Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Tuan Nogeh anak Gumbek [Mas Gading] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah-langkah yang sudah diambil dan akan dirancang untuk mengatasi masalah sekolah-sekolah yang berada dalam kategori prestasi aras rendah di Sarawak.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat MAS gading. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Pegawai SI Partners dengan izin ataupun School Improvement Partners. Kita telah memperuntukkan 50 tempat perjawatan untuk ditempatkan di 31 Pejabat Pelajaran Daerah di Sarawak dan manakala kita juga telah mewujudkan SISC+ dengan izin, School Improvement Specialist Coach di semua Pejabat Pendidikan Daerah di Sarawak untuk membantu meningkatkan pencapaian sekolah-sekolah terutamanya yang berprestasi rendah.
Untuk makluman Yang Berhormat, 246 SISC+ di Sarawak telah ada jawatannya dan akan ditempatkan di 31 Pejabat Pelajaran Daerah. Untuk makluman Yang Berhormat juga Pegawai SI Partners berperanan membimbing pemimpin di sekolah manakala SISC+ pula diwujudkan untuk membimbing guru-guru di sekolah bagi tiga mata pelajaran utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan juga Matematik.
Tugas untuk memberi personel coaching dan mentoring dan mewujudkan satu rangkaian professional learning community, dengan izin di kalangan mereka. Proses tracking monitoring, dengan izin pencapaian melalui performance dialogue dan dashboard di mana di peringkat daerah PPD akan dipengerusikan oleh Pengarah PPD dan performance dialogue ini akan diadakan dengan pengetua dan guru besar-guru besar sekolah berprestasi rendah. Kalau itu di peringkat daerah.
Di peringkat JPN pula, pengarah negeri akan mempengerusikan performance dialogue setiap tiga bulan sekali bersama ketua PPD. Manakala di peringkat kebangsaan, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia akan mempengerusikan performance dialogue tiga bulan sekali bersama pengarah-pengarah negerinya pula. Untuk makluman Yang Berhormat, National Performance Dialogue akan diadakan pada 8 hari bulan April ini. Kita akan memastikan sekolah-sekolah yang berprestasi rendah ini mempunyai guru hak yang cukup. Untuk makluman, kedudukan di Sarawak sekarang keperluannya ialah 14,528 guru dan kita telah pun mengisi seramai 14,152. Kita masih ada kekurangan seramai 376 guru.
Penempatan guru pada 1 April ini kita akan memberi tumpuan untuk mengisikan kekosongan ini di sekolah-sekolah pedalaman di Sarawak.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak juga telah menjalankan beberapa program seperti berikut:
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
(i) Program Peningkatan Kepimpinan Sekolah seperti coaching dan mentoring seperti mana yang disebut tadi. Melalui program ini sebanyak 70 buah sekolah kurang murid (SKM) terlibat;
(ii) Program Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) ataupun e-Cerap;
(iii) Program Managing Challenging School (MaCS) semua sekolah akan membentangkan KP akademik dan program intervensi masing-masing dan dalam Gerakan Menjulang Sarawak (GeMS) 2011-2015, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah memfokuskan program untuk meningkatkan prestasi murid-murid melalui tiga teras. Teras tiga memperkasakan sekolah. Teras empat merapatkan jurang pencapaian sekolah dan teras enam melonjakkan pencapaian semua sekolah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil daripada usaha gigih ini terdapat peningkatan daripada segi bilangan sekolah yang mendapat penarafan Band yang lebih baik daripada tahun-tahun yang terdahulu. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Mas Gading, terdapat 24 buah sekolah rendah berada dalam Band 1 pada tahun 2013 jika berbanding pada tahun 2010 hanya 15. Manakala dalam Band 2 pula pada 2013 kita ada 173 buah sekolah berbanding 127 pada 2010. Manakala dalam Band 3, 2013 kita ada 564 buah sekolah berbanding 521 buah sekolah pada tahun 2010. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Nogeh anak Gumbek - Mas Gading
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang komprehensif dengan izin. Saya difahamkan di negeri Sarawak masih banyak lagi sekolah terutama sekali sekolah-sekolah di kawasan pedalaman di mana pencapaian mereka adalah below average, dengan izin.
Antara faktor yang menyebabkan prestasi aras rendah ini adalah kekurangan kemudahan, kekurangan bahan-bahan bacaan dan juga attitude cikgu-cikgu yang dengan izin, who are in the comfort zone dan juga murid-murid yang tidak ambil berat tentang pelajaran mereka. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sama ada kementerian mempunyai perancangan khusus untuk mewujudkan satu special task force, dengan izin di pejabat pelajaran peringkat negeri untuk memantau sekolah-sekolah yang berprestasi rendah ini.
Saya juga bercadang supaya kementerian merekrut guru-guru tempatan untuk mengajar di luar bandar supaya mereka dapat lebih fokus lagi dengan mengajar sebab ada saya diberitahu ada guru-guru di tempat yang jauh itu kalau sudah hujung minggu ataupun hujung bulan mereka berfikir hendak balik ke kampung sendiri yang jauh. Jadi kalau ada kita dapat mengambil guru-guru dari kawasan tempatan maka mereka masalah ini dapat ditangani. Terima kasih.
Tuan P. Kamalananthan a/l P. Panchanathan
Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading amat prihatin dan memang memahami benar isu-isu pendidikan di negeri Sarawak. Terima kasih. Peka kepada perubahan dan juga apa yang sedang berlaku dalam industri pendidikan.
Kita di kementerian sentiasa mencari cara-cara bagaimana kita dapat membantu menambah baik, memperkasakan sistem pendidikan di seluruh Malaysia. Seperti mana yang telah saya maklumkan sebentar tadi, program SI Partner dan SISC Plus merupakan program-program yang diwujudkan untuk memastikan untuk mengatasi masalah-masalah yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Mas Gading tadi.
Selain daripada itu atas aspek task force Untuk makluman Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Menteri Pendidikan II, ‘Dato’ Seri Idris Jusoh’ telah pun mengarahkan kedua-dua Timbalan Menteri, iaitu Yang Berhormat Datuk ‘Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin’ dan juga saya sendiri untuk memantau secara personnel, peribadi pergi ke negeri masing-masing. Contoh saya diamanatkan untuk menjaga, membantu JPN negeri Sarawak, manakala Yang Berhormat Datuk ‘Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken’ Jin akan membantu JPN negeri Sabah. Kita akan memantau, dan saya telah pun pergi ke Sarawak beberapa kali untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan juga
Tuan P. Kamalananthan a/l P. Panchanathan
telah membuat beberapa lawatan ke beberapa sekolah dan terus melaksanakan tanggungjawab saya begitu juga dengan Yang Berhormat ‘Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin’. Kita akan terus mencari bagaimana dapat menambah baik.
Untuk makluman Yang Berhormat saya tidak lama dahulu telah pergi ke sekolah SMK Sungai Tapang. Untuk maklumat pencapaian sekolah ini saya hendak berkongsi bersama Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. SMK Sungai Tapang ini telah dicalonkan sebagai untuk berada dalam kluster, ataupun sekolah International Baccalaureate Middle Year Program. Sebanyak sepuluh sekolah dalam negara, satu sekolah SMK Sungai Tapang telah dicalonkan. Sekiranya pencalonan ini berjaya, Januari 2015 SMK Sungai Tapang di Sarawak ini merupakan di antara salah sebuah sekolah di dunia ini yang akan termasuk dalam International Baccalaureate Middle Year Program.
Dari aspek perguruan ya. Itu memang hasrat kita. Kita akan menempatkan guru- guru di kawasan yang sama tetapi apabila adanya masalah lebih guru dari kawasan itu kita terpaksa menghantar mereka ke kawasan-kawasan yang lain. Akan tetapi kita amat peka kita mengambil cadangan dan juga idea-idea yang diberi oleh Yang Berhormat Mas Gading untuk penambahbaikan seterusnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya cuma ingin ingatkan, sesuai dengan peraturan mesyuarat kita lazimnya tak menyebut nama wakil rakyat tetapi kawasan mereka.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana yang dijelaskan oleh Timbalan Menteri tadi, pada tiap- tiap tiga bulan, Pegawai Daerah ada membuat performance dialog dengan guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris. Jadi saya mahu tahu, kerana di Sabah saya nampak, di luar bandar guru-guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris ini tidak tahu pun berbahasa dalam bahasa Inggeris. Jadi apa macam mereka boleh mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sedangkan mereka tidak tahu berbahasa Inggeris. Jadi adakah rancangan lain daripada performance dialog ini, untuk melatih guru-guru ini supaya mereka ini fasih dalam berbahasa Inggeris. Mungkin kalau ada itu barulah kita boleh meningkatkan taraf bahasa Inggeris di luar bandar.
Tuan P. Kamalananthan a/l P. Panchanathan
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya pun amat terkejut apabila guru Bahasa Inggeris tidak boleh bercakap bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, kita di kementerian akan mengambil tindakan ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ada Yang Berhormat.
Ada yang macam itu di luar bandar.
Tuan P. Kamalananthan a/l P. Panchanathan
Saya terkejutlah. Saya mengambil maklumat itu. Kita di pihak kementerian, kita terus melaksanakan program- program untuk memperkasakan bahasa Inggeris. Contoh kita ada program Upskilling of English Program, English Language Program.
Kedua kita juga akan melaksanakan Program Penutur Jati Bahasa Inggeris yang mana kita akan menghantar guru-guru yang mempunyai kemahiran untuk pergi ke sekolah- sekolah pedalaman membantu PPD dengan mewujudkan program Train the Trainer dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya ada perlu bantuan-bantuan yang lebih untuk memastikan penambahbaikan mutu bahasa Inggeris di sekolah-sekolah pedalaman khasnya di sekolah P1 ke P3 di kawasan-kawasan Sabah dan Sarawak, kita akan terus melaksanakan begitu.
Untuk makluman, untuk masa yang terkini mulai bulan Julai nanti kementerian juga akan membawa lebih kurang 90 guru pakar bahasa Inggeris daripada negara India akan dihantar kepada sekolah-sekolah pedalaman, daerah-daerah pedalaman untuk membantu guru-guru ini untuk menambah baik penggunaan bahasa Inggeris di sekolah. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tuan Yang di-Pertua, kita yakin dan percaya program yang dilaksanakan oleh kementerian telah melahirkan pelajar-pelajar cemerlang di Sarawak.
Soalan saya, apabila mereka ingin masuk ke universiti apabila mengisi Borang UPU di bahagian kolum “Bangsa”- Sarawak dibahagikan kepada 57 suku kaum; Sabah 36 suku kaum; Melayu lapan suku kaum, termasuk Bugis, Boyan, Banjar, Jawa; begitu juga India, ada Malayali, Punjabi, Sikh, Tamil; Cina, ada Foochow, Hainan, Tionghoa.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Soalan saya, mengapa perkara ini perlu berlaku, mengapa harus dilakukan? Ini bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita.
Pohon jawapan. Terima kasih.
Tuan P. Kamalananthan a/l P. Panchanathan
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya mencari-cari apa kesesuaian soalan itu kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mas Gading. Saya tercari-cari juga mana ada sangkut-pautnya soalan Yang Berhormat dengan soalan Yang Berhormat Mas Gading. Akan tetapi saya minta soalan itu saya ambil maklum dan saya akan semak. Terima kasih Yang Berhormat.
2. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng] minta Menteri Kewangan menyatakan, jumlah hutang isi keluarga (household debts) mengikut jenis hutang dan sebagai kadar KDNK.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hutang isi rumah atau hutang keluarga pada tahun 2013 adalah sebanyak RM854.3 bilion.
Nisbah hutang isi rumah tersebut berbanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar adalah sebanyak 86.8%. Pecahan jumlah hutang isi rumah adalah merangkumi pinjaman daripada sistem perbankan, institusi kewangan pembangunan, Bahagian Pinjaman Perumahan Kementerian Kewangan dan institusi kewangan bukan bank yang lain. Pecahan jumlah hutang isi rumah yang dibahagikan mengikut tujuan adalah seperti berikut:
(i) pembelian rumah kediaman berjumlah RM377.7 bilion atau 44.2%;
(ii) pembelian kenderaan RM 149.9 bilion atau 17.6%;
(iv) pembelian harta bukan kediaman RM 65.2 bilion atau 7.6%;
(v) pembelian pelbagai saham dan sekuriti RM 54.9 bilion atau 6.4%;
(vi) kad kredit RM 35.5 bilion atau 4.2%; dan
(vii) tujuan lain seperti kelengkapan rumah RM29.6 bilion atau 3.5%.
Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 2010 pihak kerajaan termasuk Bank Negara Malaysia telah mengambil pelbagai langkah progresif bagi memastikan pengurusan kewangan dan hutang isi rumah yang kukuh dan mapan serta menggalakkan pasaran harta tanah yang stabil.
Langkah-langkah tersebut adalah bertujuan memastikan pengembangan kredit yang berhemah, perbelanjaan yang bijak, menggalakkan tingkah laku individu dan institusi yang bertanggungjawab serta menggalakkan pasaran harta tanah yang teguh dan membendung tingkah laku spekulatif. Di samping itu juga kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk meringankan beban rakyat termasuk menambah baik struktur ganjaran untuk penjawat awam, memberi bantuan kewangan menerusi pelbagai bantuan tunai, menambah baik sistem pengangkutan awam dan membina rumah mampu milik.
Langkah-langkah untuk mengawal perkembangan hutang isi rumah ini telah diperkenalkan secara beransur-ansur oleh kerajaan bagi melaksanakan pelarasan yang tersusun dalam sistem kewangan dan ekonomi.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ekoran pelaksanaan pelbagai langkah awal yang diambil sejak 2010, kadar pertumbuhan jumlah hutang isi rumah telah menunjukkan kadar yang lebih sederhana iaitu sebanyak 11.7% pada tahun 2013 berbanding 13.5% pada tahun 2012 dan 2011 dan 15.1% pada tahun 2010. Anggota perkhidmatan awam dan orang ramai yang mempunyai keupayaan untuk meminjam, mereka terus mendapat akses kepada kemudahan pembiayaan walaupun usaha kerajaan mengambil beberapa langkah untuk membantu mengawal perkembangan hutang isi rumah. Terima kasih.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Menteri atas jawapan. Saya menghargai usaha yang digunakan untuk mengurangkan hutang isi keluarga yang dibuat oleh kerajaan. Hutang isi keluarga merupakan antara ukuran kedudukan ekonomi setiap negara. Mengikut Bank Dunia menunjukkan bahawa Malaysia
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
mempunyai hutang isi keluarga yang paling tinggi di antara negara-negara membangun di Rantau Asia. Sebagai contoh misalnya negara China 25% dan Indonesia cuma 17%.
Kalau kita lihat dari segi pinjaman yang diberikan sebahagian besar untuk kediaman, untuk kenderaan dan sebagainya. Kalau kita lihat juga dari Bank Negara Malaysia yang menunjukkan bahawa pinjaman yang diluluskan oleh sistem perbankan untuk Januari 2014 ini, RM19 bilion adalah untuk hutang isi keluarga daripada sejumlah RM28 bilion. Ini bermakna pinjaman untuk sektor-sektor perniagaan, perlombongan, perkilangan dan seterusnya. Cuma 33% kalau banding dengan pinjaman untuk isi keluarga.
Jadi, bagaimana kerajaan dapat menggalakkan supaya sistem perbankan untuk memberi pinjaman lebih kepada sektor perniagaan supaya kita boleh dapat pertumbuhan ekonomi yang mapan. Sekian.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, dalam laporan terbitan Bank Dunia, ‘Ease of Doing Business’ dengan izin, Malaysia ini tempat nombor satu di dunia dari segi akses to kredit ataupun kebolehan kemudahan membuat pinjaman. Itu pun ramai antara yang meminjam menyatakan sukar untuk dapat pinjaman bank. Akan tetapi hakikat nombor satu di dunia itu sudah menunjukkan bahawa pelbagai kemudahan untuk pinjaman perniagaan kita lakukan. Ini termasuklah pinjaman-pinjaman skim mikro kredit untuk perniagaan.
Sebagaimana kita maklum telah diulang-ulang pun bagaimana berbilion ringgit untuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga kita tambah lagi RM700 juta pada tahun 2014 ini. RM100 juta untuk pinjaman-pinjaman IKS, RM100 juta lagi untuk Pinjaman Permulaan Perniagaan Bumiputera, RM100 juta untuk dana pasar malam, RM300 juta untuk Amanah Ikhtiar Malaysia. Segala-galanya itu adalah menjawab untuk soalan Yang Berhormat Gopeng.
Akan tetapi saya hendak maklumkan jika kita banding dengan negara-negara lain, kita 86.8% daripada KDNK kalau kita melihat berbanding dengan yang lebih tinggi Korea 91.4%, New Zealand 91.7%, Kanada 94.5% daripada KDNK hutang isi rumah. Australia 94.9%, United Kingdom 98.3%, Portugal 100% daripada KDNK, Ireland 114% daripada KDNK, Jepun 83.8% daripada KDNK, Amerika Syarikat 83.6% dan Taiwan 83.8%.
Jadi satu perkara yang saya hendak maklumkan di sini sebagaimana saya sebut tadi, hutang isi rumah di Malaysia ini hampir separuh adalah untuk beli rumah iaitu 44.2% daripada hutang itu adalah untuk membeli rumah. Saya juga ingin memaklumkan di sini bahawa 84% yang mengambil pinjaman untuk membeli rumah, mereka mempunyai hanya satu pinjaman. Dengan lain perkataan mereka hendak duduk di rumah itu dan membeli rumah itu dengan pinjaman. Bukan tujuan spekulatif tetapi adalah untuk duduk. Sebanyak 84% daripada yang meminjam itu loan adalah single account. Terima kasih.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Peningkatan hutang isi rumah begitu ketara sekali. Sejak tahun 2009 mencatatkan angka 70% terus meningkat dari setahun ke setahun. Tahun 2010 75.8%, tahun 2011 76.6%, tahun 2012 kepada 80.5% dan tahun berakhir 2013 kepada 86.6%. Peningkatan ini amat ketara walaupun kita sebut masih terkawal. Adakah ia sebenarnya dibandingkan kepada national saving rate yang meningkat pada ketika ini.
Jadi soalan saya, apakah angka kritikal yang kita sebutkan? Apakah sebenarnya asas untuk kerajaan mengawal bagi memastikan supaya hutang isi rumah ini tidak akan terus meningkat? Kedua, pada ketika ini selain daripada sistem perbankan, ada juga institusi-institusi ataupun syarikat-syarikat berlesen yang memberikan pinjaman secara mudah yang dipanggil IKBB, institusi kewangan yang bukan bank seperti koperasi, seperti MBSB, AEON yang memberikan pinjaman dengan faedah yang cukup lumayan sekali, yang senang hendak dapat. Jadi ini terutamanya melibatkan anggota-anggota daripada jabatan kerajaan.
Jadi saya hendak tanya kepada pihak kerajaan sama ada hutang-hutang daripada IKBB ini adakah termasuk daripada jumlah hutang isi rumah yang kita isytiharkan ataupun sebalik. Kita dapat lihat jumlah ini cukup besar sekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Ya, angka yang telah kita berikan ini iaitu 86.8% daripada KDNK termasuklah hutang-hutang daripada MBSB, AEON, Toyota Capital, BMW Credit. Itu antara syarikat-syarikat memberi hutang.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Satu perkara yang penting yang saya ingin kongsikan di sini berita yang agak baik juga tentang hutang isi rumah ini, iaitu mengenai nisbah pinjaman terjejas ataupun dalam bahasa Inggeris NPL atau non-performing loan apabila tidak dibayar lebih daripada tiga bulan. Untuk sektor isi rumah ini cuma 1.3% daripada 100 orang, cuma 1.3 orang yang tidak bayar ataupun NPL. Oleh kerana itu ia adalah terkawal. Satu lagi ialah 44.2% daripada RM337.7 bilion untuk beli rumah kediaman ini, harta yang mereka miliki itu semakin meningkat dan harta itu boleh dijadikan sebagai cagaran. Jadi hal NPL ini tidak dianggap satu perkara yang mustahak dalam kaedah kita memberikan hutang kepada isi rumah.
Kerajaan telah mengambil beberapa tambahan langkah. Sebagai contoh, Bank Negara Malaysia pada tahun sudah telah mengurangkan tempoh pinjaman peribadi melalui bank ini daripada 25 tahun kepada hanya 10 tahun, kena habiskan bayar. Untuk pinjaman perumahan daripada 45 tahun kepada 35 tahun. Kita juga mengadakan langkah-langkah tambahan iaitu syarat kad kredit yang lebih ketat untuk menggalakkan sikap bertanggungjawab dalam penggunaan kad kredit. Maksimum dua kad seorang bagi mereka yang berpendapatan RM36,000 dalam setahun. Tidak boleh lebih daripada dua.
Selain daripada itu, kita juga telah melaksanakan Cukai Untung Harta Tanah
(RPGT) yang semakin ketat. Jika dahulu rumah yang dimiliki dua tahun 15% RPGT. Tiga – lima tahun 10% RPGT. Namun sekarang ini kalau rumah itu dibeli dan dijual dalam tempoh tiga tahun kita naikkan 15% kepada 30%. Ini untuk mengelakkan harga rumah yang meningkat tanpa kawalan. Tiga tahun ke empat tahun 20%. Dahulu cuma 10%. Empat tahun ke lima tahun 15%. Dahulu 10% dan lebih daripada enam tahun baru tidak dikenakan RPGT.
Segala langkah ini adalah untuk mengawal hutang isi rumah dan untuk mengawal harga rumah yang merupakan 44% daripada keseluruhan hutang keluarga adalah untuk membeli rumah. Terima kasih.
3. Tuan Anyi Ngau [Baram] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, adakah terdapat usaha oleh pihak kementerian untuk turun padang bagi mendaftarkan keluarga miskin suku kaum Penan di pedalaman Baram bagi bantuan e-Kasih.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Baram... [Bunyi deringan telefon bimbit]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ada muzik.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Kerajaan memang prihatin akan hal ehwal masyarakat Penan, khususnya dalam meningkatkan taraf hidup mereka dan melibatkan mereka dalam arus perdana pembangunan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) turun padang bagi menyiasat permohonan bantuan kewangan. Bagi tahun 2013, seramai 313 orang suku kaum Penan di pedalaman Baram telah pun menerima bantuan kewangan bulanan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM91,350. Dua orang Pembantu Pembangunan Masyarakat (S17) juga telah dilantik secara kontrak dan ditempatkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah Marudi mulai tahun 2011 bagi memastikan kelancaran usaha turun padang pihak kementerian.
Sebagai tanda keprihatinan pihak kerajaan, kaunter bergerak perkhidmatan JKM yang dikenali sebagai satellite office telah dimulakan pada tahun 2012 dan bagi tahun 2013 perkhidmatan ini telah diberikan di 14 lokasi.
Tuan Yang di-Pertua, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri bersama-sama dengan kerajaan negeri Sarawak melalui pejabat residen dan juga pejabat daerah telah melaksanakan banci Penan tahun 2012 yang bertujuan untuk mendaftarkan suku kaum Penan yang berkelayakan ke dalam sistem e-Kasih. Sehingga bulan Februari 2014, sejumlah 3,534 ketua isi rumah suku kaum Penan telah pun didaftarkan dalam sistem e-Kasih. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Baram.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Kita harap usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk mendaftar suku kaum Penan di kawasan pedalaman akan terus dijalankan dan yang akan meliputi kaum etnik yang lain. Soalan tambahan saya, kerap kali apabila kita turun padang, khususnya di kawasan pedalaman, satu aduan yang biasa, yang diutarakan oleh penerima-penerima bantuan bulanan ini ialah kononnya bahawa bantuan bulanan, kadar bantuan bulanan yang mereka sedang terima ini memang tidak cukup. Ini adalah oleh kerana di kawasan pedalaman, misalnya di kawasan Baram. Kos pengangkutan ke pekan yang terdekat adalah melebihi daripada bantuan bulanan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Oleh yang demikian, saya hendak penjelasan, kita hendak penjelasan daripada pihak kementerian sama ada pihak kementerian prihatin berkenaan dengan masalah ataupun cabaran ini. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk menangani masalah ini supaya bantuan kewangan yang diterima ini adalah untuk memenuhi keperluan harian penerima-penerima dan bukan untuk menampung kos pengangkutan. Sekian, terima kasih.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun
Terima kasih pada soalan tambahan daripada Yang Berhormat. Kita memang amat prihatin dengan masalah rakyat kita terutama sekali mereka yang berada di luar bandar. Oleh kerana kita prihatin itulah, maka kita telah melantik dua pegawai lagi untuk membantu kita mencari mereka dan juga untuk dapat menyampaikan bantuan ini. Oleh kerana prihatin itulah, maka kita menubuhkan satellite office kita yang bergerak daripada kampung ke kampung. Seperti saya maklumkan tadi bahawa tahun lalu saja mereka telah bergerak ke 14 lokasi. Ini adalah pertamanya untuk membantu mencari mereka yang memerlukan. Keduanya, untuk dapat bersemuka dengan mereka. Seterusnya, berusaha untuk membantu menyampaikan bantuan ini dengan cara yang mudah kepada rakyat kita yang berada di luar bandar ini.
Memang ini adalah satu cabaran bukan saja kepada mereka yang menerima tapi cabaran kepada kita apabila penerima kita ini berada jauh di luar bandar. Apatah lagi di kawasan-kawasan yang tidak ada cara untuk sampai melainkan menggunakan jalan sungai sahaja. Jadi Yang Berhormat, kita sedang berusaha bagaimana dapat membantu.
Biasanya bantuan kita ini kita berikan melalui bank tapi kita juga memberikannya melalui secara personal, disampaikan saja personal. Jadi, untuk masalah yang dihadapi di luar bandar seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi itu kita akan bincang dan kita akan cari jalan bagaimana untuk memudahkan kita menyampaikan bantuan ini. Sama ada pegawai- pegawai kita akan turun ke padang setiap bulan untuk menyampaikan atau kita cari cara- cara yang terbaik. Insya-Allah, Yang Berhormat juga boleh mencadangkan kepada kita di kementerian cara yang terbaik. Insya–Allah. Terima kasih.
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
[Bangun]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ini kawasan Baram ini Yang Berhormat.
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Boleh, merentasi sempadan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya bagi Yang Berhormat Rantau Panjang ya.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan tetamu kita daripada PAS kawasan Pekan yang turut hadir dalam pemerhati dalam Dewan ini.
[Tepuk] Soalan tambahan saya ialah kita menyedari betapa besar cabaran yang dihadapi oleh kerajaan tetapi rakyat perlu kita santuni. Apakah pelan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan sama ada jangka pendek atau jangka panjang, untuk melindungi kaum Penan ini? Oleh sebab kita melihat di antara punca kemiskinan kaum Penan ini berpunca daripada kegiatan pembalakan dan pengambilan tanah oleh kerajaan, menyebabkan mereka hilang punca pendapatan.
Ada di antara mereka yang berpendapatan semiskin, ada yang bawah pada RM100 sebulan, ada yang RM50 sebulan. Jadi, sudah tentulah ini adalah satu keadaan yang sangat, yang menyayat hati kita melihat di kalangan kaum bumiputera kita sendiri.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Jadi, saya ingin tahu sejauh mana pihak kementerian bersungguh untuk menangani isu ini.
Pada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi menyebut hanya dua pegawai ditambah dengan jalan hanya melalui sungai terutama kawasan pendalaman. Saya kira perkara ini bukan mudah untuk pegawai memantau dan melaksanakan tugas ini yang terbaik.
Jadi soalan saya, apakah pelan tindakan jangka panjang dan jangka pendek untuk menangani isu kemiskinan terutama kaum peribumi terutama di Sarawak. Minta penjelasan.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun
Luas, luas soalan itu Yang Berhormat Rantau Panjang. Kita akan jawab berkaitan dengan kementerian kita ya.
Pertamanya, apakah perancangan jangka panjang. Itulah sebab tadi saya sudah maklumkan bahawa hingga bulan Februari 2014, Unit Penyelarasan ICU, Jabatan Perdana Menteri bersama dengan kerajaan negeri melalui pejabat residen dan juga pejabat daerah telah melaksanakan banci. Dari bancian ini didapati sejumlah 3,534 ketua isi rumah suku kaum Penan telah dapat didaftarkan di dalam sistem e-Kasih. Kemudiannya tentulah setelah daftar ini ada, maka mereka ini akan dikenal pasti untuk mendapatkan bantuan- bantuan yang mereka perlukan.
Antara bantuan yang telah pun dilaksanakan di bawah NKRA, program 1Azam yang mana kerajaan telah membelanjakan RM5.4 juta untuk membantu. Sehingga kini, 546 ketua isi rumah Penan yang telah terlibat dalam program 1Azam ini. Program ini tentulah macam-macam ya, daripada AZAM Tani, AZAM Kerja dan lain-lain lagi.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun
Dalam masa yang sama, Unit Perancang Ekonomi (EPU) juga telah mengadakan program peningkatan kapasiti dan capability di mana pelajar-pelajar kaum Penan di peringkat sekolah rendah dan di sekolah menengah telah dibantu untuk mendapat kemahiran lagi agar mereka boleh mendapat pekerjaan setelah mereka mendapat kemahiran ini. Antara program yang dilaksanakan adalah kemahiran seperti elektronik, electrical, mekanikal, binaan bangunan, kimpalan dan lain-lain di institut latihan kemahiran.
Di sini kerajaan telah berbelanja sebanyak RM50.6 juta untuk memastikan mereka ini nanti setelah dilatih akan mempunyai pekerjaan dan tidak lagi tergolong dalam golongan orang yang miskin.
Seterusnya, ICU juga telah membina pusat-pusat perkhidmatan luar bandar, pusat komuniti untuk orang-orang luar bandar termasuklah kaum Penan di negeri Sarawak iaitu menyediakan kemudahan asas ke kawasan luar bandar, penempatan kemudahan seperti tempat berhimpun, dewan, pendidikan awal kanak-kanak mereka, tadika, pusat kraf tangan untuk memastikan mereka ini dapat meneruskan usaha untuk membuat kraf tangan dan mempromosi serta penjualan hasil kraf tangan dan juga kemudahan ICT. Banyak juga wang yang dibelanjakan. Setiap tempat ini, setiap pusat perkhidmatan luar bandar ini, komuniti ini, dibelanjakan sebanyak RM700. Ini adalah program khas untuk golongan bumiputera minoriti di negeri Sarawak. Ada beberapa tempat yang telah dibina ini seperti di Long Rayah, Apau Nyaring, Ba’ Buboi, Long Luteng, Long Lamai dan Long Taha.
Di samping itu, di bawah Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera juga, ada program untuk tabung pusingan kraf tangan untuk orang-orang suku kaum Penan yang mana mereka ini memang mempunyai kemahiran dalam bidang kraf tangan ini dan kerajaan berusaha pula untuk meningkatkan pendapatan mereka berasaskan kemahiran yang sudah ada pada mereka ini. Peserta Penan yang mahir dalam menghasilkan kraf tangan juga diberikan peluang untuk mengikuti latihan untuk mempertingkatkan lagi nilai kraf tangan mereka. Di sini juga perbelanjaan telah disampaikan oleh Kerajaan Persekutuan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Sarawak. Sehingga April tahun lalu, terdapat 97 peserta yang telah pun berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak. Ini dilaksanakan, seperti saya sebut tadi, bersama-sama dengan Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera.
Selain daripada itu, untuk pendidikan mereka, untuk anak-anak mereka, kerajaan juga telah menyediakan peruntukan untuk memastikan anak-anak mereka ini dapat belajar.
Oleh kerana kedudukan tempat mereka yang jauh daripada sekolah yang ada, maka kerajaan menyediakan peruntukan untuk menanggung keperluan pengangkutan pelajar- pelajar Penan yang miskin berulang-alik dari rumah ke sekolah mereka dan termasuk jugalah bantuan alat tulis dan bantuan-bantuan yang lain.
Selain daripada itu, kemudahan kelas prasekolah di sekolah-sekolah murid Penan juga disediakan seperti di SK Long Berian, Baram, di Rumah Panjang masyarakat Penan.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun
Tidak dilupa juga mereka yang sudah berusia. Program Kelas Dewasa bagi Orang Asli dan Penan atau KEDAP sejak tahun 2008 lagi dengan perbelanjaan melebihi RM2 juta adalah untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang peri pentingnya pelajaran itu. Seramai 1,445 orang ibu bapa Penan terlibat dalam program ini sehingga Disember 2013. Program ini diteruskan juga pada tahun ini dengan menambah lagi modul kemahiran asasnya termasuklah bahasa Inggeris dan literasi komputer dalam kokurikulum sedia ada.
Jadi, kerajaan ini memanglah amat-amat prihatin dengan keadaan dan juga nasib yang dihadapi oleh kaum bumiputera kita di mana juga mereka berada termasuklah di Sarawak. Bagi pihak kementerian kami, kami akan terus juga memberikan bantuan di mana ada keperluan. Jadi kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tahu tentang masalah ini, jangan kompelin-kompelin sahajalah, adu-adu sahaja, bising-bising sahaja, bagi tahu kita untuk bantu mereka. Maka sama-samalah kita membantu nasib rakyat kita ini, insya-Allah. Terima kasih.
4. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [Telok Kemang] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan:
(a) apakah anjakan utama untuk mendorong perusahaan bioteknologi dan perubatan alternatif (complimentary medicine) yang diusahakan oleh Malaysia Biotech Corporation; dan
(b) jumlah dana yang diperuntukkan untuk penyelidikan sendiri atau dengan kerjasama institut pengajian tinggi dan agensi-agensi lain bagi tujuan ini.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam inovasi. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan untuk menjawab soalan ini bagi pihak kementerian saya. Sebenarnya soalan ini adalah terbahagi kepada dua bahagian dan saya akan menjawabnya mengikut turutan.
Soalan ini melibatkan bioteknologi. Bioteknologi ini maksudnya adalah sesuatu industri yang terlibat teknologinya yang berasaskan kepada bioteknologi di mana bila cerita bioteknologi, industri ini atau teknologi ini perlu melibatkan enzim, mikrob dan kuman yang kita gunakan untuk memproses bahan-bahan ini.
Di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, agensi yang terlibat adalah Biotech Malaysia, Biotechnology Corporation ataupun BioTechCorp. Ini telah ditubuhkan pada tahun 2005 selaras dengan Dasar Bioteknologi Negara atau DBN. BioTechCorp berfungsi sebagai one stop centre dan merupakan peneraju utama pembangunan industri bioteknologi negara.
Sebagai anjakan utama bagi mendorong perusahaan bioteknologi negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah memperkenalkan, ini yang dikatakan anjakan, Inisiatif Bioekonomi Malaysia ataupun Bioekonomi Malaysia yang diterajui oleh BioTechCorp.
Lima komponen utama yang terkandung dalam bioekonomi Malaysia adalah, pertama, Program Accelerator Bioekonomi ataupun Bio-Accelerator. Program ini bertujuan untuk memberi kesan berganda terhadap ekonomi negara serta impak positif ke atas pendapatan dan kebajikan rakyat.
Kedua, Program Transformasi Bioekonomi ataupun BTP. BTP adalah sebuah platform bagi menggalakkan sektor swasta memaksimumkan peluang komersial di dalam industri berasaskan bio. Pelaksanaan BTP adalah satu strategi pemacuan ekonomi yang holistik berasaskan prinsip kelestarian dan merupakan kesinambungan kepada DBN yang telah diselaraskan dengan Program Transformasi Ekonomi ataupun ETP. Program Transformasi Bioekonomi juga telah diperuntukkan dana sebanyak RM85 juta.
Pakej yang ketiga dipanggil pakej insentif. Pihak kerajaan juga menyediakan pelbagai pakej insentif yang disalurkan melalui BioTechCorp bagi menarik minat pelabur menceburi sektor industri bioteknologi negara.
Keempat, dana pembiayaan. Dana program ini adalah berbentuk hibrid pinjaman mudah dengan geran tertakluk kepada had maksimum RM3 juta. Dana berjumlah RM80
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
juta juga diperuntukkan oleh kerajaan sepanjang Rancangan Malaysia Ke-10, dijangka mampu membiayai sekurang-kurangnya 25 buah syarikat berstatus BioNexus. Sehingga kini, BioTechCorp telah meluluskan dana sebanyak RM39.2 juta kepada 14 buah syarikat yang berstatus BioNexus.
Kelima, pembangunan ekosistem. Pembangunan ekosistem bioteknologi membabitkan pembangunan dalam infrastruktur makmal dan pembangunan modal insan.
Antaranya, pembangunan beberapa hab industri bioteknologi seperti Taman Bioteknologi dan Ecosystem Bio-XCell yang terletak di Johor, Taman Biopolimer Kerteh di Terengganu dan Taman Bio Bersepadu di Kuantan, Pahang.
Tuan Yang di-Pertua, untuk jawapan yang kedua pula, merujuk kepada persoalan kedua tadi iaitu berkaitan dengan perubatan alternatif ataupun complimentary medicine yang diusahakan oleh BioTechCorp. Fokus yang diberikan oleh BioTechCorp dalam perubatan alternatif adalah berkait dengan pembangunan produk nutraceutical dan perubatan bio-botanical.
Setakat ini, lapan buah syarikat telah dikenal pasti sebagai syarikat peneraju di bawah Projek Penggerak Ekonomi ataupun EPP1 Kementerian Pertanian di mana produk herba bernilai tinggi di mana lima daripadanya merupakan syarikat BioNexus yang terdiri daripada:-
(i) Biotropics Malaysia;
(ii) Bioalpha International;
(iii) Aning Resources Sdn Bhd;
(iv) Nova Liberty Sdn Bhd; dan
(v) Natural Wellness Sdn Bhd
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti imej dan perusahaan pemasaran produk suplemen makanan dan ekstrak serta tempatan untuk menembusi pasaran global.
Antara produk-produk berasaskan herba yang berjaya dikomersialkan ialah tongkat Ali, misai kucing, hempedu bumi, dukung anak dan kacip Fatimah. Di samping itu, BiotechCorp juga melalui Program Pemerolehan Teknologi telah membangunkan facilities pengekstrakan yang menggunakan platform teknologi Supercritical fluid di Universiti Putra Malaysia. Itu yang pertama.
Kedua, pemerolehan teknologi Marker Assisted Selection daripada DNA LandMarks BiotechCorp sedang bekerjasama dengan MARDI untuk menyediakan perkhidmatan Marker-Assisted Selection. Ketiga, pemerolehan teknologi, nano teknologi daripada Nanobiotix of France. BiotechCorp sedang bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia untuk mengkomersialkan platform berteknologi ini.
Keempat, pemerolehan teknologi antibodi Microarray dari Medsaic of Australia.
BiotechCorp sedang bekerjasama dengan Institute of Medical for Research (IMR) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam mengkomersialkan produk ini. Perbelanjaannya untuk Supercritical fluid sebanyak RM14.1 juta, Marker Assisted Selection RM21.9 juta, nano teknologi RM15 juta, antibodi Microarray RM4 juta.
Teknologi ini dapat digunakan untuk penyelidikan untuk penyelidikan dan penghasilan ekstrak bernilai tinggi dari sumber semula jadi. Facilitynya boleh diguna pakai oleh syarikat yang berminat untuk menghasilkan produk bernilai tinggi. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Kamarul Baharin bin Abbas - Telok Kemang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan yang begitu panjang lebar. Walaupun maklumat yang banyak terdapat dalam website tetapi khusus yang ingin saya tanya ialah dalam masa 10 tahun Biotech Corporation ini ditubuhkan, sebanyak lebih kurang 200 syarikat telah dibantu, ditubuhkan untuk kemudahan yang disediakan oleh BiotechCorp. Sebanyak RM3.2 bilion pelaburan kalau mengikut data yang ada pada saya.
Persoalan saya ialah setakat ini dalam matlamat kita untuk mencapai sasaran tahun 2020 yang mana kita berharap mendapat pelaburan sebanyak RM10 bilion dan GNI
Dato' Kamarul Baharin bin Abbas - Telok Kemang
sebanyak RM3.9 bilion tidak salah saya. Setakat ini kalau mengikut penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi pencapaian kita dan daripada 200 syarikat yang telah ditubuhkan berapa syarikat masih lagi beroperasi? Mendapat bantuan tambahan yang tidak disebut tadi ialah bantuan daripada Biotech Commercialisation Fund (BCF). Tiap-tiap syarikat diberi kemudahan melalui BCF. Jadi, soalan saya ialah setakat ini berapa syarikat yang masih beroperasi daripada 200 lebih syarikat yang telah ditubuhkan 10 tahun yang lalu. Kedua ialah setakat ini mengikut sasaran kita, setakat mana kita telah mencapai sasaran yang kita buat? Terima kasih.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad
Baguslah, kalau semuanya ada dekat website maknanya kerajaan kita sangat telus dan telah menyediakan data yang bagus.
Akan tetapi Yang Berhormat tanya benda itu. Sepatutnya jangan tanya kalau sudah tahu itu dalam website. Jadi, tidak perlulah saya terangkan lagi. Pasal kalau sudah tahu hendak tanya pasal mungkin hendak tahu kementerian saya boleh jawab, kah tidak boleh jawab?
Akan tetapi saya boleh jawab lebih daripada Yang Berhormat cakap.
Yang Berhormat Telok Kemang, apa Yang Berhormat cakap itu tidak betul. Ini kerana RM2.8 bilion itu adalah melibatkan semua penyelidikan. Apa Yang Berhormat tanya dekat sini berkenaan dengan teknologi, yang RM2.8 bilion itu bukan bioteknologi semata- mata. Kalau kita tengok RM2.8 bilion itu adalah termasuk ScienceFund, TechnoFund, InnoFund. Itu semua Yang Berhormat terlupa baca mungkin daripada web. CRDF, TEF, Biotechnology Commercialisation Grant, Strategic Funding for ICT, MAC Grant, MAC Precede Fund, Agro Bio R&D Initiative, farmaseutikal neurotical R&D Initiative, Genomics and Molecular Biology R&D Initiatives. Banyak ada. Jadi, jangan kata tidak ada.
Sebanyak RM2.8 bilion tetapi soalan Yang Berhormat, Yang Berhormat pun tidak faham apa Yang Berhormat soal dan apa Yang Berhormat terangkan. Akan tetapi saya terangkan, itu saya mula-mula tadi awal untuk penerangan Yang Berhormat saya kata apa dia bioteknologi. Jadi, nampaknya Yang Berhormat Telok Kemang tidak faham makna bioteknologi.
[Dewan riuh]
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad
Pasal RM2.8 bilion itu termasuk. Biar saya terangkan dengan detail benda itu.
Okey, bagi saya terangkan dengan detail. No problem. Okey, Yang Berhormat kita telah membelanjakan untuk Rancangan Malaysia Kesembilan untuk bioteknologi sahaja.
Yang Berhormat punya soalan bioteknologi. Kita telah membelanjakan RM171.9 juta dengan projek yang diluluskan 81, projek siap 67. Inilah, banyaklah, pattern, apa semua, saya tidak hendak cakap. Kalau bercakap banyak karang saya terlebih pandai pula. Projek yang berpotensi untuk dikomersialkan 34 dan dikomersialkan 47 dengan nilai jualan RM539.88 juta dengan melibatkan tenaga pekerja 898 orang. Itu untuk Rancangan Malaysia Kesembilan.
Untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh pula, kita tukar geran itu kepada Biotechnology Commercialisation Fund.
[Disampuk] Memang steady kementerian ini.
Memang *steady.
[Ketawa]* Saya hendak cerita, jawapan ini steady pasal jawapan ini mudah sahaja. Sudah boleh dapat dalam website tetapi dia tanya.
[Ketawa] Jawapan dikatakan, dia cakap sudah ada dalam website, dia tanya. Jadi, dia tanya, dia ingat kita tahu. Kita tahu.
[Dewan riuh]
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad
Tidak ada masalah, tidak ada masalah. Yang dicakap data itu pun tidak betul iaitu melibatkan semua RM2.89 bilion adalah semua keseluruhan yang diperuntukkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang kita telah belanjakan. Jadi, kena faham Yang Berhormat Telok Kemang. Buat kerja sebelum soal benda yang bukan-bukan.
Untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh pula, ini data detail. Untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh kita telah membelanjakan setakat Januari. Saya bagi tepat Januari.
Kita telah membelanjakan RM39.22 juta dengan projek yang diluluskan 14, dengan hasil jualan RM264.96 juta dan telah ada pekerja 262. Syarikat BioNexus yang masih beroperasi setakat ini adalah 232 Yang Berhormat. Pelaburan syarikat setakat ini mereka telah pun melabur sebanyak RM3.46 bilion. Itu lebih banyak daripada... Mereka telah melabur RM3.46 bilion dengan syarikat-syarikat tersebut RM1.03 bilion pada tahun 2014 yang telah melibatkan 7,996 pekerja. Ini mungkin tidak ada dalam website tetapi saya masukkan untuk Yang Berhormat Telok Kemang baca. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gerik.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Sik, Sik.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan pihak kerajaan. Saya difahamkan Perbadanan Bioteknologi Malaysia diwujudkan untuk
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
menggalakkan aktiviti komersial untuk sektor swasta di samping membantu R&D berasaskan keperluan pasaran dan nilai komersial. Soalan saya sebabnya benda ini baru pada saya. Apakah usaha yang telah, sedang bakal dilakukan untuk memasarkan atau pun mempromosikan hasil daripada bioteknologi atau pun perubatan alternatif ke pasaran tempatan ataupun antarabangsa? Terima kasih.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Gerik.
Jawapan ini tidak ada dalam website lagi. Jawapan ini tidak ada dalam website, tidak ada masalah. Nanti saya akan masukkan sendiri. Memang betul, jawapan ini tidak ada dalam website. Don’t worry. Bila kita tanya dia kata dalam website. Bila kita jawab dia kata sudah ada.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad
Okey, Yang Berhormat Gerik. Kalau sudah tahu jangan tanya. Itu tadi hanya hendak tahu kita tahu atau tidak tetapi ini memang soalan genuine. A very good question.
Memang tidak ada dalam website. Saya jawab. Don’t worry. Tidak mengapa.
Pertamanya, yang kita tubuhkan pada tahun 2005, sebenarnya bila tiba tahun 2005, kita punya strategi membantu swasta kita mencari syarikat yang boleh dikategorikan sebagai BioNexus. Jadi untuk mencapai status BioNexus ini, ini juga ada dalam website tetapi boleh baca juga. Pertama, syarikat itu projeknya mesti berasaskan kepada bioteknologi. Itu pertama. Keduanya, paid-up capital dia mesti ada pada RM250,000 ke atas. Ini kerana geran ini besar-besar. Kerajaan Barisan Nasional ini very generous. Dia bagi kita geran besar-besar. Selepas itu dia mesti menyokong sektor daripada Dasar Bioteknologi Negara.
Pertamanya, mesti ada bioteknologi kesihatan. Keduanya, bioteknologi pertanian dan ketiganya, bioteknologi industri. Apabila projek-projek yang herba tadi itu yang kadang- kadang kita ada di pasar malam, sebenarnya itu bukan level kita. Level kita ialah kita dapatkan a start benda ini, kita dapatkan kelulusan daripada semua level termasuklah KKM.
Kita akan bantu sehingga dapat dan insya-Allah oleh kerana ini syarikat besar dan kita membantu memasarkan produk mereka ini dengan mengadakan pameran di luar negara atau mana-mana ada pameran perdagangan kita akan masuk. Yang paling besar aktiviti kita memasarkan produk ini tahun ini adalah tahun pengkomersialan produk inovasi ataupun dipanggil Malaysia Commercialization Year (MCY) atau MOSTI Commercialization Year di mana semua produk-produk yang kita bagi ini kita promotekan supaya produk ini dapat dikenali di seluruh negara.
Jadi oleh sebab itu Yang Berhormat, tadi oleh kerana benda ini tidak ada dalam website saya kena cakap Yang Berhormat. Untuk setakat dana pengurusan fund yang kita sudah berjaya komersialkan sebanyak 14 dalam RMKe-10. Baru beberapa tahun sudah- 2010 dan untuk Rancangan Malaysia Kesembilan kita telah pun mengkomersialkan sebanyak kalau tidak silap saya tadi saya sudah cakap tetapi saya takut saya terlupa, sebanyak 49 produk dikomersialkan dan produk ini sentiasa kita bawa walau di mana-mana dan kita juga kalau ada pelawat yang datang kita memperkenalkan produk ini. Kita akan melancarkan produk ini, kita menyasarkan pada tahun 2020 sebanyak 360 produk boleh dikomersialkan dan sebahagian daripada produk ini adalah produk biotekno. Terima kasih Yang Berhormat.
5. Tuan Wilson Ugak anak Kumbong [Hulu Rajang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:
(a) apakah tindakan yang telah dan akan diambil bagi lori-lori balak yang tidak mempunyai cukai jalan dan lebih muatan menggunakan jalan di Bakun dan Sungai Asap yang sering kali menyebabkan kerosakan permukaan jalan; dan
(b) tindakan kementerian untuk mengalihkan tongkang-tongkang karam yang terbiar di sepanjang Batang Baleh yang amat berbahaya kepada pengguna jalan sungai yang lain.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Rajang membangkitkan dua persoalan dan permasalahan. Jadi yang pertama mengenai JPJ. Kementerian ini memandang serius isu lori-lori balak yang tidak mempunyai lesen kenderaan motor dan juga membawa lebihan muatan ataupun overloading yang menggunakan jalan raya di Bakun dan Sungai Asap. Bagi maksud ini, kementerian melalui Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ telah mengadakan operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia sepanjang tahun 2013. Sepanjang tempoh tersebut sebanyak 55 kesalahan telah dikesan yang melibatkan 30 kes muatan bahaya, 15 kes berhubung dengan lesen memandu, lima kes cukai jalan tamat tempoh dan lima kes untuk lain-lain. Kali terakhir operasi bersepadu bersama PDRM diadakan di Bakun pada 21 Januari 2014.
Pihak JPJ menghadapi masalah untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan terhadap kenderaan yang membawa lebihan muatan memandangkan cawangan JPJ yang terdekat dengan kawasan Bakun dan Sungai Asap ialah JPJ Bintulu yang terletak dalam lingkungan 150 kilometer. Selain itu, ketiadaan tempat yang sesuai untuk meletakkan alat timbang mudah alih juga menyukarkan pihak JPJ untuk penguatkuasaan kesalahan overloading. Sehubungan dengan itu pihak JPJ akan menambah baik elemen penguatkuasaan dengan menjalankan penguatkuasaan bersepadu dengan kerjasama pihak kerajaan negeri, PDRM, Jabatan Hutan dan lain-lain agensi yang berkaitan.
Penglibatan PDRM dalam penguatkuasaan ini adalah mengambil kira aspek keselamatan anggota-anggota penguatkuasaan.
Seterusnya mengenai pengalihan tongkang-tongkang karam yang terbiar di sepanjang Batang Baleh. Ianya adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Sungai-sungai Sarawak yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Negeri Sarawak. Terima kasih.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan kepada saya.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya telah memberitahu kepada kementerian penggal pertama dan dalam ucapan saya. Jadi jawapan dari Kementerian Pengangkutan telah memberi jawapan tetapi tindakan tidak ada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi sekarang Kementerian Kerja Raya. Terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya kerana telah memberi peruntukan sebanyak RM31 juta untuk naik taraf Jalan Bakun-Sungai Asap.
Peruntukan itu begitu besar sekali.
Apa yang saya khuatir sekarang jalan sudah baik, lori-lori balak yang tidak mempunyai cukai jalan. Jadi, siapakah agensi yang mengambil tindakan? Taklah swasta menguasai kerajaan. Jadi saya minta JPJ atau Kementerian Pengangkutan jangan beri jawapan bertulis. Senang pegawai tulis. Turun! Turun ke padang untuk melihat keadaan itu sendiri sebenarnya. Ini satu masalah, jadi apakah tindakannya? Lori-lori balak setiap minit sekarang menggunakan jalan tersebut dan ia akan mengakibatkan jalan sekarang setengah sudah rosak.
Jadi saya mohon kepada Kementerian Pengangkutan supaya membawa atau membuat tindakan, at least get some enforcement dengan izin, membuat tindakan yang sebenarnya kerana ini adalah saya jadi mangsa sebagai wakil rakyat, dimarahi penduduk- penduduk di kawasan saya. Selepas PRU Ke-13 bukan main pembangkang pergi ke Sungai Asap sebagai satu isu yang hangat. Jadi saya minta kementerian, jangan beri jawapan tetapi tindakan. Tindakan yang lebih menghasilkan dan turun ke padang. JPJ, polis cawangan trafik dan sebagainya.
Kalau hendak buat notis, orang balak lagi pandai Yang Berhormat. Dia ada pemandu/mandur dahulu sebelum lori itu dikemudiankan. Jadi saya mintalah apakah tindakan yang harus diambil supaya rakyat pedalaman dan penduduk saya di Sungai Asap yang menggunakan jalan tersebut tidak rasa sakit hati kepada kerajaan. Kerajaan kita Kerajaan Barisan Nasional. Kita berkuasa Yang Berhormat. Jangan menyuruh swasta menguasai kita. Sekian, terima kasih.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks ini saya sendiri akan membuat lawatan ke kawasan tersebut dalam waktu terdekat dan saya akan menghubungi Yang Berhormat Hulu Rajang.
[Tepuk]
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Terima kasih.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Saya juga akan mengarahkan pihak JPJ mengambil tindakan yang lebih drastik dengan membawa penguat kuasa daripada ibu pejabat. Jadi saya akan membuat tindakan yang lebih drastik pada tahun ini juga. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya jemput Tuan Manivannan a/l Gowindasamy.
6. Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [Kapar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:
(a) apakah perkembangan dan status terkini Dasar Belia Malaysia yang sedang diusahakan oleh kerajaan; dan
(b) apakah langkah-langkah kementerian agar belia tidak menerima kesan langsung yang tinggi dari pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pada tahun 2015 nanti.
Menteri Belia dan Sukan - Tuan Khairy Jamaluddin
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan sedang menjalankan gerak kerja bagi pemurnian draf Dasar Belia Malaysia (DBM) di mana draf tersebut sedang diperhalusi semula supaya ia lebih menyeluruh, dan menepati keperluan belia semasa serta sejajar dengan perkembangan transformasi negara.
Pemurnian draf DBM ini akan melibatkan pemantapan konsep dan kerangka DBM, penjajaran DBM agar selari dan menyokong dasar-dasar kerajaan sedia ada, dan di aras dengan dasar-dasar belia negara lain dan pengumpulan dan penganalisisan input-input sedia ada dan baru, berdasarkan konsep dan kerangka DBM. Pemurnian ini akan melibatkan penyertaan golongan belia, persatuan belia, agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan dan ahli-ahli akademik, pakar rujuk dalam pelbagai bidang seperti bidang pembangunan belia, sains-politik, pengajian Islam, sejarah, antropologi, sosiologi, ekonomi dan perlembagaan.
Proses pemurnian DBM ini akan melalui empat fasa utama iaitu penyelarasan, penyediaan konsep dan framework DBM, pengisian input dan kelulusan DBM. Cadangan Dasar Belia Malaysia ini dijangka akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia pada bulan November tahun ini, sebelum diangkat ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk keputusan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, soalan yang kedua, ke arah mencapai satu Komuniti ASEAN ataupun ASEAN Community menjelang tahun 2015 peranan ketiga-tiga komponen utamanya yakni komuniti politik-keselamatan ASEAN, komuniti ekonomi ASEAN dan komuniti sosiobudaya ASEAN adalah sama penting. Tidak dapat dinafikan integrasi ekonomi serantau tersebut dan pelaksanaan AEC ini akan memberi impak yang besar kepada rakyat kita terutamanya golongan belia.
Mereka terpaksa lebih berdaya saing dan berani dalam menghadapi persaingan daripada negara-negara ASEAN yang lain. Walau bagaimanapun, secara individu Malaysia hanya mempunyai saiz penduduk dan pasaran yang kecil tetapi sebagai sebahagian daripada ASEAN, Malaysia mempunyai platform yang lebih besar bagi menarik perdagangan, pelaburan, sumber manusia dan teknologi yang amat penting bagi kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara kita.
Golongan belia telah diberikan perhatian dan penumpuan khas dalam usaha ASEAN mewujudkan dan melaksanakan Komuniti Ekonomi ASEAN. Banyak langkah telah diambil oleh ASEAN dengan memberi pendedahan dan latihan mengenai pewujudan dan pelaksanaan AEC supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam rangkaian pengeluaran dan pembekalan yang luas dalam ASEAN.
Terdekat, Kementerian Belia dan Sukan melalui IRIS ataupun Institut Pendidikan dan Pembangunan Belia Malaysia, akan mengadakan Persidangan Meja Bulat- Gagasan Komuniti ASEAN pada 5 hari bulan April 2014. Kementerian juga akan mengadakan
Menteri Belia dan Sukan - Tuan Khairy Jamaluddin
Persidangan Pemimpin Muda ASEAN pada tahun 2015, dan AEC akan menjadi salah satu agenda perbincangan dalam persidangan tersebut.
Pasaran yang luas dalam ASEAN akan memberi peluang yang baik kepada usahawan muda kita untuk mengeksport barangan dan perkhidmatan mereka ke negara- negara ASEAN yang lain. Oleh sebab itu, kerajaan telah menempatkan wakil kerajaan dan agensi di beberapa negara ASEAN untuk mendapatkan akses pasaran, mempromosi dan mengomposisikan produk Malaysia sebagai pilihan utama dalam pasaran global, di samping mengenal pasti peluang pasaran serta bidang baru yang berpotensi yang boleh diterokai.
Secara tidak langsung dalam proses melaksanakan AEC, banyak syarikat dari Malaysia telah menubuhkan cawangan perniagaan mereka di negara-negara ASEAN yang lain. Ini turut memberi peluang pekerjaan yang baru kepada orang muda. Kerajaan turut menggalakkan pelabur dari luar negara termasuklah negara ASEAN untuk melabur dalam negara melalui agensi berkaitan, dan peningkatan pelaburan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia dan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran untuk meningkatkan ekonomi belia secara total. Terima kasih.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ada dua bahagian soalan.
Untuk bahagian pertama Tuan Yang di-Pertua, Dasar Pembangunan Belia Negara iaitu yang telah dilaksanakan pada tahun 1997 dilihat gagal memberi impak dan kesan kepada kualiti belia dan keperluan mereka iaitu selepas 17 tahun pelaksanaan. Kini terdapat perubahan nama daripada “Dasar Pembangunan Belia Negara”, menjadi “Dasar Belia Malaysia.” Berapakah tempoh masa atau jangka masa yang perlu diambil oleh Dasar Belia Malaysia ini untuk mencapai matlamatnya selepas pelaksanaan nanti dan apakah jaminan kerajaan bahawa dasar ini akan membawa impak yang positif kepada sektor belia?
Untuk bahagian yang kedua Tuan Yang di-Pertua, kita sepatutnya arif bahawa AEC akan mewujudkan pasaran terbuka dan luas. Aliran bebas modal termasuk modal insan yang akan menjadikannya pintu masuk tunggal ASEAN, serta pergerakan bebas barangan dan perkhidmatan. Ini secara langsung meningkatkan persaingan, dan sudah pasti ini akan memberi kesan kepada industri kecil sederhana yang majoritinya dipelopori oleh anak-anak muda.
Syarikat-syarikat dan GLC tempatan juga gagal dalam mengadaptasikan pelaksanaan AEC iaitu ASEAN Economy Community, juga terpaksa bersaing dengan syarikat luar yang mempunyai modal yang lebih besar dan teknologi lebih maju. Soalan saya ialah, apakah pelan KBS bagi menghadapi pergerakan bebas tenaga mahir dan profesional yang akan meningkatkan kadar pengangguran di kalangan belia, susulan berlakunya lambakan tenaga mahir dari luar negara. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khairy Jamaluddin
Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Soalan yang pertama tadi- saya tidak setuju kalau sekiranya dikatakan bahawa Dasar Belia selama ini telah gagal untuk melahirkan belia yang boleh bersaing dan bersedia untuk menyumbang ke arah pembangunan negara. Seperti mana Ahli Yang Berhormat tahu, Dasar Pembangunan Belia tahun 1997 yang mana kita telah menggunakan sebagai satu dasar untuk menyediakan anak-anak muda di Malaysia untuk menghadapi cabaran dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan sebagainya, adalah satu kerangka yang menyeluruh yang mana kita lihat dari segi pencapaian indeks belia pada hari ini kita telah melihat kejayaan demi kejayaan dalam pelbagai bidang.
Namun demikian saya, percaya bahawa masih terdapat banyak lagi skop untuk kita menambah baik Dasar Belia kita, dan antaranya ialah untuk kita lebih memperkasakan belia di peringkat akar umbi dengan kita melihat yang pertamanya dari segi definisi ataupun segi takrifan belia itu sendiri. Kita akui dari segi kepimpinan belia, kita harus beri lebih banyak peluang kepada anak-anak muda dalam erti kata yang sebenar.
Sebagai contoh dalam cadangan Dasar Belia Malaysia tahun ini yang akan memperbaiki lagi Dasar Pembangunan Belia yang sedia ada pada tahun 1997- kita melihat bukan sahaja dari segi program-program yang dapat memupuk semangat kenegaraan tetapi juga dari segi apa sahaja usaha untuk kita pastikan bahawa anak-anak muda ini dapat diberi tanggungjawab diri, dan tanggungjawab sosial, untuk membangunkan program-program dan aktiviti mereka sendiri.
Tuan Khairy Jamaluddin
Ke arah itu, salah satu perkara yang saya sedang mempertimbangkan adalah dari segi takrifan umur belia itu sendiri. Hari ini kita masih ada lagi takrifan umur yang mungkin terlalu generous- sampai ke umur 40 tahun. Jadi antara keputusan yang bakal kita buat adalah penting dari segi takrifan belia itu bukan sampai 50 tahun Yang Berhormat, tetapi mungkin kita turunkan ke 25 tahun, ataupun 30 tahun, sebagai siling ataupun umur maksimum takrifan belia.
Selain daripada itu, perkara-perkara lain yang kita lihat bahawa, belia itu sendiri dapat a sense of ownership, ataupun dapat memiliki segala program dan juga perancangan kerajaan sedia buat untuk mereka.
Soalan kedua yang ditanya oleh Ahli Yang Berhormat tadi berkenaan dengan pergerakan bebas tenaga mahir dalam ASEAN. Memang kita tidak boleh nafikan bahawa ASEAN AEC ataupun Komuniti Ekonomi ASEAN yang akan dilaksanakan pada tahun 2015 akan menyebabkan pergerakan yang lebih bebas dari segi tenaga mahir. Akan tetapi saya yakin walaupun akan ada pergerakan bebas tenaga mahir dengan segala perancangan yang kerajaan sedang buat untuk kita bangunkan, untuk kita memantapkan lagi sistem pendidikan kita, dan juga sistem pendidikan vokasional dan teknikal, kita akan dapat bersaing dengan pekerja-pekerja daripada negara-negara lain dalam ASEAN.
Bila Yang Berhormat sebutkan tadi bahawa, kita sebenarnya ataupun GLC kita dan syarikat-syarikat besar kita telah gagal memanfaatkan keterbukaan ekonomi dalam ASEAN selama ini- saya ingin perbetulkan andaian tersebut. Sebab kalau kita lihat dari segi penglibatan syarikat-syarikat tempatan dalam Komuniti Ekonomi ASEAN ataupun pasaran ASEAN itu sendiri, kita dapati bahawa sebenarnya syarikat-syarikat kita lebih banyak dapat manfaat, lebih banyak dapat peluang daripada negara-negara lain.
Tuan Khairy Jamaluddin
Kalau kita tengok sendiri daripada segi jenama syarikat yang menembusi pasaran ASEAN secara konsisten dan secara menyeluruh, kita tak boleh nafikan bahawa antaranya adalah syarikat-syarikat Malaysia seperti CIMB Group, AirAsia, Sime Darby, UEM, Petronas, Maybank dan sebagainya. Inilah syarikat-syarikat yang bukan hanya ada pelaburan besar di dalam negara-negara lain di ASEAN tetapi jenama mereka sudah dikenali sebagai jenama ASEAN bukan hanya sebagai jenama Malaysia sahaja.
Berbanding dengan syarikat-syarikat lain daripada ASEAN yang ada penglibatan di sini, kita ambil contoh seperti OCBC, DBS dan sebagainya, mereka bersaing dengan bank-bank kita yang dapat melihat prestasi yang lebih baik daripada syarikat-syarikat tersebut.
Jadi bagi saya, walaupun kita waspada dan walaupun kita sentiasa memantau kesan kepada anak-anak muda daripada pelaksanaan AEC ini, saya yakin bahawa dengan adanya pasaran yang lebih luas, dengan adanya pelaburan yang lebih banyak yang akan masuk ke dalam negara kita dan juga dengan adanya peluang yang lebih luas, market access untuk syarikat kita menembusi pasaran-pasaran negara ASEAN yang lain, saya percaya akan ada kesan positif kepada belia kita bukan hanya daripada segi pekerjaan tetapi juga daripada segi rantaian nilai di mana SME kita, syarikat-syarikat kecil dan sederhana kita yang disebut oleh Yang Berhormat tadi boleh dibawa bersama dengan GLC kita iaitu jenama-jenama ASEAN besar untuk menerokai pasaran tersebut. Terima kasih.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai Dasar Belia Malaysia. Adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji Dasar Belia Malaysia ini dengan menerapkan lagi strategi-strategi mengikut keperluan semasa belia pada masa kini untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran zaman moden. Adakah kerajaan akan mempertimbangkan dua lagi strategi tambahan iaitu strategi pemupukan semangat 1Malaysia dan pembangunan sikap bebas jenayah.
Ini kerana saya berpendapat, penambahan dua strategi ini bersama-sama dengan strategi-strategi yang sedia ada akan membolehkan pihak kerajaan mencapai matlamat keseluruhan Dasar Belia Malaysia. Terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia tahu sebagai seorang pemimpin belia, cadangan untuk kita menggubal Dasar Belia Malaysia ini adalah untuk kita kemas kini pendekatan kerajaan dalam kita membangunkan sektor belia di negara kita. Kita dapati bahawa walaupun pindaan telah dibuat pada tahun 1997 ataupun dasar yang lama telah diperkenalkan pada tahun 1997, kita dapati bahawa walaupun dalam tempoh tak sampai 20 tahun, kita melihat perbezaan
Tuan Khairy Jamaluddin
yang cukup besar sudah berlaku bukan hanya berlaku dalam dunia tetapi juga dalam gagasan dan juga pendekatan falsafah pembangunan dan juga pentadbiran negara.
Oleh yang demikian, antara matlamat yang kita cadangkan untuk dimasukkan ke dalam Dasar Belia Malaysia pada tahun ini adalah bukan hanya Gagasan 1Malaysia tetapi juga segala bentuk dasar transformasi negara yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai teras kepada pembangunan dan juga model pembangunan kerajaan untuk lima hingga 10 tahun akan datang. Transformasi ini bukan hanya meliputi dasar-dasar transformasi dan program transformasi ekonomi, kerajaan, politik tetapi juga meliputi pendekatan untuk kita tanamkan ke dalam belia itu budaya kreativiti dan inovasi serta pengantarabangsaan supaya mereka melihat lebih jauh daripada sempadan negara ataupun sempadan persatuan belia secara tradisional.
Yang kedua Yang Berhormat tanya tadi iaitu untuk kita menangani isu jenayah. Ini perkara yang saya rasa selari dengan hasrat kerajaan. Kalau kita lihat, jenayah adalah satu komponen penting dalam NKRA, Program Transformasi Kerajaan dan seperti mana yang saya sebutkan tadi segala NKRA dan NKEA yang selaras dengan program transformasi kerajaan itu akan dimasukkan sebagai elemen utama seperti mana program-program KBS sekarang ini sudah selari dengan Program Transformasi Kerajaan. Terima kasih.
