Jun182014

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, sebelum soalan dimulakan, saya ingin minta izin...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya cuma terima sebarang peraturan mesyuarat selepas Q&A.

final • 10:00 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ya, itu yang saya hendak bangkitkan sebab saya hendak dapat penjelasan tentang penolakan rayuan dan...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

We stick to that after Q&A ini.

final • 10:00 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

So, saya boleh bangkitkan selepas Q&A? Itu sahaja pengesahan yang saya minta.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sudah jadi kebiasaan Parlimen, sebarang peraturan mesyuarat selepas Q&A, Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Baik, saya minta pengesahan itu sahaja.

final • 10:00 AM

1. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan:

(a) apakah usaha kementerian untuk membantu serta membangunkan koperasi-koperasi yang ditubuhkan berasaskan hasil tani dan laut, demi untuk membangunkan lagi usahawan bumiputera; dan

(b) usaha yang diambil oleh kementerian untuk menyahut seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menghasilkan lebih banyak usahawan bumiputera dan usahawan belia.

final • 10:00 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Hasan bin Malek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Putatan.

Jadi Yang Berhormat, bagi soalan yang telah dikemukakan tadi, pihak kementerian kita khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui agensi kita yang kita sebut sebagai Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah menyediakan pelbagai program untuk membangunkan koperasi-koperasi dan usahawan bumiputera termasuklah produk berasaskan hasil pertanian dan laut sebagaimana yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Putatan. Antaranya ialah dengan memberi bimbingan dan

final • 10:00 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Hasan bin Malek

menyediakan infrastruktur dan perniagaan yang kondusif bagi melonjakkan lagi aktiviti sosioekonomi dalam kalangan gerakan koperasi selaras dengan Dasar Koperasi Negara 2011-2020.

Untuk makluman Yang Berhormat, ada dua konsortium koperasi yang berasaskan padi telah ditubuhkan di negeri Perlis dan Kedah. Antara aktiviti yang dijalankan oleh konsortium koperasi ini ialah perniagaan kedai input pertanian, pemajakan sawah padi, penyewaan jentera dan pembungkusan beras. Selain itu, beberapa koperasi yang terlibat dengan aktiviti berasaskan laut juga telah berjaya ditubuhkan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah menternak rumpai laut, menternak ikan air tawar dan ikan dalam sangkar serta membekal dan memasarkan produk hasil laut.

Dalam usaha membantu serta membangunkan koperasi-koperasi ini supaya terus dapat berkembang dan berdaya tahan, galakan dan insentif disediakan seperti berikut:

(i) kemudahan pembiayaan berbentuk pinjaman mudah tanpa cagaran maksimum RM50,000 dan sehingga maksimum RM10 juta dengan cagaran; dan

(ii) insentif berbentuk geran penggalakan kepada koperasi baru sehingga maksimum RM50,000 tertakluk kepada jenis aktiviti ekonomi yang akan dijalankan.

Dalam masa yang sama, program-program yang diadakan untuk memastikan koperasi ini terus maju adalah seperti berikut. Secara ringkas saya hendak berikan.

Pertama, program pendedahan melalui seminar peluang-peluang perniagaan. Di sana-sini kita anjurkan program-program seminar cara hendak berniaga, bagaimana hendak berniaga, kewangan dan sebagainya. Kedua, business matching. Kita matchkan antara koperasi-koperasi, syarikat-syarikat yang berminat dalam hal ini. Begitu juga dengan aktiviti promosi pendidikan dan latihan, program-program rantaian nilai dan jaringan perniagaan.

Ini untuk soalan pertama tadi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan juga telah menggubal dasar dalam membantu golongan usahawan bumiputera. Hasrat kerajaan ini nyata diterjemahkan apabila beberapa garis panduan telah membuat penetapan terhadap pegangan ekuiti iaitu pemberian sekurang-kurangnya 30% ekuiti kepada golongan bumiputera. Susulan daripada Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, telah diputuskan bahawa setiap kementerian perlu menubuhkan satu Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (UPEB). Justeru itu, KPDNKK seperti juga kementerian-kementerian yang lain, kita telah mewujudkan unit PEB ini pada 1 November 2013 yang lepas.

Bagi memperkasakan ekonomi bumiputera dan golongan belia di bawah KPDNKK, beberapa inisiatif telah dikenal pasti dan dipercayai akan memberi impak yang positif.

final • 10:00 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Hasan bin Malek

Di antara inisiatif yang telah dikenal pasti dan sedang dilaksanakan oleh kementerian ialah:

(i) menaikkan taraf kedai runcit melalui program TUKAR termasuk di Sabah pun ada program ini;

(ii) transformasi bengkel automotif melalui program ATOM;

(iii) Program Pembangunan Usahawan Bumiputera dalam industri francais;

(iv) transformasi sektor koperasi dalam meningkatkan penyertaan bumiputera dan golongan belia; dan

(v) memperkasakan modal insan bumiputera melalui program latihan pengarah korporat, setiausaha berlesen dan pembangunan ejen harta intelek.

Ini sebahagian daripada usaha kita inisiatif itu. Hasil daripada program yang saya sebutkan tadi sebanyak sebelas Koperasi Groom Big telah ditubuhkan di seluruh negara termasuk Sabah yang dianggotai oleh usahawan bumiputera dan belia di negeri masing- masing. Groom Big untuk kita latih supaya menjadi besar. Koperasi-koperasi Groom Big

final • 10:10 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Hasan bin Malek

ini berperanan sebagai pengumpul dan pemasak produk-produk yang dikeluarkan oleh anggota mereka. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri itu sungguh hebat. Dengar itu Yang Berhormat Gombak jawapan Menteri itu jangan lagi bagi pesong sama rakyat.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Gombak tidak ada kena-mengena Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri ini berpandangan jauh. Tidak pernah Ahli Parlimen menjadi pengerusi di koperasi-koperasi kawasan masing-masing. Yang Berhormat Gombak jangan kelirukan rakyat lagi.

final • 10:10 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Ini rakyat Sabah ini sudah membangun.

final • 10:10 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

[Ketawa] Yang Berhormat Menteri terima kasihlah jawapan yang begitu menyeluruh. Soal koperasi ini Yang Berhormat Menteri memang dalam sebagai tanggungjawab oleh pihak kementerian di bawah naungan Yang Berhormat Menteri. Rakyat tertanya-tanya pegawai-pegawai kementerian selalunya turun padang untuk memantau pencatutan harga barang ini. Baik, hebat sekali.

Akan tetapi apabila kita melihat pegawai-pegawai yang kononnya menjaga, memantau, bertanggungjawab atas pendaftaran koperasi-koperasi dan memantau perkembangan, kemajuan koperasi-koperasi yang ditubuhkan di bawah tanggungjawab kementerian. Sejauh mana koperasi-koperasi yang disebutkan oleh pihak Yang Berhormat Menteri tadi itu kemajuan terutama koperasi-koperasi yang ditubuhkan oleh petani-petani di luar bandar, nelayan-nelayan di luar bandar.

Bukan sahaja petani kita juga harus tengok koperasi yang ditubuhkan sejurus kepada wanita, pihak belia dan kenapa, apakah sebab-sebab koperasi-koperasi yang gulung tikar? Adakah pihak kementerian memantau sebab-sebab kenapa kebanyakan koperasi-koperasi yang ditubuhkan itu gulung tikar? Adakah pihak kementerian menyeru pegawai-pegawai turun padang untuk memantau sebab-sebabnya? Minta jawapan dari pihak Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Hasan bin Malek

Terima kasih Yang Berhormat Putatan satu soalan yang begitu menyeluruh tetapi saya ingin tumpukan kepada soal Sabah kerana soalan ini daripada Putatan saya hendak sebut di sini sebenarnya saya ucap terima kasih di atas pandangan, keprihatinan Yang Berhormat dalam melihat pegawai-pegawai kita yang memantau. Memang arahan kita begitu supaya pegawai-pegawai ini sudah ditubuh jangan biarkan mereka hidup begitu sahaja, kena pantau.

Selain daripada pegawai-pegawai yang secara full-time bertugas dengan kementerian kita juga ada setiap Parlimen kita telah bersetuju untuk menubuhkan pegawai hal ehwal koperasi yang kita sebut PEK. Ini pun juga bersama-sama dialah yang banyak membantu koperasi-koperasi tersebut. Jadi soalan kemajuan ini saya rasa angka-angka, bilangan koperasi yang ditubuhkan sudah cukup pada sayalah hendak menunjukkan bahawa kita sudah berjaya dalam konteks bukan sahaja menubuhkan, memperkasakan dan meletakkannya boleh kepada taraf antarabangsa.

Sebabnya hari ini sahaja kita telah ada mempunyai koperasi sebanyak 11.378 seluruh negara. Jumlah anggota 7.6 juta orang, jumlah share yuran masing-masing RM12.98 bilion dan yang penting jumlah aset kalau dikumpulkan semua koperasi di seluruh negara tadi ialah jumlah asetnya ialah sehingga 31 Disember 2013 ialah sebanyak RM107.9 bilion.

Maknanya saya hendak sebutkan soal kemajuan tadi berdasarkan kepada angkanya inilah kejayaannya. Jumlah perolehan sehingga tahun lepas ialah RM32.97 bilion dari segi perolehan dan matlamat kita tahun 2020 negara maju, insya-Allah kita

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Hasan bin Malek

bermatlamatkan untuk mencapai RM50 bilion dari segi jumlah perolehan koperasi-koperasi tersebut.

Jadi pendek cerita, inilah dia kejayaan, kemajuan-kemajuan. Kalau dahulunya kita di kawasan luar bandar koperasi ini bersifat padi dan sebagainya tetapi hari ini sudah menyeluruh dalam bidang kewangan, dalam bidang pertanian, pelancongan, bidang runcit dan sebagainya, jadi sudah dipelbagaikan.

Oleh kerana itu malahan ada juga cadangan untuk memasuki perniagaan- perniagaan yang lebih besar. Oleh sebab itulah inilah pada saya, saya banggalah maknanya minat bukan sahaja daripada rakyat terutamanya juga di kalangan profesional dan ramai yang sudah masuk. Sudah ada engineer, accountant yang masuk kalau dahulu tidak.

Dahulunya orang masuk hendak masuk koperasi tetapi hari ini alhamdulillah dia telah berjaya dan insya-Allah kita akan terus tumpukan semoga koperasi di dalam negara ini. Hari ini sektor ketiga tetapi kita cuba, cuba sebaik mungkin kalau boleh macam negara maju koperasi ini merupakan sumbangan besar di negara-negara berkenaan terutamanya di Eropah dan sebagainya. Itu berkenaan soalan tambahan yang pertama tadi.

Kedua, berkenaan dengan yang gulung tikar. Bagi kita di kementerian kita tidak ada istilah gulung tikar sebab bagi kita penubuhan koperasi ini mudah di antara kalau 50 orang ahli sudah boleh tubuh koperasi. Kalau ada pula koperasi keluarga, keluarga Putatan misalnya, 20 orang sahaja sudah cukup untuk tubuhkan koperasi. Kita hendak galakkan ini, sudah banyak ini, koperasi-koperasi yang telah ditubuhkan menerusi keluarga ini.

Jadi kita yang sebut tadi soal gulung tikar belum ada lagi rekod kita yang ada dalam rekod kita Yang Berhormat di Sabah, misalnya yang aktif di Sabah ada 980 koperasi yang aktif. Saya senarainya ada di sini termasuklah di Papar, di Morotai, di Lahad Datu, di Kampung Sarap Menumbok, Tawau, Marudu semua ada di sini rekodnya.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Hasan bin Malek

Putatan, saya tengok malangnya digunakan di Putatan, dalam rekod kita tidak ada di sini, nanti Yang Berhormat. Daripada yang aktif, yang tidak aktif di Sabah ada 67 tidak aktif dan yang domain 15. Sebanyak 15 yang domain ini dia tidak aktif ini dia tidak ada kegiatanlah, yang domain ini cuba kita baik pulihkan, kita hantar pegawai tengok bagaimana yang kita boleh bantu. Proses pembaik pulih inilah kita biasanya turun padang tengok macam mana. Biasanya dia register ini jalan terakhirlah.

Saya dapat mungkin kita cuba bantu, setidak-tidak yang domain ini kita hidupkan ataupun menjalankan satu, dua aktiviti.

Jadi pendek cerita saya banggalah maknanya minat yang ada pada hari ini telah membolehkan koperasi kita kerana selain daripada inisiatif yang saya sebutkan tadi dia ada geran, dia ada pula pinjaman dan sebagainya. Jadi semua inilah yang membawa kepada kejayaan koperasi kita pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri saya ingin tanya tadi bantuan kewangan insentif dan program-program yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Di antara koperasi-koperasi yang ada ini, berapa koperasi ada melibatkan perniagaan seperti franchise change business, mini market?

final • 10:10 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Saya juga ingin tanya, adakah mereka melibatkan dalam sektor memajukan projek perumahan khasnya untuk ahli-ahli mereka dan mungkin ada lagi lain-lain kegiatan dalam perniagaan yang Yang Berhormat Menteri dapat beritahu kepada Dewan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Dato' Sri Hasan bin Malek

Yang Berhormat Kota Melaka, terima kasih. Juga minat dalam koperasi banyak di Melaka. Sebelum saya menjawab soalan itu saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Putatan, sebenarnya di Putatan banyak koperasi dan tidak ada koperasi yang dorman di Putatan oleh kerana Ahli Parlimennya sentiasa prihatin, tengok turun padang dan sebagainya. Terima kasih.

Berkenaan dengan soalan tadi, saya terlupa hendak sebut dalam sektor-sektor yang kita telah mengambil bahagian termasuk juga pertanyaan Yang Berhormat Kota

final • 10:20 AM

Dato' Sri Hasan bin Malek

Melaka tadi, kita juga ada koperasi yang terlibat dengan hal-hal yang ada hubung kaitnya dengan soal pemaju perumahan. Di Pulau Pinang misalnya. Kota Emas di Pulau Pinang, dia membuat projek perumahan bukan sahaja di Pulau Pinang. Sekarang ini dia sudah melebarkan sayapnya. Jadi, dalam lain perkataan, apa sahaja sektor ekonomi yang dibuat oleh swasta, koperasi juga hari ini sudah mula mengambil bahagian sebabnya kita ada tabung modal pusingan yang koperasi boleh memohon di mana cajnya 1% sahaja. Tabung modal pusingan, pemohon-pemohon koperasi yang berminat boleh mohon. Kalau RM50,000 ke bawah permohonan pinjamannya dia tidak perlukan apa-apa cagaran tetapi yang memerlukan cagaran apabila lebih daripada itu tetapi maksimumnya RM10 juta.

Dalam perjumpaan kita baru-baru ini sudah ada kehendak daripada koperasi supaya maksimum RM10 juta hari ini sudah tidak boleh sebab mereka telah berjiwa besar.

Projek besar yang diikuti dan sekarang kita dalam merangka untuk mengubahsuai balik, sesuaikan dengan kehendak hari ini. Oleh sebab itu saya cukup yakin kalau ada Yang Berhormat di Melaka bolehlah maklumkan kepada saya.

Selain daripada apa yang saya sebutkan tadi kita juga ada kemudahan- kemudahan. Hari ini sahaja macam disebut tadi, sudah ada 15 koperasi yang ada pasar raya di seluruh negara dan empat koperasi yang terlibat sebagai francaisi. Francaisor yang berbentuk francais untuk diwujudkan di kawasan bandar-bandar kecil dan sebagainya. So, dalam lain perkataan, swasta ada, koperasi pun ada. Oleh sebab itu saya cukup yakin dengan bimbingan dan sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, prestasi koperasi di negara kita ini akan dapat kita sama-sama kita jayakan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Projek perumahan ada?

final • 10:20 AM

Dato' Sri Hasan bin Malek

Perumahan ada. Saya sudah sebut tadi. Projek pemaju perumahan ada. Sebagai contoh yang saya ingat cukup berjaya di Pulau Pinang.

Kalau di Pulau Pinang saya boleh bagi tahu, Majumas kalau tidak silap namanya. Terima kasih.

[****Soalan No. 2** – Y.B. Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin (Bukit Katil) tidak hadir]

final • 10:20 AM

3. Tuan Khoo Soo Seang [Tebrau] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan sebab-sebabnya kelajuan broadband negara kita hanya berkedudukan 126 di antara 196 buah negara yang dikaji, menurut The Ookla Global Net Index dan apakah rancangan kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan broadband di negara kita.

final • 10:20 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh hendak jawab pantun sebab kita bincang fasal internet pada pagi ini. Tahniah.

Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau dan juga saya ingin mendapat izin supaya saya dapat menjawab soalan ini bersama dengan pertanyaan yang ditanya oleh Yang Berhormat Batu Sapi, Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Gopeng pada 18 dan 19 Jun serta banyak lagi persoalan yang telah ditimbulkan sejak akhir-akhir ini termasuk rakan- rakan kita daripada parti pembangkang yang menulis dalam blog. Dalam pelbagai cara penulisan yang berkaitan dengan The Ookla Global Net Index yang meletakkan Malaysia di tangga 126 daripada 196 buah negara tentang kelajuan broadband negara kita.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri pun apabila berada di kementerian ini sejak setahun lepas agak terkejut juga apabila dilihat daripada kajian ini meletakkan Malaysia ini sekadar tinggi sedikit daripada Cambodia dan Myanmar dari segi kelajuan broadband kita iaitu kalau kita buat speedtest ataupun ujian kelajuan secara real-time. Ia akan memberitahu bahawa kelajuan di sini ialah sekitar 5.8 hingga 5.9 megabait per saat iaitu lebih kurang kalau kita lihat di Myanmar dan Cambodia iaitu 5.6, 5.7 dan sebagainya.

Akan tetapi perkara yang selanjutnya saya dapat tahu bahawa method yang digunakan ataupun kaedah yang digunakan. Kajian yang dibuat Ookla ini berdasarkan pada siapa yang menggunakan speedtest Ookla sedangkan orang menggunakan speedtest lain dan ia bergantung kepada berapa ramai yang menggunakannya. Yang itu sahajalah yang dicatatkan secara real-time dari segi purata kelajuan keseluruhannya dan ini sebenarnya

final • 10:20 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

tidak menggambarkan keadaan baik atau buruknya dari segi penggunaan ataupun program internet ataupun perkembangan broadband dalam negara yang berkenaan.

Namun begitu, kita juga telah membuat kajian melihat pelbagai kajian lain tentang keperluan kelajuan ini dan kita tahu bahawa kalau kita bercakap tiga atau empat tahun yang lepas, kelajuan satu megabait per second sudah cukup. Banyak syarikat misalnya menawar kalau RM140, RM144 untuk mendapat kelajuan satu megabait atau dua megabait per saat, ramai orang sudah membelinya. Sekarang ini 20 megabait tidak mencukupi pada setengah- setengah keperluan dan sebagainya. Kajian yang telah dibuat dalam negara kita pada tahun 2018 misalnya, kita perlukan kelajuan sebanyak kira-kira 48 ataupun 50 megabait per saat.

Kita sedar tentang bahawa keperluan ini adalah satu keperluan yang sangat dikehendaki kerana penggunaan internet bukan sahaja untuk kita melayari Google tetapi juga untuk pendidikan, pengangkutan, sistem kesihatan kita dan semuanya memerlukan kelajuan broadband yang baik. Oleh sebab itu, kalau kita kembali melihat di dalam Bajet 2014, perkara ini sudah pun diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan pelbagai projek yang disebutkan termasuk Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi fasa 2 (HSBB2) dengan sasaran kita ialah kelajuannya di kawasan bandar-bandar utama setinggi 100 megabait per saat.

Sebenarnya projek peningkatan kapasiti jalur lebar pinggir bandar ataupun suburban broadband dengan sasaran untuk mendapat ketinggian kelajuan 20 megabait per saat dan juga projek kabel dasar laut menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung. Kalau kita test di sini sahaja tidak guna kalau kita tidak ada satu rangkaian connectivity antara Sabah dan Sarawak kerana akhirnya dari segi pemurataan kelajuan juga akan diambil kira sejauh manakah kita dihubung dengan baik antara Sabah dan Sarawak.

Kemudiannya yang keempat ialah tentang pembinaan menara-menara telekomunikasi di mana 1,000 menara akan dibina dalam masa tiga tahun ini. Jadi, ini adalah antara langkah-langkah yang kerajaan buat untuk mengatasi tentang soal kelembapan internet dalam negara kita. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang memberikan jawapan yang begitu jelas. Mengikut beberapa kajian yang saya terbaca, ada dilaporkan bahawa bagi Malaysia kawasan yang kelajuan broadband yang melebihi empat bits per second hanya 12% sahaja. Manakala caj kita adalah di antara yang agak tinggi. Jadi, apakah usaha dan sasaran kerajaan untuk memperluaskan kawasan liputan dan juga tahap perkhidmatan high speed broadband serta kurangkan caj? Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih pada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Tebrau. Kita tahu bahawa ada banyak tempat yang kurang daripada empat megabait per saat. Akan tetapi pilihan kita ialah sama ada kita hendak tumpukan di kawasan yang perlu mendapat keuntungan dan boleh kita mempertingkatkan kelajuan ini. Ini strategi yang dibuat oleh banyak negara seperti misalnya Thailand. Thailand, katanya puratanya 21 megabait per saat, tinggi. Negara seperti Vietnam 14 tetapi, kalau berdasarkan pada Ookla Speedtest yang disebutkan tadi, dia hanya mengukur dua tempat sahaja iaitu di Hanoi dan Ho Chi Minh City.

Kalau Myanmar misalnya lebih kurang kita tetapi hanya di Yangon dan penggunaan internet di seluruh Myanmar hanya sekitar 2 atau 4% sahaja sedangkan berbanding dengan kita, kita bercakap tentang penetration ataupun penembusan internet kita 67%. Sejumlah 64% - 67% adalah antara kalau dalam negara Asia kita kesembilan yang tertinggi.

Jadi pilihan kita hendak masa itu ialah untuk memperbanyakkan orang, membolehkan ramai orang pakai ataupun hendak tumpu satu tempat, di Bangkok sahajakah ataupun di Kuala Lumpur, Lembah Klang sahaja ataupun semua dapat. Jadi pilihan kita pada waktu sekarang ini kalau boleh, semua orang dapat. Sasaran kita dalam projek ini dalam tiga tahun lagi, tahun 2018, kita harapkan sekurang-kurangnya dalam seluruh tempat yang berpenduduk 95% orang dapat menikmati. Walaupun dua ataupun tiga

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

megabait per saat pun tak apa, pada waktu sekarang sekurang-kurangnya semua dapat empat megabait.

Akan tetapi kita sebutkan Program HSBB dua yang disebutkan kita akan melonjak kepada 100 megabait per saat dan sebagainya dan ini akan dapat memberi sesuatu pengalaman yang berbeza dalam negara kita. Jadi pilihan kita hendak ikut macam Myanmar, tumpu misalnya di Yangon sahajakah ataupun di bandar besar seperti kalau di Vietnam, di Ho Chi Minh dengan Hanoi sahajakah ataupun kita sampai 3G, saya pergi ke kawasan di Tenom. Sejauh Tenom pun ada 3G. Akan tetapi kalau kita pergi ke banyak tempat dalam negara-negara ini, kita tidak akan berjumpa dengan kemudahan-kemudahan seperti ini.

Tentang caj, saya sendiri katakan bahawa kalau hendak katakan kita termurah, tidak. Akan tetapi dalam Asia Tenggara, kita adalah antara yang termurah. Masalahnya kerana model yang kita gunakan sekarang ini kita tidak semua longgokkan tanggungjawab ini kepada kerajaan.

Kita kalau kerajaan buat Program HSBB dua termasuk program yang saya sebutkan tadi, HSBB dua kabel dasar laut, menara dan sebagainya melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5.7 bilion. Kalau semua kerajaan buat, saya rasa banyak hospital tidak boleh buat, sekolah tidak boleh buat dan sebagainya. Ini kerana hendak pasang internet orang kampung kata kami perlukan benda lain yang lebih utama.

Jadi model kita ialah kerjasama antara swasta dan juga kerajaan. Jadi bila swasta dia terlibat dalam projek ini, dia hendak untung. Kita kena beri keuntungan dia kerana tanpa keuntungan, dia tidak boleh melabur balik. Ada banyak negara yang ditekan harga, kerajaan kawal, tekan harga jangan tinggi sangat. Akan tetapi akhirnya, saya jumpa banyak negara termasuk Indonesia misalnya, sampai sekarang bila sebut LTE, tidak ada LTE. Dia mengambil masa yang lama daripada 2G hendak jadi 3G, sebab pelaburan untuk 2G jadi 3G berbilion. 3G hendak naik kepada 4G berbilion.

Kalau kita tidak benarkan langsung dia mengambil keuntungan, maka perkara ini tidak berlaku. Kalau saya katakan bahawa, kalau kita lihat dalam semua orang bercakap tentang kenaikan harga barang dan sebagainya kita hendak kawal, tengoklah dalam consumer price index, indeks harga pengguna. Kita boleh berbangga bahawa satu sektor yang sentiasa menurun harganya ialah telekomunikasi. Satu sektor yang paling sentiasa menurun harganya. Dahulu kita cakap hendak dapat dua megabait per saat, RM144.

Sekarang RM249 boleh 20 megabait per saat.

Dahulu kalau kita hendak pakai telefon bimbit, bayar bulan sahaja RM60, kita ingat. Hendak beli SIM card yang kosong itu sahaja pun RM199. Kita ingat masa itu, sekarang sudah tidak ada. Orang sudah terlupa dah bahawa perkara ini, banyak perkara sudah menjadi sejarah dari segi harga-harga yang mahal. Kita katakan bahawa antara sumbangan besar dalam mengurangkan harga barang dan juga untuk mengurangkan beban orang ramai ialah telekomunikasi. Jadi, jangan bimbang bila kita buat tak lama, 100 megabit ke 200 dan sebagainya, insya-Allah, harga akan berkurangan di masa yang akan datang. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jelutong.

final • 10:30 AM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin rakamkan di sini bahawa saya bersetuju 100% dengan apa yang telah diberikan kepada kita oleh Yang Berhormat Menteri.

Sebenarnya saya juga bersetuju bahawa Ookla Speedtest itu bukanlah satu speed test yang saintifik. Jadi kita juga agak ragu-ragu tentang jumpaan yang telah diberikan dan juga disiarkan di laporan The Star. Akan tetapi ada satu soalan yang saya ingin tujukan kepada Yang Berhormat Menteri bahawa kalau kita melihat penerapan atau penetration broadband di Malaysia dikatakan kita telah menjangkau 86%.

Itu adalah berdasarkan kepada piawaian ataupun benchmark ITU yang mengatakan atau memberikan takrif bahawa broadband itu ialah kelajuan yang melebihi 512 kilobait per second. Kalau begitu malah kita mungkin sudah menjangkau 100% dari segi penerapan 100% dari segi kewujudan broadband. Jadi saya ingin hendak tanya, bagaimana MCMC

final • 10:30 AM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

(SKMM) mahu merombak semula tentang penerapan ataupun the penetration of broadband di Malaysia itu dengan berdasarkan kepada suatu piawaian yang setanding dengan negara- negara yang maju. Kalau negara jiran 100 megabait per second telah dijanjikan satu base benchmark. Jadi apa kata Yang Berhormat Menteri mengenai perkara ini supaya takrifan kita lebih tepat kepada piawaian negara-negara yang lebih maju? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Sekurang-kurangnya Yang Berhormat Jelutong bersetuju dengan saya. Saya pun terkejut bila Yang Berhormat Gelang Patah dalam tulisan-tulisannya sentiasa dia quote Ookla dan Yang Berhormat Jelutong bersetuju bahawa Ookla Broadband Test tidaklah saintifik. Jadi kalau boleh Yang Berhormat tolong tegur sikit Yang Berhormat Gelang Patah. Dia gunakan isu ini untuk memperlekehkan kerajaan.

[Tepuk] Terima kasih kerana yang datang daripada kawan dia sendiri dalam soal ini dan pakar dalam bidang IT di kalangan yang ada. Saya setuju bahawa bila saya sebutkan tadi, kita sedar bila kajian tentang data demand, keperluan data.

Data ini macam airlah, dulu orang tahu hendak ada air sahaja. Akan tetapi orang hendak ada air yang laju, air yang bersih dan sebagainya. Data begitu juga. Data diperlukan dalam semua perkara. Disebutkan konsep internet of thing, semua perkara dengan CCTV, sensor, hospital semua akan memerlukan pengaliran data yang banyak. Ini memerlukan suatu rangkaian infrastruktur broadband yang baik dan memerlukan kepantasan yang tinggi. Kita tidak boleh bercakap lagi dengan ITU standard yang disebutkan tadi. ITU standard kita katakan bahawa negara kita 67%, bukannya 86%. Kita tidak sampai lagi 86%, baru 67% tetapi adalah antara yang terbaik.

Disebutkan dalam negara-negara Asia, saya sebutkan tadi, lebih kurang kita duduk di tangga yang kesembilan. Ini selepas tolak Jepun, South Korea, kita juga tolak Hong Kong, Singapura, kita nombor sembilan, antara yang terbaik. Saya sebutkan tadi bahawa bila disebutkan 100 megabait per saat, kita tahu bahawa ada negara seperti Amerika Syarikat meletakkan KPI mereka ataupun route map mereka.

By tahun 2020, setiap rumah ataupun separuh daripada isi rumah 200 juta, rumah mereka mesti 100 megabit per saat dan institusi, macam sekolah, tidak boleh cakap sekolah hanya lima megabait per saat, tidak boleh. Dia memerlukan satu gigabait per saat.

Ini kita katakan benchmark ataupun tanda aras yang boleh kita gunakan. Amerika bercakap, sekolah, balai polis, institusi, hospital mestilah satu gigabait per saat. Itu memadai. Sebab itu kalau kita katakan, kita kembali kepada Bajet tahun 2014 yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, perkara ini disebutkan bahawa dalam program HSBB dua, program sub urban broadband ataupun broadband jalur lebar pinggir bandar, disebutkan bahawa untuk HSBB dua, 100 megabait per saat. Itu disebutkan.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Ertinya ini adalah merupakan KPI pada saya. Di pinggir bandar 20 megabait per saat tetapi kita mesti ingat, kalau kita cakap average, mesti kita bercakap juga tentang apa perasaan, apakah pengalaman yang perlu dirasai oleh rakan-rakan kita Sabah dan Sarawak. Kita boleh bina tower yang banyak tetapi kalau kita tidak ada suatu sistem untuk membuat rangkaian antara sini, Sabah dan Sarawak, ia tidak boleh dan ia memerlukan pasang kabel, kabel fiber optic dan tidak murah. Harganya lebih kurang. Ia tidak boleh pasang satu, ia kena dua, nanti kapal lalu, terputus seluruh kawan kita di sana, kena pasang dua. Ini bukan satu perkara yang mudah, murah dan cepat.

Ini juga adalah antara program yang sudah pun disebutkan, sebahagian daripada RM5.7 bilion yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam bajet yang lepas dan ini adalah sekarang kita dalam proses pembinaan dan memperbaiki perkara ini kerana kita tahu bahawa broadband merupakan satu asas penting untuk menjadikan negara kita lebih kompetitif berbanding dengan negara lain. Kita sekarang ini berada di tangga ke-12 dalam indeks competitiveness seluruh dunia. Antaranya ialah broadband kita adalah antara yang terbaik. Terima kasih.

final • 10:40 AM

4. Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh] minta Perdana Menteri menyatakan secara terperinci perjanjian projek penubuhan pusat pembelajaran dan Pusat PERMATA yang telah dimeterai antara 1MDB dan Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam dan Waqaf, UAE.

final • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas soalan yang ditanya, sekurang-kurangnya kita dapat perjelaskan tentang 1MDB dan juga PERMATA.

Tuan Yang di-Pertua, perjanjian persefahaman yang telah dimeterai antara pihak 1MDB dan Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam dan Waqaf, UAE pada 18 Mei 2014 di Abu Dhabi adalah bagi persetujuan untuk menubuhkan sebuah kompleks Islam yang akan mempunyai:

(i) sebuah masjid yang akan dibina berdasarkan kesenian reka bentuk yang mirip dengan Masjid Besar Syeikh Zayed, Syeikh Zayed Grand Mosque di Abu Dhabi;

(ii) sebuah pusat pembelajaran Islam, Islam Learning Centre; dan

(iii) sebuah PERMATA.

Penubuhan kompleks Islam ini adalah sumbangan daripada Pihak Berkuasa Hal Ehwal Islam dan Waqaf, UAE kepada Kerajaan Malaysia. Pusat ini akan didirikan di atas tanah 1MDB yang terletak di bandar Malaysia, Kuala Lumpur dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam dan Waqaf, UAE. Apabila siap kelak, ianya akan beroperasi sebagai pusat setempat yang boleh digunakan sebagai pusat rujukan dan pembelajaran di dalam bidang Islam. Pusat ini juga akan dibuka kepada masyarakat sekeliling dan semua individu yang berminat untuk mempelajari dan mendalami Islam.

Penubuhan pusat PERMATA pula adalah merupakan sebahagian daripada kompleks Islam tersebut. Pusat ini akan menyediakan beberapa program berasaskan pembangunan, pendidikan dan pengupayaan kendiri dalam bidang Islam khusus kepada kanak-kanak dan remaja. Program pembangunan pendidikan yang akan disediakan akan disesuaikan dengan keseluruhan konsep kompleks Islam yang berkenaan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam soalan tambahan ini, saya ingin membangkitkan ataupun merujuk kepada satu kenyataan daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Nor Mohamed Yakcob pada tahun 2011 yang mana telah menyatakan bahawa 1MDB ini telah menandatangani beberapa perjanjian untuk mentransformasikan Lapangan Terbang Sungai Besi ini kepada bandar Malaysia.

Jadi saya mahu melihat berdasarkan kepada kenyataan 1MDB sebelum ini. Bandar Malaysia akan dijadikan sebagai sebuah avenue yang bakal menarik pelabur-pelabur dan juga syarikat korporat antarabangsa. Jadi persoalannya ialah kita masih belum dapat melihat satu model pembangunan dan perancangan yang begitu jelas berbanding dengan peruntukan yang begitu banyak.

Sedangkan kalau kita lihat dari segi peruntukan yang telah diberikan, kalau saya lihat di sini RM20 juta dalam RMKe-9, RM36 juta dalam RMKe-10, RM150 juta untuk taska yang dijadikan sebagai pusat PERMATA pada tahun 2009, RM100 juta dalam Bajet 2010, RM111 juta dalam Bajet 2011, RM20 juta pada tahun 2012, RM40.7 juta pada tahun 2013 dan RM31.9 juta pada tahun 2014. Ini tidak termasuk dengan pengakuan Setiausaha Bahagian PERMATA yang mendakwa bahawa mereka telah menerima RM150 juta. Jadi secara totalnya ialah separuh bilion diperuntukkan untuk program ini. Jadi berdasarkan kepada ini, perkembangan pembangunan yang dimaksudkan itu belum sepadan dengan sejumlah peruntukan yang telah diberikan.

Kemudian yang kedua saya lihat banyak pertindihan. Program-program PERMATA ini dilihat mengambil alih program-program kementerian. Program Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat sebagai contoh dan juga Kementerian Pendidikan.

Jadi bagaimana sebenarnya blue print itu dibuat sehingga berlaku sedemikian? Apakah sebahagian projek dan juga pembangunan itu akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan sebagaimana yang pernah diakui oleh Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2010 yang lalu? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat, kalau mengikut soalan Yang Berhormat, pertama Yang Berhormat bertanya tentang pembangunan 1MDB di Bandar Malaysia. Ini berterusan dan kalau Yang Berhormat memerlukan jawapan bertulis, kita boleh menjawab secara bertulis berdasarkan soalan yang ditanya. Akan tetapi program PERMATA ini di Bandar Malaysia, ia melibatkan kawasan yang tidak besar tetapi sumber sumbangannya cukup besar untuk membina sebuah kompleks Islam yang meliputi masjid, pengajian Islam dan juga PERMATA.

Jadi, PERMATA merupakan sebahagian dari kompleks tersebut dan ia telah dibiayai 100% oleh UAE. Jadi kita ucap terima kasih kepada Kerajaan UAE yang akan melaksanakan kompleks ini di kawasan tanah yang tidak begitu besar. Seluruh tanah yang akan dibangunkan di kawasan ini adalah untuk pembangunan dan bercampur yang lain.

Jadi yang ini mungkin tidak sampai 10 ekar ataupun empat ekar lebih untuk tujuan kompleks Islam ini.

Kedua, program PERMATA. Yang Berhormat, pertama sekali kalau kita hendak lihat program PERMATA ini, programnya dan kokurikulumnya itu diterima oleh taska yang lain. Malah kalau taski, PAS pun hendak terima program PERMATA, boleh mengambil program PERMATA kerana ia telah dirancang begitu rupa untuk kanak-kanak supaya pintar dan juga untuk membina kanak-kanak yang pintar agar lebih pintar. Jadi programnya kita lihat bermula daripada taska, sekarang ini pergi ke peringkat sembilan hingga 17 tahun dan ada di kalangan anak-anak ini, 41 orang di antara mereka telah pun berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara dan 227 orang telah pun ditempatkan di Program Asasi PERMATA. Jadi PERMATA tidak mengambil alih tetapi kementerian yang lain mengambil program kokurikulum PERMATA itu untuk diguna pakai di tempat mereka.

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tidak berpeluang untuk melihatnya secara dekat, program PERMATA ini khas untuk rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India, Islam, Kristian, dan Buddhist. Jadi di sana dididik untuk menjadi manusia masa depan Malaysia.

Bukan manusia jumud, manusia yang suka buat kacau, manusia yang suka meletakkan persepsi daripada realiti dan banyak daripada yang ada di sana kita tidak tahu. Mungkin ada juga orang PAS, mungkin ada anak-anak orang UMNO, anak DAP, anak PKR, semua berada di sana. Jadi cuma yang menjadi persepsi kepada kita kerana kita tidak tahu macam mana PERMATA itu dijalankan.

Saya percaya kalau Yang Berhormat melihat program PERMATA dan sekarang ini diterima pakai oleh KEMAS dan juga taska swasta termasuk juga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang telah mengoperasikan 40 buah taska, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, 40 buah taska dan Jabatan Kebajikan Masyarakat mengoperasikan 107 buah taska. Jadi kokurikulumnya ialah kokurikulum PERMATA negara.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Jadi saya berharap kepada semua Yang Berhormat melihat program PERMATA ini dalam bentuk realitinya membentuk anak-anak pintar di masa akan datang. Biar pemimpin masa akan datang, pemimpin yang kalau sekiranya dari segi agamanya, orang yang memahami agama yang sebenarnya dan menjadi pemimpin yang sebenarnya berdasarkan ketakwaan, keikhlasan dan sebagainya. Ini cukup cantik. PERMATA, kita bagilah sokongan. Malah, perbelanjaan yang diberi ini tidak setanding dengan jumlah yang akan disumbangkan oleh UAE yang lebih besar untuk membina kompleks Islam. Jadi program yang diberi kepada PERMATA itu sebenarnya masih tidak cukup untuk dikembangkan. Sebagai mana yang saya sebutkan di Parlimen ini bahawa tiap-tiap Parlimen akan ada satu PERMATA.

final • 10:50 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Saya tertarik dengan apa yang telah diperjelaskan oleh pihak Menteri berkaitan dengan program PERMATA. Soalannya di sini ialah kenapa kita memerlukan kewujudan satu entiti baru yang bernama PERMATA?

Kenapa kita tidak perkasakan KEMAS? Kenapa tidak perkasakan sekolah-sekolah tadika, sekolah-sekolah di bawah badan kebajikan, taska dan sebagainya termasuk prasekolah yang sudah ada di bawah kementerian? Jadi, adakah ini satu agenda untuk menaikkan nama isteri Perdana Menteri?

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Kalau betul perkara ini untuk memperkasakan sistem pendidikan prasekolah, sepatutnya kerajaan memperkasakan tadika, taska dan prasekolah yang telah ada di bawah kementerian yang sedia ada. Minta penjelasan.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

[Tepuk]

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

Soalan paling bodoh!

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

Tarik balik!

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, saya berdoa semoga Allah mengubah hatimu supaya menjadi lebih mulia...

final • 10:50 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Amin.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

…Supaya melihat kebaikan itu sebenarnya baik.

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

Jawab soalanlah!

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Ini jawablah. Ini jawab. Siapa cakap tadi, tidak tahu. Ini jawab soalanlah ini. Mentang-mentang kawan pun, jangan ini. Jadi dengar. Saya menjawab sebab dia menyebut isteri Perdana Menteri. Benda yang baik, kita kena kata baik Yang Berhormat. Kalau benda yang tidak baik, kita tegur. Itu cara Islam. Yang Berhormat ini pakaian cara Islam, tetapi mulutnya...

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Tarik balik dakwaan. Saya tidak mengarut. Saya bertanya, adakah ini untuk menaikkan nama isteri Perdana Menteri sebab dia adalah penaung. Itu sahaja. Saya tidak memburukkan dia. Saya harap tarik balik perkataan...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Okey.

final • 10:50 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta tarik balik.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

[Membaca sepotong ayat al-Quran] yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, jangan kamu buruk sangka dan jangan kamu mengintai keburukan orang.” [Tepuk] Ini ayat al-Quran Yang Berhormat. Yang Berhormat telah buruk sangka kepada satu orang yang telah mengabdikan dirinya kepada negara ini.

Dia tidak diberi gaji, tidak diberi apa-apa tetapi mengabdikan dirinya dan juga mengabdikan kasihnya kepada rakyat dengan bagi program PERMATA sebab tidak tahan melihat generasi yang ada sekarang ini bertungkus-lumus mengutuk sana mengutuk sini. Biarlah generasi yang ke depan ini generasi yang lebih mulia. Beliau mahu melihat bahawa kita ini sebenarnya mencari keredaan dunia dan akhirat. Kita berdoa, [Membaca sepotong doa] tetapi perbuatan kita tidak ke arah tersebut. Jadi Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat bersetuju, marilah kita ucapkan terima kasih kepada isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah mengabdikan dirinya untuk negara. Tidak ada untuk kepentingan sendiri.

final • 10:50 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Setuju.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Jadi, sebenarnya program PERMATA ini ialah kurikulum PERMATA itu diterima di peringkat antarabangsa dan juga agensi-agensi lain.

Kalau sekiranya PAS ataupun PKR hendak ambil program PERMATA, kurikulum PERMATA, boleh. Ini kerana ini boleh membentuk manusia yang lebih mulia, manusia yang tidak benci kepada orang. Manusia yang melihat orang dengan kasih sayang dulu, bukan tengok orang, buruk sangka. Hukum dia haram dalam Islam Yang Berhormat. Baik sangka.

Macam saya tengok Yang Berhormat, saya baik sangka tetapi dengan mulutnya, Allah.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya program PERMATA ialah program yang cukup mulia dan isteri Perdana Menteri yang bagi masanya secara percuma. Tidak ada gaji, tidak ada apa. Kita hendak ucap terima kasih. Saya minta lebih banyak kawan-kawan daripada PAS yang ada idea-idea yang bernas ataupun daripada PKR, idea-idea yang bernas tampil ke hadapan untuk memberi sumbangan ke arah membina PERMATA yang lebih mulia sebab namanya permata, bukan nama batu. Jadi PERMATA ini sudah pasti nama yang mulia.

Walau bagaimanapun, teguran Yang Berhormat sebab Yang Berhormat tidak tahu, saya simpati. Sekarang saya sudah beritahu. Saya minta maaf sebab menggunakan teguran yang peringkat awal. Yang Berhormat sudah pasti setelah mendengar...

final • 10:50 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Kenapa tidak perkasakan? Itu soalan saya. Kenapa tidak perkasakan?

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Okey, soalan yang kedua. Ini kerana Yang Berhormat tanya adakah untuk menaikkan nama isteri Perdana Menteri. Tidak ada.

PERMATA menaikkan nama PERMATA, nama negara di peringkat negara dan juga antarabangsa. Saya beritahu, 41 orang sudah pun berada di luar negara Yang Berhormat dan sudah pasti mereka ini balik, merekalah merupakan salah satu daripada produk negara yang cukup mulia di masa akan datang. Kita ada program khas untuk Islam iaitu program yang telah dimulakan pada tahun 2010, mempunyai seramai 197 orang kanak-kanak yang sedang melalui proses pembelajaran, pengayaan, pengukuhan dan penilaian berterusan yang telah disusun rapi.

Di samping itu, sebuah Kolej PERMATA Insan sedang dibina untuk menerima cohort pertama pelajar Tingkatan Satu pada tahun 2015. Pembelajarannya menggunakan Kurikulum PERMATA Insan yang menggabungkan pendidikan akademik secara berpadu dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunah. Apakah ini Yang Berhormat tidak bagus? Ini khusus untuk melatih ulama-ulama masa depan yang mulia.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Menteri, hendak tambah sedikit. Baru-baru ini PERMATA juga untuk rekod...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Hantar 36 orang anak-anak PERMATA laksanakan ibadah umrah. Anak-anak dari Kelantan pun kita hantar untuk wakil.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Kenyataan tersebut adalah jawapan saya.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

5. Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah pemahaman ibu bapa mengenai sistem penilaian PT3 dan yang menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi pelajar Tingkatan 3 serta apakah langkah kerajaan supaya ibu bapa memahami bagaimana prestasi dinilai.

final • 10:50 AM

Menteri Pendidikan II - Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Tuan Yang di-Pertua, terdapat tiga pertanyaan yang dibangkitkan pada hari ini menyentuh tentang Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). Pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan adalah daripada Yang Berhormat dari Kuala Selangor, Yang Berhormat dari Gerik dan Yang Berhormat daripada Gombak. Izinkan saya menjawab secara serentak pertanyaan tersebut kerana perkara yang dibangkitkan adalah saling berkaitan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Seperti mana jawapan saya pada 20 April yang lalu di Dewan yang mulia ini, Kementerian Pendidikan telah melakukan penambahbaikan terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang berkuat kuasa pada 1 April 2014. Penambahbaikan ini jelas diterima oleh semua warga pendidik kerana ia lebih bersifat mesra guru. Bagi memastikan semua pihak yang terlibat dengan penambahbaikan PBS mendapat maklumat yang tepat dan kefahaman yang jelas, kementerian telah mengeluarkan satunya, Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1/2014 bertarikh 31 Mac 2014 berkaitan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Kedua, di samping itu juga pada 10 Jun 2014, kementerian melalui Lembaga Peperiksaan juga telah mengeluarkan surat pekeliling berkaitan Pentaksiran Tingkatan 3

(PT3) tahun 2014. Kedua-dua surat pekeliling ini telah dimuat naik atau uploaded dalam portal rasmi Lembaga Peperiksaan yang memakai nama www.moe.gov.my/lp dan juga diedarkan kepada semua sekolah melalui pejabat pendidikan daerah serta jabatan pendidikan negeri masing-masing.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Untuk Yang Berhormat daripada Kuala Selangor, bagi menjelaskan mengenai PT3 ini atau pun Pentaksiran Tingkatan 3 iaitu yang menggantikan PMR. Surat pekeliling berkaitan mengandungi tiga perkara iaitu:

(i) Takwim. Takwim ini mengandungi di mana dan bila peperiksaan ini akan dilaksanakan;

(ii) mengandungi jadual kerja. Contohnya ialah bila pendaftaran calon, sekolah akan dilaksanakan, bila pelaporan PT3 sekolah kerajaan akan dilaksanakan dengan cara yang terperinci; dan

(iii) peraturan pentadbiran yang memberi perincian tentang proses- proses pendaftaran, apakah tugas dan tanggungjawab Lembaga Peperiksaan, apakah tugas pengetua dan apakah tugas guru tingkatan.

Di samping itu, Program Sarana Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau pun Program Sarana PIBG di seluruh negara juga merupakan platform kepada kementerian menyebar luas maklumat mengenai PBS dan juga PT3. Wakil PIBG dari setiap sekolah juga dikumpulkan mengikut daerah, diberi penerangan serta bahan maklumat yang berkaitan.

Kementerian juga melalui pihak sekolah dengan kerjasama PPD dan JPN akan terus menerus membuat sesi perjumpaan bersama dengan PIBG yang telah dilakukan sejak dari bulan Mei lagi bagi memberi penerangan tentang pelaksanaan PT3. Pagi ini Pengarah Lembaga Peperiksaan muncul di TV1 untuk memberi penerangan.

Mengenai pertanyaan daripada Yang Berhormat Gerik, ingin jelaskan bahawa Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau pun PBS di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah dilaksanakan berdasarkan:

(i) dokumen panduan pengurusan PBS;

(ii) panduan penjaminan kualiti;

(iii) panduan perkembangan pembelajaran murid;

(iv) surat pekeliling lembaga peperiksaan; dan

(v) surat siaran lembaga peperiksaan.

Bagi memastikan semua guru memahami konsep penilaian tersebut, kementerian mengadakan taklimat, mengadakan bengkel dan latihan perbezaan modul peperiksaan dan juga mengadakan latihan pemasangan, peperiksaan dan juga moderasi.

Menjawab pertanyaan Yang Berhormat dari Gombak, seperti saya katakan tadi, rasional penambahbaikan PBS ini bertujuan untuk meringankan beban tugas guru serta menjadikan pentaksiran ini lebih mesra guru. Oleh itu, dokumen standard prestasi telah dipermudahkan dan dengan ini keperluan deskriptor dan evidens telah dikurangkan sebanyak 80% dan perkataan deskriptor dan evidens telah digabungkan, telah digabung jalin supaya hanya menggunakan perkataan deskriptor sahaja.

Keduanya fail perkembangan murid, fail showcase, fail rekod transit telah ditiadakan agar guru boleh memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran.

Penambahbaikan PBS dan pelaksanaan PT3 ialah merupakan satu untuk memastikan pendidikan kita tidak lagi berorientasikan peperiksaan dan ia agar sistem pendidikan kita lebih holistik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah diberikan. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat penilaian PT3 ini merupakan antara perkara yang menjadi perbualan dan juga kegelisahan di kalangan akar umbi kerana wujud dakwaan oleh sesetengah pihak yang mengatakan bahawa penilaian PT3 yang menggantikan PMR selaras dengan pengenalan Sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) adalah sistem yang cenderung kepada elemen seperti pilih kasih dengan izin bias serta penyalahgunaan dengan izin abuse yang dianggap tergesa-gesa.

Hal demikian kerana peperiksaan PMR ini dinilai oleh pemeriksa di luar sekolah.

Manakala untuk PT3, penilaian akan dilakukan oleh guru-guru setiap sekolah itu sendiri.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Soalan saya ialah apakah langkah dan usaha yang telah dilakukan oleh pihak kementerian untuk memastikan bahawa guru-guru yang terlibat akan memahami sistem PT3 ini dengan sepenuhnya dan adakah sistem ini akan membebankan murid-murid dan menambahkan tekanan kepada murid-murid memandangkan wujud instrumen kajian kes dan juga tempoh yang mengambil masa yang sangat panjang bagi murid-murid untuk membuat kajian?

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Seri Haji Idris Jusoh

Terima kasih Yang Berhormat yang juga telah memberi ruang untuk saya menjawab dengan lebih mendalam lagi. Seperti mana saya katakan tadi kerana pelaksanaan PBS ini dan PT3 ini ialah dilaksanakan dengan cara yang amat sistematik kerana setiap apa yang hendak dilaksanakan itu perlu melalui proses- proses pengesanan sebelum dan selepas ia dilaksanakan, proses pementoran atau pun bimbingan yang mana saya telah beritahu tarikh-tarikh tadi, program-program taklimat bimbingan telah dilaksanakan, program pemantauan semasa ia dilaksanakan dan juga program penyelarasan untuk memastikan keseragaman dan juga program-program moderasi dan verifikasi akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Sebab itulah saya sudah katakan bahawa dokumen, panduan pengurusan PBS, panduan jaminan kualiti, panduan perkembangan pembelajaran murid, surat pekeliling sudah diadakan bersama-sama dengan cara kerja yang saya juga telah membaca secara agak terperinci tadi dengan jadual kerjanya, dengan pentaksiran, dengan takwim peraturan pentadbirannya yang terperinci untuk memastikan ia dapat difahami. Akan tetapi memang biasalah, perkara yang baru ini memang kefahamannya perlu dibuat dari semasa ke semasa dan kementerian akan terus, saya akan terus memantau untuk memastikan ia dapat turun ke bawah.

Cuma saya lihat yang tidak dapat difahami dengan cara menyeluruh kerana kerangka pemikiran kita masih tidak berubah. Kerana ibu bapa masih melihat PMR sebagai satu pemeriksaan yang akan menilai anak-anak mereka. Sedangkan kita sudah berubah.

Daripada konteks apabila kita buat kajian dahulu mengatakan bahawa sistem pendidikan kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Jadi, heboh di mana-mana mengatakan bahawa kita perlu mewujudkan satu sistem yang lebih holistik. Sebab itu kita mengadakan PBS agar sistem kita ini lebih holistik dan kita pastikan agar PMR itu tidak menjadi terlalu yang dikatakan high stake, satu pentaksiran terlalu high stake. Bermakna satu pentaksiran itu sahaja, tidak ada pentaksiran lain. Sebab itu kita ada PT1, PT2, PT3, PT4 dan SPM agar orang tidak melihat itu sahaja peperiksaannya.

Sebab itulah kalau kita lihat di samping pentaksiran akademik, mereka juga ada pentaksiran yang bentuk bukan akademik yang mana kita ada pentaksiran jasmani, sukan dan kokurikulum atau pun kita panggil PAJSK dan psikometrik. Buat pertama kalinya dalam dunia sebuah kerajaan menggunakan psikometri atau pun cara kita mengukur kecenderungan anak-anak kita agar mereka boleh juruskan mereka di manakah kecenderungan mereka apabila mereka tamat sekolah nanti.

