Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad [Mersing] minta Menteri Pertahanan menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk bayaran bantuan one-off kepada veteran tidak berpencen yang diluluskan dalam Bajet 2012 dan berapa ramaikah mereka yang menerima bantuan berkenaan.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Timbalan Menteri Pertahanan kerana telah mengemukakan soalan berkaitan dengan isu ini. Saya juga meminta izin untuk menjawab soalan ini secara bersekali dengan soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Kampar bertarikh 18 Jun 2014, soalan nombor 48 yang menyentuh isu berkaitan pembayaran one-off kepada veteran tidak berpencen Angkatan Tentera Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sememangnya sentiasa prihatin dan berusaha menambah baik pelbagai faedah dan kemudahan-kemudahan kepada anggota veteran yang telah banyak berjasa kepada negara ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara ini dan ini pun adalah bergantung kepada keupayaan kewangan kerajaan.
Berkaitan dengan pemberian one-off sumbangan RM1,000 kepada veteran ATM tidak berpencen yang telah dilaksanakan dalam tahun 2013, sebanyak RM84.312 juta telah pun dibelanjakan dan telah dibayar kepada anggota tidak berpencen dan ia melibatkan pemberian kepada 77,737 orang veteran dan 6,575 orang balu atau duda kepada veteran yang tidak berpencen.
Pemberian sumbangan ini adalah merupakan sebagai pengiktirafan dan penghargaan kerajaan ke atas jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Sebahagian baki daripada peruntukan yang telah disediakan bagi tujuan ini yang tidak digunakan telah pun dipulangkan kembali kepada Kementerian Kewangan Malaysia.
Terima kasih.
Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya amati jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri di mana hanya 77,000 orang veteran yang tidak berpencen ini mendapat faedah daripada program one-off. Soalan tambahan saya, pertama, saya hendak tahu kenapa perkara tersebut berlaku sedangkan dalam jangkaan awal maklumat-maklumat data yang diperoleh daripada pelbagai sumber umpamanya di kementerian iaitu Jabatan Hal Ehwal Veteran itu, data dan
Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing
maklumatnya adalah mutakhir kerana mereka ini menerima pencen. Sementara bagi mereka yang di dalam perkhidmatan, ada satu jabatan yang dipanggil Jabatan Rekod dan Pencen di bawah kelolaan perkhidmatan anggota di mana data-data tersebut dia mutakhir sewaktu mereka berada di dalam perkhidmatan. Akan tetapi, bila mereka pencen, data- data ini sudah tidak relevan kerana kebanyakan veteran yang tidak berpencen sudah balik kampung, sudah tukar alamat.
Soalan kedua yang saya hendak tanya, adakah dengan adanya program one-off ini, kita berbelanja sedikit sahaja tetapi mendapat impak, nilai serta kesan yang begitu baik kerana kita dapat data yang mutakhir. Dengan data yang terperinci ini, dengan adanya Akta Majlis Veteran, sudah pasti kementerian dapat merangka bukan sahaja bantuan dari sudut one-off tetapi bantuan-bantuan lain yang boleh ditambah nilai. Jadi akhirnya apakah kesan positif ekoran daripada mendapat data-data tersebut dengan berbelanja amat sedikit? Terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan tersebut. Sememangnya apabila kita membuat pembayaran pada tahun lepas, kita mendapat maklumat rekod berkaitan dengan anggota tentera yang berpencen daripada Jabatan Rekod dan Pencen sebanyak 224,000 orang.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Akan tetapi, ingin saya nyatakan di sini walaupun jumlah 224,000 orang ini direkodkan sebagai anggota tentera yang berpencen tetapi mereka ini adalah rekod-rekod yang dikumpulkan semenjak 1960-an iaitu lebih kurang 50 tahun yang lalu. Ini bererti daripada 224,000 ini mungkin ramai yang sudah meninggal. Berdasarkan kepada inisiatif yang telah kita buat melalui pemberian one-off pada tahun lalu kita telah dapat mengumpul data-data terkini iaitu sejumlah 77,737 orang veteran seperti mana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi. Ini merupakan satu input yang penting kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran untuk mengetahui mereka yang sebenarnya telah berpencen khususnya mereka yang telah berhenti tetapi tidak mendapat pencen dan untuk membolehkan kita merangka apakah rancangan-rancangan masa hadapan bagi membantu mereka.
Seperti mana yang kita tahu bahawa sebahagian mereka yang mempunyai rekod di dalam JHEV ini ialah mereka yang berpencen kerana mereka menerima pencen setiap bulan. Akan tetapi mereka yang tidak berpencen ini mereka juga ialah veteran dan mereka sepatutnya mendapat pembelaan yang sewajarnya. Dengan adanya exercise yang telah kita buat itu sekurang-kurangnya telah memberikan impak yang positif kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran.
Walaupun tidak semua yang datang untuk mendaftar kerana sebahagiannya ada yang sudah meninggal dan ada yang sudah pun mendapat pendapatan yang lebih baik.
Mereka tidak datang untuk kelim bantuan tersebut dan ini menyebabkan kita masih lagi mengambil berbagai-bagai inisiatif khususnya dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan maklumat ini sebanyak yang mungkin supaya kita dapat memastikan bahawa segala rancangan masa hadapan akan memberikan faedah yang tinggi kepada semua golongan veteran sama ada yang berpencen atau tidak berpencen. Terima kasih.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, sebagaimana kita tahu kebanyakan warga tentera yang tidak berpencen ini memang keadaannya amat daif.
Semalam saya baru hadir Mesyuarat Persatuan Bekas TLDM sama ada yang berpencen atau pun tidak berpencen. Memang keadaan mereka daif, miskin, ada yang sakit. Jadi, kita mintalah Kementerian Pertahanan untuk merancang supaya bantuan one-off ini dikekalkan pada setiap tahun.
Untuk itu saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri sama ada Bajet 2015 ini adakah peruntukan one-off diberi kepada warga tentera yang berpencen atau pun lebih pentingnya kepada yang tidak berpencen? Kalau belum ada perancangan, kita mohonlah supaya dirancang dan dimasukkan dalam Bajet 2015. Terima kasih.
Datuk Abdul Rahman bin Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Lumut yang juga ialah seorang veteran tentera. Seperti mana yang kita tahu bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan golongan veteran di Malaysia dan sebab itu kita telah menubuhkan pelbagai agensi. Di antaranya ialah Jabatan Hal Ehwal Veteran dan juga Perhebat bagi menyokong golongan-golongan tertera yang berpencen dan tidak
Datuk Abdul Rahman bin Bakri
berpencen. Mereka ini mendapat pelbagai kemudahan daripada kerajaan. Di antaranya ialah seperti berikut:
(i) bantuan perkhidmatan kesihatan khususnya ubat-ubat kerana veteran ini kebanyakannya telah pun berumur;
(ii) memberikan bantuan pendidikan sekolah dan IPTA;
(iii) bantuan bencana alam;
(iv) bantuan sara hidup; dan
(v) bantuan perumahan khususnya bagi mereka yang memiliki rumah yang daif melalui Program NBOS.
Kita dapat tahu ramai juga mereka yang memerlukan bantuan ini dan kita sentiasa mengambil maklum tentang cadangan-cadangan. Persatuan Bekas Tentera Malaysia sendiri pun di bawah kepimpinan Tan Sri Annuar telah pun mengambil pelbagai langkah untuk mendapatkan fair deal daripada kerajaan. Di antaranya ialah berkaitan dengan bantuan sara hidup. Kita pihak veteran sedang berbincang untuk membolehkan bantuan sara hidup ini dapat diselaraskan kepada RM300 dan ini adalah bergantung pada keupayaan kerajaan.
Jadi, berkaitan dengan bantuan one-off seperti mana Yang Berhormat cadangkan itu sebenarnya memang lah seperti pernah saya katakan tadi ianya adalah merupakan hasrat kita tetapi ia bergantung kepada keupayaan kerajaan. Kita akan membincangkan perkara ini. Sekiranya kerajaan berkemampuan mungkin kita boleh pertimbangkan untuk pada masa-masa akan datang. Terima kasih.
2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah syarikat yang gagal melaksanakan had umur persaraan 60 tahun dan tindakan kementerian terhadap syarikat yang gagal melaksanakannya.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat.
Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua saya hendak ucapkan selamat datang kepada pegawai- pegawai dan petugas AADK kawasan saya Maran. Terima kasih banyak.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, kita ada undang-undang Malaysia Akta Umur Persaraan Minimum 2012 dan undang-undang ini sebenarnya kalau ikut dibahaskan di Parlimen 2012, kuat kuasa ialah 1/7/2013. Akan tetapi kita buat penangguhan kerana ada permohonan penangguhan sehingga 31/12/2013. Bermula pada 1 Januari 2014, akta ini dikuatkuasakan seperti juga gaji minimum Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kuala Langat dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, mulai 1 Januari 2014 Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kementerian Sumber Manusia mula mengambil alih tindakan siasatan terhadap aduan persaraan pra masa memandangkan peraturan- peraturan umur persaraan minimum siasatan 2013 baru sahaja dikuatkuasakan.
Pemakaiannya pada 1 Januari 2014. Inilah prihatinnya kerajaan kita Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Barisan Nasional.
Tadi kita membincangkan tentang angkatan tentera. Kita ada persaraan 60 tahun untuk sektor awam melalui Pekeliling Perkhidmatan 2011 dan kita ada Akta Persaraan Minimum. Sebelum 1 Januari 2014, aduan berkaitan persaraan pra masa dikendalikan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan memandangkan JTK tiada mekanisme yang bersesuaian untuk mengendalikan aduan persaraan pra masa pada ketika itu.
Untuk maklumat Yang Berhormat, sehingga 28 Mei 2014, sembilan aduan kegagalan majikan melaksanakan Akta Umur Persaraan Minimum 2012, Akta 753 dan kes buruh telah dibicarakan dan satu kes buruh telah dibicarakan di Mahkamah Buruh dan keputusannya kes ditolak disebabkan majikan berkenaan telah mendapat pengecualian.
Manakala, sembilan aduan berkenaan telah diselesaikan dengan baik hasil perbincangan dan nasihat daripada Jabatan Tenaga Kerja dan juga Kementerian Sumber Manusia.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan tindakan. Andai kata majikan ini melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh akta ini, maka di bawah seksyen 5 jika sabit kesalahan majikan ini boleh didenda sebanyak RM10,000. Kita ada dua mekanisme undang-undang ini. Pertama, maknanya kalau kita boleh berjumpa dengan majikan ini dan kita boleh menawarkan mereka kompaun. Kompaun ini mengikut seksyen 17 kita boleh tawarkan sebanyak 50% daripada jumlah denda RM10,000 tadi. Maknanya RM5,000.
Jadi, inilah antara usaha yang dibuat oleh kerajaan, oleh kementerian dalam kita melaksanakan umur minimum 60 tahun ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mendengar atas maklumat dan juga jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh dirumuskan banyak syarikat tidak mengetahui tentang akta ini terwujud seperti mana dalam sebelum ini walaupun ada pengecualian tentang peramalan pemakaian akta ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 sekiranya tidak ada memohon pengecualian sementara.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Seperti mana yang berlaku seperti Timbalan Menteri kata tadi Akta Gaji Minimum sudah pun dua tahun berlalu tetapi masih ada lagi 250 syarikat yang masih ingkar dan masih mengkhianati akta tersebut. Maka soalan tambahan saya menjurus kepada penyesuaian seksyen 5 yang dimaklumkan dan juga diwartakan itu petanda kepada langkah kerajaan untuk memastikan syarikat ini, mana-mana syarikat yang melanggar, mengkhianati dan tidak mengendahkan Akta Persaraan Minimum Umur ini dan tindakan tegas wajib dan perlu diambil segera oleh pihak kerajaan disebabkan oleh pengkhianatan mereka. Langkah tersebut. Terima kasih Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya cukup seronok dengan Yang Berhormat Kuala Langat ini. Memang orang yang cukup prihatin seperti saya, kementerian dan seperti Kerajaan Barisan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita amat serius. Oleh sebab itulah tindakan undang-undang, enforcement, penguatkuasaan ini bukan terletak kepada kementerian sahaja. Saya juga minta supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua pihak mengambil perhatian dan sedar bahawa apabila sesuatu akta itu dikuatkuasakan maka tanggungjawab bagi menguatkuasakan akta itu ialah tanggungjawab kita bersama, collective responsibility, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, semasa kita berikan penangguhan sehingga 31 Disember 2013 Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 258 syarikat diberi penangguhan. Begitu juga gaji minimum. Bukan oleh kerana syarikat ini kadang-kadang ia tidak bersedia lagi untuk melaksanakannya. Akan tetapi bermula pada 1 Januari 2014, tidak ada lagi tolak ansur, kompromi yang kita berikan. Penangguhan tadi melibatkan sebanyak 1,628 pekerja yang akan bersara umur 60-an.
Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak kementerian, Menteri dan juga kerajaan saya mengucapkan terima kasih banyak kepada syarikat-syarikat dan majikan ini.
Sebenarnya sebahagian besar majikan telah melaksanakan ini semua termasuklah gaji minimum. Saya cukup berterima kasih kepada Yang Berhormat kerana keprihatinan itu bahkan kita bukan sahaja melaksanakan tindakan seperti mana yang saya sebutkan tadi bahkan kita membuat kempen-kempen untuk memberikan kesedaran kepada pekerja- pekerja.
Kadang-kadang saya setuju dengan Yang Berhormat, ramai pekerja yang tidak tahu pun akta ini. Kadang-kadang mereka tidak melihat sebenarnya dalam akta ini mempunyai kepentingan yang cukup besar untuk mereka tetapi kenapa harus tidak mengizinkan mereka mengetahui perkara ini?
Oleh sebab itulah kita di kementerian mengadakan pelbagai road show, kita mengadakan pelbagai perbincangan dengan kesatuan-kesatuan sekerja untuk kita memberikan kesedaran kepada mereka supaya mereka tahu kepentingan, faedah yang boleh mereka peroleh.
Jadi bagi saya Tuan Yang di-Pertua tidak akan bertolak ansur Yang Berhormat.
Saya bersama dengan Yang Berhormat dan juga rakan-rakan yang lain. Kita pastikan bahawa kebajikan pekerja-pekerja ini wajib kita pertahankan dan inilah amanah yang perlu kita pikul. Terima kasih.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya sedikit kepada Menteri. Kaji selidik yang telah dijalankan oleh Bank Negara Malaysia telah mendapati purata responden yang hampir mencapai umur persaraan ini masih mempunyai bebanan hutang yang masih tinggi untuk melunaskan hutang rumah, kereta dan beberapa perkara lagi.
Sehubungan dengan itu saya ingin bertanyalah dengan pihak kementerian kalau tadi ada Menteri sebutkan soal kesedaran pekerja sendiri kurangnya memahami apa benefit, faedah yang mereka boleh dapat daripada Akta Persaraan ini. Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah tindakan kementerian bagi membantu persediaan pekerja-pekerja di syarikat swasta menjelang umur persaraan mereka?
Kalau kita lihat di pihak kerajaan, mereka ada persediaan sebelum bersara, ada kursus-kursus tertentu. Saya tidak ingin menyentuh soal kursus kerana rata-rata pekerja swasta ini mereka memang sudah mahir dengan kerja mereka tetapi hubung kait dengan persaraan mereka, apakah tindakan yang dilakukan oleh kementerian untuk memberi kesedaran kepada mereka? Bagaimana mereka harus merancang kehidupan mereka selepas persaraan kerana secara majoriti mereka hanya bergantung kepada duit simpanan KWSP mereka sahaja.
Untuk pengetahuan semua, Tuan Yang di-Pertua izinkan saya mengatakan di sini kebanyakan mereka apabila dapat duit EPF mereka raya besar. Masa itu dia renovate rumah, saya ada beberapa kes. Selepas beberapa bulan duit tidak ada. Jadi eloklah saya rasa kementerian mengambil serius perkara ini mengadakan perancangan persediaan mereka sebelum bersara.
Keduanya menyentuh soal kesedaran. Saya hendak ambil kesempatan ini juga.
Apakah tindakan majikan kerana saya sangat kecewa. Di kawasan saya ada pekerja yang datang kepada saya, saya arahkan mereka pergi pejabat buruh dan saya kata jumpa orang betul dan sebagainya. Apakah tindakan kementerian kepada majikan yang menutup perniagaan mereka tanpa memberitahu kepada pekerja kerana pekerjaan berkenaan daripada tempat saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ringkaskan.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi. Mereka telah pergi kepada pejabat buruh tetapi dikatakan selepas dua minggu fail akan ditutup jika majikan tidak dapat dikesan. Saya tidak boleh menerima penerangan ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya seronok. Ini seorang lagi Ahli Yang Berhormat yang cukup prihatin tentang pekerja dan dia juga cukup mahir tentang pekerja.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, saya suka memaklumkan bahawa seperti yang saya sebutkan tadi usaha kita bukan sekadar melaksanakan dan menguatkuasakan akta ini tetapi kita membuat kempen-kempen kesedaran. Oleh sebab itulah saya hendak hubungan antara majikan dengan pekerja ini perlu kita harmonikan. Kita tidak mahu pertikaian yang berlaku dalam unit ini.
Oleh sebab itulah kita ada konsep tripartite, konsep bekerjasama antara majikan, pekerja dan juga kerajaan. Hari ini alhamdulillah kita sudah dapat mewujudkan satu suasana yang cukup baik di kalangan majikan. Antaranya kita ada website kita. Saya beritahu, kalau ada pekerja-pekerja yang menghadapi masalah, sila datang kepada kita dan kita berikan nasihat sepanjang masa. Hari ini saya sudah pun berjumpa dengan MTUC Selangor untuk kita melihat apakah yang harus kita boleh bincangkan untuk menyelesaikan masalah pekerja ini.
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itulah tentang ekonomi pekerja. Saya akui asas bagaimana kita mengadakan persaraan minimum ini seperti juga gaji minimum antaranya keperluan guna tenaga negara. Kita hendakkan supaya tahun 2020 negara maju, kita ada 50% tenaga mahir dan peningkatan purata jangka hayat di negara kita. Oleh sebab umur semakin panjang, bagi lelaki umur purata kita lebih kurang 70 tahun bagi lelaki dan 77 tahun bagi wanita.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Kita juga melihat status negara tua menjelang tahun 2035. Ini kalau hendak detil Tuan Yang di-Pertua kena jumpa sayalah, saya boleh jelaskan. Juga meningkatkan jumlah simpanan KWSP. Betul, saya bersetuju. Oleh sebab itulah kita minta supaya pekerja dan majikan juga kementerian memainkan peranan dengan memberikan kesedaran supaya mereka berjimat.
Saya ambil contoh satu kajian yang dibuat oleh KWSP. Sebanyak 14% pesara kehabisan simpanan dalam tempoh tiga tahun, 14%. Manakala sebanyak 50% pesara kehabisan simpanan dalam tempoh lima tahun dalam KWSP. Dalam lima tahun sudah habis. Sebanyak 70% pesara kehabisan simpanan dalam masa 10 tahun. Inilah antara faktor-faktor yang menyebabkan kenapa kita harus melaksanakan Akta Persaraan Minimum untuk kita memberi ruang supaya bagi mereka yang mempunyai kebolehan walaupun umur telah lanjut tetapi mereka masih lagi boleh bekerja.
Tuan Yang di-Pertua, tentang soalan syarikat ditutup. Saya tidak tahu kalau Yang Berhormat ada kes sebegitu, beritahu kepada kita. Pada saya adalah suatu penganiayaan yang cukup perlu kita berikan perhatian dan tindakan andai kata berlaku syarikat-syarikat yang sengaja menutup syarikat mereka dan membuang pekerjanya. Kita ada peraturan- peraturan di bawah Akta Kerja kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh mengulas secara detil. Kalau ada kes ini datang kepada kita. Insya-Allah kita akan berikan perhatian yang serius. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:
(a) adakah kementerian membuat kajian yang menyeluruh berkenaan keberkesanan pengoperasian KLIA2 setelah ia mula beroperasi semenjak 2 Mei 2014 dan apakah langkah-langkah penyelesaian dan penambahbaikannya; dan
(b) apakah sebab syarikat penerbangan wajib menggunakan sistem daftar masuk yang ditetapkan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) sedangkan sistem yang digunakan syarikat penerbangan lebih menjimatkan kos dan memanfaatkan pengguna sejajar dengan tujuan pembukaan KLIA2 sebagai terminal tambang murah yang baru.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz Kaprawi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bintulu, Malaysia Airports Berhad sentiasa menjalankan survey Airport Service Quality (ASQ) di semua lapangan terbang negara termasuk KLIA2. Melalui survey tersebut, MAHB akan memperoleh pandangan dan ulasan daripada pengguna dan penambahbaikan akan dibuat oleh pihak MAHB.
Berdasarkan maklumat tersebut dan setakat ini hasil-hasil survey tersebut amatlah menggalakkan dan positif. Syarikat penerbangan diwajibkan untuk menggunakan sistem daftar masuk SITA untuk memastikan kelancaran operasi di KLIA2. Ini kerana sistem SITA mengintegrasikan kesemua sistem penerbangan seperti pintu gate, bagasi dan juga flight information display system. Dengan penggunaan sistem ini, semua syarikat penerbangan dapat menggunakan mana-mana kaunter daftar masuk yang lain sekiranya kaunter daftar masuk syarikat tersebut mengalami masalah teknikal. Dengan sistem ini, kesesakan di terminal yang berpunca daripada masalah teknikal kaunter daftar masuk dapat dielakkan. Ia juga sebahagian daripada business continuity management (BCM) ataupun pengurusan perniagaan berterusan bagi KLIA2 secara keseluruhannya di mana ia dapat menggantikan KLIA jika berlaku sebarang masalah pada sistem daftar masuk dan begitulah seterusnya jika keadaan sebaliknya berlaku. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan diberi. Tuan Yang di-Pertua, memang jawapan nampaknya kita seronok. Selalu kita nampak bila orang bawa masalah ini, kita pun nampak beberapa kali huru-hara dalam surat khabar kata KLIA2 ini ada masalah. Akan tetapi selalu MAHB menafikan, tidak ada. Memang ini isu. Kira rakyat, dalam fikiran rakyat semua kata ini mana satu pihak betul, mana satu tidak betul.
Sekarang, hari ini kita nampak masalah ini memang timbul. Kita pun nampak macam taxiway, ketara mendapan menyebabkan rasa pesawat jalan atas punggung. Akan tetapi pada masa yang sama bila kita nampak bila kapal terbang landing, itu runaway pun serupa macam itu jalan disko. Baru saja kita landing. Hari itu saya dari Sarawak, kita landing.
Saya rasa perkara ini mesti kita mahu ambil perkara yang serius. Janganlah MAHB cuma selalu menafikan isu ini tidak betul. Contoh macam tadi, kita nampak pun kata memang semua amat positif. Macam mana positif, rakyat sekarang pun marah fasal LCCT patut untuk orang, sepatut tidak mampu naik kapal terbang. Itulah kita ada low cost fare, low cost terminal. Akan tetapi sekarang kita masuk nampak semua kena charge. Bila dia check-in pun mahu kena charge. Esok saya difahamkan MAHB hendak keluar satu syarat kata itu walkway terlampau jauh pergi departure hall, pun hendak kena bayar juga naik buggy. Kenapa kita tiada bila dalam design, design betul-betul airportlah. Akan tetapi saya nampak design bukan airport. Bila saya lalu macam shopping mall airport. Kita more concentrate on shopping mall. Kita bukan concentrate on terminal sebagai airport terminal.
Kita semua dikeliling macam pelancong-pelancong mari, terus pergi shopping di airport saja. Lepas itu airport boleh pulanglah. Kenapa kita tidak concentrate pun? Betul- betul orang itu macam orang kurang upaya itu semua. Hari itu saya nampak, memang susah mahu jalan. Jalan tidak sampai 10 kaki dia berhenti. Mahu jarak duduk pun tidak boleh. Dia punya keluarga mahu pegang sama dia. Saya tanya apa hal, dia kata dia tidak mampu jalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sudah panjang.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Bukan panjang ini. Masalah betul-betul ini.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Orang miskin. Kita mesti mahu ambil perhatian atas isu ini. Janganlah kita semua menafikan tidak ada, tiada. Kalau tiada, mari Yang Berhormat Timbalan Menteri mari saya bersama-sama kita pergi tengok. Berapa jauh mereka jalan? Kemudian ini Yang Berhormat Kubang Pasu kata itu KLIA2 ada orang mati sana. Betulkah perkara ini semua berlaku? Kita nampak pun parking bay, kita sekarang pun nampak kita barulah bawa perabot sana. Buat remedy award ini semua.
Tadi termasuklah saya mahu tanya kenapa macam AirAsia, dia sudah guna ICTS check-in punya sistem. Kenapa MAHB tidak guna itu wang mahu beli sistem itu? Tidak pergi invest lain-lain punya sepatut. Macam escalator kah, apakah untuk orang kurang upaya? Saya mahu tanya kenapa ini boleh berlaku itu. Soalan nantilah baru masuk.
Jadi, saya mahu tanya soalan tambahan ini, tadi saya kata shopping mall ini.
Kenapa shopping mall ini, mereka tidak boleh sewa direct daripada MAHB. Kenapa mahu melalui satu company Syarikat Segi Astana Sdn. Bhd. Ini siapa shareholder dia itu?
Kenapa sewa dia begitu mahal? Makanan itu orang kata, saya nampak orang awam buat aduan, dia kata ini LCCT. Dia punya makanan ada punya lagi mahal daripada KLIA1.
Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, banyak soalan yang dikemukakan. Terpulang pada Yang Berhormat Menteri hendak jawab mana satu.
Datuk Ab. Aziz Kaprawi
Tuan Yang di-Pertua, mengenai terminal KLIA2, ia merupakan terminal terbesar low cost carrier di rantau ini. Ini disebabkan oleh kerana industri penerbangan yang semakin meningkat dan kita pun telah maklumkan bahawa pada asalnya KLIA2 dibuat dengan lebih kecil tetapi setelah melihat perkembangan yang begitu drastik, maka permintaan stakeholder untuk menambah gate-gate pesawat menjadikan 68.
Datuk Ab. Aziz Kaprawi
Jadi, dengan 68 gate ini, maka ianya terpaksa dibesarkan dan maka apabila ianya dibesarkan, maka pastinya ianya akan lebih jauhlah. Ini kerana setiap gate itu dia tidak boleh rapat kerana dia mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh pihak ICAO dan dalam keadaan di terminal KLIA2, ia ada dua terminal iaitu main terminal dan satelit terminal yang dihubungkan dengan sky bridge. Kalau di KLIA ianya dihubungkan dengan aerotrain. Jadi, maknanya penumpang menggunakan aerotrain tetapi di KLIA2, dia terpaksa menggunakan skybridge iaitu jambatan udara.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita semua faham. Tadi saya kata, berapa besar, berapa jauh kita boleh pergi? Saya tanya kenapa MAHB tidak invest. Pergi invest check in itu punya sistem. Ratus juta apa bikin?
Kita...
Datuk Ab. Aziz Kaprawi
Saya..saya..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sudah Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tidak, saya kata kenapa kita tidak invest dalam infrastruktur macam walkway escalator untuk orang berapa jauh? 100 kilometer kalau kita ada itu walkway escalator, tidak apa, orang kurang upaya boleh jalan. Sekarang masalah kita tidak ada. Kalau ada punya tempat, kalau macam saiz saya, besar sikit. Dua orang boleh langgar punya kalau kita jalan itu koridor. Boleh langgar. Macam mana you kata perbesar. So that means, soal sini, kita tidak efisien bila design ini aiport.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Hah hantam, hantam sama dia.
Bangun, bangun.
Datuk Ab. Aziz Kaprawi
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu, mengenai efisien ini pihak MHB akan sentiasa mengkaji permasalahan dan saya yakin perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bintulu akan diambil perhatian.
Datuk Ab. Aziz Kaprawi
Mengenai sistem check-in, pihak MAHB telah mengguna pakai sistem yang sama dengan main KLIA. Jadi seperti saya sebutkan tadi, supaya ia tidak berlaku permasalahan dengan sistem yang baru ataupun sistem daripada syarikat penerbangan. Kalau semua syarikat penerbangan nak menggunakan sistem masing-masing, ia memerlukan masa yang panjang untuk diintegrasikan. Oleh kerana pada masa pembinaan itu, masa kita telah ditentukan 2 Mei mesti beroperasi, jadi pihak MAHB tidak mampu mengambil risiko untuk mengintegrasikan sistem yang di luar dalam sistem yang ada dengan KLIA. Oleh kerana kita sedia maklum bahawa KLIA2 adalah terminal extension daripada main terminal.
Seperti saya katakan tadi, it’s the business continuity supaya ianya tidak ada berlaku risiko ataupun permasalahan. Sebab itu sistem yang daripada syarikat penerbangan kita tidak dapat mengintegrasikan pada ketika itu kerana kita hendakkan sistem yang ada stable dulu, kita nak make things stable dulu. Jadi mungkin insya-Allah selepas ia stable setahun ataupun melepasi setahun, kita boleh mempertimbangkan sistem daripada syarikat penerbangan untuk diintegrasikan. Jadi apa pun, kita nak memastikan sistem KLIA2 berjalan dengan baik dan alhamdulillah sekarang sistemnya berjalan dengan baik, tidak ada masalah kepada penumpang dalam untuk check-in. Jadi mengenai shopping mall- Shopping mall ini merupakan satu nilai tambah kepada terminal ini dan ia adalah kerana kesan daripada seperti saya kata tadi industri penerbangan yang semakin advanced, drastik dan ia menampung kehendak masyarakat dan penumpang dan alhamdulillah hari ini boleh dikatakan rata-rata penumpang- penumpang amat gembira kerana di KLIA2 merupakan satu terminal yang dapat membuat mereka peluang membeli-belah. Terima kasih.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sebenarnya menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bintulu tadi. Banyak masalah yang dibangkitkan oleh pengguna khususnya KLIA2 yang termasuk juga di antaranya bila masa pesawat Boeing yang diletakkan di parkir terpaksa menggunakan Boeing stopper kerana kadang-kadang bergerak sendirian di atas jalan yang tidak rata mengakibatkan kemungkinan kecederaan kepada pekerja. Jadi saya fikir isu audit harus diambil serius.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Saya ucapkan terima kasih juga apa pun kerana pihak kementerian menjawab surat saya yang menanyakan tentang audit sistem radar bagi Lapangan Terbang Subang yang saya pinta pada tahun 2012. Malangnya jawapannya kalau hari ini pihak kementerian telah cuba mempertahankan MAHB, dalam surat, pihak kementerian terpaksa memohon kepada Jabatan Penerbangan Malaysia untuk mendapatkan laporan audit kepada kegagalan sistem radar dua tahun lepas. Maksudnya sehingga ke hari ini saya tak dapat lagi laporan tersebut.
Pada bulan April, Yang Berhormat Menteri mengumumkan bahawa The International Civil Aviation Organization atau Jabatan Penerbangan Antarabangsa telah membuat audit di atas KLIA2. Saya fikir inilah masa yang tepat buat pihak kementerian menerbitkan, memberikan apakah skop audit terhadap KLIA2 untuk mengurangkan kerunsingan kepada semua dan apakah laporan tersebut. Berikan sesalinan laporan tersebut kepada semua anggota-anggota Ahli Parlimen kerana pada saya, bila kita alami banyak masalah, isu audit, isu akauntabiliti haruslah menjadi keutamaan oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Mengenai radar telah, I means kementerian menjawab secara bertulis. Mengenai yang disebutkan sebagai the question…
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
The audit by ICAO, dengan izin International Civil Aviation Organization yang diumumkan oleh Menteri pada bulan April.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Okey. Audit oleh International Civil Aviation Organization adalah untuk memastikan KLIA2 dapat dioperasi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak ICAO dan sebenarnya untuk itu, pihak DCA merupakan authority yang bertanggungjawab untuk memastikan pengoperasian KLIA2 dapat dilaksanakan dengan selamat. Oleh kerana ada beberapa pertikaian mengenai kredibiliti itu, maka kerajaan telah menjemput pihak ICAO untuk membuat audit yang sama bagi memastikan KLIA2 dapat beroperasi dengan selamat dan alhamdulillah kedua-dua DCA dan ICAO telah memberi kebenaran untuk KLIA2 beroperasi dan hingga hari ini sejak 2 Mei beroperasi, semuanya dalam keadaan selamat dan tiada masalah timbul daripada operasi KLIA2. Terima kasih.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Laporan Yang Berhormat? Saya minta laporan, dia tak jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, akan dibekalkan ya?
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Kepada semua Ahli Parlimen ya?
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Laporan, saya akan bekalkan kepada Yang Berhormat.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih.
4. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:
(a) prestasi atlet-atlet yang menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) di Perlis 2014; dan
(b) apakah rancangan Kementerian bagi terus mencungkil bakal- bakat atlet-atlet dan seterusnya menjadikan mereka atlet yang berjaya hingga ke peringkat antarabangsa.
Menteri Belia dan Sukan - Tuan Khairy Jamaluddin
Bismillahi Rahmani Rahim, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sungai Petani bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Jerlun bertarikh 17 Jun 2014 kerana ia menyentuh berkaitan dengan perkara yang sama iaitu prestasi atlet kemudahan sukan dan rekreasi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Khairy Jamaluddin
Untuk makluman Yang Berhormat dari Sungai Petani, Sukan Malaysia 2014 di Perlis telah menampilkan penyertaan seramai 4,863 atlet dari 14 buah negara dan negara Brunei sebagai kontinjen jemputan. Temasya Sukan Malaysia 2014 telah berjaya mencapai matlamat asal penganjurannya untuk melahirkan lebih ramai bakat muda di peringkat negeri sebelum mereka disediakan dengan program-program latihan bagi mewakili negara di peringkat antarabangsa. Pencapaian atlet sepanjang SUKMA ini berlangsung adalah sangat menggalakkan dengan enam rekod kebangsaan dan 30 rekod SUKMA telah berjaya diperbaharui dalam acara olahraga, angkat berat dan kanu.
Seramai 1,452 orang atlet di bawah program pelapis Majlis Sukan Negara telah mengambil bahagian dalam 24 jenis sukan untuk mewakili kontinjen negeri masing-masing.
Pada keseluruhannya, atlet-atlet pelapis telah berupaya memperoleh sebanyak 160 - pingat emas, 163 - perak dan 155 - pingat gangsa. Atlet-atlet program pelapis juga telah berjaya memperbaharui satu rekod kebangsaan dan 17 rekod SUKMA melalui sukan angkat berat, akuatik renang, olahraga menembak dan memanah berbanding dengan 13 rekod SUKMA yang telah dicipta pada temasya di Kuantan pada tahun 2012. Ia suatu peningkatan yang baik dan memberi petanda positif kepada sukan tanah air.
Mengenai perancangan jangka panjang kementerian berhubung dengan kemudahan SUKMA yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun, pembinaan infrastruktur SUKMA di negeri-negeri lebih menumpukan pembinaan kemudahan utama pertandingan seperti kompleks akuatik, stadium tertutup serta dewan serba guna. Jika negeri selaku penganjur masih belum mempunyai kemudahan tersebut, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa menggalakkan penggunaan kemudahan-kemudahan ini dalam melaksanakan program pembangunan sukan di negeri-negeri tersebut.
Negeri-negeri yang pernah menganjurkan SUKMA juga turut mengelolakan sukan dwitahunan di peringkat negeri yang secara tidak langsung dapat menggalakkan pertandingan yang lebih kerap di peringkat akar umbi. Kemudahan-kemudahan ini juga kebanyakan telah dijadikan sebagai pusat latihan jangka panjang bagi program pembangunan sukan di negeri-negeri. Kementerian juga menyarankan kepada persatuan sukan kebangsaan supaya bekerjasama dengan persatuan sukan negeri dalam merangka dan menganjurkan pertandingan di venues tersebut termasuk juga pertandingan bertaraf antarabangsa.
Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah melancarkan kompleks MSN di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Tuan Khairy Jamaluddin
Kemudahan ini akan digunakan di bawah program pembangunan pelapis dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai atlet berbakat dan berpotensi yang diketengahkan di peringkat antarabangsa pada masa yang akan datang khususnya dalam sukan olahraga dan renang.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan telah dan sedang melaksanakan program pencarian bakat di peringkat akar umbi melalui kerjasama dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di kalangan kanak- kanak dari usia tujuh hingga 12 tahun. Pembangunan bakat atlet daripada peringkat umur mula sehingga mewakili negara adalah dalam jangka masa lapan hingga 10 tahun. Ia bermula daripada latihan awal, asas sukan dan seterusnya kepada peringkat spesifik sukan mengikut umur.
Di samping itu setelah pemilihan kali kedua dibuat terhadap atlet terbabit, kementerian juga melihat kepada kecenderungan, kemampuan motor dan fizikal struktur badan yang sesuai dengan sukan yang dipilih. Program Pembangunan Multilateral diwujudkan di sekolah-sekolah rendah kebangsaan yang terlibat bagi program pembangunan atlet yang melibatkan pergerakan asas kemahiran lokomotor, stability, dan manipulatif ke arah menyediakan diri atlet-atlet muda sebelum pengkhususan sukan spesifik dimulakan. Ia juga membantu atlet-atlet muda untuk menguasai kemahiran sukan spesifik secara keseluruhan. Di samping itu latihan sukan yang diubahsuai seperti memanah, hoki, bola sepak, gimnastik, mini olahraga juga turut diserapkan dalam Program Latihan Multilateral di peringkat sekolah-sekolah rendah kebangsaan.
Tuan Khairy Jamaluddin
Seterusnya atlet-atlet yang dipilih akan diletakkan di bawah program pengkhususan bakat di bawah seliaan MSN. Bakat mereka akan terus digilap dan kecenderungan mereka dikenal pasti dalam sukan-sukan terpilih dan berdaya saing terutama dalam sukan terkemuka di peringkat antarabangsa. Melalui program pengenalpastian bakat ataupun Talent Identification, bakat-bakat muda diterapkan dengan elemen-elemen sains sukan seperti pemakanan, suaian fizikal, psikologi, fisiologi, senam, bio-mekanik dan analisis prestasi agar diamalkan dalam budaya hidup sebagai seorang atlet untuk diaplikasikan dalam proses melahirkan atlet negara berprestasi tinggi sejak alam persekolahan lagi. Terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana menegur Menteri Besar Perlis kerana berbelanja besar untuk SUKMA yang lepas dalam membangunkan fizikal aset-aset dalam SUKMA yang lalu.
Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua ialah bagaimanakah kementerian balancekan di antara peruntukan yang diberikan untuk pembangunan fizikal, bangunan-bangunan dengan pembangunan sukan itu sendiri? Ini kerana saya tengok khususnya selepas sahaja program-program SUKMA di negeri-negeri ini, ada aset-aset dan ada kompleks-kompleks yang ditinggalkan begitu sahaja.
Negeri saya contohnya, banyak kita belanja. Akan tetapi nampaknya kementerian melepas tangan dan meninggalkan kepada negeri. Negeri sendiri tidak berkemampuan untuk maintain, satu dan yang kedua tidak ada program. Akhirnya kita berbelanja besar, selepas itu kompleks-kompleks dan juga aset-aset ditinggalkan kerana next, kita move ke negeri yang lain, sekali lagi kita berbelanja besar dan saya lihat akhirnya wang itu habis untuk pembangunan fizikal dan kompleks tetapi tidak dilaburkan untuk pembangunan sukan itu sendiri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khairy Jamaluddin
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani atas soalan tambahan tadi. Sebenarnya Ahli Yang Berhormat, saya tidak menegur Yang Amat Berhormat Menteri Besar negeri Perlis atas perbelanjaan yang besar. Falsafah dan semangat di belakang SUKMA ataupun Sukan Malaysia ini adalah untuk kita bawa temasya tersebut ke setiap negeri. Pada hari ini saya boleh umumkan bahawa setiap negeri di Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi Sukan Malaysia kecuali negeri Kelantan yang sebenarnya tidak pernah minta untuk dianjurkan Sukan Malaysia di negeri Kelantan.
Namun yang demikian apabila kita bawa SUKMA ini kepada negeri setiap dua tahun, maka itu ialah peluang yang terbaik bagi kita untuk meninggalkan legasi infrastruktur sukan dari segi pembinaan.
Jadi dalam kes Perlis ini keputusan ini telah dibuat beberapa tahun yang lepas di mana Perlis tidak pernah menganjurkan Sukan Malaysia dan Sukan Malaysia yang dianjurkan di Perlis baru-baru ini pun merupakan event yang paling besar dianjurkan dalam sejarah negeri Perlis. Akan tetapi ia berjaya membawa satu kebanggaan kepada rakyat Perlis dan yang paling penting saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat tadi bahawa legasi prasarana tersebut mestilah dikekalkan. Ia tidak boleh menjadi sebuah gajah putih.
Dalam hal ini saya setuju kita belanjakan lebih daripada RM70 juta untuk membangunkan kemudahan baru, untuk mengubah suai, untuk membaik pulih kemudahan- kemudahan sukan di negeri Perlis tetapi dengan persetujuan bahawa kemudahan ini akan terus digunakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita sebenarnya tidak lepas tangan. Kita masih lagi ada peruntukan untuk membangunkan sukan-sukan bersama dengan kerajaan negeri dan juga bersama dengan persatuan-persatuan sukan kebangsaan dan juga sukan negeri.
Oleh yang demikian apabila kita membangunkan sukan, kita tidak hanya ada pelapis di peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur ataupun di Bukit Jalil sahaja. Kita ada pusat pelapis serantau, kita ada pusat pelepas negeri. Ini semua dapat peruntukan dari Majlis Sukan Negara. Saya boleh beri secara bertulis berapa yang kita beri untuk pembangunan pelapis serantau dan juga pelapis negeri. Ini menggunakan kemudahan yang ada di negeri dan juga kemudahan-kemudahan yang kita telah bina untuk sukan- sukan Malaysia yang terdahulu. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat atas keprihatinan. Saya percaya, dari segi pembangunan sukan yang penting, sama penting ataupun lebih penting adalah content development dan program. Ia bukan hanya pembangunan prasarana.
Tuan Khairy Jamaluddin
Saya percaya mungkin kalau dahulu kita hanya membangunkan prasarana, kita hanya buat kemudahan tetapi kita tidak memberi tumpuan kepada program-program yang sedia ada. Oleh sebab itu Ahli Yang Berhormat, sebagai contoh saya telah edarkan pelan pembangunan bola sepak kepada semua Ahli Parlimen yang ada di meja masing-masing dan dalam ini walaupun kita banyak tumpu juga kepada kemudahan, sebahagian besar daripada pelan ini yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Pahang di Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari Negara baru-baru ini adalah berkenaan dengan peruntukan yang perlu dibelanjakan untuk program kejurulatihan, latihan, penyediaan pemain-pemain dan sebagainya. Terima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua soalan tambahan. Pertamanya berhubung dengan program-program pengkhususan bakat. Seperti mana yang kita tahu, masalah kebanyakan program-program ini yang sepatutnya dikendalikan oleh persatuan. Walaupun ada program-program bakat di peringkat mereka tetapi kebanyakannya program itu sendiri tidak berkualiti pada tahap dan piawaian internasional menyebabkan program bakat itu tidak dapat melahirkan kualiti yang kompetitif. Dengan itu, tanggungjawab itu nampaknya banyak terletak kepada kerajaan terutamanya Majlis Sukan Negara. Jadi soalannya pada masa ini apakah program-program pengkhususan bakat yang telah dan sedang dilaksanakan di peringkat Majlis Sukan Negara itu sendiri?
Keduanya, apakah usaha di peringkat kerajaan untuk membimbing pimpinan persatuan yang saya nampak daripada dahulu sejak saya jadi Menteri sampai sekarang boleh saya katakan sebenarnya tidak ada perubahan. Kadang-kala masih dipimpin oleh orang-orang yang sama dengan kapasiti yang sama dengan pendekatan yang sama dan tidak membawa sebarang perubahan. Alhamdulillah, bola sepak akhirnya kerajaan yang terpaksa mendahulukan. Akan tetapi bukan sahaja bola sepak, saya fikir persatuan lain pun banyak mempunyai masalah yang sedemikian. Jadi langkah proaktif ini apa rancangan seterusnya di peringkat kerajaan?
Tuan Khairy Jamaluddin
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum sebagai seorang bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia terdapat 19 jenis sukan yang boleh dikatakan sebagai sukan core sports kita yang kita memberikan tumpuan dari segi pengenalpastian bakat dan juga pembangunan. Sukan- sukan ini dipertandingkan di peringkat Olimpik, Komanwel, Asia dan juga peringkat yang lain. Dalam program penyediaan atlet elit tahun 2011 dan 2014, kita telah kenal pasti sukan-sukan ini sebagai sukan tumpuan yang dibangunkan daripada peringkat akar umbi dan bukan hanya di peringkat elit untuk kita pastikan bahawa kita ada pengkhususan dari segi pendekatan perancangan pembangunan sukan kita untuk kejayaan di peringkat antarabangsa.
Tuan Khairy Jamaluddin
Saya hendak bagi contoh kepada Ahli Yang Berhormat, program-program pengenalpastian bakat dan juga pembangunan yang dilaksanakan oleh MSN dengan kerjasama dengan Persatuan Sukan Kebangsaan sebab kita tidak boleh menjalankan keseorangan. Kita memerlukan kerjasama daripada National Sport Association. Apa sahaja program yang kita buat mestilah mendapat pemilikan ataupun ownership daripada National Sport Association agar ia dapat dikekalkan dan ada sustainability. Selain daripada apa yang saya sebutkan tadi contoh program Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri yang melibatkan insya-Allah pada tahun 2020, 50,000 lebih pemain kita daripada umur 7 tahun hingga 17 tahun yang dibangunkan yang dilatih secara sistematik. Ini adalah satu pendekatan yang bersepadu yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Selain daripada itu kita juga memberi tumpuan kepada sukan-sukan utama kita seperti sukan hoki. Sukan hoki kita telah dan sedang melaksanakan program pembangunan yang dinamakan Hoki 1Emas, program yang telah mula pada tahun 2011 meliputi 1,500 orang atlet dari 29 buah pusat latihan seluruh negara yang dikendalikan oleh 89 orang jurulatih.
Kedua, saya baru ini telah jumpa dengan Persatuan Badminton Malaysia. Saya kata buat masa ini kita masih lagi bergantung kepada satu, dua pemain sahaja. Kita masih lagi bergantung contohnya kepada Datuk Lee Chong Wei dan kita tidak ada satu program
Tuan Khairy Jamaluddin
pembangunan yang menyeluruh. Kita hanya bergantung kepada sistem pembangunan yang melalui sekolah sukan di Bukit Jalil.
Oleh yang demikian, kita telah setuju dan akan saya umumkan selepas ini satu program pembangunan sukan badminton yang baru yang bermula yang akan meliputi semua pusat latihan di setiap negeri yang akan melibatkan atlet muda yang bermula daripada peringkat sekolah lagi dan program yang komprehensif akan kita lancarkan apabila Akademi Badminton Negara Bukit Kiara siap sepenuhnya yang telah pun kita mula pembangunan.
Kita telah mula program pembangunan bagi sukan tenis. Kita juga ada program pembangunan bagi sukan olahraga. Saya telah lantik seorang Pengarah Teknikal baru iaitu Robert Ballack yang membuat persediaan untuk Sukan SEA Tahun 2017 dengan mengenal pasti olahragawan, olahragawati daripada peringkat pelapis lagi supaya dapat diconvertkan kepada National Athlete kita.
Bukan hanya kita yang buat Ahli Yang Berhormat, tetapi kita juga banyak bekerjasama dengan sektor swasta sebagai contoh, sukan skuasy memerlukan program pembangunan sebab kita hendak kena ganti, kita hendak kena find replacement, dengan izin Datuk Nicol David kepada Wee Wen, kepada Azlan, kepada Beng Hee dan sebagainya.
Sebab itu kita kerjasama dengan contohnya Yayasan CIMB. Bukan segala-galanya dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Kita amat mengalu-alukan kalau sektor swasta datang adopt a sport, dengan izin dan menjadi champion kepada sukan yang berkenaan dan sukan skuasy ini diambil oleh Yayasan CIMB untuk membangunkan pemain-pemain pelapis.
Jadi ringkasannya Ahli Yang Berhormat, bahawa ini adalah contoh-contoh pembangunan dan saya telah maklumkan kepada Majlis Sukan Negara bahawa tumpuan kita adalah apa yang dibangunkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu pembangunan jangka masa panjang tetapi perlu kerjasama daripada persatuan sukan. Secara ringkas soalan yang kedua tadi daripada Ahli Yang Berhormat, macam mana kita hendak bimbing kepimpinan persatuan-persatuan sukan. Apabila kita melaksanakan semua program ini Ahli Yang Berhormat tahu bahawa banyak program ini dibiayai oleh kerajaan, government fund, duit rakyat yang membiayai program-program ini.
Sebenarnya banyak daripada persatuan sukan ini bergantung kepada pembiayaan wang rakyat, duit kerajaan untuk program-program pembangunan. Di situ menjadi lever kita ataupun leverage kita. Saya tahu banyak persatuan sukan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang hebat, yang senior yang hebat tetapi apabila kita ada lever tersebut kita boleh mengendalikan kerjasama kita melalui pelbagai cara. Cara kita kerjasama secara friendly dengan mereka, secara mesra kadang-kadang kita terpaksa tegur tetapi tidak apa sebab yang pasti kita kena letakkan KPI bagi mereka juga dan KPI itu berdasarkan kepada prestasi dan prestasi itu akan membawa kepada peruntukan.
Sekiranya mereka tidak dapat menepati KPI tersebut, maka liver yang kita ada laverage yang kita ada iaitu peruntukan yang disediakan oleh kementerian boleh kita kurangkan ataupun boleh kita tambah. Jadi mesti ada insentif sistem. Ahli Yang Berhormat pun tahu kita tidak boleh hanya bincang dengan kepimpinan persatuan sukan kita mesti ada leverage ataupun sesuatu yang dapat kita buat untuk memberi insentif kepada mereka ataupun untuk kita carrot and stick approach, dengan izin. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Terima kasih. Ini tentang World Cup. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, 16 tahun dahulu pada tahun 1998 terpapar di akhbar-akhbar bahawa target Malaysia akan menyertai Piala Dunia pada 2014 iaitu sekaranglah.
[Dewan ketawa]
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Bermakna Brazil 2014 Ola Bola. Jadi, ada 32 negara sedang bertanding dalam World Cup ini yang mana terdapat negara-negara yang sedang berperang, Croatia, Iran, Bosnia menyertai sukan World Cup ini.
Jadi, saya hendak tahu di manakah silapnya kita dan apakah target baru dalam kita meletakkan sukan bola sepak ke tahap peringkat World Cup yang mana kita satu ketika dahulu adalah merupakan gergasi Asia di peringkat bola sepak iaitu sukan dunia yang kita tahu dan kita semua minat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khairy Jamaluddin
Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Kuala Kangsar.
Saya bukan Presiden FAM yang buat kenyataan tersebut. Jadi saya tidak boleh menjawab kenyataan ataupun sasaran tersebut. Namun demikian, sebab itulah kita ada pelan pembangunan bola sepak. Bukan saya kata dengan terlaksananya pelan ini kita akan melayakkan diri ke Piala Dunia sebab itu memerlukan masa yang lama. Kita terpaksa membina daripada zero, kita terpaksa build from scretch, dengan izin sebab sistem yang sedia ada masih lagi tidak cukup baik untuk kita menjuarai di peringkat Asia pun.
Sebenarnya tidak ada alasan dari segi saiz dan sebagainya, saya sudah banyak memberi analisa tentang perkara ini.
Kita tengok contohnya pagi tadi, kita tengok pasukan kegemaran kita yang telah menang 2-1 Argentina, sebab itu saya pakai warna Argentina pada hari ini. Dia mempunyai pemain yang saiznya tidak besar sangat tetapi dapat menunjukkan prestasi yang tidak berapa baik tadi, tetapi akan menang Piala Dunia.
[Dewan riuh]
Tuan Khairy Jamaluddin
Mesej di situ adalah saiz tidak penting, saiz tidak penting sangat. Tengok pasukan negara Jepun daripada satu ketika yang menjadi lauk bagi kita dalam Kejohanan Bola Sepak Merdeka, hari ini sentiasa melayakkan diri kepada Piala Dunia, yang penting adalah development. Ahli Yang Berhormat tanya tadi di manakah silap kita, silap kita adalah dari segi pembangunan. Saya boleh beritahu dengan yakin, dengan yakin bahawa hampir semua persatuan bola sepak negeri dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia peruntukannya saya tahu sebab saya pernah jadi Timbalan Presiden, Persatuan Bola Sepak Malaysia peruntukannya untuk pembangunan adalah komponen yang paling kecil sekali, paling kecil sekali. Komponen yang paling besar bayar gaji untuk para pemain senior dan sebagainya.