7. Dato' Othman bin Aziz [Jerlun] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan berdasarkan Model 2, produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) boleh dibeli oleh peruncit secara borong dan dijual semula, adakah pihak kementerian ada merekodkan jumlah peruncit yang membeli barangan berkenaan secara borong dan sejauh manakah kementerian membuat pemantauan harga barangan yang dijual semula oleh peruncit berkenaan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat kawasan Jerlun. Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan daripada Yang Berhormat Jerlun, menerusi pelaksanaan modal dua Kedai Rakyat 1Malaysia, produk jenama 1Malaysia Kedai Rakyat iaitu 1MKR boleh dibeli oleh peruncit secara borong dan dijual semula di premis masing- masing. Harga produk 1Malaysia Kedai Rakyat yang dijual semula perlulah sama dengan harga yang telah ditetapkan.
Berdasarkan rekod Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 569 peruncit telah menjual produk 1Malaysia kedai rakyat ini. Dalam hal ini, kementerian daripada semasa ke semasa membuat pemantauan di lapangan bukan sahaja di premis yang menjual produk 1Malaysia kedai rakyat malah meliputi semua peruncit untuk memastikan peruncit menjual mengikut harga yang telah ditetapkan. Terima kasih.
Dato' Othman bin Aziz - Jerlun
Terima kasih. Kita sedar bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia ini merupakan kedai yang berkonsepkan mini market untuk orang-orang berpendapatan rendah, menyediakan bekalan asas pada harga yang rendah. Kemudian ianya juga menjadi satu medium untuk kementerian dan juga kerajaan untuk mengawal harga di kalangan orang-orang bawahan terutama di luar bandar dan ketika ini menawarkan lebih daripada 250 produk di kedai-kedai tersebut. Apa yang menariknya ialah emphasize diberikan kepada keluaran-keluaran produk yang dikeluarkan oleh pelbagai SME’s dan sehingga kini saya kira ia telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.
Soalan saya ialah, adakah kerajaan dan kementerian bercadang dan bilakah dapat dilaksanakan Kedai Rakyat 1Malaysia ini di seluruh kawasan Parlimen. Selain itu terdapat juga rungutan kononnya barangan yang dijual di Kedai Rakyat ini agak mahal daripada kedai biasa, kemudian ada juga produk-produk yang dijual ini adalah daripada inferior quality. Jadi adakah ini sebagai satu tohmahan yang mungkin dibuat oleh pesaing-pesaing biasa? Jadi, minta penjelasan. Terima kasih.
Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah
Terima kasih Yang Berhormat dari Jerlun. Soalan tambahan yang cukup baik untuk saya perjelaskan di dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini iaitu 26 Mac 2014, sebanyak 114 kawasan Parlimen telah pun mempunyai Kedai Rakyat 1Malaysia dan termasuklah tiga kawasan
Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah
Parlimen bagi tahun ini, Tuan Yang di-Pertua iaitu di Betong, Selangau dan juga di Limbang Sarawak. Pada tahun 2014 ini, kerajaan menyasarkan dan bercadang untuk mewujudkan sebanyak 60 buah KR1M lagi untuk dibangunkan di seluruh kawasan Parlimen yang belum mempunyai Kedai Rakyat 1Malaysia. Kerajaan juga menjangkakan bahawa sebanyak 171 buah kawasan Parlimen akan mempunyai KR1M pada akhir tahun ini dan bakinya 51 kawasan Parlimen lagi dijangka akan dapat diwujudkan pada penghujung tahun 2015.
Insya-Allah kita bercadang pada 2015, semua 225 kawasan Parlimen ini akan mempunyai Kedai Rakyat 1Malaysia.
Soalan tambahan yang kedua Yang Berhormat Jerlun mengenai dengan dakwaan kualiti bagi barangan di kedai KR1M ini. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana walaupun ada dakwaan itu, kita sentiasa hendak memastikan produk 1Malaysia Kedai Rakyat ini terutamanya murah dan yang keduanya tetap berkualiti.
Untuk makluman Dewan ini, produk makanan berjenama 1Malaysia Kedai Rakyat ini perlu mendapat sekurang-kurangnya pensijilan MSTI iaitu Makanan Selamat Tanggungjawab Industri yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Yang keduanya, dia juga mesti mendapat pensijilan iaitu good manufacturing practice dengan izin, produk yang tidak mempunyai pensijilan tersebut tidak dibenarkan dipasarkan.
Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah
Jadi untuk makluman tambahan kepada Yang Berhormat, hari ini jualan kedai- kedai KR1M yang terdapat di seluruh negara telah pun meningkat. Walaupun kedai KR1M ini diwujudkan pada pertengahan tahun 2011 tetapi untuk makluman Dewan ini, jualan pada tahun– saya hendak memberi contoh mengenai dengan sambutan daripada pembeli ataupun pengguna. Pada tahun 2013, hasil jualan ini telah mencapai RM220 juta di seluruh 125 kedai KR1M dan ada terdapat jualan yang begitu tinggi di salah satu kedai KR1M di Sabah mencecah dekat RM9 juta jualan.
Jadi, pro rata keseluruhannya telah mendapat sambutan yang begitu baik walaupun pada awal dulu ada tuduhan-tuduhan mengatakan bahawa barang-barang di kedai KR1M ini tidak mempunyai kualiti seperti Yang Berhormat membuat soalan tadi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Bakri.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Okey, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada Bakri. Di sini saya hendak tanya Menteri, sila senaraikan barang- barang produk Kedai Rakyat 1Malaysia boleh dibeli oleh peruncit secara borong dan dijual semula. Sila senaraikan barang-barang, saya hendak tahu apa barang-barang yang boleh dibeli dan dijual semula?
Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah
Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan. Kita membenarkan untuk kedai-kedai KR1M yang besar ini untuk jualan secara borong kepada pekedai-pekedai runcit yang terdapat di persekitaran kedai-kedai KR1M yang ada. Untuk makluman Yang Berhormat, sejumlah 387 barangan KR1M yang telah dijual di Kedai-kedai Rakyat 1Malaysia. Jadi semua kedai-kedai yang ada di sekitar yang kecil-kecil, sekiranya mereka hendak menjual barang-barang KR1M ini mereka boleh mendapatkan bekalan secara borong di kedai-kedai KR1M yang kita wujud di seluruh negara. Terima kasih.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 27 Mac 2014.”
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:
“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Ketiga Belas.” [25 Mac 2014]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menyambung.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyambung perbahasan yang kita hentikan pada malam tadi. Saya ingin terus ke topik seterusnya yang dibawa oleh Yang Berhormat Pokok Sena dan juga Yang Berhormat Alor Star yang telah mencadangkan agar harga subsidi padi dinaikkan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Yang Berhormat Menteri, minta maaf Yang Berhormat Menteri. Semalam...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Kita stop atas isu harga siling dan saya ada sedikit soalan lagi yang saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Ini kerana semalam kita stop dekat harga siling dan Tuan Yang di-Pertua semalam pun kata hari ini kita akan sambung. So that was the setakat perbahasan semalam. Persoalan saya adalah sebegini Yang Berhormat Menteri. Semalam Yang Berhormat Menteri ada jelaskan bahawa harga lantai masih lagi dikekalkan walaupun sekarang harga siling baru ditetapkan pada RM1.20 atau RM1,200 untuk setiap tan padi yang dibeli. Sebelum ini Yang Berhormat Menteri, apabila kenyataan Menteri dikeluarkan dalam berita, ada diumumkan pada masa itu pengilang-pengilang beras tidak boleh membeli padi pada harga yang lebih tinggi atau lebih rendah daripada harga baru, harga siling.
[Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said] **mempengerusikan Mesyuarat****] Ini mengelirukan sebab semalam Yang Berhormat Menteri ada menjelaskan bahawa harga lantai lama masih lagi dikekalkan. Maksudnya, pengilang-pengilang masih boleh membeli padi daripada pesawah-pesawah padi pada harga yang di bawah RM1,200 metrik tan. Itu adalah satu perkara yang saya ingin Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan lagi.
Kedua Yang Berhormat Menteri, yang saya fahamkan tujuan untuk mengadakan harga siling ini adalah untuk seragamkan harga padi seluruh Malaysia sebab sebelum ini harga padi di Kedah katanya boleh, dapat dijual untuk RM1,100 begitu. Di Kelantan RM980 per metrik tan dan di Selangor harga pasaran itu adalah RM1,200. Jadi, apabila kita seragamkan harga pada RM1,200 tetapi pengilang-pengilang masih beli di bawah harga RM1,200 sampai ke harga lantai, apakah faedah yang diperuntukkan, yang dia dapat oleh pesawah-pesawah padi? Apa yang pesawah-pesawah padi hendak adalah supaya harga lantai ditingkatkan, dinaikkan dan bukannya untuk menetapkan satu harga siling yang menyekat pesawah-pesawah padi untuk menjual harga padi mereka untuk satu harga yang lebih baik daripada RM1,200. Boleh jelaskan Yang Berhormat Menteri?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat, walaupun kita menetapkan harga siling RM1,200 tetapi dari segi pengiraannya, kita telah pun mengeluarkan satu arahan iaitu pemutuan berdasarkan pemutuan sebenar. Mungkin harga yang dia bayar akibat daripada pemutuan itu, harga dibayar itu mungkin lebih rendah daripada yang kita tetapkan kerana pemutuan padi yang begitu rendah dan sebagainya. Kita tidak mahu akibat daripada pemutuan yang begitu rendah, ada pengilang-pengilang yang membayar harga yang tersangat rendah, yang lebih rendah daripada harga lantai yang ditetapkan. Oleh sebab itu kita kata tidak boleh, walaupun serendah mana pun mutu padi tersebut, kita tetapkan tidak boleh lebih daripada yang telah pun kita tetapkan harga lantai tersebut.
Dari segi siling, kalau kita tidak tetapkan harga siling bermakna ia tidak akan ada penyelarasan dari segi harga. Kita sudah sebutkan tadi bahawa harga mesti diselaraskan.
Tidak boleh berbeza harga di Kelantan RM980, harga di Kedah RM1,050, harga di Selangor RM1,200 dan sebagainya. Jadi kita hendak supaya semua padi ini kita selaraskan harganya menjadi RM1,200. Oleh sebab itu kita tetapkan harga siling.
Apa yang berlaku sebelum ini, saya sudah sebutkan terdapat banyak under cutting di antara pengilang-pengilang ini, yang under cutting ini sepatutnya menguntungkan petani.
Akan tetapi selepas under cutting dilakukan, petani-petani yang selama ini hanya menghantar padi mereka melalui ejen-ejen ini, penimbangan-penimbangan dilakukan bukan di hadapan mereka. Walaupun under cutting ini nampaknya tinggi menguntungkan petani tetapi apabila dibayar, mereka tidak mendapat harga yang sebenar kerana timbangan- timbangan juga berlaku penipuan-penipuan dan sebagainya.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Banyak berlaku penipuan-penipuan akibat daripada timbangan-timbangan dan sebagainya. Kita tahu perkara ini.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Oleh sebab itu kita kata kita adakan pemutuan sebenar...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Duduk dulu Yang Berhormat. Menteri tengah jelaskan. Duduk dulu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jadi sebab itu kita tetapkan supaya setiap orang mendapat hak yang sama. Pengilang-pengilang mendapat hak yang sama. Kalau selama ini yang mempunyai modal besar, yang under cut tadi sebenarnya menipu akan mendapat padi ke tempat mereka. Oleh sebab itu banyak kilang padi yang ditutup. Kilang- kilang padi di Kedah banyak yang ditutup terutamanya kilang-kilang padi bumiputera yang ditutup kerana tidak mampu untuk melawan harga kerana berlaku under cutting tadi. Akan tetapi sebenarnya pesawah juga tidak mendapat keuntungan kerana mereka ditipu dari segi timbangan dan sebagainya. Jadi untuk menjaga kepentingan pesawah supaya tidak ditipu dan sebagainya, kita tetapkan harga yang sama supaya mereka boleh hantar ke mana- mana sahaja.
Hantar ke kilang ‘A’ kah, ke kilang ‘B’ pun, akan membayar harga yang sama.
Alasan Yang Berhormat mengatakan hantar ke kilang ‘A’ mungkin dibayar harga lebih tinggi. Kalau kita kata harga padi adalah terbuka pun tidak berlaku. Kalau kita kata open, tidak mungkin ada bayar RM1,500 atau RM1,000 atau RM2,000 sebab saya sudah sebutkan bahawa sebelum kita tetapkan harga RM1,200, kita sudah check dua, tiga tahun dan seluruh bayaran yang dibuat di seluruh negeri Kedah, seluruh negeri Kelantan. Di Kedah misalnya daripada negeri Yang Berhormat...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Alor Star duduk dulu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
...Harga padi yang paling tinggi pernah dibayar sekali pun adalah RM1,100. Tidak pernah bayar RM1,200 atau RM1,400. Sebab itu bila kita umumkan RM1,200, Kelantan menerima dengan begitu baik sekali. Kedah, petani- petani menerima dengan begitu baik sekali. Cuma kadang-kadang apabila ada timbul politik termasuk dalam perkara-perkara seperti ini, maka adalah confusion dengan izin yang timbul di kalangan petani-petani dan sebagainya. Walau bagaimanapun, peraturan-peraturan yang dibuat bukanlah terlalu rigid. Saya hendak beritahu...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
...Banyak sangat perkara yang telah pun kita tetapkan, akhirnya apabila kita dapat maklum balas daripada petani dan sebagainya, kita boleh ubah dan sebagainya. Saya pun tengah memerhatikan Kedah ini. Saya pun sudah beritahu pegawai saya kalau kita berasa tidak berminat dengan apa yang kita laksanakan, kita boleh kecualikan Kedah untuk sementara waktu. Biar negeri lain menerima.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Yang Berhormat Menteri, apa jawapan ini?
Mana boleh kata kalau Kedah tidak...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tidak, tidak.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Ini adalah tanggungjawab kementerian untuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Alor Star, Yang Berhormat Alor Star.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
...Menjaga kepentingan dan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Alor Star, tidak boleh macam ini Yang Berhormat Alor Star. Ikut peraturan. Yang
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Berhormat Alor Star, Yang Berhormat Alor Star. Kalau kita hendak minta penjelasan, ada peraturan. Bangun dan Menteri beri laluan dan saya persilakan Alor Star, baru Alor Star berucap ya. Ya, sila.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Bukan. Maksud saya seperti yang saya kata tadi bahawa kita tidak rigid. Kita tidak rigid. Kalau kita laksanakan dan ada pandangan yang baru dari kawasan-kawasan tertentu, kita boleh bincang untuk mengadakan perubahan.
Kalau seluruh petani di negeri Kedah merasakan mereka perlukan perubahan, Kelantan sudah setuju, Pahang sudah setuju, Terengganu sudah setuju, Penang sudah setuju, semua sudah setuju tetapi Kedah masih lagi mahu berbincang kerana Kedah masih lagi belum menuai padi. Kedah akan menanam padi pada bulan Jun dan menuai pada bulan September. Kalau Yang Berhormat tahu dari segi jadualnya. Jadi kita ada masa lagi untuk mengadakan perbincangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kubang Pasu bangun.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Yang Berhormat Menteri, saya hendak beritahu kawasan yang tidak berkecuali ini kawasan Alor Star sahajalah. Jerlun dan Kubang Pasu, kita setuju. Pada saya tidak ada masalah. Yang masalah ini kerana dia tidak pernah, dia tidak biasa.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Baling pun setuju.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Baling pun setuju. Tidak ada masalah. Ini Alor Star sahaja. Dia pun bukan duduk di Alor Star, dia duduk di Penang. Dia tidak tahu.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Dia tahu nasi kandar sahaja.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Boleh saya teruskan Yang Berhormat Menteri? Boleh saya jawab sekarang? Ini bukan persoalan politik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Alor Star tidak ada floor untuk menjawab. Untuk menjelaskan.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Okey, saya minta laluan daripada Yang Berhormat Menteri untuk...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey, macam inilah. Kita dari malam tadi cerita tentang hal ini sahaja. Kalau saya benarkan, tidak selesai kita punya ini. Saya banyak lagi ini, saya ingat ada isu yang lebih...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Yang Berhormat Menteri, ini adalah isu yang penting, yang akan effect, memberi kesan kepada kesemua pesawah padi. Kedah pun adalah di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Walaupun ada Ahli-ahli Parlimen yang sini mungkin tidak berminat tetapi isu ini cukup penting. Mungkin mereka tidak sokong harga lantai dinaikkan, kita akan pergi balik Kedah ceramah nanti.
Kalau mereka tidak berminat tetapi isunya adalah cukup penting sebab tadi Yang Berhormat Menteri ada kata isu pemotongan, under cutting. Kalau kadar pemotongan dan under cutting, yang penting ialah untuk menaikkan harga lantai supaya perkara-perkara ini boleh diatasi. Bukan untuk menyekat harga siling yang hanya siapa yang untung. BERNAS yang untung. Kenapa saya kata BERNAS yang untung? Ini kerana selepas harga diseragamkan, BERNAS tidak perlu lagi untuk bersaing dengan pengilang-pengilang lain.
Itu yang isunya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya rasa tidak betul. Pertamanya Yang Berhormat tidak berapa faham apa yang saya sebut tadi.
Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Jerlun duduk dulu. Yang Berhormat Menteri tengah jelaskan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya sebut jelas mengatakan bahawa segala peraturan kita bukan rigid dan apa perkara pun kita boleh pertimbangkan. Saya sudah sebut tadi kalau isu harga lantai perlu dinaikkan, kita akan lihat sama ada perlu atau tidak dinaikkan. Saya sudah katakan tidak rigid apa yang telah kita putuskan. Jadi kita akan tengok perkara ini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Akan tetapi hendak mengatakan bahawa BERNAS untung semata-mata, tidak betul. Kilang yang ada bukan kilang BERNAS yang ada semata-mata di negara kita. Kilang- kilang bumiputera lain pun yang selama ini ditutup selama ini, akhirnya sekarang mendapat business dan mendapat padi apabila kita wujudkan pusat pengumpulan oleh PPK atau pertubuhan peladang kawasan yang mengambil padi ini untuk diagihkan kepada kilang- kilang bumiputera ini. Selama ini kilang bumiputera tidak dapat padi ini kerana under cutting dan sebagainya. Seperti saya sebut tadi petani juga tidak untung kerana ejen-ejen ini bawa padi ke pusat-pusat timbangan yang apabila ditimbang, tidak ditimbang di hadapan pesawah dan sebagainya. Akhirnya mereka ditipu dengan timbangan-timbangan.
Jadi saya sudah beritahu bahawa apa yang kita lakukan pada hari ini adalah telus.
Timbang di hadapan PPK, di hadapan petani dan di hadapan BERNAS dan sebagainya.
Jadi mereka tahu kalau ada penipuan dan sebagainya berlaku di depan mata mereka. Ini bertujuan untuk menjaga kepentingan semua pihak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Jerlun bangun. Saya ingat last untuk Jerlun.
Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.
Antara faedah yang didapati daripada pelarasan harga padi ini kali ini adalah sebelum ini apabila padi di Sekinchan, Selangor boleh membeli sampai RM1,200, RM1,300, mereka juga pengilang-pengilang di sini pun pergi beli padi di Kedah dan Kelantan sebab harga padi sana lebih murah. Jadi bekalan di Kedah itu mengurang dan menyebabkan scramble antara pengilang-pengilang di sana.
Saya juga hendak maklumkan juga banyak orang sering bercakap soal BERNAS.
Tanpa kita sedari, BERNAS ini sebenarnya di Kedah hanya mempunyai tidak sampai 30% pasaran padi yang mereka kilangkan. Jadi yang lebih banyak ini adalah pengilang- pengilang swasta yang memang secara ekonomi kita buat open system. Jadi tidak ada sebablah kalau kata hendak sebutkan bila diselaraskan harga padi, maka BERNAS akan mendapat keuntungan yang lebih. Mohon pandangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya setuju dengan pandangan yang kedua tadi tentang BERNAS tidak menguasai keseluruhan kilang di negara kita ini.
Keduanya, saya tidak sebutkan tetapi Yang Berhormat sebut tadi bahawa disebabkan perbezaan harga ini, maka berlaku cross border padi yang dibawa daripada negeri-negeri yang membeli harga padi rendah. Padi di Kelantan harganya RM980, banyak kilang padi di Kelantan ditutup sebab padi-padi di Kelantan diseludup dibawa ke Selangor dan sebagainya. Selangor bayar RM1,200. Begitu juga di Kedah cross bawa ke kilang- kilang padi di Selangor. Kilang padi di Kedah ditutup dan sebagainya. Jadi kita terpaksa keluar peraturan supaya cross border ini merupakan satu kesalahan dan mesti minta kebenaran daripada kementerian dan sebagainya. Akan tetapi penyeludupan padi merupakan satu perkara biasa yang berlaku yang menyebabkan kilang-kilang padi ditutup.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jadi betul. Kita bukan– sebab itu saya tidak hendak mengatakan kita jaga pengilang. Kita jaga pengilang, kita menjaga kepentingan pesawah sebab itu kita naikkan harga dan kita menjaga semua pihak. Seperti saya sebutkan malam tadi...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Dalam kesimpulan sebelum saya duduk semalam...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya kata ini adalah situasi menang-menang, win-win situation. Semua pihak boleh mendapatkan keuntungan termasuklah pengguna.
Oleh sebab kita naikkan harga padi, bermakna harga beras terpaksa dinaikkan. Kalau harga beras terpaksa dinaikkan, berjuta-juta pengguna yang akan mendapat kesannya.
Kitalah semuanya yang akan meningkatkan kemarahan ini. KPDNKK kena maki, semua orang kena maki ini, kerana cost of living meningkat akibat daripada kenaikan harga beras.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, tetapi still lagi naik.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kita tidak naikkan harga beras. Jadi sebab itulah kita kekalkan harga padi supaya jangan naik melampau. Itu pun...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Itu pun tidak betul Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jadi saya hendak pergi topik lain.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Akan tetapi itu tidak betul.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ada, ada...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Itu tidak betul...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Alor Star.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Sebab harga beras dan harga padi berlainan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Alor Star, Yang Berhormat Alor Star. Ya, ikut peraturan. Yang Berhormat Menteri bagi laluan atau tidak?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Saya hendak jelaskan sebab ada pengeliruan lagi daripada Yang Berhormat Menteri. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat Alor Star, cukup. Cukup, cukup.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Harga beras berlainan dengan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Alor Star, cukuplah. Duduklah Yang Berhormat Alor Star. Okey.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Daripada pagi datang bulan.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Harga beras yang ditetapkan oleh kerajaan untuk ST5 harganya adalah RM1.60 bukan? Harga ST5 10% adalah RM2.60. Harga untuk ST15 adalah RM28. Itu adalah harga yang ditetapkan untuk menjual kepada pengguna- pengguna. Harga siling. Tidak berkenaan, dengan harga padi yang dijual oleh pesawah padi.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ia kalau kos production itu mengeluarkan...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Isu pun tidak betul. Lagi kedua, apabila tadi Yang Berhormat Jerlun tadi katakan bahawa BERNAS ini akan dapat keuntungan yang lebih besar, maksud saya pada masa itu adalah sebelum ini BERNAS membeli padi yang harga lebih murah daripada pengilang-pengilang swasta. Jadi apabila harga siling ditetapkan, maksudnya BERNAS tidak perlu lagi bersaing lagi dengan pengilang-pengilang swasta. Yang untung adalah BERNAS sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya cukup Yang Berhormat Alor Star, cukup, cukup. Yang Berhormat Alor Star kalau kita minta orang betul, jadi kita kena betul juga. Ikut peraturan ya?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kalau kos pengeluaran satu-satu produk itu tinggi, harganya akan tinggi. Akan tetapi sekarang kerajaan fix the price pasal pengilang masih mampu untuk mengilang. Ini kerana dia masih mampu. Kalau kita tingkatkan harga pengilang di kilang, kos pengeluaran terlalu tinggi dan kita hadkan harga beras dengan harga yang lama, akhirnya pengilang kata dia tidak mahu proses beras because harga terlampau tinggi. Jadi saya ingat kita tidak payah pergi argue dari segi itu, cukuplah. Oleh sebab saya benarkan Yang Berhormat Alor Star sebab isu ini dibangkitkan oleh Yang
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Berhormat Alor Star. Jadi kalau tidak, banyak lagi orang akan bangun dan saya ada banyak lagi ini. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sandakan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jadi ada isu lagi besar ini, isu BERNAS ini saya rasa...
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya tidak bagi jalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri tidak bagi laluan. Sila duduk. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Marang, telah membangkitkan isu agar subsidi ini lebih ditumpukan kepada penurunan harga baja, harga makanan haiwan dan kos bahan pertanian. Kementerian mengambil maklum dan akan mengkaji cadangan ini. Yang Berhormat Jerlun telah menyentuh beberapa isu berkenaan industri padi dan beras. Pertama, berkenaan dengan masalah bakteria leaf blight dan siput gondang emas.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Minta maaf Yang Berhormat Menteri. Tadi kata hendak pergi ke isu subsidi pula. Sekarang sudah jump kepada baja pula.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey, okey. All right. Sorry. Yang Berhormat Pokok Sena dan Alor Star mencadangkan agar harga padi subsidi, harga subsidi padi dinaikkan. Kementerian Pertanian akan mengkaji sama ada harga padi, kadar subsidi harga padi sedia ada wajar dinaikkan atau tidak serta implikasi kewangan yang terlibat. Kajian ini juga akan melibatkan kesan ke atas harga pasaran beras di Malaysia berikutan langkah kementerian ini. Saya cuma hendak maklumkan, setakat ini kerajaan berbelanja...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sabar Yang Berhormat Alor Star, duduk dulu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sabar. Setakat ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri baru hendak mula ini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kerajaan telah pun berbelanja untuk industri padi dan beras iaitu subsidi melebihi daripada RM2.2 bilion. Setakat ini untuk beras dan padi. Saya hendak sebut detail. Skim subsidi harga beras RM528 juta, insentif benih padi sah RM85 juta, skim subsidi baja RM465 juta, skim insentif pengeluaran padi RM563 juta, subsidi harga RM480 juta, insentif peningkatan hasil RM80 juta. Maknanya RM2.2 bilion lebih telah pun dibelanjakan untuk padi.
Makna ini subsidi untuk padi dan beras. Cadangan dari Alor Star dan Pokok Sena mengatakan perlu ada another subsidi iaitu subsidi harga dinaikkan, kita akan buat kajianlah kerana ianya akan meningkatkan lagi subsidi yang ditanggung oleh kerajaan di dalam industri padi. Kita mesti ingat di dalam pertanian ini berbagai-bagai produk, berbagai- bagai sektor di dalam bidang pertanian. Sektor buah-buahan tidak ada subsidi, tidak ada subsidi yang begitu besar. Sektor perikanan, ini juga merupakan yang penting untuk food security, tidak ada subsidi yang begitu besar. Banyak lagi produk-produk daging...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri ada tiga yang bangun.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Lembu dan sebagainya yang memerlukan bantuan, tidak mempunyai subsidi yang begitu besar. Padi sudah pun RM2.2 bilion. Kita mendapat bajet sebanyak RM6 bilion daripada kerajaan. RM2.2 bilion atau pun 1/3 daripada bajet kementerian dikhaskan untuk padi dan beras. Jadi kalau kita hendak tambah lagi, kita akan bincanglah dengan Kementerian Kewangan, sebab yang menentukan subsidi bukan daripada Kementerian Pertanian tetapi daripada Kementerian Kewangan dan sebagainya. Kalau hendak tambah lagi, kalau banyak cadangan seperti ini kita boleh bincang dengan Kementerian Kewangan.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Tuan Yang di-Pertua minta laluan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ha, lalu, tidak ada masalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang mana satu? Yang Berhormat Kubang Pasu...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Dua-dua boleh lalu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kubang Pasu, Sandakan dan Alor Star. Yang mana satu?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tiga-tiga semua sekali. Serentak saya berikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila Yang Berhormat Kubang Pasu dulu.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Yang Berhormat Menteri, saya ingin mengambil perhatian berkenaan dengan subsidi ini. Saya kalau tidak silaplah, saya hendak dapatkan pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa setiap petani yang mengerjakan sawah kalau kita tengok mengikut hektar, satu hektar kerajaan sudah memberi subsidi sebanyak RM2,600 kalau tidak silap saya, lah. Maknanya dari segi itu sebelum padi itu masak, sebelum kita menuai. Kerajaan telah memberi subsidi dekat RM2,600. Betul atau tidak? Kalau tidak silap saya, RM2,645 kah kalau tidak silap saya ini. Maknanya dari segi awal-awal lagi, ini belum harga padi, belum tanam lagi. Awal- awal kerajaan sudah subsidise. Jadi saya hendak pengesahan, betulkah itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sandakan.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di sini saya minta satu penjelasan dari Yang Berhormat Menteri sebab kita dapat tahu kementerian telah memberi satu perintah tetap tentang penetapan beras subsidi itu ST15 peratusan 15% di rangkaian peruncitan terpilih pada bulan Februari. Jadi yang mulai lah– April, 1 hari bulan. Ini mengehadkan peruncitan beras bersubsidi ini kepada peruncit- peruncit yang terpilih sahaja.
Nampaknya kalau begitu, penduduk-penduduk di bandar dan tidak pernah atau yang susah mahu dapat memberi subsidi. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, di bandar juga ada penduduk-penduduk yang miskin. Jadi kalau satu begitu perintah yang tetap, bermakna yang kalau penduduk di- kemiskinan di bandar tidak benarlah atau susah mahu dapat ini subsidi, yang beras ini. Jadi di sini saya minta kementerian ini atau Yang Berhormat Menteri boleh menarik balik satu arahan begitu. Saya fikir ini tidak wajar di tempat bandar pun ada orang yang miskin. Jadi kalau Yang Berhormat Menteri mahu, tetaplah ini subsidi yang begini boleh sampai golongan yang miskin mungkin boleh tambah syarat-syarat bagaimana kita boleh memantau perjuangan ini. Jadi, saya fikir kalau serap tidak...
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Menteri faham sudah tu. Yang Berhormat Alor Star.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang isu subsidi ini, subsidi 24 sen satu kilo telah pun dilancarkan sejak tahun 1990 dan tidak pernah dikaji untuk 24 tahun. Yang Berhormat Menteri sebelum ini dalam tahun 2012 pun, pemimpin-pemimpin UMNO termasuk sekarang Menteri yang sudah menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sendiri pada masa itu dalam tahun 2012, keluar kenyataan, statement kata mengesyorkan bahawa perkara ini akan dibangkitkan dalam Bajet 2012. Sekarang sudah dua bajet berlalu, perkara ini masih lagi tidak dipertimbangkan.
Saya tidak nafikan Yang Berhormat Menteri bahawa banyak duit telah pun diberi subsidi dan pelbagai jenis subsidi berbilion-bilion. Akan tetapi, hakikatnya apa hari ini?
Hakikatnya, pesawah padi hari ini masih cukup miskin tegar. Kalau kita tengok dalam satu research yang dibuat dalam 2007, mungkin ada perubahan sedikit. Akan tetapi, hanya 15%
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
daripada pendapatan pesawah padi datang daripada aktiviti buat bendang padi. Semuanya yang lain adalah mereka kena cari kerja-kerja lain untuk suplemen pendapatan mereka.
Ada satu lagi research paper yang dibuat oleh UPM sendiri, yang ini dalam tahun 2011. Pendapatan isi rumah seorang- satu keluarga pesawah padi di Kedah adalah RM2,947 sahaja. Itu pun di bawah semua mendapat BR1M. Di Kelantan, RM1,824. Ini adalah satu masalah yang cukup serius. Kalau kita boleh tingkatkan lagi subsidi daripada 24 sen, saya percaya membawa banyak faedah kepada pesawah-pesawah padi. Oleh sebab pesawah-pesawah padi ini adalah tulang belakang, backbone of our country yang mengeluarkan staple food negara, makanan asas yang kita semua makan ini. Sila jelaskan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih. Soal kemiskinan pesawah, memang kita amat sedar perkara ini dan banyak sebabnya. Salah satu sebabnya adalah manipulasi daripada orang tengah yang tidak bertanggungjawab ini dan sebagainya. Oleh sebab itulah, salah satu yang dilakukan oleh kementerian adalah melancarkan jihad untuk memerangi orang tengah ini supaya manipulasi daripada orang tengah ini dapat kita kurangkan atau hapuskan.
Jadi, walau bagaimanapun, untuk menjawab Yang Berhormat dari segi subsidi tadi, seperti yang saya sebut tadi bahawa pihak kerajaan sedang melihat secara keseluruhan dari segi soal subsidi ini. Pihak kerajaan melalui PEMANDU dan sebagainya melihat secara keseluruhan dalam rasionalisasi subsidi ini melihat secara keseluruhan.
Bukan sahaja dari segi sektor padi, tetapi juga seluruh sektor lain, seluruh industri lain.
Ini kita tidak mahu menyelesaikan soal subsidi ini secara piecemeal, secara satu persatu macam itu. Kita akan lihat secara keseluruhan. Jadi, ianya perlulah– tidaklah boleh kalau walaupun Yang Berhormat bangkitkan dua penggal lepas, maka penggal ini terus diselesaikan.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
24 tahun Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Dan saya baru jadi Menteri di sini baru lapan bulan, kan? Betullah 24 tahun, saya baru lapan bulan ini. Jadi, saya pun tengah buat macam-macam ini untuk memastikan kepentingan nelayan, penternak, pesawah dan sebagainya dijaga untuk meningkatkan pendapatan dan sebagainya. Jadi, tidak apa.
Cadangan-cadangan itu saya sudah sebut. Oleh sebab itu saya dalam jawapan saya, tidak tolak pun apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Saya sebut yang bahawa ini kita akan kaji tentang kadar dan sebagainya. Maknanya, kita masih lagi menyebut yang kita akan kaji. Jadi, insya-Allah kita akan lihat perkara ini.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kubang Pasu tentang subsidi tadi iaitu setiap petani, per hektar per musim mendapat sebanyak RM2,540 exact figurenya. Ini subsidi. Makna, sebelum tanam padi pun sudah dapat. Inilah yang ditanggung oleh kerajaan seperti yang saya sebut tadi. Kepada Yang Berhormat Sandakan, ada ya?
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sandakan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sebenarnya kita tidak exclude, tidak keluarkan bandar dari segi pembahagian beras ST15. Cuma ST15 beras ini kita wujudkan program ini untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Akan tetapi, apabila dikeluarkan beras ini, biasanya kita mendapat aduan di kawasan-kawasan targeted group ini, beras itu tidak ada. Beras itu tidak sampai. Banyak beras dijual di hypermarket asing misalnya TESCO, Giant dan sebagainya, sekejap sahaja hilang daripada kaunter-kaunter mereka.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jadi, kita katakan kita kena hantar beras- beras ini direct ke kawasan-kawasan yang dihuni oleh targeted group tadi. Mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kalau di Bandar Sandakan, ada kedai-kedai runcit di kawasan itu, di sekitar perumahan-perumahan, kita hantar direct ke kedai tersebut supaya penduduk-penduduk di kawasan perumahan itu dapat membeli terus beras-beras daripada kawasan itu. Di kawasan Sandakan, ada kawasan flat. Kita hantar direct ke kedai- kedai flat tersebut untuk dibeli. Jadi, kita tahu berapa ramai jumlah penduduk di flat
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
tersebut. Ada 1,000 jadi kita akan hadkan beras itu untuk cukup 1,000 orang untuk membeli di situ.
Kita akan beritahu kepada tuan punya kedai di flat tersebut, jual kepada penduduk- penduduk di flat. Dia tahu siapa pembeli-pembelinya. Kita tidak mahulah pekerja daripada Bangladesh pun beli beras ST15, pekerja Nepal beli beras ST15, pekerja Indonesia beli beras ST15. Subsidi adalah untuk rakyat kita. Bukan untuk menanggung orang-orang luar yang tidak ada kena mengena dengan negara kita. Jadi, mulai sekarang ini semua beras itu dinikmati oleh orang-orang luar dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, restoran-restoran beli beras berkampit-kampit, berpuluh-puluh kampit, beli beras ST15 campur dengan ST5 masak dan sebagainya. Bukan hak dia. Oleh sebab itu sekarang kita tulis di beras tersebut kita tulis, ini untuk kegunaan rumah sahaja.
Jadi, kita nak rakyat yang dianggap sebagai targeted group itu dapat dan kita hantar ke kedai-kedai di dalam kawasan targeted group. Itu tujuan kita. Jadi, don’t worry. Kalau Yang Berhormat Sandakan ada masalah di tempat Sandakan, tidak cukup kerana dihantar ke tempat lain, direct dengan saya. kita akan pastikan di Sandakan akan dapat.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, jadi kita yang sekarang macam seperti di Sandakan, kita difahamkan beberapa cara kedai itu atau runcit baru boleh dapat hak menjual beras ini.
Jadi, kemungkinan macam Sandakan ya, macam Kedai 1Malaysia dan sepertinyalah, kita tidak tahu di mana Yang Berhormat boleh dibeli? Yang saya fikir kita sudah dapat banyak aduan daripada penduduk kita di Sandakan bagaimana beras-beras ini diagihkan?
Jadi, saya punya cadangan kita harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi timbang balik satu yang macam hypermarket, supermarket– ya itu saya bersetuju juga.
Kalau itu tidak – tetapi peruncit-peruncit yang biasa itu yang biasanya dia yang menjual beras ini. Sekarang ini pun tiada hak yang menjual. Saya fikir ini tidak adil juga kepada peruncit yang kecil, lagi yang susah juga untuk penduduk-penduduk yang miskin yang mahu membeli subsidi beras ini. Jadi, haraplah Yang Berhormat Menteri memberi pertimbangan ini.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Yang Berhormat Menteri atas isu sama. Isu yang sama Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya, ya. Your way. Yang Berhormat Sandakan jangan bimbang. Peruncit akan dapat. Hypermarket asing kita tidak akan bagi. Okey.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Yang Berhormat atas isu yang sama. Kita sedang bincangkan ini adalah beras ST15 yang sepatutnya hanya boleh dijual kepada golongan-golongan yang miskin.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Tadi Yang Berhormat Bakri juga ada bertanya kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, apakah senarai barangan yang dijual dalam Kedai 1Malaysia, yang selepas itu boleh dibeli oleh pemborong dan jual semula. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan bahawa beras ST15 yang sepatutnya dijual sahaja kepada orang-orang yang cukup memerlukan, bukan kepada Bangla-Bangla dan sebagainya, boleh dikuatkuasakan.
Sebab, apabila kita masuk dalam Kedai 1Malaysia, kita lihat beras-beras ST15 ini memang telah pun dijual, tidak ada stok lagi. So, kita tidak tahu siapa yang sebenarnya membeli beras ST15 ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kita sebenarnya tidak menetapkan undang- undang dari segi sekatan dan sebagainya untuk menjual beras ini tetapi kita mengharapkan. Sebab itu saya kata, kita mengharapkan kepada pemilik-pemilik premis yang menjual itu, menjual kepada orang yang dikenali. Seperti yang saya sebut tadi, contohnya di kawasan flat di Sandakan tersebut. Dia tahu siapa yang tinggal di kawasan itu kerana itu adalah pelanggan-pelanggannya. Jadi kita mengharapkan dialah untuk lebih jujur dari segi jualan dan sebagainya...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Yang Berhormat, ini adalah satu jawapan yang tidak boleh diterima...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Wait, wait Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Alor Star... tunggu dahulu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
...Yang keduanya, kita juga mengehadkan pembelian, iaitu tidak boleh beli lebih daripada dua kampit seorang. Ini untuk mengelakkan peniaga-peniaga restoran misalnya untuk membeli beras daripada kedai-kedai itu, untuk kegunaan di restoran masing-masing.
Saya tahu kita juga boleh kata, untuk rakyat hendak beli beras, tunjuk kad pengenalan, kita boleh kata macam itu. Maknanya mungkin Yang Berhormat Alor Star kata kita, minta IClah. Siapa hendak menguatkuasakan IC itu? Pastikan orang itu tunjuk IC tidak.
Kiat tidak boleh nak letakkan setiap pegawai kita di setiap kedai di seluruh negara. Jadi kita perlu juga rakyat kita bersama-sama dengan kita mempunyai kesedaran sivik untuk menjaga kepentingan rakyat di dalam negara kita.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Yang Berhormat Menteri, kita tidak boleh hanya biar kepada kedai-kedai untuk self-regulate mereka sendiri. Skandal seperti ini pernah berlaku pada tahun 2009, dalam Projek Subur pada masa itu. Kajian oleh Kementerian Pertanian pada masa itu mendapat keperluan sebenar ST15 untuk golongan sasaran hanya sekitar 6000 tan metrik sebulan. Sedangkan sejak pada masa itu, 40,000 metrik tan sebulan di subsidi oleh kerajaan pada masa itu sebab tidak ada kawalan. Jangan kita lupa sekali lagi BERNAS mendapat subsidi RM800 atas setiap metrik tan. Ini akan membawa kepada pembaziran dan pemborosan. Sila jelaskan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat, saya sudah katakan bahawa negara kita banyak ke arah self-regulated; Kita tidak boleh aspek kedai yang beratus- beratus dalam negara ini, kedai di Hulu Rajang misalnya, kita hendak letakkan seorang pegawai kita untuk pergi jaga supaya dia tidak jual kepada Bangla yang ada merata-rata di seluruh negara ini. Tak mungkin! So we have to educate rakyat kita, untuk self-regulation ini. Jadi kita kena ada keyakinan kepada rakyat kita. Bukan semua rakyat kita otak dia menipu. Jadi kita kena ada cara untuk self-regulate...
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah sedikit?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Dari mana ini?
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Kelana Jaya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kelana Jaya, okey.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu tadi nombor yang diberitahu. Saya dari Kelantan, jadi bolehlah kecek sedikit tentang beras. Isu dia bukan tentang tipu 10% kah, 20% kah, 30%. Tadi Yang Berhormat Alor Star kata keperluan 6,000 tetapi kerajaan bagi 40,000. That is really too much. Kalau kena tipu 10% 20% okey. I think yang senang bagi kementerian, limit paling-paling banyak 10,000 kalau keperluan 6,000. Bolehkah kementerian mengambil tindakan seperti itu? Jangan bagi 40,000, semua sudah tahu, kena curi itu berapa banyak. Jumlah 34,000 kena curi. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya tidak tahu dari segi 6,000 keperluan beras ST15 itu saya tidak tahu daripada mana.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey, saya check balik. Betul atau tidak 6,000? Sebab SUBUR ini yang beri kupon itu saya rasa, dan SUBUR ini tidak dilaksanakan. Belum dilaksanakan lagi. Walau bagaimanapun, saya akan check. Kalau keperluan itu terlampau tinggi melebihi daripada- jumlah yang dikeluarkan melebihi daripada keperluan, kita boleh review balik tetapi saya akan check.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat ‘Gopeng’ pun ada. Saya hendak pergi kepada yang lain tadi, banyak lagi.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Taiping.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Taiping, sorry.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rakan-rakan saya di sini memperjuangkan nasib pesawah dan petani. Izinkan saya kemukakan dua masalah untuk penanam sayur dan nelayan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Belum sampai lagi. Itu isi lain.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Isu lain? Baik, terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya teruskan. Yang Berhormat Jerlun menyentuh isu berkenaan penyakit hawar daun bakteria atau bacteria leaf blight boleh diatasi melalui good agriculture practice ataupun GAP, dan penggunaan variety padi baru yang rintang terhadap penyakit seperti MR253, MR263, dan MR269. Kementerian Pertanian juga sentiasa prihatin untuk mengatasi ancaman makhluk perosak. Antaranya adalah dengan membantu petani melalui pemberian input pertanian, melalui program kawalan makhluk perosak bermula pada tahun 2012, bantuan telah ditukar kepada insentif pengeluaran padi, di mana pesawah akan diberi bantuan racun makhluk perosak bernilai RM200 perhektar, permusim yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah ancaman makhluk perosak termasuk siput gondang emas ini.
Yang keduanya ialah cadangan daripada Yang Berhormat supaya dikaji semula Akta Kuarantin Tanaman 1976, dan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, bagi membolehkan pengimportan benih padi termasuk padi hibrid. Bagi melindungi industri padi negara adalah perlu bagi kerajaan mengawal pengimportan benih padi- di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, dan Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981. Walau bagaimanapun, bagi meningkatkan industri padi negara, kementerian ini menggalakkan benih padi hibrid dibangunkan di dalam negara dengan penglibatan swasta dan institusi penyelidikan seperti MARDI.
Yang Berhormat Kota Melaka telah mencadangkan agar dikaji semula charge di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 201. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia ataupun MAQIS sedang menjalankan prosedur untuk meminda Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Fi dan Caj) 2011. Kita sedang dalam proses pindaan.
Proses pemindaan peraturan ini akan mengambil masa sedikit dan kementerian sedang mengkaji untuk menangguhkan fee dan charge beberapa jenis binatang, dan ia termasuklah serangga reptilia kecil dan lain-lain. MAQIS pada waktu ini kita sedang mengambil kira pandangan Persatuan Pengusaha Zoo, pembiakbakaan, peniaga dan pemelihara hidupan liar Malaysia mengenai jenis-jenis binatang yang memerlukan penjenisan yang lebih terperinci semasa membuat pindaan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jadi kita sedang mendapatkan maklum balas daripada stakeholders yang ada kena mengena dengan fi dan caj ini. Jadi, do not worry. Kita akan kaji keseluruhannya.
Kalau Yang Berhormat berminat, selepas kita sudah dapat details nanti, kita akan beritahu Yang Berhormat apa cadangan pindaan kita.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Saya harap dapatkan detail untuk makluman saya, supaya saya dapat agak berapa peniaga atau stakeholder ini ada hubung saya tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat ini baik orangnya. Boleh kita tolong. Yang Berhormat Kuala Kedah telah mencadangkan agar dilaksanakan beyond organic farming bagi ternakan lembu dan ayam. Untuk makluman Yang Berhormat penternakan tradisional sebenarnya merupakan sistem ternakan organik. Perkara ini masih
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
dijalankan oleh sebahagian penternak. Namun begitu demi memenuhi permintaan bekalan protein kepada bilangan penduduk yang semakin bertambah ramai. Amalan penternakan intensif digalakkan. Mereka yang berminat dengan organic farming boleh mengusahakannya untuk memenuhi pasaran niche.
Berkenaan pelantar ikan di Kuala Kangkung ini melibatkan Kuala Kedah. Oleh kerana ianya spesifik, saya ada jawapannya tetapi saya akan beri jawapannya secara bertulis kepada Yang Berhormat Kuala Kedah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Kuala Kedah juga menyentuh berkenaan dengan Akta Perikanan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kedah yang menyarankan supaya Kementerian Perikanan juga ataupun Jabatan Perikanan menjalankan penguatkuasaan terhadap kesalahan-kesalahan yang melibatkan kes-kes di laut dan sebagainya.
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Perikanan Malaysia merupakan badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan melaksanakan program pembangunan, pengurusan dan pemuliharaan sumber perikanan negara berasaskan kepada kuasa yang diberikan di bawah Akta Perikanan 1985 dan peraturan di bawahnya. Jabatan Perikanan masih lagi menjalankan aktiviti penguatkuasaan walaupun kerajaan telah mewujudkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada tahun 2006 sebagai agensi penguatkuasaan utama di perairan maritim Malaysia.
Walau bagaimanapun keupayaan Jabatan Perikanan adalah terhad disebabkan kekurangan peruntukan untuk penyelenggara dan menggantikan vessel yang rosak serta menanggung kos penguatkuasaan di laut. Jadi saya suka hendak maklumkan kepada Yang Berhormat semua, semenjak dari tahun 2006 kita telah menunjukkan single authority di laut iaitu APMM. Jadi Jabatan Perikanan tidak lagi dipertanggungjawabkan. Walau bagaimanapun kita masih menjalankan penguatkuasaan secara bersendiri.
Yang Berhormat Labuan mencadangkan mekanisme bantuan untuk sektor pertanian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah pun mempunyai mekanisme bantuan untuk sektor pertanian seperti Skim Insentif Nelayan, geran pemadanan dalam industri asas tani, insentif tangkapan ikan, pembangunan kawasan kelapa, elaun dan sara hidup nelayan, pemindahan teknologi bagi industri makanan, taman kekal pengeluaran makanan serta pakej amalan teknologi tanaman. Walau bagaimanapun kementerian sentiasa mengkaji dan menambah baik mekanisme sedia ada berdasarkan kepada keperluan semasa.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua sedikit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Taiping.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Menteri, izinkan saya mengemukakan isu tadi Yang Berhormat Menteri sebut makan mekanisme bantuan pada sektor pertanian termasuk nelayan. Tahukah sering kali pihak kami di sini menerima aduan daripada warga nelayan. Walaupun kementerian janji untuk bayar elaun tangkapan ikan, satu kilogram 10 sen tetapi saya terima aduan daripada warga nelayan di Hutan Melintang, Pantai Remis dan kawasan nelayan lain di Kuala Sepetang. Ramai nelayan tidak menerima elaun tangkapan ikan ikut jadual masa yang ditetapkan. Ada tunggakan sepanjang lebih daripada lima bulan kepada enam bulan tidak terima. Saya harap kementerian, Yang Berhormat Menteri boleh ambil perhatian dalam perkara ini.
Kedua, Yang Berhormat Menteri saya rasa Yang Berhormat Menteri arif dalam sektor pertanian dan tahu juga sebenarnya bekalan makanan yang dihasilkan oleh petani, pesawah dan penanam sayur juga penanam buah tidak cukup untuk menampung keperluan pasaran domestik. Maka setiap tahun mengikut jawapan yang saya dapat daripada kementerian di Parlimen ini, setiap tahun tanah air kita terpaksa mengimport makanan setinggi nilainya RM32 bilion makanan daripada negara asing demi menampung pasaran domestik untuk keperluan asas rakyat Malaysia.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri jawab seperti pesawah ada subsidi sehektar, semusim. Ada subsidi baja dan subsidi racun
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
perosak. Akan tetapi saya rasa mungkin Yang Berhormat Menteri tersilap pandang sedikit di mana nasib penanam sayur dan buah-buahan tidak diberikan layanan yang adil. Saya berikan contoh, kementerian telah janji setiap kilo buah-buahan yang dihasilkan dan tanaman sayur yang dihasilkan ikut jumlah hasil insentif hasil dan dibayar. Akan tetapi tidak tahu mengapa insentif itu berhenti pada tahun 2010. Sehingga kini ramai lagi sabar menanti bantuan daripada kementerian. Akan tetapi hajat tidak kesampaian.
Oleh kerana itu saya hendak Yang Berhormat Menteri Pertanian yang baru ini boleh atau tidak kita juga memberikan insentif kepada penanam-penanam sayur dan penanam buah-buahan yang juga memberikan sumbangan yang penting kepada rakyat Malaysia supaya mereka mendapat layanan yang adil dan saksama seperti pesawah, nelayan dan petani. Sekian, tolong jelaskan. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih. Mengenai bayaran kepada nelayan, elaun di beberapa kawasan di Perak tadi, saya akan minta pegawai saya menyiasat perkara ini. Jika yang sepatutnya dibayar tetapi tidak dibayar kita akan bayar. Itu no issue.
Tentang import kita melebihi daripada keperluan itu memang benar. Memang kita banyak mengimport bahan makanan termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran dan sebagainya. Kita memang mempunyai pelbagai program yang lama seperti TKPM dan sebagainya. Terbaru untuk meningkatkan pengeluaran untuk produk-produk negara ini misalnya beberapa hari lepas untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan yang bermutu, kita telah mengadakan satu program yang dinamakan Program Tanaman Semula Pokok Buah-buahan. Jika pokok-pokok lama hendak di tebang dan digantikan dengan pokok baru kita akan bagi insentif bayaran harga pokok lama yang ditebang tersebut. Ini supaya menggalakkan kita tanam pokok klon yang baru yang lebih bermutu daripada pokok lama.
Kita juga akan melancarkan program Jom Bertani yang kita akan memperluaskan kempennya di seluruh negara supaya lebih ramai berminat untuk menanam sayur dan sebagainya. Tentang insentif dari segi pengeluaran dan sebagainya itu saya tidak tahu kalau dahulu pernah dijanjikan sebagainya saya akan check semula. Saya akan check semula.
Yang Berhormat Padang Besar mencadangkan agar mengkaji semual agihan kepada subsidi beras. Untuk makluman Yang Berhormat program beras subsidi telah melalui pelbagai fasa perubahan semenjak ianya diwujudkan. Dalam fasa pertama perniagaan beras subsidi adalah melalui pengilang dan BERNAS. Fasa kedua menyaksikan subsidi diagihkan mengikut pemborong. Fasa ketiga pula akan berkuat kuasa pada 1 April 2014 akan datang memberi lebih penekanan kepada agihan di peringkat runcit bagi memastikan beras subsidi sampai kepada golongan sasar.
Saya tidak hendak ada perbincangan ini. Cuma saya hendak sebutkan yang keperluan beras tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Alor Star tadi.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Keperluan beras negara kita adalah 180,000 sebulan dan untuk beras ST15 keperluannya adalah 60,000 sebulan. Bukan 6,000 sebenarnya. Yang Berhormat Alor Star tertinggal satu kosong tadi.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Itu daripada 2009.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya?
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Mungkin sekarang dia punya figure tukar.
Yang saya quote itu 2009.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tahun 2009 kalau dahulu mungkin lagi bertambahlah rakyat semakin ramai. Rakyat semakin bertambah. Kalau dahulu 60,000 mungkin naik jadi 70,000. Kita akan kaji mungkin tambah lagi.
Yang Berhormat Padang Besar dan Yang Berhormat Kubang Pasu telah mencadangkan agar diwujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara. Kita menghargai cadangan tersebut dan kita mengambil maklum dan sedang membuat kajian.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Simpang Renggam mencadangkan agar dicontohi teknologi pertanian di Taiwan dan China. Ini tentu duta khas ke Taiwan ini seronok. Kerajaan Malaysia tidak mempunyai...
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Bangun]
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Belum habis lagi. Saya baca dahulu. Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang memorandum of understanding dengan Kerajaan Taiwan dalam bidang kerjasama pertanian. Walau bagaimanapun, sebagai langkah pendedahan kepada pegawai sebagai sebahagian daripada perkongsian teknologi dan kepakaran, MARDI sebagai institusi penyelidikan pertanian di Malaysia telah mengambil inisiatif dengan membangunkan kepakaran pegawai penyelidik di MARDI melalui program- program latihan pembangunan modal insan dan kerjasama penyelidikan mengenai sayur- sayuran dan buah-buahan dengan institusi- dengar sini Yang Berhormat Bintulu, dengan institusi penyelidikan agensi berkaitan di Taiwan.
Antara institusi penyelidikan agensi yang terlibat dalam program kerjasama tersebut adalah seperti berikut:
(i) Asian Vegetable Research and Development Centre - kerjasama penyelidikan sayur-sayuran;
(ii) National Taiwan University (NTU) – kerjasama penyelidikan limau dan pisang;
(iii) National Chongqing University Taiwan – kerjasama penyelidikan betik;
(iv) Taiwan Banana Research Institute – kerjasama penyelidikan pisang; dan
(v) Taiwan Agriculture Research Institute (TARI).
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Memang jawapan kita tahu dan seronok kita dengar, tapi saya tahu Yang Berhormat Menteri ini memang kerja kuat sama dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri tapi haraplah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini bukan Menteri kongkalikung.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ya, itulah saya harap Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Menteri baik ini.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
...Janganlah nanti masuk kongkalikung punya kriteria. Yang Berhormat Menteri, dalam sektor pertanian ini kita tidak boleh nafikan Taiwan, negara China memang mereka hebat dalam sektor ini.
Saya rasa kita mesti mahu ambil serius perkara ini. Macam contoh MARDI dua penggal yang lalu saya ada cadang, dia mestilah mahu ambil research contoh macam baja fertilizer mestilah lihat betul-betul. Do proper research dengan izin. Jangan kita kongkalikung sahaja. Mereka selalu baja ini contoh macam fertilizer apa jenis sayur- sayuran dia guna apa punya fertilizer. Apa punya buah-buahan dia guna apa punya fertilizer tapi kita punya nampak semua satu kongkalikung semua sama punya fertilizer. Tidak ada perbezaan. Itulah kita tengok petani-petani mendapat hasil tidak begitu hebat.
Perkara ini kita mesti mahu lihat. Saya mahu minta Yang Berhormat Menteri jangan pegawai sahaja turun padang ataupun pergi Taiwan ataupun negara China jangan pegawai sahaja pergi. Yang Berhormat Menteri sendirilah turun padang ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri, turun padanglah. Kita pergi lihat sendiri faham teknologi semua. Jangan kongkalikung semua minta laporan sahaja. Tapi saya tahu Yang Berhormat Menteri ini rajin tapi mestilah dalam sekarang kita pegang jabatan ini tolong petani-petani di negara kita.
Yang Berhormat Menteri tolong bagi penjelasan sedikit. Setujukah?
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih. Untuk negara China memang kita akan mengadakan MoU dengan segera dan saya sendiri akan ke China pada bulan April nanti untuk mengadakan perbincangan dua hala mengenai kerjasama pertanian.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Insya-Allah kita juga dari segi Taiwan itu kita akan lihat dan kita tahu Taiwan pun merupakan satu negara yang amat berjaya di dalam bidang pertanian.
Yang Berhormat Sabak Bernam telah membangkitkan beberapa isu di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Yang pertama mengenai pemantauan penyembelihan ayam untuk dijual di pasaran. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini pusat penyembelihan ayam di luar pihak berkuasa tempatan seperti loji penyembelihan ternakan swasta bertaraf komersial...
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Sudah jawab?
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sudah jawab, sudah jawab. Adalah di bawah pemantauan Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau JPV. JPV dengan kerjasama pelbagai agensi sudah menyediakan garis panduan penyembelihan ayam di kawasan PBT. Garis panduan sudah dibentang kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan dimaklumkan kepada PBT untuk dikuatkuasakan. JPV juga telah membentangkan kertas kerja kepada Exco Pertanian Negeri untuk melaksanakan pelesenan pusat penyembelihan ayam di kawasan PBT melalui enakmen perladangan unggas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Panjang lagi Yang Berhormat Menteri?
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sudah mahu habis sudah. Yang keduanya adalah bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi beberapa langkah sedang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran padi. Detailnya saya akan beri secara bertulis.
Saya ada satu yang penting saya hendak sebut di sini sebelum kita keluar iaitu Yang Berhormat Alor Star telah membangkitkan isu berkaitan dengan penyahsenaraian...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta laluan, sedikit.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang mana?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Berkaitan dengan masalah hasil pertanian. Berkaitan dengan ternakan hasil daging.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Daging? Daging sudah lepas.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Ya terlepas fasal saya ingat akan ada point itu.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tidak apa. Saya selesai yang ini dahulu.
Selesai yang ini dahulu ya? Yang Berhormat Alor Star telah pun membangkitkan isu mengenai penyahnaraian BERNAS dan kebimbangan daripada beberapa pihak di sebelah pembangkang tentang nasib pesawah dan sebagainya seolah-olah kerajaan membiarkan nasib pesawah terumbang-ambing apabila berlaku penyahnaraian BERNAS. Sebenarnya ia tidak akan berlaku. Kerajaan akan pastikan bahawa nasib pesawah akan terus dibela dan dijaga.
Ahli-ahli Yang Berhormat, BERNAS mempunyai perjanjian konsesi dengan kerajaan dan dalam perjanjian konsesi itu terdapat lima perkara yang dijanjikan untuk menjaga kepentingan pesawah-pesawah. Apabila berlaku penyahnaraian ataupun dengan izin delisting, apabila berlaku delisting BERNAS ia tidak mengubah perjanjian tanggungjawab BERNAS kepada pesawah. Apa yang perlu dijaga oleh kerajaan ialah dari segi janji dan tanggungjawab BERNAS untuk menjaga kepentingan pesawah. Soal apa yang berlaku dari segi struktur syarikat BERNAS dan sebagainya itu adalah soal perniagaan BERNAS. Yang kita hendak jaga ialah tanggungjawab dan janji BERNAS kepada kerajaan untuk menjaga kepentingan pesawah. Apabila berlaku pertukaran dari segi struktur syarikat itu apabila dikeluarkan daripada bursa, perjanjian di antara BERNAS dan kerajaan masih lagi kekal.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Malah BERNAS telah memberikan undertaking bahawa semua di dalam agreement itu dari segi tanggungjawab dan janjinya ianya masih lagi kekal, tidak ada perubahan. Tidak ada perubahan daripada apa yang dipertanggungjawabkan. Ada lima tanggungjawab dia.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
(i) Mengurus dan mengekalkan stok penimbal negara pada setiap masa, still kekal;
(ii) Menguruskan semua pusat belian padi;
(iii) Menjadi pembeli terakhir padi pada harga minimum terjamin iaitu RM750 satu tan metrik;
(iv) Menguruskan skim subsidi harga padi dan insentif peningkatan hasil; dan
(v) Menguruskan skim kilang-kilang bumiputera.
Itu sahaja perkara yang dijanjikan oleh BERNAS yang termaktub di dalam agreement konsesi. Saya tahu ramai di antara kita menyangka seolah-olah BERNAS ini menjaga keseluruhannya termasuk membangunkan sawah, termasuk membangunkan infra. Membangunkan infra, sawah dan sebagainya adalah merupakan tanggungjawab kerajaan melalui agensi-agensi yang ada seperti MADA, KADA, EIDA dan sebagainya.
Jadi tidak timbul isu apabila BERNAS sudah delisted nanti maka pesawah tidak dijaga kerana agreement masih lagi kekal seperti yang ada sebelum...
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
[Bangun]
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ada dua yang bangun. Yang Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat Alor Star.
Dato' Sri Ismail bin Yaakob
Yang Berhormat Alor Star dan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dato' Sri Ismail bin Yaakob
Silakan.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Saya dahulu sedikit sahaja, saya sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Bagaimana pula dengan yang dijanjikan oleh bekas Menteri Kewangan Permatang Pauh saham NAFAS, saham MADA dan NEKMAT tadi. Itu saya mohon dijawab. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Alor Star.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Yang Berhormat Menteri, saya- ini adalah satu perkara yang cukup serius. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri, BERNAS ini adalah satu perjanjian konsesi yang mempunyai lima tanggungjawab. Akan tetapi apakah yang telah pun berlaku, BERNAS ini tujuan asalnya sudah lari daripada tujuan, daripada sekarang ini BERNAS bukan sama syarikat yang seperti dahulu. Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi.
Sebelum ini apabila BERNAS ditubuhkan, 45% saham dibagikan kepada stakeholders seperti MADA, KADA, NAFAS, NEKMAT. Saham-saham ini diberikan kepada mereka bukan untuk mendapat keuntungan tetapi untuk memastikan bahawa hala tuju BERNAS dalam memenuhi tanggungjawab-tanggungjawab dalam perjanjian konsesi yang disebutkan tadi ditunaikan. Akan tetapi sekarang syarikat yang kita hendak bantah ini yang kita tidak gembira ini adalah syarikat sekarang telah pun diswastakan kepada Syed Mokhtar. Apabila syarikat diswastakan kepada satu syarikat ataupun yang profit driven maka dia punya matlamat, tujuan semuanya akan berpandukan keuntungan. Tidak ada check and balance lagi.
Lagi satu perkara delisting apabila berlakunya delisting syarikat ini akan tidak lagi dipertanggungjawabkan untuk kita panggil public scrutiny. Tidak bertanggungjawab lagi untuk memberi laporan-laporan kepada Security Commission. Syarikat BERNAS nanti boleh buat apa sahaja yang dia hendak buat. Akan tetapi perkara yang lebih serius daripada itu adalah kenyataan Menteri sendiri, kenyataan Menteri yang dilaporkan dalam BERNAMA pada 26 November untuk menyenangkan perasaan bimbang rakyat.
Yang Berhormat Menteri keluarkan satu kenyataan, katakan bahawa BERNAS telah pun mengeluarkan satu written pledge, satu aku janji bertulis dan dilaporkan di sini, Minister of Agriculture, Dato' Sri Ismail bin Yaakob said, “The written pledge which received
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
from BERNAS also said the delisting was temporary until the company’s restructuring is completed. BERNAS want to be- after the completion of the restructuring BERNAS will be relisted on Bursa Saham with NAFAS and NEKMAT each getting a 5% share holding in the company which is more than before.” Akan tetapi kenyataan sendiri Yang Berhormat Menteri telah pun disangkal oleh BERNAS pada 11 Februari dalam pengumuman kepada Bursa Saham. Dinyatakan di sini pengumumannya, “We refer to the letter from Bursa Malaysia Security Berhad.” Ini adalah jawapan daripada BERNAS dated 10 February, “In relation to the above mentioned article which is published on 22 of the Edge Malaysia dated 10 February 2014. In response to your query after doing query with our Directors and major shareholders, the Board of Directors of Padi Beras Nasional Berhad which is to inform as at of today the company is not aware of any return arrangement of the following. Number one any corporate restructuring that include and in pending relisting plan. Ini adalah kenyataan Menteri sendiri.
Number two, where National Farmers Organisation (NAFAS) and the National Fisherman Association where eventually hold a 5% stake each in the newly listed company. Jelas dinafikan oleh BERNAS kenyataan Yang Berhormat Menteri. Ini bukan sahaja nafi dalam surat pekeliling Independent Advice Secular issued by KAF Investment Bank Berhad yang dikeluarkan oleh BERNAS. Dalam executive summary mereka kepada pemegang- pemegang saham dinyatakan di sini, “We noted that as at the offer document LPD there is no corporate restructuring of BERNAS that includes and in pending relisting plan and this is very important.” Cuma kenyataan Menteri dinafikan. Menteri kena jawab kenapa ada percanggahan ini? Siapa yang cakap benar ini? Ini sebab apabila kenyataan ini dibuat adalah untuk meyakinkan pemegang-pemegang saham untuk menjualkan saham-saham mereka.
Apabila perkara ini dibangkitkan sekali lagi beberapa hari lalu Yang Berhormat Menteri sendiri menjawab kepada BH, “Sometimes they think that BERNAS can and cannot reveal.” This is outrages. We do not want any more bad room’s deal.” Kesemua aku janji- aku janji mestilah dikemukakan di Parlimen. Kita hendak tahu butir-butir bagaimana nasib petani-petani ini akan dipelihara dan bukan diperjudikan dan dijualkan kepada syarikat Syed Mokhtar.
Dato' Sri Ismail bin Yaakob
Okey. Isunya apa? Isunya apa yang kita hendak bincangkan ini? Isunya yang kita hendak bincangkan ini adalah adakah nasib petani akan berubah, tidak dijaga selepas BERNAS delisting atau tidak. Itu yang menjadi pokok persoalannya. Sekarang ini adakah nasib petani akan berubah, itu isu dia. Saya sudah sebutkan tadi bahawa BERNAS terikat dengan perjanjian. Apa yang berlaku sebelum delisting sama dengan yang berlaku selepas delisting dari segi menjaga kepentingan petani dan pesawah. Dalam agreement covenant di bawah clause...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Alor Star bagi peluang Menteri jawab dahulu.
Dato' Sri Ismail bin Yaakob
Yang Berhormat Alor Star jangan kita hendak berbahas. Duduklah. Yalah maksudnya ini bukan bertengkar pergi balik pergi balik macam ini, saya selesaikan dahulu. Obligasinya di bawah seksyen 4.1 perjanjian BERNAS ada disebutkan tentang obligasi-obligasi BERNAS kepada pesawah-pesawah. Clear di dalam perjanjian tersebut dan perjanjian tersebut masih lagi terpakai apabila BERNAS delistingkan, dinyahsenaraikan. Jadi bermakna apa yang dijanji sebelum delisting sama juga keadaannya selepas delisting. Jadi soalnya yang kita takutnya adalah nasib pesawah.
