Jul232014

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan segala hormatnya ingin saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada saya pada 18 Julai 2014 supaya diadakan satu mesyuarat khas pada hari ini, Rabu, 23 Julai 2014 selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(3). Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membahaskan tragedi malang yang menimpa pesawat MAS MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian agar memanfaatkan sepenuhnya sidang ini untuk membahaskan usul yang akan dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan sebaik- baiknya.

final • 10:00 AM
UCAPAN TAKZIAH

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, pada hari Khamis, 17 Julai 2014, negara kita telah dikejutkan dengan tragedi malang yang menimpa pesawat MH17, Syarikat Penerbangan MAS yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Saya dan semua Ahli Dewan Rakyat amat bersedih dengan insiden tersebut dan dengan demikian menzahirkan rasa simpati yang tidak terhingga kepada keluarga penumpang dan sahabat handai serta anak-anak kapal MH17.

Pada kesempatan ini, seluruh Dewan Rakyat yang mulia ini mendoakan dan berharap agar semua usaha mencari dan membawa pulang mangsa-mangsa nahas pesawat malang tersebut akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Saya juga berharap agar keluarga penumpang dan anak-anak kapal pesawat tersebut kekal tabah dan cekal dalam mengharungi dugaan ini.

Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan Rakyat dan pihak Parlimen seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH17. Kita berdoa moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Oleh yang demikian, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bangun.

Kepada yang beragama Islam diminta menghadiahkan Al-Fatihah dan kepada yang bukan beragama Islam, diminta bertafakur selama satu minit. Al-Fatihah.

[Ahli-ahli bangun membaca Al-Fatihah dan bertafakur selama seminit]

final • 10:00 AM
USUL PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3)
TRAGEDI MALANG PESAWAT MAS MH17

Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon izin untuk mencadangkan satu usul yang berbunyi:

“Bahawa Dewan yang mulia ini, menzahirkan perasaan sangat dukacita, rasa amat sedih dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa para penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17, Syarikat Penerbangan Malaysia atau MAS.

“Bahawasanya Dewan yang mulia ini, turut merakamkan ucapan takziah dan belasungkawa serta simpati yang amat mendalam, kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17 tersebut.

“Bahawasanya Dewan yang mulia ini, dengan tegas mengutuk sekeras- kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat MH17, sehingga telah mengorbankan nyawa sejumlah 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal yang tidak berdosa.

final • 10:08 AM

Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

“Bahawasanya Dewan yang mulia ini menggesa supaya siasatan terperinci dilakukan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas itu dan mendesak semua pihak untuk memberikan kerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan dengan segera.

“Dan bahawasanya Dewan yang mulia ini juga menuntut agar siasatan menyeluruh dibuat supaya pihak yang dipercayai bertanggungjawab melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan menembak jatuh pesawat MH17 segera dihadapkan ke muka pengadilan.“ [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kira-kira jam 10 malam pada hari Khamis, 17 Julai 2014, bersamaan 19 Ramadhan 1435 Hijrah, satu tarikh yang tidak akan luput dalam ingatan apabila saya menerima panggilan daripada Pengerusi Malaysia Airlines berkaitan MH17.

Ternyata belum pun reda tragedi MH370, kini peristiwa tragik MH17 berlaku tanpa diundang.

Bahawa atas ketentuan Ilahi jua, satu peristiwa tragik telah berlaku. Dunia secara umum dan khususnya kita rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan tragedi tidak terduga apabila pesawat komersial Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur diberitakan terhempas. Dalam tempoh kurang dua jam, saya telah tiba di bilik operasi MAS KLIA bersama beberapa orang Menteri. Kami diberi taklimat daripada pihak pengurusan MAS tentang apa yang berlaku. Setelah itu tanpa berlengah, saya tidak putus-putus menghubungi dan dihubungi oleh beberapa pemimpin dunia.

Antaranya Presiden Obama dari Amerika Syarikat, Perdana Menteri Mark Rutte dari negara Belanda dan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko tentang musibah yang terjadi.

Selepas itu, lebih kurang pukul 2 pagi, saya telah membuat keputusan segera untuk menghantar pasukan khas ke kawasan bencana tersebut. Akhirnya sekitar jam 5 pagi, saya telah mengadakan sidang akhbar khas untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku pada ketika itu.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penerbangan tersebut berlepas kira-kira jam 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat itu membawa sejumlah 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Seramai 43 orang daripadanya merupakan warganegara

final • 10:10 AM

Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Malaysia termasuklah dua orang bayi. Pihak Malaysia Airlines turut mengesahkan menerima makluman daripada pusat kawalan trafik udara atau ATC Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 10.15 malam waktu tempatan kira- kira 50 kilometer dari sempadan Rusia–Ukraine.

Tuan Yang di-Pertua, justeru bagi mewakili pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya menzahirkan perasaan amat dukacita, rasa sangat sedih dan kepiluan yang amat sangat terhadap tragedi yang menimpa penumpang-penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17. Lanjutan itu, ucapan takziah dan belasungkawa serta simpati yang sangat mendalam juga terutama kepada seluruh anggota keluarga, rakan taulan dan kenalan mangsa-mangsa tragedi. Adalah diharapkan semoga mereka semua terus cekal dan tabah dalam menempuh dugaan yang amat berat lagi mencabar ini. Dalam hal ini kita juga telah memutuskan pada 18 Julai hingga 21 Julai 2014 lalu, kerajaan telah mengisytiharkan panji- panji negara yakni Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, marilah kita sekali lagi kepada yang beragama Islam sedekahkan ummul kitab Al-Fatihah dan kepada yang beragama lain kita bertafakur sejenak.

[Ahli-ahli beragama Islam membaca surah Al-Fatihah, Ahli-ahli bukan beragama Islam bertafakur] Tuan Yang di-Pertua, beberapa fakta penting yang perlu diperincikan dalam Dewan yang mulia ini, fakta pertama, jumlah mangsa yang terkorban. Bagi makluman semua, Malaysia Airlines telah menyenaraikan kewarganegaraan penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang terlibat dengan insiden ini. Senarai kemas kini pada 18 Julai 2014 berdasarkan pecahan warganegara yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

NegaraBil. Penumpang (orang)
Belanda192
Malaysia43 termasuk 15 anak kapal dan dua bayi
Australia27
Indonesia12 orang termasuk seorang bayi
United Kingdom10 orang termasuk seorang dwi kerakyatan United Kingdom/ Afrika Selatan
Jerman4
Belgium4
Filipina3
Amerika Syarikat1 (Dwi kerakyatan Amerika Syarikat /Belanda)
Kanada1
New Zeland1
JUMLAH298

Ini menjadikan kesemua mangsa yang terkorban berjumlah 298 orang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Ini termasuk 83 orang kanak-kanak dan tiga bayi yang tidak berdosa.

Tuan Yang di-Pertua, fakta kedua. Laluan penerbangan MAS diperakui selamat.

Berkaitan laluan penerbangan yang digunakan oleh MAS pula, perlu saya jelaskan bahawa laluan penerbangan yang direntasi pesawat MH17 ini merupakan laluan yang diperakui selamat dan diluluskan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO) serta negara Ukraine yang ruang udaranya turut dijadikan laluan penerbangan. Tambahan lagi, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa atau IATA juga telah menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu adalah laluan udara yang selamat.

final • 10:10 AM

Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Sebagai contoh, 15 daripada 16 syarikat penerbangan dalam Persatuan Penerbangan Asia Pasifik turut menggunakan laluan ini untuk ke Ukraine. Syarikat Penerbangan Eropah juga menggunakan laluan sama dan merentasi ruang udara yang sama. Malah beberapa jam sebelum nahas, beberapa pesawat penumpang syarikat penerbangan dari beberapa negara Asia turut mengguna laluan yang sama. Untuk makluman juga, menurut Wall Street Journal yang memetik laporan dari Eurocontrol, terdapat 400 penerbangan komersial termasuk 150 penerbangan antarabangsa dilaporkan merentasi ruang udara Timur Ukraine setiap hari.

Malah dua hari sebelum berlakunya tragedi ini, sebanyak 75 penerbangan dari pelbagai syarikat penerbangan yang berbeza turut menggunakan laluan yang sama, seperti mana laluan yang digunakan oleh pesawat MH17. Lagipun ketika pada hari kejadian itu juga, juruterbang pesawat MH17 tidak menerima sebarang arahan untuk menukar laluan penerbangan. Fakta ketiga, fizikal dan teknikal pesawat MAS berkeadaan baik. Berkait soal keadaan fizikal serta teknikal pesawat pula, pada awal pagi 18 Julai 2014 lalu MAS telah mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan bahawa pesawat MH17 berada dalam keadaan baik. MAS turut mengesahkan semua sistem pesawat berfungsi seperti biasa terutamanya Aircraft Communication Addressing and Reporting System atau ACARS dan transponder pesawat.

Fakta keempat, undang-undang antarabangsa. Tindakan menembak jatuh pesawat bukan sahaja perbuatan yang sangat zalim malah bertentangan serta melanggar prinsip seperti mana yang ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa melalui Convention on International Civil Aviation atau lebih dikenali sebagai Chicago Convention yang diiktiraf oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam Resolusi 1067.

Dalam hal ini, PBB telah sebulat suara menerima pakai resolusi bagi mendesak puak pemisah memberi akses tanpa halangan ke tempat kejadian di mana pesawat MH17 terhempas di Ukraine. Ia juga mendesak agar semua kegiatan ketenteraan termasuk oleh kumpulan bersenjata dihentikan serta-merta di sekeliling kawasan terbabit dengan insiden berkenaan bagi membolehkan penyiasatan antarabangsa dilakukan dengan selamat.

Sehubungan itu, saya juga telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji perkara ini dengan mendalam dan teliti bagi memastikan sebarang tindakan yang akan diambil oleh Malaysia kelak berlandaskan serta selaras dengan undang-undang antarabangsa yang terpakai dalam hal keadaan sebegini.

Sebagai makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 17 Julai 2014 iaitu beberapa jam selepas pesawat MH17 terhempas, pegawai di Amerika Syarikat dan Ukraine mendakwa pesawat tersebut telah ditembak jatuh di Timur Ukraine. Jika benar dakwaan tersebut berlaku, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

[Tepuk] Tidak bertamadun, biadab dan bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat malang MH17. Namun demikian, buat masa ini kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak sehinggalah bukti benar-benar sahih dapat diperoleh.

Saya difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian tersebut telah dikuasai serta dikawal oleh kumpulan pemisah. Namun demikian, saya merasa agak marah dan kecewa disebabkan oleh dua perkara iaitu perkara pertama, apabila saya dimaklumkan bahawa mereka tidak menghormati kawasan tragedi kemalangan itu sebagai kawasan larangan serta tidak mengikut atau mematuhi piawai amalan antarabangsa untuk memastikan bahan-bahan bukti tidak hilang dan tidak tercemar.

Perkara kedua, kelewatan dalam mengendalikan tragedi itu yang menyebabkan kegagalan memberi penghormatan dan menjaga maruah mayat-mayat mangsa yang sepatutnya mereka terima.

Di samping itu juga, Malaysia menggesa ICAO selaku penjaga keselamatan penerbangan awam sedunia untuk mengeluarkan resolusi yang mengutuk sekeras- kerasnya serangan ke atas MH17 sebagaimana yang telah dibuat terdahulu dalam kes penembakan pesawat udara yang lain. Tambahan pula, perbuatan menembak jatuh pesawat komersial MH17 ini suatu tindakan sangat zalim dan merupakan jenayah yang sangat kejam dan sangat ganas.

[Tepuk]

final • 10:20 AM

Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dinyatakan dalam Annex 13, Convention ICAO, kerajaan Ukraine perlu bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan yang membawa kepada berlakunya nahas itu. Laporan kemas kini siasatan perlu diberikan kepada keluarga terdekat sepertimana tertakluk di dalam garisan panduan ICAO. Semestinya Malaysia akan membawa, menawarkan sokongan penuh, tidak berbelah bagi untuk terlibat sama dalam siasatan ini. Untuk makluman, Menteri Pengangkutan dan Menteri Luar antara yang telah pun berada di Kiev, Ukraine. Oleh yang demikian, Malaysia juga mengalu-alukan gesaan untuk siasatan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas itu dan mendesak semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan. Kita menuntut dan menyokong siasatan antarabangsa yang bebas dalam tragedi ini.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap berlakunya tragedi ini perlu dibawa dan dihadapkan ke muka pengadilan.

[Tepuk] Berkait dengan itu, pada Jumaat lalu kita telah menghantar sebuah pesawat yang membawa satu pasukan khas sejumlah 133 orang, terdiri daripada Pasukan SMART, pegawai-pegawai teknikal, kumpulan perubatan dan JAKIM ke kawasan bencana. Satu pasukan penyiasatan khas juga terdiri daripada wakil dari Malaysia, London, Belanda, Britain dan Amerika Syarikat telah dibentuk. Kepada ahli keluarga dan waris mangsa nahas pula, MAS telah pun menghantar seramai 40 kakitangan ke Amsterdam untuk memberi bantuan dan sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa.

final • 10:20 AM

Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Selanjutnya saya juga telah menerima banyak panggilan daripada pemimpin- pemimpin dunia yang memberi sokongan dan simpati serta berjanji akan menghulurkan pertolongan dalam apa jua bentuk yang terdaya. Tentunya bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan banyak-banyak terima kasih atas sokongan mereka dan masyakat dunia kepada Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, ketahuilah secara prinsipnya apa yang telah dilakukan ke atas mayat mangsa adalah perbuatan yang salah. Namun setidak-tidaknya hasil perundingan dengan ketua kumpulan pemisah, kita berjaya mengurangkan kerosakan yang lebih besar. Lantas tidak semua tindakan perlu kita hebahkan. Dengan izin Tuan Yang di- Pertua, sometimes we must work quietly in the service of a better outcome.

[Tepuk] Yakni adakala kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik terutamanya ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah dengan nawaitu dan hasrat murni bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dikembalikan serta diberi penghormatan untuk disemadikan, meskipun masanya sudah berlalu.

Alhamdulillah pada hari Isnin, 21 Julai yang lalu, dalam keadaan yang sukar saya terpaksa mengambil keputusan berisiko demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi dan untuk mendapatkan kepastian serta realiti sebenar tentang apa yang telah berlaku.

Dalam hal ini saya telah berunding dengan Alexander Borodai Ketua Pemisah pro-Rusia kerana kawasan berkenaan dikuasai oleh mereka. Hasil rundingan tersebut telah berjaya mencapai tiga persetujuan.

Pertama, kesemua mayat mangsa MH17 yang ditemui dianggarkan berjumlah 282 telah dibawa dari Torez ke bandar Kharkiv di Ukraine dengan menaiki kereta api sebelum diterbangkan ke Amsterdam dengan diiringi oleh enam anggota pasukan penyelamat Malaysia pada 1 pagi hari Selasa 22 Julai dan telah sampai pada pukul 11 pada waktu tempatan. Selepas kerja-kerja forensik yang akan dilakukan di Amsterdam nanti, kesemua mayat Malaysia akan dibawa pulang ke tanah air dengan seberapa segera.

Tuan Yang di-Pertua, saya melakukan perkara-perkara ini dan akan berusaha sedaya mungkin sebab saya sudah berjanji sewaktu bertemu dengan keluarga mangsa seboleh-bolehnya menjelang Syawal ini semua mayat mangsa dapat disemadikan dengan selamat*.

[Tepuk]* Barulah damai dan tenteram hati-hati pihak keluarga korban tragedi.

Kedua, dua kotak hitam pesawat MH17 telah diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk pada pukul 9.00 malam, hari Isnin 21 Julai waktu Ukraine untuk dijadikan hak milik Malaysia. Tanpanya agak sukar untuk kita teruskan siasatan. Kotak hitam tersebut telah diserahkan pada pasukan penyiasat yang diketuai oleh negara Belanda dan akan dihantar ke London untuk siasatan lanjut.

Ketiga, kesemua anggota penyiasat bebas antarabangsa diberi akses masuk dan jaminan keselamatan ke lokasi nahas untuk melakukan siasatan komprehensif terhadap

final • 10:30 AM

Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

tragedi MH17. Namun begitu, persefahaman tersebut belum lagi menjadi kenyataan sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya ini adalah takwim yang sungguh tragis bagi kita.

Meskipun begitu, pada saat dan detik-detik sukar lagi amat menduga di bulan Ramadan inilah kita mesti memperkukuhkan lagi solidarity dan semangat perpaduan sesama kita demi menghadapi semua ini. Tiada kata-kata yang dapat melukiskan kesedihan. Tiada umpama yang dapat menjadi ganti kehilangan insan yang dikasihi. Maka itu, demi menghadapi waktu-waktu sukar ini, tidak kira apa latar belakang politik dan agama kita sewajibnya bersatu hati sebagai satu negara dan 1Malaysia.

[Tepuk] Sehubungan itu janganlah membuat spekulasi yang boleh mengaibkan mangsa dan keluarga mangsa. Ini bukan masa untuk kita berwenang-wenang di social media menceritakan sesuatu yang barangkali faktanya tidak tepat atau tidak sahih. Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan Ahli Yang Berhormat Gelang Patah serta ketua-ketua parti lain kerana tampil memberi kenyataan yang menyifatkan tragedi MH17 seumpama pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhnya mestilah dibawa ke muka pengadilan.

[Tepuk] Meskipun begitu, dalam masa kita masih diselubungi perasaan dukacita dan kesedihan yang amat sangat, kita sesekali tidak pernah lupa tentang nasib buruk yang menimpa saudara seakidah kita rakyat Palestin di bumi Gaza, telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa akibat kekejaman dan kezaliman. Oleh itu kita mendesak supaya genjatan sengaja dilakukan serta-merta.

Tuan Yang di-Pertua, jelasnya walaupun banyak ikhtiar yang telah kita lakukan, namun masih ada lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Walaupun masih getir dan mencabar serta mengumpul pelbagai rintangan, kita tidak sekali-kali akan berhenti separuh jalan. Lantaran itu, kita menggesa penyiasatan mestilah dilakukan oleh sebuah pasukan bebas bagi menyiasat punca-punca pesawat MH17 terhempas. Beberapa persoalan yang ingin jawapan segera seperti adakah ia ditembak dengan peluru berpandu, angkara siapa, siapa bekalkan persenjataan, apa motif mereka sebenarnya?

Lanjutan, adakah ia ditembak secara terancang dengan niat menjatuhkan pesawat komersial atau kesilapan yang tidak disengajakan. Pasti semuanya ini perlukan bukti yang jelas dan benar-benar sahih. Walau apa pun yang dilakukan, ini tidak akan dapat mengembalikan apa yang telah hilang. Bayangkan bagaimana anak yang berusia setahun membesar tanpa kasih sayang ayahnya iaitu Ahmad Hakimi Hanafi, seorang pembantu juruterbang yang menjadi mangsa korban tragedi ini.

Tambah memilukan ibunya pula telah kehilangan suami. Bagaimana pula nasib dan masa depan Amarpal Singh. Alangkah gundah hatinya apabila seorang pelajar perubatan, di mana kos pengajian selama ini telah ditanggung oleh ayahnya yang menjadi mangsa tragedi kini. Cuba fikirkan betapa leburnya hati seorang nenek Jamilah Noriah Abang Anuar dari Kuching Sarawak yang kehilangan enam ahli keluarga tersayangnya.

final • 10:30 AM

Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Secara peribadi saya merasai apa yang mereka alami apabila nenek tiri saya sendiri merupakan salah seorang daripada mangsa tersebut.

Berkait insiden itu juga tambah memilukan, dunia telah kehilangan sekumpulan pakar saintis yang terlibat dalam penyelidikan berkaitan AIDS dan HIV sedang dalam perjalanan untuk menghadiri persidangan AIDS antarabangsa di Australia. Sebenarnya banyak lagi kisah yang tidak dapat saya utarakan di sini. Sebagai contoh negara Belanda telah kehilangan 192 rakyatnya dalam tragedi MH17. Jumlah ini sangat besar berdasarkan nisbah peratusan penduduk negaranya.

Sebab itu saya berpendirian bahawa pergolakan geopolitik ini tidak menguntungkan sesiapa. Ia hanya menyebabkan manusia semakin menderita apabila kehilangan orang tersayang dan dunia pula kehilangan insan-insan berwibawa. Justeru pada keluarga mangsa tragedi MH17 usahlah merasa bimbang kerana selagi jawapan belum ketemu selagi itulah kita tidak berhenti mencari kebenarannya. Sesukar dan sepayah mana pun keadilan yang dituntut pasti akan kita kembalikan kepada keluarga mangsa.

final • 10:40 AM

Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya jua let us walk through this difficult time together, marilah kita jalani tempoh-tempoh dan waktu-waktu yang payah in bersama-sama bersatu dalam kesedihan. Moga-moga yang maha berkuasa memberi bantuan dan pencerahannya agar ada cahaya penyelesaian di hujung. Atas segala-galanya sempena keberkatan dan hari-hari akhir Ramadan Al-Mubarak ini banyakkanlah berdoa dan berharap Allah SWT memberi bantuan serta pertolongan dalam ikhtiar-ikhtiar kita mencari penyelesaian, mengambil iktibar mafhum pengertian surah Al-Insyirah pada setiap kesukaran itu pastinya ada hikmah-hikmah menanti yang telah ditetapkan oleh maha pencipta. Dalam segala kudrat manusia kepada Allah kita membuat segala penyerahan dan mengembalikan segala urusan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

[Tepuk]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada ahli yang menyokong?

final • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Seri G. Palanivel

Tuan Yang di- Pertua, tanggal 17 Julai tahun 2014 kita sekali lagi dikejutkan dengan tragedi yang membabitkan pesawat milik Malaysian Airlines MH17. Sebagaimana kita sedia maklum pesawat ini telah ditembak jatuh semasa perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Sebagai rakyat Malaysia kita menyatakan rasa dukacita dan simpati atas tragedi malang ini yang telah mengorbankan keseluruhan penumpang dan krew penerbangan.

Kejadian ini merupakan satu dugaan yang amat besar kepada negara kita Malaysia dan menguji tahap diplomatik Kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa. Kita merasa bangga melihat seluruh rakyat Malaysia bersatu padu menyokong pendirian dan tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam menangani perkara ini. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia atas usaha yang dilakukan sehingga pihak pejuang pembebasan Ukraine bersetuju menyerahkan kotak hitam kepada wakil negara dan membawa keluar mayat mangsa dari tempat kejadian.

Usaha Kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan perkara ini melalui rundingan dua hala adalah dibantu oleh kerjasama dan persahabatan dengan negara-negara yang terlibat tanpa perlu menuding jari kepada sesiapa. Kita perlu menyiasat punca nahas dan membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Oleh yang demikian, semua pihak harus menghormati keputusan rundingan agar siasatan dapat dijalankan dengan sempurna. Usaha di peringkat antarabangsa perlu digerakkan agar sebarang penerbangan komersial tidak dibabitkan dalam sebarang konflik peperangan di dunia ini.

Kita mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang membabitkan orang awam yang tidak berdosa. Tambahan pula dalam kejadian ini Malaysia langsung tidak terlibat dalam konflik di negara tersebut. Dengan ini saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia terhadap tragedi MH17.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya memanggil Ahli Yang Berhormat untuk membahas usul ini, sukacita dan menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Arau untuk membentangkan usul Peraturan Mesyuarat 12.

final • 10:40 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan

final • 10:46 AM

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti yang tertera di nombor satu dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini dan

final • 10:46 AM

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.”

final • 10:46 AM

Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 10:46 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 10:46 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, pada pagi tadi saya telah berbincang dengan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan Ahli Parlimen dan ketua-ketua WHIP parti daripada Pakatan. Jadi kami telah mencapai keputusan iaitu pembahas-pembahas yang akan dipanggil untuk membahas daripada pihak Barisan Nasional seramai 12 orang dan daripada pihak Pakatan 10 orang. Jadi lebih baik saya bacakan nama-nama tersebut supaya Ahli Yang Berhormat dapat bersedia dan juga telah disepakati bahawa pada sesi pagi ini pembahas-pembahas akan dibenarkan untuk berhujah selama 20 minit dan pada sesi petang nanti pembahas-pembahas yang berpeluang untuk membahas diberi masa 10 minit. Jadi ini nama-nama yang dipersetujui.

Daripada Barisan Nasional Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kota Marudu, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Serian dan Yang Berhormat Segamat.

Daripada Pakatan daripada PKR Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Subang. Daripada PAS Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Rantau Panjang dan daripada DAP Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Seputeh dan seorang nama lagi saya perlu untuk dihantar selepas ini. Terima kasih. Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 10:46 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya mengambil bahagian membahaskan usul khas Perdana Menteri.

Saya bangun untuk memberikan sokongan terhadap usul yang dikemukakan oleh Perdana Menteri berkenaan tragedi nahas pesawat MH17 yang dilaporkan ditembak dan terhempas di Daerah Grabovo, Donetsk, Timur Ukraine. Tentunya kita memulakan dengan mengucapkan takziah kepada keluarga sama ada rakyat Malaysia, Belanda, Australia dan negara lain kerana seperti mana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ia bukan sekadar angka tetapi derita yang dihadapi itu tentunya amat membebankan dan segala kenyataan kita dan kerjasama dan bantuan yang dipercayai akan meringankan beban yang mereka hadapi dalam nahas tragedi malang yang tidak terduga ini.

final • 10:49 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya juga bangun untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan kerana menangani tragedi yang agak rumit. Ia bukan melibatkan jenayah besar antarabangsa tetapi juga situasi yang lebih rumit kerana terlibat dalam apa yang dianggap sebagai pertarungan dua kuasa besar. Kita belum dapat kepastian seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Perdana Menteri, punca.

Ada kenyataan dari perisikan Amerika Syarikat yang menyebut penglibatan pihak pemisah dengan dukungan dan senjata Rusia. Ada sekarang keterangan dari pihak Rusia yang mengalih dan mengatakan atau membuat tuduhan yang terlibat itu mungkin juga dari pihak Ukraine. Kita belum dapat buat keputusan. Saya tentunya akan terus memantau supaya Perdana Menteri dan kerajaan terus mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menggesa dan mendesak pihak antarabangsa mengambil tindakan yang wajar, mendedahkan pihak yang terlibat kerana jenayah ini bukan sahaja jenayah yang menimpa negara kita atau syarikat MAS, tetapi suatu hal yang dianggap sangat terkesan di peringkat antarabangsa.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tindakan Perdana Menteri berunding dengan pihak pemisah tentunya mengundang kontroversi. Akan tetapi dalam hal ini saya memilih untuk memahami malah menyokong tindakan ini [Tepuk] kerana saya rasa sikap mana-mana pemimpin yang bertanggungjawab haruslah memilih untuk menjaga kepentingan rakyat yang terkorban.

Saya tidak fikir ada jalan keluar yang mudah selain daripada merujuk kepada pihak pemisah yang berkuasa di kawasan yang berkenaan.

Akan tetapi, satu hal yang sangat merunsingkan kita ialah – ya, selain dari takziah saya, saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah juga kepada Perdana Menteri yang menjadi mangsanya juga termasuk nenek tiri beliau sendiri. Akan tetapi apa yang saya ingat harus kita beri penekanan ialah apakah mungkin langkah yang berikut untuk kita pastikan kalangan yang bertanggungjawab itu dihadapkan di Mahkamah Antarabangsa – ada cadangan International Criminal Court sekiranya pihak Kerajaan Malaysia menggesa dengan kuat kerana soal ICC ini adalah hal yang boleh diputuskan oleh negara dan tidak oleh badan-badan lain.

Jadi, saya ingin menggesa kerajaan supaya dalam keadaan yang rumit berhadapan dengan dua kuasa besar, kita menunjukkan suatu sikap yang cukup tegas malah keras untuk tidak memperlihatkan rasa bimbang untuk menggesa pihak yang bertanggungjawab secara langsung atau tidak kerana senjata yang digunakan tentunya amat canggih. Ini hanya mampu setakat yang kita maklum dikendali, dibiaya atau disediakan oleh pihak Rusia atau pihak Amerika Syarikat.

Oleh yang demikian, dalam menghadapi masalah seperti ini, kerana ia melibatkan soal jenayah antarabangsa, saya ingin menggesa supaya kerajaan memastikan tidak ada sama sekali usaha di pihak kuasa-kuasa besar ini untuk melindungi penjenayah ataupun mempersulit siasatan yang dibuat oleh jawatankuasa. Kita juga tentunya ucapkan penghargaan kerana beberapa buah negara lain dan dalam konteks ini saya setuju untuk menyatakan penghargaan juga kepada Perdana Menteri Belanda kerana langkah-langkah yang beliau ambil bersama itu sangat tegas dan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, kita boleh bicara tetapi seperti mana yang kita sebut, malapetaka atau kemalangan atau ragging ini telah berlaku. Ia hanya memohon kesabaran dan doa ke hadrat Allah SWT yang telah menguji kita, kesabaran kita, kebijaksanaan kita di bulan Ramadan Mubarak terutama di akhir Ramadan. Akan tetapi, hal ini belum berkesudahan dan kita ikuti rasa sengsara dan derita yang dihadapi oleh keluarga yang masih menunggu untuk sekurang-kurangnya menemui mangsa yang terkorban dan bawa supaya dapat dikebumikan mengikut acara agama masing-masing.

Jadi, saya harap benarlah supaya pihak Belanda dapat menyegerakan langkah- langkah ini dan di kalangan rakyat Malaysia terutama umat Islam dapat menyelenggarakan jenazah ini sebelum akhir Ramadan.

Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri juga menyentuh dalam konteks yang sama soal derita yang sangat menyayat perasaan kita yang menimpa rakyat Palestin khususnya di Gaza. Saya ucap terima kasih kerana hal ini disentuh walaupun sudah ada usul dari Yang Berhormat Lembah Pantai, Kluang dan Shah Alam untuk membahaskan. Akan tetapi kerana ruang yang telah dibuka itu akan memberikan sedikit kesempatan kepada kita juga menyentuh hal ini. Saya ingin menggesa supaya isu Gaza ini walaupun ia tidak merupakan kerangka usul utama tetapi diberikan penekanan supaya menjadi sebahagian yang integral dan penting dalam perbahasan kita pada hari ini.

Ia tidak berakhir dengan semata-mata gencatan senjata kerana apa yang dilakukan oleh rejim Israel itu ialah state terrorism dan kita begitu kesal kerana dalam konteks ini sementara Rusia hendak berlembut dalam soal pemisah, Amerika Syarikat sangat mengalah dalam menghadapi kezaliman, keganasan, dan kebiadaban Israel terhadap rakyat Palestin khususnya di Gaza termasuk anak-anak kecil. Kita juga mahu meminta supaya kerajaan khususnya Kementerian Luar Negeri mengambil beberapa langkah yang lebih tegas, kenyataan, dan tindakan termasuk di peringkat antarabangsa. Ia bukan sekadar mengutuk tindakan kekejaman Israel ini dan tidak hanya memilih untuk menyatakan bahawa ada keperluan untuk gencatan senjata. Itu sementara kerana Gaza itu masih dikepung. Ditakluki dan dijajah.

Jadi, ada hak negara dan kawasan yang dijajah itu membantah dan melawan kezaliman rejim Israel. Jadi saya ingin menggunakan juga ruang ini sambil disentuh oleh

final • 10:50 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Perdana Menteri untuk mengutuk tindakan ganas Israel dan mendesak supaya keganasan terhadap rakyat Palestin dan Gaza ini dihentikan segera.

Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengulangi kenyataan menyokong usul yang dikemukakan oleh Perdana Menteri dengan mendoakan ke hadrat Allah SWT mudah- mudahan pengalaman pesawat MH17 ini berakhir dengan maklumat terperinci diperoleh dan penjenayah zalim ini dihadapkan dan dihukum dengan sekeras-kerasnya. Terima kasih.

[Tepuk] **

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Ketereh. Selepas Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Bagan.

final • 11:00 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Bismillahi Rahmani Rahim, Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassalatiwasallamu ‘ala asyrafil anbiyai walmursalin, wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyokong usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung dengan kejadian yang telah menimpa pesawat MH17.

Sebelum saya meneruskan ucapan saya menyokong usul ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang jatuhnya pada hari ini.

[Tepuk] Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan cabaran dalam memimpin negara kita, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, peristiwa yang menimpa MH17 pada kali ini berlaku dalam waktu ataupun di bulan Ramadan yang seharusnya menjadi bulan yang dihormati, bulan yang kita meningkatkan perdamaian, kecintaan kepada penyatuan dan keselamatan umat sejagat. Namun dunia menyaksikan sekali lagi betapa peristiwa ini berlaku kerana masih berlegar permainan yang melibatkan kuasa-kuasa yang bukan kecil dalam arena politik dunia.

Dalam keadaan yang sebegini, sebuah negara yang kecil seperti kita sudah tentu tidak mempunyai kekuatan-kekuatan yang mungkin dimiliki oleh sesetengah negara lain.

Walaupun demikian, sekali lagi kita telah membuktikan bahawa kebijaksanaan yang diwarisi dalam kita menguruskan hal negara dan memimpin negara sejak sebagaimana kita menguruskan kemerdekaan negara, bagaimana kita menguruskan usaha berhadapan dengan ancaman komunis, bagaimana pemimpin negara menguruskan hal ehwal atas nama kedamaian dan perdamaian seperti mana peranan yang dimainkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Filipina, selatan Thailand malah menggerakkan proses pendemokrasian di negara Myanmar adalah bersandarkan dan berpaksikan kepada kebijaksanaan yang tidak mudah dizahirkan terutama dalam keadaan-keadaan tertekan.

Peristiwa yang menimpa MH17 alhamdulillah seperti mana yang diakui oleh semua termasuk Yang Berhormat Ketua Pembangkang, yang Dewan yang mulia ini merasa amat bangga atas penyatuan sikap dan pemikiran kita di saat yang sukar ini di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah terbukti mengambil langkah-langkah yang cukup bijaksana.

Kita tahu setelah ternyata bahan-bahan bukti yang penting termasuk kotak hitam dan mayat yang bergelimpangan di tempat kejadian telah dibawa oleh kumpulan pemisah, maka sudah tentu ia merupakan suatu kesukaran dari segi diplomasi sebagai sebuah kerajaan yang sah untuk melakukan rundingan dalam suasana yang tersebut.

Dalam suasana yang seperti ini seharusnya kuasa-kuasa yang lebih berwibawa, kuasa-kuasa yang lebih besar misalnya Presiden Rusia, Vladimir Putin yang diketahui mempunyai pengaruh terhadap separatist Ukraine ataupun juga kuasa-kuasa yang lain menyegerakan proses untuk mencari jalan agar perkara itu diselesaikan. Akan tetapi kita memahami kerumitan-kerumitan yang berlaku dan mereka tidak melakukannya.

final • 11:00 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Dalam keadaan yang seperti ini, Dewan yang mulia ini harus merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan tahniah serta berbangga dengan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menguruskan soal ini.

[Tepuk] Sudah tentu bersandarkan kepada kebijaksanaan ataupun wisdom, keutamaan kita di saat itu adalah untuk memastikan proses selanjutnya dapat berjalan dengan baik untuk mendapatkan kotak hitam, untuk mendapatkan secara segera mayat-mayat mangsa yang telah menimpa.

Maka, sudah tentu perkara-perkara lain dan amalan-amalan diplomatik biasa sudah tidak relevan lagi dalam suasana yang sedemikian.

Namun ia juga menggambarkan betapa kedudukan kita dalam diplomasi dunia sudah tentu kalau tidak ada kepercayaan dan penghormatan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kumpulan pemisah yang berkemungkinan antara suspek dalam peristiwa ini mengambil langkah untuk tidak memberikan kerjasama. Akan tetapi saya percaya, tidak ke mana tumpahnya kebijaksanaan Almarhum Tun Razak dan ternyata tumpahnya itu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

[Tepuk] Dengan ini kita berharap apabila terserahnya kotak hitam kepada wakil Malaysia yang seterusnya sudah tentu akan menyerahkan kepada badan penyiasat bebas antarabangsa dan juga jenazah malang telah dihantar ke negara Belanda. Seterusnya kita berharap proses untuk membolehkan jenazah itu kembali ke pangkuan keluarga untuk urusan masing-masing. Kita berharap Kerajaan Belanda walaupun kita sangat memahami dan sangat bersimpati dengan jumlah yang terlibat begitu ramai daripada kalangan warganegara mereka, kita memohon keprihatinan Kerajaan Belanda untuk memberikan priority yang tinggi kepada jenazah-jenazah yang dikenal pasti merupakan rakyat dan warganegara kita agar jenazah itu dapat segera diterbangkan pulang ke tanah air dalam masa yang terdekat ini.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa hari sebelum penerbangan MH17, tempahan rakyat pelbagai negara telah memilih Malaysia Airlines khususnya pesawat MH17 daripada hampir 300 penumpang tidak sampai pun 10% adalah rakyat kita. Manakala sebahagian besarnya yang lain adalah rakyat antarabangsa terutamanya Belanda. Dalam suasana Malaysia Airlines masih lagi diselubungi peristiwa yang menimpa MH370. Kita merasa bersyukur keyakinan masyarakat antarabangsa kepada salah sebuah syarikat penerbangan milik negara kita tidak sama sekali terjejas kerana Malaysia Airlines yang memberikan perkhidmatan yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Malaysia adalah antara negara anggota kepada International Civil Aviation Organization yang cukup dihormati. Perkhidmatan MAS adalah antara perkhidmatan terbaik di dunia. Negara pula sanggup melalui Khazanah Nasional menanggung kerugian-kerugian yang ditanggung oleh MAS atas kepentingan-kepentingan nasional yang lain. Justeru peristiwa yang menimpa MH17 yang dari sudut pengurusan airlines ternyata segala- galanya berjalan dengan baik.

Menjelang 12.15 petang, sebelum pesawat berlepas dari lapangan terbang di Belanda, segala-galanya adalah perfect seolah-olah diberikan ‘clean build of health’ dari segi pesawat.

final • 11:00 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Dan setelah take-off pada pukul 12.15 sewaktu mendaki ke suatu kedudukan, data demi data diperturunkan ke pangkalan-pangkalan yang segala-galanya adalah berjalan dengan baik. Sehinggalah apabila pesawat terbang pada ketinggian 33,000 kaki, laporan- laporan jejak perjalanan berjalan dalam keadaan yang normal. Segala-galanya berjalan dalam keadaan yang baik. Para penumpang sudah tentu waktu itu dilayani dengan baik seperti mana biasa oleh sebuah airlines yang beberapa kali menerima anugerah perkhidmatan kabin antara yang terbaik di dunia. Disahkan tidak ada sebarang panggilan kecemasan berlaku dan secara tiba-tiba sahaja menjelang kira-kira jam 4 petang, pesawat itu dikhabarkan terhempas.

Pada pengamatan kita, sudah tentu peristiwa ini bukan satu peristiwa yang boleh dilakukan oleh beberapa gerila kecil. Hari ini dunia telah dipamerkan dengan pelbagai teori.

Beberapa jam yang lalu pegawai penyiasat daripada negara Amerika Syarikat telah secara nyata menyatakan ia ditembak dari satu kawasan berhampiran sempadan Rusia oleh tentera-tentera yang berada di situ dan secara jelas mendedahkan melalui media massa bahawasanya perhitungan trajectory menunjukkan ia secara hampir sahih, mengikut versi, adalah melibatkan dan ada kaitannya dengan pemisah Rusia yang dibantu oleh Kerajaan

final • 11:10 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Rusia. Kiranya ini nanti menjadi suatu kebenaran, apakah dunia akan mempunyai satu keberanian untuk bertindak terhadap satu kuasa besar yang mempunyai kuasa veto dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu?

Dewan yang mulia ini boleh merakamkan ucapan penghargaan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu di mana pada 21 hari bulan baru-baru ini, telah diadakan satu sidang khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi membincangkan resolusi yang dikemukakan oleh Australia bersama juga dengan kita dan telah meluluskan beberapa resolusi, 14 perkara yang setiap satunya adalah merupakan resolusi-resolusi diterima secara bulat, yang merupakan resolusi-resolusi yang sangat penting. Apakah dunia akan mempunyai wibawa dan will power untuk dilihat mereka yang melakukan jenayah terhadap MH17 ini benar-benar dibawa ke muka pengadilan dan juga diberikan hukuman yang sewajarnya atas kezaliman yang mereka lakukan?

[Tepuk] Atau kita akan melihat satu lagi peristiwa seperti mana yang berlaku di Gaza.

Kezaliman yang terang-terang berlaku tetapi dunia tidak mempunyai kewibawaan untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap pembunuhan beramai-ramai yang sedang dilakukan. Inilah kekhuatiran saya.

Negara kita harus terus memainkan peranan secara konsisten untuk menolak dan menentang sebarang bentuk ketidakadilan. Negara ini adalah sebuah negara yang telah mempamerkan sikap berkecuali dan penuh kebijaksanaan. Namun, ia tidak bermakna suara negara kecil boleh disampingkan begitu sahaja.

Sekarang ini empat watak utama dunia yang boleh mempamerkan, membuktikan kepada dunia yang mereka serius bagi menghormati undang-undang antarabangsa dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization, termasuk Mr. Borodai sendiri, Alexander Borodai; Vladimir Putin - Presiden Rusia; Poroshenko - Presiden Ukraine; dan sudah tentu Presiden Barrack Obama. Saya percaya kalau sekiranya keempat-empat pemimpin penting ini jujur dan ikhlas dan tidak mahu bersekongkol dengan sebarang bentuk act of terrorism dan betul-betul menghormati undang-undang antarabangsa yang mereka adalah sebahagian daripada anggotanya, maka kita berharap Barrack Obama, Vladimir Putin, Borodai dan Poroshenko akan memainkan peranan masing-masing dan memberi keadilan kepada mangsa yang tidak berdosa dalam MH17.

Dalam hubungan ini, kita berharap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menuntut agar penyiasatan yang telus, penyiasatan yang rapi, penyiasatan yang bebas dilakukan oleh badan antarabangsa ini akan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada mereka yang terbabit.

Malam tadi saya berkesempatan menziarahi salah seorang daripada mangsa yakni pegawai ataupun pilot yang kebetulan namanya juga disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Arwah Ahmad Hakimi Hanafi. Kebetulannya adalah juga dari kawasan Parlimen saya. Saya merasa terharu apabila dizahirkan daripada mulut dan bibir keluarga mereka sendiri yang menzahirkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas apa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lakukan.

Mereka berterima kasih kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Datin Seri sendiri duduk di meja bulat bersama-sama dengan setiap keluarga mendengar masalah mereka, mengenali mereka secara dekat dan memberikan sedikit rasa selesa dengan jaminan-jaminan yang kerajaan berikan. Keluarga berkenaan juga menyatakan penghargaan dan terima kasih serta berpuas hati dengan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh kerajaan. Mereka juga menghargai beberapa usaha badan NGO yang tampil ke hadapan untuk membantu keluarga terutamanya dari segi kaunseling dan sebagainya.

Akan tetapi, mereka juga ada membuat sedikit pemerhatian di mana sebahagian daripada mereka yang melaksanakan kaunseling itu terdapat kurang sekali daripada tokoh dan individu-individu Islam. Sedangkan, dalam keadaan yang seperti ini, mereka berpendapat sekiranya tokoh-tokoh agama dapat turut memainkan peranan mungkin melalui JAKIM dan sebagainya dalam saat-saat yang sukar ini, maka ia akan menjadi lebih baik lagi. Namun begitu, saya bersyukur reaksi daripada mangsa jelas menunjukkan puas hati mereka terhadap apa yang kerajaan lakukan.

final • 11:10 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini kita ingin mengucapkan selamat bertugas kepada pegawai-pegawai kita yang mengorbankan masa di bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya setelah mereka dihantar dengan begitu cepat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke lokasi-lokasi untuk tugas-tugas bagi pihak kerajaan dilaksanakan. Kita berharap kepada negara-negara berkenaan di mana mereka bertugas, pegawai-pegawai ini diberikan kerjasama sepenuhnya kerana seperti mana yang disebutkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, selain daripada mendapatkan kotak hitam, selain daripada berusaha membawa kembali jenazah secepat mungkin, pengumpulan data serta penyiasatan-penyiasatan lanjutan tidak kurang pentingnya untuk dilaksanakan mulai daripada sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Dewan yang mulia ini harus merakamkan ucapan penghargaan yang tinggi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, menteri-menteri kanan yang dalam sebuah laporan akhbar antarabangsa disebutkan Perdana Menteri telah menyelesaikan dan merundingkan sesuatu yang lebih besar daripada kapasiti beliau.

final • 11:10 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Negara Malaysia telah menguruskan perkara ini dengan sebaik mungkin. Sudah tentu tanpa pengorbanan pegawai-pegawai yang terlibat daripada pelbagai kumpulan, sudah tentu perkara ini tidak mungkin dapat dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua saya sekali lagi bagi pihak rakyat dalam kawasan Parlimen Ketereh khususnya dan rakyat Malaysia amnya merakamkan ucapan setinggi-tinggi takziah kepada semua keluarga mangsa bukan saja rakyat warga negara kita tetapi kepada semua mangsa daripada semua negara. Kita berdoa kepada Allah SWT agar mereka semua diberikan tempat yang sewajarnya di sisi Allah SWT.

Bagi warga umat Islam kita berharap mereka akan dapat menghadapi suasana Aidilfitri ini dengan penuh kesabaran. Alhamdulillah jaminan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melakukan segala-gala yang termampu adalah sesuatu yang sangat-sangat dialu-alukan dan saya dengan ini menyokong usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. *Assalamualaikum warahmatullah.

[Tepuk]*

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Bagan, selepas itu Yang Berhormat Segamat, selepas Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Pokok Sena dan selepas Yang Berhormat Pokok Sena Yang Berhormat Keningau menggantikan Yang Berhormat Kota Marudu. Sila Yang Berhormat Bagan.

final • 11:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Tuan Yang di-Pertua pertama izinkan saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan orang tersayang kepada kesemua 298 orang mangsa pesawat MH17 yang ditembak jatuh secara tragik dari langit Ukraine. Ini adalah satu tragedi berskala antarabangsa melibatkan mangsa yang tidak berdosa dari 10 negara termasuk 198 warga Belanda, 27 dari warga Australia, 12 dari Indonesia, 10 orang dari British, empat orang dari Jerman, empat orang dari Belgium, tiga orang dari Filipina, satu orang warga Kanada, seorang lagi warga New Zealand dan yang paling utama sekali 43 mangsa warganegara Malaysia.

Takziah kita buat ingatan mangsa-mangsa tersebut daripada warganegara Malaysia termasuk Kapten Wan Amran Wan Hussin dan Kapten Eugune Choo Jin Leong, Tambi Jiee isterinya Ariza Ghazalee dan empat anak mereka Muhammad Afif, Muhammad Afzal, Marsha Azmeena dan Muhammad Afruz. Siti Amirah nenda tiri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Angeline Premila anak kapal termuda pesawat MH17, pramugara Sanjid Singh yang isterinya terselamat daripada nahas MH370, Dr Yeop Lange penyelidik HIV terkemuka dan Mantan Presiden Persatuan AIDS Antarabangsa, Glenn Raymond Thomas jurucakap World Health Organization, Tessa van der Sande pegawai Amnesty International dan antaranya mangsa-mangsa yang terkorban daripada nahas MH17.

Kami ingin mengecam keras pembunuhan tidak berperikemanusiaan kesemua 298 mangsa yang tidak berdosa termasuk tiga orang bayi. Menembak jatuh MH17 adalah tindakan yang kejam dan tidak berhati perut (unconscionable). Mereka yang

final • 11:21 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

bertanggungjawab ke atas jenayah ini mesti dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan.

Memang benar mereka ini tidak lain tidak bukan adalah haiwan bertopengkan manusia.

Masyarakat antarabangsa mesti bekerjasama dan usaha siasatan dan tekanan mesti dikenakan terhadap mereka yang tidak mahu bekerjasama dan memberikan bantuan dalam usaha ini.

Kami ingin menyatakan sekali lagi bahawa kami memberikan sokongan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam usaha untuk menemukan kebenaran bagi pihak mangsa MH17. Kami memahami cabaran hebat dalam operasi untuk mendapatkan kembali jenazah mangsa, barang kepunyaan mereka serta bangkai pesawat MH17 termasuk juga dua kotak hitam. Usaha ini melibatkan banyak negara dan juga agensi serta berlangsung dalam sebuah landskap politik yang tidak stabil dengan ancaman keganasan dan peperangan yang begitu hampir. Kami juga mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa persefahaman telah dicapai dengan kumpulan pemisah pro-Rusia di Ukraine untuk mengembalikan 298 jenazah mangsa- mangsa nahas pesawat MH17 serta kotak hitam ke Malaysia.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberitahu bahawa perjanjian yang dibuat dengan Alexander Borodai mengakui dirinya sebagai Perdana Menteri mengetuai Pihak Pemisah Timur Ukraine telah memberikan jaminan bahawa penyiasat antarabangsa akan diberikan kebenaran masuk ke tapak tersebut. Pihak kami bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa dalam kawasan konflik dengan pihak berkuasa yang bertelagah menggunakan saluran diplomatik secara senyap adalah cara yang paling baik untuk mencapai keputusan yang dikehendaki.

Kami bersedia untuk bersama-sama pihak Kerajaan Persekutuan dan menyokong usaha untuk membawa pulang jenazah mangsa supaya majlis pengebumian yang sempurna boleh dijalankan serta memastikan siasatan rapi dilakukan demi menjamin keadilan ditegakkan terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa yang berlaku. Kita bersyukur dengan usaha diplomatik komuniti antarabangsa dan Kerajaan Malaysia telah berhasil. Kita harap kerjasama yang berterusan dengan komuniti antarabangsa dan pakar-pakar berkaitan akan terus memberi kebaikan bermula daripada analisa ke atas kotak hitam itu.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para diplomat Malaysia, pegawai tentera dan penjawat awam yang telah bertungkus-lumus di tanah air dan kedutaan seluruh negara dalam bertindak balas terhadap tragedi MH17 ini. Ini juga pastinya waktu-waktu mencabar buat para pekerja dan pihak pengurusan MAS yang belum pun reda daripada menangani tragedi kehilangan MH370. Ramai daripada mereka yang kehilangan orang yang tersayang dan sahabat handai dalam waktu yang sangat singkat dalam kejadian malang ini. Kita harus hargai ketabahan dan tekad mereka dalam meneruskan khidmat kepada pelanggan MAS sepanjang tempoh yang mencabar ini.

Sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada MAS dan tenaga kerja bukanlah sekadar kita buat ucapan memberikan semangat, kami ingin menunjukkan keyakinan dengan menyatakan bahawa kita akan terus menggunakan MAS kalau masa penerbangan mengizinkan.

[Tepuk] Kami memahami bahawa tragedi MH17 berlaku di kawasan penuh berkonflik di Ukraine. Kami juga memahami bahawa Malaysia terjerat antara perebutan kuasa yang lebih besar di antara Ukraine dan sekutu Amerika dan Eropah dengan pihak Rusia dan sekutunya. Kita tidak mahu menjadi mangsa politik yang terperangkap dalam kemelut kedua-dua pihak. Jangan kedua-dua gajah bertembung dengan pelanduk iaitu Malaysia menjadi mangsa di tengah-tengah.

Kita mesti jelas menyatakan objektif untuk mencari kebenaran dari pihak mangsa dan menemukan kebenaran supaya semua fakta dapatlah diketahui. Kita mesti mulakan dengan fakta yang utama iaitu mengenai tapak kapal terbang atau pesawat MH17 menjunam iaitu di Donetsk dan situasi di Donetsk yang membawa kepada tragedi menembak jatuh pesawat tersebut. Kita tahu bahawa sebaik sahaja bekas Presiden Viktor Yanukovych digulingkan pemisah pro-Rusia menawan bangunan kerajaan Donetsk dan mengisytiharkan penubuhan Republik Rakyat Donetsk pada bulan April 2014. Kita juga tahu bahawa sebuah referendum penuh kontroversi dilakukan pada 11 Mei di mana 90% pengundi menyokong kemerdekaan politik daripada Ukraine. Pada 25 Mei apabila pemilihan Presiden Ukraine diadakan hanya 16% daripada 3.3 juta penduduk Donetsk yang mendapat akses untuk mengundi.

final • 11:21 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kegagalan Kerajaan Ukraine untuk menyertakan partisipasi penduduk Donetsk secara berkesan dalam pemilihan presiden adalah menunjuk kuat bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa yang begitu efektif di daerah tersebut. Oleh itu kita faham itu adalah satu risiko tinggi yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana berunding dengan seorang yang tidak diiktiraf langsung. Juga mungkin breach diplomatic protocol, dengan izin.

Akan tetapi saya rasa ia memang berbaloi kalau akhirnya berjaya mendapatkan jenazah dan dua kotak hitam. Walaupun mungkin tidak berjaya tetapi sekurang-kurangnya usaha seperti ini harus dilakukan. Saya rasa itu yang ingin kita nyatakan bahawa dalam keadaan yang serupa saya rasa langkah yang sedemikian haruslah diambil dan dilakukan.

Oleh sebab itu dalam perkara ini parti DAP mengambil pendirian yang tegas bahawa kita harus mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk mendapat balik jenazah dan dua kotak hitam supaya kita dapat memberikan keadilan dengan izin, bring closure. Ini yang paling penting, bring closure to the victims of this tragedy.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga mendapat bukti kukuh penglibatan pihak Rusia menyokong puak pemisah di Timur Ukraine termasuk mereka yang berpangkalan di Donetsk telah membekalkan senjata anggota tentera dan bantuan kewangan. Bukti ini jelas kelihatan meskipun sebelum berlakunya tragedi MH17 apabila daripada 14 Julai, sebuah pesawat kargo tentera Ukraine telah ditembak jatuh di sebuah perkampungan Ukraine bernama Davydo Myileske di Daerah Luhansk berhampiran sempadan Rusia.

Kemungkinan akibat tembakan peluru berpandu darat ke udara surface air missile adalah hampir pasti bahawa peluru berpandu SAM dilancarkan ke arah MH17 memandangkan peluru berpandu yang dilancarkan dari bahu tidak memiliki kemampuan mencapai jarak penerbangan MH17 dengan ketinggian altitud 33,000 meter. Terdapat beberapa laporan yang menunjukkan bahawa SAM yang digunakan untuk menembak jatuh MH17 telah dilancarkan dari pelancar peluru berpandukan BUK.

Pada masa yang sama panggilan telefon yang dipintas oleh perisik Ukraine mendedahkan perbualan antara kumpulan pemisah dan ejen Rusia berbincang tentang kewujudan, kedudukan pelancar BUK di Daerah Donetsk. Sementara kita mesti kita beringat bahawa wujudnya perang propaganda yang hebat di antara Rusia dan sempadan Ukraine.

Satu soalan mesti dipertanyakan. Kenapa pihak Ukraine menembak jatuh sebuah pesawat walhal dia tahu bahawa pihak pemisah tidak mempunyai pesawat udara untuk digunakan. Apa yang tinggal adalah senario di mana kumpulan pemisah itu sendiri yang telah menembak jatuh MH17. Soalan yang mesti kita tanyakan sekarang ialah pertama, bagaimana kita mengenal pasti dan memberkas pemisah yang bertanggungjawab di atas jenayah ini?

Kedua, bagaimana boleh kita pastikan sama ada mereka mendapat bantuan daripada pihak tentera Rusia? Kita mesti mendesak soalan-soalan ini daripada dua pihak, Ukraine dan Rusia. Kita tidak boleh takut untuk bertanyakan soalan ini supaya bukan sahaja mereka yang menembak dibawa ke muka pengadilan tetapi juga mereka yang membekalkan senjata tersebut pun mesti dihadapkan ke muka pengadilan.

Sementara Kerajaan Ukraine tidak mampu menjamin laluan selamat ke tahap nahas berikutan masalah keselamatan, mereka nampaknya memberi perhatian kepada keperluan kontinjen Malaysia di Kiev. Kita harus menilai juga jika Kerajaan Rusia turut bertindak serupa dalam memberi kerjasama kepada Malaysia dan juga komuniti antarabangsa. Kita mesti bertanya jika Rusia sedang melakukan apa yang dia mampu untuk menggunakan pengaruhnya ke atas puak pemisah di Timur Ukraine demi memastikan proses untuk mendapatkan keadilan dapat dipercepatkan.

Sementara kita menyedari keperluan untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara di waktu-waktu luar biasa ini, kita mesti mengambil langkah yang luar biasa.

Contohnya kedua-dua Brazil dan Jerman tidak gentar memanggil Duta Amerika apabila didedahkan bahawa Kerajaan Amerika mengintip pemimpin mereka termasuk melakukan intipan telefon terhadap Presiden Dilma Roussef dari Brazil dan Canselor Angela Merkel dari Jerman.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kita tidak harus gentar untuk memanggil duta Ukraine dan Rusia ke Wisma Putra untuk mendapatkan penjelasan mereka mengenai identiti pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh MH17. Kita mesti mencari jalan terbaik untuk mengesahkan dakwaan bahawa Rusia telah membekalkan senjata berat dan artileri kepada pihak pemisah Timur Ukraine dan mengesahkan sama ada Rusia telah menghantar tentera atau ejennya untuk membantu atau mengetuai puak pemisah tersebut.

Oleh kerana sama ada Rusia turut bertanggungjawab ataupun tidak, saya rasa kita kena lihat sejauh manakah mereka membantu Malaysia untuk menyelesaikan masalah ini.

Pada ketika itulah apabila kita semua memanggil Duta Rusia atau Ukraine mungkin saya boleh cadangkan Wisma Putra juga memanggil duta Amerika untuk jelaskan keganasan yang dibuat oleh Israel kepada penduduk-penduduk tidak bersalah Gaza.

[Tepuk] Mungkin ini boleh mencerminkan bahawa pendirian berpadu daripada rakyat Malaysia yang dicerminkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa Amerika mestilah bertindak lebih agresif bukanlah hanya menyatakan secara berulangan Israel has the right to depend itself by murdering people. Saya rasa itu tidak masuk akal langsung.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh takut-takut untuk menggunakan apa sahaja pengaruh yang ada untuk meletakkan tekanan yang perlu demi mendapatkan kebenaran.

Sementara kuasa ekonomi kita tidak begitu significant berbanding Amerika Syarikat atau negara-negara Kesatuan Eropah kita mesti mempunyai hubungan ekonomi dengan Rusia.

Malaysia telah pun mempunyai hubungan dengan Rusia dengan membeli 18 pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM bernilai USD900 juta pada bulan Ogos 2003. Pesawat ke-18 yang terakhir ini baru sahaja dihantar ke Malaysia pada bulan Ogos 2011. Jika Malaysia belum lagi menyelesaikan pembayaran terakhir untuk pesawat-pesawat ini kita harus bersedia untuk menangguhkan bayaran jika perlu.

Malaysia juga mesti bersedia untuk membatalkan 30 projek angkasawan kedua yang menjadi sebahagian daripada pembelian Sukhoi [Tepuk] Jika kita merasakan bahawa pihak berkuasa Rusia tidak memberikan kerjasama penuh kepada komuniti antarabangsa dan kepada Malaysia. Jika perlu kita mungkin boleh mempertimbangkan untuk menyertai sekatan yang dicadangkan komuniti antarabangsa terhadap Rusia.

Sekiranya Rusia tidak mahu memberikan bantuan kerana ini amat penting. Kita tidak terlibat dalam pergelutan politik di antara Rusia dan Ukraine. Kita tidak berminat langsung. Akan tetapi saya percaya Rusia pun akan bersetuju. Ini ialah isu perikemanusiaan. Kita hanya hendak mereka yang menembak jatuh pesawat MH17.

Mereka mestilah dihukum dan dihukum dengan seberapa segera yang boleh. Kita harap ini boleh disampaikan kepada Kerajaan Rusia.

Di peringkat antarabangsa kita berharap Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara yang– dengan menggunakan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai salah satu cara untuk memastikan kerjasama antarabangsa dan usaha siasatan MH17. Pilihan untuk meminta sebuah Suruhanjaya Siasatan-siasatan Bebas melalui Majlis Keselamatan mestilah sentiasa tersedia walaupun Rusia memiliki kuasa veto.

Malaysia juga mesti mengkaji kemungkinan bahawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa atau ICJ berikutan tauladan kehakiman dalam kes Iran Air Flight 655 pada tahun 1955 yang ditembak jatuh oleh peluru berpandu Tentera Laut Amerika dilancarkan dari kapal USS Vincennes pada 3 Julai 1988.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Di tengah-tengah cabang diplomatik dan pilihan-pilihan yang ada untuk Malaysia, kita tidak boleh melupakan warganegara yang sedang menuntut dan bekerja di Rusia.

Menurut Duta Rusia ke Malaysia Lyudmila G. Vorobyeva terdapat seramai 6,000 mahasiswa Malaysia di Rusia. Beliau iaitu Duta Rusia ke Malaysia sebagai seorang kawan kepada Malaysia, saya percaya beliau faham perasaan bukan sahaja sedih tetapi juga marah di kalangan rakyat Malaysia. Kita harap beliau bolehlah sampaikan mesej, pesanan, permintaan, rayuan kita tidak terlibat dalam pergelutan kuasa geopolitik dunia. Kita hanya mahu kita punya rakyat selamat, kita mahu keadilan untuk mangsa-mangsa nahas MH17.

Daripada 6,000 mahasiswa Malaysia di Rusia, saya pohon Kedutaan Malaysia juga memastikan mereka selamat dari segi kebajikan dalam saat-saat ini. Di saat kita sibuk dengan tragedi MH17, janganlah kita lupa bahawa hari ini sudah genap 137 hari sejak

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

MH370 hilang. Kita tidak boleh mengabaikan keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam pesawat MH370 dan terus kita harapkan boleh dapat jawapan tentang lokasi terakhir pesawat tersebut. Sekali lagi saya ingin mengucapkan takziah kepada semua mangsa dalam MH370 juga serta ahli-ahli keluarga kerana kita mahu memberikan peringatan bahawa kita tidak lupa juga mangsa keluarga MH370.

Pembunuh-pembunuh untuk MH17 mestilah dihukum dan barulah mangsa- mangsa dan ahli keluarga boleh mendapat ketenteraman jiwa. Semakin kita mendekati perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 28 Julai, kita pasti menyambutnya dengan hati yang berat, menyedari bahawa ada dari kalangan kita yang akan menyambutnya tanpa orang tersayang di musim yang sepatutnya penuh kegembiraan ini. Kita harus mengenang mereka yang kehilangan orang tersayang dalam kedua-dua tragedi MH370 dan MH17.

Pada masa yang sama, menghargai dan menilai setiap saat kita bersama dengan mereka yang kita kasihi.

