Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
[Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang- undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014 (DR.8/2014) seperti yang tertera di No.3 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan bacaan kali yang kedua dan ketiga dan dibawa ke mesyuarat akan datang.
Tuan Yang di-Pertua
Baiklah.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Mesyuarat Penggal yang lalu seperti berikut:
(i) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2014.
1. Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sejak awal Januari hingga kini, berapa jumlah kes pembuangan bayi dilaporkan dan apakah langkah yang dilakukan bagi membanteras gejala ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah yang mengemukakan soalan ini.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memandang serius akan gejala pembuangan bayi yang makin berleluasa.
Tindakan membuang bayi merupakan satu perlakuan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, sebanyak 26 kes pembuangan bayi telah pun dilaporkan di seluruh negara dari bulan Januari hingga April 2014. Kes tertinggi dilaporkan di negeri Selangor iaitu sebanyak lima kes, diikuti oleh Sabah sebanyak empat kes dan Negeri Sembilan serta Sarawak masing-masing sebanyak tiga kes.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani isu pembuangan bayi, kementerian telah melakukan perkara-perkara seperti berikut.
Pertama, Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan. Kementerian telah menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan yang dipersetujui oleh kerajaan pada 6 November 2009. Dasar dan pelan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan masyarakat terutama ibu bapa dan remaja berhubung kesihatan reproduktif dan kesan negatif akibat perlakuan seksual di luar nikah.
Keduanya, kita telah mewujudkan talian Nur 15999 yang kita wujudkan sejak 5 Disember 2007 bagi membolehkan remaja dan wanita yang mengandung di luar nikah mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling. Langkah ini berupaya mengelakkan mereka daripada terjebak dalam aktiviti pembuangan bayi. Talian ini beroperasi 24 jam sehari dan dibuka sepanjang tahun.
Ketiga, kementerian juga menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial pekerti ke dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Semenjak tahun 2011 hingga Disember 2013, seramai 174,086 orang pelatih PLKN di 81 buah kem PLKN seluruh negara telah mendapat pendidikan tersebut.
Keempat, Pusat Remaja Kafe@Teen. Sebanyak tiga belas buah Pusat Remaja Kafe@Teen telah diwujudkan oleh LPPKN di seluruh negara. Kafe@Teen ini menyasarkan golongan remaja berumur antara 13 hingga 24 tahun bagi memberikan maklumat berkaitan isu-isu psikososial termasuklah menyediakan khidmat kaunseling kepada remaja. Antara aspek yang diberi tumpuan ialah hubungan dalam keluarga dan perhubungan antara jantina di samping khidmat nasihat klinikal dan program kemahiran hidup. Program outreach ini di sekolah-sekolah dan komuniti setempat telah berjaya mendekati seramai 888,225 orang remaja melalui 9,715 program dan aktiviti bermula bulan November 2005 hinggalah Mac tahun ini.
Kelima, Model Chakna Diri. LPPKN juga telah membangunkan Model Chakna Diri edisi remaja dan juga ibu bapa yang bertujuan untuk memberikan panduan kepada remaja serta ibu bapa dalam memahami perkembangan remaja dan meningkatkan kemahiran untuk menangani tingkah laku yang berisiko khususnya berkaitan dengan seksualiti.
Keenam, Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial di sekolah ataupun PEKERTI. Kita sedar bahawa pelajar-pelajar sekolah perlu diberikan pengetahuan akan bahaya dan risiko aktiviti tidak bermoral. Oleh itu, kementerian melalui LPPKN dan kerjasama Kementerian Pendidikan telah melaksanakan projek rintis kita, Program Pendidikan Kesihatan Reproduksi dan Sosial ataupun PEKERTI sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah untuk murid Tahun Enam selepas UPSR, pelajar Tingkatan Tiga
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
selepas PMR dan juga bagi pelajar pendidikan khas di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia bermula tahun 2012.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Program Pekerti di sekolah ini mengguna pakai modul yang dibangunkan oleh Persatuan Kesihatan dan Produktif Malaysia iaitu the reproductive health of adolescents untuk murid Tahun Enam dan model cakna diri untuk pelajar Tingkatan Tiga. Pada tahun 2012, seramai 2,336 orang pelajar daripada 33 buah sekolah telah mengikuti projek rintis ini. Projek ini akan kita teruskan pada tahun 2014 ini dengan mengadakan kursus training for trainers pada September 2014 kepada tiga buah sekolah. Sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah pendidikan khas bagi setiap negeri yang dipilih oleh Kementerian Pendidikan untuk mengikut program ini. Dijangka sebanyak 47 buah sekolah akan terlibat dan melibatkan 8,000 orang pelajar.
Ketujuh, Pekerti@Komuniti. Program Pendidikan Kesihatan Produktif kepada golongan berisiko tinggi turut kita perluas pada tahun ini. Kumpulan sasar adalah terdiri daripada pelajar sekolah berasrama penuh, penghuni institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti Tunas Bakti, Rumah Taman Sri Puteri, rumah kanak-kanak dan juga asrama akhlak, remaja dan ibu bapa di kawasan Program Perumahan Rakyat. Usaha ini merupakan pencegahan awal kepada golongan yang dirasakan berisiko tinggi. Sebanyak tiga latihan kejurulatihan akan dilaksanakan kepada pegawai pelaksana APPKM, JKM dan juga guru-guru.
Dalam hal ini, sepuluh program di institusi JKM dan SBP serta empat dalam PPR di Lembah Klang telah pun dikenal pasti. Selain itu kementerian juga melalui JKM mempunyai empat buat Taman Sri Puteri, tiga buah Pusat Jagaan Sinar Kasih bagi memberikan perlindungan dan penjagaan kepada remaja yang hamil. BSP menyediakan kemudahan perlindungan dan juga pemulihan kepada kanak-kanak perempuan berumur bawah 18 tahun manakala Pusat Jagaan Sinar Kasih adalah khusus untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas. Terima kasih.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kelihatan ada tujuh program telah dinyatakan. Soalan tambahan saya, pada 7 Jun yang lalu, di negeri Kelantan, yang dikatakan Serambi Mekah, seorang bayi yang dipercayai baru seminggu dilahirkan ditemui ditinggalkan di dalam sebuah kotak di hadapan pintu sebuah rumah di Kampung Gajah Mati, Bachok. Malah, saya difahamkan di Kelantan, banyak kes pembuangan bayi yang melibatkan gadis bawah umur. Soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu undang- undang yang akan membolehkan ibu bapa gadis yang terlibat juga didakwa kerana kecuaian. Bagi saya, ibu bapa ataupun penjaga mesti turut bertanggungjawab. Oleh yang demikian, berikutan peningkatan kes pembuangan bayi setiap tahun, apakah program yang dirancang oleh kementerian bagi memastikan ia benar-benar berkesan untuk mencegah gejala ini memandangkan tujuh program yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi?
Malangnya program yang sedia ada dilihat tidak begitu berkesan. Dalam waktu yang sama, adakah kementerian mempunyai statistik yang menunjukkan kes pembuangan bayi berlaku hasil hubungan haram antara gadis tempatan dengan warga asing.
Statistiknya. Terima kasih.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah atas soalan yang amat baik dan juga tepat pada masa dan ketikanya. Terima kasih.
Berkaitan dengan bayi yang dibuang di Kampung Gajah Mati, Bachok itu, maklumat kita, bayi ini masih berada di hospital dan ibu yang terlibat masih belum lagi dapat dikesan. Akan tetapi inilah yang bertanya, Tuan Yang di-Pertua menunjukkan bahawa perkara seperti ini, masalah sosial seperti ini boleh berlaku di mana-mana pun tidak kira di mana negeri pun dalam negara kita ini dan menjadi tanggungjawab kita semua bersama untuk cuba menanganinya dengan sebaik mungkin. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa penglibatan komuniti, perkhidmatan ibu bapa itu adalah amat penting kerana pendidikan awal adalah daripada ibu bapa, dari rumah lagi.
Jika mereka diberikan pendidikan yang awal, mungkin perkara-perkara seperti ini dapat kita elakkan daripada berlaku. Oleh kerana itulah kementerian kita selain daripada
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
program untuk anak-anak ini, untuk remaja, kita juga ada program keibubapaan untuk kaum ibu dan bapa di tempat kerja dan juga di dalam masyarakat ini sentiasa berjalan dan terus berjalan. Kita tidak mengatakan bahawa program kita ini tidak berjaya kerana program kita ini kita lihat bahawa kes pembuangan bayi ini dia fluctuating. Dia kadang-kadang ada naik, kadang-kadang turun dan sedemikianlah. Jadi tanggungjawab kita ialah mesti meneruskan program-program yang kita laksanakan yang tujuh itu. Kita juga teruskan lagi program- program untuk ibu bapa dalam kalangan masyarakat kita sama ada di luar bandar ataupun di tempat kerja mereka kita akan teruskan.
Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat untuk mewujudkan satu undang- undang yang membolehkan ibu bapa ini diambil tindakan, kita akan membuat kajian sama ada ini perlu kita lakukan. Akan tetapi kalau ramai orang mengatakan bahawa ini perlu dilakukan, kita boleh mengambil tindakan ke atas perkara seperti ini. Akan tetapi saya percaya, di kementerian juga kita percaya bahawa pendidikan terhadap ibu bapa itu adalah amat penting. Mungkin di sinilah juga kursus pra perkahwinan itu boleh kita tambah baik lagi supaya mereka tahu tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Dengan itu mereka dapat menurunkan ilmu ini kepada anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak baik ini.
Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat yang mengatakan yang program- program yang ada ini tidak berkesan, saya kurang bersetuju kerana program kita ini memang ada kesannya kerana kita lihat begitu ramai anak remaja kita ingin mengikuti program ini menunjukkan program ini ialah program yang baik untuk dapat kita teruskan.
Akan tetapi dalam masa yang sama kita tidak juga berpuas hati. Kita juga mengadakan kajian dan meminta peruntukan daripada kerajaan untuk mengadakan kajian kepada program-program yang kita laksanakan. Sekarang ini kajian Youth Intervention Study 2014 sedang dilaksanakan, sedang dijalankan oleh kementerian untuk mengkaji keberkesanan program sedia ada. Bukan sahaja program kementerian tetapi program dilaksanakan oleh JAKIM, program yang dilaksanakan oleh NGO dan mana-mana badan yang lain serta agensi yang lain terhadap reproductive health untuk orang muda ataupun remaja. Insya- Allah setelah kita dapat kajian ini nanti, maka kita akan dapat menggubal satu modul yang lebih holistik lagi untuk dipakai oleh semua pihak.
Berkaitan dengan statistik menunjukkan kes pembuangan bayi hasil daripada hubungan gadis tempatan dengan pendatang dari luar, setakat ini kita belum ada lagi statistik ini, Yang Berhormat. Namun kita akan bekerjasama dengan pihak polis kerana selalunya kes ini akan diambil oleh pihak polis. Kita akan bekerjasama dengan mereka untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Dari situ kita akan dapat mengambil tindakan yang sebaiknya. Saya dimaklumkan baru-baru ini ada satu kes yang menunjukkan bahawa– Mungkin bapa itu ialah majikan atau orang tempatan dan ibu itu mungkin adalah orang dari luar ataupun pekerja kepada majikan itu. Itu yang kita ada. Kita dapat maklumat.
Akan tetapi statistik sebenarnya kita masih belum dapat lagi.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kita menyedari masalah sosial dan jenayah yang semakin meningkat dalam negara kita perlu penyelesaian segera oleh pihak kerajaan khususnya. Bukan semata-mata program yang kita buat tetapi kita kena lihat dari sudut keberkesanan tindakan pendakwaan terhadap kes-kes yang melibatkan maruah. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab daripada laporan yang kita terima sebelum ini, kelemahan amat ketara dari sudut pendakwaan.
Contohnya tahun lepas sahaja, kes yang melibatkan rogol. Sebanyak 400 daripada 461 kes, hanya 14 sahaja yang diambil tindakan. Begitu juga kes yang melibatkan cabul kehormatan. Daripada 21 kes yang dilaporkan, hanya sembilan sahaja yang telah dijatuhkan hukuman. Jadi apakah masalah yang pihak kementerian melihat isu ini untuk memastikan masalah ini supaya pihak-pihak yang melakukan aktiviti maksiat ini mereka gerun dengan undang-undang yang ada.
Ini kerana kita melihat apabila kelemahan dari sudut tindakan ini menyebabkan penggiat-penggiat maksiat ini mereka tidak takut, mereka meneruskan aktiviti mereka menyebabkan walaupun apa jua yang kita buat tetapi tidak memberi kesan kepada masyarakat. Minta penjelasan.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih kepada sahabat daripada Yang Berhormat Rantau Panjang atas soalan ini. Soalan ini sebenarnya adalah patut dijawab oleh pihak Kementerian Dalam Negeri, pihak polis kerana tindakan-tindakan jenayah, kes-kes jenayah adalah diambil oleh pihak PDRM. Walau macam mana pun, saya ingin kongsi di sini bahawa bagi kes buang bayi ni kita dapati daripada pihak polis bahawa pada tahun 2011 seramai 27 orang ibu yang membuang bayi diambil tindakan. Pada 2012 seramai 15 orang dan pada tahun lalu 2013, ada empat orang.
Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, kalau dalam kes-kes buang bayi ini memang agak susahlah, sukar untuk mengambil tindakan kerana bila dibuang, kita tidak tahu siapa yang membuang. Siapa ibunya, siapa bapanya, tidak akan diketahui kerana mereka sudah buang, tinggalkan sahaja. Itu ialah satu perkara yang agak susah untuk mereka mencari that person ataupun mereka yang melakukan kesalahan ini. Walau macam mana pun, kita tidak berputus asa dan kita masih minta supaya pihak polis mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang melakukan perbuatan yang amat kejam ini, membuang bayi ini. Terima kasih Yang Berhormat.
2. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan:
(a) kos yang ditanggung oleh kementerian dalam membekalkan 400,000 Netbook 1Malaysia kepada guru-guru bersempena dengan sambutan Hari Guru; dan
(b) nama syarikat serta senarai lembaga pengarah yang dilantik bagi syarikat yang membekalkan Netbook 1Malysia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai atas soalan yang dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua, kos keseluruhan pemberian Netbook 1Malaysia dianggarkan sebanyak RM400 juta bagi tujuan untuk membekalkannya kepada guru-guru seluruh Malaysia. Ini adalah sebahagian daripada program pemberian kira-kira 1.6 juta netbook yang dimulakan sejak tahun 2010 yang lalu. Pemberian ini dikendalikan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan menggunakan Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dan proses pemberian akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
Untuk fasa ini sebanyak 48 pembekal telah dilantik oleh kementerian bagi membekal Netbook 1Malaysia kepada 400,000 guru. Antara jenama netbook yang akan diagihkan adalah seperti berikut Lenovo, Samsung, Asus, Acer dan juga HP. Terdapat 48 namanya. Kalau saya sebutkan satu persatu Tuan Yang di-Pertua mungkin panjang.
Namanya Jasa Citra, Luncom, e-master. Semuanya akan diterbitkan melalui laporan tahunan. Saya akan serahkan semua nama tersebut pada Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya rasa isu IT ialah isu yang amat penting kerana kalau kita lihat daripada Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia hanya lebih kurang 80% para guru yang menggunakan IT. Itu pun hanya satu jam seminggu. Saya faham keperluannya. Masalahnya, isu pemberian netbook ataupun untuk pelajar dahulu diberikan Chromebook sering kali menghadapi kontroversi kos, kuantiti dan juga kroni.
Saya sebutkan kos kerana sememangnya dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi pihak agensi kerajaan MARA sebanyak RM84,000 dibayar untuk dua set komputer riba yang bernilai RM5,000 bagi satu set. Jadi, saya ucap terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri memaklumkan jumlah keseluruhan program ini. Akan tetapi berbalik kepada isu kedua iaitu isu kualiti. Saya melihat sekitar tahun 2012 sehingga 2013, Netbook 1Malaysia ada banyak rungutan termasuklah oleh UMNO Pasir Gudang bahawa 2,000 netbook yang diberikan pada tahun 2013 rosak.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Jadi, kes ini berulang-ulang dari 2012 hinggalah 2013. Saya tahu untuk pelajar lebih kurang 5 juta tahun lepas kerajaan menganugerahkan Chromebook. Jadi, dalam kes ini bila diputuskan untuk memberi 400,000 Netbook 1Malaysia, bagaimanakah kementerian memastikan satu isu kualiti tidak akan berulang kes-kes kerosakan? Keduanya isu latihan kerana kebanyakan daripada komputer yang diberikan sejak zaman PPSMI lagi diletakkan di pejabat, lapuk tidak diguna pakai. Jadi, bagaimanakah secara connective diberikan secara berkualiti dan latihan diberikan jugalah, dipersiapkan supaya tidak membangkitkan pembaziran? Saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tambahan dan terima kasih atas persetujuan daripada pihak Yang Berhormat bahawa ICT ialah merupakan suatu aspek yang penting dalam pembangunan pendidikan negara bukan sahaja dari segi pelajarnya tetapi juga dari segi pengajarnya juga, kedua-duanya perlu dilengkapkan dengan kebolehan dan kemudahan ICT. Saya kira daripada dahulu lagi kita sedar bahawa untuk melengkapkan kemudahan ICT ini macam-macam cara dan kaedah kerana ia juga mengikut perkembangan yang ada dalam dunia pada waktu tersebut.
Dahulu sekolah tidak ada komputer tetapi kemudiannya dilengkapkan dengan makmal komputer. Makmal komputer konsepnya sebuah sekolah itu ia ada sebuah kelas yang kemudiannya diubahsuai, diletakkan mungkin dalam 20, 30 biji komputer dan dikongsi secara beramai-ramai. Kemudiannya, pandangan-pandangan dunia misalnya di bawah UNDP, World Economic Forum misalnya ataupun ada terdapat beberapa movement ataupun pergerakan atas kesedaran bahawa komputer yang dikongsi-kongsi ini akhirnya tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan pelajaran melalui pembangunan ICT dan sebagainya.