Nasib pesawah akan dijaga sama seperti sebelum dan selepas. Ini isu yang patut kita persoalkan. Apa yang kita hendak persoalkan soal NAFAS jual share dan sebagainya.
Okey saya hendak sebut, saya hendak sebut.
Dato' Sri Ismail bin Yaakob
Ada dua isu sekarang ini. Soal isu perniagaan dan satu lagi isu soal menjaga kepentingan pesawah. Saya sudah sebut soal kepentingan pesawah sudah pun saya sebut bahawa agreement itu jelas. BERNAS tertakluk kepada agreement yang ditandatanganinya.
Tidak ada perubahan. Ini kerana dari segi Akta Syarikat, tidak ada perubahan dari segi entiti kerana BERNAS merupakan syarikat berhad sebelum listing. Ia terus menjadi syarikat berhad selepas listing. Jadi entitinya sama. Jadi agreement still stand. Itu perkara dari segi legal.
Dato' Sri Ismail bin Yaakob
Akan tetapi perubahan dari segi NAFAS. Apa yang berlaku kepada NAFAS?
NAFAS membeli saham 18 tahun lepas dengan harga RM200,000, dan menguasai syer sebanyak 3.7%. Minority shareholders di dalam syarikat berhad tersebut. Di dalam Public Listed Company- minority shareholders. Tidak ada say, tidak ada suara di dalam Board dan sebagainya tidak ada. Minority shareholders maknanya setahun sekali tunggu mesyuarat sahajalah baru boleh bercakap. Itu suara minoriti.
NEKMAT- 3.3% pegangan NEKMAT. Harga beli RM200,000. Tawaran yang dibuat oleh BERNAS kepada NAFAS adalah RM67 juta daripada modal RM200,000, mereka dapat RM67 juta, berbanding dengan 3.7% minority shareholders yang tidak ada suara di dalam syarikat tersebut. Saya rasa ini...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
...Biar saya terangkan dahulu. Saya akan beri jalan. NEKMAT mendapat RM59.5 juta daripada tawaran yang diberikan oleh BERNAS.
Perkara ini dibawa ke dalam EGM. Masuk ke dalam EGM NAFAS, masuk ke dalam EGM NEKMAT dan perkara ini telah pun dipersetujui di dalam Mesyuarat EGM tersebut. Ini adalah business deal oleh NAFAS dan juga NIKMAT. Mereka bersetuju.
Jadi Ahli Yang Berhormat hendak suruh saya reverse decision yang dibuat oleh ahli, hendak mengatakan saya gunakan kuasa Menteri untuk reverse decision yang dibuat oleh NEKMAT dan NAFAS sewaktu EGM. Kalau saya reverse, Yang Berhormatlah orang pertama yang tuduh saya menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri- reverse decision yang dibuat oleh NEKMAT dan juga NAFAS [Tepuk] Ini adalah EGM, prosedur di dalam perniagaan. Tadi Yang Berhormat dari mana tadi yang sebut pasal KADA dan MADA. Memang KADA dan MADA diberi saham sewaktu permulaan listing tersebut. KADA mendapat 5.5%. MADA dapat 6.11%. Akhirnya pada 21 Oktober 2003, MADA menjual syer mereka dengan hanya harga- mendapat pulangan RM5.2 juta, sedangkan itu di bawah KADA- KADA dapat RM5.2 juta, MADA iaitu 6.11% menjual pada 15 Julai 2003, dengan hanya RM5.8 juta. Mana suara-suara daripada pihak pembangkang? Kenapa tidak pertahankan saham itu dijual waktu itu- dengan harga RM5.2 juta, harga RM5.8 juta sedangkan sekarang BERNAS, NAFAS mendapat RM67 juta dan NEKMAT mendapat RM59.5 juta. Itu lebih baik daripada jualan yang dibuat oleh MADA, KADA dan sebagainya. Jadi saya rasa tidak timbul isu ini.
Oleh sebab itu saya katakan kita perlu lihat kepada...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Yang Berhormat...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kita perlu lihat kepada dua isu. Isu perniagaan dan yang satu lagi isu menjaga kepentingan pesawah. Di dalam soal ini, pesawah dijaga isunya, dijaga kepentingan mereka melalui perjanjian yang tidak terbatal akibat daripada delisting ini. Jadi isunya semua pihak mendapat keuntungan daripada apa yang...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Yang Berhormat, Yang Berhormat masih lagi menyeleweng, you have swing. Okey isu yang kita hendak dengar, jawapannya adalah sama ada, ada written pledge atau tidak daripada BERNAS? BERNAS telah menafikan. Itu yang pertama. Kedua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Alor Star, tidak payah cekak pinggang.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Okey Tuan Yang di-Pertua dengan hormatnya ini adalah isu yang cukup penting. Minister mempunyai satu tanggungjawab fiduciary apabila dia mengeluarkan kenyataan umum hendak meyakinkan pemegang- pemegang saham menjual saham mereka. Dia kata ada satu written pledge. Ini dinafikan oleh BERNAS. So apakah yang sebenarnya? Kalau tidak, ini menunjukkan bahawa kerajaan telah pun mengkhianati petani-petani dan pesawah padi di Malaysia [Tepuk] Oleh sebab ada jaminan di dalam sana bahawa dalam written pledge yang dikatakan ada nanti restructuring, re-listing, NAFAS dan NEKMAT akan diberi 5% saham dalam syarikat baru. Ini yang cukup penting yang mesti dijawab.
Kedua, kita lihat tadi ‘kau’ kata bahawa...
[Dewan riuh]
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
“Menteri”- minta maaf.
Menteri kata bahawa, BERNAS mesti bertanggungjawab kepada kerajaan kerana mereka
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
ada golden share. Akan tetapi kita lihat sampai hari ini kerajaan telah pun hilang kawalan BERNAS. Sehingga hari ini, 91% lebih syarikat BERNAS dikuasai oleh satu individu yang capitalistic a capitalistic individual. Apa yang kita lihat di sini?
Kalau kita lihat dalam Laporan Kewangan BERNAS sahaja, mereka membeli setiap tahun daripada syarikat subsidiary mereka- Central Sugar Refinery, satu subsidiary Tradewind. Dalam tahun 2012, mereka membeli barangan sejumlah RM60 juta barangan daripada BERNAS yang dijual kepada Syed Mokhtar, Tradewind. Dalam tahun sebelum itu, RM55 juta barangan dijual kepada Central Sugars.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya jangan panjang sangat.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Buat business yang tidak fokus dalam industri beras, buat business lain untuk menguntungkan Syed Mokhtar. Kenapa begitu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
...Apabila syarikat diswastakan dan berpandukan keuntungan, seperti Menteri sendiri keluarkan kenyataan untuk menegur BERNAS supaya jangan potong beras yang tinggi-tinggi daripada petani sampai 40%. That is the problem.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Alor Star, bagi peluang Menteri jawab.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
So yang penting Yang Berhormat Menteri tolong jawab, kenyataan yang bercanggah. Adakah BERNAS mengeluarkan satu kenyataan written pledge? Itu yang kita hendak tahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sehingga pukul 1 ya Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey saya jawab last. Jawapan saya yang lain secara bertulis. Written pledge memang ada daripada Syed Mokhtar kepada saya...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Personal?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya gerenti, personal guaranty.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kepada Yang Berhormat Menteri secara peribadi atau pun kepada Kerajaan Malaysia?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kepada saya selaku Menteri Pertanian.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Surat itu, pledge itu dialamatkan kepada Menteri?...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
...Menteri Pertanian.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Penjelasan- pasal disebut, “secara peribadi”...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, saya tidak panggil pun.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Bukan- sebab saya. Saya minta kepada individu kerana kita hendak sebagai personal guaranty, pledgenya...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Maksudnya Tan Syed Mokhtar tipulah kepada rakyat apabila dia menafikan kenyataan Menteri?
Kedua, apakah terma-terma dalam Surat Akujanji ini, kita hendak tahu? Dedahkan kepada public untuk Parlimen buat scrutiny [Tepuk] Jangan buat behind backdoor deal. Itu kita tak nak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kedua apa tadi?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Akuanji.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Akujanji?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Terma-terma dan syarat-syarat written pledge itu kena dikemukakan kepada rakyat untuk dinilai apa itu. Kita tidak tahu pun apa perkara dalam surat itu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Perkara ini hanya melibatkan kepentingan.
Tadi pun sudah kata hanya melibatkan kepentingan petani. Petani ini diwakili oleh NAFAS, NIKMAT dan sebagainya. Jadi tidak perlu kita dedahkan kepada seluruh rakyat yang tidak punya kepentingan. Kita dedahkan kepada NAFAS, NEKMAT dan sebagainya iaitu yang ada kepentingan sahaja. Kenapa hendak sebut dan beritahu kepada seluruh rakyat?
Saya boleh beri kepada NAFAS saya boleh bagi kepada NEKMAT kerana mereka yang mempunyai kepentingan di dalam BERNAS ini. Kenapa hendak beritahu semua orang yang tidak ada interest, tidak perlu ada.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Apa salahnya? Apa salahnya beritahu semua orang?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Bukan soal apa salahnya tetapi soal apa perlunya?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Menteri, ini kepentingan awam Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya pukul 1 Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
No. Oleh sebab itu saya katakan, orang yang tanam pokok buah, tidak ada kepentingan dengan BERNAS dan sebagainya. jadi saya boleh beri kepada NAFAS...
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Beras isu nasional. Apa salahnya?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Ini adalah isu kepentingan awam Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Pukul 1.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Pukul 1?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jadi sudah pukul 1. Banyak lagi yang saya patut jawab...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Masa menyelamatkan Menteri hari ini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tidak ada. Saya ...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Menteri sudah jawab panjang lebar daripada semalam Yang Berhormat Kapar.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Daripada semalam lagi saya sudah jawab, hampir dua jam setengah. Saya tidak akan lari dari segi menjawab soalan. Don’t worry. Itu perkara biasa, don’t worry. Akan tetapi kerana masa sudah habis. Saya kalau boleh sambung petang ini boleh sambung tetapi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Jawapan bertulis.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jawab bertulis?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ini arahan Tuan Yang di-Pertua...
[Ketawa] Bukan kehendak saya. Kehendak saya, saya boleh berbahas.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Sekarang Tuan Yang di-Pertua membantu, bagus.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya saya membantu semua orang.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Kepada Yang Berhormat Alor Star, kepada sesiapa yang masih lagi rasa tidak puas hati dan memerlukan penjelasan seterusnya, kita masih lagi berpeluang untuk mendapatkan penjelasan di luar Dewan dan sebagainya. Di dalam Dewan ini saya Menteri Pertanian, di luar Dewan pun masih lagi Menteri Pertanian yang boleh mengemukakan jawapan-jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya terima kasih Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Yang Berhormat. Kita tempohkan Mesyuarat kita sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Kementerian Pertahanan.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu Kementerian Pertahanan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Titah Diraja berkaitan dengan Kementerian Pertahanan. Mana-mana cadangan-cadangan dan idea-idea yang bernas yang mampu menambah baik pengurusan kementerian ini akan diambil kira dan di dalam perbahasan ini juga kita akan memastikan bahawa semua berkaitan dengan rahsia-rahsia ketenteraan pertahanan negara akan dapat dilindungi.
Ahli Yang Berhormat, untuk meneruskan perbahasan ini, marilah saya bawa kepada beberapa persoalan yang dibawa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertama, daripada Yang Berhormat Lumut. Yang Berhormat Lumut ada membangkitkan berkaitan dengan penganugerahan tanah kurnia kepada anggota ATM yang berjasa kepada negara berdasarkan kepada PMAT Bil.7/1973.
Untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bil.7/1973 ini adalah diguna pakai sehingga sekarang. Walau bagaimanapun, perlulah dijelaskan bahawa PMAT ini hanyalah merupakan satu garis panduan akan tatacara memohon tanah kerajaan oleh anggota atau veteran ATM. PMAT tidak mempunyai kuasa pemutus kerana permohonan haruslah dikemukakan kepada kerajaan negeri masing-masing dan kerajaan negerilah yang mempunyai kuasa sama ada mereka dapat meluluskan kelulusan tanah terhadap sesiapa anggota tentera ataupun anggota veteran yang memohon tanah tersebut.
Yang Berhormat Lumut juga ada membangkit berkaitan dengan...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh? Berkaitan dengan isu yang dijawab tadi.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Ya.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Saya ingin penjelasan, setakat ini berapakah permohonan yang telah dikemukakan berkaitan dengan isu itu dan berapa orangkah anggota yang telah mendapat manfaat daripada peruntukan yang telah sediakan setakat ini?
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Seperti mana saya jelaskan sebelum ini juga bahawa kelulusan ini adalah daripada kerajaan negeri dan kita tidak ada maklumat sama ada berapa yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan-kerajaan negeri. Akan tetapi, yang penting di sini ialah peranan kerajaan negeri sendiri kerana bidang tanah adalah bidang
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
kuasa kerajaan negeri dan kita berharap semua kerajaan negeri yang bersimpati dan prihatin terhadap anggota tentera kita dapat memberikan tanah ini khususnya bagi kediaman mereka ataupun bagi kegunaan-kegunaan tertentu.
Yang Berhormat Lumut ada membangkitkan berkaitan dengan Dasar Pertahanan Negara sama ada ianya perlu kelulusan Parlimen. Untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya kita telah pun mempunyai Dasar Pertahanan Negara yang telah dirangka dan digubal setiap masa yang menggunakan kepakaran sektor keselamatan dan pertahanan tempatan. Bagaimanapun, Dasar Pertahanan ini telah pun diguna pakai sebagai garis panduan kepada kementerian bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin dan kementerian juga berpandangan bahawa isu Dasar Pertahanan Negara ini tidaklah sewajarnya dibincangkan secara terbuka dan biarlah tenaga pakar pertahanan dan keselamatan tempatan yang layak melakukannya.
Sukacita dimaklumkan juga bahawa Dasar Pertahanan Negara ini akan sentiasa dinilai dan dikaji berdasarkan keperluan semasa kini dan masa depan agar ianya sentiasa relevan untuk sepanjang masa.
Yang Berhormat Bachok ada membangkitkan berkaitan dengan aktiviti exercise tentera Amerika Syarikat yang dikesan berlaku di Kelantan baru-baru ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kehadiran tentera Amerika bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia di Kelantan selama dua minggu pada tahun ini adalah merupakan aktiviti exercise ataupun aktiviti latihan tahunan iaitu exercise crisis strike yang bermula 18 hingga 21 Mac 2014 dan akan diadakan lagi pada 17 hingga 29 September 2014.
Itu Markas Dua Divisyen, Markas 8 Bridget serta markas tentera darat terlibat dalam exercise ini iaitu tentera Amerika daripada USARPAC ataupun Pacific Command yang berpangkalan di Hawaii telah terlibat dalam exercise ini dan ianya melibatkan senario bencana alam seperti banjir dan juga jungle warfare. Manakala Malaysia dapat juga mempelajari berkaitan dengan urban warfare di dalam exercise yang dilaksanakan secara bilateral di antara Malaysia dengan Amerika.
Yang Berhormat Raub ada membangkitkan berkaitan dengan kertas putih bagi isu pencerobohan Lahad Datu. Saya fikir perkara ini telah pun saya jawab dalam Dewan yang mulia ini bahawa memandangkan bahawa kes-kes mahkamah sedang berjalan khususnya melibatkan SOSMA, maka kertas putih pada masa ini adalah tidak sesuai kerana ianya akan menjadi subjudice kepada perbicaraan yang sedang berjalan. Justeru, bagi pertimbangan bagi keperluan mengadakan kertas putih ini, ia akan dipertimbangkan kesesuaiannya secara serius selepas selesai perbicaraan berkenaan yang turut melibatkan agensi-agensi dan kementerian-kementerian lain seperti kementerian, selain daripada Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan juga Majlis Keselamatan Negara.
Yang Berhormat Tasek Gelugor ada membangkit berkaitan dengan pemindahan pangkalan udara Butterworth. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan perpindahan dan pembangunan semula Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Butterworth, Pulau Pinang ini secara prinsipnya adalah ia telah dijalankan melalui kaedah land swap di antara Syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera-TSR Capital Pvt JV.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Sebagai balasan, pihak TUDM akan membina semula facility Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu Pangkalan Udara Butterworth di tanah yang dicadangkan yang masih lagi belum dimutakhirkan.
Perkara ini masih lagi dibawa ke pengetahuan EPU dan UKAS untuk diteliti dari segi kesesuaiannya dan juga apakah faedah-faedah maksimum yang boleh diperoleh oleh pihak kerajaan daripada projek land swap ini. Kesemua persetujuan kedua-dua belah pihak akan diputuskan setelah cadangan dan persetujuan balas kedua-dua pihak dimuktamadkan...
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Penjelasan.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Ya. Sila.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Tuan Yang di-Pertua. Ya, terima kasih. Saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan dengan cadangan penswastaan TUDM Butterworth ini. Apakah kerajaan telah pun membuat kajian impak sama ada
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
ekonomi ataupun sosial demografi dan sebagainya apabila kerajaan bersetuju secara prinsipnya untuk melakukan projek penswastaan tersebut.
Kemudian yang keduanya, kita juga ingin mengetahui ke manakah sebenarnya tapak baru TUDM ini akan dibuat kerana ia akan menimbulkan pelbagai persepsi dan juga pelbagai perkara yang ingin diketahui oleh rakyat. Sehingga kini rakyat boleh dikatakan amat tidak bersetuju dengan cadangan penswastaan tersebut kerana yang pertamanya dari segi faktor keselamatan.
Kita juga hendak mengetahui daripada pihak Yang Berhormat Menteri, kenapa kita tidak boleh mempertahankan tanah TUDM sejumlah seluas 1,007 ekar tadi sebagai satu kawasan pertahanan ketenteraan yang strategik. Ini kerana kita juga dimaklumkan bahawa kebanyakan airforce base adalah diletakkan di lokasi berhampiran dengan laut kerana faktor cuaca dan juga faktor tidak ada kabus untuk tujuan penerbangan pada waktu-waktu terdesak.
Jadi apa rasionalnya perlu kerajaan menerima cadangan pihak swasta untuk melakukan land swap tadi dan apakah tidak boleh pihak swasta yang berkenaan kalau dia mempunyai modal yang banyak pun, biarlah dia majukan kawasan-kawasan lain iaitu di kawasan-kawasan yang belum dimajukan. Jadi janganlah pihak kerajaan tertarik sangat dengan tawaran-tawaran pihak swasta tadi sehinggakan kerajaan tidak lagi mempedulikan tentang nasib rakyat di kawasan Teluk Air Tawar, Tasek Gelugor dan juga masalah sekuriti tadi. Jadi mohon penjelasan. Terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Sebenarnya seperti yang saya jelaskan tadi bahawa agensi-agensi bukan sahaja Kementerian Pertahanan tetapi juga EPU dan UKAS terlibat dalam penilaian-penilaian berkaitan dengan cadangan-cadangan ini. Cadangan-cadangan ini seperti yang saya jelaskan tadi belum dimutakhirkan lagi dan mungkin pendapat-pendapat tertentu boleh juga diambil untuk melihat dari segi viability projek ini.
Cuma yang saya ingin jelaskan tadi bahawa lokasi projek ini adalah lebih kurang 14 kilometer dari lokasi sedia ada iaitu di kawasan tanah PERDA. Ini adalah merupakan kawasan yang telah dikenal pasti sebagai tanah balasan ataupun PU Butterworth daripada apa yang ada sekarang ini ataupun pangkalan udara Butterworth yang akan digantikan di situ. Salah satu daripada alasan yang diberikan berkaitan dengan cadangan pembinaan ini selain daripada untuk merancakkan lagi pembangunan bandar dan juga ekonomi di kawasan tersebut ia juga adalah terlibat dengan masalah restriction height. Seperti mana yang kita tahu bahawa apabila satu pangkalan udara wujud di kawasan tersebut maka akan ada timbul masalah dari segi perancangan bandar di kawasan tersebut kerana ia akan melibatkan banyak restriction height iaitu pembangunan khususnya bangunan-bangunan tinggi tidak dapat dibenarkan di kawasan-kawasan tersebut. Oleh sebab itu kerajaan dapat melihat bahawa cadangan ini boleh dipertimbangkan.
Selain daripada itu juga, apabila satu pangkalan udara baru dapat dibina, ia akan dapat memberikan kemudahan-kemudahan yang lebih baik daripada kemudahan sedia ada iaitu kemudahan-kemudahan yang lebih baru yang kita boleh pohon dan minta di dalam land swaps tersebut dan memastikan supaya syarikat-syarikat ini dapat memberikan kemudahan yang jauh lebih baik setara dengan nilai tanah balasan seperti mana yang kita beri tersebut.
Walau bagaimanapun, kebimbangan Yang Berhormat itu adalah merupakan sesuatu yang boleh direkodkan dan ia mungkin sedikit sebanyak akan memberikan mungkin sebagai seorang Ahli Yang Berhormat di situ, Yang Berhormat bolehlah memberikan pandangan-pandangan kepada pihak-pihak tertentu berkaitan dengan isu ini.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Sikit lagi, sikit lagi penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Cadangan untuk mengambil alih tanah PERDA, ini adalah satu cadangan yang betul-betul tidak munasabah kerana tanah-tanah PERDA itu juga adalah tanah-tanah yang telah diambil alih oleh pihak kerajaan bagi tujuan pembinaan rumah- rumah bagi penduduk-penduduk di sekitar Pulau Pinang, Seberang Perai dan sebagainya.
Jadi kalaulah tanah itu digunakan sebagai tapak lapangan terbang, kemudian tanah yang sedia ada lapangan terbang di TUDM Butterworth ditukar sebagai satu konsep pembangunan moden, sebagaimana yang dimaklumkan oleh pihak swasta yang hendak buat, mengatakan konsep yang akan digunakan adalah konsep art and leisure.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Jadi dengan kos ada yang mengatakan RM13 bilion, ada yang mengatakan RM10 bilion, ada yang mengatakan RM30 bilion kita belum pasti, tetapi sudah barang pasti rumah-rumah yang akan dibina di kawasan tapak lama TUDM itu adalah merupakan rumah-rumah mewah, rumah-rumah yang tidak mampu dimiliki oleh penduduk-penduduk tempatan. Sedangkan tanah yang sedia ada iaitu di tanah PERDA yang berkenaan itu sebenarnya tanah-tanah yang kita rancang sejak daripada 20 tahun yang lepas untuk tujuan pembangunan rumah-rumah mampu milik, rumah kos rendah untuk rakyat-rakyat tempatan.
Jadi apakah kerajaan tidak terasa untuk membantu rakyat di negeri Pulau Pinang ataupun membiarkan pihak-pihak atau pun company sebagaimana yang kita sebutkan TSR Capital dan sebaginya. Saya juga minta supaya kerajaan supaya mendedahkan siapa TSR Capital ini? Siapa Bukit Timah Development ini dan apa prestasi syarikat-syarikat mereka kerana kalau kita melihat, saya difahamkan syarikat-syarikat itu bukanlah merupakan syarikat-syarikat yang kuat ataupun syarikat yang kukuh. Jadi keadaan ini perlu juga disemak oleh pihak kerajaan.
Kemudian yang seterusnya adalah kenapa TSR Capital boleh membuat pengumuman kepada Bursa Saham tentang kelulusan yang telah diperolehnya daripada pihak kerajaan Malaysia? Kalaulah pihak Kerajaan Malaysia masih berada pada status tidak memberikan kelulusan sepenuhnya, kenapa pihak TSR Capital boleh membuat pemakluman ini kepada Bursa Saham Kuala Lumpur. Jadi perkara inilah yang menjadi tanda tanya kepada kita. Terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Yang Berhormat. Pasal kebimbangan yang telah dikemukakan Yang Berhormat itu sudah tentulah kebimbangan itu kita akan mengambil kira dan yang penting sekali di sini bahawa saya ingin nyatakan bahawa kelulusan ini telah pun dibuat oleh Kabinet. Kabinet telah pun membuat kelulusan tetapi dalam masa yang sama ia belum lagi dimutakhirkan sehingga segala kajian-kajian dibuat terhadap tanah baru tersebut, tanah balasan tersebut, sesuai atau tidak untuk maksud pembangunan pangkalan udara dan kajian-kajian tersebut sedang dilakukan.
Demikian juga impak dari segi ekonomi dan sosial itu akan mungkin memberikan sedikit ruang kepada Yang Berhormat untuk mengemukakan pendapat kepada pihak-pihak tertentu. Yang Berhormat pun sendiri faham bahawa apabila kita membuat sesuatu keputusan ini, ia melibatkan banyak pihak tertentu yang terlibat dalam pembuatan keputusan. Mungkin pandangan-pandangan Yang Berhormat itu bolehlah dikemukakan untuk supaya ia boleh dipertimbangkan.
Saya juga dapat melihat tentang kenyataan akhbar yang Yang Berhormat buat berkenaan dengan masalah itu dan seperti mana kita katakan tadi bahawa perkara ini belum lagi dimuktamadkan kerana perjanjian-perjanjian tentang land swap ini belum lagi dibuat. Jadi, kita masih menganggap ia masih lagi belum dimutakhirkan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Yang Berhormat Shah Alam hendak tanya juga.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mendengar dengan teliti penghujahan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri hanya yang setakat saya dapat tangkap segala justifikasi yang telah dikemukakan adalah bersifat komersial semata-mata iaitu oleh kerana hendak membangunkan kawasan yang berhampiran iaitu Butterworth dan sebagainya maka, adanya pangkalan tentera udara di situ akan menimbulkan masalah dari sudut high restriction dan sebagainya.
Saya berpandangan dalam soal hendak menempatkan pangkalan tentera udara dan pangkalan tentera-tentera yang lain, aspek yang terpenting ialah aspek dari segi lokasi yang strategik. Bahawa pertimbangan ketenteraan dari sudut lokasi yang telah dipilih ia sekarang ini perlu ditukar sebagai contoh, oleh kerana senjata dan jenis kapal terbang yang baru dan sebagainya maka lokasi itu tidak lagi yang paling sesuai maka perlu dipindahkan.
Dalam erti kata yang lain pertimbangan ketenteraan dengan izin, takes precedent over everything bukan soal oleh sebab kita hendak bangunkan bandar dan kawasan di situ maka kita terpaksalah pindahkan pangkalan tentera udara. Maka dalam keadaan sebegitu,
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
sepertimana penghujahan yang disampaikan setakat ini, seolah-olah the commercial consideration dengan izin, takes precedent over everything sedangkan kaedah yang seperti itu tidak wajar digunakan bila kita membahaskan tentang pangkalan tentera udara yang merupakan di antara forward location bases. Satu di Butterworth, satu di Kuantan. Ia diletakkan di situ atas sebab pertimbangan-pertimbangan strategik ketenteraan. Kalau kita hendak kira ambil commercial susahlah maka strategik dan military punya consideration will always fall secondary. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Yang Berhormat, sedikit sebanyak pandangan Yang Berhormat itu ada asasnya. Oleh sebab itu saya katakan tadi bahawa sebenarnya forward base yang kita wujudkan ataupun pangkalan udara Butterworth ini akan dipindahkan lebih kurang 14 kilometer sahaja daripada lokasi yang sedia ada.
Jadi 14 kilometer itu adalah dibina di kawasan yang lapang dan bukan sahaja ia baik bagi sebuah pangkalan udara yang baru tetapi yang penting sekali penduduk- penduduk di situ kerana kita harus ingat bahawa pangkalan udara ini melibatkan movement of aircraft. Apabila movement of aircraft, itu pun di tempat-tempat PU Butterworth yang sedia ada adalah merupakan kawasan yang sudah mempunyai penghuni yang begitu ramai, banyak perumahan-perumahan dan bangunan di tepi-tepinya. Itu pun sebenarnya membuka kepada satu peluang bagi possible accident. Jadi, inilah juga pertimbangan- pertimbangan lain.
Walau bagaimanapun, saya ingin jelaskan di sini bahawa pihak TUDM sendiri sedang membuat kajian-kajian dan juga Kementerian Pertahanan membuat kajian tentang lokasi tersebut dari segi kesesuaiannya secara total dalam bentuk dalam bidang pertahanan. Kajian-kajian terhadap kesesuaian tapak inilah yang akan digunakan sebagai asas sama ada tapak tersebut dapat diterima atau tidak ataupun memerlukan tapak-tapak yang lain. Okeylah Yang Berhormat.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
[Bangun]
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Yang Berhormat Raub ada membangkitkan tentang...
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Minta laluan, minta laluan. Yang Berhormat Tanjong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanyakan Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan syarikat yang terlibat TSR Capital Berhad. Bagaimana syarikat itu dipilih, dilantik kerana saya begitu hairan sebelum apa-apa maklumat dimuktamadkan tetapi kelulusan telah diberikan oleh Kabinet. Adakah sebarang pertalian politik di belakangnya? Terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Saya tidak ada maklumat berkaitan dengan TSR tetapi salah satu daripada anchor projek ini adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera iaitu merupakan satu agensi yang bertanggungjawab untuk memberikan investment am kepada ahli LTAT yang terdiri dari persara dan anggota-anggota tentera. Itu salah satu daripada anchor yang terlibat di dalam ini. TSR itu saya tidak ada maklumat Yang Berhormat. Nanti saya boleh bagilah kalau Yang Berhormat hendak minta, saya boleh minta kepada UKAS atau EPU untuk memberikan tentang kemampuan mereka kerana yang buat penilaian ini juga ialah UKAS ataupun Unit Kerjasama Awam Swasta. Mereka akan melihat secara total dan juga EPU bukan sahaja viability of the project tetapi juga kemampuan syarikat-syarikat yang terlibat di dalam pembangunan land swap ini.
Yang Berhormat Raub ada membangkitkan tentang apakah aset-aset yang telah dibeli semasa pencerobohan Lahad Datu. Untuk makluman Yang Berhormat, semasa pencerobohan Lahad Datu Majlis Keselamatan Negara telah memperuntukkan satu peruntukan sebanyak RM89.4 juta. Peruntukan ini telah digunakan bagi membeli aset-aset dan peralatan seperti pakaian keselamatan, peralatan persenjataan, kenderaan, bot, peralatan komunikasi dan peralatan bantuan penglihatan dan kos ini ialah RM89.4 juta untuk aset-aset yang sekarang ini pun masih lagi digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Timbalan Menteri, maaf ya.
Saya berbalik kepada isu lapangan terbang, military airport di Butterworth. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah proposal untuk relocate military base tersebut? Itu dikemukakan oleh siapa? Adakah daripada TUDM sebab mereka adalah – atau daripada corporate company? Sebab kita hendak tahu analysis geo strategic dari segi fighting capacity, in future kah, projectionkah, kita punya military capability, radar yang baru
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
atau all these thing. Ia kena ada satu study sebelum dilaksanakan. Jadi, saya hendak tanya proposal for relocate itu datang daripada siapa? Terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Proposal datang daripada syarikat swasta kepada kerajaan dan kerajaan mempertimbangkan berdasarkan pertimbangan-pertimbangan bukan sahaja dari segi aspek komersial tetapi juga aspek keselamatan dan juga pertahanan dan...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Seperti mana yang saya katakan tadi juga bahawa apabila kerajaan dapatkan satu lagi pangkalan udaranya ataupun gantian ataupun balasan daripada land swap ini kita juga akan dapat satu pangkalan udara yang baru iaitu dengan harapan kita akan dapat kemudahan-kemudahan lebih moden berbanding dengan apa yang ada sekarang. Ini kerana kita akan menilai 1000 ekar tersebut dengan nilai tertentu dan nilai itu haruslah dipindahkan ke pangkalan udara baru dan kita berharap dengan adanya balasan ini kita juga Tentera Udara juga akan dapat kemudahan- kemudahan yang baru, yang lebih moden.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
[Bangun] .
Datuk Abdul Rahim bin Bakrit
Sebenarnya kajian ini bukanlah kajian yang dibuat oleh UKAS sahaja tetapi input-input daripada Tentera Udara dan juga daripada pihak Kementerian Pertahanan juga akan diambil kira dalam pelaksanaannya nanti.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Jadi, percayalah bahawa apa yang kita lakukan ini kalau sekiranya setelah semua kajian dibuat dan kajian itu menjurus kepada faedah yang lebih besar maka kita laksanakan kerana ia bersandarkan kepada keperluan untuk mewujudkan satu pangkalan udara baru yang lebih moden.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya cuma hendak, hendak penjelasan sedikit lagi berkenaan dengan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Sudah selesai tadi.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Concluding sentence.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Berkenaan dengan tanah PERDA itu...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Concluding sentence.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekejap. Tadi kita cerita tentang land swap. Jadi sekarang macam mana rasional kepada land swap ini sedangkan tanah yang hendak diambil itu adalah tanah PERDA.
Tanah PERDA itu adalah tanah kerajaan. Jadi daripada tanah TUDM, land swap bagi tanah kerajaan-to-tanah kerajaan, apa yang kerajaan dapat? Kecuali kalau tanah itu adalah tanah swasta yang swasta itu beli, bagi kepada kerajaan, itu munasabah. Ini persoalannya.
Terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Seperti mana yang saya katakan tadi..
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri satu sahaja. Berkenaan juga tentang land swap. Kalau kita pandang dari segi geopolitik saya rasa Pangkalan Udara di Sungai Besi dan juga Pangkalan Udara di Kepala Batas, kedua-dua itu adalah dua pangkalan yang paling penting dari segi geopolitik untuk sebelah Lautan India, dan sebagainya. Kalau kedua-dua lapangan terbang tentera udara itu diswapkan kepada swasta satu jadi TRX dan satu lagi entah hendak jadi apa, jadi dari segi itu kalau di Semenanjung hanya tinggal dua lapangan terbang untuk tentera udara yang lain iaitu Gong Badak dan juga di Kuantan. Jadi kalaulah berlakunya kekangan dan sebagainya itu, dari segi pertahanan, apakah keselamatan- the insulation and protection yang kita ada? Ini sebab sekarang, kita hanya dengar diswastakan tanah pangkalan tentera udara tetapi alternatif, pangkalan tentera udara alternatif yang
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
mana itu kita tidak tahu. Jadi perkara ini saya rasa harus dijelaskan dengan seboleh- bolehnya. Terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Saya sudah jelaskan tadi lokasi yang dikenal pasti ini ialah hanya 14 kilometer sahaja- 14 kilometer dari pangkalan yang sedia ada. Jadi itu yang dikenal pasti, dan dalam soal tanah PERDA ini, mekanisme tentang land swap ataupun dari segi kaedah-kaedah pembangunannya, itu saya tidak ada maklumat. Akan tetapi saya percaya setelah diperincikan oleh pihak UKAS dengan EPU, ia akhirnya akan menjurus kepada kepentingan kedua-dua belah pihak iaitu kepentingan kerajaan dan kita juga mahu melihat pembangunan di kawasan tersebut.
Seperti mana yang saya katakan tadi, sedikit sebanyak dengan adanya PU Butterworth ini telah menyebabkan pembangunan di kawasan tersebut agak begitu tersekat kerana adanya restriction height. Itu pun menjadi satu galangan tetapi kalau Yang Berhormat mengatakan ini menjadi satu set back kepada pertahanan negara, itu saya tidak setuju, kerana apa yang kita identified place ini pun adalah merupakan tempat-tempat yang memang strategik kalau pun inilah yang akan dipersetujui.
Keduanya, mungkin Yang Berhormat juga menyebut tentang Sungai Besi- kalau saya tidak silap tadi. Yang kita pindahkan ke Sungai Besi itu ialah juga kerana kita ada juga rancangan pembangunan di kawasan itu, dan kita pindahkan ke Subang. Kita ada air base kita di Subang, dan kita pindahkan sebahagian pusat latihan kita ke Negeri Sembilan.
Sebahagian daripada forward base kita ada di Kuantan. Kita ada di Gong Kedak, di Kuantan, di Butterworth dan di tempat-tempat yang lain lagilah khususnya di Labuan dan sebagainya. Jadi saya fikir itu...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
[Bangun]
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Yang Berhormat sudah, sudahlah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak buat kesimpulan sahaja bagi pandangan saya. Saya hendak minta jaminan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apabila mempertimbangkan semua aspek dan cadangan-cadangan serta penilaian dari segi komersial, sosial dan sebagainya, dalam soal penempatan lapangan terbang tentera udara ini, the military consideration ataupun pertimbangan dari sudut ketenteraan, akan diberi keutamaan iaitu janganlah oleh kerana kita hendak bangunkan height restriction ini, duit nampak ada untung dan sebagainya, maka kita alihkan. Walaupun 14 kilometer, ianya tidak bererti bahawa ia tidak signifikan kerana kita kena ambil kira aspek-aspek yang lain- dekat jauhnya ke pantai, dekat jauhnya kepada kawasan bukit bukau dan sebagainya. Lalu aspek yang terakhir dan terpenting ialah the military consideration must be given precedence. Maknanya kalau tentera kata tidak sesuai, walaupun ada keuntungan dan kelebihan dari sudut-sudut yang lain, bantahan dari pihak tentera mesti diutamakan. Kalau boleh saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi jaminan ke arah itu.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit lagi.
Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah establish a few facts. Number one, ini proposal daripada pihak swasta. Ini pertama.
Keduanya adalah belum ada analisis dari segi military experts daripada TUDM, kebaikan pemindahan lapangan terbang tersebut.
Ketiganya adalah daripada Yang Berhormat Tasek Gelugor bahawa land swap adalah tanah kerajaan kepada tanah kerajaan dan mekanisme belum confirm lagi.
Keempatnya adalah sekarang bukan sahaja Pakatan Rakyat membantah malah Ahli Parlimen dari Barisan Nasional juga membantah. Saya tidak faham, kenapa Kementerian Pertahanan yang sepatutnya meletakkan keselamatan negara on the top priority tetapi sekarang terbalik. Ia menjadi prioriti kepada corporate company, kepada business sebab ada proposal daripada syarikat swasta, maka dipindahkan military base. Ini tidak masuk akal. Whose interest is this? It should be the people’s interest, national security interest- bukan satu kompeni yang mungkin tengah swap, kompeni itu tidak boleh jalan dan bankrap. Maka kita stuck. Tanah sudah dijual kepada TSR tetapi tanah yang baru belum buat military base. There’s too much risk, sebab masa perpindahan itu menjadi masalah.
Airport yang baru belum jadi tetapi mungkin kompeni sudah bankrap. Why- we have an existing base yang boleh jalan, it not broken, why fix it? Terima kasih.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tambah sedikit. Oleh kerana pangkalan ini terletaknya Air Defense Headquarters (ADHQ) yang sekarang menjadi pertanyaan kita apabila MH370 hilang daripada kesan radar ATC, dan dikatakan dikesan oleh radar daripada Butterworth iaitu Air Defense Headquarters ataupun Markas Pertahanan Udara.
Saya ada membangkitkan soalan mengenai perkara ini. Saya mohon Kementerian Pertahanan memberi penjelasan, apakah asas Panglima Tentera Udara memberi kenyataan bahawa MH370 berpatah balik apabila berlaku krisis ini...
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Yang itu kita belum sampai ke situ lagi.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Kalau belum sampai saya akan ulang nanti. Terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Selepas ini nanti kita akan bincang.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Saya takut nanti kita lupa.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tidak, kita akan bincang benda itu. Berkaitan dengan yang saya katakan tadi seperti yang saya katakan bahawa ia adalah kelulusan dasar. Apabila kelulusan dasar ianya harus diperincikan. Perincian-perincian itu adalah melibatkan pelbagai agensi. TUDM sendiri adalah merupakan paramount dalam isu ini, kerana mereka adalah stakeholder yang penting di dalam pembinaan pangkalan udara (PU) ini. Dari segi geostrategiknya itu pada pandangan saya secara peribadi mungkin tidak begitu signifikan kerana ianya hanyalah 14 kilometer, dan pembangunan di situ pun adalah memberikan keuntungan kepada TUDM kerana mereka akhirnya akan mendapat kemudahan-kemudahan pembangunan pangkalan udara yang lebih moden dan lebih baru.
Kalau kita membina kita harus mengeluarkan wang yang banyak, kerajaan harus berbelanja banyak tetapi jika ada pihak swasta yang mampu untuk membangunkannya dengan kewangan dari pihak swasta itu pun adalah merupakan satu langkah yang inovatif.
Jadi saya fikir kita berilah peluang kepada proposal ini kerana saya menganggap bahawa tidak akan ada compromise dalam soal pertahanan negara. Itu jaminan saya, dan saya percaya semua Panglima dan juga pihak-pihak yang terlibat tidak mahu akan berkompromi dalam soal pertahanan negara, dan ini yang kita harapkan bahawa apabila ianya dilaksanakan mungkin kita mempunyai skeptis, tetapi akhirnya nanti yang penting sekali kita melihat dari segi hasilnya. Saya fikir saya sudah bincang panjang lebar tentang hal ini. Saya hendak masuk kepada..
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Yang Berhormat Lumut pun sudah tidak sabar hendak tanya saya pasal MH370. Saya fikir kita bincang benda yang lainlah dahulu.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Satu soalan.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tunggu Yang Berhormat. Yang Berhormat Raub ada membangkitkan berkaitan dengan pembaikan KD Lekir dan KD Kasturi. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya kedua-dua kapal ini bukan hanya menjalani pembaikan tetapi juga mempertikaikan keupayaan dan hayat kapal-kapal atau pun extension of life dan istilah bagi pembaikan ini dikenali sebagai rutin pasang pulih atau refit dan service life extension program. Untuk makluman Yang Berhormat, KD Kasturi telah pun siap dan telah pun beroperasi dan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370. Manakala KD Lekir telah pun dijangka siap pada Oktober 2014.
Yang Berhormat Lumut ada membangkitkan berkaitan isu tindakan yang diambil bagi menentukan bahawa perolehan aset ATM dikawal selia dengan sempurna. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pertahanan memang sentiasa dan terus menyokong usaha-usaha kerajaan atau mana-mana pihak untuk memastikan bahawa urusan awam termasuk perolehan peralatan dan sistem pertahanan dibuat dengan telus,
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
bersih, berintegriti, jauh dari sebarang unsur rasuah dan seterusnya mengelakkan daripada pembaziran wang rakyat.
Bagi maksud tersebut, Kementerian Pertahanan dalam melaksanakan semua perolehan, kementerian sentiasa memastikan tatacara dan prosedur kewangan yang ditetapkan oleh kerajaan dipatuhi sepenuhnya. Sikap keterbukaan dan ketelusan diamalkan sepanjang proses perolehan dengan melaksanakan sebahagian besar daripada perolehan secara tender terbuka.
Melalui perolehan yang ada melibatkan aset yang strategik dan terutamanya yang melibatkan kerahsiaan dan keselamatan negara adalah tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan. Bagi memastikan Angkatan Tentera Malaysia memperoleh aset- aset yang menepati dengan keperluan dan juga mengikut standard yang ditetapkan, pembangunan spesifikasi dipertanggungjawabkan kepada jawatankuasa khas yang diwujudkan di peringkat perkhidmatan atau di peringkat services. Jawatankuasa peringkat services iaitu di peringkat TUDM, peringkat TLDM, peringkat Tentera Darat, merekalah yang akan mewujudkan jawatankuasa untuk menyenaraikan keperluan-keperluan bagi angkatan mereka.
Seterusnya, spesifikasi yang dibangunkan akan diteliti, diperhalusi, dan disahkan oleh Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE). Kita ada satu Institut Teknologi iaitu STRIDE iaitu satu-satunya jabatan di Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab melaksanakan R&D dan juga dalam bidang pertahanan dan menentukan spesifikasi yang dibangunkan adalah dikaji secara berkala tertakluk kepada kompleksiti aset bagi memastikan ia sentiasa relevan dan menepati perkembangan teknologi semasa.
Semasa proses perolehan dilaksanakan, penilaian teknikal tender dibuat oleh jawatankuasa yang keanggotaannya dilantik daripada kalangan pegawai-pegawai yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan. Bagi perolehan aset yang bernilai tinggi, kawalan kualiti yang berterusan dijalankan oleh pasukan projek atau team project yang ditubuhkan khusus bagi memantau segala projek pembangunan perolehan aset yang terlibat. Pelbagai ujian dijalankan sebelum aset diperkenankan dan boleh diterima oleh pengguna.
Antara ujian yang sering kali dilakukan ialah ujian nilai, ujian penerimaan kilang, ujian sebelum penghantaran atau PDI dan ujian penerimaan akhir. Justeru itu, dengan tatacara perolehan yang dilaksanakan ia akan dapat menentukan wang yang dibelanjakan adalah best value for money. Itu dapat mengelakkan daripada berlaku ketirisan dan pembaziran wang rakyat.
Seterusnya ialah seperti mana banyak Ahli Yang Berhormat menunggu ialah berkaitan dengan MH370. Yang Berhormat Lumut ada membangkitkan berkaitan dengan kenyataan PTU berkaitan dengan isu radar. Berkaitan dengan kenyataan tersebut sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat kenyataan yang dibuat yang dipetik oleh Berita Harian itu adalah sebenarnya misquoted. Sebenarnya apa yang telah dinyatakan oleh PTU di dalam kenyataannya ialah, “RMF has not pulled out the possibility of air turn back on reciprocal heading before the aircraft vanished from the radar and this resulted in the search and rescue operation’s being widen to the vicinity of the waters of Pulau Pinang”. Itu yang sebenarnya yang telah dinyatakan.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
[Bangun]
Datuk Abdul Rahman bin Bakri
Kenyataan yang awal itu adalah disalahtafsirkan. Berkaitan dengan- saya jawab dulu ya Yang Berhormat, kemudian baru kita bincang.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Abdul Rahman bin Bakri
Nanti saya habiskan dahulu.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tidak, kita hendak siap sebab – Tuan Yang di-Pertua, semasa beliau memberi kenyataan tersebut saya berada di depan televisyen. Saya melihat beliau membuat kenyataan tersebut. Saya tidak percaya mengapa beliau boleh mengeluarkan kenyataan tersebut oleh
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
kerana mengawasi kapal terbang keluar masuk khususnya keluar daripada lapangan kapal terbang bukan kerja tentera udara.
Jadi, kalau kita lihat kronologi kisah MH370, kita rakyat dimaklumkan kapal terbang tersebut hilang pada jam 2.40 pagi selepas berlepas jam 12.41 tengah malam. Ini ditunjukkan di dalam televisyen menggunakan paparan ATC atau air traffic controller. Ditunjukkan laluan penerbangan itu dengan simbol-simbol warna kuning menunjukkan hala daripada KLIA ke Beijing. Apabila sampai di suatu tempat lebih kurang jam 2.40 pagi simbol menjadi warna merah. Maknanya bahaya. Kita tidak tahu apa makna lain, yang saya tahu kalau warna merah bahaya.
Kemudian selepas itu hilang. Hilang ada dua sebab sahaja pada pandangan saya, sama ada ia meletup atau masuk ke dalam laut. Jadi, kita seharusnya mengambil data maklumat daripada air traffic controller. Oleh kerana pada waktu itu saya yakin dan percaya Air Defense Headquarters tidak mengawasi kapal terbang yang berlepas daripada KLIA.
Jadi, sebab itu saya tertanya-tanya mengapa Panglima Tentera Udara boleh memberi kenyataan dan seolah-olah mengesahkan bahawa kapal terbang yang berpatah balik itu ialah MH370. Sedangkan tidak ada pengesahan, no positive identification terhadap sasaran ini. Oleh kerana itu, saya lihat maklumat ini telah mengelirukan dan menyebabkan kita mencari kapal terbang sehingga ke Indian Ocean atau pun Lautan Hindi.
Jadi, kita minta penjelasanlah apakah asas yang menyebabkan Panglima Tentera Negara memberi kenyataan bahawa kapal terbang tersebut berpatah balik. Akan tetapi, pada pandangan saya, saya yakin dan percaya kapal terbang MH370 terjunam dan berada di Laut China Selatan. Itu keyakinan saya. Terima kasih.
Datuk Abdul Rahman bin Bakri
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat ada teori sendirilah. Cuma saya ingin hendak nyatakan di sini bahawa tragedi MH370 ini adalah merupakan satu tragedi yang unprecedented, yang tidak pernah berlaku di dunia dan ini adalah merupakan sesuatu yang amat tragis. Sehingga apabila kita dapat menemui serpihan pesawat dan juga black box barulah kita dapat menentukan secara definitif atau pun 100% tentang apa juga kekalutan atau pun isu-isu yang dibangkitkan. Apa yang ada hari ini hanyalah sebahagian besarnya adalah merupakan teori.
Apa yang kita nyatakan di sini bahawa apabila PTU mengeluarkan kenyataan bahawa adanya turn back itu sebenarnya ianya berdasarkan kepada cerapan radar yang kita miliki iaitu defense radar kita yang berada di dua tempat yang strategik iaitu di Gong Kedak, Kelantan, dan satu lagi di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Jadi, apabila kita dapat melihat ada turn back, pada hari berikutnya kita memaklumkan pada pihak task force yang bertanggungjawab dalam SAR.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Datuk Abdul Rahman bin Bakri
Ini kerana kalau kita tidak memaklumkan bererti sebagai pemilik primary radar kita tidak bertanggungjawab. Apatah lagi ini melibatkan kepentingan negara. Jadi, kita memberitahu bahawa ada turn back dan turn back itu dikesan di dalam radar kita. Cuma kita menganggap bahawa turn back tersebut dilakukan oleh Malaysia Airlines iaitu merupakan air craft atau pun pesawat yang tidak hostile atau pun friendly aircraft.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tunggu dahulu Yang Berhormat. Bagi saya jelas dulu, Yang Berhormat boleh ada peluang bercakap kemudian. Jadi jika kita memerlukan maklumat yang lebih, maka kita memerlukan rakan-rakan kita daripada negara-negara jiran untuk mendapatkan maklumat tersebut. Itulah yang menyebabkan kita mendapat satu conclusion dan juga PTU membuat satu kenyataan bahawa ada turn back daripada pesawat tersebut sehingga membolehkan kita mengerakkan aset-aset kita di Selat Melaka dan juga di kawasan Andaman Sea untuk melihat sekiranya ada kesan-kesan sekiranya kapal terbang tersebut jatuh di kawasan itu.
Jadi sebenarnya saya hendak nyatakan di sini, kalau sekiranya radar kita tidak berfungsi, maka mustahil maklumat seperti yang begitu dapat kita beritahu. Cuma sebelum kita menyatakan bahawa maklumat itu benar-benar 100% sahih, kita haruslah juga collaborate dengan penyiasat-penyiasat asing iaitu mereka yang terlibat ialah FAA, NTSP
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
dan juga Air Accidents Investigation Bureau (AAIB) yang terlibat dalam investigation itu dan semua maklumat ini haruslah kita collaborate. Kita tidak mahu membuat satu definitive sehingga kita dapat collaborate dengan yang lain kerana kita mahu perkara tersebut 100% pasti, barulah kita dapat membuat satu kenyataan. Ini kerana kita juga terdedah kepada tindakan undang-undang kalau kita membuat kenyataan-kenyataan yang salah...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
[Bangun]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Siapa dulu, siapa dulu?
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Yang Berhormat Batulah. Saya ini balik sudah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Okey, selepas itu Shah Alam.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar tadi dengan nada yang diberitahu oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah sangat positif bahawa turn back itu berlaku dan beliau juga mengesahkan bahawa turn back itu positif dan dimaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan. Saya juga dengar daripada kenyataan tadi bermaksud tentera udara juga agak confident, agak yakin bahawa itu bukan hostile.
Maksudnya, kemungkinan besar dalam radar itu kita boleh mengesahkan ia bukan jenis yang mengancam keselamatan negara. Itulah sebab tidak ada tindakan yang berunsur agresif terhadap pesawat itu.
Jadi, maksudnya dalam hari kedua tentera udara dengan radarnya yang diyakinkan bahawa berfungsi dengan baik telah kita tahu. Dengan keyakinan ini, saya tidak tahu kenapa tentera udara tidak boleh meyakinkan pihak yang memberitahu kepada media dan juga pihak search and rescue China dan Vietnam tidak membuang masa sepanjang tujuh hari di Laut China Selatan. Adakah masalah ini komunikasi di antara tentera dengan pihak civilian yang tidak memahami macam mana hendak analyze data itu sehingga mereka ambil tujuh hari untuk mengesahkan? Saya ingin tahu, itulah where is the problem lay. Is it problem lay dengan tentera ataupun lay dengan civilian yang ini?
Satu lagi, saya juga ingin tahu kalau kita yakin ia adalah tidak hostile, kenapa tidak check dengan the civil aviation department pada waktu itu untuk mengesahkan sama ada air traffic controller yang mengarahkan pesawat itu menuju ke Pulau Pinang dan Langkawi atau ke barat. Itu yang sangat misteri bagi kebanyakan media dan juga termasuk kami rakyat Malaysia.
Last sekali ialah bila ia mengambil masa yang begitu panjang untuk mengesahkan ada turn back dan juga kita juga ada maklumat daripada pihak yang lain, kenapa tentera kita tidak boleh mengesahkan pada masa yang terdekat ia telah menuju ke Lautan Hindi sehingga kita kena tunggu analisa dari IMMARSAT dan juga agensi-agensi negara lain untuk membantu kita. So, adakah peralatan kita juga ada blind spot yang tidak boleh kita melengkapkan maklumat ini? Sekian, terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Yang Berhormat Batu, memanglah Yang Berhormat apa yang dikemukakan soalan itu relevanlah. Cuma saya hendak jelaskan di sini bahawa seperti mana yang saya hendak jelaskan di sini, apabila Panglima Tentera Udara
(PTU) telah menyatakan perkara ini pada 9 Mac 2014 iaitu the next day, he actually sudah beritahu ada turn back. Apabila kita buat turn back itu pun, selepas itu pun kita telah menggerakkan aset kita di kawasan Selat Melaka, Pulau Perak dan ke atas. Kita telah gerakkan. Kenapa kita tidak mengambil tindakan? Ini sebenarnya patut dijawab oleh Kementerian Pengangkutan juga. Akan tetapi saya hendak cerahkan kenapa kita tidak menggerakkan, kenapa kita mengambil sedikit masa untuk memastikan bahawa perkara ini harus dibuat di Lautan Hindi atau di Lautan Andaman instead of Laut China Selatan ialah kerana kita hendak collaborate. Macam saya kata tadi, apa juga evidence yang kita peroleh, kita tidak boleh stand alone. Kita harus collaborate dengan evidences atau bukti-bukti yang lain. Pada ketika itu kita telah dan kita harus sedar bahawa passenger yang terlibat ini adalah multinational atau pelbagai warganegara.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Jadi apabila kita membuat satu-satu tindakan itu, kita haruslah juga mendapatkan input-input daripada pihak-pihak yang lain dan pihak lain yang mempunyai kecekapan dan pengetahuan yang lebih dalam soal ini ialah FAA, NTSP dan juga AAIB. Jadi, mereka ini telah dibawa sendiri untuk melihat cerapan-cerapan radar kita dan akhirnya setelah kajian demi kajian, mereka mengatakan bahawa memang benarlah bahawa adanya turn back. Apabila ada, kita immediately selepas AAIB dapat mengesahkan bahawa memang turn back itu berlaku, maka kita immediately minta supaya pencarian di Laut China Selatan itu dihentikan kerana kita sudah dapat sahkan ada pihak lain yang dapat mengesahkan bahawa turn back itu berlaku. Kita telah menghentikan di Laut China Selatan dan kita pergi ke Andaman Sea. Apabila kita tidak dapat apa-apa maklumat di Andaman Sea, maka kita juga telah mendapatkan khidmat daripada IMMARSAT. IMMARSAT ialah merupakan khidmat satelit yang dimiliki oleh International Maritime Organization (IMO) di mana kita juga menjadi ahli kepada IMO yang berpusat di Britain. IMMARSAT telah membuat kajian berdasarkan kepada ‘pings’ yang telah dikeluarkan yang telah memberikan maklumat setiap jam. Mereka telah membuat pengiraan-pengiraan tertentu dan mereka ini adalah pakar- pakar. Mereka membuat kesimpulan bahawa aircraft tersebut memang pun telah pergi ke Lautan Hindi dan berakhir di Lautan Hindi.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa dalam penjelasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, telah jelas kesilapan yang telah berlaku. Kesilapan yang telah berlaku ialah apabila berlakunya turn back itu dan kapal terbang itu dapat dikesan oleh radar primary milik TUDM di kedua-dua tempat iaitu di Gong Kedak dan juga di Bukit Bendera, mereka pada ketika itu tidak tahu bahawa kapal terbang MH370 telah hilang daripada radar air traffic controller dan segala komunikasi dengan kapal terbang itu telah hilang.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Mereka tidak tahu bahawa kapal terbang MH370 itu telah hilang, komunikasi terputus, kita berada dalam keadaan yang merupakan keadaan krisis kerana mereka tidak dimaklumkan oleh DCA. Inilah masalahnya yang telah saya tekankan kepada Menteri Pengangkutan apa yang telah dibuat di antara waktu 1.30 pagi hingga 7.25 pagi. Pada 7.25 pagi barulah dimaklumkan bahawa kapal terbang itu telah hilang, pada pukul 10 pagi barulah diadakan mesyuarat dengan TUDM.
Pada ketika itu barulah dimaklumkan ada kemungkinan berlakunya turn back. Tetapi sekiranya apabila hilang di radar dan terputus segala komunikasi, dan pada ketika itu segala maklumat tentang krisis ini disampaikan kepada TUDM yang mempunyai primary radar. Kepada jiran-jiran yang lain yang juga mempunyai primary radar untuk tolong cari kapal terbang yang telah hilang dan terputus komunikasi mungkin pada ketika itu bila tentera udara mengesan kapal terbang itu melalui radar mereka tindakan yang lebih segara akan diambil.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Okey Yang Berhormat...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Nantilah sat belum lagi soalan...
[Ketawa] Kalau bolehlah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini kerana inilah ya...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat saya suka ingatkan iaitu sekarang ini penggulungan dan pencelahan itu jangan terlampau panjang lebar dan menimbulkan perbahasan. Ini kerana saya cukup meneliti hujah-hujah daripada Ahli Yang Berhormat-Ahli Yang Berhormat dan kebanyakannya ialah soal-soal perkara yang baru ditimbulkan. Silakan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sebenarnya dia tidak baru Tuan Yang di-Pertua kerana dalam membahaskan ucapan Titah Diraja memang kronologi ini telah pun saya bentangkan daripada awal dan telah pun saya mempertikaikan. Tidakkah dalam SOP sama ada Menteri Pengangkutan berhubung dengan DCA apabila kapal terbang itu hilang terus kena maklum. Berdasarkan kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan dengan sendirinya mengesahkan mereka nampak kapal terbang itu tetapi tidak menganggap ianya satu perkara yang penting kerana tidak ada maklumat bahawa MH370 sudah hilang.
Sekiranya mereka telah dimaklumkan saya hendak secara ikhlas Yang Berhormat Timbalan Menteri if dengan izin, if you had trial information that this plane was missing
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
would your station your radar operators have been more sensitive towards this information dan terus memaklumkan pada ketika itu juga bahawa sebenarnya kapal terbang itu telah pun pasal sudah ada maklumat. Ini tidak ada maklumat*...
[Disampuk] I need your* maklumat.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ada maklumat yang lebih awal ini.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Would that information be seen as more important and more urgent daripada apa yang telah berlaku.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Ya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya rasa jelas. Tidak payah jawab pun kita sudah tahu jawapannya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat dalam perbahasan seperti begini andaian-andaian spekulasi yang diminta itu harus rasional.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Ya itu merupakan andaian. Itulah- spekulasi sebab itu saya kata apabila ini adalah satu unprecedented events dan kita harus membuat siasatan yang lebih rapi apa sahaja yang dikemukakan itu adalah merupakan satu teorilah.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Yang saya hendak nyatakan di sini pihak...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak sebutlah ini this phrase unprecedented event ianya telah menjadi unprecedented kerana...
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Ini bukan dialog ya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak because seolah-olah bila sebut perkataan unprecedented ini seolah-olah ianya menjadi sebagai satu alasan yang boleh diterima. If we can unprecedented oleh kerana kita telah gagal mengesan dan mengetahui kapal terbang kita pergi ke mana. Barulah terpaksa kita mencari di seluruh Lautan Hindi, Andaman Sea, Lautan China Selatan dan sebagainya if we can unprecedented.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Okey Yang Berhormat, yes.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi jikalau kita tahu daripada awal, dari awal...
[Disampuk] .
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Faham, faham. Bagi saya peluang bercakap pula...
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri faham. Yang belakang sana faham.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Bagi saya peluang bercakap.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
[Bangun]
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Soalan pendek. Soalan pendek ini. Okey menurut laporan Reuters empat hari yang dahulu United States telah mengatakan dia dalam operasi mencari pesawat MH370 telah menelan kos USD2.5 million. Jadi soalan saya, berapakah kos Kerajaan Malaysia telah memakai dalam operasi.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Itu tanya MOT, Yang Berhormat tanya kepada saya itu tidak relevanlah.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Okey.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Itu tanya MOT. Saya hendak katakan di sini bahawa...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Member punch kad tidak datang.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Penyiasatan hanya akan dapat concluded ataupun konklusif sekiranya kita dapat retrieved dia punya black box.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Itu pun memerlukan masa. Air France dulu pun memerlukan dua tahun untuk retrieved black box. Ini merupakan sesuatu yang lebih sukar jikalau kita lihat dari segi keadaan kalau memang ia berakhir di Lautan Hindi ianya merupakan satu kawasan yang begitu remote dan memang pun kedalamannya itu adalah lebih kurang 7 kilometer yang paling dalam sekali. Jadi itu pun sebenarnya merupakan satu halangan. Cuma saya ingin nyatakan di sini tadi, saya ingin juga menjelaskan bahawa pihak TUDM sendiri pun akan mengadakan siasatan dalaman ataupun domestic inquiry dalam soal ini. Cuma, ya.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Berkenaan radar juga. Satu penjelasan sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Bukit Mertajam...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Sambung ya?
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Kita akan membuat domestic inquiry dalam soal ini dan hanya apabila kita mengadakan domestic inquiry...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Satu soalan sahaja...
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Dan kita dapat maklumat-maklumat yang lebih terperinci barulah kita dapat membuat kesimpulan tentang apa sebenarnya apa yang berlaku pada ketika itu cuma SOP Malaysian Airlines sendiri pun kita sendiri pun tidak tahu.
Mungkin juga apabila kehilangan 1117 itu mereka sebenarnya pun struggling kerana mereka juga harus mendapatkan maklumat daripada Ho Chi Min untuk maklumkan bahawa keadaan pesawat itu sudah hilang dan mereka juga berusaha untuk mencari dan mendapatkan maklumat daripada beberapa control tower yang lain negara-negara jiran supaya mereka dapat maklumat-maklumat jika ini diperoleh ataupun ada cerapan-cerapan radar daripada negara-negara lain ataupun control tower daripada negara lain yang diperoleh.
Misalnya banyak teori yang menyatakan bahawa pesawat itu mendarat di Naning misalnya itu pun mungkin menjadi satu teori-teori yang telah dikemukakan dan itu mengambil sedikit masa sehinggalah Malaysia Airlines akhirnya pada 5.30 mereka menganggap bahawa ianya sudah pun pesawat itu sudah hilang dan mereka menubuhkan satu petugas khas- the next day...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Satu soalan sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Kita pun TUDM dipanggil untuk turut terlibat dalam pencarian tersebut.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Satu soalan sahaja.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tidak payahlah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Hendak penjelasan sahaja.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tidak payah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Malaysian Airlines atau DCA yang bertanggungjawab Yang Berhormat Timbalan Menteri? Malaysian Airlines ataupun DCA?
Seorang Ahli
Mana satu ini?
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Yang Berhormat boleh tanya Kementerian Pengangkutan kerana sama ada ia kerana pemilik aircraft itu adalah Malaysian Airlines.
Mungkin saya tidak tahu apakah SOP Malaysian Airlines sama ada mereka sendiri bertindak mengikut SOP mereka dan atau adakah mereka collaborate bersama dengan DCA dalam pencarian lebih kurang empat jam tersebut itu saya tidak pasti.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat...
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
...Itu saya tidak pasti tetapi saya percaya dalam tempoh empat jam daripada 5.30 sehingga 1.17 itu adalah merupakan satu masa yang diambil oleh Malaysia Airlines dan juga atau DCA terlibat dalam pencarian tersebut.
Sehingga apabila mereka sudah tahu bahawa perkara tersebut tidak dapat dikesan barulah mereka...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, berundur dulu Yang Berhormat Menteri. Ahli Yang Berhormat yang berdiri, tolong duduk sekejap. Tolong duduk sekejap. Saya sendiri minat perkembangan yang berlaku kepada pesawat yang kita bincang sekarang ini. Atas sebab itu kadang- kadang sehingga jam 2 pagi saya masih bangun sama ada menonton CNN, ASTRO dan sebagainya. Kedudukan saya- nanti dulu Ahli Yang Berhormat. kedudukan saya sebagai Tuan Yang di-Pertua, berhak untuk tanya Ketua Kerajaan dan Menteri-Menteri yang berkenaan. Akan tetapi apabila saya mengambil kira kapasiti kita sebagai sebuah negara kecil yang kita semua sedia maklum kekangan-kekangan yang ada, apa perkara yang berkisar di otak kepala saya, saya telan. Saya bersabar. Saya faham banyak perkara yang Ahli-ahli Yang Berhormat hendak tanya.
Apabila kamu tanya kepada Menteri yang berkenaan, sebagai Menteri tidak mungkin semua dia boleh beri jawapan. Nanti jawapan yang keluar daripada mulut Yang Berhormat itu, menambah lagi kekusutan yang sedia ada. Jadi, saya mohon kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong. Perkara ini kalau boleh jangan lagi kembang luaskan. Kita tunggu tindakan kerajaan seterusnya sama ada Royal Commission akan dibentuk ataupun sama ada Jawatankuasa Parlimen ini sendiri akan dibuat. Saya sendiri bersetuju supaya jawatankuasa dibuat. Jadi, biarlah Ahli-ahli Yang Berhormat yang banyak teori itu dilantik dalam jawatankuasa ini nanti. Jadi, dalam jawatankuasa itu nanti, buatlah rumusan-rumusan yang canggih, yang sebelum ini belum kita dengar. Saya pun menanti- nanti laporan daripada jawatankuasa ini akan dibentuk. Kalau boleh, sila Yang Berhormat Menteri teruskan.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Saya fikir saya sudah menjawab sebahagian besar daripada soalan-soalan tersebut. Saya dengan ini mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan dan juga celahan-celahan. Dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Berhubung dengan kapal selam, tidak jawab apa-apa. Ada juga orang tanya dalam ucapan, walaupun kita terimalah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua bahawa tidak menjawab itu pun adalah salah satu jawapan. Akan tetapi dalam ucapan perbahasan Titah Diraja, saya teringat very clearly isu submarine itu telah ditanya. Akan tetapi saya tidak mendapat apa- apa jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tuan Yang di-Pertua, kita mohon jawab bertulis.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Kementerian seterusnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sila.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya bagi pihak warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut sama menzahirkan rasa sedih pilu kami di atas tragedi yang menyayat hati yang menimpa penerbangan MH370. Semoga keluarga penumpang dan anak-anak kapal MH370 tabah dan reda dengan ketentuan Ilahi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kesemua sembilan Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa perbahasan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung saranan Ahli Yang Berhormat Batu Kawan supaya penyertaan wanita dalam politik dan kepimpinan negara perlu ditingkatkan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyambut baik keprihatinan Ahli Yang Berhormat berhubung usaha-usaha kesaksamaan dan pemerkasaan gender. Sebagai makluman, salah satu objektif khusus pelan tindakan pembangunan wanita ialah sasaran sekurang-kurangnya 30% penglibatan wanita di peringkat Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Antara tindakan yang dilakukan:
(i) latihan membina upaya wanita dalam bidang politik dan kepimpinan, khususnya golongan muda;
(ii) latihan kepekaan gender kepada ahli politik individu yang cenderung kepada politik, kesedaran gender dan isu-isu yang berkaitan dengan wanita, kepada pemimpin di setiap peringkat dalam sektor politik;
(iii) mengenal pasti dan mengiktiraf serta menyediakan senarai bakal pemimpin wanita yang berpotensi dan berkaliber di semua peringkat kepimpinan organisasi politik;
(iv) memberi penegasan substantif kepada sekurang-kurangnya 30% pemimpin wanita berdasarkan kebolehan dan kompetensi;
(v) mengenal pasti halangan untuk menceburi bidang politik dan kepimpinan;
(vi) memberi latihan kempen kesedaran dalam kalangan ahli politik wanita bagi membolehkan mereka mengatasi halangan yang dikenal pasti; dan
(vii) menggalakkan parti politik mengadakan pelan tindakan bagi meningkatkan bilangan wanita dalam barisan kepimpinan.
