeluruh dan kekal, ya Yang Berhormat. Okey, menjawab, ya? Okey, terima kasih.
Seterusnya Yang Berhormat Batu Gajah sudah tadi, okey. Yang Berhormat Batu Sapi?
Seorang Ahli
Tidak ada.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Tidak ada? Okey, terima kasih. Yang Berhormat Limbang? Ini isu-isu bomba yang dibangkitkan Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Hulu Rejang?
Seorang Ahli
Tidak ada.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Tidak ada, terima kasih. Yang Berhormat Sabak Bernam? Tidak ada? Yang Berhormat Tanjong? Yang Berhormat Tanjong memang tidak ada, sudah dua kali panggil. Akhirnya Yang Berhormat Jelutong. Okey.
[Dewan riuh]
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Terima kasih, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelutong telah pun membangkitkan tentang keperluan statistik yang spesifik tentang berapakah peruntukan. Sebanyak RM2.56 bilion itu akan digunakan untuk membiayai Program Perumahan Rakyat dan bagaimanakah peruntukan bajet bagi kementerian ini dapat dipantau, disukat, dan diaudit dengan cara yang telus dalam tahun taksiran 2015 ya, Yang Berhormat?
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah keseluruhan peruntukan yang diberikan kepada kementerian bagi tahun 2015 ialah sebanyak RM4,571,573,200 dengan pecahan seperti berikut. Yang Berhormat sebutkan tadi itu sebahagian daripadanya adalah di bawah bajet mengurus iaitu RM2,556,521,800. Bagi bajet pembangunan, berjumlah RM2,150,051,400.
Dalam Bajet 2015 ini Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah pun diperuntukkan bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Yang Berhormat, berjumlah RM648,280,000 dari RM2,150,051,400 di bawah bajet pembangunan yang saya sebutkan tadi. Peruntukan ini adalah untuk Projek Perumahan Rakyat Dimiliki, Projek Perumahan Rakyat Disewa dan Projek Perumahan Rakyat Bersepadu.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga telah diberikan peruntukan bagi Skim MyHome, kita mulakan pada tahun ini RM300 juta Yang Berhormat untuk 10,000 unit Skim MyHome. Untuk tahun 2015, kita dapat lagi RM300 juta iaitu insentif kepada pembeli sebanyak RM30,000 bagi setiap unit rumah dengan sasaran keseluruhannya sekali lagi pada tahun 2015 iaitu untuk 10,000 unit rumah.
Bagi membantu pemantauan terhadap keperluan industri perumahan di Malaysia, kementerian telah pun menubuhkan Yang Berhormat, Jawatankuasa Perumahan Negara di bawah Majlis Perumahan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Antara skop jawatankuasa ini ialah satu, untuk memantau. Kedua, untuk menyelaras penyediaan rumah mampu milik agar selaras dengan dasar dan juga sasaran yang telah ditetapkan.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Saya hendak nasihatkan kepada Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat rasa jawapan yang saya sediakan ini tidak berapa cukup, Yang Berhormat boleh bangkitkan dalam Jawatankuasa yang akan menjawab secara spesifik kepada soalan tentang bajet yang dikemukakan untuk tahun 2015.
Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong
Boleh saya mencelah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih, kali ini saya minta Yang Berhormat dahulu. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memilih soalan saya sebagai penggulungnya. Walau bagaimanapun, saya ingin tahu sebab saya telah kunyahkan tentang kertas Perintah 41 itu. Walaupun angka peruntukan diberi, tetapi tiada penjelasan yang selanjut bagaimana kita akan gunakan ketiadaan statistik dan fakta supaya kita dapat berbahas dengan secara bernas, itu yang pertama.
Satu yang saya rasa harus dipertingkatkan lagi. Dalam kertas Perintah tersebut juga, telah dinyatakan bahawa sebahagian daripada peruntukan tahun taksiran tahun depan akan digunakan untuk rancangan-rancangan perumahan Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan juga kuarters kakitangan awam.
Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong
Jadi, dalam jawapan Timbalan Menteri tadi tidak disebut-sebut. Apa yang mengkhuatiri saya ialah apabila saya mengikuti jawapan tadi iaitu terdapat satu misconnect di antara Jabatan Perdana Menteri yang juga menjaga tentang perumahan, of sort dan juga di antara Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jadi saya hendak tanya, bagaimana misconnect di antara kedua-dua kementerian itu dapat membantu, memantau dan mengaudit supaya semua peruntukan dalam taksiran tahun hadapan akan digunakan sepenuhnya supaya semua rancangan yang telah disusun dapat dikendalikan dan juga dilaksanakan secara tertib. Jadi kita tidak mahu pula dalam setiap tahun, saban tahun kita dengar sahaja ada projek yang telah jadi lewat dan sebagainya.
Jadi tujuan saya menimbulkannya di sini bukanlah untuk menerjah tetapi hendak memperlihatkan supaya misconnect di antara Jabatan Perdana Menteri di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri juga mempengerusikan jawatankuasa ini untuk mempergiatkan lagi kegiatan perancangan dan pembangunan perumahan dan satu lagi kementerian Yang Berhormat ini juga turut mengendalikan hal perumahan. Jadi, saya hendak lihat sejauh mana mekanisme untuk mencantumkan kedua-dua kementerian yang mana masing-masing mempunyai peruntukan yang begitu banyak dapat bersatu padu supaya semua yang dirancang itu dapat dizahirkan dengan elok.
Jadi, salah satu soalan yang berbangkit ialah bagaimana Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ataupun Jabatan Perdana Menteri dapat menyukat, mengaudit dan memantau agensi-agensi persekutuan seperti Majlis Tindakan Persekutuan bagi tiap-tiap negeri. Apa yang telah diutarakan oleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Jelutong. Ini minta penjelasan macam berbahas ini.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Cuma hendak minta penjelasan yang sepenuhnya sebab nampaknya Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri sudah faham itu. Yang Berhormat Menteri sudah faham ya?
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Kalau sudah faham, tolong bagaimana kita hendak meningkatkan audit...
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Tidak Yang Berhormat. Saya ingat saya sudah faham sangatlah. Terima kasih.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Majlis Tindakan Persekutuan Negeri seperti Zainal Abidin di Pulau Pinang.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Ya, ya. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Sudah macam berceramah pula. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Bukan berceramah. Kita ini ambil kesempatan supaya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Ya, ya. Saya sudah faham.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Sesuatu yang kalau...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Jelutong, tadi bermula dengan baik...
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Ya, Yang Berhormat Jelutong. Terima kasih. Terima kasih.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak sabit tidak mengapa.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Terima kasih.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Jangan pula kerana perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong ini, dia jadi penggulung kepada kementerian saya, maknanya Yang Berhormat Jelutong boleh ambil masa pula untuk menggulung dalam ucapan Yang Berhormat Jelutong. Terima kasih banyak.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Tidak begitu.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Ia begini Yang Berhormat. Yang Berhormat perlu faham, saya hendak jelaskan penjelasan lanjut Yang Berhormat kata dengan fakta dan Yang Berhormat jelaskan kepada saya harus dipertingkatkan lagi oleh jawapan yang saya kemukakan. Saya sudah jelaskan daripada awal tadi Tuan Yang di-Pertua, perincian Yang Berhormat hendak atas penjelasan lanjut itu Yang Berhormat, ia ada dalam buku anggaran bajet. Kalau Yang Berhormat perlu maklumat lanjutan nanti, dalam Jawatankuasa, Yang Berhormat boleh bangkitkan Yang Berhormat kerana saya tidak mahu buat kerja dua kali.
Nanti kalau saya jawab kepada soalan Yang Berhormat yang memang sudah disebut dalam buku anggaran bajet satu, keduanya akan dibangkitkan dalam jawatankuasa.
Nanti saya akan jawab dua kali Yang Berhormat. Saya harap Yang Berhormat faham. Ia tidak ada persoalan tentang kualiti itu perlu dipertingkatkan lagi kerana ini memang fakta Yang Berhormat. Kami ini pihak kerajaan kalau hendak menjawab, kita buat homework betul-betul Yang Berhormat, kita bukan baca sahaja jawapan yang pegawai bagi ya Yang Berhormat. Itu yang pertama.
Keduanya, ia tidak ada misconnection, dengan izin. Tidak ada misconnection.
Tidak ada di pertengahan jalan ada sekatan, tidak ada. Ini kerana Yang Berhormat pun lebih maklum PR1MA ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang sentiasa menjawab soalan PR1MA ialah Yang Berhormat Arau kerana ia bawah Jabatan Perdana Menteri.
PR1MA ada aktanya Yang Berhormat. Jadi dia yang menjawab. Kalau Yang Berhormat hendak tanya lebih tentang peruntukan yang telah pun dibekalkan dalam Bajet 2015 berkaitan dengan PR1MA, tanya Yang Berhormat Arau.
SPNB Yang Berhormat, ia di bawah Kementerian Kewangan. Walaupun kementerian saya ini ialah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bukan semua ini diletakkan di bawah kementerian saya Yang Berhormat kerana ia ada di bawah kementerian dia masing-masing.
Kalau begitu, apa peranan kementerian kalau Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan jika PR1MA di bawah Jabatan Perdana Menteri dan SPNB di bawah Kementerian Kewangan? Peranan kementerian ialah dengan mewujudkan Majlis Perumahan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan PR1MA, SPNB...
[Disampuk] Ini Yang Berhormat Bintulu bukan kacau saya, dia membantu menjawab kepada persoalan yang saya sedang jawab.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Jadi dalam Majlis Perumahan Negara ini Yang Berhormat, PR1MA, SPNB, Jabatan Perumahan Negara duduk di dalam Jawatankuasa Majlis Perumahan Negara.
Walaupun ia duduk di bawah kementerian yang lain dua itu, tetapi di bawah Majlis Perumahan Negara, kami duduk secara bersama Yang Berhormat.
Selain daripada itu, saya sudah sebut tadi Jabatan...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Nanti, nanti dahulu. Nanti. Saya tidak– Nanti dahulu...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Saya berterima kasih kerana mengakui bahawa apa yang saya tegaskan tadi itu betul, misconnect.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Tidak ada, no misconnection. Saya hendak tegaskan lagi sekali Yang Berhormat, there is no misconnection, definitely no misconnection dengan izin. I do not understand why you keep saying misconnection.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Sebab itu seekor naga tiga ‘kelapa’. Macam mana ini?
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Tidak ada. Tidak ada. Ia sebuah rumah tiga ekor naga dalam, apakah salahnya?
[Ketawa] Bukan satu naga tiga kepala. Sebuah rumah ada tiga ekor naga. Sebuah gunung tidak boleh ada dua ekor harimau, tetapi sebuah gua ada tiga ekor naga tidak ada masalah. Saya hendak Yang Berhormat faham betul dengan apa yang saya nyatakan ini. Jadi no misconnection, dengan izin. Please understand that.
Majlis Perumahan Negara, semua agensi dan juga agensi PR1MA, SPNB dan sebagainya yang duduk di bawah kementerian yang lain duduk bersama dalam Majlis Perumahan Negara. Itu yang pertama. Saya sudah sebut tadi Jawatankuasa Perumahan di peringkat kementerian yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri yang dianggotai oleh Pengerusi PR1MA, Pengerusi SPNB bersama-sama dengan kementerian. Dia ada dua level itu. Di peringkat Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri dan di peringkat yang lebih tinggi dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
No misconnection at all, dengan izin.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menjelaskan tentang RM105 juta. Yang Berhormat sebut tadi yang kuarters kerajaan dan sebagainya.
Peruntukan yang diletakan ialah RM105 juta untuk kita menyelenggarakan kuarters- kuarters kerajaan. Itu ialah tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan kepada kementerian. Ia bukan peruntukan untuk kementerian gunakan bagi perumahan-perumahan di bawah kementerian Yang Berhormat.
Tanggungjawab yang diperuntukkan kepada kementerian supaya RM105 juta ini kementerian dapat bantu untuk menyelenggarakan kuarters-kuarters kerajaan. Ini kerana tadi apabila yang saya sebutkan tadi itu Yang Berhormat, belanja mengurus, belanja pembangunan dan sebagainya, itu ialah peruntukan khusus untuk Kementerian KPKT.
Maka kerana itu saya tidak sebut yang RM105 juta untuk penyelenggaraan kuarters kepada kementerian yang lain, tetapi kita yang laksanakan.
Saya harap itu telah dapat membantu menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat ada perkara lanjut, dalam Jawatankuasa boleh bila-bila dibangkitkan sekali lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli Yang Berhormat, termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak dapat hadir dari semalam hingga hari ini saya mohon maaf dan saya akan jawab secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak hadir. Sekiranya Yang Berhormat rasa penjelasan saya tidak cukup, bukan tidak ada fakta, tetapi tidak cukup kuat untuk menjawab persoalan yang mungkin berbangkit selepas itu, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh terus berurusan dengan saya. Sekali lagi terima kasih atas pandangan, teguran dan segala persoalan yang dibangkitkan.
Tuan Yang di-Pertua, maka dengan itu saya sudahi dengan ucapan sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Boleh habis jam 1 tengah hari Yang Berhormat?
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Ewon Ebin
Sekejap sahaja Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sekejap?
Datuk Dr. Ewon Ebin
Sekejap sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya. Sila.
Datuk Dr. Ewon Ebin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan dengan isu yang ada kaitan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Seperti mana yang Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, MOSTI bertanggungjawab menerajui agenda sains, teknologi dan inovasi negara menerusi pembiayaan penyelidikan, pembangunan dan mengkomersialkan, juga perkhidmatan sains dan pembudayaan sains, teknologi dan inovasi.
Bagi merancakkan inovasi dan meningkatkan pengkomersialan produk-produk R&D tempatan, kerajaan akan melaksanakan tiga langkah utama iaitu:
(i) pelaksanaan model inovasi perindustrian;
(ii) penyelarasan aktiviti peningkatan tahap kesediaan pengkomersialan; dan,
(iii) memperkukuhkan jaringan inovasi sosial berasaskan sains, teknologi dan inovasi.
Datuk Dr. Ewon Ebin
Di bawah langkah pelaksanaan model industri perindustrian, kerajaan akan mengarusperdana aktiviti-aktiviti inovasi perindustrian kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor bukan perkhidmatan. Manakala di bawah penyelarasan aktiviti dan peningkatan tahap kesediaan pengkomersialan pula, kerajaan menyasarkan kadar pengkomersialan produk R&D yang dibiayai oleh dana awam kepada 15 peratus menjelang tahun 2020 berbanding 8 peratus pada masa ini.
Ini selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan perbelanjaan kasar R&D yang kini berada pada kadar 1.13 peratus kepada KDNK kepada 2 peratus menjelang tahun 2020. Menerusi langkah ketiga pula iaitu untuk memperkukuhkan jaringan inovasi sosial berasaskan sains, teknologi dan inovasi, kerajaan berpandangan bahawa inovasi boleh berlaku di semua peringkat dan sektor ekonomi. Inovasi tercetus apabila wujudnya peluang untuk memperbaiki sesuatu keadaan sama ada dalam kalangan usahawan mahupun di peringkat masyarakat dan individu. Oleh itu inovasi untuk masyarakat dan daripada masyarakat wajar disokong kerana ia lebih dekat dengan rakyat dan lebih mudah untuk diterima pakai di kebanyakan kumpulan masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, pada 15 Oktober 2014 ini, Yang Berhormat Pokok Sena ada membangkitkan isu berhubung dengan syarikat Infovalley dan iGene Sdn. Bhd. yang telah menerima geran daripada MOSTI serta hubungan kaitnya dengan syarikat Srimelan Sdn.
Bhd. Akan tetapi oleh sebab Yang Berhormat tidak ada di sini, maka saya akan memberi jawapan secara bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Datuk Dr. Ewon Ebin
Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Gombak pula membangkitkan mengenai dengan isu berkaitan perangkap pendapatan pertengahan serta kadar peruntukan pelaburan untuk R&D atau penyelidikan dan pembangunan yang rendah. Jadi, saya nampak Yang Berhormat Gombak pun tiada di sini, jadi saya akan berikan jawapan secara bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Datuk Dr. Ewon Ebin
Ketiga ialah isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lumut, saya tidak tahu Yang Berhormat Lumut ada di sini atau tidak? Oh! Ada. Okey, iaitu mengenai dengan pengkomersialan yang rendah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kalau dibuat perbandingan mengenai kadar pengkomersialan, yang dapat kita simpulkan di sini iaitu di Malaysia adalah di antara salah satu yang terbaik di rantau ini iaitu bagi RMKe-9 ialah 8.1 peratus dan jangkauan kita bagi RMKe-10 - 15 peratus. Berdasarkan kepada perkara disebut dan jika diambil kira nilai jualan daripada projek yang dikomersialkan, pulangannya adalah hampir kepada nisbah 1:1 iaitu RM1 ke RM1 pulangan menerusi hasil jualan iaitu perbelanjaan yang kita belanjakan ialah RM2.8 bilion dan pulangannya lebih kurang RM2.67 bilion. Jadi, nisbahnya adalah lebih kurang 1:1. Pulangan ini akan bertambah pada tahun berikutnya hasil daripada pertambahan bilangan projek yang siap dan dikomersialkan.
Di samping nilai jualan dalam bentuk Ringgit Malaysia, MOSTI juga mendapat pulangan dalam bentuk penjanaan pengetahuan dan mensejahterakan masyarakat.
Sehingga kini, di MOSTI sahaja, jumlah 366 buah projek telah berjaya dikomersialkan melalui pembiayaan dana MOSTI dan agensi di bawahnya. Di samping itu, projek-projek di bawah pembiayaan MOSTI juga telah menghasilkan lebih kurang 521 prototaip dan 2,987 harta intelek yang didaftarkan dan juga 9,702 modal insan di peringkat diploma hingga ke peringkat Post Doctoral serta 17,502 peluang pekerjaan telah diwujudkan.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd. Hamid - Lumut
[Bangun]
Datuk Dr. Ewon Ebin
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk menjana dan meningkatkan pulangan ini, kerajaan telah mewujudkan satu ekosistem pendanaan yang langkah yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi. Ekosistem pendanaan ini bagi memberikan peluang yang luas untuk membangunkan suatu inovasi daripada peringkat penyelidikan asas sehinggalah kepada pengkomersialan. MOSTI secara khusus menyediakan pembiayaan daripada peringkat penyelidikan gunaan sehingga ke peringkat prapengkomersialan.
Pemberian dana oleh MOSTI pada asasnya bertujuan untuk menyediakan platform bagi menggalakkan pembangunan aktiviti-aktiviti R&D dan menjana inovasi menerusi teknologi yang berorientasi pasaran untuk kemajuan sosioekonomi negara selaras dengan misi MOSTI iaitu meneroka, membangun dan memanfaatkan STI untuk menjana ilmu pengetahuan, mencipta kekayaan dan kesejahteraan masyarakat dalam mencapai ekonomi berpendapatan tinggi yang kompetitif, mampan dan terangkum.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lumut bangun.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd. Hamid - Lumut
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Kalau boleh Yang Berhormat Menteri, beri satu contoh R&D yang telah kita taja dan berjaya dikomersialkan di negara kita? Satu contoh yang boleh dibanggakan. Terima kasih.
