Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Kewangan menyatakan, jumlah wang yang diperuntukkan untuk pemberian (BR1M) tahun 2014 ini dan nyatakan pecahan bilangan penerima mengikut negeri.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Chua Tee Yong
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan yang telah dikemukakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kewangan telah menerima sebanyak tiga soalan lisan mengenai Program Bantuan Rakyat 1Malaysia pada sesi Dewan Rakyat kali ini. Sehubungan itu, izinkan saya untuk menjawab kesemua soalan yang diterima memandangkan isu-isu yang dibangkitkan adalah sama iaitu mengenai statistik kelulusan, jumlah peruntukan dan mekanisme pelaksanaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan soalan tersebut ialah Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu pada 29 Oktober 2014, Yang Berhormat Taiping pada 29 Oktober 2014 dan Yang Berhormat Sarikei pada 27 November 2014.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya sila.
Datuk Chua Tee Yong
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, pemberian BR1M adalah bermatlamat untuk membantu meringankan beban hidup rakyat berpendapatan rendah bagi membeli barang-barang keperluan harian. Bantuan ini diberi secara menyeluruh kepada semua yang layak tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang politik.
Program BR1M merupakan bantuan tahunan yang telah bermula pada tahun 2012. Setiap tahun pelbagai langkah penambahbaikan telah dilakukan oleh kerajaan seperti peningkatan nilai bantuan, penambahan kategori baru dan lain-lain. Secara keseluruhan pada tahun 2012 seramai 4.2 juta orang penerima telah menikmati BR1M yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.1 bilion. Pada tahun 2013 pula seramai 6.8 juta orang penerima BR1M dengan peruntukan sebanyak RM2.9 bilion manakala pada tahun 2014 sebanyak 7 juta orang penerima BR1M dengan peruntukan sebanyak RM3.7 bilion.
Daripada segi jumlah kelulusan pengagihan mengikut pecahan negeri bagi BR1M 2014, Selangor merupakan negeri penerima tertinggi BR1M dengan peruntukan sebanyak RM413 juta yang melibatkan seramai 986,000 atau 14.2 peratus daripada keseluruhan jumlah penerima di seluruh negara. Jumlah tersebut merangkumi 563,000 orang penerima bantuan RM650, 82,000 orang penerima bantuan RM450 dan 341,000 orang penerima kategori individu RM300. Johor ialah penerima BR1M kedua tertinggi, manakala Sarawak negeri penerima BR1M ketiga tertinggi.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Bajet 2015, kerajaan telah mengumumkan kenaikan nilai BR1M selaras dengan pelaksanaan GST seperti berikut. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah nilai bantuan dinaikkan daripada RM650 kepada RM950. Bagi isu rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 nilai bantuan dinaikkan daripada RM450 kepada RM750.
Datuk Chua Tee Yong
Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan dari RM300 kepada RM350.
Dianggarkan kenaikan ini akan memerlukan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion menjadikan keseluruhan peruntukan BR1M 2015 sebanyak RM5.2 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan meneruskan inisiatif Bantuan Rakyat 1Malaysia pada masa akan datang bagi membantu meringankan beban hidup rakyat yang berpendapatan rendah dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup. Kerajaan akan meneliti dan membuat penambahbaikan ke atas program BR1M supaya objektif kerajaan ke arah peralihan subsidi bersasar tercapai. Pelaksanaan dan peningkatan jumlah BR1M ini juga perlu mengambil kira keupayaan kedudukan kewangan negara dan pengukuhan dasar fizikal kerajaan. Terima kasih.
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana kita sudah mempunyai political will untuk mengurangkan subsidi dan sudah pastilah BR1M ini merupakan salah satu bentuk bantuan secara terus kepada golongan yang disasarkan. Namun persoalannya, adakah kerajaan sudah mengenal pasti peningkatan kos sara hidup yang sebenarnya dirasai oleh rakyat setelah mengambil kira penghapusan semua subsidi seperti minyak, gas, tarif elektrik, gula dan sebagainya supaya nilai bantuan BR1M ini dapat benar-benar membendung kesulitan yang dirasai oleh rakyat pada jangka masa pendek? Pada masa yang sama adakah kerajaan sudah mempunyai mekanisme untuk pact kan perolehan kerajaan dengan pemberian BR1M ini kepada rakyat supaya pada masa depan ini BR1M tidak menjadi bebanan kepada kerajaan.
Kebimbangan kita, kita hendak selesaikan masalah subsidi kita wujudkan BR1M tanpa mekanisme yang tepat. Akhirnya ia akan menjadi bebanan baru kepada kerajaan.
Tambahan pula dengan penambahan penduduk, graduates muda yang keluar, urbanization yang sedang berlaku dalam negara kita ini. Apakah bentuk mekanisme yang sedang difikirkan oleh kerajaan? Terima kasih.
Datuk Chua Tee Yong
Terima kasih atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Kerajaan sentiasa menilai dan melihat daripada segi kedudukan fizikal dan kedudukan kewangan negara kita apabila memberi bantuan-bantuan yang telah diumumkan. Sebagai contoh, kalau kita melihat daripada segi kadar defisit negara kita, walaupun BR1M telah dilaksanakan pada tahun 2012 tetapi kadar defisit negara kita menurun. Walaupun daripada segi penerima BR1M kalau kita lihat pada tahun 2012, penerima BR1M ialah sebanyak 4.1 juta dan telah dijangka akan meningkat pada tahun 2015 sehingga 7.1 juta.
Daripada segi bantuan yang diberi, dari RM2 bilion akan meningkat sehingga RM5.2 bilion. Maka, kalau kita lihat daripada segi kedua-dua peningkatan ini, daripada segi penerima peningkatan sebanyak 73 peratus, daripada segi bantuan peruntukan telah meningkat sebanyak 160 peratus. Akan tetapi daripada segi defisit negara kita, ia menurun.
Pada tahun 2015 dijangka menjadi 3 peratus dan pada tahun ini ialah sebanyak 3.5 peratus.
Daripada segi untuk membendung kos sara hidup, memang kerajaan sedang melihat daripada segi kadar penyampaian BR1M. Supaya kalau kita lihat tahun 2015, penyampaian BR1M akan dibahagikan tiga kali kerana ini adalah untuk memastikan BR1M yang disampaikan ini adalah benar-benar untuk digunakan bagi barang keperluan harian.
Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Terang kabut, teduh, hujan [Ketawa]
Seorang Ahli
Lupalah tu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, soalan...
[Dewan riuh]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tak ada ikut peraturan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kepong, kalau ikut peraturan, terus kepada soalan [Ketawa] Tak perlu ada pantun-pantun, bunga-bunga.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Apa kaedah yang diadakan untuk memastikan wang yang berbilion-bilion yang setakat ini sudah RM5 bilion dah, dapat diagih dengan adil dan munasabah dan saksama. Adakah pihak kementeriannya mengadakan cara untuk mencegah daripada berlakunya penyelewengan-penyelewengan yang sering kali berlaku dengan subsidi seperti ini.
Datuk Chua Tee Yong
Terima kasih atas soalan tambahan yang dikemukakan.
Nombor satu, daripada segi sistem penyampaian ini, daripada segi BR1M ia tidak mengira kaum, agama atau mahupun latar belakang politik. Tiada perlu surat-surat sokongan daripada semua Ahli Parlimen atau sesiapa Ahli Parlimen. Yang paling penting mengikut kriteria yang telah dikemukakan dan daripada segi permohonan, ia boleh dibuat secara online. Ini menunjukkan bahawa kerajaan telus untuk membantu sesiapa yang perlu diberi bantuan. Daripada itu, jumlah yang telah diluluskan setiap tahun juga dinilai dan dikaji.
Supaya hanya mereka yang benar-benar layak untuk mendapat bantuan akan disampaikan dengan bantuan BR1M ini. Terima kasih.
2. Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:
(a) rancangan untuk menyelesaikan masalah rakyat yang tidak berjaya memohon MyKad dan cara untuk memohon taraf kewarganegaraan bagi mereka yang hanya memperoleh MyPR walaupun dianak angkatkan sejak kecil; dan
(b) bilangan sijil kelahiran dan MyKad yang ditarik balik oleh JPN sejak 2004-2014 di setiap negeri dan Sibu, serta rancangan kerajaan untuk memberi bantuan kepada kanak-kanak yang tidak diberi kewarganegaraan tetapi dilahirkan dan tinggal di Malaysia.
Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menyatakan bahawa soalan ini terbahagi kepada dua tetapi ada tiga jawapan yang terpaksa saya berikan. Itulah cara Yang Berhormat Lanang bertanya soalan.
Untuk menjawab soalan,
(a) ingin saya maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa tidak semua kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia akan dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia secara automatik.
Sebaliknya, asas-asas penentuan kewarganegaraan kanak- kanak berkenaan masih berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang termaktub di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan.
Secara umumnya, penentuan kewarganegaraan seorang kanak- kanak adalah bergantung pada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapanya.
Kad pengenalan biru bertaraf warganegara Malaysia atau MyKad hanya dikeluarkan kepada warganegara Malaysia berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah subperaturan 5(3)(a), Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Justeru, bagi kanak-kanak di bawah umur 21 tahun yang telah dibuat pengangkatan termasuk mereka yang telah memperoleh taraf pemastautin tetap dan didapati tidak memiliki apa-apa kewarganegaraan, maka permohonan kewarganegaraan Malaysia boleh dibuat di bawah Perkara 15A, Perlembagaan Persekutuan.
Perlu diperjelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa penganugerahan kewarganegaraan Malaysia merupakan anugerah tertinggi Kerajaan Malaysia terhadap seseorang individu. Ia tidak ditawarkan dan tidak dianugerahkan dengan sewenang-wenangnya.
Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Justeru, kerajaan akan membuat pertimbangan dan penelitian yang terperinci dan penganugerahan kewarganegaraan Malaysia hanya akan diberi kepada individu yang benar-benar layak.
Dalam hal ini perlu diambil maklum bahawa beban bukti yang menunjukkan bahawa pemohon benar-benar layak untuk dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia menjadi tanggungjawab pemohon itu sendiri.
Mengenai soalan,
(b) pula, saya ingin sebutkan bahawa KDN melalui Jabatan Pendaftaran Negara tidak menarik balik mana-mana sijil kelahiran yang telah dikeluarkan secara teratur dan diperoleh oleh pemohon secara sah.
Walau bagaimanapun, sekiranya didapati wujud ketidakaturan dalam sijil kelahiran, maka sijil kelahiran tersebut akan disenaraihitamkan atau ditahan untuk tujuan siasatan sehingga siasatan selesai dan tindakan pembetulan maklumat dibuat pada sijil kelahiran tersebut. Namun demikian, beban untuk membuktikan pembetulan maklumat dalam sijil kelahiran adalah juga menjadi tanggungjawab pemohon berkenaan.
Berhubung dengan isu MyKad yang ditarik balik, saya sukacita memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa JPN hanya akan menarik balik MyKad setelah seseorang individu itu dilucutkan kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 24, 25 atau 26, Perlembagaan Persekutuan.
Dalam hal ini, seramai 23,628 orang telah dilucutkan kewarganegaraan semenjak tahun 1957 hingga saat ini.
Terima kasih.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih ke atas jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tahu bagaimana kementerian dapat menangani masalah kanak-kanak stateless di negara kita.
Saya faham Yang Berhormat Timbalan Menteri KDN pernah memaklumkan bahawa mereka bukan stateless tetapi mengikut taraf kewarganegaraan ibu, jika tiada sijil perkahwinan yang sah di sisi undang-undang di Malaysia.
Akan tetapi di kawasan pedalaman atau luar bandar dan terutama di rumah-rumah panjang di Sarawak, banyak lagi penduduk yang tidak mempunyai sijil kelahiran atau kad pengenalan. Apabila mereka tidak ada sijil, mereka tidak dapat mendaftar untuk status perkahwinan. Jadi, tidak ada sijil perkahwinan, automatically anak mereka menjadi stateless juga. Jadi, bagaimana kita dapat menangani masalah begini kerana jika mereka tidak ada kad pengenalan atau sijil kelahiran, mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran atau apabila mereka mencapai umur 7 tahun ke atas.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Jadi ini menyebabkan masalah keselamatan atau kegiatan jenayah di Sarawak kerana terdapat banyak kanak-kanak yang tidak ada sijil kelahiran atau kad pengenalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Lanang.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Jadi bagaimana kerajaan dapat mempunyai rancangan untuk menangani masalah ini. Saya minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat prihatin terhadap anak-anak yang dipanggil dengan izin stateless ini, yang tidak ada sijil kelahiran apatah lagi MyKad. JPN mempunyai unit bergerak untuk turun ke bawah menangani permasalahan yang demikian. Dalam hal ini saya ingin memaklumkan bahawa KDN melalui JPN komited untuk turun ke bawah.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tidak kira sama ada di sebelah sana atau di sebelah sana. Beritahu jumlah mereka yang menghadapi sedemikian, kita akan turun dan jika perlu saya sendiri akan turun ke bawah bersama-sama dengan pegawai-pegawai saya.
Akan tetapi terdapat permasalahan, dengan izin, stateless child ini, stateless children yang tidak ada sijil kelahiran kerana ibu bapanya berkahwin tetapi tidak disahtarafkan. Bagi orang Islam yang berkahwin tetapi di luar dan tidak didaftarkan semula atau berkahwin di sebuah negeri di utara [Ketawa]
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
...Yang takut untuk memberitahu isteri pertamanya, pun tidak didaftarkan bagi orang Islam. Yang jadi mangsa ialah kanak-kanak, yang salah ibu bapa, yang seronok mereka juga. Dalam hal ini saya mahu supaya undang- undang dipatuhi, sama ada undang-undang persekutuan atau undang-undang syariah harus dipatuhi, tidak perlu disorok hatta di kalangan Ahli-ahli Parlimen yang ada.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Bagi orang yang bukan Islam, perkahwinan yang tidak didaftarkan banyak berlaku apabila dasar poligami tidak diizinkan.
Banyak kejadian berlaku apabila China doll dijadikan sebagai isteri sementara dan kanak- kanak itu dilahirkan di Malaysia. Perkahwinan itu tidak didaftarkan dan perkahwinan itu disorokkan serta ibunya pulang ke negara asal. Inilah masalah yang banyak datang kepada JPN. Oleh yang demikian, apa yang harus dilakukan, kita melihat ini case-by-case, dengan izin, sebab kanak-kanak yang dilahirkan tidak kira bangsa, tidak kira agama, tidak kira warna kulit, mereka adalah seperti kain putih. Ibu bapanya lah yang mencorakkan dengan pelbagai warna.
Oleh yang demikian saya memohon kesedaran keagamaan, kesedaran daripada segi untuk patuh kepada undang-undang keagamaan hendaklah diberikan keutamaan supaya anak-anak ini tidak dimangsakan. Yang Berhormat Lanang, bagi tahu bila tarikhnya, saya sendiri akan pastikan pegawai-pegawai saya akan turun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, saya pun harap tiada Ahli Dewan yang kahwin di sempadan Malaysia.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Putatan sila.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Lega dapat bercakap sendiri dengan Yang Berhormat Menteri. Tahniahlah Yang Berhormat Menteri, jawapan yang paling cantik diberi. Saya kagum dengan Yang Berhormat Menteri [Ketawa] Tie cantik [Ketawa]
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Ikut sama Tuan Yang di-Pertua, dia sebagai satu contoh, sebuah model pada kita ya. Yang Berhormat Lanang belum kahwin? Sudah, baru kahwin?
Seorang Ahli
Belum, belum.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Tahniah pada ‘Aloha’.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Soalan, soalan.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Tuan Yang di-Pertua, soal kanak-kanak yang tidak mempunyai sijil kelahiran, apa-apa dokumen pun tidak ada, yang kita lihat di negeri Sabah, di Kalabakan, di Kota Kinabalu, di Sandakan, Kedah, saya tidak tahu Kedah. Yang Berhormat Kubang Pasu tidak ada. Jadi kita melihat kanak-kanak ini berkeliaran. Ada yang bekerja sebagai pencuci kereta Yang Berhormat Menteri, ada yang bekerja di bidang-bidang pembinaan, masih budak-budak lagi, tidak dapat ke sekolah kerana tidak mempunyai dokumen dan tidak ada orang yang boleh tolong untuk memohon kad pengenalan.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Oleh sebab itu tidak dapat masuk ke sekolah-sekolah kerana dianggap sebagai stateless kid. Saya tanya kepada Yang Berhormat Menteri yang budiman, yang tahu hal ini.
Jumlah kanak-kanak ini yang berada di negara kita khususnya di negeri Sabah, Kota Kinabalu dan apakah tindakan yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk menangani masalah stateless kid ini. Adakah ini begitu berleluasa di negara kita? Kalau tidak, jawab ya ataupun tidak. Sekian jawapan Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa Yang Berhormat Putatan telah berkahwin dua kali.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Jabatan Pendaftaran ada maklumat itu tetapi setelah isteri pertamanya meninggal. Betul? Betul, mengaku. Akan tetapi soalan tadi tidak ada kena mengena dengan status perkahwinan beliau. Saya ingin memaklumkan bahawa di Sabah memang terdapat banyak permasalahan anak-anak yang tidak ada sijil kelahiran atau sebarang dokumen. Ini adalah kerana kanak-kanak demikian mengalami dua kadar. Satu, ibu bapanya datang daripada negara luar kerana ibu bapanya tidak ada dokumen, maka Jabatan Pendaftaran mustahil untuk memberikan dokumen kepada anak- anak demikian. Kedua adalah kerana anak-anak itu memang tidak didaftarkan disebabkan ibu bapanya, mungkin salah seorangnya warganegara Malaysia tetapi pendaftaran perkahwinan tidak dijalankan.
Saya ingin memberikan jaminan di Dewan yang mulia ini bahawa RCI telah pun menamatkan kerja-kerja siasatannya dan inshaaAllah saya atau pengerusi RCI akan membentangkan penyata RCI ini, maka penyelesaian terhadap permasalahan ini ada terdapat dalam laporan RCI. InshaaAllah jika persoalan ini tidak dipolitikkan, permasalahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan tadi boleh diselesaikan.
Daripada segi jumlah kita tidak ketahui sebab ia tidak didaftarkan, kita tidak tahu tetapi walau bagaimanapun saya fikir langkah yang telah diambil oleh JPN untuk memasukkan anak-anak itu untuk bersekolah, JPN akan memberi Sijil Lahir Persekolahan di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan.
Kita telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan banyak juga agensi-agensi yang telah terlibat untuk mengurus kanak-kanak dalam kategori berkenaan untuk diberikan kesempatan bersekolah termasuklah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Ketua Menteri Sabah dan juga Jabatan Imigresen Malaysia telah memberikan kerjasama kerana atas dasar kemanusiaan kepada kanak-kanak berkenaan.
3. Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom [Saratok] minta Menteri Pertahanan menyatakan, penjelasan atas insiden di mana terdapat dakwaan bahawa pasukan pemilihan untuk pengambilan kemasukan Angkatan Tentera Malaysia telah menolak belia- belia Dayak atas sebab mereka mempunyai tatu di badan yang merupakan salah satu tradisi masyarakat Dayak malahan ATM juga tidak mempunyai polisi sedemikian.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri - Timbalan Menteri Pertahanan
Tuan Yang di- Pertua terima kasih kepada Yang Berhormat Saratok atas soalan yang telah dikemukakan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Angkatan Tentera Malaysia sememangnya mengalu-alukan penyertaan semua warga Malaysia tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Pengambilan untuk menganggotai Angkatan Tentera Malaysia dilakukan secara telus dan berasaskan kepada syarat-syarat serta kriteria tertentu yang telah ditetapkan dalam garis panduan pemilihan anggota Angkatan Tentera Malaysia.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri - Timbalan Menteri Pertahanan
Justeru itu, tidak timbul sebarang kesangsian bagi penyertaan rakyat Sarawak di dalam Angkatan Tentera Malaysia khususnya dalam perkhidmatan tentera darat. Sebagai contoh, pada masa kini, penyertaan bumiputera dari Sarawak menyumbang sebanyak 9.6 peratus kepada keseluruhan kekuatan tentera darat. Manakala bagi setiap siri pengambilan pula, sebanyak 8.7 peratus perajurit muda terdiri daripada bumiputera Sarawak.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri - Timbalan Menteri Pertahanan
Dalam hal ini, tidak timbul dan tidak benar sama sekali terdapat isu pilih kasih atau menolak calon bumiputera Sarawak yang bertatu semasa pemilihan. Ramai calon perajurit muda yang dipilih untuk menyertai tentera darat mempunyai pelbagai tatu yang berunsurkan tradisi dan etnik.
Walau bagaimanapun, pihak Angkatan Tentera Malaysia amat memandang serius dan berpendirian adalah tidak wajar sekiranya calon-calon bagi pengambilan anggota Angkatan Tentera Malaysia mempunyai tatu yang menjurus atau membawa perlambangan kepada gejala-gejala atau aktiviti-aktiviti yang berunsur tidak sihat iaitu bukan tatu biasa yang berunsur tradisi etnik masyarakat bumiputera Sarawak. Terima kasih.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian daripada segi jumlah komposisi kaum yang terlibat dengan anggota angkatan tentera mengikut kaum. Bilangannya, dan berapa peratus di kalangan Melayu, Cina, India dan kaum-kaum yang lain? Minta penjelasan.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Berdasarkan kepada statistik yang telah dibekalkan kepada saya bahawa bagi jumlah kekuatan bangsa mengikut pegawai atau mengikut kor rejimen kita pada ketika ini adalah seperti berikut:
| Kaum | Bil. Anggota (orang) |
|---|---|
| Melayu | 6834 |
| Cina | 110 |
| India | 158 |
| Bumiputera Sabah | 45 |
| Bumiputera Sarawak | 100 |
| Lain-lain | 30 |
| Jumlah | 7277 |
Manakala kekuatan mengikut lain-lain pangkat tentera darat mengikut kor dan rejimen pada ketika ini adalah seperti berikut:
| Kaum | Bil. Anggota (orang) |
|---|---|
| Melayu | 64836 |
| Cina | 163 |
| India | 740 |
| Bumiputera Sabah | 5034 |
| Bumiputera Sarawak | 8387 |
| Lain-lain | 2313 |
| Jumlah | 81473 |
Terima kasih.
4. Tuan Ng Wei Aik [Tanjong] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, sama ada kadar tol bagi Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah akan diselaraskan dan rebat Touch ‘n Go sebanyak 20 peratus untuk warga Pulau Pinang yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang turut dipanjangkan ke Jambatan Kedua Pulau Pinang. Bekalkan statistik kenderaan-kenderaan pelbagai kelas yang menggunakan jambatan mengikut bulan, iaitu mulai Mac sehingga September 2014.
Menteri Kerja Raya - Datuk Haji Fadillah bin Yusof
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar tol bagi semua jenis kenderaan di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang, ditetapkan berdasarkan kepada perjanjian konsesi yang telah ditandatangani. Penetapan kadar ini dibuat berasaskan kepada faktor-faktor seperti kos pembinaan, kos operasi, unjuran trafik, tempoh konsesi dan juga tempoh pembayaran balik pinjaman oleh syarikat konsesi.
Menteri Kerja Raya - Datuk Haji Fadillah bin Yusof
Oleh itu, kadar tol yang dikenakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ini adalah berpatutan dengan mengambil kira kos keseluruhan projek itu iaitu sebanyak RM4.5 bilion dan panjang jarak jambatan keseluruhan ialah 24 kilometer berbanding jarak 13.5 kilometer sahaja di Jambatan Pulau Pinang.
Kerajaan juga setakat ini tidak berhasrat untuk memberikan kadar diskaun sebanyak 20 peratus kepada pengguna di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebagaimana yang dinikmati oleh pengguna kad Touch ‘n Go di Jambatan Pulau Pinang. Ini kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan.
Untuk tempoh dari 1 Mac 2014 hingga 31 Ogos 2014, jumlah keseluruhan kenderaan yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang, ialah sebanyak 2.76 juta unit kenderaan. Daripada jumlah tersebut, 86 peratus adalah daripada kenderaan persendirian kelas satu. Terima kasih.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri.
Tujuan asal Jambatan Kedua Pulau Pinang ini dibina adalah untuk mengurangkan beban trafik yang semakin serius, semakin bertambah di atas Jambatan Pertama Pulau Pinang. Ini ialah tujuannya, di mana kita hendak pastikan bahawa kedua-dua jambatan ini dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh rakyat Pulau Pinang.
Malangnya, kerana masalah dengan kadar tol yang lebih tinggi iaitu jikalau dibandingkan dengan jambatan pertama yang mana untuk kereta biasa, kadar tol ialah RM7, jikalau dapat rebat Touch ‘n Go hanya RM5.60 tetapi jambatan kedua tidak ada rebat dan perlu bayar RM8.50 dan jaraknya lebih jauh menyebabkan pengguna kenderaan terpaksa menanggung beban minyak yang lebih banyak. Ini ialah satu keadaan yang tidak seimbang di mana akan menyebabkan lebih ramai suka untuk menggunakan jambatan pertama.
Jadi saya berharap...
[Disampuk] Saya rasa faktor kos bukanlah satu faktor yang penting kerana saya rasa ini boleh diselesaikan. Kerajaan ada tanggungjawab untuk menyediakan infrastruktur yang terbaik untuk rakyat tanpa hanya mengambil kira faktor kos.
Harap perjanjian tersebut, konsesi tersebut dapat dikaji semula supaya kedua-dua jambatan ini dapat digunakan sepenuhnya oleh rakyat Pulau Pinang. Terima kasih.
Datuk Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong.
Sememangnya Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Barisan Nasional memang kerajaan bertanggungjawab. Jadi sebab itu kalau kita melihat di Pulau Pinang, jambatan kedua iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah dibina dengan kos RM4.5 bilion.
Bukan setakat itu, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita melihat sambungan daripada jambatan kedua, masih ada beberapa projek, empat projek untuk meleraikan atau menyuraikan trafik di Pulau Pinang yang keseluruhan kosnya dianggarkan ialah RM1.087 bilion iaitu menaik taraf lebuh raya dari Batu Maung ke Sungai Nibong, juga pembinaan flyover daripada bulatan Batu Maung ke persimpangan P10 Pulau Pinang dan juga Batu Maung ke Jalan Sultan Azlan Shah dan juga menaik taraf Jalan Teluk Kumbar ke lapangan terbang. Kalau siap empat projek ini nanti, inshaaAllah, keseluruhan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah akan dihubungi terus ke Georgetown dan ia akan lebih mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Berkaitan dengan kos perjalanan, kalau kita melihat Jambatan Pertama Pulau Pinang, ia mungkin lebih dekat untuk orang yang berada di Seberang Perai. Manakala di Batu Kawan, di Simpang Ampat dan sebagainya, kalau hendak pergi ke Pulau Pinang, lebih dekat menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Dengan itu, yang dari selatan hendak ke Pulau Pinang lebih dekat. Kalau mereka terpaksa pergi ke Jambatan Pertama Pulau Pinang, jarak perjalanan itu juga sebenarnya jauh.
Jadi, sebab itu kita sudah pun mengkaji keseluruhan daripada segi kos, impaknya kepada rakyat dan sebab itu kita mengira bahawa dengan kos jambatan yang lebih tinggi dengan bayaran tol yang lebih murah, kalau kita bandingkan dengan kos perjalanan dengan jambatan pertama, maka ia ialah bayaran yang munasabah.
Datuk Haji Fadillah bin Yusof
Kalau kita bandingkan Jambatan Pulau Pinang yang pertama dulu, kalau tidak direstructure, sebenarnya kos tolnya adalah lebih kurang sama dengan apa yang dicajkan oleh Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Jadi, sebab itu saya kira disebabkan restructuring, sebab itulah kerajaan yang bertanggungjawab ini memberi kemudahan kepada rakyat Pulau Pinang, maka jambatan pertama kekal pada kadar RM7 tetapi tempoh konsesinya dipanjangkan sehingga tahun 2038.
Jadi, inilah yang kita laksanakan dan saya kira kalau apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tanjong itu tadi untuk kerajaan bertanggungjawab, saya kira Kerajaan Negeri Pulau Pinang patut juga bertanggungjawablah. Kalau untuk orang Pulau Pinang bagilah konsesi rebat kepada anak-anak Pulau Pinang supaya mereka dapat menggunakan jambatan itu dengan lebih murah lagi. Terima kasih.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya berapakah kos yang ditanggung oleh kementerian terhadap rebat Touch ’n Go yang diberikan kepada pengguna di Pulau Pinang? Adakah pihak kerajaan bercadang untuk mewajibkan semua pengguna kenderaan jalan raya untuk menggunakan sistem Touch ’n Go ataupun SmartTAG untuk mengurangkan kadar kesesakan di jalan raya terutamanya di bandar-bandar utama ataupun pada waktu perayaan dan turut memberikan rebet kepada yang menggunakan Touch ’n Go atau SmartTAG sebagai kempen pelaksanaannya. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.
Setakat ini saya tiada jumlah sebenar berapa rebet yang telah ditanggung oleh kerajaan ataupun oleh syarikat konsesi berkaitan dengan rebet untuk jambatan pertama Pulau Pinang.
Akan tetapi kalau melihat kepada perancangan jangka panjang kerajaan iaitu mulai tahun 2020 kita mengharapkan penggunaan ETC ataupun Touch ’n Go dan SmartTAG, kita mengharapkan keseluruhannya akan menggunakan kaedah tersebut. Kita sudah pun memperkenalkan beberapa buah tempat sebagai percubaan dan di lima buah tempat tersebut ia memang memberi ataupun mengurangkan kesesakan khususnya kesesakan di tol-tol plaza. Ini sedang kita buat kajian secara keseluruhan dan kalau ia dapat dilaksanakan termasuklah syarikat-syarikat konsesi akan mengeluarkan kad ataupun SmartTAG yang lebih murah sudah pasti ia akan lebih menggalakkan migrasi kepada cash term untuk menggunakan kaedah kad ataupun ETC. Kita sedang meneliti dan diharapkan ia akan dapat diumumkan pada tahun yang akan datang. Terima kasih.
5. Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:
(a) berapakah peratus air dirawat yang mampu dijimatkan jika Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) diaplikasi dengan baik; dan
(b) manakah negara-negara luar yang telah mewajibkan sistem SPAH diaplikasi di negara mereka.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor atas soalan yang dikemukakan. Saya ingin memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa menggalakkan inisiatif perkhidmatan air menerusi pelaksanaan Sistem Penuaian Air Hujan atau kita panggil SPAH baik di peringkat kerajaan, agensi swasta dan juga komuniti termasuklah LKIM.
Air hujan yang dikumpulkan ini Yang Berhormat boleh digunakan semula bagi kegunaan bukan minum seperti kegunaan domestik mencuci lantai di rumah, siram pokok, landskap, curahan tandas, cuci kenderaan dan sebagainya. Kesedaran penggunaan kepada pembangunan masa kini Tuan Yang di-Pertua seperti rumah penggunaan pembersihan bagi kawasan masjid, industri, sekolah dan sebagainya akan dapat mengurangkan kos rawatan air yang perlu dirawat oleh kerajaan sekiranya sistem penuaian air hujan ini menjadi amalan kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Di samping itu juga Tuan Yang di-Pertua ia akan dapat membantu menangani krisis-krisis air dan SPAH juga akan dapat mewujudkan kaedah penjimatan sumber air yang lebih baik. Kalau kita sedari Yang Berhormat, SPAH ini sebenarnya sudah menjadi amalan dari zaman dahulu, zaman mak bapa kita lagi. Kalau dahulu rumah-rumah lama ada tempayan bagi kawasan tadahan-tadahan air tetapi sekarang ini agak kurang pengamalannya. Jadi kita amat menggalakkan kepada rakyat keseluruhannya untuk memulakan kembali amalan penyimpanan air-air hujan ini.
Bagi makluman Yang Berhormat Kuala Selangor juga, kementerian telah pun membuat beberapa pindaan Tuan Yang di-Pertua kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) atau juga dikenali sebagai (UBBL) iaitu Undang-undang Kecil 12, Undang-undang Kecil 2, 10 dan 115 dan pindaan-pindaan ini telah pun dipersetujui secara bersama dengan kerajaan-kerajaan negeri dalam Mesyuarat Negara Kerajaan Tempatan yang ke-64 pada 23 Mei 2011 untuk mensyaratkan sistem SPAH ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Selangor juga sekiranya usaha ini dapat dilakukan, ia akan dapat mengurangkan penggunaan air terawat kerana sebagai contoh setiap penghuni rumah akan menggunakan purata 50 gelen ataupun 227 liter air sehari Tuan Yang di-Pertua dan daripada jumlah berkenaan dan 25 peratus daripada jumlah air yang digunakan ini adalah untuk aktiviti-aktiviti luaran, siram tanaman, curahan tandas dan sebagainya. Oleh sebab itu pemasangan SPAH ini akan berupaya untuk mengurangkan permintaan air terawat kepada 75 peratus.
Saya juga ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa berdasarkan kepada kajian penyelidikan yang telah pun dijalankan Tuan Yang di-Pertua oleh Institut Penyelidik Hidraulik Kebangsaan Malaysia ataupun NAHRIM 34 peratus air dirawat daripada jumlah penggunaan air bulanan isi rumah mampu dijimatkan sekiranya Sistem Penuaian Air Hujan atau SPAH ini diaplikasikan dengan baik.
Menjawab kepada soalan kedua yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, negara-negara luar yang telah pun mewajibkan sistem SPAH saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa sistem SPAH telah pun diamalkan di banyak negara termasuklah Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Australia, India dan Jerman ekoran daripada kesedaran mengenai penjimatan penggunaan air terawat. Australia merupakan antara negara yang mengambil berat mengenai amalan penjimatan air dan menggariskan keperluan mandatori penjimatan air dalam memastikan bahawa pembinaan semua rumah baru direka bentuk supaya efisien daripada segi penggunaan air dan juga tenaga.
Selain daripada itu, di Jerman pula SPAH telah diperkenalkan sejak tahun 1998 untuk pembangunan berskala besar dalam usaha untuk mengurangkan banjir dan penjimatan air terawat. Dalam pada itu pelaksanaan SPAH di United Kingdom juga telah semakin luas diaplikasikan bagi setiap pembinaan kediaman baru di negara tersebut dalam usaha untuk mencapai keperluan minimum bagi code for sustainable homes, dengan izin dan kepentingan SPAH sebagai sumber air alternatif telah pun diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Ini antara beberapa perkara yang ingin saya maklumkan Yang Berhormat Kuala Selangor. Jadi saya harap mudah-mudahan LKIM akan dapat mengambil pendekatan yang segera Yang Berhormat untuk menggunakan Sistem Penuaian Air Hujan ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang sangat berfakta.
InshaaAllah di peringkat LKIM kita akan mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Menteri tersebut. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian kerana baru-baru ini telah mewujudkan satu keterbukaan untuk bertemu dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu menyelesaikan isu permasalahan perumahan khususnya mereka yang tidak memiliki rumah di negeri Selangor.
Soalan saya Yang Berhormat Menteri. Saya ada terbaca penyelidikan yang dilakukan oleh NAHRIM atau Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang menyatakan SPAH juga dapat mengurangkan air larian permukaan, dengan izin, surface run off daripada memasuki sistem saliran awam dan secara tidak langsung dapat mengelakkan dari berlakunya banjir kilat.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Selain daripada itu, kajian tersebut juga melaporkan bahawa melalui SPAH pihak berkuasa bekalan air juga dapat menjimatkan operasi pemeriksaan air di loji air sekali gus dapat menjimatkan tenaga elektrik dan meningkatkan kecekapan tenaga negara. Saya mohon penjelasan daripada apa yang dikaji oleh pihak NAHRIM.
Kedua, adakah pihak kementerian ingin mewajibkan semua pemaju untuk membuat aplikasi SPAH di semua projek perumahan Malaysia? Terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Terima kasih kepada Yang Berhormat.
Saya sudah jelaskan tadi Yang Berhormat hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh NAHRIM bahawa sekiranya SPAH ini menjadi amalan maka 34 peratus daripada air terawat akan dapat diselamatkan.
Antara kelebihan Sistem Penuaian Air Hujan atau SPAH dan disebut dengan jelas oleh Yang Berhormat tadi apa juga kajian yang dilakukan oleh NAHRIM itu ialah kenyataan dan fakta. Sebagai contoh kelebihan SPAH terhadap alam sekitar dan kerajaan Tuan Yang di-Pertua, ia dapat menggunakan air semula jadi sepenuhnya tanpa apa-apa bayaran.
Rahmat yang diberikan oleh Allah SWT percuma untuk kita gunakan.
Kedua dapat kurangkan bekalan air terawat daripada digunakan secara berlebihan untuk perkara-perkara yang boleh digunakan dan digantikan dengan air hujan, mengurangkan kos.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Kemudian dapat memperlahankan seperti kenyataan Yang Berhormat tadi ya, pengaliran air terus memasuki pusat-pusat bandar terutamanya kerana banyak banjir kilat dan sebagainya dapat dikurangkan sekiranya amalan sistem SPAH ini dapat digunakan.
Selain daripada itu dapat mengurangkan hakisan tanah dan banjir di kawasan bandar dan meningkatkan kadar kelembapan tanah untuk penghijrahan bandar. Daripada segi domestik, dah tentulah ia akan dapat membantu kita menjimatkan bayaran bil air terhadap air-air terawat dan selain daripada itu, sistem penuaian air hujan ini juga adalah lebih mudah untuk dibina dan beroperasi untuk kita kekalkan kegunaan air itu.
Saya ingin juga memaklumkan kepada Yang Berhormat, selain daripada kajian yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, kajian secara spesifik tentang keberkesanan SPAH ini telah pun dijalankan secara nyata oleh pihak NAHRIM. Dua kajian. Antara kajian- kajian dilakukan Tuan Yang di-Pertua, yang pertama ialah SPAH dipasang di rumah teres dua tingkat di Taman Wangsa Melawati, Kuala Lumpur pada tahun 2001. Objektifnya untuk kita lihat keberkesanan SPAH bagi kediaman untuk kegunaan non portable water ini dengan izin. Hasil daripada kajian itu, ia menunjukkan bahawa purata isi rumah ini Yang Berhormat dapat menjimatkan air. Memang benar, kepada 34 peratus daripada bil air melalui penggunaan SPAH, itu yang pertama.
Yang kedua, kajian juga dijalankan di Rumah Panjang Bair, Betong Sarawak bagi fasa I dan fasa II pada tahun 2002. Objektifnya untuk kita kesan penggunaan air hujan sebagai bekalan air alternatif kepada penggunaan air sungai terutama bagi pembersihan umum. Hasil daripada kajian itu dapat melihatkan bahawa SPAH dapat membekalkan air-air tambahan kepada penduduk dan dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap air sungai yang ada.
Jadi kenyataan yang bukan sahaja telah dilakukan dan diaplikasikan oleh negara daripada negara di luar negara Yang Berhormat, termasuk juga kajian-kajian yang daripada semasa ke semasa dilakukan oleh pihak NAHRIM. Menjawab kepada soalan Yang Berhormat sama ada ia telah pun diguna pakai di peringkat pihak berkuasa tempatan, saya dah sebut tadi dengan pindaan-pindaan terhadap Undang-undang UKBS 1984 tadi dan selain daripada itu, beberapa garis panduan juga telah pun dikeluarkan kepada semua pihak berkuasa tempatan. Sehingga Mac 2014, sebanyak lima panduan pemasangan SPAH telah pun dikeluarkan.
(i) Guidelines for Installing a Rainwater Collection and Utilization System, 1999 dengan izin oleh Kementerian KPKT;
(ii) Rainwater Harvesting Guidebook Planning and Design, 2009 oleh JPS;
(iii) Urban Stormwater Management Manual for Malaysia, 2nd Edition, 2011 oleh Jabatan Pengairan Saliran, MSMA; dan
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
(iv) Guideline on Eco-efficiency in Water Infrastructure for Public Buildings in Malaysia dengan izin, oleh NAHRIM.
Pihak kementerian memantau dari semasa ke semasa Yang Berhormat, atas peruntukan undang-undang yang telah pun diletakkan untuk dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Panjang lebar. Ada soalan lagi?
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Ada soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih ke atas jawapan yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri tadi. Saya memang mengalu-alukan tindakan atau langkah-langkah kerajaan untuk menggalakkan sistem SPAH ini digunakan. Tapi saya nak tanya adakah kerajaan sudi mengkaji, memberi insentif yang lebih kepada pemaju-pemaju untuk menjalankan projek ini, maknanya daripada segi mungkin pengurangan cukai jika mereka ada projek yang menggunakan sistem SPAH ini.
Juga insentif kepada pengguna-pengguna, maknanya seperti yang ada sistem SPAH ini mungkin kadar air untuk rumah-rumah tersebut lebih murah. Ini akan memberi tekanan kepada developers atau pemaju-pemaju untuk melaksanakan sistem SPAH ini.
Kita lihat memang ini ialah satu cara yang perlu kita laksanakan demi dengan izin, environment kita seperti mana kita lihat air semakin sekarang berkurangan. Adakah kerajaan boleh sudi mengkaji langkah-langkah tersebut.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Soalan dan pandangan Yang Berhormat itu akan diambil maklum oleh pihak kementerian untuk kajian sama ada akan dilaksanakan dengan segera atau kemudian. Terima kasih.
6. Puan Teo Nie Ching [Kulai] minta Menteri Pendidikan menyatakan, bilangan tawaran guru bahasa Cina di sekolah rendah, sekolah menengah, dan guru yang mengajar bahasa Cina sebagai bahasa kedua di Institut Pendidikan Guru.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Dengan sukacitanya saya mengalu- alukan kehadiran adik-adik pelajar dari SK Selayang Utama [Tepuk] Terima kasih Yang Berhormat Kulai atas soalan berkaitan dengan guru bahasa Cina di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat seramai 2,255 orang guru akademik opsyen bahasa Cina di sekolah menengah harian dan seramai 19,011 orang guru akademik opsyen bahasa Cina di sekolah rendah harian.
Bagi guru yang bakal mengajar bahasa Cina sebagai bahasa kedua yang masih dalam latihan di institut pendidikan guru atau IPG adalah seperti berikut:
(i) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seramai 495 pelajar yang bakal menamatkan pengajian pada Disember 2014; dan
(ii) Kursus Diploma Perguruan Malaysia Kursus Dalam Cuti (KDPM - KDC) seramai 289 orang pelajar yang baru menamatkan pengajian pada Jun 2014.
Sekian, terima kasih.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya juga dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan juga ada hantar pelajar yang bukan berbangsa Cina ke China untuk mempelajari bahasa Mandarin sejak tahun 2007. Sampai sekarang orang yang dihantar, pelajar-pelajar yang dihantar ke negara China adalah seramai 409 orang. Anggaran kos pelajar bagi satu tahun pengajian adalah sebanyak RM30,080.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Jadi maksudnya untuk kos setahun untuk pelajar-pelajar ini sudah mencecah RM12.5 juta. Kalau kos ini adalah sepanjang dua tahun, maksudnya kosnya akan mencapai RM25 juta.
Jadi saya di sini juga nak tanyalah Timbalan Menteri kita, apa itu manfaat untuk kita menghantar pelajar-pelajar ke negara China untuk belajar bahasa Mandarin kerana saya rasa pengajian bahasa Mandarin di negara kita adalah cukup cemerlang.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Terima kasih Yang Berhormat Kulai yang berkaitan dengan satu program di mana pelajar bukan Cina dihantar ke negeri China untuk belajar bahasa Cina, ini adalah dalam Program Penghantaran Pelajar Cemerlang atau PPPC. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Beijing Foreign Studies University menyasarkan 50 orang pelajar memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bahasa Cina sebagai bahasa kedua setelah tamat pengajian.
Tujuan untuk mengadakan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar bukan Cina untuk berkhidmat di negara kita dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina. Ini menunjukkan satu kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan universiti-universiti di China. Ini adalah sangat penting daripada perspektif pendidikan kerana memang Kementerian Pendidikan Malaysia tidak berhasrat melahirkan pelajar-pelajar yang hanya menerima pengajaran dan pembelajaran di IPTA atau IPTS.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Ini dianggap sebagai satu pendedahan luar negara atau satu overseas exposure dengan izinnya. Ini juga memupuk sikap atau nilai yang berkaitan dengan pendidikan di mana kita memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mendapat satu pandangan yang begitu luas. Ini kerana kita tidak mahu pelajar kita, ‘seperti katak di bawah tempurung’.
Sekian terima kasih.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini pendedahan statistik daripada Program Latihan Khidmat Negara begitu mengejutkan apabila didapati seramai 604 orang peserta daripada kaum Cina dan India yang mengikuti program tersebut langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu. Perkara ini didedahkan oleh pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Dr. Teo Kok Cheong melalui kajian yang telah dibuat dalam kalangan 14,000 orang pelatih dari 79 buah kem di seluruh negara pada tahun 2010.
Persoalannya apa tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Pendidikan bagi mengatasi masalah ini supaya bahasa Melayu yang telah dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan bukan sahaja dipelajari untuk lulus dalam peperiksaan semata-mata. Akan tetapi turut dihayati sebagai bahasa yang menjadi medium dalam mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Terima kasih.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang berkaitan dengan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Malaysia antara pelajar-pelajar kaum Cina dan India.
Untuk menguasai Bahasa Malaysia, KPM ada banyak program daripada peringkat sekolah selain daripada pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kementerian Pendidikan Malaysia sememangnya mengadakan pelbagai program dalam bentuk aktiviti kokurikulum seperti Bulan Bahasa, Karnival Bahasa dan lain-lain. Dengan membaca surat khabar, kita boleh mendapati bahawa aktiviti-aktiviti atau program-program seperti yang tersebut dilaksanakan bukan hanya di peringkat sekolah tetapi di peringkat daerah, negeri malah di peringkat kebangsaan juga.
Apa yang sangat penting di sini saya hendak sampaikan kepada Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini adalah di mana untuk menguasai sesuatu bahasa, seorang pelajar hendaklah juga mengambil tanggungjawab diri sendiri untuk menguasai sesuatu bahasa seperti belajar mata pelajaran yang lain. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada inisiatif atau langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, ini merupakan satu tanggungjawab peribadi dan di sini juga saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sedikit pengalaman saya. Pada tahun 1971, saya amat bersyukur kerana mendapat Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Pada masa itu saya tidak tahu berbahasa Malaysia dan saya masuk universiti dengan mengetahui hanya lima perkataan Bahasa Malaysia. Saya menjadi joke of the class, dengan izin, kerana apabila saya hendak menunjukkan bahawa saya boleh menyebut perkataan dalam Bahasa Malaysia, padang menjadi ‘pehdang’. Akan tetapi selepas itu saya mengambil tindakan dengan bertanggungjawab untuk belajar Bahasa Malaysia sehingga saya lulus ketiga-tiga kertas Bahasa Malaysia. Ini bermakna Yang Berhormat-Yang Berhormat, bahawa untuk menguasai sesuatu bahasa adalah sangat penting bahawa pelajar juga mengambil tindakan untuk mempertingkatkan diri sendiri dengan tuisyen, mendengar berita dalam Bahasa Malaysia dan lain-lain. Sekian, terima kasih.
7. Dato' Wira Othman bin Abdul [Pendang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk merobohkan tol di Juru dan Sungai Dua bagi mengurangkan kesesakan yang amat teruk pada musim perayaan. Kalau tidak, mengapakah?
Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih pada soalan daripada Yang Berhormat Pendang, soalan nombor tujuh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan setakat ini tidak berhasrat untuk menghapuskan kutipan tol di Plaza Tol Juru dan juga Plaza Tol Sungai Dua di Lebuhraya Utara-Selatan. Ini kerana kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan termasuk di Tol Plaza Juru dan Plaza Sungai Dua telah distruktur semula pada tahun 2011, di mana pengguna masih menikmati kadar tol yang lebih rendah berbanding kadar tol yang sepatutnya mengikut perjanjian konsesi.
Kementerian ini mengambil maklum mengenai masalah kesesakan yang sering berlaku di Lebuhraya Utara Selatan pada musim perayaan terutamanya. Ini termasuklah di Plaza Tol Juru dan Sungai Dua.
Sehubungan itu pengguna dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi jadual cadangan waktu perjalanan ataupun TTA yang telah dikeluarkan oleh pihak konsesi PLUS. Di samping itu, kementerian ini juga telah menetapkan perintah larangan kepada kenderaan berat dan mengarahkan semua kerja pembinaan dihentikan untuk tempoh masa tertentu semasa musim perayaan utama. Terima kasih.
Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya bukanlah hendak meminta kerajaan memansuhkan Tol Juru dan Sungai Dua. Saya bercakap soal hendak mengurangkan kesesakan semasa perayaan-perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali. Pengguna lebuh raya dari Kuala Lumpur hendak sampai ke Alor Setar 12 jam Yang Berhormat, 12 jam musim perayaan. Oleh sebab itu, adakah kerajaan merancang untuk membuka lorong sekurang-kurangnya dua lorong daripada pengguna lebuh raya dari Kuala Lumpur misalnya Damansara, kita mulakan lorong terus untuk keluar, terus di Pendang atau di Alor Setar tanpa membayar tol di Juru dan Sungai Dua.
Jadi kesesakan yang berlaku itu adalah disebabkan oleh tol kita ini dibuat di tengah-tengah lebuh raya. Di tengah-tengah lebuh raya Tuan Yang di-Pertua. Jadi satu masalah besar. Jadi sebabnya saya katakan perancangan apakah kerajaan bercadang untuk mengadakan lorong bagi membolehkan pengguna lebuh raya mengguna terus keluar di Alor Setar ataupun di Pendang ataupun di Sungai Petani. Itu persoalan pokok Yang Berhormat.
Datuk Haji Fadillah bn Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Untuk makluman, kalau kita melihat kaedah Lebuhraya Utara Selatan dari Tol Juru dan juga Tol Sungai Dua terpaksa diadakan dua tol di Tol Juru dan Tol Sungai Dua disebabkan antara Tol Juru dan Tol Sungai Dua ialah kaedah untuk memberi laluan kepada penduduk setempat tersebut menggunakan highway tanpa membayar tol antara Tol Juru dan Tol Sungai Dua. Jadi kalau tidak diletakkan tol sebab sistem ini tertutup, kalau dibuka tol tersebut maknanya orang daripada apa yang hendak keluar masuk ke simpang, ada tujuh buah simpang termasuklah di Permatang Pauh, Juru dan sebagainya, maka mereka tidak ada tempat untuk membayar tol disebabkan itulah tol terpaksa dibuat.