Dalam hal ini parti-parti politik yang merupakan, dengan izin, stakeholders utama, perlulah mengambil perhatian dan melaksanakan strategi dan program yang digariskan dalam pelan tindakan pembangunan tadi.
Sukacita saya maklumkan di Dewan yang mulia ini, terdapat perkembangan yang memberangsangkan mengenai penyertaan wanita dalam PRU Ke-13. Untuk makluman semua, jumlah calon wanita yang bertanding dalam PRU Ke-13 meningkat kepada 168 orang berbanding 120 dalam PRU Ke-12. Perkembangan ini merupakan peningkatan sebanyak 40%. Selain itu, jika dilihat kepada keseluruhan jumlah Kerusi DUN dan Parlimen yang dimenangi oleh wanita dalam PRU Ke-13 iaitu 81 Kerusi, terdapat peningkatan sebanyak 28.6% berbanding 63 Kerusi dalam PRU Ke-12.
Berkaitan dengan cadangan daripada Yang Berhormat Bukit Mertajam iaitu caruman sosial wanita kepada suri rumah...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Menteri, pohon penjelasan sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak dengar dalam jawapan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan persoalan Batu Kawan. Ini kerana persoalannya ialah bagaimana kita hendak membawa 30% suara wanita dalam proses membuat keputusan paling tinggi dalam Dewan Rakyat dan dalam Dewan Undangan Negeri. Saya dengar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa ada pelan tindakan untuk menambah suara dalam Dewan Undangan Negeri kepada 30%.
Akan tetapi pelan-pelan tindakan itu seperti latihan gender, kesedaran, penegasan substantif, pelan tindakan untuk parti-parti politik, tidak sebenarnya menjurus kepada pencapaian matlamat. Ini kerana kita tahu bahawa dalam Malaysia ini sistem kita ialah sistem first pass the post. Walaupun kita dapat 30% wanita menjadi calon, katakanlah 222 ini, setiap parti letak 30% pun tidak menjamin 30% yang akan menang. Tidak menjamin suara 71 dalam Dewan ini.
Jadi Yang Berhormat Menteri, kita sebenarnya memerlukan satu penggubalan undang-undang. Kita perlukan referendum untuk sebenarnya memaksa atau menetapkan bagaimana hendak memastikan ada all women constituencies contohnya ataupun ada party representation contohnya. Kalau katakanlah ada certain peratus itu dikhaskan untuk wanita, barulah kita mencapai. Kalau ini, kita sudah dengar daripada Rancangan Malaysia Kelapan
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
lagi sudah Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi kita tidak capai kerana sistem pilihan raya dalam negara kita. Akan tetapi jawapan Yang Berhormat Menteri ini saya kesal. Memang tidak nampak macam mana boleh selesai masalah ini. Pohon penjelasan.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Okey, terima kasih Yang Berhormat daripada Kuantan. Sebenarnya, apa yang telah saya maklumkan tadi itu, pelan-pelan itu sebenarnya, hasil dari perbincangan dengan berbagai kumpulan.
Termasuklah jabatan, kementerian dalam kerajaan, NGO wanita dan tidak ketinggalan juga parti-parti politik turut sama dalam perbincangan tersebut dan menggubal pelan tersebut.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Jadi untuk ia mencapai kejayaan memerlukan parti-parti politik sebagai stakeholders untuk melaksanakannya. Memastikan akan ramai lagi calon-calon wanita bertanding mewakili parti-parti politik masing-masing, dan pastikan juga kalau sampai untuk kejayaan meletakkan calon-calon itu di kawasan-kawasan yang boleh menanglah. Jadi, ini akan memastikan bukan sahaja kita letak calon wanita sahaja atas nama untuk memenuhi calon wanita itu tetapi kita memastikan juga calon itu boleh menang. Ini kerana akhirnya, seperti Yang Berhormat tahu bahawa yang memilih itu yang memenangkan calon sama ada lelaki atau pun wanita ialah rakyat yang ada di luar sana.
Jadi, apa Yang Berhormat tadi cadangkan supaya ada penggubalan undang- undang dan sebagainya itu mungkin kita boleh bincang semula lagilah. Bersama-sama lagi sekali semualah. Kita akan adakan perbincangan, akan memanggil semua stakeholders termasuklah representatives daripada parti-parti politik untuk melihat keperluannya ini, insya-Allah.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Saya pohon Yang Berhormat Menteri consult semua parti politik termasuk parti politik pembangkang. Itu penting ya bukan consult parti politik yang dalam kerajaan sahaja. Akan tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri ada satu cadangan daripada konsultan UNDP pada tahun 2009, hujung 2009/2010.
Salah satu daripada saranan yang diberikan oleh konsultan daripada UNDP ini ialah untuk mewujudkan all women constituencies, di mana all women constituencies ini hanya wanita sahaja yang boleh bertanding. Jadi mana-mana, siapa-siapa hendak bertanding dekat situ wanita ya Tuan Yang di-Pertua. Jadi kalau 30% kerusi itu diperuntukkan untuk all women constituencies, wanita sahaja boleh bertanding dan wanita boleh bertanding di luar itu salah satu cara yang dicadangkan oleh konsultan UNDP ini yang untuk memastikan ada minimum 30%. Jadi siapa-siapa bertanding yang menang pasti wanita.
Jadi saya hendak tahu apa tindakan yang telah diambil ke atas cadangan daripada konsultan UNDP ini? Atau pun kementerian tolak tepi dan buat tidak ingat? Saya sudah bertanya daripada Yang Berhormat Menteri yang dahulu pun sampai sekarang kita tidak dengar lagi apa tindakan yang diambil ke atas saranan-saranan konsultan ini? Terima kasih.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang dekat luar negara memang ada apa yang telah diperkatakan Yang Berhormat daripada Kuantan. Akan tetapi saya tengok suasana politik di negara kita iaitu di Malaysia ini, kalau kita tengok rakyatnya sudah mula menerima wanita sebagai Ahli Parlimen atau pun Ahli Dewan Undangan Negeri.
Jadinya tidak ada isu untuk pada sayalah, pada pendirian kami tidak ada isu untuk mengatakan bahawa to have a reserve seat for women in peace, dengan izin, itu perlu dilaksanakan. Akan tetapi yang pentingnya adalah keputusan setiap parti itu sendiri.
Keputusan parti itu sendiri untuk meletakkan calon wanita sebagai calon yang boleh diterima oleh rakyat. Kalau sekiranya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekiranya kita mempunyai calon wanita tetapi tidak boleh buat keputusan pun tidak berguna juga. Kalau- apa yang penting, adalah calon yang ditentukan oleh parti itu sendiri boleh membuat keputusan yang begitu bijaksana untuk pengundi di setiap peringkat.
Saya setuju tetapi apa yang saya nampak, apa yang dibuat oleh pihak kementerian ini memang sehala dengan apa dilaksanakan di luar negara. Akan tetapi dalam waktu yang sama yang perlu, yang hendak saya tekankan adalah apabila seorang
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
wanita itu dipilih, wanita itu perlulah menjalankan kerjanya dengan sebaik mungkin sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri. Bukannya apabila lelaki sudah tidak boleh baru hendak letak wanita, yang itu tidak bolehlah. Yang Berhormat Timbalan Menteri yang itu memang tidak boleh, yang itu sudah tidak ada ruang sudah tidak ada masa sudah tidak ada orang baru...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Macam di Kajang, macam di Kajang.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Hendak letak wanita. Yang itu memang...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Contoh di Kajang, Kajang.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Kami tidak setuju.
Seorang Ahli
Sebutlah contoh sekali Yang Berhormat.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Oh! contohnya itu semua orang pun tahu juga kan?... Di Kajang...
[Ketawa]
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Parit Sulong. Apabila kita menjadi calon dan wakil rakyat, kita bukan untuk wanita sahaja. Kita adalah wakil untuk semua rakyat yang ada dalam kawasan yang kita wakili itu.
Tuan Yang di-Pertua
Kadang-kadang Yang Berhormat saya terfikir, ini gender equity ini sudah lebih daripada garis gender equality. Sila teruskan. Pendapat saya secara peribadi [Ketawa]
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya fikir dasar kita adalah meritokrasi.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Itu lah kita mewakili semua orang tidak kira lelaki atau perempuan. Sekiranya kita mengehadkan diri kita untuk bertanding di kalangan kita sahaja bererti kita mengakui bahawa kita adalah masih lagi ketinggalan, tidak sama dengan orang lelaki. Jadi saya rasa bukan itu perjuangan kita.
Perjuangan kita, kita mesti diterima oleh semua baik perempuan atau pun lelaki. Jadi saya ingin memaklumkan dekat sini bahawa semasa perbincangan dahulu...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Maaf, maaf, maaf Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Dibuat memang ada pihak daripada pembangkang juga terlibat sama...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Maaf, I think you miss the point.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Yang saya tengok PAS pun ada hadir semasa perbincangan tersebut.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Ya, saya hendak cakap mengenai meritokrasi versus ini tadi. Saya pohon penjelasan sikit, sebab saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri missing the point. Apa- kenapa kita hendak minimum 30% suara wanita dalam proses membuat keputusan, kerana ini adalah saranan daripada United Nations dan saranan daripada CEDAW. Ini kerana apabila penglibatan wanita, wanita membawa perspektif yang berbeza dalam proses membuat keputusan. Suara wanita minimum 30% itu make that difference. Oleh sebab itulah kita perjuangkan minimum 30%. Kalau kita sudah capai 50%, alhamdulillah kerana itu maksudnya suara lelaki dan wanita itu seimbang. Kita bercakap dalam Dewan Rakyat, apabila kita membuat keputusan suara wanita yang membawa perspektif berbeza ini penting dan United Nations mengatakan bahawa 30% is threshold to make that difference, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Memang seboleh- bolehnya - memang apabila wanita itu jadi wakil rakyat, dia jadi wakil rakyat kepada semua.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Poin dia berbeza Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi kalau dia di kawasan dia memang wakil kepada semua.
Akan tetapi di dalam dewan, 30% suara dalam membuat keputusan itu, itu lah yang disarankan oleh CEDAW dan yang endorsed by United Nations. Takkanlah Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak faham isu itu. Saya kecewa dengan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi sebab itu apabila saya bercakap tentang all women constituencies itu juga saranan untuk ensure that 30% itu.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Okey, Okey. Saya faham Yang Berhormat Kuantan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Saya amat-amat faham keperluan 30% itu. Kita tidak mahu menyekat diri kita 30% sahaja. Kalau boleh 50% apa salahnya. Memang itu pun perjuangan kita. Bukan mengenai CEDAW sahaja semata- mata tetapi memang kita perjuangan kita sebagai wanita. Kita berdiri di sini ini- kita berada di sini kita mahu lebih ramai lagi wanita kita. Menjadi calon dan jadi wakil rakyat. Kita tidak akan limit diri kita kerana 30% sahaja. Saya faham sangat itu. Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Terima kasih. Saya dengar perbahasan dua orang ini Tuan Yang di-Pertua. saya bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa dalam negara kita parti yang menentukan calon. Saya ingat Yang Berhormat Kuantan ini daripada PKR. Kalau betul-betul Yang Berhormat Kuantan ini pejuang wanita, kena laksana dahulu dalam parti PKR. Macam di Kajang saya bagi contoh, apabila Barisan Nasional kemukakan calon wanita, pada masa itu calon PKR daripada lelaki. Wakil rakyat Parlimen Ampang memperlekehkan calon wanita itu sendiri.
Seperti mana yang saya setuju yang kata Yang Berhormat Parit Sulong. Janganlah wanita ini dipandang rendah.
Apabila sudah tidak boleh bertanding, baru hendak tolak wanita. Tidak macam Barisan Nasional, daripada awal kita tengok wanita, kita terus calonkan wanita. Jadi kita bercakap, jangan bercakap secara retorik. Betulkan dulu parti kita. Sekarang ini saya hendak minta Yang Berhormat, Wan Azizah sudah menang, okey.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Teruskan usaha perjuangkan Wan Azizah jadi Menteri Besar Selangor... [Dewan riuh] Supaya wanita pertama jadi menteri besar. Yang Berhormat perjuangkanlah, dah elok dah. Yang Berhormat Permatang Pauh tak boleh jadi menteri besar, sekarang Wan Azizah dah menang, okey Yang Berhormat bererti presiden Yang Berhormat, Presiden Parti PKR, perjuangkanlah supaya jadi menteri besar wanita yang pertama di Malaysia ini. Itu Yang Berhormat cakap perkara macam ini, saya ingat membuang masa kita sahaja, cakap tak serupa bikin. Apa? Saya minta jalan daripada Timbalan Menteri, Yang Berhormat Batu ini bangun pasal apa, apa ini?...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Nak tanya.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Apa ini? Tanyalah Timbalan Menteri.
Okey, terima kasih. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri setuju dengan pendapat saya? Pertama, PKR cakap tak serupa bikin. Menghina wanita bila lelaki tak layak jadi calon baru bagi calon wanita. Bila BN kemukakan calon wanita, wanita PKR pula menghina sesama wanita...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Itu fitnah itu Tan Sri Speaker, fitnah itu.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang ketiga, Yang Berhormat setuju tak supaya PKR perjuangkan menteri besar wanita yang pertama ini daripada PKR, Wan Azizah?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Fitnah itu. Mana ada PKR ada hina wanita.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya tanya timbalan menteri.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
PKR tak pernah hina wanita, janganlah cakap melalut. Fitnah itu.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Eh, apa ini? Duduklah.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tan Sri Speaker, fitnah itu.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya tanya dia. Kalau tak mahu hina, minta ...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Fitnah tadi, dia yang sebut fitnah tadi.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kita awal-awal kita kata wanita calon kita, wanita calon kita daripada awal.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Jangan kusutkan perkara yang baik, ini hal wanita.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tan Sri Speaker, dia fitnah tadi.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini bila dah tak layak bertanding, baru nak bagi wanita bertanding.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Dia tak faham.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tadi saya tanya timbalan menteri.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Dia fitnah tadi, dia kata PKR hina wanita. Mana ada kita hina wanita. Dapat mic sahaja cakap melalut suka hati mak bapa dia saja.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Pergilah tanya Yang Berhormat Ampang. Yang Berhormat Ampang punya statement, Yang Berhormat Ampang punya statement.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Ini yang nama saya- Yang Berhormat Ampang pula dia cakap, apalah.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Dah lah, Yang Berhormat punya statement kita ada simpan semua.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
...Faham tak?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat-Yang Berhormat.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya tanya Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Yang lain ini Timbalan Menterikah? Saya tanya Timbalan Menteri, setuju tak setuju dengan pandangan saya? Terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tuan Yang di-Pertua kata nak nasihatkan, kita tidak bawa isu dalam perbahasan. Inilah contohnya bawa isu yang tidak ada dalam perbahasan.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Betul. Kalah cakap kalah, senang cerita.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kita ditegur sebab bawa isu yang tidak dalam perbahasan tapi Yang Berhormat Tanjong Karang bawa isu yang langsung tidak ada dalam perbahasan, tidak ada kena-mengena dengan kementerian dan ini...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Batu api ini. Ini batu udang ini.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Cubalah mengaku kalah Yang Berhormat.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat tak faham.
Saya kata saya setuju.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
.. dan cuba nak provoke kita.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah-sudahlah Yang Berhormat. Sudahlah Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat sudahlah. Sila Menteri teruskan jawapan.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini Yang Berhormat Batu ini tiba-tiba ganggu. Saya kata saya bersetuju dengan pandangan Timbalan Menteri...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Dia tak ada floor.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
...Bahawa parti menentukan calon. Yang Berhormat bangun ini pasal apa?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Speaker dah kata, you have no more floor.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat bangun pasal apa? Untuk floor apa? Buat kelam kabut Dewan sahajalah...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kita ada ikut peraturan.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Siapa ikut peraturan? Yang Berhormat tak ikut peraturan.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih. Sila Menteri.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih. Saya rasa bersetuju dengan Yang Berhormat Tanjung Karang dan satu perkara lagi yang penting ingin ditekankan di sini, janganlah apabila ada wanita yang sudah memegang jawatan sebagai wakil rakyat, jangan pula disuruh wanita itu berhenti untuk orang lain. Ha itu penting...
[Dewan riuh]
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Okey sekarang saya beralih kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam yang mencadangkan caruman sosial wanita kepada suri rumah sebagai tanda pengiktirafan.
Mengenai cadangan Yang Berhormat ini supaya memperkenalkan skim caruman sosial wanita untuk suri rumah yang memilih untuk tidak bekerja bagi menjaga keluarga.
Buat masa ini, kerajaan kita belum lagi bercadang untuk memperkenalkan caruman sosial yang tersebut yang mana yang ada sekarang ini ialah boleh dimanfaatkan oleh mereka adalah melalui Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang sedia ada.
Berkaitan dengan cadangan pemberian insurans khas pendidikan kepada anak- anak, ibu tunggal yang miskin yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong, saya mengalu-alukan cadangan ini walaupun pada masa ini belum ada cadangan lagi daripada pihak kerajaan.
Walaupun begitu, kerajaan menyediakan Skim Bantuan Kanak-kanak bagi ibu tunggal yang mempunyai anak yang masih bersekolah agar dapat meringankan beban ibu tunggal di samping memastikan kebajikan dan pendidikan anak-anak berkenaan terpelihara. Pada tahun 2012, sebanyak RM121.26 juta disalurkan kepada sejumlah 41,179 orang ibu tunggal bagi menampung keperluan sara hidup anak mereka di bawah Skim Bantuan Kanak-kanak. Bagi tahun 2013, sehingga bulan November seramai 44,027 orang ibu tunggal telah mendapat bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM126.41 juta.
Cadangan daripada Yang Berhormat Parit Sulong...
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengenai ibu tunggal tadi. Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada mengatakan mengenai bantuan yang diberikan kepada ibu tunggal apabila dia mempunyai anak yang ke sekolah tapi apa yang juga saya nak bangkitkan adalah bagi ibu tunggal yang tidak berkemampuan langsung, yang sangat miskin, usianya tidak mencecah warga emas lagi tetapi mempunyai anak yang masih kecil yang belum bersekolah. Saya dapati mereka ini apabila mereka cuba untuk memohon bantuan daripada JKM, mereka tidak boleh diberi bantuan, tidak lulus bantuan daripada JKM kerana tidak memenuhi kategori warga emas ataupun kategori tidak berkemampuan dan mempunyai anak ke sekolah.
Saya maklum kalau satu anak ke sekolah, bantuannya adalah RM100 dan maksimumnya adalah RM450 tapi apa yang saya bangkitkan adalah bagaimana pula
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
dengan ibu-ibu tunggal yang memang tidak berkemampuan langsung tetapi mempunyai anak-anak kecil yang belum bersekolah. Sebab itu saya telah mencadangkan supaya diberikan ataupun kerajaan mempertimbangkan untuk melaksanakan insurans pendidikan ataupun dalam kata lain untuk membantu persiapan anak-anak itu di masa akan datang terutamanya dalam mereka mendapatkan pendidikan di masa hadapan. Jadi saya harap pihak kementerian dapat mempertimbangkan cadangan daripada pihak saya bagi mereka terutamanya ibu tunggal ini. Terima kasih.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Selain daripada Bantuan Kanak-kanak, ada juga bantuan am yang boleh dipohon oleh ibu-ibu tunggal yang mempunyai anak-anak yang belum lagi bersekolah ini. Dalam masa yang sama, saya juga memberikan perhatian kepada cadangan Yang Berhormat berkenaan dengan insurans tadi. Kita akan bincangkan lagi dengan lebih terperinci di peringkat kementerian nanti, Insya-Allah.
Berkenaan dengan cadangan supaya kementerian bekerjasama dengan agensi- agensi seperti SME Bank bagi mendapatkan pinjaman modal kepada usahawan wanita dalam memajukan perniagaan yang juga dibawa oleh Yang Berhormat Parit Sulong, kementerian kita sebenarnya melalui Jabatan Pembangunan Wanita telah pun mengadakan perbincangan, untuk makluman Yang Berhormatlah, dengan Credit Guarantee Corporation ataupun CGC iaitu sebuah agensi di bawah Bank Negara pada 10 Mac untuk membantu usahawan wanita mendapatkan pinjaman termasuk usahawan wanita yang tidak mempunyai kolateral.
Kementerian juga akan terus memperjuangkan supaya bank-bank komersial mewujudkan tetingkap khas ataupun special window bagi membantu dan memudahkan golongan wanita mendapatkan perkhidmatan dan pinjaman. Perkhidmatan kewangan ini termasuklah memperuntukkan peratusan tertentu bagi pembiayaan pinjaman kepada wanita. Oleh yang demikian, kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut lagi dengan Bank Negara dan bank-bank komersial yang lain berhubung dengan perkara ini.
Berkaitan dengan cadangan untuk mengadakan program pemerkasaan ekonomi atau economic empowerment, dengan izin, secara berterusan dan bersepadu kepada ibu- ibu tunggal yang juga dibawa oleh Yang Berhormat Parit Sulong, untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini memang menyambut baik cadangan yang telah dibawa oleh Yang Berhormat itu. Dalam hal ini, selain daripada program-program yang sudah dan sedang berjalan di bawah kementerian, kementerian juga sekarang ini mula melaksanakan program yang kita panggil MamaCare melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ataupun LPPKN yang akan diperluaskan lagi bagi melatih golongan ibu tunggal dan wanita warga emas untuk memberikan penjagaan postnatal secara holistik kepada ibu-ibu yang baru bersalin. Inisiatif pemerkasaan ekonomi ini mampu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup pengamal MamaCare selaras dengan objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang keempat untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta laluan, Yang Berhormat Menteri. Boleh?
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Saya habiskan dulu ini Yang Berhormat, boleh tak? Berdasarkan program rintis pada tahun 2013, seramai 89 orang wanita terdiri daripada ibu tunggal dan juga warga emas telah dilatih bagi mengikuti program ini. Bagi kumpulan pertama, seramai 31 orang telah dipantau bermula Januari 2013 hingga Disember dengan pendapatan tertinggi mencapai RM6800 sebulan.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Bagi tahun 2014, kementerian akan melatih seramai 300 orang lagi wanita bagi mengikuti program ini. Tadi Yang Berhormat mahu tahu tentang MamaCare kah?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat iaitu tentang program-program yang telah dibuat di bawah kementerian. Kita berterima kasih di atas cadangan-cadangan untuk memperkasakan lagi wanita termasuk Program MamaCare, memperkasakan ekonomi.
Cuma ada beberapa persoalan yang saya ingin tanya di sini. Pertama, sejauh mana kerajaan melihat isu yang berkaitan dengan kepentingan ekonomi ini, kerjasama dibuat dengan kerajaan-kerajaan negeri, khususnya kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Sejauh mana penyelarasan dibuat dengan Exco-Exco wanita di peringkat kerajaan negeri, khususnya untuk memastikan sampai tepat kepada sasaran dan menyeluruh.
Kedua ialah berkaitan dengan kepentingan kebajikan kaum wanita, terutamanya ibu-ibu juga ialah kepentingan pembantu rumah. Itu juga adalah satu perkara yang cukup penting. Sejauh mana kerajaan melihat isu ini sebab kita melihat kebergantungan yang cukup tinggi dengan pembantu rumah asing. Jadi, sejauh mana kerajaan menangani isu ini.
Mewujudkan kursus-kursus terutama untuk menggalakkan pembantu rumah tempatan supaya kebergantungan kita dari segi jangka panjang kepada pembantu rumah asing ini dapat dikurangkan. Oleh sebab kesannya cukup besar kepada pendidikan anak-anak, kanak-kanak yang masih peringkat umur bawahan, hasil daripada pembawaan daripada warga-warga asing ini. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Yang Berhormat, sebelum itu saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Parit Sulong. Bantuan kanak-kanak ini sebenarnya bukan setakat untuk anak yang sudah bersekolah, malah termasuk mereka yang belum bersekolah pun diberikan bantuan kanak-kanak.
Berkaitan dengan program-program yang kita laksanakan di kementerian. Untuk makluman Yang Berhormat Rantau Panjang dan Dewan yang mulia ini, memang kita merentasi politik program-program kita. Kita tidak menengok bahawa orang ini mana political leaningnya baru kita buat program dengan dia, tidak ada begitu. Kita buta tentang itu. Kita mahu melihat semua. Wanita, rakyat yang memerlukan, yang patut dibantu, maka mereka itu akan kita bantu dan turut serta dalam program-program yang kita laksanakan.
Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat untuk melatih mungkin...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat Timbalan Menteri, persoalan tadi ialah sejauh mana hubungan Exco wanita Kerajaan Pakatan Rakyat. Bukan politik. Maknanya, Exco di bawah kerajaan itu sendiri.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Tuan Yang di- Pertua, kita tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan semua negeri-negeri, tidak ada masalah Yang Berhormat. Kita tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan semua negeri. Tidak kiralah di bawah Kerajaan Barisan Nasional ataupun di bawah Pakatan. Akan tetapi lebih baik lagilah kalau dapat sama-sama dengan kita dalam Barisan.
Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat tadi dengan maids yang untuk dilatih dari kalangan rakyat Malaysia, terima kasih di atas cadangan Yang Berhormat itu, kita boleh tengok ini. Selain itu, kementerian juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui Program Mikro Francais untuk melahirkan usahawan wanita bagi menjalankan perniagaan francais.
Kebiasaannya orang ramai sering mengaitkan francais dengan modal yang besar seperti francais McDonald, KFC dan sebagainya. Walau bagaimanapun, terdapat juga francais kecil di bawah RM50,000. Di dalam hal ini kementerian mengambil inisiatif untuk melahirkan lebih ramai wanita dalam bidang mikro francais. Bagi tahun 2014 ini kementerian mensasarkan seramai 100 orang wanita untuk menceburi bidang mikro francais ini dan kita telah pun mengadakan beberapa bengkel untuk memberikan taklimat kepada wanita yang berminat.
Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada cadangan memberikan insentif dalam bentuk kewangan bagi menggalakkan golongan muda untuk berkahwin dan mempunyai anak yang dibuat dalam pencelahan oleh Yang Berhormat Tumpat semasa perbahasan Yang Berhormat Bukit Mertajam. Berhubungan dengan ini, bagi membantu- kita tidak ada program seperti ini. Namun, bagi membantu mengurangkan beban kewangan pasangan dan menangani isu bebanan kos yang tinggi untuk mengadakan majlis perkahwinan, kementerian melalui LPPKN menggalakkan kerjasama dalam komuniti dengan menganjurkan majlis perkahwinan secara beramai-ramai. Antara kerjasama dengan NGO yang menganjurkan majlis perkahwinan beramai-ramai adalah seperti berikut yang telah dilaksanakan, iaitu Program Selangkah ke Alam Perkahwinan anjuran Yayasan Patriotik Bangsar di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 21 Mei 2012 yang melibatkan penyertaan 20 pasangan.
Pasangan cuma membayar RM1,000 sebagai yuran pendaftaran. Satu lagi ialah resepsi perkahwinan anjuran Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan di Buddist Tian Hwa Temple, Kuala Lumpur pada September 2013 yang melibatkan 99
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
pasangan daripada masyarakat Cina. Pasangan-pasangan ini hanya perlu membayar RM80 sebagai yuran pendaftaran.
Selain daripada itu LPPKN menyediakan program pra-perkahwinan- smart start bagi memberikan ilmu dan kemahiran mendirikan rumah tangga untuk pasangan yang akan berkahwin atau baru berkahwin iaitu kurang lima tahun. Program ini dilaksanakan melalui pemberian bantuan kewangan kepada NGO yang terpilih. Melalui kerjasama ini pasangan akan mendapat menyertai program ini secara percuma dan mendapat ilmu pengetahuan serta kemahiran yang dapat membantu mereka melayari kehidupan berkeluarga sepanjang perkahwinan mereka. Sehingga tahun 2006 hingga Disember 2013, sejumlah 552 program telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara, NGOs dan badan-badan agama yang telah memberi manfaat kepada 20,407 orang peserta. Kerajaan juga sedar penjagaan anak merupakan salah satu faktor yang dipertimbangkan oleh pasangan suami isteri dalam membuat perancangan untuk mempunyai anak.
Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membantu ibu bapa meringankan bebanan kos ini. Sebagai contoh, melalui tahun 2014 telah menaikkan kelayakan pendapatan bulanan isi rumah penjawat awam dari RM3,000 kepada RM5,000 bagi tujuan pemberian subsidi yuran pengusahaan taska di tempat kerja sektor awam. Subsidi ini berjumlah RM180 bagi setiap anak. Kerajaan juga memberikan subsidi yuran taska sebanyak RM250 sebulan atau kadar yuran sebenar, mana yang lebih rendah, kepada ibu bapa penjaga yang berpendapatan per kapita tidak melebihi RM900 sebulan yang menghantar anak-anak berumur di bawah empat tahun ke taska swasta yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan. Subsidi ini layak dinikmati hingga dua orang anak bagi setiap ibu bapa ataupun penjaga.
Saya ingin balik kepada Yang Berhormat Rantau Panjang tadi berkaitan dengan program untuk menguruskan kediaman yang dicadangkan tadi. Memang sudah ada program yang dipanggil Program Home Managers. Ini merupakan latihan secara profesional selama dua minggu dalam bidang pengurusan rumah tangga dengan menggunakan modul kursus asas mengurus kediaman kepada wanita bagi membolehkan mereka menceburi industri baru sebagai pengurus kediaman. Ada beberapa bidang dilibatkan termasuk asuhan dan didikan anak-anak, penjagaan warga emas dan orang kurang upaya dan juga pengurusan kediaman.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Setiu, supaya bantuan kepada ibu bapa, penjaga anak-anak kurang upaya tidak dihentikan walaupun kadar gaji ibu bapa, penjaga telah dinaikkan. Pihak kementerian pada masa ini belum lagi bercadang untuk menaikkan syarat kelayakan tersebut. Walaupun ibu bapa terbabit tidak lagi menerima bantuan OKU pesakit terlantar, namun bagi anak yang berumur melebihi 18 tahun, mereka layak menerima bantuan OKU tidak bekerja sebanyak RM150 sebulan. Bantuan ini tidak mempunyai syarat minimum pendapatan isi rumah.
Ertinya, anak itu apabila sudah capai 18 tahun ke atas, maka dia masih lagi dapat menerima daripada JKM RM150.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Selain itu, bagi anak-anak yang menghadiri program pemulihan dalam komuniti PDK, mereka juga layak menerima RM150 sebulan sebagai insentif menghadiri program PDK. Insentif ini juga tidak mempunyai syarat minimum pendapatan isi rumah.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkaitan dengan OKU. Kita sangat memahami kesusahan golongan kelainan upaya. Bukan sahaja mereka yang peringkat umur kanak- kanak, bahkan juga mereka yang sudah di peringkat bekerja. Ini kerana mereka terpaksa menanggung kos berlainan dengan kita orang biasa. Biasanya kalau mereka ini bekerja, mereka terpaksa upah orang ataupun kenderaan khusus untuk bawa wheelchair dan sebagainya.
Jadi inilah di antara keluhan di kalangan pekerja-pekerja OKU supaya kerajaan memberi perhatian, menambahkan elaun sebab mereka terpaksa menanggung kos yang tinggi apabila mereka hendak melakukan pergerakan ke sana ke sini berbanding dengan kita orang biasa. Jadi saya minta supaya elaun OKU ini dinaikkan bukan sahaja di kalangan peringkat umur kanak-kanak tetapi termasuk juga elaun pekerja cacat. Jadi minta pertimbangan daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Untuk OKU yang bekerja, elaun pekerja cacat ialah RM300 sebulan pada masa ini.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Tidak memadai, Yang Berhormat.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Akan tetapi kita menggalakkan mereka ini untuk terus bekerja dan ini adalah sebagai insentif kita untuk OKU kita bekerja. Kita dapati bahawa OKU kita ini apabila kita bagi mereka latihan yang mencukupi, mereka mempunyai kepakaran-kepakaran yang boleh membenarkan mereka mencari pendapatan dan hidup berdikari. Akan tetapi dalam masa yang sama, kita masih lagi membantu mereka dengan memberikan RM300 sebulan ini. Pada masa dan ketika ini, begitulah kedudukannya, Yang Berhormat.
Seterusnya saya ingin terus kepada Yang Berhormat Bukit Katil berkaitan dengan status pemotongan ke atas penerima bantuan JKM negeri Melaka. Berkaitan dengan perkara ini, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa pemotongan tersebut telah pun diberhentikan mulai pada Januari 2014. Mengenai dengan pemulangan wang dividen pula, sebanyak RM44,166 telah dipulangkan kepada seramai 293 orang penerima bantuan ataupun waris hingga Februari 2014. Tuntutan dan pemulangan ini boleh dibuat di pejabat KOBEMAS.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan status bangunan pusat PDK di Limbang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Limbang...
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Minta maaf. Saya hendak ke belakang sedikit tadi mengenai bantuan daripada JKM. Saya cuma hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk maklumkan kepada kita, apakah rasionalnya JKM membuat exit policy di dalam JKM? Oleh kerana kadang-kadang, terutamanya di luar bandar bagi warga emas, menyukarkan mereka untuk memohon semula dan setengahnya pula tidak di dalam pengetahuan bahawa dia punya bantuan itu akan tamat. Jadi saya hendak mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai exit policy JKM. Terima kasih.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih Yang Berhormat. Exit policy ini lebih kepada program-program ataupun bantuan yang kita berikan misalnya kepada ibu tunggal di mana kalau ibu tunggal boleh kita bantu untuk berdikari, maka mereka mempunyai pendapatan yang sudah mencukupi untuk mereka meneruskan kehidupan dan maka dengan itu, mereka tidak lagi diberikan bantuan. Oleh kerana kita mahu bantuan ini adalah bersifat sementara sahaja.
Tujuan bantuan kita adalah untuk melegakan iaitu sementara sahaja. Kita mahu sebenarnya rakyat kita boleh berdikari. Jadi kita ada program-program lain, they will forward, kita panggil, untuk membantu mereka untuk berdikari. Oleh sebab itu kita ada geran pelancaran di mana melalui geran pelancaran ini kita boleh membantu mereka untuk berniaga. Daripada perniagaan itu, kita harap mereka akan capai kejayaan. Kita ada program 1Azam di mana mereka akan juga dibantu dengan alat-alat untuk mereka berniaga. Dengan ini, mereka akan dapat mencari pendapatan mereka sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan.
Begitu juga dengan OKU. Jika terdapat dengan latihan yang kita berikan kepada mereka, mereka sudah boleh berdikari, maka mereka tidak lagi perlu mengharapkan bantuan daripada kerajaan. Saya yakin mereka juga tidak mahu seolah-olah mereka hanya mengharapkan kerajaan sahaja. Mereka juga mesti merasakan mereka perlu ada satu pride, maka mereka akan boleh sama seperti orang yang lain dan tidak perlu mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata.
Akan tetapi bagi orang tua, kita tidak ada exit policy kerana orang tua-tua ini dia sudah tua dan dia tidak mungkin lagi akan bekerja. Maka dia tidak mungkin akan dapat pendapatan lagi yang membolehkan mereka keluar daripada bantuan ini. Jadi bantuan ini akan berterusan. Cuma yang ada ialah kerana bantuan ini hanya berjalan tempohnya
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
setahun, selepas itu kita akan ada masa untuk menyiasat semula. Ini seperti mana yang telah kita terangkan dahulu, ini adalah perlu kita laksanakan kerana kita tidak mahu akan timbul masalah di mana nanti bantuan berjalan terus sedangkan orang yang diberikan bantuan itu sudah tidak ada lagi di dunia ini. Maka akan menimbulkan masalah audit pula yang mana telah berlaku. Itu bukan exit policy, itu hanyalah masa untuk kita siasat semula.
Jika mereka masih ada, maka insya-Allah itu akan diteruskan.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Boleh Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tahu tentang exit policy ini, adakah pihak kementerian menyediakan insentif, maksudnya untuk ibu-ibu tunggal yang menggalakkan ibu tunggal supaya berkahwin lain? Jadi untuk mempercepatkan exit policy itu dan mereka ini akan mendapat pertanggungan ataupun dapat bantuan daripada sumber yang lain. Ini bukan soal daripada perkahwinan tetapi companionship. Kalau kita lihat negara Barat, perkahwinan di antara pasangan yang sudah dewasa, umur yang tua mempunyai satu kehidupan yang bermakna. Jadi mungkin pihak kementerian boleh melihat perkara ini supaya exit policy itu benar-benar dapat dilaksanakan, dipermudahkan khususnya kepada ibu-ibu tunggal. Terima kasih.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau ada yang muda mahu kahwin dengan yang tua itu pun apa salahnya sebagai companion...
[Ketawa] Akan tetapi jodoh itu di tangan Tuhan. Jadi kita tidak boleh paksa orang kahwin. Kadang-kadang ibu tunggal ini dia lebih suka untuk berdikari dan menjaga anak-anaknya rather than cari seorang lagi lelaki untuk tempat dia bergantung pula. Kadang-kadang ibu tunggal ini dia jadi tunggal bukan kerana suaminya meninggal sahaja. Ada juga masanya yang dia jadi ibu tunggal kerana diceraikan, ada juga dia jadi ibu tunggal kerana ditinggalkan begitu sahaja oleh orang lelaki.
Jadi mengenai dengan status bangunan pusat PDK di Limbang, Yang Berhormat Limbang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak telah pun mengenal pasti premis yang sesuai bagi program PDK Limbang. Dalam hal ini, JKM telah mengeluarkan inisiatif untuk menguruskan perolehan dan pemberian premis tersebut di Lot 1377, Batu Tiga, Jalan Kubong, Limbang, Sarawak. Yang Berhormat Limbang ya.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Bachok berkenaan dengan isu keluarga mangsa rogol yang dinasihatkan supaya tidak menempatkan mangsa rogol di rumah perlindungan JKM kerana khuatir perlakuan mangsa akan menjadi semakin teruk hasil pergaulan dengan penghuni yang lain.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ingin saya jelaskan bahawa JKM sentiasa memastikan rumah perlindungan yang disediakan adalah selamat, kondusif serta juga menepati kriteria yang ditetapkan di bawah Peraturan Kanak-kanak. Dalam hal ini, pegawai dan kakitangan yang bertugas di rumah perlindungan terbabit adalah terlatih dalam mengendalikan kes mangsa rogol dan memberikan perkhidmatan kaunseling, pengurusan trauma serta pendidikan kerohanian dan agama. Sehubungan itu, perkhidmatan yang diberikan ini dapat memulihkan mangsa rogol supaya mereka dapat diintegrasikan semula di dalam masyarakat.
Yang Berhormat Bachok juga telah menyentuh isu pihak media massa yang menyiarkan identiti mangsa rogol, pengadu dan suspek yang belum dibuktikan bersalah.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Sebagai makluman, penyiaran dan pendedahan identiti kanak-kanak yang terlibat dengan kes jenayah serta pihak yang terbabit merupakan satu kesalahan sebenarnya di bawah seksyen 15(2) Akta Kanak-kanak 2001. Mana-mana orang yang melanggar peruntukan ini boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru pihak media massa supaya lebih peka dan bertanggungjawab berhubung perkara ini. Pihak kementerian bersedia untuk membawa pihak yang melanggar peruntukan di bawah seksyen 15(2) Akta Kanak-kanak 2001 ke muka pengadilan demi kepentingan terbaik dan kebajikan kanak-kanak. Tuan Yang di-Pertua...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan kaitan dengan isu rogol. Terima kasih. Saya ingin tahu daripada pemantauan pihak kementerian, kenapakah fenomena isu ini semakin meningkat. Ini adalah satu perkara yang sangat menggerunkan kita apa lagi yang melibatkan keluarga Melayu Islam. Jadi, sejauh mana daripada kajian, pemantauan pihak kementerian, apa punca menyebabkan
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
meningkatnya isu ini dan apa penyelesaian yang dicadangkan oleh pihak kementerian untuk membendung perkara ini agar tidak terus menular dalam masyarakat yang menjatuhkan maruah agama dan maruah peribadi terutama soal wanita itu sendiri.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Walaupun dia bukan seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi tetapi ingin saya mengatakan bahawa masalah ini adalah masalah sosial yang dihadapi sejak dahulu lagi bukan sahaja masa sekarang Yang Berhormat kes-kes rogol ini. Mungkin sekarang ini kerana ada kesedaran, ada usaha daripada kementerian untuk mewujudkan antara lainnya talian NUR di mana pihak-pihak yang mengetahui tentang perkara ini boleh membuat laporan kepada pihak yang berkenaan kepada pihak yang berkuasa. Ada usaha untuk memberikan kesedaran melalui program-program kesedaran, seminar dan sebagainya maka banyaklah pihak bila mengetahui perkara ini berlaku, melaporkan kepada pihak polis dan tindakan diambil. Jadi kita akan nampak bahawa seolah-olah banyak kes rogol ini.
Saya rasa dalam hal ini bukan sahaja kerajaan ataupun kementerian yang perlu mengambil tindakan tetapi semua pihak termasuklah terutama sekali kaum keluarga, ibu bapa mestilah bertanggungjawab untuk memastikan jangan anak-anak kita terlibat dalam seperti contohnya berkawan ataupun pergaulan bebas dan lain-lain lagi. Akan tetapi ada kalanya juga rogol ini berlaku merupakan satu kekerasan yang tidak diduga. Dia boleh berlaku di mana-mana pun. Malahan boleh berlaku di dalam rumah sendiri pun. Ada juga berlaku rogol yang dilakukan oleh ahli keluarga sendiri. Malahan ada juga bapa ataupun bapa tiri. Ini berlaku bukan di luar tetapi di dalam rumah itu sendiri. Ada juga berlaku kekerasan tanpa diduga, tanpa disangka seorang wanita itu dirogol oleh seseorang lelaki.
Bagi pihak kami di kementerian untuk memberikan kesedaran tentang seksualiti ini beberapa program telah pun dilaksanakan di bawah LPPKN di mana kita ada Program kafe@TEEN yang mana orang-orang muda dan kaum belia boleh datang berkumpul di situ.
Mereka akan diberikan pendidikan seksualiti. Mereka juga boleh berkumpul, menyampaikan pandangan mereka. Mereka juga boleh diberikan kaunseling. Begitu juga kita pergi ke sekolah-sekolah untuk mengadakan program-program kita bersama-sama dengan pelajar- pelajar sekolah.
Untuk membantu ibu bapa kita juga mengadakan program di bawah LPPKN apa yang kita panggil Parenting@Work yang mana ibu bapa yang sibuk bekerja, tiada masa melihat anak-anak mereka, kita mengambil kesempatan untuk mengadakan program ini, memberikan ilmu kepada mereka supaya mereka dapat menjalankan dan melaksanakan tugas mereka sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab. Dalam masa yang sama ini mungkin akan dapat mengurangkan lagi masalah-masalah sosial termasuklah rogol ini.
Mengenai mengapa kes rogol ini semakin berleluasa selain daripada apa yang telah saya sebutkan tadi kepada Yang Berhormat, ini adalah disebabkan isu sosial, penggunaan internet iaitu dunia yang tanpa sempadan yang mana anak-anak kita boleh buka internet, melihat apa sahaja di dalam bilik mereka tanpa diketahui oleh orang tua mereka. Maka ini pun penting juga untuk ibu bapa memastikan bahawa apa yang dilihat itu adalah perkara-perkara yang positif. Seperti yang saya sebutkan tadi pergaulan yang bebas juga longgarnya institusi keluarga. Oleh sebab itu sekarang ini di bawah kementerian bermula daripada tahun ini kita akan menekankan tentang program-program yang lebih menjurus merapatkan hubungan kekeluargaan itu.
Kelima, pendidikan agama ataupun moral yang kurang, yang perlu dipertingkatkan. Tanggungjawab ini mestilah ada di bahu kedua-dua ibu bapa. Saya juga sebutkan tadi pengaruh daripada rakan sebaya. Jadi, kita sebagai ibu bapa juga mestilah mempunyai tanggungjawab bagi memastikan siapakah yang menjadi rakan anak-anak kita, bagaimana hubungan mereka, pergaulan mereka. Jadi, bukan semata-mata kerajaan sahaja.
Kita juga telah mengadakan banyak program seperti Seminar Literasi Undang- undang. Ini semuanya memberi fokus kepada modul keganasan rumah tangga, perkahwinan dan lain-lain lagi yang boleh membantu kita dalam usaha kita untuk menangani masalah yang ada di hadapan kita ini. Kita juga mengadakan Seminar Wanita Anti Jenayah dan ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat khususnya mengenai jenayah.
Jadi, hasil daripada apa yang kita laksanakan ini maka banyak pihak yang datang ke hadapan untuk memberikan laporan jika berlaku jenayah-jenayah seperti rogol ini. Kita
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
juga ada mengadakan program-program yang meningkatkan kualiti hidup melalui program kesejahteraan emosi. Program-program ini adalah merupakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Selain daripada literasi undang-undang dan juga program kesejahteraan emosi, ini semua adalah bertujuan untuk membantu kita dalam menangani masalah-masalah sosial yang ada pada masa ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan lagi dengan Yang Berhormat Paya Besar.
Menyentuh cadangan Ahli Yang Berhormat supaya JKM mengenal pasti pusat pemindahan yang mempunyai kemudahan yang lebih sesuai sekiranya melibatkan jumlah mangsa banjir yang ramai. Dalam hal ini semua Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah telah pun diminta oleh kementerian untuk mengenal pasti pusat-pusat pemindahan yang baru misalnya bangunan kerajaan yang mempunyai kapasiti besar seperti sekolah berasrama penuh, institusi pengajian tinggi dan kompleks sukan.
Selain itu, bangunan swasta atau persendirian juga akan turut dikenal pasti sekiranya sesuai. Sebagai makluman, terdapat sebanyak 4,969 buah pusat pemindahan banjir di seluruh negara pada masa ini. Memang sudah ada perbincangan yang dibuat oleh pihak kementerian di mana usaha untuk menambah baik ini sedang pun dilaksanakan.
Saya ingin beritahu kepada Yang Berhormat daripada Paya Besar, saya ada buku-buku ini...
[Menunjukkan buku] dalam ini ada bermacam-macam cadangan untuk menambahbaikkan.
Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Paya Besar juga, susulan daripada kejadian banjir pada bulan Disember 2013 kementerian akan menambah bilangan pangkalan hadapan bagi stok bekalan makanan...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
...Dan keperluan asas mangsa banjir daripada jumlah 513 buah yang sedia ada. Seperti yang telah saya sebutkan tadi, ada semua di dalam buku ini. Sila.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Saya hendak menyentuh sedikit berkenaan pusat perpindahan banjir. Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan memastikan untuk banjir-banjir yang akan datang diletakkan tempat pemisahan antara mangsa wanita dengan mangsa lelaki. Ini sebab apabila pencampuran tempat perpindahan contohnya di tempat yang sama, terutamanya berkaitan dengan anak muda dan sebagainya, ini adalah satu yang sangat tidak elok, mencolok mata. Apa lagi dengan keadaan yang terbuka tidak ada dinding dan sebagainya. Jadi saya harap supaya kerajaan mengadakan satu polisi, pusat pemindahan banjir diletakkan di kelas yang berbeza bagi wanita dan lelaki. Itu harapan cadangan saya.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih Yang Berhormat. Sesungguhnya dalam usaha kita untuk menambah baik pengurusan bencana ini, memang sudah pun dimasukkan dalam rancangan kita untuk mengadakan pembahagian di antara keluarga-keluarga ini dengan kita memasukkan apa yang kita panggil di sini pembahagi boleh lipat atau collapsible partition. Memang itu menjadi perancangan kita setelah kita melihat keadaan-keadaan ini bahawa kita kalau boleh mesti kita asingkan ruang tidur di antara lelaki dengan perempuan. Ada di dalam sini Yang Berhormat. Terima kasih.
Selain itu, JKM juga akan mewujudkan mini depoh di tempat-tempat strategik bagi memastikan bekalan makanan dan keperluan asas disalurkan secara berterusan kepada pangkalan hadapan yang memerlukan stok tambahan khususnya untuk situasi banjir luar biasalah seperti mana yang berlaku baru-baru ini. Bagi menangani isu bekalan makanan mentah yang segar khususnya sayur, ayam, daging, pihak JKM sedang mengenal pasti pasar raya hypermarket yang dapat membekalkan terus bahan makanan tersebut ke pusat- pusat pemindahan. Langkah ini diharap akan dapat mengurangkan insiden kekurangan bahan mentah yang segar dan kelewatan penghantaran ke pusat-pusat pemindahan.
Tuan Yang di-Pertua...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta maaf Yang Berhormat, minta maaf saya sebab isu banjir ini adalah saya mengalami setiap tahun di
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
kawasan saya. Selain daripada keperluan makanan, keperluan minuman, bekalan air bersih itu adalah satu keperluan yang sangat penting di musim banjir. Jadi saya harap supaya dalam bantuan oleh pihak JKM, jangan semata-mata hanya beras, makanan sahaja tetapi dimasukkan keperluan minuman untuk mangsa-mangsa banjir, jangan lupa. Terima kasih.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Okey terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya pun sama juga seperti Yang Berhormat, mengalami banjir hampir setiap tahun. Memang dalam kita memberikan bantuan itu termasuklah air. Ini adalah perkara yang penting dan saya dapati juga di kawasan saya hari itu, bila banjir memang bukan sahaja makanan tetapi juga air yang mencukupi. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat, ini adalah keperluan yang penting sekali pada masa-masa seperti begitu.
Apa lagi apabila terdapat beribu-ribu orang yang duduk di dalam pusat pemindahan ini.
Tuan Yang di-Pertua, sekian sahajalah daripada kementerian ini. Akhir kata, saya mahu merakamkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh beberapa perkara di bawah tanggungjawab kementerian dan juga yang telah mencelah dan meminta penjelasan semasa saya menggulung sebentar tadi. Adalah diharapkan Ahli-ahli Yang Berhormat akan terus memberikan sokongan atas usaha murni yang dilaksanakan dan memberi idea yang inovatif untuk mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Kementerian Kerja Raya, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini yang telah mengambil bahagian di dalam sesi perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang melibatkan bidang kuasa Kementerian Kerja Raya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan adalah daripada Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Sipitang dan Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Bagi pihak Kementerian Kerja Raya, saya sememangnya amat mengalu-alukan pandangan, cadangan dan teguran yang telah dibangkitkan oleh seramai 18 orang Ahli Yang Berhormat di atas. Sebelum saya meneruskan sesi penggulungan ini, izinkan saya untuk berkongsi beberapa pencapaian Kementerian Kerja Raya dalam tempoh suku tahun pertama 2014. Antara yang utama dan paling signifikan ialah pembukaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pulau Pinang sebagai salah satu mercu tanda kebanggaan negara di mana ia telah dibuka secara rasminya pada 1 Mac 2014 yang lalu. Jambatan ini merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara iaitu sepanjang 24 kilometer yang telah dibina dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM4.5 bilion.
Kementerian ini juga bersyukur dengan siapnya beberapa projek yang dapat memberikan keselesaan, terutama sekali kepada pengguna lebuh raya. Antaranya ialah menerusi pembukaan dua persimpangan bertingkat yang baru di Lebuhraya PLUS iaitu di Sungai Buaya, Selangor dan Bukit Gambir, Johor. Di samping itu, sebahagian lagi daripada Jajaran Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) iaitu melibatkan laluan dari Paka ke Bukit Besi sepanjang 32 kilometer juga telah siap dibina dan dibuka kepada pengguna lebuh raya pada bulan Januari 2014 yang lalu. Ini menjadikan jumlah jajaran LPT2 yang telah dibuka kepada pengguna ialah sepanjang 104 kilometer daripada 184 kilometer panjang keseluruhan.
Manakala jambatan persahabatan di Sungai Pandaruan yang menghubungkan bahagian Limbang di Sarawak dengan Wilayah Temburong di negara Brunei Darussalam
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
turut siap dan dibuka pada bulan Disember 2013. Di samping projek-projek di atas, satu lagi projek utama yang bakal disiapkan dalam tempoh masa terdekat ialah Projek Lebuhraya Sambungan BESRAYA, Sungai Besi. Lebuh raya ini bermula dari Salak Selatan, Jalan Sungai Besi dan Jalan Istana sehinggalah ke Pandan Indah dan Jalan Lingkaran Tengah 2
(MRR2) sepanjang 12.3 kilometer di mana ia dijangka akan dibuka kepada pengguna tidak lama lagi.
Ini merupakan antara sebahagian daripada pencapaian oleh kementerian ini pada awal tahun 2014. Sehubungan itu, Kementerian Kerja Raya akan terus komited untuk memastikan projek-projek awam dapat disiapkan dan memberi kemudahan serta keselesaan kepada pengguna selaras dengan moto kementerian ini iaitu, ”Ke Arah Kesejahteraan Rakyat.” Tuan Yang di-Pertua, untuk memudahkan sesi penggulungan ini, saya akan membahagikan isu yang bakal dijawab kepada tiga isu utama iaitu isu berkaitan Jalan Persekutuan termasuklah cadangan projek-projek baru, isu Jalan Pan Borneo serta jalan- jalan utama di Sabah dan Sarawak dan isu berkaitan lebuhraya bertol. Manakala isu-isu yang lain yang dibangkitkan selain daripada perkara yang di atas akan turut disentuh dan dijawab sebaik mungkin dalam sesi penggulungan ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat. secara umumnya perancangan membina dan menaik taraf rangkaian jalan raya di negara ini dibuat berasaskan kepada sumber rujukan blueprint Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Lebuh Raya atau Highway Network Development Plan atau lebih dikenali sebagai HNDP.
Laporan HNDP yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1990. Walau bagaimanapun, laporan HNDP ini telah melalui proses semakan semula di mana HNDP yang terkini telah diterbitkan pada tahun 2008 untuk Semenanjung Malaysia dan pada tahun 2010 untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Laporan HNDP yang diterbitkan pada tahun 2008 dan tahun 2010 ini telah menggariskan cadangan projek-projek jalan raya yang akan dilaksanakan dalam setiap rancangan lima tahun kerajaan iaitu sehingga tahun 2020 untuk Semenanjung Malaysia dan sehingga tahun 2025 untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ringkasan hala tuju HNDP ini bolehlah dirangkumkan seperti berikut:
(i) menambah baik sistem jaringan Jalan Persekutuan Utara Selatan, kawasan Pantai Barat ke Pantai Timur dan Pembangunan Koridor di Semenanjung Malaysia;
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Limbang bangun.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Menteri, boleh sedikit?
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin]
Boleh. Silakan Yang Berhormat Limbang.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Hendak tanya sedikit sahaja Timbalan Menteri iaitu tentang highway network ini tadi. Di Sarawak kita ada satu sahajalah Federal Road, road 1 daripada Lundu sampai ke Miri. Apakah kerajaan bercadang untuk menyambung daripada Miri by passing the, dengan izin, by passing negara jiranlah terus sambung ke Lawas dan terus ke Sabah.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Apakah bolehkah ini juga memasukkan dalam planning tersebut untuk jangka masa panjang. Terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Yang Berhormat Limbang.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri, sedikit tentang jambatan kedua itu sudah habis jawabkah atau akan?
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Tidak. Saya akan menjawab selepas ini Yang Berhormat. Itu baru mukadimah. Terima kasih Yang Berhormat Limbang.
Bagi menjawab kepada persoalan Yang Berhormat Limbang, sebenarnya dalam jawapan
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
saya ini terdapat tetapi secara spesifiknya selepas ini saya akan mengesahkan sama ada jajaran yang dimaksudkan itu termasuk dalam HNDP atau tidak ya, Yang Berhormat Limbang.
Okey kembali kepada jawapan ataupun teks ucapan ini saya juga ingin menyatakan di sini bahawa antara hala tuju HNDP ini termasuklah juga membina dan menaiktaraf Jalan Tengah Semenanjung Malaysia atau Central Spine. Ketiganya adalah membina dan menaiktaraf Jalan Pan Borneo di Sabah dan Sarawak. Terakhir adalah untuk membina jalan-jalan baru di Sabah dan Sarawak khususnya di kawasan Koridor Pembangunan Sabah atau SDC dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Jadi apabila Yang Berhormat tadi menyebut jajaran tersebut sebenarnya ia sebahagian perancangan memang ia akan disenaraikan dan seterusnya dilaksanakan di bawah HNDP. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk terus menjawab isu-isu spesifik projek jalan yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Sabak Bernam telah memohon pertimbangan kerajaan untuk mempercepatkan pembinaan jambatan yang baru menghubungkan Sungai Air Tawar di Selangor ke Bagan Datoh, Perak.
Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, cadangan pembinaan jambatan tersebut sememangnya telah dikenal pasti dan termasuk dalam syor Laporan HNDP.
Berdasarkan Laporan HNDP itu, projek ini dicadangkan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Ini mengambil kira kadar pertumbuhan pembangunan dan juga jumlah trafik yang masih rendah di laluan tersebut. Oleh itu projek ini akan dipohon untuk kelulusan peruntukan daripada agensi pusat dalam Rancangan Malaysia Kesebelas kelak.
Ahli Yang Berhormat Rasah pula telah membangkitkan mengenai kelewatan projek menaiktaraf Jalan Tok Ungku Fasa 3 Rahang, Seremban. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek tersebut ialah projek yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun ia dilaksanakan melalui pengawasan dan seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan. Kementerian Kerja Raya dimaklumkan bahawa projek ini telah diluluskan tempoh lanjutan masa (EOT) sehingga 20 Mei 2014. Berdasarkan maklumat oleh JKR Negeri Sembilan, projek tersebut telah mencapai kemajuan 85% dan dijangka akan siap mengikut jadual yang ditetapkan.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Kota Tinggi pula telah membangkitkan mengenai cadangan pembinaan Jalan Persekutuan 92 ataupun FT92 dari Bandar Kota Tinggi ke Penawar, Johor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek ini akan dibuat secara berperingkat di mana jajaran yang akan dilaksanakan terlebih dahulu ialah dari bandar Penawar ke Sungai Rengit, Kota Tinggi, Johor. Manakala jajaran yang melibatkan laluan daripada Kota Tinggi ke persimpangan Lebuhraya Senai-Desaru atau SDE akan dipertimbangkan setelah pelaksanaan fasa projek naik taraf dari bandar Penawar ke Sungai Rengit disiapkan terlebih dahulu.
Ini kerana jajaran tersebut dijangka akan berlaku peningkatan bilangan kenderaan berikutan dari kesan pembangunan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia atau lebih dikenali sebagai RAPID di Pengerang, Johor.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Jerantut pula telah membangkitkan isu kualiti jalan perhubungan di Daerah Jerantut iaitu Jalan Jerantut ke Kuala Tahan, Jalan Jerantut ke Kuala Lipis, Jalan Jerantut ke Temerloh dan Jalan Jerantut ke Benta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini sememangnya mengambil maklum mengenai kualiti jalan di kawasan-kawasan berkenaan. Kerosakan ini sebenarnya disebabkan oleh kesan daripada beban kenderaan berat khususnya lori bijih besi dan lori balak yang melebihi had muatan yang menggunakan laluan-laluan tersebut.
Kementerian ini telah membelanjakan sebanyak RM2.5 juta pada tahun lalu untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan di laluan yang mengalami kerosakan itu dan program pembaikan akan diteruskan pada tahun ini. Manakala untuk Jalan Jerantut ke Benta pula, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat projek menaiktaraf jalan tersebut dijangka akan ditender semula iaitu melibatkan pakej yang terbengkalai di mana pakej ini telah pun dipohon untuk kelulusan peruntukan daripada agensi pusat.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Kuala Krai pula telah membangkitkan mengenai isu supaya kerajaan mempertingkatkan tahap keselamatan jalan raya di Kuala
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Krai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini sememangnya merancang untuk menaiktaraf keseluruhan Jalan Persekutuan 8 atau FT8 termasuk laluan Gua Musang, Kuala Krai ke Kota Bharu sedia ada kepada dual carriageway. Jalan Persekutuan FT8 ini merupakan sebahagian daripada skop Projek Jalan Central Spine yang kini sedang dibina secara berperingkat-peringkat.
Keutamaan kerajaan pada masa kini ialah melibatkan jajaran Central Spine di Kuala Lipis di mana sebahagiannya telah pun siap dibina. Manakala untuk jajaran Kota Bharu ke Kuala Krai pula keutamaan Projek Rancangan Malaysia Kesepuluh melibatkan pelaksanaan Pakej 1B iaitu Pasir Hor ke Kadok terlebih dahulu. Projek ini akan memulakan pembinaan fizikal pada 7 April 2014 dan dijangka siap pada April 2017.
Namun demikian, untuk jangka pendek kementerian ini akan membuat penilaian audit keselamatan khususnya di kawasan yang kerap berlaku kemalangan ataupun blackspot di sekitar Kuala Krai. Program blackspot ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan di laluan yang dikenal pasti menerusi data kemalangan Polis Diraja Malaysia
(PDRM).
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Setiu telah membangkitkan mengenai cadangan supaya dibina jaringan jalan raya baru yang menghubungkan Setiu ke Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 atau LPT 2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya pada tahun 2009 telah menjalankan kajian kemungkinan awalan mengenai cadangan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 ke negeri Kelantan atau LPT3. Jajaran tersebut bermula daripada Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu melalui Daerah Setiu sehinggalah ke Pangkalan Kubor, Kelantan sepanjang 147 kilometer.
Anggaran awal kos projek ini ialah RM3.5 bilion termasuk kos reka bentuk, pengambilan tanah, pengambilan balik tanah dan pengalihan utiliti. Projek LPT3 ini merupakan antara projek yang dirancang dibina pada Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu di antara tahun 2016 hingga tahun 2020. Ini merupakan kesinambungan daripada Lebuhraya Pantai Timur LPT Fasa 1 iaitu negeri Pahang dan Fasa 2 negeri Terengganu seperti mana yang disyorkan oleh Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya Semenanjung Malaysia atau HNDP Fasa 1.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
[Bangun]
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Sehubungan itu, kementerian ini akan berunding dengan agensi pusat untuk memperoleh peruntukan bagi tujuan mereka bentuk dan pengambilan balik tanah LPT3 dalam tempoh baki Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Manakala pelaksanaan fizikal LPT3 pula dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan.
Silakan Yang Berhormat.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan LPT 3 sebelum daripada kita pergi kepada LPT3 saya rasa penduduk-penduduk Terengganu ingin penjelasan terkini tentang apakah jadual pelaksanaan dan siapnya LPT2 kerana banyak percanggahan dan juga perubahan waktu siapnya kerana terlalu banyak pakej dan tarikhnya masih lagi samar-samar.
Kita amat mengalu-alukan supaya sekurang-kurangnya LPT2 diselesaikan secepat mungkin dan tarikhnya masih juga belum dikhususkan bila akan siap. Terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Yang Berhormat bertanya mengenai LPT itu secara keseluruhan ya. Izinkan saya. Betul? Nanti saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat ya. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Sik pula telah membangkitkan mengenai cadangan pembesaran Jambatan Sungai Muda di Jeniang dan pembinaan Jalan Keselamatan Sempadan (KESBAN) di sempadan Malaysia-Thailand di Sik.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini mengambil maklum mengenai cadangan pembesaran Jambatan Sungai Muda di Jeniang. Sehubungan itu keperluan projek ini akan dinilai dari aspek teknikal dan kewangan sebelum dipohon untuk kelulusan peruntukan daripada agensi pusat.
Manakala mengenai cadangan pembinaan Jalan KESBAN pula, projek tersebut terletak di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), JPM. Tuan Yang di-
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Bayan Baru dan Yang Berhormat Jelutong pula telah membangkitkan tentang cadangan projek menaik taraf jalan-jalan utama di bahagian pulau untuk mengurangkan kesan kesesakan berikutan dengan pembukaan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang.
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan sekalian, Kerajaan Pusat sememangnya amat prihatin dan mengambil maklum mengenai perkara tersebut. Sehubungan itu Kerajaan Pusat telah bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak hampir RM1 bilion termasuklah kos pengambilan balik tanah dan pengalihan utiliti untuk menaik taraf empat projek mitigasi trafik di Pulau Pinang. Bertujuan mengurangkan kesan kesesakan daripada limpahan kenderaan di jambatan kedua tersebut. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:
(i) projek menaik taraf Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu daripada Batu Maung ke Jambatan Pulau Pinang sejauh 4.5 kilometer bernilai RM370 juta.
(ii) projek menaik taraf Jalan Persekutuan 6 atau FT 6 dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sejauh 3 kilometer bernilai RM208 juta.
(iii) projek menaik taraf Jalan Negeri (P 10) dari Batu Maung ke Jalan Sultan Azlan Shah sejauh 4.6 kilometer bernilai RM142 juta.
(iv) Projek pembinaan jejambat persimpangan bertingkat merentasi persimpangan Batu Maung, Pulau Pinang sejauh 1.25 kilometer bernilai RM146 juta.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebahagian besar daripada projek-projek di atas telah pun dimulakan pada tahun ini dan keseluruhan projek dan keseluruhan projek berkenaan dijangka siap pada akhir tahun 2016.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Sipitang telah membangkitkan mengenai status terkini projek menaik taraf Jalan Pan Borneo, khususnya di Pantai Barat negeri Sabah. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang dihormati, Jalan Pan Borneo ialah jalan perhubungan utama Sabah ke Sarawak yang merentasi negara Brunei Darul Salam. Panjang keseluruhan Jalan Pan Borneo ini adalah sepanjang 2,239 kilometer.
Di mana daripada jumlah tersebut 1,166 kilometer terletak di negeri Sabah dan 1,073 kilometer di negeri Sarawak. Ya, Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya juga bangkitkan tentang isu naik taraf daripada lapangan terbang ke Bulatan Bayan Baru. Saya tidak pasti Yang Berhormat Timbalan Menteri ada jawabkah tidak jawab.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya sudah jawab Yang Berhormat. Saya nyatakan empat program atau projek mitigasi.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Empat saja. Akan tetapi saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri pertimbangkan jalan daripada lapangan terbang, Jalan Sultan Azlan Shah daripada lapangan terbang ke Bulatan Bayan Baru. Oleh sebab ini adalah laluan utama tourist daripada luar negeri. Dia sampai lapangan terbang, dia akan menggunakan jalan tersebut. Sekarang jalan tersebut berlopak-lopak, bertampal-tampal, cukup teruk dan pokok-pokok semua pun sudah layu, mati dan sebagainya. So please, kalau boleh bagi peruntukan...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jalan Persekutuan, ini Jalan Persekutuan, okey. Jadi, Jalan Persekutuan ini cukup penting. Jadi, minta kalau boleh naikkan taraf jalan tersebut. Resurface lah, resurface.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Cadangan tersebut akan dipertimbangkan Yang Berhormat tapi saya ingin maklumkanlah juga ya kepada Yang Berhormat, jumlah RM1 bilion yang telah diluluskan, dilaksanakan itu...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Betul, yang itu di kawasan lain. Itu bukan jalan yang saya maksudkan.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya faham Yang Berhormat.