Bagi saya kita sudah pasti sebab kebanggaan negeri kita hendak jaga, pemain kita hendak menang Piala Malaysia dan sebagainya tetapi bila tidak ada pelaburan yang mencukupi untuk pembangunan di peringkat negeri maka inilah hasilnya. Hasilnya ialah we have a system where the base is weak kerana asas itu adalah begitu rapuh sekali. Sebab itu dengan pelan ini insya-Allah kita meletakkan satu perancangan yang boleh memperbaiki keadaan. Walaupun saya tidak mahu meletakkan apa-apa sasaran sebab mungkin 10 tahun nanti ada Ahli Parlimen yang bangkit dengan perkara yang sama dan terpaksa saya jawab tetapi ini akan menjadi asas, insya-Allah kepada kejayaan kita pada masa yang akan datang. Terima kasih.
5. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah langkah-langkah kementerian membantu golongan muda berjaya sebagai usahawan dalam bidang pertanian. Apakah program-program yang telah disediakan dan berapakah dana yang telah diperuntukkan bagi tujuan ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, *Cincin saya emas suasa, Cincin Bung emas jati, Kalau pemuda dan puteri bersemangat waja, Maju negara, maju negeri.
[Ketawa]*
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Kita orang muda. Yang Berhormat Kinabatangan bertanyakan tentang apakah program pembangunan usahawan tani untuk golongan muda. Jadi sebab itu saya mulakan dengan pantun yang berkaitan dengan peranan orang muda dan juga pemudi-pemudi kita.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah pun mengambil kira bahawa masa depan pertanian adalah terletak kepada generasi muda kerana pada masa ini boleh dikatakan petani-petani dan juga usahawan-usahawan tani terdiri daripada mereka yang telah lanjut usianya iaitu 60 tahun ke atas. So, the future bagi
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
industri pertanian yang amat penting itu bergantung pada pemuda dan juga tanpa untuk menghuraikan latar belakang yang lebih panjang, ingin saya menyatakan di sini program- program dan juga tindakan yang diambil oleh kementerian, terutama sekali Kementerian Pertanian di bawah agensinya melaksanakan program latihan bagi pemuda-pemuda yang ingin menjadi petani ataupun usahawan tani.
Kita telah menubuhkan satu Unit Agropreneur Muda ataupun Unit Usahawan Muda Barang-barang Makanan yang mana mengikut program ini kita mengambil peserta- peserta daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah untuk menjadi usahawan dengan memberikan latihan-latihan teknikal, pengurusan termasuk pengurusan kewangan dan sebagainya yang dianjurkan oleh pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Apa yang penting saya rasa ialah dari segi modal dan kewangan. Dari segi modal, Kementerian Pertanian dengan menggunakan TEKUN dan Agrobank, dua agensi di bawahnya menyediakan pembiayaan yang secukupnya kepada usahawan- usahawan muda ataupun agropreneur muda.
Di bawah skim pembangunan usahawan muda TEKUN umpamanya, pinjaman mudah telah disediakan untuk mereka yang menyertai program usahawan muda ini dengan pinjaman maksimum RM100 ribu dan selain itu, diberikan kemudahan tidak perlunya ada cagaran. Selain daripada itu, diberi grace period kepada mereka untuk membayar balik pinjaman mengikut kepada jenis aktiviti perniagaan yang dilaksanakan. Sebagai contoh, pengusaha madu lebah umpamanya diberikan grace period tiga bulan manakala pertanian untuk rock melon umpamanya diberikan grace period ataupun tempoh enam bulan sebelum memulakan bayaran balik kepada TEKUN. Begitu juga dengan Agrobank. Agrobank juga menyediakan pinjaman kepada agroprenuer muda atau usahawan muda iaitu dengan maksimum pinjaman sebanyak RM300 ribu tanpa ada kolateral yang dikehendaki. Begitu juga tiada cagaran yang dikenakan kepada mereka. Tempoh bayaran juga begitu panjang sekali untuk memberikan mereka keselesaan dan kemudahan kepada tunas-tunas harapan ini iaitu sehingga tujuh tahun.
Di sini mungkin Yang Berhormat ingin tahu berapa ramai orang yang telah dapat daripada skim ini yang menerima pinjaman-pinjaman ini. Di bawah TEKUN umpamanya, seramai 921 orang dengan pembiayaan sebanyak RM12.3 juta. Sebenarnya TEKUN telah memberi pinjaman sebanyak RM3 bilion kepada usahawan-usahawan dalam bentuk mikro kredit mereka. Kalau dimasukkan peminjam-peminjam yang lain daripada golongan muda walaupun tidak secara memasuki skim agroprenuer muda ini tetapi meminjam terus kepada TEKUN untuk perniagaan mereka, sukacita saya melaporkan iaitu 170,661 orang muda yang berumur 40 tahun ke bawah yang mendapat pinjaman daripada skim mikro kredit TEKUN. Ini berjumlah hampir RM1.8 bilion mikro kredit daripada TEKUN dinikmati oleh mereka yang berumur 40 tahun ke bawah untuk menjalankan perniagaan mereka.
Jadi sokongan dan juga program yang dilakukan oleh kementerian, oleh kerajaan begitu hebat sekali. Sebagaimana saya terangkan tadi...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Puji sendiri punya.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Ya? Apa heh, heh, heh?
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
What is your problem? YB mana ini? YB heh, heh, heh, Yang Berhormat Seputeh okey, sorry. Hari itu fasal dia datang Telok Intan, dia heh, heh, heh, itu sebab dia kalah.
[Ketawa] Okey saya hendak rumuskan iaitu yang menjadi masalah sekarang ini ialah minat generasi muda kepada pertanian dan usahawan tani. Jadi dengan itu pada masa ini kementerian sedang menjalankan pelbagai program, engagement dan promosi kepada golongan ini untuk memberikan kepada mereka penerangan berkenaan dengan industri pertanian ini adalah satu industri yang menjamin masa depan mereka. Saya selalu beri syarahan di kawasan saya, saya ingat Seputeh mungkin tidak iaitu anak-anak muda pergi ke universiti, jangan pergi ke universiti belajar untuk dapat pasport iaitu mendapatkan sijil dan ijazah dan balik untuk mendapatkan kerja.
Mereka pergi belajar ke universiti, maktab dan sebagainya untuk menimba ilmu dan pengetahuan. Dengan adanya ilmu dan pengetahuan itu, balik ke kampung halaman masing-masing menjadi entrepreneurs, menjadi usahawan termasuk usahawan tani.
Jaminan dari segi ekonominya adalah lebih baik daripada bekerja yang hanya mendapat
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
gaji tidak seberapa banyaknya. Banyak pengusaha walaupun pengusaha, peniaga kecil tetapi mereka boleh mendapat pendapatan RM3,000, RM5,000, RM10,000 sebulan. Jadi saya menggalakkan kepada generasi muda, jangan mereka bergantung pada employment sama ada in private sector ataupun public sector. They must come out to be entrepreneurs, usahawan. Ini jaminan masa depan mereka. Sekian.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapan panjang lebar. Jadi soalan tambahan, adakah kementerian berhasrat untuk mengadakan kolaborasi dengan kementerian-kementerian yang lain contohnya Kementerian Pelajaran untuk mungkin memberi pendedahan awal dan latihan kepada pelajar-pelajar di IPTA dalam tahun akhir sebab bagaimana pertanian pada hari ini begitu mendatangkan pulangan yang baik apabila diusahakan dengan baik, dengan pendekatan yang tersusun dan rapi.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sebab pada saya di Malaysia ini, industri pertanian ini bukan lagi satu perkara yang baru dan boleh sekiranya diusahasamakan, ianya akan boleh menambah pendapatan sampingan kepada mereka yang berminat.
Seterusnya saya juga ingin bertanya, apakah benar peruntukan-peruntukan yang berjuta-juta ringgit di bawah NKEA, di bawah kementerian ini dibolosi oleh syarikat-syarikat besar sahaja dan syarikat-syarikat ini rata-ratanya bukan bumiputera dan ini telah menjadi bahan cerita kepada syarikat-syarikat kecil sebab mereka ingin menyertainya tetapi tidak dapat mengambil daripada dana-dana tersebut? Minta penjelasan, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Tuan Yang di-Pertua, menjadikan pertanian usahawan tani ini bukannya sekadar untuk sebagai pendapatan sampingan atau tambahan. It is a profession, it’s a business yang kita boleh minta dorong dan galakkan golongan muda untuk menjayakannya. Adalah tidak perlu mereka bekerja di tempat lain atau melakukan perniagaan lain kalau mereka tumpu kepada pertanian. Usahawan pertanian, mereka akan jadi orang yang berjaya. They can be millionaires, if they want to, dengan izin. So ini yang kita hendak correct, kita hendak perbetulkan persepsi ini. Persepsi bahawa pertanian ini tidak begitu promising, tidak begitu menggalakkan Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua.
Berhubung kait dengan galakan kepada mereka daripada golongan bijak pandai ini iaitu siswazah, mahasiswa, kita ada program. Pada tahun 2012 telah dilancarkan MyAgrosis. Satu program yang dipanggil MyAgrosis iaitu menggalakkan siswazah-siswazah dari universiti menceburkan diri dalam bidang usahawan pertanian.
Saya suka menyebutkan di sini iaitu sebanyak RM30,000 peruntukan pinjaman telah diberikan kepada setiap orang daripada peserta dalam bidang ini dan jenis perniagaan boleh jadi apa juga yang mereka minati. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, minat tidak begitu banyak, hanya seramai 53 orang sahaja yang berminat dan mengambil peluang daripada program ini. Jumlah pinjaman pun hanya RM1.2 juta juga. Is, dengan izin it is very disappointing. Kerajaan sediakan satu skim, satu program dengan begini rupa tetapi sambutannya kurang because of the perception daripada generasi muda termasuk siswazah yang menganggap bahawa pertanian ini tidak begitu menjamin. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang saya terangkan sebelum ini tadi, kerajaan mengambil daya usaha baru dengan menubuhkan Unit Agropreneur Muda dan di sini kita melihat bahawa ada peningkatan dari segi penyertaan.
Berhubung kait dengan soalan nombor dua iaitu NKEA Tuan Yang di-Pertua, saya pun sebenarnya tengah menyemak dan juga dapati sebagaimana Yang Berhormat Kinabatangan sebut tadi, adalah sedikit sebanyak yang tidak begitu sesuai dengan tuntutan perjuangan kita dan ini dalam perhatian dan pertimbangan kita untuk diperbetulkan. Saya setuju, program-program NKEA yang besar-besar itu perlunya ada penyertaan...
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Yang Berhormat Menteri, NKRA, bukan NKEA.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
*NKEA, National Key Economic Area.
This is something to do with economy,* Yang Berhormat. NKRA, National Key Result Area, bidang keberhasilan. Bidang keberhasilan dalam konteks atau sektor ekonomi, bukannya
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
sosial, bukannya pelajaran.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
*We are talking about economy, understand?
Dengan izin.
[Ketawa] You want to correct me, better you check yourself.
[Ketawa]*
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Jadi, memang betul ada. Kita hendak melihat penyertaan peniaga tempatan bumiputera lebih signifikan lagi dalam projek-projek NKEA yang dilancarkan oleh kerajaan. I would not tell you specifically what is what, but we are looking into it. Terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ini memang Menteri ‘lenggang kangkung’ betullah. Dia jawab ada seni.
Yang Berhormat Menteri, saya ingin tanya soalan tambahan berkaitan dengan TEKUN tadi. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniahlah kerana saya lihat borang permohonan TEKUN ini, kalau dahulu dalam borang lama itu kena dapatkan pengesahan daripada Naib Ketua Bahagian UMNO. Akan tetapi sekarang nampaknya sudah ada perubahan.
Jadi saya ingin meminta satu pengesahan, adakah Ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat boleh mengesahkan borang pengesahan ini sebab sebelum ini apabila mereka jumpa kepada kita, mereka mengatakan sign kita ini tidak laku, itu yang pertama.
Keduanya, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri juga, sejauh manakah Yang Berhormat Menteri mempunyai maklumat, adakah wang pinjaman yang diberikan oleh TEKUN ini tidak disalahgunakan? Adakah- sejauh mana dia punya rate?
Kalau Yang Berhormat Menteri ada data boleh berikan, kalau tidak adapun saya bersedia terima secara bertulis. Ketiganya Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya juga...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah satu soalan sebenarnya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ini kerana sesekali sahaja, bukan selalu dapat. Sudah dua minggu tidak dapat masuk TV ini.
[Ketawa] Ketiganya, saya ingin bertanya kepada pihak ini dari segi default rate, dari segi kegagalan membayar pinjaman TEKUN ini, berapakah dia punya..
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Saya jawab dahululah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Nanti boleh lenggang-lenggok sikitlah. Habislah.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Lenggang kangkunglah, apalah.
[Ketawa] Macam-macam. Lenggang apa dia... I am getting fed up, you know. Dengan izin, you are asking the same question. Ini soal bayaran balik pinjaman TEKUN, kita sudah jawab di sini tiga ke empat kali dahulu iaitu pinjaman bagus, yang tidak bayar itu very small percentage, you know? It is about two, three percent. What are you talking about? This is better than commercial bank, you know? Dengan izin, I have said it here before. Do you remember? Now, tidak ada lenggang kangkung lagi. You know here. Okey, nombor dua. Apa yang penting yang saya hendak jawab sebelum I habis ini, yang UMNO-UMNO kata hendak sign, kata untuk lulus pinjaman ini tidak betul, jangan buat fitnah. It is not true at all.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Dahulu ada, tahu?
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Dahulu pun tak ada.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ada.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Before and now and future, no! Oh, payah sangat. Tidak ada, kita beri kepada mereka yang layaklah. Whoever deserves.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Menteri, dalam blog, dalam...
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Okey, the last one.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Ya, tidak betul itu. Satu, dua, lagi satu, apa dia tanya tadi? Tidak ada? Ya?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ketiga tadi ialah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Salah guna.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Salah guna.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Salah guna, tauke besar, kawan-kawan you pun banyak yang salah guna.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Pinjam beratus-ratus juta tidak bayar. Kita tahu, we know! I have been long in this, I know what is happening. Some of your supporters, big taicoons, did not pay! Ini semua, mikro kredit, usahawan kecil. As I have said, majoriti bayar balik dengan elok, tidak ada! Jadi jangan pandang rendah kepada usahawan kecil dan sederhana yang kita promote, kita hendak bangunkan. You understand? Okey, terima kasih.
6. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan sama ada Malaysia mempunyai satu dasar untuk memastikan industri Hiburan dan Kebudayaan negara menepati prinsip Rukun Negara dan jika tiada adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan dasar tersebut.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Jailani bin Johari
Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillahi rabbil a’lamin. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Kota Raja yang menanyakan soalan.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Jailani bin Johari
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon keizinan untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat Kepala Batas yang bertarikh pada 19 Jun kerana menyentuh perkara yang sama iaitu berkenaan industri hiburan negara.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebagai kementerian yang bertanggungjawab kepada industri hiburan negara, perkara pokok yang diberi penekanan adalah memastikan semua program hiburan tempatan sentiasa mengutamakan nilai-nilai murni di samping mendidik dan memberi kesedaran sivik kepada masyarakat. Dalam hal ini, nilai-nilai murni dan kesedaran sivik yang diberi penekanan dalam program-program hiburan mestilah selari dengan prinsip Rukun Negara. Bagi memastikan pematuhan kepada prinsip Rukun Negara, Dasar Filem Negara yang diwujudkan pada 2005 juga berperanan untuk menghubungkaitkan industri perfileman Malaysia dengan wawasan dan dasar negara. Manakala Dasar Industri Kreatif Negara yang diwujudkan pada tahun 2011 pula menetapkan agar kandungan kreatif yang dihasilkan wajar mengetengahkan perlambangan budaya tempatan dan identiti kebangsaan yang boleh ditonjolkan bukan sahaja di dalam malahan juga ke luar negara.
Pada masa yang sama, pihak kementerian ini melalui RTM juga sentiasa menitikberatkan nilai-nilai murni masyarakat dan kesedaran sivik menerusi rancangan yang disiarkan sama ada di radio ataupun TV RTM. Elemen sebegini diselitkan dalam semua program RTM sama ada menerusi hebahan penyampai-penyampai radio ataupun dj, Selamat Pagi 1Malaysia, Hello on 2, majalah, drama dan telemovie serta pesanan khidmat masyarakat. Dalam usaha yang sama, pihak RTM juga memperkenalkan kategori klasifikasi seperti U untuk umum, PG13, dengan izin, parental guidance bagi rancangan- rancangan yang ditayangkan. Bagi rancangan yang mempunyai unsur ganas ditetapkan untuk ditayang selepas jam 10.00 malam. Dengan pendekatan ini akan dapat memaklumkan kepada penonton untuk memilih program yang sesuai untuk tontonan mereka dan juga anak-anak mereka.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, selain daripada itu pihak kementerian serta penggiat industri juga sentiasa bekerjasama dari semasa ke semasa dengan pihak JAKIM dalam mendapatkan nasihat dan panduan dalam penyediaan garis panduan industri seni, terutamanya yang melibatkan isu-isu keagamaan. Pihak JAKIM juga telah dilantik
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Jailani bin Johari
sebagai anggota Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) di bawah seliaan pihak kementerian ini.
Dalam usaha menggalakkan pembikinan filem di Malaysia, kerajaan melalui pihak FINAS telah mewujudkan satu polisi fiskal insentif penerbitan filem di Malaysia iaitu FIMI (film incentives in Malaysia), dengan izin. Ia menawarkan insentif kewangan bagi menghasilkan kandungan kreatif di dalam Malaysia dan ditawarkan kepada pengeluar tempatan mahupun dari luar negara. Pemberian rebat tunai ini melibatkan sebanyak 13 produksi yang terdiri daripada empat syarikat produksi tempatan dan sembilan syarikat produksi antarabangsa. Selain daripada penyertaan ke pasaran filem antarabangsa, aktiviti produksi dan pasca produksi yang dijalankan dalam negara menerusi film incentives in Malaysia (FIMI) dijangka menjana pendapatan sebanyak RM133 juta sehingga kini setelah ditolak rebat sebanyak 30%.
Pada tahun 2013, RTM menerusi penyiaran rancangan TV telah menjana pendapatan melalui iklan sebanyak RM46 juta lebih dan sebanyak RM845,840 melalui penjualan program dan RM46,840 melalui footage. RTM juga memberi peluang kepada 366 syarikat tempatan bagi menjana industri kreatif menerusi perolehan rancangan swasta tempatan iaitu sebanyak RM160.3 juta.
Selain daripada itu, RTM juga menawarkan peluang pekerjaan kepada syarikat tempatan dan juga pengisian jawatan bakat dan seni. Bagi tempoh 2012 hingga 2014 juga jumlah jualan kandungan kreatif tempatan di luar negara oleh syarikat produksi tempatan serta agensi kerajaan yang berkaitan termasuk stesen televisyen tempatan seperti berikut.
Untuk tahun 2012 sahaja RM547 juta telah direkodkan dan tahun 2013 - RM564.9 juta dan untuk suku pertama tahun ini - RM156.9 juta di mana kita telah menyasarkan untuk tahun 2014 sehingga RM600 juta.
Kementerian ini juga sedar pelaksanaan GST pada tahun 2015 sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada industri hiburan negara, contohnya peningkatan kepada harga tiket pawagam. Walau bagaimanapun, berdasarkan trend semasa dijangkakan kesan tersebut tidak terlalu ketara kerana bagi penggemar filem mereka akan terus mengunjungi pawagam sekiranya filem yang diterbitkan berkualiti serta memenuhi cita rasa mereka.
Umpamanya, filem The Journey yang diterbitkan dengan bajet RM3 juta sahaja telah dapat menarik penonton dari pelbagai kaum untuk menonton walaupun filem berbahasa Cina ataupun Kantonis. Filem tersebut untuk makluman semua, telah berjaya mendapat kutipan berjumlah RM17.28 juta dan merupakan rekod kutipan yang tertinggi untuk filem tempatan setakat ini. Pada masa yang sama, pihak kementerian juga sedang meneliti kaedah lain yang boleh membantu terus mengembangkan industri hiburan negara antaranya bersama- sama dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk meneliti semula kadar berpatutan duti hiburan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan bagi menampung pelaksanaan cukai GST. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Yang Berhormat sekalian, selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
Silakan Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 12(1).
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 17 Jun 2014”.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di atas satu permohonan di bawah Peraturan Mesyuarat 22(1) yang mana saya telah memberi notis kepada Tuan Yang di-Pertua iaitu untuk membuat pertanyaan kepada Yang Berhormat Menteri mengenai Aturan Urusan Mesyuarat secara spesifik bahawa urusan pembangkang diberi masa untuk dibawa ke Dewan Rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai
Satu isu yang penting Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya membuat notis itu dan peruntukan ada di bawah 22, supaya Yang Berhormat Menteri jawab dan membincang mengenai Aturan Urusan Mesyuarat. Saya telah mendapat surat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya.
Tidak perlu Yang Berhormat Padang Serai baca. Saya ada menerima surat daripada Yang Berhormat Padang Serai dan juga saya telah menerima juga keputusan daripada Tuan Yang di-Pertua. Mengikut peraturan yang dikemukakan, jadi Tuan Yang di-Pertua tidak membenarkan usul Yang Berhormat di bawah Peraturan Mesyuarat 22(1). Jadi Yang Berhormat, jika Yang Berhormat tidak berpuas hati kita boleh rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 43. Jadi, mana-mana keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad dan jika tidak berpuas hati bolehlah mengemukakan usul bersendirian. Jadi, Yang Berhormat sebenarnya ada peluang lagi. Jadi, saya kira cukuplah Yang Berhormat pada tahap ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai
Saya ada satu perkara Tuan Yang di-Pertua, sebab bila menjawab tidak ada sebab yang diberi. Hanya dinyatakan adalah tidak mematuhi kehendak dan saya timbulkan kerana isu ini penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat saya faham.
Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai
Saya habiskan, sedikit sahaja. Isu dia penting kerana ada peruntukan dan Dewan Rakyat tidak boleh berfungsi jika urusan pembangkang tidak diberikan masa. Sebab itu kita timbulkan cara yang betul.
Menurut peruntukan tapi kalau peraturan Tuan Yang di-Pertua tidak mahu beri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, tidak boleh macam ini Yang Berhormat. Ini Yang Berhormat berhujah ini. Jadi,
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad dan biasanya kita ada usul bersendirian kalau kita tidak bersetuju dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya kira Yang Berhormat pun peguam, jadi saya terikat dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua dan ada peraturan di bawah Peraturan Mesyuarat 43.
Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai
Peraturan Mesyuarat 43 itu tidak akan didengar Tuan Yang di-Pertua. Itu masalahnya,
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Peraturan Mesyuarat 18(1), saya juga kemukakan satu usul tergempar pada hari Khamis yang lalu. Saya terima jawapan dari pejabat Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, perkara yang sama juga ya tidak perlu baca ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Apa yang saya baca dalam ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu sudah ada pengalaman. Sudah, sudahlah Yang Berhormat. Yang Berhormat...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tapi dalam– saya hendak baca ini.
Dalam jawapan itu dia kata dalam hal ini adalah difahamkan bahawa proses perundangan sedang diusahakan bagi mengekalkan kestabilan di negara tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tengok. Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Pertama saya tidak tanya tentang kestabilan dan juga saya pun tidak tahu apa proses perundangan yang berlaku.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Isu ini adalah kudeta di Thailand.
Dan ini adalah perkara yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan ambil peluang untuk berucap Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tidak ada peluang di mana tidak ada kementerian...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat kita sudah tolak di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Bila sudah ditolak dalam kamar, tidak boleh dikemukakan dan tidak boleh dibaca. Rujuk Peraturan Mesyuarat 18(7).
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya, saya... Saya hendak tahu apa, apa...
Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Batu, cukuplah...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kalau hendak jawab pun, kenalah jawablah mengikut usul yang saya kemukakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Akan tetapi kita tidak boleh langsung tidak jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Itulah sebab saya hendak dapat penjelasan daripada Speaker apa alasan yang ditolak ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014 dalam Jawatankuasa sebuah- buah Majlis.” [Hari Kedua] [****Majlis bersidang dalam Jawatankuasa****] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Maksud B.41 - Jadual ] – Tuan Pengerus
Kepala B.41 di bawah Kementerian Pendidikan terbuka untuk dibahas.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bincang berkenaan dengan Butiran 010100 kod 40000 – Pengurusan dan juga Butiran 010200 kod 20000 – Pengurusan Kewangan. Perkara yang saya hendak bangkitkan ialah berkenaan dengan bil utiliti sekolah.
Tuan Pengerusi, selama ini bil utiliti sekolah sebenarnya pembayarannya adalah sebahagiannya daripada PCG ataupun per capita grant ataupun geran per kapita di bawah tajuk Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahunan (LPBT). Namun demikian, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan bersetuju untuk membiayai bil elektrik dan air berdasarkan bil sebenar bagi sekolah-sekolah kerajaan dan tidak melebihi RM2,000 bagi sekolah bantuan kerajaan.
Saya hendak tegaskan bahawa sebelum itu di bawah LPBT tidak ada beza di antara sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Jadi, selepas pelaksanaan aturan baru ini didapati bahawa sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan subsidi untuk bil utiliti adalah berbeza. Pada saya, saya rasa bahawa cara ini bukan cara yang baik sekali.
Oleh sebab yang pertama dia tidak begitu adil. Di antara sekolah bantuan kerajaan, ada yang sekolah kurang murid ataupun SKM yang bilangan muridnya kurang daripada 150.
Ada sekolah besar-besaran yang sampai 2,000 ke 3,000 orang murid. Jadi kalau kita benarkan pada rata-rata maksimum 2,000 jadi seolah-olah kita menggalakkan sekolah kecil mereka boleh berbelanja lebih. Oleh sebab bilangan emolumennya kecil dan biasanya bil macam mana pun tidak melebihi RM2,000 tetapi mereka mempunyai hak untuk belanja sampai RM2,000 yang akan dibayar oleh kerajaan. Bagi sekolah yang besar-besaran RM2,000 ini mungkin tidak cukup kalau murid itu tiga, empat ribu jadi RM2,000 ini bermaksud seorang murid hanya lebih kurang 50 sen ataupun tidak sampai RM1 sebulan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Jadi Tuan Pengerusi, cadangan saya adalah kita balik kepada asas yang lama ikut per kapita. Jadi saya cadangkan bahawa kementerian, kerajaan menambahkan peruntukan per kapita di bawah tajuk LPBT supaya kebanyakan sekolah akan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membayar bil air dan elektrik. Satu lagi masalah yang datang apabila sekolah kena tuntut bil air dan elektrik adalah kadang-kadang tuntutan ini lambat sampai ke sekolah.
Ini akan menyusahkan pihak PIBG dan sekolah serta sebagainya yang kena membayar dulu. Jadi bagi sekolah kecil, PIBG mungkin tidak ada kemampuan untuk
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
membayar bil. Jadi pada saya, saya ingat cara yang lama adalah cara yang paling baik, yang paling adil yang selama ini tidak ada complaint, tidak ada masalah oleh kerana ia sekali gus datang mungkin setengah tahun sekali kepada sekolah. Apabila kita membayar kepada sekolah pada kiraan per kapita, kita mungkin menggalakkan sekolah untuk berjimat cermat.
Oleh sebab kalau dia kalau macam mana pun dia akan mendapat wang yang begitu banyak. Kalau dia berbelanja lebih dia kena berikhtiar, kalau dia belanja kurang sikit mungkin dia boleh gunakan wang ini untuk yang lain. Jadi ini adalah cadangan saya dan saya berharap supaya Kementerian Pendidikan ambil berat. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee
Kementerian Pendidikan Yang Berhormat, ya dua perkara dalam ini. Pengurusan Kewangan dan Menampung Tambahan Harga Kontrak Susulan UiTM. Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang berkaitan dengan peruntukan tambahan untuk kos pembayaran konsesi bagi enam buah kampus UiTM. Saya ingin mendapatkan penjelasan yang details sikit tentang apa bentuk konsesi yang dimaksudkan itu. Adakah ini yang dimaksudkan melalui Bajet 2012 ataupun 2013 yang berkaitan dengan pembinaan secara PFI kepada enam kampus UiTM? Saya hendak minta penjelasan apa yang dimaksudkan dengan konsesi ini dan berapa lama tempoh konsesi tersebut dan ia melibatkan, detail kan dari segi UiTM, enam buah kampus UiTM itu di mana? Enam buah kampus UiTM itu di mana?
Dan juga syarikat konsesi yang kita hendak bayar, syarikat mana, berapa buah syarikat dan apa nama syarikat tersebut? Bagi secara yang keseluruhanlah, bagi saya bahawa adakah ini bermakna bahawa kita terpaksa menampung dan menanggung kos yang begitu mahal kalau berbanding kalau pihak kerajaan sendiri yang membinanya dengan kadar harga yang lebih murah. Jadi, ini yang saya hendak dapatkan kepastian daripada pihak kementerian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gerik.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita hendak membincangkan dalam B.41 berkenaan peruntukan tambahan kepada Kementerian Pendidikan. Pertama, saya melihat iaitu tentang perintah gaji minimum yang perlu dibayar oleh perkhidmatan kebersihan bangunan dan juga perkhidmatan kawalan keselamatan. Di peringkat kerajaan awal tahun sudah telah meminta supaya gaji minimum dikenakan oleh perkhidmatan kebersihan dan juga perkhidmatan kawalan.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Akan tetapi nampaknya terutama di kawasan luar bandar, kedua-dua syarikat ini tidak akan membayar gaji minimum sehingga menunggu pembayaran daripada Kementerian Pendidikan. Maka di sinilah kita rasa kementerian perlu – yang perlu kita hendak penjelasan ialah bagaimana meyakinkan syarikat-syarikat yang telah mendapat kontrak ini untuk memastikan bayar gaji minimum seolah-olah kadang-kadang kita melihat syarikat-syarikat kebersihan dan kawalan ini tidak mahu mengikut arahan yang diberikan oleh pihak kerajaan.
Saya yakin sebenarnya bila kita melihat kepada kelulusan peruntukan pada hari ini, sebenarnya bayaran gaji minimum telah pun ada dalam bajet tersebut. Itu yang pertama. Kedua saya hendak mempersoalkan ialah sebanyak lebih daripada RM600 juta untuk menampung pembayaran konsesi enam kampus UiTM dan juga sebelum ini pun Dewan diminta untuk meluluskan bajet tambahan dan peruntukan yang besar kita berikan kepada Kementerian Pendidikan. Masalah yang kita hadapi terutama di kawasan luar bandar, soal sekolah, kemudahan infrastruktur, toilet dan pelbagai tadi masih tidak dapat memenuhi walaupun peruntukan yang besar telah diluluskan. Minta penjelasan daripada kementerian, adakah peruntukan yang telah kita luluskan ini benar-benar telah digunakan,
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
dibelanjakan? Adakah di akhir tahun, peruntukan yang kita luluskan ini sebenarnya telah dibelanjakan ataupun kita asyik dengar sekarang ini diberi kuasa kepada Pengarah Pendidikan untuk membelanjakan RM5 juta? Apakah benar-benar peruntukan tersebut telah dapat dibelanjakan dengan sebaik mungkin atau hujung tahun peruntukan tersebut tidak dapat dibelanjakan? Malangnya sekolah terus bising, pusat pengajian terus bising peruntukan yang konon-konon kita luluskan peruntukan yang besar tetapi tidak dapat dibelanjakan di peringkat bawah.
Seperkara lagi, saya memohon Kementerian Pendidikan melihat semula tawaran pelajar-pelajar masuk ke matrikulasi, tawaran pergi ke sekolah asrama penuh, tawaran pergi ke pusat-pusat pengajian tinggi, yang menjadi pelik seolah-olah kementerian sendiri yang membebankan ibu bapa. Katakanlah matrikulasi ada di Gopeng, Ipoh, pelajar-pelajar daripada Gerik contohnya ditawarkan ke Matrikulasi Gambang, Pahang. Bayangkan ibu bapa kepada pelajar tersebut sebenarnya mereka yang terdiri daripada pendapatan yang rendah, tempat yang lebih dekat ada tetapi kita tawarkan mereka ke tempat yang lebih jauh.
Boleh dikatakan kalau kita berjalan daripada Perlis sampai ke Johor, setiap negeri ada UiTM, ada matrikulasi, ada asrama penuh. Maka pemimpin tempatan akan menghadapi satu masalah bila anak-anak pengundi tadi ditawarkan tempat yang jauh. Ini kerana kita faham setiap ibu bapa mempunyai satu impian hendak melihat anak mencapai kejayaan, tetapi dalam masa yang sama seolah-olah perancangan yang kita buat, kita membebankan ibu bapa. Apa salah yang di Perak, di utara contohnya kita beri di Pulau Pinang ataupun di Kedah ataupun di Ipoh. Akhirnya, kementerian juga susah di mana bila mereka ada masalah, faham-faham sahajalah selepas SPM. Ibu bapa hari ini ada rasa tanggungjawab kepada anak-anak, kadang-kadang tiga bulan sekali mereka hendak menjenguk anak-anak belajar.
Jadi, ini yang saya fikirkan Kementerian Pendidikan melihat semula tawaran- tawaran kemasukan ke matrikulasi, ke pusat-pusat pengajian tinggi yang berhampiran dengan tempat tinggal yang ditawarkan. Ini kita dengar. Buka cawangan-cawangan UiTM, berlaku perebutan course. Saya boleh ambil contoh Manjung ada UiTM, tiba-tiba dibuka di UiTM Tapah. Maka berebutlah, pindah course ini pergi ke sini, ini ke sini, akhirnya kita melihat yang sebenarnya ia merosakkan kecemerlangan pusat-pusat pengajian yang berkaitan. Harapan saya dengan membincangkan B.41 walaupun terkeluar daripada perkara yang berkaitan, saya percaya untuk masa hadapan negara.
Kementerian Pendidikan ini satu kementerian yang hendak melahirkan manusia selepas keluar daripada pusat pengajian, apakah kita hendak melihat satu bentuk guna tenaga yang tidak ada jati diri, satu bentuk manusia yang tidak mengenang budi apa yang telah dibantu oleh kerajaan selama ini, satu yang kita tidak tahu masa hadapan. Akan tetapi walau bagaimanapun. saya yakin teguran, cadangan yang kita buat ini sekurang-kurangnya ke arah memberi keperkasaan yang lebih kepada Kementerian Pendidikan. Saya amat berharap kepada pihak kementerian, fikir-fikirkan semula supaya anak-anak ditawarkan tempat yang lebih dekat. Semoga bukannya Kementerian Pendidikan, yang menyebabkan membantu – kita dalam galakan untuk mengurangkan kos kepada rakyat, tiba-tiba dengan tawaran-tawaran yang tidak menepati tempat ini, kementerian sendiri sebenarnya telah membantu menaikkan kos kepada setiap ibu bapa di seluruh negara. Jangan nampak kecil, berpuluh-puluh ribu tawaran telah diberikan kepada anak-anak kita di seluruh negara.
Dengan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin bertanyakan pihak Kementerian Pendidikan berkaitan dengan Butiran B.41 iaitu tentang bayaran tambahan RM634 juta berkaitan dengan 55000. Isu yang berkaitan dengan pemberian dan menampung kos pembaharuan dan penambahan kuantiti kontrak bagi perkhidmatan kebersihan bangunan dan perkhidmatan kawalan keselamatan.
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Menteri berkaitan dengan isu perkhidmatan kawalan keselamatan di UiTM ini. Saya pernah mengendalikan kes bagaimana seorang pelajar dicabul di dalam kampus, dalam asrama, di bilik air di waktu pagi di kampus UiTM Shah Alam melibatkan seorang pelajar perempuan yang mana ada lelaki yang dapat masuk ke dalam bilik air wanita dan cuba merogol pelajar tersebut. Ini
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
telah menimbulkan satu trauma yang besar kepada pelajar itu sehinggakan beliau terpaksa berhenti belajar kerana traumanya begitu kuat. Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan, semasa dalam proses perbicaraan itu, saya sempat bertanyakan beberapa orang pelajar wanita, interview beberapa orang saksi dan mereka menyatakan bahawa sebenarnya memang banyak kes berlaku, cuma mereka tidak berani untuk melaporkan - ketika itulah, ketika ini mungkin ada perubahan. Ketika itu bila kita pergi ke asrama yang dimaksudkan, memang kita lihat ada pagar-pagar yang mengalami kerosakan dan tidak diambil tindakan atau dibetulkan yang menyebabkan orang luar boleh masuk dengan mudah.
Jadi, ini satu isu yang penting iaitu berkaitan dengan keselamatan pelajar. Kita tahu apabila ibu bapa serahkan pelajar kepada pihak universiti, ketika itu tanggungjawab menjadi tanggungjawab universiti untuk memastikan keselamatan pelajar di dalam kampus ataupun dalam asrama pada setiap masa sentiasa terkawal. Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, kalau boleh berikan butiran ataupun statistik kes-kes yang melibatkan seperti itulah. Kes di mana ada pencerobohan yang melibatkan gangguan kepada pelajar-pelajar wanita khususnya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Jadi saya percaya dengan kos yang banyak ini sudah tentulah perkhidmatan kawalan keselamatan perlu lebih baik lagi, lebih dipertingkatkan. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan berkaitan dengan kos pembayaran konsesi bagi enam buah kampus UiTM ini. Saya ingin bertanyakan, adakah terdapat satu perjanjian konsesi berkaitan dengan had, berkaitan dengan isu ini. Jika ada, adakah pihak Menteri bersedia untuk mengemukakan kepada pihak Ahli Parlimen salinan perjanjian tersebut untuk kita teliti. Ini kerana kita mengalami- Dewan ini telah didedahkan dengan perjanjian-perjanjian konsesi dalam perkara lain yang selalunya apabila melibatkan konsesi ini, kepentingan pemegang konsesi itu lebih diutamakan daripada pihak yang terpaksa membayar kos ini.
Jadi seperti pihak kerajaan. Jadi saya ingin bertanyakan adakah wujudnya satu perjanjian. Kalau ada satu perjanjian itu, adakah ia dikawal oleh satu Akta Rahsia Rasmi dan saya rasa ini tidak sepatutnya dikawal oleh Akta Rahsia Rasmi kerana ia bukan melibatkan soal keselamatan tetapi soal bagaimana kita membelanjakan wang rakyat untuk membina atau pun menampung kos pembayaran enam buah kampus UiTM. Jadi saya harap pihak Menteri dapat memberikan butiran-butiran yang saya minta tersebut. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jerantut, selepas itu Menteri bolehlah menjawab.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya sedikit saja untuk perkara B.41 ini mengenai peruntukan berjumlah RM634,055,000 ini iaitu mengenai penglibatan Kebersihan Bangunan dan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan.
Tuan Pengerusi, saya ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah pihak kementerian mempunyai angka atau pun data yang spesifik mengenai dengan syarikat-syarikat yang telah diberikan tanggungjawab untuk mengurus sekolah- sekolah yang telah ditentukan oleh kementerian dari segi pelaksanaan gaji minimum yang sepatutnya diberi kepada pekerja-pekerja mereka. Ini kerana saya dapat rungutan daripada pekerja-pekerja di kawasan saya. Ada di antara syarikat-syarikat yang telah kita beri tanggungjawab ini agar memberi gaji minimum tetapi mereka hanya memberikan gaji sekitar RM400 hingga RM500.
Jadi apabila suasana ini berlaku, kalau kurang pemantauan daripada pihak kita, pihak kementerian khususnya sudah pastilah mutu perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja berkenaan tidak mungkin memenuhi apa yang sepatutnya kita dapat dan ini akan merugikan perkhidmatan kepada sekolah-sekolah yang berkenaan. Ianya akan merugikan kepada anak-anak yang sepatutnya mendapat perkhidmatan yang sepenuhnya. Saya mengharapkan agar pihak kementerian dapat memberikan perhatian kepada perkara ini.
Ini kerana rungutan daripada pekerja yang sepatutnya mereka dapat RM900, kalau mereka hanya diberi sekitar RM400 hingga RM500. Tambahan pula di Jerantut ini
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
terdapat sekolah-sekolah di pendalaman yang mungkin akan berlaku perkara-perkara yang seperti saya katakan tadi. Amat malang kepada pekerja-pekerja ini yang sepatutnya mereka mendapat gaji yang sewajarnya tetapi manipulasi daripada peniaga atau pun syarikat- syarikat ini menyebabkan syarikat-syarikat ini mendapat keuntungan yang lebih banyak.
Seperkara lagi saya mengharapkan agar kerajaan melihat semula tentang agihan pekerja yang diberi kepada syarikat-syarikat ini. Saya difahamkan ada di antara mereka mendapat bilangan pekerja hampir 60 orang untuk satu syarikat. Kalau mereka memberi gaji yang terlalu rendah, bayangkan berapakah keuntungan yang mereka telah kutip.
Adalah diharapkan agar kerajaan menyemak semula selepas ini mengenai bilangan pekerja ini, boleh kita kurangkan kepada 30 atau 40 orang sahaja bagi satu-satu syarikat. Ini bagi memberi peluang agar lebih ramai lagi mereka yang berminat untuk memberikan perkhidmatan kepada Kementerian Pendidikan, dapat berpeluang. Jadi Tuan Pengerusi saya mohon menyokong.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Sepang dan juga Yang Berhormat Jerantut. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas, kita berbincang atas perkara spesifik iaitu tentang permintaan penambahan untuk UiTM.
Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, walaupun perkara ini telah pun dimaklumkan lebih awal, RM634 juta ini terbahagi kepada dua. Kos pembayaran konsesi melalui Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan adalah sebanyak RM234,055,000 untuk enam buah kampus baharu UiTM yang telah disiapkan dan telah pun diserahkan kepada kerajaan pada bulan Februari 2014 dan juga RM400 juta lagi diperlukan untuk menampung kenaikan harga kontrak susulan daripada pelaksanaan gaji minimum serta kos pembaharuan dan pertambahan kuantiti kontrak perkhidmatan.
Maka isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tebrau sebentar tadi iaitu utiliti sekolah, tiada dalam rang undang-undang ini. Akan tetapi untuk maklumat Yang Berhormat Tebrau, tidak mengapa walaupun dia tidak ada, saya akan beri maklumat yang dipinta oleh beliau kemudian. Yang Berhormat Pokok Sena telah membangkitkan isu enam kampus ini di mana. Mana kampus-kampus yang terlibat dan sekiranya boleh syarikat-syarikat yang ditawarkan projek ini. Untuk makluman Yang Berhormat saya akan beri maklumat enam kampus dan syarikat-syarikat yang telah terlibat.
| Bil | Kampus UiTM | Syarikat |
|---|---|---|
| 1 | Kota Samarahan | Syarikat Rekajaya Projek Sdn. Bhd |
| 2 | Seremban 3 | Inovatif Mewah Sdn. Bhd |
| 3 | Jasin, Melaka | YBK Usahasama Sdn. Bhd |
| 4 | Pasir Gudang, Johor | Damai Abadi (Johor) Sdn. Bhd |
| 5 | Tapah, Perak | Unitapah Sdn. Bhd |
| 6 | Puncak Alam, Selangor | TripLC Ventures Sdn Bhd |
Tempohnya 23 tahun, tiga tahun untuk construction period dan 20 tahun untuk konsesi mereka. Yang Berhormat Gerik juga..
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat boleh saya membuat penjelasan? Disebut tadi 20 tahun lebih tempoh konsesi itu. Berapakah pembayaran setiap tahun yang perlu dibayar satu-satu konsesi tersebut atau pun keseluruhan dan berapakah setahun yang kita hendak kena bayar.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Yang Berhormat maklumat itu akan saya berikan kepada Yang Berhormat kemudian kerana tidak termasuk dalam rang undang-
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
undang ini tetapi itu secara spesifik saya akan beri kepada Yang Berhormat, terima kasih.
Yang Berhormat Gerik mencadangkan supaya peruntukan ini dibelanjakan sebelum akhir tahun. Itulah hasrat kita dan harapan kita sebagai- kalau seboleh-bolehnya kita telah pun memastikan bahawa segala peruntukan yang diberi kepada yang berkenaan, jabatan- jabatan yang berkenaan, kita harus memastikan ia dibelanjakan dan tidak ada yang tertinggal kerana kita tidak mahu ada peruntukan diberi tidak dibelanjakan malah ada agensi yang minta peruntukan tidak dapat beri, nampak ada masalah di sana.
Oleh yang demikian kita akan memastikan. Sekiranya ada agensi-agensi, jabatan- jabatan yang memohon peruntukan dan tidak dapat membelanjakannya, kita akan mengambil tindakan, penjelasan mengapa tidak dapat dibelanjakan. Kita akan sedaya upaya memastikan segala peruntukan diberi ini dibelanjakan dengan berhemah dan belanja dengan cara yang betul. Itu komitmen yang kita beri untuk Yang Berhormat dan juga semua Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat juga membangkitkan isu-isu di luar daripada bidang ini, contoh matrikulasi dan sebagainya. Saya boleh beri penjelasan ini kepada Yang Berhormat kemudian kerana saya ingin balik fokus kepada rang undang-undang ini semata- mata. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Yang Berhormat Sepang. Butiran tentang kes-kes pencerobohan saya tidak ada sekarang tetapi kita sentiasa memberi keutamaan kepada kawalan keselamatan. Kes-kes yang Yang Berhormat Sepang maklumkan itu kita sedar kerana perkara ini pernah berlaku.
Akan tetapi sejak kebelakangan ini kita telah mengetatkan lagi kawalan keselamatan dan kita akan sentiasa memberi keutamaan untuk kawalan keselamatan di sana.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sikit sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah termasuk dalam perkhidmatan kawalan keselamatan itu dibekalkan setiap bangunan kampus ini khususnya di asrama-asrama CCTV? Ini kerana semasa saya mengendalikan kes itu, isunya ialah tidak ada CCTV ketika itu. Jadi saya rasa ini satu keperluan. Jadi adakah CCTV ini telah pun dipasang di semua kampus-kampus ini? Kedua, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dari segi security guard ini. Adakah mereka yang ditugaskan ini ada buat vetting process?
Ini kerana takut mereka ada rekod dan sebagainya. Bagaimanakah vetting process itu berlaku? Terima kasih.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Yang Berhormat, vetting process itu dilakukan oleh syarikat yang memberi perkhidmatan yang memberi perkhidmatan itu kepada mereka dan pihak kita juga akan semak. Pihak pengurusan akan semak kerana kita minta pendaftaran pekerja-pekerja kontrak dan pekerja-pekerja security supaya dipastikan kerana kita sedar kepentingan ini adalah kepentingan pelajar. Kepentingan orang ramai juga sangat penting di sini. Maka kita akan sentiasa membuat sistem vetting ini. Secara spesifik sistem vetting ini tidak ada pada saya tetapi saya boleh beri maklumat ini juga kerana saya membuat persiapan di sini berdasarkan kepada rang undang-undang yang diperoleh di sini.
Yang Berhormat juga bertanya tentang isu bilik air bercampur, ada pagar rosak dan sebagainya. Keselamatan UiTM dikawal oleh pasukan polis bantuan UiTM dan fizikal UiTM dijaga oleh pejabat fasiliti UiTM. Kedua-duanya memantau keselamatan dan keadaan fizikal secara teliti selama 24 jam setiap hari. Setelah insiden yang Yang Berhormat rujuk tadi, setakat ini tiada lagi laporan insiden-insiden pelajar dicabul baru-baru ini. Kita tidak dilaporkan dan Yang Berhormat kata ada benda yang tidak dilaporkan. Kalau tidak dilaporkan, susah untuk kita mendapat maklumat yang seterusnya, Yang Berhormat ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Bukan. Adakah dalam kes itu ada tangkapan atau tidak kerana selepas kes itu saya tidak tahu lagi apa yang jadi. Adakah mereka yang melakukan pencabulan itu telah dapat ditangkap oleh polis atau macam mana?
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Okey, saya semak, Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey, terima kasih.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Yang Berhormat Jerantut. Data spesifik syarikat-syarikat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya juga bertanya tentang perjanjian konsesi tadi. Adakah pihak kerajaan bersedia untuk membekalkan salinan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk kita melihat. Ini melibatkan RM634 juta. Ia satu jumlah yang besar. Jadi saya rasa untuk kepentingan, ketelusan dan sebagainya, apa salahnya salinan perjanjian itu diberikan kepada Ahli Parlimen? Saya minta supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberi jaminan boleh memberikan satu salinan. Terima kasih.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Saya ambil maklum cadangan Yang Berhormat. Terima kasih.
Yang Berhormat Jerantut, berkaitan dengan gaji minimum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengambil perhatian serius dan memastikan pemberian kontrak kawalan keselamatan dan pembersihan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi menangani isu-isu yang telah dibangkitkan. Seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, kita juga akan menyemak semula sekiranya ada keperluan dari semasa ke semasa. Kita sentiasa mengawasi dan meneliti keperluan-keperluan UiTM ini.
Oleh kerana demikian, seperti mana Yang Berhormat-Yang Berhormat sedia maklum, kita hanya meminta tambahan ini atas spesifik. Kita tidak minta lebih daripada apa yang diperlukan secara spesifik untuk menampung kos-kos ini.
Itu sahaja jawapan-jawapan saya kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM634,055,000 untuk Maksud B.41 di bawah Kementerian Pendidikan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM634,055,000 untuk Maksud B.41 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Maksud B.13 - Jadual] - Tuan Pengerus
Kepala Bekalan B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri terbuka untuk dibahas.
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin membawa Dewan ini kepada suasana Malaysia. Popularnya Malaysia sejak merdeka. Sejak merdeka lagi, negara ini aktif dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang telah menghantar angkatan tentera untuk pengaman. Contohnya ke Congo, Bosnia, Somalia, Timor Leste dan Lubnan yang terkini. Ini sudah lama.
Saya masih ingat lagi semasa umur saya tujuh tahun, uncle saya pergi ke Congo.
Uncle saya seorang angkatan tentera. Saya tanya, *‘Uncle ke mana lama tidak nampak’.
‘Ke Congo’.* Saya kata ‘bestnya Congo’. Sekali lagi uncle saya balik, satu jari hilang.
Sekarang Uncle saya berumur 90 tahun. Masih ada dan sudah kena strok. Jadi negara ini sudah lama prihatin kepada masalah keselamatan antarabangsa. Contohnya Malaysia sangat prihatin dengan konflik minoriti Islam di Selatan Thailand dan Filipina. Baru-baru ini pada 27 Mac, Perjanjian Perdamaian Bangsamoro telah berlaku yang menamatkan sengketa selama 40 tahun. 40 tahun sengketa. Bermakna sengketa selama 40 tahun ini lebih tua daripada sesetengah Ahli Yang Berhormat di sini.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sebanyak 150,000 terkorban, yang menjadi yatim piatu dan hilang keluarga.
Tiada tempat bergantung. Dengan perjanjian perdamaian ini, derita...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ya.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya cuma ingatkan butiran dalam kementerian ini hanya tertakluk kepada bagi menampung keperluan perbelanjaan melobi pencalonan Malaysia sebagai Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan. Perkara kedua, Perbelanjaan Pembukaan Pejabat Perwakilan di Baku, Azerbaijan. Yang MILF itu masukkan dalam kedua-dua butiran. Kaitkan sedikit Yang Berhormat ya.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jadi Malaysia sudah tiga...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Itulah semangat patriotisme.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
...Menjadi Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu pada 1965, 1989 dan 1999 untuk menjadi relevan di pentas dunia. Keperluan kita di dalam PBB adalah penting supaya negara tidak ketinggalan untuk mendapat sokongan dan bantuan daripada negara-negara anggota.
Tuan Pengerusi, Majlis Keselamatan ini mempunyai 10 negara anggota tidak tetap yang diundi setiap dua tahun. Jadi pemilihan daripada lima rantau ini akan diundi pada Oktober tahun ini di Perhimpunan Agung di New York. Jadi lawatan Perdana Menteri China dan Amerika Syarikat baru-baru ini mengiktiraf dan juga menunjukkan menerima kuasa- kuasa besar untuk menerima Malaysia sebagai negara yang aktif.
Tuan Pengerusi, Malaysia percaya bahawa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui majlis ini dapat terus mendukung objektif utama penubuhannya iaitu berusaha mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia. Berdasarkan kepercayaan ini, Malaysia telah mengemukakan pencalonannya pada 15 Jun 2001. Kemudian Malaysia telah menyenaraikan lima keutamaan yang akan diketengahkan sekiranya dilantik untuk menduduki kerusi yang tidak tetap ini. Ini termasuk mengetengahkan Gerakan Kesederhanaan Global atau dengan izin Global Movement of Moderates (GMM) sebagai salah satu wadah untuk memelihara keselamatan dunia.