Jadi, apa yang dicadangkan boleh dilakukan ialah ada satu cadangan sebenarnya untuk membuat lintasan iaitu tidak melalui dua tol ini untuk mereka yang terus ke utara, ke Kedah dan sebagainya yang tidak masuk ke Permatang Pauh dan sebagainya. Akan ada cadangan tersebut, sedang dilaksanakan.
Datuk Haji Fadillah bn Yusof
Akan tetapi bergantung banyak kepada cadangan tersebut sama ada daripada segi kos dan akhirnya kepada kadar tol yang akhirnya nanti adakah munasabah ataupun tidak. Setakat ini masih di peringkat perundingan di Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di EPU tengah meneliti cadangan tersebut. Memang sudah ada cadangan. Jadi kalau cadangan tersebut nanti ada, maka InshaaAllah ia akan dapat menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang.
Pada masa yang sama apa yang kita laksanakan juga ialah untuk mempertingkatkan konfigurasi plaza tol di Tol Juru dan juga Tol Sungai Dua. Sama ada di peringkat untuk masuk dan juga keluar daripada semua persimpangan.
Datuk Haji Fadillah bn Yusof
Sebenarnya kita sudah mengadakan pertambahan melalui kaedah apa yang dikatakan fishboat. Maknanya ada beberapa tambahan lorong tol supaya dapat mempercepatkan orang keluar dari highway dan tidak menyebabkan kesesakan di tol PLUS tersebut. Jadi ini sedang kita laksanakan dan memang kita pantau secara rapi tetapi yang lebih penting saya kira pengguna juga kena mengikuti segala perancangan yang diumumkan oleh pihak PLUS supaya mereka dapat menjadualkan perjalanan mereka.
Terima kasih.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Boleh saya dapat tahu adakah kerajaan berhasrat untuk menghapuskan tol sekali gus dari seluruh North-South Highway? Jika tidak kenapa? Ini kerana memandangkan rasional untuk mengadakan tol itu tidak lagi terpakai daripada permulaan itu semua keuntungan dan kelebihan telah diperoleh dan ini sangat membebankan rakyat.
Lagipun itu ialah polisi Pakatan Rakyat untuk menghapuskan tol.
Datuk Haji Fadillah bin Yusof
Yang Berhormat Ipoh Barat, saya kira sebahagian daripada perancangan tol dahulu bila hendak melaksanakan lebuh raya ialah berdasarkan PFI iaitu pelaburan swasta di mana swasta membina, mereka mengambil pinjaman, dan akhirnya dibiayai melalui toll collection dan PLUS Highway kita sudah tahun 2011 membuat restructuring untuk melihat kepada kadar tol supaya tidak membebankan rakyat. Ini sudah pun dilaksanakan dan sebab itu kadar tol tidak dinaikkan pada tahun 2011 dahulu dan dijadualkan semula dengan kita memanjangkan tempoh konsesi. Ia sudah pasti kita masih tertakluk kepada perjanjian.
Yang Berhormat Ipoh Barat juga merupakan seorang peguam dan peguam kita kena menghormati perjanjian.Kalau ada kemungkiran ataupun kita tidak mematuhi perjanjian tersebut, maka sudah pasti akan memberi implikasi kepada kerajaan iaitu untuk membayar pampasan. Ini kerana pampasan dibayar ialah satu kos pembinaan highway, kos operasi, kos daripada segi pinjaman dan untuk membayar balik pinjaman kepada pemberi pinjaman dan juga pulangan kepada pelabur-pelabur. Misalnya PLUS, pelaburnya bukan sahaja orang awam tetapi juga KWSP, juga tabung pencen dan sebagainya.
Sudah pasti mereka yang memberi pinjaman ini mengharapkan dividen. Sudah pasti kalau kita melihat keseluruhannya, kos kepada kerajaan untuk mengambil alih semua lebuh raya yang ada begitu besar sekali. Akhirnya yang menanggung ialah rakyat dan disebabkan itulah kita kena melihat kepada gambaran yang lebih besar. Setakat ini saya kira setelah meneliti keseluruhan implikasinya, maka Kerajaan Persekutuan tidak berhasrat untuk mengambil alih semua highway disebabkan pampasan yang perlu dibayar yang akhirnya bebanan kembali kepada rakyat. Untuk itu saya kira malahan di Penang pun mereka bercadang untuk membuat under sea. Bila ditanya oleh pemberita, saya kira Yang Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang pun mengatakan akan dikenakan tol. Jadi saya rasa mungkin itu bukan Pakatan Rakyat punya polisilah. Terima kasih.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Itu tol laut, lain.
8. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, kementerian manakah yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawasi penyertaan Malaysia di Expo Dunia 2015 yang berlangsung di Milan dan nyatakan persiapan yang dibuat, mana syarikat yang dilantik untuk membina dan menguruskan pavilion negara dan bagaimanakah cara peserta-peserta ekspo dari Malaysia dipilih.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Lee Chee Leong
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pada 12 September 2012 telah bersetuju supaya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyelaras penyertaan Malaysia dalam Ekspo Milan 2015 yang akan berlangsung pada 1 Mei hingga 31 Oktober 2015 di Milan, Itali. Keputusan ini diambil agar penekanan terhadap aspek pembangunan ekonomi dan penggalakan perdagangan dan pelaburan dapat dipertingkatkan. Bagi melaksanakan penyertaan Malaysia di ekspo tersebut, proses tender terbuka untuk pembangunan dan pengurusan Pavilion Malaysia di Ekspo Milan 2015 telah dilaksanakan.
Fasa pertama tender tersebut adalah untuk perkhidmatan untuk pembangunan tema dan reka bentuk Pavilion Malaysia. Tender ini telah diiklankan pada 28 Mei 2013 dalam akhbar kebangsaan utama serta laman sesawang E-Perolehan MITI dan agensi- agensinya dan ditutup pada 21 Jun 2013. Fasa kedua tender untuk perkhidmatan pembinaan dan pengurusan Pavilion Malaysia. Tender ini diiklankan pada 27 Disember 2013 dalam akhbar kebangsaan utama Malaysia serta laman sesawang E-Perolehan MITI dan agensi-agensinya dan ditutup pada 14 Februari 2014.
Memandangkan skop kerja tender ini adalah kompleks dan merentasi pelbagai bidang serta memerlukan penilaian mendalam oleh ahli-ahli yang mempunyai latar belakang profesional, maka satu Jawatankuasa ad hoc penilaian tender yang terdiri daripada wakil-wakil dari Kementerian Kewangan, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Universiti Islam Antarabangsa telah ditubuhkan.
Hasil daripada penelitian jawatankuasa tersebut berdasarkan garis panduan semasa mengenai perolehan kerajaan reka bentuk Pavilion yang dihasilkan oleh firma arkitek terkemuka tanah air iaitu Firma Hijjas Kasturi telah berjaya terpilih manakala syarikat PKor Integrated Exhibition (M) Sdn. Bhd telah dipilih oleh Lembaga Tender ‘B’, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri selaku kontraktor utama pada 17 Mac 2014.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai satu inisiatif kebangsaan, penyertaan Malaysia turut melibatkan pelbagai kementerian, agensi, kerajaan negeri, pihak swasta, badan-badan bukan kerajaan dalam perancangan, pembangunan dan pengisian Pavilion Malaysia melalui Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri serta dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan dari pelbagai kementerian dan agensi.
Kemajuan projek ini juga dilaporkan kepada Jemaah Menteri melalui laporan berkala semasa mesyuarat Jemaah Menteri. Di bawah ruangan Jawatankuasa Kecil Kebangsaan ini, beberapa Jawatankuasa Kerja Kecil juga telah ditubuhkan bagi menyelaras aspek tertentu penyertaan Malaysia termasuklah:
(i) Jawatankuasa Kecil Gantungan Ekspo dan Pengurusan Kualiti Gantungan yang diketuai oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia;
(ii) Jawatankuasa Kecil Promosi dan Publisiti yang diketuai oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; dan
(iii) Jawatankuasa Kecil Pengurusan Kewangan yang diketuai oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Buat masa ini, kerja-kerja pembinaan dan pembangunan pengisian gantungan telah pun bermula.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Lee Chee Leong
Aktiviti-aktiviti promosi dan publisiti juga sedang berjalan dengan lancar mengikut jadual projek. Walaupun kerajaan telah memutuskan aspek penggalakan perdagangan dan pelaburan agar diberi tumpuan sepanjang Ekspo Milan, perlu ditekankan di sini bahawa Ekspo Milan bukanlah pameran perdagangan yang biasa dianjurkan oleh pihak MITI dan MATRADE.
Pameran di Pavilion Malaysia sepanjang tempoh enam bulan ekspo ini akan memberi fokus kepada penjenamaan negara dengan menonjolkan aspek-aspek pembangunan, keupayaan dan inovasi industri dan keluaran negara.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Lee Chee Leong
Penglibatan dan penyertaan sektor swasta dalam ekspo ini melalui pelbagai aktiviti dan program promosi yang akan diadakan dalam tempoh tertentu sepanjang ekspo ini berlangsung. Ini termasuk program misi perdagangan dan pelaburan, seminar dan taklimat perdagangan dan pelaburan, misi pemasaran khusus dan bantuan perniagaan.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah anggaran kos keseluruhannya bagi Malaysia menyertai Ekspo Milan ini? Walaupun ada pelbagai jawatankuasa kecil, beberapa kementerian yang lain dan agensi kerajaan yang lain mengambil bahagian dalam rundingan bersama dan juga perbincangan-perbincangan bagi menjayakan penyertaan Malaysia dalam ekspo yang penting ini yang merupakan satu acara antarabangsa yang terkenal.
Akan tetapi, saya ingin bertanya Yang Berhormat apakah bentuk pameran dan persembahan Pavilion Malaysia yang akan pastikan bersesuaian dengan tema World Expo ini iaitu “Feeding the Planet Energy for Life”. Ini satu persoalan yang penting kerana memandangkan ramai pelawat dari negara kita sendiri yang mengunjungi Pavilion Malaysia di Expo Shanghai 2010 itu merasa kecewa setelah mengunjungi Pavilion kita. Ini kerana pada ketika itu Pavilion kita yang diurus dan diselaraskan oleh Kementerian Pelancongan walaupun pada sebelum itu banyak usaha pun, rundingan usaha dan penyertaan banyak kementerian dan banyak agensi kerajaan pernah diadakan tetapi Pavilion Malaysia sudah dijadikan satu pavilion membeli-belah sahaja dan ini tidak menepati tema ketika itu iaitu, “Better City, Better Life”.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Panjang sangat. Cukuplah Yang Berhormat Cheras.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Saya ingin Yang Berhormat memberitahu dan memastikan apakah langkah yang diambil supaya masalah ini tidak akan diulangi. Ini yang penting sekali.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dua soalan ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu kos dan juga apa bentuk pameran.
Dato' Lee Chee Leong
Ya, Tuan Yang di-Pertua. Kosnya melibatkan ada dua bahagian, satu dalam tender pertama iaitu mereka bentuk Pavilion dan perkembangan tema melibatkan kos sebanyak RM1.35 juta dan tender kedua iaitu pembinaan dan pengurusan Pavilion, the cost RM44.98 juta. Keseluruhan ialah RM46.4 juta.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan bentuk Pavilion, ingin dimaklumkan kandungan pameran dan pengisian di dalam Pavilion menampilkan konsep kontemporari Malaysia pada hari ini seterusnya usaha Malaysia dalam menjaga hutan-hutan tropika demi kelestarian alam sekitar dan menampilkan segala hasil penyelidikan dan sumbangan inovasi Malaysia terhadap dunia. Pembinaan Pavilion Malaysia menggunakan bahan-bahan dan produk-produk buatan Malaysia contohnya kerangka bangunan menggunakan kayu balak tropika yang dihasilkan oleh sebuah syarikat Malaysia.
9. Datuk Hajah Norah binti Abd. Rahman [Tanjong Manis] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, adakah kriteria mempunyai kilang di Malaysia bagi pengeluaran kad pintar merupakan satu kemestian untuk menjadi syarikat pembekal kad pengenalan pintar negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Kriteria untuk membuat kilang di Malaysia adalah satu yang amat penting bagi seseorang untuk terlibat dengan membekalkan kad pintar untuk Kementerian Dalam Negeri. Hal ini adalah bagi memastikan tahap keselamatan pengeluaran kad pengenalan adalah terjamin dan juga bagi pihak Jabatan Pendaftaran sentiasa boleh memantau dan membuat pengauditan bersama pihak Pejabat Pegawai Keselamatan Malaysia iaitu CGSO ke atas kilang pengeluaran kad pengenalan secara berkala.
Selain itu, lokasi kilang pengeluaran kad pengenalan di Malaysia juga akan memudahkan pihak kerajaan untuk memantau, mengawal keselamatan serta memudahkan proses pengeluaran dan penghantaran kad pengenalan ke Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh negara Malaysia. Terima kasih, Yang Berhormat.
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, kenapa syarikat Datasonic yang tiada kilang di Malaysia yang outsource kerja-kerjanya ke negara China dan syarikat yang ada kilang satu-satunya kepunyaan rakyat Malaysia dan saham yang terbesar ialah Felda Global Ventures yang mempunyai 25.8 peratus tidak diberi kerja. Terima kasih.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih, Yang Berhormat.
Sistem perolehan yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian ialah menerusi tender terbuka. Jadi maknanya Tuan Yang di-Pertua, kita mendedahkan kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai kemampuan untuk mengambil peluang dan ruang untuk terlibat dengan pembekalan kad pintar untuk Jabatan Pendaftaran Negara. Akan tetapi dalam masa yang sama kita juga menilai kapasiti dan capability syarikat-syarikat tersebut, dengan izin. Proses ini dilaksanakan secara strategik dan secara menyeluruh oleh pihak kementerian dan juga pihak CGSO untuk menilai kebolehan kapasiti mereka ini. Dalam presentation dan juga penilaian-penilaian ini maka tender terbuka ini telah mengenal pasti bahawa Syarikat Datasonic ini mempunyai kriteria-kriteria yang mencukupi memenuhi kehendak Jabatan Pendaftaran Negara dan kementerian dan kerajaan.
Maka adalah tidak tepat juga menyatakan bahawa Datasonic juga tidak mempunyai kilang di Malaysia, Yang Berhormat. Sebenarnya Datasonic mempunyai sebuah kilang di Petaling Jaya dan sebuah kilang di Port Klang. Jadi, dua buah kilang ini boleh menyokong sistem ini dan juga syarikat ini juga sebuah syarikat ICT yang diiktiraf, mempunyai teknologi-teknologi tertentu yang telah dinilai dan mempunyai kapasiti yang tinggi. Jadi dengan kriteria itulah maka kerajaan tender board. Kerajaan telah menerima Datasonic sebagai syarikat pembekal kad pintar ke Jepun, bukan kerana ada hubung kait syarikat ini dengan kerajaan ataupun badan-badan yang tertentu. Ini adalah secara terbuka, transparent dan accountable. Terima kasih.
10. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Kesihatan menyatakan, sebab tidak menukarkan lif lama yang sering rosak di Hospital Umum Sibu. Adakah kegunaan peruntukan RM5 juta yang dijanjikan, senaraikan.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Oscar dari Sibu. Tuan Yang di-Pertua, ada dua bahagian daripada soalan ini. Iaitu satu berkenaan dengan lif di Hospital Sibu dan yang kedua, tentang peruntukan RM5 juta yang telah pun diberi ke Hospital Sibu.
Berkenaan dengan lif tadi itu Tuan Yang di-Pertua, Hospital Sibu ini berumur 20 tahun.
Bermula pada tahun 1994, 620 buah katil, ada lima buah lif, empat daripadanya memang selalu rosak. Repair, rosak, repair, rosak, repair dan ini perlukan lif yang barulah. Kita sudah pun membuat permohonan untuk tahun 2015 akan tetapi tidak dapat.
Walau bagaimanapun kita akan berusaha juga iaitu melalui- kita akan tukar lif ini satu persatu melalui penjimatan wang pengurusan di hospital itu sendiri. Maknanya, kita akan buat fasa demi fasa untuk menggantikan lif yang baru.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan peruntukan RM5 juta memang sudah pun diberi dan seluruh RM5 juta ini yang digunakan untuk pembelian peralatan hospital.
Berbagailah. Contoh, ada semua sekali 66 item yang telah pun disenaraikan. Pembelian ini telah pun bermula dan supply telah pun bermula pada 13 Oktober dan akan diteruskan sehingga selesai pada hujung tahun ini Tuan Yang di-Pertua. Ada 66 item semuanya.
Contohnya, craniotomy set, craniotomy drills, defibrator, pelbagai sehingga 66 item Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu bertanya, berapakah kos untuk membaiki lif lama di Hospital Umum Sibu?
Mengapakah pembaikan ini mesti dijalankan dengan beberapa fasa? Selain itu saya mahu bertanya tentang neurosurgeon di Sibu masih tidak ada. Tidak ada neurosurgeon di Sibu, di Hospital Umum Sibu. Selalunya pesakit yang ada head injury mesti dihantar ke Hospital Kuching. Selalunya helikopter yang dibekalkan oleh Hospital Umum Sibu tidak mampu terbang kalau cuaca tidak baik. Selalunya pesakit itu mesti outsource helikopter di luar sana untuk terbang. Jadi, saya mahu penjelasan dari Menteri.
Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua seperti yang saya sebut tadi berkenaan dengan pembaikan lif ini, saya sudah sebut bahawa memang kita pohon peruntukan tambahan daripada ICU tetapi untuk tahun 2015 memang tidak dapat. Jadi, kita berusaha juga kerana ini penting, jadi kita gunakan penjimatan. Penjimatan dia…
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Beberapa kos lif kalau mahu…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sibu, peraturannya.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
…Memperbaiki lif itu berapa kos dia?
Kenapakah mesti ambil masa yang lama?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sibu.
Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Itu saya katakan tadi, kita ambil pendekatan lain.
Selain daripada minta permohonan lambat dapat, jadi kita gunakan penjimatan kita. Dia penjimatan– kos hendak repair lif bukan murah.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ini masalah sudah lama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Masalah memang sudah lama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sibu, peraturan ya.
Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Bagi saya jawab dulu...
[Dewan riuh]
Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Lif kos dia antara RM100,000 hingga RM200,000 sebuah lif, jadi apa yang ada penjimatan, kita gunakan untuk hendak repair lif. Tentang neurosurgeon di Sibu, memang kita tidak ada neurosurgeon di Sibu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, memanglah sekarang ini kita hantar kes- kes begini ke Kuching melalui perkhidmatan helikopter. Dia jauh sikitlah, dari Kuching ke Sibu memang jauh. Dalam masa mungkin satu jam setengah baru sampai dengan helikopter. Kalau dari Miri kurang-kurang tiga jam. Jadi, kalau cuaca buruk memang helikopter mana pun tidak boleh terbanglah. Helikopter ini dia tidak sama dengan fixed wing, dengan kapal terbang biasa. Kalau hujan boleh terbang lagi kalau fixed wing. Akan tetapi kalau helikopter dia sensitif dan berbahaya. Oleh sebab itu kita ambil pendekatan kalau keadaan cuaca buruk memang tidak dibenarkan terbanglah, takut semua tidak sampai.
Jadi, dalam hal ini memang Sibu dan juga Miri kita memang dalam proses untuk hendak mempertingkatkan perkhidmatan kedua-dua hospital ini. Ini supaya mereka jadi independent, tidak payah hantar pesakit ke Kuching. Ini makan masa panjang Tuan Yang di-Pertua.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat.]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 8.00 malam dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Khamis 30 Oktober 2014. Terima kasih.”
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2015 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion, empat ratus sembilan puluh sembilan juta, sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau
(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.
[28 Oktober 2014]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sebelum saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, oleh sebab kita tinggal dua hari lagi untuk perbahasan ini, saya hadkan masa 15 minit seorang.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Setuju Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya saya diberi peluang untuk mengambil bahagian bagi menyumbang buah fikiran membahaskan Bajet 2015 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat ada 15 minit ya.
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan dia sudah daftar diri ya. Sila.
Seorang Ahli
Punch card, punch card.
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Saya ingin memulakan perbahasan ini dengan mengajak kita untuk menghayati ayat al-Quran surah al-Hujrat, ayat 13 yang berbunyi:
*“Hai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan Kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan Kami jadikan Kamu berbangsa-bangsa dan bersyukur supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah di antara kalian orang-orang yang paling bertakwa”.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)* **mempengerusikan Mesyuarat.****] Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kerana telah berjaya membentangkan Bajet 2015 dengan tema “Ekonomi Keperluan Rakyat” pada kala rakyat sedang resah, gundah gulana, keliru, bimbang dengan tekanan kos sara hidup yang kian menghimpit serta fitnah, cerita purba, propaganda pembangkang yang cuba menangguk di air keruh.
Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2015 jelas menampilkan perancangan kerajaan yang cukup rapi untuk mengemas kini sosioekonomi rakyat demi kelangsungan kemajuan negara Malaysia yang bertuah ini. Ia merupakan satu bajet yang bukan sahaja akan memastikan pengurusan kewangan kerajaan diletak di tahap yang lebih baik tetapi pada masa yang sama diharap akan sampai kepada golongan ini dengan lebih tepat. Ini membuktikan keberanian politik, the political will Kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah dan tidak akan memperjudikan nasib rakyat hanya untuk kesenangan sementara atau hanya untuk mengejar populariti.
Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah dalam apa sahaja keadaan membazirkan wang rakyat, memaksa wang rakyat untuk dibelanjakan untuk memuaskan hati sesetengah pemimpin apabila cita rasa mereka tidak dapat dipenuhi.
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Kita tidak pernah lupa sejarah, di mana seorang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dipaksa untuk mengosongkan kerusinya bagi diadakan pilihan raya kecil hanya kerana dia sudah berani menentang kerakusan kuasa bosnya. Kisah yang pelik tetapi benar ini sekali lagi berulang dan kali ini di negeri Selangor. Di mana seorang Menteri Besar yang diagung-agungkan sebagai Menteri Besar yang cukup efisien, hebat menguruskan wang rakyat, memastikan rizab negeri terus meningkat, pelaburan dalam negeri bertambah ruah, akhirnya berubah. Adakah pemimpin tadi dalam sekelip mata sudah menjadi pemimpin yang boros, tidak lagi mempedulikan nasib rakyat ataupun kerana dia sudah tidak sanggup lagi mengutip dosa-dosa dengan membiarkan wang rakyat terus dinodai.
Kepimpinan negeri dipenuhi dengan sandiwara politik dan lebih bimbang negeri yang sudah 50 tahun diuruskan hingga menjadi negeri maju oleh Barisan Nasional akan disuramkan masa depannya. Kepada pembangkang saya ingin berkongsi gurindam Haji Ali, Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita, Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping, Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah, Apabila dengki sudah bertanah, Datanglah daripadanya beberapa anak panah,
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
*Mengumpat dan memuji hendaklah fikir, Di situlah banyak orang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela, Nanti hilang akal di kepala, Jika sedikit pun membuat bohong, Boleh diumpamakan mulutnya pekung, Tiada orang yang amat celaka, Aib dirinya tiada ia sangka, Barang siapa perkataan kotor, Mulutnya itu umpama ketur-ketur, Di mana tahu salah diri, Jika tidak orang lain yang berperi.* Tuan Yang di-Pertua, saya dapat note ini mohon...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Okey. Bukan ahli kita.
[Ketawa] Saya hendak alu-alukan rombongan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Parlimen Jelebu, manakah dia ini?
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kalau kita bandingkan Bajet 2015 dan bajet alternatif pembangkang, tidaklah banyak bezanya. Akan tetapi yang jelas perbezaannya ialah rohnya, niatnya, matlamatnya sahaja. Saya katakan tadi Bajet 2015 di bentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan adalah berniat untuk meletakkan Malaysia di landasan yang membolehkan ia terus bergerak menjadi negara maju, inshaaAllah pada tahun 2020.
Akan tetapi bajet alternatif Yang Berhormat Permatang Pauh ini pula sebenarnya bukanlah bajet ekonomi tetapi lebih kepada bajet politik. Dengan niat yang terang untuk memesongkan rakyat, menanam kebencian di hati rakyat yang akhirnya tidak diurus dengan baik akan memporak-perandakan negara ini.
Saya hairan di mana perginya tokoh-tokoh ekonomi pembangkang? Di mana hilangnya Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mempunyai profil ekonomi yang baik apabila mereka bersetuju untuk memperkenalkan CGT bagi menggantikan GST. Dan yang lebih peliknya, Yang Berhormat Permatang Pauh sendiri dengan bangganya menyatakan bahawa dia menentang GST atau VAT pada masa dahulu kerana ia acuan Barat. Tidakkah CGT ini juga acuan Barat?
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menentang CGT. Akan tetapi pada hemat saya cukai itu tidak sesuai dilaksanakan di negara ini pada ketika ini. Yang Berhormat Permatang Pauh sendiri dalam bajet alternatifnya mengakui tahun 2015 tahun yang amat mencabar bagi ekonomi dunia. Dasar Amerika Syarikat yang mahu menamatkan quantitative easing, ditambah pula dengan kemelesetan ekonomi. Manakala ketidaktentuan terus menyelubungi ekonomi China akibat kejatuhan nilai sektor hartanah dan tahap hutangnya. Jadi pada hemat saya, kerajaan pada waktu ini harus melipatgandakan usaha untuk menarik lebih banyak pelabur bagi menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Maka apa rasionalnya untuk kita hendak memperkenalkan CGT pada kala kita terpaksa bersaing dengan negara-negara ASEAN yang lain untuk mendapat pelaburan.
Sedangkan mengikut laporan yang saya petik tadi, negara sehebat UK pun mengalami pengurangan kutip cukai apabila CGT menyebabkan pelaburan negara itu menyusut. Itulah bezanya antara kita yang bertindak secara realistik dengan mereka yang sekadar menjual mimpi. Itulah kualiti kepimpinan pembangkang yang hanya mementingkan kuasa dan populariti demi melunaskan dendam peribadi. Sanggup mengadu domba, memfitnah malah menggadai masa depan rakyat dan negara.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jelebu bangun Yang Berhormat.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Boleh.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya tertarik dengan soal antara realiti, kebenaran dan tanggungjawab.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jadi bagaimana Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu melihat senario di Indonesia di mana Presiden baru Jokowi dan Prabowo yang satu ketika bersaing untuk jawatan presiden.
Akan tetapi apabila semuanya sudah dipilih dan ditentukan oleh majoriti rakyat, maka dengan begitu senang, dengan begitu bertanggungjawab maka Prabowo menyatakan sokongannya kepada Presiden yang diberi mandat kerana apa yang lebih penting dia kata bukan soal perjuangan untuk peribadi tetapi ialah soal kepentingan ekonomi dan juga masa depan rakyat Indonesia apabila Jokowi mahu menaikkan harga minyaknya ini. Jadi bagaimana Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu melihat isu ini dengan konteks yang dibincangkan soal realiti itu tadi. Terima kasih.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua, itu satu ulasan yang cukup tepat. Saya masih ingat waktu saya berucap kali pertama di Dewan yang mulia ini, saya mengajak semua Ahli Parlimen untuk kita meletakkan ideologi kepartian kita di luar pagar. Di sini kita harus bersatu, berfikir, berjuang untuk rakyat. Akan tetapi itu juga bezanya Prabowo dengan Ketua Pembangkang di Malaysia ini. Ini pemimpin yang hatinya besar untuk melihat negaranya ini...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
...Maju, walaupun dia tidak menjadi Presiden. Dia bukan hendak jadi Presiden kerana dia hendak jadi Presiden dan bila dia tidak jadi Presiden biarlah negara ini porak-peranda. Biarlah negara ini hancur kerana aku bukan jadi Presiden. Akan tetapi di sini kita sedar, walaupun keputusan telah pun dibuat, kerajaan telah pun dipilih...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
...Akan tetapi pembangkang masih lagi hendak merasakan bahawa mereka ini kerajaan.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Eh, Yang Berhormat Lenggong ini saya tanya dulu.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Saya juga menyatakan dulu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Okey.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tengok dia bagi siapa.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Saya juga menyatakan di sini waktu saya berada di sini iaitu...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Barisan Nasional hanya dapat 47 peratus undi, jumlah undi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Apabila kerajaan apabila dipilih...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Berbanding dengan Indonesia, Jokowi dapat lebih undi. Itu sebab dia jadi Presiden.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Maka kerajaan itulah, maka kerajaan itulah yang harus bergerak.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Eh, apakah logik ini? Ini Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu tidak tahu apa dia bertanya.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Logiknya pudar...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seputeh...
[Dewan riuh]
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
[Bangun]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini stupid, stupid question. You answer in a stupid way.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tarik balik...
[Dewan riuh]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini betul, ini betul...
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
*Stupid people like you.
For stupid people like you, you deserved that to be answered.*
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
You hendak berbanding dengan Indonesia...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seputeh.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Sebanyak 47 peratus kita punya sistem.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Kita menangkah tidak menang?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat Seputeh.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
You pembangkang kah kerajaan?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Memang kalah kalau daripada segi undi, jumlah undi...
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Tidak kisah...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Memang sini Pakatan lebih undi daripada Barisan Nasional.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
You pembangkang kah kerajaan?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Itu sebab ramai orang tidak puas hati.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
You tengok, you pembangkang. Jadi...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Bagilah dia peluang untuk dia tanya soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Duduklah Yang Berhormat. Ini melanggar peraturan mesyuarat.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Jadilah pembangkang yang baik. Ambil amanat rakyat. Rakyat hendak pembangkang yang baik.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini bermaksud rakyat mahu kami. Rakyat mahu Pakatan Rakyat. Itu sebab kami dapat lebih undi daripada Barisan Nasional.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Rakyat hendak pembangkang untuk membantu kerajaan.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Bukankah Yang Berhormat Kulim-Bandar Baru kata tadi, nak tinggalkan ideologi politik di luar?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat bangun jangan bercakap. Bangun minta izin Yang Berhormat.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Kesian. Ini gila talak, gila talak.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Ini gila talak ini.
Daripada dulu sampai sekarang. Kesian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baru, 15 minit, Yang Berhormat.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Boleh, boleh. Sila, sila.
Sila Yang Berhormat Lenggong, sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Masa tinggal 15 minit Yang Berhormat sekarang ini.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Ambil masa, tambah 10 minit lagi.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baru. Masalah Yang Berhormat Seputeh ini, dia tidak faham sistem demokrasi yang kita gunakan di Malaysia. Dia ingat sistem demokrasi yang digunakan diamalkan di negara kita sama macam di Indonesia agaknya. Mimpi Yang Berhormat Seputeh ini.
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baru, saya setuju tadi...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Bukan tidak faham. Itu sebab kita memperjuangkan perubahan dan penambahbaikan dan ‘1Man, 1Vote’ system.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seputeh, duduk Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya dengar dan teliti apa Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu sebutkan tadi.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sistem pengundian kita ini tidak adil.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seputeh.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Maknanya, kita nampak yang diamalkan oleh rakan-rakan kita sebelah sana ialah sebenarnya bukan melaksanakan agenda negara, national agenda tetapi lebih kepada agenda peribadi...
[Dewan riuh]
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Itulah tadi kata hendak tinggalkan...
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Apakah maksud agenda peribadi? Macam mana hendak masuk general report, tidak ada jawapan pun. Itu agenda peribadi kah ataupun agenda negara?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Apa cerita, kenapakah lari?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat- duduk, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, had 15 minit, Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Mike, microphone.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Ini perbezaannya juga, Tuan Yang di-Pertua. Perbezaannya, the contradictory of pembangkang ini.
Pertama, dia kata GST membebankan rakyat. Akan tetapi bila kerajaan hendak mengalihkan subsidi supaya yang dapat hanya kepada golongan sasaran, dia tidak setuju pula. Dia kata ini adalah tidak adil untuk kita membebankan rakyat. Jadi ini perbezaan yang cukup ketara. Apa Yang Berhormat Jelebu katakan tadi, apa Yang Berhormat Lenggong katakan tadi tepat. Jadi, saya pun tidak mahu layan sudah pembangkang ini. Selagi mereka tidak memikirkan bahawa mereka ini mestilah menjadi pembangkang yang baik...
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Mencelah, minta izin.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak ada masa Yang Berhormat. Habis.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Setuju atau tidak kalau kesan GST dengan menarik balik subsidi ini meningkatkan beban kos rakyat? Betul atau tidak betul?
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Apakah dia?
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Okey, soalannya, saya hendak minta penjelasan, tadi Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu kata GST hendak membantu rakyat, tarik subsidi hendak bantu rakyat. Setuju atau tidak setuju dengan kedua-dua tindakan ini meningkatkan kos harga barang dan menyebabkan kos hidup rakyat meningkat, menyusahkan rakyat? Betul atau tidak? Setuju atau tidak setuju?
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Yang setujunya saya ingat GST ialah satu sistem pengutipan cukai yang lebih efisien. Ia tidak ada kena mengena dengan beban rakyat ini. Tiada kena mengena. Ia satu sistem pengutipan cukai yang lebih efisien.
Kedua, macam saya katakan tadi, bila kerajaan tarik subsidi, kerajaan sudah bersedia untuk membantu. Pembangkang sendiri dalam bajet alternatifnya congak, kira, kalaulah dengan harga minyak subsidi ditarik balik, kita rakyat yang miskin kena belanja RM700. Kerajaan bayar berapa BR1M? RM950. Tidakkah itu membantu rakyat?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, sekejap.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Jadi, sebab itulah...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sekejap, seminit Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Masa sudah tidak ada Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ya, terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Masa sudah hampir Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Setuju tidak Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu kalau saya katakan permainan harga barang naik ini bukan semata- mata oleh sebab GST ataupun subsidi dikurangkan tetapi oleh permainan ataupun abusive action dengan izin, orang-orang yang mengambil kesempatan atas perubahan-perubahan yang berlaku ini. Ini digunakan oleh pembangkang untuk mengelirukan rakyat. Setuju atau tidak?
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Setuju. Oleh sebab itu saya katakan tadi saya setuju dengan GST, saya setuju dengan penarikan subsidi. Akan tetapi point saya selepas ini ialah, tata kelola kerajaan juga perlu dipertingkatkan. Kerajaan kena pastikan bahawa penguatkuasaan mesti dipertingkatkan.
Oleh sebab itulah saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada kerajaan kerana telah membuat keputusan untuk membentangkan Laporan Ketua Audit Negara sebanyak tiga kali setahun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Boleh gulung, Yang Berhormat.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Ini membuktikan bahawa keprihatinan kerajaan dan keseriusan kerajaan untuk memastikan bahawa pengurusan negara ini dapat dipertingkatkan.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana....
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, masa cukuplah, 15 minit sahaja bukan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
That is my job Yang Berhormat. Ya.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
...Dengan pendekatan baru yang dikenali sebagai Strategi Pembangunan Nasional Malaysia atau Malaysia National Development Strategy (MyNDS).
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tengok, sekarang sudah pukul 11.55 pagi.
Seorang Ahli
Obvious.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya, duduk. Cukup, cukup.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
MyNDS akan menjadi formula terhadap perancangan dan penyediaan program serta projek di bawah rancangan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seputeh, you tidak suka Tuan Yang di-Pertua kah?
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Tuan Yang di-Pertua masa sudah habis. Mesti mahu duduk.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Dia jadi macam Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Jangan macam itu.
Kalau saya baca ketelanjuran masa yang dibuat oleh semua pihak, ada catatan dekat sini.
Kita had masa 20 minit. Ada yang 28 minit, ada yang 30 minit. So, leave me do the job. Ya.
Saya sudah tegur dengan dia saya kata gulung, maknanya saya bagi untuk seminit dua untuk habiskan. That is all.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Saya hendak gulung, saya hendak gulung.
Pertama, saya hendak ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah mengambil perkara yang serius untuk meningkatkan tata kelola pengurusan kerajaan dengan memperkenalkan MyNDS. Pada masa yang sama, kita juga berharap kerajaan dapat mengurangkan pertindihan kerja antara kementerian. Ini mestilah dihalusi.
Saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan melihat semula peranan PEMANDU ini. Ini kerana dalam banyak perjumpaan, kebanyakan penjawat awam ada kalanya tidak digunakan sepenuhnya dengan ada kewujudan PEMANDU ini. Saya berharap...
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Tuan Yang di-Pertua, sudah lebih satu minit sudah. Gulungan apa itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
You spoke 28 minutes, Yang Berhormat. You spoke 38 minutes when it was 30 minutes.
Ya, habiskan Yang Berhormat. ya.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Hilang habis isu. Jadi saya harap PEMANDU pada asalnya ditubuhkan untuk menyelaraskan polisi kerajaan ini dapat dilihat semula terutamanya apabila kenyataan ataupun keputusan yang dilakukan oleh PEMANDU mengganggu urus tadbir dan gerak kerja yang dilakukan oleh kementerian sebagaimana laporan TPPA dan kajian mengenai kos sara hidup rakyat yang sangat tidak relevan dengan keadaan semasa ini.
Kedua, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan sentral perolehan Jabatan Perwakilan Negara supaya semua pembelian ini dapatlah diuruskan di bawah sebuah jabatan. Dengan cara ini, ia akan dapat mengurangkan ketirisan.
Ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan dalam kita menguruskan dan meningkatkan tata kelola, kita juga ingin memastikan bahawa pengurusan ataupun penguatkuasaannya dapat dipertingkatkan. Sudah sampai masanya kerajaan memandang serius masalah rasuah yang ada di dalam negara kita ini. Oleh sebab itulah saya ingin mencadangkan bahawa SPRM diletakkan terus di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen bagi memudahkan kerjanya dan mengangkat negara di tingkat yang lebih baik dalam kaca mata dunia berhubung dengan rasuah.
Terima kasih. Puas hati?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Raub.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Walaupun ada senarai nama Yang Berhormat, tapi Yang Berhormat kena bangun Yang Berhormat, baru boleh dipanggil ya.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Sebelum saya bercakap mengenai Bajet 2015, izinkan saya menyampaikan sedikit rungutan rakyat Raub terhadap janji kerajaan Barisan Nasional yang tidak ditepati. Janji pertama yang belum dilaksanakan kecuali selalu dicakap besarkan memindah lokasi tapak pelupusan sampah di Kilometer 12 Jalan Cheroh ke sebuah kawasan alternatif. Tapak pelupusan ini dibina dalam tahun 1991 untuk sampah seluruh Daerah Raub yakni untuk menampung 1,000 hingga 1,200 tan sampah dan sisa-sisa sebulan. Akan tetapi, oleh sebab facility kitaran semula dan sistem pengasingan tidak beroperasi, sampah orang Raub yang seramai 100,000 orang menggunung tinggi.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Sisa pepejal mengeluarkan bau yang busuk dan mencemar udara serta persekitaran. Cecair yang kotor mengalir ke dalam anak sungai yang berhampiran dan masuk ke dalam sungai utama Jalan Cheroh di Raub. Sejak tahun 2007, pemimpin kerajaan berjanji untuk memindahkan lokasi tapak pelupusan sampah tetapi tidak melakukannya. Walaupun sebuah tapak lokasi seluas 100 ekar telah disediakan di atas kertas sahaja rakyat gelisah melihat tidak ada kerja persediaan untuk membina tapak alternatif tersebut di samping membiarkan tapak yang sedia ada tidak mampu berfungsi.
Janji untuk memindahkan tapak ini dilakukan sejak tahun 2007 lagi oleh mantan Ahli Parlimen dan mantan Menteri Pelancongan serta mantan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Pada Isnin lalu saya bersama dengan rakan-rakan lain melawat tapak tersebut untuk menyatakan solidariti bersama rakyat Cheroh dan Raub yang menderita menghidu bau yang busuk serta pencemaran udara serta pencemaran air. Ini pasti meningkatkan lagi kebimbangan kerana terdedah kepada potensi ancaman terhadap kesihatan. Saya mohon kerajaan menyegerakan pemindahan lokasi pelupusan sampah dan mendahulukan menyangkal jawapan tipikal kononnya tapak yang ada seluas 48 hektar itu diurus dengan baik dan tidak menyusahkan rakyat.
Bajet 2015. Ingin saya ingatkan bajet alternatif Pakatan Rakyat bukan disandarkan di atas buku The Color of An Equality seperti mana yang difaham oleh Ahli Yang Berhormat dari Johor Bahru. Seperti juga bajet kerajaan Barisan Nasional ini bukanlah jelmaan Blue Ocean Strategy yang sangat disukai oleh Menteri Kewangan. Sekali lagi untuk kali yang ke- 18 bajet ini bajet defisit. Kita berbelanja lebih daripada pendapatan. Tahun ini RM37 bilion, servis hutang awam iaitu public debt servicing ialah RM27 bilion. Benar defisit bukan suatu yang membimbangkan jika ia dihubungkan dengan kemampuan serta kapasiti keupayaan membayar. Hendak bayar ekonominya kena mantap. Jadi janganlah untuk menjustifikasikan kenaikan hutang sektor awam, kita mengambil contoh ekonomi yang kuat seperti Jepun atau Singapura atau USA kerana public debt, walaupun public debt meningkat tinggi tetapi kapasiti membayar hutang itu ada.
Juga kita dengar pihak kerajaan mengulangi lagu atas rekod lama bahawa kerajaan beri RM40 bilion subsidi setahun, RM21 bilion untuk petrol, gas dan diesel. Hari- hari kita dengar. Kalau orang Pahang yang kita tahu bahasanya ialah dah meluat mendengarnya. Akan tetapi rakyat yang memberi RM230 bilion setahun, setiap tahun bagaimana? Rakyat tidak bangkit dan ungkit, hanya menegur. Mengapa banyaknya rasuah, ketirisan, perbelanjaan atas projek mewah, barang naik, hasil pertanian kurang. Jadi yang harus bersyukur kerana kefahaman rakyat belum tinggi, cukup meninggi ialah kerajaan yang diberi RM230 bilion setahun tetapi dangkal mengurus dana tersebut.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Nampaknya ramai daripada pihak kerajaan tidak memahami bahawa kerajaan tidak ada wang kecuali yang dikutip daripada rakyat. Maka yang patut bersyukur ialah kerajaan yang mendapat mandat 43 peratus daripada undi popular. Mandat itu besar tetapi ia tetap minoriti. Jadi hentilah bangkit dan ungkit mengenai subsidi kepada rakyat. Rakyat miskin dan pendapatannya rendah, barang mahal mestilah diberikan subsidi kecuali ekonomi kita diurus dengan baik, kita tidak perlukan subsidi. Saya hendak bercakap mengenai pemerkasaan ekonomi bumiputera. Kita guna dasar ini sejak tahun 1970, hari ini hampir setengah abad, 44 tahun pencapaian yang menghampakan. Saya akan menghuraikan perkara ini sebentar lagi. Akan tetapi izinkan saya mula dengan menyebut mengenai tanah rizab Melayu.
Tanah orang Melayu sepatutnya menjadi perjuangan asas parti yang mengaku berjuang untuk kepentingan bangsa, agama dan tanah air untuk selama-lamanya. Bolehkah orang Melayu khususnya menyandarkan harapan kepada kerajaan jika tanah milik orang Melayu pun tidak dapat dipertahankan. Melayu yang kehilangan tanah peduli apa mengenai pekikan dan laungan transformasi dan strategi lautan biru. Jeritlah sekuat mana pun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, faktanya orang Melayu makin terancam.
Enakmen Rizab Melayu diperkenalkan pada tahun 1914 bagi mencapai matlamat untuk menjaga tanah-tanah kepunyaan Melayu agar kekal dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman. Perkara 89(3), Perlembagaan Persekutuan telah menyebut tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama jenis, similar in character, sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan. Namun realiti yang berlaku tanah yang dibatalkan sebagai tanah rizab Melayu tidak diganti.
Kerajaan Persekutuan juga perlu dipersoalkan dalam usaha mengawal, menyelia dan mendesak kerajaan negeri bagi memastikan berlakunya pergantian tanah.
Tanah rizab Melayu adalah seluas tiga juta hektar. Pada tahun 1965 sebanyak 1.3 juta hektar tanah rizab Melayu sudah hilang dan baki yang tinggi sebanyak 1.7 juta hektar dengan penurunan sebanyak 44 peratus. Tanah ialah bidang kuasa kerajaan negeri, maka sudah tentulah yang menyebabkan perkara Melayu kehilangan tanah ini disebabkan oleh pemimpin politik negeri, pegawai kerajaan yang lalai. Kebelakangan ini, saya mohon maaf dan mohon bercerita dalam Dewan yang mulia ini keluarga diraja pun juga terlibat dalam penggadaian tanah orang Melayu. Jika semua lapisan pemimpin Melayu seperti ini tidak boleh diharap, kepada siapa lagi orang Melayu yang mahu meminta tolong Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kenyataan bahawa pendapatan purata kita ialah RM5,900. Saya ingin jemput Menteri yang buat kenyataan tersebut singgah di pasar minggu Bandar Raub agar penjual ikan, telur dan sayuran ada peluang membaling jualan mereka ke muka Menteri [Ketawa] Ini penggunaan angka purata yang amat mengelirukan.
Boleh kah kita faham konsep saiz keluarga Malaysia ialah 3.5 orang. Saya tidak pernah jumpa dengan 0.5 orang. Satu orang ada, tetapi 0.5 mungkin hanya ada di Seri Perdana.
Jika Ananda Krishnan masuk dalam Dewan ini- bangunlah kalau hendak bercakap, bangun...
[Dewan riuh]
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Jangan bising-bising. Itu..
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir[Kulim-Bandar Baharu]
Takkan tidak pergi sekolah kot, itu statistik.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
I major in economy second thought. Duduk, duduk.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir[Kulim-Bandar Baharu]
Itu kira purata, takkan purata pun tidak reti.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Jika Ananda Krishnan masuk ke dalam Dewan ini dan nilai kekayaannya, dibahagikan dengan 222 orang Ahli Parlimen maka setiap Ahli Parlimen sudah di atas kertas menjadi jutawan...
[Disampuk] Puluhan jutawan. RM5,900 tidak ada makna kepada orang Melayu yang jurang kekayaan di antara Melayu kaya dan Melayu miskin makin meluas.
Kumpulan 20 peratus teratas pendapatan purata isi rumah ialah hampir RM11,000 manakala golongan 40 peratus terbawah masih lagi di sekitar RM1,500. 20 peratus teratas ini angka dari Jabatan Statistik Negara, 20 peratus ke atas menguasai 50 peratus kekayaan orang Melayu, bakinya dikongsi oleh 80 peratus orang Melayu.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan tujuh juta yang majoritinya orang Melayu layak menerima BR1M. Setiap hari kita dengar dalam televisyen menyatakan bahawa tujuh juta orang layak menerima BR1M. Ini bukan sesuatu yang membanggakan.
Ini mengesahkan bahawa tujuh juta orang rakyat Malaysia miskin. Ini yang kita kena pandang dari sudut tersebut.
Pekerja dan pengusaha pertanian hendak dapat RM1,000 sebulan pun susah.
Penoreh getah yang menoreh getah tanah milik orang yang dikenali sebagai ‘noreh getah orang’ atau NGO, bertungkus-lumus untuk mendapat pendapatan boleh makan atas menoreh getah yang harganya RM1.50 sekilo. Harga kangkung pun RM2.80 sekilo. Kalau getah RM1.50 dibahagi dua dengan tuan tanah maka pendapatannya 75 sen sekilo.
Bagaimana yang mendapat 75 sen sekilo ini mahu mendapatkan pendapatan bulanan RM5,900 sebulan.
Menteri Kewangan menyebut perkara pemerkasaan ekonomi bumiputera sebagai strategi keempat. Semua orang memperakui kewajipan mengkorupsi ketidakadilan masyarakat. Kita tahu menjelang tahun 2020, golongan bumiputera merupakan 70 peratus penduduk negara ini. Setiap kali menjustifikasikan strategi pemerkasaan ekonomi Melayu ada kumpulan yang bertanya, salahkah mereka menyebut mengenai kepentingan bangsa Melayu. Jawapannya tidak salah dan tidak rasis. Akan tetapi ia menjadi rasis apabila keinginan untuk membaiki keadaan diiringi dengan ugutan, bangkit-membangkit menyalahkan orang lain. Menaikkan semangat martial spirit untuk mencetuskan pergaduhan sesama kaum dan warga Malaysia. Ini yang menjadikan pembelaan oleh sesuatu kumpulan dan bangsa itu jadi rasis apabila ia melibatkan bangsa lain.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Setelah hampir 50 tahun Dasar Automatif dijalankan masih kedengaran bahawa penguasaan efektif bumiputera ke atas syarikat perniagaan ialah 10 peratus sedangkan tabiatnya dari semenjak tahun 1970 ialah 30 peratus. Kenapakah masih belum tercapai?
Tugas mendapatkan ekuiti syer ini disandarkan misalnya sebagai Ekuinas yang akan diberi peruntukan RM600 juta.
Masalahnya, apa pasal ekonomi orang Melayu ini tidak boleh selesai Tuan Yang di-Pertua ialah dua perkara. Yang pertama ialah kekayaan orang Melayu iaitu melalui rent- seeking. Rent-seeking ini kalau dalam bahasa mudahnya ialah mendapat pendapatan, memperoleh pendapatan kerana kita memiliki sesuatu perkara by virtue of our ownership or something. Bukan melalui menghasilkan atau mengeluarkan barangan dan perkhidmatan.
Jadi kita tengok yang Melayu 20 peratus tadi yang teratas tadi bagaimanakah mereka menduduki kedudukan mereka. Yakni melalui proses rent-seeking, memiliki sesuatu perkara. Misalnya KSU dia memiliki jawatan itu sementara waktu untuk membuat hay while it shine. Jadi sebab itu kita lihat pegawai-pegawai kerajaan yang tinggi kerana mereka memiliki jawatan untuk sementara waktu apabila telah pencen boleh membeli rumah RM8 juta, RM9 juta. Begitu juga melalui rent-seeking kita harap mengayakan orang Melayu tetapi kita telah lihat apabila semenjak 1970 kita telah memberi banyak saham kepada orang Melayu. Pada hari ini mereka telah menjual saham-saham tersebut.
Dasar untuk mengayakan orang Melayu gagal kerana orang tidak faham bahawa jalan yang sebetulnya untuk memperkayakan orang Melayu ialah meletakkan aset-aset yang mengayakan. Wealth creating aset itu secara langsung ke dalam tangan pengusaha ekonomi. Kalau petani misalnya bagi subsidi atau bagi bantuan terus kepada petani-petani.
Jangan ia disalurkan melalui orang tengah atau intermediary atau institusi kerajaan kerana di situlah berlakunya banyak ketirisan.
Kalau kita betul-betul hendak membangunkan ekonomi orang Melayu kerajaan mesti tegas, mesti memberi wealth creating asset itu secara langsung kepada pengusaha- pengusaha dan pada sektor ekonomi...