Maka misalnya saya beritahu ada berapa banyak program disentuh dalam dunia misalnya ‘one to one’. Konsepnya one children ataupun 1Student, 1Computer. Ada Program BOYD misalnya, Bring Your Own Device. Ada lagi program dipanggil OLPC atau One Laptop Per Child. Ada One Laptop Per Child Association (OLPCA) dan ada foundation yang berpejabat di Cambridge yang semuanya disokong oleh pelbagai pihak. Antara programnya dipanggil program G1G1 bererti ‘get one.’ Dia kata kalau siapa hendak beri sumbangan beli satu laptop dia akan cari duit itu untuk beri pula pada anak-anak yang kurang berkemampuan di Afrika, di Latin Amerika dan sebagainya. Ini seluruh dunia.
Pada waktu tersebut, tahun 2008, 2010 dan sebagainya, bercakap semacam ada suatu gerakan bahawa untuk memberikan keupayaan kepada pelajar kita di seluruh dunia bahawa mereka mesti dibekalkan dengan satu device, satu alat pada satu orang. Oleh sebab itu antara negara yang sekarang ini dipuji, dikatakan Malaysia melangkah ke hadapan ialah dengan membuat program 1Malaysia Netbook, sebanyak RM1.6 juta dibeli dan bukan menggunakan duit daripada duit cukai tetapi duit Universal Service Provision
(USP) di mana setiap pembekal perkhidmatan tidak kiralah Maxis, Celcom dan sebagainya atas jualan mereka, growth mereka diambil 6% dan dimasukkan dalam tabung ini.
Antara lain, duit daripada tabung tersebut digunakan untuk tujuan ini iaitu membeli netbook yang akan dibekalkan kepada murid-murid seluruh negara. Memang ada isu yang berkaitan dengan kualiti, rosak dan sebagainya tetapi semuanya kita sudah beritahu bahawa mereka yang memperolehnya mereka akan diberikan satu tahun warranty dan disediakan lebih kurang 170 tempat di seluruh negara, kalau ia rosak dan sebagainya.
Kalau dalam masa setahun berkenaan, sila hantar dan mereka akan dapat gantian ataupun dibaiki. Jadi, bukan sahaja netbook, saya rasa kalau kita beli televisyen, beli kereta dan sebagainya pun tidak ada guarantee bahawa kereta kita tidak akan rosak. Selagi warranty nya ada maka saya rasa itu tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita mengatakan bahawa program ini tidak baik.
Namun begitu, pada waktu tersebut ada yang berkata bahawa kalau kita beri kepada murid-murid sahaja siapa yang hendak mengajar murid tersebut? Ada guru yang memberi pandangan bahawa guru-guru juga perlu dibekalkan.
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Oleh Sebab itu pada tahun ini atas stok yang sama saya katakan kita kembangkan kepada guru-guru. Ini saya katakan, saya sebut sebagai sebahagian daripada hadiah Hari Guru kami daripada kementerian kepada guru-guru sekalian dan insya-Allah dengan kerjasama Kementerian Pelajaran kita akan mengedarnya kepada guru-guru yang pada
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
tahap-tahap yang tertentu. Seramai 400,002 orang guru akan memperolehnya insya-Allah dalam tahun ini. Pasal Chromebook dan sebagainya saya rasa satu dunia pun ada beberapa isu yang berkaitan dengan apakah jenis peralatan yang digunakan. Ada netbook, ada Lenovo Think Pad, ada Chromebook. Yang ada yang tertentu ada kebaikannya, ada kelemahannya. Jadi tidak boleh katakan satu alat itu adalah lebih baik daripada yang lain kerana masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Terima kasih.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya hendak ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian kerana telah berusaha dengan sebaiknya bagi membekalkan peralatan notebook, netbook semua kepada pelajar-pelajar dan yang terkini kepada guru- guru. Saya juga ingin menyentuh sedikit soalan saya berhubung kait dengan kualiti.
Memang dari sudut jumlahnya yang banyak, apa yang kita beli secara banyak akan mendatangkan adalah defect tetapi yang menjadi masalah Yang Berhormat Menteri, saya minta jasa baik ialah tempoh, bila kita hantar balik, hendak dapat semula itu lambat. Itu yang menjadi persoalan.
Jadi akhirnya Yang Berhormat Menteri, kerja yang baik itu jadi buruk. Orang yang tukang hendak ambil silap ini ada sahaja. Daripada 1,000 yang defectnya mungkin 100 tetapi yang pick up, yang buruk 100 itu ramai. Jadi mari kita- apakah perancangan pihak kementerian bagi memudahkan sama ada daripada penerima-penerima ini supaya cara dibaik pulih itu dipercepatkan. Apakah kementerian merancang untuk memudahkan sistem jaringan internet di kawasan luar bandar terutamanya dalam usaha kerajaan melahirkan warga pendidik yang celik IT? Terima kasih.
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Sama-sama. Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan tambahan yang dikemukakan. Saya rasa saya tambah sikit sebelum itu ya, bahawa saya sebutkan nama 48 buah syarikat yang membekal tadi. Sebenarnya lebih kalau diambil kira semua 1.6 juta sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2010 dahulu lagi. Semua syarikat itu ditentukan melalui tender terbuka. Bukannya kata kalau disebutkan kroni dan sebagainya, itu saya rasa niat tidak berapa baiklah. Tender terbuka.
Jadi kalau ada syarikat-syarikat Yang Berhormat pun, boleh masuk tender tersebut. Dikatakan bahawa yang disebutkan ada beberapa kelemahan. Saya akui perkara ini. Bila banyak itu ada kelemahan tetapi sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi keseluruhannya pada majoriti daripada apa yang kita berikan, mereka menerimanya dengan baik. Kalau dikatakan apakah ini adalah merupakan suatu yang terbaik, kita katakan apabila ICT ini suatu perkara yang sentiasa berubah.
Kalau dahulunya kita pakai Windows 7, sekarang sudah ada Windows 8. Sistem- sistem sentiasa berubah dan sebagainya. Daripada semasa ke semasa pihak SKMM membuat kajian apakah program ini program yang sama akan diteruskan di masa yang akan datang, kita akan tentukan. Kita juga melihat daripada segi apa yang disebutkan best practices oleh negara-negara lain. Ada negara yang membekalkan hanya tablet misalnya.
Di Thailand, tablet. Thailand jadi isu hanya kerana satu pembekal saja. Kita melibatkan beratus-ratus pembekal. Jadi itu juga akan jadi perkara yang dibincangkan mana baik mana buruk. Isu daripada segi liputan, coverage 3G dan juga coverage penggunaan jalur lebar dan sebagainya. Kita tahu bahawa ini ialah merupakan antara isu yang sentiasa perlu dikemaskinikan.
Ada tempat yang mengatakan mereka ada netbook, ada kemudahan WiFi, WiFi tidak ada dan sebagainya. Akan tetapi ini telah saya jawab semalam bagaimana di bawah Program HHBB2, program di bawah USP juga membina 1,000 menara telekomunikasi seluruh negara kita, juga adalah merupakan salah satu daripada program untuk memberikan kekuatan kepada sistem liputan jalur lebar dalam negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3. Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [Jasin] minta Perdana Menteri menyatakan apakah perancangan kementerian dalam membangunkan amalan wakaf sebagai salah satu cabang ekonomi umat Islam yang bermatlamatkan memberi manfaat kepada kesejahteraan ummah.
Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam
Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan ini secara serentak dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam, soalan nombor 46 dan Yang Berhormat Nibong Tebal, soalan nombor 62 pada hari ini dengan menyentuh isu yang sama iaitu amalan berwakaf dan juga peranan Yayasan Wakaf. Mohon izin Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menerusi Jabatan Wakaf, Zakat dan juga Haji ataupun ringkasnya JAWHAR dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) sentiasa mengadakan program-program promosi bagi memberikan kefahaman serta kesedaran meluas kepada masyarakat Islam melalui amalan berwakaf. Kesedaran ini amat penting demi memastikan masyarakat dapat meningkatkan amalan wakaf mereka sama ada melalui hartanah dan juga wang tunai yang sekali gus bakal memperkasakan dana wakaf.
Di samping itu kerjasama rapat bersama Majlis Agama Islam Negeri ataupun MAIN telah diwujudkan bagi memperkasakan amalan berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam secara berterusan seperti mengadakan Seminar Wakaf, perkongsian pengalaman dengan negara-negara serantau, bengkel mengenai pembangunan ekonomi berasaskan wakaf seperti sistem sukuk dan sebagainya.
Pendekatan Strategi Lautan Biru dalam membangunkan hartanah wakaf oleh Kerajaan Persekutuan bersama Majlis Agama Islam Negeri dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, kebajikan, kesihatan dan sebagainya juga akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 atau RMKe-11.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Yang Berhormat sedia maklum, wakaf adalah termasuk dalam senarai bidang kuasa negeri mengikut peruntukan Butiran 1, Senarai 2, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu Majlis Agama Islam Negeri merupakan pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf di negeri masing-masing.
Penubuhan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) pada tahun 2004 dan Yayasan Wakaf Malaysia pada tahun 2008 di peringkat Persekutuan adalah bertujuan untuk menggembleng dan menyelaraskan hal ehwal wakaf dan pemerkasaan amalan wakaf di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri di Malaysia. Pada era sebelum penubuhan JAWHAR dan YWM, Yayasan Wakaf Malaysia, masyarakat Islam lebih tertumpu dan menjurus kepada amalan mewakafkan tanah dan harta benda. Akan tetapi kini dengan nilai tanah yang semakin tinggi, maka masyarakat Islam menghadapi sedikit kesukaran dalam melaksanakan amalan wakaf kecuali mereka yang benar-benar mempunyai kekayaan dan kemampuan yang lebih untuk berwakaf.
Sehubungan itu JAWHAR melalui YWM telah memperkenalkan alternatif yang membolehkan amalan berwakaf dapat dilaksanakan dengan lebih meluas dengan meliputi semua peringkat kelompok masyarakat dengan memperkenalkan wakaf secara tunai dan melalui potongan gaji secara bulanan mengikut kemampuan. Wakaf tunai ini apabila telah mencapai jumlah yang mencukupi boleh digunakan untuk melaksanakan pelbagai pembangunan yang meliputi ekonomi, kebajikan, kesihatan dan pendidikan termasuklah pendidikan Islam. Dalam hubungan ini JAWHAR dan YWM akan terus merangka program kerjasama dan penyelarasan dengan semua Majlis Agama Islam Negeri untuk mempertingkatkan amalan wakaf dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan surat ikatan amanahnya, Yayasan Wakaf Malaysia berperanan untuk menggembleng semua wakaf bagi memperkukuhkan sosial ekonomi ummah. Di samping itu penubuhan Yayasan Wakaf Malaysia juga adalah untuk mencapai lima matlamat teras iaitu mengumpul dana wakaf, membangun dan memajukan harta wakaf, melaksanakan program pelaburan, melaksanakan program kebajikan dan sosial dan yang kelimanya melaksana program promosi dan penerbitan. Sehingga kini projek-projek pembangunan wakaf oleh Yayasan Wakaf Malaysia dan status pelaksanaannya adalah seperti berikut:
Pertama, projek siap, selesai dan beroperasi iaitu pembangunan 70 projek kecil berimpak besar bersamaan 195 unit ruang niaga di seluruh negara yang dibangunkan terdiri dari bazar wakaf rakyat, wakaf mart dan kiosk cenderahati.
Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Kedua, projek dalam pembinaan dan pelaksanaan, pembangunan 11 projek sambungan bersamaan 36 unit bazar wakaf rakyat dan kiosk cenderahati di negeri Kedah,
Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu. Seterusnya, ialah pembangunan 10 projek bersamaan 10 unit iaitu francais bagi wakaf mart termasuk satu unit prototaip di Wilayah Persekutuan, Johor, Perlis, Perak, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah. Seterusnya, pembinaan akademik latihan kepada anak-anak asnaf di negeri Kedah.
Ketiga ialah pelaksanaan kajian Yayasan Wakaf Malaysia dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Jabatan Wakaf Zakat dan Haji atau JAWHAR sedang melaksanakan kajian pelan induk transformasi pembangunan hartanah dan wakaf di Malaysia dan kini kajian tersebut dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Hasil kajian ini kelak akan dijadikan sebagai rujukan utama bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri, JAWHAR dan Yayasan Wakaf Malaysia dalam merencanakan pembangunan wakaf yang lestari di setiap negeri.
Seterusnya, pengurusan Akademi Kulinari Terengganu iaitulah bersama Yayasan Wakaf Malaysia dan MAIDAM, Majlis Agama Islam Terengganu telah dibangunkan di Marang, Terengganu menempatkan pelatih yang terdiri daripada anak-anak asnaf negeri Terengganu.
Pengurusan hotel-hotel wakaf. Yayasan Wakaf juga telah menguruskan hotel-hotel wakaf yang telah dibangunkan oleh JAWHAR di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan iaitulah Hotel Pantai Puteri JAWHAR-MAIM di Melaka, Hotel Seri Warisan JAWHAR-MAIP
(Majlis Agama Islam Perak di Perak) dan Hotel Grand Puteri di Terengganu JAWHAR- MAIDAM di Terengganu. Mengenai pelaksanaan pelan induk wakaf korporat, dimaklumkan bahawa kajian khas mengenai pelan induk wakaf korporat telah dipersetujui dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Perkara ini masih lagi berada di bawah tindakan Kementerian Kewangan Malaysia. Terima kasih.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Diakui bahawa ekonomi orang-orang Islam di Malaysia ini adalah lemah. Walaupun jumlah kita sebanyak 61.3% daripada jumlah penduduk tetapi penguasaan dan pendidikan kita masih jauh lagi. Adalah satu keperluan untuk kita melonjakkan agar mereka terus mendapat apa juga faedah yang telah disediakan oleh kerajaan untuk mengangkat Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Dalam pada itu, institusi Islam seperti Majlis Agama Islam, seperti Baitulmal dan masjid-masjid mempunyai harta yang banyak dalam bentuk alih dan juga tidak alih dan juga tunai. Saya telah dimaklumkan bahawa tanah sahaja, kita mempunyai sebanyak 11,000 hektar yang berjumlah lebih kurang RM1.2 bilion walaupun tanah ini bersepah-sepah.
Dalam masa yang sama, ramai juga umat Islam yang ingin mewakafkan harta, wang tunainya tetapi terhalang kerana pengurus-pengurus institusi ini bukan merupakan usahawan ataupun yang kurang arif daripada segi ekonomi dan juga segi perniagaan. Jadi justeru itu, apakah usaha-usaha kerajaan ke arah membina modal insan supaya orang ramai lebih yakin lagi untuk terus melabur dan terus mewakafkan wang tunai mereka?
Dalam masa yang sama juga agar harta wakaf yang bernilai berbilion-bilion ringgit ini boleh kita majukan dan kita dapat manfaatkan umat Islam dan juga dalam masa yang sama untuk kemaslahatan ummah.
Soalan saya yang kedua, selain daripada itu, adakah kerajaan bercadang ataupun membuat apa-apa opsyen untuk mewakafkan GLC tertentu yang telah kita kenal pasti untuk kita sama-sama swastakan kerana ini penting? Selain daripada syarikat-syarikat perniagaan, kita tengok contoh macam di Johor, JCorp ada mewakafkan hasil saham mereka. Selain daripada itu, kita mahu melihat kerajaan pun mesti mengambil bahagian supaya kita dapat bangunkan ekonomi umat Islam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Jasin yang telah pun mengemukakan soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, saya amat berterima kasih atas pandangan yang telah diberikan untuk institusi-institusi yang berorientasikan agama di Malaysia ini dapat berkembang dalam konteks bukan hanya dalam berkaitan pendidikan, melalui sekolah- sekolah agama dan sebagainya tetapi termasuk dalam bidang ekonomi. Namun kita juga amat memahami bahawa wakaf-wakaf yang telah sedia ada dalam konteks negara kita Malaysia ini dalam pelbagai kategori termasuklah di antara yang saya maksudkan kategori ini ialah ada yang dinamakan dengan wakaf khusus. Wakaf khusus ini maknanya bila pewakaf itu dia mewakafkan. Menjadi kelaziman pada waktu zaman dahulu orang
Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum
mewakafkan sesuatu tanah dan tapak untuk pembinaan masjid atau surau ataupun untuk pembinaan kawasan perkuburan.
Lazimnya, secara umumnya, inilah bentuk wakaf yang ada sejak dahulu yang telah pun dikhususkan. Dalam keadaan yang seperti ini, tidak banyak inovasi yang dapat dibuat, kreativiti untuk membangunkan tanah ini melainkan hujah-hujah dan pandangan yang selalu menekankan mesti ia dibangunkan berdasarkan apa yang telah diwakafkan yang lebih-lebih lagi wakaf khusus tadi. Namun walau bagaimanapun, usaha-usaha sedang dilakukan untuk tujuan supaya harta-harta yang begitu banyak dapat dikembangkan. Walau bagaimanapun kita faham bahawa kuasa sepenuhnya pemegang amanah tunggal kepada wakaf ini ialah merupakan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
Ia amat bergantung kepada kreativiti ataupun usaha-usaha yang jauh lebih ke hadapan dibuat oleh pihak majlis. Saya setuju juga sangat bahawa pandangan Yang Berhormat Jasin yang menyebut bahawa ramai orang Islam yang ingin walaupun wakaf bukan lagi dalam bentuk tanah yang sebagaimana zaman dahulu tetapi dalam bentuk kewangan tunai tetapi orang juga memikirkan bahawa pengurus-pengurus dana ini adakah mereka yang berkemampuan. Jadi, dalam keadaan yang seperti ini, kita juga amat mengharapkan majlis dan juga pihak pemegang amanah tunggal ini mencari jalan keluar dengan menubuhkan anak-anak syarikat yang mampu untuk menjana kewangan daripada wakaf ini.
Keduanya soalan tadi yang berkaitan dengan persoalan adakah kerajaan mengusahakan sama ada pihak GLC dan juga pihak-pihak yang turut sama untuk membangunkan harta wakaf ini. Kita memang dengan penubuhan wakaf korporat yang telah saya sebutkan dalam jawapan tadi ialah ke arah jalan bagaimana kita hendak mendekatkan rakan-rakan GLC untuk turut bersama bagi tujuan membangunkan harta- harta wakaf. Sebagaimana contoh JCorp yang telah pun mewakafkan harta-harta mereka untuk tujuan satu cabang yang dinamakan wakaf sebagaimana yang telah disebutkan.