Malaysia juga akan memainkan peranan yang penting dan yang lebih aktif dan berkesan untuk memberi momentum baru kepada rundingan yang sedia ada berkenaan pembaharuan Majlis Keselamatan ini dan Malaysia juga akan berkongsi pengalaman dan kepakaran dan mengukuhkan lagi operasi pengamanan dan terus menyokong negara- negara yang baru pulih.
Persoalannya, apakah penerimaan masyarakat antarabangsa terutama Barat dalam idea Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak untuk mengetengahkan Gerakan Kesederhanaan Global ini. Apakah strategi dan inisiatif yang telah, sedang dan bakal diambil oleh kementerian untuk menyebar luaskan berkaitan gerakan kesederhanaan ini.
Tuan Pengerusi, sekiranya Malaysia terpilih lagi, ia bukan sahaja mewakili rantau ASEAN tetapi lebih penting Malaysia dapat mewakili seluruh umat Islam dalam Forum Keselamatan Dunia ini.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jika dilihat komposisi ahli majlis, ketika ini tiada satu pun negara Islam yang terlibat dan negara Islam hanya menduduki kerusi anggota tidak tetap yang pada masa sekarang terdiri daripada Pakistan, Maghribi, Azerbaijan. Sedangkan lima Anggota Tetap Majlis Keselamatan ini menikmati kuasa veto dalam setiap pengundian sesuatu resolusi.
Justeru itu, jika Malaysia terpilih ke Majlis Keselamatan PBB, pelbagai pendekatan dalam menangani krisis di rantau bergolak seperti Timur Tengah boleh diaplikasikan berpandukan pengalaman Malaysia dalam memudah cara isu-isu di Selatan Thai dan Filipina.
Tuan Pengerusi, hasrat besar Malaysia untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia bertemakan keamanan dan keselamatan melalui kesederhanaan diharap menjadi faktor penting dan membuka mata anggota-anggota untuk memilih negara Malaysia. Pada kesimpulannya, usaha untuk melobi kerusi ini penting dan saya setuju penambahan RM26.6 juta untuk tampung keperluan ini dan saya yakin dengan rekod baik
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Kerajaan Malaysia yang terbukti adalah satu kelebihan yang akan menarik minat anggota- anggota PBB. Tuan Pengerusi, Bagan Serai menyokong.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tumpat.
Dato' Kamarudin bin Jaafar - Tumpat
Terima kasih Tuan Pengerusi dan saya juga kagum dengan ucapan sebentar tadi oleh Yang Berhormat Bagan Serai iaitu di atas Maksud 13, Kementerian Luar Negeri dan sebagaimana Tuan Pengerusi sebutkan tadi khusus berkaitan dengan usaha kita memerlukan wang untuk melobi menjadikan Malaysia salah satu anggota baru tidak tetap kepada Majlis Keselamatan PBB dan juga untuk perbelanjaan pembukaan pejabat-pejabat kedutaan yang baru.
Secara umumnya, tidak ada masalah dan secara umumnya sudah tentu kita berhasrat untuk menyokong dan mengambil bahagian dalam forum-forum antarabangsa.
Akan tetapi kebimbangan kita dalam semangat sebagaimana kita dengar pada Yang Berhormat Bagan Serai tadi dan juga daripada ucapan-ucapan di peringkat perbahasan dasar peruntukan pertambahan ini betapa ghairah dan gembiranya Ahli-ahli Barisan Nasional bahawa Obama menyokong kita. Tadi bahawa Amerika dan China menyokong kita. Walhal Tuan Pengerusi prinsip sebenar kita hendak menyertai Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu ini ialah seolah-olah dan sepatutnya untuk memastikan kita bersuara, berani melawan Amerika Syarikat, berani menentang negara China atau pun negara-negara yang besar yang lain sebab konteks Bangsa-bangsa Bersatu ini khususnya Majlis Keselamatan adalah ekoran perang dunia kedua daripada Bagan Serai yang mana the winners take all. Itulah kuasa veto Yang Berhormat sebutkan tadi.
China, Amerika, Perancis, Britain dan negara-negara yang besar, lima tadi itu.
Inilah yang menang dalam Perang Dunia Kedua dan mereka menguasai seluruh dunia hari ini dengan kuasa veto mereka. Jadi, kita syok Amerika syok pada kita, China syok kepada kita. Ini saya bimbang kalau persepsi inilah, permulaan inilah kita hendak masuk kepada Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu, kita hanya sekadar untuk menjadi penyokong Amerika atau penyokong China atau penyokong Perancis dan penyokong Britain sahaja.
Itu kita tidak mahu Tuan Pengerusi. Kita mahu bersuara, berani, bersuara menentang misalnya cara negara Barat menjajah dan menggunakan, menghancurleburkan Iraq, Syria dan sebagainya. Itu yang kita hendak bersuara. Jadi, saya rasa walau dalam menyokong kita perlu tegas dalam hal ini. Begitu jugalah kalau kita...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sepang bangun Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Tumpat boleh?
Dato' Kamarudin bin Jaafar - Tumpat
Okey, okey.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih rakan saya Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Tumpat, saya ingin minta penjelasan dan pertamanya saya ada juga baca beberapa tulisan yang mengatakan bahawa Majlis Keselamatan ini sepatutnya direvamp lah. Kalau kita lihat walaupun Malaysia pernah sebelum ini menjadi Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan ini yang kita tahu tidak mempunyai kuasa veto ini sedangkan lima buah negara yang ada dalam Majlis Keselamatan ini mempunyai kuasa veto.
Jadi, persoalan saya adalah adakah apabila kita menjadi ahli tidak tetap ini dalam keadaan ada lima buah negara itu yang boleh mem-veto keputusan-keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan, Adakah Yang Berhormat setuju dengan saya, sedikit sebanyak keahlian kita dalam majlis yang tetap ini tidak memberikan satu sumbangan yang begitu dominan. Itu yang pertama.
Keduanya saya ingin bertanya juga tentang tadi Yang Berhormat Bagan Serai mengatakan bahawa antara rancangan Malaysia untuk menjadi ahli tidak tetap ini dalam lobi itu adalah untuk mengisytiharkan atau pun membawa mesej kesederhanaan global.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Tumpat, sebelum kita hendak mempromosikan tentang global moderation ini dengan izin, setuju tidak kita patut tunjukkan dahulu dalam negara kita.
Kalau kita lihat dalam negara kita masih ada lagi pertubuhan-pertubuhan tertentu yang tidak selari dengan promosi kita untuk melahirkan global moderation ini. Sebagai
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
contoh, wujudnya pertubuhan seperti Perkasa, ISMA yang mana pertubuhan-pertubuhan ini jelas telah menjejaskan promosi kita itu. Kalau ada orang seperti contoh ada Pemuda UMNO Shah Alam pijak kepala lembu. Ini common knowledge. Kita lihat berlaku ada kes senaman punggung rumah Datuk Ambiga.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sudah macam berucap pula Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tidak. Ini hendak masuk supaya dia faham pada soalan saya itu. Banyak isu. Hendak bakar Bible. Macam-macam. Jadi, dalam keadaan begitu tiba-tiba kita hendak promosi kesederhanaan global. Bukankah kita akan jadi bahan ketawa. Orang akan kata “Eh selesaikan dahulu rumah tangga kamulah sebelum kamu hendak bercakap soal dunia ini”. Dalam tempat kamu sendiri pun tidak tunjukkan memerangi kesederhanaan ini, tiba-tiba hendak tunjukkan di masyarakat dunia kononnya kesederhanaan global. Apakah pandangan daripada Yang Berhormat Tumpat?
Terima kasih.
Dato' Kamarudin bin Jaafar - Tumpat
Saya sudah tentu amat bersetuju dengan Yang Berhormat Sepang dan itu adalah sebahagian daripada ucapan saya juga. Bahagian pertama persoalan yang beliau bangkitkan tadi berkaitan dengan sikap kita terhadap suasana, kuasa songsang dalam Bangsa-bangsa Bersatu khususnya dalam Majlis Keselamatan Antarabangsa, Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu ini.
Tuan Pengerusi sedia maklum bahawa Malaysia dengan izin is on record for already fighting to ensure reform of the United Nations. Saya harap kalau kita menang walaupun kita tidak menang sebagai anggota Bangsa-bangsa Bersatu kita akan terus menyuarakan. Tambah-tambah lagi kalau kita menang menjadi anggota Majlis Keselamatan PBB ini menyuarakan betapa perlunya Bangsa-bangsa Bersatu ini mesti direformkan supaya tidak ada satu kuasa besar dunia yang kerana mereka menang dalam perang dunia yang kedua dahulu, terus menerus menguasai dunia kita ini tanpa mengira kepentingan rakyat terbanyak di seluruh dunia ini. Saya harap ini menjadi pendirian tetap kita dalam perjuangan kita dalam Bangsa-bangsa Bersatu sama ada di Majlis Keselamatan atau pun juga di Dewan Utama Bangsa-bangsa Bersatu itu sendiri.
Tuan Pengerusi, dalam kita juga begitu ghairah untuk menganggap bahawa betapa pentingnya menjadi Anggota Tidak Tetap Bangsa-bangsa Bersatu dan khususnya Majlis Keselamatan ini, kita juga harus sedar. Sebagai contoh, perbandingan sahaja tahun lepas yang menang untuk menjadi anggota tidak tetap adalah lima negara. Nigeria, Chad, Arab Saudi, Chile dan Lithuania mengikut blok benua masing-masing.
Arab Saudi mengambil keputusan sesudah menang tarik diri. Maka, Jordan bertanding dan menang pula. Ini keputusan Arab Saudi kerana tidak berpuas hati terhadap pendirian Amerika Syarikat dalam isu-isu Timur Tengah khususnya Palestin, Syria dan sebagainya. Jadi, saya harap Malaysia juga bukanlah menarik diri jika menang tetapi menetapkan pendirian kita yang tegas dalam memperjuangkan ketidakadilan yang begitu hebat berlaku kerana kuasa-kuasa besar yang mempunyai kuasa veto ini.
Keduanya, saya hendak mengingatkan bahawa kita tidak mahu menjadi sebagai negara yang lain yang menang sama ada Nigeria, Chad, Chile dan Lithuania yang walaupun menang saya rasa tidak ada memainkan setakat yang kita tahu peranan yang begitu penting. Harapan saya, jika kita menang kita memainkan peranan yang penting terutamanya sebagai yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu dalam awal tadi misalnya tentang kudeta di Thailand.
Kita mesti mula bersuara dan terus bersuara supaya pendirian kita ada dalam negara dan di peringkat antarabangsa supaya sebagaimana Yang Berhormat Sepang kata tadi kita mesti konsisten jika kita mahu bersuara tentang demokrasi, maka walaupun ia di Malaysia atau pun ia di Thailand atau ianya di Myanmar atau di seluruh dunia kita harus kekal bersuara dengan lantang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Tumpat, sedikit.
Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Tumpat, adakah Yang Berhormat Tumpat berasa bahawa Malaysia ini berani bersuara lantang menghentam Amerika dan sebagainya dibandingkan dengan orang-orang seperti tokoh-tokoh seperti mendiang Hugo Chaves yang pernah berucap dalam PBB mengatakan “Seketika saya
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
berucap ini saya masih lagi bau nafas setan Amerika itu”. Maknanya begitu berani bercakap dengan negara-negara Latin ini. Adakah kita rasa Malaysia ini berani bersuara seperti mana lantangnya pemimpin-pemimpin dari Amerika Latin itu?
Keduanya, dalam isu Bangladesh. Sejauh mana peranan Malaysia bersuara untuk menentang hukuman bunuh yang dikenakan ke atas pemimpin-pemimpin Islam ini? Terima kasih.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Sepang.
Saya juga mengikuti isu ini dan menyuarakan isu ini. Oleh itu ucapan beliau tadi adalah sebahagian daripada ucapan saya. Tuan Pengerusi, lebih khusus lagi...
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Boleh mencelah?
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Sila.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih. Saya merasa tertarik dengan hujah tadi yang diberi, saya ingat pandangan- pandangan supaya kita menjadi sebahagian daripada Ahli Mesyuarat adalah satu perkara yang baik, dan jangan kita mulakan perkara ini seolah-olah satu perkara yang buruk untuk negara kita. Janganlah kita nafikan bahawa Malaysia sebelum menjadi Ahli Majlis pun banyak perkara baik telah kita lakukan.
Contohnya di Filipina Selatan, kita buat constructive engagement bertahun-tahun lamanya. Kita juga mengamalkan dasar prosper thy neighbour yang ketika dahulu 88 buah negara pun berkumpul di tempat kita. Jadi kalau kita mengatakan seolah-olah apabila berlaku ini kita dapat kerusi ini jadi tidak baik, saya ingat jangan kita be presumptuous seolah-olah melihat perkara ini dari sudut yang negatif. Saya ingat tengok dari sudut yang positif. Kita pun bukan polis dunia. Kita tidak ada kapasiti begitu. Akan tetapi Malaysia mempunyai dasar yang baik yang bukan sahaja boleh buat constructive engagement dengan negara-negara lain tetapi menjadi satu contoh bagaimana keharmonian kaum itu dapat dikekalkan dan dapat kita terjemahkan dalam bentuk pembangunan yang mapan selama 57 tahun, insya-Allah. 50 tahun lagi sama juga.
Jadi saya hendak celah dekat sini, dalam pada kita memberi peringatan kepada kita, jangan pula kita menidakkan kemampuan yang ada. Ini kerana orang lain yakin pada kita. Oleh sebab itu mereka gembira bukan sebab dia suka sebab kita ini boleh ditolak-tolak tetapi kita sentiasa berpendirian tegas. Atas sebab itu ia menjadi satu beacon of stability dan satu beacon yang menjadi contoh kepada negara-negara lain terutama kepada negara- negara membangun dan negara dunia ketiga.
Jadi dalam pada kita memberi peringatan supaya apabila dapat ia dibuat, kita jangan nafikan juga pencapaian kita ini dapat disokong dengan baik dan gembira kerana kita mempunyai dasar yang tegas dan pelaksanaan dasar-dasar oleh negara yang amat baik yang mapannya yang patut dicontohi oleh negara lain. Jadi apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Saya rasa sekali lagi saya pernah menyuarakan sokongan saya terhadap Malaysia dalam peranannya di Filipina Selatan dan kes-kes seperti itu. Jadi tidak berbangkit kita tidak menyokong untuk menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu. Apa yang saya bimbang satu, Yang Berhormat Kota Tinggi kata kita bukan polis dunia. Ini yang saya tidak suka. Saya tidak suka kita jadi polis dunia, saya tidak suka Amerika Syarikat jadi polis dunia. Kita hendak Bangsa-bangsa Bersatu menjadi polis dunia, Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu menjadi polis dunia. Jadi ini peranan yang perlu kita mainkan dalam medan-medan antarabangsa.
Tuan Pengerusi, saya cuba juga ingin menanyakan kepada Yang Berhormat Menteri Kementerian Luar Negeri apa perlunya sampai RM20...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Tumpat...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Kawan bangun Yang Berhormat.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Sila.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Tumpat mungkin saya ingin mengetengahkan satu isu baru-baru ini di Iraq seperti sedia maklum, dengan izin, “The rise of the ISIS militant in Iraq”, yang sekarang dilabel sebagai “Islamic jihadist”. Mungkin tafsiran Islamic jihadist itu sesuatu yang kita patut mengetengahkan sebab that is no such things as an Islamic Jihadist. You know, Islam that is not to teach you to terrorize people, dengan izin. Islam does not teach you to kill like this. So mungkin is high time, dengan izin Malaysia also takes a stand not just Jews versus Palestine or rather Yahudi versus Palestinian but also inherited spec of what is happening in Iraq...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee
Dengan izin, Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Dengan izin. Sekarang ini pada pendapat saya sesetengah media memaparkan apa yang berlaku di Iraq sebagai sectarian war, dengan izin ataupun civil war. Akan tetapi with my limited knowledge also, mungkin Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan member dalam OIC must come forward dengan izin, to make a stand that we are against any form abuse against human rights whether it is Syiah versus Sunni or Junta or Curds or Jews or Christian. Mungkin apa pandangan Yang Berhormat Tumpat mengenai stand atau kedudukan pendirian Malaysia sebagai sebuah Ahli OIC, you know dengan pressure tekanan yang harus Malaysia letakkan ke atas PBB? Terima kasih.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Ini adalah sebagaimana kalau kita ikuti malam tadi dalam stesen berita antarabangsa Sky News, Tony Blair di interview dan diserang oleh wartawan British sendiri berkaitan dengan peranan beliau terlibat dalam menyokong kuat dan bersama-sama menghantar tentera untuk menyerang Iraq 11 tahun yang lalu.
Jadi ini permulaan yang mana sehingga ke hari ini tidak berkesudahan dan mengakibatkan perwujudan berbagai-bagai kumpulan yang mana saya harap Kerajaan Malaysia yang berpendirian sederhana ini memainkan peranan yang aktif untuk memastikan tidak ada aktiviti-aktiviti sebagaimana contoh yang diberi oleh Batu Kawan tadi.
Tuan Pengerusi, daripada RM20 juta ini RM8.5 juta adalah emolumen. Bererti seolah-olah ada gaji, pembayaran - adakah ini kepada konsultankah kepada pegawai kerajaan kitakah atau kepada siapa? RM11,500,000 lagi perkhidmatan dan bekalan. Saya ingin sedikit perincian kalau boleh berkaitan dengan pecahan perbelanjaan ini.
Keduanya saya ingin menanya kementerian. Saya melihat dalam internet, New Zealand juga bercadang berkempen untuk menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa- bangsa Bersatu, Anggota Tidak Tetap. New Zealand saya perhatikan ada websitenya sendiri bertajuk “New Zealand candidate for United Nations Security Council 2015-2016”.
Dia ada website, dijelaskan. Kalau sekadar website saya yakin tidak sampai RM11 juta dan sebagainya.
Pertamanya soalan saya adakah Wisma Putra ada juga website sebagaimana New Zealand dan negara-negara lain? Spain saya lihat ada website mereka untuk kempen.
Ini website rasmi kementerian masing-masing di negara-negara yang bertanding ini.
Adakah Wisma Putra ada website rasmi untuk kempen dan adakah perbelanjaan sebesar itu dan sebagainya?
Di bahagian yang seterusnya adalah pembukaan pejabat perwakilan. Ini saya telah bangkitkan juga berkaitan dengan perlunya kita ada kedutaan di Baku Azerbaijan.
Saya berterima kasih kerana ada cadangannya itu dan juga ada di Nanning yang saya mahu tanya di samping menyokong yang sudah dicadangkan ini ialah ada kawan-kawan kita dan ini bukan dari parti saya sahaja yang pergi ke Istanbul, Turki dan merasakan betapa perlunya di Istanbul juga ada Pejabat Konsulat Malaysia memandangkan Istanbul ini kota besar bukan sahaja untuk Turki, kota besar di peringkat dunia, kota yang bersejarah.
Kita ada kedutaan di Ankara tetapi Ankara dan Istanbul agak jauh lokasi masing- masing. Oleh kerana lebih ramai urusan rakyat sama ada melancong atau berurusan perniagaan di Istanbul dan bukannya di Ankara, adakah kerajaan selepas ini bercadang untuk menambah satu lagi Pejabat Konsulat di negara Turki iaitu di Istanbul? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sungai Siput.
Selepas itu Menteri bolehlah jawab.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Berkenaan dengan usaha kementerian kita untuk lobi untuk menjadi Ahli Majlis Sekuriti PBB, saya rasa satu isu yang kita kena tengok yang penting adalah imej negara kita sebagai sebuah negara yang berjuang untuk keadilan, untuk hak asasi antarabangsa.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Perkara ini yang menjejaskan imej negara kita, satu perkara ialah cara kita mengendalikan pelarian, refugee. Sekarang kita ada lebih kurang ramai refugee. Pelarian ya, refugee. Ini kerana kita ini tidak ada kategori refugee dalam Malaysia. Kita kumpulkan mereka sebagai pendatang asing tanpa izin. So, sekarang kita ada mungkin lebih kurang 40,000 orang Rohingya. Mereka didera di negara mereka, lari ke sini. Akan tetapi di sini kita tidak iktirafkan mereka sebagai refugee, mereka tidak boleh kerja. Akan tetapi untuk menjaga keluarga mereka, mereka terpaksa kerja mencuri-curi sana sini secara haram, mereka kena buli. Anak-anak mereka tidak pergi ke sekolah. So ini akan jejaskan imej kita sebagai satu negara yang progresif, yang boleh bawa hak asasi manusia di peringkat United Nations kerana kita sendiri dalam isu ini, kita tidak buat secara yang betul.
So, saya mengesyorkanlah kepada kementerian ya, kita ada di bawah Butiran 150800, kita ada you know satu bajet perkhidmatan bekalan, pakai sebahagian daripada ini, duduk bersama dengan Kementerian Dalam Negeri, lets set our house in order. Jika imej kita lebih cantik sedikit, lebih senang kita lobi untuk Kerusi ini. So itu permintaan sayalah.
Look into our domestic thing. Kita mesti tunjuk kita ini, perkara ini senang sahaja. Kita ada 2 juta pekerja asing. Kita tambahkan lagi 40,000 orang Rohingya, beri dia pas kerja sementara, tidak akan bawa masalah pada kita. Akan tetapi saya nampak ini satu isu yang selama ini kita tidak kendalikan dengan betul. So, saya haraplah Kementerian Luar Negeri akan- kita set our house in order dahululah. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan atau mengemukakan soalan-soalan untuk Kementerian Luar Negeri. Pertamanya tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai. Saya ucapkan terima kasih banyak dan tahniah kerana memahami akan tanggungjawab kita untuk menjadi Ahli Keselamatan PBB yang tidak tetap ini. Saya bersetuju sangat bahawa peranan kita amatlah besar, bukan hanya setakat regional basis tetapi juga dari segi keseluruhan dunia hari ini bermula daripada beberapa tahun, awal-awal semenjak kita merdeka lagi kita telah pun cuba untuk berperanan, untuk dilihat sebagai ahli yang bertanggungjawab di peringkat antarabangsa.
Keduanya tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat. Saya ingin jelaskan kepada Yang Berhormat Tumpat yang sebenarnya apabila kita suarakan sokongan yang telah diberikan oleh Amerika dan China, bukan kerana ghairah untuk menjadi pengikut, tidak benar. Akan tetapi kita merasa bersyukur kerana negara besar seperti Amerika dan China memberi sokongan terhadap apa yang kita akan bawa dalam UNSC nanti. Itu yang sepatutnya dibanggakan bukan hanya di peringkat kami di sebelah sini tetapi pembangkang pun seharusnya menyokong tentang sokongan yang telah diberikan oleh negara besar seperti Amerika.
Jangan salah faham, bila kita kata Amerika menyokong, seolah-olah macam kita hendak menjadi pengikut telunjuk Amerika, tidak benar sama sekali kerana saya hendak jelaskan, kita kena lihat bahawa Majlis Keselamatan ini merupakan satu badan yang tertinggi, berprestij dan diiktiraf oleh dunia yang akan bertanggungjawab dari segi mempertahankan dan memelihara keamanan dan keselamatan dunia.
Kalaulah negara-negara besar, menyokong dan juga, mahu melihat Malaysia menjadi salah seorang anggotanya, ini akan memberikan peluang yang baik kepada kita untuk memberi peranan yang lebih aktif bagi menyumbang ke arah usaha kita memastikan pelaksanaan bersama dasar dan keputusan berkaitan dengan pemeliharaan keamanan dan keselamatan dunia ini, boleh kita memainkan peranan yang lebih besar. Kita melobi ini
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato' Hamzah bin Zainudin
kerana untuk memberikan satu gambaran yang kita mampu dan kita mahu supaya semua negara-negara yang bertemu dan menyokong kita ini yakin bahawa Malaysia boleh menjadi atau penyumbang dari segi leadership dalam UNSC itu sendiri. Itu yang lebih penting kepada kita dan untuk mencerminkan kalau kita mempunyai sokongan yang besar, dapat mencerminkan di peringkat PBB bahawa Malaysia boleh membawa satu suara yang besar, yang diberikan sokongan yang begitu besar oleh semua Ahli PBB.
Kita juga boleh melaksanakan tanggungjawab ini apabila sokongan yang besar yang kita peroleh ini, dengan lebih mudah, kerana negara-negara yang lima tadi, anggota tetapnya, juga melihat bahawa kita mempunyai ramai sokongan di belakang yang kita bawa suaranya, bukan hanya setakat Malaysia tetapi juga daripada semua yang menyokong kita.
Jadi sokongan yang tinggi adalah amat penting dan imejnya nanti dapat membawa ke satu mercu kejayaan dan maruah Malaysia yang sama-sama kita boleh banggakan.
Tentang emolumen yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat, saya hendak jelaskan bahawa RM8.5 juta ini adalah untuk membolehkan kita membuat penempatan pegawai-pegawai kita selama dua tahun apabila kita menjadi Ahli Majlis UNSC nanti. Ia bukan hanya setakat bagi emolumen kepada konsultan tetapi melantik pegawai kita yang tetap di sana selama dua tahun.
Akan tetapi bila kita buka pejabat dan sebagainya, kita memerlukan dana untuk kepentingan selama dua tahun bagi kita berperanan yang lebih baik sebagai Ahli Majlis Keselamatan itu nanti dan ini akan memberikan satu usaha yang lebih aktif dan peranan yang lebih berkesan terhadap segala pelaksanaan, program dan keputusan yang akan kita capai nanti. Itulah...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Parit bangun Yang Berhormat.
Dato’Haji Mohd Zaim bin Abu Hassan - Parit
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa peluang kita untuk duduk sebagai Anggota Bukan Tetap Bangsa-bangsa Bersatu nampak cerah dan ada? Cuma kadang-kadang, kerana ada tokoh-tokoh negara ini yang memburukkan negara kita di luar negara, itu sebenarnya boleh merencatkan peluang kita? Adakah Yang Berhormat Dato’ bersetuju?
Dato' Hamzah bin Zainudin
Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Parit. Saya bersetuju. Sebenarnya apabila kita melobi, saya sendiri sebagai satu contoh, saya banyak ke luar negara untuk melobi ke banyak negara di luar sana, mereka ada bertanyakan tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang, sebagai contoh dalam negara kita. Seolah-olah GMM yang kita hendak bawa ini juga dibangkang oleh pihak-pihak pembangkang.
Saya jelaskan, saya kata pembangkang ini di mana-mana saja sama ada di Malaysia atau di seluruh dunia ini negara-negara luar di mana saja, ada saja pembangkang, dia akan cuba untuk membangkang apa saja kerajaan buat. Walaupun perkara yang baik.
Hari ini Yang Berhormat Tumpat kata, bukan saya tidak sokong, saya sokong. Akan tetapi bila Pengerusi tanya, ada sokongan? Dia kata tidak sokong. Itu biasa. Itu perkara yang telah pun menjadi lumrah.
Dato Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Itu sangkaan tidak betul itu Tuan Pengerusi sebab belum ada lagi. Saya berhasrat untuk menyokong sebenarnya tetapi oleh kerana sudah diberi gambaran saya tidak menyokong, saya terpaksa akur pada sahabat sayalah.
Dato' Hamzah bin Zainudin
[Ketawa] Itu perkara biasa, bukankah saya sudah kata tadi. Dia hendak cari peluang. Ada peluang tidak payah sokong, dia akan tidak sokonglah. Itu dia– ayat apa?
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato' Hamzah bin Zainudin
Ada kawan-kawan kata dia cari fasal. Itulah yang saya cuba untuk menjawab apa yang kawan kita dari Yang Berhormat Parit timbulkan tadi.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Kemudian tentang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang untuk kita promosikan GMM. Saya nak jelaskan di sini bahawa kita telah pun bawa agenda ini di peringkat global, di peringkat United Nations sendiri, PBB. Yang Amat Berhormat Perdana
Dato' Hamzah bin Zainudin
Menteri kita telah pun membawa agenda ini dan telah pun diterima baik oleh banyak negara ahli PBB keseluruhannya beberapa tahun yang sudah dalam Mesyuarat Agung PBB. Di peringkat regional, di ASEAN sebagai contoh, juga telah banyak negara yang menyokong dan sehingga hari ini, sudah ada negara-negara yang cuba melibatkan diri untuk bersama- sama dalam perjuangan GMM yang kita bawa selama ini.
Saya juga nak jelaskan seperti Yang Berhormat Tumpat beritahu, reform yang kita nak buat hari ini adalah merupakan satu agenda yang besar. Kita telah pun cuba menggariskan...
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Yang Berhormat Menteri, minta mencelah.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sekijang bangun, Yang Berhormat.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Okey.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Saya nak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Sepang ada sebut dia kata global moderation ini terganggu kerana proses-proses katanya ada beberapa NGO, ada Pemuda UMNO katanya terlibat mengganggu proses-proses untuk mengetengahkan global moderation ini. Adakah kalau kita lihat apa yang dilakukan oleh beberapa pihak, contohnya perkara-perkara berkaitan dengan himpunan haram dan sebagainya ini yang dianjurkan oleh Bersih dan sebagainya, juga mengganggu proses yang sama? Saya nak minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasihlah kepada sahabat saya yang bangkitkan isu yang sama seperti yang dibawa oleh Yang Berhormat Sepang. Ini sama-sama mempunyai pendapat masing-masing tentang bila ada demonstrasi, kalau ianya menyokong kerajaan, pembangkang kata, “Tengok, kerajaan tak ambil tahu tentang demonstrasi yang dibuat”. Bila belah sana, dia kata, “Inilah dia human right, boleh buat demonstrasi”. Ini perkara biasa yang telah pun dimainkan oleh pihak pembangkang.
Jadi Yang Berhormat, saya nak jelaskan di sini, UMNO pada pendapat saya, daripada mula kita merdeka sehingga hari ini adalah memperjuangkan untuk membela nasib bangsa, agama dan negara kita...
[Tepuk] Dan dia tak pernah langsung untuk lari daripada agenda yang pertama semenjak kita tubuhkan sehingga hari ini, dan insya-Allah, sampai bila-bila, itulah perjuangan kita untuk membela nasib bangsa, agama dan negara kita.
Yang Berhormat Tumpat mengatakan tentang reform yang kita nak buat. Saya nak jelaskan di sini kepada Yang Berhormat Tumpat bahawa pembaharuan yang telah pun kita cadangkan untuk kita bawa dalam UNSC nanti adalah pertama, seperti nak menambahkan ahli anggota tidak tetap UNSC ataupun tetap dan tidak tetap. Anggota tetap itu bukan hanya lima, kita nak tambahkan. Yang anggota tidak tetap juga kalau boleh kita nak supaya ditambahkan juga jumlah ahli.
Kedua, nak mengekang... Kita nak reform daripada segi penggunaan kuasa veto.
Ada beberapa condition yang seharusnya ada, kalau nak menggunakan kuasa veto yang selama ini dibuat oleh anggota-anggota tetap PBB atau UNSC tadi.
Ketiga, melibatkan negara-negara bukan anggota UNSC dalam kerja UNSC itu sendiri. Maknanya kita ada beberapa committee yang akan kita libatkan anggota-anggota lain untuk dilihat sebagai satu-satunya tanggungjawab itu bukan hanya setakat UNSC tetapi keseluruhan Ahli-ahli PBB nanti.
Keempatnya, mencadang untuk lebih telus dan bertanggungjawab di dalam satu- satu keputusan. Maknanya, kalau kita dah buat keputusan, itulah keputusan yang seharusnya semua mengikutinya tanpa ada lagi kuasa-kuasa lain yang mengekang atau menyekat daripada keputusan yang telah pun kita buat.
Juga, menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan pertubuhan serantau dan juga organ PBB yang lain supaya ia nampak dilihat sebagai satu anggota yang benar-benar bertanggungjawab demi untuk keselamatan keseluruhan dunia yang hari ini begitu runsing sekali kalau kita lihat daripada segi keselamatan, keamanan di dunia hari ini.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Itulah jawapan saya. Terima kasih banyak Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM26,693,000 untuk Maksud B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM26,693,000 untuk Maksud B.13 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual] [Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014 dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Bacaan Kali Yang Ketiga Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014 telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah disetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam 1Malaysia, salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014 untuk meminda Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dibaca kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Penggalakan Pelaburan 1986 memperuntukkan insentif bagi menggalakkan pelaburan kepada aktiviti-aktiviti dan produk-produk yang berkelayakan dalam sektor perkilangan, perhotelan, pelancongan dan lain-lain enterprise komersial di negara kita.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, terdapat dua insentif utama di bawah akta ini. Yang pertama, taraf perintis ataupun dengan izin, pioneer status, pemansuhan cukai pendapatan daripada 70% hingga 10% ke atas pendapatan statutori bagi tempoh lima hingga 10 tahun diberikan, dan yang kedua, elaun cukai pelaburan ataupun dengan izin, *investment tax allowance
(ITA)* sebanyak 50% hingga 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak bagi tempoh lima hingga 10 tahun. Elaun tersebut boleh dioffsetkan dengan 70% hingga 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran.
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan pengumuman Bajet 2008, 2010 dan 2011 yang mana kerajaan memperkenalkan insentif-insentif baru dan memansuhkan beberapa insentif yang telah tamat tempoh, Akta Penggalakan Pelaburan 1986 perlu dipinda untuk dikemaskinikan. Pindaan yang diperkenal akan merangsang pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan daya tahan negara serta mewujudkan persekitaran perdagangan dan pelaburan yang lebih dinamik.
Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira pakej-pakej insentif yang telah dilaksanakan secara pentadbiran, pindaan telah dicadangkan kepada peruntukan yang berkaitan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan mengenai ;
(i) penamatan insentif yang telah tamat tempoh kuat kuasanya;
(ii) lanjutan tempoh kuat kuasa insentif seperti yang diumumkan semasa pembentangan bajet tahunan;
(iii) pengenalan insentif baru seperti yang diumumkan semasa pembentangan bajet tahunan;
(iv) pengenalan peruntukan-peruntukan baharu untuk memperkemas penguatkuasaan akta ini; dan
(v) penyelarasan akta ini dengan peruntukan-peruntukan yang dibaca dan ditafsirkan bersama daripada Akta Cukai Pendapatan 1967.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, kita sambung petang Yang Berhormat.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said )
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambung ucapan ringkas saya tiga empat minit sebelum Dewan ditangguhkan jam 1.00 tadi. Saya fikir elok kalau saya ulangi beberapa perkara penting sebelum saya teruskan ucapan. Yang saya hendak ulang ini Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai pindaan-pindaan yang dicadangkan ini adalah berkaitan dengan perkara berikut;
(i) insentif yang telah tamat tempoh, itu sebabnya kenapa perlu dibuat pindaan;
(ii) insentif yang dilanjutkan tempoh, sebab yang kedua;
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed
(iii) adanya insentif baru yang dibentangkan dalam bajet tahunan.
Maka, ini harus dimasukkan di undang-undang ini;
(iv) peruntukan bagi mengemaskan penguatkuasaan akta ini; dan
(v) untuk selaraskannya dengan Akta Cukai Pendapatan 1967.
Jadi, itu lima sebab kenapa pindaan ini dicadangkan pada petang ini.
Tuan Yang di-Pertua, insentif-insentif yang telah tamat tempoh kuat kuasanya, maka ia perlu diambil kira oleh rang undang-undang ini;
(i) Penambahan insentif bagi kawasan digalakkan di mana insentif telah ditamat pada 1 Jan 2011. Ini adalah merujuk kepada insentif bagi kawasan yang digalakkan. Insentif ini merangkumi negeri-negeri di kawasan koridor Pantai Timur Kelantan, Terengganu dan Pahang, daerah Mersing, Johor dan juga Perlis, Sabah dan Sarawak. Insentif untuk kawasan digalakkan tersebut tidak lagi dilanjutkan. Ini adalah selaras dengan perkembangan semasa, khususnya dengan penubuhan koridor-koridor ekonomi wilayah ataupun economic corridors yang telah menyediakan pelbagai insentif. Maka, insentif ini kalau dikekalkan, dengan izin, redundant, tidak diperlukan lagi. Oleh yang demikian, perlu dimasukkan daripada undang-undang yang sedia ada. Jadi, ini memerlukan pindaan kepada seksyen-seksyen 5(1DE), 21K, 2lL, 27L, dan 29M. Ini pindaan-pindaan yang diperlukan untuk menamatkan insentif bagi kawasan yang digalakkan;
(ii) Insentif yang ditamatkan ialah insentif elaun infrastruktur berkuat kuasa 1.1.2011. Insentif ini diberikan kepada kawasan yang digalakkan. Apabila kawasan digalakkan dimansuhkan, maka dengan sendirinya insentif ini dimansuhkan. Insentif ini diberikan kepada syarikat yang telah melakukan perbelanjaan modal ke atas infrastruktur. Memandangkan insentif ini telah ditamatkan 1 Januari 2011, maka pemberian elaun infrastruktur turut diberhentikan pada tahun yang sama. Pindaan ini ialah memansuhkan Bab VII - elaun infrastruktur dalam akta ini;
(iii) Penamatan insentif bagi program berangkaian industri. Program ini adalah untuk syarikat kecil dan sederhana yang membekalkan komponen, teknologi ataupun R&D. Ia diperkenalkan dalam Bajet 2008 dan tamat tempoh pada 1.1.2011. Oleh kerana tempoh sudah tamat, maka rang undang-undang ini perlu dipinda.
Seksyen terlibat ialah seksyen 2, 4C, 5(1B), 5(1DA), 21D, 21DA, 21F, 26B, 26F, 27B dan 29C;
(iv) Penamatan insentif untuk syarikat yang menyertai aktiviti pengetahuan insentif strategik, kerajaan telah memperkenalkan insentif ini dalam aktiviti pengetahuan insentif strategik dalam pengumuman Bajet 2010. Sejajar dengan penamatan insentif ini pada 1.1.2012, akta ini perlu dipinda. Seksyen yang potong, yang dicadang dipotong ialah seksyen 5(1DA), seksyen 21G, seksyen 26H, 27H dan 29I.
Tuan Yang di-Pertua, itu yang pertama iaitu insentif yang telah tamat. Yang kedua ialah insentif yang dilanjutkan. Ada cadangan untuk melanjutkan insentif. Yang pertama ialah untuk melanjutkan insentif aktiviti penjanaan tenaga daripada sumber boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga. Dalam Bajet 2011 kerajaan mengumumkan untuk melanjutkan insentif ini sehingga hujung tahun 2015 sejajar dengan komitmen kerajaan untuk memajukan teknologi hijau dan memastikan kelestarian alam sekitar. Oleh yang demikian, pindaan perlu dilakukan pada seksyen 5(1DB), 26I, 26N, 27N, 29O - Akta 327 untuk memasukkan pelanjutan tempoh kuat kuasa insentif ini sehingga 31 Disember 2015.
Selain itu, peruntukan baru turut diperkenalkan di bawah seksyen 26(1), 26I, 27I, 29J, 43A untuk mengecualikan syarikat yang menjana tenaga yang boleh diperbaharui untuk penggunaan sendiri daripada mempunyai akaun berasingan. Pindaan juga dibuat
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed
pada seksyen 29(7)(3) bertujuan memasukkan pembelian sesuatu bangunan dalam takrif perbelanjaan modal berhubung dengan perniagaan hotel.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan turut dilakukan ke atas akta ini berikutan pengenalan insentif baru dan pengenalan peruntukan baru untuk memperkemas penguatkuasaannya. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut;
(i) pengenalan pengecualian cukai bagi syarikat yang menubuhkan untuk atau menaiktarafkan makmal pengujian peranti perubatan Malaysia. Makmal pengujian peralatan perubatan telah dikenal pasti sebagai satu khidmat sokongan penting untuk menentukan peralatan perubatan keluaran negara berkualiti dan mencapai piawaian antarabangsa. Memandangkan kemudahan makmal ujian dalam negara masih belum mencukupi, kebanyakan peralatan perubatan dihantar ke luar negara untuk diuji untuk menggalakkan pelaburan dalam sektor ini. Maka, dalam Bajet 2008 insentif pada syarikat yang melabur dalam makmal baru atau menaiktarafkan makmal sedia ada telah diberikan. Oleh itu seksyen 21F, 26F, 29G perlu dipinda supaya insentif ini dapat diberikan sehingga tahun 2012.
(ii) pengenalan takrif syarikat untuk memastikan hanya syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1995 layak untuk menikmati insentif di bawah akta ini. Takrif syarikat telah diperkenalkan di bawah seksyen 2.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed
(iii) pengenalan jangka masa statutori untuk perakuan atau perlanjutan tempoh masa bagi taraf perintis dan elaun cukai pelaburan untuk memastikan pengurusan insentif dilaksana dengan lebih terancang. Suatu peruntukan telah diperkenalkan mengenai jangka statutori untuk perakuan atau perlanjutan tempoh masa bagi taraf perintis dan elaun cukai pelaburan.
Peruntukan tersebut membolehkan suatu syarikat yang telah diberikan taraf perintis atau elaun cukai pelaburan memohon bagi penentuan tarikh kuat kuasa atau perlanjutan tempoh bagi permohonan sedemikian sebelum tamat tempoh 24 bulan atau apa-apa tempoh lanjutan seperti mana yang dibenarkan oleh menteri. Peruntukan ini diperkenalkan di bawah seksyen 7 berhubung taraf perintis dan seksyen 27P berhubung elaun cukai pelaburan.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang seterusnya yang dibuat kepada perkara ini ialah untuk menyelaraskan peruntukan yang dirujuk dari Akta Cukai Pendapatan 1967.
Pertama, kita cadangkan untuk dipotong seksyen berkaitan bangunan hotel yang disifatkan sebagai bangunan industri berdasarkan Bajet 2002 berhubung pemberian elaun bangunan industri kepada semua hotel, peruntukan baru telah dimasukkan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 yang mentafsirkan bangunan hotel sebagai bangunan industri. Perkara yang sama telah diperkenalkan di bawah seksyen 37F di bawah Jadual 3 Akta Cukai Pendapatan 1967. Satu keputusan dasar telah dibuat untuk menyelaras insentif berkaitan perhotelan yang dirujuk di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Oleh itu, Akta 327 telah dipinda dengan memotong seksyen 19 dan seksyen 30 berhubung hotel sebagai bangunan industri, peruntukan-peruntukan berkenaan, perkara yang sama masih terpakai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya pemotongan seksyen berkaitan sistem tafsir sendiri. Akta Cukai Pendapatan telah memperuntukkan pelaksanaan sistem tafsir sendiri pada syarikat-syarikat. Peruntukan yang sama telah turut dimasukkan dalam Akta 327.
Melalui sistem tersebut, syarikat dikehendaki menyelenggara penyata terkecuali bagi pendapatan perintis yang dikecualikan. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia berperanan untuk memantau agihan dividen daripada pendapatan yang dikecualikan kepada pemegang saham melalui tindakan pengauditan. Satu keputusan dasar telah dibuat yang mana peruntukan yang dipinjam melalui Akta Cukai Pendapatan perlu dibaca dan ditafsir bersama akta tersebut. Justeru Akta 327 dipinda dengan memotong seksyen 22A, 23, 24, 29, 29A,
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed
29AA, 29B, 29D, 29E, 29F, 29G dan 29H. Peruntukan tersebut masih terpakai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara yang dipinda di dalam Akta Penggalakan Pelaburan 1986 adalah:
(a) pindaan kepada fasal 1, pindaan ini bertujuan untuk mencadangkan agar peruntukan akta ini mula berkuat kuasa pada 31 Ogos 2007 untuk penamatan pengurangan pendapatan larasan;
(b) 8 September 2007 untuk insentif bagi memperuntukkan pengecualian kepada syarikat yang menjana tenaga yang boleh memperbaharui untuk kegunaan sendiri daripada mempunyai akaun berasingan dan syarikat yang menubuhkan makmal ujian peranti perubatan; dan
(c) 1 Januari 2011 untuk insentif bagi penamatan kawasan digalakkan, penamatan program rantaian industri, syarikat yang menempatkan semula satu aktiviti digalakkan atau produk digalakkan yang sedia ada dan di luar kawasan digalakkan ke kawasan digalakkan. Perlanjutan tempoh insentif untuk penjanaan tenaga boleh diperbaharui, pemuliharaan tenaga untuk kegunaan sendiri dan penamatan elaun berstruktur. Pada 1 Januari 2012 untuk penamatan insentif bagi aktiviti pengetahuan insentif strategik mula berkuat kuasa.
Seterusnya pindaan kepada seksyen 2, fasal 2, pindaan ini bertujuan untuk memotong tarif kawasan digalakkan dan program rantaian industri memandangkan insentif tersebut telah ditamatkan berkuat kuasa 1 Januari 2011. Manakal B, memasukkan tarif syarikat untuk memastikan hanya syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 layak untuk menikmati insentif di bawah akta ini. Tiga, memotong perkataan ‘atau syarikat sederhana’ dan dalam definisi syarikat kecil atau syarikat sederhana.
Seterusnya pindaan kepada 4C, 51B, 21D, 21 DA, 26B, 27B dan 29C, fasal 4, 5, 9, 10, 18, 27 dan 37. Pindaan-pindaan ini bertujuan untuk memotong seksyen dan subseksyen berkaitan insentif untuk kawasan digalakkan memandangkan insentif ini telah ditamatkan berkuat kuasa 1 Januari 2011.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada seksyen 5, fasal 5. Ia bertujuan meminda perenggan 1DA kerana insentif bagi program rantaian industri telah ditamatkan berkuat kuasa 1 Januari 2011 dalam Bajet 2008. Memotong subseksyen 1DA kerana insentif bagi aktiviti pengetahuan intensif yang strategik telah ditamatkan berkuat kuasa pada 1 Januari 2012 meminda sub berkuat kuasa 1 Januari 2011.
Seterusnya pindaan kepada seksyen 7, Tuan Yang di-Pertua. Pindaan kepada seksyen 7, fasal 7 bertujuan meminda subseksyen 7 bagi mengadakan suatu jangka masa statutori untuk mana-mana syarikat yang telah diluluskan taraf perintis untuk mohon perakuan perintis sebelum tamat tempoh 24 bulan atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Pindaan seksyen 19 dan 30, fasal 8 dan 47 bertujuan memotong seksyen 19 dan seksyen 30 berhubung dengan bangunan hotel yang disifatkan sebagai bangunan industri dan perkara yang sama telah diperuntukkan dalam Perenggan 37F, Jadual 3 pada Akta Cukai Pendapatan 1967.
Seterusnya pindaan kepada seksyen 21F, 26F, 29G fasal 11 1941 bertujuan memotong insentif program rantaian industri dan peruntukan cukai bagi pendapatan nilai tambahan bagi syarikat yang menaik taraf makmal pengujian peranti perubatan yang sedia ada di Malaysia. Selanjutnya, pindaan ini bertujuan memperuntukkan tempoh insentif bagi syarikat yang menubuhkan atau menaik taraf makmal pengujian peranti perubatan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2012.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada seksyen 21G, 26H, 27H, 29I fasal 12, 20, 26, 42 bertujuan memotong seksyen-seksyen berkaitan insentif untuk aktiviti pengetahuan intensif yang strategik berikutan penamatan insentif ini berkuat kuasa 1 Januari 2012 mengikut Bajet 2010.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Seterusnya pindaan seksyen 21K, 26L, 27L, 29M fasal 13, 23, 28 dan 45 bertujuan memotong seksyen-seksyen berkaitan insentif untuk syarikat yang menempatkan semula aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan sedia ada dari luar kawasan digalakkan ke suatu kawasan digalakkan berikutan insentif untuk kawasan digalakkan telah ditamatkan berkuat kuasa 1 Januari 2011.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada seksyen 22A, 23, 24, 29, 29A, 29AA, 29B, 29D, 29E, 29F, 29G, 29H fasal 14, 15, 16, 33, 34, 35, 36, 38, 39, 40, 41, 42 bertujuan meminda seksyen-seksyen berbangkit daripada pengenalan seksyen 22A selaras dengan sistem tafsir sendiri yang diperkenalkan di bawah Akta Cukai Pendapatan. Pindaan tambahan kepada seksyen 24 merupakan pindaan berbangkit daripada pemotongan seksyen berkenaan berkaitan insentif untuk kawasan digalakkan dan penempatan semula aktiviti perkilangan dari luar kawasan digalakkan ke suatu kawasan digalakkan yang telah dihentikan berkuat kuasa 1 Januari 2011.
Pindaan kepada seksyen 26I, 26M, 27N, 29O, 29J, 43A dan subseksyen 51DB fasal 5, 21, 24, 27, 30, 44 dan 50 bertujuan untuk meminda seksyen-seksyen dan subseksyen berkaitan insentif untuk syarikat yang menyertai atau berhasrat untuk menyertai aktiviti penjanaan tenaga boleh diperbaharui atau menyediakan perkhidmatan penjimatan tenaga di Malaysia memandangkan insentif ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2005.
Pindaan kepada seksyen 21I, 26I, 27I, 29J dan 43A adalah untuk mengecualikan syarikat yang menjana tenaga yang boleh diperbaharui untuk kegunaan sendiri daripada mempunyai akaun berasingan. Pindaan juga dibuat kepada seksyen 297(3) untuk memasukkan pembelian sesuatu bangunan dalam takrif perbelanjaan modal berhubung perniagaan hotel.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya seksyen baru 27B fasal 31 bertujuan memperkenalkan seksyen untuk mengadakan satu jangka masa bagi satu syarikat yang telah diberikan elaun cukai pelaburan untuk memohon bagi penentuan tarikh kuat kuasa atau perlanjutan tempoh bagi permohonan sedemikian sebelum tamat tempoh 24 bulan atau tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Menteri. Seterusnya pindaan Bab VII fasal 49 untuk memotong Bab VII berkaitan elaun infrastruktur memandangkan elaun tersebut telah ditamatkan pada 2011.
Akhir sekali beberapa pindaan lain yang berkaitan. Kita juga mencadangkan membuat pindaan berbangkit ataupun consequential seperti dalam fasal-fasal 3, 6, 17, 22, 29, 32, 43, 46, 48. Fasal terakhir iaitu fasal 51 mengandungi peruntukan kecualian dan peralihan.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan kementerian dan jabatan berkaitan dalam usaha untuk memastikan bahawa rang undang-undang Akta Penggalakan Pelaburan
(Pindaan) ini adalah telus serta dipersetujui oleh pihak berkepentingan. Ia adalah untuk menyelaras peruntukan di bawah Akta 327 dengan pengumuman insentif-insentif baru pada setiap tahun dan perkembangan dalam aktiviti untuk menarik pelaburan dalam dan luar negara. Pindaan ini juga bertujuan mengukuhkan serta memperkemas perundangan agar pelaksanaan dan penguatkuasaan dapat dijalankan dengan lebih efektif.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua bagi saya peluang untuk sama-sama berbahas suatu akta untuk meminda Akta Penggalakan Pelaburan 1986. Akta Penggalakan Pelaburan ini adalah sangat perlu untuk kita pinda bagi kita melaksanakan apa juga jenis atau pemberian insentif yang kita umumkan pada setiap kali bajet. Jadi nampaknya setiap kali kita hanya menjalankan secara pentadbiran sahaja.
Jadi soalan saya adakah kerana jabatan-jabatan ataupun agensi-agensi lain yang ada hubung kait seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri, seperti Kementerian Kewangan ataupun Jabatan peguam Negara sengaja melambat-lambatkan untuk kita melaksanakan pindaan akta ini kerana akta ini penting? Dalam usaha kita untuk menarik pelaburan bukan sahaja untuk memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak kita yang pada setiap tahun lebih kurang 90,000 daripada sektor ini yang memberikan peluang untuk mendapatkan pekerjaan bahkan kita mahu jadikan negara kita terus tumbuh sebagai sebuah negara maju tahun 2020 nanti.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional yang telah dapat mencatat satu kehebatan yang luar biasa sekali. Pada tahun 2013 mencatatkan pelaburan sebanyak RM38.8 bilion. inilah satu daripada pencapaian yang cukup terbesar sepanjang tahun 2013 dan untuk suku tahun pertama tahun 2014 kita juga telah meluluskan sebanyak RM17.1 bilion. Sebanyak RM13.1 daripada pelaburan asing dan sebanyak RM4 bilion daripada pelaburan DDI ataupun pelaburan tempatan.