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
[Bangun]
Dato' Mohd Arif Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Terima kasih Yang Berhormat Raub, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan ‘isme’ yang ada dalam diri Yang Berhormat Raub ini soal memperkasakan ekonomi bumiputera.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Soalan saya sedikit sahaja, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Raub. Sejauh mana suara dan ‘isme’ ini sudah Yang Berhormat Raub kemukakan dan bangkitkan di dalam parti DAP Yang Berhormat Raub wakil? Terima kasih.
Dato' Mohd Arif Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Tiap-tiap hari saya buat melalui tulisan saya atau pun percakapan saya. Kalau rakan-rakan saya dalam DAP memperjuangkan kepentingan bangsa lain, tidak menyekat saya bersuara dan bercakap mengenai kepentingan orang Melayu. Betul.
Seorang Ahli
Betul.
Dato' Mohd Arif Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Tidak pernah. Jadi isme ini mengenai membetulkan keadaan. Tadi baru sahaja saya dengar ceramah yang mengatakan bahawa kita dalam Dewan ini kita mesti bersatu untuk menyelesaikan masalah rakyat. Jadi sekarang saya mewakili DAP saya tetap Melayu dan tetap orang Islam bercakap mengenai kepentingan orang Melayu juga yang tidak berani di cakap oleh orang UMNO. Sikap saya ini bukan sikap sekarang ini, masuk dalam DAP baru bercakap.
Semenjak saya dalam UMNO dahulu. Saya konsisten bercakap mengenai perkara ini Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli
Masuk balik UMNO.
Dato' Mohd Arif Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Tidak boleh masuk UMNO. Jadi begitu Tuan Yang di-Pertua, saya mengatakan bahawa kalau kita betul-betul untuk membantu orang Melayu, the wealth creating asset itu mesti diletakkan di dalam tangan rakyat secara langsung. Jangan melalui intermediary. Inilah saya rasa kunci untuk membangkitkan dan membangunkan ekonomi orang Melayu.
Kita tengok ketirisan. For example kita lihat jawapan yang saya berikan kepada Timbalan Menteri Pertanian mengenai membasmi atau mengurangkan peranan orang tengah. Dalam jawapannya dia menyebutkan mengenai pewujudan institusi NEKMAT, FAMA, semua ini. Kenapakah saya fikir kenapa lah kita tidak beri bantuan secara langsung kepada para petani? Jangan melalui lagi institusi-institusi seperti ini kerana apa? Sebab kepentingan politik akan mewarnai penyaluran bantuan daripada kerajaan. Penyelewengan wang kerajaan inilah wang daripada kutipan rakyat. Ini bukan wang Kerajaan Barisan Nasional.
Begitu juga di Raub sebagai contoh untuk bantuan daripada Kementerian Pertanian untuk menanam semula pokok-pokok durian tradisional dengan pokok durian Moosang King. Akan tetapi penyaluran bantuan itu dilakukan melalui JKK. Saya dahulu orang UMNO. JKK kita tahu semua orang UMNO. Jadi dia akan pilih bulu. Orang UMNO pun tidak puas hati. Sebab apa? Ketua kampung akan memilih geng dia sahaja dan manakala orang lain pun tidak dapat juga. Itu pasal saya menyatakan inilah bahaya. Kalau kita betul-betul hendak membangunkan ekonomi orang Melayu yang menyelesaikan masalah ekonomi orang Melayu kita melakukan ia melalui orang tengah, institusi orang tengah. Kita tidak meletakkan sumber pengkayaan itu dalam tangan orang-orang Melayu secara langsung. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di- Pertua, Bajet 2015 yang telah dibentangkan adalah begitu terancang yang mengambil kira hasrat dan kepentingan rakyat, pembangunan ekonomi serta kemampuan kerajaan untuk membiayai hak-hak kepentingan dan juga keperluan rakyat.
Malaysia baru sahaja menyambut kemerdekaannya yang ke-57 Ogos lalu. Ini bermakna sudah 57 tahun kita mempunyai hak untuk menentukan dasar dan hala tuju negara kita sendiri. Ini juga bermakna bahawa sudah 57 tahun kita mempunyai daya untuk menerima atau menolak mana-mana desakan atau pengaruh luar mengikut kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Belanjawan 2015 dengan tema ekonomi keperluan rakyat ini merupakan satu daripada beribu-ribu tanda bahawa kerajaan amat mengutamakan rakyat di samping keperluan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun ada kalanya kerajaan terpaksa membuat keputusan yang kurang popular di mata masyarakat, namun sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, setiap keputusan pasti adalah untuk kesejahteraan rakyat bagi jangka masa yang panjang.
Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya amat mengalu-alukan kenaikan bantuan kepada nelayan sebanyak RM250 hingga RM300 sebulan bagi membantu sara hidup mereka. Begitu juga dengan bantuan sebanyak RM500 kepada pekebun-pekebun kecil getah yang menghadapi kejatuhan harga komoditi tersebut. Selain itu, Lembaga Getah Malaysia juga memperuntukkan dana sejumlah RM100 juta bagi melaksanakan mekanisme kawasan harga getah dan RM6.4 juta sebagai pinjaman mudah kepada 64 buah koperasi pekebun kecil untuk membeli terus getah daripada 442,000 orang pekebun kecil seluruh negara. Cumanya koperasi-koperasi ini perlulah people centric dan bukanlah sebaliknya.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pekebun-pekebun kecil sawit, sebanyak RM41 juta disediakan bagi tanaman baru dan tanaman semula. Terima kasih, walau bagaimanapun peruntukan ini harus dinaikkan bagi membantu seramai 198,000 orang pekebun kecil sawit persendirian yang perlu menanam semula sawit mereka seluas 17,000 hektar setiap tahun dengan kos minimum tanaman semula sawit pada masa ini sebanyak RM9,000 sehektar.
Jumlah peruntukan bantuan yang diperlukan berjumlah RM153 juta setahun.
Satu perkara lagi ialah kestabilan harga sawit. Naik turunnya harga ialah satu ciri komoditi di mana harga adalah tertakluk kepada kuasa pasaran iaitu bekalan dan permintaan, supply and demand, dengan izin. Walaupun demikian saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kerana mengambil tindakan dan kelulusan yang begitu cepat dan tepat baru-baru ini bagi meningkatkan eksport dan harga sawit.
Saya merujuk kepada pengecualian cukai eksport kepada minyak sawit mentah yang bermula September 2014 dan sekarang telah dilanjutkan ke akhir tahun ini. Tindakan pantas dan unorthodox ini begitu berkesan dan harga sawit yang telah jatuh di bawah paras RM2,000 satu tan telah bertindak dan naik ke tahap RM2,200 satu tan. Malahan, Indonesia pengeksport terbesar dunia pula telah mengikut langkah-langkah kita sekarang dengan pengecualian cukai eksportnya. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Di samping itu, usaha- usaha untuk mempertingkatkan penggunaan minyak sawit melalui program-program biodiesel sawit harus diberi sokongan penuh oleh kerajaan.
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Sekarang semua diesel bersubsidi di Semenanjung telah mengandungi 55 peratus biodiesel sawit. Peratusan pengadunan akan juga dinaikkan ke tahap 7 peratus bagi seluruh negara. Dasar dan pelaksanaan program biodiesel ini begitu menyeluruh dan perlu diefektifkan untuk membantu bagi meningkatkan penggunaan sawit dan seterusnya memperkukuhkan harga. Malahan, kita perlu melihat kepada tambahan 10 peratus dan seterusnya di masa-masa yang akan datang. Kerajaan harus terus memberi sokongan kepada kementerian dan juga MPOB agar memperluaskan penggunaan biodiesel ke sektor industri. Dengan ini, harga sawit dapat diperkukuhkan terutamanya apabila harga sawit jatuh di bawah harga minyak fosil dengan stok sawit sedia ada yang berlebihan dan pengguna-pengguna biodiesel juga mendapat manfaat di subsektor ini.
Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun kerajaan telah mengadakan program-program untuk memperkukuhkan harga sawit seperti yang telah dinyatakan tadi tetapi adalah baiknya satu safety net disediakan untuk pekebun-pekebun kecil sawit di seluruh negara khususnya di Sarawak yang sedang menghadapi suasana yang begitu kritikal. Saya difahamkan Yang Berhormat Menteri Perladangan dan Komoditi sedang dalam proses merangka satu mekanisme safety net dan berharap agar pihak Kementerian Kewangan dan kerajaan dapat memberi perhatian dan sokongan terhadap inisiatif yang murni ini.
Tuan Yang di-Pertua, sawit sebenarnya industri yang begitu strategik yang telah matang dan telah lengkap daripada huluan dan hilirannya malah merupakan pendapatan negara ke tahap peringkat nombor tiga dan empat daripada hasil keseluruhan pendapatan negara. Kini sawit telah terdedah kepada cabaran-cabaran dan juga anasir-anasir luar yang terancang yang akan melumpuhkan ekonomi negara.
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
NGO-NGO tajaan luar, WWF, Greenpeace terang-terang menyerang dan menentang sawit. Mereka menggunakan konco-konco, NGO-NGO dan juga para akademia.
Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menghentam minyak sawit dan mendukung minyak-minyak lain seperti minyak soya bean. Maka, sudah sampai masanya industri sawit ini diletakkan di bawah keselamatan dan sekuriti negara.
Saya mencadangkan supaya ada kerjasama antara pihak polis, pihak berkuasa dan juga pihak perundangan dalam memainkan peranan yang sama dalam isu keselamatan sawit ini. Pihak KDN, JPM dan juga pihak MKN perlu memantau aktiviti-aktiviti serta niat jahat elemen-elemen dan juga anasir-anasir yang menentang industri ini secara terang- terangan dan secara subversif.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa sekarang ini bilangan graduan menganggur semakin meningkat ke tahap yang membimbangkan di rantau ini amnya dan juga di beberapa buah negara yang maju. Di Amerika Syarikat seramai hampir tiga juta orang belia yang masih menganggur manakala di United Kingdom pula terdapat hampir satu juta orang belia yang masih belum berjaya mendapat tempat dalam pasaran buruh. Mengikut statistik semasa, seramai 56,000 orang graduan di Malaysia yang masih menganggur selepas enam bulan menamatkan pengajian. Persoalan yang sering diperbincangkan ialah adakah industri di Malaysia tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan yang cukup untuk para graduan yang ramai ataupun adakah para graduan kita tidak cukup bersedia daripada segi kemahiran untuk memasuki lapangan pekerjaan atau mereka memilih kerja hingga tiada kerja yang sesuai untuk mereka.
Kajian bertajuk, “Employers’ Perceptions on Graduates in Malaysian Services Sector” mendapati bahawa salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah pengangguran di kalangan graduan Malaysia kualiti graduan. Terdapat ramai majikan yang memberikan komen negatif terhadap graduan dan mempunyai persepsi bahawa graduan tidak mempunyai kemahiran dan kelayakan yang sesuai bagi memenuhi keperluan industri.
Kajian yang dilakukan oleh Bank Negara juga mendapati bahawa amnya graduan tempatan adalah kurang mahir berbanding dengan graduan luar negara yang lebih terdedah kepada persekitaran.
Selain daripada langkah-langkah yang telah dibentangkan dalam belanjawan, saya ingin menyatakan dua cadangan yang saya kira wajar dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan dalam usaha mengatasi masalah pengangguran belia di Malaysia. Pertama, menetapkan satu standard skop kerja yang perlu dibuat kepada bakal-bakal graduan yang menjalani latihan industri iaitu industrial training, dengan izin, dengan syarikat-syarikat swasta dan pejabat-pejabat kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh gulung Yang Berhormat.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Baik. Kita biasa dengar bahawa graduan yang menjalani latihan industri selalunya diberi kerja-kerja yang kurang menambah nilai seperti memfotostat dokumen, menyusun fail dan pelupusan dokumen.
Kedua, kerajaan perlu mencari jalan untuk mengurangkan diskriminasi bahasa apabila membuka peluang pekerjaan tanpa sebab yang munasabah. Sebagai contoh, pada hari ini kita dapat lihat banyak syarikat yang menetapkan penguasaan bahasa Mandarin sebagai satu kriteria contoh yang layak untuk memohon. Ini amat tidak munasabah tetapi munasabah jikalau syarikat itu untuk sesuatu syarikat meletakkan kriteria bahasa tersebut bagi jawatan-jawatan yang kritikal sekiranya syarikat swasta itu berurus niaga dengan pihak yang hanya bertutur dalam sesuatu bahasa sahaja.
Contohnya bahasa Mandarin dengan urusan niaga dengan syarikat-syarikat daripada negara China. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, amat tidak munasabah dan tidak wajar meletakkan kriteria untuk berbahasa Mandarin sekadar menutup peluang pekerjaan bagi yang tidak fasih berbahasa Mandarin. Satu diskriminasi yang bertentangan dengan semangat perlembagaan negara kita. Pihak-pihak berkenaan, saya harap melihat kepada perkara ini dan jikalau ada kes-kes yang nyata, boleh membuat laporan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ada satu perkara tentang Kuala Kangsar. Kuala Kangsar sebuah Bandar Diraja, pusat pelancongan yang terkemuka yang mana terdapatnya bangunan-bangunan lama yang ikonik seperti Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan khususnya Istana Kuning ataupun Muzium Diraja yang mana telah menjadi ikon utama apabila kita membuat promosi pelancongan di seluruh negara. Mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat tidak perasan tentang nama Istana Kuning ataupun Muzium Negara tetapi apabila melihat imej tentang istana yang kuning dengan istana kayu, kita tahu dan maklum tentang perkara ini.
Ini kerana ikon ini telah diperuntukkan sedikit peruntukan pemuliharaan dan pemeliharaannya oleh Jabatan Warisan tetapi sudah dua, tiga tahun terabai dan ini merupakan satu kehampaan kepada pihak pelancong dan juga pengunjung apabila mereka berkunjung ke sana, mereka amat kecewa kerana ikon ini ataupun bangunan warisan ini telah ditutup dan tidak dibenarkan masuk dan saya harap satu tindakan wajar oleh pihak berkenaan once and for all untuk menyempurnakan semula bangunan ini kerana ia salah satu ikon dan imej yang terulung di negara kita.
Seperti juga Eiffel Tower, kita tahu bahawa itulah imej yang terulung yang membawa berjuta-juta pelancong sebulan ke Paris. Begitu juga perkara ini saya harap kerana bangunan-bangunan lama ini berjasa kepada kita dan kepada negara dalam menarik pelancong dan saya mohon supaya bangunan-bangunan lama, bangunan- bangunan warisan bukan sahaja di restorasi kan tetapi diindahkan untuk menjadi tarikan pelancongan.
Akhir kata, saya yakin dengan kemampuan kerajaan mengurus ekonomi negara Malaysia akan berkembang menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 dan rakyatnya akan menikmati hasilnya. Dengan itu, saya menyokong dan mengucapkan terima kasih dan tahniah atas belanjawan yang telah dibentangkan baru-baru ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu a’la Rasulillah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut sama membahaskan Bajet 2015 pada kali ini. Suka saya mulakan perbahasan saya dengan memetik sepotong ayat al-Quran al-Karim...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Katakanlah wahai Muhammad, adakah patut kamu kufur dan ingkar kepada Allah, Tuhan yang telah menciptakan bumi dalam masa dua hari dan kamu syirik terhadapnya dengan mengadakan sekutu-sekutu baginya”.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
“Itulah Tuhan sekalian alam dan Dia telah jadikan di bumi ini pasak-pasak yang kukuh dari bukit-bukau dan gunung-ganang dan dia telah memberkati bumi ini dengan segala kebaikan dan kesuburan. Dia telah menentukan makanan dan segala bahan keperluan hidup penduduk bumi ini. Dalam masa empat hari, pada kadar yang mencukupi dan menyamai hajat yang diminta oleh manusia.” Surah al-Fussilat, ayat sembilan dan sepuluh. Sadaqallahulazim. Tuan Yang di-Pertua, ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa apabila kita bercakap mengenai belanjawan, perolehan yang negara peroleh, maka kita tidak boleh dari memahami bahawa rezeki yang kita berikan kepada rakyat bukan bermula di Putrajaya, tempat kita mengumpulkan wang tetapi kita harus memahami bahawa rezeki itu bermula dari perut bumi bahkan Allah Taala menyebut bahawa rezeki yang disimpan oleh manusia itu berada di langit...
[Membaca potongan ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Dan di langit itu ada rezeki kamu dan ada janji-janji Allah Taala kepada manusia”. Jadi kita harus memahami bahawa hakikat kita perlu bergantung, kita perlu beriman bahawa perjalanan ekonomi negara, pertumbuhan ekonomi, dan kesejahteraan yang kita ingin rakyat kita kecapi, haruslah kita melihat memandang kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Di situ ada keberkatan dan di situ ada janji yang baik dari Allah SWT. Saya ingin menyebut mengenai falsafah ekonomi Islam apabila dia menyebut mengenai pertumbuhan ekonomi, ukuran kejayaan sesebuah negara di dalam menentukan tahap kejayaan pertumbuhan ekonomi tersebut. Ada tiga perkara yang disebut iaitu:
(i) keupayaan pertumbuhan ekonomi negara di dalam mengurangkan kadar kemiskinan di dalam negara;
(ii) keupayaan pertumbuhan ekonomi negara di dalam mengurangkan kadar pengangguran dalam negara; dan
(iii) keupayaan pertumbuhan ekonomi negara dalam mengurangkan jurang antara golongan kaya dan golongan miskin atau wujudnya kesamarataan dalam pengagihan wang ini.
Ketiga-tiga ini menjadi aspek ukuran yang penting di dalam menentukan setiap kali belanjawan negara dibentangkan. Kita yakin bahawa dengan kritis atau masalah yang berlaku dalam negara kita ini, negara kita masih jauh mencapai kejayaan pertumbuhan ekonomi walaupun di sana statistik-statistik yang dibentangkan pada kita menunjukkan pada zahirnya, ekonomi makronya kita melihat kejayaan asas tetapi tidak berlaku di atas atau di medan yang sebenar apabila kita melihat kepada kehidupan rakyat pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, di dalam Islam juga, kejayaan perbelanjaan pada asasnya adalah bergantung kepada benarnya hasil yang dipungut dan diperoleh oleh kerajaan sama ada ia ialah hasil yang halal dan benar. Saya ingin menyentuh dua perkara. Saya menyebut bahawa apabila seseorang itu berbelanja, maka perbelanjaannya itu berjaya atau tidak dalam menentukan kejayaan hidup dia adalah bergantung kepada wang yang diperolehnya.
Kalau wang yang diperoleh itu adalah daripada sumber yang tidak halal, maka belanjalah banyak mana pun dia tidak akan diberkati, wang itu akan hilang, dan tidak ada kejayaan dalam kehidupan. Begitulah soal negara kita dalam perbelanjaan kita semasa kita membentangkan bajet negara.
Walaupun banyak mana wang yang kita belanjakan, katakan negara kita mampu mengutip pendapatan sehingga RM300 bilion sekalipun dengan hasil GST, tetapi jikalau hasil itu tidak halal, hasil itu daripada sumber yang tidak bersih, maka banyak kita laburkan dalam negara, maka negara kita tidak akan memperoleh keberkatan dan kejayaan dalam negara kita ini. Saya ingin menyentuh dua perkara, pertama mengenai hak royalti minyak dan gas untuk Kelantan dan Terengganu. Kita bukan hanya bercakap mengenai undang- undang dan kita bukan hanya bercakap mengenai perjanjian. Bahkan isu royalti ini isu hak untuk mendapatkan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.
Nabi SAW sebagaimana juga ayat yang saya baca tadi menyebut bahawa hak itu lahir bersama dengan kelahiran. Apabila seorang bayi itu lahir, maka lahir bersama bayi itu ialah rezeki bayi tersebut dan rezeki itu berada di sekitarnya. Apabila seorang bayi lahir, maka rezeki pertamanya berada di labu susu ibunya. Apabila bayi itu membesar, maka rezeki itu membesar ke dapur rumahnya. Apabila dia menjadi kanak-kanak, dia menjadi anak muda, maka rezeki itu membesar di sekitarnya sehingga apabila dia lulus daripada pelajarannya, dia bekerja sendiri mencari rezeki sendiri, tidak lagi bergantung kepada ibu bapa, maka di mana saja dia mencari rezeki di sekitarnya, maka itulah hak rezeki yang ditentukan oleh Allah SWT.
Saya ingin menyebut mengenai hak mendapat royalti. ia bukan soal perjanjian di tempat yang pertama, soalnya ialah hak rakyat Kelantan untuk mencari rezeki. Sejak dahulu, Kelantan ialah daratan dan lautan. Para penduduk Kelantan mencari rezeki di bumi Kelantan dan di perairan negeri Kelantan, sampai beratus-ratus batu nautika mereka mencari ikan, mencari rezeki di laut. Maka Tuhan yang menciptakan ikan, Tuhan itulah yang menciptakan minyak. Maka bagaimana dalam masa yang sama dibenarkan para nelayan untuk mencari rezeki di laut dalam jumlah batu nautika yang jauh, tiba-tiba dihalang minyak dari negeri Kelantan.
Saya yakin bahawa keputusan untuk menyekat royalti minyak Kelantan ialah keputusan politik. Ia bukan berdasarkan kepada perjanjian dan kita tahu bahawa roh perjanjian asal di antara Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri. Sila...
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Pasir Mas bercakap mengenai royalti, kaitan terus kepada tuntutan royalti negeri Kelantan.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Pasir Mas, kalau dahulu tahun 1999 sehingga tahun 2004, di Terengganu pada asalnya ada royalti. Kemudian Kerajaan Pusat menarik balik royalti. Kemudian pada tahun 2004 sampai sekarang ini, royalti diberikan semula kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Jadi pandangan Yang Berhormat Pasir Mas, adakah kalau kerajaan yang memerintah Kelantan sekarang ini masih lagi memerintah, nampaknya rakyat Kelantan masih dinafikan hak untuk mendapat royalti ini.
Mohon penjelasan.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Ya, terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Itu yang saya sebut tadi bahawa keputusan untuk membatalkan roh perjanjian itu dibuat keputusan politik yang hanya berlaku selepas daripada sifat dendam kekalahan di negeri Terengganu, disekat. Keputusan politik. Ia difahami roh perjanjian itu dengan mudah, puluhan tahun perjanjian itu difahami dan diterima oleh seluruh rakyat Malaysia bahawa negeri Terengganu, Sabah, dan Sarawak berhak atas hak rezeki yang Allah Taala kurniakan kepada mereka. Akan tetapi oleh sebab datang seorang Perdana Menteri dengan sifat dendam hasil daripada kekalahan di negeri Terengganu, dia buat keputusan dan keputusan seolah-olah menjadi penghakiman dari mulut seorang Perdana Menteri.
Saya yakin bahawa Dewan yang mulia ini yakin, kalaulah Yang Amat Berhormat Pekan membuat keputusan untuk memberikan balik royalti kepada negeri Kelantan dan Terengganu, saya yakin Dewan yang mulia ini tidak ada seorang pun Ahli Yang Berhormat yang mengatakan bahawa ia keputusan yang silap. Jadi saya berharap supaya apa yang telah berlaku, dendam politik, apa-apa yang berkait dengan politik, kita tukarlah balik, kembalikan kepada hak kerana saya hendak kembali kepada asal iaitu jikalau kerajaan membentangkan bajet dengan jumlah ratusan bilion ringgit dan satu jumlah daripadanya hasil dari hak rakyat Kelantan yang tidak diberi, maka jumlah itu ialah jumlah yang tidak diberkati oleh Allah.
Maka banyak mana dibentangkan jumlah itu sekalipun maka tidak ada keberkatan.
Belanjalah banyak mana, maka kita tidak akan menyaksikan kejayaan dan kesejahteraan rakyat yang kita impikan selama ini. Begitu juga dengan isu GST. Saya hendak urus secara ringkasnya mengapa kami Pakatan Rakyat menentang GST...
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
[Bangun]
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
...Kerana asasnya kesalahan kerajaan memungut cukai itu secara keseluruhan daripada rakyat dan disebut dalam Islam bahawa dalam apa keadaan sekalipun rakyat miskin tidak boleh dipungut cukai darinya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bachok bangun, Yang Berhormat.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Oleh sebab GST bersifat regresif, maka saya- walaupun kerajaan telah mengambil keputusan, Dewan ini telah meluluskan GST...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Seminit sedikit, Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Okey, sila.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Baik, terima kasih. Saya hendak minta pendapat Yang Berhormat Pasir Mas, ini cerita ambil cukai GST daripada rakyat miskin, bukankah semua rakyat sudah kena SST sebelum ini dan dalam GST, perkara- perkara asas yang banyaknya orang kita kata orang miskin pakai memang tidak dikenakan cukai. Apakah pendapat Yang Berhormat Pasir Mas?
Seorang Ahli
Dia yang tidak kena, rakyat kena.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Okey, terima kasih.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Banyak yang tidak kena. Baca.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Apabila saya, kami bercakap mengenai sistem percukaian dalam Islam, saya tidak hanya merujuk kepada GST. SST pun sama cuma GST ini lebih teruk kerana ia bersifat memungut, itu asasnya.
Apabila kerajaan mengadakan pengecualian maka orang miskin akan tetap kena pada barangan yang tidak dikecualikan. Jangan kata yang dikecualikan itu, itu sahaja yang orang miskin beli, orang miskin juga akan beli barang yang tidak dikenakan. Jadi saya hanya minta bahawa walaupun kita telah meluluskan GST dilaksanakan pada tahun hadapan, kerajaan mesti terus menilai sistem cukai yang kita laksanakan di dalam negara kita supaya ia lebih menepati dan akhir sekali orang miskin disisihkan daripada dipaksa membayar cukai yang tidak boleh dilaksanakan dalam agama. Itu soal halal haram.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Pasir Mas, sedikit lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta pendapat Yang Berhormat Pasir Mas sekali lagi sebab GST ini orang miskin tidak dipaksa untuk bayar tax sebab GST ini ialah cukai kepenggunaan dan cukai pengisytiharan penggunaan. Jadi orang-orang yang banyak duit, orang kaya yang guna banyak barang yang akan kena, orang miskin tidak kena saya hendak ulang sekali lagi. Kita tidak boleh kelirukan.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Okey Yang Berhormat, mungkin kawan saya akan jawab, saya hendak sentuh sedikit sahaja soal GST.
Saya hanya hendak sebut bahawa dari sudut hukumnya kita berhadapan dengan masalah kesalahan kerajaan memungut daripada orang-orang miskin. Mungkin kawan-kawan saya yang lebih mahir akan mengulas dengan lebih lanjut, InshaaAllah. Saya terpaksa minta maaf kerana masa, saya berebut masa ya. Kemudian, itu yang saya sebut mengenai perlunya kerajaan meneliti pendapatan yang diperolehi. Jangan berebut bersungguh- sungguh menekan rakyat untuk mencapai satu jumlah yang diperlukan oleh kerajaan kerana kalau ia tidak diberkati, pungutlah banyak mana pun, kita tidak akan rasa cukup.
Nafsu terus ‘memboroi’ bagi orang yang tidak kenal halal dan haram.
Tuan Yang di-Pertua, kemudian saya ingin menyentuh mengenai isu anak muda.
Pertama, isu PTPTN. Saya ingin menyentuh isu berkaitan dengan pembayaran pinjaman pendidikan PTPTN yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2015. Saya ingin menyatakan rasa bimbang saya mengenai kemampuan para peminjam untuk menjelaskan hutang mereka dalam keadaan ekonomi negara yang semakin menekan menjelang pelaksanaan sistem percukaian GST pada April tahun hadapan dan juga penarikan subsidi petrol dan sebagainya. Menurut Laporan Ekonomi 2014/2015, kerajaan menjangkakan peningkatan kadar inflasi sekitar 4 peratus sehingga 5 peratus susulan pelaksanaan GST dan pengurangan subsidi bahan api. Fakta ini turut disokong oleh RHB Research Institute yang menjangkakan peningkatan kadar inflasi pada kadar 4.2 peratus pada awal tahun hadapan.
Kenyataan ini sekali gus membayangkan tekanan ekonomi yang akan melanda rakyat. Dalam keadaan sebegini adakah tawaran rebat dan diskaun yang dikemukakan oleh pihak kerajaan itu dilihat sesuatu yang telus bagi membantu para peminjam atau hanya sekadar mahu terus mencekik duit daripada poket anak muda. Dalam hal ini suka saya mencadangkan dua perkara. Yang pertama, hapuskan kos pentadbiran satu sehingga 3 peratus secara keseluruhannya di dalam PTPTN. Perlu difahami bahawa- kepada haramnya riba adalah pada faedah dan lebihan sama ada kecil atau besar yang dibuat semasa kontrak atau kerana kelewatan pembayaran hutang sama ada berbentuk wang, barang atau lain-lain. Kecilnya jumlah lebihan itu tidak membawa apa-apa makna untuk menidakkan maksud riba itu sendiri.
Majlis Penasihat Syariah Sedunia di bawah Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions menetapkan bahawa kos pentadbiran dalam bentuk peratusan ini tidak termasuk dalam ‘al-Qardhul Hassan’ dan jelas ia adalah juga tidak diizinkan oleh syarak. Maka saya menyeru kepada penghapusan kos pentadbiran pinjaman PTPTN secara total dan kos pentadbiran itu diserapkan sepenuhnya sebagai tanggungan kerajaan. Tidak rugi kerana kerajaan telah pun berbaloi dan beruntung besar dengan kejayaan pelaburan kerajaan dalam pembinaan modal insan dan pendidikan anak muda negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh ringkaskan Yang Berhormat.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Perkara kedua yang saya ingin cadangkan melanjutkan tempoh pembayaran ke tahun berikutnya dengan tawaran rebat dan diskaun yang sama. Allah Taala berfirman dalam Al-Quran... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan sebaliknya bahawa kamu sedekahkan hutang itu kepadanya adalah lebih baik untuk kamu kalau kamu mengetahui pahala yang besar yang kamu akan dapati kelak”. Saya tegaskan sekali lagi bahawa tawaran rebat dan diskaun yang dikenakan kepada pembayaran yang dibuat pada tahun ini, pada tahun hadapan tidak langsung dapat membantu meringankan beban para peminjam. Ini kerana beban inflasi yang bertambah sepertimana yang saya sebutkan sebentar tadi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai isu pemulihan dadah yang semakin kurang diberikan perhatian oleh kebanyakan kita pada hari ini. Saya merasa sangat bimbang apabila kementerian mengeluarkan satu dapatan yang menunjukkan 48.2 peratus daripada 35,000 orang banduan adalah daripada kalangan penagih dadah.
Jenayah-jenayah ragut, menyeludup, mengedar dadah, merompak, pecah rumah, menyamun semakin berleluasa di dalam masyarakat kita hari ini dan ini disebabkan oleh para penagih tadi ketagihan dadah yang menyebabkan mereka sanggup melakukan jenayah-jenayah tersebut untuk mendapatkan wang bagi mendapatkan stok dadah.
Meskipun pada sudut jumlah ini lebih kecil daripada tahun sebelumnya, namun ia masih berada di paras yang akan membimbangkan apatah lagi golongan belia yang berumur di antara 19 hingga 39 tahun ialah golongan teramai yang terlibat dengan najis dadah.
Tuan Yang di-Pertua, penagihan dadah ialah satu bentuk penyakit psiko biososial yang telah menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah terhadap kebergantungannya secara fizikal dan psikologi terhadap dadah. Maka rawatan yang sangat sesuai diperlukan untuk memulihkannya. Saya tidak berapa bersetuju dengan langkah kerajaan untuk memberikan sejenis dadah jenis methadone bagi menggantikan ketagihan seseorang kepada dadah jenis heroin dan morfin. Methadone jenis dadah kelas ‘A’ yang turut mempunyai kesan langsung terhadap tubuh walaupun ia mampu menghilangkan rasa ketagih seseorang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Boleh habiskan.
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Saya sudahkan isu dadah. Bagaimana kita mampu merawat, memulihkan seseorang penagih dadah dengan dadah yang lain? Proses psiko spiritual ialah satu langkah yang sangat baik dalam proses merawat penagih. Ini ialah satu bentuk terapi yang menyepadukan unsur rohani dan usaha merawat dan memulihkan penagih. Ia turut diakui oleh pakar-pakar terapi dalam negara kita. Saya menggesa kerajaan agar meneliti, mengkaji dan memperkembangkan lagi kaedah psiko spiritual ini bagi menjadi teras utama dalam menyelesaikan masalah rawatan pemulihan bagi penagih dadah tersebut. Pembinaan semula jati diri para penagih inilah yang akan memberi kesan besar terhadap kejayaan usaha-usaha pemulihan yang lain termasuk latihan-latihan keusahawanan dan bantuan modal awal yang mereka perlukan untuk memulakan hidup baru.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua mengenai Pasir Mas, sedikit sahaja. Pasir Mas berkembang pesat dengan pertumbuhan taman-taman dan yang terbaru ialah Bandar Baru Pasir Mas. Isunya ialah isu jalan raya, kesesakan jalan raya yang menghimpit rakyat Pasir Mas dan sekitar setiap hari. Saya memohon agar pihak kerajaan dapat meluluskan peruntukan pada kadar yang segera bagi membina flyover ataupun jalan raya bertingkat di Bulatan Lemal di Bandar Pasir Mas bagi laluan Pasir Mas dan Tanah Merah, itu harapan saya. Rakyat Pasir Mas terpaksa berhadapan dengan isu ini setiap hari apatah lagi pada musim perayaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Datuk William @ Nyallau anak Badak - Lubok Antu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk bersama-sama mengambil bahagian untuk berucap, berbahas mengenai pembentangan Bajet 2015. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyokong Belanjawan 2015 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Oktober yang lepas. Fokus Belanjawan 2015 yang bertunjangkan tema, “Bajet 2015, Ekonomi Keperluan Rakyat”, merangkumi tujuh strategi utama. Dilihat kukuh serta bersesuaian dengan keadaan semasa perkembangan ekonomi negara.
Pembangunan sesebuah negara dapat diukur melalui kemajuan pelbagai sektor yang merangkumi sektor ekonomi, sosial serta perkhidmatan dan sektor pentadbiran.
Datuk William @ Nyallau anak Badak - Lubok Antu
Peruntukan sebanyak RM773.9 bilion dikhususkan untuk pembangunan semula.
Ini akan meningkatkan kepada RM9.8 bilion berbanding tahun 2014. Di sini saya mewakili rakyat di Lubok Antu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana dalam Bajet 2015 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan kelulusan pembangunan klinik kesihatan di Daerah Lubok Antu yang lama sudah ditunggu-tunggukan rakyat di Lubok Antu.
Seperti yang selalu saya sebut sudah tentu akan mengurangkan kos rakyat-rakyat di Daerah Lubok Antu untuk turun ke Sri Aman yang jauh 50 kilometer dari Daerah Lubok Antu. Saya sekali lagi mewakili rakyat Daerah Lubok Antu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Perkara kedua yang saya ingin sentuh di sini ialah lebih kepada untuk menagih atau mengetahui iaitu pembinaan jalan. Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada kerajaan atas peruntukan sebanyak RM943 juta yang dikhususkan untuk projek jalan luar bandar sepanjang 535 kilometer termasuk menaik taraf bekas jalan balak di Sabah dan Sarawak.
Merujuk kepada jawapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkenaan peruntukan tambahan di mesyuarat yang lepas di mana beliau telah memohon peruntukan tambahan diluluskan untuk pembinaan jalan Bukit Tungku, Sayat, Soh dan Seremat, dari Sayat, Kumpang dan dari Engkilili ke Bukong dan terus ke Changkul. Beliau telah berjanji projek ini akan bermula pada bulan April tetapi malangnya sehingga hari ini projek tersebut belum lagi dimulakan. Jadi saya dan rakyat di kawasan tersebut sudah tertunggu-tunggu bilakah projek ini akan dimulakan.
Satu lagi mengenai bekalan elektrik luar bandar iaitu sembilan buah rumah panjang yang telah diluluskan pada tahun 2009 sampai ke hari ini belum lagi dilaksanakan.
Kawasan-kawasan tersebut ialah kawasan Tutuk, Berenggang, kawasan Bukit Tungku, kawasan Benuk, Beluk Beting dan kawasan Tebarung. Projek tersebut sepatutnya bermula mengikut jawapan Menteri kira-kira pada Mei tahun 2012. Akan tetapi sehingga ke hari ini projek tersebut masih belum bermula. Pihak kontraktor masih tidak meneruskan kerja-kerja di kawasan tersebut. Oleh yang demikian saya ingin mengetahui keadaan berkenaan projek ini oleh sebab rakyat sudah menunggu sejak tahun 2009 sampai sekarang projek tersebut masih tergendala untuk diteruskan.
Satu lagi perkara yang saya ingin bawa di sini mengenai penurunan harga getah.
Di Sarawak saya difahamkan hanya di bahagian Betong sahaja sudah diberi one-off iaitu RM500 kepada penoreh-penoreh getah. Akan tetapi di kawasan-kawasan lain di Sarawak saya difahamkan belum lagi diberi bantuan mengenai penurunan harga getah yang dinanti- nati para pekebun. Saya difahamkan mereka telah banyak mengisi borang-borang untuk menuntut bayaran-bayaran one-off RM500 ini kepada para penoreh getah.
Perkara ketiga yang saya ingin sebut di sini mengenai masalah bank-bank untuk orang di luar bandar. Saya cadangkan di sini di negeri Sarawak kerana begitu luas dan banyak pekan yang jauh di luar bandar tidak mempunyai kemudahan bank-bank seperti di bandar. Kalau rakyat-rakyat luar bandar ingin berurusan di bank terpaksa pergi ke pusat bandar.
Saya cadangkan di sini supaya mencontohi mini post office atau mini bank. Jadi kemudahan bank disediakan oleh kerajaan di setiap daerah kecil di Sarawak seperti Engkilili, seperti Lacau dan lain-lain daerah kecil di negeri Sarawak.
Datuk William @ Nyallau anak Badak - Lubok Antu
Dengan adanya mini bank dibuat atau disediakan di tempat-tempat pekan kecil ini sudah tentu ia akan menjana ekonomi tempatan. Di samping itu juga penduduk-penduduk luar bandar akan dapat menabung atau menyimpan duit di bank-bank supaya dapat belajar bagaimana menggunakan pendapatan mereka supaya dapat disimpan di bank-bank berkenaan.
Akhir sekali saya ingin mengutarakan masalah rakyat mengenai bekalan minyak melalui sungai. Jadi masalah ini adalah syarikat-syarikat yang menguruskan ini tidak begitu teratur dan banyak masalah mereka yang di sungai tidak dapat menerima bantuan subsidi pengangkutan untuk mendapat minyak subsidi yang dikelolakan oleh kerajaan atau dibantu oleh kerajaan. Dengan ini sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan dan saya menyokong Bajet 2015. Sekian terima kasih.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya bangun? Jangan bangun separuh-separuh. Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terutamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya sama-sama membahaskan pembentangan bajet pada kali ini. Saya ingin memulakan ucapan saya dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Allah dengan penuh kesyukuran kerana saya berada di bumi tercinta yang telah melalui pelbagai perubahan pembangunan sepanjang hampir 60 tahun kita mengecapi kemerdekaan.
Sehubungan dengan ini, saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada pihak kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas perancangan people economy budget, dengan izin, yang sangat prihatin yang telah dibentangkan baru- baru ini.
Namun yang demikian, sejajar dengan usaha ini saya ingin menyentuh beberapa strategi utama yang saya kira amat penting untuk diberi perhatian bersama. Strategi kedua iaitu memantapkan tadbir urus fiskal bagi tindakan kedua merasionalisasi subsidi. Bagi tujuan berkenaan, suka saya menyampaikan bahawa secara majoritinya rakyat di bawah sana sangat berharap bahawa subsidi ini diperuntukkan untuk warganegara Malaysia sahaja. Ini adalah sangat mustahak kerana kita menyedari bahawa dengan jumlah yang melebihi dua juta orang pekerja asing yang berada di negara ini juga menikmati subsidi yang sama.
Sehubungan dengan itu jika difikirkan secara rasional wajarlah fokus utama diberikan untuk mencari satu mekanisme atau pun sebuah jalan penyelesaian segera dibandingkan dengan mekanisme untuk kita memberi subsidi mengikut rakyat yang dikelas- kelaskan mengikut pendapatan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, bagi strategi ketiga mengupayakan modal insan dan keusahawanan. Tindakan kedua iaitu mengupayakan program sekolah amanah dan pembinaan sekolah baru. Di dalam tiga buah sekolah menengah yang bakal dibina, saya dengan rendah diri ingin memastikan dan memohon di sini supaya sebuah sekolah menengah yang telah dijanjikan itu termasuk di antaranya sekolah menengah di Taman Scientex di dalam kawasan dibina dalam tahun 2015 ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya sambung petang Yang Berhormat.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya difahamkan ada 18 minit lagi.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambung apa yang telah baru beberapa minit saya katakan tadi iaitu berhubung kait dengan rasionalisasi. Kalau kita pecahkan kepada tiga perkara rasionalisasi ini iaitu dari sudut pemakanan utama kita, makanan utama, minyak dan juga kesihatan. Jadi suka saya mengambil kesempatan ini untuk meminta pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengkaji perkara ini dengan sehalus-halusnya daripada segi penggunaan rasionalisasi ini kepada bukan warganegara.
Sudah beberapa kali saya ulang perkara ini. Ini perlu diberi perhatian kerana jumlah mereka di dalam negara kita bukannya sedikit. Tentu ia mengganggu apa yang dihadkan yang sepatutnya diberikan kepada rakyat Malaysia, dinikmati juga oleh mereka.
Sebagai contoh, minyak di kawasan-kawasan sempadan. Kita lihatlah apa yang dilakukan oleh negara-negara jiran. Mungkin kita boleh fikirkan kalau kereta-kereta yang bukan berdaftar kereta Malaysia, mereka dibenarkan melalui kaunter-kaunter tertentu sahaja. Jadi perkara ini dapat kita kawal kalau mereka nak mengisi minyak terutama di utara dan di selatan tanah air kita di mana mereka ini masuk dengan sangat banyak dan tinggi bilangannya.
Untuk rasionalisasi dari sudut kesihatan, Kementerian Kesihatan, saya juga pernah menyuarakan. Lihatlah secara teliti di selatan tanah air sebagi contoh. Mereka ini datang mendapat rawatan di klinik-klinik kerajaan kita yang sepatutnya dengan minimum RM1 tetapi untuk warga asing kalau dikenakan sekadar RM15 pun sudah terlampau murah.
Rakyat kita sendiri kalau pergi ke klinik swasta, kita kena bayar tidak kurang sekarang ini RM35 ke RM45. Jadi perkara ini harus dilihat. Saya faham bahawa kita tidak boleh membezakan, doktor-doktor mestilah memberi rawatan. Kita tidak persoalkan soal rawatan, berilah tetapi patutlah kita hadkan dari sudut jumlah yang dibantu kepada mereka untuk mendapat kemudahan dari sudut bayaran itu ditinggikan kepada bukan rakyat tempatan.
Saya juga ingin menyentuh Tuan Yang di-Pertua, tentang strategi kedua iaitu tindakan kedua dalam hal ini dari sudut kita menjaga hak-hak warga tempatan. Kalau kita lihat di beberapa buah negara, mereka sangat mengambil berat perkara ini. Jadi daripada kita sekarang ini, kita belum selesai dengan satu masalah iaitu bagaimana kita dapat memastikan apa yang sepatutnya diberi kepada rakyat Malaysia dinikmati sebenar- benarnya oleh rakyat kita. Kita pergi pula kepada satu lagi perkara iaitu di mana kita cuba mengadakan subsidi ini kita kelas-kelaskan mengikut pendapatan mereka. Jadi dengan izin, we have not even solved one problem, kita pergi lagi kepada satu masalah yang baru. Jadi cubalah kita fikirkan, selesaikan masalah yang banyak ini sebelum kita lompat kepada satu masalah yang baru lagi. Ketirisan perlu diatasi dengan sebaik mungkin.
Tuan Yang di-Pertua, bagi strategi ketiga iaitu mengupayakan modal insan.
Tindakan kedua ada disebut bahawa tiga buah sekolah menengah akan dibina. Saya dengan rendah diri ingin meminta di sini supaya di dalam tiga buah sekolah itu akan dimasukkan sebuah sekolah menengah di kawasan saya yang telah lama dan telah pun diluluskan pembinaannya. Jadi saya harap pada tahun 2015 ini, sekolah tersebut akan dapat dibina kerana kepadatan penduduk. Di kawasan saya, jumlah penduduk sekitar 250,000 ke-280,000. Di kawasan yang sepatutnya dibina sekolah ini sahaja penduduk mencecah 10,000 dengan tidak ada stu pun sekolah menengah di dalam kawasan. Di sekolah menengah yang berdekatan, anak murid-murid terpaksa dalam sebuah kelas sampai 40 orang ke-50 orang.
Jadi dalam keadaan sekarang ini, sewajarnyalah perhatian saya harap dapat diberi bagi pembinaan sebuah sekolah pada 2015 ini. Tuan Yang di-Pertua, di bawah tindakan ketujuh iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Kita mendengar keluhan demi keluhan.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Saya ingin menyeru di sini supaya diwujudkan satu Jawatankuasa Khas mengkaji yuran yang dikenakan oleh kolej-kolej swasta kepada pelajar-pelajar ini kerana kita faham yuran yang dikenakan adalah sangat tinggi. Jadi kalau yuran tinggi, kita bagi pinjaman pun tinggi tapi mereka susah nak bayar balik.
Jadi why not, dengan izin, kita ada satu Jawatankuasa untuk mengkaji dan menilai sama ada yuran yang dikenakan itu berpatutan sangat atau mereka mengenakan yuran dengan mendapat membuat keuntungan yang tinggi daripada pelajar-pelajar kita. Niat kerajaan kita sangat baik tetapi kalau kita buat kajian balik, kita buat return on investment.
Dengan duit yang kita keluarkan untuk menampung pelajar-pelajar membuat pinjaman PTPTN ini di kolej-kolej swasta ini kalau kita bina sebuah lagi IPTA, apakah ia lebih murah sebegitu atau kita teruskan dengan konsep penswastaan ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tindakan kelapan iaitu tentang kebolehpasaran graduan. Suka saya mengambil kesempatan ini memohon dinyatakan berapakah jumlah sebenarnya mereka yang telah berjaya di bawah pimpinan TalentCorp ini. Kita dengar setiap tahun TalentCorp diberi tahun ini RM30 juta untuk mengenal pasti pelbagai terutama mereka daripada segi suri rumah dan sebagainya untuk menggalakkan pasaran mereka bekerja semula. Salah satu yang dah dikenal pasti kebolehan graduate kita berbahasa Inggeris. Kita tahu perkara ini penting dan, dengan izin, language can’t be built in two months. Dia tak boleh orang boleh mahir bercakap dalam satu jangka masa yang pendek. Jadi kita kena kaji betul-betul sebelum sesuatu keputusan kita buat.
Dari sudut untuk menambah baik wanita ke dunia pekerjaan, saya ingat TalentCorp bolehlah mengambil langkah yang lebih proaktif di mana sebenarnya wanita- wanita profesional ini, mereka nak kembali ke tempat kerja tetapi mereka mempunyai kekangan untuk anak-anak mereka. Kalau kerajaan terus meletakkan tanggungjawab untuk membina taska-taska di tempat kerja ini kepada syarikat-syarikat swasta, saya tak yakin lagi sepuluh tahun pun kita akan dapat pembinaan ini. Jadi dengan peruntukan yang ada, mungkin kita boleh fikirkan. Kita tak perlu kerana kalau di sebuah syarikat swasta, kadang- kadang pekerja wanitanya tak ramai.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Jadi untuk syarikat mengeluarkan duit dan sebagainya membina, mungkin tidak begitu produktif. Akan tetapi kalau kita adakan seperti Taska 1Malaysia yang lebih menyeluruh dibina di kawasan-kawasan terutamanya kawasan industri, mungkin ini boleh membantu kebolehan pekerja wanita-wanita kembali semula bekerja. Ini kerana mengambil pembantu rumah sekarang ini bukannya murah kalau tidak ada RM12,000 ke RM15,000 tidak mungkin seseorang itu boleh mengambil pembantu-pembantu untuk membantu dan menjaga anak-anak ketika ibu-ibu keluar bekerja.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal langkah baru yang diambil bagi memastikan anak-anak kita mencapai tahap bahasa Inggeris yang baik iaitu menaikkan band 2 sehinggalah ke band 4. Kita mengalami masalah kalau kita ingat balik, kita bersetuju secara kolektifnya menukarkan pembelajaran Matematik and Sains daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia kerana kita risau orang-orang di luar bandar akan ketinggalan. Jadi kalau kita dengan Band 2, Band 4 to a certain next stand juga sampai Band 5 bagi pelajar perubatan, agaknya IPTA-IPTA ini pelajar-pelajar yang datang berlatar belakangkan keluarga biasa, keluarga kampung, dan luar bandar, mampukah mereka mencapai seperti yang dihajatkan? Apakah akan jadi kepada anak-anak kita ini? Adakah setelah kita melaksanakan perkara ini, kita akan sekali lagi ditimpa dengan satu lagi masalah dan kemudian terpaksa berfikir membuat sesuatu pula lagi menukar atau membelanjakan wang yang banyak lagi untuk memastikan kejayaan anak-anak kita?
Di bawah tindakan kesembilan, menyejahterakan...
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Mohon celahan sedikit.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Sila, tetapi jangan panjang sangat, ya.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Ya, tidak.
Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Pasir Gudang tentang pencapaian Bahasa Inggeris.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Setuju atau tidak kalau kita cadangkan kepada kementerian misalnya selepas diumumkan ada beberapa pandangan daripada pelajar sendiri yang dikeluarkan dalam Portal, contohnya di UiTM, hendak masuk ke UiTM itu sudah kena ada kelulusan Band 3 atau Band 4. Kemudian ditambah lagi dengan keperluan ini. Adakah itu dilihat redundant atau kita minta kerajaan kaji semula dalam konteks untuk menyesuaikan terutamanya pelajar-pelajar yang dari kampung dan semi urban ini? Terima kasih.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Saya bersetuju kita mengkaji dengan teliti supaya bila kita buat sesuatu, dengan izin, very sure of what we are doing. Kita tidak mahu ada buat satu, ada yang redundant atau sebagainya. Saya pergi kepada Tuan Yang di-Pertua kepada di bawah tindakan kesembilan iaitu menyejahterakan golongan pekerja dan sangat berterima kasih mewakili pekerja-pekerja swasta terutamanya tentang persetujuan untuk mengkaji semula Akta Kerja 1955 ini. Ini ialah satu langkah yang sangat baik. Cumanya saya meminta agar penglibatan daripada wakil pekerja dan wakil majikan dilibatkan dengan sepenuhnya dalam pengkajian ini. Ini kerana saya mempunyai ramai rakan yang kita tidak mahu bila sesuatu diubah, satu pihak untung dan satu pihak lagi rugi.