Datuk Dr. Ewon Ebin
Terima kasih Yang Berhormat. Sebetulnya, banyak contoh yang boleh kita berikan di sini Yang Berhormat. Misal kata, biogas yang dilaksanakan di SIRIM adalah merupakan sebagai satu contoh yang baik. MIMOS juga ada membuat satu sistem yang juga kita boleh banggakanlah di sini. Akan tetapi kalau Yang Berhormat mahu ia punya senarai, kita boleh beri nanti.
Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat tiga jenis dana yang ditawarkan oleh MOSTI iaitu ScienceFund, InnoFund dan TechnoFund yang melibatkan peringkat R&D gunaan dan para pengkomersialan.
Datuk Dr. Ewon Ebin
Dana ScienceFund merupakan geran yang disediakan oleh kerajaan untuk menjalankan projek-projek R&D yang menyumbangkan kepada penerokaan idea baru dan kemajuan di bidang aplikasi sains dengan memfokuskan kepada penyelidikan inovatif dan berimpak tinggi. Aktiviti R&D yang dibiayai oleh dana ini lebih menjurus kepada pengkomersialan aktiviti praktikal berasaskan pengetahuan bagi mengukuhkan keupayaan dan kemampuan penyelidikan negara.
Dana InnoFund pula merupakan dana untuk pembangunan atau penambahbaikan produk baharu atau sedia ada, proses atau perkhidmatan dengan unsur-unsur inovasi.
Projek itu mesti mempunyai nilai ekonomi dan dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
Manakala dana TechnoFund pula memberi penumpuan kepada penghasilan ciptaan produk yang berpotensi untuk dikomersialkan. Dana ini bertujuan untuk merancang pertumbuhan dan inovasi syarikat-syarikat Malaysia dalam meningkatkan tahap R&D dan pengkomersialan. Skim ini menyediakan pembiayaan untuk pembangunan teknologi sehingga ke peringkat prapengkomersialan dengan potensi komersial untuk mewujudkan perniagaan baharu dan menjana kekayaan ekonomi negara. Bagi tujuan tersebut, garis panduan dana Sains dan dana prapengkomersialan telah ditambah baik untuk menggalakkan permohonan yang mempunyai potensi untuk memenuhi permintaan pasaran dan memiliki keupayaan untuk dikomersialkan.
Datuk Dr. Ewon Ebin
Saya juga ingin menyatakan di sini Tuan Yang di-Pertua bahawa langkah-langkah berikut adalah langkah-langkah yang dilaksanakan untuk meningkatkan lagi kadar pengkomersilan di masa akan datang iaitu:
(i) mengisytiharkan tahun 2014 sebagai Tahun Pengkomersilan MOSTI (MCY 2014) dengan sasaran pengkomersilan 60 produk R&D setiap tahun. Kita menjangka bahawa pada tahun 2020, kita akan dapat mengkomersilkan 360 produk lagi;
(ii) menubuhkan Agensi Inovasi Malaysia bagi menggalakkan aktiviti pengkomersilan;
(iii) melancarkan produk-produk yang dikomersilkan yang telah digunakan oleh agensi MOSTI dan juga penerima dana MOSTI;
(iv) menyediakan platform untuk menggalakkan pengkomersilan seperti business matching, khidmat nasihat, kepakaran dan peluang pasaran;
(v) menyediakan insentif di bawah Dasar Pengkomersilan Harta Intelek bagi projek R&D yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia; dan
(vi) memfokuskan bidang penyelidikan yang berimpak tinggi melalui program flagship. Jadi, Tuan Yang di-Pertua begitulah pandangan saya...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Dr. Ewon Ebin
Okey.
Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya sila Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ini berkenaan dengan konsep inovasi yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Saya nak penjelasan daripada Menteri sama ada peruntukan disalurkan kepada institusi pengajian tinggi khususnya IPTA sebagai usaha untuk menggalakkan inovasi.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Jika ada nyatakan peruntukan bagi IPTA masing-masing dan projek-projek yang disarankan yang boleh menambah baik inovasi di kalangan pelajar-pelajar di Malaysia.
Terima kasih.
Datuk Dr. Ewon Ebin
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat tadi itu. Ya, memang kita juga menyalurkan peruntukan-peruntukan kepada institusi-institusi pengajian tinggi di bawah peruntukan eScienceFund. Di bawah peruntukan ini, ia disalur kepada institusi pengajian tinggi ini yang akan melakukan penyelidikan dalam bidang-bidang yang mereka fikir perlu untuk dilaksanakan. Jadi memang ada.
Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, habis Yang Berhormat? Dah habis. Saya jemput- terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Kementerian Kewangan. Sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia.
Alhamdulillah, tiba giliran saya bagi untuk bagi pihak Kementerian Kewangan bagi menggulung ucapan dan perbahasan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat yang membangkitkan isu-isu mengenai Kementerian Kewangan ini ada ramai.
Terima kasih kepada semua.
Yang Berhormat Alor Gajah; Yang Berhormat Bagan Serai; Yang Berhormat Batu Sapi; Yang Berhormat Johor Baru; Yang Berhormat Kalabakan; Yang Berhormat Ketereh; Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu; Yang Berhormat Langkawi; Yang Berhormat Padang Besar; Yang Berhormat Pulai; Yang Berhormat Putatan; Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Tanah Merah; Yang Berhormat Titiwangsa; Yang Berhormat Bayan Baru; Yang Berhormat Batu; Yang Berhormat Bukit Katil; Yang Berhormat Gombak; Yang Berhormat Gopeng; Yang Berhormat Kapar; Yang Berhormat Pandan; Yang Berhormat Permatang Pauh; Yang Berhormat Sungai Petani; Yang Berhormat Selayang; Yang Berhormat Wangsa Maju; Yang Berhormat Bandar Kuching; Yang Berhormat Beruas; Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Bukit Mertajam; Yang Berhormat Jelutong; Yang Berhormat Klang; Yang Berhormat Kota Kinabalu; Yang Berhormat Lanang; Yang Berhormat Raub; Yang Berhormat Sandakan; Yang Berhormat Sarikei; Yang Berhormat Segambut; Yang Berhormat Serdang; Yang Berhormat Seremban; Yang Berhormat Seputeh; Yang Berhormat Tanjong; Yang Berhormat Ampang; Yang Berhormat Bukit Gantang; Yang Berhormat Kota Baharu; Yang Berhormat Kuala Krai; Yang Berhormat Kota Raja; Yang Berhormat Kuala Nerus; Yang Berhormat Kuala Terengganu; Yang Berhormat Pengkalan Chepa; Yang Berhormat Pokok Sena; Yang Berhormat Rantau Panjang; Yang Berhormat Sepang; Yang Berhormat Shah Alam; dan Yang Berhormat Pasir Putih.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Lumut tidak ada?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Lumut...
[Disampuk] Perkara-perkara yang terlibat tentang kedudukan ekonomi, GST, BR1M, MAS, 1MDB, SPNB, bank, pembaharuan bajet, tender dan hal-hal lain.
Kedudukan ekonomi. Saya agak tidak berlaku adil jika saya tidak menjawab, sebab ini perkara penting. Oleh sebab itu, saya berhasrat untuk menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan.
Walaupun Yang Berhormat Permatang Pauh tidak berada di sini. Semasa krisis kewangan Asia 1997-1998, kejatuhan mendadak syarikat berkaitan dot com dalam tahun 2001, peperangan di Iraq dan penularan wabak sindrom pernafasan akut yang teruk
(SARS) dalam tahun 2003, kerajaan telah melaksanakan dasar fiskal mengembang melalui pakej rangsangan fiskal bagi memastikan ekonomi negara terus stabil dan mengurangkan impak kelembapan ekonomi serta penurunan pelaburan swasta.
Namun begitu, usaha konsolidasi fiskal terus dilaksanakan dengan paras defisit berkurangan daripada 5.5 peratus pada tahun 2000 kepada 3.1 peratus pada tahun 2007 dan nisbah hutang kepada KDNK berada pada paras 40.1 peratus, lebih tinggi sedikit berbanding semasa krisis kewangan Asia bermula tahun 1998 (36.4 peratus) hutang.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Walau bagaimanapun, langkah pengembangan fiskal yang dilaksanakan semasa krisis kewangan global tahun 2008-2009, melalui dua buah pakej rangsangan ekonomi yang berjumlah RM67 bilion atau kira-kira 9 peratus daripada KDNK menyebabkan paras defisit meningkat daripada 4.6 peratus pada tahun 2008 kepada 6.7 peratus pada tahun 2009 dan nisbah hutang meningkat pada KDNK daripada 39.8 peratus kepada 50.8 peratus tahun 2008-2009.
Pada tahun 2010 selaras dengan pemulihan ekonomi yang semakin kukuh, konsolidasi fiskal diteruskan. Ini dicerminkan melalui pengurangan ketara defisit fiskal kepada 5.4 peratus berbanding 6.7 peratus pada tahun 2009. Seterusnya defisit fiskal terus berkurangan kepada 4.8 peratus tahun 2011, 4.5 peratus tahun 2012, 3.9 peratus tahun 2013 dan dijangka mencatat 3.5 peratus pada tahun 2014 dan 3 peratus pada tahun 2015.
Langkah konsolidasi fiskal menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa komited dalam memperkukuhkan kedudukan kewangannya dan memastikan kemapanan fiskal jangka panjang terus diberi keutamaan. Peruntukan perbelanjaan mengurus bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM223.4 bilion itu, peningkatan sebanyak 1.1 peratus berbanding anggaran disemak tahun 2014 sebanyak RM221.1 bilion. Sebahagian besar daripada peruntukan ini adalah bagi menampung perbelanjaan locked item seperti emolumen (29.4 peratus) serta bayaran khidmat hutang (10.9 peratus) serta sebahagian lagi adalah bagi menampung perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan (17.1 peratus) dan yang besar subsidi
(16.9 peratus).
Bagi memastikan perbelanjaan mengurus dibelanjakan dengan cekap dan produktif serta berasaskan value for money, dengan izin, kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:
(i) mengawal perbelanjaan melalui inisiatif penjimatan kos;
(ii) menstrukturkan semula sistem pemberian subsidi supaya lebih bersasar; dan
(iii) memperkenalkan sistem outcome based budgeting (OBB) dengan izin, untuk menambah baik pengurusan bajet secara berhemat.
Siling perbelanjaan pembangunan bagi tempoh RMKe-10 tahun 2011-2015 berjumlah RM230 bilion. Bagi tempoh 2011-2014, perbelanjaan pembangunan dijangka berjumlah RM177.7 bilion yang mewakili 77.3 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan RMKe-10. Ini bermakna sebahagian besar peruntukan telah dibelanjakan sepanjang empat tahun pertama RMKe-10.
Keadaan ini tidak bermakna pertumbuhan pembangunan negara telah dan akan terjejas. Walaupun peratusan perbelanjaan mengurus kepada jumlah perbelanjaan kerajaan lebih besar daripada perbelanjaan pembangunan, hal ini tidak bermakna perbelanjaan mengurus tidak menyumbang kepada pertumbuhan pembangunan negara. Dalam Bajet 2015, perbelanjaan mengurus bagi sektor latihan dan pendidikan masih merupakan komponen yang terbesar iaitu 23.7 peratus diikuti oleh sektor kesihatan, 9.8 peratus.
Perbelanjaan mengurus bagi kedua-dua sektor ini juga sebenarnya bersifat pembangunan kerana perbelanjaan tersebut juga merupakan pelaburan jangka panjang negara ke arah meningkatkan kapasiti produktif melalui penghasilan modal insan yang lebih kompeten dan berdaya saing, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Di samping itu, peningkatan perbelanjaan mengurus juga berkait rapat dengan perbelanjaan pembangunan kerajaan.
Sebagai contoh apabila satu projek pembangunan seperti pembinaan pusat latihan, sekolah dan hospital telah siap, peruntukan mengurus yang besar juga diperlukan khususnya bagi menyediakan tenaga pengajar, kakitangan kesihatan, aset, peralatan dan kelengkapan secukupnya agar infrastruktur tersebut dapat beroperasi dengan sempurna dan memberi manfaat kepada rakyat.
Sasaran defisit fiskal adalah pada paras 3.5 peratus bagi tahun 2014, 3 peratus tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020. Sehingga kini, hutang Kerajaan Persekutuan kekal tidak melebihi paras 55 peratus daripada KDNK dengan jumlah hutang sebanyak RM568.9 bilion pada akhir Jun 2014 dan liabiliti kontingensi sebanyak RM157.1 bilion pada akhir 2013. Ya.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Pendek sahaja soalan.
Adakah angka defisit ini yang disebut-sebutkan oleh pihak kerajaan mencerminkan perbelanjaan yang sebenar daripada pihak kerajaan? Oleh sebab banyak perbelanjaan kerajaan sekarang tidak termasuk dalam angka perbelanjaan kerajaan seperti projek-projek yang telah pun diumumkan oleh pihak kerajaan termasuk MRT, LRT, balai polis pun tidak termasuk dalam bajet kerajaan tetapi di luar bajet kerajaan, bawah agensi kerajaan yang lain. So, angka defisit yang disebutkan tadi yang dikatakan akan seimbang sebenarnya tidak mencerminkan perbelanjaan kerajaan yang sebenar.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Lumut.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Berkaitan dengan perkara ini juga saya menanyakan punca hutang kerajaan sebanyak RM560 bilion ini daripada mana? Saya juga minta, bagaimanakah kerajaan mampu membayar hutang yang sebegini banyak? Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sebahagiannya saya sudah jawab tadi saya sudah cerita panjang lebar puncanya kenapa ya Yang Berhormat Lumut...
[Disampuk] Ada saya sudah cerita tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak apa Yang Berhormat Menteri, terus isu lain.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Minta mereka membaca semula Hansard.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kita tidak membohong daripada segi angka defisit ini, untuk apa kita hendak membohong 30 juta orang rakyat Malaysia. Kalau kita kata defisit begitu...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tidak mencerminkan angka yang sebenar.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tidak mencerminkan tidak semestinya benar, itu hanyalah persepsi Yang Berhormat ya. Secara purata pertumbuhan tahunan hasil Kerajaan Persekutuan...
[Disampuk] Saya sudah sebut, saya kata angka-angka defisit itu tidak membohongi rakyat. Kalau kita kata 3...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Perbelanjaan MRT, RM23 bilion langsung tak masuk dalam bajet perbelanjaan daripada kerajaan, macam mana angka defisit ini angka sebenar.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kalau kita kata 3.5 maka 3.5 dan kita ada kira-kiranya. Kita ada beribu-ribu pegawai yang mengaturnya dan pegawai-pegawai ini tidak membohongi rakyat. Secara purata pertumbuhan tahunan hasil Kerajaan Persekutuan dari tahun 2010 hingga tahun 2013 mencatat 6.2 peratus, dalam tempoh yang sama purata pertumbuhan tahunan jumlah perbelanjaan kerajaan mencatat 5.7 peratus. Walaupun terdapat peningkatan dalam jumlah perbelanjaan terutamanya perbelanjaan mengurus, kerajaan sentiasa memastikan kedudukan kewangan kekal kukuh dan sentiasa mematuhi prinsip asas yang telah ditetapkan seperti berikut. Yang Berhormat Lumut ya, ini prinsip- prinsip asas:
(i) mengekalkan lebihan semasa. Hasil melebihi perbelanjaan mengurus. Ini bagi memastikan perbelanjaan mengurus sentiasa dibiayai oleh hasil sementara pinjaman hanyalah untuk membiayai perbelanjaan pembangunan;
(ii) menetapkan pasaran paras defisit fiskal sebagai peratusan KDNK pada 3 peratus bagi tahun 2015;
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
(iii) menyasarkan bajet berimbang pada tahun 2020;
(iv) memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi daripada paras 55 peratus daripada KDNK; dan
(v) bayaran khidmat hutang yang dikira sebagai perbelanjaan tanggungan diberi keutamaan berbanding perbelanjaan lain.
Ini bagi menjamin pembayaran faedah kepada pemegang sekuriti dan memastikan kerajaan memenuhi obligasi hutangnya. Seterusnya, bayaran khidmat hutang dihadkan di bawah paras 15 peratus daripada jumlah hasil. Kerajaan telah lama komited dalam melaksanakan langkah konsolidasi fiskal bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara.
Paras defisit fiskal sebagai peratusan KDNK telah dapat dikurangkan dari 6.7 peratus pada tahun 2009 kepada 5.4 peratus pada tahun 2010 selaras dengan pemulihan ekonomi negara. Seterusnya, defisit fiskal terus berkurangan kepada 4.8 peratus pada tahun 2011, 4.5 peratus tahun 2012, 3.9 peratus tahun 2013, 3.5 peratus tahun 2014 dan 3 peratus pada tahun 2015. Langkah konsolidasi fiskal...
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Adalah penting bagi memastikan kemapanan fiskal jangka panjang negara. Walau bagaimanapun, konsolidasi fiskal dilaksanakan secara berperingkat, gradualism, dengan izin, agar pertumbuhan ekonomi negara tidak terjejas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Lumut bangun lagi.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya faham sebab kerajaan berhutang. Soalan saya, daripada mana kerajaan berhutang dan bagaimana kerajaan boleh bayar hutang ini sedangkan pendapatan kita tidak sebanyak itu? Kita hendak menuju negara maju ini tahun 2020, bolehkah kita capai? Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ada satu tajuk hutang, sabar Yang Berhormat ya. Kemudian peruntukan belanja mengurus bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM223.4 bilion peningkatan sebanyak 1.1 peratus berbanding dengan anggaran yang disemak tahun 2014, RM221.1 bilion. Sebahagian besar daripada peruntukan itu adalah bagi menampung perbelanjaan seperti emolumen dan lain-lain. Okey, seterusnya anggaran purata, ini Yang Berhormat Kluang. Anggaran purata harga minyak mentah dunia pada tahun 2014 Tapis adalah pada USD110 setong. Harga purata minyak mentah Tapis dari Januari hingga Oktober 2014 ialah USD109.7 setong.
Sekiranya harga minyak mentah dunia terus menurun bagi bulan November dan Disember 2014, secara relatifnya purata harga minyak mentah bagi tahun 2014 tidak akan jauh daripada anggaran asal 2014. Sehubungan itu, ia tidak akan menjejaskan sasaran paras defisit sebanyak 3.5 peratus daripada KDNK pada tahun 2014 memandang penurunan hasil yang kecil juga akan diimbangi dengan bayaran subsidi yang lebih rendah.
