Apr092014

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah semangat patriotisme anak-anak muda Malaysia setelah menjalani kursus Biro Tatanegara (BTN) dan adakah modul kursus-kursus yang dianjurkan oleh BTN ini masih relevan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat mengharapkan agar seluruh rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda negara untuk memiliki semangat cintakan negara yang tinggi dan tidak berbelah bahagi demi menjamin masa depan yang lebih sempurna kepada kita semua. Pelbagai pendekatan telah dilaksanakan dan dijalankan secara berterusan bagi memupuk semangat ini di samping usaha menanam perasaan kasih sayang dan kerjasama sesama kita rakyat pelbagai kaum, latar belakang serta pegangan agama di negara ini.

Justeru, bagi memastikan semangat patriotisme anak-anak muda terus subur, Biro Tatanegara telah mengendalikan sebanyak 7,110 buah program yang melibatkan penyertaan seramai 1,842,164 orang sejak tahun 2012 hingga tahun 2013. Keberkesanan program akan dinilai dengan menimbang semua maklum balas yang diperoleh daripada para peserta melalui borang penilaian peserta. Hasil analisa daripada borang penilaian peserta ini, tahap keberkesanan pelaksanaan program semangat patriotisme akan digredkan mengikut skala ‘likert’ satu hingga tiga. Hasil daripada penilaian tersebut, purata skor bagi tahun 2012 adalah 2.46 berbanding tiga bersamaan dengan 82%, manakala purata skor bagi tahun 2013 adalah 2.57 berbanding 3 bersamaan 86%. Namun begitu, pihak Biro Tatanegara sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki keberkesanan penganjuran program-program ini dengan menambah baik modul-modul yang digunakan.

Buat masa ini, modul-modul yang diguna pakai telah mengambil kira input dan perkembangan terkini serta menggunakan fakta, data, statistik dan maklumat yang sebenar dalam hal-hal berkaitan dengan kenegaraan serta sejarah kemerdekaan Malaysia.

Kesemuanya perlu disahkan terlebih dahulu dan perlu melalui proses semakan yang teliti oleh sebuah panel penilai di peringkat jabatan sebelum digunakan. Panel ini juga akan membuat justifikasi dan keputusan sama ada ianya bersesuaian dan menepati dengan matlamat dan kehendak yang ingin dicapai melalui penganjuran program-program BTN iaitu bagi meningkatkan semangat patriotisme dan kesetiaan kepada negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya mulai September 2009, satu kajian dan perbincangan modul telah dibuat selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi menerangkan tentang Gagasan 1Malaysia untuk dimasukkan ke dalam modul BTN sebagai tambahan kepada usaha menghasilkan lagi

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Haji Ibrahim

tahap patriotisme dan perpaduan kepada semua rakyat di negara ini. Dalam masa yang sama, para peserta juga akan diberikan penerangan mengenai dasar-dasar terkini negara termasuk Dasar Transformasi Nasional. Malahan, bermula pada hari ini hingga esok, BTN sedang mengadakan Bengkel Pemerkasaan Modul dan Kurikulum bagi memantapkan lagi pengisian setiap program yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang.

Selain daripada penganjuran program bersifat kursus kenegaraan di kem-kem BTN, kita juga akan melaksanakan program menjelajah ke seluruh pelosok tanah air bersempena sambutan 40 tahun organisasi ini yang dikenali sebagai Program Ikon Patriotik berteraskan Anak Malaysia, Jiwa Merdeka untuk menyemarakkan semangat patriotik di kalangan anak muda dalam negara kita. Ia akan melibatkan penyertaan daripada warganegara berusia di bawah 40 tahun yang akan mewakili negeri masing-masing dan setiap pasukan dikehendaki melalui 15 intensiti cabaran dan penceritaan berkaitan patriotisme. Setiap pasukan juga akan bersaing selama 33 hari pelaksanaan program ini nanti dalam cabaran-cabaran yang telah ditentukan tadi. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Kita lagi dua hari aman macam ini, bagus. Yang Berhormat Menteri Arau pun senyum kerana ada rombongan dari Parlimen Arau, Guar Sanji dalam Dewan.

[Tepuk] Sila Yang Berhormat Kota Samarahan.

final • 10:00 AM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu padat sekali.

Soalan saya seterusnya adalah, kita mengucapkan ribuan tahniah kepada BTN kerana telah dapat mengelolakan banyak program di seluruh negara dalam usaha kita memantapkan semangat kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Namun begitu, kita merasakan berdasarkan feedback atau maklum balas daripada masyarakat di sekitar, kita merasakan modul-modul BTN ataupun kursus-kursus, program-program, aktiviti-aktiviti BTN perlu dimantapkan lagi kerana kita dimaklumkan ia lebih berbentuk provokasi. Oleh itu, soalan saya adakah kerajaan berhasrat melakukan transformasi dan penjanaan semula BTN. Apakah strategi BTN dalam mempelbagaikan program-program supaya lebih mesra dan lebih bersifat cintakan negara. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan.

Perkataan provokasi ataupun imej yang diberikan kepada BTN seolah-olah mempunyai elemen perkauman juga disebut hanya kerana ditimbulkan oleh sesetengah pihak. Seperti yang saya nyatakan tadi, kita sebenarnya mengalu-alukan semua daripada rakyat Malaysia untuk memohon untuk kita adakan program. Tidak ada masalah dari segi itu.

Malahan dalam tempoh pelaksanaan tahun kebelakangan ini, ia juga meliputi semua kaum daripada Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak. Tidak timbul perkara tersebut bagi mereka yang pernah hadir. Oleh sebab itu seperti saya nyatakan tadi, skor kepada borang prestasi itu diisi oleh para peserta sendiri.

Saya inginkan kepada seluruh rakyat untuk kita sama-sama menyokong usaha ini kerana patriotisme sangat mustahak. Mungkin perkara-perkara itu berlaku di tempat lain sebelumnya hendaklah kita ketepikan. Buat masa ini, saya hendak beritahu bahawa kita sentiasa melihat modul-modul kita. Malahan ada program-program yang mendapat maklum balas sangat baik daripada para peserta sehingga mereka ingin lagi mengikuti program- program kita. Tambahan Tuan Yang di-Pertua, sempena Sambutan 40 Tahun Biro Tatanegara, pada tahun ini seperti yang saya nyatakan tadi, kita mengharapkan satu Program Massa yang kita laksanakan sempena bulan kemerdekaan juga nanti yang mana semua para peserta, anak muda akan bersaing dalam program-program menjelajah ke seluruh negara untuk mereka menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan patriotisme, masakan, kebudayaan, kepimpinan dan kemerdekaan.

Apa yang kita harapkan ia dapat menimbulkan satu semangat bahawa BTN tidak hanya menjalankan program di dalam kem tetapi kita juga keluar dan kita libatkan anak- anak muda kita dalam program-program patriotisme dan sayangkan negara. Insya-Allah.

final • 10:10 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah disiplin, nilai dan rukun utama yang digunakan oleh pihak BTN dan jumlah perbelanjaan untuk aktivitinya serta kriteria yang digunakan untuk memilih penceramah atau pensyarah?

final • 10:10 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Ada tiga soalan. Penceramah, kita melihat kepada latar belakang peserta yang terlibat dalam program-program yang dianjurkan. Kita ada banyak program yang berbeza-beza. BTN bukan hanya menjalankan program bersifat tentang kenegaraan semata-mata. Dia ada kumpulan sasar termasuk mahasiswa, termasuk pemimpin masyarakat, termasuk kepimpinan korporat, termasuk kepada kakitangan awam dan termasuk mereka yang ingin ke luar negara. Perlu melalui proses ini kerana mereka perlu faham tentang struktur negara kita. Penceramah yang dipilih bergantung kepada peserta yang menghadiri kursus tersebut. Itu yang pertama.

Kedua, perbelanjaan yang disediakan kepada Biro Tatanegara bagi menjalankan program-program latihan ini berjumlah sekitar RM30 juta setahun. Kalau boleh saya nyatakan, pada tahun 2011, sebanyak RM30.2 juta disediakan. Pada tahun 2012, sebanyak RM27.5 juta dan pada tahun 2013 sebanyak RM26.4 juta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, daripada jumlah ini, sebenarnya tidak mencukupi untuk kita melatih seluruh belia atau anak muda kita. Kita hanya dapat mendekati sekitar 6% sahaja anak muda untuk terlibat dalam program-program Biro Tatanegara.

Oleh sebab itu kita mengharapkan semua untuk memainkan peranan agar pemahaman kepada semangat cintakan negara dan sayangkan tanah air ini dapat dilakukan oleh semua pihak. Suka saya berkongsi di Dewan ini, ada kementerian- kementerian lain dan program-program lain yang juga terlibat dalam usaha ini iaitu:

Kementerian/JabatanProgram
Kementerian Komunikasi dan Multimedia.Program 1Malaysia melalui program televisyen, radio dan media sosial.
Jabatan Perpaduan dan Integrasi NasionalProgram Rukun Tetangga 1Malaysia.
Jabatan Penerangan MalaysiaProgram Penghayatan Rukun Negara, Program Kembara Merdeka, Program Pertandingan Pengisahan Negara, Program Komuniti 1Malaysia.
Jabatan Hal Ehwal KhasProgram Sasaran 1Malaysia melalui komuniti Islam dan sebagainya.
Jabatan Latihan Khidmat NegaraProgram Latihan Khidmat Negara.

Maknanya usaha untuk mendekati dan memupuk semangat cintakan negara dan tanah air tidak hanya diletakkan kepada Biro Tatanegara. Namun begitu saya menyambut baik apa yang dicadangkan oleh kebanyakan Ahli Yang Berhormat untuk kita melihat modul kita kerana dalam program-program yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara, kita tidak pernah untuk membangkitkan semangat benci-membenci, bersakit-sakit hati di kalangan peserta. Kalau ada aduan yang boleh dikemukakan kepada pihak kami, saya akan ambil tanggungjawab tersebut. Tidak pernah kita membeza-bezakan peserta kita atas asas politik dan kepentingan peribadi.

final • 10:10 AM

2. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah statistik wanita tanpa kerja pada setakat ini. Adakah program kerja separuh masa mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat khususnya wanita.

final • 10:10 AM

Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat dari Ampang. Untuk makluman

final • 10:10 AM

Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Dewan yang mulia ini, mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sehingga bulan Disember 2013, seramai lebih kurang 200,000 orang iaitu 1.42% wanita tidak bekerja berada di dalam tenaga keseluruhan buruh yang berjumlah lebih kurang 14.8 juta orang.

Manakala penyertaan wanita dalam program separa masa pula, sehingga bulan Disember 2013, seramai 7,519 orang wanita sama ada golongan siswazah dan bukan siswazah telah berjaya ditempatkan ke alam pekerjaan. Jumlah ini Tuan Yang di-Pertua, adalah 44.7% daripada keseluruhan penempatan di bawah program ini iaitu sebanyak 16,821 orang atau 16,821 penempatan. Program penempatan separa masa ini menyumbang kesepuluh terbanyak iaitu 7.3% daripada jumlah keseluruhan penempatan bagi tahun 2013. Penempatan tahun 2013 adalah pada keseluruhannya 230,099 orang dalam pelbagai bidang.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia dari semasa ke semasa komited untuk meningkatkan lagi penempatan pekerjaan kepada pencari-pencari kerja amnya dan kepada golongan wanita khususnya melalui program-program yang telah dirancang. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Saya sudah dengar angka-angka yang disebut tadi. Jadi saya cuma hendak memastikan bahawa bagaimana kementerian kerana memandangkan wanita merupakan separuh daripada population kita adalah wanita, jadi penglibatan wanita dalam kerja amat penting. Dalam keadaan ekonomi yang meruncing, harga barang naik, GST yang akan datang dan sebagainya, mesti ada satu perancangan yang khusus untuk tenaga kerja wanita agar mereka dapat menyumbang dalam pembangunan keluarga untuk memastikan anak-anak cukup makan, anak-anak cukup pakai.

final • 10:10 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 10:10 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Ya, makan memang ada tetapi kualiti makan itu, kuantiti makan itu juga satu isu. Jadi kena faham. Bila duit sikit, kualiti makanan itu turun. Jadi anak-anak kita akan menjadi teraniaya dengan program- program yang menghimpitkan ekonomi kepada rakyat.

final • 10:10 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Jadi, soalan saya di sini. Relaks lah, kenapa? Kenapa tension? Kenapa tension, relaks, relaks. Okey.

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Jadi Yang Berhormat Menteri, soalan saya, saya harap kementerian membuat satu program yang khusus untuk tenaga kerja wanita dalam program separuh masa atau home based workers yang mana mereka ini digemblengkan untuk menjana ekonomi keluarga dan juga negara dan memberikan satu skim yang sempurna kepada mereka, mengambil kira tentang medical mereka, kebajikan mereka dan sebagainya.

Keduanya, saya juga hendak cadangkan ...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Satu soalan cukuplah.

final • 10:20 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Soalan nombor ...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Satu soalan sahaja cukup.

final • 10:20 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Dua, dua, nombor dua. Ini penting, ini penting. Saya sudah lama tidak bercakap ini.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak boleh dua soalan.

final • 10:20 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

So, saya hendak sebut dalam Kerajaan Barisan Nasional sekarang banyaklah Program KR1M lah, Kedai Rakyat 1Malaysia lah, Kedai Kain 1Malaysia, Kedai Buku 1Malaysia. Saya minta agar tenaga kerja wanita diberikan tempat-tempat di KR1M, KR1M ini, di KRAM, KRAM, KRUM, KRAM ini agar dapat membantu keluarga. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Ampang. Pembetulan, saya bukan Timbalan Menteri, saya Menteri penuh. Jadi Tuan Yang di-Pertua soalan itu baik dan saya akan menjawab dengan lebih baik. Satu program-program yang telah dibuat oleh kerajaan khususnya melalui Kementerian Sumber Manusia ialah satu atau langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan melalui sumber manusia bagi meningkatkan penyertaan wanita kepada 55% menjelang tahun 2020 seperti berikut.

Pertama Program Azam Kerja. Di bawah Program 1Azam ditawarkan kepada golongan wanita untuk menceburi perusahaan kecil dan mikro dalam usaha kerajaan meningkatkan pendapatan keluarga. Dari tahun 2010 hingga 31 Disember tahun 2012, Program 1Azam telah mencatatkan penyertaan sejumlah 106,967 orang di seluruh negara.

Dari jumlah tersebut 70,224 orang peserta atau 65.65% adalah golongan wanita Tuan Yang di-Pertua. Bagi bulan Januari hingga bulan Ogos 2013 pula, seramai 25,544 orang peserta telah menyertai program 1Azam iaitu Program Akhiri Zaman Miskin. Daripada jumlah tersebut 16,470 peserta atau 64% adalah wanita. Hingga 31 Ogos 2013 Program 1Azam Akhiri Zaman Miskin khususnya Azam Niaga yang diselaraskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kemajuan Masyarakat telah memberi manfaat kepada seramai 2,322 orang ibu tunggal.

Keduanya, satu lagi program iaitu melalui program apa yang kita kenali sebagai Program Get Malaysian Business Online atau dalam ringkasnya GMBO. GMBO turut diperkenalkan dalam usaha membantu 50,000 orang usahawan kecil terutamanya wanita bagi melonjakkan perniagaan dan meningkatkan jualan secara online. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ampang, geran sebanyak RM1,000 diberikan melalui peruntukan RM50 juta oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Bermula dari bulan Januari hingga Jun 2013, sebanyak 8,037 permohonan telah diterima dan dari jumlah itu sebanyak 1,750 permohonan telah diluluskan. Daripada jumlah keseluruhan permohonan yang telah diluluskan, 54.4% atau 950 orang adalah terdiri daripada usahawan wanita.

Ketiga, flexi work force. Ini panjang tetapi saya perlukan ....

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Ampang minta jawapan bertulis.

final • 10:20 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Minta jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Okey, ...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang bertanya minta jawapan bertulis.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Saya akur supaya saya akan menjawab secara bertulis tetapi saya berpendapat bahawa lebih elok saya membaca. Saya menjawab di Dewan yang mulia ini tetapi permintaan dari Yang Berhormat Ampang saya tidak terima tetapi saya akur kepada arahan Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Tuan Yang di-Pertua, minta jawapan bertulis untuk semua terutama Parit Sulong juga.

final • 10:20 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 10:20 AM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, pertamanya saya hendak maklumkan di sinilah tahniah kepada Kementerian Sumber Manusia kerana telah mengambil daya usaha dengan memperkenalkan peraturan untuk flexi works hour, kerja separuh masa. Akan tetapi tujuannya kita faham adalah untuk membantu wanita di tenaga pasaran kerja.

final • 10:20 AM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Persoalannya sekarang yang seperti yang dikatakan oleh rakan saya tadi itu memerlukan perancangan kerana masalah GST ini rasa saya tidak relevan. Ini kerana wanita membantu keluarga tidak perlu kerana GST. Apa yang kita perlukan bukan kerana GST itu mereka perlu ke pasaran buruh untuk membantu keluarga mereka. Tidak perlu perkara itu. Yang diperlukan adalah wanita bekerja dengan kualiti.

Persoalannya ialah bagaimana pihak kementerian boleh terus memastikan pekerja-pekerja ini diberi perhatian, peluang sewajarnya oleh pihak majikan. Kenapa saya kata begitu? Soalannya macam mana? Soalannya bila di syarikat-syarikat swasta benda ini agak kurang. Pengambilan pekerja secara part time atau flexi work hours sangat kurang kerana dua sebab. Satu sebab utama adalah consistency in productivity dengan izin.

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

Soalan mana soalan?

final • 10:20 AM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Nanti lah dahulu.

Sebelum hendak soalan kita kena terangkan juga. Hendak soal tanpa terang mana boleh.

Kita hendak Yang Berhormat Menteri bagi jawapan yang baik, kita terangkanlah dengan baik. Lagi satu consistency in productivity dan juga policy. Masalah ini saya pernah suarakan, sebenarnya soalan ini pun soalan berulang-ulang. Akan tetapi, mungkin perhatian hendak diberi, tidak apalah. Namun yang perlu diambil kira adalah jika mereka pergi ke pasaran buruh itu, perlindungan yang sewajarnya diberikan kepada mereka.

Sebagai contoh, bila mereka ini mengandung,...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini panjang sangat. Yang Berhormat Pasir Gudang, panjang sangat.

final • 10:20 AM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Tidak apa. Okey, sedikit sahaja, saya pendekkan. Untuk perlindungan bersalin, bilakah akan dimasukkan di dalam flexi work hours ini pasal dalam guide line tidak ada. Itu sahaja, terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya dari Nibong Tebal. Satunya, saya...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pasir Gudang. Dari Pasir Gudang.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Oh, Yang Berhormat Pasir Gudang. Tidak berapa terang itu. Okey, jadi sepatutnya mengenai GST itu, sebenarnya GST telah diterangkan di Dewan yang mulia ini dengan penuh ketelitian. Oleh yang demikian saya tidak berhasrat untuk mengulangi apa yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan tempoh hari tentang GST.

Mengenai cadangan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat tadi kita akan mengambil perhatian. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum itu saya ingin mengalu-alukan kedatangan pemimpin-pemimpin masyarakat dalam Parlimen Masjid Tanah di sebelah kanan.

final • 10:20 AM

3. Datuk Seri Reezal Merican [Kepala Batas] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan senarai kejayaan Pusat Biomekanik Sukan. Institut Sukan Negara (ISN) setakat ini. Apakah kepelbagaian kepakaran yang ada di ISN turut boleh dikongsi dengan atlet di peringkat sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian melalui Institut Sukan Negara ataupun ISN telah mencapai beberapa kejayaan melalui Pusat Biomekanik Sukan iaitu terbahagi kepada tiga skop utamanya, biomekanik sukan, biomekanik klinikal dan biomekanik fungsi. Melalui bio-mekanik sukan adalah:

(i) kejayaan pukulan sudut penalti kepada pasukan hoki lelaki junior dengan izin, yang telah muncul sebagai Juara Junior Asia Cup, Piala Sultan Johor;

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk Saravanan a/l Murugan

(ii) modifikasi dalam teknik permulaan acara pecut bagi atlet pecut Paralimpik;

(iii) membantu atlet dalam memperbaiki teknik serta memperkemaskan rutin terjunan sehingga memenangi pingat di Sukan Olimpik 2013;

(iv) membantu atlet dalam memperbaiki prestasi lompatan dalam acara lompat tinggi;

(v) membantu analisa pencegahan kecederaan serta pembetulan teknik dan pendaratan dalam sukan karate dan wusyu; dan

(vi) analisa mekanisme teknik spin ball untuk atlet tenpin bowling sehingga mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dalam skop biomekanik klinikal pula ISN telah berjaya membantu atlet dalam:

(i) menentu ukur kedudukan di atas basikal yang tepat yang dapat mengurangkan kesakitan bagi atlet berbasikal;

(ii) analisa pengubahsuaian teknik kecederaan lutut bagi atlet jalan kaki;

(iii) mengubahsuai program rehabilitasi bagi mendedahkan tempoh rehabilitasi melalui video analisis teknik larian;

(iv) pengubahsuaian teknik larian, lompatan dan pendaratan diberikan kepada atlet bola keranjang bagi mengelakkan kecederaan berulang; dan

(v) analisis mekanisme kecederaan belakang di kalangan atlet tenpin bowling. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kejayaan ISN dalam skop biomekanik fungsi meliputi:

(i) pembetulan postur badan bagi atlet memanah;

(ii) membentuk model matematik dan membuat ramalan kelajuan atlet dalam menentukan strategi dan taktik bagi atlet lumba basikal;

(iii) mengenal pasti mekanisme kecederaan upper back pain, dengan izin dan mencadangkan pembetulan kepada kedudukan atlet di atas basikal bagi atlet Paralimpik tandem cyclist;

(iv) mengenal pasti kecederaan low back pain di kalangan atlet lumba basikal;

(v) mengenal pasti kecederaan low back pain di kalangan atlet menembak melalui analisa pengagihan berat, titik tekanan dan Electromyography (EMG) dengan izin;

(vi) analisis terhadap kepelbagaian postur tulang tibia semasa mendarat selepas melakukan lompatan bagi atlet bola keranjang wanita; dan

(vii) mengenal pasti mekanisme dalam mekanik larian seperti dalam acara larian pecut untuk memperkenalkan kaedah mengelakkan kecederaan.

Tuan Yang di-Pertua, ISN juga mempunyai kepakaran lain dalam sains dan perubatan sukan yang meliputi bidang pemakanan sukan, sains fizikal, analisis prestasi sukan, psikologi sukan dan fisiologi senam. Manakala perubatan bersukan pula menitikberatkan proses pemulihan kecederaan dalam tempoh yang singkat. Pendedahan, penyebaran dan penyampaian maklumat dan pendidikan mengenai elemen sains dan perubatan sukan diterapkan secara berterusan dan konsisten bagi memberi kesedaran

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk Saravanan a/l Murugan

mengenai pentingnya sains dan perubatan sukan di kalangan atlet untuk diaplikasikan sejak di peringkat awal persekolahan hingga menjadi atlet yang berjaya. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan diucapkan tahniah di atas inisiatif kementerian yang menggunakan konsep biomekanik dalam pembangunan sukan sebab biomekanik ini merupakan satu benda yang bukanlah baru. It is a study, kajian analisis on, dengan izin, human movement pattern in sports. Ia digunakan di China sejak awal 1960-an manakala di Korea kalau kita lihat negara yang pada sewaktu ketika dahulu berpencapaian sukan di sekadar tempat ke-37 dan ke-36 sebelum 80-an tetapi selepas 1980-an melalui Korea Institute of Science Sport ataupun Institut Pendidikan Sains Sukan di Korea yang telah menggunakan biomekanik sebagai the central element of kajian telah menyebabkan Korea melonjak secara mendadak sehingga pada waktu ini berada pada tangga ke-5 ketika Sukan Olimpik di Manchester baru-baru ini.

Demikian juga di Eropah diwujudkan European Society of Biometric dan terdapat satu kajian yang dibuat di India menyatakan bahawa biomekanik ini kalau dibuat secara lebih awal di peringkat awal childhood, physical development badan kanak-kanak akan merangsang enzim dan hormon dan akhirnya kalau mereka ini melakukan secara komprehensif dan secara berkala dan secara konsisten ia akan menyebabkan seseorang itu boleh berlari pada jarak 100 meter di bawah 10.4 saat.

Maknanya ini merupakan satu teknik yang cukup central dan instrumental dalam menghasilkan ahli-ahli sukan yang mempunyai potensi tinggi di peringkat dunia. Soalan saya, adalah apakah kementerian ingin melihat bahawa biomekanik ini bukan dilakukan di peringkat central, di peringkat pusat sahaja tetapi turun di peringkat sekolah-sekolah agar kita boleh adakan from bottom up, talent sporting of bakat-bakat sukan yang melalui biomekanik. Dengan cara itu kita boleh menghasilkan mereka yang terlibat ataupun menjadi atlet-atlet yang berkualiti di dunia.

Keduanya, apakah kerajaan ataupun pihak kementerian tidak berhasrat untuk menjadikan Malaysia hab untuk biomekanik for the South East Asia Region ataupun negara di peringkat Asia Tenggara yang sekali gus ia menjadikan Malaysia sebagai sumber rujukan kepada biomechanics in sport yang juga boleh menjadikan Malaysia sebagai pengeluar atlet-atlet yang bertaraf dunia. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terlalu panjang.

final • 10:30 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun soalan dan pandangan Yang Berhormat cukup panjang tetapi...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya biarkan kerana tiada bantahan.

final • 10:30 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Satu pandangan dan cadangan yang penuh bererti untuk bidang sukan di negara ini. Hari ini kita lihat landskap sukan di seluruh dunia telah berubah di mana sebelum ini kita bergantung hanya dengan kebolehan dan kelebihan atlet. Akan tetapi hari ini landskap sukan di seluruh dunia telah berubah di mana di satu tahap nanti kita perlukan technology advance itu dengan izin. Hari ini, technology advance itu yang menentukan kejayaan hampir semua atlet ataupun mungkin 50% adalah technology advance dan 50% adalah kelebihan dan kebolehan atlet itu sendiri.

Maka biomekanik akan memainkan peranan penting dalam abad yang akan datang dan Kementerian Belia dan Sukan sentiasa mengikut perubahan di dalam tahun ini dan kekangan kami adalah masalah peruntukan dan sebagainya. Walau bagaimanapun ISN memainkan peranan penting supaya program-program biomekanik ini disampaikan di peringkat akar umbi supaya melahirkan atlet-atlet yang bertaraf antarabangsa. Cadangan Yang Berhormat mengenai menjadikan KBS ataupun Malaysia sebagai hab biomekanik di negara ini akan dikaji secara mendalam kerana ia melibatkan kos yang begitu tinggi.

Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ada sedikit yang hendak tambah kepada apa yang dibincangkan tadi satu komponen penting dalam pencapaian sukan ialah the mind

final • 10:30 AM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

maksudnya minda. Ada satu bidang khusus yang memang telah well developed, dengan izin iaitu apa yang disebut sebagai hypnotherapy dan komponen fizikal bio-mekanik tadi digerakkan dan dimenangkan dan dicapai dengan minda yang betul. Bidang hypnotherapy dan klinikal hipnosis ini digunakan dengan meluas dalam bidang sukan ataupun disebut dengan izin, hypnotherapy in sport. Tiger Woods sendiri menggunakan hypnotherapies. Bidang itu saya rasa kurang diterokai dan kurang kita gunakan. Kepakarannya ada tetapi kita kurang gunakan di Malaysia. Jadi, apakah ada perancangan terhadap itu dan apakah kesedaran terhadap itu? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, cadangan hypnotherapy itu satu bidang yang cukup luas, mungkin kita akan kaji mengenai cadangan Yang Berhormat itu. Terima kasih.

final • 10:30 AM

4. Dato’ Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) jumlah rakyat Malaysia yang masih berstatus muflis sehingga 2013; dan

(b) adakah trend ini menunjukkan peningkatan sejak tahun-tahun sebelumnya. Jika benar, apakah usaha kerajaan bagi mengawal keadaan ini daripada berterusan.

final • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh*.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat dari Sungai Petani, Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), jumlah individu yang masih berstatus muflis sehingga Disember 2013 ialah seramai 253,635 orang.

Mulai tahun 2007 hingga tahun 2013, seramai 122,169 orang telah diisytiharkan bankrap dengan pecahan. Kalau saya buat pecahan sini, saya ambil daripada tahun 2007 sahaja sehingga tahun 2013 untuk kita melihat trendnya.

TahunKebankrapan (Orang)
200713238
200813855
200916228
201018119
201119167
201219575
201321987
Jumlah122169

Jadi, berdasarkan statistik tersebut, terdapat peningkatan dalam jumlah kes kebankrapan yang didaftarkan di jabatan ini dari tahun 2007 sehingga tahun 2013. Soalan kedua seterusnya, menyatakan sebagai langkah, apakah langkah kerajaan, usaha kerajaan bagi mengawal keadaan ini, kerajaan telah mengadakan beberapa program melalui MDI.

Sebagai langkahnya untuk mengawal trend peningkatan ini, kerajaan melalui Jabatan Insolvensi Malaysia telah melaksanakan outreaching program, dengan izin, bagi menyampaikan maklumat, memberi pendedahan dan mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai insolvensi.

final • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, malah saya kenakan ini sebagai KPI saya sendiri untuk memastikan jumlah ini dapat kita kalau tidak dikurangkan, sekurang- kurangnya kita dapat membantu untuk memberi lebih penerangan melalui program outreaching program. Di mana pada tahun 2013 kita telah mengadakan 124 outreaching program, dengan izin, yang kita laksanakan melalui pelbagai cara, taklimat, pameran, kaunseling dan juga sesi perbincangan interaktif bersama pihak-pihak berkepentingan. Jadi, orang awam secara umumnya merupakan golongan sasaran termasuklah penjawat awam, pekerja swasta, golongan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta anggota polis dan tentera.

Selain daripada itu juga Yang Berhormat, MDI turut menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran terhadap cara pengurusan kewangan yang baik. Kesan-kesan kebankrapan serta cara untuk keluar daripada kebankrapan melalui media elektronik dan media cetak.

Jadi, hasil daripada program yang telah kita laksanakan, kajian mendapati bahawa kesedaran orang awam telah meningkat tinggi. Di mana jumlah pertanyaan berhubung kebankrapan telah meningkat sebanyak 74% iaitu kepada 8,027 orang pertanyaan pada tahun 2013 berbanding pada 4,611 pertanyaan pada tahun 2012. Hampir 100% ganda dia naik, berlipat ganda di mana orang semakin ramai yang menyedarinya.

Di samping itu juga jumlah bankrap yang hadir di MDI juga telah meningkat sebanyak 37% iaitu kepada 50,912 orang pada tahun 2013 berbanding hanya 37,625 orang pada tahun 2012.

Ini jelas membuktikan kerajaan telah dan sedang mengambil langkah yang sewajarnya. Kita tidak akan berhenti di sini dan akan sentiasa komited ke arah meningkatkan kesedaran rakyat terhadap isu kebankrapan.

Jadi, saya ingin menyeru kepada mana-mana pihak yang berhadapan dengan masalah kebankrapan supaya tidak bersembunyi atau melarikan diri kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah. Jadi, itu sahaja setakat ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya ialah, jumlah 253,630 orang yang masih berstatus bankrap. Saya tidak dapat bayangkan amat sukar bagi mereka yang mempunyai status demikian, khususnya dari segi imej. Keduanya, berurusan dalam urusan perniagaan dan pekerjaan.

Jadi, soalan saya, adakah mereka ini dalam kajian kementerian, bankrap akibat mereka mempunyai kredit yang mudah, mudah dapat kredit ataupun kerana ekonomi yang makin menghimpit. Khususnya, di kalangan anak-anak muda, fresh graduate ataupun remaja-remaja yang baru sahaja mendapat pekerjaan. Kerana kalau ini masalahnya, saya kira ada outreach program satu hal tetapi menyelesaikan masalah yang sebenarnya itu lebih mustahak dari outreach program. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, saya amat menghargai soalan itu supaya ia dijadikan satu ruang untuk kita memberi kesedaran kepada yang lain melalui ruang ini. Ingin saya nyatakan di sini, kalau kita lihat daripada kategori kebankrapan yang kebanyakannya kalau dikira, 26.54% adalah hasil daripada masalah sewa beli kenderaan.

Ia melibatkan sejumlah kalau kita lihat di sini daripada tahun 2007 sehingga tahun 2014 terkini, jumlahnya 33,570. Kedua, diikuti oleh pinjaman perumahan.

Jadi, saya rasa ini bukan juga dari segi ketegangan ekonomi sahaja tetapi ini mungkin kerana keperluan peribadi dari segi kenderaan dan juga perumahan. Yang lain itu pinjaman peribadi dan pinjaman perniagaan. Kalau kita katakan dari segi ekonomi, dari segi perniagaan, kita ada ia merupakan stage yang keempat dalam apa yang disenaraikan di sini.

Kalau Yang Berhormat hendak tanya tadi mengenai- menyebut mengenai golongan orang muda. Golongan orang muda, kalau kita kira dari segi umur di sini, mereka yang berumur di bawah umur 25 tahun, jumlah mereka yang bankrap dari tahun 2007 sehingga tahun 2014 ialah 1,895 orang iaitu ia hanya dalam 1.5%.Yang lain, umur 25 tahun sehingga ke 34 tahun, ada secara terkumpul jumlahnya 25,552 orang. Sehingga mereka yang berumur 55 tahun. Jadi, secara keseluruhannya mengikut umur 25 tahun hingga ke 55 tahun ke atas, jumlah secara total ialah 126,497 orang yang bankrap.

final • 10:40 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Kalau tadi Yang Berhormat bertanya, apakah yang kita lakukan untuk membantu ini? Kita selain daripada outreaching program, saya bersetuju, ia tidak mencukupi. Oleh sebab itu kita sentiasa menguar-uarkan. Seperti yang saya nyatakan, saya ambil itu sebagai satu cabaran bagi diri saya. Di mana saya mencabar diri saya melalui mengenakan KPI untuk diri saya. Kita secara agresif melakukan program outreaching dengan menyasarkan, membuat sasaran, apakah kumpulan-kumpulan yang kita sasarkan.

Misalnya, kali ini saya melihat kepada kumpulan ibu tunggal kerana ramai wanita yang menjadi ibu tunggal itu yang ditinggal oleh suaminya yang ditipu oleh suami, ada yang ditipu oleh orang. Jadi, mereka ketinggalan dengan banyak hutang tanpa mereka sendiri melibatkan diri mereka dalam hutang-hutang tersebut. Jadi, sebab itu saya menyasarkan kepada ibu tunggal dan juga kepada pelajar-pelajar supaya mereka bersedia.

Selain daripada itu, saya sentuhkan juga mengenai AKPK. Walaupun AKPK, Agensi Kaunseling Pengurusan Kewangan ini bukan di bawah agensi saya tetapi saya meminta mereka untuk membantu memberi penerangan untuk menguruskan kewangan.

Mereka adalah di bawah Bank Negara. Jadi, itu di antara usaha kita setakat ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada kerajaan kerana telah mengadakan pelbagai usaha untuk mengurangkan golongan yang disenaraikan dalam muflis.

Terima kasih juga kepada Pemuda UMNO Malaysia kerana saya difahamkan oleh rakan saya Yang Berhormat Sekijang, ada usaha yang telah dibuat oleh Pemuda UMNO untuk membantu golongan muda, khususnya yang tersenarai dalam golongan muflis ini.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Tuan Yang di-Pertua, statistik Jabatan Insolvensi 2007-2013 dibentang oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi telah menunjukkan kepada kita angka yang begitu banyak.

Sebagai contoh 52,535 orang daripada senarai itu adalah orang Melayu, 38,407 adalah Cina, 14,710 adalah India dan yang selebihnya adalah lain-lain. Senarai itu juga menunjukkan 30% daripada jumlah senarai yang termasuk dalam bankrap ini terdiri daripada mereka yang menjadi penjamin sosial iaitu menjamin pelajar-pelajar yang menuntut di IPT yang menghadapi masalah tidak membayar hutang. Justeru itu saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah pihak kerajaan dalam usaha untuk memberi peluang kedua kepada mereka ini, adakah pihak kerajaan telah meneliti secara terperinci berkaitan dengan cadangan untuk memberi peluang kedua kepada individu yang muflis serta memastikan tidak ada unsur-unsur kelemahan dan kecuaian dalam tindakan susulan mengutip hutang oleh pihak-pihak tertentu agar ia tidak memberi kesan buruk terhadap ekonomi dan penambahan bilangan individu yang muflis pada masa akan datang.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Puah Hajah Nancy bin Shukri - Menteri Jabatan Perdana Menteri

Terima kasih di atas soalan tersebut dan saya juga hendak mengambil peluang ini mengucapkan tahniah kepada Pemuda UMNO kerana mengambil iktibar dan terus berusaha ataupun mengambil inisiatif untuk membantu rakan-rakan mereka. Memang betul ada yang terkena dalam kategori penjamin sosial dan selain daripada itu juga disebabkan masalah-masalah lain. Dari segi penjamin sosial, kalau diikut bilangannya tidak begitu ramai. Ada 6,379 iaitu 5.04% sahaja. Macam mana cara kita membantu? Setakat ini kita dalam proses akan amend, not amending it is want to introduce the law dengan izin yang melibatkan kebankrapan ini. Jadi ia masih dalam – bukan dikatakan dalam kajian, memang dalam proses pendrafan tetapi apa yang kita hendak lakukan untuk membantu ialah untuk memberi peluang kedua itu.

Inilah yang menjadi satu proses yang perlu kita teliti untuk melihat bagaimana amalan-amalan negara lain. Namun begitu apa yang saya cadangkan supaya sesiapa sahaja yang menghadapi masalah ini untuk datang kepada MDI supaya jangan kita melihat kepada masalah kekangan yang telah dihadapi itu telah menjadi satu, memutuskan keadaan untuk hidup, this not the end of your life. Jadi itu yang kita hendak bantu. Let it be the beginning of the life of a who ever yang dikatakan menghadapi masalah bankrap ini dengan izin.

Selain daripada itu juga ingin saya nyatakan di sini ialah kita – saya tidak dapat nyatakan apa tindakan yang telah dilakukan sehingga ia diluluskan. Jadi saya dalam

final • 10:50 AM

Puah Hajah Nancy bin Shukri - Menteri Jabatan Perdana Menteri

perancangan cuba melihat kepada cara lain untuk membantu memberi ruang kepada mereka untuk mendapatkan peluang kedua ini kerana kita juga memahami mereka yang muda ini perlu meneruskan kehidupan mereka dan kita perlu membantu. Jadi sebab itu saya mengharapkan agar mereka yang mempunyai rakan-rakan yang tergolong dalam masalah kewangan, masalah kebankrapan lah bukannya kewangan begitu saja tetapi hanya menghadapi masalah kebankrapan, bolehlah datang kepada MDI. Jangan lari daripada MDI supaya mereka dapat membantu. Jadi sebab itu saya amat berterima kasih dengan rakan-rakan daripada Pemuda UMNO yang telah mengumpul ramai nama yang mereka rasa memerlukan bantuan. Jadi kita bekerjasama dengan mereka untuk membantu.

Malah kalau dari segi mendapatkan bantuan guaman, ingin saya hendak nyatakan di sini di mana kita ada Jabatan Bantuan Guaman yang boleh membantu memberi khidmat guaman secara percuma sekiranya mereka layak. Jadi sebab itu jangan lari daripada kami, datang kepada kami, kami akan membantu. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

5. Dr. Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan usaha kerajaan dalam mempertahankan industri automotif negara sebagai pemangkin untuk memacu negara ke arah negara perindustrian dan maju serta mampu menyediakan 500,000 peluang pekerjaan dalam industri automotif serta apakah langkah baru yang dilaksanakan kerajaan demi mengukuhkan industri agar dapat bersaing dan menarik pelaburan antarabangsa.

final • 10:50 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Industri automotif Tuan Yang di-Pertua telah bermula secara besar-besaran kira-kira 100 tahun dahulu apabila Syarikat Ford memperkenalkan kaedah pengeluaran dengan izin, mass production. Pada hari ini kira-kira 70 juta unit kenderaan dikeluarkan setiap tahun. 70 juta satu angka yang besar. Dulu tidak ada kereta, sekarang semua ada kereta sudah. Industri automotif Tuan Yang di-Pertua merupakan pemangkin kepada proses perindustrian dan telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Pada masa ini jumlah pekerjaan dalam industri dalam negara kita ialah sebanyak kira-kira 550,000 orang iaitu lebih setengah juta.