Sebagai contoh, saya hendak bawa kepada seksyen 14(1) di dalam Akta Pekerjaan 1955 ini iaitu penamatan kontrak atas sebab-sebab khas setelah soal siasat diberi. Makna selepas soal siasat dibuat, ada salah laku di tempat kerja, majikan boleh membuang pekerja, menamatkan pekerja itu, menurunkan pangkat pekerja, dan sebab yang ketiga boleh juga meminta pekerja itu untuk tidak datang bekerja selama sehingga dua minggu.
Akan tetapi persoalannya, kadangkala bila tiba ke Mahkamah Buruh yang tidak puas hati akan pergi ke Mahkamah Buruh dan mereka mencabar keputusan ini dengan mengatakan ia tidak adil. Saya bagi pihak majikan juga ingin menyuarakan bahawa perkara ini perlu diteliti kerana yang penting keadilan itu wujud. It has been seen not only seen but heard to be fair. Ini perkara yang sangat penting dalam mengamalkan soal siasat itu.
Jadi kalau kita meminta pihak majikan menjalankan soal siasat seperti di mahkamah sebenar, saya rasa agak kurang wajar. Ini kerana mereka yang berada di syarikat-syarikat swasta bukanlah terdiri daripada lawyer-lawyer yang terlatih sebagai lawyer untuk memastikan soalan dan sebagainya begitu mirip mahkamah sehingga hak mereka sebagai majikan untuk mengambil tindakan kepada pekerja itu tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Begitu juga di bawah seksyen 15(2). Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan definisi yang munasabah untuk memaklumkan jika pekerja itu tidak dapat hadir bekerja selama dua hari berturut-turut pihak majikan boleh menamatkan perkhidmatan pekerja berkenaan atau pekerja itu dianggap telah menamatkan pekerjaan dia sendiri?
Akan tetapi persoalannya ialah Tuan Yang di-Pertua, bila kita sebut sebagai attempt, Apakah dia punya usaha untuk memberitahu pada pihak syarikat ini ialah pukul berapa?
Saya sendiri sudah menjadi Ahli Parlimen ini pun dipanggil ke mahkamah untuk menjadi saksi kepada salah satu kes pembuangan pekerja di mana pekerja hanya memberitahu pihak majikan pukul 4 petang sedangkan waktu kerja kami sehingga 7.30 petang. Akan tetapi apabila kita ambil tindakan perkara ini telah dicabar. Jadi perkara- perkara seperti inilah yang menjadi kegusaran pihak-pihak majikan. Jadi bila kita membuat kajian, kajilah dengan sebaik-baiknya, libatkan mereka yang benar-benar boleh membantu supaya kita dapat satu pandangan yang baik dan memberi manfaat kepada majikan dan juga kepada pekerja.
Tuan Yang di-Pertua, dari sudut pembayaran elaun COLA, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk pihak kerajaan memastikanlah perkara ini dapat dilaksanakan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia ada menyebut, “Kita tidak ada kuasa untuk meminta pihak majikan membayar elaun COLA”. Memang betul untung atau rugi pihak swasta, kerajaan tidak boleh control tetapi dengan beberapa insentif yang boleh diberikan seperti pelepasan cukai. Jika mereka memberi pembayaran elaun COLA, mereka ini mungkin akan berminat untuk membayar elaun COLA dan kerajaan dilihat akan dapat membantu. Pihak swasta tidak nampak perkara ini secara jelas bantuan daripada pihak kerajaan.
Satu fenomena yang kita perlu faham. Bila mereka ini sudah bekerja datang dari kampung, seperti di Pasir Gudang ini, orang Kelantan atau orang Terengganu datang ke sana. Majoritinya orang luar, mereka datang ke sana untuk bekerja.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terdapat ramai orang Kelantan di tempat saya, orang Terengganu, orang Melaka ada, orang Kedah atau orang Perlis semua ada. Akan tetapi bila mereka datang yang saya hendak suarakan di sini mereka datang baguslah minta kerja bukankan, tidak apa. Apa yang saya hendak suarakan di sini, bila mereka datang, tinggalkan rumah mereka, mereka bekerja kalau gaji RM2,000 ke RM3,000 itulah yang mereka akan dapat. Dia tidak akan dapat hendak cari duit di mana untuk bayar sewa rumah dia. Kalau dia hendak duduk, dia kena duduk rumah yang berbayar sama ada disediakan oleh majikan atau dia sendiri kena menyewa. Kalau dia hendak makan, dia kena beli.
Ia tidak seperti di kampung. Rumah, kalau dia duduk di kampung, dia tidak ada ikan dia pergi ke laut atau pergi ke sungai cari ikan. Dia pergi di tepi rumah petik pucuk ubi buat masak. Akan tetapi kalau di kawasan bandar, kalau perkara ini tidak diambil kira, macam mana mereka hendak meneruskan kehidupan? Hendak pergi kerja kalau tidak ada kereta atau motor, tidak boleh pergi kerja. Jadi adalah sangatlah mustahak kita memastikan elaun COLA. Jangan ambil perkara ini mudah. Jangan kita kata serah pada pihak swasta.
Ada- sebagai perantaraannya, pihak kerajaan bagi pihak swasta sesuatu untuk mereka dan bantu mereka dapat menjaga pekerja mereka dengan baik.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan gaji minimum. Kita tahu perkara ini telah diwartakan tetapi kita mohon pihak kerajaan supaya mengambil tindakan yang sewajarnya kepada majikan-majikan yang tidak membayar gaji minimum ini. Ini kerana memang masih kedapatan lagi. Sebagai contoh, kita hendak tengoklah kita mungkin- Tuan Yang di-Pertua sendiri pergi ke hotel-hotel. Kita pergi ke mana-manalah. Di tempat saya ini orang kerja kilang dahulu, Tuan Yang di-Pertua.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Dahulu budak-budak saya kerana hendak cukupkan pendapatan mereka, mereka kerja part time ini dia buat guard. Dia buat guard dia masuk pukul 7 malam sampai 7 pagi.
Habis 7 pagi dia masuk pula kerja tempat kita tapi sekarang peluang itu makin menguncup kerana kerja guard ini telah dipenuhi oleh pekerja asing. Jadi macam mana kita hendak bantu rakyat kita? Kerja hotel sekarang. Semalam saya hendak minta air kosong dia pun tidak faham. Kita cakap air kosong tetapi kerana itu sudah lambakan. Sedangkan kalau kita lihat kepada kerja hotel ini ialah satu pekerjaan yang ringan. Kenapa masyarakat kita, anak muda kita tidak minat, kenapakah? Perlu kita kaji. Adakah kerana masalah gajinya, kerana pekerjaannya? Jadi kita kena teliti perkara ini. Bukanlah jalan penyelesaiannya dengan meluluskan memberi pekerja-pekerja asing ini.
Apakah akan jadi kepada anak-anak kita yang belajar hospitaliti ini? Hendak buat praktikal pun saya tengok kalau di hotel saya itu praktikal saya tanya yang datang itu bertukar every few months adalah praktikal dari Nepal. So, dekat mana anak-anak kita nanti hendak bekerja? Jadi mintalah pihak yang bertanggungjawab mengkaji perkara ini dengan sebaik-baiknya demi masa depan kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya tahu masa tidak mengizinkan saya untuk bercakap dengan lebih banyak tetapi ada satu perkara lagi isu strategi kelima iaitu memartabatkan peranan wanita. Dalam usaha untuk mengembalikan wanita profesional ke pasaran pekerja kita kena melihat perkara ini dengan teliti. Masalah perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin. Ia satu perkara yang sangat serius. Bukan kita perlu lakukan sekadar orang kata melepas batuk di tangga. Kita bercakap berkenaan TalentCorp. Tadi pun saya sudah ulang fasal TalentCorp tetapi kita tidak boleh mengukur di mana sebenarnya kejayaan mereka dalam membantu mengembalikan. Kita tahu ada profesional yang dibalikkan ke dalam negara kita dengan bayaran yang lebih tinggi tapi what happen to the present yang hendak bekerja keluar ke pasaran ini, apakah yang dilaksanakan untuk membantu mereka ini?
Sehubungan dengan itu juga di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di bawah penyediaan bantuan kewangan kepada warga emas ini diperhalusi. Saya banyak mendapat rungutan. We are trying, dengan izin, kita cuba hendak menggalakkan anak-anak jaga ibu bapa dan sebagainya. Dalam masa yang sama kerajaan kena juga prihatin tentang kekangan mereka. Sebagai contoh dua hari lepas saya di sini tetapi ada seorang wanita ini menelefon dia kata, “Puan, macam mana puan. Saya jaga emak saya tinggal dekat rumah saya. Suami saya bekerja. Bila saya mohon Jabatan Kebajikan Masyarakat mereka kata tidak layak kerana suami saya bekerja. Saya tidak bekerja”, dia kata.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Jadi perkara ini perlu dilihat untuk bantuan kepada warga emas yang dijaga. Ini ialah insentif-insentif yang perlu kita kaji supaya anak-anak dapat menjaga ibu bapa mereka dengan baik. Saya juga hendak kaitkanlah dalam perkara ini ada dikatakan akan membina lima buah pusat aktiviti warga emas lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh dua minit lagi Yang Berhormat.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Boleh Tuan Yang di- Pertua. Lima lagi. Jadi saya mohonlah salah satunya itu dibina di Parlimen saya kerana keutamaan mesti diberi kepada kawasan industri kerana dengan cara ini kita membantu mereka pergi kerja dengan senang hati. Dia boleh hantar emak bapa dia, balik dia ambil.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang terakhir tentang hospital. Hospital di Pasir Gudang ini saya mohon sangat supaya akan dapat dibina. This is sangat serius. Saya bukan sengaja hendak minta kerana hendak minta. Perkara telah dijanjikan, keperluan sangat meninggi jadi saya harap sangat pada RMKe-11 nanti hospital ini akan dibina tanpa ditangguhkan lagi.
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir tentang masalah yang pernah disuarakan oleh kerajaan negeri tentang VEP ini yang dikenakan bayaran. Haraplah dapat disegerakan kepada kenderaan-kenderaan luar yang masuk ke dalam negara kita dan bagi pihak semua saya yakin perkara ini untuk membantu menambah pendapatan negara dan juga negeri.
Jadi sehubungan dengan itu ialah bahagian yang diperuntukkan oleh negeri-negeri yang kenderaan luar ini banyak masuk seperti di negeri Johor. Saya juga mengambil kesempatan ini sekali lagi merakamkan setinggi penghargaan kepada Kementerian Kerja Raya yang telah membuat fasa 1 highway di pasir Gudang tapi saya minta juga kerjasama untuk dipercepatkan pembinaan dan fasa 2 dipercepatkan kerana fasa 1 belum habis. Jadi kita minta turun fasa 2 ini. Tidak akan hendak buat jalan raya separuh jalan sahaja. Lagi separuh jalan yang tidak diperbaiki.
Itu sahaja yang ingin saya sampaikan dan dengan kata-kata di sini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua memberi saya ruang dan memberi sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Barisan Nasional yang sangat prihatin kepada rakyat dan sentiasa memikirkan kepentingan rakyat. Jadi dengan kata-kata itu saya menyokong perbahasan kita pada hari ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bukit Bintang. Yang Berhormat Bukit Bintang you time yourself. I just assist you. Selama 20 minit, you berhenti 20 minit. Kali ini saya main linesman. You referee.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2015 ini. Tuan Yang di- Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan ada menyebut tema Bajet 2015 sebagai Bajet EKR iaitu Ekonomik Keperluan Rakyat iaitu ciplak daripada kata-kata masyarakat ekonomi Selangor NES iaitu Satu Program sosioekonomi yang menyejahterakan rakyat Selangor di bawah pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat dan mendapat sambutan hangat sehingga mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pun mendapat imbuhan.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun Bajet 2015 yang akan membelanjakan peruntukan RM273.9 bilion dan mengunjurkan defisit sebanyak 3 peratus dari KDNK bukanlah kejayaan yang besar kerana unjuran jumlah kutipan hasil 2015 hanya pada RM235.2 bilion sahaja dan belanja pengurusan negara masih tinggi iaitu RM223.4 bilion sedangkan kos pembangunan hanya RM50.5 bilion. Kerajaan hanya meneruskan tradisi mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dan pengurusan ekonomi dalam keadaan tersepit dan terhad.
Jika kerajaan mempunyai lebihan atau surplus, dengan izin, tidak akan berlaku kerajaan memberi bantuan BR1M secara 4.0 ansuran secara tiga kali ansuran sekurang- kurangnya pun ia akan membayar dua ansuran. Rakyat keliru apa makna tiga kali ansuran sedangkan dibayar sekurang-kurangnya dua ansuran bagi melengahkan mereka. Bukan tiga ansuran. BR1M yang diterima oleh lapan juta orang penerima juga tidak ada erti kerana GST akan dikuatkuasakan pada tahun depan iaitu 1 hari bulan April 2014.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Golongan pesara, OKU dan orang bujang masih tidak berpuas hati dengan bantuan yang ada. Pesara bukan diberi kenaikan RM250 tetapi lebih lagi OKU tidak sepatutnya diberikan bantuan RM300 tetapi dinaikkan menjadi RM500 memandangkan kos sara hidup meningkat naik. Secara purata dari sepuluh permohonan mendapat bantuan kebajikan di kawasan Kuala Lumpur hanya tidak sampai separuh yang diluluskan. Selain ditolak dengan pelbagai alasan sedangkan mereka ialah golongan tua yang tidak bekerja dan tidak ada keluarga yang bertanggungjawab serta tidak ada simpanan.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Dari awal mereka telah dinafikan bantuan, apatah lagi dengan bantuan BR1M yang tidak banyak membantu melegakan mereka. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesebelas bajet mengatakan bahawa negara sedang mengorak langkah menuju status ekonomi maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Bajet 2016 kelak adalah bermula bagi Rancangan Malaysia Kesebelas di bawah nama Strategi Pembangunan Nasional.
Rakyat harus juga bersedia untuk bersama-sama menuju ke status ekonomi maju berpendapatan tinggi. Ini pencapaian pendapatan negara kasar per kapita telah meningkat dari USD6,700 ke USD1,060. Sektor-sektor yang lemah perlu dibantu, termasuk modal insan supaya tidak berlaku jurang perbezaan antara golongan berada dan kurang berada yang sangat bebas dalam negara. Perlu diingati bahawa status ekonomi maju berpendapatan tinggi hanya boleh dicapai bila semua langkah dan strategi mencapai sasaran yang tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa.
Festival Malaysia Tahun Melawat Malaysia Tahun 2015. Saya difahamkan menjelang tahun 2015, kerajaan akan melancarkan Tahun Festival Malaysia di mana kerajaan akan menyasarkan ketibaan pelancong seramai lebih 29.4 juta orang dan boleh menarik pendapatan negara RM89 bilion. Dalam masa yang sama, kerajaan berusaha menjadikan Malaysia sebagai hab pelancong kesihatan. Ia tidak mungkin boleh dicapai tanpa usaha dan kerja keras dari sekarang.
Pegawai-pegawai dagang yang mahir dalam penjagaan kesihatan boleh ditugaskan perkhidmatan dan membantu sektor ini. Maka, prosedur kemasukan mereka hendaklah dipermudahkan dan kerajaan hendaklah juga memberi insentif kepada syarikat- syarikat tempatan yang mengambil bahagian dalam promosi ketibaan pelancong.
Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang saya ingin bangkitkan di sini ialah masalah visa untuk melawat Malaysia. Di China, para pelancong China yang hendak melawat Malaysia perlu membayar caj visa yang mahal berlainan dengan yang dahulu.
Oleh sebab fees yang dicaj sudah naik satu kali berbanding dengan tahun yang lalu. Oleh sebab kementerian yang bertanggungjawab ialah KDN, outsource proses permohonan visa melalui sebuah syarikat swasta.
Memandangkan pelancong China selama ini merupakan kumpulan yang terbesar yang tiba di Malaysia kerana suka keunikan negara ini tetapi masa kini jumlah mereka semakin berkurangan yang tiba. Bukan sahaja disebabkan kes kehilangan pesawat MAS MH370 yang menjadikan mereka takut untuk datang ke sini tetapi satu lagi ialah caj fees visa yang mahal naik harga 100 peratus. Saya difahamkan bahawa negeri Thailand akan memansuhkan visa masuk ke negara itu. Saya yakin lebih ramai pelancong China akan melawat ke negara itu walhal Malaysia yang akan hilang pelancong datang dari negara China.
Saya mencadangkan bahawa mengecualikan visa masuk ke Malaysia dari negara China bagi tempoh satu tahun. Kita buat satu percubaan sama ada untuk menarik ramai pelancong China datang ke Malaysia sempena Festival Malaysia Tahun Melawat Malaysia 2015. Saya percaya ia akan melonjakkan ketibaan pelancong dari China.
Tuan Yang di-Pertua, langkah menyekat ancaman banjir kilat di Kuala Lumpur dari berulang sepanjang tempoh saya menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang. Saya telah menyaksikan berulang kali banjir kilat melanda sebahagian kawasan rendah dan mudah berlaku banjir. Yang terbaru ialah banjir kilat yang berlaku di Jalan Hering, Jalan Pinang dan Jalan Sultan Kuala Lumpur berpunca daripada pemaju bangunan-bangunan berbilang tingkat gagal memasang perangkap penyekat lumpur di kawasan projek dan akibat banyak longkang dan saliran tersumbat.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Ditambah pula pihak DBKL tidak cekap memantau perjalanan projek-projek tersebut. Seolah-olah mereka lepas tangan setelah meluluskan perintah pembangunan projek.
Untuk sekian kalinya, saya menyeru pihak kerajaan, khususnya DBKL, Alam Flora, termasuk pemaju sendiri, mengambil daya usaha untuk memastikan setiap parit kecil dan longkang di Kuala Lumpur bebas dari sampah-sarap, kelodak dan bahan buangan. Jadikan ia rutin harian untuk memastikan semua berjalan lancar.
Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang amat menyedihkan hati, khususnya di ibu kota Kuala Lumpur ini. Menurut surat khabar The Edge, sebuah syarikat bernama Profit Consortium telah dipilih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengambil alih projek Plaza Rakyat. Projek Plaza Rakyat telah terbengkalai selama 17 tahun. Tapak projek Plaza Rakyat seluas 15.3 ekar. Nilai tanahnya kalau dikira pada harga konservatif 1,000 kaki persegi, hari ini berharga ialah RM600 juta. Saya difahamkan bahawa di kawasan di sekitar itu harga tanah ialah 2,000 hingga 3,000 kaki persegi. Ini bermakna jumlah harga tanah itu RM1.3 bilion.
DBKL telah membuat satu usaha sama, joint venture, dengan izin, dengan syarikat swasta pada tahun 1994 untuk membangunkan Plaza Rakyat sebagai hab pengangkutan awam. Sejak 20 tahun sudah pun berlalu, apa yang terbina sekarang di tengah-tengah Bandar raya Kuala Lumpur ialah tempat pembiakan nyamuk. Kira satu kegagalan dan kemaluan ke Malaysia, khususnya pelancong-pelancong bila melalui tempat itu nampaknya satu eyesore, dengan izin.
Saya ingin tahu kenapa Plaza Rakyat terbengkalai? Sebab usaha sama partner yang dipilih oleh DBKL masa itu syarikat kroni Wembley Industries yang dipunyai oleh Tan Sri Ting Pek Khiing. Akhirnya, diisytiharkan bankrap pada tahun 2010. Perlu diingatkan juga, individu yang sama inilah yang diberi projek Empangan Bakun di Sarawak yang cukup kontroversi. Kegagalan beliau dalam Plaza Rakyat dan Bakun merugikan negara dan rakyat Malaysia. Sekiranya DBKL memilih partner yang cekap 20 tahun dahulu, keadaan hari ini mungkin sekali berlainan.
Soalannya sekarang, 20 tahun kemudian adakah DBKL telah belajar daripada pengalaman yang pahit daripada Plaza Rakyat? Nampaknya sekali lagi DBKL memilih sebuah syarikat yang tiada pengalaman yang kukuh. Dipercayai Profit Consortium ini dipilih secara rundingan terus tanpa tender terbuka.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Mengikut paper The Edge Financial Report, I quote Tuan Yang di-Pertua, “The Kuala Lumpur City Hall (DBKL) said, Profit Consortium Sdn. Bhd. a privately held company linked to Major (R) Anuar Adam who controls Tadmax Corp. Bhd., has submitted proposal to revive the long abandoned Plaza Rakyat project in Jalan Pudu, Kuala Lumpur.” This is one in The Edge, October 14 and then The Star. This also had a headline regarding this isue. Masalahnya ialah Tuan Yang di-Pertua bahawa tapak ini walaupun 20 tahun yang diusaha sama oleh sebuah syarikat Wembley Industries dengan DBKL, sampai hari ini ramai pembeli lot-lot atau petak-petak di projek seramai 221 orang pembeli. Nasib mereka bergantung kepada syarikat yang akan mengambil alih projek ini. Saya minta kementerian yang bertanggungjawab haruslah memberi satu jaminan mengenai kedudukan pembeli-pembeli seramai 221 orang, sama ada akan diberi pampasan atau meneruskan perjanjian yang ditandatangani oleh mereka 17 tahun yang lalu, adakah sah dan apakah pampasan yang akan diberi kepada mereka.
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan pokok ialah mengapa memberi satu projek yang melibatkan berbilion-bilion ringgit kepada sebuah syarikat runding terus bukannya melalui tender terbuka. Sebab kerajaan beruntung khususnya DBKL kerana boleh mendapat lebih revenue daripada projek jika kepada sebuah syarikat yang lebih kukuh dan berupaya untuk mencapai persetujuan antara mereka dan memastikan bahawa keuntungan boleh cover kepada rakyat jelata.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu siapa yang berada di belakang Profit Consortium. Pemegang saham utama ialah Maxcorp Development di mana sebahagian besar business nya di Pakistan mengikut laporan dari The Edge. Apa yang lebih mengejutkan ialah penglibatan sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia bernama Tadmax Resources.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Menurut laporan, Tadmax Resources memegang 13 peratus saham dari Profit Consortium. Pemegang saham ketiga terbesar Tadmax Resources ialah seorang Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini...
[Dewan riuh]
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Yang Berhormat Bukit Bintang siapa itu? Ada di sini tidak sekarang?
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Ini Ahli Parlimen dari- mengikut laporan dari The Edge ialah Wakil Rakyat dari Bintulu. Saya berharap juga kerajaan haruslah…
Tuan Yang di-Pertua
Ini Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Bintang saya cuma ingin ingatkan setiap penyataan seperti begitu mesti diiringi dengan tanggungjawab.
Yang Berhormat Bintulu tidak ada pada ketika ini. Walaupun demikian…
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Mengikut laporan dari paper sayalah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat tidak semestinya apa yang dilapor di surat khabar itu sahih. Tidak semestinya.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Tuan Yang di-Pertua, saya berani ulang di luar Dewan ini.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Saya minta kementerian yang bertanggungjawab memberikan penjelasan. Saya minta kementerian seharusnyalah menjelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa mengapa projek tidak melalui tender terbuka.
Ini satu soalan pokok. Tuan Yang di-Pertua, saya fikir tentang Stesen Bas Pudu Sentral
(UTC) Pudu diarah berpindah ke Terminal Bandar Tasik Selatan. Sebagai wakil rakyat kawasan, para peniaga dan pengusaha bas ekspres yang beroperasi di Hentian Pudu Sentral telah mendapat notis supaya berpindah ke Terminal TBS. Semua pengusaha membantah kerana ia bakal menyusahkan para penumpang dari semua arah baik utara, selatan, Pantai Timur dan sebagainya.
Tentunya para peniaga yang menyewa kedai-kedai UDA yang ini terperangkap dengan bayaran sewa dan fees penyelenggaraan yang terlalu tinggi akan berhadapan dengan kehilangan pelanggan. Kehilangan peniaga dan bakal gulung tikar kerana tidak mampu membayar sewa dan caj yang dikenakan. Bukan itu sahaja, kedai-kedai dan hotel berhampiran juga akan terjejas kerana suasana business di situ telah hilang dan sepi.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberikan alasan bahawa kegiatan ulat-ulat di luar Pudu Sentral Station yang menyebabkan mereka patut dipindahkan ke Terminal TBS sedangkan kegiatan ulat-ulat nampaknya semacam dibiarkan sahaja oleh SPAD.
Saya mencadangkan supaya satu kajian dijalankan untuk menentukan mengapa stesen ini dipindahkan ke TBS, oleh sebab akan mengakibatkan ramai peniaga akan gulung tikar, business akan jatuh yang mengakibatkan mereka tidak mampu membayar sewa kepada UDA.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai pinjaman peminjam PTPTN wajar dikenakan CCRIS. Tindakan kerajaan mengenakan CCRIS ke atas peminjam PTPTN yang enggan membayar balik pinjaman PTPTN adalah wajar tetapi sebelum dikenakan CCRIS hendaklah dipastikan bahawa peminjam bukan pelajar lagi tetapi sudah bekerja dan tidak pernah membuat ansuran bayaran balik. Sebelum ini dilaksanakan, PTPTN hendaklah melakukan siasatan rapi bahawa hanya golongan sasaran yang perlu dikenakan tindakan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Di antara Ahli-ahli Yang Berhormat berdiri ini ada dari Baram? Dalam list saya Baram. Sila.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan Bajet 2015 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Oktober tahun ini.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2015 merupakan bajet yang ke-56, Kerajaan Malaysia dan telah pun memperuntukkan sebanyak RM223.4 bilion sebagai perbelanjaan mengurus dan bakinya bernilai RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Agihan peruntukan ini sudah pasti diputuskan oleh kerajaan berasaskan kedudukan kewangan semasa setelah mengambil kira cabaran-cabaran ekonomi, sosial dan sebagainya secara terperinci dan adil.
Bajet 2015 ini juga yang bertemakan, “Ekonomi Keperluan Rakyat” langkah strategik Kerajaan Barisan Nasional untuk memperkasakan lagi ekonomi negara, di samping memastikan agar semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, jantina, usia dan wilayah terus menikmati pembelaan kerajaan agar perpaduan dan kestabilan negara terus dipelihara.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Saya menerima Bajet 2015 yang berteraskan kepada tujuh strategi utama dengan terbuka dan berharap penuh agar setiap peruntukan ini akan diguna pakai oleh agensi- agensi pelaksana mengikut SOP yang teratur supaya slogan, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ akan dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Barisan Nasional di peringkat negeri Sarawak di bawah pucuk pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang baru telah mengutamakan dan telah menyasarkan supaya pembangunan luar bandar akan diutamakan. Saya yakin bahawa dengan kerajaan yang kita ada di peringkat persekutuan, agenda untuk membangunkan kawasan luar bandar ini akan diteruskan terutamanya di kawasan-kawasan seperti kawasan Baram. Kawasan Parlimen Baram memerlukan pembangunan. Baik daripada segi pembangunan ekonomi, sosial, dan apatah lagi kemudahan-kemudahan asas seperti jalan raya yang baik, bekalan elektrik 24 jam, bekalan air bersih serta kemudahan-kemudahan infrastruktur seperti sekolah-sekolah, klinik kesihatan, jaringan telekomunikasi dan kemudahan perumahan yang sempurna dan setaraf dengan kemudahan-kemudahan yang dinikmati di kawasan-kawasan lain.
Tuan Yang di-Pertua, dengan kesempatan ini dan di Dewan yang mulia ini, saya mohon supaya peruntukan-peruntukan dalam Bajet 2015 dapat diagihkan dengan telus dan adil dengan memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan luar bandar seperti kawasan Baram dan kawasan-kawasan yang lain yang secara perbandingan amat memerlukan pembangunan agar rakyat kawasan luar bandar akan terus menikmati tahap pembangunan yang mampan menjelang tahun 2020.
Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili rakyat di kawasan Parlimen Baram mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah memperuntukkan sejumlah RM4.5 bilion untuk kemudahan infrastruktur luar bandar. Ini adalah penting untuk meneruskan pembangunan-pembangunan yang telah dan yang sedang rancak dijalankan di kawasan luar bandar.
Dengan ini, saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian yang berkenaan sama ada peruntukan RM943 juta untuk jalan raya luar bandar termasuk menaikkan taraf jalan balak di Sabah dan Sarawak. Kita hendak penjelasan berapakah yang akan diagihkan kepada kawasan Baram? Saya juga memohon supaya sebahagian daripada peruntukan ini dapat digunakan untuk melaksanakan ataupun untuk menaiktarafkan jalan balak dari Pekan Long Lama ke Temala di samping untuk menaikkan lagi taraf jalan balak yang bermula dari kawasan Lapuk ke kawasan Long Atun di Hulu Tinjar. Di samping itu, adalah dicadangkan juga supaya jalan National Blue Ocean Strategy yang telah dibina dari Bandaraya Miri ke Pekan Marudi dapat dinaiktarafkan. Ini adalah kerana kawasan-kawasan ataupun jalan-jalan ini amat memerlukan pembaikan dan penaikan taraf supaya perhubungan di kawasan ini dapat dipertingkatkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya peruntukan untuk kawasan luar bandar ini, khususnya untuk menaikkan taraf jalan balak dapat juga diagihkan kepada kawasan-kawasan di Hulu Baram, satu. Kedua, di kawasan pertengahan Baram dan ketiga di kawasan Tutoh Apoh, dan seterusnya.
Tuan Yang di-Pertua, jalan-jalan yang menghubungkan rumah-rumah panjang ataupun kampung-kampung yang saya maksudkan dalam ketiga-tiga kawasan tersebut hanya dapat digunakan semasa musim kemarau kerana pada musim hujan kereta atau kenderaan empat roda pun susah hendak melepasi jalan-jalan tersebut.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan agar peruntukan penyambungan elektrik sebanyak RM1.1 bilion untuk 15,000 buah rumah yang telah diperuntukkan dalam Bajet 2015 ini dapat juga diagihkan di kawasan Baram terutamanya kita nampak pada masa ini bekalan elektrik 24 jam telah pun sampai ke tempat-tempat tertentu. Saya mohon supaya sambungan dari tempat-tempat yang sudah ada bekalan elektrik ini dipermudahkan ataupun disalurkan kepada tempat-tempat seperti rumah-rumah panjang iaitu Long Bemang, Long Ikang, Long Atip, Uma Ake, Long Bedian, Long Wat dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengan tempat-tempat ini.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Ini adalah kerana bekalan elektrik yang ada di kawasan-kawasan ini menggunakan tenaga generator pada masa ini. Oleh sebab itu besarlah harapan saya sebagai wakil dari Baram untuk memohon agar peruntukan dapat disalurkan kepada tempat-tempat ini dan tempat-tempat lain yang berdekatan.
Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga menerima baik peruntukan yang telah diluluskan untuk membaik pulih rumah usang untuk tahun 2015 dan sekali lagi saya memohon supaya sebahagian daripada peruntukan-peruntukan ini dapat disalurkan juga ke kawasan Baram terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman yang kebetulan juga merupakan kaum Penan, Kenyah dan Kayan. Ini oleh sebab keadaan rumah mereka pada masa ini memang begitu usang dan amat memerlukan bantuan dari kerajaan supaya rumah-rumah mereka ini dapat diperbaiki.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan RM56 bilion untuk Kementerian Pendidikan Malaysia satu usaha yang tepat ke arah pembangunan sumber manusia yang sudah pasti akan menjadi tonggak kecemerlangan negara. Saya berterima kasih kerana Kerajaan Barisan Nasional telah pun meluluskan beberapa peruntukan di kawasan Baram khususnya untuk SMK Tutoh Apoh yang bernilai kira-kira RM35 juta. Ini saya rasa ialah satu usaha yang baik bagi kawasan luar bandar.
Saya juga ingin memohon supaya Kementerian Pendidikan Malaysia dapat juga mempertimbangkan dengan sewajar-wajarnya agar bilik darjah, kuarters guru dan dewan- dewan sekolah menengah dan sekolah kebangsaan dapat diperbaiki juga dalam tahun 2015 ini. Secara khususnya, saya ingin mencadangkan dan memohon supaya Kementerian Pendidikan dapat mempertimbangkan peruntukan untuk SMK Marudi, SMK Temenggong Datuk Lawai Jau, SMK Long Lama dan SMK Bakong. Di samping itu sekolah-sekolah seperti SK Long Moh di Ulu Baram, SK Long Miri, SK Pengelayan, SK Long Pillah, SK Long Atun dan SK Long Teru Tinjar juga amat memerlukan peruntukan untuk pembaikan semula bilik darjah di kuarters-kuarters guru dan dewan-dewan.
Tuan Yang di-Pertua, komunikasi melalui telefon bimbit sudah menjadi budaya masyarakat kita pada masa ini tanpa mengira wilayah. Terima kasih kepada kerajaan kerana telah memperuntukkan peruntukan kewangan untuk pembinaan 1,000 buah menara pencawang telekomunikasi dalam tahun 2015. Saya cadangkan dan memohon supaya bilangan menara pencawang sejumlah 28 buah yang sudah ada di daerah Baram, di kawasan Baram dapat dipertingkatkan. Khususnya di kawasan-kawasan Ulu Tinjar...
Tuan Yang di-Pertua
Panjang lagi Yang Berhormat?
Tuan Anyi Ngau - Baram
Lima minit Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau lima minit Yang Berhormat, masa tidak mengizinkan.
Jadi, saya sarankan jadi Yang Berhormat pasang gear lima.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang ini saya nampak Yang Berhormat pasang gear dua.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Supaya kawasan-kawasan ini dapat kawasan Long Palai dan kawasan Long Seridan dapat dibekalkan ataupun dikenakan dengan menara pencawang telekomunikasi berkenaan. Tuan Yang di-Pertua permohonan klinik kesihatan dari masyarakat di Long Atun dan kawasan Peking Tinjar telah lama dikemukakan dan mohon supaya permohonan-permohonan ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya dalam masa yang terdekat ini.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Akhir sekali, saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kerajaan Barisan Nasional kerana telah meneruskan pelbagai bantuan kepada masyarakat di negara kita dan kita mohon supaya bantuan-bantuan ini dapat disampaikan kepada sasaran-sasaran yang ditetapkan secara adil, secara berkesan. Saya percaya dengan komitmen yang tinggi daripada pihak yang melaksanakan bantuan-bantuan ini dapatlah disampaikan kepada kumpulan-kumpulan sasaran. Dengan itu saya memohon untuk menyokong perbahasan ini yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Oktober 2014. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Akhirnya sampai juga dengan selamat. Sila Yang Berhormat Bukit Katil. Pasang juga gear lima tetapi hati-hati jangan tergelincir, melencong jauh-jauh.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Dia bukit ini, lambat sedikit Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakuh. Salam sejahtera dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih atas peluang diberikan untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 yang lebih dikenali lagi sebagai Bajet 2015.
Memandangkan Tuan Yang di-Pertua kita masih lagi dalam sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan saya rasa kiranya molek kerajaan khususnya Perdana Menteri Yang Berhormat Pekan untuk mempertimbangkan mengembalikan istilah belanjawan sebagai istilah yang rasmi yang merujuk kepada perihal peruntukan perbelanjaan negara. Bukan menggunakan istilah memelayukan bahasa Inggeris iaitu istilah bajet yang diwarisi oleh order lama kepimpinan terdahulu.
Saya ingin memulakan Tuan Yang di-Pertua dengan memberikan tumpuan kepada soal budaya dan juga bahasa ini. Oleh sebab kalau kita lihat di sekeliling Parlimen ini misalnya kita lihat banyak pembangunan yang rancak sedang dijalankan. Oleh sebab saya adalah lepasan graduan UIA yang selalu berada di- kami memulakan kelas dahulu di Pantai Dalam. Sekarang ini kalau kita lihat pembangunan di sekitar tersebut kita ada Kampung Kerinchi tetapi sekarang sudah ditukar kepada Bangsar South. Kemudian kita ada Kampung Abdullah Hukum juga sudah ditukar kepada KL Eco City. Kampung Pantai Dalam sekarang ini sudah nama Pantai Central Park. Semalam saya sempat ke Mahkamah di Putrajaya mendengar perbicaraan Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya lalu tengok ada Presint, ada enclave, jadi enclave Putrajaya. Ini semua bahasa Inggeris yang saya tidak faham kenapa agenda ini yang sepatutnya dibawa oleh parti pemerintah iaitu membudayakan, meletakkan bahasa Melayu itu di persada, tidak dilaksanakan. Saya lihat tidak ada political will daripada segi kerajaan untuk memastikan agar meletakkan bahasa itu di tempatnya, yang ada setiap tahun ialah Anugerah Sasterawan Negara. Lepas dapat anugerah, tidak ke mana.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, boleh mencelah sikit? Yang Berhormat, saya dengar tadi Yang Berhormat menggunakan juga bahasa Inggeris, political will...
[Ketawa]
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Ya, minta maaf.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, kalau buat saranan itu Yang Berhormat, mesti bermula daripada diri sendiri.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Saya sebenarnya terpengaruh.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat. Saya mengantuk Yang Berhormat, itu sebab saya mencelah. Silakan.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih.
Tidak apa, nanti saya jadi kerajaan inshaaAllah saya tidak akan buat perkara ini.
Saya ambil contoh Tuan Yang di-Pertua, hospital antara hospital yang terbaik di Singapura, nama hospital itu ialah Hospital Kandang Kerbau. Di daerah nama Kandang Kerbau. Dia tidak ada hendak fikir nama-nama lainlah untuk menunjukkan hospital itu baik, dia kekalkan nama Hospital Kandang Kerbau. Itu di Singapura, yang saya hairannya di Singapura ini daripada segi penguasaan Bahasa Melayu tidak begitu maksimum, tidak begitu tinggi. Akan tetapi itu yang berlaku di dalam negara kita yang kononnya memperjuangkan Bahasa Melayu, hidup Melayu dan sebagainya. Akan tetapi bahasa kita dikesampingkan.
Oleh sebab itu saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar dalam belanjawan ini untuk memastikan agar peranan sasterawan ini, peranan budayawan ini dibawa ke-satu tahap yang boleh menyumbang kepada agenda pembangunan negara. Ini kerana soal yang begitu penting untuk kita pastikan agar agenda pembangunan yang kita laksanakan dan juga agenda perbandaran yang kita laksanakan tidak lari daripada kerangka budaya dan mengekalkan imej Melayu dan juga Malaysia ini.
Saya ingin bawa perhatian Dewan, misalnya kepada isu yang sedang melanda Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka saya kira penting kerana peranannya dalam mendaulatkan kelangsungan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa perpaduan. DBP telah menswastakan lima bahagian iaitu:
(i) Bahagian Perniagaan;
(ii) Bahagian Percetakan;
(iii) Bahagian Pracetak;
(iv) Bahagian Reka bentuk; dan
(v) Bahagian Stor.
Pada 1 September 2002 sehingga tahun 2014 secara konsesi kepada Syarikat Dawama Sdn. Bhd. Sejak penswastaannya iaitu mulai tahun 2002, DBP telah kerugian di antara RM20 juta hingga RM40 juta setiap tahun. Oleh sebab utama kerugian adalah kerana formula pengagihan hasil pendapatan penjualan buku umum dan majalah yang diterbitkan iaitu nisbah 20:80. Di bawah formula tersebut, DBP mendapat 20 peratus sementara Dawama pula mengaut sebanyak 80 peratus daripada hasil jualan buku teks.
Manakala daripada hasil jualan buku teks sekolah pula, formula pengagihan pendapatan dipersetujui ialah DBP mendapat bayaran 30 peratus dan Dawama sebanyak 70 peratus.
Prestasi kewangan syarikat konsesi yang lemah kerana masalah bebanan hutang dan kekurangan modal menyebabkan aktiviti percetakan dan pengedaran buku teks tidak dapat diteruskan. DBP tidak menerima bayaran fi tahunan pada setiap suku tahun dari bulan Januari 2010 sehingga September 2010 yang berjumlah RM3.06 juta. Kelewatan pengedaran buku teks oleh syarikat konsesi menyebabkan DBP dikenakan denda oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari tahun 2003 hingga 2008 berjumlah RM23.6 juta.
Syarikat konsesi tidak menerbitkan buku judul am yang mengikut perjanjian.
Mengakibatkan DBP tidak dapat menerima fi minimum yang sepatutnya. Syarikat konsesi tidak berkemampuan untuk meneruskan obligasi percetakan dan pengedaran buku teks bagi kegunaan tahun 2012 kerana menghadapi masalah kewangan yang cukup kritikal.
Kegagalan syarikat konsesi melaksanakan obligasinya menyebabkan DBP terpaksa mengambil alih semula aktiviti percetakan dan pengedaran buku teks sekolah.
Anggaran DBP pada tahun 2014 adalah sebanyak RM80 juta. Manakala anggaran pada tahun 2015 adalah sebanyak RM93 juta. Dengan penambahan sebanyak RM12 juta pada tahun 2015, apa langkah-langkah yang akan dilakukan oleh kerajaan bagi menaik taraf standard DBP agar tidak dianggap sebagai sebuah institusi yang lemah dan mundur yang terletak- yang kita lihat sekarang bangunan sahaja yang gah di tengah-tengah Bandar raya Kuala Lumpur tetapi daripada segi mutu, peranannya dikesampingkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan bahawa dalam belanjawan ini, apakah imej yang ingin kita bawa di peringkat dunia tentang ekonomi kita?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Saya teliti Laporan World Bank April 2013, di mana laporan tersebut menceritakan “How to Avoid...” dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, yang ini tidak ada dalam Bahasa Melayu tetapi dalam bahasa Inggeris. Jadi, saya kena letakkan judulnya, “How to Avoid Middle-Income Traps? Evidence from Malaysia”, menceritakan tentang kelemahan dan memberikan beberapa cadangan yang boleh diambil oleh kerajaan. Misalnya, apa perkara yang menjadi masalah yang dilihat daripada segi pandangan mereka yang pakar di World Bank, di Bank Dunia.
Mereka menyatakan bahawa, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, “The skills crisis is a well known shortcoming of the Malaysia economy, the response not enough good people is a common complaint among business owners in Malaysia”. Bermakna, dari satu sisi kita lihat terdapat mereka yang tidak mampu daripada segi keupayaan menguasai ekonomi, menguasai keusahawanan, mengangkat produk-produk ataupun hasil pengeluaran ataupun hasil ekonomi yang ada brand Malaysia.
Saya ambil contoh pengalaman kebetulan dapat peluang dengan Tuan Yang di- Pertua ke Korea. Kita pergi melawat Korea dan sebagainya tetapi apa yang paling pentingnya apa? Kita juga pergi ke sebuah tempat namanya “Samsung”, dan kita dengar taklimat yang diberikan oleh mereka yang menjadikan Samsung itu satu brand yang dekat dengan Korea, yang orang tahu kalau Samsung, Korea. Korea itu berjaya keluar daripada middle income country (MIC). Bukan MIC sini tetapi middle income country kepada high income country. Ini perkara yang mereka kemukakan, 3P iaitu product, process dan juga people. Produk dia, prosesnya dan juga rakyat.
Jadi, skill inilah yang saya ingin katakan dan tegaskan bahawa kita mungkin ada ramai mereka yang boleh kita angkat sebagai orang yang berkebolehan dalam bidang masing-masing. Akan tetapi kadang-kadang kita terikat dengan birokrasi dan politiking yang cukup kuat di bawah.
Saya bagi contoh misalnya, projek di Pengerang. Ini saya teliti beberapa laporan media beberapa minggu sebelum ini. Saya tahu di sebelah bench Pakatan kita ada beberapa isu yang berkaitan dengan masalah projek ini termasuk pampasan dan sebagainya. Akan tetapi apa yang saya hendak tegaskan baru-baru ini dikeluarkan di dalam media. Apa yang mengejutkan saya ialah di kalangan ahli-ahli wakil rakyat daripada kerajaan yang membangkitkan tentang projek Rapid ini di mana tidak ada ataupun kurang penyertaan daripada syarikat-syarikat yang mewakili Malaysia.
Adalah kalau ada pun mungkin dibagi kepada perkara-perkara yang kecil, tidak perkara utama iaitu untuk membangunkan usahawan usaha minyak dan juga petrokimia. Ini kerana yang saya dapat maklumat, yang cuba ditonjolkan oleh kerajaan dalam projek Rapid ini menjadikan kawasan ini sebagai oil hub, hab minyak. Sudah tentulah kita mengandaikan bahawa akan ada syarikat-syarikat daripada negara kita untuk memajukan projek ini.
Akan tetapi nampaknya seperti mana yang dijelaskan secara spesifik di dalam media Utusan dan sebagainya dan ada juga saya teliti mereka mempertikai tentang penglibatan Pengerusi Eksekutif Dialog Group Berhad, Tan Sri Dr Ngau Boon Keat. Ini dinyatakan secara jelas kenapa beliau ini boleh juga terlibat dalam perkara-perkara menentukan dasar tentang projek yang dilakukan di kawasan Rapid itu. Walhal beliau juga merupakan ahli lembaga pengarah dan mempunyai kepentingan menjalankan projek di situ.
Bermaknanya, syarikat dia monopoli semuanya. Ini menjadi pertikaian dalam usaha kita untuk melonjakkan negara keluar daripada kepompong apa yang berlaku iaitu kepompong middle income trap ataupun perangkap pendapatan sederhana ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri yang berkaitan untuk jelaskan keadaan ini. Bagaimana perkara ini boleh berlaku di kawasan Pengerang dan masalah politik, masalah monopoli oleh syarikat yang bernama Dialog Group Berhad ini.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit tentang apa yang berlaku dua hari yang lepas di Universiti Malaya. Saya ingin rakamkan di dalam Dewan ini ucapan tahniah saya kepada Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, khususnya saudara Muhamad Fahmi yang telah menunjukkan keberanian dan keyakinan beliau untuk terus menganjurkan program-program yang terbuka walaupun berbeza pendapat dan pandangan dan menjemput Yang Berhormat Permatang Pauh untuk datang untuk memberikan ucapan beliau. Ini menunjukkan bahawa kita ada tokoh-tokoh yang boleh dikemukakan terutama di peringkat mahasiswa.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Saya ingin rekodkan dalam Dewan ini kerana saya kagum dengan keberanian dan keseluruhan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya. Saya tahu bahawa kerajaan membelanjakan jutaan ringgit mencari pelbagai idea, mencari pelbagai formula untuk memastikan bahawa institusi pendidikan kita cemerlang.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Kita menjalankan pelbagai strategi, melantik pelbagai consultant. Kalau dalam bahasa Bukit Katil ini con, insult and turn. Tidak buat hasil apa-apa tetapi perkara ini jutaan ringgit. Cuma saya hendak beritahu kepada Dewan ini bahawa di sana, di luar sana ada contoh-contoh yang boleh kita ambil. Misalnya dalam buku terbaru karya Professor Gerhard Kasper yang dilantik pada tahun 1992 hinggalah tahun 2000 untuk memulihkan atau menaik tarafkan Universiti Stanford yang terletak di Silicon Valley.
Profesor ini telah menggunakan perkara yang paling mudah buat saya fahami.
Misalnya dia melantik satu Suruhanjaya dan suruhanjaya itu tidak perlu lantik orang luar.
Dia melantik yang di dalam membincangkan strategi bagaimana untuk meningkatkan prestasi universiti. Yang paling menarik itu ialah apabila beliau menyatakan dengan tegas formula yang paling menarik, yang paling ampuh yang dilakukan oleh beliau sepanjang lapan tahun sehingga menyebabkan Stanford sekarang ini berada di top 3 dalam kumpulan universiti terbaik di dunia telah menyatakan bahawa dia mesti bermula dengan kebebasan.
Freedom of it’s members dengan izin Tuan Yang di-Pertua fakulti dan juga student dan juga para pelajar. Inilah perkara yang dilakukan oleh beliau dan beliau terbuka dengan mahasiswa untuk membicarakan apa sahaja topik yang boleh dianggap berbahaya, yang boleh dianggap menyusahkan, yang boleh dianggap sensitif. Semuanya dibincangkan dengan terbuka dalam nuansa atau pun dalam suasana pendidikan, dalam suasana mendidik, berkongsi idea dan pendapat. Inilah yang menyebabkan akhirnya universiti itu melahirkan mahasiswa-mahasiswa yang kreatif, yang berani memberikan pendapat dan pandangan.
Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan sementara kita cari idea ini kerana pelbagai anggota Parlimen daripada kerajaan dan juga pakatan kita telah bawa isu-isu yang dekat dengan kita iaitu yang berkaitan dengan prestasi universiti. Kalau tengok universiti buat negara kita walaupun ratusan juta dibelanjakan tetapi masih lagi corot dan ke belakang. Saya ingin cadangkan supaya satu Select Committee, satu Jawatankuasa by partisan. Jemputlah daripada kami, kita boleh juga bawa satu pandangan-pandangan yang lain, profesor-profesor yang ramai dalam negara kita untuk bincangkan di Parlimen ini supaya ada satu usaha, sebagai ada satu semangat untuk kita bawa kembali standard ataupun taraf universiti kita ke tahap yang paling tinggi dan saya cadangkan kalau diizinkan kalau boleh kementerian bawa perkara ini dan setuju supaya kita wujudkan satu Select Committee agar kedua-dua dapat berikan pandangan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin sebut tentang peranan negara dan juga belanjawan kita ini terhadap peranan kita, peranan negara yang akan menjadi pengerusi Asian Community pada tahun 2015. Saya seronok dan melihat, malah saya juga membaca blog Yang Berhormat Pekan terutamanya berkaitan dengan ucapan-ucapan beliau di peringkat antarabangsa. Tentunya saya rasa boleh saya istilahkan sebagai terpukau jugalah bila membaca ucapan-ucapan beliau yang dilihat bercanggah dengan apa yang dilakukan di dalam negara.
Di luar negara baru-baru ini dalam ucapan beliau di United Nations, di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beliau sebut pelbagai perkara yang muluk-muluk, yang baik-baik.
Kita mesti tolak extremism, kita mesti tolak intolerance, kita mesti ada satu politik yang inclusive bawa semua sekali tetapi di dalam negara siapa yang lawan, siapa yang berbeza pendapat dituduh dengan Akta Hasutan dan sebagainya. Kita cadang supaya ada satu rekonsiliasi nasional atau national reconciliation tetapi tidak disambut oleh Yang Berhormat Pekan.