Daripada angka ini kita dapat pasti bahawa negara kita menjadi tumpuan pelabur pada ketika ini kerana kita mempunyai beberapa kriteria. Walaupun ada pihak-pihak yang selalu memperlekehkan tentang kejayaan dan pencapaian negara kita tetapi pelabur- pelabur asing tahu dekat mana mereka hendak melabur kewangan mereka kerana mereka tahu di mana hendak mendapatkan keuntungan kerana tempat itulah sebenarnya yang menjanjikan satu pulangan yang cukup lumayan sekali.
Negara kita sebenarnya pertamanya kerana kestabilan politik dan juga ekonomi.
Sampai daripada semenjak kita mendapat kemerdekaan sehingga ke hari ini Barisan Nasional terus memerintah dan insya-Allah dengan izin Allah ia akan terus kekal kerana kita mahu melihat negara kita akan terus tumbuh menjadi sebagai sebuah negara maju yang boleh sama-sama kita banggakan.
Keduanya, infrastruktur kita dan juga prasarana kita yang baik. Saya dengan Tuan Yang di-Pertua baru ke luar negara dua minggu lalu.
Seorang Ahli
Dia seorang jalan!
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Tak ada, dengan tugas rasmi. Tugas rasmi barulah kita dapat perbandingan bahawa sebenarnya hujan emas di negara kita sebenarnya dan dalam perbualan sama-sama dengan Tuan Yang di-Pertua pun ada, saya tidak ada masa itu. Tuan Yang di-Pertua ada masa itu bahawa orang menyebut kehebatan Malaysia dalam perjumpaan tersebut. Betul Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, bagi extra lima minit ya.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Ketiganya kerana ketelusan dasar kita. Yang pertamanya kita business friendly. Kita mahu menggalakkan perniagaan kerana di situlah sebenarnya dapat pertumbuhan ekonomi. Keempatnya persekitaran kita yang terus mapan. Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Peraturan mesyuarat Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, peraturan mana?
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Mungkin kelalaian ia berkaitan dengan sidang kita dalam majlis dan cokmar kita berada seperti dalam Dewan Rakyat yang biasa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak, kita bersidang dalam majlis sekarang.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Sepatutnya cokmar itu diturunkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, kalau dalam jawatankuasa cokmar diturunkan.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Kita dalam majlis sekarang ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dalam majlis. Belum lagi peringkat jawatankuasa. Ya, sila.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Boleh saya terus Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Saya pun sudah hilang punca Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi apa pun kita hendak menyebut di sini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Jaisn, Yang Berhormat Tumpat sengaja hendak test Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Kita mahu kalau boleh pencapaian kita ini apa yang saya hendak tanya kepada pihak kerajaan berkeupayaankah kita dapat mengekalkan keadaan seperti ini? Ini kerana kita sedang menghadapi pelbagai saingan bukan sahaja daripada negara-negara sahabat bahkan jiran kita pun. Jadi pelabur- pelabur sentiasa akan melihat di manakah tempat pelaburan yang akan menguntungkan mereka yang memberikan insentif-insentif yang terbaik? Oleh sebab itu akta ini cukup penting sekali supaya apa juga insentif yang kita beri telah disemak oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang berkaitan supaya tidak merugikan diri kita sendiri.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Yang Berhormat Jasin boleh tanya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Gerik di belakang. Ya, sila.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Dalam kita hendak membentuk Akta Penggalakan Pelaburan kita dapati ada dua insentif tadi seperti mana Yang Berhormat Jasin sebut taraf perintis dengan elaun cukai pelaburan. Kita nampak taraf perintis telah memberi ruang kepada syarikat-syarikat luar negara lima hingga sepuluh tahun dia tidak payah bayar cukai kepada kerajaan. Adakah dengan mengenakan taraf perintis ini sebenarnya merugikan negara kerana syarikat tadi bila dia sudah cukup sepuluh tahun atau lima tahun dia berhenti dia tubuh pula syarikat lain duduk dalam Malaysia. Macam mana pandangan Yang Berhormat Jasin?
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Saya fikir ucapan beliau masukkan dalam ucapan sayalah. Saya minta Yang Berhormat Menteri akan jawab soalan ini kerana ini cukup penting sekali kerana kita mahu kalau boleh dalam keghairahan kita memberi insentif-insentif untuk menarik pelabur-pelabur asing dan tempatan untuk melabur dalam negara kita jangan lupa bahawa kita jangan mendapat satu kerugian.
Perkara yang penting sekali untuk pelabur-pelabur datang ke negara kita apabila negara kita diberikan pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Di antara pencapaian Malaysia daripada segi daya saing kita turut menyumbang kepada minat-minat pelabur asing untuk terus datang menanam modal di negara kita. Kita lihat laporan pada Doing Business 2014 yang terbitan daripada Bank Dunia, Malaysia sebagai negara keenam paling mesra perniagaan. Ini yang hebat Malaysia kita ini. Kalau orang kata apa biar orang kata pun tetapi kita tahu bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Jemaah Menterinya tahu mentadbir negara kita dan menguruskan dengan cara yang paling terbaik sekali.
Keduanya Malaysia turut berada di tempat pertama dari segi kemudahan kredit dan tempat keempat dalam dunia dari segi memberikan perlindungan pelabur dan juga pelaburannya.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Jadi soalan saya, apabila kita memberikan perlindungan kepada pelabur-pelabur, adakah setakat ini kita menghadapi apa-apa masalah litigation daripada pelabur-pelabur asing yang menanam modal dalam negara kita? Tidak semestinya mereka yang datang
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
melabur akan mendapat keuntungan. Mungkin mereka akan mendapat berbagai-bagai masalah yang mereka hadapi yang menyulitkan perniagaan mereka dan adakah mereka ini mengambil tindakan kepada negara kita.
Ketiganya daripada Buku Laporan Tahunan Daya Saing Dunia yang diterbitkan oleh International Institute of Management Development. Ini semua saya tak payah baca lagi tetapi sudah cukup membuktikan bahawa negara kita telah mendapat pengiktirafan yang cukup hebat sekali yang telah memungkinkan pelabur-pelabur asing untuk berminat datang ke Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, dalam kehebatan kita ada juga beberapa perkara yang patut kita bangkitkan sama-sama kerana yang pertamanya, saya dari negeri Melaka. Jadi, walaupun pembangunan kawasan perindustrian negeri-negeri adalah di bawah bidang kuasa dan juga perancangan pihak kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan seharusnya memainkan peranan yang efektif dalam usaha, bukan begitu. Kerajaan Persekutuan memainkan peranan yang aktif dalam menarik pelabur-pelabur asing. Jadi apa yang saya hendak tanya di sini, pembangunan pada permulaannya kawasan perindustrian yang dimajukan oleh pihak negeri, adakah ia di bawah pentadbiran atau pun perbelanjaan daripada kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan?
Keduanya, apa yang terjadi pada ketika ini, banyak kawasan perindustrian yang telah banyak menarik pelabur-pelabur asing dalam keadaan yang cukup daif sekali.
Kerajaan Pusat sepatutnyalah memainkan peranan dalam memastikan supaya infrastruktur sentiasa diberikan perhatian. Bukan sahaja kita mahu menarik pelabur asing yang baru, pelabur yang sedia ada kita mesti jaga juga kerana merekalah sebenarnya yang menjadi duta kepada kita yang menyampaikan apakah yang baik yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia kepada kawan-kawan mereka di luar sana. Pelabur-pelabur yang sedia ada ini, kita mahu mereka akan terus menetap di Malaysia dan juga membesarkan ataupun menyambung, extension apa juga pelaburan yang sedia ada.
Keduanya, saya ingin membangkitkan tentang apa yang dihadapi oleh banyak pelabur sedia ada pada ketika ini iaitu mereka menghadapi yang pertamanya, kekurangan pekerja-pekerja. Pada ketika ini Tuan Yang di-Pertua, nampaknya rakyat Malaysia tidak begitu berminat bekerja dalam sektor pembuatan. Jadi, kita terpaksa bergantung pada tenaga buruh-buruh asing. Akan tetapi masalah yang dihadapi oleh banyak dari kilang perindustrian ini, mereka menghadapi kekurangan pekerja yang cukup acute sekali. Bukan itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dalam management staff, staf pentadbiran dia kerana apa yang terjadi pada ketika ini di antara kilang dengan kilang, dia akan curi mana yang boleh menawarkan insentif ataupun gaji yang lebih baik. dia pun ada insentif juga.
Mana yang boleh menawarkan gaji yang lebih baik, dia akan lari ke tempat sebelah sana.
Jadi inilah masalah yang mereka selalu hadapi.
Perkara keduanya, tentang buruh-buruh asing, mereka sentiasa diganggu macam- macam anasir. Apa yang saya minta kepada kerajaan pada ketika ini supaya buruh-buruh asing yang bekerja di sektor-sektor pembuatan diberikan sedikit perlindungan kerana banyak daripada kalangan mereka yang ditangkap oleh pihak imigresen, pihak polis.
Setelah disoal siasat, ditangkap, selepas itu ditangkap barulah beberapa hari dilepaskan.
Jadi mereka nampaknya pada ketika ini bukan sahaja menghadapi lost of man hours, tetapi pekerja-pekerja ini hilang minat untuk terus bertahan di dalam negara kita.
Sebenarnya adalah menjadi suatu hasrat kerajaan supaya kita dapat meningkatkan pelabur-pelabur tempatan. Pada ketika ini, kedudukan kita adalah lebih kurang satu per tiga pelabur-pelabur tempatan dan dua per tiga daripada pelabur-pelabur luar. Menjadi hasrat kita kalau boleh kita dapat meningkatkan pencapaian pelabur-pelabur tempatan sampai kepada angka 50%. Sebelum ini kerajaan ada menyediakan satu dana iaitu dana DIFF. DIFF ini kerajaan telah meletakkan sebanyak RM1 bilion yang diberikan kepada syarikat-syarikat pembuatan yang 60% dipunyai oleh orang-orang Malaysia. Akan tetapi apa yang terjadi pada ketika ini, dana ini hanya diberi kepada mereka yang hanya untuk extension program sahaja. sepatutnya dana ini dapat kita gunakan kepada pelabur- pelabur baru. sejumlah 60% daripada pelabur-pelabur tempatan yang mahu menanam modal ataupun bersama-sama dengan mana-mana pelabur-pelabur asing yang hi-tech. Ini yang kita hendak kerana misalannya dalam apa juga bidang, renewal energykah, kalau dalam bidang high technologykah, dalam bidang pembuatan dan juga dalam keadaan- keadaan ini kita mahu melihat supaya dana ini dapat diguna sama. Seterusnya..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kuala Langat sakit tekakkah?
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Ya, dalam usaha kita untuk menarik pelaburan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Ya, kita mahu melihat supaya apa juga peluang dan juga kelulusan yang telah diberikan oleh pihak MITI dan juga MIDA yang jelas telah mendapat geran peruntukan dalam sektor-sektor teknologi iaitu sektor- sektor perubatan dan juga green tech. Mereka ini sebenarnya tidak dapat diberikan peluang dalam DIFF tadi.
Seterusnya, pada tahun ini adalah genap 40 tahun persahabatan di antara Malaysia dengan China. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah diberikan suatu layanan yang cukup hebat sekali. Sambutan yang cukup luar biasa semasa lawatan beliau di negara China untuk memperbaharui persahabatan kita. Jadi kita mahu melihat supaya kita akan dapat meneruskan usaha dan memperkukuhkan persahabatan kita yang sedia terjalin. Jadi saya hendak tanya pihak kerajaan, adakah pihak MITI dan juga MIDA telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan pejabat-pejabat MIDA dan juga MITI di China kerana kita mahu kalau boleh, biar kita orang yang pertama dahulu mengambil peluang selain daripada negara-negara lain rebut peluang tersebut kerana inilah tempat pada ketika ini yang kita terpaksa bergantung harap.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, dalam usaha kita untuk menambahkan pelaburan, banyak usaha telah kita selalu bincangkan tentang menarik pelaburan-pelaburan dalam sektor pembuatan. Akan tetapi, kita dapat lihat dalam semua negeri maju, sebenarnya sektor services adalah yang tinggi sekali pelaburannya. Negara-negara semacam Jepun, US dan juga UK, pelaburan-pelaburan dalam sektor services ataupun perkhidmatan menjangkau 65% ke 75%. Malaysia kita baru mencapai sebanyak 54% sahaja.
Apakah usaha yang telah kita buat pada ketika ini bagi memastikan supaya kita dapat meningkatkan pelaburan dalam bidang services ini supaya usaha untuk kita menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju tahun 2020 akan tercapai. Oleh itu Tuan Pengerusi..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pengerang bangun.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Saya baru hendak tanya Yang Berhormat Jasin soalan, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila, sila, sila.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Jasin, saya tertarik dengan kenyataan terakhir Yang Berhormat Jasin. Jadi soalan saya, adakah boleh kita membuat conclusive bahawa Singapura berjaya dalam ekonomi bukan sahaja di Asia Tenggara, di Asia ataupun di dunia disebabkan insentif yang diberi kepada yang disebut dengan izin services yang disebut oleh Yang Berhormat Jasin. Terima kasih.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Orang dekat Singapura ini mesti dia angin lebih sedikit dekat Singapuralah.
Akan tetapi apa pun kita mahu kalau boleh benda yang baik kita akan jadikan sebagai teladan.
Jadi kita yakin bahawa sebenarnya apa yang Singapura dapat ketika dalam sektor services, ia telah mendapat mencatit angka sebanyak 73% Tuan Yang di-Pertua. Singapura sebenarnya adalah satu saingan yang paling hebat yang terpaksa kita hadapi kerana mereka mahu bukan sahaja dapat memberikan, menarik pelaburan, transport technology, memberi peluang pekerjaan bahkan dapat meningkatkan pencapaian ekonomi mereka.
Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Parit Sulong. Ya, sila.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Jasin sebab Yang Berhormat Jasin bercakap mengenai insentif pelaburan. Setuju atau tidak Yang Berhormat Jasin sebab insentif pelaburan ini sangat penting sebabnya usaha perlu dilakukan untuk menarik pelaburan swasta ini sudah semestinya?
Keduanya, apa pendapat Yang Berhormat Jasin mengenai insentif ini supaya pelabur-pelabur ini tidak meninggalkan negara kita? Ini kerana kita mempunyai ataupun menghadapi saingan seperti yang tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Pengerang iaitu dari Singapura dan negara-negara yang berhampiran. Jadi setujukah atau tidak Yang Berhormat Jasin yakni perlu kerajaan untuk melihat apa jenis insentif dalam usaha supaya mereka ini tidak meninggalkan Malaysia? Terima kasih.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Orang yang baik kita mesti jaga. Orang beri kita bunga kita mesti hargai.
Janganlah hendaknya kita jaja nama yang tidak baik. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pandan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang, Tuan Yang di-Pertua, Ahli Dewan yang dihormati. Yang Berhormat Menteri tadi membentangkan pindaan dan cadangan-cadangan. Dewan sedia maklum bahawa kebanyakan pindaan ini adalah atas dasar teknikal. Ada insentif yang telah tamat, ada yang perlu dipanjangkan dan lain-lain.
Jadi saya dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ingin mengemukakan beberapa perkara yang tidak begitu teknikal seperti itu tetapi mengajak Dewan untuk menilai kembali pendekatan insentif-insentif cukai pelaburan yang sebenarnya tidak berubah sejak mula- mula diperkenalkan dari tahun 1970-an dahulu.
Maknanya sekarang walaupun ekonomi kita telah banyak berubah yang mana kita perlu lebih bergantung kepada sektor dalaman domestik daripada industri kecil dan sederhana, daripada yang berasaskan kepada perkhidmatan dan nilai berbanding dengan perkilangan semata-mata. Akan tetapi kerangka insentif pelaburan kerajaan masih lagi yang berasaskan kepada contohnya dengan izin, capital allowance. Contohnya kepada pioneer status, contohnya dengan izin, investment tax allowance yang mana pendekatan ini Yang Berhormat Menteri, sebenarnya dahulu 30 - 40 tahun yang lepas tujuannya adalah untuk disasarkan kepada syarikat-syarikat besar yang kebanyakannya adalah syarikat antarabangsa. Ini kerana industri kecil dan sederhana yang diusahakan oleh rakyat kita ini dahulu pada awal-awal dan sehingga sekarang, mungkin tidak boleh mencapai ataupun memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan untuk menikmati insentif-insentif ini.
Kita sedia maklum bahawa pelbagai insentif diberikan. Saya menghabiskan sedikit masa di dalam sektor petrokimia contohnya yang melibatkan banyak pelaburan daripada syarikat-syarikat gergasi dunia. Kalau kita lihat bagaimana Malaysia memulakan dan kemudian mengembangkan sektor petrokimia di negara ini, pelbagai bentuk insentif yang melebihi pelepasan cukai semata-mata yang diberikan.
Selain daripada insentif-insentif Yang Berhormat Menteri sebut tadi, selain daripada pelepasan cukai, pelabur-pelabur ini daripada syarikat-syarikat gergasi antarabangsa juga mendapat tanah pada kadar yang murah ataupun percuma kadang- kadang. Apa yang lebih penting mereka juga dalam pengalaman kita dalam sektor petrokimia, mereka mendapat keistimewaan dengan membeli ataupun dengan izin, fixed stock ataupun bahan bakar gas dan lain-lain pada kadar yang cukup murah.
Maknanya perniagaan mereka itu selain daripada pelepasan cukai, insentif dan lain-lain turut diberikan subsidi secara tidak langsung melalui penjualan gas pada harga di
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
bawah harga pasaran. Selepas 10 tahun contohnya, 15 tahun, selepas mereka mengaut keuntungan kerana mereka mempunyai pakar-pakar cukai yang tahu merancang cukai itu untuk mengambil kesempatan dan sepenuhnya mengaut keuntungan dengan pelepasan dan insentif yang ditawarkan oleh kerajaan, mereka memindahkan industri ataupun syarikat mereka ke tempat-tempat lain.
Sebab itu saya minta supaya Yang Berhormat Menteri, ambil kesempatan dan bentangkan syarikat-syarikat antarabangsa yang besar ini yang menikmati bukan sahaja pelepasan cukai tetapi juga menikmati subsidi gas dan bahan bakar lain yang lebih murah, berapa sebenarnya cukai bersih yang dikutip daripada mereka? Ini kerana saya khuatir kalau kita semak balik, mereka telah menggunakan sepenuhnya. Baik pioneer status, baik investment tax allowance, baik accelerated capital allowance yang akhirnya jumlah bersih cukai yang dibayar kepada kerajaan itu begitu sedikit berbanding dengan pelbagai insentif dan subsidi yang mereka telah dapat.
Kemudian kita juga sedia maklum, ada celahan? Ini kerana saya hendak sampai dekat YTL ini, Yang Berhormat Kinabatangan ada tak? Kalau Yang Berhormat Kinabatangan ada di luar Dewan, boleh masuk Yang Berhormat Kinabatangan sebab saya hendak masuk ke part YTL ini.
[Dewan riuh]
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Baru sebut YTL, semua sudah bangun, bagus.
Baik, Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Beri cepat habis lagi bagus.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Janganlah panas, YTL itu bukan kroni UMNO. Dia tidak dapat projek, dia sudah kata dia tidak dapat. Baik Tuan Yang di-Pertua, insentif-insentif yang saya sebut tadi yang ada unsur-unsur ketirisan dari yang berlaku dengan syarikat-syarikat antarabangsa, insentif yang sedemikian itu dan juga pelbagai keistimewaan lain lebih banyak diberikan pula kepada syarikat-syarikat besar kroni dalam negara seperti YTL, contohnya.
Kalau kita ambil bagaimana Kerajaan Barisan Nasional melaksanakan IPP, selain daripada diberi kemudahan pelepasan cukai, selain daripada mereka mendapat kontrak yang diikat dengan TNB selama berpuluh tahun yang menjamin keuntungan bersih berbilion-bilion kepada mereka contohnya. Mereka juga mendapat sokongan kewangan daripada institusi-institusi kewangan yang dikawal oleh kerajaan. Mereka juga mendapat tanah daripada TNB.
Terbaru ini hari ini, Kesatuan-kesatuan Sekerja TNB, empat kesatuan sekerja bergabung untuk demonstrasi meminta supaya TNB menarik diri daripada konsortium IPP baru yang melibatkan YTL di Pasir Gudang kerana Projek Trek 4A itu yang tidak dibuat secara tender terbuka sebenarnya dikhuatiri akan mengambil tanah daripada TNB dan ekuiti yang diberikan kepada TNB itu terlalulah sedikit dan tidak menguntungkan.
Jadi maknanya kerangka insentif dan pelaburan yang diteruskan dengan pindaan- pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri ini sebenarnya saya khuatir akan meneruskan lagi ketirisan-ketirisan yang kita sudah nampak berlaku. Tidak cukup dengan pelepasan cukai, tidak cukup dengan perjanjian berbilion ringgit, tidak cukup dengan tanah saudara-saudari, mereka juga akan dapat pelbagai kelebihan-kelebihan lain. Kalau dengan contoh YTL ini apabila mereka telah membuat untung di Malaysia berasaskan kepada insentif dan pelepasan cukai dan kontrak yang diberikan oleh Barisan Nasional, wang itulah yang mereka bawa keluar dan kemudian melabur di luar negara, membeli aset-aset di luar negara di United Kingdom dan lain-lain.
Oleh sebab itu, saya minta Yang Berhormat Menteri supaya jelaskan kepada Dewan semasa menjawab nanti, apakah mekanisme yang telah digunakan oleh kementerian beliau dan Barisan nasional untuk sekurang-kurangnya mengira dan menjejaki berapa banyak insentif dan pelepasan cukai yang telah dinikmati oleh syarikat-syarikat kroni yang baik dengan Barisan Nasional ini? Baik daripada insentif, baik pelepasan cukai, baik subsidi gas, baik daripada subsidi faedah, kewangan dan lain-lain dibandingkan dengan berapa wang yang telah dibawa keluar untuk membeli aset-aset di luar negara.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Baik oleh YTL, baik oleh Genting, baik oleh Ananda Krishnan, baik oleh Tan Sri Syed Mokhtar dan yang lain-lain. Ini kerana, tidak guna untuk kita terus pinda dan melanjutkan pelepasan-pelepasan cukai ini, kalau pelepasan cukai ini...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
[Bangun]
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Yang Berhormat Pandan, boleh mencelah sedikit?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Sekejap, saya habiskan ayat ini. Kalau pelepasan cukai ini akhirnya meneruskan hanya yang besar-besar sahaja yang menikmatinya tetapi tidak betul-betul membantu golongan yang memerlukan bantuan daripada kerajaan terutamanya industri kecil dan sederhana. Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Terima kasih Yang Berhormat Pandan dan Tuan Yang di-Pertua. Ini cerita tentang insentif yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pandan ini. Saya pun tidak nampak ke mana arah ditujunya mengatakan kalau insentif ini tidak digunakan – memang ada insentif yang sehingga sekarang tidak digunakan, tidak dimanfaatkan. Kalau digunakan, dia kata kroni dan mengeksploitasi segala insentif yang ada. Tentang YTL ini pun persepsi yang saya ingat songsang persepsinya.
Seorang Ahli
Songsang?
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Kerana apa? Kes YTL ini sebenarnya bukannya dituduh kepada kerajaan. Kita ada Energy Commission. Saya mencadangkan kita lihat semula peranan Energy Commission kerana mereka inilah yang menentukan hala tuju award of contract dalam kes-kes IPP. Kita lihat mengambil mudah tentang YTL seolah-olah mereka ini menyokong kuat Barisan Nasional, saya rasa tidak tentu. Saya rasa mungkin YTL ini dipinang oleh pihak pembangkang.
Adakah ini strategi pihak pembangkang untuk attack atau mendefendskan YTL itu sendiri? Mempertahankan YTL dengan mengattack kerajaan. Defends is the best attack kerana saya yakin bahawa YTL pun meminang dan juga pihak pembangkang meminang YTL. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Alor Setar. Ya, ya, sila.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Yang Berhormat Alor Star, Yang Berhormat Alor Star.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Yang Berhormat Pandan, saya ingin bertanya sebab minggu lepas saya ada tanya persoalan kepada Menteri Pertanian iaitu apakah jumlah pengecualian import duti yang BERNAS dikecualikan daripada membayar setiap tahun dari tahun 2008 sampai tahun 2013. Saya terkejut apabila mendapat jawapan bahawa dari tahun 2008 hingga tahun 2013, setiap tahun pengecualian import duti daripada beras yang diimport oleh BERNAS yang sekarang ini dikuasai oleh Syed Mokhtar adalah RM450 juta setahun ataupun RM2.25 bilion dalam lima tahun sahaja.
Akan tetapi dalam juga jawapan daripada Menteri, dia kata bahawa sebenarnya kerajaan tidak kehilangan apa-apa pendapatan sebab mengikut Menteri, dia kata ada tanggungjawab sosial yang kena ditanggung oleh BERNAS dalam perjanjian konsesi. Now tanggungjawab sosial yang ditanggung oleh BERNAS yang dijawab oleh Menteri sendiri, setiap tahun adalah RM63 juta sahaja. Manakala pada masa yang sama, pengecualian tax itu ialah RM450 juta setahun.
Juga, alasan yang diberikan oleh Kementerian Pertanian adalah bahawa kita tidak sahaja boleh lihat dari segi pengecualian tax itu secara asing, isolated, sebab BERNAS juga ada membayar income tax, corporate tax. Now, what has corporate tax got to do with pengecualian duti? So apakah pandangan Yang Berhormat Pandan dalam perkara ini?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar dan terima kasih Yang Berhormat Alor Star. Yang Berhormat Kuala Kangsar yang bab YTL cuba hendak cuci tangan BN itu, tidak payahlah. Tidak ada orang di Malaysia ini yang tidak tahu bahawa YTL itu kroni BN. Tidak payahlah beritahu. Semua orang tahu di luar. Kami bercakap tentang YTL ini kroni Barisan Nasional sebelum saya jadi Ahli Parlimen pun lagi. Jadi tidak payahlah.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Saya ingat pada kali ini YTL menyokong pembangkang ini.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Baik duduklah Yang Berhormat Kuala Kangsar daripada memperbodohkan rakyat di luar kerana rakyat tahu YTL ini kroni BN.
Yang cakap itu pun bukan saya, Yang Berhormat Kinabatangan yang sebutnya.
Baik, Yang Berhormat Kuala Kangsar tanya ke mana arah ucapan saya ini dalam konteks pindaan-pindaan Akta Penggalakan Pelaburan. Ini kerana kerangka penggalakan pelaburan yang ada, kalau konsep dan pendekatannya itu tidak berubah iaitu maknanya hanya dirangka dan digubal untuk ditujukan kepada syarikat-syarikat yang besar yang pasukan akauntan dan pakar cukainya itu berpuluh-puluh orang, akhirnya yang betul-betul subur dan besar hanyalah empat, lima syarikat ini. Yang menikmati hanyalah empat, lima syarikat ini. Kerajaan rugi puluh-puluh juta, ratus juta, bilion ringgit daripada cukai yang besar empat, lima syarikat ini sedangkan penggalakan pelaburan pada peringkat ekonomi kita ini perlu beralih daripada syarikat empat, lima yang besar kepada industri-industri yang lebih berdaya saing di bawah, perlulah diubah.
Itulah yang saya ajukan kepada Menteri supaya kita kaji balik dan sudah tentu kita berminat hendak tahu syarikat-syarikat besar yang sudah berpuluh-puluh tahun menikmati pelepasan cukai ini berapa sebenarnya yang betul-betul dibayar, berapa yang dibawa ke luar negara? Kalau terasa panas pasal YTL itu tidak mengapalah, tetapi yang lebih penting ialah soal, ini tahun 2014, adakah kita masih lagi mahu mengekalkan kerangka pendekatan pelepasan dan penggalakan cukai macam itu ataupun kita hendak ubah ke cara yang lain?
Yang Berhormat Alor Star menyebut perkara yang kita semua sedia maklum.
Seperti yang saya sebut, hanya empat, lima orang ini yang diberikan segala-galanya. Kalau ambil contoh BERNAS, diberikan pelepasan cukai import sampai RM2.25 bilion dalam tempoh lima tahun. Sepatutnya, semasa BERNAS ini diperbadankan dulu zaman Yang Berhormat Arau dulu, tujuannya ialah supaya badan yang miliknya itu termasuk juga petani, pesawah dan lain-lain, mereka mempunyai monopoli mengimport supaya daripada untung yang mereka dapat kerana mereka kawal pasaran import itu, untung itu diberikan kembali kepada pesawah. Sama ada betul-betul sampai ke pesawah, itu boleh dibahaskan tetapi paling kurang, model itu, model yang mana nikmat ada di dalam itu, Pertubuhan Peladang ada di dalam itu bahawa perbadanan itu...
Ha, Yang Berhormat Kinabatangan sudah masuk sudah. Saya perlu ulangkah pasal YTL Yang Berhormat Kinabatangan?
Paling kurang, pada ketika itu, bila BERNAS ini dikawal secara bersama, akhirnya kita sudah tahulah sampailah juga sedikit sebanyak dan dia tidak terlalu berasaskan keuntungan semata-mata. Sekarang ini apabila BERNAS diambil alih dan dijadikan syarikat persendirian terus, seratus peratus hendak dijadikan syarikat persendirian, jadi di mana kewajarannya memberi pelepasan cukai sampai RM2.25 bilion dalam tempoh lima tahun apabila seperti Yang Berhormat Alor Star sebut, langsung tidak ada kontrak, langsung tidak ada perjanjian, tidak ada apa-apa yang mengikat tuan punya BERNAS itu untuk kembalikan kepada rakyat?
Bukankah lebih baik kalau RM2.2 bilion itu disimpan oleh Barisan Nasional? Saya lebih rela wang RM2.2 bilion itu disimpan dan diberikan sebagai BR1M daripada diberikan mentah-mentah kepada orang kaya begini tiap-tiap tahun, Ahli-ahli Yang Berhormat...
[Tepuk] Saya sambung ya.
Tuan Yang di-Pertua, sebab itu kembali kepada soal penggalakan pelaburan ini, saya mohon supaya Menteri menjawab. Tidakkah Menteri bersetuju kita sudah mula perlu menukar pendekatan penggalakan pelaburan kita daripada yang betul-betul mengutamakan syarikat besar dan syarikat antarabangsa ini kerana daripada pengalaman saya di dalam bidang korporat dan sebagai seorang yang merancang percukaian, selalunya mereka lebih pintar daripada kita. Selalunya mereka ini akan duduk sini 10 tahun, dia sudah kira semua, habis sahaja tempoh pioneer status, status perintis itu, dia akan pindah ke luar negara supaya beban ataupun cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan itu akan rendah.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Saya juga yakin selepas 30 tahun atau 40 tahun, bahawa untuk kita menaikkan daya saing ekonomi, kita perlu bergantung kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana.
Mereka ini memerlukan bantuan dan juga penggalakan yang lebih kreatif. Bukan semata- mata yang berbentuk kepada insentif untuk membeli mesin ataupun insentif untuk
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
menyertai industri berat tertentu yang mana selalunya menjadi asas kepada insentif-insentif penggalakan cukai sedia ada. Contoh yang paling baik sudah tentu ialah syarikat Proton.
Kalau kita ambil Proton, Proton dibina dalam tahun awal 80-an itu dan diberikan penggalakan pelaburan insentif ini menggunakan model yang ada iaitu diberikan pelepasan cukai, diberikan sekarang ini suntikan dana R&D RM150 juta setahun. Malah kalau dalam bentuk Proton, turut diberikan pelepasan cukai eksais. Di sebelah sana pula untuk memastikan Proton ini boleh bersaing dengan baik dalam pasaran tempatan, selain daripada memberi potongan cukai eksais kepada Proton, kadar cukai eksais kereta untuk kereta-kereta yang ditetapkan pada kadar yang cukup tinggi iaitu 85%, 100% dan lain-lain.
Ini kerana ini mengekalkan harga kereta pada kadar yang tinggi dengan harapan masih terus boleh melindungi Proton.
Soalan saya, apakah ini betul-betul berjaya dan bagaimanakah kita mahu memastikan paling kurang bebanan rakyat yang terpaksa membeli kereta ini tidak diteruskan hanya semata-mata kerana Proton ataupun kerana kerangka penggalakan pelaburan yang sudah tidak boleh diguna pakai. Ambil contoh Proton dan juga masalah kereta yang kita ada sekarang. Rakyat untuk berterusan membayar kereta pada kadar yang cukai eksaisnya 100% adalah sesuatu yang membebankan, apatah lagi kalaulah Kerajaan Barisan Nasional meneruskan cadangan untuk merombak sistem subsidi petrol dan diesel yang kononnya akan diumumkan September ini.
Saya tuntut janji Menteri. Menteri sebelum pilihan raya yang lepas berjanji untuk menurunkan harga kereta, sampai sekarang harga kereta belum turun. Kita tidak lupa Menteri. Apabila turun ke bawah, itu soalan yang masih ditanya berkali-kali. Bilakah kerajaan akan mengotakan janjinya untuk menurunkan harga kereta? Hanya kerana syarikat-syarikat pemilik kereta menawarkan beberapa diskaun atau menawarkan beberapa kempen penjualan bermusim, itu bukanlah menurunkan harga kereta.
Menurunkan harga kereta bermakna merombak sistem cukai eksais dan sistem- sistem termasuklah sistem penggalakan pelaburan yang ada ini supaya rakyat tidak perlu membayar cukai yang begitu tinggi. Kalau kos dan keuntungan keretanya itu RM30,000, RM30,000lah. Kalau kerajaan hendak cukai di bawah GST 6%, ambil 6%. Akan tetapi jangan eksaisnya cukai sampai 100% seperti yang ada sekarang. Semua ini adalah berhubung kait juga dengan sistem cukai, terutamanya sistem pelepasan cukai dan juga sistem penggalakan cukai yang dibentangkan oleh Menteri. Jadi, saya – Ya, Yang Berhormat Sepang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Saya ingin bertanya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang, sekejap ya. Ada peraturan mesyuarat daripada Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan usul yang terdahulu, Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dan diputuskan perbahasan
(D.R5/2014) Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014 seperti yang tertera di nombor 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan sehingga selesai ucapan-ucapan penangguhan dan selepas
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 17 Jun 2014.”
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih. Saya hendak bertanya kepada sahabat saya berkaitan dengan tadi isu Proton tadi. Kita tahu Proton memang industri yang dilindungi oleh kerajaan untuk tempoh yang sudah lama. Akan tetapi persoalannya, mengapakah setelah kita tahu Tan Sri Mokhtar Bukhary telah pun menguasai DRB ini dengan pembelian 47.7% saham daripada Khazanah itu, mengapakah masih lagi dilindungi? Sebagai contoh, yang terbaru kita tahu Proton Exora 1.6 akan dijadikan sebagai teksi yang akan digunakan, flagship bagi teksi di Malaysia ini.
Menurut SPAD bahawa 75,550 teksi yang didaftarkan di bawah SPAD ini. Kita lihat apabila hanya DRB sahaja yang diberikan monopoli ini, maknanya Proton Exora sahaja akan digunakan. Bukankah ini satu lagi bentuk perlindungan walaupun Proton bukan lagi menjadi kita kata entiti kerajaan tetapi masih lagi. Ini bukan menggalakkan pelaburan. Jadi, saya hendak minta komen daripada Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Terima kasih Yang Berhormat Sepang.
Proton ini, saya pasti semua rakyat Malaysia mahu Proton berjaya. Saya mahu Proton menjadi sebuah syarikat gergasi kereta yang boleh didapati di mana-mana negara di dunia ini. Akan tetapi ada cara dan hadnya bagaimana kita hendak membantu Proton supaya jangan dimanjakan sehingga membunuh Proton. Kalau kita mendidik anak pun, sayang bagaimana anak itu, kalau terlalu dimanjakan, diberikan dan dibelikan segala kemewahan, rosaklah anak itu. Betul tidak Yang Berhormat Pasir Salak?
Oleh sebab itu, Proton ini...
[Disampuk] Nanti, selepas ini Yang Berhormat Tanjong Karang. Oleh sebab itu, cerita Proton tambah sekarang ini apabila Proton bukan lagi satu industri nasional tetapi milik peribadi, perlulah kerajaan pertimbangkan supaya tidak terlalu dilindungi sehingga mengakibatkan banyak peruntukan kerajaan yang pergi kepada Proton dan pada masa yang sama menyekat pelaburan dalam sektor automotif kerana pesaing- pesaing tidak berminat selagi melihat Proton dilindungi sedemikian rupa.
Jadi, ia kembali juga kepada perkara-perkara yang dibentangkan oleh Menteri.
Oleh sebab itu saya tegaskan tadi, tidak cukup dengan hanya memperbaharui insentif yang telah luput. Apa yang kita perlukan ialah satu kajian mendalam yang betul-betul melihat secara objektif. Apakah pendekatan memberi pelepasan dan insentif yang kita sudah pakai sedemikian rupa ini betul-betul membantu menggalakkan pelaburan. Yang Berhormat Tanjong Karang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang bangun. Ya, sila.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Saya dengar ucapan Yang Berhormat Pandan merupakan katanya pakar cukai, pakar strategi. Saya dengar ucapan itu, saya bila pakar ini mesti ada perangkaan. Apa buktinya? Sebelum Yang Berhormat hendak cakap, hendak tegur fasal Proton ini, sebagai pakar strategi, sila nasihat Kerajaan Negeri Selangor. Cukai untuk kedai repair tayar, kedai- kedai kecil, tadi sebut fasal perusahaan ringan. Tolong beritahu.
Semasa kita memerintah, BN memerintah, cukai kita hanya dikenakan kepada kereta, perusahaan ringan, repair tayar, repair motor, mekanik motor, kita hanya kenakan
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
cukai token RM1,478. Akan tetapi bila PKR memerintah Selangor, cukainya meningkat sehingga RM3,398.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Nanti dahulu. Ini fakta. Ini saya sebut fakta. Jadi, ini menunjukkan kerajaan negeri juga merupakan penyumbang kepada kenaikan kos rakyat.
Ini kerana dahulu YTL tidak berminat dengan PKR bermakna PKR belum ada kuasa.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Bila PKR sudah ada kuasa baru lah YTL berminat dengan PKR. Yang Berhormat pada ketika itu tidak ada kuasa. Itu yang pertama. Kedua, Yang Berhormat kata cukai ini hanya diberikan hanya kepada tiga atau empat syarikat tempatan, kroni, Barisan Nasional, Yang Berhormat, Yang Berhormat tahukah tidak daripada tahun 2008 sehingga tahun 2013, jumlah pelaburan luar negara, foreign investment ada RM171 bilion, hendak banding dengan domestik hanya ada RM98 bilion. Macam mana Yang Berhormat boleh membuat tuduhan yang mengatakan bahawa mendapat faedah berkaitan dengan cukai ini hanya kroni-kroni Barisan Nasional, tiga atau empat syarikat, ini cakap tanpa fakta.
Ketiga mengenai BERNAS, tidak, saya hendak beritahu..
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Tidak.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Okey saya hendak jawab, lepas ini gulunglah, dengar dulu.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Okey yang lain saya benarkan asalkan jangan ada berkenaan udang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya - Bagi saya habis.
Hendak cerita BERNAS, BERNAS kena ingat kalau kata dikenakan cukai, harga beras akan naik. Oleh sebab itu tidak ada cukai untuk import itu supaya kita boleh kawal harga beras.
Kalau kena cukai, harga beras yang kita import lebih 600,000 tan setahun yang tidak cukup, yang kerajaan Selangor sebagai contoh bantu petani pun tidak, jadi kita kekurangan beras.
Kalau kita kenakan cukai beras akan naik harga, pembangkang akan kata, tengok harga beras pun naik juga.
Jadi akhirnya saya hendak beritahu, cermin diri dululah sebagai strategi. [Dewan riuh] Ini pakar strategi, pemilihan PKR Kemaman pun kelam kabut, hendak cakap mengenai negara, jaga kawasan dululah.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Kawasan pun tidak reti jaga hendak cakap mengenai negara. Kira undi pun tidak reti. Bagaimana hendak...
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Kejar Yang Berhormat Batu, kejar, kejar.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Tidak mengapa.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Kira undi dua tiga puluh undi pun kecoh, hendak cakap..
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Tuan Yang di-Pertua boleh Tuan Yang di-Pertua minta dia berhenti, sebab saya sudah bagi banyak sudah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya, ya.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Yang Berhormat Tanjong Karang duduk.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Kesian penat.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Baik, Yang Berhormat Tanjong Karang jangan terasa bila saya sebut BERNAS itu kerana pelepasan cukai itu diberi daripada tahun 2008, maknanya yang bagi RM400 juta dan RM500 juta itu masa dia menjadi Menteri Pertanian dulu pun. Itu yang dia bangun cepat-cepat hendak jawab itu.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat, saya hendak suruh tarik balik. Menunjukkan sekali lagi dia buta sejarah. Tidak tahu cerita, saya jadi Menteri Pertanian bukan tahun 2008, ini hendak membohong dalam Dewan.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Cakap entah apa-apa ini.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Dengar dulu, duduk, duduk.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat sebab itu saya kata ini pakar pembohong.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
. Cakap tidak betul.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Kira undi pun tidak reti hendak cakap bilion-bilion. Duduklah Yang Berhormat Pandan jangan hendak menipu rakyat saja.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Ini saya punya flow jadi saya teruskan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Cakap pun tidak betul.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Fact ya.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Tuan Yang di-Pertua minta tolong Yang Berhormat Tanjong Karang duduk kerana sudah melampaui batas.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tidak, tidak. Sebab saya..
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Kalau saya bagi ruang, sila hormat adab dalam Dewan. Kalau hendak buat macam petani dan orang yang jaga udang boleh balik Tanjong Karang. Jangan duduk dalam Dewan.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tidak, saya hendak beritahu...
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Duduk.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Sebab saya sudah lama dalam Parlimen.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Tuan Yang di-Pertua, minta bantuan untuk Yang Berhormat Tanjong Karang duduk. Saya hendak jawab.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya sudah lama dalam Parlimen - Saya tidak boleh dengarlah - Saya tidak boleh dengar Ahli Parlimen membohong dalam Dewan Rakyat.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Saya tidak jalanlah dia sudah melampau.
Duduk Yang Berhormat Tanjong Karang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Sebab udang itulah saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
.. Yang Berhormat kata berkenaan udang, sebab udanglah saya menang majoriti meningkat itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat Tanjong Karang, cukup. Cukuplah, cukuplah. Ya, sila.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Baik, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjong Karang masuk lambat tadi. Yang Berhormat Alor Star sebut bahawa insentif RM455 juta pelepasan cukai import ini diberikan di antara tahun 2008 hingga tahun 2013. Maknanya dalam tempoh itu dia pernah menjadi Menteri Pertanian. Jadi dia pun terlibat di dalam memberi pelepasan import itu.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi itu membohong Dewan. Waktu Yang Berhormat Alor Star bercakap saya sudah ada dalam Dewan. Saya sudah ada dalam Dewan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Jadi maksudnya dia tidak faham apa-apa Yang Berhormat Alor Star bercakap.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Sekali lagi hendak membohong. Janganlah tipu Dewan. Bercakap tidak mahu tengok. Saya lama duduk dalam Dewan...
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Tidak...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Adakah tidak ada?
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya sudah masuk ke dalam Dewan. Saya sudah ada...
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Maknanya Yang Berhormat Tanjong Karang ada masalah pendengaran.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya dengar, nanti. Saya dengar daripada Kuala Kangsar cakap, saya sudah ada dalam Dewan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Dia kena...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
.. Yang Berhormat Alor Star.
Macam mana Yang Berhormat kata saya tidak dengar? Ini satu tuduhan pembohongan.
Tarik balik tuduhan Yang Berhormat kata saya tidak dengar.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Tidak peduli Yang Berhormat Tanjong Karang, orang hendak berbincang mengenai penggalakan pelaburan bukan mengenai udang. Tidak berminat mengenai udang.
[Dewan riuh]
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Mengenai yang pertama tadi tentang BERNAS dan pelepasan cukai, yang ini Yang Berhormat Tanjong Karang kata pelepasan cukai diberikan untuk menurunkan harga import harga beras. Akan tetapi apabila satu syarikat semata-mata yang mengawalnya, maknanya dia dapat pelepasan cukai, tetapi dia juga boleh mengawal harga beras di pasaran.
Sepatutnya kalau lesen atau pun AP, permit untuk mengimport beras itu diberikan kepada beberapa syarikat atau pun seberapa banyak syarikat, barulah ada persaingan dari segi berapa harga yang hendak dijual itu, barulah ada makna pelepasan cukai yang diberikan itu akhirnya boleh diterjemahkan pada harga beras yang lebih rendah.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Bangun]
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan memberi ruang kepada Yang Berhormat Tanjong Karang kerana sudah lama sudah, dia sudah lama mana sudah bercakap hari ini. Dia cakap pun mengenai udang pun bukan mengenai pelaburan.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Last, last, last, last
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Kedua, tidak payah udang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Last, last.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Yang Berhormat Tanjong Karang menang sebab udang. Jadi saya tidak berminat untuk bercakap bersama udang, betul tidak Yang Berhormat Kuala Langat?
[Dewan riuh]
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Betul.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tidak, last. Jangan kacau.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Duduk, duduk, duduk.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Bagi saya last.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Tidak bagi peluang duduklah, tidak bagi peluang duduk.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Duduklah, duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Pandan dengan Yang Berhormat Tanjong Karang sekejap.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya tidak kacau, saya......
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sekejap Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Tanjong Karang ingin mencelah, boleh?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Tidak boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak benarkan. sila.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Sebab dia sudah banyak sudah. Saya hendak jawab, celahannya yang ketiga tadi. Kedua, Yang Berhormat Tanjong Karang telah menuduh kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang menaikkan cukai dan lesen perniagaan di Selangor sampai tiga kali ganda. Saya semasa keputusan itu diumumkan, saya pun kurang puas hati lalu saya tanya kepada kerajaan negeri Selangor. Jawapan kerajaan negeri Selangor ialah keputusan itu tidak digubal dan dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat tetapi hanyalah melaksanakan keputusan Kerajaan Barisan Nasional tahun 2007 dahulu.
[Dewan riuh]
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Menaikkan lesen tiga kali ganda itu adalah keputusan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Peraturan mesyuarat.
Peraturan mesyuarat.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Apa yang kita marah dan tidak puas hati, kenapa hendak laksanakan politik kerajaan Barisan Nasional.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Pandan ada Peraturan Mesyuarat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Mengelirukan Dewan. Saya hendak tegur dua kali sudah. Yang Berhormat Pandan cakap tak berapa baik. Pertama dia mengelirukan Dewan, saya hendak beritahu tidak ada kena mengena dengan Barisan Nasional.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Peraturan berapa ini?
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Peraturan Mesyuarat 36(6).
Peraturan Mesyuarat mengelirukan Dewan. Baik, saya hendak beritahu bahawa - Dia kata tadi bahawa itu cukai daripada Barisan Nasional, tidak betul. Ini kerana yang ini cukai pada tahun - Ini sehingga tahun 2012, masa itu pakatan yang memerintah. Kemudian bila tahun 2014 dia memerintah lagi. Cukai itu dinaikkan lagi. Apa kena mengena dengan Barisan Nasional? Ini faktanya.
Kedua, dia tanya saya mengapa BERNAS diberikan monopoli import beras?
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Pandan, jawab.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
[Bangun]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Itu kena tanya penasihat PKR daripada Permatang Pauh sewaktu dia jadi Menteri Kewangan. Dia yang buat kerja ini.
[Dewan riuh]
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Pandan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Yang Berhormat Kuala Langat boleh, boleh Yang Berhormat Kuala Langat boleh.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Okey, okey. Ini cerita mengenai fakta dan auta. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Pandan, sebelum tahun 2008 dasar kenaikan harga lesen itu telah pun dilakukan dan telah dicadangkan dan diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri. Kita boleh buktikan bahawa Barisan Nasional yang menaikkan harga setiap penilaian cukai itu. Apakah Yang Berhormat Pandan bersetuju untuk Yang Berhormat Tanjong Karang rujuk balik pada fakta itu? Apa pandangan Yang Berhormat Pandan.
[Ketawa] Dahsyat!
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Tanjong Karang lain kali kalau hendak masuk bersedia dulu jangan pakai tembak.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya ada bukti.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Saya minta yang soal cukai Selangor ini..
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Mana Yang Berhormat Kuala Langat, mana bukti? Saya tidak buat Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Yang memberi lesen...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Jangan tipu, buat usul boleh menipu Dewan. Janganlah tipu Dewan. Saya ada usul, saya ada di tangan saya.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
..Ada bukti.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini Yang Berhormat Kuala Langat..
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Saya minta supaya Yang Berhormat Tanjong Karang semak dengan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo yang mengelirukan tahun 2007.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Okey, saya hendak tanya ini.
Yang Berhormat Seputeh...
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Tidak ada kena mengena dengan kita.
Semak dulu lain kali.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Seputeh exco. Ini...
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Kesian Yang Berhormat Kinabatangan tidak boleh mencelah pun. Dia terkejut.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua. Tidak apa. Dah boleh?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Tidak ada kena mengena. Baik, saya hendak gulunglah. Saya hendak gulung. Kalau tidak dia tidak habis Tuan Yang di-Pertua ya.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Penipu Dewan, pembohong Dewan, cakap tidak ada fakta. Penipu semua!
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Tadi Yang Berhormat Tanjong Karang yang terakhir dia soal dia kata pelepasan cukai ini dapat kepada semua dan bukan beberapa syarikat. Itu pun dia masuk lambat, dia tidak dengar pembukaan awal saya semasa saya membuka ucapan tadi. Hujah saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah apabila kerangka penggalakan pelaburan itu ditumpukan kepada capital allowance dengan izin. Ditumpukan kepada investment tax allowance contohnya. Ditumpukan kepada double deduction contohnya. Hanya syarikat-syarikat yang besar, yang berkemampuan dan yang membeli mesin-mesin besar yang boleh dapat pelepasan ini. Itu maksud saya.
Jadi saya tujukan kepada Yang Berhormat Menteri bukankah sudah sampai masanya untuk kita alihkan objektif dan juga matlamat penggalakan pelaburan kita itu supaya insentif-insentif ini kalau sebelum ini banyak hanya mampu diperoleh dan dinikmati oleh syarikat-syarikat besar, sekarang ini perlulah kita tumpulah kepada peniaga kecil, kepada industri kecil dan sederhana. Contohnya termasuklah pengusaha-pengusaha udang di Tanjong Karang. Mereka pun perlukan juga insentif pelaburan contohnya. Baik.
Sudah habis dekat situ. Saya hendak gulung.
Sebab itu akhirnya Yang Berhormat Menteri dan Dewan yang mulia, ada dua perkara yang kita kena dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya soal pendekatan insentif yang saya sebut tadi kerana pendekatan yang ada sekarang ini sudah berumur 30 tahun hingga 40 tahun iaitu daripada tahun 70-an. Bukankah sampai masanya untuk kita kaji balik supaya fasa ekonomi itu disesuaikan dengan bentuk-bentuk insentif dan pelepasan yang diberikan. Paling penting yang saya hendak tutup ialah sudah tiba juga masanya kerajaan mengira dan mengkaji balik syarikat-syarikat dulu yang besar- besar yang sudah jadi billionaire yang sudah pergi ke seluruh dunia ini.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Berapa sebenarnya pelepasan cukai yang telah dinikmati, berapa yang telah dihantar ke luar negara, berapa sebenarnya dengan hasil insentif yang kerajaan bagi ini, yang mereka bina kekayaan peribadi mereka seperti mana yang kita bangkitkan tentang YTL, Ananda, Genting, Syed Mokhtar dan yang lain-lain. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk membahaskan pindaan pada kali ini.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Pandan tunggu, ya. Yang Berhormat Pandan tunggu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kebenaran untuk saya mengambil bahagian membahaskan pindaan Akta Penggalakan Pelaburan. Saya ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Persekutuan yang memberikan tumpuan dan mencari jalan bagaimana hendak memajukan negara kita ini. Hari ini kita lihat dengan usaha-usaha ini, negara kita telah pun maju.
Daripada mula merdeka, Malaysia merupakan sebuah negara pertanian dan hari ini sudah menjadi sebuah negara industri dan kita berjaya menarik pelabur-pelabur kita. Saya percaya bahawa pelabur-pelabur yang datang ke Malaysia...
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
[Keluar meninggalkan Dewan]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Balik? Tidak, hendak beritahu.
[Disorak] Tidak apa. Tuan Yang di-Pertua, saya benarkan dia balik sebab dia hendak pergi berkempen naib presiden. Ada 30 cabang tengah bermesyuarat lagi.