Terima kasih.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri, sahabat lama saya. Saya terpanggil untuk memberikan pandangan dan juga memohon penjelasan mengenai institusi wakaf yang telah dikemukakan tadi dan khususnya mengenai aspek pendidikan ataupun sektor pendidikan. Kita tahu bahawa sejak zaman berzaman dahulu lagi, ramai orang Islam di Malaysia ini, mereka mewakafkan harta mereka, tanah, duit dan sebagainya untuk institusi pendidikan. Ada yang menjadi pondok pendidikan Islam dan sebagainya.
Saya hendak sebutkan di sini ialah satu wakaf yang terancang yang diasaskan pada tahun 1955 iaitu dengan pembinaan sebuah sekolah tinggi. Pada masa itu yang dinamakan Kolej Islam Malaya yang hanya diasaskan daripada sumbangan dana wakaf ini.
Kolej Islam ini telah melahirkan ramai sarjana termasuk yang menjadi pemimpin negara dan sebagainya. Berikutan daripada wakaf untuk kolej ini, baru-baru ini sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Majlis Raja-Raja telah meluluskan dana kepada Kolej Islam Malaya ini ditubuhkan sebuah universiti yang dinamakan Universiti Islam Malaysia.
Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah Kerajaan Persekutuan walaupun disebut tadi wakaf ini pemegang amanah utamanya ialah Majlis Agama Islam Negeri?
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Adakah Kerajaan Persekutuan bercadang untuk menyelaraskan dana-dana wakaf ini untuk tujuan pendidikan tinggi seumpama menubuhkan universiti dan sebagainya, yang mana universiti ini boleh memberikan pendidikan percuma kepada anak-anak asnaf terutamanya orang miskin, anak yatim dan juga mualaf? Mualaf di sini bukan hanya mereka yang memeluk agama Islam, mungkin mereka yang cenderung. Misalnya sarjana yang hendak membuat kajian mengenai Islam diberikan sumbangan kewangan dan sebagainya.
Jadi saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai perkara ini. Terima kasih.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada sahabat saya dari Kota Bharu yang memberikan satu contoh yang paling relevan untuk masa ini tentang wakaf iaitu wakaf untuk Kolej Islam Malaya.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum
Sebenarnya saya faham Yang Berhormat Kota Bharu juga dari Kolej Islam Klang yang merupakan kesinambungan dari Kolej Islam Malaya terdahulu. Sebagaimana benar yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu tadi bahawa Kolej Islam Malaya yang ditubuhkan 1952 dahulu dan telah pun melahirkan ramai cendekiawan-cendekiawan para ulama yang terlahir dari sana sehingga sampai kepada pemimpin negara telah pun pada waktu itu berada dalam semacam persimpangan semasa penubuhan UKM atau Universiti Kebangsaan Malaysia yang diputuskan penubuhannya.
Namun atas usaha-usaha yang telah pun diterajui bersama oleh pihak kerajaan dan juga pihak pelajar-pelajar bekas dari Kolej Islam Malaya, maka lahirlah apa yang dinamakan dengan Universiti Islam Malaysia. Universiti Islam Malaysia ialah merupakan kesinambungan yang mana harta wakaf tersebut - pihak Universiti Islam Malaysia masih lagi berhubung dengan Kerajaan Negeri Selangor terutamanya Sultan Selangor sendiri yang telah pun memberikan perkenan supaya harta wakaf tersebut dikembangkan atas nama universiti.
Saya amat bersetuju bahawa kalau nanti model seperti mana Al-Azhar yang mendapat wakaf daripada orang ramai, sejak dahulu mampu untuk membantu bukan hanya sekadar anak yatim ataupun kelompok asnaf tetapi bahkan juga membantu kerajaan dalam keadaan berkeperluan pada masa yang diperlukan di Kerajaan Mesir satu ketika dahulu termasuk di dalam membantu ekonomi negara.
Jadi dalam konteks ini kita juga mempunyai cita-cita yang sama sebagaimana Yang Berhormat sebutkan. Melalui Universiti Islam Malaysia, harapan kita nanti ada mereka yang masuk untuk mengambil bidang dan jurusan di universiti ini mendapat peluang dan juga ruang untuk dibantu di atas nama wakaf dengan pendidikan yang percuma dan biasiswa ataupun peruntukan kewangan bagi mereka sama ada melaksanakan kajian- kajian termasuk sebagaimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu mereka yang bergelar mualaf itu, termasuk mualaf yang baru berjinak kepada agama Islam. Terima kasih.
4. Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang] minta Perdana Menteri menyatakan:
bilangan penduduk Sibu dan Lanang serta Sarawak yang berdaftar dengan eKasih; dan
(a) bilangan penduduk yang telah diberi bantuan dan bilangan penduduk yang ditolak permohonannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Senyum kepada Yang Berhormat Lanang. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Mei 2014 bilangan isi rumah ataupun keluarga yang berada dalam sistem eKasih bagi kawasan Parlimen Sibu, Lanang dan seluruh negeri Sarawak adalah seperti berikut:
| Parlimen | Miskin tegar | Miskin | Mudah miskin | Yang terkeluar | Jumlah |
|---|---|---|---|---|---|
| Sibu | 601 | 868 | 266 | 904 | 2639 |
| Lanang | 307 | 496 | 18 | 536 | 1397 |
| Seluruh Negeri Sarawak | 27731 | 31363 | 10882 | 31227 | 101203 |
Statistik status permohonan bantuan isi rumah di dalam eKasih mengikut kawasan Parlimen Sibu, Lanang dan negeri Sarawak sehingga 31 Mei 2014 adalah seperti berikut.
Parlimen Sibu diluluskan 10,303 ditolak 21, jumlah 10,324. Parlimen Lanang 4,781, ditolak hanya 1, jumlah 4,782 sementara bagi seluruh negeri Sarawak diluluskan 493,758 ditolak 1,813 dan jumlah semua ialah 495,571. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat permohonan yang ditolak kerana pemohon tidak menepati kriteria yang ditetapkan oleh agensi pemberi bantuan. Sebagai contoh permohonan bantuan rumah ditolak jika status
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
rumah atau status tanah adalah bukan milik pemohon ataupun tidak mendapat kebenaran daripada tuan rumah. Terima kasih.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Terima kasih. Saya ingin tahu tempoh masa yang diambil untuk meluluskan permohonan bantuan dan jika ditolak pemohon itu layak, apakah langkah untuk membuat rayuan serta adakah senarai penerima dalam sistem eKasih boleh disemak oleh orang ramai untuk memastikan ketelusan dan keadilan dan mengelakkan penyalahgunaan sistem eKasih ini. Saya juga ingin tahu program atau kempen yang dianjurkan sejak 2008 untuk menggalakkan lebih ramai orang yang memerlukan untuk memohon atau berdaftar dan juga untuk memahami apakah ini sistem eKasih. Terima kasih.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Yang Berhormat, tempoh untuk kita memproses eKasih berdasarkan kepada fakta-fakta yang disediakan. Kalau semua lengkap, cepat. Kalau tidak lengkap lambat sedikit. Itu secara logiknya. Berhubung dengan apakah kita ingin buka kepada orang ramai, benda ini telah dibuka kepada orang ramai begitu lama dan saya percaya ini juga peluang kepada pemimpin-pemimpin, Ahli Parlimen, JKK Barisan Nasional kecuali JKK di Penang, Selangor dan Kelantan.
Akan tetapi semua pemimpin yang prihatin kepada mereka yang memerlukan boleh bawa untuk didaftarkan. Jadi itu pun sudah jadi orang ramai. Kalau kita isytihar kepada Ahli Parlimen pun, dia orang ramai sebab Ahli Parlimen mewakili rakyat. Yang Berhormat ini ialah peluang, kerajaan memberi peluang kepada semua pihak untuk mengetengahkan mereka yang layak untuk mendaftar eKasih.
Sama ada mereka yang ditolak itu boleh dipertimbangkan semula, boleh buat rayuan. Tidak ada masalah. Ini bukan pemerintahan kuku besi, ini kerajaan yang adil dan saksama. Lebih adil daripada PKR dan juga DAP. Jadi di atas dasar tersebut, eKasih nama pun kasih, sudah pasti apabila kerajaan melihat dan mempertimbangkannya jadi ‘e- Sayang’.
Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanyakan tentang eKasih ini. Memang kita faham bahawa tujuannya baik. Akan tetapi banyak rungutan tentang sistem penyampaian eKasih ini dan kita lihat mereka yang didaftarkan itu tidak pun pernah dapat dikenal pasti oleh pemimpin tempatan kerana pegawai yang datang untuk membanci itu pun kadang-kadang tidak buat pembancian, hanya mendapatkan pandangan daripada masyarakat setempat.
Kalau macam itu macam mana kita hendak dapat kes yang genuine daripada segi bentuk yang ingin kita bantu kepada pemohon-pemohon eKasih ini. Saya mohon juga penjelasan daripada pihak Menteri bahawa bagaimanakah tentang aduan tentang laman web eKasih yang dikatakan agak lambat untuk loading dan juga kadang-kadang memberi masalah apabila diberhentikan proses untuk dikemaskinikan. Ini memberi masalah kepada pihak pemohon ataupun pemimpin masyarakat untuk menyemak tentang permohonan penerima bantuan. Terima kasih.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Pertama sekali, hari ini yang tanya soalan, dua puteri ya. Mari tajuk ini balik, eKasih ini ialah sistem pendaftaran untuk mengenal pasti kumpulan rakyat yang miskin tegar, miskin dan mudah miskin. Maklumat ini akan digunakan oleh kementerian dan agensi untuk menyampaikan bantuan termasuklah Program 1Azam daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bantuan zakat baitulmal boleh pakai eKasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan bina rumah baru dan memperbaiki daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah termasuk FELCRA dan RISDA, Program Mini Estet Sejahtera daripada Kementerian Pembangunan Luar Sabah, bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin daripada Kementerian Pendidikan, bantuan pakaian seragam daripada Yayasan Sarawak, bantuan makanan dan juga termasuk Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Yang ini pun ada pakai eKasih untuk memperbaiki rumah. Malah di bandar ini pun, kementerian ini juga bukan sahaja memperbaiki rumah tetapi mereka yang tidak mampu bayar sewa pun dibantu. Juga menggunakan maklumat eKasih. Saya ingat kalau macam ini punya Kerajaan Barisan Nasional buat tidak kena lagi, saya ingat kita bukan manusialah untuk memberi penilaian. Jadi Yang Berhormat, kementerian telah pun mengenal pasti
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
mereka yang layak diberi bantuan. Ia ikut keutamaan yang layak diberi bantuan sewa rumah, yang layak rumah mereka diperbaiki di kawasan bandar. Jadi, demikianlah eKasih.
Jadi berhubung dengan siapakah yang membuat bancian, Yang Berhormat oleh kerana kita menggunakan laman web online, jadi pelbagai manusia muncul. Akan tetapi Yang Berhormat boleh mendapatkan maklumat penuh berhubung mereka yang dibanci, dan pegawai ini dia hanya pergi menyiasat. Kalau kita dapati bahawa terdapat penyalahgunaan eKasih di mana mungkin orang yang mendaftar itu orang yang tidak layak, kita boleh juga menyampaikan maklumat balik bahawa orang ini tidak layak. Kita akan kaji semula dan dia masuk dalam senarai terkeluar tadi.
Sebab itu senarai terkeluar tadi cukup banyak. Setelah saya bagi contoh tadi yang mana senarai terkeluar itu hampir separuh. Macam di Sarawak, senarai terkeluar ada 31,000 sebagai contoh. Separuh daripada bancian itu terkeluar kerana mereka tidak layak ataupun semasa mereka membanci itu layak tetapi semasa bantuan hendak dikeluarkan, mereka tidak layak. Jadi pelbagai perkara boleh berlaku. Saya menyeru kepada rakyat Malaysia supaya mereka yang tidak layak untuk mendapat bantuan eKasih tidak perlu ambil sebab yang layak ialah mereka yang layak. Jangan anggap ini barang free kita hendak ambil, tidak. Kita bagi kepada orang yang layak. Itu yang terbaik.
Sekali lagi Yang Berhormat, sekiranya ada nama-nama yang kita tidak kenal dan sebagainya ataupun orang mari tumpang alamat di kawasan berkenaan, Yang Berhormat boleh mengadu dan membuat rayuan bahawa mereka ini sebenarnya tidak berada di sini tetapi berada di tempat lain. Kalau confirm rayuan itu sebenarnya, kita akan keluarkan. Jadi saya harap saya menjawab soalan Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya. Saya sangat berminat tentang perkataan terkeluar daripada sistem eKasih ini. Apakah sebenarnya makna terkeluar ini? Apakah pendapatan seisi rumah yang membolehkan mereka terkeluar daripada sistem ini perlu ditingkatkan? Adakah mereka betul-betul tidak mudah miskin? Ini kerana saya dapati masih ada...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia terkeluar dari radar.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ini kerana saya dapati masih ada yang meminta-minta untuk meneruskan kehidupan. Terima kasih.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Yang Berhormat, saya jawab mudah tetapi sebab Yang Berhormat betul-betul hendak benda ini disampaikan kepada rakyat. Dia terkeluar kerana dia tidak mengikut syarat-syarat itu. Dia terkeluarlah. Sebenarnya mungkin orang itu tidak layak keluar, mesti berada dalam eKasih. Yang Berhormat merayu. Malah lebih mudah sekarang ini sebab Menteri jaga ada di sini, Yang Berhormat merayu melalui saya pun tidak apa, tidak ada masalah.
Dalam lawatan gergasi ke seluruh negara yang saya akan buat nanti, Yang Berhormat boleh maklumkan perkara ini tetapi ini bukan lawatan untuk buat demonstrasi.
Lawatan untuk berjumpa tolong rakyat. Simpati dan kasih kepada rakyat sebab saya pegang kepada hadis Rasulullah SAW bahawa orang yang menyeru kebaikan tetapi dia suruh orang buat baik dia tidak buat baik, maka bahananya di neraka nanti tali perutnya keluar dan akan berpusing-pusing, berputar-putar dan selepas itu tali perut itu disambung balik sehinggalah dia terus menerima seksaan daripada Allah SWT. Saya takut yang itu, maka saya akan buat yang terbaik dan saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat semua takut. Bila kita menyeru kebaikan, kita buat kebaikan. Jangan kita menyeru kebaikan tetapi kita buat yang sebaliknya. Ini amaran kecil kepada mereka yang beragama Islam. Terima kasih.
5. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [Sipitang] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan pencapaian NKRA Kementerian bagi menyedia kemudahan bekalan elektrik dan air luar bandar, serta jalan-jalan kampung, khususnya di Sabah dan Sarawak yang memerlukan lebih banyak tumpuan dan perhatian.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih banyak Yang Berhormat dari Sipitang.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Tuan Yang di-Pertua, berikut dikemukakan status pencapaian NKRA pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak bermula dari tahun 2010 hingga 30 April 2014 di bawah GTP. Di Sabah, program jalan luar bandar sepanjang 1,367.14 kilometer jalan luar bandar telah siap dibina. Program bekalan air luar bandar sebanyak 105,183 buah rumah telah menerima manfaat bekalan air bersih terawat. Bagi bekalan elektrik luar bandar, sebanyak 46,099 buah rumah telah menerima manfaat bekalan elektrik 24 jam.
Manakala di Sarawak, program jalan luar bandar sepanjang 1,128.21 kilometer jalan luar bandar telah pun siap dibina. Program bekalan air pula di Sarawak sebanyak 80,342 buah rumah telah menerima manfaat bekalan air bersih terawat. Program bekalan elektrik luar bandar sebanyak 58,353 buah rumah telah menerima manfaat bekalan elektrik 24 jam. Terima kasih.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kepada kerajaan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah termasuk Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan ini kerana kemajuan pembangunan luar bandar sebenarnya amat nyata di Sabah dan Sarawak dalam aspek pembangunan infrastruktur sama ada jalan kampung, jalan luar bandar, bekalan air, elektrik, amenity sosial dan sebagainya yang boleh dianggap sebagai satu transformasi yang jelas walaupun ia perlu ditingkatkan oleh kerana Sabah dan Sarawak ini amat luas kedudukannya
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
Dalam hal ini saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri khususnya dalam aspek infra yang terdapat di kawasan sayalah khususnya, yang berkait dengan jalan dari Mendulong ke Meligan kalau boleh dimasukkan dalam jadual. Di samping Kampung Karangan DUN Lumadan dan Kampung Bintulut yang masih jalan tanah merah untuk dinaik taraf, di samping bekalan air bersih di Kampung Bangkalalak, Suasa, Bintuka, Kabajang dan beberapa kawasan di dalam DUN Lumadan.
Soalan saya yang seterusnya adalah dalam usaha untuk menaik taraf jalan luar bandar, air, elektrik dan sebagainya ini menampilkan satu pembangunan yang menyeluruh yang membawa kepada kesejahteraan rakyat. Apakah kemudahan-kemudahan infrastruktur ini yang telah tersedia ini dapat menggalakkan daripada pihak kementerian untuk memajukan kawasan ini dalam menjana pembangunan ekonomi khususnya bagi menaik taraf ekonomi rakyat di kawasan luar bandar?
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Sipitang. Pertama mengenai senarai projek yang hendak dipohon. Sememangnya kalau berdasarkan daripada apa yang kita lakukan selama ini pada keseluruhannya di Sipitang sahaja kalau tidak lupa saya dari tahun 2010 hingga 2013 hampir RM146 juta yang telah kita belanjakan, satu jumlah yang begitu besar. Untuk tahun ini sahaja jalan raya kita ada sediakan hampir RM2.5 juta, jalan- jalan kampung yang ada.