Akan tetapi dalam ucapan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu dibawa dengan tema yang berani dan sebagainya. Akan tetapi di dalam negara yang ini menjadi masalah. Seolah-olah ada satu double standard, satu perkara yang menunjuk-nunjuk kepada dunia bahawa kita baik tetapi dalam negara kita tidak mampu hendak selesaikan.
Saya hendak ingatkan ayat Al-Quran...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Allah SWT menegaskan bahawa amat besar kebencian di sisi Allah kalau kita beritahu kita cakap tetapi kita tidak buat perkara ini.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Begitu juga dengan kenyataan oleh Menteri Luar dalam ucapan beliau menerima pengerusi sebagai Pengerusi ASEAN dan juga ASEAN Community 2015. Beliau mencadangkan bahawa dalam ucapan beliau dengan cukup jelas- A people-centered ASEAN. ASEAN yang berorientasikan, berteraskan rakyat. Maknanya ada hubungan antara penduduk-penduduk dalam rantau ASEAN ini di mana Yang Berhormat Menteri Luar menyatakan bahawa ASEAN will be and even more powerful vehicle, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, for the realization of our people aspiration, good governance, transparency, higher standard of living, sustainable development, empowerment of women and greater opportunity for all. Ini satu istilah yang muluk untuk kita dengar tetapi kita ingin ingatkan Menteri Luar bahawa dalam masa kita ingin mempromosi ASEAN Community 2015, dalam kita ingin mempromosi bahawa people-centered relationship tetapi kita juga ingin tahu pendirian kerajaan. Dalam masa yang sama kita dengar dan kita tahu ada undang-undang yang masih lagi merotan pekerja-pekerja asing yang datang, yang ditangkap, yang tidak ada pasport dan sebagainya yang pada saya itu amat tidak manusiawi yang bercanggah dengan prinsip-prinsip kemanusiaan.
Sebab itu saya hendak tegaskan bahawa sementara kita dengar tadi pandangan beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyatakan bahawa kita sekarang berhadapan dengan masalah kebanjiran pekerja-pekerja asing. Saya tahu mesti ada balance, mesti ada kita kemukakan formula supaya jangan semuanya dibolot atau pun dikawal atau pun dipenuhi oleh pekerja-pekerja asing.
Akan tetapi dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua saya ingin cadangkan beberapa istilah yang mungkin kita boleh tukar. Misalnya pekerja asing kita tukar nama jadi pekerja tamu. Beliau tamu kita yang datang membantu ekonomi. Rumah-rumah kongsi ini kita jangan panggil rumah-rumah kongsi, kita panggil rumah-rumah tamu untuk membuktikan bahawa kita ada satu hubungan di kalangan penduduk-penduduk negara- negara ASEAN yang tentunya dalam hasrat itu kerajaan saya yakin dalam belanjawan ini tentunya akan membelanjakan sejumlah wang memastikan bahawa projek ini atau pun ASEAN Community ini berjalan.
Dalam masa yang sama saya juga ingin tegaskan bahawa kita juga berhadapan dengan masalah-masalah yang serius di dalam rantau ini. Kita dengar ucapan-ucapan dan juga jawapan-jawapan daripada Kementerian Luar misalnya masalah di Rohingya, masalah di Papua New Guinea baru-baru ini 200,000 mati. Kalau di rantau Asia ini kita boleh buat ASEAN Free Trade Area, ASEAN Free Trade Zone. Saya ingin cadangkan kepada kementerian di bawah kempen kita sebagai Pengerusi ASEAN 2015 ini untuk kita kemukakan idea atau pun lobi supaya akan diwujudkan ASEAN Free Genocide Area, Free Genocide Zone. Jangan adalah lagi kita dengar pembunuhan-pembunuhan yang berlaku di dalam rantau Asia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa yang terakhir kepada isu di kawasan saya. Saya ingin minta supaya Yang Berhormat Menteri Kewangan memberitahu kepada Dewan ini kerana kita tahu di negeri Melaka ini antara yang paling besar dan paling utama masalahnya. Saya fikir Yang Berhormat Masjid Tanah juga boleh bersetuju dengan saya bahawa kita berhadapan dengan masalah hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri. Tentunya hutang ini dengan Kerajaan Persekutuan perlu dilaksanakan. Justeru saya ingin tanya kepada Kementerian Kewangan. Berapa hutang yang sekarang ini terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri dan bagaimanakah kaedah-kaedah dapat diselaraskan agar wang pembangunan itu dapat disalurkan dan dalam masa yang sama negeri Melaka walaupun banyak hutang- saya fikir mencecah RM1 bilion tetapi tidak dinafikan hak mereka untuk dibangunkan. Dari satu segi maknanya bantuan Kerajaan Persekutuan saya fikir cukup penting.
Keduanya saya juga dapat maklumat bahawa Melaka memperoleh RM511 juta meliputi tebatan banjir serta pembersihan dan pengindahan Sungai Melaka. Saya ingin tanya apakah projek tebatan banjir ini di Sungai Duyung ini telah siap sepenuhnya memandangkan baru-baru ini bila berlaku hujan yang lebat, maka kawasan saya di Bukit Katil khususnya banjir. Ini menyusahkan dan menyukarkan rakyat. Malah, dalam kita hendak mengindahkan Sungai Melaka ini saya dapat maklumat bahawa di kawasan- kawasan yang berkaitan itu, penduduk-penduduk di kawasan itu berhadapan dengan masalah keretakan dan kerosakan rumah mereka.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Apakah boleh dipertimbangkan oleh kerajaan untuk memberikan pampasan agar mereka yang mendapat kesan daripada pembangunan ini tidak rasa terbeban dengan perkara ini?
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua saya minta sedikit sahaja lagi, satu dua minit. Saya ingin respons atau memberikan maklum balas saya kepada terhadap mereka terutamanya rakyat Malaysia yang berhadapan dengan tragedi MH 17 dan MH370. Yang akhir. Saya ingin bawa perhatian kerajaan. Baru-baru ini Menteri Pengangkutan menyebut di dalam Parlimen pampasan yang diberikan untuk MH17 itu adalah sebanyak RM50,000. Saya ingin tanya sepanjang pengetahuan kita, kita terikat dengan Montreal Convention 1999. Montreal Convention memperuntukkan bahawa kalau tidak silap saya, tidak sampai dua hari di tempat destinasi. Mungkin saya salah, minta diperbetulkan.
Maknanya kerajaan atau syarikat itu kena bayar USD180,000 tetapi yang kerajaan bayar hanyalah RM50,000. Saya ingin tanya apa sudah jadi? Kenapakah kita tidak berikan keadilan yang secukupnya kepada mangsa-mangsa dan keluarga mangsa yang terbabit dalam korban ini?
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat.]
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Akhirnya saya juga ingin tahu, adakah kerajaan membuat hubungan dengan OSCE iaitu Organization for Security and Cooperation in Europe, yang mana dalam laporan yang diterbitkan oleh Global Research pada bulan September yang lalu menyatakan bahawa MH17 ini bukan disebabkan oleh serangan daripada peluru berpandu ataupun missile attack, dengan izin, tetapi ditembak oleh pesawat military, military aircraft, di mana antara laporan yang diterbitkan yang dibuat sendiri oleh pakar dalam bidang ini iaitu Peter Haisenko, seorang juruterbang dari Jerman, beliau melihat dan menilai di bawah nama OSCE ini, Organisation for Security and Co-operation Europe, yang pada saya begitu berpengaruh, menyatakan bahawa dengan izin, “The facts speak clear and loud and are beyond the realm of speculation: The cockpit shows traces of shelling! You can see the entry and exit holes. The edge of a portion of the holes is bent inwards. These are the smaller holes, round and clean, showing the entry points most likely that of a 30 millimeter caliber projectile.” Maknanya, senapang, mesingan.
Inilah saya minta kerajaan teliti balik dan buatlah hubungan dengan badan-badan seperti ini agar kita dapat memberikan keadilan kepada mangsa dan juga keluarga mangsa.
Mereka juga perlukan peguam.
Saya minta supaya kerajaan berikan sedikit peruntukan kepada YBGK, Yayasan Bantu Guaman Kebangsaan, agar mereka ini boleh memberikan khidmat undang-undang kepada keluarga-keluarga mangsa. Pada saya, kalau saya berada dalam kedudukan mereka, tentulah saya akan berasa helpless, dengan izin. Saya perlukan bantuan. Jadi, kita minta dalam belanjawan ini agar perkara ini dapat diteliti dan diberikan peranan dan pertimbangan yang khusus oleh kerajaan.
Dengan kata-kata itu, sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Tan Sri tulis sini Yang Berhormat Mukah sahaja. Yang Berhormat Mukah, tak ada dalam Dewan? Ha, sila Yang Berhormat Mukah. Berminat? Ya, sila.
Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya tak tahu giliran saya sekarang. Terima kasih.
Saya ingin juga membahaskan serba sedikit mengenai apa yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Menteri Kewangan, pada 10 Oktober yang lalu dan saya menyokong suatu bajet yang begitu meluas dan juga yang terus memberikan jelasnya capital economy dan juga people’s economy. Jadi daripada segi pendekatan ini, saya berasakan kita dapat mencapai satu harapan kita untuk meningkatkan lagi kesejahteraan di kalangan rakyat kita khususnya yang masih memerlukan.
Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah
Dalam strategi-strategi yang telah dibentangkan menampakkan penambahan baik daripada segi pembangunan nasional iaitu meningkatkan upaya tenaga rakyat kita supaya menuju ke tahap pendapatan tinggi. Lebih-lebih lagi juga dengan melibatkan generasi- generasi yang akan datang menerusi program-program belia dan memperkasakan lagi kegiatan-kegiatan yang dapat memberikan peluang yang lebih baik kepada belia-belia kita di negara ini.
Saya juga mengalu-alukan pengagihan yang besar untuk pembangunan infrastruktur di negeri Sarawak dan Sabah. Yang menarik perhatian ialah khasnya Pan Borneo Highway kerana kawasan kedua-dua negeri ini banyaknya melibatkan pengangkutan jalan khususnya untuk orang dan juga khususnya untuk kargo kerana banyaknya barang yang dibawa dari pelabuhan-pelabuhan di Miri, Bintulu dan Kuching dan Tanjong Manis juga memerlukan pengangkutan darat membawa ke kawasan-kawasan pedalaman. Saya berharap ini dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya dapatlah membangunkan lagi kawasan-kawasan luar bandar yang dihubungi oleh Pan Borneo Highway ini.
Saya juga menyokong usaha untuk menggalakkan industri perkapalan. Kalau kita lihat, banyaknya barang yang diimport atau dieksport dari negeri Sarawak melalui pintu di Pelabuhan Bintulu, Pelabuhan Miri, pelabuhan dekat di Kuching dan ini semuanya menggunakan perkapalan-perkapalan besar. Dan yang saya minati bahawa sekarang kerajaan telah memperkukuhkan lagi khususnya mengenai P&I atau Protection and Indemnity insurance yang selama ini banyaknya dipegang oleh syarikat-syarikat luar negara. Ini industri yang saya percaya dapat dibangunkan di dalam Malaysia.
Dalam industri komoditi, kita lihat ada cadangan-cadangan untuk mempertahankan orang-orang di luar bandar khususnya peladang-peladang yang kecil dan sederhana dalam bidang lada dan komoditi kelapa sawit yang pada masa kini sudah kian maju di negeri Sarawak. Kalau untuk perhatian Tuan Yang di-Pertua, kelapa sawit, kita telah memperluaskan sebanyak lebih daripada satu juta hektar tanah-tanah untuk itu dan juga getah, lebih daripada 160,000 hektar dan juga lada lebih daripada 15,000.
Satu lagi yang baru disebut dalam bajet ini ialah padi bukit iaitu yang sekarang kalau di Sarawak kita lihat telah bertambah daripada 100,000 hektar, sekarang telah meningkat kepada 127,000 hektar iaitu peningkatan dalam empat, lima tahun ini yang menunjukkan bahawa minat orang-orang kita untuk menanam padi bukit. Ini adalah tepatnya galakan-galakan yang telah diberi yang disebut dalam bajet ini.
Galakan cukai yang diberi di kawasan-kawasan perindustrian, saya rasa ini akan meningkatkan lagi persaingan khususnya menarik multinational company yang dapat masuk ke kawasan-kawasan yang terbaru di koridor-koridor kita di negara ini. Di Sarawak, kita telah mendapatkan pelaburan lebih daripada USD5 bilion untuk pelaburan dari luar dan dalam negeri ini telah meningkatkan lagi tarikan khususnya daripada segi syarikat-syarikat multi nasional yang mencari tempat-tempat dapat operasi mereka yang kos yang boleh diterima atau kos yang cukup rendah untuk mereka.
Satu lagi perkara yang telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai jalur lebar. Ini saya rasa bahawa perlunya untuk kawasan-kawasan di mana banyaknya kegiatan industri dan juga business yang memerlukan khidmat jalur lebar yang baik dan cekap.
Saya ingin mencadangkan supaya masuk jugalah di kawasan-kawasan Kuching kerana kawasan Kuching masih kurang daripada segi kemudahan jalur lebar. Saya percaya, kalau dapat dipertingkatkan lagi kerana banyak pelabur di Kuching yang memerlukan perkhidmatan jalur lebar yang cekap dan cepat. Sekarang, saya ingat kemampuan adalah tiga atau empat megabyte dan kita memerlukan sekurang-kurangnya tidak kurang dari tujuh atau lapan sampai 10 megabyte per second.
Daripada segi pengangkutan awam, saya mengalu-alukan penambahan baik pengangkutan awam di Kuching kerana sekarang kawasan Sarawak, Kuching ialah ibu kota dan juga dalam tahun 2012, kita nampak perkhidmatan daripada segi kargo, air transport, pelancongan, kita nampak Kuching yang menjadi pusat telah menarik tidak kurang daripada 37 peratus daripada pertumbuhan kasar negeri Sarawak.
Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah
Ini saya percaya boleh dipertingkatkan lagi kemudahan awam seperti bas dan juga kalau boleh, dalam cadangan untuk memperbaiki pengangkutan udara, saya mencadangkan supaya penambahbaikan atau meningkatkan lagi kemudahan di Kuching Airport supaya dapat menerima tahap antarabangsa.
Keduanya daripada segi pengangkutan udara, saya harap dan mencadangkan juga di sini kalau boleh kerajaan khususnya di bawah perkhidmatan MASwings, kita mengharapkan bolehlah kerajaan menggalakkan supaya aircraft baru dapat ditukar dari Twin Otter untuk guna di kawasan-kawasan luar bandar kerana sekarang yang digunakan Twin Otter itu terlalu lama dan tidak begitu sihat untuk terbang.
Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini pada hari ini untuk mengucap terima kasih atas peruntukan yang telah diberi, tambahan daripada segi kemudahan di kawasan saya iaitu RM60 juta untuk sekolah menengah baru dan sekolah gantian sebelah kerajaan Kampung Terian di bagikan RM19 juta dan juga airport tambahan dan untuk airport baru iaitu RM133 juta supaya dapat menerima pesawat lebih besar daripada Twin Otter iaitu ATR.
Jadi itulah saya menyatakan perasaan bahawa ini usaha-usaha kerajaan dalam membangunkan. Dalam strategi untuk mengupayakan modal insan. Sekarang kita nampak penambahan kegiatan-kegiatan atau dalam industri minyak dan gas. Ini saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memberi perhatian kepada pembangunan tenaga-tenaga kita khususnya di kalangan-kalangan belia kita dalam segi kegiatan skill workers dan semi skill workers khususnya dalam oil and gas industry kerana kita tahu kita nampak bukan di Sarawak saja tapi di Johor, di Terengganu pun nampak peningkatan dalam kegiatan- kegiatan industri ini.
Begitu juga kalau kita ingin menarik pelaburan-pelaburan daripada segi heavy industry juga seperti di Sarawak, kita memerlukan juga kurikulum-kurikulum di sekolah- sekolah teknikal kita diubahsuai supaya dapat menerima atau memberikan satu latihan yang dapat memberikan anak-anak kita certification dalam segi mechanisation, electronic, numeric control dan sebagainya yang perlu dalam industri-industri seperti ini. Di sini saya cadangkan supaya Petronas dapat memberikan perkhidmatan atau sumbangan yang lebih daripada segi penggunaan atau menambahkan kualiti-kualiti atau up skilling-up skilling tenaga-tenaga kerja kita dalam industri ini.
Tuan Yang di-Pertua saya ingin juga mengambil kesempatan di sini untuk mengalu-alukan sumbangan dari kerajaan untuk menambahkan di zon ‘A’ nelayan di kawasan saya seperti kawasan saya dari RM200 ke RM350, mereka memang menerima dengan hati yang terbuka dan gembira sekali. Begitu juga saya ingin mengatakan bahawa di kawasan-kawasan persisiran Sarawak banyaknya nelayan-nelayan menghadapi masalah-masalah, cabaran-cabaran daripada nelayan asing. Saya berharap kerajaan dapat meningkatkan lagi kekuatan tenaga APMM atau Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia supaya dapat menambahkan lagi tenaga-tenaga dan juga kemudahan-kemudahan untuk menjaga kawasan persisiran Sarawak dan Sabah juga.
Untuk akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa dalam bajet ini kita nampak perhatian yang begitu baik ke atas kepada perkara-perkara yang melibatkan rakyat kita khususnya yang menghadapi banyak cabaran dalam ekonomi yang begitu mencabar sekarang. Jadi yang saya ingin menyatakan di sini juga saya ingin memperingatkan rakan-rakan saya yang dari sebelah sana yang telah mengura-urakan bahawa orang Sarawak dan orang Sabah ingin keluar dari Malaysia. Saya ingin menyatakan di sini bahawa sejak 51 tahun yang lalu dengan tertubuhnya Malaysia, kita telah dapat kedamaian, kestabilan politik yang telah membawa kita membangun dan memajukan negeri Sarawak...
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Yang Berhormat Mukah.
Dato' Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah
...Dan kita nampak ini memang menjadi satu...
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Minta mencelah.
Dato' Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah
Tidak payah.
Tidak payahlah.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Siapa, siapa...?
Dato' Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah
You will stay where you are in Segambut. Okey.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Siapa yang kata Sarawak dan Sabah keluar Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Segambut. Dia tidak benarkan.
Dato' Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah
Kita memang mengakui ada satu perkara ditimbulkan ada yang di cerita; tapi sekarang perhubungan Kerajaan Negeri Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan lebih begitu erat dan juga saya percaya kita tidak akan sekali-sekali akan keluar dari Malaysia dan juga...
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Tuan Yang di-Pertua, ini bohong ini. Bohong di Dewan Rakyat.
Dato' Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah
Ini satu pendirian rakyat.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
You event have the gut of the name.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Segambut.
Dato' Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah
What?
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Who said that?
Dato' Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah
You know yourself, why should I say the name.
Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran
Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Dato' Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah
I said what the- itu satu perkara yang saya perasan bahawa itulah mungkin sebab mereka ini takut dengan pemansuhan Akta Hasutan kerana perkara-perkara ini menghasut rakyat-rakyat kita di luar bandar dan ini sahaja cuma modal mereka ini sekarang, menunjukkan bahawa tiada modal yang lain, polisi-polisi kita maju, Sarawak pun sudah membangun dan kita punya industri membangun dan ekonomi kita bertumbuh. Mahu apa lagi? Akan tetapi mereka cari perkara-perkara mungkin menyakitkan hati dan mengelirukan. Dengan itu sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih untuk peluang untuk berbahas. Saya menyokong Bajet 2015.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Ni Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam ucapan Belanjawan 2015, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan seperti berikut, “Sesungguhnya wanita sangat istimewa. Keunikan mereka bukan sekadar penyeri kepada sesebuah keluarga malahan menjadi penyuluh dalam mengatasi banyak permasalahan kehidupan”. Walaupun Perdana Menteri dalam kenyataan beliau mengiktiraf peranan golongan wanita dalam pembangunan nasional tetapi saya rasa ke semua puji pujian beliau hanya omong kosong. Saiz bajet untuk tahun depan telah meningkat sebanyak 3.7 peratus iaitu daripada RM264 bilion ke hampir RM274 bilion. Satu peningkatan sebanyak 3.7 peratus tetapi untuk tahun yang akan datang ini, peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meningkat hanya sebanyak 2.7 peratus sahaja iaitu daripada RM2.2 bilion untuk tahun ini kepada RM2.26 bilion pada tahun yang akan datang.
Ini hanya merupakan satu peningkatan sebanyak, penambahan sebanyak RM60 juta sahaja. Kenaikan peruntukan di bawah purata kenaikan yang lebih rendah daripada kenaikan keseluruhan saiz bajet, dengan sendirinya membuktikan bahawa wanita di negara kita telah dipinggirkan.
Puan Teo Ni Ching - Kulai
Bukan itu sahaja, jumlah peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat lebih rendah berbanding kepada peruntukan tambahan yang diterima oleh Jabatan Perdana Menteri pada tahun yang akan datang. Pada tahun ini jumlah peruntukan untuk JPM adalah sebanyak RM16.45 bilion dan untuk tahun yang akan datang peruntukan untuk JPM dinaikkan kepada RM19.06 bilion iaitu satu kenaikan ataupun tambahan sebanyak RM2.61 bilion. Satu pertambahan yang cukup besar dan ini satu peningkatan sebanyak 15 peratus.
Kita berbanding dengan penambahan yang diberi kepada Kementerian Wanita iaitu tambahan yang sebanyak RM60 juta sahaja. Satu daripada segi peratusan hanya 2.7 peratus. Jadi saya rasa sekiranya memang Perdana Menteri kita yang pernah memegang portfolio ataupun jawatan Menteri Pembangunan Wanita, bolehlah memberi peruntukan yang lagi besar untuk Kementerian Wanita dan jangan kita lupa sebahagian besar daripada peruntukan yang diberi kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini digunakan untuk kebajikan sosial dan bukannya kesemuanya digunakan oleh wanita.
Jadi saya harap bahawa kita bolehlah pada masa yang akan datang tambah lagi peruntukan untuk Kementerian Pembangunan Wanita kita. Selain daripada- ada orang yang setuju...
[Disampuk] Terima kasih ya. Okey, selain daripada itu saya rasa dan saya setuju bahawa selain daripada segi kewangan banyak lagi yang kita boleh buat untuk memperkukuhkan lagi status wanita di negara kita. Di Malaysia pada tahun 2001, satu pindaan dibuat kepada Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Sekarang Perkara 8(2), Perlembagaan Malaysia, berbunyi seperti berikut, “Tidak boleh ada diskriminasi terhadap warga negara semata-mata atas alasan agama, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang”.
Puan Teo Ni Ching - Kulai
Akan tetapi selepas pindaan dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan, kita tidak mengkaji semula semua undang-undang yang sedia ada untuk memastikan memang tiada lagi undang-undang yang berbaur diskriminasi terhadap wanita. Saya beri beberapa contoh yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Seperti Perkara 15(1) yang memperuntukkan tentang kewarganegaraan melalui pendaftaran. Perkara 15(1) ini berbunyi, “Perempuan bersuami dengan suaminya seorang warganegara, perempuan ini berhak didaftarkan sebagai warganegara jika perkahwinan itu masih wujud”.
Akan tetapi kita tidak ada peruntukan yang sama untuk suami yang beristeri dengan isteri seorang warga Malaysia. Jadi saya rasa ini bermaksud isteri ataupun wanita di negara kita telah didiskriminasikan. Selain daripada itu, Jadual 2 Bahagian II di dalam Perlembagaan kita juga, “Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang bagi orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia”. Perkara 1(b) menyatakan bahawa, ”Tiap-tiap orang yang lahir di luar persekutuan yang bapanya pada masa kelahiran seorang warganegara dan sama ada telah lahir di Persekutuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan persekutuan atau perkhidmatan sesuatu negeri”. Anak itu bolehlah menjadi warga Malaysia secara automatik tetapi kita tidak ada peruntukan yang menyentuh anak-anak yang ibunya seorang warga Malaysia dan mereka dilahirkan di luar Persekutuan. Apabila saya membangkitkan isu ini di dalam Dewan yang mulia ini, jawapan yang saya terima daripada Menteri Dalam Negeri adalah seperti berikut, “Bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar persekutuan dan semasa kelahirannya ibunya merupakan warganegara Malaysia, pemohon bolehlah mengemukakan permohonan kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 15(2)”.
Ini bermaksud untuk anak-anak yang dilahirkan di luar Persekutuan dan ayahnya seorang warga Malaysia, mereka boleh menjadi warganegara kita secara automatik. Akan tetapi anak-anak yang dilahirkan di luar negara kita dan ibunya merupakan warga Malaysia, mereka perlu buat satu permohonan kepada kerajaan kita supaya boleh mendapat kewarganegaraan.
Saya rasa ini juga merupakan satu diskriminasi terhadap golongan wanita. Kenapa anak-anak kepada wanita Malaysia yang di luar, overseas, di luar negara tidak boleh dapat warganegara secara automatik? Kenapakah perlu buat satu permohonan? Kita tahu kalau kita buat satu permohonan, permohonan ini boleh diluluskan dan juga boleh ditolak.
Puan Teo Ni Ching - Kulai
Jadi saya rasa ini satu diskriminasi yang dalam Perlembagaan Malaysia kita. Saya di sini mencadangkan bahawa kita perlulah buat pindaan kepada peruntukan-peruntukan yang saya sebut tadi dan saya boleh beri jaminan di sini bahawa sekiranya kerajaan kita membentangkan pindaan kepada Perlembagaan Malaysia kita, tiada masalah untuk Ahli- ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat untuk menyokong pindaan-pindaan tersebut.
Selain daripada itu, satu isu yang saya hendak bangkitkan di sini ialah tentang perkahwinan kanak-kanak. Setakat ini, untuk warga bukan Muslim, mereka boleh kahwin pada umur 18 tahun. Sekiranya mereka hendak kahwin antara umur 16 tahun sampai 18 tahun, mereka perlulah dapat kebenaran daripada menteri besar. Akan tetapi untuk warga Muslim, umur untuk berkahwin bagi lelaki 18 tahun tetapi untuk wanita ialah 16 tahun dan dengan kebenaran daripada Mahkamah Syariah. Muslim bolehlah kahwin pada mana-mana umur. Saya rasa ini tidak wajar. Kita tidak boleh pandu kereta sampailah kita mencapai umur 17 tahun dan kita tidak berhak untuk mengundi memilih kerajaan kita sampailah kita mencapai umur 21 tahun.
Saya rasa pilih suami ataupun pilih isteri ini ialah satu perkara yang lebih besar, lebih penting daripada undi tetapi kalau warga Malaysia kita tidak boleh undi sampai kita mencapai umur 21 tahun, kenapa kita boleh izinkan kanak-kanak kita yang baru berumur 11 tahun, 12 tahun untuk kahwin, untuk pilih siapa yang akan menjadi suami atau isteri mereka? Saya juga hendak highlight, hendak menyatakan bahawa negara kita, Malaysia kita kenalah menerima CEDAW Perkara Artikel 16 dalam CEDAW ini telah menyatakan bahawa I quote; “1. States Parties shall take all appropriate measures to eliminate discrimination against women in all matters relating to marriage and family relations and in particular shall ensure, on a basis of equality of men and women” “(b) the same right freely to choose a spouse and to enter into marriage only with their free and full consent” Juga di bawah Artikel 16(2) berbunyi seperti berikut; “2. The betrothal and the marriage of a child shall have no legal effect, and all necessary action, including legislation, shall be taken to specify a minimum age for marriage and to make the registration of marriages in an official registry compulsory” Jadi saya rasa pada Oktober tahun lalu, negara kita juga telah menerima satu resolusi di Human Rights Committee di United Nations bahawa kita akan bantah, kita akan menghapuskan perkahwinan kanak-kanak. Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita menunaikan janji kita untuk memastikan bahawa kanak-kanak di negara kita tidak kiralah agama mereka tidak bolehlah kahwin apabila mereka tidak cukup umur sebagai seorang dewasa. Kita tidak boleh melihat bahawa anak perempuan, anak lelaki kahwin pada umur 12 tahun, 11 tahun atau 13 tahun. Saya rasa ini satu isu yang kita perlu memberi perhatian secepat mungkin.
Selain daripada itu, saya rasa sudah tiba masa untuk kita mewujudkan satu Akta Kesaksamaan Gender untuk kita memperkukuhkan lagi status wanita di dalam negara kita.
Saya harap bahawa the CEDAW Committee juga pada tahun 2006 ada menyatakan bahawa, mencadangkan kepada kerajaan kita untuk mewujudkan satu undang-undang untuk memastikan kita boleh ada kesaksamaan gender di negara kita. Jadi di sini saya ingin mencadangkan bahawa satu Parlimen select committee diwujudkan supaya kita Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat boleh duduk dan bincang tentang isi kandungan dalam Akta Kesaksamaan Gender ini.
Tuan Yang di-Pertua, United Nations Entity for Gender Equality and the Empowerment of Women ataupun disebut sebagai UN Wanita telah pada tahun ini start satu kempen yang bernama HeForShe, dengan izin. Saya rasa pada hari ini di Dewan ini juga ingin menyeru semua Ahli Parlimen terutamanya Ahli Parlimen lelaki untuk menyertai kempen ini kerana di dalam Parlimen kita, jumlah Ahli Parlimen kita adalah seramai 222 orang tetapi Ahli Parlimen wanita hanya 23 orang sahaja. Jadi dengan erti lain, tanpa kerjasama daripada Ahli-ahli Parlimen lelaki tidak mungkin kita membawa pindaan yang saya cadangkan sebentar tadi ke dalam Dewan yang mulia ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Kulai, boleh gulung.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat, penjelasan.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Ya sila. Okey, saya gulung.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Saya hendak minta penjelasan sedikit boleh, sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak mendapatkan sedikit penjelasan berkenaan dengan isu yang berkait dengan perkahwinan.
Tadi Yang Berhormat Kulai menyatakan bahawa tidak dibolehkan wanita berkahwin pada umur 9 tahun, 11 tahun, 12 tahun dan sepatutnya kahwin pada umur 17 tahun atau 16 tahun, macam itu kan?
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Kalaulah akta ini dibuat mensyaratkan wanita hanya boleh berkahwin apabila berumur 16 tahun atau 17 tahun ke atas, saya rasa ini yang akan menganiaya wanita itu sendiri. Oleh sebab dalam kehidupan kita ada kadang-kadang berlaku peristiwa-peristiwa, kes-kes tertentu yang perlu kepada solutions, dengan izin, terutama dalam hal yang berkaitan dengan perkahwinan.
Jadi kita sudah punya akta dan daripada segi kes MAL Syariah dan juga undang- undang sivil telah pun memberikan satu ruang yang agak terbuka. Perkahwinan dibolehkan dalam umur 9 tahun dan ke atas. Akan tetapi ia bukan semudah kita tengok sebagaimana ditulis. Daripada segi pelaksanaannya, ia kena merujuk kalau yang Muslim dia kena mendapatkan kebenaran dari Mahkamah Syariah. Kalau daripada undang-undang sivil, dia kena dapat satu concern daripada pihak yang lebih tinggi seperti Menteri Besar dan sebagainya atau Ketua Menteri untuk menimbang, meluluskan, berbincang dengan keluarga dan sebagainya.
Jadi saya berpendapat bahawa akta yang sudah ada sekarang ini memang sudah cukup baik. Sebenarnya memberikan satu solution, satu penyelesaian, jalan keluar apabila kita menghadapi masalah dalam masyarakat kita dan ia satu penyelesaian yang terpimpin, yang sentiasa dipandu supaya tidak disalahgunakan.
Jadi kalau Yang Berhormat Kulai menyebutkan bahawa peraturan untuk itu perlu dipinda dan menetapkan hanya yang berumur 16 tahun atau 17 tahun ke atas sahaja baru boleh berkahwin tanpa ada jalan keluar, maka kita sendiri akan menghadapi masalah. Nanti Yang Berhormat Kulai pula akan minta supaya diubah balik kepada keadaan yang ada sekarang. Jadi minta penjelasan. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Ya terima kasih Ahli Parlimen Tasek Gelugor.
Walaupun kita cakap bahawa sistem yang sedia ada sekarang selalu dipandu tetapi tahu atau tidak Ahli Parlimen Tasek Gelugor kebanyakan mereka yang berkahwin apabila mereka masih merupakan seorang kanak-kanak, pertamanya isteri itu tidak pergi ke sekolah lagi. Adakah ini adil untuk seseorang budak perempuan berhenti sekolah selepas mereka berkahwin, itu yang pertama.
Isu kedua tahu atau tidak Ahli Parlimen Tasek Gelugor bahawa berapa ramai budak-budak atau kanak-kanak yang berkahwin ini pada akhirnya selepas beberapa tahun mereka bercerai? Adakah ini sihat ataupun satu fenomena yang masyarakat kita boleh terima?
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Ketiga, tahu atau tidak Ahli Parlimen Tasek Gelugor berapa daripada golongan ini suaminya meninggal dunia dalam tempoh masa lima hingga sepuluh tahun selepas mereka berkahwin. Jadi saya rasa ini adalah satu ...
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Kulai untuk penjelasan.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tidak. Biar saya habis.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Kita mana tahu jodoh orang hendak bercerai, hendak kahwin, orang hendak mati bila mana kita tahu. Kalau kahwin umur 17 tahun dia hendak mati, mati juga.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Betul. Oleh sebab itu saya cakap kanak-kanak itu mereka masih belum menjadi dewasa. Kalau mereka tidak berhak untuk pilih government , kerajaan dalam setiap lima tahun, bagaimanakah kita boleh memberi hak kepada mereka untuk pilih suami dan isteri mereka?
Kalau dalam pandangan Yang Berhormat Tasek Gelugor pilih kerajaan atau pilih isteri mana satu yang lebih penting? Saya hendak cakap di sini, kerajaan kita pada bulan Oktober tahun yang lalu juga telah menerima resolusi di United Nations pada Oktober tahun yang lalu bahawa kerajaan kita juga bersetuju untuk menghentikan perkahwinan kanak- kanak. Sekiranya Ahli Parlimen Tasek Gelugor masih rasa ini adalah satu approach yang salah, pendekatan yang salah biarlah bincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Janganlah gaduh dengan saya kerana saya juga menyokong ini satu pendekatan yang telah diambil oleh kerajaan kita di United Nations. Jadi pada akhirnya ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kulai, gulung.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Minta pencerahan sedikit boleh tak?
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tidak boleh. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua telah tegur.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Kulai tidak boleh hendak celah?
Puan Teo Nie Ching - Kulai
You tanya Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua bagi saya bagi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Hendak tanya sedikit sahaja.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, boleh atau tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terpulang. Terpulang kepada Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terpulang okey.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Saya hendak tanya sedikit. Okeylah kadang-kadang umur 35 tahun pun kalau tidak pergi sekolah, tidak baca tetapi anak dia ramai. Kadang-kadang dia tidak buat pertimbangan pun anak dia pun ramai juga. Umur 15 tahun kadang-kadang anak-anak kita sudah matang, 15 tahun sekarang ini tiba-tiba ada anak. Katakanlah mengandung, ada anak so macam mana hendak menyelesaikan masalah ini.
Mungkin bagi satu agama lain baginya tidak kisah, bagi agama lain ia suatu perkara yang sensitif. Jadi mesti ada jalan keluar. Itu saya hendak tanya Yang Berhormat Kulai macam mana. Jangan kita melihat daripada segi pilih ...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
[Bangun]
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Sekejap.
Pilih kerajaan. Kadang-kadang yang umur 40 tahun pun tidak reti pilih kerajaan juga, pilih kerajaan salah. Jadi maknanya di sini, kalau umur 14 tahun, 15 tahun pun kemungkinan kalau ada dia mengandung sebab ini naluri manusia. Jadi bagaimana kita hendak menanganinya masalah ini. Saya tanya, saya tidak ada jawapan. Saya tanya dekat Yang Berhormat Kulai macam mana hendak jawab.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasihlah Yang Berhormat Kota Tinggi. Saya rasa memang betullah bahawa sampai sekarang masih ada 47 peratus pengundi yang telah memilih sebuah kerajaan yang salah. Jadi untuk itu saya pun setuju...
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Tarik balik.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Akan tetapi saya hendak ulang di sini bahawa...
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Tuan Yang di-Pertua, saya tanya dengan baik.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Floor saya, floor saya. Yang Berhormat Kota Tinggi duduk.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Saya rasa...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Yang Berhormat Kota Tinggi duduk.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
...Saya sedang bertanya jawab pada soalan saya.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Floor saya.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Soalan saya...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya ingin menegaskan di sini bahawa...
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
[Memberi isyarat supaya duduk]
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Okeylah profesor Yang Berhormat Pasir Puteh saya duduklah. Yang Berhormat Pasir Puteh saya ikut.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya hanya hendak menekankan di sini sahaja itu bukan cadangan saya sahaja untuk menghentikan perkahwinan kanak-kanak tetapi kerajaan kita juga telah menerima resolusi ini di Human Rights Committee, United Nations.
Jadi kalau ada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang tidak bersetuju mintalah berbincang dengan Menteri yang duduk di sana, Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana mereka yang sepatutnya menjawab kenapa mereka menerima resolusi ini di United Nations?
Jangan asyik tanya saya sahaja. Tanyalah menteri-menteri yang menerima gaji itu.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Gaji buta.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kulai. Cukuplah Yang Berhormat Kulai, cukup.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Jadi sekali lagi saya hendak menegaskan bahawa saya rasa tema HeForShe ini adalah amat penting di negara kita kerana bilangan Ahli Parlimen wanita kita terlalu rendah. Di Indonesia pun sekarang ada lapan orang menteri wanita tetapi di negara kita hanya seorang sahaja. Jadi saya mintalah kerjasama daripada Ahli-ahli Parlimen lelaki ...
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Yang Berhormat Kulai sekejap. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Kulai ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah, cukuplah.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Sana boleh, sini tidak boleh? Sekejap, sekejap.
Terima kasih ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Segambut tidak perlulah pertikaikan keputusan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kulai gulung.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Punch card, punch card.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Okey. Jadi itu sahajalah yang saya harap bahawa kalau perkahwinan kanak-kanak itu ada Ahli-ahli Parlimen yang tidak setuju bincang dengan Menteri. Akan tetapi saya rasa pindaan terhadap Perlembagaan Malaysia kita, saya rasa kalau semua setuju, biarlah kita bawa pindaan di Dewan yang mulia ini. Sekian sahaja, ribuan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya sebelum Yang Berhormat Kulai, saya hendak ingatkan 15 minit. Yang Berhormat Kulai ambil masa sampai 25 minit.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Eh tadi pun sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Libaran.
Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk turut serta berbahas Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya ada beberapa perkara sahaja walaupun perkara ini telah pun dibawa oleh rakan-rakan terdahulu daripada saya.
Pertamanya mengenai Pan Borneo. Saya selaku wakil rakyat dari negeri Sabah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan yang tidak putus-putus untuk memakmurkan rakyat negara ini. Tidak juga ketinggalan di Sabah dan di Sarawak. Antara yang menjadi tumpuan khusus dan serius ialah pelaksanaan pembinaan lebuh raya ini yang menelan belanja lebih kurang RM27 bilion yang melibatkan jajaran, kalau tidak silap saya sepanjang 1663 kilometer. Saya difahamkan sepanjang 727 kilometer berada di negeri Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, sejarah telah membuktikan apabila siap lebuh raya dari selatan ke utara di Semenanjung Malaysia, bukan sahaja membangunkan kawasan- kawasan bandar tetapi ia juga menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan luar bandar.
Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran
Ini secara tidak langsung pembinaan Pan Borneo ini, sudah tentu akan mengubah landskap di negeri Sabah dan juga Sarawak. Cuma saya difahamkan dalam Laporan Rangkaian Lebuh raya 2010 yang lalu, anggaran menaik taraf lebuh raya tulang belakang Sabah dan Sarawak ini menjadi dua buah laluan adalah cukup tinggi. Oleh sebab itu saya ingin bertanya kepada kerajaan, iaitu berapa fasakah Lebuhraya Pan Borneo ini dilaksanakan mengikut tahun bermula dari tahun 2015 sehingga 2025? Setakat mana Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Kerjasama Awam Swasta
(UKAS), dan kedua-dua buah negeri Sabah dan Sarawak bekerjasama dalam melaksanakan lebuh raya ini? Ini kerana ia amat penting Tuan Yang di-Pertua kerana kita tidak mahu pembinaan Lebuhraya Pan Borneo ini akan menjadi topik kepada mereka yang cuba mengelirukan tentang pembinaan jalan raya ini apatah lagi disebut oleh beberapa orang wakil rakyat dari Barisan Nasional bahawa ada sebahagian rakyat di negeri Sabah dan Sarawak membawa keluar konon-kononnya Sabah dan Sarawak ini dari negara Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, bila kita bercakap tentang Lebuhraya Pan Borneo ini, sudah tentu ia melibatkan juga jajaran jalan-jalan yang sudah diumumkan. Antara lainnya iaitu jalan lintas Libaran di mana pelaksanaan jalan ini bukan sahaja saya yang bercakap tetapi ramai kawan saya sama ada dari Barisan Nasional ataupun daripada pihak pembangkang tentang kewujudan jalan ini. Saya difahamkan bahawa jalan lintas Libaran ini telah pun diluluskan beberapa tahun yang lalu. Jadi saya ingin tahu kerana Lebuh Raya Pan Borneo ini hanya dilaksanakan ataupun dirunding pada tahun 2015 sehingga 2025. Jadi saya ingin tahu bagaimana kedudukan jalan lintas Libaran ini? Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, ia bukan sahaja kebetulan jalan lintas Libaran ini namanya berasaskan kepada Parlimen Libaran tetapi jalan ini digunakan oleh penduduk Sandakan, Libaran, Beluran, dan juga Kinabatangan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan bahawa saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih juga kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Semalam Yang Berhormat Menteri menjawab soalan saya bahawa banyak program ataupun projek yang telah dilaksanakan. Ini memang ada benarnya kerana sejak Kerajaan Barisan Nasional memerintah di negeri Sabah, banyak kemudahan yang telah dilaksanakan di kawasan luar bandar termasuklah di kawasan Libaran.
Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, mungkin sudah sampai masanya bukan sahaja infrastruktur yang diminta untuk dilaksanakan dan kerajaan telah melaksanakan. Akan tetapi sudah sampai masanya kita menyusun secara strategik pembangunan di luar bandar yang mana melibatkan kampung-kampung yang jauh. Kita satukan kampung ini contohnya, di kawasan Semawang, ada 15 buah kampung. Kawasan ini agak terpencil sedikit, jauh dari pusat bandar. Saya mencadangkan diwujudkan pusat pertumbuhan bandar di situ, sudah tentu melibatkan penduduk luar bandar dari semua hal yang diperlukan - sekiranya kawasan-kawasan seperti ini dibangunkan bagi memudahkan masyarakat luar bandar itu sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu, mengenai pelancongan. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasihlah juga kepada kementerian. Banyak acara dan usaha menarik pelancong. Contohnya penganjuran Malaysia Year of Festival (MYFEST 2015) di mana sempena penganjuran festival ini, lebih kurang disasarkan seramai 29.4 juta orang pelancong dan pendapatan hasil daripada pelancongan ini dijangka lebih kurang RM89 bilion keseluruhannya.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, di kawasan saya contohnya, banyak pulau seperti Pulau Libaran, Pulau Silingan, dan Pulau Bakungan Kecil. Kalau pulau-pulau ini dapat kita manfaatkan, dijadikan sebuah kawasan pelancongan contohnya, kita rentas pulau dari sebuah pulau ke pulau kerana saya melihat para pelancong dari luar negara sememangnya agak seronok dengan program-program dari pulau ke pulau ini.
Jadi saya memohon supaya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bukan sahaja dapat memasukkan program seperti ini tetapi sudah sampai masanya kementerian turun padang melihat untuk kita laksanakan program-program yang sesuai di setiap daerah/Parlimen. Walaupun keadaan ekonomi secara globalnya merudum, tetapi pendapatan daripada hasil pelancongan cukup menggalakkan dari semasa ke semasa.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya berundur daripada perbahasan ini, pada sesi yang lalu saya ada membangkitkan soal modal insan ini. Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan satu hab pendidikan di Daerah Sandakan khususnya di Parlimen Libaran. Kolej-kolej yang ada di situ antaranya UMS, kolej komuniti, dan ada dua buah lagi kolej yang saya tidak ingat. Saya memohon kepada kementerian supaya dapat membawa kolej-kolej ini di kawasan hab pendidikan yang telah dikenal pasti di Daerah Sandakan. Ini kerana penduduk di Daerah Sandakan ini lebih kurang- Tuan Yang di-Pertua, seramai 500,000 orang keseluruhannya. Jadi kalau hab pendidikan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin, sudah tentu bukan sahaja Daerah Sandakan dan Libaran dapat faedahnya tetapi negara kita telah menunaikan tanggungjawabnya daripada segi modal insan ini.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, di luar bandar, sekolah-sekolah rendah seperti Sekolah Kebangsaan Tanjong Pisau, Sekolah Kebangsaan Semawang, Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, dan Sekolah Kebangsaan Kuala Gum Gum, kebanyakan sekolah-sekolah ini agak terlalu daif. Jadi saya minta supaya kementerian dapat melihatnya kerana penduduk luar bandar sentiasa menunggu untuk kerajaan melaksanakan naik taraf kemudahan sekolah tersebut di atas.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, mengenai perwujudan sekolah-sekolah menengah. Saya tidak dapat menafikan bahawa setiap Rancangan Malaysia, kawasan Libaranlah antara kawasan yang beruntung kerana mendapat pembinaan sekolah menengah baru. Walau bagaimanapun, isunya bukan itu, tetapi isunya ialah bagaimana keadilan kepada masyarakat ataupun penduduk luar bandar?
Pada Rancangan Malaysia Kelapan lagi, saya telah mencadangkan dua buah sekolah menengah yang melibatkan luar bandar iaitu SMK Libaran dan SMK Gum-Gum 2.
Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran
Kalau tidak silap saya SMK Libaran sudah diluluskan dua tahun yang lalu. Cuma saya tidak tahu di mana silapnya sehingga hari ini SMK Libaran ini belum dapat dilaksanakan. Jadi, saya ingin tahu bila sekolah ini dilaksanakan? Tuan Yang di-Pertua, saya menghadiri program-program di sekolah di kawasan saya yang anak-anak sekolah terutama ibu bapa yang terdiri daripada masyakat luar bandar, selalu bertanya bila sekolah SMK Libaran ini dilaksanakan?
Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran
Begitu juga Sekolah Menengah Gum Gum 2 juga di luar bandar yang melibatkan lima buah ‘feeder’ school di situ iaitu SK Sg. Tiram, SK Pertanian, SK Sekilan Desa, SK Ulu Dusun dan SK Semawang. Semuanya terdiri daripada pelajar-pelajar anak-anak nelayan dan juga petani. Sudah tentu mengharapkan kewujudan dua buah sekolah menengah luar bandar ini.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai ESSCOM yang diwujudkan di negeri Sabah. Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Perdana Menteri kerana concern sangat tentang keselamatan terutama di Pantai Timur Negeri Sabah. Di daerah Sandakan seperti yang saya sebut dalam sesi yang lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ada di sini yang menjaga sebahagian daripada keselamatan negara kita. Di pesisir pantai kawasan Libaran ini merupakan pantai yang terpanjang di daerah Sandakan. Cuma pihak keselamatan kita sama ada polis marin ataupun maritim, APMM ataupun angkatan tentera semuanya berpusat di Pusat Bandar Sandakan.
Tuan Yang di-Pertua, pesisir pantai Libaran ini menghala ke Laut Sulu, jaraknya kalau kita naik bot laju lebih kurang hanya memakan masa 30 minit ke-40 minit sampai ke sempadan negara jiran. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekiranya ada pencerobohan di kawasan pesisir pantai Libaran ini, sukar untuk kita menghalang dan menanganinya, memandangkan pusat bandar Sandakan di mana letaknya pihak keselematan, mengambil masa lebih kurang satu jam sampai ke pesisir pantai Libaran.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Libaran boleh gulung.
Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran
Ya sekejap. Kalau ada pencerobohan sudah tentu penceroboh-penceroboh ini akan cepat beredar dan tidak dapat ditangani dengan begitu baik. Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya sama ada di kawasan Tanjong Pisau ataupun di Kuala Gum Gum supaya dibina mini pangkalan polis marin ada di situ. Bila ada pangkalan marin bukan sahaja keselamatan dapat kita selesaikan tetapi meyakinkan masyarakat tempatan terutama mungkin pelabur-pelabur yang datang di kawasan pesisir pantai ini. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Bajet 2015. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Kapar. Selama 15 minit Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
[Disampuk] Belum mula sudah mencelah. Salam sejahtera dan salam reformasi dengan restu ibu bapa dan restu Tuhan saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk membahas Belanjawan Negara 2015.
Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati teori Belanjawan Negara 2015 merupakan sebuah teori yang menggalakkan konsep “Terus berhutang ketika krisis melanda.” Konsep ini merupakan konsep teori baru yang diguna pakai oleh pentadbiran negara kita. Pendek kata bajet tahun ini lebihkan bajet berhutang. Ini adalah kerana tanggungan dan penderitaan serta sengsara masyarakat perlu ditanggung oleh rakyat jelata. Sebagai pentadbiran yang prihatin kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan masyarakat tetapi pendekatan Belanjawan 2015 adalah berbeza dan bercanggah dengan yang saya tekankan di sini. Beberapa tahun ini kita menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang parah dan bernanah. Ekonomi kita telah mencipta kelompok yang maha kaya dan juga kelompok yang maha miskin.
Peratus golongan sederhana pula semakin menipis mengakibatkan peruntukan ekonomi kita dalam suasana yang merisaukan dan membimbangkan. Pertumbuhan ekonomi pula tidak diagihkan kepada rakyat jelata yang masih berpendapatan rendah.
Akibatnya rakyat kelas bawahan dan golongan sederhana terpaksa hidup bergantung kepada hutang. Hutang isi rumah bagi tahun 2013 telah menjangkau RM904.3 bilion atau 86.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan antara yang tertinggi di dunia. Dalam kata yang mudah supaya Yang Berhormat Lenggong faham, sekiranya seseorang individu memperoleh pendapatan RM1,000 sebanyak RM860 digunakan untuk membayar hutang. Persoalan saya ialah apakah rancangan kerajaan secara spesifik dan terperinci untuk mengurangkan kadar isi rumah ini?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Apakah kerajaan sudah ada rancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk kekayaan diagihkan kepada rakyat jelata yang masih berpendapatan rendah.