Industri automotif adalah satu industri yang penting bagi negara kita termasuk bagi merealisasikan Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju. Sebagai contoh di beberapa buah negara maju, industri ini menyumbang bahagian agak besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 8% hingga 14%. Di Amerika Syarikat, industri ini menyumbang 8% kepada KDNK. Di Jerman 14%, Thailand 10%. Di negara- negara tersebut terdapat apa yang dipanggil dengan izin automotive city ataupun region seperti Kentucky di Tennessee, Alabama di Amerika Syarikat, West-Berg di negara Jerman, Toyota City di Nagoya, Jepun dan Rayong di Thailand. Begitulah betapa pentingnya industri automotif.

Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia kita ada beberapa automotive city kecil berbanding negara lain. Di Shah Alam, di Sungai Choh, Selangor, Pekan di Pahang dan Pegoh di Melaka. Ini empat kawasan utama. Jumlah pekerjaan dalam sektor pengeluaran kenderaan dan komponen yang telah diwujudkan di setiap kawasan ini termasuk vendor adalah sebanyak 50,000 di Shah Alam, 30,000 di Sungai Choh, 5,000 di Pekan dan 3,000 di Pegoh, Melaka. Di bawah Dasar Automotif Negara, kita bercadang untuk mewujudkan kira-kira 180,000 peluang pekerjaan tambahan. Pada hari ini industri ini menyumbang cuma 3.4% kepada KDNK negara dan menjelang tahun 2020, kita berharap sumbangannya akan meningkat dua kali ganda kira-kira 7%.

Tuan Yang di-Pertua, kalau tengok pada Proton umpamanya walaupun yang bekerja di Proton cuma 12,000 orang sahaja tetapi Proton telah melahirkan beberapa syarikat pengeluaran komponen dan alat ganti serta juga mewujudkan rangkaian pengeluar atau wakil jualan tempatan. Proton juga telah membangunkan keupayaan pengeluaran komponen dalam alat ganti tempatan sehingga mampu membekal kepada syarikat-syarikat pengeluar kenderaan dunia. Selain daripada itu, Proton juga berjaya meningkatkan penyertaan bumiputera dalam industri automotif.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Dasar Automotif Negara yang diperkenalkan bulan Januari yang lalu, kita hendak tumpukan kepada kenderaan bertenaga efisien ataupun EV

final • 10:50 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed

dan ini telah berjaya. Setakat ini umpamanya Perodua akan menambah pengeluarannya 100,000 unit lagi di Sungai Choh. Pelaburan yang melibatkan RM2.3 bilion dan ini adalah di bawah segmen kenderaan bertenaga efisien ataupun EV. Honda telah melabur RM1 bilion di Pegoh. Mazda meluluskan pelaburan RM300 juta dan akan menambah lagi RM400 juta dan jam 1.00 petang hari ini saya akan mengumumkan satu pelaburan besar daripada negara China yang melibatkan pengeluaran 100,000 unit kenderaan dan ini akan mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan. Pelaburannya RM2 bilion – RM2,000 juta. Pada jam 1.00 petang, saya akan mengumumkan satu pelaburan besar daripada negara China.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pengeluaran kenderaan, kerajaan juga menggalakkan pelaburan dalam pengeluaran komponen bernilai tambah tinggi dan kritikal.

Contohnya kerajaan telah berjaya menarik sebuah syarikat Jepun, Akashi-Kikai namanya untuk melabur RM700 juta di Sendayan, Negeri Sembilan dengan pengeluaran sistem transmisi. Projek ini akan mewujudkan 400 lagi peluang pekerjaan. Selain daripada itu saya ingin memaklumkan Dewan ini bahawa sebuah syarikat juga telah kemukakan cadangan untuk melabur dalam sistem pengeluaran enjin. Pelaburan ini RM2 bilion.

final • 10:50 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Jadi, jelas kepada kita bahawa industri automatif amat penting dan telah banyak menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Industri automatif adalah satu industri yang mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan teknologi yang tinggi. Inilah juga satu industri yang akan berhadapan dengan persaingan global yang sengit.

Tulang belakang kepada industri ini menghendaki kewujudan Modal Insan yang menepati keperluan khusus untuk industri automatif dan juga ekosistem industri yang kompetitif. Soalan saya, apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan keperluan khusus Modal Insan untuk industri ini tercapai dan bagaimanakah integrasi ekonomi Asia Tenggara khususnya kedatangan Komuniti Ekonomi Asian 2015 akan memberi kesan kepada industri automatif negara? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Tuan Yang di-Pertua, Modal Insan adalah penting dan pada masa ini seperti yang saya sebut dalam jawapan 550,000 orang rakyat Malaysia sedang bekerja dalam sektor automatif di empat kawasan automatif negara kita. Sebagai ulangan di Shah Alam, di Pekan, di Pegoh dan juga di Sungai Choh.

Jadi di bawah Dasar Automatif baru ini kita hendak tambah 180,000 lagi peluang pekerjaan dan kita beri tumpuan juga kepada Pembangunan Sumber Manusia pada tiga peringkat. Pertama peringkat paling rendah di mana kita ada satu program Sijil Industri dalam bidang automatif melibatkan latihan enam bulan iaitu dua bulan teori dan empat bulan praktikal. Pada tahun lepas kita berjaya melatih 1,000 orang dan tahun ini 3,000 orang akan kita latih. Setakat ini, bulan April 800 orang sedang dilatih. Jadi mereka akan dilatih dua bulan teori dan empat bulan amali. Selepas itu dijamin pekerjaan. Jadi pada tahun lepas 1,000 orang dan tahun ini 3,000 orang. Itu peringkat paling bawah.

Peringkat kedua ialah peringkat internship ataupun Apprenticeship. Ini pelajar- pelajar universiti yang belajar dalam bidang engineering ditempatkan di syarikat-syarikat kereta. Ini melibatkan empat buah universiti dengan 300 orang pelajar universiti sedang menjalani Program Apprenticeship yang melibatkan empat buah universiti dan kebanyakan mereka juga dijamin pekerjaan apabila mereka bergraduasi kelak.

Ketiga, di peringkat graduate engineers di mana mereka yang sudah pun bergraduate tahun lepas umpamanya, kita berjaya melatih 260 orang. Tahun ini target kita 500 orang. Jadi Modal Insan adalah penting dan kita lakukan di tiga peringkat. Peringkat paling bawah, peringkat pertengahan dan juga kepada mereka yang sudah pun tamat pengajian mereka.

Mengenai Komuniti Asian, ini akan menimbulkan banyak cabaran. Kita perlu pastikan industri automatif ini kompetitif. Umpamanya sebagai contoh, tahun lepas kita mengimport kira-kira 39,000 buah kenderaan dari negara Thailand. Sebelum itu lagi banyak. Pada tahun 2012 sebanyak 41,000 buah. Jadi ini saingan kepada kereta-kereta tempatan. Jadi kesannya ialah syarikat-syarikat kenderaan dalam negara kita harus mampu

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Mustapa Mohamed

lebih bersaing dengan adanya pasaran bebas Asia ini. Kereta-kereta Thailand masuk ke Malaysia tanpa duti import, negara lain ada duti import. Jadi ini bermakna kereta Thailand lebih kompetitif daripada kereta Jerman, Jepun, dan lain-lain.

Jadi, ini kesan daripada penubuhan ataupun dengan terlaksananya Komuniti Ekonomi Asian memberi tekanan kepada syarikat-syarikat kita. Ini baik untuk pengguna kerana apabila industri lebih kompetitif, maka harganya dapat dikawal. Selain memberi tekanan kepada industri negara kita, sudah pasti ada juga peluang. Umpamanya kita boleh eksport kereta ke negara Thailand, Mazda umpamanya yang dipasarkan di Malaysia sedang dieksport ke negara Thailand. Komponen-komponen yang dikeluarkan di negara kita, ada yang dijual di Indonesia kerana pelaburan Perodua ataupun Daihatsu ada di Malaysia dan juga di Indonesia.

Jadi satu sudut, ia menimbulkan persaingan yang lebih sengit kepada industri tempatan. Satu sudut lagi ada peluang. Jadi kita harap industri automatif tempatan akan menggunakan peluang sepenuhnya supaya kita dapat membina satu industri automatif yang mampan dan juga yang dinamik. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menteri, setelah mendengar dengan khusyuk dan tawaduk atas masa depan sektor automatif ini memperlihatkan kepada dunia bahawa negara Malaysia ini advantagenya dalam keadaan geografinya dan sosio politiknya kalau hendak dibandingkan dengan negara jiran.

Akan tetapi di masa dahulu, pusat pemasangan automatif seperti Toyota dan Volvo itu berada dalam negara. Apa yang jelas mereka telah berpindah di Thailand dan menjadi pesaing kepada kita. Soalan saya ialah, apakah jaminan kekuatan untuk produk tempatan seperti Proton dan Perodua tatkala TTPA memungkinkan menjadi kerisauan terhadap pesaing dalam sektor automobil yang akan dilihat menjadi pesaing yang terdesak dan mungkin menjejaskan pengeluaran tempatan. Di samping itu, langkah yang boleh menjaminkan sekiranya Perjanjian TTPA ini menjadi realiti dan kerajaan boleh membendung supaya produk negara ini tidak terjejas atas persaingan perjanjian ini. Mohon penjelasan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat yang bercakap dengan khusyuk dan tawaduk. Khusyuk betul, tawaduk tidak pasti. Jadi soalannya, apakah jaminan bahawa industri negara kita akan mampu bertahan sekiranya - TTPA belum ditandatangani lagi. Sekiranya belum tahu sama ada dapat ditandatangani atau tidak, Dewan akan memutuskannya, Dewan akan membahaskan perkara ini apabila tiba masanya.

Jadi berkaitan dengan perkara ini, kita ada kaedah kita sendiri dalam industri automatif di Malaysia,. Pertama, saya hendak maklumkan kepada Dewan ini bahawa sekarang ini pun sudah ada persaingan. Sekarang ini kereta-kereta saya sebut dari Thailand. Tahun lepas kita mengimport 39,000 buah, dahulu tidak ada. Oleh kerana Asian.

Dahulu TTPA ini belum lagi, Asian sudah pun 1 Januari 2010 duti import sudah kosong.

Maka, kita lihat peningkatan yang ketara. Sebanyak 41,000 buah pada tahun 2012 dan 31,000 buah pada tahun lepas import dari negara Thailand. Ini menimbulkan persaingan.

Persaingan itu ada buruk baiknya. Baik untuk pengguna. Yang Berhormat bercakap di sini dalam Dewan ini tentang harga yang berpatutan. Maka apabila ada persaingan, harga berpatutan. Kalau tidak ada persaingan, harga tinggilah. Jadi ada buruk dan baiknya. Persaingan bagus kerana ia memungkinkan kita membeli kereta pada harga munasabah. Akan tetapi persaingan itu juga memberi tekanan kepada syarikat-syarikat.

Mungkin habis macam di sesebuah negara, tahun 2017 tidak ada lagi pengeluaran kereta kerana tidak boleh bersaing, tutup Toyota dan tahun 2017 tidak ada. Semua kereta akan diimport dari luar negara.

Dasar kita di Malaysia ialah untuk mempertahankan industri ini. Oleh sebab itu, hari ini 550,000 orang bekerja di bidang automatif, tambah 180,000 orang pada tahun 2020 dan dasar kita ialah untuk membina kekuatan mengikut kemampuan kita. Jadi persaingan sudah pun ada. TTPA belum lagi ditandatangani dan kita tetap apa jua yang kita lakukan dalam mana-mana perjanjian, kita akan berunding untuk mempertahankan kepentingan negara, Insya-Allah. Terima kasih.

final • 11:00 AM

5. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan apakah SAIDI untuk 2008-2013 dan kadar tarif elektrik masing-masing untuk Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mengapa peningkatan tarif di Sabah paling tinggi peratusnya, walaupun prestasi pembekalan elektrik merupakan yang paling lemah.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sandakan yang telah bertanya mengenai dengan kadar tarif dan juga SAIDI untuk Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa ini kedudukan prestasi perbekalan elektrik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh dikatakan bertambah baik berbanding pada tahun-tahun sebelumnya.

Ini dapat dilihat melalui pengurangan catatan SAIDI ataupun System Average Interruption Duration Index yang meliputi ketiga-tiga wilayah tersebut. Pertama di Semenanjung, ianya telah menurun kepada 60.35 minit per pelanggan pada tahun 2013 berbanding dengan 87.31 minit per pelanggan pada tahun 2008.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Di negeri Sabah, ia telah menurun kepada 423 minit per pelanggan pada tahun 2013 berbanding dengan 1,856 minit per pelanggan pada tahun 2008. Di Sarawak, ia telah menurun kepada 164 minit per pelanggan pada tahun 2013 berbanding 273 minit per pelanggan pada tahun 2008.

Dari segi kadar tarif elektrik berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung telah dinaikkan sebanyak RM4.99 sen atau 14.89 daripada kadar purata semasa RM33.54 sen kepada RM38.05 per kilowatt hour. Di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar purata tarif elektrik dinaikkan sebanyak 5 sen daripada RM29.52 ke RM34.52 per kilowatt hour. Bagi negeri Sarawak sehingga Disember 2013, kadar purata tarif elektrik adalah RM29.87 per kilowatt hour.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, semakan semula tarif elektrik di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah penting bagi memperbaiki kedudukan kewangan dan kemapanan SESB untuk meningkatkan keupayaan dan daya harap sistem bekalan elektrik di Sabah. Kenaikan kadar purata tarif elektrik sebanyak 5 sen daripada kadar sebelum ini iaitu RM29.52 kepada 34.52 adalah diperlukan untuk mengimbangi jurang yang kian meningkat antara kos perbekalan elektrik dengan tarif elektrik yang sedia ada agar SESB dapat terus membekalkan bekalan elektrik yang berdaya harap di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kadar purata tarif elektrik sebelum ini yang berjumlah RM29.52 sen hanya mampu menampung 80% daripada kos operasi SESB dan tidak mencerminkan kos perbekalan sebenar SESB. Kadar tarif elektrik SESB yang rendah menjadi faktor penghalang kepada usaha untuk mempertingkatkan tahap kualiti perbekalan elektrik di Sabah.

Sungguhpun begitu, kedudukan prestasi bekalan elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada masa kini kian bertambah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini dapat pada tahun 2008 melalui usaha dan bantuan Kerajaan Persekutuan yang berterusan, kerajaan yakin pencapaian SAIDI bagi tahun-tahun akan datang akan bertambah baik dengan pencapaian SAIDI yang dijangkakan kurang dari 450 minit per pelanggan satu tahun. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi nampaknya, meningkat tarif yang begitu tinggi tetapi tidak nampak prestasinya ada meningkat. Ini kita merasa banyak kesukaran yang di Sabah sana. Jadi di sini Tuan Yang di-Pertua, Sabah yang mengadakan setiap bulan it need power shutting. For the last week, satu minggu Sabah mengalami power shutting setiap hari three hours, tiga jam. Jadi begitu punya keadaan, kita dengar kerajaan memberi janji selepas janji. Akan tetapi masih keadaan begitu teruk.

Saya mahu memberitahu Yang Berhormat-Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu SAIDI di Sabah yang sekarang 426 pada tahun ini. Akan tetapi untuk makluman Dewan ini, kalau you mengira masuk, ada separuh, saya fikir yang khasnya di Sandakan, banyak tempat itu, kita sebut dia hub SAIDI lah sebab tekanan power itu tidak cukup. Jadi mungkin dia three phase baru

final • 11:10 AM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

jalan one phase. Jadi sebanyak punya separuh rumah ada power, separuh punya tidak ada.

Keadaan sebegitu, SAIDI mesti tidak 426 tidak mampulah.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, soalan.

final • 11:10 AM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Jadi, soalan tambahan saya ialah adakah kementerian menetapkan satu sasaran bahawa SAIDI di Sabah akan diturunkan dalam tahun ini dan tahun yang kemudian baru ada? Berapa SAIDI akan diturunkan? Jadi lagi, kita juga mahu tahu, kementerian ini ada satu sasaran juga SAIDI di Sabah bila boleh meningkat setaraf dengan SAIDI Semenanjung 60 minit sahaja setahun?

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Tuan Yang di-Pertua, kementerian sedar bahawa untuk negeri Sabah, kedudukan SAIDI yang tinggi berbanding dengan Semenanjung dan juga di Sarawak. Antara faktor-faktor yang boleh saya sebut di sini untuk jawapan kepada Yang Berhormat Sandakan, dalam menyediakan perkhidmatan tenaga kepada rakyat ini, kita memerlukan satunya adalah generation.

Selepas generation, kita memerlukan transmission dan yang ketiganya adalah distribution. Jadi, salah satu daripada komponen itu di Sabah yang berkaitan dengan generation, kebanyakan daripada power station yang ada di Sabah itu adalah power station yang berasaskan kepada diesel.

Kalau saya boleh sebut tempat Yang Berhormat di Sandakan, misalnya Batu Sapi - gantisan diesel, strataves – Libaran juga MFO ataupun boleh disebut sebagai minyak jugalah diesel dan juga Sandakan Power Corporation (SPC) yang sudah ditutup pada waktu ini dan mengharapkan dalam tahun 2014 ini hanya satu sahaja power station yang akan daripada biomass iaitu Cash Horse lebih kurang 10 megawatt. Jadi apa yang saya hendak sebut di sini bahawa kebanyakan daripada power station yang ada di Sabah itu adalah generation yang berasaskan diesel dan pada waktu ini, barulah untuk tahun 2014 ini yang kita jangkakan dalam suku ketiga tahun 2014 yang sekarang ini kita sedang buat testing iaitu Kimanis Power berasaskan gas – 285 megawatt dan SPR Energy juga di Kimanis – 100 megawatt. Ini akan menampung sebanyak 385 megawatt.

Pada waktu ini, kita ada transmission line daripada pantai barat ke pantai timur dari Kota Kinabalu ke Sandakan melalui Ranau dan sudah semestinya transmission ini juga diupgrade untuk membolehkan laluan bekalan ini sampai dengan baik ke Sandakan. Untuk pantai timur di Sabah, di Sandakan, di Lahad Datu dan juga di Tawau, sudah semestinya kementerian juga mempunyai perancangan untuk menaik taraf bukan sahaja dalam generation tetapi juga dalam transmission dan distribution di kawasan itu. Ini kerana kita yakin bahawa dalam tempoh dua tahun daripada sekarang ini kalaulah kita dapat mempertingkatkan ketiga-tiga komponen di pantai timur yang pentingnya Yang Berhormat sebut tadi, kita mengambil beberapa langkah berasaskan kepada keputusan kerajaan untuk meluluskan peruntukan lebih daripada RM1 bilion yang akan diperuntukkan untuk menaik taraf perkara-perkara yang saya sebut tadi Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Seorang Ahli

Sabah punya hal.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Sama juga ‘bah’. Ada Semenanjung sini, ada Sarawak juga.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita nampak macam di Semenanjung ini, TNB mengumumkan keuntungan bilion tetapi tarif elektrik masih lagi meningkat. Akan tetapi sampai hari ini kementerian ada perasan kah atau tidak, rakyat di bawah bising. Ini satu agensi cuma membantu rakyat mengadakan electric supply, berkhidmat kepada rakyat.

TNB sudah umum keuntungan berbilion, lepas itu elektrik sudah meningkat, lagi-lagi dia umum, lagi tambah berapa keuntungannya akan dia ada. Cuma dia macam untuk rakyat menampakkan TNB mahu goreng share dalam market saja.

Akan tetapi masalah di bawah sekarang semua barang-barang naik harga, fasal ini one of the biggest factor, elektrik kita naik harga. Adakah kementerian kaji balik semula mengenai peningkatan tarif elektrik di Semenanjung termasuk di seluruh negara. Ini saya rasa amat tidak adil, ini perkara kalau lah agensi itu, kalau banyak kaut untung buat apa?

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Janganlah kasi rakyat mati semua. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi satu jawapan yang positif. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

[Bangun]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Putatan.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Boleh atau tidak sambung, sambung, sambung pertanyaan tadi.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak boleh begitu Yang Berhormat Putatan. Bagi Yang Berhormat Menteri jawab. Nanti..

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Tidak cukup, tidak cukup soalan dia tidak cukup.

final • 11:20 AM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Tidak boleh, tidak boleh.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Ada lagi yang baru, boleh ke tidak?.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Putatan. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Ya, tidak cukup tadi, dia punya soalan tidak cukup lah. Boleh?

final • 11:20 AM

Seorang Ahli

Tidak boleh.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Menteri, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih pada Yang Berhormat Bintulu di atas soalan yang disebut tadi. Saya kira di sini apa yang disebut barangkali jelas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa salah satu daripada komponen yang paling penting sekali ialah untuk rasionalisasi subsidi.

Dalam rasionalisasi subsidi ini, salah satu perkara yang turut terlibat ialah bagaimana peningkatan kos untuk bahan bakar kepada bekalan elektrik. Misalnya kita telah memberi subsidi yang cukup besar kepada bahan bakar iaitu gas. Dulunya harga RM13.70 per mmBTU dan telah dinaikkan kepada RM15.70 per mmBTU. Ini harga di Semenanjung tapi ini bukan harga di Sarawak dan harga di Sabah. Ini kerana harga di Sarawak dan di Sabah berbeza dengan harga di semenanjung.

Harga di Sarawak dan di Sabah lebih murah daripada di Semenanjung. Jadi bila harga market sekarang ialah lebih RM40 per mmBTU tapi kerajaan tanggung subsidi itu.

Oleh kerana itu, yang dinaikkan di rasionalisasi ini RM2 untuk per mmBTU. Ini fasal..

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri, rakyat punya suara...

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tidak nanti sekejap.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tidak, rakyat punya suara macam mana ini dia kata kos naik.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bintulu.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Macam mana...

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Nanti sekejap saya jawab macam mana yang kata umum dia untung?

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

TNB umum bilion dia untung. Rakyat mahu tahu ini saja.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Nanti, saya jawab satu-satu la Yang Berhormat Bintulu. Jadi saya jawab dulu rasionalisasi. Rasionalisasi subsidi, kalau tidak kita akan

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

tanggung beberapa puluh ringgit untuk tiap-tiap satu per mmBTU itu berapa puluh ringgit yang ditanggung oleh kerajaan.

Jadi sekarang kalaulah Yang Berhormat Bintulu sebut fasal untung tadi TNB, yang TNB keluarkan tiap-tiap tahun perbelanjaan TNB lebih daripada RM5 bilion sebenarnya yang dikeluarkan, tiap-tiap tahun. Untung nya tidak sampai, untungnya paling-paling... [Di sampuk]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli Yang Berhormat yang lain diam ya. Sila Yang Berhormat Menteri, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Jadi..

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kalau panjang, jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri.

[Di sampuk]

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri, ini soal naik tarif elektrik di Sabah ini. Boleh postpone atau tidak? Sebab masalah elektrik lampu di Sabah ini masih teruk sekali. Boleh postpone kah? Boleh tunda?

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tidak boleh.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Jangan kasi naik tarif dulu.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tidak boleh, tidak boleh postpone.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Ya, tidak boleh?

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tidak boleh postpone.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Rakyat hendak minta ini, ini soalan rakyat bukan soalan saya.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Putatan.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Saya tahu, saya tahu.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Putatan.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Boleh kah kita buat usul?

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tidak boleh.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Tidak boleh?

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tidak boleh. Jawapannya tidak boleh.

final • 11:20 AM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Jadi untuk Yang Berhormat Bintulu, sebut fasal jumlah keuntungan tadi dengan jumlah perbelanjaan TNB itu saya akan bagi jawapan bertulis pada Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Di dalam surat khabar tipu punya.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tidak saya bagi, bukan tipu, yang betul punya lah.

Yang original punya.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat Timbalan Menteri surat khabar ada, itu tidak boleh lari punya, public information, dia public listed company dia umum untung bilion ringgit. Tidak boleh kata sekarang tidak ada untung. Macam mana huru-hara. Sudah jawab bertulis lah sudah.

[Ketawa]

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu, bukan saya kata tidak untung. Saya kata untung dan untung itu pun berbilion. Cuma saya katakan jumlah yang dibuat perbelanjaan kepada rakyat, balik kepada rakyat itu lebih daripada RM5 bilion satu tahun. Untuk itu saya bagi details.

[Disampuk]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Seorang Ahli

Jawab-jawab.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Jadi saya ingat untuk memuaskan hati Yang Berhormat Bintulu yang memang tidak puas hati, saya akan bagi jawapan bertulis.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini bukan saya tidak puas hati, rakyat tidak puas hati bah.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Bintulu, cukup lah Yang Berhormat Bintulu.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Okey.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Kinabatangan sila.

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini melibatkan rakyat dan negara. Jadi soalan tambahan saya iaitu memandangkan kerajaan telah mengimplementasikan kenaikan tarif di Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Di Sabah lebih kurang 5 sen dan perkhidmatan elektriknya sebetulnya masih di tahap yang dulu juga, blackout di sana sini. Di Sabah ini Tuan Yang di-Pertua kalau tidak blackout, bukan Sabah lah. Itu dia punya cerita.

Jadi memandangkan tarif naik, rakyat bising. Apakah langkah-langkah jangka panjang yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa bekalan tenaga elektrik mendapat kenaikan...

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Kinabatangan,

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Putatan.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Bantu, bantu Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya boleh, boleh.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak boleh macam ini Yang Berhormat Putatan, tidak boleh.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Boleh kah saya cadang, kasi naik, alang-alang kasi naik 20 sen. Boleh?

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Putatan.

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Putatan sudah marah Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa] Jadi apa langkah-langkah yang komprehensif yang dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan bahawa bekalan tenaga elektrik di Sabah khususnya dapat dipertingkatkan. Tarif naik tapi kualiti perkhidmatannya meningkat.

Bermakna rakyat puas hati. Jangan tarif naik, elektrik satu hari empat kali mati. Ya, itu masalah. Kalau begini berterusan, kita susah Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kinabatangan. Berhubung dengan soalan daripada - saya hendak bagi maklumat pada Yang Berhormat Bintulu sikit, Yang Berhormat Bintulu.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Menteri, tolong beritahu depa apa depa pelik sangat bantah tarif kenaikan elektrik plak ini?

final • 11:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya pun hairan ini, saya hairan macam mana boleh bantah kenaikan tarif elektrik.

final • 11:20 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Fasal gigi lah.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Semua sokong.

final • 11:20 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Gosok gigi, gosok gigi.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Semua sokong, GST sokong, kena sokong, bantu kerajaan.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini yang saya kata tidak gosok gigi pagi-pagi.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Menteri, saya pun hairan Yang Berhormat Pokok Sena tidak faham-faham peraturan ini.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena tidak payah jawab lah, biar saya jawab. Jadi Yang Berhormat Bintulu sebut tadi, saya hendak sebut Yang Berhormat Bintulu, 300 kilowat per hour ke bawah itu tidak kena kenaikan apa-apa pun sebenarnya. Itu melibatkan lebih...

[Disampuk]

final • 11:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Barang naik harga...

final • 11:20 AM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Okey, untuk…

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini Yang Berhormat Timbalan Menteri jawapan bertulislah, cukuplah. Cukup, cukup, cukup.

final • 11:30 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Itu belum GST lagi itu.

final • 11:30 AM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Hendak jawab soalan Yang Berhormat Kinabatangan sikit sahaja.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 11:30 AM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Untuk Yang Berhormat Kinabatangan tadi, kita sebut yang pertamanya, untuk Sabah yang ada peruntukan untuk kita jalankan. Pertamanya ialah kita membina sebuah hidroelektrik yang dikenali sebagai Ulu Padas Hidroelektrik yang akan bermula insya-Allah pada hujung tahun ini.

Keduanya kita juga sedang menjalankan satu projek di Tawau yang dipanggil Tawau Green Energy sebanyak 30 megawatt. Insya-Allah kita akan komersialkan yang saya sebut tadi Kimanis Power – 285 megawatt, SPR Energy Kimanis – 100 megawatt dan Cash Horse di Sandakan sebanyak 10 megawatt.

Jadi pertambahan yang sedia ada dalam market untuk Sabah pada waktu ini akan mencapai lebih kurang 400 megawatt yang baru pada hujung tahun ini. Insya-Allah akan ada penambahbaikan. Pada waktu yang sama kita juga telah menyediakan peruntukan untuk transmission, membaiki transmission dan juga distribution khususnya di Pantai Timur di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 11:30 AM

7. Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Pendidikan menyatakan kerajaan memutuskan untuk memberi tempoh hingga April ini bagi mengkaji semula keberkesanan Sistem Pentaksiran Sekolah (PBS) setelah menyedari akan keluhan guru serta ibu bapa yang khuatir serta gusar akan keberkesanan sistem ini:-

(a) adakah kerajaan masih lagi ingin meneruskan sistem PBS ini; dan

(b) apakah cadangan pihak kerajaan untuk mengatasi kerisauan semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan negara kita ini.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan P.Kamalanathan a/l P. Panchanathan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Seperti pengumuman yang telah dibuat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan diteruskan dan telah dilaksanakan dengan penambahbaikan mulai 1 April 2014 berikutan hasil kajian semula PBS yang melibatkan pelbagai pihak stakeholder. Antara penambahbaikan yang telah dilakukan ialah satu, menggantikan penggunaan dokumen standard prestasi dengan

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan P.Kamalanathan a/l P. Panchanathan

panduan perkembangan pembelajaran murid. Guru juga tidak perlu menyediakan fail perkembangan murid dan melengkapkan rekod transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian guru.

Seterusnya bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline. Pihak sekolah akan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah yang dapat memberi gambaran kepada ibu bapa tentang tahap pencapaian anak mereka. Guru juga akan menyediakan pelaporan perkembangan pembelajaran murid untuk memaklumkan kepada ibu bapa.

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di tingkatan tiga dimansuhkan dan akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) melalui PBS. Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar tingkatan tiga. Melalui pentaksiran, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardize) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan.

Pentaksir luar yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan akan melaksanakan modurasi dan juga verifikasi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat bagi memastikan PBS yang telah ditambah baik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mengatasi kerisauan semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan negara kita ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya pada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan juga guru-guru.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga akan mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran serta kepakaran guru memeriksa jawapan murid. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baiklah Yang Berhormat selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, peraturan.

Saya ada mengemukakan kepada Tuan Yang di-Pertua di bawah perkara Peraturan Mesyuarat 18(1) dan Peraturan Mesyuarat 18(2) satu usul yang berkaitan dengan perkembangan terbaru daripada kertas putih peristiwa Memali yang dibentangkan pada tahun 1986.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, saya ada menerimanya.

final • 11:30 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Iaitu perkembangan apabila kenyataan yang sudah dibuat oleh bekas Menteri Dalam Negeri pada waktu dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam telah membuat satu kenyataan terbaru beliau yang mengaku bahawa mengatakan bahawa pada waktu kejadian 19 November itu Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir masih berada dalam negeri bukan berada di China sebagai mana yang dihebahkan kepada umum.

Kedua kata Tun Musa Hitam beliau bukanlah…

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sebenarnya Yang Berhormat…

final • 11:30 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

…Beliau bukanlah pemangku Perdana Menteri pada waktu dan hari berlaku peristiwa Memali seperti mana yang dilaporkan.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Beliau Tun Musa Hitam mengatakan bahawa selaku bekas Menteri Dalam Negeri pada ketika itu mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan bersedia untuk mendedahkan fakta sebenar peristiwa Memali.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 11:30 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Bermakna…

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

…Bermakna Tuan Yang di- Pertua bahawa…

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pokok Sena…

final • 11:30 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

…Bermakna Tuan Yang di- Pertua bahawa kenyataan yang dibuat oleh Tun Musa Hitam itu sebenarnya telah membatalkan. Maknanya Kertas Putih Memali [Menunjukkan dokumen yang berkaitan] yang dibentangkan pada tahun 1986…

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukuplah Yang Berhormat Pokok Sena, cukup.

final • 11:30 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

…Sepatutnya bahawa kerajaan membawa satu usul untuk menarik balik Kertas Putih ini dan memulakan satu penyiasatan baru di bawah RCI. Beliau bersedia untuk memberikan keterangan sebenarnya apa berkaitan dengan fakta yang berkaitan dengan peristiwa Memali. Jadi saya agak hairan apabila…

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, cukuplah Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:30 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

…Tuan Yang di-Pertua menjawab bahawa dia telah meneliti usul saya…

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pokok Sena cukuplah cukup.

final • 11:30 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

…Dan berpendapat perkara itu dinyatakan tersebut hanyalah berdasarkan kenyataan dan forum. Sedangkan kenyataan beliau itu konsisten. Dalam forum kemudian dibuat lagi penegasan beberapa hari selepas itu dalam sidang media yang bertulis. Jadi bagi saya bahawa adalah wajar untuk Parlimen ini membincangkan malah perlu menarik balik Kertas Putih Memali ini yang menunjukkan bahawa pada waktu itu berlaku pembohongan. Dewan ini telah dibohongi oleh Kertas Putih Memali ini.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okeylah Yang Berhormat [Disampuk] Yang Berhormat Pokok Sena pun tahu bahawa Peraturan 18(1) ini telah ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua dan saya terikat dengan Peraturan Mesyuarat 18(8) di mana usul yang ditolak tidak boleh dikemukakan dan tidak boleh lagi dibaca dalam Majlis Mesyuarat. Sila Setiausaha.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG SARAAN HAKIM (PINDAAN) 2013 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”.

[8 April 2014]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya minta Yang Berhormat Setiu untuk menyambung. Panjang lagi Yang Berhormat?

final • 11:30 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ada sedikit, dua tiga isu sahaja.

Semalam telah dibahaskan berkenaan dengan integriti badan kehakiman. Jadi saya dalam perkara ini bahawa dalam pemilihan calon untuk menjadi hakim ini kriteria yang paling utama adalah integriti dan juga yang diberi keutamaan.

Jadi saya menyerulah kepada semua pihak sebagai rakyat Malaysia terutamanya hendaklah bertanggungjawab untuk menghormati institusi kehakiman dengan menyalurkan sebarang ketidakpuasan melalui cara yang sah lagi berhemah. Jadi janganlah sesekali kita mengambil tindakan-tindakan yang boleh mencemarkan integriti itu sendiri dan maruah institusi kehakiman kerana hanya tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan.

Saya ingin menarik perhatian juga kepada satu ucapan daripada Ketua Hakim Negara dalam Opening Legal Year tahun 2009, masa dia mula-mula bertugas. Dia kata bahawa; “Tugas utama hakim ialah untuk melaksanakan keadilan antara pihak-pihak yang bertelagah. Dengan keputusan hendaklah dibuat dengan adil dan saksama dalam semua keadaan. Jadi keadilan diutamakan tanpa sebarang kompromi. Integriti dan kebebasan kehakiman sentiasa dipertahankan kerana badan kehakiman adalah benteng terakhir bagi rakyat untuk mendapat keadilan”.

final • 11:38 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Jadi saya ingin menyentuhlah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh semalam. Dia seolah-olah mendahului keputusan Mahkamah Persekutuan.

Maknanya dia berasakan bahawa beliau akan dihukum dan dipenjarakan dalam kes liwat kedua. Kita sebagai manusia ini tidak bolehlah kita hendak mendahului apa yang Tuhan akan tetapkan, kita tidak tahu apa akan berlaku. Jadi janganlah kita menjadi seperti fortune teller dan sebagainya, bertenung nasib. “Oh! Esok nasib aku akan jadi macam ini kerana sebab-sebab begini.” Tuhan belum tentukan. Sebab di dalam Al-Quran mengatakan bahawa, *Bismillahi Rahmani Rahim...

[Membaca sepotong ayat al-Quran]* Maknanya, siapa yang minum arak, judi dan sebagainya, bertenung nasib dan sebagainya adalah satu perbuatan yang najis.

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Boleh bagi laluan?

final • 11:40 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Perbuatan syaitan.

final • 11:40 AM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Penjelasan, Yang Berhormat Setiu.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said

Ya, ada empat yang bangun Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Penjelasan dari segi apa itu?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said

Yang Berhormat Setiu bagi yang mana laluan? Ada empat orang yang bangun.

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Hendak cakap pasal ayat Al- Quran tadi ke pasal apa?

final • 11:40 AM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Hendak bagi kah tidak?

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Pasal statement Yang Berhormat Setiu...

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ya?

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kenyataan Yang Berhormat Setiu.

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya bagi dekat adik sayalah Yang Berhormat Bukit Katil ini.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih abang. Yang Berhormat Setiu, saya ingin penjelasan Yang Berhormat Setiu tentang di peringkat awal tadi...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said

Kalau ikut peraturan, tidak sebut abang atau adik ya, sebut kawasan.

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Saudara, saudara, maaf. Ini menunjukkan walaupun marah tapi ingin tegurkan perkara-perkara yang tidak betul ini.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Setiu tentang peringkat awal tadi Yang Berhormat Setiu nyatakan bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh seperti fortune teller menyatakan bahawa kemungkinan akan dipenjarakan dan sebagainya. Saya fikir mungkin Yang Berhormat Setiu tidak faham ataupun ketika Yang Berhormat Setiu jadi hakim dulu mungkin tidak pernah alami perkara-perkara seperti ini atau buat-buat tak faham.

Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh semalam jelas.

Isunya adalah proses. Proses yang ditunjukkan di dalam perbicaraan yang membabitkan Yang Berhormat Permatang Pauh di mana perbicaraan untuk Yang Berhormat Permatang Pauh ini berbeza dengan perbicaraan-perbicaraan yang lain. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Setiu pernah jadi peguam kah tidak. Saya sendiri sebagai seorang peguam, kita dapat lihat bagaimana sikap, demeanor, perwatakan, cara bagaimana kes itu ingin disegerakan.

Sepertimana apa yang berlaku kepada saya sendiri ketika saya dibicarakan baru- baru ini tentang kes blackout 505, hakim bila peguam itu tanya, semua tidak boleh. Akan tetapi bila pendakwa raya tanya, semua okey, walaupun tanya soalan entah apa-apa. Tapi dalam kes ketika kita hendak bangkit hendak bertanya, hendak perbetulkan, hendak cross, hendak soal balas, ha, ini tidak boleh, itu tidak boleh, ini tidak relevan dan sebagainya. Itu menunjukkan seolah-olah hakim sudah ada suatu pendirian untuk sabitkan dari segi demeanor. Sebab, kita kena ingat Yang Berhormat Setiu, bahawa justice must not only be done but must be seen to be done. Ini prinsip utama yang saya ingin tegaskan...

[Tepuk]

final • 11:40 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

[Bangun]

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Saya fikir Yang Berhormat Setiu yakin dan tahu bahawa keadilan bukan sahaja kita tengok dari segi, *“Oh!

Hakim ada, pendakwa raya ada, peguam ada”*, tapi mesti dilihat seolah-olah berlaku adil.

Sebab itu dalam kes yang membabitkan Yang Berhormat Permatang Pauh, langsung tidak diberikan ruang. Bayangkan, sepertimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, tebal-tebal rekod rayuan tetapi dengar perbicaraan dua hari terus hendak jatuh hukum. Kemudian terus hendak jatuhkan hukuman yang lima tahun penjara dan sebagainya. Kes sepatutnya dibicarakan pada bulan April, dianjak kepada bulan Mac semata-mata hendak menghalang beliau menjadi calon. Itu semua adalah demeanor...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said

Ya.

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Ataupun must be seen, justice must be seen to be done, dan ini tidak berlaku di dalam kes ini, Yang Berhormat Setiu. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Setiu. Sebelum Yang Berhormat Setiu jawab ya. Sebab itu saya ingatkan semalam, kita berkisar tentang rang undang-undang kita tentang saraan hakim dan cukuplah mengenai kes yang melibatkan Yang Berhormat Permatang Pauh kerana kes ini juga dalam proses rayuan. Cukuplah. Juga Yang Berhormat Bukit Katil, juga saya tegur kerana menyebut kes Yang Berhormat Bukit Katil sendiri terlibat sebagai sama ada peguam atau juga saksi.

Jadi, sila Yang Berhormat Setiu beralih kepada tajuk yang lain.

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya perlu jawab...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said

Tidak perlu, tidak perlulah.

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya rasa perlu jawab.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said

Ikutlah Speaker bagi tahu tidak perlulah. Alih tajuk yang lain, tumpu kepada perkara am tentang Rang Undang-undang Saraan Hakim. Ya, sila.

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Kalau saya tidak jawab...

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya minta jugalah untuk jawab. Saya rasa sebab Yang Berhormat Bukit Katil ini salah faham.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said

Yang Berhormat Setiu, kalau saya benarkan, ramai lagi ahli-ahli yang lain akan timbulkan isu yang sama.