Kita juga pasti mengenang petugas-petugas MAS, anggota Kabinet dan para penjawat awam yang akan bekerja sepanjang Hari Raya kerana MH17. Kita menghargai usaha mereka dan kita mahu mereka tahu bahawa kita berdoa dan mengharapkan bahawa hasrat Malaysia akan tercapai.

final • 11:40 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Bangun]

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Malam ini mungkin malam 27 lailatulqadar dan mungkin harapan bahawa kita harap mereka, pembunuh-pembunuh ini boleh dibawa ke muka pengadilan. Dengan ini saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya ucapkan terima kasih.

[Tepuk]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Segamat.

final • 11:40 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, secara permulaan saya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ke atas kejayaan Yang Amat Berhormat mendapat persetujuan dari Pihak Pemisah pro-Rusia di Timur Ukraine untuk memulangkan black box kepada Malaysia dan untuk mengembalikan jenazah mangsa ke Malaysia untuk diperiksa dan diberikan penghormatan yang terakhir dengan setimpal. Ini adalah satu pencapaian diplomatik yang besar dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat kerana menunjukkan satu pendekatan politik yang begitu matang dan bijaksana.

Ini adalah satu petanda untuk membuktikan kehandalan kepimpinan Yang Amat Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, pada hari Jumaat jam 1.30 pagi, 18 Julai, keluarga Hasni Hardi bin Parlan telah dikejutkan dengan satu panggilan dari pihak MAS. Panggilan tersebut mengesahkan bahawa Hasni merupakan antara penumpang penerbangan MH17 yang malang itu. Allahyarham Hasni merupakan seorang pemimpin belia yang aktif di Taman Sri Alam 2 di Segamat. Saya mengenali Allahyarham Hasni secara dekat kerana beliau tinggal di kawasan Parlimen saya. Beliau bekerja dengan MC Liner dan sedang dalam perjalanan pulang untuk menyambut hari raya bersama keluarganya. Malangnya beliau telah ditakdirkan untuk pergi selama-lamanya sebelum sempat menyambut hari lebaran bersama-sama dengan keluarga yang tercinta.

MH370 merupakan satu tragedi yang penuh dengan misteri yang masih lagi belum ada jawapannya. Dalam kes MH17 kita telah menjadi mangsa yang tidak berdosa, tersepit di antara konflik pengantaraan dua belah pihak yang mana kita tidak sedikit pun mempunyai apa-apa kaitan. Kita akui bahawa penerbangan MH17 mungkin berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. At the wrong place, at the wrong time. Mungkin dengan secara tidak sengaja telah menjadi sasaran. Walau bagaimanapun, tiada sebab yang munasabah kenapa sebuah kapal terbang jet komersial patut ditembak jatuh sama ada dengan sengaja atau pun tidak dengan mengakibatkan pengorbanan 298 nyawa.

Apa-apa pun merupakan satu dosa yang amat besar yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Malangnya, sehingga hari ini masih belum ada mana-mana pihak pun yang telah tampil ke hadapan untuk meminta maaf di atas kejadian yang tidak berperikemanusiaan ini. Kesimpulannya kita berhadapan dengan pengganas yang tidak

final • 11:43 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

berhati perut. Sikap acuh dan tidak acuh yang ditunjukkan oleh pemberontak pro-Rusia tersebut, terutama di kawasan yang dikuasai mereka iaitu di tempat berlakunya kemalangan udara tersebut pada awalnya menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa mereka ini tidak menghormati undang-undang dunia.

Kejadian ini merupakan satu ujian yang besar kepada semua pencinta keamanan di dunia ini. Adakah kita akan duduk diam dan berpeluk tubuh atau adakah kita akan bangkit untuk memberikan pengganas-pengganas ini satu mesej yang tegas serta berani kepada mereka dan sesiapa sahaja yang mempunyai niat untuk melakukan perkara terkeji seperti ini pada masa hadapan, bahawa dunia tidak akan berdiam diri dan akan memberikan satu respons yang begitu tegas. Malaysia khasnya dan komuniti global amnya mempunyai tanggungjawab moral kepada waris mangsa nahas ini untuk menentukan bahawa keadilan akan direalisasikan. Justice must be done and must be seem to be done bak kata pepatah bahasa Inggeris.

Sebagai sebuah negara yang berdaulat, maruah kita telah menerima satu tamparan yang amat hebat. Saya tidak mahu membuat apa-apa tuduhan mengenai siapa sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap situasi tragis ini iaitu penembakan jatuh penerbangan MH17 tersebut. Tetapi sikap yang ditunjukkan oleh pemisah pro Rusia selepas berlakunya insiden yang tragis ini perlu dikutuk sekeras-kerasnya. Dari awalnya mereka tidak mempunyai apa-apa locus standi untuk menyentuh mayat atau barang-barang kepunyaan mangsa nahas tersebut atau cebisan-cebisan bangkai kapal terbang yang telah ditembak jatuh itu.

Kadang kala saya juga tertanya-tanya adakah tindakan pemisah-pemisah ini disengajakan demi untuk menafikan hak kita terhadap kebenaran dan keadilan. Ianya mungkin satu cubaan untuk memutarbelitkan situasi yang sebenarnya. Walaupun pesawat ini adalah kepunyaan Malaysia, namun isu ini merupakan isu yang global dan oleh itu memerlukan tindakan oleh komuniti global dan bukan Malaysia sahaja. Sehubungan itu, saya amat mengalu-alukan tindakan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah mengadakan mesyuarat tergempar serta mengutuk tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini. Sama-sama kita nantikan pembentangan resolusi yang komprehensif di mesyuarat tersebut.

Pihak Rusia perlu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka mempunyai komitmen yang lebih tinggi, lagi terhadap tanggungjawab untuk menentukan bahawa kebenaran akan ditemui dan keadilan akan dicapai melalui satu proses yang telus, adil dan benar-benar bebas.

final • 11:43 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Pihak Rusia perlu menggunakan pengaruh mereka terhadap pihak pemberontak untuk menggesa supaya mereka memberikan kerjasama penuh kepada semua organisasi dan agensi antarabangsa untuk menguruskan semua isu berkenaan dengan nahas kapal terbang tersebut. European Economic Community dan NATO perlu memberikan tekanan yang hebat terhadap pihak-pihak tersebut untuk memastikan bahawa mereka memberikan kerjasama penuh di dalam penyiasatan yang dijalankan demi mencapai keadilan.

Kita juga memerlukan sokongan padu daripada semua kumpulan kerjasama antarabangsa yang dianggotai oleh negara kita di dalam situasi yang amat genting dan menyedihkan ini. Adalah menjadi harapan bahawa pihak antarabangsa seperti OIC yang sememangnya dianggotai oleh negara kita akan tampil ke hadapan serta menyokong kita dalam membidas serta mengutuk salah laku yang amat besar ini. Juga untuk memberikan tekanan hebat terhadap mereka yang terlibat serta pembantu-pembantu mereka untuk diseret ke mahkamah pengadilan.

Di peringkat ASEAN, ini merupakan satu ujian terhadap kesatuan kita sama ada apa yang dilakukan akan dikotakan. Saya ingin menyarankan supaya ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar untuk menyatakan pendirian bersama mengutuk perbuatan keji ini.

Secara kolektif, ASEAN juga perlu memberikan tekanan hebat serta berterusan untuk memastikan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pengganas-pengganas tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan ucapan takziah serta simpati yang penuh dan mendalam kepada seluruh ahli keluarga, sahabat dan kenalan serta anak-anak kapal pesawat MH17 tersebut. Saya berdoa agar Tuhan Yang Maha Kuasa akan memberi kekuatan kepada mereka untuk melalui masa yang begitu pahit dan sedih ini.

final • 11:50 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Tragedi ini merupakan satu jenayah yang amat besar. Mereka yang bertanggungjawab ialah penjenayah serta pembunuh. Mereka semestinya dihadapkan ke mahkamah pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan keseriusan jenayah mereka. Saya mohon menyokong.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pagi ini. Bagi pihak parti saya iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS), kami menyokong penuh usul tersebut serta merakamkan tahniah atas usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan di dalam berhadapan dengan tragedi yang sangat memilukan kita semua.

Saya juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa tragedi MH17 dan di samping sekali lagi merakamkan takziah ke atas mangsa-mangsa MH370 yang masih tidak mempunyai satu ketentuan dan penentuan di manakah pusara mereka sebenarnya.

Tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebut selain daripada tragedi MH17 ini, juga menyebut hal yang berkaitan apa yang berlaku di Palestin, khususnya di Gaza. Apa yang saya hendak sebutkan di sini Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua peristiwa ini iaitu MH17 dan juga apa yang berlaku di Gaza, menjadikan dunia menangis dan Malaysia berduka. Apa yang berlaku di Gaza dan apa yang berlaku terhadap tragedi MH17, ia ada berkaitan dengan percaturan kuasa-kuasa besar politik dunia sekarang ini.

Apa yang berlaku di Palestin khususnya di Gaza, kalau kita melihat sehingga hari ini sejak daripada 8 Julai, lebih daripada 600 yang telah terkorban. Serangan-serangan yang terus dilakukan ke atas Gaza oleh Israel serta didukung oleh Amerika serta beberapa negara seperti Jerman, Perancis dan India yang turut menyokong tindakan-tindakan tersebut yang sangat menyedihkan kita kerana mengakibatkan kematian yang begitu ramai sama ada daripada kanak-kanak, orang tua, wanita dan sebagainya. Semua ini adalah kerana percaturan politik kuasa-kuasa besar ini untuk menjadikan wilayah-wilayah Arab ini sebagai satu wilayah yang sangat strategik bagi mereka untuk menjaga kepentingan negara haram Israel. Maka akhirnya yang menjadi mangsa ialah Palestin, yang menjadi mangsa ialah rakyat Palestin khususnya seperti di Gaza.

Begitu juga apa yang berlaku terhadap tragedi MH17 seperti mana yang disebut oleh rakan-rakan tadi bahawa ia tidak terlepas daripada percaturan kuasa politik Amerika dan NATO di satu pihak, Rusia di satu pihak. Amerika dan NATO mahu menjadikan Ukraine sebagai check and balance kepada kuasa besar Rusia. Rusia juga sudah tentu merasakan bahawa tanpa Ukraine dia hanyalah sebagai sebuah negara, tetapi bersama Ukraine, dia akan menjadi satu empayar. Maka akhirnya yang menjadi mangsa ialah MH17, yang menjadi mangsanya ialah pesawat penerbangan Malaysia di dalam percaturan politik kuasa-kuasa besar dunia ini. Inilah yang menjadikan saya katakan tadi dunia sedang menangis melihat kuasa-kuasa besar dunia ini mencatur kuasa mereka tanpa menghiraukan soal nyawa manusia yang tidak berdosa, hanya semata-mata mementingkan kuasa yang akhirnya sanggup berbunuhan ke atas manusia dalam jumlah yang begitu ramai.

Saya sekali lagi ingin merakamkan rasa sedih dan simpati terhadap peristiwa yang berlaku ini selepas daripada MH370 yang masih belum ada kepastian seperti yang saya katakan tadi, di manakah pusara mereka. Saya minta juga penjelasan daripada pihak kerajaan tentang status penyiasatan ke atas MH370. Ini kerana rakyat ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan kerana peristiwa tersebut adalah satu peristiwa yang sangat menyayat hati kepada masyarakat Malaysia.

Saya juga ingin mengaitkan dengan MH370 ini iaitu penglibatan percaturan politik kuasa-kuasa besar seperti mana yang diakui dan telah diperkatakan oleh Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia yang mempercayai bahawa pesawat MH370 sebenarnya tidak terhempas dan ada disimpan di suatu tempat. Bila menyatakan dalam tulisan di dalam blognya mengatakan bahawa ada seseorang yang mengetahui akan

final • 11:52 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

kedudukan MH370. Saya tidak tahu siapa yang mengetahui tentang kedudukan MH370, tetapi saya katakan bahawa peristiwa ini masih menjadi tanda tanya bilakah kesudahan yang akan berakhir ke atas MH370 yang perlu diperjelaskan oleh pihak kerajaan.

MH17, kita sudah tahu di manakah lokasi mereka berada, di manakah mayat, tulang belulang yang hampir hancur dapat ditemui. Kita sudah menghampiri untuk membolehkan mengadakan solat jenazah ghaib selepas daripada ini. Akan tetapi MH370 sehingga sekarang tidak ada kepastian dan Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri pun mengatakan bahawa selagi mana belum berjumpa dengan apa-apa petunjuk, apa-apa yang boleh dikaitkan dengan terkorbannya mereka ini, maka tidak lagi boleh mengadakan solat jenazah ghaib. Oleh sebab itu saya katakan bahawa MH370 ini tidak seharusnya dilupakan.

Saya percaya kerajaan tidak pernah melupakan usaha-usaha untuk pencarian terhadap MH370.

final • 11:52 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Namun begitu inginlah saya mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pesawat MH370 yang memerlukan kepada penjelasan yang jelas tentang apa yang terjadi dan apakah status kepada kedudukan pesawat MH370, penyiasatan yang telah pun dilakukan oleh pihak kerajaan. Berkaitan dengan pesawat MH17, apa yang penting ialah kita bukan sekadar untuk meluahkan rasa sedih dari peristiwa-peristiwa yang berlaku ini termasuk juga dengan pesawat MH370. Apa yang penting ialah selepas daripada ini apakah pengajaran yang boleh kita ambil dan apakah langkah-langkah yang telah pun dapat diperbaiki oleh kita semua, oleh kerajaan dan oleh semua pihak dalam memastikan tidak berulangnya peristiwa-peristiwa yang seperti ini?

Kita tidak mahu nanti bahawa peristiwa-peristiwa ini menjadi seperti siri. Saya menganggap bahawa siri pertamanya ialah pesawat MH370 dan siri keduanya ialah pesawat MH17. Ini kerana kita tidak mengambil langkah-langkah yang serius untuk memastikan supaya perkara-perkara yang berbangkit di atas kelemahan-kelemahan kita yang berkaitan dengan soal keselamatan, soal pertahanan dan sebagainya dapat dipertingkatkan lagi keupayaan yang sepatutnya ada kepada kita. Oleh sebab itu, saya menganggap bahawa usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kesediaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memanggil sidang khas ini bukan sekadar untuk kita mengecam, memang sewajarnya kita mengecam pihak-pihak yang terbabit, pihak-pihak yang terlibat tetapi ia adalah merupakan proses muhasabah yang seharusnya dilakukan oleh kita melalui Dewan ini untuk melihat di manakah kelemahan- kelemahan yang harus diperbaiki oleh kerajaan dan oleh semua pihak supaya memastikan supaya perkara-perkara yang berlaku ini tidak berulang.

final • 12:00 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Yang Berhormat Pokok Sena. Belakang, Lumut.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya ingin menyatakan Tuan Yang di-Pertua sudah membuat keputusan, selepas yang tadi itu, 10 minit.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

20 minit.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

20 minit.

final • 12:00 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Sedikit, sedikit.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Oh! Petang ya, okey.

Baik, 20 minit ya.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik. Tuan Yang di-Pertua, dalam peristiwa pesawat MH370 kita melihat ada kelemahan-kelemahan kepada negara kita dari segi pembacaan dan tindakan yang dibuat selepas daripada radar telah dapat mengesan pesawat MH370 tetapi seperti tidak diambil apa-apa tindakan dan sebagainya.

Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan apakah langkah-langkah dan tindakan dari segi pembaikan terhadap SOP untuk memastikan supaya jika berlaku keadaan-keadaan seperti itu, maka langkah-langkah dan tindakan yang lebih kemas seharusnya dilakukan. Begitu juga dengan pesawat MH17. Saya bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Perdana

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Menteri bahawa penerbangan pesawat MH17 itu berada di laluan yang betul, yang disahkan oleh ICAO dan juga yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Ukraine dan juga IATA.

Akan tetapi persoalannya ialah selepas daripada berlaku peristiwa tersebut, kita mengubah laluan tersebut selepas dari Ukraine menutup ruang udara di mana di kawasan konflik yang berlaku antara pemisah dengan Kerajaan Ukraine. Persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini ialah apakah selama-lamanya dalam hendak menentukan laluan ini dari segi risiko dan sebagainya, dari segi selamat ataupun tidak kita hanya bergantung kepada ICAO, kita hanya bergantung kepada negara di mana laluan tersebut akan dilalui oleh penerbangan kita sedangkan kita mengetahui secara umumnya bahawa di situ ada kawasan yang sedang berkonflik, yang sedang berlaku keadaan-keadaan yang tidak tenang yang seharusnya bagi saya bahawa satu risk assessment harus dibuat oleh pihak negara sendiri sama ada oleh pihak syarikat penerbangan tidak kiralah MAS, AirAsia dan sebagainya termasuk daripada pihak kerajaan, daripada Wisma Putra, daripada pihak kedutaan yang seharusnya membuat risk assessment untuk memberikan laporan yang lengkap untuk memastikan sama ada kawasan atau laluan tersebut masih selamat ataupun tidak.

Kita tidak boleh berhujah semata-mata mengatakan, “Oh! 15 buah negara pun juga melalui laluan tersebut”. Kita tidak boleh bersandarkan kepada negara lain juga melalui laluan tersebut sedangkan ada negara, ada penerbangan seperti mana Qantas Airlines, Korea Airlines sudah pun mengalihkan laluan sebelum daripada pesawat MH17 ditembak jatuh kerana mereka sudah pun melihat bahawa berasaskan kepada assessment sendiri yang mereka lakukan, mereka melihat bahawa kawasan dan laluan itu sudah pun tidak selamat untuk dilalui oleh penerbangan negara mereka. Jadi oleh sebab itu bagi saya bahawa risk assessment ini harus dibuat. Saya tidak tahu sama ada kedutaan kita ini dibina, Pejabat Kedutaan kita ini diletakkan pegawai-pegawai yang mempunyai kepakaran dan kemahiran Hitachi, pertahanan dan sebagainya yang perlu diberikan gambaran supaya mereka lebih serius dalam melihat kawasan-kawasan di negara-negara yang berkonflik seperti mana yang berlaku di Ukraine.

Sekarang ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya bimbang laluan Kuala Lumpur–London yang melalui laluan Syria yang kita tahu bahawa laluan Syria juga adalah merupakan laluan yang sedang berkonflik dalaman mereka sendiri, tembak menembak sedang berlaku. Saya tidak tahu sama ada kita masih lagi hendak meletakkan bahawa, “Oh! Laluan Syria itu selamat kerana ICAO masih mengatakan kawasan itu selamat”. Pihak berkuasa di Syria juga memperakui kawasan itu selamat tanpa kita membuat risk assessment sendiri untuk memastikan terjamin bahawa kawasan tersebut adalah laluan yang selamat untuk penerbangan MAS, Kuala Lumpur–London. Kita tidak mahu nanti bahawa selepas dari kejadian yang - kita minta simpang daripada berlaku, kalau berlaku pula di Syria, baru kita hendak mengubah laluan yang lain mencari laluan alternatif bagi menjamin keselamatan. Jadi, saya mengharapkan kepada pihak kerajaan untuk melihat hal ini sebagai suatu yang sangat penting untuk kita memastikan supaya keadaan ini akan dapat menjamin keselamatan bagi pesawat-pesawat kita.

Ketiga yang saya hendak sebut ialah pilot atau juruterbang ini. Saya mengharapkan pihak syarikat MAS harusnya memberikan satu keluasan kepada juruterbang untuk di saat akhir membuat satu kepastian dan ketetapan. Ini kerana saya difahamkan bahawa walaupun ada ruang tersebut diberikan kepada juruterbang MAS khususnya untuk membuat perkiraan-perkiraan akhir berasaskan daripada maklumat- maklumat yang dia dapat, kalaupun untuk mengubah haluan ataupun laluan dari laluan asalnya tetapi dia mesti bersedia untuk memberikan justifikasi kepada syarikat penerbangan tersebut. Inilah yang menyebabkan kebanyakan juruterbang tidak bersedia untuk mengubah laluan kalaupun dirasakan bahawa laluan tersebut tidak begitu baik sebab dia hendak meyakinkan, hendak memberikan justifikasi kepada syarikat dan majikan dia sendiri. Ini yang menyulitkan dan menyukarkan mereka.

Oleh sebab itu saya mengharapkan berilah keluasan dan kebebasan kepada juruterbang-juruterbang ini supaya tidak menyulitkan mereka untuk membuat keputusan, tidak menyukarkan untuk mereka membuat keputusan jika dirasai dan dibimbangi bahawa laluan yang sedia ada itu tidak selamat, maka mereka harus membuat perubahan laluan untuk memastikan keselamatan pesawat dan juga keselamatan penumpang yang ada di atas pesawat tersebut.

final • 12:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya cuma hendak mencelah berkenaan dengan ICAO.

final • 12:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

ICAO ada memberikan satu respons bahawa bukan tanggungjawab mereka untuk memberikan amaran atau mengesahkan bahawa sesuatu laluan itu bebas daripada perang ataupun tidak, sama ada missile punya risiko ataupun tidak. Jadi adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kita tidak boleh terlalu bergantung sangat kepada ICAO sahaja kerana ICAO itu tidak dapat memastikan bahawa sesuatu laluan itu bebas atau tidak? Saya rasa kita perlu menggunakan satu pendekatan yang baru dan mungkin dunia penerbangan, dunia aviation perlu melihat kembali bahawa bukan bergantung kepada ICAO semata-mata untuk memastikan suatu penerbangan itu selamat ataupun tidak.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 12:10 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Yang Berhormat Pokok Sena, saya tambah sedikit. Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Oleh sebab itu saya katakan tadi bahawa kita tidak boleh bergantung. Kita mesti proaktif. Syarikat penerbangan kita kena lebih proaktif dan negara kita sendiri seharusnya proaktif dalam melihat persoalan- persoalan yang

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

berkaitan dengan keselamatan di negara-negara yang berkonflik. Jadi sebab itu saya minta supaya kita melihat kepada perkara-perkara yang saya sebutkan itu untuk memastikan – saya menyokong usul yang dibuat oleh Perdana Menteri tetapi saya memberikan cadangan supaya keadaan ini tidak berulang sebab MAS masih lagi menggunakan laluan KL-London menggunakan laluan Syria yang saya cukup bimbang takut nanti peristiwa apa yang berlaku kepada MH17 itu berulang.

Oleh sebab itu saya mengatakan bahawa jangan bergantung kepada ICAO seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Seremban tadi dan tidak bergantung kepada negara di tempat laluan tersebut tetapi mesti berasaskan kepada risk assessment sendiri yang harus dibuat oleh pelbagai pihak sama ada syarikat penerbangan...

final • 12:10 PM

Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun

[Bangun]

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Mahupun daripada pihak Wisma Putra, mahupun daripada risikan kita.

final • 12:10 PM

Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun

Yang Berhormat Pokok Sena minta laluan. Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya.

final • 12:10 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Yang Berhormat Lumut dahulu, Yang Berhormat Lumut dahulu.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini dahulu.

final • 12:10 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya ingin menambah sedikit berhubung dengan keputusan kapten ataupun nakhoda kapal. Saya ingin beri contoh kami pada tahun 1984. Ketika itu Perang Teluk sedang berlaku. Kami team projecting di Germany dipertanggungjawabkan untuk bawa balik kapal ke Malaysia. Kami ada dua pilihan sama ada guna laluan Terusan Suez ataupun lalu South Africa. Kapten pada masa itu tidak diberi halangan untuk membuat keputusan. Sedangkan kita tahu kalau kita belayar balik melalui Terusan Suez, berkemungkinan akan melanggar periuk api oleh sebab pada masa itu Perang Teluk sedang berlaku.

Maka pada waktu itu 1984, kapten kami, Kapten Abu Bakar Jamal merupakan mantan Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abu Bakar Jamal, kami membuat keputusan untuk lalu South Africa ataupun Tanjung Harapan. Dengan keputusan yang telah dibuat, alhamdulillah, kami sampai ke Malaysia selamat dan tidak menghadapi risiko untuk melanggar periuk api.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Dalam hal ini juga saya rasa saya setuju dengan Yang Berhormat Pokok Sena supaya kapten kapal, juruterbang diberi pemilihan keputusan untuk memilih jalan yang selamat. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Jerlun, ya.

final • 12:10 PM

Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena beri laluan. Kita sedang bercakap berkaitan dengan kapal terbang yang kelajuannya 800 km/j ke 900 km/j, 17 kilometers per second. Jadi apabila kita diberikan garis panduan oleh ICAO, kalau pilot hendak terbang pun ditetapkan ketinggian-ketinggian tertentu. Kita juga berkait rapat dengan ATC setiap negara. Jadi bukanlah mudah untuk kita pilih laluan sendiri yang tanpa mengambil kira perjalanan kapal terbang lain dan sebagainya. Saya ingat Yang Berhormat Pokok Sena, apa yang dilontarkan tadi tidak berapa kena mungkin. Samalah juga dengan kapal ini, contoh itu pun tidak berapa betul.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena boleh gulung.

final • 12:10 PM

Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun

Terima kasih.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Jerlun. Terima kasih rakan saya di Jerlun. Sebenarnya apa yang saya sebutkan tadi ialah bukan diberikan kebebasan begitu tetapi mestilah pilot itu berhubung dengan pihak berkuasa negara

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

tersebut seperti– Saya katakan bahawa pilot juga diberikan ruang untuk apabila dalam keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Maka dia diberikan pilihan untuk berhubung dengan pihak ATC untuk mengubah laluan. Jadi sebab itu saya katakan bahawa dibenarkan, memang dibenarkan tetapi dia kena justify kepada syarikat kenapa dia mengubah laluan. Sebab syarikat mengambil kira soal kos yang mungkin meningkat apabila laluan itu diubah. Jadi sebab itu dia hendak kena berikan penjelasan yang cukup kepada syarikat. Jadi ini yang menyulitkan kita.

Akan tetapi apa yang penting kepada saya Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ialah risk assessment yang mesti kita sendiri yang buat, bukan bergantung kepada negara luar. Saya bimbang apa yang berlaku, apa yang sedang dilalui oleh MAS dari KL ke London melalui Syria dalam negara yang berkonflik. Jadi kalau kita bergantung kepada ICAO semata-mata, ATC di negara tersebut, saya bimbang bahawa mungkin takut nanti peristiwa seperti mana berlaku ke atas MH17 akan berulang. Jadi sebab itu, saya menyebut perkara ini supaya kita mengambil langkah ke hadapan, langkah yang lebih proaktif untuk tidak lagi bergantung kepada bergantung semata-mata kepada maklumat ICAO ataupun maklumat daripada pihak-pihak luar tetapi kita harus...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ada juga assessment kita yang sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengharapkan kepada pihak syarikat penerbangan MAS dan juga pihak kerajaan, saya cukup sedih kerana MAS kehilangan kakitangan mereka dengan satu jumlah yang agak besar daripada MH370 kemudian MH17 yang baru dilalui. Sudah tentu ini menjadikan rakan-rakan yang masih berkhidmat ini dalam keadaan yang tertekan. Saya percaya bahawa khususnya cabin crew ini yang dilihat mereka bekerja seperti mana sebuah keluarga. Sudah tentu bahawa kehilangan rakan-rakan mereka itu dirasai dengan penuh kesedihan, dengan penuh kepiluan...

final • 12:10 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Bangun]

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Dan saya mengharapkan syarikat penerbangan MAS dan pihak kerajaan dan semua pihak, perlu membantu mereka ini kerana dibimbangkan dalam melaksanakan kerja mereka ini tidak dapat memberikan fokus yang baik dan sudah tentu ini akan...

final • 12:10 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

....Menyebabkan hal yang tidak diingini boleh berlaku.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Masa sudah habis Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Disebabkan itu bagi saya, saya mengharapkan syarikat penerbangan MAS seharusnya menjaga kebajikan kepada pekerja- pekerja, kakitangan warga MAS seluruhnya khususnya kepada cabin crew ini supaya mereka akan merasa kepuasan bekerja, ketenangan bekerja dan sebagainya. Saya difahamkan bahawa kadang-kadangnya waktu rehat khususnya untuk cabin crew ini pun,

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

pilot sendiri pun saya difahamkan bahawa terlalu sedikit sehingga menyebabkan keletihan dan sebagainya. Jadi, ini juga harus diambil kira untuk memastikan kebajikan hidup mereka dan sebagainya.

Begitu juga saya mengharapkan bahawa keluhan-keluhan yang telah pun oleh pihak MAS selama ini, oleh pihak kakitangan bagaimana bonus yang sudah berapa lama tidak diberikan kepada kakitangan MAS. Saya haraplah bahawa syarikat harus mempertimbangkan bonus untuk mereka ini, untuk kakitangan ini dapat diberikan oleh pihak syarikat penerbangan. Sekurang-kurangnya, bukanlah ini untuk mengubat kesedihan mereka, kepiluan mereka tetapi bagi saya bahawa sesuatu yang boleh kita lakukan untuk memastikan jiwa mereka lebih tenang, itulah yang lebih bermakna untuk kita semua.

Kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dan kepada warga MAS khususnya cabin crew yang masih menjalankan tugas, saya ingin berpesan dengan satu potong ayat suci al-Quran daripada surah Al-Taubat, ayat 40 [Membacakan sepotong ayat al-Quran] “Jangan bersedih, jangan kamu berduka. Sesungguhnya Allah SWT bersama dengan kamu”. Allah SWT menyayangi mereka yang terkorban, Allah SWT menyayangi mereka yang hilang dalam MH370 dan Allah SWT menyayangi keluarga mereka dan Allah SWT menyayangi warga MAS, warga Penerbangan Malaysia (MAS) yang masih berkhidmat.

Tahniah dan kita doakan semoga rakan-rakan kita, pasukan yang dihantar oleh negara yang sedang berada di Ukraine juga akan diberikan kemudahan untuk menjalankan tugas dalam melaksanakan urusan-urusan tugas mereka di sana, insya-Allah. Moga-moga Allah SWT akan membantu, menolong dan mempercepatkan proses untuk membawa pulang jenazah mereka-mereka yang terkorban. Saya mohon menyokong.

[Tepuk]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 12:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili parti MCA ingin merakamkan ucapan takziah kepada semua yang terkorban dalam tragedi MH17 yang berlaku pada 17 Julai ini. Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memanggil sidang khas ini di mana kita dapat membincangkan tentang isu ini. Apa yang lebih penting ialah kita sebagai rakyat Malaysia tanpa fahaman politik, kita kena bersatu-padu.

Saya sangat sedih apabila berlakunya tragedi ini, apa yang terpapar dalam Facebook seolah-olah warganegara Malaysia yang mempunyai fahaman politik yang berlainan menganggap ini adalah satu kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan dan ada yang membuat kenyataan yang bukan-bukan. Saya sangat sedih. Saya dengar, saya meneliti ucapan Yang Berhormat Pokok Sena tadi, saya pun terkilan kerana selepas tragedi, semua jadi pakar.

Saya kebetulan pada hari kejadian telah dipanggil oleh Menteri Pengangkutan pergi ke KLIA bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan di situlah Yang Amat Berhormat bertungkus-lumus menghubungi pemimpin dunia untuk mendapatkan bantuan dan pada jam 4.45 pagi membuat sidang media. Kita sebenarnya melakukan yang terbaik untuk kita membantu mangsa-mangsa kejadian...