Tambahan kepada itu Tuan Yang di-Pertua, hutang negara juga telah melambung melepasi paras yang dibenarkan oleh undang-undang iaitu Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Dana Kerajaan 1983, yang tidak mengizinkan hutang lebih daripada 55 peratus KDNK. Namun begitu, hutang negara terkini dilaporkan telah mencecah RM700 bilion, lebih 60 peratus KDNK. Kerajaan yang waras yang mengamalkan amalan yang lazim dan praktikal apabila paras hutang terlalu tinggi maka kerajaan tersebut akan memotong perbelanjaan membazir. Seperti projek-projek mega, pengindahan bandar, gaji pentadbiran, memotong peruntukan projek-projek terutamanya projek-projek kroni, menghalusi langkah- langkah membanteras rasuah dan menyekat segala ketirisan dan pembaziran yang berlaku.
Namun begitu dengan nada yang sedih dan hati yang berat saya ingin tekankan Kerajaan Malaysia sepatutnya mengharungi krisis kewangan yang melanda rakyat. Akan tetapi melaksanakan pula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan memotong subsidi yang amat diperlukan oleh rakyat jelata ketika ini. Saya ingin menanya soalan mengapa rakyat Malaysia tidak berhak menikmati subsidi petrol dan diesel walaupun Malaysia negara pengeluar minyak? Tambahan pula, mengapakah Penjana Tenaga Bebas (IPP) menikmati subsidi bahan api sebanyak RM19 bilion setahun? Adakah ini bermaksud subsidi rakyat jelata dihapuskan tetapi subsidi untuk kroni-kroni digalakkan? Saya menuntut jawapan.
Isu seterusnya ialah berkaitan dengan Akta Hasutan yang merupakan senjata politik Barisan Nasional. Peristiwa kegagalan Peguam Negara mendakwa Ibrahim Ali menimbulkan dakwaan bahawa Akta Hasutan dikhususkan kepada pembangkang dan aktivis yang tidak sebulu dan sehaluan dengan kerajaan.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Sebaliknya, penyokong kerajaan yang kebal walaupun majoriti rakyat bersetuju ucapan yang dikeluarkan adalah berunsur hasutan tetapi tidak dikenakan apa-apa pendakwaan. Penjelasan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Puan Hajah Nancy binti Shukri bahawa kenyataan Ibrahim Ali untuk merampas dan membakar Bible Bahasa Melayu adalah bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam.
Mengejutkan pengamal undang-undang seperti saya dan juga setiap insan yang menghormati dan memahami agama Islam seperti saya.
Saya ingin menegaskan di sini mewakili Pakatan Rakyat bahawa kami tidak setuju sama sekali dengan kaedah pendakwaan di bawah Akta Hasutan termasuk untuk Ibrahim Ali. Ibrahim Ali perlu didakwa bukan dengan Akta Hasutan tetapi dengan undang-undang yang sedia ada. Penerangan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan tiada peruntukan undang-undang untuk mendakwa mereka yang melakukan jenayah dan terpaksa menggunakan Akta Hasutan ialah sebenarnya telah memesongkan Dewan yang mulia ini dan masyarakat Malaysia secara menyeluruh. Saya mencabar Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk duduk bersama saya dan saya akan membantu beliau dengan mencadangkan akta-akta alternatif yang boleh diguna pakai untuk mendakwa mereka yang telah didakwa dengan Akta Hasutan. Saya akan membantu beliau...
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Cadangan Dewanlah.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
...Dengan hati yang suci...
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Cadang sekaranglah.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
...Dan ikhlas tanpa sebarang political mileage.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya ingat Yang Berhormat Kapar pun macam Yang Berhormat Bakri jugalah baca.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Kalau sanggup terima cabaran saya, jelaskan. Saya perlukan jawapan dan saya cadangkan benda ini. Jangan kacau Yang Berhormat Lenggong. Masa dia berucap, saya tidak kacau pun. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lenggong kacau saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lenggong, boleh minum teh di luar.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Isu seterusnya mengenai pemberian BR1M. Adakah bantuan BR1M ini bermakna, apakah kesan signifikannya?
Adakah kerajaan arif bahawa peruntukan BR1M sebanyak RM950 sekeluarga tidak memadai dengan kos sara hidup yang sedang melambung. Purata bulanan peruntukan BR1M RM80 sebulan Tuan Yang di-Pertua. Tepuk dada tanya selera- RM80 sebulan apa maknanya? Saya yakin rakyat gemar menerima BR1M bukan kerana ia membantu menaikkan taraf hidup mereka atau untuk membantu kos sara hidup mereka tetapi ia dianggap sebagai bonus one-off. Saya merasakan pemberian BR1M oleh pihak kerajaan adalah tidak sesuai dan merupakan...
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Hendak minta pencelahan sedikit boleh Yang Berhormat Kapar?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
...Satu percubaan yang baik untuk menutup segala kegagalan dalam pentadbiran mereka.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Saya habiskan dahulu.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Satu minit sahaja boleh?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Habiskan dahululah, saya bagi.
Saya gentle. Saya mesti bagi. Habiskan dahulu. Tambahan pula tidak dapat dinafikan bahawa dengan memberikan BR1M menyebabkan rakyat terhutang budi kepada pihak kerajaan. Apa tugas kerajaan untuk membuatkan rakyat terasa terhutang budi walaupun hasrat untuk memajukan taraf hidup rakyat secara menyeluruh tidak dicapai. Bukankah tugas yang paling penting iaitu untuk memajukan rakyat jelata terletak di bahu kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memetik satu ungkapan Confucius yang pernah menyatakan bahawa give a man a fish, feed home for a day. Teach a man to fish feed for a lifetime. Ini bermaksud apa yang dilakukan oleh kerajaan dengan pemberian BR1M adalah bertentangan dengan prinsip yang dikemukakan oleh Confucius. Persoalan saya adalah adakah Kerajaan Malaysia bersetuju masyarakat Malaysia masih berada di takuk lama walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan setelah lebih setengah abad. Adakah kerajaan mengakui bahawa Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan pada tahun 1971 yang telah diguna pakai selama ini dasar yang telah gagal, khususnya terhadap orang- orang Melayu...
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar. Sedikit, nanti you lari topik lain.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
No, no. Last, last para.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Nanti you lari topik lain.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Bukankah pembentangan Bajet 2015, menyedarkan kita di dalam dan di luar Dewan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang masih hidup di bawah paras kemiskinan dan tidak banyak beza keadaan negara selepas mencapai kemerdekaan dengan keadaan sekarang. Maka, saya menuntut penjelasan. Ya, silakan.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kapar. Hendak tanya pendek sahaja Yang Berhormat Kapar. Sebenarnya Bantuan Rakyat 1Malaysia nama pun bantuan.
Kalau tanya fasal mata kail dengan ikan, kerajaan bagi mata kail, ikan pun kerajaan bagi juga. Sebab namanya pun bantuan. Jadi, tidak payah cakap fasal ikan. Itu cerita lain. Itu infrastruktur lain, pendidikan, keusahawanan semua dibuat tapi ini bantuan untuk bantu rakyat menangani mungkin kenaikan harga atau tujuan yang lain.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Akan tetapi saya hendak tanya kalau Yang Berhormat Kapar rasa ini tidak bagus, saya ingat mungkin Yang Berhormat Kapar cakaplah, seluruh Kapar ini jangan ambil BR1M.
Boleh tidak jangan ambil BR1M? Kalau beranilah, jangan ambil BR1M. Sebab ini bantuan.
Kalau kerajaan hendak bantu pun dipertikaikan, janganlah kita buruk sangka. Ini bantuan.
Macam mana? Terima kasih.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh tambah satu penjelasan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Silakan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Yang Berhormat Kapar.
Sebenarnya kerajaan mengatakan, menggunakan banyak wang untuk subsidi petrol.
Sekarang harga petrol sudah turun kepada USD81.78 dan harga yang ditetapkan oleh kerajaan RM2.30 adalah lebih kurang harga pasaran USD84.40 setong atau se barrel.
Maksudnya, adalah wajar kerajaan turunkan dengan segera harga petrol untuk rakyat menikmati penurunan harga. Itu satu cara yang lebih baik untuk menolong rakyat. Setuju tidak Yang Berhormat Kapar?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Persoalan pertama tentang BR1M tadi hendak mengatakan rakyat di Kapar tidak perlu. Itu saya rasa bantuan yang diberikan secara menyeluruh. Apa yang sedang saya lakukan ialah kritikan...
[Dewan gamat seketika]
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Dengarlah dahulu, dengar dahulu, dengar dahulu. Yang menyampuk ini apa pasal? Dengar. Ini masalah dengan sebelah sini Tuan Yang di-Pertua. Kita bagi kritikan, kritikan yang membangun. Cuba fikir. Saya sudah kata dari tahun 1957 buah negara kita sedang memberi bantuan sahaja dan saya sudah tekankan tadi, adakah kerajaan bersetuju Dasar Ekonomi Baru ini gagal. Sudah Dasar Ekonomi Baru 1971 sampai hari ini gagal, timbul pula konsep baru BR1M. Itu tidak hendak dijawab. Lepas itu tanya soalan budak- budak pula, Kapar hendak atau tidak hendak? Itu bukan isunya. Kita cakap fasal ekonomi, ekonomilah. Kita cakap fasal undang-undang, undang-undanglah. Kita cakap fasal ekonomi undang-undang, dia bawa kelas-kelas tadika punya. Tidak payah. Tolak. Sudah bercakap pula balik kepada Yang Berhormat Beruas...
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Ini pergi mana pula ini?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Sudah, sudah. Duduk, duduk.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Pergi mana ini? Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Hendak bangkit tadika punya, tidak payah. Itu tidak ada kena-mengena.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Kapar cuba jawab betul-betul. Ini pergi mana ini?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Pandang secara menyeluruh.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Jadi, jangan kelentong. Lain kali jangan kelentong.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Tengok Tuan Yang di-Pertua tidak ikut standing order.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Jangan kelentong.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Saya tidak bagi pun ruang.
Duduk. Kepada luahan hati Yang Berhormat Beruas...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
[Bangun]
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
...Saya sudah tekankan tadi subsidi petrol ditarik buat apa?
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Sebanyak 28 sen sahaja lagi.
Kurang lagi. Padahal satu kenyataan yang diketahui di seluruh dunia, harga petrol turun.
Sebaliknya di Malaysia subsidi ditarik dan saya tekankan tadi kroni-kroni diberi subsidi.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Lenggong, Lenggong.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Pihak swasta diberi subsidi tapi subsidi yang sepatutnya diberikan kepada rakyat tidak diberikan. Itu menyusahkan rakyat, itu membebankan kerajaan. Saya rasa benda ini tidak imbang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ada dua yang bangun.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kapar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lenggong...
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Saya bagi Yang Berhormat Batu Gajah, lepas itu saya bagi Yang Berhormat Lenggong...
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Tasek Gelugor.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
...Saya teruskan dengan Yang Berhormat. Kita tidak ada hal.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Oh, hebatlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kapar, sebenarnya masa sudah tamat ini. Sudah habis [Ketawa]
Seorang Ahli
Dia kelentong banyak.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Saya minat permainan bola sepak Tuan Yang di-Pertua. Saya terharu dengan masa-masa kecemasan yang diberikan.
Ini saya anggap sebagai masa kecemasan. Terima kasih.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya juga agak tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat di sebelah sana tadi yang mencabar kepada Yang Berhormat Kapar supaya minta semua rakyat di kawasan Kapar itu tidak mahu menerima BR1M. Mungkin, mungkin boleh jika mereka sanggup tolak GST, tidak naikkan harga petrol, tidak naikkan harga..
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Turun kepada harga pasaran RM2.15 sen, turun kepada harga pasaran RM2.15, tidak naikkan harga tarif elektrik, mungkin dalam keadaan itu mungkin mereka akan terima. Apakah pandangan Yang Berhormat Kapar?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Ya, saya setuju itu yang saya sedang tekankan tetapi dia orang ini menyampuk, ganggu konsentrasi saya. Kalau tengok teks saya, baca balik Hansard okey. Kalau tengok skrip saya dari awal, itu yang saya tekankan. Jangan ketika rakyat menderita. Jangan ketika rakyat susah sengsara, kita letak macam-macam, kita buat macam-macam selepas itu bagi BR1M.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
[Bangun]
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
So, maknanya itu yang saya kata tadi. BR1M ini memainkan peranan betul-betul atau tidak, bermakna atau tidak.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Itu yang saya katakan, terima kasih Yang Berhormat. Kawan saya, Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sebenarnya Yang Berhormat Kapar hendak berucap di hadapan Yang Berhormat Gombak tetapi Yang Berhormat Gombak tidak ada.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Ini tidak ada kena-mengena buang masalah, Tuan Yang di-Pertua. Duduk, duduk. Saya anak buah Yang Berhormat Gombak so, tidak ada masalah kalau ada selingan-selingan sedikit.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Ketawa] Cakap fasal BR1M ini.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Duduk, duduk. Yang kamu pergi duduk di sebelah sana buat apa, tidak jadi Menteri duduk di ruang-ruang Menteri pula. Apa standard.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
BR1M, fasal BR1M tadi.
Yang Berhormat Kapar janganlah ingat bahawa kerajaan Barisan Nasional buat BR1M sahaja, perkara-perkara lain pun buat. Banyak pembangunan prasarana, pendidikan, ekonomi lain buat. BR1M ini sebahagian sahaja, kecil. Waktu Pakatan Rakyat perintah negeri Perak, Yang Berhormat Beruas pun bagi. Saya di Lenggong dapat juga enam kesebelas bulan, 230 buah kampit beras dia bagi kepada rakyat, bagi juga.
Jadi kita bukan hanya buat BR1M sahaja dalam negara kita ini. Jadi Yang Berhormat Kapar kena fahamlah itu. Tidak adil membuat perbandingan yang tidak betul.
Waktu kerajaan Pakatan Rakyat pun buat, Pulau Pinang pun buat, Selangor pun buat.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Kapar, boleh?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Saya tekankan BR1M secara spesifik. BR1M ini ketika ini tidak selaras dengan apa yang sepatutnya dilakukan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh dapat penjelasan? Tuan Yang di-Pertua, di negeri Perak semasa kita bagikan bantuan kepada rakyat, kita ada suatu janji, tidak ada satu cukai pun yang akan kerajaan naik semasa Pakatan Rakyat menjadi kerajaan. Itulah yang dilaksanakan, tidak ada satu jenis cukai pun kita naikkan harga...
Beberapa Ahli
Selangor, macam-macam naik.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
[Bangun]
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
[Bangun]
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Itulah yang saya katakan tadi, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Banyak benda yang dilakukan tidak betul. Menyinggung perasaan masyarakat secara menyeluruh.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar, hendak minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Kapar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah, cukup. Tidak perlu-perlu.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Akan tetapi tiba-tiba datang dengan BR1M untuk mengatasi kelemahan dan kegagalan mereka. So, itulah yang kita tekankan di sini.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat Kapar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukup- cukup.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Kapar, sekian, terima kasih.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Tuan Yang di-Pertua, saya tekankan lagi satu benda sahaja. Ini tentang kena-mengena dengan PTPTN yang tekankan sebanyak ada pelajar yang boleh bayar secara menyeluruh dapat potongan 20 peratus itu.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Saya rasa itu tidak memadai kalau polisi ini diguna pakai ia sebenarnya menghina mahasiswa kerana tiada yang mampu untuk melunaskan pinjaman sekali gus. Sekiranya mereka boleh melunaskan pinjaman sekali gus, tidak payahlah mereka ambil PTPTN. So, saya rasa teori-teori ini ada banyak kegagalan, kelemahan. Saya minta Menteri-menteri meneliti apa yang telah saya tekankan.
Walaupun masa tidak mengizinkan, ada banyak yang saya hendak sampaikan tetapi keadaan di sini tidak mengizinkan saya, jadi saya berhenti di sini dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, nandre, salam reformasi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Mas Gading. Selepas Yang Berhormat Mas Gading sebelah sini, selepas itu Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Nogeh anak Gumbek - Mas Gading
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya turut serta membahaskan belanjawan bagi tahun 2015 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 hari bulan Oktober yang lalu. Sesungguhnya tanggungjawab merangka perbelanjaan negara yang mengambil kira kesemua elemen serta kehendak segenap lapisan masyarakat bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Bertunjangkan tema ekonomi keperluan rakyat dan berpangsikan tujuh strategi utama, bajet bagi tahun 2015 dilihat cukup holistik serta terangkum. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya cukup tertarik dengan fokus bajet ke arah mengimbangi antara capital economy dengan people economy, dengan izin. Saya akui ia merupakan suatu cabaran yang amat besar namun saya yakin di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ia pasti dapat direalisasikan. Tuan Yang di-Pertua, umum maklum bahawa hanya tinggal enam tahun sahaja lagi sebelum Malaysia melangkah ke tahun 2020 oleh yang demikian langkah-langkah drastik harus diambil bagi merancakkan lagi prestasi ekonomi negara sejurusnya memastikan visi Wawasan 2020.
Di dalam pada masa yang sama kita tidak harus lupa akan tanggungjawab kepada segenap rakyat Malaysia khususnya golongan yang memerlukan agar mereka tidak terus ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi yang kian menduga ini. Bajet kali ini mengkhususkan peruntukan yang besar di dalam memastikan pembangunan di Sabah dan Sarawak misalnya peruntukan RM27 bilion telah disediakan untuk mempercepatkan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer. Peruntukan ini jauh lebih tinggi daripada jumlah yang diperuntukkan bagi Bajet 2014 iaitu sebanyak RM500 juta.
Di samping itu, kerajaan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM943 juta untuk membangunkan jalan-jalan di luar bandar yang dilihat wajar bagi menghubungkan lebih ramai penduduk di kawasan desa dengan kemudahan serta perkhidmatan kerajaan yang terdapat di kawasan luar bandar. Oleh yang demikian, saya sebagai seorang Ahli Dewan dari Sarawak ingin berterima kasih kepada kerajaan atas peruntukan tersebut. Nescaya dengan lengkapnya projek Pan Borneo kawasan Lundu yang terletak di penghujung Sarawak akan dapat dihubungi dengan kawasan Tawau yang terletak di Pantai Timur Sabah. Pastinya ia juga bakal membawa pada pembangunan daripada segi ekonomi apabila proses mobilisasi penduduk dan logistik barang-barang komoditi di antara bandar-bandar di Sarawak dapat dipermudahkan.
Tuan Yang di-Pertua, usaha berterusan untuk pembangunan infrastruktur asas di luar bandar harus dilaksanakan bagi memastikan penduduk di luar bandar tidak terus ketinggalan kala negara giat memperkukuh prestasi ekonominya agar setanding dengan negara yang membangun yang lain. Harus diingat bahawa hampir 70 peratus dari Malaysia terdiri dari kawasan yang boleh diklasifikasikan sebagai kawasan luar bandar dan hampir lapan juta orang penduduk masih lagi menetap di kawasan luar bandar.
Justeru, usaha membekalkan masyarakat luar bandar dengan bekalan elektrik dan bekalan air bersih harus dipergiat. Diharapkan agar peruntukan sebanyak RM1.1 bilion untuk bekalan elektrik luar bandar dan RM394 juta untuk bekalan air luar bandar dapat mendatangkan pelbagai manfaat kepada penduduk-penduduk di kawasan luar bandar.
Tuan Nogeh anak Gumbek - Mas Gading
Dengan kesempatan ini saya ingin berterima kasih kepada kerajaan kerana senantiasa giat dalam usaha menyalurkan bekalan air bersih kepada beberapa buah penempatan di kawasan Parlimen Mas Gading.
Saya berharap agar usaha berterusan dapat dijalankan bagi membekalkan perkampungan lain yang masih belum mendapat akses kepada bekalan air yang bersih.
Pembangunan modal insan sesebuah negara amat bergantung kepada kemudahan fasiliti pendidikan yang disediakan. Saya merayu kepada kerajaan supaya menimbang untuk mendirikan sebuah sekolah menengah di kawasan Jagui di Daerah Bau, Sarawak. Di kawasan ini ada enam buah sekolah rendah dan terdapat ratusan pelajar Darjah 6 yang terpaksa menyambung pelajaran mereka ke peringkat menengah di kawasan bandar yang jauh dari tempat tinggal mereka.
Menyentuh mengenai soal keselamatan sempadan negara, bagi penduduk Sarawak ingin saya beritahu di Kampung Serikin cukup terkenal sebagai destinasi membeli- belah yang kaya dengan hasil kraf tangan serta produk pertanian berikutan kedudukannya yang terletak bersempadan dengan Indonesia. Kerajaan pernah mengumumkan pembinaan sebuah Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Serikin, Bau di bawah Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Kesepuluh. Malahan pihak Indonesia juga telah membina Kompleks CIQ di sebelah sempadan mereka.
Oleh yang demikian saya menyarankan peruntukan dapat disediakan agar pembinaan CIQ di Kampung Serikin dapat disegerakan bagi memantau pergerakan keluar masuk di kawasan sempadan serta mengelakkan penyeludupan keluar dan masuk barang- barang terlarang.
Tuan Nogeh anak Gumbek - Mas Gading
Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara membangun, adalah wajar bagi Malaysia untuk terus menukar arus kepesatan ekonomi global dan kekal berdaya saing.
Pada ketika yang sama, kerajaan tidak pernah mengabaikan kehendak serta keperluan rakyat serta komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat tidak terabai. Nyatanya Belanjawan 2015 menjadi manifestasi bahawa kerajaan tetap komited di dalam menjamin keberlangsungannya proses pembangunan negara. Oleh yang demikian, saya mohon untuk menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Tanjong.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang bagi saya menyertai perbahasan ke atas Bajet 2015.
Bajet kali ini yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan adalah bertemakan, “Ekonomi Keperluan Rakyat”, di mana GST merupakan salah satu fokus utama bagi bajet kali ini. Adakah GST merupakan ekonomi keperluan rakyat? Adakah kenaikan harga minyak ekonomi keperluan rakyat?
Adakah rakyat sudi menanggung beban ekonomi yang lebih berat? Pastinya tidak.
Akan tetapi pada hakikatnya, GST telah menyebabkan banyak barangan dan perkhidmatan sebelum ini yang tidak perlu membayar GST, yang tidak perlu membayar cukai, kini perlu membayar GST pada masa yang akan datang. Contohnya, jam tangan dan jam selama ini tidak perlu membayar cukai. Apabila GST dilaksanakan, kita perlu membayar GST apabila membeli jam atau jam tangan walaupun jam dan jam tangan merupakan keperluan harian yang asas, jikalau kita tidak membeli jam tangan yang berjenama atau mewah...
[Disampuk] Keperluan harian tetapi kena GST.
Industri percetakan yang sebelum ini tidak dikenakan GST tetapi setiap bahan yang kita hendak hantar ke percetakan selepas ini akan dikenakan GST. Kedai-kedai emas juga akan terjejas dengan GST 6 peratus yang dikenakan. Akhirnya akan menyebabkan barang-barang emas kebanyakan masa akan dijual kepada pendatang-pendatang asing yang akan balik ke tanah air mereka atas sebab rebet GST akan dibayar balik apabila mereka ke luar negara nanti.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Walaupun dikatakan penjualan rumah kediaman tidak dikenakan GST tetapi dengan GST 6 peratus dikenakan ke atas simen bagi menggantikan cukai jualan yang kini 5 peratus, jadi harga simen yang lebih tinggi akan menyumbang terhadap harga rumah yang lebih tinggi. Akhirnya akan menjejaskan kebolehan seseorang untuk membeli rumah dan juga keseluruhan industri pembangunan.
Dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kebanyakan barangan dan perkhidmatan akan mengalami penurunan harga adalah tidak berasas sekali, di mana lebih banyak barangan dan perkhidmatan yang sebelum ini tidak dikenakan cukai akhirnya terpaksa membayar GST dan membayar cukai yang lebih.
Walaupun dikatakan RON95, diesel dan LPG dikecualikan daripada GST, namun kenaikan 20 sen yang diumumkan terhadap RON95 dan diesel mulai 2 Oktober 2014, impaknya lebih dahsyat daripada GST di mana kenaikan tersebut adalah lebih kurang 10 peratus yang jauh lebih tinggi daripada GST. Subsidi gas, cecair, diesel dan petrol serta bantuan tunai bagi tahun 2015 hanya dikurangkan daripada RM22.3 bilion kepada RM19.3 bilion iaitu RM3 bilion sahaja. Ini bermaksud Kerajaan Persekutuan masih perlu menanggung subsidi yang tinggi walaupun harga minyak sedunia sekarang telah menurun sehingga USD81 setong sahaja.
Ekoran penemuan Shalumare Oil & Gas iaitu gas alam yang diperoleh daripada serpihan batuan Shale atau tempat terbentuknya gas bumi oleh Amerika Syarikat, ini menyebabkan Amerika Syarikat tidak perlu lagi bergantung besar kepada import minyak mentah. Tambahan pula dengan Libya yang mengeluarkan semula petroleum, negara- negara OPEC sekarang tidak lagi berupaya untuk mengawal harga minyak mentah seperti apa yang berlaku dalam 40 tahun sebelum ini. Maka, harga minyak mentah pastinya akan turun lagi ke paras bawah USD80.
Dalam kata lain, jikalau harga minyak negara kita tidak diturunkan, malah kita perlu membeli minyak pada harga yang lebih tinggi daripada paras harga sedunia walaupun secara praktisnya subsidi minyak tidak lagi perlu ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan, kita sebenarnya mulai membayar cukai bahan api kepada Kerajaan Persekutuan.
Saya beranggapan tindakan Kerajaan Persekutuan yang terus mengekalkan harga minyak pada paras yang lebih tinggi walaupun tidak perlu menanggung subsidi kepada petroleum dan gas merupakan satu cara untuk mengutip cukai bahan api secara haram dan perlu diberhentikan dengan serta-merta.
Harga minyak kita tidak diturunkan, malah ditingkatkan lagi walaupun pada masa harga minyak sedunia telah turun. Adakah ini disebabkan oleh kekhuatiran Kerajaan Persekutuan akan mengalami kesusutan daripada segi royalti minyak dan cukai yang perlu dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan? Saya ingin mendapat penjelasan, jikalau dengan paras harga minyak sekarang dikekalkan menyebabkan kerajaan tidak lagi perlu menanggung subsidi bahan api ekoran harga minyak sedunia menurun, mengapa Kerajaan Persekutuan masih perlukan RM19.3 bilion sebagai subsidi bahan api bagi tahun 2015? Ke manakah subsidi tersebut akan digunakan? Sila berikan pecahan secara terperinci bagi kegunaan-kegunaan subsidi tersebut.
Tuan Yang di-Pertua saya ingin merujuk satu surat pembaca yang disiarkan oleh New Straits Times pada 23 Oktober 2014 di mana penulisnya, Lim Kah Pin Pengerusi Pengurusan Kondo Kuchai Brem Park 1 di Kuala Lumpur. Beliau menyatakan bahawa dirinya pernah menulis ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan dinasihatkan oleh pihak Kastam bahawa pengurusan kondo perlu mengutip GST 6 peratus daripada pembeli- pembeli. Saya berasa maklum balas dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia sedemikian adalah mengelirukan dan sekali lagi menunjukkan bahawa pihak Kastam sendiri kurang profesional dan mahir dalam soal GST sehingga memberikan jawapan yang akan mengelirukan orang awam.
Satu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh pihak Kastam ialah, jikalau JMB atau MC entiti yang tidak berdaftar dengan Kastam sebagai entiti GST dan turnover tahunan mereka jarang mencecah ke paras RM500,000 setahun, macam mana JMB atau MC dapat diwajibkan untuk mengutip GST bagi pihak Kastam? Walaupun terdapat syarikat pengurusan atau syarikat pemaju yang turnover tahunan mereka melebihi RM500,000, adakah mereka harus mengenakan GST 6 peratus terhadap pembeli-pembeli?
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Tidak kira dalam apa-apa keadaan pun, pihak-pihak yang terlibat dengan pengurusan kondominium, apartment, rumah pangsa termasuk juga gated communities, kompleks membeli belah dan segala jenis pemajuan berstrata tidak harus mengenakan GST 6 peratus dalam apa-apa bayaran yang dikutip oleh mereka.
Kondominium, apartment, rumah pangsa berkos rendah dan sederhana rendah perlu menubuhkan JMB atau MC yang masih terletak di bawah pemaju untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan bagi projek pemajuan berstrata masing-masing. JMB atau MC pertubuhan-pertubuhan yang tidak bermotifkan keuntungan dan caj servis sinking fund, cukai tanah, termasuk sewa dewan komuniti atau parking yang dikutip oleh mereka tidak harus dikenakan GST. JMB atau MC perlu menggunakan wang yang dikutip untuk mengekalkan keselamatan, kebersihan dan keselesaan tempat tinggal mereka dan mereka sering menghadapi masalah pembeli-pembeli yang tidak sanggup untuk membayar caj servis atau sebagainya.
Dalam keadaan kewangan yang amat sempit ini, jikalau mereka masih perlu mengutip GST 6 peratus daripada pembeli-pembeli, ini akan menyebabkan lebih ramai pembeli berasa marah dan tidak sanggup membuat pembayaran dan akhirnya pihak pengurusan akan mengalami masalah yang besar untuk mengekalkan standard pengurusan yang tinggi bagi projek-projek mereka.
Jikalau syarikat insurans perlu mengenakan GST 6 peratus bagi khidmat insurans mereka, maka saya berharap insurans yang dijual kepada pihak JMB atau MC juga perlu dikecualikan daripada GST. Sewa dewan komuniti atau tempat parking yang dikutip oleh JMB atau MC juga perlu dikecualikan daripada GST. Memandangkan kita menghadapi masalah serius, kekurangan syarikat pengurusan yang profesional bagi menguruskan projek-projek pemajuan berstrata, GST 6 peratus jikalau dikenakan dan dikutip oleh syarikat-syarikat pengurusan yang turnover mereka mencecah RM500,000 setahun, ini akan menyebabkan pihak pengurusan terpaksa mengupah syarikat-syarikat pengurusan yang turnover mereka lebih kecil, dan seterusnya tahap profesionalisme dan pengurusan hartanah berstrata dikompromikan dan akhirnya ini akan merugikan pihak pembeli atau penduduk.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Tuan Yang di-Pertua, bajet yang kita bahaskan juga memberi penekanan terhadap pemilikan perumahan, yang mana 80 ribu unit rumah PR1MA dan 26 ribu unit rumah Program Perumahan Rakyat akan dibina. Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang kini sanggup mengikut jejak langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan hak kelayakan pendapatan isi rumah daripada RM8,000 kepada RM10,000. Ini adalah seperti yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Skim pembiayaan sewa-beli yang dipelopori oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini juga diterima pakai oleh Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang gigih dalam mempromosikan pembinaan perumahan mampu milik sama ada oleh kerajaan negeri ataupun melalui pemaju-pemaju swasta. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mewajibkan setiap pemaju perlu membekalkan 5 peratus rumah mampu milik pada harga tidak melebihi RM200,000, 15 peratus yang dijual dengan harga tidak melebihi RM300,000 serta 5 peratus yang dijual dengan harga tidak lebih daripada RM400,000. Bagi apa-apa projek perumahan yang perlu diluluskan oleh PBT, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga menggalakkan pihak pemaju untuk menyediakan 100 peratus rumah mampu milik melalui projek perumahan mereka.
Kesemua rumah mampu milik yang dibina akan diagihkan oleh kerajaan negeri kepada mereka yang amat memerlukan. Akan tetapi saya difahamkan ada satu Pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat kepada PBT di Pulau Pinang baru- baru ini. Di mana apa-apa projek perumahan yang melebihi 18 meter ketinggiannya perlu dirujuk kepada Bomba di Putrajaya untuk mendapat perakuan kelulusan.
Apa yang lebih memeranjatkan, pekeliling tersebut hanyalah terpakai di negeri Pulau Pinang. Mengapakah ini hanya terpakai di negeri Pulau Pinang? Sungguhpun kebanyakan projek perumahan- pemajuan perumahan di Pulau Pinang tidak akan kurang daripada 18 meter ketinggiannya. Sebelum ini semua projek perumahan yang dikemukakan kepada PBT boleh diberi perakuan kelulusan oleh bomba negeri Pulau Pinang, tetapi kini perlu terus dirujuk kepada Bomba Putrajaya.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Keadaan ini akan menyebabkan kelulusan banyak projek perumahan tersangkut dan di antaranya terdapat juga projek perumahan mampu milik yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti di Jalan S.P. Chelliah dan sebagainya.
Pada masa yang sama, saya difahamkan terdapat 20 projek perumahan yang dikemukakan oleh 13 orang pemaju di negeri Pulau Pinang tidak dapat dikeluarkan APDL.
APDL iaitu Advertisement Permit & Developer License oleh KPKT. Ini menyebabkan projek- projek tersebut tersangkut dan mengalami masalah daripada segi pengiklanan dan penjualan. Biasanya dengan adanya surat sokongan yang dikeluarkan oleh PTG sebaik sahaja pelan pecah sempadan dikemukakan kepada pihak berkuasa negeri, maka pemaju boleh terus memohon APDL daripada KPKT dengan membayar 2 peratus daripada kos pembinaan dalam bentuk jaminan bank kepada KPKT. Saya berharap masalah tersebut dapat diberi perhatian yang khusus oleh Yang Berhormat Menteri KPKT sendiri. Supaya projek-projek tersebut dapat diluluskan dengan segera, dengan adanya APDL dikeluarkan.
Saya berharap amalan yang dipakai sebelum ini dapat diteruskan supaya apa-apa projek perumahan tanpa kiranya melebihi 18 meter ketinggian atau tidak turut dapat diberi perakuan, kelulusan oleh Bomba negeri Pulau Pinang. Masalah seperti ini perlu ditangani dengan segera supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat memainkan peranan yang sama seperti Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada orang awam yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya telah melancarkan petisyen. Satu petisyen rakyat untuk disokong oleh MB atau MC atau pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan hartanah berstrata. Supaya kita dapat sama-sama mengemukakan petisyen ini kepada Yang Berhormat Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Ini adalah berkaitan dengan tarif elektrik komersial yang dikenakan oleh TNB ke atas harta bersama kemudahan awam bagi rumah pangsa, apartmen, kondominium dan segala jenis pemajuan berstrata yang tidak bermotifkan keuntungan komersial. Ini satu isu besar kerana pada awal tahun ini tarif elektrik TNB telah ditingkatkan 15 peratus. Ini kerana tarif elektrik yang digunakan, yang dipakai untuk rumah-rumah pangsa di kawasan umum dan kemudahan awam adalah bertarifkan komersial. Jikalau bagi tarif elektrik komersial pada tahun depan apabila GST dilaksanakan, maka tarif elektrik akan bertambah lagi 6 peratus. Ini akan sejumlahnya kita perlu membayar 21 peratus daripada segi bil elektrik.
Jadi ini satu isu besar, yang mana saya berharap masalah ini dapat diberi perhatian yang serius oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan jangan selalunya apabila isu ini dibangkitkan, alasan yang diberikan oleh pihak kementerian adalah; “Kita perlu bergantung kepada buku panduan tarif oleh TNB”. Jadi saya berharap kerajaan dapat mengambil sesuatu pendirian, satu pendirian yang dapat mengutamakan kepentingan rakyat dan bukan hanya mengutamakan kepentingan TNB dan keuntungan TNB. Petisyen-petisyen ini saya akan kumpul dan saya akan kemukakan kepada pihak kementerian. Selepas itu di mana kita ada tiga tuntutan, tuntutan yang penting untuk diberi pertimbangan yang serius oleh pihak kementerian.
Pertama, suatu kadar tarif baru dengan kadar rata. Kadar rata iaitu flat rate yang lebih rendah daripada tarif komersial semasa dan sedikit lebih daripada tarif kediaman semasa, dikenakan bagi penggunaan elektrik untuk hartanah bersama dan kemudahan awam. Jadi ini perlu dilaksanakan bagi penggunaan elektrik dalam lingkungan sesebuah rumah pangsa, apartmen, kondominium atau segala apa jenis pemajuan berstrata yang tidak bermotifkan keuntungan komersial. Termasuk menggunakan elektrik bagi lif, pam air, dewan komuniti, surau, pejabat pengurusan, pondok keselamatan dan segala pelampuan (lighting) bagi koridor dan kawasan-kawasan yang merupakan hartanah bersama.
Kedua memastikan tiada GST akan dikenakan ke atas tarif baru tersebut. Ini kerana tarif ini adalah khusus untuk kawasan umum rumah pangsa atau projek-projek yang merupakan kemajuan berstrata.
Ketiga, kita menuntut supaya geran insentif kewangan diberikan kepada GMB atau MC bagi projek-projek pemajuan berstrata yang berkos rendah dan sederhana rendah atau yang bermasalah kewangan untuk lampu-lampu fluorescent yang dipasang di koridor dan kawasan-kawasan yang merupakan hartanah bersama digantikan dengan lampu-lampu LED. Jadi diharapkan suara rakyat seperti yang terkandung dalam petisyen tersebut dapat diutamakan dan diberi pertimbangan yang serius oleh pihak Kerajaan Persekutuan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Tanjong.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Okey, saya rasa ini yang saya hendak bangkitkan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Padang Besar.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, dalam membahaskan dan menyokong Bajet 2015, saya ingin memanjangkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana memberi rezeki yang cukup bermakna kepada rakyat melalui Bajet 2015. Jumlah RM273.9 bilion cukup besar, meningkat RM9 bilion dari tahun lepas. Semoga dengan kesyukuran rakyat ini akan bertambah lagi dari tahun ke tahun.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Kewangan, Yang Berhormat Menteri Kewangan II serta tim kementerian yang menyediakan bajet yang cukup hebat, terutama menerusi pembangunan negara dan memberi kemakmuran kepada rakyat. Tahun dari tahun semenjak merdeka Barisan Nasional tidak pernah gagal menyediakan bajet yang tidak mengecewakan rakyat. Oleh sebab itulah rakyat terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional dan harap terus menyokong Barisan Nasional di masa akan datang.
Namun begitu kita sebagai manusia ada kelemahannya. Sebagai manusia yang menyediakan bajet juga ada lebih dan ada kurangnya, yang pastinya ia lebih baik daripada bajet pembangkang. Oleh sebab itulah kita bahas Dewan yang mulia ini untuk kita membaiki dan kita mendengar pandangan-pandangan daripada Ahli Dewan. Antara isu yang hangat atau diperbincangkan adalah tentang pengurangan subsidi minyak dan ini meresahkan rakyat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Namun rakyat harus sedar menanggung subsidi sebanyak RM24 bilion amat berat ditanggung oleh kerajaan dan negara. Padang Besar sahaja ada lebih kurang 3,000 lebih kenderaan yang diubahsuai untuk menyeludup minyak petrol dan diesel setiap hari. Kalau dihitung Padang Besar, Kedah, Perak yang sempadan dan Kelantan saya kira tidak kurang daripada 15,000 buah kenderaan yang menyeludup minyak setiap hari. Ini tidak termasuk lori-lori tangki yang menyeludup minyak dan kapal di sepanjang pengairan negara seperti di Pengerang, Sungai Linggi, Tanjung Belungkor, Johor. Kebanyakan ini menyebabkan ketirisan kepada wang negara.
Begitu juga banyak golongan orang-orang yang kaya yang mempunyai kenderaan yang banyak dan besar menggunakan kenderaan hari-hari dan menggunakan subsidi minyak yang diperuntukkan oleh kerajaan. Begitu juga dengan buruh asing atau PATI, pelancong dari negara jiran, semuanya menikmati subsidi negara. Adakah rakyat mahu kerajaan berdiam diri di atas ketirisan ini Kita sedar rakyat sentiasa mahukan kerajaan dan negara sentiasa memberi kepada rakyat setiap masa. Akan tetapi ada juga rakyat yang ingin menyumbang balik kepada negara. Walaupun kerajaan mungkin memberi kembali hasil subsidi kepada rakyat melalui BR1M. Namun diharapkan kerajaan dapat mengadakan program-program pembangunan ekonomi yang lebih baik terutamanya di kawasan sempadan. Oleh sebab kebanyakan mereka yang menyeludup ini mereka yang tidak mempunyai peluang pekerjaan. Siapakah yang mahu jadi penyeludup? Siapakah yang mahu memberi makan kepada keluarganya daripada hasil penyeludupan? Semua mereka tidak mahu.
Akan tetapi kita harap kementerian yang terlibat perlulah mencari jalan bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah peluang-peluang pekerjaan, masalah negeri sempadan yang kurang maju supaya rakyat juga menikmati peluang-peluang dan pembangunan ekonomi di kawasan sempadan daripada bajet kita pada tahun ini. Jadi saya mintalah Kementerian Pertanian contohnya sebuah kementerian yang saya rasa cukup hebat, cukup efisien. Saya ucapkan tahniahlah kepada Menteri, KSU, Timbalan Menteri di Kementerian Pertanian kerana cukup efisien.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Banyak membantu rakyat terutamanya rakyat luar bandar dan juga kementerian- kementerian lain seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Hal Ehwal Pengguna supaya kementerian-kementerian ini mengadakan program yang khusus untuk membangunkan kawasan sempadan ini untuk kita mengekang daripada berlakunya penyeludupan sahaja minyak tetapi juga barang-barang lain yang kita mendapat subsidi.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada penggunaan subsidi minyak ini rakyat juga berharap infrastruktur atau prasarana pengangkutan perlulah ditambah dan di perbaiki.
Malah kerajaan menaikkan taraf landasan kereta api berjumlah RM150,000 juta, pembinaan MRT Selayang ke Putrajaya berjumlah RM23 bilion. Pembinaan projek LRT 3 menghubungkan Bandaraya Shah Alam dan Klang berjumlah RM9 bilion perlu diberi pujian dan disokong tetapi ia tidak mencukupi. Oleh sebab kita lihat banyak kawasan di sekitar bandar kita, di sekitar bandar Kuala Lumpur ini tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang cukup. Kalau kita hendak bergerak dari bandar ke bandar maka kita perlukan kenderaan sendiri ataupun teksi ataupun sebagainya.
Jadi kalau bolehlah kita minta kerajaan memikirkan cara-cara yang lain supaya kemudahan pengangkutan awam ini dapat diperbaiki. Kalau boleh beri peruntukan.
Contohnya dulu kita ada bas mini. Jadi senang rakyat bergerak ke sana, ke sini. Kalau kita kata tentang kenaikan harga minyak, kenaikan penarikan subsidi maka tidak begitu membebankan rakyat kerana terdapat bas-bas mini. Akan tetapi kerana dulu bas mini mungkin tidak cantik, ataupun nampaknya tidak elok ataupun bandar raya nampaknya seolah-olah bandar raya kita dengan adanya bas mini ini keadaan bas mini ini nampaknya mungkinlah tidak memberi pandangan yang baik. Akan tetapi kita perbaiki, kita bagi bas mini yang selesa, bas mini yang lebih elok dan baik. Maknanya kerajaan boleh bantu.
Ini akan dapat memudahkan rakyat kerana kita lihat di negara yang lain sepertinya ada yang memberi contoh kita membuat lawatan ke Korea Selatan, ke negeri-negeri seperti Singapura, negeri-negeri seperti di Eropah kebanyakan tempat maknanya MRT ataupun subway, banyak transport ataupun pengangkutan awam ini banyak memberi peluang kepada rakyat untuk mereka tanpa memikirkan harga subsidi dan harga minyak ini dikurangkan pun mereka tidak menghiraukan sebab boleh ke mana-mana dengan menggunakan pengangkutan awam.
Begitu juga di luar bandar, kita lihat daripada bajet ini kebanyakan ditumpukan kepada pengangkutan awam juga kepada bandar seperti contohnya saya sebutkan tadi MRT, LRT tetapi di luar bandar rakyat juga memerlukan kemudahan pengangkutan awam.
Kalau lihat di negeri-negeri lain kita lihat di sebelah Thailand, di Indonesia, di India kemudahan-kemudahan pengangkutan ini walaupun di Thailand ada kereta tuk-tuk, bajai dan sebagainya kita lihat ini memberi kemudahan kepada rakyat.
Kalau boleh di luar bandar ini SPAD dan kerajaan memikirkan bagaimana kita dapat mengadakan kenderaan-kenderaan yang kecil dan ekonomi supaya dapat bergerak ke kampung-kampung untuk memberi pengangkutan awam dan memudahkan rakyat. Saya rasa kerajaan dengan bajet yang ada dapatlah memberi subsidi kenderaan ini kalau boleh setengah orang beli, dan sesetengah kerajaan bantu.
Dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan sehingga hari ini Tuan Yang di-Pertua dan kita harap kita dapat terus memastikan keamanan rakyat, perpaduan di antara kaum perlulah kita jaga. Kalaulah negara kita maju, bajet kita bagi banyak, kalau negara tidak aman pun tidak guna juga. Kita lihat negara-negara di sebelah Asia Tenggara ini seperti di Filipina dan sebagainya, kita lihat ada hasil bumi. Akan tetapi kalau negara tidak aman, contohnya di selatan Filipina, seperti di negara-negara Arab, walaupun hasil buminya ada tetapi kerana negara tidak aman, maka rakyat menderita. Justeru itu, saya meminta akta yang menghalang golongan yang berniat jahat yang ingin menghancurkan keamanan negara perlu kita pertahankan.
Akta Hasutan merupakan akta yang telah berjaya mengekang golongan penghasut dan pembuat fitnah mengganggu-gugat kestabilan dan perpaduan kaum di negara kita, maka perlu kita pertahankan. Kita telah pun memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Namun ada golongan dan kaum tertentu tidak berterima kasih atas keikhlasan Barisan Nasional. Masih ada kaum dan golongan tertentu tidak menghormati kaum lain.
Ada golongan agama tertentu tidak menghormati agama orang lain.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Ada golongan yang menghina bukan sahaja tidak menghormati Raja dan Sultan malah menghina Raja dan Sultan. Ada pihak- mereka juga ada yang tidak menghormati pihak berkuasa seperti polis. Malah yang lebih teruk lagi ada yang tidak menghormati perlembagaan negara.
Jadi kita mintalah supaya Akta Hasutan yang ada ini telah kita mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan yang ada ini kita pertahankan. Kita hairan cadangan untuk memansuhkan Akta Hasutan ini datangnya daripada Majlis Peguam yang ternyata tidak bebas. Bekas pemimpin mereka pernah menganjurkan demonstrasi BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0 dan disokong oleh kebanyakan Ahli Yang Berhormat Pembangkang.
Kita lihat maknanya Majlis Peguam yang suka menghasut hendak mencadangkan supaya Akta Hasutan ini dimansuhkan.
Jadi saya tadi Yang Berhormat Kapar mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Puan Hajah Nancy supaya mencabar saya jugalah mencabar supaya mempertahankan Akta Sultan kerana kita lihat ramai rakyat negara kita ini masih cinta keamanan dan yang perlu kita pinda ini Akta Majlis Peguam itu sendiri. Bukan Majlis Peguam mencadangkan supaya Akta Hasutan ini dihapuskan iaitu sebuah akta orang yang suka menghasut dan ingin mengekang kerajaan ada akta yang mengekang mereka untuk hasut maka mereka meminta mansuhkan. Yang perlu kita pinda Akta Majlis Peguam itu sendiri kerana kita lihat pemilihan Majlis Peguam pun tidak telus.
Kita lihat sekarang ini ada 15,000 orang peguam kalau dulu masa ditubuhkan 1970-an dulu yang itu ada 5,000 orang peguam sahaja. Sekarang ini 15,000 orang peguam lebih. Pemilihannya hantar undi pos hantar pergi mana tidak tahu siapa kira. Siapa kira Jawatankuasa Majlis Peguam itu. Bukan ada perbadanan bebas pun. Perbadanan bebas pun menentukan siapa Jawatankuasa Majlis Peguam. Maknanya pemilihan Majlis Peguam ini pun tidak telus.
Mereka ini mencadangkan supaya orang lain membetulkan akta yang pada pendapat mereka akta yang terbaik iaitu Akta Harmoni. Mencadangkan satu akta yang kalau Akta Hasutan pun orang tidak takut, tambah Akta Harmoni lagilah orang tidak takut.
Jadi Tuan Yang di-Pertua,...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Menyampuk]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Itu Menteri. Ini pendapat Ahli Parlimen.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih rakan saya daripada Padang Besar. Tadi kata penghapusan Akta Hasutan itu cadangan daripada Majlis Peguam, daripada Bar Council. Maknanya ini mereka yang tidak ada tanggungjawab. Maknanya Perdana Menteri termakan hasutan mereka kah?
Bukan begitu hendak kata?
[Ketawa]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Saya tidak pernah dengar lagi lah, minta maaf Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri- saya dengar tadi Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri di Parlimen ini- Menteri di Jabatan Menteri mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri komited untuk menghapuskan Akta Hasutan itu yang dikeluarkan oleh akhbar. Akan tetapi saya tidak dengar lagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata dia hendak hapuskan siasatan.
Dia terima cadangan daripada Majlis Peguam tentang itu kan...
[Disampuk]
[Dewan riuh]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
tidak tahulah. Akan tetapi dalam perjumpaan kita sampai hari ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kabinet belum lagi memutuskan. Akan tetapi Yang Berhormat Nancy Shukri tidak tahulah kan, dia sebut Yang Berhormat Menteri [Ketawa] Akan tetapi ini pendapat kita Ahli Parlimen. Kita minta akta Hasutan ini jangan dengar Majlis Peguam.
Tuan Yang di-Pertua, dalam membahaskan bajet kali ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada SPRM atas usaha gigih mereka membanteras rasuah. Kebelakangan ini kita lihat ramai anggota badan penguat kuasa didakwa dan diambil tindakan kerana terlibat dengan rasuah.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Jadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan, dan juga SPRM kerana bersungguh-sungguh membanteras rasuah untuk mengelakkan wang kerajaan tidak masuk ke kantung sendiri. Akan tetapi saya ingin juga menyarankan kepada SPRM, kita bersungguh-sungguh, kita keluar sikit peranan kita kepada GLC terutamanya GLC yang ada kaitan, hubung kait rapat dengan rakyat kerana tiap-tiap benda yang berlaku pada GLC ini, rakyat mempersalahkan kerajaan juga. Sebagai contohnya GLC ini TNB.
Baru-baru ini saya mendapat laporan dari Pulau Pinang iaitu bahan galian di dalam tren Lorong Kulit, Pulau Pinang dicuri pada waktu malam dan jumlahnya lebih kurang RM5 juta, dicuri tengah malam. Bahan galian itu nama Tantalum itu dicuri pada tengah malam, dua kali dan jumlahnya lebih kurang RM5 juta. Untuk mengambil bahan galian ini, ia kena ada lesen iaitu lesen atom dan juga lesen dari Jabatan Mineral dan Geosains.