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Setiu berdiri atas satu poin sahaja. Dia hanya bawakan isu yang tidak relevan dalam ini. Dia tidak ada poin hendak berucap.

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ada kaitan, ada kaitan sebab ini...

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bukan. Isunya...

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Isu semalam pasal integriti Badan Kehakiman.

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Dia tidak ada poin yang lain hendak bawa ke Dewan ini. Yang Berhormat Setiu hanya ada satu poin.

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Kalau perlu saya bagi tahu bahawa...

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Teruslah...

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Integriti ini dijaga daripada awal.

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Integriti...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said

Yang Berhormat Batu duduk Yang Berhormat Batu. Ya, Yang Berhormat Kapar duduk.

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Setiu tidak ada poin lain.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said

Ya, ya. Yang Berhormat Batu dengan Yang Berhormat Kapar duduk. Ya Yang Berhormat Setiu.

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya hendak bagi penjelasan sahaja kepada soalan tadi.

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Penjelasan apa? Speaker sudah arahkan ini tidak relevan di dalam rang undang-undang ini, Yang Berhormat Setiu.

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Tetapi sebelah sana bercakap panjang lebar pasal integriti, itu yang masalah.

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya lah.

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya kena jawab.

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bukan itu Menteri kena jawab?

Yang Berhormat Setiu bukan...

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Dah kenapa takut saya hendak bagi jawapan?

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak ada poin lainkah, Yang Berhormat Setiu?

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Kalau sudah ditanya, saya kena jawab.

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak ada, tidak ada orang tanya ini.

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya minta sekalilah untuk...

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat duduk dahulu.

Yang Berhormat Batu, duduk. Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat yang sedang berhujah.

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ya.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Batu, kalau pun minta penjelasan begitu, dengan cara baik. Tidak baik bertengkar-tengkar begitu.

Sila Yang Berhormat Setiu.

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Jawapan kepada Yang Berhormat Bukit Katil tadi, saya rasa dia salah faham. Saya hendak katakan bahawa bukan keputusan yang dibuat di Mahkamah Rayuan. Andaian yang dibuat kepada Mahkamah Persekutuan, belum lagi diputuskan dah dirasakan bahawa dia bersalah. Itu yang saya hendak bagi tahu. Sebab itu saya kata jangan kita menjadi... Saya tidak kata Yang Berhormat Permatang Pauh yang buat.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, you bawa rujuk kepada kes saya. Bila yang saya katakan bersalah? Kamu ini hakim kah? Guna otak betul-betul. Kamu sebenarnya...

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Tidak, semalam...

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Dengar saya jawab! Kamu kata saya sebut saya bersalah!

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Jangan hendak main-main okey, saya yang bercakap. This my floor!

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Dengar, dengar, dengar!

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Dengar dahulu, dengar. Sudah kata dengar, dengarlah!

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

...Ada kata kenapa tak dipenjara...

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Hakim hukum apa macam mana ini?

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Seolah-olah hukuman Yang Berhormat Permatang Pauh dibuat terhadap...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu duduk.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Hendak hina banyak mana lagi?

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, itu sebab apabila berhujah, mesti dengan kebertanggungjawaban, oleh sebab kita semua yang duduk di sini bergelar Yang Berhormat. Jadi kalau ada perkara-perkara yang kamu ingat boleh menimbulkan kekecohan, jangan buat. Boleh berbahas dengan cara halus, dengan cara sinis lagi lebih tajam.

Yang Berhormat Setiu, jangan lagi buat begitu, hujah dengan baik. Sila.

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Okeylah, tidak apa, saya teruskan dengan isu yang lain. Nampaknya tidak boleh terima.

final • 11:40 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan pelantikan hakim ya. Jadi cadangan saya kepada suruhanjaya supaya pelantikan ini ditumpukan kepada mereka yang lebih senior dan juga lawyer kepada badan itu sendiri iaitu daripada mereka yang bertugas di mahkamah tanpa berhenti dan sebagainya. Ini kerana ada sesetengah Hakim Mahkamah Sesyen dan sebagainya sudah menulis alasan yang agak bagus, itu perlu diambil kira.

Kurangkanlah melantik hakim-hakim daripada peguam. Walaupun dibolehkan di bawah Perkara 123 tetapi kurangkanlah pelantikan kerana mereka ini sudah hidup senang lenang dah sebelum ini.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta penjelasan Yang Berhormat Setiu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu tadi sebut berkenaan dengan promosi ataupun promotion hakim-hakim yang sedang menjadi hakim. Adakah Yang Berhormat Setiu sedia bersetuju dengan saya bahawa memang terdapat ramai hakim yang telah pun berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Sesyen untuk bertahun-tahun panjangnya tetapi memang tidak diberi, tidak diangkat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, dan ini menjadi satu perkara yang boleh membawa kepada dissatisfaction ataupun disillusionment di antara hakim-hakim yang masih di peringkat bangku mahkamah. Itu pertama. So, adakah Yang Berhormat Setiu bersetuju bahawa kemungkinan kita seharusnya melihat kepada senioriti seorang hakim tersebut dalam menjangkakan isu promotion kepada Mahkamah Tinggi dan juga kepada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan? Itu pertama.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kedua, Yang Berhormat Setiu sentuh berkenaan dengan practitioners. Saya hendak juga kongsi pandangan bahawa, ya memang Yang Berhormat Setiu menyatakan bahawa practitioners itu self-employed, mempunyai income tersendiri. Akan tetapi itu tidak menidakkan kebolehan mereka juga untuk menjadi hakim dan untuk mereka berkongsi pengetahuan mereka sebagai hakim di negara ini. So, jadi bagaimana kita boleh menggunakan isu pendapatan dia sebagai satu isu yang menidakkan mereka dipertimbangkan untuk menjadi hakim-hakim?

Kalau kita hendak panjangkan atau perluaskan pengetahuan atau pun expertise dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dalam bidang kehakiman. Saya rasa kita perlu melihat kepada individu dan bagaimana beliau boleh sebagai seorang yang berpengalaman dalam satu bidang undang-undang tersebut untuk juga mengambil bahagian supaya our judiciary in our legal system can improve. Jadi, saya di sini tidak bersependapat, I do not think we have to look at the income alone dan Yang Berhormat Setiu, bukan semua peguam yang dapat pendapatan yang sangat tinggi. Ada sesetengah mereka yang tidak dalam kategori sedemikian tetapi mereka juga ingin kalau diberikan peluang mengambil bahagian dalam judiciary dalam negara ini. Sila beri pandangan Yang Berhormat Setiu. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya sangat bersetujulah dengan saranan tadi. Kita melihat kepada seniority.

Saya sudah bagi tahu awal-awal tadi, perlu dilihat kepada seniority, ability dan juga loyalty. Makna kena loyal. Itu saya kata, bukan saya kata tidak boleh. Untuk isu kedua bukan tidak boleh dilantik daripada peguam, kadang-kadang peguam selain daripada income nya ada juga dari segi kebolehannya dia specialize dalam sesuatu kes jenayah atau sebagainya.

Sivil, kalau diletak di bahagian sivil, dia tidak boleh perform. Itu yang saya risaukan. Jadi, itu jawapan saya kepada Yang Berhormat Puchong.

Saya juga ingin sarankan bahawa pelantikan daripada peguam juga supaya dimulakan daripada bawah. Bukan daripada terus seperti ada pelantikan sebelum ini, terus kepada Mahkamah Persekutuan dan juga ke Mahkamah Rayuan, pernah terjadi. Jadi sepatutnya mereka bermula daripada bawah. Daripada pesuruhjaya kehakiman atau pun Hakim Mahkamah Tinggi. Baiknya menjadi seorang hakim sebelum ini kita ada decorum di mahkamah. Maknanya kita tidak perlu hendak guna tukul sebagai hendak ketuk kalau ada berlaku apa-apa hujah dan sebagainya. Oleh sebab ada decorum , semua menghormati.

Akan tetapi di Parlimen ini agak malang sedikit. Dewan mulia tetapi cara kadang-kadang – yang saya sedihnya ada sesetengah ini menuding jari atau menunjukkan jari kepada Tuan Yang di-Pertua, tidak ada undang-undang. Tidak ada undang-undang yang boleh, maknanya undang-undang yang boleh pakainya bawah aturan. Halau keluar Dewan dan sebagainya. Akan tetapi di mahkamah ia ada penghinaan. Penghinaan ini boleh sehingga

final • 11:50 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

ke penjara atau pun sebagainya. Itu sahaja yang dapat saya katakan. Saya menyokong dengan pindaan Akta Saraan Hakim. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Lima lagi. Saya nampak daripada pembangkang lima, daripada Barisan Nasional tiada. So, setelah lima ini, kalau tidak ada lagi yang berhujah, saya akan jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Sila Yang Berhormat Puchong.

final • 11:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Tuan Yang di-Pertua, sejak daripada semalam kami mendengar hujahan-hujahan yang dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak dan isu yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan badan kehakiman, kebebasan seseorang hakim itu apabila membuat keputusan. Usaha- usaha yang diambil bukan sahaja oleh kerajaan sendiri tetapi juga oleh badan kehakiman untuk meningkatkan integriti dan juga untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa memang badan kehakiman negara kita adalah bebas dan adil.

Walaupun kita banyak berhujah berkenaan dengan kes-kes politik tetapi juga terdapat Tuan Yang di-Pertua, kes-kes yang melibatkan pihak-pihak biasa. Di mana isu-isu berkenaan dengan berat sebelah dan juga isu-isu berkenaan dengan kemungkinan adanya bias dibangkitkan. Akan tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak kehakiman, Jabatan Peguam Negara atau pun pihak polis untuk menangani masalah ini.

Jadi, isu berbangkit dalam ini, apabila kita sebut berkenaan dengan badan kehakiman, mudah untuk kita menyatakan bahawa adalah perlu untuk kita pastikan bahawa tidak ada rasuah, tidak ada appearance of corruption dan tidak ada berat sebelah pada pihak seseorang hakim. Walaupun senang untuk disebutkan Tuan Yang di-Pertua, isu yang berbangkit adalah bagaimana seseorang yang ada bukti untuk menunjukkan seseorang hakim itu terlibat dalam kegiatan rasuah ataupun beliau berat sebelah? Bagaimanakah rakyat biasa perlu membawa isu ini kepada badan pengadilan? Senang untuk kita sebut.

Saya dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pengerang, “If you do not like the judge, then don’t go to that court.” This kind of attitude Tuan Yang di-Pertua, tetapi fikirlah pada pihak rakyat biasa. Apabila beliau menghadapi seseorang hakim dalam sesuatu kes di mana ada alasan untuk percaya bahawa ada unsur-unsur berat sebelah. Bukan sebegitu senang, untuk beliau hanya mengendahkan, tidak pedulikan isu-isu itu.

Saya Tuan Yang di-Pertua ingin membawa perhatian kepada satu kes yang telah pun diputuskan baru-baru ini di Mahkamah Persekutuan. Kes sivil di mana pihak pemohon adalah Halaman Perdana Sdn. Bhd., saya boleh sebut Tuan Yang di-Pertua kerana kes ini telah pun habis, ia mengakhiri di Mahkamah Persekutuan. So, saya boleh sahkan tidak ada rayuan yang timbul selepas daripada ini, responden Tasik Bayangan Sdn. Bhd. Di dalam kes ini Tuan Yang di-Pertua, apa berlaku adalah pihak pemohon membuat satu permohonan kepada Mahkamah Persekutuan dan di dalam permohonan itu menimbulkan isu berat sebelah. Bukti yang dibawa untuk mendukung kenyataan ini atau aduan ini senang untuk kita faham. Terdapat bukti menunjukkan bahawa Hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar kes tersebut Tuan Yang di-Pertua, telah pun tiga atau empat hari sebelum rayuan itu mengeluarkan SMS kepada pihak responden dalam kes itu.

So, kita ada bukti. SMS dikeluarkan di antara hakim yang bersidang dan responden. SMS itu dikemukakan kepada Mahkamah Persekutuan untuk dipertimbangkan.

Akan tetapi apa berlaku? Dalam kes ini, kes ini ditolak atas sebab-sebab teknikal. Tuan Yang di-Pertua, dikatakan bahawa permohonan atau pun prosedur yang digunakan tersebut tidak berpatutan. Tidak apa, that is one thing, that is separate. Akan tetapi masalahnya, isu sebegini dan ini ada sekarang dalam archive undang-undang kita. We have a judgment Tuan Yang di-Pertua, di mana dinyatakan bahawa ada exchange of SMS di antara hakim dan pihak yang hadir di hadapan dia.

Saya hendak tanya, apakah yang dilakukan oleh badan kehakiman dalam kes-kes sebegini? Kalau seseorang membawa aduan sebegini ke mahkamah dalam satu permohonan dan mahkamah menolak atas isu teknikal tetapi pada asasnya Tuan Yang di- Pertua, the allegation remains. Bagaimana dengan pihak dan keputusan kes itu, adalah keputusan yang memihak kepada pihak yang telah pun mengeluarkan SMS kepada hakim

final • 11:54 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

tersebut. Jadi, di sini saya menimbulkan satu perkara yang cukup besar. Baik kita ada kes- kes yang melibatkan politik, ya itu satu.

final • 11:54 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kemungkinan besar apabila kita di sini bangkit dan kita menyuarakan ketidakpuasan hati, pihak sebelah menyatakan ini kes politik. Akan tetapi kita ketepikan itu, kita balik kepada keadaan yang melibatkan rakyat biasa. What will you do? Saya hendak tanya, di Malaysia ini adakah kita mempunyai satu sistem atau pun satu avenue di mana kita membuat aduan-aduan supaya hakim tersebut itu tahu bahawa kita memang melihat pada tingkat laku dia. Saya setuju, kita boleh buat aduan expose facto selepas fakta itu.

Kalau saya tanya soalan ini, memang disebut, kalau ada bukti, buat laporan kepada SPRM.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kes ini bukan sahaja laporan telah dibuat kepada SPRM, perjumpaan-perjumpaan berkali-kali telah dibuat kepada SPRM. Akan tetapi memang tidak ada sebarang keputusan yang dikeluarkan. Apabila kita tanya, the standard answer, saya tidak mahu hendak memfitnahkan sesiapa, but the general answer is that, “we cannot look into this kerana terdapat sebab-sebab tertentu”. Saya hendak tanya, apakah yang seharusnya kita lakukan sebagai rakyat biasa?

Kalau seseorang itu mempunyai asas untuk percaya bahawa hakim yang akan mendengar kes itu berat sebelah ataupun terlibat dalam rasuah. Kita tidak ada sebarang cara untuk kita membawa mana-mana pihak ke mahkamah untuk menyiasat atau melihat apa yang berlaku. Ini menjadi satu perkara yang memudahkan perkara-perkara ini berlaku.

Ini kerana kalau kita tidak mempunyai satu sistem di mana seseorang hakim itu tahu bahawa gerak-gerinya dilihat, bahawa dalam mahkamah, semasa kes dibicarakan, ada pihak-pihak yang tertentu yang akan hadir untuk melihat. Saya rasa kita tidak boleh, memang kita tidak boleh lawan, kita tidak boleh menangani masalah yang timbul ini.

final • 12:00 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Yang Berhormat Puchong.

final • 12:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, silakan.

final • 12:00 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Puchong.

Saya hendak menambah sedikit sebab masalah ini berkait sangat dengan saya sebagai rakyat Malaysia, berkait sangat dengan persepsi masyarakat. Daripada pendedahan oleh Hakim Syed Ahmad, suratnya dahulu, banyak diperbahaskan tentang integriti hakim-hakim.

Asasnya ialah respect must be earned not demanded, dengan izin. Jadi, saya sebagai seorang pengamal perubatan, kita banyak berjumpa dan bercakap kes-kes medico legal misalnya dan banyak disebut tentang perilaku hakim yang menyebabkan rasa hormatnya kurang. Itu maksud saya, respect has to be earned macam yang disebut ini Yang Berhormat Puchong tadi, not demanded. Jadi, kalau tingkah laku itu tidak menimbulkan rasa hormat daripada masyarakat, bagaimana hakim dan badan kehakiman berharap rakyat akan memberikan penghormatan. Itu satu isu serius yang saya rasa harus difikirkan oleh setiap pengamal undang-undang dan setiap yang terlibat dalam bidang kehakiman, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih rakan saya Yang Berhormat.

Saya setuju dengan apa yang disebut, memang respect must be earned bukan sahaja dalam bidang kehakiman tetapi seluruh peringkat professionalism. Betapa tingginya kita sebagai seorang profesional, kita kena perhatikan bahawa orang ramai di luar melihat ataupun menghalusi tingkah laku kita. Akan tetapi di dalam isu ini Tuan Yang di-Pertua, kita tidak payah sebut berkenaan dengan laporan kepada SPRM sahaja. Kita tidak payah sebut berkenaan dengan laporan polis yang telah pun dibuat Tuan Yang di-Pertua. Kita sebut berkenaan dengan Suruhanjaya Diraja yang telah pun dibangkitkan.

We have had Royal Commission of Inquiry Tuan Yang di-Pertua, di mana kelakuan hakim-hakim yang telah pun bersara, termasuk juga Ketua Hakim Yang Berhormat. Dibincangkan, diutarakan dan selepas mendengar bukan sahaja keterangan daripada ketua-ketua hakim ini di dalam kes di mana bekas Perdana Menteri juga dipanggil sebagai seorang saksi tetapi syor-syor dikeluarkan, dikemukakan, langsung tidak ada sebarang tindakan, no action at all. So, itu menjadi satu sebab di mana rakyat di luar sana melihat dan tanya are, “you serious or is this just a joke?”. Apabila terdapat aduan, senang.

Kita datang kepada Menteri, kita tanya, menteri kata ya, “kita serius, kita sebagai kerajaan, kita akan ambil tindakan dan sebagainya”. Akan tetapi secara praktis itu, di manakah kita boleh lihat bahawa memang tindakan itu diambil.

final • 12:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, dalam kes ini misalnya, saya tahu responden telah pun kalah dalam kesnya. Akan tetapi beliau tidak akan lupa bahawa dalam kes ini walaupun beliau telah bawa kepada perhatian hakim-hakim yang paling tinggi, bahawa wujudnya unsur-unsur biased, langsung tidak ada sebarang tindakan yang diambil dan ini menjadi masalah dia. So, it just doesn’t affects political cases Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat-Yang Berhormat, it affects the judiciary across the board, dengan izin.

Persoalannya, what are we going to do? Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri memberikan saya satu jawapan. Sehingga sekarang, berapakah aduan yang telah dibuat oleh orang ramai terhadap hakim-hakim, how many complains? Apakah tindakan yang telah pun diambil? Aduan ini dibuat ke mana? Kepada siapa? Kenapa kita tidak dengar atau kita tidak lihat bahawa sebarang tindakan diambil untuk mengangkat kepercayaan rakyat-rakyat bahawa memang kerajaan akan mengambil tindakan tegas.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita berjalan di dalam koridor, we walk in the corridor of Putrajaya in Palace of Justice. Hari-hari Tuan Yang di-Pertua, I’m ashamed to say, sebagai seorang peguam saya dengar bisikan di antara bukan sahaja peguam ramai di situ, so much talk about corruption. This case is fixed, that case is fixed. Saya setuju, easy to say, membuat allegation, its easy to make an allegation. Akan tetapi persoalan dia, apabila kita memberi tahu mereka, “don’t make allegation, make a report”. Dia tanya balik kepada saya, “make report to whom and for what?”. You won’t take action, RCI pun ada, *no action.

So, why should we now come up and make complains*? Jadi, tidak guna kita datang cakap berkenaan dengan hakim-hakim yang bersara dan how this we are going to support them in terms of salary rise.

final • 12:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Puchong...

final • 12:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kita dalam DAP telah pun menyatakan dan saya rasa juga Yang Berhormat Setiu, seorang hakim, saya bincang dengan dia juga. Yes, we respect judges. Kita hendak angkat, kita hendak bawa satu keadaan di mana kita setaraf dengan negara-negara lain. Misalnya di Singapura, saya minta supaya satu committee diadakan supaya kita boleh mempertimbangkan, mempertingkatkan gaji hakim- hakim. Beri kepada mereka gaji yang lumayan. We want to improve our judiciary tetapi dalam masa yang sama kita kena serius, kita kena beri kepada rakyat biasa kepercayaan bahawa sekiranya ada aduan, memang tindakan tegas akan diambil. Yang Berhormat Klang.

final • 12:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puchong. Saya hendak balik kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi mengenai kelakuan hakim. Sekarang kita dapati satu trend di kalangan hakim di mana mereka dilantik sebagai pengarah firma-firma besar di Malaysia. Ada juga laporan akhbar mengatakan bahawa mereka dilantik dua tiga minggu selepas mereka bersara. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat, should we mengehadkan, should we impose a time limit di mana mereka tidak boleh dilantik sebagai seorang pengarah seperti kita nampak di Amerika Syarikat dan juga di Australia dan juga di UK. Di mana para hakim tidak boleh mengambil apa-apa pelantikan dua hingga tiga tahun selepas mereka bersara. Should a minister make a decision of this matter, because we find a lots of conflict of interest that can arise. Because, kemungkinan besar mereka boleh membuat keputusan sebelum mereka retire dan keputusan itu favors the company selepas mereka retire. So, minta pandangan Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya setuju. Terdapat dua pendapat sebenarnya Tuan Yang di-Pertua. Satu, di mana pendapat tegas diambil supaya seseorang hakim yang bersara itu tidak dibenarkan untuk menjadi ataupun melibatkan diri dalam business selepas beliau bersara. Itu memang satu pendapat atau pendirian yang tegas. Satu lagi pendirian di mana memang perlunya satu jangka masa, mungkin dua atau tiga tahun, had masa sebelum seseorang itu boleh menerima satu lantikan, khususnya dalam syarikat-syarikat besar sebagai pengarah dan sebaliknya.

Isu ini berbangkit, senang untuk kita faham. Ini kerana ada fikiran bahawa semasa hakim tersebut menjadi hakim, semasa beliau menjadi seorang yang menimbangkan kes- kes, kemungkinan beliau telah pun membuat satu keputusan yang melibatkan, saya tidak menyebut sama ada memihakkan ataupun tidak tetapi melibatkan syarikat-syarikat tersebut. Jadi, ini menjadi satu keadaan membawa kepada perasaan syak wasangka yang

final • 12:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

dibangkitkan. In fact, yang diberikan contoh Tuan Yang di-Pertua, oleh Yang Berhormat Klang, dua tiga minggu dan kita lihat sudah ada pekerjaan.

final • 12:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini bermakna bahawa sebelum daripada persaraan seseorang hakim itu, kemungkinan besar beliau telah pun berbincang ataupun didekati, dihadapi oleh syarikat- syarikat tersebut. Akan tetapi ini bukan satu keadaan yang mengejutkan.

Juga terdapat satu kes di Malaysia di mana ada seseorang hakim yang paling senior, sebelum beliau bersara pejabat beliau yang baru telah pun dibuat di satu firma peguam. Saya rasa ini kita tahu. Akan tetapi as I said before Tuan Yang di-Pertua, memang aduan berbeza, beraneka jenis ada. Akan tetapi bagaimana kita akan mengambil tindakan?

Bagaimana kita akan pastikan bahawa tindakan yang diambil? Saya hendak minta daripada Yang Berhormat Menteri untuk memberi satu cadangan, how do we overcome this? SPRM tidak berani hendak ambil tindakan. Itu adalah satu keadaan yang memang boleh dibuktikan melalui kes ini. Badan penghakiman tidak mengambil tindakan. Apa yang kita sebagai rakyat biasa perlu buat?

Yang disebut berkenaan dengan kes Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya tidak mahu sebut dengan detail Tuan Yang di-Pertua kerana memang Peraturan Mesyuarat 36(8) mengehadkan kes ini sub judice dan juga ia di mahkamah. Akan tetapi sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Katil, saya rasa isu yang berbangkit ialah apa yang dilihat oleh rakyat.

Saya hendak sebut di sini berkenaan dengan isu – just we take one point Yang Berhormat Setiu. Ianya berkaitan dengan laporan perubatan sebelum kita menghukum seseorang itu dengan hukuman pemenjaraan. Saya rasa even Yang Berhormat Setiu boleh bersetuju dengan saya bahawa apa yang perlu adalah untuk kita memberikan kelonggaran kepada sesuatu tertuduh ataupun seseorang yang dituduh itu untuk mengemukakan bukti- bukti yang berkaitan supaya ia diambil kira sebelum sesuatu keputusan hukuman dibuat.

Akan tetapi di dalam sesuatu kes di mana seseorang itu merayu supaya diberi peluang untuk diberi laporan perubatan yang memang akan kena-mengena direct impact on sentence, hakim-hakim yang bersidang jam enam petang mengatakan, “No, no need for medical report. We can proceed.” Adakah itu menunjukkan atau adakah ia membawa kepada satu signal yang baik kepada rakyat biasa? Mengapa tindakan beliau sedemikian?

Adakah ianya kerana dua, tiga hari selepas itu terdapat hari penamaan calon? Bila rakyat tanya soalan ini susah kita hendak jawab. Oleh kerana kita sebagai peguam kita kena jawab kepada rakyat. Rakyat tanya kita.

final • 12:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Puchong.

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sila Yang Berhormat Setiu.

final • 12:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Sedikit ya. Dikatakan tertuduh tidak diberi peluang untuk mendapatkan laporan perubatan. Akan tetapi Yang Berhormat Puchong sedar atau tidak pada hari permohonan dibuat, sepatutnya telah tahu apa yang sebenarnya pada hari itu. Untuk mitigasi sahaja, mitigasi kepada – rayuan kepada hukuman sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Oleh sebab pada malam tersebut, sama ada Yang Berhormat Puchong sedar ataupun tidak begitu hebat berceramah untuk PRK di Kajang. Jadi di mana? Bila tidak dapat apa yang diminta oleh mahkamah dituduh mahkamah bermacam-macam. Akan tetapi kita sendiri kalau tidak betul, tidak sihat pada malam itu tidak perlu pergilah untuk kempen dan sebagainya. Ini yang masalah. Masalah berlaku macam itu. Apa pendapat daripada Yang Berhormat Puchong sendiri?

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih ini Tuan Yang di-Pertua sekali lagi menunjukkan masalah dia. Yang Berhormat Setiu, sebagai seorang hakim, Yang Berhormat bekas hakim Mahkamah Seksyen. Yang Berhormat tahu bahawa kita sebagai hakim kena melihat kepada keterangan sebelum kita membuat sesuatu keputusan.

Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Setiu itu menunjukkan bahawa kadang- kadang hakim ini tidak mengikut undang-undang. Apabila seseorang peguam itu meminta masa untuk kita mengemukakan keterangan, you know that, it has to be by evidence. You

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

go by the evidence. Bukan kita hendak buat sesuatu keputusan berdasarkan kepada apa yang kita diberitahu oleh orang lain.

Masalah dia adalah seperti mana yang saya sebutkan, kenapa tidak boleh diberi peluang? Ini menjadi satu perkara yang simple thing. We do not have to go through into details on this. Di mana bila kita hendak berikan hukuman pemenjaraan [Disampuk] Ada apa yang hendak disebutkan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Laporan boleh dibeli?

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak, saya tidak ada masalah.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Kalau mencelah buat dengan cara baik.

final • 12:10 PM

Seorang ahli

Bangun, bangun.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila. Teruskan.

final • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Boleh saya minta laluan?

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Pasir Salak hendak minta laluan? Silakan.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Saya suka.

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya okey. Tidak ada masalah.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi saya hendak cakap. Saya sudah dengar ini, sudah letih dengar ini.

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau letih keluar Dewanlah.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

No, we do not want. I tell you...

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau letih keluar Dewan.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Kita pun bukan suka sangat apa yang berlaku kepada keluarga Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Jangan hina Dewan ini. Jangan hina Dewan ini.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

I do not like it.

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Jangan hina Dewan ini. Kalau kita tidak mahu dengar jangan dengar.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Yang Berhormat jangan nak tunjuk hero!

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bukan hero.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong.

Duduk dulu, duduk dulu.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

You maybe a lawyer but it does not meant you are perfect!

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong.

Duduk, duduk.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

It does not meant you are perfect, you know!

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ambil tindakan terhadap dia Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

You do not think you are the fighter. We also fighter!

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

No. This people think they are fighter.

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Apa ini Tuan Yang di-Pertua.

Cakap tukar-tukar Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak duduk.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Sudahlah!

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ini standard Menteri.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri tolong duduk.

final • 12:10 PM

Seorang ahli

Cakap putar belit, cakap putar belit.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat jangan perbahasan yang begitu elok dikecohkan. Tidak elok [Disampuk] Sila

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh saya teruskan?

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila. Kalau ada pelanggaran Peraturan Mesyuarat, saya akan tegur. Sila.

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Tuan Yang di-Pertua, dia yang buat sindiran, buat remark .

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

...Yang cuba memperkecilkan seseorang.

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua hendak beri nasihat itu duduklah Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya dengar semua itu.

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tidak faham-faham lagi?

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Who is he?

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tidak faham-faham lagi?

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Who is he? Sudahlah!.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya dengar semua itu.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Hari ini Yang Berhormat Permatang Pauh ...

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Duduklah!

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

...40 years ago.

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Wah! Tengok..

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri tolong duduk.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Sudahlah Yang Berhormat Sepang!

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Ahli Yang Berhormat...

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua sudah beritahu ikut sahaja. Jangan tidak ikut pula.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Kalau hendak bercakap dengan hormat, kita bercakap dengan hormat.

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ini Menteri standard apa ini.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

If you want to talk secara hormat kita boleh cakap.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Pasir Salak tolong duduk Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Jangan putar belit.

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Suka hati sahaja hendak main- main cakap.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

We are not stupid here to listen to all this nonsense.

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ini standard Menteri kah Tuan Yang di-Pertua? Ini standard apa ini?

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, duduk dulu Ahli Yang Berhormat.

Duduk, duduk. Yang Berhormat Puchong duduk. Ahli Yang Berhormat, tolong Ahli Yang Berhormat yang kita sekarang kita bahas ini adalah hal keadilan, kehakiman, saraan hakim.

Jadi pendapat itu memang berbeza, Saya meneliti dengan baik apa yang di hujah. Kalau melanggar Peraturan Mesyuarat saya tegur kerana yang disebut ini pun adalah hal yang masih dalam mahkamah tetapi Yang Berhormat Puchong awal-awal cakap bahawa dia cuma cakap yang mana tidak melanggar Peraturan Mesyuarat. Itu saya setuju.

Teguran daripada Yang Berhormat Setiu itu, itu pendapat Yang Berhormat Setiu.

Jadi bermakna apa yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong, saya juga bersetuju.

Biarlah begitu. Janganlah kita buat keputusan kita sendiri. Sila, teruskan perbahasan.

final • 12:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Mohon penjelasan Yang Berhormat Puchong. Sikit.

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sebentar. Saya hendak jawab. Bila Yang Berhormat Pasir Salak berdiri. Tengok dia berdiri lagi, ya, silakan.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Apa gelak-gelak?

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Tuan Yang di-Pertua, apa ini? Apa gelak-gelak? You want to talk, talk nicely.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat. Kalau ada...

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Bila you dah bagi I want to say something.

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau tidak ada soalan duduklah.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Tengok, you sudah bagi jalan, before I say anything dia sudah kata, “Tidak ada jalan. duduklah.” Why is this? What kind of remark is this Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Persoalannya, hendak tanya ataupun tidak?

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Saya hendak tanya you duduklah dulu.

You sudah bagi jalan.

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, sila tanya, sila tanya.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Adoi! Kata hendak bagi, cakap berhemah.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Tengok, what kind of character. What kind of character.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan, teruskan.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Ini dekat Chow Kit pun banyak ini.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan.

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Bahasa jaga Yang Berhormat Menteri. Bahasa itu jaga.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Kalau macam ini punya character dekat Chow Kit pun ramai.

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Suka hati sahaja.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat teruskan soalan itu Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Cakap soalan, tanya soalan. Ini menteri Chow Kit.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

You can shout at me. But I am not going to budge.

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan tidak...

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

...Ada soalan, saya ingin teruskan.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dulu Yang Berhormat. Saya dengar Yang Berhormat.

Silakan Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen boleh bercakap, but we are not stupid to listen all the nonsense and manipulation. Putar belit itu dan ini. You expect us to hear and listen to you?

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

That is all I want to say. Many things what you said are manipulating, twisting…

final • 12:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Is that the question?

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Agitation, fitnah…

final • 12:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Is that the question?

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

You hendak bela...

final • 12:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, is that the question?

final • 12:20 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Kapar, duduk Yang Berhormat Kapar.

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Cool, cool.

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Once something happen to me, you tidak bela.

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, ya.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Yang Berhormat Permatang Pauh, you know what I am talking about.

final • 12:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Duduk, duduk. Dengar itu, Tuan Yang di-Pertua pun sudah kata duduk.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

You did something very wrong to me.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul] Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Salak, duduk Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Pasir Salak duduk.

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Duduk dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong duduk. Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Pasir Salak, duduk Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Lepas Kapar dahulu, baru pergi Yang Berhormat Permatang Pauh. Lepas Kapar dahulu Yang Berhormat Pasir Salak, lepas

final • 12:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

itu pergi Yang Berhormat Permatang Pauh. Lepaskan Kapar dahululah. Chow Kit punya Menteri.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Duduklah! Tidak payah dengar cerita. Duduk!

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau perlu untuk saya tangguh Dewan supaya semua sejuk, saya akan tangguhkan.

[Menyampuk] Akan tetapi... Nanti dahulu Yang Berhormat, nanti dahulu. Akan tetapi nanti apabila saya resume balik, saya suruh Menteri dahulu jawab. Jangan. Ahli Yang Berhormat Pasir Salak, kalaupun mahu berbahas, dengan cara baik.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Saya sudah baik. Mereka yang gelakkan.

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kadang-kadang saya pun mereka gelakkan juga Yang Berhormat. Tidak mengapa. Sila.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Saya duduk diam di sini, dengar. Saya hendak bercakap, dia mentertawakan sebelum saya bercakap.

final • 12:20 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Saya sudah kata tadi...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah. Yang Berhormat yang lain, sudahlah Yang Berhormat.

[Menyampuk] Yang Berhormat Pasir Salak, sudahlah Yang Berhormat. Sudah Yang Berhormat. Sudahlah Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Hendak cakap tetapi tidak cakap.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Saya hendak berbahas dengan Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu lain forum Yang Berhormat. Sila.

final • 12:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Bahas dengan saya dahulu.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduklah Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya pun tidak lepas, hendak pergi Yang Berhormat Permatang Pauh pula.

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Peraturan mesyuarat pun tidak lepas.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila Yang Berhormat Puchong. Teruskan.

final • 12:20 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Arau, duduk Yang Berhormat Arau.

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, kita...

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan.

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Perdana Menteri kita, kalau boleh do not have clown just type Timbalan Menteri.

final • 12:20 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Itu menghina Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau ada clown, semua gelak. Saya pun tidak boleh bahas.

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

The laugh is fun of monkeys. Dia gelak.

He is a part of your monkeys.

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Okey, duduk. Saya tidak beri. Sudah, aaya belum habis.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul] Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Hey, You sit down!

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong...

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

This is my flow.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Tarik balik.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong.

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

This is my flow.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Puchong, duduk dahulu Yang Berhormat Puchong. Ahli Yang Berhormat Pasir Salak tolong, duduk Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

No. Ini kaduk naik junjung ini.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dahulu Yang Berhormat. Sebentar tadi sebelum saya masuk, doktor ada tunggu saya di dalam. Saya minta check darah fasal turun naik.

Jadi pasti sekarang ini darah saya sudah turun atau naik, saya pun tidak tahu. Jadi tolong saya Yang Berhormat. Ini perbahasan yang paling elok. Jadi kalau pun ada perkara-perkara yang menyinggung itu, keluar sekejap tarik nafas, selepas itu masuk balik. Jangan nanti saya dipaksa menangguhkan mesyuarat. Ini semua...

final • 12:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Ketawa sedikit baik untuk kesihatan itu.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Perkataan clown itu tarik balik.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, sudahlah.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

No, please. Clown tarik balik. You jangan bagi I cakap yang bukan-bukan fasal you pula.

final • 12:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Apa you, you? Yang Berhormat, Itu pun hendak ajarkah? Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Apa soalan kamu?

final • 12:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, bukan you, you.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

You ingat I takut tidak beranikah?

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul] Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau ada lagi di antara Ahli Yang Berhormat yang mengeluarkan cakap sebegitu, saya gunakan Peraturan Mesyuarat 44. Sudah saya cukup bersabar. Sudahlah, sudah. Jadi bermakna kalau nanti saya suruh rehat, semua pihak saya suruh rehat. Jangan cuba saya. Tolong.

final • 12:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sila teruskan dan tolong avoid perkara- perkara yang menimbulkan reaksi. Teruskan.

final • 12:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Yang Berhormat Pasir Salak sebahagian daripada kerajaan. Dia tidak patut complain...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa, tidak apa. Tidak apa Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat, sila duduk. Ini bukan menolong saya Yang Berhormat. Sila, teruskan.

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Disebut bahawa saya dalam ucapan saya putar belit tetapi tidak beri contoh apa yang saya putar belit. Apa yang boleh buat, berdiri, shout, yell, and abuse. Itu perangai UMNO. Dalam Dewan ini saya bangkit beri peluang kepada Timbalan Menteri supaya bawa isu, saya boleh jawab Tuan Yang di-Pertua, tidak ada masalah. Akan tetapi soalan pun tidak ada. Ini menjadi masalahnya Tuan Yang di- Pertua, saya faham. Apa masalah dengan apa yang saya sebut? Timbalan Menteri tadi sebut you can buy a report. Mengapa sebut sedemikian?

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Duduk, duduk, duduk. Saya tidak beri. Saya ada beri. Banyak kali saya beri. I have given you a chance. It is cheap, please. Biar saya habiskan.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Palsu, tahu tidak?

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Duduk, duduk. Bila diberi peluang, tidak tahu jawab, bersikap sebegitu. Malu kepada Jemaah Menteri. Tidak apa, saya biarkan.

Saya biarkan.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah Ahli Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Pasir Salak kita tahu, di luar pun kita gelak, di dalam pun kita gelak.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sit. Tuan Yang di-Pertua, apa yang penting Tuan Yang di-Pertua, untuk kita di dalam Dewan ini meneliti ucapan seseorang itu seperti mana saya sebut tadi. Contoh yang saya berikan itu factual, tidak ada masalah.

[Disampuk] Lihat.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa, teruskan Yang Berhormat. Teruskan.

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya tidak ada masalah. We do not take Yang Berhormat Pasir Salak seriously dalam Dewan ini. We all know that. Akan tetapi saya hendak membawa kepada perhatian semua di sini, bila kita berlagak sebegitu, kita bukan di sini memaki hamun saya sahaja sebagai Ahli Parlimen, kita di sini memalukan Dewan.

Memalukan Dewan.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Duduklah.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Yang Berhormat Puchong merujuk kepada saya. So saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, adakah saya mesti duduk di sini mendengar dengan penghinaan yang dibuat pihak lain?

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak fahamkah Timbalan Menteri? Apa yang saya sebut itu apabila kita di sini memperkecilkan aduan rakyat jelata berkenaan dengan tingkah laku seseorang hakim. Kita sebagai wakil rakyat dan kita sebagai Ahli Parlimen, kita kena bawa Tuan Yang di-Pertua perkara ini kepada Dewan yang mulia ini.

Kita kena beri peluang kepada Menteri untuk mendengar dan mencari jalan penyelesaian di mana Tuan Yang di-Pertua, saya di sini membuat cadangan. Saya membuat cadangan supaya diwujudkan satu badan di mana rakyat biasa kalau mereka mempunyai masalah sedemikian, mereka boleh bawa kepada badan tersebut dan badan tersebut itu diperlukan di bawah undang-undang untuk menyiasat dan memberikan jawapan kepada seseorang rakyat itu berkenaan dengan aduan beliau. If not Tuan Yang di-Pertua, we have to see scenario di mana rakyat di luar sana tidak akan percaya kita, di mana kita memberi janji supaya kita akan mengambil tindakan tetapi tindakan ini tidak diambil.

Tuan Yang di-Pertua, dua lagi perkara. Adakah kita mempunyai satu masalah shortage of judges di negara kita? Di bawah zaman atau masa Tun Zaki Azmi menjadi Ketua Hakim Negara, banyak pelantikan hakim-hakim dibuat dan kita dapati bahawa

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Mahkamah Tinggi khususnya di pekan-pekan kecil. Saya beri contoh Tuan Yang di-Pertua, Mahkamah Tinggi Muar bahawa kita lihat bangunan kehakiman itu dibina, terdapat mahkamah-mahkamah yang didirikan untuk kita mendengar kes-kes Mahkamah Tinggi, tetapi tidak ada hakim. Di sesetengah tempat kita dengar bahawa hakim yang telah mendengar satu kes, misal katanya, it is criminal case on appeal at the prosecution stage, beliau hendak dengar kembali rayuan, hakim yang sama, kes yang sama di akhir kes pembelaan. Memang itu satu perkara yang tidak seharusnya berlaku. Akan tetapi, adakah ini berlaku kerana shortage of judges? Saya hendak minta Menteri untuk memberikan saya satu jawapan.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Puchong, boleh minta penjelasan sedikit?