Walau bagaimanapun akan terdapat situasi di mana defisit akan meningkat apabila harga minyak mentah jatuh lebih rendah iaitu dalam lingkungan USD70 hingga USD60 setong. Ini disebabkan oleh hasil yang terus menurun. Pada tahun 2015, sekiranya harga minyak mentah dunia terus berkurang daripada anggaran purata USD105 setong ia tidak akan memberi impak negatif ke atas defisit negara kerana pengurangan tanggungan subsidi adalah melebihi pengurangan hasil. Kerajaan sedang mengkaji langkah terbaik yang perlu dilaksanakan sekiranya harga minyak mentah ini terus berkurang pada tahun 2015. Ada siapa hendak bertanya fasal harga minyak?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tiada.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Okey.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Harga minyak sekarang lebih kurang USD80 per tong, jadi dia akan turun tetapi katakanlah USD80 se tong untuk tahun depan itu puratanya, apakah itu boleh mengimbangi hasil daripada petroleum dan juga subsidi yang dikurangkan?Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, tadi saya sudah menyebut Yang Berhormat Pasir Puteh, kerisauan kita apabila dia terus turun sehingga USD70 hingga USD60 setong. Jika masih USD80 ia tidaklah sesuatu yang merisaukan. Satu perkara yang ditanyakan di luar sana, mengapakah harga minyak Malaysia ini tidak turun apabila harga minyak dunia turun? Di Malaysia ini ada dua harga minyak, satu harga sebenar pasaran dan satu lagi ialah harga minyak subsidi. Harga minyak subsidi RM2.30 RON95 dan pada tahun sudah subsidi kita berjumlah RM23.5 bilion. Ini kerana apa? Kerana subsidi pada tahun sudah, tahun 2013, ialah 74 sen 1 liter untuk RON95 dan 76 sen 1 liter untuk diesel.
Setiap kali kita mengisi, tahun sudah kita bayar RM2.10 satu liter tetapi kerajaan top up dalam bentuk subsidi iaitu 74 sen kita tambah setiap liter. Jika diesel RM1.90 tetapi kerajaan top up sebanyak 76 sen setiap satu liter untuk purata pada tahun sudah. Itu sebab jumlah subsidi pada tahun lepas ialah RM23.5 bilion. Kalau kita bahagikan, menjadi lebih kurang RM2,000 juta sebulan. Kenapakah kita ingin mengadakan rasionalisasi subsidi minyak? Ini kerana subsidi minyak diesel dan petrol RON95 sekarang ini tidak rasional. Itu sebab kita kena buat rasionalisasi subsidi.
Apakah maksud subsidi itu tidak rasional? Sepatutnya subsidi ini diberi kepada orang yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah dan bukan kepada mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi. Daripada RM2,000 juta sebulan itu, 70 bahagian ataupun 70 peratus dinikmati oleh mereka yang berpendapatan sederhana tinggi dan tinggi. Hanya 30 peratus yang dinikmati oleh mereka yang berpendapatan sederhana rendah dan rendah.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kita ada enam barang subsidi di Malaysia ini. Pertama, tepung; yang kedua, beras ST15; yang ketiga, minyak masak; yang keempat, gas memasak; yang kelima, diesel; dan yang keenam, RON95. Ada enam barangan subsidi. Jika orang yang berada itu menggunakan satu tong gas minyak sebulan, orang yang kurang berada juga menggunakan satu tong gas minyak sebulan.
Jika orang yang berada mengguna tepung satu kilo seminggu, orang yang biasa juga menggunakan satu lebih kurang tepung seminggu. Begitu juga minyak masak dan lain- lain, empat barangan subsidi. Namun diesel dan petrol ini sekali kita isi untuk motosikal 7.5 liter, penuh motosikal itu. Akan tetapi sekali kita isi BMW 75 liter, baru penuh satu buah tangki BMW. Dengan lain perkataan, pemilik-pemilik BMW menikmati 10 kali ganda subsidi daripada pemilik motosikal tetapi dia bukan hanya ada satu BMW. Mungkin dia ada lima, Alphard lima dan 10 buah lori agaknya.
Jadi, subsidi mereka berganda-ganda. Itu yang menyebabkan mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi menikmati 70 peratus. Sepatutnya terbalik, sepatutnya mereka yang berpendapatan sederhana rendah dan rendah dapat 70 peratus, yang tinggi dan sederhana tinggi itu dapat 30 peratus. Subsidi di Malaysia ini terbalik, tidak rasional. Itu sebab kita hendak melaksanakan rasionalisasi subsidi.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
[Bangun]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tak ada orang lainkah, asyik Yang Berhormat Lumut sahaja. Yang lain?
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Terima kasih...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tak ada idea ,Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Saya ingat ini Timbalan Menteri ini bagi analogi terbalik. Oleh sebab di Malaysia ini orang miskin banyak, satu BMW masuk dalam stesen minyak, 500 buah motor masuk dalam stesen minyak. Jadi macam mana yang dikatakan subsidi itu tidak seimbang?
Saya berpendapat subsidi yang dilakukan sekarang memang untuk orang miskin, orang yang berpendapatan sederhana dan rendah. Sepatutnya dikekalkan, bukannya dikurangkan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Oh, dia tak faham ya [Ketawa] Tak faham tak apalah. Saya sudah sebut tadi daripada segi jumlah kenderaan yang dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah kemudian dibandingkan dengan mereka yang berpendapatan tinggi, jumlahnya, cc nya itu memang melebihi daripada mereka yang berpendapatan rendah dan kita bukan mereka reka angka itu- 70-30 itu bukan rekaan. Kita ada jawatankuasa yang mendapatkan angka-angka itu, kita tidak mereka reka cerita Yang Berhormat.
Kemudian mengenai defisit 17 tahun ini, saya sebahagiannya saya sudah jawab tadi. Yang Berhormat Kuala Nerus, satu lagi mengenai hutang. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan tahun 2009-2014. Pada tahun 2009-RM362.4 bilion; peratus pada KDNK – 50.8 peratus. Tahun 2010 – RM407.1 bilion; peratus pada KDNK – 51.1 peratus. KDNK kita pada ketika itu RM797.3 bilion. Pada tahun 2009, KDNK kita RM712.9 bilion.
Hutang tahun 2011 – RM456.1 bilion; peratus pada KDNK – 51.6 peratus. KDNK pada tahun 2011 – RM885.3 bilion. Pada tahun 2012, hutang – RM501.6 bilion, peratus pada KDNK – 53.3 peratus. KDNK pada ketika itu RM941.9 bilion.
Pada tahun sudah, hutang – RM539.9 bilion, peratus pada KDNK – 54.7 peratus.
KDNK pada tahun sudah RM986.7 bilion.
Sehingga Jun 2014, hutang Kerajaan Persekutuan – RM568.9 bilion, peratus pada KDNK – 52.8 peratus. KDNK sehingga Jun 2014 – RM1.0782 trilion. Sudah melepasi bilion KDNK kita. Itu satu berita yang menarik.
Kemudian duti subsidi harga minyak kos sara hidup. Kaedah untuk membayar itu saya sudah sebut tadi, kita sudah tetapkan pada tahun-tahun yang tertentu daripada bajet, ia tidak boleh melebihi peratusan yang tertentu. Kita masih mampu untuk membayarnya dan kita telah membayarnya dengan jadual yang tepat. Saya juga ingin memaklumkan 97 peratus daripada hutang itu ialah hutang daripada sumber-sumber dalaman negara.
Hasil daripada petroleum, cukai pendapatan petroleum (PITA). Tahun 2014, anggaran RM28.28 bilion. Duti eksport petroleum, RM1.94 bilion, dividen Petronas RM29 bilion, anggaran tahun 2014, royalti Petroleum RM5.7 bilion dan pendapatan daripada operasi petroleum pihak berkuasa bersama Malaysia-Thailand (MTJA) RM2.02 bilion yang menjumlahkan RM66.94 bilion hasil daripada pendapatan petroleum.
Kemudian ditanyakan penjelasan daripada pihak kerajaan bagaimana kalau trend penurunan harga minyak ini berterusan. Bagaimanakah kedudukan belanjawan negara?
Sebahagiannya saya telah jawab tadi tetapi saya ada angka-angka baru. Hasil keseluruhan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2014 dianggarkan berjumlah RM225.1 bilion. Anggaran ini adalah berdasarkan harga purata minyak mentah dunia jenis tapis pada USD110 setong.
Harga purata minyak mentah tapis dari Januari hingga September 2014 ialah USD112 se tong. Dari 1 hingga 23 Oktober 2014 pula, harga purata minyak mentah tapis USD92 setong.
Ada orang bertanya kenapa tidak diturunkan minyak RM2.30 sen itu. Apabila kita mengetahui bahawa harga minyak dunia ini turun, kenapa tidak diturunkan daripada RM2.30 sen? Saya ingin membuat sedikit ulasan bahawa minyak Malaysia ini ada dua jenis. Satu harga minyak bersubsidi RM2.30 sen, satu lagi ialah harga minyak sebenar.
Dalam masa purata bulan Oktober ini, harga subsidi masih ada lagi 12 sen satu liter RON95. Jika pada tahun sudah 74 sen subsidi tetapi pada bulan Oktober baru-baru ini oleh sebab turun harga minyak dunia, subsidinya ialah 12 sen satu liter. Masih ada lagi subsidi dan ia belum lagi turun di bawah harga RM2.30 sen.
Oleh sebab itu, persoalan sama ada kita perlu menurun ataupun tidak harga minyak itu belum lagi berbangkit kerana kita masih lagi memberikan subsidi kepada satu liter sebanyak 12 sen untuk RON95. Sekiranya harga turun kepada USD84 setong dan kekal sehingga bulan Disember 2014, harga purata bagi keseluruhan tahun 2014 dijangka masih tinggi pada paras lebih daripada USD 110 setong. Tambahan pula kutipan hasil berkaitan petroleum sehingga September 2014 telah mencapai 76 peratus daripada sasaran yang telah ditetapkan. Oleh itu kerajaan masih mengekalkan sasaran kutipan hasil tahun 2014 pada paras RM225.1 bilion dan paras defisit fiskal sebagai peratusan KDNK bagi tahun 2014 dijangka masih lagi mencapai sasaran 3.5 peratus.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Hasil berkaitan petroleum mewakili 29.7 peratus daripada jumlah anggaran hasil tahun 2014 manakala selebihnya adalah daripada hasil cukai pendapatan syarikat dan individu, duti setem, duti eksais, cukai jualan dan perkhidmatan, bayaran lesen dan permit serta faedah daripada pelaburan kerajaan. Peratus hasil berkaitan petroleum daripada jumlah keseluruhan hasil kerajaan juga telah menurun daripada 41.3 peratus pada tahun 2009 kepada 29.7 peratus pada tahun 2014.
Ini menunjukkan kebergantungan kerajaan kepada hasil berkaitan petroleum semakin kurang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat PJ Utara bangun.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Soalan saya pendek sahaja, saya tak ceramah. Dua perkara sahaja. Nombor satu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Adakah kerajaan membuat kesimpulan bahawa kalau harga petroleum menurun, adalah lebih baik bagi kerajaan kerana subsidi menurun lebih daripada kekurangan hasil yang dikutip, itu nombor satu.
Nombor dua, apa breakeven point subsidi bagi petroleum di mana kalau harga minyak antarabangsa turun di bawah harga tersebut, kerajaan tidak lagi perlu memberikan subsidi bagi petrol dan diesel.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, sebagaimana saya sebut tadi, angka yang kita agak khuatir ialah apabila minyak itu turun antara USD70 hingga USD60 se tong.
Ia belum lagi menyampai paras itu, breakeven. Kerajaan ada dua pilihan apabila sampai RM2.30. Pilihan pertama ialah menurunkan harga minyak. Itu ialah satu perkara yang popular untuk dilakukan dan pilihan kedua mula mengenakan cukai jualan. Cukai jualan ini ialah 58 sen satu liter RON95 yang kita tidak kutip, ya. Sepatutnya harga RON95 itu RM2.30+58 sen sama dengan RM2.88 sepatutnya, ya harga RON95. Akan tetapi oleh sebab Kerajaan Barisan Nasional ini amat baik kepada rakyat, kita bukan sahaja beri subsidi, kita juga tidak kenakan cukai jualan kerana Kerajaan BN baik kepada rakyat.
Tony Pua Kiam Wee[ Petaling Jaya Utara]
Yang Berhormat Menteri, soalan saya, apa harga minyak antarabangsa di mana harga pam akan menjadi RM2.30 breakeven, harga minyak antarabangsa sama ada USD75 se tong kah atau USD80 se tong, bila harga antarabangsa di mana harga pam akan menjadi harga pasaran RM2.30?
Seorang Ahli
Menteri tidak fahamlah.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, saya faham tetapi angkanya tidak ada pada saya. Jadi saya...
Beberapa Ahli
Menteri tidak fahamlah.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Bercerita perkara lain. Saya faham antara USD75 atau USD80 ya, itu antaranya. Apabila perkara itu berlaku, dia akan mencapai satu RM2.30, USD75 kah, USD80 kah atau USD70? Pegawai-pegawai saya sedang menyediakan jawapan itu, ya. Saya tidak tahu semua perkara dalam dunia ini. Bukan begitu?
[Ketawa] Akan tetapi apabila minyak itu tiba pada jumlah sama ada USD75 ataupun USD70 satu tong itu, persoalannya ialah yang lebih penting sama ada kita hendak turunkan harga minyak atau kita hendak mula mengenakan 58 sen seliter cukai jualan.
Kalau kita hendak kenakan cukai jualan pun, kalau minyak terus turun, dia hendaklah sehingga 1 April 2015. Pada 1 April 2015 tidak ada cukai jualan dan kita juga telah maklumkan tidak ada GST kepada minyak. Oleh sebab itu, kalau kita hendak kenakan pun hanya sehingga 1 April 2015 cukai jualan itu. Kita memang berharap harga minyak itu turun untuk menurunkan harga barang dan kita juga menanti kalau harga minyak itu turun, adakah harga barang akan turun? Itu satu lagi persoalan yang cukup baik untuk kita lihat apa yang berlaku di luar sana. Okey.
Kerajaan terus melaksanakan langkah bagi meningkatkan kutipan hasil apabila perkara-perkara itu berlaku, ya. Pertama...
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Antara langkahnya imenambah baik pentadbiran cukai supaya lebih cekap dalam pungutan cukai. Saya habiskan para ini selepas itu saya beri. Kedua, meningkatkan penggunaan e-filing dan kemudahan untuk membayar cukai termasuk pembayaran cukai secara atas talian. Ini apabila hasil kita kurang, kita akan mengadakan langkah-langkah ini dan meningkatkan langkah-langkah itu.
Ketiga, meningkatkan pematuhan cukai termasuk melalui penguatkuasaan dan pengauditan cukai yang lebih baik. Keempat, memperluas asas cukai supaya tidak hanya bergantung kepada cukai pendapatan hasil berasaskan petroleum. Seterusnya, memperteguh asas-asas ekonomi makro negara untuk meningkatkan lagi aktiviti ekonomi dan keuntungan sektor swasta seterusnya dapat menyumbang kepada peningkatan hasil kerajaan. Sila, Yang Berhormat Seremban.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih, saya ingat Yang Berhormat Menteri tadi telah memberikan satu jawapan yang kontradiksilah kepada jawapan rasmi yang selalu diberikan oleh kerajaan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa kalau harga minyak diturunkan, mungkin ini dapat menurunkan harga barangan.
Bukankah selalu kerajaan memberikan jawapan rasmi kenaikan harga minyak itu tidak menyumbang ataupun rasionalisasi subsidi ini menyumbang kepada kenaikan harga barangan dan juga tidak menyumbang kepada inflasi? Jadi saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri telah memberikan satu jawapan yang cukup kontradiksi. Ini menunjukkan bahawa sememangnya apa yang dilakukan oleh kerajaan ini menyumbang kepada kadar inflasi yang lebih tinggi. Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Bilakah kami cakap macam itu Yang Berhormat Seremban? Bilakah saya ada cakap kenaikan harga minyak tidak menyumbang kepada inflasi? Bila, siapa dia, dan di manakah? Tolong beritahu. Tidak mungkin kita tidak belajar ekonomi. Mestilah ada peratusan yang tertentu. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, sudah dapat jawapan. Harga minyak di pam menjadi tanpa subsidi apabila harga minyak mentah tapis mencecah antara USD75 ke USD80 se tong, okey. Yang Berhormat Seremban, kita mengetahui apabila kita tarik subsidi 20 sen, maka harga minyak naik 20 sen. Memang ada kenaikan tetapi yang kita tidak mahu ialah kenaikan itu tidak berkadaran dengan harga. Saya selalu bercakap di mana-mana, tarik subsidi minyak 20 sen, naik harga roti canai 20 sen. Kadang-kadang kita bertanya kepada mereka, goreng roti canai guna minyak diesel kah atau apa?
Mereka kata bahawa tepung yang dibawa menggunakan lori itu menggunakan minyak diesel. Akan tetapi sebenarnya kos-kos seperti itu boleh diserap. Kalau bawa 100 kampit tepung ketika minyak harga RM2.10, tambahlah jadi 110 kampit tepung di dalam lori itu supaya kos RM2.10 jadi RM2.30 itu boleh diserap. Akan tetapi kadang-kadang tidak mahu dilakukan perkara ini dan sentiasa memandai-mandai mengambil kesempatan daripada kesempitan. Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Tanjong, Yang Berhormat Sarikei...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat Bagan Serai bangun.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja. Saya hendak minta penjelasan. Kalau dikatakan harga minyak naik, harga barang mesti naik. Kalau harga minyak turun, apa pula jadi dengan harga barang? Adakah kenaikan harga barang ini disebabkan semata-mata oleh naik harga minyak ataupun kerana eksploitasi ataupun additive action oleh orang-orang yang suka mengambil kesempatan. Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kos satu-satu barangan itu ada pelbagai.
Kalau kos pen ini misalnya - barang-barang untuk membuat pen lepas itu gaji pekerja yang buat pen, sewa kilang itu, dan semuanya ya. Kemudian, elektrik dalam kilang itu dan mengangkut pen ini dalam lori yang ada minyak yang naik. Ini bererti jumlah peratusan untuk pengangkutan dalam satu-satu produk itu kecil. Oleh sebab itu, apabila minyak naik, perlu sedikit sahaja kenaikan yang berlaku dan kadang-kadang boleh diserap.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Akan tetapi kalau minyak turun, ini kita ingin melihat apa yang akan berlaku di sana. Harapan kita ialah peniaga-peniaga tidak kira apa juga bangsa sentiasa bertanggungjawab tentang harga barang ini.
Satu lagi kalaupun minyak naik, lepas itu harga barangnya itu naik, kalaupun minyak turun, harga barang pun turun, kalau tidak ada orang hendak beli barang itu, akhirnya barang itu turun juga. Ini kaedah supply and demand, apabila sampai kepada satu titik equilibrium yang tertentu maka, berdasarkan penawaran dan juga permintaan akan rendah ataupun tinggi. Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Tanjong dan Yang Berhormat Sarikei. Anggaran purata harga minyak mentah dunia pada tahun 2014 ialah USD110, harga purata minyak mentah tapis, Januari hingga Oktober 2014 USD109.7. Sekiranya harga minyak mentah dunia terus turun secara relatifnya purata harga minyak mentah pada tahun 2014 tidak akan jauh daripada anggaran asal. Okey, ini sudah ada jawapan tadi.