Itulah kerangka yang hendak difahami kerana jika kita melihat PT3 dalam konteks frame work atau pun di mana ia hanya berteraskan memberi high stake kepada peperiksaan, kita tidak dapat memahami keseluruhan konteks di mana PT3 diwujudkan dalam keadaan kerangka yang mana kita ingin mentaksirkan anak-anak kita, pelajar-pelajar kita dalam bentuk yang lebih holistik.

final • 11:00 AM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang panjang lebar mengenai PT3.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita maklum bahawa aspek yang baru disebut tadi iaitu peperiksaan PT3 ini merupakan satu perkara yang sebagaimana sahabat saya Yang Berhormat Kuala Selangor sebutkan menjadi satu perbualan hangat dalam masyarakat sekarang ini kerana kalau ditinjau dalam Dewan ini pun sebahagian besar daripada kita mempunyai anak atau pun cucu di peringkat ini.

Persoalannya Tuan Yang di-Pertua ialah daripada penjelasan Yang Berhormat Menteri, seolah-olah pelaksanaan PT3 ini telah diperjelaskan dengan begitu jelas kepada pihak yang terlibat, pihak guru, pihak sekolah dan juga mungkin pihak ibu bapa.

final • 11:00 AM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Akan tetapi kalau kita tengok kenyataan daripada NUTP baru-baru ini sahaja dalam 15 Jun baru-baru ini dalam media arus perdana, Setiausaha Agung NUTP Lok Yim

final • 11:10 AM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Pheng menggesa pihak Kementerian Pelajaran supaya segera memberikan penjelasan- penjelasan, penerangan-penerangan mahupun latihan-latihan mengenai PT3 ini kepada guru-guru malahan kepada ketua-ketua jabatan dan juga guru besar-guru besar menunjukkan seolah-olah pemahaman kepada PT3 ini masih lagi di peringkat yang paling rendah.

Kita di Dewan ini perlu diberikan jaminan bahawa PT3 ini tidak menimbulkan masalah. Anak-anak kita di sekolah tidak menjadi mangsa kepada keadaan. Mangsanya mungkin dua keadaan. Pertamanya gagal dan keduanya mungkin terpaksa diluluskan.

Walaupun tidak lulus, diluluskan.

Jadi saya hendak minta jaminan daripada pihak Yang Berhormat Menteri apakah PT3 ini pelaksanaannya tidak akan memberikan masalah kepada guru-guru, kepada sekolah dan kepada anak-anak kita sendiri terutamanya. Saya mohon penjelasan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Terima kasih Yang Berhormat. Oleh sebab itulah saya sudah katakan tadi bahawa program apabila penambahbaikan PBS ini telah dilaksanakan bermula pada 1 April, kita pastikan penerangan terus dilaksanakan. Pada bulan April, penerangan terus dilaksanakan dan diberi kepada guru-guru, pengetua- pengetua sekolah yang 2,700 kesemuanya. Pada bulan Mei, penerangan terus diberi kepada ibu bapa agar mereka boleh memahami.

Akan tetapi saya lihat mungkin peringkat pemahamannya masih lagi boleh dipersoalkan. Oleh sebab itu saya di kementerian, saya selalu mempersoalkan pegawai- pegawai kita untuk memastikan mempertingkatkan lagi proses pemahaman. Tidak cukup dengan yang ditulis sebenarnya sudah ada informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Insya-Allah saya akan edarkan kepada Ahli-ahli Parlimen dan kita boleh lihat dengan jelas bagaimana anak-anak kita akan ditaksirkan.

Kalau kita lihat di sini bagaimana keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 dari segi akademiknya akan diberi. Bagaimana pemarkahan tentang aktiviti jasmani sukan dan kurikulumnya akan dilaksanakan dan bagaimana laporan psikometriknya. Akan tetapi ia merupakan perkara baru. Perkara baru kadang-kadang sekali tidak faham lagi. Kita akan insya-Allah kita akan pastikan untuk kebaikan rakyat keseluruhannya. Kita akan pastikan semua faham.

Oleh sebab itu tadi saya sudah beritahu tadi dan saya bawa semua jadual, peraturannya, takwimnya, arahan-arahan, jadual kerjanya dengan cara yang lebih terperinci. Akan tetapi saya masih hendak mengatakan di sini kerana kita masih melihat PT3 ini sebagai suatu yang high stake, menentukan segala-galanya. Ini kita hendak bawa pemikiran rakyat Malaysia bahawa yang saya katakan asas PBS ialah untuk memastikan kita mentaksirkan pelajar-pelajar kita dalam bentuk yang lebih holistik bukan hanya peperiksaan semata-mata. Itu asasnya.

Kalau asas itu tidak difahami, kita masih melihat bahawa PT3 ini macam PMR.

PMR ialah peperiksaan segala-galanya akan menentukan masa depan seolah-olah segala- galanya dan kita lupa bahawa ia akan mentaksirkan psikometrik, kecenderungan anak-anak kita, kepimpinannya, peranannya dalam kepimpinan sekolah yang diharap akan melahirkan rakyat yang lebih baik pada masa-masa yang akan datang. Itu perlu. Pemikiran frame work yang perlu diubah. Kalau tidak, seterusnya kita akan mempersoalkan PT3 dalam konteks frame work yang terdahulu.

final • 11:10 AM

6. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [Bachok] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah dadah masih merupakan musuh nombor satu negara. Apakah tahap kemajuan Klinik Cure & Care 1Malaysia dalam menyelesaikan masalah penagihan dadah ini.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, dadah masih dianggap sebagai musuh nombor satu negara kerana cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi dalam menangani masalah dadah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dadah telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

negara pada 19 Februari 1983 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Yang Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Semenjak itu kerajaan telah mengambil beberapa tindakan. Pertama, pada 7 Februari 1996 telah menggabungkan Jemaah Menteri telah membuat keputusan bersetuju menggabungkan Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah KDN Pasukan Petugas Antidadah JPM dan Cawangan Antidadah PDRM sebagai satu agensi tunggal dinamakan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Pada 28 Februari 2004, Kabinet telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah sebagai satu badan tertinggi negara untuk mengkoordinasi segala keputusan dan perakuan mengenai pengawalan dan pencegahan dadah di bawah jawatankuasa tersebut. Untuk Tindakan Membanteras Dadah Kebangsaan yang ke-2 Jawatankuasa Bertindak Menguatkuasa Undang-undang, Jawatankuasa Bertindak Rawatan Pemulihan, Jawatankuasa Bertindak Pencegah Penyelidik dan Publisiti Majlis Tindakan Membanteras Dadah Negeri, Majlis Tindakan Membanteras Dadah Daerah dan Bahagian.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada trend penagihan dadah yang semakin kompleks di mana kebanyakan penagih dadah yang mendapat rawatan di Agensi Antidadah Kebangsaan atau AADK merupakan pengguna poly drugs. Penagih yang menggunakan dua atau lebih dadah jenis psikoaktif serta menghasilkan jenis-jenis dadah baru yang terkini yang dijual di pasaran.

Di samping itu cabaran proses globalisasi dunia yang tanpa sempadan terutama dengan adanya kemajuan dalam bidang teknologi komunikasi dan teknologi maklumat memudahkan akses untuk mendapatkan bekalan dadah. Kemudahan untuk membuat transaksi pembelian dan penjualan dadah secara dalam talian umpamanya memudahkan mereka mendapat bekalan dadah tanpa dikesan oleh pihak berkuasa.

Penghasilan dadah yang mudah dengan hanya merujuk kepada resepi yang boleh dimuat turun daripada internet juga adalah cabaran yang perlu ditangani pada masa kini.

Trend pengedaran dadah dunia bertambah meluas dengan wujudnya kawasan-kawasan sumber dadah yang terbesar. Umpamanya:

(i) Kawasan Golden Triangle yang melibatkan negara-negara di utara negara kita yang mempunyai keluasan penanaman dadah seluas 9,500 kilometer persegi yang membekalkan dadah jenis ganja, heroin dan methamphetamine;

(ii) Kawasan Emerald Triangle yang melibatkan Colombia, Guatemala dan Mexico. Kawasan ini memiliki kawasan 11,590 hektar ladang kopi dan 214,800 hektar ladang koka yang membekalkan kokain dan heroin dunia;

(iii) Kawasan Golden Crisan yang melibatkan negara Afghanistan, Pakistan dan Iran merupakan kawasan baru pengedaran heroin dunia; dan

(iv) pengeluaran syabu dunia adalah dari negara China, Iran dan Nigeria.

Masalah pemesongan prekursor atau bahan-bahan kimia yang mudah didapati bagi aktiviti pemprosesan dadah secara haram juga merupakan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak berkuasa dalam menangani masalah dadah. Pihak kerajaan melalui AADK menyediakan rawatan dan pemulihan kepada individu yang terlibat dengan masalah dadah melalui pemulihan dalam institusi:

(i) Klinik Cure & Care 1Malaysia menerima kemasukan client secara sukarela;

(ii) Cure & Care Rehabilitation Centre atau CCRC menerima kemasukan client melalui perintah mahkamah di bawah seksyen 6(1) dan (a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983;

(iii) Cure & Care Service Centre ataupun CCSC. Institusi menyediakan perkhidmatan mendampingan pencerahan

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

rawatan pemulihan, pencerahan dan pendidikan dadah kepada orang-orang kena pengawasan atau OKP, kes sukarela yang terdiri daripada pengguna, penagih dan bekas penagih dadah.

Penempatan client secara residen dan non-residen; dan

(iv) Caring Community House ataupun CCH. Pusat Aktiviti Kemasyarakatan untuk membantu pengguna, penyalahguna atau individu yang menghadapi masalah dadah dan dikenali oleh komuniti setempat.

Sejak dilancarkan pada bulan Julai 2010, 12 buah Klinik Cure & Care 1Malaysia telah berjaya memberi perkhidmatan kepada sejumlah 26,043 orang terdiri daripada penyalahguna dan penagih dadah secara sukarela. Daripada jumlah tersebut, seramai 3,233 orang ialah terdiri daripada golongan remaja yang berumur 13 tahun hingga 18 tahun.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sejumlah 26,887 orang penyalah guna dan penagih dadah telah mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan pemulihan di 12 klinik C&C pada tahun 2010. Sehingga bulan April 2014 iaitu seramai 1,438 orang; pada tahun 2010 seramai 5,287 orang; pada tahun 2011 seramai 8,897 orang; pada tahun 2012 seramai 8,228; dan pada tahun 2013 seramai 3,057. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya. Baru- baru ini kita dikejutkan dengan kematian beberapa orang remaja yang terlibat dengan pengambilan dadah stimulant dalam Konsert Future Music Festival. Jadi saya hendak bertanya apakah pendekatan berkesan kerajaan supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi? Ini kerana dengan peristiwa yang berlaku, kita dapat satu petunjuk bahawa betapa parahnya penggunaan dan penyalahgunaan dadah di kalangan remaja khususnya dalam negara kita.

Begitu juga dengan mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan penggunaan dadah alternatif untuk merawat penagih ini iaitu methadone yang kalau boleh, ada statistik bagaimana keberkesanannya dan juga berjayanya penggunaan dadah alternatif ini. Ini kerana sesetengah pusat rawatan yang dipelopori oleh NGO-NGO ini yang menggunakan pendekatan holistik, mereka menolak penggunaan rawatan dadah alternatif ini. Juga, apakah kerajaan tidak menyediakan peruntukan ataupun bantuan, insentif kepada pusat-pusat rawatan swasta yang mengendalikan penagih dadah ini secara sukarela?

Sekian.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Banyak soalan Yang Berhormat.

Tiga soalan. Soalan yang pertama berhubung dengan Future Music Festival Asia yang berlaku pada tahun 2014 ini yang mana beberapa orang telah didapati mati kerana menggunakan dadah jenis yang kita fikir sebagai jenis baru. Saya hendak pronounce word ini panjang sangat, Methylenedioxy-methamphetamine. Jadi Methylenedioxy- methamphetamine, baru kena bunyi namanya sikit. Dan ketamine ataupun midazolam.

Jadi jenis ini yang tidak dikesan sebelum ini yang datang dibawa oleh pihak-pihak yang terlibat dengan Music Festival ini secara kecil-kecilan. Ada juga yang mereka sebelum sampai ke Music Festival ini telah mengambil dadah ini dulu semasa di rumah dan kesannya akan berlaku sejam ataupun lebih selepas itu. Jadi, itulah kenapa apabila polis membuat kawalan di tempat festival itu, tidak boleh mengesan kemasukan dadah ini ke tempat tersebut. Dadah ini khususnya apabila dimakan dan diminum bersama dengan alkohol ataupun minum minuman keras, ia boleh mendatangkan kesan yang amat bahaya dan boleh membunuh sebagaimana yang berlaku di kalangan beberapa peminat Music Festival itu pada ketika itu.

Jadi walau bagaimanapun, permit untuk mengadakan Music Festival ini telah diberikan oleh pihak majlis tempatan dan dengan garis panduan yang diberi oleh pihak polis. Jadi sebenarnya kita telah mempunyai SOP yang tertentu tetapi apabila berlakunya kematian ini, pihak polis telah diarahkan semula untuk melihat apakah kawalan-kawalan yang tertentu, apakah SOP ini perlu diperbaiki lagi untuk menangani masalah yang sama daripada berlaku. Kita tidak boleh mengatakan Music Festival ini menjadi satu kesalahan tapi yang menjadi salah itu orang yang datang ke Music Festival ini membawa drug ini

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

masuk ke dalam itu dan dimakan ataupun diguna dahulu sebelum join members dia masuk ke dalam Music Festival ini.

Jadi kawalan dan SOP yang baru, insya-Allah, akan kita laksanakan pada masa- masa yang akan datang dalam situasi-situasi yang sama dan kita juga akan mengarahkan pihak polis, kalau perlu, kita akan gunakan anjing untuk mengesan dadah di kawasan- kawasan di mana Music Festival ini yang mana anjing-anjing ini yang mempunyai hiduan yang jauh lebih baik daripada kita manusia. Jadi daripada sudut itu, kita berterusan membuat perancangan untuk mengawal selia supaya dadah jenis ini tidak dibawa masuk ke negara kita ini. Yang kedua kalau dia bawa masuk secara kecil-kecilan yang tidak di situ, kalau kita ada festival sedemikian, kita buat kawalan yang jauh lebih ketat lagi. Itu yang pertama.

Yang kedua soalan Yang Berhormat berhubung dengan keberkesanan ubat methadone yang diguna oleh pihak AADK di semua centre mereka ini. Yang Berhormat, sebenarnya ada satu perubahan sedikit apabila saya masuk kementerian ini, saya juga bertanya sebagai Yang Berhormat, apakah kesan rawatan yang kita buat. Jadi semenjak itu, saya telah memberi arahan supaya satu kajian yang terperinci, secara empirical untuk kajian yang menyeluruh atas keberkesanan bukan saja dasar tetapi juga daripada sudut rawatan dan pemulihan yang kita laksanakan di semua pusat kawalan dan centre yang saya sebutkan awal tadi supaya kita melihat sama ada tindakan kita itu mendatangkan kesan yang baik ataupun tidak baik. Jadi dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat, insya–Allah, pada masa yang akan datang nanti, selepas kajian ini dibuat, kita akan boleh memberi laporan kepada Dewan ini apakah keberkesanan tindakan yang kita buat.

Yang ketiga soalan Yang Berhormat berhubung dengan bantuan yang diberi kepada centre peribadi itu, saya tidak mempunyai jawapan pada masa sekarang ini, Yang Berhormat. Sebenarnya KDN pun dalam keadaan yang tidak ada mempunyai peruntukan khusus untuk membantu pusat-pusat rawatan dan pemulihan di luar sana. Saya banyak melawat pusat-pusat rawatan ini yang saya dapati mempunyai prestasi yang amat baik dari sudut pelaksanaannya menerusi cara-cara lain. Menerusi spiritual, moral dan sebagainya.

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dadah.

Sejak saya daripada kecil, ‘la ni’ umur saya 57 tahun, tidak habis-habis dadah ini, tidak selesai-selesai. Kalau dulu kita terkenal dengan ganja.

Soalan saya adalah langkah macam mana sebenarnya yang boleh memberi rasa takut kepada pembekal-pembekal? Ini kerana penagih tidak boleh hendak buat hendak apa.

Pertama, kerajaan mesti mencari jalan bagaimana hendak menghapuskan pembekal. Yang kedua, kalau dulu dadah cuma terlibat di kawasan bandar tetapi hari ini terlibat di seluruh kampung dan orang kampung mempunyai satu pandangan tidak percaya kepada, tapi ini bukan betul, tidak percaya kepada polis. Kalau hendak tangkap penagih dadah ini, kita terpaksa report ke Bukit Aman. Bagaimana pandangan Kementerian Dalam Negeri dalam soal ini untuk mengikis pandangan rakyat di bawah yang hendak memastikan setiap peringkat sebenarnya pasukan polislah sebagai pembanteras kepada ancaman dadah?

Minta kerajaan jawab. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Kalau saya dapat gist daripada persoalan Yang Berhormat itu, macam mana melapor dan macam mana untuk menggerunkan mereka yang mengedar dadah. Sebenarnya Yang Berhormat, kita mempunyai undang-undang yang dianggap mencukupi pada masa sekarang. Walau bagaimanapun, saya masih tengah mengkaji tiga undang-undang iaitu satu undang-undang pemulihan, satu undang-undang untuk pelucutan hak dan satu lagi undang-undang yang awal sekali iaitu Dangerous Drug Act 1992.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jadi dengan tiga undang-undang ini, memang pada saya semua undang-undang ini menggerunkan sebenarnya tetapi hanya persepsi masyarakat di luar sana berhubung dengan penggunaan dadah ini tidak menggerunkan. Saya boleh baca statistik Yang Berhormat tangkapan yang dibuat oleh pihak polis dan antidadah.

final • 11:30 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tahun Jumlah Tangkapan 2011 167,001 2012 171,649 2013 175,198 Sehingga April 2014 64,352 Akan tetapi, sebenarnya saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa kita tidak mempunyai pendedahan dalam surat khabar dan sebagainya kerana mungkin tangkapan- tangkapan orang dadah ini tidak begitu menarik sangat jadi tarikan akhbar. Jadi kalau dapat perkara ini didedahkan banyak lagi untuk menunjukkan bahawa di luar sana pihak polis dan agensi antidadah mengambil tindakan yang drastik untuk menangani masalah dadah mengikut garis panduan undang-undang yang ada pada kita.

Sebelum saya duduk Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan pemimpin daripada Parlimen Batang Sadong yang ada dalam Dewan ini.

[Tepuk] Baju-baju merah ini saya ingat, semua angkat tangan. Jadi, terima kasih. Jauh Sadong itu. Jadi Tuan Yang di- Pertua, insya-Allah kita akan membawa lagi perubahan-perubahan kepada macam mana kita untuk menangani masalah dadah. Ada satu lagi persepsi bahawa penangkapan dadah dan pelupusan dadah yang kita tangkap, kita rampas daripada pihak pengedar pun banyak juga.

TahunJumlah Rampasan (RM) (juta)
201164.00
201254.43
201394.96
Sehingga sekarang (2014)15.59

Rampasan telah dibuat oleh pihak polis kastam dan AADK berhubung dengan dadah ini. Jadi, hanya yang tinggal ada sebahagian daripada dadah ini tidak boleh dilupus oleh sebab diguna sebagai exhibit sebelum orang itu dituduh di mahkamah. Akan tetapi saya telah mencadangkan supaya apabila ada pelupusan dadah ini, secara umum kita boleh jemput mana-mana yang minat untuk melihat dan termasuk pihak media melihat sendiri pelupusan dadah supaya jangan difikirkan bahawa dadah dirampas itu balik ke pasaran semula. Persepsi ini kita hendak tangani sebaik mungkin. Sebenarnya semua dilupus Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 11:30 AM

7. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar] minta Perdana Menteri menyatakan mengapa kerajaan masih tidak dapat melaksanakan kaedah pelepasan bankrap secara automatik seperti mana di beberapa negara lain kepada mereka yang telah diisytiharkan bankrap sejak lebih 20 tahun dan mereka yang bankrap disebabkan menjadi penjamin sosial.

final • 11:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya juga hendak mengucapkan selamat datang kepada rakan-rakan pemimpin dari Parlimen Batang Sadong*.

[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Pelepasan secara automatik daripada kebankrapan merupakan antara cadangan pembaharuan dalam undang-undang kebankrapan yang baharu di mana bankrap dicadangkan untuk dilepaskan setelah tamat sesuatu tempoh yang ditetapkan.

Tempoh tersebut masih dalam kajian Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) dan akan bermula daripada tarikh bankrap memfailkan penyata hal ehwal dengan MDI.

final • 11:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Pelepasan automatik ini juga tertakluk kepada bantahan oleh pihak pemiutang atau Ketua Pengarah Insolvensi. Sehubungan dengan itu, penggunaan istilah automatik mungkin kita ubah, kita pinda bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham di kalangan bankrap dan pemiutang. Cadangan ini masih dalam peringkat kajian lagi bagi kesesuaian pelaksanaannya di Malaysia kerana saya sendiri pun merasa tidak berapa sesuai perkataan automatic discharge itu digunakan. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, setakat itu sesi pertanyaan bagi jawab lisan untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Peraturan Mesyuarat 12(1), saya jemput Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, Allah berfirman dalam al-Quran.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Kalau kamu bersyukur, Allah tambah nikmat. Kalau kamu kufur, azab Allah amat pedih.” Kumpulan FELDA adalah yang paling banyak dapat nikmat daripada kerajaan. Jadi, sebuah kerajaan, Kerajaan Barisan Nasional.

[Tepuk]

final • 11:30 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Salah guna usul ini.

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan

final • 11:35 AM

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan (D.R. 24/2013) Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan

(Pindaan) 2013 dan sehingga selesai ucapan-ucapan penangguhan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 19 Jun 2014”.

final • 11:35 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim

Saya menyokong nasihat dan usul yang dibaca.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:35 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.]

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Peraturan mesyuarat...

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, sebelum perbahasan rang undang-undang, izinkan saya bangkitkan satu peraturan mesyuarat berkaitan dengan Peraturan Mesyuarat 19.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ini berkaitan dengan rayuan kepada Parlimen yang dibuat oleh 3,015 peneroka FELDA berkaitan dengan hak mereka untuk memohon untuk...

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, apa isunya Yang Berhormat?

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Itu isunya.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Isu berhubung dengan peraturan yang diangkat pada pagi ini?

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Rayuan itu, saya diminta untuk menjadi Ahli Parlimen bersama dengan tiga rakan lain untuk membawa rayuan itu kepada Parlimen Dewan mulia ini...

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Baik.

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Dan rayuan itu telah disampaikan mengikut peraturan kepada pejabat Setiausaha dan...

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Saya difahamkan Yang Berhormat. Saya difahamkan Yang Berhormat Speaker telah pun menghantar balas...

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Izinkan saya menghabiskan...

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Wait, when the Speaker speak, you berhenti.

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

No, but you are cutting off. Can I finish also?

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, ya. Saya tahu. Saya tahu Yang Berhormat.

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Boleh saya habiskan...

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Don’t, jangan berdalih macam ini.

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya tidak akan panjang lebar. Saya just hendak habiskan sahaja.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Saya faham saya kata. Yang Berhormat telah mengemukakan satu rayuan di bawah Peraturan Mesyuarat 19.

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Betul.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Dan Speaker telah pun menjawab rayuan tersebut.

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ya, betul. Itu yang saya hendak bangkitkan. Saya ingin minta...

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Baik. Tidak payah.

Cukup Yang Berhormat.

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ya. Akan tetapi saya habis dulu...

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Kemudian sekarang ini Yang Berhormat...

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ya.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Janganlah macam ini.

Tidak eloklah macam ini.

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Why, why you? I am speaking very politely. I am asking you...

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yes...

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya minta penjelasan saja.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Janganlah macam ini.

Baik Yang Berhormat. Saya minta sekarang, you see politely. Secara baik saya minta Yang Berhormat baca surat yang diutus oleh Speaker kepada Yang Berhormat.

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ya, saya akan buat.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, baca itu.

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Sebelum saya baca...

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Baca itu. Baca surat itu.

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Nanti dulu, saya akan baca. Saya akan baca.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya baca kepala rayuan supaya semua faham apa maksud rayuan dulu.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Baca surat itu sahaja.

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kepala saja, kepala saja.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

You see. Speaker, Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ketika ini minta Yang Berhormat baca surat itu.

final • 11:35 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Surat dialamatkan kepada saya, tajuknya ialah Rayuan di bawah Peraturan Mesyuarat 19. Terima kasih, saya teruskan Tuan Yang di- Pertua. Rayuan daripada peneroka-peneroka FELDA yang menuntut Lembaga Minyak Sawit Malaysia mengeluarkan lesen pekebun kecil kepada peneroka FELDA yang telah mendapat hak milik tanah. Itulah tajuk rayuan itu. Rayuan Yang Berhormat bertarikh 16 Jun 2014, Isnin adalah dirujuk.

Saya mendapati bahawa rayuan Yang Berhormat tidak mematuhi peraturan mesyuarat seperti berikut. Dia ada tiga poin, saya pergi. Peraturan Mesyuarat 19(1)(a), “Tiap-tiap rayuan itu hendaklah dibawa oleh seorang Ahli sahaja.” Rayuan tersebut ini dalam perenggan berikut, dibawa oleh empat orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Alor Setar.

Di sini saya akan habiskan dan saya hendak balik pada isu ini untuk minta penjelasan. Ini kerana pada tafsiran...

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Baca surat itu, kemudian kita...

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Baik. Okey, terima kasih.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Kita tengok apa Yang Berhormat.

final • 11:35 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Peraturan Mesyuarat 19(2)(a)

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Dia kata 19(1) rayuan hendaklah dibuat oleh seorang Ahli dan Speaker katakan rayuan itu dibuat oleh empat orang Ahli...

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ada empat orang.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Bertentangan dengan 19(1)(a). Okey, yang kedua.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Itu memang. Saya teruskan yang disebut Peraturan Mesyuarat 19(2)(a) keperluan tandatangan bagi setiap helaian kertas rayuan. Komen dia ialah terdapat penama yang tidak menandatangani dalam kertas rayuan tersebut.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, itu jelas, kan Yang Berhormat? Dalam borang yang dihantar itu banyak yang tidak menandatangani.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Akan tetapi tidak disebut berapa.

final • 11:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kita telah check satu persatu.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Saya tidak jemput Yang Berhormat, duduk. You do not trust him? You trust him isn’t it?

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 19(2)(d) dan ini adalah komen Tuan Yang di-Pertua.

*“Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh kerajaan, peneroka yang telah menerima hak milik adalah tertakluk kepada perjanjian yang ditandatangani dengan pihak FELDA. Perjanjian ini adalah suatu perjanjian bagi pengendalian penjualan hasil daripada kawasan-kawasan yang didaftarkan sebagai penduduk dan harga jualan hasil yang telah ditetapkan oleh FELDA. Oleh itu memandangkan perjanjian ini masih berkuat kuasa, maka pengendalian perjanjian hasil dan penetapan harga buah sawit kepada FELDA adalah menjadi obligasi undang-undang yang perlu dipatuhi.

Terdapat keputusan juga Mahkamah Rayuan dalam kes rayuan sivil D013992011 dan rayuan sivil nombor 4002011 antara FELDA dan beberapa yang lain berkenaan dengan perjanjian-perjanjian dalam Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530]. Dalam kes tersebut Mahkamah Rayuan telah memutuskan beberapa perkara termasuklah kuat kuasa perjanjian dalam [Akta 530] kepada peneroka FELDA.”* Kesimpulan Tuan Yang di-Pertua ialah, “Oleh yang demikian selaras dengan Peraturan Mesyuarat 19(2)(d) rayuan Yang Berhormat tidak dapat diluluskan.”

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan, kita nampak dalam surat ini ada dua alasan teknikal dan satu alasan lebih substantif digunakan untuk tidak meluluskan rayuan yang saya ingin bentangkan kepada Dewan yang mulia ini. Pada hemat saya, ini yang kita hendak bawa untuk pertimbangan semula pejabat Speaker termasuk Tuan Yang di-Pertua ialah ini. Saya faham peraturan...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Okey, saya faham sekarang isu dia, Yang Berhormat menerima bahawa Speaker telah menyatakan masalah teknikal dan masalah diperjelaskan melalui mahkamah dan telah diperjelaskan oleh FELDA.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ini maksudnya jelas Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang itu dinyatakan.

Jadi isu dia sekarang Yang Berhormat minta saya rujuk balik keputusan Speaker. Itu yang merupakan permohonan Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya hendak beri pandangan. Tanpa pandangan apa yang hendak dirujuk balik?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Apa isu dia sekarang Yang Berhormat?

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya hendak beri pandangan sedikit, saya hendak berikan di sini dan saya minta pandangan itu dibawa ke pejabat Speaker untuk dipertimbangkan semula. Penolakan. Point saya ialah...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Okay, that is very clear.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

...Kita seharusnya, Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

I am very clear of that, maknanya sekarang ini Yang Berhormat minta saya rujuk kembali keputusan yang dibuat oleh Speaker.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ya, dengan hujah, saya hendak bacakan hujah saya di sini...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sebelum Yang Berhormat berhujah...

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Secara ringkas sahaja, saya tidak akan bercakap panjang lebar.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee] Tidak apa Yang Berhormat. Sebelum Yang Berhormat berhujah, give me ruang. Sebelum Yang Berhormat berhujah saya ingin nyatakan bahawa saya tidak ada kuasa untuk merujuk. Yang Berhormat know very well jika Yang Berhormat mahu mengkaji keputusan Speaker, mengikut Peraturan Mesyuarat 43 dibuat dalam bentuk usul. It is very clear. I am not talking about FELDA sekarang, I am talking dari segi peraturan mesyuarat, bagaimana Yang Berhormat ingin merujuk kembali, mengkaji semula keputusan Speaker. Cuma boleh buat melalui usul. Saya tidak ada kuasa untuk mengkaji sebarang rayuan yang dibuat dalam Dewan ini terhadap keputusan-keputusan Speaker.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Boleh saya bagi pandangan dengan izin Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Which floor? Now, I am talking about…

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Peraturan Mesyuarat 19...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak ada ruang.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan R. Sivarasa - Subang

Nanti dahulu, saya hendak bagi pandangan kepada Speaker. Peraturan Mesyuarat 99 memang jelas tetapi maksud saya ialah kalau Pejabat Speaker boleh memberi jaminan bahawa usul kita untuk mengkaji semula keputusan ini akan dibentang dan dibahas...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

You must read section...

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Nanti dahulu, saya hendak habiskan point saya dahulu. Akan tetapi kalau macam biasa, kita boleh bawa usul untuk mengkaji semula keputusan Speaker. Memang boleh di bawah Peraturan Mesyuarat 99. Akan tetapi apabila kita bawa usul itu, usul itu tidak akan dibenarkan dibahaskan. Maksud saya ialah apabila Speaker, seperti Tuan Yang di-Pertua sebut tadi, “Ada hak untuk kaji semula keputusan Speaker melalui Peraturan Mesyuarat 99.” Akan tetapi dengan hormat, pandangan itu macam cakap kosong sebab apabila kita bawa usul itu, usul itu tidak dibenarkan untuk dibahaskan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Okey, saya faham.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Maksudnya tidak guna Speaker kata dari sana anda boleh cabar atau mengkaji semula keputusan ini melalui usul.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat, baik.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Jadi sebab itu saya minta di sini, kita ada dua jalan keluar. Satu, kalau sebab Speaker yang menentukan dengan izin, the order of business dengan izin di sini. Speaker boleh menentukan sebab itulah kuasa Speaker juga. Kalau Tuan Yang di-Pertua boleh beri jaminan usul untuk mengkaji semula keputusan ini akan diberi ruang untuk diperbahaskan...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Cukup.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Itu munasabah, itu kita boleh terima. Akan tetapi kalau tidak, saya minta dengan hormat didengar sahaja apa pandangan kita terhadap penolakan ini kerana kita tidak ada ruang lagi. Tiada ruang melalui usul.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Cukuplah, cukuplah!

Saya sudah faham Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kita tidak mahu... Biar saya habis.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

We are very fair.

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kalau hendak jerit, pergi keluar.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kita tidak mahu...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

I want to stop you because I really understand what you want to say…

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

...Pergi keluar dan jawab daripada luar. Kita hendak bahas secara sopan di sini. Kita hendak berbahas, itu yang kita minta. Kita hendak minta bagi peluang. Sorry, kita tunggu untuk Tuan Yang di-Pertua ambil tempat.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Sila duduk.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Baik.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan soal jawab biasanya berakhir pada 11.30 pagi. Selepas itu kita beredar pada agenda yang telah diteruskan menurut peraturan mesyuarat. Saya menunggu giliran untuk masuk lebih kurang di antara 12 hingga 15 minit. Yang dipertikaikan ialah ruling Speaker yang juga dibaca oleh Yang Berhormat tadi. Apabila kita membangkitkan peraturan mesyuarat, bermakna kita harus akur kepada maksud-maksud peraturan mesyuarat.

Sebarang komunikasi di antara wakil rakyat dan Speaker adalah juga terkandung dalam ruling sama seperti waktu bersidang. Keputusan saya sudah saya buat dengan alasan-alasan yang jelas. Pengamatan saya mengikut Members of Parliament di negara- negara maju, apabila keputusan Speaker dibuat, maka tidak ada pertikaian, dihormati.

Semangat itu terkandung dalam peraturan mesyuarat kita iaitu Peraturan Mesyuarat 43.

Keputusan adalah muktamad, tidak boleh dikaji dan disentuh balik. Betul juga ada peraturan mesyuarat mengatakan di bawah Peraturan Mesyuarat 99, Speaker boleh menggunakan budi bicara untuk membenarkan sesuatu usul. Akan tetapi budi bicara itu tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Mesti juga merujuk kepada peraturan- peraturan mesyuarat yang tertentu. Jadi dalam soal ini, Peraturan Mesyuarat 43 mengatakan apabila keputusan Speaker hendak dikaji semula mesti melalui usul.

Persoalan di sini ialah saya faham iaitu kalaupun dibuat usul tidak boleh dibahas dan mengikut argument daripada Ahli Yang Berhormat ialah the usul juga never come out from the light of the day. Saya faham itu. Ini kerana apabila Yang Berhormat mengasak hujah itu, ia bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 15 yang mengatakan bawah agenda kerajaan of the day didahulukan daripada agenda lain.

Jadi Yang Berhormat, yang saya minta bantuan di sini ialah ada di antara Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini mengatakan bahawa peraturan mesyuarat itu adalah di bawah perlembagaan. Saya berpendapat bahawa perlembagaan membenarkan Parlimen untuk membuat prosedur dia sendiri.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Meaning, tafsiran saya ialah peraturan mesyuarat kita ini adalah extension of the arms of the constitution, one of the same. Kalau perlembagaan itu otak, jantung, nadi maka peraturan mesyuarat ini adalah jari-jemari. Same, itu tafsiran saya. Malangnya bagi Ahli- ahli Yang Berhormat ialah menurut peraturan mesyuarat kita, tafsiran Speaker adalah muktamad, tafsiran oleh Ahli-ahli Yang Berhormat of no relevance kerana peraturan mesyuarat mengatakan begitu, seandainyalah setiap keputusan ahli Speaker juga dibantah seperti begitu, maksud kita tidak dapat bermesyuarat. Kita akan berpanjangan *argue on things that is very technical.

[Tepuk]* Itu sebab kenapa there is a spirit of all these. Itu perlu difahami. Kalaulah itu tidak difahami, maka berlakulah seperti yang saya buat kelmarin. Ini kerana kalaupun Yang Berhormat Sepang berhujah setengah jam, atau satu jam dibiarkan, begitu juga kalau keputusan tidak boleh, kerana keputusan bahawa muktamad.

Now, maka kita harus…

final • 11:50 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Menyampuk]

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat duduk dahulu. Peraturan Mesyuarat 41 mengatakan kalau Speaker sedang bercakap tidak ada sesiapa yang boleh bangun dan bercakap. Now we are talking about point of order…

final • 11:50 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Menyampuk]

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang jangan berdiri kalau saya tidak panggil*.

[Disampuk]* Ahli-ahli Yang Berhormat lain tolong diam. Jadi, untuk mengatasi ini semua kita perlu meminda peraturan mesyuarat seperti yang dituntut. Maka itu sebab adalah Jawatankuasa Parlimen ini yang saya pengerusi berhubung dengan peraturan mesyuarat. Oleh kerana fikiran saya adalah sentiasa positif, maka dalam jawatankuasa itu dimasukkan Yang Berhormat Padang Serai sebab dia mempunyai idea-idea yang bernas, konon.

Akan tetapi yang juga menyakiti hati saya ialah kenapa perkara-perkara yang dibangkitkan oleh ada dua atau tiga Ahli Yang Berhormat belum pernah ini dinampak oleh Ahli Yang Berhormat yang sudah-sudah? Adakah Yang Berhormat Gelang Patah sekarang belum nampak kelemahan peraturan mesyuarat ini? Adakah Yang Berhormat Ipoh Barat belum tahu apa yang sekarang ini disentuh oleh Ahli Yang Berhormat lain daripada Yang Berhormat Padang Serai ataupun Yang Berhormat Sepang? Semua ini diketahui oleh Ahli- ahli Yang Berhormat yang terdahulu daripada Ahli Yang Berhormat yang baru masuk dalam Parlimen ini.

Jadi apabila seorang dua, tiga Ahli Yang Berhormat bersikap seperti begitu, andaian dan persepsi saya sekali gus bahawa Ahli Yang Berhormat berkenaan mengatakan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat yang lama ini tidak jalan tugas, dia orang tidak faham dan tidak tahu. Akan tetapi bagi saya ialah Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut mereka akur kepada peraturan mesyuarat yang seadanya. Mereka akur kepada perlembagaan kita yang seadanya kerana itulah kita, itulah demokrasi kita.

Akan tetapi apabila Ahli-ahli Yang Berhormat mengemukakan hujah iaitu membandingkan di antara demokrasi Parlimen kita dengan demokrasi Parlimen lain, saya nampak seolah-olah kita membandingkan seperti begini. Okey, demokrasi di Itali, demokrasi dia adalah pizza. Demokrasi kita di Malaysia adalah demokrasi kita adalah nasi lemak. Dia tidak boleh dibandingkan. Jadi apa yang harus kita buat Yang Berhormat, be tolerance. Saya sebut kelmarin, Amerika bangga sekarang dengan Presiden kulit hitam mengambil masa 200 lebih tahun untuk diterima. Adakah ini belum lagi masuk dalam fikiran-fikiran Yang Berhormat ataupun setiap apa yang kita bincang di sini mempunyai agenda yang tersembunyi kerana politik peribadi masing-masing hendak didengar oleh constituent masing-masing. Itu rayuan saya. Itu understanding yang saya minta kepada semua.

See, ini kerana Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau itu tidak dibuat macam mana fungsi Parlimen kita? Saya baca satu rujukan, pada bulan Mac, Speaker Australia, Browyn telah dibuat usul tidak percaya oleh pihak pembangkang, maka perbahasan telah diadakan.

Apabila dalam perbahasan, Perdana Menteri, Tony Abbott mempertahankan. Dia mengatakan dia kata, “I have been in the opposition for such a long time, I have been thrown out from Parliament so many times. I never complaint; I nevar make a fuss out of it because he said the fundamental democracy of destination is to respect the decision of the Speaker. If you don’t respect the decision of the Speaker whatever we think of it, our parliamentary democracy were will not work well.” [Tepuk] Only in March. Jadi saya tidak percaya ialah bahawa Yang Berhormat Sepang tidak faham ini, Yang Berhormat Subang tidak faham ini, Yang Berhormat Padang Serai tidak faham ini dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain di sebelah tidak faham ini. You people understand that, but you purposely don’t want to understand. Now, kalau lepas saya explain begitu panjang lebar lagi, tidak ada juga yang faham dan berdiri juga kerana menegakkan benang basah, saya tidak teragak-agak menggunakan kuasa saya yang seadanya dalam peraturan mesyuarat ini, untuk juga mengusir Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, you have a coarse expression on our personal intention. I think that’s not fair. If you want to coarse an expression you must hear us also.

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Speaker telah buat rayuan, bolehkah Tuan Speaker

final • 11:50 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

dengar rayuan saya, bukan rayuan peribadi, as an appeal. Saya terima rational the reasoning, I agree the limitation of Peraturan Mesyuarat 15, kita agree. Tadi, Tuan Yang di- Pertua point yang saya hendak habiskan sebelum Tuan Yang di-Pertua saya masuk ialah ini. Kita tahu limitation itu tetapi takkanlah tak ada ruang di sini untuk Tuan Yang di-Pertua dan Speaker lain mendengar daripada Ahli Yang Berhormat, apakah pandangan sahaja.

Kita tidak challenge decision. Pandangan kita secara ringkas terhadap keputusan itu sahaja.

Kita tahu keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah final. Itu memang kita kata betul.

Akan tetapi kita punya point juga kita tidak boleh bawa usul sebab seperti yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua, usul itu tidak akan dibenarkan dibahaskan. Di sini kita merayu kepada Tuan Yang di-Pertua memainkan peranan sebagai Speaker sebab Tuan Yang di-Pertua adalah refereelah di antara pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang dan gunakan kuasa itu untuk bawa ruang sedikit untuk usul itu dibahas.

Oleh sebab ruang itu tidak ada, kita minta di sini dengar pandangan kenapa kita ada pandangan yang berlainan. Bukan kita cabar. Kita ada pandangan yang berlainan apakah alasan ini mungkin tidak tepat, tidak harus dipakai, mungkin untuk kes yang lain tidak akan digunakan sekali lagi. Itu sahaja. Takkan tidak ada ruang dalam Dewan ini untuk mendengar kita beberapa minit sahaja sebab usul itu tidak akan dibahaskan. Itu yang saya minta.

So, bila Tuan Yang di-Pertua kata jangan cakap itu bagi kita itu pun tersinggung hati kita. *Why can’t we just been heard for five minutes, I just give my rebrief reason why with full respect I disagree, that’s all. We have the right to disagree but end of the day we acknowledge dengan izin, Tuan Yang di-Pertua’s decision final, of course and we will accept it. But can we be heard on just a few minutes. Why this rayuan should not be dismissed on technical reason like this and why it should not be done this way, that’s all.

Can I ask that permission,* dengan izin Tuan Yang di-Pertua untuk proceed bagi pandangan sahaja sebab tidak ada ruang lagi. Oleh sebab itu kalau tidak ada ruang di sini kita terpaksa pakai the press. Kita tidak mahu and I know, kita faham kita tidak mahu dialog ini dijalankan melalui media, kita faham. But you must also allow this space in this Hall dan di dalam Dewan yang mulia ini untuk perbahasan dijalankan di sini. Kalau itu tidak dibenarkan, mana ruang yang lain? We have to go to the press. But you don’t want that. I think that’s not the best way to do it. Saya setuju. But can we be heard on this reason. Itu rayuan saya seperti rayuan Tuan Yang di-Pertua tadi. Saya juga...

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okay can I response now? Or you want to say for the things, I allow you. If you want to take one hour, I’ll listen to you.

final • 11:50 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

No, no. I don’t want to take one hour.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

But, not about that subject matter what you are talking about. Are you finished?

final • 11:50 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

No, kalau Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

No, no, no. Are you finished? I’ll response to that, I understand. Saya faham setiap hujah Yang Berhormat. Can I response to that?

final • 11:50 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

So, kalau boleh saya hendak teruskan. Saya hendak bagi pandangan itu sahaja.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, I want to response to what you raise. Fasal sekarang ini kita bercerita fasal peraturan mesyuarat.

final • 11:50 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tidak, tidak. Saya akan duduk dan dengar.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey duduk. Now, apa Yang Berhormat mahu saya buat ini ialah untuk melanggar peraturan mesyuarat satu lagi demi untuk kehendak Yang Berhormat.

[Disampuk] I think, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tolong senyap!

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Rayuan Yang Berhormat itu minta saya untuk melanggar peraturan mesyuarat yang lain. Saya tahu walaupun Yang Berhormat Menteri tidak ada di sini mereka ini mendengar. Mereka tahu masalah ini. Kalau saya benarkan Yang Berhormat, saya

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

melanggar Peraturan Mesyuarat 15 yang menyatakan bahawa urusan kerajaan perlu didahulukan dalam semua order paper yang kita atur ini adalah di bawah peraturan mesyuarat.

The government of the day whether you like it or not they have agenda. We have given them mandate. Jadi kalau mandat dia ada sama ada yang dia jalankan itu adalah Lynas, yang dijalankan itu adalah tidak adil kepada FELDA ataupun sedemikiannya, maka yang menyokong mereka ini adalah rakyat. Biarlah kerajaan itu kalah. Akan tetapi pada masa yang sama sementara menunggu hukuman daripada rakyat, saya duduk sini untuk mempengerusikan Majlis dengan menggunakan peraturan mesyuarat yang seadanya ini supaya mesyuarat dapat berjalan dengan lancar.

Kalau saya tidak mengambil tindakan kepada dua Ahli Yang Berhormat yang lain, Ahli Yang Berhormat yang lain akan berdiri sekarang ini juga pertikaikan. Selepas itu esok mesyuarat begitu juga pertikaikan. Jadi bermakna tidaklah dapat kita mengatur peraturan mesyuarat mengikut order paper selaras dengan kehendak Peraturan Mesyuarat 15 kerana semua opinion Ahli Yang Berhormat minta saya terima. I cannot do that. I have enough.

Saya tidak mahu lagi discuss perkara ini berpanjang lebar.

final • 12:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ringkas sahaja. Just a short question.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau ada lagi Yang Berhormat yang berdiri untuk mempertikaikan ini...

final • 12:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya tidak pertikaikan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak teragak-agak balik untuk gunakan kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 44.

final • 12:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya minta...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Now already 12.00 pm.

final • 12:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya faham.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

We have already discussed this for half an hour.

final • 12:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, saya minta seminit sahaja untuk beri pandangan. Tuan Yang di-Pertua kata, kalau Tuan Yang di-Pertua izinkan perbahasan sedikit ataupun beri ruang kepada saya bagi pandangan tentang surat itu, itu akan melanggar peraturan mesyuarat. Dengan hormat saya tidak setuju. Boleh saya perjelaskan? Sebab Tuan Yang di-Pertua sebagai Tuan Yang di-Pertua ada kuasa...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat...

final • 12:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

...Untuk membawa...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Subang.

final • 12:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

No, just...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Subang.

final • 12:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua ada kuasa.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Subang duduk, Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

This is about the issue. Tuan Yang di-Pertua ada kuasa untuk membenarkan perbahasan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Isu Yang Berhormat kalau Yang Berhormat tidak bersetuju, jangan dipertikaikan di depan sini kerana kita menghabiskan masa kerana apabila saya layan Yang Berhormat begini saya sudah melanggar Peraturan Mesyuarat 15. Kalau Yang Berhormat tidak setuju in order to say here this pleasure, bawa usul sama ada ia dibahas atau tidak, no more it gone or record that you against what I have said. That is enough.

final • 12:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua ada merujuk sebentar tadi kepada Peraturan Mesyuarat 43 di mana keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad dan tidak boleh dibincangkan dalam

final • 12:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Dewan ini. Akan tetapi persoalan saya ialah sebelum Tuan Yang di-Pertua mencapai kepada keputusan yang dikatakan muktamad itu, kita hendak tahu apakah asas-asas yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua ya sebab walaupun...

final • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Dengar dahulu. Ini saya hendak beritahu yang menjerit-jerit ini Yang Berhormat Paya Besar dan ‘bukan’ kawasan FELDA.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat yang lain tolong Yang Berhormat. Saya mahu selesaikan permasalahan ini once and for all mengenai dengan peraturan mesyuarat.

Silakan.

final • 12:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua telah pun memberikan beberapa alasan mengapa rayuan ini ditolak dan saya juga kalau boleh izinkan saya ingatkan, ini bukan usul. Ini hanya petisyen yang dibuat oleh rakyat. Kami ini messenger bagi pihak rakyat. Mengapa Dewan yang mulia ini khususnya pejabat Tuan Yang di-Pertua menolak petisyen yang dibuat oleh rakyat? Ini bukan usul, petisyen. Rayuan yang dibuat oleh rakyat untuk didengar keluhan mereka. Itu yang pertama.

Kedua, alasan yang diberikan di dalam surat Tuan Yang di-Pertua ini lebih kepada pandangan yang dibuat oleh kerajaan. Saya tidak menolak hak Tuan Yang di-Pertua untuk mendengar pandangan kerajaan tetapi apakah tidak boleh Tuan Yang di-Pertua juga mendengar pandangan dan keluhan rakyat di bawah? Sebab selagi tidak ada kebebasan di kalangan peneroka FELDA untuk menjual hasil buah mereka direct kepada pekilang, ianya akan ditekan, dizalimi dan dibuli oleh FELDA. Pandangan yang Tuan Yang di-Pertua beri ini adalah pandangan kerajaan tetapi saya yakin Tuan Yang di-Pertua juga mempunyai wibawa untuk mendengar keluhan daripada rakyat.

Sebagai contoh yang dibawa dalam petisyen ini Tuan Yang di-Pertua selain daripada lesen yang boleh didapati daripada MPOB, ini juga kadar perahan gred (KPG) ini yang terbaru pada 15 Jun 2014. Walaupun sebelum ini FELDA menetapkan kadar perahan gred in pada kadar 21% pada 15 Jun baru seminggu yang lalu, mereka membayar pada kadar 16%.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ini menyebabkan peneroka akan terus di dalam kadar kemiskinan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Jadi saya pohon Tuan Yang di-Pertua dengarlah petisyen rakyat.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ini keluhan rakyat Tuan Yang di- Pertua. Ini bukan usul. Jadi saya pohon...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tahu Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

...Supaya benarkan petisyen ini dibaca dalam Dewan dan diambil pandangan oleh kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang lain tolong senyap, tolong senyap. Yang Berhormat Gombak, apa pun pandangan Yang Berhormat terhadap saya, saya bekerja secara teliti seperti Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Saya mengendalikan tugas saya seberapa yang mungkin di samping saya gunakan pemikiran rujukan sendiri, saya juga mempunyai penasihat-penasihat yang tertentu. Saya terima cadangan baik Yang Berhormat dengan cara begitu, saya akui. Saya tahu apa petisyen dan apa usul. Petisyen ialah kalau tidak ada lagi ruang untuk berbuat sesuatu remedi, maka dibawa kepada Parlimen. That is the history of petition. Saya baca. Okey.

Apabila Yang Berhormat mengatakan bahawa harus saya dengar, harus dibahas di sini kerana tidak ada ruang lagi, seolah-olah Yang Berhormat mengatakan bahawa sebelum ini perkara ini tidak boleh dihujah di luar, mesti juga di Parlimen. Bukankah isu ini juga telah diarticulate di luar sana yang lebih dahsyat ibarat tidak ada ruang lingkup yang

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

boleh didengar? Ini kerana medan yang sebenar untuk mempertahankan hak rakyat ini adalah di luar.

Maka apabila dibawa dalam Majlis, Majlis mempunyai peraturan-peraturan tertentu dan Ahli-ahli Yang Berhormat harus sedar bahawa di samping mempunyai hak dan kebebasan iaitu privilege atau keistimewaan, keistimewaan itu juga mesti disulami dengan semangat tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan itu harus difahami. Ia tidak boleh dijangkaui garis pemisah antara tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab dengan orang biasa. Jadi atas sebab itu, apa pun benda yang saya buat harus dihormati kerana kalau kita sekarang ini saya melayan lagi ini, bermakna tidak akan habis. Jadi bermakna agenda yang disediakan tidak selesai. Itu sebab.

Jadi sementara kita bertukar fikiran mengenai dua soal ini, orang luar sudah tahu what is the issue. Meaning, by giving you chance, the government already knows what. Jadi saya memikirkan bahawa tidak ada kerajaan dalam dunia ini yang mahu kalah tentang sesuatu. Itu bukan tanggungjawab saya. Kadang-kadang saya sendiri terfikir, kalau ini menyebabkan kerajaan kalah, bodohlah kerajaan itu tidak berbuat sesuatu. Kalau yang dibangkitkan ini adalah perkara yang benar-benar nadi jantung dan soal hidup mati orang- orang FELDA.

Begitu juga dengan Kuantan, Lynas sudah dibincang beberapa tahun. Waktu bajet saya terfikir kalaulah nuklear ini mengancam semua manusia, kenapa negara-negara maju mesti ada nuklear? Kenapa tidak rombak semua? Jadi bermakna persepsi saya ialah apabila membaca semua laporan daripada kerajaan, kalau kerajaan bertanggungjawab dia akan buat apa yang dia think necessary. If you have to take certain risk in by all mean take certain risk including losing elections, itu bermakna bukan saya ini tidak membuat pertimbangan dan kesaksamaan yang sewajarnya tetapi jangan heret saya kepada agenda politik yang mana saya tersepit sampai saya tidak boleh bernafas. Ini kerana kalau itu yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat, terpaksa saya mengambil tindakan di bawah bidang kuasa yang saya ada yang begitu juga seadanya. Itu pun dipertikaikan.

final • 12:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gombak, penghabisan. Selepas itu saya beredar kepada peraturan mesyuarat yang telah disediakan.

final • 12:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya tidak pernah berniat untuk mengheret Tuan Yang di-Pertua dalam pertimbangan politik. Itu yang pertama.

Kedua, bukan pertimbangan Parlimen untuk menentukan kerajaan itu kalah atau menang. Tanggungjawab Ahli Dewan Rakyat sama ada di sebelah sana ataupun di sebelah Pakatan Rakyat ialah untuk membawa suara rakyat dan diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Apakah dengan membawa petisyen ini, kami telah melanggar peraturan mesyuarat? Sedangkan kalau kita lihat di...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, yang itu Yang Berhormat, surat sudah dibaca tadi oleh Yang Berhormat Sepang.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ya.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Alasan-alasan sudah saya beri.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ya, oleh sebab itu saya beritahu tadi...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oleh Yang Berhormat Subang.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ya maknanya, apabila Pakatan Rakyat membawa rayuan ini bagi pihak peneroka FELDA, ia tidak melanggar peraturan mesyuarat.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu tafsiran Yang Berhormat. Inilah masalah kita Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Jadi tafsiran Tuan Yang di-Pertua itu melanggar peraturan...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tafsiran saya bahawa dia tidak memenuhi peraturan mesyuarat seperti yang dibaca tadi.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tidak. Oleh sebab itu saya guna perkataan ‘tidak melanggar’. Tuan Yang di-Pertua mengguna perkataan ‘tidak memenuhi’.