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Subang, tadi Yang Berhormat Kuala Krai hendak minta dahulu. Tuan Yang di-Pertua, boleh saya beri Yang Berhormat Kuala Krai dahulu, selepas itu saya...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sorry Yang Berhormat Subang.

final • 12:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Puchong, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk kembali kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu dalam menghujahkan mengapa mahkamah boleh menolak permintaan pihak yang dituduh untuk membawa laporan perubatan. Dia membawa kes kononnya yang tertuduh ini berceramah pada malam tersebut. Saya hendak bertanya oleh sebab Yang Berhormat Puchong mungkin berada di mahkamah, adakah hujah ini digunakan oleh pihak pendakwa ataupun yang dibawa oleh hakim untuk menolak permohonan tersebut iaitu untuk mengemukakan laporan perubatan tetapi mahkamah kata tidak perlu?

final • 12:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Jadi, adakah hujah yang dibawa oleh Yang Berhormat Setiu itu digunakan oleh mahkamah semasa menolak tersebut?

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kuala Krai, sejauh mana pengetahuan saya, ia bukan menjadi alasan. Ia disebut sahaja secara ringkas bahawa there is no need for medical report. Bukan seperti mana disebutkan tetapi saya percaya yang dibawa oleh Yang Berhormat Setiu itu adalah general, keadaan-keadaan yang terpakai dalam ...

final • 12:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Tidak, saya tidak kata dia hendak gunakan ini. Bukan alasan dibuat untuk pergi kempen. Saya kata, “Pada masa itu diminta untuk mendapatkan laporan tetapi mahkamah tidak benarkan”. Itu budi bicara mahkamah tetapi bermacam-macam alasan dikatakan. Akan tetapi pada malam itu dia pergi, maknanya, saya kata bahawa “Kalau malam itu boleh pergi ceramah dengan hebatnya, maknanya permohonan itu dibuat”. Saya tidak kata dia minta itu kerana hendak pergi ceramah seperti kata Yang Berhormat Kuala Krai. Saya tidak kata macam itu. Saya kata kalau sudah betul-betul tidak sihat, kenapa malam itu pergi. Itu sahaja yang saya hendak beritahu. Saya rasa salah faham di situ, salah faham. Itu sahaja yang saya hendak jelaskan.

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Itu yang saya jangkakan. Saya rasa mungkin satu kesalahfahaman. Sebenarnya, apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Kuala Krai itu cukup tepat pada tempatnya. Dia tanya, kalau saya silap, Yang Berhormat Kuala Krai sila perbetulkan saya. Yang Berhormat Kuala Krai tanya sama ada pihak pendakwaan membawa isu bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh berceramah dan sebagainya sebagai isu untuk menolak peluang yang diberikan kepada pembelaan untuk mengemukakan medical report. Itu yang saya faham, sejauh mana saya tahu, tidak. Jadi on record as we know as lawyers, tidak ada sebarang sebab, hanya diberitahu tidak perlu. Saya yakin bahawa Yang Berhormat Setiu juga no matter how much you want to defending, kita semua tahu hari Jumaat, jam 6.30 petang hendak teruskan dengan hukuman, seseorang itu kata, “Biarkan, beri saya peluang untuk kemukakan laporan perubatan”. Apa masalahnya? Tidak ada masalah.

final • 12:30 PM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

[Menyampuk]

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Pasir Salak, itu masalah.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Yang Berhormat Puchong.

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak ada masalah. Jadi isu itu menjadi sebab-sebab rakyat jelata tanya kita soalan itu. Itu saya rasa penjelasan yang boleh diberikan berkenaan dengan isu itu. Yang Berhormat Subang ‘Jaya’ first.

final • 12:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Subang.

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Subang, minta maaf.

final • 12:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Yang Berhormat Puchong dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dalam minta penjelasan, boleh saya isytiharkan juga Tuan Yang di-Pertua sebab saya akan sentuh sedikit pada kes Yang Berhormat Permatang Pauh dan saya juga terlibat sebagai peguam. Jadi saya isytiharkan kepentingan sebelum itu.

Berbalik kepada soal oleh Yang Berhormat Setiu tadi, saya ingin cadangkan - mungkin Yang Berhormat Setiu kurang faham walaupun saya tahu mantan hakim. Isu yang dibangkitkan tentang laporan medical ini ialah relevannya, kaitannya yang cukup jelas dengan hukuman yang mungkin akan diberikan oleh mahkamah, itulah relevannya. Bukan kedudukan kesihatan yang didakwa pada masa itu. Itu jelaslah. Bagi saya, itulah relevannya laporan medical yang malangnya dinafikan tanpa apa-apa asas pada masa itu.

Akan tetapi saya balik kepada soalan tadi yang saya hendak beri kepada Yang Berhormat Puchong.

Yang Berhormat Puchong dalam ucapan tadi sebut ini berkaitan dengan pandangan rakyat pada mahkamah sekarang, sistem kehakiman. Yang Berhormat Puchong telah sebut dengan contoh Putrajaya, rakyat ada banyak persoalan tentang kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman di Malaysia dan khususnya kes-kes macam Yang Berhormat Permatang Pauh bagi saya, ini pendapat saya sudah mencemarkan imej sistem kehakiman.

Saya ingin cadangkan bahawa bukan sahaja rakyat Malaysia Tuan Yang di- Pertua, ini sudah pergi ke seluruh dunia dan badan seperti Inter-Parliamentary Union (IPU) yang mana Dewan yang mulia ini, badan Parlimen kita adalah salah satu anggota kepada badan sedunia ini, international body. Kita ada salah satu daripada 164 Parlimen yang dianggotai. Badan macam ini, dalam sesi terbaru ini, 194 yang baru berlangsung di Geneva di bulan Mac, badan begini pun sudah cukup peka tentang hakikat ini dan telah keluarkan resolusi yang diluluskan sebulat suara dan saya akan baca ...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ini minta penjelasan daripada Yang Berhormat Puchong. Jangan buat satu hujah seperti independent speech.

final • 12:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Betul, saya ringkaskan sahaja. Saya bagi ini tepat dan selepas itu minta pandangan daripada Yang Berhormat Puchong. Badan ini, IPU sudah bagi pandangan tentang kes ini. Disebut dan saya baca ini, perenggan dua dengan izin, “The IPU is deeply concerned at Mr. Anwar Ibrahim’s conviction, in particular the rushed manner in which the final hearings were conducted and organized, the apparent ease with which the main arguments presented by the defence, in particular its concerns about the integrity of the DNA, were dismissed”. Jadi itulah dan satu lagi Tuan Yang di-Pertua, perenggan tiga, “Is also deeply concerned that the current conviction has not only thwarted Anwar Ibrahim’s prospects for exercising his right to stand for state elections”. Jadi ini bukan sahaja pandangan rakyat Malaysia, pandangan daripada IPU dan Tuan Yang di-Pertua saya boleh sebut, pandangan ini dicerminkan di merata badan-badan antarabangsa yang telah keluarkan pendapat yang sama.

Jadi di sini saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Puchong, saya minta pandangan - I mean pendapat macam ini, IPU dan semua, dengan jelas bagi saya menunjukkan bahawa imej sistem kehakiman di Malaysia ini sudah tercemar ke tahap yang cukup buruk khususnya kes Yang Berhormat Permatang Pauh yang membawa kita ke sana. Apakah cadangan Yang Berhormat Puchong - kita kena pulihkan keadaan ini?

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Subang.

Saya cukup setuju Tuan Yang di-Pertua dan saya minta supaya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Subang itu dimasukkan sebahagian dalam ucapan saya. This is the reason why Tuan Yang di-Pertua, yang saya sebut tadi kita perlu ada satu sistem yang mana aduan-aduan sebegini dapat dilaporkan dan tindakan diambil dan...

final • 12:30 PM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

[Bangun]

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tindakan yang diambil itu dilaporkan kembali. Jadi, masyarakat di luar sana tahu bahawa apa-apa aduan yang dibuat ini, there is serious action taken. Does not matter, kalau tidak ada tindakan tidak apa. But at least orang di luar itu dia tahu there is mechanism by which complaint of this nature dapat diuruskan. Ini juga akan mengembalikan pada saya Yang Berhormat Subang, the faith of confidence negara-negara lain, luar negara ada dalam sistem kehakiman di Malaysia ini. Ini juga bersangkutan dan bersangkut-paut dengan apa yang disebut dan dibawa oleh Yang Berhormat Sepang semalam.

Yang Berhormat Setiu, bukan sekadar ringkas begitu. Kita semua tahu negara ini ada satu perlembagaan dan apa yang penting ialah right to affair trial and right to affair trial itu juga merangkumi the opportunity to be heard, guaranteed by Federal Constitution. Kita hari ini mesti mengambil ia sebagai juga diguna pakai, an opportunity to be heard in respect of sentence. Sebelum sesuatu hukuman dapat diberikan berkenaan dengan jenis hukuman yang hendak diberikan. Itu menjadi pendapat saya. Saya beri kepada Yang Berhormat Gombak dan selepas itu Yang Berhormat Setiu.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya Yang Berhormat Puchong. Tuan Yang di-Pertua, saya mengikuti secara dekat prosiding pada hari yang berkenaan dan saya berada di dalam mahkamah ketika Yang Berhormat Bukit Gelugor sedang berhujah dalam prosiding mitigasi terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Subang sebentar tadi, bagi saya satu perkara yang cukup penting yang mana laporan perubatan itu ada hubung kait yang cukup rapat dengan penghukuman yang akan dijatuhkan oleh mahkamah dalam satu-satu kes.

Apabila Yang Berhormat Bukit Gelugor berulang kali bertanya kepada hakim, “Apakah mahkamah mengesahkan bahawa laporan perubatan tidak diperlukan dalam menjatuhkan hukuman penjara ke atas seseorang?”, jelas daripada demeanour dan perwatakan hakim-hakim pada ketika itu, cuba mengelak daripada menjawab persoalan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Akhirnya, hakim yang berkenaan mengaku bahawa ‘under this circumstances’, itu ayat yang digunakan “Kami tidak perlukan laporan perubatan”. Ini menunjukkan dalam kes Yang Berhormat Permatang Pauh ini, ada undang-undang yang lain yang digunakan oleh mahkamah atas arahan pemimpin- pemimpin UMNO di Putrajaya sebab dia sebut,

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Dengar dulu.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Dengar dulu. Bila Yang Berhormat Bukit Gelugor berulang kali minta mahkamah mengesahkan apakah mahkamah tidak perlu laporan perubatan dalam semua kes-kes jenayah seperti ini yang akan dijatuhkan hukuman penjara, hakim tidak menjawab persoalan tersebut tetapi akhirnya mengaku dalam mahkamah terbuka bahawa under this circumstances, we don’t need the medical report.

Ini menunjukkan mereka sudah mengambil pendirian yang jelas untuk bergegas menjatuhkan hukuman penjara seperti yang dilaporkan oleh badan-badan antarabangsa yang menyebabkan sistem perundangan kita pada hari ini tercemar, tidak wibawa dan tidak ada keperluan untuk kita menaikkan saraan mereka kerana mereka tidak mengambil satu tanggungjawab memulihkan imej perundangan dalam negara kita. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Puchong dalam perkara ini?

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Gombak.

Kalau saya tidak silap I think Yang Berhormat Gombak, perkataan yang digunakan adalah “In the circumstances of this case”, itu sebenarnya apa yang disebut. Yang Berhormat Subang saya rasa boleh sahkan. Akan tetapi memang itu menjadi satu persepsi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, this is the problem kerana persepsi yang dikeluarkan melalui tindak tanduk sedemikian memang membawa kepada satu persepsi yang buruk kepada sistem kehakiman kita.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat can I give him first?

final • 12:40 PM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Jelebu. Jelebu.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sorry sir. Ya sila Yang Berhormat Jelebu.

Sila.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya hendak merujuk juga kepada hujah-hujah berkaitan dengan Yang Berhormat Permatang Pauh punya kes. Tanpa merujuk kepada kegagalan untuk mendapatkan penangguhan pada peringkat perbicaraan yang terakhir.

Akan tetapi, kes ini harus dilihat secara menyeluruh. Kita tidak boleh memberi satu generalisasi umum terhadap sistem kehakiman kita sekadar merujuk kepada kegagalan peguam bela untuk mendapatkan penangguhan yang itu. Akan tetapi, lupakah kita sejarah kes ini sudah enam tahun. Dalam tempoh enam tahun, sudah dikemukakan oleh peguam bela sebanyak 67 kali penangguhan. Maknanya hakim dan mahkamah sudah memberi cukup ruang dan peluang sepanjang tempoh itu.

Akan tetapi, kenapakah kegagalan mendapatkan penangguhan untuk medical report itu menjadi sesuatu yang kita hukum dan membuat generalisasi umum bahawa sistem kehakiman kita, mahkamah kita, hakim kita punya agenda dan dimanipulasi oleh UMNO. Saya fikir tidak tepat dan kurang adil dan bagaimana pandangan Yang Berhormat Puchong dalam keseluruhan kes ini. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Oh, sila-sila Ketua Pembangkang.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Sebelum Yang Berhormat Puchong menjawab penjelasan itu, saya hendak beri hanya maklumat, fakta saja. Ada yang suka saya dipenjarakan. Tidak apa okey. Termasuk Yang Berhormat Pasir Salak. Akan tetapi saya boleh terima dengan baik.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Eh tidak. You don’t say that.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Okay then. Alright. Terima kasih banyak. I just want to hear that. Thank you very much.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

No, because if I want to go after you, long time ago.

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Okay, thank you.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

I’ve been keeping quiet.

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Thank you, thank you.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

No. You don’t know how I feel.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Okey, terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Masalahnya you tidak ada...

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Saya ucap terima kasih kerana Yang Berhormat Pasir Salak kata...

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Yang Berhormat Permatang Pauh ini dia tidak ada perasaan. Dia tidak tahu perasaan orang lain.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

...Yang Berhormat Pasir Salak kata - Saya berterima kasih kerana Yang Berhormat Pasir Salak kata dia pun simpati. Okey, terima kasih. Saya hendak dengar itu sahaja.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Don’t say that.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Okey terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

You think we like to see this happen to you?

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Alright. Terima kasih. No, I appreciate.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Appreciate?

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila teruskan. Teruskan. Teruskan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Baik. Saya kata appreciate pun dia marah? I am appreciate.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila teruskan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

I appreciate. Terima kasih banyak. Akan tetapi soalnya maklumat kegagalan rakan-rakan kita memahami maklumat kerana merujuk hanya kepada sumber Utusan Malaysia. Dia patut merujuk kepada sumber mahkamah. Jangan lupa Yang Berhormat Jelebu, ketua pendakwa kes itu sekarang mari jumpa saya minta maaf dan sekarang menjadi peguam saya.

[Tepuk] Peguam yang amat baik. Application yang disebut 60 itu termasuk apa dia? Trait law, semua keterangan fakta dokumen mesti diserahkan kepada peguam bela sebelum kes bermula. Setengah bagi, setengah tak bagi. Satu application. Kemudian bagi dua. Empat lagi tidak bagi. Kita buat second application. Itu pun hendak kira sebagai application penangguhan? Fahamlah sikit. Only in the Anwar case, you have this problem. Baik. Tidak apa. Proses itu berjalan, saya boleh bangkitkan yang lain.

Ini kerana application nombor dua termasuk application daripada pendakwa, bukan sahaja daripada... Yang menariknya pendakwa, ketua pendakwa Datuk Yusof sekarang peguam saya. Ada alasan. Akan tetapi, oleh sebab dia bukan tokoh politik, dia hendak jadi sebagai profesional. Tidak apalah. Saya setakat itu saja, tetapi jangan push beyond this. Go by the facts and the law. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong, Tuan Yang di-Pertua ialah dalam semua kes mitigation, Yang Berhormat Setiu hakim dahulu. Saya pun tidak tahu macam mana hakim. Bukan extenuating circumstances. Saya tidak kata saya jalan pun tidak boleh tinggal mampus, tidak.

Akan tetapi dalam semua kes sebelum hukuman dijatuhkan, bila mitigation, laporan kesihatan diizinkan. Oh tidak. Malam nanti dia hendak pergi ceramah, hakim tidak tahu itu. Kalau hakim tahu, dia tidak boleh mengadili dia. Dia kena ikut keterangan – the facts and the law. Bukan Anwar akan berceramah di Kajang malam ini, oleh itu keterangan doktor tidak perlu. Ini hakim apa ini Yang Berhormat Setiu?

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Baik. Saya ingin tanya [Dicelah] Tidak apa, tidak apa. You jawab kemudian, saya tidak mahu beri .

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya bekas hakim ya, bukan hakim.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Ya majistret. Ya.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Majistret pun salah.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Yang Berhormat. Ya, ya majistret.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Hah, biar betullah fakta itu.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Ya, majistret okey. Tidak apa.

Jangan marah.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Fakta pun tidak betul. Bercakap pun berbelit-belit.

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila. Sila.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Saya tidak marah. Jangan marah. Yang saya tegur Yang Berhormat Setiu tadi Tuan Yang di-Pertua sebelum Tuan

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Yang di-Pertua datang sebab dia kata... Sudahlah kamu majistret ikut undang-undang lah.

Itu yang tidak naik pangkat itu sebab tak ikut peraturan.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Sila teruskan. Teruskan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Baik. Yang saya bangkitkan tadi...

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Dia bukan saya seorang yang tidak naik, ramai yang tak naik.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Hah, tengok itu.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Tadi Yang Berhormat Puchong sudah beritahu tadi ramai yang tidak naik...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

...Sebab dia ambil daripada lawyer-lawyer juga.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dahulu.

final • 12:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Sudahlah Yang Berhormat Setiu. Menteri dah dengar, Menteri dengar.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, ahli Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Apa ini? Dengan Yang Berhormat Puchong pun. Yang Berhormat Puchong sudah cakap elok sudah tadi.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ini Ketua Pembangkang pula macam ini apa hal ini?

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu. Duduk, duduk, Duduk Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Kata hebat sangat.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Setiu.

Duduk dulu Yang Berhormat. Sekarang ini yang bermasalah saya. Seolah-olah Parlimen sekarang macam mahkamah. Dalam terperinci. Janganlah perincikan Yang Berhormat Puchong the massage. Itu sebab saya biarkan bukti-bukti kerana yang dibahas itu dan yang dihujah itu relevan. Akan tetapi, jangan lebih daripada itu. Ini kerana saya bukan hakim mahkamah.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Okey, saya pun hendak habiskan. Saya pun tidak mahu jadi isu dengan Yang Berhormat Setiu ini. Cuma yang tadi saya tinggikan nada sebab Yang Berhormat Setiu dalam kenyataan Tuan Yang di-Pertua mengatakan janganlah mengaku salah sebelum Mahkamah Persekutuan. Jadi saya take serious objection to that. Dia pun tahu. Dia pengamal undang-undang. Saya tidak pernah mengaku salah. Bila you kata mengaku salah sebelum mahkamah. Kalau dia kata janganlah membuat andaian Mahkamah Persekutuan akan mengesahkan, tidak apa.

Walaupun saya ada alasan mengapa andaian itu dibuat.

Kalau hakim perangai macam itu dalam kes ini, dan dalam mitigation dibangkitkan, itu dalam semua kes dan dia tersilap juga bila dia sebut dalam kes ini tidak perlu. Maknanya undang-undang khas. Itu yang kita bangkitkan. Tentang Akta Persaraan Hakim, kita kena peringatkan jugalah. Naik elaun, gaji okeylah. Akan tetapi, kerja kenalah betul. Kalau dia buat begitu, soalannya dia berani buat itu arahan siapa? Ha itu. Itu yang soalnya. Mana pernah dia begitu?

final • 12:40 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa. Gantung situ Yang Berhormat. Yang Berhormat Gombak jangan buat tuduhan-tuduhan begitu kerana itu sangkaan jahat.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Ya. Cuma Yang Berhormat Gombak punya analisis bukan sangkaan jahat. Yang Berhormat Gombak bahawa penguasa, sang penguasa itu yang kata kategori tertinggi itu UMNO. Itu sahaja yang dibangkitkan.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong sila berhujah ke lain tajuk Yang Berhormat. Ini yang sudah jelas.

Sila, sila.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Inilah Tuan Yang di-Pertua kualiti Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, tengok dia jawab macam mana.

[Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, bukan macam Yang Berhormat Arau ini yang kita hendak buat itu.

final • 12:50 PM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua dia tidak ada speaker...

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya terima apa yang disebut oleh rakan saya dari Yang Berhormat Jelebu tadi ada dua perkara. Just to round that.

final • 12:50 PM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

You memang sukalah berlaku macam ini pada Yang Berhormat Permatang Pauh, you ada modallah untuk bantai kerajaan. Memang you sukalah, you are playing double game.

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sit down.

final • 12:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

You are playing triple game. Sit down!

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah, sudah,sudah, teruskan, teruskan sila teruskan.

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini yang saya sebut clown show tadi Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak hendak jawab kepada clown, saya dalam Dewan ini tetapi Yang Berhormat Jelebu bila kita sebut, saya difahamkan Yang Berhormat Jelebu bukan peguam saya bagi sedikit penjelasan.

Apabila kita buat penangguhan di mahkamah penangguhan itu bukan automatik.

Penangguhan itu berdasarkan kepada basis merit. Dalam undang-undang terdapat keadaan di mana hakim tersebut diberi budi bicara untuk memberikan penangguhan. Oleh kerana kes ini dibawa keputusan tersebut ke Mahkamah Rayuan dan kemudiannya ke Mahkamah Persekutuan. Jadi kalau kita buat kita kaji sejarah kes ini kita dapat lihat berapa banyak kes yang dilaporkan yang menunjukkan the actual sequence of this case. Bukan sekadar kita 67 penangguhan kita tanya, minta penangguhan untuk delay, bukan, ada sebab-sebabnya. This is the reason why, on record. Baik, terima kasih kerana tanya saya boleh jawab.

Kalau kita kaji kepada alasan-alasan dibangkitkan dari penangguhan, memang ada. Jadi, ini menjadi sebab atas mana kes itu di tangguh betapa kian lamanya tetapi itu tidak terpakai kepada soal yang kita bangkitkan. Iaitu apabila disabitkan dengan kesalahan itu hak untuk kita bawa ke mahkamah laporan perubatan untuk dipertimbangkan sebelum keputusan berkenaan dengan hukuman dibuat. Itu hak dan dalam kes ini memang kita lihat hak itu diketepikan begitu sahaja.

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya Yang Berhormat Sepang.

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya cuba hendak tanya kepada Yang Berhormat Puchong. Pertamanya walaupun tadi isu medical itu saya hendak kaitkan dalam satu kes yang saya ingat yang saya pernah buat berkaitan dengan judiciary dahulu. Di mana ada satu keputusan tidak silap saya daripada Tan Sri Addy Joseph yang menyatakan right to be heard ataupun audi alteram partem ini. Dia adalah satu hak yang terpakai sehingga ke peringkat sentencing.

Malahan kata dia kalau sekiranya pun the decision maker hanya mempunyai satu pilihan sahaja. Maknanya kalau bagi mitigation pun tidak guna sebab dia ada satu pilihan hukuman sahaja, is mandatory. Dalam keadaan begitu pun dia kata mesti bagi hak untuk

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

didengar. Dalam kes ini setuju tidak bahawa kesalahan yang dikenakan ke atas Yang Berhormat Permatang Pauh tidak melibatkan hukuman mandatori. Hukuman itu adalah hukuman yang bersifat dengan izin budi bicara discretion. Jadi dalam keadaan begitu sudah tentulah dalam hendak membuat mitigation laporan perubatan itu memang satu yang penting. Jadi patutnya kerana berasaskan ini sahaja mahkamah seharusnya benarkan untuk ditangguhkan, itu pertama. Keduanya saya hendak sentuh sedikit tentang, minta pandangan isu tentang kelewatan. Adakah Yang Berhormat daripada Puchong setuju dengan saya malahan pihak pendakwa juga pernah membuat permohonan beberapa kali menyebabkan kes ditangguhkan. Saya hendak bagi contoh dalam kes Yang Berhormat Permatang Pauh apabila mahkamah benarkan dokumen diberikan bawah 51A. Ketika itu pendakwa pun mohon rayuan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan. Maknanya kalau kita hendak kata penangguhan ini disebabkan oleh peguam bela pun tidak betul juga orang yang dituduh. Ini kerana Orang Kena Tuduh (OKT) dalam undang-undang yang disediakan sekarang membenarkan seberapa banyak permohonan yang dibuat asalkan permohonan itu relevan.

Apabila mahkamah membenarkan permohonan penangguhan di atas dasar ada permohonan, asal ada permohonan dibuat oleh OKT menunjukkan mahkamah sendiri mengakui bahawa permohonan itu adalah justified. Jadi kalau Yang Berhormat Jelebu kata lewat kerana OKT sebenarnya Yang Berhormat Jelebu secara tidak langsung menyalahkan mahkamah. Maknanya Yang Berhormat Jelebu kata oleh kerana benarkan penangguhan mahkamah silap. Jadi Yang Berhormat Jelebu menunjukkan satu keadaan yang contradictory dia punya kenyataan. Jadi saya hendak katakan tadi bahawa penangguhan ini satu yang dibenarkan selagi mana dia justified. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Puchong boleh saya sambung sedikit sebelum menjawab.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong sedikit sahaja hendak clarify statement, hendak correct dia punya statement.

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh, boleh tidak ada masalah sila Yang Berhormat Jelebu sila, sila.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya hendak betulkan sedikit kenyataan Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang salah faham apa yang saya maksudkan tadi itu.

Apa yang saya maksudkan tadi sistem mahkamah yang dilalui Yang Berhormat Permatang Pauh yang ada kita amalkan sekarang ini sudah memberi peluang yang banyak, secukupnya mengikut apa yang sudah diperuntukkan. Ini sudah digunakan dan dimanfaatkan dan mahkamah sudah memberi laluan, penangguhan, permohonan, sistem undang-undang itu tadi. Jadi maknanya tidak ada penganiayaan dan tidak ada peluang yang tidak diberi dalam tempoh sepanjang perbicaraan itu berlangsung. Itu yang saya maksudkan dan ia dibenarkan oleh undang-undang dan sudah pun diguna dan dimanfaatkan.

Oleh kerana itu kerana satu kes yang terakhir ini maka kita generalisasikan bahawa sistem kehakiman kita tidak adil, berniat jahat, sudah ditentukan keputusan. Itu yang saya maksudkan satu statement yang kurang bijak dan tidak adil kepada sistem kehakiman kita. Itu sebenarnya yang saya maksudkan.

final • 12:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Puchong saya sambung. Terima kasih Yang Berhormat Puchong dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya nampak daripada komen tadi daripada Yang Berhormat Jelebu juga.

Yang Berhormat Jelebu tidak faham sebenarnya apa yang telah berlaku, apa implikasi yang telah berlaku dalam kes Yang Berhormat Permatang Pauh ini. Ini bukan isu kes penangguhan sahaja, penangguhan untuk laporan perubatan untuk mitigasi ditangguh, itu bukan isu sahaja. Yang Berhormat Jelebu kena faham dan saya minta pandangan Yang Berhormat Puchong daripada ini. Masalah yang bukan sahaja rakyat Malaysia nampak, sedunia nampak IPU saya sebut tadi ialah satu, macam mana kes ini yang ditetapkan untuk bicara pada 7 April sampai 10 April kes itu diawalkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan.

final • 12:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tiba-tiba diawalkan sebelum hari pencalonan Pilihan Raya Kecil Kajang. Itu dia, macam mana itu jadi? Itulah sebab kita kata dalam kes-kes berkaitan Yang Berhormat Permatang Pauh undang-undang biasa tidak terpakai lagi, ada satu undang-undang khusus untuk kes Yang Berhormat Permatang Pauh. Ini yang masalah kita.

So Yang Berhormat Jelebu saya rasa Yang Berhormat Jelebu boleh cari tetapi susah dapat satu jawapan macam mana hakim ini, apa alasan dia mengawalkan kes?

Tidak ada alasan apa-apa. Kes itu ditetapkan, kita tahu itu tidak dapat dinafikan tetapi diawalkan. Siapa yang mempengaruhi pengawal kes itu? Itulah jadi persoalan besar. Itu bukan sahaja itu sentry. Kedua mungkin Yang Berhormat Jelebu tidak tahu. Kes itu berjalan dan 6 April dan 7 April. Apa jadi pada 5 April? Itu penting kita kena faham. Yang Berhormat Permatang Pauh melalui peguam buat permohonan untuk menangguhkan kes yang akan bermula bicara 6 April dan 7 April. Permohonan difailkan di Mahkamah Persekutuan, difailkan tengah hari.

Pada 3.30 petang peguam Yang Berhormat Permatang Pauh diberitahu permohonan ini akan dibicarakan pada 4.30 petang dalam masa satu jam. Yang Berhormat Bukit Gelugor dan saya terlibat kita kata kepada, so efficient. Saya sebut Tuan Yang di- Pertua saya tidak pernah nampak mahkamah macam ini.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang. Ya Yang Berhormat Subang. Hujah ini seolah-olah macam saya Hakim Mahkamah Rayuan.

Jangan buat begitu. Apa yang saya dengar tadi itu bahawa hujah kedua belah pihak betul kerana hujah, jangan - Kalau saya faham apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jelebu tadi jangan dia kata oleh kerana nila setitik rosak sebelanga susu ataupun seekor kerbau semua terpalit, itu maksud dia.

Jadi sama-sama kita faham itu. Pada masa yang sama apa yang dihujah juga mengenai dengan kecemaran oleh kerana seorang memang kita faham. Jadi jangan terlampau details because Yang Berhormat Puchong saya bukan Hakim Mahkamah Rayuan. Sila teruskan beralih kepada yang lain-lain.

final • 12:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya habiskan dan minta penjelasan. Saya ringkaskan sahaja. So saya habiskan tadi. Kita diberitahu bicara 4.30 peguam tidak ada bawa jubah, tidak bawa buku, tetapi mahkamah kata tidak apa kita sudah panggil semua pihak untuk datang untuk bicara. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Jubah pun tidak ada.

Kita terpaksa berhujah. So ini sekali lagi menunjukkan dan ini Yang Berhormat Jelebu mesti faham dan saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Puchong.

Kenapa dalam kes Yang Berhormat Permatang Pauh kita ada prosedur yang khusus untuk dia yang tidak sama dengan kes-kes lain? Ini persoalan Yang Berhormat Jelebu tidak faham saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Puchong.

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih ini masalah dia Tuan Yang di- Pertua. Ini yang membawa kepada persepsi seperti mana kita sebut tadi. Ini adalah sebab atas mana kita sebagai wakil rakyat kena memberitahu kepada sistem kehakiman. Bila tindakan ini dilakukan? It being is very bad image to the judiciary. Kita tidak boleh persalahkan rakyat di luar sana untuk adakan persepsi yang tidak baik.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Panjang lagi?

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sudah habis sudah, yang lain Yang Berhormat Jelebu kalau hendak tahu berkenaan dengan penangguhan dan sebagainya boleh tanya dengan Yang Berhormat Lenggong dia pandai mengenai isu ini.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, last point Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan qualification. Boleh saya hanya minta kepada kementerian untuk mempertimbangkan supaya qualification of all judges itu dimuatkan ke atas laman web sistem kehakiman. Jadi kita dapat tahu hakim tersebut itu qualification daripada mana dan sebagainya. Itu juga sekali lagi kepada saya membawa kepada pertingkatkan sistem atau integriti badan kehakiman yang sedia ada kita. Tuan Yang di-Pertua setakat itu sahaja saya ucapkan terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih ini sepatutnya giliran daripada sebelah kanan tetapi kalau tidak ada yang okey nanti sebelah tengah hari. Selepas itu Yang Berhormat

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bukit Katil. Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

final • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Masjid Tanah. Lepas ini Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 2:30 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi saya ruang untuk membahaskan bagi Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013.

Maxim Latin ada menyebut tentang...

[Bercakap dalam bahasa asing] Yang mana menyebut, justice is to be denied to no one. Maksudnya, tidak ada orang pun yang dinafikan hak untuk keadilan. Seperti yang kita ketahui, sistem pemerintahan Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu perundangan, pentadbiran dan juga kehakiman.

Fungsi utama kehakiman adalah menjalankan pentadbiran secara adil dan saksama di Malaysia dan Badan Kehakiman merupakan satu badan yang bebas daripada pengaruh eksekutif. Dan profesion kehakiman juga dilihat sebagai satu profesion yang sangat prestij, sangat eksklusif, dan ada nilai expectation yang tersendiri.

Fungsi-fungsi lain adalah termasuk menyelesaikan pertikaian individu, memutuskan sama ada mereka yang didakwa bersalah ataupun tidak, mentafsir satu undang-undang, membatalkan mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan, mengisytiharkan tindakan kerajaan yang tidak sah sekiranya bercanggah dengan Perlembagaan, memelihara hak kewarganegaraan daripada pencabulan pihak kerajaan. Beban seorang hakim amat mencabar, berat, rumit serta bertanggungjawab dalam mengadili sesuatu kes dan sebab itu mereka dirujuk sebagai satu tempat yang terakhir untuk mendapatkan kehakiman.

Kedudukan hakim juga adalah ditentukan oleh Perlembagaan negara yang hanya boleh terlucut melalui tiga cara iaitu meninggal dunia, tidak boleh menjalankan fungsi ataupun uzur dan telah melalukan jenayah atau melanggar undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, melalui cadangan Rang Undang-undang Saraan Hakim

(Pindaan) 2013 iaitu suatu akta untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971 di mana dua pindaan telah dikemukakan iaitu pindaan seksyen 8 di mana pada masa kini kenaikan pencen sebanyak 2% dinikmati oleh semua pihak iaitu pesara perkhidmatan awam persekutuan, pesara perkhidmatan awam negeri, pesara perkhidmatan pihak berkuasa berkanun, pesara perkhidmatan pihak tempatan negeri-negeri, contohnya PBT, pegawai daerah, pegawai tadbir daerah, DBKL dan sebagainya. Oleh itu, cadangan pindaan adalah kenaikan pencen sebanyak 2% setiap tahun turut dipanjangkan kepada bekas hakim. Ini adalah baik kerana seorang hakim telah mengabdikan diri mereka untuk menjalankan kehidupan yang begitu mencabar serta dipandang tinggi oleh masyarakat.

Selain daripada berkhidmat dengan secara lebih baik, mereka juga akan dapat memastikan kelangsungan produktiviti mereka apabila mereka telah bersara. Mereka masih lagi mungkin boleh berkhidmat kepada masyarakat, mungkin boleh menulis buku, memberi pandangan, pemikiran mereka melalui wacana-wacana ataupun melalui forum-forum yang melibatkan kepakaran mereka di dalam undang-undang.

Seterusnya perkara kedua yang dicadangkan- cuma saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah Yang Berhormat maksudkan kenaikan pencen sebanyak 2% ini juga turut akan dipanjangkan kepada waris mereka? Maksudnya isteri, anak, ibu bapa dan

final • 2:32 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

lain-lain. Hakim itu merupakan waris kepada mereka sekiranya hakim itu meninggal dunia.

Maksudnya bila meninggal dunia pun, waris dia akan mendapat juga wang pencen tersebut.

Seterusnya perkara kedua yang ingin saya cadangkan ialah, pertama, penggantian seksyen 15B iaitu pada masa kini, faedah persaraan kepada hakim boleh diberi apabila seorang hakim yang bersara atau meletak jawatan dalam keadaan seperti yang dinyatakan dalam seksyen 8, Akta 45 iaitu bersara daripada jawatan hakim apabila mencapai umur 60 tahun atau sehingga satu masa kemudiannya tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas dia mencapai umur itu menurut Perkara 125(1), Perlembagaan Persekutuan.

Kedua, bersara daripada jawatan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 8A, bersara kerana uzur atau 8B, bersara kerana sebab khas.

Ketiga, meletakkan jawatan sebagai hakim sebelum mencapai umur 60 tahun.

Pada masa ini, hakim yang meletak jawatan sebelum mencapai umur 60 tahun, mereka tidak layak untuk mendapat pencen ataupun ganjaran. Cadangan pindaan supaya hakim yang meletakkan jawatan sebelum umur 60 tahun tetapi telah berkhidmat selama tempoh yang kesemuanya berjumlah tidak kurang dari lima tahun dibenarkan untuk menikmati faedah persaraan.

Tuan Yang di-Pertua, melalui cadangan-cadangan pindaan dan penggantian akta ini amat relevan untuk dilaksanakan hari ini. Cadangan pindaan ini adalah berikutan dengan kos sara hidup yang makin meningkat dan juga cadangan ini penting bagi seorang hakim yang terpaksa meletakkan jawatan sebelum 60 tahun berikutan masalah kesihatan mahupun perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan dalam memastikan keselamatan pencen mereka. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin dan menghargai jasa-jasa mereka yang telah menegakkan keadilan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian II, Akta 45 juga menyentuh tentang gaji dan elaun hakim yang mana pada dasar, hakim dan pegawai kehakiman di negara kita dibayar agar rendah daripada sesetengah hakim ataupun peguam dari luar negara. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan bersama-sama dengan saranan daripada Yang Berhormat Setiu dan juga Yang Berhormat Puchong, agar dinaikkan gaji bagi hakim ini yang mana perlulah kita ambil kira. Gaji hakim dan pegawai-pegawai kehakiman di Malaysia adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan gaji practising lawyers dan hakim-hakim dari negara lain.

Padanlah dengan komitmen kerja mereka yang dibebankan tidak kira masa, dengan mengambil pemikiran mereka dan juga membaca, menganalisis kes dan nota-nota prosiding dan melaksanakan judgement kehakiman kepada kes-kes yang mereka putuskan.

Maka dengan kenaikan tersebut, saya dan rakan-rakan berpendapat akan meningkatkan lagi prestasi serta kualiti seorang hakim itu dalam membuat kerja-kerja penghakiman. Juga, kes akan dapat diselesaikan dengan cepat dan adil. Akan tetapi yang penting sekali, kita akan dapat mengelakkan adanya rasuah sekali gus menaikkan taraf peranan institusi kehakiman di Malaysia ini.

Selain daripada itu, dengan kenaikan gaji ini juga, kita akan melihat secara tidak langsung akan menarik minat dan keinginan peguam-peguam di luar sana untuk sama- sama mencebur diri dalam bidang kehakiman yang menjadi cita-cita mereka untuk menjadi seorang hakim kerana mungkin ada segelintir peguam yang sangat berkaliber dan juga komited dan juga difikirkan layak untuk dilantik sebagai hakim menolak tawaran tersebut memandangkan gaji yang ditawarkan tidak setimpal dengan apa juga kelayakan dan pengalaman yang mereka ada memandangkan apabila mereka praktis sebagai peguam lebih tinggi sekiranya mereka beramal sebagai seorang hakim.

final • 2:32 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Gabungan hakim daripada sektor swasta, pengalaman seorang hakim daripada sektor swasta dan judicial services akan mewujudkan satu potent combination dan seterusnya Malaysia akan dapat melahirkan barisan kumpulan badan kehakiman yang sangat digeruni dan dihormati di serata dunia. Kita tidak mahu menjadi yang mana keadaan yang seorang hakim berhenti daripada menjadi seorang hakim akhirnya terpaksa duduk di Bar.

final • 2:40 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Tanjong Karang semalam yang mengatakan dia terpaksa tunduk. Sebelum ini dia berada di bench mengadili sebuah kes dan akhirnya apabila bersara daripada seorang hakim, terpaksa tunduk kepada hakim yang di hadapannya dan malang sekali kalau sekiranya hakim yang mengadili kes tersebut adalah lebih junior daripada dia. Terdapat juga dan ada sebab yang berlaku demikian kerana disebabkan apabila mereka sudah tidak lagi menjadi hakim, pendapatan yang mereka peroleh adalah kurang kerana gaji basic salary mereka adalah lebih rendah dan yang mereka dapat sewaktu berada di sektor kehakiman, allowance memang banyak tetapi basic gaji adalah rendah. Kini untuk mewujudkan suasana yang janggal dan persekitaran yang tidak memberangsangkan sebagaimana contoh yang diberi oleh Yang Berhormat Tanjong Karang semalam, katanya macam terpaksa tunduk. Satu perkara yang macam tak syoklah nak ini kan- dan ada juga, mungkin...