Yang Berhormat Kapar, mengapakah rakyat Malaysia tidak berhak menikmati subsidi petrol dan diesel walaupun Malaysia negara pengeluar minyak? Pada asasnya Malaysia minyak mentah jenis tapis blend. Namun minyak tersebut tidak digunakan dalam negeri kerana minyak itu berkualiti tinggi dan harganya lebih mahal serta lebih menguntungkan jika dieksport. Di samping itu, minyak tersebut digali daripada persisiran laut dalam di mana kos cari gali adalah lebih tinggi berbanding dengan minyak dari negara Timur Tengah yang digali di darat.
Oleh itu, Malaysia mengimport minyak jenis lain yang harganya lebih rendah untuk kegunaan kenderaan dan industri tempatan. Oleh itu, dengan mengeksport minyak tapis blend dan mengimport minyak berkualiti rendah untuk kegunaan dalam negara, minyak Malaysia masih meraih manfaat daripada sumber minyak mentah semula jadinya dan seterusnya digunakan untuk pembangunan negara.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kemudian Yang Berhormat Alor Gajah, Yang Berhormat Langkawi dan Yang Berhormat Seputeh mengenai iklan untuk request for proposal bagi pembangunan sistem penyampaian subsidi bersasar bagi kenderaan petrol telah dikeluarkan pada 10 Oktober 2014 dan akan ditutup pada 10 November 2014. Dengan perkataan lain, syarikat-syarikat masih ada beberapa hari untuk memberikan cadangan bagaimana kaedah rasionalisasi subsidi yang dijangka diadakan pada tahun 2015. Setakat ini mengenai pendapatan itu belum ada lagi muktamad. Kita ingin mendengar dan melihat cadangan yang terbaik daripada syarikat-syarikat yang telah mengambil RFP itu. Itu sahaja mengenai minyak ini.
Kemudian Yang Berhormat Pengkalan Chepa, sejak tahun 2010 sehingga 2014 pertumbuhan KDNK benar telah mendapati sasaran unjuran dan terus berkembang selari dengan perkembangan ekonomi serta pelaksanaan transformasi kerajaan yang memberi impak tinggi kepada negara. KDNK negara berkembang secara purata sebanyak 4.1 peratus dalam tempoh 2005 hingga 2009 dan 5.8 peratus bagi tempoh 2010 hingga 2013.
Purata pertumbuhan KDNK yang pesat bagi tempoh 2010-2013 didorong oleh pelbagai inisiatif kerajaan sebagai Program Transformasi Nasional dan Program Transformasi Ekonomi.
Yang Berhormat Ketereh, sektor perkhidmatan dianggar menyumbang sebanyak 55.3 peratus kepada KDNK pada 2014 dan diunjurkan meningkat kepada 55.4 peratus pada 2015. Sektor ini disasarkan untuk menyumbang sebanyak 60 peratus kepada KDNK menjelang 2020. 55.4 meningkat kepada 60. Usaha yang dilakukan bagi meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK menjelang 2020 termasuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mana tujuh bidang keberhasilan ekonomi utara NKEA yang dikenal pasti berkait secara langsung dengan sektor perkhidmatan.
Penggubalan Pelan Induk Sektor Perkhidmatan, Services Sector Blueprint dengan izin yang merangkumi liberalisasi dan meningkatkan eksport perkhidmatan menyediakan insentif cukai, bukan cukai yang berkesan, pembangunan modal insan dan pelaksanaan kawal selia sektor perkhidmatan dan Rancangan Malaysia Kesebelas yang sedang digubal juga dijangka akan terus memberikan tumpuan perkhidmatan.
MyExport komoditi pulangan RM20 bilion, tetapi Filipina menghantar tenaga kerja mendapat RM22 bilion, ini yang dikatakan Yang Berhormat Ketereh. Perbandingan antara komoditi dengan tenaga kerja ialah suatu perbandingan yang kurang setara.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ini adalah kerana eksport komoditi bergantung kepada harga pasaran dunia yang mana ia dipengaruhi oleh faktor permintaan dan penawaran serta aktiviti spekulasi yang berada di luar kawalan. Manakala eksport tenaga kerja pula dipengaruhi oleh faktor permintaan dan penawaran di antara negara sumber dan negara penerima. Oleh itu perbandingan tersebut tidak boleh dibuat sebagai panduan perbandingan jumlah pulangan komoditi berjumlah RM20 bilion dengan tenaga kerja mendapat RM22 bilion tersebut.
Dalam tempoh lapan bulan pertama 2014, pendapatan eksport komoditi meningkat sebanyak 8.1 peratus kepada RM115.1 bilion. Bagi keseluruhan tahun 2014, pendapatan eksport kelapa sawit dijangka meningkat 4.9 peratus kepada RM48.2 bilion, 2013 RM44.2 bilion.
Berikutan harga eksport yang stabil iaitu RM2,400 se tan metrik serta prospek perdagangan luar yang semakin baik. Sementara itu dengan harga purata getah yang lebih rendah pendapatan eksport getah bagi 2014 dijangka menguncup 12.5 peratus kepada RM6.1 bilion dibandingkan pada tahun 2013, RM7 bilion.
Yang Berhormat Kluang memohon pandangan mengkaji keadaan stagnation dan inflation yang berlaku serentak apabila GST dilaksanakan. Perbelanjaan pengguna dijangka terus kukuh walaupun pengguna mengambil langkah berhati-hati dalam perbelanjaan berikutan pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Peningkatan inflasi dijangka bersifat sementara dan akan berkurangan selepas beberapa bulan pelaksanaan GST. Kerajaan turut meluaskan skop barangan keperluan yang dikecualikan GST dan juga bekalan berkadar sifar dalam usaha untuk mengawal peningkatan harga barangan yang mendadak. Selain itu, penambahan peruntukan bantuan-bantuan sebagaimana yang kita sedia maklum dan juga pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dijangka dapat mengurangkan kenaikan harga barang yang mendadak. Selain itu,pendapatan eksport yang tinggi dijangka meningkatkan pemerolehan perniagaan dan pendapatan isi rumah. Seterusnya mengurangkan kesan peningkatan inflasi kepada permintaan domestik.
Pelaburan swasta dijangka kekal kukuh disokong oleh peningkatan aktiviti domestik dan sektor luar yang menggalakkan seterusnya mengimbangi pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2015. Berdasarkan semakan semula oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Oktober 2014, ekonomi dunia dan perdagangan global dijangka terus berkembang pada kadar 3.8 peratus dan 5 peratus pada tahun 2015. Seiring dengan prospek pertumbuhan global dan perdagangan yang bertambah baik serta perdagangan serantau yang menggalakkan, eksport dijangka berkembang, dirangsang oleh peningkatan permintaan global terutamanya terhadap barangan elektronik dan elektrik. Selain daripada itu, kepelbagaian ekonomi domestik turut menyumbang kepada perkembangan positif ini seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi pada tahun 2015.
Yang Berhormat Permatang Pauh, hutang isi rumah. Hutang isi rumah meningkat pada kadar tahunan yang lebih perlahan untuk enam suku yang berturutan iaitu sebanyak 9.7 peratus, tahun 2013 11.5 peratus. Ekoran pelaksanaan pelbagai langkah awalan yang diambil oleh pihak kerajaan dan Bank Negara Malaysia, kedudukan kewangan dan keupayaan sektor isi rumah untuk membayar balik hutang kekal utuh dan disokong oleh keadaan guna tenaga yang menggalakkan dan tahap pendapatan yang lebih tinggi.
Sektor isi rumah giat mengumpul aset kewangan yang meningkat pada kadar yang hampir sepadan dengan pertumbuhan hutang isi rumah. Nisbah aset kewangan pada hutang isi rumah kekal tinggi pada 2.2 kali. Nisbah pinjaman terjejas sektor isi rumah kekal pada paras yang rendah iaitu 1.2 peratus tahun 2013, tahun 2013 1.3 peratus. Ini NPL yang rendah. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pagi tadi bahawa hutang isi rumah ini majoritinya adalah untuk membeli rumah dan daripada seluruh hutang pembelian rumah itu 85 peratus adalah untuk membeli rumah yang pertama. Jadi dengan perkataan lain, mereka akan bayar...
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
[Bangun]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Sebab ini rumah pertama. Takkan rumah pertama pun mereka tidak dapat hendak bayar. Sebab itu NPL untuk hutang isi rumah cuma 1.2 peratus.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kepala Batas.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sila.
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
Terima kasih. Perkara tentang household debt banyak kali sudah dibangkitkan. Banyak kali juga diberikan jawapan. Pagi tadi pun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun sudah bagi jawapan tentang the komposisi of household debt ini. Cuma saya hendak minta pencelahan dan mungkin cadangan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, mungkin boleh mengadakan matriks yang baru supaya Bank Negara bukan hanya melihat pada household debt sahaja, tetapi juga melihat kepada household wealth. Supaya dengan cara itu, kita boleh derive the actual household net worth. Dengan itu juga kita boleh melihat bahawa keadaan kedudukan, kecairan terutamanya di kalangan rakyat Malaysia. Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih. Sebelum ini pun Yang Berhormat Kepala Batas pernah menyarankan perkara yang berkaitan dan kita mengambil maklum tentang perkara itu. Saya hendak memaklumkan di sini angka-angka nisbah hutang isi rumah pada KDNK. Pada Ogos tahun 2014, RM911.3 bilion atau 86.7 peratus daripada KDNK. Nisbah aset kewangan kepada hutang isi rumah daripada segi peratus ialah 219.6 peratus. Komposisi hutang isi rumah, membeli harta kediaman daripada segi peratusan ialah 45 peratus, pembelian harta bukan kediaman 7.7 peratus, pembelian kenderaan pengangkutan 17 peratus, kad kredit cuma 3.8 peratus, pinjaman peribadi untuk belajar, kahwin membeli perabot dan macam-macam 15.9 peratus, pembelian sekuriti daripada segi saham macam-macam 6.6 peratus dan lain-lain 3.8 peratus menjadikan hutang isi rumah 100 peratus.
Apa yang tidak mengkhuatirkan kita itu pembelian harta kediaman 45 peratus.
Nisbah pinjaman terjejas sektor isi rumah mengikut tujuan. Ini yang NPL, hutang isi rumah, pembelian kediaman cuma 1.4 peratus NPL, pembelian harta bukan kediaman 0.6 peratus kemudian kenderaan pengangkutan 1.3 peratus, kad kredit 1.2 peratus, pinjaman peribadi 1.7 peratus, pembelian sekuriti 0.1 peratus yang merumuskan cuma 1.2 peratus.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita sambung pada pukul 2.30 petang. Ada jemputan makan tengah hari di lounge belakang oleh Yang Berhormat Hulu Selangor, sila.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Kementerian Kewangan.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 bagi Kementerian Kewangan.
Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Bayan Baru amat berminat mengenai 1MDB. 1MDB asalnya adalah dari Terengganu sovereign fund, maknanya fund untuk generasi masa depan. Berapakah jumlah dari Terengganu sovereign fund yang telah dipindahkan ke dalam ini? Bagaimana kepada masa depan anak cucu Terengganu itu daripada duit mereka yang telah dipindahkan kepada 1MDB. Itu ditanya oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jawab walaupun mereka tidak berada di sini kerana perkara ini sudah menjadi satu perbualan di luar sana, maka saya ingin membuat jawapan atas persetujuan Yang Berhormat Menteri Kewangan jugalah ya.
Jawapannya ialah tiada pemindahan sovereign fund dari Terengganu berlaku seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pada tahun 2009, Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan telah membeli keseluruhan saham milik Terengganu Investment Authority
(TIA) daripada Kerajaan Negeri Terengganu yang berjumlah RM1,000,003 dan telah menukar nama syarikat tersebut kepada 1MDB. TIA atau Terengganu Investment Authority tidak mempunyai wang tunai atau apa-apa aset lain semasa Menteri Kewangan Diperbadankan mengambil alih syarikat tersebut.
Yang Berhormat Sungai Petani memohon penjelasan berlaku pembaziran hutang RM40 bilion, implikasi hutang 1MDB, penjualan semula hutang 1MDB melibatkan kos tinggi.
Pada tahun berakhir 31 Mac 2013, hutang RM36.25 bilion. Namun, aset terkumpul ialah RM44.66 bilion. 1MDB juga mempunyai liabiliti terhad dan selain daripada pinjaman atau bon yang menerima jaminan kerajaan, hal kewangan 1MDB tidak termasuk dalam kiraan kontinjen liabiliti kerajaan. Keadaan kewangan syarikat ialah tanggungjawab syarikat itu sendiri. 1MDB mempunyai rangka kerja tadbir urus yang kukuh dan ini membolehkannya mendapat pengiktirafan antarabangsa bagi bon-bon yang diterbitkannya. Tambahan lagi 1MDB sentiasa melakukan due diligence kewangan dan teknikal yang sepenuhnya sebelum membuat keputusan bagi melabur dalam sesuatu projek.
1MDB tidak pernah terlepas daripada memenuhi obligasi jadual pembiayaan kewangannya. Kedudukan kewangan 1MDB tetap kukuh disokong oleh aset-aset strategik yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti di samping mempunyai peluang-peluang pertumbuhan yang utuh. Komisen pinjaman, pihak yang mana, siapa dan berapa yang telah diberikan dalam kedua-dua komisen bagi pinjaman yang disebut. Mengenai isu komisen dan fi yang ditanggung oleh 1MDB untuk terbitan dua hutang tambahan pada tahun 2012 dan 2013, masing-masing untuk USD1.75 bilion dan USD3 bilion.
Kedua-dua terbitan hutang ini dijamin penuh oleh Goldman Sachs iaitu sebuah bank pelaburan terkemuka antarabangsa. Goldman Sachs telah menyatakan secara terbuka, “selain daripada firma perundangan dan perakaunan yang menyediakan khidmat profesional, tiada fi atau komisen dibayar oleh 1MDB atau Goldman Sachs kepada pihak ketiga berkaitan dengan transaksi-transaksi ini dan kami tidak pernah diarahkan oleh 1MDB atau sesiapa pun untuk membuat sebarang bayaran atau komisen”. Yang Berhormat Permatang Pauh, bagaimana 1MDB boleh diberikan projek RM3 bilion yang bernilai RM11 bilion.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bangun]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, sila.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Okey, terima kasih. Saya tak tahu bila boleh celah. Okey, beberapa perkara telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih ke atas penjelasan tersebut. nombor satu mengenai isu hutang yang dijamin oleh kerajaan. Sebelum ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menjawab bahawa hutang yang dijamin adalah hanya RM5.8 bilion tetapi tertimbul juga satu Surat Sokongan.
Kalau tak perlu kerajaan memberikan sebarang jaminan bagi pinjaman 1MDB, kenapa ada tertimbulnya satu Surat Sokongan daripada kerajaan kepada pihak-pihak pelabur di mana USD3 bilion ataupun RM9.6 bilion diberikan surat sokongan yang berkata, okey saya ingin baca perkataan yang digunakan. Yang berkata bahawa, dengan izin, ‘In the event, 1MDB has shareholder of the issuer fails to provide the required funds…”. Kalau 1MDB tak mampu bayar hutang, “...Malaysia...”, iaitu Kerajaan Malaysia, “...shall then step in to inject the necessary capital into the issuer or make payment to ensure the issuers obligations are fully met.” Okey, ini bermaksud bahawa kalau 1MDB tidak mampu untuk membayar hutangnya sebanyak RM3 bilion pinjaman itu, Kerajaan Malaysia akan mencelah dan memberikan sumbangan, menyuntik sumbangan yang mencukupi kepada 1MDB untuk membuat pembayaran tersebut. Ini kalau bukan jaminan, apakah itu? Ini bukan surat Letter of Support yang pertama dikeluarkan oleh kerajaan.
Sebelum ini PKFZ pun kerajaan kata letter of support bukan guarantee tetapi akhirnya juga, kerajaan mengambil keputusan untuk membayar sepenuhnya bon yang diberikan Letter of Guarantee oleh pihak kerajaan sebanyak RM4.6 bilion. Itu letter of support. Mengenai isu komisen sebanyak RM1.54 bilion.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Isu komisen ini telah pun dijelaskan oleh Goldman Sachs bahawa tidak ada komisen dibayar walaupun perkataan yang ada dalam offer letter, offer circular memang menggunakan perkataan komisen.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya terima baik penjelasan daripada Goldman Sachs bahawa tidak ada komisen dibayar tetapi, soalan yang terbangkit selepas itu ialah kenapa 1MDB membayar fee dan yuran ataupun profesional services fee and expenses yang begitu tinggi berbanding dengan pihak negara yang lain yang mendapat ataupun mengumpul hutang. Mexico dan Uruguay bukan negara maju, ini pun negara yang sedang membangun. Mereka membayar komisen fees ataupun yuran peratusan 0.2 peratus, Uruguay 0.1 peratus, Malaysia 1MDB satu perbadanan 100 peratus dimiliki oleh kerajaan membayar fee sebanyak 10 peratus. 10 peratus bukan 1 peratus, bukan 2 peratus, 10 peratus, seratus kali ganda lebih banyak dari Mexico dan Uruguay.
Syarikat Penerbangan Malaysia yang membuat leasing aircraft bagi pihak kerajaan. Pinjaman mereka USD1 bilion, mereka hanya bayar 0.5 peratus sahaja, tetapi 1MDB bayar lebih daripada 10 peratus. So minta penjelasan daripada pihak Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih. Ada lagi?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Ada, tetapi Timbalan Menteri berdiri, so saya beri peluang jawab dulu.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Cukup. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan hanya beri jaminan kepada sukuk oleh 1MDB sebanyak RM5.8 bilion sahaja, sedangkan semua hutang 1MDB ialah RM36.25 bilion, hanya RM5.8 bilion, tidak ada perkara-perkara yang disebut oleh Yang Berhormat tadi.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tidak ada Letter of Support?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tidak ada surat apa semua, yang ini sahaja yang boleh jawab, RM5.8 bilion.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat, jangan ganggu Yang Berhormat, biar Timbalan Menteri jawab selepas itu baru Yang Berhormat celah balik.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Itu sahaja yang dijamin oleh kerajaan, tidak ada lebih daripada itu. Selain daripada itu, 1MDB tidak menerima jaminan daripada kerajaan bagi pinjaman-pinjaman yang lain hanya RM5.8 bilion yang menerima jaminan explicit atau explicit guarantee Kerajaan Malaysia. Satu lagi yang disebut mengenai letter of support itu sebenarnya tidak ada. Satu lagi mengenai komisen. Mengenai isu komisen dan fi, saya dah jawab tadi sebenarnya, saya boleh jawab sekali lagi dalam kaedah yang lain.
Kedua-dua bon itu telah dikeluarkan pada kadar diskaun yang biasa bagi tawaran-tawaran bon. Sebarang perbezaan antara nilai tara ataupun par value dan perolehan bersih sebuah bon tidak hanya meliputi bayaran dan perbelanjaan lain, tetapi juga hasil efektifnya iaitu effective yield yang turut mengambil kira diskaun dan baki tempoh pegangan bon.
1MDB ingin menjelaskan bahawa sejumlah besar perbezaan antara nilai tara par value bon tersebut dan perolehan bersih adalah berkaitan dengan bon dikeluarkan pada kadar diskaun. Katalah kalau kita mengeluarkan RM100 juta nilai bon, tetapi yang diterbitkan ialah RM90 juta nilai bon, RM10 juta itu dikira sebagai diskaun dan diskaun itu ialah sebagai insentif kepada pemegang bon dan juga untuk investment bank. Total diskaun daripada keluaran USD1.75 bilion dan USD3.0 bilion itu, total diskaun ialah USD500 juta.