[Tepuk] Jadi Tuan Yang di-Pertua, di sini ada beberapa perkara yang ingin saya bawa. Dari segi pengurusan krisis yang melanda kita, bagaimana kita rakyat Malaysia ini menghadapi krisis ini? Berbanding dengan rakyat di Belanda, saya melihat sama ada kerajaan ataupun pembangkang, mereka bersatu-padu. Tidak ada mana-mana pihak yang menyalahkan kononnya Kerajaan Malaysia patut bertanggungjawab ataupun MAS tidak betul ataupun mereka menuding jari antara satu sama lain. Akan tetapi di Malaysia, saya sangat sedih di mana kita sebagai Ahli Parlimen, ahli keluarga kita pun boleh mengeluarkan kenyataan ‘Malaysia itu menggerunkan’, ‘terrible Malaysia’ dan disusuli pula kenyataan negara kita ini adalah kononnya teruk.

final • 12:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya rasa ini adalah satu kenyataan yang tidak patut dikeluarkan. Kalau dikeluarkan oleh rakyat biasa, kita boleh maafkan tetapi kita bersama-sama duduk di dalam Dewan yang mulia ini, tolonglah, kita kena memaklumkan kepada ahli keluarga kita supaya tidak melakukan perkara ini dan saya menganggap ini adalah satu perbuatan yang tidak betul. Ini memang daripada kenyataan sana dan saya mintalah pasangan kita kalau tidak boleh memberi simpati pun, tolong jangan kita bubuh garam di tempat yang luka. Itu yang pertama saya hendak beritahu.

Kedua, saya dengar Yang Berhormat Pokok Sena begitu ghairah membincangkan tentang ICAO, bagaimana tentang approve route ini. Saya hendak maklumkan, selepas kejadian ini, ada di kalangan kita Ahli Parlimen yang mempertikaikan kononnya Malaysia, kenapa MH hendak gunakan approve route ini. Untuk makluman, yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah terangkan begitu jelas sekali, selepas kejadian ataupun sebelum kejadian ini, tempat ini adalah yang diluluskan ICAO dan inilah satu badan antarabangsa yang menentukan dan meluluskan perjalanan ataupun approve route. Dalam konteks ini...

final • 12:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Nanti, saya tidak ada masa. Biar saya bercerita sedikit.

final • 12:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sedikit, sedikit sahaja.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Biar saya habis dulu. Duduk, duduk.

final • 12:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ianya jelas ICAO salah.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Kalau ada masa, saya bagi laluan.

final • 12:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

They were mistaken.

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

They were mistaken. It is not safe. Ia tidak selamat. Mereka melakukan satu kesilapan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Ayer Hitam dah bagi jalan ya.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, inilah perangai Ahli Parlimen kita di sebelah sana khususnya Yang Berhormat Shah Alam. Saya belum habis cakap apa yang berlaku. Saya cuma hendak beritahu, approve route ini adalah ditentukan oleh ICAO.

Inilah badan yang menentukan perjalanan kita, bukan boleh kita buat sewenang- wenangnya. Kenapa Syarikat Penerbangan Asia Pasifik menggunakan penerbangan ini dan salah satu yang tidak guna adalah China Airlines tidak menggunakan approve route ini kerana kedudukan Taipei tidak perlu turun ke bawah dan naik semula. Itu sahaja. Ia ada route yang lain. Kenapa penerbangan dalam domestik China kalau dia hendak terbang ke Eropah tidak gunakan tempat ini? Senang sahaja, dia tidak akan turun ke bawah Himalaya dan naik balik. Itulah sebabnya, untuk mencari perjalanan ataupun route yang terbaik, ini adalah tanggungjawab ICAO.

Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, sebenarnya apa yang dilakukan oleh MH17 ini memanglah mengikut protokol yang telah ditentukan. Tiada distress call yang dibuat oleh pilot ini, tidak pernah. Apa yang diterangkan oleh ICAO ini, sebenarnya dia kata safety ini aspek lain kerana dia akan memaklumkan di mana approve route dan setiap control tower akan mengawal dari stretch ini ke sana... [Sambil membuat gaya tangan] Dan selepas satu negara, dia akan serahkan kepada UTC yang lain. Jadi inilah yang dimaksudkan safety aspect adalah mengikut setiap kerat perjalanan yang telah dibuat oleh pesawat. Jadi saya rasa kita jangan putar belit.

Saya melihat salah satu portal, 420 komen kutuk Kerajaan Malaysia, kutuk MH. Itu memang tidak pernah sokong kerajaanlah portal itu tetapi saya melihat perkara ini ialah satu perkara yang kita mengambil kesempatan selepas tragedi ini berlaku.

Kepada Yang Berhormat Taiping, kawan saya juga. Saya mintalah tolong, kalaulah perkara ini Yang Berhormat mempertahankan kononnya MH melakukan sesuatu yang tidak betul, menggunakan fakta tetap mempertahankan apa yang dibuat oleh FAA bahawa tempat ini bukanlah satu approve route, saya rasa ini adalah perkara yang memang

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

mengelirukan rakyat Malaysia. Saya rasa dalam soal ini, saya haraplah Yang Berhormat selepas ini tidak ada kenyataan seperti Yang Berhormat Pokok Sena menyalahkan kononnya ini tidak boleh pakai.

Kalau kita tahu macam mana hendak terbang, saya hendak beritahu Yang Berhormat, dari sini Kuala Lumpur hendak terbang ke London mesti melalui tiga route.

Yang pertama, apa yang berlaku pada MH17. Kedua, melalui Syria dan ketiga adalah melalui Iraq. Ketiga-tiga tempat adalah dikawal oleh ICAO dan adakah kita terus tidak pergi ataupun ada menggunakan kenyataan contoh kita gunakan penerbangan Qantas, kenapa tidak gunakan perjalanan yang dikatakan selamat itu. Saya hendak maklumkan bahawa ia ada route yang lain yang lebih dekat. Jadi saya rasa setiap penerbangan ada alternatif tetapi akan menggunakan yang optimum sekiranya dalam keadaan biasa. Jadi saya rasa kita jangan keliru.

Saya juga terkilan apabila pihak pembangkang kadangkala- Hari itu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menziarahi keluarga mangsa. Saya terkilan ada kenyataan seperti, “Kenapa TPM tidak pergi ke Ukraine?” Saya hendak maklumkan, sebenarnya kita dah baca dalam surat khabar, Menteri Luar pergi ke sana, Menteri Pengangkutan pergi ke sana dan mereka masing-masing berjumpa dengan rakan sejawatannya. Sebagai contoh, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, ketika kejadian, beliau baru sampai di Beijing untuk selesaikan urusan MH370 tetapi dalam Facebook macam-macam Presiden saya kena, seolah-olah lari ke Beijing. Selepas itu dia balik ke sini...

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya belum habis.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Selepas kejadian, dia balik ke KLIA pada jam 7.40 terus menguruskan perkara ini. Pada 20 hari bulan, dia terus dihantar ke Ukraine untuk menyelesaikan masalah ini dan berjumpa dengan pelbagai pihak, berjumpa dengan Head of Commission untuk selesaikan krisis ini. Menteri Luar pula terus berjumpa dengan Menteri Luar di sana dan kedua-dua menteri berjumpa dengan Presiden Ukraine hendak selesaikan masalah ini. Di sini di Putrajaya pula, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berurusan dengan, seperti mana yang diperihalkan oleh Yang Amat Berhormat, satu perkara yang telah mendatangkan hasil.

Jadi di sini saya pun ingin menarik perhatian Twitter yang telah dikeluarkan oleh Yang Berhormat Pandan. Selepas Yang Amat Berhormat mencapai kejayaan untuk mendapatkan black box, apa kata Yang Berhormat Pandan? “Jangan guna duit rakyat untuk rasuah militan Ukraine serah kotak hitam”.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Apa yang saya hendak katakan di sini, apabila sesuatu kejayaan itu telah dicapai, kita sebagai rakyat Malaysia patut bersyukur.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Apa yang patut ialah kita melihat bila – Apakah peranan kita untuk membantu...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Belum lagi boleh. Nanti boleh berucap.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Point of order, point of order. [Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat hendak bertaubat selepas ini pun boleh tidak ada masalah. Buatlah bidas sidang media seperti biasa Yang Berhormat buat ya.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Point of order.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Point of order yang mana, Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang mana satu?

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Point of order 36(12). Itu adalah mengelirukan Dewan kerana itu adalah satu tweet yang palsu yang saya akan buat laporan polis. Sangkaan jahat. Jadi minta supaya Yang Berhormat Menteri lain kali berhati-hati.

Jangan terperangkap dengan fitnah-fitnah sebegini dan tarik balik dalam Dewan ini.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Tarik balik, tarik balik.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tarik balik ya.

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat. Sebentar, Yang Berhormat. Dia point of order. It’s on point of order dan saya minta Yang Berhormat untuk perjelaskan statement itu ya.

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya ambil daripada apa yang telah dipaparkan.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Kalau Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat...

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tarik balik, tarik balik.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya.

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat ada hak untuk menafikan di luar.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Saya telah pun menafikan, okey.

final • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Minta maaf dan tarik balik sudahlah.

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Laporan polis dan laporan kepada MCMC.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Saya akan buat laporan polis. Jadi minta Yang Berhormat Menteri tarik balik. Okey?

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Ahli- ahli Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, saya nasihatkan gunakan saluran yang ada. Jumpa dengan MCMC dan laporan polis dibuat. Itu sahaja. Okey? [Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tarik balik dahulu!

final • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tarik balik!

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Yang Berhormat Menteri tarik balik dahulu. Tarik balik.

final • 12:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Takut! Buat tuduhan tapi takut tarik balik.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Pandan. Yang Berhormat Pandan.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Ini kerana itu mengelirukan Dewan, berniat jahat dan mengambil kesempatan untuk tujuan politik. Tarik balik dahulu dalam Dewan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pandan!

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Di mana maruah Yang Berhormat Ayer Hitam?

Tarik balik kenyataan palsu.

final • 12:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tadi kata jangan percaya kepada portal tetapi dia percaya pula.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Pandan, kuasa untuk meminta seorang ahli tarik balik selepas point of order, Speaker yang buat bukan Yang Berhormat buat.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Jadi Speaker, minta supaya Speaker nasihatkan tarik balik.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat tidak mahu dengar apa yang saya hendak cakapkan. Yang ini pun salah tidak mahu dengar Speaker pun salah.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Tuan Yang di-Pertua, kalau betullah Yang Berhormat Pandan cakap macam itu, kenapa dia tidak cakap dekat luar?

Kenapa cakap dalam Dewan?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Kenapa baru kita cakap dia hendak jawab? Kenapa cakap dalam Dewan? Cakap dekat luar Dewan.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Saya sudah cakap di luar pukul 6 pagi selepas subuh hari ini dan sudah keluarkan kenyataan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Yang Berhormat Pandan pengecut!

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pandan.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Kenyataan sudah dikeluarkan lebih awal dan penerangan telah dibuat lebih awal. Kenapa Yang Berhormat Menteri selepas penerangan dibuat, masih lagi menggunakan maklumat yang salah itu untuk mengelirukan Dewan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat teruskan Yang Berhormat ya.

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Okey, Tuan Yang di-Pertua. Seperkara lagi apa yang patut kita tumpukan perhatian ialah bagaimana mayat-mayat tersebut sepatutnya dihantar balik ke Malaysia dalam tempoh terdekat.

final • 12:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Dalam konteks ini saya difahamkan...

final • 12:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Pandan sudah sahkan bahawa tweet itu tidak betul.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak apalah Yang Berhormat. Itu, ya.

final • 12:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Jadi sekarang Yang Berhormat Menteri tahu tweet itu tidak betul. Dengan fakta baru itu patut dia tarik balik itu. Itu sahaja. Itulah patutnya arahan yang dikeluarkan sebab sekarang dia tahu tweet itu tidak betul. Sudah disahkan.

So dia tahu itu, dia patut tarik balik itu.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Masalah Yang Berhormat Pandan ini, dia point of order tetapi tidak dengar Speaker. Dia tidak dengar Speaker dan dia tidak bagi peluang kepada Speaker untuk buat keputusan. Oleh sebab itu saya kata tadi saya minta Yang Berhormat Ayer Hitam untuk teruskan ucapan.

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Itulah keputusan saya.

Saya minta Yang Berhormat Ayer Hitam untuk teruskan ucapannya.

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua. Saya mohon kerana ini soal Dewan dan ini soal menyalahgunakan strategi untuk...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, if you serious untuk point of order, you mesti serius point of order semua.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Yalah saya serius supaya Speaker buat keputusan. Itu satu fitnah yang besar.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Terhadap Speaker.

Speaker bila bercakap, look at this. That means you are selective on point of order. You are not serious.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Kenapa susah sangat Speaker untuk minta tarik balik sesuatu fitnah yang besar bulan Ramadan ini.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Saya sudah buat keputusan.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Nasihat sahajalah.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak ada isu terhadap perkara 36(12) kepada enam yang dikemukakan dan saya minta Yang Berhormat untuk teruskan.

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini saya menganggap bahawa apa yang telah dibuat oleh Ahli Parlimen yang lain tadi memang sahihlah dan saya berharap mereka juga mengambil tindakan. Kalau itu tidak betul, terangkan kepada media. Kalau betul, bertaubatlah.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Kedua, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Tuan Yang di-Pertua, minta bertaubat!

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, point of order. Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Kalau pihak SIA melalui...

final • 12:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Menteri pun kena bertaubat!

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu taubat kena taubat nasuha.

final • 12:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Menteri pun kena bertaubat!

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, tidak.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, point of order mana, Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tidak, tidak. Selepas kejadian...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, point of order Yang Berhormat. Point of order Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Selepas kejadian SIA.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Ayer Hitam, point of order. Ya, point of order mana Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Peraturan Mesyuarat 36(12) lagi.

Saya hendak kata. Dengar dulu.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Saya sudah buat keputusan terhadap itu, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini lain. Lain. Saya hendak kata begini.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Kes mana. Kes mana, Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya hendak kata bahawa memandangkan tidak ada lagi penarikan balik daripada Yang Berhormat Menteri, jadi saya

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

mengatakan bahawa apakah rekod dalam Hansard ini menunjukkan satu tuduhan jahat telah dikemukakan. Jadi saya minta supaya Tuan Yang di-Pertua membuat satu keputusan berdasarkan apa yang dia cakap itu tidak ditarik balik. Mesti ada. Ini kerana Speaker adalah seorang yang mesti tidak membenarkan mana-mana pihak membuat satu tuduhan yang tanpa bukti dan tuduhan palsu. Parlimen tidak boleh dibenarkan membiarkan apa-apa kenyataan palsu berlalu tanpa ada keputusan daripada pihak Speaker.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, cukup Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini saya minta supaya satu keputusan dibuat.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Saya sudah buat keputusan. Minta diam, Yang Berhormat. Yang Berhormat Pandan buat Peraturan Mesyuarat 36(12). Kemudian – untuk merujuk Peraturan Mesyuarat 36(12). Peraturan Mesyuarat 36(12). Saya buat keputusan tadi berdasarkan kepada apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam. Seperti yang diminta oleh Yang Berhormat Pandan, sekiranya benar-benar akaun itu adalah akaun palsu, dia harus membuat kenyataan sebelum ini.

Oleh sebab itu keputusan saya untuk meminta agar Yang Berhormat Ayer Hitam meneruskan perbahasan dan tidak menyentuh kembali kepada isu yang dibangkitkan. Itu keputusan saya.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Akan tetapi dalam Hansard, still tuduhan itu wujud. Ia mesti dipadam jika tidak betul. Tidak boleh!

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak apalah Yang Berhormat. Yang Berhormat Pandan sudah buat penjelasan dan selepas ini dia akan buat laporan polis terhadap itu. Tidak apalah, ya.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Macam mana dengan Hansard?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sebab itu saya minta teruskan dan tidak menyentuh balik. Itu keputusan saya untuk tidak menyentuh semula isu yang dibahaskan itu.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Jadi adakah Speaker membenarkan tuduhan itu terus ada dalam Hansard. Ini tidak betul!

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, akan tetapi dia sentuh balik.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak ada. Saya sudah minta.

final • 12:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Dia kata maka dengan ini saya ambil keputusan adalah sahih. Dia sentuh balik! He repeats...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Kalau dia sentuh balik, saya akan tegur dia semula, Yang Berhormat ya. Tidak apalah.

final • 12:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Dia sentuh balik. Dia kata ia sahih!

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak apalah ya.

Teruskan.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Menyampuk]

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Menyampuk]

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih. Saya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Speaker. Biar saya teruskan.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sultan pun dia tidak hormat!

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Be gentleman. Tarik balik. Minta maaf, minta maaf.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Ayer Hitam. Teruskan Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 12:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Mintalah dia tarik balik.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Saya sudah buat keputusan, Yang Berhormat. Tidak payahlah.

final • 12:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Very simple!

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya hormati keputusan yang telah dibuat oleh Speaker. Saya juga mengambil maklum penerangan atau penjelasan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Pandan. Saya menghormati juga badan-badan berwajib untuk melakukan siasatan tentang kesahihan yang dibuat itu. Saya tidak akan menyentuh tentang perkara itu.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya, saya ingin membawa satu perkara di mana selepas kejadian ini, pihak SIA melalui Twitternya telah mengatakan we are not using that group dan selepas itu telah mendapat macam-macam desakan dan kritikan daripada rakyat Malaysia dan rakyat luar. Mereka juga menganggap ini ialah kenyataan yang tidak patut dikeluarkan oleh SIA. Selepas beberapa hari, mereka juga memohon maaf di atas ketidaksensitifan ataupun tidak sensitif sangat dengan apa yang berlaku kepada tragedi MH17.

Jadi saya mengatakan di sini bahawa jangan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengutuk sesiapa. Jadi apabila kita membuat satu kenyataan, biarlah perasaan keluarga mangsa itu dijaga. Dalam perkara ini saya rasa Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri sedang berada di Amsterdam untuk berjumpa. Malam tadi mereka berjumpa dengan Perdana Menteri dan saya rasa ini satu perkembangan di mana mereka hendak mempercepatkan membawa balik mayat-mayat rakyat Malaysia ini. Jadi kita seharusnya bersyukur.

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya memang setuju dengan kenyataan Yang Amat Berhormat, kita mengutuk sekeras-kerasnya mana-mana negara ataupun mana-mana pihak yang melakukan keganasan dan menembak jatuh pesawat kita. Kita kena membawa mereka ke muka pengadilan dan sebab itulah apa yang telah direncanakan oleh Yang Amat Berhormat khususnya melalui sidang khas ini, kita memang sokong dan kita harus menggunakan saluran ini menyampaikan apa jua maklumat yang betul kepada rakyat, pada waktu yang sama seperti mana yang kita pernah ambil pendirian terhadap isu Israel, pencerobohan Israel terhadap Semenanjung Gaza yang pernah kita lakukan satu sidang khas. Kali ini saya berharap rakyat Malaysia khususnya wakil rakyat dari kedua-dua pihak, kita dapat sokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat di atas segala usaha yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat untuk mengendalikan perkara ini. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya kena tunggu bangun untuk panggil Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua di atas ruang yang diberikan dan saya berdiri bagi pihak Parti Keadilan Rakyat dan seluruh keluarga daripada Pakatan Rakyat untuk bersama-sama mendukung usul yang dibawa hari ini. Tentunya kalaupun kita mulakan dengan ucapan takziah secara peribadi kepada Yang Berhormat Perdana Menteri juga di atas kehilangan peribadi beliau termasuk juga dengan semua mereka yang telah terkorban dalam serangan ini. Saya juga di sini ingin menyatakan terima kasih kepada Perdana Menteri dan saya berharap agar semua, bukan saja mereka dipilih untuk berbahas pada pagi ini tetapi mereka lain daripada pihak Barisan Nasional dapat memahami dan to exercise, dengan izin, some magnanimity. Oleh kerana dalam hal ini bila kita bercakap tentang isu yang membabitkan satu tragedi serangan terhadap negara kita, bukan soal pertikaian politik dan sebagainya tetapi soal serangan

final • 12:41 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

terhadap negara kita. Maka saya berharap apa bentuk maklum balas yang diberikan itu diterima dengan baik, insya-Allah.

Saya juga di sini Tuan Yang di-Pertua, ingin pergi kepada isu yang disebut oleh Perdana Menteri berkaitan dengan siasatan. Kita sedar ketika ini hanya 200 mangsa yang telah dihantar ke kawasan yang ditetapkan tetapi ada banyak lagi mereka yang terkorban belum lagi dijumpai. Kerana itu, perlu atau penting bagi kerjasama yang merentasi bukan sahaja Kerajaan Malaysia tetapi juga badan-badan yang berkait dengan, kalau di sini disebut dengan izin, The Dutch Safety Board Resources. Mereka juga telah menghantar bukan sahaja dari segi agensi-agensi lain tetapi yang paling penting untuk mengatur siasatan disebut di sini dalam berita terbaru, di Kiev ya, untuk melakukan kerja-kerja pendakwaan. Saya di sini ingin menyatakan supaya Perdana Menteri memberikan sedikit perincian ataupun kerajaan memberikan sedikit perincian dari segi siasatan yang hendak kita langsungkan ini, adakah akan merentasi kerjasama antara negara kita dan negara Netherlands ataupun negara-negara lain dan ataupun adakah ianya akan dibuat, dirangkumkan menerusi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu?

Penting untuk mengenal pasti kerana setakat ini benar, Malaysia alhamdulillah telah menunjukkan bahawa kita tidak tunduk dengan mana-mana negara, kuasa yang besar dan kerana itu walaupun ini tindakan yang baik, pada masa yang sama kita juga harus jelas dengan apakah tindakan seterusnya. Sama ada kerajaan telah mengutuskan ataupun akan menghantar pihak Peguam Negara bersama dengan mereka yang bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan? Perlu diingat juga, saya tahu Yang Berhormat Bagan tadi menyebut tentang serangan pada Amerika Syarikat terhadap Iran Air. Mereka menggunakan saluran bukan International Criminal Court (ICC) kerana harus kita kenal pasti bahawa Malaysia, Ukraine, Rusia semua, bukan lah mereka yang meratifikasi ICC tetapi mereka telah mengemukakan dakwaan setelah Iran Air diserang tahun 1988 menerusi International Court of Justice atau Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Perlu kita juga ingat ketika itu pendirian atau the stand of America, dengan izin, amat bukan saja defensif tetapi angkuh. Saya mendapat kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat ketika itu, mereka tidak akan sekali-kali memohon maaf walaupun insiden itu mengorbankan nyawa warga Iran dan dikatakan there is no way America would ever apologize for America behalf. Pada saya, laluan yang diambil ketika itu memberi kita sedikit panduan apakah yang akan kita buat dalam jangka masa pendek dan panjang. Pertama, adakah kerajaan akan mengambil kira keperluan untuk membawa kes ini kepada International Court of Justice, itu satu. Satu possibility yang boleh kita ambil bila kita melangkah ke depan.

Keduanya kerana ini juga berkait dengan Gaza dan saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri kerana pada saya, saya mohon peringkat awal bersama Ahli Parlimen Kluang dan juga Ahli Parlimen Shah Alam untuk kita sama-sama memuatkan satu usul khas juga oleh Perdana Menteri yang mengutuk, mengecam pembunuhan yang sedang berlaku di saat ini di Gaza. Jadi, perlu kita ingat keputusan kita untuk menyertai ICC dan meratifikasi Rome Statute ini akan boleh kita guna pakai dalam merancang gerakan seterusnya sama ada dari segi kes MH17. Bukan mudah, walaupun ada pendapat yang menyatakan kalaupun kita bukan anggota ICC, Malaysian Bar Council Human Right Committee, co-chair. Dengan izin, Andrew Khoo menyatakan ada kemungkinan mereka yang bukan anggota ICC dapat membawa kes di bawah seksyen artikel 8(2)(b)(ii), war crime of attacking of civilian objects ataupun di bawah frasa yang sama, “war crime of killing or wounding a person hors de combat or war crime of murder.” Jadi, pada saya ini adalah pandangan-pandangan yang saya harap pihak Peguam Negara dapat teliti dan kami anggota-anggota Parlimen di peringkat Pakatan Rakyat juga mengalu-alukan sebarang sesi makluman. Sebelumnya MH370 ada sesi berasingan. Saya harap bila kita ke depan dalam semangat yang sama, kita mahu disebut bersatu dalam hal ini maka maklum balas dan setiap penjelasan itu diberikan secara bersama.

final • 12:41 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat, bertanya sedikit.

final • 12:41 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 12:41 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Silakan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Katil. Terima kasih.

final • 12:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Bukit.

final • 12:41 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya Yang Berhormat Lembah Pantai berkaitan tentang ke depan ini. Kita dimaklumkan bahawa para pendakwa raya daripada Netherlands telah pun datang ke Ukraine dan sedang membuat beberapa penelitian agar dakwaan pembunuhan boleh dilakukan kepada mereka yang terlibat di dalam kejadian ini. Ini adalah susulan kerana ada satu pindaan kepada undang-undang Belanda, amendment to the Dutch law dua tahun yang lalu dengan izin Tuan Yang di-Pertua, di mana, “Anyone suspected of killing Dutch a citizen even on foreign soil can be prosecuted by the countries authorities.” Apakah Yang Berhormat Lembah Pantai bersetuju kalau Peguam Negara meneliti juga aspek ini agar perkara-perkara susulan selepas ini dapat kita ambil tindakan yang tegas kerana ini merupakan mass killing yang berlaku terhadap warga negara kita.

Terima kasih.

final • 12:41 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Lembah Pantai sedikit.

final • 12:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, hendak bagi kah?

final • 12:41 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Silakan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat.

final • 12:41 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih. Saya juga ingin menyahut Yang Berhormat Lembah Pantai bahawa sebenarnya Malaysia akan cuba mendapat sokongan untuk menyandang sebagai salah satu ahli dalam United Nations Security Council atau Majlis Keselamatan PBB. Maka kita haruslah moving forward. Saya ingin mencadangkan kepada Perdana Menteri bahawa haruslah kita lobi dengan United Nations Security Council itu untuk buat siasatan dan mengarahkan International Criminal Court (ICC) untuk menyiasat di bawah prosecutor mereka kerana Majlis Keselamatan mempunyai kuasa mengarahkan ICC untuk membuat siasatan.

final • 12:41 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya rasa itu adalah salah satu the way forward. Saya juga jangkakan kalau kita tengok experience daripada Korean Air dan juga Iran Air yang mengambil masa berpuluh tahun. Maka saya pun ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa adakan satu bipartisan committee untuk move forward. Maksudnya untuk monitor perkembangan. Saya tidak mahu kita hanya rasa concern pada peringkat awal, tetapi apabila masalah diplomatik, international birokrasi atau sebab oleh Cold War antara negara Barat dan negara Rusia dan kita terpaksa give up eventually.

Last sekali saya ingin merakamkan takziah kepada keluarga Nor Shazana Mohd Salleh dari Bayan Baru dan semua mangsa yang terkorban dalam MH17. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru, terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua juga. Saya bersetuju kerana itu saya menanyakan apabila kita bercakap atau kita mendengar perutusan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi, bercakap tentang isu further investigation, dengan izin ataupun siasatan seterusnya. Adakah kita akan mengadakan kerjasama terus dengan pendakwa raya di Netherlands yang sekarang berada di Ukraine kerana kita harus faham. Itu berkait dengan undang-undang dalam negara mereka sendiri. Apabila bercakap tentang peringkat antarabangsa, kita sedang berurusan dengan negara seperti Rusia, Ukraine, bercakap tentang rakan pemisah. Kalau ikutkan saya, saya sebut terrorist.

Akan tetapi benar kerana untuk mengenal pasti pihak-pihak yang begitu banyak yang berkait dalam tragedi ini. Kalau kita mengambil keputusan untuk pergi sahaja mengikut saluran Mahkamah Jenayah Antarabangsa, International Court of Justice, perlu diingatkan dalam kes yang berlaku tahun 1998 serangan terhadap Iran Air, kesalahan itu jelas Tuan Yang di-Pertua. Maksudnya sehingga dibawa ke peringkat United Nations Security Council Yang Berhormat Bayan Baru sebut tadi, sampai ketika itu the US then Vice President George Bush menyatakan krew yang menyerang itu harus dibela kerana mereka telah melakukan apa yang terbaik dalam keadaan tersebut.

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Maksudnya mereka telah salah anggap pesawat tersebut sebagai pesawat military bukannya pesawat yang membawa penumpang biasa rakyat tidak berdosa. Jadi pada saya memang mereka menggunakan laluan itu, Iran bawa ke peringkat atasan International Court of Justice dan akhirnya Amerika Syarikat membayar sebanyak USD61.8 juta.

Akan tetapi bayaran itu, pampasan itu saya bawakan perjanjiannya. Akhirnya melepaskan Amerika Syarikat kerana dibawa selepas bayaran dilangsungkan tetapi Amerika tidak pernah on record menyatakan mereka melakukan kesalahan. Jadi pada saya apa yang berlaku ketika itu kita harus ambil maklum dan memang di sinilah keputusan yang kita akan ambil ini walaupun saya bersetuju, kita boleh lalu menggunakan International Court of Justice dan pada masa yang sama kita juga harus ingat. Bercakap tentang ICC apakah implikasi dan apakah mekanisme yang kita boleh pakai seterusnya.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan. Sedikit, two minutes.

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Silakan.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih. Pandangan Yang Berhormat mengenai International Criminal Court. Yang Berhormat Padang Rengas pun berada di sini President of Parliament for Global Action Malaysia. Yang Berhormat sebenarnya pada tahun 2011, Kabinet Malaysia telah menyatakan bahawa kita akan menjadi seorang anggota dengan ICC. Akan tetapi sehingga kini assertion kepada ICC tidak dibuat. Satu peluang, actually is golden opportunity yang kita telah hilang. Although the international level kita telah memberi komitmen kita. Salah satu perkara adalah seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai mengenai war crime dan sebagainya. Sepatutnya sebagai satu negara state party pada masa ini, we could not refute and use the mechanism expertise oleh ICC. Saya rasa adakah Yang Berhormat Lembah Pantai bersetuju bahawa kelambatan dan kegagalan Malaysia untuk menjadi anggota ICC telah rob our opportunity to refer this matter for international liberation investigation.

final • 12:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Lembah Pantai, satu penjelasan.

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Silakan Yang Berhormat Klang.

Cepat sedikit ya, saya ada isu.

final • 12:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Satu minit. Saya hendak balik kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat mengenai war crimes. Sebenarnya negara Belanda telah mulakan penyiasatan war crimes dan mereka tidak menggunakan ICC ataupun ICJ, tetapi mereka menggunakan the law on international crimes. Satu lagi saluran untuk mendapat justice untuk MH17. Apakah cadangan Yang Berhormat Kerajaan Malaysia menyokong proses ini dan apakah cara Kerajaan Malaysia mesti menggunakan untuk support proses ini? Minta pandangan.

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Klang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini isu yang memang penting yang dibangkitkan oleh kedua-dua Ahli Parlimen. Kerana itulah saya katakan bab kesinambungan. Dari segi konsistensi, apakah yang telah kita laksanakan sebelumnya yang akan memberi impak kepada keputusan-keputusan kita ke hadapan. Bercakap tentang peninggalan ataupun khazanah ZOPFAN yang sering menjadi sebahagian daripada identiti kita yang memberikan kita kekuatan dalam kita berhadapan dengan Rusia dan juga Amerika Syarikat dan sedikit panduan bagaimana untuk mengatur langkah-langkah kita. Akan tetapi saya sebenarnya agak partisan kepada kita menganggotai ICC. Kerana kalau kita sudah mulakan gerakan ke arah itu, maka kita harus fikir bagaimana untuk selesaikan bertitik tolak daripada perbincangan dan juga usul yang dibahaskan pada hari ini. Inilah yang disebutkan golden opportunity, peluang keemasan. Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Lembah Pantai....