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

[Bangun]

final • 2:40 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Kes ini terpencil yang mana sebelum ini hakim tersebut mengadili kes tersebut...

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Masjid Tanah.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Pengerang bangun.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Boleh saya tanya soalan?

final • 2:40 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ya, silakan.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

Ini Yang Berhormat Pengerang bertanya kepada junior ya. Ha! Sila.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Boleh? Saya dengar ucapan Yang Berhormat Masjid Tanah, perbahasan Yang Berhormat Masjid Tanah tadi. Soalan saya kepada Yang Berhormat Masjid Tanah, kalau kita banding gaji, pencen hakim di Malaysia banding dengan di Asia seperti Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Philippine, apa pandangan Yang Berhormat Masjid Tanah? Adakah hakim kita lebih ataupun kurang?

Terima kasih.

final • 2:40 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Saya difahamkan di dalam negara kita, berbanding dengan negara luar, serantau Asia, gaji yang diperoleh oleh hakim-hakim di negara kita jauh lebih rendah dan ini perlu kita ambil kira. Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Saya rasa bila soalan itu rasanya menyokonglah tentang kenaikan gaji dan kita tak nak ada kes-kes, sesetengah kes terpencil yang saya sebutkan tadi yang mana hakim itu telah mengadili kes tersebut dan apabila dia berhenti daripada menjadi hakim dan dia menjadi peguam dan dia present kes dia. Apabila hakim yang tengah mendengar kes tersebut adalah lebih junior, maka akan terjadi satu yang akan mengikat junior hakim tersebut untuk mengikuti keputusan kes yang telah diputuskan oleh hakim terdahulu yang mana kebetulan duduk dan bertindak sebagai peguam dalam kes tersebut dan ini mewujudkan satu suasana yang tidak berapa baik.

Saya juga berpendapat, logiknya kalau gaji tinggi, maka possibility untuk hakim beramal sebagai peguam akan kurang dan kita pun kalau boleh kita naklah melihat hakim- hakim ini akan terus dihormati, institusi kehakiman kita terus dihormati dan dilihat sebagai satu institusi kehakiman yang begitu tinggi, berprestij tanpa ada pengaruh daripada pihak lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan agar kenaikan pencen sebanyak 2% ini juga akan dipanjangkan kepada hakim-hakim yang berada di mahkamah- mahkamah rendah iaitu Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret dan lain-lain, merujuk kepada prinsip kesamarataan atau dengan izin what is fair, equitable and judge kepada semua hakim. Akhir kata, memetik kata-kata Sir Alfred Lord Denning yang memetik, “Silent is not an option when things are ill-done” dan itu terpakai untuk kes Yang Berhormat Permatang Pauh. Maka kebenaran telah terbukti, dengan itu Masjid Tanah mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil. Yang Berhormat Bukit Katil, berapa lama ya, 20 minit? Ya. Yang Berhormat Kapar dan Beruas. Ya, sila, sila.

final • 2:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Ya. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana memberikan peluang untuk mengikuti dan mengambil bahagian di dalam perbahasan mengenai pindaan Akta Saraan Hakim 1971. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kementerian kerana memberi peluang untuk pindaan ini dibentangkan dan menyebabkan kita mempunyai peluang untuk membuat beberapa teguran yang fundamental terhadap badan kehakiman. Tentunya teguran-teguran ini saya yakin pihak kementerian akan mengambil maklum dengan tegas dan kemudiannya akan diberikan kepada pihak badan kehakiman supaya teguran-teguran ini dapat memberikan manfaat agar badan kehakiman kita akan menjadi sebuah badan kehakiman yang benar-benar dihormati dengan prinsip keadilan yang sebenar.

Saya nak mulakan Tuan Yang di-Pertua, bahawa pendirian saya daripada segi dasar ini saya senada dengan Ahli-ahli Parlimen di barisan sini bahawa kita mesti memastikan bahawa kerajaan dan juga Ahli-ahli Parlimen memandang serius dan tegas terhadap beberapa inconsistency, dengan izin, yang dilakukan di pihak badan kehakiman terutamanya pada kes-kes yang membabitkan anggota Parlimen. Apabila ingin kita naikkan gaji dan pencen, kita bawa ke Parlimen dan kita bahaskan dan tentunya bila kes-kes itu melibatkan Ahli-ahli Parlimen sendiri, tentunya kita juga mengambil satu pendekatan yang serius kerana kita yang akan luluskan gajinya. Tentulah kita expect ataupun kita jangka satu perkhidmatan yang benar-benar terbaik diberikan oleh badan kehakiman.

Saya nak ambil contoh, saya tidak mahu komen tentang kes tetapi saya nak ambil contoh tentang misalnya semalam Yang Berhormat Padang Serai, Ahli Parlimen Padang Serai memang tidak hadir ke Dewan ini kerana diberikan keputusan untuk tidak boleh masuk ke Dewan tetapi beliau semalam dihalang daripada mewakili Yang Berhormat Permatang Pauh di dalam suatu kes yang membabitkan saman Yang Berhormat Permatang Pauh terhadap Utusan Malaysia, kes saman malu. Saya tidak bercadang untuk komen tentang kes, Yang Berhormat Menteri tetapi saya nak kata bahawa alasan hakim menghalang Yang Berhormat Padang Serai daripada menjadi peguam itu adalah kerana kononnya berlaku konflik kepentingan. Bila kita semak balik apa dia konflik kepentingan, konflik kepentingan itu ialah kerana kononnya dia daripada parti yang sama.

Kalau begitu keadaannya, kita juga ingin kemukakan kenapa di dalam kes yang sama, di dalam kes yang membabitkan Yang Berhormat Permatang Pauh juga iaitu kes fitnah yang kedua ini di mana peguamnya adalah Shafee yang mana kita tahu Shafee punya hubungan dengan kerajaan, dengan parti kerajaan, parti UMNO dan sebagainya cukup luar biasa. Dalam kes ini tidak pula Mahkamah Persekutuan, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan mengatakan bahawa berlaku konflik kepentingan. Di dalam kes begini, Yang Berhormat Padang Serai dikenakan dengan tindakan. Oleh sebab itu dilihat daripada persepsinya keputusan itu tentunya berat sebelah dan sebagai anggota Parlimen yang mewakili rakyat tentunya kita merasakan perkara ini harus diperbetulkan. Saya sebenarnya merasakan dengan tegas bahawa apa yang dibangkitkan oleh anggota- anggota Parlimen di sebelah bench ini merasakan bahawa ini merupakan perkara yang serius...

final • 2:44 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Bukit Katil, boleh saya mencelah?

final • 2:44 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

...Dan perlu diberikan pertimbangan oleh kerajaan. Sekejap, dan dalam hal yang sama, saya juga ingin menyatakan bahawa...

final • 2:44 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 2:44 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Saya akan bagi, sekejap. Saya ingin menyatakan bahawa dalam hal Akta Saraan Hakim ini, kita bersetuju

final • 2:44 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

dengan pandangan Ahli-ahli Parlimen yang lain bahawa sesuatu yang penting, yang berkaitan dengan gaji, elaun ini perlu diberikan pertimbangan yang serius oleh...

final • 2:44 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Boleh Yang Berhormat Padang Serai? Eh! Yang Berhormat Bukit Katil. Maaf, Yang Berhormat Bukit Katil, boleh?

final • 2:44 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Sekejap. Saya bagi, saya bagi, sekejap.

final • 2:44 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Okey.

final • 2:44 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Friendly- untuk gaji ini, saya fikir perlu diberikan suatu penelitian yang serius oleh pihak kementerian kerana saya merasakan bahawa bukan sekadar Ahli Parlimen Masjid Tanah sahaja yang bangkitkan malah pada tahun 2011 misalnya, mantan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki menyatakan beliau bercadang untuk melantik peguam sebagai hakim kanan. Namun ada yang menolak kerana gaji hakim itu dikatakan lebih rendah daripada peguam terutamanya peguam yang berkualiti, yang boleh meraih pendapatan lebih daripada RM1 juta setahun dan ini tentulah jauh lebih tinggi daripada gaji-gaji hakim yang berpendapatan kira-kira RM400,000 setahun. Sila, Yang Berhormat Pengerang.

final • 2:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Pengerang.

final • 2:44 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Pada perbahasan Yang Berhormat Bukit Katil tadi, boleh tak Yang Berhormat Bukit Katil tolong terangkan lebih mendalam berkenaan dengan kenyataan bahawa Yang Berhormat Padang Serai tidak boleh mewakili Yang Berhormat Permatang Pauh dalam mahkamah disebabkan oleh datang daripada parti yang sama. Boleh Yang Berhormat Bukit Katil tolong elobarate, dengan izin?

final • 2:44 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Pengerang, hakim yang membuat keputusan itu namanya adalah Yang Arif Rosilah Yop.

Dia membuat satu keputusan kerana ada permohonan daripada Utusan Malaysia untuk menghalang peguam iaitu Yang Berhormat Padang Serai...

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya cuma hendak dapatkan kepastian, kes ini dalam perbicaraan atau tidak.

final • 2:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Kes saman malu itu dalam perbicaraan.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, tidak payah sentuhlah ya.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, alasan-alasan hakim itu pun akan menjadi isu juga.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Bukan, bukan. Kami hendak dapatkan kepastian sebab Yang Berhormat Bukit Katil kata alasan yang Yang Berhormat Padang Serai tidak boleh mewakili Yang Berhormat Permatang Pauh kerana dari parti yang sama. Kita hendak dapatkan pengesahan jika itu yang dinyatakan. Kita tidak tahu dan kita akan semak kes ini sama ada betul atau tidak betul alasan yang diberi. Kalau tidak betul, bermakna kita minta Yang Berhormat Bukit Katil ini terangkan. Itu sahaja. Ini kerana kita tidak tahu kes ini. Saya pun terkejut juga bila Yang Berhormat kata hakim punya alasan sebab datang daripada parti yang sama, maka tidak boleh mewakili Yang Berhormat Permatang Pauh. Itu yang kita hendak dapatkan kepastian.

final • 2:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Perlu saya ulas yang itu?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil telah jelaskan alasan tadi. Cukuplah.

final • 2:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Cukup?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 2:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Baik. Saya jelaskan di luar Dewan sahajalah tetapi maksudnya, saya sudah sebutkan on record apa sebabnya.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sudah sebut, sudah sebut.

final • 2:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Baik.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Saya bukan apa, Tuan Yang di-Pertua. Kalau saya dengar kefahaman yang Yang Berhormat Tanjong Karang cakap itu, isu di sini ialah adakah hakim yang bersidang dalam kes tersebut yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Katil membuatkan arahan tersebut? Itu pertama. Kedua, adakah arahan tersebut ialah arahan disebabkan oleh parti ataupun arahan disebabkan oleh, dengan izin, natural justice. Jadi, kita hendak tahu sebab saya tahu, contohnya Yang Berhormat Bukit Gelugor selalu mewakili kes dalam mahkamah. Sebagai ahli parti, tidak pernah pula saya dengar boleh seorang peguam di halang kerana parti politik. Jadi, itu sebabnya Yang Berhormat Tanjong Karang dan saya, Yang Berhormat Pengerang, hendak minta penerangan yang lebih dalam ini.

final • 2:50 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

[Bangun]

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Ini bukan isu di luar sebab dalam Dewan ini seolah-olah hakim ini macam berat sebelah kepada parti politik pembangkang. Itu sahaja yang kami hendak tanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Dari segi perbahasan yang telah disebut oleh Yang Berhormat Bukit Katil jelas dua alasan tersebut telah disebut oleh Yang Berhormat Bukit Katil. Ya, Yang Berhormat Alor Star.

final • 2:50 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

Tuan Yang di-Pertua, I just hendak membantu Yang Berhormat Bukit Katil dan menjelaskan perkara ini. Perkara ini telah pun dilaporkan dalam MalaysiaKini semalam di mana dinyatakan di sini, dengan izin, untuk membaca.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Isu yang sama ya?

final • 2:50 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

Isu yang sama. Laporan di sini yang menyatakan alasan yang diberikan oleh hakim di mana dinyatakan,”In the High Court in Kuala Lumpur this morning, Judicial Commissioner, Rosilah Yop ruled that there will be a conflict of interest as Surendran is a Vice President of PKR while Anwar is a party’s de facto leader.” Itulah alasan-alasan yang diberikan kenapa N. Surendran telah pun didapati tidak qualified untuk mewakili Yang Berhormat Permatang Pauh dalam kes tersebut. Sebagai satu conflict of interest. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Tuan Yang di- Pertua, memang alasan yang sama dan saya harap Yang Berhormat Tanjong Karang dan Yang Berhormat Pengerang dapat pencerahan dari segi isu itu.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa penerangan kes ini kemungkinan ini kes fitnah malu. Kemungkinan disebabkan oleh parti terlibat, Naib Presiden dengan pemimpin kemungkinannya ada konflik dari segi penerangan atau keterangan. Bukan disebabkan oleh arahan hakim kerana Yang Berhormat Padang Serai itu adalah satu parti politik seolah-olahnya- bukan apa Tuan Yang di-Pertua, cara Yang Berhormat Bukit Katil cakap seolah-olah adanya pendekatan hakim.

Bila hendak diwakili oleh parti politik yang sama, tidak boleh. Saya rasa presentation itu, dengan izin, salah. Kalau macam kata Yang Berhormat Alor Star itu betullah. MalaysiaKini.

Jadi, terima kasih Yang Berhormat Alor Star. Cuma Yang Berhormat Bukit Katil cakap ini mengelirukan Dewan. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Apa beza...

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Bukit Katil, lain kali suruh Yang Berhormat Alor Star cakap untuk Yang Berhormat Bukit Katillah.

Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Tidak, tidak.

Apa bezanya antara penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Alor Star dengan apa yang saya nyatakan di dalam Dewan tadi? Saya nyatakan bahawa kedua-duanya adalah dari parti politik yang sama. Maka, Yang Berhormat Padang Serai dihalang daripada mewakili Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Tuan Yang di-Pertua, saya terangkan Yang Berhormat Alor Star itu cakap lagi jelas daripada Yang Berhormat Bukit Katil. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Kalau Yang Berhormat Bukit Katil sensitif, hendak buat macam mana.

final • 2:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yalah saya mudahkan untuk rakyat kerana ini Dewan Rakyat. Saya bukan sensitif. Saya kata kerana Yang Berhormat Pengerang tidak faham apa saya cakap.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Kalau saya tidak faham, sebab saya tidak fahamlah saya bangun tanya soalan tadi.

final • 2:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Saya sudah jelaskan. Saya sudah jelaskan. Orang lain ramai yang faham. Mungkin Yang Berhormat Pengerang kena baca lagi balik. Pergi sekolah undang-undang baliklah.

Jadi, saya hendak nyatakan tadi, saya pergi kepada isu yang seterusnya iaitu tentang gaji hakim. Bukan sekadar Tun Zaki, Ketua Peguam Negara bangkitkan perkara ini. Malah Presiden Majlis Peguam sendiri, Christopher Leong menyatakan bahawa hakim- hakim di Malaysia ini berpendapatan kira-kira RM35,000 sebulan termasuk elaun dan faedah. Ditanya tadi tentang hakim-hakim di Singapura. Kalau mengikut catatan kita, sebagai perbandingan antara Malaysia dan Singapura, hakim-hakim di Singapura itu mendapat sebanyak SGD800,000 kepada SGD1,000,000 dolar setahun. Secara puratanya SGD66,000 hingga SGD83,000 sebulan. Jadi, kita bayangkanlah bagaimana jauhnya kalau hendak dibandingkan antara negara-negara ASEAN. Kita ambil contoh negara jiran seperti Singapura. Betapa jauhnya jarak gaji yang dinikmati oleh kedua-dua wakil daripada badan kehakiman.

Ini menyatakan bahawa saya tegaskan bahawa hakim sepatutnya dibayar gaji yang setimpal memandangkan beban kerja dan permintaan pekerjaan yang tinggi. Saya nyatakan ini, kalau hakim-hakim ini dibayar dengan gaji dan remuneration yang menarik ataupun tawaran-tawaran menarik, kita tentunya akan dapat menangkap mereka-mereka yang mempunyai the best legal breed, dengan izin, untuk menghakimi kes-kes ini tanpa fear dan favor. Tentunya dalam hal ini, saya ingin tegaskan bahawa Almarhum Tun Mohamed Suffian misalnya, pernah memberikan peringatan kepada kita sekitar tahun 1982 yang lalu. Ketika beliau menghadiri satu makan malam untuk meraikan persaraan beliau.

Yang disebut oleh Tun Mohamed Suffian, Lord President of Federal Court waktu itu, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Ini diberi peringatan kepada kita dan tentunya menjadi satu pegangan untuk kita perbetulkan keadaan ini. Apa yang disebut oleh Tun Mohamed Suffian, “The morning after I retired, a Rolls Royce arrived at my house with a message that I was required to attend a very important board meeting. Without further ceremony, I was taken to the penthouse of the Chartered Bank. Here I was appointed Chairman and required to call the meeting to order. There were only three items on the agenda. Caviar, champagne and any other matters arising there from, at noon we adjourned to a private room in the Shangri-La for a sumptuous lunch. When I was driven back home at 3 pm., I greatly regretted I had not retired years earlier.” Ini sebenarnya satu sindiran yang cukup tajam bahawa hakim-hakim kita terdedah dengan dugaan dan cabaran yang besar. Tentunya ini menuntut kepada kerajaan dan khususnya kementerian untuk mengkaji balik gaji dan juga elaun kepada hakim-hakim ini.

Seperti yang dinyatakan dalam 2003 Commonwealth (Latimer House) Principles on the Three Branches of the Government yang disebut sebagai Latimer House Guidelines. Pembiayaan yang mencukupi dan mampan perlu disediakan untuk membolehkan badan kehakiman untuk melaksanakan fungsinya dengan piawaian yang tinggi.

final • 2:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Malah, perkara 31 dalam Beijing Statement of Principles of the Independence of Judiciary, in the Law Asia Region juga menyatakan bahawa hakim hendaklah menerima saraan yang mencukupi dan diberi syarat-syarat perkhidmatan yang sewajarnya. Sebagai rujukan Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini Ketua Hakim Negara kalau ikut seperti mana dalam Akta 45 iaitu Akta Saraan Hakim ini, gaji bagi Ketua Hakim Negara adalah sebanyak RM25,000. Elaun Khas Kehakiman sebanyak RM15,000. Elaun Keraian Bulanan sebanyak RM6,000, Gantian Subsidi Kepada Sewa Rumah Bulanan sebanyak RM5,000. Peruntukan Untuk Pembantu Rumah Bulanan sebanyak RM3,000. Peruntukan Untuk Penyelenggaraan Rumah dan Halaman sebanyak RM4,100 yang tidak dikaji sejak tahun 1996. Termasuk juga Presiden Mahkamah Rayuan sebanyak RM22,000. Ini gaji bulanan yang berpencen.

Sebab itulah saya fikir hal-hal yang berkaitan dengan gaji ini sewajarnya diberikan perhatian kerana saya juga setuju dengan pandangan Yang Berhormat Masjid Tanah tadi bahawa kalau kita tidak mengkaji soal gaji dengan teliti, kita bimbang hakim-hakim ini akan terdedah dan juga akan tergoda dengan dugaan dunia termasuk kemungkinan mereka melakukan rasuah dan penyelewengan.

Apabila hakim, satu badan yang tertinggi di dalam negara kita untuk buat keputusan di pengaruhi oleh elemen-elemen rasuah dan corruption dan penyelewengan ini, ini tentunya akan menjahanamkan bukan sekadar negara malah juga membebankan rakyat dan tentulah ini menjadi satu perkara yang membimbangkan kita. Saya ingin minta kerjasama daripada kementerian kerana apa yang saya ingin dedahkan ini adalah satu perkara yang cukup penting.

final • 2:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Kita pernah dihadapkan dengan satu siri serangan terhadap integriti badan kehakiman dan tentunya yang terbaru adalah gambar bagaimana peguam V.K. Lingam mengatur hakim-hakim. Video yang lebih dikenali sebagai “Correct! Correct! Correct!” ini, dan kemudiannya dibuat satu suruhanjaya.

Saya juga pada sidang kali ini saya ingin nyatakan bahawa bukan sekadar video itu malah yang terbaru kita hendak minta kementerian, Menteri yang bertanggungjawab, kerajaan siasat siapakah individu yang bernama dengan nama panggilan “Kong”. Encik Kong kah, Mr. Kong kah atau Datuk Kong saya tidak tahu tetapi nama dia Kong. Mungkin kongkalikung, wallahualam tetapi daripada syarikat Seasons Company dan beliau dilihat cukup mesra dengan Ketua Hakim Negara.

Terbaru di Seminar Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, beliau dilihat bersama dengan individu ini menaiki kereta berplate number MCA 1, sama ada MCA terlibat wallahualam saya tidak tahu. Akan tetapi MCA 1 bila kita semak MCA 1 ini siapa punya, kita saksikan bahawa MCA 1 ini dijual dengan harga RM300,100 oleh Syarikat Asset Nusa Sdn. Bhd. Oleh sebab itu saya minta kementerian tolong semak bagaimana “Kong” ini boleh cukup mempengaruhi Ketua Hakim Negara.

Malah saya difahamkan oleh mereka yang memberikan maklumat kepada saya menyatakan bahawa dalam program Seminar Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, Ketua Hakim Negara miss ataupun tidak pergi setiap banquet kononnya bersama-sama dengan “Kong” ini meraikan tetamu-tetamu yang kita tidak tahu siapa. Kalau ini berlaku, ini suatu perkara yang memalukan dan memualkan sistem kehakiman dan sebab itulah saya nyatakan privilege di dalam Dewan Rakyat ini untuk mengemukakan perkara ini agar pihak kementerian boleh menyiasat individu ini. Kalau betul, kita minta diambil tindakan, bagaimana individu ini boleh terlibat secara terus dengan Ketua Hakim Negara dan malah menjadi top of the judges sekarang ini.

Ini menjadi satu kebimbangan kepada kita dan sebab itulah saya hendak tegaskan kepada Tuan Yang di-Pertua bahawa dalam hal yang berkaitan dengan bidang kehakiman ini tentunya Dewan Rakyat mesti mengambil pendekatan yang cukup berhati-hati.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

[Bangun]

final • 3:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Ya, Yang Berhormat Dato’, sila.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kita menyebutkan banyak nama yang sudah pasti tidak dapat mempertahankan diri di Dewan

final • 3:00 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

yang mulia ini, adakah Yang Berhormat bercadang untuk bercakap di luar sana supaya kedua-dua pihak boleh ambil tindakan?

final • 3:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Saya boleh, tidak ada masalah sebab itu saya kemukakan dalam bentuk soalan hari ini di Dewan. Saya minta kementerian tolong siasat kerana saya sudah beritahu tadi perkara-perkara yang dalam pengetahuan saya dan sebagai anggota Parlimen di sebelah sini saya juga tidak mempunyai akses untuk menyiasat lebih dari itu dan kalau betul ini perkara berlaku maka tentunya ini mendatangkan mudarat dan bencana kepada sistem kehakiman dan akhirnya rakyat juga yang akan menanggung beban.

Sebab itulah saya hendak minta kepada kementerian untuk memastikan agar perkara-perkara yang saya bangkitkan ini dapat diambil dengan serius kerana ini tentu berkait bukan sekadar dengan cabang yang paling penting tetapi juga integriti dan juga maruah negara sedang kita memperjudikannya di sini. Tuan Yang di-Pertua, saya fikir itu sekadar perbahasan saya di peringkat dasar dan selebihnya saya ucapkan terima kasih di atas pencelahan yang diberikan. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kapar sepuluh minit dan Yang Berhormat Beruas pun sepuluh minit kemudian Yang Berhormat Menteri menjawab. Sila.

final • 3:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selamat petang, vannakam dan salam reformasi. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya membahaskan Rang Undang-undang Saraan Hakim 2013 yang dibawa ke Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama sebelum ini pada 3 Disember 2013. Rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan seorang hakim untuk meletakkan jawatannya setelah mencapai umur 60 tahun mendapat pencen dan ganjaran dengan syarat dia telah memegang jawatan hakim selama tempoh berterusan yang kesemuanya berjumlah tidak kurang daripada 5 tahun daripada tarikh berkuat kuasa pelantikannya sebagai seorang hakim. Ia juga bertujuan membuat pindaan penyelarasan pencen dan faedah lain bagi hakim dan orang tanggungan. Saya seperti Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain bersetuju dengan rang undang-undang ini. Namun begitu saya ingin berbahas dan memperingatkan Dewan yang mulia ini dengan beberapa isu yang berkaitan dengan institusi kehakiman.

Pertama sekali adalah mengenai isu kenaikan gaji hakim. Walaupun terdapat suara-suara yang menggesa bagi kenaikan gaji hakim-hakim Malaysia namun kebanyakan ini adalah berkaitan dengan hakim-hakim di mahkamah atasan seperti Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi. Akta Saraan Hakim 1971 juga adalah mengenai saraan hakim-hakim di mahkamah atasan sahaja. Dalam membincangkan kebebasan badan kehakiman dan autonomi kewangan hakim, gaji hakim di mahkamah bawahan iaitu Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret juga tidak patut diabaikan.

Selain itu terdapat juga kes-kes di mana hakim mahupun kakitangan kehakiman yang dituduh menerima rasuah. Ini menimbulkan persoalan bahawa adakah gaji hakim mahkamah rendah adalah terlalu rendah yang mendorong kes rasuah tersebut berlaku ataupun undang-undang yang sedia ada perlu diberatkan terutamanya terhadap pesalah dari latar belakang kehakiman.

Saya ingin menyentuh beberapa isu atau kes yang telah berlaku contohnya pada 2 Mei 2012, seorang individu bernama Mohd Firdaus Zakaria, berumur 29 tahun, Pembantu Tadbir Undang-undang Mahkamah Rompin telah didapati bersalah dan dipenjarakan sehari dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen. Pada 10 Mac 2013, Mohd Tarmizi Zulkapli, 27 tahun, seorang pembantu hakim didakwa menerima suapan RM2,000 dan juga dijatuhkan hukuman. Pada 15 Disember 2010, Hassan Basri, 56 tahun, bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak juga dijatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atas tujuh tuduhan rasuah.

Pada 3 Oktober 2010, Mohd Firdaus Ramlan, 28 tahun, seorang majistret yang baru bertugas selama dua tahun sebagai Majistret di Mahkamah Kuala Krai dan Machang

final • 3:03 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

dijatuhkan hukuman enam tahun penjara dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu. Ini diikuti pada 17 Januari 2001, Firdaus Abdullah, 34 tahun, seorang bekas majistret dihukum dua tahun penjara dan didenda RM20,000 atau setahun penjara setiap satu atas dua kesalahan meminta dan menerima rasuah bagi membebaskan seorang pesalah trafik. Pada tahun 1993, Thavanathan Balasubramaniam, seorang majistret telah disabitkan kesalahan rasuah di Mahkamah Kuala Lumpur.

Ini menunjukkan penglibatan hakim-hakim di mahkamah rendah dan juga kakitangan juga terlibat di dalam kes-kes rasuah dan sebagainya yang mencemarkan integriti dan ketelusan institusi kehakiman. Jadi saya meminta kementerian juga menjaga hakim-hakim di mahkamah rendah.

Isu kedua adalah isu pelantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim yang tidak selaras dengan dasar dan petunjuk yang wajar. Pada tahun 2013, tiga orang hakim yang terlibat dalam perbicaraan kes fitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dinaikkan pangkat. Dua orang hakim Mahkamah Tinggi iaitu Agustine Paul dan Arifin Jaka adalah antara empat orang hakim Mahkamah Tinggi yang dinaikkan pangkat menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.

Manakala hakim di Mahkamah Rayuan, Pajan Singh Gill yang menolak permohonan ikat jamin Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai kes fitnah pertama, juga dinaikkan pangkat menjadi hakim di Mahkamah Persekutuan. So, persoalan yang timbul ialah memandangkan hakim yang terlibat dalam kes fitnah pertama, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dinaikkan pangkat selepas menyelesaikan tugas dan persoalan yang timbul setiap kali adalah adakah hakim-hakim yang terlibat dalam kes fitnah kedua, Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga akan menerima ganjaran berdasarkan prestasi mereka dalam kes-kes yang baru berjalan ini?

final • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kapar berhati-hati dengan peraturan ya.

final • 3:03 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ya, saya tidak sentuh bahagian itu, Tuan Yang di-Pertua. Pelantikan dan kenaikan pangkat hakim berdasarkan fasal 1, Perkara 122B, Perlembagaan Persekutuan, menurut Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan hakim-hakim yang lain Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara antara Oktober 2008 hingga September 2011.

final • 3:03 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Pelantikan beliau menjadi controversial kerana beliau pernah menyandang Ahli Lembaga Disiplin UMNO dan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal bagi membantu Jawatankuasa Disiplin UMNO menyiasat kes-kes politik wang pada tahun 1995. Sementara itu, pendedahan rakaman seperti yang di bawa oleh Yang Berhormat Bukit Katil tadi, video klip Datuk V.K. Lingam yang memaparkan bagaimana badan kehakiman nyata terdedah kepada pengaruh dan campur tangan langsung orang-orang yang berkepentingan dan pengaruh untuk menentukan pelantikan hakim-hakim.

Untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Badan Kehakiman Malaysia, kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim (JSC) pada tahun 2009 dan dianggotai oleh bekas Ketua Hakim Negara, bekas Hakim Kanan, dan bekas Peguam Negara. JSC berfungsi untuk memilih orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri.

Menurut Tun Zaki Azmi dan Ketua Hakim Negara, Dato' Lela Negara Tun Arifin bin Zakaria, pelantikan hakim menerusi JSC adalah sangat telus kerana dibuat secara sulit dengan undi majoriti. Namun, petunjuk yang paling ketara dalam kenaikan pangkat seseorang hakim adalah bergantung kepada keseniorannya tetapi ini tidak berlaku.

Terdapat lebih banyak hakim baru yang naik pangkat daripada senior. Sebagai contoh, bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Ahmad di mana sebelum ini merupakan Penasihat Undang-undang kepada UMNO tetapi kemudiannya secara tiba-tiba dinaikkan pangkat ke Mahkamah Persekutuan.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V.T. Singham juga menyeru pentadbir perundangan untuk hadir kepada hakim dan pegawai mahkamah apabila melihat soal kenaikan pangkat kerana ia seharusnya bebas tanpa diskriminasi dan campur tangan pihak berkuasa. Bekas hakim juga berkata, “Sistem kehakiman hanya akan bebas selepas hakim berhenti dapat menerima habuan kewangan dan pangkat dalam menjalankan tugas mereka”. Pada September 2013...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor bangun.

final • 3:10 PM

Dato' Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin pohon penjelasan Yang Berhormat Kapar. Adakah Yang Berhormat Kapar menyatakan kenaikan pangkat hakim-hakim di Malaysia ini adalah berdasarkan faktor politik? Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Untuk itu saya hendak baca seterusnya, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Saya beri contoh pada September 2013, tujuh orang hakim di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan telah dilantik tanpa rundingan dengan Majlis Peguam. Dato' Lela Negara Tun Arifin bin Zakaria telah menyatakan perkara itu sekadar berbudi bahasa dan tidak pernah ada perbincangan rasmi.

Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chew Wei telah menyatakan Majlis Peguam sepatutnya dirunding kerana peguam adalah pengguna mahkamah dan mengetahui siapakah hakim yang berkaliber.

Beliau juga menggesa kerajaan mencontohi JSC Britain dalam menggalakkan kepelbagaian, dengan izin, diversity, pelantikan dan kenaikan pangkat hakim dengan mengambil kira faktor jantina, etnik, golongan kurang upaya, dan latar belakang kepakaran dan pelantikan hakim bukan bergantung kepada merit dan berkelakuan baik sahaja.

Untuk bahagian ketiga, saya ingin membawa isu tentang what is justice atau dengan izin, apa itu keadilan? Saya ingin menyentuh sebuah buku yang ditulis oleh Lord Denning yang berbunyi, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “My root belief is that the proper role of the judge is to do justice between the parties before him. Is there is any rules of law which impairs the doing of justice. Then, it is the province of the judge to do all he legitimately can to avoid the rule. Even to change it, so, as to do justice in the instant case before him”.

final • 3:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Kapar, boleh mencelah?

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Sekejap Yang Berhormat. Ini buku yang ditulis oleh Lord Denning dalam buku yang bertajuk the Family Story 1981. Di sini menegaskan betapa pentingnya keadilan. Keadilan diutamakan dan keadilanlah pokok yang diberi keutamaan dalam setiap kes. Akan tetapi sayang sekali ada beberapa kes di Malaysia di mana keadilan di belakangkan. Itu yang menjadi persoalan dekat sini. Ya, Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Pengerang.

final • 3:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Kapar, saya hendak tanya soalan Yang Berhormat Kuala Selangor itu. Macam mana dengan pelantikan yang dibuat oleh Dato' Lela Negara Tun Ariffin is be, dilihat sebagai bersifat politik kerana tidak melalui pandangan daripada Majlis Peguam. Aspek mana boleh dilihat sebagai politik? Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Pelantikan yang kita katakan mesti ada struktur atau mekanisme yang perlu diwujudkan. Itu yang saya tekankan tadi perlu ambil iktibar dari JSC dan dari Britain. Beberapa kategori telah diluluskan dan beberapa mekanisme yang sepatutnya ada yang kita kena ikut. Dekat sini tidak ada mekanisme pelantikan yang sesuai seperti yang saya kata...

final • 3:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Kapar...

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya belum beri flow lagi.

final • 3:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Boleh? Dengan izin, Yang Berhormat Kapar tidak jawab soalan, politik. Soalan saya bukan mekanisme. Soalan saya aspek mana pelantikan itu dilihat berunsur politik? Itu soalan saya. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Okey. Macam saya bawa tiga orang hakim tadi yang saya terangkan sebentar tadi, Augustine Paul mahupun Dato' Lela Negara Tun Arifin bin Zakaria dan juga Pajan Singh Gill dinaikkan pangkat setelah menunjukkan prestasi mereka dalam kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertama.

Mengapa yang lain tidak dinaikkan pangkat ketika itu? Mahkamah Tinggi terus lompat ke Mahkamah Persekutuan.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sebab itu saya kata berhati-hati dalam perbahasan.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya hanya menjawab...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kita ada peraturan.

final • 3:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 3:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Tidak ada Tuan Yang di- Pertua. Saya merujuk kepada kenyataan yang mana...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya faham, saya faham. Saya nasihat kepada Yang Berhormat Kapar.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya pun sudah jawab.

final • 3:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

...Cakap tidak rujuk pada Majlis Peguam.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya pun jawab tadi.

final • 3:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Soalan saya, aspek mana politik itu? Tiga orang hakim yang disebut itu saya tidak sentuh, saya tanya aspek ini. Apa yang dia kata Dato' Lela Negara Tun Arifin bin Zakaria by pass Majlis Peguam bererti bersifat politik. Itu soalan saya. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya punya teks kena baca dari awal sampai akhir. Ia bukan just dipetik. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Habis?

final • 3:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Kapar, saya minta penjelasan.

final • 3:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Dalam Dewan ini, bila sebut tentang perkataan politik itu seolah-olah ada unsur politik. Itu yang saya hendak minta penjelasan lebih daripada Yang Berhormat Kapar.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, saya beri Yang Berhormat Subang.

final • 3:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Jadi itu yang saya tanya Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

I rasa Yang Berhormat Pengerang ...

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya sudah jawab tadi. Memang itu tiga orang dan penyambungan daripadanya sebab saya ambil teks ke teks. Tadi adalah isu kedua. Kalau hendak baca kena baca penuh dari awal sampai akhir. Saya beri Yang Berhormat Subang.

final • 3:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar dan kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Kapar dan ini susulan daripada soalan dan penjelasan yang diminta daripada Yang Berhormat Pengerang dan juga seorang ahli yang lain.

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 3:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Kuala Selangor, terima kasih. Ini sama ada isu pelantikan hakim ini adalah telah dipolitikkan, kenaikan pangkat, dan sebagainya- keputusan beberapa kes-kes ini. Bagi saya, kalau Ahli Yang Berhormat daripada UMNO Barisan Nasional tidak mahu terima pandangan daripada Pakatan Rakyat tidak mengapa. Bagi saya, saya syorkan sahaja. Sila baca laporan. Banyak badan antarabangsa yang berwibawa. Ia bukan kedai kopi punya pertubuhan. Saya beri satu contoh sahaja, International Commission of Justice (ICJ). Ia sangat senang.

Ini nombor dua Inter-Parliamentary Unit (IPU). Kita boleh teliti laporan-laporan mereka daripada sejak tahun 1988, semasa pemecatan Tun Haji Mohamed Salleh bin Abas. Selepas itu sehingga kes penindasan terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh bermula pada tahun 1998 sampai sekarang sebab semua kes ini termasuk yang melibatkan Yang Berhormat Permatang Pauh dan beberapa kes lain termasuk yang baru, Yang Berhormat Bukit Gelugor juga. Semua ini telah di dokumentasi, dibicarakan, dan ditulis di banyak laporan badan-badan ini. Saya sebut satu sahaja Tuan Yang di-Pertua untuk rekod Dewan yang mulia ini.

Ada satu laporan yang cukup lengkap Justice in Jeopardy. Kena baca itu sahaja.

Pandangan itu jelas. Mereka menerangkan macam mana institusi, badan kehakiman di Malaysia tidak boleh dianggap sebagai badan yang bebas dan berwibawa. Senang cakap, itu sahaja. Ia diperalatkan oleh pemerintah untuk kegunaan politik mereka dari semasa ke semasa. Itu kita nampak dengan terang sekali dengan kes Yang Berhormat Permatang Pauh.

Saya rasa semua tahu. Tidak perlu kita meneruskan dalam in deniallah. Mungkin ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mahu buat macam itu, boleh tetapi dunia tahu...

final • 3:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Subang, kes Yang Berhormat Permatang Pauh itu...

final • 3:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Biar saya habiskan dahulu.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, ini flow saya, ini flow saya.

final • 3:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Subang.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kena ikut peraturan, ikut peraturan.

final • 3:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

So, dunia tahu. Kita boleh tutup mata dan tutup telinga. Silakan, boleh buat tetapi dunia dan rakyat tahu. So, saya mintalah sudahlah, sudahlah actually. It is time for us to stop this nonsense, dengan izin.

final • 3:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Subang.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ini flow Yang Berhormat Kapar...

final • 3:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

UMNO Barisan Nasional approach...

final • 3:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Kenyataan Yang Berhormat Subang itu bahaya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

...Dan Yang Berhormat Subang minta penjelasan.

final • 3:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

...Menyalahgunakan institusi boleh buat tetapi...

final • 3:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Penjelasan, saya hendak minta penjelasan...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini bukannya Yang Berhormat Subang yang berucap.

final • 3:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

...Tidak lama lagi satu hari lagi...

final • 3:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Ya, itu yang saya hendak tanya Yang Berhormat Kapar.

final • 3:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

...You will pay the past because the country is bringing the price.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

*You destroy the institution, you destroy the country.

You remember that.*

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Diputuskan oleh tiga hakim Mahkamah Rayuan. Itu saya hendak tanya Yang Berhormat Kapar.

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Dosa ini Yang Berhormat Pasir Salak kena ingat, dosa ini akan dipegang oleh semua Ahli Yang Berhormat UMNO Barisan Nasional.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Adakah tiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan ini silap? Kata Yang Berhormat Karpal yang bercakap, ini Yang Berhormat Subang yang bercakap.

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

You will be remember in the history of doing that.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Saya pun confuse Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

So, please jangan...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini panjang sangat ini Yang Berhormat Subang..

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Jangan buat argument yang dishonest, dengan izin.

Jangan buat. Okey.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Apa pula Yang Berhormat Subang? Isu dia, ini pandangan kita daripada Barisan Nasional.

final • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat Subang.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh bercakap macam itu Tuan Yang di-Pertua. Saya tanya soalan.

final • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya, saya...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini Yang Berhormat Kapar, sekejap. Peraturan Mesyuarat ya.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Supaya saya minta Tuan Yang di-Pertua timbang. Saya dengar Yang Berhormat Kapar...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Peraturan Mesyuarat berapa?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Okey, saya sebut. Peraturan Mesyuarat 36(10)(b). Yang Berhormat Kapar, Peraturan Mesyuarat. Saya dengar ucapan Yang Berhormat Subang, seolah-olah kehakiman kita langsung tidak boleh percaya. Kalau dengan cara ini, the word dia kata boleh “destroy country”, boleh musnahkan negara ini dengan sistem yang ada. Jadi ini saya minta*...