Total diskaun itu adalah untuk insentif pemegang bon dan investment bank yang tidak dibayar kepada mana-mana yang dituduh pihak luar ketiga. Ini kerana kita ingin mengeluarkan bon dan apabila dikeluarkan, ia perlu diberikan certain kadar diskaun untuk bon itu dibeli oleh pasaran antarabangsa.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bangun]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kedua-dua terbitan hutang dijamin penuh oleh Goldman Sachs, sebuah bank pelaburan terkemuka antarabangsa. Ia merupakan salah satu daripada sejumlah kecil bank yang mempunyai kemampuan untuk menjamin terbitan hutang sebesar ini.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Bon-bon yang dikeluarkan pada kadar diskaun kepada nilai taranya, par value memastikan kejayaan terbitan hutang tepat pada masanya, dalam keadaan ekonomi global yang masih tidak stabil pada ketika tahun 2012 dan tahun 2013. Itu jawapan untuk Yang Berhormat. Kalau tidak puas hati, tidak apalah.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Jangan Timbalan Menteri, kita banyak masa hari ini. Ada sampai pukul 5.30, tidak ada kementerian yang lain.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya ingin meneruskan kenyataan Yang Berhormat...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya hendak sebut adakah Timbalan Menteri menyebutkan di sini...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Yang Berhormat Permatang Pauh, saya rasa cukup dulu.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
…Offer circular yang dikeluarkan oleh 1MDB itu, Goldman Sachs bagi pihak 1MDB itu yang mempunyai surat sokongan daripada Kerajaan Malaysia itu adalah palsu. Yang diberikan kepada semua pelabur dana tersebut USD3 bilion, surat letter of support daripada kerajaan itu adalah palsu. Adakah itu pendirian Yang Berhormat Timbalan Menteri. Itu nombor satu.
Kedua, jawapan daripada 1MDB memang bercanggah dengan jawapan yang diberikan oleh Goldman Sachs. Goldman Sachs kata semua fee itu dibayar kepada Goldman Sachs dan akauntan dan juga lawyer, tetapi 1MDB kata ada diskaun. Manakah datangnya diskaun? Dalam offer circular, issue price 100 peratus, tidak ada diskaun.
So, adakah 1MDB bagi hidden discount? Kenapa perlu bagi hidden diskaun bila 1MDB dah menjamin 100 peratus dana itu dikumpul. Kalau dah dibagi underwriting, 100 peratus will be collected, why should 1MDB give any more discount. Ini tidak masuk akal, so kita rasa walaupun katakanlah 1MDB betul, USD500 juta dibayar sebagai komisen, RM1 bilion dibayar sebagai yuran fees kepada government juga. RM1 bilion juga lebih kurang 7 peratus tertinggi di dunia. Goldman Sachs pun membuat pengumpulan dana bagi Apple, bagi Ekuisa di Sarawak. Sarawak ada mengumpul dana menggunakan Goldman Sachs...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Mereka bayar 1 peratus, 1MDB bayar 7 peratus, sekurang-kurangnya 7 peratus, mana masuk akal, sama masa mereka kumpul dana. So kita harap Menteri boleh memberikan jawapan yang telus kepada orang ramai kerana ini menjadi seperti apa yang Menteri kata isu yang hangat di luar.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Okey, cukuplah itu ya. Saya ingin memaklumkan bahawa kenyataan Yang Berhormat kita telah lihat dan saya telah berbincang dengan CEO dan CFO sebentar tadi dan dua hari sudah, khusus tentang kenyataan Yang Berhormat. Yang Berhormat ulang baru sekejap tadi dan Yang Berhormat hendak tahu jawapannya baru sahaja saya sebut dan itulah jawapannya, saya tidak perlu hendak ulang banyak kali.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
[Bangun]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang lain, saya sebenarnya tidak, khusus Yang Berhormat punya kenyataan dan kita tahu kenyataan itu ada viral dalaman.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Menteri tidak jawab kenapa bayar 7 peratus?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya dah jawab tadi.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Orang lain bayar 1 peratus, kenapa kita bayar 7 peratus, 10 peratus?
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya sudah jawab tadi kan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Goldman Sachs kata mereka terima, 1MDB kata ada diskaun.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Titiwangsa, silakan.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Terima kasih Timbalan Menteri.
Saya hendak tanya tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut, dan saya nampak dalam statement yang dibuat oleh 1MDB, guarantee kerajaan hanyalah RM5.8 bilion yang mana keseluruhan aset 1MDB adalah lebih kurang dalam RM44 bilion. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara sebut tadi bahawa dalam isu dokumen.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Dia menjamin pembayaran.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
That mean they say that letter of support said guaranteed RM9 over billion. So here is official reply by 1MDB saying that the guarantee is only RM5 over billion and you say that letter of support RM9 over billion, I think Dewan ini pun hendak kena very clear, because are you saying that you are referring the document we are not privacy because this is a company who reply this RM5 over billion in the Dewan. So the best thing is I hendak tanya is it only you have seen that and all of us have not seen. I’m sorry you know I don’t know maybe you are one of the bond holders of the bond. I’m not sure but, I think this is very fundamental because official reply by 1MDB even in the press statement is saying that RM5 over billion, guaranteed by the government and the rest is not guaranteed.
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
Buktikanlah.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
…I’m quite comfortable with that because RM44 billion against RM5 billion. Akan tetapi kalau you cakap tadi ini bahawa guaranteed yang di issue ialah RM9 over billion, on top of RM5 billion.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
On top of the RM5.8.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
This is something that we are not going to agreed. This is something that we not agree, that mean you are saying that the government now guaranteed RM5 billion plus RM9 billion...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yes.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
..Which in the book of 1MDB, which in the audited account of 1MDB show such guarantee of that RM9 billion.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
In the audited account...
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Is there stated that in the account. Yes, but you see, from the information...
[Dewan riuh]
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
No, no!
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
...Yang Berhormat.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk tukul] Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang berdiri itu duduk dulu Ahli-ahli Yang Berhormat.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
...Sekarang ini...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat yang sedang berdiri duduk dahulu Ahli Yang Berhormat. Kalau semua bercakap pada sesuatu masa, siapakah yang mendengar? Sila.
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
[Bangun]
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
No. Yang Berhormat Menteri, saya punya argument is this. Kalau RM5 over billion yang official announcement made by 1MDB, hari ini we have Yang Berhormat Petaling Jaya Utara mengatakan on top of RM5.8 billion there is another RM9 over billion guaranteed by the government.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
This is Dewan Rakyat. Are you saying that the government doesn’t declare the actual guaranteed. This is what I want to know. Akan tetapi bila I tanya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara cakap dia belum tengok lagi. Kalau belum tengok, janganlah cerita dalam ini...
[Dewan riuh]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Sudah tengok offer circular daripada Goldman Sachs. Goldman Sachs punya circular, dokumen yang diedarkan kepada pelabur ada tulis.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Dokumen yang diedarkan kepada pelabur. Ada tulis...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat duduk, yang berdiri duduk.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Saya percaya bahawa kita ini semua bertanggungjawab dalam Dewan. Kita bertanggungjawab dalam Dewan dan saya percaya 1MDB juga bertanggungjawab kepada negara. Akan tetapi apa yang saya hendak tekankan bahawa hari ini kita berbincang seolah-olah kerajaan tipu kita. You bring the fact and you and me, we walk to balai polis *and we make a polis report. Why you worry? So, you bring the fact, lets we investigate this. What is the problem?
As it is now*, kita kena terima this is the official announcement RM5 over billion.
Kalau *you bring RM9 over billion, we want to see the document. Where is the document?
Alright*, kalau you tidak ada document, if you pick up the...
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya sudah tunjuk kepada press. Dokumen itu sudah ditunjukkan...
[Dewan riuh]
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Hang on! Yang Berhormat Petaling Jaya Utara...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Titiwangsa, duduk Yang Berhormat.
Sudah, sudah. Sila Menteri. Menteri, sila.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa kerana membantu. Terima kasih kepada sahabat-sahabat lagi yang hendak bangun itu. Yang Berhormat Kepala Batas, kita serah kepada Yang Berhormat Kepala Batas. Selepas Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
Ya, saya cuma hendak sambung Tuan Yang di-Pertua. Kalau benarlah seperti mana surat ini disebut tadi kita tidak mahu surat ada misleading kepada Dewan. Kita hendak tanya sama ada surat yang disebut itu legally binding atau tidak, dianggap sebagai guarantee? Kalau tidak dianggap sebagai guarantee, guarantees still as it is. It is facting whether whatever said dalam surat tersebut.
Jangan hendak diandaikan mewarnai seakan-akan ia satu guarantee, itu satu.
Keduanya, sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi, hutang sebanyak RM39 bilion as against RM44 billion and this is still positive. Saya hendak cakap sebab benda ini berulang kali disebut seakan-akan hutang ini macam jadi satu dosa.
Sedangkan kalau kita di kalangan Islam ini pun dalam al-Quran pun Tuan Yang di-Pertua, Allah Taala mengizinkan supaya kita berhutang.
Oleh sebab itu dalam al-Quran sebut...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Jika kamu berhutang dengan jumlah hutang tertentu untuk tempoh satu masa tertentu, tulislah.” Maknanya hutang itu boleh. Akan tetapi yang menjadi persoalan adalah tentang soal pengurusan hutang. Saya hendak tanya kepada Menteri, apakah 1MDB ever defaulted dalam loan repayment untuk menunjukkan mereka ini bukan pengurus hutang yang baik?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas.
Saya sudah menyatakan tadi bahawa segala hutang dibayar dengan baik oleh 1MDB.
Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Titiwangsa. Memang betul apa yang telah kita nyatakan dan jawapan daripada Menteri Kewangan juga telah diberikan secara bertulis bahawa pinjaman cuma RM5.8 bilion sahaja yang dijamin. Selebihnya tidak ada jaminan.
Itu ditanggung atas risiko syarikat sendiri.
Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa Goldman Sachs tidak mendapat fi seperti Yang Berhormat sebut 10 peratus itu dan Goldman Sachs ambil risiko untuk menjayakan fund raising exercise untuk 1MDB. Kalau interest rate misalnya lari, Goldman Sachs juga yang akan rugi dan tidak ada sebarang fi yang disebut dan apa yang disebut sebagai guarantee lebih daripada RM5 bilion itu tidak wujud. Yang Berhormat Permatang Pauh mengenai 1MDB.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Menteri, hutang. Menteri kena jawab sekalilah isu hutang.
Beberapa Ahli
Duduklah...
[Dewan riuh]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Menteri kata 1MDB tadi tidak default. Saya hendak tanya 1MDB, RM6.2 bilion sampai hari ini sudah sampai masanya tetapi masih belum bayar, masih kena restructure.
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk tukul] Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Ahli Yang Berhormat...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Permatang Pauh, saya hendak jawab Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Dua kali hutang kena extend…
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan lupa Peraturan Mesyuarat 37. Kalau adapun perkara yang hendak ditanya, ikut peraturan mesyuarat. Kalau tidak, saya tidak ada pilihan lain, yang bercakap juga itu sebelum dipanggil tolong jangan bercakap. Peraturan Mesyuarat 41(e).
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Menteri, saya minta satu soalan terakhir sahaja. Minta...
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, yang soalan terakhir ini dibenarkan atau tidak?
Beberapa Ahli
Tidak, tidak!...
[Dewan riuh]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat di belakang jangan bising Ahli Yang Berhormat.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Soalan saya masih belum bangkit lagi.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab tuduhan Yang Berhormat Permatang Pauh, Ketua Pembangkang.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Satu soalan pun tidak bagi Menteri. Satu soalan sahaja. Saya janji kepada Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sudah banyak soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah, sudah Ahli Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
Bagilah.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Bagilah. Semua kata bagilah.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Menteri, bagi, bagi.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ketika Yang Berhormat Permatang Pauh berucap pada hari Isnin 13 hari bulan, kita membentangkan bajet pada 10 Oktober. Yang Berhormat Permatang Pauh berucap pada 13 Oktober dan saya ada dalam Dewan pada ketika itu, mendengar satu persatu apa yang diungkapkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh.
Di sini saya ingin mengungkapkan kembali apa yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh mengenai 1MDB. Bagaimana 1MDB- ini Hansard Parlimen. “Bagaimana 1MDB boleh diberikan projek RM3 bilion yang bernilai RM11 bilion dan ura-ura bahawa sebuah jana kuasa gas di Melaka juga telah diberikan secara rundingan langsung dengan TNB. Bagaimanakah 1MDB boleh diberikan projek RM3 bilion yang bernilai RM11 bilion?” Yang Berhormat Permatang Pauh, Ketua Pembangkang. Saya ingin menyatakan di sini bahawa tidak ada perkara RM3 bilion pada harga RM11 bilion. Projek itu bukan projek RM3 bilion. Projek itu bernama Projek 3B bukan RM3 bilion...
[Dewan riuh]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ini Yang Berhormat Permatang Pauh saya rasa tidak mendapat nasihat-nasihat yang baik daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain...
[Disampuk] Ini adalah satu perkara yang amat memalukan sebab projek ini namanya Projek 3B. Dia ada Projek 3A, Projek 3B...
[Dewan riuh]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ia adalah satu perkara yang menyedihkan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat. Menteri duduk dahulu.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Baik.
Tuan Yang di-Pertua
Ini pegawai Parlimen yang berdiri di hujung sana sama yang di hujung sana, tolong ambil perhatian. Siapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang di belakang sana bising ambil nama. Selepas itu hantar kepada saya sebab saya tidak cam semua sekali bercakap, supaya senang nanti saya arahkan siapa-siapa panggil nama untuk keluar...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Projek yang disebut sebagai RM11 bilion itu dibuat secara tender terbuka. Tidak ada tender rundingan terus, ia dibuat secara tender terbuka dan projek itu, Projek 3B, penjana kuasa. Kalau Ketua Pembangkang boleh membuat silap, saya yakin anak-anak buahnya juga tentu buat silap juga.
Seorang Ahli
Tarik balik.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kemudian Yang Berhormat Permatang Pauh pernah menyebut 1MDB menyenaraikan aset tenaganya menerusi Virtus Energy yang dianggarkan menjana RM16.5 bilion. Saya ingin menyebut sekali lagi dan dia menyebut IPO terbesar Asia pada tahun 2015 satu lagi jenis bailout yang baru. Sebenarnya tidak ada sebuah syarikat yang bernama Virtus Energy. Satu lagi kesilapan yang kedua Yang Berhormat Permatang Pauh. Virtus Energy ini sebenarnya tidak wujud. Ia adalah code name, ia bukan syarikat. Apa yang betul syarikat itu ialah 1MDB Energy bukan Virtus Energy dan ia bukan bailout. Apabila kita melakukan IPO, ia bukan bailout. Ia adalah public listing dan bukan kerajaan suruh ambil alih syarikat itu dan ia tujuan untuk public listing dan bukan untuk bailout. Kemudian Yang Berhormat Sungai Petani. Sejumlah USD2.3 bilion yang diperolehi 1MDB adalah daripada hasil pulangan usaha sama 1MDB PetroSaudi International.
Perkara ini telah dilaporkan dalam penyata tahunan syarikat bagi tahun 2012 yang diserah simpan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Satu lagi perkara yang saya ingin maklumkan di sini bahawa 60 peratus daripada RM7 bilion di Cayman Island itu sudah dibawa balik. 1MDB akan membawa balik baki sebanyak 40 peratus lagi pada akhir tahun ini. Jadi tidak akan wujud dan tuduhan-tuduhan mengatakan wang itu hilang dan sebagainya dituduh oleh pelbagai pihak, perkara itu tidak wujud. Tidak ada salahnya kita melabur di Kepulauan Cayman itu kerana ia diurus oleh dana berlesen antarabangsa.
Yang Berhormat Jelutong kerana 1MDB itu tidak diberikan peruntukan dalam bajet dia off balance sheet.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
1MDB adalah off balance sheet dan tidak diberikan peruntukan bajet oleh Kerajaan Malaysia kerana 1MDB adalah beroperasi di bawah Akta Syarikat 1965. Tiada apa tanggungan terhadap hutang atau bayaran faedah yang belum atau telah terakru yang perlu ditanggung oleh negara atau Kerajaan Malaysia.
Hanya pinjaman bernilai RM5.8 bilion sahaja yang menerima jaminan kerajaan. Saya juga ingin memaklumkan Board of Directors 1MDB dipengerusikan oleh Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin. Dianggotai oleh Tan Sri Ismee Ismail, Tan Sri Ong Gim Huat, Tuan Ashvin Valiram, Datuk Shahrol Halmi, bekas CEO dan saudara Hazem Abdul Rahman, CEO sekarang.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Minta mencelah.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Itulah yang ingin saya sampaikan satu lagi ...
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, Menteri Yang Berhormat PJ Utara berdiri lagi.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Jelutong, tanah.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Cayman Island.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Beli tanah di Pulau Pinang.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tadi tidak bagi soal pun. Tadi tidak bagi soal pun. Cayman Island.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Bayan Baru menyebut bahawa...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Jelutong minta mencelah.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Minta tanah di Pulau Pinang...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Menteri Yang Berhormat Jelutong minta celah.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Sebanyak 234 ekar yang patutnya harga...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Menteri bagilah Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong minta celah, Yang Berhormat Jelutong minta celah.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya Yang Berhormat Jelutonglah pula.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi ada disebut 1MDB ialah di luar daripada peruntukan bajet yang dibentangkan menerusi Dewan Rakyat. Akan tetapi dalam ucapan Timbalan Menteri juga menyebut bahawa pihak kerajaan menanggung liabilitinya sebanyak RM9 bilion lebih. Jadi saya hendak tanya kalau ia diletak di luar bajet, kenapa pula kerajaan iaitu datang daripada dana rakyat digunakan sebagai kolateral. Itu yang pertama.