Jadi kita sedar dan tahu bahawa walaupun peruntukan itu sudah kita sediakan ada lagi kampung di beberapa buah tempat yang memerlukan bantuan, yang memerlukan pembelaan. Di samping itu daripada segi keupayaan kita melaksanakan sedikit sebanyak terbantut oleh kerana masalah hendak masuk ke kampung, masalah laluan yang perlu kita atasi. Kita yakin bahawa prasarana sama ada air, jalan raya, bekalan elektrik dan perumahan. Contoh di Sipitang kita ada bina hampir 289 buah rumah di Sipitang yang memerlukan bantuan. Walaupun saya sedar Yang Berhormat masih lagi memerlukan agak banyak dan insya-Allah kita akan tambahkan termasuk jalan raya yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi.
Ini merupakan peringkat daripada segi penyediaan prasarana. Stage yang kedua iaitu di samping kita hendak menyediakan prasarana di kampung-kampung, kita juga perlu padatkan kegiatan ekonomi di peringkat luar bandar kerana kita sedar dan tahu bila mana kita sediakan jalan-jalan dan kemudahan elektrik sudah pasti ia akan boleh menarik pelabur-pelabur yang datang.
Baru-baru ini saya datang ke Kampung Lonek di Negeri Sembilan dan saya dapati kita dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat kampung di situ bila mana kemudahan- kemudahan asas ini kita dapat lengkapkan. Ia juga bukan hanya berupaya mereka
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
menghantar hasil ternakan, tanaman mereka ke tempat-tempat pusat yang banyak dengan izin, purchasing power pasaran yang agak mencukupi.
Maka itu merupakan antara komponen yang kita sedang lakukan, itu yang kita perkenalkan Rural Business Challenges dengan izin, iaitu pertandingan perniagaan di kalangan belia-belia yang ada. Di Kedah sahaja kita ada pengusaha yang buat coklat.
Coklat ini kita keluarkan di sebuah kampung di Sungai Petani dan dihasilkan bukan hanya dipasarkan di negeri itu, di daerah itu bahkan juga kita masukkan sampai ke hypermarket yang ada dan insya-Allah kita akan eksport bergantung banyak dengan permintaan yang ada.
Maknanya potensi yang membolehkan kita dapat meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar ini kita akan dapat tingkatkan dengan sudah dilengkapi dengan prasarana seperti apa Yang Berhormat katakan tadi. Jadi insya-Allah ini merupakan satu komponen the way forward, dengan izin untuk kita padatkan kegiatan ekonomi di peringkat luar-luar bandar yang ada. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan daripada BN, kalau tidak ada soalan daripada sebelah kiri saya. Ini boleh rundingkah Yang Berhormat Putatan sama Yang Berhormat Kinabatangan mana satu? Sila Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Putatan sudah bagi laluan.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, memang tidak dapat dinafikan bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui Kerajaan Barisan Nasional memang begitu fokus untuk membangun Sabah dan Sarawak.
Akan tetapi sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa air bersih, api elektrik dan jalan raya khususnya di Kinabatangan ini masih lagi lebih kurang untuk elektrik lebih kurang 35% penduduk kampung belum menikmati api elektrik. Sebanyak 40% belum menikmati air bersih dan ada lagi lebih kurang 20 buah kampung jalan rayanya kalau hujan lebat tidak boleh dilalui.
Jadi ini memang amat membimbangkan saya selaku wakil rakyat.
[Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, yang pembangkang ini sibuk ini apa fasal. Asal saya cakap sahaja mereka sibuk. Saya hairan, macam saya ini ada kelainan, ada aura yang mereka bimbang sangat. Ini saya hairan. Lain-lain kalau Yang Berhormat Putatan bercakap dia diam pun saya tidak tahu kenapa. Akan tetapi saya teruskan, saya percaya Yang Berhormat Menteri mempunyai satu pelan.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Sebab kita kasihan dan sokong Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tengok ada lagi. Tidak tahu macam mana ini.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan Yang Berhormat. Perkataan satu Yang Berhormat, Yang Berhormat mengancam. Itu sebab. Sila teruskan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa] Saya percaya Yang Berhormat Menteri mempunyai perancangan tertentu untuk menyediakan mungkin meminta kepada EPU peruntukan yang lebih banyak. Ini sebab untuk kita memastikan rakyat Malaysia, Sabah dan Sarawak juga terbela untung nasib mereka diberi kemudahan asas.
Sebelum kita berbicara soal ICT, soal komputer, kita sediakan dahulu prasarana asas yang sedia ada ini untuk memberikan mereka keyakinan terus kepada Barisan Nasional.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan kepada Yang Berhormat Kinabatangan Tuan Yang di-Pertua. Tidak cukup.
Tuan Yang di-Pertua
Minta Yang Berhormat Menteri jawab dahulu Yang Berhormat itu tidak termasuk peraturan mesyuarat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Tidak cukuplah soalan kau.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Yang Berhormat dari Kinabatangan. Saya menghargai soalan yang dibangkitkan Ahli Yang Berhormat Kinabatangan. Sebenarnya seperti yang saya sebutkan di peringkat awal, saya masih saya mengakui bahawa masih ada kampung yang masih ketinggalan. Kita tidak nafikan ini kebenaran.
Dalam pada itu termasuk bukan hanya di Kinabatangan termasuk kampung- kampung saya pun ada pulau-pulau yang tidak dapat kita bekalkan dengan elektrik oleh kerana kalau kita gunakan teknologi seperti retikulasi, hendak sambung kabel seperti yang kita belanjakan di Kalabakan, hampir RM100 juta. Hendak masuk kabel bawah air, lautan untuk sampai ke Sebatik kita sudah lakukan. Akan tetapi di pulau-pulau di kawasan saya agak jauh terpencil. Kita gunakan teknologi seperti solar dan juga pelbagai alternatif untuk membolehkan kita bekalkan teknologi dan kita sedar dan tahu ia mengambil perbelanjaan yang besar.
Daripada 2010 sehingga 2013, kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib telah membelanjakan hampir RM20 bilion untuk kawasan luar bandar.
Daripada RM20 bilion, RM13 bilion kita peruntukan kepada negeri Sabah dan Sarawak. Kita sedar dan tahu peruntukan tidak mencukupi, maka dengan itu kita perkenalkan GST. Ini supaya sedikit sebanyak bila hasil dapat ditingkatkan, ia akan membolehkan supaya peruntukan itu kita salurkan tetapi pembangkang dia cakap sahaja ini. Mereka berani menyuarakan, mewakili kawasan mereka sedangkan kawasan mereka pun tidak lengkap dengan kemudahan.
Mereka tidak mampu dalam pilihan raya undilah kami, sokonglah kami kalau menang kita akan bela, bela apa dia. Berapakah panjang jalan yang mereka bina? Berapa bekalan air yang dibina? Takkan diserahkan kepada kita.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Termasuk negeri Selangor masalah air yang mereka hadapi pada masa ini. Tidak dapat diatasi. Ini kebenarannya, faktanya. Jangan kita bangkit bahawa itu malu, malu apa? Saya hendak katakan bukan pandangan kita oleh kerana kita selaku pemerintah kita tinggalkan Kelantan.
Seorang Ahli
Menjawab soalanlah.
[Disampuk]
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Kelantan, peruntukan yang kita berikan, ini soalan yang dibangkitkan.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Kelantan kita bagi peruntukan tidak mengira ideologi politik tetapi kita menimbangkan keperluan rakyat menyedari hakikat bahawa Allah SWT akan melihat perbuatan kita.
[Tepuk] Bukan hanya manusia yang akan menonton yang kita lakukan di muka bumi, terima kasih banyak.
Tuan Yang di-Pertua
Itu sebab Yang Berhormat Kinabatangan, janganlah menjolok.
6. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan punca akar atau root cause kejadian gangguan bekalan elektrik yang berlaku di lima buah negeri pada petang 7 Mei 2014 dan langkah-langkah yang diambil bagi mengelak kejadian seumpama ini berlaku.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Hulu Langat dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, pada 6 Mei 2014, dua unit penjanaan stesen jana kuasa arang batu di Janamanjung terpaksa dihentikan tugas berikutan pencemaran asid hidroklorik ke dalam tangki air demineralized dengan izin, yang membekalkan feed water kepada ketiga-tiga dandang unit penjanaan. Kesan daripada kejadian tersebut, kesemua air dalam tangki didemineralized dan dandang perlu dinyahkan dan proses tersebut mengambil masa selama tiga hari. Dengan itu, satu unit penjanaan yang telah dihentikan tugas pada awalnya untuk membaiki kerosakan pada induced draft fan dengan izin, kehilangan 2,100 megawatt dari stesen jana kuasa ini telah memberi impak yang besar kepada kapasiti tersedia dalam sistem.
Selain itu, pada 6 Mei 2014, terdapat juga dua henti tugas tidak berjadual fasiliti gas huluan atau upstream gas facility, dengan izin, yang telah mengakibatkan kekangan bekalan gas kepada sektor penjanaan elektrik pada 2 Mei 2014 sehingga 7 Mei 2014. Ini telah menyebabkan kehilangan kapasiti sebanyak 420 standard cubic feet per day
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
MMSCFD, di mana bekalan gas yang diperuntukkan pada 6 Mei 2014 kepada sektor elektrik hanya pada kadar 1,250 MMSCFD berbanding keperluan sebenar sebanyak 1,600 MMSCFD.
Walaupun fasiliti gas huluan telah kembali beroperasi pada 7 Mei 2014, peruntukan kepada sektor elektrik mesti dihadkan kepada 1,300 MMSCFD untuk memastikan tekanan dalam paip berada pada tahap yang memuaskan. Tambahan lagi, kehilangan kapasiti pada 7 Mei 2014 daripada Stesen Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar iaitu 240 megawatt dan Stesen Janakuasa Kapar iaitu 430 megawatt telah memburukkan lagi keadaan.
Berikutan kekangan dalam kapasiti penjanaan disebabkan oleh henti tugas tidak berjadual, unit-unit penjanaan arang batu serta keadaan bekalan gas yang terhad, penggunaan bahan api iaitu distillate bagi 19 unit penjanaan gas terpaksa dilakukan pada 7 Mei 2014. Penggunaan distillate sebanyak 15 juta liter bagi unit-unit penjanaan gas turut menyebabkan unit-unit penjanaan tersebut menjana pada tahap yang rendah daripada keupayaan sebenarnya iaitu duration dengan izin. Ini turut menyumbang kepada kekangan kapasiti dalam sistem.
Kapasiti terpasang elektrik bagi Semenanjung Malaysia bagi tahun 2014 ialah sebanyak 21,060 megawatt setelah disemak semula dengan pengurangan permanent duration dengan izin, sebanyak 450 megawatt. Bagi tahun 2014, kehendak maksimum sistem yang direkodkan setakat 15 Jun 2014 ialah 16,901 megawatt. Kehendak maksimum ini dijangka akan meningkat ke tahap unjuran 17,152 megawatt menjelang bulan Jun, Ogos 2014. Berdasarkan kapasiti terpasang dan kehendak maksimum tersebut, margin rizab berada pada tahap 24.6% atau 25%.
Pada 7 Mei 2014, rizab operasi telah berkurangan daripada 2,300 megawatt atau 14% kepada 768 megawatt iaitu sekadar 4.8%. Kadar ini adalah disebabkan oleh kerosakan tidak berjadual unit-unit penjanaan berjumlah 3,890 megawatt iaitu sempena mana saya sentuh tadi, henti tugas untuk senggarakan unit-unit penjanaan yang berjumlah 1,150 megawatt. Pengurangan kapasiti disebabkan duration berjumlah 467 megawatt.
Justeru itu, selaras dengan tatacara yang terkandung dalam Kanun Grid Semenanjung iaitu Peninsular Grid Code dengan izin. Pengendalian grid system operator telah mengaktifkan browse out iaitu load setting dengan izin, untuk memastikan grid nasional tidak runtuh ataupun collapse secara keseluruhan dan akan menjadi national blackout dengan izin.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Suruhanjaya Tenaga sedang memantau secara terperinci status operasi dan penyelenggaraan berjadual setiap unit penjanaan bagi mengenal pasti common work failure dengan izin, yang boleh menjejaskan kapasiti tersedia dalam sistem. Setiap kerosakan di stesen-stesen jana kuasa dilaporkan secara terus kepada Suruhanjaya Tenaga yang akan membuat pemeriksaan dan penilaian ke atas setiap kerosakan bagi mengenal pasti langkah-langkah penambahbaikan untuk mengelakkan daripada berulang lagi keadaan tersebut. Program audit terperinci ke atas sistem pengurusan operasi dan selenggaraan jana kuasa IPP dan TNB juga sedang dilaksanakan.
Bagi memastikan keadaan yang sama tidak berulang, langkah-langkah mitigasi sedang dilaksanakan:
(i) mengkaji semua rizab operasi dan margin rizab sebenar yang diperlukan berdasarkan situasi terkini;
(ii) menjalankan kajian-kajian sistem untuk mengenal pasti langkah- langkah mitigasi dalam pengoperasian sistem;
(iii) menghalusi spesifikasi arang batu agar ia bersesuaian dengan reka bentuk dandang supaya kritikal; dan
(iv) melatih tenaga kerja yang diperlukan bagi mengoperasikan unit- unit penjanaan tersebut.
Terima kasih.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri. Nampaknya apa yang berlaku pada 6 Mei 2014 baru-baru ini seolah- olah macam chain reaction daripada cooling system kepada pembekalan gas yang kurang.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Jadi, insiden ini merisaukan pengguna dan juga pelabur. Saya difahamkan sebagaimana Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi rizab lebih kurang 24%. Kenapa tidak boleh rizab itu mengatasi kekurangan yang berlaku dan sejauh mana kementerian memantau? Saya difahamkan juga Suruhanjaya Tenaga telah pun membuat pemeriksaan secara berkala.
Sejauh mana IPP yang membekalkan electricity kepada TNB sentiasa membuat penyelenggaraan di loji mereka? Apakah SOP penting yang diberi kepada IPP ini supaya mereka sentiasa mematuhi SOP yang ada? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat atas soalan seterusnya. Sepertimana saya tekankan tadi, pihak Suruhanjaya Tenaga sedang memantau dan membuat kajian semula kepada kapasiti- kapasiti yang sedia ada untuk memastikan bahawa kapasiti tersebut adalah benar-benar dependable iaitu sepertimana yang ditetapkan dan memenuhi rekod-rekod penjualan tenaga yang mereka lakukan. Itu adalah mencerminkan sebenarnya kapasiti yang betul.
Kita sudah melalui fasa pertama kajian tersebut, didapati bahawa 450 megawatt perlu di classify sebagai permanently de-rated Juga seperti mana saya katakan tadi, pihak suruhanjaya sedang memantau semua IPP dan juga jana tenaga di bawah TNB supaya perihal yang berkaitan dengan our aim ataupun penyelenggaraan itu dilakukan dalam standard ataupun tahap yang boleh diperakui.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya sedia maklum bahawa pada 7 Mei itu, sebenarnya keadaan adalah di mana jika kita tidak ambil tindakan-tindakan bound out itu, kita berada dalam keadaan negatif 522 megawatt. Pada saat itu kita import 300 megawatt daripada EGAT, Thailand dan 200 daripada Singapore untuk memudahkan. Itulah load shading itu yang telah pun dijalankan sekadar sebenarnya ialah kira-kira dua jam setengah di dalam lima buah negeri tersebut.
Walaupun keseluruhannya 185,000 orang pengguna affected dengan izin, dengan kehilangan hasil daripada TNB RM329,000. Kita akan memastikan supaya margin yang sedia ada itu diperkukuhkan.
Antara sebabnya kenapa kita telah dahulukan beberapa penjanaan pembinaan khususnya gas yang penjana-penjana yang akan menggunakan gas khususnya track 4A adalah untuk memastikan supaya jumlah margin keseluruhan adalah dalam keadaan yang selamat. Seperti saya katakan tadi kira-kira 24.6 ataupun 25% sahaja. Operating reserve pada saat ini misalnya adalah kira-kira sekadar 8% sampai 9% sahaja. Kita perlu pantau dan memastikan supaya keadaan yang terjadi pada tujuh hari bulan itu tidak akan terjadi lagi. Thank you.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Kita nampak gangguan di lima buah negeri, dua jam. Sudah riuh satu dunia. Apa hal gangguan di Sabah setiap hari lima kali gangguan? Jadi di sebelah Tawau sana peniaga-peniaga jumpa saya. Bolehkah kami dakwa Lembaga Elektrik dan minta ganti rugi? Minta Yang Berhormat Menteri tolong jawab.
[Disampuk]
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Kalabakan, terima kasih. Aduan itu kita sedia maklum. Hanya saya boleh maklumkan kepada Dewan yang mulia ini dan kepada rakyat di Sabah bahawa mulai bulan ini sebenarnya penjanaan dua sudah pun mula iaitu 100 megawatt di ECER, di Beaufort dan Kimanis dan juga 285 megawatt, di mana 150 megawatt sudah pun dapat dijanakan. Jadi keseluruhannya tambahan kira-kira 250 megawatt.
Maka sebahagian besar daripada segi penjanaan, daripada segi generation dan dengan itu jumlah kuasa tenaga yang kita boleh eksport ke sebelah Tawau harus akan bertambah baik mulai dari bulan ini. Memang banyak kerja lagi perlu dibuat daripada segi transmission dan distribution tetapi sekurang-kurangnya satu per tiga daripada masalah kita itu harus boleh selesai dengan lebih baik mulai bulan ini.
Daripada segi tuntutan, memang ada prosedur-prosedur yang tertentu untuk bagi certificate ataupun untuk mengadu dan untuk memohon pertimbangan untuk perihal ganti rugi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.
Tuan Yang di-Pertua
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan Mesyuarat 12(1). Sila.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Tuan Yang di-Pertua, sini. Sibu sini.
Mengenai...
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dulu Yang Berhormat. Biar usul di bawah peraturan 12(1) dibaca dulu.
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan usul Menteri Kewangan seperti yang tertera di nombor 1 dan 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini dan sehingga selesai ucapan-ucapan penangguhan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.”.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.]
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai peraturan mesyuarat yang saya sudah bagi pada hari lepas tentang Menteri yang mengatakan bahawa adakah Malaysia ialah negara sekular atau Islam. Menteri yang menjawab bahawa Malaysia ialah bukan negara sekular. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua saya masih keliru kerana dalam keputusan Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua yang cakap bahawa selepas Tuan Yang di-Pertua mengkaji dan mempertimbangkan usul dan maklum balas tersebut, Tuan Yang di-Pertua berpendapat bahawa tiada percanggahan dalam kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri.