Dua perkara yang berbeza.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, kenapa kita harus berbahas dengan soal tactical segala perkataan? Saya akui Yang Berhormat itu Melayu, saya bukan Melayu.

Saya baru pelajari bahasa Melayu ini di sekolah Yang Berhormat. It is not my mother tongue.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Yalah.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, janganlah kita berbahas dengan soal begitu Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Gombak tahu.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tetapi itu...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan insult saya punya intelligence Yang Berhormat.

Please!

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Betul. Saya tidak mempertikaikan bahasa Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya beritahu...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah Yang Berhormat Gombak, sudah. Duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya minta supaya petisyen ini dibenarkan...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, pendirian saya, saya tidak benarkan juga.

Apa pun hujah Yang Berhormat, saya tidak akan benarkan.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Apa alasannya Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Alasan saya, dia tidak memerlukan peraturan mesyuarat.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Peraturan mesyuarat yang mana?

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tidak duduk, saya akan usir juga Yang Berhormat di bawah Peraturan Mesyuarat 48.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Sebab saya...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gombak, duduk Yang Berhormat!

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya bagi tahu ini pandangan...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat!

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Pandangan kerajaan.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat!

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, saya minta dengar pandangan rakyat...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat!

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang lain tolong jangan campur!

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ya.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gombak, duduk Yang Berhormat Gombak.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tegur Yang Berhormat Kota Belud Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat Gombak. Penghabisan sebelum saya beralih kepada peraturan mesyuarat selanjutnya. Abstract on Parliamentary procedure, Indian Parliament H/154, simple. Ruling’s given by the Chair should not be criticized directly or indirectly inside or outside the House. [Sambil menunjukkan buku berkenaan]

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Indian demokrasi, nasi kandar demokrasilah.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila Setiausaha, teruskan.

final • 12:10 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Ini satu isu berlainan, di mana saya telah mengemukakan satu usul bertulis. Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) dan satu usul saya secara bertulis telah dikemukakan ke pejabat Tuan Yang di-Pertua pagi ini. Jadi saya rasa ini adalah satu usul...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kalau usul itu masuk pagi ini, dia tidak akan dibuat tindakan pada sekarang ini.

final • 12:10 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Ya, baik.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Paling cepat pun esok.

final • 12:10 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Baik. Jadi untuk menjimatkan masa, saya harap Tuan Yang di-Pertua dapat mengkaji...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Biar kita bincang esok Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Okey.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Biar kita bincang esok.

final • 12:10 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Untuk membincangkan esok. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Minta percepat.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau masuk pagi ini, saya tiada peluang untuk baca pun Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Baik, baik, baik.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Terima kasih, terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Gunakan Indian democracy, nasi kandar demokrasi lagi cepat buat keputusan Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa] Tadi Tuan Yang di-Pertua kata di sana ‘piza demokrasi’. Ini nasi kandar...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah Yang Berhormat Pokok Sena, sudahlah.

final • 12:10 PM

Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis

Ini menghina kaum India, menghinakan Yang Berhormat Subang. Ini orang PAS menghinakan Yang Berhormat Subang.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Speaker rujuk kepada Indian democracy, itu nasi kandar demokrasilah.

[Ketawa]

final • 12:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN) 2013 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 untuk meminda Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram

(Pindaan) 2003 [Akta A1208] dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memandang serius permasalahan yang dikaitkan dengan kegiatan jenayah dan ketirisan hasil yang sekiranya tidak dibendung boleh mengancam kestabilan ekonomi dan kesejahteraan negara. Kegiatan jenayah yang berleluasa akan menyebabkan negara terpaksa membelanjakan wang, masa dan tenaga kerja yang banyak bukan sahaja bagi membendung kegiatan jenayah tersebut, tetapi juga bagi menangani kesan-kesan dari perbuatan jenayah ke atas kesejahteraan masyarakat dan ekonomi.

Secara dasarnya, kerangka kerja perundangan yang kukuh dan komprehensif yang merangkumi pelbagai kesalahan berkaitan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan perlu disediakan dengan peruntukan hukuman yang setimpal dan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang yang berkesan bagi mewujudkan suatu persekitaran yang mencegah kegiatan jenayah yang menyumbang kepada aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan-cadangan pindaan yang terkandung di dalam rang undang-undang ini akan menyokong kerangka perundangan yang diperlukan di dalam membanteras jenayah secara keseluruhannya di samping memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan ekonomi negara. Sehubungan itu, pembentangan rang undang-undang ini dan pindaan Akta 613 dan Akta A1208 akan memanfaatkan negara dalam empat aspek utama:

(i) mengurangkan jumlah keseluruhan kadar jenayah dalam negara. Memandangkan hampir keseluruhan aktiviti jenayah adalah bermotifkan dan melibatkan wang, pembanterasan jenayah dengan menyekat perolehan hasil dari kegiatan jenayah serta akses kepada sistem kewangan adalah salah satu aspek penguatkuasaan yang sangat penting bagi mengurangkan ancaman jenayah di Malaysia;

(ii) manfaat kepada negara. Memperkukuh ekonomi negara dengan meningkatkan integriti serta keyakinan orang ramai dan pelabur terhadap sistem perniagaan dan kewangan Malaysia dengan mengekang risiko dan ancaman pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan dalam sektor perniagaan dan kewangan;

(iii) meningkatkan sumber pendapatan negara dan mengurangkan ketirisan hasil melalui penguatkuasaan undang-undang percukaian, duti dan eksais bersama-sama dengan penguatkuasaan Akta 613 untuk mencapai hasil penguatkuasaan yang lebih berkesan; dan

(iv) memperkukuh reputasi Malaysia sebagai negara yang komited dan serius dalam menangani isu pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan melalui penguatkuasaan yang lebih berkesan selaras dengan kehendak dan piawaian antarabangsa.

final • 12:15 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, matlamat rang undang-undang ini adalah untuk mencapai lima objektif berikut:

(i) menyatakan peruntukan yang lebih jelas mengenai tanggungjawab pelaporan bagi institusi pelapor dalam memastikan langkah-langkah pencegahan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan;

(ii) memperkukuh langkah-langkah penguatkuasaan berkaitan dengan pengisytiharan wang tunai dan instrumen boleh niaga pembawa atau Bearer Negotiable Instruments (BNI) dengan izin, merentas sempadan;

(iii) memperluas skop penyiasatan dan tindakan penguatkuasaan terhadap kes-kes pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan bagi membolehkan penyiasatan dan penguatkuasaan dijalankan secara menyeluruh dan komprehensif;

(iv) memperkukuh kuasa penyiasatan agensi penguatkuasaan undang-undang bagi membolehkan penyiasatan dijalankan dengan lebih berkesan serta memastikan proses tadbir urus yang lebih telus berhubung dengan pembekuan, penyitaan dan pelucutan hak aset yang sedang disiasat; dan

(v) membolehkan tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan dan bersifat mencegah melalui hukuman dan penalti yang lebih berat.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi 78 fasal untuk membolehkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

final • 12:15 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Peruntukan-peruntukan significant dalam rang undang-undang ini diringkaskan seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda tajuk panjang pada Akta 613 untuk meluaskan ruang lingkup Akta 613 untuk memperkatakan hasil daripada aktiviti haram dan peralatan kesalahan sebagai tambahan kepada harta yang terlibat dalam atau yang diperoleh daripada kesalahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan serta hak pengganas. Sehubungan itu tajuk ringkas Akta 613 dalam subseksyen 1(1) Akta 613 akan dipinda oleh fasal 3.

Fasal 5 bertujuan untuk menggantikan seksyen 4 Akta 613. Seksyen 4 yang baru bertujuan untuk mengadakan suatu peruntukan yang menyeluruh mengenai kesalahan pengubahan wang haram yang memasukkan elemen kesalahan itu yang pada masa ini diperuntukkan dalam takrif ungkapan pengubahan wang haram di dalam subseksyen 3(1) Akta 613. Penalti bagi kesalahan pengubahan wang haram juga telah ditambah.

Fasal 6 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 4A ke dalam Akta 613.

Seksyen 4A bertujuan untuk memperkatakan kesalahan menstrukturkan transaksi untuk mengelak kehendak pelaporan di bawah seksyen 14, Akta 613.

Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 10 Akta 613 untuk memperjelas bahawa Menteri yang diberi kuasa untuk bertindak di bawah seksyen ini ialah Menteri Kewangan. Fasal itu juga bertujuan untuk memberi pihak berkuasa berwibawa, kuasa untuk berkongsi maklumat yang diterima olehnya atau yang dizahirkan kepadanya dengan pihak berkuasa yang bersamaan sesuatu negara asing.

Fasal 13 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 12A ke dalam Akta 613.

Seksyen 12A bertujuan untuk memberi Menteri Kewangan kuasa atas syor pihak berkuasa berwibawa melalui perintah yang disiarkan dalam warta untuk menetapkan mana-mana orang tambahan yang menjalankan perniagaan kewangan yang dikawal selia atau diawas oleh atau yang tertakluk kepada pengawasan sesuatu pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan menurut undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pihak

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

berkuasa kawal selia atau pengawasan itu sebagai institusi kewangan bagi maksud takrif institusi kewangan di bawah subseksyen 3(1), Akta 613.

Fasal 14 bertujuan untuk menggantikan seksyen 14, Akta 613. Seksyen baru 14 bertujuan untuk memperjelas perkara yang suatu institusi pelapor mesti segera melaporkan kepada pihak berkuasa berwibawa.

Fasal 15 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 14A ke dalam Akta 613.

Seksyen 14A bertujuan untuk melarang penzahiran laporan dan maklumat yang berkaitan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa berwibawa. Walau bagaimanapun, kecualian tertentu dinyatakan iaitu jika penzahiran itu dikehendaki bagi pelaksanaan kewajipan atau perjalanan fungsi di bawah Akta 613 bagi maksud membolehkan pengurusan risiko oleh badan perbadanan berkaitan institusi pelapor itu kepada pihak berkuasa pengawasan institusi pelapor itu dan jika selainnya dibenarkan dengan sewajarnya oleh pihak berkuasa berwibawa.

Fasal 16 bertujuan untuk menggantikan seksyen 16, Akta 613. Seksyen baru 16 bertujuan untuk menentukan perkara yang hendaklah diuruskan dalam menjalankan usaha wajar pelanggan.

Fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 17 Akta 613 untuk memperjelas obligasi untuk menyimpan rekod. Sehubungan itu, seksyen 28 yang memperkatakan mengenai pemusnahan rekod pemeriksaan akan dipotong oleh fasal 25.

Fasal 18 bertujuan untuk menggantikan seksyen 18, Akta 613. Seksyen baru 18 bertujuan untuk memperkatakan penggunaan nama rekaan palsu atau tidak betul dalam membuka akaun dan menjalankan apa-apa hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti dengan sesuatu institusi pelapor.

Fasal 26 bertujuan untuk memasukkan Bahagian baru IVA, seksyen 28A hingga 28L ke dalam Akta 613. Bahagian IVA bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mengawas pindahan rentas sempadan wang tunai dan instrumen boleh niaga pembawa untuk mengesan dan membanteras pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Fasal 27 bertujuan untuk meminda seksyen 29 Akta 613 untuk meluaskan kuasa penyiasatan di bawah Akta 613 kepada kesalahan membiayai keganasan serta kesalahan di bawah seksyen baru 4A dan Bahagian baru IVA.

Fasal 38, 40, 44, 45, 48, 49, 50 dan 53 bertujuan untuk meminda masing-masing seksyen 44, 45, 50, 51, 53, 55, 56 dan 59, Akta 613. Pindaan yang dicadangkan itu bertujuan untuk meluaskan kuasa untuk membekukan, menyita dan melucuthakan harta dan kuasa sampingan lain kepada harta yang dengan semunasabahnya disyaki ialah hasil daripada aktiviti haram dan peralatan kesalahan.

Fasal 39 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 44A ke dalam Akta 613 untuk membolehkan agensi penguat kuasa mengubah atau membatalkan suatu perintah pembekuan.

Fasal 43 bertujuan untuk meminda seksyen 49 Akta 613 untuk memasukkan subseksyen baru (1A) untuk memberi pendakwa raya kuasa untuk menghendaki mana- mana orang untuk memberikan apa-apa maklumat yang pada pendapat pendakwa raya adalah berguna bagi atau berkaitan dengan sesuatu penyiasatan di bawah Akta 613.

Fasal 47 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 52A ke dalam Akta 613.

Seksyen 52A bertujuan untuk memperjelas bahawa sesuatu perintah penyitaan yang dibuat di dalam Akta 613 terhenti berkuat kuasa selepas tamat tempoh dua belas bulan daripada tarikh perintah penyitaan itu atau jika terdapat sesuatu tarikh pembekuan sebelum itu, dua belas bulan dan tarikh perintah pembekuan itu jika orang yang terhadapnya perintah itu dibuat tidak dipertuduh dengan satu kesalahan di bawah Akta 613.

Fasal 51 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 56A ke dalam Akta 613.

Seksyen 56A bertujuan untuk memperuntukkan bahawa pelepasan seseorang daripada suatu kesalahan berat atau suatu kesalahan berat asing tidak menjejaskan kuasa mahkamah untuk mengeluarkan suatu perintah pelucuthakan.

Fasal 54 bertujuan untuk meminda seksyen 60 Akta 613 untuk memperuntukkan bahawa pelepasan harta yang disita adalah dengan persetujuan pendakwa raya dan harta

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

itu hendaklah dilepaskan kepada orang yang ditentukan berhak di sisi undang-undang kepada harta itu oleh pendakwa raya.

Fasal 57 bertujuan untuk meminda perenggan 63(2)(b) Akta 613 untuk memperjelas hal keadaan yang dalamnya seseorang hendaklah disifatkan sebagai telah melarikan diri berkaitan dengan suatu kesalahan berat untuk membolehkannya dianggap seolah-olah dia telah disabitkan atau suatu kesalahan berat di bawah subseksyen 63(1) akta 613.

Fasal 60 bertujuan untuk meminda subseksyen 66C(2) Akta 613 untuk membolehkan entiti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai pengganas dikenal pasti melalui rujukan pada senarai disatukan (Senarai 1267) yang dikeluarkan dan dikemaskinikan dari masa ke semasa oleh jawatankuasa yang ditubuhkan menurut Resolusi 1267 Tahun 1999 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu berkenaan dengan Al-Qaeda dan Taliban dan individu dan entiti bersekutu secara amnya dikenali sebagai Jawatankuasa 1267 dan yang tersedia menerusi laman web rasmi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Fasal 65 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 75A ke dalam Akta 613 untuk mengadakan peruntukan bagi penggantungan prosiding jika terhadap keperluan untuk memperoleh keterangan dari sesuatu negara asing.

Fasal 74 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 76A ke dalam Akta 613 untuk mengadakan peruntukan bagi percubaan persubahatan dan komplot jenayah sementara.

Fasal 76 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 91A ke dalam Akta 613 untuk memperkatakan mengenai pembutiran pertuduhan.

Fasal 77 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa sebutan mengenai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2011 dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah apabila akta yang dicadangkan ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Pindaan tertentu dalam Akta 613 juta bertujuan untuk menambah penalti bagi kesalahan yang berkaitan. Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian ini merupakan pindaan kecil atau berbangkit.

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Akta 613 memperuntukkan check and balance dengan izin dalam pelaksanaan akta ini. Sebagai contoh, sebarang tindakan penyitaan ke atas harta mana-mana orang yang disiasat memerlukan persetujuan Jabatan Peguam Negara sebelum ia boleh dilaksanakan.

Rang undang-undang yang dicadangkan akan memperkukuhkan lagi peruntukan- peruntukan yang memberi check and balance dengan izin ke atas tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh agensi-agensi penguat kuasa. Sebagai contoh, fasal 38 yang meminda seksyen 44 Akta 613 mensyaratkan bahawa agensi penguat kuasa mesti memulakan sesuatu siasatan ke atas aktiviti haram yang dijalankan oleh orang yang berkenaan dan mempunyai alasan yang munasabah bahawa terdapatnya kesalahan penggubahan wang haram atau pembiayaan keganasan sebelum tindakan pembekuan harta di bawah Akta 613 boleh diambil.

Pindaan ini dibuat bagi menambah baik tadbir urus berkenaan dengan penggunaan kuat kuasa di bawah Akta 613 bagi membeku harta orang yang disiasat. Bagi memastikan check and balance dengan izin dilaksanakan dengan baik, suatu tatacara pengendalian piawai atau standard operating procedures (SOP) dengan izin juga telah disediakan bagi memastikan keseragaman dan ketelusan di dalam tindakan yang diambil oleh agensi-agensi penguat kuasa di dalam membeku dan menyita aset di institusi kewangan. SOP ini akan memastikan tahap tadbir urus dan profesionalisme yang sewajarnya di kalangan agensi-agensi penguat kuasa. Pelaksanaan SOP ini akan melengkapkan lagi SOP sedia ada di agensi-agensi penguat kuasa yang terlibat di bawah SOP ini. Pegawai penyiasat perlu merujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebelum tindakan pembekuan harta diambil dan memberi senarai harta yang akan dibekukan

final • 12:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

kepada Jabatan Peguam Negara. Sekiranya perlu, Jabatan Peguam Negara juga boleh menetapkan kriteria dan prinsip berkaitan dengan rujukan yang perlu dibuat sebelum tindakan pembekuan harta diambil.

Berhubung dengan keperluan hidup orang yang disiasat, peruntukan yang sedia ada di bawah seksyen 44 Akta 613 membenarkan sejumlah wang dilepaskan bagi tujuan kos sara hidup dan bayaran-bayaran lain yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, rang undang-undang ini melalui fasal 39 yang memasukkan peruntukan baru seksyen 44(a) memperjelaskan lagi berkenaan dengan siapa yang mempunyai kuasa untuk membenarkan sebahagian dari jumlah wang tersebut dilepaskan untuk tujuan sara hidup dan bayaran- bayaran lain yang dibenarkan.

Dari segi pelaksanaan, SOP yang diadakan juga memperuntukkan jangka masa maksimum satu minggu bagi agensi penguat kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan sekiranya terdapat permohonan oleh orang yang disiasat untuk menambah jumlah wang bagi kos sara hidup dan bayaran lain yang dibenarkan.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia akan melalui proses penilaian bersama oleh satu badan serantau yang diiktiraf iaitu Asia Pacific Group on Money Laundering (APG) dengan izin. Bagi menilai tahap pematuhan negara dan keberkesanan pelaksanaan langkah pencegahan penggubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan, berdasarkan kepada piawaian yang dikeluarkan oleh satu badan antarabangsa iaitu Financial Action Task Force (FATF) dengan izin. Piawaian FATF digunakan serta diterima pakai oleh masyarakat antarabangsa dan tahap pematuhan yang baik serta pelaksanaan yang berkesan akan memberi impak dan persepsi positif kepada persekitaran perniagaan dan pelaburan serta sektor kewangan negara.

Memandangkan tahap pematuhan Malaysia kepada piawaian FATF akan dinilai pada tahun ini, keperluan Malaysia untuk meminda rang undang-undang ini dengan kadar segera adalah kritikal. Sekiranya rang undang-undang ini tidak dibentangkan dan dikuatkuasakan sebelum kehadiran panel penilai, Malaysia akan diberi penarafan yang tidak memuaskan. Laporan penilaian yang tidak memuaskan akan memberi kesan negatif kepada negara dari sudut fiskal, ekonomi dan kewangan serta akhirnya menjejaskan reputasi Malaysia di mata dunia. Ini juga akan menyukarkan negara untuk menarik pelaburan dari luar negara serta meningkatkan kos bagi sektor korporat dan perniagaan untuk beroperasi di dalam dan luar negara.

Akhir kata, rang undang-undang ini akan menyumbang ke arah usaha membanteras jenayah secara lebih berkesan, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sektor kewangan yang berintegriti di samping meningkatkan tahap pematuhan Malaysia kepada piawaian antarabangsa. Ini secara langsung dan tidak langsung akan menyokong agenda transformasi ekonomi Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 12:30 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Saya mohon menyokong.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Pindaan) 2003 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Sila, Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas kesempatan mengambil kira tentang bahagian dalam membahaskan dan memberikan input kepada Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013. Saya dapati rang undang- undang ini secara umumnya adalah amat diperlukan. Pertama, dalam menangani permasalahan yang meningkat di dunia, pembiayaan dan kelompok yang melakukan keganasan. Kedua, soal pengubahan wang haram atau pengaliran dana dari dalam negara ke luar negara.

final • 12:35 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Saya juga dapati dalam mengkaji rang undang-undang ini, banyak memakai kaedah dan peruntukan yang digunakan dalam akta di Amerika Syarikat termasuk Racketeer Influence and Corrupt Organization Act (RICO). Akan tetapi saya berikan beberapa perhatian. Pertama, kesungguhan dalam pelaksanaan seperti mana yang juga berlaku di Amerika di mana bukan sahaja orang awam dan peniaga malah dua hakim mahkamah rayuan juga pernah dihukum kerana terlibat di dalam kegiatan dana haram ini.

Cadangan yang pertama dibangkitkan oleh Bank Negara pada 23 Oktober tentang hasrat mengadakan pindaan ini termasuk meminda Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan. Alasannya ialah supaya dapat secara pantas memantau dan mengambil tindakan menapis pelanggan yang dikenali sebagai usaha wajar pelanggan, customer due diligence dan juga mewajibkan institusi pelapor membuat laporan tentang transaksi yang mencurigakan. Maknanya burden itu juga kepada institusi bank supaya tidak dibenarkan untuk membuka ataupun mengendalikan mana-mana akaun yang mencurigakan.

Ini memperlihatkan dalam pembentukan juga beberapa penguatkuasaan dan bidang kuasa kepada Bank Negara. Penguatkuasaan yang lebih ketat dan hukuman yang lebih berat terutama yang berkaitan dengan isu keganasan. Satu sahaja peringatan dalam hal ini ialah supaya tindakan yang diambil oleh pihak polis dalam hal ini yang berkaitan juga dengan susulan dari pihak Bank Negara memperlihatkan bukan sahaja kesungguhan tetapi tidak ada unsur lain termasuk tekanan dari negara-negara asing. Dalam beberapa kes tertentu dalam isu-isu keganasan ini, kita lebih bertindak atau responsive kepada tekanan negara luar termasuk Amerika Syarikat. Saya berpendapat kita harus memastikan kes-kes yang terlibat – tindakan yang diambil itu tidak harus terikat dengan tekanan tetapi melihat kepada isu keganasan yang kita tafsirkan kerana ada kecenderungan di luar di mana keganasan itu kalau hanya dilihat ideologinya tidak sama dengan pandangan barat. Maka oleh yang demikian, kalau kelompok-kelompok yang dianggap seperti Hamas dulunya yang pada kita ialah satu kegiatan sah dan kita iktiraf kemenangan mereka tetapi masih dianggap dan digolongkan sebagai kelompok yang dianggap pengganas.

final • 12:35 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Jadi, kategori keganasan itu saya pohon pihak Menteri menjelaskan supaya tidak ada kesamaran dalam tatkala kita mengambil tindakan.

Saya juga akui bahawa dalam kes-kes penggubahan wang haram yang dibawa ke mahkamah selama ini, ada ketegasan dan juga hukuman yang setimpal walaupun ia belum mempamerkan kesungguhan kerajaan dalam mengambil tindakan terhadap kes-kes yang jauh lebih besar dan melibatkan tokoh-tokoh besar yang sepatutnya tidak menghalang pihak polis ataupun penguat kuasa mengambil tindakan termasuk dalam kes ini, usul dari Bank Negara. Saya ada lihat beberapa kes yang dibawa termasuk juga beberapa kakitangan dan bekas setiausaha politik JPM dan lain-lain yang menunjukkan ada kesungguhan yang melibatkan juga beberapa institusi. Saya tidak akan baca kerana kes itu diketahui.

Cuma yang saya hendak minta pertimbangan di pihak kementerian ialah Laporan New York Times pada Mei 2013 tentang skim pengubahan wang haram terbesar di dunia yang melibatkan negara Malaysia juga iaitu pengurup mata wang tidak berlesen di Malaysia didakwa membantu pengendali pertukaran mata wang global yang menjalankan operasi penggubahan wang haram atas talian berjumlah RM6 bilion bersamaan RM18.3 bilion. Ini termasuk pelbagai kegiatan jenayah termasuk identiti yang dicuri untuk pornografi kanak- kanak. Pengurup mata wang digelar Liberty Reserve dipercayai pengubahan wang haram siber terbesar di dunia berpangkalan di Amerika Syarikat. Itu yang kedua.

Akan tetapi yang saya bangkitkan tadi ialah kita mahu maklumat mengapa kes yang didedahkan oleh New York Times pada Mei 2013 yang menyebut operasi pengubahan wang haram berpangkalan di Malaysia dengan jumlah RM18.33 bilion itu masih belum ada apa-apa maklumat atau penyiasatan yang lebih telus. Saya tidak ada maklumat tambahan.

Kalau lihat umpamanya laporan New York Times yang memetik kertas pertuduhan sistem Liberty Reserve dicipta untuk membenarkan orang memindahkan jumlah wang besar dan kecil seluruh dunia dengan mengadakan hanya satu alamat e-mel yang tidak memerlukan identiti pengguna, malah tidak perlu disahkan. Undang-undang ini mengambil kira hal ini dan tentunya akan banyak membantu penyiasatan. Akan tetapi dalam undang-

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

undang yang lama juga, kita lihat cukup peruntukan tetapi belum ada tindakan yang dapat kita lihat.

Liberty Reserve juga tidak melakukan atau menerima pembayaran tunai secara langsung tetapi menggunakan pengurup pihak ketiga dan yang cenderung ‘tidak berlesen’ menghantar wang perniagaan tanpa penguasaan kerajaan atau peraturan. Dia bagi empat negara iaitu Malaysia, Rusia, Nigeria dan Vietnam.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya dan beberapa rakan telah membangkitkan soal Global Financial Integrity Report. Laporan GFI atau Global Financial Integrity berhubung aliran wang haram di kalangan negara membangun tahun 2002-2011 mendedahkan bahawa aliran wang keluar dari Malaysia adalah keempat tertinggi di dunia mencecah USD154 bilion. Pada tahun 2011, USD54 bilion, RM174 bilion dan jumlah terkumpul sebanyak RM370 bilion sepanjang 2002 sehingga 2011. Ini maksudnya wang yang dibawa keluar dan diberikan pentaksiran makna illicit ini adalah wang rasuah, wang perjudian tidak berlesen dan wang yang dianggap samar, yang tidak dilaporkan.

Saya faham bahawa kementerian dan juga Bank Negara telah memberikan sedikit penjelasan. Malah, GFI sendiri mengambil kira teguran yang dibuat oleh kerajaan dan Bank Negara termasuk Menteri yang mengatakan bahawa ini tidak semuanya pengaliran haram dan jumlah ini seperti kata Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti, ia overrated. Saya tidak pertikaikan begitu. Saya tidak mahu pertahankan jumlahnya RM300 bilion atau RM100 bilion tetapi jumlahnya besar. Kalau kita kata overrated, jumlahnya RM40 bilion, masih besar wang curi atau wang rasuah atau wang duit haram yang dibawa pindah ke luar. Saya hendak tahu siapa punya? Siapa yang memiliki dana sebesar itu dan mengapa sistem kita yang begitu canggih dan sophisticated boleh membiarkan aliran keluar wang begitu banyak?

Bank Negara umpamanya mengatakan laporan GFI tidak mengambil kira wang perdagangan eksport Malaysia melalui Singapura dan Hong Kong. Ini dianggap re-export hub. Dan mengatakan bahawa anggaran itu mungkin mengambil alih 70%. Jadi, maknanya meremehkan. Kalau 70%, kita bicarakan tentang RM50 bilion yang hilang. Sebab itu saya kurang setuju cara umpamanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low, bekas Presiden Transparency International Malaysia tetapi cakap dalam kerajaan hanya meremehkan, mengatakan ini bukannya jenayah ataupun rasuah. Belum pun ada kajian.

Hari Isnin yang lalu saya sebut, Perdana Menteri India yang baru Narendra Modi dalam sidang Jemaah Menteri yang pertama, dia memutuskan tidak boleh diharapkan hanya agensi yang ada tetapi menubuhkan apa yang dikatakan Special Investigation Committee atau Commission (SIC) dipengerusikan oleh matan hakim yang terkenal, M.B.

Shah, untuk meneliti soal pengaliran wang dari India yang keluar yang tidak diambil berat sangat oleh pentadbiran yang lalu dan kajian itu tertumpu kebanyakan kepada Laporan GFI, Global Financial Integrity Report yang saya maksudkan di sini. Tengok, berbeda. Cara kita tangani, kita tepis sahaja, tiada kes. Cara Perdana Menteri India tangani, dia kata kita kaji teliti, tengok siapa yang terlibat. Kalau tidak RM100 bilion, RM20 bilion tetapi ambil tindakan terhadap siapa yang terlibat.

Oleh sebab itu saya hendak gesa kerajaan supaya jangan ambil remeh, meremehkan isu sebesar ini kerana ini mestinya dana daripada rakyat. Disebut illicit fund seperti kita sebut dengan cara teliti. Laporan GFI kalau saya minta rakan-rakan yang hendak pertikaikan, teliti kerana laporan itu cukup komprehensif dan cukup teliti dan tidak boleh kita hanya remehkan kerana laporan itu juga berdasarkan beberapa penganalisaan yang cukup telus dan terperinci.

final • 12:40 PM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Permatang Pauh, Sungai Petani. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya Yang Berhormat Permatang Pauh. Apakah menjadi masalah kepada kerajaan setelah didedahkan bahawa illicit money yang melibatkan berbilion ini didedahkan, bukan baru, malah agak lama, malah kalau kita tengok di dalam Dewan ini pun telah dibangkitkan beberapa kali, tetapi apakah yang menghalang, pada pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh, kerajaan untuk duduk dan berbincang dan memanggil, malah pihak-pihak yang melaporkan dalam kes GFI ini, untuk menolong sama-sama melihat bagaimanakah kalaupun angka itu tidak benar tetapi sudah tentu ada suatu angka yang boleh diterima dan akhirnya bergerak dari angka yang diterima ini untuk berbuat penyiasatan dan akhirnya mendedahkan siapakah yang terlibat?

Apakah yang menghalang kerajaan untuk melaksanakan tugas ini? Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Mana-mana pemerintah yang telus dan tidak mendukung rasuah dan penyelewengan kuasa tidak harus merasa tertekan dengan laporan ini, kerana kalau benar seperti Menteri katakan ada yang tidak dilaporkan mengenai perdagangan yang disebut eksport hab melalui Singapura atau Hong Kong itu boleh dipotong.

Akan tetapi mengapa tidak ada kajian teliti oleh satu badan yang bebas dan berwibawa dan mengambil tindakan kepada pihak berkenaan. Ini jawapannya tentulah political will sama ada kita ada tekad politik membersihkan penjenayah ini ataupun sekadar mengadakan perundangan baru atau bidang penguatkuasaan baru, tetapi tidak akan menekan pihak besar yang terlibat. Saya hendak sebut tentang teguran yang dibuat oleh Menteri dan Bank Negara...

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Mohon pencelahan Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Sekejap. Sebenarnya yang dijawab oleh Ketua Ahli Ekonomi GFI Dev Kar yang mengatakan pihak beliau telah mengkaji semula beberapa aspek yang dibangkitkan dan kemudian, juga Jabatan Perangkaan dan Banci Hong Kong yang melihat soal eksport semula China, Hong Kong seperti mana yang dilaporkan oleh China sendiri.

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat sebut tadi tentang political will dan juga nama salah seorang anggota Kabinet Tan Sri Paul Low yang dahulunya Pengerusi Transparensi Nasional.

Saya agak terkesan kerana semalam ada satu sesi bersama kakitangan kerajaan dan juga pihak media yang dipengerusikan Yang Berhormat Paul Low di mana sesi tersebut dihadiri oleh beberapa anggota Parlimen termasuklah Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Bayan Baru dan juga Yang Berhormat Kuala Terengganu. Malangnya Yang Berhormat Paul Low telah menghalau Ahli-ahli Parlimen yang hadir, kerana katanya Ahli Parlimen tidak boleh hadir bersama dalam satu sesi membincangkan tentang tindakan susulan selepas Laporan Ketua Audit Negara diterbitkan.

Jadi pada saya bukan sahaja kita tidak mahu bersedia, tetapi kita lihat di pihak kerajaan sampai ke tahap itu menghalau Ahli Parlimen yang hadir dalam sesi terbuka yang diumumkan kepada semua pihak. Saya mohon pendapat Yang Berhormat dalam hal ini.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Jawapannya jelas kerana apabila Menteri itu tidak bersedia berdepan dengan kenyataan dan jawab, dia hanya mampu menghalang orang daripada bercakap. Oleh sebab itu saya kesal dengan apa yang berlaku apabila seorang yang bawa mesej integriti itu...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu Yang Berhormat Permatang Pauh, itu bukan sindiran kepada Tuan Yang di-Pertua, ya? Saya tanya sahaja.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Saya lihat Tuan Yang di- Pertua tetapi saya maksudkan Paul Low.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Jauh perginya. Saya tidak terfikir tadi. Maknanya Tuan Yang di-Pertua maksudkan yang tadi. Isu FELDA.

[Ketawa] Baik. Ya sepatutnya Menteri yang bercakap soal integriti beri ruang. Saya kadang- kadang hadapi masalah. Mengapa tidak boleh ruang. Di situ umpamanya open forum hendak discuss, hendak bincang Laporan Ketua Audit Negara tetapi tidak boleh, Ahli Parlimen dikecualikan. Mungkin alasannya dia kata Ahli Parlimen boleh bahas di Parlimen.

Jadi saya minta Tuan Yang di-Pertua ambil kira pandangan Paul Low itu tadi. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Maknanya boleh bahas di Parlimen lah?

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Maknanya boleh bahas di Parlimen.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sentiasa Yang Berhormat mengambil kira, tetapi perkiraan saya tidak diambil kira.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Saya ambil kira. Baik.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bermacam-macam soal tadi FELDA. Apa salahnya kalau dibawa dalam Usul Penangguhan. Sama juga kesannya tidak ada diganggu, fakta semua diberi dan Menteri menjawab juga. Akan tetapi kadang-kadang venue yang luas terbentang tidak diambil. Mahu juga venue yang sempit. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Okey saya ambil kira. Kita bawa Usul Penangguhan.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lain kali ambil kira juga pandangan Tuan Yang di-Pertua sekali-sekala. Sila teruskan.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Disember 2012 GFI mengulangi pertuduhan atau keterangan maklumat tentang illicit financial flows dan laporan itu menunjukkan setelah diberikan penjelasan oleh Bank Negara dan kerajaan termasuk keterangan Paul Low tadi bahawa ada lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia dari USD30.41 bilion pada tahun 2009 kepada USD64.3 bilion pada tahun 2010.

Malaysia berada di kedudukan ketiga di dunia selepas China dan Mexico. China kita faham kerana ekonominya antara ekonomi terbesar di dunia. Mexico kerana dijadikan sebagai suatu lingkaran dalam perantaraan dana dari Amerika Syarikat. Akan tetapi di Malaysia maknanya 10 tahun bagi Malaysia ialah RM871.4 bilion. Ini pada pendapat saya sepatutnya Perdana Menteri dan Jemaah Menteri patut meneliti ini. Kalau benar hendak menyelamatkan ekonomi kita dan dana negara kita daripada dibawa keluar. Ini dimaksudkan ialah tentang kelemahan tata kelola, rasuah, penyelewengan dan pengaliran wang haram. Ini memerlukan sekali lagi saya ulang tekad politik untuk mengambil tindakan.

Saya faham juga beberapa kajian telah diambil termasuk umpamanya penyerbuan syarikat yang mengambil deposit haram, Boss Genneva Malaysia. Ini telah pun ada tindakan walau pun kita masih belum lihat pertuduhan menyeluruh selain daripada apa yang telah dibuat pada tahun sebelumnya. Dua syarikat iaitu GMSB dan Success Attitude Sdn. Bhd. turut didakwa atas pengubahan wang haram masing-masing dengan 222 dan lapan pertuduhan.

Isu pembiayaan keganasan tadi saya sentuh secara ringkas tadi kerana pada umumnya kita menyokong. Saya hendak ulang. Cuma kebimbangan kita ialah tafsiran keganasan supaya jangan ia terikat dengan pentafsiran barat atau khususnya Amerika Syarikat. Kita menolak segala bentuk keganasan ya. Akan tetapi tafsiran keganasan sebab itu tadi saya sentuh Hamas dan ada nota teman mengingatkan itu juga terlalu ringkas dan kita tidak menekankan bahaya kalau kita pakai sambil lewa.

Umpamanya kita tahu apa yang berlaku kepada pensyarah UPM Profesor Dr.

Rahinah Ibrahim yang dimasukkan dalam kategori pengganas dan terpaksa berjuang bertahun-tahun hendak bersihkan namanya. Walaupun tidak terlibat dengan Kerajaan Malaysia, ini Kerajaan Amerika Syarikat tetapi ia menunjukkan bahawa senarai pengganas ini dimasukkan.

Di Amerika Syarikat seperti kita tahu kadang-kadang nama itu ada persamaan sedikit katakanlah macam bin Laden kah, Abdul Bidin kah kadang-kadang tekanan itu luar biasa. Ini kerana fobia dan juga apa yang kita sebut sebagai Islamophobia yang tidak boleh melihat kecenderungan, kemungkinan golongan Islam itu semuanya terlibat dalam kegiatan haram. Itu saya sekadar hendak tekankan kerana saya tertinggal tadi pengalaman Profesor Rahinah dan juga badan-badan seperti Hamas dan juga pejuang-pejuang yang menentang kezaliman di beberapa negara Arab.

Sekarang Al-Sisi umpamanya, Jeneral Al-Sisi menyebut Gerakan Ikhwan itu sebagai pertubuhan haram. Bukan sahaja pertubuhan haram, pengganas. Jadi apakah kita akan tertekan dengan melabel badan-badan yang dianggap negara diktator ini sebagai pengganas atau tidak? Ini sebabnya mengapa saya menggesa kerajaan supaya mengambil satu sikap yang lebih bebas, berani dan lebih telus. Kalau tidak, undang-undang seperti ini yang umumnya kita sokong akan digunakan pula dan dikenakan kepada kita.

Tuan Yang di-Pertua masih ingat Lahad Datu mula-mula cuba dikaitkan dengan saya sedikit. Jadi ini bahaya. Kita sokong undang-undang ini selepas itu digunakan undang-

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

undang itu lepuk kita. Puak ini bukan boleh kira sangat.

[Disampuk] Jadi sebab itu soal transaksi dan sebagainya.

Habis itu ada juga Ahli Parlimen yang setuju saya terlibat dalam keganasan Lahad Datu, punya bodoh.

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Tunjuk perasaan di Baling saya terlibat. Tanya ada Ahli Yang Berhormat yang lain pun terlibat.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Permatang Pauh, kalau panjang lagi boleh sambung selepas tengah hari.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Ya saya habis. Saya ingat setakat ini dahulu Tuan Yang di-Pertua. Saya tinggalkan beberapa aspek laporan, penguatkuasaan dan sebagainya kepada teman-teman yang lain. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua Whip tolong hantar senarai pembahas-pembahas daripada Backbenches sudah ada. Hantar tengah hari.

Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti.

Terima kasih.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

final • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Titiwangsa. Sila.

final • 2:30 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan yang telah dibentangkan pada pagi tadi. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Permatang Pauh kerana telah menyokong dan dalam perbahasan pagi tadi saya mengalu-alukan persetujuan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh tentang beberapa elemen yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh pagi tadi.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita tahu bahawa pengubahan wang haram ini adalah hasil daripada kelebihan keuntungan yang diperolehi daripada transaksi- transaksi kebanyakannya adalah daripada urus niaga-urus niaga yang tidak dapat direkodkan. Kalau kita lihat kegiatan jenayah yang berlaku dalam negara kita ini, tergolong dalam banyak kategori. Di antaranya pengedaran dadah, penipuan dalam transaksi perniagaan, penyeludupan, pelarian cukai, rasuah dan juga premis-premis perjudian yang tidak dilesenkan.

Dalam banyak-banyak jenayah ini, kalau kita lihat undang-undang kita hari ini, kita telah dapat menggubal undang-undang dari aspek mencegah rasuah dan juga dadah di mana kita mempunyai Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang begitu komprehensif, yang membenarkan apabila sesuatu kesalahan itu telah terbukti, maka kerajaan boleh merampas harta-harta mereka yang terlibat ataupun dituduh di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Begitu juga dari segi Akta Dadah Berbahaya. Kerajaan kita juga mempunyai set undang-undang yang begitu komprehensif untuk kita mengambil tindakan bukan sahaja kepada mereka yang mengedar dadah malah turut kepada segala harta yang diperolehi daripada mereka hasil daripada transaksi dadah yang berbahaya ini.

final • 2:32 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Akan tetapi malangnya, ada juga kesalahan-kesalahan jenayah ini, hari ini yang berlaku kita mempunyai peruntukan untuk mensabitkan kesalahan tetapi kita ada peruntukan-peruntukan dalam kesalahan-kesalahan ini yang membolehkan hasil daripada keuntungan jenayah yang dilakukan bertahun-tahun ini diambil ataupun disita oleh pihak berkuasa. Saya ambil contoh, beberapa kes jenayah contohnya yang melibatkan Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, saya akan bagi contoh setiap satu ini dan juga human trafficking 2007.

Kesemua akta ini adalah akta-akta yang akan mensabitkan seseorang itu dari segi soal kesalahan jenayah tetapi jenayah yang mereka terlibat ini menyebabkan mereka ini berjaya mengumpul harta yang beratus-ratus juta, berpuluh-puluh juta dan mereka ini simpan harta-harta ini. Kemudian, apabila mereka didapati bersalah, dimasukkan dalam penjara, keluar lima tahun lepas itu mereka boleh melakukan jenayah ini semua kerana mereka mempunyai modal yang telah disimpan, yang tidak boleh disita oleh pihak kerajaan.

Harta-harta kekayaan dari sekarang ini, ianya sangat penting untuk kita melihat semula kerana inilah sebenarnya punca, kalau kita lihat pembiayaan terrorist ataupun keganasan. Ini adalah dibiayai oleh wang-wang yang didapati secara haram ini, yang tidak direkodkan dengan sempurna. Maka inilah yang menggalakkan banyak jenayah berlaku dalam negara kita. Saya hendak ambil contoh Tuan Yang di-Pertua, soal perjudian ini.

Kalau kita lihat hari ini internet judi, internet cafe yang digunakan sebagai alasan internet cafe tetapi mereka menggunakan premis-premis ini untuk buat gambling activity.

Saya cukup risau budaya perjudian internet cafe ini kerana saya ambil contoh di kawasan Desa Pandan. Kalau dulu orang hendak berjudi, dia kena pergi naik Genting Highlands, dia boleh main macam-macam jenis judi di atas sana. Tempat itu dilesenkan oleh kerajaan. Hari ini mereka telah bawa judi-judi ke dalam masyarakat di kawasan penempatan. Contohnya di Desa Pandan. Pada tahun 2010, dia menubuhkan dua outlet dipanggil internet cafe, cermin gelap. Siapa hendak masuk ada gangster tunggu, orang yang tidak kenal tidak boleh masuk. Akan tetapi dalam itu mereka terlibat dalam soal berjudi dan melibatkan remaja-remaja, kadang-kadang ada yang kanak-kanak sekolah menghabiskan RM100, RM200 hingga RM300 berjudi dalam itu. Jadi, saya lihat hari ini kawasan tersebut mempunyai 25 outlet. Setiap kali bila tindakan diambil, esok dia orang buka balik semula. Lepas dua hari, dia buka balik semula.

Jadi, saya nampak dengan adanya akta begini secara tidak langsung kita melihat internet cafe ini, saya pun buat some study, Tuan Yang di-Pertua. Rupanya memanglah tidak boleh tutup internet cafe ini sebab keuntungan yang diperolehi dalam internet cafe ini begitu dahsyat sekali. Dalam sesuatu outlet itu, dia boleh meletakkan 25 komputer. Satu komputer yang beroperasi satu hari boleh collect RM2,000. Bayangkan RM2,000, 25 komputer RM50,000 dia boleh collect. Kalau ada 25 outlet darab dengan 365 hari, saya buat calculation, sebulan sahaja dia boleh mencecah hampir RM18.25 juta, tidak masuk pembayaran balik semula.

Kemudian, kalau kita gabungkan keuntungan ini, mana pergi keuntungan ini?

Keuntungan ini akhirnya menyebabkan negara kita berdepan dengan masalah jenayah- jenayah kecil akibat daripada kes-kes rumah-rumah perjudian ini yang dijalankan secara illegal, diambil tindakan tetapi tidak berkesan kerana mereka yang buat keuntungan ini, terlampau besar keuntungan dia maka mereka sanggup balik semula membuat keuntungan ini dan melakukan jenayah ini tanpa ada sekatan.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Seremban bangun. Yang Berhormat Seremban.

final • 2:40 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Ada satu lagi. One more.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 2:40 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Jadi kalau kita lihat, keuntungan yang dibuat ini hasil daripada jenayah ini. Apa yang berlaku? Berlakunya ialah bila orang dah kalah judi dekat dalam itu, remaja-remaja ataupun orang-orang dewasa yang terlibat main judi dalam internet cafe ini dan melakukan jenayah-jenayah kecil seterusnya.

Rangkaian jenayah akan berlaku iaitu kita ada ragut, pecah rumah kemudian curi kereta, curi motor, masuk rumah orang. Kenapa? Ini kerana jenayah-jenayah kecil ini yang telah dihabiskan duit-duit mereka ini dalam outlet perjudian.

final • 2:40 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Kemudian wujud pula dalam kes yang sama Ah long. Bila dah kalah judi, di sinilah mereka gunakan duit keuntungan ini melibatkan aktiviti Ah long. Mereka untung berjuta-juta ringgit, tidak bayar, mewujudkan gengsterisme culture dalam kawasan-kawasan atau dalam negara kita. Untung banyak. Akhirnya masyarakat akan tertindas, kita yang tak terlibat akan tertindas. Saya bagi contoh lagi satu Tuan Yang di-Pertua. Saya nampak, saya lihat keuntungan-keuntungan yang dibuat ini akhirnya di mana letak duit mereka? Mereka nanti gunakan duit ini membeli saham, membeli property. Kemudian apabila selepas tiga, empat tahun property ini dijual. Bila dijual, bila bayar income tax capital gain, jadi duit itu secara automatik menjadi putih. Akan tetapi sedangkan asal usul duit itu sebenarnya adalah hasil daripada kegiatan-kegiatan jenayah ini yang tidak dapat kita trace. Jadi, contoh yang kedua, tadi Yang Berhormat Seremban.

final • 2:40 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 2:40 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa.

Saya amat bersetuju dan juga bersama-sama dengan Yang Berhormat dalam isu ini.

Berkenaan dengan masalah cyber casino ini. Ia bukan sahaja di Kuala Lumpur, di seluruh negara, di merata-rata tempat. Di kampung-kampung baru, di kawasan-kawasan FELDA pun saya difahamkan bahawa ada cyber casino ini. Kita pernah banyak kali membangkitkan perkara ini.

Sebelum ini Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pernah mengatakan bahawa di Bukit Aman telah menubuhkan satu pasukan khas untuk membanteras kegiatan cyber casino ini. Akan tetapi, masalah ini seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, ia tutup hari ini, esok dua hari lepas itu buka balik. Seolah-olah macam cyber casino ini ada dilindungi oleh pihak-pihak yang berkuasa. Jadi, adakah Yang Berhormat setuju dengan saya bahawa kita bersama-sama dalam perkara ini menggesa Kementerian Dalam Negeri, Menteri Dalam Negeri dan juga Polis Diraja Malaysia supaya untuk melancarkan satu perang besar-besaran. Operasi besar-besaran untuk menghapuskan gejala cyber casino ini. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Saya setuju Yang Berhormat Seremban. Masuk dalam ucapan saya.

final • 2:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 2:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Saya juga amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Titiwangsa berkaitan dengan kegiatan judi haram ini.

Akan tetapi, masalahnya seperti mana yang diberitahu oleh Yang Berhormat Seremban, perkara ini tidak dapat dibanteras walaupun Menteri Dalam Negeri telah mengatakan bahawa tindakan-tindakan telah diambil, akan diambil tetapi masalah ini tidak dapat diselesaikan dan juga ini merupakan satu masalah di seluruh negara kita, di setiap kawasan Parlimen kita menghadapi masalah ini.

Akan tetapi, saya rasa Yang Berhormat Titiwangsa mencadangkan bahawa kita perlu ada satu undang-undang kalau mereka ini ditangkap, mungkin kita kena ambil semua harta mereka dan sehingga mereka tidak dapat beroperasi. Bukan hari ini kita tutup, esok dia buka balik. Saya nampak mungkin ada masalah dalam pelaksanaan ataupun tindakan yang kita ambil untuk menyelesaikan masalah ini. Saya juga risau apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Titiwangsa.

Kalau kita sudah ada undang-undang yang sedia ada sekarang kita ada undang- undang untuk menangkap, kenapa tidak kita mengambil langkah seterusnya? Kalau tangkap, kita terus sita. Kita jangan bagi dia operasi. Bukan hari ini kita tangkap, kita benarkan dia beroperasi esok. Oleh sebab kalau kita ada undang-undang, kalau kita buat satu undang-undang yang lebih berat, masalahnya kalau ada connection seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Seremban tadi, kalau ada connection di antara orang-orang yang operasi perjudian haram ini dengan pihak berkuasa, kalau ada satu connection. Mungkin ada wujud gejala rasuah. Saya risau kalau kita ada undang-undang yang lebih berat, rasuah itu akan bertambah. Itu sahaja. Bukan kita akan selesaikan masalah. Jadi,

final • 2:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

dengan undang-undang yang sedia ada, bagaimana kita boleh membanteras isu ini?

Terima kasih.

final • 2:40 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Ia soal ini sebenarnya apabila kita hendak menghapuskan sesuatu jenayah yang menyebabkan agak sukar adalah kerana keuntungan yang begitu besar. Kalau bila kita mempunyai jenayah yang boleh menyebabkan keuntungan yang begitu besar, maka banyak orang atau penjenayah-penjenayah ini willing to take a risk. Oleh sebab itu, akta ini sangat penting kerana dia boleh merangkumi segala aspek loophole yang kita ada. Contoh di samping kita buat enforcement, kita juga boleh menyita premis-premis ini. Dengan ada akta ini, kita boleh menyita premis ini.

Ini bermakna premis-premis ini boleh dirampas, boleh ditutup oleh sebab kes yang kita bawa kepada tauke-tauke atau peniaga-peniaga ini masih dalam siasatan. Maka masa dalam siasatan ini, maka premis-premis ini tidak boleh dibuka. Ini kerana kalau kita benarkan ia buka, kita rampas hari ini komputer, bawa keluar komputer 25 unit. Esok dia masuk balik 25. Ini kerana keuntungan yang dia dapat daripada sistem ini terlalu besar.

Contoh saya ambil dari tempat saya 25 outlet, kalau boleh untung satu tahun RM182 million, saya ingat semua penjenayah willing to do that but the question is kita punya enforcement is not effective.

Saya bersetuju dari segi soal enforcement pegawai-pegawai ini juga kita kena pantau supaya tidak berlaku rasuah. Kita ada Akta Rasuah, kita boleh rampas kalau kita dapati mereka bersalah. Akan tetapi, operator yang menyebabkan jenayah ini. Mereka apabila mereka untung banyak, di sinilah punca dia merasuah orang. Kalau dia tidak untung banyak, kalau kita genuine businessman, kita tidak akan rasuah orang. Kalau margin kita 2%-3%, macam mana you hendak rasuah orang?

Ini sudahlah untung RM182 juta, kerajaan tidak dapat tax, gambling activities is not legalized. Kemudian apa yang berlaku? Jenayah turut berlaku. Kita dapat double impact.

Ragut, pecah rumah. Gengsterisme, Ah long, curi motor, curi kereta, pecah kereta. *Why?

Because easy money for them to get and then tomorrow they can go and play again.* Nombor dua, kita lihat kalau kita tidak banteras ini secara holistic approach, kita ini sebenarnya boleh melalaklah. Akan tetapi saya ingat kalau betul-betul kita ada akta ini, kemudian kita minta KDN bekerjasama buat enforcement, kita identify tuan-tuan punya premis yang membenarkan aktiviti judi ini dan kita sita premis mereka, saya percaya mereka tidak berani sewa lagi kepada mana-mana pengusaha-pengusaha illegal internet cafe ini untuk kita membuat aktiviti perjudian. Kita kena ambil tindakan komprehensif, kena tekankan benda ini sangat penting.

Tuan Yang di-Pertua, contoh yang kedua saya hendak ambil ialah dari segi cukai pendapatan. Now, kadang-kadang kita ada aktiviti business yang genuine. Akan tetapi kita tidak membuat cukai pendapatan yang setelusnya. Saya ambil contoh kadang-kadang kita lihat peniaga-peniaga ini berniaga bertahun-tahun. Selama 20, 30 tahun, kilang daripada kecil menjadi besar, besar menjadi gergasi. Akan tetapi, tax tidak ada bayar. Ataupun kalau bayar pun sekadar hendak buka fail sedikit.