Kedua ialah kalaulah semua Ahli Lembaga itu akan bertanggungjawab terhadap apa-apa malapetaka yang mungkin menimpa kepada 1MDB. Jadi saya hendak tanya sama ada jumlah aset-aset mereka Ahli Lembaga 1MDB itu mencukupi untuk menanggung segala liabiliti yang ada, yang berjumlah dekat RM40 bilion sekarang. Itulah penjelasan saya minta.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa apa yang kita jamin itu RM5.8 bilion adalah di bawah tanggungjawab kita dan yang lain itu adalah di bawah tanggungjawab syarikat. Kita juga dimaklumkan bahawa syarikat mempunyai aset-aset yang amat sesuai. Antaranya 15 buah stesen jana kuasa elektrik yang boleh menjana segala keuntungan. Daripada 15 jana kuasa elektrik itu, 11 di luar negara dan empat dalam negara. Kebanyakan daripadanya berumur tujuh tahun hingga 12 tahun yang mana hutang-hutang di bawah jana kuasa itu hutang yang semakin sedikit. 1MDB membeli power plan itu dengan jumlah RM12 bilion dan 1MDB juga mempunyai cash sebanyak RM11 bilion. Mereka mempunyai keadaan kewangan yang dikira sebagai sihat dan pada kita tidak ada perkara yang perlu dirisaukan tentang 1MDB ini.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Bayan Baru menyebut tentang...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Menteri, Cayman Island.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tanah di Pulau Pinang. Saya ingin beralih pada tanah Pulau Pinang.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Cayman Island belum ada soalan lagi.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sebanyak 234 ekar yang sepatutnya harga pada RM120 kaki persegi akan tetapi dibayar dengan harga pasaran yang jauh lebih tinggi kononnya. Saya ingin memaklumkan bahawa tujuan 1MDB membeli tanah dengan keluasan 234 ekar di Pulau Pinang adalah untuk membina sejumlah 9,999 unit rumah kos rendah dan rumah mampu milik [Tepuk] Kerajaan negeri tidak buat. Manakala lebihan tanah yang dimiliki adalah untuk pembinaan bercampur yang akan ditetapkan kelak yang diharap bakal menjana nilai yang tinggi. Harga yang dibayar oleh 1MDB bagi pembelian tanah di Pulau Pinang mengikut lokasi dan harga pasaran bagi tanah tersebut. Tambahan lagi 1MDB sentiasa melakukan due diligence kewangan dan teknikal yang sepenuhnya sebelum membuat keputusan bagi melabur dalam sesuatu projek...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang Berhormat Menteri, boleh?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Boleh.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Okey terima kasih...
[Disampuk] Sudah beberapa perkara sudah. Nombor satu boleh dapat tahu tidak sebelum ini pada tahun 2012 pulangan daripada pelaburan di Cayman Island merupakan 5.76 peratus*...
[Disampuk]*
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat tolong Ahli Yang Berhormat Peraturan Mesyuarat 41(e). Sila.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pulangan pada tahun 2012 merupakan 5.76 peratus. Apakah pulangan daripada pelaburan di Cayman Island pada tahun 2013 ataupun setakat ini? Ini nombor satu.
Nombor dua, tadi Menteri menyebut mengenai rumah mampu milik yang akan dibina di Pulau Pinang. Menteri juga masuk satu ayat kata kerajaan negeri tidak buat.
Saya rasa ayat itu perlu ditarik balik, tidak di rekod dalam Hansard sebab kerajaan negeri telah pun membina banyak rumah mampu milik di negeri...
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
Dekat mana rumah mampu milik, dekat mana?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Sebanyak 10,000 lagi yang akan...
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Tolong nyatakan dekat mana.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
So, Menteri kena betulkan apa yang disebut tadi. Saya tidak pertikaikan 1MDB bina di Pulau Pinang, saya tidak pertikaikan tetapi kata Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak buat di Pulau Pinang itu salah.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat PJ Utara, tolong jelaskan di mana yang Pulau Pinang buat itu.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya Menterikah, saya Menteri? Saya Menteri, saya boleh jawab.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Saya tanya you yang cerita tadi, ceritalah.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya Menteri, saya boleh jawab.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
Jangan menipu Dewan.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Kalau tidak, tarik balik.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Sudah berpuluh-puluh ribu buah rumah mampu milik telah pun dilaksanakan di Pulau Pinang...
[Dewan riuh]
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Tolong nyatakan di mana?
Tolong buktikan di mana jangan sebut puluh ribu. Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat PJ Utara jelaskan tempat di mana dan berapa.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Akhir sekali 1MDB sekarang mempunyai kepayahan untuk membayar RM6.2 bilion pinjaman. Pinjaman ini telah pun di schedule semula dirombak semula dua, tiga kali sudah dengan penalti interest yang dibayar. Ini menunjukkan bahawa 1MDB memang ada kesusahan untuk membayar pinjaman mereka. Saya rasa ini merupakan asas utama mengapa kerajaan terus kerap memberikan kontrak direct nego 1MDB melalui...
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Menteri, Menteri minta laluan sedikit Menteri. Menteri saya tertarik dengan apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat PJ Utara tadi. Di antaranya Yang Berhormat PJ utara memperkatakan bahawa kerajaan negeri banyak buat rumah mampu milik, berpuluh ribu. Saya pun tidak tahulah. Saya Pengerusi PERDA, saya buat perumahan di Pulau Pinang tetapi tidak nampak pun yang state government punya ini. Jadi minta bagi detail sedikit, minta bagi detail sedikit. Terima kasih.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Menteri bagi jawab? Menteri bagi jawab? Boleh jawab, saya boleh jawab. Saya boleh jawab.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Jawab, jawab.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Menteri Yang Berhormat Jelutong datang dari Pulau Pinang..
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sila jawab, jawab dahulu, jawab soalan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun membuat dana paling besar seluruh Malaysia dalam kerajaan negeri... [Dewan riuh]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
RM500 juta...
Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Rumah tidak buat.
Seorang Ahli
Dana ada, rumah tidak buat.
Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tidak ada, rumah tidak ada.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
RM500 juta. Tidak ada negeri lain yang ada RM500 juta untuk membina rumah mampu milik. Rumah mampu milik telah pun...
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Hendak saya jawab tetapi tidak beri saya jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Hendak saya jawab, saya hendak jawab tetapi tidak beri jawab. Hendak bising.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Betul. Dana untuk orang kaya- kaya.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Jelutong minta hendak beri penjelasan sebab saya ada statistik.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Sudah beberapa kali, jangan baca Utusan Malaysia. Ada laporan lain yang memberikan kebenaran untuk membuat...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Yang Berhormat Jelutong duduk, duduk. Kalau ada lagi seperti begini, saya akan arah Menteri untuk berhujah dan saya tidak akan benarkan lagi pencelahan. Saya serius yang di belakang sana itu, tolong pegawai-pegawai Parlimen yang di belakang sana ambil nama kerana saya tidak nampak siapa yang bersuara. Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pulangan tahun 2013 di Cayman Island ialah lingkungan 6 peratus hingga 7 peratus. Saya juga ingin maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, 1MDB telah mengeluarkan jawapan-jawapan kepada media atas tajuk terbitan bon dan hutang, atas tajuk kadar hutang, atas tajuk terlebih bayar untuk aset, atas tajuk layanan istimewa untuk tender projek jana kuasa, atas tajuk pembiayaan untuk projek 3B yang disebut oleh Ketua Pembangkang RM3 bilion itu. Semua ini telah ada di laman web 1MDB. Boleh baca, kalau tidak faham sekali boleh baca dua atau tiga kali. Kalau tidak faham bahasa Malaysia, boleh baca dalam bahasa Inggeris.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Hutang RM6.2 bilion, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, Puan Teresa, Yang Berhormat Seputeh. Isu kenderaan yang dirampas oleh kastam berikutan tidak membayar duti. Hasil risikan dan pemerhatian Jabatan Kastam Diraja Malaysia terhadap kes penjualan kenderaan import baru dan terpakai tanpa membayar duti import semasa dibawa keluar dari Langkawi ke Kawasan Utama Kastam (KUK) dengan mengguna pakai surat pengecualian cukai kastam yang sah menurut butiran 13. Perintah Duti Kastam Pengecualian 2013 dan Borang Kastam 1 yang dikeluarkan oleh JKDM yang sedia ada telah mendapati berlaku beberapa kesalahan. Antaranya ialah penipuan. Kesalahan penipuan berlaku di mana kenderaan yang didaftarkan di Langkawi telah dibawa masuk ke kawasan utama kastam dengan menggunakan kemudahan import sementara.
Pengimportan sementara tersebut dikenakan syarat untuk tempoh tidak melebihi 30 hari untuk sekali perjalanan. Kemudahan lanjutan tempoh sehingga tidak melebihi 90 hari setahun juga boleh dipertimbangkan oleh JKDM. Dengan itu, setelah tamat tempoh 90 hari kenderaan berkenaan perlu dikembalikan semula dan berada di Langkawi. Objektif kebenaran keluaran sementara dari Langkawi adalah untuk memberi kemudahan kepada pemastautin di Langkawi sahaja. Bagi kenderaan yang ingin dikeluarkan secara kekal dari Langkawi ke Semenanjung misalnya atau Sabah, Sarawak duti cukai terlibat hendaklah dibayar terlebih dahulu ke Jabatan Kastam.
Tidak ada sebarang kemudahan pengecualian duti cukai ke atas kenderaan yang dikeluarkan secara kekal dari Langkawi ke tempat lain. Walau bagaimanapun, terdapat kes fraud, penipuan yang melibatkan proses pendaftaran kereta yang diimport di Jabatan Pengangkutan Jalan dengan menggunakan dokumen palsu iaitu Borang Kastam, K1 dokumen palsu yang menunjukkan duti import telah dijelaskan dan kesannya menyebabkan pihak JPJ membatalkan syarat K iaitu syarat cukai kastam dikecualikan mesti dibayar sebelum boleh ditukar kegunaan milik seperti yang diendorse pada geran dan rekod JPJ.
Bagi kes penipuan ini, pendekatan yang diambil memberi pelepasan di bawah seksyen 115(1A) Akta Kastam 1967 iaitu pemilik diminta untuk mengemukakan 10 peratus tunai atau jaminan bank dan 90 peratus bon am daripada nilai duit cukai yang dituntut semasa kes masih dalam siasatan. Sekiranya terbukti berlaku kesalahan, tuntutan duti cukai ke atas kenderaan terbabit akan dilakukan kepada pembeli. Namun begitu, tiada kompaun dikenakan kepada pembeli yang terlibat. Siasatan terperinci dan komprehensif sedang diambil supaya langkah yang sesuai dapat dilaksanakan...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tidak jelas lagi? Sudah panjang lebar.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Bukan. Ini kenyataan saya pun tahu.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Seremban...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekarang pembeli itu ditipu oleh dokumen kerajaan khususnya dari Kastam kerana surat dari Kastam itu kata dikecualikan duti import.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, saya rasa bagi pihak kerajaan, Kastam tidak harus pergi minta balik duti import daripada pembeli kereta khususnya ada syarikat juga yang penjual kereta juga kena kerana mereka ditipu oleh surat dokumen kerajaan.
Jadi, sekarang mereka hanya minta kerajaan memberi pertimbangan. Mereka mangsa dalam sindiket penipuan. Bila kerajaan jalankan siasatan terhadap kes ini, minta dikecualikan duti import kerana mereka ditipu kerana duti import yang kena bayar itu memang satu angka yang besar dan saya rasa ini adalah tidak adil bagi mereka. Ini ada saya panjangkan petikan.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Yang Berhormat Menteri, hendak tambah sedikit lagi. Yang Berhormat Menteri, hendak tambah kes yang sama juga, kes yang sama juga.
Tuan Yang di-Pertua, saya pun dimaklumkan kerana ada juga kes macam ini di kawasan saya. Semasa siasatan ini sedang dibuat, ada juga pembeli yang telah bayar 10 peratus tetapi kastam pergi rampas kereta mereka. Saya rasa ini memang tidak adil kerana siasatan itu belum dihabiskan.
Saya pun ada panggil inspektor yang under the commercial crimes department. Inspektor itu kata tidak boleh beri maklumat kepada saya kerana saya bukan pengadu tetapi pada masa yang sama dia pun beritahu saya bahawa kes itu belum habis disiasat.
Apabila saya jumpa pihak Kastam, mereka pun kata kes ini belum disiasat habis. Jadi, semasa menunggu kes ini disiasat sampai habis, saya merayu kepada pihak kementerian supaya panggil Kastam itu tidak merampas balik kereta mangsa-mangsa berikut. Sila beri penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, semua mereka yang ada kereta itu tahu peraturan sebenarnya. Sudah terang lagi bersuluh tetapi saya ingin merumuskan dengan dua baris sahaja iaitu siasatan terperinci dan komprehensif sedang diambil supaya langkah yang sesuai dapat dilaksanakan. Tidak payahlah saya hendak ulang dua, tiga kali.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, kereta mereka tidak akan dirampaslah? Saya rasa mereka tidak perlu bayar duti import.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya tidak ada kata kereta tidak dirampas.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Buat masa sekaranglah Yang Berhormat Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sudah tahu lama undang-undang itu. Budak sekolah rendah sahaja yang tidak tahu tentang undang-undang kereta begitu. Dari Langkawi bawa ke Semenanjung ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kena tipu? Orang yang ada kereta-kereta macam itu tidak bodoh. Mereka orang yang pandai belaka. Saya ingin ulang sekali lagi.
Siasatan terperinci dan komprehensif sedang diambil supaya langkah yang sesuai dapat dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya faham Yang Berhormat, teruskan.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Okey.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini Timbalan Menteri yang tidak mesra rakyat. Tidak ada simpati.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tidak apalah, saya tidak minta tarik balik.
Okey, Yang Berhormat Seremban supaya kerajaan mengkaji semula Financial Procedure Act 1957, dengan izin, yang memberikan kuasa mutlak kepada Menteri Kewangan untuk menganugerahkan projek secara direct nego dan tidak ada open tender. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu mewujudkan sentral perolehan Jabatan Perwakilan Negara supaya semua pembelian diuruskan di bawah sebuah jabatan.
Jawapannya projek-projek infrastruktur yang diumumkan semasa pembentangan belanjawan negara akan dilaksanakan oleh kementerian atau agensi yang berkenaan.
Kaedah perolehan akan ditentukan berdasarkan dasar spesifikasi keperluan yang akan ditentukan kelak oleh kementerian, agensi masing-masing.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Semua urusan berkaitan perolehan kerajaan dilaksanakan berdasarkan amalan tadbir urus baik, good governance practices, dengan izin, dengan mematuhi prinsip accountability awam, telus, nilai faedah terbaik, saingan terbuka serta adil dan saksama.
Dasar kerajaan adalah untuk memastikan semua perolehan kerajaan dilaksanakan secara tender terbuka. Walau bagaimanapun, perolehan secara rundingan terus yang memenuhi kriteria seperti berikut boleh dipertimbangkan tertakluk kepada kelulusan khas Kementerian Kewangan:
(i) perolehan yang melibatkan kepentingan awam;
(ii) aspek keselamatan dan strategik;
(iii) ia merupakan pembekal tunggal dalam negara ini; dan
(iv) projek yang memerlukan kepakaran yang khusus dan melibatkan teknologi tinggi terutama projek-projek yang sukar.
Yang Berhormat Batu Pahat membangkitkan persoalan jumlah yang dikutip dan kebocoran aktiviti perolehan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Seremban berdiri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tanya. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa perolehan mengikut kepentingan awam boleh dikecualikan dari tempoh terbuka. Saya hendak tanya, apakah definisi kepentingan awam ini? Sepatutnya projek-projek kepentingan awam perlulah tender terbuka.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Mengapakah boleh dibenarkan tender rundingan terus? Jadi ini saya rasa melihat kepada satu definisi yang terlalu subjektif kepada Kementerian Kewangan untuk membenarkan sesuatu projek itu diberikan dengan tender rundingan terus. Kita tahu bahawa tender rundingan terus inilah yang merupakan punca dalam ketirisan, rasuah dan sebagainya. Jadi kalau komitmen kerajaan untuk membuat tender terbuka, mengapakah begitu banyak pengecualian diberikan untuk projek rundingan terus?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, contoh kepentingan awam itu katalah wabak penyakit tiba-tiba berlaku, selesema burung misalnya ataupun penyakit-penyakit yang lain. Ebola tidak adalah di Malaysia, mudah-mudahan. Proses tender ini melibatkan masa yang panjang, jadi oleh sebab kepentingan awam itu maksud kepentingan awam dan tentunya kita akan mengadakan tender secara rundingan terus untuk mengatasi perkara itu dengan cepat.
BR1M, wah senangnya BR1M ini. Yang Berhormat Kanowit, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Batu Gajah, dan Yang Berhormat Bukit Bintang telah menimbulkan tentang BR1M. Kerajaan telah menjalankan proses verifikasi bagi memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan BR1M. Proses verifikasi dilaksanakan secara menyeluruh dengan semakan bersama data-data dari pelbagai agensi.
Saya ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan mereka yang mendengar jawapan ini bahawa kita bukan hanya mendapat daripada satu sumber untuk memastikan siapakah layak menerima BR1M ini tetapi kita cross-check dengan pelbagai jabatan. Di antaranya Jabatan Pendaftaran Negara untuk menentukan mereka rakyat Malaysia atau tidak, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Akauntan Negara, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja misalnya kalau dia mencarum jumlah yang tertentu menunjukkan bahawa pendapatannya melebihi RM4,000 maka dia tidak layak.
Kemudian kerajaan dari semasa ke semasa juga melihat daripada segi pembelian kereta misalnya Jabatan Pengangkutan Jalan. Kalau dia ada kereta-kereta yang tertentu pada tarikh-tarikh yang tertentu dibeli dan menunjukkan bahawa ia tidak cukup dengan RM4,000 sebulan maka nama itu kita akan potong daripada senarai penerima BR1M.
Untuk makluman bantuan BR1M diberikan kepada semua ketua isi rumah yang layak bagi membantu meringankan perbelanjaan harian keluarga.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sehubungan dengan itu, kementerian berpandangan bahawa semua ahli keluarga akan menikmati bantuan ini walaupun ia disalurkan kepada ketua isi rumah sahaja. Ini adalah kerana individu yang memohon ialah mereka yang menanggung perbelanjaan keluarga masing-masing. Pemberian BR1M dilaksanakan dengan mengambil kira keupayaan kerajaan sehingga bilakah pemberian BR1M ini...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Sehingga bila pemberian BR1M ini....
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, mengikut jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada yang tidak layak dan ada juga kemungkinan yang tidak membuat tuntutan. Saya ingin bertanya mengenai peruntukan untuk BR1M ini, berapakah jumlah baki yang tidak dituntut dan berapakah balance yang tidak dituntut untuk tahun ini?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Jumlah yang memohon BR1M ialah 8.113 juta iaitu 8,113,472 orang, yang lulus seramai 6,956,549 orang atau 6.9 juta. Ini bererti yang gagal menerusi segala tapisan-tapisan yang kita buat tadi seperti yang saya sebutkan tadi JPJ, KWSP dan sebagainya itu ialah 1,153,923 orang. Itu yang gagal daripada segi tapisan- tapisan yang tertentu dan 85.78 peratus permohonan lulus dan ketika rayuan 473,009 orang lulus apabila proses rayuan yang menjadikan jumlah penerima BR1M ialah 6,959,549. Jumlah mereka tidak menuntut. Ada angka ini, sekejap lagi pegawai akan beri kepada saya. Ada dalam banyak statistik hari ini yang mereka akan berikan kepada saya berapa orang yang tidak menuntut. Tidak ramai.
Kemudian, tempoh BR1M sampai bila BR1M ini? Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Sekijang bertanyakan sampai bilakah BR1M ini. Dalam Akujanji Barisan Nasional BR1M ini adalah dalam masa 5 tahun dan pada tahun yang kelima itu dijanjikan dalam Akujanji Barisan Nasional RM1,200 dan itu telah termaktub dalam janji dan kita akan menepati janji itu. Sama ada akan dilaksanakan selepas habis tempoh lima tahun 2014, 2015, 2016, 2017, 2018 itu kita akan buat kajian semulalah sama ada kita akan teruskan kemudian. Ini kerana BR1M ini hanya untuk membantu meringankan sebahagian daripada kos sara hidup.