Disokong pula oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Akan tetapi, nasib baik Yang Berhormat Bukit Katil dia relaks sahaja. Dia seorang pemimpin yang berwibawa. Ini kerana dia team lain. Dia team lain. Dia team lain, dia tidak perlu ikut Yang Berhormat Pandan. Yang Berhormat Pandan dia team lain. Jadi eloklah.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Minta tarik balik, Tuan Yang di-Pertua. Ini cubaan ini. Mengelirukan Dewan. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Akan tetapi walau macam mana pun saya hormat Yang Berhormat Kota Melaka. Dia steady. Pemimpin yang berwibawa, pemimpin muda yang patut diketengahkan. Yang patut ganti Yang Berhormat Gombak, ganti Yang Berhormat Permatang Pauh. Semua ini patut Yang Berhormat Bukit Katil. Dia steady. Dia memang steady.
Beberapa Ahli
Yang Berhormat Bukit Katil.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Bukit Katil.
Yang Berhormat Bukit Katil. Dia memang pemimpin yang steady. Saya tahu. Dia cakap pun ada fakta. Tidak merapu macam Yang Berhormat Pandan. Akan tetapi orang PKR ini dia tidak reti memilih pemimpin. Yang baik macam Yang Berhormat Bukit Katil tidak mahu dipilih. Yang merapu dia pilih. Yalah sebab PKR ini dia tipu. Mana ada parti dalam dunia suami lawan isteri sebagai jawatan presiden. PKR sahaja! Yang ini pun PKR masih buta tidak nampak lagi ditipu. Ini mukadimah.
Saya hendak balik kepada pelabur ini. Pelaburan ini walau apa pun Kerajaan Pusat buat tetapi kalau dia tidak dapat kerjasama daripada kerajaan negeri, tentulah usaha yang dibuat oleh Kerajaan Pusat ini akan sia-sia. Untuk menarik pelabur ini bukan sahaja bergantung kepada insentif. Ia bergantung juga kepada kestabilan politik, prasarana, dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan negeri utamanya. Saya sebab datang dari Selangor, saya hendak fokus di negeri Selangor. Saya bagi contoh supaya pihak sebelah sana buka mata. Jangan orang kata, “Kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tidak nampak.” Ketua Menteri Pulau Pinang pun ada. Elok juga dia dengar supaya dasar-dasar negeri ini mesti selaras dengan Pusat. Barulah pelabur-pelabur hendak datang.
Saya ambil contoh negeri Selangor. Negeri Selangor ini Tuan Yang di-Pertua, pertama saya kata kalau negeri, mereka ini tidak reti mentadbir, maka pelabur-pelabur pun akan lari. Negeri Selangor ini satu negeri yang maju. Multi import dalam Malaysia. Waktu Barisan Nasional memerintah apa yang tidak ada dekat Selangor? Prasarana, pelabuhan
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
semua ada di negeri Selangor. Akan tetapi, malangnya apabila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, kita lihat pelabur-pelabur menurun. Lari.
Dulu Selangor ini negeri maju tetapi bila Yang Berhormat Seputeh jadi Exco Pelaburan Negeri Selangor, saya tengok merudum. Menguncup pentadbiran. Ini dulu Exco ini. Exco Pelaburan Negeri Selangor, Yang Berhormat Seputeh. Jadi, saya ada baca fakta.
Yang Berhormat Seputeh jangan marah. Sebab itu Yang Berhormat Seputeh dia mungkin tidak berjaya jadi Exco Pelaburan. Dia tidak berhenti di state, dia jadi Ahli Parlimen sahaja.
Oleh sebab... Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Seputeh jangan marah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Seputeh bangun.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bangun]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tidak, saya hendak bagi fakta.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, ada orang yang tidak lihat diri. Dulu dia jadi Menteri, sekarang dia jadi Ahli Parlimen sahaja. Apakah ini membuktikan ia sudah tidak layak lagi duduk di sebelah sana? Sekarang dia duduk backbenchers sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang duduk di belakang. Dia ingat dia masih backbenchers boleh buat bisingkah?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Dia mahu jadi Menterilah itu. Dia mahu jadi Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya tidak jadi Menteri pun saya bertaraf Menteri di Selangor. Sebab itu saya kena jaga Selangor. Saya hendak pastikan Selangor ini kita menang balik. Sebab itu kita kena betulkan. Kalau saya jadi Menteri, saya tidak ada peluang untuk bercakap ini. Hendak bagi sedar pembangkang- pembangkang ini. Cakap tidak serupa bikin.
Jadi sebab itu yang pertama ini, saya kata negeri Selangor ditadbir tidak bijak dan negeri Selangor juga kita tahu satu-satunya negeri yang ada penasihat ekonominya iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh. Penasihat seringgit ini. Saya tidak tahu siapa yang berkuasa dekat negeri Selangor ini. Penasihat ekonomikah atau Menteri Besar? Akan tetapi kalau kita tengok penasihat ekonomi lebih berkuasa. Menteri Besar tidak dengar cakap, hendak ditukar jadi Menteri Besar. Buat pilihan raya kecil dekat Kajang. Saya bagi contoh.
Jadi, oleh kerana pentadbiran Selangor ini parti dia pun ada tiga parti, saya hendak beritahu kepada Pakatan Rakyat ini, kerajaan pakatan yang tidak ada pendaftaran ini pun, tidak ada sijil nikah ini yang memerintah Selangor. Jadi, sebab itu dasarnya tidak jelas. Oleh kerana dasar tidak jelaslah, maka kita lihat di negeri Selangor, pelaburan di negeri Selangor, mulai tahun 2008. Tahun 2008 itu dia baru menang. Baru menang memerintah negeri Selangor. Yang Berhormat Shah Alam pun kena dengar juga. Selangor ini. Kita tengok pelaburan. Pelaburan dari negeri Selangor, tahun 2008. Masa dia mula- mula memerintah pun meningkat.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Hendak minta mencelah.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Pada masa itu pelaburannya RM11.8 bilion. Tahun 2008. Nantilah saya belum habis baca fakta. Tahun 2008 pelaburannya sebanyak RM11.8 bilion.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tahun 2009 turun RM6.6 - RM6.7 bilion. Tahun 2010 naik sedikit, selepas itu turun. Kemudian tahun 2012 dia naik. Sampailah tahun 2013. Saya baca dua-dua tahun ini.
Tahun 2012, pelaburannya RM 11.7 bilion. Pada masa itu masih nombor satu. Akan tetapi tahun ini dia turun RM9.8 bilion, turun dan jatuh ke tangga nombor dua. Kemudian...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Eh, waktu BN memerintah Selangor nombor satu tahu. Kita juga dengar pelaburan dia yang banyak pelaburan yang melabur di Selangor pula ialah daripada domestik RM6.2 bilion. Foreign investment hanya RM3.6 bilion. Hendak banding dengan Sarawak, Sarawak berjaya menarik foreign investment RM6.8 bilion. Selangor hanya RM3.6 bilion.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Seputeh bangun.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Seputeh bangun.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ya, Exco pelaburan waktu dialah ini, yang semua orang lari.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Karang. Apa Yang Berhormat Tanjung Karang tidak sebut ialah yang selama ini walaupun jumlah pelaburan turun tetapi Selangor masih sama ada nombor satu atau nombor dua dari segi jumlah pelaburan di seluruh Malaysia. Begitu juga dengan Pulau Pinang yang telah beberapa tahun mencatat peringkat nombor satu berbanding dengan negeri-negeri lain.
Jadi, bila jumlah pelaburan di Selangor ini turun, ia juga membayangkan pelaburan di seluruh Malaysia itu juga turun. Dari segi pelaburan asing juga di seluruh Malaysia turun.
Itulah saya rasa yang Yang Berhormat Tanjung Karang patut balik kepada pindaan rang undang-undang hari ini ialah macam mana kita menarik lebih pelaburan asing untuk masuk ke Malaysia. Bukannya cakap yang bukan-bukan tentang PKR, tentang pemilihan di sana sini.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Minta perhatianlah. Bukan sahaja di sini. Saya cakap betul.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Yang Berhormat Tanjung Karang.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini memesongkan Dewan Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tidak, ini saya cakap fakta.
Eh, tadi pakar strategi pandang saya tidak adapun sebut fakta, saya ada fakta. Saya ada semua bukti ini.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Titiwangsa bangun.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Bukannya cakap macam Yang Berhormat Seputeh cakap macam itu sahaja. Saya ada bukti. Kalau perangkaan ini tidak betul, pertikaikanlah. Kita kena cakap ada fakta. Bukan merapu macam Yang Berhormat Shah Alam cakap. Ya, Yang Berhormat Titiwangsa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Titiwangsa.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Setujukah Yang Berhormat Tanjung Karang kalau saya katakan bahawa salah satu daripada sebab kejatuhan pelaburan di Selangor ini adalah kerana Kerajaan Negeri Selangor soal air pun tidak boleh tadbir. Jadi, banyaklah syarikat-syarikat yang hendak mengembangkan dia punya pelaburan terpaksa tahan pelaburan mereka ini kerana air tidak cukup. Setuju?
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Itu ada point. Itu terima kasih, saya akan masuk ke point itu. Saya cakap satu-satu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Labuan di belakang. Yang Berhormat Labuan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Mana Yang Berhormat Labuan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Di belakang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Okey, sila, sila Yang Berhormat Labuan. Lepas ini saya bagi Yang Berhormat Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Shah Alam kena cakap jangan merapu ya.
Tuan Rozman bin Isli - Labuan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya Yang Berhormat Tanjung Karang, setujukah Yang Berhormat Tanjung Karang bahawa yang disebutkan tadi di Pulau Pinang masih mempunyai investment yang ada juga, Selangor pun ada juga adalah momentum daripada usaha-usaha yang dilakukan selama ini oleh Kerajaan Barisan Nasional. Infrastruktur, marketing dan sebagainya. Ia ada momentum dia.
Mereka cuma claim bahawa itu adalah usaha mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya sebenarnya saya rasa kasihan mendengar penghujahan yang disampaikan oleh orang-orang Barisan Nasional khususnya yang daripada Selangor. Dia macam gila talak. Sudah kalah, terimalah hakikat sudah kalah.
Kerusi bertambah bagi Pakatan Rakyat.
Dahulu Dewan Undangan Negeri, Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR yang tidak dapat sijil oleh kerana BN. BN yang tidak hendak bagi. Dahulu 36 Kerusi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini pelaburan mana ini Yang Berhormat Shah Alam?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Pelaburan mana ini?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini pelaburan usaha-usaha politik ini.
Pakatan Rakyat ini.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Okey tidak apalah, tidak apa, tidak apa Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Daripada 32 Kerusi...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Menyampuk]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Shah Alam ...
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Pelaburan dengan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi kena jawab, kena jawab pasal dia sendiri pun tidak bawa isu pelaburan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yalah., saya hendak cakap lah ini pelaburan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia isu yang lain. Lagi saya hendak jawab. Dia tanya tentang soal pendaftaran, sijil kahwin tidak keluar dan sebagainya.
Semua dia yang timbulkan masalah.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Okey.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Soal air.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Dahlah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Air ini siapa yang halang? Siapa yang halang supaya SYABAS itu diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor? Siapa yang halang? UMNO...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini apa ini? Kerajaan Pusat kah apa ini?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Barisan Nasional. Ini pun hendak salahkan. Hakikatnya sama ada kita nombor satu atau pun nombor dua, jauh lebih baik daripada kebanyakan kerajaan-kerajaan negeri Barisan Nasional.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat, ini saya beri floor kepada Yang Berhormat Shah Alam. Okey, jangan bergerak.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam duduk. Duduk, duduk.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Sebab apa berhenti pula?
Teruslah bercakap. Yang tidak tahu apa? Sila, sila, sila.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua minta duduk.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Sila, sila. Saya minta ...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, duduk dahulu Ahli Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya hendak bagi dia jalan.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Sebab dia ini tidak reti bahasa.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, duduk.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Dia tidak reti bahasa mencelah dengan berhujah. So, kalau dia hendak berhujah, berhujahlah. Saya bagi dia berhujah. Mencelah dengan berhujah tidak reti beza, hendak bercakap.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tarik kenapa sudah Yang Berhormat? Saya baru masuk. I am trying to catch up what is going on. Perbahasan pelaburan, jadi khususkan kepada soal ekonomi. Jangan dalam pelaburan politik sewaktu berbahas. Jadi, kalaupun mencelah Yang Berhormat Shah Alam, jangan terlampau panjang sangat dan bawa perkara baru. Apa yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Tanjung Karang itu sahaja yang ditanya kalau perlu. Masih lagi kasi laluan sama Yang Berhormat Shah Alam?
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Hendak mencelah kah itu?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak, tidak. Saya hendak jawab pasal dia timbulkan banyak isu. Yang Berhormat Tanjung Karang timbulkan banyak isu yang saya hendak jawab tetapi saya hendak beri dia nasihat yang terakhir sahajalah Tuan Yang di-Pertua. Isu Selangor bawa ke Dewan Undangan Negeri Selangor. Kalaulah MP Tanjung Karang bawa ke dalam Parlimen, ini menunjukkan bahawa dia tidak percaya kepada ADUN-ADUN UMNO Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri Selangor.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, deras sedikit. Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kenapa dia hendak timbulkan isu soal pelaburan negeri Selangor dan sebagainya sedangkan kita sedang berbahas dasar- dasar Kerajaan Pusat? Ini yang dia tidak faham.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Sudah habis?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
We are debating the Federal policies. Not the state policies.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Okey, dah. Sudah habiskah?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
So Tuan Yang di-Pertua saya harap Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang tadi, sudah saya Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima, terima. Minta Yang Berhormat Tanjong Karang terima hakikat UMNO sudah kalah dah di negeri Selangor.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah, sudah.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Okey.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Takkan dapat balik. So, accept it. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu lepas ini saya tidak bagi Yang Berhormat Shah Alam mencelah [Ketawa] Bukan saya takut okey. Dengan syarat saya boleh bagi, saya boleh bagi tetapi jangan berhujah. Kalau hendak mencelah dengan betul, saya boleh jawab. Bermakna Yang Berhormat Shah Alam ini tidak faham. Saya bermula mukadimah saya mengatakan bahawa dasar yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan tidak akan berjaya kalau tidak dapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri.
Beberapa Ahli
Betul.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
And vice versa, Tuan Yang di- Pertua. And vice versa.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Apa ini?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kita tidak dapat selesai air, kalau pusat tidak bantu.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Apa ini?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Same thing, same thing.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat silakan duduk.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini yang bercakap ini tidak tahu bahasa ini. Janganlah. Yang Berhormat tolong matanglah sebagai Ahli Parlimen bercakap. Ini tidak ikut peraturan. Saya cakap ini berdasarkan fakta. Saya lagi tahu bahawa kalau dasar-dasar Kerajaan Negeri menyusahkan pelabur, macam mana pelabur hendak datang? Kerajaan negeri mana ada tanah. Kerajaan negeri mana ada prasarana.
Kerajaan Persekutuan mana ada tanah, Kerajaan Persekutuan mana ada prasarana.
Sumber-sumber air semua daripada kerajaan negeri.
Sebab itu saya kata tadi ada negeri yang pandai memerintah, politiknya stabil, maka negeri tersebut telah berjaya menarik pelabur-pelabur asing, pelabur-pelabur tempatan. Ini saya buat contoh. Yang dia cakap pasal negeri Selangor itu kita kalah betul, saya terima. Sebab itu saya tidak hendak jadi Menteri. Saya dah jadi- di negeri Selangor sudah kalah kan. Itu sahaja, tunggulah. Tunggu PRU-14. Sudah, tidak apa. Sebab dahulu orang macam Yang Berhormat Shah Alam yang banyak menipu. Saya masa jadi Menteri, saya tidak boleh join track Selangor. Now, saya 100% jaga Selangor. Tunggu PRU-14.
Tunggu. Saya hendak dedahkan ini. Saya hendak dedahkan apa yang berlaku. Itu yang pertama.
Kedua, sumbangan kepada pengangguran. Apabila peluang-peluang pekerjaan tidak ada, pelabur-pelabur tidak datang, berlakulah pengangguran. Percayalah cakap saya.
Apabila pengangguran berlaku dalam negara kita, pasti pembangkang akan menuding jari kepada Kerajaan Federal mengatakan Kerajaan Barisan Nasional sebenarnya gagal mengatasi masalah pengangguran.
Saya hendak baca di negeri Selangor, di Selangor.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tahun 2008, peluang pekerjaan sebanyak 23,837. Tahun 2009 menurun kepada 20,000. Kemudian, tahun 2011 kekal 20,000. Tahun 2013 tinggal 10,000 peluang-peluang pekerjaan. Macam mana boleh berlaku seperti ini? Sepatutnya kalau kerajaan negeri bertindak lebih aktif mahu mempermudahkan pelaburan di Selangor tidak timbul soal ini.
Salah satu betul tentang Yang Berhormat Titiwangsa kata, masalah air. Ini masalah air.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Masalah air ini kita telah pun dengar ada 785 projek yang dikemukakan kepada kerajaan tidak dapat diluluskan kerana masalah air.
Masalah air saya hendak beritahu sudah banyak kali cakap dalam Dewan ini.
Siapa yang menghalang air? Saya hendak beritahu, saya duduk dalam Jawatankuasa Air.
Kita tidak pernah menghalang untuk kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat pengurusan air dan kita kata hendak ambil, ambillah. Konsep willing buyer, willing seller tetapi jangan dicampuradukkan dengan Projek Langat 2.
Apa guna kita berebut siapa hendak mengurus air? Akhirnya air di Selangor tidak ada. Apa yang penting Projek Langat 2 mesti dibuat. Ini sumber air sebab di negeri Selangor setiap tahun kita memerlukan peningkatan 3% air dalam negeri Selangor. Di dalam negeri Selangor kita ada 11 buah empangan dan ada 32 buah loji kalau saya tidak silap.
Seorang Ahli
34 buah.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
34 buah loji telah pun dibuat kajian sejak 15 tahun dahulu bahawa tidak mencukupi air di negeri Selangor. Oleh sebab itu kita buat Projek Langat 2 dengan ihsan Kerajaan Negeri Pahang dan dalam Dewan ini juga saya pernah bercakap bahawa Selangor akan menghadapi masalah air menjelang tahun 2014 tetapi Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besarnya, EXCOnya menafikan, kata air di negeri Selangor hanya akan berlaku pada tahun 2019. Air lombong banyak, air tasik banyak, air longkang banyak. Pergi tunjuk air longkang.
Ini betul. Kita bercakap sudah lama. Hari ini terbukti menjelang tahun 2014 Tuan Yang di-Pertua, kita tengok berjuta rakyat negeri Selangor menghadapi masalah air dan akibatnya kilang-kilang dan industri-industri mengeluh. Saya ada buat perjumpaan dengan Menteri...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Minta Yang Berhormat Tanjong Karang minum air sedikitlah. Suara dia pun sudah tidak betul.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tidak saya hendak beritahu ini. Kenapa ini? Siapa suruh bangun? duduk. Siapa suruh bangun? Saya tidak beri. Ini cakap merapu, duduk. Beri saya peluang bercakap habis. Saya berjumpa Tuan Yang di- Pertua bersama dengan Menteri MITI. Mereka mengeluh dan ada kilang sampai hendak pindah ke negeri lain, hendak tutup operasi, rugi apabila mereka tidak dapat memenuhi kehendak-kehendak pelanggan.
Akan tetapi apa kerajaan negeri buat? Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelabur-pelabur lari, pelabur-pelabur tidak datang ke Selangor. Apabila pelabur-pelabur tidak datang ke Selangor, maka tidak ada peluang pekerjaan. Tutup peluang pekerjaan. Bayangkan kalau 700 lebih ini dapat memberikan peluang pekerjaan, 100 cukuplah satu-satu industri. Berapa ribu? 7,000 lebih, 10,000 lebih ada peluang- peluang pekerjaan di negeri Selangor.
Akan tetapi sebaliknya percayalah kalau ini berlaku, dia akan salahkan Kerajaan Persekutuan. Pengangguran di negeri Selangor ini tinggi. Jadi kerana ianya sebab memang perangai pembangkang. Apa juga Kerajaan Persekutuan buat salah sampaikan Perdana Menteri saman Malaysia Kini pun salah juga. Pemimpin DAP saman macam-macam tidak salah. Itu saya hendak beri contoh.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Beri laluan, boleh?
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Nanti dahulu, saya hendak bagi habis isu pengangguran.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sekejap sahaja.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tidak saya hendak bagi habis isu pengangguran. Ya, ini tidak faham. Pengangguran dan pelaburan samalah. Tidak ada pelaburan berlakulah pengangguran. Apalah mentaliti Yang Berhormat Shah Alam ini. Tuan Yang di-Pertua, tolong dengar. Mentaliti Yang Berhormat Shah Alam dia kata, apa kena mengena pelaburan dengan pengangguran?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak kata apa-apa pun.
[Ketawa]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bangun]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Apa ini? Mestilah ada kaitan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya tidak kata apa-apa. Bukan saya.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya dengar. Duduk.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia fobia dengan Shah Alam.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Berkaitan dengan pengangguran dengan pelaburan, mestilah. Kalau pelaburan kita tinggi, banyaklah peluang pekerjaan, tidak adalah pengangguran. Macam di negeri Selangor, apabila pelaburan sudah kurang, pengangguran akan berlaku. 10,000 sahaja peluang pekerjaan yang disediakan di negeri Selangor. Apabila berlaku pengangguran, jenayah bertambah. Apabila jenayah bertambah, polis pula salah, tidak jaga jenayah. Jadi oleh sebab itulah ia ada hubung kait. Baik, itu yang pertama.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bangun]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Sila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Tanjong Karang, saya ingin bertanyalah Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Tanjong Karang seorang peguam. Yang Berhormat Tanjong Karang sedar atau tidak apabila Yang Berhormat Tanjong Karang mendedahkan apa-apa persoalan di Selangor ini, di Dewan ini, kita telah menafikan hak kerajaan negeri untuk menjawab. Sebab...
Seorang Ahli
Sudahlah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ini seorang lagi tidak faham.
Apabila kita bercakap di sini, kita bercakap dalam keadaan tidak ada Menteri dan Exco- exco di depan ini untuk menjawab. Kenapakah persoalan ini kalau betullah ia adalah fakta- fakta yang betul, kenapa tidak didedahkan dalam Dewan Undangan Negeri di mana forum yang selayaknya untuk dengar? Seperti mana saya hendak beri contoh, isu Johor apabila berlakunya baru-baru ini rang undang-undang berkaitan ada kontroversi yang melibatkan sultan. Kami Pakatan Rakyat tidak membincangkan dalam Parlimen sebab kita tahu itu bukan forumnya di sini. Forumnya ialah di Johor.
Akan tetapi kenapa di Selangor ini kita bercerita pasal Selangor? Adakah kita mengakui sekarang seolah-olah kita sekarang ini kerajaan pula dan di sana jadi pembangkang? Itu pertama.
Keduanya saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang kata Selangor diperintah oleh Pakatan menyukarkan pelabur.
Saya hendak tanya betul-betul. Sebenarnya menyukarkan pelabur atau sukarkan UMNO?
Ia menyukarkan UMNOkah atau menyukarkan pelabur? Oleh sebab Selangor sekarang ini apabila UMNO ini sudah biasa ada kuasa, bila tidak ada kuasa di Selangor sebab itu mereka bercakap meraban-raban, dia cakap meroyan-royan. Itu sebenarnya. Maknanya Pakatan Rakyat menyukarkan UMNO. Mana ada sebuah kerajaan yang dikatakan pelabur tidak datang tiba-tiba rakyat masih menyokong.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Okey faham. Okey duduklah, faham. Sudah habis.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sabar dahulu. Belum.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini peluang saya, cukuplah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kata tanya saya, sudah cukupkah belum.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Cukup.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tadi tanya sudah atau belum.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Okey hendak cakap, cakaplah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Ketawa] Yang Berhormat Tanjong Karang, saya hendak tanya Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Tanjong Karang kata tadi bercakaplah, “Saya ditawarkan jadi Menteri tetapi saya tidak mahu” Betulkah ataupun orang memang tidak hendak tawar langsung? Orang tengok kalau perangai macam ini siapa yang hendak jadi Menteri? Menyusahkan Barisan Nasional sahaja. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Sudah habis? Sambung lagilah. Cakap merapu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Boleh saya sambung? Boleh Shah Alam.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Menyampuk]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tidak saya hendak beritahu.
Duduklah. Ini dua-dua duduk dahulu. Saya hendak beritahu ini pun sama juga tidak faham.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Apa tidak faham? Semua tidak faham.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Soalan ini, data ini Menteri kena jawab sebab ini MITI yang punya data.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kalau Menteri yang kena jawab kenapa tanya Selangor dekat sini? Tanyalah dekat Dewan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Sebab akta ini akan melibatkan semua negeri termasuk Selangor. Tidak faham? Yang Berhormat cakap ini lawyer. Lawyer apa ini? Tengok.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Janganlah tuduh. Kita negeri lain juga. Jangan tuduh-tuduh sahaja. Tanya negeri lain.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat ..
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tidak. Saya hendak beritahu ini... Saya hendak sebut...
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Yang Berhormat Tanjong Karang...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Jangan sebarang sebut sahaja. Ini tidak adil.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sepang duduk Yang Berhormat Sepang.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjong Karang duduk. Yang Berhormat duduk.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya sudah sebut Sarawak, saya sebut Pulau Pinang. Tidak dengarkah, pekakkah?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey Sarawak. Kenapa tidak cerita tentang corruption bekas Ketua Menteri yang sedangkan banyak harta benda.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sepang duduk dahulu Yang Berhormat Sepang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat pekakkah...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kekayaan bekas Ketua Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Dua Ahli Yang Berhormat berdiri duduk dahulu. Yang Berhormat Sepang duduk. Duduk dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam perbahasan biarlah Tuan Yang di-Pertua menentukan sama ada benda itu boleh disentuh atau tidak.
Selagi saya masih mendengar, maka selagi itulah bermakna ianya boleh disentuh. [Dewan riuh] Nanti dahulu Ahli Yang Berhormat. Jadi kalau ada hujah daripada Yang Berhormat Tanjong Karang yang betul-betul tidak betul, jadi pembahas seterusnya daripada sebelah kiri saya bangunlah selepas itu canggahlah segala yang itu. Jangan bertengkar. Jangan bertengkar Ahli Yang Berhormat kerana yang menentukan Peraturan Mesyuarat ialah saya.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan teruskan Yang Berhormat Tanjong Karang. Jangan lebih-lebih dan jauh melencong.
Sila.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Jauh melencong tadi.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Duduklah.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang bijaksana.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini kerana saya hendak beri contoh macam mana jumudnya pemikiran ahli pembangkang terutamanya Yang Berhormat Sepang. Dia beri contoh masalah enakmen di negeri Johor yang menjadi hangat. Itu masalah negeri Johor. Tidak ada kena-mengena dengan federal. Akta ini melibatkan semua negeri. Ini pun tidak tahu bezakah? Macam mana boleh jadi peguam saya pun tidak tahu.
Baik Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu bahawa kaitannya cukup rapat sebab negeri Selangor ini marketing port. Ia dahulu sebuah negeri yang maju semuanya di Lembah Klang. Kedua ia juga ada buat investment. Saya hendak beritahu kepada Dewan yang mulia ini, kita memberikan peruntukan untuk membuat jalan-jalan industri.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Kita belanja cukup banyak. Saya difahamkan negeri yang paling banyak mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membaiki jalan-jalan dalam kawasan industri ialah negeri Selangor. Malangnya, banyak kita bagi bantuan, lagi merudum pelaburannya, lagi menurun peluang-peluang pekerjaannya.
Peruntukan yang kita bagi cukup banyak. Tahun 2012, RM11.6 juta. Tahun 2011, RM6.3 juta. Tahun 2013 lagi banyak, RM23 juta. Tahun ini, daripada RM50 juta peruntukan kerajaan federal, RM7.8 juta bagi pada Selangor. Apa maksudnya? Maksud kita ialah supaya Kerajaan Negeri Selangor kena berilah kerjasama mencapai hasrat kerajaan federal. Jangan hendak cari salah kerajaan federal sahaja. Sebab itu saya bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini. Kita tidak mahu statements daripada kerajaan negeri- ini sebagai contoh. Ini kita ada ini satu contoh yang betul. Ini, Yang Berhormat Sepang.
Dengar, dengar.
Tarikh 18 Februari 2013. Ini Tuan Yang di-Pertua, sebelum pilihan raya, apa MB punya statement? Ini, “Selangor tidak harap peruntukan Pusat”. Ini ada sebut. Sebab apa dia sebut kenyataan ini? Kerana dekat pilihan raya. Dia hendak politikkan isu. Hendak bagi tahu pada rakyat Selangor, “Kerajaan federal tidak bantu pun tidak apa, kita boleh berdikari, kita ada RM2 bilion simpanan”. Sekarang kita lihat apabila cukai-cukai industri dinaikkan, prasarana tidak dibuat. Jadi dia tahu simpan duit sahaja. Akhirnya dia berjaya menipu rakyat Selangor seolah-olah Kerajaan Negeri Selangor ini pandai mentadbir. Ini kenyataan sebelum pilihan raya. Ini betul. Ini yang disebut oleh Menteri Besar sendiri. Saya hendak
sebut, “Menteri Besar...” “Shah Alam
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri tidak terlalu mengharap peruntukan Kerajaan Persekutuan.”...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Shah Alam tidak ada Menteri Besar Tuan Yang di-Pertua. Menteri Besar Shah Alam tidak ada.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini lagi nampak kebodohan dia.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Menteri Besar Selangor saja.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Inilah nampak kebodohan dia.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Cakap pun tidak betul. Dia ini sudah fobia dengan Shah Alam.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya kata ini dia bercakap di Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sikit-sikit Shah Alam.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Eh, apa ini? Ini berat Tuan Yang di-Pertua. Saya bercakap ini, petikan ini, ucapannya di Shah Alam. Siapa yang melompat ini? Pemikiran jumud ini. Saya kata MB buat statement di Shah Alam. Ini saya baca.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia biasanya kalau surat khabar itu ditulis, “Shah Alam: Menteri Besar Selangor mengatakan...”
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ya lah, betul.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia tidak kata, “Menteri Besar Shah Alam”. Tidak betul itu. Sama ada dia tidak pandai baca ataupun surat khabar itu silap lapor.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Saya hendak ulang. Saya hendak ulang supaya Yang Berhormat Shah Alam ini dia supaya jangan merapu, jangan dia jadi nampak sangat macam budak jumudlah. Kalau cerdik, saya baca tadi, “Shah Alam” saya kata tadi. Saya baca ini surat khabar saya baca. Takkan saya boleh salah baca surat khabar. Shah Alam....
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tadi semua orang dengar, “Menteri Besar Shah Alam”.
Seorang Ahli
Sudahlah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Semua dengar. Dibacanya Menteri Besar Shah Alam. Betul tidak betul?
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini pekak.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia sendiri tidak faham hendak baca, hendak salahkan orang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Shah Alam pekak, sila duduk. Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat Shah Alam, “Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri tidak terlalu mengharapkan peruntukan Kerajaan Persekutuan kerana Selangor mempunyai dana mencukupi untuk menggunakan pentadbiran dan melaksanakan pelbagai program”. Statement politik kerana sebelum pilihan raya. Hendak menipu rakyat Selangor.
Akan tetapi baru-baru ini pada 10 Jun, apa tajuk dia? “MB mahu Kerajaan Pusat bekerjasama tingkatkan pelaburan.” Apa ini cakap ini? Dan statement ini dikeluarkan dalam surat khabar, Selangorkini. Dikeluarkan tajuk dua statement yang cukup bercanggah.
Sebelum pilihan raya cakap lain, hendak menipu rakyat, duit cukup, RM2 bilion ada. Bila sudah lepas pilihan raya, hendak menyalahkan pula Kerajaan Pusat tetapi bila pelaburannya sudah menurun, pengangguran meningkat, oh, ini hendak kaitkan salah Kerajaan Pusat. Sebab itu dia buat statement dalam surat khabar dia, dalam surat khabar kerajaan negeri. “MB mahu Kerajaan Pusat bekerjasama tingkatkan pelaburan.” Ini Tuan Yang di-Pertua, ini sebagai contohlah, sebagai contoh bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat, pemimpinnya lidah bercabang. Macam sumpah-sumpah.
Mungkin juga dinasihatkan oleh Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dari Permatang Pauh yang kita tahu cakap tipu, tidak betul. Akan tetapi kita alhamdulillah, hari ini pembohongan yang dibuat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh bukan saja tidak dipercayai oleh rakyat Malaysia, BBC London pun tidak percaya apa dia cakap. Ini bukti.
Jadi sebab itu saya kaitkan perkara ini supaya kerajaan negeri hendaklah memberikan kerjasama yang betul. Jangan lebih banyak berpolitik, hendak tipu rakyat padahal sumbangan pengangguran kepada rakyat oleh kerajaan negeri, cukai naik, sumbangan menyebabkan kos yang macam saya kata tadi ini yang dipertikaikan oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Ini statement yang saya dapat betul iaitu yang saya dapat daripada Majlis Perbandaran Shah Alam. Majlis Perbandaran Shah Alam yang saya kata waktu start kereta di kedai tayar, waktu kita memerintah, RM1,300 saja cukai. Bila hari ini dia memerintah, dia naik sampai RM3,000 lebih. Itu pun hendak salah Barisan Nasional?
Semua hendak salahkan Barisan Nasional. Jadi sampai semua tutuplah Selangor ini.
Tadi saya dengar taklimat mengenai insentif ini juga difahamkan hotel pun dapat.
Saya difahamkan waktu taklimat diberi, industri hotel pun dapat, untuk dapat insentif.
Negeri Selangor, Quality Hotel, punya sudah lama buat, itu pun tutup, tutup. Orang
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
kampung menguruskan homestay pun boleh kaya raya, boleh hidup. Ini mudah, mengurus hotel pun tidak reti.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Jadi saya ingat...
Seorang Ahli
Rumah urut.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ha, yang tak tutup, rumah urut.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat, Quality Hotel bukan tutup. Dia kena ada refurbishment, hendak membaikkan semula. Mungkin Shah Alam Convention Centre akan ambil alih jadi pengurusan dia. Jadi jangan putar belit perkataan...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tidak apalah. Saya akan ambil, I will take note. Saya akan ambil contoh, tolong rakam dalam Hansard kita. Yang Berhormat Seputeh kata bahawa Quality Hotel Shah Alam tidak ditutup. Okey, semua dengar okey? Kita tunggu dan lihat siapa yang betul. Saya tidak mahu- saya ini bercakap kepada kenyataan yang dikeluarkan. Tidak apalah. Kalau Yang Berhormat kata tutup sementara, it’s okay tetapi pekerja-pekerja...
[Disampuk] Tidak apa, it’s okay, saya terima.
Saya hanya hendak bagi contoh bagaimana pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang dia tahu, apa yang dia tahu, hanya jual harta. Ini padang golf pun jual sementara. Padang golf pun dia jual Tuan Yang di-Pertua. Bagaimana untuk- sudah tidak boleh nak menarik pelabur...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Padang golf yang mana, Tuan Yang di-Pertua?
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Sudah jual semua harta Selangor.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Padang golf mana supaya boleh kita respons. Padang golf yang mana?
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Dan akhirnya pelabur-pelabur lari dari Selangor dan akhirnya nanti dia akan cari salah, oh, ini salah kerajaan federal. Ini semua salah kerajaan federal. Inilah perangai pembangkang ini Tuan Yang di-Pertua.
Jadi kita minta supaya kerajaan federal sebelum hendak bantu negeri Selangor kena tengok baik-baik. Jangan nanti orang kata kita yang belanja banyak, lastnya dia yang dapat faedah. Jadi ini saya hendak minta kaji betul-betul apa yang boleh dibantu kerana cukai semua dia ambil. Bila prasarana kita buat, jalan industri kita buat, duit cukai dia simpan. Akhirnya dia memberitahu kepada rakyat seolah-olah kerajaan federal tidak tolong negeri dan kerajaan negeri ini pandai mentadbir, simpan duit bilion-bilion.
Jadi itu saya ingin menyokong akta ini. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di sini saya gembira kerana yang rang undang-undang ini yang juga berbincang dengan insentif yang akan diberi kepada pelabur ini dibentangkan di Dewan Rakyat ini.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pelabur asing, sekiranya mereka hendak memberi, membuat investment atau pelaburan di sesuatu negara, biasanya mereka akan mengambil kira, satu ialah tentang pasaran; kedua ialah sumber manusia dan juga gaji kakitangan, gaji pekerja di sesuatu negara; ketiga, kestabilan masyarakat dan politik; keempat, tahap pendidikan tenaga kerja ataupun kepakaran tenaga kerja di sesuatu negara; kelima ialah imej sesuatu negara dalam kaca pandangan mereka; enam ialah tentang keselamatan; dan ketujuh sama ada dasar kerajaan adalah mesra kepada pelabur dan juga peniaga ataupun tidak dan ini juga berkaitan dengan insentif.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sebenarnya kalau kita lihat dari segi insentif yang diberi kepada pelabur asing, sebenarnya ia adalah penting tapi it is not the most important kerana kita lihat mereka juga mengambil kira faktor-faktor lain.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang Exco bagi kerajaan negeri yang pernah mencebur diri dalam cuba menarik pelaburan yang masuk ke Malaysia ini dan selalunya kami akan lihat apakah pelaburan yang paling sesuai, yang paling diperlukan oleh kerajaan.
Ini kerana walaupun saya pernah jadi Exco kerajaan negeri tetapi bila kita keluar negara, adalah Malaysia first, Selangor second. Ini kerana kita perlu terangkan di mana letaknya Malaysia lepas itu baru kita terangkan di manakah letaknya Selangor di Malaysia. Selalunya kita akan tumpu kepada bidang ataupun industri yang dapat insentif daripada Kerajaan Pusat seperti teknologi tinggi, teknologi hijau, services industry atau industri perkhidmatan dan juga lain-lain. Selalunya kita hadapi masalah bila kita nak cuba terangkan beberapa fakta tapi yang mana susah bagi kita untuk mempertahankan isu yang sebenar berlaku seperti keselamatan, isu keselamatan dan juga isu tentang kekurangan tenaga kerja.
Kita juga tidak boleh menafikan bahawa di negara kita ini kalau kita nak menarik masuk, khususnya industrial investment yang kita masih amat bergantung kepada tenaga kerja asing. Bagi tenaga kerja asing kita tahu ada banyak isu dan isu ini adalah selalu yang kita rasa juga kita tidak tahu macam mana nak jawab juga. Misalnya, setiap beberapa tahun kerajaan akan hantar mereka balik. Ada yang tidak balik, ada yang tinggal di sini. Beberapa operasi pemutihan telah pun berlaku dan menyusahkan pelabur yang sedia ada di Malaysia ini. Banyak isu dan sungutan ini saya rasa yang pada tahun-tahun yang lepas. Saya tahu ini bukan di bawah bidang kuasa MITI tetapi ia adalah berkaitan kerana ia akan menjejaskan usaha kita untuk menarik masuk pelaburan ke Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pelabur asing, mereka selalu amat bimbang tentang kadar tarif. Misalnya, kadar tarif elektrik. Kita juga tahu bagi kementerian juga selalu cuba salurkan dan hantar, ada galakan pelabur asing yang memerlukan bekalan elektrik yang banyak, yang tinggi itu, hantar mereka ke Sarawak kerana di situ ada Empangan Bakun dan sebagainya. Akan tetapi saya juga terima sungutan daripada pelabur di negeri Sarawak, khususnya mereka yang sebelum ini guna bekalan elektrik daripada Empangan Bakun. Yang mana ada satu tempoh pada tahun lepas, sudah enam bulan Empangan Bakun tidak berfungsi membekalkan bekalan elektrik kepada industri yang melabur dekat sana. Jadi, ini telah mendatangkan ketidaksenangan bagi pihak pelabur dan juga saya nak tanya sama ada menteri sedar tentang ini.
Kenapakah Empangan Bakun ini sepatutnya ia membekalkan elektrik kepada seluruh Malaysia bila ia dibuat tetapi sekarang ia nampaknya tidak dapat memenuhi.
Mungkin yang empangan itu menghadapi risiko sekiranya ia keluarkan bekalan elektrik yang banyak sehingga Kerajaan Negeri Sarawak sekarang nak jadikannya sebagai eco tourism. Satu empangan yang sepatutnya mengeluarkan bekalan elektrik tapi sekarang ini jadi satu eco tourism. Kita lihat banyak lagi empangan akan didirikan, dibina di negeri Sarawak. Ini sesuatu yang kita tidak faham. Mungkin menteri boleh bagi keterangan tentang masalah ini.
Kedua ialah tentang tarif harga gas. Yang ketiga ialah saya rasa yang sungutan mereka juga termasuk gaji minimum. Yang mana yang ini adalah satu isu yang saya rasa bukan mereka tidak sokong gaji minimum. Sebenarnya banyak sungutan bila ia dikuatkuasakan kerana yang pengenalan gaji minimum itu tidak ada spesifikasi. Ini kerana gaji yang para pelabur bayar kepada pekerja asing itu sebenarnya melibatkan banyak kos dan kos ini tidak diambil kira oleh pihak Kerajaan Pusat. Kita lihat kekeliruan ini berlaku dan ini juga sesuatu yang mengecewakan mereka kerana mereka rasa Kerajaan Pusat tidak dengar rintihan mereka. Ini menjadikan yang pekerja tempatan dan juga perselisihan di antara pekerja tempatan di satu kilang dan juga dengan pekerja asing dan juga tentang isu pelaksanaan yang umur persaraan sampai 60 tahun itu.
Sebenarnya, saya rasa ini ada banyak lagi dialog yang perlu diadakan untuk bagi penerangan kepada pada industri. Akan tetapi saya rasa proses dialog ini tidak diadakan dengan betul sehingga mereka ada yang rasa ini adalah satu dasar yang membantutkan perkembangan syarikat. Ini kerana bagi mereka yang rasa pekerjaan mereka tidak sesuai sekarang, mereka terpaksa lanjutkan usia perkhidmatan mereka. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin membangkitkan dengan masalah, khususnya dihadapi oleh para pelabur
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
yang mendirikan kilang mereka di kawasan perindustrian di Selangor khususnya. Di Selangor, kita mempunyai 201 kawasan industri. Daripada kebanyakan kawasan industri ini dibangunkan sekitar tahun 90an dan lebih awal daripada itu. Keadaan kemudahan infrastruktur yang sedia ada memang amat mendukacitakan.
Di Selangor sejak tahun 2008, kita dah mendirikan Industrial Park Management Committee (IPMC) di banyak kawasan perindustrian di seluruh Selangor. Ia adalah ditubuhkan di bawah PBT atau pihak berkuasa tempatan. Banyak rintihan selalunya kita lihat yang dikeluarkan oleh pihak pelabur adalah berkenaan isu macam jalan berlubang, kebersihan dan keindahan landskap, lampu jalan yang tidak berfungsi, sistem perparitan dan sistem saliran yang kurang sempurna, papan tanda jalan kawasan industri, keperluan lampu isyarat dan keperluan pembesaran industri dan juga sebagainya. Ini semua kelihatannya adalah isu berkaitan dengan PBT atau pihak berkuasa tempatan.
Akan tetapi kita haruslah ingat bahawa kawasan perindustrian ini adalah dibangunkan oleh pihak swasta. Terdapat sekurang-kurangnya lima kawasan perindustrian ini masih belum diserah kepada PBT iaitu Meru Industrial Park di Klang, Bandar Rinching Industrial Area di Semenyih, Zural Industrial Park, Hulu Selangor, Kawasan Industri Bukit Beruntung dan Sentosa di Hulu Selangor, Kawasan Industri MIEL Batang Kali di Hulu Selangor.
Kemudahan-kemudahan infrastruktur yang dimaksudkan seperti jalan raya, longkang, lampu jalan dan kawasan lapang ini yang semua di kawasan-kawasan yang tersebut ini sebenarnya mereka tidak dapat bantuan daripada PBT. Mereka juga tidak dapat bantuan daripada pihak Kerajaan Pusat kerana mereka ini dianggap sebagai swasta. Ini adalah menjadi masalah kepada mereka, pelabur yang mendirikan kilang mereka di kawasan-kawasan tersebut.
Jadi, di sini saya juga nak bagi satu cadangan. Mungkin pihak kementerian haruslah ada mungkin koordinasi dengan pihak REHDA ataupun kerajaan negeri ataupun PBT daripada segi untuk memantau ataupun daripada segi pembinaan kawasan perindustrian. Ini kerana bila kita pergi ke luar negara, kalau pergi ke Taiwan malah di negara China, kita lihat landskap dan juga kawasan perindustrian itu selalunya dibuat dengan landskap yang indah dan cantik. Mereka juga ada banyak sistem yang menjaga keselamatan dan sebagainya. Bila kita masuk, kita lihat kawasan yang cantik.
Akan tetapi ini bukan keadaan yang bila pelabur asing datang ke Selangor, masuk ke kawasan perindustrian kita ini. Ada banyak kawasan perindustrian dan memang dalam keadaan yang sangat teruk. Sangat teruk yang mana sepatutnya dinaiktarafkan oleh pihak kerajaan kerana ada isu-isu tertentu. Bagi PBT, mereka tidak ada wang yang cukup untuk menaik taraf begitu banyak kawasan perindustrian. Bila mereka tidak ada wang yang cukup dan bila kita cuba cari dana daripada pihak, kita tahu EPU ataupun melalui MITI, selalunya wang yang disalurkan dari EPU itu memanglah tidak cukup bagi PBT untuk menaik taraf banyak kawasan perindustrian di Selangor khususnya. Juga kadang-kadang kerana garis panduan untuk permohonan peruntukan naik taraf itu adalah agak susah bagi sesetengah pihak untuk memenuhinya, khususnya kawasan perindustrian yang belum diserahkan kepada PBT.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, saya rasa kalau pihak MITI hendak mengadakan, hendak tarik lebih pelabur asing, khususnya industrial investment ke Malaysia, mereka harus cuba adakan guidelines bagi pemaju untuk apabila mereka membuat kawasan perindustrian supaya guidelines- guidelines yang baru itu dipenuhi. Kita haruslah merujuk macam mana kawasan perindustrian yang dibina di luar negara itu dapat menarik begitu banyak pelaburan asing untuk ke negara mereka.
Sewaktu saya sebagai Exco pelaburan saya selalu cadangkan kepada pihak pemaju swasta apabila mereka mendirikan kawasan perindustrian, saya selalu cadangkan kepada mereka untuk membuat hostel, hostel bagi pekerja di kawasan perindustrian mereka dan disewa kepada mereka. Saya rasa garis panduan seperti ini haruslah ditetapkan oleh MITI sekiranya kita hendak menarik lebih pelaburan asing ke Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat peruntukan EPU untuk menyelenggarakan dan menaiktarafkan infra kawasan industri bagi tahun 2009 sehingga tahun 2014. Ini di bawah EPU. Saya lihat pada tahun 2009 dan 2010 iaitu Rancangan Malaysia ke-9, jumlah peruntukan diluluskan oleh MIDA ke Selangor ialah RM32.4 juta. Akan tetapi kita lihat pada
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
tahun 2011 adalah RM6.3 juta, 2012 ialah RM11.6 juta, 2013 ialah RM23.16 juta. Akan tetapi sehingga tahun ini hanya RM7.5 juta diberikan kepada Selangor. Apabila ditanya, jawapannya ialah di seluruh Malaysia memang hanya lebih kurang RM50 juta peruntukan di salurkan oleh MIDA untuk menyelenggarakan dan menaiktarafkan infra kawasan industri.
Ini memang satu angka yang tidak cukup. Walaupun dari segi teori, kawasan perindustrian haruslah di bawah bidang kuasa PBT. Kita tahu banyak PBT memang dari segi survival pun susah kerana lama kita tidak menaikkan cukai pintu tetapi saya rasa kalau pihak pelabur perindustrian ini mereka membayar cukai kepada Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat haruslah lihat apakah keperluan mereka supaya mereka boleh tambah lagi pelaburan mereka di Malaysia dan tidak tarik keluar pelaburan mereka dan lihat atas masalah dan sungutan mereka. Banyak kali saya rasa Ahli Yang Berhormat termasuk saya, kita membangkitkan keperluan. Haruslah lebih dana diberi di kawasan perindustrian yang kesemua sungutan ini tidak diambil serius oleh pihak kementerian.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Seputeh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Seputeh, mengenai kemudahan bagi pelabur-pelabur yang dilamar untuk ke tempat-tempat perindustrian dibina di negeri-negeri. Yang Berhormat Seputeh membangkitkan kemudahan infrastruktur. Akan tetapi saya hendak bertanya, apakah faktor yang lebih besar yang mendorong ataupun yang boleh mengurangkan minat kepada membawa pelaburan ke tempat-tempat yang telah disediakan. Pertanyaan saya ialah apakah benar urusan untuk berniaga, untuk memulakan perniagaan di Malaysia ini masih terlalu panjang sampai memerlukan sampai 140 hari untuk mendaftarkan syarikat.
Adakah Yang Berhormat Seputeh bersetuju sekiranya semua red tape ini dikurangkan supaya dapat bersaing dengan negara-negara yang mampu menarik pelaburan dengan lebih banyak kerana tempoh untuk mendaftar dan memulakan perniagaan ini jauh lebih pendek. Terima kasih.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa masalah untuk memulakan satu perniagaan ataupun tubuhkan satu kilang mereka di Malaysia ini kadang-kadang ia adalah masalah dari segi koordinasi agensi kerajaan. Ada banyak masalah, adakala masalah tanah, adakala ialah masalah yang PBT, adakala juga agensi terlibat pada tahap Persekutuan. Akan tetapi sebenarnya bagi saya, saya rasa paling susah kita hendak tolong sebagai kerajaan negeri ialah macam isu pekerja asing. Isu tentang gaji minimum dan sebagainya. Bagi kerajaan negeri, kerajaan negeri adalah yang paling rapat dengan pelabur ataupun peniaga, khususnya macam Persatuan Pelabur Asing dan sebagainya. Kita selalu apabila mereka mengeluarkan sungutan seperti ini, saya memang berharap kalau pegawai dari MIDA ataupun MITI boleh jawab. Saya rasa isu macam pekerja asing, gaji minimum, tahun persaraan bagi pekerja di negara kita dan sebagainya, semuanya adalah dasar pada tahap Persekutuan. Susah bagi kita untuk mempertahankan dasar-dasar tertentu kerana luar daripada bidang kuasa kita.
Akan tetapi saya rasa kalau kerajaan kita ini pentingkan untuk menarik pelaburan asing, saya rasa haruslah ada hubungan yang lebih rapat di antara FMM, di antara Dewan Perniagaan Asing dan sebagainya dengan pihak MITI dan juga Kerajaan Pusat dan juga termasuk Menteri sendiri. Ini kerana saya rasa yang banyak sungutan ini hanya boleh diatasi oleh pada peringkat Kabinet tetapi saya rasa selalunya kita lihat mereka tidak dengar sungutan, rungutan ini dengan bersungguh-sungguh. Beberapa yang lepas, apabila saya hadir satu jamuan oleh FMM Selangor dan saya tanya beberapa anggota FMM Pusat sama ada mereka sedar dengan adanya pindaan Akta Penggalakan Pelaburan. Mereka tidak tahu. Saya pun hairan kerana kenapakah kita tidak ada pihak MITI, pihak menteri tidak adakan dialog ataupun discussion dengan pihak FMM dan sebagainya. Supaya kita juga dengar rintihan mereka. Mereka adalah orang yang sangat penting bagi menarik masuk pelaburan asing ke Malaysia. Hubungan yang rapat haruslah selalu diadakan dengan mereka supaya kita hendak cari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka.
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya juga hendak bangkitkan satu isu yang mana saya sudah cakap lama tetapi nampaknya tidak ada apa-apa penambahbaikan iaitu isu kelulusan halal, produk halal. Saya juga ingat tentang apa yang berlaku pada Cadbury, coklat itu. Kalaulah saya merupakan pengurusan Cadbury coklat, saya sekarang akan saman kerajaan. Ini kerana khabar angin, berita yang disiarkan tentang adanya unsur babi dalam coklat tersebut telah begitu menggoncangkan masyarakat dan menaikkan perasaan marah di kalangan pengguna. Kenapakah maklumat seperti ini boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan selepas itu dinafikan oleh pihak JAKIM. Selepas itu macam tidak
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
ada satu perkara dan sekarang kita lihat masih ada pengguna yang masih kata hendak memboikot Cardbury coklat tersebut. Saya rasa ini adalah merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Mereka yang menyebarkan maklumat yang tidak benar itu haruslah diambil tindakan atau sekurang-kurangnya pihak kementerian berkenaan haruslah memohon maaf secara terbuka kerana ini merupakan satu berita palsu.