Saya juga menyatakan di sini...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Okey, terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
...Bahawasanya projek-projek mitigasi yang telah diluluskan dan akan dilaksanakan, malah yang akan siap pada 2016 ini mampu untuk menangani masalah kesesakan yang disebabkan oleh pembukaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah tersebut ya. Namun, seperti yang saya katakan tadi cadangan Yang Berhormat itu akan kita perincikan di peringkat kementerian. Akan tetapi pada saya tidak salah kalau sekiranya kerajaan negeri, walaupun ia Jalan Persekutuan, kerajaan negeri pun boleh...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Betul, betul. Jadi, sebab itu saya hendak bekerjasama dengan KKR sebab saya sudah minta state secretary untuk bincangkan.
Kalau perlu, kerajaan negeri pun boleh keluarkan duit. Sama-sama kita separuh-separuh kah, macam itu. Kita resurface, sebab inilah penting sebab Visit Malaysia Year. Ini saya hendak jayakan Visit Malaysia Year, apa yang bising ini? Saya hendak jayakan program Kerajaan Persekutuan, cuma we have to coordinatelah. Takkan semua- kerajaan negeri dia rasa, oh, kalau hendak keluarkan duit ini, Jalan Persekutuan. Jadi, dia a bit reluctant. But, I push for it. Saya harap boleh kalau kita adakan mesyuarat, kita find out formula, kita jalankan projek naik taraf di sana. Terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Yang Berhormat.
Kerajaan Pusat juga mengalu-alukan segala bentuk kerjasama dan jumlah yang telah diluluskan untuk jambatan telah dilaksanakan untuk jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dengan empat projek mitigasi itu secara total RM5.5 bilion. Ini menunjukkan Kerajaan Pusat tidak pernah menganaktirikan negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat ya. Itu yang kita ingin sampaikan. Sudah tentu hasrat Yang Berhormat itu kita akan bawa kepada peringkat kementerian untuk kita bincang ya. Kita tidak pernah menghalang apa-apa dan kerjasama negeri Pulau Pinang juga kita alu-alukan untuk mengatasi masalah bersama.
Jadi, sidang Dewan yang saya hormati sekalian, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, menyambung kepada isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sipitang. Bagi tempoh dari tahun 1996 sehingga 2011, Kerajaan Pusat telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM3.73 bilion untuk membina dan menaik taraf 1,160 kilometer Jalan Pan Borneo. Skop asal projek Jalan Pan Borneo ini semasa ia mula dibina pada tahun 1960-an dulu ialah untuk melengkapkan rangkaian jalan utama iaitu membina jalan single carriageway berturap. Sehingga kini 93% Jalan Pan Borneo telah sedia berturap dan 145 kilometer lagi dijangka akan siap berturap pada akhir tahun ini iaitu Jalan Sepulut-Kalabakan di negeri Sabah.
Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (HNDP) fasa dua yang diterbitkan pada tahun 2010 telah mencadangkan supaya keseluruhan jalan Pan Borneo ini dinaik taraf daripada laluan single carriageway kepada dual carriageway. Pelan induk tersebut telah mencadangkan Jalan Pan Borneo berkenaan dinaik taraf secara berperingkat-peringkat iaitu sehingga tahun 2025.
Anggaran kos terlibat keseluruhan ialah sebanyak RM22 bilion iaitu RM9.5 bilion di negeri Sabah dan RM12.5 bilion di negeri Sarawak.
Pada masa ini, 251 kilometer atau 11% daripada jarak panjang keseluruhan jalan Pan Borneo telah siap dibina dual carriageway iaitu 114 kilometer di negeri Sabah dan 137 kilometer di negeri Sarawak. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 juta untuk menaik taraf jalan Pan Borneo dalam sesi Bajet 2014 yang lalu.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Daripada jumlah tersebut, peruntukan RM100 juta akan dibelanjakan untuk projek- projek sambungan yang telah komited, manakala RM400 juta lagi adalah bagi baki peruntukan tersebut yang akan dibelanjakan bagi melaksanakan projek-projek baru seperti berikut:
(i) menaik taraf Jalan Sibu-Bintulu iaitu di kilometer 18 hingga kilometer 30;
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
(ii) menaik taraf Jalan Batu 10 ke Batu 15 Jalan Kuching ke Serian;
(iii) membina 95 lorong memotong di negeri Sarawak;
(iv) menaik taraf Jalan Donggongon ke simpang Papar Spur pakej dua dan tiga;
(v) menaik taraf Jalan Kepayan dari Jambatan Petagas ke Lok Kawi iaitu pakej 1C; dan Program pembaikan cerun sepanjang jalan Kota Kinabalu ke Sandakan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di samping projek-projek baru di atas, kementerian ini akan terus melaksanakan program-program keselamatan berimpak besar yang telah komited iaitu seperti menaik taraf lokasi kerap berlaku kemalangan atau blackspot dan menaik taraf laluan tersebut yang rosak.
Sehubungan itu, kementerian ini telah meluluskan 109 projek lain di Jalan Pan Borneo dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM457 juta untuk tempoh pelaksanaan dari tahun 2012 hingga tahun 2015. Pada masa kini, 83 bilangan projek tersebut telah disiapkan, 19 projek sedang dalam peringkat pembinaan dan tujuh lagi projek sedang dalam proses reka bentuk dan pra tender.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Kota Kinabalu pula telah membangkitkan usaha untuk mengatasi masalah kesesakan trafik di Bandar Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengurangkan kesesakan di sekitar bandar Kota Kinabalu, kerajaan telah bersetuju meluluskan cadangan Projek Jalan Kota Kinabalu Outer Ring Road dengan izin, sepanjang 50 kilometer. Skop projek ini termasuk:
(i) menaik taraf Jalan Tun Fuad Stephens atau jalan pesisir pantai Kota Kinabalu sepanjang 10 kilometer dan membina empat persimpangan bertingkat di sepanjang laluan tersebut;
(ii) menaik taraf jalan lintas Kota Kinabalu; dan
(iii) menaik taraf Jalan Sulaman, Universiti Malaysia Sabah.
Cadangan Projek Kota Kinabalu Outer Ring Road ini akan dilaksanakan secara berperingkat berikutan ia melibatkan kos yang tinggi iaitu dianggarkan sebanyak RM1.11 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-10 ini. Agensi Pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM260 juta untuk pelaksanaan skop menaik taraf Jalan Lintas, Kota Kinabalu.
Projek ini dijangka akan dimulakan pada akhir tahun ini iaitu setelah kerja-kerja reka bentuk terperinci projek disiapkan manakala untuk skop yang lain ia akan dipohon di bawah Rolling Plan keempat iaitu pada tahun 2015, Rancangan Malaysia Ke-10.
Di samping itu, kementerian ini juga merancang untuk menaik taraf keseluruhan jalan Kota Kinabalu-Putatan-Lok Kawi. Pelaksanaan projek ini dibuat secara berperingkat bermula daripada Rancangan Malaysia Kesembilan lagi. Setakat ini, kerajaan telah melaksanakan projek menaik taraf Jalan Kepayan ke Putatan iaitu melibatkan skop pembinaan laluan tiga lorong sehala termasuk membina jejambat daripada persimpangan Jalan Lintas ke Persimpangan Jalan Mat Salleh, Kota Kinabalu. Projek dengan nilai kontrak sebanyak RM111 juta itu telah siap dan dibuka kepada lalu lintas pada tahun 2010 yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, manakala dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 ini, kerajaan telah meluluskan cadangan Fasa 1A dan 1B projek menaik taraf Jalan Kepayan iaitu dari Jambatan Petagas ke persimpangan Lok Kawi, Sabah. Projek ini melibatkan anggaran kos projek sebanyak RM136 juta dan kerja-kerja fizikal telah pun dimulakan pada bulan April 2013 yang lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2015. Skop kerja ini melibatkan menaik taraf jalan sedia ada kepada tiga lorong sehala termasuk membina beberapa pusingan U dan menaik taraf tiga jambatan di laluan sepanjang enam kilometer itu.
Pada masa kini, kementerian ini juga sedang berbincang dengan agensi Pusat untuk memohon kelulusan pelaksanaan menaik taraf Jalan Kepayan ke Persimpangan Lok Kawi Fasa 1C dalam Rolling Plan akan datang pada tahun 2015 iaitu melibatkan skop
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
menaik taraf jalan sedia ada kepada laluan dual carriageway dengan reka bentuk piawaian JKR R5.
Yang Berhormat Kuala Terengganu telah memohon maklumat terkini bilakah lebuh raya Kuantan ke Kuala Terengganu akan siap keseluruhannya iaitu LPT2.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Mac 2014, kemajuan fizikal keseluruhan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 atau LPT2 di Terengganu ialah 93%.
Pada masa kini, 104 kilometer dari 184 kilometer jumlah keseluruhan LPT2 telah siap dan dibuka kepada pengguna iaitu melibatkan laluan daripada persimpangan Kuala Terengganu ke Bukit Besi ke Paka. Manakala baki laluan LPT2 yang masih belum disiapkan melibatkan tiga pakej dari Jabor ke Paka sepanjang 80 kilometer dijangka akan siap dan dibuka kepada lalu lintas pada bulan September 2014 ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli Yang Berhormat dari Lanang pula telah membangkitkan mengenai cadangan untuk membina sebuah persimpangan bertingkat yang baru di Bandar Sibu bagi mengurangkan masalah kesesakan di bandar tersebut.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan setakat ini tidak ada perancangan untuk membina persimpangan bertingkat di Bandar Sibu. Ini kerana tahap perkhidmatan kesesakan ataupun level of service dengan izin di laluan tersebut masih lagi terkawal.
Walau bagaimanapun, kementerian ini akan sentiasa bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa tempatan untuk mengurangkan kesan kesesakan di Sibu melalui aspek penguatkuasaan undang-undang serta pengurusan trafik yang lebih efisien.
Ahli Yang Berhormat dari Kota Samarahan pula telah membangkitkan mengenai cadangan pembesaran Jalan Datuk Musa di Kota Samarahan iaitu daripada single carriageway kepada dual carriageway dan membina jejantas pejalan kaki untuk kemudahan orang ramai di jalan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini telah membuat penilaian dan seterusnya berpandangan adalah lebih sesuai supaya dibina lorong khas untuk motosikal sepanjang 10 kilometer di laluan berkenaan. Cadangan projek dengan anggaran kos sebanyak RM18 juta itu telah pun dikemukakan kepada agensi Pusat untuk kelulusan dalam Rolling Plan keempat tahun 2015 Rancangan Malaysia Ke-10. Manakala untuk cadangan pembinaan jejantas pejalan kaki pula, permohonan tersebut akan dikaji dan perundingan dengan pihak berkaitan iaitu pihak UNIMAS dan juga kerajaan negeri akan dijalankan memandangkan jalan tersebut merupakan jalan di bawah bidang kuasa negeri.
Di samping itu, untuk tempoh jangka panjang, pelan induk HNDP telah mencadangkan supaya satu laluan baru dibina bagi menghubungkan Jalan Kota Samarahan ke Pusa ke Selalang iaitu Jalan Pan Borneo. Projek ini akan dipohon untuk dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Hulu Rajang pula telah membangkitkan mengenai isu kerosakan Jalan Bintulu-Bakun khususnya di Sungai Asap.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya sememangnya mengambil maklum mengenai keadaan Jalan Bintulu ke Bakun khususnya di Sungai Asap yang mengalami kerosakan. Ia berpunca daripada faktor kenderaan berat yang membawa muatan melebihi had dan penggunaan beban gandar kenderaan yang tidak sesuai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya sememangnya amat prihatin dan sentiasa memberikan peruntukan hampir setiap tahun bagi tujuan menyelenggarakan Jalan Bintulu ke Bakun.
Untuk rekod, pada tahun 2012, peruntukan sebanyak RM4.3 juta telah disalurkan untuk menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggarakan jalan berkenaan khususnya di lokasi-lokasi yang kritikal. Manakala pada tahun lalu, tahun 2013, kementerian ini telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM31 juta untuk menurap semula jalan berkenaan yang mengalami kerosakan terutama sekali di kawasan Sungai Asap.
Untuk mengatasi masalah kenderaan berat ini, kementerian akan meneruskan usaha perbincangan dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan agensi-agensi penguatkuasaan terlibat seperti pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ. Ini bagi memastikan kenderaan-kenderaan berat yang menggunakan laluan tersebut sentiasa mematuhi had muatan yang ditetapkan.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Sabak Bernam telah membangkitkan mengenai isu pembinaan Projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE) dari Taiping ke Banting dan memohon penjelasan mengenai isu-isu berkenaan WCE yang melibatkan jajaran Tanjong Karang ke Sabak Bernam.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perjanjian konsesi Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat Taiping-Banting telah ditandatangani pada bulan Januari 2013.
Projek ini akan dilaksanakan secara penswastaan oleh syarikat konsesi West-Coast Expressway Sdn. Bhd. atau WCE SB. Skop projek ini melibatkan pembinaan lebuh raya baru sepanjang 316 kilometer dari Taiping ke Banting kecuali untuk jajaran Jalan Persekutuan FT05 sedia ada dari Tanjong Karang ke Sabak Bernam sejauh 50 kilometer dan Telok Intan ke Kampung Lekir sepanjang 30 kilometer di mana kedua-dua jajaran itu akan dinaiktarafkan oleh Jabatan Kerja Raya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, laluan daripada Tanjong Karang ke Sabak Bernam ini tidak akan dikenakan bayaran tol.
Tuan Yang di-Pertua, anggaran kos Projek Lebuhraya Pantai Barat yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi sahaja ialah sebanyak RM5.04 bilion. Implikasi kewangan yang akan ditanggung oleh kerajaan pula adalah melibatkan RM1.4 bilion untuk menaik taraf dua jajaran yang dilaksanakan oleh JKR dan sebanyak RM980 juta untuk kos pengambilan balik tanah.
Sebagaimana dimaklumkan di atas, jajaran di antara Tanjong Karang dan Sabak Bernam akan menggunakan jalan sedia ada iaitu Jalan Persekutuan R5. Laluan sepanjang 50 kilometer ini akan dinaiktarafkan dari undivided dual carriage kepada divided dual carriage dengan izin, dengan reka bentuk piawaian JKR R5 dengan spesifikasi tambahan keselamatan yang akan dipertingkatkan sebagaimana piawaian lebuh raya. Di sepanjang jajaran ini akan dibina grade-separated interchange, dengan izin, di kawasan yang melalui bandar-bandar utama bertujuan untuk memastikan kelancaran perjalanan trafik dari laluan utama.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Petaling Jaya Selatan pula telah membangkitkan mengenai isu-isu berkaitan pembinaan Projek Lebuhraya Kinrara- Damansara atau KIDEX termasuk sama ada projek ini akan dibatalkan jika terdapat bantahan oleh penduduk setempat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perjanjian Konsesi Lebuhraya Kinrara- Damansara atau KIDEX telah ditandatangani pada 15 November 2013. Projek ini akan dilaksanakan secara penswastaan oleh syarikat konsesi KIDEX Sdn. Bhd. Anggaran kos pembinaan projek sepanjang 14.9 kilometer ini adalah sebanyak RM2.42 bilion, manakala kos pengambilan tanah sebanyak RM580 juta pula ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Kos pembinaan KIDEX agak tinggi berbanding kos per kilometer projek lebuh-lebuh raya lain disebabkan keseluruhan jajaran Lebuhraya KIDEX bakal merentasi koridor yang telah pesat membangun dan ia akan dibina secara struktur bertingkat iaitu melibatkan ketinggian melebihi 16 meter.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, KIDEX Sdn. Bhd. sedang dalam tempoh memenuhi beberapa syarat duluan ataupun condition precedent iaitu selama 12 bulan dari tarikh perjanjian ditandatangani. Antara syarat duluan itu ialah melibatkan:
(i) Pengesahan bukti pembiayaan; dan
(ii) mengadakan bancian atau tinjauan umum atau public opinion survey, dengan izin, mengenai cadangan pembinaan lebuh raya berkenaan.
Sehubungan itu, pelaksanaan Projek Lebuhraya KIDEX ini tertakluk kepada syarikat konsesi telah memenuhi syarat-syarat duluan yang ditetapkan termasuklah memaklumkan mengenai keputusan public opinion survey. Jika tidak ada sebarang halangan, projek ini akan dijangka dimulakan pada awal tahun 2015 dengan tempoh siap pembinaan selama 36 bulan.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan juga memohon maklumat mengenai pecahan bayaran pampasan tol sebanyak RM400 juta kepada setiap konsesi yang terlibat pada tahun 2014.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
[Bangun]
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Manakala Ahli Yang Berhormat dari Sepang dan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan juga memohon supaya kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi lebuh raya yang sedia ada dan meminta penjelasan tentang langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk menangani isu tol pada masa hadapan.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Hendak minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Okey, silakan Yang Berhormat.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri telah pun memberi begitu banyak jawapan berkenaan projek-projek yang akan dilaksanakan dan kesemuanya itu tetapi saya hendak minta penjelasan di sini. Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 yang telah diluluskan bulan April 2012 sehingga hari ini masih belum dikuatkuasakan. Pada sesi yang lalu saya juga telah bangkitkan isu ini tetapi tidak ada jawapan langsung daripada pihak Kementerian Kerja Raya. Saya hendak tanya di sini bilakah akta ini yang disetujukan, yang telah pun diluluskan oleh kedua-dua pihak di dalam Dewan ini, bilakah akta ini akan dikuatkuasakan?
Ini adalah sesuatu amat penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Timbalan Menteri sedang bercakap tentang jalan raya Yang Berhormat.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Jalan raya, ini berkenaan dengan Menteri Kerja Raya. Kita hendak tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak. Akta lain, jalan raya lain.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
...Memang, kita hendak tahu bila Yang Berhormat Timbalan Menteri akan kuatkuasakan akta ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Langgar sahajalah, langgar sahaja.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Sebab ia adalah amat penting, begitu banyak duit akan dibelanjakan dan ini akan menjejaskan kontraktor-kontraktor, subkontraktor-subkontraktor semua itu. Jadi, projek-projek bila diumumkan, dilaksanakan, ada banyak yang tidak dapat disiapkan kerana masalah pembayaran. Jadi masalah ini, kenapa Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak memberi satu perhatian yang sewajarnya?
Sudah dua tahun diluluskan tetapi belum dikuatkuasakan sehingga hari ini.
Adakah ini kerana seksyen 40 akta tersebut yang memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat pengecualian kontrak-kontrak tertentu? Jadi, hingga hari ini pihak kementerian tidak dapat membuat keputusan apakah jenis kontrak ataupun skop- skop yang patut dikecualikan? Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi satu jawapan kepada semua orang agar semua orang tahu. Bulan yang lalu satu seminar lebih daripada 1,000 stakeholder.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Saya diam tidak bererti Yang Berhormat tidak salah peraturan.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Ini adalah satu isu yang amat penting berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tahu, banyak isu penting.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Yang Berhormat Timbalan Menteri, KIDEX.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur, saya address dahulu ini Yang Berhormat.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
KIDEX.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Yang Berhormat sekejap ya.
Memandangkan isu ini tidak dibangkitkan semasa perbahasan Yang Berhormat, saya akan menjawab Yang Berhormat tetapi saya mohon untuk menjawab secara bertulis kerana isu ini tidak dibangkitkan sebelum ini.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tentang pembinaan Lebuhraya KIDEX ini saya difahamkan, saya dapat surat jemputan pendengaran awam atau public hearing sepatutnya dijalankan pada 25 Mac iaitu semalam tetapi tiba-tiba pendengaran awam ini dibatalkan. Tidak bagi apa-apa alasan mengapa dibatalkan. Saya difahamkan di mana kita dapat maklumat sebab KIDEX ini meliputi banyak kawasan, akan melalui banyak kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan.
Kebanyakan penduduk yang terlibat membantah projek ini dan saya tahu KIDEX sudah tahu tentang hal ini di mana pembinaan KIDEX akan mendapat bantahan yang cukup teruk dan hebat daripada penduduk. So, adakah kalau ada keputusan daripada public hearing ini kebanyakan penduduk bantah berkenaan projek ini, adakah kerajaan akan teruskan untuk bina jalan ini atau tangguhkan atau batalkan? Kita hendak dapat satu jawapan yang pasti.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan di atas soalan yang dikemukakan, betul ya Yang Berhormat. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat mengenai KIDEX, bahawasanya pelaksanaan KIDEX ini telah mendapat kelulusan dan persetujuan kerajaan negeri. Satu taklimat telah diberikan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor atau MTES.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Pada 23 Februari 2012, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju dengan jajaran yang telah dicadangkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Ini bukan perkara yang baru Yang Berhormat. Konsultasi kepada kerajaan negeri dan juga beberapa siri perbincangan telah dilakukan.
Akan tetapi saya ingin memohon perhatian Yang Berhormat kepada jawapan saya tadi bahawasanya pada ketika ini, daripada 15 November yang lepas sehinggalah November tahun ini Yang Berhormat, KIDEX Sdn. Bhd. adalah dalam tempoh memenuhi beberapa syarat pendahuluan yang seperti saya katakan tadi condition precedent. Ini termasuklah mendapatkan, mengadakan bancian dan tinjauan umum ataupun public opinion survey mengenai cadangan pembinaan lebuh raya berkenaan Yang Berhormat.
Jadi, pelaksanaan Projek Lebuhraya KIDEX ini tertakluk kepada syarikat konsesi dapat memenuhi syarat-syarat dahuluan seperti yang saya sebutkan tadi termasuklah memaklumkan mengenai keputusan public opinion survey tadi Yang Berhormat. Ini bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Saya teruskan...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Boleh saya tanya?
Datuk Rosnah binti Haji Abd Rashid Shirlin
Yang Berhormat, tidak bahas pun.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tidak apa, tidak apa. Saya tahu sedikit tentang KIDEX.
Datuk Rosnah binti Haji Abd Rashid Shirlin
Okey, bolehlah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Semasa saya exco di Selangor, saya masih ingat bila cadangan KIDEX dibentangkan dalam Mesyuarat MTES. Sebenarnya waktu itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkata kepada pihak M di mana mereka haruslah memberi satu sasaran keuntungan KIDEX. Kalau KIDEX- kita bagi dia satu tempoh 20 tahun, kalau pada 12 tahun dia sudah dapat keuntungan yang dijangkakan itu, jadi lebuh raya itu haruslah batalkan tol atau pun konsesi tol. Ini adalah satu syarat yang ditetapkan oleh Menteri Besar Selangor kepada LLM.
Jadi saya hendak tanya, adakah ini dipatuhi? Ini kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri kata persetujuan telah pun ditandatangani dan sebagainya. Saya tidak faham sama
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
ada persetujuan antara negeri Selangor atau pun daripada pihak LLM dengan concessioner sahaja.
Datuk Rosnah binti Haji Abd Rashid Shirlin
Yang Berhormat Seputeh sahabat saya, projek KIDEX ini belum dilaksanakan lagi. Jadi unjuran trafik dan sebagainya itu, masih dalam peringkat proses perbincangan. Apa sahaja yang hendak kita katalah di Dewan ini, pada 23 Februari 2013, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju dengan menghantar surat kepada pihak LLM bersetuju mengenai jajaran dan pelaksanaan projek KIDEX ini Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Akan tetapi ada termasuk syarat inikah yang saya sebutkan?
Datuk Rosnah binti Haji Abd Rashid Shirlin
Kalau saya katakan termasuk, I’m not privy to that letter. Akan tetapi insya-Allah Yang Berhormat, saya akan bagi pengesahan kepada perkara ini kepada Yang Berhormat selepas ini secara bertulis.
Untuk sebagai tambahan Yang Berhormat kepada jawapan saya itu, saya ingin maklumkan di setiap perjanjian konsesi terutama sekali perjanjian konsesi yang terkini, kita selalu memasukkan mengenai exit policy ini Yang Berhormat. Clause mengenai exit policy yang melebihi perkiraan IRR telah pun dimasukkan dalam perjanjian kita. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh pihak KIDEX dengan kerajaan. So untuk menjawab kepada persoalan itu, memang perkara ini telah dimaktubkan sebagai sebahagian daripada syarat- syarat perjanjian. Okey Yang Berhormat.
Seperti yang saya nyatakan tadi mengenai pecahan bayaran pampasan tol. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan dan Sepang memohon kerajaan untuk mengkaji semula pelaksanaan perjanjian konsesi lebuh raya yang sedia ada dan meminta penjelasan mengenai langkah-langkah yang bakal diambil oleh kerajaan bagi menangani isu tol pada masa hadapan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum mengenai kenaikan kos sara hidup rakyat. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas Kabinet yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mengkaji kenaikan kos sara hidup rakyat termasuklah isu tol. Seterusnya kenaikan kos sara hidup telah diperincikan dalam makmal yang dikendalikan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).
Hasil daripada makmal tersebut, kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol pada tahun 2014 di 14 lebuh raya. Anggaran bayaran pampasan kepada 14 lebuh raya yang perlu dibayar oleh kerajaan adalah sebanyak RM400 juta. Maklumat mengenai pecahan, anggaran bayaran pampasan tol RM400 juta bagi tahun 2014 mengikut konsesi adalah seperti berikut:
(i) Lebuhraya Pantai Baru (NPE) RM32 juta;
(ii) Lebuhraya Shah Alam ke Kuang GCE RM23 juta;
(iii) Lebuhraya Damansara ke Puchong (LDP) RM89 juta;
(iv) Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) RM22 juta;
(v) Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) RM22 juta;
(vi) Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) RM13 juta;
(vii) Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) RM9 juta;
(viii) Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik-KL Barat (SPRINT) RM72 juta;
(ix) Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) RM5 juta;
(x) Terowong SMART RM19 juta;
(xi) Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) RM25 juta;
(xii) Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) RM27 juta;
(xiii) Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) RM30 juta; dan
(xiv) Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) RM12 juta.
Semuanya RM400 juta. Peruntukan bagi tujuan bayaran pampasan tol tersebut telah disediakan melalui peruntukan kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya. Bayaran
Datuk Rosnah binti Haji Abd Rashid Shirlin
pampasan ini dibuat berdasarkan kepada formula pengiraan pampasan yang telah ditetapkan di dalam perjanjian konsesi masing-masing. Jumlah sebenar bayaran pampasan tol akan ditentukan selepas proses verifikasi trafik yang dilaksanakan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sejak perjanjian konsesi tol generasi yang pertama ditandatangani oleh kerajaan, klausa-klausa dalam perjanjian konsesi sebenarnya telah melalui penambahbaikan untuk menjaga kepentingan pihak kerajaan.
Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah seperti memasukkan klausa perkongsian hasil antara kerajaan dan syarikat konsesi. Penetapan petunjuk prestasi utama atau KPI bagi memastikan lebuh raya sentiasa berada dalam keadaan yang selesa dan selamat serta penetapan pengiraan kadar pulangan dalaman IRR syarikat untuk membolehkan penamatan awal perjanjian konsesi jika kadar IRR itu telah dicapai.
Selain daripada itu, klausa-klausa yang baru juga telah dimasukkan dalam perjanjian konsesi lebuh raya yang terkini termasuk perjanjian konsesi tambahan iaitu seperti berikut:
(i) tol review mekanisme dengan izin, di mana kenaikan tol adalah tidak automatik;
(ii) penetapan level of service iaitu projek menaiktarafkan lebuh raya dilaksanakan mengikut peningkatan bilangan trafik; dan
(iii) tanggungjawab sosial korporat atau CSR seperti penetapan diskaun kadar tol di musim perayaan tertentu kepada pengguna lebuh raya.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi sedang mengenal pasti kaedah-kaedah penyelesaian terbaik di mana akan memberikan situasi menang-menang kepada syarikat konsesi, kerajaan dan juga pengguna. Namun, sebarang pindaan terhadap perjanjian konsesi adalah tertakluk kepada persetujuan bersama di antara pihak kerajaan dan syarikat konsesi serta pemberi pinjaman.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Bayan Baru dan Batu Kawan...
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Yang Berhormat...
Datuk Rosnah binti Haji Abd Rashid Shirlin
Telah membangkitkan- Silakan Yang Berhormat. Ini mengenai isu tolkah?
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Lebuh raya.
Datuk Rosnah binti Haji Abd Rashid Shirlin
Kita sudah lama tinggal lebuh raya.
Okey, tidak apalah. Yang Berhormat teruskan.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Salah satu daripada yang ditetapkan oleh pihak kerajaan berkenaan syarikat konsesi ini ialah kualiti lebuh raya. Jadi, adakah pihak kementerian telah membuat tinjauan di jalan raya terutamanya kita lihat Lebuhraya Timur-Barat, Lebuhraya LPT yang kita rasakan antara lebuh raya yang dari segi kualitinya boleh kita pertikaikan, terutamanya pada waktu musim hujan kerana airnya bertakung dan banyak kemalangan berpunca daripada soal kualiti lebuh raya yang ada di lebuh raya tersebut.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Jadi persoalan saya adakah pernah pihak kementerian membuat penilaian ataupun membuat satu tindakan terhadap syarikat tersebut?
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih atas soalan yang dibangkitkan Yang Berhormat. Bagi menjawab isu ini Yang Berhormat saya ingin nyatakan bahawa syarat-syarat perjanjian konsesi kita terutama sekali yang melibatkan konsesi lebuh raya. Antara lain adalah menekankan kepada level of service. Ini merupakan keutamaan kementerian. Jadi bukan sahaja perkara ini perlu dilaksanakan oleh syarikat konsesi malah ianya termaktub sebagai sebahagian dari syarat-syarat perjanjian konsesi. Untuk menjawab persoalan Yang Berhormat itu memang kita mengambil berat dan selalunya kita akan pastikan bahawa syarikat konsesi ini memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah perjanjian konsesi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan bangun Yang Berhormat.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Okey Yang Berhormat, teruskan.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih. Saya ada bertanya tentang meminta kerajaan semasa perbahasan bagaimana cara untuk mengurangkan bilangan tol ataupun bagaimana untuk memansuhkan tol. Berdasarkan angka yang diberi tadi, pampasan Lebuh Raya LDP yang paling banyak dapat pampasan sebanyak RM87 juta kerana tahun ini tidak dibenarkan menaikkan kadar tol. Dana pembinaan LDP, saya rasa kos tidak sampai RM2 bilion. Mengapa kerajaan sampai sekarang tidak boleh menggunakan wang ini untuk beli, ambil alih syarikat ini dan LDP juga setiap hari menyebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk terutamanya di Sunway dan juga di Sri Damansara Toll.
Adakah kerajaan ada perancangan atau manifesto Barisan Nasional menyatakan kalau menang PRU13 hendak kurangkan bilangan tol. Tol yang mana akan dikurangkan?
Itu pertama. Kita hendak at least ada perancangan dari sekarang. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab soalan ini.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh sambung sedikit?
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya jawab Yang Berhormat..
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
PJU. LDP, sama.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Berkaitan?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Berkaitan.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Berkaitan. Isu yang sama. Okey.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan bagi soalan yang telah disebut oleh rakan saya Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan adalah mengenai konsesi- konsesi tol seperti LDP di mana dalam perjanjian ada dengan jelasnya tertulis bahawa kerajaan berhak untuk mengambil alih konsesi-konsesi tersebut dengan kos pembinaan sahaja dan juga pulangan yang mencukupi bagi tahun-tahun yang lalu. Bukan tahun-tahun yang masa depan. Bukan pampasan untuk kehilangan keuntungan masa depan.
Dalam konsesi ada ditulis kerajaan boleh membeli balik konsesi ini dengan kos binaan sahaja asalkan ada pampasan yang mencukupi untuk keuntungan tahun-tahun yang lalu. Kenapa kerajaan enggan mengambil alih lebuh raya seperti LDP yang dibina dengan harga RM1.3 bilion sahaja iaitu kalau hendak ambil alih tidak sampai RM1.5 bilion? Akan tetapi kita telah pun bayar pampasan yang melebihi berikutan bertahun-tahun yang kita telah pun membayar pampasan kepada LDP melebihi RM600 juta, RM700 juta. Jadi, lebih baik kita ambil alih sahaja. Kalau tidak pampasan melebihi kos pembinaan lebuh raya.
Terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih kepada Yang Berhormat PJ Selatan dan PJ Utara di atas persoalan yang dikemukakan. Saya ingin menjawab persoalan Yang Berhormat mengenai langkah-langkah dan inisiatif kerajaan bagi mengurangkan beban tol ini. Saya ingin maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawasanya kerajaan telah mengambil berapa langkah dan ini jelas dibuktikan dengan tindakan, Yang Berhormat ya. Kita tidak cakap tetapi kita bertindak.
Pertamanya adalah dalam soal penstrukturan semula yang telah dilaksanakan di lima lebuh raya Yang Berhormat ya. Ini adalah menjurus kepada penetapan semula kadar tol iaitu kadar tol semasa dikekalkan sehingga satu tempoh, kadar tol semasa dikurangkan dan kekerapan kenaikan tol itu dikurangkan dan satu kadar tol dalam tempoh yang lebih panjang dapat dilakukan. Ini melibatkan syarikat konsesi PLUS, MTD, KESAS, Grand Saga dan juga LDP sendiri.
Langkah kedua Yang Berhormat adalah untuk penutupan plaza tol yang juga telah dilaksanakan Yang Berhormat ya di tujuh plaza tol iaitu Plaza Tol Senai, PJS2 seperti Yang Berhormat ketahui, Tol Salak Jaya-Besraya, Tol PJ Bound-Matramex, Tol Cheras Bound- Matramex, Tol Batu 11 dan Tol Batu 9. Selain daripada itu Yang Berhormat, kerajaan juga
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
mengambil inisiatif pengurangan tol yang telah dilaksanakan di plaza tol iaitu Plaza Tol Sungai Nyiur, Nibong dan Plaza Tol PJS2 arah ke Subang NPE.
Menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara yang menyatakan bahawa pampasan tunai, penangguhan serta pengurangan kenaikan tol di LDP. Yang Berhormat sebut secara khusus ya. Saya ingin maklumkan bahawa daripada tahun 1990 hingga tahun 2012, kerajaan telah membayar pampasan khusus kepada Lebuhraya LDP adalah sebanyak- tidak jumpa pula! Secara keseluruhan saya ingin maklumkan Yang Berhormat kepada Dewan ini bahawa kerajaan daripada tahun 1990 sehinggalah tahun 2012 telah membayar hanya RM2,818 juta bersamaan dengan...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya hendak tentukan angka itu, RM2 bilion.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
RM2 bilion.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Pampasan lebih tinggi daripada kos pembinaan highway? Apakah logik kerajaan ini?
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Mohon maaf.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Akan tetapi mereka masih boleh kutip tol selama 20 tahun!
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Tahun 1990 hingga tahun 2012 Yang Berhormat ya. Saya ingin nyatakan...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kos pembinaan lebuh raya RM1.3 bilion.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Itu silap Yang Berhormat. Saya ingin betulkan. Sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk mengambil alih 30 konsesi ini, kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM400 bilion Yang Berhormat ya.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tidak, tidak. Itu bukan soalan saya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
LDP sahaja.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
LDP?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
LDP, pampasan yang telah dibayar oleh kerajaan kepada LDP adalah RM2 bilion. Betul atau tidak? Saya hendak...
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya akan beri jawapan bertulis secara bertulis Yang Berhormat sebab saya..
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tadi ada sebut, tadi ada sebut RM2,000 juta.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Kita merupakan orang yang bertanggungjawab di atas maklumat yang kita berikan di Dewan Rakyat. Jadi saya mohon untuk memberi jawapan bertulis supaya tidak ada percanggahan Yang Berhormat. Saya tidak biasa berbohong Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Bukan bohong. Saya bukan kata bohong.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Jadi saya mohon untuk memberikan jawapan secara bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat terimalah. Dia akan bagi secara bertulis Yang Berhormat.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya akan beri secara bertulis.
Mungkin ada confusion Yang Berhormat. Saya mohon maaf tetapi saya akan berikan jawapan secara bertulis. Saya ingin bertanggungjawab di atas segala maklumat yang saya sampaikan di Dewan ini. Saya tidak boleh bersikap seperti sesetengah pihak daripada kita yang boleh berbohong di Dewan yang mulia ini. Saya tidak mahu untuk berbohong.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang Berhormat Timbalan Menteri, siapa yang bohong?
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya cuma menyatakan pendirian saya.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang Berhormat Timbalan Menteri, mana setengah pihak yang bohong?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Siapa bohong Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya menyatakan pendirian saya Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya tidak kata Yang Berhormat Timbalan Menteri bohong. Saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Siapa yang bohong itu? Sebelah mana itu? Sebelah Menterikah?
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya menyatakan saya tidak hendak bohong. Saya tidak katakan Yang Berhormat katakan saya bohong.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Siapa Menteri yang bohong?
Jangan salah cakap.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya ingin jelaskan saya tidak berkata Yang Berhormat kata saya berbohong. Saya kata saya tidak hendak berbohong!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya hendak bertanggungjawab ke atas sebarang pengumuman yang...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Menteri, tadi cakap lain.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
...Saya berikan di Dewan ini...
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Menteri cakap tadi lain.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya harap Yang Berhormat faham ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Okey, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya hanya harap, esok...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Seorang, seorang Yang Berhormat. Seorang, seorang.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya, saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang lain duduk. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya hanya minta, esok mungkin dapat jawapan bertulis. Saya faham, mungkin Yang Berhormat Menteri tidak dapat angka yang tepat buat masa ini. Akan tetapi kita harap di sini yang mendapat soalan- jawapan esok secara bertulis...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, figure yang dimaklumkan tadi itu jangan terima pakai dulu. Ia kena rujuk balik Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Okey, rujuk balik.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tidak apa, tidak apa. Saya bagi, saya bagi Yang Berhormat rujuk balik.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya akan memberikan jawapan secara bertulis.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Sebab memang ada angka yang khusus.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya akan berikan jawapan bertulis Yang Berhormat. Okey?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya hendak, hendak ulangi sekali lagi soalan saya. Apakah pampasan yang telah pun dibayar kepada pihak LDP dan kenapa kerajaan tidak secara langsung mengambil alih highway tersebut mengikut klausa- klausa yang sedia ada dalam perjanjian konsesi iaitu kerajaan boleh mengambil alih konsesi tersebut dengan kos dan pulangan tertentu pada tahun-tahun yang lalu. Bukan masa depan. So, kerajaan tidak payah bayar pampasan masa depan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan. Seperti yang saya katakan tadi, saya akan berikan jawapan secara bertulis.
Terima kasih.
Ahli Yang Berhormat Bayan Baru dan juga Batu Kawan telah membangkitkan mengenai kadar tol yang akan dikenakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang pada 1 April 2014. Selain itu Ahli Parlimen daripada Bayan Baru juga membangkitkan mengenai diskaun 20% kepada pengguna Touch’ n Go seperti yang diberikan di Jambatan Pulau Pinang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah telah diputuskan oleh kerajaan. Sehubungan itu, perkara-perkara yang berkaitan dengan kadar tol di jambatan berkenaan akan diumumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia dalam jangka masa yang terdekat ini.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya sikit Yang Berhormat Menteri. Lembaga Lebuhraya Malaysia di bawah Kementerian Kerja Raya kan? Jadi, Kementerian Kerja Raya ialah bos kepada LLM, kenapa tidak boleh umum di dalam Parlimen? Parlimen ini Parlimen adalah sidang yang paling tertinggi dalam negara kita. Kenapa satu angka yang kecil seperti itu tidak boleh diumumkan di sini Yang Berhormat Menteri?
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Yang Berhormat, Lembaga Lebuhraya Malaysia adalah agensi ya, yang mengendalikan...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya, agensi di bawah kementerian.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya faham Yang Berhormat.
Oleh daripada itulah, saya nyatakan mengikut jawapan saya tadi yang kadar tol itu...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri sudah tahu kan?
Yang Berhormat Menteri sudah tahu kan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
...Akan diumumkan – Yang Berhormat...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Dengar dulu. Dengar, dengar. Dengar dulu Yang Berhormat.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Yang Berhormat, saya telah maklumkan di Dewan ini bahawa pihak LLM akan mengumumkan kadar tol dan saya minta Yang Berhormat terima...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Eh, apa pekik-pekik tu?
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Seperti juga saya terima soalan- soalan daripada Yang Berhormat, kadang-kadang tidak masuk akal pun tetapi saya terima...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tidak, tidak, tidak.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terimalah jawapan kerajaan...
[Dewan riuh]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Apa yang tidak masuk akal? Tolong, tolong perjelaskan sebab you kata, you tuduh saya apa soalan yang tidak masuk akal. Tolong jelaskan. Mana soalan yang tidak? Kalau tidak, tolong tarik balik.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya minta Yang Berhormat, saya minta...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Kalau tidak, tolong tarik balik.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Kadang-kadang tidak masuk akal, jangan memanipulasikan setiap perkataan yang keluar daripada kami!
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Mana ada? Sebab you tuduh saya kata...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, seorang-seorang Yang Berhormat.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Sudah-sudahlah politikkan Yang Berhormat, ini jawapan yang ringkas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
You tuduh saya. Saya mana politikkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bayan Baru. Dengar penjelasan dulu baru soal balik...
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Menteri berwaspada dengan perkataan yang digunakan, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
We can’t do that Yang Berhormat. Ini boleh dibaiki, ikut peraturannya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Okey, Yang Berhormat Menteri. Business okay?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang lain duduklah, yang lain. Dewan-dewan yang lain pun tidak buat macam ini ya. Seorang-seorang.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Okey Yang Berhormat Menteri, kita hendak tanya. Oleh sebab sudah lebih tiga minggu, 20 hari. Ini hari 26. Sudah 25 hari, 26 hari jambatan telah dibuka dan tinggal lima hari sahaja tempoh percuma sudah akan habis.
Jadi, tinggal lima hari sahaja. Kenapa Yang Berhormat Menteri tidak boleh mengumumkan tol jambatan ke-2? Saya tidak faham dan Yang Berhormat Menteri adalah bos kepada LLM.
Itu sebab...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
...Saya hendak minta kalau...
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya tidak mahu jawab.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Dalam Parlimen ini. Ini Parlimen! Ini agensi- agensi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
...Bekerja untuk kerajaan. Yang Berhormat Menteri adalah bos kepada mereka. Minta Yang Berhormat Menteri jawab.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Yang Berhormat, saya ingat menjawab dengan sekali lagi mengatakan bahawa kadar tol ini akan diumumkan oleh pihak LLM dalam masa beberapa hari lagi. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri sudah tahu... [Dewan riuh]
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Kenapa kena tunggu LLM?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Yang Berhormat Menteri berkuasa.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Tugas saya bukan untuk memuaskan hati Yang Berhormat! Tugas saya adalah memberikan informasi yang betul...
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Jangan jerit, jangan jerit.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
...Kepada rakyat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri sudah tahu.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Informasinya adalah kadar tol...
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Bersabar.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
...Ini akan diumumkan oleh pihak LLM...
[Dewan riuh]
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Yang Berhormat Menteri bertanggungjawab.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
...Dalam masa beberapa hari lagi!
Tunggu Yang Berhormat!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Duduk dulu Yang Berhormat Menteri...
[Dewan riuh]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjong duduk dulu Yang Berhormat Tanjong.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya mahu teruskan Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin teruskan...
[Dewan riuh]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri tanya sikit.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Yang Berhormat daripada Bukit Gantang pula telah membangkitkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
...Mengenai isu cukai 3% yang didakwa dikenakan kepada para peniaga yang berniaga...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat. Kenapa terpekik-pekik ini, kenapa?
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
...Di kawasan Rehat dan Rawat
(R&R) Plus. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjong, duduk Yang Berhormat Tanjong.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
...Pihak PLUS tidak mengenakan sebarang cukai kepada para peniaga di kawasan rehat dan rawat (R&R).
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, belum lagi Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bayan Baru.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, semua pengendali...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, jangan macam ini.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
...Gerai di kawasan...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jangan membaca, ini bukan pembaca berita.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
...Rehat dan rawat (R&R) lebuh raya...
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Yang Berhormat.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
...Di bawah kendalian PLUS...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Sebentar Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri menjawab. Cuma tidak puas. Yang Berhormat tidak puas jawapan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sudah menjawab akan diumumkan. Akan diumumkan dalam masa yang terdekat.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Beberapa hari.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Beberapa hari. Just wait for the pengumuman. You don’t have to shout and bully the Menteri. Tak perlu buli Menteri, Yang Berhormat!
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tuan Yang di-Pertua, she shouldn’t hide. Tidak boleh melindungi sesuatu. Dia sudah tahu. Yang Berhormat Menteri sudah tahu. Apa masalah?...
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Ini apa ini Yang Berhormat Menteri? Relaks la dulu.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Kita bukan penipu! Kita bertanggungjawab!
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Kita tidak kata you penipu...
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tengoklah cara dia tu! Parit Sulong lagi bagus!...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Cukuplah. Yang Berhormat Bayan Baru. Duduk dulu Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Kena bertanggungjawab dengan semua, apa yang keluar daripada mulut kita lah! Kita Ahli Yang Berhormat yang dipilih oleh rakyat!
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri jalan sahaja, sudah habis, berhenti sahaja!
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Ini termasuk...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Sudah habis kah belum?...
[ Dewan riuh]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, ini isu kecil. Berapa tol?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tunggu sahaja umumlah.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Lebih baik umum sekarang.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Apa ini Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
You Sarawak, you balik Sarawak lah.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Apa ini Yang Berhormat Bayan Baru, tidak boleh faham!
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk meja]
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Untuk menggantikan kenaikan kadar sewa tahunan yang sepatutnya dikenakan oleh pihak PLUS.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Seperti contoh...
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Oleh kerana jawapan itu, soalan berkaitan dengan soalan saya, 3% peratus PLUS tadi...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Ahli Yang Berhormat.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Saya, saya, saya...
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya tidak habis menjawab soalan Yang Berhormat. Izinkan saya mengulangi jawapan ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Ya, ulang balik.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, terpulang kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat reaksi. Kalau dia beri laluan, boleh. Kalau tidak pun, boleh. Jangan teriak-teriak. Sudahlah Ahli-ahli Yang Berhormat.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Sudah tidak ada isu Tuan Yang di- Pertua...
[Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya hendak menjawab persoalan-persoalan dari Ahli Yang Berhormat dari Bukit Gantang. Ahli Yang Berhormat dari Bukit Gantang telah membangkitkan mengenai isu cukai 3% yang didakwa dikenakan kepada para peniaga yang berniaga di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) PLUS. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak PLUS tidak mengenakan sebarang cukai kepada para peniaga di kawasan Rehat dan Rawat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, semua pengendali gerai di kawasan Rehat dan Rawat lebuh raya di bawah kendalian PLUS dikenakan kadar sewa tetap dan caj-caj lain yang berkaitan dengan kemudahan utiliti, penyediaan sistem, perkhidmatan operasi dan aspek penyelenggaraan.
Ini termasuk Yang Berhormat ya, saya ingin tekankan. Sewaan tambahan bukan cukai Yang Berhormat ya. Sewa tambahan atau caj sebanyak 3% di atas jualan yang dikenakan kepada operator peniaga di R&R tersebut. Pelaksanaan caj ini Yang Berhormat, ialah untuk menggantikan kenaikan kadar sewa tahunan yang sepatutnya dikenakan oleh pihak PLUS. Sebagai contoh, caj tambahan 3% di hentian sebelah Bukit Gantang pula dikenakan pada bulan Oktober 2013. Di mana ia telah dipersetujui oleh semua peniaga yang terlibat Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, caj...
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Terima kasih. Yang Berhormat.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Izinkan saya untuk habiskan.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga. Caj ini merupakan sebahagian daripada perjanjian pengendalian gerai yang telah dipersetujui oleh peniaga semasa proses lantikan untuk memulakan perniagaan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, caj tiga peratus ini hanya dikenakan ke atas peniaga makanan dan minuman, buah-buahan dan juga kraf tangan. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Beginilah, baru boleh.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Kalau ada gangguan seperti tadi, saya arah Yang Berhormat Menteri untuk berhenti menjawab kerana tidak ada juga yang mendengar. Sila Yang Berhormat.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Tuan Yang di-Pertua, pada saya ialah, cukai itu untuk peniaga-peniaga PLUS ini satu yang agak membebankanlah, tiga peratus. Apa salah kalau betul-betul kenaikan cukai sewa, biarlah kena sewa kerana menurut laporan yang sampai kepada saya, ada di kalangan peniaga-peniaga bayar setiap bulan lebih kurang kadang RM1,000 sehingga RM3,000 pun ada, oleh sebab dengan cukai tiga peratus lagi. Jadi pada saya ialah apa lagi PLUS hendak? Banyak sudah untungkan.
PLUS ini pantang lalu, hulur selalu. Okey, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Yang Berhormat.
Satu pendapat yang rasional tetapi Yang Berhormat, sekali lagi...
Tuan Yang di-Pertua
Istilah baru itu Yang Berhormat, pantang lalu, hulur selalu.
Sila.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya sekali lagi tekankan ini bukannya berbentuk cukai Yang Berhormat. Tiga peratus itu dikenakan di atas keuntungan.
Sekiranya peniaga itu tidak untung Yang Berhormat...
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan untung ini, ini setiap jualan.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Maafkan saya, ke atas jumlah sale mereka.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Ha, jualan. Bukan...
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Dan sekiranya peniaga tersebut tidak mencatatkan sale yang baik, caj itu akan rendah, Yang Berhormat. Kita tidak pukul rata. Jadi perkara ini memang diselaraskan dan dimonitor oleh pihak PLUS sendiri. Ini merupakan sebahagian daripada perjanjian Yang Berhormat, yang telah dipersetujui oleh peniaga. Namun, kebimbangan Yang Berhormat akan saya sampaikan kepada pihak PLUS.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan soal berapa banyak yang dia untung ini, tapi setiap sale yang dijual. Itu yang pada saya yang agak membebankanlah. Maknanya jikalau dia jual RM30, tiga sen kena ambil. Jikalau RM100, RM3, tiga peratus. Ini yang disampaikan kepada saya. Memanglah mereka itu bersetuju fasal mereka itu ‘walimujibir’. ‘Walimujibir’ ini paksa kena terima, jikalau tidak terima akan dikeluarkan daripada PLUS.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya yakin Ahli Yang Berhormat Bukit Gantang seorang yang prihatin. Seperti yang saya katakan tadi, kegusaran dan kebimbangan Yang Berhormat itu akan saya sampaikan kepada pihak PLUS.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali mengenai isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sik mengenai cadangan supaya kerajaan mengambil inisiatif bagi memisahkan JKR Kuala Muda/Sik.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini dimaklumkan bahawa berikutan daripada persetujuan di peringkat daerah dan negeri, JKR negeri Kedah telah menyediakan kertas cadangan penstrukturan semula JKR Kuala Muda/Sik kepada dua daerah berasingan iaitu JKR Daerah Kuala Muda dan JKR Daerah Sik untuk kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Kementerian ini bersedia untuk membantu dari aspek penempatan sumber tenaga manusia khususnya melibatkan kumpulan pengurusan dan profesional atau P&P. Berdasarkan maklumat oleh JKR negeri Kedah, proses ini dijangka akan dilaksanakan pada suku ketiga tahun 2014.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Limbang telah membangkitkan mengenai perancangan dalam HNDP untuk menyambung jalan dari Miri ke sempadan Brunei melalui Lawas dan seterusnya ke negeri Sabah. Memang terdapat perancangan dalam HNDP Yang Berhormat, untuk menyambung jalan dari Miri ke Lawas tanpa melalui Brunei. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada keputusan agensi Pusat kerana ianya melibatkan kos pembinaan yang tinggi dan melibatkan kajian alam sekitar.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya. Kementerian ini akan mengambil perhatian dan tindakan di atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Mana-mana persoalan ataupun pertanyaan yang tidak dapat dijawab pada kali ini akan dicatat dan seterusnya untuk tindakan susulan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Hasan bin Malek
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Sirih berlipat, sirih pinang; Sirih dari Pulau Mutiara; Awal bismillah untuk membentang; Kata pemanis pembuka bicara. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan mengutarakan isu-isu yang berkaitan dengan kementerian ini semasa Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 2014 yang lalu.
Sepanjang perbahasan tersebut, terdapat tujuh isu yang telah dibangkitkan oleh
Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkaitan dengan kementerian ini iaitu
(i) pembangunan Kedai Rakyat 1Malaysia;
(ii) usaha menggalakkan pembelian barangan tempatan;
(iii) peranan KPDNKK dalam pelaksanaan GST;
(iv) kawalan terhadap penjualan diesel dan petrol bersubsidi;
(v) pemantauan dan kawalan harga barang;
(vi) penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran domestik; dan
(vii) pelaksanaan Program Penyeragaman Harga.
Tuan Yang di-Pertua, saya ambil isu yang pertama mengenai KR1M. Izinkan saya pertamanya untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong Manis dan Yang Berhormat Lawas iaitu mengenai pembangunan Kedai Rakyat 1Malaysia atau KR1M di Parlimen masing-masing. Pagi tadi pun ada soalan mengenai KR1M.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Mac 2014, sebanyak 128 KR1M telah dibangunkan di seluruh negara. Di samping itu, kementerian saya juga telah merancang untuk membangunkan tambahan sebanyak 57 buah KR1M sehingga penghujung tahun ini. Perancangan ini tertumpu pada kawasan-kawasan Parlimen yang masih belum mempunyai KR1M termasuk di Parlimen Tanjong Manis dan Lawas.
Bagi Parlimen Tanjong Manis, beberapa siri lawatan telah diadakan dalam mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk dibangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia. Namun begitu, didapati kebanyakan lokasi yang dilawati setakat ini tidak sesuai untuk dibangunkan KR1M. Oleh itu, sekiranya pihak Yang Berhormat Tanjong Manis mempunyai cadangan lokasi yang sesuai termasuk di Pulau Bruit, bolehlah memanjangkan cadangan tersebut kepada kementerian ini supaya dapat diambil tindakan sewajarnya. Pertimbangan mengenai lokasi tersebut...
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
...Akan dibuat berdasarkan kepada kriteria yang telah kita tetapkan oleh kementerian.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Boleh Tanjong Manis sekejap?
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Yang Berhormat Tanjong Manis, okey.
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Menteri. Masalah kita dekat Pulau Bruit, kita tidak ada kedai.
Kebanyakannya rumah-rumah kampung, dan terutamanya di Pulau Bruit, kawasannya sebesar negara Singapura. Panjang sepanjang pembaris 13 kampung, satu rumah panjang jauh antara satu sama lain.
Jadi kalau bolehlah KR1M itu dibuka dalam sebuah rumah kampung dan itu dibuatkan sebagai kedai KR1M. Ini kerana saya tahu juga dulu bila saya memohon, kriterianya adalah untuk mengadakan tiga buah kedai untuk mengadakan sebuah kedai besar KR1M tetapi kalau kita pandangkan di Tanjong Manis ataupun saya rasa di luar-luar bandarlah di seluruh negeri Sarawak, memang tidak ada kedai.
Jadi kalau bolehlah, longgarkan dan ambil kiralah masalah-masalah dan terutamanya di Pulau Bruit, tidak ada jalan raya, Yang Berhormat Menteri. Tidak ada jalan raya. Hendak ke bandar pun hendak kena naik sampan dan itu memakan masa dan agak mahal. Jadi saya amat-amatlah memohon jasa baik kementerian. Terima kasih.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Saya memang mengetahui keadaan kampung dan kawasan tersebut kerana saya pernah pergi ke kawasan ini. Jadi harapan dan juga rayuan daripada pihak Yang Berhormat Tanjong Manis akan saya ambil kiralah untuk saya bincang di kementerian.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Kalau dirasakan perlu, memang ada keperluan. Akan tetapi kalau boleh kelonggaran sedikit, kita akan pertimbangkanlah. Insya-Allah, kita berdoalah ya. Di Parlimen...
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua...
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Yang Berhormat Parit Sulong.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Mengenai KR1M ini Yang Berhormat Menteri. Saya akui bahawa KR1M ini memang banyak memberi bantuan terutamanya dari segi harganya yang lebih murah daripada tempat-tempat lain. Cuma saya hendak tanya pada pihak kementerian, sebenarnya sebelum pihak kementerian itu meluluskan mana- mana permohonan untuk mendapatkan KR1M di kawasan Parlimen masing-masing. Saya cuma hendak tahu dia punya kriteria- timeframe nya sebab ada satu permohonan yang telah diajukan daripada kawasan Parlimen Parit Sulong yang telah dihantar mungkin lebih daripada setahun, hampir dua tahun. Akan tetapi sampai sekarang pun tidak ada khabar berita dan apa juga maklumat daripada pihak kementerian.
Jadinya di dalam dewan ini mungkin Yang Berhormat Menteri boleh menyatakan apakah kriteria utama yang dilihat oleh pihak kementerian dan dia punya timeframe? Takkanlah sampai lima tahun, enam tahun, sepuluh tahun baru pihak kementerian hendak beri maklum balas? Itu pun setelah mungkin sesetengah pihak ataupun pressure daripada Ahli-ahli Parlimen tersebut. Saya minta jawapan kepada soalan saya. Terima kasih.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Yang Berhormat Parit Sulong, satu soalan yang spesifik. Jadi, susah saya hendak menjawab berkenaan dengan Parit Sulong itu. Walau bagaimanapun untuk makluman Yang Berhormat Parit Sulong, salah satu daripada kriteria pemilihan lokasi KR1M itu ialah tentang lokasi dia, mudah dikunjungi, saiz premis, sekurang-kurangnya dua lokasi cadangan bagi setiap kawasan.
Walau bagaimanapun, Parit Sulong ada dalam catatan dan saya akan semak balik dan maklumkan kepada Yang Berhormat Parit Sulong. Kalau sekiranya bersesuaian dan menepati kriteria ini, kita akan cuba usahakan seberapa cepat yang boleh. Yang sudah dua tahun patut kena beritahulah, ingatkan saya...
[Disampuk] Itulah, dua tahun, tidak apalah.
Saya baru setahun di sini. Jadi, tidak apa. Kita akan cubalah ya. Itu yang dulu punyalah.
Tidak apa Yang Berhormat Parit Sulong, saya akan tengok benda ini dan insya-Allah kalau
Dato’ Sri Hasan bin Malek
sekiranya bertepatan, kita akan cuba berikan kepada Parit Sulong kerana kita mengamalkan rakyat didahulukan.
Di Parlimen Lawas pula, lawatan tapak telah juga diadakan pada 18 Mac 2014 di mana satu lokasi telah dikenal pasti sesuai untuk dibangunkan KR1M. Pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya untuk memastikan rakyat di Parlimen Lawas dapat menikmati kemudahan KR1M ini. Ini berita baik untuk Lawas. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang ditimbulkan ialah usaha menggalakkan pembelian barangan tempatan. Seterusnya, saya ingin menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin mengenai usaha bagi menggalakkan pembelian barangan tempatan di kalangan rakyat negara ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah melaksanakan Kempen Beli Barangan Malaysia sejak tahun 2009.
Usaha ini akan diteruskan pada tahun ini dan objektif utama pelaksanaan kempen beli barangan Malaysia ialah merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dengan meningkatkan pembelian barangan tempatan iaitu domestic consumption. Ini bertujuan untuk membantu pengusaha tempatan meluaskan jaringan pemasaran di samping berupaya mewujud dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti produk dan perkhidmatan buatan Malaysia. Yang Berhormat Jasin telah mengemukakan pandangan yang begitu baik dalam konteks ini. Di kementerian pelbagai strategi dan program kesedaran yang telah dan akan diambil oleh kementerian melalui kempen ini untuk mengetengahkan produk keluaran tempatan kepada pengguna. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah:
(i) Ekspo Beli Barangan Malaysia;
(ii) pertandingan video barangan kita; dan
(iii) pengiklanan di media elektronik, media cetak, media sosial seperti YouTube, Facebook dan sebagainya.
Ini kerap kita laksanakan. Sejak tahun 2013, kempen ini juga memberi tumpuan kepada usaha memupuk semangat patriotisme dan kebanggaan terhadap produk tempatan dari peringkat usia yang muda melalui penerapan elemen Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dalam penerbitan animasi Upin dan Ipin yang begitu popular di kalangan kanak- kanak dan golongan berkeluarga.
Selaras dengan pelaksanaan kempen tersebut juga kementerian mewujudkan satu mekanisme pengenalan kepada produk-produk keluaran negara melalui penandaan logo buatan Malaysia oleh pihak industri. Logo ini telah didaftarkan sebagai harta intelek milik kerajaan melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Justeru itu, sebarang penggunaannya perlulah mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terlebih dahulu. Logo ini kita sudah daftarkan di MyIPO. Jadi, inilah antara yang kita cuba hendak pertingkatkan pemasaran dia.
Isu yang ketiga Tuan Yang di-Pertua ialah peranan KPDNKK dalam pelaksanaan GST. Seterusnya, saya juga ingin menjelaskan mengenai peranan kementerian ini dalam pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST yang disentuh oleh Yang Berhormat Limbang. Tanggungjawab kementerian ini ialah memastikan tidak berlakunya kenaikan harga barangan secara tidak terkawal iaitu sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan GST melalui penguatkuasaan Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan 2011.
Kementerian sememangnya sedar akan kemungkinan berlakunya kenaikan harga oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan suka mengambil kesempatan di atas pelaksanaan GST ini. Ada juga orang ambil kesempatan. Oleh itu kementerian saya akan mengambil langkah-langkah bagi memastikan perkara ini ditangani dengan baik. Inilah yang telah berlaku waktu isu kenaikan harga itu. Kita dengan begitu komited tunjuk, tengok, lihat apa yang sedang berlaku di peringkat akar umbi...
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Jadi...
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Soalan.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Soalan ya.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Mengenai GST ini.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Okey.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Sebab saya hendak...
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Saya habiskan dulu, nanti timbulkan balik, sahabat saya daripada...
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Setiawangsa.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Yang Berhormat Setiawangsa ya. Jadi, bagi tujuan yang saya sebut di atas tadi, Jawatankuasa Pemandu Persediaan Pelaksanaan GST, KPDNKK telah ditubuhkan untuk melaksanakan langkah-langkah persediaan meliputi aspek perundangan, penguatkuasaan, advocacy, data harga, latihan dan publisiti. Jawatankuasa ini turut dianggotai oleh wakil Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Saya selesaikan dulu ya, Yang Berhormat Setiawangsa.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah pelan tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan mencatut atau manipulasi harga oleh peniaga-peniaga, kementerian akan menguatkuasakan perundangan yang memperuntukkan kaedah-kaedah penentuan pencatutan semasa GST. Denda dan penalti yang berat akan dikenakan ke atas peniaga yang ingkar, yang mana bagi orang perseorangan ialah denda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi kesalahan pertama. Denda RM250,000 atau lima tahun penjara bagi kesalahan kedua dan berikutnya. Bagi pertubuhan perbadanan atau syarikat pula, dikenakan denda RM500,000 bagi kesalahan pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kedua dan berikutnya. Ini ada penalti. Jadi, jemput Yang Berhormat Setiawangsa.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Yang Berhormat Menteri, GST ini akan dimulakan pada 1 April 2015. Saya hanya ingin bertanya kepada kementerian sama ada kementerian telah bersedia dengan satu unit khas penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan secara “total” GST ini.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Terima kasih. Pandangan yang begitu baik daripada Yang Berhormat Setiawangsa. Sebenarnya macam saya sebutkan tadi, kementerian kita ini sudah ada jawatankuasa kita tubuhkan untuk kita melihat dan mengkaji balik akta-akta yang sedia ada. Ruang mana kelemahan-kelemahan yang selama ini yang cuba akan kita perbaiki. Pegawai penguatkuasaan kita juga telah kita adakan latihan untuk memberikan penerangan dan penjelasan kepada mereka ini.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Ini kerana mereka inilah nanti yang akan turun ke bawah memberi penerangan dan menguatkuasakan undang-undang. Insya-Allah, saya ingat hari ini kita ada lebih kurang 1,800 pegawai penguat kuasa dan ini akan kita manfaatkan sepenuhnya dan ada keperluan untuk tambahan, ini nanti ada akan saya sebut, kita akan tambah cuba tambah pula pegawai. Apa yang pentingnya memang dalam keadaan menunggu sehingga April 2015, kita hari ini sudah cukup bersedia. Insya-Allah, Yang Berhormat-Yang Berhormat.
Kementerian juga telah mewujudkan Unit Antipencatutan. Ini satu lagi usaha yang kita buat yang memberi tumpuan khusus kepada penyiasatan perbuatan mencatut oleh peniaga.
Sebagai langkah persediaan, sejak tahun 2013 lagi pegawai-pegawai penguat kuasa kementerian telah diberi latihan kemahiran yang spesifik bagi membuat tindakan siasatan ke atas kes pencatutan apabila GST ini dilaksanakan kelak. Bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan, kementerian telah mengemukakan permohonan penambahan perjawatan pegawai penguat kuasa di seluruh negara kepada agensi pusat untuk dipertimbangkan dan kelulusan. Ini kita merasakan ada kekurangan dan kita telah pun memohon kepada pihak yang atas untuk meramaikan lagi pegawai penguat kuasa ini.
Di samping penguatkuasaan undang-undang, kementerian juga sedang mewujudkan pangkalan data harga barangan dan perkhidmatan. Pemantauan harga akan dibuat sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan GST sebagai asas kepada penentuan kadar keuntungan yang boleh dianggap munasabah. Maklumat data harga ini akan digunakan bagi menetapkan mekanisme pencatutan di bawah akta pencatutan profiteering di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Ia juga menjadi sumber rujukan kepada kementerian mengenai trend harga dan caj yang berpatutan dalam pasaran.
Dengan adanya usaha-usaha ini, kementerian yakin ia mampu meminimumkan kesan negatif pelaksanaan GST kepada harga barang dan perkhidmatan. Selaraslah dengan hasrat daripada Yang Berhormat Setiawangsa ini.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Tuan Yang di-Pertua, juga mengenai GST. Yang Berhormat Johor Bahru mencadangkan supaya pengenalan mengenai sistem GST turut dijadikan salah satu perkara dalam Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) yang dilaksanakan oleh kementerian ini. Untuk makluman Yang Berhormat, program TUKAR ini adalah merupakan Entry Point Project (EPP) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA)- Pemborongan dan Peruncitan. Ia dilaksanakan bertujuan memodenkan kedai runcit tradisional, seterusnya meningkatkan tahap daya saing peserta TUKAR dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif. Selain daripada perubahan fizikal kedai yang akan menarik lebih ramai pelanggan, program ini turut menerapkan penggunaan point of sales atau POS system bagi membantu peniaga meningkatkan kecekapan pengurusan operasi kedai bersesuaian dengan perubahan amalan perniagaan semasa yang lebih moden termasuk pelaksanaan GST.
Selaras dengan persediaan ke arah pelaksanaan GST, KPDNKK telah merangka 11 siri program kesedaran dan latihan mengenai GST kepada semua peserta TUKAR.
Melalui latihan sebegini, adalah diharapkan agar mereka dapat menerima pendedahan dan pemahaman yang lebih tepat mengenai pelaksanaan GST ini.
Tuan Yang di-Pertua, isu keempat. Kawalan terhadap penjualan diesel dan petrol bersubsidi. Seterusnya izinkan saya pula menjawab isu berkaitan kawalan penjualan petrol dan diesel bersubsidi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar. Terlebih dahulu, terima kasih saya kepada Yang Berhormat kerana mengemukakan cadangan yang baik untuk perhatian kementerian saya berhubung kawalan penjualan diesel dan petrol bersubsidi yang lebih bersasar.