Akan tetapi company expand 20, 30 tahun. Keuntungan dalam audited account tidak ada. Kenapa? Oleh sebab company-company ini tidak disenaraikan di papan Bursa Saham Kuala Lumpur. They are privately owned companies. Jadi, dia boleh ada set of documents, yang mana hendak bagi kepada income tax, yang mana hendak bagi untuk dia punya kepentingan. Jadi, oleh sebab itu kalau kita lihat banyak pengeluaran wang keluar daripada negara kita ini adalah hasil daripada keuntungan-keuntungan dari sebahagian daripada perniagaan-perniagaan yang tidak direkodkan keuntungan ini berpuluh-puluh tahun.

final • 2:40 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Akhirnya apabila setelah selesai dia collect duit RM100 million, RM200 million, RM300 million hasil daripada undeclare income ini, maka dia kemudian buat business betul- betul, pergi PLC menjadi public listed company, maka mereka pun putihkan semua modal mereka. Jadi ini yang kita rasa dengan adanya akta ini, kita boleh membendung pada awal.

Pada awal lagi kita boleh membendung supaya mereka yang hendak berniaga kena mengikut undang-undang iaitu apabila ada transaksi, mereka kena rekodkan transaksi

final • 2:50 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

mereka. Kalau ada keuntungan, mereka kena rekodkan keuntungan mereka mengikut undang-undang sedia ada.

Kalau tidak, maka apabila ada tindakan akan diambil, maka ini akan boleh kita boleh mengambil harta-harta mereka hasil daripada keuntungan-keuntungan yang tidak dideclare. Contoh yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, kita juga kadang-kadang dengar di pihak Akta Kastam, kita lihat banyak peniaga import barang bawa masuk barang dekat port, kena bayar duti. Ada yang tidak declare, ada yang collaborated dengan pegawai-pegawai.

Jadi dia dapat lari daripada duti. Kemudian bila dia lari daripada duti, sudah tentu apabila dia jual barang-barang ini, mereka boleh menjual dengan keuntungan yang tinggi kerana harga yang dia dapat waktu membeli tanpa membayar duti kemudian apabila dia jual, dia jual dengan harga yang ada duti. Keuntungan-keuntungan yang dia dapat ini kadang- kadang dia tidak declare. Bila dia tidak declare, over the years, 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun, dia accumulate RM100 million, RM200 million, RM300 million hasil daripada sepatutnya pergi kepada kerajaan. Mereka mencari keuntungan tetapi keuntungan tidak rekod. Hendak kena corporate tax, tidak dideclare. Jadi kalau kita lihat semua ini, kalau kita ada Akta Pencegahan Jenayah untuk membasmi rasuah yang begitu komprehensif, kita boleh rampas. Kemudian dadah kita boleh rampas harta-harta mereka. Akan tetapi jenayah- jenayah yang sebut tadi ini, contoh-contoh ini, kita tidak ada akta untuk merampas harta- harta mereka yang telah menipu negara. Jadi sebab itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Kewangan kerana...

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan bangun. Sila.

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Yang Berhormat sedar mungkin memang benar bahawa tidak ada mana-mana akta dalam negara kita yang setelah penjenayah ini didakwa, contohnya satu ketika dahulu Pak Man Telo, dia menggelap wang awam menggunakan skim cepat kaya. Dia sudah didapati salah dan dipenjarakan. Akan tetapi, selepas tiga tahun di penjara, dia keluar, dia boleh guna kekayaan dia itu untuk kehidupan yang baru sedangkan seharusnya wang yang digelapkan itu seharusnya milik orang awam.

Akan tetapi oleh sebab tidak ada akta, maka dia terlepas dan boleh enjoy dengan wang penipuan itu. Jadi dengan adanya gubalan akta baru ini, maka mana-mana penjenayah yang didapati bersalah dan harta milik mereka beratus-ratus juta ini juga boleh disita dan dirampas oleh kerajaan. Jadi setujukah Yang Berhormat bahawa inilah sebenarnya matlamat inti pati yang kita kehendaki untuk menghalang penjenayah- penjenayah daripada melakukan jenayah-jenayah secara berterusan. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Saya setuju Yang Berhormat Kinabatangan. Masukkan ucapan Yang Berhormat Kinabatangan dalam ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, di samping kita melihat akta ini, sebenarnya pihak kerajaan juga kena banyak melihat semula bagaimana sistem penguatkuasaan ini ataupun enforcement ini dilakukan. Kita hendak pihak kerajaan di samping kita bersetuju dengan akta-akta ini, akta-akta ini sahaja tidak menjamin untuk kita menyelesaikan masalah kita sekiranya kita tidak mempunyai enforcement ataupun penguatkuasaan yang efisien.

Saya beri contoh, kalau kita hendak mengambil sesuatu tindakan, kita tidak bolehlah pilih-pilih siapa kita hendak ambil. Tidak kiralah dia Tan Srikah, dia Dato’ Serikah atau dia Dato’ tetapi kalau kita tahu dia melakukan jenayah-jenayah ini yang menyebabkan mereka mendapat keuntungan hasil daripada jenayah ini, kita ambil action. Kita tidak payah pilih. Kita tidak perlu takut sama ada mereka ini politically connected, sama ada mereka ini mafia atau underworld. Kita kena ambil tindakan sebab kita tidak boleh pilih. Bila kita pilih, yang kecil-kecil untung RM10,000, RM20,000 kita ambil tangkap, “AMLA”. Akan tetapi yang ratus-ratus juta ini kita biar. Mereka inilah sebenarnya the bribe of everything jenayah dalam negara kita kalau kita tidak betul-betul handle mereka. Ah long datang duit dari mana? Dia tidak datang daripada banking system. Dia tidak pernah datang dari banking system. Dia datang from the illegal trade. Kita sudah handle rasuah, kita sudah handle dadah, tetapi kita tidak handle benda-benda ini yang kelihatan genuine tetapi sebenarnya tidak genuine. Ini yang kita hendak kena minta kepada pihak kerajaan melihat dari segi enforcement.

final • 2:50 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Kemudian saya hendak bangkit balik tadi Yang Berhormat Seremban sebut tadi, saya setuju. Kita kena soal pusat-pusat internet judi ini is the source of everything. You hendak buat criminal yang pati-pati ini, yang kecil-kecil ini pun datang dari situ, yang besar- besar ini pun datang dari situ *because that is where the money, the source of money come.

So* jadi saya hendak cadangkan kepada pihak kerajaan, apabila kita hendak mengambil tindakan kepada pusat-pusat internet judi ini, apa yang perlu kita buat? Kita tidak boleh hantar pihak berkuasa pergi ambil komputer sahaja. Kita kena datang buat tindakan bersepadu di mana kita bawa PDRM, kita bawa pihak berkuasa, kita bawa TNB, kita bawa Syabas, kita bawa Telekom yang membenarkan internet lain dekat situ. Kalau tidak ada internet, dia tak boleh. Masuk dalam itu, kita ambil tindakan bersepadu, esok kalau dia hendak letak komputer pun, dia tak boleh jalan komputer tersebut sebab electricity tidak ada, air tidak ada, internet tidak ada. Jadi kita kena ambil tindakan bersepadu dan kemudian dengan adanya akta ini, kita juga yang boleh menyita premis ini supaya tuan punya premis ini jangan membenarkan aktiviti-aktiviti seperti ini untuk disewa kepada premis-premis perjudian ini...

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bolehkah?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan ini. Sila.

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya terpanggil dengan aktiviti premis-premis judi haram ini berbentuk komputer. Sebenarnya Yang Berhormat sedarkah bahawa mereka ini, pengusaha ini kosnya tidak tinggi. Dia menggunakan komputer dan dia isi dengan perisian website dia dengan berbagai-bagai. Sebetulnya mereka tidak ada lesen tetapi diberi benarkan lesen perniagaan. Lesen perniagaan dikeluarkan oleh kerajaan negeri masing-masing. Apa yang terlampau banyak judi macam ini di Lembah Pantai ini, di Lembah Klang ini. Jadi ini masalah, di Sabah pun banyak.

Saya sudah buat bantahan, judi-judi jenis komputer ini. Budak-budak sekolah pun pergi main judi. Jadi apakah Yang Berhormat ingin mencadangkan bahawa perlu ada, di sini dipanggil perlu ada usaha sama di antara agensi-agensi kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Kalau tidak, berlarutan seolah-olah ada sindiket yang berlaku di kalangan pihak-pihak tertentu. Jadi kita tidaklah mahu mendengar rungutan orang ramai, agensi ini terlibat, ini terlibat sebab tidak baik. Akan tetapi apabila tidak diberhentikan, maka tuduhan itu menyatakan bahawa ada kebenarannya.

Jadi Yang Berhormat, apakah perlu mencadangkan kepada kementerian supaya konsisten, Akta yang baik tetapi pelaksanaan tidak baik, tidak ada guna juga kita laksanakan akta ini apabila tidak dapat kita lakukan secara menyeluruh. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Setuju Yang Berhormat Kinabatangan. Masuk sekali lagi dalam saya punya ucapan.

final • 2:50 PM

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Masuk, jangan tidak masuk.

final • 2:50 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, di samping penguatkuasaan dan enforcement, saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan, kita di pihak kerajaan di samping kita hendak buat enforcement, kita juga kena ada teknologi. Kita kena invest in technology. Contoh, saya sebut dalam contoh, dalam ucapan saya tadi soal kastam.

Apabila kontena yang banyak, beratus, dan beribu yang datang ini dekat dalam port, bila kala kita hendak pergi check one-by-one dalam kontena ini, apa yang mereka declare? Kita boleh declare random. Oleh sebab itu kerajaan kena invest ahead in term of technology, bagaimana kita boleh invest scanner-scanner yang sofistikated untuk kita scan kontena-kontena yang masuk ke dalam negara kita ini? Jadi dari situ, kita boleh menentukan sama ada mereka ini yang declare dia punya produk ini, konsisten ataupun tidak dalam apa yang telah kita scan menggunakan teknologi-teknologi canggih ini.

Dari situ juga kita boleh mengelakkan abuse of power di kalangan pegawai- pegawai yang terlibat dalam proses meluluskan pengeluaran kontena-kontena ini dalam pelabuhan-pelabuhan.

final • 2:50 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Ketiga, di samping kita mempunyai penguatkuasaan, enforcement dan juga kita galakkan kerajaan invest dengan teknologi, kita juga hendak kerajaan invest in sumber manusia, talent. Sebab apa saya cakap kena invest dalam sumber manusia dan talent sebab kita apabila kita hantar pegawai-pegawai untuk check auditing account atau syarikat- syarikat punya akaun, janganlah hantar mereka yang tidak mempunyai pengetahuan dari segi akaun. Kadang-kadang dia hantar kepada syarikat-syarikat yang orang itu genuine tidak ada masalah tetapi oleh kerana pegawai itu tidak faham membaca akaun maka akhirnya mereka ini menjadi mangsa.

Kita hendak kalau boleh bila kerajaan untuk melabur dalam human resource atau invest in talent ini supaya mereka yang kita hantar kepada syarikat-syarikat besar ini ataupun syarikat-syarikat yang tidak disenaraikan ataupun family-owned company, mereka ini faham perkara-perkara yang melibatkan tidak kita tidak declare account apa sebab dekat situ ada kita punya engagement dengan mereka ini supaya kita bukan menakutkan mereka untuk menjadi pelabur di negara kita ataupun membuat urus niaga di negara kita tetapi kita di samping itu juga kita mempunyai pegawai-pegawai yang boleh memberi education kepada mereka untuk mereka sama-sama memahami soal bagaimana pentingnya untuk kita buat declaration dari segi kita punya transaksi perniagaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melihat akta ini sebagai salah satu daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan pertahanan negara membanteras jenayah. All spectrum of jenayah bukan sahaja apabila kita sebut jenayah ini kita cerita soal rasuah dan juga dadah sahaja tetapi kita juga kena melibatkan perkara-perkara yang saya sebut tadi sebagai Akta Kastam, kemudian lari cukai pendapatan yang menyebabkan mereka ada access money, kemudian buat aktiviti-aktiviti lain dan rumah-rumah perjudian yang saya sebut tadi dan human trafficking dan sebagainya.

Kemudian, saya juga menyokong akta ini kerana dia secara tidak langsung boleh menangani isu ketirisan dalam ekonomi kita dan secara tidak langsung boleh meningkatkan pendapatan negara kerana apabila kita ada individu-individu yang menjadi usahawan atau peniaga dia kumpul duit yang patutnya dia bayar tax tetapi dia tidak bayar, selepas 20 tahun, 10 tahun, 15 tahun berniaga dia collect RM100 million, RM200 million dan duit itu adalah hasil daripada tax yang sepatutnya mereka bayar. Secara tidak langsung dia boleh membantu kerajaan apabila kita dapat implement akta ini secara berkesan, secara efisien seperti mana yang saya cadangkan tadi.

Akhir sekali, akta ini juga saya percaya boleh menyediakan suasana kondusif untuk perniagaan kerana cuba bayangkan kalau saya peniaga, Yang Berhormat Kinabatangan also peniaga, tetapi Yang Berhormat Kinabatangan contohnya kalau mengimport barang duti tidak declare. Saya contohnya katakan saya declare, contoh. Jadi barang yang sama saya tidak boleh jual competitive mungkin orang ‘A’ ini boleh jual competitive. Oleh sebab itu dengan adanya akta ini secara tidak langsung kita menakutkan mereka ini supaya dia buatlah untung macam mana sekalipun, dia berasuahlah macam mana sekalipun tetapi the moment dia kena tangkap, kemudian apabila kita analisa benda ini, maka dia boleh kita ambil balik harta-harta mereka ini walaupun mereka telah lakukan 10, 15 tahun yang sebelum mereka didapati bersalah. Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 3:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu terima kasih atas diberi peluang untuk membahas rang undang-undang ini. Walaupun secara prinsipnya pindaan-pindaan dalam rang undang- undang ini adalah disokong tetapi adalah menjadi satu isu yang perlu dibangkitkan di sini Tuan Yang di-Pertua iaitu berkenaan dengan isu pembekuan. Pembekuan akaun-akaun dan aset-aset yang diperuntukkan di dalam undang-undang ini.

final • 3:04 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terutamanya berkenaan dengan pindaan yang dicadangkan dengan seksyen 44(a) iaitu satu seksyen yang perlu dibaca dengan seksyen 44 akta utama, akta asal berkenaan dengan pembekuan harta yang boleh dibuat dengan izin, oleh satu enforcement agency ataupun agensi penguatkuasaan di mana di bawah seksyen 44 seorang pegawai enforcement agency tersebut boleh ataupun diberi kuasa untuk mengeluarkan satu perintah yang membekukan aset-aset, akaun-akaun dan sebagainya seorang yang disyaki selama tempoh 90 hari.

Mengikut pindaan dalam rang undang-undang ini di bawah seksyen 44(a) iaitu seksyen baru, kuasa diberi kepada pegawai enforcement agency tersebut, dengan izin untuk membuat beberapa perkara seperti mengubah atau membatalkan perintah pembekuan tersebut. Pegawai tersebut juga mempunyai kuasa untuk menolak permohonan untuk mengubah perintah tersebut, dengan izin, in other words, pegawai tersebut diberi kuasa mutlak untuk mengeluarkan perintah tersebut dan untuk menolak apa- apa permohonan untuk menarik balik perintah tersebut.

Ini Tuan Yang di-Pertua, adalah satu isu yang penting memandangkan kuasa mutlak tersebut boleh disalahgunakan. Kita boleh bandingkan keadaannya dengan keadaan di bawah Akta Dadah ataupun jenayah dadah iaitu di bawah Akta Dadah Berbahaya terlucut akan aset, dengan izin Dangerous Drugs (Forfeiture Of Property) Act 1988 di mana di dalam peruntukan undang-undang tersebut Tuan Yang di-Pertua, kuasa untuk melucut hak ataupun forfeiture, dengan izin, property, aset-aset dan sebagainya yang disyaki terlibat ataupun didapati melalui wang haram melalui kegiatan dadah adalah diletakkan bukan di dalam ataupun di bawah tangan mana-mana pegawai tertentu tetapi diletak di dalam tangan Mahkamah Tinggi.

In other words, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kuasa itu bukan mutlak di mana pihak pegawai ataupun public prosecutor, dengan izin diperlukan membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi disokong dengan afidavit-afidavit tertentu yang mengandungi keterangan-keterangan bukti dan sebagainya untuk menyokong permohonannya untuk aset-aset dilucuthakkan ataupun dengan izin, forfeit. Ini merupakan Tuan Yang di-Pertua, satu safeguard untuk menentukan kepentingan-kepentingan orang yang disyaki yang belum dituduh juga kepentingannya dilindungi. Dalam rang undang-undang yang di hadapan kita Tuan Yang di-Pertua, nampaknya safeguard-safeguard tersebut tidak terdapat ataupun terkandung di mana-mana akta tersebut. Memandangkan keadaan tersebut adalah penting kita ingat Tuan Yang di- Pertua, bahawa aset-aset, akaun-akaun dan sebagainya yang dibekukan oleh pegawai yang tertentu di bawah akta ini akan melibatkan dengan izin, livelihood.

final • 3:04 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

The livelihood of orang yang disyaki yang dijamin. Livelihood itu adalah satu perkara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, dan memandangkan keadaan tersebut saya perlu menjelaskan di sini walaupun kita menyokong usaha-usaha untuk membanteras kegiatan pengharaman, pencegahan ataupun pengubahan wang haram dan mencegah keganasan dan sebagainya. Itu memang secara prinsipnya kita menyokong. Itu merupakan satu perkara yang perlu dibanteras. Akan tetapi at the same time Tuan Yang di- Pertua, apa yang perlu diingatkan di sini adalah the constitutional right, dengan izin, of the right to livelihood perlu juga disafeguard. Mengikut pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini, dengan izin, that constitutional right tidak dilindungi.

Dalam erti kata lain Tuan Yang di-Pertua, kuasa mahkamah ataupun penglibatan Mahkamah Tinggi secara khususnya di dalam usaha membanteras pengubahan wang haram ini nampaknya dikecualikan mengikut akta pindaan ini. Memandangkan keadaan tersebut Tuan Yang di-Pertua walaupun disokong, we have our reservations, dengan izin, berkenaan dengan pengecualian mahkamah dalam melaksanakan hak-hak orang yang disyaki yang belum dituduh di dalam jangka masa 90 hari tersebut oleh kerana akta ataupun aset-aset mereka sudah senang dapat dibekukan oleh pegawai-pegawai tertentu tanpa apa-apa perlindungan mahkamah. Itu sahaja, terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Tanah Merah.

final • 3:10 PM

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin turut mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Pindaan) 2003 ataupun dengan singkatan AMLATFA.

Dalam rang undang-undang ini saya ada empat isu utama yang dapat saya conclusive ataupun yang dapat saya buat kesimpulan. Isu pertama tiada peruntukan mengenai check and balance di bawah AMLATFA. Kuasa pengukuhan boleh diambil di bawah AMLATFA berdasarkan sebab yang munasabah.

Isu yang kedua, kemasukan kesalahan berkaitan cukai pendapatan sebagai kesalahan berat di bawah AMLATFA. Isu yang ketiga, kemasukan peruntukan berkaitan pembekuan, penyitaan dan pelucutan hakkan harta di bawah undang-undang predikat yang berkenaan, dan isu keempat, orang yang disiasat tidak dapat mengakses kepada perbelanjaan munasabah untuk perbelanjaan sara hidup. Jadi apabila saya membaca rang undang-undang yang begitu tebal ini, inilah yang saya rasa empat kesimpulan.

So, sememangnya sebagai antara yang terlibat dalam menggubal rang undang- undang melalui Dewan yang mulia ini sudah pastilah tiada siapa pun dalam Dewan yang mulia ini saya percaya menentang pelaksanaan undang-undang ini. Ini memandangkan ia amat baik demi kepentingan negara. Money laundering yang dikatakan amat popular di peringkat antarabangsa terutama kepada golongan pengedar-pengedar dadah, kongsi gelap, bookie, pemain judi, dan kumpulan pengganas seperti yang diutarakan oleh sahabat saya Yang Berhormat Titiwangsa. Walaupun terdapat pelbagai undang-undang telah digubal di seluruh dunia namun money laundering saya percaya amat sukar dikawal.

Dikatakan money laundering berasal daripada satu kumpulan kongsi gelap penjenayah antarabangsa yang menggunakan duit hasil kegiatan penjenayah untuk dilaburkan atau dibersihkan dengan menggunakan jalan-jalan yang berlandaskan undang-undang seperti menerusi aktiviti pembelian saham, stok, derivative, future, forexs, insurans, pembiayaan industri projek yang besar, ada yang terlibat dengan sektor hartanah, dan termasuklah money laundering ini juga terlibat dalam perniagaan-perniagaan kereta atau perniagaan- perniagaan yang dilihat halal. Malah penjenayah ini...

final • 3:12 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

[Bangun]

final • 3:12 PM

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ya, Yang Berhormat Setiawangsa.

final • 3:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 3:12 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Tanah Merah saya hendak panjangkan sedikit apa yang diutarakan Yang Berhormat Seremban tentang percambahan internet casino ini. Akan tetapi dalam masa yang sama tempat-tempat saya dan Kuala Lumpur ini juga percambahan tentang syarikat peminjam wang yang bertambah dalam rate yang begitu banyak terutama dalam Parlimen saya. Adakah kita juga tidak melihat daripada sumber mana mereka mendapat wang ini untuk diberi pinjaman. Lesen pinjaman mereka ini dikeluarkan oleh KPKT. Adakah kemungkinan wang mereka ini dapat daripada sumber-sumber yang haram tetapi mereka labur dalam business yang legal?

Minta pandangan.

final • 3:12 PM

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Saya setuju dan saya juga concern dengan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Setiawangsa di mana kita bimbang duit-duit yang kita tengok legal business iaitu peminjam wang tetapi wang yang mereka dapat untuk dipinjamkan itu kita khuatir ia datang daripada aktiviti-aktiviti yang tidak halal ataupun aktiviti haram.

Oleh itu, saya mohon dan saya harap kepada KPKT, sebelum meluluskan lesen- lesen ini ia perlu disiasat sepenuhnya sebelum lesen-lesen ini diberikan dan juga penguatkuasa-penguatkuasa yang berkenaan harus memantau dengan lebih teliti. Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Masukkan cadangan Yang Berhormat Setiawangsa itu ke dalam ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, penjenayah-penjenayah tersebut menggunakan wang berkenaan bagi membiayai dan ada yang membeli bank-bank tertentu yang bermasalah

final • 3:12 PM

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

untuk diniagakan menerusi pelbagai skim pinjaman berfaedah termasuk segala potongan cukai bagi membersihkan wang berkenaan dan menggunakan lunas undang-undang serta dianggap sebagai revenue hasil, dengan izin, doing the wrong thing the right way.

Contoh, saya terlibat dalam perniagaan kereta. Perniagaan kereta juga tidak terlepas dengan anasir-anasir mereka yang terlibat dalam duit yang kita panggil money laundering dan kegiatan ini telah menyebabkan mereka yang genuine business terjejas dan boleh menggugatkan, mereka boleh gulung tikar. Kenapa saya berkata begini? Ini kerana mereka yang money laundering objektifnya yang terlibat dalam perniagaan kereta atau apa jualah perniagaan, mereka hendak mencuci duit itu. Jadi dia tidak concern, ia tidak memikirkan tentang sama ada perniagaan itu untung atau rugi. Mereka concern hanya hendak bersihkan duit itu. Jadi peniaga-peniaga yang meniaga yang genuine, yang asli mereka ada overheat, mereka ada bayaran bulanan, tanggungan, dan bebanan yang perlu ditanggung setiap bulan. Akan tetapi mereka yang terlibat dengan money laundering, mereka tidak fikir itu.

Oleh sebab itu kita tengok kebanyakan peniaga-peniaga khususnya bumiputera saban hari ada yang terpaksa menggulung tikar kerana tidak dapat menampung kos bulanan. Satu laporan antarabangsa pernah dikeluarkan yang menyatakan bahawa kewujudan money laundering juga menandakan operasi jenayah terancang, dengan izin, organized crime dan transnasional. Money laundering juga amat cepat evolusinya di mana penjenayah amat bijak menyesuaikan teknik pelaburan agar sukar dikesan. Tambahan pula dengan adanya teknologi ICT yang mempermudah dan mempercepatkan lagi urusan perniagaan. Apabila banyak keuntungan diperolehi dari pelaburan money laundering, maka dengan sendirinya kemungkinan keuntungan ini digunakan pula untuk membiayai aktiviti jenayah adalah tinggi. Sebab itu kita bimbang ia haruslah ditangani dengan tegas.

Tuan Yang di-Pertua, atas sebab itulah kita perlu menentang dengan apa jua cara untuk membasmi kegiatan ini kerana ia mampu melumpuhkan ekonomi negara dalam masa yang sangat cepat. Pengubahan wang haram apatah lagi melalui perubatan jenayah adalah sesuatu perbuatan yang harus dibanteras habis-habisan. Malah saya juga menyokong penuh kerana pindaan ini juga bertujuan meluaskan kuasa penyiasatan kepada kesalahan membiayai keganasan. Walau bagaimanapun, apa yang saya harapkan pelaksanaannya akan dilakukan secara bersungguh-sungguh dan juga cukup berhemah.

final • 3:12 PM

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Sebagai contohnya kita sering mendengar pusat-pusat hiburan diserbu oleh pihak berkuasa. Akan tetapi seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Titiwangsa, hari ini kita serbu, esok buka balik. Soalnya kenapakah pemilik pusat hiburan tersebut masih mempunyai sumber kewangan walaupun diserbu. Tidakkah mereka ini boleh dikategorikan sebagai melakukan pengubahan wang haram melalui aktiviti-aktiviti yang telah melanggar undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, saya memahami bahawa kerajaan sudah pun mempunyai agensi-agensi tertentu bagi memastikan kegiatan pengubahan wang haram ini dapat dibanteras. Namun dengan kecanggihan modus operandi oleh penjenayah atau mereka yang terlibat perbuatan ini, saya ingin mencadangkan satu pasukan petugas khas diwujudkan dan ditubuhkan. Pasukan petugas khas ini haruslah diketuai oleh pegawai- pegawai kanan dari Jabatan Peguam Negara dan disertai oleh semua agensi penguat kuasa khususnya PDRM, SPRM dan juga LHDN. Saya percaya pasukan petugas khas ini akan mampu berfungsi dengan sempurna.

Kenapa saya mencadangkan Jabatan Peguam Negara terlibat, ia memandangkan jabatan itu mempunyai kuasa untuk memberikan command ataupun arahan kepada agensi- agensi lain.

Saya yakin jabatan tersebut mempunyai pegawai-pegawai yang berwibawa bagi menganggotai pasukan petugas khas ini. Kerajaan perlu memikirkan dengan serius perubahan pasukan petugas khas ini kerana mereka yang terlibat dalam aktiviti pengubahan haram ini semakin bijak dan canggih. Kita tidak boleh bergantung kepada agensi-agensi yang mungkin tidak mampu memberi tumpuan 100% kepada petugas ini.

Seperti yang saya katakan tadi, aktiviti pengubahan wang haram boleh memalapkan ekonomi negara dan penjenayah kini semakin canggih. Oleh sebab itulah kita kena ada satu pasukan khas khususnya bagi menangani masalah ini.

final • 3:20 PM

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun dalam melaksanakan akta ini saya amat berharap ia dilakukan secara berhemah khususnya ahli perniagaan yang dituduh mengelak dari membayar cukai. Janganlah mereka ini dilayan bagaikan penjenayah yang besar sedangkan mungkin apa yang berlaku tanpa disedari ataupun alpa. Saya ingin menyentuh pada beberapa tahun yang lalu AMLA digunakan untuk mereka-mereka yang terlibat dalam perniagaan khususnya kereta import dan ada juga saya difahamkan peniaga- peniaga kereta stesen minyak. Mereka-mereka ini mempunyai business yang kita tahu legal, mereka ada show room, hari-hari mereka berurusan dengan LHDN setiap tahun.

Akan tetapi yang agak kita kesal apabila AMLA digunakan kepada mereka di mana apabila AMLA diguna terhadap mereka bayangkan apabila AMLA dikenakan ke atas mereka, akaun mereka akan dibekukan. Sepatutnya bagi saya mereka boleh diajak berbincang, panggil mereka ajaklah berbincang dan boleh menggunakan akta yang sedia ada.

Akan tetapi apabila akaun dibekukan ia sudah tentulah menyulitkan peniaga- peniaga tersebut. Bayangkan dalam perniagaan tidak boleh lari. Kadang-kadang kita ada bagi post dated cheque dan apabila AMLA dikenakan akaun mereka dibekukan yang mereka genuine business ini bayangkan reputasi mereka. Kadang-kadang saya difahamkan dibekukan berbulan-bulan lamanya. Bagaimanakah mereka ingin meneruskan perniagaan dan di mana reputasi mereka telah pun jatuh dan apabila akaun mereka dibekukan, bukan sahaja akaun mereka dibekukan, isteri pun dibekukan, ada nama-nama semua dibekukan...

[Disampuk] Isteri-isteri, ya.

Saya tidak malu jika saya katakan saya ambil contoh, sebelum saya jadi Ahli Parlimen saya terlibat dalam perniagaan kereta. Nama syarikat saya Kereta TGM. Jadi kalau Ahli Parlimen hendak beli kereta boleh beli, saya bagi low bottom price, hari ini booking. Saya gurau sahaja. Saya ambil contoh mereka datang pada 18.10.2012. Alasan datang pada hari tersebut, dikatakan kerana tidak mencarum pada 2010. Padahal syarikat telah pun mencarum. Ini yang saya katakan mungkin ada kelemahan dari satu sudut di mana LHDN tidak update. Jadi menyebabkan satu department yang lain telah datang freeze dahulu. Apabila dia freeze, apa yang berlaku? Ia menyulitkan. Apabila LHDN telah sedar berlakunya kesilapan, mereka berjanji okey, pembekuan itu akan dibetulkan dalam masa tiga hari. Akan tetapi malangnya bukan tiga hari, hampir daripada dua minggu barulah boleh dihidupkan, diaktifkan balik. Jadi bayangkan dua minggu ataupun setengah bulan apa jadi dengan operasi?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Tanah Merah saya rasa mengenai syarikat kereta TGM tersebut ditarik balik.

final • 3:20 PM

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey boleh. Saya bagi itu contoh.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Mohon tarik balik.

final • 3:20 PM

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey, baiklah, okey saya tarik balik.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang mengatakan boleh beli kereta di syarikat TGM itu. Itu melanggar peraturan mesyuarat.

Nanti esok ada usul terhadap Yang Berhormat Tanah Merah susah juga.

final • 3:20 PM

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya tarik balik. Saya mendengar nasihat Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak ada niat hendak kempen jual kereta.

Apa yang saya cuba hendak sampaikan, saya harap AMLA ini kepada those yang genuine business. Tidak perlu menggunakan AMLA, gunakan akta yang sedia ada. Itu saya kena ambil contoh. Maksud saya apabila kita pembekuan akaun ini ia sudah tentu bagaimana reputasi mereka ahli perniagaan, pihak bank pun akan bertanya; “Wah, you terlibat dengan ubah duit haram. You terlibat dalam money launderingkah?” Itu yang saya fikir ia perlu dilakukan secara berhemah. Saya sokong roh akta ini, cuma caranya. Jadi bagi saya golongan seperti harus diberi peluang untuk membetulkan kesilapan juga kelemahan.

Jadi tidak perlulah membekukan akaun-akaun mereka seolah-olah hasil yang mereka peroleh dari sumber yang haram. Saya tidak katakan mereka ini harus diberi layanan istimewa, cukup sekadar secara berhemah mengikutkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

final • 3:20 PM

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Bagi menggulung ucapan ini di sini saya lihat Tuan Yang di-Pertua ada sedikit kelemahan, maka saya mohon SOP ini dikaji atau ditambah baik agar ia tidak menganiaya kepada mereka yang melakukan perniagaan yang halal. Umpamanya sahabat saya Yang Berhormat Titiwangsa kata kita hendak jerung-jerung besar. Betul, jerung besar kita hendak tangkap tetapi janganlah macam pukat harimau ini dengan jerung besar, ikan bilis semua kita angkut sekali. Jadi harapan saya SOP ini perlu ditambah baik ataupun dikaji semula.

Saya sudah hendak sampai hujung. Bagi menggulung ucapan saya ini, sekali lagi saya mengetengahkan betapa perlunya satu petugas khas ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan rang undang-undang yang kita bincangkan hari ini benar-benar berkesan.

Saya yakin dan percaya jika ada ketegasan dalam soal ini, sudah pasti kegiatan pengubahan wang haram ini akan dapat dibanteras atau paling tidak pun berada di tahap yang paling minimum. Sesungguhnya roh ataupun Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Pindaan) 2003 ini adalah baik, bagus dan mesti disokong, Cuma yang saya concern adalah pelaksanaan ataupun SOPnya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan ini Tanah Merah juga menyokong, terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 3:20 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Cadangan kerajaan meminda Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan adalah tepat pada masanya. Untuk mengatasi aktiviti wang haram yang berleluasa di daerah ini. Money laundering ataupun perniagaan wang haram adalah masalah yang besar dan kecanggihan serta complexity wang haram ini adalah di antara perkara yang banyak merebak di kawasan Borneo Asia dan juga di kawasan Asia. Pada tahun 1996 IMF telah melanggar 5% ekonomi dunia secara global melibatkan wang haram dan ini melibatkan berbilion-bilion US dolar.

final • 3:29 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan dan institusi-institusi kewangan antarabangsa telah mewujudkan legislation undang-undang dan mekanisme untuk membendung aktiviti ini. Pada Mei 2013, New York Times telah melaporkan penukar wang tidak berlesen di Malaysia telah terlibat dengan money laundering, dengan izin, aktiviti wang haram antarabangsa yang melibatkan RM18.3 bilion. Ini termasuklah kegiatan melalui aktiviti dadah, human trafficking, sindiket pasport dan sebagainya.

Di peringkat antarabangsa pula, penukar wang Liberty Reserve dilaporkan penggiat aktiviti wang haram siber terbesar di dunia yang berpusat di Amerika. Ia beroperasi secara global yang meluas melibatkan peraturan sistem perbankan antarabangsa, memberi kemudahan melindungi identiti penghantar dan penerima sebenar melalui e-mel dan tanpa pengenalan penerimanya. Khidmat seperti ini amatlah diminati oleh penjenayah antarabangsa dan malangnya transaksi melibatkan parti ketiga dan mempunyai pusat di Malaysia, Rusia, Vietnam dan Nigeria. Laporan ini juga telah mengenal pasti Malaysia sebagai pusat di Rantau Asia.

Adalah diharapkan bahawa pindaan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang dicadangkan oleh Bank Negara untuk menguatkan undang-undang sedia ada dapat membendung aktiviti ini. Walau bagaimanapun kami ingin mengingatkan pihak berkuasa yang mengetatkan rang undang-undang ini bahawasanya ia hanyalah akan bermakna dan menjadi lebih efektif jika dilaksanakan dengan telus tanpa selective prosecution, dengan izin iaitu penghukuman atau perbuatan penangkapan secara terpilih. Miskin, kaya, warganegara, warga asing, orang biasa dan berpangkat mestilah dikenakan tindakan yang sama. SPRM pada tahun 2013 telah menyiasat beberapa pegawai keselamatan termasuk pegawai polis dan beberapa di peringkat atau gelaran Datuk melibatkan lebih kurang RM6 bilion wang haram dan enam puluh orang pegawai keselamatan telah juga terlibat di dalam siasatan ini.

Pada Januari tahun ini pula, Januari 2014, pegawai keselamatan dan juga pegawai Kedutaan Malaysia di Washington, di USA juga didakwa melibatkan lebih kurang USD120,000. Ini adalah antara dakwaan-dakwaan yang telah dikenakan. Kami berharap

final • 3:30 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

tindakan atas perkara-perkara ini hanyalah sebagai satu permulaan dan ia bukanlah secara terpilih kerana pihak think-tank Political Studies for Change atau KPRU telah menyatakan bahawa Anti-Money Laundering Act, dengan izin, telah overlooked atau lepas pandang beberapa pihak berisiko tinggi. Apa yang dimaksudkan adalah mereka yang politically expose people atau mereka yang terdedah secara politik dengan cara kedudukan dan kuasa mereka seperti di dalam senarai mereka, seperti Perdana Menteri, keluarga, Menteri- menteri Besar, Ketua Menteri dan juga Menteri-menteri dan juga pihak yang berkaitan dengan istana dan sebagainya. KPRU juga telah menyatakan oleh kerana kedudukan dan pengaruh mereka ini, mereka ada high risk group dengan izin...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Seremban bangun.

final • 3:30 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Ya.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 3:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Berkenaan dengan apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu, saya terpanggil kerana salah satu kes yang kita telah bangkitkan berkali-kali di dalam Dewan yang mulia ini dan saya telah berkali-kali bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan dakwaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan yang menggunakan cara pengurup wang atau money changer untuk menghantar RM10 juta ke London. Pihak Peguam Negara telah pun menjawab persoalan saya bahawa pendakwaan itu telah dilakukan ke atas pengurup wang, money changer itu, orang yang telah membantunya untuk menghantar wang tersebut ke London telah dikenakan tindakan dengan lesennya ditarik balik.

Akan tetapi orang yang menghantar wang itu iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan tidak dikenakan apa-apa tindakan kerana dia kata itu bukan wang haram. Soal di sini yang telah kita berkali-kali mengatakan bahawa bukan soalnya wang itu halal atau haram tetapi cara yang dia gunakan untuk menghantar wang itu adalah haram kerana tidak dibenarkan menggunakan money changer untuk menghantar wang. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Kuala Terengganu sebab Yang Berhormat kata tadi ada kajian mengatakan bahawa ada beberapa pihak yang sepatutnya diberikan perhatian, diberikan penekanan seperti orang-orang yang ada kedudukan politik dan sebagainya tidak diberikan perhatian yang sepatutnya dalam tindakan untuk penguatkuasaan. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Saya setuju dengan pendapat Yang Berhormat tadi kerana itu termasuklah di bawah golongan selective prosecution. Jadi, kalau kita hendak meluluskan rang undang-undang ini, baiklah kita mengadakan satu peraturan bahawa ianya akan dikenakan kepada semua pihak. Saya mohon masukkan sebahagian daripada ucapan itu ke dalam ucapan saya. Kami berharap...

final • 3:30 PM

Timbalan Tuan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Tanah Merah bangun. Sila.

final • 3:30 PM

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Kuala Terengganu, isu hantar duit melalui money changer ini mungkin bagi kita mungkin kita minta pihak berkuasa permudahkan sebab contohnya mereka yang mempunyai anak yang di luar negara, hendak hantar duit. Kadang-kadang mungkin dalam sistem kita mungkin ada kelemahan menyebabkan mereka menggunakan money changer untuk memudahkan.

Contoh, kalau hendak hantar melalui bank, mungkin banyak soalan, hendak kena isi borang dan macam-macam tetapi kalau money changer cepat sahaja, pergi hantar duit. Jadi, saya lihat banyak kes ibu bapa khususnya yang anaknya belajar di Mesir, di United Kingdom, mereka menggunakan money changer sebagai satu jalan yang cepat untuk hantar duit. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Kuala Terengganu, kenapa mereka buat begini? Adakah mungkin di sistem yang sedia ada ini mungkin menyulitkan menyebabkan mereka memilih money changer untuk menghantar duit? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Ya terima kasih. Saya bersetuju, mungkin money changer boleh memberi kesenangan yang lebih tetapi dalam masa yang sama saya rasa satu sistem monitoring perlu juga diadakan terutamanya kalau bilangannya lebih besar atau lebih dalam jumlah yang tertentu. Itu merupakan regulatory practice. Mungkin fine-tuning perlulah diadakan.

final • 3:30 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Baik saya ingin teruskan. Kami berharap kerajaan akan ikhlas untuk implementasikan undang-undang ini untuk membendung kegiatan money laundering bukan hanya untuk mengambil hati kuasa luar Amerika yang lebih berminat tentang Anti Terrorism Act. Kita mesti ingat bahawasanya Anti Terrorism Act telah digubal dan ditekankan selepas 11 September. Ini mungkin akan melibatkan mereka juga yang genuine cases, dengan izin, untuk menderma atau mengadakan amal jariah di Malaysia yang mungkin akan berhadapan dengan kesusahan kalau terlalu banyak kawalan yang tidak berpatutan. Jadi, the right balance must be found dengan izin. Kita juga mesti berhati-hati, jangan semata- mata menjadi tali barut dan budak suruhan kepada Amerika dalam usaha mereka membendung money laundering atau aktiviti anti terrorism kerana mereka mempunyai agenda mereka tersendiri.

Jika undang-undang ini hanya memberi perhatian kepada kumpulan tertentu tetapi sengaja dilepas pandang atau overlooked pada pihak yang berpengaruh dalam pemerintahan kerajaan terutamanya ini amatlah malang. Seperti saranan think-tank atau Political Studies for Change, kes seperti di bawah ini yang saya ingin sebutkan termasuk juga dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Seremban. Di antaranya kes-kes yang melibatkan bekas Ketua Menteri Sarawak yang telah disebut beberapa kali di dalam Dewan yang mulia ini juga. Ketua Menteri Sabah dan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Seremban tadi, Menteri Besar Negeri Sembilan di mana pengurup wang itu telah dikenakan tindakan sementara orang kenamaan itu tidak dikenakan apa-apa tindakan. Ini memanglah berbau selective prosecution ataupun hukuman secara terpilih. Kerajaan mesti sedar juga bahawa Singapura adalah Switzerland baru atau no question asked, dengan izin, bank- bank di sana di mana bank Secrecy Actnya merahsiakan maklumat pelanggan.

Di Switzerland sekalipun, melalui tekanan European Union, sekarang ini sudah terpaksa mengeluarkan maklumat atas permintaan bank-bank di United Kingdom dan negara-negara jiran dan tidak lagi dapat merahsiakan segala simpanan wang yang diletakkan di bank-bank Switzerland seperti dahulu. Dengan terletaknya hampirnya Singapura dengan Malaysia, wang haram boleh dibawa dengan fizikal, dengan senang dan ini merupakan satu ancaman dan satu risiko Malaysia dan Singapura mungkin akan dikenali sebagai regu kembar pengusahaan wang haram.

final • 3:30 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Malaysia memproses wang haram sementara Singapura merupakan tempat simpanan yang selamat bagi mereka-mereka yang memerlukan sistem no question asked, dengan izin, secara Switzerland dahulu.

Saya ingin menyebut di sini bahawasanya Amerika pernah mendenda Hong Kong- Shanghai Bank Holdings (HSBH) di London sebanyak USD500 juta pada tahun 2012 atas penglibatan wang haram serta pernah mendenda JP Morgan, sebuah syarikat antarabangsa atas kesalahan aktiviti haram berjumlah 300 juta. Sanggupkah Malaysia bertindak tegas begitu atas syarikat-syarikat besar untuk menunjukkan kesungguhan mereka? Hong Kong Monetary Authority Act juga sangat aktif sejak dua tahun kebelakangan ini termasuk mendakwa seorang pegawai Kerajaan China yang politically expose atau politically connected, dengan izin, dan sanggupkah Malaysia mencontohi mereka ini?

final • 3:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Yang Berhormat Kuala Terengganu, sedikit ya.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Segambut.

final • 3:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini tentang duit haram yang melibatkan negara China. Saya hendak maklumkan Yang Berhormat Kuala Terengganu dan Dewan ini, kebelakangan ini ada seorang businessman dari negara China.

Dia telah tiba di Malaysia dengan namanya Zhang Jian dan companynya di Malaysia ialah CDTup International Sdn. Bhd. dengan program multilevel bernama YSLM. Nama singkat untuk Yun Shu Mao. Dia membuat iklan dan mengatakan dia ialah future world’s richest man. Dia ada billboard di seluruh negara. Baru-baru ini dia tiba di Sarawak dan minggu lepas dia ada di Kota Kinabalu, Sabah. Dia melalui skim multilevel marketing. Dia menarik pelabur. Skimnya begini. Risiko rendah, modal serendah RM300. Ibarat RM300, selepas itu you memperkenalkan dua orang kawan. Bayar lagi RM300 dan you are entitled to lucky draw. Lucky draw berpeluang mendapat BMW percuma.

final • 3:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Terengganu, adakah wajar pihak berkuasa menyiasat sama ada tokoh ini, Zhang Jian sudah melanggar apa-apa undang- undang, diharamkan dan dihantar keluar dari negara China ke Malaysia. Adakah aktiviti multilevel marketing dia melanggar apa-apa peraturan sebab saya mendengar muslihat dia telah dilaporkan dalam surat khabar Cina di Malaysia beberapa kali tetapi tidak nampak pun dalam berita Inggeris ataupun Melayu. Saya dengar daripada kawan-kawan Melayu, sekarang mangsa atau target dia adalah di kalangan Melayu. Jadi saya hendak minta Yang Berhormat Kuala Terengganu memasukkan hujah saya dalam speech kamu dan menyeru kerajaan menyiasat sama ada Zhang Jian ini betul-betul peniaga yang tulen atau penjahat.

Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Ya, saya bersetuju dan bolehlah masukkan sebahagian daripada ucapan saya. Akan tetapi untuk komen saya tentang apa yang telah dipaparkan tadi, saya rasa memang wajar pihak berkuasa kita mengambil tindakan kerana kita telah mengalami insiden seperti Pak Man Telo dan sebagainya. Kalau datangnya pula sindiket dari seberang laut, lagi sofistikated. Tidak hairanlah sekarang ini kerana kita semua tahu, masyarakat antarabangsa tahu Kerajaan China hari ini iaitu bekas negara Komunis telah mengambil tindakan yang amat keras kepada pegawai-pegawai kerajaan mereka sendiri. Mereka mempunyai political will kebelakangan ini untuk mengatasi gejala rasuah dan sebagainya. Ini tidak mustahil dengan tindakan tegas Kerajaan China hari ini telah menyebabkan banyak wang-wang panas atau hot money mengalir keluar daripada negara itu dan mungkin menuju ke Malaysia.

Selagi Singapura menjadi jiran kita dan menjadi sebagai Switzerland baru atau tempat selamat simpan wang, kita juga perlu melihat tentang tempat penyimpanan wang yang boleh dikatakan popular seperti Cayman Islands, pusat money laundering terkenal. Ini adalah satu contoh yang perlu perhatian di mana wang panas diletakkan oleh banyak pihak termasuk Mafioso. Ini termasuk Bahamas ada juga. Soalan yang saya ingin timbulkan di sini kepada kerajaan adalah kenapa 1MDB Malaysia meletakkan berbilion-bilion wang Malaysia di sana? Saya ingin quote satu kata-kata orang putih.

“One must not only be cleaned but must also seen to be cleaned”, dengan izin.

Tidak ada tempat lainkah untuk kita meletak pelaburan 1MDB kalau kita sudah tahu Cayman Islands merupakan satu pusat kewangan yang mencurigakan juga. Dalam Islam juga digesa bukan hanya tidak membuat dosa tetapi menjauhi tempat-tempat yang banyak berlaku dosa. Kenapa Cayman Islands? Ini adalah masalah persepsi dan integriti negara yang melibatkan maruah kita bersama.

Sejak penubuhan 1MDB dari Terengganu Incorporated Agency (TIA) lebih kurang lapan tahun dahulu, sampailah pelaburan 1MDB di Cayman Islands, terlalu banyak kontroversi telah melanda syarikat yang bermula dengan pelaburan sebanyak RM6 bilion ini. Kontroversi ini masih belum berakhir dengan letaknya wang ini di Cayman Islands.

Selain dari itu juga, menyentuh tentang 1MDB, terlibat juga insiden sebuah syarikat audit akauntan yang bereputasi, terkenal antarabangsa iaitu KPMG yang baru-baru ini telah meletak jawatan sebagai auditor yang diambil alih oleh Deloitte di mana seorang anak VIP juga terlibat di dalam syarikat berkenaan itu.

Ini telah menimbulkan lagi banyak persoalan kenapa wang 1MDB diletak di Cayman Island dan kenapa KPMG bertukar ke Deloitte di saat-saat akhir akaun patut dibentangkan. Ini adalah persoalan yang melibatkan pelaburan besar negara kita.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut di sini segala pindaan hanyalah akan membawa manfaat jika kita ada political will. Kesungguhan politik untuk kuat kuasa seperti kes yang prominent atau VIP tadi yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, bekas Ketua Menteri Sarawak dan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Seremban juga, Menteri Besar Negeri Sembilan yang mana penghantar wang itu dikenakan tindakan tetapi orang yang menghantar dilepas pandang dengan senang.

Kedua, kita mestilah tiada tindakan secara selective prosecution, tindakan secara terpilih kerana ini akan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada niat kerajaan sebenarnya. Akhir sekali, kepimpinan melalui teladan mestilah dikenakan dan jauhilah sistem-sistem Bank Negara yang mencurigakan seperti Cayman Island dengan penglibatan pelaburan negara yang utama. Ini sahajalah caranya akan mendapat keyakinan committee antarabangsa dan tempatan atas kesungguhan kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

final • 3:40 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Dengan teguran dan cadangan yang saya sebut di sini, saya menyokong secara dasarnya pindaan rang undang-undang di atas. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Parit.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah mengambil inisiatif untuk menambah baik dengan membuat beberapa pindaan kepada akta ibu iaitu Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613].

final • 3:49 PM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Rang undang-undang ini yang dikemukakan untuk bacaan kali kedua pada hari ini membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan lagi perundangan berhubung kesalahan pengubahan wang haram dan pembiayaan bagi maksud menyokong gerakan keganasan. Pengubahan wang haram secara langsung atau tidak boleh menimbulkan kesan negatif terhadap individu, masyarakat dan negara.

Individu yang terjebak dengan kegiatan wang haram boleh menjejaskan reputasi mereka dalam suatu institusi hingga menyebabkan mereka kehilangan kepercayaan di kalangan ahli. Kesan pengubahan wang haram terhadap masyarakat pula akan meningkatkan kadar jenayah seperti pengedaran dadah, pelacuran, samun, perjudian dan sebagainya. Kesan pengubahan wang haram kepada negara pula bukan sahaja menyebabkan kerosakan yang serius kepada integrasi institusi kewangan yang tanpa disedari digunakan dalam membersihkan wang kotor, malah juga mengancam kestabilan kewangan, ekonomi dan politik negara itu.

Mengikut laporan yang diberi oleh isi bank-bank Malaysia, pengubahan wang haram di peringkat global dianggarkan bernilai USD3 trilion setahun. Pembiayaan wang haram untuk gerakan keganasan pula akan menyebabkan negara berada dalam keadaan yang berbahaya hingga boleh mencetuskan keadaan kacau bilau dan menyebabkan berlakunya peperangan serta menggugat keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Kita tidak boleh memandang remeh ancaman pengubahan wang haram. Justeru itu, saya bersetuju dan menyokong pindaan yang hendak dilakukan ini kerana ia membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas dengan mengenakan hukuman yang lebih keras kepada pesalah berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh kepada seksyen 4 iaitu berhubung takrif kesalahan pengubahan wang haram. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan perkara yang berkaitan dengan dana di luar negara yang ada di antaranya dikenal pasti dan ada yang tidak dikenal pasti. Kita mengetahui bahawa ada antara dana- dana ini disalurkan kepada pertubuhan politik yang tertentu dan juga NGO-NGO bagi tujuan bukan sahaja untuk menyokong pertubuhan itu, malah berniat untuk mencampuri hal ehwal politik negara dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

Ini dapat dilihat dalam penganjuran di institusi-institusi haram, campur tangan isu agama, mempromosikan dan memberikan sokongan kepada isu-isu sosial seperti hak LGBT, perkahwinan kaum sejenis dan menghalalkan pengguguran anak yang dibawa oleh beberapa pertubuhan NGO kononnya atas dasar hak asasi manusia seperti COMANGO.

Tindakan mereka ini bertentangan sekali dengan perlembagaan negara dan pegangan agama Islam yang dipegang oleh majoriti rakyat Malaysia...

final • 3:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Minta penjelasan.

final • 3:50 PM

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan - Parit

Tidak payahlah, lain kalilah.

final • 3:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Bukan, kalau wang haram semua ini...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Seputeh...

final • 3:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...Adalah untuk sebuah Kerajaan Barisan Nasional, jadi itu adalah salah.

final • 3:50 PM

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan - Parit

Selain daripada itu, saya juga ingin minta penjelasan Yang Berhormat Menteri bagaimana pula dengan takrif parti-parti politik yang mendapat sokongan kewangan dari kumpulan gengster yang secara arifnya punca pendapatan mereka adalah dari aktiviti jenayah seperti peras ugut, samun, pelacuran, perjudian, pengedaran dadah, dan lain-lain lagi? Sebagai ganti, ahli kumpulan gengster ini mendapat imbuhan di atas sokongan mereka dengan lesen-lesen judi, pelacuran, dan politik atas aktiviti mereka yang haram itu.

Oleh itu saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk beri penjelasan adakah perkara yang saya sebutkan di atas itu boleh diterima untuk ditakrifkan sebagai suatu kesalahan dalam akta ini?

Tuan Yang di-Pertua, dalam membersihkan wang haram kita dapati banyak kaedah digunakan oleh penjenayah pengubahan wang haram ini. Perkara ini dapat kita lihat dengan cara melindungi wang haram ini melalui skim cepat kaya, pengambilan syarikat atau koperasi yang bermasalah, pembiayaan industri atau projek yang besar-besar, pembelian saham, pembelian insurans, pinjaman wang berlesen dan pinjaman wang haram daripada along, transaksi forex, pertukaran wang asing, aktiviti perniagaan sah dan future communities. Kemajuan teknologi telah membolehkan pengubahan wang haram ini dilakukan oleh sistem perbankan ATM, virtual laundering, kad prepaid dan internet banking. Justeru, membolehkan transaksi pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan dapat dilakukan dengan mudah dan sukar untuk dikesan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 3:50 PM

Mesyuarat] Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan - Parit

Oleh yang demikian, saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri sejauh mana instrumen dan mekanisme yang diguna pakai sekarang dapat membendung segala pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan ini?

Saya bertanyakan sedemikian kerana terdapat pelbagai kaedah yang licik yang digunakan oleh penjenayah wang haram untuk melindungi wang-wang haram mereka itu.