Saya hendak sambung dengan isu pensijilan halal. Memang ada banyak sungutan kerana mereka yang melabur dalam produk halal ini, ini juga merupakan satu aspek yang mana apabila kami pergi ke luar negara hendak pujuk untuk orang datang melabur di Malaysia ini kita juga selalu mempromosi tentang industri halal kepada mereka. Mereka berkata hendak dapat sijil halal itu makan masa begitu lama. Ada satu industri yang kata hendak buat satu produk baru sebenarnya, kesemua elemen produk baru iaitu krim adalah merupakan dari produk yang asal, mereka ambil sembilan bulan untuk dapat sijil walaupun produk semua agak sama, daripada kilang yang sama.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya rasa yang ini adalah satu isu di mana pihak kementerian haruslah memandangnya dengan serius dan saya rasa juga haruslah adakan lebih dialog di antara pihak industri dengan mereka yang luluskan sijil halal ini hendak tengok bagaimana boleh cepatkan satu proses kerana kelambatan ini akan menyebabkan pelabur asing pindah kilang mereka ataupun pelaburan mereka ini ke Indonesia dan juga ke negara-negara lain yang mana pengeluaran sijil halal itu jauh lebih cepat berbanding dengan Malaysia.
Saya rasa saya memang setuju kita memang perlu lebih teliti kalau kita hendak keluarkan sijil halal tetapi bukan teliti yang sampai pihak industri ini tidak ingin keluarkan produk baru yang halal bila mereka buka kilang di Malaysia ini. Saya rasa ini isu yang memang pihak kementerian haruslah ambil kira sekiranya kita hendak promosikan produk halal.
Akhirnya saya hendak juga cadangkan dari segi pengiraan pelaburan ke Malaysia selalu kita dapat angka-angka pelaburan yang masuk ke Malaysia ataupun setiap negeri itu seperti apa yang dibaca oleh Yang Berhormat Tanjung Karang tadi. Semua adalah dari segi perindustrian dan kita juga tahu kalau kita lihat dari segi bidang kuasa, pelaburan perindustrian dan juga pelaburan perkhidmatan services industry yang pelaburan dalam services industry telah pun melebihi pelaburan perindustrian dan memang kerajaan ingin mempromosi services industry dan menarik pelaburan dari services industry.
Akan tetapi bila kita hendak bentangkan kita selalu bentangkan angka pelaburan ini pada rombongan pelabur asing kita hanya ada data statistik tentang pelaburan daripada segi perindustrian tetapi kita tidak ada statistik secara keseluruhan. Akan tetapi bila ada rombongan pelabur asing atau kerajaan asing, bila mereka datang dan beri penerangan tentang pelaburan di bandar mereka ataupun sesuatu negeri khususnya di China mereka merangkumi semua dan angka mereka memang jauh sangat besar. Ia merangkumi bukan sahaja pelaburan perindustrian, services industry, housing dan juga banyak bidang lain.
Akan tetapi di negara kita kesalnya walaupun ada usaha oleh pihak MITI tetapi kita selalu tidak lihat jumlah angka itu dan saya juga difahamkan pihak MITI juga ada cuba hendak menjumlahkan kesemua bidang-bidang yang dalam semua bidang ini dalam satu angka tetapi selalunya ia tidak diumumkan secara berkala sehingga bagi semua negeri yang ingin buat promosi tentang pelaburan di Malaysia ini apa angka yang kita tunjuk adalah begitu kecil sekali, RM8 bilion, RM10 bilion, industri pelaburan baru dalam satu tahun dan dari segi ringgit pula memang sangat kecil.
Jadi, sebenarnya angka kita ini sepatutnya lebih besar kalau kita campur pelaburan daripada segi perumahan, daripada segi services industry, dan sebagainya. Jadi saya hendak minta pihak kementerian juga hendak beritahu Dewan ini bilakah kita akan boleh ada satu angka yang lebih menyeluruh supaya kita boleh bentangkan yang pelaburan kita ini khususnya kepada pelabur asing, kepada diplomat di luar negara ini dengan angka ini lebih besar dan bukan tumpu kepada pelaburan daripada segi perindustrian sahaja.
Jadi, saya masih berharap yang Yang Berhormat Menteri yang akan jawab perbahasan kita ini. Memang dilihat dari segi macam mana kita boleh salurkan lebih wang untuk menyelenggarakan menaik taraf kawasan-kawasan perindustrian dan saya memang hendak berharap Yang Berhormat Menteri boleh juga datang ke banyak kawasan perindustrian di Selangor ini yang memang perlu upgrade dengan cepat dan juga serius ini supaya kita boleh jadikan, kita boleh tunjukkan kita ada kawasan perindustrian yang indah,
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
yang ada landscape, yang cantik dan memang saya berharap pihak MITI juga akan mungkin akan adakan dialog dengan pihak negeri dan juga PBT dan juga REDA macam mana kita boleh bentukkan kawasan perindustrian yang mesra kepada pelabur dan juga para industri. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Labuan.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk sama-sama bahas Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri sewaktu membacakan tadi kebanyakannya adalah pindaan-pindaan ataupun pengemaskinian kepada insentif-insentif yang telah pun dilaksanakan secara pentadbiran. Jadi saya ingin mengucapkan tahniah walaupun mungkin agak lambat mesti ia perlukan penelitian yang lebih rapi untuk kita membuatkan pindaan secara menyeluruh. Jadi untuk competitive, dengan izin di dalam persaingan kita perlu cepat dan dengan itu saya ucapkan tahniah kerana kita bertindak dengan lebih cepat.
Saya yakin saya juga tidak setuju ada yang mengatakan bahawa pioneer status ataupun PS dan investment tax allowance ini adalah insentif-insentif yang sudah terlalu lama dan lapuk, cuma menumpukan kepada industri-industri tertentu ataupun kepada pelabur-pelabur yang cuma empat atau lima yang besar sahaja. Apa yang saya faham pioneer status ataupun investment tax allowance ini adalah sesuatu yang universal di mana apa sahaja pun pelaburan memang pun untuk kita menjadi mesra pelaburan, mesra perniagaan maka kita berikan mereka grace period ataupun kemudahan untuk bergerak ataupun untuk memulakan untuk memberikan mereka incentive tax pada lima tahun pertama ataupun sepuluh tahun pertama sebagai pioneer status. Saya juga merasakan tax incentive ini bukanlah cuma faktor-faktor yang menggalakkan pelaburan ataupun yang membuatkan pelaburan itu dibuat di Malaysia.
Keputusan-keputusan untuk membuat pelaburan juga adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain yang lebih penting. Walau bagaimanapun, kita tetap perlu mengadakan supaya kita perlu berada di tahap investment friendly dengan negara-negara lain yang bersaing dengan kita daripada segi tax incentive.
Untuk faktor-faktor lain yang membuatkan negara kita menjadi negara yang menarik untuk keputusan pelabur datang adalah di antaranya kestabilan politik dan ekonomi, infrastruktur dan prasarana yang baik, ketelusan dasar, persekitaran yang mesra perniagaan dan juga pengiktirafan di peringkat antarabangsa terhadap pencapaian Malaysia daripada segi daya saing turut menyumbang kepada minat pelabur asing untuk melabur di negara ini.
Ingin saya mention...
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Labuan kalau boleh minta laluan.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Bahawa... Yang Berhormat Parit Sulung silakan.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua, boleh Tuan Yang di-Pertua saya hendak minta laluan?
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya setuju dengan apa yang Yang Berhormat Labuan katakan tadi mengenai antara faktor pelabur datang ke Malaysia adalah dari segi kestabilan politik dan lain-lainnya dari segi infra yang begitu baik seperti di Malaysia. Saya hendak minta Yang Berhormat Labuan mungkin boleh, menumpang Yang Berhormat Labuan untuk menanyakan kepada Yang Berhormat Menteri mengenai kita tahu bahawa insentif-insentif ini telah lama diumumkan dan tempoh berkuat kuasa pun telah dilakukan. Mengapakah pindaan akta ini lewat dibuat sedangkan insentif ini telah lama di umum? Kalau boleh Yang Berhormat Labuan pun hendak contribute, dengan izin, dengan apa yang saya persoalkan ini mungkin Yang Berhormat Labuan boleh memberikan pendapat juga. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Ya, sebenarnya saya pun tertanya-tanya soalan itu. Saya rasa Yang Berhormat Menteri boleh menjawab dengan lebih tepat walaupun saya juga ada menyatakan boleh jadi ia disebabkan oleh pindaan ini akan mengambil masa yang lama kerana perlu disemak dengan teliti dari segi penyelarasan dengan Akta Cukai Pendapatan perlu di sah oleh kementerian dan agensi berkaitan pindaan undang-undang dari segi draf perundangan oleh Jabatan Peguam Negara dan sebagainya.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Kembali kepada pengiktirafan antarabangsa, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia, Kerajaan Barisan Nasional yang telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai negara keenam paling mesra perniagaan di dunia dari sejumlah 189 negara naik enam anak tangga dari tahun sebelumnya. Malaysia berjaya mengatasi Korea Selatan, Norway, United Kingdom dan Australia. Malaysia juga turut berada di tempat pertama dari segi kemudahan kredit dan tempat keempat di dunia bagi perlindungan pelabur dan pelaburan. Buku Laporan tahunan Daya Saing Dunia 2014 terbitan International Institute of Management Development menyenaraikan Malaysia di kedudukan ke-12, naik tiga anak tangga secara keseluruhan dari 60 ekonomi yang menyertainya. Ini meletakkan Malaysia sebagai lebih berdaya saing dari negara-negara seperti China, Korea, Jepun, India, Thailand dan Indonesia.
Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2014 terbitan A.T. Kearney Malaysia berada pada kedudukan ke-15 berbanding ke-25 pada tahun sebelumnya. Indeks ini menunjukkan peningkatan keyakinan pelabur terhadap prestasi ekonomi Malaysia berikutan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi Negara. Malah banyak lagi tapi baru-baru ini ada juga developments yang kita risaukan terutamanya dari segi keselamatan ataupun persepsi keselamatan yang terhasil disebabkan oleh beberapa insiden yang berlaku di Sabah. Jadi saya lihat ini adalah di antaranya yang akan memberikan kesan negatif kepada pelaburan terutamanya pelaburan-pelaburan yang berkaitan dengan pelancongan di negeri Sabah. Saya berharap pihak kementerian akan dapat menangani perkara ini sebab potensi industri pelancongan adalah amat tinggi di Sabah dan sayang sekiranya ia terlepas begitu sahaja.
Selain daripada keselamatan di negeri Sabah, sebenarnya ada juga isu electricity.
Jadi saya berharap pada tahun 2015 nanti, bajet yang secukupnya akan dapat disalurkan untuk memastikan masalah bekalan elektrik itu dapat diperbetulkan once and for all, dengan izin.
Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
[Bangun]
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Yang Berhormat Tanah Merah bangun. Saya benarkan kalau Tuan Yang di-Pertua benarkan. Terima kasih.
Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Setuju tidak Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat sentuh tentang pelaburan akan terjejas di Sabah jika apa yang berlaku di sana. Contohnya kenapa kita hendak sangat pelaburan, sebab kita hendak supaya orang melabur di negara kita boleh bagi peluang pekerjaan. Jadi sudah tentulah dengan peluang pekerjaan, rakyat kita juga akan dapat hasil economy circle. Jadi contoh macam negeri saya Kelantan ini, kita tengok negeri Kelantan dia tidak friendly untuk pelaburan. Ada banyak masalah. Sebab itulah di Kelantan kita ada masalah air, pelbagai kekangan politik sepanjang masa menyebabkan pelabur-pelabur tidak berminat, tidak begitu hendak melabur. Jadi setuju tidak Yang Berhormat Labuan kalau kita hendak orang melabur kita kena bagi keadaan suasana yang macam tadi disebut friendly. Keadaan yang friendly barulah orang hendak melabur.
Satu lagi Yang Berhormat Labuan. Setuju tidak Yang Berhormat Labuan saya tidak berapa faham apabila rang undang-undang yang dibentangkan, dari segi insentif kita kena faham Yang Berhormat Labuan, betul tidak Yang Berhormat, setuju tidak saya kata orang hendak melabur di negara kita kalau dia besar pelaburan tentulah insentif kita bagi lebih. Ini kita seolah-olah macam cemburu. Kita bagi dia insentif lebih padahal dia sudah melabur dengan begitu besar, begitu banyak dan dia telah mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak untuk rakyat Malaysia. Terima kasih. Setuju tidak Yang Berhormat Labuan?
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Memang amat bersetuju. Sebenarnya tax incentive yang kita berikan ataupun revenue forgone, dengan izin adalah terlalu kecil kalau dibandingkan dengan benefit yang kita peroleh daripada pelaburan-pelaburan. Return dari segi pendapatan tax pun sudah cukup menarik sebenarnya tetapi sebenarnya bukan itu
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
sahaja. Lebih besar lagi sebenarnya kita juga mendapat pulangan dari segi peluang pekerjaan, pembangunan industri, the cluster of industry, dengan izin. Sebenarnya perkembangan-perkembangan ini akan terus membuatkan Malaysia itu menjadi sebuah negara yang terus menarik kepada pelabur-pelabur lain disebabkan oleh pembangunan pelaburan industri yang sudah terbangun disebabkan oleh insentif-insentif dan juga disebabkan oleh faktor-faktor lain yang membuatkan Malaysia itu menarik.
Jadi seperti yang disebutkan tadi memanglah kerajaan negeri kena bekerjasama dengan Kerajaan Pusat seperti yang saya dengar tadi banyak perbahasan yang mengatakan bahawa banyak perkara yang tidak berlaku itu berlaku seperti yang disebut tadi di Selangor dan Kelantan tetapi saya berharap pertelingkahan di antara negeri-negeri ini sepatutnya tidak berlaku sebab pembangunan ekonomi ini adalah sesuatu yang perlu berlaku untuk kesejahteraan rakyat.
Akan tetapi di sini saya juga ingin sentuh adalah hubungan di antara negeri mungkin seperti yang diperkatakan tetapi saya ingin pergi sedikit ke tempat yang saya wakili iaitu Labuan. Labuan ini sememangnya ia unik sedikit. Dia bukan juga negeri tetapi pada masa yang sama ia juga jauh daripada kawasan utama Wilayah Persekutuan. Dia berada di Malaysia Timur bersebelahan dengan Sabah dan Sarawak. Jadi sebagai sebuah kawasan yang agak jauh tetapi pentadbirannya adalah di bawah Kerajaan Pusat jadi saya lihat ada perkara yang perlu diberi perhatian. Pelaburan seperti yang disebut tadi bukanlah semestinya pelaburan asing ataupun FDI sahaja tetapi juga banyak pelaburan DDI juga yang tertarik disebabkan oleh insentif-insentif yang ada. Untuk pengetahuan Tuan Yang di- Pertua dan Ahli-ahli Parlimen di Labuan sebenarnya pada masa ini mengalami pembangunan industri minyak dan gas yang amat pesat sejak dua tiga tahun kebelakangan ini sehinggalah ia dapat dirasakan oleh semua segmen di dalam masyarakat dan menyebabkan kita kekurangan bilik hotel, kita kekurangan tanah industri dan kita kekurangan pekerja mahir.
Jadi ini adalah satu yang perlu diberi perhatian dan perlu diberi sokongan. Kalau tadi kita banyak dengar kerajaan negeri banyak menyusahkan Kerajaan Pusat tetapi apa yang kami rasakan di Labuan sebenarnya adalah pelaburan-pelaburan yang ingin datang domestik dan foreign yang sudah pun datang ke Labuan dan berbincang dan memang sudah dipersetujui di peringkat Labuan ataupun peringkat negeri di sana tetapi terpaksa menunggu bertahun-tahun. Ada keputusan yang telah dibuat sebenarnya untuk mengadakan kawasan perindustrian yang memerlukan pejabat tanah (PTP) untuk memberi respons yang secepatnya tetapi kami terpaksa menunggu dan kami merasakan ini adalah kerugian bukan sahaja kepada Labuan tetapi juga kepada negara.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Untuk pengetahuan, disebabkan oleh permintaan kepada kawasan perindustrian yang cukup tinggi ini disebabkan oleh aktiviti di laut di oil field di sekitar Sabah, Sarawak dan Labuan begitu tinggi, negara jiran telah pun memberi respons dengan mengadakan atau tengah membuat satu base yang cukup besar yang dipanggil Pulau Muara Base yang mana ia akan memberi saingan bukan sahaja kepada Labuan tetapi kepada Malaysia.
Jadi saya berharap perhatian akan terus diberikan. Saya berharap pihak kementerian yang tertentu akan dapat memberikan satu, mungkin memerlukan satu structural change untuk memastikan kita boleh respons kepada permintaan-permintaan ataupun opportunity-opportunity yang datang ini. Buat pengetahuan, sebenarnya Labuan is the only supply base ataupun logistical hub yang bersedia di rantau ini untuk servis deep sea exploration dan juga subsea exploration. Jadi ini adalah satu advantage. Kita sudah di hadapan tetapi kadang-kadang disebabkan banyak juga kawasan lain mungkin juga di Malaysia atau pun di kawasan persekitaran yang ingin bersaing ataupun mendapatkan peluang ini menyebabkan competition di antara kawasan di Malaysia itu membantutkan potensi Labuan untuk terus dapat menjadi penyumbang utama kepada negara kita. Saya harap ia diberi perhatian.
Untuk pindaan akta ini, memang ia sesuatu yang perlu diluluskan supaya pengemaskinian akan dapat dilaksanakan untuk mengelakkan daripada berlakunya kesulitan disebabkan sudah banyak pelaburan yang diadakan yang mengambil peluang dari segi insentif-insentif yang dioffer. Dengan itu, Labuan mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya membahaskan ini. Saya ingin membangkitkan beberapa masalah tentang MITI dan juga Akta Penggalakan Pelaburan kerana banyak kilang yang berada di Bayan Baru dan begitu juga saya salah seorang Board of Director dalam investPenang, jadi saya tahu sedikit sebanyak...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat, nanti dahulu Yang Berhormat, duduk dahulu. Saya cuma ingin tahu, berapa lagi Ahli Yang Berhormat yang minat untuk bahas rang undang-undang ini? Sila...
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Satu, dua, tiga... Okey, enam orang berdiri. Yang Berhormat Menteri, selepas enam orang ini, sedia untuk menjawab. Sila.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih. Perkara yang pertama ialah tentang isu terlalu banyak agensi yang ingin membantu investor, pelabur. Walaupun ia usaha yang baik, usaha yang membantu investor itu suatu yang murni tetapi terlalu banyak agensi, sekarang mereka macam berperang hendak dapatkan investor. Jadi berlumba- lumba. Jadi apabila seorang investor datang, dia confused. Ada MIDA, ada MDeC, ada koridor-koridor, di negeri utara ada NCIA, ada pula Biotech Corp dan sebagainya. Jadi ia menjadi suatu yang confuse. Akan tetapi untuk Singapura, kalau kita tengok, ia hanya satu agensi sahaja iaitu EDB. EDB, segalanya pergi ke EDB, semua boleh diselesaikan.
Masalah yang utama tentang promotion of investment di Malaysia adalah semua agensi letak KPI, dapatkan investment dari luar negara. Jadi semuanya KPI. Oleh sebab perlunya capaikan KPI, mereka berlumba-lumba bagi offer yang berbeza-beza. Akhirnya, ia ada satu masalah confusion, pertama, dan keduanya adalah siapakah yang boleh make the last call? Jadi ini isu yang perlu ditangani. Saya cadangkan kalau boleh, MIDA yang buatlah, MIDA, cukuplah. Tak payah ada NCIAlah, MDeC, Biotech Corp, koridor dan sebagainya. Jadi ini adalah ke streamlining dia punya offer dan sebagainya, itu penting.
Kedua adalah masalah yang berlumba-lumba ini, dia pun ada masalah seperti MIDA cuba dapatkan investor masuk ke Kulim Bandar Baharu tetapi Pulau Pinang mungkin tidak ditonjolkan. Saya harap kalau boleh, kita biarkan dia ada industry park kita, ada industry park level ‘A’ dan level ‘B’. Level ‘A’ punya investor, kalau boleh biarlah mereka pergi ke Selangor atau Pulau Pinang yang mempunyai engineers yang bagus, yang world class. Kalau katakan secondary industry, dia masuk ke Kulim Bandar Baharu, no problem. Jadi ini, saya bukan kata MIDA pilih bulu tetapi saya pun hendak bagi penghargaan kepada MIDA kerana daripada feedback daripada pekilang-pekilang di Bayan Baru, Bayan Lepas, mereka memberi penghargaan yang tinggi terhadap MIDA kerana membuat kerja dengan profesional. Saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri atas MIDA. Akan tetapi ada agensi-agensi lain, saya tak mahu pinpointlah, tetapi mereka memang ada yang cuba hijack certain project ke tempat lain dengan ada berkepentingan. Itu saya tak mahu komen. Akan tetapi memang berlaku macam ini, berlumba-lumba dengan cara yang tidak berapa sihat.
Isu yang kedua adalah tentang kita punya insentif yang kita bagi kepada pioneer status dan incentive credit dan sebagainya kepada semua kilang itu. Dia membantu kilang- kilang yang besar, jenama-jenama yang hebat. Intel boleh dapat pioneer status, itu dulu dan ada company lain sekarang dapat pioneer status dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak mementingkan SMI kita. Kalau kita bagi kilang-kilang besar dari luar negara, dia hanya...
Betul, dia akan menjana lebih banyak pekerjaan, dia boleh membantu, dia boleh menjana ekonomi. Akan tetapi apabila mereka mendapat pioneer status selepas lima tahun, 10 tahun, selepas itu dia akan pindah keluar teknologi tersebut. Maka, dia tidak routed in Malaysia, dia akan lari bila-bila masa.
Jadi pada tahun 1997 apabila krisis ekonomi, banyak yang pindah ke China dan selepas itu mereka tidak pulang. Pekerja-pekerja kita pun diajak ke China dan mereka bekerja di sana dan tidak pulang. Jadi ini isu kalau kita hendak invest bagi insentif-insentif, bagilah kilang-kilang yang berada di Malaysia, home grown economy seperti di Korea,
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
seperti di Taiwan, seperti di China. China boleh lahirkan Foxconn. Sebenarnya Foxconn juga dari Taiwan. Taiwan boleh ada HTC, Korea boleh ada Samsung dan sebagainya, kita pun boleh sebenarnya, tetapi dia chicken and egg.
Kalau kita tidak memberi mereka geran atau insentif yang cukup, mereka tidak boleh menarik talen-talen mereka. Maka selalunya rungutan daripada industri adalah kilang- kilang tempatan, home grown industry, dia bagi trade dia ambil pekerja-pekerja engineer atau technician masuk kerja dalam kilang mereka. Selepas dua tahun, Intel pula keluarkan gaji yang lebih tinggi sikit, dia terus pergi ke Intel atau ke Dell dan sebagainya.
Isunya adalah mereka menjadi training ground untuk engineer, selepas itu diserap oleh Intel dan Intel pula dapat lagi insentif pioneer status dan sebagainya. Jadi rugi. Kita punya home grown industry tak mungkin boleh grow kerana polisi kita tidak membantu kilang-kilang tempatan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Walau bagaimanapun, mereka kata sekarang dengan adanya Domestic Investment Strategic Fund, itu satu usaha yang bagus. Mereka kata sekarang dengan DISF itu, ia cukup bantu. Saya ucap tahniah sekali lagi kepada Menteri kerana buat DISF itu.
Jadi saya ingin minta Menteri tolong beritahu berapa tax insentif dan juga pioneer status- bukan kerugianlah. Berapa yang telah diberikan sejak tahun 1986 selepas ada Promotion of Investment Act ini, pioneer status dan sebagainya? Berapa yang kita kira rugi kepada- bukan rugilah, berapa yang kita bagi supposedly how much tax we should be collected, we should have collected without this pioneer status dan tax incentive? Kita hendak tahu kejayaan tersebut, apakah berbaloi kita bagi pioneer status dan tax insentif itu.
Bolehkah Menteri bagi satu analisis, cost and benefit analysis untuk Dewan ini tahu kejayaan polisi tersebut?
Rungutan industri-industri yang fundamental adalah pekerja. Malaysia tidak akan berjaya dengan talent-talent atau engineer tempatan. Ini masalah yang paling besar dihadapi di seluruh negara baik di Pulau Pinang, Selangor, Kulim Bandar Baharu, Kulim Hi- Tech Park kah, isu fundamental adalah engineer dan technician yang tidak mencukupi.
Sekarang dengan keadaan kita tahu bahawa ramai di antara graduan-graduan kita memilih pergi ke kursus-kursus yang senang seperti social science atau business administration, IT dan sebagainya, hab sains, hub sciences telah menjadi kurang dan saya rasa ini adalah satu challenge kepada kita, masalah yang paling besar yang dihadapi oleh Malaysia kerana tidak kira berapa insentif yang kita boleh bagi, berapa geran yang kita boleh bagi, kalau kilang itu tidak dapat cari pekerja atau engineer yang bagus, ia tidak akan masuk. This is the fundamental question. Kita di Pulau Pinang dulu ada satu kilang besar hendak masuk ke Pulau Pinang tetapi dia tanya, “Bolehkah you supply 3,000 engineers for me, guaranteed 3,000?” Kita kira-kira tidak cukup sebab kalau kita kata 3,000 engineers, dia akan serap engineer daripada kilang-kilang berhampiran kerana kita tidak mempunyai supply of 3,000 engineers. Jadi ini isu yang harus diselesaikan.
Saya minta kalau boleh Menteri bantulah PSDC di Bayan Baru yang cuba, saya rasa tidak cukup proaktif. Dia jalankan tugas dengan baik tetapi tidak cukup generate, not enough technician atau tidak agresif enough.
Saya pun hendak cadangkan kepada Menteri, dulu UTM beri kursus kepada top scorer daripada SPM terus masuk universiti, terus jadi engineer. Itu strategi yang bagus kerana lepas SPM, ramai yang tidak mahu masuk STPM. Kalau di offer satu engineering degree straight daripada SPM, ramai akan tertarik dengan engineering kerana mereka tidak mahu pergi STPM, susah. Kedua adalah mereka mungkin sebelum Singapore, Asian scholar, sebelum universiti-universiti lain offer scholarship kepada mereka, mereka sudah dapat UTM. Jadi UTM boleh jadi pioneer engineering universiti. Sekarang UTM pula reverse polisinya, jadi ambil pelajar-pelajar lepas STPM. Saya rasa ini adalah satu strategi yang salah. Kita perlukan lebih ramai engineer terutamanya daripada UTM.
Satu isu adalah industrial parks. Kita punya industrial park lepas 30 tahun, ia semakin merosot. Maintenance tidak dijalankan, upgrading works tidak dijalankan. Jadi ramai pekilang complaint tentang ia macam usang, ia tidak nampak satu premier industry area, industri zon. Kalau kita pergi ke St. Jose, pergi ke Paolo Auto di California, ia punya industrial park macam satu kampus, dipanggil kampus. Cukup cantik, jalan bagus, walkway
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
yang besar, macam satu park, it’s a park. Akan tetapi kalau Menteri datang ke Bayan Baru, kita pergi ke FIZ, sekarang ia jadi macam industri zon, not a industrial park. Jalan baru-baru ini ada upgrade sedikit tetapi saya rasa tidak cukup tetapi di tempat-tempat lain saya nampak di Seberang Jaya, Seberang Perai, industrial park pun tidak nampak, tidak cukup menarik. Ini kerana investor akan datang, first thing dia hendak ialah tengok tempat. Kalau dia masuk ke kawasan itu dia nampak tidak begitu menarik, confident nya rendah sedikit.
Dulu saya difahamkan ada geran untuk diberikan kepada kerajaan tempatan untuk maintenance atau upgrade tetapi saya difahamkan geran tersebut telah ditarik balik. Saya harap Menteri kalau boleh beri geran balik kepada kerajaan tempatan untuk upgrade industrial park kerana memang tidak cukup kalau hanya setakat collect assesment dan sebagainya, memang tidak cukup.
Satu lagi isu ialah masalah pekerja. Kita selalunya investment-investment ini kita cuba menarik investor tetapi apabila mereka masuk pula, masalah pekerja dibiarkan kepada mungkin Menteri yang lain atau jabatan yang lain. Akan tetapi pada pendapat saya, dia adalah sebuah satu ekosistem. Dia tidak boleh bawa industri, investor masuk dan lepas tangan kepada Ministry of Human Resource. Dia kena ada satu kerjasama yang lebih erat kerana masalah sekarang adalah gaji minimum.
Apabila kerajaan memperkenalkan gaji minimum, itu satu usaha yang baik, saya sokong gaji minimum, tetapi masalah sekarang adalah dulu pekerja-pekerja yang mungkin lepas gaji basic mereka tidak sampai gaji minimum tetapi dengan elaun-elaun dan sebagainya, ia mencapai RM1,000 lebih. Akan tetapi sekarang dengan gaji minimum, mereka terus potong. Dia kata you dapat RM900 itu sahaja, elaun-elaun lain dipotong. Saya ada kes yang memang mereka mengadu kepada saya, dapat RM900 itu sahaja. Selepas itu, dia sudah ada sepuluh tahun experience, dia masuk company lain, lepas dua tahun dia hanya naik RM31 sahaja. Dia punya gaji naik RM31 selepas dua tahun. Jadi total 12 tahun experience tetapi pekerja kilang, seorang ibu, bukan ibu tunggal tetapi seorang wanita hanya RM931.
Jadi masalah-masalah seperti ini dan apabila- sekarang pekerja juga menghadapi persaingan daripada pekerja outsource. Dia pekerja kilang, dia outsource kepada company lain. Jadi company lain jadi kontraktor, dia cari orang-orang pekerja asing untuk bekerja di dalam kilang tersebut. Kilang-kilang sekarang tidak lagi ambil pekerja yang permanent. Mereka sekarang lebih suka outsource. Jadi mereka akan masuk syif. Katakan untuk bulan ini dia perlukan 200 orang pekerja tambahan, dia akan cari company human resource, dia akan cari 200 orang masuk kerja.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi, dia lepas tangan dari segi semua segala kos yang lain. Medical tidak payah, dia tidak ada masalah tentang orang yang sakit, dia tidak ada masalah kerana tanggungjawab kontraktor adalah supply 200 orang, jadi senang untuk mereka. Akan tetapi ini menjadikan Malaysia lebih tumpukan kepada orang-orang asing kerana mereka semua, kontraktor-kontraktor ini adalah terdiri daripada pekerja asing.
Orang Malaysia yang bekerja di kilang mereka dikenakan education yang tinggi seperti SPM. Akan tetapi pekerja asing kontraktor yang ambil kontrak itu dia tidak kisah SPMkah, buta hurufkah, dia tidak kisah asalkan ada orang kerja. Jadi, dia menjadikan orang pekerja tempatan didiskriminasi, dia menjadikan mereka tarafnya lebih rendah.
Selalunya mereka tidak dibenarkan untuk OT kerana mereka kata you orang ada rumah tangga, you perlu jaga anak, tidak payah datang OT. Bagilah kepada pekerja kontrak di mana kebanyakannya pekerja asing.
Jadi, ini adalah isu yang fundamental. Jadi, saya ingin mencadangkan kepada menteri, cukuplah kalau kita hanya pentingkan investor, tidak bolehlah kita hanya pentingkan investor. Kita pun kena pentingkan welfare, kebajikan pekerja tempatan. Jadi, saya hendak mencadangkan kepada menteri, bagilah pekerja-pekerja kilang set up the union, kalau boleh revise the laws bagi pekerja-pekerja dia boleh tuntut gaji mereka. Jangan takut tentang union, jangan takut bahawa gaji pekerja tempatan akan naik sebab kita kena tengok di Singapura. Pekerja di Singapura gajinya jauh lebih tinggi daripada Malaysia.
Akan tetapi masih orang berpusu-pusu pergi ke Singapore untuk invest kerana fundamental adalah mereka pekerja yang lebih berilmu, dia punya produktiviti lebih tinggi.
Kita kena yakin bahawa kita boleh– pekerja kita boleh deliver the same quality of work. Jadi, union itu satu yang bagus untuk Malaysia dan kerajaan jangan takut tentang isu, dia hanya
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
akan menjaga kebajikan pekerja. Saya minta kalau boleh Menteri ulaskan, bolehkah undang-undang dipinda supaya biar pekerja-pekerja kita, jagalah kebajikan mereka kerana mereka akan tetapkan undi siapa.
Kalau kita jaga kebajikan mereka, mereka akan ingat, dia akan beri sokongan kepada kerajaan yang menjaga kebajikan mereka. Saya rasa itu adalah masalah yang saya ingin bangkitkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya. Yang Berhormat Pasir Gudang. Yang Berhormat, 20 minit boleh tak Yang Berhormat, seorang. Tak lebih 20 minit boleh tak?
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk sama-sama mengikuti dalam perbahasan ini. Ada beberapa perkara yang sememangnya kita menyokong tentang pindaan rang undang-undang bagi kementerian ini. Akan tetapi sehubungan dengan itu, ada beberapa perkara yang kita rasakan patut diutamakan oleh pihak kementerian bagi memastikan insentif-insentif yang diberikan kepada pihak-pihak industri ini dipulangkan balik kepada pekerja. Bukan hanya sekadar mereka mendapat pulangan keuntungan daripada insentif-insentif ini tetapi tidak diberi semula kepada pekerja.
Sebagai contoh, dalam keadaan sekarang ini bagaimana bertanggungjawabnya pihak MITI membawa pelaburan ke dalam negara. Pihak MITI juga bertanggungjawab secara besarnya tentang memastikan penyediaan tenaga kerja yang mencukupi kepada mereka-mereka yang telah dijanjikan tentang kelebihan-kelebihan jika mereka melabur di Malaysia. Saya yakin sebagai sebuah negara, Malaysia memang terkenal dengan mempunyai tenaga kerja yang boleh dikatakan cerdik dan mempunyai pendidikan. Jika kita bandingkan bagi pekerja-pekerja di negara kita, ianya lebih baik jika dibandingkan dengan lambakan pekerja-pekerja asing yang datang daripada luar.
Sehubungan dengan itu, kita juga harus mengenal pasti apakah kebergantungan daripada setiap industri yang ingin melabur ke dalam negara kita, tahap kebergantungan pekerjaan mereka. Kalau mereka bergantung banyak kepada pekerja-pekerja yang kurang mahir, kita harus memperhalus perkara ini daripada terus kita memberikan banyak keutamaan kepada mereka tetapi hasilnya nanti yang bekerja, yang dapat untung, yang dapat duit dan aliran wang negara kita akan pergi ke luar negara. Jadi, rakyat Malaysia secara umumnya tidak akan dapat menikmati tentang peluang-peluang pekerjaan yang telah pun di hebah-hebahkan ini tetapi diisi oleh pekerja-pekerja asing.
Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi ialah tentang gaji minimum. Gaji minimum ini memang bertepatanlah. In fact, gaji minimum yang kita adakan ini bukanlah tinggi sangat.
Akan tetapi at least satu permulaan yang baik untuk kita membela pekerja-pekerja kita.
Persoalannya, mengapakah kita masih tidak lagi dapat melaksanakan sesuatu untuk memastikan perbezaan pendapatan di antara pekerja tempatan dan pekerja luar. Saya tahu pihak kementerian akan mengatakan ini lebih kepada Kementerian Sumber Manusia.
Akan tetapi pada saya kementerian bertanggungjawab membawa pelabur, jadi kementerian kena melihat perkara ini dengan teliti. Ini kerana kebertanggungjawaban itu akan ditanya balik oleh pihak industri kepada kementerian. Pengecualian cukai menjadi satu sebab kenapa kadang-kadang anak-anak kita tidak berminat bekerja di Malaysia, terutamanya mereka-mereka yang mempunyai kelulusan seperti ada beberapa rakan tadi mengatakan mereka ini lebih minat bekerja di luar. Walaupun mereka terpaksa, kalau di Johor, saya ini di koridor IRDA di Johor. Kita banyak mengalami masalah kekurangan pekerja.
Ini kerana apa? Ini kerana Singapura berdekatan. Seawal 4 pagi kalau Tuan Yang di-Pertua tengok, berada di Johor, di Coast way ataupun di Second Link, 4 pagi, 5 pagi mereka sudah menaiki motor berpusu-pusu masuk ke Singapura. Balik pukul 9 malam, 10 malam. Akan tetapi kenapakah mereka pergi? Ini kerana mereka merasakan nilaian mereka
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
lebih tinggi di sana jika dibandingkan di dalam negara kita. Jadi, sebagai kementerian yang bertanggungjawab, perlu juga melihat perkara ini dengan teliti. Insentif yang diberikan ini sepatutnya diberikan juga pengecualian kepada mereka jika mereka memberi balik insentif kepada pekerja. Bukan hanya dengan mereka melabur dengan new machines. Apa faedahnya dengan beli new machines, dengan izin, kadang-kadang mereka beli untuk penambahan produktiviti.
Memang betul, memang tepatlah perkara itu berlaku. Akan tetapi apabila produktiviti sudah meningkat, apakah pulangan itu dapat hanya dirasai oleh pihak syarikat ataupun dikongsi sama dengan pihak pekerja. Saya suka menekankan perkara ini kerana saya rasa banyak kemudahan-kemudahan ini memanglah sangat baik untuk industri kerana mereka senantiasa menunggu tetapi sebagai sebuah kementerian kita juga harus melihat tentang pulangan balik. Saya suka hendak ulang tentang pulangan balik kepada pekerja- pekerja itu sendiri. Insentif-insentif perlu juga dilihat bukan sekadar dari segi pembelian peralatan atau pelaburan baru tetapi cuba lihat insentif jika mereka melabur untuk tujuan pekerjaan.
Jika mereka ini menyediakan kemudahan, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga menyarankan supaya kalau boleh di setiap kawasan industri atau di dalam industri itu sendiri disediakan satu nursery.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kalau pergi tanya dengan tauke-tauke ini, mereka tidak hendak buat kerana tidak ada benefit untuk mereka secara jangka masa panjang. Jadi perkara seperti ini harus dilihat. Jika ada benefits yang disalurkan kepada majikan dengan mereka membuat CSR mereka perlu tekankan dalam usaha untuk melabur ini, jika mereka mendapat pelepasan ini dan mereka labur balik keuntungan itu untuk kemudahan pekerja CSR, maka dia boleh dapat double insentif. Itu perkara yang saya kira sangat penting dan perlu saya sampaikan bagi kepentingan-kepentingan dua hala, bukan sekadar sahaja majikan tetapi juga bagi pekerja.
Pihak MIDA juga seharusnya melihat tentang aduan yang biasanya disampaikan oleh pihak-pihak industri, wakil-wakil majikan. Sebagai seorang bekas Timbalan Pengerusi Persatuan Pengilang-pengilang Negeri Johor, pihak majikan biasanya meluahkan tentang red tapes. Kita ada beri insentif, tetapi hendak dapatkan balik banyak perkara yang birokrasinya akan deny, akan mengurangkan impak kepada usaha kerajaan terutamanya pihak kementerian di dalam menarik minat mereka melabur di Malaysia.
Prasarana juga penting yang harus dititikberatkan oleh pihak kementerian.
Sebagai contoh di Pasir Gudang, saya ada mempunyai seorang rakan, pelaburnya daripada Jepun. Mereka datang ke Pasir Gudang, dia punya CEO daripada Jepun datang, separuh jalan dia sangkut jem. Dia sangkut jem hampir satu jam daripada Senai Airport ke Pasir Gudang. Akhirnya, pada kita mungkin itu adalah alasan yang temeh, tetapi itulah antara penyebab dia akhirnya tidak jadi menambah pelaburannya sedia ada di Pasir Gudang tetapi pergi ke Thailand. Ini kerana dia kata, “I am not going...” dengan izin, dia tidak akan buang masa dia di jalan setiap hari untuk datang bekerja di Pasir Gudang.
Contoh yang lagi penting, kita boleh galakkan pelaburan ini dengan memberi insentif antara majikan supaya diadakan kemudahan-kemudahan asas seperti yang berlaku di Thailand. Di Thailand, pihak-pihak industri diberi banyak pelepasan jika mereka mewujudkan sekolah, hospital dan sebagainya. Perkara ini juga haruslah dilihat dengan teliti bagaimana aplikasi yang pernah dan telah dibuat oleh negara-negara lain untuk kita terus maju.
MITI dan MIDA mempunyai nama yang sangat baik. Saya banyak berhubung dengan pegawai-pegawai, memang mereka sangat friendly, tetapi birokrasi kehendak sesuatu perkara itu yang menyebabkan pihak industri agak tidak senang dengan cara mereka dilayan. Itu sahaja yang ingin saya sampaikan, saya dengan ini juga menyokong Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan mengenai pindaan kepada Akta Penggalakan Pelaburan 1986.
Pertamanya, saya ingin menyatakan secara spiritnya memang tidak ada masalah untuk kita menerima satu akta ataupun mana-mana pindaan yang bertujuan untuk menggalakkan pelaburan yang datang ke negara kita sama ada pelaburan itu domestik ataupun pelaburan luar. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, adakah pindaan yang dibuat ini bagi meminda Akta Penggalakan Pelaburan 1986 ini adalah juga sebahagian daripada mukadimah untuk kerajaan menandatangani TPPA ini. Ini kerana sebelum ini pihak kerajaan telah membuat satu pindaan juga dengan meliberalisasikan sektor guaman iaitu dengan meminda Akta Profesion Guaman yang membenarkan foreign firms dengan izin, untuk praktis ataupun mengamalkan guaman di negara kita. Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, adakah pindaan ke atas Akta Penggalakan Pelaburan ini juga adalah sebahagian daripada usaha mukadimah atas tekanan daripada pihak-pihak khususnya Amerika untuk kita cuba membuka ruang kepada syarikat asing ini untuk melabur dalam negara kita?
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian kepada laporan berita Bernama pada 23 Februari 2012 di mana pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dilaporkan mencadang untuk meminda atau mengkaji semula Akta Penggalakan Pelaburan 1986 bagi merangsang pembangunan pelaburan domestik.
Dinyatakan langkah ini adalah untuk membolehkan syarikat domestik yang telah pun beroperasi mengambil manfaat daripada insentif dan faedah.
Tujuannya bukan untuk mengecewakan syarikat domestik tetapi memudahkan pertumbuhan dan transformasi. Ini dinyatakan pada 23 Februari 2012. Saya ingin menyatakan bahawa apakah langkah-langkah yang telah dibuat oleh kerajaan berdasarkan akta yang lama? Apakah kekangan-kekangan yang telah dihadapi oleh pihak kerajaan yang menyebabkan pindaan kepada akta ini? Dengan jawapan yang diberikan itu, kita boleh menilai adakah pindaan ini boleh berjaya menyelesaikan masalah kekangan-kekangan yang sebelum ini ataupun kekangan ini adalah satu benda yang di luar kerangka undang- undang yang mana penyelesaian bukan melibatkan kepada pindaan kepada undang- undang tetapi melibatkan perkara-perkara lain. Oleh sebab itulah saya ingin mendapat penjelasan, apakah sebenarnya kekangan-kekangan yang telah dihadapi oleh akta sebelum ini yang menyebabkan pindaan ini perlu dilakukan? Jika kekangan ini tidak bersifat undang-undang, saya ingin mendapatkan penjelasan apakah langkah-langkah yang telah dibuat untuk mengatasi masalah itu?
Sebagai sebuah negara yang membangun (developing country) dengan izin, saya percaya bahawa kerajaan bersetuju bahawa dari segi kita memberikan insentif pelaburan ini, kita harus bersifat selektif kerana kita tahu insentif ini adalah bersifat dengan izin, costly dan juga mahal dan ia juga boleh mewujudkan distortion dalam taxes system (sistem percukaian) dan ia juga boleh mengurangkan kadar cukai. Apabila kita memberikan insentif dalam bentuk pelepasan cukai dan sebagainya, ia boleh mengurangkan kadar kutipan cukai dan ia juga boleh mewujudkan kekangan dalam belanjawan negara dalam negara yang memberikan insentif ini.
Oleh sebab itulah saya rasa bagi negara-negara maju mungkin tidak ada masalah, tetapi bagi negara-negara seperti kita Malaysia ini, sudah tentulah pelaburan ini mestilah bersifat selektif. Dengan erti kata lain, mestilah insentif ini diberikan kepada sektor-sektor yang memang dirasakan amat perlu diberikan penekanan. Oleh sebab itu saya ingin bertanyakan kepada pihak kementerian, apakah sektor-sektor dalam negara kita ini yang dilihat berpotensi sama ada dalam bentuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi di negara kita termasuk juga membantu isu pengangguran dan sebagainya.
Apa yang lebih penting lagi saya rasa adalah sejauh manakah apabila kita membuka pelaburan ini dengan kita memberi insentif-insentif ini khususnya kepada syarikat luar untuk melabur dalam negara kita, dia juga boleh – Sebagai contohlah, sektor-sektor yang melibatkan kenderaan ini. Sejauh mana dia boleh – Pembuatan. Sejauh mana dia boleh juga membantu dari segi pemindahan teknologi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Selalunya kita tahu syarikat-syarikat yang melabur di negara kita ini mereka amat secretive dari segi hendak memindahkan teknologi. Jadi sejauh manakah apabila kita adanya syarikat-syarikat luar ini di benarkan melabur dan kita berikan insentif-insentif yang menarik sehingga mereka boleh mendapat manfaat. Akan tetapi, adakah kerajaan juga dalam menarik pelaburan ini, ada juga mempunyai satu target supaya pemindahan teknologi ini berlaku. Ini yang saya- sebab apa saya kata macam ini, dalam konteks contoh dalam kes isu Proton, walaupun baru-baru ini kerajaan telah mewujudkan National Automotive Policy (NAP).
Akan tetapi bagi pihak - walaupun dia buat satu polisi yang baru ini terhadap sektor automatif ini, tetapi budaya atau pun elemen protectionism yang diberikan kepada PROTON dan juga PERODUA masih lagi menghantui. Mana kita tahu bahawa walaupun tujuan perlindungan itu untuk menolong PROTON dan juga PERODUA, tetapi dalam masa yang sama untuk long runnya, jangka panjangnya yang masalahnya ialah ia compromised terhadap- ia akan menyebabkan kita terpaksa mengorbankan pembangunan dari segi kualiti dan juga dengan izin, technological sophistication. Oleh sebab itulah kita sampai sekarang kita lihat kereta-kereta yang dibuat oleh negara kita ini tidak boleh penetrate, dengan izin, the global market. Sebagai contoh tahun 2013, Proton mengalami 90% penurunan sale di Europe. Bayangkan pada tahun 2013 kita hanya dapat menjual 20 unit sahaja di Eropah. Ini satu keadaan yang amat membimbangkan kita.
Seterusnya saya juga ingin menyatakan, saya kata tadi bahawa undang-undang semata-mata, saya rasa bukan lah boleh menolong untuk kita menggalakkan pelaburan.
Akan tetapi di sana juga perlu ada satu pendekatan yang lebih holistik yang melihat juga persoalan-persoalan dengan izin, extra legal yang di luar kotak undang-undang. Di mana antara perkara penting yang perlu kita atasi ialah persepsi rakyat luar daripada negara kita.
Persepsi daripada syarikat-syarikat besar terhadap negara kita. Saya hendak beri contoh satu artikel bertarikh 13 Januari 2014, di mana bertajuk, “Survey fraud and corruption ‘part and parcel’ of doing business in Malaysia" yang dilaporkan oleh akhbar The Edge.
Ini adalah finding yang telah dikemukakan. Dalam satu forum, KPMG Malaysia yang kita tahu sebuah syarikat yang terkemuka daripada segi audit tax dan juga firm berkaitan dengan tax ini dan audit ini menyatakan 90% orang yang dibuat survey itu percaya bahawa fraud, penipuan termasuklah bribery and corruption adalah satu yang inevitable. Kalau hendak buat business dekat Malaysia ini, kita terpaksa menerima satu hakikat yang pahit iaitu fraud ini yang termasuk dalam fraud ini ialah bribery and corruption.
Di mana angkanya ialah 90%, satu angka yang begitu tinggi. Bagaimana orang menilai, membuat persepsi terhadap negara kita. Ini bukan dihasilkan oleh Pakatan Rakyat, KPMG sebuah syarikat firm yang ternama, yang leading audit, tax and advisory’s firm. Mereka menyatakan daripada 83% responden mengatakan fraud is a major problem for locally base business in Malaysia, with half of them acknowledging it is an issue within their organization.
Apa yang lebih membimbangkan kita, ini kenyataan daripada Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) , Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed.
Saya melaporkan apa yang dilaporkan oleh akhbar The Edge ini. Dia mengatakan bahawa- saya quote apa yang dia katakan “Malaysia is rank six in the world in term of ease in doing business.” Satu keadaan yang bagus. “But at the same time, there is the issue of corruption based on the survey, these are two different things and I look at it contradicting one and another. How can you easily do business when at the same time you have big problems of corruption or a perceive problem of corruption?” Ini bukan dikatakan oleh orang biasa.
Orang yang terlibat dengan pencegahan rasuah. Dia kata ada satu contradiction, percanggahan, dari satu segi kita kata mudah nombor enam paling mudah doing business.
Akan tetapi, dalam masa yang sama, ada juga masalah corruption. Maknanya secara logiknya kalau hendak senang business kena corruption. Hendak luluskan apa-apa kena corruption. Oleh sebab itu mungkin kita mudah, mudah bukan kerana benda itu efektif, bukan kerana ia adalah hasil daripada prasarana yang bagus, daripada sistem yang bagus tetapi kerana corruption. Ini adalah masalah yang berkaitan di luar skop undang-undang.
Dengan ada akta seperti ini sekali pun, kalau kita tidak menyelesaikan masalah persepsi yang begini, kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah.
Oleh sebab undang-undang ini, yang diadakan ini dibuat andaian keadaan yang tetap iaitu keadaan semudah sedia cantik. Boleh katakan hampir corruption free dan sebagainya. Oleh sebab itu akta-akta yang dibuat dalam keadaan suasana untuk investment itu tidak wujud, dia akan jadi counter productive. Malahan orang boleh legalize
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
corruption itu. Maknanya menggunakan undang-undang untuk justify corruption. Ini yang kita bimbang. Oleh sebab itulah saya mengharapkan supaya kerajaan juga dapat menyelesaikan masalah ini. Kita ada contoh. Saya ada terbaca dalam The Edge banyak kali lah. kita bagi contoh Dubai. Dubai sebuah negara yang telah mengalami satu transformasi yang telah berjaya menarik pelaburan. Sebab mereka memang buat satu- saya rasa Menteri pun tahu, telah membuat satu transformasi begitu drastik, yang bersifat revolutionary sehingga mereka boleh katakan kalau tengok perangai Arab memang kita rasa pelik lah hendak buat business dengan orang Arab ini.
Akan tetapi, di Dubai mereka boleh ubah persepsi itu. Sebagai contoh, kalau dahulu mereka kata kalau buat laporan polis ini, memanglah kalau buat laporan polis biasa dia akan sorok saja, tidak buat siasatan. Akan tetapi, berdasarkan transformasi yang dibuat dalam sistem yang melibatkan kepolisan ini, memang cepat apabila ada satu laporan dibuat, siasatan dibuat dengan cepat. Saya hendak kata, memang dalam konteks negara kita pun ada satu transformasi dibuat, meminda Prosedur Jenayah (CPC), di mana kalau dahulu pihak polis tidak perlu respons, tidak perlu beri maklumat kepada orang yang buat laporan polis. Manakala pula orang polis hendak sorokkah apa, kita tidak boleh ada remedi untuk hendak menyelesaikan masalah itu.
Akan tetapi kerajaan telah pinda, bagus dari segi spirit bagus iaitu apabila ada laporan polis, kita boleh dapatkan feedback daripada siasatan itu. Itu dari segi what is embodied in the law, dengan izin. Akan tetapi, dari segi realitinya, ia tidak berlaku. Kadang- kadang kita tanya polis, kita kena marah pula. “Awak tidak tahu, tidak faham kah, saya tengah siasat lah ini”. Sedangkan undang-undang memberikan masa, tempoh masa mesti beri jawapan. Ya, silakan.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sepang. Tadi Yang Berhormat Sepang ada sebut mengenai satu gejala yang agak serius menyerang negara kita walaupun kita negara yang sedang membangun iaitu masalah rasuah terutamanya di kalangan penjawat awam dan kakitangan kerajaan.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kalau kita tengok dari sudut indeks Corruption Perception Index (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 176 buah negara yang dibuat kajian. Ini kedudukan yang agak tidak baik dalam persepsi corruption ini. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Sepang. Ada beberapa jawatankuasa bebas yang ditubuhkan di bawah SPRM yang mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kerajaan supaya beberapa peruntukan di dalam Akta SPRM 2009 dipinda terutamanya untuk memberi kuasa yang lebih kepada SPRM yang sekarang ini kuasa mereka terhad.