Saya pernah menyebut bahawa tiga bulan belanja dapur rakyat Malaysia ini dibantu oleh kerajaan dan diketawakan tentang perkara itu...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Mari kita kira, mari kita kira.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Saya pun tidak faham mengapa dia suka begitu?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Ampang berdiri?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Yang Berhormat Pokok Sena, mengapakah suka sangat itu? Selepas ini kita dengar Yang Berhormat Pokok Sena- saya hendak dengar Yang Berhormat Pokok Sena sekejap, Yang Berhormat Ampang kemudian.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Tadi dia baru balik mahkamah...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tidak, yang suka ketawakan orang itu.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
...Mahkamah kartun sebab dia ketawa ha,ha,ha.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Okey, sila.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Pada saya kerajaan bagi pada rakyat ini tiga bulan. Yang Berhormat Jelebu kata ada satu projek di Jelebu jalan sepanjang 10 kilometer dalam hutan, 500 orang pengundi orang Asli, RM100 juta. Satu kilometer RM10 juta, tiga kurun boleh makan [Ketawa] .
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Oh, itu sebab gelak. Orang lain tidak gelak pun...
[Dewan riuh]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Ampang.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Depa pun- dapat juga tu.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cuma hendak bangkitkan, dalam hujah saya, saya sudah sebut kerana kerajaan Barisan Nasional sampai sekarang gagal untuk melaksanakan Gender-Responsive Budgeting (GRB) sebab itu saya mencadangkan agar BR1M itu diberikan kepada suri rumah tangga kerana suri rumah tangga juga memainkan peranan dalam pembangunan negara agar diambil kira dalam peruntukan kerajaan kali ini- kerana sudah tambahkan berikan sebahagian daripada BR1M itu kepada suri rumah tangga yang mengendalikan rumah tangga agar makanan yang harganya sudah naik sekarang dan harga macam-macam ini, wanita memainkan peranan dalam menjaga hal keluarga mereka.
Saya rasa Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan masih belum faham-faham lagi macam mana melaksanakan GRB itu. Memang tidak faham-faham lagi. Tukarlah, sudah dua orang menteri tetapi sampai sekarang, saya harap yang ini belajar dan laksanakannya...
[Dewan riuh]
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Okey Bentara ambil nama Yang Berhormat Baling yang bising-bising dekat belakang tadi, Speaker suruh ambil tadi.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Alah, udang botak ini [Ketawa] .
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tadi yang peringkat awal tadi sudah bagus sudah. Akan tetapi peringkat para kedua itu jadi lain pula Yang Berhormat Ampang.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang menerima BR1M ini ketua isi rumah.
Ketua isi rumah itu suami kalau isteri tidak percaya suami payahlah.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Sorry, maaf ya. Ini bukan isu tidak percaya suami ini isu kerajaan melaksanakan Gender-Responsive Budgeting (GRB), jangan silap. Ini bukan masalah isteri dengan suami. Masalahnya ialah kerajaan melaksanakan pengurusan kewangan mengikut apa yang telah ditandatangani oleh prosedur dan juga Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai GRB ini. Jadi Kementerian Kewangan cuba hendak buat tetapi sampai sekarang saya tidak melihat satu hasil pun sampai sekarang. Jadi ini ialah platform yang pertama yang oleh digunakan untuk melaksanakan GRB ini.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sebenarnya ada satu cadangan bukan daripada Yang Berhormat pun iaitu dalam konsultasi bajet daripada sebuah pertubuhan wanita yang menyebut kalau RM950 itu pecah dua. Katakanlah kalau RM650 itu kita pecah dua, sebahagian untuk isteri dan sebahagian lagi untuk suami, tu satu cadangan.
Sebenarnya cadangan itu bukan daripada Yang Berhormat Ampang tetapi cadangan daripada NGO. Ini khusus tentang BR1M mengenai bajet yang responsive kepada gender itu juga ialah satu perkara tetapi saya faham Yang Berhormat Ampang mencadangkan supaya kalau boleh BR1M ini diberikan kepada suri rumah kepada ketua isi rumah itu.
Akan tetapi saya juga hendak memaklumkan bahawa jika ketua isi rumah itu wanita, maka wanitalah yang dapat. Terima kasihlah atas pandangan. Pada ketika ini kita masukkan ke dalam akaun. Akaun itu kena ada satu akaun lagi iaitu akaun ketua isi rumah.
Saya sebut tadi yang tiga bulan tadi, pertama belanja dapur rakyat Malaysia terutama di kampung. Belanja dapur bukan belanja untuk bayar installment kereta ataupun rumah tetapi belanja dapur maksudnya untuk membeli barang-barang dapur. Untuk orang kampung RM300 sebulan memadai.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kalau tidak cukup dengan RM300 sebulan itu, kerajaan bagi RM100 untuk anak sekolah kalau seorang, kalau dua orang RM200, campur lagi kepada RM300 itu kalau dia ada anak Tingkatan 6, universiti, campur lagi RM250, baucar buku...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta penjelasan Yang Berhormat, sikit saja. Terima kasih, saya sebetulnya tidak pernah dengan sehaluan dengan Yang Berhormat Ampang tapi petang ini saya macam sehaluan. Ini bukan apa, sebab apabila ketua isi rumah, tujuan BR1M itu untuk belanja dapur, belanja rumah. Akan tetapi apabila ketua isi rumah ambil BR1M itu, tidak balik-balik, dapur pun tidak ada belanja juga.
Ha! Dia tidak ada masak-masak. Itu sebab dia sudah complaint, tempat saya pun ada yang complaint. Dia kata terima BR1M, dua hari tidak balik. Jadi, tidak ada apa-apa. Jadi, mungkin ada juga kebaikannya.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Sikit saja. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak menyambung sikit apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi. Saya setuju kerana saya lihat bila pembelian BR1M ini ketua isi rumah yang mendapat manfaat. Manakala dapur tidak berasap. Jadi, adakah di masa akan datang pihak kementerian ingin mewujudkan kaedah pemberian kupon untuk mereka dapat membelikan makanan barangan asas di mana-mana kedai yang terpilih supaya dapur juga berasap, ketua isi rumah juga merasa gembira.
Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan dan...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Yang Berhormat Menteri, sambung sikit Yang Berhormat Menteri. Dapur berasap.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sama ya, subject matter yang sama.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Tidak, tidak, ada beza sikit. Ada sedikit cadangan. Tentang ini saya rasa saya amat kagumlah dengan Ahli Yang Berhormat dari sebelah sana, kaum lelaki yang memperjuangkan juga hak wanita. Saya telah- dalam perbahasan saya bukan saja tahun ini tapi tahun lepas pun mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan caruman sosial untuk ibu-ibu, suri rumah yang fulltime dekat rumah. Oleh sebab tidak ada pengiktirafan langsung. Tahun ini kita ada bajet untuk bantu wanita yang hendak keluar untuk bekerja. Akan tetapi bagaimana pula dengan wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah tangga. Saya rasa ini amat penting dan saya mohon kementerian untuk mempertimbangkan manifesto Pakatan Rakyat iaitu caruman sosial wanita untuk suri rumah sepenuh masa.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tuan Yang di-Pertua, asap sudah padam, tambah sikit. Duit RM50 insurans takaful itu.
Saya dah bangkitkan isu ini, ada kes bila meninggal, waris dia tidak dapat duit insurans itu.
Adakah kaedah-kaedah yang boleh diajar oleh kementerian untuk memperoleh tuntutan tersebut, terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Okey, saya jawab Yang Berhormat Lumut.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Kinabatangan dan termasuklah cadangan caruman sosial. Apa yang ingin saya maklumkan sekali lagi, yang tiga bulan belanja dapur tadi itu, saya ingin sambung.
RM300 campur RM100 belanja anak sekolah, kalau tidak cukup RM300. campur RM250 baucar buku. Kalau tidak cukup lagi, ada enam barangan subsidi yang sepatutnya kita keluarkan sejumlah yang tertentu, misalnya satu tong gas itu sepatut RM48 satu tong tapi Kerajaan Barisan Nasional ini baik, dekat luar sana hanya RM28. Ini kerana ada RM20 subsidi satu tong gas itu. Mana ada negara bagi RM20 satu tong gas subsidi. Harga RM48 diturunkan kepada RM28. Itu campur lagi enam barangan subsidi, kalau tidak cukup RM300 tadi.
Begitu juga bantuan-bantuan daripada segi pendidikan yang lain dan juga bantuan daripada segi kesihatan misalnya. Kesihatan ini cuma RM1 sahaja apabila kita masuk hospital, mana-mana hospital kerajaan. Dapat begitu banyak ubat, segenggam ubat itu ada harga-harga pula pada ubat tersebut, ada RM6, ada RM10, berbelas-belas ringgit, campur ubat segenggam itu beratus-ratus ringgit tapi bayar cuma RM1.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Campur semua sekali itu cukup untuk menaja tiga bulan belanja dapur untuk rakyat di kampung khasnya. Itu maksud saya. Saya harap ia tidaklah diperli-perli oleh Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat yang lain [Ketawa] BR1M ini jangka pendek, paling lama selama lima tahun atau pun kerajaan akan fikir seterusnya selepas lima tahun. Apakah program jangka panjang? Program jangka panjang ialah pertama, memberikan pendidikan. Pendidikan tinggi, maka gaji akan tinggi dan kemudian kos sara hidup yang tinggi boleh diserap.
Kedua, kemahiran, berbilion-bilion kerajaan berbelanja untuk kemahiran.
Kemahiran tinggi, gaji tinggi, kos sara hidup tinggi boleh diserap.
Ketiga ialah perniagaan, keusahawanan perdagangan. Kalau rakyat Malaysia boleh menjadi kumpulan dan bangsa usahawan, mereka akan dapat pendapatan tinggi, maka kos sara hidup yang tinggi itu boleh diserap.
Jadi, BR1M hanyalah kaedah yang sementara. I-BR1M, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Kota Raja. Skim i-BR1M memberi perlindungan takaful kepada penerima BR1M kategori isi rumah dengan kerajaan menyediakan premium sebanyak RM50 dan nilai perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal. Skim i-BR1M ini dikendalikan oleh Malaysian Takaful Association atau Konsortium MTA. Ada Ahli Yang Berhormat menyebut bagi pada kroni dan sebagainya, itu tidak betul ya. Gabungan 11 orang pengendali utama takaful di Malaysia.
Bagi tujuan tuntutan, waris boleh membuat tuntutan dengan mendapat borang yang tertentu di MalaysianTakaful.com atau menghubungi hotline i-BR1M atau bertemu dengan pejabat LHDN yang terdekat atau berjumpa dengan penghulu, ketua kampung masing-masing dan menyatakan.
Bagi pelaksanaan i-BR1M, kerajaan telah membayar jumlah premium RM197 juta.
Sehingga 20 Oktober 2014, sebanyak 15,464 tuntutan melibatkan jumlah RM49 juta telah dibayar. Suka saya memaklumkan bahawa kita melanjutkan tiga bulan lagi untuk membuat tuntutan. Coverage itu untuk 1 Januari sehingga 31 Disember tetapi daripada segi tuntutan boleh dibuat sehingga 30 Mac. Jadi, Januari, Februari, Mac itu, dalam masa tiga bulan itu boleh lagi untuk membuat tuntutan. Kalau kita lihat tuntutan ini masih kecil.
Pada tahun lepas, kematian yang terlibat dengan BR1M ini 83,000 kematian. Pada pertengahan tahun ini 24,000 separuh tahun. Bermakna, kalau penuh tahun seramai 48,000. Kematian pada tahun lepas 83,000, kematian pada tahun ini- ya lah kita tidak tahu ajal maut ditentukan Tuhan. Oleh itu sebahagian daripada tuntutan ini kita boleh nampak bahawa tuntutan itu masih ada jumlah yang tertentu lagi ya. Bererti kematian sehingga pertengahan tahun 24,000, kalau kita kalikan dua sampai hujung tahun, 24,000 kali dua ialah 48,000 yang dijangka akan meninggal dunia.
Namun, pada tahun lepas seramai 83,000 meninggal dunia. Kenapakah kurang kematian? Itu kuasa Allah SWT, saya tidak boleh hendak menjawab tetapi segala caruman itu kita anggarkan daripada tuntutan dan kematian-kematian yang telah berlaku sebelum ini.
silakan.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan i-BR1M. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa premium yang dibayar oleh pihak kerajaan kalau tidak silap saya dengar dalam lingkungan RM190 juta lebih. Pembayaran yang diberikan yang dibayar oleh syarikat insurans disebut kepada waris-waris hanya dalam lingkungan RM50. Ini seolah-olah tidak berbaloi. Kalau kerajaan terus bayar pun hanya RM50 juta. Jadi, RM140 juta itu telah diberikan sebagai keuntungan kerana tempoh tuntutan itu hanya satu tahun, ia punya coverage hanya satu tahun. Selepas satu tahun, kalau tidak ada tuntutan lagi, maka syarikat yang mendapat projek ini ataupun mendapat skim ini, mereka telah untung sebanyak RM140 juta.
Apakah ini tidak berbaloi kepada pihak kerajaan? Ini yang pertama. Kedua ialah saya hendak tanya tuntutan daripada waris-waris. Ini kerana saya mendapat aduan ada tuntutan daripada waris yang tidak diberikan pembayaran oleh pihak syarikat insurans.
Adakah dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu kalau mereka meninggal bukan kemalangan, diberikan pembayaran RM1,000 dan kalau mati kerana kemalangan RM30,000. Syarikat insurans kena bayar walau apa pun keadaannya. Mungkin ada sedikit tuntutan yang mereka menggunakan isu-isu teknikal untuk menolak pembayaran itu. Saya hendak dapatkan penjelasan ini, terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
i-BR1M ada perlindungan takaful untuk meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Jumlah premium yang dibayar sebanyak RM197 juta adalah untuk memberi perlindungan kepada seramai 3.9 juta orang penerima BR1M daripada kategori isi rumah dengan jumlah perlindungan maksimum.
Berapakah perlindungan maksimum yang ditanggung oleh 11 buah syarikat takaful?
Perlindungan maksimum ialah RM117 bilion.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ini kaedah insurans begitu Yang Berhormat ya, itu kaedah insurans. RM117 bilion perlindungan maksimum itu premiumnya RM197 juta. Mula-mula saya pun tidak faham, macam juga Yang Berhormat. Akan tetapi apabila dijelaskan apakah maksud total coverage, barulah saya faham. Bahawa perlindungan maksimumnya begitu. Satu lagi saya hendak sebut tuntutan yang saya sudah nyatakan tadi itu baru sehingga RM54 juta bulan Oktober 2014 dan kita ada masa lagi, bulan Oktober, November dan Disember. Manalah tahu kematian rakyat Malaysia ini di hujung-hujung tahun, kita tidak pasti kematian itu bila.
Untuk kematian-kematian seluruh tahun ini boleh dituntut sehingga bulan Januari, Februari dan Mac. Kita memberikan tiga bulan lagi grace period untuk membuat tuntutan i-BR1M.
Tidak puas hati lagi?
[Disampuk] Puas hati sudah? Okey, okey baik.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, jadi kalau selepas satu tahun kita mencuba skim ini dan nampaknya bahawa premium yang dibayar itu hampir-hampir RM200 juta. Akan tetapi tuntutan yang diterima oleh rakyat atau yang dilindungi dalam skim ini, hanya dalam lingkungan RM50 juta sehingga bulan Oktober. Ini menunjukkan bahawa skim ini tidak memberikan keuntungan kepada rakyat. Jadi apakah dasar Kementerian Kewangan untuk tidak meneruskan lagi skim i-BR1M ini?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, kita tidak meminta supaya rakyat Malaysia ini meninggal dunia ya, dan 80...
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Itu bukan soal saya, itu bukan urusan saya...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, saya tahu.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya kata ialah premium yang dibayar itu...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pengiraan, Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
…Tidak berbaloi.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Mana kita tahu, tahun sudah yang meninggal dunia ialah 83,000 orang. Tahun ini meninggal dunia sikit. Mungkin kesihatan kita bagus dan sebagainya. Kalau kematian itu serupa 83,000 orang macam tahun sudah tentulah tuntutannya bertambah. Saya hendak maklum ada lagi sehingga Oktober itu ada lagi dalam proses. Mungkin mencapai- saya tidak tahulah, mungkin 100, wallahualam.
Saya tidak tahu berapa akan dituntut pada 31 Mac pada tahun hadapan. Itu tarikh akhir untuk membuat tuntutan i-BR1M, dan pada tahun hadapan, kita tukar kaedahnya dan kita akan umumkan kaedahnya. Apakah yang kita akan buat tidak lagi melalui insurance company? Mungkin kita akan menggunakan khidmat Bank Simpanan Nasional. Itu kita akan tukar kepada Skim Khairat Kematian pada tahun 2015.
Okey, PKS Yang Berhormat Titiwangsa meminta Bank Negara menetapkan kuota melalui kuota balance sheet atau shareholder simpanan. Berapa percentage perlu allocate kepada PKS? Akan tetapi KPI apabila bank-bank besar gabung adalah satu yang bagus dan institusi perbankan sedia ada komersial dan Islam terus memainkan peranan penting dalam menyalurkan pembiayaan kepada PKS yang berdaya maju. Bulan Januari hingga Julai 2014 sebanyak RM37.4 bilion telah diluluskan kepada lebih 70,000 buah akaun PKS
(Perusahaan Kecil dan Sederhana). Daripada jumlah permohonan pinjaman PKS yang diterima, 84.6 peratus telah diluluskan.
Yang Berhormat Titiwangsa, institusi perbankan menyumbang walaupun 89 peratus kepada pinjaman belum jelas kepada PKS, loan outstanding, dengan izin.
Pembiayaan dilengkapi oleh Institusi Kewangan Pembangunan serta skim dan dana kerajaan ditubuhkan untuk membantu kumpulan sasaran termasuk PKS mendapat akses kepada pembiayaan.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Contoh, Bank Rakyat, Bank Pembangunan, EXIM Bank, MBSB, BSN, Agrobank.
IKP ataupun Institusi Kewangan Pembangunan mempunyai mandat khusus untuk menyediakan khidmat nasihat tambahan dalam usaha untuk membantu kumpulan sasaran memperbaiki kedudukan kewangan mereka. Untuk tempoh 2012 sehingga 2013 pinjaman oleh institusi perbankan telah mengatasi sasaran. Sasaran RM76.6 bilion diluluskan RM191.9 bilion, jauh melebihi daripada sasaran. Bank-bank dalam Malaysia telah menyediakan saluran untuk peminjam mengemukakan aduan boleh lihat di BNMLINK atau BNMTELELINK.
Yang Berhormat Titiwangsa juga minat tentang PKS ini bagi tahun 2013. Kerajaan memperuntukkan 61 skim berjumlah RM17.7 bilion. SME Corporation bertindak sebagai agensi penyelaras program termasuk program-program pembiayaan. Antara skim yang disalurkan adalah lima buah dana khas Bank Negara Malaysia dengan kadar pinjaman keuntungan antara 3.75 peratus hingga 6 peratus setahun. Tahun 2013 sebanyak 58,000 orang pelanggan, pembiayaan diluluskan RM24.3 bilion.