Satu caranya ialah dengan menggunakan proxy atau orang ketiga untuk menguruskan wang haram tersebut. Saya membangkitkan perkara ini sekiranya terlalu banyak kontroversi dan persoalan yang berkaitan dengan tatacara kawalan, pengubahan wang haram yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa khususnya Bank Negara dan bank-bank perdagangan.

Walaupun Bank Negara mempunyai garis panduan bagi mengenal pasti saluran dan aliran pengubahan wang haram dan pembiayaan untuk keganasan tetapi sekatan dan kawalan secara menyeluruh masih lagi belum mantap.

Di luar sana terdapat banyak sindiket haram seperti penyeludupan minyak diesel dan rokok, pengedaran dadah, kumpulan penjenayah pemerdagangan manusia sehinggalah sindiket jenayah kolar putih dan jenayah siber yang bergiat aktif dan melibatkan pengubahan wang haram yang sangat banyak. Jadi, persoalannya adakah kegiatan pengubahan wang haram mereka telah dapat dikenal pasti dan dikenakan tindakan?

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya juga ingin penjelasan daripada Menteri bagaimana pula dengan kegiatan pengubahan wang haram yang melibatkan penjawat-penjawat awam? Adakah kerajaan memantau perkara ini? Akhir-akhir ini, banyak sudah dilaporkan penglibatan penjawat haram dan sindiket pelacuran, penyeludupan jenayah, dan lain-lain lagi hinggakan rakyat sendiri merasa kurang yakin dengan kewibawaan mereka.

final • 3:50 PM

Mesyuarat] Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan - Parit

Tuan Yang di-Pertua, demam pertandingan bola sepak Piala Dunia sedang berjalan dengan hebat sekarang ini dan dirasai oleh segenap penduduk dunia termasuk negara kita, Malaysia. Namun yang mendukacitakan kesempatan ini diambil oleh sindiket judi untuk menjalankan operasi perjudian haram yang melibatkan pertaruhan berjuta-juta ringgit. Pada Piala Dunia 2010 sebanyak RM437 juta dikesan membabitkan wang pertaruhan perjudian bola sepak. Angka ini bukanlah sedikit dan pemantauan secara rapi mesti dilakukan untuk membendung gejala ini supaya tidak terus menular di kalangan kaki judi yang mahu mengaut keuntungan secara mudah dan cepat.

final • 3:50 PM

Dato' Othman bin Aziz - Jerlun

Yang Berhormat Parit, mencelah.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Jerlun.

final • 3:50 PM

Dato' Othman bin Aziz - Jerlun

Terima kasih Yang Berhormat Parit dan Tuan Yang di-Pertua. Berbalik kepada judi bola sepak, memang ketika ini memang semua orang bercakap soal Piala Dunia. Adakah Yang Berhormat Parit juga bersetuju judi bola sepak ini bukan hanya terlibat Piala Dunia, malahan ada juga yang bercakap tentang British Premier League (BPL) dan juga even Piala Malaysia sendiri di negara kita, Liga Malaysia? Apa pandangan Yang Berhormat Parit? Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan - Parit

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Setuju dan masukkan dalam ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, pertaruhan atau perjudian boleh sepak bukan hanya berlaku dalam kalangan orang dewasa dan kaki judi sahaja. Bahkan pada hari ini, budak-budak sekolah pun sudah pandai bertaruh dan ini merupakan asas judi bagi mereka yang mula bertaruh RM1 atau RM2, kemudian membawa kepada puluhan dan ratusan ringgit jika ada kemampuan.

Tidak dinafikan bahawa kuasa wang cukup besar sehingga boleh berlaku pelbagai jenis penipuan di samping wujud amalan rasuah yang boleh membawa kejatuhan sesuatu pasukan melalui perjudian haram ini.

final • 3:50 PM

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan - Parit

Saya tidak hairan pada musim pertandingan Bola Sepak Piala Dunia ini, para along yang menjadi peminjam wang secara haram ini akan mula aktif secara berleluasa untuk menyalurkan pinjaman kepada kaki judi bola sepak yang nampaknya semakin galak sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua, dengan demikian saya berharap instrumen serta mekanisme untuk membanteras kegiatan penggubahan wang haram dan pembiayaan kepada pengganas ini diperkukuhkan dan diperkuatkan lagi. Oleh itu saya mencadangkan supaya suatu pangkalan data yang menyeluruh dan up-to-date di antara Bank Negara dengan jabatan-jabatan penguatkuasaan yang lain seperti PDRM, Kastam Diraja Malaysia, Imigresen, dan kementerian-kementerian yang berkaitan dapat diwujudkan.

Selain itu, unit-unit perisikan jabatan dan kementerian yang berkaitan hendaklah diperkemas dan diperkukuhkan dengan tujuan bukan sahaja mengenal pasti sindiket dan kumpulan jenayah serta kumpulan militan tetapi juga di kalangan penjawat awam sendiri yang disyaki terlibat dengan penggubahan wang haram dan pembiayaan kepada pengganas.

Di samping itu saya juga mencadangkan supaya kerajaan memberi imbuhan berbentuk sagu hati kepada rakyat yang memberi maklumat kepada pihak berkuasa tentang kegiatan kumpulan-kumpulan tersebut. Dengan cara ini dapat membantu pihak berkuasa bertindak dan mendapat maklumat yang lebih cepat untuk tindakan yang lebih berkesan pada masa hadapan. Dengan demikian Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit menyokong. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kelana Jaya.

final • 4:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang ini untuk berucap dan mengambil bahagian dalam perbahasan

final • 4:01 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

pindaan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2013.

Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin memberi pandangan saya sedikit tentang sejarah atau pun konteks yang telah melahirkan akta ini. Tuan Yang di-Pertua, isu anti money laundering ataupun pencegahan penggubahan wang, mula menjadi suatu isu yang tersangat penting sejak tahun 1970-an dengan peningkatan gejala dadah internasional dan juga aktiviti-aktiviti jenayah secara global.

Kini aktiviti-aktiviti jenayah menjadi lebih luas dan lebih bahaya merangkumi pelbagai aktiviti termasuk yang paling canggih illegal online gambling dan juga cyber crimes. Dengan kecanggihan aktiviti jenayah, cara penggubahan wang juga menjadi lebih pesat dan lebih moden dengan electronic transfers dan cyber space menjadi funding baru aktiviti-aktiviti haram ini.

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Terengganu kata tadi bahawa perkara tentang cyber space ini sangat penting dan perlu dipantau, dengan izin, money laundering menjadi kegiatan yang bahaya kerana keuntungan daripada aktiviti-aktiviti jenayah mula mencari pelaburan kapital ataupun capital investments di dalam ekonomi sesuatu negara. Wang-wang hitam ini dimasukkan ke dalam ekonomi melalui pelaburan dan dicuci bersih, dan kemudiannya memberi satu imej baru kepada penjenayah-penjenayah.

Dari platform wang yang telah dicuci ini, penjenayah menggunakan wang ini untuk memberi kuasa politik melalui rasuah. Mereka mengambil alih kuasa sesebuah negara, mereka boleh dan di dalam kes yang paling ekstrem akan menimbulkan apa para-para akademik gelar sebagai satu narco state iaitu seperti negara Mexico, Guinea Bissau dan juga Afghanistan. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia bukan satu narco state. Di Malaysia, isu money laundering adalah berpunca daripada isu yang lebih besar pada pendapat saya kerana isunya berpunca daripada ketirisan dan juga rasuah.

Bagi isu tentang anti-terrorism Tuan Yang di-Pertua, pencegahan pembiayaan keganasan, sejarahnya mula sejak peristiwa 11 September 2001 di Amerika Syarikat.

Kerajaan Amerika Syarikat telah memberi tekanan yang kuat dan tekanan secara global untuk mewujudkan Undang-undang Anti-Terrorism. Satu dunia telah menjawab seruan Amerika Syarikat kerana apabila kita lihat 11 September, ini merupakan satu kejutan wake- up call yang besar sekali yang telah memberi kesedaran kepada semua dunia bahawa usaha transnasional atau pun transnational efforts untuk membanteras terrorism itu perlu dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sebagai sebahagian daripada masyarakat antarabangsa juga mempunyai tanggungjawab yang penting untuk membanteras ancaman terrorism. Oleh itu, kunci untuk memahami akta ini adalah bahawa senjata utama pengganas bukan sahaja askar-askar terrorist ataupun bahan-bahan letupannya tetapi senjata utama mereka adalah wang.

Tuan Yang di-Pertua, kita sering dengar dua pepatah popular. Satu, “Love makes the world go round”. Versi kedua adalah, “Money makes the world go round”. Aktiviti terrorism juga sangat memerlukan wang dan sumber wang terrorism biasanya adalah daripada sumber-sumber haram dan penggubahan wang haram melalui sistem kewangan.

Saya faham juga di sini kita kena peka sedikit. Saya faham di Malaysia ada pelbagai pendapat apakah definisi seseorang pengganas. Seperti pepatah yang ditulis oleh Gerald Seymour, dengan izin, “One man’s terrorist is another man’s freedom fighter”. Saya tahu misalnya sebahagian besar penduduk Tamil di Malaysia tidak melihat sesetengah kumpulan politik di Sri Lanka sebagai pengganas. Saya rasa kami semua di Dewan ini boleh setuju bahawa perjuangan Palestin bukan satu perjuangan pengganas.

Tuan Yang di-Pertua, mungkin sikap toleransi dan pendapat yang berbeza seperti yang saya katakan tadi di antara warganegara Malaysia dan juga ahli-ahli politik di Dewan ini telah menimbulkan satu persepsi negara kita kelihatan lemah terhadap terrorism berbanding dengan negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, UK dan Australia.

Oleh demikian apabila kita mengamalkan polisi dasar akta ini kita mesti mengatasi tanggapan salah masyarakat antarabangsa dan membuktikan bahawa kami memang komited menentang dan membanteras pengganas yang benar. Akan tetapi Tuan Yang di-

final • 4:01 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Pertua, kita membanteras pengganas mengikut definisi negara kita sendiri. Kita tidak boleh ikut sahaja apa Amerika Syarikat define as a terrorist.

Terbaru ini kami telah menghadapi banyak sekali kritikan daripada masyarakat antarabangsa hasil daripada tragedi yang buruk pesawat MH370. Di antaranya, Malaysia dituduh sebagai satu sarang pengganas, kritikan bahawa Imigresen Malaysia tidak buat kerja, lontaran kritikan bahawa Kerajaan Malaysia dan polis membenarkan terrorists dari Middle East mengadakan mesyuarat-mesyuarat mereka di Kuala Lumpur. Itu persepsi antarabangsa dan kita mesti membersihkan imej ini dengan cepat. Jika tidak, persepsi ini akan kekal dan menjejaskan kami dari segi ekonomi.

Nyatalah bahawa satu Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram bersama dengan Pencegahan Pembiayaan Keganasan amat diperlukan di Malaysia. Pindaan- pindaan yang dibahas hari ini adalah genting dan ia adalah satu peluang baik untuk menghantar mesej yang betul kepada masyarakat antarabangsa.

Oleh itu kita kena tanya soalan yang penting, adakah pindaan-pindaan pada hari ini boleh mencapai matlamat itu? Terdapat dua unsur dalam akta ini Tuan Yang di-Pertua.

Satu adakah penggubahan wang haram dan kedua adalah pembiayaan keganasan. Dari segi penggubahan wang haram, nama baik Malaysia telah dijejaskan sejak laporan-laporan kritikal Global Financial Integrity (GFI) yang dikeluarkan beberapa tahun yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, GFI seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh pagi tadi, GFI adalah satu pemerhati anti rasuah global yang telah menerbitkan banyak laporannya yang sangat kritikal terhadap Malaysia di mana senarai aliran keluar wang haram di dunia Malaysia mendapat tempat ke-2 pada tahun 2010 dan ke-4 pada tahun 2011. Oleh kerana Yang Berhormat Permatang Pauh telah bahas panjang lebar tentang perkara ini, saya akan terus ke topik yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya hendak fokus kepada dua isu terperinci pindaan ini. Fokus pertama saya adalah pindaan kepada seksyen 16(5) menyatakan bahawa pihak berkuasa iaitu Pasukan Petugas Bank Negara akan menerbitkan arahan atau garis panduan untuk institusi pelapor. Institusi pelapor ini maknanya bank-bank yang perlu melakukan langkah-langkah melapor pelanggan tambahan yang perlu diamalkan.

final • 4:01 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Dalam garis panduan Bank Negara, terdapat beberapa kategori pelanggan yang patut dipantau oleh bank. Maknanya, institusi-institusi bank di Malaysia untuk menolong kita mencegah terrorism dan juga money laundering, perlu pantau selective groups of customer.

Salah satu kategori pelanggan adalah dengan izin, foreign politically exposed persons. Kategori ini termasuk individu yang pernah ataupun mempunyai tugas umum ataupun VIP dan VVIP yang terkemuka, ketua kerajaan, ahli politik senior, pegawai kerajaan senior, eksekutif institusi awam senior dan sebagainya. Ini ada dalam pindaan kita iaitu foreign politically exposed persons.

Akan tetapi dalam pindaan kita, apa yang tidak ada adalah kategori domestic politically exposed persons. Domestic politically exposed persons bermakna warganegara Malaysialah yang seperti apa Yang Berhormat Kuala Terengganu katakan tadi, VVIP termasuk Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Sultan, Raja-Raja kita. Saya tidak kata mereka itu terlibat dalam money laundering, cuma mereka kalau didefinisikan sebagai domestic politically exposed persons, kewangan mereka patut dipantau ya.

Jadi kalau Malaysia ingin menghasilkan dasar polisi yang boleh mencapai international standard, kita perlu mengikut garis panduan yang diterbitkan oleh Financial Action Task Force ataupun FATF.

Tuan Yang di-Pertua, FATF adalah satu badan inter-governmental yang ditubuhkan pada tahun 1989, inisiatif G7 untuk tujuan membentuk dasar untuk membanteras penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Mengikut cadangan FATF, langkah-langkah usaha wajar pelanggan patut dikenakan terhadap domestic politically exposed persons. Jadi kalau kita hendak betul-betul mencuci imej kita sebagai memang serius melawan isu money laundering dan juga terrorism, kita perlu adopt pindaan yang baru yang merangkumi domestically politically exposed persons.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita exempt perkara ini, dengan izin, this deliberate exemption looks and smells very fishy. Adakah kegagalan memasukkan kategori ini

final • 4:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

bermaksud untuk memastikan VIP, VVIP Malaysia yang mungkin terlibat dalam money laundering secara capital out flow seperti GIF katakan, tidak akan dipantau?

Jadi Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang terperinci yang saya hendak bangkitkan dalam perbahasan saya ialah...

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Minta maaf. Minta pencelahan sikit.

final • 4:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Silakan.

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Saya hendak tekan sikit tentang GFI, Global Financial Integrity. Global Financial Integrity...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, dekatkan mike. Tidak dengar, Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Boleh ya? Okey, steady. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. GFI ataupun Global Financial Integrity mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti yang tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan yang diperolehi.

Akan tetapi, Putrajaya memberi alasan jumlah besar tersebut adalah disebabkan oleh penentuan harga perdagangan yang salah dan bukannya kerana jenayah mahupun rasuah. Tambahan pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berkata status Malaysia sebagai negara keempat yang mengeksport modal haram bukan suatu yang mengejutkan kerana ia juga menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara perdagangan yang aktif di dunia. Why are we being so defensive? Minta ulasan Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kapar. Itu pandangan kerajaan bohong. Dia itu Minister Transparency.

Seperti Yang Berhormat Permatang Pauh sudah kata itu, katakanlah 70% itu adalah kita kata bukan daripada aktiviti jenayah macam dadah ataupun rasuah, katakan saja 70% adalah terlibat dengan what we call transfer pricing, aktiviti ekonomi yang cuba curi lari cukai, baki 30% daripada angka RM800 bilion itu masih besar. Jadi isunya bukan percentage point. Isu ia dana yang terlalu besar sekali, 30% itu. Maknanya 30% ikut matematik saya lebih kurang RM250 bilion. Itu isu yang patut dijawab. Jadi apabila Datuk Paul Low kata it’s a small matter, dia itu kena tengoklah. RM250 bilion itu bukan small matter at all. Itu menyerupai bajet satu tahun Malaysia.

Baik, saya continue, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Kelana Jaya...

final • 4:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid - Kota Tinggi

Boleh mencelah?

final • 4:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Minta laluan.

final • 4:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Ya, boleh.

final • 4:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kota Tinggi hendak mencelah sekejap boleh?

final • 4:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Okey.

final • 4:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Saya dulu.

final • 4:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid - Kota Tinggi

Oh! Minta maaf, minta maaf Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Katil dulu saya nampak.

final • 4:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid - Kota Tinggi

Sorry sahabat saya. Minta maaf ya.

final • 4:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Kelana Jaya, saya inginkan penjelasan daripada Yang Berhormat Kelana Jaya sebagai respons berkaitan dengan GFI. Kalau mengikut laporan media apabila masalah berkaitan dengan laporan GFI ini memeranjatkan, kita difahamkan bahawa Bank Negara telah pun menubuhkan satu jawatankuasa yang dipanggil sebagai High Level Multi Agency Special Task Force dengan izin, yang mana di dalam task force tersebut ataupun pasukan khas ini, antara agensi terbabit ialah Jabatan Peguam Negara, Kastam, Polis, Anti Corruption, Hasil Dalam Negeri dan juga imigresen dan juga Bank Negara dan difahamkan telah ditubuhkan sejak tahun 2010.

Setuju tidak Yang Berhormat Kelana Jaya dengan saya bahawa perlu kita dapatkan penjelasan daripada kerajaan, semenjak tahun 2010 sehingga sekarang, apakah hasil siasatan tersebut yang disebut sebagai High Level Multi Agency Special Task Force dalam respons kerajaan kepada GFI ini? Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Bukit Katil...

final • 4:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid - Kota Tinggi

Boleh saya celah terus? Pendek saja.

final • 4:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Okey, boleh, boleh.

final • 4:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih sahabat saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya isu pasal GFI. The tagline semua pasal GFI tapi saya hendak tanya, tahu tidak Yang Berhormat Kelana Jaya bahawa GFI ini satu badan yang ditubuh consist of dalam 20, 30 orang researcher yang di funded oleh Ford Foundation dan GFI secara spesifik meminta maaf bahawa unjuran dia untuk negara China telah salah dan saya hendak cakap, itu latest, tapi tahu tidak Yang Berhormat Kelana Jaya bahawa ini satu privately funded and then kita hendak semata-mata berdasarkan GFI semata-mata? Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih. Saya jawab Yang Berhormat Bukit Katil dulu ya. Yang Berhormat Bukit Katil, ya memang kalau Bank Negara baca GFI, dia kata ini perkara yang serius dan sebab itu dia buat task force. Betul tidak? Dan ini menjawab soalan pada Yang Berhormat Kota Tinggi juga. Kalau Bank Negara rasa tidak penting ataupun GFI itu...

final • 4:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid - Kota Tinggi

Itu simplistic. Saya rasa Yang Berhormat Kelana Jaya...

final • 4:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Tak, tak. Nanti saya boleh, saya boleh...

final • 4:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid - Kota Tinggi

...Kena jawab balik soalan itu bahawa GFI meminta maaf, unjuran kepada negara China telah salah. Itu jelas.

final • 4:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Saya tahu.

final • 4:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi kalau Bank Negara buat itu, okey, kita akan check lah. Bila Yang Berhormat Kelana Jaya cakap, tentulah kena jawab. Jadi kerajaan akan check tapi itu tidak menolak bahawa GFI minta maaf unjurannya salah untuk China.

final • 4:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang salah China. Malaysia ada salah? Malaysia betul, China salah.

final • 4:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid - Kota Tinggi

Tidak, salah. Sebab kalau tengok balik, saya tidak ada statistik Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat Kelana Jaya, daripada tahun ke tahun, angka berubah daripada nombor dua pergi nombor 11, nombor 11 pergi nombor 13. Check balik dalam masa tujuh tahun terakhir dan saya tidak ada statistik, saya tahu bahawa ini satu unjuran yang begitu loose dan diakui sendiri oleh GFI masa dia minta maaf pada China. Sila jelaskan.

final • 4:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Boleh, boleh, tapi biar kalau boleh sabar sikit, saya jawab pada Yang Berhormat Bukit Katil dulu. Memang betul task force itu kita semua hendak tengok laporannya, sebab Bank Negara sudah cakap dia hendak buat task force.

Task force itu kalau dibuat, kalau betul-betul dibuat, kita tidak tahu status dia. Mesti ada laporan tahunan, betul tidak? Soalan itu saya minta dimasukkan ke dalam perbahasan saya. Terima kasih.

Okey, baik, Yang Berhormat Kota Tinggi, saya jawab. GFI, saya bukan spokesperson pada GFI ya. Kalau Yang Berhormat Kota Tinggi ada isu dalam GFI, boleh tanya terus dengan GFI. Saya tahu GFI itu adalah satu NGO, sumber dia itu kita tidak tahu sangat, saya tidak boleh confirm sama ada daripada siapa tapi kita tahu dia based di Washington. Sama ada GFI itu adalah satu badan yang di funded oleh Amerika Syarikat atau tidak, kita tidak tahu.

Isu China itu, isu China kita semua tahu, isu globalisasi hari ini, globalization issue, the most important issue is the American and the Chinese Century, who is going to be the new king of the world, economically. Betul tidak? Jadi, laporan GFI tentang China itu tidak melibatkan Malaysia. Do you understand?

final • 4:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Tidak, tidak. Yang Berhormat Kota Tinggi tunggulah, sabar sedikit. Ini kawan baik saya sebab kita kerjasama di Kaukus TPPA. Saya tahu dia ada international experience tentang banyak benda. Memang GFI mengamalkan beberapa cara evaluation. Itu tidak di dispute. Dia ada cara evaluation dia, mengambil isu tentang semua wang-wang jenayah ataupun wang-wang haram. Ada yang pakai faktor yang lain cara evaluationnya.

Bila dia buat guna evaluation lain, dapat different results.

final • 4:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Dua patah sahaja.

final • 4:20 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Okey, boleh. Boleh.

final • 4:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya, sahabat saya- terima kasih. Sebenarnya GFI ini jangan kita percaya sangatlah. Sebenarnya founder dia itu salah seorang ex-IMF dan this guy IMF kita tahu menyebabkan kehancuran negara-negara di sewaktu Asia financial crisis.

Jadi, kita kena tengok- jangan based on GFI alone. GFI mengaku yang tadi menjawab Yang Berhormat Kelana Jaya bukan negeri China. Dia salah mengenai unjuran Hong Kong dan Shenzhen. Itu sebenarnya.

final • 4:20 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Betul, betul.

final • 4:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi, saya hendak beritahu janganlah bergantung semata-mata GFI. Semata kalau kita hendak buat unjuran dan tuduhan ini tidak- satu lagi mengenai Bank Negara saya patutlah kalau misalnya pembangkang cakap memang sewajarnya Bank Negara kena checklah betulkah tidak betul.

Sekarang masalahnya bukan dia tidak ada laporan. Ini hendak check benda ini boleh pakaikah tidak pakai GFI ini? Itu sahaja. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Kota Tinggi, terima kasih pendapat Yang Berhormat Kota Tinggi. Kalau Bank Negara betul-betul rasa mempunyai pendapat yang sama dengan Yang Berhormat Kota Tinggi, dia tidak akan buat task force.

Task force itu start tahun 2010, sekarang dah empat tahun. Berapa lama lagi yang hendak check? Itu isunya.

Jadi kalau Yang Berhormat Kota Tinggi tidak percaya pada GFI atau pun rasa bank governor telah dimislead by the GFI report, I think Yang Berhormat Kota Tinggi patut bawakan usul untuk tanya Bank Governor. Okey? Yang itu lain kita cakap minum kopi nanti ya. Okey, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau boleh saya sambungkan sebab...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, sambung Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

...Oleh sebab ini pindaan yang penting ya.

Terima kasih. Isu kedua, jika kerajaan memandang jenayah pengubahan wang haram secara serius isu yang lebih penting adalah apakah sebab seksyen 81 mengecualikan institusi kewangan luar pesisir offshore financial institution daripada akta ini? Pindaannya yang telah dilakukan Tuan Yang di-Pertua ialah dia buat cadangan pindaan seksyen 81(1) memotong keluar perkataan luar pesisir, dia tambah balik, dia replace, dia gantikan dengan perkataan-perkataan institusi kewangan luar pesisir dan institusi kewangan yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 ataupun Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010.

Pada pandangan pertamanya, dengan izin at first glance, pindaan ini nampak cukup harmless ataupun satu pindaan yang superficial dan tidak memudaratkan. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya pindaan ini telah memberi satu definisi yang besar iaitu offshore financial institution. Ia narrow down, sempit kepada institusi yang berkaitan dengan Labuan. Kemungkinan tujuan pindaan ini ialah untuk mengeluarkan perkataan luar pesisir yang mempunyai konotasi neuro linguistic yang cukup negatif.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, pindaan definisi yang lebih sempit ini maknanya pemantauan kerajaan juga menjadi lebih sempit. Kita tahu bahawa apabila terdapat transaksi wang yang agak besar- kata satu pinjaman berbilion-bilion, institusi-institusi kewangan akan membuat penggabungan wang ataupun kita panggil dalam banking term- “a club deal”. Dengan izin, kalau saya boleh Tuan Yang di-Pertua saya akan cakap bahasa Inggeris sedikit sebab ini financial term. “When there is a big borrowing by a bank- an offshore bank, they will have to ask other offshore banks to club together in a club deal to raise this big amount of money”. Jadi sekiranya satu bank Labuan, bank yang berdasar di Labuan di bawah akta- akta Labuan menerima dana daripada club deal yang berpunca dari bank-bank di luar pesisir dan di luar Labuan, maka dengan pindaan ini laporan yang perlu dilakukan oleh bank-bank Labuan tidak akan cover aspek dana-dana yang berpunca daripada di luar kawasan Labuan. Maknanya, pindaan ini akan lari daripada semangat akta ini, dengan izin, this minor amendment to make the definition smaller will in fact circumvent the spirit of the act.

Tuan Yang di-Pertua, apakah konteks makro pindaan ini? Kenapakah kita perlu membuat pindaan yang lebih ketat dan bukan lebih longgar mengenai isu-isu bank-bank luar pesisir? Tuan Yang di-Pertua, mengikut laporan Tax Justice Network 2012 yang ditulis oleh seorang pakar namanya James Henry dan pada satu ketika- dia itu James Henry ini chief economist kepada syarikat perunding pengurusan yang terkemuka iaitu McKinsey yang Kerajaan Barisan Nasional ini memang suka pakailah.

James Henry melaporkan bahawa institusi offshore telah menyembunyikan di antara USD21 trilion hingga ke USD32 trilion. Dengan offshore tax cara macam ini, yang maha-maha kaya the 1% tidak payah bayar cukai. Pindaan ini bila kita buat definisi yang lebih narrow, ini nampaknya menyokong kedudukan orang-orang yang maha kaya termasuk orang-orang maha kaya di Malaysia. Kenapakah kita harus jaga kepentingan golongan maha kaya ini? Itu isunya.

Isu pindaan kedua yang saya hendak timbulkan ini adalah kenapa special privilege to help the very-very rich? Tuan Yang di-Pertua, apabila kita berbincang tentang bank luar pesisir, di Malaysia kita juga mempunyai cerita skandal luar pesisir yang sama. Seperti apa Yang Berhormat Kuala Terengganu timbulkan tadi 1MDB. Bagi 1MDB skandalnya banyak sekali. Transparency, accountabilitynya kosong ya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, Dewan ini harus tahu dan sudah tahu. Saya rasa Dewan, semua Ahli Parlimen sini sudah tahu bahawa 1MDB diketuai oleh Yang Amat Berhormat Pekan. Mereka telah membuat satu deposit pada tahun 2013, RM7.5 bilion di Cayman Island. Satu offshore haven yang terkenal di dunia.

Oleh itu bila kita lihat isu sebenarnya dalam pindaan ini, nampak sekali kerajaan cakap hendak pinda, hendak protect, hendak lawan anti-money laundering, hendak memastikan terrorism turun, tetapi apa kerajaan cakap dan apa dia buat berlainan.

Kerajaan membenarkan satu badan, satu institusi yang ada aktanya di Malaysia- satu institusi kerajaan untuk mendepositkan RM7.5 bilion di Cayman Islands.

final • 4:20 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Jadi, bila kita tengok pindaan ini, kita tengok apa yang kerajaan buat dengan 1MDB, memang berlainan terus. Jadi, kita di sini kalau kita hendak marahkan kerajaan itu, kita katalah kerajaan ini hipokrit. Dengan cara dia kata nak pinda, nak tolong, tetapi dia buat lain. Okey, Tuan Yang di-Pertua dan saya juga setuju dengan apa Yang Berhormat Bukit Gelugor telah dedahkan tadi.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, boleh gulunglah Yang Berhormat. Bagi peluang kepada yang lain lagi.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Boleh, boleh. Akan tetapi saya rasa kawan saya hendak...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Senarai ini ramai ini tapi tak semua boleh panggil Yang Berhormat dan Yang Berhormat ambil setengah jam.

final • 4:20 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Saya perlukan dua minit sahaja tetapi kalau boleh saya jawab soalan ini.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, baik.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya bagi peluang kepada saya. Saya hendak interject sedikit fasal 1MDB ini. Mengikut laporan- laporan ini tersebar luas di Malaysia especially financial sector yang dilaporkan oleh The Edge dan sebagainya, dalam tahun 2013 sebanyak RM2.318 bilion atau RM7.88 bilion sekarang park di Cayman Islands. Under segregated portfolio company (SPC). Satu lagi adalah USD3 bilion atau bersamaan dengan RM10.2 bilion juga di park di bawah unnamed overseas financial institution. Jadi, total 1MDB yang keluar daripada Malaysia adalah sebanyak RM18.1 bilion. Ini cukup besar sebab 1MDB dia hanya back by government RM5 bilion.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akan tetapi sekarang dia over borrowed RM35 bilion. RM30 bilion itu, RM20 bilion sekarang di luar negara. Jadi, kita hendak tanya di mana wang-wang ini RM20 bilion dan RM8.1 bilion? Kita mahu kerajaan name it, disclose the name of segregated portfolio company (SPC), siapa dia? Siapa fund manager tersebut? Itu adalah penting kerana ini adalah wang kerajaan dan wang rakyat. Beritahu juga terms and condition, terms of agreement di mana 1MDB sign dengan SPC sebab tidak menguntungkan kerana apabila duit ini dihantar ke Cameron Highlands dia hanya dapat 5.78% interest. Akan tetapi apabila kita bayar kepada fund manager, 5.75%.

Maksudnya kita hanya untung 0.03% daripada investment di Cameron Highlands.

Jikalau kita bawa duit itu balik ke Malaysia dan kita bank in pada Maybank, kita boleh dapat 5%. Kalau bagi kepada CIMB, bank milikan adik Yang Berhormat Pekan iaitu Yang Amat Berhormat Pekan...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 4:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Boleh dapat 5%. Kenapa tidak bawa duit itu masuk ke Malaysia? Kenapa park di luar? Jadi, ini adalah soalan yang kita minta...

final • 4:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sekejap-sekejap.

final • 4:30 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Saya hendak betulkan tuduhan itu.

final • 4:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sekejap dulu. Sekejap dulu.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, tengah mencelah Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat ringkaskan.

final • 4:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ini adalah isu yang kita minta Menteri jawab.

Balik kepada Yang Berhormat Kelana Jaya. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Bayan Baru. Soalan-soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru itu saya rasa adalah penting. Saya pernah tanya banyak

final • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

soalan secara lisan dapat jawapan itu kosong juga. Jadi, kalau Menteri boleh jawab, saya rasa itu adalah miraclelah pada hari ini. Kita semua doakan untuk miracle hari ini.

Saya faham Tuan Yang di-Pertua, masa sudah suntuk ya. Saya akan gulungkan sekarang juga. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa pindaan-pindaan ini boleh diperbaiki untuk mengukuhkan usaha Malaysia untuk membanteras pengubahan wang haram dan juga isu terrorism. Saya rasa kita perlu memastikan pengecualian domestik politically expose persons dan juga pengecualian pada bank-bank luar pesisir perlu ditarik balik dan dipinda baik-baik sebelum kita boleh luluskannya. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya minta pindaan ini dilakukan, jikalau tidak dilakukan saya tidak akan menyokongnya. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kangar.

final • 4:30 PM

Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta di dalam perbahasan Rang Undang- undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan

(Pindaan) 2013. Tuan Yang di-Pertua, kegiatan jenayah khususnya yang melibatkan jenayah kolar putih di negara ini dilaporkan semakin meruncing. Hal ini di buktikan berasaskan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Pada tahun 2012 sebanyak 18,000 kes penipuan kolar putih dengan jumlah kerugian melibatkan RM1.6 bilion yang sebahagian besarnya dalam bentuk tunai.

Namun pada tahun 2013, kes ini sedikit menurun sebanyak 16,600 kes. Namun, amaunnya bertambah dengan lebih tinggi iaitu sebanyak RM1.78 bilion. Angka ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih mempunyai kesedaran yang rendah berkenaan dengan jenayah yang melibatkan pengaliran wang tunai dan jenayah kolar putih yang berlaku di sekeliling kita. Tuan Yang di-Pertua, masalah ini tentunya akan memberi implikasi yang buruk kepada negara kita, peningkatan kadar jenayah yang melibatkan pengaliran wang secara haram secara tidak langsung akan menjejaskan ekonomi negara.

Hal ini juga akan memberikan impak yang buruk terhadap sektor pelaburan, para pelabur akan meragui dan sekali gus akan melemahkan keyakinan pelabur dan secara tidak langsung sektor perniagaan akan terjejas. Justeru, bagi mengekang jenayah yang semakin membimbangkan ini, adalah diharapkan semua agensi di bawah Jawatankuasa Penyelaras Pencegahan Pengubahan Wang Haram seperti agensi yang terlibat dengan pengawasan, penguatkuasaan dan pelaksanaan dasar mampu bekerjasama dengan lebih kompetitif bagi membangunkan langkah-langkah yang lebih strategik. Berkesan untuk menangani aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan sekali gus menyumbang ke arah pembanterasan jenayah.

Tuan Yang di-Pertua, kelemahan dalam penyeliaan dan penguatkuasaan perlu diperbaiki. Langkah-langkah penguatkuasaan berkaitan pengisytiharan mata wang yang merentasi sempadan perlu diambil perhatian serius. Saya juga bersetuju dengan peningkatan kawalan dan pengawasan yang melibatkan pemindahan wang yang lebih ketat dengan menghendaki individu yang ingin meninggalkan negara ini mahupun yang ingin masuk ke negara ini mengisytiharkan kepada pihak berkuasa yang berwibawa berkenaan dengan amaun yang dibawa masuk agar tidak melebihi nilai yang ditetapkan.

Namun begitu, sejauh manakah kesediaan dan ketelusan pegawai-pegawai daripada agensi yang terlibat dalam jenayah. Hal ini perlu diberi penekanan integriti agensi penguatkuasaan tidak lagi menjadi persoalan dan sedikit sebanyak akan mencerminkan imej negara kita. Operasi risikan perlu diperhebat dan tidak hanya bergantung pada mesin- mesin canggih yang ditempatkan di pintu masuk dan keluar negara ini. Tuan Yang di- Pertua, pemberian kuasa yang lebih meluas kepada agensi penguatkuasaan untuk menjalankan penyiasatan dan penguasaan secara menyeluruh juga diharap mampu mengekang peningkatan kadar jenayah dengan pendekatan perolehan hasil. Manfaat dan akses kepada sistem kewangan adalah merupakan satu aspek penting yang secara tidak langsung akan mampu meningkatkan sumber pendapatan negara dengan pengurangan ketirisan hasil melalui undang-undang percukaian, duti dan eksais.

final • 4:33 PM

Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar

Hal ini juga sekali gus menunjukkan keprihatinan negara bagi memperbaiki reputasi yang sedikit sebanyak tercalar apabila negara ini disenaraikan sebagai negara keempat di belakang Rusia, China dan India berdasarkan laporan pemerhati kewangan Global Financial Integrity. Persoalan yang ingin saya ajukan ialah apakah langkah-langkah yang telah digariskan dan yang telah dirangka oleh pihak berkaitan mengenai tanggungjawab pelaporan bagi institusi pelapor dalam memastikan langkah pencegahan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Sejauh manakah bidang kuasa mahkamah untuk melucut hak sebarang wang tunai yang tidak diisytiharkan khususnya yang melibatkan rakyat asing yang masuk ke negara ini, bukan sahaja rakyat tempatan. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa dalam hukum kita juga perlu memberikan kesedaran yang lebih kepada pencegahan maksimum agar kegiatan ini tidak lagi diulangi oleh kelompok-kelompok yang sama.

Hukuman maksimum yang dinaikkan daripada lima tahun penjara atau denda RM5 juta kepada hukuman penjara 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda dari jumlah atau nilai hasil atau mana yang lebih tinggi yang bakal di pinda kelak. Adakah ia berpadanan dengan kesalahan yang dilakukan? Mohon pencerahan daripada Menteri, adakah hukuman 15 tahun penjara ini relevan sedangkan kemungkinan tidak semua individu yang terlibat akan mudah dikesan oleh pihak berkuasa? Penyitaan harta, pembekuan dan penyekatan yang perlu mendapatkan persetujuan Jabatan Peguam Negara.

final • 4:33 PM

Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar

Namun pada masa yang sama sejumlah amaun wang akan diberikan untuk kelangsungan hidup individu yang disiasat. Ia juga merupakan langkah yang amat bertepatan dan menunjukkan ketelusan sebagai jaminan tidak ada campur tangan pegawai daripada agensi penguatkuasaan sekali gus mampu membendung gejala rasuah di negara ini. Saya amat berharap agar rang undang-undang ini mampu menjernihkan kembali imej negara sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara serta menjamin keharmonian hidup rakyat Malaysia. Maka dengan itu saya mohon menyokong. Sekian, Terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 4:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang mengambil bahagian membahaskan Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan

(Pindaan) 2013. Sebelum saya mulai saya ingin berkata di sini bahawa saya telah membaca rang undang-undang ini dan saya memang bersetuju dengan pindaan ini.

Pindaan tersebut memang baik dan memenuhi international standard, dengan izin. Syabas.

Namun begitu saya hanya ingin menyentuh sikit perkara tentang kes-kes mengenai wang haram dan memberi pandangan tentang pencegahan aktiviti wang haram.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini seorang peniaga di Sabah bernama Michael Chia telah dihukum penjara selama satu tahun dan dikenakan satu sebatan selepas disabitkan bersalah dalam skandal penipuan RM2.5 juta 10 tahun dahulu di Mahkamah Sesyen Sandakan Sabah. Pada Ogos 2008 Michael Chia telah ditahan oleh Kerajaan Hong Kong di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong atas kesalahan pengubahan wang haram. Michael Chia cuba menyeludup keluar sebanyak dengan izin SGD16 juta, RM40 juta dari Hong Kong. Ini kerana wang tersebut dipercayai diperoleh secara haram dan dibawa keluar dari Malaysia dan dimasukkan ke dalam beberapa akaun bank di Hong Kong seperti UBS AG, Bank of East Asia Limited, Hong Kong and Shanghai Bank Corporation, Credit Suisse dan Citibank.

Disebabkan wang tersebut diperoleh secara haram, Michael Chia telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram. Michael Chia telah dianggap sebagai kroni UMNO yang menolong UMNO Sabah khususnya Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman…

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat jangan buat tuduhan macam itu Yang Berhormat. Nanti sebelah sini bangun dan membantah...

final • 4:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Mungkin mereka pun sudah faham Tuan Yang di-Pertua. Dia orang faham ini sudah disebut.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak boleh. Tidak jangan buat tuduhan macam itu Yang Berhormat. Saya rasa kalau sebelah sini bangun tuduh mana-mana pihak sebelah sini sebelah sini akan bertindak juga.

final • 4:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ya.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya.

final • 4:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Khususnya Ketua Menteri Sabah menyeludup wang haram dan mempunyai kaitan dalam aktiviti pembalakan haram di Sabah Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat jangan buat macam itu.

final • 4:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Tengok Sarawak repot.

Jangan salah faham. Ini ada fact punya. Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) Hong Kong pernah meminta kerjasama SPRM untuk membantu siasatan ke atas kes Michael Chia yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Datuk Seri Panglima Musa Aman...

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

Ya.

final • 4:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ya, betulkan. Masalahnya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)…

final • 4:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

…Sebenarnya telah membuka kes siasatan ke atas Michael Chia dan hubungannya dengan Musa Aman, tetapi siasatan menerima arahan berhenti kerana tekanan politik...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Katil bangun Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

...Pemimpin yang berpengaruh. SPRM juga... Ya, Okey.

final • 4:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ulas sedikit tentang Michael Chia ini kerana untuk pengetahuan Yang Berhormat Kota Kinabalu dan juga Ahli-ahli Dewan pada 2 Oktober tahun 2009 saya sendiri telah pun pergi ke ICAC untuk memfailkan kes ini dan sehingga sekarang tidak ada sebarang laporan dan maklum balas.

Cumanya saya hendak tanya Yang Berhormat Kota Kinabalu apakah Yang Berhormat Kota Kinabalu tahu bahawa wang SGD16 juta ini yang dibawa bersama-sama dengan Michael Chia SGD16 juta kalau tidak silap saya, telah pun diperakui oleh parti pemerintah itu ialah duit UMNO dan merupakan duit yang dialirkan melalui Yayasan Sabah.

Setuju atau tidak Yang Berhormat Kota Kinabalu kalau kita tanya kepada kerajaan apakah duit ini adalah duit yang sah ataupun duit haram? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, sebetulnya ini duit haram. Akan tetapi saya tidak tahu kenapa kalau masuk UMNO sudah jadi bersih. Itu saya tidak tahu kenapa.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya hendak tumpang tanya, itu duit DNA babi ada tidak?

[Ketawa]

final • 4:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Mungkin ada juga.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Fasal UMNO dia babi sahaja yang haram, yang lain tidak haram.

final • 4:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Itu betul-betul haram punya.

Ya Tuan Yang di-Pertua...

[Disampuk] Tuan Yang di-Pertua siasatan juga sedang dijalankan ke atas Michael Chia dengan Musa Aman oleh pihak Switzerland kerana dipercayai terlibat dalam penyeludupan wang haram ke negara tersebut.

final • 4:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua saya selaku bekas ADUN Sabah telah berkali-kali membawa isu ini di dalam Dewan Undangan Negeri. Saya menyeru supaya SPRM menyiasat semula hubungan antara Michael Chia dan Musa Aman selepas Michael Chia telah disabitkan ke atas kesalahan kerana terlibat dalam penipuan. Walaupun Datuk Seri Musa Aman tidak mengakui hubungan beliau dengan Michael Chia tetapi masih banyak persoalan yang timbul.

Tuan Yang di-Pertua, wang RM40 juta yang merupakan wang haram dan tidak diketahui asal usulnya telah disalurkan ke dalam UMNO Sabah. Sebarang individu dan organisasi tidak sepatutnya menerima wang haram di bawah undang-undang. Tuan Yang di-Pertua saya minta penjelasan kenapa UMNO menerima wang haram tersebut tetapi tidak disiasat serta dihukum? Kenapa? Betul tidak?

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 4:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Bekas Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Menteri Perlancongan sekarang Dato’ Seri Mohamed Nazri telah mengakui penerimaan wang haram tersebut dan mengatakan bahawa wang haram itu adalah sumbangan politik sahaja. Ia tidak salah bagi parti menerima sumbangan atau dana mahu menurut beliau. Bukankah penerimaan wang tersebut telah melanggar undang- undang? Bukankah, betulkah?

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak payah minta sokongan Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Kenapa sumbangan politik boleh dikecualikan walaupun menerima wang haram hasil daripada penyeludupan?

Kenapa?

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, wang ini adalah dikatakan adalah hasil aktiviti pembalakan haram di Sabah. Saya selaku Ahli Parlimen dari Sabah berharap agar pihak berkenaan khususnya SPRM boleh mengambil tindakan mempertahankan undang- undang ini dan membukakan siasatan semula...

[Disampuk] Dengarkah?

final • 4:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Saya ingin mengingatkan di sini bahawa Malaysia telah kehilangan atau mengalami kerugian sebanyak RM880 bilion dalam bentuk wang haram dan diseludupkan ke luar negara dalam satu paket ini. Ini telah menjadilah Malaysia negara yang kedua di seluruh dunia dalam mengeluarkan wang haram yang paling banyak. Ini telah menjadi satu masalah yang amat serius. Jikalau wang ini disalurkan untuk membangunkan negara kita atau membantu rakyat yang miskin di Sabah, negara kita akan bertambah baik dan barangkali kita telah menjadi negara yang maju dan bukan ke arah negara yang akan mungkin bankrap.

Tuan Yang di-Pertua, meskipun kita mempunyai undang-undang pencegahan pengubahan wang haram, sekiranya ini tidak dilaksanakan atau dikuatkuasakan maka ini langsung tidak akan membantu mengelakkan aktiviti wang haram. Dengan izin, *you have to act but if you don’t act, it is useless, isn’t?

[Tepuk]* Masalahnya ialah bukan ada akta ini atau tidak untuk membanteras aktiviti wang haram.

Kalau tidak menguatkuasakan akta ini, maka akta ini akan menjadi akta yang sampah, rubbish, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa] Saya risau akta ini hanya dikenakan terhadap orang yang tertentu atau selective prosecution dengan izin, tetapi tidak enforce kepada semua seperti yang saya katakan Ketua Menteri di Sabah, di Sarawak, Negeri Sembilan dan lain-lain. Ini langsung tidak membantu kita mengelakkan aktiviti wang haram dan menyelesaikan masalah tersebut. Saya menggesa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Presiden UMNO menunjukkan political will untuk menghentikan aktiviti wang haram ini. Beliau mesti memberi penjelasan tentang sumbangan RM40 juta yang merupakan wang haram itu kepada rakyat Sabah. Rakyat masih tunggu lagi di Sabah...

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Saya ingin tegaskan di sini, jikalau akta ini telah diluluskan, saya harap orang yang pertama di charge di bawah undang-undang ini ialah Michael Chia serta Datuk Seri Panglima Musa Aman. Ini kalilah. Kalau tidak, maknanya akta ini iaitu satu window tracing arau topless tiger, dengan izin. Jika UMNO gagal memberi satu penjelasan yang baik kepada rakyat tentang wang haram ini, maka ini bererti UMNO ini pun merupakan parti yang haram, betulkah? Dengan izin...

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tarik balik.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tarik balik parti haram.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tarik balik perkataan parti haram.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Dalam Dewan ini Yang Berhormat, sebentar. You listen...

final • 4:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Itu betul. UMNO yang menerima itu wang haram...

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat, dengar dahulu. Speaker bercakap.

final • 4:50 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

DAP itu haram.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Saya minta perjelaskan dalam Dewan ini bukan UMNO yang menjawab, tetapi kerajaan. Jangan buat macam itu.

Minta kerajaan, bukan UMNO. Ini dalam Dewan. Kerajaan yang bagi jawapan. Okey?

final • 4:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Okey, okey. Kerajaan.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Kerajaan.

final • 4:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Kerana UMNO adalah kerajaan, ya betul.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Bukan hari itu UMNO diharamkankah?

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam, duduklah Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Diam dahulu, saya belum habis. Jika kerajaan gagal memberi satu penjelasan yang baik kepada rakyat tentang wang haram ini, maka ini bererti kerajaan Barisan Nasional pun merupakan parti yang haram.

Dengan izin, sebenarnya Barisan Nasional...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Menteri bangun Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Kuching dengan Yang Berhormat Seremban, tolong betulkan bahasa dia.

final • 4:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri, you duduk dahulu.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Jangan cakap macam itu.

final • 4:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Pergi minum kopi dahulu.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Saya Menteri tidak boleh bangun, tetapi Yang Berhormat cakap parti tidak boleh.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sudah. Buat conclusion.

final • 4:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, suruh Yang Berhormat Menteri jangan kacau dengan saya supaya saya boleh habiskan... [Dewan riuh]

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tidak kacau.

final • 4:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Saya ini ada sedikit ...

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tauke, Yang Berhormat cakap salah itu.

final • 4:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Sudah ada momentum, jangan kacau. Duduk, nanti saya bagi minum kopi. Tidak mengapa.

final • 4:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat bagi Yang Berhormat Lipis kacau. Yang Berhormat Menteri jangan kacau, suruh Yang Berhormat Lipis kacau.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat cakap salah.

final • 4:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Yang penting, kerajaan Barisan Nasional merupakan sebuah super money laundering nation. Ini Malaysia bolehlah.

Apa sahaja wang haram masuk, Barisan Nasional menjadi persis. Betul tidak? Cuci wang haram, duit ah long pun boleh jadi bersih. Betulkah? Hanya bagi derma pada UMNO.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, yang betul tidak payah sebutlah Yang Berhormat. Tidak perlu minta sokongan.

final • 4:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Tuan Yang di-Pertua, kita banyak tidak faham apa you cakap. Kita betul-betul tidak faham apa you cakap. Itu masuk sini keluar, kita tidak faham. Kita tahu itu Kerajaan Barisan Nasional sahaja. You cakap, betul-betul tidak fahamlah. You cerita betul-betul mana wang itu masuk...

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Boleh habiskan Yang Berhormat. Boleh habiskan.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Betul-betul tidak faham punya.

Kita puas kasi faham.

final • 4:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Fahamlah. Duduklah.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lipis.

Yang Berhormat Lipis...

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Betul-betul tidak faham.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Kota Kinabalu, bagi saya laluan boleh? Saya mahu cakap, gentleman. Yang Berhormat duduk sekejap, bagi saya cakap.

final • 4:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Alamak, alamak.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak bagi Yang Berhormat, tidak bagi.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya sudah tunggu lama untuk berhujah. Ini bukan China punya Parlimen. Ini Malaysia punya Parlimen, hormat sedikit. Cakap pun tidak faham, you suka hati cakap Barisan Nasional, UMNO...

final • 4:50 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Dia ingat ini Taiwan punya Parlimenkah?

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya mahu cakap, you mahu hujah, hujah betul-betul. You jangan cabar Barisan Nasional. Kalau you cabar, ini...

final • 4:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:50 PM

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Sepang diamlah, apa kena mengena dengan Yang Berhormat Sepang. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kota Kinabalu, jangan cabar.

final • 4:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Apa macam ini, sudah minta laluan, gasak saya. Mana boleh? Ini gasak saya...

final • 4:50 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Suruh duduklah, tidak pandai lagi itu.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, jangan gasak dia macam itu Yang Berhormat...

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini cara tidak betul. Cara hujah dia one sided Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, mahu bagi jalan Yang Berhormat?

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh. Ini melampau sangat.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat. Habiskan Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Cakap suka hati dia sahaja.

Sudahlah cakap orang tidak faham. Ini bukan Thong Sam, ini Malaysia.

final • 4:50 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Sudah hendak habis.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sudah habis.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Diamlah, Yang Berhormat ingat ini Thong Sam? Jangan lebih sangat, jangan melampaulah. Cakap macam - Kita beri dia peluang untuk bercakap, tetapi janganlah melampau sangat.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Kinabalu habiskan Yang Berhormat. Habiskan.

final • 4:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 4:50 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Yang Berhormat Seputeh jangan bangun.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

That is the too much, below the belt…

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, dia mahu tampil kehadirannya. Sekarang baru masuk.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Lu cakap pun serupa apek, mahu cakap banyak.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Tuan Speaker...

final • 5:00 PM

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Kalau mahu cakap merapu, kita pun boleh cakap merapu. Tidak ada fakta untuk bercakap.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini apek pasar cakap boleh faham, you punya cakap tidak boleh faham punya.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Kinabalu, hendak bagi jalan? Tidak, duduk Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini macam punya orang pun ada dalam ini Parlimenkah?

final • 5:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Saya mahu habiskan ini..

final • 5:00 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kalau tidak faham...

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Cakap biar ada fakta.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

DAP tidak halal.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Kota Kinabalu habiskan Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Saya kata Barisan Nasional tidak haram. Mengertikah? Kalau hendak...

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Lu cakap pelik-peliklah.

final • 5:00 PM

Dato' Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Ini DAP yang haram.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini Yang Berhormat Kota Kinabalu, dia mengundang masalah. Suruh dia duduk, cukup. Orang tidak mahu dengar lu lagi, lu duduk.

final • 5:00 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

[Bangun]

final • 5:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Baling, you bukan Speaker, you jangan cakap dengan kasar. Sekarang baru masuk Dewan, apa ini?

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Serupalah you nyonya sama itu apek.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat, habiskan, habiskan. Cukuplah Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Saya sudah bagi teguran kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu awal-awal tadi untuk tidak membuat tuduhan sebegitu.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Akhirnya. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, akhir, akhir, akhir...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Duduk Yang Berhormat.

Cukup.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Akhir sudah. Akhir sudah.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya mencadangkan penguat kuasa terhadap undang-undang ini haruslah diperkuatkan dan SPRM diberi hak dan kuasa yang berdikari.

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Saya cakap sama lukah?

final • 5:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ini kacau-kacau sama saya, apa macam saya cakap?

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Lu tidak tahu cakap, lu pergi sekolah baliklah.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Yang Berhormat Baling, kalau you tidak faham...

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Baling guna perkataan ‘lu’, ‘apek’, apa ini? Janganlah gunakan ‘lu’, come onlah.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang, duduklah Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat Sepang.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Sepang, duduklah mamak.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Apa ini? Ini standard punyakah?

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Cukup, cukup.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini bukan ...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak payahlah, cukup sampai di situ sahaja. Habiskan Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, jangan kata Barisan Nasional haram sudah cukup. Tarik baliklah, tarik baliklah.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya mencadangkan perkuatkan kuasa terhadap undang-undang ini haruslah diperkuatkan dan SPRM diberi hak dan kuasa yang berdikari untuk menyiasat wang haram. Tidak lupa juga, wang haram tidak boleh diterima oleh sesiapa pun termasuk parti politik seperti Barisan Nasional.