Kementerian saya akan meneliti kebolehlaksanaan cadangan tersebut serta kaedah yang terbaik bagi memastikan subsidi yang diberi itu dinikmati oleh golongan yang benar-benar layak sahaja. Dalam masa yang sama, kementerian telah pun melaksanakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) melalui pemberian fleet card kepada 11 kategori kenderaan yang terlibat secara langsung dengan orang awam. Langkah ini telah berjaya mengurangkan kos operasi syarikat pengangkutan dan seterusnya mengelakkan kos tersebut daripada dipindahkan kepada rakyat.
Kategori kenderaan yang terlibat dalam proses fleet card ini ialah bas sekolah, bas henti-henti, bas perantara, bas ekspres, bas mini, kereta sewa, teksi, van mayat, lori mayat serta ambulans dan bomba yang dikendalikan oleh badan sukarela. Menyentuh isu penyelewengan diesel dan petrol bersubsidi di kawasan sempadan, ingin saya perjelaskan bahawa kawalan yang dilaksanakan oleh kementerian ialah melalui pendekatan- pendekatan berikut:
(i) kita menetapkan kuota jualan minyak diesel di stesen-stesen minyak. Ada kuota-kuota tertentu;
(ii) kita melarang penjualan diesel dan petrol RON95 melalui bekas atau tong kecuali dengan permit khas; dan
(iii) melarang di stesen minyak dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan menjual diesel melebihi 20 liter kepada kenderaan- kenderaan berpendaftaran asing...
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Menteri.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat.
Dato' Hasan bin Malek
Keempat, mengadakan waktu operasi stesen minyak dalam lingkungan 10 kilometer dari sempadan sehingga jam 10 malam.
Kelimanya, mewartakan barangan kawalan petrol RON95 dan diesel sebagai barangan larangan eksport di bawah Peraturan Kawalan Bekalan Larangan Eksport 2011.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, ada dua orang berdiri Menteri.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Nanti, saya selesaikan dahulu. Simpan soalan itu.
Bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan, kementerian telah mengadakan kerjasama dan operasi khas dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Pencegah Penyeludupan
(UPP), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pengangkutan Jalan, Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Angkatan Tentera Malaysia bagi mengekang aktiviti
Dato' Sri Hasan bin Malek
penyelewengan diesel bersubsidi ini, bak kata pepatah- berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Dalam Dewan ini, saya hendak meletakkan penghargaan yang cukup tinggi kepada semua jabatan yang saya sebutkan tadi kerana gerakan bersepadu inilah yang kita telah berjaya menghasilkan banyak kejayaan. Kita buat secara bersepadu, bukan sahaja kita beri denda penalti kepada petrol, kepada pengguna, kepada pengkhianat-pengkhianat, malahan akaun mereka kita tutup, rampas dan sebagainya. Saya cukup berterima kasihlah kepada jabatan-jabatan tadi. Jadi melalui pelaksanaan penguatkuasaan Akta Kawalan Bekalan 1961 dan perundangan subsidiari, sebanyak 20 kes penyelewengan diesel bersubsidi telah direkodkan di Perlis. Ini untuk Perlis sahaja, ada keluar dalam surat khabar tempoh hari di mana telah direkodkan di Perlis pada tahun 2013 iaitu 20 kes penyelewengan yang telah berjaya kita tumpaskan. Kesemua ini melibatkan nilai sitaan sebanyak RM92,102, manakala bagi petrol RON95 pula sebanyak 87 kes dengan nilai sitaan berjumlah RM117,741 telah dihasilkan.
Menyentuh isu penjualan petrol bersubsidi RON95 kepada warga asing pula, kerajaan telah menetapkan bahawa kenderaan berpendaftaran asing kecuali motosikal adalah dilarang sama sekali daripada membeli petrol RON95 di semua stesen minyak di seluruh negara mulai pada 15 Jun 2011. Sejak tempoh larangan tersebut dikuatkuasakan, masih ada lagi yang ingkar. Sebanyak enam stesen minyak dan 134 kenderaan berpendaftaran asing telah diambil tindakan undang-undang di atas kesalahan ini. Ini semuanya berekor daripada laporan daripada pengguna, daripada rakyat dan kita ambil tindakan. Ini di Perlis sahaja yang saya bagi contoh...
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
[Bangun]
Dato' Sri Hasan bin Malek
Nanti, saya habiskan ini dahululah ya. Senang saya jawab yang lain tadi. Elok saya habiskan dulu lah ya, boleh?
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, satu pasukan petugas khas bersama Jabatan Peguam Negara telah digerakkan ke arah membanteras aktiviti penyelewengan diesel bersindiket ini. Ini melibatkan pelaksanaan Operasi Diesel dan Petrol 1 North
(OD1N), Operasi Diesel dan Petrol 2 North (OD2N) dan Operasi Diesel 1 South (OD1S) yang telah berjaya menghasilkan sejumlah 29 kes melibatkan barang rampasan bernilai RM16.5 juta di bawah Akta Bekalan 1961 serta rampasan wang tunai, saya sebut tadi rampasan wang tunai berjumlah RM949,929 dan pembukuan 370 akaun berjumlah RM50.9 juta di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2011.
Kesemua angka ini menunjukkan betapa kementerian kita, kerajaan kita begitu komited untuk membanteras gejala penyelewengan barangan bersubsidi yang berlaku di negara ini. Jadi, minta Yang Berhormat Bakri dulu.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri memberi peluang. Di sini saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri satu soalan yang pendek. Adakah kuota diesel bandar dan di luar bandar berbeza? Minta penjelasan.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Kalau ikut kuota itu memang berbeza. Ini berdasarkan kepada keperluan ya. Kadang-kadang syarikat petrol yang baru itu kita bagi kuota sedikit dahulu. Akan tetapi, tengok dia punya performance. Kalau nampaknya bagus, kita naikkan kuotanya itu. Jadi, itu terpulang kepada keperluanlah.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Minta maaf. Jika tidak sampai kuota atau lebih kuota adakah dia memohon lebih satu ganda atau dua ganda?
Dato' Sri Hasan bin Malek
Saya jawab tadi itu terpulang kepada keperluanlah.
Kalau keperluannya agak diperlukan, kita akan tambah kuotanya.Bakri ada stesen beritahulah saya. Ya, sahabat saya daripada Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini mengenai isu saya difahamkan tadi, jawapan yang panjang lebar mengenai macam mana penguat kuasa jalankan tugas. Macam mana kerjasama agensi-agensi yang lain. Jadi, saya rasa ini memang jawapan ini memanglah selalu biasa kita jawab. Memang kita ada banyak tanggapan semua itu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Saya rasa kalau kita penguat kuasa menjalankan tugas ikhlas, jalankan tugas betul-betul, saya rasa banyak lagi kita boleh dapat. Yang Berhormat Menteri bersetuju atau tidak banyak lagi kita masih dalam golongan kelemahan-kelemahan yang ada dalam penguatkuasaan menjalankan tugas. Contoh di Bintulu, bila lori masuk ia punya tank minyak semua mereka buat perubahan, buat besar. Van itu dia buat belakang punya, tempat duduk punya dia ubah jadi buat tank.
Jadi, bila rakyat nampak perkara ini berlaku, mereka isi minyak berjam-jam di sana. Dia beritahu penguat kuasa, dia beritahu kita punya jawatan. Jawatan itu daripada kita punya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, pegawai macam-macam alasan diberikan. Kata *“Oh, sekarang kita tidak ada kenderaan.
Nanti sekejap kita tidak cukup kakitangan. Nanti sekejap lagi bagi saya lima minit”.* Sampai masa orang mula isi minyak sampai berjam-jam habis, pegawai itu tidak datang. Ada pegawai beritahu mereka tunggu sana berjam, akhir sekali tiada, mereka telefon. Pegawai pun tunggu sahaja sampai itu lorikah, vankah baru habis isi, baru jalan. Dia cakap: “Minta maaf, tadi tayar kita pancit ini”. Inilah macam mana rakyat boleh terima kepada kita punya jawapan kepada rakyat.
Jadi, saya harap kementerian setuju atau tidak kita mesti mahu ambil tindakan yang serius atas perkara ini menjalankan tugas. Macam hari itu di Bintulu, bila kita minta kita punya jawapan, penguat kuasa pergi, ambil tindakan ada minyak mereka simpan di stor dalam hutan. Macam-macam alasan, akhir sekali rakyat naik angin, dia melaporkan kepada marine police dan marine police hendak datang tangkap pula terus dapat.
Bila cakap itu penguat kuasa, macam-macam alasan. Dia kata macam-macam.
Akhir sekali, memalukan kita sendiri. Tadi satu kali tangkap, ada tiga lori tanker dapat.
Berapa takat store tank itu? Sama sedikit juga orang beritahu, tetapi tiada mereka ambil tindakan. Tiap-tiap hari boleh nampak. Satu, dua buah lori. Ada Petronas punya logo lagi.
Terang-terang diesel masuk. Itu orang kediaman punya, itu residen isi minyak tetapi ia berkompaun besar atau banyak-banyak sorok tank, tangki besar di dalam dia punya rumah tetapi penguat kuasa tidak mahu ambil tindakan. Macam-macam alasan. Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri terima kasih kerana memberi peluang kepada Stampin. Yang Berhormat Menteri, saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bintulu kerana daripada kajian kita terhadap kekurangan diesel, memang betul terdapat kelemahan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Itu pun saya mesti mengucapkan terima kasih kepada kakitangan serta agensi dan kakitangan yang berusaha upaya untuk menangani sindiket diesel ini.
Akan tetapi wujudnya kelemahan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bintulu. Jadi, saya ingin bertanya mengambil kesempatan ini untuk bertanya Yang Berhormat apakah status kajian kementerian terhadap cadangan yang saya bangkitkan pada sesi yang lepas di mana saya harap jika boleh mendesak kementerian supaya mengembalikan kontrak penggunaan diesel yang di mana kementerian juga bersetuju bahawa amat berkesan menangani sindiket diesel. Ini juga dipersetujui oleh kakitangan agensi yang lain. Jadi, once and for all, dengan izin, ini kalilah sekaligus kita menamatkan sengsara rakyat-rakyat serta peniaga-peniaga kecil terutamanya rakyat Sarawak yang diakibatkan oleh sindiket diesel ini. Jadi, saya harap boleh mendapat jawapan yang lebih mendorong daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri sedikit? Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Bintulu dan Yang Berhormat Stampin sebentar tadi. Saya ada terbaca pada tahun 2010 yang mana pihak kementerian bersama-sama dengan SPRM menjalankan operasi Ops Nano yang mana hasil kejayaan daripada operasi tersebut telah menyelamatkan lebih kurang RM1 bilion daripada ketirisan penyelewengan diesel dan juga petrol RON95.
Di sini saya ingin mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri adakah pihak kementerian masih lagi meneruskan operasi tersebut dan sekiranya terhenti, di sini saya ingin mencadangkan agar pihak kementerian dapat meneruskan operasi tersebut yang terbukti berjaya. Saya fikir sebagaimana yang telah disebut oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Bintulu dan juga Yang Berhormat Stampin, kalau kita serius menggunakan operasi seperti itu dapat digerakkan berterusan, saya amat yakin dan percaya kita boleh
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
menyelesaikan once and for all masalah ketirisan diesel dan juga petrol RON95 di semua premis yang ada.
Keduanya, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, tentang adakah pihak kementerian membuat audit kepada semua pengusaha stesen-stesen minyak yang ada di seluruh negara bagi memastikan setiap subsidi diesel ataupun minyak yang diberikan oleh kerajaan itu benar-benar digunakan sepenuhnya dalam negara kita. Terima kasih.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat Menteri satu soalan?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada satu permintaan yang kecil. Saya tahu ini adalah luar daripada perbahasan. Jika boleh Yang Berhormat boleh memberi jawapan dari segi bertulislah. Saya hendak minta berapakah jumlah diesel yang tidak bersubsidi yang telah pun dijual di Sarawak pada tahun lepas? Terima kasih.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Okey, terima kasihlah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Stampin dan juga Yang Berhormat Kuala Selangor.
Saya memang bersetuju dengan pandangan-pandangan tadi dan inilah sebenarnya kekangan kitalah.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Saya memang begitu bersimpati apabila turun padang, tengok lihat, malahan saya juga terlibat bersama dengan gerakan itu yang telah dibuat satu operasi di salah satu tempat. Saya tahu bagaimana tinggi risikonya pegawai-pegawai penguatkuasan ini. Pada saya, saya melihat mereka ini telah dapat menjalankan tanggungjawab yang begitu baik.
Apatah lagi macam mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi.
Memang on. Saya sebutkan tadi ada ‘ops’ nama dia. Ada saya sebutkan tadi operasi- operasi nama dia secara bersepadu. Saya lihat memang ada diterbitnya akhbar, macam apa yang berlaku di Port Dickson, apa yang berlaku di Johor, apa yang berlaku di Kangar, Kota Bharu dikeluarkan. Inilah sebenarnya hasil dengan sokongan kerjasama daripada agensi-agensi tadi.
Ini saya berjanji sebagai Menteri, saya bertanggungjawab. Saya mahu melihat dan mahu bersama-sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk kita menangani soal ketirisan dan penyelewengan-penyelewengan ini. Sebab itu saya sudah cakap dengan sahabat saya Yang Berhormat Bintulu dan secara khusus, saya hendak tolong sesama dengan Yang Berhormat Bintulu untuk kita sama-sama melihat. Kalau benar, misalnya ada di kalangan mereka yang terlibat dengan ini, kita akan ambil tindakan. Tidak ada tolak ansur lagi sebab kita sudah buat tindakan ini dan memang satu hasil yang sangat berjaya. Yang Berhormat Kuala Selangor tadi saya memang boleh quotekan beberapa - saya tidak ada senarai di sini, saya boleh quotekan berapa pemeriksaan yang kita buat, berapa serbuan yang kita buat.
Akan tetapi yang sangat berjaya, bila kita sepadukan. Sebab apabila kita sepadukan akta-akta tadi, membolehkan masing-masing ada kelebihan akta masing- masing. Yang JPJ dia boleh tahan lori, yang kastam dia boleh merampas barang-barang, SPRM sogokan duit. Malahan pernah satu ketika dahulu ada orang sogok duit. Mereka sogok duit, saya berterima kasih kerana pegawai saya menolak dari segi sogokan duit itu, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Ini yang saya hendak, untuk kita sama-sama membantu kita, membantu kementerian. Kita tidak hendak tolak ansur lagi. Kita sudah laksanakan ini dan ini akan kita tingkatkan.
Kepada Yang Berhormat Bintulu, saya sudah pergi ke Bintulu dan allhamdulilah, ramai juga kawan-kawan saya ada di sana dan kita akan bantu rakyat di sana. Kita tidak mahu rakyat ditipu, kita tidak mahu rakyat diperdayakan oleh sindiket-sindiket yang hanya memikirkan kepentingan mereka sahaja. Mereka fikirkan untung dia sahaja. Akan tetapi rakyat menjadi mangsa. Sebab itu saya hendakkan bantuan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertamanya, untuk kita menguar-uarkan, beri laporan, berikan maklumat kepada kita.
Saya sudah bagi tahu talian mudahnya, nombor 1-800-886-800, beritahu kita.
Yang Berhormat Bintulu, I’m prepared. Whatever yang disebut tadi, soal program kah, soal apa kah, direct kepada saya. Saya akan turun bersama-sama Yang Berhormat, kerana dengan sokongan Yang Berhormat, saya yakin once and for all kita akan dapat hapuskan gejala-gejala ini. Cuma tadi soal kontrak perjanjian tadi saya tidak berapa jelas pandangan Yang Berhormat Stampin. Cuma berikan cadangan itu dan saya melihat balik apa
Dato' Sri Hasan bin Malek
sebenarnya yang pernah Yang Berhormat Stampin cadangkan pasal kontrak tadi. Tidak apa, untuk hari ini tidak apa, kita beri pada saya dan kita bincangkan.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Attention.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Yang Berhormat Kanowit.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Saya melihat pendekatan sekarang bahawa apa yang dilakukan setakat ini sangat berbahaya kepada pegawai-pegawai daripada kementerian. Soalan saya, macam mana kita akan dapat menghapuskan penyelewengan dan the effectiveness dalam program ini. Saya melihat kalau beginilah, kita tidak dapat menghapuskan masalah penyeludupan ini. Sebab tidak tahulah, there is a lot of black markets behind there. Jadi, adakah dari awal dahulu sasaran kerajaan untuk memberi subsidi kepada rakyat miskin sampai kepada sasaran atau tidak. Saya melihat kalau masalah ini tidak dapat ditangani, lebih bagus lagi kita beri bantuan seperti BR1M ataupun seperti sekarang ini kita memberi RM200 kepada nelayan-nelayan. Dengan itu, tidak ada subsidi lagi untuk transport, tidak ada masalah lagi dengan penyeludupan ini, terima kasih.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Terima kasih Yang Berhormat Kanowit, yang ini juga jelas menunjukkan keprihatinan Yang Berhormat berkenaan dengan keadaan apa yang berlaku. Banyak perkara yang saya juga ada di luar pengetahuan saya. Saya perlukan juga bantuan daripada Yang Berhormat sebab program ini telah pun dilaksanakan sejak 2009, 2010 dilaksanakan seluruhnya dan saya nampak memang ada keberkesanannya. Cuma masalahnya ada beberapa perkara yang masih lagi berlaku.
Untuk inilah saya perlukan bantuan Yang Berhormat untuk sama-sama melihat bagaimana kita boleh secara bersepadu menangani masalah tadi. Saya tahu, kadang- kadang rakyat tidak tahu apa yang berlaku di sebalik program-program yang kita buat. Saya juga mengakui, ada sesetengahnya laporannya sampai dahulu, kata dia barang tidak sampai tetapi tuntutan ada. Pun saya jerat, memang inilah kita perlukan maklumat- maklumat ini untuk kita laksanakan. Jadi, percayalah, yakinlah kita di kementerian cukup tegas. Kita berhasrat sedapat mungkin, just to quote, once and for all kita hapuskan gejala- gejala yang ini semuanya hendak menghancurkan negara kita, memberikan keuntungan lebih daripada lain-lain.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya beralih. Ada soalan berkenaan pandangan dari Yang Berhormat Gerik dalam perbahasan semalam yang memaklumkan bahawa perintah larangan penjualan diesel dan petrol melalui tong atau bekas ini telah menimbulkan kesukaran kepada penduduk di kawasan pedalaman Gerik untuk mendapat bekalan.
Maknanya, syarat dia tidak boleh beli dengan guna tong dan sebagainya, ini pandangan dari Yang Berhormat Gerik. Bagus keprihatinan Yang Berhormat Gerik. Sebenarnya, untuk makluman Yang Berhormat, kementerian kita ada mengeluarkan permit khas kepada mana- mana individu yang perlu membeli diesel atau petrol RON95 dari stesen minyak dalam kuantiti yang kecil untuk kegunaan sendiri.
Sehubungan itu saya menyarankan supaya mereka yang menghadapi masalah ini untuk hadir ke pejabat KPDNKK Gerik, kerana soalan dari Gerik, untuk membuat permohonan permit khas ini. Pihak kementerian sentiasa bersedia untuk membantu rakyat mengatasi setiap permasalahan yang timbul berhubung seperkara ini. Di samping itu kementerian juga telah melaksanakan program penyeragaman harga diesel dan petrol RON95 di kawasan Gerik iaitu di Pulau Banding.
Program ini bukan sahaja membolehkan bekalan diesel dan petrol bersubsidi sampai kepada penduduk di kawasan tersebut, malah dapat dinikmati pada harga yang sama seperti di tempat yang lain. Pendek cerita, apa pandangan, luahan Yang Berhormat, Kerajaan Barisan Nasional prihatin dan cari jalan bagaimana hendak mengatasinya. Jadi, soal Gerik beres. Boleh kita uruskan untuk beli tong dan sebagainya kerana ada permit khas.
Tuan Yang di-Pertua, yang kelima. Pemantauan dan kawalan harga barang. Saya akan mengulas mengenai isu pemantauan dan kawalan harga barang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lipis dan Yang Berhormat Pasir Gudang. Isu harga barangan merupakan isu yang sentiasa menjadi keutamaan kementerian ini. Kementerian sedar bahawa harga barangan yang tinggi boleh menjejaskan sara hidup rakyat, terutama rakyat yang berpendapatan rendah di kawasan luar bandar dan sebagainya.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Oleh yang demikian, pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan senantiasa dilaksanakan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa dan pegawai pemantau harga KPDNKK di premis-premis perniagaan di seluruh negara. Kita ada data. Pada tahun 2013, macam saya sebut tadi kita telah melaksanakan sebanyak 1.9 juta pemeriksaan pada tahun 2013 yang dilakukan di mana sebanyak 8,772 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM34.3 juta telah dihasilkan. Daripada kes tersebut, nilai kompaun yang dikutip ialah sebanyak RM539,311.
Pada tahun ini, kementerian menyasarkan sekurang-kurangnya 2.5 juta pemeriksaan akan dibuat ke atas premis-premis perniagaan. We are very serious dan kita sudah arahkan pegawai-pegawai kita untuk meluluskan pemeriksaan-pemeriksaan ini dalam konteks harga barangan dan sebagainya. Sebab itu saya perlukan sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, maklumkan kepada kita. Kalau dalam kawasan tadi nampaknya tentang soal tanda harga, soal kenaikan harga, beritahu kita supaya pihak kementerian turun padang menyiasat betul atau tidak aduan tersebut. Jadi, kalau tidak ada kerjasama, susahlah sedikit. Cakap senang tetapi hendak melaksanakan sesuatu amat mencabar sekali. Akan tetapi insya-Allah, dengan bantuan semua pihak, saya yakin masalah ini akan dapat cuba kita kurangkan.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Selain pemeriksaan terhadap peniaga, pemantauan dan penguatkuasaan juga dibuat di peringkat pengilang, di peringkat pengimport dan juga pemborong secara berterusan. Pada tahun 2013, sebanyak 7,508 pengilang, 1,471 pengimport dan 91,690 pemborong telah diperiksa. Tidak kira bulu mana-mana. Mana yang kilang atau pengimport, kita buat pemeriksaan-pemeriksaan ini. Sehingga Februari 2014 pula, sebanyak 115 pemeriksaan dibuat di peringkat pengilang, tujuh pemeriksaan kepada pengimport dan 2,916 kepada pemborong. Ini kerja yang kita buat dan kita telah melatih pegawai-pegawai kita untuk meneruskan pemeriksaan penguatkuasaan ini.
Selain daripada pemeriksaan dan penguatkuasaan, kementerian juga turut mengadakan sesi engagement dengan industri-industri. Kita kena engaged dengan mereka yang terlibat supaya tidak menaikkan harga produk keluaran ataupun barang jualan mereka secara drastik. Kita panggil industri simen, industri makanan, industri perkilangan dan lain- lain.
Semasa perjumpaan dengan industri pada 20 September 2013 yang lalu, pihak industri telah memberi jaminan dan komitmen kepada kerajaan untuk tidak menaikkan harga barangan kerana rasionalisasi subsidi petrol dan diesel memberi kesan yang minimum kepada kos operasi mereka. Ini janji mereka, dan janji inilah yang saya pegang.
Syukur, terima kasih. Di Dewan ini juga saya hendak menyatakan terima kasih saya kepada pihak industri yang melihat, yang faham tentang keadaan kita, kerajaan kita dan sama- sama membantu.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lipis juga telah membangkitkan persoalan mengenai wujudnya perbezaan harga barangan yang dijual di pasar raya dengan pasar- pasar basah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, harga barangan yang dijual di pasar raya sebilangannya lebih murah berbanding di premis-premis perniagaan lain disebabkan oleh keupayaan pengusaha pasar raya untuk membeli barangan secara pukal atau borong. Ini memberikan mereka kelebihan untuk memperoleh harga yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan premis-premis perniagaan lain yang hanya mampu mendapatkan bekalan barangan dalam kuantiti yang sedikit.
Di samping itu juga, kepelbagaian barangan yang dijual di pasar raya membolehkan pengusaha pasar raya menggunakan strategi cross subsidi iaitu menjual barangan keperluan harian termasuk ikan kembung dan ayam pada harga yang rendah, sebaliknya pula mengenakan harga yang lebih tinggi bagi barangan lain. Ini marketing strategy masing-masing. Melalui kaedah ini, pengusaha pasar raya masih memperoleh keuntungan kerana pelanggan akan turut membeli barangan lain semasa berbelanja.
Macam tempoh hari, ada satu pasar raya jual ayam RM1 waktu Kempen Penurunan Harga yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini marketing strategy bagi mereka. Dalam tempoh hari itu dia keluarkan 1,000 kupon. Siapa ada kupon ini, dia boleh dapat ayam RM1. Betul. Ini bukan kita main-main, bukan gimik.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Sebab, orang ramai pun datang. Bila ramai datang dia beli ayam RM1, dan lain-lain barang pula dia belilah. Yang harga separuh itu, dia naikkan harganya. Ini marketing strategy...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Jadi pendekatan-pendekatan seperti ini tidak mampu diadaptasi oleh para peniaga kecil menyebabkan mereka terikat dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan pasar raya.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan cadangan supaya tugas memantau diperturunkan kuasa kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK, ingin saya maklumkan di sini bahawa KPDNKK telah pun menurunkan kuasa untuk membuat pemantauan kenaikan harga kepada seramai 712 penghulu dan penggawa.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Boleh kembali kepada isu tadi?
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Nanti, saya habiskan yang ini dulu. Sekejap, sabar.
Sekiranya JKKK mengesan berlakunya sebarang kenaikan harga yang mendadak, JKKK boleh melaporkan kepada cawangan KPDNKK berdekatan dan turun bersama-sama penguat kuasa KPDNKK membuat lawatan ke premis tersebut. Cuma, JKKK ini hanya boleh melaporkan sahaja. Akan tetapi penghulu, dia boleh periksa, dia boleh saman, dia boleh menggunakan kompaun. Kita telah turunkan kuasa tersebut.
Jadi, kementerian sememangnya sedar betapa pentingnya peranan yang boleh dimainkan rakyat dalam aspek pemantau harga di pasaran. Inilah yang kita hendak didik rakyat supaya menjadi pengguna yang bijak. Demi kepentingan bersama, kementerian mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak apatah lagi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian termasuk juga JKKK atau siapa sahaja untuk tampil membantu dengan melaporkan sebarang maklumat kenaikan harga kepada pihak kami. Jemput Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih. Saya hendak kembali kepada isu pemborong dengan ayam RM1 ini. Saya tidak mahu memperlekehkan dan melucukan perkara ini. Akan tetapi saya ingin kementerian boleh membuat satu kajian yang teliti sebab memang kita tahu kalau itu business strategy dia dengan RM1 itu, tetapi adalah agak tidak bijak bagi kerajaan untuk promosikan pemborong-pemborong ini? Ini kerana, ini hanya business gimmick. Ia tidak sebenarnya ada kesan yang positif untuk memerangi atau mengurangkan inflasi.
Jadi saya hendak cadangkan kementerian untuk betul-betul kaji apakah impak pemborong besar ini terutamanya pemborong dari antarabangsa seperti TESCO dan lain- lainnya, apakah negatif impak mereka terhadap peniaga-peniaga kecil? Dari jangka panjang, ia sebenarnya membawa beban ekonomi kepada negara kita dan pasaran domestik. Dalam jangka panjang, ada juga kesan untuk- apakah kesannya terhadap inflasi?
Jadi, itu sebab saya ingat kita kena ambil perkara ini secara serius, bukan mengambil itu kata pengguna harus bijak dan carilah tempat yang paling murah. Dia mungkin dapat cari ayam yang paling murah tetapi seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri kata, dengan benda lain dia caj lebih tinggi. Itu sebab saya rasa perlu ada kajian yang teliti dan kita harap kementerian ambil langkah yang serius. Terima kasih.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya hendak membuat pembetulan. Ini bukan Timbalan Menteri bercakap ya. Ini Menteri. Sorry, kena tuntut maaflah. Dia tidak kenal lagi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Maaf.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Saya maafkan. Tidak apa. Dia salah cakap. Kita kalau tidak betul, kita tegur. Ini pendekatan kita. Sama juga dengan Yang Berhormat Shah Alam. Terima kasih. Okey. Saya sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, pandangan daripada tadi saya ambil, saya terima.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
[Bangun]
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Cuma apa yang dibuat itu, pasar raya yang saya sebutkan NSK, memang dia - saya pergi tiga atau empat pasar raya dia dan saya melihat ramai orang kerana cara dia membuat gimik atau apa, tapi yang pentingnya, rakyat dapat kemudahan-kemudahan seperti ini. So, saya ingat di Selayang kalau tidak silap saya...
Dato’ Sri Hasan bin Malek
[Disampuk] Bukan di Selayang?...
[Disampuk] Di Seputeh. Ramai orang pada hari itu.
Ramai orang dapat faedah. So, kita ini Yang Berhormat Batu, saya ingat kita serius. Kita juga buat kajian mana yang patut kita boleh bantu supaya rakyat semua dapat manfaat.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Termasuk juga misalnya...
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Nanti dulu ya. Sama jugalah dengan soal macam inflasi tadi. Sebenarnya rekod yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan yang dibuat kajian, sebenarnya dari segi inflasi, dari segi indeks harga pengguna kita, we are one of the lowest. Kita hanya capai lebih kurang 3.5% sahaja, better than other countries, some other countries. Inflasi kita terkawal sebab pendekatan-pendekatan kita ini, strategi-strategi kita dan juga program-program yang kita buat. So, Yang Berhormat kalau ada cadangan- cadangan yang lagi baik, boleh kita datang berbincang supaya rakyat dapat manfaatnya.
Tidak kiralah sama ada kawasan Batu atau yang lain-lain. Okey, dijemput Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tahniahlah kerana telah menurunkan kuasa kepada pemimpin-pemimpin tempatan untuk menjalankan penguatkuasaan. Cumanya, ada kaitan dengan pejabat cawangan daerah Kuala Kangsar.
Saya mohon diperkasakan pejabat cawangan itu kerana bukan sahaja ia merupakan cawangan di Bandar Diraja tetapi ia meliputi tiga kawasan Parlimen iaitu Parlimen Kuala Kangsar, Parlimen Sungai Siput dan juga Parlimen Padang Rengas. Terima kasih.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Saya pun sudah pergi sana. Boleh bercerita. Saya memang berhasrat begitu. Kita tengok dan lihat dengan cara bagaimana kita boleh bekerjasama. Yang pentingnya rakyat di Kuala Kangsar tiga Parlimen di situ dapat manfaat daripada program kita. Saya tahu Yang Berhormat begitu gigih apatah lagi ketua bahagian di situ. Insya-Allah...
[Dewan riuh]
Dato' Sri Hasan bin Malek
Kita kena sebut untuk kita sama-sama membantu. Kita ini bantu-membantu. Terima kasih, insya-Allah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang ke kawasan saya melalui pejabat saya pun tidak jemput saya masuk perasmian NSK untuk beli ayam satu ekor RM1. Sekarang ialah adakah tawaran itu masih ada atau adakah kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pergi jadi dia bagi satu ekor RM1.
Kedua ialah yang saya pernah complaint tentang pasar raya NSK, bukan saya tidak suka mereka atau ada apa-apa masalah. Masalahnya sekarang ialah pasar raya NSK itu dia beroperasi 24 jam sehari. Selepas ia dibuka kebanyakan pasar pagi penjaja kecil itu mati kerana mereka tidak dapat bersaing dengan pasar raya yang beroperasi 24 jam ini.
Jadi, saya hendak tanya apakah kriteria bagi kementerian membenarkan satu pasar raya membuat perniagaan 24 jam satu hari?
Saya pernah tulis surat kepada bekas Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Bila saya tanya dia, dia kata ini DBKL. Bila saya tanya Datuk Bandar, Datuk Bandar kata “Kementerian bagi kelulusan”. Jadi, siapa bagi kelulusan? Saya tidak ada apa-apa personal atau peribadi dengan dia. Saya hanya rasa sangat simpati kepada penjaja di pasar pagi di persekitaran. Semua terpaksa tutup gerai kerana tidak dapat bersaing. Jadi, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri bagi menolong penjaja yang perlu kita bantuan ini.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Seputeh, terima kasih. Tidak jemput itu janganlah salahkan kita. Sebenarnya saya pun dijemput oleh NSK untuk program di situ. Kita berunding dan saya minta supaya dijemput pemimpin-pemimpin tempatan. Saya lihat pada petang itu ramai pemimpin tempatan yang hadir termasuk NGO pengguna dan sebagainya, ramai Cina, India. Yang Berhormat tidak
Dato' Sri Hasan bin Malek
dijemput ya? Tidak apa. Lain kali esok saya datang saya jemput Yang Berhormat. Kita kawan baik.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sediakan ayam RM1.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Itu terpulang kepada mereka, ini perniagaan private.
Dia yang mengusahakan itu. So, ini strategi-strategi pasaran yang dibuat oleh NSK dan kita bantu sebab itu saya cakap ada yang idea baik kita bantu, kita menyokong. Bukan niat kita hendak buat begini. Yang akhirnya pula kedai-kedai peniaga kecil mati. Tidak, sebenarnya peniaga-peniaga di sekeliling itu pun mesti guna kesempatan untuk menggunakan pasar raya-pasar raya ini yang harganya murah untuk dia datang beli dan kemudian jual di tempat dia dan ambil keuntungan sedikit. Banyak supermarket yang besar- Giant, TESCO dan lain- lain di bandar-bandar yang harganya memang murah ataupun KR1M ini memang sudah murah dan mereka peniaga kecil pada saya tidak mati malahan dia compliment. Maknanya dia boleh beli barang di situ murah dan kemudian bawa balik tempat dia.
Saya tengok gerai-gerai di sekeliling lepas saya beroperasi, saya pergi minum kopi di situ bagus. Mereka semua cukup selesa cuma dia tidak selesa dengan Ahli Parlimen dia sahaja katanya… [Ketawa]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Dia selesa. Saya pergi sana, tauke sana pun jemput saya minum. Sekarang masalah ialah bila pasar raya itu dibuka memang penjaja pasar pagi macam apa Yang Berhormat kata tadi, pergi beli ayam satu RM1 dalam promotion dia, dia jual di pasar pagi mungkin RM10 satu ekor kerana mereka memang tidak dapat bersaing. Sekarang saya hanya hendak minta mungkin pihak kementerian kalau hendak bagi lesen beroperasi 24 jam, 365 hari satu tahun mungkin kita perlu adakan syarat.
Macam mana kita membantu penjaja kecil di persekitaran itu supaya mereka juga boleh hidup bersama. Jadi, kalau tidak kenapakah hanya pasar raya itu dibenarkan beroperasi 24 jam satu hari. Ini masalah saya.
Sebenarnya saya hanya simpati kepada mereka yang terpaksa tutup gerai kerana pasar raya itu. Itu sahaja.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Yang Berhormat kena berikan saya statistik berapa peniaga yang tutup itu sebab saya lihat sewaktu lawatan saya, merata-rata ada ramai peniaga kecil yang menggunakan kesempatan untuk dia mendapatkan barangan dari pasar raya tadi. Begitu juga dengan beberapa contoh di tempat lain. Kalau Yang Berhormat Seputeh ada masalah kita cuba, kalau boleh bantu kita bantu. Yang pentingnya penjaja- penjaja ini kena jaga. Yang RM1 tadi dia boleh guna. Patutnya dia beli banyak-banyak kemudian bawa ke kedai dia, dia boleh jual RM10, RM9 untung. Sebagai contoh. Jadi, inilah pendekatan yang kita buat dan apa yang saya perlukan ialah idea-idea baik. Kalau Yang Berhormat Seputeh ada yang lebih baik yang boleh kita laksanakan, rakyat dapat manfaat kita bersedia untuk membantu. Ya, Yang Berhormat Seputeh. Boleh Yang Berhormat?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bangun]
Dato' Sri Hasan bin Malek
Tidak usahlah. Sudah banyak kali.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat buat lawatan pasar pagi dengan saya.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Pasar pagi boleh. Boleh, boleh. Kita berdua sahaja?
boleh [Ketawa] Di pasar pun kita ada program MR1M kita Menu Rakyat 1Malaysia. Menu Rakyat 1Malaysia ini RM2 breakfast. Saya ingat di Seputeh saya tidak tahu tetapi di Sogo pun ada program MR1M ini breakfast for RM2. Lunch RM4. Ini yang kita buat. Program yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat termasuklah di Shah Alam.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Menteri, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri pergi satu vegetarian shop RM2 satu meal ada empat dish di kawasan Parlimen Segambut...
Dato' Sri Hasan bin Malek
Bagus.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini tidak ada 1Malaysia, DAP kah atau apa tetapi mereka buat ini hanya dapat balik modal sahaja. Jadi, saya rasa kedai macam ini mungkin yang perlu kementerian sokong lebih.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Memang kita sokong mana-mana benda yang baik itu. Yang Berhormat, terima kasih banyak. Saya pergi kepada tajuk yang lain.
Isu yang keenam. Kita ada dua isu lagi. Yang keenam ialah penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran domestik. Isu ini menyentuh berkenaan dengan isu monopoli ataupun kedudukan dominan sesuatu perusahaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Pasir Gudang. Dia tidak ada hari ini tetapi saya baca jugalah apa yang dihasratkan supaya dapat dia faham apa maksud yang dominan ini.
Monopoli ataupun kedudukan dominan sesuatu perusahaan dalam mana-mana pasaran bagi barangan atau perkhidmatan adalah tidak dilarang. Sesuatu perusahaan yang berada dalam kedudukan dominan juga tidak dilarang untuk mengambil apa-apa langkah yang mempunyai justifikasi komersial yang munasabah terhadap kemasukan ke dalam pasaran atau perlakuan pasaran sesuatu pesaing. Akan tetapi kedudukan dominan yang dimiliki ini tidak boleh disalah guna seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 10, Akta Persaingan (AP2010)- ini Competition Act. Antara contoh penyalahgunaan kedudukan dominan adalah membataskan pengeluaran sehingga memudaratkan pengguna atau mengenakan himpitan margin atau margin squeeze terhadap pesaingnya.
Baru-baru ini MyCC di bawah kementerian kita telah mengemukakan keputusan cadangan terhadap Megasteel Sdn. Bhd. yang didapati melanggar seksyen 10, Akta Persaingan 2010 apabila menyalahgunakan kedudukan dominannya dengan mengamalkan himpitan margin yang mempunyai kesan negatif terhadap persaingan dalam pasaran.
Penalti kewangan yang dicadangkan dalam kes ini berjumlah RM4.5 juta. Perlu ditekankan di sini bahawa Akta Persaingan 2010 bukanlah bertujuan untuk mengawal harga ataupun melarang kenaikan harga mahupun melarang industri menentukan harga pada barangan mereka.
Sebaliknya akta-akta yang relevan bagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang sebenarnya ialah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Timbang dan Sukat 1972, dan Akta Kawalan Bekalan 1961. Ini adalah perbezaan di antara Akta Persaingan dengan akta-akta yang saya sebutkan sebentar tadi.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang akhir iaitu Program Penyeragaman Harga. Akhir sekali saya ingin menyentuh berkenaan isu penyeragaman harga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Tenom dan Yang Berhormat Kanowit. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah mula melaksanakan Program Penyeragaman Harga secara perintis, pilot project di Sabah dan Sarawak pada tahun 2009 sebelum dilaksanakan secara menyeluruh pada tahun 2010.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Tujuan utama program ini ialah untuk memastikan barangan keperluan asas senantiasa mencukupi dan dijual pada harga kawalan pada setiap masa tanpa mengira jarak dan lokasi. Ini merupakan salah satu usaha untuk memastikan kesejahteraan rakyat di seluruh negara termasuk penduduk di kawasan pedalaman dan luar bandar dalam sentiasa terpelihara, program yang sangat baik.
Program ini dilaksanakan dengan cara menanggung kos pengangkutan yang tinggi yang disebabkan oleh kesukaran membawa barangan dalam jarak yang jauh atau bentuk muka bumi yang menyukarkan serta ketiadaan sistem perhubungan yang baik. Program Penyeragaman Harga ini merangkumi tiga projek iaitu satu, Projek Barang Perlu (BP) iaitu untuk barang-barang seperti gula, minyak masak paket satu kilo ini, tepung, tepung gandum, kegunaan am, beras ST15%. Satu lagi ialah petroleum projek Liquefied Petroleum Gas (LPG) untuk gas memasak. Ketiganya projek Community Drumming (CD) untuk diesel dan petrol RON95.
Barangan kawalan ini dibekalkan oleh transporters yang dilantik kepada kedai- kedai runcit atau point of sales (POS) yang berminat untuk menyertai program.
Pelaksanaan program ini bergantung kepada kriteria-kriteria seperti lokasi kawasan, populasi dan peratus perbezaan harga kawalan kerajaan dengan harga yang dijual di POS- POS ini. Pada awal pelaksanaannya, perbezaan harga di antara bandar dan luar bandar yang ditentukan ialah pada paras 30%.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Pada tahun 2012, peratus tersebut dikurangkan 15% dan seterusnya ke paras 10% pada tahun lepas, tahun 2013. Penyelarasan semula peratusan ini bertujuan untuk memperluas kawasan program, seterusnya meningkatkan bilangan rakyat yang akan menerima manfaat dari pelaksanaan program ini. Kita turunkan sebab kita lihat infrastruktur sudah banyak perubahan daripada dahulu jalan lekat dan sebagainya, kini baik. Oleh sebab itu kita turunkan sedikit dari segi perbezaan harga yang kita rundingkan dengan transporters tadi.
Program ini sememangnya memberi manfaat yang besar kepada penduduk di kawasan pedalaman kerana tidak lagi perlu membayar harga yang tinggi bagi barang keperluan harian. Sebagai contoh, harga gas memasak LPG 14 kilogram di Pa Dalih di Bario dapat dikurangkan daripada RM180 setong kepada RM26.60 setong. Ini benar. Harga seliter petrol RON95 dan diesel di Long Singgut di Belaga pula dapat dikurangkan daripada RM6.50 dan RM7.00 kepada RM2.10 dan RM2...
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Yang Berhormat.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Yang Berhormat, Hulu Rajang. Tadi Long Singut di Belaga atau Long Singu?
Dato' Sri Hasan bin Malek
Di Long Singgut Belaga.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Bukan, Long Singut di kawasan saya di Baleh, di Baleh. Kalau Long Singut di Baleh.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Di Baleh. Ini silap.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Takut tersilap.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Saya minta maaf.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Yang Berhormat, beri saya sekejap. Saya hendak mencelah sedikit. Tuan Yang di-Pertua, Menteri, mengenai point of sales, Hulu Rajang saya ingat terbanyak, ada tujuh point of sales. Akan tetapi sekarang, rakyat dan penduduk saya di kawasan Hulu Rajang still menunggu untuk menghantar barang bersubsidi yang telah diberi surat kepada LOA, kepada syarikat-syarikat untuk transporters. Jadi sampai sekarang sudah satu bulan.
Kedua, syarikat yang telah diberi untuk sebagai transporters pada tempat point of sales, syarikat dari luar dari kawasan Hulu Rajang dan mereka ini dari Kuching. Tidak tahu tempat point of sales. Jadi saya minta Yang Berhormat, kalau boleh saya tidak bersetuju kalau syarikat itu sampai sekarang belum dapat membekalkan kepada sasaran rakyat di pedalaman. Baiklah potongkan, cancelkan, beri kepada syarikat tempatan yang lebih mengetahui tempat point of sales. Sekian, terima kasih.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Satu maklumat yang baru pada saya dan saya pun hairan juga kerana sudah sebulan masih lagi tidak berjalan. Ini maklumat baru, saya akan cuba siasat baliklah dan akan tengok balik dari segi kesesuaian dia. Akan tetapi sebenarnya dari segi pemilihan, saya sudah sebut hari itu dan saya hendak ulang balik. Sebenarnya pelantikan syarikat-syarikat transporters ini dibuat dengan telus, teliti dan teratur oleh Lembaga Perolehan yang diwakili oleh kementerian dan juga Jabatan Kerja Raya. This is committee with set dan dibuat rundingan- rundingan harga. Antara pertimbangan pelantikan syarikat tersebut berdasarkan kepada garis panduan satu, syarikat yang berminat adalah syarikat tempatan mengikut negeri.
Sarawak itu we make sure that syarikat itu mesti daripada Sarawak.
Kadang-kadang dia orang Kuching, tetapi dia gunakan alamat di Sibu dan Hulu Rajang dan sebagainya. Akan tetapi kalau ada maklumat yang lagi, boleh maklumkan kepada saya. Saya akan cuba bantu untuk supaya jangan disalah tafsir oleh rakyat kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen. Saya akan cuba yang ini sebab ini satu perkara yang baru.
Maklumat inilah yang saya perlukan. Syarikat luar tadi mungkin alamat itu alamat di situ tetapi mungkin orangnya, tetapi masih lagi syarikat tempatan. Tidak apalah, saya akan rujuk balik Yang Berhormat Hulu Rajang. Saya sebut tadi garis panduannya, keduanya syarikat mempunyai kemudahan logistik iaitu pengangkutan, stor penyimpan serta tenaga kerja dan pelan pengedaran merupakan kriteria penting pemilihan akan diberi keutamaan. Syarikat mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai keadaan tempatan termasuk mengenal
Dato' Sri Hasan bin Malek
pasti dan telah membuat lawatan ke point of sales sedia ada yang berpotensi menyertai projek.
Pada tahun ini, kementerian memberi perhatian yang serius terhadap nilai-nilai kontrak yang ditawarkan kepada transporters. Dalam tahun-tahun sebelum ini, terdapat kes di mana satu transporters mendapat kontrak bernilai jutaan ringgit. Namun pada masa yang sama, terdapat juga kes di mana transporters mendapat kontrak bernilai hanya puluhan ribu ringgit, yang tinggi yang rendah dan sebagainya. Jadi oleh kerana itu, kementerian telah memutuskan supaya agihan kontrak pada tahun ini dibuat dengan lebih adil supaya lebih ramai transporters tempatan dapat terlibat dalam memberi sumbang bakti kepada negara.
Kementerian mengaku bahawa pelaksanaan program ini mempunyai kelemahan di peringkat lapangan seperti yang dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya sudah dapat banyak maklumat-maklumat daripada kawan-kawan, sahabat. Inilah yang kita sedang kaji dan mencari jalan.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya pihak Jabatan Audit Negara telah pun hadir ke kementerian membuat pengauditan ke atas program ini. Tadi ada cadangan fasal Board Auditing dan sebagainya, sudah pun kita laksanakan dan menemui beberapa isu Jabatan Audit Negara yang tidak ada kepentingan, datang dan memaklumkan kepada kita isu-isu tersebut. Jadi isu-isu ini telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) supaya siasatan dapat dibuat ke atas mana-mana transporters yang disyaki terlibat dalam salah laku yang dinyatakan.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Menteri.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Sebagai contoh, sehingga 11 Januari 2013, tuntutan bernilai RM26.32 juta oleh 22 transporters telah disiasat oleh SPRM Sarawak. Hasilnya, beberapa transporters yang membuat tuntutan secara berlebihan telah diminta membuat pembayaran balik kepada kerajaan. Pada tahun yang sama, Pejabat KPDNKK Sabah juga telah membuat laporan kepada SPRM terhadap transporters yang disyaki membuat tuntutan palsu untuk dibuat siasatan. Jadi berdasarkan...
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Menteri.
Dato' Sri Hasan bin Malek
Saya habis, nanti you boleh Yang Berhormat Kanowit.
Minta maaf. Berdasarkan kelemahan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dan penemuan Jabatan Audit Negara, beberapa inisiatif telah diperkenalkan untuk menambah baik pelaksanaan program ini. Ini niat kita, kita hendak tambah baik mana benda yang sudah dilaksanakan sejak tahun 2009. Pada tahun ini transporters tidak hanya bertanggungjawab membekalkan barangan keperluan semata-mata, malah pada tahun ini mereka diminta melaporkan tentang status bekalan barangan dan harga runcit yang dijual di POS iaitu point of sales secara bulanan- must be a monthly affair. Pejabat KPDNKK negeri dan cawangan juga telah diminta untuk membuat pemantauan lapangan secara terpilih pada setiap bulan bagi mengesahkan maklumat yang diberikan oleh transporters tersebut. Ini kita pastikan. Saya minta kerjasama daripada Ahli Yang Berhormat...
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
[Bangun]
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Saya habiskan dahulu Yang Berhormat Kanowit.
Yang Berhormat Tenom dalam perbahasannya ingin mengetahui bilangan kawasan di Sabah yang mendapat manfaat pelaksanaan Program Penyeragaman Harga.
Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan kawasan yang mendapat manfaat daripada pelaksanaan Program Penyeragaman Harga di Sabah ialah 21 kawasan bagi Projek Barang Perlu. Saya sebutkan ada tiga. Sebanyak 241 kawasan bagi Projek Barang Perlu, 228 kawasan bagi Projek LPG dan 328 kawasan bagi projek Community Drumming.
Berkenaan dengan isu putus bekalan di Shell stock out yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu. Ingin saya perjelaskan bahawa bilangan stesen yang berlau stock out pada tahun 2014 adalah semakin berkurangan berbanding pada tahun 2013. Keadaan ini berlaku bukan disebabkan oleh program Community Drumming sebaliknya kekurangan bekalan diesel bersubsidi yang berlaku di kawasan-kawasan tertentu adalah bersifat sementara yang berpunca daripada masalah penghantaran bekalan dan logistik oleh syarikat minyak kepada stesen-stesen minyak yang terlibat.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Namun demikian kementerian memandang serius perkara ini dan sentiasa berusaha memastikan supaya masalah kekurangan bekalan diesel dan RON95 ini tidak berlaku di mana-mana tempat di negara ini. Jemput Yang Berhormat Kanowit.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Terima kasih Menteri. Saya telah memberi beberapa contoh dalam perbahasan saya tempoh hari berkenaan dengan penyeragaman harga barang di kawasan pedalaman. Jelas saya melihat kepada maklumat yang diberi kepada saya kalau saya ambil contoh di kawasan Parlimen Kanowit sahaja, banyak tempat yang saya lihat di kawasan Kanowit ini yang tidak memerlukan lagi subsidi ini.
Sebagai contoh di kawasan Machan. Kawasan Machan adalah lebih dekat daripada kawasan Kanowit dari Sibu. Kalau Sibu is a point of sell tetapi mengapa diberi juga subsidi dengan semua jenis subsidi seperti BP, Community Drumming, LPG dan banyak lagi ke kawasan-kawasan yang sudah ada jalan raya? Mungkin yang masih perlu adalah kawasan-kawasan di pedalaman yang masih menggunakan sungai sebagai transportation.
Yang Berhormat Menteri, satu lagi isu iaitu siapa yang menentukan the number of trips untuk mengangkut barang ke sesuatu tempat? Saya bagi contoh di Nanga Jagau, kalau kita pakai perahu mengambil satu hari dan diberi 40 trips sebulan dan satu trip adalah RM1,500. Saya difahamkan tidak ada seorang pun di sana pernah diberi subsidi ini. Saya selalu pergi ke sana, mungkin sebulan ada sekali pergi ke kawasan Jagau.
Saya tidak faham siapa yang buat decision? Mungkin transporters. Jadi inilah saya melihat tujuan sebenarnya memang bagus. Akan tetapi apabila sampai ke pelaksanaannya, banyak ketirisan semacam ini berlaku. Jadi saya mengajak Menteri kalau dapat kita propose lagi macam saya cakap tadi adalah untuk perkara begini kita putuskan sekali. Kita beri bantuan kepada yang betul-betul memerlukan. Kalau di kawasan Sarawak, kawasan- kawasan yang belum ada jalan dan masih menggunakan sungai kita berikan terus bantuan macam kita beri kepada nelayan-nelayan, RM200 sebulan atau RM300 sebulan. Dengan ini tidak ada masalah lagi. No more problems.
Saya tahu ada strong hand juga terlibat dalam semua pelaksanaan projek-projek ini, Community Drumming, LPG Gas, subsidi petrol, macam-macam. Jadi mungkin seperti saya sebutkan tadi kementerian, pegawai-pegawai sudah tidak larat lagi untuk melawan dengan mereka ini. Jadi the best thing is to stop these things. Kita beri terus kepada rakyat yang miskin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Hasan bin Malek
Terima kasih Yang Berhormat Kanowit yang memberikan cadangan yang baik bagi kita untuk kita pertimbangkan juga kalau boleh dilaksanakan. Jadi maklumat ini pun satu perkara yang baru juga bagi saya. Sebenarnya umum masyarakat rakyat di Sabah dan Sarawak memerlukan program ini. Macam yang disebut tadi memang ada faedah-faedah yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat.
Akan tetapi mana ada kelonggaran, berlaku penyelewengan satu, dua tempat ini dan bahagian inilah yang kita fikir kena fokus balik dan mencari jalan bagaimana kita boleh tangani masalah ini. Cadangan Yang Berhormat tadi akan saya bawa ke kementerian. Kita lihat bagaimana sama ada berbeza sedikit dari segi program penyeragaman harga tadi iaitu kita bagi duit subsidi kepada rakyat. Ini akan saya bawa ke kementerian untuk pertimbangan.
Walau bagaimanapun, untuk tujuan-tujuan yang lain, mana ruang yang kementerian boleh membantu Ahli Yang Berhormat kita akan cuba bantu dan cuba melaksanakan dari pandangan-pandangan itu. Saya tengok ada beberapa Ahli Yang Berhormat jumpa saya dan mengemukakan beberapa pandangan. Saya sudah cukup bersedia malahan lautan-lautan ini akan kita buatlah apabila ada kesempatan supaya kita dapat melihat sebenarnya apa yang berlaku di peringkat bawah. Kalau ada penyelewengan Yang Berhormat sendiri lihat berlaku, boleh maklumkan kepada saya. Kita tidak teragak- agak kerana kita dapat sokongan yang begitu baik daripada agensi-agensi lain.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan mengambil kesempatan ini untuk selain daripada mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini. Saya percaya pandangan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat dapat membantu memperkukuhkan lagi polisi dan tanggungjawab yang telah diamanahkan
Dato’ Sri Hasan bin Malek
kepada kementerian ini untuk dilaksanakan. Saya pohon maaf kalau sekiranya ada percakapan saya tadi agak keras sedikit sebab saya lembut orangnya.
Oleh kerana itu, minta maaf dan saya mengharapkan kerjasama dan sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kita meneruskan menyejahterakan rakyat dalam konsep rakyat didahulukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Kementerian Dalam Negeri.
Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan secara spesifik, izinkan saya untuk turut sama Menjunjung Kasih ke Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin menyentuh mengenai apa yang dititahkan termasuklah tentang Ops Cantas yang telah turut disebutkan oleh Baginda Tuanku.
Insya-Allah Kementerian Dalam Negeri sentiasa memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat dan keselamatan awam. Di kesempatan ini juga Kementerian Dalam Negeri ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi MH370. Sesungguhnya warga Kementerian Dalam Negeri melahirkan rasa sedih dan dukacita di atas tragedi tersebut. Kita mendoakan semoga keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan tabah dalam menghadapi ujian ini.
Kementerian Dalam Negeri juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada dari dalam dan luar negara dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370. Namun saya meminta kepada pihak media terutama media cetak yang mempengaruhi mangsa-mangsa daripada negara China kerana apa yang berlaku dari tulisan kebanyakan akhbar berbahasa Cina ini telah memainkan sentimen hingga membangkitkan kemarahan oleh saudara-mara kepada mangsa MH370 di negara China.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah sedaya upaya menggunakan segala kudrat dan usaha untuk menyelesaikan masalah ini. Perlu diketahui bahawa peristiwa ini adalah suatu kemalangan. Tidak ada seorang pun mahu kemalangan ini berlaku. Malah Yang Berhormat Pemangku Menteri Pengangkutan juga telah menggunakan segala daya usaha untuk menyelesaikan masalah ini. Malangnya akhbar-akhbar berkenaan telah memanipulasikan dan memainkan sentimen menyebabkan mangsa-mangsa itu terutama saudara-mara mangsa itu telah menjadi marah terutama mereka yang berada di Beijing.
Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada 28 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Tuanku yang telah disebutkan daripada 10 hingga 20 Mac yang lalu dan perkara- perkara yang menyentuh mengenai KDN. Yang Berhormat Permatang Pauh umpamanya telah menyatakan bahawa indeks jenayah yang dilaporkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan atau PEMANDU dan PDRM menunjukkan penurunan. Beliau mempertikaikan sedangkan hakikatnya jenayah meningkat. Beliau turut mempertikaikan kaedah yang digunakan oleh PEMANDU dan PDRM bagi mengklasifikasikan jenayah indeks dan bukan jenayah indeks.
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, definisi jenayah indeks adalah jenayah yang kerap dilaporkan dan mempunyai signification yang memadai untuk dianggap sangat mustahak sebagai petunjuk kepada jenayah. Sementara jenayah bukan indeks pula yang mana kekerapan kejadiannya tidak boleh dijadikan pengukur kepada trend jenayah.
Berdasarkan definisi yang digariskan oleh INTERPOL dan diguna pakai di kebanyakan di pasukan polis di seluruh dunia, PDRM telah mengkategorikan jenayah indeks di negara ini kepada dua bahagian iaitu jenayah kekerasan seperti bunuh, rogol, samun berkawan, bersenjata api dan tanpa bersenjata api, samun bersenjata api dan tanpa bersenjata api yang boleh mendatangkan kecederaan dan jenayah harta benda seperti pecah rumah dan curi siang atau malam hari, curi kenderaan dan lain-lain kecurian.
Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Dakwaan yang menyatakan pihak polis memanipulasikan statistik jenayah adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana penjanaan statistik ini adalah menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya melalui police reporting system (PRS) yang mana pengadu sendiri boleh menyemak status dan klasifikasi kes terhadap laporan yang dibuat.
Statistik jenayah yang dikeluarkan oleh pihak polis adalah secara komputer generated dan ianya tidak boleh diubah. Saya juga ingin memaklumkan dalam kajian yang dibuat Frost & Sullivan, sebuah badan bebas yang dijalankan pada bulan Julai, September dan Oktober tahun lalu. Berdasarkan persepsi masyarakat terhadap indeks keselamatan dan kepuasan terhadap perkhidmatan PDRM. Kajian ini menilai rasa takut menjadi mangsa jenayah. Pada bulan Oktober 2013, adalah sebanyak 38% berbanding dengan ketidakpuasan hati sebelum itu sebanyak 57%. Ini tentunya telah memperlihatkan penurunan sebanyak 19% daripada rasa ketakutan terhadap berlakunya jenayah pada individu atau masyarakat tempatan.
Penurunan ini menunjukkan tanda-tanda sokongan dan kerjasama dari masyarakat setempat secara berterusan terhadap usaha-usaha PDRM dalam aktiviti jenayah. Saya harap Yang Berhormat Permatang Pauh harus melihat fakta. Ketika berkempen di dalam pilihan raya kecil di Kajang, menyatakan Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan patut meletakkan jawatan kerana kononnya tidak menggunakan radar yang canggih ketika beliau menjadi Menteri Kewangan. Beliau tidak tahukah sekarang ini saya Menteri Dalam Negeri, bukan Menteri Pertahanan. Jangan nyanyuk!
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi, dalam perkara ini saya fikir fakta-fakta yang dikemukakan oleh beliau ialah fakta-fakta nyanyuk. Apabila saya sebutkan perkara ini memperlihatkan bahawa beliau telah nyanyuk. Jadi, dalam perkara ini saya...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
...Ingin menyebutkan bahawa perkara- perkara seperti ini...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Menteri, gunalah bahasa yang gentleman sikit.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Perkara keselamatan jangan dicampuradukkan. Saya fikir perkara-perkara yang begini, jangan memainkan sentimen masyarakat umum keseluruhannya. Kita tahu bahawa soal...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Batu, duduk Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya hendak mencelah.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
...Keselamatan adalah soal semua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak bagi laluan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Sama ada yang sebelah sini atau sebelah sana. Saya fikir Yang Berhormat Batu juga sensitif terhadap soal keselamatan.
Saya pun menjaga keselamatan Yang Berhormat Batu supaya dia tidak gigit telinga polis lagi...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat Jasin bertanyakan adakah peningkatan kedudukan Malaysia dalam Global Peace Index (GPI) mempunyai korelasi dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, pembatalan Ordinan Darurat, semakan semula Akta Kediaman Terhad dan pembatalan Akta Buang Negeri 1959. Dia juga turut menyarankan supaya kerajaan menimbang semula agar Akta ISA dan Ordinan Darurat diperkenalkan semula bagi menangani ancaman seperti penyebaran fitnah dan memutarbelitkan fakta yang boleh menggugat keselamatan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemansuhan Akta ISA di mana saya telah merasainya. Ordinan Darurat 1969, Akta Kediaman Terhad 1973 dan Akta Buang Negeri 1959 tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan kedudukan GPI bagi negara. Kajian oleh GPI merangkumi elemen lain iaitu, dengan izin, crime rates, minimal incidences of terrorists act, violent demonstations, harmonious relationship and a stable political scene yang menentukan kedudukan sebuah negara berkenaan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Walau bagaimanapun, pemansuhan dan pembatalan undang-undang yang berkaitan adalah bagi menyahut Program Transformasi Politik (PTP) yang telah dianjurkan oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan semula akta sebagaimana yang disarankan oleh Yang Berhormat. Ini kerana undang- undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA, Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948 sudah mencukupi untuk menangani segala isu yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
Yang Berhormat Setiu telah membangkitkan isu berkaitan dengan kes penipuan cinta cyber di Malaysia antara tahun 2011 hingga 2013 serta kerugian yang terlibat.
Mengikut statistik daripada PDRM, sejumlah 2,785 bilangan kes telah dilaporkan dari tahun 2011 hingga 2013 yang mencatatkan jumlah kerugian sebanyak RM103.5 juta.
Dalam menangani perkara ini PDRM telah mengambil beberapa langkah pencegahan antaranya adalah kempen, dengan izin, ‘Be Smart, Don’t Become A Victim of Cyber Crime’ yang memberikan kesedaran kepada pengguna agar tidak tertipu sewaktu melayari alam cyber.
Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Batu Kawan memohon pihak KDN untuk mewujudkan sama ada pondok polis baru, pembinaan ibu pejabat polis baru, keselesaan ruang pejabat dan pertambahan perjawatan untuk memodenkan perkhidmatan polis ke taraf world class.
Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, KDN dan PDRM sedar tentang segala keperluan yang diutarakan. Pihak kementerian telah mewujudkan pasukan khas atau task force, dengan izin, untuk melihat semua isu tersebut dan akan melaksanakannya mengikut keutamaan dan keupayaan kewangan negara.
Seterusnya Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Temerloh dan Yang Berhormat Kota Tinggi membangkitkan soalan berkaitan perjudian yang dikatakan meningkat dan adakah pusat perjudian berkenaan mendapat perlindungan daripada pihak penguat kuasa? Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa pihak PDRM memandang serius tentang segala aktiviti perjudian sama ada perjudian di tempat terbuka atau melalui komputer di cyber cafe atau lain-lain aktiviti perjudian. Saya ingin memberikan jaminan di Dewan yang mulia ini bahawa operasi secara besar-besaran dan berterusan akan dilaksanakan oleh pihak polis terhadap pusat-pusat perjudian itu termasuk di kawasan-kawasan yang diwakili oleh pihak pembangkang. Saya akan membantu mereka supaya aktiviti perjudian ini dapat dihapuskan.
Sebagai contoh, pada tahun 2013, sejumlah 31,606 serbuan telah dibuat dengan rampasan sebanyak 57,217 buah komputer termasuk di Seputeh serta penangkapan seramai 8,973 penganjur dan pemain di seluruh negara termasuk juga di Batu. Pihak PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang didapati bersekongkol dengan sindiket perjudian ini. Saya ingin ulangi bahawa pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang didapati bersekongkol dengan sindiket perjudian ini. Tindakan tegas dari sudut tatatertib atau pendakwaan akan dilakukan sekiranya terdapat bukti yang mereka terlibat dengan aktiviti berkenaan. Saya harap Ahli- ahli Dewan yang mulia ini boleh bekerjasama dengan saya supaya dapat menyalurkan maklumat ini kepada saya secara terus.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sibu bangun, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
...Atau kepada SPRM jika didapati benar pegawai atau pihak pegawai penguat kuasa berkenaan terlibat dalam aktiviti ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di Sibu sini, mesin kuda masih banyak belum dihapuskan. Saya menerima banyak aduan tentang bahawa di Sibu, serbuan memang ada dibuat oleh pihak PDRM tetapi hari ini membuat serbuan, esok kedai mesin kuda itu buka lagi. Jadi, kami memang mengesyaki memang ada hubungan di antara pengusaha mesin kuda itu dengan pihak PDRM.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Jadi, saya mahu pihak KDN - kami mengesyaki, jadi mahu minta kementerian, bolehkah buat satu penjelasan bagaimana hari ini buat serbuan, esok buka lagi? Saya tahu pihak polis pun menyatakan bahawa dia memang tahu berapa bilangan jumlah kedai mesin kuda di Sibu. Ada 50 lebih dibuka di Sibu tetapi mengapa mereka tidak tangkap mereka semua ini? Memang tahu jumlah dia, mengapa tidak pergi tangkap?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sibu.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat Sibu, saya amat simpati dengan Yang Berhormat Sibu kerana masalah itu berlaku di Sibu. Ertinya wakil rakyat itu tidak memberikan laporan sebenarnya kepada pihak polis. Saya minta Yang Berhormat Sibu maklumkan kepada saya, dengan izin, alamat, waktu dia buka, siapa pengendali dan menjalankan operasi itu...
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tak payah bangun, tak payah bangun.
Duduk dulu, duduk, duduk, duduk. Jadi saya hendak tolong ini, saya hendak tolong.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Pihak polis memang tahu di mana kedai itu.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya rasa kalau Yang Berhormat tahu alamat dia, siapa pengendalinya, Yang Berhormat jangan tuduh polis. Saya takut Yang Berhormat ada kaitan secara tidak langsung dengan mereka. Saya takut...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Akan tetapi tidak apa, kita kerjasama. Saya turun, kita berdua turun, kita banteras kalau setuju. Sama-sama kita banteras supaya jangan jadi seorang Ahli Parlimen kita, bila hendak banteras, kita bagi pakaian, kita bagi uniform untuk banteras, tiba masanya takut hendak turun, takut tandatangan. Saya harap Yang Berhormat anak jantan dan tidak takut.
Turun sama-sama ke Sibu, insya-Allah. Begitu juga dengan Yang Berhormat Seputeh. Itu sahabat saya...
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Itu memang bukan tanggungjawab Wakil Rakyat. itu tanggungjawab pihak polis...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, duduk Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ini bukan tanggungjawab wakil rakyat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tak, kita turun.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Itu tanggungjawab pihak polis.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Kita turun sama-sama. Sebagaimana saya bekerjasama dengan Yang Berhormat Seputeh. Saya boleh buat kerjasama. Apa takut? Yang Berhormat Seputeh tidak takut walaupun dia seorang wanita yang berani...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat Bachok memohon kementerian supaya menyediakan mekanisme untuk melindungi maklumat peribadi mangsa dan suspek sehingga kes ini selesai. Kes-kes selesai. Ini adalah kerana terdapat maklumat terperinci dan gambar mangsa serta suspek serta mangsa rogol yang dipaparkan di akhbar. Ini mengenai soal kerahsiaan.
Untuk maklumat Yang Berhormat, PDRM memandang serius berhubung dengan penyebaran maklumat peribadi mangsa dan suspek. Sekiranya terdapat penyebaran maklumat peribadi melalui media massa dan elektronik yang dilakukan oleh pihak polis, saya akan melakukan tindakan tegas dan akan mengambil tindakan terhadap anggota berkenaan. Sehingga kini, seramai dua orang anggota polis telah diambil tindakan tatatertib kerana didapati dengan cuai telah menyebarkan gambar mangsa. Dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara D108(A) telah menggariskan tatacara rakaman, pengendalian dan penyimpanan keterangan gambar digital di mana dalam apa situasi pun, gambar digital tidak boleh dihantar melalui jaringan telefon bimbit atau sistem e-mel yang tidak selamat.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Seremban mengenai hal ehwal imigresen yang telah menyentuh mengenai keberadaan dua orang warganegara Iran yang telah menggunakan pasport curi di dalam insiden MH370.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya telah janji dalam jawapan saya di Parlimen saya akan menjelaskan dengan terperinci mengenai perkara itu.