Syarikat-syarikat yang ada lesen ini minta tetapi diberi kepada syarikat yang tidak ada lesen. Saya mendapat tahu syarikat tauke kapal. Tauke kapal Tantalum pergi ambil, tidak ada lesen dan diberi kebenaran- didakwa diberi kebenaran oleh orang atasan TNB. Orang atasan TNB bahagian korporat. Saya tidak mahu sebut nama di sini sebab saya tadi tengah menyiasat benda ini sebab apa dan kalau lah TNB ini kita naikkan tarif elektrik, kita diberitahu bahawa TNB rugi dan sebagainya, rakyat percaya kerana rakyat tahu bahawa TNB ini buat kerja betul.
Akan tetapi apabila ada kes di bahagian tertentu ini menyebabkan mengambil tengah malam, ditengok oleh pegawai, kakitangan TNB tengok dan beri laporan, mereka ini beri laporan. Kakitangan TNB ini beri laporan bahawa Tantalum lebih kurang RM5 juta diambil pada waktu tengah malam, masuk kantung sendiri, kerajaan siapa pun tidak dapat, dua tiga orang saja yang atur...
[Disampuk] Kita minta laporan sebab saya ada bukti, saya ada gambar benda tempat korek, saya ada gambar. Saya minta badan yang bertanggungjawab maknanya kita ini rasuah ini tanggungjawab semua orang.
Tanggungjawab semua orang untuk kita membanteras rasuah. Akan tetapi jika saya ada gambar dan saya akan buat siasatan bersama dan kita hari ini di dalam Parlimen ini saya tengok SPRM, Geosains, tenaga atom ambil tindakan kepada mereka ini. Akan tetapi kalau terlibat makna bahagian itu, siapa pemimpin tidak kiralah sama ada jawatan tinggi sila letak jawatan, kita minta.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Padang Besar boleh gulung.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Alamak, gulung. Sekejapnya.
Saya sikit saja. Saya sikit sahaja- jadi untuk gulung ini saya minta sikit masa, pertama sekali di Padang Besar. Padang Besar ini ia menang banyak, majoriti paling tinggi di Perlis dan antara yang paling tinggi di kawasan utara. Akan tetapi sampai hari ini Padang Besar meminta apa sahaja satu pun tidak dapat...
[Dewan riuh]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Padang Besar minta apa, satu pun tidak dapat yang kita minta.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Nama saja besar.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Jadi kita mintalah kerajaan..
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Nama saja Padang Besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Kapar.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Kita minta kerajaan tolonglah pertimbangkan. Baru-baru ini kita minta IPD baru sebab di sempadan ini IPD ini maknanya polis daerah kawasan sempadan, keselamatan perlu jaga. Janganlah jadi macam Sabah baru hendak turun berjuta-juta ringgit. Di Padang Besar ini maknanya IPD dah lama, polis hidup tidak selesa, kadang-kadang dihangati rumahnya kecil, dia boleh saman orang tidak tahulah.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dia kata pakai polis Siam saja...
[Ketawa]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Dia saman orang kan. Jadi maknanya kita minta- dulunya kita berterima kasihlah kepada KDN, sudah bagi pun RM52 juta tetapi apa sebab kita tidak tahu tidak dapat, itu satu. Keduanya hospital. Bayangkanlah baru-baru ini kita umum hospital banyak- Padang Besar sudah minta hospital lama, sudah pun beli tanah. Dulu sudah dapat duit kita hantar dekat Kangar.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sama saja Sepang pun tidak dapat apa pun [Ketawa]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Daerah Padang Besar Parlimen tidak ada hospital.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Barisan Nasional pun tidak dapat, baik masuk pembangkang.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
...Tidak ada hospital kita bagi tahu Menteri, Timbalan Menteri dalam ini. Jadi maknanya daerah Padang Besar, Parlimen Padang Besar menang undi banyak, penyokong kuat kerajaan minta hospital tidak dapat.
Jadi hari ini kita minta.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Minta tolong..
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Ketiganya kita mintalah peruntukan daripada Kementerian Pelancongan. Padang Besar ini dulu kawasan pelancongan. Daripada dulu sampai sekarang kawasan pelancongan. Kita mintalah diberi ihsan sikitlah, kesian dekat Padang Besar supaya peruntukan pelancongan ini ditambah dan dapat.
Jadi satu lagi di Padang Besar ini baru-baru ini, maknanya kebelakangan ini yang lepas kita buat UNiMAP. Saya hendak sebut sedikit Tuan Yang di-Pertua tentang UNiMAP ini, tentang PTPTN ini. Saya mintalah kalau boleh, sebab apa di kampung ini, saya dulu masuk universiti orang kampung, zaman saya adalah seangkatan dengan saya. Kami hendak masuk universiti dulu kena- kalau kata orang kampung masuk universiti kena pajak kebun, tidak pun pajak sawah, tidak pun jual kerbau, tidak pun jual lembu, selepas itu tidak pun sebelum pergi itu kita kejar ayam hendak sembelih buat kenduri supaya orang derma duit untuk masuk universiti.
Akan tetapi sekarang ini kita kena sedar rakyat ini apabila kita masuk ke sini, kita jadi kerajaan kita pun memperjuangkan PTPTN supaya benda ini tidak berlaku lagi. Jadi ramai yang muda hari ini dapat PTPTN. Jadi kita lihat, hutang tidak bayar masih ramai sebanyak 552 dan 170 lebih yang tidak bayar hutang langsung. Saya pun kadang-kadang fikir juga, ada pembangkang sebut bahawa korporat ini ramai yang tidak bayar hutang.
Kenapakah kita hendak kerja untuk PTPTN ini? Kita kena fikir juga, yang buat tidak bayar hutang PTPTN ini kalaulah dia jadi korporat esok dia pun tidak akan membayar hutang.
Jadi sebelum dia tidak mahu jadi korporat, tidak bayar hutang, kita minta hutang sekarang.
Akan tetapi kita lihatlah berpilih-pilih kepada pelajar PTPTN yang tidak ada hutang ini sebab di kawasan saya ini ada dua buah universiti...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Jadi saya mintalah kalau boleh kepada mereka yang tidak bayar hutang langsung, kaya, mampu, kaya dan maha kaya tapi tidak bayar hutang, ambil tindakan segera. Tidak bayar hutang langsung, mampu bayar tetapi tidak bayar. Akan tetapi kerana pelajar kampung yang dah bayar, graduate keluar lepas itu masih juga tidak dapat kerja, keluarga susah, bincanglah dengan Ahli-ahli Parlimen dan juga pemimpin. Barisan Nasional ini okey tuan-tuan. Pengerusi PTPTN pun dia kata no problem, dia boleh lebih kurang sebab tidak ada kerja, kita pertimbangkanlah, janganlah ambil tindakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Satu lagi yang last sekali maknanya PTPTN ini pula kalau boleh TEKUN ramai yang bayar hutang. Amanah Ikhtiar Malaysia mana, PTPTN tambah pegawai sedikit. Sebab tidak ada orang pun dia akan bayar hutang dengan sendirinya kalau orang tidak ada kutip hutang. Tambah pegawai sedikit ataupun jumpa ibu-bapa minta, kutip hutang. Jadi kadang-kadang sebelah pihak pun jangan kita salahkan. Kita meramaikan sedikit kakitangan supaya telefon minta hutang. Sekian, terima kasih banyak. Assalamualaikum warahmatullah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak ada yang bangun.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tidak ada di sini saya akan ambil tempat beliau.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Klang. Lepas Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Bintulu dan ramai lagi yang menghantar senarai nama, harap tunggu, kita ada dua jam lagi ya. Yang Berhormat Sik ada nama di sini, Yang Berhormat Alor Gajah, Yang Berhormat Tasek Gelugor dan rakan-rakan di sebelah sini. Ada masa lagi, kita boleh lapan orang lagi. Sila Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Bajet 2015 yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2014. Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan adalah berkenaan dengan perjanjian penstrukturan semula industri perbekalan air di negeri Selangor.
Rakyat di negeri Selangor percaya bahawa Kerajaan Persekutuan harus di classify perjanjian air yang ditandatangani di antara kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan.
Rakyat Selangor kesal dengan tindakan Kerajaan Persekutuan yang hendak merahsiakan perjanjian ini memandangkan kerajaan Selangor akan membayar lebih kurang RM9 bilion untuk mengambil balik aset-aset dan infrastruktur air daripada empat buah firma konsesi di Selangor.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Saya minta Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air untuk menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini, mengapakah perjanjian ini dirahsiakan di bawah Akta Rahsia atau Official Secret Act? Apakah justifikasi untuk merahsiakan satu perjanjian yang dikatakan adalah untuk kepentingan rakyat? Saya harap Menteri Teknologi Hijau dan Air dapat menjelaskan beberapa isu yang berkait dengan perjanjian air ini di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat.] Pertama, sama ada terdapat badan pengawasan ataupun oversight body untuk menentukan bahawa pelaksanaan projek ini dijalankan secara telus dan bertanggungjawab serta accountable? Kedua, apakah terma-terma dalam perjanjian ini yang berkait dengan keselamatan negara?
Ketiga, apakah peranan Kerajaan Negeri Selangor secara spesifik dalam pelaksanaan perjanjian air ini?
Keempat, apakah jaminan kerajaan kepada rakyat bahawa kontrak-kontrak air ini tidak akan diberikan secara direct negotiation kepada kroni-kroni?
Akhir sekali, apakah mekanisme yang akan diguna pakai oleh kerajaan untuk maklumkan perkembangan ataupun developments dalam pelaksanaan perjanjian ini?
Dalam kata lain, apakah aliran maklumat untuk memastikan bahawa kerajaan memberitahu rakyat mengenai kemajuan atau pelaksanaan projek ini?
Tuan Yang di-Pertua, sebagai tambahan, saya minta kerajaan menjelaskan dasar dan garis panduan supaya kawasan tadahan air iaitu water catchment areas diwartakan. Ini adalah kerana negara kita boleh mengalami kekurangan air dalam masa yang dekat. Dalam konteks ini, saya juga minta Kementerian Perumahan untuk memberitahu Dewan yang mulia ini mengenai success rate untuk pelaksanaan inisiatif penuaian air hujan iaitu rain water harvesting.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya yang saya ingin sentuh adalah berkait dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ataupun Trans-Pacific Partnership Agreement dan sikap atau position Kerajaan Malaysia dalam perundingan perdagangan ini.
Baru-baru ini, laporan daripada seorang pakar ekonomi bernama Rashmi Bangga daripada United Nations Conference on Trade and Development ataupun UNCTAD berkata bahawa Malaysia akan mengalami kerugian lebih kurang RM5 bilion setiap tahun jika Kerajaan Malaysia menandatangani TPPA ini. Dalam laporan ini yang bertema, “Trans- Pacific Partnership: Implications on Malaysia Domestic Value Added Trade”, pakar ekonomi mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan menghadapi kerugian sebanyak RM5 bilion setahun. Ini satu nilai yang terlalu besar.
Pandangan pakar ekonomi UN ini bercanggah dengan pandangan MITI yang mengatakan bahawa Malaysia akan menerima faedah daripada perjanjian perdagangan ini.
Apa yang penting dikemukakan di sini ialah pandangan yang dikemukakan oleh MITI hanya satu opinion sebab pandangan MITI tidak berdasarkan daripada mana-mana kajian menyeluruh.
Saya telah menerima jawapan daripada MITI dua minggu lalu bahawa kos faedah ataupun kajian kos faedah yang sepatutnya lengkap pada bulan November 2013 masih lagi berada dalam tahap interim dan hanya akan dilengkapkan selepas perundingan TPP tamat.
Saya ingin underline ‘dilengkapkan selepas perundingan TPP tamat’. Juga, saya dapati bahawa isu ini langsung tidak masuk akal kerana kerajaan sepatutnya menjalankan kajian tersebut sebelum memasuki rundingan TPPA dan bukan bila perundingan itu dimuktamadkan. This is like putting the cart before the horse. Oleh sebab itu, soalan yang timbul ialah apakah asas kepada pandangan yang dikemukakan oleh MITI bahawa Perjanjian Perdagangan TPP ini akan menguntungkan Malaysia? Saya minta MITI untuk menjelaskan ataupun respons kepada laporan UN yang dikemukakan dua minggu lalu.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa hari lalu, WikiLeaks telah bocorkan teks perundingan TPP ini khususnya bab hak harta intelek ataupun intellectual property untuk pandangan orang ramai. Kebocoran ini menunjukkan bahawa USA ataupun Amerika Syarikat mendesak negara-negara lain untuk menerima pattern extension dan data exclusivity untuk ubat-ubatan. Ini akan panjangkan nyawa pattern yang sedia ada daripada 20 tahun hingga 50 tahun yang akan datang. Ini bermakna bahawa harga ubat-ubatan khususnya life saving medicine akan meningkat.
Presiden Australian Medical Association, Profesor Brian Owler, memberitahu media Australia selepas pembocoran WikiLeaks ini dan juga sekarang perundingan berlaku di Australia pada masa sekarang. Beliau mengatakan bahawa Australian Medical Association hendak satu jaminan bahawa Perjanjian Trans-Pacific Partnership ini tidak akan meningkatkan kos perubatan.
Pembocoran WikiLeaks ini juga menyenaraikan isu-isu lain seperti kegunaan internet akan dikawal ketat termasuk beberapa lagi aspek intelectual property yang mengandungi unsur paten yang amat tidak munasabah untuk rakyat khususnya warga miskin.
Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang saya ingin kemukakan berkait dengan pendirian Kerajaan Malaysia mengenai aktiviti syarikat-syarikat Malaysia yang berlabur di negara-negara jiran khususnya di ASEAN. Sebuah syarikat Malaysia yang melabur di negara Laos iaitu Mega First Corporation Berhad telah menerima kritikan yang hebat daripada masyarakat madani di ASEAN oleh sebab operasinya dalam Don Sahong Hydropower Project.
Projek ini akan memberi impak yang amat serius bukan sahaja kepada penduduk di Laos tetapi juga kepada rakyat di Thailand, Cambodia dan juga Vietnam. Ini adalah kerana pembinaan loji hydropower ini akan mengimpakkan secara negatif perindustrian perikanan dan secara tidak langsung kepada pendapatan beribu-ribu keluarga yang bergantung kepada kerja perikanan. Lebih daripada 80 peratus komuniti yang menetap di sekitar kawasan yang dipanggil Khone Falls iaitu lokasi di mana projek ini akan didirikan bergantung kepada sumber ikan bagi kehidupan harian mereka dan perdagangan mereka.
Selain itu, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada komuniti ini, masyarakat ini mempunyai kanak-kanak yang hidup dalam keadaan malnourishment.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Dalam erti kata lain, projek Syarikat Mega First akan trample atas hak asasi masyarakat tempatan yang menetap di sekitar kawasan Sungai Mekong dari Thailand ke Vietnam. Ini, pada pandangan saya, akan mencemarkan nama baik Kerajaan Malaysia di arena antarabangsa khususnya di ASEAN.
Tuan Yang di-Pertua, satu gabungan badan bukan kerajaan, NGO, termasuk di Thailand, Cambodia dan juga di Malaysia telah failkan aduan kepada SUHAKAM berikutan kehilangan pendapatan dan pencabulan hak asasi manusia masyarakat berkenaan. Saya mohon kerajaan menjelaskan tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Malaysia terhadap Mega First Corporation Berhad.
Tambahan pula, mungkin kerajaan dapat menggubal sebuah dasar di mana syarikat Malaysia mengamalkan pelaburan secara bertanggungjawab iaitu responsible investment dengan mementingkan kelestarian atau sustainability. Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun depan, Malaysia juga perlulah berpegang kepada prinsip ini dan mementingkan sikap inclusive dalam pelaburan antarabangsa dan bukan sahaja mementingkan keuntungan semata-mata.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengemukakan satu lagi isu penting iaitu berkenaan ketidaksamaan ataupun inequality dalam kalangan rakyat Malaysia. Laporan UNDP ataupun United Nations Development Program 2014 mencatat statistik yang amat menakutkan. Ini adalah kerana Malaysia direkodkan mempunyai tahap ketidaksamaan ataupun inequality yang lebih teruk berbanding bukan sahaja negara China tetapi juga Uganda. Laporan tersebut yang mengambil kira kualiti hidup, pengetahuan serta taraf hidup meletakkan Malaysia pada tangga ke-62 daripada 168 buah negara dalam mengambil kira Human Development Index. Tambahan pula, sekurang-kurangnya sejuta orang rakyat Malaysia telah berhijrah ke negara lain untuk mendapatkan peluang yang sama ataupun equal opportunity akibat ketidaksamaan yang meningkat di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, ada dua cara untuk menganggarkan inequality ataupun ketidaksamaan ini. Satu melalui Gini index ataupun Gini coefficient, dan kedua ialah menerusi income distribution. Gini index Malaysia ialah 0.46 peratus.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Ini menunjukkan bahawa Malaysia is a highly unequal nation. Income distribution iaitu satu lagi cara untuk measure inequality. Dikatakan is a better indicator of inequality menunjukkan bahawa peratusan KDNK ataupun GTP yang pergi kepada pekerja melalui gaji telah jatuh dari 42 peratus pada tahun 1990 ke-30 peratus pada tahun 2008.
Dengan kata lain, keuntungan yang telah pergi ke kelas kapitalis telah meningkat daripada 58 peratus ke-70 peratus pada tempoh masa yang sama. Fenomena ini menunjukkan bahawa golongan kaya di Malaysia telah menjadi lebih kaya dan golongan miskin telah dimiskinkan lagi. Soalnya ialah, apa langkah-langkah yang sedang dikaji oleh kerajaan untuk menangani masalah ini dan adakah inisiatif-inisiatif seperti dasar cukai yang berlainan termasuk cukai pendapatan yang lebih progresif, cukai warisan, kabotaj sebagai daripada langkah-langkah yang akan dikaji. Adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan gaji minimum yang sedia ada kepada tahap yang berpatutan?
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa ke perhatian Dewan yang mulia ini mengenai pencapaian cemerlang tiga orang anak muda Malaysia dari negeri Kedah yang telah memenangi Double Gold Award di London dan telah mengharumkan nama Malaysia dalam kalangan inovasi antarabangsa. Mereka ialah R. Prevena, V.
Sushmeetha dan yang ketiga R. Rasyikash. Ketiga-tiga mereka adalah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Kulim, Kedah dan mereka juga dalam lingkungan umur daripada 12 tahun hingga 15 tahun, saya percaya.
Ketiga-tiga anak Malaysia telah menjuarai pertandingan antarabangsa di London iaitu British Invention Show 2014. Idea dan projek mereka dipilih sebagai terbaik daripada 100 orang peserta dari sepuluh buah negara. Ketiga-tiga anak muda ini telah mencipta an energy saving machine dispensing drinks. Kejayaan penuntut-penuntut ini jelas menunjukkan bahawa taraf dan mutu pendidikan di sekolah aliran Tamil tahap yang tinggi.
Akan tetapi sehingga ini saya belum baca atau dengar a congratulatory note ataupun congratulatory responds to this students dari Menteri Pendidikan ataupun Timbalan Menteri Pendidikan. Akan tetapi kalau keadaan yang sama berlaku dalam sekolah jenis kebangsaan, setiap murid akan diberi anugerah dan diberikan RM500,000.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
So, soalan di sini ialah why the double-standard for Tamil’s school? Mengapakah sekolah Tamil dianaktirikan? Memandangkan pencapaian sekolah-sekolah Tamil ini, adakah kerajaan sedia untuk meningkatkan peruntukan ke sekolah-sekolah ini termasuk alat-alat sains dan keperluan-keperluan lain supaya sekolah-sekolah Tamil boleh terus mencipta inovasi yang boleh bersaing di arena antarabangsa. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana bagi peluang pada saya berbahas dalam perbahasan Belanjawan 2015.
Tuan Yang di-Pertua, kita sekarang sudah tahun 2014 tetapi kita punya isu 2012 pun belum selesai lagi [Ketawa] Saya tidak tahu ini kementerian, apakah masalah?
Kementerian ini, tidak tahu dia terlupa kah ataupun tidak cukup kakitangan ataupun dia tidak ambil serius perkara ini. Isu mengenai pengiktirafan, recognition sijil untuk doktor- doktor balik daripada negara China dan Taiwan.
Perkara ini memang kita bahas dalam tahun 2010, 2011, 2012. Kita sudah bahas, masa itu bekas Menteri sekarang Menteri Pengangkutan mengambil ini perkara serius.
Menghantar satu kumpulan ataupun satu team turun padang ke negara China hendak buat proses pengiktirafan sijil-sijil daripada negara China. Akan tetapi cukup kita sedih, cuma dua buah universiti dia boleh selesai. Dua buah universiti boleh selesai ialah Universiti Shanghai Medical University dan Shanghai Jiao Tong University. Dua buah universiti sahaja, ada sembilan lagi universiti pun belum lagi buat apa-apa.
Selalu saya nampak ada satu surat daripada persatuan hantar pada saya minta saya tolong pasal banyak dia punya anak-anak ahli-ahli, anak-anak daripada ahli persatuan itu, dia ada mengamuk. Kita ini, masalah sampai hari ini tidak boleh selesai. Dia punya anak kata begitu susah empat, lima tahun belajar di universiti tetapi balik dia pergi kerja ‘kongsi kong’, dia tidak boleh dan tidak layak jadi doktor.
Kita mesti mahu ingat, kalau kita perangai macam itu, macam mana kita boleh dapat generasi muda sokong sama kita?...
[Disampuk] Inilah pembangkang memang kongkalikung punya [Ketawa] Dia memang harap kita tidak selesai. Dia boleh dapat undi.
Ha! inilah kongkalikung punya pembangkang. Kita cerita betul, dia cerita lain. Kementerian Kesihatan ini, kenapakah tidak ambil serius perkara ini? MMC ini, kita punya Malaysian Medical Council ini, dia betul-betul mencari orang, agung kah ataupun dia mencari...
[Disampuk] Ha! Yang Berhormat Lawas agung lagi. Yang Berhormat Lawas pun ada satu agung [Ketawa] Itu lagi hebat. Kalau kita ada hati pergi selesaikan itu satu isu. Memang kita boleh dapat selesai. Setuju kah tidak Tuan Yang di-Pertua? Hah! Kita sampai hari ini, kita cerita tak boleh habis.
Saya difahamkan, ada beberapa orang mahasiswa mahasiswi pergi buat aduan dekat- termasuklah persatuan buat aduan dekat MMC. MMC beritahu, “Oh! Kita sekarang banyak kerja pasal kita ada 12,000 orang graduan daripada University of Indonesia. Kita mahu buat dulu ini. Ini diutamakan”. Jadi, generasi muda berasa kenapa ini sudah jadi rasis? Soal sudah rasis. Rasis sudah. Kenapa ini Indonesia punya, minta maaf, ini hari saya bukan tuduh Melayu, Cina, Iban. Kita mesti mahu selesai semua. Kita Indonesia pun mahu selesai, negara China pun mahu selesai, Taiwan punya pun mahu selesai. Kenapa kita pun tidak, kalau India ada, India pun selesai. Kenapa kita ada kakitangan MMC ini, apakah kerja dia? Orang MMC ini betul-betul ada pengalaman, cukup pengalaman kah atau tidak?
Kenapakah begitu susah? Kalau dunia boleh recognize dia orang punya, kenapakah Malaysia tak boleh? Kenapakah Malaysia begitu susah? Kita buat keputusan. Kenapakah begitu susah? Kenapakah kita mahu buat double-standard? Saya hendak tanya ini Menteri Kesihatan ini..
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dia pun tak sihatlah, saya ingat Menteri Kesihatan [Ketawa]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ini Yang Berhormat Pokok Sena, janganlah sumpah orang. Nanti lama-lama, dia sendiri pun tak sihat [Ketawa]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kita, kita sebagai Menteri mestilah ambil serius perkara ini. Mana bekas Menteri yang leftover punya kerja belum selesai, Menteri disambungkan, mesti mahu selesai itu kerja. Saya mahu tanya ini Menteri Kesihatan, berapa lama lagi isu-isu ini pengiktirafan baru boleh diselesaikan? Dari Negara China, Taiwan dan Indonesia ini?
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Lagi lama lagi sakit.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Pasal kita sekarang doktor-doktor di kawasan pedalaman tiada. Ramai orang yang balik tidak diiktiraf. Dia orang tidak boleh jalankan tugas. Inilah yang rakyat marah sama kita. Kita selalu kata, bila tanya doktor tiada, oh! Kita hendak ambil doktor dari luar negeri. Apa pasal kita ini, anak kita semua ada, kenapakah kita tidak mahu iktiraf? Kenapakah kita tidak minta dia orang membantu negara kita? Bagi dia orang jalankan tugas. Jadi harap ini Tuan Yang di-Pertua pun boleh sokonglah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Hem!
Seorang Ahli
Sokong, sokong, sokong.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tuan Yang di-Pertua, ini isu satu lagi, baru-baru ini kita ada dengar Yang Berhormat Menteri Kesihatan nasihat kepada rakyat, kalau kita ada sakit jangan masuk hospital swasta fasal banyak mahal. Dia orang boleh caj up to dia orang punya suka hati kemungkinan. Kita mungkin, kita kasi bebas. Saya rasa perkara ini mesti mahu bottom line control. Janganlah harga terlampau mahal. Kita janganlah satu kali caj ‘kaw-kaw’, punya kasi kita punya rakyat. Kita mesti menilai what is our CSR. Kalau tidak boleh kasi free, charge reasonable. Kita menasihatkan kepada rakyat, kita gunalah hospital kerajaan. Saya pun setuju tetapi Yang Berhormat Menteri ada sedar kah tidak? Hospital kita, kalau mahu x-ray pun mahu queue enam bulan sampai lapan bulan. Kalau dia mahu pergi buat operation kadang-kadang satu tahun baru boleh sampai turn dia. Rakyat jumpa sama saya.
Seorang Ahli
Matilah dulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Dia kata saya punya nyawa pun boleh sampai kah tidak belum tahu lagi. Ini perkara memang ada berlaku. Ada satu mahu bedah jantung tapi enam bulan booking. Dia pula dua bulan setengah sudah jalan. Sudah sayonara. Sudah habis sudah. Inilah rakyat marah sama kita. Kita mesti mahu ingat mana kita punya kelemahan. Dekat mana kita punya tidak mampu semua, kita minta swasta tolong. Akan tetapi kita mesti mahu understanding sama swasta. Kita punya planning dalam hospital, membina hospital. Jangan kita punya pembinaan sampai hari ini, cukup hari ini guna. Kita mesti mahu rancang masa depan lima tahun kah, sepuluh tahun, sekurang- kurangnya sepuluh tahun. Jangan ikut pembangkang cakap. Mahal sikit sudah dia pot pet pot pet sana bising. Kalau esok dia masuk hospital sana mahu mati dia marah, oh ini tidak cukup wad, kerajaan tidak buatlah, inilah, itulah.
Kita kalau tidak rancang, cukup hari ini...
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamd Imran bin Abd Hamid - Lumut
Yang Berhormat Bintulu, boleh tanya sikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lumut bangun Yang Berhormat.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamd Imran bin Abd Hamid - Lumut
Lumut, Lumut, Lumut.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tidak apa, Yang Berhormat Larut kah, Yang Berhormat Lumut kah, sekejap. Kita mestilah mahu cukup rancang betul-betul. Kalau macam contoh X-ray. Hari ini kalau kita ada spare empatkah, lima bilikkah untuk X-ray, hari ini kita guna satu, kita pasang satu. Esok ramai orang kita tambah lagi, ada spare.
Sekarang ada hospital bila saya tanya, dia cakap, “Yang Berhormat, kita tiada tempat sudah, penuh. Kita tidak boleh expand, unless you build the new place or we build the new hospital”, dengan izin. Macam contoh tadi memang sama juga, there are no planning in their head. Bila kita ada masalah, baru kelam kabut. We only reactive, we bukan proactive.
Bila lah kita baru proactive.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Inilah masalah semasa ke semasa.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamd Imran bin Abd Hamid - Lumut
Yang Berhormat Bintulu, saya tolong. Boleh.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ini kawan saya, now dia pun serupa tolong saya ucap pun bagus juga. Kita masalah...
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamd Imran bin Abd Hamid - Lumut
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu, boleh?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Okey, kasi saya satu minit juga. Kita masalah perancangan. Kita tiada fikiran panjang. Kita hendak sekarang juga. Ikut ini pembangkang, kita tidak boleh rancang masa panjang. Pembangkang mahu semua mahu pendek. Kalau nyawa dia pendek punya masa, dia bising. Tanya ini Yang Berhormat Pokok Sena, kalau dia masuk hospital kalau tiada doktor, esok mesti dia maki habis-habis kerajaan punya. Kalau kita hendak bantu doktor habis-habis, dia cakap itu peruntukan bazir, bazir kasi, wasted. Betul tidak Yang Berhormat Pokok Sena? Yang Berhormat Pokok Sena punya ini.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamd Imran bin Abd Hamid - Lumut
Betul, betul.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kasi sama lu bangun.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamd Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Nanti dulu. Tuan Yang di-Pertua, dia orang ambil masa saya nanti saya punya masa boleh sambung?
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamd Imran bin Abd Hamid - Lumut
Sikit saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Masa berjalan Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Masa berjalan.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamd Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tuan Yang di-Pertua, saya sokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bintulu. Cuma saya hendak cerita berlaku di Hospital Manjung, endoskop rosak tidak boleh dibaiki. Jadi, bila hendak buat pemeriksaan perut, kita kena pergi Ipoh, Yang Berhormat Bintulu. Ini memang keadaan teruk. Kita hendak tanya Kementerian Kesihatan, macam mana diurus ataupun menyenggara peralatan di hospital. Lagi satu Yang Berhormat Bintulu, ini kita ada jururawat yang berkelulusan ijazah. Jadi, kita hendak minta Kementerian Kesihatan kalau boleh lihat jugalah kelayakan dia orang itu dan kalau boleh kita wujudkan skim untuk jururawat yang berijazah. Setuju Yang Berhormat Bintulu? Terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Bintulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sepang bangun Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Yang Berhormat Lumut memang saya...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Bintulu, sikit, sikit.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ini Yang Berhormat Sepang nanti dulu. Itu Yang Berhormat Sepang cerita kong kali kong punya. Nanti. Ini cerita ini...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya sokong Yang Berhormat Bintulu, saya sokong.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Yang Berhormat Lumut, memang ini cerita ini punya saya setuju. Saya punya kawasan sendiri pun kena juga. Saya punya X-ray sana kerosakan itu X-ray boleh satu tahun tidak boleh dibaik pulih.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Memang kongkalikung punya. Inilah isu-isu ini kita lemah dalam penyelenggaraan. Maintainance, we are very poor. Macam contoh hospital, kalau kita pergi, tidak payah masuk mana, masuk tandas. Kalau tidak percaya Tuan Yang di-Pertua, saya bawa you pergi GH. Tidak lama you masuk, mesti pengsan dalam punya.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
[Bangun]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Macam mana sebagai hospital, dia punya kebersihan tiada. You pun mahu juga kah? Cepatlah. Saya punya masa sudah habis.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Bantulah, bantu, bantu.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamd Imran bin Abd Hamid - Lumut
Jururawat dulu.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat Yang Berhormat Bintulu. Tahniahlah kepada sahabat Yang Berhormat Bintulu kerana sungguh-sungguh memperjuangkan keperitan beliau kepada rakyat-rakyat yang memerlukan kesihatan ini. Saya tanya Yang Berhormat Bintulu, bagaimana keadaan di Sarawak, rakyat-rakyat di luar bandar terutama yang menggunakan bot-bot ini kepada hospital yang tiada kemudahan seperti klinik yang begitu canggih.
Adakah Yang Berhormat tidak melihat masalah orang-orang yang tinggal atau yang bermastautin di rumah-rumah panjang yang kadang-kadang ambulans pun tiada, bot pun tiada. Kalau tengah sungai dia kadang-kadang mampus jugalah kalau tidak sampai kepada hospital.
Sama juga dengan ambulans-ambulans yang di Kota Kinabalu. Kadang-kadang termati tengah jalan. Koh koh koh, siren semua mati. Jadi, macam mana Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Yang Berhormat Putatan.
Memang saya setuju ini masalah satu lagi kelemahan. Ini memang saya setuju. Rumah panjang, rumah jemur, ambulans mahu buang. Serupa juga kalau kita ada pesakit, kalau kita duduk dalam pedalaman pun sama juga. Kita hendak tunggu Tuhan- Allah datang tolong ambil.
Kita punya kawasan contoh di Labang, beberapa kali saya sudah sentuh. Sampai hari ini belum mula lagi saya punya kawasan. Lulus demi lulus tapi saya tidak tahu kenapa buat sebuah klinik begitu susah. Inilah harap kementerian-kementerian pertama sekali Kementerian Kesihatan, belajarlah sikit. Ini hari kemungkinan bukan kita duduk kawasan itu.
Satu hari mana tahu kalau you duduk itu kawasan, pergi melawat itu kawasan, you terus sakit itu tiada klinik. You pun pandai mati juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, di kawasan saya ada 5, 6 kawasan kampung yang cuma ada perkhidmatan doktor udara.
Cuba minta kesihatan upgrade di klinik desa.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Memang saya setuju, you punya masuk saya punya ucapan. Nanti minta dia orang jawab. Itulah tadi saya tanya Tuan Yang di- Pertua, you setuju atau tidak, sokong atau tidak.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua menggunakan orang lain nampaknya.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, masalah lagi kita dulu sampai sekarang saya ingat kita pun kurang jururawat, betul tidak? Akan tetapi banyak jururawat keluar daripada kolej dia kata tidak layak. Tidak dapat masuk. Macam mana ini? Kenapa kita punya perangai macam itu. Bila dia belajar, kalau kolej itu tidak layak, kita tutup. Jangan kasi itu anak-anak kita sudah belajar bertahun-tahun sana lepas itu barulah cakap dia tidak layak. Dia PTPTN pun sudah pinjam. Akan tetapi belajar habis tidak boleh masuk. Apakah cerita ini? So, saya mahu dapat satu jawapan yang...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu. Setuju tidak kita tukar Menteri Kesihatan tukar Menteri kongkalikung.
Boleh?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Itulah saya saya cakap dulu kongkalikung.
Sudahlah Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tukar Menteri kongkalikung, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Simpang Renggam bangun.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Mahu tambah dua, tambah double time.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat Bintulu, populasi Malaysia semakin meningkat dan saya lihat, saya ikut data semalam, kini sudah mencecah 30.3 juta orang.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Akan tetapi untuk membina sebuah hospital, kalau tidak silap saya sebuah katil memerlukan RM150,000. Jadi memandangkan kos yang begitu tinggi, apa cadangan sebab mungkin revenue, pendapatan negara kita pun terhad. Jadi macam mana dan mungkin adakah, bukan kita hendak salahkan Menteri tetapi daripada segi bajet peruntukan itu dan juga bagaimana kita hendak meningkatkan peruntukan untuk sektor kesihatan ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih, saya memang setuju. Kita di sini bukan marah Menteri, kita hendak minta Menteri proaktif, jangan selalu lupa apa lagi kerja yang belum habis. We must make sure, we carry forward and follow up. Make sure kita selesai.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
[Menyampuk]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Itu memanglah Yang Berhormat Kapit, kita fahamlah. Menteri-menteri selalu kata hendak turun padang, lihat sendiri, barulah tahu.
Janganlah kita cuma dengar sahaja, hear say. Hear say selalu wangi-wangi sahaja beritahu tetapi yang buruk tidak diberitahu. Inilah masalah.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Jangan sampai Yang Berhormat Tumpat pergi ke sana, jangan sampai Yang Berhormat Kapar pergi ke sana.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ini isu-isu kelemahan kita. Saya harap semua kementerian terutama Kementerian Kesihatan betul-betul turun padang dan lihat hospital ke hospital, kawasan ke kawasan, sekurang-kurangnya kita ubah suailah mana yang patut diubah.
Tuan Yang di-Pertua, kita nampak KLIA 2, KLIA 2 memang kita setuju, cantik, serupa macam shopping mall airport. Akan tetapi kita sudah lihat beberapa bulan sahaja, kita guna airport itu, macam-macam masalah sudah ada. Sebelum pindah memang kita ada nampak MAHB dan AirAsia ada bertelagah. Kita hari ini bukan kata menyokong AirAsia, kita tuduh KLIA 2. Sekarang masalah betul-betul di hadapan kita. Design airport ini bukan untuk pesawat-pesawat, kita concentrate on outlet, shopping area. Kita sekarang pergi KLIA 2, designnya, kalau ramai high traffic, orang sama orang pun boleh langgar. Lagi sekarang tempat itu terlalu jauh, mereka mengguna buggy, saya pun cuba try buggy, rakyat sampai marah, buggy pet, pet, pet, rakyat pun tidak peduli, tidak boleh lalu.
Masalah yang penting sekali ialah bila orang tua, orang tidak boleh jalan, OKU guna wheelchair. Saya tanya orang yang menyorong wheelchair itu, dia kata memang penat. Dia kata you belum nampak lagi tadi naik bukit, saya berdiri sana tengok disorong naik bukit. Dia pengsan, mahu dua orang baru boleh sorong naik. Saya rasa tidak lama lagi mahu beli sebuah kereta untuk tarik wheelchair bagi naik. Itu mana-mana tempat ada ramp punya. The ramp is steep, tidak boleh disorong. Kenapa design airport saya difahamkan, MAHB tidak engage satu design airport punya arkitek yang berpengalaman.
Saya difahamkan designer airport KLIA 2 ini tidak mempunyai pengalaman. That is why today having this problem. Termasuklah di handphone saya ada, mereka baru bagi pada saya semalam. Dia kata MAHB sekarang ada teknologi high tech sebab taxiway sekarang kita boleh nampak, airport KLIA 2 bila hujan 10 ke-15 minit mesti nampak sana sini macam banjir kilat. Sini, sana semua ada air. Taxiway kita kalau jalan bumpy, serupa macam kita disko all the way. Akan tetapi adakah MAHB melihat kalau biarkan begini, kapal terbang tidak berapa selamat, kapal terbang hydraulic tidak boleh tahan.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Harap MAHB boleh faham, negara kita tahun ini nasib pun tidak baik. MH370 satu masalah, MH17 satu masalah, jangan lagi nanti KLIA 2 ada masalah juga. Kita sekarang, semalam mereka bagi saya tengok taxiway itu, bila hujan 15 minit serupa longkang, mereka guna plastik, nanti saya tunjuk Tuan Yang di-Pertua, mereka guna plastik tong buang air masuk longkang. Kenapa mula-mula AirAsia soalkan isu ini, MAHB tidak mengambil perkara yang serius.
Kenapa dulu semasa pembinaan, soil condition itu mereka tidak lihat. Saya difahamkan tapak itu ialah lombong, kenapa kita tidak buang lombong habis-habis, 10 ke- 30 meter dan timbus balik pakai pasir, compact betul-betul. Sampai hari ini, kalau kita tidak selesai, there will be another disaster. Contoh paip itu sekarang, dia dah tahu paip sinking punya, itu oil and gas punya paip sudah leaking. Kalau tidak ada orang lihat, nanti meletup sekali lagi di airport, siapa bertanggungjawab. Tuan Yang di-Pertua, inilah saya mahu minta Menteri Pengangkutan apakah rancangannya ataupun cadangan untuk menyelesaikan isu- isu ini yang saya sentuh.
Tuan Yang di-Pertua, isu ini selalu naik di Harakah. Pembangkang dalam dunia paling bising punya. Mereka tidak fikir, mereka mahu undi sahaja, mereka kipas semua buat emosi. Kenapa kerajaan kita Barisan Nasional, kalau bolehlah tolong nilai balik. Minyak di banyak negara sudah flow, ikut market price, up and down. In another way kita bagi balik subsidi. Contoh, saya cuma bagi contoh, Kementerian Kewangan dengan Jabatan Perdana Menteri boleh lihat, boleh nilai, boleh buat kajian. Contohnya kita bagi flow, kita tidak mahu bagi subsidi minyak, kenapa saya cakap tidak mahu bagi subsidi minyak sebab kita sudah bagi subsidi minyak. Negara kita, rakyat kita berapa orang yang mendapat hasil itu? Banyak minyak sudah pergi ke negara jiran. Contoh macam nelayan-nelayan pun, ombaknya kuat, subsidi diesel pun habis kerana hantu di bawah laut itu banyak kuat hisap, sudah habis.
Yang Berhormat Pokok Sena pun boleh hisap, dia sudah habis.
Seorang Ahli
Hisap apa?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Itu diesel dia hisap sampai habis. Ini kita mesti melihat. So kita kalau boleh flow itu ikut market price kita kira balik. 3,000cc ke bawah punya kereta semua road tax free, insurans kita beri lagi, sekian banyak minta. Macam contoh insurans 1,000cc kita bagi free, minta Takaful bagi, kerajaan bayar. At least kita ada potongan berapa kita hendak bagi subsidi. 1,000 ke atas atau ke-3,000cc mungkin kita minta dia bayar 30 peratus atau 40 peratus. 3000cc ke atas memang macam Yang Berhormat Pokok Sena, itu kaya punya tidak perlu subsidi. Mungkin road tax boleh bagilah bayar separuh, road tax...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
You kapal terbang pun ada, helikopter pun ada.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Itu insurans dia bagi berapa, mungkin suruh dia bayar 70 peratus ke-80 peratus, kerajaan bagi. Saya rasa kalau kita jalankan ini lagi senang. Macam bas pengangkutan awam, kita bagi road tax free. Permit lori kita bagi road tax free. Tidak naik dalam Harakah. Kerajaan bagi strategi, kita boleh kira punya.
Minyak kita bagi subsidi, kuota hari-hari increase, dinaikkan kuota, itu tidak boleh. Inilah saya minta MOF dan Jabatan Perdana Menteri ataupun EPU kajilah betul-betul. Janganlah bagi peluang kepada Yang Berhormat Pokok Sena, ini hari-hari buat cerita. Naik minyak satu sen pun bising, naik minyak 10 sen pun bising tetapi turun dua sen dia tidak bising.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Inilah kita...
[Disampuk] Tak payah bagi peluang kepada Yang Berhormat Pokok Sena, buat bising...
[Disampuk] Tapi kita tak macam Yang Berhormat Pokok Sena, suka- suka kasi naik, kasi bising.
Tuan Yang di-Pertua, ada dua masalah lagi. Ini Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Tuan Yang di-Pertua, kita memang sekarang masalah yang pening.
Saya rasa di Kapit, Sarawak ada ramai orang yang sama isu. Kita kawasan pedalaman, terutama kawasan pedalaman, kita nampak tiang-tiang elektrik ada, kabel ada tetapi itu tali, serupa macam tarik tali sudah semua tiang itu...
[Disampuk] Itu memang kabellah. Rumput pun sudah naik tetapi sampai hari ini sudah tunggu empat, lima, enam tahun, elektrik tidak boleh masuk di rumah.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Tak cukup peruntukan.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Itu paip air lagi. Paip besar-besar pun sudah empat, lima tahun tetapi air tiada.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Itu pun mahu sokong BN lagi.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Apabila kita mempersoalkan isu ini beberapa kali di Dewan yang mulia ini, jawapannya selalu, “Oh, kita ada masalah teknikal”, “Oh, ini Sarawak ada isu ini, ini”. Kenapakah tidak boleh kementerian bersama Kerajaan Negeri Sarawak duduk berbincang? Sit down cari mana masalah. Janganlah buat rakyat jadi mangsa, rakyat yang kena aniaya. Kenapakah begitu susah selesai? Berapa tahun nak tunggu? Kalau baru seminggu dua minggu, tidak mengapa, tetapi setuju atau tidak ini di you punya kawasan?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Hidup BN.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Boleh, sila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Hidup BN.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh gulung Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ini memang saya mahu cuci dia sedikit, Timbalan Menteri itu. Inilah kita mesti mahu lihat. Rakyat sudah naik angin, dia marah sama kita. Kita janji tidak ditepati, kita janji tidak boleh ditunaikan. Walaupun dia nampak ada tetapi tidak boleh digunakan. Kita mestilah menyelesaikan isu ini. Mintalah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, pegawai-pegawai terutama ketua-ketua jabatan turun padang lihat dan selesaikan isu ini. Kita mesti mahu lihat.
Sarawak tidak lama lagi pilihan raya. Janganlah bagi peluang pembangkang ini macam ‘kongkalikung’ punya, dia cerita kosong sana. Kita jangan bagi mereka peluang.
Kita selesailah masalah sekarang. Jangan dalam pilihan raya baru mahu selesai.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Hai, 50 tahun cerita pasal tiang elektrik kah?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ah, Yang Berhormat Sepang, Selangor pun samalah, lagi teruklah. Jangan bisinglah.
Seorang Ahli
Kongkalikung lah Selangor.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sudah 50 tahun cerita tiang elektrik. Apalah! Kongkalikung betullah you ini.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tuan Yang di-Pertua, isu lagi satu saya mahu sentuh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Memang kita sekarang setiap hujung tahun, kita nampak hari-hari hujan. Kemungkinan ada tempat hujan lebat. kita banjir kilat sana sini.
Kementerian ini ada betul-betul buat satu kajian kah macam mana hendak selesaikan masalah ini? Kadang-kadang isu ini bukan soal kita di bawah sea level. Selalu kita nampak because of blockage, because of the size of the drainege. Sampai hari ini kita tidak boleh nampak lagi daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar buat betul- betul kajian, buat satu mikro punya rancangan untuk menyelesaikan isu ini.
Macam contoh di Bintulu, saya sudah minta peruntukan RM20 juta untuk Sungai Sibu untuk mendalamkan sungai dan widen sungai itu. Sudah bagi setahun, tidak ada jawapan, tidak ada perbincangan macam mana hendak selesaikan ini masalah. Kita biarkan. Sekarang rakyat Bintulu tanya sama saya, tidak lama sekarang hujan sudah. Dia kata setiap malam kalau hujan, dia mahu bangun jaga. Mana tahu air masuk lagi, mahu pindah rumah. Inilah rakyat jadi marah kita. Ini pegawai daripada kementerian ada ambil perkara ini serius atau tidak? Ada betul-betul kita hendak selesaikan masalah rakyat atau tidak? Saya faham. Ini gorengkah gulung?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Gulung Yang Berhormat. Tamatkan.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Dua minit lagi. Isu ini kita sudah soal banyak kali. Saya nampak rakyat, memang saya setuju rakyat kata kementerian ini tidak ambil serius sampai hari ini langsung tidak bagi jawapan macam mana hendak selesai ini.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Saya juga ada soal berkenaan river juga. Ada sewage sana sini. Air tidak boleh smoothly discharge, dengan izin, ke laut. Kita hendak minta, certain area ini penting juga, make the study tetapi sampai hari ini pun tidak ada jawapan.
Saya berharaplah Menteri bolehlah beri satu jawapan yang ikhlas, terus terang peruntukan bila baru ada? Bilakah Sungai Sibiu boleh dimulakan? Bilakah perparitan di Bintulu boleh dinaiktaraf?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Setiap tahun cakap benda yang samalah.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ke mana punya sungai, bilakah boleh diselesaikan? Jadi, sekali lagi terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi peluang kepada saya ambil bahagian. Saya mohon menyokong.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kongkalikung.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ini Yang Berhormat Sepang kongkalikung.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kampar. Ya, panggil Yang Berhormat Kampar dahulu.
Tuan Ko Chung Sen - Kampar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya menyertai debat bajet kali ini.
Pertama sekali, saya ingin membawa perhatian Menteri Dalam Negeri kepada penutupan Pejabat Imigresen di Kampar. Pejabat Imigresen ini telah dibuka secara rasmi pada tahun 2011 oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Lee Chee Leong.
Malangnya, pejabat ini ditutup pada bulan Ogos tahun ini kerana dana untuk mengendalikan pejabat tersebut tidak diluluskan. Ini telah menyebabkan kesulitan kepada penduduk di kawasan Kampar terutama warga emas dan mereka yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri. Kini, mereka perlu ke sama ada Gopeng atau Ipoh untuk memohon atau memperbaharui pasport mereka.
Saya ingin meminta Menteri Dalam Negeri untuk mempertimbangkan pembukaan semula Pejabat Imigresen di Kampar atau sekurang-kurangnya pembukaan kaunter Imigresen di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua ialah berhubung pembinaan susur keluar dari Lebuhraya Utara Selatan ke Gua Tempurung dalam Daerah Kampar. Pada bulan Julai tahun ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambri Abdul Kadir telah mengumumkan bahawa pemegang konsesi Lebuhraya Utara-Selatan atau PLUS dan Lembaga Lebuhraya Malaysia atau LLM telah berjanji untuk membina susur keluar tersebut dua tahun yang lepas. Beliau turut menyuarakan kekecewaan beliau kerana sehingga kini tidak ada perkembangan berhubung perkara tersebut.
Menteri Kerja Raya dalam jawapan kepada soalan saya mengenai isu ini pula menyatakan kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membina susur keluar tersebut. Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk membantu menyelesaikan isu ini berdasarkan janji kepada Menteri Besar Perak.
Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga yang amat penting peningkatan kematian daripada kanser paru-paru akibat daripada kelewatan kerajaan melaksanakan diesel Euro 5.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sebuah negara pengeluar minyak dengan syarikat- syarikat pengeluar kereta nasional sendiri, Proton dan Perodua. Malangnya, kerajaan telah gagal untuk beralih kepada petrol dan diesel yang lebih bersih seperti Thailand dan Singapura. Bahan api menepati tahap Euro 5 dengan kandungan sulfur 10 bahagian perjuta atau PPM, part per million, kini dimestikan di Singapura untuk memenuhi piawaian asap ekzos. Petrol dan diesel di Malaysia hanya menepati tahap Euro 2 sahaja dengan kandungan sulfurnya 500 bahagi per juta iaitu 50 kali lebih tinggi daripada tahap Euro 5 Thailand pula sudah melaksanakan penggunaan bahan api tahap Euro 4 dengan kandungan sulfur kurang daripada 50ppm dan tahap benzin sebanyak 3.5 peratus sejak tahun 2012.
Tuan Ko Chung Sen - Kampar
Di Malaysia, kerajaan mengumumkan pada tahun 2011 bahawa bahan api Euro 4M akan dilaksanakan mulai 1 Jun 2015. Tempoh empat tahun diberi kepada kilang-kilang penapis minyak untuk menaik taraf operasi mereka. Bagaimanapun, syarikat-syarikat minyak berkenaan tidak menampakkan kemajuan dalam menaik taraf kilang mereka malah Petron telah menangguhkan rancangan mereka menaik taraf kilang di Port Dickson kerana isu-isu pembiayaan. Bagi Petronas, kilang bersepadu Rapid dan kompleks petrokimianya hanya boleh memulakan pengeluaran pada akhir 2017 atau awal 2018. Lebih lewat daripada sasaran asal pada awal tahun 2016.