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak perlu.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tengok, DAP...

final • 5:00 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

DAP pun sama jugalah.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Apek DAP lagi haramlah.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 5:00 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

DAP lagi haram.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

DAP lagi haram, angkat wang haram.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Lu pernah terima wang haramkah?

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Angkat wang mana lagi haramlah. Lu semua haram tau. Kata orang haram.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat habiskan. Cukup.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Apa punya lu. I think Tuan Yang di-Pertua, suruh dia berhenti.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sudah banyak kali sudah.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Kalau tidak, ini Dewan lagi kacau. Suruh dia duduk.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ini Barisan Nasional...

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Sudah lama dia provokasi yang begitu banyak.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu habiskan Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ya, duduk, duduk. You muka pun serupa haramlah. Cakap banyak lagi.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ahli yang lain duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Segambut. Yang Berhormat Segambut, duduklah Yang Berhormat Segambut. Duduklah.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Saya harap Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan tentang sumbangan...

final • 5:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Minta laluan. Minta celah. Minta celah lima minit.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Segambut.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kota Kinabalu, saya hendak maklumkan dan juga Dewan ini, minggu lepas ada seorang daripada China nama dia Chang Chen.

[Ketawa] .

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini Malaysialah.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ya, ya dia pergi Kota Kinabalu...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, ya sudah sebut tadi Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ini cerita lain, cerita lain.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini you datang lambat, cerita lain. Ini sudah cakap awal-awal. You datang pun sudah petang, lagi mahu cakap banyak.

Duduk, duduk. Itu cerita semua sudah selesailah.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sudah ada dalam Hansard pun Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Cerita lain ini.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Cukup, cukuplah.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ini berita terkini, berita terkini. Minggu lalu dia pergi Kota Kinabalu. Dengar ceritanya hendak melabur, hendak menarik pelaburan.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sudah, sudah sebut tadi. Dalam hansard sudah. Yang Berhormat Menteri akan jawab fasal itu.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Selepas itu dia kata dia memberi sumbangan kepada hospital di Sabah RM7 juta. Jadi saya hendak minta sama ada pihak SPRM kena menyiasat sama ada ini sumbangan RM7 juta...

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Itu MP Kota Kinabalu, tanya dia. Itu dia MP, dia kasi wangkah, siapa punya wangkah. Lu tanya dialah.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Itu sahaja.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Kinabalu, saya minta Yang Berhormat habiskanlah Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ini apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Segambut termasuk saya punya ucapan. Saya harap kerajaan mesti ambil tindakan yang seharusnya.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Habiskanlah Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan tentang sumbangan wang haram ini kepada UMNO sebelum pindaan...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Jangan begitu Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Lu cakap apa lagi? Apek!

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Kinabalu. Yang Berhormat Kota Kinabalu, cukup.

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Kinabalu!

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Kinabalu! Jangan buat segmen politik macam itu dalam Dewan Yang Berhormat. Saya bagi ruang kepada Yang Berhormat supaya berucap secara tertib. Tidak payah tuduh, tidak payah sebut UMNO, tidak payah sebut itu berucap dalam Dewan. Tidak payah sebut. You provoking the other side, janganlah. I am sure, I am sure kalau the other side provoking Yang Berhormat...

final • 5:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Dia tidak faham Tuan Yang di- Pertua.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Jangan sebut UMNO, jangan sebut UMNO. Begitu tidak boleh. No.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

It is the fact.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tadi sudah cakap Barisan Nasional, apasal mahu cakap UMNO. Tadi sudah Tuan Yang di-Pertua tegur, Tuan Yang di-Pertua cakap Barisan Nasional. UMNO tidak ada kena mengena.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Mengapa you ulang UMNO, UMNO, UMNO. Ini Barisan Nasional. Tidak bolehlah macam itu.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

UMNO, UMNO itu kerana UMNO yang ambil duit.

final • 5:00 PM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

[Bangun] .

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

You must be fair dalam you punya perbahasan.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat. Tidak payahlah Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

You ingat apa sini punya orang tidak beranikah. You tidak tahan nanti kalau kita start.

final • 5:00 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Baling ada sebut perkataan apek. Boleh tidak dia gunakan perkataan seperti itu di dalam Dewan?

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

You akan tidak tahan nanti semua.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak boleh Yang Berhormat, cukuplah. Yang Berhormat Kota Kinabalu, habiskan Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Batu Gajah, duduklah. Tidak ada kena-mengena, duduklah.

final • 5:00 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Kamu menggunakan perkataan apek di dalam Dewan.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya sama Yang Berhormat Kota Kinabalu, you got nothing to do with this.

final • 5:00 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Saya cuma tanya kepada Tuan Yang di-Pertua, bolehkah guna perkataan seperti itu di dalam Dewan.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Kalau kutuk UMNO cakap UMNO haram, ambil wang haram itu satu pertuduhan.

final • 5:00 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Itu lain, itu politik. Ini penggunaan perkataan apek itu memang haram, tidak boleh. Ini adalah perkataan yang tidak boleh digunakan di dalam Parlimen.

final • 5:00 PM

Tuan Liew Chin Tong - Kluang

Peraturan mesyuarat.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

You mahu buat apa you buatlah, tidak boleh.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Tidak payahlah Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

You hendak kata you kata BN, UMNO tidak bersalah. UMNO parti keramat.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, minta tarik baliklah.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Dua-dua belah pihak pun cakap salah Yang Berhormat. Cukuplah.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kami tidak cakap perkataan apek.

Ini cakap lu, gua, apek, apa ini?

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Bolehkah Tuan Yang di-Pertua?

Tarik baliklah.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Mamak, duduklah mamak.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Minta tarik baliklah.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak payah, tidak payah. Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Kinabalu sudah habis ya? Next Speaker. Yang Berhormat Jasin.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Kinabalu belum habis.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Setengah jam sudah apek itu merapu, hang diamlah.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Saya panggil Yang Berhormat Jasin Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua untuk bagi saya peluang untuk ambil bahagian dalam berbahas...

final • 5:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak perlu panjangkan, cukuplah setakat itu.

final • 5:08 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Pindaan Undang-undang Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Pindaan) 2003.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan akta pencegahan adalah sangat-sangat selaras dan seharuslah diberikan...

final • 5:08 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Peraturan mesyuarat.

final • 5:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang mana satu Yang Berhormat?

final • 5:08 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, saya baru teringat Peraturan Mesyuarat 2,saya yang mention minggu lepas bahawa kedudukan kawan saya Yang Berhormat Saratok, dia pihak sanakah atau pihak sini? Kalau dia pihak ketiga, dia kena duduk di sebelah sana tengah-tengah.

final • 5:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak payahlah Yang Berhormat.

final • 5:08 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Saya hendak buat keputusan sahaja.

final • 5:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Saya tahu, baik.

final • 5:08 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ini jelas, BN-Pembangkang. Yang Berhormat Saratok ini siapa, pihak mana?

final • 5:08 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Tidak ada parti, bebas. Tidak ada parti, sudah keluar parti.

final • 5:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat, yang lain saya minta diam Yang Berhormat.

final • 5:08 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Kena buat keputusan, Yang Berhormat Baram sudah buat keputusan dia Barisan Nasional, ini Yang Berhormat Saratok siapa? Ya kena buat keputusan, ini Dewan yang mulia ini. Saya minta buat satu keputusan, esok hari terakhir. Saya hendak kawan diakah atau tidak kawan diakah bergantung kepada keputusan Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat. Okey. Yang Berhormat peguam, baca Peraturan Mesyuarat 2(2), Speaker punya prerogative, prerogative of the Speaker untuk menentukan kedudukan.

Cukuplah setakat itu.

final • 5:08 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Jadi saya...

final • 5:08 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 5:08 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ini keputusan apa? Keputusan Tuan Yang di- Pertua ialah...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

This is Speaker decision. Tidak apalah.

final • 5:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

What is the decision, Tuan Yang di-Pertua?

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Saya sudah buat keputusan hari itu. Saya sudah maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat yang sama. Yang Berhormat invoke perkara itu, saya katakan bahawa is the prerogative of the Speaker. Itu satu. Dan sekarang ini saya maklumkan, ketika itu bahawa Pejabat Yang di-Pertua tidak ada setakat ini menerima sebarang permohonan untuk mengubahsuai kedudukan kerusi mereka dalam Dewan. So, tidak berbangkitlah isu ini. Tidak berbangkit. Ya, cukuplah.

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pindaan ini sangat dialu-alukan bagi membuktikan kepada masyarakat antarabangsa...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Pindaan oh, pindaan rang undang-undang, bukan kerusi Yang Berhormat ya.

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Bukan, bukan. Terima kasih.

Membuktikan kepada masyarakat antarabangsa tentang kesungguhan Kerajaan Malaysia dalam melindungi sistem kewangan negara daripada disalahgunakan oleh penjenayah- penjenayah dan juga pengganas-pengganas serta pembanteras kadar jenayah melalui rangka kerja pengubahan wang haram dan juga pembiayaan keganasan yang kukuh berdasarkan daripada piawaian antarabangsa.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai dasar ekonomi yang terbuka, Malaysia seharusnya bertekad untuk melindungi sistem kewangannya daripada digunakan untuk menyimpan ataupun menyalurkan dana haram yang dikaitkan dengan kegiatan jenayah dan juga aktiviti keganasan. Malaysia sebagai satu-satunya daripada ahli kumpulan Asia Pasifik yang berkenaan dengan pengubahan wang haram APGM atau Asia Pacific Group of Money Laundering menjalani program penilaian bersama terhadap piawaian antarabangsa pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan, anti-money laundering dan juga counter terorism financing.

Jadi perkara ini amat penting kerana penilaian bersama ini dijadualkan akhir pada tahun 2014 dan akan dibuat berdasarkan daripada piawaian antarabangsa. Jadi hendaklah kita dapat sama-sama ketepikan apa juga tuduhan kononnya Kerajaan Malaysia memperkenalkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram ini pada tahun 2001 ekoran daripada kehendak kerajaan Amerika selepas kejadian 9/11. Sebenarnya kita telah meminda Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram ini pada tahun 2001. Kejadian 9/11 adalah pada bulan 9 tahun 2001. Maknanya kita telah buat awal lagi. Selepas itu, kita buat lagi pemindaan pada tahun 2003 dan sekarang untuk perkukuhkan lagi akta kita ini, kita buat lagi satu pindaan yang benar-benar bertepatan dan kita dapat lihat kalau boleh pada akhir tahun 2014 nanti, apabila piawaian antarabangsa kerana pasukan yang bertugas untuk memeriksa sama ada kita mematuhi piawaian ini iaitu FATF, jadi Malaysia akan

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

ditempatkan satu daripada negara yang benar-benar melindungi bukan sahaja rakyatnya, pelabur-pelabur asing bahkan masyarakat antarabangsa.

Pada ketika ini Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah diberikan satu pengiktirafan yang cukup hebat iaitu pada tahun ini, Malaysia telah dikategorikan sebagai tempat ke-12 yang paling berdaya saing selepas kita mencatat nombor 15 pada tahun yang lalu. Jadi macam-macam rating Malaysia mendapat tempat yang cukup terhebat sekali, Ease of Doing Business, macam-macam lagi. Jadi seharusnya perkara tentang money laundering ini kita mahu kalau boleh negara kita juga mengikuti piawaian yang ditetapkan oleh pasukan petugas FATF.

FATF ialah satu daripada badan antarabangsa yang telah ditubuhkan pada tahun 1989. Jadi kita dapat ketepikan apa juga tuduhan-tuduhan kononnya Malaysia mengikut telunjuk daripada Amerika bahkan kita telah menyertai kumpulan Asia Pasifik ini, APG ini pada tahun sebelum kejadian 9/11. Maknanya kita telah membuat persediaan awal dan dari semasa ke semasa kita membuat pindaan bagi memperkukuhkan lagi akta money laundering di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, FATF memantau kemajuan ahli dan melaksanakan langkah- langkah sepatutnya untuk mengkaji semula dari semasa ke semasa tentang pengubahan, teknik-teknik menangani pengubahan wang haram dan juga pembiayaan pengganas serta langkah-langkah pencegahan dan menggalakkan penerimaan dan pelaksanaan langkah- langkah yang diguna pakai pada peringkat global...

final • 5:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

[Bangun]

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Hendak mencelah sedikit boleh?

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Sila.

final • 5:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jasin. Terima kasih kerana Yang Berhormat Jasin beri saya laluan. Saya difahamkan di samping FATF dan member kepada APG, Bank Negara juga menjadi ahli kepada Egmont Group of Financing Intelligence Unit yang berkongsi risikan mengenai pengubahan wang haram ini dan saya difahamkan kita buat perjanjian, 37 MoU dengan beberapa negara bertujuan tidak lain untuk memantau, merisik dan mengenal pasti elemen-elemen wang haram ini.

Jadi saya hendak tanya, di samping itu, mungkin apa pandangan Yang Berhormat Jasin tentang kalau kita tangkap ini, siapa pula yang menjaga aset-aset yang dibekukan, yang disita atau dilucutkan? Adakah ini juga sebahagian daripada akta dan kalau tidak ada, perlu tidak kita perkasakan jentera ataupun badan-badan yang akan menjaga aset-aset yang telah dibekukan ini? Terima kasih.

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kota Tinggi. Sebenarnya pindaan kita ini adalah menyeluruh. Bukan sahaja rampasan bahkan selepas ini nanti kita akan terangkan tentang apa juga terma- terma yang telah ditetapkan dalam akta ini. Akan tetapi apa yang penting, selain daripada kita mematuhi piawaian-piawaian antarabangsa, Malaysia juga telah dikategorikan sebagai satu daripada negara yang menjadi destinasi pelaburan yang bukan sahaja kita menjanjikan kestabilan politik dan juga ekonomi negara kita bahkan dasar negara kita yang sentiasa mesra kepada pelabur dan kita sentiasa menjaga kebajikan dan kepentingan pelabur supaya sentiasa diambil perhatian.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini akan membuktikan kepada masyarakat antarabangsa tentang kesungguhan Malaysia mahu menjadi sebagai sebuah negara yang bertaraf negara maju tahun 2020. Saya baru baca lagi satu hari ini iaitu CIMB Prefered, Malaysia dikategorikan sebuah negara pada ketika ini positif untuk mencapai defisit 3.5 untuk tahun 2014. Jadi, janganlah hendaknya mana-mana pihak yang mahu menuduh bahawa pada ketika ini bukan sahaja kita tidak berkeupayaan mencapai defisit bahkan kita sangat teruk dengan hutang.

final • 5:10 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Jasin, boleh saya tanya?

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 5:10 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Jasin, satu ketika, sebuah syarikat yang mendaftar dengan SSM yang namanya Suara Inisiatif Sdn Bhd dan dipercayai melalui syarikat ini menjalankan pelbagai kegiatan politik termasuklah protes-protes dan sebagainya. Jadi adakah kegiatan pengubahan wang... Sebab kita tidak tahu mana sumbernya datangnya wang yang disalurkan kepada syarikat ini. Jadi, adakah kegiatan seperti ini juga harus dikategorikan di bawah akta ini?

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Sebenarnya pindaan akta ini bukan sahaja meliputi apa juga kejadian laundering ataupun apa juga wang haram yang berlaku dalam negara bahkan apa yang penting kita hendak bincangkan pada ketika ini, apa juga yang outflow of fund dan juga inflow of fund. Itu yang penting kerana kita tidak mahu apa juga wang keluar daripada negara kita secara tunai, ia mestilah melalui badan-badan yang berwajib.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan kali ini adalah lebih terperinci...

final • 5:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Jasin, boleh minta penjelasan sedikit? Subang sini.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Subang.

final • 5:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ekoran daripada soalan tadi. Contoh tadi adalah wang yang diterima oleh Syarikat Suara Inisiatif. Itu contoh di mana wang dimasukkan dalam bank akaun satu syarikat yang berdaftar di Malaysia. Kalau kita banding dengan contoh Michael Chia yang...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak payah masuk sana Yang Berhormat. Soalan, soalanlah. Tidak payah masuk lagi sana.

final • 5:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tak, saya hendak bagi perbandingan.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak perlulah Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Michael Cheah ditahan dengan brief case yang mengandungi SGD16 juta wang tunai duit Singapura, nilainya RM40 juta wang tunai dan itu diakui oleh menteri, mantan menteri dalam Jabatan Perdana Menteri yang sekarang menteri Pengangkutan, bukan Pelancongan, Ahli Yang Berhormat Padang Rengas. Dia mengakui itulah sumbangan untuk UMNO Sabah. Jadi kalau kita banding itu, wang tunai dibawa secara haram keluar daripada Hong Kong. Michael Cheah ditangkap dan itu diakui.

Bukankah itu yang lebih tepat didefinisikan sebagai money laundering dengan izin. Sila minta penjelasan.

final • 5:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak mahu mengulas apa juga hujahan daripada Yang Berhormat kerana Tuan Yang di-Pertua telah pun bagi teguran tadi. Akan tetapi dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua, penilaian kali ini daripada FTF pada penghujung tahun ini adalah satu penilaian yang cukup penting sekali kerana ia melangkaui penilaian pematuhan teknikal dengan menilai keberkesanan rangka kerja menangani pengubahan wang haram dan juga pembiayaan keganasan.

Jadi sekiranya dalam penilaian ini kita tidak mematuhi apa juga piawaian, kita tidak mahu Malaysia nanti dikategorikan sebagai negara yang tidak patuh ataupun negara yang rendah, ataupun negara yang low level of effectiveness. Kita mahu kalau boleh Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara yang benar-benar mematuhi apa juga piawaian antarabangsa. Kita mahu menjadikan Malaysia sebagai negara destinasi pelaburan.

Tuan Yang di-Pertua, keputusan penilaian ini tidak memuaskan akan memberikan kesan negatif kepada sektor kewangan dan juga ekonomi negara kepada persekitaran perniagaan dan pelaburan negara serta menjejaskan reputasi Malaysia serta sektor kewangannya.

final • 5:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Malaysia juga berisiko untuk disenaraihitamkan oleh FATF sebagai negara risiko tinggi pengubahan wang haram atau juga pembiayaan keganasan dan ini akan memberikan impak yang negatif kepada iklim pelaburan dan juga perniagaan. Dalam masa yang sama, ia juga akan menyukarkan keupayaan Malaysia untuk menarik minat-minat pelabur dan juga melemahkan keyakinan pelabur serta sektor perniagaan dan masyarakat antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan akta pencegahan dan pengubahan wang haram ini kalau kita lihat dengan jelas dalam seksyen 14A menyatakan mana-mana orang ataupun yang mempunyai sebab untuk mengesyaki institusi pelapor yang bercadang ataupun sedang dan telah pun membuat laporan termasuk pihak yang membuat rekod mengenai maklumat tersebut di bawah seksyen 14, ini adalah pindaan yang dulu iaitu laporan mengenai transaksi-transaksi yang disyaki melibatkan hasil daripada aktiviti haram dan berkongsi maklumat ini kepada mana-mana orang boleh dilibatkan kesalahan.

Pada pindaan yang lepas pada tahun 2003 hanya diminta melaporkan kepada pihak berkenaan dengan transaksi yang mencurigakan. Ia terlalu umum tetapi pada kali ini ia terlalu fokus sesiapa juga pegawai sama ada pegawai bank ataupun pegawai Bank Negara. Ia mempunyai apa juga makluman dan menyalurkan makluman tersebut kepada orang-orang yang tidak berkenaan, ia akan disabitkan kesalahan. Ini sebenarnya lagi memperkukuhkan akta yang akan kita buat ini.

final • 5:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Masjid Tanah mohon mencelah.

final • 5:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Ya.

final • 5:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Jasin. Bagaimana pandangan Yang Berhormat bahawa Bank Negara Malaysia dapat boleh memastikan bahawa obligasi-obligasi di bawah Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan tahun 2001 dapat dipatuhi oleh kesemua institusi kewangan. Yang tadi sudah sebutlah, maksudnya kerjasama antarabangsa diperlukan dalam memastikan nama baik Malaysia dan juga perkara ini dapat diatasi dengan baik. Cuma sekarang ini bagaimana Bank Negara Malaysia dapat mengatasi? Saya minta, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Jasin. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Beliau adalah seorang peguam yang saya rasa dapat memahami apa yang saya hendak sebut.

Sebenarnya, satu jaringan keseragaman di antara agensi-agensi penguat kuasa bukan sahaja Bank Negara, bahkan daripada Jabatan Hasil Dalam Negeri, daripada polis, daripada Imigresen, daripada Kastam mestilah ada satu kesepaduan supaya apa juga tindakan yang akan kita buat bagi memastikan supaya penyalahgunaan ini akan dapat sama-sama kita banteras. Kita mahu kalau boleh akta yang akan kita sama-sama bahaskan ini benar-benar dapat memenuhi aspirasi dan juga memenuhi apa juga kehendak-kehendak piawaian antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 14 pula kalau kita lihat di sini, turut menyatakan institusi pelapor hendaklah bukan hanya setakat menyimpan rekod dalam masa minimum enam tahun tetapi khususnya menyatakan rekod tersebut dalam mana-mana surat- menyurat perniagaan dan dokumen yang berhubungan dengan suatu akaun, hubungan perniagaan transaksi ataupun aktiviti dengan seorang pelanggan atau mana-mana orang serta apa juga hasil dan analisa yang dibuat dan mengikut mana-mana fasal yang berkenaan selama tempoh lebih kurang enam tahun.

Ini sebenarnya adalah amat-amat dialu-alukan tetapi apa yang penting pada ketika ini yang kita hendak lihat supaya sesiapa juga yang bertanggungjawab yang ada hubung kait dengan apa juga maklumat, kita dalam usaha kita bagi memastikan tidak ada penyalahgunaan kuasa dibuat kerana ini sangat penting bagi memastikan kita dapat menjaga kepentingan pengguna dan juga orang ramai.

Kalau macam orang biasa macam kita yang ada akaun bank, kita mahu kalau boleh integriti mana-mana pegawai yang ada akses kepada mana juga akaun yang kita ada, mereka seharusnyalah menyimpan rahsia tersebut dan tidak membocorkan rahsia ini kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, institusi kewangan

final • 5:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

sekarang boleh merujuk kepada akta untuk mengetahui apa juga jenis maklumat yang sepatutnya kita simpan dan bukan setakat hanya dengan am menyimpan rekod untuk enam tahun sahaja.

Jadi, kita mahu mendapatkan kepastian daripada pihak kerajaan supaya pegawai- pegawai yang bertanggungjawab dan juga penguat kuasa-penguat kuasa yang diberikan kuasa untuk bukan sahaja untuk mendakwa, menangkap mereka yang ada hubung kait dengan kesalahan tersebut mestilah tidak menyalahgunakan kuasa mereka.

Tuan Yang di-Pertua, faedah yang akan diterima oleh kerajaan sudah tentunya kadar jenayah berat pertamanya akan menurun. Ini kerana jenayah berat ini akan menjanjikan satu pulangan yang cukup lumayan walaupun bila kerajaan menguatkuasakan satu undang-undang, mereka tidak takut kerana mereka faham apabila mereka keluar daripada penjara nanti, wang simpanan mereka telah tersedia untuk mereka dapat menikmati seterusnya dalam masa kehidupan mereka.

Akan tetapi dengan adanya akta ini, kerajaan mempunyai kuasa bukan sahaja untuk menyita, merampas dan memastikan supaya apa juga wang haram hasil daripada penyalahgunaan kuasa ini akan dapat dirampas. Kita mahu melihat supaya sekali lagi duit- duit money laundering yang selama ini dihantar ke luar negara yang menyebabkan ketirisan wang negara boleh sama-sama kita kekang.

Tuan Yang di-Pertua, kita dapat lihat dalam akta adapun disebut tentang apa juga harta-harta ataupun wang yang ditangkap, disita. Kita mahu kalau boleh, interpretasi kewangan ini bukan sahaja meliputi sebahagian daripada harta mereka bahkan apa juga peratusan daripada harta hasil daripada money laundering dianggap sebagai adalah wang haram kerana misalannya, seseorang penjenayah yang telah membeli satu harta, tetapi sebenarnya wang haram hanya 10% sahaja. Akan tetapi mengikut akta ini, kerajaan berhak untuk merampas secara keseluruhannya. Itulah kehebatan rang undang-undang ini. Akan tetapi kekangan yang saya nampak di sini adalah penguatkuasaan undang-undang itu sendiri.

final • 5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Jasin sikit.

final • 5:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Apa yang paling penting, bagaimana untuk semua kita agensi-agensi penguatkuasaan sedia ada...

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Sepang bangun Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sikit ya? Terima kasih. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasin, tadi Yang Berhormat Jasin kata tentang kehebatan undang-undang ini.

Contoh tadi, kalau dia beli satu harta, bukan harta itu sahaja yang boleh dirampas tetapi harta lain juga.

final • 5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidakkah Yang Berhormat Jasin merasakan bahawa setengah-setengah, saya tidak tahulah, saya rasa mungkin Yang Berhormat Jasin sudah baca semua peruntukan ini.

Adakah Yang Berhormat Jasin boleh bersetuju dengan saya bahawa ada sesetengah peruntukan dalam akta ini, ia menunjukkan satu reaksi yang, izinkan saya guna perkataan disproportionate. Maknanya kita terlampau hendak memastikan rating kita baik, kita membuat pindaan-pindaan yang agak draconian juga. Sehinggakan ada sesetengah peruntukan itu akan menyebabkan proses keadilan itu akan terjejas.

Saya hendak beri contoh, seksyen 56 yang di introduce, seksyen 56A kalau tidak salah saya. Apabila mahkamah sudah putuskan bahawa orang itu tidak bersalah, masih lagi perintah perlucutan hak itu forfeiture itu masih kekal. Bukankah ini satu benda yang contradictory? Kalau mahkamah sudah kata dia tidak bersalah, sudah tentulah kalau kita sudah rampas harta dia, kita kena pulangkan balik. Itu logiknya tetapi akta ini walaupun mahkamah sudah kata tidak salah, harta yang dirampas itu tetap kekal. Bukankah ini satu disproportionate reaction? Saya akan bahaslah kalau ada masa nanti tetapi ini salah satu contoh. Apa respond Yang Berhormat Jasin? Terima kasih.

final • 5:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih sahabat saya.

Akan tetapi kita mahu bahaskan apa juga yang terkandung dalam akta ini. Akta ini menyebut cukup terang sekalilah. Fasal 4 tadi dia kata hasil daripada aktiviti haram. Benda

final • 5:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

yang haram tetap haram walaupun satu pun harta yang dibeli, hasil daripada wang yang tidak haram dicampurkan dengan haram tetapi mengikut akta ini dianggap harta itulah harta haram.

Jadi, dalam usaha kita bagi membanteras dan menentukan supaya kita dapat pastikan tidak ada mereka yang terus melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan bukan sahaja kewangan kita terjejas bahkan hasil daripada kegiatan pengubahan wang haram dan juga pencegahan pembiayaan keganasan ini akan menyebabkan keselamatan negara kita akan terjejas. Ini kerana wang boleh segala- galanya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

final • 5:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Tuan Yang di-Pertua, kita dapat lihat dalam akta ini ada menyebut tentang yang dikatakan amendment to the interpretation of proceeds of unlawful activity atau pun hasil daripada aktiviti haram ini. Dia kata include the definition of hasil daripada aktiviti haram yang keseluruhannya atau sebahagian daripadanya. Itu fasal 4. Jadi, walaupun apa yang sahabat saya sebutkan tadi, pada pihak mahkamah atau pun pihak pendakwa susah untuk mengimplementasikan proceeds of unlawful activity tetapi kita hendak lihatlah keselamatan dan...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Jasin, panjang lagi?

final • 5:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya akan ringkaskan. Saya nampak Tuan Yang di-Pertua ini, saya pun...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, boleh minum teh dah.

final • 5:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Ya, terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, yang sentiasa baik hati. Akan tetapi insya-Allah saya akan pastikan supaya saya menghormati masa. Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih.

final • 5:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Saya pun sudah hilang punca Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa] Saya bagaimanapun saya hendak mengucapkan terima kasih kerana Tuan Yang di-Pertua bagi saya peluang. Saya menyokong rang undang- undang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya tahu Yang Berhormat Jasin akan hilang punca kalau ditegur. Yang Berhormat Temerloh, selepas itu seorang Yang Berhormat BN, selepas itu Yang Berhormat Bukit Katil dan Yang Berhormat Menteri jawab. Ya, sila.

final • 5:30 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam membahaskan pindaan Akta Pengubahan Wang Haram ini.

Pertamanya, saya dahulukan ucapan ini dengan menegaskan bahawa secara prinsipnya kita melihat bahawa Islam juga sangat melarang penglibatan dalam pengubahan wang haram ini apabila Allah SWT berfirman, [Berucap dalam bahasa Arab] “Jangan kamu makan, jangan kamu guna harta kamu di kalangan kamu dengan secara yang tidak hak atau pun secara batil”. Batil dalam ayat ini diulas dan dibahaskan oleh para alim ulama, dia merujuk kepada semua bentuk harta yang dihasilkan dengan cara yang tidak betul, termasuklah melalui sindiket ataupun terrorist, judi, penipuan, rasuah dan juga lain-lain. Itu yang pertama. Kemudian yang kedua, saya melihat di peringkat antarabangsa juga,

final • 5:33 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

sebagaimana juga disebut oleh Yang Berhormat Jasin sebentar tadi. Bagi komuniti antarabangsa sememangnya mereka telah mewujudkan satu kumpulan apa yang disebut sebagai satu Task Force FATF ini.

Negara-negara G7 juga banyak menjadikan FATF ini sebagai pemerhati tetap untuk memastikan aktiviti haram di negara mereka tidak berleluasa dan mereka telah bertindak untuk memperkenalkan satu polisi untuk membendung pengubahan wang haram ini. Jadi, berasaskan kepada point ini maka saya juga mengharapkan supaya negara kita insya-Allah, juga mempunyai satu kawalan yang bukan sahaja ketat pada aktanya, pada undang-undang nya tetapi juga berkesan dari sudut penguatkuasaannya supaya ianya tidak menjadi satu barah dalam negara kita ini.

Sebagai contoh, saya hendak rujuk di sini ialah berkait dengan saya melihat isunya ialah ikan jerung selalu sahaja dapat bebas dan juga lolos daripada perhatian penguatkuasaan dalam isu money laundering ini. Sering kali yang menjadi mangsanya, yang sangkut dalam jaring penguatkuasaan ini hanyalah bilis-bilis sahaja. Adapun jerung ini sentiasa bebas dan juga dapat melepaskan diri daripada penguatkuasaan. Isu ini semakin hari semakin hari semakin meruncing. Ia bukan sahaja melibatkan mafia, melibatkan penjenayah tetapi sampai ke peringkat ia melibatkan anggota keselamatan dalam negara kita. Satu pihak, satu institusi yang diharapkan untuk menguatkuasakan undang-undang tiba-tiba institusi inilah yang telah mencemarkan apa yang kita sebut sebagai penguatkuasaan undang-undang dalam negara kita.

Satu kes sebagai contoh antara tahun 2002 sehingga tahun 2005. Seorang anggota keselamatan telah pun disabit kesalahan dengan empat pertuduhan pengubahan wang haram ketika mana beliau bertugas sebagai pegawai di bahagian kongsi gelap, judi dan maksiat di Johor. Awal tahun ini pula negara kita digemparkan dengan 40 anggota polis yang disiasat kerana mengubah berjuta-juta ringgit wang haram ini yang diperoleh daripada sindiket pelacuran di negara kita. Jadi, isunya ialah jika penguat kuasa yang telah diberikan tugas untuk membendung, mencegah, mengawal jenayah yang terancang ini tiba-tiba juga terlibat dalam perkara ini, maka siapa lagi yang boleh kita harapkan? Jadi, jangan sampai nanti ia disebut sebagai mengharapkan pagar, akhirnya pagar tidak boleh harap. Itu yang pertama Tuan Yang di-Pertua.

Seterusnya, saya juga mahu memberikan perhatian dan juga penekanan kepada kelompok orang politik ini atau disebut sebagai politically expose person yang saya lihat banyak terdedah kepada aktiviti rasuah dan juga aktiviti pengubahan wang haram ini. Saya tidak perlulah menyebut individu-individu yang telah pun diulang banyak kali dan disebut dalam Dewan ini. Ini kerana saya hanya hendak fokus isunya ialah kepada soal penguatkuasaan.

Walaupun pindaan yang dikemukakan kepada kita dengan satu akta yang dari segi takrif ataupun dari segi definisi undang-undang dan juga hukumannya dilihat ketat dan dilihat lebih berat daripada sebelumnya. Akan tetapi saya melihat undang-undang ini, dia masih bergantung pada soal penguatkuasaan. Ketat bagaimanapun, berat bagaimanapun kalau soal penguatkuasaannya tidak telus ataupun mempunyai suasana yang sangat mencurigakan maka dia tidak dapat untuk mengatasi apa yang disebut sebagai barah dalam institusi kewangan negara kita. Jadi, inilah yang perlu diberikan penekanan dan perhatian.

Saya minta pihak kerajaan dapat serius melihat perkara ini kerana kalau kita lihat di negara-negara luar dengan negara maju mereka mempunyai bukan sahaja polisi tetapi penguatkuasaan yang tegas. Jadi, saya harap negara kita juga demikian. Sebagai contoh tahun lalu kalau kita lihat di dalam laporan New York Times dia menyebut bahawa wang tidak berlesen ataupun wang haram ini di Malaysia telah meningkat kepada RM18.33 bilion dalam negara kita, melibatkan pengubahan wang haram ini.

final • 5:33 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Ini sudah tentu satu fenomena yang sangat membimbangkan dan juga satu keadaan yang sangat tidak sihat bagi perkembangan ekonomi negara kita, kerana jumlah ini jumlah yang sangat besar dan perlu diberikan perhatian serius. Apakah nanti berlaku sesuatu yang sangat tidak sihat dalam sistem penguatkuasaan undang-undang dalam negara kita. Jangan sampai nanti orang awam juga hilang kepercayaan dan juga masyarakat luar juga hilang kepercayaan kepada institusi penguatkuasaan ini. Lebih malanglah kalau rasuah dilibatkan dengan institusi penguat kuasa dalam negara kita ini.

final • 5:40 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat juga sebagai contoh yang saya hendak tunjukkan tadi dalam Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram di bank di Amerika Syarikat. Jika berlaku satu transaksi yang mencurigakan terutamanya melibatkan ahli politik, keluarga dan syarikat yang mereka miliki, sudah tentu pantas sahaja institusi atau bank-bank, institusi-institusi pelapor ini akan membuat satu tindakan yang sewajarnya dan satu denda dikenakan dengan satu kadar yang sangat tinggi. Kes yang saya rujuk ini ialah Riggs Bank di Washington yang telah didenda sebanyak USD25 juta pada tahun 2004 kerana mereka gagal untuk melaporkan satu transaksi yang mencurigakan yang melibatkan diplomat daripada Arab Saudi.

Jadi ini antara contoh penguatkuasaan yang perlu diambil dan perlu kepada perhatian serius pihak kerajaan.

Akhirnya sekali lagi saya merumuskan Tuan Yang di-Pertua, soal profesionalisme dalam penguatkuasaan undang-undang. Inilah yang saya kira paling penting untuk memastikan pencegahan dapat dilaksanakan dan keberkesanan undang-undang ini dapat dilihat. Ini kerana selain daripada kita memperketat undang-undang, kalau penguatkuasaan mutunya sangat rendah, maka saya kira kita hanya akan membahaskan perkara ini dari tahun ke tahun dan isu pengubahan wang haram ini makin meningkat dan meningkat dan ia tidak akan menyelesaikan masalah. Jadi saya memperingatkan diri saya sebagai salah seorang daripada anggota Parlimen dan seterusnya pihak kerajaan sendiri yang bertanggungjawab, [Bercakap dalam bahasa Arab] yang bermaksud jangan sampai kita menyembunyikan apa sahaja insiden-insiden ataupun butiran-butiran pensaksian- pensaksian terhadap isu pengubahan wang haram ini untuk dilindungi agar tidak diambil tindakan. Pastikan ia dilaporkan lalu pihak penguasa bukan sahaja hanya boleh bertindak tetapi juga mampu sampai ke peringkat mengheret mereka ke pengadilan.

Jadi inilah yang ingin saya tegaskan. Mudah-mudahan pihak kerajaan dapat memberikan perhatian serius. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Silam.

final • 5:40 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan pindaan Rang Undang- undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Sebelum saya meneruskan ucapan saya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi sedikit fakta sebenar. Tadi apabila Yang Berhormat Kota Kinabalu berucap, saya ingin mencelah untuk memberi sedikit penjelasan fakta yang sebenarnya. Jadi saya ingin ini dimasukkan dalam – on record bahawa tuduhan daripada Yang Berhormat Kota Kinabalu tadi bahawa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah terlibat dalam kes yang berlaku di Hong Kong, ada hubungan dengan Michael Chia. Sebenarnya perkara ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah di Dewan Undangan Negeri pada tahun 2012.

Yang Berhormat Kota Kinabalu sebenarnya DUN pada masa itu dan saya juga Ahli DUN masa itu. Jadi saya rasa Yang Berhormat Kota Kinabalu sengaja tidak mahu ingat fakta itu. Sebenarnya apabila disiasat oleh ICAC Hong Kong dan juga SPRM, keputusannya ialah kes ini tidak berasas dan telah di - no further action (NFA). Ini daripada pihak berkuasa di Hong Kong. Jadi saya mahu ini dimasukkan dalam Hansard untuk rekod kita bersama.

Tuan Yang di-Pertua, telah banyak diperkatakan berhubung dengan global finance integriti. Pagi tadi Yang Berhormat Permatang Pauh juga telah menyentuh perkara ini dan saya ingin ulangi. Bahawa GFI telah membuat laporan aliran wang haram di kalangan negara membangun tahun 2002 dan juga 2011 dan meletakkan Malaysia keempat tertinggi di dunia dengan angka aliran wang haram yang mencecah USD54 bilion pada tahun 2011 dan jumlah terkumpul sebanyak RM370 bilion sepanjang tempoh 2002 hingga 2011. Nilai mata wang ini sangat menggerunkan dan berada di tahap yang sangat membimbangkan.

Namun perkara ini terus bertambah parah apabila mereka yang tidak bertanggungjawab terus membuat kesimpulan mudah dengan mengatakan nilai mata wang haram ini

final • 5:43 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

berpunca dari kes rasuah, seterusnya melabelkan Malaysia sebagai negara pengamal rasuah di mata dunia.

Tindakan ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai nilai patriotik.

Tuan Yang di-Pertua, setelah kita meneliti dengan mendalam berhubung dengan tuduhan ataupun laporan daripada GFI ini, kita dapati bahawa dia kurang tepat. Dia tidak tepat. Sebenarnya memang banyak angka-angka yang tidak diambil kira. Ada fakta-fakta yang tidak diambil kira. Apabila kita mengkaji, kita dapati bahawa perkara-perkara seperti trade mispricing telah tidak diambil kira. Jadi apabila kita check, kita kira, sebenarnya daripada angka yang USD54 bilion itu, 80% adalah berpunca daripada mispricing. Trade mispricing. Maknanya angka yang sebesar itu sebenarnya tidaklah semuanya berpunca daripada kes rasuah.

Sebagai contoh, eksport oleh Malaysia ke sesebuah negara rakan perdagangan tertentu mungkin tidak menunjukkan rekod jumlah import yang sama dari Malaysia oleh negara itu. Percanggahan ini timbul kerana import direkodkan berdasarkan negara pengeksport asal yang juga merangkumi eksport melalui negara lain atau lebih tepatnya re- export hub. Apabila dikaji, kita dapati bahawa perkiraan Malaysia yang dieksport, contohnya melalui Singapura dan Hong Kong, anggaran trade pricing antara Malaysia dengan sepuluh rakan perdagangan utama didapati telah berkurangan dengan nyata sebanyak kira-kira 70% bernilai yang merupai trade mispricing. Memandangkan anggaran trade mispricing dalam laporan itu tidak mengambil kira percanggahan tersebut dalam perangkaan perdagangan, anggaran aliran keluar haram telah terlebih catat atau overstated. Seterusnya apabila dikaji, sebanyak 20% daripada aliran keluaran haram merujuk kepada item kesilapan dan ketinggalan ataupun error and omission. Perlu diambil perhatian bahawa bukan semua jumlah error and omission disebabkan oleh kegiatan haram memandangkan ia juga termasuk kesilapan perangkaan yang sebenar daripada pengumpulan perangkaan perdagangan luar dan transaksi kewangan merentas sempadan.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia merupakan sebuah ekonomi yang sangat terbuka dengan jumlah perdagangan barangan dan perkhidmatan purata pada 192% daripada KDNK dalam tempoh ini. Percanggahan tersebut sudah tentu menjadi besar dalam nilai sebenarnya. Namun apa yang penting ialah error and omission telah berpurata pada 2% daripada jumlah perdagangan jauh di bawah paras penanda aras sebanyak 5% yang ditetapkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Nisbah ini juga semakin menurun sejak tahun 2011.

Maka persoalannya laporan yang dikeluarkan oleh GFI itu sebenarnya mencakupi nilai kewangan yang tidak direkodkan dan bukannya mengatakan bahawa Malaysia merupakan negara pengamal rasuah seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

final • 5:43 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada GFI. Pihak kerajaan juga tidak boleh memandang rendah terhadap masalah ini kerana kita perlu mengkaji semula berkenaan kelemahan dan kekangan yang ada terhadap masalah nilai wang keluar yang tidak direkodkan ataupun mispricing. Saya yakin kerajaan telah berusaha sebaik mungkin untuk mengatasi masalah ini termasuklah dengan meminda akta ini bagi memperkukuhkan kuasa undang-undang dalam membanteras masalah pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Usaha Kerajaan Malaysia untuk memperkukuhkan perundangan dan pelaksanaan langkah pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan ini telah diiktiraf oleh IMF dan Bank Dunia semasa Program Penilaian Kestabilan Kewangan atau FSAP. Malaysia diberi penarafan mematuhi ataupun compliance untuk kedua-dua Prinsip Teras Basel ataupun Prinsip 18 dan Prinsip Teras Insurans (ICP 22).

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memuji keberanian kerajaan dalam berani mentransformasikan sistem cukai negara dengan memperkenalkan sistem GST iaitu cukai barang dan perkhidmatan walaupun mendapat tentangan daripada segelintir pihak.

Sebenarnya isu trade mispricing juga boleh diatasi dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan ataupun GST yang menghendaki laporan atau mencatat nilai ditambah pada pelbagai peringkat pengeluaran. Antara kelemahan yang dikenal pasti berpunca

final • 5:50 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

daripada sistem percukaian sedia ada iaitu SST adalah elemen cukai atas cukai yang menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi dan aktiviti pemindahan harga, transfer pricing yang memberi kesan negatif kepada kutipan hasil negara di peringkat antarabangsa.

Perkara ini juga dapat dilihat dalam aspek iaitu mispricing trade di mana secara mudahnya, harga barangan yang dieksport oleh negara telah dinaikkan harga beberapa kali oleh beberapa pedagang yang berbeza hingga harga akhirnya yang dijual di Amerika contohnya, menjadi sangat tinggi berbanding harga yang dijual ketika mula-mula dieksport.

Namun, kita tidak mempunyai rekod di atas kehilangan kenaikan harga tersebut. Maka dalam hal ini, mekanisme yang terbaik untuk mengatasi mispricing trade ini adalah dengan memperkenalkan sistem percukaian yang lebih efisien iaitu GST yang mana melaluinya kita boleh merekodkan pengaliran wang keluar dari negara dan sekurang-kurangnya mengurangkan masalah mispricing trade yang amat merugikan negara.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Silam.

final • 5:50 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Saya akan gulung. Tuan Yang di- Pertua, menyedari kepentingan menangani masalah aliran kewangan haram, usaha berterusan yang konkrit dan bersepadu antara pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk agensi merentasi sempadan seharusnya dilaksanakan bagi memastikan sistem kewangan Malaysia berintegriti dan kekal stabil. Maka melalui pindaan Rang Undang-undang Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan

(Pindaan) 2013 adalah satu perkara yang menunjukkan kematangan kerajaan dalam menangani isu ini. Melalui akta pindaan ini, saya yakin masalah pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan ini akan dapat dikawal sekali gus mampu mencerminkan imej Malaysia sebagai negara yang mengamalkan sistem pentadbiran kewangan yang telus dan mesra.

Maka dengan itu, saya menyokong penuh pindaan Rang Undang-undang Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan

(Pindaan) 2013. Sekian, terima kasih.

final • 5:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Seputeh hendak juga ya? Okey, Yang Berhormat Seputeh belum berucap lagi.

Yang Berhormat Bukit Katil, tolong ringkaskan. Selepas itu saya bagi juga Yang Berhormat Machang, tolong ringkaskan. Akhirnya Yang Berhormat Seputeh. Selepas Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Seputeh dan Menteri jawab. Boleh celah Yang Berhormat Kuala Nerus ya. Yang Berhormat Bukit Katil jangan panjang-panjang ya.

final • 5:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Berapa panjang? 20 minit?

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bagi enam minit boleh?

final • 5:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Ya Allah, banyak ini.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 5:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Yang Berhormat. Saya hendak mulakan dengan lima kritikan terhadap bil ini atau rang undang-undang ini.

Pertamanya saya senada dengan Ahli-ahli Parlimen yang lain bahawa kita perlukan jawapan yang tegas daripada Menteri tentang isu-isu yang telah kita bangkitkan di dalam Dewan ini berkaitan dengan GFI, 1MDB dan lain-lain. Cumanya, kita teliti dan membaca rang undang-undang ini, ia kelihatan sama seperti undang-undang di UK.

final • 5:55 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Misalnya kita Proceeds of Crime Act, di sana dipanggil POCA. Di Australia kita ada Australia Anti Money Laundering 2006 dan juga bagi New Zealand kita ada undang-undang Akta 2009 berkaitan perkara yang sama.

Cumanya saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, saya lihat di dalam rang undang-undang ini, tidak ada satu kesalahan yang dinyatakan membabitkan mereka yang memberi nasihat bagaimana untuk membersihkan wang haram ini. Ini kerana dalam rang undang-undang ini hanya dinyatakan kalau yang saya teliti, mereka yang melakukan aktiviti wang haram tetapi yang memberi nasihat, contohnya dia jumpa saya, dia kata aku ada RM40 juta, macam mana hendak bersihkan duit ini dan saya beri nasihat.

Kenapa yang beri nasihat itu tidak ada dan tidak dijadikan sebagai satu kesalahan di dalam rang undang-undang ini? Ini kerana kalau kita lihat di UK, macam saya teliti tadi POCA, Proceeds of Crime Act tahun 2002, itu dinyatakan dengan jelas dengan izin Tuan Yang di- Pertua, “Advising someone to violate the law of procuring getting goods and services but it get means word constitute violation specified in clause 4” dan ini tidak berlaku di dalam undang-undang kita dan kita perlukan jawapan.

Yang kedua Yang Berhormat Menteri, di dalam rang undang-undang kita, menyatakan dalam seksyen 14 kalau tidak silap saya, ataupun fasal 14, bahawa mereka yang terbabit ataupun yang tahu tentang money laundering ini mestilah dengan segera melaporkan kepada pihak berkuasa. Maknanya institusi pelapor mesti membuat laporan.

Akan tetapi kalau kita teliti khusus bagi fasal 14 ini, tidak ada suatu offence ataupun satu kesalahan kalau dia tidak lapor. Kalau dia tidak lapor, bukan satu kesalahan kerana pada rang undang-undang ini, sesuatu institusi pelapor hendaklah dengan segera melaporkan kepada pihak berkuasa yang berwibawa.

Akan tetapi kalau tidak lapor, adakah ia satu kesalahan? Ini yang saya ingin nyatakan sebab kalau kita teliti sekali lagi di UK, pada pelbagai seksyen yang memperincikan kalau dia tidak lapor, ini kesalahannya. Kalau dia orang yang bertanggungjawab dalam hal ini, dia tidak lapor, ini kesalahannya. So, ini perkara-perkara yang saya ingat perlu dikemaskinikan dan kita perlukan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.

Seterusnya yang ketiga ataupun kritikan yang ketiga ialah kalau kita buat perbandingan di Australia dan juga New Zealand, undang-undang di sana diletakkan satu penjelasan bahawa mesti ada threshold for transaction. Transaksi ini berapa threshold nya.

Itu tidak berlaku dan tidak ada saya ingat di dalam rang undang-undang ini. Cuma, saya dimaklumkan, mungkin saya salah, minta Yang Berhormat Menteri betulkan. Threshold transaction itu hanya dihadkan oleh guidelines atau tatacara yang dikemukakan oleh Bank Negara. Kalau itu guidelines dan tidak dinyatakan di dalam rang undang-undang ini, saya fikir guideline ini ia tidaklah mengikat, ia tidaklah menunjukkan ketegasan kerajaan. Perlu ada satu guideline yang jelas tentang berapakah jumlahnya. Adakah RM40 juga dianggap sebagai wang haram? Itu yang hendak diperincikan dengan teliti. Itu perkara yang ketiga.

Yang keempat, saya juga lihat di dalam rang undang-undang ini ada crime ataupun kesalahan structuring a transaction in order to avoid declaration of cross border movement of cash ataupun dalam konteks, dalam bahasa anti money laundering saya ingat Yang Berhormat Menteri pun tahu, kaedah smoothing.

final • 5:55 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Akan tetapi dalam undang-undang ini tidak dinyatakan secara detil berapakah jumlah tunai yang seharusnya terlibat dalam setiap pergerakan. The period of time, dengan izin. The interval of time between end…, dengan izin. Maknanya tidak ada perincian yang jelas, hanya sekadar umum seperti mana yang dinyatakan dalam seksyen ataupun fasal 28G.

Kritikan saya yang kelima iaitu berkaitan dengan tipping off ataupun memberikan maklumat. Dalam pemberian maklumat ataupun penzahiran, dalam rang undang-undang ini penzahiran laporan. Maknanya kita dalam undang-undang ini menyatakan bahawa mana- mana orang yang mengetahui atau yang mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa bercadang untuk melaporkan, kemudian dia leaked the maklumat. Itu satu kesalahan.

Akan tetapi dalam fasal yang sama, ada pula jalan keluar yang diberikan. Apa jalan keluarnya? Antara yang saya ingat perlu diteliti balik, disclosure when authorized by the competent authority. Ini kita hendak teliti mana check and balance. Kalau penzahiran itu

final • 6:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

satu kesalahan, kenapa ada jalan keluar pula diberi di dalam fasal undang-undang yang sama. So ini pada saya, kritikan-kritikan yang saya fikir dari segi undang-undang boleh membantu mengetatkan lagi kerana kita tahu pergerakan black money ataupun duit hitam ini tentunya menjadi satu perkara igauan yang perlu kita hentikan dengan tegas dan undang-undang yang ada ini perlu diperketat. Itu saya fikir maksud daripada rang undang- undang yang dibentangkan oleh kementerian.

Ini kerana dalam konteks hari in Tuan Yang di-Pertua, pelbagai teknik orang hendak buat duit haram ini. Malah dalam konteks katakan peguam, macam saya kebetulan seorang peguam, kita terikat dengan satu privilege ataupun satu pendirian bahawa akaun client and lawyer punya perbincangan. Anak guam datang jumpa kita menceritakan sesuatu perkara, kita mesti ada that privilege, mesti simpan maklumat itu. Akan tetapi kalau maklumat itu kita didesak untuk menzahirkan kepada pihak berkuasa, jadi tidak ada lagilah prinsip undang-undangnya client and lawyer privilege. So, macam mana kita hendak imbangkan perkara ini. Saya fikir perlu juga diperincikan dan memberikan satu guideline supaya pengamal undang-undang, dia yang tahu dan dia hendak defends anak guamnya, dia ada maklumat itu tetapi kalau dia tidak beritahu adalah menjadi satu kesalahan. So ini adalah satu unfair, satu ketidakadilan kepada peguam dan kerana ia mengganggu prinsip asas dalam pengamalan undang-undang.

Saya mengatakan tadi Tuan Yang di-Pertua bahawa ada pelbagai cara dan teknik orang hendak bawa duit haram ini. Saya ingat ini perlu diperjelaskan. Misalnya saya dalam beberapa sesi yang lalu, saya nyatakan secara khusus mantan Menteri Kewangan, Tun Daim yang kita bawa pelbagai ke SPRM dan sebagainya. Kita tahu apabila dia jadi Menteri Kewangan, kemudian dia ada bank, empayar bank yang besar. Apakah itu satu kaedah?

Dari segi persepsi, kita boleh simpulkan ini satu kaedah hendak bersihkan wang. Buat bank, masukkan duit dalam bank and it become legalize. Adakah itu juga boleh disimpulkan sebagai satu usaha untuk membersihkan wang. Ini kerana sampai sekarang, saya juga sebagai dalam SPRM dan sebagainya tidak dapat maklumat. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh berikan pencerahan apakah ini juga boleh disebut sebagai satu cara untuk membersihkan wang.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 6:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terakhir, yang terkini. Saya hendak beri contoh yang terkini misalnya kes Deepak. Yang Berhormat Menteri juga jawab baru-baru ini di dalam Parlimen bahawa Bank Rakyat memberikan Deepak RM32 juta itu, pada Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah satu tuduhan. Ada kaitan.

Kenapa saya hendak cerita ada kaitan ini ialah Deepak ini apa jasanya? Jasanya ialah dia cuba dapatkan - Kalau ikut maklumat saya ini, dia cuba dapatkan mendiang Balasubramaniam untuk tarik balik akuan bersumpah yang dibuat terhadap Yang Berhormat Pekan dalam kes Altantuya. Okey katakan itu satu kesalahan, retract SD.

Dalam masa yang sama, kita lihat dia kemudian diberikan loan. Dia buat satu kesalahan, tetapi diberikan kemudahan pinjaman bank. Adakah itu satu kaedah baru yang boleh dirangkum dalam rang undang-undang ini iaitu ini satu kaedah dia dapat secara haram. Ini kerana dia buat benda salah, dia dapat pula walaupun loan kena bayar tetapi dia dapat kemudahan. Apa hebatnya dia dengan orang-orang lain yang buat permohonan untuk buat pinjaman sebanyak RM32 juta?