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Ya, pendekkan. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Lembah Pantai tadi bercakap mengenai pampasan yang saya kira mengambil masa ataupun proses yang panjang untuk kita selesaikan. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Lembah Pantai, adakah Yang Berhormat Lembah Pantai boleh bersetuju isu mengenai basic travel insurance policies yang juga menjadi suatu perdebatan pada hari ini apabila passengers yang ada dalam MH17 yang terlibat dalam kes ini

final • 12:50 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

dikatakan travel insurance policy ini tidak cover kepada terrorism dan juga war. Adakah Yang Berhormat Lembah Pantai boleh bersetuju kita minta Peguam Negara mengkaji aspek perundangan dalam perkara ini dan ini merupakan kepentingan kepada keluarga mangsa itu sendiri.

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih. Saya rasa satu cadangan yang baik Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin menyatakan kita tidak cukup, pada saya pendirian kita tidak cukup dengan mendapatkan pampasan. Ini isu serangan yang memang zalim, kejam dan kita harus pastikan mereka yang bertanggungjawab itu dihadapkan ke muka pengadilan.

Berbalik kepada ICC, sesiapa negara yang menjadi anggota ICC hanya boleh melakukan pendakwaan menggunakan mekanisme itu 60 hari setelah menganggotai ICC.

Jadi pada saya, saya berikan cadangan dan saya harap kerajaan dapat mengambil kira kerana kita tidak boleh melihat kepada isu jangka masa pendek tetapi apakah mekanisme lain yang kita boleh gunakan ke hadapan?

Apabila bercakap tentang isu Gaza Tuan Yang di-Pertua. Isu Gaza, Malaysia ini mempunyai the moral position dengan izin. Ini kerana kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel dan kita adalah negara yang paling awal menyatakan sokongan kepada Palestin dan kerana itulah saya rasakan apabila kita telah menyebut berkali-kali pendirian kita sekarang ini dengan lebih 600, kebanyakannya 75% wanita, anak-anak kecil sampai bayi yang baru lahir dibunuh dengan begitu rupa sampai disebut akan menggunakan perkataan genocide yang sedang berlaku di Gaza. Bukan soal peperangan. Isunya alasan tiga anak muda remaja Yahudi yang dikaitkan dengan Hamas tanpa bukti. Sehingga kini yang meninggal dunia, dibunuh tanpa perikemanusiaan adalah warga Gaza.

Jadi saya ingin sebutkan di sini apa? Menggunakan rangka ICC, kembali kepada mekanisme itu maka akan membantu Malaysia untuk memulakan proses. Walaupun Palestin dan Israel kedua-duanya Israel itu negara terrorist bukanlah anggota dari ICC, tetapi Palestin sudah mulakan langkah ke arah itu. Jadi pada saya penting untuk kita melihat apakah yang boleh kita lakukan apabila kita mengambil keputusan untuk menganggotai ICC. Itu satu.

Kedua, saya hendak membangkitkan di sini juga walaupun saya berikan sokongan sepenuhnya dengan cara kita mengecam pembunuhan oleh Israel, kita juga harus sedar bahawa Malaysia adalah pada tahun 2010 merupakan rakan dagang Israel yang ke-15 terbesar. Jadi pada saya peringkat ini saya mahu berikan cadangan, kita tamatkan, hentikan apa-apa sebarang bentuk hubungan dagangan dengan Israel. Ini kerana pada saya apabila bercakap tentang impak ekonomi, we talk about economic sanction, dengan izin Iran itu dikenakan pelbagai tekanan. Maka ini sebab yang terbaik, cara yang terbaik untuk Malaysia menunjukkan our result, our firm commitment, kita mula tidak ada hubungan diplomatik, okey. Akan tetapi hubungan dagangan itu juga sesuatu yang kita harus hentikan serta-merta untuk memastikan gencatan senjata itu peringkat awal tetapi harus juga didukung dengan peringkat akhirnya.

Saya ada beberapa poin lagi Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sudah habis masa ya.

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Sudah habis masa? Saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita mendukung dan dapat menggunakan ruang ini untuk merancang dan melaksanakan agenda kita seterusnya yang lebih besar yang harus kita laksanakan, bukan sahaja dari segi MH17 tetapi juga masa hadapan anak- anak yang terbunuh di Gaza, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Keningau akan mula petang nanti Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan ini ditangguhkan hingga jam 2.30 petang.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.01 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat.****]

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Dijemput Yang Berhormat Keningau. Yang Berhormat, setelah diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua sebelah petang sepuluh minit setiap pembahas. Sila.

final • 2:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pertama dan terlebih dahulu saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga sanak-saudara dan kenalan mangsa-mangsa MH17 khususnya mereka di kalangan rakyat Malaysia dan juga warganegara lain amnya. Tiada kata-kata yang dapat mengubati remuknya hati keluarga dan orang-orang kesayangan mangsa-mangsa tragedi sedih ini. Semoga doa ikhlas dapat sedikit sebanyak dapat menenteramkan hati mereka yang pilu dan sedih ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya mewakili Parti Bersatu Sabah (PBS) ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak kerana amat prihatin terhadap tragedi nahas MH17 dengan mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat pada hari ini untuk membentang usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan yang membawa kepada peristiwa yang amat memilukan ini. Dalam pada itu sidang tergempar di Dewan yang mulia ini bukan hanya untuk melahirkan rasa simpati semata-mata oleh kerana peristiwa ini bukan satu kemalangan atau accident, dengan izin. Kejadian ini sebenarnya adalah satu perbuatan terkutuk, kejam, zalim, tidak berperikemanusiaan dan tindakan keganasan yang tidak sepatutnya berlaku terhadap orang awam yang tidak berdosa.

PBS juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana dengan cara kepimpinan beliau, beliau telah berjaya merungkai kesulitan dalam mendapatkan dua kotak hitam pesawat MH17 dan yang paling penting jenazah-jenazah mangsa yang semalam sudah dibenarkan untuk dihantar ke Kharkiv dan seterusnya ke Amsterdam diiringi oleh enam anggota pasukan penyelamat Malaysia. Kerjasama yang tercapai ini bukannya mudah kerana ia melibatkan negara Ukraine yang dalam konflik serta melibatkan pihak pemisah pro Rusia. Malah ia gagal dicapai oleh kuasa-kuasa besar lain tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita berjaya mencapai persetujuan daripada pihak pemisah pro Rusia ini melalui rundingan diplomatik. Kita mendesak kepada pihak pemisah pro Rusia supaya kali ini benar-benar menunaikan janjinya untuk membenarkan pasukan penyiasat antarabangsa untuk memasuki kawasan nahas demi untuk melakukan siasatan penuh terhadap tragedi MH17 agar kita akan ketahui kenapa tragedi itu berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, PBS juga mengutuk tindakan yang telah membawa kepada penembakan pesawat negara dan kehilangan 298 nyawa yang tidak berdosa dalam konflik di Ukraine ini. Inilah kekejaman politik dunia. Walau apapun alasan yang diberikan oleh pihak-pihak yang terlibat tindakan menembak peluru berpandu terhadap kapal terbang penumpang awam milik Malaysia adalah satu perbuatan yang amat keji yang sukar untuk dimaafkan. Yang kita kesal adalah di mana pihak yang bertanggungjawab tidak mengaku bersalah tetapi menuding jari kepada pihak yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, bayangkanlah bagaimana perasaan penderitaan ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat mangsa yang melihat gambar-gambar jenazah. Sehingga hari ini keluarga mangsa masih tidak mendapat kembali jenazah-jenazah mangsa yang terdiri daripada lelaki, wanita, ibu, bapa dan 83 kanak-kanak termasuk rakyat Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, PBS menyokong agar Dewan yang mulia ini meluluskan usul untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kumpulan pemberontak atas tindakan kejam mereka menembak jatuh pesawat awam MH17 milik Malaysia yang mengorbankan 298 nyawa manusia yang tidak bersalah. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini supaya memastikan Kerajaan Malaysia membawa isu ini ke peringkat antarabangsa untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab dengan pembunuhan yang kejam ini dibawa ke muka pengadilan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa

final • 2:32 PM

Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau

Bersatu tidak boleh hanya sekadar meluluskan usul tetapi benar-benar melaksanakan tindakan iaitu walk the talk dengan izin.

final • 2:32 PM

Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau

Jangan pula Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hanya membuat kenyataan mengutuk tetapi tiada tindakan susulan.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun Malaysia adalah negara sahabat kepada masyarakat antarabangsa, kita telah menjadi mangsa konflik antarabangsa oleh negara- negara yang lebih besar. Kita amat kesal kerana sikap kejiranan Malaysia tidak memberi apa-apa erti kepada agenda keganasan negara-negara atau kumpulan-kumpulan bersenjata yang tidak bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, PBS berharap Kerajaan Malaysia dapat mendesak ketegasan badan penerbangan antarabangsa untuk menyediakan maklumat yang sentiasa dikemas kini setiap masa tentang bahaya yang mungkin dihadapi oleh pesawat-pesawat udara yang merentasi zon konflik antarabangsa. Ini bagi membantu semua syarikat penerbangan termasuk MAS supaya dapat membuat keputusan yang sewajarnya.

Badan penerbangan antarabangsa tidak sepatutnya lepas tangan begitu sahaja dengan memberi alasan ia bukan tugas mereka untuk membantu syarikat-syarikat penerbangan mengetahui bahaya di sesuatu kawasan konflik. Ia perlu lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan nyawa manusia sama ada kru pesawat udara mahupun penumpang-penumpang awam.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama juga, kami ingin melibat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa khususnya di Eropah lebih proaktif dalam usaha mereka untuk menyelesaikan konflik di persempadanan Ukraine. Ia bukan sekadar bercakap sahaja, mereka mesti jujur dan bukan bersikap hipokrit. Jika badan- badan antarabangsa ini terus membiarkan kuasa besar membuli ataupun mengeroyok sebuah negara kecil dengan mempergunakan kumpulan-kumpulan bersenjata, ia akan melumpuhkan proses perdamaian serantau di Eropah.

Kita tidak boleh lupa bagaimana Perang Dunia Pertama dan yang Kedua bermula dengan konflik di Eropah yang akhirnya merebak menjadi wabak peperangan yang buruk di seluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua, jika Eropah dan Barat yang sering bercakap tentang hak asasi manusia dan kebebasan, inilah masanya mereka membuktikan bahawa mereka benar- benar serius dalam menangani konflik yang telah pun mencabut nyawa manusia yang tidak berdosa apabila pesawat kita MH17 menjadi mangsa peperangan di rantau mereka.

Tidak ada gunanya Barat bercakap besar tentang tamadun demokrasi jika mereka gagal menangani konflik di rantau sendiri yang tidak menghormati malah mencabul hak asasi serta kebebasan manusia.

Malaysia yang menghormati hak asasi dan kebebasan antarabangsa mahu Eropah dan Barat benar-benar serius menyelesaikan konflik di Ukraine dengan bersikap lebih tegas terhadap Rusia dan kumpulan-kumpulan pemberontak yang disokong oleh Rusia.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga saat ini, kita masih terkejut, kesal dan sedih dengan tragedi yang menimpa pesawat MH17 serta semua penumpangnya. Ia juga merupakan tragedi buruk bagi syarikat MAS yang sebelum ini telah pun menanggung penderitaan kehilangan misteri pesawat MH370.

Sehubungan dengan itu, kami dalam PBS merayu kepada rakyat Malaysia agar tidak menyalahkan syarikat MAS kerana kita semua tahu jelas bahawa pesawat udara milik Malaysia itu adalah mangsa keganasan perang. Pesawat MH17 telah mengikut semua prosedur biasa tanpa melakukan sebarang kesalahan. Memang mudah untuk orang-orang tertentu menuding jari untuk menyalahkan orang lain. Namun ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan memburukkan lagi keadaan.

Apa yang menjadi mangsa adalah syarikat MAS sendiri kerana turut terkorban adalah anak-anak kapal MAS, yang bersalah adalah orang yang menembak jatuh pesawat itu, yang bersalah adalah negara atau pemimpin yang menyokong orang yang menembak pesawat itu. Mereka menggunakan keganasan dan sanggup mengorbankan nyawa

final • 2:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau

manusia demi agenda politik mereka. Syarikat MAS tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam tragedi pesawat MH17 dan adalah amat tidak adil untuk menyalahkan syarikat MAS.

Sekali lagi saya menyeru supaya menghentikan spekulasi yang tidak bertanggungjawab terhadap syarikat MAS. Sebaliknya, mari kita sama-sama bertafakur dan merasai betapa pedih dan pilunya kakitangan dan pegawai-pegawai syarikat MAS sama ada mereka adalah kru penerbangan atau kerani di kaunter lapangan terbang. Mereka juga masih belum terubat hati akibat trauma daripada tragedi pesawat MH370. Mereka sama- sama merasai kesedihan. Marilah kita bersimpati dan bersatu hati dengan mereka. Kepada warga pesawat MAS, kita berharap mereka terus tabah dan terus melaksanakan tugas dengan terbaik.

Tuan Yang di-Pertua, melibatkan pesawat nasional kita ini juga adalah mengenai soal integriti dan maruah negara kita. Oleh itu, ini adalah masanya untuk kita semua bersatu dan menunjukkan patriotisme dan rasa cinta kepada negara sebagai rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama bertekad untuk memastikan orang atau kumpulan yang telah melakukan jenayah kejam tersebut dibawa ke muka pengadilan supaya dapat diadili dan dihukum atas perbuatan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu. Hanya dengan cara ini, rakyat Malaysia khasnya ahli-ahli keluarga dan mangsa-mangsa pesawat MH17 akan mendapat pembelaan. Malaysia mesti menunjukkan kepada dunia bahawa negara kita yang baik bukan bererti negara itu tidak tegas. Malaysia perlu menuntut keadilan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata sedemikian dan dengan harapan yang tinggi, saya menyokong usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Yang Berhormat Seputeh baru sampai, beri Yang Berhormat Tumpat ya. Sila Yang Berhormat Tumpat. 10 minit ya.

final • 2:40 PM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang dihormati Tuan Yang di-Pertua. Saya juga bersama-sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini sama-sama hadir di sini untuk menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan ucapan beliau sebagaimana yang dibentangkan pada awal hari ini.

Saya mewakili juga Parti Islam Se-Malaysia (PAS) juga mengucapkan takziah yang sedalam-dalamnya, heartfelt condolences, dengan izin kepada 298 orang mangsa kekejaman anti kemanusiaan yang telah berlaku kepada penumpang dan anak-anak kapal penerbangan MAS iaitu pesawat MH17 pada minggu yang lepas.

final • 2:49 PM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Kejadian ini memang benda yang jarang berlaku dan ia merupakan suatu tragedi khususnya kepada keluarga, kenalan, sahabat dan juga kepada masyarakat dunia dan khususnya juga kepada negara kita Malaysia ini. Saya juga ingin mewakili Yang Berhormat Marang, Tuan Yang di-Pertua yang oleh sebab tahap keuzuran beliau tidak mengizinkan beliau hadir di sini, beliau juga ingin saya sampaikan sokongan beliau terhadap usul ini dan terhadap ucapan-ucapan yang dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, keduanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Parlimen kita ini kerana mengadakan sidang khas ini. Saya fikir inilah tempatnya dan inilah menepati hasrat ramai Ahli Parlimen khususnya pembangkang yang inginkan supaya apabila berlaku krisis besar-besaran atau isu-isu yang besar dan tergempar, ia diambil kesempatan oleh kerajaan yang menguasai Parlimen ini untuk mengadakan sidang sebagaimana yang diadakan pada hari ini. Jadi kita berterima kasih atas sebab itu.

Saya juga ingin menjelaskan bahawa sokongan kita ini adalah sokongan yang ikhlas, sokongan yang ditujukan kepada orang-orang yang terlibat, dengan keluarga mereka, kita juga dengan ikhlas menyokong tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dan apa-apa cadangan dan teguran kita yang kita sebutkan di sini adalah dengan semangat positif ingin memastikan bahawa seboleh-bolehnya benda ini tidak berulang. Oleh sebab itulah misalnya Yang Berhormat Pokok Sena sebagaimana juga Yang Berhormat Keningau

final • 2:50 PM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

sebentar tadi menyentuh tentang peranan badan penerbangan sivil antarabangsa dalam menentukan jalan-jalan dan sebagainya – laluan-laluan yang selamat dan paling selamat.

Kita juga sebentar tadi melalui Yang Berhormat Pokok Sena menyentuh betapa pentingnya peranan negara kita, peranan risikan kita, peranan Kementerian Luar kita untuk memastikan bahawa kita memberikan panduan, nasihat dan arahan yang terbaik kepada kepentingan negara kita iaitu MAS dalam laluan-laluan yang mereka pilih untuk menjadikan laluan penerbangan mereka. Ini adalah kepentingan negara kita yang kita perjuangkan dengan ikhlasnya. Ya.

final • 2:50 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya ingin mencelah sedikit Tuan Yang di-Pertua. Disebut tentang kepentingan negara, saya tertarik untuk direkodkan di sini bahawa kita jangan lupa isu MH17 ini juga ada kena mengena dengan international politics yang hakikatnya adalah merupakan konflik antara US dengan Rusia. Negara-negara tertentu dijadikan sebagai proksi seperti Ukraine yang dikatakan pro US. Jadi saya dalam hal ini merujuk kepada kepentingan negara, saya ingin minta pandangan Yang Berhormat Tumpat. Sejauh manakah kerajaan kita mesti bertegas dan konsisten? Pada waktu yang sama, dunia hari ini seolah-olah menuding jari kepada Rusia tetapi pada waktu yang sama, apa yang berlaku di Gaza terhadap orang Palestin seolah-olah Amerika cuba tutup kes itu dengan membesarkan isu ini.

Bagi kita, pada waktu yang sama kita bersedih dan berkabung atas apa yang berlaku, tetapi pada waktu yang sama kita kena tegas dan konsisten bahawa kita tidak mungkin menjadi bahan mainan oleh kuasa-kuasa besar. Apa pandangan Yang Berhormat Tumpat?

final • 2:50 PM

Dato’ Kamaruddin bin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Ini yang saya ingin sentuh sekarang Tuan Yang di-Pertua iaitu bahawa insiden ini, peristiwa ini melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan hak negara kita, hal-hal yang berkaitan dengan maruah negara kita. Walaupun kita negara yang kecil, tetapi apabila kita diserang, terutamanya khususnya dalam kes MH17 ini, maka inilah peluang, inilah peranan yang kita boleh mainkan di medan antarabangsa untuk memastikan bahawa kedudukan kita, maruah kita, harta kita, milik kita, syarikat kepunyaan kita dan rakyat kita, kita perjuangkan sehingga peringkat yang tertinggi-tingginya.

Ini juga akan mengingatkan kita insya-Allah sebagaimana alhamdulillah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga sebutkan tadi bahawa walau kita negara kecil, kita dapat ingat bahawa ada negara kecil yang lain seperti Palestin yang juga menjadi mangsa sebagaimana yang kita nampaknya menjadi mangsa kepada permainan politik negara- negara besar, kuasa-kuasa dunia yang berlaku pada hari ini. Bayangkan Tuan Yang di- Pertua, kalaulah yang menembak itu, tembakan itu, misil itu ataupun jet pejuang yang menjatuhkan kapal terbang itu berlaku terhadap kapal terbang Amerika atau Israel dan berlakunya di atas bumi Syria ataupun di kawasan Timur Tengah dan dituduh bahawa yang terlibatnya adalah orang Islam, maka seluruh dunia akan mengutuk. Ini militan Islam, ini bererti bahawa orang Islam ini tidak ada tanggungjawab antarabangsa, tidak ada sikap perikemanusiaan dan sebagainya.

Maka, harapan kita ialah dalam kes ini seluruh dunia juga bersama-sama dengan kita memastikan bahawa permainan politik kuasa besar diketepikan bahawa hak, maruah tiap-tiap negara tanpa mengira kecil atau besar dipertahankan. Di masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya sebagaimana Yang Berhormat Parit Buntar ingin mendesak supaya kerajaan bersikap benar-benar tegas, benar-benar nyata berani berdepan dengan semua pihak. Kita mengakui mengiktiraf dan menerima apa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebutkan tadi bahawa kita ada cara diplomasi kita, sebahagiannya adalah sulit dan tidak diumumkan untuk mencapai matlamat yang lebih baik, lebih tinggi. Itu kita akui, kita terima.

Akan tetapi, di masa yang sama, di dalam kita mengadakan diplomasi untuk mencapai matlamat kita yang baik dan tinggi itu, kita juga harus berani berdepan dan menyuarakan pandangan kita terhadap mana-mana pihak sekalipun. Dalam konteks inilah, saya ingin mendesak supaya Wisma Putra kita memanggil duta-duta negara-negara yang terlibat seperti Duta Rusia, Duta Ukraine dan ada cadangan malah Duta Amerika Syarikat sekalipun. Seboleh-bolehnya kita dimaklumkan tadi bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bercakap dengan Presiden Rusia, Putin.

final • 2:50 PM

Dato’ Kamaruddin bin Jaffar - Tumpat

Kalau boleh dan ini amalan biasa diplomasi antarabangsa. Transkrip perbincangan cakapan antara Perdana Menteri kita dengan Presiden Rusia itu, kalau boleh transkrip itu pun dihebahkan untuk menunjukkan bahawa Perdana Menteri kita boleh berurusan melalui telefon dengan Presiden Rusia dan boleh mempertahankan hak dan kedudukan negara Malaysia melalui cakapan telefon itu kepada pemimpin besar antarabangsa iaitu khususnya Rusia.

Dalam konteks ini juga saya ingin menegur kerajaan kita supaya kita di depan, tidak seperti yang berlaku dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang membicarakan kes ini. Usul dan kerja yang dilakukan untuk perbahasan dan meluluskan usul ini, kerjanya mengikut laporan dilakukan oleh Kerajaan Australia, oleh wakil Australia di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Mereka yang menyediakan draf, mereka yang merundingkan dengan kuasa-kuasa lain tentang bagaimana hendak meluluskan sesuatu usul di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu.

Selepas ini saya minta supaya Malaysia berada di depan sama ada di Bangsa- bangsa Bersatu ataupun di ICAO tadi, ataupun di ASEAN, di negara-negara berkecuali ke depan untuk memperjuangkan hak dan kedudukan kita sebab inilah menunjukkan yang kita memainkan peranan dan inilah membuktikan bahawa kita boleh menjaga hak kita sebagai sebuah negara yang bermaruah.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sepang.

final • 2:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tumpat, saya ingin minta satu pandangan daripada Yang Berhormat Tumpat. Adakah Yang Berhormat Tumpat bersetuju bahawa oleh sebab kes ini adalah kes yang melibatkan majoritinya rakyat Malaysia dan kita hari ini bersidang untuk menyatakan rasa terkejut dan juga rasa marah terhadap kenyataan itu.

Jadi, kita tahu bahawa ini adalah perbuatan jenayah dan badan antarabangsa seharusnya mengambil inisiatif untuk membolehkan penjenayah ini dibawa ke muka pengadilan. Berdasarkan Rome Statute, berdasarkan kes ini kita tahu bahawa kita bukanlah States Parties dalam Rome Statute itu yang menyukarkan untuk kita bawa penjenayah ini ke muka pengadilan ICC. Jadi ada dua lagi iaitu melalui Majlis Keselamatan yang boleh buat aduan kepada pihak investigator untuk investigate.

Satu lagi juga adalah satu kaedah melalui Propio Motu iaitu di mana maklumat diberikan oleh – maklumat tentang crime itu diberikan oleh individu ataupun organisasi supaya disiasat. Jadi, dalam hal ini saya menyatakan oleh sebab tiga cara ini mungkin cara kaedah kedua dan ketiga itu yang kita boleh gunakan, saya ingin mencadangkan supaya kita sebagai Ahli-ahli Parlimen, dua-dua pihak daripada kerajaan dan juga pembangkang, kita semua ini yang membuat aduan kepada pihak penyiasat ICC itu supaya satu tindakan diambil untuk menyiasat kejadian ini. Kita harap – inilah sedikit sebanyak jasa kita, kita boleh buat sumbangan kita sebagai Ahli Parlimen dan buat kali pertama dua-dua pihak, tanpa mengira ideologi politik, kita sama-sama cintakan negara kita, kita nak siasatan dibuat dan kita adalah pihak yang initiate benda itu.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, panjang sangat.

final • 3:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Minta pandangan.

final • 3:00 PM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Sepang, saya setuju amat sangat dengan pandangan Yang Berhormat Sepang itu tadi.

Kebimbangan kita ialah jika tidak ada tindakan segera dan perancangan segera yang diambil, ia akan berlalu begitu sahaja sebagaimana nampak mungkin MH370 yang sedang lalui suasananya sekarang.

Jadi kita perlu mengambil tindakan dan antara cadangannya Ahli-ahli Parlimen ini bersama-sama membuat suatu laporan kepada ICC dan kita harapkan sebagaimana yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebutkan tadi, serahkan kepada Peguam Negara.

Peguam Negara juga Tuan Yang di-Pertua, ada rekodnya. Pulau Batu Putih kita gagal

final • 3:00 PM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

untuk memperjuangkan hak kita. Jadi oleh itu, pastikan bahawa persiapan kita dalam kes undang-undang di peringkat antarabangsa ini juga dikendalikan dengan pasukan peguam yang terbaik, yang sebaik-baiknya. Mungkin termasuk Yang Berhormat Sepang, termasuk peguam-peguam yang ada di pihak kerajaan juga. Ini harapan saya.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, untuk poin yang terakhir. Kalau kita baca usul ini, ayat pertama Tuan Yang di-Pertua berbunyi, “Bahawa Dewan yang mulia ini menzahirkan perasaan sangat dukacita, rasa amat sedih dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa para penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17 Syarikat Penerbangan Malaysia atau MAS”. Kalau ada cara kaedahnya, saya ingin mencadangkan untuk menambah satu lagi perkataan dalam usul ayat pertama ini iaitulah dengan menyebut, “Bahawa Dewan yang mulia ini menzahirkan perasaan sangat terkejut, sangat dukacita dan seterusnya”. Maknanya kita bukan sahaja dukacita, rasa sedih, pilu. Kita pertamanya, reaksi pertama kita, kita terkejut apabila kita mendengar laporan keganasan dunia Barat itu terhadap pesawat awam dan penumpang anak kapal yang tidak berdosa itu.

Itulah cadangan saya Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan. Cuma saya hendak ingatkan kita ada lima lagi daripada pembangkang, sembilan daripada Barisan Nasional. Jadi saya harapkan dapat menepati masa. Kalau tidak cukup sepuluh minit pun tidak apa, tujuh minit pun boleh. Kita beri laluan kepada kawan kita yang lain. Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Insya-Allah, kita akan mencukupi masa yang ditetapkan.

final • 3:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tujuh minit. Ya, sila.

final • 3:02 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tujuh minit pun boleh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Alhamdulillah, pada hari ini kita dapat bersidang semata-mata berkumpul untuk bukan sahaja memberi sokongan kepada usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ekoran kejadian jatuhnya pesawat MH17 yang ditembak di negara bergolak, Ukraine.

Saya mewakili rakan-rakan BNBBC dan juga rakyat Malaysia di Sabah dan di Kinabatangan ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh warga yang terlibat dalam tragedi MH17 baru-baru ini. Dan juga secara peribadi ingin merakamkan ucapan takziah saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas kehilangan nenda yang tersayang dalam kejadian tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita lihat bahawa kemalangan ini adalah yang kedua melibatkan MAS. Bayangkan bagaimana sebuah organisasi yang pada ketika ini lebih 30 orang kakitangannya yang telah hilang, bagaimana demoralizednya syarikat ini, tiba-tiba belum selesai satu insiden, belum pun ditemui MH370, tiba-tiba MH17 pula telah jatuh ditembak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Perbuatan menjatuhkan pesawat komersial ini pada saya merupakan satu jenayah antarabangsa yang tidak boleh dimaafkan. Persoalannya, apakah ketegasan negara kita ini dapat mengatasi tindak-tanduk dan bentuk tipu muslihat negara-negara barat seperti Amerika, Eropah dan sebagainya?

Saya tidak mahu kita dilihat sebagai anjing menyalak bukit. Kita suarakan tetapi tindakan kita tidak pun menggelikan telinga mereka. Saya mahu kerajaan kita pada hari ini bertindak tegas. Kita tidak mahu dilihat seperti kata Yang Berhormat Tumpat, negara Palestin dibunuh, diragut, dibom, tidak ada apa-apa tindakan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Tumpat, kalau perkara sebegini berlaku melibatkan mungkin SQkah ataupun American Airlines kah, sudah tentu tindakan daripada Amerika berbeza, pendekatan ia pun berbeza. Akan tetapi ia melibatkan MAS, maka mereka terpaksa mengalah dengan keadaan.

Banyak spekulasi, banyak tuduhan. Amerika menyatakan bahawa ia ditembak oleh rejim rahsia pro Rusia. Pihak Rusia mengatakan ditembak oleh Ukraine yang disokong oleh Amerika. Amerika ini sebetulnya didukung oleh Yahudi. Negara kita ini terkenal dengan

final • 3:02 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

kecaman terhadap Yahudi, dan ini pun harus kita lihat sebagai satu malapetaka yang mungkin boleh menimpa negara kita.

Pada saya, siapa juga pelakunya sama ada state actor ataupun non state actor, mereka ini kena dibawa ke muka pengadilan. Ini kerana, kalau tidak, bayangkan mungkin pada masa-masa akan datang perkara yang sama pasti akan berlaku juga. Negara-negara yang bergolak akan mengambil kesempatan menjatuhkan mana-mana pesawat yang mereka rasa perlu dijatuhkan sebab tidak ada apa-apa tindakan diambil oleh masyarakat antarabangsa.

final • 3:02 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:02 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, sila.

final • 3:02 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan.

Hakikat yang kita kena tahu bahawa isu yang kita hadapi ini bukan kecil, ia melibatkan pelbagai negara. Sudah tentu tindakan yang akan kita ambil pada masa akan datang juga perlu dilihat kerana ia juga memberi kesan pada ekonomi negara kita, dasar luar negara kita dan hubungan kita dengan pelbagai negara. Ini perkara penting yang perlu kita ingat kerana kita secara tidak langsung telah termasuk dalam pertelingkahan politik yang cukup besar kesannya kepada negara.

Kita mengambil beberapa iktibar kes-kes yang pernah kita hadapi sebagaimana yang dibangkit oleh Yang Berhormat Tumpat tadi. Apakah pada pandangan Yang Berhormat Kinabatangan, oleh sebab kita akan menghadapi masa yang begitu lama kalau kita mengambil kira bagaimana kes Pan Am Flight yang mengambil masa lebih tiga tahun untuk diselesaikan, maknanya kita juga jangkakan, walaupun harapan kita supaya isu ini segara diselesaikan, tapi kita jangkakan juga akan ada beberapa tindakan daripada pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tentu mengambil masa lama, apakah Yang Berhormat Kinabatangan berpandangan bahawa kita perlu mewujudkan satu pasukan yang mantap yang terdiri daripada pelbagai pakar undang-undang, politik dan sebagainya, supaya dengan kekuatan yang kita ada ini, kita dapat memberi sokongan kepada Perdana Menteri untuk terus memastikan supaya maruah kita, pembelaan kepada mangsa dapat benar-benar kita laksanakan?

final • 3:02 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya amat setuju dengan Yang Berhormat dari Lenggong. Ini kerana kalau kita lihat daripada kesan sejarah, bagaimana proses yang berlaku memakan masa bertahun-tahun dan penderitaan ditanggung oleh mangsa-mangsa keluarga yang terlibat, mereka tidak akan dapat melupakan kejadian yang berlaku dan bertahun-tahun mereka menanggung penderitaan itu.