Pada bulan Julai tahun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato' Sri Mustapa bin Mohamed berkata syarikat-syarikat minyak telah meminta penangguhan pengeluaran bahan api tahap Euro 4 kerana kos agak terlalu tinggi bagi mereka. Yang Berhormat Menteri juga berkata apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah untuk mengimbangi kepentingan industri auto dan kepentingan penapis minyak.
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah benar-benar keterlaluan sebagai syarikat-syarikat minyak yang mengaut keuntungan beratus-ratus bilion ringgit setiap tahun. Mereka telah memperkenalkan diesel tahap Euro 4 dan Euro 5 di Thailand dan Singapura. Mengapakah mereka tidak dapat menyediakan bahan api serupa di Malaysia? Kita ialah sebuah negara pengeluar minyak dengan asap diesel kotor di mana-mana.
Yang Berhormat Menteri hanya mengambil berat tentang kepentingan kilang penapis minyak dan tidak menyebut apa-apa tentang kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara yang diancam oleh asap toksik di udara. Kajian penyelidikan oleh Environmental Health Perspective pada Februari 2014 menunjukkan bahawa ekzos enjin diesel bertanggungjawab untuk 6 peratus daripada kematian akibat kanser paru-paru di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Sebanyak 11,000 kematian setiap tahun. Risiko mendapat kanser paru-paru sepuluh kali lebih tinggi bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dan berhampiran jalan raya.
Sebanyak 21 daripada 10,000 orang individu yang terdedah kepada ekzos diesel akan mati akibat kanser paru-paru. Kanser paru-paru ialah punca utama kematian akibat kanser di Malaysia iaitu 19.8 peratus daripada kematian semua jenis kanser. Sebanyak 3,309 orang telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada tahun 2011 di Malaysia.
Saya rasa semua Menteri, semua Yang Berhormat di sini dan termasuk keluarga kita sekali juga terdedah kepada racun di udara dan berisiko mendapat kanser bersama-sama dengan semua rakyat Malaysia yang lain.
Saya seorang doktor dan telah melihat beberapa orang ahli politik kehilangan orang yang dicintai mereka yang tidak merokok akibat kanser paru-paru. Enjin diesel ialah 30 peratus lebih efisien dan mesra alam berbanding dengan enjin petrol dan mengeluarkan karbon dioksida yang jauh lebih kurang. Di Eropah, cukai jalan kenderaan kini dikira berdasarkan pengeluaran karbon dioksida bukan lagi berdasarkan saiz enjin. Ini merupakan langkah yang lebih adil. Hal ini sepatutnya diutamakan di Malaysia apatah lagi dengan harga petrol dan diesel bersubsidi.
Jika kita berubah kepada kenderaan bermotor yang menggunakan diesel, kita boleh mengurangkan subsidi kerajaan ke atas petrol sebanyak 30 peratus. Kita juga akan mengurangkan pelepasan bahan pencemar udara yang menyumbang kepada kesan rumah hijau dan kesan pencemaran karbon. Walau bagaimanapun, kualiti diesel Euro 2 merupakan masalah besar berdasarkan kandungan sulfurnya yang setinggi 500ppm.
Tuan Yang di-Pertua, sulfur ialah komponen utama yang memberikan warna hitam kepada asap ekzos. Kandungan sulfur dalam diesel Euro 5 hanya 10ppm. Bersama-sama dengan pembakaran yang lebih lengkap dan penapis ekzos, enjin moden turbo diesel kini lebih berkuasa dan lebih berekonomi dan mesra alam berbanding enjin petrol. Enjin diesel ialah masa depan dan di Perancis, 90 peratus daripada kereta yang dijual sekarang berenjin diesel.
Di Malaysia, kereta diesel seharusnya lebih popular tetapi enjin diesel moden menghadapi masalah dengan diesel Euro 2 yang memberi kesan menyumbat kepada penyuntik dan menyebabkan hakisan. Tuan Yang di-Pertua, pengedar kereta Mercedes terpaksa menghentikan penjualan model-model dieselnya kerana berisiko tinggi berdepan dengan tuntutan pampasan oleh pengguna.
Tuan Ko Chung Sen - Kampar
Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia, diesel Euro 5 kini boleh didapati di stesen minyak BHP Johor Bahru dengan tambahan harga hanya 10 sen. Ini kerana kenderaan bermotor yang memasuki Singapura perlu mematuhi syarat-syarat pengeluaran ekzos yang ketat. Ini menunjukkan bahawa Malaysia sebenarnya dapat melaksanakan penggunaan bahan api menepati tahap Euro 5 dengan kos tambahan yang sangat sedikit. Saya menggesa kerajaan melaksanakan penggunaan bahan api tahap Euro 5 secepat yang mungkin. Ini adalah untuk melindungi kesihatan rakyat, kesihatan alam sekitar serta menjimatkan berbilion-bilion ringgit dalam bentuk subsidi petrol. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sik.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan bajet pada kali ini. Oleh sebab masa terhad, saya ingin bercakap mengenai isu nasional yang ada kaitan dengan luar bandar dan kawasan saya sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, bagi merealisasikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar, perhatian perlu diberikan kepada ekonomi setempat yang dijalankan seperti kepada pekebun kecil getah dan kelapa sawit. Terima kasih kepada kerajaan kerana memperuntukkan RM100 juta kepada LGM dan RM41 juta kepada pekebun kecil kelapa sawit. Saya minta agar mekanisme atau sebarang insentif diberikan terutamanya kepada pekebun kecil getah dalam mempertingkatkan harga getah. Sebagai contoh, insentif menggalakkan pekebun getah menjual getah cair yang mempunyai harga yang tinggi berbanding dengan harga getah beku.
Terima kasih kepada LGM yang mana sekarang telah memulakan kerjasama dengan pihak penoreh getah dalam mekanisme membantu penoreh getah. LGM telah pun turun padang, syabas, bersama-sama penoreh getah dalam kempen penerangan dan memperkenalkan Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah ataupun kad PATG. PATG bermaksud Permit Autoriti Transaksi Getah. Kerajaan melalui LGM akan memulakan bantuan kepada harga getah beku yang mana penjual boleh menuntut tambahan 30 sen bagi setiap kilogram getah beku yang dijual pada harga pasaran. Ini akan bermula pada 1 Januari tahun depan.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Ini bermakna kerajaan telah memberikan subsidi 30 sen bagi setiap kilogram getah. Subsidi 30 sen ini diberi jika harga gerah SMR 20 pada nilai RM4.85 sekilo atau kurang. Saya bercakap merujuk kepada kilo bukan tan. Saya bagi pihak penoreh mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan dan agensi LGM. Walau bagaimanapun, saya mencadangkan kepada kerajaan dan LGM beberapa perkara lagi untuk penoreh getah iaitu:
(i) syarat pemberian subsidi 30 sen itu dinaikkan ke tahap harga SMR 20 pada harga RM6 sekilo ke bawah berbanding sekarang yang dicadangkan pada kadar harga RM4.85 sekilo ke bawah;
(ii) peruntukan insurans takaful dan kemalangan, penyakit kronik dan kemasukan ke wad apabila sakit kepada penoreh getah yang berdaftar iaitu yang mempunyai kad;
(iii) peruntukan khairat kematian diberi kepada penoreh getah yang berdaftar;
(iv) kerajaan memberi diskaun untuk membeli barangan di kedai- kedai Rakyat 1Malaysia atau kedai-kedai terpilih yang ada perjanjian dengan LGM kepada penoreh getah yang memegang kad PATG ataupun berdaftar; dan
(v) mungkin ini mengambil masa memerlukan masa iaitu kerajaan memberi subsidi setiap isi rumah seperti mana subsidi yang diberikan kepada nelayan.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Saya faham penoreh getah mempunyai satu keadaan yang kompleks tidak seperti nelayan. Ini boleh dilakukan apabila semua penoreh getah mempunyai kad pendaftaran ataupun kad PATG.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu seiring dengan pembangunan kawasan luar bandar keperluan meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi perlulah juga dilaksanakan. Andai kata syarikat-syarikat telekomunikasi hanya menumpukan di kawasan bandar atau pinggir bandar sahaja. Maka usaha kerajaan dalam membangunkan kawasan- kawasan luar bandar akan menjadi perlahan dan kurang menarik minat pelabur-pelabur.
Saya ingin membangkitkan berkenaan kelajuan internet yang begitu lambat sekali di luar bandar.
Saya cadangkan kerajaan memberi penekanan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi GLC seperti Celcom bersama-sama dengan SKMM memberi keutamaan juga kepada kawasan-kawasan luar bandar. Projek-projek CSR yang dilaksanakan perlulah yang lebih bermakna kepada kawasan luar bandar seperti meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi. Kita faham service provider seperti Celcom tidak mendapat keuntungan dari kawasan luar bandar seperti Parlimen Sik. Kalau sumbangan CSR hanya setakat bantuan kecil seperti membaiki rumah, peruntukan Parlimen pun sudah cukup untuk melaksanakannya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian GLC seperti Axiata dan Celcom yang merupakan syarikat multi bilion ringgit memberikan ataupun mendermakan peruntukan yang lebih besar daripada peruntukan CSR mereka, supaya liputan internet yang lebih baik di kawasan luar bandar seperti di Parlimen luar bandar. Selain daripada mendapatkan keuntungan kita mengharapkan roh dan semangat perjuangan untuk menolong rakyat dan kerajaan dipertingkatkan. Juga hendaklah sedar bahawa Parlimen luar bandar memberi kemenangan yang besar kepada kerajaan di mana di bawahnya terletak GLC-GLC ini.
Tuan Yang di-Pertua, golongan berpendapatan rendah telah dihidangkan dengan berita gembira tentang kenaikan nilai pemberian bantuan BR1M daripada RM650 kepada RM950. Walaupun sedikit masa dahulu terdapat suara-suara sumbang yang memperlekehkan usaha murni kerajaan ini. Jika diteliti kepada kenaikan jumlah bantuan yang cukup memberangsangkan ini saya penuh yakin dengan pelaksanaan GST sedikit masa nanti kerajaan akan mampu memberikan bantuan dengan lebih kerap dalam satu tahun.
Akhirnya pemberian secara setiap bulan kepada golongan yang disasarkan akan berlaku. Maka hasilnya samalah seperti apa yang telah dibuat oleh negara-negara maju iaitu elaun ataupun gaji pada ketika itu kita tidak sebut BR1M lagi. Gaji bulanan ataupun elaun bulanan bagi golongan yang berpendapatan rendah. Pada masa itu orang-orang yang berpendapatan rendah yang ketika ini menentang GST masa ini juga akan berkata betapa bertuahnya tinggal di bumi Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga meminta kerajaan menambah peruntukan yang lebih lagi dari yang sudah sedia ada dan sudah diumumkan oleh Menteri minggu lepas kepada KPDNKK supaya dapat menambahkan pegawai penguatkuasaan dengan secukupnya. Ini penting kerana kekurangan pegawai penguatkuasaan akan menyebabkan peniaga menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya. Ini sedang berlaku sekarang apatah lagi tahun hadapan apabila GST dilaksanakan dengan alasan GST mereka boleh menaikkan harga barang ikut suka hati mereka.
Sebagai contoh bagi kawasan yang luas seperti Sik terdapat hanya satu pasukan cawangan penguatkuasaan KPDNKK yang mana berkongsi dengan Baling. Ini menyebabkan harga barangan di Sik didapati lebih tinggi walaupun sekarang ini jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain di bandar. Ini bukan salah kerajaan ini disebabkan oleh peniaga mengambil kesempatan dan kita kerajaan tidak cukup pegawai penguatkuasaan untuk bertindak.
Tuan Yang di-Pertua, dalam strategi yang ketiga iaitu mengupayakan modal insan dan keusahawanan, kejayaan sesebuah negara kini banyak bergantung kepada sumber manusia dan bukan lagi hanya bergantung kepada bahan mentahnya sahaja. Hasrat kerajaan yang ingin meningkatkan komponen gaji dalam KPDNKK dari takuk 34 peratus kepada 40 peratus menjelang tahun 2020 amatlah dihargai. Tindakan-tindakan yang digariskan dalam strategi ketiga ini dilihat amat baik.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Kejayaan usaha ini turut disumbangkan oleh kebolehpasaran graduan. Namun salah satu faktor penghalang ialah kebolehan graduan dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Justeru itu persediaan atau persiapan yang baik harus bermula daripada peringkat awal pendidikan. Kaedah pembelajaran dan pengajian terutamanya di Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan ataupun prasekolah perlulah mengambil konsep Tadika PERMATA yang dilihat amat berkesan dalam memberi pendidikan di peringkat awal kanak-kanak. Tenaga- tenaga pengajar yang terlatih dan mahir dalam bidang pengajarannya terutamanya dalam pengajaran bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan. Pihak kerajaan diharap dapat menyediakan tenaga pengajar di tadika bawah kelolaan kerajaan setanding dengan tadika- tadika swasta.
Dalam memperkasakan saingan rakyat di peringkat antarabangsa penguasaan bahasa Inggeris terlalu penting. Sebaliknya penguasaan bahasa Inggeris bagi rakyat Malaysia terutama di kawasan luar bandar terlalu rendah sama ada di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah ataupun di kolej hatta bagi graduate yang baru keluar daripada universiti. Dengan ini saya sangat menyokong usaha kerajaan untuk mempertingkatkan tahap minimum Band MUET bagi pelajar-pelajar yang ingin memasuki IPTA.
Walau bagaimanapun bagi memastikan supaya pelajar luar bandar tidak tercicir dalam saringan menempatkan diri di IPTA pemerkasaan perlulah dilaksanakan seawal peringkat pra sekolah. Penempatan tenaga pengajar yang betul-betul berkemahiran dalam pengajaran Bahasa Inggeris dan sistem pembelajaran mestilah dikaji semula bagi mencapai sasaran ini. Saya ingin menyangkal pihak-pihak tertentu malah di dalam Dewan ini bahawa Permata hanya tertumpu kepada orang kaya sedangkan di Sik, kawasan yang tidak maju dan rakyat yang berpendapatan rendah juga terdapat Tadika PERMATA.
Tuan Yang di-Pertua, usaha memperkasakan agenda bumiputera perlu diteruskan dan disusun dengan lebih baik. Saya ingin memuji Yang Amat Berhormat Pekan yang dengan tegas dan jelas memperkasakan Melayu dan bumiputera dalam bajet kali ini.
Justeru itu bagi kawasan bumiputera sebagaimana rancangan kerajaan membina Lebuhraya Pan Borneo yang merupakan usaha mentransformasikan pembangunan di Sabah dan Sarawak, apalah kiranya kerajaan juga membina atau menaik taraf jalan raya di Parlimen saya...
[Disampuk] Betul.
Saya memohon jalan persekutuan dari Jeniang ke Sik dinaik taraf keempat lorong.
Saya juga pohon jalan persekutuan dari Sik ke Nami dinaik taraf. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana baru-baru ini meluluskan sedikit peruntukan untuk menurap semula jalan persekutuan yang rosak. Akan tetapi peruntukan ini tidak mencukupi akibatnya masih ada lagi yang rosak. Saya juga ingin mengingatkan kembali pemisahan JKR Sik Kuala Muda yang luluskan agar disegerakan supaya pembangunan Parlimen Sik tidak lagi ketinggalan.
Tuan Yang di-Pertua, Pelan Transformasi Belia Negara yang akan dilancarkan oleh kerajaan merupakan satu tindakan yang amat baik. Isu perumahan untuk belia merupakan isu besar yang dibangkitkan oleh para belia setiap hari di kedai-kedai kopi dan sebagainya. Skim Perumahan Belia merupakan usaha murni kerajaan bagi memastikan golongan belia tidak ketinggalan dalam pemilikan rumah. Hasrat murni ini diharap dapat diterjemahkan secara menyeluruh meliputi kawasan bandar dan luar bandar.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Dengan ini penawaran sebanyak 20,000 buah rumah berdasarkan first come first serve basis perlu ditambah dan jumlah rumah yang ditawarkan perlu ditingkatkan memandangkan nisbah 20,000 ini terlalu kecil dibandingkan dengan jumlah belia Malaysia yang dianggarkan seramai lebih kurang 12 juta iaitu 48 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Usaha-usaha memantapkan jati diri belia perlu dilaksanakan. Oleh yang demikian, saya meminta kerajaan memastikan agar Parlimen saya mempunyai sebuah kompleks untuk belia iaitu kompleks belia atau Kompleks Rakan Muda di mana kompleks seumpama Youth Transformation Centre ini menyediakan semua keperluan untuk para belia menjalankan aktiviti sama ada aktiviti sukan, persatuan dan sebagainya. Youth Transformation Centre ini juga nanti secara tidak langsung sebagai sebuah platform ke arah mewujudkan integrasi nasional.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Tuan Yang di-Pertua, mengenai golongan belia juga, kerajaan akan mengambil langkah bersepadu ke arah mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan dengan turut memastikan kesinambungan bakat sukan bermula daripada peringkat sekolah rendah dengan harapan agar transformasi sukan ini dapat dilaksanakan dengan baik. Saya meminta agar kerajaan memberi perhatian dengan memastikan semua sekolah rendah dan menengah mempunyai kemudahan sukan yang sepatutnya.
Dengan kekurangan kemudahan asas berkaitan sukan akan membantut hasrat kerajaan menanam dan menyemaikan minat bersukan di peringkat awal persekolahan dan seterusnya berlaku tiada kesinambungan untuk mencapai kelestarian sukan apabila berada di peringkat belia. Sebagai contoh di Parlimen Sik, daripada 18 buah sekolah rendah terdapat sebanyak tujuh buah sekolah rendah yang tidak mempunyai kemudahan padang bola. Sehubungan dengan itu juga saya memohon kerajaan memastikan kemudahan sukan terutamanya jenis-jenis yang disasarkan disediakan di peringkat awal persekolahan lagi agar matlamat akan tercapai.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang pengamal perubatan saya tersentuh dengan keprihatinan kerajaan untuk tidak mengenakan GST ke atas senarai panjang jenis ubat-ubatan yang merangkumi hampir 2,900 jenama ubat. Seperti dalam inisiatif ketiga dan keempat yang dibentangkan dilihat kerajaan amat memberi perhatian kepada kemudahan kesihatan berkaitan rawatan hemodialisis. Hospital-hospital atau klinik kerajaan menjadi pilihan masyarakat yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan disebabkan kos hemodialisis adalah tinggi iaitu lebih kurang RM3,500 sebulan sekiranya dilakukan di klinik-klinik swasta. Penambahan mesin hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan seperti yang diumumkan dalam bajet amatlah dinanti-nantikan. Ini adalah kerana mesin hemodialisis disediakan didapati tidak mencukupi di kebanyakan hospital termasuk di Hospital Sik yang mempunyai 68 orang pesakit berdaftar tetapi hanya 43 orang sahaja dapat menerima rawatan kerana dari 10 unit mesin hanya enam mesin sahaja yang boleh digunakan secara optimum tanpa apa-apa masalah pada setiap masa. Mohon Hospital Sik diberi keutamaan penambahan mesin hemodialisis tersebut.
Sebagai usaha menyejahterakan rakyat dan dalam membantu rakyat yang memerlukan rawatan hemodialisis Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan perlu mewujudkan, ‘Pusat Hemodialisis 1Malaysia’ dan menempatkan nefrologi iaitu pakar buah pinggang yang diambil dari hospital-hospital kerajaan untuk menyelia ‘Pusat Hemodialisis 1Malaysia’ ini.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali aspek keselamatan merupakan perkara yang amat penting dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang sejahtera, aman dan makmur. Pembinaan dua buah kem baru di Sabah jelas menunjukkan komitmen yang tinggi kerajaan. Walau bagaimanapun, perhatian juga perlu diberikan kepada kawasan-kawasan lain yang turut mempunyai potensi ancaman terutamanya yang mempunyai sempadan dengan Malaysia seperti di utara dan timur Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Thailand. Aspek keselamatan di kawasan-kawasan sedemikian juga perlu dipertingkatkan sebagai satu usaha awal memperkuatkan keselamatan negara. Jangan sudah berlaku sesuatu perkara yang buruk baru kita hendak memulakan langkah-langkah pencegahan. Bak kata pepatah, ‘Sudah terhantuk baru hendak tengadah’.
Justeru itu,saya ingin mencadangkan sebuah kem rejimen tentera dibina berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di mana lokasinya berada di bahagian tengah- tengah di antara hujung negeri Perlis di barat dan hujung negeri Kelantan di timur iaitu di Parlimen Sik. Lokasinya di tengah-tengah ialah di Parlimen Sik. Saya mohon setidak- tidaknya jika rejimen tentera yang baru tidak dapat dibina, maka rejimen sempadan yang sedia ada di Gubir dalam Parlimen Sik dinaiktarafkan agar keupayaan dalam menjaga dan mengawal keselamatan sempadan Malaysia-Thailand dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengakhiri ucapan saya hari ini dengan menyatakan bahawa kerajaan ini merupakan kerajaan yang penuh tanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan dan kesejahteraan rakyat dalam membentangkan Bajet 2015 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dengan ini Sik mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
*Bismillahir Rahmanir Rahim...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran]* Yang bermaksud, *“Dan hendaklah berbelanja daripada orang yang mempunyai keluasan dengan keluasan perolehannya”.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana keizinan yang diberi kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang Perbelanjaan 2015 yang melibatkan Bajet 2015 ini dengan mengambil perkara yang paling asas apabila kita membincangkan soal harta di dalam Islam dua perkara asas yang diberi perhatian...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dari mana perolehan itu dan ke mana dibelanjakan”. Asas yang penting ini ialah supaya kita melihat kepada apa yang disebut daripada kutipan hasil kerajaan selain dari Wilayah Persekutuan, kerajaan mengambil hasil daripada cukai langsung, cukai tidak langsung dan hasil bukan cukai yang kita melihat datang dari negeri-negeri sama ada daripada sumber alam, petroleum, gas, kelapa sawit, bijih besi, bijih timah melalui duti-duti eksport dan cukai-cukai yang dibayar ataupun daripada hasil cukai pendapatan dan lain-lain yang dibayar oleh rakyat.
Lalu kita melihat pada masa perbelanjaan itu sebahagian dari negeri-negeri yang mengeluarkan sumber-sumber alam seperti Terengganu dengan sumber petroleum dan gas, bagaimana keadaan kedudukan negeri setelah pulangan hasil yang dikutip oleh Kerajaan Pusat kembali kepada pembangunan negeri tersebut.
Inilah yang selalu kita dengar daripada rintihan Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak. Walaupun merupakan negeri yang menjadi pengeluar hasil petroleum dan gas yang juga menjadi penyumbang terbesar kepada hasil negara tetapi rintihan-rintihan itu sentiasa disebut pada tiap-tiap kali ucapan dibuat. Saya hendak ingatkan ini supaya kita melihat apa yang pernah berlaku di Terengganu. Ada dua DUN iaitu Dewan Undangan Negeri kawasan yang mengambil nama daripada pengeluaran hasil sumber alam dan masih ada nama DUN tersebut.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
Pertama ialah DUN Bukit Besi yang mengeluarkan hasil bijih besi sebagai sumber utama dan apabila dieksport, duti eksport dikutip oleh Kerajaan Persekutuan tetapi apabila habis hasil tersebut, kita melihat DUN Bukit Besi daripada kerana masyhur namanya hanyalah disebut dengan Bandar Bukit Besi menjadi DUN dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu tetapi tiada pembangunan yang dibuat walaupun berada dalam Wilayah KETENGAH dengan peruntukan yang besar diberi. Ini kerana dari apa yang berlaku ini ia menjadi sejarah yang perlu kita ambil pengajaran bagaimana sumber hasil yang dikutip oleh kerajaan pusat tetapi tidak kembali secara sempurna dalam pembangunan kepada negeri yang berkenaan.
Kedua ialah DUN Rantau Abang, masyhur Rantau Abang ini sehingga pelancong- pelancong datang dan menjadi hasil kutipan besar kepada Kerajaan Persekutuan tetapi setelah habis pelancongan yang berlaku di DUN Rantau Abang ini, kita lihat bagaimana pembangunan yang berlaku di Rantau Abang. Inilah perkara yang perlu kita beri perhatian kepada sumber yang kita ambil dan belanja itu mesti juga dilihat kepada keluasan hasil yang diperoleh dari tempat yang dikutip.
Saya sangat bimbang bagaimana kedudukan Kerteh di Terengganu sekarang ini kerana sumbangan hasil petroleum dan gas yang kalau sampai satu masa lupus dan lumpuh, pembangunan di Kerteh itu tidak melambangkan ia pernah menjadi kawasan petroleum dan gas. Sebabnya saya bangkitkan perkara ini ialah supaya kita melihat bagaimana sepatutnya Terengganu mendapat pembangunan daripada sumber-sumber hasil dan sumber alam yang pernah disumbangkan sebagai hasil kepada Kerajaan Persekutuan.
Di antara soalan yang saya sempat tanyakan dalam persidangan pada kali ini iaitu pada 9 Oktober yang lalu walaupun tidak dimasukkan dalam soalan yang sempat dijawab secara lisan tetapi diberi jawab secara bertulis dalam bentuk soalan lisan ini ialah satu projek Kereta api Kerteh-Kuantan yang bermula pada 1 April 2004 dan telah ditamatkan pada 1 Oktober 2010 di bawah seliaan Petronas setelah beroperasi selama enam tahun dengan kos pembinaan- saya difahamkan RM800 juta, lalu apakah kesan dan hasil yang diperoleh darinya?
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
Ini kerana sepatutnya, ia menjadi pembinaan yang membawa kepada asas perhubungan kereta api di Terengganu. Lalu dijawab akan dijadikan sebagai suatu projek asas kepada projek perhubungan kereta api Terengganu.
Akan tetapi kalau kita melihat kepada jawapan yang diberi ini, kita melihat bagaimana usaha-usaha yang diambil sedangkan sebahagian dari paku-pakunya telah hilang dicuri dan ada rel kereta api yang dicuri, dijual menyebabkan kos projek RM800 juta yang saya difahamkan ini, bagaimana hendak dijadikan asas kepada pembangunan yang melibatkan perhubungan kereta api di Terengganu. Ini kerana satu-satunya negeri di Terengganu ini ialah negeri yang tidak mempunyai perhubungan kereta api ini, padahal menjadi sumber hasil sebahagiannya besar kepada Kerajaan Persekutuan.
Sebab itu kita melihat dalam rintihan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen kita sangat memahami. Jangan kita jadi seperti penjajah. Penjajah membawa balik hasil pulangan negara ini ke negara mereka. Kemudian, meninggalkan negara-negara jajahan menjadi miskin. Sepatutnya kita bersikap dengan sikap federal isme iaitu kita berbelanja kepada negeri yang mendatangkan hasil itu supaya jangan negeri-negeri ini termasuk dalam golongan negeri miskin.
Penting untuk kita ingatkan ini kerana ayat al-Quranul Karim inilah yang menyebabkan berbelanja mestilah melihat kepada hasil yang diperoleh daripada keluaran hasil itu. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda... [Membaca potongan hadis berkaitan] Bermaksud, “Tegaknya dunia ini dengan empat. Bi‘Adlil Umarat dengan keadilan pemerintah”. Perkara pertama adil dalam mengagihkan pendapatan dan adil dalam perbelanjaan supaya kita meletakkan asas ini melihat kepada apa yang kita lakukan itu akan menghasilkan bila kita maju dalam tahun 2020. Ia bukan sahaja Malaysia maju tetapi juga negeri-negeri turut menjadi maju.
Sedangkan kita melihat pembentangan dalam Bajet 2015 ini yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, banyak projek yang melibatkan projek yang hendak dibuat, projek-projek besar melibatkan pembinaan lebuhraya-lebuhraya ialah di kawasan yang melibatkan di kawasan Lembah Klang dan sebahagian daripada hubungan negeri-negeri yang telah maju juga High Speed Railway System, kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura dengan tidak melihat ada negeri di Semenanjung ini yang tidak mempunyai perkhidmatan kereta api. Sepatutnya kita mesti melihat dalam kita berbelanja ini memberikan perhatian kepada soal yang penting ini.
Kedua Tuan Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan iaitu pembinaan pusat percetakan kedua terbesar di dunia dalam percetakan al-Quran di Putrajaya. Saya hendak ingatkan, pernah Nabi Muhammad SAW mengadu kepada Allah SWT dalam perkara al-Quran ini... [Membaca potongan ayat al-Quran berkaitan] Bermaksud, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sesuatu yang ditinggalkan”. Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah menghuraikan, apakah yang dimaksudkan dengan al-Quran yang ditinggalkan itu ialah:
(i) ditinggalkan membacanya;
(ii) ditinggalkan dalam memahami maknanya;
(iii) meninggalkan mempelajari tafsirnya;
(iv) ditinggalkan memperjuangkan hukum-hukumnya; dan
(v) ditinggalkan menjadi ubat kepada penyakit masyarakat.
Masyarakat kita hari ini menghadapi penyakit masalah sosial yang sangat serius terutamanya di kalangan remaja yang melibatkan dadah, rempit, rampas, rompak, curi, rogol, dan lain-lain yang sepatutnya bukan sahaja kita berbangga kerana menjadi pencetak al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi tetapi juga bagaimana kita hendak menggunakan al-Quran ini untuk menjadi ubat kepada penyakit masyarakat?
Kejayaan yang sangat besar dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam kajian ialah menggunakan al-Quran dalam mengubati penyakit masyarakat Arab sehingga berjaya mengubah mereka dari sejahat-jahat umat menjadi sebaik-baik ummah seperti kenyataan al-Quran, Khairah Ummah yang disebut...
[Membaca potongan ayat al-Quran berkaitan] Bermaksud, kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan menjadi manusia.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
Lalu dikaji apa kajian kejayaannya. Kejayaannya ialah kerana al-Quranul Karim yang menjadi ubat kepada penyakit masyarakat. Oleh sebab itu kalau kita melihat dalam al- Quran itu kita akan melihat dan menilai bagaimananya pentingnya kita gunakan untuk mengubati penyakit masyarakat itu.
Ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang peruntukan bajet yang melibatkan RM711 juta kepada Kementerian Pendidikan, Tabika KEMAS, PERMATA dan Tabika Perpaduan. Dulunya PERMATA mendapat secara khusus. Tahun 2010 sebanyak RM100 juta peruntukan, tahun 2011 sebanyak RM111 juta, peruntukan secara khusus.
Akan tetapi dalam Bajet 2015 ini dirangkumkan sekali kepada Kementerian Pendidikan, Tabika KEMAS, PERMATA dan juga Tabika Perpaduan. Saya ingin bertanya berapakah jumlah yang diperoleh oleh PERMATA ini daripada jumlah RM711 juta ini. Huraikan juga aset-aset PERMATA. Berapa jumlah tanah negeri-negeri yang diperoleh, bangunan- bangunan kepada PERMATA ini di negeri-negeri, guru-guru, pelajar-pelajar, program- program, perbelanjaan-perbelanjaan dan kalau ada yuran-yuran pendaftaran kemasukan dan juga yuran bulanan yang dikenakan?...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
Yang akhir ialah soal belia dan sukan. Dalam soal kita membicarakan belia ini, kita ada dua kelompok belia. Satu, belia yang berpersatuan, sama ada dalam persatuan belia, persatuan sukan, persatuan beruniform dan lain-lain tetapi mereka ada persatuan. Ada juga persatuan yang aktif, sihat, ada persatuan yang sakit dan ada persatuan yang mati. Akan tetapi itu kita boleh urus kerana mereka ada pendaftaran, kita boleh minta laporan, kita boleh suntik kewangan yang diperlukan, kita boleh tanya program. Soal yang penting ialah bagaimana belia yang tiada dalam persatuan. Dalam jumlah yang sangat ramai bagaimana soal yang melibatkan masalah dadah di kalangan belia, yang melibatkan rempit di kalangan belia, yang melibatkan soal-soal masalah sosial yang lain. Apa usaha-usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam menangani masalah belia yang tidak ada persatuan atau yang tidak berpersatuan ini.
Kemudian akhirnya sukan. Saya ingin untuk mendapat maklumat berkaitan dengan pembangunan sukan-sukan teras di Malaysia. Oleh sebab soal pembangunan fizikal, stadium dan lain-lain kita mempunyai kedudukan yang boleh dikatakan sama hebat dengan negara-negara lain. Sebagai contoh bola sepak. Kalau kita melihat sukan teras bola sepak yang sangat diminati ramai, pembangunan stadium kita menyamai negara-negara yang maju dalam soal bola sepak ini. Stadium kita mungkin boleh sama dengan negara Jerman, Itali, Brazil, Argentina dan lain-lain. Akan tetapi soal pembangunan sukan bola sepak itu yang mesti diberi perhatian. Ini kerana sukan dengan belia ini sangat berkait rapat.
Pada waktu sukan kita maju, dalam sukan-sukan teras yang melibatkan bola sepak, takraw, hoki dan badminton. Bila sukan maju belia kita mempunyai masa untuk bersukan kerana kemajuan yang ada dalam bidang sukan, kita dapati pada masa itu, tahun 70-an, tahun 80-an masalah dadah di kalangan belia dan remaja tidak ada. Akan tetapi sekarang bila sukan kita jatuh maka kita dapati peralihan oleh golongan remaja dalam mengisi kekosongan jiwa mereka diambil alih oleh perkara-perkara lain yang tidak membawa faedah bahkan memusnahkan generasi.
Oleh sebab itu saya pohon Kementerian Belia dan Sukan memperincikan apakah sebenarnya pembangunan-pembangunan sukan. Sukan teras secara khusus yang boleh memberikan impak, mengembalikan semula bagaimana kemasyhuran negara dalam sukan teras ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan mudah-mudahan kita dapat melihat apa yang dicadangkan ini menjadi kenyataan, memberikan perhatian. Ini supaya kita benar-benar melihat negara kita ini bukan sahaja menjadi negara maju tetapi juga mengheret negeri-negeri yang menjadi penyumbang menjadi negeri maju. Wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Alor Gajah.
Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas pada petang ini. Saya ingin juga merakamkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah membentangkan Bajet 2015 yang membawa manfaat kepada rakyat jelata. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berbahas Bajet 2015.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2015 berkaitan subsidi, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memaklumkan berdasarkan laporan ekonomi, Kerajaan Malaysia akan mengurangkan jumlah perbelanjaan subsidi dan bantuan tunai yang ditanggung oleh Kerajaan Malaysia sebanyak 7 peratus daripada RM40.6 bilion kepada hanya RM37.7 bilion pada tahun hadapan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga memaklumkan mekanisme pembelian subsidi minyak akan dirombak dan akan diumumkan tidak lama sahaja lagi supaya hanya diberikan golongan yang berhak sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, rasionalisasi subsidi ialah satu mekanisme yang tidak dapat dielakkan kerana pendekatan itu juga diaplikasikan di kebanyakan negara-negara maju.
Mekanisme ini telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 2010 bagi mengurangkan pembaziran dan ketirisan yang kian berleluasa di negara ini. Justeru, saranan pihak kementerian juga mewujudkan sistem pengagihan subsidi yang baru adalah wajar. Namun begitu terdapat kekurangan atau kelemahan apabila sistem baru itu dilaksanakan pada tahun hadapan. Merujuk kepada kenyataan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan II baru-baru ini, pihak kementerian akan memperkenalkan sistem baru pembelian subsidi berdasarkan pendapatan individu iaitu merangkumi tiga kumpulan utama.
Pertama di bawah sistem subsidi baru, pendapatan individu dibahagikan kepada tiga kumpulan utama. Kumpulan pertama ialah golongan yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 akan menikmati kadar subsidi penuh daripada pihak kerajaan. Manakala kumpulan kedua pula ialah golongan yang berpendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan akan menikmati kadar subsidi yang lebih rendah berbanding golongan kelompok pertama. Sementara kumpulan ketiga yang dikategorikan sebagai golongan yang mempunyai pendapatan melebihi RM10,000 tidak akan menikmati kadar subsidi ini.
Bagi mengenal pasti ketiga-tiga kumpulan tersebut, kerajaan merancang untuk menggunakan MyKad atau petrol khas yang akan disediakan di stesen-stesen petrol.
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua sistem baru bagi subsidi petrol itu telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dan persoalan daripada kalangan masyarakat sehingga menimbulkan kerisauan dan keraguan mereka.
Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah
Pertama, golongan yang berpendapatan di antara RM5,000 hingga RM10,000 merasa terpinggir dan terabai berhubung cadangan pihak kementerian terhadap sistem baru itu. Ini adalah kerana sistem baru itu berlandaskan pendapatan individu berbanding kumpulan yang mempunyai tanggungan yang lebih ramai. Selain daripada itu, kumpulan itu juga terus dibelenggu nasib malang apabila kurang mendapat manfaat daripada pihak kerajaan seperti pemberian BR1M atau insentif kerajaan sebagaimana diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui pembentangan Bajet 2015.
Kedua, sistem itu akan mewujudkan perasaan kurang senang dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Ini adalah kerana sistem itu mempunyai kelemahan yang perlu dikaji lebih mendalam berhubung pengguna MyKad atau petrol khas.
Tuan Yang di-Pertua, ketiga, sistem baru itu mencerminkan persepsi yang negatif terhadap pentadbiran dan pengurusan kerajaan berhubung pelaksanaan sistem baru itu.
Selain daripada itu, cadangan pihak kementerian untuk menggunakan MyKad atau petrol khas di stesen minyak tidak memberangsangkan. Ini adalah kerana sistem sedemikian boleh di salah guna oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan peribadi mereka.
Sebagai contoh, individu yang berkelayakan untuk menerima subsidi penuh daripada kerajaan tetapi tidak memiliki kenderaan akan menyalahgunakan identifikasi mereka untuk menjual petrol kepada kumpulan lain. Maka, pendekatan ini bukan mendatangkan manfaat kepada rakyat malah memberi kesan yang lebih teruk.
Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah
Tuan Yang di-Pertua, tambahan pula penggunaan MyKad dalam sistem baru itu berpotensi untuk menerima risiko yang lebih teruk memandangkan pendedahan maklumat peribadi mereka terutama yang melibatkan data Lembaga Hasil Dalam Negeri atau cap jari individu. Oleh itu, sistem baru itu sepatutnya lebih mudah dan efektif bagi mengurangkan beban pengguna di samping lebih mesra dalam urusan pembelian petrol di stesen petrol.
Justeru, saya menyeru agar sistem baru ini perlu dikaji dan diteliti semula yang membabitkan pelbagai lapisan masyarakat...
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
[Bangun]
Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah
...Termasuk agensi-agensi kerajaan, penyelidik, badan-badan berkaitan bagi mengumpul pandangan dan pendapat mereka terhadap sistem baru itu.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Yang Berhormat, depan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Sibuti bangun.
Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah
Boleh.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya mendengar tadi rintihan Yang Berhormat pasal kuota-kuota yang mempunyai RM5,000, RM10,000 dan RM10,000 ke atas. Seperti yang kita dengar banyak rakyat tidak senang hati sebab yang mendapat pendapatan RM10,000 ke atas ataupun RM5,000 ke RM10,000, mereka juga membayar cukai. Apakah Yang Berhormat setuju apabila kita mencadangkan semua rakyat Malaysia, baik dia RM10,000 ke atas, RM3,000 ke atas, RM500 ke atas, mereka diberi kuota setiap seorang RM150 sama rata supaya mereka juga merasa bahawa subsidi minyak ini mereka juga merasa keuntungan dan boleh mengguna pakai. Kalau mereka membelanjakan lebih daripada RM150, barulah mereka membayar seperti apa yang dijual di stesen-stesen itu. Adakah Yang Berhormat bersetuju atas cadangan ini? Terima kasih.
Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah
Terima kasih. Pandangan Yang Berhormat memang baik sekali. Akan tetapi pandangan saya, kita kena perlu kajian lebih teliti atas cadangan Yang Berhormat. Apa maksud saya tadi pun kita bimbang kerana kita harap kementerian yang berkaitan dapat mencadangkan kepada pihak kerajaan atau NGO-NGO atau agensi-agensi yang berkaitan untuk mendapatkan cadangan baru mengenai sistem MyKad dan sistem baru yang akan dilaksanakan. Ini pandangan saya. Dengan ini saya harap dan saya minta menyokong Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin bawa perkara tentang isu lebuh raya yang akan dibina pada tahun 2015 iaitu Lebuhraya Kinrara-Damansara Expressway atau singkatannya KIDEX. Dalam peruntukan belanjawan 2015, Kerajaan Persekutuan ada memperuntukkan RM4.2 bilion untuk Projek Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH). Dalam belanjawan juga tidak langsung sentuh tentang Projek KIDEX ini.
Kalau ikut jadual, projek ini akan dimulakan pada tahun 2015. Walaupun kerajaan negeri pada prinsipnya telah pun meluluskan pada tahun 2012 tetapi tertakluk kepada dua perkara iaitu bergantung kepada kewangan ataupun pinjaman wang syarikat itu.
Kedua yang paling penting iaitu public hearing ataupun pandangan awam mesti dipatuhi. Tarikh luput atau kita katakan tarikh dateline untuk syarikat KIDEX ini untuk membuat public hearing akan jatuh pada- sepatutnya perlu buat sebelum 15 November, iaitu hanya tinggal lebih kurang dua minggu lebih sahaja. Sampai sekarang kita tidak dengar apa-apa berita tentang public hearing yang akan dijalankan oleh KIDEX. Saya pun tidak tahu KIDEX akan menjalankan pendengaran awam ini atau tidak atau hanya bagi terus report kepada kementerian mengatakan penduduk setuju tentang Projek KIDEX ini.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Akan tetapi daripada pandangan saya, daripada penduduk dan juga peniaga- peniaga di sekitar Petaling Jaya, lebih hampir 100 peratus penduduk bantah tentang Projek KIDEX ini. Saya rasa Projek KIDEX ini, merupakan lebuh raya yang bertingkat, yang melalui hadapan rumah di atas rumah dan mempunyai dua tol yang mengutip kutipan tol 48 tahun. Setakat ini, daripada kajian yang dibuat oleh KIDEX tentang kajian Traffic Impact Assessment (TIA). Sebelum itu kita kata boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas, traffic jammed di Petaling Jaya sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus, ini sasaran.
Akan tetapi selepas kajian dibuat, TIA ini hanya menunjukkan ia boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas hanya setakat 1.5 peratus. Kalau melalui kajian TIA ini 1.5 peratus, mengapakah kita hendak teruskan KIDEX ini lagi? Kalau ikut kajian juga, kalau kita benarkan pembinaan KIDEX ini, ia akan menggalakkan kereta masuk terus ke Bandar raya Petaling Jaya dan akan lagi menyebabkan kesesakan lalu lintas di sana.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, Lumut.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Ya.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat Projek KIDEX ini Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, sebenarnya ia tidak senarai dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Jadi saya– bolehkah kita persoalkan Yang Berhormat Pekan mengapa diumumkan pelancaran dia pada tahun ini oleh sebab ia tidak tersenarai, belum pun diluluskan oleh Parlimen. Maka sebab itu kita nasihatkan Menteri Kewangan supaya ia didaftarkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Apakah pandangan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan? Terima kasih.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Ya, memang lebuh raya ini bukan setakat tidak dibincang awal dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) 1 dan
(RTPJ) 2 langsung tidak sebut ada pembinaan KIDEX ini. Ia di propose, dicadangkan oleh syarikat swasta untuk kononnya untuk mengatasi kesesakan lalu lintas sepanjang Lebuh raya Damansara-Puchong (LDP) dan juga untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas di sepanjang Federal Highway, Jalan Persekutuan. Akan tetapi mengapa Kerajaan Persekutuan tidak menaik taraf Lebuhraya LDP ataupun Lebuhraya Persekutuan kerana kedua-dua lebuh raya ini yang menyebabkan kesesakan lalu lintas di Petaling Jaya.
So, saya rasa Kerajaan Persekutuan kena kaji semula tentang projek ini di mana penduduk di Petaling Jaya mereka mengharapkan ada satu sistem pengangkutan awam iaitu public transport yang sistematik yang boleh menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas. Bukannya membina highway yang akan membawa lagi lebih kereta masuk ke Petaling Jaya.
Ini saya rasa kerajaan perlu teliti di mana sekiranya projek lebuh raya ini dilaksanakan, lebih 500 buah kediaman terpaksa dipindah. Penduduk yang terlibat lebih kurang 3,000 orang dan juga lebuh raya ini dibina di atas rumah, di hadapan rumah. Ia akan menyebabkan masalah environment iaitu bunyi, kesan bunyi dan bahaya di mana saya rasa untuk Bandar raya Petaling Jaya ini, kita tidak boleh terima lebuh raya yang bertingkat yang akan saya rasa akan membawa banyak masalah kepada masalah kesesakan, bunyi dan juga environment. Setakat ini...
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Petaling Jaya Selatan, Yang Berhormat Bukit Gantang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
[Disampuk] [Ketawa]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Mana ada KIDEX di Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ganggu Yang Berhormat Lenggong ini Yang Berhormat. Setuju atau tidak Petaling Jaya Selatan berkenaan dengan hari ini kita lihat banyak lebuh raya dan juga MRT akan disiapkan sebagai salah satu daripada hendak menghadapi kesesakan lalu lintas. Akan tetapi persoalannya ialah yang berlaku hari inilah soal shuttle dari taman ke taman itu yang tidak effective menyebabkan kita lihat berlaku juga kesesakan.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Kalau kita boleh lihat di tempat-tempat parking LRT di Sentul di semua tempat terpaksa kita parking dan kadang-kadang disaman juga oleh polis dan juga DBKL.
Sepatutnya patut diselesaikan daripada segi public transport yang berlaku kekerapan antara taman ke tempat situ. Yang Berhormat lenggong tidak apalah, dia tidak sibuk.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Ya, saya sangat setuju tentang pandangan ini di mana Kerajaan Persekutuan kena fikirlah bagaimana cara yang efektif untuk menyelesaikan masalah traffic jam ini di mana kita perlu lebih banyak MRT ataupun LRT atau shuttle bas. Bukannya kita hendak bina lebuh raya yang bertol ini untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Saya hendak tanya di sini, setakat ini terdapat beberapa buah dokumen kajian di bawah KIDEX ini yang tidak dapat diperoleh. Untuk pengetahuan umum kerana didakwa di atas Akta Rahsia Rasmi. Saya ingin bertanya kepada pihak Menteri kenapa sebuah perjanjian yang berkepentingan awam menjadi rahsia. Bagaimanakah sebuah perjanjian dalam membina sebuah lebuh raya boleh membahayakan keselamatan negara?
Saya memohon kepada Menteri bahawa tuntutan empat NGO iaitu Consumers Association of Penang (CAP), Environmental Protection Society Malaysia, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Third World Network (TWN) meraih kenyataan bersama mereka 5 Jun 2014, menjadikan hasil laporan Preliminary Environmental Impact Assessment (PEIA), dengan izin, dijadikan sebuah dokumen umum supaya penduduk yang terlibat dapat mengetahui dengan jelas mengenai hasil kajian dijalankan di bawah Akta Tuntutan dan Keperluan Alam Sekitar dan kesan kepada penduduk yang terlibat.
Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, setakat ini adakah Lebuhraya KIDEX ini akan membuat public hearing? Kalau pihak KIDEX tidak membuat public hearing sebelum 15 November, adakah Kerajaan Persekutuan akan melanjutkan masa tarikh kepada pihak KIDEX ini?
Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan tentang kutipan royalti daripada peniaga-peniaga di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Saya menyokong bahawa kebajikan dan titik peluh artis dan pakar perlu diberi perhatian. Terdapat banyak organisasi dan agensi ditubuhkan kononnya membela nasib artis. Saya difahamkan terdapat Public Performance Malaysia Sendirian Berhad atau singkatannya PRISMA Berhad. Kedua, Recording Performance Malaysia (RPM). Ketiga, Music Actor Copy Right Protection (MACP Berhad). Keempat, Public Performance Malaysia
(PPM). Kesemuanya mendakwa mereka mewakili artis dan mengutip royalti di premis- premis perniagaan tidak kira perniagaan makanan ataupun jualan barangan yang menyiarkan lagu-lagu artis di bawah naungan mereka.
Saya ingin memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua bahawa kesemua agensi yang saya nyatakan ini bergiat aktif dalam mengutip bayaran atas siaran lagu di premis perniagaan. Kesemua mereka mengaku mempunyai lesen sah daripada kementerian untuk mengutip lesen siaran. Di atas pelbagai bidang yang ditanggung oleh peniaga-peniaga yang terpaksa menjelaskan lesen perniagaan, cukai dan sebagainya, mereka dibebankan dengan satu lagi lesen sebegini.
Apa yang menjadi isunya kenapa terpaksa membuat pelbagai lesen royalti artis kerana memainkan lagu-lagu mereka yang sama. Saya ingin pihak Yang Berhormat Menteri menjelaskan peranan setiap organisasi yang saya nyatakan. Siapakah yang sebenarnya berhak untuk mengutip lesen sedemikian? Saya juga ingin mendapat penjelasan apakah bayaran munasabah yang patut digunakan dikenakan terhadap peniaga-peniaga yang memutarkan lagu-lagu di premis mereka?
Saya mendapat banyak aduan dari kedai-kedai kopi, tuan punya kedai kopi dan juga restoran. Mereka terpaksa membayar cukai ini- mereka terpaksa bagi beberapa bayaran. Ada sampai kedai menjual barangan elektrik yang jual TV itu juga dikenakan.
Mereka jual TV kerana perlukan buat tayangan. Itu pun kena cukai artis ini. Juga dobi mencuci pakaian yang letak satu TV juga kena cukai ini. Saya rasa ini tidak adil untuk premis yang sebegini.
Saya hendak cadangkan memang berhak untuk kutip tetapi hanya sebuah organisasi yang sah. Satu sahaja. Tidak perlu empat kutip dengan cara yang sama di mana saya rasa peniaga kedai kopi tidak mampu untuk memberi bayaran ini kepada empat buah
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
syarikat. Bayaran itu yang saya cadangkan perlu munasabah di mana satu harga standard mengikut premis yang berapa besar, ada beberapa TV dengan kadar munasabah.
Jangan hanya kutip ikut sesuka hati empat buah syarikat ini, di mana saya rasa kedai-kedai kopi ini tidak dapat lagi teruskan perniagaan mereka mengikut kalau hal ini berterusan. So, sebelum ini saya dengar kementerian sedang usaha untuk menyelesaikan masalah ini. Akan tetapi setakat ini tidak nampak ada penyelesaian yang di mana untuk membantu peniaga-peniaga kecil kedai kopi ini. Saya rasa setakat itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 30 Oktober 2014.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.00 malam.]