So ini juga kaedah-kaedah baru yang saya fikir Yang Berhormat Menteri perlu juga suatu penelitian. Ini kerana kalau kita hendak hapuskan, kita kena hapuskan secara bersungguh-sungguh dan it must be a political will dengan izin Tuan Yang di-Pertua bahawa semua layer ini diperketat. Janganlah hendak salahkan pihak-pihak yang sana sebut tadi. Jadi kita juga mesti ada melihat kaedah-kaedah baru yang mungkin boleh dilaksanakan dalam usaha untuk merancakkan perniagaan black money yang pada pandangan Pakatan Rakyat dan juga pada pandangan saya, there must be a stop to all this. Ini satu rang undang-undang yang saya fikir dengan pindaan-pindaan tadi dan penegasan yang saya buat, selagi mana kerajaan bersedia untuk membuat beberapa pindaan dan penegasan itu dibetulkan, dengan itu saya menyokong. Kalau tidak, saya fikir tidak perlulah kita kemukakan rang undang-undang ini tanpa ada satu penelitian yang betul- betul dan pengkajian yang sebenar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Machang. Lepas Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Seputeh. Ringkas ya Yang Berhormat Machang.

final • 6:00 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Ya terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya cuba ringkaskan. Cuma kalau boleh panjang sedikit daripada Yang Berhormat Bukit Katil, cukuplah.

Tuan Yang di-Pertua, kita yakin pindaan ini dibuat untuk semata-mata demi kita menjaga kepentingan negara. Kita yakin antara manfaat secara langsung yang dapat diperoleh ialah seperti memperkukuhkan ekonomi negara, mempertingkatkan integriti serta keyakinan orang ramai dan pelabur tentang ataupun terhadap sistem kewangan negara kita. Juga mengurangkan jumlah keseluruhan kadar jenayah seperti pembanterasan jenayah dengan menyekat perolehan hasil manfaat dan akses kepada kewangan adalah salah satu aspek penting bagi mengurangkan jenayah, meningkatkan sumber pendapatan negara dan mengurangkan ketirisan hasil. Seterusnya memperkukuhkan reputasi negara kita sebagai sebuah negara yang komited dan serius dalam menangani isu pengubahan wang haram dan juga pembiayaan keganasan.

Tuan Yang di-Pertua, kita mesti melihat secara menyeluruh kerana kesalahan- kesalahan di bawah akta ini telah menghukum semua bentuk kesalahan yang dilakukan sama ada kecil ataupun besar. Contoh, kegagalan menghantar Borang Penyata Cukai Pendapatan (BNCP) yang terkandung dalam seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967 telah disenaraikan sebagai satu kesalahan berat dalam Jadual Kedua Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Agensi-agensi penguat kuasa boleh mengambil undang-undang apabila mana- mana individu ataupun syarikat terlibat di dalam kesalahan yang saya sebutkan tadi.

Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar kesalahan terhadap kegagalan untuk menghantar borang cukai pendapatan dan kegagalan di dalam membayar cukai tertunggak di dalam jumlah yang kecil tidak diletakkan di bawah akta ini, sebaliknya hanyalah diletakkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Kita bercakap soal persepsi masyarakat. Apabila seseorang terlibat dan dituduh di dalam akta ini, pengubahan wang haram, perkataan haram ini maka masyarakat akan melihat seolah-olah individu tersebut telah melakukan suatu kesalahan yang jijik dan juga terlalu kotor. Ada di antara mereka walaupun tidak membayar cukai, bukan bererti mereka lari tetapi gagal untuk membayar cukai di dalam jumlah yang sedikit. Maka setelah kita faham berulang kali dihantar notis oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri, masih tidak membayar tetapi akhirnya mereka ini akan ditahan untuk keluar negara.

Kita faham ini bahawasanya ini adalah satu kesalahan. Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua, di dalam jumlah yang kecil ini saya rasa tidaklah perlu untuk kerajaan mengenakan hukuman untuk mereka menahan individu terbabit ataupun mana-mana lembaga pengarah syarikat yang terbabit di dalam soal pembayaran cukai yang sedikit ini. Ini kerana kita yakin rakyat Malaysia tidak akan lari kalau setakat RM200,000, RM300,000, setakat RM1 juta pun saya rasa tidak akan lari meninggalkan negara ini, meninggalkan keluarga, sanak saudara mereka hanya semata-mata kerana enggan membayar ataupun melunaskan bayaran kepada kerajaan yang dikenakan kepada mereka di bawah Akta Cukai Pendapatan ini.

final • 6:06 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Jadi Tuan Yang di-Pertua, statistik daripada LHDN, pada tahun 2009 seramai 48,557 pembayar cukai telah pun disenaraihitamkan oleh imigresen untuk keluar negara dan jumlah ini membabitkan nilai yang cukup besar juga, RM1.48 bilion. Akan tetapi daripada jumlah RM1.48 bilion ini, bukan semua pembayar cukai ini adalah terdiri daripada pembayar cukai yang dikenakan oleh kerajaan dalam jumlah yang besar. Juga, sebanyak 7,064 kes telah membabitkan pengisytiharan muflis. Direkodkan pada tahun 2009 dengan jumlah cukai terbabit ialah berjumlah RM369 juta.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan kerajaan perlu meletakkan satu angka yang munasabah untuk kita meletakkan syarat bahawasanya sekiranya mereka gagal untuk membayar cukai pendapatan ini di dalam suatu jumlah yang kita kira

final • 6:10 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

berpadanan atau berpatutan dengan hukuman yang dikenakan kepada mereka untuk kerajaan membatalkan perjalanan ataupun menahan perjalanan mereka ini keluar negara.

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya, ini adalah suatu perkara yang perlu dilihat secara serius oleh kerajaan kerana kita mendapat rungutan daripada rakyat dan juga masyarakat.

Kebanyakan daripada mereka ini yang hendak ke Mekah menjalankan ibadah Haji dan juga Umrah tiba-tiba tidak dapat keluar negara kerana kesalahan-kesalahan ini yang bagi kita bukanlah tidak penting tetapi sepatutnya kerajaan mengambil kira soal kepentingan rakyat yang terbanyak yang berada di bawah. Sekian, terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Machang. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Saya menyokong.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Seputeh, lepas itu Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 6:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, salah satu tujuan utama bagi kerajaan untuk membentangkan rang undang-undang ini adalah demi meningkatkan hukuman ataupun penalti daripada lima tahun kepada 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram pada masa kesalahan itu dilakukan ataupun RM5 juta yang mana lebih tinggi. Walaupun undang-undang ini adalah baik dan perlu bagi kita untuk menangani isu pengubahan wang haram tetapi saya rasa kesal yang rang undang-undang ini tidak mengandungi fasal yang menyemak tindakan ataupun penguatkuasaan pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas di bawah undang-undang ini sehingga banyak penyalahgunaan kuasa telah pun berlaku dan ramai peniaga telah pun dianiaya di bawah undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita tahu terdapat satu task force yang menangani pengubahan wang haram ataupun dipanggil Task Force AMLA di dalam Jabatan Peguam Negara. Task force ini terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negara, Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pegawai Bank Negara dan Pegawai Kastam. Sejak task force ini ditubuhkan, saya terima laporan dan sungutan daripada orang ramai terhadap taktik arm twisting yang diguna pakai oleh pegawai Task Force AMLA tersebut. Ini juga telah disebut Yang Berhormat Tanah Merah dan beberapa Ahli Yang Berhormat tadi.

Penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dalam Task Force AMLA ini telah menjadikan undang-undang pencegahan pengubahan wang haram sebagai undang- undang yang teruk dan draconian di negara kita. Saya diberitahu bahawa apabila pegawai Task Force AMLA ini mengesyaki sesuatu syarikat terlibat dalam aktiviti pengubahan wang, mereka pun menggunakan kuasa di bawah mereka untuk membeku akaun bank syarikat tersebut. Ada yang selama tiga bulan ataupun menyita hartanah selama satu tahun demi memberi masa tuan punya syarikat untuk menyelesaikan mereka dengan pegawai Task Force AMLA ataupun membayar apa-apa cukai yang diminta oleh pegawai LHDN. Bila akaun bank sesuatu syarikat dibeku oleh Task Force AMLA, syarikat itu pun tidak boleh berfungsi. Tuan punya syarikat tidak dapat membayar gaji dan menjalankan urus niaga. Bila ini berlangsung selama beberapa minggu, ia pun memaksa tuan punya syarikat untuk tunduk kepada pegawai dalam Task Force AMLA dan malah memberi rasuah kepada pegawai terlibat supaya kes mereka tidak dibawa di mahkamah dan settled, ‘kautim’ dengan cepat.

Dalam ucapan pembentangan rang undang-undang oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan tadi, beliau sebut tentang SOP bagi pegawai yang menjalankan tugas dengan pindaan di bawah seksyen 44A iaitu yang menghendaki pegawai membuat laporan secara bertulis kepada Jabatan Peguam Negara tentang senarai hartanah yang perlu disita oleh mereka. Ini memang tidak mencukupi untuk mengelakkan pegawai Task Force AMLA ini daripada menyalahgunakan kuasa.

Di banyak negara lain, sebelum pegawai membeku akaun bank syarikat ataupun individu tertentu ataupun menyita hartanah seseorang ataupun syarikat, dia mesti dapat

final • 6:13 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

perintah mahkamah dan bukannya perintah daripada Pegawai Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara. Jabatan Peguam Negara bukannya badan kehakiman. DBP bukannya hakim. Sebarang taktik arm twisting terhadap tuan punya syarikat yang memaksa mereka membayar duti cukai dan deposit kepada agensi kerajaan adalah salah dan adalah tidak adil.

Jadi saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan fasal yang menghendaki pegawai Task Force AMLA untuk mendapat perintah mahkamah sebelum mereka melakukan penyitaan ataupun pembekuan akaun bank demi memastikan check and balance diadakan terhadap pegawai penguat kuasa dan memastikan pegawai penguatkuasaan tidak menyalahgunakan kuasa mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa Task Force AMLA juga menggunakan akta ini terhadap syarikat yang tidak bayar duti kastam ataupun cukai seperti yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi. Kita tahu terdapatnya tribunal di Jabatan Kastam dan juga LHDN untuk menangani perselisihan berkenaan duti dan juga cukai.

Kenapakah pegawai tersebut di AMLA tidak menggunakan saluran tribunal di Kastam ataupun LHDN tetapi mereka menggunakan kuasa yang diberi kepada mereka di bawah AMLA untuk memaksa peniaga yang disyaki tidak membayar cukai ataupun duti yang cukup? Jadi ini memanglah satu bentuk penyalahgunaan kuasa bagi pihak pegawai kerajaan.

Di sini saya ingin tanya beberapa soalan berkenaan dengan Task Force AMLA kepada Timbalan Menteri Kewangan yang membentangkan rang undang-undang ini.

Pertama, apakah jumlah yang telah dikutip oleh Task Force AMLA di Jabatan Peguam Negara sejak ia ditubuhkan? Apakah itu benar Task Force ini telah mengutip lebih daripada RM20 bilion sejak ia menggunakan taktik arm twisting oleh pegawai Task Force AMLA ini?

Yang kedua ialah macam manakah cukai terhutang ini dikutip oleh Task Force AMLA?

Berapa kes yang mereka ambil itu, yang mereka siasat itu dibawa ke mahkamah?

Yang ketiga, apakah benar pegawai dalam Task Force AMLA ini mendapat bonus besar daripada kerajaan kerana mereka berjaya mengutip cukai yang banyak daripada peniaga yang disasarkan melarikan cukai dengan menggunakan taktik arm twisting ? Yang keempat, apakah benar task force pegawai AMLA menggunakan kereta Camry sedangkan pegawai kerajaan hanya dibenarkan menggunakan kereta Proton sahaja? Apakah ini merupakan ganjaran diberi kepada para pegawai dalam unit AMLA ini kerana mereka berjaya mendapat wang cukai melalui taktik arm twisting ini?

Tuan Yang di-Pertua, kita juga sudah dengar beberapa ucapan Ahli Yang Berhormat tadi berkenaan dengan pendakwaan secara pilihan daripada Task Force AMLA ataupun Jabatan Peguam Negara apabila ia melibatkan pemimpin politik UMNO dan BN. Ini khususnya termasuk dalam kes Menteri Besar Negeri Sembilan yang didakwa memberi RM10 juta kepada UMNO London dengan menggunakan pengurup wang untuk menyeludup wang RM10 juta masuk ke London tapi lepas itu Peguam Negara kata, merumuskan bahawa tiada, makna beliau kata tidak ada elemen perbuatan rasuah dibuktikan di dalam sumbangan diterima oleh UMNO London dan Perdana Menteri juga kata ini adalah amalan biasa.

final • 6:13 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Semua saya cakap ini ada daripada akhbar Sinar Harian dan Perdana Menteri kata ia mengikut prosedur betul. Jadi ini tidak ada masalah walaupun wang di salur keluar.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya juga hendak ingatkan Yang Berhormat Seputeh juga ada kes yang duit dibawa dari Hong Kong termasuk Kedah disiasat oleh SPRM. Jawapan kerajaan ialah ini adalah derma untuk parti UMNO. Adakah kalau undang-undang ini diluluskan di dalam Parlimen ini adakah kita boleh lihat kerajaan mempunyai kuasa untuk ambil tindakan kepada kemasukan wang haram cara ini. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 6:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat Batu, sebenarnya tadi kekecohan memang berlaku bila isu dibangkitkan oleh Kota Kinabalu tadi yang mana saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri haruslah jawab. Apakah ini kalau ini dianggap adalah betul, ini adalah dianggap yang wang bawa balik daripada Hong Kong secara cash tentang ini adalah tidak ada masalah. Jadi adakah ini bercanggah dengan kita

final • 6:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

kata sprit ada jiwa yang termaktub dalam rang undang-undang yang kita bahas dan hendak lulus ini. Adakah ini merupakan satu double standard? Kes akhir ialah kita lihat yang pada 12 Mac 2012 Pengerusi Nasional Feedlot Corporation Mohamed Salleh Ismail didakwa di bawah seksyen 409 di bawah Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah, criminal bridge of trust dan di bawah Akta Syarikat Companies Act kerana menyalahgunakan hampir RM50 juta wang syarikat dia.

Soalannya ialah wang syarikat itu telah pun disalurkan ke luar negara. Kenapakah beliau bukan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram tetapi di bawah undang-undang lain?

Kalau mengikut peruntukan di bawah rang undang-undang beliau boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun ataupun didenda sebanyak RM5 juta ataupun lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram pada masa kesalahan itu dilaksanakan, sedangkan MSC adalah menggunakan wang rakyat yang disalurkan daripada Kementerian Pertanian. Jadi saya rasa yang pihak kerajaan bila kita membentangkan rang undang- undang ini juga haruslah dilihat apakah double standard telah dipraktikkan oleh Jabatan Peguam Negara dan pihak kerajaan?

Dan juga isu tentang tuduhan yang pegawai di task force AMLA itu sudah banyak menyalahgunakan kuasa mereka dan menyusahkan banyak syarikat. Saya rasa isu check and balance itu memang perlu dikuatkan lagi kerana kita tidak dengar pada petang ini.

Bukan sahaja di pihak sebelah di Pakatan Rakyat tetapi juga sebelah Barisan Nasional pun mendapat banyak aduan daripada rakyat di mana task force AMLA ini telah pun menyalahgunakan kuasa mereka dan saya rasa ini adalah satu perkara yang mana pihak kerajaan haruslah memandang berat tentang kesemua isu yang dibawa oleh Ahli Berhormat daripada Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tentang aspek ini. Sekian, terima kasih.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada 15 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan.

(i) Yang Berhormat Permatang Pauh;

(ii) Yang Berhormat Titiwangsa;

(iii) Yang Berhormat Bukit Gelugor;

(iv) Yang Berhormat Tanah Merah;

(v) Yang Berhormat Kuala Terengganu;

(vi) Yang Berhormat Parit;

(vii) Yang Berhormat Kelana Jaya;

(viii) Yang Berhormat Kangar;

(ix) Yang Berhormat Kota Kinabalu;

(x) Yang Berhormat Jasin;

(xi) Yang Berhormat Temerloh;

(xii) Yang Berhormat Silam;

(xiii) Yang Berhormat Bukit Katil;

(xiv) Yang Berhormat Machang; dan

(xv) Yang Berhormat Seputeh

final • 6:23 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Dengan celahan-celahan daripada ramai seperti Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Kinabatangan, dan ramai lagilah yang mencelah ketika Ahli-ahli Yang Berhormat menyebut dan menyoal tentang rang undang- undang ini.

Yang Berhormat Permatang Pauh, mengenai kategori keganasan perlu dijelaskan lagi agar ia tidak menyamai kategori keganasan berdasarkan pentakrifan Amerika Syarikat.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai Ahli Majlis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Malaysia hanya mengiktiraf kategori pengganas yang disenaraikan di bawah United Nation Consolidated List yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan PBB. Selaras dengan peruntukan undang-undang negara kita.

Malaysia tidak mengiktiraf senarai-senarai pengganas yang dikeluarkan oleh sesuatu negara individu seperti Amerika Syarikat kerana kita hanya mengiktiraf senarai Bangsa-Bangsa Bersatu. Oleh itu dua contoh yang disebut oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh iaitu Hamas dan Ikhwanul Muslimin ia tidak pernah disenaraikan sebagai pengganas oleh Majlis Keselamatan PBB.

Kemudian Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Temerloh menyebut bagaimana Bank Negara Malaysia memastikan obligasi- obligasi di bawah Akta Pencegahan Pembangunan Haram dipatuhi oleh institusi-institusi kewangan.

Bank Negara Malaysia sentiasa memantau tahap pematuhan institusi-institusi kewangan terhadap obligasi yang perlu dipatuhi di bawah AMLATFA. Pemantauan ini dijalankan secara berterusan melalui of side dengan izin dan penyeliaan on side dengan izin yang dijalankan ke atas institusi-institusi kewangan di bawah bidang kuasa Bank Negara untuk memastikan institusi tersebut mematuhi obligasi di bawah akta dan polisi yang dikeluarkan. Bagi meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman terhadap obligasi serta perkembangan terkini berkaitan dengan pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan, Bank Negara Malaysia juga turut bekerjasama dengan pegawai-pegawai pematuhan dari institusi pelapor menerusi sesi taklimat dan dialog yang dilakukan secara berterusan.

Bank Negara telah mengambil banyak tindakan penguatkuasaan terhadap institusi kewangan yang gagal mematuhi obligasi di bawah akta serta pengurusan risiko yang lemah. Ada satu contoh daripada Yang Berhormat Kinabatangan memang betul contoh beliau ketika mencelah Yang Berhormat Titiwangsa. Pak Man Telo menjalankan skim cepat kaya dan telah mengambil deposit daripada orang ramai. Walaupun beliau telah disiasat dan disabitkan kesalahan dan dipenjarakan, tiada apa yang dapat dilakukan ke atas aset- aset kepunyaan Pak Man Telo kerana kita tiada AMLATFA pada masa itu.

Keluarga serta Pak Man Telo terus dapat menikmati hasil dari kegiatan jenayah tersebut. Tanpa AMLATFA penjenayah tetap mempunyai insentif untuk terus melakukan jenayah. Dengan AMLATFA yang kita pinda ini kita boleh menyekat penjenayah daripada mendapat keuntungan daripada hasil perlakuan jenayah. Ini akan meningkatkan keupayaan kita memerangi jenayah secara adil dan lebih berkesan. Yang Berhormat Segambut, kes berkaitan warganegara China menawarkan skim multilevel marketing. Sebarang aktiviti MLM di Malaysia adalah perlu dilesenkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK). Sekiranya individu atau syarikat yang disebut itu tidak dilesenkan, siasatan dan tindakan akan diambil oleh KPDNKK.

Kesalahan aktiviti MLM tanpa lesen ini juga adalah satu kesalahan besar di bawah AMLATFA. Yang Berhormat Kangar, hukuman maksimum bagi kesalahan pengubahan wang haram adakah pindaan relevan kerana pesalah tidak mudah dikesan. Hukuman maksimum bagi kesalahan pengubahan wang haram ditingkatkan daripada RM5 juta, penjara lima tahun atau penjara kepada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram dan 15 tahun penjara. Ini adalah untuk membolehkan kesan pencegahan deterrent effect yang lebih berkesan. Tambahan lagi hukuman baru ini lebih setimpal dengan keseriusan kesalahan pengubahan wang haram untuk menghukum orang yang disabitkan kesalahan di bawah akta.

final • 6:23 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang Berhormat Kelana Jaya, mengapakah perkataan “luar pesisir” di potong daripada seksyen 81. Perkataan luar pesisir dipotong daripada seksyen 81 kerana Akta

final • 6:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 atau Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 yang menggantikan perundangan yang sudah dimansuhkan iaitu Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 1996 tidak lagi merujuk kepada perkataan luar pesisir. Akan tetapi sebaliknya menggunakan perkataan Institusi Kewangan. Pindaan terhadap seksyen 81 ini ialah lebih kepada pindaan yang consequential yang bukannya substantif.

Yang Berhormat Titiwangsa, adakah persediaan kerajaan dari segi teknologi dan talent? Dari segi usaha untuk mempertingkat keupayaan pegawai-pegawai penyiasat Program Penyiasat Kewangan Bertauliah telah diadakan bagi agensi-agensi penguat kuasa. Program ini diadakan di bawah Jawatankuasa Penyelaras Pencegahan Pengubahan Wang Haram. Sejak program ini dijalankan pada tahun 2006 seramai 267 pegawai telah dilatih dan diiktiraf sebagai pegawai penyiasat kewangan bertauliah.

Dari segi pelaburan teknologi, agensi-agensi juga telah melabur untuk meningkatkan keupayaan penguatkuasaan sebagai contoh kastam telah membuat pelaburan dalam sistem U-Customs yang akan membolehkan pihak kastam untuk melaksanakan apa yang disebut sebagai cargo targeting dengan izin vessel selecting dan passenger targeting. Sistem tersebut akan membolehkan pihak kastam menjalankan penguatkuasaan secara lebih efektif. Di samping itu pihak kastam juga telah menambah jumlah scanner yang berteknologi tinggi di pelabuhan-pelabuhan utama negara.

Yang Berhormat Titiwangsa, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa peringkat tertinggi yang dipengerusikan oleh peguam negara dan ahli-ahli dari Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen. Ini berhubung tentang selective investigation. Jawatankuasa ini menekankan tindakan-tindakan yang dijalankan secara kerjasama dan bersepadu untuk menangani kegiatan jenayah Malaysia dan memastikan tindakan yang diambil adalah secara menyeluruh dan lebih efektif, mengambil kira segala kesalahan yang dilakukan.

Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Bukit Gelugor, untuk mengukuhkan lagi peruntukan berkenaan dengan check and balance dengan izin, rang undang-undang akan dimasukkan satu peruntukan baru yang bertindak sebagai satu peruntukan perlindungan safeguard bagi orang yang disiasat semasa menjalankan proses pembekuan. Peruntukan baru ini menyatakan bahawa sebelum sesuatu perintah pembekuan dikeluarkan suatu agensi penguat kuasa undang-undang harus memastikan bahawa penyiasatan ke atas aktiviti haram telah dijalankan dan agensi penguat kuasa mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki bahawa orang tersebut telah melakukan jenayah pengubahan wang haram atau pembiayaan keganasan.

Selain itu, agensi penguat kuasa undang-undang dikehendaki mematuhi satu set tatacara pengendalian piawai SOP bagi memastikan tadbir urus yang baik dalam proses pembekuan dan penyitaan harta dan akaun bank di institusi kewangan. Ini akan melengkapkan SOP dalaman sedia ada yang sudah berkuat kuasa oleh agensi penguat kuasa undang-undang masing-masing.

Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Machang, mengapa kesalahan cukai pendapatan dimasukkan di dalam kesalahan berat di bawah AMLATFA? Kesalahan berkaitan cukai pendapatan kini diiktiraf sebagai satu kesalahan yang ditetapkan designated offences dengan izin, oleh Financial Action Task Force (FATF). Kesalahan cukai telah dimasukkan sebagai kesalahan predikat ataupun kesalahan berat di bawah AMLATFA pada tahun 2010. Jenayah fiskal termasuk jenayah cukai dipandang serius oleh kebanyakan negara-negara terutamanya negara maju.

Di samping itu, jenayah cukai akan menjejaskan kutipan hasil kerajaan yang diperlukan untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dalam pelbagai bidang pendidikan, kesihatan, infrastruktur awam dan lain-lain. Sekiranya Malaysia tidak mengiktiraf kesalahan berkaitan cukai pendapatan sebagai salah satu kesalahan berat ini akan mewujudkan persepsi negatif ke atas komitmen Malaysia untuk memerangi pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.

Yang Berhormat Tanah Merah, kenapa peruntukan menyita dan pelucutan hak ditangani di bawah AMLATFA dan bukannya di bawah undang-undang yang berkaitan?

Pada masa ini di Malaysia hanya dua akta iaitu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Hak) yang melibatkan pembekuan, penyitaan dan

final • 6:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

pelucutan harta. Ini bermaksud 40 perundangan yang selebihnya tidak mempunyai peruntukkan mengenai pembekuan, penyitaan dan pelucutan hak harta, 40 perundangan yang lain.

Ya, saya boleh bacakan antara perundangan-perundangan yang tidak mempunyai pelucutan harta itu, sebagai contoh:

(i) Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007;

(ii) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;

(iii) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; dan

(iv) Akta Pertaruhan 1953.

Ini semua tidak ada mempunyai peruntukan pembekuan, penyitaan dan pelucutan harta iaitu:

(i) Akta Kanak-kanak 2001;

(ii) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953;

(iii) Akta Syarikat 1965;

(iv) Akta Kawalan Bekalan 1961;

(v) Akta Dadah Berbahaya 1952;

(vi) Akta Hak Cipta 19887;

(vii) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958;

(viii) Akta Kastam 1997;

(ix) Akta Institusi Pembangunan Kewangan 2002;

(x) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993;

(xi) Akta Bahan Letupan 1957;

(xii) Akta Senjata Api 1971;

(xiii) Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1953;

(xiv) Akta Cukai Pendapatan 1967;

(xv) Akta Penculikan 1961;

(xvi) Akta Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971;

(xvii) Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan);

(xviii) Akta Memberi Pinjam Wang 1951;

(xix) Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010;

(xx) Akta Perkhidmatan Kewangan Sekuriti Islam Labuan 2010;

(xxi) Akta Eksais 1976;

(xxii) Akta Cukai Jualan 1972;

(xxiii) Akta Cukai Perkhidmatan 1975;

(xxiv) Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998;

(xxv) Akta Cakera Optik 2000;

(xxvi) Akta Pemegang Pajak Gadai 1972;

(xxvii) Kanun Keseksaan;

(xxviii) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993;

(xxix) Akta Perindustrian Sekuriti 1983;

final • 6:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

(xxx) Akta Perdagangan Strategik 2010; dan

(xxxi) Akta Perihal Dagangan 2011.

Jadi semua akta-akta itu tidak mempunyai peruntukan, pembekuan, penyitaan dan pelucutan harta. Oleh kerana itu, cadangan untuk memasukkan peruntukan mengenai pembekuan, penyitaan dan pelucutan harta dalam setiap perundangan tersebut kalau kita hendak buat semua pindaan terhadap akta-akta itu ia akan melibatkan penglibatan kesemua kementerian, agensi yang berkaitan. Jadi, mengambil masa begitu panjang.

Langkah ini adalah tidak praktikal dan mahal dari segi sumber dan masa. Negara lain seperti United Kingdom, Australia, Canada dan Singapura juga turut menyatukan semua kuasa penyiasatan tentang pembekuan, penyitaan dan pelucutan hak di bawah satu akta sebagaimana yang kita lakukan dalam AMLATFA ini.

Untuk makluman, setakat 31 Disember 2013 terdapat 288 kesalahan berat daripada 42 perundangan yang disenaraikan sebagai kesalahan predikat di bawah jadual kedua AMLATFA. Seterusnya, Ahli Yang Berhormat membangkitkan langkah-langkah yang wujud bagi membantu orang yang disiasat. Peruntukan AMLATFA yang sedia ada membolehkan bayaran untuk sara hidup dan bayaran lain yang dibenarkan.

Rang Undang-undang akan memberikan lebih penjelasan dari segi menggariskan proses dan peranan pegawai atasan dan pegawai penyiasat di dalam penilaian jumlah amaun yang dibenarkan dan pelepasan amaun tersebut kepada individu atau syarikat yang terlibat. Tambahan pula di bawah SOP agensi penguat kuasa undang-undang dikehendaki membuat penilaian terlebih dahulu bagi perbelanjaan yang munasabah dan membuat pembekuan separa akuan jika perlu. Individu atau syarikat yang dinamakan di bawah pemerintahan tersebut boleh memohon untuk peningkatan dalam jumlah yang boleh dilepaskan untuk perbelanjaan sara hidup. SOP tersebut juga menghendaki agensi penguat kuasa undang-undang untuk memberi keputusan dalam tempoh satu minggu.

Ada beberapa Ahli Yang Berhormat sebenarnya dalam Dewan Rakyat sesi ini seperti Yang Berhormat Permatang pauh, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Kuala Kedah yang bertanya tentang 1MDB. Maka saya ingin menjawab tadi disebut oleh Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Bukit Katil.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, 1MDB telah melaburkan sebanyak USD2.318 bilion bersama pengurus tanah berlesen antarabangsa yang berdaftar di Kepulauan Cayman atau Cayman Island dan dikawal selia oleh pihak berkuasa kewangan di Cayman, Switzerland dan Hong Kong. Dana tersebut merupakan hasil pulangan dari usaha sama perniagaan 1MDB dengan PetroSaudi International. Ini kita sudah bagi jawapan secara bertulis kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya.

final • 6:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya bacakan jawapan untuk makluman semua. Hasil pulangan dari usaha sama perniagaan 1MDB dan PetroSaudi International. Pelaburan ini merupakan satu langkah interim, langkah sementara sahaja bagi memastikan dana tersebut tidak pasif di samping membolehkan 1MDB mendapat keuntungan sementara mempertimbangkan peluang- peluang pelaburan lain dalam semua sektor terasnya. Ini termasuklah di peringkat global yang dapat menyokong inisiatif strategik bagi membawa manfaat jangka panjang kepada negara Malaysia.

Sebahagian daripada dana di luar negara telah beransur-ansur kembali ke Malaysia untuk dilaburkan dalam projek-projek tenaga dan hartanah 1MDB serta untuk memenuhi kewajipan kewangan bagi menampung hutang dan bagi memberi pulangan tunai kepada pemegang sahamnya iaitu kerajaan. Dana-dana 1MDB juga telah pun mengambil kira modal yang diunjurkan bagi persiapan peluang-peluang akan datang dan pelan pertumbuhan perniagaan. Perlu ditekankan di sini bahawa 1MDB mempunyai kawalan penuh ke atas dana pelaburannya di kepulauan Cayman. Dana ini diuruskan di bawah mandat yang diberikan oleh 1MDB dan 1MDB boleh mengeluarkan...

final • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

...Wang itu pada bila-bila masa yang dikehendaki.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

final • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Speaker.. Tadi kami tanya soalan spesifik. Apakah fund, which fund dan fund manager yang menguruskan lebih kurang RM7.88 bilion USD2.318 bilion. Ini wang yang cukup besar. Kita mahu tahu sebagai insolvent fund dana yang diuruskan oleh kerajaan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita hendak tahu sebagai wakil rakyat which fund managers debt USD2.318 bilion, okey? Satu soalan lagi adalah RM10.2 bilion di mana patutnya untuk membangunkan TRX dipinjam dan kemudian dihantar ke luar ke Cayman Island atau mana-mana tempat, kita belum tahu lagi. Kita mahu tahu RM10.2 bilion itu di mana? Total tadi RM7.88 bilion tambah RM10.2 bilion. Totalnya RM18.1 bilion. Wang ringgit yang cukup besar. Kita hendak tahu di mana duit ini? Kita mahu spesifik answer. Menteri, ini jawapan kepada Parlimen. Minta Menteri jawab spesifik.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih, saya sudah menyebut tadi dananya USD2.318 bilion. Ini angka yang ada di hadapan saya. Kalau ada angka-angka lain yang spesifik, kita akan jawab kemudian. Yang Berhormat Bukit Gelugor...

final • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri di mana fund tersebut? Which fund? In Cayman Island dia ada banyak fund.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Soalan spesifik kita jawab kemudian, saya kata.

final • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

I mean USD2.318 bilion di mana simpan?

Who is the fund manager?

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Menteri sudah bagi pilihan bagi jawapan bertulis.

final • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jangan cakap secara rhetorical, this is rhetorical. Your answer is rhetorical.

final • 6:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Tuan Yang di-Pertua, kalau dibenarkan Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Soalan spesifik tidak ada jawapan di hadapan saya. Sekejap. Ada mungkin, sekejap. Okey, saya boleh menjawab. Contohnya bon yang diterbitkan sebanyak USD3 bilion merupakan modal bagi kerjasama di antara Kerajaan Malaysia dan Abu Dhabi berkenaan perkongsian strategik yang telah dimeterai pada 12 Mac 2013. Ini juga ialah jawapan dalam sidang Dewan ini. Mungkin boleh membantu. Pihak terlibat dengan kedua-dua negara 1MDB dan rakan kongsinya Abar Investment PJS sedang mengkaji projek-projek strategik yang berimpak tinggi seperti sektor tenaga dan hartanah strategik yang telah di senarai pendek untuk dimuktamadkan dan dipersetujui bersama. Kalau tidak puas hati juga kita bagi jawapan lain.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dana yang diperoleh telah direkodkan dalam akaun tahunan yang difailkan 1MDB untuk tempoh kewangan berakhir pada 31 Mac 2013. Akaun tahunan tersebut telah menyatakan dengan izin, “For each class of portfolio invested 1MDB GIL derive it’s entitlement to profits base on the returns made by the specific portfolio”. Ini bermakna keuntungan yang diterima daripada dana tersebut boleh diguna dalam dua cara sama ada dilabur semula untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi atau mengagihkan pulangan tersebut pada pelabur pada bentuk dividen dengan pulangan positif yang dilabur pada setiap tahun. Net asset value bagi dana tersebut akan meningkat pada kadar pulangan kompaun yang lebih tinggi. Mungkin tidak menjawab, soalan spesifik kita menjawab kemudian.

final • 6:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya hendak minta penjelasan, sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri kata USD2.318 bilion diletakkan di Cayman Island di atas pengurusan satu investment company antarabangsa yang terkemuka. Boleh tidak Yang Berhormat

final • 6:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Menteri bagi nama? Investment bank antarabangsa tidak sampai 10 pun. Boleh Menteri jawab, bagi nama lebih spesifik, terima kasih.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kita jawab kemudian. Tidak puas hati?

Yang Berhormat Bukit Gelugor, rang undang-undang menambah baik akta sedia ada dengan peruntukan baru fasal 44A di mana agensi penguat kuasa boleh membenarkan pelepasan harta yang di beku bagi tujuan kos sara hidup. Perbelanjaan lain yang munasabah dan pembayaran hutang. Fasal 44A...

final • 6:40 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri...

final • 6:40 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sebentar saya hendak habiskan para ini, selepas itu boleh bertanya, Yang Berhormat Kuala Terengganu. Fasal 44A mempunyai check and balance di mana agensi penguat kuasa dikehendaki menghantar salinan rekod yang terperinci kepada pendakwa raya untuk menjelaskan keadaan dan sebab bagi pelepasan harta tersebut. Walau bagaimanapun hanya mahkamah mempunyai kuasa untuk melucut hak sesuatu harta yang merupakan subjek kesalahan. SOP juga akan disediakan bagi memastikan ketelusan pelaksanaan kuasa di bawah akta ini. Sila.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 6:40 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya lebih awal lagi adalah soalan tentang persepsi yang telah diwujudkan dengan pelaburan 1MDB mengapa di Cayman Island yang terkenal tempat pembersihan wang yang dicurigai. Di saat kita Kerajaan Malaysia mengetatkan kawalan wang haram kenapa kerajaan sendiri menimbulkan tanda tanya tempat simpanan duit yang dubious dengan izin, yang boleh dicurigai. Itu melibatkan nama baik Malaysia. Mengapa pemilihannya di Cayman Island dan siapa yang mengurusnya? Terima kasih.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya sudah jawab sebahagian daripada itu.

Saya tidak mahu ulang jawapan itu dan jika ada maklumat tambahan di antara ahli-ahli Yang Berhormat yang akan diberikan maklumat tambahan itu ialah Yang Berhormat Kuala Terengganu tentunya. Yang Berhormat Permatang Pauh, saya ingin meneruskan jawapan.

Apakah langkah-langkah yang diambil...

final • 6:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri...

final • 6:40 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Apakah langkah-langlah yang diambil kerajaan bagi mengatasi serta menghalang berlakunya aktiviti-aktiviti jenayah pengedaran wang haram melalui mata wang maya, liberty reserve iaitu mata wang yang diguna oleh operasi pengubahan wang haram siber terbesar di dunia. Jawapannya ialah melalui rangkaian serta kerjasama yang dibina dengan negara-negara serantau dan negara-negara maju. Bank Negara Malaysia sedang dan terus memantau aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram termasuk yang beroperasi melalui wang maya seperti liberty reserve. BNM juga terlibat dalam usaha sama antarabangsa bagi mengenal pasti kelemahan penggunaan wang maya kepada aktiviti pengubahan wang haram dan juga pembiayaan keganasan.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Batu bangun.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Jika wang maya digital… Habiskan dahulu.

Jika sebarang wang maya digital money digunakan atas tujuan pengubahan wang haram tindakan penguatkuasaan boleh diambil oleh agensi penguatkuasaan yang berkenaan.

Malaysia telah memohon kerjasama dengan pihak berkuasa negara lain untuk memantau pengguna mata wang maya. Sebagai panduan orang ramai boleh merujuk kepada laman sesawang BNM iaitu peringatan kepada pengguna atau dengan izin financial consumer alert di www.bnm.gov.my yang menyenaraikan syarikat-syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi lesen kelulusan atau kebenaran oleh pengawal selia regulator berkenaan untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka.

Senarai ini diperkenalkan sebagai memberi panduan dan rujukan kepada orang ramai supaya berhati-hati ketika membuat keputusan dengan pelbagai perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh pihak yang tidak berlesen.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Batu.

final • 6:50 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang Berhormat Sepang.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Batu.

final • 6:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya hendak kembalikan tadi kedua-dua soalan itu. Satu ialah kita minta kerjasama dari agensi-agensi antarabangsa untuk memantau pergerakan wang haram. Pada masa yang sama kita tahu Cayman Island ini adalah pusat atau hub yang menguruskan wang yang tidak tahu punca dan asalnya.

Itulah sebab kalau kita - dengan meluluskan undang-undang ini dengan tujuan untuk mengetatkan kawalan untuk mengurangkan persepsi bahawa Malaysia ini melindungi wang haram tetapi pada masa yang sama dengan tindakan menyimpan dan menggunakan satu kaedah yang tidak transparent, tidak memberitahu pengurus wang yang begitu besar itu dan disimpan di Cayman Island ini, adakah kerajaan telah menguatkan persepsi bahawa kita sebenarnya juga tidak telus dalam pengurusan kewangan kita?

Saya ingin dapat pandangan, ini bukan maklumat tambahan. Ini kita ingin dapatkan pandangan, bukankah pendirian ini contradictory. Ini bercanggah dengan tujuan kita mengetatkan lagi inflow dan outflow wang yang tidak tahu puncanya.

final • 6:50 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih. Tadi saya sudah menyebut dan kita telah menyatakan di mana punca wang itu. Puncanya itu ialah pulangan dari usaha sama perniagaan 1MDB dengan PetrolSaudi International.

final • 6:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak boleh terus diletakkan di dalam satu...

final • 6:50 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kemudian ia adalah satu langkah interim dan wang itu sedang dibawa balik beransur-ansur ke Malaysia untuk dilabur dalam projek-projek tenaga, hartanah 1MDB.

final • 6:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Interim selalu berapa lama?

final • 6:50 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kalau tidak lagi bersetuju dengan jawapan saya, kita akan payahlah kalau tidak bersetuju.

final • 6:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan interim ini.

final • 6:50 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kalau Yang Berhormat Batu ingin jawapan sendiri, maka Ahli Yang Berhormat Batu jawab sendirilah.

final • 6:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bukan.

final • 6:50 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

[Ketawa] Setiap kali yang saya jawab, Yang Berhormat Batu tidak setuju tentang jawapan.

final • 6:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kita dimaklumkan kalau Parlimen ini interim kita tidak boleh terima kata interim itu satu bulan, lima bulan, 10 tahun atau apa maksudnya interim?

final • 6:50 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Selalunya interim tidaklah sampai 10 tahun.

final • 6:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Berilah kita tempoh yang agak munasabah dan apakah tujuan kita ada sokong interim measure ini? I mean itu tidak meyakinkan rakyat bahawa itu telus.

final • 6:50 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Kuala Terengganu kita akan beri jawapan bertulis tentang pelaburan 1MDB, ya.

final • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Ini kerana mungkin Yang Berhormat Menteri tidak di brief by your officer, dia ada dua. Two funds that is big. Satu ialah USD2.318 bilion yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri, satu lagi adalah USD3 bilion yang juga tadi Yang Berhormat Menteri sebutkan.

final • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kedua-dua tabung ini berada di luar negeri, berada di luar Malaysia. Sejumlah USD2.318 di Cayman Island, satu lagi USD3 bilion kita tidak tahu di mana.

Jadi apabila Yang Berhormat Menteri jawab kepada kami, kami hendak tahu kedua-dua tabung ini di mana mereka letak, berapa, dan siapa yang fund manager?

Institusi kewangan apa yang menguruskan tabung-tabung tersebut? Berbalik juga dengan Yang Berhormat Batu, tadi interim measure itu saya rasa ini, duit di luar negara dia menguntungkan orang-orang luar negara padahal duit ini adalah duit rakyat Malaysia. Baik kita bawa balik untungkan CIMBkah atau Maybankkah. Itu rakyat Malaysia yang untung, itu rasionalnya. Kalau kita letak di luar yang dapat untung itu ialah New York punya bankers, Wall Street Bankers. Ia tidak menguntungkan rakyat di Malaysia.

Saya harap interim measure itu satu bulan, dua bulan cukuplah kerana ia sudah sejak 2013, 2012 sudah berada di luar negara. Sekarang ini tahun 2014, cukuplah bawa balik ke Malaysia. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Bayan Baru. Yang Berhormat Sepang, isu AMLATFA Drakonean. Dari segi undang-undang dalam AMLATFA, walaupun tertuduh dilepaskan dari tuduhan jenayah berat atau pengubahan wang haram, mahkamah masih boleh melucutkan hakkan harta sekiranya mahkamah mendapati harta tersebut datang dari hasil haram. Ini adalah kerana tujuan utama AMLATFA adalah dengan izin, to deprive the criminals the proceeds of crimes. Penjenayah tidak harus dibenarkan menikmati hasil kegiatan jenayah. Keputusan sama ada aset ini boleh dilucut ataupun terletak kepada mahkamah adalah terletak kepada mahkamah dan bukan kuasa yang diberikan kepada agensi penguat kuasa atau pendakwa raya.

Ini tentang GFI yang banyak ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebelum itu soalan daripada Yang Berhormat Machang, apakah kriteria pemilihan kes AMLATFA di bawah kesalahan berat cukai pendapatan? Bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa, kes yang disiasat perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua elemen kesalahan, Yang Berhormat Machang. Sebagai contoh, kes disyaki melalui kesalahan pengambilan deposit haram di bawah Bank Negara Malaysia.

Pada masa yang sama tidak melaporkan pendapatan di bawah seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1997 atau kurang melaporkan pendapatan di bawah seksyen 113 Akta Cukai Pendapatan 1997 atau dengan niat melarikan cukai di bawah seksyen 114 Akta Cukai Pendapatan 1967. Sebelum saya menjawab tentang GFI, maka saya juga ingin menjawab Yang Berhormat Bukit Katil ada menimbulkan beberapa perkara.

Pertama, berapa jumlah dan tiada detail dalam akta ini mengenai structuring of transaction, dengan izin. Bagi pengisytiharan di pintu-pintu sempadan, threshold yang ditetapkan adalah sebanyak bersamaan USD10,000. Jumlah ini tidak diletakkan terus di dalam akta mengambil kira fleksibiliti yang diperlukan sekiranya berlaku perubahan ketara dalam kadar pertukaran asing.

Maklumat mengenai threshold ini juga telah diletakkan melalui notis dan poster- poster di pintu-pintu sempadan negara. Kegagalan untuk melaporkan transaksi tunai melebihi threshold atau kesalahan yang mencurigakan merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 86 akta di mana denda tidak melebihi RM1 juta boleh dikenakan.

Yang Berhormat Bukit Katil juga bertanya bagaimana orang yang memberi nasihat untuk mengubah wang haram itu. Kesalahan bagi orang yang memberi nasihat untuk mengubah wang haram adalah diperuntukkan oleh seksyen 4 dalam rang undang-undang ini yang menyatakan mana-mana orang yang melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram dianggap sebagai melakukan kesalahan pengubahan wang haram. Oleh itu, memberi nasihat sekiranya terbukti dikira sebagai penglibatan tidak langsung ia adalah merupakan satu kesalahan di bawah akta ini.

GFI banyak yang bertanya tentang GFI ini. Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Silam dan itu di antara yang mengaitkan dan menyebut tentang GFI. Global Financial Integrity (GFI) adalah satu badan bukan kerajaan yang ditaja oleh Ford Condition berpusat di Washington. Kajian berkaitan illicit outflow, dengan izin, oleh GFI hanya merangkumi negara-negara membangun sahaja. GFI tidak

final • 6:50 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

membuat kajian atau pun laporan terhadap negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, German termasuklah negara-negara seperti Singapura dan Hong Kong yang merupakan pusat kewangan antarabangsa.

Isu pengubahan wang haram termasuklah isu illicit outflow adalah isu global di mana IMF membuat anggaran bahawa jumlah pengubahan wang haram di peringkat global berada pada tahap 2% hingga 5% daripada jumlah GDP global. Oleh yang demikian, GFI hanya memberikan fokus kepada negara membangun sahaja walhal jumlah pengubahan wang haram dan illicit outflow di negara-negara maju adalah lebih besar iaitu dari segi sudut itu sahaja kelihatan GFI sudah tidak berlaku adil.

Laporan yang dikeluarkan oleh Global Financial Integrity (GFI) pada dasarnya menganggar aliran kewangan yang tidak direkodkan sebagai satu kaedah untuk menganggar aliran kewangan haram.

final • 6:50 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sebagai contoh, jika Malaysia membuat satu eksport RM100 juta ke negara China dan Malaysia juga mengeksport RM100 juta ke Singapura. Kemudian daripada RM100 eksport ke Singapura itu, Singapura eksport RM50 juta ke negara China.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Dalam rekod kita, eksport kita ke negara China hanya RM100 juta tetapi dalam rekod negara China, eksport dari Malaysia ialah RM150 juta. Ini jumlah beza RM50 juta itu pada kita bukanlah wang haram, tetapi GFI merekodkan itu sebagai satu aliran wang haram. Perlu ditekankan di sini bahawa aliran kewangan yang tidak direkodkan tidak semestinya aliran kewangan haram kerana antara punca menyebabkan aliran kewangan tidak direkodkan adalah perbezaan masa di dalam merekodkan transaksi perbezaan nilai antara pengimport dan pengeksport dan sebagainya.

Kesahihan kaedah yang diguna oleh GFI untuk menganggar jumlah aliran kewangan haram adalah tidak tepat. Akibatnya, jumlah yang dinyatakan oleh GFI ternyata terlebih anggar dengan ketara. Berdasarkan data yang dikumpulkan, jumlah error and omission (E&O) dengan izin, bagi Malaysia adalah secara purata USD6 bilion, lebih kurang RM18 bilion setahun sepanjang 10 tahun yang lepas. E&O ini juga telah menunjukkan pengurangan. Sebagai contoh, jumlah E&O yang direkodkan pada 2013 adalah sebanyak RM28 bilion berbanding RM38 bilion pada tahun 2011. Adalah penting supaya Dewan mengambil maklum bahawa bukan semua jumlah E&O ini merupakan wang haram. Secara amnya, konvensyen antarabangsa menerima 5% E&O dari jumlah perdagangan sebagai satu kebiasaan dan Malaysia berada dalam lingkungan 2% sahaja.

Oleh yang demikian, penilaian GFI adalah tidak tepat dan tidak boleh diterima sebulat-bulatnya. Walau bagaimanapun, kerajaan memandang serius terhadap sebarang kegiatan yang melanggar undang-undang dan peraturan negara. Pelbagai langkah pencegahan telah pun diambil oleh kerajaan untuk membanteras aliran keluar kewangan haram. Kerjasama antara agensi berhubung isu aliran keluaran wang haram telah bermula seawal tahun 2008. Sebelum laporan GFI diterbitkan dan diselaraskan oleh pasukan petugas khas pelbagai agensi peringkat tinggi, langkah-langkah yang telah diambil tertumpu kepada rangka kerja pengawalseliaan, memperhebatkan usaha penguatkuasaan dan mempertingkatkan mekanisme pengawasan. Langkah-langkah ini telah memberikan hasil positif dan akan terus diperhebat.

Sejak tahun 2011, sebanyak 187 kes telah disiasat di bawah usaha sama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk membanteras kegiatan pengelakan cukai dan duti kastam. Sementara itu, pasukan petugas juga telah menyelaras pelbagai strategi penguatkuasaan berkaitan pengelakan cukai, penyeludupan dan pelarian subsidi. Usaha-usaha ini telah menunjukkan kesan di mana jumlah pungutan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kastam terus meningkat.

Pada masa yang sama, Bank Negara Malaysia juga telah menguatkuasakan Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (APPW). APPW 2011 melengkapkan lagi langkah- langkah yang dilaksanakan di bawah AMLATFA bagi memperkukuh perlindungan negara daripada kegiatan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan serta aktiviti haram

final • 7:00 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

yang lain. Sehingga kini, bilangan pemegang lesen perniagaan perkhidmatan wang telah dikurangkan kepada 474 pemegang daripada 839 pemegang berikutan langkah pelesenan semula semua perniagaan perkhidmatan wang di bawah APPW 2011. Sebanyak 97 lesen perniagaan perkhidmatan wang telah dibatalkan oleh pihak BNM atas pelbagai kesalahan termasuk penglibatan dalam pemindahan dana secara haram. Sebanyak 80 pemegang lesen telah di kompaun kerana melanggar peruntukan pelbagai undang-undang dan 47 syarikat telah didakwa di mahkamah atas kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan perkhidmatan wang secara haram. Sebanyak 40 daripadanya telah disabitkan kesalahan dan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Pada masa yang sama, bilangan peserta industri yang layak untuk menawarkan perkhidmatan pengiriman wang berlesen telah meningkat. Buat masa ini, terdapat 34 penyedia perkhidmatan pengiriman wang berlesen dan 132 agen yang menyediakan perkhidmatan pengiriman wang melalui lebih daripada 1,800 premis yang beroperasi di seluruh negara. Langkah-langkah untuk menguatkuasakan pengisytiharan wang tunai dan instrumen pembawa boleh niaga masuk dan keluar sempadan Malaysia dan pengukuhan dan penyelarasan kuasa penyiasatan di bawah rang undang-undang ini serta pelbagai insentif di atas akan dapat membantu kerajaan menangani pelbagai risiko ketirisan kepada pendapatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai PEP iaitu Politically Exposed Person. Mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan agensi pengawalseliaan yang lain seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, definisi Politically Exposed Person dengan izin, termasuk foreign PEP dan juga domestik PEP. Dalam polisi yang dikeluarkan, domestik PEP ditafsirkan sebagai seorang individu yang memegang atau pernah memegang jawatan di peringkat domestik selaras dengan keperluan financial action task force. Seterusnya saya ingin menyatakan di sini dari segi senarai pelapor. Ada Ahli-ahli Yang Berhormat bertanya tentang pelapor, siapakah mereka itu. Pertama ialah 131 bank, kemudian ada 820 non bank deposit taking institution, 231 insurans dan takaful, 285 capital market...

final • 7:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri, maaf.

Penjelasan boleh tidak?

final • 7:00 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sekejap. Sebanyak 1,087 money services business, 23 payment system operator. Kemudian kita juga ada kasino yang mesti melaporkan akauntan 2,725, kena juga menjadi apa yang disebut sebagai pelapor, 1,764 real estate agent juga adalah pelapor, gaming outlet ada enam, lawyers (peguam) 16,205, 3,690 money lenders, 14,000 trust and company service providers. Sebanyak 41,378, total reporting institution yang boleh melapor dalam hal AMLATFA ini. Sila.

final • 7:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tentang domestik PEP memang dipantau oleh Bank Negara. Betul? Akan tetapi kenapa tidak dimasukkan dalam pindaan akta ini?

final • 7:00 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya sudah jawab tadi. Kalau ada jawapan lain, nanti saya akan tunggu pegawai-pegawai di belakang untuk memberikan jawapan lain jika ada.