Skim pembiayaan mikro, pembiayaan tanpa cagaran sehingga RM50,000 tahun 2013, sebanyak 151 orang pelanggan yang berjaya. Pembiayaan diluluskan RM2.4 bilion.
Credit Guarantee Corporation (CGC) membantu PKS mendapatkan akses dengan dana pembiayaan daripada institusi kewangan melalui khidmat jaminan kredit bagi PKS yang kurang atau tidak mempunyai cagaran dan rekod perniagaan. CGC membantu 420,000 orang ataupun akaun PKS bagi mendapat pembiayaan. Perancangan bajet 2014 misalnya, Amanah Ikhtiar kita tambah RM300 juta; TEKUN kita tambah RM700 juta; Tabung Usahawan Siswazah - RM50 juta; Skim Usahawan Pasar Malam - RM100 juta; dan MAGIC - RM50 juta.
Saya tahu kita ada masa sikit lagi ya. Ini mengenai GST, perkara yang wajib dijawab dalam penggulungan ini. Yang Berhormat Permatang Pauh; Yang Berhormat Pandan; Yang Berhormat Pokok Sena; Yang Berhormat Padang Besar; Yang Berhormat Shah Alam; Yang Berhormat Sepang; Yang Berhormat Titiwangsa; Yang Berhormat Pengkalan Chepa; Yang Berhormat Bayan Baru; dan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Jawapannya ialah GST bukan cukai baru. Ia menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan kerana disebabkan kelemahan SST, Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan.
Langkah transformasi percukaian ke satu sistem yang lebih cekap, telus dan mesra peniaga, GST. Mengurangkan kebergantungan kepada hasil petroleum, GST.
Menangani isu tadbir urus ke arah tahap pematuhan yang lebih tinggi. Dilaksanakan oleh lebih 160 buah negara. Bersifat progresif tetapi disebut oleh pembangkang bersifat regresif, ya. GST ini melindungi golongan berpendapatan rendah, pelbagai makanan dan perkhidmatan asas yang kebanyakannya digunakan oleh golongan berpendapatan rendah tidak dikenakan GST. Kadar GST 6 peratus adalah rendah dan di bawah Malaysia ada Taiwan, Kanada, Nigeria, Jersey dan Niue yang melaksanakan pada kadar 5 peratus.
Sementara itu 155 buah negara yang lain adalah di atas Malaysia dan threshold ataupun nilai ambang yang tinggi iaitu RM500,000 setahun.
Jenis barang perkhidmatan ditentukan tersebut adalah berdasarkan corak perbelanjaan golongan berpendapatan rendah. Berdasarkan maklumat bancian perbelanjaan isi rumah oleh Jabatan Perangkaan, golongan berpendapatan rendah membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatan mereka untuk keperluan dan perkhidmatan asas. Oleh sebab itu, kita kosong peratuskan GST terhadap barang-barang itu. Begitu juga daripada segi perkhidmatan.
Pengecualian GST ke atas barang tertentu adalah untuk menjaga kepentingan golongan berpendapatan rendah. Walaupun langkah ini menyebabkan golongan kaya juga menikmati perkara yang sama, namun peratusan golongan ini ke atas barangan perkhidmatan tersebut adalah kecil berbanding dengan golongan berpendapatan rendah.
Ini bermaksud langkah yang diambil dengan tidak mengenakan GST ke atas barang keperluan dan perkhidmatan asas ini akan lebih menguntungkan golongan berpendapatan rendah. Saya juga tidak faham kenapa pembangkang…
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat…
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kicap, Syed Mokhtar pun makan. Sama dengan orang miskin di Baling yang getah RM2 di Pendang. Syed Mokhtar pun makan kicap, nasi dengan kicap digaul.
Seorang Ahli
Merapu.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak. Bagaimanakah dia kata ini peluang lebih kepada orang yang berpendapatan rendah? Kicap, semua barangan Syed Mokhtar pun guna. Putrajaya pun makan dengan ‘tokyu’, gaul dengan minyak dan ramaskan dengan ikan [Ketawa] Apa lagi istimewa? Mi kuning, semua orang hendak makan mi kuning. Tidak akan selera orang kaya dia hendak makan semua yang berada di hotel.
Tentu dia makan mi kuning biasa, mi mamak, mi ‘tonggek’.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Okey, terima kasih. Hah, betullah itu.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya sebut dalam perbahasan tentang isu stagflation. Kalau kita dalam laporan ekonomi dikatakan inflasi akan tingkat sampai 5.5 peratus. Akan tetapi inflasi satu hal, yang penting itu kalau disposable income dikurangkan kerana GST, kerana nasionalisasi subsidi akan mengakibatkan stagflation, di mana ada inflasi tidak ada aktiviti ekonomi. Minta penjelasan.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Itu andaian sebenarnya. Apabila kita melihat di 160 buah negara yang melaksanakan GST, perkara itu tidak berlaku. Kenaikan kadar inflasi 1.08 peratus itu sebenarnya hanya sementara, dia one-off sahaja. Speculation itu, itu andaian dan perkara itu juga bersifat sementara jika ia berlaku. Ini kerana aktiviti ekonomi ini ada banyak, ada jutaan aktiviti ekonomi. Kalau barangan tertentu itu tidak dibeli tetapi barangan yang lain juga adalah diperlukan untuk meneruskan kehidupan rakyat. Oleh sebab itu kita tidak melihat itu sebagai satu perkara yang akan berlaku apabila GST dilaksanakan. Terima kasih Yang Berhormat Kluang.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Menteri, saya...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya faham Yang Berhormat Kluang.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Saya minta kementerian sekurang-kurangnya address the issue dan senario ini. Senario ini walaupun andaian tetapi berkemungkinan dan seharusnya diberikan jawapan, bukan sahaja secara dismiss. Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. CGT, ia cukai yang baru ke atas modal. Ia boleh mengurangkan jumlah modal yang dapat digembleng secara maksimum untuk membiayai kegiatan ekonomi. Ia menjana hasil yang terhad kerana pemilikan modal dalam negara masih rendah berbanding di negara maju. Ia akan mengurangkan daya saing negara terutamanya di peringkat serantau daripada segi persaingan pasaran modal. Ia boleh menjejaskan pelaburan dalam negara Domestic Direct Investment (DDI) dan pelaburan luar negara Foreign Direct Investment (FDI) dengan izin, kerana keuntungan daripada modal tidak sepatutnya dapat diagihkan untuk penggunaan dan dilabur semula dan ia juga menaikkan kos pelaburan CGT. Oleh sebab itu, kita tidak lagi melaksanakan CGT. Ini bagi menjawab cadangan daripada pihak pembangkang mengenai CGT. Struktur GST yang akan dilaksanakan adalah bersifat progresif...
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Menteri, tentang CGT ini hendak tanya sedikit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab CGT ini boleh distrukturkan dengan cara di mana ia akan dikenakan lebih kepada investment ataupun atas pelaburan short term. Ini kerana apabila kegawatan ekonomi melanda di Malaysia pada tahun 1998, ada juga banyak hot money yang masuk ke dalam negara ini.
Jadi, jikalau ada CGT yang lebih tinggi dikenakan, short term investment macam kurang daripada setahun boleh dikenakan cukai CGT lebih tinggi, untuk long term investment itu boleh kurangkan CGT. Itu adalah salah satu amalan yang dibuat di negara- negara maju. Saya rasa ini boleh juga dipertimbangkan di Malaysia. Saya rasa ini telah dilaksanakan di Amerika Syarikat dan UK, di mana memang ada banyak orang yang mahu melabur di negara-negara seperti itu walaupun ada CGT. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Singapura tidak mengenakan CGT. Jadi kalau kita mengenakan pelbagai cukai untuk pelabur ini, mereka kena cukai pendapatan, mereka kena duti setem, mereka kena duti eksais, mereka kena duti import, mereka kena cukai jualan, mereka kena cukai perkhidmatan, mereka kena cukai pendapatan individu, mereka kena cukai tanah, cukai pintu, duti hiburan, kalau semua mereka kena, mereka lari ke tempat lain. Tambah lagi dua CGT, tambah lagi...
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Yang Berhormat Menteri, semua itu di Singapura pun ada [Ketawa] Saya rasa itu tidak wajarlah.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kemudian cukai warisan (IT) yang dicadangkan oleh pembangkang. Duti Harta Pusaka (DHP) atau estate duty yang mirip inheritance tax (IT) pernah dikenakan di Malaysia sejak tahun 1941. Kemudian pembangkang mencadangkan Duti Harta Pusaka ini ataupun inheritance tax. Akan tetapi sukacita saya ingin memaklumkan di sini, sekali lagi Ketua Pembangkang kurang dinasihatkan dengan baik. Saya simpati jugalah dengan beliau ini kerana cukai yang dia cadang itu, dia sendiri yang sudah mansuhkan. Dalam ucapan bajet pada tahun 1991, dia kata, “Selepas ucapan bajet ini, 1 November dimansuhkan inheritance tax.” Tiba-tiba, dia pula yang hendak sekarang ini. Dia yang mansuh, dia yang hendak. Apalah...
[Dewan riuh]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ahli-ahli Yang Berhormat, pertumbuhan ekonomi kita jika dibandingkan dengan negara lain...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh celah Menteri?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Amerika Syarikat 2.3 peratus...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Menteri, boleh celah?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang apa jenis cukai pun rakyat tidak mahu kalau boleh dan kalau kita mampu. Akan tetapi apa yang dicadangkan oleh pembangkang ialah cukai alternatif kepada GST. Menteri, jangan mentertawakan. Memang apa jenis cukai pun kalau boleh kita rakyat tidak hendak. Itulah sebenarnya cadangan pihak pembangkang.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Akan tetapi masalahnya, Ahli-ahli Yang Berhormat yang pembangkang ini dia setuju kepada SST. Saya ingin maklumkan bahawa SST itu terdapat cukai atas cukai yang akan menyebabkan harga barangan melebihi daripada 5 peratus yang sekarang ini kepada 8 peratus, kepada 10 peratus, kepada 13 peratus sehingga 18 peratus harga barangan itu kerana kosnya tidak diserap oleh kilang, dipindah kepada pemborong, dipindah kepada pekedai, dipindah kepada pengguna. Itu adalah berlaku tax on tax.
Nilai 5 peratus barangan makanan yang pada saat dan ketika ini ada cukai SST itu, net effect jadi 8 peratus. RM5 jadi RM8, RM50 jadi RM80. Itu SST sekarang. SST sekarang ini juga daripada 10 peratus barangan kita yang kita lihat, pakaian, perabot, alatan elektrik, kereta dan sebagainya ini, daripada 10 peratus itu kesan akhirnya adalah 15 peratus ke-18 peratus. Kita tidak mahu 10 peratus jadi 15 peratus atau 18 peratus, yang kita hendak cuma 6 peratus. Saya tidak faham kenapa pembangkang hendak 10 peratus hingga 18 peratus cukai ini? Ini kerana mereka tidak faham GST ini.
Saya tidak faham kenapa Ahli-ahli Yang Berhormat inginkan 5 peratus jadi 8 peratus? Kita ingin 6 peratus. Yang Berhormat hendak 5 peratus hingga 8 peratus. Saya tidak faham Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang inginkan daripada 10 peratus hingga 18 peratus. Kesan cukai jualan 10 peratus itu oleh sebab ada cukai atas cukai, 10 peratus jadi 18 peratus, kenapakah perlu dikekalkan? Kami tidak mahu kekalkan. Kami cuma 6 peratus.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Itu sebab kita sokong GST. Kita tidak mahu SST.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Boleh ini? Terima kasih. Kita tidak mencadangkan kata cukai yang lebih tinggi.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Oleh sebab Menteri telah bangkitkan isu SST, saya juga bangkitkan isu SST.
Setakat ini, SST di Sabah dan Sarawak ini hak kerajaan Sabah dan Sarawak. Ini adalah dalam Perjanjian Persekutuan Malaysia. Apabila SST dimansuhkan, Sabah dan Sarawak hilang hak ini. Saya anggap adalah amat tidak adil kalau negeri-negeri Borneo ini tidak dapat mengutip cukai mengikut Perjanjian Persekutuan Malaysia. Jadi saya ingin tahu, adakah pembahagian sekarang adil untuk negeri Sabah dan Sarawak? Kalau hendak lakukan keadilan, sepatutnya semua cukai GST yang dikutip di Sabah dan Sarawak kembali pada Sabah dan Sarawak supaya pembangunan menggunakan dana ini boleh digunakan...
[Dewan riuh]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Itulah perbahasan saya. Itulah cadangan kita. Bukan saya cadangkan hendak kekalkan SST tetapi SST hak dari negeri-negeri yang sebahagian daripada Persekutuan.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya ingin menjelaskan di sini, apa yang dikutip di Sabah dan Sarawak, teruskan kutip dan kita sayang Sabah dan Sarawak. Lebih-lebih lagi saya, isteri saya orang Sarawak. Kita tidak mansuhkan. Apa yang berbezanya cuma dua sahaja Yang Berhormat Batu. Dua sahaja iaitu cukai hiburan...
Tuan Yang di-Pertua
Ini Menteri, isteri orang Sarawak, orang Sabah cemburu, tidak ada lagi satu situ...
[Dewan riuh]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Itu perlu dijawabkah itu?
[Ketawa]
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Itu tawaran Tuan Yang di- Pertua itu.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Akan tetapi kami ini Tuan Yang di-Pertua, termasuk dalam golongan 3T, teringin tetapi takut.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat Batu bahawa apa yang dikutip oleh cukai jualan untuk kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak diteruskan. Ada dua barang sahaja pun iaitu yang pertama duti hiburan diteruskan, satu lagi ialah CPO diteruskan, yang lain-lain tidak ada special, Sabah dan Sarawak. Itu yang termaktub dalam Perlembagaan dan kita menghormati Perlembagaan itu. Saya hendak habis sudah ini. Saya juga tidak faham kenapa perlu dikekalkan SST ini yang melindungi 30 peratus daripada apa yang disebut sebagai the black economy, the hidden economy ataupun the underground economy.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Orang yang lari cukai yang tidak bayar cukai, ia orang yang tipu cukai ini. GST boleh mengurangkan 30 peratus the black economy itu kepada 10 peratus ke-15 peratus.
Itu kita akan dapat tambahan. Pembangkang ingin teruskan semua perkara ini Yang Berhormat. Mereka ingin teruskan SST itu bererti mereka juga melindungi kegiatan- kegiatan seumpama itu. Mereka bersetuju untuk melindungi perbuatan-perbuatan seumpama itu dan satu lagi, SST sekarang ini dikenakan terhadap eksport. Ini menyebabkan eksport kita akan bertambah mahal jika dibandingkan dengan luar negara dan GST tidak akan mengenakan sebarang cukai terhadap eksport. Saya pun tidak faham kenapa pembangkang tidak mahu belajar-belajar bahawa GST ini lebih baik daripada SST...
[Dewan riuh]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
[Tepuk]
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Akhirnya- ya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya ada bangkit, kalau Yang Berhormat tidak boleh jawab sekarang, saya bangkit...
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Status projek digital autopsy technology.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya ada bangkit berkaitan dengan bedah mayat menggunakan digital, status projek tersebut yang telah diberikan kepada syarikat Srimelan dan kemudian entah apa jadi, sehingga Srimelan dianiayai. Itu di bawah Kementerian Kewangan. Saya ada surat- menyurat.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih. Semasa jawatankuasa nanti boleh bangkitkan Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kalau boleh saya minta semak balik apa yang saya bangkitkan. Jawab secara bertulis secepat yang mungkin sebelum Kementerian Kewangan.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Okey [Ketawa] Yang akhir Ahli-ahli Yang Berhormat...
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
[Bangun]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sukacita saya ingin berkongsi...
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat...
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Yang Berhormat Menteri.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Mengenai...
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dan yang lain itu...
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Boleh? Sedikit sahaja, sedikit sahaja.
Minta izin Tuan Yang di-Pertua. Saya minta maaf kerana saya sudah check perkara ini belum dibawa tadi mengenai BR1M. Dalam ucapan saya, saya minta supaya pengagihan BR1M kepada OKU dan juga penama-penama penerima daripada bantuan JKM diberi terus melalui akaun-akaun mereka kerana kalau tidak mereka perlu membuat permohonan semula melalui LHDN. Mereka ini semua adalah berpendapatan kurang daripada RM3,000 atau RM4,000 sebulan. Jadi yang lepas-lepas, ada OKU dan ibu tunggal yang menerima bantuan sumbangan daripada JKM tidak memohon dengan LHDN untuk mereka terima BR1M.
Jadi, saya minta jasa baik Kementerian Kewangan untuk beri ini terus kepada mereka melalui akaun mereka dengan JKM. Semalam saya bawa dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, jadi mereka kata ini adalah di luar kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan minta saya bangkitkan semula apabila berjumpa dengan Kementerian Kewangan. Terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Yang Berhormat Menteri, saya juga ada bangkitkan satu isu berkenaan dengan pembangunan PFI Sdn. Bhd. yang telah meminjam sebanyak RM20 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan saya rasa soalan itu belum dijawab lagi...
[Disampuk] PFI bukan BLT, pembangunan PFI Sdn. Bhd.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Projek PFI projek-projek yang mana kesemua obligasi pembayaran balik ke atas pinjaman sekuriti hutang persendirian (SHP) sepenuhnya ditanggung oleh pihak kerajaan. Projek-projek PFI akan melibatkan pihak swasta untuk sumber pembiayaan dan pembiayaan projek-projek PFI akan diserahkan semula kepada kerajaan setelah siap sepenuhnya. Statistik sehingga tahun 2006 menunjukkan bahawa KWSP tidak mempunyai sebarang pendedahan pelaburan dalam pinjaman dan SAP yang mempunyai struktur PFI. Itu jawapan Yang Berhormat Serdang.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja.
Kadang-kadang pembangkang ada juga cadangan yang baik-baik ya. Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Saya amat menghargai cadangan seumpama itu dan kita boleh berkawanlah selepas ini ya atas cadangan-cadangan yang baik daripada Yang Berhormat Kota Raja itu...
[Dewan riuh]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Akhir, separuh tahun ini iaitu tahun 2014, saya kongsikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan pendengar sekalian di luar sana, bahawa pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat ialah 2.3 peratus; Jepun – 1.5 peratus; Jerman – 1.8 peratus; United Kingdom – 3.1 peratus; Korea Selatan – 3.8 peratus; Thailand – -0.1 peratus, negaranya kurang stabil; Filipina – 6.0 peratus; Singapura – 3.6 peratus; Indonesia – 5.2 peratus; dan Malaysia mengatasi kesemuanya, 6.3 peratus [Tepuk] Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, perbankan Islam saya telah utarakan, tidak ada jawapan...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kalai yang kedua sekarang hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bahawa Usul atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
*[Diputuskan, Bahawa usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau
(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.”]*
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 10 November 2014. Terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.06 petang.]