Saya ingin memaklumkan bahawa SOP dengan izin, standard operating procedure telah diguna pakai sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen Malaysia dalam mengendalikan kemasukan dan pelepasan warga asing ke negara kita di semua pintu masuk termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.
Untuk penjelasan Dewan yang mulia ini, SOP yang digunakan berhubung dengan kemasukan dan pelepasan dari KLIA oleh dua penumpang yang menggunakan pasport yang dicuri dalam kes kehilangan pesawat MH370 adalah world standard dalam erti kata suatu prosedur piawaian antarabangsa yang diguna pakai oleh setiap Jabatan Imigresen di seluruh dunia.
Pegawai-pegawai Imigresen yang bertugas di kaunter pintu masuk telah dilatih dalam siri-siri latihan berkenaan dengan profiling dengan izin, serta pemeriksaan dokumen dengan beberapa buah negara seperti Kanada, Australia, UK, Belanda dan Amerika Syarikat. Jika terdapat sebarang keraguan terhadap pelawat dan pelancong, pegawai kaunter akan merujuk segera kepada penyelia bagi membuat pemeriksaan kedua melalui pengesahan makmal atau Document Examination Centre atau DEC.
Buat masa ini, Pejabat Imigresen KLIA mempunyai pasukan dan makmal khas untuk membuat pemeriksaan dokumen atau pasport yang disyaki palsu di terminal utama KLIA. Makmal tersebut telah diwujudkan sejak tahun 2007 dan pegawai-pegawai yang ditugaskan di makmal pemeriksaan DEC adalah pegawai terlatih dan diiktiraf oleh agensi antarabangsa.
Dalam kes penggunaan pasport curi oleh dua penumpang MH370 baru-baru ini, Pegawai Imigresen yang bertugas telah membuat pemeriksaan masuk Imigresen berdasarkan SOP yang telah ditetapkan dengan membuat pengecaman berdasarkan pasport yang dibawa dan mendapati bahawa imej yang terdapat pada muka surat biodata dokumen tersebut adalah seiras dengan pembawa pasport. Pegawai tersebut juga telah mengajukan beberapa soalan bagi mendapatkan maklumat berhubung tujuan kemasukan ke negara ini.
Semasa pelepasan pula, pegawai bertugas telah menyemak maklumat dalam sistem imigresen dan mendapati kemasukan subjek adalah teratur dengan tempoh pas lawatan masih sah laku. Oleh yang demikian, suspek telah dibenarkan untuk meninggalkan negara ini. Pegawai Imigresen yang bertugas telah melaksanakan pemeriksaan keluar ke atas subjek melalui SOP yang telah ditetapkan.
Mengikut rekod pangkalan data Jabatan Imigresen Malaysia, ini adalah kali pertama kedua-dua subjek memasuki Malaysia. Untuk maklumat, sekiranya seseorang itu pernah memasuki Malaysia dan hadir untuk kali kedua dengan menggunakan dokumen perjalanan yang mempunyai maklumat identiti yang berbeza dengan maklumat sebelumnya, maka sistem biometrik akan dapat mengesan perbezaan subjek tersebut.
Mengenai nombor pasport yang dimasukkan dalam sistem komputer bagi mengesan sama ada pasport tersebut palsu ataupun tidak, KDN ingin menyatakan bahawa pasport dimaksudkan yang telah dilaporkan hilang adalah tulen, akan tetapi diguna pakai oleh seseorang yang bukan pemilik asal. Dalam kes ini, rekod maklumat, didapati bahawa 40.2 juta kehilangan pasport telah disimpan oleh INTERPOL.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun. Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Batu.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Sekejap, bagi saya habiskan yang ini dulu ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Disimpan oleh INTERPOL merupakan satu jumlah yang terlalu besar dan sistem maklumat pengendalian pangkalan data Jabatan Imigresen Malaysia tidak mempunyai kemampuan untuk menyimpan berdasarkan kapasiti yang sedia ada.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tambahan pula, maklumat kehilangan pasport yang mungkin telah disimpan lama akan melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kantor. Akan tetapi jika INTERPOL memasukkan sebagai SL atau suspect list, kita dengan mudah dapat memantau pasport berkenaan yang disalah gunakan oleh pemegang pasport. Sila Yang Berhormat Shah Alam,
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Apa yang saya telah timbulkan ialah berhubung dengan respons yang telah disampaikan oleh salah seorang Pengarah Jabatan Imigresen. Bila dinyatakan bahawa ada dua penumpang ataupun pada ketika itu empat orang penumpang yang menggunakan pasport yang telah dilaporkan hilang.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Apa yang telah berlaku ialah dia menyatakan bahawa pegawainya mengikut SOP dan seolah-olah berpuas hati dengan keadaan sebegitu sedangkan dua orang yang menggunakan pasport yang dilaporkan dicuri ataupun hilang telah bolos. Maka sebaik- baiknya cara yang hendak jawab itu ialah walaupun kita mengikuti SOP tetapi kita akui ada kelemahan. Kita tidak boleh berpuas hati dengan keadaan SOP diikuti tetapi ada orang yang boleh bolos. Maka kita kena perbaiki apa cara, sistem, bagaimana untuk mengatasi dan menentukan bahawa bolos yang seperti itu tidak akan berlaku lagi. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ini suatu pandangan walaupun daripada pembangkang tetapi harus diambil kira.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Batu duduk dahulu.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya akan bagi Yang Berhormat Batu.
Ada terdapat masalah dari segi mutu sesebuah buku pasport itu. Pasport yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai piawaian antara yang terbaik di dunia termasuk Singapura dan Australia kerana kita ada protokol begitu.
Akan tetapi memang diakui terdapat pasport daripada beberapa negara tertentu yang tidak termasuk dalam protokol dengan Malaysia dan mempunyai kualiti pasport yang rendah. Tidak ada biometrik dan tidak ada barcode. Ini memang mudah dibolosi namun, perkara ini telah saya tangani sendiri. Caranya ialah dengan memperkenalkan APSS atau dengan izin, Advance Passenger Screening System di mana ini akan diketahui sesiapa yang masuk profiling mereka dengan izin, akan diketahui lebih awal dan ini boleh menyekat daripada berlakunya kebolosan berkenaan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kedua, saya rasakan bahawa jumlah yang sebanyak 40 juta nombor pasport yang dilaporkan oleh INTERPOL itu, adakah ianya 40 juta bulan lepas ataupun sudah setahun ataupun lima tahun? Saya rasa dalam tempoh 40 juta ini sekalipun mungkin lima atau sepuluh tahun, kalau kita biasa dengan sistem komputer, Google dan sebagainya boleh kalau kita pakai malahan kalau kita pakai sistem GPS itu sendiri. Bagaimana dia boleh memproses data itu dengan begitu cepat? Saya cukup yakin sekiranya ianya disort mengikut tahun, mengikut prioriti dan pasport yang dilaporkan hilang bukan kes lama kes baru. Ini pasti boleh dikesan sekiranya sistem komputer yang ada mampu dan cukup berkeupayaan untuk memproses data ini dengan cepat kerana sorting komputer ini cepat, dia cari nombor itu laju. Boleh, dia tidak ada masalah.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, jumlah 40.2 juta itu adalah dengan izin, accumulated numbers di seluruh dunia. Ertinya jumlah...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sejak bila?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Sejak bila-bila. Akan tetapi pasti bukan daripada zaman Hang Tuah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Maknanya boleh buanglah sebahagian daripadanya tidak payahlah over 20 years...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
No, no. Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak buta komputer dan seharusnya memahami bahawa semua dokumen, 40.2 juta ini dalam disk yang telah dibekalkan oleh INTERPOL kepada PDRM, kepunyaan PDRM itu. Jadi, saya sebut tadi kecuali jika masuk dalam SL atau suspect list, mudah nama itu dan nombor itu trigger. Jadi dalam perkara ini, dalam perkara ini Yang Berhormat jangan pertikaikan keikhlasan KDN untuk memperbaiki mutu...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sabar Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak pernah saya persoalkan, tidak ada kita persoalkan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat Batu, soal pada Yang Berhormat Batu. Sila bangun Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi alasan itu kurang meyakinkan [Ketawa]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Menteri, soalan yang saya mohon penjelasan lebih daripada segi fakta. Saya tidak mahu polemik dengan Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali, kita hendak mengesahkan empat jutakah atau 40 juta sebab dalam media yang saya baca Yang Berhormat Menteri lain telah menyatakan 40 juta itu digunakan. Kata itulah sukar kita mengesan.
Kedua ialah INTERPOL telah mengatakan mereka masuk dengan pasport Iran bukan dengan pasport Austria atau Itali yang sudah hilang. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri beritahu kata pegawai imigresen telah temu duga kedua-dua orang yang masuk, yang suspek mereka dan dapati mereka betul. Akan tetapi saya ingin tahu adakah imigresen kita tidak cekap dari segi untuk mengesan seorang itu dari Timur Tengah seperti orang Iran daripada orang Itali atau orang Eropah. Saya juga dengar Yang Berhormat Menteri telah menyelar pegawai imigresen. So, kalau itu masalahnya maksudnya pegawai imigresen kita haruslah meningkatkan kecekapan mereka untuk mengesan latar belakang kebangsaan.
Ketiga ialah isu mereka kalau pergi ke China, Republik Rakyat China sudah tentu mereka harus memohon visa. Adakah pihak China juga mengesahkan dan membolehkan mereka dapatkan visa yang sah bila menaiki kapal terbang? Akhir sekali, kita juga ingin tahu selepas kita mengesahkan kita- kedua-dua ini menggunakan pasport palsu, apakah siasatan selanjutnya terhadap dua orang muda ini, sama ada latar belakang mereka dari segi jenayah semua sudah di screen dengan betul-betul dan memang mereka bersih daripada kemungkinan disyaki terlibat dengan jenayah.
Ini juga berkaitan dan saya juga ingin tahu apakah status siasatan terhadap pilot dan co-pilot supaya khabar angin tentang kecenderungan politik mereka yang menjadikan mereka bertindak luar biasa ini sudah kita dapat jelaskan supaya keluarga mereka tidak berdepan dengan fitnah. Saya ingin mendapat penjelasan dari Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan pernah menjawab soalan yang terakhir itu kerana ia di luar bidang yang harus saya jawab sekarang ini sebab saya fikir biarlah siasatan selesai dan...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Maksudnya belum selesai lagi?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Belum, belum lagi. Walaupun saya tahu pilot berkenaan pernah bergambar dengan Yang Berhormat Subang, pernah bergambar dengan Yang Berhormat Subang ya? Jangan dinafikan, pernah bergambar dengan Yang Berhormat Subang, ya...
[Disampuk] Dengan Yang Berhormat Batu belum lagi, tidak sempat mungkin.
[Ketawa]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Akan tetapi saya tidak...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya rasa dia bergambar dengan ramai orang.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Akan tetapi saya tidak menuduh.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ramai yang dia bergambar, tidak mustahil dia bergambar dengan CEO MAS, dia bergambar dengan...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat Shah Alam tetapi dengan Yang Berhormat Shah Alam belum lagi.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Menteri, tidak mustahil.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Dengan Yang Berhormat Shah Alam tidak ada lagi. Akan tetapi Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya sendiri bertanya dengan rakan-rakan di sana, adakah beliau ahli PKR?
Mereka mengesahkan beliau adalah ahli PKR. Jangan Yang Berhormat Shah Alam...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ramai ahli PKR, kalau hendak ikutkan pilot MAS ramai yang menyokong PR...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Itu sebab, Yang Berhormat Shah Alam...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Apa masalahnya, it is not a crime.
Ini bukan satu jenayah.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Itu sebabnya Yang Berhormat Shah Alam, itu sebabnya saya tidak mahu menyentuh perkara ini. Saya setuju dengan Yang Berhormat Batu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak ada orang timbulkan isu itu.
Yang Berhormat Menteri yang timbulkan...
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sekarang masalahnya Yang Berhormat Shah Alam apa?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Duduklah.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ini, masalah Yang Berhormat Shah Alam apa? Yang Berhormat Shah Alam PKRkah, PAS?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia tanya tentang keputusan Yang Berhormat Menteri soal siasatan. Sudah selesaikah belum? Itu sahaja.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Shah Alam PKR kah PAS?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ini bukan kena-mengena dengan Pas.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sibuk pula, biarlah Yang Berhormat Batu bercakap. Yang Berhormat Shah Alam suka sibuklah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sama ada PAS, PKR atau DAP kah tetap dalam PR...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tidak...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sekarang bukan masalah Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam jangan sibuk.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Kalau pemimpin PKR mengakui mereka ahli PKR, apa Yang Berhormat Shah Alam sibuk sangat?
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Menyibuk...
Seorang Ahli
Tidak menjadi masalah. Penyibuk.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri hendak jadikan isu buat apa?
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sudahlah Yang Berhormat Shah Alam, duduklah. Jangan sibuklah Yang Berhormat Shah Alam. Buang masalah Yang Berhormat Shah Alam, pergi sembahyang. Yang Berhormat Shah Alam pergi sembahyang, jangan sibuk.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Batu ini ada empat. Yang keempat ini saya tidak mahu jawab.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Pertama tadi adakah RM4.2 juta atau RM4 juta. Yang Berhormat Batu kata ada orang lain bercakap begitu, RM40 juta atau RM4 juta. Saya Menteri yang bertanggungjawab dalam soal imigresen. Pakai figure saya, dengan izin. Pakai perangkaan saya. Jangan pakai perangkaan mana-mana orang lain. Okey? Ertinya RM40.2 juta...
[Disampuk] RM40.2 juta.
Kedua, pasport yang digunakan oleh dua orang itu, saya ingin sebutkan bahawa dua penumpang itu berasal dari Iran. Daripada Taheran mereka pergi ke Doha dengan pasport Iran. Daripada Doha ke Phuket dengan pasport Iran. Di Phuket, mereka membeli dua pasport ini iaitu pasport Itali dan pasport Austria. Apabila mereka memasuki Malaysia, mereka tidak lagi menggunakan pasport Iran, mereka menggunakan pasport curi yang dibeli. Dapat maklumat bahawa mereka membayar USD10,000 tiap-tiap satu pasport. Jadi apabila mereka masuk ke Malaysia, pasport itulah yang digunakan. Tidak benar jika ada pihak yang mengatakan mereka menggunakan pasport Iran.
Soalan yang ketiga, adakah mereka memohon visa? Mereka hanya transit passenger sebab mereka akan pergi ke tempat lain. Jadi, mereka tidak perlu memohon visa daripada China. Kenapa mereka memakai pasport Itali dan Austria? Ini kerana tujuannya untuk pergi ke Frankfurt. Apabila menggunakan pasport Itali dan Austria, mereka tidak perlu mohon visa untuk masuk ke negara-negara EU. Oleh sebab itu, mereka membeli pasport berkenaan kerana ibunya tinggal di Hamburg tetapi menunggu anaknya itu di Frankfurt.
Jadi urutan cerita ini, apabila sampai di Phuket, mereka membeli dua pasport ini masuk ke Malaysia dengan menggunakan dua pasport ini. Soalannya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya bagi Yang Berhormat Batu dulu.
Soalannya, mengapa tidak boleh membezakan antara muka orang Iran dengan muka Italian ataupun muka Austrian? Kalau kita pergi ke luar negara, muka saya dengan muka Yang Berhormat Batu lebih kurang sama. Dengar, dengar ini. Dia tanya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Bukan muka, sebab temu duga itu berjaya.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Dengar. Saya jelaskan dahulu. Dia tanya dengan izin, “Are you Japanese?” Muka, muka Cina. Ini muka Jawa. Tidak mungkin Japanese. Javanese and Chinese, tetapi tanggapan mereka muka ASEAN lebih kurang sama. Begitu juga kelemahan kita. Bila kita lihat muka orang putih sedikit, Irankah ataupun Iraqkah? Iras-iras hidung mancung macam Yang Berhormat Shah Alam.
Jadi dalam hal ini...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Itu sebab pipi tersorong-sorong.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Kita puji pun dia bangun juga.
Duduklah!
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Itu sebab pipi tersorong-sorong.
Yang Berhormat Menteri, tidak jelas satu sahaja. Satu benda tidak jelas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Shah Alam bagi..
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kronologi itu ada satu benda tidak jelas.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Kita hendak habis ini.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak. Sedikit sahaja.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Kita hendak habis waktu Maghrib ini.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Mereka keluar Phuket.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Okey, nanti saya jelaskan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Mereka keluar Phuket. Tadi dikatakan mereka masuk ke Malaysia mereka pakai pasport yang curi itu, tetapi yang mereka keluar daripada Siam. Mereka masuk pakai pasport Iran, mereka keluar daripada Phuket, mereka pakai pasport Iran ataupun dia pakai pasport yang dicuri?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Pasport yang dicuri.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Maknanya Imigresen Siam telah gagal.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Jangan tuduh negara lainlah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Betul atau tidak?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Jangan tuduh negara lain.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bukan tuduh. Ini hendak faham kronologi itu.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ya, betul.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Jadi sekiranya benar, saya rasa...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Negara berkenaan tidak dapat mengesan. Okey. Jadi soalan daripada Yang Berhormat Batu. Sewaktu ditemu duga untuk masuk itu. Apakah tujuan masuk? Tujuannya adalah untuk transit. Itu kata mereka. Jadi berapa lama? Dia kata tidak lebih daripada seminggu sebab mereka masuk 28 Februari 2014 dan mereka keluar pada 7 Mac 2014.
Jadi, saya ingin menyebutkan bahawa siasatan telah dilakukan. Saya ingin beritahu Dewan yang mulia ini bahawa apabila manifest itu memperlihatkan nama kedua mereka, pihak polis telah melakukan penyiasatan. Mereka tinggal di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Saya tidak perlu menyebut nama hotel itu, takut Yang Berhormat suka pergi duduk di sana bilik 101. Kita juga ada CCTV, siapakah yang mengambil dia pergi ke airport? Kita ada nama orang itu dan kita sudah jumpa orang itu. Memang kedua-duanya itu bukan pengganas. Kedua-dua itu bukan political asylum seekers. Bukan. Memang mahu tinggal di Eropah kerana itu kehendak mereka. So dalam perkara ini saya fikir dari segi jenayah, screeding, dari manifest, daripada Iran diakui bahawa kedua-dua mereka bukan penjenayah dan bukan pengganas.
Dalam perkara ini, saya fikir dari segi itu kita jelas tetapi dari segi sistem saya yakin kita sama-sama perbaiki sistem itu kerana ini soal keselamatan, kita jangan berbeza pendapat sama ada di sana atau di sini, kita jangan berbeza pendapat. Tugas saya adalah untuk menentukan bahawa segala-galanya adalah untuk menjaga keselamatan negara kita supaya tidak berlaku pembolosan.
Saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk meringkaskan sedikit jawapan- jawapan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Seperti apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Rasah tentang hal ehwal pendaftaran kerana Yang Berhormat Rasah telah mencadangkan pihak kementerian dapat turun padang untuk menyelesaikan masalah golongan Cina dan India yang telah berada lama di Malaysia tetapi masih tidak mendapat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya boleh bantu Yang Berhormat Menteri kalau Yang Berhormat itu tidak ada dalam Dewan, boleh beri jawapan bertulis.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tidak mengapa. Saya berikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat berkenaan. Begitu juga saya ingin menyebutkan bahawa Yang Berhormat Sri Aman kalau tidak ada, saya juga akan buat jawapan bertulis...
[Disampuk] Yang Berhormat Sri Aman ada? Begitu juga saya juga akan - Yang Berhormat Sepang, dia tidak ada? Jawapan bertulis juga. Yang Berhormat Kubang Pasu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, tidak ada.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya akan buat jawapan bertulis. Yang Berhormat Kota Raja?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tiada dalam Dewan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Sri Aman masuk.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat Sri Aman tidak mengapa, saya bincang kemudian. Yang Berhormat Kota Raja ada?... Tidak ada?
Tuan Masir Kujat - Sri Aman
Sri Aman, boleh?... Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya beri jawapan bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Jawapan bertulis Yang Berhormat Sri Aman. Sudah lepas.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Begitu juga lain-lain Yang Berhormat.
Saya sebutkan bahawa saya prihatin terhadap semua isu yang dibangkitkan. Saya tidak berkompromi, KDN tidak akan berkompromi dalam soal imigresen, soal pendaftaran, soal jenayah dan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan negara, apa sahaja yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan yang mulia ini sama ada dari sini atau sana akan diambil kira.
Akan tetapi jangan sesiapa memanipulasikan isu keselamatan ini. Jangan mana-mana akhbar, mana-mana media ataupun media sosial yang memanipulasikan sebarang fakta.
Jangan marah kepada saya jika tindakan dilakukan dengan segera terhadap pegawai- pegawai media ini.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Siapa? Siapa yang buat?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Duduklah Yang Berhormat Batu.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya sebutkan ini secara serius, harus dipandang serius oleh semua ini.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sedar di Parlimen ini...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya tidak ada rekod untuk *flip flop.
Insya-Allah* saya akan lakukan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya punya ucapan? Yang Berhormat Menteri tidak jawab pun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya jemput Kementerian Wilayah Persekutuan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya punya belum jawab lagi Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila Kementerian Wilayah Persekutuan.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Johor Bahru...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tiada jawapan bertulis dicakap akan beri saya pun? Yang Berhormat Menteri, macam mana?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Seputeh, duduk Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Dia tidak jawab saya. Saya tunggu di sini.
Mana jawapan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri selepas ini. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Batu yang telah menyuarakan pandangan dan persoalan dalam perbahasan perkara-perkara yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan sepanjang perbahasan Titah Diraja Tahun 2014 di Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ketiga Belas Dewan Rakyat 2014 kali ini.
Keprihatinan, ketelitian dan kepekaan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap perkara-perkara yang terlibat kesejahteraan hidup dan kebajikan para warga Wilayah Persekutuan khususnya dan rakyat amnya sangatlah kami hargai.
Memandangkan Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Titiwangsa tidak ada di Dewan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Baling hendak tanya.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey, sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Tidak ada di Dewan, saya akan beri mereka jawapan bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, boleh.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Kepada soalan...
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Muka surat tidak jumpakah itu?
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Banyak soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Baling duduk sebelah Yang Berhormat Baling.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Kepada soalan Yang Berhormat dari Seputeh, kelulusan pembangunan sepanjang Jalan Klang Lama dan Jalan Kuchai Lama serta persekitaran Sri Petaling yang dikeluarkan oleh DBKL adalah selari dengan the draft plan Bandaraya Kuala Lumpur 2020. Dari aspek zon guna tanah dan intensiti pembangunan iaitu kepadatan penduduk serta nisbah plot. Selain itu, ia juga mematuhi keperluan-keperluan teknikal, perancangan yang ditetapkan.
Berdasarkan draft plan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020, secara umumnya kawasan perdagangan di sekitar Jalan Klang Lama, Bandar Baru Sri Petaling, Happy Garden dan Kuchai Entrepreneurs Park adalah seluas 388.40 ekar yang telah dizonkan guna tanah perdagangan utama, perdagangan tempatan, perdagangan dan pembangunan bercampur dengan nisbah plot di antara 0.5 hingga 6.0 mengikut zon guna tanah yang ditetapkan.
Hanya kira-kira 5% daripada kawasan perdagangan di sekitar Jalan Klang Lama Bandar Baru Sri Petaling dan Happy Garden seluas kira-kira 19.57 ekar telah di zonkan dengan nisbah plot melebihi 4.0. Walau bagaimanapun, nisbah plot ini adalah selaras dengan kelulusan pelan susun atur yang telah diluluskan sebelum draft plan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 disediakan.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Bagi pembangunan di pusat bandar khususnya pembangunan UDA di atas bekas tapak Penjara Pudu serta pembangunan oleh Syarikat Berjaya Times Square Sdn. Bhd.
masih dalam fasa pertimbangan oleh DBKL. Pertimbangan DBKL akan mengambil kira kriteria-kriteria perancangan seperti draft plan Bandar Raya Kuala Lumpur serta keperluan- keperluan teknikal seperti kawalan kawasan keperluan kawasan hijau, anjakan bangunan, penyediaan kemudahan-kemudahan penduduk yang mencukupi, aspek spekulasi jalan serta aspek reka bentuk bandar di samping peningkatan infrastruktur seperti pelebaran jalan sedia, pembinaan jalan baru, pembinaan persimpangan bertingkat serta peningkatan infrastruktur lain.
Cadangan-cadangan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Happy Garden dan Kuchai Entrepreneur Park akan dilaksanakan secara berperingkat- peringkat berdasarkan keutamaan setiap cabang. Perbincangan akan diadakan dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia atau LLM sekiranya cadangan-cadangan akan melibatkan lebuh raya di bawah kawalan pihak berkenaan.
Merujuk kepada cadangan membina terowong bawah tanah di kawasan Kuchai Lama dengan Lebuhraya BESRAYA bagi mengatasi kesesakan, perbincangan akan diadakan dengan LLM untuk mendapatkan pandangan dan ulasannya. Pihak DBKL akan mengukuhkan permohonan peruntukan untuk melaksanakan projek tersebut selepas memperoleh kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk membina laluan masuk dan keluar dari Lebuhraya BESRAYA.
Seterusnya Yang Berhormat Seputeh...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Cadangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Bagi laluan ya?
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Bagilah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yalah, sudah tidak ada orang. Semua ini tidak ada kena mengena.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya pertama ialah adakah KL Draft Plan sudah pun diwartakan? Kalau belum diwartakan, apa yang dicadangkan itu adalah cadangan sahaja. Adalah perlu bagi DBKL khususnya mereka di bahagian perancangan turun padang lihat keadaan sendiri. Tidak boleh jadikan kawasan saya sekarang ini sudah pun begitu sesak di kawasan saya ini. Buat lagi bangunan dengan densiti yang begitu tinggi. Saya sudah buat bising banyak kali sehingga saya kena pergi jemput traffic consultant, buat satu laporan traffic, consultancy report dan sudah satu tahun lebih pun tidak dilaksanakan, tidak dipandang dengan serius.
Jadi, itu saya sangat tidak puas hati. Jadi, saya rasa Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri dan mereka yang bertanggungjawab atas bahagian perancangan bandar haruslah turun padang. Jangan luluskan semua projek di dalam OAC begitu sahaja. Macam di Selangor apa yang saya lihat macam di Majlis Perbandaran Subang Jaya MPPJ, mereka ada kaunselor, ahli majlis. Ahli majlis selalunya kalau mereka membenarkan, meluluskan satu projek dengan densiti yang tinggi itu diadakan, mereka ada tetapkan banyak syarat. Termasuk buat jejantaskah, atau apa-apa untuk meredakan keadaan trafik yang begitu sesak ini.
Bagi saya kalau saya hendak bandingkan keadaan local council di Selangor dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, bagi saya DBKL macam tidak ada standard tahu.
Suka-suka meluluskan satu projek dengan densiti yang tinggi. Biar saya buat bising-bising lepas itu tidak ada apa-apa tindakan diambil. Jadi, saya hendak jemputlah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang cakap macam ini, kamu lihat saya, pandang saya selepas itu OAC lulus lagi. Pergi ke kawasan saya tengok, pukul 10 malam pun boleh datang, lihat betapa jam dekat kawasan saya. Tidak ada LRT stesen.
Bas tidak melalui banyak jalan di kawasan Parlimen saya tetapi Bahagian Perancangan DBKL luluskan semua bangunan dengan densiti tinggi. Macam mana Perancangan DBKL itu? Kita ada EPU. Ada cara pergi mengadakan banyak cadangan buat LRT, MRT dekat sana sini. Akan tetapi kalau semua itu tidak ada di kawasan yang DBKL hendak luluskan dengan bangunan dengan densiti yang tinggi, jangan buatlah di
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
kawasan seperti ini. Buat di kawasan yang berdekatan yang mana ada LRT stesen, MRT stesen dan sebagainya. Luluskan densiti tinggi. Ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Seputeh hendak berucapkah ini?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya, memang geram. Saya duduk di kawasan saya pagi-pagi tidak boleh keluar dari rumah saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Isu dia Yang Berhormat Menteri jalan jam.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Ini kenyataan politik. Memang saya boleh hendak jawab kenyataan politik. Terlalu marah DBKL kata ini kata itu tetapi mana cadangan?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sudah ada buat cadangan.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Mana, bagi dekat siapa?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat tidak tahu sahaja.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Yalah, tidak apalah, bagilah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Semua ini sudah saya buat. Sebelum pilihan raya yang lepas saya sudah buat traffic consultancy...
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Yang Berhormat Seputeh, Seputeh.
Kakak, kakak duduk kakak, duduk dahulu. Saya beri tahu. Kalau ada cadangan tidak...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri jangan sebut kakak ya. Kawasan.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Yang Berhormat Seputeh, Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Seputeh, kalau ada cadangan diberi, tindakan tidak diambil saya minta beri pada saya ataupun kepada Yang Berhormat Menteri sendiri.
Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Seputeh juga berkenaan dengan kajian semula tempat letak kereta...
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Kalau banyak Yang Berhormat Seputeh sembang luarlah.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Bagi isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Seputeh, dasar baru DBKL untuk mengurangkan tempat letak kereta adalah selaras dengan dasar DBKL untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Walaupun tahap pengangkutan awam masih belum memuaskan, kerajaan sedang mengambil tindakan untuk meningkatkan pengangkutan awam misalnya pembinaan laluan MRT yang sedang dilaksanakan. Usaha untuk mengawal penggunaan kenderaan persendirian terpaksa dimulakan terlebih dahulu.
Dasar piawaian tempat letak kereta dalam pusat bandar DBKL telah dipinda pada 4 Oktober 2013 berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Bahagian Kejuruteraan Lalu Lintas DBKL yang mendapati pada ketika itu kenderaan yang masuk ke pusat bandar telah bertambah dari semasa ke semasa. Kajian ini juga mendapati nisbah bilangan penduduk bandar yang menggunakan pengangkutan awam masih rendah berbanding dengan pengguna kenderaan persendirian iaitu hanya di sekitar 90% sahaja. Keadaan ini jauh daripada jangkaan yang ditetapkan iaitu 45% dengan mengambil kira ketiga-tiga laluan MRT yang akan siap digunakan.
Oleh yang demikian, sebagai salah satu langkah untuk menghalang penggunaan kenderaan persendirian yang masuk ke pusat bandar, maka kaedah baru diperkenalkan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan. Saya hendak...
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Bagilah saya habis. Yang Berhormat Seputeh duduklah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya hendak jemput Yang Berhormat esok pagi datang ke pusat khidmat...
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Duduk, duduk dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini Yang Berhormat Seputeh, Menteri tak bagi laluan, dia nak habiskan dahulu.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Duduk, duduk. Bagi saya habis dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, dia bagi. Sabar sikit.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Okey, selepas perenggan ini.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Tengok kacau sampai saya tak tahu mana saya baca pun [Ketawa] Dengan mengurangkan kemudahan tempat letak kereta di pusat bandar, dijangkakan mod penduduk bandar akan bertukar kepada penggunaan pengangkutan awam. Langkah ini juga merupakan langkah permulaan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam bagi memasuki pusat bandar. Okey, Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat sebut tentang Jalan Klang Lama, sebut Happy Garden, sebut Kuchai Entrepreneurs Park. Ini semua kawasan saya. Saya nak jemput Yang Berhormat esok pagi datang ke kawasan saya, kita sama-sama tunggu bas di bus stop sana, tengok ada bas melalui tempat itu ataupun tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kalau macam itu Yang Berhormat, tak payah bagi jawapan. Terus pergi pagi esok sahaja.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Bukan, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kenapa saya sebut macam ini tahu? Kerana mereka, DBKL akan kurangkan tempat letak kereta di semua projek baru di Pusat Bandar Kuala Lumpur. Jadi, mereka ada satu anggapan bahawa kita ada MRT, LRT dalam tiga tahun yang akan datang.
Masalahnya ialah di banyak kawasan memang bas pun tidak lalu.
Jadi, kalau DBKL mahu penduduk di kawasan saya pergi ke DBKL nak cari pegawai, tak ada tempat letak kereta, jadi macam mana? Saya rasa DBKL dengan dasar seperti ini hanya menyusahkan penduduk nak membayar cukai di Kuala Lumpur sahaja. Ini yang poin saya nak ambilkan. Kalau kita punya connectivity di seluruh Lembah Klang itu tidak lengkap, DBKL tidak harus luluskan ini. Ini bagi saya hanya pro kepada developer dan kepada pemaju sahaja. Mereka happy tak perlu buat lebih banyak tempat letak kereta dalam bangunan mereka.
Jadi, ini memang tidak adillah bagi ramai penduduk. Bila kita letak di tepi jalan, fine. Sekarang saya letak di hadapan pejabat saya, saya terima saman daripada polis, saman daripada DBKL. Macam mana ini? Kita bayar cukai dengan cukai pintu yang lebih tinggi kepada DBKL, kita sendiri yang susah. Ini kerana semua dasar yang diluluskan oleh OSC, oleh pihak DBKL ini memang tidak adil kepada penduduk di Pusat Bandar Kuala Lumpur.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya percaya Yang Berhormat yang semua duduk di Pusat Bandar Kuala Lumpur haruslah sokong pandangan saya. Kalau tak ada kereta, macam mana datang ke Parlimen. Betul kah? Tak macam London, Parlimen di UK, kita pergi dengan jalan kaki. Betul? Dengan train, MRT, LRT boleh sampai. Sini macam mana?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Menteri dah faham itu.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Yang Berhormat Seputeh, cadangan Yang Berhormat Seputeh itu saya terima. Saya akan datang bukan esok pagi tetapi satu hari nanti saya akan call, saya akan datang. Akan tetapi pada masa yang sama, kerajaan ada tanggungjawab memastikan rakyat selesa mahupun di kawasan pembangkang, mahupun di kawasan Barisan. Kita perlu menentukan bahawa kita ada satu dasar yang akan membantu semua rakyat.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Atas dasar-dasar itu kita membelanjakan duit rakyat kepada mereka dengan mengadakan infrastruktur yang lebih baik, kita adakan pengangkutan awam yang lebih baik.
Kita mempertingkatkan semua ini. Beri kita masa untuk jalankan dasar-dasar ini. Saya nak sambung dalam jawapan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sekarang dasar ini tidak mesra pada rakyat. Dasar kucar kacir, dasar yang nampaknya tak ada planning, tak ada vision.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Kaedah ini telah digunakan oleh bandar-bandar utama di dunia seperti Singapura dan Hong Kong bagi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian masuk ke pusat bandar. Bagi tapak-tapak bangunan yang berada di stesen rail, penyediaan tempat letak kereta dibenarkan, diberikan pengurangan bagi mencapai matlamat pengurangan penggunaan kenderaan persendirian di pusat bandar. Dengan ini, penggunaan rail dapat digunakan sepenuhnya.
Bagi kawasan di luar pusat bandar, kadar piawaian kiraan tempat letak kereta masih menggunakan piawaian yang sedia ada. Malahan unit-unit kediaman diwajibkan menyediakan sekurang-kurangnya setiap unit satu tempat letak kereta dengan 10% untuk pelawat berbanding kadar kiraan dahulu bagi rumah kos rendah setiap empat unit hanya disyaratkan satu tempat letak kereta.
Kemudahan MRT, LRT juga dipertingkatkan oleh DBKL dengan menyediakan kemudahan laluan berbumbung bersambungan dari bangunan sehingga bangunan- bangunan sehingga ke stesen MRT, LRT berhampiran. Manakala di kawasan luar pusat bandar pula telah disediakan park and ride, dengan izin, untuk memudahkan pengguna bergerak di pusat bandar menggunakan pengangkutan awam. Sehingga kini telah terdapat dua buah bangunan park and ride, dengan izin, iaitu di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan dan Stesen LRT Sungai Besi yang telah diguna pakai.
Soalan yang berikutnya adalah daripada Yang Berhormat Batu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Batu, masalah setinggan Kampung Railway telah diselesaikan dengan pemindahan pada tarikh 26 Disember 2013. Setinggan yang terlibat di dalam projek pembangunan tersebut melibatkan empat kumpulan utama iaitu Kumpulan ‘A’ - 13 buah keluarga telah berpindah ke Rumah Panjang Jinjang pada tahun 1994, Kumpulan ‘B’ - 18 buah keluarga telah berpindah ke PPR Taman Wahyu pada tahun 2010, Kumpulan ‘C’ - 122 buah keluarga yang masih di tapak sehingga Disember 2013 dan Kumpulan ‘D’ - 30 buah keluarga yang membawa kes ke mahkamah dan kalah, yang masih di tapak.
Untuk operasi pembersihan tapak yang berlangsung pada 26 Disember, mereka yang terlibat adalah Kumpulan ‘C’ dan ‘B’. Penduduk setinggan Kumpulan ‘C’ telah diberi tawaran seperti berikut. Penduduk yang telah terlibat menerima subsidi pengangkutan sebanyak RM18,000 setiap keluarga. Penduduk ditawarkan pembelian rumah kos rendah yang dibina di tapak asal dengan tawaran harga RM42,000. Penduduk ditawarkan mendiami rumah PPR DBKL sehingga projek kos rendah siap dibina yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Penempatan penyerahan PPRPA DBKL yang ditawarkan ialah PPR Bukit Jalil, PPR Wahyu, PPR Beringin, PPR Batu Muda, PPR Intan Baiduri dan Perumahan Awam Seri Kelantan.
Walau bagaimanapun, Kumpulan ‘D’ yang berjumlah 30 buah keluarga yang kalah di mahkamah tetap diberi perhatian oleh Kerajaan Barisan Nasional dan mereka diberi kemudahan seperti berikut. Kemudahan menyewa PPR dan penawaran membeli rumah mampu milik di atas tapak asal. Kumpulan ‘A’ dan ‘B’ juga akan ditawarkan pembelian rumah kos rendah dengan harga RM42,000 di tapak projek.
Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat Batu, masalah setinggan Kampung Railway telah selesai dan pihak pemaju akan melaksanakan projek pembinaan rumah kos rendah dan rumah mampu milik dalam tempoh tiga tahun...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Batu bangun. Ya, sila.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Menteri, saya hanya nak dapatkan sedikit penjelasan. Pertama sekali, kumpulan-kumpulan ini, bilakah surat tawaran untuk beli rumah kos rendah dan mampu milik ini akan dikeluarkan. Saya juga ingin tahu sama ada- sebab di kalangan mereka ada yang layak dapat sagu hati atau pampasan dan ada yang tidak layak. Saya ingin dapat pengesahan, kelayakan itu adalah berasas kepada apa yang menentukan mereka layak atau tidak. Akhir sekali, sama ada
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
saya boleh dapat jaminan daripada Timbalan Menteri sama ada dia dapat pampasan atau tidak, sama ada semua di antara mereka diberi tawaran untuk beli rumah kos rendah atau mampu milik.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu. Pada soalan Yang Berhormat Batu ini, bagi semua yang belum terima surat-surat tawaran. Mereka akan diberi surat tawaran setelah proses bagi DBKL menyelesaikan proses-proses perundangan dengan pemaju diselesaikan. Ini kerana kita terpaksa membuat penambahan unit kos rendah dan juga penambahan unit mampu milik untuk memenuhi kehendak-kehendak ini. Setelah selesai sahaja proses perundangan ini, kita akan keluarkan surat tawaran tersebut.
Bagi kriteria pula, kriteria yang kita gunakan untuk membuat tawaran-tawaran ini adalah kriteria perbincangan. Kita telah mengadakan perbincangan dengan setinggan yang juga diwakili oleh Yang Berhormat Batu sendiri dan saya secara terus bagi pihak kementerian dan juga pihak pemaju. Dalam kes ini, pihak pemaju telah bersetuju untuk memberi tawaran subsidi pengangkutan kepada keluarga-keluarga yang tidak membawa mereka ke mahkamah dan lebih yakin menyelesaikan masalah mereka dengan perbincangan.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Akan tetapi, kepada yang telah pergi ke mahkamah, yang telah meluluskan rayuan mereka sehingga ke Mahkamah Rayuan dan kalah di Mahkamah Rayuan, maka mereka tidak mahu memberikan subsidi pengangkutan. Akan tetapi, sebagai sebuah kerajaan, kita tetap akan membantu rakyat walaupun mereka di kawasan pembangkang. Itu pendirian Kerajaan Barisan Nasional.
Seterusnya berkenaan dengan soalan iaitu bila kita boleh dapatkan jaminan. Kita akan memberikan jaminan ini melalui tawaran-tawaran yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Tawaran-tawaran ini memegang kepada janji kerajaan kepada rakyat.
Saya ingin menutup, Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang berkaitan yang telah mengambil bahagian...
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Tuan Yang di-Pertua, boleh tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Wangsa Maju.
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ada buat komen tentang cukai taksiran DBKL tetapi langsung tidak jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Jikalau tidak ada, jawapan bertulis.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Saya mohon maaf kerana saya tidak ada jawapan ini ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Ya, jawapan bertulis.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Tetapi saya janji kepada Yang Berhormat Wangsa Maju, saya akan memberikan jawapan bertulis. Saya harap Yang Berhormat Wangsa Maju setuju.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh minta izin untuk bertanya sedikit apakah perkembangan dengan kuil di Jalan P. Ramlee, adakah kuil itu akan dibina semula dan bila?
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Untuk maklumat Yang Berhormat Subang...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Ini perkara baru.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Ya, ini perkara baru.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Jikalau perkara baru...
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Akan tetapi saya jawab sahajalah.
Tidak ada isu Tuan Yang di-Pertua. Benarkan saya jawab. Kuil itu telah mengemukakan pelan dan pelan yang disediakan sekarang dikaji supaya kita dapat selesaikan masalah ini.
Mereka telah pun bersetuju dengan kementerian untuk selesaikan masalah ini. Maka setelah kita dapat kaji pelan mereka dan kita memperbetulkan apa yang kurang atau yang lebih, dan kita akan terus memulakan kerja-kerja ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Ya, terima kasih.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Saya jemput Kementerian Belia dan Sukan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk Saravanan a/l Murugan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas segala pandangan, pertanyaan dan cadangan yang dikemukakan mengenai Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja dalam sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Yang tidak ada dalam Dewan, jawapan bertulis ya.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan ulasan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan sebagaimana berikut.
Pertama, facility dan kemudahan sukan. Mengulas mengenai isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah. Ada?... Tidak ada. Okey, kita akan berikan secara bertulis.
Seterusnya meningkatkan prestasi sukan negara. Yang Berhormat Lenggong ada?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Ya, ada. Yang Berhormat Lenggong minat jawapan bertulis? Ha, jawab. Sila.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Mengulas pandangan dari Yang Berhormat Lenggong berkenaan dengan tanggungjawab untuk meningkatkan prestasi sukan negara, ia merupakan tanggungjawab bersama dan bukan hanya digalas dengan Kementerian Belia dan Sukan. KBS bekerjasama dengan semua pihak melalui pendekatan National Blue Ocean Strategy, dengan izin, yang terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, persatuan- persatuan sukan dan juga orang perseorangan yang masing-masing memainkan peranan penting dalam bersama-sama membangunkan mutu sukan negara.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KBS juga diberi peranan untuk menerajui Technical Working Group, dengan izin, atau TWG dalam penyediaan dokumen Rancangan Malaysia Kesebelas yang berteraskan elemen chapter 10 teras enam Improving Well Being in Sport dengan izin. Technical Working Group ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan, ahli-ahli akademik dan NGO sukan untuk membincangkan serta mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi menambah baik dan meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui sukan.
Seterusnya isu konsert Future Music Festival Asia 2014. Yang Berhormat Bukit Katil ada?...
[Disampuk] Tidak mengapa. Mengulas mengenai isu konsert Future Music Festival Asia 2014 yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil dan Yang Berhormat Sekijang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, konsert tersebut telah berlangsung pada 13 hingga 15 Mac 2014 di padang letak kereta ‘A’ dan ‘B’ dan sebahagian Dataran Pusat Penjaja, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil oleh Syarikat Live Scape Sdn Bhd.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Perbadanan Stadium Malaysia ataupun PSM selaku agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan dipertanggungjawabkan untuk mengurus semua kemudahan dan facility di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, termasuk urusan pemasaran dan penempahan venue. Urusan tempahan untuk menggunakan KSNBJ sebagai lokasi konsert adalah di antara PSM dan Live Scape Sdn. Bhd. sahaja. Urusan tempahan venue untuk menganjurkan konsert ini tidak melibatkan mana-mana agensi Pusat atau lain-lain kementerian.
Permohonan dikemukakan oleh Live Scape Sdn. Bhd. kepada PSM kelulusan untuk menggunakan padang letak kereta ‘A’ dan ‘B’ dan sebahagian dataran pusat penjaja untuk menganjurkan konsert ini diberikan selepas penganjur memperoleh kelulusan lesen dan permit dari pihak berwajib sepertimana yang disyaratkan dalam perjanjian-perjanjian venue yang perlu dipatuhi oleh semua penganjur mengikut semua jenis acara.
Berhubung dengan penempatan syarat-syarat bagi penganjuran konsert serta pematuhan aspek-aspek keselamatan oleh pihak penganjur. Selepas kementerian menerima permohonan tempahan daripada penganjur, pengesahan tarikh hanya akan diberikan selepas penganjur mematuhi syarat yang telah ditetapkan iaitu:
(i) melengkapkan dan mengemukakan salinan asal berserta satu salinan borang tempahan kepada kementerian dan PSM;
(ii) menjelaskan deposit acara untuk membolehkan tarikh ditempah secara tentatif;
(iii) menjelaskan keseluruhan bayaran selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh acara; dan
(iv) penganjur mesti mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pihak berwajib seperti mana yang terkandung dalam artikel 11 perjanjian penyewaan, urusan mendapatkan lesen dan permit adalah tanggungjawab penganjur sepenuhnya iaitu:
(a) mendapatkan lesen penganjuran acara daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur;
(b) mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia;
(c) mendapatkan lesen mempamerkan lamp post bunting atau billboard di kawasan luar Kompleks Sukan Negara daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ataupun daripada pihak yang berkaitan;
(d) mendapatkan lesen standby generator daripada Suruhanjaya Tenaga;
(e) membayar fi atau yuran kepada MECP bagi pertunjukan secara live dan kepada PPM bagi penyiaran hasil seni secara rakaman;
(f) kelulusan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dan PDRM sekiranya ada pertunjukan perajurit;
(g) mendapatkan kerjasama dan nasihat berhubung dengan lalu lintas daripada Unit Trafik; dan
(h) mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Perancang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terhadap pembinaan struktur sementara seperti khemah dan sebagainya.
Kementerian dan PSM tidak mempunyai kuasa dan hak untuk tidak mengesahkan dan tidak meluluskan tempahan venue bagi acara konsert kerana pihak penganjur mendapatkan kelulusan lesen dan permit seperti mana yang telah ditetapkan kecuali kementerian mendapat arahan daripada kerajaan untuk apa-apa alasan yang dikira berkesesuaian.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Walau bagaimanapun, mengambil kira peristiwa yang telah berlaku pada baru- baru ini, pada masa-masa akan datang, Kementerian Belia dan Sukan akan peka dan berjaga-jaga, berwaswas terhadap mana-mana permohonan untuk konsert seperti ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bukit Katil bangun.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya inginkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang dua perkara. Satu, adakah pasca kematian enam orang ini hasil siasatannya dimaklumkan kepada pihak kementerian, siapakah yang bertanggungjawab dan sebagainya? Kedua, bagaimana dari segi SOP pada hari penganjuran konsert? Apakah diperketatkan soal misalnya diletakkan pasukan polis untuk melakukan body check dan sebagainya supaya perkara-perkara ini tidak akan berlaku dan menyebabkan kematian sehingga imej negara itu tercalar. Terima kasih.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya bersetuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat, peristiwa-peristiwa seperti ini memang melibatkan imej negara dan integriti negara. Akan tetapi setakat ini, isu ini masih lagi di dalam siasatan di bawah PDRM dan pada masa-masa akan datang, seperti mana yang saya sebut dalam Dewan yang mulia ini, pada masa-masa akan datang kita akan memastikan perkara- perkara ini diberi keutamaan dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih ketat sebagai tapak untuk konsert-konsert seperti ini.
Seterusnya Yang Berhormat Masjid Tanah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Ya, tidak ada dalam Dewan.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Tidak ada dalam Dewan, okey.
Saya akan beri secara bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Ya.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Program Pembangunan Belia, Yang Berhormat Bukit Katil?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Ya, ada.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Jawapan bertulis, Yang Berhormat Bukit Katil? Ya, sila.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Dia hendak dengar suara saya, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Ya.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil yang merujuk kepada Titah Seri Paduka Baginda yang menekankan supaya golongan belia terus didampingi melalui program pembangunan yang inklusif dan komprehensif. Kementerian ini telah menyediakan pelan tindakan strategik yang memfokuskan empat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan salah satunya ialah pemerkasaan pembangunan insan dan gerakan belia.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Fokus utama bidang ini ialah kepimpinan, keusahawanan, sahsiah dan sosial kemahiran, kesukarelawan dan pengupayaan gerakan belia. Selain itu, kementerian dari semasa ke semasa bekerjasama dengan kementerian lain untuk program yang berkaitan dengan belia melalui pendekatan National Blue Ocean Strategy seperti 1Malaysia Entrepreneurs, My Kampung My Future, Rural and Urban Transformation Centre dan 1M4U, dengan izin serta bersama membantu menyelesaikan isu semasa seperti isu kenaikan kos sara hidup dengan penglibatan kementerian lain dalam forum yang dianjurkan.
Bagi isu kenaikan kos sara hidup khususnya kementerian mengambil berat akan perkara ini dan telah melaksanakan program bagi menggalakkan belia meningkatkan ekonomi melalui program keusahawanan. Antaranya program Youth Collective, program ini
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
merupakan program berkonsepkan bazar yang memberi ruang dan peluang kepada golongan belia untuk meniaga dan mengenalkan produk yang dihasilkan atas kreativiti sendiri dan bersama rakyat tempatan lain, menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja secara berhemah dan membeli produk buatan Malaysia. Melalui program ini usahawan belia juga dapat membina jaringan perniagaan bagi meningkatkan pendapatan. Di samping itu program ini juga menonjolkan bakat, potensi dan kreativiti golongan belia dalam pelbagai aspek yang diceburi. Secara tidak langsung program ini juga menggalakkan belia mengamalkan gaya hidup positif.
Seterusnya berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ada Yang Berhormat Dungun? Tidak ada juga dalam Dewan.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Kita akan bagi secara bertulis...
[Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Dungun? Ya, Yang Berhormat Dungun ada.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Ada. Seterusnya berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun berkaitan modul yang dirangka di peringkat kementerian untuk melahirkan belia-belia remaja generasi Muslim dan yang bukan Muslim berasaskan kepada agama masing-masing. Untuk makluman Yang Berhormat, usaha melahirkan remaja yang berasaskan agama masing-masing adalah merupakan peranan dan tanggungjawab pelbagai pihak dan Kementerian Belia dan Sukan merupakan salah satu daripada komuniti tersebut.
Pelbagai program pembangunan kepimpinan, sahsiah dan modal insan telah dirancang dan dilaksanakan dan modul yang dibina dikemas kini dari semasa ke semasa.
Di antara modul yang diberi penekanan berkaitan agama Islam ialah melalui pemahaman fardu kifayah, fardu ain, perhubungan dan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa, agama dan negara serta pengukuhan jiwa yang melibatkan belia dan remaja Muslim. Manakala bagi belia dan remaja bukan Muslim pula, modul yang dirangka adalah melalui penerapan nilai-nilai murni, patriotisme, sentuhan rohani dan motivasi untuk melahirkan belia yang kuat dan teguh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Modul ini diterapkan secara tidak langsung dalam kepimpinan dan pembangunan modal insan yang dilaksanakan.
Menyentuh mengenai pemerkasaan Program Rakan Muda yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ingin saya tegaskan bahawa Kementerian Belia dan Sukan sentiasa bersifat terbuka dan sedia mendengar segala pandangan serta idea yang diberikan oleh pelbagai pihak untuk dipertimbangkan dalam usaha kita merangka dan menambah baik dasar dan program yang dilaksanakan oleh kementerian ini kepada generasi muda. Ini juga satu program yang telah diberi keutamaan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan daripada hari pertama.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mohon penjelasan mengenai Program Rakan Muda ini.
Sepanjang ingatan saya Program Rakan Muda ini diwujudkan pada tahun 1995. Jadi sudah lebih kurang 19 tahun. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah ada dibuat kajian empirical ataupun kajian tentang keberkesanan Program Rakan Muda ini? Berapakah perbelanjaan yang kementerian telah keluarkan sejak 1995 sehingga sekarang supaya setiap pelaburan kita untuk membina generasi muda itu tidak dibazirkan kerana saya lihat kalau tidak silap saya, sekitar tahun 2007 yang lalu, ada Program Rakan Muda fasa dua yang mana dalam program itu dinyatakan antara tambahan kepada Rakan muda ini ialah ditekankan soal sukarelawan dan sebagainya.
Saya lihat ada pertindihan di antara sukarelawan ini dan juga program-program kementerian seperti 1M4U misalnya yang juga menekankan soal sukarelawan dan community program. Jadi kalau ada pertindihan begini, ini tentunya akan menggemukkan biaya dan akhirnya kita ada dua program redundant yang beri maksud yang sama. Saya hendak minta penjelasan, apakah perkara ini dikaji semula dengan teliti agar seperti mana Yang Berhormat Menteri nyatakan dalam banyak jawapan-jawapan yang diberikan,
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
kementerian harus tumpukan program yang value for money supaya beri manfaat kepada pembinaan generasi muda. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, mengenai kos daripada permulaan Program Rakan Muda sehingga hari ini saya akan beri secara bertulis memandangkan satu jangka panjang. Dari segi keberkesanan, kita lihat program Rakan Muda ini telah membantu golongan belia atau untuk melahirkan golongan belia yang berkebolehan dan telah menanam semangat kekitaan di kalangan golongan belia.
Walau bagaimanapun, seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat, fasa kedua kita telah menambahkan program seperti Program Rakan Estet dan sebagainya telah menambahkan skop dan peranan Program Rakan Muda ini. Walau bagaimanapun dari segi keberkesanan memang banyak membantu golongan belia atau menyediakan belia untuk menghadapi cabaran dengan ciri-ciri kepimpinan di kalangan belia. Walau bagaimanapun, kementerian prihatin pada pandangan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat, kita akan kaji balik untuk mengikut keperluan semasa. Terima kasih. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sekijang, belakang bangun. Ya.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak berbalik kepada Rakan Muda tadi. Terima kasih rakan saya, Yang Berhormat daripada Bukit Katil. Seperti mana yang kita faham, Program Rakan Muda ini target audience atau belia yang terlibat itu adalah mereka yang berumur 25 tahun ke bawah. Tadi disebut antara program 1M4U dan juga Program Rakan Muda. Adakah Program rakan Muda ini yang penumpuannya kepada mereka yang berumur 25 tahun ke bawah dan adakah 1M4U memberikan penumpuan dalam konteks program yang sama dari segi kesukarelaannya kepada mereka yang berumur 25 tahun hingga ke 40 tahun? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, hasil kajian turut mendapati tumpuan Rakan Muda dalam agenda pembangunan belia di negara ialah fokusnya kepada golongan belia, remaja serta kelompok umur 15 tahun di mana fokus ditumpukan kepada usaha pengeluaran bakat dan bukan hanya semata-mata mengasaskan bakat golongan belia yang ada. Seperti mana kita sedia maklum 1M4U lebih untuk memfokuskan kepada golongan belia dengan ciri-ciri kepimpinan seperti mana saya sebut sebelum ini dengan semangat kekitaan.
Seterusnya kedudukan penarafan ranking FIFA oleh Yang Berhormat Dungun.
Ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya.
Sila.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Berhubung dengan usul yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun mengenai kedudukan penarafan ranking FIFA. Kedudukan ranking terbaru yang dikeluarkan pada 13 Mac 2014, pasukan bola sepak Malaysia telah naik kepada 141 dari tempat 150 sebelum ini, iaitu selepas perlawanan persahabatan menentang Filipina dengan seri 0-0, dalam perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Yemen dengan menang 1-0. Ini telah melonjakkan kedudukan pasukan negara dari tempat ke-6 ke tempat ke-3 antara negara-negara ASEAN selepas negara Vietnam dan Filipina. Di peringkat Asia juga, kedudukan ranking negara telah naik ke tempat 22 dari ranking 31 daripada 46 buah negara.
Untuk memperbaiki ranking bola sepak negara, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia perlu mengadakan perlawanan persahabatan kelas ‘A’ atau menyertai kejohanan yang diiktiraf oleh FIFA dan AFC dengan lebih kerap bagi kiraan pungutan mata. Pasukan kebangsaan juga perlu mencatatkan kemenangan di perlawanan-perlawanan tersebut.
Seterusnya saya akan memberi jawapan berhubung dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengerang. Ada?...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak ada dalam Dewan.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Tidak ada dalam Dewan, kita bagi secara bertulis.
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak ada dalam Dewan yang mulia ini, maka saya akan beri secara bertulis dan setakat ini sahaja maklum balas dan jawapan saya ke atas pertanyaan...
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Ya.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua saya sebenarnya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Hulu Langat.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Membangkitkan mengenai KBS membina banyak padang futsal terutama - saya bagi contoh di tempat saya di Parlimen Hulu Langat. Akan tetapi bila kita rujuk kepada PBT atau pun Pejabat Daerah dan Tanah, mereka tidak tahu dan siapa nanti yang hendak diserahkan. Akhirnya ada satu padang futsal baru-baru ini, baru dibina dan belia-belia minta kepada saya tetapi saya kata saya rujuk balik, jawapan PBT tidak tahu.
Akhirnya yang main, yang menggunakan padang itu adalah orang-orang Myanmar yang memotong pagarnya. Itu sebagai contoh. Jadi banyak lagi tempat-tempat lain. Jadi kenapa KBS tidak boleh terus rujuk sama ada Pejabat Daerah atau pun PBT, kemudian serah kepada belia-belia di situ. Itu soalan saya. Terima kasih.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat, berkenaan dengan kelulusan dan kebenaran pembinaan gelanggang futsal yang tidak melalui kerajaan negeri yang memerintah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di dalam Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kementerian Belia dan Sukan telah membina sebanyak 509 buah Gelanggang Futsal 1Malaysia di seluruh negara.
Di dalam Rolling Plan Kedua, sebanyak 138 buah gelanggang futsal telah dibina.
Ini menjadikan keseluruhan gelanggang futsal yang dibina oleh KBS sepanjang RP1 dan RP2 adalah sebanyak 647 buah gelanggang dibina sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh. Saya difahamkan, sebanyak 15 telah dibina di kawasan Hulu Langat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pada 4 April 2011 bertempat di Dewan Bilik Taklimat di Bangunan Parlimen, satu sesi khas taklimat bagi pembinaan Gelanggang Futsal 1Malaysia telah diadakan kepada Ahli-ahli Parlimen. Turut dimaklumkan semasa sesi taklimat ini adalah tatacara pemilikan tapak yang sesuai. Semua urusan pemilikan tapak akan ditentukan oleh Ahli Parlimen dan penyelaras Parlimen yang berkenaan dengan isi borang yang telah diberikan dan selanjutnya pihak Kementerian Belia dan Sukan bersama-sama dengan Jabatan Belia dan Sukan dan Sukan Negeri serta wakil Ahli Parlimen berkenaan dengan mengadakan lawatan tapak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Menteri, soalan Yang Berhormat Hulu Langat selepas dibina boleh tidak diserahkan kepada persatuan belia yang berkenaan.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, sebahagian daripada soalan itu ialah membina tanpa kelulusan daripada PBT tempatan. Kebetulannya, sebarang pembinaan gelanggang futsal adalah mengikut persetujuan Ahli Parlimen ataupun penyelaras dengan persetujuan daripada pejabat majlis daerah ataupun PBT tempatan dan pejabat tanah. Kita tidak boleh membuat sebarang struktur di mana-mana bahagian dalam negara ini tanpa kelulusan daripada PBT.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, betul. Itu bagi Ahli Parlimen Barisan Nasional tetapi bagi kami, pihak kementerian negotiate dengan wakil atau penyelaras Parlimen dan tidak pernah langsung merujuk kepada PBT dan Pejabat Daerah. Saya memang saya sebut saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana ada
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
banyak gelanggang futsal ini. Akan tetapi cuma apabila pengurusan jadi masalah, kita tidak dapat selesaikan masalah maintenance nya, nanti siapa yang hendak mengawas? Jadi akhirnya macam saya sebut tadilah, orang Myanmar yang main. Pemuda Malaysia ini, dia kata selagi tidak serah dia takut hendak masuk.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya ingat Yang Berhormat Menteri boleh bincang dengan Yang Berhormat Hulu Langat selepas ini. Terima kasih.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, secara kebetulannya apabila kita membina padang futsal, akan diserah kepada persatuan-persatuan tempatan seperti persatuan-persatuan perumahan dan sebagainya untuk mengurus tadbir. Sekiranya ada sebarang aduan, sila kemukakan dengan bukti bukan kita bina padang futsal untuk mana-mana kaum tertentu, itu semua untuk warga Malaysia tidak termasuk orang-orang Myanmar. Sekiranya ada aduan, sila kemukakan kepada pihak kementerian untuk kita menyiasat dan mengambil tindakan yang seterusnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja maklum balas dan jawapan saya ke atas pertanyaan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Kementerian Belia dan Sukan. Saya ingin memberi jaminan kepada Dewan yang mulia ini, sebarang pandangan dan cadangan oleh Ahli-ahli Parlimen akan diambil sebagai satu perkara yang serius dan memberi pandangan dan tindakan yang sewajarnya seterusnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih. Saya jemput Kementerian Luar Negeri. Berapa minit, setengah jam?
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terpulang kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini pada 11 Mac 2014 sehingga 20 Mac 2014 yang lalu. Setelah meneliti semua isu-isu yang dibahaskan, izinkan saya memberikan penjelasan terhadap perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Luar Negeri yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di sepanjang tempoh perbahasan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan kalau wakil rakyat atau Ahli Parlimen tersebut tidak berada dalam Dewan, saya tidak payah menjawab di sini dan boleh saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Jawapan secara bertulis.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Memberi jawapan secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang tidak ada, jadi saya tidak payah jawab di sini. Yang Berhormat Tumpat, menyentuh isu mengenai peyahudian dalam konflik Palestin dan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui Mesir. Sebagaimana yang Ahli-ahli Dewan yang mulia ini sedia maklum, bahawa dasar Malaysia terhadap isu Palestin tidak pernah berubah. Isu ini kekal sebagai agenda utama yang disuarakan oleh Malaysia dalam pelbagai platform antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara- negara Berkecuali (NAM).
Malaysia secara terbuka menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan 4 Jun 1967 dengan Baitulmaqdis, Jerusalem Timur sebagai ibu negaranya.
Malaysia juga konsisten dalam menyuarakan bantahan dan kutukan terhadap tindakan Israel yang melaksanakan proses peyahudian atau dengan izin Tuan Yang di-Pertua, Judaism terhadap Jerusalem di peringkat antarabangsa seperti semasa mesyuarat dan persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), OIC, NAM termasuklah semasa Perhimpunan Agung PBB juga.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Semasa mesyuarat PBB bagi membincangkan agenda Palestin yang telah diadakan pada 26 November 2013, Malaysia telah menggesa supaya rejim Israel menghentikan dengan segera semua tindakan yang jelas bertentang dengan prinsip dan undang-undang antarabangsa seperti pemusnahan rumah-rumah rakyat Palestin, pembinaan tembok pemisah serta pembinaan penempatan haram untuk rakyatnya secara berleluasa bagi tujuan mengubah struktur demografi dan ciri-ciri Arab Islam di kota lama Jerusalem yang juga dikenali dengan nama Baitulmaqdis atau al-Quds termasuklah terhadap bangunan dan kawasan masjid al-Aqsa.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Selain itu, pada 26 Jun 2013 semasa Mesyuarat Ke-37 Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Kemboja, Malaysia telah menyokong satu resolusi UNESCO yang meminta Israel menghentikan semua aktiviti yang merosakkan kesahihan dan integriti Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa. Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa yang langsung tidak menghormati kepentingan dan signifikan masjid tersebut sebagai rumah ibadah orang Islam sedunia dan warisan sejarah peradaban manusia.
Kerajaan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir sentiasa bersedia untuk membantu urusan kemasukan pertubuhan bukan kerajaan atau NGO dan orang perseorangan dari Malaysia yang ingin menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin pada bila-bila masa dengan kerjasama Kerajaan Mesir. Berhubung isu terowong yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, ianya merupakan satu isu keselamatan dalaman dan kerajaan menghormati keputusan Kerajaan Mesir untuk memelihara keselamatan dan kestabilan wilayahnya.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Dato’ Kamaruddin bin Jaffar - Tumpat
[Bangun]
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato’ Kamaruddin bin Jaffar - Tumpat
Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Hendak bagi mana Yang Berhormat, Yang Berhormat Tumpat?
Dato’ Kamaruddin bin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Secara umumnya, pendirian Malaysia di medan- medan dan forum-forum antarabangsa berkaitan dengan Palestin ini kita akui adalah bunyinya kuat, tegas dan sebagainya. Akan tetapi, masih lagi saya merasakan sebagaimana saya ucapkan dalam perbahasan dahulu, kita mengharapkan Malaysia play a leading role, dengan izin, memimpin, mengetuai, menjadi benar-benar yang menentukan dan membimbing OIC dan badan-badan antarabangsa yang lain ke arah pendirian yang lebih tegas.
Ini kerana apa yang dilakukan oleh rejim Israel adalah terlalu ganas dan contoh yang terakhir Yang Berhormat berikan tentang masalah di Gaza itu sendiri. Dalam perbahasan ringkas kita menyebutkan tentang bagaimana seluruh dunia khususnya yang neutral, yang bebas seperti Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri memberikan amaran bahawa keadaan kehidupan rakyat biasa, bukan askar kah, pejuang-pejuang kemerdekaankah, tetapi orang dewasa, orang tua, wanita, kanak-kanak, kehidupan mereka di bumi Gaza itu amat terancam. Oleh sebab itulah saya sebutkan adalah disebutkan sebagai penjara terbuka terbesar di dunia.
Jadi, apabila Mesir pula bukan sahaja tidak membantu tetapi menyekat bantuan melalui penutupan terowong-terowong yang sedikit pun tidak ada kaitan dengan keselamatan negara Mesir tetapi mungkin ada kaitan dengan masalah Israel. Akan tetapi, yang pentingnya yang cuba memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat di Gaza pun Mesir tidak menyokong malah menghalangnya. Jadi, saya mengharapkan pendirian Malaysia yang lebih berani, tegas, menegur dan menggunakan platform OIC untuk isu yang berkaitan dengan tindakan Mesir ini.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya sudah jelaskan tadi memang itulah cara kita...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Hamzah bin Zainudin
...Untuk membawa isu ini di peringkat antarabangsa.
Kita bawa keseluruhan isu Palestin ini, masalah Palestin dengan Israel ini boleh katakan tiap-tiap kali persidangan antarabangsa, isu ini akan kita bawa. Tidak pernah kita lupa dan inilah menjadi satu-satunya ketegasan yang kita buat di mana-mana sekalipun. Walau bagaimanapun, tentang isu yang hendak dikatakan mengenai dengan terowong yang dibuat, yang ditutup oleh Kerajaan Mesir, kita telah pun membangkitkan isu ini bersama dengan Mesir.