Kemudian kes NFC, Yang Berhormat Seputeh. Pada 12 Mac 2012, Pengerusi Eksekutif NFC telah dihadapkan ke mahkamah...

final • 7:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekejap.

final • 7:00 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Di atas kesalahan-kesalahan berikut. Ya.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bayan Baru Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tambahan sedikit tentang Yang Berhormat Kelana Jaya. Berapa orang PEP domestik (Politically Exposed Person) yang kerajaan sekarang pantau di Malaysia? Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri belum jawab lagi sebab kami semua tidak dengar kata apa rasionalnya kenapa domestik PEP itu tidak dimasukkan dalam AMLATFA pindaan ini. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sedang disediakan jawapan.

final • 7:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Sedang diproses.

final • 7:00 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, salahkah?

final • 7:00 PM

Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Terima kasih. Saya rasa tentang Politically Exposes Person ini sangatlah penting kerana kalau kita lihat negara China sekalipun telah mengambil tindakan kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan dan juga ahli politiknya untuk memberi satu contoh yang baik. Di situlah letaknya sebagai guideline atau yardstick dengan izin, untuk kita mengukur seriusnya kita dan sejauh mana kita ingin mengenakan kawalan ini. Jadi, tidak ada gunanya kalau kita meluluskan undang- undang demi undang-undang dengan pengubahannya tanpa political will kerana itulah kita perlu mengetahui apakah tindakan dan kepada siapakah seperti yang telah disebutkan beberapa VIP dalam ucapan kita sebelum pada ini. Sekian, terima kasih.

final • 7:00 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya hendak menyambung kes Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation. Dua pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu jenayah pecah amanah dan dua pertuduhan di bawah seksyen 132, Akta Syarikat 1965 kerana menggunakan harta syarikat tanpa kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan NFC. Kita tunggu ya Yang Berhormat Seputeh. Kes akan dibicarakan pada 23 Jun 2014, beberapa hari sahaja lagi.

final • 7:00 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kemudian, kes Ketua Menteri Sabah telah dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Dewan ini dan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Silam tadi, Yang Berhormat Ketua Menteri juga telah menjawab persoalan itu pada tahun 2012 di sidang Dewan Undangan Negeri. Jadi, sebagaimana yang disebut, bahawa kes itu tidak berasas dan tiada tindakan lanjut. Itu yang telah dinyatakan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Kes Menteri Besar Negeri Sembilan...

final • 7:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 7:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 7:10 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

...SPRM telah menjalankan siasatan terhadap...

final • 7:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 7:10 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

...Menteri Besar Negeri Sembilan bahawa SPRM juga memutuskan bahawa tiada kes terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan. Saya telah menjawab soalan-soalan Ahli Yang Berhormat mengenai kes-kes yang berkaitan.

Seterusnya...

final • 7:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

final • 7:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri...

final • 7:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Hendak dapat penjelasan.

final • 7:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 7:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bukan dalam keputusan kes, tentang undang-undang ini. Penguat kuasa undang-undang...

final • 7:10 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya ingin menyatakan satu perkara kepada Ahli Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, boleh?

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tak bagi jalanlah itu.

final • 7:10 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ini adalah maklumat aktiviti pengubahan wang haram di Malaysia.

final • 7:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tak boleh tak bagi jalan.

final • 7:10 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Di antara tahun- ini mungkin menarik minat ramai pihak.

final • 7:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri..

final • 7:10 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Amaun disiasat bagi kesalahan berat..

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri tak bagi jalan, Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bagilah jalan.

final • 7:10 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Di antara tahun 2011 hingga tahun 2013, jumlah amaun yang disiasat bagi kesalahan berat di seluruh Malaysia, ini kali pertama angka ini diumumkan sama ada dari segi penipuan iaitu sebanyak 7,983 kes; penyeludupan, 2,155 kes; dadah, 1,435 kes; jenayah cukai, 1,046 kes; curi dan rompakan, 309 kes; dan lain-lain, 198 kes. Amaun disiasat bagi kesalahan berat itu berjumlah RM13.1 bilion. Amaun disiasat di bawah AMLATFA berjumlah RM567.9 juta. Itu sebab kita ingin memastikan bahawa perkara ini diambil tindakan dan kita berniat suci, bersih untuk meluluskan akta pindaan ini.

Kertas siasatan PDRM ada sebanyak 219; SPRM, 119; LHDN, 115; Jabatan Kastam, 104; Bank Negara, lima; KPDNKK, lima; dan Securities Commission, satu. Jadi jumlah keseluruhan 568 kertas siasatan untuk menyiasat RM13.1 bilion dan amaun disiasat di bawah AMLATFA berjumlah RM567.9 juta.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang ingin saya sampaikan.

final • 7:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sudah habislah Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan Masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 7:10 PM

Fasal-fasal 1 hingga 78 - Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sepang.

final • 7:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana..

final • 7:15 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Dekat maghrib Yang Berhormat Sepang.

final • 7:15 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tak apa, saya akan cuba tidak begitu panjang. Cuma saya akan minta supaya Yang Berhormat Menteri melihat beberapa peruntukan yang saya rasa boleh dikaji semula.

Sepertimana yang dikatakan dalam pembentangan di peringkat dasar, Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa pindaan kepada akta ini adalah penting bagi untuk menaikkan ataupun memulihkan rating yang akan diberikan. Kalau kita lihat akta ini, genesis ataupun permulaan dia adalah berkaitan dengan isu keganasan yang kita tahu selepas berlakunya 11 September. Jadi, yang saya lihat, selepas 11 September itu, Amerika memang menggubal Patriot Act dan memang dalam Patriot Act itu ada memperuntukkan bahawa perlunya bank-bank ini tidak lagi dilindungi untuk melindungi secrecy of the maklumat.

Akan tetapi selepas beberapa tahun, kita lihat di Amerika, usaha-usaha sekarang sedang dibuat untuk hendak makin apa yang dipanggil narrow down ataupun makin membuka ruang hak asasi manusia itu sebab dilihat banyak peruntukan berkaitan undang- undang seperti ini yang telah pun bercanggah dengan hak-hak orang-orang yang kena tuduh.

Saya hendak bagi contoh. Sebagai contoh, dinyatakan dalam satu report tahun 2007 oleh Inspector General of Justice Department. Dia telah membuat satu report dalam tahun 2007 menyatakan bahawa the Justice Department found widespreas and serious abuse of authority by FBI under the Patriot Act. Oleh sebab itulah selepas beberapa tahun, ada beberapa pindaan dibuat oleh beberapa orang Senator di Kongres.

Isunya ialah sekarang, Amerika cuba makin hendak melonggarkan tetapi kita pula nampaknya reverse, daripada longgar hendak kepada ketat. Amerika dia terbalik, daripada ketat dia hendak longgarkan balik setelah desakan dibuat sebab dilihat banyak... [Dewan riuh] Saya hendak katakan bahawa undang-undang ini memang ada kaitan dengan Amerika. Cuma ini saja yang tidak tahunya...

final • 7:15 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

The genesis of undang-undang ini daripada Amerika. Amerika ini polis dunia. Mereka boleh detect apa yang berlaku.

Jadi saya hendak ambil contoh, kesalahan penggubahan wang haram seksyen 4 di mana seksyen 4 yang asal dia lebih ringkas tetapi sekarang ini akta ini dipinda dengan menggantikan seksyen 4 yang baru. Maknanya total revamp di mana dinyatakan bahawa, sebagai contoh, seksyen 4(1), mana-mana orang yang melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung.

Kalau kita lihat, saya hendak bagi contoh di Filipina, ayat-ayat yang digunakan bagi kesalahan anti-money laundering ini, dia menyatakan kesalahan itu mesti ada perkataan ‘knowingly’. Semua, saya sudah lihat beberapa buah negara, ayat ‘knowingly’ itu, ayat dengan berpengetahuan, dengan mempunyai pengetahuan melibatkan diri secara langsung, tidak langsung. Maknanya, kalau dalam segi undang-undang, apabila ada ayat ‘dengan pengetahuan’ itu, bermakna perlunya pihak pendakwa membuktikan mens rea.

Mens rea ini maknanya niat untuk melakukan jenayah itu. Akan tetapi kita lihat dalam undang-undang seksyen 4 ini, dia bersifat orang panggil seperti kesalahan yang dalam bahasa undang-undang, dia kata suit liability. Maknanya tidak perlu hendak buktikan mens rea dia. The moment kita lihat ada orang terlibat sahaja, hatta tak secara langsung- perkataan ‘tidak secara langsung’ ini yang saya agak gusar kerana ia boleh dikenakan ke atas orang-orang yang memang tidak tahu tetapi mereka menjadi mangsa keadaan.

Sebagai contoh, kalau dalam Amerika dahulu, mereka meletakkan undang- undang, kalau seorang yang bekerja di dalam perpustakaan, dia bagi pinjam buku pun, dia boleh kena undang-undang tersebut. Dia perlu disiasat.

final • 7:15 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Jadi kalau contohnya orang yang menggunakan apa-apa peralatan orang lain, dia juga boleh termasuk dalam istilah tidak langsung itu dan ini akan menyebabkan yang kita khuatir salah guna kuasa ini. Memang kita punya niat untuk memerangi keganasan dan sebagainya tetapi kita lihat kalau tersalah kita meletakkan kesalahan kepada orang yang

final • 7:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

mungkin menjadi mangsa keadaan, kita sebenarnya bukan memerangi pengganas, maknanya kita memerangi orang-orang yang innocent. Itu yang pertama.

Keduanya berkaitan dengan seksyen yang baru 14 dinyatakan bahawa Akta Ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 14 dengan seksyen yang berikut. Maknanya ia juga telah dengan izin revamp di mana dia menyatakan laporan oleh Institut Pelapor, tadi telah menteri katakan ada beberapa institusi yang termasuk dalam Institut Pelapor ini. Kalau dilihat ke seksyen 14(1) sampai 14(c) itu dan juga 14 subseksyen 2, dilihat ia lebih melindungi mereka yang memberi maklumat itu. Saya beri contoh 14(1)(b):

“Apa-apa transaksi jika identiti orang yang terlibat,transaksi itu sendiri atau apa-apa hal keadaan lain berkenaan dengan transaksi itu memberi mana-mana pegawai atau pekerja institusi pelapor itu sebab untuk mengesyaki bahawa transaksi itu melibatkan hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan”. Maka dia boleh, kerana ada sebab, ada sebab tertentu sahaja dia boleh, dia syak, dia boleh bagi maklumat itu. Dia kata orang ini terlibat dengan aktiviti haram hanya dengan dia syak sahaja. Jadi kalau kita lihat ke seksyen 14 ini, ia melindungi orang-orang yang memberi maklumat tetapi orang yang jadi disyaki itu mereka ini tidak ada perlindungan.

Dalam erti kata lain kalau sekiranya syak itu tidak betul, tidak ada remedi kepada orang- orang yang di syak ini. Makna ini bagi saya adalah satu peruntukan yang boleh menimbulkan salah guna kuasa sebab kita tahu kadang-kadang ada kerana kedengkian dan sebagainya orang boleh membuat satu laporan yang tidak benar dan sebagainya dan dia akan menyebabkan pendeposit atau klien bank itu yang memang mungkin tidak terlibat pun tetapi kerana ada dendam dan sebagainya menyebabkan mereka dikenakan tindakan.

Jadi sebab itulah saya minta supaya kalau boleh seksyen 14 ini juga memperuntukkan peruntukan tambahan untuk juga memberikan perlindungan kepada orang-orang yang disyaki itu. Itu yang kedua cadangan saya.

final • 7:20 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

[Bangun]

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Terengganu bangun Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat sudah sepuluh minit, bolehlah.

final • 7:20 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Ya saya hanya ingin bertanya, adakah maksud Yang Berhormat Sepang tidak ada peluang untuk berbicara dan juga tidak ada peluang untuk cross examine orang yang membuat tuduhan itu yang mengexposekan penuduh itu menjadi tidak ada ruang untuk membela diri?

final • 7:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kuala Terengganu. Dalam berkaitan dengan seksyen 14 ini ia belum lagi peringkat perbicaraan, cumanya di peringkat di mana laporan. Saya maksudkan tadi ialah pihak yang membuat laporan ini kerana pegawai-pegawai ataupun pekerja institusi bank itu boleh membuat satu laporan menyatakan bahawa saya syak yang si A ini telah terlibat dalam aktiviti haram, kerana laporan itu dia boleh diambil tindakan. Jadi yang kita khuatir, kalau dia bagi maklumat itu dia dilindungi tetapi masalahnya orang yang katakan maklumat syak itu tidak betul, syak wasangka itu tidak betul. Jadi ketika itu orang yang menjadi mangsa itu tidak ada remedi, itu yang saya rasakan perlu ada satu peruntukan tambahan untuk diberikan juga remedi.

Kita kena balance sebab secara keseluruhan akta ini adalah ia melanggar prinsip privacy. Maknanya, sebab itulah selalu lihat dalam preamble Anti Money Laundering Act di Filipina sebagai contoh, dia punya preamble akta ini memang ada menjejaskan soal secrecy dan sebagainya. Jadi apabila kita membuat satu undang-undang yang memang satu diversion kepada hak privacy ini, maka kita juga harus meletakkan peruntukan tertentu untuk melindungi juga orang yang dituduh. Kita jangan ingat hanya kerana kita hendak memerangi isu money laundering ini, kita compromise isu keadilan, isu hak-hak yang ada pada tertuduh.

Seterusnya saya juga ingin memberikan pandangan berkaitan dengan bahagian baru, Bahagian IVA yang diperkenalkan ini. Ini adalah satu bahagian yang baru di mana diperuntukkan antara contoh seksyen 28 itu, maknanya dia memperuntukkan bahawa pihak pendakwa boleh mendapatkan satu perintah untuk pelucutan hak itu dan seterusnya pihak hakim yang mendengar itu dia boleh memberikan perintah apabila dibuat oleh pihak

final • 7:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

pemohon. Saya risaukan ialah tidak dinyatakan apakah kriteria-kriteria yang seharusnya yang boleh melindungi orang yang disiasat itu, tidak ada peruntukan di situ.

Seterusnya saya juga ingin menyatakan tentang peruntukan yang berkaitan dengan seksyen 44 di bawah klausa 38. Ini saya rasa satu peruntukan yang boleh juga terdedah kepada salah guna kuasa. Kerana apa saya kata begitu, kerana perintah untuk membekukan mana-mana harta ini diberikan kepada pihak yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang ini. Saya rasa ini satu keadaan yang berbahaya apabila kita meletak, memberi power kepada pihak yang terlibat dalam penguat kuasa undang- undang ini, maknanya orang putih kata dia ada an axe to grind, dia ada sebab untuk mudahkan kerjanya sebab itu dia sendiri yang beri perintah, dia boleh beri perintah untuk membekukan itu. Sedangkan dia siasat, dia terlibat dalam penguatkuasaan, dia juga boleh bagi perintah.

Saya percaya bahawa demi keadilan, demi prinsip keadilan seharusnya kalau kita hendak mendapatkan satu perintah untuk membekukan mana-mana harta itu mestilah satu pihak ketiga yang tidak terlibat dalam penyiasatan, dalam enforcement itu yang betul-betul independent untuk membuat keputusan. Jadi sebab itulah saya setuju dengan tadi yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Tasek Gelugor berkaitan dengan perlunya permohonan ini dibuat di mahkamah, biar mahkamah yang tentukan. Bila mahkamah menentukan, maka tidak ada unsur berat sebelah dan sebagainya. Jadi saya minta supaya klausa 38 ini yang mengubah, meminda seksyen 44 ini memberikan kuasa kepada pihak penguasa untuk memberikan satu perintah membekukan mana-mana harta ini.

Saya minta supaya dibuang ataupun dipinda supaya diberikan kuasa itu kepada pihak mahkamah sebab kalau kita lihat di bawah seksyen 44 itu sampailah sub seksyen yang seterusnya memang kuasa mahkamah dinafikan, mahkamah tidak langsung terlibat.

Maknanya mahkamah ini tidak berperanan langsung untuk check and balance. Segala- galanya diberikan hak kepada penguat kuasa, hak kepada pendakwa raya. Maknanya the stakeholder yang terlibat juga iaitu tertuduh ataupun orang yang disiasat, dia akan mudah dianiaya kalau sekiranya mahkamah tidak diberi peluang untuk over see apa yang berlaku itu.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya akan cuba segera. Seterusnya saya ingin juga membawa kepada seksyen 56A. Seksyen 56A ini memperuntukkan satu yang saya rasa bertentangan dengan prinsip keadilan juga kerana 56A ini...

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cuma untuk makluman. Sebarang cadangan untuk pindaan harus dibuat dalam bentuk usul Yang Berhormat. Notis usul.

final • 7:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya minta penjelasanlah kenapakah, saya minta penjelasan.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee

Penjelasan okey.

final • 7:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Itu kalau sekiranya Menteri rasa dia boleh pertahankan, silakan.

final • 7:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya ingin bertanyakan kenapa dibuat begitu. Sebagai contoh seksyen 56A tadi saya katakan. Seksyen 56A itu mengatakan bahawa walaupun mahkamah sudah lepaskan orang itu tetapi mahkamah dalam masa yang sama juga diberikan kuasa untuk terus mengeluarkan perintah forfeiture itu. Pelucutan hak. Saya baca. “Hakikat bahawa seorang telah dibebaskan daripada satu kesalahan berat atau satu kesalahan berat asing tidak menjejaskan kuasa mahkamah untuk mengeluarkan satu perintah pelucuthakan.” Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya. Apabila seseorang itu dibicarakan, sudah tentulah perbicaraan itu berkaitan dengan harta itu. Harta yang menjadi isu itu.

Sedikit sebanyak harta itu adalah subject matter dalam pendakwaan itu. Jadi, apabila kita sudah bicarakan kita dan dia didapati tidak bersalah dan yang kata tidak bersalah itu ialah mahkamah. Tiba-tiba kita kata walaupun tidak salah, mahkamah masih boleh lagi forfeit. Mahkamah masih ada hak untuk arahkan pelucutan hak. Jadi, saya rasa ini menyebabkan dia akan dapat satu judgment yang fruitless. Yang tidak ada makna.

Kamu didakwa di bawah satu akta yang terlibat dengan harta ini, tiba-tiba kamu tidak bersalah, harta kamu kena juga dirampas. Saya rasa ini satu peruntukan yang very

final • 7:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

bad dan saya minta Menteri menjelaskan atas dasar apakah seksyen 56A ini diperkenalkan sebab saya yakin seksyen 56A ini bertentangan dengan prinsip keadilan. Tidak guna kita bicarakan orang tetapi akhirnya orang itu hanya dapat partial victory. Bukan kemenangan yang betul-betul. Ini satu kezaliman kepadanya.

Terakhir Tuan Pengerusi, berkaitan dengan... Lupa my note.

[Disampuk] Musabaqah? Saya rasa sekadar itu, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Saya rasa yang lain semua saya sudah cover. Saya minta supaya Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu. Sepuluh minit pada peringkat Jawatankuasa. Lazimnya sepuluh minit ya, Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okey, saya ada dua perkara.

Pertama ialah dalam bahagian IVA di mana kita mentadbir dalam pemindahan rentas sempadan wang tunai dan instrument boleh niaga pembawa. Saya hanya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri tidak mahu jawab tadi ialah mungkin sebelum kita pinda undang-undang ini, kes seperti Menteri Besar Negeri Sembilan dan kes seperti Ketua Menteri Sabah kita tidak boleh ambil tindakan. Saya ingin tahu dengan pindaan ini, adakah syarat-syarat ini diperketat ke kes-kes yang dianggap agak dubious ini boleh diambil tindakan.

Ini kerana baru-baru ini kita dengar daripada Yang Berhormat Menteri yang mengatakan bahawa kerajaan berniat untuk memantau political funding dan dana-dana politik melalui channel yang kurang telus. Adakah dengan pindaan ini, kita boleh pastikan semua pihak termasuk parti-parti pemerintah juga akan diperketat dengan pindaan dana mereka terutamanya dari luar negeri dan keluar negeri. Perkara kedua saya ingin...

final • 7:32 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Penjelasan, penjelasan.

final • 7:32 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Mana boleh macam ini? Ini peringkat Jawatankuasa.

final • 7:32 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Apakah YTL ada bagi sumbangan kepada DAP?

final • 7:32 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya tunggu Tuan Pengerusi buat ruling. Saya tidak tahu sama ada ini ikut peraturan ataupun tidak.

final • 7:32 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tidak, kawan-kawanlah. Kawan-kawan.

final • 7:32 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya boleh tetapi betulkah ini ikut...

final • 7:32 PM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tidak, kawan-kawan. Adakah YTL memberi sumbangan kepada DAP ataupun tidak?

final • 7:32 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya...

final • 7:32 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu ahli PKR, Yang Berhormat. Dia bukan DAP ya.

final • 7:32 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Akan tetapi YTL di kawasan saya, saya menghadapi banyak masalah dengan YTL termasuk baru-baru ini perobohan di rumah-rumah peneroka bandar yang banyak dilakukan oleh YTL dan saya harap dalam perkara ini...

final • 7:32 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Sumbangan kepada UMNO.

final • 7:32 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Harap kerajaan jangan berat sebelah dalam menguatkuasakan arahan atau lobi dari YTL.

Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan semula ialah isu keganasan. Di Amerika pun, keganasan dengan pindaan kepada Patriot Act, mereka telah membuat definisi yang agak jelas dari segi domestik terrorist dan juga international terrorist. Akan tetapi dalam definisi keganasan di undang-undang Malaysia ini, kita tidak nampak ada satu tafsiran yang agak jelas. Apa yang ingin saya bawakan, kalau Yang Berhormat Menteri

final • 7:32 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

jawab tadi mereka ikut PBB, PBB juga satu badan yang dikuasai oleh proses-proses politik dan dipengaruhi oleh kuasa-kuasa besar. Kita pernah satu ketika dulu kalau saya ingat dalam 15 tahun yang lalu, MNLF telah dikeluarkan dari senarai pengganas dalam tafsiran ASEAN. Kemudian kita menyertai satu perundingan. Pada masa yang sama, MILF telah ditafsir sebagai pengganas. Kini MILF telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada proses pendamaian. Mereka bukan lagi pengganas.

Akan tetapi MNLF pula mengambil senjata menentang ini. Adakah perkara-perkara ini boleh diambil kira kerana keganasan ini adalah mengikut keperluan politik. Ia bukan satu tafsiran yang tetap. Itulah sebab saya anggap kalau kita tidak membuat satu definisi yang ketat, kita akan menyebabkan bukan isu mengiktiraf mana-mana pihak tetapi undang- undang ini membolehkan kerajaan mengambil tindakan punitif dan preventif dan apakah cara kita untuk menghalang seseorang itu sebenarnya melibatkan diri, dijadikan mangsa kerana mereka tidak sedar kumpulan-kumpulan tertentu itu, aktiviti ini dianggap sebagai terrorism. Saya ambil satu contoh yang konkrit. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan. Kalau ada komuniti Tamil di sini buat fund racing untuk kebajikan pelarian Tamil.

Tiba-tiba Kerajaan Sri Langka kata inilah wang yang akan di salur kepada Tamil Tigers.

Adakah kita akan ambil tindakan kerana undang-undang ini peruntukan kerajaan mengambil tindakan kepada mana-mana NGO yang menyumbang kepada aktiviti-aktiviti yang disyaki melindungi atau terlibat kegiatan aktiviti keganasan.

Jadi saya amat sokong Yang Berhormat Sepang yang kita harus bezakan seseorang itu atau sesuatu kumpulan melakukan sesuatu dengan kesedaran ia berlaku atau tidak. Akan tetapi dalam pindaan ini tidak jelas dalam perkara ini. Saya juga ingin dapat satu definisi yang lebih tepat tentang politically expose person. Adakah aktivitinya hanya melibatkan keganasan antarabangsa atau mereka hanya merupakan ancaman kepada keselamatan rakyat Malaysia?

Kalau seseorang itu katalah mereka yang membuat pelaburan di sini dan ditafsirkan individu tertentu mengambil bahagian atau disyaki mengambil bahagian dalam aktiviti keganasan di luar negeri, adakah ini boleh diambil tindakan oleh kerajaan dan apakah prosedur kita untuk menentukan mereka ini mengancam keselamatan negara kita ataupun negara lain? Jelas baru-baru ini kita dapat banyak berita tentang ISIS yang merampas kuasa di Iraq. Ada tuduhan bahawa rakyat Malaysia terlibat.

final • 7:32 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Adakah ini juga mewajibkan kerajaan mengambil tindakan terhadap ini kerana tafsiran sekarang kita pun tidak jelas ISIS ini terrorist atau subversivekah, atau extremistkah, kita tidak ada satu tafsiran yang jelas. Akan tetapi, undang-undang ini membolehkan pihak berkuasa tanpa mahkamah. Saya anggap hanya pihak polis yang bukan satu badan politik boleh mengambil tindakan dan ini mungkin akan menyebabkan kekeliruan di bawah ini. Saya mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Nerus.

Kemudian, Yang Berhormat Menteri boleh menjawab.

final • 7:40 PM

Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillah wasolatuwasala warasulillah. Apa yang kita bincang pada hari ini pindaan kepada akta melibatkan pengubahan wang haram ini memang tepat pada masanya selepas 13 tahun diperkenalkan pada tahun 2001. Ini kerana sehingga hari ini reputasi antarabangsa Malaysia dalam pengubahan wang haram ini lebih teruk dari Thailand atau pun Indonesia dan dikatakan hampir sebaris dengan Nigeria dan juga Rusia. Ini satu fakta yang sangat membimbangkan kita. Bahkan satu laporan oleh Global Financial Integrity Report yang berpangkalan...

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, jawatankuasa Yang Berhormat. Teruskan kepada perkara 1 hingga 78.

final • 7:40 PM

Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Baik. Saya hendak sebutkan sedikit sahaja iaitu di Washington menjelaskan tentang USD291 bilion transaksi kewangan telah masuk ke Malaysia kita pada hari ini. Jadi, apa yang hendak saya

final • 7:40 PM

Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

timbulkan di sini ialah tentang sejauh mana penguatkuasaan yang kita lakukan terhadap terutamanya kepada orang-orang politik. Kalau kita lihat dalam beberapa tajuk yang kita bincangkan hari ini masih pada tahap yang tidak membanggakan. Ini kerana bagi saya isu melibatkan orang politik ini kesannya besar kepada rakyat kerana ia akan dijadikan bahan- bahan kempen dan sebagainya yang melibatkan makan minum kepada rakyat sendiri.

Sedangkan kita tengok banyak hadis-hadis Nabi SAW menekankan tentang bahaya makanan haram yang masuk ke dalam jasad rakyat kita. Seperti hadis Nabi [Membaca Hadis Nabi] . Maksudnya, “Setiap daging yang lahir daripada benda haram, maka neraka lebih aula untuknya”. Jadi saya harap kerajaan lebih prihatin dengan isu yang seumpama ini. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Pengerusi, sebagaimana yang saya sudah nyatakan, saya ingin ulang secara rumusan mengapa kita membentangkan rang undang-undang ini adalah seperti berikut:

(i) ia boleh mengurangkan jumlah keseluruhan kadar jenayah dalam negara;

(ii) ia boleh memperkukuhkan ekonomi negara dengan meningkatkan integriti serta keyakinan orang ramai;

(iii) boleh meningkatkan sumber pendapatan negara untuk mengurangkan ketirisan; dan

(iv) memperkukuh reputasi Malaysia sebagai negara yang komited dan serius dalam menangani isu ini.

Itu antara sebab-sebab utama kenapa kita meminda. Saya juga ingin berkongsi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Pengerusi bahawa kita berada dalam Asia Pacific Group on Money Laundering atau pun (APG) dan kita tertakluk kepada badan antarabangsa yang membuat standard. Badan antarabangsa itu disebut sebagai Financial Action Task Force (FATF). Daripada 194 negara dalam dunia ini, ada dua negara dalam black list, sembilan negara dalam dark grey list, 21 negara dalam light grey list dan 162 negara dalam white list, senarai putih. Daripada 162 negara itu, negara yang ke-88 mengikut abjad ialah Malaysia. Syukur bahawa kita tidak termasuk dalam black list, dark grey list - 9 dan light grey list - 21. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini maka adalah amat penting untuk kita meluluskan pindaan terhadap AMLATFA. Yalah Yang Berhormat Sepang. Rumusan daripada apa Yang Berhormat Sepang sebut itu sama ada seksyen 56A atau pun fasal 38 seksyen 44, kemudian the mens rea, kemudian seksyen 14. Satu perkara yang penting hendak dinyatakan di sini ialah apakah peruntukan check and balance di bawah AMLATFA ini bagi mengelakkan salah guna apabila kita ada reason to suspect atau pun sebab untuk mengesyaki.

Jawapannya ialah di bawah AMLATFA pengeluaran perintah penyitaan ke atas apa-apa harta atau akaun bank hanya boleh dibuat selepas berunding dengan Jabatan Peguam Negara. Jabatan Peguam Negara akan memastikan bahawa terdapat alasan yang munasabah dan maklumat yang mencukupi untuk meneruskan dengan perintah penyitaan tersebut. Untuk mengukuhkan lagi peruntukan berkenaan dengan check and balance, rang undang-undang akan memasukkan satu peruntukan baru yang bertindak sebagai satu peruntukan perlindungan bagi orang yang disiasat semasa menjalankan proses pembekuan.

Peruntukan baru ini menyatakan bahawa sebelum satu perintah pembekuan dikeluarkan, suatu agensi penguatkuasaan undang-undang harus memastikan bahawa penyiasatan ke atas aktiviti haram telah dijalankan dan agensi penguat kuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa orang tersebut telah melakukan jenayah pengubahan wang haram.

final • 7:43 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Satu lagi perkara yang amat penting yang saya ingin maklumkan di sini ialah agensi penguat kuasa perlu mematuhi satu set tatacara pengendalian piawai (SOP) bagi memastikan tadbir urus yang baik dalam proses pembekuan dan penyitaan harta. Bererti kita ada check and balance dan kita juga ada SOP.

final • 7:43 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:43 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ini satu lagi yang disebut sebagai mens rea, actus reus iaitu niat. Subseksyen 4(2)(a) memerlukan orang itu tahu mempunyai sebab untuk mempercayai atau mempunyai syak yang munasabah. Oleh itu mens rea mengenai niat itu masih diperlukan untuk membuktikan kesalahan di bawah AMLATFA dan tiada perubahan dari akta ibu.

final • 7:43 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah. Oleh sebab saya rasa ada penjelasan yang perlu saya tanya. Yang Berhormat Menteri, kalau lihat kepada seksyen 4 itu 4(1)(a),(b),(c) asalnya dahulu (a) dengan (b) sahaja. Itu pun ayat sudah ubah. Ayat ini mana-mana orang melibatkan diri itu, dalam undang-undang dipanggil actus reus. Bukan actus rea ya actus reus. Maknanya, tidak perlu buktikan dia punya niat. Kalau ada mens rea, dia makna kata mana-mana orang dengan pengetahuan melibatkan diri secara langsung. Itu baru dikatakan mens rea.

Seksyen 4 Yang Berhormat Menteri 4(1) itu. Ini adalah seksyen yang create offence. Maknanya, contoh “Mana-mana orang yang melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram melakukan kesalahan pengubahan wang haram”. Itu maksudnya.

Kalau dilihat, saya beri contoh. Saya sudah lihat beberapa buah negara mereka sebut itu. Whoever ‘knowingly’. Jadi, perkataan knowingly itu lah yang sedikit sebanyak jadi safe guard. Safeguard nya ialah kalau dia tahu. Macam ini sudah lah tidak ada perkataan knowingly, lepas itu secara tidak langsung, perkataan secara tidak langsung itu menyebabkan orang yang mungkin innocent akan dijadikan sebagai orang yang melakukan kesalahan. Itu maksud saya Yang Berhormat Menteri. Bukan yang fasal tadi itulah, lain lah. Saya kata yang seksyen 4 itu dahulu, definisi kesalahan itu. Saya mencadangkan supaya kalau boleh Yang Berhormat Menteri...

final • 7:43 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Restrict the power. Yang Berhormat Menteri saya hendak sentuh sedikit sahaja. Nampaknya pindaan ini ialah untuk membuka ruangnya membolehkan tangkapan atau action ini diambil dengan lebih mudah.

Saya baca ini macam seolah-olah kalau perlu kita ambil tindakan. Sungguhpun mereka tidak tahu kerana nampaknya ada niat untuk menjamin keselamatan negara. Kalau itu niat dia haruslah ditafsirkan lebih jelas apa maksudnya ancaman kepada keselamatan negara.

final • 7:43 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya boleh setuju kalau betul sungguh pun seseorang itu tidak tahu, bukan knowingly melakukan sesuatu seperti dia membantu pengganas untuk buat transaction, order bomkah atau apa-apa sungguhpun dia tidak tahu tetapi tindakan boleh diambil. Akan tetapi kalau dalam keadaan sekarang, itu tidak jelas yang saya anggap ia boleh disalahgunakan pun saya rasa.

final • 7:50 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Pengerusi, satu perkara yang penting yang saya ingin nyatakan kepada Yang Berhormat Sepang dan juga Yang Berhormat Batu bahawa semu peruntukan yang kita pinda ini adalah selaras dengan piawaian dan standard antarabangsa dan ia adalah penting untuk pihak berkuasa supaya boleh bertindak dengan segera supaya wang atau aset tidak dilupuskan atau dilarikan oleh penjenayah. Pendakwa raya akan bertindak sebagai check and balance dan agensi penguatkuasaan juga tertakluk kepada SOP.

Saya ada lapan muka surat di sini. Apakah peruntukan sekarang, apakah peruntukan baru yang dipinda? Kenapa rasional terhadap setiap peruntukan itu dipinda?

Kalau saya hendak bacakan setengah jam lagi pun tidak selesai. Jadi percayalah bahawa apa yang kita telah pinda ini adalah berdasarkan kepada tafsiran dan juga peruntukan yang selaras dengan piawaian dan standard antarabangsa dan bukan hasrat kita untuk menyalahgunakan mana-mana.

Yang Berhormat Batu tadi ada bertanya tentang Kanun Keseksaan, the Panel Code mengandungi tafsiran yang terperinci bagi terma terrorist, terrorist entity, terrorist group, terrorist financing, terrorist property, dengan izin. Seksyen 130(B) Kanun Keseksaan

final • 7:50 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terrorist bermaksud ada segala maksud-maksudnya dengan jelas. Kemudian, segala perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang bahawa kita seolah-olah untuk mengetatkan sedangkan Amerika Syarikat ingin melonggarkan. Itu mungkin pandangan peribadi Yang Berhormat Sepang...

final • 7:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Mencelah]

final • 7:50 PM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Akan tetapi percayalah bahawa tujuan kita adalah untuk memastikan bahawa segalanya ini bertujuan yang baik dan bertujuan untuk meningkatkan integriti negara kita dan semua kita inginkan transparency dan integriti. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat memahami tentang perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

[Fasal-fasal 1 hingga 78 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

final • 7:50 PM
USUL
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3) Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

final • 7:50 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya.

final • 7:50 PM
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN
Pelarian Memerlukan Perlindungan dan Bukannya Pengusiran.

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Pelarian memerlukan perlindungan dan bukannya pengusiran. Pada 15 Mei 2014, dua orang pelarian Tamil dan seorang pencari SUHAKAM telah ditangkap dan ditahan di Kuala Lumpur atas kesalahan Akta Imigresen.

Pada 25 Mei Ketua Polis Negara mengesyaki dan menggelar tiga tahanan tersebut sebagai pengganas lalu menghantar mereka pulang ke Sri Lanka.

Namun tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan ini. Pengusiran ini amatlah menghampakan dan tidak dapat diduga kerana Kerajaan Sri Lanka sedang disiasat oleh Mekanisme Manusia PBP, United Nations Human Right Mechanism kerana melanggar hak asasi manusia iaitu penglibatan dalam jenayah perang jenayah terhadap kemanusiaan dan

final • 7:55 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

pembunuhan terhadap minoriti orang Tamil semasa fasa terakhir serangan tentera pada tahun 2009.

Pelbagai laporan termasuk panel pakar Bangsa-bangsa Bersatu dan saluran empat TV yang menampilkan dokumentari video kebebasan zon kebakaran pembunuhan di Sri Lanka telah membuktikan secara jelas bahawa lebih daripada 80,000 orang Tamil iaitu termasuk kanak-kanak, wanita, dan warga tua telah dibunuh.

Empat resolusi mengenai Kerajaan Sri Lanka telah dibentangkan dalam Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu sejak tahun 2009 dan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang berhak untuk membuat keputusan dan mengundi. Resolusi pertama yang dibentangkan oleh Sri Lanka telah benar-benar menghancur Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) dan membebaskan orang Tamil dari LTTE dan mencadangkan agar suruhanjaya memikul kewajipan untuk mencapai perdamaian.

Namun begitu, Kerajaan Sri Lanka gagal mematuhi dan melaksanakan resolusi yang dibentangkannya. Lantaran itu resolusi dibentangkan lagi oleh United Nation Human Right Council (UNHRC) untuk menapis Kerajaan Sri Lanka. Apa yang ketara Malaysia telah dikecualikan daripada mengundi terhadap resolusi yang ditapis terhadap negara Sri Lanka.

Kerajaan Sri Lanka sedang menghadapi tekanan besar daripada peringkat antarabangsa supaya menjalankan siasatan bebas ke atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

FORM atau Document Right Kebebasan Zon Kebakaran Pembunuhan di Sri Lanka yang ditapis dan disiarkan oleh Saluran 4 United Kingdom TV dapat disangkal dengan jelas pembunuhan perluasan dan kejam yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Sri Lanka terhadap orang Tamil. Kaum Tamil yang melarikan diri dari Sri Lanka dan berlindung di negara Malaysia memerlukan perlindungan daripada kerajaan. Tindakan kerajaan untuk mengusir ketiga-tiga pelarian tersebut telah melanggar Undang-undang Adat Konvensi Antarabangsa di mana mangsa sebenar tidak diberikan peluang untuk mempertahankan diri terhadap penganiayaan mereka.

Kerajaan Malaysia mempunyai obligasi antarabangsa untuk memerhatikan Undang-undang Adat Antarabangsa Konvensyen Antarabangsa walaupun Malaysia belum disahkan oleh Konvensyen 1951 berkaitan dengan status pelarian. Macam manakah penyiasatan Malaysia boleh menghantar tiga orang tahanan tersebut yang dikatakan sebagai pengganas sebelum pembunuhan kejam walaupun pembunuhan kejam telah dilakukan oleh pihak berkuasa di Sri Lanka?

Malahan Kedutaan Sri Lanka boleh dikatakan melibatkan diri secara aktif dalam hal ehwal tempatan serta mempunyai kuasa mandat sehingga dapat memperalatkan Ketua Polis Negara untuk mengikut dan menurut perintahnya. Lena Hendry dari KOMAS didakwa atas kesalahan menyiarkan filem Kebebasan Zon Kebakaran atau No Fire Zone. Tiga orang tahanan tersebut semestinya akan menghadapi segala penyeksaan, penganiayaan serta kemungkinan kematian seandainya diusir dan dihantar pulang ke negara masing-masing.

Mengapa Malaysia sengaja membantu Sri Lanka? Adakah kerajaan akan mengusir dan menghantar pihak berkuasa Sri Lanka dari pulang ke Sri Lanka seandainya pihak berkuasa di Sri Lanka mengaku bahawa mereka terlibat dalam pembunuhan ganas dan kejam tersebut?

Hak Asasi Manusia mengutuk dan mengkritik. Laporan bahawa 75 kes rogol dan penderaan seksual telah berlaku dari tahun 2006 sehingga tahun 2012 di pusat-pusat tahanan Sri Lanka akibat daripada pengusiran tersebut. Tahanan lelaki dan wanita sering dirogol oleh pihak tentera, polis dan kumpulan tentera pro kerajaan.

final • 7:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Pengusiran ini dianggap sebagai perkara yang paling kejam dan tidak berperikemanusiaan.

final • 8:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, tidak ada dalam usul. Dia baca apa ini?

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya.

final • 8:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Pelarian sepatutnya diberikan perlindungan...

final • 8:00 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tidak ada dalam usul.

final • 8:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terutama selepas diberi kad UNHCR.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Jawab yang dalam usul saja Yang Berhormat. Yang Berhormat, banyak ayat-ayat yang tidak termasuk dalam usul.

Jadi to be fair, untuk adil kepada Yang Berhormat Menteri, saya minta Yang Berhormat Menteri jawab yang dalam usul bertulis ini Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tidak apa, hanya kita bagi yang brief kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:00 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, yang brief pun tidak ada, yang panjang pun tidak ada. Telah ditambah-tambah, maka inilah jawapan saya Tuan Yang di-Pertua.

Malaysia merupakan antara negara Asean yang tidak menandatangani dan menjadi negara ahli kepada konvensyen mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967. Di kalangan negara ASEAN, hanya Cambodia sudah Philippine menjadi ahli kepada konvensyen dan protokol tersebut.

Dalam hal ini, Malaysia tidak mengiktiraf status pelarian dan sesiapa yang memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah adalah dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) berdasarkan Akta Imigresen 1956/1963.

Walau bagaimanapun atas dasar kemanusiaan, PATI yang memegang kad UNHCR yang sah dibenarkan tinggal sementara sehingga pulang ke negara asal atau ditempatkan ke negara ketiga. Pemegang kad UNHCR ini juga perlu mematuhi undang- undang negara. UNHCR sebagai badan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menentukan status pelarian sewajarnya membuat tapisan dan penelitian yang rapi bagi membolehkan hanya individu yang layak diberikan kad UNHCR dan bukannya individu yang terlibat dengan jenayah dan aktiviti yang melanggar undang-undang negara asal.

Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pemegang kad UNHCR yang melanggar undang-undang negara.

Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih. Assalammualaikum.

final • 8:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Banyak pendek ini.

Bantahan Terhadap Cadangan Pembinaan Lebuh Raya KIDEX

final • 8:00 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin menyentuh di sini isu pembinaan sebuah lebuh raya swasta akan dibina merentasi Damansara hingga ke Kinrara yang dijadualkan memulakan pembinaannya pada tahun 2015. Soalan yang saya ingin utarakan ialah adakah lebuh raya ini dapat membantu penduduk Petaling Jaya yang terpaksa menghadapi, berhadapan dengan kesesakan lalu lintas setiap hari? Saya ingin memberi contoh jelas kepada Dewan yang mulia ini, bagaimana pembinaan lebuh raya bertol menyebabkan kesesakan lalu lintas. Contohnya Lebuhraya SPRINT yang memberi kesesakan yang teruk di kawasan Seksyen 17 Petaling Jaya. Lebuhraya Damansara-Puchong, memberi kesesakan yang amat teruk kepada kawasan Sunway dan Bandar Seri Damansara. Manakala Kerinchi Link pula membuat kesesakan amat teruk pada Lebuhraya Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, lebuh raya ini akan merentasi beberapa projek pembangunan dan kediaman yang sedia ada iaitu Tropicana City Mall, SS2 Mall, Seksyen 17, Persimpangan Rothman, Seksyen 13, Seksyen 14, Seksyen 12, Seksyen 52, Amcorp Mall, Hilton Petaling Jaya, Hospital Mata Tun Hussien Onn, Bulatan Templer, Seksyen 8, Seksyen 4, Seksyen 1, Taman Dato Harun, Taman Medan Baru dan Bandar Kinrara.

final • 8:02 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

KIDEX akan membawa lebih banyak kenderaan tidak kira ringan mahupun berat untuk masuk dan merentasi Petaling Jaya sehingga menyebabkan kesesakan. Seluruh penduduk di Petaling Jaya membantah pembinaan projek ini. Namun begitu, saya ingin bertanya adakah kerajaan masih ingin meneruskan projek ini walaupun penduduk di persekitaran membantah? Di dalam manifesto Buku Jingga, kami berjanji untuk memansuhkan tol. Malah manifesto Barisan Nasional semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu juga berjanji untuk mengurangkan bilangan tol di lebuh raya sekitar bandar raya tetapi perkara yang sebaliknya berlaku.

Plaza tol kini bertambah dan dia bercanggah dengan hasrat kerajaan ini sendiri.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapakah jumlah bilangan penduduk kediaman dan kedai yang terlibat dengan pembinaan KIDEX ini. Selain itu, bagi KIDEX itu sendiri, berapakah bilangan plaza tol akan dibina dan berapa lamakah konsesi diberi kepada syarikat KIDEX Sdn. Bhd.

Tuan Yang di-Pertua, bagi tujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di sekitar Petaling Jaya, saya mengesyorkan agar Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Persekutuan dinaiktarafkan sebagai lebuh raya bertingkat. Lebuh raya bertingkat yang dibina ini nanti perlu menghubungkan Lebuhraya KESAS hinggalah ke jalan susur keluar ke Kinrara seterusnya ke Puchong. Sekiranya Kerajaan Persekutuan tetap berdegil untuk membina sebuah lebuh raya merentasi PJ, ia mestilah menggunakan terowong bukannya lebuh raya bertingkat. Ini akan memberikan keadilan penduduk Petaling Jaya yang terbabit.

Akhir sekali, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya, pihak kerajaan perlulah memperbaiki dan menaik taraf semua sistem pengangkutan awam. Kita perlu berkempen bersungguh-sungguh menggalakkan orang awam menggunakan pengangkutan awam, bukan saja dengan paparan media arus perdana sahaja. Sekian.

final • 8:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 8:02 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, cadangan projek pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara ataupun lebih dikenali sebagai Lebuhraya KIDEX sejauh 26.1 kilometer termasuk main line dengan izin, dan jalan susur telah mendapat kelulusan bersyarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 23 Februari 2012.

Sebelum dibentangkan di mesyuarat MTES, cadangan jajaran lebuh raya ini telah diperincikan di Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Lebuhraya KIDEX yang dipengerusikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Jawatankuasa ini turut dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan negeri, antaranya wakil-wakil dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

Seterusnya pada 28 Mac 2013, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Putrajaya telah meluluskan Laporan Impak Alam Sekitar (EIA) dengan izin, yang turut dikemukakan kepada JAS Selangor dan Kuala Lumpur. Laporan ini mengambil kira kesan terhadap flora, fauna, hakisan, kualiti air, udara, bunyi, getaran, hidrologi, geologi, ekonomi, sosial dan lain-lain semasa pembinaan dan operasi kelak di sepanjang jajaran lebuh raya.

Perjanjian konsesi kemudiannya ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan dengan syarikat konsesi pada 15 November 2013. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, tempoh konsesi lebuh raya ini adalah selama 48 tahun tertakluk kepada semakan kadar pulangan dalaman syarikat konsesi lebuh raya ini pada tahun ke-39. Tempoh konsesi yang diberikan setelah mengambil kira aliran tunai projek termasuklah capital expenditure dengan izin, operation expenditure dengan izin, unjuran trafik serta bayaran semula pinjaman pembiayaan pembinaan.

Kos keseluruhan pembinaan lebuh raya ini dibiayai sepenuhnya oleh syarikat konsesi Lebuhraya KIDEX. Berdasarkan perjanjian konsesi yang ditandatangani, syarikat konsesi perlu mencapai syarat-syarat duluan, condition precedent (CP) dengan izin, dalam masa 12 bulan dari tarikh perjanjian konsesi ditandatangani. Antara condition precedent

final • 8:06 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

dengan izin, adalah membuktikan kemampuan kewangan untuk melaksanakan projek dan melaksanakan tinjauan maklum balas umum, pandangan orang ramai mengenai cadangan projek ini. Buat masa ini, syarikat konsesi masih sedang berusaha untuk mencapai syarat- syarat tersebut.

Kelulusan untuk memulakan pembinaan hanya akan diberikan selepas semua condition precedent dipenuhi oleh syarikat konsesi Lebuhraya KIDEX.

final • 8:06 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Di samping syarat-syarat tersebut, syarikat konsesi juga akan melaksanakan pameran awam dan sesi taklimat awam di MPSJ dan MBPJ. Syarikat konsesi telah melaksanakan pameran awam di MPSJ bermula 10 Mac hingga 10 April 2014 dan taklimat awam pula telah diadakan pada 29 Mac 2014. Manakala pameran awam di MBPJ telah dilaksanakan bermula dari 15 Mac hingga 15 April 2014. Sesi taklimat awam masih belum dilaksanakan lagi di MBPJ.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan Lebuhraya KIDEX bermula di persimpangan bertingkat Damansara, Lebuhraya NKVE PLUS merentasi Jalan Harapan, Jalan Semangat dan seterusnya menghubungkan Jalan Penchala.

Kemudian, jajaran ini akan merentasi Lebuhraya NPE, Lebuhraya KESAS dan berakhir di Lebuhraya Bukit Jalil berhampiran Giant Kinrara.

Lebuh raya ini merupakan sebuah lebuh raya bertingkat sepenuhnya dan berkedudukan di atas jalan sedia ada. Jalan sedia ada akan dikekalkan dan beberapa persimpangan yang dinaik taraf akan berupaya mengurangkan kesesakan di kawasan sekitarnya. Oleh yang demikian, penduduk setempat masih lagi boleh mengguna pakai jalan sedia ada seperti mana sebelum adanya Lebuhraya KIDEX.

Tuan Yang di-Pertua, Lebuhraya KIDEX ini akan mempunyai dua plaza tol dan merupakan lebuh raya struktur jambatan sepenuhnya di mana akan dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan seperti dinding penahan penyerap hentaman tinggi, chase level TL4 dengan izin, papan tanda maklumat elektronik, papan tanda jalan dan garisan jalan yang terkini.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu juga, syarikat konsesi KIDEX akan menerapkan konsep lebuh raya hijau berpandukan Green Highway Index dengan izin, yang telah diperkenalkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Lebuh raya hijau ini lebih mesra alam sekitar dengan pengekalan pokok-pokok sedia ada, penanaman tumbuhan pada struktur jambatan, penyesuaian reka bentuk struktur lebuh raya dengan keadaan persekitaran dan sebagainya. Lebuhraya KIDEX akan menghubungkan keluar masuk ke Damansara, Petaling Jaya dan Kinrara dan di samping itu menghubungkan beberapa lebuh raya seperti NKVE, LDP, KESAS dan NPE bagi meningkatkan jaringan lebuh raya dan kemudahan awam. Tempoh perjalanan keluar masuk dari ke kawasan Petaling Jaya dijangka akan berkurang secara significant selepas lebuh raya ini beroperasi sepenuhnya.

Dalam laporan kajian impak trafik, sebanyak 16 jalan utama tempatan mengalami penurunan trafik dengan anggaran kasar sehingga 30% dalam tahun 2018. Manakala pengurangan jumlah trafik juga telah dikesan iaitu dalam anggaran kasar sehingga 30% dalam tahun 2028 iaitu pada 25 jalan-jalan utama tempatan di sepanjang jajaran Lebuhraya KIDEX. Antara jalan-jalan utama tempatan tersebut tetapi tidak terhad kepada adalah Jalan Selangor, Jalan Templer, Jalan Penchala dan Jalan Klang Lama.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, terdapat juga sebahagian jalan tempatan yang masih akan mengalami peningkatan trafik selepas Lebuhraya KIDEX beroperasi. Namun, pihak syarikat konsesi Lebuhraya KIDEX akan bekerjasama dengan MBPJ dan pihak berkuasa tempatan lain untuk menangani masalah tersebut.

Bagaimanapun, pertambahan trafik di kebanyakan jalan-jalan tempatan tersebut majoritinya masih dalam kemampuan kapasiti jalan iaitu seperti Jalan Sultan, Jalan Barat, Jalan Gasing, Jalan Changai dan Jalan Bukit Jalil Indah.

Tuan Yang di-Pertua, anggaran kasar sebanyak 300 lot kediaman dan komersial yang dijangka akan terlibat di dalam pengambilan balik tanah untuk pembinaan Lebuhraya KIDEX. Bilangan lot kediaman dan komersial yang akan diambil untuk tujuan pembinaan lebuh raya ini bergantung pada reka bentuk terakhir dan pelan pengambilan balik tanah di bawah seksyen 8.

final • 8:10 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Keperluan penghadang bunyi bagi jajaran Lebuhraya KIDEX yang berhampiran dengan kawasan komersial dan residency akan dikenal pasti semasa peringkat reka bentuk dan pembinaan dijalankan. Pemasangan tembok penghadang bunyi akan dilaksanakan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti semasa pembinaan dan akan dipantau daripada semasa ke semasa berdasarkan kelulusan Jabatan Alam Sekitar ataupun JAS. Semasa pembinaan, langkah-langkah pencegahan dan pembendungan pencemaran alam sekitar seperti pencemaran bunyi, udara dan air semasa pembinaan akan dibuat serta dipantau dengan laporan setiap tiga bulan yang akan diserahkan kepada JAS sepertimana yang termaktub dalam syarat-syarat kelulusan EIA.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan alternatif agar Lebuhraya LDP dan Lebuhraya Persekutuan dinaik taraf menjadi lebuh raya bertingkat serta pembinaan terowong untuk menyelesaikan masalah kesesakan perlu dilihat bersekali dengan daya maju projek atau projek viability dengan izin, dan impak sosial. Cadangan pembinaan terowong dijangka akan melibatkan perbelanjaan yang amat besar iaitu kira-kira lima kali ganda daripada kos sedia ada. Di samping itu, bagi cadangan pembinaan terowong, faktor kesesuaian tanah, keadaan pembangunan sedia ada dan utiliti juga perlu dikaji secara teliti.

Tuan Yang di-Pertua, sistem pengangkutan awam dan rangkaian lebuh raya perlu melengkapi di antara satu sama lain dengan izin, complement each other. Dalam hal ini, Lebuhraya KIDEX akan menyediakan satu lagi option lot perjalanan kepada pengguna.

Selain itu, Lebuhraya KIDEX juga menghubungkan ke kawasan yang berhampiran dengan stesen-stesen pengangkutan awam baru seperti MRT, TTDI, Stesen LRT Seksyen 16, Lebuhraya Bukit Jalil 1, Bandar Bukit Jalil dan cadangan Stesen BRT Taman Jaya.

Menyentuh mengenai manifesto Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke- 13, sebenarnya ia berkaitan dengan pengurangan bayaran tol antara bandar ataupun inter urban dengan izin secara berperingkat-peringkat, bukannya pengurangan tol di lebuh raya intra urban. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengambil langkah melalui penstrukturan semula kadar tol di lebuh raya antara bandar iaitu Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1. Bagi lebuh-lebuh raya ini, tiada kenaikan tol dari tahun 2011.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya nyatakan tadi, syarikat konsesi Lebuhraya KIDEX masih lagi sedang berusaha mencapai syarat-syarat sepertimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Kelulusan untuk memulakan pembinaan hanya akan diberikan selepas semua syarat tersebut dipenuhi oleh syarikat konsesi Lebuhraya KIDEX.

Sekian, terima kasih.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 19 Jun 2014.

final • 8:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.20 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026