Jadi adakah ini bermakna bahawa pendirian kerajaan kepada status Malaysia ini, adakah sama ada ia ialah negara sekular atau negara Islam? Pendirian kerajaan ialah negara Malaysia ialah negara Islam. Jadi saya masih keliru kerana dalam keputusan Tuan Yang di-Pertua, tidak ada jawapan yang jelas bagi saya. Jadi boleh saya minta Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan yang jelas dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, mungkin sekarang ini Yang Berhormat sedia maklum bahawa untuk membawa seseorang Ahli Yang Berhormat ataupun Menteri di bawah 36(12) iaitu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, ada tiga kriteria yang perlu dipenuhi iaitu kenyataan yang dibuat itu ialah
Tuan Yang di-Pertua
kenyataan yang salah. Kedua, apabila disedari oleh yang membuat kenyataan itu bahawa kenyataan itu salah, beliau tidak berusaha untuk memperbetulkan kenyataan dan ketiga, Ahli Yang Berhormat yang membuat kenyataan tersebut mempunyai niat yang tidak baik.
Bermakna dia sengaja. Jadi, apabila saya meneliti fakta-fakta yang ada di depan saya, maka saya dapati bahawa tidak ada prima facie case terutama tidak ada niat. Akan tetapi oleh kerana Yang Berhormat mahu juga saya perjelaskan lebih lanjut iaitu sama ada negara ini adalah negara sekular ataupun bukan, ini pandangan saya Yang Berhormat, ya.
Pertama, ada satu kes yang pernah didengar di mahkamah iaitu kes Che Omar bin Che Soh lawan public prosecutor. Dalam kes tersebut, Hakim Tun Mohamed Salleh Abas berpandangan bahawa undang-undang yang masih terpakai di negara ini ialah undang- undang sekular dan beliau tidak menyatakan bahawa negara ini ialah negara sekular.
Kedua, perkara yang sama ini telah juga berbangkit dalam Dewan ini. Di mana pada ketika itu Yang Berhormat Seremban pada 22 Oktober 2012 membangkitkan isu ini.
Pada ketika itu Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk menjawab soalan ini. Kalau tidak silap saya Padang Rengas.
Begitu juga jawapan beliau, iaitu kita ada ketetapan dari mahkamah bahawa negara ini ialah negara sekular.
Tuan Yang di-Pertua
Apabila saya rujuk dalam Kamus Oxford Dictionary, apakah maksud sekular yang sebenar? Ini yang saya dapati. Sekular bermaksud, “Not connected with religious or spiritual matters. Not connected with”. Jadi, apabila kita bandingkan dengan negara lain yang mempunyai perlembagaan dan terang-terang menyatakan bahawa negara tersebut ialah negara sekular adalah seperti Amerika Syarikat, India dan Turki, secara jelas memperuntukkan bahawa negara itu adalah negara sekular di dalam perlembagaan mereka.
Suatu negara sekular tidak mengenal pasti sesuatu agama sebagai agama negara tetapi rakyatnya dibenarkan untuk mengamalkan agama mereka masing-masing. Agama mereka adalah terpisah dan merupakan amalan peribadi seseorang. Misalnya, Perlembagaan India. Preamble perlembagaan tersebut adalah seperti berikut, “We, the people of India having solemnly resolved to constitute India into a sovereign socialist secular democratic state.” Akan tetapi dalam perlembagaan kita, ia menyatakan bahawa negara rasmi negara ini iaitu Kerajaan Persekutuan agama rasmi ialah agama Islam dan agama-agama lain boleh dipraktikkan secara aman dan harmoni. Jadi, apabila saya buat perbandingan dalam hal Amerika, Turki dan India, dalam perlembagaan jelas menyatakan bahawa agama kita ialah agama rasmi agama Islam dan agama lain boleh dipraktikkan secara aman dan harmoni.
Jadi, kalau saya rujuk kepada definisi sekular dalam Oxford Dictionary – makna sekular itu adalah, “Not connected with”. Dipisahkan. Akan tetapi, dalam hal Malaysia, ia “connected with”, tidak terpisah kerana disebut secara jelas dalam perlembagaan bahawa agama rasmi kita ialah agama Islam. Ini pandangan saya Yang Berhormat. Jadi, apabila saya longgokkan fakta-fakta di depan saya, dengan apa yang sedang berlaku di keliling, saya dapati bahawa Menteri yang berkenaan tidak mempunyai niat jahat untuk mengelirukan Dewan. Itu pandangan beliau.
Akan tetapi kalau saya boleh meminjam orang putih kata, “Having said that” yang saya sebut ini bukan boleh merupakan sebagai autoriti kerana saya bukan hakim mahkamah. Yang ini cuma applicable dalam Dewan ini sahaja. Interpretasi saya kepada peraturan mesyuarat for the purposes of Majlis Mesyuarat ini. Itu sebab saya tolak usul Yang Berhormat. Terima kasih. Sila.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya jelaskan sedikit lagi?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, kalau saya benarkan Yang Berhormat perjelaskan lagi, maka mesyuarat-mesyuarat yang akan datang adalah juga Yang Berhormat yang berbuat demikian. Sebenarnya, apabila saya membuat keputusan menghantar surat kepada Yang Berhormat, saya kata tidak ada prima facie kes, itu boleh anggap sebagai the case is closed. Ini kerana Peraturan Mesyuarat 43 mengatakan
Tuan Yang di-Pertua
bahawa kalau ada Yang Berhormat tidak setuju dengan keputusan Speaker, maka buat usul persendirian. Jadi, saya rasa sudah saya perjelaskan dengan jelas apa sebab saya membuat keputusan seperti berikut.
Jadi, saya tidak benarkan Yang Berhormat untuk...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
...Buat penjelasan lagi.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Minta penjelasan...
Tuan Yang di-Pertua
Nanti, nanti dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat, nanti dahulu. Yang Berhormat berdiri ini atas soal apa?
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tajuk sama tetapi ada aspek lain jawapan yang diberi yang adalah salah dan tidak betul. Mengenai jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk kepada satu paragraf yang mana Yang Berhormat Menteri sebut, “Berhubung dengan persoalan sama ada Malaysia adalah negara sekular atau Islam, adalah ditegaskan bahawa Malaysia adalah bukan negara sekular. Ini berdasarkan kepada fakta sejarah yang menunjukkan bahawa Malaysia telah ditubuhkan berasaskan Kerajaan Islam Kesultanan Melayu dan Raja-Raja Melayu merupakan ketua agama Islam bagi negeri masing-masing.” Tuan Yang di-Pertua, kita semua tahu dalam pembentukan Malaysia ada Federation of Malaya, ada Sabah, Sarawak dan Singapore. Keempat-empat itu merupakan equal partner. Sabah dan Sarawak tidak ada sistem kerajaan Islam kesultanan. Oleh itu, saya rasa kalau Yang Berhormat Menteri beranggapan bahawa Malaysia ini bukan secular state kerana pembentukan Malaysia adalah berasas kerajaan Islam kesultanan Melayu, ini adalah salah. Ini kerana kita dalam sejarah tidak dapat kita putar belit. Sejarah ada Sabah dan Sarawak dan amatlah jelas dalam Malaysia agreement bahawa Sabah Sarawak tidak ada agama rasmi.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli Yang Berhormat...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Oleh itu, kenyataan yang dibuat oleh...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
...Yang Berhormat Menteri ini adalah tidak betul!
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Adalah tidak betul! Adalah tidak betul dan haruslah kita memperbetulkan apa yang telah berlaku dalam pembentukan Malaysia. Dan ini fakta.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Saya rasa, saya rasa...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya okey. Okey.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Saya rasa ini ialah– saya anggap ini adalah attitude orang Semenanjung...
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansor - Silam
Boleh saya mencelah?
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
...Yang memandang rendah...
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
...BN lah, yang memandang rendah...
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansor - Silam
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
... Orang Sabah/Sarawak sehinggakan kedudukan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bandar Kuching, duduk dulu Yang Berhormat. Duduk dahulu Yang Berhormat, duduk dahulu.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansor - Silam
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat yang lain, Ahli Yang Berhormat yang lain, tolong duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Silam, duduk Yang Berhormat.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansor - Silam
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencelah.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat yang lain sila duduk. Sila duduk. Itu sebab Ahli Yang Berhormat, apabila seseorang Ahli Yang Berhormat berdiri untuk mengatakan bahawa peraturan mesyuarat, maknanya, ada sesuatu perkara yang silap.
Saya yang buat keputusan. Sering kali saya ingatkan bahawa tidak semestinya keputusan saya itu adalah tuntas ataupun itulah yang sebenarnya.
Kalau dalam Islam, makna itulah hadisnya. Tidak. Akan tetapi saya diberi kuasa di bawah peraturan mesyuarat kita iaitu tafsiran Speaker kepada sesuatu pertikaian di bawah peraturan mesyuarat adalah muktamad. Okey. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching itu saya tidak mengatakan bahawa ia salah tetapi I am dealing with apa yang sekarang saya berhadapan, apa yang tertulis yang dihantar kepada saya.
Apakah sebab Ahli Yang Berhormat Sibu mengatakan begini? Apa yang dia katakan sini, berhubung dengan persoalan sama ada Malaysia ialah negara sekular ataupun Islam, ialah ditegaskan bahawa Malaysia ialah bukan negara sekular. Itu yang dipetik oleh beliau, apa yang disebut oleh Menteri yang berkenaan. Menurut Yang Berhormat Sibu, itulah yang offending atau mengelirukan. Dia tidak sebut apa Yang Berhormat sebut walaupun ada dalam Hansard. Faham Yang Berhormat?
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Bukan... Yang Berhormat, belum saya siap bercakap Yang Berhormat. Peraturan Mesyuarat 42, kalau Speaker sedang bercakap, menyampuk tidak ada sesiapa yang boleh berdiri dan bercakap. Saya boleh respons kepada Yang Berhormat katakan tadi. Saya boleh respons kepada itu. Akan tetapi tidak relevan kepada perkara yang sedang saya dealing with sekarang ini. Ini kerana apabila saya buat keputusan, mesti ada juga sebab-sebab kenapa. Jadi, saya faham kenapa Yang Berhormat dari Jabatan Perdana Menteri mengatakan begitu.
Itu pandangan beliau, tafsiran beliau. Akan tetapi saya juga mempunyai tafsiran sendiri. Jadi, apabila saya longgokkan fakta dan kejadian di depan saya, dengan merujuk kepada yang seperti saya sebutkan tadi, maka secara kebetulan saya berpendapat bahawa Yang Berhormat Menteri tidak berniat pun untuk mengelirukan Dewan. Kalau dia tidak berniat, maka satu daripada tiga prasyarat tadi yang dikehendaki untuk merujuk seseorang kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tidak ada. Saya dapati pun fakta tidak bercanggah apa-apa. Tidak ada perkara yang perlu untuk diperbaiki.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi tidak ada prima facie kes. Maka tidaklah saya berpendapat bahawa perlu Yang Berhormat Menteri dirujuk. Jadi apa lagi penjelasan yang lebih daripada itu kerana kalaupun Yang Berhormat Sibu berdiri sejam sekarang berhujah, begitu juga pendirian saya. Kalau tidak setuju dengan pendirian saya, maka rujuklah kepada Peraturan Mesyuarat lain kerana kalau itu penyelesaian dia iaitu Peraturan Mesyuarat 43, bawa usul, sama ada usul itu nanti dibahas atau tidak, itu bukan soal saya lagi oleh kerana itulah Peraturan Mesyuarat kita yang seadanya yang sentiasa saya tegaskan. Kecuali ini diubah.
Kalaupun dia ini diubah, mesti ada persetujuan daripada ahli-ahli Yang Berhormat sebelah kanan saya kerana akan diundi juga dalam Dewan ini.
Jadi kadang-kadang lebih baik berunding dahulu sebelum begini kerana apabila sudah begini pertikai, saya yang di tengah-tengah. Jadi terpaksa saya gunakan kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat iaitu tugas Tuan Yang di-Pertua ialah mengambil tahu, mesti
Tuan Yang di-Pertua
implement Peraturan Mesyuarat supaya mesyuarat dalam berjalan. Jadi saya anggap kes ini selesai Yang Berhormat Sibu fasal saya sudah buat keputusan.
Jangan lagi bangkit kerana kalau Yang Berhormat bangkit bermakna Yang Berhormat ingkar kepada keputusan saya dan arahan saya dan saya gunakan Peraturan Mesyuarat 44. Kalau orang pun bilang saya ini jahat, terpaksa saya gunakan begitu. Kalau tidak saya akan dituduh kuasa yang lemah. Kalau saya pula keras, saya dituduh bahawa auto...apa. Hendak lagi saya tidak sebut, saya minum air dulu.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Ya, ya Tuan Yang di-Pertua....
Tuan Yang di-Pertua
Bermakna saya kuku besi. Biarlah saya gunakan begitu tetapi kalau ahli-ahli Yang Berhormat patuh dengan Peraturan Mesyuarat, berdiri dengan baik, berbahas dengan berhemah, saya bukan dirasuk syaitan bahawa saya halau ahli-ahli Yang Berhormat tanpa sebab, tidak. Kalau bilang saya tidak demokratik, selama ini Yang Berhormat pun tahu juga. Kalau bilang saya tidak memberi ruang untuk berbahas, tidak betul. Kenapa harus dibawa perkara-perkara yang boleh dibahas dengan baik di bawah Peraturan Mesyuarat 18. Ada lagi Peraturan Mesyuarat yang lain. Peraturan Mesyuarat Usul Penangguhan. Yang Berhormat ada ruang untuk baca apa saja masalah. Lepas itu Yang Berhormat Menteri jawab. Tidak ada ganggu gugat. Sama juga masuk-masuk dalaman saya. Akan tetapi, ini bukan saya menuduh. Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat Malaysia ini tidak boleh, mesti secara agresif, bertikam lidah dulu. Mesti masuk Youtube, mesti masuk dalam Malaysiakini, mesti dinampak bahawa saya jaguh. Perlukah begitu?
Sering kali saya mengingatkan apabila ahli Yang Berhormat masuk dalam pintu Dewan mesyuarat, tinggalkan identiti sebagai politician. Masuk dalam Dewan Rakyat sebagai ahli Parlimen yang bertanggungjawab. Setiap hujah itu ada disulami dengan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen. Jadi perkara yang di luar hal politik itu saya tidak campur. Di sini terpaksa saya campur kerana kita sama-sama dalam gelanggang ini. Akan tetapi kalau saya boleh gunakan “inverted coma”, malang bagi Yang Berhormat, saya pengadil.
Seorang Ahli
Ya, betul.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Ya Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Ya, ya. Boleh, boleh.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Bangun]
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Tuan Yang di-Pertua saya minta maaf tetapi saya masih tidak faham....
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Segambut.
Nanti dulu ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Barat, duduk dulu Yang Berhormat Ipoh Barat. Apabila Yang Berhormat berdiri, Yang Berhormat mesti berdiri atas Peraturan Mesyuarat mana. Yang Berhormat Segambut berdiri, Peraturan Mesyuaratkah ini, point of order kah, penjelasankah.....
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Ini mengenai....
Tuan Yang di-Pertua
...Atau semata-mata mahu mencelah sahaja.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Ya Tuan Yang di-Pertua, minta maaf tetapi saya masih tidak faham apa keputusan Tuan Yang di-Pertua. Adakah negara ini sekular atau tidak.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau Yang Berhormat tidak faham oleh kerana sudah saya sebut tadi, cuba baca Hansard selepas ini. Mana mungkin apabila baca Yang Berhormat akan faham. Maklumlah Yang Berhormat kadang-kadang kalau saya bercakap bukan loghat Semenanjung, loghat Sabah. I cannot help it Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Ipoh Barat. Point of order or what?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Point of order Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya terima baik.....
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat yang lain tolong senyap.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, saya terima baik pandangan Tuan Yang di-Pertua dan juga apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya hendak, bila saya masuk hari ini, Tuan Yang di-Pertua I take your Tuan Yang di-Pertua advice seriously. Boleh saya mencari satu, ini masalah whether secular Islam will go on dalam Dewan ini kerap kali. Akan tetapi kita ada Article 130 Federal Constitution di mana Yang Dipertuan Agong can refer perkara ini kepada Federal Court. Boleh kah perkara ini ditimbangkan oleh kerajaan supaya nasihat dibuat dan mengikut peraturan tersebut, Article 130 supaya one and for all the issue is settled, we do not waste all the time in this House. So that we moved on from here, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat, itulah cadangan yang sebaik- baiknya kerana...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Tolong senyap kerana setahu saya sebelah kiri saya ini mempunyai peguam-peguam terkemuka. Kalau persoalan ini ialah persoalan constitutional, bukankah ada cara lain bawa di mahkamah. Saya tidak tahu apa istilah-istilah kerana although I am a lawyer, I am rusty. Minta declaration for once and for all tetapi pada ketika saya bersidang, saya mempengerusi ini, saya dapati bahawa Yang Berhormat Menteri yang berkenaan tidak pun buat salah di bawah 36 (12). Pun saya tekankan tadi keputusan saya itu tidak bermakna saya punya authority mengatakan bahawa negara ini bukan sekular, it is not for me to say. Saya cuma rujuk kepada definisi Oxford Dictionary. Sekular bermakna tidak ada kaitan langsung, separate. Di Amerika you can have your own religion, not even though di mana-mana tetapi saya nampak dalam perlembagaan kita bahawa agama rasmi Kerajaan Persekutuan ialah agama Islam. Agama lain boleh dipraktikkan secara aman dan harmoni.
Bermakna saya nampak sikit walaupun dia samar-samar, ada connection kan?
Jadi pengertian saya adalah seperti yang dihujah oleh Yang Berhormat Menteri. Saya tidak dapati ada salah dibuat 36(12). Ada masalah besar di situkah? Tiada. Kalau tiada kita teruskan bermesyuarat.
Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Okey sila.
Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Peraturan Mesyuarat 36
(12), mengelirukan Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Lagi 36 (12). Sila Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ini bukan isu tadi Tuan Yang di-Pertua. Saya mendapat jawapan bertulis daripada Yang Berhormat Menteri, isu berkaitan dengan ‘Bughah’.
Tuan Yang di-Pertua
Berkaitan dengan....
Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
‘Bughah’ ataupun dalam bahasa Melayu kita, ‘pemberontak’. Saya bertanya soalan tentang pandangan JAKIM terhadap kenyataan Sahibus Samahah Mufti Perak dan Mufti Pahang dalam isu ‘bughah’ dan Yang Berhormat Menteri bawa datang jawapan kepada saya dengan memetik satu takrifan dalam mazhab Shafie yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dengan cara yang salah dan terjemahan tersebut memberi kesan besar kepada kefahaman hukum kepada masyarakat Islam. Saya petik iaitu dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai ‘bughah’ adalah orang yang menyalahi pemerintah yang adil, yang keluar daripada ketaatan kepadanya. Perkataan ‘yang keluar daripada ketaatan kepada’ dalam bahasa Arab dalam teks asal Arab berbunyi [Membaca sepotong perkataan Arab] perkataan [Menyebut perkataan dalam bahasa Arab] bukan bermakna keluar dalam bahasa Arab. [Menyebut perkataan dalam bahasa Arab] makna memberontak dalam bahasa Arab.
Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ertinya takrifan pemberontak ialah orang yang menyalahi pemerintah yang adil yang memberontak kepada pemerintah. Kesan daripada kenyataan ini ialah mana-mana orang yang keluar membantah pandangan mana-mana pemerintah dengan cara bercakap, dengan lisan dengan bertulis, mungkin ditakrifkan sebagai penderhaka berdasarkan terjemahan teks ini tetapi tidak berdasarkan apa yang sebenarnya tertulis dalam kitab-kitab fikah Shafie. Jadi saya meminta supaya Yang Berhormat Menteri menarik balik terjemahan ini dan diberikan terjemahan yang tepat agar adalah tidak mengelirukan Dewan kita dan juga masyarakat Islam. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, oleh kerana perkara ini adalah ini perkara baru. Saya tidak dapat buat keputusan secara spontan. Saya perlu untuk minta makluman daripada pihak-pihak yang berwajib. Jadi fahamlah Yang Berhormat bermakna keputusan tidak dapat saya buat pada ketika ini. Insya-Allah akan saya buat pada persidangan kita yang akan datang nanti.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Ini khusus ya, nombor 21. Kalau boleh...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Lembah Pantai berdiri atas peraturan mesyuarat.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Dia tidak nampak. Dia tidak nampak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebelumnya telah memohon daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan juga telah bersetuju untuk memberikan saya sesalinan Laporan Audit ICAO tentang KLIA2.
Jadi saya tidak mahu menunggu selama dua tahun lagi sebelum diberikan. Jadi saya minta jasa baik Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh mengarahkan kementerian untuk memberikan saya sesalinan seperti yang dijanjikan. Dua tahun lepas saya minta, dua tahun tidak diberi- beri. Jadi saya haraplah dalam ruang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Kepada pihak-pihak berwajib, ambil makluman kepada perkara itu. Jangan lain kali timbul lagi. Kalau tidak, saya akan guna kuasa di luar peraturan mesyuarat untuk tidak membenarkan pihak-pihak yang daripada kementerian berkenaan tidak masuk Dewan. Sila Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Itu satu keputusan yang sangat bijaksana.
Tuan Yang di-Pertua
Apa Yang Berhormat Pokok Sena? Peraturan mesyuaratkah atau apa?
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Baik, saya hendak balik kepada Yang Berhormat Kuala Nerus tadi. Oleh kerana Tuan Yang di-Pertua telah mengatakan bahawa perlu mengambil penjelasan dan akan membuat keputusan pada sidang akan datang, agak lewat. Oleh sebab itu, walaupun tidak boleh ditarik balik tetapi digantung penjelasan tersebut. Itu sangat berbahaya. Kalau betul apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Nerus, bermakna bahawa dalam tempoh daripada sekarang ini hingga ke sidang akan datang, orang akan memakai istilah itu. Itu satu yang boleh menyebabkan berlaku keadaan yang tidak baik. Sebab itu bagi saya bahawa adalah wajar untuk Parlimen hari ini menggantung penjelasan Menteri tersebut. Menggantung jawapan penjelasan Menteri tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau saya ikut saranan Yang Berhormat Pokok Sena itu, saya akan gantung sendiri kerana Yang Berhormat seolah-olah menyuruh saya membuat keputusan tanpa mendengar orang di sebelah. Yang paling tidak adil adalah membuat keputusan yang kita tidak tahu fakta kedua-dua belah pihak.
[Tepuk]
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, saya bukan suruh Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan menolak atau menarik balik jawapan Menteri tetapi
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
oleh kerana penjelasan daripada Yang Berhormat Kuala Nerus itu merujuk kepada kitab yang sangat jelas. Bagi saya bahawa kalau hendak tunggu satu masa yang panjang, adalah wajar jawapan itu digantung sebab jawapan itu telah pun dibukukan. Jika diambil pemberitaannya oleh media...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...Maka sudah tentu memberi kekeliruan kepada masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena, duduk Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena, dengan hormatnya kepada Yang Berhormat Kuala Nerus, kalaupun Yang Berhormat Kuala Nerus itu ulama terkemuka, umpamanyalah, saya lihat tidak boleh juga menerima dengan sebulat-bulat. Terpaksa juga saya dengar ulama yang terkemuka di sebelah kanan sebelum mengambil keputusan. Sila teruskan.
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum Yang Berhormat Menteri berdiri, saya menunggu dulu kepada Timbalan saya untuk ambil alih mempengerusikan Mesyuarat kerana saya tahu bahawa usul Yang Berhormat ini berkaitan dengan peribadi saya yang kena serang sebagai Speaker. Jadi saya rasa itu yang sewajarnya. Cuma pesan saya, kalau saya tidak mempengerusikan, kalaupun Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas, berbahaslah dengan penuh tanggungjawab sebagai Ahli Yang Berhormat. Ini institusi kita, Parlimen kita, demokrasi kita yang seadanya. Ia tidak lengkap. Bukan kita semua sempurna tetapi biarlah kita ambil iktibar kepada perkara-perkara seperti begini.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Bismillahi Rahmani Rahim. Semoga Allah merahmati kita semua.
Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) iaitu:
“BAHAWA pada Isnin 16 Jun 2014, Yang Berhormat Tuan N.
Surendran, Ahli Parlimen bagi kawasan Padang Serai telah mengeluarkan suatu kenyataan semasa sidang media di lobi Parlimen yang telah disiarkan dalam beberapa media. Kenyataan itu merupakan tuduhan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat kerana menolak usul Yang Berhormat berkenaan di bawah Peraturan Mesyuarat 22(1) pada 16 Jun 2014.
BAHAWA tuduhan itu menyatakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat sentiasa menolak apa-apa pertanyaan dan usul yang dikemukakan oleh pihak pembangkang dan turut membuat tohmahan dengan menyatakan bahawa Parlimen gagal berfungsi dengan baik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
BAHAWA Yang Berhormat Padang Serai membuat tuduhan bahawa Dewan Rakyat bersifat “authoritarian” yang tidak memberikan hak bersuara kepada pihak pembangkang.
BAHAWA Yang Berhormat Padang Serai merendah-rendahkan martabat Dewan Rakyat dengan sindiran yang mencadangkan Parlimen untuk membina suatu “giant rubber stamp” yang menjadi simbol kepada pengaruh dan kuasa kerajaan dalam meluluskan apa-apa rang undang- undang yang dibentangkan di Parlimen.
DAN BAHAWA tuduhan-tuduhan itu adalah merupakan satu penghinaan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang menjalankan tugas sebagai Pengerusi Majlis Mesyuarat dan oleh yang demikian bererti penghinaan juga kepada Dewan Rakyat yang turut mencemarkan nama baik dan prestij Dewan Rakyat.
MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Tuan N. Surendran, Ahli Parlimen Kawasan Padang Serai hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama enam (6) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan.” Tuan Yang di-Pertua, yang tersebut tadi merupakan usul saya yang mana penjelasan mengapa usul tersebut dibuat adalah seperti berikut.
Pada 16 Jun 2014, Isnin, selepas sesi soal jawab lisan, Yang Berhormat Padang Serai telah bangun untuk mempersoalkan dan mencabar keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat melalui surat bertarikh 16 Jun 2014 kepadanya. Surat tersebut mengandungi keputusan yang tidak membenarkan permohonan Yang Berhormat Padang Serai untuk mengeluarkan pertanyaan menurut Perintah Mesyuarat 20(1)
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Peraturan mesyuarat. Tidak ada penyokong itu.
Tidak ada penyokong usul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sedang membentangkan usul, Yang Berhormat.
[Disorak] Ya, teruskan Yang Berhormat.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Pada masa tersebut, Yang Berhormat Padang Serai menyatakan bahawa permohonan beliau tersebut telah ditolak sewenang-wenangnya tanpa memberikan sebab penolakan. Berdasarkan kepada rekod Penyata Rasmi bertarikh 16 Jun 2014, Yang Berhormat Padang Serai telah dimaklumkan oleh Timbalan Yang di- Pertua Dewan Rakyat ketika itu bahawa beliau boleh mengemukakan suatu usul bersendiri di bawah Peraturan Mesyuarat 43 sekiranya mahu mempersoalkan keputusan yang telah dibuat.
Tuan Yang di-Pertua, tanpa mengendahkan nasihat yang diberikan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang Berhormat Padang Serai telah mengeluarkan satu kenyataan semasa sidang media di Lobi Parlimen yang telah disiarkan dalam beberapa media. Kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Padang Serai antara lainnya telah menyatakan bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat sentiasa menolak apa-apa pertanyaan dan usul yang dikemukakan oleh pihak pembangkang. Tohmahan terus dilemparkan dengan menyatakan Parlimen tidak berfungsi dengan baik dan menuduh bahawa Dewan bersifat “authoritarian” yang tidak memberikan hak bersuara kepada pihak pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa Yang Berhormat Padang Serai telah melampaui batasan apabila merendah-rendahkan martabat Dewan yang mulia ini dengan sindiran yang mencadangkan Parlimen untuk membina suatu “giant rubber stamp”. “Giant rubber stamp” ini digunakan sebagai satu simbol untuk melambangkan pengaruh dan kuasa kerajaan dalam meluluskan apa-apa rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen. Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Padang Serai tersebut ternyata suatu kenyataan yang tidak benar dan merendah-rendahkan kredibiliti Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam mengendalikan persidangan Dewan dan juga sistem demokrasi Parlimen di negara ini.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Dewan, kita mengambil maklum bahawa semua perkara yang diputuskan mengenai prosiding dalam Dewan Rakyat adalah tertakluk kepada peraturan mesyuarat. Apa-apa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat telah diputuskan dengan adil dan sewajarnya oleh Yang di-Pertua Dewan. Tuduhan yang dilemparkan oleh Yang Berhormat Padang Serai adalah tidak berasas kerana berdasarkan kepada rekod rasmi Dewan, pihak pembangkang sentiasa diberikan hak yang sama rata dan adil dalam apa-apa perbahasan.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Apa yang dapat saya nyatakan di sini, tindakan Yang Berhormat Padang Serai dalam mengeluarkan kenyataan tersebut merupakan suatu tindakan yang tidak berhemah, tidak bertanggungjawab, mencemarkan nama baik Dewan Rakyat, mencemarkan nama kesemua Ahli Dewan Rakyat dan merupakan suatu penghinaan kepada prestij Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, perlu dinyatakan juga bagi tujuan duluan, precedent yang pernah dibuat di dalam Dewan ini pada 11 Disember 2001, Yang Berhormat Batu Gajah pernah dikenakan tindakan digantung enam bulan kerana membuat kenyataan dalam akhbar yang menghina Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Oleh yang demikian tindakan sebegini pernah diambil bagi memelihara keutuhan dan prestij Dewan yang mulia ini.
Pada 14 November 2013, Yang Berhormat Padang Serai telah pun dikenakan tindakan penggantungan selama enam bulan atas kenyataan yang seakan sama yang dibuat beliau ketika itu. Yang Berhormat Padang Serai sewajarnya mengambil iktibar daripada pengalaman yang lalu dan tidak melakukan kesilapan yang sama buat kali yang kedua. Dalam hal ini, Yang Berhormat Padang Serai seharusnya menggunakan saluran yang betul dan alternatif yang tepat sekiranya ingin mencadangkan apa-apa penambahbaikan terhadap prosedur Parlimen.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Yang Berhormat Padang Serai mengeluarkan kenyataan yang menghina Dewan yang mulia ini untuk kali yang kedua, perkara ini hendaklah diambil tindakan serius oleh Dewan iaitu dengan mengenakan penalti atas tindakan beliau tersebut. Penalti enam bulan adalah wajar kerana Yang Berhormat Padang Serai telah melakukan kesalahan yang sama sebelum ini. Penalti ini diharap menjadi pengajaran kepada semua Ahli Dewan Rakyat agar lebih berhemah pada masa hadapan sebelum membuat sebarang kenyataan berhubung dengan Dewan Rakyat ini.
Sekian Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ada siapa yang menyokong?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat. Ada siapa yang menyokong? Sebentar Yang Berhormat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim
Saya mohon menyokong.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sebelum disokong, sebelum disokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Peraturan manakah Yang Berhormat?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
P.M. 27(3).
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey. Saya dengan ini membuat bantahan terhadap pengesahan the legality of the usul ini sendiri kerana saya percaya usul ini tidak memenuhi kehendak Peraturan Mesyuarat 27(3). Izinkan Tuan Yang di-Pertua untuk saya membacakan peraturan mesyuarat yang berkenaan. Izinkan saya membaca dalam teks bahasa Inggeris.
“Except as provided in Standing Order 43 and in paragraph (5) of the Standing Order 86 and 36(1), not less than fourteen days notice of any motion shall be given unless it is in the name of Minister, in which case seven days notice or if Tuan Yang di-Pertua is satisfied upon representation to him by a Minister that the public interest requires that a motion should be debated as soon as possible, one day’s notice shall be sufficient”. Berdasarkan peraturan ini, saya mengatakan bahawa adalah penting Tuan Yang di-Pertua berpuas hati upon representation to him bahawa Minister berpendapat public interest requires motion should be debated as soon as possible. So, perkataan yang paling penting ialah yang pertamanya ‘upon representation’. Keduanya ‘public interest required motion should be debated’. Ketiga, ‘as soon as possible’. Saya mengatakan ketiga-tiga ingredient ini telah tidak ada dalam motion yang dikemukakan. Pertamanya kalau kita lihat kepada motion ini, motion ini adalah sebagai satu representation daripada pihak Minister. Maknanya Minister memberi representation kepada Tuan Yang di-Pertua dan dalam representation ini mestilah ayat dalam 27(3) ini mesti ada dalam motion ini kerana tanpa ada the words in the peraturan dalam motion ini, ini bermakna pihak yang membawa motion ini telah gagal membuat satu representasi bahawa motion ini adalah untuk kepentingan awam, [Tepuk] yang memerlukan ia disegerakan. Tidak adapun dalam perkataan, dalam motion ini yang menunjukkan bahawa ia adalah untuk kepentingan awam yang perlu disegerakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, tidak payah berucap Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak payah berucap, tidak payah berucap.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sekejap. Sebelum... Tidak, saya perlu menjelaskan. Saya mengatakan bahawa tanpa ada ayat-ayat itu bermakna pihak Tuan Yang di-Pertua telah gagal diberitahu. Atas alasan apakah motion ini adalah motion untuk kepentingan awam dan perlu disegerakan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Minta mencelah, boleh Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya hendak mengatakan tanpa ada ayat itu Tuan Yang di-Pertua tidak boleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
It is all point of order Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey. Saya mengatakan tanpa perkataan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya ringkaskan Yang Berhormat, ringkaskan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tanpa perkataan itu saya mengatakan jika Tuan Yang di-Pertua mengatakan saya berpuas hati, ia ialah kepentingan awam dan perlu disegerakan, itu hanyalah berdasarkan spekulasi semata-mata.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat duduklah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Dewan ini tidak boleh melalui Tuan Yang di-Pertua membuat satu keputusan yang begitu drastik yang bersifat penal in nature, berasaskan spekulasi semata-mata.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Baik, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Maka, atas dasar itu saya memohon supaya notis usul ini ditolak in limine. In limine.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
The point of order, I deal with the point of order. Duduk Yang Berhormat. Ya, terima kasih Yang Berhormat Sepang untuk mengingatkan kita terhadap perkara 27(3). P.M. 27(3) merupakan memang benar ada syarat-syarat yang dikenakan untuk mengemukakan usul. Syarat-syarat ini telah ditimbang sepenuhnya, sebaik-baiknya oleh Tuan Yang di-Pertua dan telah berpuas hati mengikut kehendak Peraturan Mesyuarat 23 untuk membenarkan usul ini dibahas.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, ...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sudahkah belum?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua membenarkan usul ini kerana berpuas hati bahawa perkara 23 dipenuhi syarat-syaratnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Akan tetapi ini kena mengena dengan diri dia.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya ingin minta penjelasan.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Macam mana dia boleh buat keputusan?
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, peraturan mesyuarat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya hendak cakap peraturan mesyuarat.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Segambut dahulu, peraturan mesyuarat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya hendak tanya yang mana satu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Okey terima kasih saya.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Saya dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang lain duduk Yang Berhormat.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Saya dahulu, tengok Hansard****.**
[Dewan riuh]
Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, saya...
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Tengok Hansard.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Duduklah. Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak apalah Yang Berhormat. Saya boleh deal with Yang Berhormat. Saya bagi Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang lain duduk Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Boleh? Peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua, sayakah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, peraturan mesyuarat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Okey, baiklah saya kena ikut peraturanlah. Peraturan mesyuarat saya hendak baca bersekali peraturan 27(3) dan juga peraturan 43.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Peraturan mana Yang Berhormat?
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Peraturan mana satu?