Jadi saya cukup yakin dan cukup percaya, dengan adanya insiden-insiden yang sedemikian, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai kekuatan dengan sokongan yang kita beri dan pada peringkat awalnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memilih pasukan-pasukan yang baik, pasukan-pasukan perisik kita berjaya menembusi benteng gerila dan memudahkan usaha Perdana Menteri kita untuk mengurus dan mereka telah memberikan apa yang kita minta. Pada saya, hubungan sebegini harus kita kekalkan...

final • 3:02 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Bangun]

final • 3:02 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

...Dan mungkin kita perlu mencari satu pendekatan baru untuk meyakinkan masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia benar-benar serius bahawa kita benci dengan keganasan yang sebegini, bahawa kita tidak mahu keganasan begini berulang lagi pada negara kita, juga pada mana-mana negara yang lain!...

[Tepuk]

final • 3:02 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Kinabatangan...

final • 3:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 3:02 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih. Jadi saya ingin juga menarik perhatian Dewan kepada kehilangan-kehilangan khusus.

final • 3:02 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kehilangan ini adalah suatu tragedi yang sangat menyedihkan kita, yang mengejutkan kita, tetapi jauh lebih daripada itu. Hari ini kita lihat kehilangan enam orang penyelidik terkemuka dunia berkaitan dengan AIDS yang dijadualkan untuk menghadiri perhimpunan AIDS sedunia, perhimpunan yang terbesar yang melibatkan 16,000 orang yang sedang berlangsung di Melbourne sekarang ini ada kerusi-kerusi yang kehilangan.

Kita lihat ada di antaranya adalah saintis-saintis researches, profesional aktivis contohnya Profesor dalam infection decease dengan izin Dr. Joep Lange, former President of the International AIDS Society, yang terlibat dalam kemalangan ini.

Mereka ini telah memberikan nyawa mereka 20 hingga 30 tahun dalam penyelidikan, bagaimana untuk merawat dan mencegah penyakit AIDS dalam dunia, untuk menyelamatkan manusia di dunia hari ini. Saya ada secara peribadi pernah menghadiri persidangan antarabangsa berkaitan dengan AIDS di Bangkok pada tahun lepas dan dapat merasai semangat dan cintakan perjuangan menghalang AIDS ini untuk merebak dan merosakkan manusia di dunia ini. Jadi dilihat ini Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kejadian ini telah melenyapkan orang-orang yang penting ini. Dunia perubatan dan penyelidikan sangat-sangat kesal dan sedih dengan pemergian orang-orang penting yang telah memberikan banyak sumbangan dalam perjuangan dalam menghindarkan AIDS. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Yang Berhormat Kinabatangan boleh gulung.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya insya-Allah saya akan gulung Tuan Yang di-Pertua. Begitulah bagaimana rakan-rakan kita menyuarakan rasa kesal mereka sebab terdapat orang-orang tertentu, orang-orang penting yang tidak seharusnya dibunuh, tidak seharusnya terbunuh tetapi terbunuh walaupun kita reda dengan keadaan itu sebab suatu itu, takdir itu datangnya daripada Allah SWT. Allah yang maha berkuasa, berkuasa daripada segala-galanya. Akan tetapi pada saya apa yang telah berlaku pada ketika ini ialah satu perkara, perbuatan yang tidak boleh kita maafkan dan kita tuntut sampai ke mana-mana pun untuk memastikan keadilan yang sejagat kepada mangsa-mangsa yang terlibat, yang terbunuh dalam kapal pesawat MH17 tadi.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua saya menyokong usul daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih. Ya Yang Berhormat Seputeh.

final • 3:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dengan hati yang berat dan sedih saya menyertai perbahasan tragedi malang yang menimpa penumpang-penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH17 yang mengejutkan seluruh dunia. Dengan ikhlasnya saya ingin menyampaikan takziah kepada ahli keluarga dan rakan-rakan bagi mangsa MH17. Mengikut laporan akhbar, di antara mangsa penumpang MH17 ini, 20 penumpang adalah berumur di bawah 12 tahun. Di dalam nahas udara ini dua keluarga yang mempunyai enam anggota keluarga dan satu keluarga lagi yang mempunyai lima ahli keluarga mati dalam nahas ini.

Di antara mangsa penumpang ini, beberapa orang penumpang ingin balik menyambut Hari Raya dan agak ramai juga ingin datang ke Malaysia untuk bercuti dan antara penumpang MH17 ini terdapat beberapa tokoh yang terkenal dalam bidang tertentu termasuk pakar perubatan AIDS. Tuan Yang di-Pertua, nahas yang merampas nyawa 298 orang penumpang ini bukan saja telah memecahbelahkan banyak keluarga tetapi ia juga telah menghancurkan hati dan harapan ramai ahli keluarga dan rakan-rakan mereka di seluruh dunia.

Kejadian nahas udara yang ditimpa pada MH17 adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ia adalah satu bentuk pembunuhan beramai-ramai yang barbaric.

MH17 dimangsakan kerana perang saudara di Ukraine yang melibatkan rahsia ini telah menembak jatuhkan kapal terbang civilian dan mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah. Sebagai wakil rakyat, saya ingin berkongsi kesedihan yang mendalam yang

final • 3:12 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

dialami oleh semua sanak saudara dan rakan-rakan bagi mangsa nahas tersebut. Saya menyokong segala usaha kerajaan untuk menghendaki siasatan terhadap serangan missile terhadap kapal terbang kita dan menuntut keadilan bagi mangsa tersebut.

Kita mesti menuntut kebenaran dan menuntut pembunuh yang terlibat dihukum.

Persoalan yang ditanya-tanya oleh masyarakat antarabangsa dan kita semua ialah siapa yang menembak jatuh MH17 kita ini? Laporan media antarabangsa telah melaporkan bahawa kumpulan pemberontak yang pro-Rusia di Ukraine telah menembak beberapa buah kapal terbang tentera Ukraine sebelum kejadian MH17. Selain itu laporan media juga menunjukkan bahawa kumpulan pemisah di Ukraine Timur tersebut mempunyai banyak sistem missile buk yang kononnya dipegang oleh pihak Rusia tetapi ia dinafikan oleh pihak Rusia.

Pemisah Ukraine Timur dan Rusia telah menafikan mereka bertanggungjawab ke atas penembakan MH17. Kita tidak tahu laporan media atau pun dakwaan pihak mana yang benar tetapi adalah penting bagi kerajaan menghantar wakil pakar kita untuk bekerjasama dengan pakar antarabangsa untuk mencari siapa pembunuh sebenarnya dalam tragedi ini.

Memandangkan CNN dan media antarabangsa telah banyak menyiarkan isi kandungan komunikasi di antara tentera pemisah Ukraine Timur dan juga Facebook seorang pemimpin tentera Ukraine Timur yang berkaitan dengan penembakan MH17, adalah penting bagi kerajaan untuk menuntut segala isi kandungan komunikasi ini dibentangkan kepada jawatankuasa siasatan untuk menentukan siapakah pembunuh sebenar dan siapa yang memberi arahan penembakan missile ke atas MH17 dalam kemalangan ini demi menuntut keadilan bagi 298 penumpang dan anak kapal MH17 yang terkorban tersebut.

Di sini saya ingin membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan penembakan MH17. Satu ialah terdapat media negara asing yang cuba menyalahkan juruterbang MH17 terbang 200 batu luar daripada laluan asal dan juga menyalahkan juruterbang kita memandu kapal terbang ke zon yang berkonflik dan sebagainya. Saya menyeru kerajaan menafikan kesemua tuduhan palsu ini di media antarabangsa demi memelihara nama baik juruterbang dan pesawat kita. Dengan itu saya ingin mencadangkan kepada Parlimen supaya menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi nahas udara MH17 dan MH370.

Di samping itu kerajaan seharusnya membentangkan kertas putih berkenaan dengan MH17 dan MH370 dengan secepat mungkin demi menjawab banyak dugaan dan tuduhan palsu terhadap MAS. Kedua ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dilaporkan akan membayar RM1,500 faedah pengurusan mayat kepada waris dan tanggungan mangsa anak kapal. Semua anak kapal yang mencarum dengan PERKESO berhak mendapat sama ada Skim Bencana Pekerjaan atau pun Skim Pencen Ilat. Saya berpendapat faedah pengurusan mayat ini adalah terlalu rendah. Saya ingin minta pihak PERKESO menambahkan faedah pengurusan mayat bagi mangsa nahas udara tersebut.

Sekiranya pihak PERKESO tidak dapat meningkatkan amaun faedah ini, saya ingin minta pihak kerajaan dan MAS membantu ahli keluarga mangsa dalam aspek ini.

Ketiga ialah saya ingin memuji pihak MAS yang telah menangani nahas udara ini dengan cara yang lebih matang berbanding dengan nahas kehilangan MH370.

final • 3:12 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Minta penjelasan.

final • 3:12 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini termasuk memberi peluang kepada penumpang MAS yang ingin membatalkan penerbangan mereka dengan MAS secara percuma menghantar 40 orang ahli kaunseling untuk membantu keluarga mangsa di Amsterdam dan memberi USD5,000 kepada ahli keluarga mangsa dan sebagainya.

final • 3:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun.

final • 3:12 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, sila.

final • 3:12 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Seputeh nampaknya amat prihatin tentang bukan saja mangsa tetapi juga syarikat dan anak-anak kapal MAS. Saya rasa ini selari dengan apa yang dikatakan oleh Bagan tadi iaitu kita terus menyokong MAS sebagai syarikat penerbangan nasional. Akan tetapi di suatu tempat lain kita tidak dapat nafikan bahawa MAS perlukan rombakan. Ini terbukti daripada prestasi kewangan MAS.

final • 3:12 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Akan tetapi apa yang kita bimbang ialah di satu tempat lain, sejenis lagi penjarah atau pun looter iaitu kapitalis kroni sedang menunggu untuk melapah syarikat penerbangan Malaysia MAS. Memang kita kata ia perlukan rombakan tetapi apakah jenis rombakan yang diperlukan? Staf-staf MAS sendiri yang diwakili oleh Kesatuan Pekerja-pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (Maseu) telah mengadu tentang kepincangan dalam pengurusan tertinggi dan menggesa kepada peletakan jawatan antara lain ketua pegawai eksekutif

(CEO MAS).

final • 3:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam elok kita tumpukan kepada isu tragedi.

final • 3:12 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Ini penting sebab- ini penting..

final • 3:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tragedi MH17.

final • 3:12 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Ini penting kerana kita tidak mahu syarikat..

final • 3:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini Yang Berhormat Bukit Mertajam eloklah berhenti. Sila Yang Berhormat Seputeh.

final • 3:12 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Ini penting, kita tidak mahu syarikat penerbangan kebangsaan kita...

final • 3:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukup- cukup.

final • 3:12 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Dirampas oleh kapitalis.

final • 3:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 3:12 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalannya dengar mesej yang ingin disampaikan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 3:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila gulung.

final • 3:12 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan MAS telah mengalami dua nahas udara dalam tempoh empat bulan dan telah kehilangan 27 orang anak kapal, ia memang menjejaskan moral di kalangan anak kapal MAS yang mengalami kehilangan rakan sejawat mereka secara berturut-turut itu.

final • 3:12 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Sentimen moral rendah di kalangan anak kapal MAS ini juga diakui oleh President National Union of Flight Attendants. Saya ingin minta pihak kerajaan dan MAS untuk memberi perhatian kepada para anak kapal yang mengalami trauma dan emosi kekecewaan tersebut. Anak kapal yang tidak stabil dari segi emosi dan takut untuk naik kapal terbang haruslah digalakkan berehat dan harus menerima kaunseling sehingga emosi mereka dipulihkan semula.

Isu keempat ialah walaupun laluan yang diambil oleh MH17 yang merentasi ruang udara Ukraine ini adalah tepat tetapi selepas kejadian ini mungkin syarikat penerbangan tempatan haruslah lebih berhati-hati dan menjauhi mana-mana ruang udara yang berlakunya peperangan termasuk ruang udara Iraq dan Afghanistan kerana ISIL di Iraq dan Taliban di Afghanistan mempunyai peluru berpandu juga. Walaupun mengelakkan ruang udara kedua-dua negara ini melibatkan lebih perbelanjaan tetapi keselamatan pesawat kita adalah lebih penting daripada kos.

Memandangkan Malaysia adalah ahli dalam International Civil Aviation Organization (ICAO), sepatutnya ICAO keluarkan amaran penerbangan ataupun flight warning kepada semua anggotanya. Saya ingin menyeru Malaysia mendesak ICAO memainkan peranannya.

Akhirnya, pada waktu pesawat MAS kita mengalami nahas secara berturut-turut yang telah mencemarkan nama baik Malaysia dan MAS, saya menyokong seruan Perdana Menteri yang meminta semua pihak untuk bersatu padu pada waktu yang sedih dan sukar

final • 3:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

ini. Semua pihak haruslah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang menyumbang kepada ketegangan di antara kaum dan juga agama kerana perpaduan adalah kekuatan bagi negara kita untuk menghadapi sebarang cabaran dan serangan. Di sini saya sokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekian terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pengerang, tujuh minit bagi membolehkan semua berpeluang. Tujuh minit.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Terima kasih. Pertama sekali sebagai mewakili parti UMNO dan sahabat-sahabat di backbencher, kami memang sama- sama menzahirkan perasaan sangat dukacita, amat sedih dan pilu terhadap tragedi.

Pertama sekali, apa yang saya lihat yang diselesaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kami melihat ialah satu tindakan negarawan yang mana pengakuan daripada sahabat-sahabat kita belah sana mengakui bahawa tragedi ini insya-Allah dapat merapat hubungan kita walaupun perbezaan parti tetapi kita bersama dalam isu kematian yang tidak berperi kemanusiaan. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu cakap banyak.

Tujuh minit tinggal enam minit.

final • 3:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 3:22 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Penekanan saya yang paling penting ialah kita perlu menyedari bahawa saya tidak boleh menerima dalam apa kata sekalipun menyatakan bahawa tidak ada siapa yang bertanggungjawab. Kalau kita tengok misil yang menembak kepada kapal terbang ini bukan heat-seeking missile. Bererti missile ini melihat pada target. Jadi, kalau katakan ruang angkasa itu banyaknya kapal terbang lalu tetapi kapal terbang Malaysia Airlines dilihat menjadi mangsa, kita tidak boleh mengatakan bahawa tindakan tersebut tidak berniat.

Itu sebabnya dengan izin, perkataan saya hendak pakai pada hari ini ialah barbaric mass murder iaitu pembunuhan penuh dengan niat oleh mereka yang menekan mesin tersebut. Jadi, sama ada Rusia bertanggungjawab kerana memberikan mesin missile, sama ada golongan separatist bertanggungjawab kerana menekan missile, sama ada Kerajaan Ukraine bertanggungjawab tetapi isu ini siapa yang akan bayar ganti rugi kepada keluarga mangsa-mangsa dalam MH17?

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita kira – saya hendak kira ini daripada kajian, kalau kita tengok undang-undang Montreal Convention 1999 dengan izin, “An airlines carrier cannot exempt itself from liability for passenger death even in the event of such act of war or terrorism.” Bererti dalam Montreal Convention 1999, kalau kita darab setiap daripada 200 lebih mangsa-mangsa boleh dikira bahawa kemungkinan Malaysian Airlines System kita perlu membayar ganti rugi sebanyak USD49 juta dalam USD ataupun RM156 juta. Tidak akan Malaysia Airlines System yang hendak bayar? Bukanlah Act of Terrorism ataupun peperangan itu berlaku dalam angkasa Malaysia. Yang berlaku dalam ruang angkasa di Ukraine. Jadi, saya hendak minta kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bila kita berkata kepada Peguam Negara, jangan mengecilkan isu ganti rugi. Kalau Malaysia Airlines System di saman, kita kena saman balik kepada kerajaan bertanggungjawab sama ada Ukraine ataupun Rusia.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, golongan separatist boleh mengatakan bahawa mereka tidak wujud sebagai satu golongan yang sah. Oleh sebab itu mereka dipanggil separatist. Bererti mereka bukan satu golongan yang mempunyai suara ataupun mempunyai kerajaan. Mereka adalah satu golongan yang tidak bersetuju kepada kepimpinan yang sah. Jadi, saya hendak tanya, kalau kita membayar ganti rugi, katakan mereka yang tekan butang kepada missile, siapa yang hendak bayar ganti rugi? Takkanlah Malaysia Airlines System dan Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab sebab bukan kita yang sebenarnya yang hendak menjadikan kita sebagai mangsa tragedi.

Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, yang saya tinggal dalam masa lima minit. Saya hendak mengingatkan bahawa ini satu perkara yang cukup besar sebab kejadian ini, mangsa-mangsa yang terlibat dan keluarga mereka kita simpati, kita sedih dan kita faham.

Malang tidak berbau tetapi mereka, keluarga perlu melaksanakan kehidupan mereka. Betul kata sahabat-sahabat saya, krew MAS. Saya hendak timbul satu sahaja. Sudah tiba

final • 3:22 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

masanya kita meletakkan arahan kepada GLC dan semua agensi kerajaan dalam semangat sedemikian, fly must first dengan izin. Letak keutamaan kepada Malaysia Airlines System, kepada krew, kakitangan, bonus, elaun, serentak sebab mereka seolah-olah dengan izin, mati syahid. Bekerja menjadi mangsa dan mereka tidak minta.

Bukan 33,000 atau 32,000, ini bukan isunya. Missile itu ditekan itu dengan niat.

Niat untuk membunuh dan dia mengetahui bahawa ini kapal terbang komersial bukan kapal terbang tentera. Orang kata kapal terbang kononnya Presiden Putin. Kapal terbang kononnya Ukraine punya kapal terbang. Saya tidak percaya. Oleh sebab bagi saya commercial flight menjadi mangsa pertarungan antara mereka yang berperang di bawah sana.

Isunya Tuan Yang di-Pertua, kita mesti garang dalam isu ini. Janganlah pula kerana kita ini ialah orang Malaysia, kita tidak bergaduh dengan orang, kita berbaik dengan jiran. Jangan letak sampai kita menjadi mangsa barbaric mass murder, kita menerima apa- apa alasan yang diberikan oleh mereka. Akan tetapi bagi saya, kalau keluarga ataupun kerajaan ataupun Malaysia Airlines System disaman oleh mereka di luar kita tidak tahu.

Sekarang ini kalau kita tengok kepada mangsa-mangsa mereka akan mempunyai idea-idea yang cukup bernas, keluarga mangsa, kita tidak tahu. Itu sebabnya saya minta dalam joint action, talk of liability, adanya sampingan bahawa kita tidak boleh lepaskan sesiapa daripada membayar ganti rugi.

Saya bersama barisan-barisan backbencher, kami minta izin Tuan Yang di-Pertua kami tidak takut dengan Putin. Kami tidak takut dengan separatist. Kami tidak takut dengan Ukraine. Kami takut kepada rakyat yang memilih kami pemimpin mereka dalam Dewan Parlimen ini. Kami bertanggungjawab kepada rakyat dan kami hendak menentukan bahawa ganti rugi diberi kepada rakyat yang menjadi mangsa dan mereka yang tidak berdosa.

Dengan itu Yang Berhormat Pengerang menyokong kepada cadangan usul. Terima kasih.

final • 3:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Selayang.

final • 3:22 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pesawat MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh dengan missile dan terhempas di Timur Ukraine di sempadan Ukraine dan Rusia. Pembunuhan 298 lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang tidak berdosa adalah satu jenayah terhadap kemanusiaan. Seramai 298 nyawa dan masa depan mereka dirampas dengan cara kejam, zalim dan ganas. Kesedihan, kejutan dan kemarahan dirasai oleh semua di seluruh dunia. Seluruh dunia mengutuk tembakan MH17 dan pembunuhan yang sia-sia yang tidak boleh dilupakan, tidak boleh dimaafkan dan tidak boleh dibenarkan berlaku lagi.

Saya bagi pihak Keadilan dan rakan-rakan sebelah Dewan yang mulia ini berdoa untuk mangsa dan menghantarkan takziah kepada ahli-ahli keluarga, sahabat-sahabat handai dan kenalan mereka pada masa yang amat sedih ini.

final • 3:28 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Australia atas kejayaan mereka mendapat kelulusan resolusi sebulat suara Majlis Keselamatan PBB. Malaysia berhak untuk mendakwa mereka yang melanggar Artikel 3 Chicago Convention yang melarang serangan kepada pesawat awam. Walau bagaimanapun tuntutan di International Court of Justice hanya adalah untuk pampasan dan ganti rugi. Memang pampasan akan membantu keluarga mangsa tetapi ini tidak mencukupi. Kita mahu ialah penjenayah itu dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal.

Di bawah undang-undang perang, combatant mempunyai tanggungjawab untuk membezakan antara objek tentera dengan objek awam. Mereka tidak boleh menjadikan orang awam sebagai sasaran. Salah satu peraturan memerlukan combatant mengambil segala langkah untuk mengesahkan bahawa sasaran itu adalah objek tentera sebelum menyerang. Jika menempuh sengaja menyasarkan MH17 dengan mengetahui bahawa ialah pesawat awam, maka itu adalah satu jenayah perang yang akan menjadi satu pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dengan izin International

final • 3:30 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Humanitarian Law khususnya juga Artikel 83, Perenggan 3, Perenggan B Additional Protocol 1977 dan juga Convention Geneva.

Malangnya seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, Malaysia tidak menandatangani Rome Statute of the International Criminal Court. Oleh yang demikian, kita bergantung kepada Majlis Keselamatan PBB. Kita mengadakan satu cabaran yang besar kerana di dalam sejarah adanya 40 insiden di mana pesawat awam telah ditembak jatuh oleh tentera, tetapi sehingga hari ini tidak seorang dihukum. Selepas KL007 kita mengadakan Montreal Protocol 10 Mei 1984, tetapi hari ini kita melihat kejadian masih berlaku. Oleh sebab itu, saya menyuruh kepada kerajaan berdiri tegas di depan dua negara berkuasa iaitu Amerika Syarikat dan Rusia dalam permintaan kita untuk keadilan. Keadilan untuk keluarga mangsa MH17.

Saya berharap Presiden Obama dapat menunaikan apa beliau telah kata dalam ucapan beliau di Belgium pada 26 Mac 2014, bahawa Amerika Syarikat menghormati sistem undang-undang antarabangsa dan bertindak bersama negara kecil dalam penghormatan, penguat kuasa undang-undang antarabangsa. Ini adalah satu contoh di mana Presiden Amerika dapat menunjukkan apa yang dikata akan ditepati. Saya meminta juga kerajaan menyuruh Kerajaan Rusia dan kumpulan pemisah di Ukraine Timur memberikan kerjasama yang penuh. Presiden Putin telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sesiapa berhak menggunakan tragedi untuk agenda politik sendiri.

Beliau telah berjanji untuk memberikan kerjasama untuk siasatan penuh dijalankan. Saya harap janji ini dapat ditunaikan pada masa pendakwaan dan tiada sesiapa menggunakan agenda politik sendiri untuk melindungi mereka yang terlibat di dalam jenayah ini dan menghalang pendakwaan.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila gulung.

final • 3:30 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Akhirnya saya meminta kerajaan mengeluarkan dan mencadangkan kepada PBB satu peraturan yang baru di mana combatant di dalam perang memberikan amaran kepada semua bahawa mereka mempunyai sistem missile dan akan menembak sesuatu yang masuk ke ruang udara.

Kalau ini diberikan ICAO dan juga Air Traffic Ukraine ada amaran dan kejadian ini tidak berlaku. Akhirnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata let us work together. Saya menjawab bahawa *we will walk with you to seek the truth and justice for the victims of MH17.

[Tepuk]* Saya meminta semua rakyat Malaysia memberikan sokongan penuh kepada kerajaan kita membawa penjenayah ke muka pengadilan dan juga untuk mengadakan peraturan baru dalam keselamatan penerbangan komersial di medan perang.

Marilah kita berdiri bersama-sama dan bergerak ke hadapan sebagai satu dengan keberanian untuk memastikan bahawa penjenayah diberikan hukuman setimpal dan dunia akan jadi lebih selamat. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tanjong Manis.

final • 3:30 PM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi saya kesempatan untuk memberi sepatah dua kata berkenaan tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 pada 17 Julai 2014.

Segala puji-puji kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan berkat-Nya kita Ahli-ahli Parlimen dapat hadir membahaskan usul pada mesyuarat khas pada petang ini. Astagfirullahalazim, astagfirullahalazim, astagfirullahalazim. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillailham. Ini adalah satu pencerobohan yang kita sebagai rakyat Malaysia tidak dapat menerima dan terutamanya semua rakyat-rakyat di seluruh dunia merasa kebimbangan dan ketakutan apabila berlakunya sesuatu seperti ini. Sebagai Ahli Parlimen Tanjong Manis dan mewakili rakyat Tanjong Manis, mewakili Parti PBB Sarawak, saya ingin

final • 3:15 PM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

mengucapkan takziah kepada semua keluarga penumpang-penumpang dan anak-anak kapal penerbangan MH17.

Bagi pihak Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Ahli-ahli Majlis Tertinggi dan semua ahli Parti PESAKA Bumiputera Bersatu Sarawak. Kami amat sedih dan terharu terutamanya apabila dua keluarga daripada Sarawak juga telah pergi. Keluarga arwah Encik Tambi Jee ada kaitan keluarga melalui sepupu ipar dan beliau telah pergi bersama isteri dan anak-anak beliau dan terkorban. Beliau juga baru menamatkan tugas selama tiga tahun di Kazakhstan bersama syarikat Shell dan patutnya bertukar ke Shell Malaysia menaiki pesawat MH17 dalam perjalanan pulang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga mereka.

Saya mengucapkan takziah kepada adik-beradik Encik Tambi Jee dan ibu Puan Ariza Ghazalee, Puan Noriah Abang Anuar serta adik-adik arwah Ariza. Kami berdoa semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang amat besar ini iaitu kehilangan anak menantu, cucu, saudara mereka dalam sekelip mata.

Saya juga ingin mengucap takziah kepada ibu bapa dan isteri serta anak-anak Encik Merling bin Mula dari Sungai Plan Bintulu yang turut nahas bersama pesawat MH17.

final • 3:15 PM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

Beliau adalah seorang pekerja pemasang perancah (scaffolding) sebuah syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Beliau meninggalkan isteri beliau iaitu Puan Simbut ak Kedit dan tiga orang anak mereka iaitu Maryline (18 tahun), Benedict (15 tahun) dan Gabriele (8 tahun).

Kabinet Negeri Sarawak juga akan mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi bagi membincangkan tragedi MH17 terutamanya membentuk bantuan yang akan diberikan kepada keluarga mangsa nahas tersebut. Kehilangan mereka amat terasa oleh rakyat Sarawak.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang telah bertindak dan berunding secara senyap telah membawa perundingan yang bernas dan jenazah-jenazah dapat dibawa keluar dan insya-Allah kita amat berharap dapat disemadikan dengan secepat mungkin. Bagi pihak ahli-ahli keluarga yang berdebar-debar menunggu menerima jenazah sama ada dalam keadaan sempurna dan lengkap ataupun tidak. Kita amatlah berharap kerajaan dapat memohon DNA keluarga untuk diperoleh secepat mungkin supaya keluarga mangsa dapat dikenal pasti mayat-mayat mereka secepat mungkin untuk dibawa balik dan dikebumikan.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Sila gulung.

final • 3:40 PM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

Saya juga hendak mengucapkan tahniah kepada Menteri Pengangkutan, Menteri Luar Negeri, JAKIM, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana telah bertungkus lumus bersama- sama membantu kerajaan Malaysia dalam masalah ini. Saya amatlah menyeru kita beramai-ramai mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka yang menembak pesawat MH17.

Dengan akhir kata, walaupun sidang tergempar adalah untuk membahaskan MH17, saya ingin merakamkan selamat hari lahir kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak*.

[Tepuk]* Semoga Allah memanjangkan umur, memurahkan rezeki, memberikan rahmat dan memberikan kebijaksanaan kepada beliau serta keluarga beliau. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Sila Yang Berhormat Rantau Panjang, juga 7 minit.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, kita dapat bersama pada petang ini yang juga turut melahirkan

final • 3:43 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

rasa kesedihan dan mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas MH17 dan juga sebelum ini MH370. Saya mewakili rakyat Rantau Panjang dan seluruh Dewan Muslimat PAS Malaysia dan kepada ahli-ahli Parti Islam Se-Malaysia sama-sama melahirkan rasa kesedihan di atas insiden yang berlaku dan kita mendoakan semoga semua roh mereka ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh terutamanya orang yang beragama Islam.

Kita mengambil peringatan Allah dalam al-Quran [Membaca sepotong ayat al- Quran] yang bermaksud:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, yang demikian itu kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan dan supaya mereka insaf dan bertaubat.” Sama ada kemalangan yang berlaku di laut, di darat dan di udara, ini merupakan satu peringatan daripada Allah. Bagi kita orang beriman seharusnya meneliti mungkin ini adalah satu muhasabah untuk kita melihat kelemahan-kelemahan, kesalahan-kesalahan kita dan kita hendaklah meneliti dengan penuh mata hati kita menginsafi segala kekurangan ataupun kesalahan yang mungkin dibuat oleh kita selama ini.

Jadi, saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan tahniah di atas usaha yang telah dibuat oleh kerajaan untuk mengadakan sidang khas pada hari ini mengingati peristiwa MH17. Saya ingin penjelasan juga mengapa semasa MH370 ataupun berkaitan dengan isu Gaza kita tidak mengadakan sidang khas. Janganlah kerana isu khas MH17 ini menutup ataupun melenyapkan isu yang menyentuh hati terutama keluarga yang menimpa terhadap mangsa MH370. Jadi saya ingin penjelasan daripada pihak Perdana Menteri khususnya, sejauh manakah setakat ini usaha yang dibuat untuk menyelesaikan MH370. Apakah sebenarnya berakhir di Lautan Hindi yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri? Kami rakyat tertunggu-tunggu, terutama keluarga mangsa itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, di antara perkara penting yang saya hendak minta supaya kerajaan segera mewujudkan sistem penggegas keselamatan negara atau Malaysian security trigger system untuk menangani isu keselamatan yang melibatkan antarabangsa.

Kalau dilihat dalam kes tragedi MH370 sebelum ini, kita memakan masa yang lama untuk tindakan dilakukan. Begitu juga dengan sistem risikan kita. Sejauh mana sistem risikan kita terutama yang melibatkan negara-negara asing.

Apakah peranan kedutaan membekalkan maklumat-maklumat yang penting? Ini kerana dalam isu kemalangan yang berlaku di Ukraine ini, kita dimaklumkan sudah berlaku kemalangan yang melibatkan penembakan pesawat beberapa hari sebelum berlaku insiden yang melibatkan MH17. Jadi, mengapa perkara itu tidak diberi peringatan oleh pihak kedutaan kita dan sejauh mana perkara ini diambil tindakan segera oleh pihak kerajaan ataupun pihak yang bertanggungjawab terutama Wisma Putra?

Saya ingin juga meminta supaya pihak PBB khususnya, kita seharusnya mendesak PBB mengambil tindakan tegas. Sebagai contoh, di tempat tapak berlakunya kemalangan, macam mana mayat-mayat bergelimpangan, ada mayat yang diletak di tepi jalan, ada orang awam yang boleh mendekati pesawat dan ini boleh menyebabkan bahan bukti, mengganggu penyiasatan. Jadi, sejauh mana tindakan tegas terutama oleh PBB begitu juga arahan daripada kerajaan kita supaya mereka tidak menyentuh bahan bukti ini?