Jadi kuasa yang hendak dengan pindaan ini ialah SPRM boleh menyiasat sehingga ke akar umbi apabila ada didapati mungkin kakitangan kerajaan yang memiliki kekayaan yang melampau. Akan tetapi nampaknya walaupun sudah beberapa tahun cadangan ini di bawa ke pengetahuan Perdana Menteri, tidak ada langkah-langkah dibuat oleh kerajaan. Apa pandangan Yang Berhormat tentang saranan yang telah dibuat oleh jawatankuasa bebas ini? Terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada sahabat saya daripada Kota Bharu. Sebenarnya saya rasa penyelesaian kepada corruption, pertamanya bermula daripada kesedaran bahawa corruption itu satu benda yang kita tidak boleh tolerate. It’s zero tolerance. Selagi mana tidak ada budaya itu, selagi mana kita tidak memandang corruption ini sebagai satu perkara yang kita tidak boleh compromise, selagi itu walaupun kita buat undang-undang sekalipun, dia tidak akan selesaikan masalah. Saya rasa di sinilah kita kena belajar. Walaupun kita dekat Malaysia ini hakikatnya kita boleh katakan negeri timur ini negara yang terikat dengan budaya agama ini sepatutnya memudahkan kita untuk memerangi corruption ini.
Akan tetapi saya percaya sebab oleh kerana corruption ini satu yang sudah dengan izin embedded dalam society kita, daripada atas sampai ke bawah. Orang bawah boleh mengatakan kalau kami sebagai contoh. Saya pernah tanya ada seorang. Saya hendak bagi contoh budaya ini. Apabila ada seseorang dia hilang dia punya radio dalam kereta. Dia hilang dia punya itu. Isterinya mengadu, “Macam mana abang, boleh hilang ini?” Dia kata apa pelik. Enjin kapal terbang pun boleh hilang apa masalah?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Maknanya mereka merasakan kalau aku di bawah buat, apa masalah? Ini kerana atas buat lebih teruk lagi. Kalau aku corruption dari segi- kalau polis trafik, katakan ada yang corruption, ada yang terlibat dalam corruption, mereka kata kami, Yang Berhormat ambil sedikit sahaja. Yang atas itu, kapal selam. Lagi besar commissionnya. Sebab itu orang kata, annas hu’ala binimulukim. Manusia ini ikut pemerintah mereka. Kalau selagi budaya ini menjadi satu budaya yang embedded, yang kita merasakan bahawa seolah-olah tidak ada corruption, tidak boleh buat business. That’s the mentality kebanyakan masyarakat dunia ketiga. Mereka merasakan kalau tidak ada corruption, seolah-olah business tidak boleh jalan. Kalau berdasarkan merit alone tidak boleh. Jadi sebab itulah budaya ini yang menjadi satu budaya yang sudah embedded, dengan izin, dia memang susah.
Sebab itulah dia memerlukan satu penyelesaian yang lebih holistik. Saya hendak bagi contoh. Pada zaman Islam apabila berlakunya Sayidina Umar. Dia buat satu undang- undang di dalam negaranya. Sesiapa yang campur air dalam susu. Jual susu kemudian campur air, maka itu menipulah...
[Bercakap dalam bahasa Arab] yang bermaksud siapa yang bohong, bukan dari kalangan kami. Ada seorang wanita, anak perempuan beritahu emaknya. Wahai ibu, jangan campur air dalam susu. Oleh kerana Sayidina Umar seorang pemimpin yang bersih, kesan kebersihan dia itu, kesan integriti dia itu is reflected, dengan izin kepada rakyatnya. Apabila emak atau ibu kepada anak itu dia kata Khalifah jauh, dia tidak nampak apa yang kita buat ini. Apa kata anaknya? Saya baca dalam bahasa Arab sahaja...
[Bercakap dalam bahasa Arab] yang bermaksud walaupun Khalifah, walaupun pemerintah tidak nampak apa yang kita buat ini, tetapi Tuhan kepada pemerintah nampak.
Maknanya mereka dapat rasa kesan daripada pemimpin yang tidak corrupt. Sebab itulah kita boleh berbangga sekiranya pemimpin-pemimpin ini dia bersih, maka rakyat akan rasa paling kurang malulah untuk buat benda yang lebih teruk. Akan tetapi kalau mereka melihat kekayaan, sebab itulah jadi satu trend masuk politik ini untuk mengayakan diri. Sebelum masuk politik, mungkin tidak ada kekayaan yang melampau.
Tiba-tiba masuk sahaja arena politik, ada jawatan sahaja, peluang yang paling mudah untuk membina kekayaan. Budaya inilah yang menyebabkan kita susah untuk memerangi corruption ini.
Saya hendak kata pasal Dubai tadi. Kita bagi contoh Jazbah sebagai premier zone di Middle East itu. Jazbah itu di mana menarik Jebel Ali Port itu. Dia mempunyai connectivity dengan Al Maktoum International Airport itu. Jebel Ali free zone itu telah berjaya menarik ramai pelabur kerana dia memberi akses kepada dua bilion orang yang dapat akses menggunakan Jebel Ali free zone ini. Sebelum ini kita ada hasrat untuk hendak cuba seperti mana Dubai buat itu dengan kita buat PKFZ. PKFZ itu idea cantik. Dia punya philosophy cantik dan kita cuba dapatkan kepakaran daripada Dubai untuk tolong buat PKFZ akan tetapi akhirnya syarikat Dubai pun lari. Selepas itu masalah kos yang semakin- sampai sekarang tidak dapat selesaikan masalah.
Jadi semuanya ini walaupun kita ada hasrat untuk menggalakkan pelaburan dengan buat PKFZ itu, akan tetapi akhirnya semuanya dengan izin, going to dream.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, boleh habiskanlah Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey. Oleh sebab itulah saya percaya bahawa akta ini walaupun baik dari segi spiritnya tetapi dalam masa yang sama saya meminta supaya kerajaan supaya juga memikirkan apakah faktor-faktor di luar lingkungan undang-undang yang perlu kita tangani bersama untuk sama-sama kita boleh menarik pelabur ini. Dalam masa yang sama juga kita boleh membantu rakyat Malaysia.
Sebagai penutupnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak katakan walaupun dalam tahun 2012 mengatakan tujuan pindaan ini adalah untuk antara lain menaikkan dan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ini antara cadangan yang memang dinyatakan dalam tahun 2012 dahulu. Akan tetapi apa yang berlaku, seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pandan, realiti yang berlaku selalunya IKS ini tidak- walaupun dalam bajet dinyatakan bahawa akan dibantu dan sebagainya, banyak insentif- insentifnya, realiti di bawah, IKS merana.
Oleh sebab itu, mereka lebih suka pergi pinjam Ah Long sebab Ah Long ini reptiknya paling- bukan reptik. Tidak ada reptik itu. Maknanya dia punya tahap kelulusannya begitu pantas. Walaupun kita mungkin rasa bukankah Ah Long ini menindas, tetapi bagi
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
orang dalam keadaan susah, sudah tidak ada lagi alternatif, kita mesti memikirkan macam mana Ah Long fikir. Maksud saya, Ah Long ini boleh bagi pinjaman dengan mudah dan segera. Soal selepas itu dia kenakan interest yang tinggi, dia bersikap ganas, itu satu isu yang kita tidak boleh tiru. Akan tetapi isunya ialah cepat. Reptik tidak ada. Hari ini pukul lapan minta, pukul tujuh sudah lulus. Ibaratnya begitulah. Saya hendak katakan lulus itu cepat sangat. Akan tetapi kita walaupun ada Bank Rakyat untuk menolong rakyat, tetapi kita difahamkan bukan tolong rakyat. Dia lebih tolong kepada orang yang sudah kaya, diberikan pinjaman dan sebagainya.
Seterusnya saya juga ingin menyatakan bahawa realiti yang berlaku dalam negara kita selalunya apabila orang-orang yang sudah kaya, syarikat-syarikat besar, mereka yang ada hubungan dengan ahli-ahli politik tertentu, apabila mereka buat business, mereka mengalami masalah, dia tolong. Kita sanggup gunakan Parlimen. Apabila berlakunya krisis ekonomi, kita buat dana modal dan dana harta. Tujuannya untuk tolong apa? Adakah tolong rakyat miskin? Dana harta adakah menolong rakyat di bawah? Rakyat di Balingkah, rakyat di mana-mana. Tidak. Dia tolong syarikat-syarikat yang besar. Makna realitinya apa sahaja undang-undang yang kita buat, biasanya membantu golongan yang kaya dan golongan yang memang sudah sedia, well establish.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Mereka susah, kita sanggup buat apa sahaja. Mungkin juga kita merasakan syarikat ini apabila kita tolong, mereka juga akan tolong kita dalam pilihan raya. Mereka akan bagi kita bantuan dan sebagainya. Ini biasalah. Jadi, saya rasa sebab itulah walaupun spiritnya saya bersetuju dengan rang undang-undang ini tetapi dalam masa yang sama saya mengharapkan pihak kerajaan juga perlu address isu-isu yang di luar kotak undang-undang untuk sama-sama kita boleh menghasilkan satu usaha yang berkesan bagi menggalakkan pelaburan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tadi masa dikira oleh Tuan Yang di-Pertua, enam orang yang bangun Yang Berhormat. Sekarang ini ada tiga orang dah. Yang Berhormat Sekijang.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama berbahas dalam Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan ini. Jangan risaulah saya bercakap sedikit sahaja. Pada tahun lalu kita tahu negara mencatatkan rekodnya tersendiri apabila berjaya mencatatkan sejumlah RM38.7 bilion pelaburan.
Rekod ini berjaya dicapai sudah tentu kerana adanya polisi yang berjaya menarik minat bukan sahaja pelabur dalam negara, malah pelabur-pelabur dari luar. Ditambah dengan keadaan politik dalam negara yang aman, ia secara langsung berjaya menarik minat mereka. Pelbagai insentif disediakan Kerajaan Pusat dalam memastikan syarikat dari luar terus menerus membuat pelaburan di negara ini. Insentif terutamanya pelepasan cukai untuk suatu tempoh masa ialah salah satu daya penarik yang membuatkan syarikat luar negara memilih negara kita sebagai destinasi.
Negara kita berada di lokasi yang sangat strategik dan negara kita terletak di laluan utama perdagangan dunia selain tersedia dengan kemudahan infrastruktur asas yang telah diusahakan kerajaan sejak kita merdeka lagi. Namun begitu Tuan Yang di- Pertua, terdapat beberapa kejadian yang berlaku dalam negara yang memungkinkan syarikat-syarikat luar ini tidak begitu senang untuk melabur dalam negara kita. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian sama ada kejadian seperti rusuhan, demonstrasi yang dianjurkan oleh beberapa pihak memungkinkan syarikat dari luar negara ini sering berfikir dua kali untuk melabur dalam negara kita.
Selain daripada itu, saya juga ingin mendapatkan penjelasan sama ada masalah berkaitan dengan kemudahan asas seperti yang disebut oleh rakan-rakan tadi terutamanya isu berkaitan dengan air yang melanda beberapa buah negeri, beberapa bulan lalu turut memberi kesan kepada pelaburan daripada syarikat-syarikat luar.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Tuan Yang di-Pertua, melalui RUU ini kita dapat melihat terdapat beberapa insentif yang ditamatkan tawarannya. Boleh dikatakan semua insentif ini ditamatkan memandangkan terdapat pertindihan program atau pun polisi lain yang menyebabkan dia tidak lagi relevan untuk diteruskan. Persoalan di sini, adakah insentif yang telah diberikan kerajaan untuk menggalakkan pelaburan ini benar-benar memberi pulangan yang tinggi kepada negara seperti yang dirancang sewaktu insentif ini diperkenalkan.
Berapakah jumlah keseluruhan insentif yang telah diberikan melalui insentif yang akan ditamatkan ini dan berapa pula jumlah pendapatan yang diterima negara selepas syarikat luar ini mendapat nikmat daripada insentif-insentif yang telah dikeluarkan? Tuan Yang di-Pertua, semua negara dalam dunia ini sedang berlumba-lumba untuk menerajui industri hijau, industri yang lebih mesra alam. Melalui pindaan dalam RUU ini, saya difahamkan kerajaan akan melanjutkan insentif untuk penjanaan tenaga dari sumber yang boleh diperbaharui dan dijangka ia akan dilanjutkan sehingga penghujung tahun 2015.
Saya ingin memberi cadangan agar tempoh insentif ini dilanjutkan lebih lama lagi dari yang dirancang oleh pihak kementerian. Kita harus sedar teknologi hijau ini masih berkembang dan saya yakin dia akan terus berkembang untuk suatu tempoh masa yang panjang. Seperti yang saya nyatakan tadi, negara lain semua berebut untuk menjadi peneraju dalam industri hijau ini. Jadi, negara kita perlu mengambil kesempatan untuk turut sama bersaing dalam memajukan industri seperti ini. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, saya percaya peluang negara untuk menjadi salah sebuah negara peneraju industri hijau masih lagi luas terbentang. Kita harus merebut peluang yang ada ini dengan sebaik mungkin.
Tuan Yang di-Pertua, melalui RUU ini juga terdapat satu peruntukan baru yang dicadangkan untuk memberi pengecualian cukai kepada syarikat yang ingin menaik taraf makmal pengujian peranti perubatan. Memandangkan negara kita sedang mempromosikan dengan izin health tourism atau pun pelancongan perubatan, saya yakin insentif ini adalah suatu keputusan tepat bagi menarik pelabur dalam bidang perubatan. Kita perlu melihat perkara ini dari sudut pandangan yang amat positif.
Jika negara ini menjadi peneraju makmal pengujian, peranti perubatan secara tidak langsung negara luar akan melihat negara kita sebagai peneraju dalam bidang perubatan ini. Ini secara tidak langsung akan membantu negara dalam mempromosikan bidang pelancongan berkaitan dengan perubatan. Walaupun jika secara logiknya ia adalah dua perkara berbeza, namun saya merasakan ia sedikit sebanyak akan membantu negara sama ada dari segi pelaburan syarikat luar mahupun menjadikan negara sebagai destinasi pilihan sebagai pusat rawatan kesihatan.
Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Sekian sahaja ucapan saya dan saya menyokong untuk RUU ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sungai Siput.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak akan ambil masa lama. Ini kita bincangkan berkenaan dengan Akta Penggalakan Pelaburan. Satu akta yang sekarang usia dia sudah hampir 30 tahun. Akta ini digubal pada satu masa bila dunia kita berlainan bentuknya. Pada masa itu Tembok Berlin belum jatuh lagi. Pada masa itu China masih satu negara yang komunis. Sekarang dia kapitalis.
Pada masa itu, Malaysia merupakan negara di dunia ketiga dengan harga, dengan wage rate yang rendah dan kita dapat mainkan satu game di mana kita pakai cost of production yang rendah di sini untuk kita eksport kepada export market di Eropah dan Amerika. Akan tetapi sekarang selepas 30 tahun situasi sudah tukar. So, isu export, let growth to economy kita, isu kita mendapatkan investment untuk export late sectors kerana akta ini adalah untuk menggalakkan export sector untuk negara-negara lain.
Akan tetapi game plan sekarang harus ditukar kerana consumer market, permintaan di negara Eropah dan di Amerika telah turun kerana outsourcing, kerana banyak kilang-kilang pindah ke China, pindah ke Vietnam, pindah ke Eropah Timur.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Sekarang peningkatan permintaan daripada consumer di Eropah dan Amerika sudah turun.
So, game plan kita kena tukar. Kita kena berkisar pada permintaan dalaman dan kita kena tengok apakah kaedah-kaedah yang kita boleh pakai untuk memperkembangkan permintaan dalaman, aggregate demand dalam negara kita.
Pada masa ini kita pun kena handle isu-isu berkenaan dengan perdagangan tanpa tarif. Sekarang katakan kita tambahkan permintaan dalam negara Malaysia, ada kemungkinan negara-negara lain di kawasan ini yang ada gaji yang lebih rendah, mereka untung dan kita hilang market ini pada mereka. Akan tetapi saya ingat bila kita buat kita punya perundingan TPPA semua, kita tahu ada cara-cara macam dalam TPPA ada satu konsep yarn-forward rule atau pun country of origin di mana mereka pakai itu untuk sekat free trade. Untuk pastikan free trade tadi tidak disalah gunakan.
Kita boleh pakai sama. Katakan gaji minimum. Katakan kita adakan gaji minimum, kita tingkatkan gaji minimum kita dan kita bagi tarif yang rendah kepada negara- negara lain yang juga meningkatkan gaji minimum mereka. Kita tingkatkan cukai korporat kita. Kita bagi tarif yang rendah atau pun tarif kosong kepada negara-negara lain juga yang maintain corporate tax dia di peringkat yang baik. Saya ingat kita kena kaji satu pendekatan baru, satu dasar baru. Sekarang kita hanya tweaking the old system di mana negara-negara ketiga, kita berlumba-lumba untuk investment daripada luar, kita fokus kepada export market. Akan tetapi dunia sudah bertukar. So kita perlu lebih daripada ini.
Kita perlu satu dasar baru untuk memperkembangkan ekonomi kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana kejayaan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi Negara sejak tahun 2009.
Di bawah Program Transformasi Ekonomi yang memacu ekonomi negara, kerajaan sasarkan untuk menarik RM2.3 trilion dalam pelaburan swasta pada penghujung dekad ini. Tahun lepas, pada tahun 2013, Kadar Dalam Negara Kasar telah mekar pada 4.7%. Pada suku pertama tahun 2014, KDNK negara mencapai 6.2%, melebihi jangkaan banyak pihak. Malahan, kadar kemiskinan juga telah turun daripada 3.8% pada tahun 2009 kepada 1.7% pada tahun 2012.
Negara telah mencapai beberapa pengiktirafan antarabangsa. Dari segi daya saing, satu faktor yang boleh menarik minat pelabur, Laporan Doing Business 2014 oleh Bank Dunia meletakkan Malaysia pada tangga yang keenam, paling mesra perniagaan di dunia daripada 189 negara, naik enam tangga daripada tahun 2013, mengatasi Korea Selatan di tangga ketujuh dan Norway di tangga kesembilan, United Kingdom di tangga kesepuluh dan Australia tangga ke-11 dan tempat pertama dari segi kemudahan kredit dan tempat keempat bagi perlindungan pelabur dan pelaburan.
Buku Laporan Tahunan Daya Saing Dunia 2014 meletakkan Malaysia pada tahap ke-12 daripada 60 buah negara, naik tiga tangga dan Malaysia lebih berdaya saing dari negara-negara seperti China, Korea, Jepun, India, Thailand dan juga Indonesia. Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing atau FDI 2014 terbitan A.T. Kearney menunjukkan kedudukan ke-15 berbanding 25 pada tahun yang lepas.
Baru-baru ini saya telah berpeluang pergi ke Manila mengikuti rombongan Menteri MITI dan pegawai-pegawai dari MIDA, MITI dan MATRADE untuk trade mission, misi pelaburan dan juga menghadiri World Economic Forum on East Asia dan mendengar ucapan daripada Presiden Filipina, Presiden Indonesia, Vietnam dan juga Vice President Myanmar.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Saya dapat melihat bagaimana dunia hari ini mengiktiraf Kerajaan Malaysia, meletakkan kerajaan kita di satu tempat yang tinggi. Kita dapat lihat pada tahun depan, Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN dan tahun depan juga ASEAN akan mengisytiharkan AEC atau ASEAN Economic Community yang mana akan meningkatkan lagi pelaburan perdagangan intra ASEAN. Pelaburan dan juga perdagangan yang juga perkara yang diutamakan ialah keterangkuman dan kemapanan perniagaan.
Jadi kita lihat Tuan Yang di-Pertua, pengiktirafan dunia terhadap kejayaan- kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia hari ini. Saya hairan kenapa ada orang tidak nampak benda ini? Kalau dunia boleh nampak, kalau ada pengiktirafan antarabangsa, kenapa orang tidak nampak? Kenapa ada orang yang masih tidak nampak? Hendak kata buta, celik, malah pakai cermin mata. Hendak kata bodoh, cerdik. Jadi kita hairan kenapa?
Saya selalu terfikir. Sebab apa, kata-kata kita yang negatif akan menyebabkan negara ini jadi masalah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa Dewan kepada satu fenomena ekonomi dunia. Suasana persekitaran ekonomi hari ini dan 20 tahun dahulu adalah sangat berbeza. Pada tahun 1980-an, kita tidak ada dengar India, kita tidak ada dengar China, kita tidak ada dengar Russia. Tujuh puluh peratus ekonomi dunia dikuasai oleh negara-negara maju, G7. Apa sahaja yang berlaku pada negara-negara maju, kita akan tersentak dan akan terkesan.
There was a joke dengan izin, kalau Amerika selesema, kita akan batuk. Kalau Amerika batuk, kita akan demam. Kalau Amerika demam, kita mungkin masuk ICU tetapi itu dahulu. Senario telah berubah sekarang ini. Hari ini setelah tahun 2000, dominasi oleh negara-negara maju telah berubah dan pattern telah berubah daripada keadaan dahulu.
Hari ini dominasi ekonomi mula dikuasai oleh negara-negara besar dunia seperti negara- negara BRICS iaitu Brazil.
Apabila sebut Brazil ini ada yang celik mata, penyokong-penyokong Brazil. Saya tidak minat bola tetapi saya ada dengar cerita tentang bola. Saya terdengar tendangan gol yang pertama adalah tendangan gol sendiri Brazil, betulkah? Saya dengar Spain...
Seorang Ahli
Tak ada pasal pelaburan pun.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Putatan, silakan.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat Bagan Serai soal...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, baru tiba Yang Berhormat?
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Sudah lama. Mesyuarat tadi Tuan Yang di-Pertua, mesyuarat. Saya tertarik. Apabila kita menghadiri World Economic Forum di Manila baru-baru ini, Yang Berhormat pun bersama-sama dengan Menteri dan kita lihat pergerakan kita agak amat positif sekali mengikut statistik yang dikeluarkan oleh World Bank.
Jadi apakah masalah, Yang Berhormat, kekangan yang terbesar bagi negara kita yang menyekat kita ke arah negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi? Apabila kita melihat sebelah sana itu seolah-olah mereka tidak bersetuju dengan negara kita seperti kawan-kawan sebelah sana yang tidak bersetuju untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang berpotensi dan boleh ke tahap negara maju dunia yang lain. Apakah kekangan kerajaan sekarang ini?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Itu yang saya cakap tadi, saya memang hairan tengok. Setelah semua kajian yang dilakukan, pengiktirafan antarabangsa, tetapi yang nampaknya yang negatif, yang nampaknya yang tidak elok, yang diceritakan semua tidak elok. Jadi ini yang saya katakan tadi mungkin kena tukar cermin mata kalau cermin mata yang menjadi masalah.
Jadi saya tadi hendak cerita, saya tengok juara tahun dahulu adalah Spain tetapi Spain dibelasah oleh Holland 5-1. Maknanya...
[Disampuk] Berapa? Betul? Jadi maknanya ada benda-benda yang jadi seperti ini, juara pun boleh kalah. Oleh sebab itu hari ini janganlah orang sombong dengan kejayaan. Kalau dahulu boleh menang lebih daripada 7,000, hari ini akan kalah juga. Kita lihat hari ini, Tuhan Maha Adil.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Juga Rusia, India, China dan juga South Africa. Warna baru kuasa ekonomi telah berubah hari ini. Malah pada...
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat, saya tanya tadi apakah kekangan besar bagi negara kita untuk menuju kepada negara maju? Adakah sebelah sana yang menjadi kekangan kita?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ya, betul.
[Ketawa] Warna kuasa ekonomi telah berubah hari ini. Pada masa yang sama, negara-negara yang relatively dengan izin, kecil telah menunjukkan kehebatan taringnya. Bank Dunia telah menggelarkan ini adalah Asian Tigers dengan izin, Harimau-harimau Asia seperti Korea, Taiwan, Hong Kong, Singapura, negara-negara NIC atau Newly Industrialized Countries dengan izin, malah negara seperti Vietnam yang pada satu ketika dahulu tidak ada apa-apa. Pada tahun 1980-an hampir tidak ada langsung FDI di sana. Semasa itu Malaysia telah mencapai 30% pelabur asing tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini, Vietnam telah berubah dengan ketara. Peratus pelaburan asing Vietnam dan Malaysia hampir-hampir sama sekarang ini.
Dalam suasana yang begitu hebat persaingan, suasana yang ada sekarang ini, apa halnya? So what, dengan izin? Untuk kita terus kekal, Malaysia patut mengambil langkah-langkah yang strategik untuk terus menjadi pilihan pelabur, preferred location dengan izin sama ada pelaburan dalam negeri, DDI, ataupun FDI. Jadi, galakan atau insentif pelaburan adalah salah satu cara untuk memastikan sesama pelaburan asing tercapai dan terus perkasa di negara ini.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bukan sahaja kita hendak tambah pelaburan dan hendak tambah peluang kerja, malah kita mahukan pelaburan yang khusus, yang terpilih, satu pelaburan yang bersesuaian dengan transformasi ekonomi. Contohnya, syarikat yang mempunyai knowledge incentive, yang inovatif, yang mempunyai teknologi yang tinggi dengan kita mengekalkan insentif yang khusus, yang ada target ataupun kita katakan insentif bersasar, targetted incentive ini supaya negara dapat mencapai status negara maju dan juga pendapatan tinggi.
Pada tahun 1970–an, satu kilang boleh datang ke sini dan buat anak patung umpamanya dan matlamat kita hanya hendak cari pekerjaan yang banyak. Akan tetapi hari ini, kita perlukan syarikat-syarikat yang inovatif, yang dapat bawa negara menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Alhamdulillah, baik kita ada persekitaran yang kondusif, persekitaran yang baik. Mempunyai ranking, mesra niaga yang baik pada tahap keenam, daya saing yang baik pada tahap ke-12 dan indeks keyakinan FDI pada tahap 15. Ini semua bagus tetapi kita kena tanya diri kita, apa yang kita hendak sebenarnya? Seperti orang yang pergi memancing. Orang yang memancing, dia hendak ikan apa? Oleh sebab setiap ikan, sesetengah ikan mempunyai kail dan umpan yang berlainan.
Contohnya, kalau kita hendak tangkap haruan, umpannya berlainan, kailnya berlainannya. Kalau kita hendak tangkap ikan puyu, umpannya berlainan, kailnya juga berlainan. Begitu juga kalau kita hendak tangkap ikan senangin. Jadi, soalnya hari ini ialah soal kita hendak ke mana dengan insentif yang kita bagi hari ini.
Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, insentif ini adalah seperti umpan, insentif yang padanya perlu ada pengkhususan yang bersasar. Apa yang boleh kita buat lagi supaya negara menjadi lebih maju. Dengan ETP yang disarankan oleh kerajaan, perlu ada kerangka strategi yang mana yang kita katakan satu kerangka PAR, ‘PAR’ ini bukan cat.
PAR ini bermakna producing, attraction dan juga retain, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.
Producing bermakna kita membina modal insan yang berkualiti tinggi. Producing bermakna kita membina syarikat-syarikat yang berjaya, yang berteknologi dan juga kita dapat menarik modal insan, kepakaran dari luar negara dan juga menarik syarikat-syarikat yang multi nasional umpamanya dari luar negara untuk datang sini.
Perkara ketiga ialah retain, bermakna kita menyimpan. Kita dapat simpan supaya tenaga ataupun modal insan ini ataupun syarikat-syarikat yang bagus ini sama ada dalam negeri atau pelaburan luar tidak keluar daripada negara kita untuk menjadikan business, perniagaan di sini lebih makmur lagi. Tuan Yang di-Pertua, pindaan akta melibatkan penamatan insentif yang tamat tempoh kuat kuasanya, lanjutan tempoh ataupun pengenalan insentif baru ataupun pengenalan peruntukan-peruntukan baru ataupun
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
penyelarasan Akta Cukai Pendapatan 1967 mengharapkan supaya perdagangan akan menjadi lebih baik, pelaburan akan jadi lebih baik di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, kewujudan wilayah-wilayah ekonomi seperti NCER, ECER, Iskandar Malaysia, SEDIA dan SCORE menyerlah pembangunan industri yang seimbang di kawasan maju dan juga di luar bandar. Pelbagai insentif yang pelaburan untuk menarik syarikat-syarikat seperti galakan taraf perintis, elaun cukai pelaburan, pengecualian duti import, infrastruktur-infrastruktur yang baik dan prasarana yang baik dan juga elaun pelaburan semula dan juga galakan bagi pusingan kedua. Jadi, perkara-perkara lain yang juga menjadi faktor-faktor penentu ialah keadaan politik dan ekonomi sesebuah negara.
Juga yang menjadi perkara yang penting untuk menentukan minat syarikat-syarikat untuk datang melabur di sini ialah tahap perlindungan dan juga ketelusan dasar yang liberal dan kedudukan geografi yang baik, modal insan yang berkualiti, infrastruktur dan prasarana.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh sedikit tentang memperkasakan sektor perhotelan dan pelancongan. Malaysia juga merupakan destinasi terpilih untuk pembinaan Hotel Harrods pertama di dunia yang bertaraf tujuh bintang dengan kos pelaburan RM2 bilion. Pelan bersepadu pelancongan Genting dengan nilai projek berjumlah RM5 bilion di bawah pelan berkenaan yang bakal disiapkan secara berperingkat dalam tempoh sepuluh tahun akan turut merangkumi pembangunan taman tema antarabangsa 22th Century Fox, dengan izin, pertama di dunia dengan kos bernilai RM1 bilion serta pusat membeli belah Genting Premium Outlet...
Datuk Noor Ehsanudin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Mencelah.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
...Iaitu kesepuluh terbesar di Asia Tenggara selepas Johor Premium Outlet.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Tinggi bangun.
Datuk Noor Ehsanudin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Kota Tinggi.
Hendak mencelah boleh?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sila
Datuk Noor Ehsanudin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya tertarik tadi dalam hujahan tadi tentang PAR, bukan cat Parlimen tapi Production, attraction dan retainment.
Saya tertarik sebab retainment itu atau mengekalkan adalah satu tasking atau satu usaha yang bukan kecil tapi ini yang paling besar. Oleh sebab kalau kita boleh tarik, kita kena kekalkan. Sebab apa? Kalau tidak dikekalkan kemungkinan mereka akan berpindah. Orang kata success is a moving target. Kejayaan itu satu perkara yang tidak statik, dia dinamik.
Dinamisme ini memaksa kita menuntut kita supaya kita sentiasa mempunyai satu gerak kerja yang mengekalkan mereka dalam struktur ataupun persekitaran ekosistem ekonomi sedang kita usahakan selama ini. Ianya mesti mapan dan mesti mempunyai daya saing yang tinggi.
Atas sebab itu apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai? Bila kita ada insentif ini, insentif ini juga mesti bersifat dinamik, mesti bersifat menepati tuntutan semasa. Kalau kita tidak dapat mengekalkan mereka, mungkin kilang-kilang kita akan pindah Vietnam contohnya. Kos labournya lebih rendah. Mungkin berpindah ke Myanmar. Mala petakalah kepada kita kerana kalau mereka berpindah akan menyebabkan kehilangan begitu banyak peluang-peluang pekerjaan. Jadi, untuk retain ini juga, faktor keyakinan mesti diperkukuhkan lagi dengan menyediakan infrastruktur yang kuat. Saya ada sikit tadi bimbang bila kita cakap infrastruktur ini termasuklah penyediaan elektrik, tenaga kuasa yang mencukupi dengan reserve margin yang baik, juga penyediaan pelaksanaan keperluan air. Kalau air ini tidak ditangani dengan betul-betul, ia akan jadi satu malapetaka yang bertambah bukan saja dari segi kehilangan pelaburan, maka pelaburan yang telah terwujud pun mungkin akan berpindah. Ini akan menambah lagi kesengsaraan anak-anak rakyat Malaysia.
Jadi, setuju tidak pandangan saya kepada Yang Berhormat Bagan Serai, supaya perkataan retainment ini mesti diperkukuhkan dengan lebih perkasa, diperkasakan lagi dengan bantuan insentif-insentif bersifat dinamik, bersifat menepati keperluan semasa dan yang paling penting mesti mendahului. Jangan kita bagi satu perkara yang sudah basi,
Datuk Noor Ehsanudin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
orang bagi lebih baik daripada kita. Saya ingat, apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bagan Serai, boleh gulung Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Saya bersetuju dan ingin memohon memasukkan percakapan ini dalam perbahasan saya. Jadi, dengan mempunyai hotel bertaraf tujuh bintang umpamanya, serta mempelbagaikan kemudahan yang lain, tidak sebagaimana negara-negara lain, Malaysia juga boleh melonjakkan kedudukan daripada kesembilan ke kedudukan lebih baik dari segi negara paling ramai dikunjungi pelancong di dunia ini. Penjenamaan Malaysia di pentas dunia di samping promosi yang dijalankan secara berterusan oleh kerajaan dan pihak swasta membantu membawa lebih banyak pelaburan ke Malaysia selain meningkatkan jumlah pelancong yang datang ke negara ini.
Jadi, itu sebab Tuan Yang di-Pertua, saya juga teringatkan bila bercakap tentang insentif dan sebagainya dan bagaimana ia dapat meningkatkan pelancongan, khususnya di Parlimen saya di Bagan Serai. Kita mempunyai satu destinasi pelancongan yang baik yang tidak diketengahkan begitu kuat. Contohnya, di Kuala Gula. Kita ada hutan paya bakau dan kita juga ada tempat penghijrahan burung-burung yang datang beribu-ribu daripada utara untuk bersinggah sementara untuk pergi ke selatan. Kita juga ada Pulau Orang Utan yang saya juga rasa di pantai di Malaysia Barat ini tidak ada tempat lain yang ada Pulau Orang Utan dan juga ada penternakan arowana yang tidak diberikan pemerhatian yang lebih untuk pelancongan.
Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah pada Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang saya kira sudah berjaya sangat setakat ini untuk membawa Malaysia maju. Kita semua patut rasa bangga dan saya haraplah kawan-kawan, saudara-saudara di sebelah sana, inilah masanya untuk sedar dan untuk insaf supaya kita sama-sama menyokong kerajaan untuk mencapai kejayaan ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tinggal dua orang Yang Berhormat. Sepuluh minit seorang boleh tak? Sepuluh minit seorang. Baiklah, Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Kapar selepas itu Yang Berhormat Kota Melaka.
Itu sahaja, selepas itu Menteri menjawab. Yang Berhormat Kota Tinggi, sepuluh minit. Had minit, had masa sepuluh minit Yang Berhormat ya.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Tak puji, jangan bimbang. Saya cakap yang betul sahaja, sebab betul, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional sebab kita telah...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Puji pun tak apa, bagus kalau puji.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
...Sebab kita telah berjaya mengekalkan satu prestasi yang baik Tuan Yang di-Pertua dan kita cakap yang betul sahaja. Jangan tipu, jangan puji lebih-lebih tetapi hakikatkan bahawa kemapanan pembangunan ataupun pelaburan selama berpuluh tahun dan akhir-akhir ini sejak berlakunya ETP, GTP melonjakkan lagi kecemerlangan itu dan saya rasa kita tak boleh nafikan pencapaian ini. Sekiranya pencapaian ini benar, maka kebaikannya, manfaatnya tidak lain tidak bukan pergi kepada rakyat Malaysia.
Jadi ini tak boleh kita nafikan. Pelaburan memerlukan persekitaran yang baik, ekosistem yang baik. Dalam negara kita, ekosistem ini telah diterjemahkan dalam bentuk pembinaan infrastruktur yang begitu mapan. Ini mesti diteruskan lagi dan ia juga telah memberi satu keyakinan yang tinggi di kalangan pelabur-pelabur dan pembuktiannya ialah melalui pelaburan-pelaburan daripada investment begitu banyak sejak akhir-akhir ini dan saya rasa saya tak perlu panjangkan cerita cuma nak menyatakan bahawa kita perlu lonjakkan lagi pencapaian kita melalui insentif-insentif yang lebih baik dan atas sebab ini
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
saya berdiri untuk menyokong rang undang-undang ini untuk memberi insentif-insentif yang telah lupus, kita sambung atau kita perbaiki lagi.
Saya juga nak menyentuh di sini bahawa ekosistem yang kita bina ini berdasarkan pertamanya ialah stabiliti politik. Mana-mana negara kalau tak stabil politik, jangan harap ada pelaburan yang masuk. Itu hakikat yang pertama yang kita kena akui dan kestabilan politik negara kita ini mungkin dipacu oleh perpaduan antara kaum. Jadi kalau ada usaha- usaha nak memecahbelahkan perpaduan kaum ini, saya ingat fikirlah banyak kali. Jangan kita terlampau selfish dengan izin sehingga kita menyebabkan polarisasi kaum berlaku dalam negara kita.
Keduanya, kekuatan financial. Kekuatan infrastruktur kewangan yang mapan dan ini diterjemahkan pembuktian melalui penerbitan sukuk umpamanya yang terbesar di dunia.
Kita juga mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, kita mempunyai sekitar 200 bulan lebihan dagangan berterusan sejak tahun 1997 dengan pengenalan capital control dan ini semua berjalan baik dan akan memberi keyakinan tinggi kepada pelabur-pelabur. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Bayan Baru tadi, kita kena melihat juga keperluan man power.
Makna dia, dengan pelaburan yang banyak, kita mesti menyediakan kemahiran guna tenaga yang mapan. Kita perlu banyak pelaburan tapi dalam masa yang sama kita harapkan pelaburan ini memberi manfaat terus dalam bentuk pekerjaan keusahawanan kepada rakyat kita. Atas sebab itu, usaha-usaha kementerian mesti bergerak seiring dengan Kementerian Sumber Manusia dalam memastikan bahawa tahap kemahiran dan penyediaan tenaga mahir ini sesuai.
Kita tidak mahu berlaku bila ramai datang, pelaburan banyak akhirnya pekerja- pekerja ini terpaksa import dari luar negara dan ini tidak baik untuk negara kita untuk jangka masa panjang. Atas sebab itu, latihan dan penyediaan infrastruktur yang sesuai untuk menyemarakkan lagi kemahiran ini mesti diperkasakan lagi. Seterusnya ialah infrastruktur, kemudahan infrastruktur. Prasarana ini amat penting.
Saya sebut banyak kali, kalau kita tidak ada mempunyai reserve margin yang baik untuk elektrik dan juga air, ini akan jadi masalah kepada kita, keyakinan pelabur akan turun.
Saya rasa kalau masalah air dan elektrik ini menjadi perkara pokok dibincangkan tiap-tiap hari, saya yakin tak payahlah kita buat benda lain, pelabur-pelabur akan lari. Atas sebab itu pihak pusat dan negeri berganding bahu, kena buat dan kita tak boleh nafikan apa yang berlaku di Lembah Klang ini sebagai satu malapetaka.
Saya pernah cadangkan dalam Dewan ini, tadi Yang Berhormat Seputeh lalu belakang saya kata kita patut buat kertas putihlah, tengok apa masalah berlaku di Lembah Klang yang menyebabkan air jadi satu masalah besar. Tadi banyak bercakap tentang distribution. Masalahnya ialah bukan distribution, masalahnya ialah new supply. Air jadi masalah sekarang, electricity pun sama. Bila supply kita kurang, margin kita kurang, ini akan mengganggu-gugat keyakinan pelabur dan ini akan mengganggu-gugat kemasukan pelabur dalam negara kita dan ini akan secara langsung mengganggu-gugat ekonomi negara kita.
Itu sebabnya infrastruktur ini jangan dipandang enteng. Kita boleh berdebat, berpolemik tapi hakikatnya rakyat di sana bila tak ada air tetap tak ada air. Bila reserve margin kurang, tetap reserve marginnya kurang. Atas sebab itu, kita kena ketepikan ini dan mesti memberi perhatian yang khusus tentang keperluan prasarana air dan elektrik supaya tidak menjadi penebat atau mengganggu-gugat pelaburan yang masuk nanti.
Seterusnya ialah insentif, saya ingat inilah peluang. Saya sebut tadi tentang PAR, retainment. Kita kena retain sebab dalam daya saing dunia hari ini, kita lambat kita akan tertinggal. Orang tertinggal akan tercicir, yakin dan percayalah kita akan tertindas. Sebagai satu negara yang berdaya saing, kita memerlukan pelaburan yang besar sebab kita mempunyai rakyat yang tak ramai dan kita kena eksport barang-barang kita ke luar negara.
Kita kena mempunyai competitive level yang tinggi di peringkat antarabangsa. Atas sebab itu inisiatif kita mesti mempunyai setara dan setaraf dengan offering ataupun insentif-insentif yang diberi oleh negara-negara lain di samping ekosistem perniagaan yang ada. Jadi saya mencadangkan supaya insentif-insentif ini dilihat dan diperkasakan supaya kita dapat menarik mereka melabur secara terus dan kekal dekat sini.
Kita perlu ingat, kalau mereka keluar, kita bukan sahaja hilang pelaburan, pekerjaan tetapi kita automatik mewujudkan satu lagi persaingan yang direct dengan kita.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Kemungkinan hari ini kita menang, kemungkinan masa lain mereka mempunyai competitive advantage. Itu sebab kita jangan memberi ruang untuk ini berlaku. Itu sebab saya mencadangkan supaya insentif-insentif ini bukan sahaja diluluskan tetapi minta dilihat dan diperkasakan lagi. Atas sebab itu, saya menyokong Rang Undang-undang Pelaburan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Salam Reformasi dan Selamat Petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk memberi ruang kepada anak muda Kapar untuk membahaskan Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014 yang telah disusulkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Isu pertama saya ialah berkaitan dengan laporan Bloomberg yang menerangkan mengenai ekonomi Malaysia yang lebih rapuh berbanding dengan negara-negara jiran.
Tuan Yang di-Pertua, pada 5 Jun 2014, kolumnis Bloomberg, William Pesek dalam artikelnya yang bertajuk “Adakah Malaysia Negara Yang Mempunyai Rangkaian Terlemah di Asia” dengan izin, “Is Malaysia Asia’s Weakest Link” telah melemparkan satu persoalan sama ada ekonomi Malaysia bakal menjadi berita utama antarabangsa yang negatif ekoran berita kehilangan pesawat penerbangan Malaysia MH370 dan keputusan mahkamah rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara terhadap Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Permatang Pauh.
Artikel beliau ialah susulan laporan pakar ekonomi UK, Sarah Fowler dari Oxford Economics yang mana menyatakan bahawa ekonomi Malaysia lebih rapuh berbanding Indonesia, India malahan Thailand yang baru-baru ini berlaku rampasan kuasa. Sarah Fowler telah menggunakan 17 penunjuk aras bagi menilai kerapuhan pasaran baru terhadap kejutan ekonomi dan kewangan luar. Antara petunjuk arasnya termasuklah modal kewangan luaran, keseimbangan akaun semasa dan bajet, pasaran kredit termasuk ekonomik. Penting sekali menurut beliau, Malaysia bakal menghadapi risiko kejatuhan ekonomi dan kehilangan pasaran dunia dalam sektor eksport utama sekiranya gagal mengawal hutang awam dan luar negara.
Kata beliau, biarpun pengurangan lebihan dalam ekonomi bukan isu utama kerana ia kekal mempunyai lebihan dalam beberapa tahun lagi di kalangan negara Asia Tenggara, kerisauannya adalah berhubungan akaun utama Malaysia akibat kenaikan hutang luar yang melonjak kepada 40% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Sementara itu, hutang awam negara berbanding KDNK telah meningkat dan mencatat paras tinggi sepanjang masa iaitu lebih 50% sejak tahun 2010 ekoran peningkatan defisit fizikal akibat pelancaran pakej stimulasi yang agresif untuk memperkasakan ekonomi negara ketika krisis kewangan dunia. Menyentuh mengenai hutang luar, Fowler melaporkan purata kemasukan modal bukan asing adalah 6.6% daripada KDNK setahun antara 2009 dan 2012 tertinggi di antara 13 pasaran sedang membangun yang diperhatikan oleh Oxford dan lebih tertinggi berbanding Indonesia kira- kira 2.2%.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Beliau turut mencatatkan dalam laporannya bahawa peningkatan komponen hutang luar dalam tempoh jangka masa pendek adalah sangat berisiko kerana ia memerlukan pembayaran balik lebih awal. Pinjaman jangka pendek dalam KDNK mencapai 15.2% pada akhir tahun lalu meningkat 10% pada tahun 2007. Berbanding dengan India dan Indonesia, pinjaman jangka masa pendek mereka tidak mencapai 5% daripada KDNK.
Secara keseluruhannya berita baik untuk Malaysia ialah hutang luar Malaysia masih rendah berbanding dengan eksport. Maka ia masih mampu menyediakan bayaran untuk membayar hutang. Namun begitu, terdapat masalah yang wujud yang tersendiri.
Permasalahannya ialah lebihan akaun semasa Malaysia semakin berkurangan iaitu menyusut dari 16% daripada KDNK pada tahun 2008 kepada 3.7% pada tahun lepas. Di samping itu, hutang isi rumah kini lebih daripada 80% daripada KDNK berbanding dengan
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
kurang daripada 60% pada tahun 2008. Persoalan saya ialah bagaimana kementerian bercadang untuk mengatasi masalah yang lebih kritikal seperti:
(i) lebihan akaun semasa yang semakin berkurangan;
(ii) hutang isi rumah yang semakin meningkat;
(iii) hutang awam negara berbanding KDNK yang catat paras tertinggi; dan
(iv) hutang luar negara yang tidak dikawal.
Maka saya mohon penjelasan kementerian di samping menggalakkan pelaburan bagaimana kementerian bercadang untuk mengatasi masalah-masalah ekonomi negara sebab galakan pelaburan adalah isu ekonomi yang perlu dikaitkan dengan isu-isu ekonomi yang saya sebutkan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua saya ialah mengenai penurunan nilai mata wang Malaysia yang menjejaskan pelaburan pada awal tahun 2014. Menurut laporan World Street Journal pada Januari 2014, pengurus dana antarabangsa mengelak dari melabur di pasaran Malaysia berikutan kadar inflasi negara yang jatuh pada tahun terendah sejak tahun 2010. Pasaran saham Malaysia dilaporkan lemah di mata dunia selepas ringgit jatuh 4.5% bulan Disember 2013 dengan hutang kerajaan mencecah kadar tertinggi sejak tahun 2010 yang menyebabkan kadar mata wang Malaysia jatuh hingga tahap terendah pada ketika itu. Ketua Pasukan Pendapatan Tetap Asia di JP Morgan Asset Management, Hong Kong, Stephen Chang berkata syarikatnya mengambil langkah berhati-hati dengan pasaran Malaysia kerana kadar ringgit yang rendah. Menurut Chang, susulan kadar ringgit yang rendah Malaysia akan memendekkan bon untuk mengelakkan daripada kenaikan kadar faedah lantas menurunkan nilai-nilai bon tersebut.
Kenaikan kadar deposit untuk akaun peruntukkan asing membuatkan pelabur Malaysia mencari jalan perlindungan daripada mata wang yang semakin rendah.
Pengurusan pelaburan di Invest Core Singapore, Jalil Rasheed juga menyatakan bahawa lawatannya ke Malaysia pada ketika itu mendapati pengeksportan dari Malaysia memegang ketat kepada mata wang Amerika Syarikat dan enggan menukarkannya ke ringgit kerana kadar dolar Amerika Syarikat semakin tinggi. Menurut pakar kadar kewangan Asia di Dutch Bank di Singapore, ia telah menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia untuk menukar mata wang ringgit daripada simpanan kepada mata wang asing kerana risau dengan nilai ringgit yang semakin susut.
Ketika keadaan dalam situasi ini, saya mohon penjelasan daripada kementerian walaupun terdapat pelbagai galakan pelaburan tetapi mata wang negara tidak stabil.
Bagaimana mata wang yang sedang bernanah dan tidak stabil ini akan memastikan galakan pelaburan walaupun wujudnya insentif-insentif seperti yang sedia ada?
Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketiga ialah mengenai imbangan pelaburan dengan kualiti kehidupan rakyat dan sektor keusahawanan tempatan. Apakah rancangan dan komitmen kementerian untuk mengimbangkan pelaburan dengan kualiti rakyat? Jangan dalam khusyuk menggalakkan pelaburan, kita abaikan kualiti kehidupan rakyat. Bak kata pepatah Melayu baru, Tuan Yang di-Pertua, “Anak panda negara China diaircondkan, tetapi anak Melayu, India, Cina dianaktirikan”. Jangan abaikan kualiti kehidupan rakyat dan juga sektor usahawan tempatan.
Maka, perlu ada rancangan dan komitmen kerajaan terhadap rakyat untuk membela nasib rakyat kurang bernasib baik termasuk orang kurang upaya, ibu atau bapa tunggal, anak yatim, warga emas tanpa landasan agama, kaum mahupun kepercayaan politik mereka. Imbangan juga perlu dilakukan untuk membangunkan sektor usahawan tempatan melalui latihan keusahawanan promosi pasaran, pembangunan produk, pembiayaan kewangan dan pengurusan perniagaan. Maka, saya pohon penerangan, rancangan dan komitmen kementerian untuk mengimbangkan pelaburan galakan pelaburan dengan kualiti kehidupan rakyat dan sektor usahawan tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon penerangan daripada kementerian di mana walaupun terdapat pelbagai insentif istimewa dan potongan cukai bagi projek seperti projek pertanian, pengeluaran makanan dan lain-lain industri asas tani seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986. Saya ingin membawa contoh seperti syarikat-syarikat yang mengusahakan atau melaburkan dalam projek pengeluaran
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
makanan yang layak mendapat insentif khas seperti taraf perintis, elaun cukai pelaburan, insentif penyelidikan, insentif eksport dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, walaupun terdapat insentif yang diberikan kepada sektor sebegini atas kertas amat menarik, tetapi namun peraturan pelaburan yang diharapkan masih tidak memuaskan. Keadaan ini telah wujud sekian lama. persoalannya ialah mengapa keadaan sebegini wujud sekian lama tanpa sebarang pemulihan? Apakah tindakan dan komitmen kementerian untuk memperbaiki keadaan ini? Tuan Yang di- Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Lagi dua sahaja, pendek, ringkas, percaya saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan Dana Strategik Pelaburan Domestik RM1 bilion yang akan diuruskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi meningkatkan penyertaan syarikat milik rakyat Malaysia dalam rantaian bekalan global bagi industri sasaran yang berkuat kuasa serta-merta. Ini ialah laporan dari Sinar Harian pada 3 Julai 2012. Persoalan saya adalah berapakah peratus dana ini telah digunakan untuk menggalakkan pelaburan dan kedua adalah setakat mana sasaran dana ini dicapai, dan adakah dana ini telah memberi galakan kepada pelaburan?
Pada waktu yang sama dalam majlis yang sama, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menyatakan bahawa beliau berhasrat mencadangkan meliberalisasikan lagi sektor perkhidmatan dengan memperkenalkan kadar cukai khas bagi menggalakkan penyelia-penyelia perkhidmatan kecil di Malaysia untuk bergabung menjadi entiti yang lebih besar dan membina daya saing sesama mereka. Saya ingin menanyakan ataupun menuntut penerangan daripada kementerian setakat mana idea gabungan ini direalisasikan dan saya pohon penerangan bagi perkembangan idea tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah isu tentang akta sendiri. Saya apabila lihat di dua tiga muka surat pertama, kebanyakan seksyen-seksyen ini disifatkan telah mula berkuat kuasa lebih awal. Ini dalam bahasa undang-undang dikenali sebagai retrospective effect. Ia memberi kesan lebih awal seperti salah satu seksyen telah mula berkuat kuasa 8 September 2007. Ada satu itu 1 Januari 2012, 1 Januari 2011 dan sebagainya. Mesti ada rasional tersendiri kementerian untuk menyediakan sesuatu yang mempunyai retrospective effect. So, saya menuntut penjelasan mengapa seksyen-seksyen ini mempunyai retrospective effect. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, jangan kita sekalipun memandang isu galakan pelaburan ini boleh hidup secara bersendiri. Pelaburan mahupun galakan pelaburan merupakan satu isu yang perlu dipandang secara menyeluruh. Maka, saya memohon penjelasan kepada soalan-soalan saya dan sekiranya dipantau dianalisis dan dikaji oleh kementerian mampu membantu menggalakkan pelaburan secara menyeluruh dan bukan semata-mata galakan kosmetik ataupun galakan atas kertas sahaja. Kami di Pakatan Rakyat menuntut galakan pelaburan yang menyeluruh dan sempurna. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam reformasi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Kota Melaka dan selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab Yang Berhormat. Sudah dua kali...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta izinlah untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Akta Penggalakan Pelaburan 1996. Hanya dua perkara yang saya ingin bangkitkan dalam perbahasan ini satu tentang insentif dan kita sedia maklum dalam pindaan akta ini terutama tentang insentif-insentif yang dikatakan mungkin had sudah luput dan juga perlu dimansuhkan atau insentif yang perlu dilanjutkan atau diteruskan. Saya setuju dengan apa yang di bentang dalam akta ini iaitu insentif dan bantuan kewangan ini memang amat perlu untuk kita menggalakkan
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
pelaburan. Sungguhpun selain dari ini, latihan atau pindaan pengalaman teknologi pun kita tidak boleh abaikan.
Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri iaitu insentif untuk sektor-sektor tahunan berapakah peratusan yang telah diperuntukkan ini tidak dapat digunakan atau disalurkan kepada industri-industri yang berkenaan. Saya juga ingin tanya adakah insentif untuk Malaysian Brand ini akan diteruskan? Saya memang memuji kementerian terutama SME Corp dan juga MITI iaitu mengadakan satu pengauditan dan juga pengiktirafan jenama produk Malaysia iaitu Malaysian Brand dan insentif mula dengan RM100,000 untuk pemegang Malaysian Brand ini ditambah sehingga RM400,000 jika saya tidak salah. Saya juga difahamkan bahawa untuk menuntut insentif ini bukan lagi terikat atau terhad dan hanya untuk promosi jenama, brand promotion dan juga untuk iklan tetapi termasuk boleh membekalkan mesin-mesin untuk menambah baik tentang proses dan produk jenama itu.
Kita sedia maklum bahawa insentif dan bantuan kewangan ini saya rasa itu untuk mengurangkan kos, untuk sektor-sektor industri tetapi ia juga bagi satu peluang untuk pengusaha ini supaya mereka dapat mengambil usaha untuk menambah baik produk mereka dengan kualiti dan mutu yang boleh bersaing dengan industri sama bukan hanya di tempatan mahupun di antarabangsa.
Saya ingin tanya dalam sektor pembuatan, kita di Dewan ini sudah sedia maklum bahawa mahupun saya bersetuju dengan Yang Berhormat yang membangkitkan bahawa kita perlu menitikberatkan mewujudkan peluang pekerjaan untuk pekerja tempatan dan kita tidak mahu bergantung kepada pekerja asing tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa masih kekurangan pekerja mahir di sektor pembuatan terutama sektor perkilangan.
Saya minta Yang Berhormat Menteri bolehkah memberitahu Dewan yang mulia ini tempoh perkhidmatan expatriate iaitu technician ataupun jurutera yang mahir dalam satu- satu industri tertentu itu. Adakah masih terhad kepada sepuluh tahun? Adakah kementerian sudi atau sedia mempertimbangkan lanjutan tempoh ini? Ini kerana jika kita masih kekurangan dengan pekerja mahir dalam sektor ini, jika kita juga mengehadkan expatriate ini, mungkin akan menjejaskan operasi atau proses untuk kilang-kilang ini untuk memproses produk mereka. Saya minta kalau kita dapat mempertimbangkan dengan industri-industri tertentu atau yang spesifik yang kita difahamkan atau kita telah membuat kajian atau check bahawa kita kekurangan kemahiran ini dan kita masih perlu bergantung kepada tenaga kerja mahir iaitu terutama dalam sebagai expatriate.
Kedua, perkara ini saya harap kalau dapat keterangan atau dijawab di Dewan ini.
Saya juga ingin tahu tentang persaingan di antara industri-industri atau sektor pembuatan ini Malaysia dengan negara-negara asing apakah kekurangan negara kita dan kelemahan kita dan apakah program atau usaha kementerian untuk membantu supaya kita dapat satu kedudukan yang lebih sedia atau lebih dapat bersaing dengan mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Saya minta diberikan satu peluang, lima minit sahaja, satu perkara sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan sebelum ini. Yang Berhormat Menteri, boleh lima minit? Boleh ya, Yang Berhormat Menteri?
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Tidak lama satu perkara sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Satu minit sahaja.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana diberikan peluang berhujah lima minit. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri untuk memberitahu sama ada satu kajian telah dibuat terhadap memberikan insentif dapat menarik pelaburan yang pada hari ini dikehendaki oleh negara ini kerana adanya dipanggil the race to the bottom di mana negara berdaya saing, bersaing untuk menarik pelaburan dengan memberikan insentif sehingga kerajaan yang mendapatnya rugi kerana telah memberikan terlalu banyak cukai kebebasan kepada pelabur. Di negara Afrika di mana effective rate adalah zero.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Tiga puluh tahun dahulu kita menarik pelabur asing iaitu perusahaan low cost tetapi pada hari ini kita tidak memerlukan pelaburan dalam perusahaan low cost kerana tidak memberikan manfaat kepada rakyat kerana pekerja yang mereka guna adalah pekerja asing dan pelaburan yang kita hendak galakkan ialah mereka yang akan memberikan pertambahan nilai dan mereka masuk bukan sebab insentif tetapi sebab kemahiran pekerja kita atau pasaran kita dan kalau kita menggunakan pendapatan yang telah diberikan kepada pelabur kita boleh menggunakan ini untuk membetulkan kelemahan seperti yang ditunjukkan di dalam World Economic Forum dan Global Competitive Yearbook yang menunjukkan antaranya saintifik teknologi kita adalah rendah, pendidikan kita harus ditingkatkan dan infrastruktur hendaklah ditingkatkan juga. Kalau kita buat begini, pada saya ini lebih memberikan manfaat daripada memberikan cukai kebebasan kepada perusahaan yang kita tidak galakkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berucap panjang lebar. Saya jangka isu ini dapat diputuskan lebih awal tetapi dengan ihsan Tuan Yang di-Pertua, panjang juga perbahasan ini. Ada kadang-kadang panas tetapi akhir-akhir ini sejuklah, pada awal tadi panas. Ada terkeluar tajuk, ada dalam tajuk, ada masuk ada keluar. Ada yang tidak ada kaitan langsung dengan akta pindaan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang banyaknya pelaburan politik.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Ya, politik banyak. Ada ambil tumpang kesempatan. Jadi apa pun Tuan Yang di-Pertua masa sudah tidak panjang ini saya akan jawab isu-isu yang penting sahaja, yang lain Ahli Yang Berhormat boleh jumpa sayalah.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat yang bersetuju. Kalau bersetuju, dekat-dekat maghrib kita berhentilah.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Pertama, secara prinsipnya kita mahu negara kita Malaysia berjaya mendapat nombor satu terutama raise to the bottom macam kata Yang Berhormat Selayang tadi kita hendak raise to the top.
Keduanya negeri pun kita hendak majulah tetapi realitinya kita bersaing. Malaysia bersaing dengan negara jiran, negeri bersaing. Jadi ada rendah ada tinggi. Itu realiti politik dan realiti ekonominya. Jadi seterusnya kita mahu pelaburan juga, kita mahu negara maju, semua negeri maju, pelaburan juga tinggi. Itu tugas saya selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Maka rang undang-undang ini seperti disebut pada awal tadi adalah berbentuk teknikal. Benda ini sudah buat cuma hendak legalize.
Tidak timbul isu yang dibangkitkan tadi bahawa macam Yang Berhormat Kapar sebut tadi kerana pelaburan ini mengambil masa. Walaupun dibelakangkan ia mengambil masa tiga ke empat tahun sebelum ia pergi ke Jabatan Hasil Dalam Negeri untuk membuat tuntutan. Walaupun pelaburan kata rancangan permohonannya tahun 2008, 2010 baru dia mula buat kilang. Mungkin 2012 baru dia beroperasi dan sebelum pergi buat tuntutan itu mungkin 2013. Maka ini tidak ada masalah dari segi pelaksanaan telah pun kita laksanakan. Jadi seperti yang saya sebutkan tadi ada empat tujuan seperti berikut:
(i) tamat tempoh;
(ii) lanjut tempoh;
(iii) peruntukan baru; dan
(iv) penyelarasan.
Yang Berhormat Sepang sebutkan tadi kenapa hendak buat pindaan ini, tidak tahulah sama ada Yang Berhormat Sepang ada dalam Dewan semasa saya bercakap. Ini straight forward. Persoalannya kenapa perlu buat pindaan? Jawapannya senang sahaja.
Ada sesetengah tamat tempoh, ada sesetengah lanjut tempoh, ada yang baru. Itu sahaja jawapan kepada Yang Berhormat Sepang. Apa pun seperti yang disebut oleh Yang
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Berhormat Tanjong Karang, kerjasama itu penting antara Pusat dengan negeri dan kejayaan adalah hasil daripada kerjasama yang erat antara Pusat dan negeri.
Memang benar. Saya dengan Yang Berhormat Tanjong Karang mengadakan dialog dengan pengusaha-pengusaha di Selangor, di Shah Alam sebulan lalu dan isu air dibangkitkan dan benar seperti kata Yang Berhormat Tanjong Karang menyatakan bahawa sekiranya isu air ini tidak dapat diselesaikan, maka mereka akan mengkaji semula kedudukan mereka di Selangor. Itu memang benarlah. Jadi kita harap dengan langkah terkini di mana ada nampak light at the end of the tunnel, dengan izin penyelesaian kita harap perkara ini tidak berlaku kerana kita ingin semua negeri berjaya. Betul dahulu nombor satu...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bangun]
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Dekat maghrib Yang Berhormat. Nombor satu Selangor.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sedikit sahaja.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Sekarang ini benar bukan nombor satu, negeri lain nombor satu. Kita mahu supaya negeri Selangor dan negeri-negeri lain juga berjaya.
Jadi air ini satu masalah yang besar. Betul kata Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Kuala Kangsar dan beberapa Yang Berhormat yang lain kita perlu satu pendekatan yang holistik. Insentif semata-mata tidak mencukupi. Kita perlu tadi kata Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Parit Buntar dan juga beberapa Ahli Yang Berhormat menyatakan bahawa kita perlukan persekitaran yang baik. Tadi saya tertarik dengan Yang Berhormat Seputeh yang mengatakan bahawa apabila ke luar negara dia bercakap tentang Malaysia first, Selangor second. Saya harap begitulah tetapi dengan Yang Berhormat Kapar lain pula. Yang Berhormat Kapar cerita benda bukan-bukan. Dia baca apa tidak tahu. Dia baca macam-macam.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Menteri, sedikit boleh?
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Jadi kalau begitu dia cerita di luar negara Yang Berhormat Seputeh dengan Yang Berhormat Kapar ini saya tidak tahu parti berbezalah, ya.
Akan tetapi...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ada dua orang yang bangun.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Akan tetapi dalam dunia ini kebebasan tetapi kebanyakan kita akan lihat kepada mainstream. Dalam PKR pun banyak yang menentang kepimpinannya, dalam DAP begitu juga. Perkara biasalah itu. Jadi dalam dunia ini pun tidak boleh sekat orang-orang macam Pesek, Bloomberg dan lain-lain untuk menulis tentang negara kita. Akan tetapi yang pentingnya kita lihat majoriti. Kita lihat kepada Ease of Doing Business disebut oleh beberapa Yang Berhormat. Daripada nombor 12 naik nombor enam.
IMD, 15 naik nombor 12. Baru-baru ini pula A.T. Kearney, FDI Indeks 25 naik kepada 15. Ini semua hakikat yang diakui. Kalau benar Yang Berhormat Kapar kata ini, semua sudah lingkup Yang Berhormat Kapar, tidak ada lari sudah.
Kalau Yang Berhormat Sungai Siput kata, dia tidak mahu eksport lack growth ini, maka Pelabuhan Klang sudah lingkup tidak ada siapa bekerja. Jadi eksport ini Yang Berhormat Sungai Siput, penting. Yang Berhormat Kapar kalau benar Yang Berhormat Kapar cakap itu, semua lingkup, angkat bungkus semua sudah. Benar kita ada masalah tetapi ia tidaklah teruk seperti Yang Berhormat kata. Jadi jangan ambil kesempatan. Negara kita hebat. Ada masalah, kita bukan sempurna. Jadi kalau benar Yang Berhormat cakap itu, Kapar sudah tidak ada, Pelabuhan Klang pun kalau Yang Berhormat Sungai Siput tidak mahu eksport lack growth, sudah tidak ada siapa eksport...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
...Yang Berhormat Seputeh Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Minta pencelahan Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
...Saya harap kita semua cakap serupa bikinlah. Saya harap kita semua rakyat Malaysia Alhamdulillah. Kita hendak kita semua mahu Malaysia berjaya. Kita mahu semua negeri berjaya. Kita mahu pelaburan tinggi. Itu tugas saya selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Nampaknya Yang Berhormat Menteri tidak beri laluan.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Seperti mana kata Yang Berhormat Bayan Baru, terima kasih dia kata kita tidak ada diskriminasi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Apa bukti? Berilah peluang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri tidak benarkan. Sila duduk, sila duduk.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Tidak apalah, panjang. Tidak apa, boleh jumpa lepas ini. Jadi saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri tidak benarkan.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Menteri salah faham apa yang saya cakap tadi. Beri peluang untuk saya jelaskan.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Jadi saya hendak jelaskan bahawa kita secara keseluruhannya kita berjaya dan...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kalau begitu jangan beri ruanglah.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
...Kita mengakui kita tidak sempurna. Tidak pernah kita kata kita sempurna.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
So, Yang Berhormat Menteri jangan defensive sangat. Bila kita tegur, terima.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Akan tetapi kebanyakannya Bank Dunia...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Saya tidak kata itu seluruhnya.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Yang Berhormat Kapar menyebut, Bloomberg menyebut...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Menteri bawa seolah-olah saya kata tidak terima. Yang Berhormat Menteri tidak boleh cakap macam itu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Menteri bantai orang sorang tidak bagi jawapan.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Dia hendak ambil teks saya seperti yang dicakap. Jangan buat andaian sendiri.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Dia lain. Oxford Economics dengan Oxford University lain.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Menteri tidak boleh buat andaian sendiri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Menteri hendak bantai pun kenalah beri peluang.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Ambil apa yang saya cakap, baca dahulu, dengar dahulu.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Okey, okey. Ini saya punya floor.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Buat andaian sendiri buat apa?
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Hendak maghrib Yang Berhormat Kapar, hendak maghrib.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Menteri tidak beri laluan.
Duduk, duduk. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Kita kena berlaku adil.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Boleh Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Menteri tidak hendak beri peluang jangan bantai oranglah.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Kita kena berlaku adil. Jadi kita harap kita semua bercakap...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Ya, betul. Jangan defensive sangat.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
...Tentang negara kita Malaysia.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Kita pun hendak yang terbaik untuk negara. Bukan kita tidak hendak terbaik. Kita pun hendak yang terbaik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kapar.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasin sebut mengenai ranking kita. Terima kasih banyak Yang Berhormat Jasin banyak menyebut tentang World Bank dan lain-lain. Yang Berhormat Jasin mengucapkan tahniah kepada kita. Yang Berhormat Jasin juga menyebut tentang masalah-masalah yang kita hadapi minta supaya Federal Government, Kerajaan Pusat lebih aktif. Terima kasih banyak. Menyebut tentang kawasan industri ini satu isu yang banyak dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Seputeh. Kerajaan menyediakan peruntukan tetapi peruntukan sudah pasti tidak mencukupi.
Untuk makluman, kawasan industri ini kebanyakannya milik negeri, milik SEDC, ada milik swasta. Kerajaan Pusat tidak banyak, tidak ada kawasan industri. Jadi syarikat- syarikat bayar cukai kepada PBT. PBT patut gunakan wang itu sebahagian besarnya untuk membaik pulih. Akan tetapi malangnya mungkin setengah-setengah PBT ia tidak gunakan cukai yang dikutip sepenuhnya untuk tujuan itu. Mungkin dia keluar subsidize.
Jadi realitinya kita mengakui bahawa kita sudah buat kajian, kita ada lebih 600 kawasan industri seluruh negara dan ada di antaranya tidak berada dalam keadaan yang baik. Kita menyediakan peruntukan tahun lepas RM100 juta, tahun ini RM50 juta untuk diagihkan di Sabah dan Sarawak, Kelantan semua. Jadi RM50 juta diagihkan 600 lebih kawasan industri. Ini merupakan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat. Ini tanggungjawab PBT kerana yang mengutip cukai itu ialah kerajaan negeri. Ia milik kerajaan negeri, milik SEDC ataupun milik swasta.
Apa pun Kerajaan Pusat mengakui kita perlu mengatasi masalah ini dan kita akan mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menguruskan industrial estate ini dengan lebih baik lagi dan kita hendak yang terbaik. Kita hendak kawasan industri kita terbaik, diuruskan dengan baik. Betul, kalau pelabur pergi tengok keadaan tidak baik mereka mungkin tidak berminat untuk melabur. Jadi Kerajaan Pusat memandang serius perkara ini dan kita akan mencadangkan kepada kerajaan negeri dan kita harap semua kerajaan negeri akan menyokong perkara ini.
Berkaitan dengan ramai Ahli Yang Berhormat bercakap tentang domestic strategic investment fund, saya ingin memaklumkan bahawa setakat ini kita telah meluluskan kira- kira RM484 juta kepada 90 buah syarikat dan ada kecil ada besar. Kebanyakannya syarikat kecil dan sederhana.
Saya hendak pergi kepada Yang Berhormat Pandan. Yang Berhormat Pandan tidak ada. Yang Berhormat Pandan menggunakan tempat ini untuk seperti mana kata yang Tanjong Karang untuk menyelar kerajaan dan tidak berasas. Umpamanya dia kata, mana janji menurunkan harga kereta. Saya sudah cakap banyak kali. Saya sudah berbahas
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
dengan beliau. Kita kata 20 hingga 30% dalam tempoh lima tahun bukan immediate. Dia kata dalam Dewan ini Yang Berhormat Pandan berkata bahawa tidak ada satu syarikat kereta pun yang telah menurunkan harga kereta. Ini tidak benar sama sekali. Ada syarikat kereta yang telah menurunkan harganya.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Satu lagi, Yang Berhormat Pandan berkata bahawa insentif ini adalah untuk syarikat-syarikat besar sahaja, dia sebut empat, lima. Jadi hendak mengelirukan, hendak menipu rakyatlah, empat, lima. Tidak benar. Angka-angka ada pada saya. Umpamanya yang insentif-insentif ini yang diberi kepada syarikat-syarikat kecil, banyak ya Tuan Yang di- Pertua, saya ada angka-angkanya. Ini merupakan syarikat-syarikat yang kurang RM2.5 juta dia punya paid-up capital. Lebih 700 buah syarikat yang mendapatnya, banyak. Syarikat besar ada juga. Jadi adalah tidak benar yang menyatakan bahawa 714 buah syarikat yang mana paid-up capitalnya kurang RM2.5 juta yang mendapat juga insentif daripada kerajaan.
Jadi tidak benar, dia kata empat, lima. Yang Berhormat Pandan menggunakan empat, lima syarikat besar yang mendapat insentif ini. Tidak benar sama sekali. Yang mendapat insentif, syarikat kecil sahaja ada 714.
Jadi kita hendaklah berucap berdasarkan fakta dan kita hendaklah bertanggungjawab kerana kita semua Malaysia, kita mahu berjaya. Kalau kita cakap buruk tentang negara kita, tak bagi Kapar, tak bagi Sungai Siput, kita tak jadi wakil rakyat kesimpulannya.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Apa ini cerita Menteri? Mana kita ada kutuk negara sendiri? Jangan cakap sesuka hati.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Maka kita hendak bercakap baik...
[Dewan riuh]
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Bercakap baik tentang negara kita.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Suka cakap sesuka hati. Jadi Menteri, tak usahlah cakap sesuka hati.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Supaya negara kita mencapai kejayaan.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Ayat itu sahaja. Jangan suka hati cakap.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Kota Tinggi hendak tanya pendek sahaja.
Boleh komen tak pasal footloose investor dengan footloose politician? Terima kasih.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Yang Berhormat Jasin juga Tuan Yang di-Pertua, bercakap tentang negara China. Yang Berhormat Jasin mencadangkan kita buka pejabat di China. Kita dah ada dua dah. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melawat negara China, dia buat keputusan untuk buka satu lagi pejabat MIDA di Beijing. Itu berkaitan dengan Yang Berhormat Jasin.
Yang Berhormat Pandan saya sudah bercakap dah. Adalah tidak benar sama sekali bahawa kita bantu empat, lima syarikat besar dan PKS tidak dibantu.
Dalam pada itu, kita mengalu-alukan pandangan beliau supaya kita melihat kepada insentif. Ini merupakan satu kerja yang dengan izin on goinglah, bukan kita buat- kita sepanjang masa. Saya hendak meyakinkan Ahli Yang Berhormat Pandan dan Ahli Yang Berhormat yang lain bahawa memang kerja kita untuk memastikan bahawa kita mengkaji dari semasa ke semasa. Akan tetapi pindaan ini, pindaan untuk mengambil kira cadangan belanjawan. Yang kajian insentif, kita lakukan sepanjang masa.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi yang dibangkitkan...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Alor Star, BERNAS ini, ini juga satu perkara yang diselewengkan fakta seperti mana kata Yang Berhormat Tanjong Karang. Di masa itu tahun 2008, saya jadi Menteri Pertanian untuk makluman Ahli Yang Berhormat ya. Selepas itu Yang Berhormat Tanjong Karang jadi Menteri Pertanian. Jadi ini dia kata RM450 juta ini, duti import ini seolah-olah masuk dalam
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
poket usahawan. Import duti beras ini, 40% kalau beli di luar ASEAN, dalam ASEAN 20%.
Jadi kerajaan buat keputusan untuk tidak mengenakan duti import ini supaya harga beras ini munasabah di dalam negara.
Akan tetapi apabila Yang Berhormat Alor Setar membangkitkan perkara ini, juga Yang Berhormat Pandan, seolah-olah RM450 juta ini masuk dalam poket usahawan. Ini satu tuduhan yang melulu dan tidak benarlah...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ringkas-ringkaslah, Maghrib hendak habis dah.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Menteri...
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Yang lain-lain, Ahli Yang Berhormat boleh tulis kepada sayalah ya. Jadi, seterusnya..
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Menteri..
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Yang Berhormat Shah Alam dia mencelah, Yang Berhormat Shah Alam mencelah. Yang Berhormat Seputeh saya sudah jawab dah. Betul, pekerja dibangkitkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat. Ini isu utama yang kita hadapi.
Kekurangan pekerja dan perlu kita ada satu langkah yang sesuai.
Insentif ini untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kita sesuaikan, maknanya kita tolak permohonan pelaburan yang memerlukan ramai pekerja tidak mahir dan kalau adapun, kita beri tidak ada insentif. Maknanya dia boleh datang ke negara kita Malaysia, kosong insentif, tidak ada potongan cukai. Jadi itu cara untuk kita menambah nilai, untuk kita galakkan industri-industri yang berkualiti. Jadi isu-isu gaji minimum dan yang lain-lain itu...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Menteri..
Dato' Sri Mustapa Mohamed
...Memang kita ambil perhatian atas pandangan yang diberikan. Saya sudah jawab Yang Berhormat Seputeh mengenai peruntukan bagi membaiki infrastruktur. Jadi seterusnya, mengenai...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Menteri, jalan..
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Mengenai Yang Berhormat Seputeh, kita sudah keluarkan angka-angka pelaburan dalam semua bidang, bukan sahaja manufacturing.
Sudah kita keluarkan tiga bulan sekali dan angka-angkanya ada pada saya. Umpamanya pada tahun lepas, kita luluskan RM216 juta. Yang daripada RM216 juta itu, RM52 juta adalah dalam sektor perkilangan. RM216 juta diluluskan tahun lepas, perkhidmatan RM144 juta, perkilangan RM52 juta, utama RM19.7 juta. Jadi memang angka-angka ini ada dan kita telah mula kutip.
Berkaitan dengan Yang Berhormat Bayan Baru, terlalu banyak agensi. Dasar kerajaan adalah untuk menggalakkan koridor-koridor. Maka kita ada di utara, timur dan Iskandar dan ini bukan bermakna terlalu banyak masalah. Saya sendiri mempengerusikan satu jawatankuasa dipanggil Investment Committee. Kita bermesyuarat enam minggu sekali. Pulau Pinang pun hadir, negeri-negeri lain pun hadir juga. Semua agensi promosi ini melaporkan kepada kami dan saya mempengerusikan mesyuarat untuk menyelaraskan semua kegiatan yang dilakukan. Apa pun, bila datang kepada insentif, MIDA merupakan rujukan, satu sahaja rujukan. Insentif, MIDA, yang lain tidak boleh menawarkan insentif dan saya mempengerusikan mesyuarat. Dahulu memang mungkin tidak berapa selaras. Hari ini sudah kita selaraskan dan MIDA merupakan single point of entry.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri...
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Maknanya syarikat-syarikat luar negara datang ke MIDA, MIDA akan salurkan kepada mereka. Mungkin kadang-kadang ada sedikit pertindihan tetapi kita adakan mesyuarat penyelarasan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja, saya hendak bagi contoh.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Labuan berjaya, saya ambil perhatian. Yang Berhormat Labuan tadi kata...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri sikit..
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Kelewatan untuk meluluskan satu permohonan..
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, ini kebaikan untuk...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Dan saya hendak maklumkan bahawa Labuan berjaya...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kalau Yang Berhormat Menteri jawab begini, esoklah.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Kita bangga dengan kejayaan Labuan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tak apa, kami boleh stay back, no issue Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Kerana apa? Kerana Labuan telah berjaya menarik beberapa financial centre ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Menteri, kalau tak boleh jawab, jawab esoklah, jawab esoklah.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tak apalah Yang Berhormat Menteri, jawab esoklah, jawab.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Menteri menjawab cara begini, apa benda ini?
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Saya sudah menjawab banyak pertanyaan mengenai dengan syarikat besar dan kecil yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru. Seperti yang saya sebutkan tadi, Syarikat Intel, umpamanya Intel, telah Yang Berhormat sedia maklum sebagai Ahli Lembaga investPenang...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Menteri, rekod jawapan, rekod, rekod, kaset, kaset, bagi, bagi, bagi.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Sedia maklum bahawa kerajaan juga membantu...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Letak dekat kaset, bagi kepada kita jawapan...
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Apa punya Yang Berhormat Menteri jawab begini? Bagilah celahan. Ini main jawab macam pakai kaset sahaja, apa benda ini?...
[Dewan riuh]
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Insya-Allah, insya-Allah. Jadi, syarikat-syarikat yang mendapat outsourcing umpamanya daripada Intel, juga mendapat insentif dan kita berterima kasih atas pandangan Yang Berhormat supaya kita menangani masalah ini.
Masalah job hopping juga satu perkara yang memang kita akui berlaku dan melalui Talent Corp dan lain-lain, kita berharap ini akan dapat kita atasi masalah job hopping.
Berkaitan dengan UTM, terima kasih atas pandangan Yang Berhormat dari Bayan Baru. Sudah pasti Kementerian Pelajaran akan mengambil perhatian. Benar, kita perlu mengambil tindakan yang holistik, pendekatan yang holistik. Bukan sahaja insentif, banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan.
Yang Berhormat Pasir Gudang bercakap banyak tentang sumber manusia, tentang kekurangan tenaga mahir. Yang Berhormat Pasir Gudang mencadangkan supaya kerajaan mengkaji insentif berdasarkan kepada CSR ataupun peningkatan kepada mutu pekerja.
Saya ingin memaklumkan bahawa insentif yang kita berikan juga berdasarkan kepada tenaga kerja. Kalau tenaga mahir ini ramai akan digunakan, maka insentif yang lebih generous, dengan izin, akan kita berikan.
Saya kembali kepada Yang Berhormat Sepang, mengenai corruption. Kita tidak menafikan bahawa itulah ranking yang dibuat oleh TI tetapi ini juga kalau benar persepsi begitu, bagaimana pula kita naik nombor enam daripada 189 buah negara apabila kita lihat kepada Ease of Doing Business World Bank. Dahulu nombor 12, sekarang nombor enam.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Jadi itu daripada Bank Dunia. Kita tidak menafikan ada corruption. Kerajaan bertekad untuk mengurangkan corruption dan kita akan terus...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Tanjong Karang bangun tak dapat, semua tak dapat. Apa ini Yang Berhormat Menteri?
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Terus berusaha untuk mengurangkan perkara ini.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Jadi Yang Berhormat Sekijang, terima kasih banyak. Yang Berhormat Sekijang bercakap tentang perlunya politik aman.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ini apa punya Menteri ini.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Yang Berhormat Sekijang bertanya saya... [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Hoi, apa hoi? Menteri macam ini kah? Tidak bagi jawab, bagilah celahan.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
[Menyampuk]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Menteri, kalau macam ini, jangan jadi Menteri...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Kapar, sila duduk. Dia ada hak dia. Yang Berhormat Menteri ada hak.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Alasan hendak sembahyang, jawab esoklah.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
...Kita perlu pastikan negara kita aman, makmur.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kalau macam ini jawab, tiada celahan, baik jangan ada Parlimen.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Saya sudah jawab Yang Berhormat Sungai Siput.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ini bukan Mesyuarat Agung UMNO.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai, terima kasih banyak.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Mesyuarat Agung UMNO bolehlah macam ini. Ini Parlimen.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Yang Berhormat Bagan Serai bercakap tentang targeted insentif. Insya-Allah ini telah pun kita lakukan. Yang Berhormat Kota Tinggi, terima kasih banyak. Insya-Allah kita akan melonjakkan pencapaian kita, perlunya kestabilan politik. Saya sudah jawab banyak soalan yang dibangkitkan. Soalan daripada Yang Berhormat Kota Melaka mengenai Malaysian branding, kita akan cuba perbaiki lagi perkara ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Menteri penakutlah, tidak dengar cakap.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
...Berkaitan dengan expert, technician dan unskilled, kita mempunyai dasar yang agak liberal untuk expert tetapi untuk unskilled ataupun yang kurang mahir, sudah pasti kita tidak menggalakkannya sehinggakan untuk expert ini kita bagi- pass yang lebih kurang sama dengan PR Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sekian, terima kasih.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Akhir sekali Yang Berhormat Selayang ...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sekian, terima kasih. Baliklah Menteri..
[Dewan riuh]
Dato' Sri Mustapa Mohamed
...Kajian. Akhir sekali kajian insya-Allah kita sentiasa melakukannya untuk memastikan bahawa negara kita akan terus berjaya. Akhir
Dato' Sri Mustapa Mohamed
sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang semuanya menyokong, yang itu drama sahaja tadi, dah keluar. Semua menyokong ya, kerajaan sokong, pembangkang pun sokong. Terima kasih banyak Ahli-ahli Yang Berhormat menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal 1 hingga 51 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang ] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan tanpa pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun di bawah Perkara 17 Perintah Tetap semasa usul untuk menangguhkan Dewan adalah seperti berikut bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak pernah membuat pengumuman pada tarikh 11 Julai 2012 bahawa kerajaan akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 yang digubal oleh bekas penjajah British dan digantikan oleh akta baru iaitu Akta Keharmonian Nasional. Bahawa walaupun janji telah dibuat oleh pemimpin tertinggi kerajaan tetapi sehingga kini janji demikian masih tidak dikota malah telah pun dimungkiri. Oleh yang demikian, Dewan Rakyat yang mulia ini harus meluluskan satu ketetapan untuk memastikan kerajaan pegang kepada janji dan undang-
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
undang berunsur oppressive, penindasan serta tidak demokrasi ini dimansuhkan dengan segera.
Tuan Yang di-Pertua, bak kata pepatah Melayu, “Manusia pegang kepada kata, binatang pegang pada tali...”.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini di luar pada teks, saya tidak luluskan.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Jadi harap di mana pemimpin tertinggi kerajaan mesti kotakan janji supaya tidak pecah amanah untuk membela rakyat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan melanggar peraturan mesyuarat ya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pada 11 Julai 2012, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan hasrat kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, atau Akta 15 dan menggantikannya dengan suatu akta baru yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Saya ingin menegaskan di sini bahawa dalam menggubal Akta Keharmonian Nasional yang akan dicadangkan ini atau apa jua nama yang bersesuaian akan digunakan untuk akta itu kelak, kerajaan tidak akan sama sekali menggadai atau membelakangkan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang selama ini menjadi tulang belakang asas penyatuan rakyat berbilang agama dan kaum yang telah diusahakan serta dijadikan asas kukuh oleh pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan dan pembentukan negara kita yang tercinta ini.
Objektif Akta Keharmonian Nasional bukan sahaja untuk memperkasa undang- undang tetapi juga untuk mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional termasuklah penghinaan terhadap institusi Diraja atau Raja. Bagi tujuan ini, kerajaan kini sedang mendapatkan dan mengumpul pandangan serta maklum balas daripada semua pihak yang berkepentingan berhubung dengan peruntukan yang wajar dimasukkan ke dalam Akta Keharmonian Nasional tersebut.
Pihak-pihak yang sedang merunding Rang Undang-undang Keharmonian Nasional turut memberi perhatian kepada aspek pencegahan perbuatan menghasut membangkitkan kebencian, penghinaan yang serius atau ejekan terlampau yang melibatkan agama atau bangsa. Sehubungan dengan itu, tarikh sebenar pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan untuk digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional masih belum dapat diputuskan pada masa ini memandangkan perkara tersebut masih sedang dalam kajian dan memerlukan penelitian daripada pelbagai aspek. Perlu diingatkan bahawa proses ini membabitkan penggubalan satu akta yang baru dan bukannya pindaan kecil kepada akta sedia ada.
Proses menggubal sesuatu undang-undang bukanlah suatu perkara mudah yang hanya boleh diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat. Ia memerlukan ketelitian, kajian, perbandingan dengan undang-undang yang sedia ada serta perbincangan yang mendalam.
Ia juga perlu melihat dari sudut penguatkuasaannya kelak yang melibatkan masyarakat yang berbeza dari segi budaya, agama, bangsa, adat resam, pemikiran dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, saya turut ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan Dewan yang mulia ini serta seluruh rakyat Malaysia di luar sana bahawa kerajaan melalui Jawatankuasa Kerja Perundangan dan mempromosi keharmonian nasional, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) atau National Unity Consultative Council (NUCC) telah pun mengambil dan memulakan inisiatif untuk membincangkan cadangan penggubalan akta baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri
Memang benar bahawa terdapat beberapa draf cadangan kerja atau dengan izin propose working draft. Akta berkenaan telah pun dimajukan kepada saya baru-baru ini.
Namun saya ingin menegaskan kepada Dewan yang mulia ini serta seluruh rakyat Malaysia bahawa input daripada draf-draf cadangan kerja-kerja berkenaan masih lagi sedang diteliti.
Sekiranya ia adalah baik dan sesuai serta boleh dilaksanakan di negara kita maka cadangan tersebut akan dipertimbangkan. Proses konsultasi juga masih giat dijalankan dan belum lagi dimuktamadkan.
Bercanggah dengan dakwaan oleh sesetengah pihak baru-baru ini, draf undang- undang yang bakal digubal ini merupakan undang-undang yang datangnya dari rakyat untuk rakyat di mana input, pandangan dan cadangan dari rakyat akan diperoleh melalui beberapa siri dialog perbincangan meja bulat atau dengan izin round table discussion dan sebagainya. Penelitian dan kajian yang menyeluruh adalah penting bagi memastikan suatu undang-undang itu komprehensif dan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Maka dengan itu saya berpendirian adalah tidak wajar untuk kita menetapkan tarikh akhir atau dengan izin dateline untuk akta berkenaan disiapkan. Pada saat kita menetapkan date line, kita secara langsung akan meletakkan tekanan yang tidak diperlukan atau dengan izin unnecessary pressure iaitu sesuatu yang kita tidak mahu dan tidak wajar diletakkan dalam mencari dan mencapai kesempurnaan yang diharapkan. Saya juga ingin menegaskan bahawa sikap sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kerajaan yang selama ini secara terus menerus tanpa kenal erti jemu dan putus asa dalam terus memaju dan memartabatkan rakyatnya, kerajaan yang senantiasa menepati janjinya. Kami tidak sesekali akan lupa akan hasrat dan janji yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 ini.
Sebaliknya insya-Allah akta tersebut akan dimansuhkan apabila Rang Undang- undang Keharmonian Nasional dibentangkan di Parlimen kelak. Sekian, terima kasih.
Keupayaan dan Kelemahan APMM
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada Yang Berhormat Bakri ucapan penangguhan. Negara kita merupakan sebuah negara maritim yang bukan sahaja ada kaitan dengan kedudukan geografi Malaysia terutama Semenanjung yang terpisah dengan Sabah dan Sarawak oleh Laut China Selatan. Bahkan juga keluasan budaya maritimnya yang hampir dua kali ganda lebih luas berbanding keluasan wilayah daratan.
Semestinya isu maritim ini harus dilihat dari pelbagai perspektif seperti sejarah ekonomi, politik, sosial dan lebih utama keselamatan. Penubuhan APMM dilihat mempunyai sasaran dan objektif yang baik untuk dengan beberapa skop tugas yang penting bagi tujuan keselamatan maritim negara. Namun, dalam jawapan kepada soalan Dewan Rakyat yang bertarikh 22 Oktober 2013 Menteri Dalam Negeri telah mengakui bahawa sebenarnya APMM ini telah dilihat gagal dalam memainkan peranan tugas dan tanggungjawab lantas menteri menjalankan agar pasukan polis marin diperkukuhkan semula dengan tanggungjawab yang lebih besar.
Adakah kerajaan tidak menyedari akan kelemahan ini? Adalah bagus kita mempunyai banyak agensi dalam mengawal selia kawasan maritim kita yang luas ini namun apabila keupayaan agensi itu dipersoalkan oleh satu kementerian maka ia bukanlah satu isu yang boleh kita diamkan begitu sahaja. Saya menyedari bahawa Maritim Malaysia pernah mengeluarkan Pelan Perancangan Strategi 2011-2015. Kini tinggal setahun sahaja lagi. Sejauh manakah pelan strategi tersebut berada di landasan yang tepat? Jika kita ikuti perkembangan kemajuan Maritim Malaysia sehingga tahun 2013 ia masih tidak memaparkan satu perubahan yang menunjuk.
APMM merupakan sebuah agensi penguatkuasaan maritim dan juga separa military. Mengapa APMM ini tidak diletakkan di bawah pemantauan Kementerian Dalam
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Negeri, memandangkan KDN ialah merupakan satu kementerian yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan dalam negara dan kemudiannya APMM ini boleh dibenarkan kepada Angkatan Tentera Malaysia pada bila-bila masa oleh Perdana Menteri atau Dewan Rakyat jika berlaku sebarang krisis ketiadaan atau krisis keselamatan terhadap negara.
Sehingga kini apakah aset-aset yang dimiliki oleh APMM oleh access tiada perolehan, keupayaan dan juga tenaga sumber manusia terlatih dan tidak terlatih serta kursus dan latihan yang telah dan sedang dirancang bagi memperkukuhkan APMM.
Sejarah telah merekodkan bahawa Selat Melaka merupakan antara laluan strategi dunia iaitu laluan penting perhubungan antara Asia Barat dan Asia Pasifik. Kedudukan Malaysia sebagai negara maritim sebenarnya pernah disebut oleh penulis terkenal Portugis ketika itu Duarte Barbosa bahawa sesiapa yang memerintah Melaka berkuasa terhadap Venice.
Begitulah strateginya wilayah maritim negara kita.
Akan tetapi sejarah juga menunjukkan keadaan ini boleh berubah sekiranya kriteria-kriteria tertentu terjejas dan kenyataan ini wajar mengingatkan kita kembali faktor sejarah apabila pengaruh serta kuasa maritim kita pada satu ketika dahulu menurun dan kemudiannya hilang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, penubuhan APMM telah dilaksanakan oleh kerajaan berdasarkan kepada kajian yang mendalam oleh Bahagian Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri.
Dengan menyediakan kajian, perwujudan pasukan pengawal pantai Malaysia pada tahun 1999. Penubuhan APMM bukanlah keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya dibuat setelah kerajaan mengenal pasti segala kelemahan dalam pengurusan sistem penguatkuasaan maritim negara sebelumnya dan setelah mempertimbangkan sedalam- dalamnya model penguatkuasaan maritim yang dilaksanakan oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan India.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Sejak sembilan tahun APMM diwujudkan, pelbagai kejayaan telah dicapai.
Kejayaan terbesar dalam membanteras aktiviti pelanunan dan rompakan kapal dagang di Selat Melaka di mana pada tahun 2009, tahun 2010, tahun 2012, tahun 2013 dan tahun 2014, kes pelanunan di Selat Melaka adalah sifar. Manakala pada tahun 2011, hanya dua kes sahaja dicatatkan tetapi berjaya dibanteras oleh APMM berbanding semasa di awal penubuhan APMM. Sebanyak 38 kes rompakan dan pelanunan di Selat Melaka dicatatkan pada tahun 2004 dan menurun kepada 10 kes pada tahun 2005. Begitu juga kejayaan mengurangkan kes-kes pencerobohan nelayan asing. Pada tahun 2009, sebanyak 137 kes melibatkan tangkapan nelayan asing. Pada tahun 2010 pula, sebanyak 103 kes dicatatkan.
Pada tahun 2011, sebanyak 70 kes dicatatkan dan pada tahun 2012 sebanyak 57 kes dicatatkan. Manakala pada tahun 2013 pula, sebanyak 61 kes dicatatkan.
Statistik kes penahanan pendatang tanpa izin pula menunjukkan keberkesanan APMM dalam melaksanakan penguatkuasaan. Pada tahun 2006, sebanyak 65 PATI telah berjaya ditahan oleh APMM. Jumlah tahanan PATI juga meningkat pada tahun-tahun berikutnya iaitu pada tahun 2009 dengan 692 tahanan, tahun 2010 dengan 545 tahanan, tahun 2011 dengan 567 tahanan, tahun 2012 dengan 1,156 tahanan dan tahun 2013 dengan 1,231 tahanan.
Sepanjang tempoh sembilan tahun beroperasi, APMM telah menerima dua anugerah antarabangsa iaitu pada tahun 2009 anugerah Asia Pacific Aerospace and Defense Awards, Maritime Security Agency of the year oleh Frost & Sullivan. Pada tahun 2012, APMM telah menerima anugerah Quality Summit New York 2012 Gold Awards for Excellent and Business Prestige. Anugerah ini diberikan kepada APMM sebagai pengiktirafan usaha yang berterusan membangunkan agensi.
Di 2008 Asia Pacific Roundtable yang berlangsung pada 2 Jun 2014 hingga 4 Jun 2014 di Kuala Lumpur, salah seorang speakers Professor Emeritus Dr. Carlyle Thayer dari School of Humanities and School of Social Sciences, University of New South Wales,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Canberra and the Australian Defence Force Academy (ADFA) semasa membincangkan tajuk, ‘Beyond Territoriality Managing The Maritime Commons in the South China Sea’ telah memuji Malaysia kerana mewujudkan APMM yang telah berjaya menangani isu jenayah maritim di perairan negara di samping membanteras isu keselamatan maritim di Laut China Selatan. Seterusnya beliau menyatakan APMM boleh menerajui usaha negara-negara ASEAN dalam melindungi keselamatan serantau termasuk protokol bagi mencegah dan menyekat jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dadah, senjata api dan manusia.
Pada tahun 2011, kerajaan telah membuat keputusan bahawa APMM ialah agensi tunggal penguatkuasaan maritim yang akan menguatkuasakan semua undang-undang Persekutuan yang terpakai di zon maritim Malaysia. Manakala Pasukan Polis Marin akan melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan di pulau, tasik dan sungai. Perkara ini ditegaskan sekali lagi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa mesyuarat khas MKN pada 28 Januari 2014 bahawa kuasa APMM adalah kekal seperti keputusan tahun 2011 dan PM boleh melaksanakan tugas yang memerlukan kehadiran mereka di persisiran pantai. Dengan keputusan itu, maka adalah jelas bahawa semua tugas penguatkuasaan di laut adalah di bawah bidang kuasa APMM. Isu pertindihan kuasa dengan agensi lain seharusnya tidak wujud lagi kerana kerajaan telah pun mengiktiraf APMM sebagai agensi tunggal yang menguatkuasakan undang-undang Persekutuan di zon maritim Malaysia.
APMM telah diberi tanggungjawab meliputi zon maritim Malaysia bermula daripada tikas air surut (low water mark) hingga batas luar Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan pelantar benua. Tugas-tugas penguatkuasaan dan cari lamat (search and rescue) dengan izin, oleh agensi-agensi lain terhad dan ia dibatasi kawasan-kawasan di belakang garis tikas air surut.
Polis marin pula diberi kuasa bagi memastikan keselamatan pulau, sungai dan tasik. APMM mempunyai pelan strategik sehingga tahun 2040 yang telah dibukukan iaitu Pelan Perancangan Strategik Maritim Malaysia 2040. Di dalam pelan ini, APMM telah menggariskan perancangan sebanyak tujuh fasa seperti berikut.
Fasa 1 tahun 2006 hingga tahun 2010. Fasa ini dilaksanakan dalam RMKe-9 yang memberikan keutamaan dalam membina keupayaan penguatkuasaan dan cari lamat khususnya bagi membentuk Maritim Malaysia menjadi agensi yang unggul.
Fasa 2 tahun 2011 hingga tahun 2015. Dua perkara penting dirancang pada fasa ini iaitu pertama, kewujudan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan maritim tunggal pada Ogos 2011. Kedua, pengambilalihan tugas penguatkuasaan undang-undang maritim negara secara keseluruhan dari lain-lain agensi penguatkuasaan maritim. Sejak dengan keperluan ini, Maritim Malaysia akan meneruskan program-program meningkatkan keupayaan penguatkuasaan dan cari lamat.
Perancangan bagi kedua-dua fasa ini turut mengambil kira untuk melaksanakan projek perolehan aset dan pembinaan infrastruktur. Sehingga kini, APMM telah berjaya melaksanakan projek pembinaan infrastruktur seperti pembinaan pusat latihan AMSAS di Gebeng Pahang, Stesen Udara APMM di Subang, Daerah Maritim Kuala Terengganu dan Daerah Maritim Tanjung Sedili berserta dengan perolehan beberapa aset seperti yang telah dirancang. Namun begitu, APMM masih berhadapan dengan kekangan iaitu pembelian dan penggantian kapal-kapal maritim yang telah usang dan telah berusia melebihi 40 tahun.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk tidak membaca yang saya tidak harus membaca sebab ada beberapa perkara yang saya rasa saya perlu potong daripada jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Dengan pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang diberikan kepada APMM ini, jelas membuktikan bahawa APMM berada pada landasan yang betul dalam usaha untuk terus melaksanakan dan menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Ia bukan mudah untuk badan antarabangsa mengiktiraf sesebuah agensi itu melainkan ia telah menunjukkan kecemerlangan dalam menjalankan tugasnya. Jelasnya, APMM telah berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang walaupun terdapat kekangan yang perlu dihadapi.
Tuan Yang di-Pertua, APMM diwujudkan dengan konsep naval force within with civilian faith yang bersifat separa military. Dengan itu, dalam menghadapi keadaan semasa darurat, krisis khas atau perang, APMM sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri hendaklah di bawah perintah dan kawalan am Angkatan Tentera Malaysia. Mesyuarat
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Jawatankuasa PEMANDU Kebangsaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Bil.
1/2003 pada 17 April 2003 telah memutuskan bahawa APMM diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memudahkan penyelarasan fungsi-fungsi agensi dan jabatan yang terlibat. Keputusan ini amatlah tepat bagi memastikan bahawa perwujudan pembangunan dan pengoperasian APMM tetap berada di landasan yang dihasratkan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, cadangan untuk meletakkan APMM di bawah lain-lain agensi perlu dikaji. Di samping itu, terdapat juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang mencadangkan supaya ditubuhkan ‘kementerian maritim’ yang memerlukan penelitian yang mendalam.
Pada masa kini, APMM memiliki 77 buah kapal dan 173 bot. Sebanyak 46 buah kapal daripada 77 buah kapal yang dimiliki APMM ketika ini telah berusia melebihi 30 tahun dan ada di antaranya telah mencecah 50 tahun, sedangkan jangka hayat yang efektif bagi kapal-kapal beroperasi adalah dalam 20 tahun. Kapal-kapal yang usang dan uzur ini kerap mengalami kerosakan dan memerlukan kos pembiayaan yang tinggi bagi membaik pulih kerosakan.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun berbekalkan aset usang yang kerap rosak ini, APMM akan terus mengawal pantai negara sepanjang 4,490 kilometer dan zon Maritim Malaysia yang berkeluasan 614,000 kilometer persegi. Adalah tidak wajar apabila APMM yang tidak memiliki kuota yang sepatutnya terus dipersalahkan di atas beberapa insiden yang berlaku.
Bagi pembangunan sumber manusianya, APMM sentiasa mengadakan usaha dalam mencetuskan revolusi idea untuk memberi penekanan terhadap usaha membangunkan modal insan sebagai satu landasan kecemerlangan. Warga APMM dari semua peringkat merupakan aset insani yang paling penting dalam usaha merealisasikan fungsi dan objektifnya dengan kerangka asas melalui Pelan Perancangan Strategik Maritim Malaysia 2040 dan Pelan Strategik Sumber Manusia APMM.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang kepentingan Selat Melaka sebagai sea lines of communication slot yang dicatatkan penulis Portugis iaitu Duarte Barbosa bahawa sesiapa yang memerintah Melaka berkuasa terhadap Venice adalah tidak dinafikan.
Sebelum penubuhan APMM, Selat Melaka telah dikategorikan sebagai ‘war zone’ oleh Lloyd’s Joint War Committee pada Jun 2005. Pengumuman ini telah mengakibatkan kapal dagang yang menggunakan laluan Selat Melaka perlu membayar premium insurans yang lebih tinggi. Keadaan keselamatan Selat Melaka yang goyah pada ketika itu mengakibatkan pihak asing khususnya kuasa-kuasa besar dunia menyatakan hasrat untuk meletakkan kapal bagi melaksanakan rondaan di Selat Melaka. Hasrat ini sama sekali tidak diterima oleh negara pesisir khususnya Malaysia dan Indonesia. Malaysia dan Indonesia menekankan bahawa negara luar perlu menghormati kedaulatan negara pesisir di Selat Melaka.
Alasan kegiatan lanun yang berleluasa telah diterjemahkan sebagai kegagalan negara-negara di rantau ini menangani aktiviti lanun dan juga pengganas maritim. Bagi mengatasi kegagalan fungsi dan peranan agensi yang sedia ada pada ketika itu iaitu menangani isu pelanunan dan pengganas, kerajaan telah mengambil inisiatif menubuhkan APMM. Hasil yang berjaya dicapai melalui komitmen tanpa mengenal erti penat yang ditunjukkan oleh warga APMM ini adalah amat positif dan ketara sekali di mana kes-kes pelanunan di Selat Melaka menurun secara mendadak. Penurunan ini adalah disebabkan oleh peningkatan penguatkuasaan melalui rondaan, pemeriksaan dan tangkapan yang dilakukan oleh APMM. Lloyd’s J.W.C. telah menarik semula status Selat Melaka sebagai kawasan berisiko perang pada bulan Ogos 2006 apabila melihat aktiviti pelanunan dan rompakan di Selat Melaka telah menurun.
Tuan Yang di-Pertua, kejayaan APMM itu telah membuka mata pelbagai pihak dari luar negara untuk mempelajari resipi kejayaan APMM khususnya dan Malaysia amnya dalam menangani ancaman keselamatan di laut khususnya pelanunan. Pelbagai kumpulan kajian antaranya negara seperti Indonesia, Thailand, Brunei Darussalam, Cambodia, Kesatuan Eropah telah datang membuat lawatan ke APMM. Menteri-menteri dari Australia dan Kanada telah mengadakan lawatan ke APMM bila mana mereka berada di Malaysia.
Contohnya pada 5 Oktober 2013, Stephen Harper, Perdana Menteri Kanada sendiri berserta delegasi telah datang membuat lawatan ke APMM dan berbincang aspek keselamatan khususnya isu berkaitan penyeludupan manusia.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Berdasarkan kejayaan-kejayaan yang telah dinyatakan, adalah tidak benar bahawa APMM telah gagal dalam melaksanakan tugasnya. Kenyataan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pada 22 Oktober 2013 tidak menyebutkan secara langsung mengenai kegagalan APMM, sebaliknya hanya ingin memberi tumpuan yang lebih bagi meningkatkan keupayaan pasukan polis marin. Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Yang Berhormat Dewan bersidang semula pada jam 10.00 pagi, pada hari Selasa, 17 Jun 2014.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.03 malam]