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya hendak baca bersekali 27(3) dan juga peraturan 43. Peraturan Mesyuarat 27(3) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang. Ini ialah soal pentafsiran peraturan. Peraturan 27(3) ini mesti dibaca bersekali dengan peraturan 43 di mana kalau kita baca tadi seperti mana yang Tuan Yang di-Pertua nyatakan bahawa jika Tuan Yang di-Pertua puas hati setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang Menteri iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya, maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu satu hari sahaja terlebih dahulu.
Soalnya hari ini yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Sepang tadi sama ada ia kepentingan awam ataupun tidak, ia mesti dibaca kepentingan peraturan 43, di mana dalam peraturan 43 keputusan pengerusi adalah muktamad. Pengerusi telah pun membuat keputusan dan...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Ketawa]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Sepang hendak apa ketawa? Kalau tidak puas hati, kalau tidak puas hati dengan keputusan pengerusi kena baca sampai habis bahawa- Saya hendak kena baca. “Tuan Yang di-Pertua dalam Majlis Mesyuarat atau pengerusi dalam jawatankuasa adalah tertanggung ke atasnya menjaga supaya peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atau jawatankuasa diendahkan dan keputusannya berkenaan dengan apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh diminta ditimbangkan semula dan tidak boleh diulang kaji oleh Majlis Mesyuarat kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri kerana itu”. Usul demikian ini tidak berkehendakkan dikeluarkan atau diberitahu lebih daripada dua hari terlebih dahulu.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Jadi kalau hendak pertikaikan keputusan Tuan Yang di-Pertua, kena buat usul sendirilah. Mana boleh bangun bantah macam ini. Sampai esok pun tidak habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Jadi oleh itu, saya minta Tuan Yang di-Pertua, usul telah pun dibentangkan dan ini bukannya pertama kali Menteri bawa usul bawah 27(3), ini bukan pertama kali. Memang kita teruskan oleh kerana sudah ada sokongan, kita kena teruskan dan kalau pembangkang tidak puas hati, cakap waktu perbahasan nanti. Terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli
Ini orang baru...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, itu yang saya katakan Yang Berhormat Tanjong Karang bahawa usul ini memenuhi syarat 27(3).
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sekejap ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berasaskan apa yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua tadi, saya ingin membuat bantahan kedua. Bantahan kedua saya ialah kerana Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa usul ini telah pun mematuhi Peraturan 27(3) atas alasan Tuan Yang di-Pertua berpuas hati bahawa ia adalah untuk kepentingan ramai dan perlu disegerakan.
Sekarang saya kata, keputusan Tuan Yang di-Pertua itu bahawa dia berpuas hati juga adalah salah daripada segi peraturan mesyuarat dan juga salah daripada segi konvensyen sebab pertama, kerana usul ini melibatkan Tuan Yang di-Pertua. Bagaimanakah apabila satu usul melibatkan diri beliau, beliau membuat keputusan, “Saya setuju”? Ini satu perkara yang tidak boleh kita terima.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Bagaimanakah affected party terlibat dalam membuat keputusan?
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, usul ini...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya mengatakan bahawa beliau tidak seharusnya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, usul ini ialah usul kerajaan. Jangan samakan Tuan Yang di-Pertua sebagai orang yang terlibat tetapi melihat Tuan Yang di-Pertua itu sebagai the Chair.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Bangun]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Akan tetapi tuduhan ini menyatakan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang dibenarkan oleh peraturan mesyuarat, the Chair Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuduhan ini, kalau tidak, kenapakah dia tidak chair?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kalau dia rasa benda ini okey, dia refuse.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya ingin katakan sekali lagi Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuduhan ini menyatakan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, maknanya nama itu Dewan Rakyat disebut dalam usul ini.
Bagaimanakah nama seseorang yang affected party diletakkan di dalam usul ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Di Dewan Rakyat, dia Chair...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sekejap, let me finish.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
It is not Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar, it is the Chair Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Soalan saya tadi, berdasarkan jawapan Tuan Yang di-Pertua tadi, Tuan Yang di-Pertua menyatakan bahawa Tuan Yang di-Pertua telah membuat keputusan. Persoalan saya, bagaimanakah beliau boleh membuat
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
keputusan dalam keadaan usul ini ada kaitan dengan beliau. Maknanya beliau seharusnya tidak boleh membuat keputusan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Oleh itu conflict of interest. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Basic principal of justice, basic principal of fairness.
Seorang Ahli
Tidak faham-faham kah...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Bagaimanakah seorang yang menjadi affected party diberikan hak untuk membuat keputusan. Atas dasar itu, saya mengatakan bahawa keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah salah.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap peraturan mesyuarat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Bertentangan dengan prinsip keadilan, prinsip sama rata. Ini menyebabkan usul ini cacat dan seharusnya ditolak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Baik, duduk Yang Berhormat, cukup.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Apa ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, usul ini ialah usul kerajaan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tahu tetapi melibatkan diri Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Kenapa melawan?
Tidak payahlah, cukuplah. Usul kerajaan yang dikemukakan kepada Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tuan Yang di-Pertua, siapakah yang puas hati dengan usul ini?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Mana boleh... buat keputusan? Ini basic principal.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya tegas buat keputusan bahawa usul ini memenuhi syarat 27(3).
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini maruah Dewan Rakyat.
Menghina Tuan Yang di-Pertua bermakna menghina Dewan Rakyat. Tanpa Tuan Yang di- Pertua...
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
...Tengoklah kertas pertuduhan.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Siapakah yang hina Tuan Yang di- Pertua?
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tidak pernah pergi mahkamah.
Tidak tahu apa-apa dia ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Dalam Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua yang berkuasa. Kita masuk Dewan Rakyat, kita tunduk pada Tuan Yang di- Pertua.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak payah bergaduh. Duduk-duduk, tidak payah bergaduh Yang Berhormat. Sabar Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bukan dictatorship!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kuasa dia kuasa di bawah undang-undang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Duduk-duduk Yang Berhormat, semua duduk. Duduk dulu Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang kritik kuasa Tuan Yang di-Pertua ini fasal apa?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Peraturan Mesyuarat 81.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat, dengar dulu. Okey, usul yang dipertikaikan sekarang ini adalah sama ada usul ini memenuhi syarat atau tidak.
[Disampuk] Yang Berhormat Sepang mengatakan bahawa usul ini tidak memenuhi. Dalam kes begini, Tuan Yang di-Pertua, saya akan membuat ketetapan. Ketetapan saya ialah saya berpuas hati bahawa usul ini memenuhi syarat 27(3).
[Tepuk]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Bilakah ketetapan itu dibuat?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Pro kerajaan, buka baju itu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Cukup, soal legality of the issue, usul itu tidak berkaitan, tidak berbangkit lagi Yang Berhormat.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Bilakah ketetapan itu dibuat Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
...Kerana ditetapkan bahawa usul ini memenuhi syarat 27(3). Yang Berhormat, saya buka...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Buktikan ia melibatkan kepentingan awam.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya buka usul ini untuk dibahas.
[Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak kerana memberi peluang...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini bukan kepentingan awam.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Soalnya sekarang ialah Yang Berhormat tidak bersetuju dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua. Thats all.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mula bahas?
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 27(3).
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Bangun bahas?
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ya, saya hendak bahas.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 27(3).
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya panggil Yang Berhormat Tanjong Karang untuk berbahas.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan...
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Soal legality... [Dewan riuh]
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Notis 24 jam.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Kita sedia maklum bahawa sebagai Ahli Parlimen...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Kita memang...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Hanya usul yang sempurna boleh dibahas, usul yang cacat mana boleh dibahas?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya sudah putuskan usul ini memenuhi syarat.
[Dewan riuh]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Jelaskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sudah penuhi syarat Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Menyalahi Peraturan Mesyuarat 27 sendiri!
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Kita boleh bercakap, apa sahaja yang kita cakap...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat tidak setuju dengan keputusan saya, Yang Berhormat buat dalam bentuk usul.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tidak boleh bahas, mesti ditolak.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya, ya. Saya tidak...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya buka usul ini untuk dibahas, saya panggil Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, tutup mike, yang mana tidak ikut peraturan, tutup mike.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Peraturan mesyuarat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tutuplah mike dia.
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
It is a different peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sudah, sudah.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Apabila Tuan Yang di- Pertua,...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Peraturan mesyuarat yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
That is not arise, tidak berbangkit lagi Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tuan Yang di-Pertua berpuas hati usul ini dibahas.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kita ada point yang lain, ada point yang berbeza.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, listen lah, please lah. Sekejap sahaja.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Kalau pembangkang mempersoalkan integriti Tuan Yang di-Pertua bermakna sampai esok pun tidak habis.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Peraturan mesyuarat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, please give us chance. Peraturan mesyuarat...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Sekarang ini Tuan Yang di- Pertua telah membuat keputusan. Ini peraturan mesyuarat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sekejap sahaja, sekejap.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini memang kepentingan awam.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
You cannot just allow...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Padang Serai memang menghina Dewan Rakyat.
[Tepuk] Dewan Rakyat yang merupakan lambang Dewan yang paling besar, yang dipilih oleh rakyat, membuat undang-undang.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tindakan Tuan Yang di-Pertua demi kepentingan Dewan Rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak perlu macam ini Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
...Tercemar dengan hinaan- hinaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Padang Serai.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sudah buat keputusan Yang Berhormat.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Memang membuat satu tindakan yang mestilah diambil tindakan kerana kita tahu...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Peraturan mesyuarat, point of order.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
...Kerana kita tahu jangan salah gunakan kebebasan kita sebagai Ahli Parlimen.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Masih 27(3).
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
27(3) sudah selesai Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Usul ini tidak boleh dibahas hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Okey point of order.
Yang lain duduk.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Point of Order 81.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, siapa yang hendak point of order? Okey Yang Berhormat duduk.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Yang Berhormat Gopeng, Gopeng.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Okey, I will entertain you sekali ini. Point of order mana Yang Berhormat?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Peraturan Mesyuarat 27(3) ini, saya minta maaf ya sebab apabila Tuan Yang di-Pertua beri jawapan, ia membuka persoalan lagi. Tuan Yang di-Pertua kata saya berpuas hati, Tuan Yang di-Pertua kata tadi Tuan Yang di-Pertua sebagai Tuan Yang di-Pertua...
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Dengar dulu, control lah, dengar!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Menteri duduk belakang! Duduk belakang. Bising pula, sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kalau hendak bising duduk belakang.
Seorang Ahli
Eh! Diamlah ‘lu’.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Apa ‘lu-lu’? Ini lagi seorang Menteri ini, duduk belakang, duduk belakang di luar, bising sahaja.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak payah bergaduh, tidak payah bergaduh Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, ini peguam haprak.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya ingin nyatakan...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini peguam...
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Sudah mula, Controllah! Dengar point of order, dengar.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Kalau hendak ikutkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tanjong Karang...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Seorang Ahli
...Dibuat oleh Kabinet. Apa hendak bising lagi?
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
...Ini apa?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tuan Yang di-Pertua jangan pakai baju sokong kerajaan, buka baju. Buka!
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Duduklah, biar Tuan Yang di- Pertua buat keputusan. Jangan sendiri tafsir, sendiri hendak buat keputusan. Kalau sendiri hendak tafsir, sendiri hendak buat keputusan, balik rumah duduk bawah pokok.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Ada point of order, dengarlah.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tanjong Karang, sebentar Yang Berhormat, sebentar.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Peraturan mesyuarat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Janganlah buat tafsiran, you sudah baca cukup...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Dengar dululah.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tanjong Karang, sebentar Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Dia duduk.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Point of order, ini bagi apa? Tuan Yang di-Pertua, ini apa cerita ini? Tuan Yang di-Pertua, ini apa cerita?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar duduk.
[Dewan riuh]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Kapar duduk. Saya hendak dengar Yang Berhormat Sepang sekejap.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya ingat boleh panggil doktor...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak payahlah macam itu Yang Berhormat, tidak payahlah macam itu. This is serious, serious Yang Berhormat Pokok Sena, serious. Saya hendak dengar.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya sebab apa, ini keputusan yang betul-betul serius. Sebab itu saya ingin mendapatkan penjelasan. Tadi Tuan Yang di-Pertua kata bahawa saya...
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sekejaplah, bagi saya chance.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sebentar, sebentar.
Kita dengar, kita dengar. Sekali ini kita dengar apa isu dia ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, okey, relax, relax, relax. Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, teruskan Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, tadi berdasarkan jawapan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa saya sebagai Speaker dalam persidangan ini berpuas hati Peraturan 27(3) ialah dipatuhi.
Saya rasa Tuan Yang di-Pertua kena baca betul-betul 27(3) ini mengatakan bahawa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Baik.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Motion… Sekejaplah, sekejaplah.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Dengarlah dulu tidak habis lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, tidak payah berucap panjang Yang Berhormat. To the point, straight to the point.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tidak, tidak panjang. Ini tidak yang panjang ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak apa, straight to the point.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey. Usul ini seharusnya dipersetujui sebelum dia dipresented. Sebab perkataan dia…
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Dengar dahulu, perkataan dia, “Upon representation to him by a Minister that the public interest requires a motion should be debated as soon as possible, one day notice shall be sufficient. In other words...
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Wasting Dewan’s timelah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Dengar dulu, dengar dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, cukup.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sebelum notis itu dikeluarkan, [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua harus berpuas hati bahawa ia boleh dikemukakan.
Persoalan saya, bagaimanakah Tan Sri yang membuat keputusan sebelum usul ini dikeluarkan sebagai pihak yang juga ada kepentingan dalam usul ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Okey, cukup Yang Berhormat. Cukup Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
...Boleh berpuas hati. Sudah tentu dia berpuas hati sebab ia melibatkan diri dia.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Point of order yang sama.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Maka sebab itu saya mengatakan jawapan daripada Tuan Yang di-Pertua tadi menunjukkan bahawa dia tidak betul, sebab...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Mengelirukanlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Okey, cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
...Yang membuat keputusan ialah Tan Sri, bukan Datuk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat, cukup, cukup.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sebelum saya kata, saya katakan tadi bahawa usul ini dibuka untuk dibahas. Saya katakan daripada awal tadi bahawa Tan Sri Speaker, The Speaker of the House berpuas hati 27(3), usul yang dikemukakan oleh kerajaan itu memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki. Notis satu hari pemakluman kepada Ahli Dewan dipenuhi sepenuhnya. Yang Berhormat, Yang Berhormat, itu merupakan keputusan yang dibuat oleh Tan Sri untuk membenarkan usul itu dibaca hari ini.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tiada soal lagi. Usul dibenarkan oleh Tan Sri. Baik, soalan Yang Berhormat bahawa Tan Sri ialah merupakan parti yang terlibat. Ia tidak berbangkit, tidak berbangkit kerana Tan Sri ialah merupakan Speaker, Speaker of the House, bertindak mengikut peraturan mesyuarat ini bahawa Yang di-Pertua harus berpuas hati. Bersesuaian dengan peraturan mesyuarat yang berkehendakkan sedemikian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, apa pun seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang bahawa keputusan itu telah dibuat dan keputusan Speaker untuk membenarkan usul ini dibawa Dewan ini hari ini ialah keputusan yang muktamad.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya katakan sekali lagi. Saya katakan sekali lagi bahawa usul yang dikemukakan oleh kerajaan yang dibenarkan oleh Tan Sri Speaker ini adalah bersesuaian dengan Peraturan 27(3) dan memenuhi syarat-syarat dan kehendak-kehendak Peraturan 27(3).
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sebentar. Soal, bahawa usul ini tidak perlu dan tidak harus didebat, tidak berbangkit ketika ini. Sebab itu saya ingin katakan saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Karang untuk memulakan perbahasan.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 81.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua. Tidak ada tempat, tidak ada tempat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Peraturan Mesyuarat 81.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, soalnya sekarang Yang Berhormat tidak bersetuju dengan keputusan Speaker memandangkan isu ini...
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Bukan tidak setuju.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Bukan, soal yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Then keputusan Speaker jika tidak berpuas hati dengan keputusan Speaker, Peraturan 43 applies. Itu sahaja, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Oh! Yang lain-lain, yang lain-lain.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Peraturan Mesyuarat 43.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
You cannot be selective. Yang Berhormat tidak harus selective terhadap peraturan-peraturan mesyuarat.
Keputusan Speaker yang membenarkan usul ini ialah keputusan yang muktamad. You cannot be selective.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya, we are not...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sebab Peraturan 43 mengatakan dan membenarkan memberi kuasa kepada Speaker untuk membenarkan keputusan untuk membawa usul ini dibenarkan dibaca dalam Dewan dan keputusan itu ialah keputusan muktamad.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Peraturan Mesyuarat 43, Peraturan Mesyuarat 43.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya, okey, baik. I am not selective ..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Soalnya sekarang Yang Berhormat tidak berpuas hati dan tidak bersetuju. Soal tidak bersetuju, Yang Berhormat gunakan Peraturan 43 untuk membawakan usul persendirian, thats all.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Peraturan mesyuarat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey. Tuan Yang di-Pertua, Peraturan 43. Peraturan 43, Peraturan 43.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sudah, cukuplah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tidak, Peraturan 43. Saya berhak.
Okey.
Seorang Ahli
Mengundi kalah, itulah puncanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Speaker hanya membenarkan usul. Yang Berhormat itu keputusan adalah Ahli-ahli Majlis.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Integriti tentang Ahli Speaker, Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sudah cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Peraturan 43, Peraturan 43 mengatakan bahawa apabila satu keputusan dibuat oleh Speaker, maka Speaker boleh dirayu. Persoalan saya, apabila kita merayu nanti, kita merayu kepada Tan Sri Speaker juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
‘Haihhh’.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sedangkan keputusan ini akan dibuat mengenai Tan Sri Speaker. Bagaimanakah rayuan itu akan jadi efektif?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
This is Speaker, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
…Kalau kita buat keputusan tentang Speaker lepas itu kita rayu pun kepada Speaker juga, tidak masuk akal!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya ingin berhentikanlah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Makna semua prosedur dia tidak betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Soal legalitiy, saya tidak ingin diungkit lagi kerana usul ini memenuhi syarat, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Dia tidak ada soal bahawa usul ini tidak sah, usul ini sah. Usul ini sah, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Ini soal integriti Parlimen dan integriti Tuan Speaker.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih Speaker, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 27(3).