Kita tidak mahu insiden yang berlaku ini, kita sebagai negara Malaysia ini dikambinghitamkan oleh dua kuasa besar yang sedang bergolak. Kita tidak mahu kita menjadi mangsa di atas pergolakan dua kuasa besar. Jadi, saya harap perkara ini diberi perhatian oleh kerajaan.

Seterusnya ialah Tuan Yang di-Pertua, dengan masa yang amat singkat ini, saya ingin menyentuh ialah betapa dalam apa juga kemalangan, kita perlu ingat, perlu menginsafi kepatuhan kita, perlu ingat apabila mati kita akan berhadapan dengan Allah SWT. Oleh sebab itulah kami beberapa kali menyeru dan meminta supaya mengadakan doa dalam penerbangan MAS. Kita tidak ada doa dalam memulakan penerbangan sedangkan doa itu adalah satu hubungan kita bagi kita orang Islam. Begitu juga hidangan arak yang kami selalu bahas, sebut kalau boleh jangan ada hidangan arak. Kalau rokok dilarang, mengapa arak dibolehkan dalam penerbangan. Begitu juga pakaian pramugari

final • 3:43 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

terutama bagi wanita Islam. Kita tidak mahu mereka mati dalam keadaan mereka bermaksiat kepada Allah.

Jadi sebab itulah saya mengharapkan perkara-perkara yang menjadi asas syariat sebab kalau mati kita mati dalam ibadah walaupun kita melaksanakan tugas. Tugas kita, tanggungjawab kita sebagai rakyat. Jadi saya harap supaya perkara ini diberi perhatian oleh kerajaan, jangan pandang kecil sebab segala kecanggihan teknologi manusia tidak mampu mengatasi kuasa Allah SWT.

Jadi saya harap semua perkara ini diberi perhatian oleh pihak kerajaan terutama sekali yang melibatkan nahas-nahas tragedi maut terutama contoh tadi iaitu MH370, walaupun berlaku MH17 masih menyentuh hati rakyat terutama para isteri, para ibu yang kehilangan anak hendak menghadapi hari lebaran, yang kehilangan suami tempat bergantung hendak menghadapi hari raya, begitulah kehilangan keluarga tersayang.

Jadi, insya-Allah sama-sama kita mengambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang sedang berlaku dalam negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Sila Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 3:43 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya berdiri bagi pihak Parti Gerakan Rakyat Malaysia untuk menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pagi tadi. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya merakamkan juga ucapan takziah kepada semua ahli keluarga penumpang dan juga krew pesawat MH17 dan juga khususnya kepada ahli keluarga saudara Liew Yau Chee seorang Ahli Gerakan daripada Cawangan Kota Damansara bawah Bahagian Subang dan juga isterinya juga telah pun terkorban dalam penerbangan ini.

final • 3:49 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 amat mengejutkan dan menyedihkan. Saya percaya masyarakat Malaysia dan dunia masih sedih dan marah akan apa yang dikatakan sebagai jenayah terhadap kemanusiaan ini. Kita masih terkilan dengan pelbagai laporan yang mendedahkan sikap yang tidak bekerjasama oleh kumpulan pemisah yang menghalang kemasukan kumpulan yang ingin menghulurkan bantuan kemanusiaan dan menjalankan siasatan serta tindakan sesetengah mereka yang tidak menghormati mangsa dan sebagainya.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa kumpulan pemisah dan semua pihak yang terlibat mempunyai tanggungjawab moral untuk memastikan usaha bantuan kemanusiaan dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan biarpun kawasan tersebut dibelenggu konflik geopolitik. Saya ingin mengingatkan dengan secara kerasnya di sini bahawa kita mesti mencari kebenaran di sebalik tragedi yang menimpa pesawat MH17 dengan sedaya upaya dan memastikan bahawa pihak-pihak yang bertanggungjawab menerima hukuman yang setimpal atas kesalahan mereka yang telah meragut 298 orang nyawa yang tidak berdosa ini.

Kita sebagai manusia yang waras, rasional dan berperikemanusiaan sememangnya mengkritik tindakan mereka yang seumpama pembunuhan beramai-ramai dan menyeru supaya usaha pemulihan dilakukan secara serta-merta dan keamanan dikembalikan semula di kawasan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, tragedi pesawat MH17 telah melibatkan banyak negara dengan warganegara mereka menjadi mangsa di dalam episod keganasan yang berlaku akibat daripada konflik geopolitik setempat. Sekiranya keamanan tidak terjejas di kawasan tersebut akibat daripada pertembungan kuasa-kuasa yang berlawanan di antara satu sama lain dan sekiranya kebencian dan keganasan tidak digalakkan di kalangan penduduk setempat ataupun senjata api termasuk peluru berpandu tidak dibekalkan, saya percaya tragedi pesawat MH17 dapat dielakkan.

Walau bagaimanapun, kesemua ini telah terlambat, kita semua mesti menerima hakikat dan berusaha untuk menunaikan tanggungjawab moral kita terhadap tragedi ini.

final • 3:50 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Iktibar daripada tragedi ini amat penting dan bermakna kepada kita semua malahan masyarakat dunia untuk membuat cerminan diri. Ketidakhadiran keamanan akibat daripada cetusan konflik geopolitik di Timur Ukraine telah sekali lagi membuktikan bahawa kos tertinggi kepada konflik keganasan adalah hakikat kehilangan nyawa yang kita semua amat kecewa dan benci.

Konflik membawa kepada keganasan dan keganasan boleh menyebabkan kehilangan nyawa yang tidak berdosa. Kita mesti menghargai keamanan, menerima percanggahan pendapat dan mempromosikan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Saya amat berharap bahawa tragedi pesawat MH17 ini akan mendorong para pemimpin yang berkonflik di antara Rusia - Ukraine serta masyarakat sedunia supaya menjunjung keamanan dan berusaha sedaya upaya untuk mempromosikan keamanan dan persaudaraan sejagat.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, nilai saling bertolak ansur dan kesederhanaan merupakan resipi kita untuk memelihara keamanan dan keharmonian dalam negara. Kita sebagai anggota kepada negara yang aman ini dan juga masyarakat dunia seharusnya menyeru kepada keamanan dunia dan mengkritik sebarang keganasan. Saya percaya bahawa segala percanggahan pendapat dan konflik boleh diselesaikan dengan mengadakan sesi dialog dengan menggunakan kebijaksanaan kita bagi memupuk kepercayaan dan pemahaman.

Tuan Yang di-Pertua, satu siri tragedi yang menimpa MAS telah menjejaskan nama baik syarikat penerbangan nasional tersebut dan imej negara kita. Syarikat MAS sememangnya bukan satu-satunya syarikat penerbangan yang menggunakan koridor penerbangan tersebut dan ia sememangnya disahkan selamat sehingga berlakunya serangan peluru berpandu yang di luar jangkaan semua pihak. Saya yakin bahawa syarikat MAS telah memastikan kesemua kriteria keselamatan udara sebelum dan di sepanjang penerbangan tersebut sebagai sebuah syarikat penerbangan yang bertanggungjawab sebagaimana yang disokong oleh ICAO dan juga International Air Transport Association. Kita sebagai warganegara Malaysia perlulah berbangga bahawa MAS merupakan syarikat penerbangan nasional kepada negara kita dan kita perlu mempertahankan MAS.

Syarikat MAS sebagai maruah dan simbol negara kita harus dikekalkan dan kita sememangnya perlu menunjukkan sokongan terhadap syarikat MAS atas kesulitan yang dihadapi oleh syarikat penerbangan tersebut. Saya percaya bahawa tragedi pesawat MH17 juga banyak menjejaskan semangat MAS tambahan pula dengan kehilangan pesawat MH370 pada bulan Mac dalam masa yang singkat ini. Ia lebih menyukarkan lagi keadaan syarikat MAS.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tahu masa tidak mengizinkan. Jadi akhir kata saya sekali lagi, Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia supaya kita bersatu pada masa yang kritikal ini dan saya berharap juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di samping kita menuntut siasatan yang menyeluruh dan kita juga harus membawa satu mesej yang kuat kepada masyarakat dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mementingkan dan juga mempromosikan keamanan. Sepatutnya saya dengan izin Tuan Yang di-Pertua, *‘Separation brings conflict and conflict brings a war. A war brings killing.

Only if we can learn how to live with differences, how to value peace with then, have space to learn and to promote human values’.* Dengan kata itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat oleh kerana jam 4.30 petang dijangka Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri akan menjawab dan kita ada tujuh orang lagi pembahas yang menghantar senarai, jadi saya mengehadkan kepada lima minit. Sila Yang Berhormat Raub.

final • 3:50 PM

Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dalam masa yang singkat ini, saya hanya menyentuh beberapa perkara. Pertama sekali saya bangun menyokong usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi tadi untuk menyatakan rasa sedih, pilu dan dukacita di atas apa yang berlaku kepada 298 orang mangsa di dalam pesawat MH17 yang sebetulnya itu satu pembunuhan yang kejam. Kita bayangkan dalam masa tidak sampai 10

final • 3:56 PM

Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub

saat dengan speed 3,300 kaki satu saat, it takes only less than 10 seconds to demolish kapal terbang MH17, begitulah apa yang berlaku sebagai satu sama ada ianya premeditated murder ataupun sengaja untuk support sebab kita dengar perbualan pengganas dengan ejen-ejen Rusia dan kita tahu. Oleh sebab itulah hari ini across the political deviate, kita disatukan oleh rasa kesedihan dan komitmen kita untuk memberikan pengadilan kepada mangsa-mangsa dan waris-waris yang ada.

Jadi kita terus akan menyokong langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mendesak badan-badan yang berwajib terutama PBB, United Nations, dan Security Council untuk membawa mereka yang bertanggungjawab melakukan this most heinous crime kepada pengadilan. Akan tetapi kita juga akan terus menyokong, kita mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah melakukan diplomasi sunyi ataupun quiet diplomacy untuk membawa jenazah-jenazah kembali ke Malaysia terutama ke atas 43 orang rakyat Malaysia. Saya berharap dan berdoa kita akan berjaya melakukannya sebelum Hari Raya dan...

final • 3:56 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

[Bangun]

final • 3:56 PM

Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub

...Kita tidak kira apa pun cara yang digunakan tetapi itu adalah satu kejayaan untuk membawa pulang jenazah-jenazah untuk disempurnakan dan memberi closer kepada waris-waris untuk mencapai kedamaian.

Kita tahu dalam konflik ini dalam geopolitical games ini, kita tahu yang membekalkannya ialah pihak Rusia tetapi kita tidak boleh menuduh dengan sepantasnya pihak Rusia sebagai bertanggungjawab kerana kita tahu ada tiga parti yang bertanggungjawab yang tahu apa yang berlaku iaitu Amerika Syarikat, dengan segala alatan canggih dan satelitnya, spy satelitnya dia tahu bahkan dilaporkan di dalam internet bahawa mereka juga tahu break first ration, penembak-penembak yang menekan missile tersebut. Jadi kita tidak boleh exclude the possibility bahawa sebabnya Ukraine ini adalah sebuah kerajaan yang disokong oleh Amerika Syarikat, jadi kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa Amerika Syarikat pun mempunyai...

final • 3:56 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Boleh saya...

final • 3:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, masa tidak cukup ini, sila.

final • 3:56 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Kuala Kangsar, boleh?

final • 3:56 PM

Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub

Sekejap sahaja. Yang Berhormat Stampin.

final • 3:56 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Raub. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya bermula, saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili rakyat kawasan Stampin, Sarawak merakamkan takziah kepada semua yang terlibat, kepada keluarga Tambi Jee dari Sarawak serta kakitangan MAS. Kepada kakitangan MAS, “Terima kasih atas ketabahan kamu semua kerana terus menjalankan tugas kamu dan mempertahankan maruah kita, maruah Malaysia”.

Saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat Raub terhadap cadangan saya.

Memandangkan banyak pihak menolak tanggungjawab mereka, siapakah yang menurunkan MH17? Sehinggakan pasukan penyiasatan tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan segera. Jadi cadangan saya, selain daripada black box serta jenazah mangsa-mangsa, kita perlu memastikan bahawa pasukan kita memperoleh serpihan- serpihan MH17, tidak kisah apa juga halangan yang dihadapi terutamanya di bahagian kritikal supaya kajian kimia boleh dijalankan oleh pihak pakar dan memastikan jenis peluru berpandu yang telah digunakan kerana sudah pasti...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Stampin.

final • 4:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Kita tahu jenis peluru berpandu yang digunakan bukan jenis yang boleh didapati oleh sesiapa sahaja. Saya ingin mengesahkan dengan izin, knowingly shot down off any non-commercial airplane is definitely an act of

final • 4:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

war, kelakuan yang kejam serta tidak berperikemanusiaan. Kita perlu memastikan siapakah yang bertanggungjawab, tidak kisah kedudukan mereka. Dengan ini, kita di Stampin, Sarawak menyokong sepenuhnya Perdana Menteri dalam kes MH17 dan mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari jadi kepada beliau. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Raub, sila gulung.

final • 4:00 PM

Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub

Saya masukkan ucapan tersebut dalam ucapan saya dan saya hanya hendak beritahu bahawa go after Russian by all means. Sebab apa? Dia pun tidak deny bahawa dia membekalkan SAM, BUK ataupun SA- 11 ini kepada pihak pengganas atau pihak yang mengoperasi misil tersebut. Akan tetapi pada masa yang sama tadi seperti yang saya sebut tadi, kita jangan tolak kemungkinan bahawa kerana Ukraine ini pun adalah mewakili kepentingan Amerika di dalam Benua Eropah. Jadi kita jangan menolak kemungkinan bahawa penglibatan Amerika dan kita boleh mendesak ketiga-tiga pihak, Amerika, Ukraine dan Rusia untuk memberi cerita yang sebenar kepada kita untuk kita ini...

final • 4:00 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Yang Berhormat Raub, boleh sambung? Mencelah sedikit Yang Berhormat Kuala Kangsar.

final • 4:00 PM

Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub

Tidak ada masa, sekejap.

final • 4:00 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Satu minit sahaja. Yang Berhormat Raub menyentuh tentang kuasa-kuasa besar Amerika dan Rusia tetapi saya ingin highlightkan ada lagi satu kuasa besar iaitu negara China yang ketika ini masih berdiam diri. Saya yakin dan mereka tahu tentang- mereka memantau tentang keadaan dan saya yakin mereka ada version mereka sendiri. Apakah pandangan Yang Berhormat Raub tentang bahawa kita mesti engage dengan pihak negara China untuk membantu penyiasatan dan juga penyelesaian kepada masalah ini? Ini kerana negara China adalah sebuah negara kuasa besar yang kita sering lupakan dalam perbahasan kita kali ini.

final • 4:00 PM

Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub

Mungkin tetapi saya rasa sebab saya rasa dia punya perhubungan dan pertalian China dalam hal ini, kalau dalam bahasa legal- remote. Jadi tidak bolehlah kita– saya rasa sebab yang directly terlibat ialah Rusia, Amerika dan Ukraine. Jadi, ketiga-tiga pihak ini mestilah didesak oleh Kerajaan Malaysia untuk memberi kebenaran dan cerita yang sebenar apa yang berlaku sebab saya rasa kita tidak mempunyai masalah untuk mengenal pasti the perpetrators sebab dengan alatan yang canggih sehingga ‘break first ration’ pun dia tahu. Saya rasa mereka akan tahu muka- muka orang yang melakukan keganasan tersebut. Hanya kekhuatiran saya ialah, ada laporan menyatakan bahawa dua operator yang menekan butang itu telah pun di exterminated. Jadi mungkin kita tidak tahu cerita yang sebenarnya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi akhirul kalam sebab masa sudah habis, saya sekali lagi bersama-sama dengan rakan-rakan lain menyokong usul tersebut dan saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bintulu.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri bagi pihak Parti SPDP iaitu Sarawak Progressive Democratic Party, untuk menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari ini.

Saya sudah mewakili Parti SPDP sangat simpati dan sedih terhadap tragedi MH17 dan ingin menyampaikan rasa keprihatinan serta takziah kepada ahli-ahli keluarga penumpang serta anak kapal yang terlibat.

final • 4:04 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tragedi MH17 adalah satu insiden yang sangat dahsyat dan mengejutkan. Ini merupakan satu tindakan zalim dan pihak yang melakukan harus bertanggungjawab secara langsung terhadap kematian sejumlah 298 orang merangkumi anak kapal dan penumpang.

Buat masa sekarang, walaupun masih tidak dapat menunjukkan punca insiden ini, namun usaha mendapat maklumat tepat mengenai apa yang berlaku kepada pesawat itu mesti diteruskan. Kalau terbukti pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, kita haruslah mendesak pihak yang bertanggungjawab dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa dengan segera dan mendapat hukuman yang setimpal, justice must prevail. Kerjasama antarabangsa terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia amatlah diperlukan dalam mengadakan satu siasatan bebas antarabangsa terhadap insiden MH17. Diharap PBB dapat memainkan peranan sebagai badan pendamai supaya keamanan global dapat dicapai.

Tragedi MH17 merupakan satu ancaman dunia dan merupakan satu tindakan keganasan antarabangsa. Dalam perkembangan terbaru, kita berasa bersyukur kejayaan Perdana Menteri perundingan dengan mencapai persetujuan dengan Alexander Borodai, individu yang berkuasa di wilayah pesawat MH17 terhempas pada hari Khamis berhubung pengendalian jenazah mangsa dan kotak hitam pesawat serta jaminan akses yang selamat bagi pasukan penyiasat antarabangsa untuk memulakan siasatan. Pasukan penyiasat antarabangsa pun telah memutuskan untuk menghantar kotak hitam daripada pesawat MH17 ke UK Air Accidents Investigation Branch untuk analisis forensik. Perdana Menteri kita dipuji oleh seluruh dunia kerana mampu mencapai perjanjian dengan kumpulan pemberontak negara itu. Ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak terpulang. Syabas diucapkan. Saya amat berharap jenazah rakyat negara kita dapat dibawa pulang secepat mungkin dan diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk disemadikan.

Seterusnya, saya juga ingin menyeru supaya bantuan dan pampasan yang sewajarnya diberikan kepada keluarga mangsa walaupun tidak apa yang dapat menandingi kehilangan mereka. Walau bagaimanapun, insiden MH17 memberi iktibar kepada MAS supaya lebih berwaspada pada masa akan datang bahawa kawasan utara bagi zon perang adalah bahaya dan membawa risiko yang tinggi kepada perlembagaan. Kebimbangan yang adalah walaupun laluan penerbangan telah diluluskan oleh International Civil Aviation Organization tetapi apabila sampai insiden berlaku, sesiapa pun tidak mahu bertanggungjawab. Pada saat yang sedih ini, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia bersatu hati untuk menegakkan keadilan dan kebenaran MH17.

final • 4:04 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Saya dan mewakili Parti SPDP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan ini dan menggesa supaya siasatan terperinci dilakukan oleh badan bebas antarabangsa dan menyeru semua pihak untuk memberikan kerjasama serta sokongan agar pihak yang bertanggungjawab atas insiden ini segera dihadapkan ke muka pengadilan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tuaran.

final • 4:10 PM

Datuk Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bagi pihak pimpinan UPKO dan juga rakyat di Tuaran ingin bangun untuk memberi sokongan terhadap usul yang mengandungi lima cadangan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pagi tadi.

Keduanya, bagi barisan pimpinan UPKO, dalam kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa MH17 dengan iringan doa semoga yang Maha Kuasa mengurniakan mereka ketabahan hati, ketenangan jiwa dan fikiran yang damai. Kami juga mendoakan semua yang terkorban beroleh istirahat damai nan kekal.

final • 4:10 PM

Datuk Madius bin Tangau - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua, sudah banyak yang diperkatakan mengenai usul ini oleh rakan-rakan yang telah berbahas lebih awal. Saya bersependapat dengan mereka dalam banyak perkara yang disentuh. Justeru itu, saya hanya sempat menyuarakan beberapa perkara memandangkan masa yang amat terhad.

Pertamanya, saya secara peribadi telah dan akan terus menjadikan MAS sebagai syarikat penerbangan pilihan utama. Saya menyeru kepada sesama warga Malaysia agar terus memberikan sokongan padu kepada MAS.

Keduanya, UPKO memohon merekodkan keyakinan dan kepercayaan penuh kepada pimpinan jitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memimpin negara melalui liku-liku jalan terutama sekali merungkaikan segala permasalahan MH17 dan juga MH370.

UPKO berbangga dengan usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kami mendoakan agar beliau terus beroleh kejayaan. Dalam masa yang begitu sukar ini, UPKO akan berdiri teguh bersama Kerajaan Malaysia dan rakyat jelata di negara ini tanpa mengira fahaman politik, suku kaum dan agama. Mohon agar kita bersatu mengutuk sekeras- kerasnya tindakan pihak pelampau yang menyebabkan tragedi MH17 berlaku. Rakyat Malaysia khasnya dan masyarakat antarabangsa amnya perlu terus mendesak dan menuntut agar siasatan terperinci dijalankan sehingga selesai dan seterusnya memastikan supaya pihak yang bersalah dibawa ke muka pengadilan.

Tuan Yang di-Pertua, pergolakan di wilayah Ukraine ada persamaan dengan krisis di Pantai Timur Sabah. Kawasan-kawasan pesisiran pantai di Pantai Timur Sabah telah berulang kali diserbu dan dicerobohi oleh pengganas dari negara jiran. Dalang-dalang penculik ini bukan sahaja bermotifkan kewangan tetapi agenda utama mereka adalah untuk menyampaikan mesej bahawa sebahagian wilayah Sabah pada asalnya adalah kepunyaan mereka.

Dalam kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, UPKO menggesa agar Kerajaan Malaysia mengambil langkah-langkah penyelesaian untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan negara supaya kesemua wilayah khususnya di Sabah terjamin dan tidak terancam. Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin sudah selesai menjalankan tugas mereka dan UPKO mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan. Cuma Tuan Yang di-Pertua, kita ingin tanya bilakah laporan itu dibentangkan agar diketahui umum.

Dalam kesempatan ini juga, UPKO ingin melahirkan keyakinan bahawa pihak Kementerian Pengangkutan akan melihat kembali segala undang-undang, peraturan dan hal-hal yang berkaitan dengan industri pengangkutan udara. Contohnya, ada syarikat penerbangan yang menjual tiket secara berasingan daripada insurans, apakah ini wajar?

Insiden MH370 telah menyedarkan kita bahawa perkara seperti ketahanan bateri untuk kotak hitam perlu ditambah. Kita juga mendengar cadangan agar alat seperti kotak hitam itu bukan sahaja ada di dalam pesawat tetapi di pangkalan syarikat penerbangan masing- masing. Persoalannya, sejauh manakah hal tracking seperti ini sudah dilaksanakan?

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Datuk Madius bin Tangau - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir itu sahaja yang saya ingin sampaikan dan dengan kata-kata demikian, saya mohon menyokong usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pensiangan.

final • 4:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam hanya 132 hari, kita kehilangan 510 orang passengers, 27 crew members of the two plane.

Dalam pada itu, saya bagi pihak Parti Bersatu Rakyat Sabah melahirkan rasa dukacita dan sedih ke atas nasib yang menimpa anak-anak kapal dan penumpang MH17 yang dilaporkan terhempas akibat dibedil di ruang udara selatan Ukraine. Saya terlebih dahulu ingin memetik suatu tulisan dari seorang bernama Wong Chun Wai yang keluar di The Star di mana beliau menulis dengan izin...

[Membaca petikan]

final • 4:15 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

“The tragedy has brought back some common sense to us, reminding us that as a country and as a people, we all share many things together – the joys and the pains – regardless of our race and religion. As mortals, we lead fragile lives. Away from all those silly racial trivialities that have disturbed us, we need to worry about bigger issues. We will stand together, Malaysia”. Dalam sejarah penerbangan, lebih kurang 22 buah pesawat komersial telah ditembak jatuh sama ada secara sengaja atau tidak sengaja seperti the ill-fated Korean Airlines Flight 007 in 1983, Iran Air Flights 655 in 1988, Itavia Flight S17 in 1980, El Al Flight 402 in 1955, Cathay Pacific Airways in 1954, Libyan Arab Airlines Flight 114 in 1973 and Siberian Airlines Flight 1812 in 2001. Manakala sejak tahun 1967, lebih kurang 700 orang telah terbunuh dalam sembilan insiden pesawat komersial ditembak jatuh.

Tragedi MH17 ini bukan satu kemalangan tetapi ini adalah satu jenayah politik, mass murder, Tuan Yang di-Pertua. Masyarakat dunia harus bersatu-padu mengecam keras jenayah politik ini. Apakah moral judgement masyarakat dunia kepada pembunuhan penumpang dan krew penerbangan MH17? Apakah pembunuhan ini akan dianggap sebagai collateral damage dalam konflik peperangan?

Tiada justifikasi pada penembakan sebuah pesawat penumpang. Tiada justifikasi untuk pembunuhan kanak-kanak yang masih tidak mengenali dunia. Malaysia dan masyarakat dunia hendaklah menentang sekeras-kerasnya insiden ini. Seperti yang dikatakan oleh beberapa pemimpin termasuklah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dan juga kata-kata Menteri Luar Belanda, dia berkata sedemikian, “Apabila ada bukti, kita tidak harus berhenti sebelum mereka yang terlibat dibawa ke pengadilan. Bukan sahaja mereka yang melepaskan tembakan tetapi mereka yang membenarkan ini berlaku. They need to pay a heavy diplomatic price for this tragedy”. Saya ingin mengambil kesempatan ini sebagai Ahli Parlimen Dewan yang mulia ini untuk meminta atau menyuruh Tuan Yang di-Pertua mengambil langkah dalam usaha mendesak setiap pertubuhan antara Parlimen seperti IPU, CPA dan AIPA serta lain-lain pertubuhan untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kolot dan barbarian pemberontak kepada orang yang bertanggungjawab.

final • 4:15 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin sekali lagi, “every passenger plane is in title to a save flight over any airspace”. Sudah tiba untuk perundangan dan perjanjian antarabangsa yang lebih mantap untuk memastikan tiada lagi penerbangan menjadi mangsa kepada konflik geopolitik. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan dan Wisma Putra untuk memanggil suatu persidangan antarabangsa terutamanya melibatkan negara-negara bangsa MH17, dan mengeluarkan satu deklarasi - A Kuala Lumpur Declaration on The Safety of Civil Aviation to An Equal Act of Barbarism. Deklarasi ini adalah seperti yang dilakukan oleh pihak Wisma Putra pada tahun 2002 apabila OIC mengambil ketetapan melalui deklarasi Kuala Lumpur mengenai keganasan. Deklarasi ini bertujuan untuk masyarakat antarabangsa bertindak lebih tegas dalam menangani soal keganasan dan pengganas. Penegasan yang sama daripada masyarakat antarabangsa diperlukan pada hari ini untuk menghantar mesej yang cukup jelas, cukup kuat kepada mereka yang bertanggungjawab menembak MH17 bahawa mereka tidak boleh lari daripada muka pengadilan. Saya ingin mengulangi sekali bahawa Malaysia hendaklah membantah sekeras-kerasnya tindakan orang yang bertanggungjawab ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak harus bertolak ansur sama sekali. Kemarahan rakyat kita harus diterjemahkan dengan mengutuk tindakan mereka yang bertanggungjawab dan membawa mereka ke muka keadilan. Saya pasti seluruh dunia akan bersatu suara dalam menuntut keadilan untuk pesawat MH17...

final • 4:20 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

[Bangun]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya terlebih dahulu dengan izin, memetik apa yang tertulis dalam New York Times; *“Prime Minister, Najib Razak’s announcement that his government had reached an agreement with pro-Russian separatists is eastern Ukraine for the transfer of the bodies and so-called black boxes from Flight 17 to Malaysian representatives there, apparently achieved what pressure from far more powerful nations had failed to accomplish...

[Tepuk]* Syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita*. He has demonstrated what I think. He is no Brazil but certainly a Germany… [Tepuk] The Prime Ministers extra ordinary in handling this crisis will in able the families of victims, whereas in proper dignified burial for their lover one. Mr. Prime Minister, he still remember your strength, character, leadership and diplomatic skill in this time of trial face by our beloved nation.

Mr. Speakers Sir,* saya ingin mengakhiri ucapan saya ini dengan memohon serta menyokong. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Saya mohon kefahaman semua. Saya tahu Yang Berhormat Subang dalam senarai. Akan tetapi ada dua parti yang belum berucap di Dewan ini. Saya mohon kefahaman agar dapat memanggil dua parti ini. Ini kerana PKR telah mendapat tiga orang wakil, Yang Berhormat. Selepas itu kita minta Yang Berhormat untuk menjawab. Saya panggil Yang Berhormat Serian. Selepas itu Yang Berhormat Hulu Rajang.

final • 4:20 PM

Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Seriankah?

final • 4:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Serian ya.

final • 4:25 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Jangan panjang, ya. Saya bagi pihak parti SUPP dan mewakili rakyat di kawasan Parlimen P.199 – Serian, bangun untuk menyokong penuh usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi tadi iaitu usul yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan kejam oleh pihak yang menembak jatuh pesawat MH17 yang mengorbankan kesemua 283 orang penumpang dan 15 orang anak kapal.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan takziah serta melahirkan rasa simpati yang amat mendalam kepada seluruh ahli keluarga, sanak saudara, rakan dan taulan penumpang pesawat dan anak kapal yang terlibat dalam tragedi MH17. Tuan Yang di-Pertua, dari selepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membawa usul atau membentang usul sebentar tadi, kita nampak semua yang telah berucap rata-rata mengutuk kekejaman pihak yang telah bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17. Saya sendiri mewakili parti SUPP ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah berucap sama ada daripada kerajaan mahupun daripada pembangkang kerana inilah masanya untuk kita bersatu hati mengutuk pihak yang bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini adalah hari yang amat menyayat hati. Lebih menyayat kerana baru semalam saya telah mengadakan press conference dalam mana beberapa orang bayi telah terlibat. Orang yang tidak berdosa. Press conference ini adalah bersangkut paut dengan PERKESO. Tadi Yang Berhormat Pasir Puteh telah menyebut tentang faedah pengebumian iaitu sebanyak RM1,500. Akan tetapi saya ingin menjelaskan di sini lain sedikit dari apa yang mereka telah terangkan. Faedah pengebumian ini sebanyak RM100,500 bukanlah untuk semua yang dalam penerbangan itu. Ia hanya meliputi mereka- mereka yang terlindung atau mencarum kepada skim PERKESO. Ini pembetulan kepada Yang Berhormat Pasir Puteh dan Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, mereka yang bertanggungjawab yang menembak jatuh penerbangan komersial pesawat MH17 ini, bagi kita mereka yang bertanggungjawab mesti harus dibawa ke muka pengadilan. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang saya ingin sentuh dalam masa yang singkat ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana

final • 4:25 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Menteri kerana atas usaha gigih beliau, kerana cara diplomatik beliau, maka beliau sendiri secara senyap-senyap dapat berhubung dengan ketua pemisah atau ketua pemberontak sehingga kotak hitam itu dapat diserahkan kepada delegasi Malaysia yang sedang berada di Ukraine.

final • 4:25 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

Yang Berhormat, boleh minta laluan?

final • 4:25 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

No, no. I have no time. Kita telah dijaminkan dan saya percaya pihak pemisah tidak akan lari dari janji bahawa mayat-mayat rakyat Malaysia akan dibawa balik ke Malaysia selepas DNA dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri. Perkara ini, Parti SUPP, rakyat seluruhnya dan rakyat di kawasan Parlimen Serian amat memuji usaha dan peranan yang dimainkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Maka oleh kerana masa tidak mengizinkan Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi bersama-sama dengan rakan-rakan di Dewan yang mulia ini mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang bertanggungjawab iaitu yang menembak jatuh sehingga mengorbankan 298 nyawa rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Hulu Rajang.

final • 4:30 PM

Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya selaku Ahli Parlimen, mewakili seluruh warga Parti Rakyat Sarawak (PRS), salah sebuah parti komponen Barisan Nasional bersama dengan semua rakyat negeri Sarawak Bumi Kenyalang dengan ini ingin menzahirkan rasa prihatin terhadap ahli keluarga ke semua mangsa yang terlibat. Kami PRS amat simpati di atas nasib yang menimpa enam sekeluarga dari Kuching, Sarawak dan juga mendiang Meling anak Mula dari Bintulu yang menjadi korban nahas pesawat MH17.