Mereka menjawab bahawa ini adalah merupakan isu keselamatan dalaman dan kerajaan menghormati keputusan mereka dan kita tidak boleh buat apa-apa kerana itu negara mereka, mereka tutup kerana isu keselamatan jadi itulah yang kita dapat terima.
Walau bagaimanapun, seperti yang saya katakan tadi kalau ada kumpulan NGO dan mana- mana yang mahu untuk memberikan bantuan ke Gaza, kita sentiasa boleh membantu melalui kedutaan kita yang ada di Kaherah...
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
[Bangun]
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Yang Berhormat tidak bertanya isu ini sebelum ini, jadi saya hendak meneruskannya. Tentang isu Bangladesh, saya ambil maklum bahawa Yang Berhormat Marang dan Yang Berhormat Tumpat telah menyentuh isu hukuman mati pemimpin-pemimpin gerakan Islam di Bangladesh. Sebagaimana yang sudah diketahui, oleh Kerajaan Bangladesh telah ditubuhkan pada 25 Mac 2010 dan merupakan usaha kerajaan negara itu dalam mengadakan siasatan di mana warga tempatan yang telah bekerjasama dengan pihak musuh semasa perang pembebasan Bangladesh yang tercetus pada tahun 1971 dibawa ke muka pengadilan.
Perbicaraan yang dilakukan dan hukuman yang dijatuhkan oleh tribunal tersebut adalah mengikut lunas undang-undang tempatan yang berlandaskan piawaian antarabangsa. Mengambil kira fakta ini, saya sekali lagi ingin menegaskan kepada Dewan yang mulia ini bahawa adalah tidak wajar untuk Malaysia mencampuri urusan dalaman dan perundangan Bangladesh yang jelas mengambil tindakan yang dirasakan perlu dalam menyelesaikan masalah dalaman negara tersebut sebagai sebuah negara berdaulat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Yang Berhormat hari itu tidak membahaskan isu ini, jadi saya hendak teruskan. Yang Berhormat Rantau Panjang...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Walaupun saya tidak membahaskan, tidak bererti bahawa tidak boleh timbulkan kerana...
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Status kawasan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Bila kita agih-agihkan tajuk, saya rasa isu Gaza itu sekiranya benar...
Dato’ Hamzah bin Zainudin
...Titik 20 negara yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Kerajaan Malaysia mengambil berat...
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Yang Berhormat Hulu Langat...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tentang soal rakyat Palestin ya.
Saya rasa kita perlu bahas dengan serius kerana ianya merupakan persoalan hidup mati.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Yang Berhormat Hulu Langat...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Jangan kita main teknikal punya isu.
Kalau betullah ianya merupakan satu isu...
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Duduk.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Yang diambil berat, apa salahnya kita bahas sekarang? Sekarang ini pada...
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Yang masalahnya bila kita bagi peluang untuk berbahas Yang Berhormat tidak mahu bahas tentang isu ini.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yalah. Kita ada masa yang tertentu.
Kita agih-agihkan tajuk. Di antara kita. Takkan lah kita semua hendak ambil semua isu.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Ini yang saya...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Hari itu tidak ada masa hendak bahas Tuan Yang di-Pertua. Jadi, hari ini bolehlah tanya soalan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Wakil PAS.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya bawa isu lain, Yang Berhormat Tumpat isu lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Isu di depan saya sekarang Yang Berhormat Menteri tidak bagi ruang untuk mencelah. Itu sahaja. Dia tidak bagi ruang untuk mencelah Yang Berhormat tidak boleh berdiri.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak. Alasan. Alasan yang diberi Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak apalah Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Kalau dia tidak mahu jawab, kata sajalah tidak mahu jawab. Akan tetapi, janganlah beri alasan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Kerana tidak mungkin kita hendak bawa semua isu dalam had masa yang diberikan. Janganlah kata oleh sebab kita tidak bahas dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak apalah. Dia tidak bagi jalanlah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya hendak tegaskan di sini.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Saya hendak teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Saya hendak teruskan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kalau Kerajaan Malaysia...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Benar-benar memperjuangkan hak rakyat Palestin, jangan buat cara cincai macam ini. Ini soal hidup mati.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Okey, duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Do not hide behind technicality.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya ingat Yang Berhormat Shah Alam ini ada masalahlah. Dia ada masalah ini. Kena pergi check.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Tuan Yang di-Pertua, saya...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya minta kalau betul...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Dato’ Hamzah bin Zainudin
...Isu yang dibangkitkan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Menteri Luar Negara, Kementerian Luar Negeri mengambil berat tentang Palestin, biar kita bincang sekarang. Jangan tutup atas alasan kamu tidak bahas masa itu, kamu tidak bahas. This is...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak. Dia tidak bagi jalan, tidak bagi jalanlah Yang Berhormat.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Okey Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak jelaskan, Yang Berhormat Shah Alam langsung tidak membangkitkan isu ini masa perbahasan. Hari ini hendak jadi hero. Hendak jadi hero...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak cukup masa. Parti kita agih- agihkan. Berilah alasan yang munasabah.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
...Kalau bab hidup mati, kalau benarlah hidup mati, masa perbahasan sudah dibangkitkan dan saya akan jelaskan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya minta Menteri, Timbalan Menteri bertanggungjawab. Ini bukan isu main-main.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Oleh sebab itu Yang Berhormat Tumpat bila dia membangkitkan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bagi pihak PAS.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
...Dan dia bertanya dan saya jawab.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bagi pihak PAS. Bagi pihak PAS.
Bukan dia seorang mewakili dirinya seorang.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Dia minta penjelasan, saya jawab. Akan tetapi, kalau Yang Berhormat Shah Alam tidak mahu membangkitkan maka saya tidak payah jawab...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia wakil parti. Isu Gaza dan Palestin isu penting yang PAS hendak ia di bahas di dalam Dewan...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam duduklah Yang Berhormat Shah Alam.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Yang tiba-tiba hendak jadi hero itu apa sebab?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Jangan lepaskan batuk di tangga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kalau kita hendak perjuangkan hak rakyat Palestin...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Shah Alam ada masalah. Ada masalah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Tunjuk satu sikap yang lebih tegas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat ya.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Yang Berhormat Hulu Langat. Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Inilah main-main.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
...Yang Berhormat Hulu Langat memohon penjelasan berhubung status kawasan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Main-main tentang hidup rakyat Islam, umat Islam di Palestin...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
...Titik 20...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Di Mesir, di Bangladesh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat, tidak bolehlah. Itu sahaja.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Sukacita saya ingin nyatakan di sini...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak apalah. Saya hendak- I want to state my stand...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya pun tidak boleh paksa dia.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Saya...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...And my opinion of the Timbalan Menteri punya jawapan.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
You have stated your stand and sit down, please.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yes. I am going to sit down of course. I have stated my stand, I am going to sit down.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Okay, sit down.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
I have stated my stand and I am going to sit down.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
And sit down. Yes.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yes I will. It is not a problem.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Sit down. Sit down.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Sit down. Dan saya hendak state my stand also Tuan Yang di-Pertua, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi bahawa isu Palestin dan Gaza ini setiap kali persidangan telah pun dibawa oleh mereka dan jawapan yang sama dan saya berikan jawapan setiap kali yang sama dan itulah saya....
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Jawapannya ialah Malaysia government gives lip service.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam, cukup Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Jawapannya, Kerajaan Malaysia only gives lip service and I’m going to sit down again.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat kata, he is going to sit down and I don’t think he wants to stand up again. That’s good enough.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
That is up to me, whether I want to stand up or not.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Menteri, teruskan.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak masuk isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Hulu Langat. Memohon penjelasan berhubung status kawasan Titik 20. Sukacita saya ingin nyatakan di sini bahawa Titik 20 merupakan salah satu daripada 84 titik yang terdapat dalam peta Malaysia 1979. Seperti Dewan yang mulia ini sedia maklum, peta Malaysia 1979 telah disiarkan dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Disember 1979 dan diterbitkan di dalam lembaran sheet 1 dan 2. Titik 20 terletak di dalam kawasan perairan Tanjong Piai, Johor berhampiran dengan Pulau Merambung. Dari segi teknikalnya, Titik 20 ditentukan melalui penggunaan prinsip sama jarak atau equidistant daripada tiga kedudukan. Satu di Malaysia iaitu melalui Pulau Merambung dan dua di
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Singapura iaitu Tanjung Teritip dan Sultan Shoal. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Titik 20 merupakan tuntutan sepihak atau unilateral pihak Malaysia sendiri.
Seperti Yang Berhormat Hulu Langat dinyatakan pada 7 Ogos 1995 Malaysia dan Singapura telah menandatangani satu perjanjian, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Agreement between the Government of Malaysia and the Government of the Republic of Singapore to delimit precisely the territorial waters boundary in accordance with the Straits Settlements and Johore Territorial Waters Agreement in 1927”. Melalui perjanjian ini, Malaysia dan Singapura telah menentukan garis sempadan di kawasan Selat Johor. Walau bagaimanapun, perjanjian ini tidak meliputi kawasan Titik 20.
Sehubungan dengan itu, Titik 20 masih merupakan kawasan yang perlu disempadankan oleh kedua-dua negara melalui perundingan. Seperti Dewan yang mulia ini sedia maklum juga pada tahun 2003, Malaysia telah membawa isu penambakan laut yang dijalankan oleh Singapura di kawasan Tekong dan Tuas ke Tribunal Undang-undang Laut, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, International Tribunal for the Law of the Sea (ITLOS).
ITLOS telah memutuskan bahawa Singapura mesti bekerjasama dengan Malaysia dan membincangkan semua aspek penambakan bagi memastikan kepentingan Malaysia tidak terjejas.
Sehubungan dengan penghakiman tersebut hak Malaysia tidak akan diperjudiskan oleh sebarang tindakan unilateral oleh Singapura. Ini bermaksud tuntutan sepihak Malaysia ke atas kawasan Titik 20 masih kekal dan akan diputuskan melalui rundingan dua hala.
Saya ingin menegaskan di sini bahawa kerajaan sentiasa peka dan memberikan perhatian yang khusus di dalam memastikan kepentingan dan keutuhan wilayah negara sentiasa terpelihara. Berhubung dengan perkara ini, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan sentiasa memantau dan memberikan perhatian berhubung perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tumpat juga...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya minta penjelasan sedikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Bagi laluan Yang Berhormat?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Perkara yang berkaitan.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Berkaitan dengan apa lagi?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Isu persempadanan. Sea boundaries. Saya tidak bangkitkan ini dalam perbahasan. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri sanggup, boleh bagi jawapan bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Jika Yang Berhormat Menteri bagi ruang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya minta ruang dari...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, saya kena tanya dia Yang Berhormat. Okey, baik.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ini berkaitan dengan tuntutan negara kita terhadap Pulau Batu Putih yang kita bawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang kita kalah pada 23 Mei 2008. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bahawa sama ada Kerajaan Malaysia sedar bahawa kita ada hak untuk memohon atau menuntut satu kajian semula keputusan itu dalam tempoh 10 tahun daripada tarikh itu dan apakah usaha yang kita buat untuk menghidupkan balik atau menuntut satu kajian semula keputusan itu.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Saya faham. Yang Berhormat, saya hendak jelaskan di sini bahawa isu yang kita bawa tadi isu yang lain. Manakala Yang Berhormat hendak bawa isu tentang tuntutan Batu Putih. Kita faham dan kita sedar kita masih lagi ada tempoh, kita sedang membuat kajian bagaimana hendak buat satu appeal di mahkamah nanti. Itu memang dalam kajian kita.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum pergi isu lain. Tadi yang Titik 20 itu, kita perlu ada perbincangan di antara Singapura dan Malaysia dari segi persempadanan. Kenapa dibiarkan lama sangat dari tahun 1995 tetapi masih tidak diputuskan bahawa itu hak Malaysia.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Tidak, keputusan di mahkamah buat pada tahun 2003, bukan 1995. Jadi, dia makan masa mula-mula di mahkamah kemudian kita duduk untuk berbincang dengan Singapura. Sekarang ini dalam perbincangan untuk melihat bahawa titik sempadan itu masih lagi kita tuntut dan Singapura sedang duduk untuk menentukan, akhirnya perjanjian di antara kita dan Singapura itu akan dimeterai bersama.
Isu Rohingya, Yang Berhormat Tumpat mengemukakan banyak pemberian bantuan kemanusiaan berhubung isu Rohingya ini di Myanmar. Menyentuh mengenai isu kemasukan pelarian Rohingya ramai ke Malaysia, Malaysia memandang serius akan perkara ini dan percaya bahawa Myanmar perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut. Kita sebagaimana Yang Berhormat Tumpat sedia maklum, isu ini adalah merupakan isu dalaman Myanmar dan Malaysia konsisten dalam hal ini di mana Malaysia mengamalkan dasar luar yang jelas tidak mencampuri urusan dalaman sesebuah negara yang berdaulat. Dalam nada yang sama, isu kewarganegaraan Rohingya adalah masalah dalaman yang perlu diselesaikan sendiri oleh Kerajaan Myanmar.
Namun begitu, Yang Berhormat Menteri luar telah menyuarakan rasa kebimbangan mengenai kemasukan ramai pelarian Rohingya ke Malaysia dalam sepucuk surat bertarikh 9 Januari 2013 yang ditujukan kepada rakan sejawat beliau di Myanmar iaitu Menteri Luar Myanmar. Dalam surat tersebut Yang Berhormat Menteri Luar Negeri bahawa isu pelarian Rohingya dari Myanmar telah mendapat tumpuan media antarabangsa yang secara tidak langsung boleh membantutkan perkembangan positif di Myanmar. Malaysia seperti biasa mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Myanmar sedang menangani perkara yang berkaitan dengan Rohingya dengan cara yang adil dan cepat. Sebagai negara rakan yang sudah lama dan jiran kepada Myanmar, Malaysia bersedia memberikan apa jua bantuan yang diperlukan oleh Myanmar ke arah satu resolusi yang practical dan mampan demi keamanan dan kestabilan, bukan sahaja untuk negara dan rakyat Myanmar tetapi kepada rantau ini keseluruhannya.
Semasa Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negara ASEAN ke-46 baru-baru ini di Sri Begawan, Brunei Darussalam, pada 29 Jun hingga 2 Julai 2013, Yang Berhormat Menteri Luar telah bertegas mengenai isu Rohingya dengan menyatakan kebimbangan beliau terhadap persepsi negatif masyarakat antarabangsa tentang isu ini. Ini kerana ASEAN dilihat tidak menggesa Myanmar dalam mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan dan hak minoriti Islam Rohingya. Seterusnya, semasa pertemuan dua hala dengan rakan sejawat beliau dari Myanmar dalam Mesyuarat AMM ke-46 pada 29 Jun tersebut, Yang Berhormat Menteri Luar juga telah menyampaikan kebimbangan negara- negara Islam OIC terhadap keganasan yang berlaku ke atas rakyat minoriti Islam di Myanmar.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Negara-negara Islam ini telah mendesak negara-negara Islam ASEAN iaitu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia untuk mengambil tindakan sewajarnya dengan menggesa Myanmar mengambil langkah-langkah bagi mengembalikan keamanan dan ketenteraman.
Sementara itu, saya sendiri juga telah menyertai lawatan delegasi OIC yang diketuai oleh Setiausaha Agung OIC sendiri pada 13 hingga 16 November 2013 bagi melihat keadaan di kem-kem pelarian Ronghiya akibat konflik di Rakhine serta berinteraksi dengan pihak-pihak yang berkenaan termasuklah Kerajaan Myanmar sendiri dalam usaha untuk membantu dan juga mencari penyelesaian yang ada berkekalan berhubung isu Ronghiya ini. Itu jawapan untuk Ronghiya.
Yang Berhormat juga telah membangkitkan isu drone wars di Yaman. Isu ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan ingin saya jelaskan bahawa sejak bulan Mac 2012, Yaman ditadbir oleh kerajaan sementara di bawah pimpinan Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi dan sedang melalui proses peralihan politik dan rekonsiliasi nasional.
Pada masa yang sama, Yaman juga berdepan dengan ancaman keselamatan dan keganasan yang berpunca daripada beberapa kumpulan pemisah dan pemberontak termasuklah daripada kumpulan Al-Qaeda di Semenanjung Arab atau dengan izin, Al- Qaeda in the Arabian Peninsular. Yaman juga mempunyai jalinan kerjasama erat dengan Amerika Syarikat terutamanya dalam mengatasi ancaman pengganas Al-Qaeda yang telah
Dato’ Hamzah bin Zainudin
menggugat keselamatan serta kestabilan negara Yaman dan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan proses peralihan politik dan rekonsiliasi nasional yang sedang berjalan.
Walaupun masih banyak negara yang masih meragui atau tidak menggalakkan penggunaan drone, bagaimanapun, penggunaannya adalah dengan persetujuan Kerajaan Yaman sendiri.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dalam ucapan ringkas hari itu menyebutkan bahawa penggunaan drone ini adalah seolah-olah diibaratkan sama dengan satu bentuk keganasan baru oleh sebuah kerajaan tanpa kita menyokong atau memihak kepada kumpulan- kumpulan yang menentang sebuah kerajaan yang sah melalui keganasan, tanpa perlu kita menyokong itu. Akan tetapi di pihak yang sama, kita boleh menegur, mengkritik dan menentang tindakan mana-mana kerajaan pula khususnya dalam kes drone di Amerika Syarikat yang menggunakan senjata drone ini dan telah terbukti ada kes-kes bahawa mangsa-mangsa drone ini bukan sekadar penentang-penentang kerajaan mana-mana negara, bukan di Yaman sahaja tetapi di Afghanistan, di Pakistan dan beberapa negara yang lain. Oleh itu, terdapat pandangan antarabangsa hari ini yang ingin melihat supaya penggunaan senjata drones ini diharamkan seperti mana penggunaan periuk api juga diharamkan melalui konvensyen dan undang-undang antarabangsa.
Jadi soalan dan juga pandangan saya pada hari itu ialah adakah kerajaan Malaysia ingin mengambil sikap ini dan sekali lagi berunding dengan negara-negara yang ada minat untuk menyekat keganasan dari sebuah negara bernama Amerika ini melalui rundingan bersama ke arah mewujudkan satu konvensyen atau undang-undang antarabangsa yang baru?
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Seperti yang saya jelaskan tadi, bahawa penggunaan drones ini bukan semata-mata sebagai satu senjata untuk menjadikan ia sebagai senjata yang mengganas, kerana drones juga boleh digunakan dalam banyak aktiviti lain seperti dalam dengan izin Tuan Yang di-Pertua, plantation industries, search and rescue, banyak. Cuma kalau ia digunakan dalam bentuk keganasan, maka itu akan dilihat sebagai sesuatu yang patut dibawa sebagai satu lagi undang-undang di peringkat antarabangsa.
Oleh sebab itu, saya tadi pun telah menjelaskan bahawa walaupun dalam keadaan sekarang ini banyak negara meragui tentang kegunaan drone tersebut, maka isu yang di Yaman ini ia dibenarkan oleh Kerajaan Yaman sendiri. Akan tetapi tentang kegunaan drone sebagai satu bentuk senjata, itu akan dibawa ke peringkat yang lain di mana Malaysia sedang mengkaji dan melihat kedudukan untuk kita bersama dalam menentukan isu ini di peringkat antarabangsa.
Isu nuklear Iran dan pemecatan duta Malaysia yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat. Saya ingin memaklumkan bahawa Malaysia berpegang kepada prinsip bahawa setiap negara termasuk Iran mempunyai hak untuk menggunakan dan membangunkan sektor tenaganya termasuk tenaga nuklear untuk penggunaan secara aman. Malaysia turut berpegang teguh kepada Nuclear Non-Proliferation Treaty (NPT) yang merupakan perjanjian antarabangsa dengan objektif untuk mencegah percambahan senjata nuklear, untuk menggalakkan kerjasama dan penggunaan tenaga nuklear secara aman dan untuk mencapai objektif perlucutan senjata nuklear.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, NPT telah mula berkuat kuasa pada tahun 1970. Pada ketika ini, sebanyak 189 buah negara telah meratifikasikan NPT termasuklah Iran. Malaysia telah pun meratifikasikan NPT pada tahun 1970. NPT merupakan satu-satunya perjanjian antarabangsa di mana negara-negara kuasa nuklear telah memberikan komitmen untuk melucutkan senjata nuklear mereka. Dalam masa yang sama, artikel 4 NPT memberikan hak inalienable rights kepada mana-mana negara untuk menjalankan penyelidikan, pengeluaran dan penggunaan tenaga nuklear secara aman.
Berkaitan dengan kedudukan Dato Muhammad Arsyad Mansur Hussein, saya ingin jelaskan bahawa ianya tiada kaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat. Ianya adalah semata-mata atas isu di mana beliau telah pun tamat tempoh perjawatannya.
Yang Berhormat Masjid Tanah tidak ada, Yang Berhormat Tenom tidak ada juga.
Tuan Yang di-Pertua, demikianlah sahaja penjelasan yang...
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
[Bangun]
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Ya, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Mungkin Yang Berhormat tidak dilaporkan. Ada saya menyebut dan ini dalam konteks yang positif untuk kerajaan dan untuk kementerian iaitu penandatanganan perjanjian damai Manila antara kerajaan Filipina dengan puak-puak khususnya MILF di Filipina Selatan, Mindanao. Saya telah menganggap itu sebagai suatu yang positif dan saya telah menambah bahawa saya mengharapkan bahawa perjanjian kali ini antara Manila dengan Filipina Selatan atau Bangsamoro atau MILF itu akan berjalan yang mana esoknya ditandatangani mengikut laporan, dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita akan berada sebagai salah seorang yang akan menyaksikan penandatangan itu.
Saya menggesa hari itu supaya Kerajaan Malaysia bukan sahaja telah memainkan peranannya untuk ke arah perdamaian dan penandatanganan perdamaian ini, tetapi supaya kita mengekalkan peranan kita dan kali ini memastikan bahawa perjanjian ini benar- benar terlaksana, bukan sebagaimana perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani, dipersetujui sebelum ini yang Malaysia juga ada memainkan peranannya. Akan tetapi yang ini, peranannya sehingga ini kita kira berjaya tetapi saya meminta supaya kerajaan memastikan bahawa kita juga meneruskan lagi peranan ini supaya kita akan memastikan pelaksanaannya ke arah mewujudkan Filipina Selatan yang autonomous daripada Manila.
Terima Kasih
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Inilah juga kehendak kerajaan Malaysia. Kita mahu melihat supaya perjanjian ini menjadi satu perjanjian yang benar-benar kekal dan boleh kita lihat sebagai satu perjanjian yang boleh membentuk satu kawasan yang tidak lagi menjadi kawasan peperangan tetapi ianya menjadi suatu kawasan yang boleh memberi pertumbuhan yang baik di kawasan tersebut yang boleh memberi impak yang juga baik kepada Malaysia, di mana Sabah adalah berdekatan dengan kawasan Mindanao tersebut.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Itu adalah juga sama seperti kita Kerajaan Malaysia. Oleh sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menyaksikan perjanjian yang akan ditandatangani pada esok hari.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat, saya ada bangkitkan dalam perbahasan.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Ada bangkitkan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada bangkitkan dua Yang Berhormat Timbalan Menteri secara khusus berkaitan dengan apakah kerajaan bersedia untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Khas Parliamentary Select Committee dalam kita address isu-isu berkaitan dengan dasar luar negara? Itu yang pertama.
Yang kedua, saya juga ada bangkitkan tentang pendirian kerajaan berkaitan dengan dasar luar. Apakah ada departure dengan izin, daripada principal of non interference ini kepada principal of humanitarian intervention ataupun responsibility to protect seperti mana yang dicadangkan dalam World Summit Outcome 2005, dengan izin. Oleh sebab itu saya ingin menyatakan perkara ini sebab ia ada kaitan dengan beberapa isu semasa misalnya penggantungan 529 orang Muslim brotherhood di Mesir.
Apakah pendirian kerajaan dan apakah kita boleh debat perkara ini kerana pada saya itu termasuk dalam istilah genocide atau juga mungkin ethnic cleansing, mungkin juga war crime dan sebagainya atau political genocide. Ini juga tentunya ada kaitan dengan isu yang terkini iaitu tentang kapal MH370 ini kerana ia menimbulkan satu persepsi bahawa kita ada sedikit masalah antara Kuala Lumpur dan Beijing. Kita tahu China merupakan ahli Security Council dan kita ada hubungan yang cukup tinggi dengan China. Oleh sebab itu saya ingin menyatakan apakah kerajaan aware benda ini dan apakah langkah-langkah yang kita ambil untuk memperbaiki hubungan kita dengan Beijing? Terima kasih.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Saya hendak jelaskan pertama, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang Select Committee ini bukan di bawah kementerian saya. Itu di bawah Jabatan Perdana Menteri sebab itu kita tidak menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Yang kedua tentang pendirian kita. Yang Berhormat juga tidak bangkitkan hari itu tetapi walau bagaimanapun saya hendak jelaskan di sini bahawa prinsip kita tegas bahawa kita tidak mahu campur tangan dalam hal ehwal negara yang berdaulat. Walau bagaimanapun, dalam isu yang mungkin boleh kita gunakan dalam persidangan antarabangsa, isu-isu humanitarian yang dikatakan oleh Yang Berhormat, itu memang Malaysia ada menyuarakan kalau kita merasakan sesuatu isu itu adalah merupakan yang boleh dianggap sebagai merosakkan daripada imej the citizen of the world.
Jadi, itu adalah merupakan satu-satunya yang kita bawa untuk menentukan bahawa dunia ini dalam keadaan aman dan sejahtera. Itu memang di peringkat kita, kita bawa dalam mesyuarat antarabangsa. Akan tetapi antara bilateral contohnya sebagaimana yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil tentang hukuman terhadap 529 rakyat Mesir yang baru ini dihukum. Saya hendak jelaskan di sini bahawa prosedur di Mesir tersebut walaupun hukuman telah pun dijatuhkan oleh kerana hukuman ini adalah hukuman mati maka sebab itu dia mesti dibawa ke peringkat yang lebih atas yang dinamakan the Grant Mufti of Egypt.
Kemudian, mereka boleh membuat rayuan terhadap keputusan yang telah pun dibuat. Maka sebab itu kita melihat bahawa ia ada lagi peringkat-peringkat yang boleh mereka ini untuk seterusnya membuat rayuan yang terhadap hukuman yang telah dijatuhkan. Maka Malaysia seperti sikap yang saya katakan tadi kita tidak payah masuk campur buat waktu ini kerana ia masih lagi mempunyai peluang dan ruang untuk mereka appeal dalam keputusan yang telah pun dibuat. Terima kasih banyak. Ada bawa dalam perbahasan?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya, mengenai International Criminal Court. Saya ada. Mungkin pegawai-pegawai akan maklumkan. Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Selepas dia, boleh saya minta izin untuk...
Dato' Hamzah bin Zainudin
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan di sini, pada saya kalau tidak dibawa...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya ada bawa, boleh tengok dalam Hansard. I am not misleading the house. Boleh tengok dalam Hansard.
Dato' Hamzah bin Zainudin
So, maknanya kalau tidak ada you’re misleading.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya pun ada menulis...
Dato' Hamzah bin Zainudin
Maknanya kalau tidak ada Yang Berhormat misleading the House.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yes, there is no problem. You can take me on that. Saya tidak kisah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri terima kasih. Saya ada bawa mengenai perkara kita Malaysia menjadi anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa di mana pada tahun 2011 Kabinet telah mengumumkan bahawa Malaysia akan menjadi anggota tersebut dan di Parlimen sendiri telah diadakan satu conference iaitu Asia Pacific Conference, yang mana selepas itu Kabinet mengumumkan perkara tersebut.
Sudah lebih kurang empat tahun dan selepas itu lebih kurang 10 negara telah menjadi anggota tersebut. Malaysia telah memberi komitmennya dan apakah pendirian terkini mengenai perkara tersebut memandangkan kerajaan telah memberitahu aku janji kepada international body bahawa kita akan menjadi anggota? Apakah sebab kelambatannya? Itu yang saya hujah hari itu. It is a treaty…
Dato' Hamzah bin Zainudin
Yes, I know it is a treaty tetapi oleh kerana seperti yang saya hendak jelaskan juga dalam mana-mana treaty sekalipun apabila kita hendak menandatanganinya kita mesti melihat sama ada undang-undang tersebut kalau kita bandingkan dengan undang-undang kita kalau tidak ada persamaan maka kita tangguhkan dahulu sehingga ia boleh memberi satu persamaan di antara undang-undang kita dan undang-undang antarabangsa. Maka itulah menyebabkan kita mengambil sedikit masa
Dato' Hamzah bin Zainudin
sebelum kita menandatanganinya. Walau bagaimanapun, komitmen itu tetap merupakan komitmen kerajaan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, itulah jawapan yang telah pun saya berikan.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh minta izin?
Ini perkara, baru saya minta izin.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Perkara baru tidak payahlah. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih banyak. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Jawapan bertulis pun boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Saya jemput Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah sudi untuk membangkitkan isu-isu berkaitan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa perbahasan Titah Diraja sepanjang dua minggu lepas. Izinkan saya untuk menjawab isu- isu yang telah dibangkitkan oleh 22 orang Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan.
Isu pembangunan di kawasan. Pertama sekali, isu pembangunan di kawasan luar bandar yang merupakan isu paling digemari oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat.
Persoalan daripada Yang Berhormat Kanowit dan Yang Berhormat Libaran berkenaan peruntukan kepada pembangunan kawasan luar bandar. Kementerian sedia maklum akan keperluan infrastruktur asas yang sangat diperlukan di kawasan luar bandar termasuk di negeri Sarawak.
Walau bagaimanapun, penyediaan infrastruktur asas secara menyeluruh di kawasan luar bandar di seluruh negara pastinya melibatkan peruntukan yang besar, yang mana ia adalah tertakluk kepada kedudukan semasa kewangan kerajaan. Oleh yang demikian, pembangunan infrastruktur asas ini perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan berterusan bagi memastikan semua penduduk di kawasan luar bandar dapat menikmati kemudahan asas seperti jalan, air dan elektrik.
Untuk makluman Yang Berhormat, negeri Sarawak merupakan antara negeri yang menerima peruntukan paling tinggi daripada keseluruhan peruntukan pembangunan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Hampir setiap tahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, negeri Sarawak menerima sebanyak 30% daripada keseluruhan peruntukan kementerian bagi pelaksanaan program-program pembangunan luar bandar. Bagi tahun 2011, Sarawak telah diperuntukkan sebanyak RM2.4 bilion manakala RM2.3 bagi tahun 2012.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi
RM1.5 bilion bagi tahun 2013 dan RM1.2 bilion bagi tahun 2014 ini. Jumlah keseluruhan peruntukan dalam tempoh empat tahun tersebut adalah sebanyak RM7.4 bilion di mana sebanyak 85% daripada keseluruhan peruntukan tersebut adalah untuk pelaksanaan program-program pembangunan infrastruktur asas seperti Program Bekalan Air Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar, Jalan Luar Bandar, Program Ameniti Sosial, Program Bantuan Rumah serta program-program pembangunan ekonomi di negeri Sarawak. Untuk tahun 2014, peruntukan yang diluluskan untuk negeri Sarawak di bawah Program Jalan Luar Bandar adalah sebanyak RM238 juta, Program Bekalan Air Luar Bandar sebanyak RM170 juta dan Program Bekalan Elektrik Luar Bandar sebanyak RM392 juta.
Kesimpulannya, Sabah dan Sarawak menerima agihan peruntukan tertinggi iaitu melebihi 50% daripada keseluruhan peruntukan kementerian. Sebanyak RM2.1 bilion telah disalurkan bagi keperluan pelaksanaan 79 projek pembangunan infrastruktur asas di dua negeri tersebut merangkumi Program Jalan Luar Bandar dan Jalan Perhubungan Desa, Bekalan Air Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar serta Program Bantuan Rumah.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi
Bagi negeri Sabah sahaja, peruntukan pembangunan infrastruktur asas luar bandar yang diperuntukkan adalah berjumlah RM771 juta merangkumi 27 bilangan projek.
Yang Berhormat Tanjong Manis memohon supaya dilaksanakan projek jalan perhubungan di Pulau Bruit. Untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Manis, kementerian telah mengemukakan permohonan bagi pelaksanaan empat buah projek di Pulau Bruit kepada pihak Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri di bawah rolling plan keempat RMKe-10 bagi tahun 2015 yang berjumlah RM96.5 juta. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek-projek ini tertakluk kepada kelulusan pihak EPU, Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Tanjong Manis turut bertanyakan mengenai projek bekalan air.
Projek bekalan air dari Tanjong Manis ke Pulau Bruit Wilayah Barat telah dilaksanakan dalam RMKe-8 iaitu pada tahun 2000. Projek ini dilaksanakan secara konsep reka dan bina
(design and build) dan fakta under current sungai dan juga fakta-fakta lain juga telah diambil kira sewaktu penyediaan reka bentuk. Untuk makluman Yang Berhormat juga projek tersebut telah diserahkan Jabatan Kerja Raya Sarawak untuk urusan operasi dan selenggara.
Yang Berhormat Jelebu pula membangkitkan isu jalan-jalan perhubungan di kawasan luar bandar terutama di kawasan beliau. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian di bawah Program Jalan Luar Bandar telah siap membina Projek Jalan Baru dari Kampung Chennah ke Kampung Esok, Jelebu, Negeri Sembilan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM51 juta. Projek ini melibatkan naik taraf jalan sepanjang 4.4 kilometer dengan piawaian JKR R3 dan pembinaan dua buah jambatan. Bagi tahun 2014 pula, kementerian akan menyambung pelaksanaan projek membina jalan baru dari Kampung Chennah ke Kampung Esok, Jelebu Negeri Sembilan fasa 2. Ini yang melibatkan naik taraf jalan sepanjang lima kilometer dengan piawaian JKR R3 dan pembinaan satu jambatan dengan kos bernilai RM66 juta. Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Jalan Luar Bandar adalah program pembangunan yang berterusan dan akan dilaksanakan setiap tahun mengikut peruntukan yang diberi oleh kerajaan.
Yang Berhormat Limbang turut bertanyakan beberapa persoalan mengenai pembangunan kawasan Limbang. Bagi isu bekalan air Ulu Pandaruan di Limbang, kementerian ini bersama-sama dengan pihak JKR Negeri Sarawak telah mengenal pasti masalah ini. Walau bagaimanapun, memandangkan peruntukan yang terhad dan telah komited untuk pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar sedia ada, pelaksanaan projek tersebut akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan dalam RMKe-11 dan bergantung kepada kelulusan pihak EPU, Jabatan Perdana Menteri.
Berhubung dengan pembinaan jalan Meritam, Telahap, Buang Abai fasa 2. Buat masa ini pihak JKR Sarawak sedang dalam proses menamatkan kontrak dan menilai semula baki kerja bagi menyiapkan projek tersebut. Baki kerja fasa 2 akan disambung dengan skop kerja fasa 3 dan akan ditender pada bulan April tahun 2014. Kerja pembinaan dijangka bermula bulan Jun tahun 2014 ini.
Yang Berhormat Jerantut turut membangkitkan isu jalan raya di kawasan Jerantut.
Kementerian bersetuju akan pandangan bahawa penggunaan kenderaan berat yang melebihi had muatan adalah antara penyebab dan punca utama kerosakan jalan raya dibina di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Dalam hal ini, penggunaan kenderaan berat adalah disebabkan aktiviti pembalakan yang sangat aktif di kawasan tersebut. Ia telah menjadi sebab utama kerosakan jalan raya yang lama mahupun yang baru siap dibina.
Sekiranya tiada sekatan dan penguatkuasaan dilakukan, masalah ini akan berterusan dan boleh menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan dalam membaik pulih kerosakan.
Berhubung dengan pembinaan jalan ke kawasan Ulu Tembeling yang melibatkan fasa 1 iaitu daripada Kampung Tuit ke Kampung Pagi Ulu Tembeling, tempoh siap projek telah dilanjutkan selama setahun bagi menyelesaikan isu hutan simpan dan pengeluaran hasil balak di jajaran yang terlibat. Status terkini projek adalah 90% dan dijangka siap pada penghujung Oktober tahun 2014 ini.
Yang Berhormat Hulu Rajang turut bertanyakan tentang jalan raya Rumah Jutan ke Rumah Benau. Jalan raya sebelah kanan mudik ke Sungai Mujong ke Nanga Melinau serta jalan raya dari Nanga Mujong ke Nanga Gaat sebelah kanan mudik Sungai Baleh dan juga jalan dari Pekan Belaga ke Nanga Merit dan seterusnya ke kawasan Kapit. Peruntukan bagi Program Jalan Luar Bandar tahun 2014 ini telah komited sepenuhnya. Namun begitu,
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi
pihak kementerian akan memanjangkan permohonan ini kepada Jabatan Kerja Raya Sarawak untuk menjalankan siasatan bagi tujuan permohonan kepada Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk disenaraikan di bawah RMKe-11 nanti tahun 2016 dan tertakluk kepada kelulusan EPU dan Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Lawas membangkitkan isu pelaksanaan Lampu Jalan Kampung
(LJK). Kementerian sedar akan keperluan pemasangan LJK di kawasan luar bandar khusus bagi negeri Sarawak. KKLW pada November tahun 2013 telah menawarkan kontrak pemasangan LJK baru negeri Sarawak kepada Sarawak Energy Berhad melibatkan pemasangan kira-kira 3,200 unit LJK. Senarai keutamaan pemasangan telah dimuktamadkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sarawak dan kerja- kerja pemasangan akan disiapkan sebelum 30 Oktober tahun 2014.
Yang Berhormat Kota Raja membangkitkan isu kenapa jalan-jalan di kawasan beliau tidak diturap. Kementerian akan membuat siasatan tapak bagi menentukan sama ada jalan-jalan di kawasan kampung tradisional seperti Kampung Jalan Setia termasuk di bawah skop jalan KKLW, PBT atau JKR.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi
Sekiranya jalan-jalan kampung tersebut memenuhi skop dan kriteria jalan perhubungan desa KKLW maka ia akan dipertimbangkan untuk diturap atau dinaiktarafkan mengikut keutamaan secara berperingkat tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan.
Yang Berhormat Kota Samarahan membangkitkan isu bekalan air dan elektrik di kawasan Kota Samarahan.
Kementerian mengambil maklum akan masalah kekurangan bekalan air di kawasan Kota Samarahan Yang Berhormat dan akan memanjangkan perkara ini kepada JKR Sarawak untuk diteliti dan tindakan yang perlu diambil sewajarnya. Berkaitan gangguan bekalan elektrik di kawasan Kota Samarahan, tanggungjawab penjanaan tenaga dan naik taraf sistem penghantaran adalah di bawah tanggungjawab Sarawak Energy Berhad (SEB) . Kementerian mengambil maklum akan pandangan Yang Berhormat Kota Samarahan dan akan memanjangkan perkara ini kepada SEB untuk tindakan mereka.
Yang Berhormat Kuala Kangsar bertanyakan mengenai pembinaan Jalan Manong.
Buat masa ini, kementerian ini belum menerima sebarang permohonan untuk pembinaan jambatan tersebut. Oleh yang demikian, kementerian akan memanjangkan permohonan Yang Berhormat kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas tahun 2016. Walau bagaimanapun, permohonan ini adalah tertakluk kepada kelulusan juga oleh Economic Planning Unit, Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Libaran turut bertanya mengenai pembinaan jalan dan bekalan air di kawasan Libaran. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, kementerian ini telah melaksanakan sebanyak 14 buah projek jalan luar bandar di Parlimen Libaran. Daripada jumlah tersebut, 13 buah projek telah pun berjaya disiapkan manakala satu lagi projek sedang dalam pembinaan. Jumlah keseluruhan kos projek adalah bernilai RM74.3 juta. Di antara projek-projek yang telah berjaya disiapkan adalah Projek Jalan SPS3 Sandakan, Sabah, Projek Jalan Gum-gum Besar, Sandakan Sabah dan Projek Jalan Kampung Padas, Sandakan Sabah.
Kementerian mengambil maklum akan keperluan bekalan air di kawasan Libaran yang melibatkan beberapa kampung seperti Kampung Jaya Bakti, Kampung Semawang, Kampung Lalasan dan sebagainya. Buat masa ini pihak perunding yang dilantik kini dalam proses menyediakan reka bentuk bagi pembekalan air ke Kampung Jaya Bakti dan kawasan sekitarnya di Sandakan. Pelaksanaan projek ini akan dibuat setelah siap reka bentuk dan diluluskan oleh pihak berkuasa air negeri.
Yang Berhormat Sri Aman pula bertanyakan mengenai bekalan air dan elektrik di kawasan Sri Aman. Berdasarkan maklumat daripada pihak JKR Sarawak, penduduk di Kampung Melugu telah menikmati kemudahan air bersih melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar yang telah dilaksanakan sebelum ini. Walau bagaimanapun bagi penyambungan bekalan air bersih di Kampung Panggil pula, kementerian ini mengambil maklum tentang keperluan perbekalan air bersih di kampung berkenaan dan pelaksanaan adalah bergantung kepada senarai keutamaan pihak berkuasa air negeri dan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi
Berhubung dengan penyediaan bekalan elektrik alternatif, kementerian telah memulakan pelaksanaan Projek BELB System Alternative melibatkan pembinaan sistem solar hibrid dan mikro hidro di pedalaman Sarawak sejak tahun 2010. Perancangan projek- projek BELB alternatif ini diselaraskan bersama Sarawak Energy Berhad dan Jabatan Kerja Raya Sarawak bagi memastikan hanya kawasan kampung yang benar-benar sesuai diberi bekalan elektrik menggunakan sistem alternatif.
Bagi kampung-kampung yang mempunyai jalan perhubungan atau dalam perancangan JKR untuk membina jalan perhubungan, kemudahan bekalan elektrik akan disambung menggunakan talian grid ya, Yang Berhormat Sri Aman.
Yang Berhormat Lubok Antu pula bertanyakan mengenai bekalan elektrik, projek jalan dan bekalan air di kawasan Lubok Antu. Pelaksanaan projek di Rumah Tani Serama telah siap sepenuhnya dan menunggu pihak Sarawak Energy Berhad untuk mula tugas talian berkenaan. Bagi Projek BELB di kawasan Tisak dan Kubai pula, kerja-kerja merentang kabel telah siap sepenuhnya dan kontraktor yang dilantik sedang menyiapkan pembinaan sebuah pencawang elektrik bersaiz 2.5 MVA sebelum talian berkenaan mula tugas pada 30 April 2014.
Tuan William @ Nyallau anak Badak - Lubok Antu
Menteri...
Datuk Alexander Nanta Linggi
Ya, Yang Berhormat.
Tuan William @ Nyallau anak Badak - Lubok Antu
Mengenai pembangunan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Rumah Tan. Kontraktor telah berjanji untuk commissioning permulaan kemasukan bekalan elektrik ke rumah panjang tersebut pada Hari Gawai lepas. Selepas Hari Gawai, dia berjanji bulan Disember iaitu sebelum Krismas.
Akan tetapi sampai sekarang pun belum dimasukkan bekalan elektrik.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Okey terima kasih Yang Berhormat. Soalan itu telah saya jawab tadi. Saya baca sekali lagi, kontraktor yang dilantik sedang menyiapkan pembinaan sebuah pencawang elektrik bersaiz 2.5 MVA sebelum talian berkenaan mula tugas pada 30 April 2014. Jadi sabar sedikitlah Yang Berhormat, akan siap pada masa terdekat ini.
Untuk maklumat Yang Berhormat juga, pelaksanaan projek di kawasan Kebarong masih belum dimulakan kerana masalah izin. Masalah izin lalu dengan pemilik tanah yang terlibat dengan jajaran laluan kabel. Kementerian menjangkakan isu ini akan diselesaikan pada April 2014. Projek akan dimulakan segera selepas itu.
Bagi isu bekalan elektrik kesembilan buah rumah panjang di kawasan SALCRA pula, pelaksanaan projek sedikit lewat dimulakan kerana reka bentuk projek dibuat dengan teliti bagi mengurangkan kuantiti pokok kelapa sawit yang terlibat. Berdasarkan kepada perancangan terkini kementerian, kerja-kerja di tapak pembinaan akan dimulakan pada awal April 2014. Projek akan disiapkan pada bulan April 2015.
Berhubung dengan pembinaan jalan khususnya di kawasan Lemanak dan Sungai Gari, kementerian belum menerima sebarang permohonan berkaitan pembinaan jalan-jalan tersebut. Walau bagaimanapun kementerian akan memanjangkan permohonan Yang Berhormat kepada Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri untuk disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas bermula tahun 2016 dan tertakluk kepada kelulusan EPU JPM ya Yang Berhormat.
Berhubung isu bekalan air pula. Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari pihak JKR Sarawak, penduduk di kawasan Renggasan, Cankul dan Dampit telah menerima bekalan air bersih daripada Projek BELB sebelum ini. Selain daripada itu, penduduk di kawasan Buluk dijangkakan akan menerima bekalan air pada penghujung bulan Mei tahun 2014 apabila loji air Lubok Antu telah siap sepenuhnya. Bagi kawasan Lemanak, Semangguk dan Kesit pula kementerian ini mengambil maklum tentang keperluan bekalan air bersih di kawasan berkenaan.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Walau bagaimanapun, pelaksanaannya adalah bergantung kepada senarai keutamaan pihak berkuasa air negeri dan kedudukan semasa kewangan kerajaan. Isu perumahan dan Wilayah KEJORA. Untuk makluman Yang Berhormat Pengerang, KEJORA sebagai agensi di bawah KKLW sentiasa membuat pemantauan ke atas pembangunan perumahan dalam wilayahnya. Mengenai kawasan yang disebutkan oleh Yang Berhormat,
Datuk Alexander Nanta Linggi
KEJORA melalui koperasi KEJORA telah melaksanakan projek perumahan secara penswastaan di bandar Pengerang. Penetapan harga rumah adalah berasaskan kepada harga pasaran kecuali rumah mampu milik iaitu dengan harga jualan RM160,000 dan rumah kos rendah dengan harga jualan RM45,000.
Ini adalah selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. Sebagai perbandingan, harga jualan rumah di Bandar Pengerang adalah selari dengan projek rumah di kawasan sekitarnya seperti di Kota Tinggi dan Pasir Gudang.
KEJORA sentiasa memastikan kuota bumiputera dan rizab Melayu yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dilaksanakan bagi setiap fasa pembangunan di wilayah KEJORA agar harga rumah sentiasa mampu dimiliki dan munasabah. KEJORA juga telah menetapkan bahawa 50% daripada rumah yang dibina hendaklah berstatuskan rizab Melayu demi menjaga golongan bumiputera di kawasan wilayahnya.
Isu program kemiskinan. Kementerian mengucapkan terima kasih akan maklum balas oleh Yang Berhormat Lawas mengenai pelaksanaan Program Bantuan Rumah yang dilihat berkesan dan merupakan satu touch point kepada masyarakat luar bandar. Oleh yang demikian, untuk maklumat Yang Berhormat Lawas, dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 sehingga tahun 2014 kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM971.17 juta bagi pelaksanaan PBR di seluruh negara. Bagi tempoh pelaksanaan ini, negeri Sarawak telah diperuntukkan RM322.87 juta bagi pelaksanaan 3,689 unit projek bina baru dan 10,953 unit projek baik pulih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Lawas juga, iltizam kerajaan untuk menyediakan kediaman yang selamat dan selesa akan diteruskan bagi memastikan kesejahteraan keluarga miskin dan miskin tegar.
Pelaksanaan Program Bantuan Rumah di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dilaksanakan secara adil. Berdasarkan maklumat insiden kemiskinan mengikut negeri yang dikeluarkan oleh ICU, JPM. Untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Manis pula, pemilihan peserta PBR adalah dimuktamadkan oleh focus group daerah. Keanggotaannya adalah terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, Ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan pemimpin-pemimpin tempatan. Bagi negeri Sarawak, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sarawak bertindak sebagai penyelaras senarai peserta PBR yang dikemukakan oleh focus group daerah.
Setiap permohonan PBR akan disemak berdasarkan kelayakan pemohon dan keutamaan diberikan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang terdiri daripada warga emas lebih 65 tahun, uzur dan orang kurang upaya, ibu dan bapa tunggal yang mempunyai tanggungan yang ramai dan mangsa bencana alam seperti ribut taufan, banjir dan kebakaran.
Bagi tahun 2014, sejumlah RM1.46 juta telah diperuntukkan bagi 23 unit projek bina baru dan 26 unit projek baik pulih bagi kawasan Parlimen Tanjong Manis. Pihak kementerian sentiasa berusaha dan prihatin serta komited dalam memastikan golongan miskin dan miskin tegar diberi bantuan untuk mendapat kediaman-kediaman yang lebih selesa dan selamat. Isu berkaitan JKKK.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Tanah Merah membangkitkan isu berkenaan peranan JKKK dalam memantau harga barangan di kawasan masing-masing. Kerajaan telah dan sedang mengambil pelbagai pendekatan untuk mengurangkan beban rakyat terhadap kenaikan harga barangan dan kenaikan kos kehidupan yang tinggi. Antaranya termasuk menggerakkan JKKK sebagai jentera kerajaan di peringkat akar umbi untuk turut sama membuat pemerhatian dan laporan terhadap kenaikan harga barang.
Sewajarnya menjadi tanggungjawab JKKK untuk melaporkan sebarang masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat supaya diwujudkan pemberian insentif kepada JKKK dalam memantau kenaikan harga dan kos barangan, adalah dimaklumkan bahawa kementerian tidak mempunyai peruntukan.
Namun perkara ini akan dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan selaku kementerian yang bertanggungjawab memantau harga barangan. Isu berkaitan MARA. Tuan Yang di-Pertua, turut diutarakan adalah isu berkaitan Institut Pengajian Majlis Amanah Rakyat (MARA) oleh Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Lawas dan juga Yang Berhormat Tanah Merah.
Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Limbang, pada ketika ini MARA mempunyai lima buah Kolej MARA yang beroperasi di Semenanjung Malaysia. Kelima-lima Kolej MARA ini mampu untuk menampung pelajar-pelajar cemerlang yang menjalani
Datuk Alexander Nanta Linggi
program-program persediaan, foundation programmes bagi melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara. Terdapat ramai pelajar dari Sarawak dan Sabah yang ditaja sepenuhnya oleh MARA berada di kolej-kolej ini. Peluang untuk mereka berinteraksi, berkomunikasi dan belajar bersama-sama dengan pelajar-pelajar dari Semenanjung akan memberikan pengalaman yang akan membantu mereka di masa hadapan.
Selain itu terdapat dua buah Institut Kemahiran MARA (IKM) di Bintulu dan di Kuching yang menawarkan kursus-kursus dalam bidang minyak dan gas seperti bidang marin dan automotif. Ini adalah selari dengan pembangunan Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE). Pihak MARA sentiasa peka dengan keperluan masyarakat setempat dan sentiasa menambah baik kursus-kursus yang ditawarkan di institusi pendidikannya. Oleh itu, kursus seperti yang ditawarkan di kedua-dua IKM adalah menepati dengan kehendak semasa. Kapasiti kedua-dua IKM tersebut adalah 1,820 tempat yang mampu menampung pelajar yang pada ketika ini masih terdapat banyak tempat kosong yang boleh diisi oleh pelajar-pelajar yang berminat.
Walau bagaimanapun, MARA akan mengkaji keperluan menambah sama ada kolej MARA atau mana-mana institusi pendidikan tinggi MARA di negeri Sarawak di masa hadapan sekiranya ada keperluan dan peruntukan kewangan yang mencukupi.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanah Merah turut membangkitkan berkenaan Institut Pengajian MARA. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini terdapat lapan buah pusat pendidikan MARA yang terdiri daripada lima buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sebuah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan dua buah Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) di negeri Kelantan. Jumlah kapasiti kesemua pusat ini adalah sebanyak 7,440 tempat. Kapasiti kelima-lima MRSM iaitu Pengkalan Chepa, Pasir Tumboh, Jeli, Tumpat dan Kuala Krai adalah sebanyak 3,540 tempat.
Untuk memberi pengalaman yang lebih luas kepada pelajar, penempatan pelajar- pelajar yang berjaya masuk ke MRSM tidak tertumpu pada negeri asal masing-masing. Ini membolehkan mereka mengenal dan berinteraksi dengan rakan-rakan di negeri lain.
Terdapat ramai pelajar dari negeri Kelantan sudah belajar di MRSM di negeri Terengganu dan negeri Pahang mahupun di MRSM Pantai Barat.
Isu kegagalan pelajar Kelantan untuk memasuki MRSM kerana penempatan yang terhad di Kelantan adalah tidak timbul.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
[Bangun]
Datuk Alexander Nanta Linggi
Okey, sila.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita lihat setiap tahun pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang, khususnya 5A, hampir 40,000. Tempat yang ada, saya difahamkan, yang MARA ataupun MRSM boleh ambil atau tawarkan hanya hampir 7,000.
Jadi dalam konteks ini, bila saya bangkitkan isu di Tanah Merah, saya mohon supaya MRSM Tanah Merah dapat dibina kerana kerajaan telah pun membeli tanah, saya difahamkan, hampir 50 ekar tanah di mana MRSM Tanah Merah sepatutnya dibina dalam RMKe-9. Yang Berhormat Menteri telah memberitahu memang pelajar Kelantan setahu sayalah, tak kira pelajar itu pelajar Tanah Merah, pelajar mana-mana ataupun di negeri Kelantan, mereka bersedia pergi ke mana-mana sahaja di luar Kelantan. Yang Berhormat Menteri beritahu saya tadi, maklum tadi, tidak semestinya MRSM Kelantan untuk pelajar Kelantan sebab kita hendak integrasi.
Cuma, saya mohon dan merayu kepada Yang Berhormat Menteri menimbangkan supaya MRSM dapat dibina di Tanah Merah kerana tanah telah pun dibeli dan sepatutnya cadangan awal MRSM Tanah Merah ini sepatutnya dibina pada RMKe-9. Jadi saya harap sangatlah, kalau tak dapat... Memanglah kalau hendak buat sekarang tak mungkin boleh, tapi mungkin untuk RMKe-11 dapat dipertimbangkan. Terima kasih.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Ya, terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah.
Kementerian tahu sangatlah keprihatinan Yang Berhormat sebab Yang Berhormat Tanah Merah ini sering kali, kerap kali membawa ataupun merayu untuk diadakan sebuah MRSM di kawasan itu.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Saya boleh meyakinkan Yang Berhormat, kementerian sesungguhnya melihat kepada keperluan dan kita tahu memang ada keperluan kalau mengikut statistik sepertimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat. Cuma, dalam perancangan yang sedia ada di Kementerian Kemajuan Luar Bandar, buat masa kini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, tidak ada peruntukan dan kita tidak ada perancangan. Akan tetapi, inilah peluang untuk Yang Berhormat untuk memohon supaya sebuah MRSM boleh dimasukkan dalam perancangan dan permohonan ini boleh dimajukan ke kementerian dan juga kepada EPU supaya Kementerian Kemajuan Luar Bandar ini diberi peruntukan untuk kita melaksanakan projek MRSM ini. Tahniahlah Yang Berhormat sebab selalu memperjuangkan anak-anak pelajar di kawasan Tanah Merah.
Saya teruskan, Tuan Yang di-Pertua. Di KKTM Pasir Mas, kapasiti adalah sebanyak 1,200 tempat. KKTM ini menawarkan kursus di peringkat diploma dalam bidang- bidang elektrik awam, alam bina, mekanikal pembuatan dan elektronik. Pada ketika ini, pusat ini mempunyai 855 orang pelajar dari seluruh negeri Kelantan. Ini bermakna, masih terdapat 345 tempat untuk diisi oleh pelajar-pelajar yang berminat.
KPTM Kota Bharu menawarkan 10 kursus di peringkat diploma dalam bidang- bidang kejururawatan, perniagaan, pelancongan, teknologi maklumat dan sains. KPTM KESEDAR di Gua Musang pula merupakan usaha sama MARA dengan KESEDAR dan kolej ini menawarkan diploma dalam bidang pengurusan sumber manusia. Pusat-pusat ini mempunyai jumlah enrolmen sebanyak 3,148 orang pelajar.
Selain itu, terdapat 15 buah Pusat GIATMARA di seluruh negeri Kelantan iaitu satu pusat di setiap kawasan Parlimen. Walau bagaimanapun, MARA sentiasa akan mengkaji keperluan menambah mana-mana institusi pendidikan MARA di negeri Kelantan di masa depan sekiranya ada keperluan dan peruntukan kewangan yang mencukupi.
Adalah menjadi kewajipan MARA sebagai pemegang amanah bumiputera untuk mengangkat martabat bangsa melalui bidang pendidikan. Pihak MARA amat berterima kasih kepada masyarakat kerana mempunyai keyakinan terhadap sistem pendidikan MRSM dengan permohonan untuk membina lebih banyak lagi institusi tersebut.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, MARA telah mengemukakan permohonan untuk membina lapan buah lagi MRSM baru termasuk MRSM di Lawas, Sarawak dalam tahun 2015. Namun, peruntukan untuk pembinaan MRSM adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan oleh pihak EPU, JPM. Permohonan– Yang Berhormat Lawas maklum akan perkara inilah. Pihak MARA akan meneruskan pembinaan untuk MRSM-MRSM tersebut sekiranya mendapat kelulusan dan peruntukan EPU seperti yang telah saya sebut pada awal-awal tadi.
Tuan Yang di-Pertua, isu industri getah. Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan berkenaan isu getah terutama sekali bantuan kepada penoreh dan pekebun kecil.
Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Gerik, ketika ini kementerian melalui RISDA telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pekebun-pekebun kecil yang menerima kesan akibat daripada kejatuhan harga getah di pasaran sekali gus memberi kesan kepada hasil jualan getah mereka. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan oleh RISDA adalah seperti berikut.
Pertama, mewujudkan mekanisme pengurangan harga benih dan baja di mana harga benih dan baja RISDA adalah lebih rendah daripada pasaran terbuka. Bagi benih, harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM2.33 sepokok berbanding harga pasaran RM4.50 sepokok. Manakala harga baja iaitu baja RISDA 1, dikurangkan daripada RM1,374 semetrik tan pada tahun 2013 kepada RM1,190 semetrik tan pada tahun ini. Begitu juga bagi harga baja RISDA 4 yang dikurangkan daripada RM1,448 semetrik tan pada tahun 2013 kepada RM1,100 semetrik tan pada tahun 2014 ini. Jumlah pengurangan kedua-dua jenis baja tersebut berjumlah sebanyak RM532 semetrik tan.
Kedua, membantu pekebun kecil mengurangkan kos input dengan peningkatan produktiviti getah melalui Program Pengekalan Getah (PPG) dan Skim Inisiatif Produktif Getah (SIPG).
Datuk Alexander Nanta Linggi
Melalui program pengekalan getah, pekebun kecil diberikan alat torehan manakala bahan rangsangan lateks, cuka pembeku getah dan baja diberikan melalui Skim Inisiatif Produktiviti Getah (SIPG). Langkah ketiga memendekkan rantaian pemasaran agar pekebun kecil memperoleh harga yang lebih tinggi melalui Program Pembangunan Infrastruktur Pemasaran (PPIP) dengan pembinaan Pusat Timbang dan Stor (PTS) serta depot simpanan RISDA.
Keempat iaitu menggalakkan pekebun-pekebun kecil mengamalkan good agricultural practice untuk mengurangkan tenaga buruh asing sekali gus meningkatkan pendapatan mereka sendiri. Langkah kelima, memperkenalkan Low Intensity Tapping System atau Sistem Torehan Kekerapan Rendah yang dapat meningkatkan bilangan task torehan mereka.
Langkah keenam, mempergiatkan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan untuk memastikan penggunaan tanah yang optimum dengan menggalakkan pekebun kecil supaya melaksanakan tanaman kontan seperti cili, pisang, nanas dan lain-lain bagi menjana pendapatan tambahan. Langkah ketujuh, menggalakkan pekebun kecil menyertai Program Tanaman Semula Getah ke tanaman lain atau TSGL yang merangkumi lima jenis tanaman buah-buahan iaitu durian, nangka madu, mangga, manggis dan kelapa matag untuk menikmati pendapatan tambahan selain hasil getah.
Kelapan, meningkatkan agihan dividen kepada pekebun kecil dengan usaha syarikat milikan RISDA yang mengoptimumkan kesemua kawasan getah supaya boleh ditoreh sekali gus untuk memaksimumkan hasil getah. Langkah kesembilan memberikan bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan selama 48 bulan kepada pekebun kecil yang layak menerusi Program Bantuan Sara Hidup Pekebun Kecil. Program yang bermula pada tahun 2013 dan akan berakhir pada tahun 2016. Ini bertujuan untuk meningkatkan pendapatan harian pekebun kecil yang bergantung sepenuhnya kepada hasil kebun.
Peruntukan tahunan bagi program ini adalah sebanyak RM5.74 juta untuk 957 pekebun kecil setahun.
Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sik pula, Yang Berhormat Sik ada ya.
Pihak kementerian mengucapkan terima kasih di atas cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat sedia maklum, hari ini harga getah berada pada paras yang rendah di pasaran sekali gus secara tidak langsung menyebabkan pendapatan masyarakat luar bandar termasuk penoreh getah turut terjejas. Dalam mekanisme penentuan harga getah di pasaran, kementerian ini dan RISDA tidak terlibat dalam mana-mana jawatankuasa penentuan harga getah. Tugas dan peranan ini adalah terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bersama Lembaga Getah Malaysia.
Namun begitu, dalam usaha RISDA membantu pekebun kecil yang tinggal di kampung dan kawasan pedalaman, yang bergantung hidup dengan kebun getah, RISDA telah melaksanakan kaedah-kaedah seperti berikut:
(i) menggalakkan pekebun kecil getah menjual getah secara berkelompok dengan menggunakan sistem tender terutama di projek-projek tanaman semula berkelompok bagi meningkatkan perolehan harga getah di peringkat ladang; dan
(ii) meningkatkan produktiviti getah melalui Skim Inisiatif Pengeluaran Getah bagi pemilik kebun getah berkeluasan 2.5 hektar dan ke bawah dengan memberikan bantuan input pertanian seperti baja dan penggalak lateks.
Bantuan ini telah bermula pada tahun 2013 dan pada tahun 2014 RISDA telah memperuntukkan RM15 juta untuk pelaksanaan di kebun-kebun dan meningkatkan sumber pendapatan melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan. Melalui aktiviti keusahawanan ternakan dan tanaman kontan jangka pendek cash crop yang berupaya untuk menjana pendapatan tambahan dengan kadar purata RM400 bagi individu bagi setiap projek.
Sehingga projek 2013 sebanyak 6,324 orang pekebun kecil telah menerima bantuan ini dengan jumlah peruntukan dibelanjakan sebanyak RM59.4 juta. Dengan bantuan-bantuan ini adalah diharapkan ia dapat membantu pekebun-pekebun kecil mengharungi keadaan pasaran yang tidak baik kini.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Yang Berhormat Datuk.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Ya. Silakan. Sila-sila.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Masa tidak cukup boleh tidak bertanya?
Datuk Alexander Nanta Linggi
Tanya sedikit sahaja.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Boleh sedikit sahaja tetapi panjang ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya tengok apa Yang Berhormat Timbalan Menteri beritahu berkenaan dengan getah ini, bantuan-bantuan yang diberi, kalau kita tengok bantuan tanaman semula, bantuan baja, selepas itu bantuan RM500 sebulan selama 48 bulan.
Daripada 2013 hingga 2016, selepas itu bantuan-bantuan lain yang disebut selepas itu iaitu RM1.5 juta bagi 2014, meningkatkan produk susu dan sebagainya.
Ini semua bantuan yang diberi kepada pekebun kecil iaitu tuan punya kebun. Tuan punya kebun sekarang ini untuk pengetahuan Yang Berhormat, sekarang ini tuan-tuan punya kebun ini dia telah tidak menoreh. Dia orang ini semua jadi tauke-tauke. Okey, yang menorehnya adalah orang lain yang menjadi kuli, yang bekerja dengan tuan kebun.
Sebanyak 80% daripada pekebun-pekebun kecil ini yang menoreh di kebun-kebun di kawasan luar bandar adalah penoreh-penoreh yang tidak ada pokok.
Jadi, kalau kita tengok di sini tidak ada bantuan sama ada bantuan yang diberi melalui RISDA kepada pekerja-pekerja penoreh ini yang tidak ada pokok sendiri dan juga tidak ada bantuan dan juga subsidi yang tersasar yang diberi kepada golongan-golongan yang jadi pekerja, menoreh di kebun yang bukan kepunyaan mereka. Jadi, kalau boleh saya minta penjelasan Yang Berhormat, apa yang RISDA boleh tolong dan apa yang kerajaan boleh tolong sebab ini satu kumpulan yang banyak, kalau kita lihat penoreh getah di luar bandar. Terima kasih.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Yang Berhormat. Memang tepat sekali pihak RISDA dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tahu sangat akan masalah ataupun senario yang telah diceritakan oleh Yang Berhormat. Akan tetapi buat masa sekarang biarlah kita buat apa yang kita boleh, sekurang-kurangnya kepada pekebun kecil dahulu dan bukan bermakna kita tidak akan membantu penoreh.
Cuma buat masa sekarang dua-dua pihak, RISDA dan kementerian sedar memikirkan secara kaedah yang terbaik sebab ada juga orang asing yang digunakan oleh pekebun-pekebun kecil untuk menoreh getah dan kita lebih mahu kepada, kalau kita membantu penoreh itu biarlah penoreh itu orang Malaysia. Akan tetapi jangan risau Yang Berhormat, memang ada sekarang difikirkan bagaimana kita hendak membantu penoreh ini.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Minta maaflah. Tuan Yang di-Pertua, boleh minta sedikit? Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya cadangkan kita adakan database iaitu senarai, ada record penoreh-penoreh getah yang menoreh dengan tuan punya pekebun kecil ini. Jadi, kita boleh buat perancangan ataupun planning untuk bagi bantuan kepada mereka. Terima kasih.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Okey, terima kasih. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ada berapa masa, panjang lagi. Sudah habis?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sudah habis Yang Berhormat.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Sebab ada isu. Okey saya teruskan. Sekarang saya beralih kepada isu Rural Transformation Centre (RTC) ramai yang berminat juga.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Jawab bertulis yang itu Yang Berhormat.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Adakah maksud Tuan Yang di-Pertua kementerian selesaikan jawapan pada malam ini dan yang lainnya semua jawapan bertulis?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Kalau begitu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat..
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Datuk Alexander Nanta Linggi
Jawapan yang cantik, yang sudah disediakan oleh kementerian memang ada pada saya tetapi oleh kerana...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Timbalan Menteri bomba, bomba adakah?
[Dewan riuh]
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Bomba mana? Ini KKLW.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Masa tidak mengizinkan jadi biarlah kesemua Yang Berhormat-Yang Berhormat yang tidak sempat saya buat jawapan pada hari ini.
Jawapan secara bertulis akan dipanjangkan kepada Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Bomba sudah lepas Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Datuk Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, kementerian akan meneruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang telah dirancang. Kemudahan- kemudahan asas yang diperlukan oleh rakyat akan disediakan dari semasa ke semasa.
Pembangunan ekonomi dan minda insan akan turut dilaksanakan bagi membolehkan rakyat bersedia dalam kehidupan mereka. Kerajaan Barisan Nasional sentiasa peka dengan keperluan rakyat terutama sekali di luar bandar. Kerajaan menghargai sokongan masyarakat luar bandar dan juga di bandar yang terus-menerus menyokong Kerajaan Barisan Nasional.
Selaras itu, kementerian akan sentiasa memastikan keperluan masyarakat luar bandar dipenuhi selaras dengan slogan, ‘Rakyat Didahulukan’. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menggulung. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya. Untuk makluman Yang Berhormat Kapar, bomba di bawah KPKT Yang Berhormat ya.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis 27 Mac 2014.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 10.31 malam]