[Disampuk]* Eh! Dengarlah! Saya minta Tuan Yang di-Pertua. Kalau you tidak percaya dengan hakim, you berhenti jadi peguamlah. You seorang peguam. You jangan jadi peguamlah, you resign kalau you tidak percaya dengan sistem kehakiman. Akan tetapi saya tidak mahu argue dengan dia.

Saya hendak minta Tuan Yang di-Pertua ini satu statement cukup bahaya yang beliau mengatakan tadi bahawa dunia semua tidak percaya kerana perangai yang macam Yang Berhormat Subang inilah yang menyebabkan dunia tidak percaya dengan sistem kehakiman kita. Saya hendak minta timbang iaitu perkataan-perkataan membangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan ini. Apakah sesuai atau tidak walaupun seorang Ahli Parlimen, peguam pula mengeluarkan kenyataan yang dia kata boleh ‘destroy’, boleh

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

memusnahkan masa depan negara kita kerana sistem kehakiman kita yang dia kata tidak ada kebebasan? Saya minta untuk ditimbangkan.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Subang. Apa maksudnya Yang Berhormat Subang?

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Maksud apa Tuan Yang di-Pertua?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(10)(b).

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah kata, kita kena faham satu perkara yang asas mungkin Yang Berhormat Tanjong Karang pun kena faham ini. Mungkin kurang faham itu. Di dalam Dewan yang mulia ini, kita merupakan satu daripada tiga bahagian pemerintah. Ini basiclah ya. Parlimen, Eksekutif dan Kehakiman.

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

Tahu, semua orang tahu! Tidak payah ajarlah.

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Antara peranan kita adalah over side of the judiciary. Kalau tidak faham itu, pergi baca, the Charter of the IPU- Inter-Parliamentary Union.

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

Semua orang tahu!

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kita perlu menjaga kewibawaan kehakiman. Itu tanggungjawab kita. Kalau kita sendiri, kalau kita nampak pemerintah mencemarkan, menjejaskan, menghancurkan, saya ulang itu, ke badan institusi itu...

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Subang.

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Patut adalah...

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Bermakna kes Yang Berhormat Permatang Pauh...

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Biar saya habis.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Di mahkamah tinggi itu, silaplah?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Pengerang..

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Saya hendak tanya Yang Berhormat Subang.

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ini adalah tanggungjawab saya...

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Mana Yang Berhormat Subang boleh cakap macam itu Tuan Yang di-Pertua. Dia tidak boleh cakap macam itu Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Dia menjawab Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Floornya Yang Berhormat Kapar. Dia tidak boleh cakap macam itu.

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Adalah tanggungjawab saya...

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Apa tanggungjawab? Ini Yang Berhormat Kapar punya floor Tuan Yang di-Pertua. Dia tidak boleh cakap macam itu.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

[Bangun]

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Untuk mengutarakan. Dia boleh ada pandangan yang berbeza, itu saya serah pada mereka.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang sekejap, saya hendak dengar penjelasan. Yang Berhormat Tanjong Karang, sekejap.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya hendak ulang peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. Dia ulang dalam bahasa yang tidak jelas.

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Itu tidak merupakan...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Dia kata sesuatu tindakan yang boleh menghancurkan negara.

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ya, memang. Saya ulang, saya ulang. Kalau dia tidak faham, saya ulangkan.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Ini bertentangan. Ini satu hasutan. Tidak boleh kita terima termasuk...

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Akan tetapi adalah hak saya untuk hendak memberi pendapat saya dan tidak apa-apa melanggar peraturan. Itu tanggungjawab kita. Apa guna kita duduk sini kalau kita tidak boleh mengutarakan pendapat itu...

[Disampuk] You tidak setuju, you jawab, you argue, you show the fact, itu sahaja.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tidak, bukan. Walaupun kita dalam Parlimen, kita bebas bercakap tetapi kita ada peraturan.

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kita sanggup berbahas sampai bila?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya pun boleh cakap macam-macam. Kalau hendak cakap macam ini, saya pun boleh cakap macam-macam.

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

I will argue with you about the Judiciary Act as long as you want.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Judiciary bukan?... Ini peraturan!

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

I will show you what the initial of the judiciary is- saya boleh. Tidak ada masalah.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Ini peraturan Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukuplah, cukuplah, cukuplah Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Kalau hendak cakap, saya pun boleh cakap.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Berapa laporan hendak bawa, baca boleh. Ada masa kita bawa, tidak ada masalah.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Akan tetapi jangan - ini peraturan kita ada.

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Jangan cakap...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tidak boleh cakap sesuka hati kita.

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Nanti dulu. Jangan cakap saya tidak boleh cakap. Itu you tidak boleh cakap.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Ini peraturan!

final • 3:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya boleh cakap, saya akan terus bercakap. Itulah tanggungjawab saya...

[Disampuk]

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Apa? Inilah problem. Saya hendak minta Tuan Yang di-Pertua ruling. Ini satu kenyataan yang cukup bahaya. Bahaya yang dia boleh...

final • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya teruskan?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Memusnahkan negara dengan kenyataan ini.

final • 3:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

[Bangun]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang, sila duduk Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya minta Tuan Yang di- Pertua ruling.

final • 3:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Itu sebab dari pagi tadi- Yang Berhormat Bukit Katil duduklah dulu. Dari semalam, pagi tadi, beberapa kali telah kita jelaskan bahawa kita berucap berhati-hati mengeluarkan patah-patah perkataan kita bahawa jangan menimbulkan perasaan marah di antara kita satu sama lain.

Kita kena bertanggungjawab di atas segala perbuatan dan perkataan-perkataan yang telah kita keluarkan. Saya kira Yang Berhormat Subang eloklah kita pada masa-masa akan datang mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak boleh menimbulkan perasaan marah dalam kalangan kita sesama kita sebagai Ahli Dewan ini. Jadi, tidak payah berpanjang-panjang. Yang Berhormat Kapar, sila. Gulung Yang Berhormat Kapar.

final • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sudah lebih dari 10 minit ini.

final • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya hendak masuk bahagian yang penting untuk saya. Saya telah bercakap tentang what is justice sebentar tadi. saya ingin juga membawa kepada satu buku yang bertajuk, ”Presumed Guilty” oleh Michael Mansfield, QC, yang mengatakan bahawa, quote, “We should replace adversarial system up to the time of trial with and inquisitorial system to ensure that the judge properly supervised the investigation of crime by the police. Thereby, seeking the truth rather than allowing the prosecution merely to secure a conviction”. Tuan Yang di-Pertua, persoalan pokoknya ialah pertembungan di antara dua prinsip iaitu seeking the truth and secure a conviction. Saya ingin- tidak hendak masuk

final • 3:20 PM

kepada kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tetapi saya ingin mempersoalkan lima item iaitu

(i) prosiding sepanjang 6 dan 7 Mac yang tergesa-gesa;

(ii) prosiding yang bertugas lebihan masa (over time) yang jarang berlaku;

(iii) prosiding hanya memberi satu jam untuk penyediaan mitigasi dan hukuman;

(iv) prosiding yang enggan membenarkan masa bagi penyediaan laporan perubatan; dan

(v) etika dan adat pakaian yang dikorbankan semata-mata untuk meneruskan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang kedua.

Adakah ini berlaku untuk secure a conviction atau seeking the truth? Sebab persoalan saya ini amat penting Tuan Yang di-Pertua, sebab dua prinsip ini di antara seeking the truth dan secure a conviction, ini sangat penting. So saya minta Yang Berhormat Menteri untuk mengulas bahawa, adakah kita sedang secure a conviction atau seeking the truth? Saya juga ingin meminta Yang Berhormat Menteri bahawa jangan ulang kesilapan krisis Penerbangan Malaysia pada tahun 1988 yang mana kita...

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Selangor bangun lagi.

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya hendak minta Yang Berhormat Kapar memberikan penjelasan tentang kes-kes yang dikendalikan lewat petang. Ini kerana saya lihat ada juga beberapa kes, sebagai contohnya PP versus Chong Shen Wen yang mana kes tersebut decisionnya pukul 6 petang. Ada juga kes yang Shaimin Venu versus PP di bawah seksyen 39B Dangerous Drugs Act yang mana kes tersebut hakimnya Malik Ishak, kes tersebut telah diputuskan jam 7 malam. Manakala kes Moorty Muthu versus PP yang mana kes tersebut di bawah Malik Ishak yang mana kes tersebut telah diputuskan jam 7.15 malam. Adakah ini sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kapar, merupakan ketidakadilan dalam sistem kehakiman?

final • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Macam saya tekankan tadi, saya sudah guna perkataan “Ini adalah amat jarang berlaku”...

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ini ada dua isu. Satu, ia melibatkan seorang Ketua Pembangkang, kes ini adalah high profile, kes ini di peringkat rayuan. Maka masa perlu diberikan dan jangan lupa, sebab dibawa, saya ingin menjelaskan bahawa di sini Mahkamah Rayuan sedang menukar keputusan Mahkamah Tinggi. So, masa adalah essence yang utama perlu diberikan, tergesa-gesa. Itu yang saya tanya tadi. Is it we are seeking the truth or secure a conviction? Setiap Ahli Yang Berhormat yang ada di sini, kalau hendak martabatkan institusi kehakiman, kalau hendak memurnikan institusi kehakiman, we are responsible, kita bertanggungjawab untuk cucu-cucu kita, cicit-cicit kita akan baca apa yang sedang berlaku.

Jangan lupa, macam saya kata tadi, krisis Penerbangan Malaysia 1988 setelah 20 tahun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta maaf kepada Tun Salleh Abas. Jangan 20 tahun yang akan datang...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat, boleh bagi laluan?

final • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kita juga meminta maaf.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Boleh bagi laluan?

final • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Dengan apa yang telah berlaku.

So saya mendesak dan menuntut Yang Berhormat Menteri untuk menerangkan whether..

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Boleh?

final • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim, whether it seeking the truth or secure a conviction? Itu sahaja, salam reformasi, Nandre. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, 10 minit ya Yang Berhormat Beruas.

final • 3:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya bangun untuk bahas Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Selepas ini Yang Berhormat Menteri jawab ya.

final • 3:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Seperti yang telah dihujahkan oleh rakan-rakan dalam Dewan yang mulia ini, saya bersetuju bahawa kita mestilah saraan yang mencukupi kepada hakim-hakim sama ada apabila mereka masih sebagai hakim ataupun selepas mereka bersara supaya mereka boleh menjalankan tugas sebagai hakim dengan baik tanpa ada kekhuatiran tentang keperluan asas kehidupan untuk mereka sendiri dan juga ahli-ahli keluarga mereka.

final • 3:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin membawa satu perkara sahaja iaitu saya ingin mengutarakan satu peringatan yang saya yang hendak buat di sini dengan penuh hormat, bahawa hakim-hakim kita hendaklah mentafsirkan undang-undang seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang dan tidak boleh lah memasukkan kepercayaan sama ada mengikut agamanya atau sebaliknya atau kerana unsur keturunan, bangsa, gender atau tempat asal mereka apabila membuat sesuatu keputusan atau mentafsir undang- undang. Dengan izin saya ingin menyatakan dalam bahasa Inggeris bahawa, the judges must interpret the law as it is and not interpret them according to his belief, religious or otherwise or influence by different race, gender or any parochial consideration. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa sama ada seorang hakim itu beragama Islam, Kristian, Buddha atau Hindu atau lain-lain kepercayaan telah diberikan amanah oleh rakyat untuk mengadili sesuatu kes sama ada seseorang itu beragama Islam atau Kristian atau Buddha, mana-mana orang yang beragama lain yang berhadapan dengan mereka mesti ada kepastian bahawa hakim itu akan menjalankan tugasnya dengan adil.

Hakim juga mestilah membuat satu keputusan berlandaskan keadilan dan seorang hakim itu tidaklah boleh membuat keputusan kerana kehendak majoriti. Biarpun seorang pun yang tertindas dalam negara kita ini, hakim itu mestilah membela hak rakyat tersebut dan memberikan keadilan kepada beliau. Sebab itu kita memberikan dengan izin, security of tenure kepada hakim-hakim dan mereka tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya melainkan melalui satu proses dengan penubuhan satu tribunal yang merupakan satu proses yang amat ketat. Oleh yang demikian saya berharap hakim-hakim akan terus menjalankan tugas mereka untuk menegakkan keadilan tanpa dengan izin, influence oleh faktor-faktor luaran.

Saya menimbulkan perkara ini kerana kekhuatiran dan kerisauan yang timbul selepas mahkamah memutuskan kes Lina Joy dan juga Kalimah Allah. Namun dua hari yang lepas saya mendapat galakan dan harapan baru keyakinan saya terhadap mahkamah kita apabila hakim, Yang Arif Datuk Zabariah Mohd Yusof dalam kes Deepa Subramaniam terhadap Viran Nagapa yang telah memeluk agama Islam dengan nama Izuan Viran Abdullah, telah memutuskan bahawa Mahkamah Sivil memang mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan di antara pasangan orang yang bukan Islam di mana seorang daripadanya telah memeluk agama Islam. Ini memberi nafas baru dan harapan baru kepada mereka yang bukan Islam kerana dalam tahun 2006 dalam kes R. Subhashini dikatakan Mahkamah Sivil tidak ada jurisdiction ataupun bidang kuasa untuk mendengar kes sedemikian. Adalah penting bahawa di dalam negara kita ini setiap rakyat mesti ada dengan izin, access to the judicial process sama ada Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil, tidak boleh mana-mana pihak dengan izin, denied at the right or access to justice.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kes Lina Joy, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas dalam Perkara 11 (1) dengan izin dalam bahasa Inggeris memperuntukkan bahawa; “Every person has the right to profess and practice his religion”, and subject to Clause 4, to propagate it. Sub clause 4 menyatakan; “State law and in respect of the Federal Territories under the Federal law may control and restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing religion of Islam”. Dalam kes Lina Joy di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dengan majoriti 2x1 di mana Ketua Hakim Negara, Yang Arif Ahmad Fairus Sheikh Abdul Halim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Alaudin bin Mohd Sharif telah memutuskan bahawa kebebasan beragama untuk orang Islam tertakluk kepada peruntukan Mahkamah Syariah dan keputusan ini tidak disetujui oleh hakim Yang Arif Richard Malanjut. Dalam kes ini saya nampak bahawa sebenarnya ada elemen di mana kepercayaan seseorang hakim itu telah dibawa ke dalam keputusan kes ini, di mana Ketua Hakim Tun Ahmad Fairuz dalam keputusan beliau menyatakan sebegini; “Islam is not only a collective of dogma and rituals but it also a complete way of life comprising of all kind of humans, individual or public, legal, political, economic, social, cultural or judicial activities”. Saya hendak tegaskan di sini dinyatakan juga judicial activities.

Saya ingin mengutarakan kepada semua bahawa memang dalam setiap agama, dengan izin every beliefs and religion or encompasses a complete way of life. Sama ada agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu, cara kita mempercayai sesuatu, cara kita berfikir akan juga mempengaruhi cara kita menjalankan hidup seharian.

final • 3:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, dalam kes ini di mana seksyen 11 menyatakan begitu jelas setiap orang mempunyai kebebasan beragama tetapi dalam kes majoriti Lina Joy dikatakan mesti pergi ke Mahkamah Syariah. Bagi saya kalau seseorang itu diberikan kebebasan untuk beragama, ianya hendaklah diputuskan oleh orang itu sendiri. Tidaklah boleh diputuskan oleh orang yang lain. Kalau ia mesti diputuskan oleh Mahkamah Syariah maksudnya orang itu tidak lagi mempunyai kebebasan beragama dan...

final • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

[Bangun]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Tanjong Karang bangun.

final • 3:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya habiskan dulu, nanti, saya siapkan. Dalam banyak enakmen-enakmen negeri di mana kalau seseorang itu hendak keluar daripada agama Islam beliau akan ditahan dengan izin, rehabilitation center, akan didenda atau dipenjarakan. Oleh kerana hakim membenarkan pandangan kepercayaan agamanya dimasukkan dalam penilaian kes ini, isu yang lebih penting iaitu isu dengan izin isu perlembagaan, a constitutional issue telah diketepikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya khuatir kalau orang yang duduk atas, yang menjadi hakim biarpun kalau dia Buddhistkah ataupun Hindukah, kalau mereka menggunakan fahaman mereka sendiri akan huru-haralah mahkamah kita.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Beruas, dalam kes Seremban ini masih lagi proses rayuan kan.

final • 3:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Sebab itu saya tidak akan sentuh kes. Saya memuji hakim ini kerana dia sudi melaksanakan tanggungjawab. Saya tidak bincangkan kes, saya mohon kepada hakim-hakim...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Apabila kita petik itu, itu yang sama kita ulas isu ini.

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Oleh sebab itu poin saya hanya satu bahawa hakim-hakim tidak haruslah dipengaruhi oleh kepercayaan ataupun pandangan ataupun kedudukan, pandangannya ataupun depends on matter semasa mentafsirkan undang- undang mestilah di tafsir mengikut undang-undang sahaja. Itu sebenarnya poin saya.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

[Bangun]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Tanjong Karang bangun.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Boleh?

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

I habis satu poin. Bagi saya habiskan, terima kasih. Jadi Tuan Yang di-Pertua dalam perkara ini di mana masalah tentang seorang yang kerana tidak ingin melaksanakan tanggungjawab beliau apabila berlaku sesuatu penceraian di antara dua orang bukan Islam, seorang yang masuk Islam semata-mata kerana dengan izin, absorb his responsibility to the family members. Memang kerajaan telah pun bercadang untuk lima tahun hendak meminda Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976. Dalam hal ini difahamkan saya telah mendapat pandangan daripada JAKIM yang mengatakan mereka tidak ada bantahan. Akan tetapi jawapan yang saya dapat ialah kerajaan akan membuat cadangan dan pindaan secara berperingkat dengan membuat pindaan kepada Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 bagi menyelesaikan status perkahwinan sivil pasangan di mana seorang telah memeluk agama Islam.

Akan tetapi kerajaan mengatakan bahawa kerajaan akan membentangkan cadangan pindaan kepada undang-undang tersebut di Parlimen setelah mendapat persetujuan daripada Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan perkenan Majlis Raja-Raja.

Saya ingin menyatakan bahawa berkenaan undang-undang ini berkenaan hak orang bukan Islam dan tidak perlulah mendapat persetujuan daripada Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan juga perkenan Majlis Raja-Raja.

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Cadangan kerajaan untuk meminda rang undang-undang ini telah pun dirancang tahun 2009 sudah lima tahun sekian lama isu ini belum lagi diselesaikan. Ingin saya juga menyatakan bukti-bukti sebelum saya bagi contoh kedua keraguan ataupun saya habiskan contoh yang kedua. Kita hendak hakim atau mahkamah kita diterima dan disanjung tinggi oleh setiap rakyat Malaysia. Dalam isu kalimah Allah di mana selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan, Kerajaan Sarawak dan juga Sabah mengatakan tidak akan mematuhi keputusan yang telah dibuat.

Maksud saya ini ialah sesuatu keputusan itu yang dibuat oleh hakim mestilah bernas dan boleh diterima kerana alasan-alasan yang bernas. Akan tetapi kalau mahkamah membuat satu keputusan di mana sehinggakan Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Sabah tidak boleh terima, ini akan merendahkan ataupun rasa hormat rakyat kepada mahkamah kita. Jadi saya harap hakim-hakim kita ini akan menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan dan mentafsir undang-undang seperti yang termaktub. Jadi itulah sahaja perkara yang ingin saya utarakan dan kalau boleh sesiapa hendak penjelasan boleh.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya dengar Yang Berhormat Beruas ini. Saya tengok Yang Berhormat Beruas agak keliru dengan apa yang beliau cakapkan. Kesimpulan yang saya faham apa Yang Berhormat cakap ialah mengatakan bahawa ada hakim membuat satu keputusan mengikut kefahaman agama dan mengetepikan isu-isu Perlembagaan. Kalau saya tidak salah, itulah kesimpulan yang saya boleh faham.

Baik, saya dengar tadi apa Yang Berhormat cakap mengenai Artikel 11, kebebasan beragama. Kemudian Yang Berhormat pula ada sebut Artikel 11(4). Boleh atau tidak Yang Berhormat jelaskan kepada Dewan ini apa yang dimaksudkan dengan Artikel 11(4) ini? Adakah di Malaysia ini benar-benar kita mengamalkan kebebasan beragama seperti mana Yang Berhormat katakan tadi kebebasan beragama itu hak masing-masing.

Itu tafsiran human right di peringkat antarabangsa tetapi dalam Malaysia ini ada undang- undang kita.

Memang ada undang-undang yang menentukan sama ada boleh masuk agama Islam, tidak boleh tukar agama atau pun tidak. Kita ada undang-undang kita. Jadi Yang Berhormat cuba fahamkan tentang apa Yang Berhormat faham Artikel 11(4) ini?

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkara 11(4) ini mengatakan kerajaan negeri atau pun untuk Wilayah-wilayah Persekutuan, Kerajaan Persekutuan boleh mengubah undang-undang, menghalang mana-mana orang daripada menyebar fahaman atau pun agama lain kepada orang-orang Islam. Itu kita semua terima, itu tidak boleh disebar.

Akan tetapi sebenarnya yang penting yang saya utarakan di sini ialah saya rasa sangat sedih kerana ada segelintir komuniti kecil kerana secara teknikal namanya agama Islam tetapi hampir semua orang Cina dan India yang hendak berkahwin tidak boleh berkahwin. Mereka terpaksa bersekedudukan. Saya rasa perlu memberikan hak kepada mereka untuk berkahwin. Mereka bersekedudukan bukan kerana tidak hendak kahwin tetapi undang-undang tidak membenarkan mereka.

Bagi saya inilah kumpulan yang tertindas dan satu cara ataupun satu jawapan, solution must be found untuk orang-orang ini kerana kalau tidak anak-anak yang dilahirkan ini akan merasakan kita dan masyarakat ini berlaku tidak adil kepada mereka...

final • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Boleh bagi jalan?

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Okey saya habiskan satu jawapan.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Boleh bagi jalan tak? Saya hendak sedikit ...

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

One more sentence I bagi you.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Okey bagi selepas ini. Okey.

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Perkara yang saya ingin nyatakan di sini bahawa Perlembagaan Malaysia merupakan the supreme law of land. Itu nyata dalam Perkara 4, Perlembagaan Persekutuan. Mana-mana undang-undang yang melanggar apa-apa peruntukan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah setahap mana undang-undang itu melanggari peruntukan ini.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Beruas, cukuplah.

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi saya berharap mahkamah kita ini bolehlah menegakkan hak untuk semua orang supaya rakyat Malaysia dapat hidup aman dan makmur dan tidak ada pertelingkahan yang tidak perlu. Kita bolehlah menjadi sebuah negara yang baik untuk semua.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Beruas sudah habis. Bagi laluan? Selepas ini gulung Yang Berhormat Beruas.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Bagi laluan sebab saya hendak minta penjelasan sebab ini satu kenyataan yang amat mengelirukan dan amat bahaya daripada hujah-hujah yang diberikan oleh Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Beruas pun dia tidak faham apa yang dia cakap. Dia tadi saya dengar dia kata Perkara 11(4), kemudian dia kaitkan pula dengan kalimah “Allah” dan juga kes mahkamah.

Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat saya hendak minta penjelasan. Yang Berhormat setuju atau pun tidak bahawa ini dua kes yang berbeza. Kalimah “Allah” itu ialah itu di bawah Akta Percetakan, lain. Akan tetapi isu kalimah “Allah” ini kerana setiap negeri ada undang-undang sendiri. Di Selangor saya bagi contoh kita ada agama-agama bukan Islam. Penyebaran dan juga kawalan, ertinya undang-undang itu ada. Dalam enakmen itu ada perkara-perkara yang tidak boleh disebarkan dan disentuh oleh orang bukan Islam.

Bukan sahaja Selangor, semua negeri ada, Penang pun ada, Kelantan pun ada. Kelantan lagi dahsyat hukumannya boleh hukum penjara, boleh hukum rotan. Selangor hanya RM1,000 sahaja denda.

Jadi kita janganlah persoalkan undang-undang yang telah sedia ada. Cara Yang Berhormat ini seolah-olah macam hendak menggalakkan sampai apabila ada undang- undang ini kita menghalang orang Islam dan bukan Islam tidak boleh kahwin. Ini satu kenyataan yang cukup bahaya.

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya hanya mohon kepada hakim-hakim kita.

Poin saya ialah hakim-hakim kita ini mesti berani menegakkan Perlembagaan Persekutuan, the supreme law of the land, itu sahaja. Sekarang kita berbahas tentang saraan hakim- hakim. Jadi ...

final • 3:40 PM

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Saya pun hendak minta satu penjelasan daripada Yang Berhormat Beruas boleh?

final • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Statement Yang Berhormat amat-amat bahaya. Inilah satu fahaman pluralisme yang dibawa oleh COMANGO ini di peringkat antarabangsa. Inilah fahamannya.

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kalau bincang itu tidak habis-habis. Kalau hendak bincang terperinci kita sudah habis. Sekarang ini kita hendak bincang tentang kehakiman kita, hakim-hakim kita.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey Yang Berhormat Beruas sudah habis. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Beruas, saya pun hendak minta satu penjelasan. Boleh Yang Berhormat Beruas?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sudah habis. Cukuplah Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Menteri, sila.

final • 3:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Saraan Hakim

(Pindaan) 2013 sejak dari semalam sehingga sebentar tadi. Sesungguhnya saya bagi pihak Jabatan Perdana Menteri amat menghargai pandangan dan cadangan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan.

Saya juga ingin mengingatkan diri saya sendiri bahawa hujahan kita tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 36(2) di mana kes yang melibatkan mana-mana Ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini yang sedang dalam proses mahkamah tidak boleh dibincangkan lanjut kerana subjudice serta Peraturan Mesyuarat 36(8) yang selaras dengan Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan.

Saya ingin mengambil peluang ini juga hendak memuji Yang Berhormat Bukit Gelugor. Beliau seorang pengamal undang-undang yang amat kita hormati. Walaupun beliau tahu beliau ada kes yang sedang berlangsung yang dirayu di mahkamah, langsung beliau tidak menyentuh mengenai kes tersebut. Inilah di antara contoh yang patut kita ambil di Dewan yang mulia ini kerana di dalam Dewan ini ramai peguam tetapi kononnya sepatutnya mengikut peraturan mesyuarat, mengikut semuanya, tetapi banyak yang kita dengar kebanyakannya melanggar peraturan.

Saya rasa Tuan Yang di-Pertua pun kadang-kadang sudah tidak mahu lagi mengingatkan. Terlalu kerap dilakukan. Jadi saya mengharapkan biarlah kita jadi peguam contoh, pengamal undang-undang contoh kerana ia tidak nampak sangat di dalam Dewan yang mulia ini. Jadi saya mohon maaf kalau itu satu teguran yang tidak baik tetapi ia perlu dinyatakan di sini.

Walau bagaimanapun, maka saya hanya akan menjawab...

final • 3:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya hendak minta penjelasan sedikit.

final • 3:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

...Pertanyaan-pertanyaan Yang Berhormat...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Subang bangun.

final • 3:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Tuan Yang di-Pertua, saya baru mula.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Belum bagi laluan lagi. Belum lagi. Baru mula.

final • 3:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Saya baru mula. Jadi kalau hendak tanya, tanya selepas saya- belum habis pun pengenalan yang saya nyatakan di sini.

final • 3:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Sebab Yang Berhormat Menteri sudah bangkitkan peraturan mesyuarat. Saya hendak tanya tafsiran tentang peraturan mesyuarat ini sebab saya rasa ini isu yang penting. Gambaran diberi bahawa kita tidak boleh...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini saya hendak tanya, Yang Berhormat Menteri bagi laluan atau tidak?

final • 3:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Peraturan mesyuarat? Okey.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 3:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tadi Tuan Yang di-Pertua... Terima kasih kepada...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Peraturan mesyuarat berapa?

final • 3:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Bukan saya bangkitkan peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Menteri sebut Peraturan Mesyuarat 36(2). Sebenarnya itu (2), bukan (8). Dan bagi gambaran macam kita tidak boleh bincang kes-kes di mahkamah.

final • 3:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Saya hendak tegurkan di sini. Saya sebut dua- dua, Peraturan Mesyuarat 36(2) dan juga 36(8).

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sudah dibetulkan.

final • 3:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Itu lain tetapi yang penting ialah Peraturan Mesyuarat 36(2). Itu tidak bermaksud bahawa kita tidak boleh bincang mana-mana kes.

Peraturan itu adalah dalam bahasa yang memang cukup lebih halus daripada itu. Boleh saya baca dengan izin?

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak perlulah. Kita semua ada peraturan mesyuarat.

final • 3:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tidak, saya rasa baca sebab kadang-kadang kita...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya ingat tidak perlu Yang Berhormat Subang. Saya fikir semua Ahli-ahli faham terhadap peraturan ini.

final • 3:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ya Tuan Yang di-Pertua tetapi saya hendak jelaskan dengan izin, kita tidak boleh ambil pendirian apa-apa kes yang di mahkamah, kita tidak boleh bincang di sini. Itu bukan apa yang disebut di sini. Dia bagi bahasa ini, dengan izin “Reference shall not be made to any matter which is sub judice…”. Sub judice means pending in court. “...In such a way as might in the opinion of the Chair...” iaitu Tuan Yang di-Pertua, “...Prejudice the interests of parties thereto”. Jadi maksudnya bukan dia kata tidak boleh semata-mata bincang apa-apa yang pending in court, in such a way as might in the opinion of Tuan Yang di-Pertua prejudice the interests of parties thereto.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sebab itu- Yang Berhormat Subang, saya faham.

final • 3:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya hendak minta, apakah yang- itu yang kita hendak bincang.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Subang.

final • 3:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Subang.

final • 3:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Menteri pun kena faham itu ya.

final • 3:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Oleh sebab itulah Tan Sri Yang di-Pertua dan saya juga selalu mengingatkan tentang peraturan ini, Peraturan Mesyuarat 36(2) dan 36(8). Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Subang sebab saya mendengar juga Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua beberapa kali sudah menyatakan dua kes yang kita ada di sini yang sedang dalam rayuan. Oleh sebab itu ia ditegur. Jadi sebab itu saya pun mengingatkan diri saya bahawa kes-kes tersebut ada soalan-soalan yang diajukan yang mana saya mungkin tidak dapat menjawabnya di sini. Oleh sebab itu saya mengingatkan lebih awal.

Namun begitu, saya hanya akan menjawab pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan yang meliputi skop rang undang-undang ini dan perkara-perkara yang dibenarkan selaras dengan peraturan mesyuarat di Dewan Rakyat yang mulia ini.

Saya ingin menyentuh isu yang berkenaan dengan hakim yang kembali sebagai peguam. Beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah membawa perkara ini. Tuan Yang di- Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah mencadangkan agar suatu rang undang- undang digubal bagi melarang bekas hakim daripada terlibat dalam politik dan juga kembali kepada profesion peguam selepas mereka bersara.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat yang membawa perkara ini, hakim yang telah bersara berhak untuk menjalankan apa jua urusan, selagi ia tidak melanggar undang-undang atau dengan izin, within the ambit of the laws of Malaysia. Ini termasuklah hak untuk bercakap, berhimpun dan berpersatuan selaras dengan peruntukan Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. Selain daripada itu, sekiranya bekas hakim ingin kembali menjadi peguam, mereka adalah tertakluk kepada Akta Profesion Undang-undang 1976

final • 3:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

yang pada masa ini tidak menghalang mereka daripada berbuat demikian. Namun begitu, cadangan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ini akan diberi perhatian sewajarnya dan kita akan menelitinya dengan lebih lanjut.

Seterusnya isu kenaikan gaji hakim dan gaji bebas cukai. Beberapa Ahli Yang Berhormat juga, Tuan Yang di-Pertua, telah mengemukakan perkara ini dan ingin mengetahui sama ada kerajaan bersedia untuk menaikkan gaji dan faedah-faedah lain bagi hakim-hakim di negara ini setanding dengan negara-negara serantau.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang telah membawa perkara ini, pindaan terakhir kepada perubahan gaji dan elaun-elaun seperti elaun keraian, elaun khas kehakiman, imbuhan tetap perumahan dan elaun pembantu rumah bagi hakim-hakim mahkamah atasan telah dilaksanakan pada 1 Januari 2009. Namun begitu, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menyemak semula gaji dan menambah baik skim perkhidmatan hakim mahkamah atasan untuk lebih kompetitif bagi menarik pengamal undang-undang yang berkaliber menyertai badan kehakiman. Cadangan jawatankuasa itu kelak akan dibawa untuk pertimbangan oleh kerajaan. Saya percaya, hakim-hakim yang tengah berkhidmat ini ataupun yang telah bersara berterima kasih dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyokong perkara ini.

Ingin dimaklumkan juga bahawa jawatankuasa ini turut meneliti cadangan- cadangan lain yang dicadangkan oleh hakim-hakim sebagai salah satu daripada alternatif kepada peningkatan gaji hakim termasuk dengan cadangan agar gaji hakim dibayar secara bebas cukai atau dengan izin, tax free. Memang sudah dimasukkan dalam cadangan untuk jawatankuasa pertimbangkan.

Seterusnya ialah menangani rasional kadar kenaikan 2% dan tidak lebih. Ada beberapa orang juga menyatakan perkara ini. Mereka ingin mengetahui rasional kenaikan pencen pada kadar 2%.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan kenaikan tahunan pencen sebanyak 2% adalah kuantum yang sama diperoleh oleh pesara-pesara perkhidmatan awam. Konsep kesamarataan digunakan dalam menentukan kenaikan 2% ini. Selain daripada itu, kenaikan 2% ini juga adalah selaras dengan kenaikan indeks harga pengguna atau dengan izin, consumer price index yang secara purata sebanyak 2% pada tahun-tahun yang lalu. Jadi kenaikan 2% ini juga melibatkan semua pesara perkhidmatan awam yang berjumlah lebih kurang 600,000 orang yang sedang menerima kenaikan sejak tahun 2013, kalau tidak silap saya pada Julai yang lepas. Oleh yang demikian, kadar kenaikan 2% untuk setahun ini juga mengambil kira keadaan kewangan kita.

Cadangan untuk pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman ataupun JC dimansuhkan, saya rasa Yang Berhormat Sepang ada membawa perkara ini. Yang Berhormat Sepang telah mencadangkan agar pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman dimansuhkan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman diperuntukkan di bawah Perkara 122A dan 122B, Perlembagaan Persekutuan. Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman ini adalah berdasarkan keperluan bagi...

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sepang bangun.

final • 3:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Boleh saya habiskan dulu tidak? Sebab kalau tidak, you tidak tahu nanti saya sudah sentuh, kan? Okey, terima kasih.

Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman ini adalah berdasarkan keperluan bagi menyelesaikan segera urusan kes-kes tertunggak Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.

final • 3:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Adalah tidak tepat untuk menyatakan bahawa untuk menjamin kebebasan kehakiman hanya hakim Mahkamah Tinggi sahaja dilantik oleh sebab tiada security of tenure dengan izin bagi seorang pesuruhjaya kehakiman untuk menyelesaikan kes-kes tertunggak di Mahkamah Tinggi. Antara tujuan pesuruhjaya kehakiman dilantik adalah sebab mereka mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang tertentu misalnya seperti dengan izin admiralties, Islamic finance, construction law, banking, finance dan

final • 4:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

sebagainya. Oleh itu adalah wajar pelantikan pesuruhjaya kehakiman dikekalkan sebagai mana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan demi kebaikan pentadbiran keadilan undang-undang. Okey, Yang Berhormat Sepang.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya tidak menafikan atau pun menidakkan bahawa pelantikan itu ada peruntukan dalam perlembagaan, saya aware benda itu. Cumanya apa yang saya minta ialah supaya kerajaan menimbangkan adalah kerana dari segi amalannya, walaupun niat itu baik, saya tidak nafikan sebab kita dengan izin, shortage of hakim. Jadi, kita melantik hakim-hakim sistem kehakiman ini untuk hendak isi vacant itu. Mereka diberikan kontrak untuk tempoh tertentu.

Akan tetapi yang saya risaukan ialah persepsi sebab dalam isu kehakiman ini kita tidak boleh hanya base on realiti. Akan tetapi persepsi, persepsi rakyat, persepsi pihak yang terlibat dalam perbicaraan, litigant, persepsi peguam dan sebagainya. Ini juga harus diambil kira. Ini kerana realitinya JC atau pun Judicial Commissioner ini, mereka ini berada dalam keadaan yang mereka rasa dia punya position tidak certain. Jadi, sedikit sebanyak mereka juga akan pengaruhi oleh desakan-desakan luar ini.

Pengalaman ramailah, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Beruas, kami yang terlibat khususnya dalam practicing lawyer ini, kita dapat merasakan. Apabila saya katakan begini sebenarnya ia juga kalau tidak silap saya pernah disuarakan oleh Almarhum Raja Aziz Addruse because he was JC before. The late Raja Aziz Addruse pernah dilantik sebagai JC. Dia sendiri pernah, dalam satu program dia mengatakan tidak perlu ada JC ini, ini satu saranan daripada bekas JC sendiri. Ini kerana dia kata, the amalannya yang saya kata, berdasarkan pengalaman saya adalah JC ini, pesuruhjaya kehakiman ini, mereka terpaksa kadang-kadang, selalunya, bukan sekali tetapi banyak kali, lepas mereka membuat satu keputusan yang kita tahu memihak kepada kerajaan selalunya akan dipromote jadi hakim.

Oleh sebab itulah, ini persepsi yang kita tidak boleh hendak lari. Kecuali badan kehakiman kita ini memang tidak ada langsung ‘baggage’ yang sebelum ini, kita memang idea baik semua, mungkin isu persepsi ini kita boleh tangani dengan mudah. Akan tetapi dalam keadaan latar belakang sistem kehakiman kita yang mula diragui imejnya, integritinya, saya rasa sudah sampai masanya kita boleh review balik, kita boleh review. Saya rasa kalau sekiranya perlu pindaan perlembagaan, kita boleh bawa di Parlimen ini dan saya rasa kita sendiri pun boleh sokong. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sepang.

final • 4:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat Sepang.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Isu yang sama, isu yang sama.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya sila.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Isu Suruhanjaya Kehakiman.

Tadi Yang Berhormat Sepang pun sebut, saya pun hendak sambung apa Yang Berhormat Sepang cakap tadi. Pertama, pelantikan pesuruhjaya kehakiman ini. Saya harap yang akan datang ini kena pilih betul-betul. Tengok betul-betul latar belakang. Ini ada yang bekas, pernah menjadi calon PAS, dia mengaku, dia pun penasihat undang-undang PAS. Bekas penasihat jadi calon, jadi calon ini.

Tadi yang disebut hakim tadi, macam Yang Berhormat Sepang kata bila dia jadi hakim favor kepada kerajaan, boleh naik pangkat. Ini dia punya persepsi. Ini terang-terang jadi calon PAS, macam mana boleh jadi pesuruhjaya kehakiman? Kemudian naik pangkat pula itu, naik pangkat sekarang ini. Di mana ada dia punya integriti kalau hakim macam ini?

Saya hendak minta penjelasan daripada Menteri. Waktu dia...

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Nantilah, saya belum habis cakap lagi ini.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak apalah.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Apa ini?

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Lepas inilah, saya duduk.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bangun]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Bharu, duduk dulu Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tidak payahlah kelam-kabut.

Ini yang jadi kelam-kabut Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar dia cakap, bagilah saya cakap, tidak usah lah kacau. Sudah cakap, cukuplah sekali.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

I ingat you sudah habis...

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya hendak cakap ini, I floor saya.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Relax, relax.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Janganlah kacau.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Bukan hendak kacau.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Duduklah.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tadi saya ingat you sudah habis.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Okey, duduk, duduk. Saya hendak beritahu saya hendak sokong. Saya hendak sokong Yang Berhormat Sepang. Saya sokong sebab Yang Berhormat Sepang cakap tadi mengenai Suruhanjaya Kehakiman, saya hendak cakaplah.

Pertama, saya hendak ulang balik, kena berhati-hati. Jangan orang pernah jadi calon PAS dan kesannya apa hari ini? Beliau dinaikkan pangkat. Peliknya, waktu hendak dengar dia hendak jadi pesuruhjaya kehakiman, dengar kes Nizar, isu Menteri Besar, dia boleh tarik diri. Dia kata, “Oh! ini sebab dia ini pesuruhjaya PAS, dia pernah jadi calon PAS”. Akan tetapi bila dia naik pangkat, dia jadi hakim Mahkamah Rayuan, kes yang melibatkan PAS saman TV3, dia tidak mahu tarik diri. Kes Husam, Naib Presiden PAS...

final • 4:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ini peraturan mesyuarat.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Ya.

final • 4:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Peraturan Mesyuarat 36(8).