Parti Rakyat Sarawak amat bersimpati dengan keluarga mendiang Meling anak Mula, seorang pekerja gas dan minyak berbangsa Iban yang bertugas sebagai seorang pemasang perancah di Venezuela yang kini terpaksa meneruskan kehidupan tanpa seorang suami dan bapa. Hanya Tuhan yang dapat memahami perasan keluarga mendiang khususnya anak mendiang iaitu Maryline Sindun yang bakal menduduki peperiksaan STPM pada bulan November akan datang. Saya memohon agar segala bantuan dan sokongan moral dapat disalurkan kepada keluarga mendiang. Takziah dan diharap agar usaha dapat dipercepatkan bagi memulangkan mayat-mayat mangsa kepada keluarga masing-masing sebelum menjelang Aidilfitri agar mereka dapat disemadikan dengan aman.

Tuan Yang di-Pertua, di waktu dan ketika yang amat berduka serta penuh dengan cabaran ini, PRS menyeru kepada semua rakan-rakan Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini agar tidak perlu kita politikkan isu nahas pesawat MH17. Sebaik-baiknya kita harus bersama-sama berkongsi pendapat bagi memikirkan peningkatan terbaik harus diambil oleh Malaysia di dalam menyelesaikan persoalan serta tugas-tugas kejadian pesawat MAS.

Parti Rakyat Sarawak amat menyokong strategi bijaksana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengambil jalan penyelesaian secara aman dan diplomatik yang mengambil kira persefahaman semua pihak tanpa dipengaruhi oleh emosi dan perasaan.

Tuan Yang di-Pertua, jika benar pesawat MH17 dijatuhkan oleh pemberontak pro Rusia maka mereka patut diheret ke muka pengadilan antarabangsa yang bertanggungjawab. Penembakan pesawat komersial yang penuh individu tidak bersalah harus dikategorikan sebagai sebuah crime against humanity dengan izin. Hukuman setimpal harus dijatuhkan agar tiada pihak berani untuk sewenang-wenangnya menjatuhkan pesawat komersial yang lain di masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, pelbagai iktibar dapat kita ambil daripada insiden pesawat MH17, sudah tiba masanya Malaysia sebagai sebuah negara untuk mengambil pendirian tegas bagi mengecam tindakan tidak bertamadun penembakan MH17 serta mendesak kerjasama antarabangsa untuk mengheret individu yang telah meragut nyawa 298 penumpang pesawat MH17 ke muka pengadilan.

Saya juga menyeru agar rakyat Malaysia kekal bersatu di saat yang sukar ini dengan memberikan sepenuh sokongan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di

final • 4:31 PM

Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

sepanjang misi untuk mencari kebenaran di sebalik insiden pesawat MH17 ini. Melalui kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili seluruh rakyat negeri Sarawak dan Malaysia dan juga warga PRS mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Semoga terus kekal dan tabah dalam memimpin negara kita.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan saya memohon untuk menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 4:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, setakat itulah Yang Berhormat. Saya minta Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk menggulung.

final • 4:31 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan I - Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat daripada semua parti-parti yang ada dalam Dewan ini yang telah pun bangun untuk membahaskan dengan begitu panjang lebar serta menyokong usul yang telah pun dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya tidak mendengar seorang pun daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju dengan usul yang telah pun dibentangkan ini. Saya percaya semua Ahli-ahli Yang Berhormat tanpa mengira daripada haluan politik mana, agama ataupun bangsa masing-masing bersepakat untuk menyokong usul ini kerana nahas yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17 adalah suatu tragedi berdarah yang amat memilukan dan juga menyayat hati seluruh rakyat Malaysia.

Seluruh rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan jenayah kejam lagi tidak berperikemanusiaan menjatuhkan pesawat MH17 oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Kita bersatu dalam kesedihan kita mengenangkan nasib para penumpang dan anak kapal pesawat malang yang berkenaan. Di saat yang penuh hiba dan pilu ini di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini ingatan kita semestinya bersama-sama dengan keluarga dan rakan taulan mangsa yang telah pun kehilangan insan yang tersayang.

Secara peribadi Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen Pagoh, saya juga turut bersimpati khususnya dengan kehilangan seorang anak Pagoh, Allahyarham Mohd Ali bin Mohd Salim yang merupakan seorang penuntut Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang neuro-psychopathology di Universiti Erasmus, Rotterdam, Belanda yang turut berada dalam pesawat MH17 ini.

Dalam pertemuan singkat saya dengan keluarga beliau, saya dapat merasai kesedihan yang dialami oleh ibu bapa dan seluruh keluarga Allahyarham. Lebih-lebih lagi Allahyarham adalah satu-satunya anak yang amat berjaya, yang telah pun melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi dan menjadi harapan ahli keluarganya. Saya ingin merakamkan ucapan takziah dan juga rasa simpati yang amat mendalam kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai mangsa-mangsa nahas. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan hiba seorang ibu yang kehilangan anak, seorang isteri yang kehilangan suami, seorang anak yang kehilangan ibu dan ayah dalam keadaan yang begitu tragis dan juga menyayat hati ini. Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Ilahi agar seluruh ahli keluarga dan sahabat handai mangsa-mangsa nahas diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan yang maha hebat ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dengan inisiatif beliau yang agak luar biasa telah pun berjaya mengadakan perundingan dengan mencapai persefahaman dengan Alexander Borodei iaitu Ketua Puak Pemisah yang menguasai Wilayah Donetsk People’s Republic di mana nahas ini berlaku.

Syabas dan ucapan tahniah dan juga di samping itu Selamat Hari Jadi pada Perdana Menteri [Tepuk] Ada beberapa perkara yang telah pun beliau sebutkan dalam usul yang tidak perlu saya ulangi. Saya cuma ingin memberikan laporan yang terkini berhubung dengan beberapa perkara yang saya fikir telah pun disebutkan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan jadi perhatian rakyat iaitu tentang pertamanya keadaan jenazah ataupun mayat mangsa yang berada di tempat kejadian nahas ini, di Torez. Atas dasar

final • 4:35 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan I - Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

persefahaman yang telah pun dicapai oleh Yang Amat Berhormat dengan pihak yang terlibat iaitu puak pemisah, 282 jenazah mangsa yang berada di Torez telah pun dipindahkan ke Kharkiv iaitu melalui kereta api dengan diiringi oleh enam wakil daripada pasukan penyelamat Malaysia.

final • 4:35 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan I - Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Kesemua jenazah ini telah pun tiba di Karkiv dan diserahkan pada pihak Belanda.

Setakat ini sebahagian daripada jenazah yang terkini ialah 50 daripadanya telah pun diterbangkan ke Amsterdam dalam dua fasa. Pertamanya 26 dan berbaki tadi diterbangkan ke Amsterdam untuk kerja-kerja forensik penentuan daripada manakah ataupun siapakah sebenarnya yang menjadi mangsa dan kemudiannya akan dihantar ke waris-waris yang berkenaan di 10 buah negara yang terlibat. Jika ada di antara jenazah ataupun mayat berkenaan dikenal pasti sebagai warga Malaysia, kita akan meminta kerjasama daripada pihak Belanda supaya jenazah tersebut dapat dihantar pulang ke tanah air, ke Malaysia dengan seberapa segeranya. Yang Berhormat Menteri Pengangkutan kita masih berada di sana dan saya telah pun minta beliau berhubung rapat dengan pihak Belanda khususnya di hospital supaya apa yang saya sebutkan tadi dapat dilaksanakan.

Soal keduanya ialah kotak hitam. Kedua-dua kotak hitam ini telah pun diterima dan diserahkan kepada wakil Malaysia di Donetsk pada jam 9 malam waktu Ukraine pada hari Isnin, 21 Julai 2014. Kotak hitam ini kemudiannya telah pun diserahkan kepada pasukan penyiasat antarabangsa di Kiev dan telah pun diterbangkan ke London iaitu pada jam 11.30 malam hari yang sama untuk tujuan siasatan. Yang terkini kedua-dua kotak hitam ini sudah pun berada di Farnborough UK, untuk dianalisa oleh Air Accident Investigation Branch

(AAIB) di UK. Kita percaya daripada penyiasatan akan kita temui apakah sebenarnya yang telah pun berlaku kepada MH17 ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam sesi perbahasan tadi ramai Ahli-ahli Dewan telah pun menyentuh mengenai beberapa perkara yg berkaitan dengan laluan pesawat penyiasatan nahas, pendakwaan dan soal-soal yang berkaitan dengan kebajikan waris yang berada di Malaysia khususnya. Mengenai laluan pesawat perkara ini telah pun dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan mengusulkan. Walaupun ada pihak ahli Yang Berhormat telah pun memberikan pandangan tentang apakah perlu ia diputuskan oleh pihak juruterbang untuk menentukan bahawa laluan itu selamat. Maka laluan pesawat MH17 telah pun diperakui selamat dan diluluskan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO) Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) yang juga telah menyatakan ruang udara yang dilintasi oleh pesawat itu adalah ruang udara yang selamat. Juruterbang hanya dibenarkan untuk mengubah haluan ataupun laluan pesawat atas sebab-sebab yang munasabah.

Tindakan menembak jatuh pesawat udara awam ini adalah sebagai mana yang kita tahu adalah suatu jenayah hina, yang kejam lagi zalim. Oleh itu kerajaan berpendirian bahawa jenayah yang dilakukan terhadap MH17 ini merupakan jenayah berat dan menuntut pembelaan di peringkat antarabangsa. Setiap usaha akan diambil untuk memastikan pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan sama ada di peringkat domestik masing-masing negara yang berkenaan mahupun di peringkat antarabangsa. Asas bagi sebarang tindakan tersebut adalah bukti yang kukuh yang boleh dipercayai. Oleh itu tindakan yang patut diutamakan adalah siasatan yang menyeluruh atas semua aspek dan juta pengumpulan segala bukti yang ada.

Untuk tujuan ini Malaysia akan bekerjasama dengan pasukan penyiasat antarabangsa untuk mengenal pasti punca nahas dan juga mengumpul bukti-bukti jenayah yang berkaitan dengan nahas ini. Kerajaan telah pun menubuhkan sebuah pasukan penyiasat khas yang dianggotai oleh pelbagai pihak termasuklah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam, pakar-pakar yang terpilih daripada agensi-agensi yang lain untuk membolehkan siasatan ini dijalankan dengan seberapa segera. Malaysia sedar akan hakikat bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan siasatan ataupun tangkapan di mana-mana negara lain. Oleh itu siasatan ke dalam perkara-perkara ini dan bidang kuasa ke atas penjenayah tersebut hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya terdapat kerjasama dan juga komitmen yang sebenar daripada negara-negara dan juga pihak-pihak yang berkaitan.

Untuk maksud menghadapkan penjenayah yang sekiranya telah pun pasti di muka pengadilan, Malaysia buat pertamanya akan menggunakan undang-undang jenayah

final • 4:40 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan I - Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Malaysia yang mempunyai bidang kuasa jenayah luar wilayah ataupun dengan izin dalam bahasa Inggerisnya extra territorial criminal application dan inilah termasuk Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Penerbangan 1984. Atas nama keadilan dan juga pembelaan terhadap mangsa-mangsa nahas MH17, sekiranya benar bahawa pesawat ini telah ditembak jatuh, Malaysia juga mendesak agar pihak yang bertanggungjawab melakukan jenayah kemanusiaan yang paling hina ini dibawa ke muka pengadilan dengan segera dan dijatuhi seberat-berat hukuman.

[Tepuk] Bagaimana yang diketahui, pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerusi Majlis Keselamatannya telah pun membuat beberapa resolusi. Salah satu resolusi ialah mencadangkan pembentukan sebuah badan bebas yang akan menyiasat secara terperinci tentang insiden yang telah pun berlaku dan hendak mengenal pasti siapakah yang telah pun melakukan jenayah yang dikatakan paling hina ini. Oleh sebab itu Malaysia mendesak supaya inisiatif ini diteruskan. Sudah ada usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan Belanda Tuan Yang di-Pertua untuk mempelawa Malaysia dan beberapa buah negara yang lain menyertai dalam pasukan penyiasatan ini.

Kita akan bertindak dengan segera dan berbincang dengan mereka tentang berapakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menentukan supaya siasatan ini dapat dilaksanakan secara terperinci, mendapat bukti-bukti yang jelas dan nyata, evident- evident yang tidak boleh ditolak oleh mana-mana pihak yang membukti bahawa ada penjenayah yang telah pun melakukan kesalahan yang amat besar untuk menembak jatuh MH17 ini. Saya kira tentulah kita faham bahawa ini bukan satu perkara yang mudah. Oleh sebab itu kita perlu menentukan bahawa inisiatif yang kita ambil ini akan di dokong oleh masyarakat antarabangsa. Apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sudah pun membuat suatu resolusi yang diterima secara sebulat suara, maka yang penting sekarang ini bagaimana masyarakat antarabangsa negara-negara sama ada yang terlibat dengan peristiwa MH17 ataupun sebaliknya akan memberikan kerjasama untuk menentukan siapakah yang telah pun melakukan kesalahan menembak MH17 ini. Dua tragedi nahas udara...

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Minta penjelasan.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Penjelasan yang saya minta adalah berkaitan dengan tajuk disebut tadi tentang jumlah jenazah yang telah diterima. Kalau tidak silap saya, dan betulkan kalau saya silap, jumlah yang dikatakan telah diterima melalui train yang telah sampai ke bandar Karkiv adalah 282. Angka itu merupakan mengikut maklumat laporan dalam media, itulah jumlah yang disebut oleh ketua pemisah, 282. Akan tetapi ada juga laporan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pasukan Forensik Belanda, Dr. Jan Tuinder dia telah semak keadaan di train di bandar Karkiv dan dia kata hanya 200 jenazah sahaja yang dikenal pasti di dalam train. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri apakah kedudukan sebenarnya. Minta penjelasan.

final • 4:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Benar Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, memang begitu. Bagaimana Yang Berhormat faham di ground zero di mana perkara itu berlaku dan kapal terbang itu terhempas, kita lihat pelbagai-bagai hal ada di situ termasuklah ada yang dikatakan jenazah mayatnya dalam keadaannya intact, ada juga dalam keadaan yang agak berkecai, ada yang bahagian-bahagian tertentu, ada yang sudah hangus. Jadi apabila dimaksudkan begitu ialah berdasarkan kepada data dan maklumat yang telah dikumpul oleh pasukan penyiasat pada waktu itu.

final • 4:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Susah untuk kita verifykan keadaan sebenar sehinggalah kajian forensik yang akan dilakukan di Amsterdam nanti. Fasal kalau kita dapat sebahagian - minta maaf - daripada jenazah itu di situ siapakah sebenarnya yang terlibat. Jadi itu akan hanya boleh diestablish bila mana kajian forensik dan DNA dilaksanakan di Amsterdam. Jadi untuk seketika ini yang penting ialah bagaimana kita hendak memindahkan jenazah yang ditemui dan apa bentuk bahagian-bahagian tertentu daripada jenazah itu ke tempat yang saya sebutkan tadi. Ini sudah pun mula dilaksanakan secara berperingkat-peringkat kerana di peringkat Ukraine dia mengenakan syarat sebelum diangkut jenazah itu naik ke kereta api ataupun selepas itu ke kapal terbang perlu ada ujian X-ray dilakukan dahulu.

final • 4:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Jadi ini mengambil masa. Sebab itu yang saya telah umumkan tadi sebahagian sudah pun mula dihantar. Yang lain berbaki akan juga dihantar. Jadi insya-Allah bila kajian ini diteruskan kita dapat pastikan keadaan yang sebenar.

Kalau kita ikut rekod yang telah dimaklumkan jumlah yang terlibat ialah 298. Yang disebutkan angka tadi tidak genap 298. Masih ada lagi di peringkat tapak itu ataupun di kawasan sekitar dikatakan zon nahas itu yang mungkin akan kita temui dan ini kumpulan penyiasat Malaysia masih ada di situ untuk meneruskan kerja-kerja dan mengumpul apakah evidence yang ada dan lepas itu akan dibawa juga ke pusat forensik yang akan kita bawa ke Amsterdam tidak lama lagi.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya faham bahawa siasatan yang akan diambil dalam kes ini memang melibatkan banyak negara dan ia juga akan melibatkan banyak aspek perundangan yang dikatakan teknikal. Soalan yang saya ingin tanyakan Tuan Yang di-Pertua di dalam kes ini siapakah yang mengetuai siasatan dalam nahas ini khususnya berkaitan dengan isu-isu jenayah seperti mana disebutkan tadi. Soalan yang kedua dalam perkara ini apakah peranan Malaysia sebagai satu pihak yang juga terlibat dalam kes ini dalam siasatan yang akan dilaksanakan itu.

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Sebagaimana yang kita ketahui peristiwa ini berlaku di Ukraine dan ikut undang-undang antarabangsa bila sudah berlaku di situ maka pihak berkuasa kerajaan itulah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membuat siasatan-siasatan dan sebagainya sama ada ia dari sudut jenayah ataupun dari sudut kes kemalangan yang telah berlaku di situ.

Maklumat yang telah kita dapati ialah pihak Kerajaan Ukraine sekarang ini sudah pun menyerahkan kepada pihak Belanda ataupun Netherland untuk mengambil tugas ini dan ini telah pun dipersetujui oleh pihak Belanda dan sekarang ini merekalah yang mengetuai pasukan penyiasatan. Dari sudut Malaysia kita memang sebagaimana yang saya telah sebutkan tadi akan menyertai. We have to be proactive, tidak menunggu tetapi kita akan minta supaya wakil daripada pasukan penyiasat yang telah pun kita bentuk akan duduk bersama-sama untuk membantu dalam proses penyiasatan supaya kita tahu setiap peringkat perkembangannya.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

[Bangun]

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bagan bangun.

final • 4:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya ingin bertanyakan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adakan rundingan dengan pihak Borodai adakah beliau meminta sebarang balasan daripada Kerajaan Malaysia. Adakah ini dijalankan tanpa syarat without is unconditional iaitu mungkin rundingan atas faktor-faktor bahawa ia harus dipulangkan kepada Malaysia ataupun beliau ada meminta syarat-syarat tertentu. Kalau boleh apakah syarat-syarat tersebut. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Yang Berhormat, berlanjutan dengan soalan tadi, dengan cepatnya. Berkenaan dengan perundingan dengan pihak Borodai semasa press conference diadakan di Ukraine Timur yang dianjurkan oleh pihak pemberontak semasa black box diserahkan kepada kerajaan ataupun pihak negara kita, ada kritikan daripada masyarakat antarabangsa cara PC ini dilaksanakan seolah-olah satu persembahan yang telah pun dipentaskan oleh pihak pemberontak.

Dalam satu laporan AFP yang telah pun dilaporkan dalam banyak surat khabar international semasa penyerahan black box kepada pihak Malaysia dilaporkan di sini dan diquotekan salah satu daripada pasukan Malaysia telah pun menyatakan dengan izin; “On behalf of the Malaysian government I thanked the government of the Donetsk Republic for handing over the two black boxes”. Thanking the government of the Donetsk Republic. Ini cukup membimbangkan dan mengganggu sebab apa yang saya tahu tidak ada satu negara pun yang mengiktiraf pihak pemberontak sebagai satu kerajaan sah a nation state.

final • 4:50 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Jadi saya hendak minta penjelasan bahawa kenyataan yang dikeluarkan ini adalah kenyataan di bawah arahan kerajaan ataupun siapakah yang mengeluarkan kenyataan ini.

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama daripada Yang Berhormat Bagan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun ada sebelah saya. Inisiatif yang beliau telah ambil itu dibuat secara bijaksana. Bermakna bukan ada deal tetapi ialah atas dasar mungkin pujukan dan penjelasan bahawa ini adalah satu perkara yang penting bagi negara kita dan bagi dunia. Maka pihak yang terlibat seperti Alexander Borodai bersetuju tanpa ada syarat mengatakan ada balasan dan sebagainya.

Ini confirmed by Prime Minister yang duduk di sebelah saya. Maknanya atas tujuan untuk menentukan supaya kita dapat mengambil alih kawasan itu dan mengangkut ataupun mengambil mana-mana bukti-bukti kemalangan itu untuk kita bawa keluar daripada tempat yang tersebut.

Soal yang kedua tadi juga yang penting saya fikir Yang Berhormat is their outcome. Hasil daripada diplomatic coup yang telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri maka pihak ini hendak disebut apa pun sama sahaja. Kita tidak ada hubungan dengan mereka. Kita tahu ini adalah sebuah negara Ukraine ada puak pemisah tetapi ini bukan satu yang dikatakan non state actor. Jadi atas sebab itu apa pun asalkan kita dapat mengambil apa yang kita mahu dalam kes ini selain daripada jenazah tadi ialah the black box maka pihak wakil kita telah dapat menerimanya dengan keadaan yang baik.

Saya pasti apa pun kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil kita itu tidak atas arahan kerajaan. Mungkin dalam keadaan yang spontan untuk hendak melayan, saya fikir tetamu yang telah memberikan kita peluang ini itulah yang disebutkan. Akan tetapi yang penting outcome dan hasil daripada usaha itu kita telah pun dapat mengambil black box itu dan sudah pun sekarang ini berada di Farnborough UK untuk ujian dan kajian-kajian. Itu yang penting bagi kita [Tepuk] Kejayaan Malaysia dalam konteks ini tidak dapat dinafikan.

Ini atas kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Ada beberapa perkara...

final • 4:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Minta laluan sedikit. Yang Amat Berhormat, terima kasih kerana beri peluang untuk tanya sebab dalam perjanjian kita bersama dengan the rebel group kita telah mendapat kerjasama tiga syarat dan itu syarat-syarat yang bagus.

We get the good deal tapi saya juga hendak tanya apakah syarat-syarat yang kita janji kepada the rebel group. Apakah konsesi kita kepada mereka? Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beritahu kepada saya tidak ada apa-apa. So, that is a deal. Tidak ada lebih dan tidak ada kurang bahawa dia telah bersetuju dengan tiga perkara yang telah disebutkan tadi tetapi tidak ada apa-apa deal lain umpamanya tuntutan dan sebagainya kepada kita. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata itulah yang telah pun diterima oleh beliau daripada Alexander Borodai.

final • 4:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Satu penjelasan.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kepong.

final • 4:50 PM

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Last, last.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Beruas.

final • 4:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya hendak tanya kalau akhirnya didapati kumpulan pemisah ini di bawah pimpinan Alexander Borodai ini adalah bertanggungjawab ke atas nahas kapal terbang ini kita masih tegas mereka mesti bertanggungjawab ke atas kerugian dan mangsa-mangsa nahas ini. Adakah itu masih pendirian negara kita?

final • 4:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Saya okey. Semua Ahli Yang Berhormat tahu apa jawapannya. Paling penting beliau telah bersetuju tetapi ini tidak menjadi suatu kekangan ataupun halangan bagi kita untuk meneruskan tanggungjawab yang telah pun Yang Berhormat sebutkan tadi iaitu hendak establish apakah yang telah berlaku? Siapa yang melakukan?

final • 5:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Jadi kalau dalam siasatan yang akan dimulakan segera sekarang ini dan di situ dapat bukti yang jelas bahawa sesiapapun, sama ada pihak yang terlibat tadi atau Rusia atau siapa kita tidak dapat pastikan. Sukar bagi kita untuk menyatakan siapa yang bertanggungjawab di peringkat ini. Maka kita akan teruskan juga tindakan yang sewajarnya.

Bermakna bagi kita, tidak ada maaf bagimu kalau bukti jelas bahawa itulah pihak yang melakukan. Maka mereka harus bertanggungjawab, memikul tanggungjawab itu.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya mungkin akan respons kepada satu dua perkara lain.

Pada umumnya semua telah bersetuju tentang apa yang telah diusulkan oleh Perdana Menteri. Cuma ada beberapa isu yang telah pun dibangkitkan secara khusus oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Bagan minta supaya kedutaan kita ataupun Wisma Putra memanggil duta-duta, sudah dibuat pun dan hasil itulah maka perundingan telah dilakukan. Mereka telah beri penjelasan bilamana Menteri kita Menteri Luar, MOT pergi ke negara yang berkenaan dan bertemu bukan sahaja dengan pegawai atau Menteri berkenaan sampai ke Presiden. Itu adalah maklum balas yang telah mereka kumpul dan dapatkan untuk mempermudah urusan-urusan yang perlu kita dapatkan daripada negara- negara yang berkenaan.

Ada perkara yang dicadangkan oleh pihak Yang Berhormat Lembah Pantai iaitu tentang kenapa Malaysia tidak subscribe kepada ICC, ICJ sahaja. Saya telah pun mendapatkan maklum balas bahawa ada proses perundingan yang telah dibuat tetapi ada perkara-perkara tertentu yang mungkin sukar untuk dijelaskan di Parlimen.

Maka dengan sebab itu kita rasa agak sukar untuk kita menyertai dalam ICC. Ada perkara-perkara yang agak sensitif dan akan menyentuh tentang sebagai contoh siapa ketua Chief of Command kita. Tidak lain ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kita.

Jadi kalau ada hal-hal berkaitan urusan-urusan itu, maka kalaulah ia melibatkan ke peringkat itu, itu jadi satu perkara yang agak sukar. Ada perkara-perkara lain yang saya tak payah sebutkan. Oleh sebab itu kita tidak dapat di peringkat ini orang kata subscribe kepada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi.

Ada yang membangkitkan tentang memberi khidmat nasihat kepada keluarga mangsa. Ini sudah pun kita buat. Pengalaman kita dalam menguruskan MH370 kita lanjutkan dalam proses sekarang ini. Saya sendiri telah turun ke bawah berjumpa dengan beberapa waris yang terlibat dan dimaklumkan bahawa JAKIM sebagai contoh telah menganjurkan beberapa aktiviti bersama keluarga mangsa bermula dari malam pertama keluarga mangsa ditempatkan di Hotel Marriott Putrajaya, JAKIM telah pun menghantar pegawai agama dan imam bertugas untuk memberikan pengisian rohani, majlis bacaan Yasin, tahlil dan sebagainya. Pendekatan tokoh agama dalam program ini juga akan diuruskan dalam masa yang terdekat ini atas cadangan Yang Berhormat Ketereh tadi.

Ada yang bertanya dari Yang Berhormat Pengerang tentang siapa yang bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada mangsa. Isu pampasan di bawah regime liability di bawah Montreal Convention dan Warsaw Convention adalah satu kontrak antara MAS dan penumpang. Pampasan yang dituntut bagi pelanggaran obligasi undang- undang antarabangsa adalah isu yang berasingan, yang berkaitan dengan state responsibility yakni tanggungjawab antarabangsa.

Seperti mana yang dinyatakan dalam ucapan pembentangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, aspek pampasan ialah satu aspek yang akan diambil kira dalam proses kita menyelesaikan isu kita ini.

Yang Berhormat Pokok Sena menyentuh cerita tentang MH370. Kita masih belum lupa lagi Yang Berhormat. Fasal bagi kami ini juga satu tragedi yang besar. Pastinya kita perlu meneruskan inisiatif yang kita sudah mulakan iaitu pencarian masih lagi dikepalai oleh pasukan daripada Australia, dibantu oleh pasukan kita dan beberapa buah negara yang lain, yang sudah pun commit untuk membantu aset-aset mereka untuk mencari dan memang pun yang disebutkan oleh banyak pakar ini akan mengambil masa.

Paling penting ialah untuk membuat closure kepada cerita ini pasal ia akan mengaitkan tentang orang Islam, waris, soal seperti faraid dan pelbagai lagi, soal jenazah dan juga yang bukan Islam juga ada kaitan tertentu. Ini di peringkat Jemaah Menteri kita sedang meneliti perkara itu. Ada inisiatif yang sudah pun kita buat untuk berhubung dengan next of kin waris-waris yang sedia ada terutama daripada negara China kerana mereka

final • 5:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

masih bersikap keras, mereka sukar untuk menerima kenyataan bahawa kapal terbang itu sudah berakhir di situ dan mungkin dengan sebab itu sebahagian atau pun semua yang ada di dalam pesawat sudah pun menghadapi nahas.

Jadi ini hal-hal yang perlu kita uruskan secara berhemah. Sebenarnya Menteri Pengangkutan waktu berlaku MH17 berada di negara China untuk menyelesaikan perkara itu tetapi terpaksa pulang. Jadi mungkin selepas kita lihat perkara ini dapat diselesaikan di peringkat MH17, hal yang berkaitan dengan MH370 itu akan terus kita laksanakan, insya- Allah. Tuan Yang di-Pertua, itulah beberapa perkara yang saya dapat ulas di sini walaupun saya sedar ada perkara-perkara tertentu yang telah pun dibangkitkan tetapi sebagaimana yang telah pun dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketegasan Kerajaan Malaysia dengan dukungan semua pihak pada hari ini adalah suatu manifestasi bahawa kita bersatu hati dalam isu yang berkaitan dengan kepentingan nasional, yang berkaitan dengan rakyat keseluruhannya tanpa kita melihat siapakah kita, dari parti mana kita datang. Kita bertekad satu sahaja bahawa isu ini ialah usaha bersama.

Kita mesti bersatu hati dalam hendak menyelesaikan isu yang menjadi perhatian rakyat pada hari ini.

Insya-Allah komitmen kerajaan pada hari ini dengan dukungan Ahli Yang Berhormat ialah untuk terus kita berusaha mencari siapakah yang bertanggungjawab yang menyebabkan MH17 ditembak jatuh dan beratus nyawa yang terkorban. Kita harus berlaku adil kepada waris yang ada, kepada mangsa yang terkorban. Oleh sebab itu usaha ini akan kita teruskan.

Saya ucapkan terima kasih daripada pihak kerajaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun menyatakan sokongan. Kita hendak menyatakan juga ucapan terima kasih kepada semua kerajaan daripada banyak negara dunia yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri pun menyatakan rasa simpati, yang juga bersama-sama dengan kita dan akan berusaha untuk membantu supaya isu ini akhirnya akan dapat kita selesaikan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

[Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa Usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) seperti yang tertera dalam Aturan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 1 hendaklah disetujukan.

final • 5:00 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, di kesempatan ini saya bagi pihak Tuan Yang di-Pertua dan seluruh warga kerja Parlimen Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang akan dirayakan beberapa hari lagi ini. Maaf zahir dan batin kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai bertugas, pegawai kementerian, pihak media dan seluruh rakyat Malaysia sekalian.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

[Tepuk]

final • 5:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.08 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026