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Sudahlah Min.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Dengarlah Yang Berhormat Pasir Salak.
Kalau tidak, duduk sebelah sanalah.
[Menunjuk kepada tempat Backbencher] Jangan menjerit. Sudah jadi Menteri pun perangai hodoh lagi!
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
[Yang Berhormat Pasir Salak menuju ke hadapan sambil menuding jari ke arah Yang Berhormat Gombak dan mengatakan ‘tarik balik’ kepada beliau]
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Hah! Tahu tidak apa. Tahu tidak apa.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Menjerit-jerit, bangunlah!
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Memang! Ada mulut menyalak sahaja. Ingat mulut menyalak kah?
[Dewan riuh]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Gombak.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ha buatlah usul pula.
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Jangan biadab, jangan biadab.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Inikah cara? Ini kah caranya?
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Perangai macam budak-budak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Apa ini, Menteri macam ini, kah?
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Perangai macam budak-budak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, senyap Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Ini Tuan Yang di-Pertua, macam mana Menteri BN macam ini?
[Dewan riuh]
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Baliklah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ini Menteri apa ini?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tolak samseng keluar dari Dewan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sudahlah Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya teruskan.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua sudah membenarkan saya...
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Ini kena tarik balik. Tuan Yang di- Pertua.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
...Untuk berbahas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak. Point of order, Yang Berhormat. Saya benarkan Yang Berhormat Tanjong Karang berbahas.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Tuan Yang di-Pertua, tolong.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tanjong Karang berbahas sekarang. Kalau you mahu point of order, point of order.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
No, Tuan Yang di-Pertua telah beri laluan kepada saya untuk peraturan mesyuarat.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Yang perkataan ‘hodoh’ itu tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Point of order ya.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, mana satu? Point of order yang mana Yang Berhormat?
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Okey, baik. Dulu di Telok Intan pun dia masuk tempat mengundi walaupun dia tidak ada hak.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Eh! Tarik balik dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak, itu bukan point of order Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Okey. Baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar, duduk Yang Berhormat Kapar.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada…
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Tuan Yang di-Pertua, tolong suruh tarik balik perkataan ‘hodoh’. Ini kalau tidak, saya minta Yang Berhormat Permatang Pauh ajar sikit ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya tidak dengar Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Ajar sikit ini.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Memang ‘hodoh’ pun, apa hendak buat?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Hodoh, bodoh. Ini perangai ‘hodoh’ bukan ‘bodoh’.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, apa? Apa? Apa?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Bahasa Melayu pun tidak faham kah?
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
You balik Taipinglah.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
‘Hodoh’ dengan ‘bodoh’ pun tidak tahu beza kah?
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Okey, saya teruskan. Saya teruskan peraturan mesyuarat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Menteri apa ini? ‘Hodoh’ dengan ‘bodoh’ pun tidak tahu beza.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan...
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Tarik balik, tolong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Apa peraturan Yang Berhormat?
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Perkataan ‘hodoh’ yang disebutkan itu tarik balik.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
Bukan ‘bodoh’, ‘hodoh’.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Taiping?
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Ini, ini, ini. [Merujuk kepada Yang Berhormat Gombak]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat- Yang Berhormat. Tadi you panggil ahli lain ‘hodoh’, ‘bodoh’ tidak boleh Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Tarik balik.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Saya tidak sebut Istilah ‘bodoh’...
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Ada, ada tadi. I am listening.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Dengarlah.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
‘Hodoh’ bukan ‘bodoh’. ‘Hodoh’, tahu ‘hodoh’? Bukan ‘bodoh’, ‘hodoh’!
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, okey, okey.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya ingin... Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
No, no. Tarik balik.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Okey tidak apa, okey. Duduk dulu. Duduk, duduk.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Minta maaf.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Duduk.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Minta maaf.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Duduk.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Apa duduk? Minta maaf dulu.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Duduklah, saya hendak cakap! Baik, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Duduk pun tidak faham kah?
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
No, you tidak boleh proceed.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Duduk pun tidak faham? Apa susah sangat? Duduklah!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Sebentar, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ini siapa Speaker ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat Gombak menggunakan perkataan ‘hodoh’, ‘bodoh’ kepada Yang Berhormat Pasir Salak, saya minta Yang Berhormat tarik balik.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Tarik. Tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya tidak mendengar Yang Berhormat, saya tidak dengarnya.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Tuan Yang di- Pertua, dia tidak sebut Yang Berhormat Pasir Salak ‘hodoh’, ‘bodoh’. Mana ada. Umum, umum.
Dato' Abdul Manan bin Ismail - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua, saya dengar perkataan hodoh dikeluarkan oleh Yang Berhormat Gombak.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Janganlah terasa, jangan terasa. Kalau terasa hendak buat macam mana.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gombak, please Yang Berhormat Gombak.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Perangai hodoh, tidak tunjuk pun Yang Berhormat Pasir Salak..
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Tarik sahajalah.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang jadi Menteri ramai dekat depan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya. Saya minta Yang Berhormat tarik balik jika ada penggunaan perkataan itu digunakan terhadap Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, dalam peraturan mesyuarat, boleh atau tidak dua orang berdiri masa saya berucap? Tidak boleh bukan?
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Sudah, sudah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Di belakang pun ramai berdiri, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Okey, semua sudah duduk. Tidak ada, tidak ada, mana ada.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Belakang Yang Berhormat ramai berdiri, Yang Berhormat tidak nampak.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tidak ada, mana ada?
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Tarik balik.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Ada? Tidak ada, tidak ada.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya nampak, saya nampak Yang Berhormat. Ramai bangun.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Tarik balik. Tarik balik!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gombak, saya minta duduklah Yang Berhormat kalau tidak ada perkara.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Duduklah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ada tidak? Kalau tidak ada, saya minta duduk kerana saya akan teruskan Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ya, 27(3). Bagaimana kita boleh bahas usul ini...
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Beberapa Ahli Barisan Nasional: Tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, soal perkataan ‘hodoh’ dan ‘bodoh’, saya minta tariklah Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
[Bangun] Tarik balik.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Duduklah, bagi saya beri keterangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tariklah Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya...
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Yang Berhormat Padang Besar, bangunlah kalau hendak bercakap!
Menjerit, menjerit, menjerit.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Yang Berhormat Gombak menarik balik perkataan ‘Menteri bodoh’. Kalau tidak, jangan diteruskan dengan ucapan dia...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tidak payah! Siapa kamu, bukan Speaker?
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Dia Speaker, kah?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua, apakah itu tidur belum sedar diri?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Dia Speaker kah bagi arahan?
Siapa Speaker ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam duduk.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, tadi saya dengar. Saya dengar Yang Berhormat Gombak dia tidak kata Yang Berhormat Pasir Salak ‘hodoh’, dia kata ‘perangai hodoh’, bukan Yang Berhormat Pasir Salak ‘hodoh’, ‘perangai hodoh’.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Itu pun tidak boleh, saya minta Yang Berhormat tarik balik.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak boleh juga? Perangai ‘hodoh’.
Kalau sambil...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sekarang disahkan oleh Yang Berhormat Shah Alam bahawa Yang Berhormat Gombak menggunakan perkataan ‘perangai hodoh’. Saya minta tarik balik Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Perangai dia memang ‘hodoh’ tadi sebab semasa tidak boleh bercakap, dia berdiri! Itu memang ‘perangai hodoh’!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak boleh Yang Berhormat Shah Alam! Yang Berhormat Gombak!
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Pasir Salak ingat ini kandang kambing kah? Boleh merayau-rayau!
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Perangai berjalan sampai ke hadapan, sampai ada yang bercakap, itu memang ‘perangai hodoh’! Yang Tuan Yang di- Pertua, memang hodoh perangai itu! Tidak patut berlaku begitu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam, Shah Alam duduk Yang Berhormat. Yang lain diam. Saya tidak mendengar perkataan digunakan oleh Yang Berhormat Gombak tetapi disahkan oleh Yang Berhormat Shah Alam bahawa Yang Berhormat Gombak menggunakan perkataan ‘perangai hodoh’ terhadap Yang Berhormat Pasir Salak. Itu melanggar peraturan dan saya minta Yang Berhormat Gombak tarik balik perkataan ‘hodoh’.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Itu fakta, buat apa mahu tarik balik?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Penjelasan, penjelasan, penjelasan. Berjalan ke depan tidak apa? Berjalan ke depan, Menteri tidak ‘hodoh’ kah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, jangan buat macam ini. Yang Berhormat Gombak, minta tarik balik perkataan ‘hodoh’, ‘perangai hodoh’ terhadap Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Habis dia jalan itu tidak ‘hodoh’?
Berjalan Menteri itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam sudah sahkan, diminta Yang Berhormat tarik balik!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Minta dia tarik balik, jalan, jalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gombak, tarik balik Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, baik. Saya hendak tanya. Bagaimana Tuan Yang di-Pertua hendak hukum saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya sudah cakap tadi...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Dengar dahulu apabila saya bercakap, dengar dahululah!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
...Saya tidak mendengar tetapi Yang Berhormat Shah Alam mendengar Yang Berhormat menggunakan perkataan itu!
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tidak, bagaimana Tuan Yang di- Pertua hendak hukum saya dengan mendengar justifikasi daripada Yang Berhormat Shah Alam?
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak payahlah macam itu Yang Berhormat, tidak boleh.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tanya saya dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya minta Yang Berhormat tarik balik perkataan ‘perangai hodoh’ terhadap Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Pertama, saya tidak menyebut perkataan ‘bodoh’.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
‘Hodoh’ Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tadi Speaker sebut sekiranya Gombak menyebut ‘bodoh’ atau ‘hodoh’, tarik balik, betul?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abd. Rahman Dahlan
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Dia kata betul, Yang Berhormat Kota Belud hendak jadi Speaker kah? Duduk situ.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya tidak menyebut perkataan ‘bodoh’, pertama. Yang kedua...
[Dewan riuh]
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
[Bangun]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Duduk. Saya bagi tahu...
[Disampuk]
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]... Menipu daripada dahulu. You are the liar all along.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Kedua, saya beritahu dia kata liar, tarik balik.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Apa ini? Cakap apa? Cakap apa?
Duduklah.
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Ini contoh Menteri yang....
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Minister yang ‘perangai hodoh’.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gombak, please.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya buat keputusan untuk Yang Berhormat tarik balik perkataan ‘perangai hodoh’.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Atas asas apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Atas asas apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ada peraturan mesyuarat yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Kemudian saya katakan awal tadi jika, kalau Yang Berhormat gunakan perkataan itu.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua sebut Tuan Yang di-Pertua sendiri tidak mendengar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sebentar. Kemudian disahkan oleh Yang Berhormat Shah Alam bahawa Yang Berhormat menggunakan perkataan ‘perangai hodoh’! Sebab itu saya minta Yang Berhormat tarik balik perkataan ‘perangai hodoh’.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya tidak menyebut itu. Bagaimana Yang Berhormat Pasir Salak kata saya pembohong, tarik dulu!
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Tuan Yang di-Pertua, saya boleh sahkan. Kota Belud dengar ‘perangai hodoh’.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tarik balik Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya tidak sebut, saya tidak bermaksud.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat tidak tarik balik, saya minta Yang Berhormat keluar dari Dewan.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya tidak bercakap. Boleh dapat penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Bentara.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ini apa ini?
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Sebab itu saya beritahu....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak boleh Yang Berhormat. This is different matter.
Tuan R. Sivarasa[Subang]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
He said liar, you allow.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
That is different matter.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Yes, then take action! [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
*No, I am taking action against him.
[Menunjuk ke arah Yang Berhormat Gombak]*
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
*Speaker has to take action against him!
[Menunjuk ke arah Yang Pasir Salak]*
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Okay, fine. Yang Berhormat tarik balik minta keluar, Yang Berhormat Pasir Salak... sebentar Yang Berhormat! Ada peraturan mesyuarat daripada Yang Berhormat Permatang Pauh untuk meminta Yang Berhormat Pasir Salak menarik perkataan ‘liar’. Saya minta Yang Berhormat tarik balik perkataan ‘liar’ terhadap Yang Berhormat Gombak.
Beberapa Ahli Barisan Nasional: Suruh Yang Berhormat Gombak tarik balik dahulu, suruh Yang Berhormat Gombak tarik balik dahulu.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Steady. You listen.
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Apa listen-listen? Tidak payah listenlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gombak, keluar Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Diam.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
You diam, you diam!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tarik balik perkataan ‘liar’ terhadap Yang Berhormat Gombak..
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Celaka lu!
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Apa celaka? You cakap celaka.
You celakalah. Kalau you sensitive cakap celaka, apa fasal cakap celaka?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Pasir Salak, tarik balik perkataan ‘liar’ terhadap Yang Berhormat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tuan Yang di-Pertua, dia boleh panggil celakakah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya sudah minta Yang Berhormat keluar Dewan. Yang Berhormat Gombak, saya sudah minta Yang Berhormat keluar Dewan kerana tidak patuh terhadap arahan saya menyuruh Yang Berhormat tarik balik perkataan.
Seorang Ahli
Tidak adil!
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Eh? Saya belum...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gombak tadi baru hendak berikan penjelasan daripada apa yang diminta oleh Tuan Yang di-Pertua. Jadi, biarlah dia berikan penjelasan dahulu!
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Speaker, please be fair.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Minta maaf Yang Berhormat. Sebab itu saya minta tarik balik.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Berikan Yang Berhormat Gombak beri penjelasan. Jangan suruh hukum baru tarik balik?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sudah jawab.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sedangkan apa yang saya dengar, dia tidak mention mana-mana, termasuk perkataan...[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia tidak mention kepada Yang Berhormat Pasir Salak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, kerana Yang Berhormat tidak berminat untuk membahas usul ini...
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
[Bangun] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Usul ini terus ditolak, kerana dia cacat!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Berunsur penindasan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. [Dewan riuh] Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri di bawah Perkara 1 hendaklah disetujukan.
[Dewan riuh]
[Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Rubber stamp!
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Ini apa ini? Speaker mengesahkan bahawa Parlimen ini rubber stamp! Speaker mengesahkan bahawa Parlimen ini... mockery of the law! Semua Ahli Pembangkang: *Rubber stamp! Rubber stamp! Rubber stamp!
Rubber stamp!*
[Dewan sangat riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
[Ahli Parlimen Pembangkang menyebut beramai-ramai perkataan ‘Rubber stamp’ berulang kali]
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Seorang Ahli Pembangkang: Mockery of the law!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Setiausaha. [Dewan riuh]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Malu! Memang memalukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Usul diputuskan dan saya minta Yang Berhormat Padang Serai untuk meninggalkan Dewan selama enam bulan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Insult to the Parliament! This Parliament....
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Malu, memang malu. Malu pada satu dunia.
Seorang Ahli Pembangkang: Rubber stamp!
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Di manakah mahkamah...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
How can you can stand on this? Come on!
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Malu betul! Di manakah martabat Dewan yang mulia ini?
[Bentara mengiringi Yang Berhormat Padang Serai keluar Dewan]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Seorang Ahli Dewan boleh digantung tanpa dibahas? Memang malu!
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Tangguh Dewan! Tangguh Dewan!
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Ini merupakan titik hitam sejarah Parlimen!
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Yes, how can? You are making a mockery of this House! Ya, I want to speak pun tidak boleh.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Kita Parlimen bukan rubber stamp, adakah cara ini betul?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Buat hukuman teruslah lain kali. Tidak payah buat bahas lain kali Tuan Yang di-Pertua. Hukum terus sahajalah.
Memang rubber stamp. Memang rubber stamp, memang rubber stamp. Tuan Yang di- Pertua, bahas tidak ada, sudah suruh Yang Berhormat Padang Serai keluar. Apakah ini Tuan Yang di-Pertua? Yang Berhormat Gombak keluar, Yang Berhormat Pasir Salak pun kena keluar.
[Dewan riuh]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut Bil. ST.45 dan ST.46 tahun 2014 disahkan”.
Perintah ini bertujuan untuk melanjutkan tempoh pengenaan duti anti-lambakan ke atas newsprint yang berasal dari Kanada, Indonesia, Korea, Filipina dan Amerika Syarikat.
Pelanjutan tempoh ini dibuat supaya duti dengan kadar di antara 5.59% hingga 43.24% terus dikenakan ke atas newsprint. Sementara kajian semula terhadap kesan lambakan kepada industri tempatan dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
[Dewan riuh]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pelanjutan tempoh ini berkuat kuasa mulai 19 Mac 2014 hingga 28 Julai 2014.
Kedua, Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2014. Perintah ini diwartakan bertujuan mengenakan duti anti-lambakan ke atas Cellulose Fiber Reinforced Cement Flat And Pattern Sheets atau Fiber Cement Board yang diimport dari Thailand pada kadar nil hingga 31.14%. Pengenaan duti Anti Lambakan ini adalah bertujuan untuk melindungi industri tempatan yang terbukti telah menerima kemudaratan material akibat kemasukan kedua-dua produk tersebut dari negara terlibat. Duti anti-lambakan ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993 dan berkuat kuasa selama lima tahun mulai 30 Mac 2014 hingga 29 Mac 2019. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ada sesiapa menyokong?
[Dewan riuh]
Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang terbuka untuk dibahas.
[Tiada perbahasan]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Peraturan 2 telah dibentangkan sebagai Kertas Statut Bilangan ST.45 dan ST.46 tahun 2014 disahkan hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Yang di-Pertua, nampaknya pengakhiranlah untuk kali ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini merupakan hari akhir bagi sesi Parlimen pada kali ini. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama. Kepada Ahli-ahli Parlimen yang telah memberi kerjasama kepada Dewan, kepada kakitangan-kakitangan Parlimen yang telah bertugas sepenuh masa dengan dedikasi untuk memastikan kelancaran perjalanan Dewan pada kali ini.
Pada Ahli-ahli Parlimen saya ucapkan selamat balik ke kawasan masing-masing dan selamat bertugas sebagai Ahli Parlimen di kawasan masing-masing. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga satu tarikh yang tidak ditetapkan.
[Tepuk]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 12.46 tengah hari]