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ya.

final • 4:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya rasa...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukuplah cukup.

final • 4:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua tidak berhentikan dia, saya terpaksa berhentikan dia.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Ya, ya tidak mengapa, saya hormat, saya hormat.

final • 4:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Hendak pakai peraturan itu, saya boleh pakai.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Apa dia?

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang sebab itu saya sudah tegur banyak kali. Sudah dia tarik balik.

final • 4:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ya.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya hendak ulas sedikit, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri supaya lain kali...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak perlu sebut mana-mana hakim ya.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Ya saya sebut, dia pun tadi sebut nama hakim, kita tidak ada bantah pun. Saya hendak bagi contoh, menunjukkan Yang Berhormat setuju tak? Menunjukkan bahawa di dalam kita memilih hakim, kita tidak tengok latar belakang dia. Kita tahu dia seorang hakim yang ada integriti, ada pengalaman, maka dia layak jadi hakim, dia jadi hakim lah. Kebetulan bila keputusan berbeza, jangan dipolitikkan. Apabila keputusan hakim itu tidak memihak kepada pihak tertentu. Ini yang saya hendak minta.

Walau bagaimanapun latar belakang politik mesti diambil kira apabila hendak melantik pihak Suruhanjaya Hakim ini.

final • 4:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara ini. Sebenarnya saya akan menjawab mengenai perkara yang sama.

Cuma saya pun rasa was a bit hairan jugalah Yang Berhormat dengan izin, apabila Yang Berhormat Sepang membawa perkara ini. Ini kerana sebelum saya menjawab soalan ini saya dengan teliti, saya hendak tahu seadil-adil manakah cara kita membuat pelantikan untuk kehakiman ini.

Jadi Yang Berhormat Pengerang dan Yang Berhormat Tanjong Karang tadi ada juga pointnya. Cuma saya tidak hendak menyentuh dari segi politik di sini. Ini kerana saya merasakan cara yang telah ada wujud di negara kita ini telah seadil-adilnya di mana saya sentuh dalam jawapan ini dan akan saya huraikan lagi. Oleh sebab ada isu pelantikan dan kenaikan pangkat kehakiman juga disentuh.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang bertanya perkara 122B Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Memang betul atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum memberikan nasihatnya hendaklah berunding dengan Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara. Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 iaitu [Akta 695] adalah terpakai bagi pelantikan semua jawatan hakim Mahkamah Atasan. Di bawah akta ini, fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman atau SPK yang dipengerusikan oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara dan dianggotai oleh:

(i) Presiden Mahkamah Rayuan;

(ii) Hakim Besar Malaya; dan

(iii) Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta lima anggota yang dilantik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Adalah untuk memilih orang berkelayakan yang sesuai dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk diperakukan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum proses pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan. Dengan izin, key word di sini ialah “Diperakukan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri”. Bermakna Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak mempunyai nama dahulu. Jadi kriteria pemilihan adalah mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Sekejap, belum habis sebab dia ada pecahan iaitu seperti mana berikut:

final • 4:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

(1) seseorang calon layak bagi pemilihan jika dia memenuhi kehendak di bawah perkara 12, Perlembagaan Persekutuan; - Jadi perkara 12 Perlembagaan Persekutuan ada kriteria tersebut.

(2) dalam memilih calon suruhanjaya hendaklah mengambil kira antara lain, kriteria yang berikut:

(i) Integriti, kompetensi dan pengalaman;

(ii) objektif, tidak berat sebelah, adil dan peribadi moral yang baik;

(iii) ketegasan, kebolehan membuat penghakiman tepat pada masanya dan kemahiran yang baik dalam penulisan undang-undang;

(iv) kerajinan dan kebolehan untuk menguruskan kes dengan baik; dan

(v) kesihatan fizikal dan mental.

final • 4:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Di sini kalau kita lihat tadi soalan kedua-dua pihaklah. Yang Berhormat Tanjong Karang bertanya mengenai kenapa seorang hakim itu yang dengan nyata telah menyokong dan juga telah menjadi calon kepada parti yang bukan parti kerajaan tetapi malah diterima sebagai hakim. Jadi, di situ kita nampak ketelusan kerajaan kita. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memperakukan apa sahaja nama yang telah dikemukakan kepada beliau dan orang yang mencalonkan nama ini bukan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Akan tetapi daripada suruhanjaya tersebut.

Jadi, seseorang yang merupakan hakim atau Pesuruhjaya Kehakiman yang sedang berkhidmat, tidak boleh dilantik jika dia mempunyai tiga penghakiman atau lebih yang belum selesai atau alasan penghakiman yang belum selesai atau alasan penghakiman yang belum ditulis, yang terlewat 60 hari atau lebih dari tarikh penghakiman atau alasan penghakiman itu disifatkan cukup tempoh.

Jadi, dalam memilih calon, suruhanjaya mestilah juga mengambil kira keperluan untuk menggalakkan kepelbagaian dalam lingkungan kepakaran dan pengetahuan undang- undang dalam badan kehakiman. Jadi, di sini saya telah menjawab isu-isu mengenai kepelbagaian. Okey, Yang Berhormat Sepang.

final • 4:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Menteri. Menteri– yang saya bangkitkan tentang Judicial Commissioner ini, saya rasa sudah mungkin di peringkat yang dulu kita perlukan Judicial Commissioner ini. Akan tetapi apabila kita tidak– bukanlah boleh kita katakan hapuskan Judicial Commissioner itu bermakna tidak ada pelantikan hakim. Maksud saya, instead of kita lantik dalam tempoh tertentu, contractual basis, why don’t kita lantik itu terus dalam permanent. Oleh sebab apabila mereka mendapat jawatan yang tetap, ada security di situ, jadi mereka lebih rasa kurang bebanan. Sebentar tadi Yang Berhormat Menteri kata lantik mereka, mereka kena write judgement tertentu dalam tiga judgement tidak write. Lebih kurang begitulah. Pengalaman, apabila kita bagi kriteria macam itu, memang kadang- kadang mereka speed up the hearing. Mereka cepatkan, tidak bagi postpone. Kadang- kadang yang baru dilantik itu, sampai pukul 7.00 malam pun dia sanggup dengar. Akan tetapi kita sacrifice quality of the judgement. Oleh sebab mereka terpaksa habiskan doket mereka dalam masa yang cepat. Pengalaman kita, apabila mereka tulis judgement, memang judgement itu bila pergi ke Mahkamah Rayuan, banyak isu yang dibahaskan tidak ini. Sometimes, kadang-kadang mereka tidak sempat hendak baca pun written submission daripada pihak peguam. Sebab apa? Mereka terpaksa kejar dateline. Jadi, saya rasa sudah sampai masanya. Saya mencadangkanlah, saya mencadangkan pihak kementerian mungkin boleh bincang dengan pihak Majlis Peguam ataupun semua pihak yang terlibat, kita kaji semula. Adakah perjawatan Judicial Commissioner ini masih lagi diperlukan. Oleh sebab saya rasa itu dulu mungkin sesuai.

final • 4:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Akan tetapi zaman sekarang ini untuk kita lebih hendak supaya hakim-hakim ini boleh rasa dia ada security, ada rasa mereka lebih independent dan lebih selesa, saya rasa lebih baik kita lantik mereka terus sebagai hakim.

Kalau mereka ada masalah kemudian, kita ada tribunal yang boleh oversee mereka dan sebagainya. Saya minta sangatlah supaya point ini dapat dipertimbangkan oleh pihak kementerian. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Itu merupakan satu cadangan yang kita akan ambil kira supaya sama ada ia diterima atau tidak. Oleh sebab yang akan membincangkan perkara ini adalah mereka yang menjalankan tugas ini juga. Jadi, biarlah mereka sendiri mengambil kira perkara ini, menimbangkan sama ada ianya satu saranan yang terbaik untuk mereka. Biar mereka mencari, melihat kepada amalan di negara-negara lain. Mungkin ianya boleh menjadi satu benchmark bagi mereka. Terima kasih Yang Berhormat Sepang.

Saya belum habis lagi tadi jawapan saya. Di sini saya hendak sambung lagi mengenai calon-calon…

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum sambung Yang Berhormat, Yang Berhormat Tanjong Karang berdiri.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya hendak tanya sikit. Tadi saya dengar syarat-syarat pelantikan hakim. Kalau tidak silap juga saya mendengar syarat- syarat kenaikan pangkat hakim ini telah pun disebut. Sebentar tadi saya dengar sebelah pembangkang ini, Yang Berhormat Kapar pun dia ada mempertikaikan mengapa lantikan- lantikan hakim ini tidak dirujuk kepada Majlis Peguam. Jadi, adakah bila hendak rujuk kepada Majlis Peguam ini ia satu precedentkah, undang-undangkah ataupun kalau tidak rujuk pun tidak apa. Apa yang dia tengok tadi, saya dengar seolah-olah macam satu kesalahan pula apabila lantikan hakim ini tidak dirujuk kepada Majlis Peguam. Saya hendak dapatkan penjelasan.

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya hendak jelaskan sedikit, Menteri?

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Ya, terima kasih. Okey, sebenarnya saya akan jawab soalan itu. Akan tetapi saya belum habis ini lagi tadi.

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Okey, terima kasih.

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Mungkin dari situ you punya jawapan ada dalam sini. Okey, biar saya sambung dulu.

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

All right, thank you.

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Manakala Yang Berhormat Tanjong Karang tanya tadi saya akan jawab, ada di sini. Terima kasih. Saya teruskan di sini mengenai calon-calon yang menepati kriteria tadi iaitu kriteria yang saya nyatakan tadi, akan dipilih melalui undi sulit. Undi sulit dipilih– pemilihan dibuat. SPK akan memperakukan mereka yang telah dipilih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Seterusnya, proses pelantikan mengikut Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan tadi akan berjalan. Sebenarnya, apabila saya diberi taklimat mengenai perkara ini saya amat terkejut apabila sering kali kita mendengar cara penghakiman atau pemilihan hakim ini dipilih secara orang politiklah. Saya amat terkejut kerana saya melihat ketelusan cara kita memilih hakim-hakim. Jadi, kalau kita perhatikan suruhanjaya sentiasa memberi perhatian untuk menggalakkan kepelbagaian kepakaran dan pengetahuan undang-undang dalam bidang kehakiman tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Berdasarkan kepada proses yang ada sekarang, tidak timbul persoalan tiada ketelusan atau terlepas pandang dalam pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan. Ini kerana di dalam menimbang untuk mengesahkan Pesuruhjaya Kehakiman dalam jawatan hakim atau bagi kenaikan pangkat, semua Pesuruhjaya Kehakiman atau hakim akan diambil kira dan dipilih mengikut kriteria yang dinyatakan dalam Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

Bagi menjawab dakwaan oleh Yang Berhormat Beruas mengenai Yang Berbahagia Tan Sri James Fong yang telah didiskriminasi atau dibekukan ataupun, dengan

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

izin, cold storage. Saya ingin kongsikan di sini sedikit fakta rekod perkhidmatan beliau untuk makluman semua.

Beliau telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 17 Jun 2005 dan telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2009. Beliau seterusnya memegang jawatan Hakim Mahkamah Tertinggi sehingga beliau bersara pada 25 Februari 2012. Jadi, ini jelas menyangkal dakwaan bahawa beliau diletakkan di cold storage ya, dengan izin.

final • 4:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh saya…

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Saya hendak menjawab…

final • 4:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Untuk jawapan itu, boleh bagi juga rekod Datuk PSQ. Kenapa dia hakim nombor dua di Ipoh dan sudah dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan kemudian kepada Mahkamah Persekutuan. Sehingga selepas beliau bersara pun, Yang Arif James Fong masih di Mahkamah Tinggi. Sungguh pun pada permulaannya Yang Arif James Fong itu hakim nombor satu di Ipoh. PSQ nombor dua. Kenapa PSQ lompat begitu cepat dan Yang Arif James Fong…

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, untuk menjawab itu saya sudah nyatakan dari segi kriteria-kriterianya. Sebentar tadi kita menyentuh mengenai penghakiman, berapa lama yang sudah bertuliskah, semua sudah saya nyatakan. Akan tetapi kalau sekiranya itu diperlukan secara bertulis, saya akan bagi. Ini kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu. Okey.

final • 4:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Soalan saya, saya nampak ada kesan ke atas Yang Arif James Fong kerana apabila kes di mana saya bawa terhadap kerajaan, dia tidak memberikan case management biasanya dalam satu bulan. Beliau dengan jelas sekali tidak hendak dengar lagi kes terhadap kerajaan. Hinggakan memberikan case management’s date satu tahun daripada tarikh di mana kes ditetapkan untuk case management di depan beliau. Maksud saya, ini point yang saya hendak bawa ialah hakim ini tergertak ataupun kerana dia telah membuat satu perintah injunksi terhadap Bakun project yang telah tidak– yang menyebabkan kerajaan marah. Itu maksud saya.

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, saya rasa hanya hakim itu sendiri yang tahu. Kadang-kadang mereka yang membuat keputusan ini mereka yang lebih mengetahui secara keseluruhannya, performance, dengan izin, performance seseorang hakim itu. Jadi, kriteria-kriteria tertentu perlu diikuti. Ini kerana yang membuat keputusan bukan hanya seorang. Siapa yang membuat keputusan adalah orang yang ramai.

Suruhanjaya merupakan orang yang ramai yang menganggotainya, maka saya rasa ini agak sukar untuk kita hendak menuduh.

final • 4:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Akan tetapi walau bagaimanapun kalau sekiranya ada jawapan untuk itu akan saya bagi.

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Saya tidak mempunyai jawapan itu. Dari situ menunjukkan betapa telusnya kita, saya tidak tahu mengenai perkara siapa-siapa yang diambil tindakan kah sebab saya telus menjawab soalan berdasarkan kepada tugas dan tanggungjawab saya. Saya hendak jawab Yang Berhormat Tanjong Karang dahulu.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, saya ada bangkitkan isu tentang Dato’ Hishamuddin yang dicabar oleh...

final • 4:20 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Untuk isu siapa?

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Isu kenapakah pelantikan Dato’ Mohd Hishamuddin Mohd Yunus yang memberi keputusan yang membebaskan Gobalakrishnan dengan Abdul Ghani Harun kepada perintah habeas corpus. Selepas perintah itu diberikan pada masa itu beliau sudah senior High Court Judge. Akan tetapi his appointment was held back for so many years. Ramai junior-junior dia telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan telah sampai Mahkamah Persekutuan dan baru-baru ini sahaja beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Maknanya tanyalah mana-mana lawyer, tanyalah mana-mana peguam...

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sekejap, sekejaplah...

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya presiden...

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat teruskan sila.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, 36(8).

Saya hendak cabar Yang Berhormat Subang. Tadi waktu saya bercakap pasal quote nama hakim, dia... Yang Berhormat Subang – saya berucap tadi, saya sebut nama hakim, dia bangun Peraturan Mesyuarat 36(8). Mengapa apabila Yang Berhormat Sepang bercakap sebut nama hakim, dia diam membisu. Ini menunjukkan double standard. Double standard. Ini peguam yang double standard.

[Tepuk] Apabila saya bercakap dia bangun, 36(8) padahal saya tadi tidak sebut in detail nama hakim. Ini sebut detail mengenai hakim.

Disebut tadi juga– Yang Berhormat Beruas sebut tadi detail dengan tugas-tugas hakim, 36(8).

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, okey.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat Subang bangun bantah saya bercakap. Apabila pembangkang bercakap, mengapa Yang Berhormat Subang diam membisu. Ini double standard, jangan kata dalam mahkamah...

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih...

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Dalam Dewan pun sudah ada double standard. Ini kah kita hendak percaya hujah-hujah yang mengarut dari pembangkang ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila-sila. Sila duduk dulu Yang Berhormat Sepang sila.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Tanjong Karang sebelum saya itu– kenapa hendak saya sebut nama Dato’ Hishamuddin Yunus, sebab semasa saya membahaskan perbahasan mengenai bill ini saya telah menyebut, saya kata ada seorang hakim dan saya dicabar oleh di sebelah sana dan dicabar oleh...

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sekejap-sekejap...

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

36(8) ini.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sekejaplah bagilah saya beri penjelasan.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tidak soalnya, boleh 36(8)...

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Peraturan lagi, peraturan.

Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua buat ruling...

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk dulu, duduk dulu.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Kalau hendak kira saya pun ada sebut kes itu. Saya ada sebut mengenai ucapan saya mengenai kes kepada bekas calon PAS.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Tanjong Karang duduk dulu Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tapi bila saya bangun saya cakap benda yang sama, Yang Berhormat Subang bangun terus berhadapan secara

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

hormat. Ini double standardlah macam ini. Ini peguam-peguam untuk diri sendiri sahaja.

final • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya sila duduk. Yang Berhormat Sepang duduk dulu. Ini saya rasa jikalau Dewan ini bertambah lagi bilangan peguam ini memerlukan dua peguam duduk di sini atau tiga orang*...

[Ketawa]* Begini Yang Berhormat, sebetulnya apabila Yang Berhormat Sepang berhujah pada hari kelmarin mengenai dengan perkara-perkara yang saya nampak seolah-olah membuat tuduhan, yang saya nampak perkara itu serius, yang kita bincang ini adalah hal serius mengenai dengan integriti institusi kehakiman.

Jadi saya sebut kepada Yang Berhormat Sepang, kalau Yang Berhormat betul berfikiran bahawa perlu disebut, sebut. Begitu juga dengan Yang Berhormat Beruas. Akan tetapi yang menjadi pertikaian sekarang ini ialah apabila Yang Berhormat Tanjong Karang sebut nama hakim, Yang Berhormat ini berdiri, begitu. Jadi isu ini bukan isu yang besar sangat. Kalau cubit paha kanan itu rasa sakit, jadi maka dengan itu paha sebelah kiri jangan cubitlah. Itu pengertian saya apa yang berlaku ini. Jadi, nanti dulu Yang Berhormat, jadi ekoran daripada apabila saya sebut begitu tujuan saya adalah kerajaan boleh menjawab dengan cara baik dan saya dengar jawapan daripada Menteri cara baik. Dia kata pelantikan hakim itu adalah mengikut sistem-sistem begini.

Termasuk judgment dia, termasuk ini yang mengundi juga secara sulit. Jadi apabila Yang Berhormat Beruas pula berkata bahawa kenapa yang nombor 2 pergi nombor 1, yang nombor 1 pula lama. Jadi apabila saya dengar perbahasan begitu kalaulah saya Hakim Mahkamah Rayuan kah, jawapan itu sudah pun disebut bahawa ada kriteria-kriteria lain di samping senioriti iaitu penghakiman kualiti dan sedemikiannya. Jadi biarkan ia berakhir di situ kerana inikan berbahas bukan ambil keputusan. Sila.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua mengapa saya menyebut Dato’ Hishamuddin ini sebab saya rasa semua peguam boleh mengakui, tanyalah mana-mana peguam saya berani cakap begini sebab saya tahu semua peguam akan mengakui Dato’ Hishamuddin Yunus ini seorang hakim yang paling banyak menulis Jenman. Kalau baca dalam MLJ, CLJ beliau adalah seorang hakim yang kata orang itu prolifik, hakim yang mempunyai daya intelektualisme yang begitu tinggi yang mudah memahami memang very smart, handsome juga. Itu sebagai tambahanlah. Saya hendak bagi tone down.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila-sila.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sekejaplah.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak saya hendak katakan saya boleh terima bahawa memang ada sesetengah hakim itu memang tidak layak pun dinaikkan pangkat, saya boleh terima.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Termasuk sendirilah.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Akan tetapi, semua orang bercakap bahawa selepas dia buat keputusan itu he was held back, dengan izin begitu lama. Saya boleh terimalah kalau dia tidak mahu judgment dan memang ada sesetengah hakim memang tidak ada judgment. Ada hakim yang saya pernah pergi depan dia, dia kata okey next date tahun 2016. Ada masa itu tahun 2012, memang ada hakim itu pun telah pun diberhentikan. Saya hendak kata– tapi Dato’ Hishamuddin ini spesifik kes, sebab kita bukan senang hendak dapat hakim yang brain macam ini, bukan senang.

Walaupun kita kalah kita akan puas hati hadir di depan dia. Tetapi dia telah dinafikan pelan promotion itu untuk sekian lama. Patut by now dia sudah pergi Federal Court dah tetapi masih lagi Mahkamah Rayuan. Itu mana, baru-baru. Itu yang saya hendak kata adakah komen dia terhadap– dia bukan sahaja bebaskan komen tentang ISA itu dan baru-baru ini semasa dalam Mahkamah Rayuan, dia telah beri keputusan tentang penglibatan pelajar universiti dalam politik. Dia kata seksyen 15 dalam AUKU semasa itu, dia kata unconditional. Jadi dia ini seorang hakim yang memang orang semua tahu. Tapi kenapakah promotion dia disekat untuk sekian lama.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Menteri, sila, sila.

final • 4:20 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya? Yang Berhormat Tanjong Karang yang dapat dulu...

final • 4:20 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Boleh saya teruskan bagi jawapan sebab ada jawapan lagi yang perlu di... Jadi untuk soalan Yang Berhormat Sepang tadi...

final • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Ini double standard.

final • 4:20 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Untuk Yang Berhormat Sepang tadi saya tidak ada jawapan untuk itu. Saya hanya boleh menyatakan kita ada kriteria-kriteria tertentu tetapi sekiranya pihak Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman merasakan ini perlu dijelaskan melalui secara bertulis, saya akan bagi. Saya tidak berani janji di sini kerana itu adalah hak mereka.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sama Yang Berhormat-Yang Berhormat terus ambil kira juga.

final • 4:20 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Itu adalah hak mereka as you said...

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bahawa setiap yang dihujah oleh Yang Berhormat ini bukan bermakna tidak dijawab oleh Menteri tidak ada orang pihak-pihak yang berwajib tidak mendengar. Semua ini mendengar, Hansard termasuk publisiti mungkin blog, Twitter dan sedemikiannya. Jadi itu sebab saya biarkan, pokoknya jangan terlampau keterlaluan dan melanggar peraturan mesyuarat.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, okey.

final • 4:20 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Lagipun Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tegakkan di sini, di sinilah menunjukkan kita memang langsung tidak mengambil bahagian di dalam urusan kehakiman itu menunjukkan ketelusan kita di mana separation of powers dengan izin betul-betul kita amalkan di sini. Jadi saya akan merujukkan perkara ini kepada mereka.

Saya hendak teruskan di mana tadi Yang Berhormat Tanjong Karang menyentuh mengenai merujukkan kepada the Bar. Ada di sini akhbar daripada The Star yang kita petik di sini di mana Chief Justice menyatakan “No need to consult the Bar”. Saya petikkan sedikit, dia mengatakan, “Consulting the Bar dengan izin consulting the Bar Council is merely a courtesy and deemed not necessary in the latest elevation of judges to the Federal and Appeal Courts said Chief Justice Tun Arifin Zakaria. It’s referring to consulting the Bar it is not within the law we consult when it is necessary he said”. Yang panjang lagilah tapi itu yang ‘the cheese of it’ dengan izin.

Itu menjawab Yang Berhormat Tanjong Karang. Tadi Yang Berhormat Sepang pun ada menyentuh mengenai shortage of judges, dengan izin. Shortage dengan izin di sini shortage per say tidak ada tetapi pengisian jawatan ke mahkamah atasan mengikut keperluan badan kehakiman dan kepakaran bidang perundangan tertentu yang diperlukan pada masa itu. Urusan kenaikan pangkat dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan badan kehakiman. Jikalau saya rujukkan di sini statistiknya, dari segi jumlah jawatannya, Mahkamah Persekutuan, jumlah jawatan yang diperlukan 11, yang di isi 10, jadi kekosongan hanya ada 1.

final • 4:20 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Kedua ialah Mahkamah Rayuan, di mana jumlah jawatannya 32, yang diisi 24.

Kosong adalah lapan dan untuk Hakim Mahkamah Tinggi, jumlah jawatan ada 73, yang diisi 61 dan kekosongan ada 12.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan dua buah mahkamah khususnya di Muar dan juga di Pulau Pinang. Pertamanya di Muar, sama ada ada atau pun tidak kita ada bilangan hakim yang mencukupi untuk dengar kes jenayah. Itu satu perkara yang telah pun dibangkitkan kepada saya. Cuma saya hendak tahu sama ada– saya juga difahamkan bahawa telah dibawa ke perhatian kementerian.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Nombor dua juga di Pulau Pinang, Tuan Yang di-Pertua. Kita ada ramai hakim.

Saya dengar lebih kurang enam atau tujuh orang hakim tetapi diberitahu bahawa hanya seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar rayuan-rayuan jenayah iaitu rayuan dari Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Majistret. Di mana Yang Berhormat Menteri juga tahu sebagai seorang peguam. Kes jenayah ini ada dua tahap, clause of prosecution, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan juga selepas daripada itu clause of defense. Jadi apa yang berlaku adalah apabila ada seseorang itu ada rayuan di clause of prosecution, hakim itu akan dengar rayuan. Selepas itu bila dibalikkan untuk pendengaran defense dan habis defense dia, rayuan itu balik kepada hakim yang sama.

So, persoalan yang timbul adalah kita banyak hakim di situ. Ramai hakim yang boleh mendengar kes jenayah. Kalau tidak ada hakim yang boleh dengar kes jenayah, saya hendak tahu kenapa tidak boleh kita ada lebih hakim di Pulau Pinang supaya tidak berlaku perception of bias? Saya tidak sebut Tuan Yang di-Pertua ada bias tetapi perception.

Kadangkala tertuduh itu berasa bahawa oleh kalau hakim tersebut telah buat keputusan pada tahap awal, maka kalau dia akan buat keputusan lagi pada akhir kes itu, maka ada bahaya, the danger of bias. Saya hendak tanya penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ambil perhatian perkara ini. Akan kita kemukakan kepada pihak yang berwajib dalam hal ini supaya mereka mengambil kira hujah Yang Berhormat tadi. Saya rasa ia mungkin ada carries weight di situ, dengan izin, supaya ia diambil kira dan mereka akan mengaturkan semula. Mungkin ada yang terkini, thank you. Kita akan beri jawapan bertulis. Terima kasih.

Seterusnya kita menyentuh mengenai mengapa tiada pendakwaan ke atas cadangan RCI berkaitan video peguam V.K. Lingam? Ramai menunggu jawapan ini. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan mengapa tiada pendakwaan atas cadangan Royal Commission of Inquiry (RCI) dengan izin, berkaitan video peguam V.K. Lingam, adalah dimaklumkan bahawa Peguam Negara telah mengarahkan supaya siasatan dibuka oleh agensi penguatkuasaan yang berkenaan iaitu Badan Pencegah Rasuah yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kertas siasatan tersebut telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara. Di akhir siasatan yang melibatkan penyiasatan di bawah subseksyen 4(a), subseksyen 11(c) dan seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 sebelum ia dimansuhkan serta subseksyen 8(1)(e)(iv) Akta Rahsia Rasmi 1972. Walau bagaimanapun, dalam hal ini didapati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan sebarang elemen kesalahan jenayah yang telah dilakukan. Namun mungkin perbuatan disiasat boleh dikatakan sebagai unethical, dengan izin, tetapi bukanlah berbentuk jenayah.

Seterusnya ialah mengenai kes Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya hendak mengingatkan diri saya hanya beberapa perkara sahaja saya sentuh kerana kes ini masih dalam rayuan di mahkamah. Pertama ialah kes Yang Berhormat Permatang Pauh ini dipercepatkan. Kedua, mengapa pasport tidak disita? Beberapa isu berhubung perbicaraan kes mahkamah yang membabitkan Yang Berhormat Permatang Pauh telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Antaranya ialah Yang Berhormat Permatang Pauh sendiri dan juga Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya rasa ada juga lain-lain yang kita tidak sebut nama di sini kerana kita sudah tahu bahawa ada beberapa Ahli Yang Berhormat telah menyatakan dan membawa perkara ini.

Seperti yang saya nyatakan di permulaan sesi penggulungan saya sebentar tadi, saya hanya akan menjawab soalan selaras dengan perkara-perkara yang dibenarkan oleh peraturan mesyuarat. Berhubung dengan isu tarikh perbicaraan terakhir kes Yang Berhormat Permatang Pauh di Mahkamah Rayuan yang disebutkan, berdasarkan rekod rasmi di mahkamah yang dibekalkan kepada saya, dengar ini ya, rekod rasmi yang dibekalkan kepada saya, pengurusan kes berkenaan pada 28 Februari 2014 antara lain telah menetapkan bahawa tarikh perbicaraan adalah pada 6 dan 7 Mac 2014.

Manakala sebelum itu, tarikh 3 Mac 2014 ditetapkan untuk pendengaran permohonan notis usul yang ketiga bagi menyingkirkan Tan Sri Shafee Abdullah. Selepas permohonan notis usul tersebut ditolak pada 3 Mac 2014, mahkamah meneruskan perbicaraan rayuan pendakwa raya atas pelepasan dan pembebasan Yang Berhormat Permatang Pauh oleh Mahkamah Tinggi daripada pertuduhan pada 6 hingga 7 Mac 2014

final • 4:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

seperti yang ditetapkan. Tiada butiran yang mengesahkan bahawa satu tarikh rasmi yang lain telah dipersetujui terlebih dahulu. Ini yang saya perolehi.

Selain daripada itu, seperti yang telah dinyatakan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan semalam, pendengaran perbicaraan selepas waktu bekerja bukanlah suatu keadaan luar biasa. Saya rasa ramai peguam tahu juga ini. Mahkamah mempunyai budi bicara untuk meneruskan sesuatu perbicaraan walaupun selepas waktu pejabat. Ini kerana tiada peruntukan undang-undang yang menghalang pendengaran perbicaraan selepas waktu bekerja. Ianya bukan hanya berlaku kepada kes Yang Berhormat Permatang Pauh, banyak juga kes yang lain, saya difahamkan. Saya tanya ini yang saya tegaskan. Adakah ini hanya berlaku kepada kes Yang Berhormat Permatang Pauh? Jadi saya dimaklumkan bahawa ini bukan hanya berlaku kepada kes Yang Berhormat Permatang Pauh. Jadi nampak ini bukanlah satu perkara yang luar biasa.

final • 4:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Dengan fakta ini saya harap ia dapat menyelesaikan pelbagai persoalan dan kekeliruan fakta berhubung kes berkenaan. Bagi menjawab pertanyaan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang berhubung dengan mengapa Yang Berhormat...

final • 4:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Menteri boleh saya minta penjelasan sedikit sebelum...

final • 4:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Boleh saya...

final • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya hendak peraturan mesyuarat.

final • 4:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Atas tajuk...

final • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya hendak peraturan mesyuarat.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Tanjong Karang, peraturan mesyuarat.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Boleh saya teruskan dahulu jawapan mengenai pasport? Habis itu selepas itu baru ini.

final • 4:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Okey, okey.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih. Bagi menjawab pertanyaan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang berhubung dengan mengapa Yang Berhormat Permatang Pauh tidak ditahan di lokap sebelum bayaran wang jaminan dijelaskan mahu pun pasport beliau ditahan atau dengan izin, impounded. Ingin dimaklumkan bahawa keputusan mahkamah telah diberikan pada lewat petang. Dengan mengambil kira kaunter pendaftaran dan kaunter urusan jaminan telah ditutup, mahkamah telah membuat keputusan bahawa jaminan dikemukakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh pada hari Isnin sebelum jam 11.00 pagi.

Pada masa yang sama dengan hakim yang sama tidak memberikan sebarang perintah mengenai penahan pasport Yang Berhormat Permatang Pauh setelah keputusan dikeluarkan. Saya juga tanya, kenapa hakim tidak keluarkan perintah tersebut? Jadi ada juga yang menyatakan mengambil kira public figure. Jadi itu satu keistimewaan juga. Saya tidak tahu mungkin ini satu keistimewaan untuk Yang Berhormat Permatang Pauh. Untuk orang lain pun ada juga. Akan tetapi kenapa kita beri keistimewaan kepada orang ini sahaja? Akan tetapi ini adalah budi bicara hakim. Atas sebab itu tiada penahanan pasport dilakukan. Yang Berhormat Tanjong Karang. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya hendak minta ruling daripada Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 36(12), saya hendak sebut mana- mana Ahli Yang Berhormat yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan, adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli Yang Berhormat itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu. Oleh sebabnya, saya pun tanya soalan yang sama semasa ucapan Yang Berhormat Permatang Pauh. Beliau telah pun menekankan bahawa kesnya telah dipercepatkan. Kalau lihat Hansard, tidak silap saya dia kata kes ini telah ditetapkan pada bulan April. Isu ini amat penting.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat Shah Alam pun ulang semasa dia bergaduh dengan abang dia dalam Dewan, dia cakap isu yang sama Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam juga membawa isu yang sama. Begitu juga dia buat di luar. Waktu kempen, ceramahnya di luar memberikan gambaran bahawa memang mahkamah ini hendak menghina Yang Berhormat Permatang Pauh. Tarikh telah ditetap lebih awal, sanggup dipercepatkan. Kononnya supaya Yang Berhormat Permatang Pauh tidak boleh bertanding dalam pilihan raya kecil di Kajang. Ini amat serius Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak tahu apa peraturan dan apa tindakan yang mesti kita ambil kepada Yang Berhormat Permatang Pauh kalau mengikut Peraturan Mesyuarat 36(12) ini.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Peraturan Mesyuarat 36(12) macam mana tindakan yang mesti kita ambil kerana ini amat serius. Peraturan Mesyuarat 36(12), ini amat mengelirukan yang bukan sahaja di dalam Dewan Tuan Yang di-Pertua, di luar Dewan kemudian dipercayai bukan sahaja orang kampung percaya, Yang Berhormat Shah Alam ini pun boleh percaya.

[Ketawa] Yang Berhormat Shah Alam pun boleh percaya.

[Disampuk] Jadi ini amat serius.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Cuba dengar jawapan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Menteri sebut, inilah maklumat yang diberikan kepada beliau, maklumat yang rasmi. Dia very careful to qualify her answer.

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Betul.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam...

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

So, maknanya kita dengar daripada pihak yang lain.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua....

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Subang, duduk. Yang Berhormat Tanjong Karang duduk.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Ini amat serius. Yang mana satu sebab bagi saya Tuan Yang di-Pertua, ini peraturan mesyuarat amat penting kerana boleh menjadi isu yang cukup panas yang boleh menjatuhkan maruah sistem kehakiman kita. Yang mana satu saya hendak percaya? Hendak percaya cakap Yang Berhormat Permatang Pauhkah atau hendak percaya cakap Yang Berhormat Menteri? Ini hendak kena putuskan.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Kita kena betulkan fakta ini, bukan sahaja di dalam Dewan, luar Dewan ceramah kita mesti betulkan fakta ini demi menjaga nama baik dan juga maruah sistem kehakiman kita Tuan Yang di-Pertua.

[Disampuk] Ini Yang Berhormat Shah Alam,sampai Yang Berhormat Menteri jawab pun dia masih tidak percaya lagi.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya faham Yang Berhormat, saya faham.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Punyalah dia punya...

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Menteri jawab seperti mana yang saya sebut. I just quoted what’s the Minister said.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Semua duduk.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Dia tidak faham.

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Kalau ada point of order begitu, saya kena respons.

Apabila saya respons, saya mahu supaya keputusan saya dipatuhi kerana keputusan Speaker adalah muktamad. Kalau tidak puas hati, bawa usul persendirian, bukan begitu?

Okey, sekarang saya buat ruling.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat 36(12) sering kali diguna pakai semata-mata apa yang saya nampak demi mahu berhujah sahaja dan tidak pun diambil kira. Kadang-kadang peguam berdiri, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Sepang dan macam sekarang Yang Berhormat Tanjong Karang. Kita ulangi balik. Untuk Peraturan Mesyuarat 36(12) diguna pakai kepada sesuatu kenyataan: pertama, kenyataan itu adalah salah; kedua, kenyataan itu apabila disedari salah, tidak diperbetulkan; dan ketiga, dari mula dibuat kenyataan itu, dia berniat untuk menyelewengkan ataupun fakta yang dibuat itu sengaja untuk mengelirukan. Kadang-kadang terpaksa saya ambil kira semua faktor, bukan itu sahaja.

Apabila Ahli Yang Berhormat berhujah, kadang-kadang saya kata “Eh! Exercise control sedikit”. Kebanyakan Ahli-ahli Yang Berhormat begitu. Jadi saya dengar betul-betul perbahasan dari kelmarin sampai sekarang ini. Daripada apa yang di hujah daripada semua pihak, saya dengar bahawa perbahasan ini balance dalam semua sudut. Itu sebab saya kata, “Jangan buat saya sebagai hakim”, semua dalam details. Begitu.

Jadi dalam soal ini Yang Berhormat Tanjong Karang apabila saya memikirkan, apa yang berlaku itu tidaklah termasuk dalam ruang lingkup Peraturan Mesyuarat 36(12) sehingga kita terpaksa rujuk kepada jawatankuasa. Selepas itu kita bahas lagi kerana pada ketika itu saya sendiri yang duduk dan dengar. Jadi ambil perhatian kepada ini, bukan semata-mata untuk political scoring. Saya rasa kebanyakan yang dibuat oleh Yang Berhormat, political score. Esok saya akan buat ruling kepada apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Segambut, Peraturan Mesyuarat 36(12) kepada seorang Menteri dan mengambil masa seminggu untuk saya perhatikan betul-betul. Esok saya akan bacakan ruling saya.

Jadi saya harap, ruling saya nanti akan diterima dengan fikiran yang terbuka dan ada Yang Berhormat yang tidak setuju, ikutlah peraturan mesyuarat iaitu buat usul persendirian. Jadi Yang Berhormat Tanjong Karang, saya mohon maaf. Saya punya ruling ialah apa yang berlaku itu tidak termasuk dalam erti sebenar Peraturan Mesyuarat 36(12).

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli Pembangkang

[Tepuk]

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak perlu tepuk Yang Berhormat.

[Ketawa] Tidak payah tepuk. Kalau tepuk pun itu juga tindakan saya. Sila Yang Berhormat ‘Sepang’.

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih. Saya – Oh! Sorry. Yang Berhormat Subang.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Subang, okey, sila.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Sila, sila.

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih. Saya ingin minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Menteri dan Terima kasih. Yang Berhormat Menteri sebut tadi berdasarkan kepada maklumat rasmi daripada pihak mahkamah iaitu tarikh rasmi yang ditetapkan adalah 6 dan 7 Mac. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri sama ada Yang Berhormat Menteri tahu bahawa lebih kurang dua minggu sebelum tarikh pengurusan kes pada 28 Februari, seorang pendaftar Mahkamah Rayuan telah menelefon pejabat Yang Berhormat Bukit Gelugor sebagai peguam yang mewakili Yang Berhormat Permatang Pauh dan bertanya kepada pejabat beliau sama ada tarikh 7, 8, 9 dan 10 April adalah tarikh yang sesuai dan lapang untuk Yang Berhormat Bukit Gelugor untuk mengendalikan rayuan Peguam Negara tentang kes Yang Berhormat Permatang Pauh.

Jawapan yang diberikan oleh pejabat Yang Berhormat Bukit Gelugor ialah tarikh itu sesuai dan Yang Berhormat Bukit Gelugor telah block, dengan izin dia telah isikan tarikh itu untuk kes ini. Tarikh itu dianggap sebagai ditetapkan. Apabila Yang Berhormat Bukit Gelugor hadir pada pengurusan kes pada 28 Februari, dia anggap itulah tarikh yang akan dirasmikan dan arahan-arahan yang sewajarnya yang biasanya akan dikeluarkan oleh mahkamah. Akan tetapi apa yang berlaku pada 28 Februari ialah tiba-tiba hakim yang mempengerusikan kes tersebut menyatakan bahawa tarikh itu tidak terpakai lagi dan tarikh baru iaitu 6 dan 7 Mac akan dijadualkan. Itulah yang diberitahu kepada saya apa yang telah berlaku. Kita ada details apa yang berlaku dan saya ingin tahu sama ada Yang Berhormat Menteri mendapat apa-apa maklumat tentang apa yang saya sebutkan tadi.

final • 4:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat Subang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Menteri, boleh saya just add some facts so that you can check. Bersama dengan itu Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku juga adalah pada minggu itu, kes yang ada permohonan untuk menyingkirkan Tan Sri Shafee itu dipanggil untuk dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Masa itu saya rasa pada hari Selasa. This happens on the Tuesday. Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan tersebut dan satu permohonan tanpa pihak Yang Berhormat Permatang Pauh memfailkan petisyen rayuan. Jadi kita boleh lihat bagaimana mahkamah meneruskan yang mana seseorang itu ada hak untuk memfailkan petisyen rayuan sebelum satu rayuan dibawa. It was rushed dan selepas itu hari keesokannya, pendaftar memanggil kes dan case management dengan Hakim Mahkamah Rayuan dan tarikh perbicaraan ditetapkan kemudiannya dua tiga hari selepas itu. This is the sequence of events Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Puchong, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mendengar perkataan ‘tentative date’ daripada Yang Berhormat tadi. Apa yang saya faham - sebab itu saya lebih memilih kepada tarikh yang rasmi. Sebab biasanya memang ini prosedur mahkamah.

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya tidak gunakan ‘tentative date’. Saya kata ini “Tarikh yang ditetapkan”.

final • 4:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih. Mengikut prosedur mahkamah, the Chief Registrar, dengan izin akan menghubungi pihak yang terbabit mengatakan “Okey, this is the tentative date” sebab bukan beliau yang mendengar. Beliau akan cuba mengatur tarikh. Apabila telah ditetapkan tentative date iaitu tarikh yang disebutkan tadi, jadi selepas itu hakim-hakim yang terlibat terpaksa menepati tarikh tersebut tetapi nampaknya hakim- hakim tersebut tidak semua sekali untuk menepati tarikh yang diperlukan itu. Oleh sebab itu diatur balik tarikh tersebut. Jadi tarikh yang rasmi yang telah dinyatakan kepada kita ialah tarikh 6, 7 hari bulan sahaja. Tidak ada kena-mengena sama ada ia diubah kerana pengundian di Kajangkah ataupun sebab Ketua Pembangkang hendak bertandingkah, tidak kena-mengena.

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 4:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Jadi saya berharap kita sebagai peguam yang mengamalkan undang-undang di sini yang sentiasa pergi ke mahkamah, please give respect to the court, dengan izin. Sebab kita semua menggunakan sistem yang sama.

Saya harap kita jangan terlalu merendah-rendahkan sangat sistem kehakiman kita di mana kita juga appear before them dengan izin. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, isu Yang Berhormat pada mahkamah itu bukan isu sini. Apa yang sekarang kita dapat pastikan ialah apa sebenarnya yang berlaku.

Jadi saya sekali lagi selepas mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri dan saya ucapkan terima kasih kepada apa yang disebut. Saya dapat gambaran dan saya minta pengesahan bahawa Yang Berhormat Menteri, setuju bahawa ada komunikasi daripada Pendaftar Mahkamah Rayuan kepada pejabat peguam Yang Berhormat Bukit Gelugor dan tarikh 7, 8, 9 dan 10 hari bulan adalah tarikh yang diminta dilapangkan dan ditetapkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor? Saya minta pengesahan itu secara rasmi sekarang.

final • 4:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat Subang, sebelum saya menjawab...

final • 4:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Oleh sebab Yang Berhormat Menteri sudah...

final • 4:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Sekejap. Dengar. Sebelum saya menjawab pada hari ini, saya meminta fakta. Saya minta diceritakan sebab terlalu banyak saya dengar pihak-pihak yang mengatakan tarikh yang sebenarnya ialah 7 hingga 10 April tersebut. Itu tarikh yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan disebut oleh rakan-rakan Yang Berhormat di sana.

Jadi saya rasa adalah tidak baik untuk kita menidakkan atau mengakui sesuatu yang tidak tepat oleh kerana orang di luar sana percaya dengan apa yang di hujah di sini.

final • 4:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Jadi saya merasakan tidak baik. Jadi saya bertanya berapa orang pegawai, beritahu saya sebenarnya apa keadaan yang sebenarnya berlaku. Ini kerana, kalau tidak, saya tidak mahu berani berdiri di sini untuk menegakkan benang yang basah.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Apa yang saya tahu ialah...

final • 4:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 4:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, sekejap. Apa yang saya tahu ialah tarikh yang sebenarnya, pertama, memang ditentukan satu tarikh tentatif. Selepas itu apabila dibincang bersama dengan peguam, tidak ada pun hendak menolak mengatakan tidak menerima apabila sudah ditentukan tarikh tersebut setelah, saya tahu, peguam mengatakan saya ada kes di Pulau Pinang, saya tahu itu. Semua saya tanya secara detail saya sudah tanya. What had happened during the – dari segi untuk menentukan tarikh.

Peguam yang mengatakan saya ada kes bunuh, murder case di Pulau Pinang. Lepas itu diminta untuk ditukar, tukar tarikh, dipersetujui.

Akan tetapi lepas itu apabila sudah ditetapkan tarikh tersebut, kedua-dua pihak sudah bersetuju. Jadi tidak ada masalah lagi. Jadi apa yang jadi masalah di sini ialah apabila dinyatakan di dalam Dewan ini seolah-olah kita telah menyusun atur tarikh itu di mana ianya seolah-olah menepati untuk menyebelahi pihak kerajaan.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh saya memperbetulkan Yang Berhormat Menteri?

final • 4:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Saya rasa itu tidak baik. Okey, saya bagi peluang. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Itu tidak tepat Yang Berhormat Menteri. Of course subjek itu ada di sini, you have to say. Akan tetapi apa yang berlaku adalah, secara khusus kita beritahu. Saya difahamkan daripada pejabat Yang Berhormat Bukit Gelugor, terus kita beritahu kepada hakim-hakim bahawa tarikh tersebut tidak sesuai kerana sebelum daripada itu telah pun dipersetujui kita set aside the April dates for hearing. Itu keadaan sebenarnya.

Akan tetapi walaupun disebut ianya tidak sesuai, tapi diminta supaya diteruskan pada tarikh-tarikh tersebut. So, ini menjadi keadaannya. Bukan sekadar kita, okey, pergi ke situ, tidak ada bantahan. I think that has to be put on record, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

I just sambung sedikit isu yang sama boleh dijawab oleh Yang Berhormat. Bukan sahaja..

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan R. Sivarasa - Subang

Dengar, dengar dulu. This is fact. Ini fakta. Saya rasa perlu Dewan yang mula ini dan rakyat tahu fakta.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat yang lain, apabila Yang Berhormat ini bising, bermakna ini akan lalai lagi. Biar saya menentukan sama ada pelanggaran peraturan mesyuarat. Sila Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Puchong tadi sebut dan saya juga sahkan bahawa kita perbetulkan sedikitlah Yang Berhormat Menteri kata dua-dua pihak sudah bersetuju.

Memang tidak betul. Ini kerana, Yang Berhormat Bukit Gelugor tidak setuju. Dia beritahu hakim yang mempengerusikan pengurusan kes bahawa tarikh 6 dan 7 Mac tidak sesuai sebab beliau telah terlibat dalam kes sambung bicara. Satu, di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan satu lagi di tempat lain.

Akan tetapi apa yang berlaku ialah beliau diarahkan, tidak apa, dua-dua kes, apa- apa kes lain yang dia terlibat pada enam dan tujuh hari bulan akan diarahkan dilambatkan.

Itulah satu tindakan yang cukup luar biasa. Ya, kes-kes yang sambung bicara yang belum habis diarahkan dilapangkan supaya kes Yang Berhormat Permatang Pauh boleh dijalankan pada 6 dan 7 Mac. Itu yang kita maksudkan tindakan yang cukup luar biasa.

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Sila.

final • 4:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Okey, terima kasih Yang Berhormat Subang.

Saya hendak menamatkan isu ini sebagai satu perbincangan yang kita tamatkan hanya setakat ini sahaja sebab itu adalah hearsay bagi kita di sini dengan izin, sebab kita tidak dapat mengetahui apa yang dinyatakan di sana, sebab yang terlibat adalah Yang Berhormat Puchong dan pihak mahkamah.

final • 4:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Akan tetapi apa yang saya tahu dari awal lagi saya telah menegaskan kepada pihak yang memberi maklumat kepada saya, tarikh yang pertama ialah tentative date. Itu yang saya tahu. Ini yang dimaklumkan kepada saya dan saya menerimanya dengan hati yang terbuka di mana kalau ada lagi... Sebab, ini bukan seorang dua sahaja yang saya tanya. Saya hendak pastikan you make sure that you’re telling me the truth. Itu yang saya mahu.

Jadi dengan izin, saya nyatakan di sini apa yang saya faham tarikh yang pertama ialah tarikh tentative di mana lepas itu barulah mereka finalized dengan izin, date itu. Jadi itu sahaja untuk kes Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih semua.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan tetapi bukan isu tarikh...

final • 4:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Tadi Yang Berhormat Shah Alam tadi mengatakan tarikh yang saya sebut tadi rekod rasmi itu, memang betul, saya hanya ambil tarikh itu sebagai rekod rasmi. Yang sebelum itu adalah tentative itu yang saya terima.

Okey, terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Boleh saya minta Peraturan Mesyuarat 37...

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat 37.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Minta penjelasan.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri...

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baca dulu peraturan mesyuarat, Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Seseorang ahli tidak boleh mengganggu ahli yang sedang bercakap kecuali jika hendak...

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Jika hendak meminta penjelasan iaitu Peraturan Mesyuarat 37(1)(b), mengenai apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh ahli yang sedang bercakap itu dalam ucapannya. Seterusnya boleh Tuan Yang di-Pertua?

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri...

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat salah gunakan lagi peraturan mesyuarat.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya, ya.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu Yang Berhormat. Duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau boleh saya gunakan istilah kongkalikung, jangan kongkalikung sama saya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, sila senyap. Jangan gunakan peraturan mesyuarat semata-mata untuk ingin berhujah.

Maksud peraturan mesyuarat yang disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam itu tadi ialah apabila seseorang itu sedang berhujah, umpamanya macam Yang Berhormat Menteri, kalau mahu minta laluan, di bawah Peraturan Mesyuarat 37, Yang Berhormat berdiri. Itu pun Yang Berhormat tidak boleh berhujah lagi sehingga beliau memberi isyarat dipersilakan.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dalam hal ini Yang Berhormat gunakan Peraturan Mesyuarat 37, selepas dia duduk, berdiri, “Sekarang saya mahu guna ini oleh sebab...” Tidak boleh, Yang Berhormat.

Bukan itu. Terima kasih Yang Berhormat. Sudah. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Boleh saya minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua? Atau Yang Berhormat Menteri, boleh?

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apa yang mahu dijelaskan lagi? Duduk.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Boleh? Baik, terima kasih. Saya hendak tanya, tadi disebut Ketua Registrar Mahkamah sudah hubungi tentukan tarikh.

Lepas itu dikatakan...

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi ini bukan di bawah Peraturan Mesyuarat 37.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya benarkan atas budi bicara saya, Yang Berhormat.

Sila.

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Okey, tidak apa. Yang Berhormat Menteri beri kebenaran. Terima kasih. Lalu yang persoalan saya, biasanya Ketua Registrar Mahkamah ini dia check dengan hakim dulu, dapat tarikh daripada hakim, baru dia hubungi dengan pihak peguam dan sebagainya ataupun dia pandai-pandai pilih tarikh, lepas itu dia hubungi pihak peguam? Lepas itu peguam sudah setuju, barulah hendak tanya dengan hakim. Kalau itulah cara dia buat kerja Yang Berhormat Menteri...

final • 4:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya rasa something very fundamentally wrong ya.

final • 4:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Saya bagi...

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

You get the dates from the judges first.

final • 4:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Okey Yang Berhormat Shah Alam. Saya bagi keistimewaan untuk Yang Berhormat Shah Alam. Tadi sudah habis, sudah tamat dah isu itu, tetapi saya bagi keistimewaan, saya jawab lagi.

Okey, pertama saya katakan tarikh yang pertama itu telah dianggap sebagai tentative date. Kedua ialah sama ada procedure itu, CR itu melihat atau bertanya kepada hakim dulu ataupun melihat kepada the availability of the court dengan izin. Jadi mungkin itu saya tidak dapat jawab sebab... Itu prosedurnya. Jadi itulah jawapan saya.

final • 4:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Akan tetapi tadi Yang Berhormat Menteri telah menjelaskan prosedur dengan jelas, dengan tepat. Saya rasa secara logiknya itu clear.

final • 4:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Itu sudah tamat tapi...

final • 4:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Pendaftar mesti sahkan tarikh dengan hakim.

final • 4:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

I treat him special tahu. He is such a good friend. Jadi saya terpaksa jawab balik. So, that is all, thank you very much.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kita jumpa dekat Oxford Tuan Yang di-Pertua. Itu yang dapat special privilege.

final • 4:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Saya kena jawab yang seterusnya.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

No, ada satu benda lagi.

final • 4:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Saya hendak jawab seterusnya Yang Berhormat Telok Intan.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baru juga Yang Berhormat Shah Alam sebutkan Peraturan Mesyuarat 37, lepas itu langgar lagi Peraturan Mesyuarat 37.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Menteri, saya punya belum jawab lagi.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 4:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Apa soalan you tadi?

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Pertama sekali, tadi saya tanya tentang ada lima poin dan salah satunya tentang etika dan adat pakaian dikorbankan semata-mata untuk meneruskan kes di Mahkamah Persekutuan. Sila ulas. Second adalah di antara seeking the truth and secure the conviction. Silakan.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, kita telah nyatakan kes ini masih diappeal. Dari segi etika, bukan saya hendak menjawabnya. Saya rasa itu etika...

final • 5:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

No, etika tidak ada kena-mengena dengan poin rayuan.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Etika dari segi pakaian itu, saya percaya itu mahkamah.

final • 5:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Itu bukan poin...

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Kedua soalan you tadi...

final • 5:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Soalan Yang Berhormat kedua dari segi seeking the truth ataupun sebaliknya, itu bukan untuk saya menjawabnya sebab itu masih lagi dalam appeal. Saya rasa tidak adil bagi kita mempersoalkannya.

final • 5:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

No. Tuan Yang di-Pertua, kedua- dua poin saya tidak ada dalam hujah appeal. Itu tidak ada dalam rayuan...

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Pihak yang memutuskan keputusan...

final • 5:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Mengenai prinsip. Kalau Parlimen tidak boleh memutuskan, something is really wrong.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, yang memutuskan kes ialah hakim.

final • 5:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Itu takkan dirayu.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, yang memutuskan kes adalah hakim bukan Menteri.

final • 5:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Pakaian takkan dirayu.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Pakaian itu saya kata itulah etika mahkamah.

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Duduk Menteri. Apa pakaian ini Yang Berhormat? Saya diminta...

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dahulu. Nanti dahulu Yang Berhormat yang lain.

Yang Berhormat yang lain.

final • 5:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, begini Tuan Yang di-Pertua. Kalau esok saya tidak pakai sut ini, saya masuk dalam Parlimen, saya duduk di sini, apa ruling Tuan Yang di-Pertua?

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi?

final • 5:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Boleh saya diberikan kekecualian sebegitu?

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

final • 5:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, jubah tidak dibawa tetapi hakim tersebut lima orang, membenarkan. Kes dijalankan tanpa...

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Okey, sabar. Duduk sekarang. Saya respons. Yang Berhormat, jangan bawa...

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang lain, tolong senyap dahulu. Yang Berhormat, jangan tanya soalan-soalan Yang Berhormat tahu sendiri kerana yang membuat tindakan pada ketika itu adalah hakim- hakim, terpulang kepada hakim. Umpamanya saya, kalau saya sitting di sini, Yang Berhormat tidak pakai necktie, tidak pakai baju pun kalau saya beri masuk, siapa yang larang saya. Ini kerana itu discretion saya Yang Berhormat. Jadi jangan tanya kepada Menteri kerana itu tidak fair bagi beliau.

Cuma dalam perbahasan ini, apa yang saya nampak ialah hujah sebelah sini mengatakan bahawa seolah-olah tarikh itu mesti fixes dan ada arahan daripada orang tertentu supaya Yang Berhormat Permatang Pauh tidak boleh bertanding. Message very clear. Selepas itu pula yang memberitahu sebelah sini bahawa bukan eksekutif menentukan tarikh oleh sebab we respect separation of powers. Maka kami tidak campurlah dengan date. Kalau itu semua sudah selesai, biarlah orang awam sana yang menentukan. Bukan saya hakim untuk menentukan siapa yang betul ataupun tidak.

[Tepuk] Sila.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau lagi berulang ini, saya akan suruh dahulu Menteri menjawab dan saya akan kemukakan masalah sama ada diterima atau tidak. Sila.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Saya teruskan dengan isu Mahkamah Teluk Intan jadi gajah putih dan sistem CRT tidak berfungsi. Yang Berhormat Ipoh Barat, beliau tidak ada di sini tetapi beliau sudah bercakap dengan saya minta saya menjawab juga.

Beliau telah membangkitkan isu berhubung bangunan mahkamah di Teluk Intan yang didakwa tidak digunakan sepenuhnya dan menjadi gajah putih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mahkamah Teluk Intan Perak telah dirasmikan pada 15 April 1986 dengan kapasiti dua Mahkamah Sesyen dan dua Mahkamah Majistret.

Seterusnya pada tahun 1994, wujud cadangan untuk menaik taraf salah satu mahkamah kepada Mahkamah Tinggi. Namun setelah beberapa analisis dan penyelidikan dibuat, didapati cadangan mewujudkan Mahkamah Tinggi di Teluk Intan Perak adalah tidak sesuai dan bangunan mahkamah Teluk Intan kekal sebagai Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret sahaja sehingga kini.

Seterusnya Yang Berhormat Ipoh Barat juga ada menyebut tentang CCTV di Mahkamah Kampar yang tidak beroperasi. Saya telah menyemak semula perkara ini dengan pihak mahkamah dan saya berpendapat bahawa perkara yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat itu bukanlah CCTV, tetapi satu sistem yang kita namakan sebagai court recording and transcription (CRT) dengan izin. Untuk makluman, penyelenggaraan sistem CRT ini telah dilaksanakan secara berjadual bagi membolehkan ia dapat digunakan sepenuhnya.

Daripada rekod penyelenggaraan oleh pihak mahkamah pada tahun 2013, didapati sistem CRT di Mahkamah Kampar adalah tidak mengalami sebarang kerosakan, tetapi hanya melibatkan kapasiti storan perekodan dalam sistem berkenaan yang hampir penuh menyebabkan ia tidak dapat merakamkan perbicaraan yang seterusnya. Pihak mahkamah telah menjalankan penyelenggaraan terhadap kapasiti storan berkenaan dalam tahun 2013 dan sistem CRT di Mahkamah Kampar Perak ini telah dapat beroperasi dengan baik dan mampu merakam setiap perbicaraan yang berjalan.

Bagi membolehkan storan sistem CRT ini sentiasa diselenggarakan, taklimat dan latihan penyelenggaraan storan ini telah dibuat kepada jurubahasa-jurubahasa di Mahkamah Kampar yang terlibat bagi membolehkan ia sentiasa diselenggarakan oleh jurubahasa sahaja dan tidak bergantung sepenuhnya kepada juruteknik komputer yang berpangkalan di Ipoh Perak bagi membolehkan ia dapat di selenggara dengan lebih cepat serta lebih menjimatkan kos penyelenggaraan.

Seterusnya mengenai menumpukan kepada yang kanan untuk dilantik sebagai hakim terutama dari kalangan hakim Mahkamah Sesyen dan kurangkan dari peguam. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini walaupun pada prinsipnya seseorang hakim yang telah

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Sesyen melebihi sepuluh tahun layak dilantik sebagai hakim di Mahkamah Tinggi sebagaimana yang termaktub di bawah Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan. Namun, ia bukan satu-satunya syarat untuk membolehkan beliau dilantik ke jawatan tersebut. Mereka mestilah juga memenuhi kriteria pemilihan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 iaitu Akta 695 dengan mengambil kira keperluan dan kekosongan jawatan ketika itu. Jadi dalam memilih calon, suruhanjaya juga memberi perhatian dalam aspek untuk menggalakkan kepelbagaian dalam lingkungan kepakaran dan pengetahuan undang- undang dalam badan kehakiman tanpa mengira bangsa dan keturunan.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sedikit Timbalan Menteri. Boleh ya? Sedikit sahaja. Terima kasih kepada Menteri. Menteri, saya boleh terima jawapan bertulis. Cuma saya hendak bangkitkan benda ini sebab dibangkitkan tentang pelantikan hakim Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin untuk sebut nama hakim ini sebab hakim ini adalah hakim yang senior dari segi Mahkamah Sesyen. Ini kerana saya hendak beritahu, mula-mula saya praktis di Johor Bahru dia hakim Mahkamah Sesyen 20 years back. Masa itu dia sudah Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Klang, sudah lama. Akan tetapi beliau hanya dilantik baru-baru ini sebagai hakim Mahkamah Tinggi. Saya tidak pasti sama ada hakim ataupun masih lagi JC. Saya sebut nama dia, SM Komathy. Dia ini antara hakim yang– Itu sebab saya tanya ini, sebab hakim ini adalah hakim yang pernah membuat keputusan memihak kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Jadi saya hendak tanya, adakah hakim ini juga termasuk dalam hakim-hakim yang dinafikan promotion kerana isu seperti ini?

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini saya hendak tanya, bukan saya tuduh. Saya hendak tanya. Ahli yang lain-lain ini saya tidak tahu tidak mengapalah. Saya tanya dengan Menteri. Menteri ini antara Menteri yang paling baiklah, bagus.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat Sepang.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Dia ada menjawab dengan baiklah. Saya akui. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Saya hanya upah dengan jawapan juga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Lagi Yang Berhormat Sepang menjurus kepada khusus nama hakim. Saya tidak tahu. Saya tidak tahu mengenai perkara itu. Kalau kita boleh dapatkan jawapan bertulis, kita beri. Namun begitu, saya hendak ulang lagi kita ada kriteria tertentu.

Tidak semestinya apabila orang memihak ataupun mengatakan sesuatu mengenai Yang Berhormat Permatang Pauh, terus dikenakan sesuatu.

Saya hendak sentuh di sini, semalam pun ataupun tadi, saya rasa semalam, Yang Berhormat Permatang Pauh mengatakan di sebelah sini– Saya hendak clearkan di sini dengan izin, di sebelah sini kalau orang mengatakan sesuatu yang tidak baik mengenai Yang Berhormat Permatang Pauh akan dinaikkan pangkat, diberi jawatan. Ingin saya nyatakan, saya tidak pernah menyentuh mengenai Yang Berhormat Permatang Pauh pun boleh menjadi Menteri. Jadi itu bukanlah menjadi kriteria untuk kita naik pangkat ataupun menjadi Menteri ataupun mendapat jawatan apa-apa pun. Saya harap tidaklah ia dijadikan satu sweeping statement. Yang Berhormat Sepang, saya harap ini diketahui oleh Yang Berhormat Permatang Pauh sendiri, apa lagi Yang Berhormat Permatang Pauh pernah menjadi ketua di sekolah saya di mana saya bersekolah. Jadi, hormat itu masih ada. Walau apa pun orang kata, kita masih menghormati beliau. Jadi saya harap beliau tidak memikirkan di sini apabila menyentuh mengenai Yang Berhormat Permatang Pauh terus sama ada dinaikkan pangkat atau di sebelah sana dihukum. Jadi itu adalah tidak betul.

Saya rasa, biarlah itu jangan menjadi fitnah, kita kena menjawab fitnah itu nanti.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Apa tuduhan? Saya tanya soalan, saya tanya soalan.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Saya sudah jawab, saya tambah lagi jawapan itu, terima kasih.

Seterusnya untuk yang satu lagi dari Yang Berhormat Puchong. Tuan Yang di- Pertua, di akhir ucapan beliau ada mencadangkan agar kelayakan atau dengan izin,

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

qualification para hakim dimuat naik dan dipaparkan di laman web Badan Kehakiman. Oleh kerana ini adalah merupakan satu cadangan, kita ambil perhatian cadangan ini dan akan memanjangkannya kepada pihak Badan Kehakiman untuk mungkin ini satu penambahbaikan. Terima kasih Yang Berhormat Puchong.

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Ada hendak tanya lagi?

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak tahu sama ada saya juga bangkitkan itu berkenaan dengan aduan-aduan yang dibawa terhadap hakim-hakim. Sama ada terdapat bilangan aduan tersebut dan juga kalau tindakan telah diambil dan sekiranya tindakan-tindakan itu telah pun dilaporkan sama ada, ada ataupun tidak kepada Dewan ini ataupun kepada mana pihaknya? Sehubungan dengan itu, persoalan yang berbangkit berkenaan dengan di mana seseorang itu kena buat aduan, di mana ada pada pihaknya bukti untuk menunjukkan bahawa seseorang hakim itu bertindak di sebalik code of ethics dengan izin, yang ada? Terima kasih.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih. Saya mendengar juga hujahan Yang Berhormat Puchong mengenai perkara ini. Yang Berhormat Puchong telah menyentuh mengenai SMS hakim, ini memang, kalau betullah, ianya memang tidak ethical. Jadi Yang Berhormat Puchong bertanya di mana, where you direct your complaints dengan izin. Saya tidak ada jawapan yang tepat sebab Yang Berhormat Puchong tahu sendiri kita ada Suruhanjaya Kehakiman, mungkin you can try dengan izin. Ataupun mungkin melalui, kita ada kumpulan, ada Bar Council, perhaps you can discuss dengan mereka, mungkin you all boleh berbincang dengan cara yang baik supaya ini tidak berlaku. Kita pun tidak tahu. Kita tidak mahu perkara ini berlaku di Malaysia.

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Oleh kerana ini bersifat individu, it is more of individual ways of doing things dengan izin. Saya rasa kita pun, kerajaan pun tidak mahu dikaitkan dengan orang-orang yang dinamakan hakim yang bertindak seperti itu. Jadi, saya hanya menyarankan juga mungkin you can use those two platforms. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini soalan yang sangat serius kerana kalau kita sebagai kerajaan dan juga kita sebagai pengamal undang-undang, be it whether we are at the judiciary, AG chambers or practicing lawyers, kita kena ada satu jawapan yang kukuh yang diberikan kepada rakyat.

Kalau kita ada aduan, dan Tuan Yang di-Pertua, saya bawa perkara ini untuk dua sebab. Satunya Tuan Yang di-Pertua, terdapat banyak atau kerap kali aduan dibuat di mana hakim tersebut itu sebenarnya tidak bersalah. Akan tetapi oleh kerana tidak ada sistem atau badan yang boleh memeriksa aduan ini dan kemudiannya mendapati bahawa hakim itu clear the judge dengan izin, they have to live with it. So, we also have to think about judges. Dalam masa yang sama, kita ada rakyat atau litigan, individu yang ada bahan yang cukup jelas. Jadi kalau kita sebagai kerajaan hendak mengangkat atau meningkatkan level of confidence rakyat dan bukan sahaja badan-badan setempat, juga masyarakat antarabangsa about the Malaysian judiciary, saya rasa ini adalah satu perkara yang perlu kita nilaikan supaya kita ada an avenue. Saya akan bagi kepada Yang Berhormat Menteri penghakiman itu. Jelas di mana disebutkan, nama hakim pun disebutkan Tuan Yang di- Pertua tetapi saya tidak akan sebut di sini. Memalukan.

Bila kita ada judgement that is reported yang ada aduan ini tetapi dilihat tidak ada tindakan diambil. Dalam masa yang sama kita kata Tuan Yang di-Pertua, that we are in a system that trying to build dengan izin, judicial system that has got high integrity ini. Jadi saya minta supaya Yang Berhormat Menteri, kita dalam Pakatan Rakyat kita juga bersedia untuk duduk bersama berbincang cara mana kita boleh bawa kepada satu jalan di mana satu badan ataupun satu jalan ditetapkan untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. I like your argument, terima kasih. Saya rasa apa yang saya boleh sarankan di sini that I can commit. Insya-Allah, maybe what you can do, you can pass it to me, mungkin kita akan tengok dulu. I will have to pass to the relevant authorities untuk melihat kepada kes tersebut

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

because you know better who are involved, detailnya sekali. So, please pass it over to me.

Terima kasih banyak.

Seterusnya isu mengenai kadar saraan untuk pegawai kehakiman di mahkamah rendah. Yang Berhormat Kapar mengutarakan pertanyaan mengapa kenaikan 2% ini tidak dipanjangkan kepada hakim-hakim mahkamah rendah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret merupakan pegawai undang-undang yang juga merupakan penjawat awam yang menerima saraan sama seperti penjawat awam yang sama grednya. Namun begitu, perkhidmatan mereka dibezakan dengan penerimaan elaun kritikal sebanyak 5% daripada gaji pokok.

Mungkin kadar elaun kritikal ini boleh dipertimbangkan oleh kerajaan.

Saya rasa Yang Berhormat semua, itu sahaja yang saya hendak ini. Tuan Yang di- Pertua, dengan itu, saya mengakhiri sesi penggulungan ini dengan menjawab kesemua pertanyaan yang meliputi skop...

final • 5:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Menteri, Bukit Katil punya isu ada dua tadi.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Apa isu tadi ya?

final • 5:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Soal kenaikan gaji...

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Oh, sudah saya jawab.

final • 5:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

...Bagi hakim- hakim mahkamah atasan.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Sudah, sudah dijawab sebab kita dah nyatakan semua itu dah masuk dalam cadangan dalam jawatankuasa yang telah kita tubuhkan.

final • 5:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Okey, dan juga salah laku...

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Soalan itu sama dengan soalan Yang Berhormat Ipoh Barat saya rasa, sudah dimasukkan.

final • 5:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Specific issues on penglibatan Ketua Hakim Negara dengan individu bernama Kong tadi saya minta diberikan perhatian yang serius supaya jangan jadi kongkalikung. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Kongkalikung, okey, something new to me.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, perkataan kongkalikung khas untuk Yang Berhormat Bintulu dan saya sahaja.

[Ketawa]

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Jadi Yang Berhormat...

final • 5:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kita belajar dari Tuan Yang di- Pertua.

final • 5:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Tuan Yang di- Pertua, saya guna ‘kongkalikang’.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, kita akan kaji Hansard, kita akan lihat nanti, kita akan lihat kepada perkara tersebut dan ambil perhatian.

final • 5:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri untuk Kong tadi, jawapan bertulis.

final • 5:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Menteri, yang saya kemukakan tadi serius sebab banyak siri sebelum ini, Tun Hamid, Tun Eusoff Chin dan sebagainya.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Ya, saya ambil perhatian, sebab ianya ada dalam Hansard. Jadi kita akan rujuk daripada Hansard tersebut.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mengakhiri sesi penggulungan ini dengan menjawab kesemua pertanyaan.

final • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sekejap.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Ada lagi Yang Berhormat Sepang?

final • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri tidak jawab saya punya soalan. Saya berbahas lebih kurang satu jam. Saya tanya tadi, saya tanya tentang kenapakah setelah Suruhanjaya Diraja dibentuk, selepas video ‘correct, correct, correct’ itu dan pihak suruhanjaya telah pun mencadangkan lima individu disiasat di bawah sama ada Akta Hasutan ataupun Kanun Keseksaan. Saya berbahas meminta adakah telah disiasat? Kalau tidak siasat, kenapa? Kalau dah siasat, apa status penyiasatan? Takkanlah tidak ada kes langsung.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Ini melibatkan RCI yang V.K. Lingam ya?

final • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yes.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Kan saya sudah jawab tadi.

final • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Apa status siasatan?

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Manalah Yang Berhormat Sepang ini? Sebelum saya berundur, saya hendak beritahu Yang Berhormat Sepang lagi jawapan itu. Ini overtime oleh Yang Berhormat Sepang ya.

final • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak ada tadi jawapan. Unless saya tidak dengarlah tetapi saya dah...

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Agaknya Yang Berhormat Sepang tengah fikir lain tadi.

final • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya beri tumpuan, saya dengar daripada awal.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Saya sudah jawab.

final • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya minta maaflah tetapi saya tidak dengar.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Ataupun nanti Yang Berhormat Sepang tengok Hansard, saya sudah jawab tadi.

final • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kenapa? Takkan tak ingat?

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Saya sudah jawab, tidak bolehlah ulang selalu sangat.

Okey Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mengakhiri sesi penggulungan ini dengan menjawab kesemua pertanyaan yang meliputi skop rang undang-undang yang perlu saya jawab serta pertanyaan-pertanyaan yang boleh saya jawab selaras dengan peraturan mesyuarat Dewan yang mulia ini. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama semasa saya menjawab penggulungan ini. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumusalam. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 5:10 PM
Fasal 1 [Pindaan oleh Menteri]-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Tuan Pengerusi, pindaan dalam Jawatankuasa yang dicadangkan adalah dengan memasukkan perkataan ‘disifatkan telah’ selepas perkataan ‘seksyen 2, 4, 5 dan 6’ dalam sub fasal 1(2) rang undang-undang ini.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. Ada lagi yang mahu bahas fasal dua perkataan sahaja? Tidak ada.

[Tiada perbahasan]

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan.

[Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [****Fasal 1** sebagaimana yang dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [****Fasal-fasal 2 hingga 6** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

final • 5:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA (PINDAAN) 2013 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Alhamdulillah. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan terhadap Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 turut dibuat untuk memastikan hukuman yang dikenakan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Pindaan ini juga merupakan salah satu usaha kerajaan dalam membanteras aktiviti-aktiviti jenayah berat dan terancang yang menggunakan senjata berbahaya dan bahan letupan.

Secara amnya, akta ini memperuntukkan penalti berkaitan pemilikan bahan-bahan kakisan dan bahan-bahan letupan secara salah serta membawa senjata berbahaya.

Memandangkan kadar jenayah terancang dan jenayah berat dilakukan oleh kumpulan- kumpulan kongsi gelap yang sering melibatkan penggunaan senjata berbahaya termasuk senjata api semakin berleluasa. Peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api, pergaduhan ahli-ahli kumpulan kongsi gelap sesama sendiri untuk merebut kawasan dengan menggunakan parang dan buku lima. Menggunakan senjata berbahaya untuk mengutip wang perlindungan bagi menakutkan mangsa dan menggunakan senjata berbahaya bagi melindungi kawasan-kawasan perjudian dan pelacuran maka pindaan

final • 5:23 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

terhadap undang-undang ini adalah perlu dalam membanteras kegiatan berkenaan secara menyeluruh.

Bagi menggambarkan keseriusan kerajaan dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa kesalahan ini adalah berupa satu kesalahan yang berat, maka pindaan terhadap penalti hukuman dicadangkan dinaikkan seperti berikut:

(i) menaikkan penalti bagi kesalahan membawa senjata berbahaya di tempat awam daripada tempoh pemenjaraan tidak melebihi dua tahun kepada tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih dari 10 tahun;

(ii) meminda peruntukan penalti bagi kesalahan membawa, memiliki, membuat, menjual, menyewa, meminjam atau memberi mana-mana senjata terjadual. Kesalahan pada masa ini membawa hukuman pemenjaraan yang tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Penalti dalam hal kesalahan kedua dan berikutnya akan dihukum dengan hukuman penjaraan tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada tiga tahun; dan

(iii) peruntukan ini dicadangkan untuk dipinda dengan mengenakan hukuman penjara yang tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun.

Dengan pindaan yang dicadangkan ini, maka jelas menggambarkan keprihatinan dan keseriusan kerajaan dalam membanteras jenayah terancang dan jenayah berat dari terus berleluasa di negara ini bagi memastikan rakyat Malaysia terus terlindung dan hidup dalam keadaan yang aman dan sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 5:23 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim

Saya mohon menyokong.

final • 5:23 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 5:23 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:23 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang suara dia sarut pasal banyak bercakap sudah. Itu saya panggil Yang Berhormat. Sila, sila. Yang Berhormat ya. Rehat dahulu Yang Berhormat Sepang.

final • 5:23 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Akta ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri melibatkan pindaan seksyen 6 dan seksyen 7. Hanya seksyen 6 meningkatkan penjara daripada dua tahun kepada lima, hingga 10 tahun dan seksyen 7, penjara dua tahun kepada lima tahun ke 10 tahun juga.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membincangkan dua perkara yang berkait dengan rang undang-undang ini. Pertama, bahan kakisan corrosive seperti asid hidroklorik, asid sulfurik atau alkali seperti natrium bikarbonat atau natrium hydroxide dan lain-lain yang asalnya digunakan untuk pencucian ataupun sebagainya di rumah. Akan tetapi, disalahgunakan sebagai senjata untuk menyerang musuh kerana iri hati atau dendam. Bahan kakisan ini biasanya diguna oleh bekas suami, remaja yang putus cinta dan remaja yang menjadi hobi menyerang orang lain terutama wanita-wanita. Akibatnya membawa kepada kecacatan wajah yang kekal dan juga menyebabkan buta mata dan juga menjadi kecacatan yang berkekalan.

Saya bagi contoh, banyak kes-kes yang menyebabkan terutama mangsa-mangsa sudah menjadi kecacatan yang kekal. Kalau tengok sini [Merujuk kepada artikel] banyak lagi kes-kes ini yang berlaku dalam negara kita.

final • 5:28 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Statistik dari tahun 2009 hingga Oktober 2011, sebanyak 58 kes simbahan asid dilaporkan berlaku di seluruh negara. Di antaranya 23 kes berlaku hanya dalam tahun 2011. Sebagai contoh, satu kes simbahan asid di Bangsar tahun 2011. Pesalah yang dihukum mengikut seksyen 352, Kanun Keseksaan, hanya dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM1,000. Jadi, hukuman tersebut dilihat tidak setimpal dengan kesengsaraan dan kecacatan kekal yang dialami oleh mangsa. Semua ini tidak termasuk kos rawatan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa untuk memulihkan kecacatan yang berlaku. Justeru itu, hukuman yang berat disokong dengan memanjangkan tempoh penjara, denda dinaikkan atau hukum rotan yang saya difahamkan dikeluarkan, patut ditambah lagi bilangan rotannya. Ataupun dikenakan hukum qisas yang saya akan sebut selepas ini.

Kedua, senjata api. Kes tembakan yang berulang-ulang pada tahun 2013 sahaja mengikut laporan PDRM, antara 25 April 2013 hingga Ogos 2013 adalah sebanyak 18 kes.

Izinkan saya baca dua tiga kes Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 5:30 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Antaranya, 25 April - N. Ragunathan, 39 ditembak mati dalam kereta selepas berurusan dengan JPJ. Pada 26 April – Dato’ Haji Shaharudin Ibrahim, 58, Timbalan Ketua Pengarah Kastam ditembak mati dalam perjalanan ke Putrajaya. Pada 25 Mei– Jahari Abdul Razak seorang pemborong ikan keluar dari masjid di Kampung Pacakan di Cherang Ruku, Pasir Puteh ditembak mati di atas motosikal. Pada 18 Julai- K. Shanmugam, seorang guru di Taman Bidara, Kulim maut selepas ditembak dua kali di simpang empat Keladi dalam perjalanan ke SMK Berapit, Bukit Mertajam.

Selain itu, pada 10 November 2013 - Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam, Pahang – Ahmad Rafli Abdul Malik, ditembak mati oleh penjenayah di Indera Mahkota. Dari manakah mereka mendapat senjata ini? Siapakah yang bertanggungjawab melakukan jenayah ini? Kata Menteri, mungkin kongsi gelap.

Memandangkan kezaliman yang berlaku terlalu bahaya dan berani dan nilai kemanusiaan tidak ada lagi, maka saya menyokong penalti terhadap orang yang bersalah perlu ditingkatkan. Sebagaimana dicadangkan pindaan dalam seksyen 6 dan seksyen 7, rang undang-undang.

Walau bagaimanapun hukuman yang tinggi itu juga mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah. Oleh itu saya ingin mencadangkan sekiranya hukum takzir boleh kita laksanakan, maka hukum kisas juga boleh kita laksanakan iaitu hukum balas seimbang di antara perbuatan pesalah iaitu bunuh kepada pembunuh dan simbah asid kepada pesalah yang menyimbah asid ke muka mangsa. Izinkan saya menyebut maksud ayat Al- Quran, surah Al-Baqarah ayat 17.

Boleh saya baca Tuan Yang di-Pertua?

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “*Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukum kisas, balasan yang seimbang dalam perkara orang-orang mati dibunuh iaitu orang yang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, perempuan dengan perempuan.

Maka, sesiapa iaitu pembunuh yang dapat sebahagian keampunan daripada saudaranya pihak terbunuh, maka hendaklah orang yang mengampunkan itu mengikut cara yang baik dalam menuntut nyawa itu dengan sebaiknya. Demikian itu adalah satu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu, sesiapa yang melampaui batas untuk membalas dendam pula, maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu. Wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertakwa”.* Sekian, terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, jam sudah 5.35 petang.

final • 5:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Esoklah Tuan Yang di-Pertua bagi peluang.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis 10 April 2014. Terima kasih.

final • 5:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.35 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026